Perak · 18 December 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 151 turns · 17,253 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang Dipertua.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kelima, Mesyuarat Ketiga Tahun Ketiga Dewan Negeri yang ke-14 Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat, 18 Disember 2020, jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian Hamba mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.
Pengumuman Tuan Yang Dipertua
Perkara yang kedua, Pengumuman Tuan Yang Dipertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua atau wakil jabatan dan agensi serta wakil media sekian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya izinkan saya untuk membuat pengumuman. Pertama berkenaan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard SOP berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid19. Alhamdulillah secara keseluruhannya dapat dilihat semua pihak telah memberi kerjasama yang baik dalam mematuhi SOP yang berkaitan pada persidangan semalam iaitu hari Khamis 17 Disember 2020. Sehubungan itu sekali lagi saya mengharapkan kerjasama yang baik diteruskan dalam pematuhan SOP pada persidangan hari ini.
Yang kedua berkenaan dengan soalan lisan kesemua jawapan soalan lisan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pada persidangan hari ini 18 Disember 2020, akan dijawab secara jawapan bertulis. Ianya adalah selaras dengan Perintah Tetap 22(3). Sekian, terima kasih.
Membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2021 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021Bill
Perkara yang ketiga membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2021 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah Rang Undang-undang bagi Enakmen perbekalan 2021 serta Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021, dibaca bagi kali kedua oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekaligus menggulung perbahasan. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Usu billahi minashaitanir rajim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala saidil mursalim. Waimamir muttaqin wa ala alihi wa ali baitihi wa ashabihi ajmain.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, terlebih dahulu marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa ta'ala, di atas limpah perkenan dan keizinanNya jua, Mesyuarat Ketiga Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ke-14, yang bermula pada 4 Disember 2020 telah berjalan dengan sempurna. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan dan sokongan sebulat suara Ahli ahli Dewan Negeri ini terhadap kepimpinan saya sebagai Menteri Besar dalam satu usul pada hari Rabu 16 Disember 2020 yang lalu.
Sesungguhnya dukungan besar ini bukanlah sesuatu yang hendak dibangga-banggakan. Saya sedar hubungan ini datang bersama-sama dengan amanah yang mesti dipikul sebaik-baiknya demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat. Saya turut menyedari Kerajaan yang saya pimpin ini perlu sentiasa berlapang dada dalam menerima teguran dan kritikan. Mudah-mudahan keterbukaan kita dalam mencakna pandangan dan buah fikiran. Akan mengukuhkan proses semak dan imbang sekaligus menyuburkan lagi proses demokrasi di Negeri ini. InsyaAllah. Sesi membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2021 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021 hanya berjalan selama 1 hari. Di mana 12 orang Ahli Dewan Negeri telah berbahas iaitu masing-masing enam orang mewakili Kerajaan dan Pembangkang.
Saya bersyukur kerana walaupun dalam tempoh yang singkat itu rata-rata Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada rakan-rakan di sebelah Kerajaan mahupun Pembangkang telah berbahas secara objektif dan menumpukan kepada perkara-perkara dasar. Selain menyentuh isu-isu rakyat di kawasan masing-masing. Mengikut amalan sebelum ini perbahasan akan disusuli penggulungan oleh barisan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Namun memandangkan pelantikan portfolio belum dimuktamadkan. Saya akan menjadikan sesi penggulungan ini untuk menjawab perkara-perkara yang difikirkan wajar disentuh manakala mana-mana yang tak sempat disentuh Insyaallah akan diberi perhatian, pertimbangan dan tindakan di mana perlu.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi melicinkan sesi penggulungan ini, saya akan menyentuh isu-isu meliputi sektor ekonomi, pendidikan, agama, sosial politik dan lain-lain. Dato' Yang Dipertua, dalam sektor ekonomi Yang Berhormat Selinsing memohon kerajaan negeri untuk meneruskan lagi pemasangan pencawang dan perkhidmatan jalur lebar walaupun sudah terdapat 105 pencawang yang dibina, mohon kerajaan negeri meneruskan lagi perkhidmatan yang baik ini terutamanya di kawasan Selinsing.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa memberikan tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi. Pelbagai teknologi boleh digunakan di seluruh negeri Perak terutamanya di kawasan luar bandar agar kualiti perkhidmatan yang sama di semua kawasan.
Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang diumumkan pada 29 Ogos 2020 yang lalu sebanyak 146 tapak pemancar komunikasi baru akan dibina dan penaiktarafan 1,406 alat pemancar komunikasi di menara sedia ada telah dirancang dan sedang dalam pelaksanaan di negeri Perak. Bagi jalur lebar talian tetap pula sebanyak lebih 216,000 premis akan dinaiktaraf kepada teknologi gentian optik yang akan memberikan capaian gigabite dan semua inisiatif ini dijangka akan siap secara berperingkat dari tahun 2020 sehingga 2022. Daripada jumlah tersebut bagi DUN Selinsing 1 menara baru telah siap dibina, 4 alat pemancar telekomunikasi akan dinaiktaraf dan sebanyak 1,149 premis akan menerima manfaat daripada menaiktaraf gentian optik. Walau bagaimanapun, segala inisiatif pembangunan infrastruktur digital ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutamanya di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Ini bagi memudah cara proses dan kelulusan bagi projek-projek yang telah dirancang dan akan dilaksanakan.
Yang Berhormat Tebing Tinggi memohon kerajaan negeri untuk mencontohi cara sistem teknologi untuk pengeluaran padi di Sekinchan, Selangor. Untuk makluman Yang Berhormat peningkatan hasil bagi tanaman padi adalah berkait rapat dengan amalan pertanian baik di sawah dan juga kerja-kerja penyediaan tanah yang sempurna. Berdasarkan analisa daripada Jabatan Pertanian didapati bilangan tangkai padi yang kurang iaitu di sekitar 200 hingga 300 tangkai akan menyebabkan hasil di bawah paras 4 tan dan ke bawah. Selain itu keadaan tanah yang tidak rata berbanding di kawasan Sekinchan adalah antara penyumbang kepada permasalahan ini. Bekalan air yang mencukupi juga merupakan faktor utama untuk memastikan pokok padi tumbuh dengan baik program pengapuran juga juga perlu dibuat bagi memastikan pH tanah sawah adalah pada tahap optimum iaitu 5.5 hingga 6.5 supaya baja yang diberikan dapat diserap oleh pokok secara maksimum. Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS Negeri Perak juga telah melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur pengairan dan saliran serta mekanisma ladang bagi kawasan-kawasan tanaman padi melibatkan kawasan jelapang padi dan luar jelapang padi.
Yang Berhormat Batu Kurau membangkitkan cadangan berkaitan insentif, dasar dan polisi yang perlu disediakan oleh kerajaan negeri kepada para pelabur bagi mempertingkatkan prestasi pelaburan di Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri sedang merangka tindakan bagi merangsang pelaburan di negeri ini di antaranya pertama, Kajian Pelan Pembangunan Perindustrian Negeri Perak (P3) yang akan dijalankan bagi mengenalpasti jenis-jenis industri perkhidmatan dan projek-projek yang berpotensi serta sesuai untuk dibawa ke Negeri Perak. Ia dibangunkan berdasarkan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman atau (SWOT). Kewujudan sumber-sumber asli, industri sokongan dan sampingan serta infrastruktur sedia ada. Pelan ini mula dirangka pada Julai 2020 dan dijangka akan disempurnakan oleh pihak perunding pada pertengahan tahun 2021.
Kedua, pewujudan inisiatif seperti mempercepatkan proses kelulusan pelaburan menerusi platform Centre Of Investment (COI) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang diurusetia oleh Invest Perak. Beberapa projek strategik telah dikenalpasti dan diletakkan di bawah pemantauan COI seperti Projek Silver Valley Teknologi Park (SVTP) di Khantan dan Project Glove City di Bidor yang akan dimajukan oleh pelabur swasta. Dan ketiga, dalam Belanjawan 2021 kerajaan negeri buat pertama kalinya telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2.2 juta bagi tujuan menaiktaraf kawasan-kawasan industri. Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Berhormat Kamunting memohon penjelasan berkaitan hasil cukai yang dijangka meningkat sebanyak RM40 juta pada tahun 2021. Untuk makluman Yang Berhormat Kamunting peningkatan RM40 juta dalam anggaran hasil tahun 2021 bagi hasil cukai disebabkan oleh peningkatan ketara bagi komponen-komponen hasil cukai antaranya cukai tanah semasa, cukai tanah berulang dan tunggakan cukai tanah, royalti air dan cukai pelancongan berjumlah RM54.1 juta. Namun demikian, peningkatan ini turut diimbangi oleh penurunan lain-lain hasil yang terdiri daripada cukai tiket wayang, cukai tanah tahun pertama, cukai bahan batuan dan cukai tanah lesen tahunan yang berjumlah RM14.3 juta.
Yang Berhormat Kamunting juga membangkitkan prestasi RM64 juta peruntukan pembangunan yang tidak dibelanjakan pada tahun 2020 ekoran Pendemik Covid-19 tahun 2021 juga dianggap sebagai satu tahun yang tidak menentu terutamanya sektor pembinaan. Untuk itu Yang Berhormat Kemunting telah mencadangkan kerajaan negeri untuk mengkaji semula kesesuaian agihan peruntukan pembangunan tahun 2021 dengan mengutamakan perbelanjaan kepada rakyat bagi mengurangkan impak negative pandemik Covid-19. Untuk makluman Yang Berhormat, perbelanjaan bagi peruntukan pembangunan yang dicatatkan bagi tahun 2020 sehingga 17 Disember 2020 adalah RM371.72 juta iaitu 86.45% daripada RM430 juta yang telah diperuntukkan. Bagi Belanjawan tahun 2021, perancangan telah dibuat dengan mengambil kira situasi semasa berikutan Pendemik Covid-19 yang melanda dunia. Projek dan program pembangunan yang dirancang bagi tahun 2021 memberi penekanan kepada pemulihan ekonomi negeri dan dalam masa yang sama mengurangkan impak yang dialami oleh pelbagai sektor ekonomi dan golongan-golongan yang terkesan.
