Perak · 12 May 2020
14th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 230 turns · 12,820 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Pertama, Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri yang Keempat Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa,12 Mei 2020 jam 10.30 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih. Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan Yang Terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu di pohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan. Menjunjung perintah dan kebesaran-mu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami di perkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.
Membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Perkara yang kedua membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat hari ini adalah pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan. Dewan ini telah dinaiktaraf dengan lampu-lampu yang lebih terang dan sistem suara Dewan yang lebih canggih. Tempat-tempat Yang Berhormat-Yang Berhormat hari ini dijarakkan kerana penularan virus COVID-19. Saya berdoa agar semua yang hadir hari ini berada dalam keadaan sihat walafiat. Perkara Kedua ialah pembentangan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Sekarang saya membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari Bilangan 1/2020 hingga 23/2020 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan.
Bil 1/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Perak Tahun 2017
Bil 2/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Mengenai Pengurusan Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Siri 2
Bil 3/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan / Agensi Negeri Perak Siri 1
Bil 4/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Aktiviti Jabatan / Agensi negeri Perak Tahun 2018 Siri
Bil 5/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Prestasi Kewangan Agensi Negeri Perak Tahun 2018
Bil 6/2020 - Laporan Tahunan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak Tahun 2018
Bil 7/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Ipoh Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 8/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Taiping Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 9/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Manjung Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 10/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Teluk Intan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 11/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 12/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Batu Gajah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 13/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Kerian Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 14/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Kampar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 15/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Tanjong Malim Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 16/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Perak Tengah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 17/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Gerik Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 18/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Tapah Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 19/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Lenggong Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 20/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Pengkalan Hulu Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 21/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Majlis Daerah Selama Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 22/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kanan) Majlis Bandaraya Ipoh Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018 Dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Rendah) Majlis Bandaraya Ipoh Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Bil 23/2020 - Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Lembaga Muzium Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2018
Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul RiAddress / budget
Perkara yang ketiga Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan.
Ahli Yang Berhormat sekalian, sebentar lagi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan akan menzahirkan Titah DiRaja dan saya memohon untuk meninggalkan Dewan ini seketika bagi menyembahsila Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berangkat ke Dewan Mesyuarat. Dewan ditangguhkan seketika.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Titah DiRajaAddress / budget
Yang Dipertua Dewan Negeri
1. Perasmian Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas, berlangsung dalam suasana di luar norma. Perasmian Dewan kali ini, pertama kali berlangsung dalam bulan Ramadan. Istiadat perasmian diringkaskan, dan tempoh mesyuarat dipendekkan, sekadar memenuhi keperluan asas perlembagaan dan perundangan; kehadiran petugas, begitu juga pemerhati turut dihadkan seminimum yang mungkin dalam suasana dunia sedang menghadapi ancaman penularan virus Covid-19.
2. Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Keempat Belas, turut menyaksikan perubahan susunan tempat duduk sebahagian besar ahli-ahli Dewan. Susulan berlakunya polemik politik pada awal tahun ini,kerajaan yang mendapat perkenan Beta dibentuk pasca pilihan raya umum keempat belas, hasil persepakatan ahli-ahli Dewan yang mewakili Democratic Action Party (DAP), Parti Amanah Nasional (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berserta sokongan dua orang Ahli Dewan Negeri (ADUN), untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang diberikan identifikasi, Pakatan Harapan, telah kehilangan majoriti. Ahli Dewan Negeri Chenderiang yang telah Beta perkenan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak, telah menyembahkan warkah peletakan jawatan pada 10 Mac 2020. Perkenan Beta menerima peletakan jawatan Ahli Dewan Negeri Chenderiang sebagai Menteri Besar, mengakibatkan Kerajaan yang Beta perkenan dibentuk pada 12 Mei 2018, dengan sendirinya bubar.
3. Beta menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang terdiri daripada ahli-ahli Dewan yang mewakili Pakatan Harapan, yang masing-masing telah berusaha sedaya mungkin memberikan khidmat terbaik, selama tempoh 22 bulan menjunjung amanah Beta dan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat.
4. Pada 10 Mac juga, Beta turut menerima menghadap tiga orang ketua parti politik peringkat negeri, yang mewakili United Malay National Organisation (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), memaklumkan bahawa ketiga-tiga parti telah mencapai persepakatan untuk menubuhkan kerajaan baharu di Negeri Perak. Berpandukan Perkara XVI (2)-(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, pada timbangan Beta, Ahli Dewan Negeri Chenderiang mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri, dan Beta telah memberi perkenan untuk beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak pada 13 Mac 2020. Selanjutnya tujuh ahli Dewan Negeri mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 31 Mac 2020, dan tiga orang lagi telah Beta perkenan mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pada pagi ini.
5. Amanah baharu telah diperkenankan. Laksanakan tanggungjawab dengan penuh jujur - penuh ikhlas, berteraskan undang-undang - berlandaskan perlembagaan. Kepercayaan Beta yang mahukan sebuah pentadbiran yang amanah dan berintegriti hendaklah senantiasa dijunjung; harapan rakyat yang mahukan barisan pemimpin yang bersih dan tidak menyalahgunakan kuasa, wajib dipenuhi. Berpada-padalah berpolitik, berpolitik biar ada sempadannya, kebajikan rakyat jangan dikorbankan dan masa hadapan negeri jangan dimusnahkan kerana kepentingan peribadi, kerana percaturan politik yang keterlaluan, atau kerana dorongan sifat tamak dan haloba untuk mengumpulkan kekayaan diri, bagaikan tidak mengenal batasan.
Yang Dipertua Dewan Negeri
6. Dalam tahun 2019, Kerajaan Beta berjaya mengekalkan pencapaian kutipan hasil mengatasi satu bilion ringgit. Hampir satu perpuluhan satu bilion (1,094,887,096.68) ringgit hasil diperoleh, pencapaian 106 peratus berbanding sasaran; ditambah terimaan pembangunan, lima puluh dua perpuluhan lima juta (52,537,177.71) ringgit; menjadikan jumlah keseluruhan hasil dan terimaan pembangunan, mencecah satu perpuluhan satu lima bilion (1,147,424,274.39) ringgit. Satu perpuluhan satu bilion (1,095,095,949.23) ringgit telah dibelanjakan; 67 peratus belanja pengurusan dan 33 peratus belanja pembangunan. Kerajaan Beta menutup akaun kewangan tahun 2019, dengan lebihan lima puluh dua perpuluhan tiga juta (52,328,325.16) ringgit. Kerajaan Beta akan terus melaksanakan langkah-langkah penjimatan dan akan terus berusaha meningkatkan hasil, demi memastikan kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk membiayai pelbagai projek pembangunan.
7. Ketika membahaskan Belanjawan Tahun 2020, Dewan ini telah meluluskan satu perpuluhan dua bilion(1,201,250,200) ringgit; tujuh ratus tujuh puluh satu perpuluhan tiga juta (771,250,200) ringgit untuk belanja pengurusan, dan empat ratus tiga puluh juta (430,000,000) ringgit untuk belanja pembangunan, pada nisbah enam puluh empat (64) peratus belanja pengurusan dan tiga puluh enam peratus (36) peratus belanja pembangunan. Bagi memastikan kelangsungan agenda pembangunan dan dalam memenuhi hasrat mahu membangunkan sosioekonomi rakyat, Kerajaan Beta melaksanakan penjajaran semula projek-projek pembangunan mengikut keperluan semasa, dengan tumpuan kepada projek-projek yang memberi nilai pengganda tinggi.
8. Era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan ekonomi digital ialah fenomena baharu yang sedang dihadapi oleh semua negara. ICT dan teknologi digital berperanan sebagai pemangkin,mempercekap sistem penyampaian serta meningkatkan produktiviti perkhidmatan dan hasil kerajaan. Usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Beta menambah baik infrastruktur telekomunikasi melalui inisiatif Pelan
Gentian Optik dan Kesalingan Hubungan Negara (tahun 2019 hingga 2023), di 10 kawasan yang telah dikenal pasti merupakan langkah tepat dan tidak harus dilengahkan. Peningkatan kualiti jalur lebar, liputan meluas, dan bersifat mampu milik, semoga dapat dimanfaatkan oleh seluruh lapisan rakyat. Kerajaan Beta perlu melaksanakan perubahan proses kerja daripada cara konvensional kepada perkhidmatan berasaskan digital yang lebih berintegrasi, berintegriti dan berkesan.
9. Dalam tahun 2019 Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan pelaburan bernilai sepuluh perpuluhan dua bilion (10,200,000,000) ringgit untuk negeri Perak; mencatatkan kelulusan pelaburan tertinggi dalam tempoh sepuluh tahun terakhir.
10. Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan empat belas perpuluhan tujuh bilion (14,681,820,557.40) ringgit untuk pelaksanaan 312 projek pembangunan di negeri Perak. Enam puluh tujuh (67) projek telah berjaya disiapkan, 164 projek sedang dalam pelaksanaan, sementara 81 projek masih di peringkat pra pelaksanaan. Tahun ini merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesebelas; dan Kerajaan Persekutuan pada tahun ini, meluluskan satu perpuluhan sembilan lapan bilion (1,978,000,000) ringgit untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek yang belum siap.
Yang Dipertua Dewan Negeri
11. Dunia melangkah masuk tahun 2020 dengan dilanda pelbagai bencana yang berlaku sepanjang bulan Januari. Australia mengalami kebakaran pada skala yang belum pernah berlaku dalam sejarah, melibatkan kawasan melebihi tujuh juta hektar, mengakibatkan tiga ribu buah rumah musnah dan lebih setengah bilion haiwan terbunuh; asap daripada kebakaran tersebut, menyeberangi benua, sampai ke Santiago yang terletak sembilan belas ribu kilometer dari Australia. Indonesia mengalami banjir besar yang menyengsarakan kehidupan puluhan ribu penduduk. Puerto Rico mengalami gempa bumi berskala 5.8 ke-6.4 Richter, disusuli dengan sebelas gempa bumi lagi. Turki menghadapi gempa bumi berskala 6.8 Richter. Sepanyol dilanda angin kencang, disusuli ribut, curahan salji dan ombak besar hingga menjejaskan bekalan elektrik dan kegiatan ekonomi di seluruh negara. Brazil menghadapi hujan lebat yang mengakibatkan tanah runtuh lalu membinasakan permukaan tanah. Afrika Timur menghadapi kemarau terburuk dalam sejarah, disusuli dengan ancaman seratus lima puluh juta ekor belalang yang memusnahkan tanaman. Madagascar menghadapi banjir besar dan mengisytiharkan darurat. Bencana paling besar yang menghantui seluruh dunia ketika ini ialah wabak virus Covid-19.
12. Pesakit pertama yang mengalami serangan satu virus baharu, dikesan pada 17 November 2019, di Hubei, Republik Rakyat China. Pada 5 Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation-WHO) melaporkan secara rasmi mengenai satu kejadian kluster radang paru-paru (pneumonia) di Wuhan, dan mengesahkan penyakit tersebut disebabkan oleh Coronavirus baharu (novel coronavirus). Virus baharu ini, yang dirujuk sebagai Coronavirus Disease 2019 (Covid-19), telah merebak ke seluruh dunia, menjangkiti jutaan manusia dan mengakibatkan ratusan ribu kematian.Di negara kita, kes pertama Covid-19 dilaporkan pada 25 Januari 2020, lalu merebak ke seluruh negara.Kes pertama di negeri Perak dikesan pada 14 Mac 2020, wabak ini telah merebak ke semua daerah.
