Perak · 27 October 2020
14th Assembly, 3rd session, 2nd meeting · 281 turns · 21,631 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang Dipertua.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Pertama Mesyuarat KeduaTahun Ketiga Dewan Negeri Yang ke 14 Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 27 Oktober 2020, jam 10 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian Hamba mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.
Ahli Dewan Negeri kawasan Slim mengangkat sumpah
Perkara yang kedua, Ahli Dewan Negeri kawasan Slim mengangkat sumpah.
Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi; Wabillahi; Watallahi; Adalah saya Mohd Zaidi bin Aziz yang telah dipilih sebagai seorang Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, bersumpah bahawa sesungguhnya saya dengan setianya akan menjalankan tanggungjawab saya dengan sedaya upaya saya akan taat setia sepenuhnya kepada Negeri Perak Darul Ridzuan dan kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, bahawa saya Mohd Zaidi bin Aziz bersumpah dengan sesungguhnya akan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan mengikut undang-undang.
Pengumuman Dato' Yang Dipertua
Perkara yang ketiga, pengumuman Dato' Yang Dipertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, saya ingin merakamkan ucapan takziah bagi pihak Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan kepada keluarga mantan ADUN kawasan Slim iaitu Allahyarham Dato' Mohd Khusairi bin Abdul Talib atas kembalinya kerahmatullah pada 15 Julai 2020. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Bagi yang beragama Islam, marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah ke atas roh Allahyarham, manakala yang bukan beragama Islam bertafakur untuk seketika. Al-Fatihah. Terima kasih. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Mohd Zaidi bin Aziz yang telah mengangkat sumpah sebagai ADUN kawasan Slim yang baru. Semoga Yang Berhormat dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat di kawasan Slim. Seterusnya izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman. Perkara yang pertama berkenaan Peterana Diraja, Ahli-Ahli Yang Berhormat, persidangan hari ini merupakan persidangan yang paling bersejarah bagi Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Julung kalinya Dewan yang mulia ini menyaksikan Peterana Diraja dikhususkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, berkuat kuasa serta-merta. Sukacita dimaklumkan pengkhususan Peterana Diraja ini dibuat bersesuaian dengan kedudukan tertinggi baginda Tuanku sebagai Raja Pemerintah dan jajahan takluk Negeri Perak Darul Ridzuan. Selain itu ianya juga dilaksanakan bagi memartabatkan kedudukan baginda Tuanku yang memayungi Dewan Negeri sebagai Badan Tertinggi Perundangan Negeri. Selaras dengan Perkara 28, Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan.
Perkara yang kedua ingin saya maklumkan ialah berkenaan pematuhan prosedur operasi standard SOP kawalan pencegahan Covid-19 sepanjang persidangan hari ini berlangsung. Seperti yang diketahui SOP tersebut dilaksanakan bagi membendung penularan Covid-19. Justeru saya memohon kerjasama sepenuhnya daripada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua atau wakil jabatan dan agensi serta para petugas agar dapat mematuhi SOP yang ditetapkan.
Perkara yang ketiga, berkenaan laluan ke Dewan Negeri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dan semua ketua atau wakil jabatan serta agensi. Sepanjang persidangan hari ini, laluan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan para ketua atau wakil jabatan dan agensi dikhususkan melalui pintu D dan pintu E.
Perkara yang keempat, berkenaan Dewan Makan ADUN. Sejajar dengan SOP, langkah kawalan pencegahan Covid-19, jumlah maksimum individu yang dibenarkan berada di dalam Dewan Makan ADUN pada sesuatu masa dihadkan kepada 100 orang sahaja. Oleh yang demikian kebenaran untuk berada atau menggunakan kemudahan menjamu selera di Dewan Makan ADUN hanya dikhususkan kepada yang Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ex-Officio, Yang Berhormat EXCO, Ahli-Ahli Yang Berhormat. Bagi kesemua ketua atau wakil jabatan dan agensi serta para pegawai khas bolehlah menggunakan kemudahan menjamu selera yang disediakan di ruang legar berhadapan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri. Untuk makluman, lokasi kemudahan tersebut yang dinyatakan ada dipaparkan pada pas masing-masing. Sekiranya sesuatu kemudahan tersebut didapati agak sesak atau terbatas pada sesuatu masa, Ahli-Ahli Berhormat serta pegawai-pegawai berkenaan adalah dibenarkan untuk menjamu selera di lokasi yang kurang sesak. Walau bagaimanapun SOP yang berkaitan seperti penjarakan fizikal masih lagi perlu dipatuhi dengan sepenuhnya.
Perkara yang kelima, sesi soalan lisan. Saya ingin memaklumkan tempoh masa yang ditetapkan bagi sesi soalan lisan pada persidangan hari ini ialah 1 jam 30 minit.
Perkara yang keenam, berkenaan Rang Undang-Undang. Saya ingin memaklumkan bahawa terdapat satu notis usul Rang Undang-Undang (RUU) iaitu Pindaan Perkara 30, Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan yang telah diterima oleh Setiausaha Dewan Negeri akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Chenderiang.
Perkara yang ketujuh, berkenaan hansard rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi persidangan hari ini selewat-lewatnya pada jam 12 tengah malam. Ahli-Ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh tujuh hari daripada hansard yang dipaparkan. Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut.
Perkara yang kelapan, berkenaan soalan lisan yang tidak sempat dijawab. Jawapan soalan lisan yang tidak sempat dijawab boleh dimuat turun melalui sistem e-dewan dalam tempoh 7 hari selepas tamat persidangan.
Perkara yang kesembilan, berkenaan soalan bertulis. Jawapan soalan bertulis boleh dimuat turun melalui sistem e-dewan dalam tempoh tujuh hari juga selepas tamat persidangan.
Perkara yang kesepuluh, berkenaan siaran secara langsung atau live streaming, persidangan kita pada hari ini boleh diikuti secara langsung melalui saluran YouTube. Pautan berkaitan live streaming tersebut dipaparkan melalui portal dan facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Perkara yang kesebelas, dalam usaha yang berterusan untuk memperkasakan institusi Dewan serta membantu Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai legislator serta wakil rakyat yang efektif adalah dicadangkan tertakluk kepada peruntukan kepada Kerajaan Negeri agar diwujudkan Executive Lounge untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat di kawasan Dewan Negeri. Ianya bertujuan untuk memberi kemudahan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pegawai khas masing-masing bukan sahaja sepanjang tempoh mesyuarat dewan negeri berlangsung tetapi juga pada masa yang akan datang sepanjang tahun. Ini akan membolehkan Ahli-Ahli Yang Berhormat dan pegawai khas terutamanya yang berada di luar kawasan Ipoh menggunakan kemudahan ala Shared Office atau Working Space Dewan Negeri apabila berada di sini. Ianya boleh digunakan sebagai tempat bermesyuarat dan bertemu dengan para pegawai serta kakitangan kerajaan peringkat negeri apabila Ahli-Ahli Yang Berhormat berada di Ipoh.
Perkara yang kedua belas, berkenaan Galeri Dewan Negeri. Saya berpandangan terdapat keperluan bagi mewujudkan sebuah Galeri Dewan Negeri. Galeri ini akan menjadi satu platform yang dapat menjadi sumber maklumat dan pendidikan berkaitan prinsip Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen serta sejarah perkembangan berkaitan Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Ianya berguna untuk dirujuk dan dilawati oleh golongan pelajar sekolah, mahasiswa dan orang awam dari negeri ini. Sehubungan itu beberapa langkah awal akan dilaksanakan bagi merealisasikan kewujudan Executive Lounge dan Galeri Dewan Negeri tersebut. Terima kasih. Tebing Tinggi.
Terima kasih, saya ingin penjelasan selaku pembangkang mewakilkan rakan-rakan sebelah sini bahawa kami ingin menegaskan bahawa perkara lantikan speaker seperti yang dimaktubkan di bawah Peraturan Tetap 3 khususnya Peraturan Tetap 4 dan kita telah pun memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, yang tuan pengerusi telah membuat balasan untuk memohon track out tindakan tersebut. Jadi kehadiran kami di sini ialah sebenarnya untuk menjunjung kemuliaan Dewan dan sebagaimana yang kita semua maklum bahawa Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Dato' Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara kelmarin, menyeru kita semua, Ahli-Ahli Politik supaya mengurangkan politicking. Maka itu kami hadir pada pagi ini dan pada masa yang sama saya ingin menegaskan bahawa kita menunggu keputusan mahkamah seperti yang saya katakan tadi Tuan Yang Dipertua tadi telah pun mengemukakan balasan dan memohon track out tindakan tersebut dan atas semangat itu kami hadir dan kita menunggu keputusan mahkamah tetapi bagaimanapun kami tetap dengan pendirian kami yang telah pun kita nyatakan sebelum ini tentang pelantikan Tuan Yang Dipertua selaku pemimpin dewan ini tetapi kita tidak memperpanjangkan isu ini dan saya rasa media dan rakyat diluar sana, rakan-rakan sebelah sana pun faham kedudukan kita. itu sahaja yang hendak saya tekankan, terima kasih.
Terima kasih Tebing Tinggi, saya ambil maklum. Changkat Jering…Changkat Jering.
Saya mohon untuk menggunakan Standing Order, 36(4) iaitu adalah menyalahi peraturan kita dicuba menimbangkan semula apa-apa perkara tertentu yang telah diputuskan oleh Dewan Negeri dalam penggal dewan negeri yang berjalan. Jadi saya ingat, apa yang dimaklumkan tadi sebenarnya tak boleh pun kita masukkan sebenarnya sebab benda ini telah diputuskan, itu yang pertama. Yang kedua kalau kita melihat juga dalam Perkara 23(1)(g) Perintah Tetap juga iaitu berkaitan..berkaitan dengan subjudis yang mana bila perkara sudah dibawa dalam pertimbangan mahkamah sepatutnya tidak lagi di bawah ke dalam Sidang Dewan pada hari ini. Jadi saya fikir cubaan daripada Tebing Tinggi, untuk mengetengahkan isu-isu ini sebenarnya cuba mengelirukan mereka yang diluar sana dan kita di seberang sini pun sebenarnya jelas, kita tidak ada apa-apa pun politikdan sebagainya. Kita fokus untuk bersama rakyat. Jadi saya ingat Tuan Yang Dipertua boleh mengambil kira perkara ini dan jelas Tuan Yang Dipertua, usul pemilihan bagi Speaker DUN Perak yang baru sebenarnya telahpun diterima oleh Pejabat Setiausaha Dewan pada 4 Mei tahun 2020 dan seterusnya notis untuk pindaan usul pemilihan Speaker yang baru yang tidak mengubah asas atau tujuan usul bagi pemilihan Speaker yang baru tersebut telahpun diterima sebenarnya oleh SU Dewan pada 8 Mei tahun 2020 dan jelas di sini usul pemilihan Speaker untuk DUN Perak yang baru telah dicadangkan, disokong dan diluluskan melalui ketetapan DUN Perak yang bersidang pada 12 Mei 2020. Saya mohon untuk pertimbangan sewajarnya.
Ok Terima kasih, saya ambil maklum pada pandangan keduanya daripada Tebing Tinggi dan juga daripada Changkat Jering dan kita atas semangat Dewan dan juga atas Titah ucapan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku jelas politicking dan kita move on. Jadi kita teruskan dengan persidangan. Setiausaha. Perkara yang sama juga iaitu Standing Order, ini hendak beri penjelasan atau....
Hendak minta penjelasan Speaker sebelum kita mula bicara. Terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada pada pagi ini, cuma sebelum mula saya ingin mendapatkan kepastian daripada
Yang Dipertua, saya difahamkan ada ramai rakan-rakan media yang kini tidak dapat masuk ke dalam Dewan ataupun di sekitar bangunan SUK tetapi mereka ditugaskan untuk membuat liputan tentang sidang DUN yang berlangsung pada hari ini. Saya nampak mereka tu kesian, sebab mereka semua sangkut dekat guard house dekat luar. Ini bukan merupakan kali pertama, pada sidang yang lepas mereka mengalami nasib yang sama, yang tidak boleh dimasukkan ke dalam, dan kalaulah sebab Covid mereka tidak boleh masuk ke dalam Dewan, tetapi saya rasa mungkin Yang Dipertua boleh sediakan satu ruang yang selesa kepada mereka sebab mereka datang sini bukan nak kunjungan Dewan, tetapi untuk kerja tugasan mereka. Saya minta bagi tahu Yang Dipertua untuk pertimbangkan permintaan saya. Terima kasih
Terima kasih Simpang Pulai, saya ambil maklum, Dewan ambil maklum mengenai cadangan tersebut, tetapi saya ingin maklumkan bahawa disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini, dan juga kekangan tempat yang ada, kita telah membuat liputan, saya sendiri telah membuat press conference rasmi, sidang akhbar rasmi minggu lepas dengan urus setia Dewan yang mana kita telah memaklumkan bahawa tempat adalah terhad disebabkan kena ada penjarakan fizikal disebabkan peraturan yang ada. Oleh yang demikian, beberapa media-media rasmi yang telah kita sampaikan melalui Jabatan Penerangan sahaja yang dijemput pada dalam sini. Walau bagaimanapun, sebab itu kita ada live streaming. Saya dimaklumkan juga bahawa ada tempat yang sesuai untuk media, supaya mereka boleh mengikuti secara live dan tidak ada yang tertinggal untuk mengikuti sidang Dewan kita pada hari ini dan juga sidang Dewan yang akan datang. Tapi tak apa, nanti saya akan check dengan urus setia untuk buat, apa orang kata, persiapan yang sepatutnya. Dah ada pun, nanti kita maklumkan kepada media yang ada di luar sana, terima kasih.
Membentangkan Surat-Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Perkara yang keempat, membentangkan Surat-Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, dari Bil. 24/2020 hingga Bil. 25/2020 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan, pada 19 Oktober 2020.
1. Bil. 24/2020 - Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Yayasan Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2018;
2. Bil. 25/2020 - Laporan Ketua Audit Negara mengenai Pengurusan Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak tahun 2018, Siri 3 serta Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 3 dan Memorandum Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri mengenai Pengurusan Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak.
Soalan yang telah diberi notis, Soalan LisanQuestions
Perkara yang kelima, soalan yang telah diberi notis, Soalan Lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam 30 minit. Tempoh masa bagi setiap soalan lisan adalah 8 minit, iaitu 3 minit bagi pihak kerajaan menjawab soalan lisan, 30 saat bagi pertanyaan setiap soalan tambahan dan 2 minit bagi pihak kerajaan menjawab setiap soalan tambahan tersebut. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan.
Saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar.
Terima kasih Dato' Speaker, soalan saya adalah soalan 1, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat daripada Malim Nawar, jumlah import makanan pada ketika ini adalah melebihi RM50 bilion ringgit setahun. Kadar import yang tinggi ini menunjukkan potensi yang amat besar dalam sektor pertanian.
Cuba Yang Berhormat bayangkan, jika petani-petani tempatan khususnya di negeri Perak dapat mengambil peluang untuk mengeluarkan produk pertanian bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada import makanan. Tambahan pula, kesan daripada wabak Covid-19 juga telah menyebabkan sesetengah individu kehilangan mata pencarian bagi kelangsungan hidup. Oleh itu, cadangan untuk menyewa tanah-tanah di bawah kerajaan ataupun syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ataupun GLC oleh golongan-golongan yang terjejas pendapatannya adalah amat dialu-alukan.
Bagi menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Marghfullah, untuk Negeri Perak menjadi antara penyumbang utama kepada sekuriti makanan negara, Kerajaan Negeri telah mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dan Badan-Badan Berkanun untuk memastikan tiada tanah-tanah yang terbiar. Tanah-tanah yang masih belum dibangunkan perlu dimanfaatkan untuk kegiatan pertanian.
Ini sekali gus membuka peluang kepada mereka yang kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak Covid-19 untuk menjana pendapatan dalam bidang pertanian. Oleh itu, cadangan untuk menyewa tanah-tanah di bawah Kerajaan Negeri atau pun GLC negeri oleh golongan yang terjejas adalah amat dialu-alukan.
Lembaga Perumahan Dan Hartanah Negeri Perak (LPHP), Perbadanan Menteri Besar dan lain-lain GLC negeri terbuka kepada cadangan tersebut sekiranya terdapat tapak yang dipohon masih belum mempunyai apa-apa komitmen atau belum sesuai untuk diusahakan. Para petani atau individu yang berminat, boleh mengemukakan permohonan bertulis kepada GLC yang berkaitan. Pihak kerajaan melalui jabatan dan agensi komited untuk menjayakan agenda ini. Kita bukan sahaja bersedia untuk membantu dari aspek penyewaan tanah, tetapi juga menawarkan khidmat nasihat teknikal, peluang pasaran dan kursus-kursus yang relevan bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berjaya di negeri ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Malim Nawar.
Soalan tambahan saya, apakah rancangan jangka masa panjang Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah petani-petani yang tidak memiliki tanah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhoramat. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi petani-petani yang telah mengusahakan ataupun sedang mengusahakan tanah kerajaan tanpa kebenaran, kerajaan sedang melakukan proses pemutihan dan ianya banyak dilakukan melalui SADC sama ada melalui sewaan ataupun pajakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri juga sedang meneliti tapak-tapak Rancangan Pertanian Berkelompok atau lebih dikenali sebagai RTB untuk kita segerakan pemberian hak milik. Dengan pemberian hak milik ini akan membolehkan para petani untuk merancang usaha-usaha pertanian dengan lebih apa namanya sistematik untuk satu pelan jangka panjang.
Selain daripada itu juga, kerajaan memperkenalkan program-program seperti urban farming dan juga community farming di atas tanah milik kerajaan ataupun tanah-tanah milik agensi kerajaan yang tidak digunakan di dalam kawasan bandar. Antara tapak yang telah pun dikenal pasti untuk dibangunkan dengan kerjasama sebagai contohnya Menteri Besar Incorporated adalah di kaki Gunung Mat Surat, di kawasan sekitar Gunung Rapat, Gunung Lang termasuk juga dengan Taman Herba di Gopeng.
Apa namanya, selain itu juga, program urban farming yang berasas komuniti juga melibatkan dengan kawasan di dalam kawasan-kawasan perumahan. Program ini ada yang telah kita mulakan di Taman Meru Perdana di Chemor pada bulan Julai yang lalu dan akan disusuli di Taman Villa MDP di Tanjung Rambutan yang akan bermula pada bulan November 2020 ini. Jadi secara umumnya kerajaan amat menerima baik usaha-usaha yang akan dibuat oleh mereka-mereka yang berminat untuk memasuki sektor pertanian ini dan InsyaAllah jika mereka menghubungi agensi kerajaan seperti SADC, tentunya kita akan mencari jalan bagaimana kita boleh membantu mereka memulakan pertanian dan kerajaan juga menggalakkan kepada mereka yang sedang mengusahakan tanah-tanah kerajaan tanpa kebenaran eloklah ke depan dan kita akan melakukan proses pemutihan supaya mereka dapat membuat perancangan yang lebih sistematik kepada usaha pertanian mereka.Terima kasih Yang Berhormat.
Batu Kurau.
