Pulau Pinang · 13 May 2026
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 692 turns · 53,080 words · official PDF ↗
ExperimentalPenang publishes one PDF per sitting day with an attendance list, so each sitting shows who was absent. Speakers are matched by our parser and will have some errors.
Absent: Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid (Batu Maung 3)
(Pembukaan)
(Bacaan Doa) Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbil 'alamin, wassalatu wassalamu 'ala asyrafil ambiya'i wal mursalin, Sayyidina Muhammadin wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala ali Sayyidina Muhammad. Allahumma ya Allah, ya Rahman, ya Rahim. Berkatilah persidangan kami di pagi yang mulia ini. Kami bersyukur atas limpah rahmat dan nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Kurniakanlah kepada kami kekuatan, kesihatan, keteguhan hati dan jiwa dalam menjalankan tugas-tugas kami. Anugerahkanlah kami kesepakatan dalam merancang dasar-dasar yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat negeri ini dari berbilang bangsa secara adil dan saksama. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami kefahaman, mudahkan urusan kami agar dapat kami laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta dedikasi. Seterusnya, jauhkanlah negeri ini dari segala bencana sama ada di daratan mahupun di lautan dan jadikanlah negeri ini aman dan sejahtera. Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina 'azabannar. Wasallallahu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi wabaraka wasallam. Walhamdulillahi rabbil 'alamin.
Ahli-ahli Yang Berhormat, maka dewan bersidang semula.
Soalan lisan.
Soalan lisan, saya nak mula menjemput Pulau Betong.
Nombor 19 menjadi pilihan rakyat Pulau Betong sentiasa tersayang.
No.19 Adakah Kerajaan Negeri mengakui nasib nelayan di Pulau Pinang semakin
terhimpit akibat pembangunan dan kos operasi meningkat?
(a) Jika tidak, nyatakan data pendapatan purata terkini yang membuktikan
kesejahteraan mereka. Jika tiada data, adakah sekadar retorik?
(b) Apakah status pembayaran pampasan akibat pembinaan Pulau
Silikon?
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih Pulau Betong atas soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan kalau semalam soalan tinggi, ada tinggi ada rendah. Hari ini soalan kita nak kata sekadar retorik, dia mungkin terlalu kasar kalau tak kasar kita tengok jawapan dia, Insya-Allah.
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap kebajikan dan komuniti nelayan dalam mendepani arus pembangunan dan perubahan landskap ekonomi global. Justeru, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia melaksanakan pelan intervensi yang komprehensif bagi memastikan golongan nelayan tidak terpinggir daripada arus pembangunan perdana. Melalui pelaksanaan elaun sara hidup nelayan berfungsi sebagai pelan sandaran yang menjamin kelangsungan keperluan asas golongan nelayan terutamanya dalam menghadapi musim tengkujuh dan tekanan inflasi.
Selain tekanan kos sara hidup, kos operasi penangkapan ikan merupakan cabaran terbesar yang mampu melumpuhkan produktiviti nelayan. Menyedari hakikat ini, skim subsidi diesel dan petrol nelayan telah diperkenalkan sejak tahun 2006 yang bertindak sebagai pemangkin utama dalam meringankan beban kos operasi nelayan. Sekaligus memastikan kelangsungan aktiviti penangkapan ikan di laut. Tanpa subsidi ini, kos operasi akan melonjak tinggi yang akhirnya akan memberi kesan kepada harga ikan di pasaran dan mengancam keterjaminan makanan negara. Oleh itu, bantuan ini adalah satu tindakan praktikal yang memastikan operasi penangkapan ikan kekal kompetitif dan lestari.
Tiada data berkaitan purata pendapatan nelayan yang dikeluarkan oleh jabatan. Jabatan yang berkaitan hanya melaporkan data pendaratan ikan di setiap negeri. Pendaratan ikan oleh nelayan di kawasan Teluk Kumbar dan Batu Maung menunjukkan trend yang stabil. Pada tahun 2023, jumlah pendaratan yang diisytiharkan adalah sebanyak 472.44 tan. Manakala bagi tahun 2025, angka tersebut mencatat peningkatan sebanyak 496.57 tan dalam peningkatan dalam 20 tan lebih.
Perbandingan data ini secara jelas menunjukkan bahawa tiada pengurangan atau peningkatan yang ketara dalam hasil tangkapan. Sekaligus menyangkal dakwaan bahawa pembangunan tersebut telah menjejaskan sektor perikanan di kawasan tersebut. Selain itu, berdasarkan tinjauan di lapangan dan sesi libat urus, pendapatan nelayan didapati bersifat dinamik dan dipengaruhi oleh faktor luar seperti cuaca, musim dan harga pasaran. Setakat maklum balas yang diperolehi menunjukkan nelayan di kawasan projek Silikon tidak mengalami keadaan tiada tangkapan hasil laut akibat kerja-kerja tersebut.
Kerajaan Negeri tidak memberi pampasan kerana tiada nelayan ataupun perseorangan yang perlu dipindahkan bagi kerja-kerja tambakan Pulau Silikon. Malah nelayan juga tidak terhalang untuk turun ke laut sepanjang projek Pulau Silikon dijalankan. Bagi mengekalkan komuniti nelayan di kawasan ini dan menjadikan komuniti yang lebih berdaya saing, moden dan mandiri, Kerajaan Negeri telah merangka dan melaksanakan pelbagai program dan inisiatif di bawah Pelan Pengurusan Impak Sosial dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi. Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan ex-gratia sebagai bentuk ihsan dan komitmen sosial di bawah SIMP.
Status semasa inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di bawah SIMP dan PEOM adalah seperti berikut, penyaluran ex-gratia sehingga kini kesemua 795 nelayan yang berdaftar dan layak telah diberi 11.85 juta bayaran ex-gratia. Pemerkasaan kapasiti nelayan. Kerajaan Negeri bukan sahaja memberi bantuan kewangan, malah meningkatkan keupayaan operasi nelayan melalui pemberian unit bot yang lebih besar dan enjin yang berkuasa tinggi. Ini bertujuan membolehkan nelayan meneroka kawasan tangkapan yang lebih luas dan selamat, sekaligus berpotensi meningkat hasil pendapatan mereka. Bantuan pendidikan dan anugerah kecemerlangan untuk anak nelayan bagi menjamin mobiliti sosial generasi kedua.
Dan penubuhan Koperasi Komuniti Pulau Pinang Selatan Berhad yang menyediakan platform perniagaan dan peluang pekerjaan dalam rantaian bekalan projek dan nelayan sebagai ahli koperasi. Pengukuhan ekosistem marin melalui pelepasan 25,000 ikan dan 52,000 udang, penanaman 24,200 pokok bakau serta pemasangan tukun dan unjam untuk memastikan stok marin sentiasa mampan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Apakah tindakan drastik Kerajaan Negeri untuk memastikan generasi muda keluarga nelayan tidak terus meninggalkan sektor perikanan akibat tekanan ekonomi yang semakin gawat?
Untuk pengetahuan semua kita memang negeri kita adalah negeri yang industri dan kita ada pilihan. Dan saya rasa sepanjang bukan sepanjang saya pegang jawatan EXCO Pertanian, sebelum ini pun memang saya selalu bersama dengan nelayan dan banyak perbincangan secara individu yang saya bincang. Ramai saja nelayan yang memang ada pendapatan yang cukup lumayan. Nelayan kalau bersungguh untuk kawasan nelayan Insya-Allah pendapatan mereka tak mengecewakan. Dan sebahagian juga bila saya memegang EXCO Usahawan, ada yang kita berjumpa secara personal yang tak ada kad subsidi pun. Tapi mohon untuk menjadi ahli, mohon untuk dapat lesen sementara. Dia cakap sekadar untuk dapat lesen sementara untuk mereka meneruskan perjalanan. Ramai juga nelayan-nelayan yang memang tak ada lesen.
Jadi, kalau tanya saya secara peribadi, peluang memang ada dan generasi kedua dia ada pilihan. Pasal hidup ni kita ada pilihan dan sama ada nak melibat industri, melibat dalam business perniagaan yang lain dan juga nak meneruskan dalam karier nelayan. Insya-Allah dalam nelayan itu sendiri kita ada peluang yang kita buka oleh daripada LKIM daripada Perikanan, program-program dan projek-projek yang sebagai tambahan. Insya-Allah sebagai pihak kerajaan kita akan meneruskan program dan projek daripada LKIM yang baru semalam saya bincang kita akan tengok ruang dan peluang yang terbaru dari segi kolam daratan dan sebagainya. Ini adalah usaha-usaha yang diteruskan oleh kerajaan dan Insya-Allah kita akan sama-sama maklum kepada semua generasi.
Terima kasih.
Ada sikit saya nak minta komen sikit daripada EXCO. Saya dah dapat sikit penjelasan. Kalau kita dapati rungutan nelayan terutama sekali di Balik Pulau, tangkapan udang masalah sekarang ini. Begitu juga dengan sotong dan juga ikan temenung. Dari maklumat terkini setakat ini, nelayan tidak dapat menangkap ikan temenung begitu juga dengan udang. Jadi sebelum ini tak masalah tapi sekarang ni ada masalah. Boleh komen sikit apa ada masalah apa yang boleh diatasi?
Terima kasih Pulau Betong. Mungkin yang ni saya perlu terus berjumpa dan berbincang kerana ikan dan udang ni dia tak bagi tahu di mana dia akan ada. Daripada pengalaman saya, bila kita bercakap udang dia ada musim dia. Dan bila kita bercakap ikan temenung pun dia ada musim dan Insya-Allah kita bincang tengok pada daripada perbincangan saya ada yang kawasan-kawasan dia main di kawasan jambatan. Pada 2 minggu lepas saya jumpa dia orang dapat udang banyak di kawasan jambatan. Jadi udang ni pun dia pun macam kawasan kitalah dia ada hari-hari dia pindah. Jadi kita tak boleh tak boleh nak ambil data yang tepat dia ada pada satu kawasan itu Insya-Allah kita bincang tengok macam mana yang kita boleh bantu. Kalau nak cakap terus saya.
Turun padanglah.
Baik Insya-Allah panggil jemput saya datang no problem. Terima kasih.
Bagus. Saya nak sila Seri Delima. Sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke-20.
No.20 Mohon Kerajaan Negeri jelaskan usaha, inisiatif serta perancangan strategik
bagi memperkasa dan merancakkan program seni muzik di Pulau Pinang.
Selamat pagi Dato’ Seri Speaker dan soalan daripada ADUN Seri Delima berkenaan dengan muzik, program seni muzik di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri komited dalam memperkasa dan merancakkan program seni muzik di Pulau Pinang melalui pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek promosi, pembangunan bakat, infrastruktur serta kolaborasi strategik. Dari segi promosi, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan program seni muzik mendapat liputan meluas dan mampu menarik kehadiran penonton tempatan serta pelancong antarabangsa.
Selain itu, penganjuran festival dan acara berskala besar turut dipergiat serta disepadukan dalam kalendar acara negeri bagi memastikan publisiti yang konsisten sepanjang tahun. Kerajaan Negeri juga menggalakkan kolaborasi strategik bersama pihak swasta, penggiat industri muzik dan penganjur acara untuk memperluaskan rangkaian promosi. Ini termasuk pembangunan pakej pelancongan berasaskan acara. Pendekatan bersepadu ini turut menggabungkan seni muzik dengan elemen pelancongan, budaya dan gaya hidup, menjadikan setiap program bukan sekadar hiburan tetapi sebagai pengalaman destinasi yang unik.
Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbangga menyokong penganjuran program berprestij seperti A Homecoming in Penang with Vincent Ong yang menampilkan pionist iaitu ahli pemain piano Malaysia yang bertaraf antarabangsa melalui sesi masterclass, dialog dan persembahan piano. Program ini bukan sahaja memberi inspirasi kepada bakat muda tempatan, malah meningkatkan profil Pulau Pinang sebagai destinasi seni muzik berkualiti tinggi.
Selain itu, Pulau Pinang bakal menjadi tuan rumah kepada ASEAN International Youth Piano Competition atau singkatannya AIYPC pada hujung bulan ini iaitu 30 Mei hingga 1 Jun 2026. Sokongan daripada Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism (PGT) memainkan peranan penting dalam merealisasikan program bertaraf dunia untuk bakat muda serantau di samping mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab seni budaya dan pendidikan antarabangsa. Acara ini jangka merancakkan pertukaran budaya, mempromosikan kecemerlangan muzik serta memperkenalkan warisan Pulau Pinang kepada audiens global.
Dari segi infrastruktur, Kerajaan Negeri turut memberikan penekanan kepada penyediaan fasiliti bertaraf antarabangsa. Dewan Sri Pinang kini dalam perancangan naik taraf pertama selepas lebih 50 tahun. Sebenarnya Dewan Sri Pinang didirikan siap 1972 lebih tua daripada saya ya dengan peruntukan berjumlah 52 juta sekaligus meningkatkan keupayaannya sebagai venue persembahan utama. Selain itu, pusat konvensyen moden seperti Setia SPICE Convention Centre, PICCA Convention Centre at Butterworth Arena dan Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) berupaya menganjurkan acara muzik berskala besar dengan kemudahan bertaraf antarabangsa. Kerajaan Negeri turut menyokong usaha penganjuran aktiviti muzik untuk dua (2) tahun kebelakangan ini, dan antaranya ialah Penang Philharmonic, George Town String Festival, Pertandingan Gubahan Lagu Piala Golden Frontier, Konsert Cantonese Ophera, penghasilan video muzik, Southeast Asia Pipe Band Championship, Konsert Kelab Muzik Universiti Sains Malaysia, Rondo Fest Music Festival, Konsert Orkestra Cina, 988 Radio After Work Fest Concert dan Konsert My FM Big Show. Kerajaan Negeri turut menganjurkan festival seni antaranya George Town Festival, Butterworth Fringe Festival, Nibong Tebal Festival serta Hari Warisan Seberang Perai yang mengandungi program-program muzik dengan acara seperti nyanyian dan acara muzik tempatan seperti Boria. Secara keseluruhannya usaha bersepadu ini diyakini mampu memperkukuh ekosistem seni muzik di Pulau Pinang, menarik lebih ramai pengunjung serta meletakkan negeri ini sebagai hab seni dan budaya yang dinamik dan berdaya saing di peringkat serantau dan antarabangsa. Itu jawapan saya.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila.
Terima kasih Yang Paya Terubong atas jawapan yang diberikan tadi yang begitu komprehensif. Dan dalam jawapan yang diberikan tadi Yang Berhormat menyebut tentang Vincent Ong dan Seri Delima ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kerana saya masih ingat dalam DUN yang lepas Seri Delima memang ada membawa cadangan untuk membawa Vincent Ong kembali ke Pulau Pinang untuk mengadakan satu persembahan di Pulau Pinang dan cadangan ini telah pun direalisasikan pada bulan Mac tahun ini. Satu persembahan yang sangat amazing, menakjubkan, world-class performance (dengan izin). Justeru Seri Delima ingin bertanya dua (2) soalan. Nombor satu (1) adalah, bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu penglibatan anak muda dan pemuzik tempatan dalam acara pelancongan muzik. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mewujudkan mungkin satu (1) talent pool di mana kita dapatkan data-data bakat-bakat tersebut supaya mereka diadakan peluang untuk mengadakan persembahan dalam acara rasmi Pulau Pinang.
Dan kedua, berhubung dengan Dewan Sri Pinang yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, Seri Delima berasa amat gembira untuk mendengar bahawa RM50 juta peruntukan telah pun disediakan untuk kerja penaiktarafan ini. Seri Delima ingin bertanya bilakah projek ini akan dimulakan dan selepas dinaik taraf adakah Pulau Pinang bakal nampak satu Dewan Sri Pinang yang berkualiti, yang baru dan juga bertaraf antarabangsa, terima kasih.
Terima kasih kepada Seri Delima. Saya jawab tentang Dewan Sri Pinang ini dan peruntukan RM52 juta dan yang akan dipelopori atau spearhead oleh PDC. Lantikan perunding sedang dijalankan dan kita jangka pada hujung tahun ini ataupun awal tahun depan akan dimulakan naik taraf Dewan Sri Pinang. Dan of course seperti yang sebut tadi fokus utama juga ialah kepada dewan auditorium tersebut yang memenuhi, dipenuhi pelbagai acara rasmi, acara seni, budaya dan kita akan seperti mengambil maklum cadangan tersebut untuk menjadikan auditorium ini sesuatu yang moden dengan fasiliti audio visual yang memenuhi keperluan satu persembahan seni yang baik. Kerana sebelum ini seperti dimaklumkan sudah berusia melebihi lima dekad dan memang perlu juga sudah banyak peralatan juga tidak memenuhi keperluan zaman. Kita akan memastikan kali ini sekali dalam 50 tahun ini kita akan make sure dia sampai ke satu tahap yang memenuhi keperluan untuk persembahan seni dan kebudayaan.
Dan selain itu tentang penglibatan anak muda, Kerajaan Negeri melalui penganjuran pelbagai festival seperti tadi saya sebut George Town Festival, ada kita mengadakan request for proposal. Kalau kita kertas-kertas proposal daripada kumpulan seni muzik dan budaya yang lain dari Pulau Pinang, dari Malaysia dan juga antarabangsa. Mereka akan mengemukakan cadangan untuk penglibatan dalam George Town Festival, itu kemudian kita akan membuat pemilihan.
Apabila pemilihan tersebut selesai kita akan membuat pengumuman kumpulan mana yang akan dijemput untuk persembahan, dan setiap tahun George Town Festival menerima melebihi 200 permohonan seluruh dunia dan kita hanya mampu memuatkan mungkin 30 hingga 50 acara sahaja. Tetapi kita akan memastikan bahawa muzik juga akan dipersembahkan. Dan of course dalam pemilihan tersebut anak-anak muda boleh terlibat, kita memberikan satu (1) pentas kepada mereka untuk dalam George Town Festival dan festival-festival yang lain saya sebut tadi supaya mereka boleh menonjolkan bakat mereka dalam festival-festival yang kita anjurkan. Itulah jawapan saya.
Terima kasih. Bagan Dalam sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 21.
No.21 Adakah pendirian serta langkah Kerajaan Negeri isi rumah ibadat tanpa izin
di Pulau Pinang?
(a) Apakah dasar atau garis panduan sedia ada berkaitan perkara ini?
(b) Senaraikan jumlah kes yang dikenal pasti dan status penyelesaianya?
(c) Apakah pendekatan jangka panjang bagi memastikan keharmonian
antara kaum dan agama?
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Dalam tentang isu RIBI ya. Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil pendirian yang tegas, jelas dan berprinsip dalam menangani isu rumah ibadat bukan Islam tanpa izin di negeri ini. Jadi pendekatan yang diambil adalah berasaskan keseimbangan antara usaha menyelesaikan isu sedia ada secara berhemah dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang terus dipatuhi. Kerajaan Negeri menegaskan bahawa sebarang pembinaan baharu rumah ibadat tanpa kelulusan pihak berkuasa akan dikenakan tindakan penguatkuasaan selaras dengan dasar dan perundangan yang berkuatkuasa. Manakala bagi struktur RIBI sedia ada yang dibina tanpa kelulusan, Kerajaan Negeri mengamalkan pendekatan toleransi melalui proses pemutihan, penempatan semula atau penyediaan tapak alternatif yang bersesuaian tertakluk kepada kesesuaian teknikal dan ketersediaan tanah. Usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan penyelesaian yang lebih mampan, teratur serta mengelakkan isu yang sama berulang pada masa hadapan. Tempoh dan kaedah penyelesaian bagi setiap kes adalah tertakluk kepada merit kes masing-masing termasuk kesesuaian tapak serta hasil rundingan dengan pihak berkepentingan. Maka Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Pulau Pinang yang diselia oleh Unit RIBI, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang bagi memastikan setiap isu dapat ditangani secara menyeluruh, teratur dan berkesan.
Di samping itu, penyediaan tapak RIBI turut dijadikan syarat dalam setiap skim pembangunan baharu oleh pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kemudahan keagamaan dirancang secara lebih teratur, sah di sisi undang-undang dan selaras dengan pembangunan setempat. Pendekatan ini diharap dapat mengurangkan isu penempatan RIBI tanpa kebenaran di samping memelihara keharmonian masyarakat secara keseluruhan. Dalam menangani isu rumah ibadat tanpa izin, Kerajaan Negeri berpegang kepada peruntukan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] serta piawaian yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa PBT. Bagi MBPP, penyediaan tapak RIBI adalah berdasarkan garis panduan untuk penyediaan kemudahan masyarakat di kawasan pembangunan perumahan baru khususnya di bawah peruntukan berkaitan penyediaan tapak ibadat bukan Islam. Manakala bagi MBSP, pelaksanaan adalah berpandukan kepada garis panduan piawaian perumahan Majlis Bandaraya Seberang Perai yang turut mengambil kira keperluan penyediaan kemudahan masyarakat termasuk tapak RIBI dalam perancangan pembangunan perumahan.
Dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan, pihak berkuasa tempatan bertanggungjawab memastikan setiap pembangunan mematuhi pelan yang diluluskan serta boleh mengambil tindakan terhadap sebarang pembinaan tanpa kebenaran mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Bagi tujuan tersebut setiap permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan kepada pihak berkuasa tempatan untuk pertimbangan dan kelulusan. Pada masa yang sama, satu (1) usaha penyelarasan dan penambahbaikan garis panduan RIBI sedang giat dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan melalui kertas makluman cadangan kajian semula pelaksanaan RIBI dalam mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyokong penuh inisiatif ini serta telah menyalurkan input berkaitan khususnya dalam aspek pengurusan, permohonan tanah dan penguatkuasaan.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan terus memastikan perancangan dan pelaksanaan berkaitan RIBI dilaksanakan secara teratur, bersepadu dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta garis panduan yang berkuatkuasa. Berdasarkan semakan rekod JPBD Negeri Pulau Pinang sehingga Januari 2026, sebanyak 115 RIBI di kawasan MBPP dan 21 RIBI di kawasan MBSP telah dikenal pasti tidak mempunyai kelulusan pelan bangunan. Sehubungan itu, kes-kes berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan RIBI Pulau Pinang bagi tujuan penyelarasan keputusan serta penentuan tindakan lanjut terhadap pembangunan RIBI tersebut. C, Kerajaan Negeri melaksanakan pendekatan jangka panjang yang holistik bagi memastikan keharmonian antara kaum dan agama di Negeri Pulau Pinang.
Ianya merangkumi aspek tadbir urus RIBI serta pemerkasaan sosial masyarakat dan komuniti sejagat. Dari segi tadbir urus, bantuan kewangan melalui Tabung Amanah, Tabung Amanah dan peruntukan khas Rumah Ibadat Bukan Islam terus diperkukuhkan bagi tujuan penyelenggaraan, pembaikpulih dan keselamatan struktur rumah ibadat. Pada masa yang sama, sistem e-RIBI diperkasakan sebagai platform digital bagi mempercepatkan penyelarasan maklumat, memperkemas penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri dan pihak pengurusan RIBI. Sebarang isu berkaitan RIBI pula ditangani secara berhemah melalui Jawatankuasa Penyelarasan Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Pulau Pinang bagi memastikan penyelesaian yang adil dan saksama.
Selain itu, Harmonico turut bertindak sebagai pemangkin melalui pelaksanaan program strategik seperti Jelajah Harmoni yang menyasarkan golongan muda sebagai pelaburan jangka panjang dalam membina masyarakat celik budaya dan patriotik. Usaha ini diperkukuhkan lagi melalui sesi dialog antara agama bagi meningkatkan nilai empati dan persefahaman dalam komuniti. Secara keseluruhannya sinergi antara pengurusan hal ehwal Rumah Ibadat Bukan Islam yang efisien dan program kesedaran proaktif menjadi tunjang utama Kerajaan Negeri dalam melestarikan keharmonian antara kaum dan agama di Pulau Pinang. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas penjelasan tadi. Di sini saya ingin ketengahkan, kita sebagai wakil rakyat, tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, mesti sentiasa berhemah, bertanggungjawab dan mendengar keseluruhan kronologi sesuatu isu sebelum membuat kenyataan ataupun tuduhan yang tidak berasas. Isu rumah ibadat adalah satu (1) isu atau perkara yang sangat sensitif dan ia melibatkan kepercayaan, emosi masyarakat dan juga keharmonian antara kaum. Kenyataan yang dibuat secara terburu-buru tanpa fakta yang lengkap hanya akan mengeruhkan keadaan dan membuka ruang kepada manipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya di sini ingin berterima kasih kepada rakan-rakan pembangkang ada yang datang berjumpa dengan saya untuk berbincang tentang isu rumah ibadat di kawasan mereka. Itu cara way forward (dengan izin). Jadi soalan saya, adakah Kerajaan Negeri mempunyai satu jawatankuasa khas selain daripada jawatankuasa RIBI yang melibatkan PBT, Pejabat Tanah, agensi agama dan wakil komuniti bagi menangani isu rumah ibadat tanpa izin ini secara menyeluruh dan sistematik. Bukannya hanya secara ad hoc selepas timbul isu. Lagi satu, dalam masyarakat kini yang semakin sensitif terhadap isu agama dan perkauman, apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk memastikan penyelesaian rumah ibadat tanpa izin yang sengaja dipolitikkan atau dimanipulasi oleh mana-mana pihak sehingga mencetuskan ketegangan kaum serta menggugat keharmonian negeri. Dan yang terakhir, bolehkah Kerajaan Negeri memberikan komitmen bahawa setiap penyelesaian berkaitan rumah ibadat tanpa izin akan berasaskan prinsip keadilan, kemanusiaan, hormat antara agama dan keharmonian masyarakat. Bukannya dipengaruhi oleh tekanan politik, persepsi awam sementara atau sentimen semasa. Terima kasih.
Sudah ada jawapan?
Tiga soalan. Okay, terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Dalam yang begitu prihatin dan tentang isu Rumah Ibadat Bukan Islam. MMK Hal Ehwal Bukan Islam berperanan untuk melihat perkara RIBI secara menyeluruh, seperti yang tadi saya dah sebutkan dalam jawapan saya. Dan memang sudah ada Jawatankuasa Penyelarasan RIBI dan kita ada mekanisma.
Kita ada mekanisma untuk membincangkan, kita ada penyelarasan melibatkan semua pihaklah termasuk yang dimaksudkan Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, agensi berkaitan serta wakil komuniti mengikut keperluan sesuatu kes. Jadi, pendekatan ini bertujuan untuk memastikan setiap isu ditangani secara menyeluruh.
Kerajaan Negeri sentiasa menilai keperluan memperkukuh mekanisma sedia ada, supaya proses penyelesaian menjadi lebih sistematik, terus dan telus dan harmoni. Jadi, memastikan untuk memastikan isu RIBI tidak dipolitikkan atau dimanipulasi sehingga mencetus ketegangan kaum dan agama. Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan pendekatan sesi libat urus, berkomunikasi dengan berterusanlah dengan semua pihak yang berkepentingan. Dan Kerajaan Negeri juga menegaskan bahawa sebarang kenyataan, kenyataan atau tindakan yang boleh mengeruhkan keharmonian masyarakat perlu dielakkanlah.
Dan saya nampak, kita nampak banyak semua di sini memang kita hormatilah agama sama lain, agama yang, yang, yang, yang tidak walaupun kita ada kaum yang berlainan, agama yang berlainan. Saya rasa syukurlah di sini kita nampaklah wakil-wakil rakyat di sini, komuniti kita ini memang menghormati, saling menghormati walaupun memang ada isu yang, yang, yang itu.
Jadi, jadi kita akan adakan komuniti komunikasi berterusan dan jadi semua pihaklah digesa menghormati sensitiviti antara agama serta memberi ruang kepada proses perbincangan dan penyelesaian dilaksanakan secara matang dan bertanggungjawab.
Terima kasih Sungai Pinang.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Boleh?
Tak ada.
Satu saja.
Sudah tiga soalan.
Sikit saja Dato' Speaker, sikit saja.
Saya pun kena ikut peraturan mesyuarat.
Kita pun hadir untuk bermesyuarat.
Sila duduk.
Berbincang.
Sila duduk.
Dato' Speaker, Dato’ Speaker.
Sikit saja.
Ini topik panas, Dato’ Speaker.
Sikit ja, ada masa panjang. Ada sikit ja.
Kita bahas ucapan TYT.
Saya nak apa yang disampaikan.
TAT duduk. TAT.
Perai.
Telok Ayer Tawar duduk.
Satu Dato' Speaker.
Sudah. Bagan Jermal, saya silakan soalan yang seterusnya.
Dato' Seri Yang di-Pertua, soalan Bagan Jermal soalan nombor 22.
No.22 Selain daripada Perbadanan Pengurusan (MC) atau Badan Pengurusan
Bersama (JMB), adakah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB di MBSP dan
MBPP) boleh terus mengambil tindakan terhadap penghuni-penghuni yang
telah melakukan kesalahan dibawah Akta Hakmilik Strata 2013?
(a) Berapakah aduan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) yang telah
diterima dan berapakah tindakan yang telah diambil pada dua tahun
kebelakangan ini?
Terima kasih Bagan Jermal untuk soalan berkaitan dengan COB. Kerajaan Negeri ingin menjelaskan bahawa berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757], Jabatan Pesuruhjaya Bangunan iaitu COB di Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai secara umumnya tidak mempunyai kuasa, tidak mempunyai punca kuasa untuk mengambil tindakan secara langsung terhadap penghuni atau pemilik petak yang melakukan kesalahan.
Sebaliknya di bawah Seksyen 59(1)(a), tanggungjawab untuk menyenggarakan dan juga menguruskan dengan sepatutnya bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama dan menjaganya dalam keadaan yang baik dan pembaikan yang dapat digunakan adalah terletak pada Perbadanan Pengurusan iaitu MC (Management Committee) dan atau Badan Pengurusan Bersama JMB. JMB/MC juga bertanggungjawab dalam memastikan keadaan bangunan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk didiami.
Selanjutnya berdasarkan Seksyen 59(2)(g) dan Seksyen 70(2), JMB/MC boleh melalui satu ketetapan khas membuat undang-undang kecil tambahan atau membuat pindaan kepada undang-undang kecil tambahan itu, yang selaras dengan undang-undang kecil yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan dibuat di bawah Seksyen 150 bagi mengawal selia kawalan pengurusan, pentadbiran, penggunaan dan penikmatan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama termasuk juga semua atau mana-mana perkara yang berikut:
1. Langkah-langkah keselamatan dan perlindungan;
2. Butiran bagi mana-mana harta bersama yang penggunaannya dihadkan;
3. Pemeliharaan binatang peliharaan;
4. Tempat letak kereta;
5. Penutup lantai;
6. Kawalan sampah;
7. Tingkah laku;
8. Garis panduan seni bina dan landskap yang hendaklah dipatuhi oleh semua pemilik; dan
9. Pengenaan denda yang tidak melebihi RM200.00 terhadap mana-mana pihak ataupun mana-mana pemilik, penghuni atau jemputan yang melanggar mana-mana undang-undang kecil.
Sehubungan dengan itu, secara prinsipnya kuasa penguatkuasaan terhadap penghuni atau pemilik petak adalah terletak di bawah bidang kuasa JMB/MC, sama ada melalui penguatkuasaan undang-undang kecil sedia ada atau yang dipinda dari semasa ke semasa. Dalam keadaan tertentu, pihak JMB/MC turut mempunyai saluran perundangan untuk mengambil tindakan lanjut termasuk memfailkan tuntutan di TPS iaitu Tribunal Pengurusan Strata.
Justeru Kerajaan Negeri, menegaskan bahawa pihak kerajaan tempatan adalah terhad kepada fungsi pemantauan dan penyeliaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang. Manakala tanggungjawab pengurusan dan penguatkuasaan di peringkat bangunan iaitu di bangunan strata adalah dipikul sepenuhnya oleh JMB ataupun MC.
Tribunal Pengurusan Strata merupakan satu platform alternatif yang disediakan bagi mendengar pertikaian yang secara umumnya berkenaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama. Statistik pendaftaran dan penyelesaian kes di Tribunal Kos bagi kes tempoh dua tahun iaitu tahun 2024 sehingga 2026 adalah seperti berikut:
(i) Pada tahun 2024 jumlah pendaftaran 10,744 kes, dapat selesai 9,700;
(ii) Pada tahun 2025 yang daftar 12,226 yang dapat selesai 12,226;
(iii) Pada tahun 2026 sehingga Mac yang daftar 2,880 yang selesai 2,669.
Bilangan penyelesaian kes yang dikira adalah termasuk kes-kes yang didaftar dari tahun sebelumnya. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada jawapan yang begitu komprehensif daripada Yang Berhormat EXCO. Jadi, kita melihat kepada fungsi utama COB iaitu penyeliaan dan juga pemantauan. Jadi, kita boleh melihat perkembangan yang sangat pesat terutama skim bangunan berstrata di Negeri Pulau Pinang khususnya, saya rasa di pentadbiran MBPP.
Jadi adakah bilangan kakitangan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan ataupun COB di kedua-dua PBT ini mencukupi untuk menangani begitu banyak JMB ataupun MC? Dan selain itu, saya percaya semua di dewan ini juga ingin tahu apakah jenis peruntukan yang boleh dipohon daripada PBT ataupun melalui PBT yang boleh membantu JMB ataupun MC?
Dan jika boleh senaraikan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada JMB ataupun MC sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan tujuan kegunaan peruntukan tersebut. Terima kasih.
Dato' Speaker, boleh bagi jawapan?
Jawab dulu.
You nak.
Boleh jawab sekali. Boleh jawab sekali. Lebih kurang sama. Lebih kurang sama.
Ya, okay.
Soalan yang lebih kurang sama.
Nantilah, nanti nanti. Jawab dulu. Lebih kurang sama, mungkin sudah ada jawapan.
Tak apa, kalau tak dapat jawab mungkin Kebun Bunga boleh datang jumpa saya. Kita sama-sama bincang dan sama-sama selesaikan.
Untuk menjawab soalan tambahan yang berhubung dengan skim perumahan khususnya bagi bangunan strata yang begitu pesat, berdasarkan rekod yang sedia ada di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang merekodkan sebanyak 1,410 skim pemajuan strata yang melibatkan 253,107 petak.
Manakala bagi kawasan pentadbiran MBSP merekodkan sebanyak skim 1,191 skim pemajuan strata yang melibatkan 103,963 petak. Dan bagi tujuan pengurusan dan pemantauan skim strata di negeri Pulau Pinang, COB iaitu Jabatan Pesuruhjaya Bangunan di MBPP mempunyai 24 penjawatan dengan 21 daripadanya telah diisi manakala di COB di MBSP mempunyai 11 jawatan dan kesemuanya telah diisi.
Secara keseluruhannya, nisbah penjawatan sedia ada dengan jumlah skim pemajuan strata dan petak yang perlu diselia telah menunjukkan memang ada keperluan untuk buat penambahan di mana keperluan pengurusan semakin kompleks dan mencabar. Dan kita juga harap kalau boleh ada penambahan kakitangan, untuk kedua-dua PBT ini.
Walau bagaimanapun kedua-dua PBT, MBPP, MBSP sentiasa berusaha mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan penjawatan sedia ada bagi memastikan pengendalian aduan, pemantauan pengurusan skim pemajuan strata serta tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkesan dan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).
Untuk menjawab tentang jenis peruntukan di mana untuk makluman Dewan yang Mulia ini, saya rasa semua ambil berat tentang peruntukan khususnya untuk buat permohonan di bawah skim strata. Pihak JMB/MC boleh memohon peruntukan daripada Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) yang di bawah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui PBT dan juga Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Peratus Pulau Pinang iaitu TPM80PP yang di bawah Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.
Tujuan bagi kedua-dua tabung ini adalah, untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih sahaja. Ini termasuklah skop kerja seperti selenggara lif, mengecat semula, turapan jalan, membaiki bumbung, tangki air dan elektrik serta membaiki infrastruktur asas kemudahan awam yang melibatkan common property, khususnya saya percaya banyak flat-flat ataupun banyak pangsapuri low medium cost, low cost menghadapi masalah kerosakan lif, ini termasuk juga dalam kategori ini.
Walau bagaimanapun, bagi TPPM yang di bawah KPKT adalah untuk perumahan strata kos rendah dengan harga belian asal RM42,000.00 ke bawah dan sederhana rendah dengan harga belian asal RM42,001.00 sehingga RM80,000.00 swasta. Manakala TPM80PP yang di bawah Lembaga Perumahan Pulau Pinang adalah untuk bagi perumahan strata swasta dengan harga belian asal RM150,000.00 ke bawah.
Untuk makluman YB dan Dewan yang Mulia ini, jumlah peruntukan di bawah Lembaga Perumahan iaitu TPM80PP adalah sebanyak RM6.8 juta setiap tahun. Sekiranya Yang Berhormat Bagan Jermal berhasrat untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh menyemak dengan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.
Manakala peruntukan bagi TPPM di bawah KPKT, yang telah disalurkan melalui agensi pelaksana MBPP ataupun MBSP dari tahun 2023 adalah seperti berikut:
Sejumlah di pentadbiran MBPP:
(i) Tahun 2023 adalah RM4.06 juta;
(ii) Tahun 2000, sorry Tahun 2023 adalah RM4.06 juta;
(iii) Tahun 2024 adalah RM6.52 juta;
(iv) 2025 adalah RM8.38 juta
Di mana di pentadbiran MBSP adalah:
(i) Pada tahun 2023 adalah RM2.7 juta;
(ii) Tahun 2024 adalah RM9.925 juta;
(iii) Tahun 2025 adalah RM5.66 juta.
Di bawah pentadbiran MBSP. Saya juga ingin menyeru kepada semua wakil-wakil rakyat ataupun ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Mulia ini, kita faham khususnya di pentadbiran I mean kebanyakan di kawasan rumah pangsa low cost yang tidak ataupun tiada ada MC ataupun JMB. Saya ingin menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita bantu, bantu penduduk-penduduk yang asal berada di kawasan tersebut untuk mewujudkan satu MC. Boleh minta COB di bawah kedua-dua PBT untuk bantu supaya kita dapat wujudkan call up satu AGM, EGM supaya kita dapat menubuhkan satu MC. Kepada sesiapa yang ingin memohon TPPN harus melalui ataupun ataupun tabung penyelenggaraan harus melalui MC mereka. Kalau tanpa MC memang dia akan jadi satu kekangan untuk kita bantu mereka untuk buat permohonan. Terima kasih.
Terima kasih.
Soalan tambahan.
Pula ya. Kebun Bunga jawab.
Sat saya bagi peluang kepada Bagan Dalam.
Bagan Dalam.
Okey, terima kasih Yang Berhormat EXCO. Tentang isu yang dibawakan, dijelaskan oleh Yang Berhormat EXCO tadi tentang isu-isu pengurusan di kawasan perumahan kos rendah terutamanya. Kita sedar di mana banyak kawasan perumahan kos rendah tidak ada mereka yang mahu tampil untuk mengambil pengurusan JMB ataupun MC kerana ada isu bayaran maintenance yang tak dibayar, ada banyak isu-isu sosial di mana salah guna kawasan awam di bawah flat tersebut. Di kawasan saya khususnya di kawasan Taman Bagan, ada flat kos rendah yang sudah berusia lebih dari 30 tahun di mana MC nya kita faham kebanyakan penduduk yang duduk di sana adalah golongan B40. Jadi ada banyak salah laku yang berlaku. Jadi bila MC membawa isu ini kepada pihak COB, jawapan yang diberi ialah kita tidak cukup staf, so MC kena tangani hal ni dengan sendiri.
Jadi penjelasan yang diberikan oleh Yang Berhormat bahawa kawasan MBSP ada lebih kurang 1,100 perumahan strata di mana kita ada 11 anggota dari COB sahaja di kawasan itu. Jadi saya percaya Kerajaan Negeri harus membawa perkara ini kepada pengurusan untuk menggesa penambahan staf COB di kawasan MBSP khususnya dan juga tengok bagaimana COB dan PBT boleh membantu dalam penguatkuasaan kerana kalau tidak, isu ini akan dibawa kepada kami wakil rakyat dan kami tidak ada kuasa untuk membantu mereka. Walaupun saya membawa isu ada ada isu yang melibatkan criminal tetapi pihak polis kata isu yang berlaku dalam kawasan strata harus ditangani oleh pihak strata dan bila mereka pergi kepada COB, COB kata management harus mengambil tindakan sendiri. Jadi ini isu yang dialami oleh masyarakat di kos flat kos rendah khususnya golongan B40. Terima kasih.
Jawi.
Saya cuma nak apabila saya dengar Bagan Dalam kata berlakunya criminal case ha, polis kata bukan di luar kawalan mereka saya rasa Bagan Dalam harus check semula kepada semua kes criminal adalah di bawah PDRM. Jangan jangan nanti silap untuk satu anggapan yang yang silap saya rasa saya harap Bagan Dalam boleh buat semakan semula dengan PDRM dan untuk makluman memang penguatkuasa di bawah strata title iaitu di bawah pengurusan badan pengurusan bersama ataupun perbadanan pengurusan adalah berhaklah untuk melaporkan sesuatu dan at the end mereka boleh actually mereka boleh come up dengan house rules seperti apa yang saya katakan tadi iaitu pindaan Undang-Undang Kecil di dalam kawasan pentadbiran mereka. Contoh saya bagi contoh ada banyak kata kereta usang yang letak meletak merata-rata di kawasan strata.
Sebenarnya COB adalah satu badan di bawah pengurusan untuk lihat kesemua MC, MC. MC, Pesuruhan Badan Pengurusan bersama ataupun Perbadanan Pengurusan harus memainkan tanggungjawab supaya mereka adakan satu Peraturan Undang-Undang Kecil untuk ambil tindakan dan di sini jelas tadi saya dah kata dia boleh buat peraturan seperti apa yang saya nyatakan sembilan (9) kategori tersebut dan termasuk untuk buat pindaan dari semasa ke semasa untuk pengenaan denda, of course kita tidak harap ada pengenaan denda. Dan saya bukan sahaja di kawasan Bagan Dalam, di kawasan saya Jawi kita ada tujuh belas (17) untuk pangsapuri low cost memang ada banyak juga yang tidak ada MC.
Kita pun usaha sebagai wakil rakyat kita melalui COB untuk membantu mereka supaya kita dapat mengadakan satu mesyuarat AGM untuk mewujudkan satu Perbadanan Pengurusan bagi kawasan mereka. Saya harap ADUN-ADUN ataupun Ahli-ahli Mesyuarat ini memang satu masalah yang kita perlu menghadapi bukan kawasan Bagan Dalam saja saya percaya banyak kawasan yang ada memang ada low cost tetapi tidak ada wujudkan dengan MC.
Terima kasih. Penanti.
Sikit.
Sudah tiga lebih dari tiga.
Ada 100 kawasan strata dalam Seberang Perai, sikit ja.
Tak pa, tak pa yang ni Penanti sila.
Soalan saya nombor 23.
No.23 Apakah asas pertimbangan dalam meluluskan projek pembangunan di atas
tanah kerajaan Lot 642, Bandar Gelugor di Kawasan Bukit Gelugor dan
adakah kerajaan bersedia untuk membatalkan pembangunan tersebut
sekiranya didapati tidak selaras dengan kepentingan rakyat ataupun
pematuhan seperti perancangan guna tanah ataupun Economic Sustainability
Governance (ESG)?
23, sila.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Dato’ Seri Yang di-Pertua, izinkan saya jawab soalan ini bersama dengan semasa pembahasaan.
Ya, ada ada banyak soalan yang telah pun dibahas.
Ya regarding, ya.
Namun juga dalam soalan lisan. Kalau EXCO sudah jawab dalam soalan lisan harap ah kita boleh juga keluarkan daripada teks.
Terima kasih.
Melainkan bahagian-bahagian yang belum disentuh.
Saya akan take up di pembahasan penggulungan sayalah. Terima kasih. Tanah Lot 642 Bandar Gelugor merupakan tanah yang telah diserahkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri pada 15 haribulan Januari 2015 dengan syarat Kerajaan Negeri perlu membina sekurang-kurangnya 100 unit rumah penjawat awam. Bagi memastikan Kerajaan Negeri mendapat pulangan optimum daripada pembangunan tanah ini, Kerajaan Negeri ini telah menawarkan peluang pembangunan kepada kepada pemaju yang berminat melalui mekanisme RFP yang dilaksanakan oleh Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu CMI. Untuk makluman, permohonan kebenaran merancang bagi pembangunan ini telah dikemukakan oleh pihak pemaju. Selain itu, proses bantahan penduduk juga telah dilaksanakan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 dan garis panduan yang berkenaan. Sebanyak dua kali sesi pendengaran bantahan bagi cadangan pembangunan ini telah diadakan bagi meneliti setiap bantahan yang dikemukakan oleh penduduk di sekitar kawasan pembangunan tersebut.
Walau bagaimanapun, permohonan kebenaran merancang tersebut masih dalam peringkat pertimbangan MBPP dan belum diluluskan. Saya difaham dan dimaklum oleh MBPP kertas kerja ini akan dibentangkan dalam pada jawatankuasa OSC yang akan datang dalam bulan ini. Saya juga ambil maklum bahawa cadangan pembangunan bercampur di atas disebahagian Lot 642 Bandar Gelugor telah menarik perhatian beberapa ADUN khususnya ADUN kawasan Seri Delima dan termasuk ketua pembangkang kita Sungai Dua dan juga Penanti. Beberapa isu yang dibangkitkan seperti syarat Laporan Penilaian Impak Trafik iaitu (TIA), Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA), Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) yang Penanti tadi semasa itu nak nak bangkitkan, kesesakan lalu lintas, kemudahan asas, kehilangan kawasan hijau yang membimbangkan penduduk sekitar. Sedikit latar belakang bagi cadangan pembangunan ini saya ingin menerangkan sedikit latar belakang iaitu Jawatankuasa Perancang Negeri Bilangan 9/2025 pada 30 Oktober 2025 telah memutuskan bahawa pihak pemaju perlu merujuk pembangunan ini ke MPFN untuk mendapatkan nasihat mengikut peruntukan Subseksyen 22 (2A) Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 Akta 172 dan laporan TIA serta laporan SIA perlu disediakan.
Bagi syarat-syarat pembangunan umum seperti pembinaan kawasan lapang, infrastruktur, kemudahan asas perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MBPP dan agensi teknikal lain. Pihak pemaju pernah mengemukakan beberapa rayuan kepada Plan Malaysia Negeri Pulau Pinang termasuk pengecualian dirujuk ke MPFN namun Jawatankuasa Perancangan Negeri iaitu SPC Bilangan 2/2026 pada yang diadakan pada 20 haribulan Februari 2026 telah memutuskan untuk menolak rayuan tersebut disebabkan Kerajaan Negeri berpandangan bahawa cadangan pembangunan ini merupakan projek yang berimpak besar kepada masyarakat. Dengan itu cadangan pembangunan ini kekal perlu merujuk dan mendapat nasihat MPFN supaya memastikan ia dilaksanakan secara mampan dan seimbang.
Walau bagaimanapun, Plan Malaysia ibu pejabat berpandangan bahawa cadangan pembangunan ini tiada keperluan untuk dirujuk ke MPFN kerana tidak bersifat pembandaran baharu kerana melibatkan pembangunan perumahan secara menegak iaitu vertical di dalam satu kawasan yang berkeluasan 14.507 ekar sahaja dan kami Jabatan JPBD iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang kami telah menerima satu pucuk surat yang bertarikh 23 haribulan Februari 2026 daripada Jabatan Perancang Bandar dan Desa HQ mengatakan bahawa. Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini telah menyemak menyemak permohonan ini dan berpandangan bahawa permohonan ini tiada keperluan untuk dirujuk ke Majlis Perancangan Fizikal Negara kerana cadangan pemajuan ini tidak bersifat pembandaran baharu kerana melibatkan pembangunan perumahan secara menegak iaitu vertical di dalam satu kawasan yang berkeluasan 14.507 ekar. Inilah yang yang dikatakan Penanti kata mengapa tiada keperluan untuk merujuk ke MPFN.
Sebenarnya kita memang tolak rayuan daripada pemohon pemaju dan kita kemukakan kepada MPF, JPBD HQ di mana kita menerima surat untuk mengatakan bahawa memang tiada keperluan. Faham ha Penanti ya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan status Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar iaitu (EIA), Laporan Penilaian Impak Trafik (TIA), Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) dan lain-lain laporan bagi projek ini. Jawatankuasa Perancang Negeri Bilangan 9/2025 pada yang diletak yang diadakan pada 30 haribulan Oktober 2025 juga mensyaratkan laporan TIA, laporan RSA perlu RSA iaitu Laporan Audit Keselamatan Jalan Raya perlu disediakan untuk mengkaji aliran trafik. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, pihak pemaju telah mengemukakan laporan TIA kepada MBPP dan masih dalam penilaian manakala untuk laporan RSA iaitu road, road safety audit adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan masih dalam pertimbangan. Pembinaan laporan SIA juga adalah disyaratkan untuk penilaian kesan pembangunan terhadap komuniti dan kesejahteraan sosial penduduk di sekitar kawasan tersebut. Pihak Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan mengambil maklum terhadap suara dan hasrat penduduk sekitar sama ada melalui sesi pendengaran bantahan, surat memorandum yang saya juga terima pagi ini ataupun bantahan aman terhadap cadangan pembangunan ini.
Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, laporan SIA masih belum dikemukakan oleh pihak pemaju sebagai maklumat tambahan laporan SIA adalah dinilai di bawah adalah dinilai oleh Jawatankuasa Panel Penilaian Laporan (SIA) Negeri Pulau Pinang yang diurusetia oleh Plan Malaysia Pulau Pinang. Pembinaan laporan EIA adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar JAS dan pihak JAS berpandangan bahawa cadangan pembangunan ini adalah tidak tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling, aktiviti yang ditetapkan ataupun Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 2015 kerana ia tidak melibatkan kawasan pantai, tidak terletak di kawasan cerun serta tidak mempunyai kelulusan kurang daripada 50 hektar.