13. Dunia kini terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada pandemik Covid-19. Kegiatan ekonomi dunia terjejas buruk berikutan langkah-langkah yang perlu diambil dalam usaha mahu membendung penularan virus. Dunia dijangka akan berhadapan kejutan kelok bekalan dan permintaan, serta ketidakseimbangan pasaran buruh yang bakal mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi yang amat teruk. Tabung Kewangan Antarabangsa mengunjurkan ekonomi dunia akan menguncup tiga peratus dalam tahun 2020, lebih buruk daripada penguncupan kosong perpuluhan tujuh (0.7) peratus yang berlaku semasa krisis kewangan global pada tahun 2009. Diramalkan, pasca pandemik,pemulihan ekonomi dunia mengalami kelembapan.
14. Dalam usahamahu mengawal penularan virus berkenaan, Malaysia tidak ada pilihan, dan perlu memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac 2020. Wabak Covid-19, memberikan impak negatif yang besar kepada ekonomi negara. Diumumkan negara menghadapi kerugian dua perpuluhan empat bilion ringgit setiap hari, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan pelbagai inisiatif untuk meminimumkan impak negatif berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
15. Kerajaan Beta turut memperkenalkan beberapa inisiatif. Fasa pertama bantuan atau pakej rangsangan, melibatkan peruntukan hampir dua puluh tujuh juta (26,650,000) ringgit; disasarkan untuk memenuhi keperluan kakitangan barisan hadapan, serta kepada rakyat yang terputus sumber pendapatan, antaranya kalangan penjaja, peniaga kecil dan pekerja bergaji harian.
16. Beberapa inisiatif turut dilaksanakan oleh organisasi-organisasi di bawah Kerajaan Beta. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengagihkan hampir dua belas juta (11,950,000) ringgit dana khas agihan zakat, khusus untuk membantu mereka yang terjejas pendapatan dan kepada para petugas yang terlibat secara langsung mengendalikan urusan menangani wabak. Bantuan ini merupakan tambahan kepada agihan zakat sebanyak seratus lapan puluh lima juta (184,880,000) ringgit, yang sedia terkandung dalam bajet tahun 2020, yang diperuntukkan kepada lebih lapan puluh satu ribu (81,477) asnaf. Dalam hasrat membantu para petani, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) menerusi Skim Agro Prihatin Negeri Perak memperuntukkan dana satu juta (1,000,000) ringgit untuk membeli lambakan hasil pertanian.
17. Semangat bekerjasama, persefahaman dan penyelarasan antara semua jentera pentadbiran di peringkat persekutuan, negeri, daerah, mukim, kampung dan penempatan, amat penting bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dan sampai kepada rakyat yang sangat memerlukan, serta memastikan langkah-langkah pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan secara bermakna lagi berkesan.
18. Ketika sedang berhadapan cabaran mengatasi pandemik Covid-19, Malaysia turut menghadapi tempias, kesan kejatuhan terbesar dalam tempoh tiga dekad, harga minyak mentah dunia, akibat berlakunya perang harga di antara pengeluar utama minyak dunia. Setiap dolar perubahan harga minyak, memberikan implikasi, tambahan atau kekurangan 300 juta ringgit kepada pendapatan negara. Di samping itu,ketidaktentuan harga komoditi, penurunan permintaan produk-produk industri, keadaan suram yang melanda sektor-sektor pelancongan, pengangkutan dan perkhidmatan, serta keadaan tenat aliran tunai yang sedang dilalui oleh sekurang-kurangnya tiga ratus ribu (menyamai tiga puluh peratus)perusahaan kecil dan sederhana; setiap satunya mempengaruhi pendapatan rakyat serta hasil negara. Negara sedang melalui fasa yang sangat mencabar. Rakyat, terutama mereka yang berpendapatan rendah sedang memamah kepahitan hidup;diramalkan dua perpuluhan empat juta pekerja sedang menghadapi kemuraman, kemungkinan diberhentikan kerja.
19. Membendung pandemik dengan secepat yang mungkin merupakan agenda paling utama. Namun langkah-langkah mencegah penularan amat perlu diimbangkan supaya tidak mencetuskan darurat ekonomi yang sukar untuk dipulihkan selepas ini. Mengaktifkan dan memulihkan aktiviti ekonomi agar kembali rancak pasca pandemik, merupakan cabaran yang sangat besar; merupakan doa, harapan dan hasrat setiap warga. Satu doa yang mohon dikabulkan, satu harapan yang perlu disusul dengan dasar, langkah, program dan tindakan yang bijak; satu hasrat yang perlu disusuli oleh para penggubal dasar dengan meletakkan sasaran fiskal, monetari dan kewangan yang strategik.
20. Setiap yang berlaku di alam maya ini mengandungi pengajaran. Firman ALLAH Subhanahu Wata’ala dalam ayat 17 Surah Al-Ahzaab bermaksud:
“Katakanlah: “Siapakah yang dapat melindungi kamu dari (takdir) ALLAH jika Dia menghendaki bencana atasmu atau menghendaki rahmat untuk dirimu?” (33:17)
Sering kali malapetaka dan bencana yang berlaku di alam maya ini berpunca daripada perbuatan manusia. Firman ALLAH Subhanahu Wata’ala dalam ayat 41 surah Ar-Ruum, bermaksud:
“Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana ALLAH hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (30:41)
21. Walaupun penyekatan pergerakan (lockdown) yang diperkenalkan di serata dunia telah menimbulkan pelbagai kerumitan kerana warga dunia terpaksa mengalami satu pengalaman yang tidak pernah mereka bayangkan, namun pada masa yang sama, dunia turut dilaporkan dengan berita-berita positif mengenai kualiti alam sekitar, berbentuk penurunan pengeluaran gas rumah hijau, suhu yang menurun, pengurangan bahan zarah berbahaya, udara yang lebih bersih dan air sungai yang semakin jernih. Bumi bagaikan berada dalam tempoh berehat dan pemulihan. Bermakna, dengan disiplin yang tinggi, dengan kaedah pembuangan sisa yang terkawal, pencemaran alam dapat diminimumkan. Usaha yang telah Kerajaan Beta rintis dengan sokongan Tenaga Nasional Berhad melaksanakan kempen tanaman pokok untuk menangani isu perubahan iklim sempena Hari Landskap Negara pada 3 Mac lalu, hendaklah ditingkatkan dan dilaksanakan secara meluas – secara bersungguh di seluruh negeri.
22. Cabaran berat yang sedang dialami hendaklah juga dijadikan loceng amaran terhadap keselesaan dan kealpaan yang mungkin telah banyak berlaku secara sedar atau kurang sedar, secara sengaja atau tidak sengaja. Pemuliharaan alam sekitar wajib diutamakan dan tidak boleh lagi dikompromikan. Tindakan penguatkuasaan yang tegas dan pantas untuk memastikan kelestarian alam sekitar hendaklah dilaksanakan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab.
23. Penularan wabak Covid-19 yang memberi impak sosioekonomi yang berat kepada negara dan rakyat, turut memberi pengajaran yang tidak terjangka, mengundang dan mencabar minda warga, terutama dalam kalangan para pemimpin yang berada di peringkat atasan. Bencana yang sedang melanda turut mendedahkan, betapa rapuhnya rantaian global yang mendominasi sistem dunia selama hari ini, yang kini perlu dipacu melalui perubahan-perubahan keutamaan kepada pelbagai pakatan, institusi dan ekonomi global. Budaya kerja dalam hasrat membendung penularan dan meminimumkan pendedahan kepada virus, pastinya akan merubah tingkah laku dan norma sosial, bakal melahirkan 'kebiasaan baru’ atau New Normal. Cara bekerja, cara berurus niaga, cara mengurus kewangan,cara beribadah, cara keraian, cara berekreasi dan cara menjalani kehidupan seharian akan berubah. Minda warga hendaklah bersedia melakukan pengubahsuaian untuk menerima budaya kerja, budaya sosial dan budaya hidup yang baharu.
24. Krisis yang sedang melanda, memberi definisi situasi jaminan bekalan makanan. Pendedahan paling membuka mata ialah warna sebenar status jaminan bekalan negara; hakikatnya negara masih belum mencapai status jaminan makanan sepenuhnya. Keselamatan makanan wajib dijadikan agenda paling diutamakan dengan program-program yang memperlihatkan komitmen politik yang tinggi. Negeri Perak di anugerah Ilahi dengan tanah yang luas, subur, disalir dengan lembangan sungai dan taburan hujan yang sekata sepanjang tahun, komponen-komponen terbaik yang memberi kelebihan dalam usaha ke arah menjamin kelestarian pengeluaran makanan yang mencukupi dan selamat. Negeri Perak mempunyai keluasan tanah dua juta (2,097,600) hektar; empat ratus ribu (401,528) hektar merupakan keluasan bertanam. Sektor pertanian, terutama usaha pengeluaran makanan amat perlu dibangunkan secara saintifik dan lebih produktif, menggunakan teknologi dan peralatan moden, serta dibangunkan oleh tenaga kerja muda yang dinamik, berpendidikan dan menguasai kemahiran pertanian terkini.
Yang Dipertua Dewan Negeri
25. Alhamdulillah warga Malaysia, ketika menghadapi krisis nasional, berjaya membuktikan semangat bersatu – semangat berpadu yang merentasi sempadan agama, kaum, politik dan sosial. Ketika negara dan warga sedang menghadapi ujian yang sebegini getir, warga wajib bersatu, menggabungkan fikiran, usaha, tenaga dan sumber untuk secara bersama mengambil tanggungjawab menghadapi dan mengatasi ujian yang satu. Fahamilah tujuan di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan, patuhilah nasihat yang diberikan oleh tenaga pakar daripada Kementerian Kesihatan. Pengorbanan setiap seorang daripada warga amat diperlukan untuk membolehkan negara secepat mungkin berjaya menewaskan ancaman yang sedang menyerang kehidupan warga, yang menjejaskan alam pendidikan anak-anak di bilik darjah dan para siswa-siswi di dewan kuliah, serta yang mengganggu dunia pekerjaan warga. Insyallah kejayaan warga menangani ancaman ini secara berkesan, akan membolehkan negara kembali membina kejayaan hari esok dan masa hadapan yang lebih gemilang.
26. Beta menzahirkan setinggi penghargaan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia terutama kakitangan di bidang klinikal yang menghadapi risiko besar ketika menyempurnakan tugas merawat para pesakit. Dengan penentuan ILAHI, di samping berjaya berusaha menyembuhkan para pesakit, mereka turut berjaya meminimumkan bilangan kematian, begitu juga bilangan jangkitan. Meskipun prasarana perubatan sektor awam di negara ini dan peralatan yang mampu dibekalkan adalah sangat terbatas, malah tidak dianggap berada dalam zon teratas dunia, namun terbukti Kementerian Kesihatan mempunyai barisan petugas yang berpengetahuan, berpengalaman dan paling utama, amat berdedikasi dan amat komited menyempurnakan amanah - melaksanakan tanggungjawab. Kakitangan Kementerian Kesihatan membuktikan kepada warga bahawa mereka merupakan aset amat berharga kepada negara – kepada bangsa.