Yang Berhormat Simpang Pulai memohon kerajaan negeri supaya memfokuskan kepada food security Pembangunan Pemuliharaan Alam Sekitar (Green Plan) Negeri Perak, Dasar Revolusi Industri 4.0, Pembangunan Pulau Pangkor serta Dasar Perlombongan dan Pembangunan Sumber Mineral Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Pulai, kerajaan Persekutuan akan meneruskan objektif dasar agro makanan sedia ada dengan melancarkan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 bagi tempoh 2021 hingga 2030 yang bakal dilancarkan pada tahun 2021 akan menggariskan strategi dengan sasaran untuk memodenkan sektor agro makanan menjamin keselamatan makanan dan meningkatkan pendapatan golongan sasar dan ekonomi negara. Selari dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Negara 2.0 serta bagi memastikan agenda keselamatan makanan di beri keutamaan di negeri ini, Kerajaan Negeri sedang menggerakkan tindakan dan inisiatif seperti berikut :
Terima kasih Yang Amat Berhormat, Tuan Speaker. Yang Amat Berhormat, saya ingin bertanya sedikit sebab kita sedang bincang tentang food security dengan izin. Saya ingin mohon pandangan apabila kita bicara tentang food security dalam supply chain dengan izin, apabila kita boleh mewujudkan satu budaya baharu di mana pengeluar-pengeluar dan juga ladang-ladang boleh diberi satu landasan untuk jual terus dan landasan itu atau platform itu dipasarkan kepada kesemua restoran, pemain industri lah dalam supplier makanan, restoran ke yang mana-manalah food kantin, kantin-kantin besar ke sekolah-sekolah sekiranya kerajaan negeri boleh mempertimbangkan mewujudkan satu platform atau landasan di mana ia menjadi penghubung dan jambatan di antara restoran di antara yang menawarkan perkhidmatan. Makanan dan juga mereka yang mengeluar. Adakah Kerajaan Negeri sedia untuk mewujudkan satu landasan atau platform sebegitu dan landasan itu juga diberi pemasaran atau marketing yang sewajarnya. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Yang Dipertua, saya rasa yakin bahawa sahabat saya, tadi bercakap berasaskan kepada pengalaman beliau ada restoran. Restoran baharu, tahniah. Sudah tentu pihak Kerajaan Negeri sangat gembira dengan cadangan itu. Sudah tentu kita memerlukan pasaran yang benar-benar boleh memberi kekuatan kepada orang-orang yang terlibat dengan urusan agro makanan. Terima kasih kepada cadangan itu dan insyaAllah kita akan cuba mendekatkan di antara pengusaha dan juga pemasar.
Selari dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi, Dasar Agro Makanan Negara 2.0 serta bagi memastikan agenda keselamatan makanan di beri keutamaan di negeri ini, Kerajaan Negeri sedang menggerakkan tindakan dan inisiatif seperti berikut :
(i) Perluasan kawasan jelapang padi dengan melaksanakan proses pengezonan kawasan sawah padi, luar Jelapang di Daerah Perak Tengah ke dalam kawasan pembangunan pertanian bersepadu IADA Seberang Perak;
(ii) Kajian semula perundangan sedia ada menerusi semakan perundangan berkaitan bagi tujuan pewartaan kaedah-kaedah perikanan, akuakultur, perikanan darat Negeri Perak;
(iii) Merangka dasar baharu bagi mengubah sistem perladangan tradisional kepada Closed House System bagi ternakan unggas dan Modern Pig Farming untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan isu kacau ganggu;
(iv) Menggalakkan pelaksanaan projek urban farming dan Komuniti farming. Terutamanya yang berskala besar bagi mewujudkan impak yang tinggi kepada sosio ekonomi penduduk setempat. Selain itu pelaksanaan projek-projek berskala kecil dan sederhana turut disokong menerusi kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, agensi kerajaan negeri, syarikat korporat, badan bukan kerajaan serta komuniti setempat;
(v) Pembudayaan pertanian melalui pelaksanaan kempen bumi hijau bagi menggalakkan masyarakat bercucuk tanam bagi keperluan sara diri;
(vi) Inisiatif bantuan bimbingan di mana Kerajaan Negeri memberi tumpuan berterusan dalam usaha menaik taraf ekonomi, kemahiran serta meringankan beban petani, penternak dan nelayan menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif yang bersesuaian.
Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan bagi menyediakan satu pelan strategik atau blueprint mengenai keselamatan makanan Negeri Perak. Perbincangan dan gerak kerja awal telah pun dijalankan pada tahun ini dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi agar blueprint ini memberi impak yang signifikan kepada sektor agro makanan Negeri Perak. Perancangan terperinci ini akan diteruskan setelah mengambil kira kandungan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 yang akan dilancarkan pada tahun 2021 kelak.
Greenprint, inisiatif greenprint dirangka khas untuk melaksanakan projek-projek seperti berikut :
(i) Membangunkan pelan Induk bagi memastikan pembangunan yang seimbang di negeri ini selari dengan agenda Rancangan Struktur Negeri Perak (RSM);
(ii) Menangani isu perubahan iklim melalui inisiatif penanaman pokok di seluruh Negeri Perak. Dari Januari hingga November 2020, lebih 1.3 juta pokok telah ditanam di seluruh negeri melalui pelaksanaan beberapa program antaranya inisiatif penanaman pokok oleh Pihak Berkuasa Tempatan serta program MyHealty Garden yang dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri; dan (iii) Bagi menggalakkan lebih banyak inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat awal. Kerajaan Negeri memperkenalkan pemberian insentif RM500 kepada Kelab Alam Sekitar sekolah dan RM3000 kepada kelab yang sama di Institut Pengajian Tinggi. Insentif ini adalah bertujuan bagi membolehkan setiap sekolah dan IPT yang terlibat untuk merancang serta melaksanakan projek atau program yang bersesuaian.
Dasar Industri 4.0. Berkenaan Revolusi Industri 4.0 atau IR 4.0. Potensi industri ini juga sedang diperhalusi oleh Kerajaan Negeri melalui Pelan Pembangunan Perindustrian Negeri Perak (P3) yang sedang dirangka melalui InvestPerak. Pelan ini antara lain bertujuan untuk merealisasikan Negeri Perak sebagai salah satu lokasi pelaburan terbaik melalui penetapan strategik dan juga polisi yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi IR 4.0. Di peringkat persekutuan pula, dasar industry forward merupakan satu dasar negara untuk transformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan bagi tempoh 2018 hingga 2025 yang menerapkan teknologi IR 4.0.
Seterusnya Pembangunan Pulau Pangkor. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Pulau Pangkor telah diiktiraf sebagai Pulau Bebas Cukai bermula pada 1 Januari 2020. Sehubungan itu, fokus utama Kerajaan Negeri ketika ini adalah untuk membangunkan sebuah kompleks jeti yang lebih selesa untuk menampung jumlah pengunjung yang semakin bertambah. Sebanyak RM15 juta ringgit telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan kerja-kerja awalan. Kerajaan Negeri juga mengharapkan pembangunan yang seiring dengan pertambahan kemasukan pengunjung. Faktor alam semula jadi dan keindahan pulau akan sentiasa terpelihara. Kerajaan Negeri akan menjadikan cabaran ini sebagai salah satu pendekatan untuk membangunkan Pulau Pangkor sebagai Smart Island melalui pengurusan sumber alam yang efektif serta berkesan dalam mengawal ke pencemaran. Di samping itu Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau yang bebas dengan kenderaan berasaskan petroleum dan akan digantikan dengan kenderaan elektrik yang menggunakan teknologi hijau.
Dasar perlombongan dan Pembangunan Sumber Mineral. Dasar Mineral Negeri Perak telah diluluskan Pada 23 Ogos 2019 sebagai salah satu usaha bagi memantapkan industri mineral di Negeri Perak dengan objektif seperti berikut :
(i) Untuk meneraju pembangunan sumber mineral secara mampan dan optima;
(ii) Untuk merangsang pelaburan dalam sektor mineral dengan mewujudkan iklim perniagaan yang kondusif, seterusnya meningkatkan hasil Kerajaan Negeri;
(iii) Untuk mengawal ketirisan hasil melalui perundangan dan penguatkuasaan bersepadu;
(iv) Untuk memastikan pembangunan sumber mineral secara lestari dan mesra alam sekitar:
(v) Untuk menggalakkan pengkomersialan hasil-hasil Penyelidikan dan Pembangunan R&D bagi mengembangkan industri huluan dan hiliran serta mewujudkan peluang pekerjaan;
(vi) Bagi menggalakkan penglibatan aktif pemain industri kepada pembangunan komuniti setempat melalui aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat atau CSR.
Bagi memastikan pencapaian objektif-objektif dengan berkesan, dasar mineral negeri Perak ini disokong oleh 6 teras utama. Teras-teras itu pertamanya pengembangan sektor mineral. Yang kedua, pembangunan sumber manusia. Yang ketiga, penerajuan alam sekitar. Yang keempat, peningkatan penyelidikan dan pembangunan R&D. Yang kelima, iklim perniagaan yang kondusif dan yang keenam penglibatan komuniti dan tanggungjawab sosial. Yang berhormat Dato Yang Dipertua, ahli Yang Berhormat Simpang Pulai juga mencadangkan agar kerajaan negeri mewujudkan satu pelan jangka panjang atau dasar melalui bajet yang telah dibentangkan agar lebih holistik dan komprehensif terutamanya untuk sektor-sektor.
Mohon Yang Berhormat..Yang Berhormat..mohon
Sila..
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Yang Berhormat Dato Yang Dipertua. Berkenaan saya ucapkan tahniah atas dasar mineral negeri yang telah pun kita mulakan tapi dalam masa yang sama kita mendengar hasrat kerajaan persekutuan untuk mewujudkan Majlis Mineral Negara yang mana pentadbiran kerajaan sebelum ini telah membantah kerana kita berpandangan ini adalah satu bentuk incouchement dengan izin kepada hak negeri iaitu berkenaan pengurusan mineral di negeri ini. Jadi apakah pandangan Yang Amat Berhormat tentang perkara ini dan apakah yang akan kita tetapkan dalam usaha kerajaan persekutuan untuk mewujudkan Majlis Mineral Negara ini yang kita fikir pada permulaannya ideanya pada mula nampak elok tetapi untuk jangka masa yang panjang kita bimbang ianya akan membuatkan kuasa ke atas mineral ini ditentukan oleh pihak persekutuan, terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Chenderiang. Dato' Yang Dipertua saya memahami apa yang tersirat daripada apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Chenderiang, oleh itu pendirian Kerajaan Negeri insya-allah kita akan meneruskan rundingan-rundingan yang telahpun dimulakan oleh Yang Berhormat sebelum ini dan kita akan meneruskan rundingan supaya terdapat keserasian atas tanggungjawab bersama di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan win-win situation Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan mendapat keuntungan bersama dalam Majlis Mineral Negara ini. Terima kasih Yang Berhormat.
Trong. Sedikit tambahan berkenaan dengan perlombongan proses. Kita tahu perlombongan ini merupakan proses cari gali ya dan ada kesan-kesan yang tertentu saya nak bawa perlombongan kaolin di kawasan saya. Jadi saya mohon pertimbangan sekiranya adakah satu jawatankuasa dibentuk ataupun melibatkan Jabatan Alam Sekitar untuk melihat kesan perlombongan kaolin ini terhadap pergerakan tanah di mana kalau kita lihat lombong-lombong kaolin ini yang ditinggalkan ini tidak ada lagi satu mekanisma untuk menutup ataupun mengurangkan sebarang bentuk hakisan yang mungkin akan berlaku pada masa-masa akan datang terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Trong. Sebenarnya memang Kerajaan Negeri ada jawatankuasa mineral negeri yang akan terlibat secara langsung untuk memperhalusi sebarang permohonan dan juga kerja-kerja perlombongan itu dan Insyaallah jawatankuasa mineral negeri akan membuat keputusan berasaskan kepada pemantauan sama ada kerja kerja itu boleh merosakkan alam sekitar ataupun memberi impak negatif kepada kehidupan rakyat jika semuanya ada masalah dan mengikut perundangan kita akan benarkan.