Terima kasih. Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Chenderiang tentang apa ni bagaimanakah usaha kerajaan yang telah diambil atau telah dilakukan untuk menarik lebih ramai belia ramai belia-belia kita ini meminati dan juga menjalankan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pada industri pertanian sebab mereka adalah tenaga utama tenaga yang yang yang masih aktif yang masih segar dan kalau kita tak ada kan usaha-usaha seperti itu mungkin lah kita akan kekurangan makanan untuk satu hari nanti. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri telahpun menyediakan pelbagai insentif dalam bentuk bantuan pembangunan fizikal, projek tanaman, penternakan dan juga program pembangunan modal insan sebagai contoh Program Agropreneur muda yang dikhususkan kepada golongan belia untuk menceburkan diri dalam industri berasaskan pertanian. Melalui program ini, para peserta diberi bantuan dalam bentuk In-Kind Contribution ataupun IKC untuk menambahbaik dan meluaskan lagi projek sedia ada peserta. Dalam masa yang sama kerajaan juga menyediakan latihan jangka panjang dan jangka pendek di beberapa pusat-pusat latihan pertanian yang bertauliah di bawah jabatan ataupun agensi pertanian bagi memantapkan kemahiran memperkenalkan teknologi-teknologi pertanian yang baru serta pengurusan ladang yang baik kepada para peserta. Dalam masa yang sama juga kita mengadakan agen pengembangan tanaman ataupun (APT) dan juga agen pengembangan industri asas tani ataupun (APIAT) turut disediakan bagi membimbing para peserta untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan bagi golongan muda seperti yang disebutkan. Terima kasih Yang Berhormat.
Dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Trong. Hulu Kinta, dua soalan sahaja Hulu Kinta. Nanti ada peluang yang lain boleh tanya. Yang Berhormat dari Kawasan Trong, silakan.
Nak tambah sikit je soal, soal pertanian sikit.
Dua soalan sahaja.
Nak tanya sikit, sikit-sikit je, penting-penting ni isu rakyat.
Tuan Yang Dipertua.
Hulu Kinta.
Terbang tinggi si kakak tua, soalan saya nombor 2.
Exco. Hulu Kinta sila duduk.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mengambil peluang untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Trong bagi soalan A.
Selain daripada Baitulmal, agensi yang menyediakan bantuan baik pulih rumah ialah pertama, Kementerian Pembangunan luar bandar, KPLB melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dengan kos maksimum RM13 ribu ringgit. Versi kedua ialah Yayasan Perak melalui Program Sayangi RumahKu dengan kos maksima baikpulih sebanyak RM15 ribu ringgit. Soalan B, pada tahun 2020 kerajaan Negeri Perak memperuntukkan sebanyak RM1.3 juta ringgit untuk Program Sayangi RumahKu. Oleh yang demikian, Yayasan Perak telah dan sedang melaksanakan program ini setakat kemampuan kewangan yang ada walaupun permintaannya adalah sangat tinggi. Soalan C, untuk makluman tempoh permohonan bantuan baik pulih rumah adalah adalah 45 hari hingga 60 hari daripada tarikh penerimaan borang permohonan yang lengkap. Selepas permohonan diterima, akan dibuat saringan kelayakan sebelum lawatan ke rumah yang berkenaan. Sekiranya permohonan berkelayakan akan diangkat ke Mesyuarat Panel Kelulusan Yayasan Perak untuk diluluskan. Walau bagaimanapun, kemungkinan akan ada kelewatan-kelewatan yang tak dapat dielakkan atas sebab-sebab teknikal. Terima kasih.
Trong.
Soalan, soalan tambahan, Adakah jawapan gagal atau lulus ataupun sedang dipertimbangkan diberikan kepada pemohon-pemohon supaya mereka dapat sekurang-kurangnya mengetahui status permohonan.
Dato’ Yang Dipertua, terima kasih. Sudah tentu mereka yang diluluskan permohonannya akan dimaklumkan kerana mereka perlu membuat persiapan, terima kasih.
Pasir Berdamar.
Terima kasih Tuan speaker. Boleh saya tanyakan berkenan dengan apa Yang Berhormat dengan berkata tadi bahawa permintaan adalah sangat tinggi lah untuk rumah untuk dibaik pulih dan melihat keadaan ini adakah apa-apa cadangan untuk meninggikan atau pun memberi peruntukkan yang lebih bagi sektor ini memandangkan isu perumahan ini adalah satu perkara yang sangat penting bagi rakyat negeri Perak dan memandangkan kita tidak ada banyak perumahan apa tu perumahan ataupun rumah-rumah yang dimiliki oleh kerajaan negeri yang disewakan kepada orang awam dan cara pembaikkan adalah suatu cara yang baik untuk menolong rakyat Perak. Jadikah.. Apakah jangkaan untuk menambahkan peruntukkan dalam bidang ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Berdamar. Dato' Yang Dipertua, setelah kita meneliti tentang keperluan dan juga peningkatan permohonan daripada rakyat Negeri Perak untuk membaik pulih rumah, Jadi kita bersetuju jumlah RM1.3 juta ringgit itu tidak mencukupi dan untuk peruntukan tahun hadapan Yayasan Perak telah memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menambah peruntukan bantuan tersebut kepada RM5 juta ringgit. Ia bergantung kepada kemampuan kerajaan insya-allah kita akan bahaskan dalam bajet 2021. Terima kasih.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Tebing Tinggi.
Soalan nombor tiga Yang Berhormat.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat, Dato' Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan dalam Negeri dan Persekutuan, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Tebing Tinggi, saya ingin merangkumkan dan jawapan soalan lisan yang diajukan kepada saya oleh Yang Berhormat Temenggor.
Untuk makluman ahli-ahli Dewan yang mulia, pandemik covid-19 telah pun memberi impak yang besar kepada ekonomi dunia dan sudah tentu Perak tidak terkecuali menerima kesan daripada penularan wabak ini. Sehingga September 2020 terdapat 2995 pekerja yang telah diberhentikan di mana melibatkan 1693 pekerja lelaki dan 1282 pekerja wanita dalam Negeri Perak. Senario ini telah melibatkan pekerja daripada empat sektor iaitu sektor perkilangan sebanyak 683, sektor perhotelan dan penyediaan makanan sebanyak 590, sektor pemborongan dan peruncitan sebanyak 522 kes dan lain-lain sektor sebanyak 1180 pemberhentian. Dalam membantu pekerja dan penganggur yang terkesan ini, Kementerian Sumber Manusia telah memperuntukkan sejumlah dana di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) melalui pakej rangsangan ekonomi. Di antara inisiatif-inisiatif yang sedia ada dan juga yang disediakan yang pertama adalah portal pekerjaan My Future Job. Sebuah portal atas talian bagi membantu pencari kerja serta menyediakan padanan pekerjaan di bawah pelan jana semula ekonomi negara ataupun PENJANA dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan dan yang kedua, program perkhidmatan pekerjaan di mana pekerja yang diberhentikan kerja diminta menyertai aktiviti perkhidmatan pekerjaan seperti temu duga terbuka, karnival kerjaya sebanyak 9 sesi temu duga terbuka dan 4 karnival telah pun disertai oleh 67 majikan yang terdiri daripada pelbagai sektor perindustrian yang meliputi 9611 peluang pekerjaan yang baru. Jadi faedah yang kedua itu. Faedah skim insurans pekerja ataupun SIP skim insurans yang di carum semasa pekerja bagi melindungi pekerja apabila hilang pekerjaan terdapat 3 jenis perlindungan. Yang pertama, itu elaun mencari pekerjaan EMP itu gantian pendapatan bagi mereka yang kehilangan pendapatan tunggal. Penerima faedah yang layak akan menerima elaun di antara tiga hingga enam bulan tempoh bayaran faedah adalah berdasarkan kepada syarat kelayakan yang di carum. Yang kedua iaitu elaun pendapatan berkurangan iaitu gantian pendapatan bagi pada mereka yang mempunyai lebih daripada satu majikan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaan tetapi tidak kehilangan kesemua majikannya dalam keadaan kehilangan kesemua pekerjaan pemohon layak menerima elaun mencari pekerjaan dan juga elaun pendapatan yang berkurangan. Kadar dan tempoh bayaran adalah sama seperti elaun mencari pekerjaan dan yang ketiga iaitu elaun bekerja semula awal iaitu satu insentif kewangan bagi pekerja yang kembali bekerja semula awal dalam tempoh elaun mencari pekerjaan kadar bayaran adalah sebanyak 25 peratus daripada elaun mencari pekerjaan yang belum dibayar dan ianya dibayar secara pukal.
Yang keempat iaitu insentif penjana pekerjaan diperkenalkan di bawah pelan jana semula ekonomi negara ataupun PENJANA yang bertujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan mencari kerja tempatan. Untuk peringkat Negeri Perak antara insentif dan langkah yang dilaksanakan di bawah pakej rangsangan ekonomi Fasa 2 iaitu program transformasi pekerjaan workpro dengan sasaran seramai 1500 peserta bermula daripada Jun hingga Disember 2020 dan sehingga kini seramai 402 orang pekerja telah menjalani latihan di bawah fasa 1 bermula daripada Jun hingga September 2020, melibatkan 15 kursus jangka pendek yang dipecahkan kepada 3 kategori iaitu latihan peralihan tenaga kerja, latihan pengekalan tenaga kerja, dan juga latihan peningkatan kemahiran. Kursus-kursus yang dilaksanakan ini bertujuan untuk tambah nilai iaitu dengan izin skill to survive dalam mengaplikasikan latihan yang diberi untuk mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan baru yang pertama iaitu, perkhidmatan gunting rambut rumah ke rumah, penjagaan dan juga urutan wanita selepas bersalin, pembuatan pastri yang dihantar melalui pelanggan kepada pelanggan melalui perkhidmatan perniagaan itu penghantaran e-hailing dan juga pekerjaan membaiki pendawaian elektrik dan juga penghawa dingin secara mobile. Sekian.
Tebing Tinggi? Sungkai.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Sebelum saya meneruskan dengan soalan saya, ingin saya menyatakan di sini, ini adalah kali pertama dalam sejarah Negeri Perak di mana jawatan EXCO sumber manusia tidak ada. Physically tidak ada jawatan EXCO pelantikan EXCO, yang ada yang ada adalah...
Yang Berhormat Sungkai, soalan?soalan?.
Terima kasih, daripada jawapan yang diberikan Yang Berhormat, nampaknya agensi yang memainkan peranan penting dalam isu kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan kesan pandemik Covid-19 adalah SOCSO dan SOCSO ini hanya mewakili lebih kurang 8 juta pencarum saja, tapi jumlah pekerja yang ada di Malaysia pada hari ini adalah 15 juta malah 1.6 juta penjawat kerajaan maka ada lebih kurang 6 juta pekerja tidak dapat lindungan di bawah SOCSO ini iaitu khasnya SIP skim insurans pekerja dan angka yang dibagi oleh Yang Berhormat yang diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 adalah sebanyak 2999 anak-anak Perak. Apabila diberhentikan kerja di bawah dengan alasan pandemik Covid-19, ada dua jenis pekerja satu adalah anak tempatan yang bekerja di Perak, golongan kedua adalah anak tempatan Perak kelahiran Perak yang bekerja di luar Perak itu umpamanya contohnya Air Asia,telah memecat lebih kurang 5000 pekerja. Begitu juga MALINDO baru-baru ini telah memecat lebih kurang 4000 pekerja baru-baru ini.
Yang Berhormat..faham tapi janganlah meleret-leret.
Soalan nanti tak faham, Jadi berapakah anak-anak tempatan yang bekerja di luar Perak yang kehilangan. Nombor 2 adalah berkaitan dengan SOCSO berapakah pencarum apakah akan jadi kepada yang tidak mencarum kepada SOCSO. SOCSO mengatakan 4000 ke bawah boleh mencarum, RM4000 gaji ke atas tak ada dengan jadi golongan yang ada satu golongan besar. Ketiga apakah inisiatif-inisiatif Kerajaan Negeri Perak untuk mewujudkan kerja-kerja baru berkaitan dengan pelaburan-pelaburan dari Mac tahun ini hingga setakat ini. Terima kasih.
Terima kasih Sungkai, yang pertama memang kita ada EXCO yang khusus bagi pihak kerajaan untuk menjaga pekerja itu di bawah EXCO pendidikan lah macam kita under development tidak keseluruhan kepada pekerja, cuma menjawab kepada persoalan dikatakan statistik untuk anak- anak yang bekerja di luar Perak dan juga di dalam Perak. Yang pertama, jumlah yang dinyatakan tadi mungkin melebihi daripada itu cuma kita mengambil statistik ini adalah berdasarkan kepada mereka yang berdaftar dengan dengan jabatan dengan SOCSO jadi jumlah ini yang kita dapat mengetahui dan mereka ini adalah semuanya daripada Perak dan untuk di luar Perak statistiknya mungkin mereka mendaftar di tempat sama di mana mereka itu atau kesan dengan dengan betul dan jumlah untuk yang mereka-mereka yang tidak mencarum dalam SIC yang sebenarnya yang terlibat dalam pekerjaan itu mungkin kita akan dapat statistik dan itu mungkin dia untuk penguatkuasaan lah supaya semua majikan mematuhi dan mendaftar ataupun menginsuranskan pekerja mereka di bawah SIC.
Soalan tambahan Dato’.
Batu Kurau.
Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin bertanyakan soalan kepada EXCO Pendidikan kita ini ditanya sejauh mana pandemik covid-19 ini memberi kesan terhadap Technical and Vokasional education atau TVET dalam sistem pendidikan kita di negeri Perak. Terima Kasih.
Yang Berhormat, soalan itu agak keluar daripada pekerjaan. Tapi saya serahkan kepada EXCO sama ada...
Kesan daripada pandemik Covid-19 tu.
Terima kasih Batu Kurau, jadi Memanglah kesan daripada apa covid ni melibatkan berbagai-bagai sektor dan sebagai tau sebagaimana yang kita maklum bahawa kerajaan menyediakan satu apa training yang dipanggil TVET iaitu Technical Vocational Education yang dibuat. Jadi setakat ini kerajaan tidak ada satu bagi pihak Negeri Perak dia tidak ada satu skim untuk membantu kepada TVET ni. Tapi walaubagaimanapun kepada mereka yang terkesan dan ingin mengikuti kursus TVET ni mereka bolehlah mendapat apa pinjaman atau pun bantuan daripada Jabatan Pembangunan dan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber yang diberi dalam bentuk elaun melalui pembayaran elaun bulanan oleh syarikat yang menawarkan skim latihan 2 latihan dual Nasional. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Canning.
Soalan saya soalan nombor 4.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih
Dato' Yang Dipertua. Untuk makluman Yang Berhormat Canning, menyedari kepentingan sektor pelancongan kepada pembangunan sosial dan ekonomi, Kerajaan Negeri Perak telah mengambil inisiatif dengan mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Negeri Perak Fasa 2 bagi sektor pelancongan dengan peruntukan sebanyak RM10.84juta ringgit bagi menyemarakkan semula industri pelancongan negeri pasca PKP.
Bantuan dan insentif yang diumumkan akan memberi manfaat kepada penggiat industri pelancongan dan kebudayaan seperti pengusaha premis penginapan, pengusaha syarikat pelancongan, pengusaha homestay, pemandu pelancong, usahawan kreatif dan juga melibatkan pembangunan infrastruktur di beberapa lokasi. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan negeri melalui Tourism Perak dalam usaha untuk membantu industri pelancongan termasuklah yang pertama, pelancaran pematuhan amalan baik pelancongan Perak ataupun Perak Good Practice Guide dengan izin bagi mengembalikan keyakinan pelancong untuk hadir semula ke negeri Perak pasca PKP. Lanjutan itu, Kerajaan Negeri dibantu oleh badan bukan kerajaan (NGO) telah mewujudkan jawatankuasa pematuhan amalan baik pengendalian produk Pelancongan Negeri Perak pasca covid-19 dengan tujuan untuk mengembalikan keyakinan pelancong supaya mereka berasa selamat di dalam negeri kita dan pada waktu yang sama juga menjaga keselamatan pekerja-pekerja di dalam industri pelancongan. Jawatankuasa ini telah mengadakan penilaian ke atas produk pelancongan dengan memastikan SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dapat dipatuhi dan juga dipraktikkan. Penilaian ini telah pun dijalankan di daerah-daerah seperti Ipoh, Taiping, Pulau Pangkor dan akan dipanjangkan pelaksanaannya ke seluruh Negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak bersama-sama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengadakan taklimat dan kursus pengendalian nyahkuman dan sanitasi bangunan premis pelancongan termasuk hotel kepada semua pemain industri di keseluruhan negeri. Yang kedua, pemerkasaan modal insan, Kerajaan Negeri juga telah mengambil pendekatan untuk mempertingkat dan memperkasakan kebudayaan modal insan dengan menyediakan latihan TVET untuk membantu pekerja-pekerja industri dan pemandu-pemandu pelancong yang terkesan secara langsung akibat penularan wabak covid-19.
Ini dilakukan dengan bantuan jawatankuasa TVET Negeri Perak. Dengan adanya program ini, ianya dapat membantu mempertingkatkan bukan sahaja pengetahuan serta kemahiran sebagai satu nilai tambah untuk terus berdaya saing dalam sektor pelancongan tetapi juga kepada mereka yang terkesan hilang pekerjaan untuk ditempatkan di dalam industri yang berlainan. Antara program yang telah dijalankan secara khusus adalah latihan pemandu pelancong Negeri Perak melalui program Digital Travel Pop, Digital Storytelling, latihan khusus untuk Kesatuan Rekreasi Pangkor dan Manjung di Pulau Bebas Cukai Pangkor dan juga latihan khusus untuk pekerja-pekerja industri perhotelan yang telah terkesan akibat tindakan pengecilan operasi industri pelancongan. Ketiga, insentif, bagi merancakkan sektor pelancongan Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak juga telah melancarkan baucer pelancongan #Travel Peraklah Fasa 1 yang telah bermula pada Julai hingga November 2020 di mana 1500 keping telah diedarkan kepada pengusaha yang terdiri daripada dua kategori. RM50 bagi premis penginapan dan RM30 bagi produk pelancongan Negeri Perak. Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan pelancong untuk datang semula secara noval effect dengan izin dan pada masa yang sama membantu pengusaha premis penginapan dan pengusaha produk pelancongan bagi mempertingkatkan limpahan ekonomi setempat.
Memandangkan inisiatif ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada bukan sahaja pelancong dan juga pengusaha, fasa 2 baucer pelancongan #TravelPeraklah diteruskan lagi dengan bermula pada bulan Oktober hingga Mac 2021 melibatkan 40 pengusaha penginapan dan 15 pengusaha produk pelancongan sekitar negeri Perak yang melibatkan sebanyak 3000 keping baucer. Terkini, sempena ulangtahun Geopark Lembah Kinta Yang Ke-2, yang telah disambut secara online Tourism voucher bernilai RM150 tu juga telah dilancarkan dengan penglibatan 35 agensi pelancongan yang berdaftar di negeri Perak di bawah MATTA, MITA, MCTA, MICA dan Persatuan pelancongan bumiputera. Syarat minimum pembelian pakej pula adalah sebanyak RM299 ataupun pakej 3 hari 2 malam di Perak. Agensi pelancongan ini akan mengetengahkan pakej-pakej dan produk terbaru di bawah Geopark Perak, Kampung Geopark Lembah Kinta sebagai destinasi yang wajib dilawati secara tidak langsung mempromosi destinasi Geopark di bawah Geopark Lembah Kinta dan memberi pendedahan kepada orang ramai sama ada pelancongan dalam dan juga luar negara.