27. Beta menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menangani wabak Covid-19, terdiri daripada warga kerja Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jawatankuasa Keselamatan Negeri, Pegawai Daerah, para penjawat awam, yang masing-masing berperanan penting sebagai petugas barisan hadapan; begitu juga Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran dan badan-badan media, berperanan penting menyampaikan maklumat, panduan dan nasihat melalui berita yang disiar dan dilaporkan. Beta menghargai pelbagai bantuan dan sumbangan, berbentuk material, tenaga, perkhidmatan dan masa yang dihulurkan oleh pertubuhan-pertubuhan agama, pihak swasta, badan-badan profesional,badan bukan kerajaan (NGO), serta komuniti setempat dan individu. Setiap seorang daripada mereka telah membuktikan semangat patriotisme yang amat tinggi membantu usaha kerajaan untuk melindungi keselamatan kesihatan setiap warga.
28. Dewan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para petugas, yang telah membuktikan semangat kerja dan pengorbanan yang tinggi atas nama negara demi kepentingan warga. Sebagai penghargaan, marilah kita sama-sama berdiri sambil memberikan tepukan tanda apresiasi kepada wira-wira negara yang berada di barisan hadapan menangani ancaman virus Covid-19.
29. Semoga ALLAH Subhanahu Wata’ala melimpahkan rahmat dan kebahagiaan, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat dan negeri. Dengan lafaz, Bismillahirrahmanirrahim, Beta merasmikan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seterusnya, Bacaan doa oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak.
BACAAN DOA OLEH SAHIBUS SAMAHAH TIMBALAN MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK:
الحمد لله الذى من علينا ببلوغ المرام وتفضل علينا تيسير الوصول الى ما يرام . اللهم صل وسلم على سيدنا محمد عبدك ورسولك الذى باتباعه يرجى الفوز المواهب اللدنى من الرحمن. وعلى اله وأصحابه الذين سبقونا باإليمان وهم .خير األنام
Ya Allah, kami bersyukur ke hadrat-Mu, dengan limpah nikmat dan perkenan serta izinanMu jua,mohon direstui Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama, Tahun ke tiga, Dewan Negeri yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan. Ya Wahhab, kami pohon kurniakanlah kami rahmat-Mu yang berpanjangan serta keredhaan-Mu yang berkekalan, Ya Haadi, kurniakanlah hidayah, taufiq serta inayah, kepada seluruh Ahli Dewan Negeri ini, agar mereka dapat memberi komitmen yang sebaiknya kepada setiap perbincangan dan perbahasan, menghormati kemuliaan dewan ini dengan penuh rasa tanggungjawab serta keazaman yang luhur, berusaha melaksanakan setiap ketetapan dan keputusan, agar boleh mendatangkan manfaat, memberi faedah dan kebaikan kepada seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan. Jauhilah dari ahli-ahli dewan ini sifat tidak matang, meremehkan peraturan dewan, gemar kepada pertengkaran. Campakkanlah dalam sanubari setiap ahli dewan ini keinsafan bahawa perbahasan mereka dilihat oleh rakyat di kawasan bahkan di mahsyar nanti akan diulang tayang.
Ya Maalikal Mulk, Engkau Tuhan yang memiliki kekuasaan dan mentadbir seluruh alam, Ilhamkan kepada ahli dewan ini idea-idea yang bernas, firman Tuhan ,sabda Junjungan dan titah Sultan sebagai asas rujukan perbincangan bagi menggarap keputusan yang berkualiti untuk menjamin pembangunan yang berterusan , rezeki yang melimpah ruah dalam suasana pemerintahan negeri yang stabil lagi adil.
Ya Hannankami mohon keredhaan dan pemeliharaan yang berterusan, kepada Duli Yang Maha Mulia Raja kami yang dikasihi, Sultan Nazrin Muizzuuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Semoga dilanjutkan usia Baginda dengan penuh kesihatan dan kesejahteraan, dalam iman dan takwa dengan mendapat hidayah dan taufiq memerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama.
Demikian jua Ya Allah, Kami pohon keselamatan dan kesejahteraan, kepada Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, putra puteri baginda, kerabat diraja dan rakyat jelata.
Ya Allah, Kami pohon limpah rahmat-Mu jua, selamatkanlah kami, di mana jua mereka berada, hindarkanlah rakyat negeri kami ini daripada segala perbuatan yang membawa kepada fitnah, kekacauan dan huru hara, jangkitan wabak dan apa jua penyakit serta bala bencana. Semoga kami dan seluruh rakyat negeri ini mendapat keamanan dan kedamaian, hidup aman dan bahagian, menjalani mahabbah dan bersatu padu. Kepada-Mu jua Ya Allah doa kami, mohon di perkenan dan diterima.
،اللهم بيدك األمور كلها ،خيرها، وشرها ونعوذبك من شراألمور، واختالف القلوب ونسئلك النجاة من النار. وصلى الله .وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Ahli Yang Berhormat, saya tangguhkan Dewan ini seketika. Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua.
Persidangan disambung semula. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Perintah Tetap 13 (2), Dewan Negeri boleh dengan usul yang dibawa oleh Menteri Besar atau jika Menteri Besar tidak hadir oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi diputuskan dengan tiada pindaan atau perbahasan yang boleh dibuat tanpa notis dan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain memutuskan untuk menjalankan mana-mana urusan dengan tidak mengikut aturan yang ditetapkan. Yang Berhormat Yang Dipertua di bawah Perkara 36 (a) (2) (d) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, saya telah mengemukakan usul dan telah diterima oleh Setiausaha Dewan dan membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Datuk Ngeh Koo Ham mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Kota tampan menyokong.
Memang itu satu usul yang telah saya terima, sebenarnya saya akan mengendalikan semua usul-usul ini juga nanti saya akan terangkan juga terdapat usul-usul yang dibawa menyatakan tidak ada keyakinan kepada Yang Amat Berhormat Chenderiang sebagai Menteri Besar dan juga Ahli dari Kota Tampan menjadi Menteri Besar dan juga lain-lain usul tetapi perkara yang akan saya umumkan nanti akan mengatasi semua usul-usul ini.
Yang Berhormat Dato Yang Dipertua, saya menggunakan Perintah Tetap 13(2)
Sebelum itu...
...iaitu ianya amat jelas...
. akan melepasi dan semua usul-usul yang dibawa oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat, sabar sedikit.
Tidak boleh Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya tetap hendak gunakan Perintah Tetap 13(2)...
...kerana saya sekarang ini menggunakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, jadi jangan kuatir. Saya tahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar mungkin khuatir tentang...
Yang Berhormat Datuk Speaker menolak Perintah 13(2) saya...
...nanti sekarang ini sebelum kita belum pergi... kalau boleh bagi saya umumkan perkara di bawah Undang-Undang Tubuh.
Yang Berhormat Dato', Yang Berhormat Dato' Speaker saya menggunakan Perintah Tetap 13(2), perintah ini saya mohon Yang Berhormat Dato' Speaker untuk memberi saya satu....
usul untuk tidak percaya tetap Yang Amat Berhormat tidak akan timbul. Jadi sabarlah.
Sabar, sabar
Kita ni, Speaker ni tidak akan membenarkan kekecohan. Jadi sabar dan tentu Yang Amat Berhormat akan rasa selesa dengan speaker, kita saya ni tidak akan pada bila-bila masa cuba menduduki kerusi ini kalau tidak ada kelebihan undi dalam Dewan ini. Press action, I am not the person to hold on any decision ini tidak berbahasa.
Terima kasih Yang Berhormat, tapi saya mohon...
Kita mesti buat secara tertib, we must enable, we are .... electrade.
Terima kasih.
Chenderiang duduk.
Saya mohon penjelasan Yang Berhormat....
Sebab itu nanti, saya ada satu pengumuman di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Sebelum perkara itu Yang Berhormat saya telah menggunakan Perintah Tetap 13(2) yang bermaksud adakah Dato Speaker telah menolak Perintah Tetap...
Bagilah ruang kepada Speaker.
Nanti saya buat pengumuman dulu, sebab itu saya apa yang saya akan umumkan ini akan mengatasi semua usul-usul yang telah diusulkan.
Tetapi saya telah menggunakan 13(2) sebelum pengumuman.
Chenderiang kena duduk Chenderiang.
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Bagi ruang...
Mohon duduk, satu minit kalau saya sudah umumkan, Chenderiang akan senang hati akan terus menjadi Menteri Besar.
Tapi 13(2) Yang Berhormat saya telah gunakan.
nanti belum.
Chenderiang jangan buang masa, jangan buang masa tolong hormat.
Dato Speaker boleh tolak dahulu.
Bukan, semua usul belum tolak, belum lagi diuruskan...
Maksud saya Yang Berhormat saya telah pun mengemukakan Perintah Tetap 13(2). Apakah Datuk Speaker menolak?
Sebelum itu ada satu hak Speaker yang melebihi daripada sumber usul-usul ini.
Saya telah menggunakan Perintah ini Yang Berhormat.
Nanti sebelum kita mula Persidangan saya ada satu pengumuman, sebelum agenda hari ini.
Tetapi sebelum agenda itu, saya telah gunakan Perintah Tetap 13(2) yang menyebut.
Sabarlah.
Ini sengaja hendak melenggahkan masa ini.
Ok, sila duduk, saya buat keputusan Speaker ada satu pengumuman.
Adakah ianya ditutup, ditolak Yang Berhormat.
Belum.
Ini Perintah 13(2).
Kita belum sampai persidangan lagi.
Belum sampai lagi.
Bagi saya, sabar, sabar jangan takut akan saya uruskan kalau masih perlu selepas pengumuman ini. Tunggu untuk satu pengumuman.
Tidak boleh, 13(2) menyebut Dewan Negeri boleh dengan usul yang dibawa oleh Menteri Besar.
Saya kata tadi perkara yang dibangkitkan ...
Tuan Speaker ... letak jawatan, saya rasalah itu sebab dia kata ada pengumuman itu.
Chenderiang sebagai Menteri Besar hormatilah etika Dewan.
Saya rasa adalah baik semua Yang Berhormat duduk.
Hulu Kinta pun duduk juga.
Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Chenderiang baca perkara 13(2), izinkan saya bacakan Perintah Tetap perkara 89. Perkara 89 Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri menyatakan dengan jelas keputusan Yang Dipertua berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah Tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang di bawah dengan maksud itu adalah muktamad. Oleh kerana itu, Yang Dipertua dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Aulong.
Izinkan Yang Dipertua untuk membuat pengumuman bukannya...
Sila semua duduk kerana dengar pengumuman dahulu sebelum kita kepada Perintah Tetap. Saya sekarang hendak buat pengumuman. Semua sila duduk, duduk. Semua duduk.
Dah jadi kerajaan perangai pembangkang pula.
13(2), jadi saya hendak tanya Yang Berhormat.
Duduklah Hulu Kinta.
Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Speaker boleh tolak dahulu Perintah Tetap 13(2) yang saya bawa, tolak dulu.
Tak faham ke Yang Amat Berhormat Behrang saya kata saya hendak buat pengumuman.
Sebelum pengumuman saya telah bawa Perintah Tetap 13(2) Yang Berhormat.
Sebelum kita kepada agenda hari ini saya ada satu pengumuman.