Walau bagaimanapun peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) iaitu AKAS 1974 dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya tanpa sebarang pengecualian perlu dipatuhi bagi memastikan aspek kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara. Secara kesimpulannya, Kerajaan Negeri melalui MBPP sentiasa meneliti setiap pandangan dan maklum balas yang diterima termasuk suara penduduk sekitar sebelum membuat sebarang keputusan. Kerajaan Negeri sentiasa komited memastikan setiap pembangunan yang dicadangkan akan dilaksanakan secara terancang, mampan dan mematuhi semua prinsip pembangunan, garis panduan serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Pada masa yang sama, sebarang cadangan pembangunan akan dinilai secara menyeluruh bagi memastikan ia memenuhi keperluan teknikal, menjaga kepentingan awam serta selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik dan pembangunan mampan demi kesejahteraan rakyat Negeri Pulau Pinang. Terima kasih.
Soalan tambahan. Tuan Speaker.
Jawapan panjang tak cukup lagi. Sila.
Ya, selaras dengan teguran ataupun nasihat daripada Tuan Yang Terutama hari Jumaat lepas mengenai pengurusan fizikal lebih berdisiplin dan kelestarian alam sekitar agar lebih terpelihara ya.
Jadi dalam soal projek ini, saya keliru sikit berkenaan dengan jawapan daripada Jabatan Alam Sekitar sebab saya sendiri secara peribadi baru kelmarin, kelmarin dulu, dua hari lepas, saya periksa dengan Jabatan Alam Sekitar mengatakan bahawa tiada rujukan, tiada ulasan yang diminta daripada jabatan tersebut. Mungkin kekeliruan itu yang disebut tadi itu saya tak tahulah sebab projek ini berimpak besar melebihi daripada 20,000 orang kemungkinan kepadatan penduduk walaupun ia tidak menjadi satu bandar raya ataupun satu majlis perbandaran tetapi kepadatan ini akan menyebabkan banyak masalah kalau tidak dinilai, tidak dibuat siasatan yang lebih awal terhadap semua perkara yang ada di situ.
Jadi soalan saya, apakah Kerajaan Negeri akan meneruskan projek ini walaupun tak diluluskan, belum lagi diluluskan eh YB, ya.
Sorry, ulang, ulang yang ayat yang terakhir itu, adakah Kerajaan Negeri.
Akan meluluskan, membantu untuk meluluskan projek ini.
Okey terima kasih Penanti. Segala kelulusan adalah tertakluk dengan syarat-syarat yang ditentukan dan saya buat masa kini saya tiada ada jawapan sebab seperti apa yang saya maklum, kertas ini ataupun permohonan kebenaran merancang ini akan dibentangkan dalam OSC, Jawatankuasa OSC di bawah pentadbiran MBPP yang akan datang pada hujung bulan ini.
So, kalau nak tanya saya lulus tak lulus, saya terpulang kepada kelulusan ataupun jawapan, keputusan bukan kelulusanlah. Saya kena bergantung keputusan di bawah Jawatankuasa OSC yang akan diadakan pada hujung bulan ini. So, untuk maklumat tambahan kepada Penanti, semua seperti apa yang saya telah berikan jawapan tersebut, di bawah Jawatankuasa OSC kita akan melihat keseluruhan, keseluruhan syarat-syarat, faktor-faktor untuk mempertimbangkan sama ada projek ini boleh dipertimbangkan atau tidak boleh dipertimbangkan. Terima kasih.
Sedikit, sedikit saja. Adakah pihak EXCO pasti yang OSC telah menghantar surat kepada DOE untuk meminta ulasan bagi projek ini, Jabatan Alam Sekitar.
Sudah reply tadi.
Saya sudah, saya sudah bagi maklumat. Kalau alam sekitar saya tak pasti, Penanti rujuk.
Pegawai yang mungkin yang tak sama.
Pegawai yang mana mungkin.
Maybe dia mungkin ada kekeliruan di situ sebab bila disebut Lot 642 di situ, dia ada dua projek. Satu projek di Coplexy apa.
Colexy.
Ha colexy, satu lagi di tempat yang kita bincangkan ini.
Saya akan selepas ini saya akan dapatkan jawapan untuk Penanti. Terima kasih.
Terima kasih, Seberang Jaya, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 24.
No.24 Apakah definisi dan kegunaan Tabung Kumpulan Wang Amanah Perumahan
Bumiputera Negeri Pulau Pinang?
(a) Jelaskan dengan terperinci, setiap penjualan tanah dan unit
perumahan, adakah diperuntukkan 100 peratus kepada pembeli
bumiputera?
(b) Terangkan perancangan terdekat dan terkini termasuk pembelian
tanah dan projek baharu.
(c) Jelaskan strategi jangka panjang memastikan kesinambungan
pemilikan perumahan bumiputera di Negeri Pulau Pinang.
Selamat pagi Dato' Seri Speaker dan rakan-rakan ADUN. Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Negeri Pulau Pinang yang lebih dikenali sebagai AAPBNPP, kod nombor 60048, vot dana nombor L448 ditubuhkan di bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957. AAPBNPP ini ditubuhkan dengan tujuan untuk mengakaunkan bayaran sumbangan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak-pihak lain untuk membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial atau hartanah lain khas untuk manfaat bumiputera di Negeri Pulau Pinang.
A, berdasarkan rekod Unit Kawalan Selia Perumahan dan Inspektorat, Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih urusan seliaan dan tadbir urus AAPBNPP pada 18 Mei 2023, hanya satu permohonan sahaja yang menggunakan pakai peruntukan AAPBNPP iaitu sebanyak RM80,000.00 bagi cadangan pembelian sebuah rumah kepada waris pendaki misi Everest 2023, Encik Muhammad Hawari bin Hashim, kakitangan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Ini adalah kakitangan muzium yang pergi mendaki Mount Everest dan tak pulang balik dan kita belikan rumah satu biji untuk keluarga dia ya.
Yang B, sehingga kini terdapat beberapa permohonan baharu untuk mengguna pakai peruntukan AAPBNPP bagi tujuan berkaitan seperti yang berikut satu, peruntukan sebanyak RM145 juta kepada Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pembelian sebanyak 763 unit Rumah MutiaraKu iaitu sebanyak 120 unit di Permatang Tok Kandu, Daerah Seberang Perai Tengah, 268 unit Rumah MutiaraKu di Bagan Lalang, Daerah Seberang Perai Utara dan 375 unit di Batu Maung, Daerah Barat Daya telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, MMK Bilangan 26/2025 pada 27 hari bulan Ogos 2025.
Kedua, peruntukan sebanyak RM30 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pemberian geran kepada rebat untuk rebat kepada penerima pajakan untuk 455 unit Rumah MutiaraKu kategori C3 dan 11 unit kedai pejabat di atas tanah wakaf milik MAINPP di Lot 60, Mukim 11, Daerah Barat Daya telah diluluskan dalam Mesyuarat MMKN Bilangan 36/2025 pada 17 Disember 2025.
Ketiga, peruntukan sebanyak RM13.9 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pembelian tanah di Lot 155 dan Lot 1,026, mukim 7, Seberang Perai Tengah bagi tujuan pembangunan sebanyak 750 unit Rumah MutiaraKu yang akan ditawarkan hanya kepada Bumiputera yang beragama Islam sahaja telah diluluskan dalam mesyuarat MMKN Bilangan 36/2025 pada tarikh 17 Disember 2025.
Keempat, peruntukan sebanyak RM2.5 juta untuk setahun kepada Wakaf Pulau Pinang bagi tujuan baik pulih dan selenggara unit rumah Bumiputera iaitu 500,000 bagi satu daerah telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Hartanah Bumiputera Negeri Pulau Pinang Bilangan 1 tahun 2026 pada 5 Januari 2026 dan akan diangkat ke Mesyuarat MMKN untuk pertimbangan dan kelulusan.
Dan kelima, peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pembelian sebanyak 40 unit Rumah MutiaraKu di projek Harbour View Residence, Seberang Perai Tengah yang akan ditawarkan kepada Bumiputera yang beragama Islam telah diperakukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Hartanah Bumiputera Negeri Pulau Pinang Bilangan 2 tahun 2026 pada 17 Mac 2026 dan akan diangkat ke Mesyuarat MMK untuk pertimbangan dan kelulusan.
C, bagi strategi jangka masa panjang dalam memastikan kesinambungan, sinambungan pemilik perumahan Bumiputera di Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri masih menguatkuasakan dasar kuota 30% perumahan Bumiputera serta memastikan ketersediaan untuk kediaman yang berkualiti pada harga mampu milik. Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang juga komited mengambil langkah yang strategik berkaitan pembangunan projek Rumah MutiaraKu Bumiputera dengan mengoptimumkan penggunaan dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Negeri Pulau Pinang bagi membiayai pembinaan di atas tanah pemilikan Kerajaan Negeri dan tanah-tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Selain itu, akses pemilikan turut diperluas melalui skim sewa beli iaitu RTO, Rent to Own bagi membantu golongan B40 Bumiputera yang mempunyai kekangan pembiayaan perbankan komersial. Usaha ini diperkukuhkan lagi dengan penyelenggaraan infrastruktur bagi memastikan kualiti hidup di kawasan penempatan Bumiputera sedia ada, sedia ada dan sentiasa terjaga melalui program penambahbaikan kemudahan komuniti secara berkala. Terima kasih.
Soalan tambahan Dato' Seri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Perai yang telah memberikan penjelasan berkenaan dengan penggunaan akaun amanah ini. Sepertimana yang telah saya bahaskan pada tahun 2023 dalam sidang ini berkenaan dengan pembangunan Malay Enclave di Silicon Island. Bersediakah Kerajaan Negeri sekiranya terdapat cadangan berkemungkinan daripada Majlis Pembangunan Bumiputera Negeri Pulau Pinang atau mana-mana pihak untuk, mungkin daripada Kerajaan Negeri sendiri untuk membangunkan Malay Enclave di dalam Silicon Island menggunakan akaun ini. Terima kasih.
Terima kasih Seberang Perai. Buat masa sekarang memang kita tidak ada cadangan sedetail itu lagi dan jika dikehendaki, kami akan teliti. Tapi memandangkan Malaysia adalah satu negara berbilang kaum yang duduk secara harmoni tak kira latar belakang, tak kira bangsa, tak kira agama, saya rasa kalau ini di implement dengan secara mengikut bangsa saya pun rasa tak berapa baguslah. Jika dikehendaki, kami akan teliti dan memastikan sama ada kita nak implement ke tidak ya.
Yang Berhormat, sedikit penjelasan. Saya antara wakil rakyat yang paling progresif, meraikan kesemua kepelbagaian bangsa dalam negara. Akan tetapi saya juga menjunjung Perlembagaan Negara yang mempertahankan hak Bumiputera, maka berhak untuk saya bertanya dan menyatakan dan minta Kerajaan Negeri nyatakan komitmen. Malay Enclave bukanlah keseluruhan kepada Silicon Island tersebut. Sepatutnya boleh dipertimbangkan untuk mewujudkan sebahagian daripada tanah dalam Silicon Island yang menjadi masa depan kebanggaan negeri kita berkemungkinannya untuk mewujudkan Malay Enclave ini menggunakan dana ini. Saya minta supaya Kerajaan Negeri bersediakah untuk pertimbangkan cadangan tersebut.
Terima kasih Seberang Perai, eh Seberang Jaya, neighbour saya dan kita selalu bekerjasama atas kepentingan rakyat kita. Okey, jika ada keperluan sedemikian, kami boleh teliti semulalah. Dia macam kebiasaan 30% hak Bumiputera itu memang ada dalam semua kemajuan. Kalau diperlukan, mungkin 30% itu boleh di centralize di satu tempat macam itulah. Kami tengok dulu macam mana, jika ada keperluan kami akan teliti. Sekian terima kasih.
Terima kasih Perai dan sorry isu ini nanti waktu penggulungan saya rasa tak perlulah ha. Sungai Bakap sila.
Terima kasih Dato' Seri Speaker. Soalan saya nombor 25.
No.25 Sejauh manakah perancangan Kerajaan Negeri menyediakan jalan alternatif
atau melebarkan jalan di Jalan Valdor-Tasek Junjong yang sesak serta
menjadi laluan utama lori tanah?
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Speaker dan juga Yang Berhormat Sungai Bakap. Kerajaan Negeri menyedari isu kesesakan dan peningkatan jumlah kenderaan berat di laluan Jalan Valdor, Tasek Junjung dan sebenarnya pelbagai inisiatif telah pun dirangka oleh Kerajaan Negeri bagi menangani perkara ini seperti berikut, yang pertamanya, pembinaan jalan pintasan baru yang menghubungkan kawasan pembangunan Hijauan Hills dengan Bandar Tasek Mutiara. Cadangan ini sedang dibina oleh Tetuan Palmington Sdn. Bhd. dan dijangka siap Jun 2026 malah ada kemungkinan boleh diawalkan pembukaan jalan tersebut pada minggu terakhir bulan ini. Dan jalan tersebut akan mempunyai gantry setinggi 2.8 meter untuk mengelak daripada kenderaan yang terlalu besar dan berat untuk menggunakan kawasan jalan perumahanlah. Pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Valdor dengan Jalan Hijauan Hills 1. Cadangan ini sedang dibina juga dan dijangka siap sama sekali dengan pembukaan jalan penghubung tadi. Ketiga, pelebaran Jalan Valdor hingga ROW jalan dari persimpangan Jalan Tasek hingga Dewan MPKK Tasek. Cadangan ini telah disyaratkan dalam KM Tetuan Asas Dunia Sdn. Bhd. dan pemaju perlu menyiapkan pelebaran jalan tersebut sebelum CCC dikeluarkan. Saya dimaklumkan sudah siaplah jalan ini.
Keempat, pelebaran, oh tak, yang ini belum siap. Yang dah siap, pelebaran jalan. Pelebaran Jalan Valdor kepada enam lorong dari persimpangan Jalan Hijauan Hills 2 hingga Mountain View Golf Resort. Cadangan ini juga telah disyaratkan pada pemaju Asas Dunia yang di mana yang ini sudah siap. Kelima, penaiktarafan persimpangan Jalan Valdor dengan Jalan Tasek. Cadangan ini juga disyaratkan dalam KM Tetuan Regalway Development Sdn. Bhd dan dijangka akan siap April 2027. Akhir sekali, cadangan pelebaran Jalan Valdor merangkumi jarak sepanjang 6.5 kilometer. Cadangan ini sedang dalam penelitian, malah semalam baru saya bincang dengan Yang Berhormat Bukit Tambun cara untuk membawa projek ini mungkin ke perhatian Kerajaan Persekutuan jugalah untuk mendapat bantuan sebab kos untuk membuat penaiktarafan jalan ini agak tinggi, lebih RM100 juta. Jadi mungkin kita tengok macam mana kita boleh dapat bantuan juga daripada Kerajaan Persekutuan. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan, Dato’ Seri Speaker. Untuk makluman Dewan yang Mulia, di kawasan Jalan Valdor ke Tasek dan Simpang Ampat ke Tasek penuh dengan kenderaan terutama di waktu puncak. Sehingga kesesakan 4 hingga 5 kilometer. Apa yang YB EXCO maklum tadi, kita difahamkan pada bulan Januari ini akan ada jalan alternatif yang lain untuk mengurang, bukan kita kata boleh 100 peratus, atleast 20 ke 30 peratus boleh mengurangkan kenderaan menghala ke simpang trafic light Tasek. Untuk makluman YB EXCO, baru-baru ini kita ada perjumpaan dengan pemaju iaitu Asas Dunia. Di situ akan bina dalam proses permohonan untuk bina kilang IKS sebanyak 71 unit. Dalam Social Impact Assessment, dimaklumkan tentang isu kesesakan yang sedia ada dah sesak. Jadi saya mohon pada YB EXCO untuk mempercepatkan proses pelebaran jalan. Kalau kita lihat pelebaran jalan dari Jit Sin, dia ada bottleneck di situ. Bottleneck sebelum sampai ke Kampung Tasik.
Jadi kalau kita tengok di Kampung Tasik ni, dia dah jadi sempit sebab faktor rumah dah dekat dengan jalan. So, proses pengambilan itu mungkin tidak sesuai, menjejaskan penduduk di sekitar itu. Saya mohon EXCO, adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai kajian trafik terkini, pelan jangka panjang dan pelan jangka pendek bagi mengatasi kesesakan yang memberi tekanan kepada penduduk, pengguna jalan dan warga emas? Sekadar itu tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan Negeri memang sedia maklum isu kesesakan di kawasan tersebut dan antara langkah yang telah saya sebut tadi, pelebaran jalan kepada enam lorong itu antara langkah yang kita syaratkan supaya boleh mengatasi isu bottleneck yang Yang Berhormat sebut. Dan selain daripada itu, cadangan pelebaran Jalan Valdor pun adalah satu usahalah yang kita cuba nak segerakan, tapi seperti saya sebut dia memerlukan dana yang begitu besar. Oleh itu, mungkin kita perlu bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang di mana, saudara Bukit Tambun, Yang Berhormat Bukit Tambun pun kita akan bekerjasamalah untuk berunding dengan Kementerian Ekonomi. Selain daripada itu, kajian trafik sebenarnya telah pun dibuat dua kali. Satu oleh Tetuan Parmington dan satu lagi oleh Tetuan Asas Dunia sebab bila kedua-duanya hendak membuat projek di kawasan tersebut kita telah syaratkan supaya kajian trafik secara menyeluruh dibuat di seluruh kawasan tersebut dan hasil daripada kajian itulah yang kita mensyaratkan dan meminta pemaju-pemaju membuat penaiktarafan dan sebagainyalah. Jadi boleh dikongsikan maklumat juga Yang Berhormat sekiranya perlu. Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan tambahan tentang pembukaan jalan baru antara Hijauan Hills ke Bandar Tasek Mutiara. Saya mohon kerjasama dari pihak EXCO agar semasa pembukaan proses pembukaan jalan alternatif itu, masa yang sama traffic light di situ perlu disegerakan, sama tempoh. Sebab baru-baru ini berlaku kemalangan sehingga kematianlah, ibu bapa pelajar Jit Sin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sedia maklum mengenai kemalangan yang telah berlaku dan sebenarnya yang kita sedang merancang adalah supaya jalan dan traffic light akan dibuka pada hari yang sama. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih dan saya hendak mohon Bukit Tengah, sila.
Terima kasih Dato’ Seri. Soalan saya, soalan nombor 26.
No.26 Bolehkah Kerajaan Negeri memperincikan elemen teras serta komponen
dasar utama yang akan dimasukkan dalam Kertas Putih dan Pelan Tindakan
Strategik berhubung Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC)
yang kini sedang disediakan oleh Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas
PIFC?
No.30 Penang International Financial Centre (PIFC).
(a) Terangkan garis masa dan milestone pelaksanaan PIFC agar
mampu menarik aliran modal global dan bukan sekadar aspirasi.
(b) Senaraikan nama syarikat atau pelabur yang telah komited dalam
pelaksanaan PIFC.
(c) Bagaimanakah PIFC berbeza dengan Kuala Lumpur atau Labuan
tanpa menjejaskan dasar nasional?
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya mohon keizinan Yang Berhormat untuk menjawab soalan 26 dari Bukit Tengah bersama dengan soalan 30 dari Yang Berhormat Machang Bubuk kerana menyentuh isu yang sama iaitu Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC). Ingin keizinan.
Dengan keizinan, sila.
Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang Mulia ini, tujuan penyediaan kertas putih adalah untuk menetapkan rasional strategik dan ekonomi serta hala tuju pembangunan Pusat Kewangan Antarabangsa Pulau Pinang (PIFC). Antara elemen utama yang akan diperincikan adalah kedudukan strategik Pulau Pinang sebagai hab kewangan dalam pasaran ASEAN. Pelan Tindakan Strategik pula memberi tumpuan kepada hala tuju pelaksanaan yang merangkumi langkah-langkah utama, garis masa serta keberkandungan kritikal bagi memastikan pelaksanaan yang tersusun dan berkesan.
Secara keseluruhannya, komponen dasar utama yang dirangka adalah seperti berikut, kerangka kawal selia dan tadbir urus iaitu memastikan pematuhan kepada piawaian antarabangsa serta amalan tadbir urus yang telus. Kedua, kerangka insentif menyediakan pakej galakan yang kompetitif bagi menarik pelaburan dan penyertaan institusi kewangan. Ketiga, infrastruktur dan inovasi memperkukuh prasarana fizikal dan digital bagi menyokong ekosistem kewangan moden. Keempat, modal insan dan daya huni membangunkan bakat tempatan serta menyediakan persekitaran yang kondusif untuk tenaga kerja berkemahiran dan kelima pendalaman pasaran dan pengkhususan iaitu memfokus kepada bidang kewangan terpilih selaras dengan kekuatan ekonomi Pulau Pinang.
Dan tentang garis masa atau milestone pelaksanaan PIFC melibatkan tiga fasa seperti berikut, Fasa satu, perancangan dan libat urus. Beberapa sesi libat urus telah dilaksanakan oleh Penang Institute bersama pihak-pihak yang terbabit yang melibatkan 200 pemain industri, profesional kewangan dan agensi-agensi kerajaan. Pada Mac 2025, Kerajaan Negeri secara rasmi telah kemukakan surat niat atau letter of intention kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berhubung hasrat penubuhan sebuah pusat kewangan antarabangsa di Pulau Pinang.
Pada masa yang sama, Penang Institute juga telah mengeluarkan penawaran kepada pihak berminat dalam membantu Kerajaan Negeri merealisasikan penubuhan PIFC. Selain itu, sesi libat urus bersama pihak berkuasa kawal seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan turut dilaksanakan.
Kedua, fasa kedua, pengstrukturan dan komitmen. Pada Jun 2025, kesemua permohonan Expression Of Interest atau EOI dijemput untuk membentangkan cadangan masing-masing kepada panel penilaian EOI yang diketuai oleh Penang Institute bagi tujuan penilaian dan pemilihan. Pada awalnya tiga pemaju telah kemukakan cadangan pembangunan PIFC yang menyeluruh. Bagi mengenal pasti komitmen ketiga-tiga pemaju tersebut, mereka telah diarahkan semula untuk memperincikan cadangan masing-masing termasuk struktur insentif, bidang tumpuan kewangan serta mengenal pasti rakan strategik atau anchor players. Selanjutnya pada Disember 2025, pemaju-pemaju tersebut turut diarahkan untuk mengadakan sesi libat urus strategik dengan rakan modal berpotensi bagi memastikan tahap komitmen pelaburan yang lebih kukuh. Susulan daripada usaha tersebut pada bulan Mac tahun 2026, inisiatif PIFC telah dibawa ke peringkat persekutuan dan saya menerima jawapan di Dewan Rakyat yang menekankan keperluan untuk membangunkan satu kerangka dasar PIFC yang komprehensif dan bersepadu bagi memastikan ia selari dengan ekosistem kewangan sedia ada serta jangka panjang Kerajaan Persekutuan. Perkembangan ini mencerminkan peralihan penting daripada peringkat perancangan dan komitmen industri kepada pengiktirafan dan penelitian di peringkat persekutuan sekaligus mengukuhkan kedudukan PIFC sebagai satu inisiatif yang sedang diperkasa secara berstruktur.
Dan ketiga fasa yang ketiga, penyediaan dasar dan pelaksanaan awal. Dalam fasa ini, ketiga-tiga pemaju yang kini dikenali sebagai rakan strategik bergabung untuk memohon penubuhan jawatankuasa pasukan petugas khas atau Special Task Force bagi menyelia pembangunan kerangka dasar yang merangkumi kertas putih, pelan strategik dan pelan tindakan yang akan disediakan oleh perunding yang dilantik melalui pembiayaan ketiga-tiga syarikat pemaju ini. Tujuan penubuhan jawatankuasa pasukan khas PIFC adalah untuk mempercepatkan penubuhan ekosistem kewangan melalui rangka kerja berstruktur. Penubuhan PIFC ini berasaskan pendekatan whole of state dengan mengintegrasi penggiat sektor awam dan swasta sebagai penggerak bagi menjayakan pembangunan PIFC.
Untuk makluman, berhubung dengan syarikat dan pelabur yang telah komited sebagai rakan strategik utama adalah seperti berikut, Eastern & Oriental (E&O) Berhad, IJM Corporation Berhad, Ideal Property melalui anak syarikat Queens Island Financial District atau QIFD.
Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, PIFC dibangunkan sebagai satu inisiatif pelengkap kepada ekosistem kewangan sedia ada di Malaysia. PIFC berhasrat mentransformasikan kekuatan ekonomi Pulau Pinang ke arah inovasi perkhidmatan kewangan sebagai tonggak ekonomi sekaligus bertindak sebagai pelengkap strategi kepada zon kewangan sedia ada di Johor, Kuala Lumpur dan Labuan. Sekian terima kasih.
Terima kasih, sila.
Terima kasih Dato’ Seri. Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas jawapan yang cukup lengkap. Kita dengar bahawa projek ini sudah tentu akan menjadi satu projek yang sangat penting untuk pembangunan Pulau Pinang dalam masa depan 20-30 tahun ke depan dan kita juga dengar tadi bahawa sekarang dalam perancangan untuk merangka dasar dan juga satu kertas putih dan kertas strategik untuk projek ini.
Jadi saya semalam dalam perbahasan saya telah pun mencadangkan sama ada kerajaan boleh mempertimbangkan sebagai sebahagian daripada PIFC untuk penubuhan dana pelabuhan Negeri Pulau Pinang atau pun satu syarikat pelaburan strategik Negeri Pulau Pinang bagi menggerakkan modal jangka panjang untuk pembangunan ekonomi masa Pulau Pinang, masa depan Pulau Pinang dan juga untuk tujuan melabur bersama dalam sektor-sektor strategik semikonduktor AI pembuatan maju, teknologi hijau dan sebagainya. Ini soalan pertama saya dan soalan seterusnya saya adalah sekiranya mekanisme sedemikian tidak dipertimbangkan, bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memastikan kekayaan dan modal yang dijana daripada PIFC akan memberi pulangan jangka masa panjang secara langsung kepada Pulau Pinang dan khususnya kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tengah kerana telah memberi satu cadangan yang amat perlu dipertimbangkan dan sememangnya saya menerima cadangan berkenaan dan sektor-sektor yang disebut oleh Yang Berhormat tadi memanglah sektor-sektor yang akan diberi tumpuan berlandaskan kepada kekuatan ekonomi Negeri Pulau Pinang termasuk semikonduktor, teknologi dan sebagainya. Jadi kita akan bercadang meminta konsultan yang dilantik itu untuk mengkaji cadangan Yang Berhormat secara khususnya untuk kaitkan dengan kertas putih dan pelan tindakan yang akan digubal dalam setelah perunding yang akan dilantik dalam satu dua minggu akan datang untuk menyiapkan kertas putih dan juga action plan berkenaan yang kita memberi masa lebih kurang 3-4 bulan untuk disiapkan dan saya memastikan cadangan Yang Berhormat akan ditimbang sekali.
Terima kasih.
Soalan tambahan. Ini ada satu.
Last.
Okey, terima kasih Dato’ Seri Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Saya tertarik dengan jawapan yang tadi diberikan oleh Ketua Menteri tadi iaitu pihak Kerajaan Negeri akan melantik konsultan. Bolehkah juga kita tahu berapa peruntukan yang akan sama ada apa peruntukan berapa yang akan diperuntukkan untuk mendapatkan perkhidmatan perunding ini.
Terima kasih atas soalan tambahan dari Yang Berhormat Machang Bubuk. Sebenarnya saya pun sudah jawab, pelantikan consultant dan pembiayaan adalah oleh syarikat-syarikat yang dipilih itulah. Tiga (3) buah syarikat akan mengkongsikan yuran pelantikan juruperunding sehingga hasilnya laporan yang ditetapkan itu.
Terima kasih. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk sesi soalan lisan telah pun tamat selaras dengan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, jawapan kepada soalan-soalan lisan yang telah dijawab sebentar tadi akan diletakkan di atas meja Ahli-ahli yang bertanya dan akan dimasukkan dalam penyata rasmi dan mungkin izinkan saya memberi sedikit pandangan di mana ada dalam sesi soal jawab, ada EXCO memilih untuk memberi jawapan yang panjang yang sepatutnya boleh dijawab pada sesi penggulungan. Kerana tindakan ini, telah mengambil masa dalam sesi soal jawab dan ramai Ahli Yang Berhormat menunggu giliran untuk kemukakan soalan-soalan memandangkan cuma dua kali dalam satu tahun mereka berpeluang kemukakan soalan dan saya dengar mereka pun minta sesi soal jawab dipanjangkan sehingga lima jam satu sesi. Itu menunjukkan begitu bertanggungjawab Ahli-ahli Yang Berhormat kita. Cadangan saya kalau sudah pun ada sesi penggulungan untuk jawapan-jawapan yang lebih terperinci maka gunakanlah sesi itu untuk memberi jawapan dan bukan menggunakan sesi soal jawab yang akan menafikan Ahli-ahli lain untuk kemukakan soalan. Walau apa pun, saya tak tunggu jawapan Yang Berhormat. Saya membawa usul di bawah Peraturan 6A(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan mohon supaya masa persidangan hari ini, 13 Mei 2026, 13 Mei tarikh yang keramat, dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang.
Terima kasih.
Saya mohon menyokong.
Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk kita melanjutkan tempoh masa persidangan hari ini, tarikh yang keramat, 13 Mei, hari Rabu, dilanjutkan sehingga jam 6.30 petang. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat yang setuju katakan setuju, ya?
Sesi Penggulungan
Ahli-ahli Dewan
Ya.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak setuju katakan tidak.
Maka kita semua setujulah untuk kita lanjutkan tempoh masa sehingga jam 6.30 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat, maka kita berada dalam sesi penggulungan atas usul ucapan terima kasih ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang yang telah berkenan menyampaikan ucapan kepada Dewan ini pada Mesyuarat Yang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang ke-15 tempoh hari, 8 Mei.
Maka saya sebelum kita mula sesi penggulungan, untuk makluman Dewan untuk hari ini saya berhasrat untuk kita dapatkan jam sedikit untuk henti rehat tengah hari nantilah dalam lingkungan satu jam, jam 1.00 nanti. Sila Yang Berhormat Bukit Tambun untuk mulakan penggulungan.
Terima kasih Dato’ Seri, salam sejahtera dan salam Penang2030. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan perasmian sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Ke-15.
Selepas dibisukan selama tiga hari dalam Dewan yang Mulia ini, kini sampai giliran saya untuk menggulung isu dan pertanyaan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan seperjuangan.
Dari Bukit Tambun ke KOMTAR, Singgah sebentar di Seri Delima, Sidang Dewan membuka bicara, Amanah rakyat digalas bersama.
Setelah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat dan seterusnya diamanahkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 6 Mac yang lalu dengan Portfolio Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat, tanggungjawab ini bukan sekadar untuk mendengar denyutan nadi rakyat atau menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan seperjuangan tetapi lebih utama memastikan setiap dasar, inisiatif dan tindakan kerajaan akan dilaksanakan secara berkesan, tersusun dan akhirnya diterjemahkan kepada manfaat yang nyata demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Pulau Pinang.
Perbahasan di Dewan yang Mulia ini bukan sekadar membuka ruang untuk menjawab persoalan atau isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat malah merupakan peluang kepada saya dan Kerajaan Negeri untuk meneliti setiap pandangan secara menyeluruh dan menterjemahkannya kepada penggubalan dasar dan tindakan penyelesaian yang lebih berkesan demi memperkukuhkan tadbir urus kerajaan, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memastikan pembangunan ekonomi Negeri Pulau Pinang terus berkembang mampan, inklusif dan berdaya tahan.
Saya akan mulakan dengan perdagangan antarabangsa. Ucapan TYT Tun turut menyentuh mengenai cabaran ekonomi global, ketidaktentuan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan dunia yang memberi kesan kepada perdagangan antarabangsa. Dalam keadaan ini, kerajaan Pulau Pinang perlu terus bergerak ke hadapan sebagai sebuah negeri perdagangan dan pelaburan yang berdaya tahan, progresif dan diyakini pelabur. Pulau Pinang telah berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM63.96 bilion pada tahun 2025 dengan pelaburan domestik berjumlah RM38.85 bilion dan RM25.1 bilion untuk pelaburan asing. Ini bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Bertam.
Dalam aspek perdagangan, jumlah dagangan negeri pada tahun 2025 mencecah RM956.37 bilion dengan nilai eksport sebanyak RM573.91 bilion dan import sejumlah RM382.46 bilion. Prestasi ini mengekalkan Pulau Pinang sebagai antara penyumbang utama eksport negara dengan sumbangan 35.7 peratus kepada keseluruhan eksport Malaysia.
Momentum ini diteruskan pada suku pertama tahun 2026 apabila jumlah dagangan negeri mencatat RM291.68 bilion melibatkan eksport sebanyak RM184.33 bilion dengan import RM107.36 bilion dengan lebihan dagangan mencecah RM76.97 bilion. Terima kasih data yang dikemukakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan MATRADE yang dipengerusikan oleh Bertam.
Sama-sama.
Lebihan dagangan yang besar ini mencerminkan daya tahan industri Pulau Pinang sebagai hab perdagangan dan pembuatan teknologi tinggi negara. Momentum pelaburan yang berdaya tahan dan pertumbuhan perdagangan yang kukuh telah memperkukuhkan kadar penyertaan tenaga kerja iaitu lingkungan umur bekerja ialah 15 hingga 64 tahun di Negeri Pulau Pinang bagi suku tahun pertama 2026 berada pada kadar 71.8 peratus iaitu kenaikan sedikit berbanding 71.6 peratus pada suku tahun keempat 2025. Manakala kadar pengangguran berada pada kadar 2.7 peratus di mana lebih rendah daripada kadar pengangguran negara iaitu 2.9 peratus.
Itu sahaja? Duduklah. (Gangguan) Okey, saya sahut apa yang disebut tadi memang peningkatan yang amat monumental daripada RM291 bilion, daripada RM213 bilion tahun yang sama dan waktu yang sama suku tahun pertama tahun 2025 dan ini menyebabkan bahawa Pulau Pinang menyumbang sekarang ke jumlah eksport negara bukan lagi 3 dalam 35% dan meningkat sampai 42%.
Saya minta supaya media boleh pick up juga benda ini. Tapi saya kata ia berkemungkinan disebabkan oleh front loading. Saya sebut semalam ya, mungkin kerana ada mereka, bila ada saja konflik mereka boleh. Tapi salah satu strategi yang digunakan di peringkat MATRADE yang boleh dikongsi adalah kita nak supaya kita memperlakukan kepelbagaian, mempelbagaikan destinasi eksport dan juga mempelbagaikan sumber-sumber negara yang, yang daripada sumber jalinan bekalan, rantaian bekalan global.
Contohnya, kalaulah di zon-zon yang dikatakan. Pertama, zon yang dikatakan non-conflict zone, Central Asia. All the "tan". Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Tajikistan dan Uzbekistan. Five countries ini. Keduanya, adalah di Afrika. Dan yang paling pentingnya adalah saya nak minta Yang Berhormat EXCO kalau boleh pertimbangkan di Pulau Pinang kerana port of discharge yang paling dekat dengan ASEAN di sebelah utara ini adalah Penang. Kalau kita boleh tengok dari segi ASEAN Trade Integration. Kita berdagang dengan ASEAN ini 95% datang daripada lima (5) negara saja. Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dengan Philippines. Manakala CLMV. Cambodia, Laos, Myanmar dan termasuk yang terbaharunya Timor-Leste, hanya less than 5%. Dan saya rasa ada peluang yang boleh diambil adalah terutamanya di Cambodia.
Cambodia dengan Penang Port tidak jauh. Cambodia sekarang mempunyai hubungan agak tegang dengan Thailand. The largest import source kepada Cambodia yang berpenduduk 19 juta ini adalah Thailand. Malahan, syarikat minyak daripada Thailand, PTT, kereta-kereta Cambodia sekarang tidak mahu masuk. Jadi ini sebenarnya peluang. This is the window of opportunity daripada Kerajaan Negeri. Jadi saya nak tanya apakah rancangan dan juga apakah Pulau Pinang di bawah EXCO Pelaburan yang ganteng, yang baru ni. Boleh melihat ini dan juga menjadikan ini sebagai salah satu strategi untuk meneruskan daya tahan ataupun the resilience of our exporters in Penang. Terima kasih.
Bukan senang EXCO Perdagangan membuat penggulungan di hadapan Mantan Menteri dan juga Pengerusi MATRADE. Saya akan teruskan dengan penggulungan saya.
Lawan tetap.
Lawan. Pertumbuhan. Sebenarnya saya bersetuju dengan Bertam. Eksport, destinasi eksport utama Pulau Pinang pada ketika ini adalah Amerika Syarikat, Hong Kong, China, Taiwan dan Singapura. Pencapaian ini membuktikan bahawa Pulau Pinang terus memainkan peranan penting sebagai antara pemacu utama ekonomi negara khususnya dalam sektor E&E teknologi maju. Kerajaan Negeri mengambil serius pelbagai cabaran ekonomi semasa, ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta tekanan ekonomi global.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat bersama MITI, MIDA, MATRADE dan agensi dalam negeri iaitu PDC dan InvestPenang serta seluruh pemain industri bagi memastikan Pulau Pinang terus kekal sebagai destinasi utama pelaburan berkualiti tinggi serta hab perdagangan yang kompetitif di rantau ini. Kerajaan Negeri juga akan terus memberi penekanan kepada pembangunan industri bernilai tinggi khususnya dalam semikonduktor, IC design dan juga ATE.
Dalam usaha memperkukuhkan ekosistem teknologi dan industri bernilai tinggi negeri, pelbagai program strategik terus dilaksanakan bersama SIRIM Berhad termasuk penganjuran Semikonduktor Ekspo Asia, program Pocket Talk MITI Wilayah Pulau Pinang. SIRIM juga meneruskan program Enhancing Avionic Design, Integration dan Certification Capability di Malaysia pada April yang lalu dan akan menganjurkan SMAX, iaitu Semikonduktor Ekspo Asia pada Julai 2026 bagi memperkukuhkan ekosistem industri semikonduktor, aeroangkasa dan teknologi maju di negeri ini.
Dalam masa yang sama, usaha memperkukuh pembangunan bakat tempatan, pemudah cara pelaburan, digitalisasi PKS serta pengukuhan ekosistem industri halal perdagangan antarabangsa akan terus diperkasa sejajar dengan keperluan ekonomi masa hadapan. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui PDC telah memperuntukkan 10 ekar tanah perindustrian bernilai RM40juta bagi pembangunan Penang ATE Campus. Ini mungkin akan dijelaskan dengan lebih teliti oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Untuk menjawab persoalan daripada beberapa Ahli-ahli Berhormat iaitu Batu Lancang, Air Itam dan Bukit Tengah yang turut membangkitkan cabaran ekonomi semasa melibatkan tekanan kos operasi terhadap PKS serta keperluan memperluaskan akses pembiayaan kepada usaha mikro dan PKS. PKS sememangnya merupakan tulang belakang ekonomi tempatan dan sumber pendapatan utama kepada ramai daripada rakyat di negeri ini. Sehubungan dengan itu, saya telah mengetengahkan tagline "Perdagangan Berdaya Tahan, Bantu Rakan Niaga". Lebih kepada projek Bantu Kawan, bukan Batu Kawan, Bantu Kawan. Yang berjaya akan membantu yang masih dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan.
Pelbagai inisiatif pembangunan keusahawanan akan terus diperkukuh termasuk pendigitalan PKS, peningkatan kapasiti usahawan, akses pasaran serta perluasan peluang perdagangan bagi memastikan pengusaha tempatan terus berdaya saing, berdaya tahan dan mampu berkembang secara mampan. Dalam perkara ini, pelbagai bentuk bantuan pembiayaan turut disediakan termasuk melalui Skim Pinjaman Harapan (SPH) yang dikendalikan oleh PDC bagi membantu usahawan mikro dan peniaga kecil mendapat akses modal perniagaan secara lebih mudah, teratur dan inklusif.
Sehingga 31 Mac 2026, seramai 4,570 peminjam telah menerima manfaat melalui Skim Pinjaman Harapan sejak diperkenalkan pada tahun 2009 melibatkan jumlah pinjaman melebihi RM35.58juta. Bagi tahun 2025 sahaja, seramai 200 penerima telah diluluskan dengan pembiayaan berjumlah RM3.55juta. Manakala, bagi tempoh Januari hingga 31 Mac 2026, seramai 54 penerima telah menerima pinjaman sejumlah RM889,000.00. Statistik ini membuktikan komitmen berterusan dalam membantu usahawan mikro, perusahaan kecil dan peniaga tempatan agar terus berdaya tahan serta mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif di peringkat akar umbi. Perkembangan ini juga turut disokong oleh data SSM, Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang menunjukkan sebanyak 23,986 perniagaan baru dan 4,027 syarikat. Syarikat ini bermaksud Sendirian Berhad telah didaftarkan di Pulau Pinang sepanjang tahun 2025, sekaligus mencerminkan tahap keyakinan komuniti perniagaan serta aktiviti ekonomi negeri yang terus berkembang positif.
Sehubungan itu, pelbagai kerjasama terus dipertingkat bersama agensi berkaitan, institusi kewangan dan pemain industri bagi membantu PKS tempatan mendapatkan akses kepada kemudahan pembiayaan, pengembangan pasaran dan pembangunan kapasiti perniagaan secara lebih menyeluruh. Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan inisiatif pembiayaan berjumlah RM100juta yang disifatkan sebagai nafas baharu kepada komuniti perniagaan. Dan bagi pihak pejabat EXCO, kami telah mengadakan dua (2) sesi kepada PKS untuk menerangkan tentang inisiatif ini dan telah disertai oleh Bank Rakyat, SSM dan juga SME Bank. Dalam usaha memperluaskan peluang perdagangan dan akses pasaran antarabangsa, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan MATRADE dalam menggalakkan penyertaan syarikat tempatan ke platform perdagangan global.
Sehubungan dengan itu, Kursus Pemerkasaan Eksport Agromakanan dan Keusahawanan Global (GLOBEX) siri kedua iaitu China telah dilaksanakan melalui kerjasama Penang Halal International dan FAMA pada 4 April yang lalu. Ini adalah kerjasama antara PHI, FAMA, MATRADE dan juga pejabat EXCO di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dalam masa yang sama, usaha memperkukuh ekosistem industri halal negeri turut diperkasakan.
Sehingga 30 April 2026, sejumlah 1,933 syarikat telah berjaya memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Dari aspek nilai eksport pula, Pulau Pinang merekodkan RM11.5bilion pada tahun 2023, RM20.5bilion pada tahun 2024 dan bagi dari Januari hingga Jun 2025, nilai eksport telah mencecah RM18.3bilion sekaligus mencerminkan potensi besar industri halal negeri dalam pasaran global. Menyentuh tentang persijilan halal, hari ini saya membawa belacan Pulau Aman. Saya pernah bertelagah dengan Telok Ayer Tawar satu tahun lebih lalu tentang belacan. Sebab pada masa itu, Telok Ayer Tawar memaklumkan bahawa kalau produk ini diproses oleh melayu sudah dianggap halal. Tetapi bagi saya itu masih tidak mencukupi. Semasa di Bukit Tambun saya tanya soalan. Semasa di tempat ini saya membantu mendapatkan persijilan halal untuk industri kecil dan sederhana di Pulau Aman. Setiap ADUN akan diterima seketul belacan nanti. Tolong ambil di luar dan saya.
Boleh buka.
Tunjukkan sijil halal yang ini.
Boleh tanya sikit.
Boleh.
Tadi disebut tadi pasal eksport halal daripada Pulau Pinang. Saya nak tanya data itu dapat daripada mana.
Ha.
Data itu dapat daripada.
PHI.
Saya rasa PHI kena double check sama ada daripada DOSM sebab DOSM merekodkan hanya RM4bilion. Keseluruhan eksport halal pada 2025 hanyalah RM69bilion. Cuma potensi di Pulau Pinang jauh lebih besar daripada Johor dengan Selangor yang sekarang ini berkedudukan nombor satu dengan nombor dua. Sebab apa, sebab kita satu-satunya negara, negeri yang mengeluarkan persijilan halal untuk medical devices. Kebanyakan yang nak guna kata segala ubat-ubatan dan segala devices untuk ini semuanya mempunyai persijilan halal di Pulau Pinang berbeza dengan yang lain.
Sebab itu saya cuma khuatir angka apa nama RM17bilion disebut tadi barangkali mungkin boleh cek dengan. Keduanya, amalan yang dibuat di PHI kalau boleh saya cadangkan selalunya dibuat PIHEC dibuat dalam model bermodelkan B to C. B to C ini maknanya Business to Consumer. Bila you buat B to C, angka-angka transaksi yang direkodkan akan jadi rendah sebab mereka hanya menjual saja waktu itu. Kebiasaannya kalau nak buat mana-mana ekspo dagangan, dia wajar dibuat melalui konsep B to B macam MIHAS. Sebab B to B barulah dia akan ada kondusif. Kalau MAHA, kita tengok ada 2 juta orang hadir tapi itu B to C, penjualan dia rendah, akhirnya. Tapi kalau MIHAS sampai mencatatkan RM6.5bilion sebab mereka datang itu ada business matching dan mereka tak boleh masuk melainkan trade visitors dan itu akan memberi conducive environment kepada orang kata usaha sama yang boleh dilakukan dan boleh melakukan lonjakan kepada eksport berbanding dengan model B to C.
Ya, Dato' Seri Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bertam. Memang saya bersetuju dengan Bertam, saya MMK Perdagangan Antarabangsa telah mengadakan mesyuarat pertama pada 24 April yang lalu dan semua kebanyakan ketua jabatan hadir bersama, termasuk Pengarah MITI, Timbalan Pengarah MIDA, CEO InvestPenang, Pengarah MATRADE Pulau Pinang, SIRIM, SSM semua hadir dan saya telah memohon mesyuarat untuk mewujudkan satu pangkalan data. Memang sebelum ini data daripada Kastam, DOSM, MIDA, MATRADE mempunyai perbezaan dari segi statistik atau angka yang hakiki. Oleh itu, memang saya menyahut seperti yang di usulkan oleh Machang Bubuk dan juga Batu Lancang tentang kepentingan untuk mewujudkan satu pangkalan data ini akan di bawah portfolio Perdagangan Antarabangsa.
Bukit Tambun, mohon mencelah. Nak tanyalah, belacan yang tunjuk tadi ni, eksport ke negara mana? Sebab apa nama ni biasanya yang makan-makan belacan ni orang belah kita saja (ketawa).
Sungai Dua, belacan ini kalau pergi ke UK memang ada. Saya pernah beli di UK dan pengilang adalah dari Machang Bubuk, Kilang dia ada Kawasan Perindustrian Ringan Permatang Tinggi. Sediakan belacan dia eksport ke United Kingdom. Saya pernah dapat lihat di Portsmouth dan Plymouth, UK. Yang Pulau Aman masih belum lagi dan juga belacan di Pantai Acheh, Balik Pulau dieksport ke Australia.
Bukit Tambun boleh eksport ke Mekah sebab orang pergi mengerjakan umrah, haji di sana boleh dapat bekalan belacan sana.
Ya, itu sebab Sungai Dua, sepanjang saya menjadi ADUN Bukit Tambun, saya memang memperjuangkan produk-produk tempatan walaupun diproses oleh kaum Melayu beragama Islam tetapi perlu memperoleh sijil pensijilan halal sebab itu saya pernah highlight apabila saya memberi belacan kepada kawan-kawan saya di Kuala Lumpur, dia tanya, "Goh, ini Cina buat atau Melayu buat?". So susah saya hendak menjawab. Untuk memudahkan cara, kita menggalakkan PKS kita memperoleh sijil halal.
Okey, cukup belacan (ketawa).
Dalam usaha memperluaskan perdagangan dan akses pasaran serantau terutamanya ASEAN, Medan Fair akan diadakan semula selepas berehat dua tahun iaitu bermula daripada 3 Julai hingga 2 Ogos. Hari ini pihak BPEN, wakil BPEN telah terbang ke Medan untuk kerja-kerja persiapan awal. Selain daripada penyertaan, pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus menjalinkan kerjasama strategik bersama NCIA iaitu Northern Corridor Implementation Authority agar untuk memperkukuhkan pembangunan pelaburan, teknologi, pembangunan bakat dan sosioekonomi negeri.
Daripada Perdagangan Antarabangsa, kini saya beralih ke Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Perkembangan ekonomi tidak akan memberi makna sepenuhnya sekiranya rakyat masih berhadapan tekanan kos sara hidup. Portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup amat penting dalam memastikan isu berkaitan harga barangan, bekalan serta kesejahteraan pengguna dapat ditangani secara lebih berfokus, tersusun dan berkesan demi kepentingan rakyat. Sehubungan dengan itu, mesyuarat MMK pada 18 Mac 2026 iaitu selepas 12 hari saya mengangkat sumpah, Jawatankuasa MMK Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah diwujudkan.
Berperanan sebagai platform penyelarasan strategik antara Kerajaan Negeri, agensi persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan serta pemain industri dalam menangani isu perdagangan domestik, kestabilan harga, bekalan barangan keperluan dan kebajikan pengguna secara lebih tersusun. Jawatankuasa ini telah mengadakan mesyuarat pertama pada 22 April yang lalu di mana telah dihadiri oleh Pengarah KPDN, FAMA, LPP, Jabatan Pertanian, DOSM, SSM, MyIPO dan juga MBSP, MBPP dan semua pejabat daerah untuk dan juga terlibat bersama pemain industri termasuk Persatuan Penjaja Pulau Pinang, Persatuan Penternak iaitu aquaculture dan juga persatuan yang berkaitan. Semua stakeholder ada. Yang Berhormat Bagan Dalam, Yang Berhormat Bayan Lepas juga turut hadir bersama.
Selaras dengan perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup ini, saya telah mengetengahkan tagline Perdagangan Sihat, Bekalan Mampan, Harga Berpatutan. Pelbagai usaha terus diperkukuhkan bagi memastikan kestabilan bekalan serta harga barangan keperluan rakyat di seluruh negeri. Dari aspek inflasi, kadar inflasi Pulau Pinang bagi tahun 2025 mencatat penurunan daripada 1.2 peratus berbanding 3 peratus pada tahun 2024. Bagi tempoh Januari hingga Mac 2026 pula, inflasi negeri berada antara 1.5 hingga 1.8 peratus. Ini menunjukkan keadaan harga pengguna yang agak stabil hasil kerjasama berterusan pelbagai agensi dalam memastikan kestabilan bekalan dan harga barangan. Berdasarkan kunjungan saya ke pasar awam, kedai-kedai runcit di desa, rangkaian pasar raya mini di taman-taman perumahan dan juga hypermarket-hypermarket.