Yang keempat daripada segi acara promosi menyedari mangsanya keadaan Kompleks 19 masih memerlukan pematuhan SOP, kerajaan negeri juga telah mengambil pendekatan mempergiatkan promosi secara norma baru. Penekanan diberikan kepada digital dan social media marketing melalui kerjasama antara agensi seperti Digital Perak melalui program smart iftar dan smart niaga di mana platform yang digunakan seperti di Shopee dan Lazada dan juga smart partners seperti syarikat delivery juga dilibatkan dan baru-baru ini Warung Riders juga telah dilancarkan untuk industri pemakanan pelancongan negeri Perak di bawah Digital Perak. Kita juga telah mengadakan beberapa acara yang disambut secara online akibat PKPP termasuklah ulang tahun Lenggong tapak warisan dunia UNESCO dan juga Geopark Kinta ulang tahun yang ke-2 baru-baru ini di mana aktiviti termasuklah seminar liputan video pelancongan Khusus untuk Komuniti tempatan dan pertandingan-pertandingan seperti fotografi dan larian juga dianjurkan . Centric dan business matching juga kita teruskan. Pada tahun ini di Perak sekali lagi sebagai negeri pertama, buat julung kalinya telah menganjurkan program larian yang dinamakan Virtual Run bermula pada 1 Ogos hingga 31 Ogos 2020 sempena bulan kemerdekaan telah disertai oleh 1811 orang peserta dari seluruh negara. Larian maya ini melibatkan 30 lokasi pelancongan di seluruh negeri Perak di mana peserta hanya perlu mendaftar dan menggunakan aplikasi larian dalam talian sedia ada dan perlu menghabiskan sejauh lima kilometer dalam masa yang ditetapkan. Secara tidak langsung inisiatif ini menggalakkan pelancong untuk menginap di hotel-hotel yang berdekatan dengan lokasi pilihan yang telah ditetapkan. Kelima, projek kecil menaik taraf projek pembangunan masalah kecil di lokasi lokasi pelancongan dalam negeri Perak seperti mengadakan kemudahan pelancongan di Ban Pecah jati Pulau Bangau Teluk Intan Naik taraf pusat informasi pelancongan di Ipoh dan Pulau Pangkor, Mural Art di Kampar dan Gopeng secara tidak langsung juga memberikan limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.
Yang terakhir kita juga kerajaan negeri menjalankan usahasama bersama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia daripada segi pelaksanaan kursus kursus pengukuhan kemahiran dan juga libat urus kepada pengusaha- pengusaha produk pelancongan. Yang terbaru, Program Semarak Pelancongan telah dianjurkan di sekitar negeri Perak dan telah pun dianjurkan sebanyak lima kali di mana kita melibatkan komuniti-komuniti khususnya yang berdasarkan Komuniti pelancongan Desa pelancongan untuk membantu mereka memulih dan juga melihat ke arah perkhidmatan-perkhidmatan serta bantuan yang boleh digunapakai di bawah kementerian dan juga kerajaan negeri Perak. Terima kasih.
Canning…Canning.
Terima kasih kerana teman saya yang Sebutkan Jadi bagaimana kerajaan mereka menjadi untuk membantu rakyat yang bergantung kepada segi sektor pelancongan pelancong untuk mendapat rezeki dan mendukung keluarga mereka. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Canning. Daripada segi tu, saya rasa saya dah sebut daripada segi insentif untuk pemain-pemain industri, kita harapkan dengan bantuan dan program yang telah kita anjurkan boleh memastikan bahawasanya pelancong-pelancong datang supaya produk ataupun pengusaha itu tidak akan terhenti daripada menyediakan perkhidmatan pelancongan. Jadi pada hari ini selain daripada lockdown yang kita terima dua minggu lepas. Alhamdulillah untuk makluman Yang Berhormat Canning ya. Keadaan ataupun drastik untuk pelancongan domestik khususnya di Perak nampak nampak kan ya ke arah peningkatan yang positif sebelum kita lockdownlah tapi kita harapkan sekiranya kita dapat memutuskan rangkaian Covid19 ini keadaan ini akan kembali pulih dan memastikan destinasi pelancongan yang diberikan insentif dan bantuan melalui pelbagai agensi ini dapat meneruskan servis itu kerana Perak masih lagi menjadi pilihan lah kepada pelancong domestik dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri sebenarnya. Pada tahun 2019 ya dan kita telah mendapat sekali lagi menjuarai tempat pertama ya sebagai Negeri yang menerima pelancongan domestik tertinggi bagi penginapan yang menginap 1 malam di seluruh Malaysia. Jadi kita harapkan prestasi ini dapat diteruskan dan kita juga menetapkan PPR sebanyak RM4 sebanyak lima juta pelancong untuk tahun ini kita harapkan dapat kita capai sama-sama. Terima kasih.
Selinsing.
Terima kasih kepada Dato' Speaker, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas strategi yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi membantu Pandemik Covid-19 ini kepada pelajar-pelajar industri pelancongan. Soalan saya, adakah pemulihan ini juga menerobos kepada bukan sahaja pelancong-pelancong ataupun industri-industri besar seperti perhotelan tetapi ia juga menerobos kepada industri-industri pelancongan desa, jadi kalau ada saya teruskan satu soalan lagi. Sukacita saya ingin menarik perhatian bahawa Covid-19 menerjah semua pihak dan kita perlu menyelami perasaan khususnya player-player industri pelancongan di desa kalau kita lihat sedikit lah saya bagi penjelasan industri kraftangan, industri makanan laut, inap desa sawah, inap desa di sungai, projek-projek kolam ikan, industri memancing, ketam lembut, nenas, buat atap, buat rokok daun, buat belacan pun tuan-tuan,jadi tentulah kita perlu juga melihat kalau tadi baucer-baucer yang diberi kepada industri-industri yang berbentuk, saya tengok di bandar tetapi saya harap
Soalan.
Bantuan baucar ini. Soalan saya ialah mesti diberi satu apa, baucar juga di peringkat pelancong desa di desa-desa. Terima kasih.
Okey terima kasih Yang Berhormat Selinsing atas pandangan dan juga cadangan sememangnya Kerajaan Negeri memberi pendekatan ataupun fokus kepada pelancongan berdasarkan komuniti khususnya di kawasan desa pelancongan. Jadi setakat ini kawasan Selinsing merupakan satu-satunya daripada sektor dalam kawasan dah kita sebut ya dalam kawasan Kluster Taiping-Kuala Sepetang dan Selama, dan kita telah pun membuat satu lawatan kerja di mana kita ingin merangkakan untuk melibatkan seramai mungkin komuniti tempatan untuk sama-sama membangunkan produk-produk yang ada. Kalau ada belacan yang best tu memang YB Selinsing bolehlah recommend kepada kami ya supaya kita pun boleh menjualkan produk-produk tempatan sebagai produk unik kepada setiap kawasan yang sedia ada. Terima kasih.
Saya faham bahawa soalan berkaitan dengan pelancongan ini sangat dekat di hati ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga dengan kita semua. Tapi hari ini, untuk hari ini kan, saya cuba untuk mendapatkan semua Ahli-Ahli Exco untuk menjawab mana soalan saya terhad kepada 2. Terima kasih, saya faham. Saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik.
Dato' Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor 5.
Terima kasih kepada Dato' Yang Dipertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum saya menjawab soalan ni pada Sungai Manik, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada golongan petani, peladang, penternak, nelayan seluruh Negeri Perak yang terus berusaha dengan gigih menghasilkan dan mengeluarkan produk makanan bagi keperluan rakyat dan negara, walaupun di saat negara masih lagi menghadapi wabak pendamik covid 19. Bagi menjawab soalan daripada Sungai Manik, untuk makluman Yang Berhormat, projek kerja menaiktaraf tali air 2, TA-1, TA-2 dan TA-5 skim pengairan Sungai Manik daerah di Perak Darul Ridzuan tersebut adalah rancangan bertaraf tali air kedua, tali air 1,2, 3, 4 dan 5 di rancangan pengairan Sungai Manik sepanjang 25 km. Projek bermula pada 2 Mei 2017 dan dijangka akan siap pada 12 Disember 2020. Kerja-kerja pertama ialah membina tali air kedua konkrit TA-1, TA-2 dan TA-5 membina struktur pengairan dan membina jalan ladang dan projek ini dilaksanakan oleh bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (PSP) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ataupun movie dan diselia oleh air di Seberang Perak selaku wakil pegawai penguasa dan hingga kini kemajuan sebenar projek adalah sebanyak 75 peratus. Sepanjang tempoh pelaksanaan projek pihak kontraktor telah diberikan lanjutan masa sebanyak empat kali iaitu lanjutan masa nombor satu sehingga 03 November 2019 sebanyak 188 hari, lanjutan masa nombor 2 sehingga 13 Januari 2020 sebanyak 21 hari, lanjutan masa nombor tiga sehingga 27 Jun 2020 sebanyak 166 hari dan lanjutan masa nombor empat sehingga 12 Disember 2020 sebanyak 168 hari. Lanjutan masa telah diluluskan sehingga 12 Disember 2020 mengambil kira faktor perintah kawalan pergerakan ataupun PKP. Satu lagi salah satu komponen kerja terbesar dalam skop projek adalah kerja pemasangan you channel. Kerja bagi skop ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya mengikut perancangan dalam tempoh penutupan bekalan air yang sepatutnya bermula pada 22 April 2020 sehingga 31 Julai 2020, disebabkan pelaksanaan tempoh perintah kawalan pergerakan ataupun PKP yang berakhir pada 10 Jun 2020. Pihak kontraktor juga telah memohon kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau MITI untuk melaksanakan kerja semasa dalam tempoh PKP tetapi telah gagal untuk mendapatkan kelulusan. Dalam memastikan kelancaran projek serta aplikasi yang terkandung dalam dokumen kontrak dipatuhi pihak bahagian pengairan dan saliran pertanian Kementerian pertanian dan industri makanan bpsp dan Wafi selaku pegawai penguasa, projek telah mengeluarkan tiga kali surat peringatan dan empat kali surat amaran kelewatan untuk menunjukkan kedudukan kemajuan projek yang sebenarnya. Selain itu mesyuarat pemantauan dan koordinasi dua minggu sekali turut diadakan bagi menyelesaikan isu-isu di tapak. Selain itu juga program kerja, pelan pemulihan kerja oleh pihak kontraktor juga turut dikaji semula dan dipantau dengan lebih rapat bagi memastikan pihak kontraktor mengikut perancangan telah ditetapkan. Semua langkah-langkah yang telah diambil adalah berlandaskan peraturan-peraturan sedia ada yang sedang dikuatkuasakan.
Terima kasih Dato Yang DiPertua, soalan tambahan saya. Pertamanya saya amat berharap lah projek ini dapat disiapkan mengikut tarikh kerana empat kali lanjutan masa telah diberikan dan pada minggu sudah sebulan pesawah pun telah mengadakan demontrasi, dengan memanggil media. Soalan tambahan saya, projek ini amat penting kerana sehingga kini pesawah di Sungai Manik masih belum berjaya untuk mencapai hasil 10 metrik tan per hektar. Justeru itu selain daripada kepentingan sistem pengairan ataupun projek ni, adakah langkah-langkah lain yang Kerajaan laksanakan bagi membantu untuk meningkatkan purata hasil pengeluaran padi, khususnya di jelapang padi Sungai Manik dan Labu Kubong kerana seperti yang kita tahu tanah yang terdapat di jelapang padi ini mungkin telah begitu lama dilaksanakan dalam penanaman padi. Justeru itu memerlukan usaha-usaha lanjut daripada Kerajaan bagi membantu mereka untuk meningkatkan hasil jualan padi di kawasan jelapang Sungai Manik dan juga Labu Kubung, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Manik di atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat di atas usaha kerajaan bagi meningkatkan purata hasil pengeluaran padi ialah yang pertama pihak Kementerian Pertanian akan melaksanakan program sawah berskala besar yang mampu melaksanakan urusan sawah yang lebih cekap dan bersepadu. Khususnya melaksanakan program pemulihan tanah sawah bagi meningkatkan kapasiti atau fungsi-fungsi pengapuran bagi meningkatkan PH tanah sawah, perataan tanah sawah bagi meningkatkan peratus pertumbuhan pokok padi dan subsidi baja b bio untuk merawat struktur tanah bagi meningkatkan lagi potensi hasil dan seterusnya meningkatkan hasil padi. Kemudian pihak kerajaan juga melaksanakan pemindahan teknologi secara terus kepada pesawah dalam bentuk kursus teknikal, taklimat dan demonstrasi petak sawah, jentera mekanisasi terkini yang mampu memberi impaks kepada program pemantauan, bancian perosak dan penyakit padi ataupun T&R serta kawalan kemerebakan serangan penyakit dan perosak tanaman padi yang lebih berkesan dan mengurangkan peratus bilangan hasil semasa dan selepas tuaian. Terima kasih.
Soalan tambahan 2, silakan Teja.
Terima kasih Timbalan Yang Dipetua, kita semua tahu bahawa kemudahan asas ini sangat penting memberi kesan ke atas utama hasil pengeluaran padi. Jadi soalan tambahan saya, Pengeluaran padi di Negeri Perak ini jauh kurang berbanding dengan negeri-negeri lain seperti Kedah dan juga tidak dapat mencapai potensi optimumnya, terima kasih.
Terima kasih soalan tambahan daripada Teja. Untuk makluman Yang Berhormat hub kerajaan negeri melalui jabatan-jabatan yang berkaitan seperti pihak IIDA Seberang Perak, Kerian, pihak JPS, Jabatan Pertanian dan sebagainya sering mengadakan pelbagai kajian tindakan khususnya untuk meningkatkan taraf infrastruktur dikawasan-kawasan sawah padi, kawasan ladang dan sebagainya supaya hasil-hasil daripada tanaman-tanaman dapat dipertingkat dari masa ke semasa. Memang kita sentiasa memberi perhatian untuk meningkatkan infrastruktur sawah padi dan juga ladang diseluruh Negeri Perak, terima kasih.
Terima kasih kepada pihak kerajaan. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Pasir Panjang.
Terima kasih Dato' Speaker, Soalan Pasir Panjang soalan nombor 6.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, terima kasih Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kepada kekanda Yang Berhormat Pasir Panjang atas soalan yang diajukan untuk soalan A, Timbalan Yang Dipertua, antara projek pembangunan strategik NCER dengan izin Northern Corridor Economic Region yang telah dilaksanakan di Negeri Perak adalah seperti berikut:-
I. Pelaksanaan inisiatif sektor pembuatan seperti penaiktarafan Kawasan Perindustrian Kamunting, Kamunting Raya.
II. Pelaksanaan inisiatif sektor pelancongan seperti pembangunan kereta Kamunting, penaiktarafan base kem serta pembangunan Hentian Royal Belum Aman Jaya sebagai pintu masuk utama bagi pelancong ke kawasan Belum-Temengor Tropical Rainforest (BTTR) dengan izin.
III. Inisiatif perniagaan tani seperti Model Pengurusan Estet Padi (EMM) di Kerian.
Antara projek pembangunan strategik berimpak tinggi yang telah dikenalpasti dalam pelan pembangunan strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (2021-2025) yang sedang dan akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan di dalam perancangan untuk dilaksanakan di bawah RMK ke-12 adalah seperti berikut. Yang pertama, Silver Valley Technology Park (SVTP) yang dulu dikenali sebagai Perak Hi-Tech Park di Khantan, Chemor. Yang Kedua, Lebuhraya Koridor Utara (Fasa 2) Serdang, Kedah ke Changkat Jering. Yang Ketiga, pembangunan Terminal Jeti Penumpang dan Kargo Baru di Pulau Pangkor. Keempat, pembangunan Zon Kroni Agro Khas di Tanskerian. Kelima, pembangunan The Greated Economic dan Community Centre di Pengkalan Hulu. Pembangunan inisiatif pelancongan warisan Ipoh. Pembangunan infrastruktur pelancongan Archaeo-Link- UNESCO Lenggong dan Pembangunan infrastruktur untuk menyokong pembangunan Perak Heavy Industrial Park di Bagan Datoh.
Untuk soalan B, untuk makluman Yang Berhormat projek-projek pembangunan infrastruktur yang telah dan sedang dilaksanakan oleh NCIA adalah dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri seperti Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Unit Perancangan Ekonomi Negeri, pejabat daerah serta pihak berkuasa tempatan sebagai agensi pelaksana. Terdapat 11 syarikat bumiputera yang telah terlibat sebagai kontraktor utama main-cont dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur yang telah dan sedang dilaksanakan di Negeri Perak melibatkan projek-projek seperti berikut:-I. Jejak Warisan Taiping. II.
Menaiktaraf Zoo Taiping Fasa 1, 2 dan 3. III. Menaiktaraf Stesen FMS IV. Pembangunan Hentian Royal Belum Amanjaya. V. Menaiktaraf based kem yang di GDDR. VI. Kerja pemulihan di Hentian Royal Belum. VII. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan perindustrian Kamunting Raya. VIII. Menaiktaraf infrastruktur di kawasan perindustrian Kamunting IX. Pembangunan infrastruktur pelancongan Warisan Ipoh.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, NCIA melaksanakan proses perolehan secara terbuka bagi melantik perunding dan kontraktor sebagaimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk soalan C, pelan Pembangunan Strategik Wilayah Ekonomi Koridora Utara (2021-2025) yang diluluskan pada 15 September 2020 telah menggariskan rangka pembangunan strategik Negeri Perak untuk mencapai ekonomi bernilai RM103 billion pada 2025 serta menarik sekurang-kurangnya RM28.8 bilion pelaburan kumulatif yang akan mencipta jagaan 22,286 peluang pekerjaan baru kumulatif. Selain itu, dokumen ini juga telah mengenal pasti impak Covid-19 kepada ekonomi dan pihak berkepentingan di NCER yang dijangka akan melewatkan pencapaian sasaran bagi Negeri Perak selama dua tahun. Ia juga mengandungi pelan mitigasi untuk mengurangkan aplikasi pandemik yang melibatkan strategik serta projek. Program jangka masa pendek dan sederhana. Pelan strategik ini juga telah mengenalpasti beberapa sektor keutamaan yang akan memanfaatkan kekuatan negeri yang sedia ada seperti sektor ekonomi digital dan industri kreatif dan bersepadu bernilai tinggi moden, pembuatan berteknologi tinggi, pelombongan mampan dan pelancongan warisan serta ekopelancongan bagi Negeri Perak. Pelan ini juga telah mengenalpasti projek-projek pembangunan strategik berimpak tinggi bagi negeri Perak serta strategi untuk menarik para pelaburan ke negeri ini melalui insentif-insentif seperti seperti cukai dan sebagainya. Terima kasih.
Soalan tambahan, Pasir Panjang.
Terima kasih, saya melihat di sini walaupun disebutnya untuk wabak Covid-19 sebagai norma biasa ataupun norma baru. Kita tidak terlepas bahawa sebelum wujudnya norma baru ini, terdapat kelewatan-kelewatan. Jadi apakah kita yakin bahawa projek-projek yang disebutkan tadi dapat mengatasi, benar-benar mengatasi keperluan yang dinyatakan. Terima kasih.
Silakan.
Saya melihat soalan tambahan, Yang Berhormat Pasir Panjang sebagai satu soalan yang umum bukan hanya sudah sikit kepada projek-projek yang dilaksanakan di bawah NCER ataupun NCIA dan sudah tentu dari masa ke semasa kita ingin mempastikan bahawa kita terus membuat penambahbaikan dari segi pelaksanaan-pelaksanaan tugasan projek supaya semua projek-projek yang hendak dilaksanakan oleh sama ada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri akan dapat dilaksanakan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Saya kira ianya memerlukan satu proses yang berterusan untuk kita memastikan practice-practice yang sebaik mungkin, tindakan-tindakan yang perlu diambil secara proaktif untuk kita pastikan bahawa projek-projek ini akan dapat dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan. Jadi ianya bukanlah satu perkara yang saya rasa khusus kepada projek-projek di bawah NCER tapi adalah merupakan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri secara berterusan. Terima kasih.