Saya telah gunakan Perintah Tetap 13(2).
89.
Ahli-Ahli Yang Berhormat saya telah menerima beberapa usul daripada kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat.
13(2) kena diselesaikan dahulu.
Sebentar lagi saya akan membuat keputusan.
Ada usul daripada Yang Berhormat Menteri Besar 13(2).
Menurut fasal 2 meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri menurut fasal 2 perkara 36 (a) bahagian satu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Speaker, Speaker tolong-tolong patuh kepada Peraturan Tetap, usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar itu hendaklah didahulukan daripada perkara-perkara lain yang hendak dibawa.
Tolonglah hormat pengumuman Speaker.
Bagilah penjelasan kepada Sepaker dahulu.
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah jauh lebih tinggi daripada Perintah Tetap.
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak perkara 44(1) juga menyebut tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan ini hendaklah Dewan negeri itu menyusun urusannya sendiri dan bolehlah dia dari semasa ke semasa membuat, meminda dan memansuhkan peraturan-peraturan dan Perintah Tetap bagi mengaturkan tertib perjalanan mesyuarat ini sendiri dan perjalanan pekerjaan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Dato' Speaker, Apakah Dato' Speaker telah menolak Perintah Tetap 13(2) yang telah saya sebutkan tadi.
Yang Berhormat Chenderiang. undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak mengatakan saya boleh meletak jawatan pada bila-bila masa. tak akan saya tak boleh lepas jawatan. Saya buat satu keputusan melainkan disini usulkan saya terus menjadi Yang Dipertua. Adakah pihak kerajaan hendakkan saya terus menjadi Yang Dipertua, kalau itu memang hasrat pihak kerajaan hendakkan saya minta terus menjadi Yang Dipertua mungkin saya tidak akan umumkan perletakan jawatan. Saya tadi kata sebentar nanti saya akan meletak jawatan kerana ada beberapa perkara yang telah timbul saya mesti uruskan sebelum saya letak jawatan. Adakah pihak kerajaan hendak sokong saya terus, saya nak tanya.
Dato' Yang Dipertua 13(2)yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat ini memang bertujuan untuk minta Speaker letak jawatan maka itulah tujuan asalnya 13(2) digunakan oleh Menteri Besar. Itu asasnya, Menteri Besar akan baca usul itu sepenuhnya. Jadi sama dengan tujuan Speaker.
Ikut aturan, ikut aturan.
Saya minta semua duduk, kemudian saya baca Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Duduk-duduk, saya buat keputusan dah memang sebagai seorang peguam Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam Malaysia. Di negeri Perak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak merupakan undang-undang tertinggi. Kalau undang-undang tertinggi kerajaan Undangan Negeri Perak ini membenarkan saya meletak jawatan, takkan siapa-siapa boleh menidakkan hak saya untuk meletak jawatan.
Sila..
Speaker suruh duduk.
Speaker minta maaf. Saya faham memang tujuan Speaker nak meletakkan jawatan. Tetapi saya dapat tahu, Speaker nak letak jawatan selepas Speaker membuat berapa beberapa ruling. It is wrong. Kita dah tahu, sebab itu bagi New Speaker untuk buat new ruling. So kerja Speaker sekarang ini letak jawatan secara terhormat, let the New Speaker to come in and buat ruling, that's all. So 13(2) nak dipakai sekarang. Tujuan dia sama. Cuma Speaker mungkin ada benda lain nak selesai tapi biar the new, the New speaker to come in and buat the new ruling.
Let the old Speaker make that announcement.
Saya ingin baca Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Sebelum Tuan Yang Dipertua..
Yeop, duduk la dulu. Arahan Speaker suruh duduk dulu.
Tuan Yang DiPertua, tadi satu persoalan yang dibangkitkan oleh Chenderiang tadi. Apakah Tuan Yang Dipertua hendak menolak apa yang diusulkan 13(2) tadi. Jawab dulu persoalan ni.
Duduklah.
Mohon maaf, kerana salinan yang saya ada sini, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, The Law Of The Constitution of Perak. Mohon maaf, salinan yang saya ada sini dalam bahasa Inggeris, iaitu perkara 36A (2), the Speaker may at any time resign his office. Jadi Yang Dipertua boleh meletak jawatan pada bila-bila masa sahaja. Jadi undang-undang tubuh ini merupakan Consituation Of Perak, dia menjangkaui semua enakmen-enakmen yang diluluskan dalam Dewan ini ataupun peraturan-peraturan tetap. peraturan-peraturan tetap merupakan by law iaitu undangan yang terkecil.
Sebagai seorang pengamal undang-undang 35 tahun, saya tahulah undang-undang yang tertinggi ialah perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak kemudian barulah enakmen-enakmen dan kemudian peraturan-peraturan. Itu pun juga sama dengan undang-undang Persekutuan, Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang yang tertinggi. Apa-apa yang diluluskan atau peraturan-peraturan kecil yang diluluskan kalau bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, begitulah juga dengan di Negeri Perak mana-mana peraturan yang melanggar Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak itu tidak sah ataupun dia menjangkaui jadi, I'm surprised di lain-lain tempat semua nak usul, because I want to be gentleman.
Dato' Yang Dipertua, boleh saya masuk? Baik oleh kerana Yang Dipertua merujuk kepada Perlembagaan Negeri Perak Law Of Constituion Of Perak. Jadi kalau kita lihat dalam perkara yang sama pun tidak banyak berbeza maksudnya Kalau dibaca daripada sampai (a) sampai ke (d) tu memang ternyata di situ bahawa, termasuk (d) jika pada bila-bila masa Dewan membuat ketetapan sedemikian. Maka oleh yang demikian, dalam perkara 13(2) yang telah dibawa oleh Menteri Besar, maka ia juga tertakluk dalam Perlembagaan Negeri Perak. Jadi saya tak fikir ada pertentangan. Cuma melainkan kalau sekiranya di dalam Dewan ini Yang Dipertua untuk memaklumkan bahawa pada hari ini Yang Dipertua mengumumkan untuk mengundurkan diri dengan rasminya di dalam Dewan Ini. Terima kasih.
dengarlah dia punya announcement dia dahulu.
Secara terhormat, terima kasih.
Memang saya berhak kalau nak membenarkan undi tidak percaya kepada YAB Chenderiang dan menamakan..
Saya fikir, saya fikir itu satu perkara asas yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Besar ialah berkaitan dengan 13(2) itu untuk mengusulkan kepada Speaker dahulu untuk mengosongkan kerusi tersebut. Itu yang pertama, You cannot mix together, you have to go one by one.
Kalau Chenderiang nak mengikut Convention Parliamentry Practices dan juga baru-baru ini disokong oleh Profesor Dr Syed Faruqi bahawa kalau ada mana-mana usul tidak percaya terhadap mana-mana Menteri Besar ataupun Perdana Menteri ia harus diutamakan. Kalau saya boleh baca, memang itulah undang-undang.
Dato' Yang Dipertua, saya ingat kita jangan pergi jauh sampai nak cerita usul tak percaya Menteri Besar. Belum sampai situ, sekarang ini kena selesaikan usul yang dibawa oleh Menteri Besar 13(2) iaitu untuk kita tidak mengikut urusan sepertimana Yang Dipertua hendak. Selepas itu barulah Menteri Besar akan membuat usul supaya Dato' Ngeh Koo Ham mengosongkan jawatan sebagai Yang Dipertua, itu saja. Tujuan Yang Dipertua nak berhenti, okey ini hari kita pilih, akhirnya Yang Dipertua akan berhenti juga. Betul tak? So, mengapa kita nak drag masa ini, buang masa di sini. Kita minta tolong Yang Dipertua supaya ikut usul ini, berhenti dengan serta-merta and then kita ikut seperti mana sepatut yang kita buat, supaya kita dapat menjalankan tugas dalam Dewan ini dengan sempurna.
Ok, saya sudah membuat keputusan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah melepasi dan menjangkaui Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri.
Perintah Tetap 13(2) Dewan Negeri boleh dengan usul yang dibawa oleh Menteri Besar atau juga Menteri Besar tidak hadir oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi diputuskan dengan tiada pindaan atau perbahasan yang boleh dibuat tanpa notis dan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain memutuskan untuk menjalankan mana-mana urusan dengan tidak mengikut aturan yang ditetapkan di bawah perkara 30A(2)(d) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, saya telah mengemukakan usul dan telah diterima oleh Setiausaha Dewan iaitu Dewan Negeri membuat ketetapan bahawa yang berhormat Datuk Ngeh Koo Ham mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan negeri Perak Darul Ridzuan.
Kota tampan menyokong
Perintah Tetap 13(2) Dewan Negeri, saya nak tanya adakah ada sokongan kepada Perintah Tetap 13(2) yang kita buat dengan usul yang berbunyi iaitu Dewan Negeri membuat ketetapan bahawa yang berhormat Datuk Ngeh Koo Ham mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya melihat 35 orang menyokong 32 Adun kerajaan dan tiga Adun bebas.
Dato' Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa telah jelas. Dato' Yang Dipertua, saya ingin jelaskan sebagaimana yang telah di bawah mengikut Undang-Undang Tubuh perkara 36A (2)(d) di bahagian pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak hendaklah yang Dipertua mengosongkan jawatannya berdasarkan ketetapan yang telah dibuat tersebut. Jadi saya dapati Dewan telah membuat majoriti 35 orang ahli.
Speaker masih ada, bagaimana pula Setiausaha Dewan boleh mengatasi Speaker.
Memandangkan ketetapan telah dibuat oleh Dewan ini, saya memohon yang berhormat Dato' Ngeh Koo Ham meninggalkan Dewan dengan diiringi Bentara Dewan.
Chenderiang bukan Speaker.
Saya ingin baca tentang. (Gangguan) Saya adalah Speaker Dewan ini saya masih tiada undi mengikut perintah 4, mengikut perintah tetap 4 Kalau hendak mengusulkan nama mana-mana
Ini budaya samseng ni, budaya samseng
Mana-mana Yang Dipertua baru.
Bagi ruang pada Speaker, bagi ruang la
Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak (gangguan) tidak dihormati. Saya sudah buat keputusan, dan keputusan saya muktamad. (Gangguan)
Saya adalah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri di bawah sistem (tidak jelas) Menteri Besar tidak ada kuasa ke atas tuan Yang Dewan Undangan Negeri ini.
Dengan usul tadi Yang Dipertua telah pun kehilangan jawatan dia, sudah hilang semuanya. Usul dibawa oleh Menteri Besar tadi telah disokong oleh saya dan 35 orang telah bangun mengundi menyokong.
Ahli-ahli yang Berhormat bila ada seorang Ahli Berhormat baca perintah tetap minta belah bahagian sekurang-kurang ada undi ini undi pun tak ada, usung keluar Speaker mana ada undang-undang rimba. Ini bukan undang-undang peraturan mesyuarat.
Ikut arahan saya, saya adalah yang DiPertua Dewan, ini sangat memalukan saya rasa saya sangka saya dengan terhormat meletakkan jawatan kita ada masalah.
Speaker dah maklum akan umum, apa lagi cepat-cepat sabar la dulu.
(Gangguan) demi mempertahankan kedaulatan dan maruah Dewan ini melainkan proses yang betul dibuat saya mesti mempertahankan kalau perlu dengan nyawa saya. (Gangguan) mana boleh Yang Dipertua diangkut keluar lagi. (Gangguan) kerajaan tak tahu malu
Kerajaan pintu belakang ni tak hormati undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak memalukan je.