Saya mohon juga menambahkan sikit. Yang Amat Berhormat MB dan juga saya pun nak tambah sikit dah bincang jap tadi. Yang mana yang yang betul untuk kepentingan negeri untuk kepentingan negeri bagi membantu juga Menteri Besar kita selaku Menteri Besar pun mempunyai pengalaman yang lama sebagai ahli exco. Saya ingat apa yang dibangkitkan oleh Chenderiang tadi adalah merupakan satu perkara yang yang penting untuk kita berikan perhatian khususnya di peringkat negeri memandangkan hak tanah, air adalah hak mutlak negeri. Dalam hal ini pihak persekutuan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat sebarang peraturan atau pun undang-undang yang cuba menyekat hak yang mutlak ya hak mutlak pihak negeri. Oleh yang demikian dalam hal yang dibangkitkan dalam soal mineral dan sebagainya ini nanti kita tidak mahu hak di peringkat negeri itu akan dikesampingkan. Maka kita juga perlu belajar daripada cadangan yang dibuat oleh pihak kerajaan persekutuan sebelum ini yang mahukan hal pengurusan air juga di diurustadbir daripada persekutuan tetapi kita telah mengadakan siri perbincangan yang sangat panjang dengan Yang Berhormat juga adalah ahli Exco di waktu itu kita terlibat untuk memastikan supaya hak kita tidak tergadai disebabkan oleh sebarang perjanjian yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan ini adalah satu perkara yang mustahak yang saya harap dapat kerajaan memberi perhatian yang sewajarnya insya-allah kita akan bantu sama-samalah untuk memastikan supaya hak-hak kerajaan negeri dalam dalam hal ehwal tanah dalam hal ehwal mineral dan air tidak tergadai sewenang-wenang, terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya nak ambil peluang ini untuk mencerminkan apa yang disebut oleh Chenderiang sudah lama tak bersetuju dengan Chenderiang tapi dalam hey ni memang kena bersetujulah kerana kalau tak silap saya kami mendengar dari sebelah sini bahawasanya ada sebuah rang undang-undang yang sebelum ni bakal dibentangkan dalam dewan yang mulia ini berkenaan dengan hal pengurusan air tapi belum menjadi tetapi saya sangat sangat sangat bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh Pangkor. Hak ayo, hak lombong timah, kesemua perlombongan ini adalah hak negeri. Kalau Kerajaan Persekutuan nak dia boleh mai bincang.
Tetapi hak ni hak kita di Perak di negeri dan segala perancangan atau persetujuan menang-menang harus datang daripada kami dan bukan dari persekutuan ini harus ditegaskan. Dan Sebenarnya ada sedikit permasalahan di dalam negeri juga saya ambil contoh yang Trong sebutkan tadi apabila ada perlombongan kaolin perlombongan boulklin atau tanah liat kadangkala kadang-kadang ada pertindihan dasar atau ada dasar yang mewujudkan pertindihan maksudnya tuan punya tanah tidak kisah dia SSI tidak kisah dia apa nama SADC ke SEDC Tuan punya tanah telah melantik satu operator tetapi yang mengeluarkan special operating license adalah pihak yang lain yakni PTG dan di situ. Dalam beberapa tahun yang lepas ni kita dengar banyak cerita dan kes-kes di mana tuan punya tanah tak bagi kelulusan atau belum lantik sesudah atau sudah lantik bermula perbincangan dengan satu operator tetapi operator lain pula yang dapat special operating license. Jadi perkara ini perlu kita atasi dan di sinilah saya harap dan mohon kerajaan mempertimbangkan satu pemerkasaan atau satu Line Of Empowerment yang jelas supaya pertindihan ini tidak akan berlaku. Sekian, terima kasih.
Ok, Mengenai dengan apa perhubungan tadi. Trong ada maklum tadi mengenai perlombongan kaolin di kawasan Hulu Kinta pun ada dua perkara, yang pertama berlaku mereka mohon cara ni betoi ok dah dapat lesen untuk perlombongan. Setelah selesai tamat tempoh mereka tinggal gitu je. Bendanya apa yang patutnya deme lakukan deme tak lakukan. Oleh kerana itu, tanah tu hakis, bila hujan lebat mengakibatkan banjir menyusahkan apa pengguna jalanraya duduk situ, itu satu ya. So maknanya peraturan-peraturan yang dikatakan jawatankuasa tu sedia ada peraturan pun sedia ada, masalahnya sekarang soal penguatkuasaan, lemah. Itu perlu bagi penekanan sikit dari sudut penguatkuasaan., terima kasih..dan perlombongan haram masih berlaku lagi, masih berlaku lagi. Dalam Hulu Kinta pun ada berlaku, masih, terima kasih.
terima kasih ya Kota Tampan..berkenaan dengan sumber mineral juga, saya kita sokonglah apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat yang lain sebab kita di sebelah negeri ini berbanding dengan Persekutuan peruntukkan yang kita dapat adalah jauh lebih kurang dan banyak cukai juga daripada negeri diambil dari Persekutuan. Jadi dari aspek sumber pendapatan, kalau kita benarkan Persekutuan mengambil benda-benda seperti air mineral, dan apa lagi yang ada dengan bagi kerajaan negeri dari dari aspek pendapatan.
Yang kedua, kita tahu bahawa negeri Perak ini kaya dengan berbagai jenis sumber mineral lah saya mendapati bahawa, saya pernah menghadiri suatu team Kongres yang diadakan di Kuala Lumpur bagi kawasan Asia dan saya mendapati bahawa banyak masalah ataupun aduan di dibangkitkan ataupun cadangan dibangkitkan daripada State Holder dalam market sebagai contoh dalam mineral timah dan yang menjadi persoalan yang menjadi rintihan kebanyakan pengusaha ini adalah kebanyakan negeri di Malaysia yang ada timah telah lama kita menjadikan timah ini sebagai suatu mineral yang penting tapi baru-baru ni, walaupun kita mahukan biji timah ni menjadi satu sumber pendapatan negara yang progresif terdapat terlalu banyak isu "bureaucratic" ataupun birokrasi di dalam pengurusan untuk pengeluaran bijih timah ini. Saya tahu di Perak ni walaupun kerajaan mahukan perlombongan ini menjadi suatu sumber pendapatan penting bagi pihak negeri tetapi malahnya kita ada pilihan dengan banyak agensi kerajaan dan tanpa dan apa yang kita dapat adalah oleh kerana terdapat banyak pilihan ni terdapat juga banyak "rated" dan kerana banyak "rated" ini mengganggu proses pengeluaran ataupun proses penerokaan baru dalam sumber mineral. Jadi, saya berharaplah Kerajaan Perak memperhalusi masalah inilah dan mengatasi masalah birokrasi dalam pengeluaran isu perlombongan di negeri Perak. Terima kasih.
Menteri Besar macam mana?
Yang Berhormat menjawab dulu nanti saya kemukakan soalan lagi.
Yang Berhormat Dato' yang Dipertua saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan daripada Chenderiang, Pangkor, Pinji, Hulu Kinta, Pasir Berdamar, dan lain-lain yang nampaknya begitu berminat untuk mengambil bahagian dalam mencelah bagi sesi penggulungan untuk tajuk mineral ini. Saya menerima baik seperti mana yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Chenderiang dan Pangkor yang mengingatkan saya dalam proses rundingan itu hendaklah kita ingat tentang hak-hak bagi kerajaan negeri dan Pinji juga menyebut dengan sama bila kita mengadakan perbincangan walaupun untuk tujuan mencapai win-win situation tetapi ia hendaklah berasaskan kepada mempertahankan hak-hak negeri lebih dahulu. So, terima kasih banyak kepada pandangan itu insya-Allahlah kita akan rujuk pada kedua-duanya adalah merupakan mantan Menteri Besar yang lebih arif yang berdekatan dengan polis ini. Juga terima kasih kepada Hulu Kinta dan Pasir Berdamar yang mengaitkan yang membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan prosedur dengan pentadbiran dan kerenah birokrasi sudah tentu perkara-perkara ini macam itu kita catatkan dan insya-Allahlah kita akan bincang dan perhalusi dalam Mesyuarat Majlis Mineral Negeri. Insya-Allah.
Tuan Yang Dipertua, izinkan saya tujukan soalan kepada YAB Menteri Besar, baik sebab memandangkan dalam dewan ini ada 3 mantan Menteri Besar, 4? dan juga banyak EXCO-EXCO mantan EXCO so, saya jangka perkara ini boleh kita bincang dengan sebaik mungkin. Baik, soalan saya kepada yang YAB Menteri Besar, kenapa saya bertanyakan tentang isu dasar kerajaan dalam sektor perlombongan dan pembangunan sumber mineral ada beberapa faktornya pertama, adalah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Bedamar tadi, sebenarnya kita ada banyak sumber mineral dalam negeri Perak namun kalau kita lihat kepada peratusan pendapatan ataupun hasil daripada sektor ini kita masih lagi jauh kecil kalau berbanding dengan sektor-sektor lain tetapi mineral dalam negeri ini ia akan habis jika digunakan ataupun di eksplorasikan pertama yang keduanya adalah tentang perkara yang saya bangkitkan semasa ucapan perbahasan saya adalah tentang satu topik spesifik di kawasan Kinta itu perlombongan di kawasan Batu Kapur yang mana ianya bertindih dengan kawasan Agro Park Lembah Kinta yang telah pun dimasukkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.
Sebelum ini kawasan ini memang diwartakan untuk tujuan perlombongan namun, Geopark Kinta ini dimasukkan baru-baru ini So, saya bertanya kepada Yang Amat Berhormat supaya kita ada satu punca kuasa yang jelas ataupun apakah dasar ataupun cara untuk mengatasi masalah nya supaya tidak dilihat persepsi yang tidak baik kepada kerajaan negeri di mana tempat itu adalah tempat tetapi dari segi undang-undang ianya memang legal dan asas boleh menjalankan aktiviti aktiviti perlombongan itu tentang apa tu dasar perlombongan dan pembangunan sumber mineral yang satu lagi yang saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri Besar adalah tentang unjuran kembangan ekonomi anugerah tahun depan sebab saya meneliti ucapan belanjawan yang membawa Menteri Besar saya belum dapat kepastian. Apakah anjuran kerajaan negeri dalam perkembangan pertumbuhan ekonomi pada tahun depan bagi negeri Perak dan apakah asas meletakkan unjuran tersebut terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat saya faham bahawa untuk persidangan kali ini kita perbahasan yang melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dilahirkan hal nanti semuanya mempunyai begitu "passionate" dengan izin, turut serta dalam perbahasan sebab itu dalam kalau tengok dari semalam hari ini saya cuba memberi peluang dan masa kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk turut serta mencelah tapi saya rasa biar kita benarkan Yang Berhormat Menteri Besar menjawab dan dari masa ke semasa dalam tempoh penggulungan ini supaya supaya apa Yang Berhormat Menteri Besar dapat membuat pengkhususan fokus dalam penggulungannya dan Insya-Allah dalam tempoh penggulungan ini ada lagi peluang-peluang untuk Ahli-ahli Yang Berhormat lain untuk mencelah kasih Silakan Yang Berhormat Menteri Besar.
Tuan Yang Dipertua, saya nak tambah sikit dari Simpang Pulai.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, boleh ?
Terima kasih kepada YAB Menteri Besar, adakah satu apakah jangka pendek dan jangka panjang berserta itu Jabatan Mineral dan Sains untuk mengurangkan aktiviti perlombongan dan memulihara kan itu kawasan bukit-bukit tersebut Sebab saya sudah membangkit isu isu di perbahasan saya sudah 2 kali. Terima kasih.