Soalan tambahan,
Slim.
Slim.
Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya ingin bertanyakan berkenaan dengan usaha yang dilakukan oleh NCIA untuk memastikan NCR ini merupakan satu program pembangunan yang inklusif dan mengambil kira kawasan seperti di daerah Mualim, Batang Padang khususnya di DUN Slim, dan sebab saya lihat benda ini banyak di belah Utara. Jadi saya nak respons daripada YB yang berkenaan untuk melihat supaya projek pelaburan tinggi juga berada di dalam kawasan Selatan. Terima kasih.
Terima kasih adinda Slim atas soalan tambahan tersebut. Saya kira itu mungkin berhubung kait dengan sejarah fakta bahawa NCER ini bermula untuk negeri Perak, ia hanya meliputi kawasan Utara negeri Perak. NCER ini meliputi empat negeri, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Pada permulaannya negeri Perak yang masuk dalam kawasan NCER ini cuma kawasan Utara negeri Perak, Kerian, Larut Matang Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar. Namun atas inisiatif, saya nak ucapkan kepada Yang Berhormat Pangkor yang nak keluar kayor sekejap, kita ucapkan terima kasih kepada beliau kerana pada tahun 2016, satu inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak untuk mewujudkan satu koridor yang baru yang dipanggil Wilayah Pembangunan Selatan kerana pada masa itu kita menyedari hakikat bahawa Daerah Muallim, Batang Padang, Hilir Perak, Teluk Intan, Bagan Datuk, macam saya sendiri, tertinggal. Jadi syukur alhamdulillah pada masa itu, perkara itu telah dibincangkan di peringkat jawatankuasa tertinggi NCER yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pada tahun 2016 itulah akhirnya keputusan telah dibuat untuk memasukkan seluruh negeri Perak di bawah NCER. Jadi sekarang ni seluruh negeri Perak adalah berada di dalam ataupun di bawah inisiatif NCER. Jadi termasuklah Daerah Muallim, Batang Padang dan juga DUN Slim, Yang Berhormat Slim sendiri, apatah lagi kita menyedari hakikat bahawa Daerah Muallim tersebut mempunyai satu prospek yang sangat tinggi sekarang ni yang disebut-sebut sebagai sebahagian daripada grater KL, grater Kuala Lumpur. Jadi insyaAllah Yang Berhormat Slim, dengan keputusan pada tahun 2016 untuk memasukkan keseluruhan negeri Perak di bawah koridor NCER itu, saya yakin dan percaya, pembangunan di bawah inisiatif NCER ini akan dirasai di seluruh negeri Perak. InshaAllah, terima kasih.
Terima kasih kepada pihak kerajaan. Soalan tambahan.Dua soalan sahaja. Dua soalan sahaja. Masa kita dah. InshaAllah. Masa lain pula inshaAllah. Dua soalan sahaja kita benarkan, satu daripada pihak penanya dan juga soalan tambahan yang satu lagi. Ok, kita teruskan. Dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Behrang.
Terima kasih. Soalan saya adalah soalan nombor 7.
Jemput untuk menjawab.
Assalamualaikum warahmatullahi wa ta'ala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Behrang.
Program Kad Perak Prihatin diperkenalkan bagi tujuan melaksanakan tanggungjawab sosial kepada golongan sasar yang melibatkan keluarga berpendapatan rendah, miskin dan juga miskin tegar. Inisiatif program ini merangkumi bantuan berbentuk pembelian barangan keperluan asas kehidupan bernilai RM80 sebulan serta kemudahan mendapatkan rawatan kesihatan bernilai RM300 setahun. Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM22 juta ringgit dengan sasaran penerima Kad Perak Prihatin seramai 17,000 orang, di mana seramai 16,837 orang telah menerima kad-kad ini.
Pada tahun 2020 pula Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM25.2 juta ringgit, di mana penambahan sebanyak 3,000 kad lagi untuk dimanfaatkan kepada seramai 20,000 orang penerima secara keseluruhannya. Sehingga 15 Oktober 2020, daripada 3,000 penambahan permohonan ini, seramai 2,025 orang penerima telah diluluskan permohonannya oleh Jawatankuasa Kad Perak Prihatin dengan penambahbaikan iaitu penyerahan sendiri kepada penerima diikuti pengaktifan kad secara serta-merta dan digalakkan terus membawa mereka ke kedai panel yang berdekatan. Sebanyak 900 permohonan lagi sedang dalam proses untuk kelulusan.
Untuk soalan kedua pula, kewangan Kad Perak Prihatin yang diperuntukkan adalah pada tahun 2019 sebanyak RM22 juta manakala bagi tahun 2020 adalah sebanyak RM25.2 juta dan cadangan untuk dilanjutkan untuk tahun 2021. Dikekalkan, minta maaf. Terima kasih. .
Soalan tambahan.
Terima kasih. Berdasarkan jawapan Yang Berhormat kemukakan tadi, sepatutnya bilangan penerima secara spesifik di Perak bertambah. Tetapi semakan saya, kalau dulunya kumpulan sasar itu diambil daripada senarai penerima bantuan jabatan JKM dan Baitulmal kemudian untuk 2020 ini, dia ambil juga daripada e-kasih dan berdasarkan jawapan tadi sepatutnya senarai bertambah. Tapi, mohon pencerahan, samakan saya, tahun 2019 penerima lebih kurang antara 130 ke 150 begitulah. Tetapi untuk 2020 ini tinggal 46. Apa ke halnya, minta pencerahan.
Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Behrang. Seperti yang saya sebut tadi, daripada keseluruhan jumlah, daripada 3,000 itu adalah 2,025 dan untuk 2019 kelulusan kepada Behrang adalah sebanyak, nama yang disertakan adalah 50 dan kalau diikutkan untuk jawatankuasa pengurusan semuanya diluluskan dan saya sebut tadi ada 900 lagi. Saya dah menjawab semua soalan itu tadi. Ada dalam proses, 900 permohonan lagi sedang dalam proses bukan sahaja untuk Behrang, tetapi juga untuk semua 59 DUN yang lain.
Soalan tambahan Yang Dipertua.
Changkat Jong.
Terima kasih Timbalan Speaker. Berkaitan dengan Kad Prihatin. Walaupun ramai yang bertanyakan tentang penerima kad prihatin tetapi saya berminat untuk mengetahui, berapakah jumlah panel-panel, kedai ataupun klinik yang telah berdaftar dengan program ini dan adakah panel-panel dan kedai dan klinik ini memenuhi cita rasa ataupun demografi pemegang kad prihatin ini kerana jika Kad Prihatin ini dapat dimaksimakan penggunaannya, kita tidak mahu ada rakyat yang pergi dan tidak cukup barang, apatah lagi klinik yang tidak ada dalam kawasan dan sebagainya. Jadi mohon jawapan daripada pihak EXCO. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Changkat Jong. Menjawab soalan tambahan daripada Yang Berhormat Changkat Jong, sehingga 20 Oktober kita mempunyai panel kedai sebanyak 206 buah dan juga panel klinik sebanyak 189 buah di mana ada penambahan daripada masa ke semasa yang kita pertimbangkan dan diberi kelulusan dalam Mesyuarat Pengurusan Kad Perak Prihatin dan juga pertimbangan yang diambilkira adalah seperti kesesuaian jarak daripada kediaman ataupun rumah penerima ke kedai-kedai panel dan juga klinik panel dan yang kedua adalah daripada jenis barangan yang terdapat di dalam kedai tersebut. Dan yang ketiga adalah keperluan pemegang kad, jadi daripada 206 panel kedai tersebut merangkumi kedai seperti 99 Speedmart, pasaraya Econsave dan juga TF Value Mart, Pusat Pakaian Hari-hari Pasaraya Sakan, Pasaraya Mydin Hypermarket dan juga kedai runcit tempatan juga kita beri pertimbangan dan luluskan mengikut keperluan kelompok penerima mengikut kawasan DUN terbabit. Dan juga bagi klinik terdapat 189 buah panel klinik ni dia merangkumi semua pekan, pekan besar dan juga pekan kecil dan juga dalam seluruh negeri Perak di keseluruhan dun dan jumlah ini kita mengalu-alukan sebarang permohonan yang datang daripada klinik-klinik yang masih berada dalam kawasan yang tidak ada dan akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian yang saya sebutkan tadi, Terima kasih.
Terima kasih daripada pihak kerajaan. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada Kawasan Kenering.
Terima kasih tuan Timbalan Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera. Kepada soalan Yang Berhormat Kenering, untuk makluman, projek Jambatan Kampung Belum baru sedang dalam pelaksanaan dan berada di bawah seliaan. Jabatan pengairan Dan saliran ataupun JPS daerah Kuala Kangsar Perak. Jumlah kos bagi projek Jambatan ini adalah sebanyak dua juta dua puluh ribu dan mengambil tempoh masa selama 12 bulan yang bermula daripada 7 Oktober 2020 sehingga 6 Oktober 2021. Terima kasih.
Soalan Tambahan?
Terima kasih wakil kerajaan. Soalan tambahan saya, Saya ingin penjelasan daripada wakil kerajaan berhubung dengan pelaksanaan jambatan juga tetapi di Kampung Sawah yang tertangguh ataupun agak perlahan kerja-kerja sehingga kini. Walaupun ianya telah bermula sejak sekian lama. Minta penjelasan daripada wakil kerajaan dan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri yang telah mengadakan lawatan tapi masih lagi nampak perjalanannya masih perlahan minta penjelasan.
Silakan.
Terima kasih YB Dato' Kenering. Bagi solat tambahan yang saya perjelaskan kepada Yang Berhormat Kenering. Tarikh Mulai hari itu 18 Februari 2020. Tarikh siap semasa ialah 9 haribulan 12 tahun 2021. Kemajuan mengikut jadual kemajuan semasa atas tapak adalah 32 peratus dan kemajuan mengikut jadual adalah 27 peratus. Secara keseluruhannya projek ini 5 peratus lebih cepat dan kos pembinaan jambatan tersebut adalah RM3.248 juta Timbalan Yang Dipertua, terima kasih.
Soalan tambahan dua, ada? Tak ada ya, ok terima kasih. Silakan Simpang Pulai.
Terima kasih pada Tuan Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kepada EXCO. Cuma tadi soalan adalah spesifik, saya cuba tanye dalam soalan yang lebih general saya difahamkan ada beberapa jalan di bawah seliaan JKR di kawasan Kinta adalah mengalami masalah kekurangan pencahayaan ataupun kerosakan kemudahan asas di jalan-jalan di bawah seliaan JKR dan sering kali saya difahamkan adalah peruntukan bajet yang diperuntukkan bagi maksud tersebut. Untuk soalan saya apakah masalah utama kepada semasa penetapan bajet yang kita sediakan pada tahun-tahun yang lepas jumlah bajet yang disediakan itu tidak ke mana ni ataupun tidak mencukupi ataupun masalah tidak dikenalpasti ataupun apakah masalah yang menyebabkan saya nampak banyak jalan-jalan utama terutamanya di kawasan Kinta ini ada masalah pencahayaan yang tidak terang seringkali menyebabkan banyak kemalangan ataupun masalah untuk pengguna-pengguna jalanraya secara umum saya bertanyakan soalan apakah faktor utama yang menyebabkan masalah peruntukan bajet sehingga menyebabkan masalah pencahayaan di jalan-jalan utama di bawah seliaan jkr.
Terima kasih Simpang Pulai. Di atas beberapa perkara yang dibangkitkan melalui masalah pencahayaan di jalan khususnya di jalan persekutuan dan juga termasuk dalam negeri. Sebenarnya ini memang menjadi kepada pihak jabatan kerja raya dan kerajaan negeri untuk memberikan fokus penambahbaikan dari segi pencahayaan dan saya di kawasan perumahan Jalan Persekutuan dan juga negeri tetapi oleh sebab kekangan kewangan sejak Kebelakangan ini yang tidak membolehkan pihak kerajaan untuk memberikan lebih peruntukan kepada pencahayaan yang telah dibangkitkan oleh YB Simpang Pulai. Walau bagaimanapun, dari masa ke semasa pihak Jabatan kerja raya sentiasa memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga negeri. Ini termasuklah kerajaan negeri memperuntukan MARRIS melalui Kerajaan Negeri kepada JKR, PBT dan juga JPS tapi insyaAllah saya dengan penuh keyakinan dengan keadaan kita berharap ekonomi negara di masa akan datang lebih baik dan kita dapat memutuskan penularan covid ini. Insyaallah saya penuh yakin bahawa kerajaan persekutuan akan dapat menambah peruntukan yang sedia kita pohon setiap tahun kepada kerajaan persekutuan dan juga negeri. Di atas apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai itu akan menjadikan satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak saya sebagai fungsi jawatankuasa infrastruktur,Tenaga Air dan Pengangkutan Awam, Terima kasih.
Terima kasih daripada pihak kerajaan. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manjoi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Timbalan Yang Dipertua, soalan saya soalan ke-9.
Silakan pihak kerajaan.
Bismillahirahma nirrahim. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua dan terima kasih Yang Berhormat Manjoi atas soalan yang diberikan. Bagi membantu usahawan di Malaysia di dalam melonjakkan perusahaan mereka ke pasaran terluas. Adalah digalakkan untuk mereka meneroka peluang sedia ada melalui persijilan halal Malaysia. Walaupun sijil halal ini bersifat sukarela namun impaknya mampu memberikan kesan yang positif kepada setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal. Adalah menjadi suatu kelebihan buat setiap pemegang Sijil pengesahan halal untuk mereka melebarkan sayap ke tahap yang lebih tinggi bukan sahaja di peringkat domestik malah mereka juga mampu untuk ke peringkat antarabangsa. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kuantiti keluaran produk dan peningkatan prestasi ke tahap yang lebih baik. Pusat Sijil Halal negeri Perak kini ditadbirurus di Bahagian Pengurusan halal tempatan agama Islam di Perak sebagai insentif telah dirancang dan dilaksanakan bagi membantu usahawan-usahawan bumiputera untuk memperoleh sijil pengesahan halal Jabatan Agama juga sentiasa mengadakan promosi dan kempen berkaitan tentang kepentingan sijil halal melalui pelbagai medium antaranya ialah melalui slot pameran sama ada anjuran jabatan atau anjuran agensi lain, slot pameran ini merupakan salah satu platform untuk pihak usahawan memberi pelbagai informasi berkaitan persijilan halal sekiranya mereka mempunyai pelbagai persoalan, maka mereka boleh berhubung secara terus dengan wakil daripada jabatan yang bertugas di pameran tersebut. Bagi membantu pihak usahawan dalam memahami keperluan dalam persijilan halal, maka jabatan ini telah mengambil inisiatif mewujudkan satu sistem saringan awal persijilan halal yang dikenali sebagai i-haq.
Sistem ini dibangunkan dengan kerjasama jabatan bersama dengan Digital Perak Corporation Holdings melalui sistem ini juga, setiap pemohon dapat mengetahui keperluan kursus persijilan halal sebelum mereka menggunakan sistem permohonan Sijil Halal Malaysia Iaitu Myehalal yang disediakan oleh JAKIM. Di samping itu, jabatan ini juga sering berhubung dengan agensi-agensi yang memberikan khidmat bimbingan kepada usahawan-usahawan dalam memajukan perusahaan mereka dari jaringan kerjasama ini pelbagai masalah mahupun persoalan berkaitan yang bersih dan halal yang melibatkan usahawan dapat dikaji oleh jabatan dengan lebih terperinci dan jabatan ini juga sentiasa terbuka memberikan konsultasi secara langsung kepada setiap usahawan yang mempunyai masalah dalam permohonan persijilan Halal.
Manfaat daripada kerjasama diwujudkan ini dapat membantu pihak agensi dan usahawan untuk memahami keperluan pelajar halal Malaysia yang lebih baik liputan keluaran pandemik wabak covid-19 yang semakin meningkat di negara kita, jabatan ini juga telah kerajaan juga telah mengambil inisiatif secara maya di mana media massa dijadikan sebagai salah satu medium untuk Jabatan Agama Islam berhubung dengan setiap pemohon persijilan halal antaranya, informasi berkaitan sosial halal sentiasa dikemas kini di laman facebook Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Islam Perak bagi membantu usahawan mendapatkan input berkaitan Sijil Halal. Begitu juga digalakkan untuk berurusan melalui telefon atau melalui email jabatan ini, bagi mengelakkan bagi mengelakkan penularan wabak pandemik covid-19. Bagi memantapkan lagi standard dan peraturan berkaitan dengan persijilan halal Jabatan Agama Islam juga dengan kerjasama Bahagian Pengurusan halal Jabatan Agama
Islam Negeri Perak dan juga JAKIM telah membangunkan dan menambah baik manual prosedur pensijilan halal Malaysia maka manual prosedur kerja persijilan halal Malaysia domestik 2020 telah berjaya dibangunkan dan pemakaian manual ini akan berkuat kuasa pada tahun 2021, dengan Pembangunan dan penambahbaikan manual ini maka pemohon akan mendapat input yang lebih jelas dan terperinci dan mengenai keperluan persijilan halal Malaysia hal ini dapat membantu mereka untuk terus komited dengan bersedia persijilan halal Malaysia di samping itu skim baru telah diperkenalkan itu skim peranti perubatan, mana lebih mudah apabila yang baru ini diperkenalkan termasuklah skim peranti perubatan. Melalui skim ini usahawan yang terlibat secara langsung dengan keluaran produk peranti perubatan boleh membuat permohonan Persijilan Halal secara kesimpulannya Jabatan Agama Islam akan sentiasa berusaha mantapkan lagi setiap langkah dan inisiatif dalam membantu setiap usahawan agar mereka dapat beri sijil pengesahan halal Dengan jayanya. Segala komen dan nasihat yang membina dari pelbagai agensi dan industri akan sentiasa dikaji bagi memantapkan lagi setiap inisiatif yang diusahakan agar sentiasa relevan dan bersesuaian dengan tujuan Persijilan Halal Malaysia. Moga Persijilan Halal Malaysia akan terus maju seiring dengan kemajuan negara pada masa kini. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Soalan tambahan Timbalan Yang Dipertua, saya menghargai akan usaha-usaha yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai lagi kamu semua tempat kerjalah termasuk kursus, taklimat dan sebagainya di situ ada satu halangan yang besar sebenarnya dihadapi oleh para usahawan ini terutama mereka yang baru nak bangkit,di mana rata-rata mereka berhadapan dengan bukan mudah untuk membolehkan mereka itu sebab untuk berkongsi hal ini bukan hanya bergantung kepada sumber bahan yang yang halal tetapi juga termasuk tempat penyediaannya yang bersih dan sebagainya jauh daripada kekotoran dan sebagainya dan ini melibatkan kepada perubahan kepada struktur di tempat pengeluaran barangan tersebut dan ini memerlukan kepada modal yang besar. Soalan saya adakah pihak kerajaan juga selain daripada penerangan dan insentif yang diberikan dari tadi juga menyediakan peruntukan modal dalam bentuk bantuan sebagainya kepada usahawan ini supaya dengan itu mereka dapat mengemukakan permohonan Sijil Halal mereka itu, dengan tidak ada penolakan lagi sistem itu, kita comply infrastruktur ataupun tempat yang mereka mengeluarkan barang-barang keperluan mereka. Sekian terima kasih.
Silakan pihak kerajaan.