Tiada ikut arahan saya kerana tak ada pengundian tak ada ketetapan
Budaya samseng
Hak saya untuk meletak jawatan itu (gangguan) mana boleh kalau saya nak letak jawatan mesti melalui usul, tidak.
Tuan Yang DiPertua, Tuan Yang DiPertua speaker dipilih oleh Ahli Dewan tadi pun speaker dah tengok 35 orang berdiri untuk menidakkan kuasa Tuan Speaker mengapa Tuan Speaker masih mempertahankan. (Gangguan)
Baca undang-undang tubuh Kerajaan dulu lebih tinggi dari perintah tetap. (Gangguan)
Hak untuk speaker turun daripada kerusi dia ada banyak cara satu daripada caranya hak untuk saya letak jawatan. Lain-lain cara ialah melalui usul, (gangguan) jadi adakah kerajaan tidak menghormati undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak. (Gangguan) Bagilah tuan speaker letak jawatan usul sudah dibuat bagi ruang pada speaker. (Gangguan) usul pun belum bangkit
Kedudukan speaker macam hakim, bolehkah kalau kerajaan tak suka hakim usul usung hakim keluar dari mahkamah. Apakah jenis yang berhak disini. (Gangguan) semua duduk dan bagi saya umumkan (gangguan) duduk-duduk. Saya sebagai Yang Dipertua sudah bersumpah bagi mempertahankan Dewan yang mulia ini sebelum menjadi Speaker (gangguan)
Sitdown sitdown saya nak cakap bahawa oleh kerana kita cuba nak wujudkan suasana yang harmoni di dalam dewan (gangguan) oleh kerana keputusan telah dibuat melibatkan 35 orang saya ingat biar Speaker untuk mengambil (gangguan) untuk keluar tanpa disuruh oleh pihak (gangguan).
Pangkor sudah silap kerana usul belum terbit lagi, Kalau usul terbit (gangguan) kerana masa usul dibuat tidak percaya kepada Chenderiang Pangkor dan Kota Tampan kata terbukak menjadi manusia besar supaya usul itu dibawak, jadi Pangkor dan Kota Tampan ada menyatakan niat nak menjadi Menteri Besar sebab itu usul itu dibawa tidak percaya terhadap Chenderiang (gangguan) jadi sebelum usul timbul tidak percaya kepada saya, saya ada hak untuk meletak jawatan (gangguan) jadi sebelum saya letak jawatan ada berapa perkara yang ingin saya nyatakan (gangguan) kerajaan rakyat dengan ini hak saya kalau hakim tidak buat keputusan di mahkamah hura hara la apa jenis negeri ini (gangguan) Pangkor sila duduk kerana usul untuk mengosongkan kerusi Yang DiPertua belum terbit atau belum sampai usul itu lagi. (Gangguan)
Kenapa takut sangat Speaker letak jawatan (gangguan) kenapa takut sangat Speaker letak jawatan kenapa tak beri Speaker
(Gangguan) Ahli-ahli Yang Berhormat saya setuju dengan pendirian Pangkor kita nak jaga keharmonian. Kita ada satu usul dari Yang Berhormat Chenderiang, cuba nak pecat Speaker tetapi Speaker berpendapat usul ini tidak timbul sebabnya senang saja Speaker memang nak umumkan perletakkan jawatan sekiranya Speaker sudah letak jawatan, maka tidaklah perlu ada apa-apa usul untuk memecat Speaker atau melucutkan jawatan Speaker. Saya rasa jelas oleh kerana itu biarlah kita bagi Speaker membuat pengumuman letak jawatan kita menjaga keharmonian Dewan ini dan dia memang dia beliau nak meletak jawatan dan tadi pun Yang Berhormat Chenderiang usul ni tidak sah tak boleh undi macam itu. Baca, teriak macam tu kerana. Sabar-sabar. Sebelah sini, dia pun ada hak untuk minta belah bahagian. Tak boleh katakan seolah-olahnya 35 orang. Bagaimanakah Yang Amat Berhormat Chenderiang pasti 35 orang semua setuju nak pecat Speaker. Pihak disebelah sini so kita ada hak untuk, bukan berdiri itu. nanti nanti tak payah berdiri.
Tadi saya sudah buat keputusan usul untuk Speaker kosongkan kerusi belum timbul lagi kerana saya ada hak sebelum itu untuk mengundur diri.
jika nak undi pun kita ada hak untuk minta belah bahagian.
Semua duduk kerana saya sudah buat keputusan muktamad bahawa undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak melepasi semua enakmen dan juga perintah-perintah tetap atau peraturan-peraturan, dan sebagai Speaker saya berhak untuk meletak jawatan sebelum mana-mana usul timbul untuk mengosongkan kerusi saya. Itu keputusan muktamad haraplah jangan memalukan negeri Perak rakyat disana sangat susah. Sebab itu saya hendak letak jawatan supaya tak timbul apa-apa isu. Tapi kenapa pula kan saya nak bagi kenapa usul-usul ni sudah disover readen by my decision. Itu saja pengumuman yang saya nak buat dan saya minta pemilihan Speaker yang baru mengikut perintah tetap keempat. Sebab itu saya nak buat penjelasan. Saya bukan di sini saya bukan macam nak politikan, sebab itu saya harap niat saya baik dengan juga cadangan-cadangan untuk kebaikan. Bukan nak buruk sangka yang banyak memang Chenderiang takut kerana mula-mula saya bagi tahu dia ada usul tidak percaya memang kerana selepas terus terang kerana masa itu Kota Tampan dan juga Pangkor ada menyatakan open the idea bahawa ahli UMNO boleh menjadi Menteri Besar sebab itu datang kalau UMNO tak nak jadi Menteri Besar usul ni takkan difailkan. Bagi saya baca dan saya memberi jaminan tak ada apa-apa niat jahat dan pengumuman yang akan dibuat nanti.
Speaker, sebelum proceed boleh tak saya minta satu penjelasan. Adakah Speaker memberikan arahan kepada sebahagian banyak Bentara arahan untuk bersedia di sini untuk mengangkat keluar MB, angkat keluar Speaker. Ini bukan caranya minta-minta.
Mana social distance.
Kita nak jalankan sidang bukan ikut arahan MB. Ikut arahan Speaker dulu. Ini bukan cara yang baik saya rasa kurang selesa kerana melihatkan dengan barisan Bentara yang bersedia nak mengangkat keluar Speaker kita itu tidak sepatutnya berlaku pada takat ini. Dan saya rasa semua Ahli-Ahli ADUN disebelah sana.
Kena tahu siapakah arahkan. Siapa yang akan arahkan datang tolong bagitau. Selepas ini saya akan buat laporan.
Tuan yang Dipertua, isu tadi 13(2) tadi kita nak tanya sama ada Yang Dipertua tolak atau pun tidak. Kemudian perkara ini telah diangkat dan kita mengundi 35 orang. 35 orang bererti pada masa ini Jawatan Yang Dipertua tidak ada lagi sebab itu Bentara berhak untuk mengeluarkan Tuan Yang Dipertua. Apa alasan dia. Sekarang berdasarkan kepada 13(2) yang diusulkan dan juga dengan Undang-undang Tubuh, dan 35 orang telah bersetuju majoriti daripada Ahli Dewan. Bererti dengan Itu, Tuan Yang Dipertua tidak ada hak lagi untuk berada di atas ini. Maka Bentara ada hak untuk bawa Tuan Yang Dipertua keluar.
Hormatilah bulan puasa. Sebagai seorang islam hormatilah bulan puasa janganlah tunjuk akhlak yang tidak baik.
Tak sebelum Tuan Yang Dipertua jawab, kena jawab ni soalan yang dibangkitkan oleh Chenderiang tadi. Soalan yang dibangkitkan oleh Chenderiang usul yang dibawa oleh Chenderiang 13(2) belum diselesaikan, jangan pergi kepada kita selesaikan 13(2) tu. Selesai bererti Yang Dipertua kena turun. (Gangguan) Ini arahan siapa ni Bentara ada di sini arahan siapa arahan siapa ni. Keluarlah dulu kita nak buat cara baik keluar dulu. (Gangguan)
Kita nak tahu siapa yang arahkan cara jenayah ini.
Saya rasa untuk menyelesaikan masalah ini Yang Berhormat Chenderiang gentlement mintalah arahkan Bentara supaya kita hormat tata tertib dalam dewan. Speaker akan umum peletakan jawatan dan buat pengumuman selepas itu sekiranya nak pilih Speaker baru ikut peraturan tetap selesai. Kita nak buat memang macam tu.
Yang berhormat Dato' Speaker, apa yang saya minta adalah melalui Perintah Tetap 13(2). Jika Yang Berhormat tolak, kemudian tetapi dalam masa yang sama kita telah pun mendapat sokongan majoriti, sokongan majoriti untuk mengosongkan kerusi. (Gangguan).