Terima kasih sekali lagi kepada Canning dan juga Simpang Pulai ya, Okey saya akan mengambil nota apa yang disebutkan tadi untuk saya mencari jawapan sebenar daripada jabatan yang berkaitan dan kita akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat kerana bukan banyak lagi saya nak sentuh ni. Okey saya sambung balik sini mungkin ini merupakan jawapan kepada Yang Berhormat Simpang Pulai ya, Yang Berhormat Simpang Pulai mencadangkan agar kerajaan negeri mewujudkan satu pelan jangka panjang atau dasar melalui bajet yang telah dibentangkan agar lebih holistik dan komprehensif terutamanya untuk sektor-sektor tertentu di Perak untuk bergerak seiring dengan matlamat yang diinginkan Yang Berhormat memberi contoh sewaktu DUN Pangkor ADUN Pangkor menjadi Menteri Besar beliau wujudkan "tagline" Amanjaya dan seluruh agensi pejabat kerajaan bergerak seiring dengan perancangan yang diinginkan soalan Yang Berhormat itu bagi pelan jangka panjang negeri Perak, kerajaan negeri akan membangunkan pelan jangka panjang 2021 hingga 2030 yang lebih menekankan Pembangunan mampan dan inklusif bagi memulihkan ekonomi pasca covid19. Ini akan diperhalusi di peringkat agensi kerajaan persekutuan dan negeri supaya satu pelan pembangunan jangka panjang yang holistik dapat disediakan dan dijadikan panduan dalam pembangunan dalam membangunkan negeri Perak penekanan kepada pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang akan memberi limpahan ekonomi kepada negeri Perak dan juga projek-projek perumahan mampu milik untuk golongan B40. Yang Berhormat Lubuk Merbau memohon supaya belanjawan yang diumumkan..
Yang Amat Berhormat Menteri Besar saya hanya bicara sedikit sahaja sebab saya tadi dengar Yang Amat Berhormat Menteri Besar kata akan ada satu pelan atau pun blue print dalam bagi tempoh 10 tahun yang akan datang. Jika boleh dipertimbangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebab pelan jangka panjang atau pun blue print ini mungkin akan ada implikasi kewangan terhadap bajet kita dan jika boleh kali ini tak boleh tekan tembakan dalam Tapi nanti bajet yang akan datang mungkin boleh diselitkan dalam sebab perancangan ini mungkin akan melibatkan implikasi kewangan yang besar dan committee banyak ataupun melibatkan perunding swasta yang turut terlibat dalam rancangan ini ya.
Terima kasih. Pandangan itu diterima baik. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Lubuk Merbau memohon supaya belanjawan yang diumumkan dapat mengembalikan semula negeri Perak sebagai tempat tumpuan pelancongan domestik program. Program 'Moh Kenei Perak' yang dicadangkan untuk dibuat di dalam pelbagai bahasa. Selain itu, didapati tiket masuk ke Hutan Lipur Ulu Kenas terlalu tinggi iaitu RM2.00 seorang dan RM 2.00 setiap kenderaan. Yang Berhormat Lubuk Merbau mohon supaya tiket masuk dikenakan ke atas kenderaan sahaja. Untuk makluman Yang Berhormat, program 'Program Moh Kenei Perak' adalah inisiatif negeri dalam mempromosikan keunikan tempat budaya dan makanan popular negeri Perak. Justeru, kerajaan negeri menyambut baik cadangan untuk menggunakan pelbagai bahasa dalam program-program seumpama itu di masa akan datang. Selain itu, bagi menjawab isu tiket masuk ke Hutan Lipur Ulu Kenas terdapat beberapa kadar bayaran seperti berikut;
1) Berumur 6 tahun dan ke bawah, warga emas dan orang kelainan Upaya OKU adalah percuma.
2) Berumur 7 hingga 17 tahun adalah RM 1.00
3) Berumur 18 hingga 59 tahun adalah RM 2.00.
Dalam mengambil kira kepentingan dan penglibatan masyarakat setempat, Kerajaan Negeri telah memutuskan agar penduduk setempat yang sering menggunakan kemudahan Hutan Lipur ini untuk beriadah diberi pas tahunan secara percuma yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
Yang Berhormat Titi Serong telah mencadangkan untuk menyediakan dana bagi generasi muda menceburi bidang membaiki bot dan enjin nelayan untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan atau MAFI telah mewujudkan satu program untuk membantu menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro yang dinamakan Program Agropreneur Muda. Program ini dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 bagi menggalakkan penglibatan golongan muda yang berumur antara 18 hingga 40 tahun dalam bidang pertanian. Melalui program ini Kerajaan berhasrat menggalakkan golongan muda terlibat dalam sektor keusahawanan Agro melalui semua aktiviti dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, penternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan seperti bengkel baiki enjin bot dan juga agro pelancongan. Melalui Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK, akan diadakan kursus penyelenggaraan membaiki enjin bot yang memberi manafaat kepada pengusaha-pengusaha bot perikanan di negara di negeri Perak. Pendaftaran penyertaan kursus ini dijangka akan dibuka pada bulan Januari 2021.
Yang Berhormat Lubuk Merbau sekali lagi telah mencadangkan agar belanjawan 2021 satu ini dapat memberi tumpuan kepada projek-projek penternakan di luar bandar kerana kebanyakan masyarakat luar bandar tidak mempunyai pendapatan tetap selain dapat memperkasakan ekonomi desa. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 5 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada tahun 2021 bagi pelaksanaan projek - projek penternakan yang turut memfokuskan kepada golongan B40, M40 serta Belia. Projek penternakan seperti pembangunan sumber makanan ternakan ruminan, projek penternakan lembu pedaging, kambing pedaging, kambing susu bebiri dan rusa, kesemuanya akan dilaksanakan di padang ragut Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Negeri Perak. Kesemua padang ragut ini terletak di kawasan luar bandar dan memberi manafaat kepada 714 orang penternak di seluruh negeri Perak.
Terima kasih Yang Amat Berhormat dan Dato' Speaker. Berkaitan dengan padang ragut ini apabila kami dalam mesyuarat di Majlis telah terdapat banyak padang ragut telah diguna untuk tujuan lain. Bukannya untuk penternakan tetapi diguna untuk tanam kelapa sawit. Jadi ya, saya nampak ini mungkin kita boleh membetulkan tujuan-tujuan yang baik semulanya tidak disalahguna kemudian. Terima kasih.
Dato' Yang Dipertua, terima kasih Pantai Remis.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Terima kasih Dato' Speaker. Juga berkaitan dengan padang ragut di kawasan Hilir Perak, kita tidak mendapat padang ragut tetapi kita mempunyai banyak players ataupun pemain-pemain industri ternakan lembu dan kambing bersepah di merata tempat menggunakan premis-premis dan ladang-ladang secara haram dan terjah masuk untuk menggunakan menternak ternakan mereka. Jadi saya berharap pihak kerajaan Negeri juga mempertimbangkan supaya dapat diwujudkan padang ragut di Hilir Perak bagi player-player ataupun pemain-pemain industri tersebut dapat menggunakan kawasan tersebut dan juga memberi ruang dan peluang kepada penduduk tempatan untuk mencari pendapatan, menambah pendapatan dalam konteks padang ragut tersebut. Terima kasih.
Terima kasih kepada Changkat Jong dan juga Pantai Remis kedua-duanya ada...
Terima kasih Yang Amat Berhormat ya. Saya mencadangkan bahawa padang ragut yang disebutkan tadi hendaklah diagih atau diberi kepada mereka yang benar-benar ada lembu, ada kambing dan sebagainya. Sekarang saya lihat di Manjung contohnya ramai yang menternak tetapi meletakkan lembu mereka di ladang Simee sedangkan padang ragut yang sedia ada di Teluk Tiga itu tidak fully provided dengan izin tidak digunakan sepenuhnya dan adapun terdapat beberapa ekor tetapi mereka ini diberi milik dalam Daerah. Jadi minta Kerajaan Negeri memastikan bahawa mereka yang diberi kawasan padang ragut itu melaksanakan tugas mereka sebagai penternak. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, padang ragut ini adalah padang ragut yang diwartakan Khusus untuk kegunaan penternakan. Kalau disebutkan oleh Yang Berhormat Pantai Remis ada di tanam sawit di atas tanah padang ragut itu satu kesalahan. Yang keduanya, Yang Berhormat Changkat Jong tadi mohon supaya diadakan padang ragut di Daerah Hilir Perak. Jika Yang Berhormat boleh dapat mencari kawasan yang bersesuaian dibawa masuk dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah dan jika dipersetujui oleh semua Jabatan berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan yang ada kawasan itu adalah kawasan catchment area tak bolehlah. Jadi kalau ia dipersetujui dan boleh untuk kegunaan penternak-penternak dalam kawasan tersebut Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah boleh membuat keputusan dan dimajukan permohonan tersebut kepada PTG untuk dibincangkan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Panjang di atas pandangan itu dan Jabatan Veterinar akan mengambil tindakan sewajarnya.
Boleh saya tambah sedikit Yang Berhormat? Saya ingat isu yang berkaitan dengan padang ragut ini adalah merupakan satu isu yang besar juga dan saya fikir sejak zaman dulu lagi dan masuk ke Kediaman Menteri Besar dan telah diperbincangkan iaitu melibatkan beribu-ribu ekar yang kawasan-kawasan padang ragut yang diwujudkan oleh Kerajaan sejak sekian lama. Ia telah melibatkan satu jangka masa yang sangat panjang. Mungkin 40-50 tahun yang lalu. Ada kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan padang ragut sekarang ini sudah tidak lagi menjadi padang ragut dan ada kawasan-kawasannya juga yang telahpun dijadikan kawasan perumahan yang telah dijadikan kawasan-kawasan penanaman tanaman kelapa sawit, getah dan sebagainya. Saya masih ingat salah satu masalah besar yang kita hadapi waktu itu ialah di kawasan Parit. YB Parit mana ada sini yang telah pun berubah bentuk. Jadi saya fikir mungkin saya nak syorkan kepada kerajaan negeri supaya diwujudkan balik satu task force untuk melihat semula ke dalam kawasan-kawasan ladang ni ataupun tempat-tempat apa nama penternakan yang kita nak jadikan sama ada kepada untuk untuk untuk lembu ke atau untuk kambing dan sebagainya.
Kerana kita tahu bahawa ini adalah antara satu masalah besar yang dihadapi oleh pihak kerajaan negeri. Saya harap kepada pihak kerajaan yang ada sekarang dapat melihat semula. Mungkin ada kawasan-kawasan yang sudah diwartakan itu dikeluarkan daripada pewartaan, kerana secara praktikalnya kawasan yang telahpun dibina dengan rumah itu saya fikir sudah tidak ada lagi kawasan untuk padang-padang ragut. Kawasan Yang Berhormat pun seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, saya pernah melawat satu kawasan di Lenggong dan menuju ke Gerik juga telahpun dijadikan untuk tujuan yang lain. Jadi saya harap pihak kerajaan negeri dapat sama-sama membantu untuk menyelesaikan masalah ini.
Saya nak sambung sedikit Yang Amat Berhormat, sebenarnya kebanyakkan kawasan daerah tidak mempunyai tanah yang cukup malah tidak ada tanah yang sesuai.
Yang Berhormat Changkat Jong boleh cakap kuat sikit tak? Tak dengar.