Berdasarkan tinjauan saya, harga barangan adalah stabil dan terdapat trend penurunan bagi barangan makanan. Antaranya ialah seperti harga ayam bersih dalam sekitar kalau pada Hari Raya Puasa dalam sekitar RM7.25 kalau di Mydin Jalan Baru dan berbanding lebih kurang RM11.00 sekilogram pada tahun 2024. Bagi telur gred A, sepapan lebih kurang RM10.80 berbanding RM13.50 pada tahun 2024 dan di Balik Pulau baru-baru ini iaitu di TF Value di Jalan Air Putih, jualan hanya RM8.99 gred B sepapan. Harga tepung gandum pula menurun daripada harga purata RM4.70 kepada RM2.78. Daging lembu tempatan daripada RM46 kepada RM30 sekilogram. Ikan kembung, pada tahun 2024 lebih kurang RM20 sekilo, pada ketika ini lebih kurang RM10.90. Dalam masa yang sama harga minyak masak peket kekal stabil pada harga RM2.50 iaitu masih dalam harga kawalan, manakala gula putih kasar pula juga stabil pada harga RM2.85. Keadaan harga yang stabil ini dapat memastikan keperluan asas rakyat terus terjamin. Selain itu, harga bawang import dari India turut menunjukkan penurunan ketara daripada RM7.11 kepada RM3.86 sekilogram.
Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Pulau Pinang, FAMA serta semua agensi dan pihak berkaitan yang sentiasa bekerjasama dalam memastikan kestabilan bekalan, pemantauan harga dan kebajikan pengguna terus terjamin. Penghargaan ini diberikan kepada seluruh pegawai dan anggota yang sentiasa committed turun padang menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh negeri. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri terus mengambil inisiatif untuk membantu menstabilkan bekalan dan harga makanan melalui program-program seperti Jualan Rahmah Madani, Jualan Agro Madani, Menu Rahmah, program dan juga daripada jualan daripada FAMA. Contohnya, program Jualan Rahmah menawarkan barangan keperluan harian pada kadar 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran…
Bukit Tambun, boleh bagi laluan?
Boleh, Kebun Bunga.
Saya ucapkan terima kepada Bukit Tambun yang beritahu kita bahan-bahan mentah semua dalam price tu under control, dalam harga yang boleh kita terima. Tetapi persoalan saya kenapa end product dia, makanan itu berada di tahap harga yang sangat tinggi dan kadang-kadang di tahap harga yang melampaulah sehinggakan ramai yang tak nak keluar untuk makan termasuk di hawker center. Itu persoalan yang saya ingin pencerahan daripada Bukit Tambun.
Ya, memang pada Ahad yang lalu saya pergi ke Pasar Awam Valdor. Gerai jual telur gred B lebih kurang dalam sebiji RM0.35 sen. Di belakang mak cik yang jual telur ayam tu ialah pak cik yang jual nasi lemak, pak cik Melayu. Nasi lemak dia jual bagi orang-orang Cina di Kampung Valdor. Saya tanya, "Pak cik, berapa telur goreng?". Beliau maklumkan kepada saya RM1.50. Kalau di kedai makan restoran mungkin daripada RM2.00 hingga RM4.00. Di sini, saya ingin memaklumkan bahawa kalau kita beli telur RM0.30 sen hingga RM0.35 sen, kalau kita goreng sendiri dengan minyak masak yang berharga RM2.50 sekilogram tambah dengan gas, gas juga kita tak naik lagi, harga memang murah. Tetapi sebagai EXCO Perdagangan, saya tidak boleh menggalakkan semua orang beli di kedai runcit, pasar awam lepas tu balik rumah goreng sendiri. Macam mana dengan warung-warung, kedai-kedai makan untuk hidup, untuk berkembang? Ini terpulang kepada pilihan orang awam untuk memilih nak beli telur balik rumah goreng sendiri atau makan di kedai runcit, di restoran atau.
Tadi belacan sekarang telur pula.
Itu keadaan sebenar dan menyentuh tentang macam cili, cabai. Kita di harga ladang, harga siling lebih kurang RM4 tetapi hanya, mereka hanya dapat jual pada harga RM3.50, tetapi di pasar awam, kadang-kala mencecah sehingga RM15, dan bagi kos pengangkutan, lori yang mengangkut cili ini...
Okey, takpa... takpa. Rumuskan sudah.
Boleh... mendapat sub....
Cukup dengan telur…
...Mendapat subsidi diesel RM2.15.
Kalau saya tak tegur, nanti saya dinasihat pulak.
Tak...
...Sebab kena bagi jam yang lebih banyak.
...RM2.15 bererti dalam sini, kami juga telah dibincangkan dalam mesyuarat MMK KPDN dan kos sara hidup. Dan, saya Bukit Tambun sentiasa bekerjasama dengan Sungai Acheh untuk memastikan FAMA membeli barangan sayur-sayuran ini, cili, bendi, daripada pekebun pada harga lebih kurang RM5 dan jual dalam lingkungan bawah RM10. Kerjasama ini sentiasa diadakan, termasuk sentiasa ada jualan rahmah di dalam bangunan KOMTAR juga di tingkat tiga.
Bukit Tambun. Sikit.
Nak lagi?
Sikit-sikit.
Jangan telur sudah.
Terima kasih, Tuan Speaker. Pertama, saya nak sentuh pasal Jualan Rahmah, sebab tadi Bukit Tambun mention Jualan Rahmah. Harus saya akui bahawa harga Jualan Rahmah murahlah. Cuma jika harga murah disebabkan oleh jual dalam bentuk yang besar, kenapa pasar-pasar raya tak boleh jual dengan harga begitu? Kedua, berkaitan dengan tadilah, saya dapati banyak beberapa bulan lepas petani-petani di kampung ini dia ada bendi, dia takleh jual sebab harga yang diambil oleh peraih murah sangat. Padahal harga di pasar sangat tinggi. So bagaimana pihak EXCO dapat atasi perkara ini? Terima kasih.
Harga kalau Pinang Tunggal merujuk kepada Price Catcher, aplikasi Price Catcher oleh KPDN, kita memang ada perbezaan harga antara pasar awam, kedai runcit seperti Speedmart 99, hypermarket seperti TF Value, Lotus, dan juga kedai-kedai runcit. Baru-baru ini saya ke Balik Pulau, dua kedai runcit di sebelah SJKC Pulau Betong mereka jual telur dalam lingkungan RM10.50, apabila pergi ke Speedmart di Botanica, jual dalam RM9.25. Tetapi, apabila masuk ke TF Value adalah lebih kurang dalam RM8.99. Kalau kita beli bersebelahan dengan rumah kita, iaitu kedai runcit bersebelahan, harga memang tinggi sikit tetapi kita menjimatkan kos perjalanan, kos minyak. Tetapi apabila pergi ke Speedmart 99, you boleh menggunakan MySara dan pilihan adalah lebih. Apabila masuk ke hypermarket sebab mereka beli secara pukal dan mereka juga sentiasa mengadakan promosi.
Oleh itu, kadang-kala ada barang yang mereka tidak mengambil keuntungan cuma nak menarik pembeli untuk berkunjung ke hypermarket tersebut dan mengambil keuntungan bagi barangan-barangan yang lain. Itu sebab berlaku perbezaan harga, tetapi masih lagi dalam keadaan terkawal.
Maaf, maksud saya saya pernah beli bendi dekat petani sebabkan harga terlalu murah, padahal waktu yang sama di pasaran jual mahal. Saya bimbang ada pihak lain yang meraih keuntungan dengan tak beli, tunggu, itu maksud saya.
Ya... itu sebab...
...Pihak orang tengah la.
Ya, memang tadi seperti bendi, masalah bendi seperti masalah cabai. Kami telah highlight... (gangguan)... kami telah highlight dalam mesyuarat MMK KPDN dan kos sara hidup pada 22 April yang lalu. Kini, saya tengah berusaha dengan Yang Berhormat Sungai Acheh untuk menangani isu jurang perbezaan yang begitu besar itu.
Termasuk dengan bendi lah?
Ya?
Masuk dengan bendi juga lah?
Yes, bendi memang ada dan bendi, cabai, semua dari Pinang Tunggal. Saya yang membantu semua pekebun di Pinang Tunggal untuk mendapatkan permit khas untuk membeli diesel sebanyak 200 liter sehari.
Ini Dewan, ini bukan pasar.
Sebab itu masuk bagi tahu ADUN kita tahu apa yang berlaku.
Ya
Sebab itu saya cakap kelmarin, sepatutnya kita bagi tahu ADUN sebab kita alert.
Memang.
Cukuplah. Saya boleh hafal semua.
Ya... mengenai Jualan Rahmah iaitu kita pada tahun 2026 mensasarkan 1,440 siri program di 40 DUN dan sehingga 30 April 2026 sebanyak 962 siri program telah berjaya dilaksanakan dan pengguna juga digalakkan untuk menggunakan aplikasi Price Catcher seperti yang saya tunjukkan tadi iaitu semua boleh download apps ini yang menunjukkan harga barangan... di setiap outlet yang menjual barangan yang lebih kurang 480 barangan terpilih membolehkan pengguna menyemak harga premis berhampiran dalam radius 10 kilometer dari lokasi semasa supaya pengguna dapat berbelanja dengan lebih bijak dan jimat.
Yang Berhormat, berkenaan dengan Jualan Rahmah, mohon celah sikit. Kita semua faham di setiap KADUN kita ada Jualan Rahmah sebanyak tiga kali sebulan. Tapi baru-baru ini saya ada dengar berita kuota Jualan Rahmah itu akan diambil oleh beberapa agensi lain juga seperti Koperasi, Angkasa dan sebagainya. Adakah ini akan menjejaskan kuota yang diberikan kepada KADUN-KADUN kita ini? Saya nak minta penjelasan.
Untuk makluman Bagan Dalam, kuota ini tidak akan dikurangkan. Ini sejajar dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menambah siri program Jualan Rahmah. Jangan risau.
Boleh tambah?
Boleh... Bagan Dalam dalam MMK KPDN dan Kos Sara hidup diberi keutamaan. Di bawah portfolio Tanjong Bunga, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada aspek mobiliti dan kemudahan pengangkutan awam melalui penyediaan bas CAT sebagai inisiatif memudahkan pergerakan rakyat khususnya di kawasan tumpuan penduduk dan pelancongan. Berdasarkan data penumpang bagi tahun 2025, sebanyak 17,402,492 penumpang telah direkodkan. Ini mencerminkan tahap penggunaan yang tinggi serta keberkesanan pengangkutan awam sebagai medium pengangkutan utama rakyat di negeri ini. Tahniah kepada bahagian pengangkutan. Selain itu, pelaksanaan program Mutiara Foodbank...
Tadi yang menjadi penumpang kepada bas tu, adakah warganegara Malaysia ataupun warganegara Bangladesh ataupun warganegara luar?
Sungai Dua, saya akan minta Tanjung Bunga untuk menjawabnya. Selain daripada itu...
Ini saya pun saya teringat juga ni, dia pergerakan bas ni dia punya jajaran dia daripada mana? Sebab bagus juga kalau makna kawasan pelancongan ini maknanya dia sesak dari Tanjung ke Batu Ferringhi. Satu lagi ialah tang mana park, tempat parking kereta parkir untuk mereka nak naik bas ni sudah tentu depa parkir kereta mereka masuk ke pulau ini di mana parkir yang disediakan? Sebab apa kalau bas sahaja ada, parkir kereta yang masuk ini juga sangat penting.
Maklumat itu saya akan bekalkan kepada Sungai Dua sebentar tadi ada dengan saya sebab lengkap, setiap laluan bas. Selain daripada itu, pelaksanaan Program Mutiara Foodbank bersama Ahli Berhormat Sungai Pinang turut diteruskan sebagai jaringan sokongan makanan kepada golongan yang memerlukan. Sejak tahun 2017 sehingga kini program ini telah memberi manfaat kepada kira-kira 145,000 isi rumah dengan agihan makanan sejumlah 1.95 juta kilogram.
Pada masa yang sama, aspek sekuriti makanan melalui pendekatan jangka panjang turut diberikan perhatian bagi memastikan bekalan makanan kekal mampan dan berdaya tahan. Ini penting, berdasarkan tinjauan sepanjang dua bulan ini, sekiranya bekalan makanan mampan dan stabil harga juga akan berada pada paras berpatutan.
Oleh itu, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang terus memperkukuhkan usaha meningkatkan produktiviti tanaman makanan utama dengan sasaran peningkatan hasil buah-buahan kepada 12 tan sehektar, sayur-sayuran kepada 17.8 tan sehektar, padi kepada 10 tan sehektar. Dalam perkara ini saya akan bekerjasama rapat dengan Yang Berhormat Sungai Acheh untuk memastikan sekuriti makanan negeri dapat diperkukuhkan secara lebih menyeluruh, mampan dan berdaya tahan. Pengukuhan bekalan makanan yang lebih mampan dan berdaya tahan bukan sahaja mampu menjana pendapatan yang lebih stabil kepada pengusaha petani malah membantu menstabilkan harga makanan sekaligus mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, saya meneruskan dengan pemerkasaan ekonomi komuniti. Dalam memastikan manfaat pembangunan ekonomi dapat dirasai secara menyeluruh, pendekatan pembangunan komuniti dan pemerkasaan ekonomi akar umbi terus diberikan perhatian.
Sehubungan itu sebagai Ahli Lembaga PWDC, Bukit Tambun akan terus memperkukuh kerjasama bersama Sungai Pinang dalam memperluaskan penyertaan wanita dan komuniti melalui pelaksanaan program Sejati Madani di seluruh negeri. Program di bawah seliaan ICU Jabatan Perdana Menteri menyediakan geran sehingga maksimum RM100,000.00 bagi membantu komuniti melaksanakan projek ekonomi dan sosial berasaskan komuniti seperti pertanian, pelancongan komuniti, kitar semula, perusahaan kecil setempat. Bagi menjawab soalan, Bagan Jermal bagi pelaksanaan Program Sejati Madani yang melibatkan MPKK di negeri Pulau Pinang bagi tempoh 2024 hingga April 2026 adalah sebanyak 193 projek komuniti telah diluluskan melibatkan nilai geran keseluruhan melebihi RM18.1 juta. Daripada jumlah tersebut SPU merekodkan 62 projek: SPS (42), SPT (40), DTL (29), Barat Daya (20).
Antara projek MPKK yang berjaya dilaksanakan termasuk Projek Rock Melon MPKK Bandar Perda, Projek Drone Pertanian MPKK Kampung Terus, Projek Tanaman Cili Fertigasi MPKK Permatang Langsat, Projek Bot Pelancongan MPKK Pulau Aman dan Kampung Bagan Bukit Tambun serta beberapa projek kitaran semula dan perusahaan komuniti lain yang berjaya menjana ekonomi setempat dan memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam aktiviti ekonomi berasaskan masyarakat. Bukit Tambun di sini ingin merakamkan penghargaan kepada ICU Jabatan Perdana Menteri Pulau Pinang, pejabat-pejabat daerah dan tanah serta semua agensi berkaitan atas kerjasama dan komitmen dalam memastikan pelaksanaan program Sejati Madani dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memanfaatkan komuniti dan rakyat negeri Pulau Pinang.
Yang Berhormat, mohon celah. Okey, kita semua faham program Sejati Madani ini adalah satu program yang berimpak tinggi. Ianya secara tidak langsung memperkasakan MPKK kita dan seterusnya mereka dapat menyumbang kepada golongan B40 di kawasan mereka. Jadi saya tengok di semua daerah SPU antara yang tertinggi, dan saya ucapkan terima kasih kepada ICU sebab di bawah KADUN saya tujuh MPKK keseluruhannya mendapat manfaat daripada program ini.
Jadi, soalan saya, adakah ICU bercadang untuk meneruskan Program Sejati Madani ini kepada MPKK-MPKK yang berjaya menguruskannya dengan berhemah dan secara telus. Dan adakah akan ada penambahan dana? Sebab kita nampak program ini sangat membantu di peringkat akar umbi dan juga golongan B40. Terima kasih.
Untuk maklumat Bagan Dalam, bagi tahun 2026, masih lagi terdapat peruntukan untuk direbut dan carta tersebut saya telah WhatsApp kepada Bagan Dalam sebentar tadi. Jawapan telah diberi.
Mohon mencelah juga Yang Berhormat. Cuma di sini, memang program inisiatif ni memang satu inisiatif yang baguslah. Tetapi apa yang saya tekankan semalam tu adalah macam tatakelola dia apabila berlaku pertikaian ataupun pemantauan ke atas yang menerima Sejati MADANI ini.
Sebagai contohnya dalam pelaksanaan, ada yang kontraktor belum masih, sudah satu tahun, benda belum diterima lagi. Jadi, siapakah atau badan mana yang akan memantau semua isu-isu ini dan menyelesaikan isu ini? Dan juga kalau ada peralihan kepimpinan MPKK, Pengerusi, adakah ada satu agensi untuk memastikan peralihan itu memang transition dia smooth transition? Sebab bukan senang, sebab dia bukan satu registered company atau macam mana di mana dia tertakluk kepada perundangan yang sedia ada. Jadi, saya mintalah penerangan.
Bukit Tambun...
Nak habis dah.
Kalau program ini di bawah Kementerian, saya nilah... nak pastikan adakah Bukit Tambun boleh jawab atas platform sini dan jawapan ini adakah boleh diguna pakai? So, saya nasihat supaya kalau program ini program Persekutuan, jawab setakat yang mampu sudah.
Okey, terima kasih Dato’ Seri. Saya sebenarnya telah mempengerusikan Mesyuarat Sejati MADANI baru-baru ini yang pihak ICU telah membentangkan dengan begitu detail, dan slide presentation saya juga telah panjangkan kepada semua EXCO semalam.
Saya telah panjangkan dalam WhatsApp Group EXCO dan ada keratan yang berkaitan dengan Bagan Jermal. Saya telah sampaikan jawapan kepada Bagan Jermal tentang pemantauan tatakelola juga telah dibincangkan. Kita akan membuat satu keputusan sebelum saya menjawab kepada Bagan Jermal.
Yang Berhormat, sedikit lagi. Kita faham program Sejati MADANI ini untuk pemerkasaan komuniti, bukannya berdasarkan entiti perniagaan. Jadi, sedikit kekangan yang kita hadapi apabila program atau perniagaan yang dimulakan oleh MPKK tu beruntung, jadi mereka diwajibkan untuk daftar SSM.
Soalan saya, SSM didaftarkan di atas nama siapa? Takkan nama Pengerusi? Kalau Pengerusi itu golongan B40, hilanglah STR dia, kelayakan. Jadi apabila mereka nak ambil lesen pula dengan MBSP, SSM diwajibkan. Jadi ada ketirisan di sini. So, itu kena tengok.
Memang ini telah dibincangkan dan belum mendapat keputusan yang muktamad. Terima kasih kepada Bagan Jermal dan Bagan Dalam. Perkara ini telah dibincangkan tentang SSM, tentang lesen PBT memang dibincangkan dan ICU akan memberi jawapan dalam mesyuarat akan datang.
Dari Bukit Tambun ke Pematang Pauh, Singgah sebentar membeli rotan, Rakyat bersatu negeri pun teguh, Hidup aman dalam perpaduan.
Sebagai EXCO Perpaduan Masyarakat, saya mengambil maklum dan menyokong pandangan yang dibangkitkan oleh Seri Delima berhubung kepentingan mengekalkan keharmonian masyarakat majmuk, serta menolak sebarang cubaan memainkan sentimen perkauman, agama, dan kebencian yang boleh menggugat kestabilan negeri.
Hujan petang membawa pelangi, Pelangi muncul sekali sekala, Pemimpin negara terus disayangi, Berpadu rakyat hidup terbela.
Pergi ke pasar membawa raga, pergi bersama dengan Ikram, Perpaduan kaum terus terjaga.
Penghargaan terhadap tokoh yang berjasa kepada negeri dan negara perlu dilihat dalam semangat menghormati sumbangan serta sejarah pembangunan Pulau Pinang tanpa dipengaruhi sentimen perkauman atau kebencian.
Pulau Pinang dibina atas kekuatan masyarakat majmuk yang telah sekian lama hidup dalam semangat saling menghormati, bekerjasama, dan meraikan kepelbagaian sebagai asas kestabilan negeri.
Dari Bukit Tambun ke Sungai Dua, Singgah sebentar membeli ketupat, Kenali jiran eratkan semua, Peduli komuniti rakyat sepakat.
Inilah tagline saya iaitu 'Kenali Jiran, Peduli Komuniti' sebagai EXCO bagi Portfolio Perpaduan Masyarakat.
Sidang Dewan yang saya hormati, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan peranan komuniti setempat melalui kerjasama erat bersama lebih 527 KRT dan 375 MPKK, serta rangkaian Skim Rondaan Sukarela yang ada di Negeri Pulau Pinang. Kekuatan jaringan komuniti ini amat penting dalam memastikan agenda perpaduan, keselamatan komuniti, dan kesejahteraan rakyat dapat terus diperkasakan secara berkesan di peringkat akar umbi. Dalam masa yang sama, aspek penyertaan belia, wanita, serta penglibatan masyarakat pelbagai kaum dalam struktur komuniti akan terus diberi perhatian supaya agenda perpaduan dapat dilaksanakan secara lebih inklusif, menyeluruh, dan berdaya tahan.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan terus menyokong pelbagai program dan aktiviti berteraskan perpaduan masyarakat bagi memastikan semangat keharmonian yang dinikmati hari ini akan terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk program Irama Perpaduan yang diadakan di Sungai Ara, program Ikatan Syawal bersama kawasan Rukun Tetangga SPS di Sungai Kecil, serta program Menu Sihat Perpaduan peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Seberang Perai Tengah. Ini telah berjaya menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum, agama, dan latar belakang dalam suasana harmoni, inklusif, dan penuh semangat kebersamaan.
Oleh yang demikian, Bukit Tambun mengajak sidang hadirin untuk hadir bersama dalam Program 'Unity Walk' yang akan diadakan pada 6 September tahun 2026 akan datang ini. Sidang Dewan yang dimuliakan, penganjuran program-program seperti ini bukan saja mengeratkan hubungan antara komuniti malah menyemai nilai toleransi, semangat muhibah, dan rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan rakyat negeri ini melalui penglibatan masyarakat secara langsung. Kerajaan Negeri percaya bahawa perpaduan tidak seharusnya hanya dizahirkan ketika sambutan perayaan atau program rasmi semata-mata, sebaliknya terus dipupuk sebagai budaya hidup harian demi memastikan Pulau Pinang kekal aman, stabil, dan bersatu padu.
Seterusnya, izinkan saya menyentuh secara ringkas berhubung portfolio Yang Berhormat Batu Maung merangkumi pendidikan dan pendidikan tinggi. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar SPM tahun 2025 atas pencapaian yang membanggakan. Seramai 750 pelajar daripada 17,933 calon SPM di Negeri Pulau Pinang berjaya memperolehi keputusan semua A, termasuk 25 calon yang mendapat semua A+.
Batu Tambun, Bukit Tambun, sebelum ke portfolio lain, boleh tak portfolio…
Sudah masuk portfolio…
…Perpaduan. Terlalu cepat Bukit Tambun.
Satu jam lebih lagi cepat.
Berkenaan dengan MPKK. Kita hargai sumbangan MPKK sebagai frontliner Kerajaan Negeri. So, saya nak tanya juga, bolehkah Kerajaan Negeri membeli sama ada insurans ataupun SOCSO kepada MPKK? Sepanjang beberapa tahun ni memang MPKK mereka buat kerja secara sukarela tetapi tak ada protections kepada diri mereka terutama pada waktu malam.
Soalan kedua saya ialah, sebelum ni Pengerusi, Setiausaha, ataupun Bendahari kalau tak silap saya, diberi pengiktirafan kad untuk masuk ke KOMTAR. Mereka tak perlu melalui saringan tetapi sejak kebelakangan ini mereka tak dibekalkan lagi tags yang boleh menggambarkan identiti mereka sebagai kakitangan Kerajaan Negeri. Itu permintaan saya kepada Bukit Tambun sebagai EXCO Perpaduan yang baru.
Untuk maklumat Kebun Bunga, sebenarnya insurans bagi semua MPKK baru saja dilanjutkan dan pihak saya juga tengah berurusan dengan pejabat Ketua Menteri mengenai SOCSO. Dan mengenai kad masuk ke KOMTAR, saya perlu berbincang dengan Dato’ Seri SS (Setiausaha Kerajaan Negeri) untuk mendapat pandangan daripada beliau.
Mengenai berbalik kepada pendidikan, secara keseluruhannya pencapaian yang layak mendapat sijil adalah 92.26 peratus. Kerajaan Negeri terus komited memperkukuh pembangunan pendidikan sebagai asas kemajuan negeri melalui pendekatan pendidikan bersepadu yang berteraskan konsep integrasi keilmuan selaras dengan keperluan semasa yang semakin dinamik.
Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Berhormat Pulau Betong berhubung penyediaan kemasukan murid tahun satu (1) pada umur enam tahun bagi sesi akademik 2027, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai penyelarasan bersama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Daerah, dan pihak sekolah. Antara pendekatan yang dikenalpasti termasuk pembinaan bilik darjah tambahan melibatkan 35 sekolah, tukar fungsi dan naik taraf bilik darjah melibatkan 45 sekolah, penggunaan bilik darjah sedia ada di 52 sekolah, pengoperasian dua sesi di 17 sekolah, serta penyuraian murid ke sekolah sekitar melibatkan 18 buah sekolah.
Berdasarkan status semasa permohonan murid tahun satu di Pulau Pinang sehingga 15 April tahun 2026, sebanyak 22,103 permohonan telah direkodkan melibatkan 18,385 murid yang akan berusia tujuh tahun, 3,717 yang berumur enam tahun, dan termasuk seorang murid yang hanya akan berumur lima tahun iaitu yang lahir pada 1 Januari 2022. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang juga telah memohon peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi pelaksanaan kerja-kerja ubah suai, penyediaan perabot, serta kelengkapan bilik darjah yang terlibat.
Dalam masa yang sama, aspek kesiapsiagaan guru telah diberi perhatian termasuk penyelarasan keperluan penjawatan guru berdasarkan unjuran kemasukan murid dan bilangan kelas yang akan dibuka. Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Bukit Tambun, Boleh sikit?
Boleh, Batu Uban.
Terima kasih. Bukit Tambun. Saya tertarik dengan data yang diberikan oleh Bukit Tambun berkenaan dengan pelajar yang mendapat 10A dalam SPM, sama ada A+, A, ataupun A-.
Tetapi daripada soalan bertulis saya, saya juga dimaklumkan bahawa jumlah murid yang tidak layak mendapat sijil SPM Negeri Pulau Pinang pada tahun 2025 adalah seramai 1,388 orang iaitu 7.74 peratus. Pertanyaan saya sama ada apakah langkah ataupun usaha Kerajaan Negeri supaya membantu mereka yang tidak layak menerima sijil SPM ini? Kerana kita tahu kita tidak boleh hanya membiarkan mereka saja kerana sekiranya kita membiarkan mereka, mereka tidak ada satu masa depan yang cerah. Maka saya minta juga kita memberikan tumpuan khususnya kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat sijil SPM ini. Terima kasih.
Untuk makluman Batu Uban, sebelum ini Bukit Tambun telah menyediakan peluang kepada murid-murid sedemikian dalam WCOE iaitu di Batu Kawan iaitu untuk murid-murid lepasan SPM yang hanya perlu memiliki kefahaman dalam Inggeris, Bahasa Malaysia dan Matematik untuk menyertai program TVET yang selama 10 bulan sahaja. Selepas 10 bulan boleh bekerja di kilang-kilang di sekitar Batu Kawan. Dan untuk program WCOE ini saya dimaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri akan memberi penjelasan yang lebih terperinci dalam penggulungan beliau. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kurikulum baharu 2027, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang turut mengadakan bengkel pengenalan kurikulum prasekolah 2026 melibatkan tadika swasta di bawah seliaan jabatan. Dalam perkara ini juga kerajaan mengambil pendekatan fleksibel kerana tiada syarat wajib ditetapkan kepada murid berumur 6 tahun untuk mendaftar ke tahun 1 bagi sesi 2027.
Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Sungai Dua berkenaan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. Untuk makluman Sungai Dua, Sekolah Kebangsaan SK Sungai Dua ini merupakan sekolah lama yang tidak dilengkapi kemudahan lay-by bagi urusan penghantaran dan pengambilan murid berbeza dengan reka bentuk sekolah-sekolah baharu. Sekolah tersebut pada ketika ini memiliki 87 guru dan 992 murid sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah kenderaan terutama pada waktu puncak. Kekangan tersebut menyebabkan sebahagian waris terpaksa memberhentikan kenderaan di bahu jalan sekali gus menjejaskan kelancaran trafik serta aspek keselamatan murid di kawasan sekitar sekolah.
Sebenarnya pihak JKR telah menyiapkan pembinaan laluan pejalan kaki di hadapan kawasan sekolah pada tahun 2025 bagi memastikan murid dapat bergerak dengan lebih selamat dan selesa. Projek tersebut dilaksanakan menggunakan peruntukan ICU. Pada masa yang sama, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 untuk membiayai pengambilan balik tanah bagi menyediakan laluan masuk sekolah yang lebih sistematik serta pembinaan kawasan lay-by khas untuk urusan menurun dan mengambil murid secara lebih teratur dan selamat. Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat.
(Mencelah) Bukit Tambun, minta mencelah sikit. Boleh?
Sungai Dua ni. Sungai Dua atau Telok Ayer Tawar?
Telok Ayer Tawar. Pasal sekolah. Okey, apa yang Tambun cakap tadi untuk lalu-lalang sekolah dan juga keluar masuk ke sekolah. Rata-rata kita tengok sekolah dalam Pulau Pinang, kebanyakan tersesak di pinggir-pinggir jalan bila nak ambil anak sekolah dan hantar anak sekolah di waktu pagi. Saya tak silap saya tahun 2001 atau tahun 2000 di Telok Ayer Tawar berlaku apabila pemandu kereta melanggar sebaris murid sekolah. Masa itu Piala Dunia kut dia kata dia tengok bola. Kejadian ni dah berlalu lama, tapi sampai 2026 banyak kali kita berbangkit di dalam Dewan, alternatif dia tidak tercapai, SOP tak tercapai sampai hari ini mungkin satu (1), dua (2) buah sekolah. Saya tengok hari ini di Sungai Dua dan juga di Telok Ayer Tawar begitu bahaya. Saya tengok tunggu ni di pinggir jalan dengan lori kontena lalu, inilah satu keselamatan pada kanak-kanak kita harus, Kerajaan Negeri harus tengoklah. Terima kasih, Tambun.
Ya, Telok Ayer Tawar. Kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan akan bekerjasama dengan JKR dan JPN untuk membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih kondusif, selamat dan selesa demi manfaat murid, waris serta komuniti setempat.
Menyentuh berkaitan portfolio pembangunan koperasi di bawah Yang Berhormat Batu Maung. Sektor koperasi di negara ini telah berkembang lebih 100 tahun dan kini muncul sebagai penyumbang ketiga terbesar kepada pertumbuhan ekonomi selepas sektor awam dan swasta. Perkembangan ini membuktikan peranan koperasi amat signifikan dalam memperkukuh sosioekonomi masyarakat khususnya melalui pembekalan barangan dan perkhidmatan kepada anggota serta komuniti setempat. Sehingga Disember 2025, Pulau Pinang merekodkan sebanyak 819 koperasi berdaftar dengan keanggotaan seramai 171,713 orang serta nilai perolehan mencecah RM849 juta... RM848 juta. Selain itu, jumlah aset koperasi direkodkan sebanyak RM1.29 bilion manakala syer dan yuran anggota berjumlah RM411.7 juta. Pencapaian ini jelas menggambarkan potensi besar sektor koperasi sebagai pemacu ekonomi rakyat yang inklusif dan mampan.
Dalam usaha memperkukuh pembangunan gerakan koperasi di negeri ini, Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Pulau Pinang telah melaksanakan sesi libat urus strategik bersama pihak berkepentingan bagi membincangkan hala tuju serta cabaran semasa. Antara langkah yang diambil termasuk penyediaan bimbingan perakaunan melalui Program Bantuan Penyediaan Akaun Koperasi (PAKAR) serta pelaksanaan bengkel pemulihan koperasi tidak aktif bagi membantu koperasi kembali beroperasi secara lebih tersusun dan berdaya saing. Bagi membantu gerakan koperasi menghadapi cabaran semasa termasuk peningkatan kos operasi, pelbagai program bantuan pembangunan perniagaan terus dirancang dan dilaksanakan kepada koperasi yang layak selaras dengan keperluan semasa.
Kerajaan juga komited memperkukuhkan sektor ini dengan melalui pemberian subsidi kepada koperasi yang menjalankan aktiviti jualan barangan runcit serta penglibatan dalam Program Jualan Madani. Inisiatif ini membolehkan barangan keperluan ditawarkan kepada harga lebih berpatutan sekali gus membantu meringankan kos sara hidup masyarakat di samping meningkatkan jualan serta memperkukuhkan peranan dalam komuniti.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, rakan-rakan seperjuangan, sidang hadirin sekalian. Saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas ucapan perasmian yang menjadi panduan penting kepada seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri dalam meneruskan agenda pembangunan Pulau Pinang. Bukit Tambun juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan, Ketua-ketua Jabatan dari Agensi Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga pemain industri serta seluruh rakyat Pulau Pinang yang sentiasa memberikan kerjasama, komitmen dan sokongan dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.
Bukit Tambun juga ingin merakamkan penghargaan kepada warga pendidik sempena Sambutan Hari Guru yang akan disambut pada Sabtu ini, 16 Mei. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan para guru amat besar dalam membentuk modal insan, mendidik generasi masa hadapan serta melahirkan rakyat yang berilmu dan berdaya saing demi masa depan Pulau Pinang dan negara. Saya akan, Bukit Tambun akan terus bekerja sebaik mungkin demi memastikan pembangunan ekonomi negeri dapat diseimbangkan dengan kesejahteraan rakyat serta perpaduan masyarakat. Bukit Tambun percaya kekuatan sebenar Pulau Pinang bukan hanya terletak pada angka pelaburan dan pertumbuhan ekonomi semata-mata, tetapi pada kemampuan kita memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai dengan adil oleh setiap warga Pulau Pinang dalam suasana negeri yang aman, stabil dan bersatu padu.
Ke Komtar singgah sebentar, Singgah membeli buah delima, Terima kasih atas bicara yang mekar, Amanah dipikul dengan sebaiknya.
Sekian terima kasih, Bukit Tambun menyokong.
Terima kasih Bukit Tambun dan saya hendak persilakan Perai, sila. Perai ya.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, Yang Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri II, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, tuan-tuan dan puan-puan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita sekali lagi diberi kesempatan untuk berhimpun dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Yang Ke-15 bagi melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam membincangkan serta menyelesaikan perkara-perkara berkepentingan awam demi kesejahteraan, kemakmuran dan kemajuan rakyat Negeri Pulau Pinang.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menerajui Portfolio Perumahan dan Alam Sekitar. Amanah ini membuka ruang kepada saya bersama jabatan serta agensi di bawah portfolio ini untuk terus memperkukuh sistem perumahan negeri di samping memastikan agenda pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar dilaksanakan secara lebih sistematik, mampan dan berkesan demi kepentingan rakyat serta generasi akan datang.
Seterusnya izinlah saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan menyentuh isu-isu berkaitan perumahan diikuti aspek alam sekitar yang merupakan antara fokus utama dalam agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Pulau Pinang oleh Kerajaan Pulau Pinang.
Untuk perumahan, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Speaker. Satu, selaras dengan visi Penang2030, Kerajaan Negeri telah menggariskan sasaran menyediakan sebanyak 220,000 unit Rumah MutiaraKu dalam agenda Penang2030 di bawah sasaran pertama. Sehingga tarikh berakhir 30 April 2026, sebanyak 176,457 unit bersamaan 80.21% telah dicapai dengan pecahan 61,171 unit telah siap dibina, 35,170 unit sedang dibina dan 80,116 unit dalam perancangan.
Isu pembekalan Rumah MutiaraKu. Kedua, seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua dan Yang Berhormat Bagan Dalam berkaitan pembekalan Rumah MutiaraKu, Kerajaan Negeri sedang memantau pemaju-pemaju yang sepatutnya membekalkan baki 80,116 unit Rumah MutiaraKu yang masih dalam peringkat perancangan. Yang ketiga, melalui garis panduan yang berkuat kuasa, Kerajaan Negeri mewajibkan mana-mana pemaju perumahan yang melebihi 150 unit bagi kawasan pembangunan atau 100 unit bagi luar kawasan pembangunan untuk menyediakan kuota 30% unit Rumah MutiaraKu kategori A dan juga ataupun B. Keempat, dasar ini bertujuan memastikan peningkatan bekalan rumah kos rendah dan sederhana rendah dalam setiap projek, sekaligus mengawal pembangunan agar tidak hanya berasaskan keuntungan semata-mata serta mengelakkan lambakan unit mewah yang tidak mampu dimiliki rakyat.
Sebagaimana perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam, isu penyediaan unit pematuhan tersebut yang dipatuhi melalui bayaran sumbangan tidak menyediakan unit pematuhan secara fizikal pada dasar antara RM100,000 hingga RM120,000, di mana dia tidak setara dengan kos pembinaan semasa iaitu antara RM150,000 hingga RM160,000. Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini dan sentiasa mengkaji penambahbaikan kepada perkara tersebut.
Mohon izin Dato’ Seri. Boleh mencelah?
Boleh, boleh. Habis dulu. bahagian rumah dulu ha, kemudian saya buka. Kelima, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam supaya mekanisma pelaksanaan pematuhan ini secara hibrid di mana unit pematuhan secara fizikal wajib dibina dengan peratusan tertentu dan baki unit tersebut boleh dibuat bayaran. Bermakna sebahagiannya pematuhan unit dan sebahagiannya boleh dibayar.
Keenam, bagi merangsang lebih banyak bekalan, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan garis panduan pembangunan 100 peratus rumah MutiaraKU yang menawarkan insentif khas kepada pemaju termasuk pengurangan caj pemajuan, caj infrastruktur serta peningkatan nisbah plot sehingga 1 ke 4. Usaha konkrit ini memperkukuh melalui peranan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang dalam membangunkan tanah-tanah kerajaan secara strategik dan mengoptimumkan kepadatan melalui skim pembangunan semula perumahan awam lama seperti yang dilaksanakan di kawasan Bagan.
Kemampuan pemilikan rumah. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Speaker, yang ketujuh menyahut isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua berkaitan pembekalan perumahan mampu milik, Kerajaan Negeri amat cakna akan kesukaran golongan belia untuk memiliki kediaman sendiri akibat kenaikan kos perumahan yang tidak seiring dengan pendapatan. Bagi merapatkan jurang antara tahap kemampuan dengan harga pasaran, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan pelbagai kategori perumahan bermula daripada Rumah Mutiaraku kategori A harga RM42,000 sehingga Rumah Mutiaraku kategori C harganya maksimum RM300,000. Yang kelapan, di samping itu Kerajaan Negeri amat memahami bahawa kekangan pembiayaan adalah hambatan utama bagi golongan muda. Oleh itu, bagi belia yang menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank komersial, Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang menyediakan skim sewa beli iaitu (Rent-to-Own) yang memberi peluang kepada mereka untuk memiliki rumah selepas tempoh sewaan tertentu. Penawaran skim sewa beli (Rent-to-Own) ini merangkumi kategori rumah mampu milik yang bermula dengan harga serendah RM42,000.
Langkah-langkah holistik ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan akses kepada kediaman kekal inklusif dan lestari, khususnya dalam memperkasa masa depan golongan belia. Ini juga bermakna melalui program sewa beli, jika seseorang itu pilih untuk beli melalui sewa beli, dia cuma bayar dua (2) bulan deposit dan satu (1) bulan sewa semasa, dengan deposit api dan air sejumlah lebih kurang RM1,000 dan selepas itu setiap bulan pembeli itu cuma diperlukan untuk bayar RM250 untuk tempoh 15 tahun dan kemudiannya rumah itu akan jadi milik penghuni di rumah itu. Yang kesembilan, selain daripada produk jual beli konvensional, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang turut menyediakan kaedah alternatif penyewaan atau pemilikan rumah bagi memastikan rakyat Pulau Pinang tidak terpinggir. Ini merangkumi penyediaan unit melalui program Perumahan Rakyat iaitu (PPR) dan rumah sewa Kerajaan Negeri, serta penawaran unit secara skim sewa beli, mengambil kira keluhan rakyat mengenai kesukaran mendapat pinjaman bank akibat daripada debt service ratio yang tinggi seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Dua.
Kerajaan Negeri komited untuk melaksanakan perolehan sekitar 1,000 unit Rumah Mutiaraku. Unit-unit ini akan ditawarkan semula melalui skim sewa beli, sekaligus merupakan satu solusi tuntas dalam membantu meningkatkan kadar pemilikan rumah, khususnya bagi golongan yang menghadapi kekangan pembiayaan perbankan. Yang ke-10, inisiatif ini juga merupakan serampang dua mata dalam memberi faedah kepada rakyat Pulau Pinang di mana skim ini bukan hanya untuk pemohon yang tidak berjaya mendapatkan pembiayaan bank sahaja, namun juga bertujuan untuk ditawarkan kepada pemilik struktur tidak sah di atas tanah-tanah hak milik persendirian. Ini juga bermakna apabila seseorang pemaju itu membangun sebidang tanah, dia dikehendaki membekalkan 30 peratus sebagai unit pematuhan, dan jika unit-unit pematuhan itu berharga kurang daripada RM100,000, Lembaga Perumahan akan beli semua unit itu dan jual balik kepada pembeli melalui skim RTO.
Bermakna pembeli itu tidak perlu pergi ke bank untuk pinjam pinjaman. Ini adalah untuk orang-orang yang layak dalam kategori itu, bermakna jika RM42,000 bermakna jumlah pendapatan tidaklah melebihi RM2,500. So, pembeli tidak perlu risau bahawa tidak boleh dapat pinjaman bank ataupun tidak ada duit deposit untuk membeli rumah. Saya bagi laluan kepada YB.
Dato’ Seri, saya nak tahu berapa jumlah pemilikan rumah Mutiaraku dalam golongan belia yang berumur 35 tahun ke bawah. Sekiranya ada data tu. Terima kasih.
Memang statistik tu saya tidak ada, tetapi sejak saya mengambil tugasan sebagai EXCO Perumahan, saya rasa banyak, lebih dari 50% adalah kategori itu. Saya tidak ada angka dia tetapi setiap kali saya serahkan surat tawaran, sentiasanya anak muda yang datang terima. Anak muda yang dah kahwinlah, bukan bujang. Anak muda yang dah berkeluarga, kebiasaan adalah kategori 35 ke bawah dan mungkin ke atas itu dalam 40 ke 50%.
Dato’ Seri, YB Perai, mohon mencelah. Okey, saya tertarik dengan maklumat yang diberikan iaitu dalam perancangan rumah mampu milik, kita ada lebih kurang 80,000 unit lagi. Saya kurang pasti sama ada ianya unit kos rendah atau sederhana rendah. Namun kita harus sebagai Kerajaan Negeri untuk follow up ataupun menggesa pemaju-pemaju yang masih berhutang dengan Kerajaan Negeri dalam skim perumahan kos rendah mahupun kos sederhana rendah untuk mereka memberikan satu perancangan khusus, bilakah mereka akan bina dan sebagainya. Sebab dari dulu lagi beberapa tahun saya tengok ianya masih dalam angka lagi, tak diterjemahkan dalam unit rumah atau bangunan yang kita boleh nampak rakyat kita masih menunggu rumah kos rendah dan sederhana rendah. Ada setengah-setengah kawasan di mana ada banyak kawasan rumah kampung setinggan dan sebagainya tetapi tidak ada pembinaan rumah kos rendah atau sederhana rendah. So, kawasan-kawasan ini harus dikenal pasti dengan proaktif oleh Lembaga Perumahan supaya kita dapat membawa satu perancangan perumahan yang lebih konsisten untuk masyarakat kita di Pulau Pinang.
Dan yang keduanya, saya percaya isu lama iaitu kelulusan lama yang masih diperbaharui untuk rumah-rumah kos rendah di mana 4 unit rumah akan mendapat satu lot parking itu tidak akan berterusan lagi, di mana saya percaya ada dasar baru, jadi kita tidak akan ada isu perlambakan kereta di luar bangunan-bangunan kos rendah dan seterusnya menjadi masalah wakil rakyat tempatan dan juga Kerajaan Negeri. Dan saya mengalu-alukan skim rent-to-own sewa beli (RTO), tetapi apa yang saya risau dari dasar penguatkuasaan (enforcement) kita kepada ketidakpatuhan pembayaran ansuran bulanan.
Sebab kita sudah ada isu ini, kita sudah ada pengalaman di rumah PPR di mana mereka tinggal begitu lama dari bapa kepada anak macam jadi rumah keluarga, dan bila kita tahu mereka tidak lagi mematuhi garis panduan bila kita panggil mereka mengosongkan, mereka tidak mahu mengosongkan. Dan kalau kita tengok rumah PPR di Pulau Pinang sekarang mahupun disebelah pulau ataupun seberang, parking tak cukup.
Saya hairan rumah PPR untuk masyarakat yang miskin dengan sewa RM100, tetapi lot parking di rumah PPR tidak mencukupi dan hairannya saya tengok ada kereta-kereta mewah lagi parking di parking lot rumah PPR. So, ini satu perkara yang harus diberi perhatian segera. Dan kalau kita tidak ambil satu mekanisma penguatkuasaan yang lebih tegas, isu ini akan berlarutan ke skim rent-to-own juga, skim sewa beli juga di mana mereka tak perlu ambil pinjaman (loan), hanya bayar cagaran 2 bulan sahaja. Tetapi bila mereka gagal membayar nanti, isu ini akan berlarutan dan masyarakat atau rakyat yang perlukan rumah betul-betul nanti tak akan dapat rumah dan bebanan Lembaga Perumahan Negeri akan bertambah sebab rumah-rumah ini dibeli dengan cash oleh Lembaga Perumahan Negeri dan tabung mereka akan berkurangan. Saya mohon pandangan dan juga teguran.
Terima kasih YB Bagan Dalam. Berlapis-lapis soalan tadi. Yang soalan pertama tu, unit-unit yang masih kita berunding dengan pemaju tu, kebanyakannya adalah 100% rumah mampu milik iaitu kategori C3. Ada yang dah lulus, ada yang dah lulus tapi dia tak nak launch lagi, ada yang sudah start kerja dia tak mau jual unit-unit tu. Kategori A dan B jarang-jarang ada. Tapi yang ada tu kita dah kenal pasti pemaju mana yang hutang kita dan kita masih dalam proses untuk memastikan dia orang bina ataupun bayar kita sebagai gantian yang itu. Kedua berkenaan penguatkuasaan. Saya pun terima juga. Tapi EXCO perumahan dulu peguam, EXCO sekarang mantan pemaju. So, banyak pengalaman daripada segi perumahan dan saya pun nampak ini sebagai satu perkara yang serius. Baru-baru ni kalau baca dalam surat khabar, saya ada buat pengumuman bahawa kita di bawah perumahan nak buat pemutihan, iaitu sesiapa yang dah kehilangan kelayakan untuk sewa rumah PPR, kita terpaksa panggil dia bagi laluan kepada yang lebih layak dan kita sudah pun keluarkan surat dan juga ambil tindakan mahkamah. Sama juga dengan rumah RTO, kita akan bagi dia dan jika tidak dibayar, batal agreement dia. Bila batal, apa yang dia bayar itu tidak akan dipulangkan kepada dia. Kita akan anggap duit itu adalah duit sewa yang sudah dibayar. So, penguatkuasaan adalah sangat mustahak. If there's a carrot, there should be a stick. Kita sentiasa kena pastikan penguatkuasaan ada, kalau tidak apa yang berlaku di beberapa rumah PPR di Pulau Pinang akan kembali sekali lagi.
Misal kata Taman Manggis, bila saya sendiri masuk ke Taman Manggis terkejut saya, nak parking kereta saya pun tempat tidak ada, dan penuh dengan kereta. Kereta ini pun bukannya kereta buatan Malaysia, ada kereta Jepun pun ada. So, kita dah mula penguatkuasaan dalam lebih kurang setahun. Proses ini pun akan memakan masa juga, kita kena handle situasi ini dengan secara sensitif kerana melibatkan involve rakyat kita yang duk sana dah lama.
Nak panggil keluar pun akan memakan masa sedikit. Tapi saya yakin impian akan jadi kenyataan, kita akan pasti kita dapat jalankan tugasan kita secara profesional. Isu berkenaan err tadi lagi satu, untuk Bagan Dalam berkenaan penyediaan rumah mampu milik di kawasan Bagan ya, berita baik adalah Kampung Hujung Batu akan dibangunkan dan penempatan semula setinggan di sana akan berlaku dalam jangka masa yang pendek. Nanti satu pengumuman akan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bila siap sedia untuk diumum.
Untuk isu setinggan Kampung Batu Uban, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang sentiasa prihatin dan mengambil cakna terhadap keperluan perumahan rakyat khususnya bagi mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat perintah pengosongan mengambil maklum atas penghargaan yang dizahirkan oleh YB Batu Uban semalam Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang telah membantu menyediakan tawaran perumahan Rumah MutiaraKu Jenis B di kawasan Teluk Kumbar bagi penduduk yang berkesan seramai 11 orang.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut menyatakan kesediaan untuk membantu isu pemindahan serupa yang melibatkan projek-projek pembangunan berimpak tinggi serta projek LRT Mutiara sebagaimana yang dibangkitkan oleh YB. Batu Uban. Dan saya juga ingin mengucap terima kasih kepada YB Batu Uban kerana penyelesaian isu setinggan di situ dapat dijalankan dengan lancar dengan bantuan pejabat YB Batu Uban ya. Dan pemilik tanah itu hulurkan pampasan sebagai RM200,000.00 dan kita bersama YB Batu Uban tawarkan dia orang untuk beli rumah berharga RM72,500.00. Ini adalah satu inisiatif yang sangat-sangat baik dan ini merangkumi 100% Bumiputera Melayu beragama Islam di kampung itu ya.