Pangkor duduk. Pangkor duduk, kerana media ni pihak kerajaan kongkong sebab itu saya nak nyatakan kenapa pengasingan kuasa betul perlu diperlu dalam ucapan saya nanti saya mohon supaya setiausaha dan pegawai-pegawai DUN ini mestilah berasingan daripada pegawai-pegawai kerajaan. Tak gunalah sangat hiporcritical kalau kata nak bina satu Dewan Negeri beratus juta, Dewan Negeri tak boleh ada pegawainya sendiri. Jadi Titah Tuanku juga katakan selepas 2009 mesti ada pengasingan kuasa. Jadi apa yang berlaku hari ni menunjukkan ada perlunya Dewan Undangan Negeri mempunyai pegawai-pegawainya tersendiri. Saya memang kesian kepada Setiausaha. Dalam ucapan saya memang saya nak terima kasihlah kepada dia memang dia serba salah kerana dia adalah pegawai sangat baik tetapi ada dua bos. Itulah serba salah dia yang saya nak selesaikan dalam ucapan saya ni saya memang kesian. Jadi kalau boleh benarkan saya bacakan pengumuman saya kemudian kita kerusi Yang Dipertua ni dikosongkan secara terbaik. It' very embarrassing. Saya memang sangat rasa sangat malu, power Yang Dipertua boleh diugut sebegini. Kalau ini boleh berlaku hakim-hakim semua boleh diugut. Kerana pihak kerajaan memang ada askar-askar dia, pihak kerajaan ada polis-polis dia, pihak kerajaan ada semua jentera-jentera tapi kalau itulah negara kita cara tentera itu yang kita nak, jahanamlah. Harap mana niat saya baik ini Ucapan terakhir saya sebelum saya mengosongkan kerusi juga dia akan cadangan-cadangan dia semua baik untuk Dewan bukan saya nak sangat kerusi ini saya pun menjalankan satu tugas sahaja. Ahli-ahli Yang Berhormat saya telah menerima beberapa usul daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebentar lagi saya akan membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri menurut Fasal 2 Perkara 36(a) Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan. Sebelum saya membuat keputusan tersebut saya ingin membuat berapa keputusan tanpa pengumuman seperti berikut. Kerajaan Negeri telah memohon supaya Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan yang merupakan ucapan polisi kerajaan tidak dibahaskan kali ini dan tidak ada usul akan dibawa untuk meluluskan titah ucapan tersebut dan tempoh persidangan dipendekkan ke sehari sahaja kerana penularan virus Covid-19. Saya bersetuju dengan permohonan -permohonan tersebut. Pihak kerajaan juga, telah juga membuat permohonan supaya sesi jawab jawapan lisan tidak diadakan. Saya juga meluluskan permohonan tersebut dan dengan kuasa yang ada pada saya di bawah Perintah Tetap 22(3) memerintahkan supaya kerajaan memberi jawapan kepada semua soalan-soalan yang memerlukan jawapan lisan secara bertulis ini sudah dipersetujui dengan Menteri Besar jadi dan saya tuliskan apa salah dia. Menurut perintah tetap, ini berkenaan dengan usul-usul yang telah di saya terima jadi saya baca ini sebagai penjelasan tentang kursi dia. Menurut perintah tetap yang sedia ada, saya haraplah pihak kerajaan pun tenang dan menerima pandangan saya dari segi undang-undang kalaupun Yang Dipertua itu dipilih tidak menurut perintah tetap akan jadi isu, adakah Yang Dipertua itu sah dari segi undang-undang sebab itu saya sebagai seorang pengamal undang-undang Islam lebih kurang 35 tahun, saya harap setiap perkara ini kita ikutlah Perintah Tetap dan Undang-undang Negeri Perak. Tahun 2008 semasa saya menjadi EXCO kerajaan negeri pun Tuanku telah pun menasihatkan supaya segala pentadbiran negeri mestilah mengikut undang-undang dan saya sebagai seorang pengamal undang-undang mahu memastikan Dewan ini diuruskan mengikut undang-undang. Bukan acara ugutan tadi, ini memalukan saya sangat sedih. Menurut perintah tetap yang sedia ada, pencalonan untuk jawatan Yang Dipertua hanya boleh dibenarkan jika terdapat kekosongan jawatan tersebut. Jika kekosongan jawatan tersebut wujud maka prosedur pemilihan jawatan Yang Dipertua hendaklah mengikut Perintah Tetap 4 Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut perintah tetap ini, tiap-tiap Ahli Yang Berhormat yang hendak mencalonkan mana-mana orang untuk jawatan itu hendaklah mendapat persetujuan daripada orang berkenaan terlebih dahulu kesanggupannya untuk berkhidmat jika beliau dipilih dan hendaklah memberitahu Setiausaha Dewan secara bertulis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat bersidang. Ahli-ahli Yang Berhormat tidak dibenarkan untuk mengusul nama baru pengganti Yang Dipertua Dewan Negeri sebelum jawatan itu dikosongkan kerana ini tidak adil kepada Ahli-ahli Berhormat yang lain.
Yang berhormat yang lain ahli yang berhormat yang lain tidak mengemukakan calon mereka kerana belum ada lagi kekosongan jawatan ini yang timbul dan mereka tidak ada peluang untuk menamakan calon mereka kerana syarat-syarat yang diperuntukkan dalam Perintah Tetap 4 tersebut untuk membantu empat dengan peletakan jawatan' saya saya sebagai Yang Dipertua sebentar lagi akan timbul kekosongan jawatan tersebut menurut Fasal 1 Perkara 36(a) Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, apabila terdapat kekosongan jawatan Yang Dipertua Negeri tidak ada urusan yang boleh dibenarkan sehingga Yang Dipertua Negeri yang baru dipilih mengikut prosedur Perintah Tetap 4 tadi. Oleh yang demikian usul-usul lain yang telah saya terima tidak boleh diteruskan di dalam Mesyuarat persidangan ini . Sebelum saya berundur sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, saya berharap perkara-perkara berikut boleh mendapat perhatian semua pihak yang berkenaan.
Berikut boleh mendapat Perhatian semua pihak yang berkenaan. Pertama, saya berharap Tiada cadangan pinda pindaan penambahbaikan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak yang telah disyorkan oleh Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang semasa di bawah kerajaan Pakatan Harapan dapat dibentangkan dalam Dewan Negeri Perak ini dengan secepat mungkin untuk diluluskan.
Ini memang betul-betul ketua pembangkang pun ada dalam jawatankuasa tersebut jadi haraplah ini untuk kebaikan negeri Perak bukan untuk mana-mana pihak cari Harapan saya ialah sudah memudahkan banyak sudah 1 tahun meneliti perintah tetap ini dan sudah banyak cadangan cadangan dan penambahbaikan yang telah dijalankan harap kerja yang telah sebagai pengerusi jawatankuasa tetap ini tidak menjadi sia-sia. Yang kedua saya berharap undang-undang dan peraturan-peraturan yang perlu dapat digubal untuk membolehkan perjalanan Dewan yang mulia ini senantiasa berjalan dengan lancar dan tertib dan kerajaan yang di tubuh selepas pilihanraya mengikut kehendak majoriti rakyat tidak boleh diubah atas sebab peribadi beberapa wakil rakyat yang mengkhianati rakyat. Saya mendapati isu-isu yang melanda Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan semasa krisis Negeri Perak pada 2009 masih belum ditangani, kita tidak mahu sejarah pahit itu berulang di mana dewan Mesyuarat Dewan Mesyuarat Dewan Negeri Perak tidak dibuka sungguhpun Yang Dipertua arahkan persidangan diadakan, Ahli-ahli Dewan negeri dihalang daripada menghadiri persidangan Dewan Negeri dengan pagar jalan masuk ke Dewan Negeri ditutup. Yang Dipertua negeri pula diusung keluar dari kerusinya dalam dewan negeri itu secara paksa hari hampir berlaku lagi sebab itu saya nak bangkitkan isu ini supaya kita selesaikan dengan cadangan cadangan saya nanti. Antara isu-isu yang perlu di selesaikan.
Isu Ahli Dewan Negeri lompat parti atau keluar parti. Adakah ini boleh dibenarkan? Undang-undang harus digubal dengan segera supaya berjuta-juta rakyat yang telah bersusah payah menegakkan sistem demokrasi melalui pilihanraya tidak akan dikhianati oleh wakil rakyat mereka.
Isu surat letak jawatan sebagai wakil rakyat yang telah ditandatangani terlebih dahulu atau dalam bahasa Inggeris ‘signed in escrow’ dalam sesuatu pilihan raya. Semasa pemilihan calon untuk bertanding ada parti politik memerlukan calon tersebut menandatangani satu surat sumpah berkanun bahawa beliau kalau beliau dipilih menjadi seorang wakil rakyat dan beliau berpindah ke parti yang lain atau keluar parti beliau akan meletak jawatan sebagai wakil rakyat bersama-sama dengan surat sumpah tersebut, calon itu akan menandatangani surat letak jawatan tidak bertarikh dan dialamatkan kepada Yang Dipertua Dewan negeri dan atau kepada Pesuruhjaya Pilihanraya haruskah surat peletakan jawatan itu diterima sebagai sah? Mereka juga menandatangani satu perjanjian untuk membayar pampasan sejumlah wang yang besar kepada parti kalau mereka lompat parti atau keluar parti. Isu-isu ini haruslah diputuskan supaya semua pihak parti politik menerima sifat dan akibat surat sumpah surat letak jawatan dan surat perjanjian tersebut agar tidak ada pertikaian apabila isu isu ini timbul. Buat kali ini parti-parti politik berkenaan belum lagi mengemukakan surat-surat peletakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri telah lompat parti atau keluar parti. Kemungkinan besarnya ini tidak berlaku kerana penularan Virus Covid19 sekarang. Jika surat- surat peletakan tersebut dikemukakan saya sebagai Yang Dipertua kemungkinan besar perlu mengisytiharkan terdapat kekosongan wakil-wakil rakyat untuk kawasan-kawasan berkenaan dan notis perlu dikeluarkan kepada pesuruhjaya Pilihanraya untuk pilihanraya-pilihanraya kecil diadakan. Pada hemat saya jika keadaan ini berlaku kemungkinan besar kekecohan akan berlaku pada mesyuarat sidang Dewan ini melainkan semua parti-parti politik dan ahli-ahli mereka sudah menerima sifat dan akibat surat-surat peletakan sedemikian. Prinsip pertama yang diikuti oleh kita sebagai penggubal undang- undang ialah undang-undang yang diluluskan oleh kita mestilah jelas supaya tidak timbul pertikaian tentang maksudnya. Begitulah kita mesti memastikan siapa yang berhak untuk mentadbir negeri atau negara setelah sesuatu pilihanraya mestilah jelas dan tidak dipertikaikan.
Undang-undang dan peraturan-peraturan yang jelas berkenaan dengan isu-isu di atas dan isu-isu lain harus dipersetujui dengan sejelas-jelasnya oleh semua parti-parti politik dan ahli-ahli mereka. Pertikaian politik akan merugikan negara dan rakyat. Dalam sesuatu pilihanraya rakyat memilih untuk adanya satu Kerajaan yang baik dan menjaga kebajikan mereka. Mereka tidak memilih wakil rakyat untuk senantiasa bersengketa dan berebut kuasa. Ahli politik akan dihormati oleh rakyat jika kita berkorban untuk mereka dan dihina jika kita hanya hendak merebut kuasa dan kekayaan untuk diri sendiri. Pengumuman keenam, pengasingan kuasa. Dalam sifar sistem demokrasi konsep pengasingan kuasa amalan penting, saya mendapati pada masa sekarang pegawai-pegawai Dewan Undangan Negeri Perak juga merupakan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri. Pegawai-Pegawai Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan terutamanya pegawai-pegawai utama seperti Setiausaha Dewan, Ketua Pengawal, Pegawai media dan lain-lain pegawai mestilah berasingan daripada pekerja-pekerja Kerajaan Negeri. Pada masa kini pegawai-pegawai yang sama digunakan. Setiausaha Dewan Negeri juga merupakan Setiausaha kepada Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dalam menyediakan persidangan Dewan Negeri ini saya mendapati Setiausaha Dewan rasa serba salah kerana ada dua bos yang perlu dipatuhi, memandangkan keadaan sedemikian ada perkara-perkara yang tidak boleh saya beritahu beliau terlebih dahulu seperti usul-usul tidak percaya terhadap Yang Amat Berhormat dan juga penyediaan pengumuman yang dibuat ini terpaksa disediakan di tempat yang lain. Satu lagi contoh saya telah mengarahkan supaya seorang wakil daripada senarai media yang telah disediakan dibenarkan untuk liputan mesyuarat sidang ini tetapi bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang mengendalikan jemputan media telah membatalkan jemputan dan mengehadkan liputan mesyuarat persidangan ini kepada bilik rasmi sahaja tanpa persetujuan saya. Peruntukan yang mencukupi daripada wang kumpulan wang yang disatukan hendaklah diperuntukkan kepada Dewan Negeri Perak untuk menggaji pegawai-pegawainya sendiri. Jika perubahan yang sedikit ini tidak boleh dibuat adalah satu perkara hipokrit apabila Kerajaan bercadang membelanjakan Ratusan juta ringgit untuk dibina satu bangunan baru Dewan Negeri Perak. Yang Ketujuh, saya berharap sesiapa yang akan mengambil alih daripada saya supaya senantiasa menjaga kedaulatan dan kemuliaan Dewan Negeri Perak yang tercinta ini. Yang Dipertua hendaklah senantiasa berlaku adil dan mempengerusikan mesyuarat dalam mempengerusikan mesyuarat. Jika timbul usul tidak percaya terhadap Kerajaan pun atau Menteri Besar pun usul sedemikian haruslah dibenarkan dan diberikan keutamaan mengikut konvensyen atau amalan biasa Parlimen atau Dewan Perundangan. Pandangan ini mendapat sokongan daripada buku-buku berkenaan dengan Parliamentary Practices dan pandangan ini disokong baru-baru ini oleh Profesor Datuk Dr Shad Faruqi, seorang pakar Undang-undang Perlembagaan. Akhir sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Setiausaha Dewan Negeri dan pasukan beliau. Semua pegawai-pegawai dan kakitangan Dewan Negeri, semua Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai keselamatan dan juga semua yang lain yang telah banyak membantu dan memberi kerjasama yang baik kepada saya dalam tempoh saya berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri. Dengan kata-kata di atas saya mengumumkan peletakan jawatan saya sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dan surat peletakan jawatan saya akan diserahkan kepada Setiausaha Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Dewan ini ditangguhkan ke satu tarikh baru untuk pelantikan Yang Dipertua Negeri yang baru menurut Perintah Tetap 4, Perintah- Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan di mana persetujuan calon mesti diperolehi dan penamaan calon mesti disampaikan kepada Setiausaha Dewan secara bertulis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat persidangan jadi Dewan ditangguhkan.
Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa Dewan tak boleh ditangguhkan tanpa usul.
Mohon maaf itu. Isu ini tidak timbul kerana agenda hari ini adalah sampai pengumuman saya sahaja.
Tidak boleh menangguhkan Dewan tanpa diusulkan.
Speaker dah jatuh tadi.
Boleh tangguhkan kerana speaker letak jawatan. (gangguan)
Tak apa tak apa biar ikut peraturan yang telah pun ditetapkan sepertimana yang telah di bawa oleh Yang Amat Berhormat tadi 13(2) ya. Stick pada tu. Itu ucapan yang disampaikan itu lebih kepada ucapan, kita bagi ruang lah untuk mantan Speaker.
Jalankan
Kena pilih speaker baru kena ada 7 hari dengan notis bertulis. Jadi siapa akan jadi
Dah ada dah buat dah. Dah disediakan. (gangguan)
Saya pertahankan hak saya untuk mencalonkan siapa calon Speaker. Saya tiada. tetapi hari ini ada kekosongan mengapa boleh tiga tujuh hari untuk
Dah calonkan.
Hello pergi balik tukar baju dulu lah. Hormatkan Dewan dulu. Tukar baju balik.
[ YB DATO’ NGEH KOO HAM DAN TIMBALAN YANG DIPERTUA BERGERAK KELUAR DARIPADA DEWAN NEGERI DIIKUTI DENGAN AHLI DEWAN NEGERI BLOK PEMBANGKANG YANG LAIN ]
(Gangguan) Selaras dengan Perintah Tetap 6(1) Dewan Negeri boleh memanggil mana-mana Ahli mempengerusikan persidangan setelah dikeluarkan usul oleh Menteri Besar. Sekarang, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengusulkan supaya mana-mana Ahli dipanggil untuk mempengerusikan Persidangan bagi tujuan melantik Yang Dipertua.
7 hari secara bertulis. Mana saya hak saya.
Ini penjual, perikatan ini penjual agama, bangsa dan negara.
Tuan Setiausaha, saya Ahmad Faizal bin Azumu Menteri Besar Perak mengusulkan Yang Berhormat Sungai Manik untuk mempengerusi persidangan.
Kota Tampan menyokong.
Maka saya menjemput Yang Berhormat Sungai Manik untuk mempengerusikan persidangan.
Bukan senang duduk sini. Usul memilih Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak yang baru.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak untuk mengemukakan usul.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Pengerusi, saya Ahmad Faizal Bin Azumu Menteri Besar Perak Darul Ridzuan mencadangkan Yang Berbahagia Dato' Muhammad Zahir Bin Abdul Khalid dipilih sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan.
Ada sokongan?.
Kota Tampan menyokong.
Ahli-Ahli Yang Berhormat oleh kerana terdapat satu sahaja cadangan yang diterima dan telah mendapat sokongan maka dengan ini saya mengisytiharkan Yang Berbahagia Dato' Muhammad Zahir Bin Abdul Khalid dipilih menjadi Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Yang Ke Empat Belas Perak Darul Ridzuan. Dipersilakan Tuan Yang Dipertua Dewan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Yang Ke Empat Belas Perak Darul Ridzuan untuk tampil ke hadapan.
Dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan untuk menyarungkan jubah Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Yang Ke Empat Belas Perak Darul Ridzuan. Silakan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Yang Ke Empat Belas Perak Darul Ridzuan untuk mengambil tempat. Dipersilakan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Yang Ke Empat Belas untuk mengambil tempat mengangkat sumpah.
Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi Wabillahi Watallahi adalah saya Muhammad Zahir bin Abdul Khalid yang telah dipilih menyandang jawatan Yang Dipertua berikrar bahawa sesungguhnya saya akan menunaikan segala kewajipan bagi jawatan tersebut dengan sehabis-habis daya upaya saya akan taat setia dengan sebenar-benarnya kepada Negeri Perak Darul Ridzuan dan akan memelihara, menaungi dan membela perlembagaannya. Terima kasih.
Dipersilakan Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Yang Ke Empat Belas Perak Darul Ridzuan untuk mengambil tempat. Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera yang pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana telah sudi untuk mencalonkan saya dan juga untuk memilih saya untuk menjawat jawatan Ahli Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa sebagai Yang Dipertua Dewan, saya akan cuba menjalankan tanggungjawab saya seadil yang mungkin kepada semua pihak. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, selaras dengan usul. Sekarang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan.
Usul mengosongkan jawatan Timbalan Yang DipertuaMotion
Usul mengosongkan jawatan Timbalan Yang Dipertua.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Tampan untuk mengemukakan usul.
Dato' Yang Dipertua, saya ingin mengemukakan usul sebagaimana yang telah dihantar kepada Setiausaha Dewan sejajar dengan Perintah Tetap yang mengusulkan supaya Dewan Negeri membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Tuan Aminuddin Bin Zulkifli mengosongkan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ada sokongan menyokong?.
Tuan Yang Dipertua, Semanggol menyokong.
Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Tampan dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masa yang diperuntukkan bagi setiap pembahas dihadkan kepada lima minit seorang dengan seorang wakil kerajaan dan seorang wakil pembangkang dibenarkan berbahas.
Ahli Yang Berhormat sekalian dapat di hadapan kita ada satu usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Tampan dan telah pun tiada pembahasan. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Ahli Yang bersetuju sila bersuara bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Ahli Yang Berhormat sekalian selaras dengan usul mengosongkan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan maka sekarang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan menjadi kosong.
Usul memilih Timbalan Yang DipertuaMotion
Usul memilih Timbalan Yang Dipertua.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Tampan untuk mengemukakan usul.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya ingin mengemukakan usul sebagaimana yang telah dihantar kepada Setiausaha
Dewan sejajar dengan Perintah Tetap yang mengusulkan supaya Dewan Negeri membuat ketetapan bahawa Yang Berhormat Encik Khalil Bin Yahaya ADUN Kubu Gajah dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Yang Ke Empat Belas Perak Darul Ridzuan.
Ada sokongan?.
Semanggol menyokong.
Ahli Yang Berhormat, dihadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Tampan dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masa yang diperuntukkan bagi setiap pembahas dihadkan kepada lima minit seorang dengan seorang wakil kerajaan dan seorang wakil pembangkang dibenarkan berbahas.
Masalahnya sekarang di hadapan kita ada usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Tampan dan tiada perbahasan. Sekarang siapa yang bersetuju, sila suara bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara setuju maka usul itu dipersetujui. Ahli Yang Berhormat saya mengisytiharkan YB Encik Khalil bin Yahya, Ahli Dewan Negeri Kubu Gajah dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan. Dipersilakan Timbalan Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan tampil ke hadapan.
Dipersilakan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan menyarungkan jubah Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan.
Dipersilakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan untuk mengambil tempat.
Dipersilakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan mengangkat sumpah jawatan.
Bismilahirahmanirohim. Wallahi Wabillahi Watallahi. Adalah saya Khalil bin Yahaya telah dipilih menyandang jawatan timbalan Yang Dipertua berikrar bahawa Sesungguhnya saya akan menunaikan segala kewajipan bagi jawatan tersebut dengan sehabis-habis daya upaya saya akan Taat setia dengan sebenar-benarnya kepada kerajaan kepada negeri Perak Darul Ridzuan dan akan memelihara menaungi dan juga membela perlembagaannya.
Usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak Darul RidzuanMotion
Usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya menjemput YB Kota tampan untuk mengemukakan usul.
Yang Berhormat Dato' Yang , saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi “ menurut Perintah Tetap 70 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak
Darul Ridzuan bagi tahun ketiga Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada YB Dato' Abdul Manaf bin Hashim Pengkalan Baharu sebagai Pengerusi, Yang Berhormat Dato' Mohamad Azhar bin Jamaludin Changkat Jong sebagai Timbalan Pengerusi, Yang Berhormat Puan Salbiah binti Mohamad Temengor sebagai ahli, Yang Berhormat Muhammad Noor bin Dawoo Selinsing sebagai ahli, Yang Berhormat Leong Cheok Keng Malim Nawar sebagai ahli, Yang Berhormat Chong Zhemin Keranji sebagai ahli, Yang Berhormat Yong Choo Kiong Tronoh sebagai ahli.
YB Tuan Yang Dipertua, tujuan usul ini ialah untuk menerima pakai kehendak Perintah Tetap 70 yang mana Dewan ini hendaklah melantik sebuah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri yang mengandungi seorang Pengerusi seorang Timbalan Pengerusi dan tidak lebih lima orang ahli Dewan yang lain. Adapun tugas-tugas jawatankuasa ini ialah untuk memeriksa pertama, kira-kira Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan peruntukan wang yang dibenarkan oleh Dewan kerana memenuhi perbelanjaan negeri. Kedua, apa-apa kira-kira pihak-pihak berkuasa awam dan pertubuhan-pertubuhan lain yang menguruskan wang negeri yang dibentangkan dalam Dewan. Ketiga, laporan-laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan dalam Dewan menurut perkara 107(2) perlembagaan Persekutuan dan keempat, apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh jawatankuasa ini patut diperiksa atau apa-apa perkara yang dirujukkan oleh Dewan kepada jawatankuasa ini.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua semua Ahli yang dicadangkan adalah difikirkan layak dan sesuai untuk menjadi ahli-ahli jawatankuasa tersebut. Dengan demikian saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang seperti yang diterangkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang Dipertua, Semanggol menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota tampan dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masa yang diperuntukkan bagi setiap pembahas dihadkan kepada lima minit seorang dengan seorang wakil kerajaan dan seorang wakil pembangkang dibenarkan berbahas.