Untuk makluman Yang Amat Berhormat, sebenarnya di setiap daerah tidak terdapat banyak kawasan tanah kerajaan untuk dibuat padang ragut. Tetapi saya nak cadangkan supaya tanah-tanah yang diambil 10% oleh pihak kerajaan itu boleh dipertimbangkan untuk membuat padang ragut ataupun kawasan ternakan dan juga di kawasan saya contohnya, terdapat banyak syarikat-syarikat gergasi ya listed company yang mempunyai tanah ladang sawit ya di kawasan Hilir Perak. Ini juga antara kaedah yang mungkin boleh kita fikirkan untuk mengambil sebahagian ataupun 100 ekar, 200 ekar, untuk kita bangunkan kawasan pertanian bersepadu ataupun TPKP tersebut dan diwujudkan kawasan-kawasan penternakan termasuklah padang ragut. Ia juga dapat menyelesaikan masalah-masalah yang saya bangkitkan terima kasih.
Dato' Yang Dipertua,terima kasih Changkat Jong, terima kasih Yang Berhormat Pangkor. Saya mengambil tanggungjawab untuk menerima cadangan Yang Berhormat Pangkor, supaya diwujudkan sebuah jawatankuasa task force untuk kita memperhalusi keseluruhan masalah yang berkaitan dengan padang ragut dan penternakan termasuk yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Changkat Jong sebentar tadi.
Yang Berhormat Hulu Kinta, sahabat saya, telah memohon pihak Perbadanan pertanian Negeri Perak SADC menyatakan status pelaksanaan projek Perak Agro
Valley seluas empat ribu sembilan ratus satu ekar. Untuk makluman Yang Berhormat projek Perak Agro Valley telah dijenamakan semula sebagai Lembah Pertanian Integrasi Lenggong (LPIL). Projek ini merangkumi lima elemen pembangunan iaitu ladang pertanian komersial, ladang peserta bersepadu, penternakan, lot perumahan peserta dan lot industri hiliran. Kesemuanya, keseluruhan pembangunan dianggarkan mengambil masa lima hingga sepuluh tahun.
SADC telah memohon dana pembangunan infrastruktur melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam RMK ke-12 sebanyak RM75.9juta dana dijangka dapat diperolehi dan kerja-kerja pembangunan infrastruktur dan jalan dapat di mulai bermula tahun 2021. Bagi kerja-kerja di lapangan, SADC telah memulakan kerja-kerja pembersihan kawasan bagi ladang peserta bersepadu dan lot perumahan peserta seluas 751 ekar dengan peruntukan RM3juta. SADC juga, telah mengenalpasti tujuh syarikat rakan strategik untuk membangunkan kawasan pertanian komersial untuk tujuan ternakan untuk tujuan tanaman makanan. Antara jenis tanaman yang akan dibangunkan ialah durian, nangka, jagung, nanas MD2, tanaman kontan dan ternakan ayam.
Yang Berhormat Hulu Kinta dan Manjoi, memohon agar Sekretariat Usahawan Negeri Perak atau STeP, diperkasakan dengan kakitangan dan peruntukan yang sesuai bagi membolehkan setiap menyusun projek dan tadbir urus dengan lebih baik. Turut dicadangkan, penubuhan jawatankuasa khas untuk memantau dan menyelaras penyaluran peruntukan bagi aktiviti perniagaan melibatkan gerai di kawasan perumahan yang diusahakan oleh golongan belia.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menambahbaik tadbir urus dan memperkasa peranan STeP bagi merangsang sektor keusahawanan di negeri ini. Kerajaan negeri akan menambah jumlah kakitangan dan peruntukan STeP mengikut keperluan semasa. Sebagaimana yang diumumkan dalam belanjawan negeri Perak 2021 sebanyak RM7juta diperuntukkan bagi merangsang pertumbuhan sektor usahawan di negeri ini yang melibatkan program-program seperti berikut. Yang pertama RM5juta bagi program tabung usahawan. Yang kedua RM1 juta bagi Geran Usahawan Perak atau GeRUP.
Yang ketiga, RM1 juta bagi pelbagai program dan projek Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal pengguna. Untuk makluman Yang Berhormat juga, STeP akan melaksanakan program latihan peningkatan kapasiti usahawan untuk semua peringkat usahawan negeri Perak termasuk beliau. Program ini dilaksanakan untuk memastikan golongan usahawan ini memahami dan mematuhi aspek perundangan asas seperti pendaftaran perniagaan, pendaftaran lesen PBT dan pihak berkuasa lain, aspek kebersihan dan keselamatan premis dan makanan serta pengurusan akaun dan dokumentasi perniagaan.
Ini bagi memastikan semua peniaga penjaja dan usahawan memahami aspek asas perniagaan.Bagi memastikan mereka menjalankan perniagaan dengan teratur dan tidak menghadapi halangan jika perniagaan semakin berkembang pada masa akan datang. Program ini, akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), PBT, Jabatan Belia dan Sukan serta persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil. Yang Berhormat Manjoi juga memohon agar kerajaan negeri meneliti isu kekangan yang dihadapi oleh usahawan untuk mendapatkan sijil halal. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri juga memahami kesulitan yang dihadapi oleh usahawan dalam memperolehi Sijil Halal kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Oleh itu, kerajaan negeri melalui STeP akan mempertimbangkan bantuan yang bersesuaian bagi tujuan ini.
Yang Berhormat Kamunting memohon perincian berhubung prestasi dan sumbangan GLC kepada kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 16 Disember 2020 kerajaan negeri telah menerima sumbangan daripada GLC negeri dalam bentuk kewangan berjumlah RM26juta atau 66.67% berbanding dengan anggaran sebanyak RM39juta. Daripada jumlah tersebut Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri Perak SADC menyumbang RM2juta, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SSI RM1juta, Perbadanan Menteri Besar RM3juta dan Lembaga Air Perak RM20juta.
Yang Berhormat Batu Kurau, mencadangkan supaya kerajaan negeri meneliti keperluan peruntukan dalam menyokong sektor pendidikan latihan dan kemahiran Vokasional atau TVET. Kerajaan negeri menyedari kepentingan TVET di kalangan belia di negeri Perak. Pendidikan TVET dilihat sebagai pemangkin pembangunan negeri Perak melalui pembangunan kemahiran bagi pekerja berkemahiran tinggi berdasarkan standard kemahiran pekerjaan kebangsaan.
Untuk makluman Yang Berhormat dalam belanjawan 2021 sebanyak RM3juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan program tersebut. Peruntukan ini adalah kesinambungan pelaksanaan program TVET negeri Perak tahun 2020 dimana RM3.6juta telah disalurkan bagi pelaksanaan program transformasi pekerjaan merangkumi 50 latihan kemahiran melibatkan 28 penyedia latihan dengan seramai 1444 orang telah menerima manfaat dalam menjana pendapatan tambahan dan peluang pekerjaan. Pelaksanaan program ini akan diselaraskan secara komprehensif oleh Jawatankuasa TVET negeri yang merangkumi latihan secara modular industri base.
Bagi tahun 2021 kerajaan negeri menyasarkan seramai 1000 orang peserta terdiri daripada penganggur, ibu tunggal belia dan Orang kelainan Upaya (OKU) melalui latihan pekerjaan secara praktikal. Selain itu kerajaan negeri turut menyediakan bantuan one-off kepada mahasiswa dengan kadar bantuan antara RM300 hingga RM2,000 seorang berdasarkan peringkat pengajian iaitu dari peringkat sijil hingga peringkat ijazah doktor falsafah. Bagi tujuan tersebut peruntukan sebanyak sembilan juta ringgit dermasiswa pendidikan iaitu RM8 juta untuk pengajian dalam negara dan RM1juta untuk pengajian luar negara disediakan yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 10 ribu orang mahasiswa.
Kerajaan negeri menyambut baik cadangan daripada ahli-ahli Yang Berhormat untuk menambahbaik pelaksanaan dan penyaluran peruntukan mengenai perkara ini. Kerajaan negeri akan meneliti dan memperhalusi mekanisme pelaksanaan dan akan dipertimbangkan dalam belanjawan akan datang. Yang Berhormat Pasir Pinji memohon penjelasan berkenaan agihan bantuan sekolah sebanyak RM80.1 juta ringgit mengikut aliran sekolah dan nilai peruntukannya. Untuk makluman Yang Berhormat bantuan persekolahan yang diumumkan meliputi bantuan kepada 365 orang pelajar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil dan sekolah mubaligh manakala setiap 9 buah sekolah, setiap 9 buah Sekolah Tinggi Persendirian Cina (SUWA) akan menerima 200 ribu yang melibatkan peruntukan 1.8 juta ringgit. Yang Berhormat Selinsing memohon kerajaan negeri melihat semula keperluan pelantikan tiga orang ahli jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) dalam sesebuah kampung yang menyulitkan pentadbiran kampung.
Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat pelantikan tiga orang JPKK adalah selaras dengan ketetapan oleh pihak Kementerian Pembangunan luar bandar agar pelantikan ini meliputi tiga komposisi parti komponen. Setiap JPKK negeri Perak dipengerusikan oleh Penghulu yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas selaku ketua organisasi di kampung berkenaan. Hala tuju masa hadapan organisasi JPKK ini akan diperkemas selaras dengan ketetapan lanjut dan persetujuan di peringkat kerajaan negeri kelak. Kerajaan negeri akan terus berusaha mencari formula terbaik untuk mengatasi perkara ini. Antaranya melalui penganjuran bengkel yang melibatkan pihak-pihak yang berkaitan. Yang Berhormat Tebing Tinggi mengutarakan isu.
Terima kasih pada putera Kota Tampan dan juga Speaker. Berhubung dengan JPKK yang dilantik tiga orang. Dimaklumkan juga bahawa mereka akan bekerja bersama-sama. Tapi isu dia sekarang ialah isu pengesahan apa jua, pengesahan-pengesahan yang diperlukan oleh rakyat sebagai contoh pengesahan sijil dan sebagainya mereka tidak mempunyai cop atau sebagainya. Adakah pihak kerajaan negeri ataupun Yang Berhormat ingin mengeluarkan cop-cop ini sebagai contoh untuk tidak membebankan Penghulu khususnya kerana diserbu untuk salinan-salinan sijil dan sebagainya adakah keperluan ini untuk dilaksanakan? Terima kasih.
Terima kasih YB Chenderoh.
Terima kasih Kota tampan dan Dato' Yang Dipertua. Saya ingin membangkitkan satu isu. Okey kalau setakat ini di kampung tradisional belum ada pelantikan ketua kampung tapi sekurang-kurangnya ada jawatankuasa JPKK untuk operasi seharian. Tapi kalau kita lihat di Kampung Baru setakat ini memang langsung tak ada apa-apa jawatankuasa ataupun ketua kampung dan sebagainya. Saya faham hal ini terletak di bawah kementerian KPKT tapi saya harap pihak kerajaan negeri boleh hubung berunding dengan kerajaan persekutuan untuk selesaikan isu ini sebabkan kalau kita lihat setakat ni dah hampir setahun setengah tahun di Kampung Baru dewan terbiar, banyak urusan penduduk pun tak tahu nak rujuk pada siapa. Jadi mohon perhatian terima kasih.
Selingsing mohon respon.