Projek Pembaharuan Semula Bandar Rancangan Kawasan Khas Padang Tembak. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Speaker, bagi projek pembaharuan semula bandar Padang Tembak iaitu PSB Padang Tembak seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kebun Bunga. Berdasarkan senarai projek program pembangunan Rolling Plan Kelima iaitu RP5 Tahun 2025 RMK12 yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi pada 18 Oktober 2024 telah dimaklumkan bahawa kajian ini tidak memperoleh kelulusan peruntukan dan kajian ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2025. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui PlanMalaysia akan mengemukakan permohonan rayuan kepada Kementerian Ekonomi melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas Padang Tembak. Ini memerlukan, ini diperlukan bagi membolehkan pelaksanaan projek PSB dijalankan secara holistik mengambil kira semua aspek termasuk perundangan, sosial, keselamatan dan lain-lain.
Sebagai makluman Ahli Dewan. Salah satu projek perintis pembaharuan semula bandar telah berjaya dilaksanakan. Projek PSB Mahsuri yang terletak di Bayan Baru telah berjaya melaksanakan proses penamatan skim strata. Ianya adalah projek pertama di Pulau Pinang yang berjaya untuk menamatkan skim strata bagi membolehkan pelaksanaan projek PSB yang pertama. Projek PSB Mahsuri Fasa 1 iaitu blok gantian kepada yang duduk di kawasan penduduk asal di kawasan sana sedang dalam fasa pembinaan. Kerajaan Negeri juga sentiasa berusaha untuk memperluaskan projek pembaharuan semula bandar terutamanya di kawasan pulau.
Sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Uban, Flat Hamna yang dibina pada tahun 1993 di Daerah Timur Laut masih diteliti oleh Kerajaan Negeri di bawah Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang untuk dibangunkan semula. Pelaksanaan projek pembangunan semula perumahan ini boleh sekadar ini bukan sekadar bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk asal, malah ia dijangka bakal mencetus impak positif yang holistik merangkumi aspek sosial, ekonomi dan kelestarian persekitaran dan melonjakkan nilai hartanah di kawasan sekitar sekaligus memberi limpahan manafaat ekonomi kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.
Perai, boleh sedikit? Okay, saya nak penjelasan daripada YB Perai. Sebagai EXCO Perumahan, bekas pemaju, bolehkah Perai setuju dengan saya bahawa satu set undang-undang PSB itu sangat penting untuk kita memastikan pembaharuan semula bandar ini dapat dilaksanakan dengan kadar yang segera dan juga mengikut perundangan dan tatakelola yang perlu termasuk ambang untuk persetujuan sebelum kita mulakan. So dalam hal ini, saya mintalah pembangkang bolehlah beritahu kepada Ahli Parlimen mereka supaya sokong Akta RUU PSB ini. Boleh tak YB Perai setuju dengan saya?
Saya setuju 100% kerana negara ini kena maju ke hadapan, bukan maju ke belakang ya. Saya memang sokong, tapi kita tunggu untuk Kerajaan Pusat untuk buat keputusan dulu. Walau macam mana pun, Penang merupakan Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang ada projek pertama under program PSB ya. Lain-lain negeri belum ada lagi. Kita kita buat.
Dato’ Seri.
Sebelum.
Boleh buat lawatan.
Hah.
Ahli pembangkang buat lawatan kepada Pantai Jerejak juga.
Siap dengan Nasi Kandar Yusuf, saya suka pergi. Ya, kita pergi lawatan sekali. Penyelenggaraan di skim.
Yang Berhormat Perai, nak selit sikit.
Perumahan. Ya, boleh.
Terima kasih Yang Berhormat Perai atas penjelasan yang diberikan terutamanya tentang Flat Hamna. Dan saya dimaklumkan bahawa tidak lama lagi, satu pembangunan juga sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri iaitu di sebelah dengan Flat Hamna terdapat lebih kurang 30 ekar tanah di Kampung Sungai Dua yang kepunyaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Dan sekarang Kerajaan Negeri telah memohon PDC untuk meneliti dan juga membuat perancangan tentang pembangunan. Dan saya berharap apabila perancangan itu dibuat di Kampung Sungai Dua tersebut, Flat Hamna pun dilihat juga kerana flat ini sudah lama, dan kita nak satu pembangunan yang holistik dan juga konsisten. Terima kasih.
Okay Batu Uban, satu concern yang memang bagus kerana Hamna ini sudah jadi satu sejarah yang lama. So, kita kena teliti semula. Ada dari segi perundangan kita kena jaga juga, kerana projek ini projek lama. Bagi kita masa sedikit, kami tengah teliti dan kami akan pasti projek ini berjalan bersama ya.
Berkenaan penyelenggaraan skim perumahan swasta. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Speaker, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bukan sahaja memfokus memfokuskan pembekalan Rumah MutiaraKu tetapi, juga memberi perhatian khusus kepada penyelenggaraan di skim perumahan swasta yang layak melalui bantuan Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Peratus yang dikenali sebagai TPM80PP. Khususnya bagi membantu pihak JMB/MC menyelenggara fasiliti guna sama yang kritikal antaranya, lif dan tangki air sepertimana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penanti berkenaan masalah tangki air di Taman Guar Perahu.
Kita ambil kira ini, saya cuma minta kalau boleh JMB atau MC mohon kepada Lembaga Perumahan. Tetapi, bagi projek yang dibangkitkan oleh YB semalam, keluasan di bawah TPM80PP adalah mengikut senarai menunggu dan berdasarkan peruntukan yang terhad yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri. Kami semua dapat RM6.8 juta setahun dan kami kena pastikan projek itu jalan secara first come first serve basis. Hasil semakan mendapati permohonan hanya dikemukakan oleh JMB Taman Guar Perahu Blok B pada Februari tahun 2025, dan dijangka diluluskan pada sukuan ketiga atau empat tahun 2026. Tahun ini pasti projek itu akan dijalankan mengikut giliran, kemungkinan sukuan tiga ke sukuan empat akan jalan.
YB, mencelah sikit. Saya berharap dan memohon sangat sebab kalau keadaan itu tidak dipantau, dan tidak diperbaiki segala kerosakan ia saya rasa satu hari pasti akan roboh. Dan jika itu roboh, itu menjadi masalah kepada semua, bukan hanya wakil rakyat tetapi juga Kerajaan Negeri kena berjawab kenapa bangunan ini dihempap oleh apa ini tangki-tangki yang memang dah teruk tu. Terima kasih di atas keprihatinan YB, dan saya harap dengan segeralah.
Yang Berhormat Perai. Sebab itu saya kata penting untuk kita menyokong pembaharuan semula bandar, sebab kalau ada isu-isu sebegini yang hampir kita risau akan runtuh dan sebagainya, baik kita bina baru semula bangunan itu. Jadi akta itu sangat penting. Contohnya di kawasan saya di Bagan Dalam, Flat Bagan Dalam dan Wisma Telaga. Keadaannya sangat sukar. Banyak orang tidak boleh tinggal di sana. Kita nak cari pemilik pun sudah tak boleh dah, hampir setengah kosong.
Jadi apabila dia tak ada ambang persetujuan yang dapat dipersetuju itu direndahkan dan sebagainya, mustahil kita nak sokong. Jadi itulah saya menyeru rakan-rakan di sebelah sini dan di sebelah sana, marilah kita sama-sama menyokong Akta Pembaharuan Semula Bandar demi kebaikan rakyatlah yang terjejas. Ini bukan perbezaan politik tapi kita semua di sini untuk membantu rakyat yang memerlukan. Jadi akta ini sangat penting baru kita boleh membantu mereka. Terima kasih.
Mohon-mohon Perai. Apa yang dicakap oleh YB Bagan, dia kata Bagan Dalam mengatakan Flat Bagan Dalam. Saya kata Flat Bagan Dalam itu baru, tak lama mana. Kalau nak lama, saya dulu pada flat tu. Tapi, saya pun masih muda lagi tak tua lagi. Bermakna flat tu baru lagi lah.
Yang Berhormat, apa yang cakap tu kita kena kaji. Kalau yang flat lama-lama mungkinlah, yang flat hampir 60, 70 tahun haruslah kita kaji semula. Kalau flat baru ini kita nak kaji semula, merugikan balik Kerajaan Negeri ya. Dan juga apa yang berlaku sekarang ni, contoh kita tengok flat di Telok Air Tawar dan juga di Pacific. Selalu keadaan lif rosak, kita ingat pemantauan di pihak pemaju perumahan harus pekalah dengan ini. Harus kita rasa kecewa apabila pesakit-pesakit yang duduk tingkat terlalu tinggi, maka lif tidak ada. Terpaksa kena panggil bomba dan JPAM hadir untuk carry bawa naik ke atas ni. Bukan hari-hari JPAM nak mai, kalau kena pi dialisis, kena pi cuci buah pinggang. Terlalu hari itu saya telefon, saya telefon kalau lagu tu saya menyokong jangan buat flat, buat rumah teres. Saya sokong, kalau tak ada tanah kita kena ada analisis yang bagus. Kalau kita satu flat, janganlah kita buat buat buat lif satu.
Penang kecil ja Yang Berhormat.
Sepatutnya harus kena buat lif dua.
Kita buat reclamation bising juga.
Saya setuju apa depa cakap. Kalau nak runtuh saya setuju.
Haa setuju? Alhamdulillah.
Nak buat baru saya setuju. Pantai Jerejak, dulu dia dok sana, dia tak pandai jawab. Sekarang dia dok sini pandai jawab. Hari ni kalau nak runtuh.
Saya boleh sokong.
Saya menyokong Tanjong Bunga, tapi buat rumah teres semua bagi kepada B40.
Okay.
Dan juga hari ini saya minta Yang Berhormat Perai harus tengok rumah-rumah flat ini, lif mesti ada dua atau tiga. Macam KOMTAR kita boleh buat lif banyak. Lif dua atau tiga mana kita reserve, reserve kan lif satu untuk orang yang memerlukan. Kebanyakan yang duduk B40 ni kebanyakan kena kencing manis, darah tinggi, kena cuci buah pinggang, harus kita kaji semula. Terima kasih Perai.
Okay sudah. Ini sebab ni pencerahan TAT ini. Saya nak umumkan dewan ditangguhkan sementara dan kita akan bersidang semula jam 2:00 petang. Terima kasih.
Tak habis lagi. Dato' Speaker berapa muka surat saja. Sudah nak habis ni.
Dewan ditangguhkan pada jam 12:58 tengahari.
Dewan bersambung semula pada jam 2.00 petang
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabaratatuh, salam sejahtera, salam Malaysia Madani, selamat petang semua. Dah makan semua kan. Kita sambung semula persidangan kita ke di sesi penggulungan dan saya persilakan Perai.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sebelum saya rumuskan bahagian perumahan, saya ingin jawab beberapa soalan yang dibangkitkan tadi oleh rakan-rakan kita di sebelah sana. Nombor satu (1), Penaga YB Penaga tadi membangkitkan isu kebocoran tangki tadi ya. Tangki bocor ya.
Sungai Bakap.
Sungai Bakap, Sungai Bakap.
So tangki bocor ni kebiasaan dia akan makan masa lebih dari setahun untuk betul-betul habislah. Dia akan mula karat, getah tu jadi lembik, air akan menitis dulu. So kita sepatutnya Management Corporation atau pun JMB kena monitor dan mohon kepada Lembaga Perumahan awal-awal. So permohonan ini sudah hampir setahun dan memang dalam senarai menunggu dan kita akan pasti kita akan hulurkan bantuan itu dalam sukuan ketiga ke keempat ya.
Dan menjawab soalan Bagan Dalam tadi, memang saya sokong 100% Projek URA dan di Pulau Pinang, Pulau Pinang merupakan satu negeri yang pertama yang buat projek URA iaitu yang saya laporkan tadi dekat Bayan Lepas ya. Dan saya alih ke isu-isu berkenaan alam sekitar. Berkenaan isu eksport unsur nadir bumi, REE. Seterusnya saya menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Lancang berhubung penerokaan unsur nadi bumi bukan radioaktif atau non-radioactive rare earth element iaitu NR-REE. Kerajaan Negeri mengambil maklum bahawa sumber mineral ini kini semakin mendapat perhatian global memandang kepentingan dalam industri berteknologi tinggi tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi hijau.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama jabatan dan agensi teknikal berkaitan seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan serta Pejabat Daerah dan Tanah bagi menilai kebolehsanaan pembangunan NR-REE di Pulau Pinang termasuk implikasinya terhadap alam sekitar, sumber air, keselamatan cerun dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan Negeri juga berpandukan kepada Standard Operating Procedure iaitu SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada 20 Disember 2023 dan kini sedang dalam tindakan menggubal Peraturan-Peraturan Mineral Negeri Pulau Pinang bagi memastikan sebarang pembangunan NR-REE dilaksanakan secara terkawal, berintegriti dan mampan.
Dalam hal ini, Negeri, Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa sebarang cadangan penerokaan atau perlombogaan perlombongan NR-REE tidak akan dipertimbangkan secara terburu-buru tanpa meneliti menyeluruh khususnya melibatkan kawasan sensitif seperti hutan simpanan, kawasan sensitif alam sekitar, kawasan tadahan air dan tanah pertanian berkualiti tinggi. Semua cadangan juga wajib mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, proses penilaian kesan alam sekitar serta SOP dan syarat teknikal yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Berhubung kebimbangan mengenai implikasi geopolitik dan kemungkinan penyalah penyalahgunaan REE bagi tujuan persenjataan, Kerajaan Negeri sentiasa berpandukan dasar dan kawal selia Kerajaan Persekutuan dalam meneroka sebarang kerjasama strategik berkaitan NR-REE.
Walaupun Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa berkaitan tanah dan mineral, operasi REE di Malaysia tertakluk kepada pelbagai lapisan kawalan Persekutuan termasuk Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, kawalan eksport, dasar pelaburan negara serta pemantauan agensi keselamatan dan ke penguatkuasaan. Sehubung itu, Kerajaan Negeri kekal komited untuk memastikan pembangunan NR-REE di Pulau Pinang dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengutamakan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, perlindungan alam sekitar, keselamatan strategik negara serta kesejahteraan rakyat.
Pengiktirafan kawasan hutan simpanan kekal di Seberang Perai. Berkenaan sokongan Yang Berhormat Penaga dan Yang Berhormat Berapit berkenaan usaha kerajaan, usaha Kerajaan Negeri untuk mengangkat Hutan Simpanan Kuala Bekah, Hutan Simpanan Pasir Gebu dan Hutan Simpanan Lahar Endin sebagai sebahagian daripada rangkaian East Asian-Australasian Flyway Partnership yang secara ringkas (EAAFP). Usaha ini merupakan langkah strategik yang signifikan dalam memperkukuh agenda pemuliharaan biodiversiti di negeri serta menyokong usaha kontroversi di peringkat serantau dan juga di global.
Inisiatif ini bertujuan melindungi habitat kritikal burung migrasi di kawasan Seberang Perai Utara di samping memperkukuh kedudukan kawasan tersebut sebagai ecological hotspot yang penting kepada kestabilan eko, ekosistem pesisir pantai dan jaringan laluan migrasi international. Di samping nilai ekologi dan saintifik, pengiktirafan ini juga berpotensi membuka peluang pembangunan eko-pelancongan berimpak rendah seperti aktiviti pemerhatian burung, penyelidikan dan pendidikan alam sekitar yang seterusnya memberi manfaat ekonomi kepada komuniti setempat melalui peluang pekerjaan, perkhidmatan pelancongan dan perniagaan kecil.
Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Hutan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Agensi Persekutuan, NGO, Institusi Penyelidikan dan Komuniti Setempat dalam menyediakan dokumen pencalonan, nomination dossier yang komprehensif mengikut garis panduan (EAAFP) bagi memastikan pengiktirafan ini dapat direalisasikan dan dengan jayanya. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan yang dilaksanakan adalah mampan, inklusif dan seimbang antara pemuliharaan alam sekitar serta kesejahteraan ekonomi rakyat.
Selain itu, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Pulau Pinang kini berada di peringkat akhir penyediaan permohonan cadangan, Request for Proposal bagi program Sungai Hijau. Program ini akan memastikan kualiti air dari muara sungai utama dipertingkatkan melalui pemantauan saintifik dan pelaksanaan kawalan pencemaran secara sepadu daripada punca. Ini bagi memastikan ekosistem Pantai Esen yang lebih mampan bagi generasi masa hadapan.
Saya ingin juga berkongsi berkenaan e-waste. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin memberi penjelasan berhubung cadangan penyediaan pelan tindakan berkaitan pengurusan e-waste di Pulau Pinang yang diusulkan oleh Yang Berhormat Bertam.
Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, pada masa ini terdapat sebanyak 33 premis pengurusan dan pemprosesan e-waste di Pulau Pinang yang kebanyakan tertumpu di kawasan Bukit Minyak. Kesemua premis ini beroperasi di bawah kawal selia yang ketat oleh pihak berkuasa berkaitan. Bagi memastikan operasi premis e-waste mematuhi kehendak perundangan dan aspek perlindungan alam sekitar, setiap permohonan lesen operasi perlu melalui proses penilaian dan kelulusan termasuk di bawah Seksyen 19 Kebenaran Bertulis dan Seksyen 18 berkaitan lesen yang berkaitan dengan Penilaian Impak Alam Sekitar atau Environmental Impact Assessment Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Selain itu, tahap pemantauan, selain itu tahap pematuhan dalam kalangan premis e-waste di Pulau Pinang adalah tinggi. Bekalan bahan mentah yang digunakan oleh premis-premis ini juga adalah yang sumber tempatan dan bukannya import dari luar negara. Malah premis-premis berkenaan turut memiliki persijilan daripada ISO 9001 dan ISO 14000 sebagai komitmen terhadap pengurusan operasi yang sistematik, berkualiti serta prihatin terhadap alam sekitar.
Di samping itu, Jabatan Alam Sekitar turut melaksanakan penguatkuasaan secara berterusan melalui operasi khas seperti Ops Hazard dengan kerjasama PDRM serta agensi-agensi berkaitan bagi membanteras premis e-waste haram. Hasil operasi tersebut sebanyak enam (6), sebanyak enam (6) premis haram telah berjaya dikesan dan tindakan, dan tindakan yang sewajarnya telah diambil. Kerajaan Negeri juga ingin menegas bahawa pengimportan e-waste dari dalam negara ke dalam negara mahupun ke negeri ini adalah dilarang di bawah perintah kastam larangan mutlak dan tidak dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Oleh itu kawalan terhadap kemasukan e-waste asing adalah sentiasa dipantau secara serius.
Sehubungan itu, berdasarkan kapasiti sedia ada yang masih mencukupi, sistem kawalan kawal selia yang ketat serta pengurusan e-waste yang berada dalam keadaan terkawal di Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun berkenaan cadangan mewujudkan satu pelan induk atau pelan tindakan khusus berkaitan e-waste, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil maklum dan akan meneliti kebolehsanaan pelaksanaan cadangan tersebut memandangkan perkara ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan serta bidang kuasa berkaitan yang memerlukan penelitian dan penyelarasan secara menyeluruh.
Saya ingin berkongsi berkenaan anugerah Green Quarry Malaysian Book of Records. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa MMK Perumahan dan Alam Sekitar turut merakamkan penghargaan serta menyambut baik kejayaan FYS Marketing Sendirian Berhad di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menerusi inisiatif First Green Quarry Eco-Tourism yang telah menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sempena ulang tahun ke-30 organisasi tersebut baru-baru ini.
Tahniah saya ucapkan kepada FYS Marketing. Pengiktirafan ini membuktikan bahawa industri kuari juga berpotensi diketengahan melalui pendekatan yang progresif, lebih progresif, lestari dan berorientasikan pendidikan awam. Inisiatif seumpama ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam memperkasa pembangunan industri yang bukan sahaja berdaya saing malah turut menitikberatkan aspek pemuliharaan alam sekitar, pendidikan komuniti serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap alam pembangunan mampan dan bertanggungjawab.
Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam berkenaan sekolah-sekolah Tamil dan juga sekolah Tamil dan juga rumah ibadat bukan Islam. Seperti yang dibangkitkan oleh YB Bagan Dalam, Kerajaan Negeri komited untuk merealisasikan cadangan menubuhkan sekolah menengah Tamil pertama di Malaysia.
Kerajaan Negeri telah pun mengenal pasti dan menyediakan sebidang tanah sebanyak empat (4) ekar di kawasan YB Bagan Dalam juga dan akan berusaha melalui kerjasama Pejabat Ketua Menteri untuk mengangkat permohonan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami kena mohon melalui KPM, so kita akan initiate satu action immediately. Dan selama ini kita pun memang selidik latar belakang macam mana kita nak tubuhkan satu sekolah menengah yang pertama. So pelbagai kehendak oleh KPM yang kita kena teliti dulu. Memang kita berusaha, dalam dua (2) tahun ini memang kita berusaha untuk mengadakan satu, cuma yang information yang kita dapat itu sekolah itu kena medium of teaching kena di Bahasa Malaysia dengan Bahasa Malaysia. So kita kena clear subject matter itu sebelum kita clear hala tuju kita ya.
Mohon mencelah Yang Berhormat Perai. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan bahawa kerajaan bersedia untuk mengangkat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan. Itu satu berita yang amat dialu-alukan oleh seluruh masyarakat India di Pulau Pinang. Terima kasih kepada kerajaan.
Tetapi permintaan saya, kita semua tahu sedikit sejarah tanah ini semasa mantan Ketua Menteri kita Yang Berhormat Air Putih. Masa itu pun permohonan ada diangkat kepada Kerajaan Persekutuan tetapi pada masa itu tidak diteruskan, mungkin kerajaan yang berlainan. Tetapi masa ini, waktu ini, kita di bawah satu Kerajaan Perpaduan yang sama di negeri mahupun di persekutuan. Jadi saya berharap pengangkatan segera kertas permohonan secara rasmi akan dipercepatkan dan kita Kerajaan Negeri boleh follow up (dengan izin), dengan cara yang lebih teratur lagi untuk mendapatkan kelulusan.
Sebab kita tahu tadi Yang Berhormat pun ada bagi tahu berkenaan dengan kemasukan murid-murid tahun 6 ke darjah 1 pada sesi yang akan datang. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Tamil, 28 buah sekolah yang kita ada. Kebanyakan sekolah kita ada kekangan bilik darjah yang tidak mencukupi. Di antara faktornya ialah dana-dana yang tidak dicukupi. Jadi di samping ini juga, saya memohon kepada Kerajaan Negeri sebab memandangkan Yang Berhormat Perai merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil juga, sama ada peruntukan tambahan boleh dipertimbangkan untuk tujuan ini iaitu penambahan kelas-kelas supaya sekolah-sekolah kita 28 sekolah yang ada di Pulau Pinang ini akan bersedia untuk menerima murid-murid yang berumur 6 tahun ini ke tahun 1. Kalau tidak, ini akan menjadi satu masalah kita di peringkat Kerajaan Negeri.
Dan di samping itu juga, menyegerakan permohonan kepada sekolah menengah sebab selepas tahun 6, tiada penyambungan, tiada continuity of education dengan izin. Jadi apabila murid-murid kita yang khususnya masyarakat India mengambil SPM Bahasa Tamil dan juga literature Bahasa Tamil ah, mereka menghadapi masalah yang sangat kritikal kerana tiada sekolah yang mengajar kelas-kelas tersebut kepada anak-anak ini. Jadi mohon pertimbangkan cadangan ini dengan segera. Terima kasih.
Terima kasih Bagan Dalam. Kita kena ambil kira banyak faktor-faktor sebelum kita boleh buat satu keputusan. Itu yang mengambil masa. Nombor satu, sama ada kita ada angka yang cukup untuk tahun tingkatan satu bila kita buka sekolah secondary school. So saya pun pernah berbincang dalam Mesyuarat Sekolah Tamil di mana YB Bagan Dalam kena bangkitkan, pernah bangkitkan bahawa kedua-dua sekolah tamil di Bagan, Parlimen Bagan pun cukup untuk menampung sekolah menengah itu.
Satu di Parlimen Bagan dan dua di Batu Kawan sendiri.
Ya. Kalau kita ambil kira tiga sekolah ini pun memang cukup untuk menampung tingkatan satu lah ya. So dengan itu juga kita pernah fikir sama ada kita kena, kita nak adakan sekolah berasrama penuh supaya anak murid dari negeri-negeri lain pun boleh datang ke Penang untuk belajar di Sekolah Menengah Tamil. Itu pun cadangan juga tapi kena teliti dulu.
Walau macam mana pun, selepas ini kita akan sambung inisiatif kita dan tulis surat kepada KPM supaya boleh mempertimbangkan permohonan kita. Dan kalau ini jadi, akan jadi satu inisiatif bersejarah di Malaysia kerana belum pernah ada Sekolah Menengah Tamil di sini. Walau macam mana pun, medium pengajaran akan jadi medium Bahasa Malaysia juga ya. So dengan sefahaman itu, kami akan submit kita punya application kepada KPM dalam masa yang singkat. Terima kasih Bagan. Terdapat juga beberapa Ahli-ahli Berhormat yang telah menyentuh berkenaan isu rumah ibadat tanpa izin. Ingin saya tegaskan bahawa isu ini melibatkan sensitif, sensitivity masyarakat India dan kita sebagai para pemimpin perlu lebih berhemah dalam mencari jalan penyelesaian yang win-win untuk semua. Tidak perlu untuk kita menggunakan tuduhan-tuduhan yang berat seperti mencuri dan sebagai kerana sebagai wakil rakyat yang dipilih, adalah penting untuk menjadi adil dan saksama kepada semua tanpa mengira kaum ataupun agama.
Seperti mana saya jawab salah satu daripada soalan hari itu, Kerajaan Negeri memang dalam proses pemutihan kuil-kuil yang dibina di tapak tanpa izin dan saya sendiri di bawah pejabat saya, kita pun sudah terima banyak permintaan untuk beli tanah. Pemilik-pemilik temple sanggup untuk beli tanah kalau tanah itu dimiliki oleh swasta, dia orang sanggup beli dengan harga pasaran. Kalau tanah kerajaan, dia sanggup untuk ambil TOL ataupun dia apply untuk diberi milik.
Sehingga sekarang di bawah pejabat saya sahaja, saya rasa lebih dari 20 kuil kami sudah bantu untuk daftarkan kuil, kemudiannya tanah-tanah sudah pun dibeli dan beri kepada dia orang. Misal kata di Simpang Ampat, harga tanah RM300,000.00, dia orang raise fund, dia beli. Cuma kita facilitate sebagai kerajaan, kita facilitate untuk satu penyelesaian secara profesional dan kuil-kuil ini akan raise fund dia sendiri dan dia akan beli. Itu tak jadi masalah ya, tak perlu kita sensitifkan benda ini lah. Pasal kita hormati satu sama lain, ini adalah negara berbilang kaum dan berbilang agama di mana kita semua dibesarkan untuk memahami satu antara lain ya. Semasa rakan-rakan kita beragama Islam berdoa, kita pun berdiri bersama ya. Itu respect yang kita tunjuk kepada rakan-rakan kita dan harapan kita, kita pun dapat respect yang sama saja. Itu saja.
Berhormat, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Speaker, akhir kata sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Speaker kerana telah menjalankan tugas dengan begitu sabar dan sikap adil. Saya juga ingin mengajak semua Ahli-ahli Berhormat di Dewan ini untuk terus bersama kerajaan
Dato' Seri.
Bagi Landing dulu.
Landing dulu.
Minta, minta ini celahan sebab belum jawab lagi kan isu yang saya bangkitkan kelmarin itu.
Apa itu.
Yang Lakeview. Perumahan Lakeview. Rumah kos rendah.
Rumah kos rendah Lakeview.
Saya sudah jawab semasa soalan hari itu.
Tak jawab. Dato' Seri nak jawab hari itu tapi Speaker kata tunggu penggulungan.
Oh, tak, yang saya jawab hari itu, kita akan pergi teliti semula dan tengok macam mana kita nak ambil alih projek itu untuk dihidupkan. Seperti di Balik Pulau ada dua projek, Quinton dengan Seri Bayu, dah terbengkalai hampir tujuh (7) tahun and projek ini merupakan projek swasta. Dan kebiasaan kalau projek itu jadi projek sakit, kita kena serahkan kepada KPKT. Tetapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang buat satu cadangan untuk mempercepatkan proses penyiapan rumah itu yang terbengkalai sebegitu lama.
Tapi ini tak terbengkalai, ini rumah yang telah siap tetapi tak diduduki sebab saya bertanyakan tentang tatakelola. Sebab rumah ini rumah walaupun kita jual, tapi dia rumah kos rendah. Lebih dekat 50% rumah yang kita jual kos rendah tak diduduki. Itu isu dia tu, bukan isu tak siap. Rumah dah siap, dah 10 tahun dah. Sebenarnya rumah-rumah ini dah lebih 10 tahun dia nak jual dah. So saya bimbang sebab mungkin kuota itu diberikan kepada orang yang tak sedia untuk duduk. Dia beli untuk nak jual.
Okey, so itu saya boleh jawab sekarang. Saya tak ada sini tapi saya boleh jawab. Kebiasaan bila Lembaga Perumahan bagi unit kepada orang-orang yang layak sahaja ya mengikut pendapatan. Bila kita sudah jual, sama ada nak duduk ke tak dak terpulang kepada dia orang. Ada banyak orang pendapatannya memang melayakkan dia untuk beli rumah, dia beli. Tapi dia nak tinggalkan sana, mungkin dia nak pindah lebih lama kemudian, kita pun tidak ada hak untuk hentikan itu.
Misal kata di pusat bandar pun banyak orang memohon untuk rumah-rumah di projek macam Foreshore, anak muda. Dia memang layak, gaji dia memang layak, pendapatan dia melayakkan dia untuk dapat satu unit. So bila kita beri, dia ada pilihan sama ada dia nak duduk ataupun dia nak duduk dengan ibu bapa dia sebelum kawin, mungkin selepas kawin dia nak pindah. Itu situasi dia.
Banyak projek-projek macam itu di pinggiran, di SPU ada projek sedemikian. Bila dia layak untuk dapat unit, dia beli rumah itu kemudian dia lambat untuk pindah. Tapi kalau dia nak jual dan itu adalah Rumah MutiaraKu, memang tak boleh. Dia ada moratorium 10 tahun.
Macam ini, saya faham rumah kos rendah kuota 50% Malay, 50% bukan Malaylah. Ini bukan soal perkauman, soal integriti. Maksudnya kalau kawasan itu kawasan perumahan yang majoriti orang Melayu, kita boleh review balik dari sudut kuota itu. Sebab orang yang tunggu nak duduk rumah kos rendah ini beribu-ribu lagi.
Betul.
Tapi bila kita bagi kuota atas nama bukan Malay, dia tak duduk, then something wrong lah. Itu maksud I. Rumah itu dibiarkan tumbuh apa ini rumput lalang itu.
Terima kasih Pinang Tunggal. Kan saya dah cakap saya mantan pemaju. Saya mesti jual rumah habis punya, takkan simpan rumah yang dah siap pasal itu adalah investment cost. Masalah dia macam ini, kuota, berkenaan kuota ya. Kebiasaan kalau satu koridor itu ada satu kaum populasi dia lebih tinggi, selepas bangunan itu siap kita buat pelepasan kuota. Misal kata di kawasan Pinang Tunggal 95% adalah kaum Bumiputera beragama Islam, kita akan lepaskan berperingkat-peringkat dan bila sampai 50% itu, pemaju kena mohon dengan kita untuk pelepasan kuota, kuota non-bumi kepada bumi.
Ini terpulang kepada populasi kaum di koridor yang sedemikian. Memang ada pemaju berta, pemaju ada tanggungjawab untuk minta kita lepaskan kuota. Kemungkinan unit-unit yang Pinang Tunggal bagi tahu tadi pemaju mungkin belum apply untuk pelepasan kepada bumi. Sama juga di koridor-koridor di mana kita ada populasi non-Malay banyak. Kita akan simpan bangunan itu sehingga siap dan beberapa bulan kalau tidak ambil, bawa ke jawatankuasa dan kita akan lepaskan kuota itu kepada kaum lain.
Pinang Tunggal.
Dia macam ni, ini soal integriti. Saya highlight sebab kita kena review lah. Ini bukan soal bangsa. So, happen that dengan izin lah, kawasan itu sepertimana Dato' Seri sebut, 90% orang Islam, orang Melayu. Tentulah permintaan tinggi di kalangan orang Melayu untuk duduk rumah kos rendah. Kalau rumah biasa tak kisahlah, ini rumah ini rumah kos rendah yang government, state government control.
Okey, untuk ringkaskan Pinang Tunggal.
Senang, tenang saya ringkaskan saja.
Ringkaskan.
Pemaju yang invest duit untuk bina rumah-rumah mampu milik ini, so dia ada bebanan kos yang dia sudah invest. Sepatutnya dia yang mohon, kerajaan tak lepaskan secara automatik.
Dan sekarang ini dah jual belum, dah jual semua unit.
Rumah itu tak jual sebab apa, sebab kalau tanya pemaju, dia bagi tahu pula kata state yang control.
Okey kalau tak, kalau tak.
Kalau tak memang on the table lah, tapi I nak habaq apa yang berlaku.
Okey.
Dia untuk pengetahuan Pinang Tunggal, kalau kuota Bumiputera di koridor itu adalah 50%, nama akan dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Kemudian ada reserve 50% untuk non-bumi. Pemaju itu kena secara bertulis minta kita lepaskan kuota kepada populasi keadaan di sana. Kalau populasi itu Cina, Cinalah. Kalau Melayu, Melayulah. So banyak projek macam itu di SPU pemaju sentiasa mohon untuk lepaskan kuota. Dan banyak ini bukan 50% lagi, ada projek sampai 80, 90% kita lepaskan untuk kaum Bumiputera juga. Tapi pemaju kena mohon. Selagi pemaju tak mohon, kita pun tak tahu pasal kita bukan pemilik hartanah itu. Pemilik hartanah itu adalah pemaju. Dia yang kena jual. Kita bagi nama untuk senarai kita sebanyak 50%. Kalau dia nak lebih nama daripada kita, dia kena tulis untuk pelepasan kuota. Itu mungkin belum berlaku. Nanti saya teliti.
Okey, faham ah jadi Pinang Tunggal kalau kata nak initiate, Pinang Tunggal pun boleh initiate supaya dapat pelepasan kuota itu. Biasa jadi. Okey.
Ini bila tanya pemaju.
Tak habis lagi.
dia bagi tahu dia tertakluk pada Kerajaan Negeri. Tak apa tak apalah, nantilah nantilah.
Boleh bincang boleh bincang, no problem.
Cuma apa nak sebut ialah, apa nak sebut ialah actually ni bukan soal ni, ni ya... (gangguan).
Tak, tak, tak.
Actually orang-orang yang bukan Malay la, dia tak bersedia duduk kawasan tu sebab dia lebih selesa kawasan dia. Cuma dia ada peluang untuk beli, dia belilah. Sebab tu la ni orang dah mula, dia orang dah mula jual dah dengan harga RM200,000.00 lebih. Rumah-rumah ni dibiarkan kosong, grill pun tak ada, lalang tinggi. Orang akan tengok Kerajaan Negeri gagal dalam kita adapt apa rumah kos rendah ni. Sedangkan rumah kos rendah untuk rakyat yang miskin. Di waktu orang, di waktu orang lain beribu-ribu tunggu nak rumah kosong, kita biar rumah ni kosong sebab kerana kuota. That's why saya kata kena review balik kuota tu, tak sesuai dalam kawasan yang macam ni.
Okey, okey, dah faham. Kami faham semua dah.
Saya ingat dua benda saja. Nombor satu, mungkin sudah jual, dia belum duduk dan semak samun tumbuh. Itu satu. Kedua, mungkin pemaju belum mohon untuk pelepasan kuota. Kalau dia nak jual rumah-rumah sedemikian, dia kena mohon untuk pelepasan untuk boleh dijual. Dia kena minta sama kita. Pasal ada moratorium 10 tahun. Dia bukan boleh beli dan jual sesuka hati. Sekarang lagi teruk, kalau dia nak jual dan ada, dia kena bayar kita premium lagi untuk jual. So kita menyusahkan dia untuk jual rumah-rumah ini kerana ini adalah untuk hak orang yang memang tak mampu untuk beli rumah mahal. So kita tak galakkan penjualan rumah-rumah sedemikian. Yang YB bagi tahu tadi penjualan mungkin dia naklah, tapi kalau dia nak beli pun kena dapat kelulusan dari Lembaga. Kalau Lembaga tak lulus, transfer memang tak boleh berlaku. Tak apa, kita akan check lagi sekali. Saya... (gangguan)
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, nak minta penjelasan kerana persoalan tak dijawab.
Soalan apa tu?
Tentang Quinton tu.
Aha.
Kerana kita dapati apa nama, tuan tanah atau tuan rumah tu dia macam tak mahu, tak mahu belilah. Maksudnya dia nak tarik baliklah. Jadi adakah benar mereka cuma dapat bayaran balik hanya 60% sahaja? Betul tak?
Nombor satu, projek ini adalah projek sakit. Dan projek ini tak akan jalan. Tak akan jalan. Apa duit yang pembeli bayar tu dah habis dah. Projek ini dah terbengkalai. So dia kena tunggu projek itu disiapkan dan diserah kepada dia kerana dia sudah start bayar hutang. Sepatutnya kita serahkan ini kepada KPKT. Dah tujuh (7) tahun projek ini tak gerak. Jadi bila saya jadi EXCO Perumahan, saya bawa masalah ini ke Kerajaan Negeri dan saya dapat kebenaran supaya saya jalankan projek ini di bawah Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang. Dan kita pun sudah panggil RFP. Projek ini sudah dalam liquidation dah. Dah pergi mahkamah dan tiada pilihan. Satu pilihan saja, harapkan rumah itu boleh siap dan kunci boleh dapat. So tidak ada mana-mana pihak yang tawarkan untuk bayar balik duit. Tidak boleh pun kerana ini di mahkamah sudah kena liquidation. So tugasan liquidator sekarang adalah untuk menyiapkan rumah dan serah kunci itu kepada pembeli-pembeli. Tidak boleh dijual di peringkat sekarang. Tak boleh minta batalkan penjualan. Kalau batalkan penjualan tak ada apa-apa pasal ini projek dah masuk tangan liquidator. Tak ada liquidator nak bayar balik duit punya.
Okey, jelas.
Hmm, kalau kita boleh siapkan projek ini yang dah terbengkalai hampir tujuh (7) tahun memang bersyukurlah. Dia orang... (gangguan)
Setakat ni target siap bila tu? Boleh dapat maklumat?
Dia terpulang. Dia ada dua (2) projek, sebenarnya tiga (3) projek. Satu kos tinggi yang saya tak campur tanganlah, kita tak campur tangan. Yang kos mampu milik itu dua (2) projek. Saya harap kalau semua okey dan liquidator sudah pun jumpa dengan pembeli-pembeli, hampir semua orang terimalah. Dia cuma nak kunci rumah saja. Dia tak mahu tunggu lama pasal dia sudah bayar tujuh (7) tahun, dia sudah bayar installment, kunci rumah tak dapat. So harapan dia bila saya jumpa pun, tolong siapkan rumah ini sajalah ya. So kita dalam proses itu, cuma satu lagi proses saja di mana kita kena dapat perintah mahkamah untuk masuk tapak itu. Dan liquidator sudah pun submit permohonan itu, akhir bulan lepas. Saya rasa dalam sebelum hujung bulan ini atau pertengahan bulan depan kita boleh dapat surat kebenaran untuk masuk tapak daripada mahkamah. Kalau boleh dapat, pemaju akan masuk dan sambung kerja.
Ni target siap bila?
Saya haraplah, saya harap yang satu yang Sri Bayu tu sebelum hujung tahun.
Quinton?
Yang Quinton tu, saya harap dalam pertengahan tahun depan. Lebih kurang setahun daripada sekarang. Dan jangan kasi saya tekananlah (ketawa). Ini jangkaan sahaja saya boleh buat.
Kita dapati kata, ada jawapan kata sampai 36 bulan.
Kenapa pula 36 bulan?
Jadi sampai tiga (3) tahun.
Struktur sudah naik, dinding sudah ada, cuma pencerobohan sudah rosakkan keseluruhan bangunan. Saya kena, pemaju tu kena tarik balik semua kabel, masuk kabel baru, tarik paip, masuk paip baru. Structure tak kacau. Piling tak ada, apa pun tak ada. Dia infra work sahaja. Dan sampai untuk Quinton dia kena sampai bumbung belum lagi ya.
So itu makan masa yang lebih kurang satu tahun, satu tahun setengah paling kuat ya. Structural work boleh jimatkan masa lebih kurang satu tahun, satu tahun setengah. Sudah perjanjian jual beli pun 36 bulan. Ini dah lepas dah, banyak lama. Bagi saya berdasarkan pengalaman saya, setahun, setahun setengah dua-dua projek boleh siap selepas kita dapat perintah mahkamah.
Okey? Boleh? Silakan, Perai.
Okey, terima kasih. Saya juga ingin mengajak semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini untuk terus bersama Kerajaan Negeri khususnya melibatkan Portfolio Perumahan dan Alam Sekitar demi memastikan perumahan mampu milik rakyat dan kehijauan alam sekitar dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat pada masa hadapan. Dengan ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Perai atas pengulungan panjang lebar. Seterusnya saya persilakan Padang Lalang, dipersilakan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Penang2030, salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada semua. Terlebih dahulu saya ingin ambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kerana turut diberi peluang untuk menyertai sesi penggulungan sempena dengan usul ucapan terima kasih kepada ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sempena dengan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang ke-15 ini.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, tahun ini sebenarnya merupakan satu tahun yang istimewa di mana pada tanggal 18 Mac 2026, Parti Tindakan Demokratik telah meraikan ulang tahun yang ke-60 di mana saya rasa Dewan yang Mulia ini sebenarnya merupakan saksi kepada perjuangan Parti Tindakan Demokratik sepanjang tahun di mana di dalam Dewan ini jugalah, daripada peranan kita main sebagai pembangkang, kita pun ada tokoh-tokoh kita yang pernah berucap di dalam Dewan yang Mulia ini seperti Tan Sri Dato' Seri Utama saudara Lim Kit Siang dan juga mendiang Dato' Seri Utama saudara Karpal Singh yang juga pernah dalam Dewan ini beraksi, berucap membangkitkan isu berkait rapat dengan rakyat. Dan kini kita di sebelah sebagai sebahagian daripada Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas negeri ini di mana kita seharusnya mesti ingat perjuangan yang lepas. Dan di mana kalau rakan-rakan yang berminat khasnya kalau merujuk balik kepada hansard yang lama, sebenarnya kalau kita lihat balik kepada situasi pada hari ini, dulu apabila semasa kami jadi pembangkang masa tu lagi teruk. Peruntukan satu sen pun tak ada, tak dapat, tak macam pembangkang sekarang sekurang-kurangnya ada peruntukan pembangunan melalui Pejabat Daerah. Masa dulu lagi susah. Jadi kita dapat lihat juga beberapa reformasi institusi yang berjaya dilaksanakan dan ini saya rasa sebahagian daripada sejarahlah. Jadi saya ambil kesempatan di sini untuk ucapkan selamat ulang tahun ke-60 Parti Tindakan Demokratik.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bagi tahun ini 2026, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) sedang menerajui usaha pembangunan Rangka Kerja Strategik Pembangunan Belia Pulau Pinang yang dijangka dimuktamadkan pada bulan Julai ini. Inisiatif ini dilaksanakan dengan sokongan Penang Institut yang berperanan memudah cara sesi libat urus serta mendokumentasikan keseluruhan rangka kerja strategik tersebut. Rangka kerja ini bakal menjadi panduan hala tuju yang komprehensif dalam memperkukuh agenda pembangunan belia negeri secara lebih tersusun, inklusif dan berimpak tinggi. Bagi memastikan rangka kerja ini benar-benar memenuhi keperluan serta aspirasi golongan belia, sesi libat urus telah dan sedang dilaksanakan secara berperingkat sepanjang bulan April serta bulan ini juga yang melibatkan pelbagai pemegang taruh, agensi berkaitan, pertubuhan belia serta anak muda di Negeri Pulau Pinang. Pendekatan ini penting bagi menghimpunkan pandangan, cadangan serta input yang lebih menyeluruh dalam merangka keutamaan strategik pembangunan belia negeri.
Jadi Kerajaan Negeri berhasrat memastikan setiap perancangan yang digariskan selari dengan Aspirasi Penang2030 di samping menghasilkan satu pelan hala tuju yang praktikal, berdaya saing dan mampan bagi memperkukuhkan kecemerlangan tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan belia di Negeri Pulau Pinang dalam tempoh lima (5) tahun yang akan datang. Jadi Kerajaan Negeri percaya bahawa rangka kerja strategik ini akan menjadi asas penting dalam melahirkan generasi belia Pulau Pinang yang lebih berdaya saing, progresif dan bersedia mendepani cabaran masa depan.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri melalui PYDC juga turut mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pendekatan pengukuran dengan izin, Social Return On Investment ataupun singkatannya SROI dalam penganjuran program-program belia di Negeri Pulau Pinang. Sememangnya kita pun sedar di mana antaranya pada kali ini banyak juga Ahli-ahli Yang Berhormat turut membangkitkan khasnya dari segi penggunaan sumber kewangan oleh Kerajaan Negeri, bagaimana khasnya untuk kita melaksanakan program yang bukan bermotifkan keuntungan. Misal katanya untuk bawah Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC), kami menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan program yang kita laksanakan tu, kita bukan nak mengaut keuntungan ataupun menjana keuntungan. Sebaliknya ini adalah sebahagian daripada pelaburan oleh Kerajaan Negeri melalui PYDC untuk kita membangunkan modal insan dan juga pembangunan belia di negeri kita.
Jadi melalui pendekatan SROI ini, keberkesanan program dapat dinilai secara lebih menyeluruh termasuk dari segi aspek pembangunan kemahiran, peningkatan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pembentukan kepimpinan serta pengukuhan penglibatan belia dalam komuniti. Jadi pendekatan ini juga membolehkan Kerajaan Negeri merangka program yang lebih bersasar, berimpak tinggi dan berasaskan data bagi memastikan manfaat yang diterima oleh golongan belia dapat dipertingkatkan secara berterusan. Usaha ini selaras dengan aspirasi untuk memperkukuh lagi budaya tadbir urus yang lebih cekap, telus dan berorientasikan impak dalam ekosistem pembangunan belia di Pulau Pinang. Sebagai contoh, Dewan yang saya Muliakan, sepanjang tempoh Januari hingga Mac untuk tahun ini, Program Sukarelawan Belia Pulau Pinang telah melaksanakan 14 program komuniti dengan penglibatan seramai 260 orang sukarelawan belia yang menyumbang sebanyak 16,767.4 jam perkhidmatan kepada masyarakat.
Di samping itu, seramai 38 orang sukarelawan telah berjaya menamatkan Latihan First-Aid dengan izin, dengan kadar kelulusan 100 peratus. Jadi berdasarkan analisa Social Return On Investment dengan izin, SROI, jumlah pelaburan sebanyak RM10,200.00 bagi menganjurkan program-program tersebut telah menghasilkan nilai sosial kasar sebanyak RM266,711.00 Setelah mengambil kira faktor deadweight dengan izin, attribution dan drop-off bagi memastikan ketepatan analisis, nilai sosial bersih dianggarkan sebanyak RM120,020.00 Ini menunjukkan bahawa setiap satu ringgit yang dilaburkan dalam program ini, dilaburkan dalam Program Sukarelawan Belia ini berjaya menghasilkan kira-kira RM11.80 dari segi nilai sosial kepada masyarakat mencerminkan impak yang signifikan dalam pembangunan belia serta kesejahteraan komuniti di Pulau Pinang.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berhubung dengan dana pembangunan belia di bawah Inisiatif MMK Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang bermula pada tahun 2024, untuk pengetahuan Dewan yang Mulia, dana ini adalah bagi menyokong pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Belia, sayap pemuda persatuan yang berdaftar di bawah ROS kecuali parti politik serta badan-badan yang tidak berdaftar di bawah ROY ataupun ROS tetapi berdaftar di bawah Akta Parlimen untuk menganjurkan program-program pembangunan belia. Jadi bagi tahun lepas, tahun 2025, sebanyak RM99,800.00 telah diluluskan kepada 47 pertubuhan belia bagi melaksanakan sebanyak 59 program yang telah memberi manfaat kepada seramai 10,809 orang belia di seluruh Negeri Pulau Pinang. Melihat kepada sambutan dan impak positif yang dicapai, Kerajaan Negeri telah meningkatkan peruntukan Dana Pembangunan Belia untuk tahun ini kepada RM200,000.00 sebagai komitmen berterusan dalam memperkasakan agenda pembangunan belia negeri. Jadi untuk makluman
Yang Berhormat, mohon mencelah.
Ya, silakan.
Saya menyambut baik cadangan geran kepada belia itu. Memandangkan tadi Kerajaan Negeri akan menambahkan dana tersebut, bolehkah kita memanjangkan permohonan ini kepada belia di bawah JBPP, di bawah setiap Kadun dimana di bawah PYDC juga? Bolehkah perkara ini dipertimbangkan memandangkan JBPP juga membuat banyak program-program yang bermanfaat untuk belia-belia di kawasan kita? Bolehkah permohonan ini dipertimbangkan?
Kepada rakan saya daripada Bagan Dalam, sebenarnya berlainan daripada pertubuhan yang saya sebut tadi. Misal katanya pertubuhan belia kepada mereka yang berdaftar di bawah ROY dan juga sayap pemuda yang berdaftar di bawah ROS, mereka tidak ada satu mekanisme untuk menerima geran tetap. Mereka seperti dengan persatuan yang biasa juga, cumanya pertubuhan ini diterajui oleh golongan belia. Lain dan juga berbeza dengan Jawatankuasa Belia Pulau Pinang (JBPP).
Sebenarnya setiap JBPP menerima geran sebanyak RM10,000 setiap tahun, jadi mereka telah menerima geran secara langsung dan kini juga Jawatankuasa Belia Pulau Pinang turut boleh mengemukakan permohonan kepada Program Sejati Madani yang tadi Yang Berhormat Bagan Dalam menyambut baik tersebut.
Mohon celah.
Bagi saya habis jawab dulu. okey.