Disebabkan tiada perbahasan. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Kota tampan yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 70 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Berhormat Dato' Abdul Manaf bin Hashim Adun Pengkalan Baharu selaku pengerusi, Yang Berhormat Dato’ Mohd Azhar bin Jamaluddin Adun Changkat Jong sebagai Timbalan Pengerusi, Yang Berhormat Puan Salbiah binti Mohamad Adun Temenggor sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Mohamad Noor Bin Dawoo Adun selinsing sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Leong cheok Keng Adun Malim Nawar yang sebagai ahli, YB Chong Zhi Min Adun keranji sebagai ahli dan akhirnya yang Berhormat Encik Yong Choo Kiong Adun Tronoh sebagai ahli.
Tiada perbahasan dan sekarang saya jemput Ahli Berhormat mengundi. Ahli yang bersetuju sila bersuara bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Tiada suara tidak bersetuju, lebih suara bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gunung Semanggol untuk, sorry Setiausaha
Usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah TetapMotion
Usul melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Gunung Semanggol untuk mengemukakan usul.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 71 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Negeri Perak Darul Ridzuan bagi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan sebagai pengerusi, Yang Berhormat Dato’ Samsudin bin Abu Hassan Adun Air Kuning sebagai ahli, Yang Berhormat Puan Jamilah binti Zakaria Adun Trong sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Mohamad Fadhil bin Nuruddin Adun Kamunting sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Teoh Yee Chern Adun Astaka sebagai ahli dan Yang Berhormat Encik Hasnul Zulkarnain Bin Abdul munaim Adun Titi Serong sebagai ahli.
Datuk Yang Dipertua bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perintah Tetap 71 di mana Dewan ini hendaklah melantik secepat mungkin sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap yang mengandungi yang berhormat Tuan Yang Dipertua sendiri sebagai pengerusi dan enam ahli yang lain. Adalah kewajipan jawatankuasa ini untuk menimbang dari masa ke semasa dan mengemukakan penyata kepada Dewan Negeri berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan dengan Perintah-Perintah Tetap yang dirujuk oleh Dewan Negeri kepadanya bagi dipertimbangkan termasuk juga sebarang usul yang melibatkan apa-apa cadangan bagi pindaan-pindaan Perintah Tetap. Dato' Yang Dipertua nama-nama yang dicadangkan itu sesuai untuk menjadi ahli jawatankuasa tersebut saya percaya mereka dapat memberi kerjasama dan perkhidmatan yang dikehendaki sesuai dengan pengalaman yang ada pada mereka dengan demikian saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik ahli-ahli jawatankuasa Perintah Tetap seperti yang dicadangkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang Dipertua Tualang Sekah menyokong.
Ahli yang berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Gunung Semanggol dan telah mendapat sokongan, sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masa yang diperuntukkan bagi setiap pembahas dihadkan kepada lima minit seorang dengan seorang wakil kerajaan dan seorang wakil pembangkang dibenarkan berbahas. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh yang berhormat Gunung Semanggol yang berbunyi bahawa menurut perintah tetap 71 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan jawatankuasa perintah-perintah tetap Negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun ketiga Dewan Negeri yang ke-14 Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan selaku Pengerusi, Yang Berhormat Datuk Sham bin Mat sahat Adun Alor Pongsu sebagai ahli Yang Berhormat Datuk Samsudin Bin Abu Hassan Adun Air Kuning sebagai ahli, Yang Berhormat Puan Jamilah binti Zakaria Adun Trong sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Muhammad Fadhil Bin Nuruddin Adun Kemunting sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Teoh Yee Chern Adun Astaka sebagai ahli dan yang berhormat Encik Hasnul Zulkarnain Bin Abdul Munaim Adun Titi Serong sebagai ahli. Tiada perbahasan dan Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat mengundi ahli yang bersetuju sila bersuara bersetuju, dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara bersetuju maka usul ini dipersetujui.
Usul melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan Negeri Perak Darul RidzuanMotion
Usul melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tualang Sekah untuk mengemukakan usul.
Yang berhormat Datuk Yang Dipertua Saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut perintah tetap 72 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan jawatankuasa hak dan kebebasan negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun ketiga Dewan negeri yang ke-14 Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya hendaklah terdiri daripada Yang Dipertua Dewan negeri Perak Darul Ridzuan sebagai Pengerusi, Yang Berhormat Dato' Muhammad Kushairi bin Abdul Talib Adun Slim sebagai ahli, Yang Berhormat Dato' Khairuddin Bin Tarmizi Adun Hutan Melintang sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Maslin Sham Razman Adun Bukit Chandan sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Ong Boon Piow Adun Bercham sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Leow Thye Yih Adun Pokok Assam sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Siva Subramaniam anak lelaki Athinarayanan Adun Buntong sebagai ahli. Yang berhormat Datuk Yang Dipertua bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perintah tetap 72 di mana Dewan ini hendaklah melantik secepat mungkin sebuah jawatankuasa yang dinamakan jawatankuasa hak dan kebebasan yang mengandungi Yang Berhormat Tuan Yang DiPertua sendiri sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang lain. Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa hak-hak dan kebebasan Dewan Negeri. Adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara perkara itu kepada Dewan Negeri. Yang Berhormat Dato' Yang DiPertua saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang disebutkan tadi adalah didapati sesuai untuk menjadi ahli ahli jawatankuasa tersebut. Dengan demikian saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik ahli-ahli jawatankuasa hak dan kebebasan itu.
Ada sokongan?
Dato' Yang Dipertua Rungkup menyokong.
Ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Tualang Sekah dan telah mendapat sokongan, sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada masa yang diperuntukkan bagi setiap pembahas dihadkan kepada lima minit seorang dengan seorang wakil kerajaan dan seorang wakil pembangkang dibenarkan berbahas. Masalahnya sekarang jalan usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Tualang Sekah yang berbunyi bahawa menurut perintah tetap 72 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan jawatankuasa hak dan kebebasan Negeri Perak Darul Ridzuan bagi tahun ketiga Dewan negeri yang ke-14 Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya hendaklah terdiri daripada Yang Dipertua Dewan negeri Perak dan selaku Pengerusi, Yang Berhormat Dato' Mohd Kushairi bin Abdul Talib Adun Slim sebagai ahli, Yang Berhormat Datuk Khairuddin Bin Tarmizi Adun Hutan Melintang sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Maslin Sham bin Razman Adun Bukit Chandan selaku ahli, Yang Berhormat Encik Ong Boon Piow Adun Bercham sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Leow Thye Yih Adun Pokok Assam sebagai ahli, Yang Berhormat Encik Siva Subramaniam anak lelaki Athinarayanan Adun Buntong selaku ahli. Tiada perbahasan dan sekarang saya jemput Ahli-ahli Yang Berhormat mengundi, ahli-ahli yang bersetuju sila bersuara bersetuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Usul melantik ahli-ahli jawatankuasa pilihan khas bagi mengkaji bangunan baru Dewan negeri Perak Darul RidzuanMotion
Usul melantik ahli-ahli jawatankuasa pilihan khas bagi mengkaji bangunan baru Dewan negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya menjemput Yang berhormat Rungkup untuk mengemukakan usul.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut perintah tetap 73 Dewan bersetuju mewujudkan jawatankuasa pilihan khas bagi mengkaji bangunan baru Dewan negeri Perak dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Dipertua Dewan negeri Perak Darul Ridzuan selaku pengerusi, Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad Tarmizi Bin Idris Adun Kenering sebagai ahli, Yang Berhormat Khairudin bin Abu Hanifah Adun Belanja sebagai ahli, Yang Berhormat Dr Jurij Bin Kalaludin Adun Lubuk Merbau sebagai ahli Yang Berhormat Encik Nga kor Ming Adun Aulong sebagai ahli, Yang Berhormat Cik Jenny Choy Tsi Jen Adun Canning sebagai ahli dan Yang Berhormat Adun Encik Yong Choo Kiong Adun Tronoh sebagai ahli. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua bagi memenuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perintah tetap 73 di mana Dewan telah bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa (tidak jelas) khas bagi mengkaji bangunan baru Dewan negeri Perak yang mengandungi yang berhormat tuan yang di-pertua sendiri sebagai pengerusi dan enam ahli Dewan yang lain. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang disebutkan tadi adalah didapati sesuai untuk menjadi ahli-ahli jawatankuasa tersebut dengan mereka dengan demikian saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik ahli-ahli jawatankuasa pilihan khas bagi mengkaji bangunan baru Dewan negeri Perak.
Ada sokongan
Tuan Yang DiPertua Kuala Kurau menyokong.
Ahli yang berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh yang berhormat Rungkup dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya ingin mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada, masa yang diperuntukkan bagi setiap pembahasan dihadkan kepada lima minit seorang dengan seorang wakil kerajaan dan seorang wakil pembangkang dibenarkan berbahas. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh yang berhormat Rungkup yang berbunyi bahawa menurut perintah tetap 73 Dewan bersetuju mewujudkan jawatankuasa pilihan khas bagi mengkaji bangunan baru Dewan negeri Perak dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan selaku pengerusi, Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad Tarmizi Bin Idris Adun kenering sebagai ahli, Yang Berhormat Khairudin bin Abu Hanifah Adun Belanja sebagai ahli, Yang Berhormat Dr Jurij Bin Jalaludin Adun Lubuk Merbau sebagai ahli Yang Berhormat Encik Nga kor Ming Adun Aulong sebagai ahli, Yang Berhormat Cik Jenny Choy Tsi Jen Adun Canning sebagai ahli dan Yang Berhormat Adun Encik Yong Choo Kiong Adun Tronoh sebagai ahli. Tiada perbahasan dan sekarang saya jemput ahli-ahli yang berhormat mengundi ahli-ahli yang bersetuju sila bersuara bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion
Usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengemukakan usul.
Yang Berhormat Dato' Yang DiPertua terlebih dahulu mohon saya mengucapkan tahniah di atas lantikan Yang Berhormat sebagai Tuan Yang DiPertua. Dato' Yang DiPertua saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi menyembah ucapan Tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut.
Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua dan ahli Dewan negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini berapa sembah menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja bersempena pembukaan rasmi tahun ketiga Dewan negeri yang ke-14 Perak Darul Ridzuan
Ada sokongan?
Kota Tampan menyokong.
Ahli Yang Berhormat, dihadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat menteri besar dan telah mendapat sokongan sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada dia kan dia ada. Masa yang diperuntukkan bagi setiap membahas dihadkan kepada lima minit seorang dengan seorang wakil kerajaan dan seorang wakil pembangkang dibenarkan berbahas. Masalahnya sekarang di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi, "Ampun Tuanku, patik sekalian iaitu Yang Dipertua timbalan Yang Dipertua dan ahli Dewan negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran titah
Diraja sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Keempat yang ke-14 dan tiada pembahasan. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat mengundi Ahli yang bersetuju sila berusaha, bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara bersetuju maknanya usul itu dipersetujui. Ahli yang berhormat saya ingin memaklumkan bahawa setiap soalan lisan yang telah dikemukakan akan dijawab secara bertulis dalam tempoh dua minggu dan boleh diakses melalui sistem di edewan.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua saya ingin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Ada sokongan?
Kota Tampan menyokong.
Ahli Yang berhormat yang berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Sebelum daripada itu, saya ingin Dewan ini merekodkan rakaman merakamkan ucapan terima kasih kepada immediate past Speaker Tuan Yang Dipertua yang sebelum ini dan juga Timbalan Yang Dipertua atas khidmat mereka kepada Dewan Negeri ini. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.