Terima kasih Yang Berhormat. Susulan daripada celahan berkenaan dengan MPKK saya ingin bawa satu isu di mana ada beberapa bukan di kawasan teman tapi ada beberapa MPKK lantikan zaman kami mereka memang berkhidmat selama setahun tetapi atas sedikit masalah dengan pentadbiran atau paperwork dengan izin mereka masih belum dibayar lagi dan saya harap pihak kerajaan boleh mungkin selepas Dewan kita boleh duduk bersama untuk menyelesaikan beberapa MPKK yang telah berkhidmat tetapi bayaran dan juga elaun belum diberi lagi. Sekian.
Yang Berhormat Selingsing. Yang Berhormat
Terima kasih Selingsing mohon mencelah bagi isu ketua kampung yang memang Selising bangkitkan. Jadi saya berpendapat kajian semula yang nak dilakukan oleh Yang Amat Berhormat itu memang tepat pada masanya tetapi satu lagi isu ialah saya lihat elaun yang diberi kepada mereka ini Yang Amat Berhormat sangatlah sedikit. Jadi saya rasa perlu kita tambah untuk mereka lebih efisien dalam menjalankan tugas mereka. Jadi saya harap Yang Berhormat mengambil perhatian tentang elaun mereka ini bagi melicinkan segala pentadbiran di peringkat Mukim, di peringkat daerah dan juga di peringkat negeri. Sekian terima kasih.
Ya mengenai ada dua perkara. Pertama mengenai GLC tadi. Mana-mana negeri pun sumbangan daripada Lembaga Air itu biasa. Banyak, memang untung menguntungkan. Selain daripada Lembaga Air dan difahamkan tadi sumbangan itu saya nampak kalau banding dengan negeri-negeri lain masih kurang. Kesimpulan sesuatu perkara archieve apa target yang patut diletakkan oleh kerajaan negeri. Dapat imbuhan berdasarkan target. Soal ketua kampung tadi isu ketua kampung tadi. Saya isu ini bukan baru ya dan isu ketua kampung ni saya rasa ada tiga orang ketua pengurusan bersama itu saya saya rasa luar daripada amalan biasa. Menyusahkan kita. Yang pertama kita faham ini adalah adjustment politik kita faham. Tapi berapa lama. Tak kan nak letak setahun dua tahun, tiga tahun begitu. Tak patut sepatutnya adjustment politik ni hanya sekadar beberapa bulan sahaja boleh kita mahukan perkara ini. Tetapi dah hampir lapan bulan dah masih masalah tu tak dapat selesai. Maknanya kalau menteri yang letakkan syarat ni padanya tak mampu menyelesaikan masalah baik dia letak jawatan bagi pada orang lain kalau tak mampu. Betul. Dan juga kerajaan negeri ada hak dan kuasa menentukan apa berdasarkan keadaan negeri kita sendiri demi kepentingan negeri rakyat, menteri besar dan negeri Perak boleh buat satu satu stand keputusan mahukan perkara ini selesai cepat oleh Menteri kalau tidak kita boleh buat sesuatu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian saya bersetuju supaya kaedah JPKK tu kita perhalusi semula kita adakan bengkel mesyuarat semula dan cari jalan terbaik supaya ia dapat dapat berfungsi seperti mana yang sepatutnya. Buat sementara waktu ni yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chenderoh tadi cop ni dah boleh digunakan mulai dua bulan sudah saya ingat Datuk SS telah pun mengeluarkan surat arahan kepada DO DO supaya cop dibuat atas nama JPKK. Yang Berhormat bangkitkan tentang elaun pun sama ia secara kebetulan pada mesyuarat EXCO yang terakhir yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Chenderiang saya ingat kalau saya salah perlu betulkan kita telah membuat keputusan untuk membayar kerana ada sedikit masalah teknikal hari itu dan juga Kampung Baru, Kampung Baru Cina dan Kampung India, mesyuarat Exco yang terakhir bagi pentadbiran terbaru ini pun telah kita meluluskan senarai untuk pelantikan bagi Ketua-ketua Kampung Baru Cina dan India. Kalau saya silap minta betulkan tapi itulah yang saya tahu sebab Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu telah membawa paper dalam EXCO meeting yang terakhir dan telah kita luluskan pelantikan ini hanya peringkat untuk mengeluarkan surat surat pelantikan saja. Yang tadi yang boleh kita sebut tentang sumbangan GLC tadi Yang Berhormat, selain daripada menyumbang secara terus kepada Kerajaan Negeri, GLC juga memberi sumbangan dalam bentuk CSR yang lain termasuk sumbangan banjir, Back to School dan sebagainya.
YAB tentang elaun. Selinsing. Selinsing punya elaun tu macam mana? Boleh dipertimbangkan?
Bukan elaun Selinsing. Tak, bila saya katakan tadi kita akan mengadakan bengkel semula untuk memperhalusi tentang struktur bagi JPKK ini ia akan terlibat sama ialah berkaitan dengan elaun. Yang kurang YB tolong tambah jelah. Okey.
Yang berhormat Tebing Tinggi mengutarakan isu banjir berpunca daripada perubahan iklim yang merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, antara langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi isu ini adalah menjalankan kerja-kerja selenggaraan saliran dan sungai, kolam takungan air, kolam takungan banjir menjalankan kajian dan projek tebatan banjir di kawasan yang berisiko serta kerap mengalami banjir. Selain itu, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengatasi isu ini antaranya pertama pemantauan bagi kawasan-kawasan yang berisiko banjir.
Kedua, melaksanakan kerja-kerja penaiktarafan sistem saliran. Ketiga, kerja-kerja penyelenggaraan berkala dilaksanakan secara rutin dan mengikut jadual. Keempat, menyediakan kemudahan bantuan peralatan dan kakitangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir dan yang kelima, memperkemas koordinasi antara jabatan-jabatan berkaitan dengan memanfaatkan Jawatankuasa Tindakan Bencana Daerah. Pembangunan yang diluluskan di peringkat PBT adalah berdasarkan Manual Saliran Mesra Alam atau MSMA. Di mana pengambilan keamatan hujan sehingga 100 tahun average recurrent interval (ARI) dan segala keperluan post-development berbanding dengan pre-development dititikberatkan bagi memastikan bencana banjir tidak terjadi.
Yang Berhormat Tebing Tinggi, mengutarakan keperluan untuk mewujudkan satu pangkalan data asas bagi mengintegrasi perkongsian data antara jabatan dan agensi. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang membangunkan inisiatif data raya, Big Data yang dinamakan Nexus Perak. Projek ini akan memacu agenda pembangunan negeri secara holistik melalui penggunaan yang holistik. Projek ini akan di terajui oleh Institut Darul Ridzuan(IDR) dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas, UTP bagi mewujudkan pusat jaringan strategik antara data custodian yang membolehkan integrasi data yang relevan dapat dihasilkan antara jabatan dan agensi. Fungsi utama Nexus Perak adalah untuk menjalankan data mining dan data analytic dimulakan dengan penyediaan tier one score chart bagi peringkat awal sebanyak empat indicator akan dibangunkan merangkumi data pendapatan, data pelaburan, data peluang pekerjaan dan data kemiskinan.
Yang Berhormat Kamunting, mencadangkan penyaluran peruntukan bagi pengurusan sisa pepejal di kawasan kampung. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengalu-alukan cadangan bagi penambahbaikan elemen pengurusan sisa pepejal di kampung-kampung. Perkara ini sekaligus dapat meningkatkan taraf kebersihan dan kesihatan penduduk. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, Pihak Berkuasa Tempatan hanya menguruskan pengurusan sisa pepejal melibatkan kawasan di bawah pentadbiran PBT. Kerajaan negeri bersetuju bahawa pengurusan sisa pepejal ini tidak hanya tertumpu kepada kawasan bandar sahaja tetapi juga perlu diberi perhatian di kawasan luar bandar.
Sehubungan itu, cadangan untuk memperluaskan kawasan tadbir urus sisa pepejal di luar PBT akan diteliti bersama antara PBT dan Pejabat Daerah dan Tanah. Antara fokus Kerajaan Negeri dalam pertimbangan perkara ini ialah, pertama, berkenaan dengan laluan masuk lori sampah. Kedua, penyediaan tapak pembuangan sampah atau rumah sampah dan penyediaan tong sampah di lokasi yang sesuai , yang ketiga, caj perkhidmatan yang akan dikenakan. Bagi tujuan pelaksanaan cadangan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2 juta pada tahun 2021 sebagai langkah permulaan untuk memperhalusi kaedah dan mekanisme terbaik dalam menguruskan sisa pepejal di kawasan kampung yang telah dikenalpasti. Yang Berhormat Titi Serong, mencadangkan agar pangkalan data masyarakat di…..
Sini, sini Jalong. Terima kasih. Berkenaan dengan pelupusan sampah YAB. Saya mohon cadangkan sebenarnya untuk satu. Kita nak lihat semula caj yang dikenakan kepada tempat tapak-tapak pelupusan sampah. Salah satu sebabnya ialah masalah yang kita hadapi sekarang ialah orang kampung atau orang bandar atau siapa-siapa pun mereka suka buang sampah merata. Salah satu sebab adalah terutamanya kontraktor-kontraktor tak kira swasta atau kerajaan, apabila mereka ke tapak pelupusan sampah mereka dikenakan caj. Jadi apa yang berlaku mereka akan buang sampah di lorong-lorong belakang di kebun dan sebagainya. Jadi saya harap buat kajian semula seboleh-bolehnya kalau nak bagi free lagi baik supaya kita galakkan supaya mereka buang sana. Sebab kalau kita bayangkan kalau mereka buang dekat kampung atau mereka buang dekat bandar, dekat taman perumahan lepas tu PBT pula kena cari orang pergi buang dan bersihkan semula sebenarnya kos itu mungkin sama atau lebih daripada kita nak bagi free kepada orang yang sanggup angkat sampah mereka buang dekat tempat pelupusan sampah. Jadi saya mohon YAB pandang semulalah. .
Yang Amat Berhormat, saya terlepas tadi banjir sebab Yang Amat Berhormat laju sikit tadi saya tak dapat nak stop Yang Amat Berhormat isu banjir. Saya minta tolong Yang Amat Berhormat kawasan saya terkena banjir beberapa kali dan terutamanya di Taman Muhibbah terdapat 38 rumah kaum India dan 50 lebihlah kaum Melayu lebih kurang 70 lebih. So, peralatan dia rosak banyak tiga kali kena banjir, banjir kilat so, tak ada dah rekod, tak boleh nak bantu mereka. Saya hanya beli mesin pam air untuk dia pam air sahaja nak bagi semua tak mampu Yang Amat Berhormat. Kalau Yang Amat Berhormat boleh pertimbangkan untuk membagi ad hoc, one ad hoc bantuan saya amat berterima kasih sekali. Terima kasih.
Boleh minta sikit. Itu yang dibangkitkan oleh saudara dari Changkat Jong, saya sokong dengan sepenuhnya. Memang perlu bantuan segera dihulurkan terima kasih.
Yang Berhormat saya ingin sambung sikit isu banjir saya ingat sudah terlepas dah. Ada kawasan saya ada beberapa kawasan banjir lah. Saya tak nyatakan satu demi satu agak panjang jugar tetapi ada satu kawasan banjir yang agak teruk iaitu akan membawa persepsi yang tidak baik kepada negeri kita iaitu kawasan jalan utama sekali dari Kawasan Simpang Pulai ke Cameron Highlands. Di mana Kawasan Perindustrian Keramat Pulai tempat itu selalu ada banjir kilat. Memanglah JKR telah pun hantar pegawai untuk meninjau kawasan itu, namun peruntukan tidak mencukupi untuk mengatasi masalah itu. Saya mohon YAB Menteri Besar boleh melihatkan perkara ini dan menyalurkan peruntukan yang secukupnya untuk mengatasi masalah ni sebab ini akan membawa persepsi yang tidak baik terhadap negeri Perak sebab ianya adalah merupakan jalan masuk ke Negeri Perak ke Cameron Highland turun dan naik, terima kasih.