Terima kasih ayahanda Manjoi, kakanda Manjoi. Berkaitan dengan soalan daripada pihak Manjoi itu, saya rasa lebih kepada cadangan dan juga untuk usaha-usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan juga termasuk daripada Majlis Agama Islam Negeri Perak, untuk membantu usahawan kecil terutamanya mereka yang dikira sebagai asalnya golongan asnaf dan insya-Allah lah kita akan juga mendapatkan satu peruntukan khas dan melalui yang saya sebutkan tadi, iaitu manual prosedur pensijilan halal Malaysia domestik yang diperkenalkan ia akan di mula dilaksanakan pada 2021 akan lebih memudahkan kepada usahawan-usahawan terutamanya daripada bumiputera antaranya mereka dahulu mereka nak kena ada satu premis mereka kalau tidak ada premis mereka tidak boleh memohon Sijil Halal,tetapi untuk manual yang baru ini yang akan dikenakan tahun depan mereka ada rumah untuk memproses barangan mereka pun kita boleh dapat menilai atau pun kita boleh menerima untuk memberikan hasil halal kepada mereka dan dari segi untuk barang-barang mereka untuk dihantar ke luar negara juga, kita juga akan mempermudah kan untuk surat iringan dan juga jika berlaku kehilangan sijil, kalau sebelum ini susah untuk dapat semula makan masa yang lama, Insya-Allah selepas ini hanya bayar dalam 50 ringgit sahaja kita terus boleh keluarkan Persijilan Halal yang baru menggantikan sijil yang hilang itu jadi insya-Allah pada tahun depan saya rasa banyak perkara-perkara lebih dimudahkan kepada usahawan insya-Allah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi.
Soalan tambahan kedua.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, berkenaan dengan Sijil Halal dan ada NGO mencadangkan Sijil Halal dia ada dua tiga kategori kan mungkin NGO itu mencadangkan satu warna untuk Sijil Halal yang dikeluarkan oleh orang miskin contohnya begitulah, ada tak cadangan untuk pelbagaikan Sijil Halal daripada pihak EXCOlah, kerajaan?
Kurang jelas dari segi soalan itu, tapi apa yang saya dapat faham memang dari segi persijilan halal ini, dia ada kategori dia ada kategori barangan gunaan ada kategori kosmetik, premis makanan produk pusat sembelihan kontrak pengilangan dan pengeluaran produk orang lain, dari segi..
Maksud saya ni sekarang ni ada satu logo je sijil halal. Ada NGO itu mencadangkan kalau produk itu dikeluarkan orang-orang Muslim lah yang mengeluarkan produk dia cadangkan satu bentuk sijil halal untuk warna je dia berbeza dengan produk yang bukan orang Muslim. ada cadangan tak untuk mengadakan sijil seumpama ini.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubuk Merbau, berkaitan dengan itu adalah kira saya ambil sebagai cadangan, contohnya sekarang ini bila Sijil Halal sama saja logo dia kalau yang membezakan dia mungkin yang satu lagi cap masjid satu lagi cap yang lainla. Jadi itu yang berlaku hari ini. Cuma yang saya nak bagi tahu sini, Majlis Agama Islam Negeri Perak telah pun bersidang dan hasil daripada perbincangan itu kita bersetuju untuk melawat Negeri Kedah yang mana Kedah telah pun ada satu usaha yang mana produk-produk daripada orang Islam kini ditambah satu lagi iaitu Al-muzakki, mereka yang membayar zakat itu usaha daripada Kedah dan insya-allah ini juga adalah salah satu contoh yang mungkin boleh membezakan sedikit dan membezakan diri saya faham bukan untuk memboikot produk orang lain tetapi adalah satu usaha kempen untuk berdiri sama tinggi dengan syarikat-syarikat yang lain supaya dapat mampu bersaing dengan lebih ke depan. Berbanding dengan apa yang berlaku pada hari ini nampak agak terkebelakang syarikat-syarikat yang bumiputera ini, Terima kasih.
Dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Belanja.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Soalan saya soalan nombor 10.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih sahabat saya ADUN Belanja. Berkaitan dengan soalan-soalan daripada…Terima kasih juga kepada Sungkai, Chenderoh, Canning, Manong, Selinsing yang juga telah menghantar soalan yang lebih kurang sama. Maksudnya jadi untuk jawapan Belanja. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini jumlah jumlah struktur telekomukasi yang berdaftar di Daerah Perak Tengah adalah sebanyak 84 struktur buah dan di bawah DUN belanja kita ada terdapat 48 struktur menara telekomukasi dan seterusnya kerajaan melalui SKMM dengan kerjasama Digital Perak senantiasa berusaha bagi memastikan akses yang berkualiti. Mengenai Covid-19 telah menyebabkan negara perlu menyegerakan tindakan bagi menghadapi keperluan baharu serta menangani permintaan. Kerajaan Negeri mengambil maklum ke atas isu gangguan liputan telekomunikasi di kawasan kediaman penduduk terutamanya di luar bandar serta sejak kebelakangan ini terutamanya semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan sejak Mac 2020 yang lalu. Ini adalah susulan daripada peningkatan kapasiti di kawasan kediaman sebab oleh peralihan trafik rangkaian daripada kawasan perniagaan kepada kawasan kediaman. Oleh yang demikian Makmal Infrastruktur Digital Negara telah diadakan bagi menetapkan aspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan akses berkualiti kepada kesalinghubungan digital.
Ia telah menghasilkan cadangan iaitu Pelan Jalinan Digital Negara ataupun (JENDELA) bagi meluaskan liputan serta kualiti perkhidmatan serta menyediakan asas yang kukuh bagi pelaksanaan 5G di bawah pelan ini beberapa projek penyediaan jalur lebar talian tetap dan mudah alih telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di Negeri Perak bermula tahun 2020 hingga 2022 dan sasaran projek adalah seperti berikut. Tahun 2020 membina 41 tapak baharu di kawasan bandar dan luar bandar bagi menambah baik kualiti dan liputan dalam bangunan. Seterusnya, menaiktaraf 1090 stesen pengkalan sedia ada di kawasan bandar dan pinggir Bandar. Yang seterusnya capaian gentian optik untuk 30009 premis.
Dan bagi tahun 2021 membina 21 tapak baru di kawasan bandar dan pinggir bandar bagi menambah baik kualiti dan liputan dalam bangunan dan seterusnya menaiktaraf 299 stesen pengkalan sedia ada di kawasan bandar dan pinggir Bandar. Seterusnya capaian gentian optik untuk 87,225 premis dan bagi tahun 2022 membina 84 tapak baharu di kawasan bandar dan pinggir bandar bagi menambah baik kualiti dan liputan dan seterusnya capaian gentian optik untuk 99,665 premis. Terima kasih.
Terima kasih kepada Bota atas penjelasan soalan yang diberikan. Soalan tambahan saya, seperti yang kita sedia maklum masalah capaian internet adalah satu keadaan yang cukup kritikal khususnya di kawasan luar Bandar. Soalan saya yang pertama apakah status kebolehcapaian liputan jalur lebar khususnya di kawasan DUN Belanja kerana ia merupakan antara perkara yang sering dilontarkan oleh masyarakat di kawasan saya. Yang kedua seperti yang kita sedia maklum kebanyakan mahasiswa pada masa sekarang ini melaksanakan kuliah secara online. Soalan saya Apakah perancangan daripada pihak kerajaan negeri, inisiatif-inisiatif yang mungkin boleh kita laksanakan bagi mengatasi masalah capaian internet khususnya untuk mahasiswa-mahasiswa yang melaksanakan kuliah secara online. Terima kasih.
Terima kasih sahabat saya DUN Belanja yang telah soalan tambahan tadi dan untuk makluman Yang Berhormat, liputan jalur lebar di DUN Belanja saya nanti nak pastikan di kawasan yang berpenduduk di Daerah Perak Tengah, saya tak dapat nak bagi detail khusus Belanja ,Daerah Perak Tengah untuk sekarang kita untuk 2G, 95.8% manakala untuk 3G, 93.9% dan untuk 4G kita sekarang ni 88.5%. Ini adalah transisi semasa dan senantiasa ingin mengusahakan agar perkara ini dapat di atasi seperti yang saya maklumkan tadi di bawah JENDELA sebenarnya sasaran kita sehingga 2025 kita berhasrat sasarannya untuk seluruh 100 peratus kawasan berpenduduk di ikuti oleh dengan liputan 100 peratus untuk liputan 4G dan untuk makluman, walaubagaimanapun saya juga mengalu-alukan Sekiranya ada permasalahan kepada Yang Berhormat dan juga seluruh Yang Berhormat sekalian untuk memberikan maklumbalas ataupun laporan kepada saya berkaitan dengan kawasan-kawasan yang menghadapi masalah seperti ini dan boleh juga kita gunakan talian itu, aduan SKMM iaitu website rasmi SKMM dan bagi membantu pelajar dan mahasiswa dan seterusnya di kawasan luar bandar kita, di bawah SKMM, kita telah menyediakan 66 buah Pusat Internet Komuniti ataupun sebelum ini Pusat Internet Malaysia sebelum itu Pusat Internet 1Malaysia yang menawarkan perkhidmatan Internet perkhidmatan wifi kemudahan IT terkini serta kemudahan lain seperti 20 buah komputer dan perisian perkhidmatan fax dan pencetak serta tenaga pengajar di situ. Saya mengalu-alukan untuk semua Ahli Yang Berhormat mempromosikan mengwar-warkan kepada semua masyarakat khususnya pelajar kita untuk menggunakan perkhidmatan ini dan kadar yang dikenakan adalah hanya RM5 untuk seumur hidup bagi menikmati perkhidmatan ini dan di Belanja kita ada satu Pusat Internet Komuniti atau di Pekan Parit. Terima kasih
Pasir Pinji. Soalan tambahan.
Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya ingin bertanya kepada kepada wakil kerajaan. Pentadbiran sebelum ini telah mengadakan perundingan dan juga dengan beberapa pihak termasuk syarikat-syarikat Telco, kerajaan pusat untuk mewujudkan satu kerangka kerjasama di mana Digital Perak menjadi wadah untuk mengoptimumkan peningkatan bilangan Telco tower yang mungkin akan membawa sedikit keuntungan dari segi fiskal kepada Kerajaan Negeri apakah mungkin perkara ini rakan di sebelah sana Yang Berhormat Titi Serong mungkin tahu sedikit sebanyak Saya nak minta ulasan Apakah maklumat kemaskini berkenaan dengan inisiatif dimulakan oleh pentadbiran sebelum ini sama ada perkara ini telah di akan diteruskan, terima kasih.
Terima kasih Pasir Pinji. Berkaitan dengan usaha-usaha kita sebenarnya memang kita telahpun meneruskan perancangan yang terdahulu iaitu untuk kita lantik, kita Perak sebagai agensi setempat untuk faktor one stop agency untuk menguruskan berkaitan dengan tugas ini dan saya melihat kerjasama dan juga tindakan yang dibuat oleh unsur-unsur yang dibuat oleh Negeri Perak ni cukup baik bekerjasama dan cukup baik dengan SKMM khususnya. Ini dibuktikan dengan pelbagai program ini yang kita susun dengan ilmu dan juga pihak British dan untuk makluman juga dari segi keseriusan kita dalam usaha menjayakan perkara ini. Peningkatan lantikan diploma partner kontraktor bagi membina tower ni peningkatan cukup ketara kalau daripada 2018 kita cuma ada dua saja partner. 2019 kita ada 5 dan tahun 2020 kita ada 7 yang jumlahnya sekarang adalah 13, partner yang mana mereka akan bersaing sesama mereka untuk membangunkan pencawang bagi memberikan khidmat kepada rakyat. Dan usaha ini sentiasa berterusan. Terima kasih.
Terima kasih saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Buntung.
Dato' Speaker saya mewakili Buntung soalan nombor 11.
Sekejap. Yang Berhormat saya ingin maklumkan kepada ahli-ahli yang berhormat semua ini bahawa mengikut amalan yang saya boleh rujuk standing order 90, daripada amalan Dewan-Dewan lain dalam Komanwel sepertimana yang diamalkan sekarang di Dewan Negara, Yang Berhormat Speaker Tan Sri Rais Yatim jikanya seseorang itu tidak hadir soalan tu tidak akan dijawab. Tapi untuk hari ini untungnya pertama kali masa soalan dia naik dia tak ada. Saya faham saya benarkan untuk di soalannya ditanya oleh Ahli yang lain. Sekali lagi Titi Serong.
Dato' Yang Dipertua saya mewakili Buntong soalan nombor 11.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih yang pertama sekali saya ucapkan kepada Yang Berhormat Buntong diatas soalan yang telah diberikan. Soalan dari bawah portfolio kesihatan. Pengkhususan berkaitan dengan wabak demam denggi yang disebabkan oleh faktor aedes dan juga pengkhususannya di kawasan YB Buntong. Jadi saya jawab satu persatu bagi soalan yang pertama iaitu berkaitan dengan kawasan lokaliti wabak denggi di dalam kawasan Bunton. Bagi tahun 2020 daripada senarai yang kita telahpun terima melalui Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Kawasan bagi lokaliti wabak denggi yang telah dilaporkan berlaku di dalam kawasan Buntong pada tahun 2020 adalah seperti yang berikut. Yang pertama adalah di kawasan kampung baru Buntong iaitu mencatatkan sebanyak 12 kes. Yang kedua di dalam kawasan Teluk Kurin A mencatatkan kes demam denggi sebanyak 2 kes dan yang ketiga di dalam kawasan Teluk Kurin D iaitu mencatatkan sejumlah 7 kes dan ini merupakan antara kawasan-kawasan yang dikatakan sebagai kawasan yang kritikal bagi dalam Adun Buntong dan suka untuk dimaklumkan sehingga ke hari ini dan juga hari laporan ini dikatakan tiada wabak denggi semasa bagi kawasan Buntong sehinggalah ke hari pelaporan ini diberikan dan bagi soalan yang kedua daripada Yang Berhormat Buntong iaitu berkaitan dengan unjuran dan juga perbezaan di antara tahun itu bermula daripada tahun 2018, 2019 dan juga tahun 2020. Sehingga bulan September tahun 2020. Bagi tahun 2018 jumlah keseluruhan wabak denggi di dalam zon Buntong adalah sebanyak tujuh kes dan juga bagi tahun 2019 jumlah keseluruhan kes denggi yang dicatatkan dalam DUN Buntong adalah sebanyak 15 kes dan sehingga September tahun 2020 jumlah kes bagi wabak demam denggi yang dicatatkan dalam bentuk adalah sebanyak 35 kes dan berikutan soalan yang seterusnya adalah berkaitan dengan jumlah kematian yang disebabkan oleh wabak demam denggi di dalam zon Buntong, suka untuk dimaklumkan bahawa sesungguhnya sehingga ke hari ini tiada kematian lagi demam denggi dilaporkan berlaku dalam kawasan Dun Buntong pada tahun 2018 mahupun tahun 2019 dan juga yang terkini tahun 2020. Maknanya bagi tiga tahun kebelakangan ini tiada kes kematian dicatatkan untuk Dun Buntong bagi wabak denggi. Bagi Soalan yang ketiga, bagi membanteras kejadian penyakit demam denggi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan kerjasama dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa membanteras denggi dan chikungunya peringkat Negeri Perak sebenarnya telah mengambil langkah-langkah yang proaktif seperti berikut dalam menghapuskan pembiakan vektor yang dinamakan sebagai vektor pembawa nyamuk Aedes. Yang pertamanya dengan melaksanakan dan juga menjalin hubungan kerjasama yang baik di antara Pejabat Kesihatan Daerah, (PBT) Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Pejabat Tanah dan Daerah, di semua daerah-daerah dalam Negeri Perak bagi menangani isu pembiakan nyamuk Aedes yang tinggi di kawasan. Terutamanya di dalam kawasan yang melibatkan tanah lot kosong dan kawasan rumah-rumah kosong dan rumah-rumah yang terbiar. Yang kedua memastikan semua tempat tumpuan orang ramai adalah bebas daripada Aedes ataupun denggi. Pejabat Kesihatan Daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa memastikan tempat-tempat tumpuan awam adalah sentiasa bebas daripada Aedes dan juga denggi dan ini juga melibatkan sebenarnya faktor kebersihan dan juga sampah-sampah secara haram. Jadi saya teringat petikan kata-kata daripada Pengarah Kesihatan Negeri Perak, apa yang disebutnya dalam satu kempen yang telahpun kita bawa untuk Kerajaan Negeri Perak, No rubbish, No Denggi, No Chikugunya and No Leptospirosis dan insyaallah kita akan laksanakan perkara ini. Buat untuk memastikan Perak Zero wabak daripada wabak Denggi, insyaallah. Yang ketiga adalah untuk mengukuhkan aktiviti penguatkuasaan kesihatan awam, penutupan tempat bagi tumpuan- tumpuan awam, tapak binaan dan juga kilang di bawah Seksyen 18 (1) atau pencegahan dan juga pengawalan penyakit berjangkit 1988. Yang keempat meningkatkan penglibatan wakil komuniti dan juga media dalam operasi dan juga aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan demam denggi dan chikungunya di peringkat komuniti daerah dan negeri untuk membantu dalam menyampaikan mesej Jabatan Kesihatan berkaitan bahayanya wabak denggi dan juga perlunya kebersihan dalam diri kita setiap insan dan juga setiap masyarakat dalam Negeri Perak. Di samping langkah-langkah tersebut Jabatan Kesihatan juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti kawalan kes dan wabak demam denggi ataupun Chikugunya mengikut Standard Operating Procedures (SOP) setiap kali kes atau wabak dilaporkan dan aktiviti-aktiviti pencegahan seperti aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes, aktiviti semburan kabus racun serangga, sekiranya ada kes dan juga keperluan ataupun kita panggil sebagai fogging, aktiviti larvaciding untuk mencegah dan juga membunuh jentik-jentik, aktiviti gotong-royong yang melibatkan komuniti dan juga Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, pendidikan kesihatan dan juga kempen mengenai demam denggi serta aktiviti bagi memperkasakan komuniti.Melalui penubuhan Communication for Behavior Impact ataupun dikenali sebagai COMBI.
Terima kasih Titi Serong.Soalan tambahan. Chenderoh.
Terima kasih kepada tiga soalan tambahan saya berhubung dengan Denggi. Bukan sahaja di tempat-tempat perumahan awam, ianya berlaku juga di kampung-kampung. Saya ingin nak soalan saya berhubung dengan satu aktiviti kebersihan bersama komuniti iaitu Kospen. Saya ingin bertanya, apakah Kospen ni masih wujud ataupun bagaimana dari segi pelaksanaannya. Terima kasih.
Bagi menjawab soalan yang diberikan suka untuk saya maklumkan kalau perkara-perkara yang berkaitan dengan wabak denggi ianya lebih menjurus dan juga memfokuskan kepada komuniti atau Communication For Behavior Impact ataupun kita panggil NGO ini sebagai COMBI. Kalau KOSPEN dia lebih memfokuskan kepada penyakit-penyakit selain daripada penyakit wabak berjangkit yang dibawa oleh serangga sebagai contoh kalau untuk KOSPEN lebih memfokuskan kepada penyakit darah tinggi, kencing manis, jantung, penyakit-penyakit dalam komuniti yang biasa kita dengar. Jadi kalau kata soalan daripada ayahanda saya berkaitan dengan apakah pelaksana program yang bersesuaian untuk dilaksanakan di kampung bagi tujuan pembersihan dan sebagainya, saya cadangkan untuk kita terus membuat satu hubungan yang rapat, menjalinkan satu kerjasama yang baik dengan NGO ataupun COMBI sebab di peringkat Negeri Perak untuk makluman semua, COMBI sebenarnya sedang bergerak dengan sangat aktif, kita ada hampir ahli-ahli COMBI pun hampir 2,000 orang ahli di peringkat Negeri Perak yang mana mereka ini bergerak ke seluruh pelusuk dan juga komuniti dalam usaha mereka untuk terus untuk educated dengan izin Yang Dipertua untuk educated dan juga facilitate untuk memberikan pendedahan awal kepada seluruh komuniti cara-cara untuk kita mencegah dan juga menghapuskan kawasan-kawasan yang boleh memberikan ataupun menyebabkan wabak ataupun vektor Aedes membiak. Sebagai contoh kawasan takungan air, kawasan sampah sarap yang ditinggalkan yang tidak dibersihkan dan juga pembersihan kawasan-kawasan yang lain. Jadi saya ingat kalau kata soalan berkaitan dengan itu, saya rasa lebih sesuai dan juga saya mencadangkan agar dilaksanakan di jalinkan satu hubungan yang baik dengan Communication Behaviourial Impact ataupun COMBI nanti saya akan senaraikan, senarai-senarai COMBI yang ada di dalam kawasan yang melibatkan ADUN-ADUN yang bertanya supaya mudah untuk kita berinteraksi dan juga melaksanakan program secara bersama dan juga melaksanakan program secara bersepadu. Terima kasih.