Just tambah sedikit. Saya faham JBPP ada geran RM10,000 untuk setahun tapi geran yang diberikan kepada belia-belia lain, persatuan belia untuk satu program, betul? Di mana JBPP mereka perlu melakukan banyak program dalam satu tahun dan geran itu secara berperingkat yang RM10,000 itu dan satu lagi Geran Sejati Madani. Satu topik yang bagus juga tadi saya terlupa nak tanya sebab Geran Sejati Madani setiap MPKK boleh mohon tetapi dia ada bila sampai kepada JPWK atau JBPP, sama ada satu sahaja boleh mohon. Jadi di sana pun belia tak ada peluang kalau wanita mengambil dan belia tak ada peluang. Kalau belia mengambil, pihak wanita tak ada peluang. Jadi kalau dikesempatan ini, geran ini yang dibuka kepada pelbagai agensi yang mahu pun didaftarkan di bawah Kerajaan Persekutuan, kenapa tidak dipertimbangkan untuk JBPP yang didaftarkan di bawah Kerajaan Negeri? Ini akan membawa lebih manfaat.
Untuk makluman Yang Berhormat Bagan Dalam, mungkin Yang Berhormat Bagan Dalam silap faham sebab untuk tadi yang saya sebut pendaftaran itu, pertubuhan belia tersebut, macam saya kata tadilah, mereka tidak menerima sebarang geran tetap daripada mana-mana pihak di mana pertubuhan-pertubuhan ini juga perlu memainkan peranan. Di mana berbeza dengan JBPP, sememangnya JBPP kita sudah ada peruntukan yang telah pun disediakan oleh Kerajaan Negeri secara tetap. Ini lebih elok untuk kita buka kepada khasnya sayap pemuda yang berdaftar di bawah ROS dan sebagainya untuk bantu mereka sebab pertubuhan belia ini tahun ini juga merupakan satu tahun yang mencabar kepada mereka di mana had umur penakrifan belia telah pun diturunkan daripada 35 sehingga 30. Namun demikian, untuk makluman Yang Berhormat Bagan Dalam untuk Dana Pembangunan Belia yang dimaksudkan ini, dia ada untuk kegunaan tetap.
Misal katanya kalau mereka nak buat program sukan, tidak akan dipertimbangkan sebab Dana Pembangunan Belia ini menjurus kepada Program Pembangunan Kapasiti, menjurus kepada untuk kita melatih pemimpin dan sebagainya. Ia ada fungsi yang tertentu dan bukan saja untuk kita ambil buat apa program makan-makan dan juga melawat dan sebagainya, ia berbeza. Jadi saya harap Yang Berhormat Bagan Dalam boleh fahamlah tetapi untuk Sejati Madani itu mungkin nanti saya perlu panjangkan kepada kawan saya daripada Bukit Tambun lah sebab that is actually under his portfolio (dengan izin). Tapi saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Dalam.
Jadi untuk makluman Dewan yang Mulia ini, setakat kini untuk tahun ini, sebanyak RM100,400.00 telah diluluskan kepada 40 pertubuhan yang melibatkan 52 program pembangunan belia di seluruh negeri. Namun demikian, bagi memberi peluang kepada lebih banyak pertubuhan belia untuk melaksanakan program yang memberikan impak kepada komuniti anak muda, Kerajaan Negeri melalui PYDC akan membuka semula permohonan bagi pusingan kedua mulai hari ini juga. Jadi pembukaan permohonan untuk pusingan kedua ini akan hanya dilaksanakan untuk tempoh yang terhad iaitu dalam dua minggu saja dan akan tamat pada 31 Mei 2026. Jadi saya ambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada pertubuhan-pertubuhan belia yang layak yang ingin mengadakan program yang berimpak tinggi yang menjurus kepada pembangunan belia, ambillah peluang ini untuk mengemukakan permohonan melalui laman sesawang media sosial PYDC.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya nak alih kepada isu sukan, Portfolio Sukan. Dengan kurang daripada 100 hari menjelang Temasya Sukan Malaysia SUKMA Selangor 2026, kontinjen SUKMA Negeri Pulau Pinang berada di fasa terakhir untuk misi memburu 60 pingat emas pada bulan Ogos nanti. Dengan pelantikan Ketua Kontinjen, Chef de Mission yang dipimpin oleh Yang Berhormat ADUN Ahli Kawasan Air Itam dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Ketua Kontinjen, misi pemburuan kilauan pingat diyakini dan diharap berupaya membuahkan hasil seperti apa yang disasarkan.
Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Persatuan Sukan Negeri adalah mengekalkan rentak pembangunan sedia ada dan seterusnya menghasilkan kejayaan yang memberangsangkan untuk sepertimana yang dicapai oleh kedua-dua SUKMA pada sesi yang lepas serta menambah baik kaedah-kaedah peningkatan prestasi yang disokong oleh pelbagai elemen sains sukan dan teknologi tinggi dan dalam langkah mendominasi SUKMA Selangor 2026. Pelbagai usaha telah dan sedang giat dilaksanakan seperti memperbanyakkan atlet negeri ke program pelapis kebangsaan, menyerap masuk atlet berpotensi daripada sukan sekolah negeri MSSPP, MSSM ke dalam program latihan SUKMA negeri. Memberi peluang kepada atlet-atlet daripada kelab persendirian dan swasta ke dalam program latihan pembangunan negeri, pencarian atlet yang mempunyai kriteria posisi tubuh badan mengikut sukan seperti tinggi, berat badan, fizikal dan badan kecergasan yang bersesuaian serta lain-lain lagi.
Jadi untuk makluman Dewan yang Mulia ini, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui MSNPP juga turut diamanahkan untuk menyelaraskan penyertaan kontinjen Para SUKMA mulai tahun ini dan Temasya Para SUKMA Selangor 2026 ini akan menyaksikan persaingan 10 jenis sukan antara semua kontinjen penyertaan dan atlet-atlet Pulau Pinang akan beraksi di pentas yang berprestij tersebut. Jadi marilah kita bersama-sama memberi sokongan dan motivasi kepada kedua-dua kontinjen tersebut supaya membawa semangat persaingan yang tinggi kepada semua atlet.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, isu yang begitu hangat sekarang, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu cakna khasnya tentang penyertaan pasukan bola sepak lelaki Pulau Pinang ke SUKMA Selangor 2026. Ingin saya tegaskan perkara ini bukanlah disengajakan oleh mana-mana pihak, apatah lagi mencerminkan bahawa negeri tidak mengambil serius dalam pembangunan bola sepak. Kegagalan penyertaan pasukan bola sepak lelaki Pulau Pinang ke SUKMA Selangor 2026 bukanlah sesuatu yang diharapkan berlaku oleh Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, apatah lagi membabitkan sukan nombor satu kegemaran negara dan masyarakat. Hakikatnya MSNPP turut berada dalam kedudukan yang amat sukar apabila berdepan realiti ketidaksetiaan pemain, struktur pembangunan semasa serta kekangan proses teknikal yang berlaku dalam tempoh persediaan.
MSNPP sebagai agensi penyelaras sukan negeri mempunyai tanggungjawab memastikan setiap kontinjen yang dihantar benar-benar bersedia dari sudut kemampuan pasukan, komitmen latihan, kebajikan atlet dan daya saing pertandingan. Dalam isu ini, cabaran terbesar yang timbul adalah ketidakstabilan kelompok pemain umur layak SUKMA selepas tamatnya kontrak skuad pembangunan tertentu pada penghujung musim tahun 2025 sekaligus memberi kesan kepada kesinambungan program latihan dan juga pembentukan pasukan. Dalam empat (4) kali, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, bukan satu (1) kali, bukan dua (2) kali, bukan tiga (3) kali, empat (4) kali mesyuarat Jawatankuasa Prestasi Tinggi SUKMA yang dilaksanakan diperingkat Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bagi menentukan tahap kesediaan atlet negeri yang turut diwakili oleh wakil Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang atau FAP serta dua kali pelaksanaan Mesyuarat Ahli-ahli Majlis, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang serta taklimat rasmi bersama semua persatuan sukan negeri MSNPP, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah memberi beberapa peringatan melalui makluman lisan kepada pihak pemegang taruh untuk membekalkan senarai nama dengan kadar segera. Namun masih tiada senarai nama pemain akhir dikemukakan untuk tindakan pendaftaran pemain secara rasmi yang disahkan oleh pihak persatuan. Pengesahan akhir untuk pendaftaran adalah penting bagi memastikan segala urusan pendaftaran adalah rasmi dan juga sah dan pada masa yang sama, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga tidak boleh mengambil pendekatan terburu-buru hanya untuk memenuhi penyertaan semata-mata tanpa memastikan pasukan dibina secara tersusun dan kompetitif di mana isu ini apabila telah timbul ada juga pihak tertentu yang menanya kenapa Kerajaan Negeri tak ambil saja pemain yang ada di sekolah sukan.
Itu orang panggil dalam erti kata lain tangkap muat untuk ambil saja skuad untuk dimasukkan janji kita daftar sajalah, janji kita hantar pasukan sajalah untuk elakkan apa-apa isu tapi cumanya kita nak lihat kembali secara holistik keseluruhan ekosistem pembangunan sukan bola sepak di negeri Pulau Pinang ini untuk satu jangka masa yang panjang. Apa yang berlaku juga perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar bahawa pembangunan bola sepak bukan saja digalas oleh satu agensi saja. Ia melibatkan pelbagai pihak termasuk persatuan, kelab profesional, struktur liga pembangunan, institusi pendidikan dan juga akar umbi. Justeru adalah tidak adil untuk meletakkan keseluruhan beban kesalahan ke atas Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang semata-mata sedangkan pembangunan atlet merupakan tanggungjawab kolektif semua pemegang taruh bola sepak negeri.
Walau pun keputusan ini mengecewakan ramai pihak, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang tetap menunjukkan komitmen terhadap pembangunan sukan apabila kontinjen Pulau Pinang masih meneruskan penyertaan dalam pelbagai acara lain dalam sukan bola sepak termasuk bola sepak wanita, termasuk futsal lelaki dan juga futsal wanita dan baru saja saya dapat confirmation (dengan izin) untuk e-sukan, E-Football pun kita masuk, main bola sepak menggunakan jari, itu pun kita ada atlet untuk masuk. Ini membuktikan negeri tidak pernah meminggirkan pembangunan sukan berpasukan malah terus berusaha memastikan program pembangunan atlet berjalan secara berterusan. Dalam jangka masa panjang, isu ini seharusnya menjadi titik muhasabah bersama untuk memperkukuhkan semula struktur pembangunan bola sepak negeri secara lebih mampan, profesional dan tersusun agar perkara sama tidak berulang. Fokus utama kini bukan lagi mencari pihak untuk dipersalahkan tetapi membina semula kekuatan bola sepak Pulau Pinang demi masa depan atlet muda negeri dan juga pembangunan bola sepak negara.
Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga ingin menegaskan bahawa sebenarnya tanggungjawab penyediaan atlet untuk dipertandingkan di Temasya SUKMA adalah di bawah tanggungjawab penuh persatuan sukan negeri masing-masing selaras dengan fungsi dan mandat pembangunan teknikal sukan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Dalam Jadual Kedua, Seksyen 19, Akta 576, Akta Pembangunan Sukan 1997 telah menyatakan tujuan dan matlamat sebuah badan sukan yang berdaftar di bawah akta tersebut. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang berperanan sebagai badan penyelaras yang memastikan dasar, logistik, pentadbiran, fasiliti serta pemantauan prestasi dapat dilaksanakan dengan teratur. Namun aspek pembangunan atlet, program latihan, pencarian bakat, pemilihan pemain dan kesiapsiagaan pasukan adalah tanggungjawab utama persatuan sukan negeri. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri menyeru semua pihak untuk sama-sama membangunkan semula apa yang telah jatuh, memperkukuhkan apa yang masih lemah dan memberikan sokongan kepada mana-mana cabang sukan yang benar-benar memerlukan perhatian.
Dewan yang Mulia dan juga Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pembangunan bola sepak negeri kita, Kerajaan Negeri sentiasa terus memberikan komitmen penuh untuk memperkasakan pembangunan bola sepak secara menyeluruh, tersusun dan berimpak tinggi. Matlamat utama adalah untuk kita melahirkan lebih ramai bakat berkualiti yang mampu bersaing di peringkat tertinggi sekaligus memastikan kontinjen Pulau Pinang terus tampil sebagai pasukan yang berdaya saing di pentas SUKMA dan kejohanan utama yang lain. Jadi bagi merealisasikan agenda ini, satu penyelarasan strategik sedang dilaksanakan di antara Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dan juga Penang FC bagi memperkukuh hala tuju pembangunan bola sepak negeri melalui rangka Pelan Pembangunan Bola Sepak Negeri yang lebih jelas, berfokus dan bersepadu.
Pelan ini merangkumi struktur latihan, sistem pertandingan, laluan pembangunan atlet dari peringkat akar umbi sehingga ke tahap elit serta mekanisme pemantauan prestasi yang lebih sistematik dan berkesan. Di mana sebenarnya saya pun faham apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan kalau kita lihat kepada struktur bola sepak negara kita sekarang, sejak pengenalan era profesional melalui Malaysian Football League ataupun MFL sememangnya membawa perubahan besar kepada industri bola sepak tanah air. Penstrukturan liga secara profesional telah meningkatkan nilai komersial sukan bola sepak dan membuka ruang kepada penglibatan sektor swasta serta korporat dalam pengurusan pasukan. Walau bagaimanapun, perubahan tersebut turut membawa pelbagai kesan sampingan terhadap struktur pembangunan bola sepak negara khususnya di peringkat negeri dan juga akar umbi yang kini dilihat semakin tidak stabil dan kurang tersusun.
Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, antara isu utama yang membimbangkan khasnya dari segi bola sepak ini adalah dasar dan hala tuju pembangunan bola sepak negara yang tidak konsisten. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan tahun ini, pelbagai perubahan pentadbiran, penstrukturan organisasi dan pertukaran model pengurusan telah berlaku sehingga menimbulkan gangguan terhadap kesinambungan pembangunan pemain muda. Situasi ini turut dapat dilihatkan apabila program pembangunan utama negara seperti (dengan izin) National Football Development Programme (NFDP) sendiri telah pun mengalami perubahan struktur. Dan saya faham semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang betul-betul mengambil maklum, mengambil tahu tentang pembangunan bola sepak di negara kita.
Misal katanya program PLD yang ada pun telah pun dimansuhkan berikutan dengan ada perubahan struktur di bawah NFDP ini. Sebenarnya saya pun sebenarnya berhasrat untuk nak mengadakan perbincangan dengan pihak yang bertanggungjawab untuk kita lihat bagaimana kita nak selaraskan semula program NFDP ini dan juga PLD, pembangunan bola sepak di peringkat daerah ini.
Namun demikian, buat masa kini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pun tidak ada pimpinan lagi selepas mereka telah meletak jawatan, meletakkan jawatan besar-besaran pada bulan Januari tahun ini. Jadi, walaupun perubahan tersebut mungkin bertujuan untuk memperkukuh sistem pembangunan sedia ada, namun ketidaktentuan hala tuju dan penyesuaian berulang kali memberi kesan terhadap kestabilan ekosistem pembangunan pemain muda negara. Jadi Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Padang Lalang.
Ya.
Sedikit penjelasan.
Silakan.
Saya hargai penjelasan yang diberikan oleh Padang Lalang berkenaan dengan perkembangan mutakhir ini yang mengecewakan ramai peminat sukan bola sepak khususnya kegagalan kita menghantar penyertaan dalam SUKMA. Namun saya tertarik dengan penjelasan yang telah diberikan oleh Padang Lalang berkenaan dengan koordinasi antara kepimpinan sukan negeri bersama dengan FAP dan juga Penang FC.
Soalan saya, kemusykilan yang timbul dalam pemikiran rakyat hari ini, mengapa perkara itu baru nak hendak dilakukan mutakhir ini. Mengapa sejak Padang Lalang semasa mengangkat sumpah sebagai EXCO Sukan tidak memulakan perkara koordinasi tersebut lebih awal. Saya faham perkembangan-perkembangan yang berlaku di peringkat persekutuan ataupun di luar bidang kuasa Yang Berhormat boleh sedikit sebanyak menjejaskan.
Akan tetapi jika fokus dan aim coordination kita dilakukan lebih awal semasa mungkin hari pertama Yang Berhormat Padang Lalang berada dalam portfolio ini, mungkin perkara ini dapat ditangani dengan lebih baik dan hari ini kita dapat lihat mungkin akan ada penyertaan dalam bola sepak sukan dalam SUKMA. Jadi, mengapa perkara itu tidak difikirkan ataupun Yang Berhormat boleh mengakui bahawa kerajaan sebenarnya terlepas pandang berkenaan dengan koordinasi ini.
Saya rasa kerajaan tidak pernah terlepas pandang. Saya rasa yang tanggapan Seberang Jaya itu sebenarnya tak betul. Tak apa. Saya belum habis lagi. Tapi saya nak menjawab apa yang dibangkitkan oleh Seberang Jaya tentang kenapa buat sekarang, kenapa saya tak buat semasa saya ambil alih untuk tampuk jawatan ini. Di mana macam saya sebenarnya panjang lebar tadi saya explain lah di mana struktur dia berubah-ubah.
Saya bagi contoh masa saya ambil alih jawatan ini, apabila saya menjadi Pengerusi Penang FC dan sebagainya. Struktur liga kita masih ada liga simpanan. Masa itu kita ada pemain untuk bawah umur 23 lagi. So, jadi untuk kesinambungan tersebut, untuk kita mencungkil bakat untuk memastikan bakat kita ada platform untuk mengambil bahagian di dalam kejohanan ataupun pertandingan yang berprestij tinggi itu, waktu itu masih tetap ada. Namun demikian liga simpanan pun telah dimansuhkan dan juga ada beberapa perubahan yang berlaku from there on sampai sekarang.
Saya bagi contoh sebenarnya untuk skuad belia dan presiden yang terakhir sekali diuruskan oleh Penang FC itu adalah pada tahun lepas dan kontrak mereka sebenarnya tamat apabila sampai ke penghujung November, masa itu tamat. Tapi cumanya isu dia adalah apabila kontrak mereka tamat berdasarkan prestasi mereka yang ada dalam liga tersebut dan juga pergolakan yang berlaku khasnya tempoh hari apabila dekat dengan itu pimpinan FAM dan sebagainya. Kita tidak dapat lihat ada satu hala tuju yang jelas berhubung dengan isu ini. Namun demikian, untuk saya sememangnya saya juga memberikan penekanan khasnya dalam dari segi pembangunan bola sepak akar umbi ini.
Jadi, saya pun telah mengambil khasnya seruan bukan sahaja Yang Berhormat Seberang Jaya tapi ramai penyokong bola sepak Negeri Pulau Pinang juga untuk mengadakan satu kerjasama yang lebih erat bersama dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Pulau Pinang bersama dengan FAP. Dan di mananya di bawah pimpinan saya, bukan sahaja kita bekerjasama dengan FAP untuk kita mengadakan skuad untuk liga presiden dan juga liga belia untuk musim ini. Padahalnya yang pada masa yang lepas juga sayalah yang bantu untuk mendapatkan peruntukan bagi mereka mengadakan liga tempatan, liga daerah untuk memastikan pembangunan bola sepak akar umbi tu tetap dijalankan. Jadi, saya.
Padang Lalang, Boleh.
Kurang bersetuju apabila kata masa saya ambil alih kenapa saya tak start, sekarang baru nak start. Sebab circumstances is different. Tapi cumanya saya memberikan jaminan ada lagi the parts.
Sedikit sahaja. sikit, sikit.
That I will be answer.
Apabila kontrak.
Silakan.
Pasukan Piala Presiden dan Piala Belia telah diketahui lebih awal akan tamat. Sepertimana kalau diteliti perbahasan saya dan ramai rakyat peminat sukan bola sepak ini telah pun tahu dan faham pihak pengurusan faham apakah syarat dan bila deadline dan pihak pengurusan juga faham bahawa pemain-pemain Piala Presiden dan Piala Belia dah tahu bila nak tamat kontraknya. Kenapa tidak ada pelan kesinambungan dari segi itu. Kenapa tidak dipoolkan mereka terlebih dahulu untuk diletakkan atau untuk prep mereka ke ke sukan SUKMA.
Kerana chemistry telah ada, pemain-pemain yang baik telah ada walaupun adalah sedikit prestasi yang boleh kita persoalkan. Sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Lalang ada pergolakan dan sebagainya. Tetapi dari segi kerangka sukan bola sepak negeri ini kita tidak boleh terlalu dipengaruhi oleh apa yang berlaku di luar.
Tapi macam saya katakanlah, is more of a macro punya environment yang mengakibatkan isu tersebut. Jadi memang untuk kami memang kita telah mengambil tindakan yang sepatutnyalah untuk memastikan sebenarnya ada pendaftaran. Tapi cumanya untuk yang isu ini, sebab dia kalau kita nak mendaftarkan seseorang atlet misal katanya dalam long list untuk kita mengambil bahagian dalam acara SUKMA itu. Kita memerlukan pengesahan daripada persatuan sukan negeri tersebut. Namun demikian kita telah bukan macam saya sebut tadi, bukan satu kali tapi empat kali kita telah bangkitkan isu ini. Berurusan dengan persatuan sukan negeri namun demikian tidak ada senarai yang dapat disahkan. Takkan saya nak daftar Izhar Shah, Yang Berhormat Seberang Jaya untuk jadi pemain masuk.
Telok Ayer Tawar kita.
Kita pun tak boleh buat perkara terburu-buru macam saya kata tadilah. Kita pun tak boleh misal katanya tangkap muat. Just tangkap muat bagi sekadar ada penyertaan sahaja sebab mereka membawa nama Negeri Pulau Pinang untuk bertarung di SUKMA dan kita pun tak nak kutip satu pasukan.
Padang Lalang.
Hantar jadi pasukan belasahan sahaja. (gangguan).
(gangguan) Saya dulu Telok Ayer Tawar.
Saya nak bagi Kebun Bunga. Silakan.
Kita boleh, saya rasa kita boleh abaikan isu-isu luaranlah. Kalau kita kata isu FAM tapi negeri lain boleh daftar. Kenapa kita tidak boleh daftar. Cuma persoalan di luar sana ialah adakah kita ada satu skuad yang betul-betul boleh menyertai temasya bola sepak di SUKMA. Kita ada skuad itu ataupun tidak ada.
Saya boleh bagi jawapan sebenarnya buat masa kini pun kita tidak ada ada satu skuad yang dapat dikenalpasti untuk yang telah pun diuji dengan pertandingan. Sebab untuk penyertaan kepada SUKMA, ini bukan sahaja untuk bola sepak dan juga ini termasuk kepada sukan yang lain juga. You have to earn your place (dengan izin) dengan ada keputusan untuk menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan selepas qualify (dengan izin) anda hanya layak untuk mewakili Negeri Pulau Pinang ke SUKMA. Macam saya selalu tekankanlah, bukan kita kata nak tangkap muat. Kalau nak tangkap muat, anytime kita boleh cari satu-satu tapi masalahnya nanti masuk jadi pasukan belasahan.
Tapi bagi saya.
Yang Berhormat, sini. Pantai Jerejak.
Kerangka tu kena betullah sebab kalau kita tidak ada skuad untuk ke SUKMA, macam mana dengan Piala Presiden selepas ini.
Itu sebab saya kata, untuk Piala Presiden dan Piala Belia kita mulakan satu kerjasama yang baru untuk.
Bulan, bulan Ogos kan. Bulan Ogos akan datang kita perlu daftar lagi untuk Piala Presiden.
Tak, Piala Presiden telah mula.
Ha, so kalau kita boleh daftar untuk Piala Presiden kenapa kita tidak boleh daftar untuk SUKMA.
Sebab tidak, sebab cut off date. Saya bagi contoh, cut off date untuk, sat ya. Cut off date untuk pendaftaran untuk long list kepada SUKMA adalah tamat pada 13 Februari tahun ini. Dia buka, dia buka pada Disember tahun 2025 tapi cut off date dia pada 13 Februari. Namun demikian, sejurus selepas kerjasama di antara Penang FC bersama dengan FAP pemilihan hanya dibuat pada akhir bulan Mac. Yang untuk skuad belia dan juga skuad presiden yang telah pun sekarang kini telah memula kejohanan ataupun liga mereka.
Maknanya YB, maknanya YB. Fokus untuk pemilihan skuad SUKMA tidak adalah. Fokus. Sebab pemilihan dibuat untuk Piala Presiden dan Piala Belia. Tetapi pemilihan pasukan untuk skuad bola sepak negeri SUKMA tak ada ah.
Tapi saya, itu itu sebab saya cakap.
Ada satu lagi soalan saya sebelum YB sambung dengan jawapan.
Sini, sini, sini juga.
Sabar Pantai Jerejak. Dulu duduk sana, ini nak kacau orang pula. Tengok, saya dah lupa. Apa nama.
Seberang Jaya.
Empat kali, empat kali teguran malah peringatan dibuat dalam mesyuarat. Persoalan yang saya timbul adakah, apa kaedah lain pengurusan sukan negeri untuk bantu facilitate persatuan bola sepak sukan. Kerana mengamati ataupun meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Padang Lalang selaku EXCO Sukan seolah-olah meletakkan, betul memang tanggungjawab persatuan sukan tetapi nak meletakkan kesalahan itu kepada persatuan sukan pula.
Tak, Yang Berhormat. saya tidak meletakkan kesalahan itu. Macam saya kata dalam jawapan panjang lebar saya tadi saya kata saya tidak berniat untuk menuding jari kepada sebarang pihak. Tapi cumanya saya dalam ucapan saya, dalam jawapan saya, saya cuma nak biar Yang Berhormat semua faham rangka itu, how the, how does the system work. Tapi cumanya saya ambil pendirian untuk tidak menuding jari kepada mana-mana pihak. Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, kita akur, kita ada tanggungjawab juga dalam hal ini. Namun demikian let me assure (dengan izin) untuk kita menjaminkan kita tidak mengabaikan dari segi pembangunan, akar umbi pembangunan bola sepak di negeri kita. Di mana sebenarnya untuk tahun ini juga macam saya sebut tadi lah dari segi dana yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri untuk menganjurkan liga tempatan. Sebenarnya itu pun bukan tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri.
Tetapi untuk menyokong pembangunan ini, Kerajaan Negeri sanggup untuk melabur untuk mengadakan liga tempatan untuk kita hantar skuad belia, skuad presiden untuk memastikan anak-anak muda kita yang gemar, yang merupakan bakat dalam bola sepak di negeri kita mereka ada platform untuk menunjukkan bakat mereka. Mereka ada platform untuk menyertai liga ataupun pertandingan yang berprestij tinggi dan satu hari nanti mereka ada platform untuk masuk main sebagai pemain profesional di bawah Penang FC. Di mana untuk, untuk.
Boleh.
Silakan.
Ada dua persoalan daripada saya. Pertama, selain daripada negeri kita sendiri, ada negeri lain tak yang terlepas pandang untuk dihantar skuad bola sepak SUKMA untuk lelaki ini. Dan yang kedua sejak SUKMA diperkenalkan, adakah ini kali pertama kita gagal untuk menghantar skuad bola sepak lelaki Pulau Pinang. Terima kasih.
Terima kasih rakan saya daripada Pantai Jerejak. Sebenarnya, bukan sahaja Negeri Pulau Pinang yang tidak kali ini yang tidak mengambil bahagian dalam sukan bola sepak lelaki.
Macam saya sebut tadi, kita masih ada skuad sukan bola sepak perempuan dan juga futsal lelaki dan wanita. Ada negeri yang bukan terlepas pandang, ada negeri yang langsung tidak mengambil bahagian. Bukan terlepas pandang. Negeri di bawah rakan-rakan di sebelah sanalah.
You. (kurang jelas)
Saya tak, saya tak sebut itu. Saya sebut negeri yang dipimpin oleh rakan-rakan saya di sebelah sana. Dan untuk skuad bola sepak lelaki ini betul bagi menjawab soalan oleh Pantai Jerejak. Memang ada, memang kali ini adalah kali pertama yang kita tidak dapat menyertai.
Kita tidak ada Telok Ayer Tawar.
Perlis eh. Negeri mana yang selain daripada Penang.
Negeri Perlis lah.
(gangguan) Pantai Jerejak cakap berdiri ya.
Tak, tak. Telok Ayer Tawar.
Hormat Dewan sikit ya.
Telok Ayer Tawar. Tak, bagi saya, saya, saya.
Padang Lalang. Sikit, sikit.
Saya rasa Pantai Jerejak minat jadi Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis.
Saya rasa saya nak rumuslah, terlalu panjang...
Kalau sukan memang panjang, kalau sukan pendek bukan sukan (ketawa). Sukan memang panjang. Padang bola besar, memang kalau pendek tak sukan.
Telok Ayer Tawar duduk, saya bagi floor kepada Pulau Betong, silakan.
Terima kasih, terima kasih. Pulau Betong, Pulau Betong.
Okey, kita hormat.
Saya nak dapatkan gambaran kerana apa kita sebenarnya sebuah sukan yang kuat Pulau Pinang ini. Kerana kita pernah menjadi naib juara SUKMA 2022. Betul tak?
Yang Berhormat Pulau Betong, betul sebab masa itu pasukan itu saya yang bawa dengan coach Akmal Rizal. Boleh tanya Batu Uban betul tak? Masa itu skuad SUKMA yang last sekali di SUKMA MSN Khas Tahun 2022 yang skuad masuk ke final kita kalah kepada pasukan Terengganu 2-0, itu skuad saya yang bawa.
Okey terima kasih, tahun 2022 EXCO boleh bawa kemenangan. Sekarang jadi EXCO fasal apa tak boleh bawa kemenangan? Masa tahun 2022 you belum jadi EXCO you belum jadi YB, you boleh bawa kemenangan. You duduk tempat ini jadi EXCO kenapa tak boleh bawa kemenangan?
Jangan risau.
Kenapa tak boleh? Macam mana?
Jangan risau Telok Ayer Tawar. Biar saya sampai part itu dulu, jangan risau Telok Ayer Tawar. Macam saya sebut tadi, di mana kita mengakui dan saya ulas saya ulang sekali lagi di sini bukan kami nak menuding jari dan ataupun sebagaimana sebab saya nak terangkan betapa kompleksnya sebenarnya situasi yang kita berhadapan dalam isu ini. Namun demikian, saya ingin mengulangi komitmen Kerajaan Negeri di dalam menyokong pembangunan bola sepak akar umbi di mana bagi memastikan kesinambungan bakat akar umbi untuk sukan bola sepak di Negeri Pulau Pinang mendapat platform dan peluang untuk bertanding di pertandingan yang berprestij. Untuk tujuan pembangunan, Penang FC dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Piala Belia dan juga Piala Presiden dengan peruntukan untuk skuad musim ini kita memperuntukkan Ringgit Malaysia sebanyak RM500,000.00 untuk menyokong...
Piala Presiden sudah daftar?
Piala Presiden sudah mula. Sudah mula. Okey untuk maklumat Dewan yang Mulia, sehingga 10 hari bulan Mei tahun 2026, skuad Piala Presiden Pulau Pinang ataupun dikenali sebagai Penang FC II kini kedudukan empat dalam liga dengan sebelas pasukan. Kita tempat keempat. Manakala skuad Piala Belia Pulau Pinang yang dikenali sebagai Penang FC III berada di kedudukan tujuh daripada 12 pasukan yang bersaing dan pada petang ini juga skuad Penang FC II akan menentang Sabah FC II di Stadium Bandaraya.
Telok Ayer Tawar pergi tak?
Tak habis sidang memang petang ini, tapi cumanya...
Sempat lagi ni.
Cukup, cukup. Bagi saya.
Pasal bola. Sambung sikit.
Silakan, silakan.
Bukan, tadi disebut oleh Pantai Lalang, EXCO kata tadi masalah pembangunan bakat. Apa yang saya difahamkan yang saya tahulah, ada tak PFC Penang FC ini ada buat engagement dengan sekolah-sekolah? Sebab saya yang saya tahu berapa tahun ke belakangan ini kita ada biasa menang kejohanan yang buat di Vietnam itu. So apa jadi dengan budak-budak yang kita yang menang itu?
Yang Berhormat Pinang Tunggal, itu budak under 12 takkan kita nak hantar pasukan bawah 12 lawan ke pasukan 23 umur 23 Yang Berhormat itu jangan risau, Jangan risau Pinang Tunggal. Itu memang umbi kita, mereka dalam pembangunan itu sebab saya kata macam Yang Berhormat Pinang Tunggal pun mengaku pernah dapat tahu di mana Penang FC sebenarnya ada banyak engagement khasnya dengan peringkat akar umbi. Ini memang kerja saya untuk pastikan memang kita akan ada modal pembangunan sepanjang jalan ini.
Padang Lalang, saya ingat fasal isu bola ni memang tak habis.
Sat sat, mau habis dah.
Memang tak habis tapi saya cadangkan saya tengok kebelakangan lebih kurang sepuluh tahun Pulau Pinang ke belakang. Zaman saya dulu umur dalam 16 tahun 17 tahun Pulau Pinang gah zaman Shukor Salleh, Isa Bakar apa. Kalau sebut nama pemain ni orang takut Pulau Pinang.
Bukan 02 kah Telok Air Tawar?
Ya.
Bukan IC 02 kah?
Tak apa, tak apa, saya faham apa yang nak disampaikan.
Hari ini you jadi EXCO saya nak untuk SUKMA ni contoh dia macam mana 20 tahun yang lalu bawa balik ke Pulau Pinang. Kalau you nak menang saya cadangkan tukar stadium kita Stadium Batu Kawan kosong.
Tak apa, tak apa, Yang Berhormat Telok Air Tawar biar saya jawab biar saya jawab tak apa. Saya juga macam apa yang dibangkitkan oleh Telok Air Tawar memang kita cuba usaha di dalam sebenarnya dalam masa dua tahun lebih saya pegang selaku bukan sahaja EXCO yang bertanggungjawab sukan tapi juga sebagai selaku Presiden Penang FC, kita cuba sedaya upaya kita untuk bangkitkan semula prestasi bola sepak negeri kita di mana Penang FC pada tahun ini ada pencapaian yang dapat membanggakanlah di mana kita telah berjaya memasuki ke perlawanan akhir Piala MFL Challenge Cup selepas 24 tahun. Untuk maklumat Yang Berhormat Telok Air Tawar, Arsenal, pasukan Arsenal dengan peruntukan yang banyak kena 20 tahun baru boleh masuk ke perlawanan akhir Piala Champions League. Kita dengan bajet sikit...(gangguan)
Itu fasal saya tanya tadi, Padang Lalang baru keluar isu itu duduk simpan begitu lama saya tunggu. Saya nampak dah isu itu you nak keluar tapi you simpan lama fasal itu saya keluar isu yang lama itu bagi you keluar cepat.
Telok Air Tawar bagi saya habis, Sat la bagi saya habis ucap dulu. Kalau Arsenal pun 20 tahun baru boleh masuk Champions League dengan peruntukan yang besar...
Last year Arsenal sudah masuk Champions League final.
Itulah.
Sambung bola ini dua jam lagi tak habis. Menu utama.
Tak tak okey. Tapi cumanya saya berharap semua dalam dua tahun ini ada pencapaian, tapi kita masih akan terus berusaha untuk membangunkan bola sepak kita untuk negeri ini.
Jadi saya nak teruskan untuk isu lain sudah okey. Berkaitan dengan soalan yang dibangkit oleh Yang Berhormat Seberang Jaya iaitu berhubung penyertaan bola jaring ke Netball Super League (dengan izin) NSL. Sememangnya Persatuan Bola Jaring Negeri Pulau Pinang ada menerima tawaran penyertaan daripada pihak Astro untuk menyertai kejohanan NSL untuk musim tahun 2026. Namun perkara ini tidak dipanjangkan kepada pengetahuan pihak Kerajaan Negeri mahupun MSNPP yang mana pihak ahli jawatankuasa persatuan telah sendiri terus menolak tawaran tersebut di atas beberapa faktor seperti berikut.
Pertama, untuk kita melayakkan untuk Netball Super League ini, perbelanjaan persediaan dan penyertaan pasukan di kejohanan NSL adalah amat tinggi di mana bajet minimum perbelanjaan adalah sebanyak RM300,000.00 dari segi kos pembayaran elaun atlet tempatan, atlet import serta jurulatih, kos sewaan penginapan untuk pemain import dan juga lain-lain koslah yang terlibat. Itu yang pertama.
Yang kedua adalah pasukan bola jaring Pulau Pinang belum mencapai standard atau setaraf dengan pasukan yang berpengalaman di dalam kejohanan NSL pada tahun ini. Di mana NSL adalah satu kejohanan profesional yang melibatkan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain import dan pasukan yang telah lama wujud. Manakala pasukan bola jaring Pulau Pinang adalah pasukan SUKMA di bawah umur 21 tahun yang baru dibentuk serta belum matang lagi. Jika pasukan ini dihantar ke kejohanan NSL, maka pasukan ini akan menjadi pasukan belasahanlah disebabkan perbezaan umur dan pengalaman yang jauh ketara. Namun demikian, kami memberi komitmen akan terus bekerjasama dengan pihak persatuan sukan negerilah untuk kita lihat sekiranya kita ada bakat yang boleh diketengahkan untuk penyertaan untuk NSL ini. Tapi untuk menjawab Yang Berhormat Seberang Jaya jangan risau, walaupun pasukan negeri kita tidak mengambil bahagian, ada player yang berasal daripada Pulau Pinang yang menjadi pemain untuk liga NSL tersebut. Jadi Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya alih ke isu kesihatan, last portfolio.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sikit saya nak dapatkan.
Silakan Pulau Betong.
Saya nak dapatkan apakah insentif daripada Kerajaan Negeri kepada pemain takraw anak jati Pulau Pinang, Muhammad Syahir bin Mohd Rosdi merupakan tekong terbaik dunia. Jadi apa insentifnya daripada pihak negeri kepada Rosdi? Kepada Rosdi. Syahir.
Terima kasih Yang Berhormat Pulau Betong. Memang sepak takraw itu dalam hati sayalah macam mana sepertimana saya bawa Sepak Takraw League kepada di kawasan Balik Pulau yang menerima sambutan yang sangat luar biasa dan juga usaha kerajaan negeri untuk memastikan penganjuran Sukan SEA pada tahun depan di mana skuad kebangsaan kita akan mempertahankan pingat emas Sukan SEA mereka tidak lain tidak bukan di tanah Negeri Pulau Pinang.
Jadi untuk Syahir Rosdi, untuk maklumat Yang Berhormat Pulau Betong, sebenarnya Pulau Pinang bukan negeri kelahiran beliau tapi cumanya dia memang sepanjang waktu itu dia mewakili Negeri Pulau Pinang dan sememangnya di bawah SKIMAS kita pun telah sediakan ganjaran. Kita ada satu set ganjaran cumanya angka itu nanti saya akan bagi kepada Yang Berhormat Pulau Betong. Cumanya untuk atlet yang telah berjaya meraih kemenangan untuk Sukan SEA ini, buat masa kini Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang masih dalam usaha untuk mengenal pasti the final list (dengan izin) bersama dengan Majlis Sukan Negara untuk kita urusan untuk pembayaran ganjaran tersebut. Cumanya macam saya sebut tadilah, sebab Syahir Rosdi dia sebenarnya bukan dilahir di Pulau Pinang tapi dia mewakili Negeri Pulau Pinang tapi untuk pasukan profesional dia mewakili Negeri Melaka pula. Jadi kita nak confirm kekeliruan tersebut bersama dengan Majlis Sukan Negara dan lepas itu kita akan membuat pembayaran di bawah SKIMAS tersebut.
Saya nak cadangkanlah kalau boleh kita bagi anugerah Dato’.
Yang Berhormat Pulau Betong itu bukan kuasa saya ulang banyak kali. Saya masih ingat sebelum ini saya jawab kepada Bagan Jermal, itu ada cadangan daripada Yang Berhormat Bagan Jermal tapi itu bukan kuasa saya. Previous sitting.
Hanya insentif kut, bukan Dato’ ka, nenek ka.
Saya ingat ada ada. Saya pun baru teringat Yang Berhormat, apa terjadi dengan atlet bina badan itu? Anak kelahiran Pulau Pinang ni apa jadi?
Okey, tunggu sat Yang Berhormat Bagan, sebenarnya saya baru nak kongsi saja. Baru saya dimaklumkan saudara Loganathan yang berjaya memenangi kejohanan di Pulau Pinang ini beliau akan mewakili Malaysia untuk menyertai pertandingan di peringkat Asia, Southeast Asia, Asia Tenggara.
Ada bagi ganjaran?
Itu pun kita bagi dorongan untuk menyokonglah melalui persatuan sukan tersebut.
Bagi dorongan tak boleh.
Jangan risau ada.
Yang Berhormat, ini mewakili negara ke sukan Asia ni takkan ganjaran saja atau dorongan. Macam mana ni?
Yang Berhormat kalau wakili negara kena tanya KBS.
Tapi dia anak Pulau Pinang. Takkan Kerajaan Negeri nak lepas tangan?
Jangan risau jangan risau dia sekarang pergi bertanding tapi kalau sekiranya ada sebarang pencapaian dan sebagainya sememangnya Kerajaan Negeri akan memberikan ganjaran.
Saya nak masuk isu kesihatan sudah, ini penting okey. Baik sebentar tadi saya panjang lebar menyentuh tentang aspek belia dan sukan, kini saya beralih kepada isu kesihatan berkenaan dengan isu kanser yang menjadi keresahan rakyat di negeri ini dan juga perkara ini sebenarnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Air Itam juga. Berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia tahun 2017 sehingga 2021 yang baru saja diterbit pada tahun ini, Negeri Pulau Pinang mencatatkan kadar insiden kanser standard umur ataupun ASR yang tinggi berbanding purata kebangsaan iaitu pada 145.1 kadar insiden keseluruhan bagi lelaki dan juga 154.7 kadar insiden bagi wanita.
Pecahan yang ingin saya bawakan di sini adalah di negeri ini, lelaki mempunyai kadar insiden untuk kanser ini tertinggi di Malaysia dengan 145.1 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Ini jauh melebihi kadar ASR lelaki nasional iaitu 107.3. Manakala wanita berada di kedudukan keempat tertinggi di Malaysia dengan kadar ASR 154.7 kes bagi setiap 100,000 penduduk di belakang Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Melaka. Kadar ini juga jauh melebihi kadar ASR wanita nasional iaitu 120.8.
Jadi dalam tempoh lima tahun tersebut, Pulau Pinang merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 13,044 kes baharu berhubung dengan penyakit kanser iaitu jumlah kes di mana lelaki adalah 5,979 kes manakala wanita 7,065 kes. Risiko untuk penduduk Pulau Pinang dikesan menghidapi kanser sebelum usia 75 tahun adalah antara yang tertinggi di Malaysia di mana rata-rata bagi lelaki mahupun wanita adalah satu dalam setiap enam orang. Di mana isu ini menjadi satu isu yang amat pentinglah khasnya untuk komuniti kita. Itu sebab selalunya apabila saya membangkitkan isu kesihatan ini saya mengingatkan orang awam untuk segerakan menjalankan saringan kesihatan.
Di mana dengan teknologi perubatan yang kita ada pada hari ini di bawah hospital kita, kita mampu untuk memberi rawatan untuk menyembuhkan kes-kes kanser pada tahap satu dan dua. Sekiranya dikesan dengan lebih awal, sekiranya mengambil tindakan dengan lebih awal untuk mengubati untuk merawat penyakit kanser tersebut kita ada keyakinan dapat pulihkan. Tapi cumanya kita perlu memperhebatkan lagi inisiatif saringan tersebut.
Walau bagaimanapun melalui inisiatif Peka B40, kerajaan menyediakan saringan kesihatan awal, bantuan rawatan serta elaun pengangkutan bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah mendapat akses rawatan yang lebih adil dan menyeluruh terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Pulau Pinang menunjukkan penerima PeKa B40 yang tinggi iaitu seramai 419,436 orang jumlah penerima. Data juga menunjukkan antara penerima tertinggi di negeri ini adalah di bawah Bukit Mertajam iaitu 57,233 orang, diikuti Bayan Lepas 30,910 orang dan seterusnya Jelutong 25,587 orang. Ini berdasarkan poskod, pendaftaran berdasarkan poskod di mana mereka sebenarnya layak untuk menjalani saringan di bawah PeKa B40 ini.
Jadi program saringan kesihatan PeKa B40 merangkumi pemeriksaan kesihatan yang komprehensif termasuk pelbagai pemeriksaan makmal dilaksanakan. Pelaksanaan saringan menyeluruh ini adalah amat penting bagi membantu mengesan awal penyakit sekali gus membolehkan rawatan dan intervensi diberikan dengan lebih berkesan demi meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup rakyat. Jadi ada banyak manfaat yang ditawarkan di bawah pakej PeKa B40 ini dan juga untuk menyokong usaha tersebut, Pulau Pinang kini mempunyai 263 klinik pengamal perubatan am berdaftar aktif di bawah PeKa B40. Itu adalah klinik swasta yang turut mengambil bahagian di mana rakyat B40 ini yang layak turut boleh menjalankan saringan kesihatan di klinik swasta yang berdekatan dengan mereka.
Pada masa yang sama kita ada 17 makmal panel aktif yang bersedia digerakkan untuk melaksanakan program saringan dan pemprosesan ujian makmal di peringkat komuniti. Kerjasama strategik ini, yakini mampu memperkukuhkan agenda kesihatan awam negeri dalam memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada saringan kesihatan secara menyeluruh dan berterusan. Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi ingin menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Ahli Parlimen untuk turut sama membantu mewar-warkan pelaksanaan Program PeKa B40 agar lebih ramai rakyat mendapat maklumat dan tampil menjalani pemeriksaan kesihatan.
Bagi memperkukuhkan pelaksanaan inisiatif ini, satu sesi taklimat berkenaan dengan Program Saringan Kesihatan PeKa B40 saya akan adakan sejurus selepas persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini untuk satu taklimat kepada semua wakil rakyat untuk memahami tentang inisiatif ini dan juga nanti kita akan juga bekalkan senarai Klinik Kesihatan dan juga klinik swasta yang menawarkan perkhidmatan saringan ini di kawasan Yang Berhormat-Yang Berhormat masing-masing dan sememangnya kita boleh meminta bantuan klinik-klinik ini untuk melaksanakan saringan kesihatan. Dan di mana untuk usaha ini, saya telah menerima kerjasama yang baik daripada ProtectHealth iaitu satu syarikat di bawah KKM ini yang mengendali PeKa B40 ini. Mereka sedia untuk membantu juga sekiranya Yang Berhormat-Yang Berhormat ada program bersifat komuniti di tempat masing-masing, kita boleh bantu untuk selaraskan untuk menjalankan saringan kesihatan yang berkenaan.
Yang Berhormat.
Saya bagi Bagan Jermal, silakan.
Mencelah sekejap, sedikit saja, sedikit saja.
Saya bangkit dulu.
Okey lah, saya hormat orang.
Tak, tak, tak, Telok Ayer Tawar, saya bagi Bagan Jermal.
Floor you lah.
My floor. Saya bagi Bagan Jermal.
Kepada jiran saya, takmau ah? Okey, okey dia bagi floor pada saya. Jadi terima kasih atas Yang Berhormat EXCO yang begitu cakna tentang kesihatan fizikal ni tetapi seperti yang saya bahaskan sebelum ni memang banyak perkara yang melibatkan kesihatan mental termasuklah gelandangan yang ada kesihatan mental itu yang belum kita betul-betul tangani masalah ni. Jadi saya rasa boleh tak Yang Berhormat EXCO mengulas tentang perkara ni. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Jermal. Sememangnya saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal tentang model yang dilaksanakan oleh Negeri Sembilan tentang ada satu rumah sementara. Tapi cumanya dari segi memang dari segi peraturan dan juga undang-undang yang berkenaan, sememangnya dia ada cabaran dia lah. Misal katanya saya rasa semua sedia maklum, ini pun sebenarnya merupakan satu isu ataupun cabaran di mana kemudahan ataupun fasiliti kesihatan sebenarnya kita tidak ada kuasa untuk menahan sesiapa-siapa termasuklah sekiranya dia disahkan betul-betul ada isu ataupun sakit tersebut.
Sebenarnya kita pun bukan nak tahankan mereka, kita nak untuk tujuan memulihkan, untuk menyampaikan rawatan tapi cumanya apabila semua proses tu telah selesai, kita perlu melepaskan mereka kembali kepada komuniti dan itu yang saya difahamkan menjadi satu isu yang dibangkitkan lah. Tapi saya mengambil maklum.
Boleh Padang Lalang? Tadi...(gangguan)
Sat lah, bagi saya habis dulu lah.
Sikit ja, sikit ja.
Sat sat bagi saya habis jawab.
Sikit ja, sikit ja. Saya sambung sikit ja.
Tak bagi saya habis perkataan dulu lah, baru saya bagi, jangan risau, jangan risau, jangan risau. Tak, cumanya itulah saya mengambil maklum dan memang perkara itu kita dalam tinjauan juga untuk mendapatkan satu lokasi yang sesuai untuk tujuan tersebut sebab ada banyak isu, misal katanya dari segi keselamatan dan sebagainya. Sebab kalau saya cari lokasi pun kena pastikan lokasi itu selamat dan sesuai sebab takut nanti dia akan mengadakan gangguan kepada pihak yang lain juga. Tapi perkara tersebut memang kita dalam perhatian. Silakan Telok Ayer Tawar.
Haa terima kasih banyak Padang Lalang. Apa Yang Berhormat cakap tadi pasal isu saringan check PeKa B40, saya ucap terima kasihlah kepada EXCO Kesihatan. Saya dah buat dah di Pusat Khidmat saya dan saya ucap terima kasih pada klinik-klinik yang hadir atas Skim PeKa B40. Tapi saringan ni saya tengok daripada pihak EXCO, kita ada buat check tapi wakil rakyat sendiri pun tak check. Ada kita buat, ada doktor ada panel di situ untuk bila free saya tengok keluar 10 orang, sorang pun tak berhenti. Macam mana nak check? Tak apalah, 10 orang, kita 40 makna. Bagi saya cakap habis. Saya cakap tak habis.
Tak apalah, tak apalah, Telok Ayer Tawar tak apa, saya nak jawab saya nak jawab.
Betul saya kata. Kalau kita dah ada ni, berapa kali saya tengok. Berapa orang. Hari ini kita tanya dalam Dewan ni berapa orang pi check?