Yang Berhormat sikit.
Pasir Panjang.
Saya pun terlepas tadi Yang Amat Berhormat. Merujuk kepada kejadian banjir yang baru-baru ini iaitu di kawasan Pasir Panjang iaitu di Batu 15 dan Kayan sebelum itu ingin dicadangkan bahawa untuk mengatasi masalah banjir yang mana-mana pihak PBT perlulah membuat satu perancangan awal ataupun blueprint apabila perumahan baru akan dibina. Jadi apa yang dilihat ataupun yang baru-baru ini saya merujuk kepada ke Bandar Baru Setia awan yang mana 10 ribu unit rumah akan dibina di kawasan tersebut dan yang telah siap 4000. Jadi ada baki 6000 dan kejadian banjir baru ini adalah di antara berpunca dari banjir daripada kawasan tersebut, air daripada kawasan tersebut pergi ke Batu 15 ataupun kawasan Lekir sedikit.
Jadi apa saya katakan tadi adalah Blueprint untuk pembangunan perumahan yang begitu besar perlu disediakan awal dengan sistem perparitan dan sebagainya. Jadi yang kedua kejadian banjir di Batu 15 juga antaranya berpunca daripada air daripada kawasan tersebut dan kawasan-kawasan yang lain tersekat untuk ke sungai disebabkan oleh pembinaan WCE itu terdapat beberapa kawasan saliran ataupun pembentung untuk ke sungai ataupun dialirkan ke muara tersekat oleh karbon yang tidak dipaksa habis.
Jadi sepatutnya banjir tu mengambil masa yang tidak begitu lama. Mungkin seminggu atau beberapa hari tapi hampir tiga minggu digenangi air. Jadi apa yang merunsingkan ataupun tidak menyenangkan penduduk di kawasan tersebut, 30 rumah yang terlibat di Batu 15 dan lebih kurang 12 keluarga di Kayan contohnya. Saya focus di Batu 15 itu mereka kata pada saya bukan punca banjir itu adalah seperti yang dulu-dulu yang mana tidak mengambil masa yang lama dan itu adalah disebabkan oleh keadaan hujan tapi ini adalah blocking daripada air itu dan mereka mengharapkan semoga sedikit pampasan boleh diberi kerana not their fault, bukan salah mereka. Terima kasih.
Yang Amat Berhormat , isu banjir ni adalah satu isu yang dekat. Boleh kita bagi pencelahan lagi atau Yang Amat Berhormat nak jawab dulu.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan Yang Amat Berhormat kerana memberi laluan kepada Manjoi. Manjoi ni sejarah Manjoi dengan banjir memang tidak boleh dipisahkan. Kalau dahulu kita lihat banjir ni hanya berlaku di Manjoi Proper, Kampung Manjoi tradisi tapi sekarang ni dah merebak ke kawasan perumahan dalam zon Manjoi. Ada beberapa langkah yang telah pun diambil oleh kerajaan termasuk penjagaan rumah pam tetapi maintenancenya amat mendukacitakan. Ada setengah tu tidak berfungsi. Ada setengah tu alat jenteranya kena curi. Jadi mungkin aspek-aspek keselamatan untuk memastikan bahawa rumah-rumah pam ini tidak dicuri dan juga berfungsi dengan baik kena lihat balik semula selain daripada masalah pembentungan. Terima kasih.
Jalong, terima kasih Yang Amat Berhormat. Nak bangkitkan satu lagi isu mengenai banjir. Saya nak menarik perhatian Yang Amat Berhormat kepada kawasan Jalong Sungai Siput di mana projek MSMA. Projek MSMA saya rasa ini berlainan dengan masalah-masalah banjir yang lain yang disebutkan hari ini sebab untuk projek MSMA ini peruntukan dah disediakan untuk tahun 2020 dan saya dimaklumkan peruntukan tu masih disimpan oleh JPS cuma masalahnya pelaksanaan agak mengambil masa walaupun JPS dan Pejabat Daerah telah memberi kerjasama yang baik tetapi mungkin cuma kita kata nak sesuaikan diri dengan norma dalam pandemik dan juga politik baru dan sebagainya telah membuatkan kerja tu mungkin saya rasa agak tersangkut sikit. Jadi saya YAB mengambil perhatian terhadap projek MSMA ini. Terima kasih.
Saya mohon YB, sebagai tambahan. Saya ingat masalah banjir ini bukan perkara baru. Dia melibatkan daripada dulu sehinggalah sekarang dan dia akan terus berlaku selagi ada hujan yang turun. Melainkan kalau tak ada hujan memang banjir tak akan berlakulah. Ia salah satu punca utama seperti yang kita ketahui adalah disebabkan oleh perubahan cuaca yang sangat berlainan dengan dulu.
Saya ambil contoh di kawasan saya tadi Pasir Panjang sebut kawasan-kawasan yang berada di kawasan pantai sebagai contoh mahu tidak mahu apabila berlaku hujan turun, air pasang penuh, air tidak boleh pergi ke mana termasuk Pulau Pangkor, pulau yang sepatutnya tidak ada pulau tidak boleh berlaku banjir tapi rumah saya, rumah mak setiap tahun tiga empat kali mak saya terpaksa berhadapan dengan banjir kerana air pasang penuh hujan lebat hari tidak boleh boleh bergerak. Pantai Remis salah satu daripada kawasan, tanyalah wakil Pantai Remis kita. Jadi saya fikir salah satu masalah ini yang boleh kita tengok sama-sama ialah supaya kerjasama dikalangan jabatan. Pengalaman kita dulu kita lihat bagaimana kita mengendalikan adakalanya kita berhadapan dengan masalah dari segi peranan dan tanggungjawab jabatan-jabatan seperti JKR dan juga JPS. Saya harap supaya kita dapat semalam kita mengumpulkan cadangan dengan MP3 jabatan-jabatan yang terlibat di dalamnya dapat duduk bersama-sama untuk segera menyelesaikan masalah tersebut.
Saya ambil contoh saya pernah pergi ke kawasan di Bagan Serai di tepi jalanraya utama ini ada parit, untuk define tanggungjawab siapa tu jadi masalah. Jadi akhirnya masing-masing kata ini bukan saya bos, bukan tanggungjawab saya. Saya ingat itu adalah pengalaman-pengalaman yang perlu kita kita tangani sama-sama. Harap Yang Amat Berhormat, saya ingat Pantai Remis pun setuju dengan saya. Kawasan dia pun menghadapi masalah yang sama. Nak define kawasan siapa termasuk kalau di majlis pun salah satu masalah. Saya ingat selepas ini kita ambil satu pengajaran pengalaman kita ini untuk kita selesaikan masalah-masalah banjir di kawasan-kawasan kita. Kawasan perumahan salah satu daripada masalah yang kita hadapi juga untuk kita selesaikan.
YAB, sila sambung.
Dato’ Yang Dipertua.
Ada permohonan daripada ni nak tak benarkan atau. Saya rasa kita benarkan YAB jawab dulu penggulungan itu.
Terima kasih sebab saya tengok saya faham semua Ahli Yang Berhormat berhadapan dengan situasi dan masalah yang sama berkaitan dengan banjir. Jadi saya simpulkan semua perbincangan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan banjir tadi, satu ialah cadangan supaya kerajaan memberi saguhati ganti rugi kepada mangsa. Yang kedua ialah cadangan supaya dicari jalan penyelesaian kepada masalah banjir. Yang pertama tentang cadangan ganti rugi ni YB daripada Changkat Jong disokong oleh Aulong tadi. Yang ni dia akan melibatkan peruntukan wang yang sangat besar.
Tadi YB cakap perkara yang berkaitan dengan kawasan banjir di Along, di Teluk Intan, di Changkat Jong tapi seluruh kita ada 12 daerah dalam Negeri Perak ni banjir keseluruhan negeri. Jadi kalau kita mula membayar saguhati kepada satu kawasan to be fair to others kita kena membayar. Jadi saya fikir yang tu saya untuk peringkat ini saya tak mampu untuk menjawab yes or no kerana ia bergantung kepada kemampuan kewangan negeri.
Yang kedua, berkaitan dengan beberapa cadangan tadi tentang penyelesaian secara total kepada masalah banjir dan dia berlaku secara berterusan. Lain tempat lain punca banjir lain cara dan kaedah untuk mengatasinya. Saya bersetuju supaya sebuah jawatankuasa taskforce khas untuk kita lihat perkara ini secara keseluruhan dan Pegawai Daerah adalah Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah bolehlah mengadakan mesyuarat untuk mengkaji bagi tiap-tiap kawasan berbeza punca dan saya setuju YB Pangkor sebut tadi dia kena ada koordinasi di antara jabatan-jabatan yang berkaitan. Saya fikir yang lain pun akan bangkit soal yang samalah. Okey boleh saya teruskan ya.
YAB Menteri Besar cadangan sikit saja. Tadi kita lebih kepada membincangkan tentang isu banjir dari segi prasarana dan pembangunan peruntukan yang diperlukan namun mungkin ada satu aspek yang kerajaan negeri boleh pertimbangkan adalah jika ada kawasan-kawasan hitam yang sukar dielakkan daripada berlakunya banjir contohnya di sepanjang Sungai Perak, Kuala Kangsar dan sebagainya, Parit, Perak Tengah dan sebagainya . So adakah kerajaan negeri boleh pertimbangkan ataupun deal dengan syarikat insurans tempat-tempat gelap hitam ini boleh diinsuranskan supaya mereka boleh dijaminkan jika berlakunya sebarang bencana. Saya faham insurans perlukan nominie nama yang spesifik. Tapi jika ada kawasan yang high risk, yang kawasan black spot kita boleh tengah pastikan tempat itu dan isi rumah itu. Itu boleh meringankan beban kerajaan negeri kena bayar pampasan, kena bayar pampasan one off bantuan kepada
Terima kasih itu satu cadangan yang.
Yang Amat Berhormat Kepayang bangun banyak kali sudah itu. Dia minta nak minta jalan juga. Boleh kita bagi Kepayang.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Yang pertama saya nak ucapkan tahniah kepada Kota Tampan kerana dilantik Menteri Besar baru. Mengenai isu banjir. Seperti yang disebut YB Pangkor, banjir akan terus berlaku. Kita boleh mengkaji punca-punca banjir tetapi masalah bila banjir khususnya banjir kilat berlaku. Masalah adalah mangsa-mangsa.