Terima kasih, Ahli-Ahli Yang Berhormat sesi soalan lisan kita telah tamat. Kita akan ke urusan yang seterusnya. Yang Amat Berhormat Chenderiang.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Saya mohon merujuk kepada Perintah Tetap 13(2) yang mana saya mohon untuk membawa satu usul yang tidak ada dibuat, yang dibuat tanpa notis. Mohon.
Silakan yang Amat Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di-Dipertua berpandukan Perintah Tetap 13(2) Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, saya dengan ini memohon izin membawa satu usul seperti berikut. Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini Selasa, 27 Oktober 2020 dengan ini mengulangi dan merafakkan setinggi-tinggi junjungan kasih dan lafaz taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan juga Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almagfurullah. Yang Berhormat Dato Yang Dipertua, adapun usul ini berpaksikan kepada perkara-perkara berikut: Setelah mengadakan Mesyuarat Khas di Istana Negara bersama Raja-Raja
Melayu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong telah bertitah melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada 25 Oktober 2020 yang antaranya berbunyi Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik mengenepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing dalam membantu kerajaan dan pihak-pihak berkuasa membendung wabak Covid-19 demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai bersama ini. Sesungguhnya titah Baginda itu sewajarnya sentiasa dijunjung dan dipatuhi sepenuhnya sejajar dengan kedudukan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda sebagai Raja Pemerintah. Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan berpandangan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda telah mengambil kira keperluan rakyat serta mengutamakan kepentingan semua pihak. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda juga telah bertitah bahawa baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini dari terus merebak.
Seiring dengan usul menjunjung kasih dan taat setia ini Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ingin menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfurullah. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun sembah patik mohon diampun. Patik sekalian menjunjung titah penuh hikmah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenaan peripentingnya mengimbangi usaha membendung penularan pendemik Covid-19 dengan langkah-langkah untuk mengelakkan darurat ekonomi yang sukar dipulihkan. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua pada kesempatan ini, saya juga ingin menyatakan perkara seperti berikut: Dewan Negeri Perak pada hari ini telah mencipta sejarah dengan mengambil langkah memartabatkan kedudukan institusi Diraja dengan memastikan ianya sentiasa berada di tempat yang paling tinggi selayaknya dengan peranan Baginda sebagai payung negeri, untuk itu pembaharuan yang diambil ialah dengan menetapkan Penterana Diraja dikhususkan untuk kegunaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan berkuatkuasa dengan serta-merta. Menyelusuri sejarah Dewan Negeri Perak sejak persidangan pertamanya pada tahun 1948 sehingga kini Dewan Negeri telah bertapak di tiga tempat yang berbeza namun tiada pengkususan kegunaan Peterana Diraja. Pada Mesyuarat Kedua Tahun ketiga Dewan Negeri Yang Ke-14 ini, sejajar dengan pelbagai pembaharuan yang dilakukan secara berterusan oleh Dewan Negeri Perak ianya pasti akan lebih bermakna dengan memartabatkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan di kedudukan yang paling tinggi di dalam Dewan Negeri. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua saya mohon mencadangkan.
Ada sokongan?
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Kota Tampan menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan mencadangkan supaya ianya diterima tanpa dibahaskan, terima kasih.
Ahli-Ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang terdapat usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan telah disokong oleh Yang Berhormat Kota Tampan dan mencadangkan supaya ianya diterima tanpa dibahaskan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju bila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju dan tiada suara tidak bersetuju. Maka usul itu dipersetujui sebulat suara.
Membawa Rang Undang-Undang ke dalam Mesyuarat Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama, Pindaan 2020Bill
Perkara yang keenam, membawa Rang Undang-Undang ke dalam Mesyuarat Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama, Pindaan 2020.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama, Pindaan 2020 dibacakan bagi kali yang pertama.
Bila bacaan kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua dalam persidangan ini juga.
Ahli Yang Berhormat sekalian memandangkan bacaan kali yang kedua akan dibaca dalam persidangan yang sama, maka saya minta Setiausaha Dewan untuk mengedarkan notis bagi bacaan kali yang kedua mengikut Perintah Tetap 53(1)
[NOTIS DIEDARKAN KEPADA AHLI DEWAN]
Sekarang dijemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk bacaan kali yang kedua.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Bismillahirohmanirohim, saya mohon mencadangkan bahawa sesuatu Rang Undang-Undang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Bahagian Pertama (Pindaan) 2020 dibacakan kali kedua sekarang.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Perkara 30, Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk menurunkan had umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi calon Ahli Dewan Negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun supaya selaras dengan peruntukan Seksyen , Jadual Kelapan, Perlembagaan Persekutuan yang telah dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019, Akta A 1603. Pindaan tersebut telah diwartakan pada 10 September 2019 dan berkuat kuasa pada 11 September 2019.
Susulan daripada pindaan rang undang-undang tersebut, ia akan memberi hak serta ruang kepada golongan belia berumur 18 tahun untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya dan seterusnya menjadi calon Ahli Dewan Negeri Perak. Dengan itu mereka berpeluang untuk bersuara di Dewan yang mulia ini serta berada bersama-sama kita di sini untuk membahaskan usul-usul serta undang-undang untuk kebaikan negeri. Maka adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri agar rang undang-undang yang dibentangkan hari ini dapat difahami dan dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Ini adalah untuk memastikan hasrat kepada pindaan ini dapat diterjemahkan sepenuhnya demi menyuburkan demokrasi negeri dan seterusnya meletakkan negeri Perak sejajar dengan Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri lain yang telah pun berbuat demikian.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, golongan belia berumur 18 tahun telah pun dianggap matang serta diberikan beberapa hak untuk membuat keputusan penting dalam kehidupan mereka selaras dengan Akta Umur Dewasa 1971 ataupun Akta 21, antaranya berkahwin, bekerja, memperolehi lesen memandu kenderaan, menyertai pasukan beruniform seperti Angkatan Tentera, Bomba, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya. Mereka juga boleh menandatangani kontrak ataupun pinjaman serta dibicarakan sebagai pesalah dewasa sekiranya melakukan jenayah.
Di samping itu antara rasional penurunan had umur kelayakan dan calon Ahli Dewan Negeri kepada 18 tahun adalah :
(a) membuka ruang kepada belia untuk bergiat aktif dalam politik dan selanjutnya meningkatkan penyertaan belia sebagai warga bertanggungjawab dalam menyumbang kepada demokrasi dan pembangunan negeri; (b) mengetengahkan suara anak muda dalam pembuatan dasar dan perundangan negeri; (c) membantu belia mempertingkatkan literasi demokrasi dan kematangan melalui pendedahan kepada pengurusan tadbir urus negeri serta (d) membangunkan pelan pewarisan kepimpinan.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi maksud melaksanakan cadangan perkara di atas, pindaan kepada Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan adalah perlu dilakukan. Huraian kepada pindaan Rang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Bahagian Pertama (Pindaan) 2020 adalah seperti berikut :
(a) fasal satu, rang undang-undang ini memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa enakmen yang dicadangkan dan (b) Fasal dua, rang undang-undang ini bertujuan untuk meminda Perkara 30, Bahagian Pertama, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan negeri daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Perincian berkenaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Bahagian Pertama (Pindaan) 2020 adalah sepertimana dalam rang undang-undang yang telah pun diedarkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk perhatian Ahli-Ahli Yang Berhormat.
Saya ingin mengingatkan kembali Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa pindaan ini memerlukan sokongan padu daripada semua Ahli-ahli Dewan Negeri dan juga masyarakat kerana pindaan yang kita lakukan ini akan memberi kesan yang sangat signifikan dan berpanjangan kepada negeri Perak dan generasi yang akan datang. Justeru saya menyeru semua Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini agar bersama-sama merealisasikan hasrat kita semua untuk membuka peluang kepada anak-anak muda menyumbang tenaga dan idea demi memperkasakan demokrasi di negeri Perak.
Di peringkat Persekutuan, Usul Pindaan Had Umur ini telah mendapat sokongan keseluruhan 211 Ahli Parlimen yang hadir ketika dibentangkan di Parlimen pada 16 Julai 2019.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, akhir kata saya sekali lagi menyeru kepada semua Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk bersatu hati bagi menyokong pindaan ini. Walaupun kita berbeza dari segi fahaman politik, kita mampu bersetuju demi kebaikan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Perak. Marilah kita sama-sama mencipta sejarah negeri Perak pada hari ini. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Saya mohon mencadangkan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat, ada sokongan.
Dato' Yang Dipertua, Gunung Semanggol menyokong.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Bahagian Pertama (Pindaan) 2020 di baca bagi kali yang kedua dan seterusnya dibuka untuk perbahasan. Perbahasan dihadkan hanya mengenai dasar-dasar dan Rang Undang-Undang itu sahaja. Tempoh masa bagi setiap ahli berbahas adalah 5 minit, sesi perbahasan dibuka kepada dua ahli dari pihak kerajaan dan dua ahli dari pihak pembangkang. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk berbahas.
Bismillahirohmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat dan seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat yang dirahmati sekalian. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana saya diberi peluang pada hari ini untuk turut serta berbahas pada hari ini berkenaan usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Chenderiang. Sebelum itu saya ingin berterima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat daripada kerajaan yang mana telah membantu saya dalam PRK Slim tempoh hari, sehingga memungkinkan keberadaan saya dalam dewan yang mulia ini. Bagi saya dan satu penghargaan dan cukup besar kepada saya kerana diberi peluang untuk saya bersama-sama dalam dewan ni. Begitu juga saya suka untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada di atas jasa-jasa yang telah dilakukan oleh arwah Yang Berhormat Dato' Mohd Kushairi. Selama arwah menabur bakti dan jasanya ke jalan dewan ni, sudah pasti jasa dan bakti yang ditunaikan oleh Allahyarham Dato' Kushairi tidak ternilai dan tidak mampu untuk saya balas namun Insyaallah perjuangan yang ditabur oleh arwah akan terus saya perjuangkan nanti insya-allah. Dan ucapan takziah juga dirakamkan kepada keluarga arwah dan justeru marilah sama-sama kita semua doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan beroleh keberkatan daripada Allah subhanahu Taala.
Yang Berhormat Speaker berkenaan dengan pindaan had umur calon daripada 21 tahun kepada umur 18 tahun. Bagi saya orang muda yang juga dulunya saya banyak berkecimpung dalam majlis Belia Malaysia, tentulah saya amat bersetuju dengan cadangan ini kerana cadangan ini akan memberi peluang kepada seorang individu untuk menjadi calon yang akan mewakili kepentingan mereka. Kita sedia maklum bahawa generasi anak muda dalam negara kita ini melebihi 40 peratus dan mereka punya pandangan punya pemikiran punya idea tersendiri yang kadang-kadang kita tak terjangka dengan kita punya yang kawan. Sebab itu apabila adanya enakmen untuk mengubah umur ini, bagi saya sangat baik dan saya rasa tidak ada halangan di peringkat Yang Berhormat sekalian untuk kita bersetuju dengan apa yang telah dicadangkan oleh yang Berhormat Cenderiang. Dan mereka ini sudah pasti akan meningkatkan penyertaan mereka sebagai warga yang bertanggungjawab dalam menyumbang kepada proses demokrasi dan juga pembangunan negara dari segi permohonan dasarnya, perundangan dan saya yakin ini juga akan memberi ruang kepada generasi muda ini yang lebih radikal dan terbuka pendidikannya.
Yang kedua, dalam konteks ini juga kita semuanya menggalakkan menggalakkan satu proses pendidikan kenegaraan atau dengan izin Surgency Education yang lagi awal dari anak muda. Jika umur 18 tahun sudah boleh mencadi calon pastinya pendedahan kepada sistem demokrasi ini. Perbincangkan sistem pengundian yang dekat negara pastinya diberi bertahan pada usia lebih muda daripada umur yang 15 16 11 tahun pada peringkat sekolah. Dan kini semuanya akan membuka lebih banyak percambahan fikiran, memberi ruang idea dan kritikal kepada mereka dan akhirnya mereka akan lebih matang untuk menilai proses demokrasi yang ada di mana yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Cenderiang. Dan yang ketiga saya nampak apabila kita turunkan satu murid juga akan beri ruang kepada anak muda untuk mengaktifkan positif dan pastinya Kita sebagai yang berada dalam parti-parti politik bersedia. Untuk menerima mereka dan beri peluang kepada mereka untuk memimpin dan cabarannya adalah bagaimana kita parti-parti politik perlu bersedia untuk mencalonkan merekalah dalam samada dalam PRU pada masa akan datang dan diperingkat negeri atau persekutuan.
Yang terakhir iaitu untuk membangunkan pelan penggantian kepimpinan succession plan sama ada dekat negeri mahupun di peringkat negara dan Saya yakin bahawa bila adanya perkara ini kita tidak akan ada ketandusan kepimpinan dan malahan kita akan meneruskan perjuangan serta pembangunan di dunia ini mahupun negara dan kita akan gerak seiring dengan Negara Eropah yang mana kalau kita lihat contoh macam di Austria, Belgium, Finland, Jerman, Perancis atau di negara Asia seperti Australia, New Zealand. Mereka telah pun memberikan ruang kepada anak muda umur 18 tahun ini sebagai calon dalam pilihan raya. Jadi, akhirnya kita akan bergerak seiring dengan kemajuan negara-negara lain dalam mengisi ruang kepimpinan yang ada dalam negara dan inilah saya rasakan bahawa perlunya kita beri sokongan yang padu kepada yang cadangan usul daripada Yang Berhormat Chenderiang untuk kita dalam membentuk negara. Dengan ini Slim menyokong, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Slim, sebelum saya menjemput yang berhormat yang berikutnya untuk bangun berbahas, suka saya untuk mengingatkan sekali lagi bahawa perbahasan ini dihadkan hanya mengenai dasar-dasar dan Rang Undang-Undang itu sahaja. Oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat Hulu Kinta.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera, terima kasih Yang Dipertua, Yang Berhormat Menteri Besar, Ketua Pembangkang Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai jabatan dan hadirin sekalian dan pihak media. Terima kasih kerana memberi peluang untuk dijadikan bahas rang undang-undang yang amat baik satu perkara topik yang sangat berikan semangat kepada anak muda. Yang Dipertua, kita kalau kita lihat soal undang-undang ini ia ada pakej iaitu memberikan hak, memberi pengiktirafan kepada anak muda, memberikan hak mengundi 18 tahun dan juga boleh menjadi pemimpin iaitu boleh jadi apa calon dalam pilihanraya. Ia satu pakej. So, masalahnya rakyat tanggapan rakyat terhadap rakyatnya termasuk kitalah tanggapannya adalah bahawa warganegara bawah 21 tahun dianggap belum matang dan tidak membuat keputusan ini yang apa tanggapan tanggapan dalam kalangan rakyat. Maka adakah benar atau tidak sudah tu saya ingin menyentuh dalam soal undang-undang ini ada dua sudut yang perlu kita lihat yang pertama soal memberikan hak dan pengiktirafan terutama kedua apakah tindakan-tindakan selepas kita meluluskan undang-undang tersebut, apakah tindakan-tindakan kerajaan untuk memastikan beri pendidikan pengundi, pendidikan pengundi.
Maka untuk memastikan yang memilih pada pilihan raya akan datang ni sebagai pelajar jadi seorang pemilih yang bertanggungjawab memilih kerajaan yang tepat dan juga memastikan wakil menjadi wakil rakyat pada pemilihan pilihanraya pastikan mereka betul-betul yang berdedikasi yang kita lihat sebagai bertanggungjawab memastikan membawa suara rakyat. Bukan seperti ada kalangan ahli-ahli Dewan menjadi sebagai katak mereka yang penting adalah bagi pendidikan supaya memastikan tidak akan khianati mandat rakyat, saudara sekalian. Itu amat penting. So kita lihat apa perkembangan negara kita. So, sebelum itu adakah tanggapan rakyat itu benar atau tidak? Itu soalan. Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Untuk makluman, kebanyakkan negara
Maaf mencelah, saudara Yang Berhormat Hulu Kinta telah membawa perkara dan juga tadi Yang Berhormat Slim yang telah menyampaikan manuskrip beliau menyentuh pendidikan dan juga sivil atau education, Apakah pendirian dan juga pandangan berkenaan permohonan pihak kerajaan sekarang untuk meneruskan program akademos atau Akademi Rakyat yang sebelum ini telah membawa Pendidikan Sivik Education Publication kepada tidak kurang daripada 700 anak jati perak dan khususnya dalam keadaan Covid-19 ni di mana wujudnya ruang untuk berkumpul ramai anak-anak muda untuk mendengar syarahan mendengar pendidikan khusus berkenaan dengan demokrasi yang boleh disampaikan melalui Internet dan juga melalui juga apa jua wadah yang ada. Berkaitan Hulu Kinta berkenaan permohonan untuk pihak kerajaan untuk meneruskan publication melalui akan emosi dalam bentuk sebelum ini,dan juga dalam bentuk baru melalui Internet.
Ya bersetuju, perkaranya adalah ialah maknanya soal-soal pendidikan tadi saya akan sentuh selepas ni, maka dah tentu bagi keutamaan memastikan peluang dan juga memastikan peluang dan juga memastikan melahirkan pemimpin yang berwibawa seperti saya tersebut tadi saya akan sentuh dia ada ada ada.
Tapi Yang Berhormat masa suntuk ya.
Saya sama ada tanggapan itu tidak disebut, yang pertama kita lihat kita lihat hampir kesemua negara Komanwel lain yang mengamalkan demokrasi Westmister yang termasuk India selaku negara demokrasi yang terbesar di dunia. Masing-masing menetapkan 18 tahun sebagai kelayakan rakyat diberi hak mengundi dalam pilihan raya dan juga perundangan lain dalam negara kita seperti mana sudah sebutk tadi banyakkah kita melihat menetapkan syarat-syarat kelayakan tak pernah tahu antaranya lesen perniagaan pinjaman kes yang melibatkan diri dalam Pasukan Keselamatan tentera polis dan kontrak sepatutnya semua sekali dan untuk dewasa diangkat dewasa untuk berkahwin. Begitu juga kita lihat yang paling dekat sekali di mana umur 18 tahun boleh menjadi ahli dalam parti politik di benar terbabit dalam kegiatan politik dan menganggotai menganggotai pertubuhan politik yang berdaftar bermaksud selama ini kita lihat, kebanyakan parti-parti politik tak kira pembangkang atau kerajaan kita lihat kebanyakan menggunakan anak muda ini adalah selalunya kerjanya apa menaikkan bendera turun bendera, pasang banner itu kelebihan berlaku tuan-tuan dengan Rang Undang-undang seperti ini kita mengiktiraf anak muda mengangkat martabat mereka Tuan Speaker, dan kita anggap seperti kita sebut tadi soal bagi memastikan amalan demokrasi kita mencapai apa yang dikatakan sebagai International best practis dengan izin, maka adalah amat wajar umur layak bertanding 12 tahun ini diberi sokongan penuh dan malahan mengikut garis panduan United Nations Convention Right Of The Child dengan izin,
2 minit lagi.