Yang Berhormat sat.
Yang Berhormat alu-alukan suruh pi saringan check ni, bagus tu check kesihatan tapi yang kita ada buta free tang ni pun tak pi macam mana?
Okey, okey. Telok Ayer Tawar duduk.
Tak apa, tak apa, Telok Ayer Tawar untuk makluman, sebenarnya yang kaunter, untuk makluman Dewan yang Mulia ini, khasnya kepada Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, itu kaunter bukan saringan kesihatan.
Betul, saya faham.
Itu cuma, sat, sat, sat Yang Berhormat bagi saya habis dulu.
Sikit, You cakap yang tu untukTelok Ayer Tawar. Sikit ja. Yang tu betul bukan saringan saya faham. Tapi ni yang tu at least kita tau juga pagi ni makan gula berapa? At least kita faham kita punya pressure naik berapa? tau jatuh masuk hospital nanti (ketawa).
Itulah Telok Ayer Tawar, bagi saya habiskan perkataan saya dulu jangan terburu-buru. Tapi sememangnya saya menggalakkanlah saya masih ingat di dalam Dewan yang Mulia ini saya pun turut bangkitkan di mana saya percaya surat disampaikan kepada semua wakil rakyat tak kira kerajaan ataupun pembangkang untuk kita melaksanakan saringan kesihatan. Memang perkara ini saya pun telah buat tapi cumanya buat masa kini, kita tidak minta supaya ia diwajibkan. Maksudnya kita tak ubah peraturan Dewan dan sebagainya untuk minta dia diwajibkan.
Cumanya kita harap saringan ini dapat dibuat. Yang pertama, supaya wakil rakyat dapat menjadi contoh kepada rakyat di kawasan anda supaya untuk mengadakan saringan kesihatan. Yang kedua, adalah supaya wakil rakyat dapat memahami keadaan tubuh badan masing-masing untuk meneruskan tanggungjawab kita. Jadi saya nak merujuk kepada soalan yang dibangkitkan.
Padang Lalang.
Ya.
Terima kasihlah kerana kita terima surat untuk minta semua wakil rakyat pergi buat tapi saringan itu amat simple saja. Kita perlu punya adalah perlu yang lebih detail lah. So saya ingat EXCO Pelancongan pun setuju. So kita harap, kita ada satu saringan yang lebih comprehensive so that menyeluruhlah. So, kesihatan umur sudah ada, kesihatan perlu jagalah.
Okey, baik saya ambil maklum Yang Berhormat KOMTAR. Saya nak rujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penaga tentang pemotongan peruntukan kononnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berjumlah RM3.6 bilion. Jadi untuk bagi menjawab Yang Berhormat Penaga memang ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kementerian Kewangan Malaysia berhubung dengan isu itu.
Untuk makluman, buat masa kini saya telah mengesahkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia masih belum ada sebarang kata putus lagi tentang itu. Tapi cumanya sebagai intipati memang kami memberi komitmen khasnya peruntukan yang berkait rapat khasnya dengan sektor yang merupakan sektor yang asas kepada masyarakat kita misal katanya sektor pendidikan dan juga sektor kesihatan ini tidak sewajarnya ada sebarang pemotongan peruntukan khasnya dari segi untuk kita menyediakan jumlah petugas kesihatan awam yang mencukupi dari segi pembangunan prasarana dan juga pembangunan kemudahan kesihatan yang mencukupi untuk membantu rakyat kita.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, saya juga merujuk kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulau Betong tentang kejadian siling bocor di Jabatan Pesakit Luar Klinik Kesihatan Air Putih, Balik Pulau. Kebocoran siling tersebut dilaporkan pada November tahun lepas dan telah pun dinilai oleh pasukan kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri bersama dengan kontraktor pada 7 hari bulan November. Dari tempoh tersebut sehingga Januari, ini beberapa siri pembaikan sebenarnya telah dilaksanakan oleh kontraktor namun kebocoran tersebut masih terjadi.
Oleh hal demikian, beberapa tindakan susulan telah diambil dengan segera dan pihak JKR juga telah menentukan kebocoran ini berpunca dari klinik dan lab dental di aras atas. Kemungkinan terdapat paip aliran keluar kerusi dental yang telah retak atau pecah dalam simen siling. Jadi JKR mengesyorkan untuk pecah siling dan melaksanakan bypass piping. Jadi untuk makluman, pembaikan ini dianggarkan melebihi RM50,000 dan perlu distruktur semula sistem perpaipan dan siling. Sehubungan dengan itu, ia telah diletakkan dalam Permohonan Peruntukan Berprioriti Tinggi menggunakan penjimatan peruntukan pembangunan 2026 ataupun peruntukan 2027.
Jadi untuk sementara waktu ini, penggunaan dental chair berkaitan telah dikurangkan bagi memastikan tiada aliran air keluar secara mendadak. Ini antara langkah mitigasi yang kita ambil. Saya memberikan jaminan kepada Yang Berhormat Pulau Betong, kita telah ambil tindakan untuk mengatasi isu ini. Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat...(gangguan)
Boleh dapatkan penjelasan, bila nak selesaikan siling tu?
Untuk makluman, kita kini dalam proses permohonan peruntukan dan saya bagi komitmen kalau boleh kita nak cuba selesaikan dalam tahun ini juga.
Okey baik, terima kasih.
Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pinang Tunggal tentang isu penagihan dadah di kawasan Seberang Perai Utara. Ya saya tidak dapat menafikan memang ada peningkatan bagi kes-kes tersebut. Jumlah klien yang ada di daerah Seberang Perai Utara ada berlaku sedikit peningkatan pada tahun 2024 berbanding dengan tahun 2025 iaitu peningkatan sebanyak 398 kes bersamaan dengan 11.1 peratus.
Jadi untuk makluman, peningkatan ini sebenarnya berpunca daripada pengukuhan aktiviti pengesanan dan juga operasi bersepadu oleh agensi. Dalam erti kata lain, sekiranya tiada penguatkuasaan maka tiada kes lah senang. Tapi angka tu, peningkatan tu adalah menunjukkan sebenarnya komitmen khasnya Agensi Antidadah Kebangsaan dan juga pihak PDRM yang melaksanakan tugas mereka untuk kita cuba mengesan lebih banyak kes yang bersangkut paut dengan penyalahgunaan dadah ini.
Ini menunjukkan operasi pembasmian bertambah kerap dan pegawai-pegawai penguatkuasa menjalankan tugas mereka dengan baik. Dan macam saya katalah saya ucapkan ribuan terima kasih kepada PDRM, AADK dan pihak-pihak yang terlibat dalam usaha murni ini. Namun demikian untuk makluman Dewan yang Mulia ini, kalau kita lihat kepada keseluruhan kes negeri ini, jumlah kes sebenarnya adalah menurun kalau kita lihat seluruh negeri. Daripada 14,452 kes pada tahun 2024 diturunkan kepada 13,655 kes pada tahun 2025 iaitu penurunan sekitar 5.5 peratus.
Jadi penurunan ini menunjukkan juga keberkesanan usaha pencegahan dan juga intervensi yang dilaksanakan secara berterusan di mana Kerajaan Negeri turut membantu memperkukuhkan usaha pencegahan melalui sokongan program dan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Negeri Pulau Pinang juga terpilih sebagai tuan rumah untuk program sambutan Peringatan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan tahun 2026 yang bakal berlangsung di Dataran Jambatan Merdeka, Sungai Dua pada 27 dan 28 Jun tahun ini.
Jadi secara keseluruhan kita akan terus melihat kepada usaha untuk kita membanteras penyalahgunaan dadah ini di mana Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan kewangan bagi menyokong pelaksanaan program Skuad Antidadah dan juga program Kampung Aspirasi Bebas Dadah yang diterajui oleh agensi AADK lah. Jadi kita harap kerjasama semua pihak untuk kita menjayakan Negeri Pulau Pinang, Negeri Bebas Dadah. Jadi akhir kata Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua...(gangguan)
Padang Lalang, Padang Lalang, YB Speaker bermurah hati nak tambah. Saya murah hati nak tambah dua minit tapi kena tolong jawablah. Tolong update sikit hal Klinik Kesihatan Bayan Lepas.
Klinik Kesihatan Bayan Lepas? Tak apa itu nanti PM tepi, nanti PM tepi.
Er ni Padang Lalang. Dengan izin Timbalan Speaker, jadi saya nak tanya berkenaan dengan masalah pesakit mental ni. Sebab di Sungai Dua baru-baru ini ada satu rumah sampah berdepan dengan klinik tu.
Ada-ada.
Jadi baru ni MBSP pi angkut lima lori sampah. Dia berseronok dia kata tolong bersihkan rumah dia. Pelik, malahan dia siang dia tidur, malam-malam dia pergi kutip sampah bawa balik pi tauk dalam rumah dia. Dia tak jual pun. Kan? Kereta buruk semua dia angkut pergi letak. (gangguan) Dia sekarang ni dia masalah dia, dia mendatangkan ancaman tikus, ular dan juga nyamuk. Takkanlah tak boleh kita pi tangkap dia bawa pi kurung pi rawatlah di apa Perak Road ka apa ka kan? Jadi dia mendatangkan masalah.
Jadi takkan tak ada SOP kita nak mengendalikan pesakit mental ni? Nampak macam ok, tapi semua orang kata makna dia ni mungkin ada mental. Kalau dia normal dia tak buat macam itu, sekurang-kurangnya dia jual juga sampah yang dia ambil ni. Dia tak jual. Dia pergi tambun dalam rumah itu.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, saya rasa jangan risau. Saya ambil maklum sebab tempoh hari apabila minum kopi Yang Berhormat Sungai Dua telah pun bangkitkan isu ini. Nanti saya akan bantu susuli, tapi cumanya kita elak jugalah untuk nak buat kononnya pertuduhan sebab kita belum ada satu analisa tentang kesihatan mental beliau. Kurang eloklah untuk kita berbicara tentang apa perangai dia ke ataupun apa-apa simptom yang mungkin ada kesihatan mental tersebutlah. Tapi jangan risau nanti saya akan susuli perkara tersebut bersama dengan Yang Berhormat Sungai Dua.
Akhir kata, meskipun keadaan dunia kini sepertimana semua sedia maklum dengan konflik Asia Barat ini menuntut kami melihat semula dari segi penyaluran sumber dan juga perbelanjaan kita secara lebih berhemah. Namun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap masih memberikan komitmen di dalam Pembangunan Belia, Sukan dan juga Kesihatan demi kesejahteraan rakyat. Sebelum saya mengakhiri ucapan, izinkan saya sampaikan serangkap pantun jugalah.
Indah sungguh bunga melati, Disusun rapi di dalam taman, Belia dipimpin penuh dedikasi, Sukan dibangun, kesihatan diutamakan.
Jadi dengan kata-kata itu, Padang Lalang mohon menyokong.
Terima kasih, terima kasih saya…
Terima kasih Padang Lalang, habis dah.
Saya sikit ja, saya nak.
Habis dah.
Saya ucap terima kasih dekat Padang Lalang begitu berolah-olah untuk menyampaikan tapi saya tengok EXCO semua tak ada tinggal tiga oranglah.
Telok Ayer Tawar duduk.
Empat baru masuk, tadi CM masuk tu saya bangkit cakap kalau tidak tadi saya tak mahu cakap lagi.
Persilakan Jawi untuk sesi penggulungan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, hadirin yang saya muliakan sekalian. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Penang2030.
Dengan penuh rasa kesyukuran dan penghargaan atas segala limpah rahmat, kesejahteraan serta kesempatan yang dianugerahkan, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bersama-sama berhimpun pada petang yang penuh bermakna ini sempena Sesi Penggulungan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15.
Pada platform yang mulia ini, saya ingin menyorot amanat Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang menekankan peri pentingnya kita menjunjung penyampaian maklumat yang sahih, berhemah dan diiringi input yang konstruktif demi menjulang keyakinan rakyat terhadap integriti dan kredibiliti Kerajaan Negeri. Hasrat luhur Tuan Yang Terutama Tun yang disinergikan pula dengan visi Penang2030 yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang telah menjulang Negeri Pulau Pinang ke tahap gemilang seperti yang kita nikmati kini.
Justeru, saya melahirkan dan merakamkan aspirasi tertinggi kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah mempersembahkan iltizam dan tekad yang sangat tinggi dalam mencorakkan hala tuju yang jelas dalam pembangunan negeri sehingga bukan sahaja menjadi inspirasi tetapi juga menyalakan azam saya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa dengan lebih cemerlang dari semasa ke semasa.
Selanjutnya Yang Berhormat ADUN Machang Bubok telah bertanya mengenai Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung melibatkan pembayaran berikutan penamatan kontrak Syarikat PLB Terang Sdn. Bhd. dan peningkatan kos pengurusan tapak. Terima kasih kerana Yang Berhormat sangat cakna mengenai isu ini. Sepertimana sedia maklum, perjanjian konsesi PLB Terang Sdn. Bhd. telah ditamatkan pada 1 Ogos 2022 setelah pihak Kerajaan Negeri mendapati prestasi PLB Terang Sdn. Bhd. adalah tidak memuaskan dan pengoperasian tapak diserahkan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai.
Namun merujuk Concession Agreement for the Operation of Sanitary Landfill and Material Recovery Facility (MRF) at Pulau Burung, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang telah ditandatangani antara Datuk Bandar bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan dengan pihak PLBT pada 31 Oktober 2012. Berdasarkan klausa penamatan dalam perjanjian ini, PBT dikehendaki untuk membeli fasiliti-fasiliti yang dibina oleh pihak syarikat PLBT. Antara fasiliti yang telah dibina oleh pihak syarikat PLBT adalah sel pembuangan sampah dan loji rawatan air larut resap iaitu Leachate Treatment Plant yang merupakan komponen yang paling penting bagi memastikan pengoperasian Tapak Pelupusan Pulau Burung berjalan lancar dan sistematik.
Sehubungan dengan itu, pihak Pihak Berkuasa Tempatan telah melantik perunding bagi menilai nilai buku bersih komponen-komponen yang telah dibina di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung oleh syarikat PLBT. Berdasarkan semakan dan penilaian yang dibuat oleh perunding, nilai buku bersih komponen-komponen tersebut ditetapkan adalah sebanyak RM49,410,821.38. Namun begitu, tuntutan awal yang dikemukakan oleh syarikat PLBT adalah sebanyak RM84,478,000. Setelah melalui beberapa sesi mediasi yang melibatkan Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan syarikat PLBT, kesemua pihak bersetuju dengan nilaian sebanyak RM35 juta bagi memindahkan keseluruhan hak dan pemilikan fasiliti di tapak kepada kedua-dua PBT. Setakat ini, pihak MBSP telah membuat bayaran pertama kepada pihak PLBT berjumlah RM9,873,750.00 pada 24 Mac 2025 manakala bagi pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang pula telah membuat bayaran kedua sejumlah RM9,831,506.85 sahaja pada 2 Oktober 2025.
Yang Berhormat turut membangkitkan isu kebakaran yang berlaku di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung yang berlaku pada 21 Mac 2026 yang lalu. Untuk makluman, bermula Ogos 2022 sehingga kini, keseluruhan tanggungjawab berkaitan pengurusan Tapak Pelupusan Pulau Burung telah diambil alih dan diuruskan sepenuhnya oleh MBSP. Berdasarkan hasil post-mortem yang telah dijalankan, antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada insiden tersebut termasuklah penghasilan serta pengumpulan gas metana daripada proses pereputan sisa pepejal, keadaan timbul sisa yang kering dan mudah terbakar, pantulan serta tumpuan haba daripada bahan tertentu seperti kaca dan plastik di samping kehadiran bahan-bahan mudah terbakar seperti minyak, aerosol dan bateri yang berpotensi mencetuskan kebakaran apabila terdedah pada suhu persekitaran yang tinggi. Saya percaya kalau musim pada Januari sehingga musim puasa sehingga musim raya, memang musim tersebut adalah cukup panas. Saya ucapkan ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba Penyelamat Malaysia dan juga kepada pasukan Bomba Sukarela dan juga semua team MBSP ketika berlaku kebakaran memang dia berlaku pada waktu malam, pagi, 2 pagi dan kita dapat menyelamatkan memadamkan api seterusnya pada keesokan hari sehingga waktu 4 petang.
Berkaitan dengan kos pengurusan tapak pelupusan yang semakin meningkat, terdapat beberapa perubahan dasar dan faktor ekonomi semasa telah memberi kesan ke atas peningkatan kos operasi dan perkhidmatan sejak tahun 2024. Antaranya adalah kenaikan kadar cukai perkhidmatan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2024, ketetapan harga diesel di Semenanjung berdasarkan harga pasaran tanpa subsidi mengikut purata bulan Mei 2024 dan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu.
Yang Berhormat ADUN Machang Bubok telah bertanya mengenai keberkesanan pelaksanaan agenda bandar pintar di Negeri Pulau Pinang khususnya melibatkan keupayaan sistem asas bandar seperti trafik dan pengurusan banjir untuk berfungsi secara bersepadu serta impak pelaksanaannya kepada rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, agenda Negeri Pintar Pulau Pinang memberi tumpuan kepada lima domain utama iaitu kerajaan pintar, komuniti pintar, persekitaran pintar, mobiliti pintar dan ekonomi pintar dengan penggunaan teknologi seperti Internet Kebendaan iaitu Internet of Things (IoT), kecerdasan buatan Artificial Intelligence, Sistem Maklumat Geografi (GIS) serta perkongsian data masa sebenar bagi memperkukuh pengurusan bandar berasaskan data. Saya bersetuju bahawa kejayaan bandar pintar tidak hanya diukur melalui penggunaan teknologi semata-mata, tetapi berdasarkan keberkesanannya dalam menangani isu harian rakyat seperti kesesakan lalu lintas, banjir kilat, keselamatan awam dan kecekapan penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan.
Oleh hal yang demikian, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, PLANMalaysia Pulau Pinang kini sedang menyediakan Pelan Induk Pintar Negeri Pulau Pinang bagi menambah baik agenda negeri pintar sedia ada agar pelaksanaannya lebih menyeluruh, bersepadu dan mampu memberikan impak yang lebih berkesan serta setimpal dengan harapan rakyat. Sahabat saya Yang Berhormat ADUN Pantai Jerejak pula bertanyakan mengenai jadual kutipan sampah khususnya di kawasan berkepadatan tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat, Pihak Berkuasa Tempatan sememangnya melaksanakan pemantauan secara berterusan melalui pemeriksaan di lapangan, pengurusan aduan awam, pemantauan pergerakan kenderaan kutipan serta mesyuarat penyelarasan bersama kontraktor. Antara langkah penambahbaik yang diambil termasuklah pemasangan dashcam pada kenderaan kutipan, pelaksanaan time motion study setiap 6 bulan dan penggunaan Sistem Kedudukan Sejagat iaitu GPS bagi memantau prestasi operasi secara lebih berkesan. Selain itu, penggunaan teknologi pintar seperti kecerdasan AI turut sedang diteliti manakala pembangunan baharu berskala besar disyaratkan menggunakan sistem himpunan sampah moden seperti spiral garbage bin dan portable compactor garbage bin bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal.
Yang Berhormat ADUN Batu Lancang dengan ADUN Sungai Puyu pula menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan serta keprihatinan terhadap jasa dan pengorbanan Pasukan Bomba Sukarela yang sentiasa tampil berada di barisan hadapan dalam menghadapi pelbagai insiden kecemasan. Kelibat mereka yang pantas menghulurkan bantuan ketika berlakunya kebakaran, kemalangan, bencana serta situasi-situasi kecemasan lain jelas mencerminkan semangat kesukarelawanan, keberanian dan komitmen tinggi mereka demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara. Terdapat tiga perkara yang disyorkan oleh kedua-dua Yang Berhormat iaitu menyediakan imbuhan yang stabil serta skim insurans perlindungan menyeluruh bagi menjamin kebajikan dan motivasi anggota, menyediakan peruntukan tahunan statutori bagi menampung kos operasi pihak Pasukan Bomba Sukarela termasuk penyelenggaraan balai, perolehan peralatan, peralatan perlindungan diri dan menggantikan sistem sumbangan tidak tetap sedia ada, dan juga menyediakan subsidi diesel bagi meringankan beban Pasukan Bomba Sukarela.
Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang tahun 2025, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM450,000.00 kepada PBS di seluruh Negeri Pulau Pinang sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh pasukan tersebut dalam membantu masyarakat.
Sumbangan yang disalurkan ini bertujuan meringankan beban kos operasi yang ditanggung oleh PBS. Antaranya meliputi kos penyelenggaraan balai, perolehan peralatan operasi, PPE serta pembiayaan minyak diesel bagi kenderaan operasi PBS agar tahap kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap yang terbaik. Bagi tahun 2026 sehingga 31 Mac 2026, Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM370,000.00 bagi tujuan yang sama. Peruntukan ini saya percaya tidak termasuk juga dengan peruntukan yang disalurkan ataupun dibeli oleh ADUN-ADUN masing-masing. Seiring dengan cadangan daripada kedua-dua Yang Berhormat berhubung penyediaan peruntukan statutori kepada PBS dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa buat masa ini, Kerajaan Negeri masih meneruskan pendekatan pemberian sumbangan secara one-off tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Kerajaan Negeri. Saya amat menghargai serta menyambut baik cadangan yang dikemukakan tersebut sebagai satu usaha memperkukuh kelangsungan operasi dan kebajikan Pasukan Bomba Sukarela. Lantas, cadangan berkenaan akan diteliti secara menyeluruh untuk dipertimbangkan dengan mengambil kira kedudukan kewangan Negeri Kerajaan Negeri.
Berkenaan dengan peruntukan dana khusus bagi penyediaan insurans kepada PBS pula, buat masa ini Kerajaan Negeri belum memperuntukkannya. Apa pun cadangan yang dikemukakan ini amatlah baik dan boleh diteliti lanjut sebelum sebarang keputusan mengenai dapat dibuat oleh Kerajaan Negeri. Saya turut prihatin dengan kebimbangan Yang Berhormat ADUN Batu Lancang mengenai kebanjiran rangkaian perniagaan asing iaitu peniaga-peniaga atau perniagaan dari China yang menawarkan harga lebih murah sehingga memberi tekanan kepada peniaga tempatan dan menjejaskan ekosistem perniagaan setempat di Pulau Pinang.
Untuk makluman Yang Berhormat. Kawalan harga barangan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Justeru, pelaksanaan operasi bersepadu yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kastam, Kementerian Kesihatan Malaysia dan dalam aspek pengawalan harga dilihat kurang bersesuaian kerana di luar skop bidang kuasa masing-masing serta perlu mengambil kira implikasi undang-undang yang terlibat. Pada masa yang sama, cadangan supaya Pihak Berkuasa Tempatan mengenakan mekanisme cukai tambahan perlu diteliti sama ada ia benar-benar dapat mencapai tujuan yang dihasratkan memandangkan keberkesanannya dalam mengawal harga adalah terhad dan mungkin tidak memberi kesan langsung kepada peniaga warga asing dari China sekiranya keuntungan yang diperoleh adalah tinggi. Selain itu, setiap caj yang dikenakan juga perlu mempunyai justifikasi yang kukuh selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada.
Sahabat saya Yang Berhormat ADUN Sungai Dua pula telah membangkitkan isu kekurangan parkir di sekitar Pasar Awam Sungai Dua serta deretan kedai makan dan sekolah yang berhampiran. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak MBSP telah sedia maklum mengenai perkara ini dan tindakan telah pun diambil dengan mengenakan syarat kepada Tetuan Jayamas Heritage Sdn. Bhd. bagi pembangunan baharu di lot bersebelahan Pasar Awam Sungai Dua agar menyediakan kemudahan parkir mencukupi selaras dengan keperluan pembangunan setempat. Yang Berhormat ADUN Sungai Dua turut membangkitkan isu rumah sampah di Sungai Dua yang berhadapan Klinik Kesihatan Sungai Dua. Untuk makluman, pihak MBSP telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan lima (5) kompaun kepada pemilik tersebut dalam beberapa siri operasi penguatkuasaan dan pembersihan longgokan sampah dan barang lusuh di rumah sampah selaras dengan peruntukan yang berkuat kuasa seperti yang berikut:
1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 82 (Notis Hapus
Kacau Ganggu): Di mana MBSP boleh keluarkan notis arah pemilik ataupun
penghuni bersihkan longgokan barang, semak samun atau sampah dalam
tempoh tertentu. Jika gagal, MBSP boleh masuk bersihkan dan membuat
tuntutan kos.
2. Seksyen 109: Kemungkiran mematuhi notis dan perintah kerana gagal
mematuhi notis yang diberikan.
3. Di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Di Bawah Seksyen
46(1)(b): Menutup dan menghalang parit terbuka dengan meletakkan
barangan lusuh serta pasu tanaman di tempat awam.
4. Di bawah Seksyen 47: Meletakkan debu di atas jalan dan sebagainya, lebih
kepada buang atau letak kotoran atau sampah bahan buangan di jalan atau
tempat awam.
Saya nak tanya ADUN sahabat saya, ADUN Sungai Dua, adakah kes yang dibangkitkan adalah sama dengan yang dibangkitkan tadi?
Ya, ya, sama-sama. Kerana tuan dia ni, lepas daripada MBSP pi bersihkan tu, dia bagi tahu dia kata seronoklah tolong bersihkan tempat dia. Padahal dia tiap-tiap malam dia pi angkut sampah. Dia di luar tu kita nampak dah okey tapi masih lagi kereta-kereta buruk masih ada di tepi jalan, kemudian sampah dalam tempat dia tu masih ada berlambak. Jadi kita takut ancaman tikus, ancaman ini... Inilah yang disuarakan oleh penduduk taman sekitaran dia. Jadi ini masalah, masalah dia. Sebab itu saya sebutkan tadi, mungkin tuan rumah ni ataupun owner dia ni seorang pesakit mental. Kalau dia normal, dia takkan buat macam tu. Kalau orang pi kutip sampah untuk dia jual, nampak logiklah. Tapi dia kutip sampah, dia duduk bersama dengan sampah.
Tapi ada dia minat barangan antik kot?
Entahlah, dia bukan antik ni. Segala plastik dengan semua hak buruk-buruk semua dia angkut pi.
Okey, terima kasih ADUN Sungai Dua. Sebenarnya saya faham tentang kerisauan daripada jiran-jiran dan juga apa yang dibangkitkan, kebimbangan daripada sebagai wakil rakyat di kawasan Jawi juga saya menghadapi, saya percaya banyak wakil rakyat juga menghadapi. Seseorang yang dia memang kita tak faham sama ada dia sakit mental ataupun itu tabiat dia. Dia suka keluar untuk kutip sampah dan letak saja dekat rumah. Kumpul. Selepas itu, selepas jiran-jiran buat aduan, apabila MBSP nak masuk ataupun MBPP, kita terpaksa mengikut seperti apa yang saya katakan akta ataupun undang-undang yang sedia ada. Kita perlu melalui proses untuk membuat sesuatu tindakan.
Cuma mungkin kita tak pasti sama ada dia ada dari segi mental problems ataupun mungkin dia tabiat dia suka, hobi dia suka untuk kutip sampah. Itu memang perlu kita lihat dari semasa ke semasa. Sekiranya saya boleh kata, sekiranya memang mewujudkan kacau ganggu kepada kejiranan, memang saya minta adukan kepada aduan ini kepada pihak berkuasa tempatan supaya kita dapat untuk bertindak dengan cepatlah. Pada masa yang sama mungkin kita lihat ada ke dari segi kaunseling yang lain boleh kita untuk tujukan kepada pemilik rumah tersebut untuk lihat sama ada dia perlu kaunseling ataupun perlu menjalani seperti apa yang Sungai Dua bangkitkan, pergi buat lawatan.
Saya, berhubung dengan kereta usang. Kalau ada kereta usang yang road tax telah tamat tempoh yang letak di tepi jalan, taman-taman. Saya minta sahabat saya ADUN Sungai Dua tolong sampaikan aduan ini kepada PBT supaya kita boleh buat tindakan. Kita akan letakkan notis 24 jam untuk minta pemilik kenderaan tersebut untuk tunda. Sekiranya dia tidak bergerak daripada kawasan tersebut, Majlis ada hak untuk tarik kereta tersebut.
Jawi, saya dapat maklumat itu yang pelik tu. Kereta buruk, kereta teruk dia, road tax ada.
Road tax ada tak?
Road tax ada. Kita dapat maklumat ni peliklah sampai…
Tak apa, mungkin kita boleh buat semakan sekarang disebabkan road tax sekarang adalah melalui digital. So kita mungkin kita boleh buat semakan.
Nombor pun tak ada, apa pun tak ada nak check macam mana? Nombor plat, plat kereta pun tak ada.
Dekat road tax dekat cermin ada lagi kut road tax yang tamat tu?
Tak tahu nak kata, nanti boleh tengok.
Ya lah, mungkin wakil rakyat boleh sebagai pemimpin boleh bantu untuk lihat dan salurkan kepada saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu sebab kita memang faham isu ini bukan sahaja berlaku di kawasan Sungai Dua, tetapi saya percaya masih ada berlaku di kawasan banyak tempatlah.
Contoh Jawi memang ada dan kita memang usaha untuk setiap kali apabila aduan masuk kita terpaksa untuk menjalankan tanggungjawab untuk ambil tindakan.
Seterusnya Yang Berhormat ADUN Komtar dan Yang Berhormat ADUN Pengkalan Kota dilihat begitu prihatin dengan bangunan warisan yang berada di Pulau Pinang. Menyentuh isu berkaitan bangunan warisan, terdapat beberapa perkara yang telah dibangkitkan iaitu penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town yang fleksibel. Kerajaan Negeri melalui Plan Malaysia, MBPP dan juga George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) sedang menyediakan semula Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.
Cadangan Yang Berhormat ADUN Komtar mengenai pendekatan yang lebih praktikal akan diberi perhatian dalam proses ini. RKK baru ini akan melibatkan pakar konservasi dan menekankan pendekatan yang lebih fleksibel, pragmatik dan bersesuaian dengan realiti semasa tanpa mengabaikan prinsip asas pemuliharaan warisan. Ia juga mengambil kira keperluan ekonomi serta pemilik bangunan termasuk penambahbaikan senarai bahan binaan alternatif bagi memastikan pemuliharaan warisan dapat dilaksanakan secara mampan.
Pada masa ini, pihak MBPP melaksanakan pendekatan proaktif dengan mempermudahkan proses permohonan pindaan tambahan serta pertukaran guna bangunan kediaman kepada rumah kedai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dengan membenarkan permohonan dikemukakan hanya melalui pelan bangunan sahaja. Langkah ini secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan beban pemilik bangunan warisan.
Saya juga ingin menarik perhatian terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Komtar terhadap bangunan warisan yang tidak diselenggara. Pihak Berkuasa Tempatan khususnya MBPP sentiasa berusaha dalam memastikan bangunan lama atau usang yang tidak diselenggara diambil tindakan sewajarnya dan tegas bagi mengelakkan risiko bahaya kepada keselamatan orang awam. Justeru itu, antara tindakan yang diambil seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 133 adalah seperti yang berikut:
1. Mendirikan papan dinding atau pagar keselamatan mengikut spesifikasi
dan penentuan Pihak Berkuasa Tempatan.
2. Mengosongkan bangunan tersebut daripada penghuni atau sebarang aktiviti.
3. Membaiki kecacatan bangunan yang dikenalpasti seperti keretakan struktur,
kerosakan bumbung, dinding, tiang rasuk atau mana-mana bahagian
bangunan yang berbahaya.
4. Meruntuhkan bangunan atau mana-mana bahagian benda yang terletak
padanya sekiranya didapati tidak selamat atau tidak ekonomik untuk dibaiki.
Kendati begitu, di kawasan MBSP, tiada insentif diberikan pada masa ini memandangkan bangunan-bangunan warisan yang disenaraikan di Seberang Perai masih berada pada peringkat deraf dan belum diwartakan sebagai Warisan Negeri Pulau Pinang di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 (Enakmen 14) mahupun di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Selain itu, pemberian skim bantuan dan insentif dari aspek lain akan dipertimbangkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada dasar semasa, kemampuan kewangan serta keperluan dan keutamaan pemuliharaan bangunan warisan yang ditentukan berdasarkan tahap kepentingan warisan, keadaan fizikal bangunan serta impak pemuliharaan terhadap kelestarian nilai sejarah dan budaya setempat.
Kerajaan Negeri melalui pihak GTWHI dengan kerjasama MBPP, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang meneliti dan memperhalusi garis panduan berkaitan bangunan warisan. Selain itu, pihak MBPP dengan kerjasama PAM sedang meneliti semula Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986 (UBBL 1986) bagi membolehkan pelaksanaan efektif Safety Retrofitting, iaitu satu kaedah naik taraf ataupun pengubahsuaian menggunakan bahan alternatif moden tanpa menjejaskan nilai warisan dengan mengambil kira keperluan teknikal, aspek keselamatan serta prinsip pemuliharaan warisan.
Bagi pelaksanaan audit risiko kebakaran khas. Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia mengambil tindakan proaktif dengan melakukan pemeriksaan kepada premis yang berisiko tinggi melalui pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran iaitu (MBK), mengeluarkan notis MBK iaitu (menghapus bahaya kebakaran) terhadap ketidakpatuhan, serta melaksanakan pemeriksaan susulan bagi memastikan tindakan pembetulan dipatuhi. Ini untuk memastikan bangunan-bangunan lama di Malaysia selamat untuk diduduki dan bebas daripada bahaya kebakaran.
Walau bagaimanapun, sebagai perancangan jangka masa panjang, pihak GTWHI sedang mempertimbangkan pelaksanaan kriteria audit risiko berfokus bagi mengenal pasti premis-premis berisiko tinggi, seterusnya menghasilkan peta risiko kebakaran warisan serta sebagai panduan dalam pengurusan dan mitigasi risiko kebakaran di kawasan warisan bagi memastikan bangunan warisan dilengkapi dengan pelan keluar kecemasan, laluan bebas halangan serta pelan lantai dan juga gambar dalaman terkini. Pihak MBPP telah mensyaratkan semua Principal Submitting Person iaitu (PSP), orang yang bantu untuk mengemukakan pelan untuk menyediakan pelan laluan kecemasan yang akan dipamerkan di dalam bangunan setelah siap sebagai sebahagian daripada kelulusan pelan bagi tujuan kesiapsiagaan operasi menyelamat serta rujukan pihak berkuasa berkaitan.
Seperti contoh, apabila kita pergi check-in hotel, dalam bilik hotel memang di pintu belakangnya ada satu petak untuk lihat laluan kecemasan ke mana-mana tempat. Pada masa yang sama, sebagai usaha memperkukuh aspek pencegahan dan kesiapsiagaan, pihak GTWHI akan menyediakan senarai semak audit kendiri kebakaran iaitu Self-Checklist bagi membolehkan pemilik premis mengenal pasti dan mengurangkan risiko kebakaran khususnya melibatkan aspek pendawaian elektrik serta halangan di laluan keluar. Inisiatif ini secara keseluruhannya bertujuan mempertingkatkan tahap keselamatan bangunan serta kesedaran kendiri komuniti dalam pengurusan risiko kebakaran. PBT menyambut baik cadangan Yang Berhormat ADUN KOMTAR berhubung usaha mengintegrasikan hasil kajian Jelly Go oleh Universiti Sains Malaysia ke dalam sistem komunikasi awam dan platform digital PBT sedia ada termasuk meneliti potensi penggabungan fungsi amaran awal berkaitan kehadiran obor-obor. Namun, pelaksanaan cadangan tersebut memerlukan penelitian lanjut secara menyeluruh dengan mengambil kira aspek bidang kuasa, keperluan teknikal, penyelarasan antara agensi serta keberkesanan mekanisme pelaksanaan bagi memastikan keselamatan dan kepentingan awam terus terjamin.
Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat ADUN Permatang Berangan mengenai isu banjir kilat yang sering berlaku akibat hujan lebat yang berpunca dari kegagalan fungsi sistem perparitan. Ia telah pun dibawa ke perhatian pihak MBSP terutamanya di Taman Ara Permai, Ara Kuda, Tasek Gelugor. Usaha MBSP dalam menangani banjir di kawasan perumahan tersebut adalah secara berterusan dengan penelitian risiko pelaksanaan projek fizikal, pembaikan, penguatkuasaan termasuk mengkaji semula sistem perparitan di kawasan tersebut untuk mengurangkan risiko banjir kilat. Isu projek pembesaran jalan di kawasan pembangunan baharu di kawasan Ara Kuda, Lunas serta dari Pokok Sena ke Tasek Gelugor. Masalah bottleneck di setiap kawasan pembangunan baharu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini telah pun diberikan penjelasan dan dijawab secara terperinci melalui jawapan bertulis ID88 yang telah diedarkan sebelum ini. Maka saya tidak akan jawab di sini.
Yang Berhormat ADUN Kebun Bunga telah membangkitkan isu berhubung Tapak Penjaja Sementara (TPS) iaitu TPS Hill Trace dan TPS Jalan Halia. Untuk makluman Kebun Bunga, pada ketika ini pihak MBPP masih belum bercadang untuk menjadikan TPS Hill Trace dan TPS Jalan Halia sebagai tapak penjaja kekal dalam masa terdekat. Rentetan itu, pengoperasian kedua-dua buah TPS berkenaan akan terus dikekalkan selagi terdapat keperluan semasa dan kelulusan penggunaan tapak oleh pihak berkuasa tanpa penetapan tempoh operasi bagi khusus masa ini. Berhubung cadangan pengindahan garis panduan TPS dengan penetapan tempoh sementara tertentu. Buat masa ini kedua-dua PBT tidak bercadang untuk menetapkan tempoh maksimum secara khusus kerana setiap TPS mempunyai keperluan dan situasi yang berbeza mengikut lokasi, perancangan pembangunan kawasan serta keperluan penjaja setempat. Saya ingin menegaskan bahawa penempatan TPS diwujudkan sebagai penyelesaian sementara bagi membantu penjaja menjalankan aktiviti perniagaan secara lebih tersusun dan terkawal.
Yang Berhormat ADUN Telok Air Tawar telah mencadangkan supaya peratusan kawasan pertanian di Seberang Perai dikekalkan. Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam mengekalkan kawasan pertanian bagi memastikan keterjaminan sumber makanan di negeri ini. Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang Bilangan 7/2024 pada 30 haribulan Julai 2024 telah meluluskan Sumbangan Fiskal Keterjaminan Sumber Makanan. Sumbangan ini akan dikenakan kepada permohonan pertukaran kawasan zon pertanian khususnya kawasan tanaman padi kepada kawasan pembangunan dalam rancangan pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri ataupun Rancangan Tempatan. Sumbangan ini akan dikenakan 10 peratus sehingga 20 peratus daripada jumlah peningkatan nilai tanah bagi permohonan pelingkungan semula.
Saya menyambut baik akan saranan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat ADUN Air Itam berhubung isu projek pembinaan lebuh raya berkembar Bukit Kukus dan boleh dipertimbangkan sewajarnya mengikut kesesuaian pelaksanaan projek tersebut. Berdasarkan maklumat daripada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS). Kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bertarikh 27 haribulan Julai 2023 bagi Fasa 1 projek tersebut yang melibatkan pembinaan rumah mampu milik masih terpakai dan di bawah pemantauan pihak JAS memandangkan proses kelulusan adalah berdasarkan peruntukan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (Akta 127). Berdasarkan semakan dan rekod pihak MBPP, pihak pemaju iaitu Sunrich Conquest Sdn. Bhd. perlu menyiapkan sebahagian daripada Lebuhraya Bukit Kukus sebelum atau selewat-lewatnya suku keempat tahun 2029. Disebabkan kita telah ikatkan pemajuan di Fasa 1 dengan perlu menyiapkan keseluruhan yang dibawa bahagian Sunrich Conquest Sdn. Bhd. dengan ikat CCC untuk Fasa 1.
Maksudnya apabila mereka nak buat permohonan CCC untuk projek RMM di bawah Fasa 1, dia perlu untuk selesaikan keseluruhan Lebuhraya Bukit Kukus di bawah bahagian yang dimiliki oleh pemaju Sunrich Conquest Sdn. Bhd. ini. Pada ketika ini projek pembinaan jalan berkembar Bukit Kukus masih diteruskan dengan kerja-kerja tanah dan penstabilan cerun sepertimana yang dijadualkan di tapak. Kerajaan Negeri melalui MBPP tetap meneruskan pemantauan berkala di tapak berdasarkan pelan kerja tanah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Laporan Geoteknikal yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Tanah Berisiko Negeri Pulau Pinang. Dalam pelaksanaan projek yang ideal, tindakan pemantauan secara berkala dapat membantu mengelakkan risiko berlakunya kelewatan dalam pelaksanaan projek. Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.
Ya, silakan.
EXCO, Jawi. Terima kasih. Saya hanya ingin mendapatkan sedikit penjelasan. Memandangkan Jalan Bukit Kukus tu ada dua (2) seksyen yang dikendalikan oleh pihak swasta. Adakah ia bermakna bahawa hanya apabila projek perumahan yang dijalankan oleh pihak swasta tu siap, baru jalan ni akan dapat disiapkan. Terima kasih.
Memang kedua-dua pemaju perlu menyiapkan Jalan Bukit Kukus tersebut. Oleh sebab itu tadi saya telah memberitahu bahawa setiap pemaju ada setiap bahagian. Maksudnya, ada dua pemaju sebelum ini di bawah Geo Valley, tetapi dengan White Knight coming telah mengambil alih keseluruhan di bawah Geo Valley iaitu di bawah pemaju Sunrich Conquest Sdn. Bhd. untuk menyiapkan sebahagian projek sebahagian jambatan ataupun Jalan Bukit Kukus di hadapan projek tersebut. Maka sebenarnya mereka akan mengikut fasa demi fasa untuk menyiapkan Jalan Bukit Kukus. Walau bagaimanapun, setelah perbincangan dengan Syarikat Sunrich Conquest, memang kita minta mereka untuk usaha untuk siapkan keseluruhan di bahagian mereka. Maka pemaju telah bersetuju dan kita telah ikatkan syarat tersebut dalam semasa Jawatankuasa OSC. Kita telah mensyaratkan bahawa dalam Fasa 1 pemaju Sunrich Conquest perlu menyiapkan keseluruhan Jalan Bukit Kukus di kawasan tapak mereka.
Sebenarnya mereka ada beberapa fasa tetapi saya tidak mahu projek ini dia ikut fasa. Kalau 10 tahun, dia akan gunakan 10 tahun untuk siapkan bahagian mereka. Maka kita telah syaratkan dalam projek mereka 4 tahun iaitu mereka dapat kelulusan iaitu hujung tahun 2025, mereka telah dapat kelulusan kebenaran merancang dan kita telah mensyaratkan semasa kebenaran merancang untuk menyiapkan keseluruhan Jalan Bukit Kukus di hadapan projek walaupun mereka akan dibahagikan kepada beberapa fasa tetapi kita syaratkan dalam Fasa 1 ini untuk pemaju Sunrich Conquest.
Di mana pemaju di bawah PLB memang kita ada syaratkan untuk siapkan dalam fasa yang sedemikian. Walaubagaimanapun masih, saya difahamkan projek masih belum dimulakan untuk penyambungan Jalan Bukit Kukus. Itu saja.
So, untuk pihak PLB. Contohlah pemaju pertama telah selesaikan, dan jikalau pihak PLB tidak menjalankan projek, maksudnya walaupun 3/4 daripada jalan tu telah siap, tinggal 1/4 tu, memang tidak dapat digunakan lagi. Adakah.
Saya rasa jalan kalau disiapkan oleh Sunrich Conquest dia masih ada untuk sambung ke jalan yang.
Dia memang tak boleh, sebab contohnya untuk isu Jalan Bukit Kukus adalah kita nak sambungkan daripada terus ke Relau.
Saya faham. Saya faham apa kekhuatiran daripada Air Itam. Walaubagaimanapun ini disebabkan oleh projek ini di bawah projek swasta. Kita cuma boleh untuk ikatkan syarat tempoh projek tersebut dengan pemajuan. Kalau ini di bawah projek Kerajaan Negeri, kita akan pastikan tempoh bila akan siap. Ini disebabkan projek Jalan Bukit Kukus adalah terikat dengan pemajuan mereka, maka kita cuma boleh syaratkan semasa KM. Oleh sebab itu, saya kata ada dua bahagian. Dan walau bagaimanapun kita akan usaha, saya akan minta MBPP untuk lihat kebolehan di bawah pihak PLB untuk menyiapkan projek dalam tempoh, mungkin dalam tempoh yang mereka boleh dijanjikan. Saya tidak ada jawapan untuk jawab bagi pihak PLB bagi Air Itam untuk Jalan Bukit Kukus, tapi untuk di bahagian yang saya telah bangkitkan tadi akan kita dapat siapkan, tempoh itu akan sehingga hujung tahun 2029. Terima kasih.
Kerajaan, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Kerajaan Negeri mengambil serius mengenai isu pengurusan haiwan terbiar khususnya melibatkan aspek kebersihan, keselamatan awam serta keharmonian masyarakat di kawasan perumahan dan tempat awam. Sehubungan dengan itu, saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat ADUN Batu Uban berkaitan penyediaan dog feeding station yang ditempatkan jauh daripada kawasan perumahan awam bagi kegunaan animal feeders. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam usaha memastikan pengurusan haiwan terbiar dilaksanakan secara lebih tersusun dan berhemah, Kerajaan Negeri melalui MBPP akan meneliti cadangan tersebut secara menyeluruh dari pelbagai aspek seperti kesesuaian lokasi, kebersihan, pengurusan serta kesejahteraan masyarakat sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan agar pendekatan yang diambil dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara seimbang dan harmoni. Saya percaya Yang Berhormat juga merupakan sebagai bekas Ahli Majlis dekat Pulau Pinang, kita ada CMR, kita ada satu (1) pasukan NGO yang begitu kuat bekerjasama erat dengan MBPP untuk menangani isu khususnya bagi anjing-anjing yang terbiar ataupun anjing-anjing berkeliaran di kawasan perumahan di mana-mana tempat.
Saya percaya bilangan anjing terbiar ini telah menurun selepas kita menjalankan projek TNR dan saya akan arahkan pihak MBPP untuk mengadakan perbincangan dengan stakeholder iaitu khususnya bagi NGO-NGO untuk bincang cadangan yang ditujukan oleh Yang Berhormat. Okey, sebagai respon kepada Yang Berhormat ADUN Pulau Betong, Yang Berhormat ADUN Bukit Tengah, Yang Berhormat ADUN Batu Uban berkaitan dengan penginapan pekerja. Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) adalah satu kaedah terbaik bagi menempatkan pekerja dalam satu kawasan atau bangunan khas dengan penyediaan pelbagai kemudahan asas.
Jawi, Jawi. Persoalan yang saya tanya tentang lembu yang berkeliaran dengan monyet. Itu pun…
Untuk makluman Kebun Bunga, saya rasa monyet kita susah untuk nak kawal. Sebab monyet adalah di bawah Jabatan Perhilitan. Untuk lembu, satu projek untuk pembinaan akan diadakan di Balik Pulau di bawah MBPP. So, kita akan usaha untuk buat pemindahan penternak lembu ini untuk ke kawasan yang lebih sesuai. Saya tidak menafikan bahawa memang MBPP ada menerima aduan khususnya dari kawasan Farlim kebelakangan ini. Ada lagi, bukan lembu sahaja, even penternak dalaman, ada penternak dia bukan lepas untuk berkeliaran di luar tetapi di dalaman juga menimbulkan isu kacau ganggu kepada kejiranan. Maka, memang Pihak Berkuasa Tempatan, MBPP mengambil tindakan penguatkuasaan, akan mengambil tindakan penguatkuasaan juga.
Untuk kebelakangan ini, pejabat saya juga ada terima aduan berhubung dengan penternak kambing di mana apabila penternak-penternak ini di kawasan perumahan yang berpusat telah menimbulkan mungkin pelepasan sisa-sisa, menimbulkan kacau ganggu kepada jiran-jiran seperti apa yang sahabat saya Sungai Dua selalu menitikberatkan isu-isu di Kampung Selamat. Sama juga dia berlaku di bahagian pulau dan kita akan lihat bagaimana kita untuk mengatasi masalah ini. Dan akhirnya MBPP telah membajetkan satu peruntukan untuk membina kandang lembu di Balik Pulau. Dan saya percaya projek ini akan dilakukan dalam hujung tahun ini kalau tak silap, tapi memang sudah dibajetkan.
YB, untuk isu monyet, dia isu yang sama macam anjing. Maksudnya mereka yang bagi makanan kepada monyet ini yang menyebabkan populasi ataupun monyet ini dia keluar daripada hutan. So, saya difahamkan Perhilitan tak ada kuasa untuk ambil tindakan ke hadapan pemberi makanan. Hanya undang-undang kecil daripada PBT sahaja yang ada kuasa untuk mengambil tindakan kepada pemberi makanan ini.
Saya ambil maklum tentang pandangan daripada Kebun Bunga di mana kita akan lihat dari segi undang-undang kecil yang sedia ada ataupun kita akan buat satu perbincangan dengan Jabatan Undang-undang supaya kita boleh mengadakan satu undang-undang kecil untuk mengeluarkan saman kepada feeder ya, iaitu monkey feeder.
Memang burung merpati kita ada memang ada sudah kuatkuasakan untuk memberikan mensamankan orang-orang yang memberi makanan kepada burung-burung merpati ya. Dan kita akan lihat sama ada binatang yang dilindung adakah kita boleh mensamankan seseorang yang untuk membeli makanan kepada haiwan-haiwan yang di bawah kategori terlindung. Sebagai respon kepada Yang Berhormat...
Yang Berhormat Jawi, nak dapatkan sedikit pencerahan di mana kawasan mana Balik Pulau yang nak buat kandang lembu tu?
Saya akan dapat maklumat dan saya akan hantarkan kepada saudara Pulau Betong ya, jangan risau. Bela lembu, Pulau Betong pun risau. Bela kambing, risau. Anjing liar, risau. Babi pun risau. Susah juga.
Jawi, kalau ada satu tempat mekanisme untuk memindahkan ke kawasan yang berkenaan, babi pun boleh pindah juga. Pindah kawasan yang sesuai dekat dengan loji untuk buat gas, pindah pi sana. Bagus tu. Bukit Tambun, Bukit Tambun
Saya ambil maklum. Tapi Sungai Dua jangan buat bantahan sekiranya ada pelabur yang datang lihat satu tempat yang boleh dikatakan buat modern facility dengan mewujudkan satu...
Dia kawasan yang sesuailah kalau dekat dengan tempat orang yang tak suka babi, tak payah buatlah.
Saya ambil maklum Sungai Dua.
Tempat orang yang suka babi, no problem lah.
Isu babi kalau Sungai Dua nak sentuh nanti tak habis-habis.
Tadi pasal sebut, pasal sebut tu yang saya respons.
Okay, jangan sentuh haram ya.
Terima kasih. Terima kasih ya Sungai Dua. Okay boleh ya Sungai Dua? Tengok, CLQ saya terpaksa kena ulang-ulang. Aduh. Sebagai respons kepada Yang Berhormat ADUN Pulau Betong, ADUN Bukit Tengah, ADUN Batu Uban berkaitan dengan penginapan pekerja, penginapan pekerja pusat. CLQ adalah satu kaedah yang terbaik bagi menempatkan pekerja dalam satu kawasan atau bangunan khas dengan penyediaan pelbagai kemudahan asas dan sokongan bagi keselesaan pekerja. Ia merupakan pendekatan yang berkesan bagi tujuan pemantauan dan juga sebagai mekanisme control environment yang boleh digunakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan.
Pembangunan CLQ ini perlu dirancang dengan sistematik bagi memastikan penyediaannya dapat memenuhi keperluan pekerja dan sesuai dengan keadaan persekitaran. Pelaksanaan CLQ di negeri Pulau Pinang bukanlah satu ancaman kepada penduduk awam sebaliknya merupakan langkah penyelesaian yang dirancang secara menyeluruh bagi menangani isu sosial dan keperluan perumahan pekerja asing secara teratur dan terkawal.
Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, Kerajaan Negeri melalui Pelan Malaysia Pulau Pinang dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan serta kedua-dua PBT kini sedang memperhalusi semula garis panduan sedia ada secara menyeluruh. Termasuk memperluas skop pembangunan penginapan pekerja baharu di dalam plot industri atau kawasan kilang sedia ada untuk menempatkan pekerja kilang tersebut. Pendekatan ini adalah sama sepertimana model pembangunan di Kulim Hi-Tech Park ke arah mewujudkan ekosistem penginapan pekerja yang lebih sistematik, berdaya huni, mampan serta selaras dengan keperluan pembangunan industri masa hadapan.
Setiap Permohonan Kebenaran Merancang yang dikemukakan akan diteliti dan dipertimbangkan secara menyeluruh selaras dengan peruntukan perancangan garis panduan yang berkuatkuasa, kapasiti infrastruktur dan kesesuaian guna tanah di kawasan berkenaan. Dalam Garis Panduan Perancangan Pembinaan Penginapan Pekerja Negeri Pulau Pinang Tahun 2022 menyatakan sebarang cadangan pembangunan CLQ baharu hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan laporan SIA daripada pihak Pelan Malaysia Pulau Pinang sebelum Kebenaran Merancang dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
Untuk makluman terdapat sebuah CLQ yang terletak di Lot 10384 Mukim 12 Juru adalah dalam pembinaan, manakala satu cadangan pembangunan CLQ di kawasan Juru berhampiran Sekolah Kebangsaan Juru masih belum diterima Permohonan Kebenaran Merancang oleh MBSP. Kerajaan Negeri dalam usaha menetapkan hala tuju penempatan pekerja asing di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan tidak lagi menerima permohonan penginapan pekerja sementara iaitu TLQ selepas 31 hari bulan Disember 2025.
Namun begitu, masih terdapat banyak syarikat ataupun pemaju yang mengemukakan rayuan pertimbangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk melanjutkan tempoh permohonan TLQ. Dalam menyelesaikan isu ini secara tuntas, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Kerajaan Tempatan, kita sedang dalam kajian untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Pertimbangan dan Penilaian Permohonan Penginapan Pekerja di Negeri Pulau Pinang. Melalui jawatankuasa khas ini dijangkakan tahap kesejahteraan rakyat Pulau Pinang akan melonjak ke tahap yang optimum. Jawatankuasa khas ini adalah kita untuk menimbang semula TLQ yang sedia ada di mana kita faham ada banyak TLQ yang sudah tamat tempoh selepas tiga (3) tahun. Maka kita akan lihat sama ada TLQ yang sedia ada di kawasan itu sesuai diteruskan untuk ditukar guna sebagai CLQ yang bertempoh dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun kita akan buat kajian secara menyeluruh. Untuk makluman....
Dengan izin, Yang Berhormat Jawi boleh saya mencelah dan mendapat penjelasan? Terima kasih atas jawapan yang telah pun diberikan dan juga maklumat bahawa kerajaan sekarang sedang meneliti semula garis panduan untuk CLQ. Cuma yang saya nak dapat penjelasan adalah sama ada cadangan saya semalam bahawa kita kena ada satu garis panduan khusus untuk asrama berskala mega yang di mana asrama itu permohonannya melibatkan 5,000 atau 10,000 penduduk pekerja ke atas. I mean memang ada different different size lah. Kalau kita kata ada 500, 1,000 saya rasa itu bukan satu isu. Cuma yang bila ada permohonan besar-besaran yang seperti satu township yang dia akan mempunyai kesan yang besar. Sebab semalam saya ada bagi dua cadanganlah untuk pertimbangan. Satunya adalah sama ada kita boleh ada limit kepada satu projek-projek yang berskala besar. I mean, can we set a limit? Itu satu untuk dipertimbangkan. Yang kedua adalah sama ada kita boleh mengenakan syarat untuk ada cumulative impact assessment bukan sahaja daripada projek itu tetapi mengambil kira keseluruhan kawasan persekitaran. Katakan kalau di kawasan tersebut sudah ada satu (1) asrama ataupun lima (5) asrama, itu semua kena diambil kira dalam permohonan yang nak dibuat baru tu.
So, same juga dengan TIA. Projek-projek besar berskala besar saya rasa harus dipersyaratkan kena ada TIA bukan sahaja SIA. Dan TIA ini saya juga mencadangkan agar supaya peraturannya diperbaiki lagi. Maksudnya sekarang TIA tidak ada syarat untuk dikemukakan kepada orang ramai sebelum kelulusan, there is no public consultation. Jadi saya rasa dalam keadaan itu memang ramai yang selepas mendapat kelulusan TIA selalu akan kata oh ini tidak adil ataupun it was done behind their back dan sebagainya. So, saya nak cadangkan sama ada TIA sekarang ini boleh dipersyaratkan dan yang kedua untuk disyaratkan supaya sebelum mendapat kelulusan kerajaan tempatan untuk dapat public inquiry. Terima kasih.
Okay, saya ambil maklum apa yang dicadangkan oleh Bukit Tengah. Memang pertimbangan akan diadakan dengan berdasarkan lokasi ataupun saiz bagi satu-satu penginapan pekerja di sesuatu tempat dengan density ataupun plot ratio yang akan dipertimbangkan. Oleh sebab itu saya telah mengarahkan bahawa kita perlu ada satu review of the existing guideline (dengan izin) untuk kita meneliti ataupun menghalusi garis panduan yang sedia ada.
Contoh saya nak bagi satu contoh. Untuk pembinaan satu CLQ penginapan asrama pekerja, sekurang-kurangnya dua (2) ekar. Maksud kalau dua (2) ekar, itu akan mendatangkan mungkin sekurang-kurangnya dua (2) ekar dia akan datang lima (5) ekar, 10 ekar. Contoh di Juru, 30 ekar. So dia akan datang satu jumlah yang besar. Maka dengan ini kalau saya, kita ada pernah mempertimbang di mana kepada satu tapak yang kurang daripada dua (2) ekar, contoh saya ada satu (1) ekar saya nak bina satu CLQ khususnya untuk pekerja saya, tapi dengan garis panduan yang sedia ada permohonan ini tidak boleh dibenarkan sebab dalam garis panduan memang dua (2) ekar.
Oleh sebab itu komponen-komponen ataupun syarat-syarat dalam garis panduan sedia ada kita memang tengah menghalusi. Dan kita akan lihat apakah yang dicadangkan oleh ADUN Bukit Tengah berkaitan dengan TIA. Saya rasa TIA di bawah penilaian di bawah orang yang bertauliah iaitu engineer, traffic engineer yang bertauliah. Kalau kita nak minta seperti untuk rujukan orang awam, setiap orang bagi input yang berlainan, itu rasa akan bercanggah dengan pandangan selepas orang yang bertauliah buat kajian. Walau bagaimanapun, saya akan dengar pandangan daripada kedua-dua PBT supaya ada ke sama ada ke kita boleh untuk mendapat ataupun public engagement untuk mendapatkan input-input ini semasa kita mewujudkan laporan TIA. Pulau Betong, ya. Senyum sikit Pulau Betong.
Nak dapat sikit penjelasan daripada…
Terima kasih, Jawi.
Jawi. Kita ada buat cadangan daripada Pulau Betong supaya CLQ ini dibuat di kawasan industri, contohnya di Kulim High-Tech Park kan?
Dah sebut dah tadi.
Dalam tu maksud dia semua dalam tu. Maksud dia dia tak dak ganggu dengan masyarakat lain. Dalam tu juga ada asrama, dalam tu juga ada kilang. Jadi, semua kawasan itu pekerja semua duduk dalam tu. Jadi tak dak tak ganggulah dengan masyarakat-masyarakat di luar. Apa pandangan kepada Jawi?
Dan juga kita nak dapat penjelasan juga. Adakah di Teluk Kumbar itu, Chong Company itu adakah diberikan juga kebenaran merancang pada tahun ini? Masih diberikan kebenaran untuk merancang? Okay, terima kasih.
Masih memberi. Kalau. Okay, okay. Pulau Betong, memang seperti apa yang saya tadi katakan memang kita sedang menghalusi tentang pembinaan penginapan pekerja di kawasan industri ataupun di industri yang di kilang yang sedia ada. Sebab kita kena lihat dari segi buffer zone dia iaitu kita tertakluk dengan EIA report daripada JAS. Maka, kita akan akan lihat tentang komponen-komponen ataupun syarat-syarat yang di di bawah Jabatan Alam Sekitar. Berkaitan dengan...
YB.
Tak boleh, tak boleh. Tak habis jawab lagi.
Bagi saya habis dulu.
Tak habis jawab lagi.
Ini TIA.
Bagi habis dulu.
TIA. TIA.
Jap, jap.
Nak pergi.
Jap, jap. Bagi habis dulu.
Jangan kelam-kabut bagi habis dulu. You tengok saya, sudah apabila saya nak jawab dah.
Dak okay, kita dalam mood-mood cantik ni, mood-mood baik ini. Bayan Lepas pun mood baik. Sedang dengar teliti hal CLQ ini.
Bertenang, tenang sikit Machang Bubok. Berkaitan dengan kebenaran merancang yang sedang, yang aktif, yang masih aktif lagi di di bawah Chong Company masih aktif lagi. Masih aktif lagi, masih valid lagi. Tapi, saya tak pasti sama ada projek ini akan diteruskan atau tidak tetapi boleh saya katakan kebenaran merancang masih valid lagi, masih aktif lagi. Ya.
Terima kasih Jawi. Tadi saya tertarik dengan apa penjelasan daripada Jawi berkaitan dengan TIA report yang telah dibuat oleh perunding yang bertauliah. Cuma saya juga ingin tahu persoalannya laporan-laporan TIA yang dikemukakan oleh perunding, adakah satu mekanisma semak silang yang bebas atau yang boleh betul-betul untuk menyemak sama ada keboleh percayaan laporan tersebut.
Siapa yang akan menentukan sama ada laporan yang telah dibentangkan itu adalah benar-benar meng represent atau menggambarkan keadaan di lapangan tersebut? Mohon pencerahan.
Atas isu yang sama sebelum YB menjawab. Bila kita sebut perunding bertauliah yang masalahnya orang-orang yang bertauliah ini dibayar oleh biasanya pihak pemaju. Jadi, bukan bahawa disebabkan dibayar oleh pemaju mereka akan membuat perkara yang tidak baik tetapi persepsi itu.
Sebab dalam dalam bisnes kerajaan, yang kita nak adalah untuk memberi keyakinan kepada rakyat. Jadi memang di banyak jurisdiction yang lain, sekarang mereka telah pun membuka supaya setiap kali ada TIA dibuat, sebelum diluluskan ada public inquiry supaya rakyat boleh dapat rasa diperkasakan dan merasa ada penglibatan dalam proses mendapat TIA itu. Terima kasih.
Okay, saya cuma jawab secara umum. Kelulusan TIA ini sebenarnya TIA dia apabila satu laporan TIA dilaporkan, dia diikuti dengan kategori gredlah, A, B, C, D, E, F, sampai F kan? Ya, A, B, C, D, E, F. Dia berdasarkan gred A maksudnya very goodlah, tahap satu, tahap dua, sampai F. Kalau F maksudnya keadaan yang cukup amat teruk.
So, selepas laporan TIA ini yang dikemukakan oleh perunding bertauliah, maka di bawah Jabatan Kejuruteraan MBSP dia akan lihat, akan meneliti. Dia bukan saja yang kalau cadangan daripada pihak perunding katakan kita nak tukar ini, tukar itu, jalan saya nak buat pelebaran jalan tetapi jangan lupa kita ada Pihak Berkuasa Tempatan di bawah MBSP, di bawah MBPP, Jabatan Kejuruteraan.
Engineer-engineer kejuruteraan atau jurutera-jurutera di bawah kedua-dua PBT akan meneliti semula. Akan lihat sama ada cadangan oleh pihak perunding tersebut asas atau tidak. Dia tidak semesti laporan daripada MPSP ataupun perunding hantar kita akan terima bulat-bulat, no such thing. Kita akan menilai dengan keadaan yang sedia ada dengan tahap di mana disebabkan rangkaian jalan memang MBSP ada deraf jalan di bawah sistem memang di bawah Jabatan Kejuruteraan. Kita ada deraf jalan.
Sebab itu, cadangan daripada perunding yang bertauliah itu dia tidak semestinya boleh diterima oleh Jabatan Kejuruteraan. Seringkali ada banyak pemaju apabila mereka akan buat rayuan, dia kata TIA saya dah lulus tetapi kita, kita berdasarkan TIA itu kita rasa okay tapi Jabatan Kejuruteraan dia kata ini tak boleh itu tak boleh.
So, kita kena respect kepada kedua-dua pihak di mana bukan semestinya laporan daripada perunding itu kita boleh terima. Itu yang saya nak maklumkanlah. Cuma dengan engagement dengan orang awam, saya perlu dapatkan pandangan daripada MBSP sama ada dia adalah satu syarat ataupun adakah dia boleh dijadikan satu requirement apabila permintaan apabila perlu mengemukakan TIA lah. Okay.
Okay, Jawi teruskan.
Sudah lupa sampai mana.
Tak apa.
Untuk makluman Yang Berhormat Adun Batu Uban berkaitan dengan kontena yang dijadikan sebagai penginapan pekerja sementara di Taman Century Batu Uban. Hasil semakan bersama pihak MBPP setakat ini tiada aduan direkodkan. Sungguhpun begitu, pihak MBPP akan menjalankan siasatan di lapangan serta tindakan segera akan diambil di bawah Akta 133 dan SOP sedia ada MBPP. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas maklumat yang dikemukakan. Berhubung isu kilang haram yang dibangkitkan oleh ADUN Pinang Tunggal. Pada ketika ini Kerajaan Negeri melalui MBSP dalam mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Bilangan 9 Tahun 2025 pada 30 hari bulan Oktober 2025, telah meluluskan Garis Panduan Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran Di Bawah Kawasan Pentadbiran MBSP. Katanya pihak MBSP sedang dalam proses mengeluarkan surat pemakluman kepada semua pihak kilang haram untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan bagi mendapatkan kelulusan beroperasi secara sah.
Justeru, tindakan penguatkuasaan tidak akan diambil dalam tempoh pemutihan terhadap kilang-kilang haram tersebut. Walau bagaimanapun kepada semua kilang-kilang yang kalau tidak disenaraikan dalam senarai pemutihan, maka MBSP akan ikut undang-undang untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan. Sebab kita takut apabila kita dalam dewan ini kata kita tidak ambil tindakan terhadap kilang haram, maka ada orang lain ambil kesempatan untuk membina. Dan saya cuma nak maklum di sini, dia semua kilang haram ini memang ada dalam senarai kita di bawah MBSP dan kita akan bagi peluang untuk menjalankan pemutihan.
Merujuk persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ADUN Machang Bubuk, Yang Berhormat ADUN Air Putih, Yang Berhormat ADUN Sungai Dua mengenai projek rehabilitasi tapak pelupusan sampah Jelutong. Projek ini masih diteruskan oleh pihak pemaju, kerana penolakan laporan EIA oleh Jabatan Alam Sekitar bukanlah penolakan muktamad, sebaliknya ia melibatkan keperluan penambahbaikan dan pematuhan terhadap ulasan teknikal yang ditetapkan oleh pihak JAS.
Kerajaan Negeri berpandangan bahawa projek ini penting bagi menangani isu keselamatan dan pencemaran sedia ada di TPSJ termasuk risiko kebakaran, pelepasan gas diesel serta ketidakstabilan struktur tapak pelupusan. Sebarang kelulusan EOT bagi projek ini adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri MKN kelak. Pewartaan Middle Bank...
Ni Jawi.
Sebagai Sanctuary Marine dan kawasan sensitif.
Berkenaan ni tadi.
Ya.
Tadi tapak pelupusan sampah di Jelutong itu sudah lama. Kan? Jadi kalau dibuat apa nama ni satu apa aktiviti untuk nak ni secara terbuka.
Nak rehabilitasi.
Rehabilitasi secara terbuka dia akan membebaskan toksik yang selama ini duduk dalam tanah tu. Dia tidak akan mengancam kepada penduduk-penduduk di situ? Penduduk yang lebih kurang saya difahamkan 90,000 orang yang berada di kawasan itu termasuk dengan sekolah, termasuk dengan masjid. Jadi, kerajaan kena kena tengok betul-betul lah dan juga kena melibatkan dengan persatuan penduduk supaya mereka tahu berkenaan dengan proses nak dijalankan kan.
Ini ancaman keselamatan siapa pun takut. Selama ini pun mungkin kalau tak kita tak buat aktiviti apa-apa jadi dia pun juga mengeluarkan juga apa nama ni dah kena cek kualiti udara di situ bagaimana dia mengancam ke ataupun tidak kepada penduduk yang berada di situ.
Terima kasih Sungai Dua. Oleh sebab itu saya kata semua cadangan oleh pihak pemohon iaitu PLBE akan dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk menentukan kaedah-kaedah yang yang mereka menggunapakai. Kita juga ambil berat tentang kerisauan kepada semua penduduk-penduduk di kawasan sekitar termasuk juga apa yang dikatakan pelepasan gas mitin, gas metana.
Maka, saya bukan orang yang bertauliah untuk untuk memberi jawapan kata ini boleh atau tidak. Ini kita semua tertakluk dengan ulasan-ulasan Jabatan Alam Sekitar sebab Jabatan Alam Sekitar melalui EIA, pemohon melalui EIA kaedah-kaedah untuk buat landfill mining ataupun rehabilitasi perlu dengan teliti semua di perlu ditelitikan dan dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk menentukan.
Oleh sebab itu sehingga hari ini EIA masih tidak dapat diluluskan. Maka saya harap saya boleh jawab apa yang Sungai Dua katakan tadi. Sebab, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa projek ini penting bagi menangani isu keselamatan, pencemaran sedia ada di TPSJ termasuk risiko kebakaran, pelepasan gas litar serta ketidakstabilan struktur tapak pelupusan.
Sebarang EOT bagi projek ini tertakluk kepada MMKN. Pewartaan Middle Bank sebagai Sanctuary Marine dan kawasan sensitif alam sekitar, berpotensi memberi implikasi undang-undang serta boleh merencatkan perancangan pembangunan projek TPSJ yang merangkumi projek pembangunan pelabuhan, projek IJM negositi yang berada dalam lingkungan 500 meter daripada kawasan tersebut.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil maklum akan kepentingan tersebut namun berpandangan bahawa pewartaan perlu dilaksanakan secara strategik dengan mengambil kira projek pembangunan utama berhampiran seperti pemulihan tapak pelupusan Jelutong, projek pembangunan bercampur dan pengenalan pelabuhan yang penting kepada ekonomi negeri.
Pewartaan segera berpotensi menimbulkan implikasi undang-undang yang konflik dasar terhadap pelaksanaan projek-projek ini kerana beberapa projek berimpak tinggi berada di kawasan radius 500 meter. Sebarang pewartaan yang mewujudkan sekatan atau keperluan kawalselia tambahan, berpotensi memberi kesan langsung kepada kelancaran projek yang mana boleh menjejaskan syarat-syarat di dalam kontrak sedia ada.
Walaupun pembangunan di kawasan tersebut diteruskan, kawasan teras Middle Bank kekal dilindungi. Semua projek berhampiran diwajibkan mematuhi syarat ketat termasuk EIA, kawalan sendimen, pemantauan kualiti air dan langkah mitigasi berasaskan data saintifik. Sebagai noktah penggulungan ini, ingin saya titikkan bahawa perjalanan kita dalam melonjakkan kemampanan dan kelestarian negeri ini mungkin masih jauh. Namun, haluan kita sudah terang benderang. Spektrum cabaran yang bakal menggamit mungkin rencam dan kompleks, malah mungkin akan menguji keampuhan semangat kita. Namun dengan mantera Untuk Negeri Kita dan Penang Lead yang membakar iltizam, kita tidak akan sekali-kali bersikap pasif. Sebaliknya kita beriltizam untuk menerajui dan mencanai paradigma perubahan yang lebih gemilang pada negeri ini.
Berbekalkan amanah yang terpateri teguh di sanubari, saya berkeyakinan utuh bahawa mandat keramat rakyat akan dilunaskan secara holistik. Semoga setiap wadah keringat yang tertuai sama ada pada waktu lampau mahupun kontemporari akan menjadi monumen yang mengabadikan sejarah kegemilangan Pulau Pinang untuk diwariskan sebagai legasi unggul kepada generasi pewaris nusa. Dengan sinergi kolektif dan doa tulus semua pihak, terutamanya YAB Ketua Menteri dan laskar-laskar saya di Bahagian Kerajaan Tempatan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, PLANMalaysia dan juga JPV, JPS, saya optimis penuh bahawa segenap visi dan agenda di bawah naungan portfolio saya ini akan dapat diimplementasikan dengan cemerlang dan jayanya. Sungai Dua, nak landing dah. (Ketawa)
Landing tulah yang saya bangkit tu.
Lebih sepuluh minit dah ni.
Sebab apa? Sebab saya ada menyebut tentang itulah parit di Pengkalan Machang di Sungai Dua yang tak diselenggarakan di bawah, apa nama bidang kuasa MBSP kan. Jadi saya sebut di situ, parit itu dah lama, dia menyebabkan kalau kata tak ni, akan banjir. Saya telah bercakap dalam Mesyuarat JTPD tapi perkara ini tak diambil, tak diambil action. Jadi saya sebut dalam ini kan, kalau sana selesai saya tak payah sebut dah dalam ini, tapi oleh kerana sana pon tak selesai... (gangguan)
Relaks, jangan panas, jangan panas.
Ha, saya sebut dalam ini kepada apa nama ni kepada EXCO yang berkaitan. Saya harap tolong ambil tindakanlah kan. Banjir ni musim nak hujan ini.
Sejuk-sejuk sekarang, jangan panas-panas. Okey.
Okey.
Okey, terima kasih Sungai Dua. Saya mohon Sungai Dua boleh terus WhatsApp, nombor ada kan Sungai Dua? WhatsApp bagi saya, saya akan minta pegawai untuk turun lihat. Kita kena pastikan, saya tak pasti sama ada parit tersebut memang di bawah pengiraan MBSP kan.
Pihak yang bagi tau kata bawah MBSP lah.
Siapa?
Pihak yang duduk di situ, Pengkalan Machang, nelayan dan sebagainya. Memang di bawah MBSP. Saya tanya dah JPS...(gangguan)
Pegawai mana? Pegawai mana?
Ya?
Tadi kata siapa kata MBSP?
Dia pihak apa nama nelayan di Pengkalan Machang tu bagi tau dia orang rujuk... (gangguan)
Haa pergi tanya pihak nelayan...(gangguan)
Tak, tak, tak. Pihak nelayan nak bersih parit tu, depa rujuk kepada Ahli Majlis, dia orang rujuk kepada ini. Jadi apa nama saya pun rujuk kepada JPS, JPS kata bukan bawah depa. Sebab tu saya dapat maklumat daripada pihak nelayan.
Okeylah, tak apalah. Nanti YB EXCO tolong follow up.
Tolong check, tolong check.
Insya-Allah, moga-moga selesailah.
Janji ya? Janji, janji.
Ha, YB tengok, jangan panaskan Dewan. Kalau nak panaskan Dewan saya boleh panaskan…
Kalau bawah MBSP tolong.
Kita cuma nak ingatkan Sungai Dua, kalau nak tanya, itu tak apa. You boleh tanya minta siapa-siapa yang dapat You dapat berurusan dengan Ahli Majlis. Kalau Ahli Majlis mungkin dia, saya tak pasti itu pun daripada mulut daripada Sungai Dua kata nelayan. Saya pun terkejutlah.
Okey, okey tinggal seminit.
Boleh rujuk kepada mesyuarat JTPD. Saya telah bercakap dalam mesyuarat itu. Ahli Majlis, apa nama wakil daripada MBSP pun ada, tapi tak ada apa-apa tindakan. Sama ada nak kata bukan bidang kuasa dia ke, tak ada apa-apa response.
Jangan risau, nanti saya...(gangguan)
Pejabat Daerah pun ada.
Dato', boleh satu lagi?
Tak ada, tak ada. (Ketawa)
Saya dimaklumkan, okey Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, okey terima kasih. Saya ambil maklum tentang kerisauan sebagai Wakil Rakyat khususnya di Sungai Dua dan saya dimaklumkan oleh pasukan saya di mana parit yang dikatakan adalah di bawah JPS. Walau bagaimanapun, saya tidak akan tolak… (gangguan)
Tolak sana, tolak sini.
Apa aduan-aduan disalurkan. Saya mohon Sungai Dua sekarang teks ya, mesej bagi saya. Duduk dulu la.
Tolong confirm lah kalau bawah JPS, saya akan kacau JPS.
Tak apa, tak apa. Bagi location.
Jangan kacau, ini kita boleh tolak ansur. Apa pula nak kacau.
Okey, dah dah dah.
Okey, okey, tak landing nanti saya bangun ni. (Ketawa)
Cukup, cukup, cukup. Saya tak nampak belah kiri saya tak nampak, belah kanan saja.
Okey, terima kasih.
Telok Air Tawar nak bangun dah ni. (Ketawa)
Dah, dah, dah. Lima belas minit dah, lebih.
Okey terima kasih Dato’ Timbalan Timbalan Yang di-Pertua, berikan peluang saya untuk berikan satu ungkapan pantun.
Perahu berlayar menuju kuala, Ombak memukul tiada bertepi, Amanah rakyat sentiasa dijaga, Jawi menyokong sepenuh hati.
Sekian terima kasih, thank you.
Terima kasih Jawi atas penggulungan yang panjang. Seterusnya saya persilakan Sungai Pinang, silakan. Sungai Pinang okey ya?
Okey, sejuk sikitlah memang sangat sejuk hari ini.
Tu pasal Sungai Dua, mau bagi Dewan panas. (Ketawa)
Ya, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, puan-puan dan tuan-tuan yang saya hormati sekalian. Selamat petang, salam harapan, salam Penang2030 dan salam Malaysia Madani.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah membangkitkan pelbagai isu berkaitan portfolio Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam. Segala pandangan dan cadangan yang diberikan amat saya hargai kerana isu sosial bukan sekadar melibatkan pentadbiran kerajaan tetapi memberi kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat Pulau Pinang.
Dato’ Yang di-Pertua, portfolio Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam merupakan antara portfolio yang paling dekat dengan rakyat. Ia melibatkan pelbagai golongan masyarakat seperti kanak-kanak, wanita, warga emas, OKU, keluarga yang memerlukan bantuan serta institusi keagamaan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Walaupun setiap portfolio mempunyai fokus yang berbeza, namun matlamatnya tetap sama iaitu memastikan rakyat dapat hidup dalam suasana yang lebih selamat, harmoni, inklusif dan bermaruah. Pembangunan sosial bukan hanya tentang program komuniti. Kebajikan pula bukan sekadar pemberian bantuan kewangan dan Hal Ehwal Bukan Islam tidak hanya tertumpu kepada rumah ibadat semata-mata. Semua ini saling berkait dalam membina sebuah sistem sosial yang dapat melindungi rakyat, mengukuhkan komuniti dan mengekalkan keharmonian negeri.
Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang hari ini bukan sahaja berdepan dengan cabaran ekonomi, tetapi juga perubahan sosial yang semakin kompleks. Kita sedang menghadapi masyarakat yang semakin menua, peningkatan kos sara hidup, perubahan struktur keluarga, cabaran keselamatan digital serta keperluan penjagaan dan sokongan sosial yang semakin meningkat.
Oleh itu, jika kita mahu merealisasikan Visi Penang2030 sebagai sebuah negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara, maka pembangunan ekonomi perlu bergerak seiring dengan pembangunan sosial. Kita bukan sahaja mahu membantu rakyat ketika mereka susah, tetapi kita juga mahu membina sebuah ekosistem yang mampu memperkasa rakyat sepanjang kehidupan mereka supaya tiada sesiapa yang tercicir daripada arus pembangunan negeri. Atas semangat itu, izinkan saya menggulung beberapa perkara penting yang telah dibangkitkan berkaitan Portfolio Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam. Pertama, melindungi generasi masa depan. Dato’ Yang di-Pertua, pembangunan sesebuah negeri bermula daripada bagaimana kita melindungi kanak-kanak hari ini demi masa depan negeri. Kerajaan Negeri mengambil pendirian tegas dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk eksploitasi kanak-kanak termasuk penderaan, pengabaian dan penjualan bayi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Lancang.
Yang Berhormat minta Dato’ Speaker ini dalam Dewan EXCO pun tak ada ni, kurang... (gangguan)
Eh, korum cukup.
Eh, korum cukup, korum cukup lagi. Terima kasih saya jaga korum jangan take over saya punya job. (Ketawa)
Ya, jadi... pembangkang tiga sahaja. (Ketawa)
Pembangkang tak apa, saya seorang. (Ketawa)
Ya, jadi saya teruskan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Lancang yang turut membangkitkan kebimbangan berkaitan kes penderaan kanak-kanak. Perkara ini sememangnya memerlukan perhatian serius daripada semua pihak dan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat diterima baik dan akan diteliti oleh Kerajaan Negeri.
Sekadar perkongsian, kes pusat jagaan yang disyaki terlibat dalam aktiviti penjualan bayi dan kanak-kanak di Bukit Mertajam tahun lalu membuktikan bahawa isu perlindungan kanak-kanak bukan perkara kecil dan tidak boleh dipandang ringan. Susulan itu, pihak JKM telah segera menjalankan operasi penyelamatan apabila mendapati terdapat kanak-kanak yang ditempatkan di pusat jagaan tersebut dalam keadaan tidak selamat, malah sebahagiannya tidak mempunyai identiti atau dokumen sah. Pusat jagaan tersebut telah diarahkan tutup dan operasinya disita serta merta.
Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dalam sebuah negeri yang sedang menuju status negeri maju dan inklusif. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang serta agensi berkaitan bagi memastikan sistem perlindungan kanak-kanak dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan bersepadu.
Kerajaan Negeri juga menjalankan program kesedaran serta mempromosi penggunaan saluran yang sah melalui Sistem Anak Pelihara di bawah JKM supaya setiap proses pengambilan anak dilaksanakan secara telus, selamat dan mengikut undang-undang. Matlamat Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat membesar dalam persekitaran yang selamat, menerima kasih sayang, pendidikan dan perlindungan yang sewajarnya.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian serius terhadap isu taska, tadika dan pusat jagaan yang masih belum berdaftar. Untuk makluman, pusat jagaan yang dimaksudkan melibatkan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya. Sehingga Mac 2026, sebanyak 268 premis taska, tadika, pusat jagaan di Pulau Pinang dikenal pasti masih belum berdaftar. Justeru itu bagi membantu para pengusaha mendapat pendaftaran secara sah, Kerajaan Negeri telah meluluskan beberapa insentif khas seperti pengecualian Kebenaran Merancang, pengurangan caj tukar guna tanah, penangguhan tindakan penguatkuasaan dalam tempoh tertentu serta beberapa kemudahan lain termasuk penambahbaikan dalam garis panduan pendaftaran.
Pendekatan ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pengusaha tampil mendaftar dan memenuhi standard keselamatan serta operasi yang telah ditetapkan. Oleh itu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa sistem penjagaan yang selamat bukan lagi sekadar pilihan atau peluang perniagaan, tetapi telah menjadi satu keperluan sosial dalam masyarakat hari ini. Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Berapit berhubung pemetaan taska, pihak PWDC bersama JKM dan PEGIS kini sedang membangunkan sebuah laman sesawang bagi tujuan pemetaan taska yang berdaftar di Pulau Pinang.
Sistem ini akan memaparkan maklumat taska termasuk lokasi, kategori serta maklumat yang berkaitan bagi memudahkan carian oleh ibu bapa. Selain itu, sistem ini turut menyediakan ruang untuk ibu bapa menyalurkan maklum balas berkaitan taska sebagai usaha memperkukuh pemantauan serta penambahbaikan berterusan terhadap perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Pada masa ini, laman sesawang tersebut berada pada peringkat akhir semakan sebelum dilancarkan untuk paparan dan akses awam.
Kedua, pemerkasaan wanita dan komuniti. Dato’ Yang di-Pertua, masyarakat yang kuat dan berdaya tahan bermula daripada keluarga dan komuniti yang stabil. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui PWDC memberi fokus kepada pemerkasaan wanita dan pembangunan komuniti secara menyeluruh. Bagi memperkukuhkan pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender di peringkat negeri, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Dasar Keterangkuman Gender yang melibatkan 35 jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri serta kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan.
Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) sebagai urus setia dan PWDC sebagai agensi teknikal. Langkah ini penting supaya Dasar Keterangkuman Gender bukan sekadar dokumen di atas kertas, tetapi benar-benar diterapkan dan dilaksanakan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Di peringkat akar umbi pula, Kerajaan Negeri meneruskan usaha memperkukuhkan kepimpinan wanita melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi wanita melalui pelbagai program kesedaran, latihan, bantuan kewangan dan pembangunan komuniti. Setiap JPWK diberikan KPI tahunan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya sepuluh (10) program dan menjadikan jumlah keseluruhan program yang dilaksanakan sebanyak 400 program setahun. Bagi tahun 2025, sasaran tersebut berjaya dilebihi apabila sebanyak 576 program berjaya dilaksanakan dengan penyertaan melebihi 50,000 peserta. Selain itu, inisiatif Wanita Jana Rezeki turut membantu memperkukuhkan ekonomi wanita dan keluarga. Melalui program ini, ahli JPWK diberikan latihan untuk merancang dan melaksanakan projek ekonomi mampan bagi meningkatkan daya tahan kewangan komuniti. Hasilnya, JPWK Bukit Tengah, Sungai Acheh, Jawi, Bagan Dalam dan Kebun Bunga berjaya menerima Dana Sejati MADANI sebanyak RM100,000.00 setiap satu bagi melaksanakan program peningkatan pendapatan wanita di kawasan masing-masing. Tahniah saya ucapkan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Permatang Pasir, sambutan Hari Wanita Sedunia 2025 yang bertemakan "Beri Demi Perkasa" memberi fokus kepada pembangunan ekonomi komuniti khususnya dalam membantu golongan ibu tunggal melalui Projek Sokong Biz Ibu Tunggal. Projek ini dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan dengan kerjasama JPWK dan berjaya menghimpunkan 27 usahawan ibu tunggal. Projek ini turut mendapat sokongan daripada 347 penaja dan pembeli, sekaligus membantu menjana impak ekonomi melebihi RM144,000.00 kepada komuniti wanita di Pulau Pinang. Penglibatan dan kebolehan JPWK membuktikan bahawa wanita bukan sahaja peserta dalam pembangunan sosial, tetapi juga pemimpin komuniti yang menggerakkan perubahan di peringkat akar umbi.
Oleh itu, Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Program Kepimpinan Wanita Elit dalam Politik atau W-LEAD bagi melatih lebih ramai wanita dalam bidang kepimpinan, tadbir urus dan pembangunan komuniti. Kerajaan Negeri percaya bahawa apabila wanita diperkasa, keluarga akan menjadi lebih stabil dan komuniti akan menjadi lebih kuat. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui PWDC terus memperkukuhkan sistem sokongan keluarga melalui pelaksanaan Dasar Keluarga Selamat serta latihan kepada masyarakat menerusi inisiatif First Support Point sebagai saluran bantuan awal kepada mangsa keganasan rumah tangga. Bagi tempoh tahun 2021 hingga 2025, sebanyak 275 kes keganasan rumah tangga telah dirujuk melalui sistem ini. Perkara ini menunjukkan bahawa masyarakat masih menggunakan saluran tersebut untuk mendapatkan sokongan awal.
Pada masa yang sama, kita juga tidak boleh menutup mata terhadap peningkatan kes buli siber dan keganasan seksual dalam talian kerana ancaman terhadap wanita dan kanak-kanak hari ini bukan lagi hanya berlaku secara fizikal, tetapi juga di ruang digital. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan pasukan petugas anti keganasan seksual dalam talian dan buli siber melalui kerjasama pelbagai agensi termasuk PWDC, Penang Institute, PDRM, MCMC, JKM dan NGO berkaitan. Pasukan tersebut kini dalam fasa merangka pelan tindakan yang lebih bersepadu dengan perincian peranan setiap agensi bagi memastikan pelaksanaan intervensi dapat diselaraskan dengan lebih efektif dan efisien. Advokasi awal mengenai isu keganasan juga akan terus diperkukuhkan melalui kempen Penang Goes Orange bagi meningkatkan kesedaran bahawa keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak bukan lagi isu peribadi semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama seluruh masyarakat. Pendekatan ini penting bagi membudayakan semangat Break the Silence, "Jangan Duk Diam" (dengan izin) yang diterapkan melalui tema bagi kempen Penang Goes Orange 2025 agar lebih ramai tampil membantu, melaporkan dan menyokong mangsa keganasan.
Ketiga, menuju negeri mesra usia dan inklusif. Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Pinang kini sedang menuju ke arah sebuah negeri menua. Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Pulau Pinang merekodkan sebanyak 8.4% penduduk warga emas berumur 65 tahun ke atas, iaitu melebihi purata kebangsaan sebanyak 8%. Ramai yang bertanya sama ada kita benar-benar bersedia menghadapi perubahan ini. Namun bagi saya, persoalan yang lebih penting ialah (dengan izin) “What kind of society is Penang building for the future”. Adakah kita sedang membina sebuah masyarakat yang membolehkan rakyat terus hidup secara aktif, selamat, inklusif dan bermaruah walaupun berhadapan perubahan sosial yang semakin kompleks.
Hakikatnya, kesiapsiagaan menghadapi masyarakat menua bukan hanya melibatkan aspek infrastruktur semata-mata, tetapi juga bagaimana kita membina sistem sokongan dan komuniti yang membolehkan warga emas terus hidup secara aktif, sihat dan bermaruah. Kerajaan Negeri melalui inisiatif Bandar Mesra Usia terus mempergiatkan usaha untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri mesra usia. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melengkapkan kitaran pertama pelaksanaan dan juga menjadi Pihak Berkuasa Tempatan pertama di Malaysia yang menerima pengesahan penyempurnaan kitaran daripada WHO. Pada masa yang sama, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah memulakan kitaran satu dan secara rasmi menyertai WHO Global Network for Age-friendly Cities and Communities pada 3 Disember 2025.
Antara perubahan yang dapat dilihat sebelum dan selepas pelaksanaan Age-friendly City di bawah Domain 1 ialah MBPP telah menukar kawasan terbiar di Lengkok Nipah yang sebelum ini tidak terurus kepada sebuah taman kejiranan yang lebih selesa, selamat dan mesra warga emas. Taman ini kini mempunyai laluan pejalan kaki, ramp OKU, alat senaman dan ruang riadah untuk kegunaan masyarakat setempat. Di bawah Domain 6 pula, MBPP telah memperkenalkan Program Pemerkasaan Warga Emas yang memberi peluang pekerjaan sambilan kepada warga emas dan pesara dalam perkhidmatan MBPP. Inisiatif ini membantu warga emas untuk terus aktif terlibat dalam komuniti serta memperoleh pendapatan tambahan. Elaun program juga telah dinaikkan daripada RM8.00 kepada RM9.00 dan RM0.50 sejam.
Sehubungan itu, isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian seperti kapasiti hospital, perumahan dan ruang rekreasi, infrastruktur serta pengangkutan awam yang mesra warga emas sememangnya turut diberi perhatian dan akan ditangani melalui domain-domain berkaitan di bawah inisiatif Bandar Mesra Usia. Kerajaan Negeri juga sedang melaksanakan pelbagai usaha secara progresif dan berperingkat melalui Pelan Hala Tuju Penuaan Aktif bagi memastikan Pulau Pinang lebih bersedia menghadapi cabaran masyarakat menua pada masa hadapan.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri turut memperluaskan penglibatan sosial warga emas melalui PAWE iaitu Pusat Aktiviti Warga Emas dan kempen Warga Emas Celik. Saya juga ingin merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Kota berkaitan keperluan warga emas untuk mempunyai ruang sosial dan aktiviti komuniti. Saya bersetuju bahawa warga emas yang masih aktif dan mampu berdikari perlu diberikan platform untuk terus aktif dalam masyarakat. PAWE tidak semestinya beroperasi di satu (1) premis khusus sahaja, malah pihak JKM di peringkat kementerian juga telah memperkenalkan konsep 3A iaitu anytime, anywhere, anyplace bagi menggalakkan aktiviti sosial warga emas dijalankan secara lebih fleksibel mengikut kesesuaian komuniti setempat. Jawatankuasa PAWE boleh merancang pelbagai program yang sesuai dan menarik untuk menggalakkan warga emas terus keluar berinteraksi dan kekal aktif dalam komuniti.
Susulan sambutan dan penglibatan yang sangat menggalakkan daripada PAWE pada tahun lalu, Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Sosial telah meningkatkan peruntukan kepada RM3,000.00 bagi setiap PAWE di Pulau Pinang pada tahun ini. Langkah ini bertujuan menggalakkan lebih banyak program komuniti dijalankan supaya warga emas terus aktif dan sentiasa terlibat dalam masyarakat. Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai PAWE di kawasan masing-masing boleh mengemukakan mengemukakan permohonan melalui JKM atau pejabat saya bagi mendapatkan peruntukan tersebut.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, agenda keterangkuman turut diperluaskan kepada komuniti OKU. Sehingga kini, lebih 44,000 OKU telah berdaftar di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri percaya bahawa pembangunan yang inklusif tidak boleh hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal semata-mata, tetapi mesti memastikan akses yang saksama kepada semua lapisan masyarakat. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri sedang meneliti cadangan penubuhan Majlis Tindakan OKU sebagai platform penyelarasan utama antara kerajaan, NGO, pihak swasta dan wakil komuniti OKU sendiri. Majlis ini akan membantu mengenal pasti jurang dalam aspek aksesibiliti, peluang pekerjaan, pengangkutan awam, pendidikan dan kemudahan mesra OKU supaya penyelesaian yang dirangka benar-benar memenuhi keperluan komuniti OKU.
Kita perlu bergerak daripada pendekatan kebajikan semata-mata kepada pendekatan pemerkasaan. Golongan OKU bukan hanya memerlukan bantuan kewangan, tetapi juga kemudahan dan persekitaran yang membolehkan mereka hidup secara lebih berdikari, selamat dan bermaruah. Keempat.
Sungai Pinang, boleh saya ni.
Ya. Silakan.
Saya bercakap berkenaan dengan apa nama ni OKU ni. Bagaimana dengan apa OKU penglihatan. Tadi saya pergi refleks kaki tadi, bercakap depa mengadulah berkenaan dengan selama ni tidak depa duk urut kaki dekat dengan Padang Kota, dekat ni, jadi depa tak tak orang kata tak dibenarkan. Jadi macam mana apa nama. Sebab OKU penglihatan ni depa bukan dah boleh buat kerja lain. Dia. dia dia apa nama refleks, itulah kerja yang depa boleh buat pun. Dan sekarang ni kadar untuk sewa kedai ni dengan suasana keadaan sekarang ini orang tak berapa pergi dengan jadi mereka juga turut terjejaslah. Jadi apa apa nama ni yang kerajaan boleh usahakan untuk mereka boleh orang kata apa apa bekerja dalam bidang yang yang saya sebutkan tadi.
Terima kasih atas keprihatinan Sungai Dua tentang OKU penglihatan ya. Memang saya pun selalu support mereka untuk urutan kaki ya. Memang kita nampak lah bahawa dia kena sebab dia perlu berada di tempat yang sesuai dan tersusun juga ha. Jadi saya akan bincang dengan pihak Kerajaan Tempatan juga supaya dan juga dengan maybe dengan syarikat-syarikat atau mana-mana supaya kita boleh rancangkan untuk tempat yang lebih sesuai untuk mereka dan lebih tersusun, terancang dan saya faham keprihatinan semua, memang ini adalah satu kepakaran yang mereka mereka supaya boleh mendapat menjana kehidupan, menjana pendapatan. Terima kasih.
Jadi tentang kebajikan yang memperkasa. Ahli-ahli Yang Berhormat, walau bagaimanapun pendekatan pemerkasaan juga perlu bergerak seiring dengan sistem kebajikan yang responsif supaya golongan yang benar-benar memerlukan terus mendapat bantuan dan sokongan sewajarnya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Dalam di atas cadangan yang diberi. Sememangnya Kerajaan Negeri bersama JKM sentiasa berusaha menambah baik akses rakyat terhadap perkhidmatan kebajikan. Walaupun pembukaan UTC bukanlah satu penyelesaian yang dapat dilaksanakan dalam jangka masa terdekat, Kerajaan Negeri akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan pembukaan pembukaan Kiosk JKM agar agensi tersebut mempunyai kehadiran di lokasi berkenaan, sekaligus memudahkan urusan rakyat dengan pihak JKM.
Namun begitu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa pihak JKM sentiasa bersedia memberikan sokongan terhadap keperluan pejabat ADUN setakat kemampuan yang ada. Sebagai cadangan, Yang Berhormat ADUN semua wakil rakyat juga boleh membantu merapatkan jurang akses dengan pengundi di kawasan masing-masing melalui penganjuran Hari Temu Pelanggan bersama pegawai-pegawai JKM yang sedia membantu. Malah pendekatan membawa perkhidmatan JKM terus ke lapangan ini juga merupakan sebahagian daripada perancangan hala tuju Kerajaan Negeri di bawah MMK Kebajikan dan sudah tentu pelaksanaannya memerlukan kerjasama erat bersama Yang Berhormat-Yang Berhormat ADUN. Oleh itu, saya berharap Yang Berhormat boleh berhubung terus dengan pejabat saya ataupun pejabat JKM daerah supaya kami dapat memberikan sokongan yang sewajarnya mengikut keperluan kawasan masing-masing. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan bantuan kebajikan sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli Dewan termasuk barisan pembangkang, sekiranya terdapat mana-mana keluarga atau rakyat di kawasan Yang Berhormat yang memerlukan perhatian dan bantuan, boleh terus maklumkan kepada pejabat saya supaya tindakan susulan serta kunjungan dapat dilaksanakan. Pendekatan seperti ini juga telah dilaksanakan bersama Yang Berhormat Pinang Tunggal sebelum ini. Bagi Kerajaan Negeri, kebajikan rakyat harus sentiasa diutamakan melebihi perbezaan politik kerana rakyat didahulukan. Bagi bantuan Agenda Ekonomi Saksama atau BAES pula, kadar Pendapatan Perkapita (PPK) telah dinaikkan ke kadar baharu iaitu daripada RM322.00 kepada RM368.00 mulai Mac 2026. Peningkatan ini dibuat berdasarkan penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah 2024 yang menunjukkan purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) di Pulau Pinang telah meningkat daripada RM315.00 kepada RM368.00. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menaikkan kadar PPK kepada RM368.00 supaya penilaian bantuan kebajikan lebih selari dengan realiti kos sara hidup semasa dan keadaan sebenar rakyat di negeri ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat. Syarat kelayakan bantuan kewangan persekutuan adalah berpandukan PGK 2024 di mana purata perkapita miskin tegar ditetapkan hanya sebanyak RM348.00. Namun, saya ingin tegaskan bahawa bantuan kebajikan tidak boleh dilihat sekadar sebagai bantuan tunai semata-mata. Matlamat sebenar kita adalah untuk membantu rakyat kembali stabil, berdikari dan keluar daripada kitaran kemiskinan secara lebih mampan. Semangat yang sama turut diterapkan dalam pengurusan Pusat Transit Gelandangan yang telah dijenamakan semula sebagai Pusat Transit Harapan pada Disember 2025. Pusat Transit Harapan ini bukan sekadar tempat perlindungan sementara untuk gelandangan, malah turut diluaskan sebagai pusat intervensi sosial yang memberi peluang kedua kepada mereka untuk membina semula kehidupan.
Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bagan Dalam. Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan pusat transit gelandangan kedua di kawasan Seberang Perai. Ini kerana kadar penggunaan fasiliti sedia ada ketika ini hanya sekitar 53% dan masih mampu menampung kes-kes gelandangan termasuk dari kawasan Seberang Perai. Sejak mula beroperasi, seramai 356 penghuni telah berjaya diintegrasikan semula ke dalam masyarakat melalui peluang pekerjaan, penempatan tempat tinggal baharu atau kembali bersama keluarga. Selain itu, seramai 51 orang penghuni turut dirujuk ke program intervensi atau ditempatkan di institusi JKM, NGO, agensi dan swasta.