Diiktiraf sebagai cukup dewasa dan boleh buat keputusan maka, apa yang kita lihat tadi tanggapan bahawa warga negara bawah 21 tahun dianggap belum matang dan tidak boleh membuat keputusan adalah tidak boleh diterima sekali. Maka ini menunjukkan bahawa suasana persekolahan anak persekitaran yang moden terdedah kepada maklumat yang luas pengaruh media massa, dan kemajuan teknologi maklumat yang menjadikan mereka kumpulan pintar matang berfikir, berdedikasi, berdikari dan lebih bermaklumat. Maka ingat saya ni menyentuh Bukit Chandan tadi, maaf Chenderiang tadi, soal kerajaan pusat telah meluluskan pada 16 Julai 2019 Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan usia pengundi dan umum untuk dalam pilihan raya kepada pertandingan pilihan raya tahu rasa hari ini diingatkan di sini seperti saya sebut tadi disebut dalam politik kita hanya gunakan untuk kerja-kerja politik tapi hari ini dengan Rang Undang-undang ini telah mengangkat martabat maka martabat ini telah diangkat kita boleh bahasa dalam undang-undang tersebut di sini oleh kerana kerajaan Pakatan Harapan yang mengiktiraf anak muda mengangkat martabat anak muda. Tuan Speaker, tidak dinafikan DUN 19 sudut kedua soal pendidikan, Mana soal pendidikan ini apa yang perlu mana apa yang perlu kita memperkasakan sistem pendidikan..
satu minit lagi..
Dah pendidikan pengundi di negara kita supaya mereka lebih bersedia bersedia lagi mereka akan jadi wakil rakyat kita tidak mahu menjadi untuk mengambil contoh kepada wakil-wakil rakyat hari ini yang kita lihat suasana Politik. Politik yang sangat memalukan hari ini ya di mana tamak kuasa mereka tahu kah adik-adik wakil rakyat wakil rakyat yang tak sabar sampai ke pilihan raya jadi katak menjualkan diri sebagai pelacur politik dalam negara kita sudah sampai runtuhnya kerajaan terhadap rakyat akhirnya mereka bergabung buatkan satu kerajaan kononnya kerajaan rakyat. Maka kita tak nak perkara ini berlaku dalam negara kita lahir ini berkualiti yang tidak ikut cara mereka saudara saudari sekalian.. dan yang terakhir soal pendidikan saya sebut tadi.
Yang Berhormat kesimpulan.
Jika Malaysia ingin mengambil contoh di negara sebagai rujukan asas ini penting ni Tuan Speaker 2 minit lagi.. Jika Malaysia ingin mengambil contoh negara di luar sebagai rujukan asas saya nak ambil contoh Australia merupakan salah satu negara yang boleh menjadi rujukan dalam isu Pendidikan Sivik dan pengundi di mana di Australia ada Australia Electro Center sebagai contoh merupakan pengundi negara Australia yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan pengundi kepada segenap lapisan masyarakat bagi mempelajari apa itu demokrasi dan pilihan raya. Menarik juga,dari segi antara yang paling ramai membuat lawatan ke tempat tersebut adalah pelajar berusia 7 hingga 10 tahun dan kanak-kanak orang asal biasa di Australia, tempoh rawatan adalah selama 90 minit dan modul akan.
Yang Berhormat sila buat conclusion.
Janganlah janganlah kacau ni Speaker sabar, bagilah orang habis ni, tempoh lawatan adalah selama 90 minit modul akan sentiasa diubahsuai kan mengikut tahap pelawat-pelawat yang hadir. Dikatakan juga lawatan Natural Education Centre ini juga menjadi amalan yang seolah-olah wajib bagi sekolah-sekolah rendah di Australia kita lihat betapa bezanya negara kita soal perkara ini dan paling menarik subjek pilihan raya ini diubah pada satu bentuk menarik minat dan tidak membebankan ini penting, sebab kalau kita lihat soalnya antara dalam subjek pendidikan jasmani pilihan raya digunakan untuk menentukan sukan apa yang yang akan dimainkan atau mereka akan memilih apakah menu yang akan disajikan semasa bermula dengan semak peti undi, dah habis dah bermula dengan semak peti undi pengundi dan mengira undi melalui elemen ini pelajar akan belajar apa apa-apa yang maksud demokrasi sebenar.
Apa kepentingan untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi dan proses memilih dan membuat keputusan akhirnya bak kata mereka jika tersalah pilih atau tidak memilih goes they only will serve our life tomorrow maka di situ juga mereka belajar erti bertanggungjawab pilihan raya ini juga akan menjadi semakin serius mengikut perkembangan umur mereka sehinggalah mereka memilih Perwakilan pelajar semasa high school melalui cara ini kesedaran orang ramai tentang belia yang dikatakan tidak bersedia dan mudah dipengaruhi oleh pelbagai pihak boleh diselesaikan dengannya. Akhirnya adalah diyakini jika belia diberikan persediaan dan maklumat yang mencukupi melalui pendidikan sivik dan pendidikan penghuni pasti negara kita bakal melahirkan wakil negara-negara kita bakal melahirkan belia yang amat berwibawa dan bertanggungjawab sekian, saya Hulu Kinta menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Kinta dengan penuh tertib.
Tuan Speaker, saya memohon jasa baik Tuan Speaker menolong dari sebelah sini menghayati perbahasan ini dengan lebih sempurna sebab kita dapati ada gangguan ini ada eco dan saya mendapati masalah untuk ke dengar.
Saya rasa mula-mula ini masalah pendengaran saya tapi bila saya tanyakan Yang Berhormat yang lain mereka juga mendapati bahawa ada eco dan masalah untuk mendengar.
Terima kasih daripada Pasir Gudang. Urus setia tolong check, sila periksa atas masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Pasir Berdamar tadi. Terima kasih Yang Berhormat daripada Hulu Kinta yang menyampaikan cara tertib walaupun dia langgar traffic light merah banyak kali tapi kita benarkanlah kerana kita percaya Ini isu yang penting. Saya dengan ini menjemput, mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk berbahas.
Bismilahirohmanirohim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dato' Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli Dewan yang dirahmati Allah. Tuan yang Dipertua,sebelum saya memulakan bahas, izinkan saya menzahirkan dan menyambut baik kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong.
Setelah rundingan dengan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu pada 25 Oktober 2020 yang telah menolak perlaksanaan darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan ini adalah sejajar dan selaras dengan kehendak rakyat Malaysia di dalam keadaan semasa negara yang tidak menentu akibat ancaman covid-19. Rang undang-undang RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 telah diluluskan di Dewan Rakyat, diluluskan juga di Dewan Negara dengan majoriti dua pertiga, dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu pilihan raya pada masa hadapan menyaksikan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding usia 21 tahun sebelum ini selain pendaftaran pengundi yang akan dilakukan secara automatik.
Pindaan ini adalah selaras dengan apa yang dipindah di peringkat parlimen yang memberikan kelulusan kepada mereka yang berusia 18 tahun menjadi calon. Ianya juga selaras dengan Perkara 115 (1), Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 47. Urusan ini menjadi perkara yang sangat signifikan dalam landskap politik Negara. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen yang dijalankan secara perwakilan. Amalan Demokrasi Berparlimen ini dilakukan melalui pilihan raya di mana rakyat bebas memilih kerajaan pemerintah.
Pilihan raya adalah asas penting dalam kerajaan bagi negara merdeka dan satu proses yang membolehkan rakyat memilih pemimpin dan parti yang akan membentuk kerajaan. Untuk menjadi seorang Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu haruslah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Jadi ianya selaras dengan Perkara 30, Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, ianya merupakan penyelarasan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Majoriti negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi membenarkan rakyat mereka seawal 18 tahun mengundi dan menjadi calon sekali gus menjadi penentu dasar dan hala tuju negara. Jika diteliti juga melalui perkembangan pembangunan sosial, ekonomi dan politik dalam kalangan orang muda boleh dikatakan Malaysia sebenarnya bersedia untuk membenarkan belia berumur 18 hingga ke 20 tahun ini untuk menjadi calon pilihan raya. Namun ada juga terdapat banyak penulisan-penulisan ilmiah universiti tempatan yang menunjukkan pengundi muda 21 hingga 30 tahun masih tidak faham asas-asas pilihan raya. Maka dalam isu ini semua peringkat harus perlu bekerjasama memberi komitmen dan keterbukaan. Kementerian Pendidikan Malaysia juga seharusnya memainkan peranan yang amat besar dalam memastikan ilmu berkenaan dengan kepimpinan ini diterapkan di dalam mata pelajaran di sekolah. Pelajar perlu disiapkan dengan realiti politik dan bukan hanya melalui indoktrinasi. Semakin awal belia diberikan hak untuk terlibat dalam proses demokrasi, semakin cepat jugalah mereka bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara. Corak kepimpinan dunia sebenarnya banyak telah mengetengahkan pemimpin-pemimpin muda sebagai negarawan kerana idea baru mereka adalah ke arah kebaikan umum dan kemakmuran yang lebih baik daripada kepimpinan terdahulu.
Jika dilihat secara datanya hampir 95 peratus negara demokrasi telah pun menukar had umur mengundi dan calon pilihan raya. Kita lihat bagaimana Presiden Barack Obama terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat ketika berumur 44 tahun malah di Britain juga Tony Blair dan David Cameron masing-masing terpilih Perdana Menteri ketika berusia 43 tahun manakala yang baru ini Sanna Marin 34 tahun Perdana Menteri Finland yang termuda di dunia. Dari proses perubahan ini parti politik atau pemimpin sedia ada dapat menilai kematangan, kebolehan untuk memimpin serta menjadi wake up core dengan izin untuk menilai tahap anak muda serta sistem pendidikan negara kita. Persepsi bahawa kematangan remaja pada masa ini belum layak untuk menjadi wakil rakyat adalah cabaran hebat buat generasi muda. Namun cabaran ini harus dibantu oleh kepimpinan sedia ada.
Akhir sekali proses persediaan bagi umur 18 tahun menjadi calon pemimpin perlu mendapat kerjasama semua pihak persediaan dan kematangan mereka dalam proses demokrasi ini harus digilap sebelum mereka diberi peluang menjadi wakil rakyat. Menjadi wakil rakyat bukanlah pentas glamor, tetapi ia adalah soal amanah dan tanggungjawab. Maka bakal pengundi muda dan calon muda harus diberikan pendedahan berkenaan dengan polisi dan dasar-dasar yang lebih efektif serta mampu berdaya tahan. Saya bagi contoh, tadi Hulu Kinta ada memaklumkan berkenaan dengan persediaan kerajaan terhadap memberi peluang kepada pemimpin muda. Sebenarnya daripada tahun 80 lagi kita sudah ada mini parlimen bersama Pak Jamal tetapi mengapa kita tidak teruskan, dan seterusnya Dewan Perak di bawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional pada awal tahun sebelum pilihan raya juga telah membawa DUN Belia. Persidangan DUN Belia salah satu platform Dewan Belia yang boleh memberi tumpuan kepada anak muda dan bagaimana kita membimbing mereka menjadi pemimpin yang lebih matang di masa hadapan. Jadi pada pemerintahan Pakatan Harapan, kita nampak masa tu dia fokus kepada window-dressing saja. Jadi saya mengharapkan agar kerajaan sekarang memberi ruang kepada sidang Dewan Belia ini untuk aktif semula.
Yang Berhormat, boleh minta penjelasan sikit, sikit sahaja. Nak tanya soalan.
Seterusnya, masa dah habis, terima kasih Pinji. Seterusnya Program MFMN yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan..
Sebab tadi ada tanggapan nak mengindoktrinasi sahaja. Saja saya nak minta penjelasan sebab di mana buktinya, Sebab saya tak nak Perintah Tetap la sebab kita nak happy kan. Tapi saya rasa perkara yang telah disebutkan Yang Berhormat itu kurang tepat.
Saya tidak.
Saya nak minta penjelasan perkara lain juga.
Pasir Pinji, Yang Berhormat Trong punya floor, dia tidak benarkan.
Saya faham maksud Pasir Pinji tetapi kenyataan sana berkenaan dengan indoktrinasi itu tidak merujuk kepada mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang, jadi.
Ada, ada sebut Pakatan Harapan.
Tadi Trong sebut tadi.
Saya menyebut Pakatan Harapan tadi.
Pakatan Harapan, minta tarik balik. Jangan tuduh tanpa bukti, kita nak selesaikan dengan baik.
Menjadi window dressing pada masa 2020.
Yang Berhormat Hulu Kinta
Kita nak selesai cara baik.
Menjadi window dressing pada masa 2020 kerana mereka tidak dibenarkan untuk bersidang
Saya juga pun boleh tuduh tadi,
jadi jangan salah faham ya
Tapi kita nak hormati Dewan yang mulia ini.
Jangan salah faham ya. ada dua perkara yang saya bawa tadi, pertamanya tadi ialah
Speaker kena berlaku adil. Speaker berlaku adil, minta tarik balik.
berkaitan dengan indoktrinasi. Indoktrinasi ini merujuk kepada kedua-dua, sama ada kerajaan ataupun pembangkang.
Sebelum nak intterupt, sebelum kita nak ganggu ucapan perbahasan itu, bangun dengan standing order. Dia bangun macam itu sahaja, dia kena bangun dengan tertib dan kita kena rujuk pada Yang Dipertua.
Saya tidak merujuk mana-mana pihak sama ada kerajaan ataupun pembangkang.
Saya boleh bangun tertib, tapi Speaker pun kena adil. Kalau kita bangun, tak bagi ruang.
Betul, tapi kena ikut standing order.
Kalau kita minta ruang, tak bagi ruang. Apa jenis adil macam ini.
Hulu Kinta, boleh duduk dan dengar saya punya penjelasan dahulu.
Kena guna standing order.
dengar saya punya penjelasan dahulu, duduk dan dengan penjelasan.
Ini soal penjelasan, minta tarik balik.
Hulu Kinta, Hulu Kinta
Bagi bukti, bagi bukti
boleh tengok teks saya
Bagi bukti, tu je kita minta bagi bukti kita
Saya rasa tidak ada salahnya kerana saya gunakan perkataan indoktrinasi dan saya juga tidak merujuk mana-mana pihak sama ada pembangkang ataupun kerajaan.
Tadi jelas sebut Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan. Jangan bohong, jangan bohong.
Yang keduanya tadi.
Hulu Kinta jangan guna perkataan-perkataan macam itu bohong dan sebagainya. Indoktrinasi ini bukan satu perkataan yang negatif pun.
Tadi yang soalnya-soalnya dia kata dia tak sebut (gangguan)
Satu lagi, sebelum nak mencelah, dia kena kalau macam ini dia kena standing order. Dia tak boleh main tuduh macam ni dengan izin okey.
Untuk meredakan keadaan yang memanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menyampaikan secara benar apa yang ada kebenarannya. Tadi yang disebut boleh dijelaskan bahawa ada tuduhan bahawa pada zaman Pakatan Harapan segalanya ada indoktrinasi. Nak tarik balik, nak tarik balik hak Yang Berhormat. (gangguan).
Pasir Pinji saya jelaskan sebenarnya berkenaan dengan yang saya sebut tadi, pelajar perlu disiapkan dengan realiti politik dan bukan hanya melalui indoktrinasi tetapi saya tidak menjurus atau merujuk kemana-mana pimpinan pembangkang ataupun Kerajaan. Jadi kedua-dua pimpinan ini harus mengambil iktibar di atas cadangan yang saya berikan. Yang keduanya point yang seterusnya yang saya maklumkan berkenaan dengan kepentingan kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan ini sebenarnya ia merujuk kepada platform Sidang Adun Belia yang telah difreezekan. Tidak ada persidangan pada masa 22 bulan itu yang saya minta supaya.
36(3)(a) saya merujuk.
Persidangan ini diteruskan dan diaktifkan semula sebagai platform yang boleh
Apa jenis ni kejap ada kejap tiada, kejap ada kejap tiada, apa ni(gangguan).
DATO' YANG DIPERTUA Trong sekejap sekejap. Bagi Pinji guna standing order.
Boleh Speaker. Saya rasa Yang Berhormat bolehlah merujuk kepada Pusat Aspirasi Anak Perak, pada waktu itu bukan sahaja Pasak, IDR juga terlibat dalam penganjuran Dewan Belia. Bukan sekali beberapa kali. Jadi tak apalah kalau Yang Berhormat tak tahu mungkin itu kelemahan kami.
Terima kasih kepada Pasir Pinji.
Faktanya.. faktanya, kalau merujuk kepada 36(3)(a) apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tidak benar.
Ok Pasir Pinji saya mengucapkan terima kasih tetapi saya mendengar rungutan daripada wakil-wakil adik Adun Belia yang sering tidak dipanggil untuk ke majlis seperti mana yang telah dilakukan oleh Kerajaan sebelum ini.
36(3)(a).
Ok cukup saya tidak mahu membawa isu ini lebih lanjut kita pun faham kita tak mahu politikkan isu ini Pasir Pinji pun ada kemampuan untuk melihat sejauh mana sebenarnya kemampuan kita untuk membangunkan kapasiti anak muda melalui Akademos dan saya menyokong sepenuhnya program Akademos itu dan saya tidak menyatakan bahawasanya program Akademos itu adalah program Indoktrinasi, jadi saya mohon sekali lagi supaya Sidang Dewan Belia ini diberi ruang untuk bersidang seperti biasa. Maksudnya tidaklah hanya fokus kepada Akademi (gangguan) Sila duduk lah Hulu Kinta
Sekejap saya bercakap, saya Speaker saya bercakap. Saya faham atas point yang telah dibangkitkan Pasir Pinji dan juga Hulu Kinta dan telahpun dijelaskan oleh Trong dengan cara yang baik, tak payah kita nak ulang-ulang balik point yang demikian kan. Jadi saya rasa boleh teruskan Trong, saya rasa Hulu Kinta point mistaken (gangguan).
Point yang seterusnya Program Malaysia Future Leader yang…(Gangguan) Ini saja nak menggangu dewan ja Tuan Speaker, abaikan.
Bagi ruang, bagi ruang. Sekejap seminit.
Hulu Kinta, saya dah bagi rang pada Pinji tadi. (Gangguan). Boleh tak Yang Berhormat Hulu Kinta duduk, kita biarkan Trong terus bercakap.
Benarkan saya teruskan Tuan Speaker. Malaysia Future Leader. Saya nak cerita pasal kejayaan program Program Pakatan Harapan pula. Ha. Duduk. Saya cerita pasal kejayaan program Program Pakatan Harapan yang masih diteruskan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.
Trong sekejap. Standing order berapa?
36(3)(a) Tuan Speaker.
Apa dia 36(3)(a).
36(3)(a). Seseorang Ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran, kenyataan dan isi kandungan ucapannya. So, perkaranya macam ni, dia bagi penjelasan tapi kena ingat tadi jelas maklumkan kata dalam 22 bulan ni tak pernah bersidang. Lepas tu bila.
Kita cakap ada tetapi tidak diaktifkan secara benar-benar kerana banyak bertumpu pada program akademos.