Ini membuktikan bahawa apabila kerajaan, NGO dan komuniti bekerjasama, kita bukan sahaja membantu seseorang untuk terus hidup tetapi juga membantu mereka mendapatkan kembali maruah dan masa depan mereka. Terima kasih kepada Yang Berhormat KOMTAR yang membangkitkan isu gelandangan. Saya rasa ini bukan kali pertama perkara ini dibangkitkan dan sememangnya kita memahami bahawa sehingga kini masih belum ada satu akta khusus yang melihat isu gelandangan secara menyeluruh.
Oleh itu, Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif melalui pendekatan kerjasama pelbagai agensi bagi menangani isu ini. Sejak tahun 2023 sehingga kini, sebanyak 950 operasi menyelamat gelandangan telah dijalankan melalui pelbagai pendekatan seperti operasi bersepadu, operasi berkala dan tindakan segera mengikut keperluan semasa. Saya juga mengambil makluman perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal berkenaan isu gelandangan mental. Untuk maklum Ahli-ahli Dewan, Kerajaan Negeri di bawah MMK Kebajikan dan JKM melalui pejabat saya dan JKM kini sedang dalam perbincangan bersama sebuah NGO di Negeri Pahang bagi meneroka potensi kerjasama untuk menempatkan golongan gelandangan mental di pusat berkenaan memandangkan negeri ini berdepan kekangan dari segi penempatan bagi kumpulan tersebut. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuhkan kerjasama antara JKM, PBT, NGO dan Pusat Khidmat Rakyat dan memperbanyakkan lagi operasi gelandangan bagi memastikan sistem kebajikan yang lebih cepat, terselaras dan berfokus dapat dilaksanakan di seluruh negeri. Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan meneruskan program i-Sejahtera sebagai salah satu inisiatif penghargaan terus kepada rakyat khususnya warga emas, ibu tunggal, suri rumah dan golongan OKU.
Bermula tahun 2027, Kerajaan Negeri juga bercadang memperkenalkan inisiatif Mempelai Emas sebagai tanda penghargaan kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga selaras dengan usaha memperkukuhkan institusi keluarga dan kesejahteraan sosial jangka panjang di Pulau Pinang. Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Sungai Puyu. Kerajaan Negeri sentiasa meneliti kaedah untuk menambah baik pelaksanaan program i-Sejahtera dari semasa ke semasa. Melihat kepada kejayaan pelaksanaan bantuan MyKasih di peringkat Persekutuan yang disalurkan terus melalui kad pengenalan, Kerajaan Negeri juga sedang mengkaji konsep yang sama untuk dilaksanakan dalam program i-Sejahtera pada masa hadapan. Pendekatan ini bukan sahaja...
Yang Berhormat saya mohon mencelah.
Silakan.
Sebab saya rasa cadangan penambahbaikan pembayaran sumbangan i-Sejahtera melalui IC adalah satu cadangan yang baik. Tetapi perkara ini hendaklah dibuat kajian menyeluruh termasuk dapatan hasil kajian daripada orang ramai, khususnya penerima itu sendiri termasuk perlu mengadakan satu sesi libat urus bersama semua ADUN. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Puyu. Memang terima kasih lah. Memang betul kita tengok, kita terima banyak sambutan baik bahawa warga emas ni mereka seronok bila menggunakan MyKad mereka untuk pergi beli-belah di mana-mana kedai ya dan itu adalah satu sambutan baik dari inisiatif MyKasih.
Jadi saya akan maklumkan kepada semua ADUN bahawa adakan satu sesi libat uruslah bersama semua untuk dapatkan pandangan dan way forward untuk kita mengadakan program sedemikian ya. Pendekatan ini bukan sahaja dapat memastikan bantuan diterima terus oleh penerima yang layak, malah memudahkan rakyat membeli barangan keperluan tanpa perlu mengeluarkan wang tunai di ATM.
Yang kelima. Memelihara keharmonian dalam kepelbagaian. Dato’ Yang di-Pertua. Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyat daripada pelbagai kaum, budaya dan agama dapat hidup bersama dalam suasana harmoni, saling menghormati dan bersatu padu berlandaskan semangat Rukun Negara. Kerajaan Negeri sentiasa berpegang teguh kepada prinsip keterangkuman, kesederhanaan dan perpaduan bagi memastikan keharmonian serta kestabilan negeri terus terpelihara.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan. Sehingga April 2026, sebanyak 1,244 Rumah Ibadat Bukan Islam atau RIBI telah direkodkan dalam sistem e-RIBI di seluruh Pulau Pinang. Sistem e-RIBI bukan sekadar pangkalan data tetapi merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh pengurusan dan penyampaian perkhidmatan berkaitan hal ehwal bukan Islam secara lebih sistematik dan tersusun. Selaras dengan Manifesto Perpaduan, Kerajaan Negeri meneruskan pelaksanaan sistem e-RIBI melalui sesi libat urus, konsultasi dan khidmat sokongan kepada pihak pengurusan Rumah Ibadat Bukan Islam.
Sejak diperkenalkan. Sebanyak 491 sesi outreach, pemantauan dan lawatan tapak telah dilaksanakan oleh Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (HARMONICO) di seluruh Pulau Pinang bagi memastikan sistem ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan di peringkat akar umbi. Melangkah ke hadapan, sistem e-RIBI akan terus diperkasakan dengan pelbagai ciri integrasi baharu berasaskan teknologi Kecerdasan Buatan atau AI bagi meningkatkan kecekapan sistem serta memudahkan urusan rakyat.
Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tabung Amanah dan Peruntukan Khas Rumah Ibadat Bukan Islam terus komited menyalurkan bantuan kewangan kepada RIBI melalui Bantuan Kewangan RIBI Pulau Pinang bagi membantu kerja penyelenggaraan, pembaikan dan keperluan asas rumah ibadat di negeri ini.
Kerajaan Negeri kekal komited meneruskan peruntukan sebanyak RM10juta di bawah Manifesto Perpaduan sehingga tahun 2028. Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Air Putih berhubung cadangan kenaikan peruntukan RIBI, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan keperluan tambahan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat keperluan yang munasabah berkaitan RIBI.
Yang Berhormat, Sungai Pinang mohon mencelah sedikit. Saya nak ucapkan terima kasih tadi, terlalu laju macam bullet train. Saya tak boleh stop tentang kaunter JKM di UTC. Kaunter JKM di UTC…
UTC? Okey.
Terima kasih akan memberikan pandangan ataupun perhatian dalam perkara ini. Sebab kita tahu UTC di Seberang Perai ialah satu pusat di mana centralized semua jabatan kerajaan, kita ada sembilan (9) jabatan di sana dan kebanyakan orang yang berkunjung ke UTC ini pelbagai jabatan dan bantuan perkhidmatan diberikan.
Jadi sekiranya JKM yang berada di Seberang Perai Utara di Kepala Batas boleh menempatkan beberapa pegawai di sana, ini akan membantu golongan yang betul-betul memerlukannya dan mereka pun tak perlu bersusah payah berulang-alik ke sini dan ke sana. Itu yang pertama. Dan berkenaan dengan Pusat Transit Gelandangan, kita semua faham dan akur bahawa kekangan memang ada tetapi sebagai kerajaan kita harus berpandangan ke hadapan sebab Penang tangga yang kelima dalam penuaan, negeri penuaan.
So kalau kita pandang ke hadapan dalam masa yang akan datang, kita sangat-sangat perlukan satu pusat transit di Seberang Perai memandangkan kebanyakan gelandangan ini adalah golongan warga emas. Saya tak pasti sama ada dibiarkan, ditinggalkan atau dipinggirkan, tetapi merekalah yang paling banyak memerlukan bantuan. Jadi saya rasa sekarang adalah masa yang sesuai kita sebagai satu kerajaan yang prihatin untuk memberikan tumpuan dalam perkara ini. Saya tak minta dalam masa terdekat tapi kalau kita boleh rancang sekarang dalam masa satu dua tahun nanti kita akan ada satu perancangan.
Kita boleh tengok tapak yang bersesuaian dan kaedah financing dan sebagainya. Itu yang kedua dan yang ketiga Yang Berhormat. Terima kasih atas jawapan berkenaan dengan dana RIBI yang akan ditambahkan jika ada keperluan semasa. Saya rasa sekarang lah masanya. Keperluan semasa memang sudah wujud memandangkan kita ada banyak rumah ibadat yang terlibat dalam urusan pemindahan, pemutihan dan sebagainya. Banyak dana yang diperlukan untuk kita membantu RIBI-RIBI ini dari segi pemindahan atau mereka membeli tempat baru, tanah baru dan sebagainya.
Sebab kita tahu, saya pun berada bersama dengan Yang Berhormat dalam Jawatankuasa RIBI. Banyak RIBI rumah ibadat yang kita bantu. Tetapi pada masa yang sama banyak juga yang kita tak dapat bantu walaupun dalam keadaan kritikal sebab mereka tak memenuhi garis panduan. Contohnya pemilikan tanah atau kebenaran tuan tanah. Banyak yang berada di tanah JPS di mana JPS tidak akan berikan kebenaran. Di tanah JKR di mana mereka tak akan berikan kebenaran tapi sudah wujud begitu lama dan kadang-kadang keadaannya amat kritikal.
Jadi saya berpandangan sekarang adalah masa yang sesuai kita untuk menambahkan dana RIBI supaya dalam kita proses membantu rumah-rumah ibadat ini dana itu dapat digunakan untuk mempercepatkan proses itu. Jadi saya memohon kepada Yang Berhormat Sungai Pinang dan juga kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri agar pertimbangan akan diberikan dalam perkara ini. Terima kasih.
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Dalam. Ya, untuk buka kiosk di UTC ini. Kita perlukan kelulusan daripada pihak Persekutuanlah. Seperti yang saya bangkitkan tadi, kami akan membantu mengusahakan kiosk tersebut ya sekira kelulusan daripada pihak kementerian diluluskan. Dan tentang Pusat Transit Harapan, Pusat Transit Harapan ini Yang Berhormat saya rasa semua perlu faham bahawa mereka adalah kalau kata gelandangan ialah mereka yang tak ada rumah, tanpa rumah. Jadi kita menempatkan mereka di Pusat Transit Harapan dan lepas tu, lepas tu kita akan hantar kalau kepada institusi yang sesuai.
Kalau warga emas kita hantar ke pusat jagaan warga emas, kalau terlibat dengan dadah ke AADK dan seterusnya. Jadi atau perlukan kemahiran, kita juga adakan job matching kepada mereka untuk mereka memulakan kehidupan yang baru. Jadi itu saya ambil pendapatan pendapat kamu dan kita boleh bincang and see jika betul-betul ada keperluan itu. Sebab pada masa ini yang gelandangan daripada Seberang Perai memang kita hantar ke Pusat Transit Harapan di pulau ini ya. Terima kasih dan juga tentang dana RIBI. Ya, dana RIBI memang baru permohonan untuk tabung RIBI dibuka pada 15 April hingga 15 Mei. Maka kita akan teliti atas permohonan, berapa permohonan dan selalunya kita nampak keperluannya dan kita akan luluskan dan yang mencapai apa kelulusan dan kita akan luluskanlah, kita akan berilah dana itu. Jadi tak ada masalah kan, dana Yang Berhormat selalu usahakan dan bantu banyak RIBI yang kita bersama-samalah, kita bantu rumah ibadat bukan Islam di negeri ini.
Ya, boleh mohon mencelah. Terima kasihlah kepada EXCO Kebajikan dan juga RIBI. Jadi seperti Bagan Dalam, saya pun ada dalam MMK tersebut. Jadi terima kasihlah, kita sama-sama usahakan. Tetapi Bagan Jermal di sini memang memerlukan yang jawapan bahawa bilakah tempoh pelaksanaan untuk pencawang elektrik di tapak RIBI Ampang Jajar, saya memang memerlukan jawapan ini kerana memang keperluan yang mendesak sebab dalam perbahasan saya pun sudah, sudah ketengahkan perkara ini dan juga pemilik-pemilik tanah RIBI ini juga sangat concern atas perkara tersebut sebab ada mereka yang sudah mula mengutip derma tetapi penganut dia ada tanya baliklah bila mereka boleh mulakan pembinaan, saya rasa itu satu confidence yang kita kena bagi, at least kalau kita nak usahakan, at least satu tempohlah. Dan saya juga berterima kasih kerana melalui Jawatankuasa MMK RIBI ini memang diluluskan RM 290,000.00 untuk empat tokong dan juga tiga kuil di kawasan Bagan Jermal. Jadi terima kasih daun keladi, tahun ini tambah lagi. Terima kasih.
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Jermal selalu bangkitkan tentang isu TNB, substation TNB di Ampang Jajar ha. Memang ada dalam penggulungan saya bahawa saya akan come back ah. Jadi buat masa ini peruntukan sedia ada masih dilihat mencukupi ha dan tiada keperluan khusus untuk meningkatkan jumlah peruntukan. Tapi kita tengok keperluan, keperluan. Bukan tak ada itu memang jika kita based on permohonan, jika permohonan itu perlukan penambahan peruntukan kita usahakan.
Terima kasih Yang Berhormat, sedikit saja saya nak tambah. Yang saya minta untuk ditambahkan, mungkin kita tak jenamakannya sebagai tabung RIBI, tapi tabung kecemasan untuk kita buat pemutihan RIBI-RIBI rumah ibadat yang bermasalah ini. Kalau kita boleh dapatkan dana, nanti senang kita nak buat keputusan. Kalau tidak, kita pun susah nak buat keputusan kerana kita ada kekangan dana yang tidak mencukupi. Sebab itulah pandangan kita, kalau boleh kita ada satu dana yang dikhaskan supaya kita dapat membantu dan menyegerakan proses kita dalam membantu ataupun pemutihan dalam rumah ibadat tanpa izin ini. Itu itu permohonan saya, terima kasih.
Lembutnya bahasa Bagan Dalam.
Sungai Pinang minta celah. Tadi Dato' Speaker, tadi saya keluar ubah kereta, Sungai Pinang dah sebut pasal keganasan rumah tangga dah sebut kan.
Ah, dah.
Dia ada soalan saya yang lepas keganasan, saya celah sikit saja nak tahu figure dia. Tapi Yang Berhormat dah bagi figure ini, tapi saya nak tahulah figure di belakang ini untuk keganasan lelaki yang kena dera dengan isteri. Ha. Ah, tadi suami pukul isteri, yang ini saya tanya pula lelaki kena pukul dengan isteri ini yang dapat.
Ada jawapan.
Ada ni soalan dia.
Ada jawapan.
Dalam figure ini dalam Bulan Jun 2026, Timur Laut 3, Barat Daya 2, Seberang Perai Utara 5, Seberang Perai Tengah 1, Seberang Perai Selatan 4. Total dia 15 semua.
Telok Ayer Tawar tak berani ah.
Hai you ada itu Seberang Perai Utara. Okay, Yang Berhormat saya nak tahu figure ini adalah daripada, minta maaflah nah Yang Berhormat, daripada kaum kita, adakah orang Islam, adakah kaum India ataupun orang Cina dalam figure yang bagi tiga ini kita tak tahu daripada mana. At least kalau kita tahu masing-masing agama mungkin kita boleh bagi nasihat keganasan rumah tangga ini. Sedih juga ini tengok lelaki kena dera. Saya kalau cakap lelaki kena dera saya marah Yang Berhormat.
Kamu tak sedih ka keganasan terhadap wanita.
Dak, lelaki keganasan ini kira dahsyat wanita ini pun kira kira dahsyatlah wanita ini.
Sungai Pinang teruskan, Sungai Pinang.
Terima kasih Yang Berhormat.
Kita tak dak masa.
Lain kali soalan kamu kena beritahu nak tahu tentang kaum, ha okay ya, jadi pendekatan ini juga menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan keharmonian dan kebajikan masyarakat pelbagai agama terus dipelihara seiring dengan pembangunan negeri. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat permohonan bantuan kewangan, oh tadi saya dah kata, kewangan RIBI masih dibuka sehingga 15 Mei tahun ini.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru supaya maklumat ini dapat disalurkan kepada pihak pengurusan Rumah Ibadat Bukan Islam di kawasan ADUN masing-masing. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui sistem eribi.gov.my terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Berangan dan Yang Berhormat Penaga atas keprihatinan mengenai isu RIBI tanpa kelulusan.
Kerajaan Negeri mengambil pendirian yang tegas, jelas dan berprinsip dalam memastikan pembangunan RIBI dilaksanakan secara teratur dan terancang berpandukan peruntukan undang-undang serta selaras dengan perancangan bandar yang mampan.
Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Perai dan Yang Berhormat Bagan Dalam, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan dengan menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Rumah Ibadat Bukan Islam yang berperanan sebagai platform rasmi untuk rundingan dan penyelesaian isu serta aduan pengesahan status RIBI selain mengurus aspek teknikal dan sosial berkaitan secara lebih teratur dan sistematik, berhemah dan praktikal.
Sungai Pinang, boleh ya, bagi laluan, terima kasih Sungai Pinang. Saya just nak bertanya tentang saya tengok pada hari ini banyak berita telah dikeluarkan bahawa terdapat 136 rumah RIBI, Rumah Ibadat Bukan Islam tidak mempunyai kelulusan pelan bangunan setakat Januari 2026. Just saya nak dapatkan sedikit maklum balas tentang isu ini sama ada 136 RIBI ini, adakah semuanya di atas tanah milik sendiri ataupun bukan tanah milik, ataupun yang ini adalah angka yang tidak menghantar pelan pembinaan, sebab takut nanti isu ini disalah tafsirkan kalau kata mungkin nanti orang akan ingat di Pulau Pinang ada 136 buah rumah ibadat tanpa izin tetapi di sini dimaksudkan adalah tidak mempunyai kelulusan pelan bangunan.
Saya minta untuk sedikit penjelasan. Dan seterusnya, kebanyakan tanah-tanah RIBI ini yang diberikan oleh Kerajaan Negeri ataupun yang disediakan ini kadangkala terdapat juga bantahan daripada penduduk. Contohnya di kawasan saya pun ada tanah RIBI tetapi tanah RIBI itu bersebelahan dengan kawasan perumahan. Maka apabila kita memberikan tanah RIBI ada bantahan daripada penduduk sendiri yang tidak bersetuju. Maka saya berharap mungkin isu ini bolehlah dibincangkan pada masa hadapan sekiranya tanah RIBI ini dikhaskan untuk kegunaan RIBI, mungkin kena lihat juga dari segi keadaan tanah tersebut berdekatan dengan kawasan perumahan ataupun tidak. Terima kasih.
Okey, Sungai Pinang, tolong ringkaskan.
Ya, saya rasa I think tentang perancangan untuk tapak RIBI telah di telah disebutkan sebelum itu oleh EXCO Kerajaan Tempatan. Memang dia ada, memang kita terimalah aduan sedemikian juga. Tapi untuk pelan bangunan yang Yang Berhormat katakan 136 itu, dia, dia tidak dapat kelulusan, ada yang sedang dalam dalam dalam proses, ada yang tapi dia dah wujudlah, dia dah wujud bukan yang baru, yang telah wujud. Dan kita dalam Jawatankuasa Penyelarasan RIBI sedang usaha untuk membantu mereka ha. Dan tentang tapak RIBI.
Sungai Pinang maksudnya yang ini bukan di atas tanah milik oranglah, maksudnya ada di atas tanah sendiri tapi mereka tak hantar pelan bangunan.
Ya, ya kebanyakan tanah sendiri, kebanyakan tanah sendiri. Ya, ya, ha.
Terima kasih.
Cuma saya nak tambah sikit, isu ini memang kita ada berbincang dalam Jawatankuasa RIBI. Kadang-kadang kita pun ada kekangan apabila kita minta maklumat dari jabatan-jabatan berkenaan, contohnya Pejabat Tanah daerah-daerah tertentu, bulan seterusnya kita pergi ke mesyuarat maklumat tak diperoleh lagi. Itu masalahnya kadang-kadang susah kita nak tafsirkan. Jadi kalau boleh di sini kita boleh mohon pada mesyuarat seterusnya kita dapat maklumat sepenuhnya yang 136 ini berapa tanah sendirian, berapa bukan tanah sendirian, berapa dalam proses yang nak submit, berapa dalam proses pemutihan, senang kita pun nak ambil tindakan bersasar. Kalau tidak tiba-tiba muncul satu Kalimutu punya anak mai buat isu di sini pula. So kita tak nak perkara macam itu.
Okey.
Ya terima kasih, terima kasih atas cadangan yang bernas daripada Yang Berhormat Bagan Dalam dan saya ambil maklum dan akan maklumkan kepada Pejabat Tanah untuk lihat perkara ini dengan lebih serius dan dan kita usahakanlah sama-sama kita usahakan demi keharmonian masyarakat kita ini.
Dalam masa yang sama jawatankuasa ini turut giat mengenal pasti tanah lapang yang bersesuaian untuk ditukar guna sebagai tapak RIBI bagi memenuhi keperluan rumah ibadat di negeri ini. Tidak dilupakan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal tadi tentang bekalan elektrik di tapak RIBI Ampang Jajar. Untuk maklumat, CMI telah mengenal pasti dan menyediakan tapak khas bagi cadangan pembinaan pencawang elektrik TNB yang akan melibatkan peruntukan tambahan Kerajaan Negeri. Maka permohonan peruntukan dijangka akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan pada terdekatlah tahun ini untuk pertimbangan dan kelulusan selepas beberapa perkara teknikal dimuktamadkan oleh pihak CMI ya.
Sebagai usaha tambahan, Harmonico terus komited melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang berteraskan pemupukan keharmonian antara kaum dan agama di negeri ini. Sepanjang tahun ini, Harmonico juga berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama melalui penganjuran pelbagai program kemasyarakatan dan perpaduan. Harmonico juga meneruskan usaha mempromosikan program Jelajah Harmoni iaitu satu program pendidikan dan pelancongan keagamaan yang bertujuan untuk memupuk kefahaman antara agama serta membina keharmonian masyarakat secara berterusan.
Program ini turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelancong dan masyarakat tempatan khususnya Jelajah Streets of Harmony George Town, di mana para peserta dapat memahami kepelbagaian agama dan budaya secara lebih dekat dan interaktif melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Inisiatif-inisiatif seperti ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam memelihara kekayaan warisan agama dan budaya yang menjadi identiti negeri ini. Kepelbagaian yang wujud bukanlah satu jurang sebaliknya merupakan kekuatan dan aset penting yang menyatukan masyarakat kita. Justeru menjadi tanggungjawab bersama untuk terus memelihara dan memperkukuhkan keharmonian ini agar Pulau Pinang kekal sebagai sebuah negeri yang inklusif, aman dan sejahtera untuk generasi akan datang.
Dato' Yang di-Pertua, usaha pembangunan sosial, kebajikan dan keharmonian masyarakat bukan sekadar tentang bantuan atau pelaksanaan program semata-mata. Ia sebenarnya tentang bagaimana kita membina sebuah negeri yang mampu melindungi rakyat dan memperkasa komuniti. Daripada kanak-kanak, wanita, warga emas, OKU, keluarga, gelandangan hinggalah kepada institusi keagamaan, semuanya memainkan peranan penting dalam membentuk sebuah Pulau Pinang yang lebih inklusif, selamat dan sejahtera. Saya percaya bahawa ukuran sebenar kemajuan sesebuah negeri bukan hanya terletak pada pembangunan yang pesat atau angka pertumbuhan ekonomi, tetapi pada sejauh mana rakyat dapat hidup dengan rasa selamat, dihargai dan mempunyai harapan untuk masa depan yang lebih baik. Dalam sebuah negeri yang harmoni, kebajikan rakyat tidak boleh dipisahkan daripada pembangunan komuniti dan semangat saling menghormati antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Sekiranya terdapat isu-isu lain yang mungkin belum sempat saya jawab atau perjelaskan Yang Berhormat-Yang Berhormat dialu-alukan untuk menulis terus kepada saya atau kita boleh mengadakan perbincangan lanjut bersama tanpa perlu menunggu sehingga sidang DUN yang akan datang. Saya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang diberi mandat rakyat agar kita dapat bersama-sama mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan rakyat Pulau Pinang. Inilah semangat yang selaras dengan visi Penang2030 iaitu leaving no one behind dengan izin. Dengan itu, Kerajaan Negeri akan terus berusaha memastikan tiada sesiapa yang tercicir daripada arus pembangunan negeri.
Pulau Pinang negeri bertuah, rakyat hidup dalam harmoni, Keperluan sosial terus diperkasa, kesejahteraan rakyat keutamaan negeri.
Saya memohon menyokong, sekian terima kasih.
Terima kasih Sungai Pinang. Seterusnya, saya menjemput Paya Terubong.
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Saya bangun untuk membuat ucapan penggulungan terhadap ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib dan semasa perasmian hari itu. Dari segi keterhubungan udara antarabangsa, Pulau Pinang turut mencatatkan perkembangan yang amat memberangsangkan. Apabila saya menyandang jawatan EXCO Pelancongan pada Ogos 2023, Pulau Pinang hanya mempunyai sambungan penerbangan terus ke 12 destinasi antarabangsa. Waktu itu hanya Bangkok, Hong Kong, Medan, Singapura, Jakarta, Surabaya, Banda Aceh, Phuket, Guangzhou, Taipei, Don Mueang dan Ho Chi Minh City.
Rangkaian penerbangan antarabangsa Pulau Pinang telah berkembang dengan amat pesat dalam tiga tahun kebelakangan ini. Kini, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mempunyai sambungan terus daripada 12 sebelum itu, tiga tahun lalu kepada 22 destinasi antarabangsa. Iaitu tambahan 10 destinasi merangkumi Xiamen, Shanghai, Shenzhen, Chengdu, Qingdao, Chongqing, Kunming, Chennai, Doha dan Yangon. Destinasi ke 23, Dubai, terhenti seketika selepas krisis Asia Barat.
So, ini bermakna jumlah destinasi antarabangsa yang mempunyai penerbangan terus ke Pulau Pinang telah meningkat hampir dua kali ganda berbanding Ogos 2023. Pencapaian ini membuktikan kerja gigih yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri serta keyakinan masyarakat antarabangsa serta syarikat penerbangan antarabangsa terhadap potensi Pulau Pinang sebagai hab pelancongan, perniagaan, perubatan dan ekonomi kreatif serantau. Dari segi pembukaan laluan baharu pula, tahun 2026 menyaksikan beberapa perkembangan penting yang terus memperkukuhkan kedudukan Pulau Pinang di peta penerbangan antarabangsa. Iaitu pembukaan laluan Shanghai-Penang oleh Spring Airlines pada 30 Januari 2026, Phuket-Penang oleh AirAsia pada 13 Mac 2026, Senai-Penang oleh Batik Air pada 18 Mac 2026, Qingdao-Penang oleh Qingdao Airlines pada 31 Mac 2026 serta Chongqing-Penang oleh Chongqing Airlines pada 8 April 2026.
Trend ini menunjukkan bahawa Pulau Pinang terus menjadi destinasi pilihan dan walaupun Kerajaan Negeri akan bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan dan menunjukkan perkembangan yang konsisten. Selain daripada destinasi bandar yang saya sebut tadi, sebenarnya dari Ogos 2023 sehingga kini, telah mempunyai 17 laluan penerbangan terus baharu yang masih beroperasi sehingga hari ini. Dari jumlah tersebut, dua laluan baharu diperkenalkan tahun 2023, lapan laluan pada tahun 2024, tujuh pada tahun 2025 dan empat setakat ini pada tahun 2026. Dan prestasi sektor pelancongan Pulau Pinang di penggal pertama iaitu Januari-Mac 2026 menunjukkan perkembangan yang positif. Saya tidak release angka ini kerana saya nak juga ucap dalam DUN supaya DUN dimaklumkan bahawa angka bagi penggal pertama, bagi penggal pertama tahun 2026 iaitu Q1 Januari sampai Mac, jumlah keseluruhan pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah mencecah tiga bulan 2.19 juta penumpang berbanding 1.99 juta penumpang pada tempoh yang sama pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 10 peratus. Dan walaupun kita semua tahu apa berlaku selepas 28 Februari 2026 di Asia Barat, kita ingat angka akan turun, tetapi angka tak turun, angka naik pula 10 peratus dan ini menunjukkan mungkin saya tafsiran semasa Tahun Baru Cina ramai dan juga Hari Raya Aidilfitri ramai yang travelling dan kita memperkenalkan laluan baru.
Oleh itu, Q1 2026 masih meningkat 10 peratus berbanding Q1 2025 walaupun krisis Asia Barat mencetus pada 28 Februari 2026. Dan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Bagan Jermal, kita telah juga, kerana lebih banyak airline, lebih ramai pelancong datang, kita telah berusaha dengan airport untuk bagi meningkatkan kecekapan proses kemasukan pelancong di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Antara penambahbaikan yang telah dibuat, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah mula menggunakan sistem autogate yang baharu pada Februari 2026 iaitu sebelum musim raya Tahun Baru Cina. Kemudahan ini membolehkan pelancong dari 73 negara…
Yang Berhormat, Yang Berhormat Paya Terubong boleh mencelah?
Bagi saya baca dulu.
Bagi habis.
Kemudahan ini membolehkan pelancong dari 73 negara menggunakan autogate bagi urusan pelepasan keluar manakala pelancong dari 65 negara pula boleh menggunakan sistem autogate bagi urusan kemasukan ke Malaysia. Dan bagi menampung pertumbuhan jumlah pelancong antarabangsa yang semakin meningkat, jumlah kemudahan autogate ini juga dirancang untuk ditambah kepada 12 unit bagi laluan masuk dan 12 unit lagi bagi laluan keluar dalam tahun ini juga.
Kedua, Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyIMMS) telah mula dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 1 Mac 2026. Pelaksanaan sistem ini menandakan satu lagi langkah ke hadapan ke arah pendigitalan dan pemodenan sistem imigresen negara. Melalui penggunaan aplikasi MyIMMS dan autogate baharu, pengguna kini boleh menggunakan kod QR untuk urusan pelepasan serta ketibaan imigresen tanpa perlu beratur panjang di kaunter imigresen secara konvensional. Oleh itu, ini mempercepatkan pelepasan imigresen. Dan sehubungan dengan ini, terdapat tiga kaedah utama bagi urusan keluar masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang iaitu pertama, menggunakan pasport di autogate, kedua, menggunakan kod QR menerusi aplikasi MyIMMS di autogate, ketiga, melalui pemeriksaan biasa di kaunter imigresen secara beratur. Berdasarkan data daripada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia satu agensi yang baru dipanggil AKPS Pulau Pinang sebanyak 722,151 pergerakan keluar masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menggunakan sistem autogate baharu direkodkan sejak 31 Disember 2025 sehingga 26 April 2026. Ini menunjukkan kecekapan sistem baru ini dengan 722 pergerakan keluar masuk. Hasil ini, proses keluar masuk pelancong kini menjadi lebih pantas.
Cerita lama tunggu satu jam, dua jam, tiga jam itu sudah jadi satu cerita lama. Sekarang menjadi lebih pantas, lebih efisien dan menurut komen oleh pelancong asing, licin, licin seperti sutera. As smooth as silk. Dalam bahasa Cina, si hua. Ini bukan saya sendiri cipta punya. Ini bukan saya sendiri cipta punya. Ini daripada Xiaohongshu, RedNote, pelancong-pelancong yang beri komen. Dia ingat dia sampai sini kena tunggu satu jam, rupa-rupanya masuk sekejap, within few seconds, less than 10 seconds sudah clear imigresen. So dia guna licin seperti sutera, si hua. Dan saya pun dalam masa dua tiga bulan ini boleh tidur lena.
Oleh kerana, tak ada orang kacau, tak ada aduan banyak. Tak ada aduan. Aduan ini mungkin adalah tapi saya tak terima apa-apa aduan daripada social network, tak ada orang tag saya di Facebook. Tapi orang juga tak terima kasih jugalah. It's a thankless job. Orang pun tak terima kasih dan itu okey, kerana itu lumrah manusia. So, itulah maklum balas memberikan pengalaman ketibaan dan pelepasan yang lebih selesa kepada para pelawat antarabangsa. Ya, silakan.
Terima kasih Paya Terubong dan…
Pelancong mana pula Telok Ayer Tawar.
Okey, saya dengar hujah daripada Paya Terubong tadi, sungguh menakjubkan di airport Pulau Pinang. Tapi malangnya, baru ini saya naik, saya kena tunggu hampir lima jam. Flight delay sama. Lagi satu, terlalu saya minta kepada Yang Berhormat Paya Terubong, tolong pantau dan tengok apabila pelancong nak masuk ke gate antarabangsa, ada polis bantuan check boarding pass. Terlalu beratur sampai ke kaunter kita nak check-in boarding pass sejam lagi flight nak turun yang beratur tu dah flight nak naik nak masuk ke dalam dengan check imigresen. Lepas check imigresen nak masuk check polis bantuan nak check beg apa lagi, buka tali pinggang, buka semua. Itu kena. Tapi autogate I puji. You kata is very fast autogate, okey, itu I setuju. The new autogate I setuju. Tapi di sistem lama itu masih memberi kekangan kepada pelancong daripada kita nak masuk, panjang. Dia nak check boarding pass pasal apa kita satu pintu nak masuk ke antarabangsa. Di situlah flight China sampai, di situlah flight nak pergi Indonesia, di situlah flight nak pergi Medan, apa flight apa... shan siun chan shan...shan siun chon chan I pun tak tahu nak sebut. Terlalu banyak flight nak masuk tapi pintu dia kecil. I nak sebut tak tahulah country tu, tapi Paya Terubong tahulah, dia EXCO penerbangan baru tu. Saya pun tak study lagi. Tapi di situ saya minta Yang Berhormat Paya Terubong kaji. Saya terpaksa beratur hari tu sejam lebih, flight nak masuk dah. Tapi nasib baiklah flight delay pula pergi empat jam, selamat lah. Kalau tidak, habis. Assalamualaikum lagu tu. Yang Berhormat minta…
Bila flight?
Last two year, two months. Last two month, bukan two years Mac... Mac. Raya time.
Pergi mana? Pergi mana?
Pergi Jakarta.
Kalau flight delay itu pun bukan salah I mean dia ada pelbagai isulah, teknikal dan sebagainya kerana flight delay memang kita hadapi jugalah di mana-mana airport kerana ketibaan dan semua. Walau bagaimanapun, YB yang cakap itu satu jam beratur di sana, saya pun sejak Februari pelaksanaan autogate, saya tak terima pun satu aduan tentang dia kena beratur satu jam dekat pintu itu.
Kalau pelancong datang memang very fast. Kita nak masuk, nak melancong, departure, memang lambat.
Tapi, okey...
Kalau pelancong daripada China datang, dia bilang pada Yang Berhormat okey, dia kata so lag macam apa... licin... apa si hua apa you cakap tadi, saya pun tak tahu... licin. Dia kata memang betul, memang kita balik memang cepat. Tapi kalau kita nak departure nak naik flight nak pergi memang lambat.
Okey, okey saya…
Kalau Yang Berhormat tak percaya saya, Yang Berhormat pergi pagi-pagi flight 7.30 punya check-in ka, flight tu Yang Berhormat pergi.
Okey, okey. Saya tak pergi pukul begitu awallah. Saya selalu pergi 10.00, 3.00 gitu lah. Okey, walau bagaimanapun saya ambil maklum.
Kita Yang Berhormat Pembangkang ambil flight yang murah pergi awallah. Yang Berhormat EXCO flight mahal tak apa, EXCO…
Okey teruskan Paya Terubong, lewat dah.
Okey. Dan kita dalam seperti yang sedia maklum, lapangan terbang akan sedang dalam proses naik taraf dan harap dengan pembesaran terminal-terminal dan sebagainya, isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi kita boleh diatasi lah, kerana tempat kita kecil lah sebenarnya. Tempat kita kecil.
Okey, bagi aspek pemuliharaan warisan negeri, saya move kepada pemuliharaan warisan Negeri Pulau Pinang. Bagi aspek pemuliharaan warisan negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah merekodkan satu lagi bab bersejarah tahun ini. Tahun 2026 merupakan tahun di mana pencapaian dalam bidang warisan mencecah ke paradigma yang lebih tinggi. Kita tidak menamakan, mengisytiharkan tahun ini sebagai Tahun Warisan, kita tidak. Tetapi pencapaian dalam aspek warisan ini telah memecah rekod beberapa dekad. Walaupun Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang telah diluluskan di Dewan ini sejak tahun 2011, 15 tahun lalu enakmen ini telah saya yang move the bill, saya yang mencadangkan ataupun mempelopori Enakmen Warisan Negeri di DUN pada tahun 2011 saya move the bill. Namun sepanjang 15 tahun tersebut, tiada perwartaan rasmi dilaksanakan di bawah enakmen berkenaan. Justeru itu, pada tahun 2026 Kerajaan Negeri telah mengorak langkah proaktif dengan menempa sejarah baharu menerusi pewartaan sebanyak 50 perkara warisan dalam pelbagai kategori, meliputi 15 Tapak Warisan, tujuh Warisan Kebudayaan Tidak Ketara, serta 28 Makanan Warisan Negeri Pulau Pinang. Saya telah jawab soalan hari pertama berkenaan Kebudayaan Tidak Ketara dan Makanan Warisan. Dan pewartaan ini membuktikan komitmen serius Kerajaan Negeri dalam memastikan khazanah sejarah, budaya, seni, dan identiti masyarakat negeri ini terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.
Untuk maklum Dewan yang Mulia ini, sebanyak 15 Tapak Warisan yang telah diwartakan minggu lalu, 7 Mei 2026, seperti berikut, Batu Bersurat Cherok Tok Kun, Bangunan Persatuan Li Eng Seah, Butterworth, Bangunan Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang, Bangunan Lembaga Muzium Pulau Pinang, Menara Jam Besar, Penang Free School, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Kota Cornwallis, Tapak Arkeologi Gua Kepah, Masjid Kapitan Keling, Masjid Melayu Lebuh Acheh, Makam Syekh Omar, Leong San Tong Khoo Kongsi, Bangunan Municipal merangkumi Dewan Bandaraya dan Dewan Bandaran Pulau Pinang, dan Gereja St. George. Pewartaan ini turut mencerminkan kepelbagaian warisan Pulau Pinang yang merangkumi pelbagai tamadun, agama, budaya, dan sejarah masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Bukan sahaja penting dari segi pemuliharaan identiti negeri, malah turut memperkukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi warisan bertaraf antarabangsa. Dan malah Pulau Pinang juga merupakan satu-satunya negeri yang aktif dalam memartabatkan warisan melalui pewartaan rasmi pelbagai kategori warisan negeri.
Langkah pewartaan sebanyak 50 perkara warisan ini memperlihatkan kesungguhan Kerajaan Negeri dan menjadikan warisan sebagai aset penting pembangunan pelancongan, pendidikan, penyelidikan, dan ekonomi kreatif negeri. Silakan.
Paya Terubong, nak tanya, Masjid Batu Uban ni tak dimasukkah dalam warisan? Sebab dia, apa nama, wujudnya Masjid Batu Uban ni pada tahun 1734, lebih awal 50 tahun daripada Francis Light menjejaki di Pulau Pinang ini.
Mana-mana pihak boleh mengemukakan pencalonan. Ada satu borang pencalonan di Pejabat Pesuruhjaya Warisan. Mana-mana pihak boleh mengemukakan mengisi borang pencalonan dengan dokumen-dokumen sokongan. Kita menilai, ada satu jawatankuasa khas menilai pencalonan tersebut berdasarkan borang pencalonan. Dan kedua, untuk tapak warisan perlu ada persetujuan tuan punya tapak. Ah, saya rasa, saya rasa tak silap saya, saya pernah menjawab dalam soalan, bahawa masjid tersebut mempunyai dia punya isu tuan punya tanah, so perlu kelulusan tuan punya tanah. Itulah antara syarat dimasukkan kepada sebagai Tapak Warisan, tapi seperti saya kata, dalam senarai yang saya sebut itu bukan ending. Dia satu permulaan. Mana-mana pihak termasuk Yang Berhormat ataupun jawatankuasa kariah ataupun mana-mana persatuan, tokong dan sebagainya, gereja sebagainya, mereka boleh membuat pencalonan dengan mengisi borang pencalonan berserta dengan dokumen-dokumen sokongan dan akan dinilai oleh satu jawatankuasa pakar untuk dimasukkan sebagai Warisan Negeri.
Tuan Yang Terutama, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, dan beberapa ADUN dari Seberang Perai telah membangkitkan pelancongan di Seberang Perai. Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan pelancongan bukan sahaja di sebelah Pulau, malah turut diperhebat di Seberang Perai melalui Penang Global Tourism, kempen The Opposite Side of the Island, yang mempromosikan pelancongan di Seberang Perai telah dilaksanakan dan masih berterusan sehingga kini. Selain itu, ekosistem pelancongan Pulau Pinang di Seberang Perai terus diperkukuh melalui pelancaran 12 bahan promosi pelancongan baharu di bawah program Geran Pekan Kecil, Leveling Up Seberang Perai oleh Think City, yang menampilkan keunikan semula jadi, warisan dan aset pekan kecil di Seberang Perai melalui peta, buku panduan, brosur, dan filem pendek.
Pada masa yang sama, satu Memorandum Persefahaman (MoU) turut dimeterai antara Penang Global Tourism dan Think City bagi memperkukuh kerjasama promosi produk pelancongan Seberang Perai menjelang Tahun Melawat Malaysia. Inisiatif ini mendapat sokongan Kementerian Kewangan Malaysia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), serta kerjasama Northern Corridor Implementation Authority (NCIA). Selain itu, Majlis Bandaraya Seberang Perai kini giat menjalankan kajian inventori produk pelancongan yang merangkumi aspek sejarah, gastronomi hingga ekopelancongan di seluruh daerah SPU, SPT dan SPS. Kajian yang dijadualkan tersebut akan siap pada hujung tahun ini, akan menjadi pangkalan data utama untuk mengenal pasti produk berpotensi di Seberang Perai. Produk pelancongan seperti Galeri Arkeologi Gua Kepah, Penang River Cruise di Sungai Juru turut diperkenalkan.
Tambahan pula, berita yang baru, Bertam Resort di Bertam menjadi hotel di Seberang Perai yang pertama yang mempunyai jenama Marriott International di bawah naungan Marriott International. Kita tahu sini, dia mempunyai satu kelab dipanggil Marriott Bonvoy Club yang mempunyai berjuta-juta orang ahli. Dan di pulau sudah ada beberapa di bawah Marriott International, dan pertama di Seberang Perai iaitu baru-baru ini telah ada satu tandatangan MoU yang disaksikan oleh saya, Bertam Resort menjadi di bawah sebahagian jenama Marriott International.
Dan bagi menjawab soalan Yang Berhormat Telok Ayer Tawar, pembangunan Robina Eco Park merupakan salah satu usaha MBSP dan di bawah tema dengan tumpuan kepada pembangunan, dan pembangunan Robina Eco Park meningkatkan daya huni dan juga dibahagikan kepada fasa satu dan fasa dua. Dan Robina Eco Park fasa satu telah siap sepenuhnya beberapa tahun lalu dengan kos RM1.4 juta yang siap pada Mac 2020 dan menggunakan sepenuhnya peruntukan Majlis Bandaraya Seberang Perai. Manakala bagi projek Robina Eco Park fasa dua telah bermula pada bulan Ogos 2021 dan projek ini, walaupun ditangguh kerana Covid, dan tapi siapkan sepenuhnya pada 11 Mac 2022. Kos fasa dua daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM2 juta dan wang sumbangan MBSP sebanyak RM385,000.00 dan kos keseluruhan RM3.85 juta. Sekiranya kita ada peruntukan tambahan, kita akan penambahbaikan dan naik taraf tambahan boleh dirancang.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Telok Bahang, kempen pelancongan di kawasan Balik Pulau masih diteruskan oleh Penang Global Tourism melalui kempen The Other Side of the Island yang mengenengahkan keindahan dan keunikan Balik Pulau. Selain itu, keunikan Balik Pulau terutamanya ketika musim durian, saya dengar esok ada makan durian sini ya, musim durian kini akan sentiasa menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Balik Pulau turut menjadi lokasi bersukan di mana acara larian Balik Pulau Half Marathon dan Pantai Malindo Half Marathon dianjurkan untuk mempromosikan pelancongan sukan di Balik Pulau.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Pengkalan Kota dan KOMTAR telah membangkitkan keselamatan kebakaran di zon warisan dunia. Dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) telah menjalankan langkah-langkah berikut sejak tahun 2018. GTWHI bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menyemak semula garis panduan bangunan warisan. Fokus utama adalah menggunakan teknologi moden seperti sistem pengesan asap pintar dan penggunaan bahan salutan rintangan api pada struktur kayu sebagai pengganti kepada modifikasi struktur yang tegak. Kedua, pelaksanaan audit risiko kebakaran khas. GTWHI akan melaksanakan kriteria audit risiko berfokus untuk mengenal pasti premis berisiko tinggi untuk menghasilkan peta risiko kebakaran warisan. Ketiga, kesiapsiagaan kendiri komuniti ataupun self-checklist. GTWHI akan menyediakan senarai semak audit kendiri kebakaran untuk membolehkan pemilik premis mengurangkan risiko kebakaran dan kita akan terus. GTWHI akan engage juga dengan ADUN-ADUN kawasan, lihat bagaimana kita boleh membantu pemilik rumah untuk mengurangkan risiko kebakaran di kawasan warisan George Town.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat KOMTAR, GTWHI, berkenaan dengan Rancangan Kawasan Khas (RKK) George Town, sebanyak 52 bangunan warisan kategori 1 dan 300 bangunan warisan kategori 2 telah menerima manfaat daripada projek yang telah projek insentif untuk pembaikan bangunan warisan kategori 1 dan 2 pada tahun 2024. Dan antara melibatkan kerja-kerja pembaikan seperti pembersihan bangunan, pembaikan fasad, pengemasan bumbung, dinding ruang, dan sebagainya.
Berkenaan Rancangan Khas George Town, ketika ini penyediaan RKK baharu sedang diselaras oleh PLANMalaysia Pulau Pinang dengan kerjasama GTWHI, MBPP, dan semua jabatan berkenaan. Garis panduan kerja pemulihan dalam RKK George Town adalah untuk menjaga landskap budaya binaan di George Town yang menyumbang kepada nilai keunggulan sejagat George Town. Dalam proses pengajian semula Rancangan Kawasan Khas George Town, GTWHI akan bekerjasama dengan pakar konservasi untuk memperkenalkan garis panduan pemeliharaan yang kurang membebankan dari segi ekonomi dan teknikal. Melalui projek GTH-Relic, GTWHI juga akan memperkenalkan bank bahan warisan sebagai koleksi bahan binaan warisan yang boleh diguna semula dalam pemuliharaan bangunan warisan.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Pengkalan Kota dan Bagan Dalam, Pulau Pinang sememangnya menjadi tuan rumah bagi pelbagai festival bertaraf antarabangsa seperti George Town Festival, Bon Odori, Butterworth Fringe Festival, Penang International Dragon Boat Regatta. Kerajaan Negeri akan terus usaha untuk menonjolkan budaya masyarakat Pulau Pinang serta antarabangsa. Selain itu, Pulau Pinang juga turut tuan rumah kepada pelbagai acara muzik oleh artis terkenal tanah air. Pada dua bulan lagi, Julai 2026, Ratu Rock Negara, Ella, akan mengadakan konsert di Stadium Batu Kawan. So, bolehlah turun beramai-ramai untuk menyokong Ratu Rock Negara. Ini membuktikan keterbukaan Kerajaan Negeri dalam penganjuran festival-festival bertaraf nasional dan antarabangsa.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat KOMTAR, Kerajaan Negeri melalui Penang Convention & Exhibition Bureau telah melaksanakan pelbagai inisiatif strategik untuk menarik persidangan, konvensyen dan pameran bernilai tinggi dan berimpak besar ke negara ini. Dan kita telah memulakan sales core di Hong Kong, Vietnam, dan Thailand untuk menarik lebih banyak korporat insentif ke Pulau Pinang dan PCEB juga akan mengukuhkan lagi kedudukan dengan anjuran Penang International Travel Exchange. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Bagan Jermal tentang laman rasmi pelancongan Pulau Pinang, kita mengambil maklum terhadap cadangan Yang Berhormat dan pihak Penang Global Tourism akan diminta untuk melihat bagaimana memasukkan elemen Artificial Intelligence ke dalam laman berkenaan. Dan ekopelancongan oleh ADUN Pulau Tikus. Tak ada ya. Bolehla skip lah. Tak ada. Akhir kata, saya sekali lagi ingin...
Paya Terubong.
Ya.
Belum... belum habis lagi, belum habis lagi. Akhir kata kena masuklah.
Ya, ya, silakan.
Dewan Ditangguhkan
Saya nak minta respons tentang cadangan saya diwujudkan mercu tanda di sempadan Kedah-Perlis, Kedah-Pulau Pinang. Dan sebab saya bagitahu kawasan tu yang sesuai untuk ekopelancongan, sebab dia tanah lapang, memang pun sebelum ini MBSP dah buat dah apa itu petak parkir kereta yang luas, cuma dia batal atas sebab-sebab yang mungkin tertentulah. So saya minta di-review untuk buat balik lah.
Saya akan minta MBSP boleh hubungi Yang Berhormat untuk menyusuli terhadap cadangan Yang Berhormat tadi. Pulau Tikus baru masuk, dan last sekali, usaha Kerajaan Negeri dalam mengangkat Bukit Bendera, Taman Botani, Taman Negara di Teluk Bahang, Pantai Kerachut, Centre of Marine and Coastal Studies (CEMACS) dan kawasan marin membentuk Penang Hill Biosphere Reserve dengan status UNESCO merupakan satu usaha kukuh untuk ekopelancongan di Pulau Pinang.
Kerajaan Negeri juga akan terus menambahbaikan serta memperkayakan tawaran tentang ekopelancongan di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan sektor swasta seperti River Cruise di Sungai Juru, pengalaman ke luar laut, Forest Island, dan akan mempelopori peluang-peluang tambahan ekopelancongan sama ada di Pulau dan juga di Seberang Perai sama ada di bukit ataupun ke laut dan sebagainya.
Akhir kata, saya sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini dan Paya Terubong mohon untuk menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Paya Terubong. Ahli-ahli Yang Berhormat, penggulungan usul ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kerana berkenan menyampaikan ucapan kepada Dewan ini di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri yang ke-15 pada 8 Mei 2026 akan disambung semula pada 14 Mei 2026. Maka dengan itu Dewan ditangguhkan. Terima kasih.
Dewan ditangguhkan pada jam 6.30 petang.