Langsung tidak.
Betul Hulu Kinta.
YB PUAN JAMILAH BINTI ZAKARIA Saya betulkan… Saya betulkan Hulu Kinta ya. Sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan 22 bulan ada berlaku persidangan Dewan Belia tetapi tidak dilakukan secara aktif, terima kasih.
Ok boleh?Ok lah tu.Cukuplah tu.(Gangguan) berapa banyak. Berapa sikit nanti panjang perbahasan dia.
Mohonla jelaskan apa maksud dia.
Sudah..sudah …sudah. Proceed Trong.
Seterusnya saya ingin membawa juga program Malaysia Future Leader yang dibawa khusus daripada Kerajaan Pakatan Harapan dan masih diteruskan di dalam Kerajaan Perikatan Nasional yang dapat kita lihat bahawa program Malaysia Future Leader bertanya satu platform yang sangat baik sebab itu Kementerian Belia dan Sukan meneruskan kesinambungan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Sebab itu saya memohon jasa baik di dalam Dewan ini kita bersama-sama melihat keperluan Dewan Belia ini dan Malaysian Future Leader ini untuk kita teruskan walau apa juga tafsiran politik atau pandangan politik, perkara ini harus kita angkat untuk memastikan ruang-ruang membina kepimpinan anak muda ini disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan seterusnya dari segi program intensif dulu juga kita sediakan di mana anak-anak muda mendekati wakil-wakil rakyat. Ini adalah satu platform yang baik juga. Jadi saya harap tiga-tiga cadangan ini walaupun mungkin ianya cadangan yang sudah lama tetapi kita boleh melakukan tambah baik terhadap platform yang telah sedia ada yang telah berlaku pada zaman Barisan Nasional. Jadi sebab itu sama-samalah kita angkat, kita tidak kira pembangkang, kita tidak kira Kerajaan tetapi ambil peluang menggunakan platform ini secara baik dan berhemah supaya kita dapat mengaktifkan lagi keterlibatan anak muda ini kepentingan negara bukan kepentingan takkan kita nak menunggu sampai apa Perdana Menteri kita dah berumur 90 tahun pun masih nak jadi Perdana Menteri. Jadi sebab itu saya fokuskan kepada sekarang kesinambungan kita untuk memastikan legasi kepimpinan anak muda ini dapat mengganti kepimpinan yang ada sekarang. Jadi saya rasa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perak sebelum ini dan sekarang membuktikan kesungguhan kita untuk menyokong anak muda memastikan undi dan calon 18 tahun ini menjadi kenyataan. Jadi sekian dahulu, Trong menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Trong. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Teja untuk berbahas. Oh minta maaf, daripada kawasan Canning untuk berbahas.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua kepada kerana mengizinkan saya untuk menyertai dalam perbahasan dalam Enakmen Undang-Undang Perkara 30 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dipinda dengan menggantikan perkataan 21 tahun dengan perkataan 18 tahun. Salah satu manifesto Kerajaan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 adalah untuk menurunkan usia pengundian iaitu dari 21 ke 18 tahun dan Kerajaan Pakatan Harapan juga secara aktif sedang melaksanakan deklarasi ini setelah memegang jawatan dan semasa dalam kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan, Dewan Rakyat telah memperoleh sebanyak 211 undi dan Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2019 telah diluluskan pada bacaan ketiga iaitu usia pengundian pada asal pada asal 21 tahun telah menjadi 18 tahun ini juga merupakan satu kejayaan untuk meminda Perlembagaan walaupun parti pemerintah dan pembangkang tidak memperoleh majoriti dua pertiga untuk memilih kerajaan pada usia 18 tahun akan memastikan bahawa hak dan kewajiban warganegara adalah sama yang membolehkan para belia yang berusia 18 tahun untuk memilih kerajaan dan mengeluarkan suara mereka untuk memberikan tekanan.
Oleh itu para belia yang berusia 18 tahun boleh mencalonkan diri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kami juga percaya bahawa para belia yang berusia 18 tahun mempunyai pemikiran yang matang dan mereka akan membuat penilaian dan pertimbangan dan pelbagai sudut yang mengenai politik, budaya, pendidikan dan juga dasar pemerintahan semasa. Sebagai contoh kita boleh kita tengok di sini Pakatan Harapan di Negeri Perak mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri yang berumur di bawah 40 tahun termasuk Astaka, Canning, Keranji, Mengelembu, Simpang Pulai, Pasir Pinji, Teja dan juga Ulu Kinta. Di sebelah sana kami pun boleh lihat makna jelas Pakatan Harapan penekanan terhadap kebajikan dan peranan anak muda yang akan menjadi pilihan anak muda dalam PRU yang akan datang dan berbanding dengan di sebelah sana yang jauh ketinggalan dan selepasnya ingatlah sentiasa pemuda-pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Biar gelora memandai yang menteri harus membakar namun pemuda pemudi harus kita sentiasa hargai dan juga peluang diberikan kepada semua para belia yang berorientasikan prestasi dan cemerlang membolehkan negara Malaysia dapat semasa berdiri sama tinggi dan juga duduk sama rendah dan suka sama taraf dengan negara-negara negara-negara maju yang lain. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat membahas dalam masa yang ditetapkan. Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama, Pindaan 2020 telah pun dibahaskan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersama tidak. Lebih bersuara setuju maka Rang Undang-Undang itu dipersetujui.
Membawa Rang Undang-Undang, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama, Pindaan 2020Bill
Perkara yang ketujuh, membawa Rang Undang-Undang, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama, Pindaan 2020.
Masalahnya sekarang ialah Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama, Pindaan 2020 dibaca kali yang kedua oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekaligus menggulung perbahasan. Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Ahli-Ahli Dewan yang saya muliakan sekalian, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua pembahas-pembahas yang telah pun mengambil bahagian di dalam cerita membahaskan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bahagian pertama, Pindaan 2020 ini. Saya berasa amat gembira kerana apa yang telah disebut oleh semua pembahasan adalah amat relevan dan kita telah berjaya mengenepikan segala fahaman politik tetapi kita dah berjaya mengangkat martabat anak muda berumur 18 tahun untuk kita sama-sama persetujui untuk dijadikan calon dan jika dapat kita luluskan perkara ini pada hari ini.
Alhamdulillah saya menerima baik segala apa yang telah disebutkan oleh semua pembahas-pembahas, saya faham apa yang telah dibawa oleh Yang Berhormat daripada Hulu Kinta tentang usaha dan peranan kerajaan. Seharusnya kita teruskan untuk mendidik para pengundi itu juga dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Pinji melalui celahan beliau untuk kerajaan meneruskan usaha yang dibuat melalui apa namanya akademos dan juga apa namanya satu perkara yang saya fikir perlu di kerajaan negeri ambil kerajaan perkara-perkara yang telah dibawa oleh Yang Berhormat daripada Trong untuk Dewan Belia untuk kita perkasakan, kita teruskan malah kita aktifkan lagi. Saya percaya semua perkara-perkara ini mendapat sokongan daripada semua Ahli Dewan dan adalah menjadi tanggungjawab kepada kerajaan untuk memastikan perkara-perkara yang telah disebutkan itu mendapat perhatian dan diambil tindakan sewajarnya. Saya fikir setelah kita semua bersetuju dari perbahasan yang kita dengar untuk kita sama-sama mengangkat Rang Undang-Undang ini untuk dipersetujui maka saya tidak mahu mengambil masa yang panjang untuk sidang yang mulia ini untuk menggulung dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pembahas.
Yang Berhormat boleh mencelah sedikit.
Silakan.
Minta maaf, saya mengikuti perbahasan tadi dan saya harap Yang Berhormat menyentuh tapi kerana tidak disentuh saya mohon mencelah sekarang. Saya merujuk kepada Perintah Tetap 52, dimana di dalamnya ada ruang memberi ruang kepada kita sekiranya dia melibatkan kepentingan pihak-pihak tertentu, di sana petisyen mereka jawatankuasa yang hendak mendengar mereka itu perlu diberi perhatian sebegitu seolah-olah begitu. Saya melihat ada sedikit cabaran sebagai contoh pemuda-pemudi yang multitask ini, semua orang nak dia cuma kedudukan kita sekarang ini bila you sudah jadi anggota Dewan you terhalang menjadi menganggotai profesional yang lain. Kalau begitulah sebahagian daripada cabarannya begitu, jadi saya rasa perlu kita melihat bahawa kita perlu bawa suara pemuda-pemudi di dalam Negeri Perak ini dan kita sediakan satu jawatankuasa untuk kita dapat dilihat secara menyeluruh cabaran-cabaran sebab kadang-kadang pemuda ini kalau dia tak buat hal, dia kata bukan pemuda itu cabaran yang negatif. Cabaran yang positif nya semua profesion hendakkan pemuda-pemuda multitask ini jadi kadang-kadang bila dia sudah masuk Dewan ini dia tidak ada apa-apa peranan dalam profesional yang lain jadi merugikan juga. jadi perlu kita ada satu jawatankuasa atau pun pemuda ini bertemu dan kita bentuk di bawah Dewan ini untuk pengurnian ini. Bagaimana peranan.
Terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya perkara yang disebut oleh Yang Berhormat itu amat benar amat bertepatan sekali kerana kita mendapati banyak lagi perkara yang perlu kita perbetulkan tetapi ini adalah permulaan bagi proses untuk kita memberi pengiktirafan kepada golongan muda yang berumur 18 tahun. Pada mulanya untuk menjadi calon terlebih dahulu dan proses seterusnya kemungkinan apabila seluruh negara di peringkat parlimen dan dewan-dewan undangan seluruh negara akan bersetuju juga untuk menjadikan mereka sebagai pengundi juga tetapi proses yang permulaan yang telah kita lakukan ini selari dengan apa yang dibuat oleh pihak Persekutuan di peringkat Parlimen inilah proses yang telah kita mulakan dan saya bersetuju...
Saya mohon mencelah sedikit Yang Amat Berhormat dengan izin. Dato’ Yang Dipertua, saja-saja nak cakap. Saya fikir apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Behrang ada satu benda yang menarik untuk kita perhatikan cuma ingin saya bantu untuk memperjelaskan lagi kepada Yang Berhormat iaitu memang benar dalam kalangan kita pun kalau kita lihat anak-anak muda yang ada contohnya macam Hulu Kinta yang saya nampak dia tetap muda dan terus muda bangun muda, dia di kalangan anak-anak muda ini biasanya dia ada dari segi latar belakang akademiknya, professionalism nya semua apabila sebaik saja kita dilantik menjadi seorang anggota legislative, maka dengan sendirinya ia tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan tugas-tugas eksekutifnya yang lain ataupun profesinalnya cuma yang mungkin apa yang dibangkitkan tadi oleh Yang Berhormat ialah apabila seseorang itu anak muda yang menjadikan wakil rakyat dia mungkin terhalang daripada melaksanakan tugas-tugas yang lain sepanjang pengetahuan saya, saya fikir tidak ada halangan kepada mana-mana anggota legislatif melainkan kalau sekiranya anggota legislatif yang berkenaan telah melaksanakan tugas-tugas eksekutifnya. Jadi kalau tugas eksekutif itu dilaksanakan, maka dengan sendirinya terhalang sedikitlah untuk dia mahu memperkembangkan potensi diri mereka. Terima kasih.
Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah izinkan untuk saya celah. Sebenarnya apa yang saya nak bangkitkan berkait rapat apa yang disampaikan oleh Behrang dan juga oleh Pangkor sebenarnya. Tapi saya lebih setuju dengan point, mungkin tidak secara pengertian apa yang ada di dalam Perintah Tetap tapi lumrahnya halangannya memang ada secara inklusif. Ambil contoh, saya profesion saya, saya seorang tukang masak. Masyarakat menganggap seorang yang menjawat atau mempunyai profesion tukang masak kurang reti pasal kepimpinan. Tak betul, sebab teman orang lama dalam Dewan ini. Tapi sebelum saya jadi wakil rakyat, Saya tukang masak. Lepas jadi wakil rakyat, jiwa ini masih tukang masak. Sekarang dah tak jadi kerajaan, jadi tukang masak balik. Chef tu tukang masak la. Dan sudah tentu kita bicara tentang buruh tani, mahasiswa, rakyat miskin kota. Adakah mereka dianggap, dipandang sebagai orang yang mampu dan boleh diberi martabat untuk menganggotai Dewan yang mulia ini. Kalau kita jujur dan ikhlas, mereka tidak dianggap sebagai mampu. Kenapa? Kerana sistem dan institusi masyarakat kita masih menganggap sesetengah golongan yang tidak tergolong dalam elit, tidak tergolong dalam aristokrasi atau tidak tergolong what about. Tidak mampu dan perkara Inilah yang saya rasa adalah sesuatu halangan yang harus kita sama-sama, tak kisah pembangkang atau kerajaan untuk kita menangani dan selesaikan. Sebab saya tak nak dengar lagi, orang ni tukang masak jer.
Lawyer tak mampu masak taw kalau dalam restoran. Macam tukang masak tak mampu nak masuk mahkamah untuk menjadi pembela. Jadi kita semua punya kehandalan dan kemampuan dalam bidang masing-masing tetapi sebagai wakil rakyat bukan sahaja menjadi pemimpin, menjadi wakil rakyat tu nak mewakili rakyat termasuk anak-anak muda yang nak menjadi tukang masak, buruh tani, mahasiswa, rakyat miskin kota, merekalah juga perlu diberi martabat dan mereka juga termasuk dalam golongan 18 ke 21. Sekian.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua.
Simpang Pulai, Simpang Pulai
Sikit, minta celah.
Rasa macam tak nak bagi saja.
Kita berikan ruang, bagi pengiktirafan dan sebagainya, tapi kita perlu akui apa yang berlaku sekarang ini menakutkan anak muda nak masuk dalam politik dan mereka semakin tidak yakin dan macam kurang minat dalam politik oleh kerana dalam usaha-usaha, saya tak nak tuduh, dua-dua pihak la kan semakin lebih dilihat seperti berpolitik. Maka dari sudut ini saya nak minta pandangan Chenderiang. Apakah sepatutnya yang pertama kita kena jadi contoh kepada mereka, meyakinkan mereka, bukan dari sudut undang-undang sahaja tapi kelakuan kita amat penting, kelakuan setiap ahli politik, menyakinkan mereka, menyakinkan untuk berminat berpolitik dan terlibat dalam kegiatan politik, itu amat penting. Kerana apa saya tanya tadi, sebab dalam ucapan tadi apabila saya sebut soal, kita semua sedia maklum yang rukosnya adalah khianat mandat rakyat, itu sahaja. Bila itu la permulaan dari sudut dua pihak. Satu dah kekal, satu nak ambil balik. Di situ jadi masalah. So apa kita perlu, apa pandangan. Sebab masa saya ucapan tadi, bila saya sebut khianat rakyat tadi, mandat rakyat tadi, Tuan Speaker tengok pada Chenderiang. Kalau tak percaya tengok dalam rakaman karang. Terima kasih.
Dato' Speaker, Chenderiang, izinkan saya mencelah sedikit. Saya ingin bertanya tentang soalan yang berkaitan tadi yang dibangkitkan oleh Behrang tadi. Sebab saya nampak, hari ini kita menyaksikan satu pindaan Undang-Undang Tubuh ataupun enakmen, rang undang-undang yang berkaitan golongan daripada umur 18 hingga 21 adalah satu jumlah yang agak besar. Kalau saya ikutkan laporan daripada SPR lebih kurang kalau di Perak saja kita ada lebih kurang 400 ribu. Kalau tak silap saya. Jumlah yang begitu signifikan. So adakah Kerajaan Negeri akan ada cadang selepas pindaan Undang-Undang Tubuh akan follow up lagi dengan pindaan-pindaan enakmen yang berkaitan, contohnya tambahan kerusi sebab kalau signifikannya yang 400 ribu pengundi di negeri ini dipecahkan kepada kawasan-kawasan dan nampaknya setiap kawasan itu kalau kekalkan status core 59 kerusi DUN dan setiap kerusi DUN itu akan bertambah dengan pengundi yang agak melampau besar. Adakah Kerajaan Negeri akan melihat, contohnya Sabah sudah ada tambahan kerusi-kerusi baru, akan ada pindaan-pindaan yang berkaitan dengan pindaan hari ini. Sekian sahaja, terima kasih.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Terima kasih YB Dato' Yang Dipertua, pertama sekali saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Pangkor lebih tepat dan lebih detail daripada saya, terima kasih Pangkor dan juga apa namanya, saya tertarik dengan celahan daripada Hulu Kinta yang menyebut tentang kita seharusnya menjadi contoh kepada golongan anak muda di luar sana untuk berminat dengan politik dan betul tepat sekali apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Hulu Kinta. Kalau kita di dalam Dewan ini dapat berbahas dengan baik contohnya hari ini walaupun cuba dipanaskan oleh Hulu Kinta tetapi berjaya kita tenangkan, kalau kita terus berbahagia cara baik seperti yang Pasir Pinji buat dan Simpang Pulai dengan cara yang beradab mengikut peraturan Dewan dan sebagainya, saya kira ramai lagi di luar sana yang amat berminat untuk bersama dengan kita mengambil bahagian dalam politik dan juga untuk pembangunan negeri. Jadi sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pembahas dan saya kira ini hari yang cukup bertuah bagi negeri Perak untuk kita sama-sama meluluskan satu rang undang-undang yang amat signifikan kepada masa depan negeri kita. Saya ucap terima kasih.
Terima kasih.
Tak jawab lagi soalan saya.
Jawab la tu. Terima kasih Yang Amat Berhormat. Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah sekarang adalah bahawa rang undang-undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama (Pindaan) 2020 dibaca bagi kali yang kedua serta digulung oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara bersetuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka rang undang-undang itu dipersetujui.
Rang undang-undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Bahagian Pertama (Pindaan) 2020 telah dibaca bagi kali yang keduaBill
Rang undang-undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Bahagian Pertama (Pindaan) 2020 telah dibaca bagi kali yang kedua.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Enekmen Undang Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama (Pindaan) 2020 diserahkan kepada jawatankuasa seisi Dewan untuk menimbangkan rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal. Terima kasih.
Ada sokongan
Dato' Yang Dipertua Gunung Semanggol menyokong.
Yang Berhormat, Dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal
Fasal pertama tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa dan fasal kedua pindaan perkara 30.
Ahli Yang Berhormat sekalian, masalahnya bahawa pasal 1 dan pasal 2 diperintah menjadi sebahagian daripada Rang Undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Ok jika tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka Rang Undang-undang itu dipersetujui.
Tuan Pengerusi saya memohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama Pindaan 2020 telah yang telah dipersetujui dalam Jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta-merta.
Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya akan mengemukakan masalah bahawa rang undang-undang yang bernama Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama Pindaan 2020 yang telah dipersetujui dalam Jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta-merta. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersuara, yang bersuara sila bersuara setuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka Rang undang-undang itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama Pindaan 2020 telahpun ditimbangkan dari sefasal ke sefasal dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui. Dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan Terima kasih.
Ada sokongan?
Dato' Yang Dipertua, Kota tampan menyokong
Ahli Yang Berhormat sekalian, masalah sekarang ialah Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama Pindaan 2020 dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Dijemput ahli yang berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara bersetuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Dengan ini dewan memutuskan suatu Rang Undang-undang yang bernama Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan Bahagian Pertama Pindaan 2020.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Saya mohon untuk mencadangkan bahawa dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang Dipertua, Kota Tampan menyokong.
Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa dewan ini ditangguhkan Lihkan suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telahpun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.