Seperti yang apa yang sedang berlaku hujung bulan lalu, 29 haribulan di tepi Taman Hock Ann dan Taman Suria. Sudah berpuluh-puluh tahun tak pernah ada banjri tapi selepas banjir berlaku mangsa-mangsa tidak dapat bantuan hari itu, malam itu. Saya tanya wakil-wakil rakyat lain terpaksa beli makanan, membeli katil dan blanket. Walaupun polis-polis cuba telefon JKM tapi malam itu tiada orang jawab. Tiada orang jawab telefon kecemasan. Ini Pusat Bandaraya Ipoh. Taman Hock Ann kurang daripada 1 km dari SUK. Mangsa-mangsa hampir 70 orang terpaksa pergi satu dewan kecil yang tiada tandas. Lelaki, perempuan, orang tua dan kanak-kanak terpaksa pergi satu dewan kecil yang tiada tandas langsung. Tiada privacy. Saya haraplah. Saya faham. Banjir adalah masalah teruk tapi bila banjir berlaku mangsa-mangsa yang kita mesti jaga. Mesti ada satu hotline yang ada orang jawab telefon. Tiada orang respond pula. Mana boleh di Pusat Bandaraya Ipoh. Dan saya harap Menteri Besar baru boleh tubuhkan satu persatuan atau apa pejabat untuk mengenai isu ini. Terima kasih.
Aduan-aduan dan cadangan daripada Kepayang itu kita ambil kira. Terima kasih. Cadangan daripada Simpang Pulai tadi satu cadangan yang boleh kita ketengahkan dan jika bersesuaian boleh kita laksanakan. Yang Berhormat Titi Serong tadi mencadangkan agar pengkalan data masyarakat di Negeri Perak yang kehilangan pekerjaan diwujudkan sebagai rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi berkaitan bagi tindakan bantuan penempatan pekerjaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri menerusi PASAK sedang membangunkan platform pekerjaan atas talian iaitu Talent Perak. Platform ini berperanan bukan sahaja menjadi platform kepada tawaran peluang pekerjaan tetapi juga sebagai pusat pengumpulan maklumat. Centralize Data kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, penganggur, lepasan mahasiswa dan lepasan SPM. Melalui platform ini peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh Syarikat akan dikategorikan mengikut demografi daerah, industri, pengajian dan peringkat jawatan tinggi bagi memudahkan pencarian kerja memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan sasaran 150 syarikat berdaftar melibatkan 500 peluang pekerjaan. Di samping itu, PASAK juga mengadakan kerjasama yang erat dengan pihak MIDA, Invest Perak, NCIA dan beberapa agensi serta jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan yang berkaitan bagi menyelaras data pekerja yang terkesan akibat Covid-19 dari masa ke semasa supaya tidak berlaku pertindihan data bagi inisiatif yang ditawarkan serta mereka dapat dibantu secara menyeluruh. Di peringkat Persekutuan pula, pengkalan data yang dicadangkan oleh Yang Berhormat telahpun diwujudkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia sejajar dengan peruntukan Seksyen 63, Akta Kerja 1955. Maklumat ini direkodkan dan dimasukkan ke dalam pengkalan data untuk kegunaan pemegang taruh, Kementerian Sumber Manusia dan pihak-pihak yang berkaitan.
Mencelah sedikit Yang Amat Berhormat. Berkenaan dengan dasar pekerjaan untuk menyelesaikan masalah pengangguran dan juga underemployment di kalangan belia. Saya menyambut baik segala yang sedang diusahakan khususnya Talent Perak atau wadah dalam Perak yang sebenarnya telah dimulakan semenjak zaman kami tetapi saya ingin mencadangkan di peringkat negeri pula kita perlu mencerminkan apa yang telah di diumumkan oleh kerajaan persekutuan berkenaan dengan Majlis Pekerjaan. Sedangkan sekiranya ada sebuah Majlis Pekerjaan di peringkat Persekutuan, ia hanya boleh gubal dan juga berbincang secara sangat makro. Di peringkat negeri pula, Perak ini lain daripada yang lain. Melaka pula lain. Selangor pula lain. Jadi saya nak mencadangkan supaya di peringkat negeri kita membuka lembaran yang istimewa dan khusus di mana kita wujudkan satu Majlis Pekerjaan Negeri Perak yang sekiranya diwujudkan kita memberi fokus kepada golongan belia. Sekian terima kasih.
Terima kasih, pandangan yang bernas Itu Yang Berhormat. Yang Berhormat Hulu Kinta memohon kerajaan negeri memberi perhatian dan keutamaan kepada isu pemuliharaan sungai terutamanya sungai di Ulu Chemor dan Sungai Kinta yang terlibat dengan masalah banjir. Memandangkan seringkali pembaikkan dinyatakan tidak dapat dilaksanakan akibat masalah pengurangan, masalah kekurangan atau ketiadaan peruntukan bagi tujuan itu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah mengenalpasti sungai-sungai yang memerlukan pemuliharaan sungai dan pembaikkan tebing termasuk Sungai Chemor dan Sungai Kuang. JPS merancang untuk menjalankan beberapa kerja naik taraf dan penyelenggaraan jangka pendek dan jangka panjang.
Antara aktiviti yang dirancang termasuk meninggikan ban dan pembaikan tebing di kawasan yang rendah, mengorek dan mendalamkan sungai. Manakala untuk jangka masa panjang, aktiviti yang berkaitan adalah seperti mendalamkan sungai-sungai utama seperti Sungai Kinta dalam Projek Rancangan Tebatan Banjir Kinta Fasa 2. Yang Berhormat Slim memohon kerajaan negeri untuk meneliti semula polisi penggunaan tabung bencana daerah kerana buat masa ini bantuan tersebut hanya boleh diberi sekali jika penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa ini bantuan sebanyak RM 300 diberikan kepada setiap keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan bencana. Bagi keluarga yang tidak berpindah atau berpindah ke lokasi selain daripada pusat pemindahan bencana mereka juga layak menerima bantuan pada kadar RM 300. Dengan syarat ketua keluarga perlu didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim dan kelulusan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah ataupun Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri. Pejabat Daerah dan Tanah akan menyalurkan sumbangan kepada setiap keluarga sekali sahaja sepanjang tempoh bencana.
Walaubagaimanapun, cadangan penambahbaikan polisi penggunaan tabung bencana dan bantuan sosial negeri Perak ini akan diteliti bagi membolehkan sumbangan bantuan diberikan lebih daripada sekali sepanjang tempoh bencana. Yang Berhormat Tebing Tinggi telah mengutarakan permasalahan akses laluan bagi mendapatkan kemudahan kesihatan dan mohon peruntukan atau bantuan kemudahan kesihatan yang disalurkan disediakan kepada golongan yang memerlukan.
Yang Berhormat Sungai Rapat mencelah. Terima kasih kepada Kota Tampan. Terima kasih Tuan Speaker. Tadi Kota Tampan menyatakan bahawa bila bencana ini berlaku maka mangsa biasanya pergi mohon daripada JKM, daripada Pejabat Daerah dan sebagainya. Kami sebagai ADUN, wakil rakyat ini kadang-kadang didatangi oleh mangsa. Kadang-kadang rumah terbakar, banjir, puting-beliung, atap kena terbang. Ketika itu kita nak mohon daripada tabung bencana yang disediakan pejabat tanah pun bermasalah. Mangsa pergi berjumpa penghulu, penghulu kata jumpa wakil rakyat. Mangsa pergi ke Baitulmal minta diselesaikan masalah. Nak repair nak perbaiki atap pun tidak ada pun, saya nak mencadangkan bagi menyelesaikan masalah mangsa yang berhadapan dengan suasana sedemikian rumah mereka masuk air, atap lubang dan sebagainya maka dicadangkan supaya wakil rakyat ini diberikan sedikit peruntukan yang agak wajar melalui pusat khidmat masing-masing, supaya Adun-Adun boleh bertindak secepat mungkin pada hari tu pada senja tu, pada malam itu juga tanpa dia berlengah untuk menyelesai masalah. Kadang-kadang rumah ni ditimpa pokok bila angin, angin ni nak menyelesaikan masalah tu nak panggil kadang-kadang MBI nak panggil mereka tu kan bermasalah pada sebelah malam. Kadang-kadang kepada peruntukan yang agak setimpal kepada wakil rakyat melalui Akaun Pusat Khidmat. Ini perkara yang yang saya cadangkan. Terima kasih.
Yang Amat Berhormat
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Rapat. Yang Berhormat apabila saya umumkan bahawa adun-adun akan dapat RM200 ribu setahun. Dia ada dua bentuk, satu dalam bentuk pembangunan, satu dalam bentuk outright. Outright itu akan di masuk terus ke dalam Akaun Pusat Khidmat, jadi Yang Berhormat boleh menggunakan sebahagian daripada itu untuk tujuan yang disebutkan tadi.
Legallyright hendak ada akaun, dicadangkan apabila peruntukan RM200 ribu tu kalau boleh diujikan semua tanpa melalui O.G. dua sebab kalau melalui O.G. dua, syarat syarat tu tak boleh nak diselesaikan pada senja malam itu juga. Jadi saya mencadangkan supaya kalau ada diperuntukkan kerajaan Syukur Alhamdulillah RM200 ribu tu keseluruhannya diuji, Terima kasih.
Yang Berhormat Sungai Rapat pernah menjadi Menteri Besar. Itu akan melibatkan teguran daripada Audit. Teguran daripada Audit. Audit akan menegur kita sebab itu kita kena melakukannya secara sebaik mungkin jadi sebahagian ada untuk O.G. dan sebahagian peruntukan untuk pembangunan. Yang O.G tu adalah untuk khidmat ya. Untuk makluman Yang Berhormat Tebing Tinggi penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar sering menghadapi halangan dan kesulitan bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Justeru dalam memastikan rakyat luar bandar dapat menerima kemudahan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyediakan peruntukan bagi membina infrastruktur asas antaranya jalan perhubungan desa dan jalan luar bandar. Secara tidak langsung penduduk luar bandar dapat menerima rawatan segera yang bersesuaian berdasarkan reaksi yang dikenal pasti. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh di kawasan pendalaman, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan premier untuk rakyat bagi tujuan tersebut perkhidmatan klinik bergerak disediakan termasuk pasukan doktor udara. Flying doctor service sebagai satu kemudahan kepada penduduk di kawasan yang sukar dihubungi seperti di kawasan penempatan orang asli. Selanjutnya mengenai peruntukan atau bantuan kemudahan kesihatan, kerajaan negeri telah melaksanakan Program Perak Prihatin sejak tahun 2019 yang meliputi dua jenis bantuan iaitu kad makanan dan kad kesihatan. Pada tahun 2020 dan 2021 sebanyak RM25.2 juta ringgit telah disediakan untuk 20,000 orang penerima. Jumlah ini adalah tambahan kepada peruntukan pada tahun 2019 iaitu berjumlah RM22 juta bagi 17,000 orang penerima. Bantuan sebanyak RM300 setahun bagi setiap penerima merupakan bantuan khusus untuk rawatan kesihatan di klinik-klinik panel yang berdaftar. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menyediakan perkhidmatan bantuan kebajikan melalui Skim Bantuan Kewangan kepada kumpulan sasar yang memerlukan bantuan untuk kelangsungan hidup pada tahun 2020 sebanyak RM160.34 juta dibelanjakan merangkumi 42,911 orang penerima manafaat, meliputi 34,847 orang penerima bantuan Persekutuan dan 8,064 orang penerima bantuan negeri. Yang Berhormat Kamunting mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan program Perak Prihatin mengenai kadar bantuan cadangan pasaraya panel, mekanisma permohonan dan pengurusan kad. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan negeri meletakkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa meningkat dan bertambah baik sudah pasti agenda untuk membangunkan masyarakat ditekankan sebagai salah satu wawasan dalam jentera pentadbiran negeri. Pelaksanaan Program Perak prihatin bertujuan untuk membantu meringankan beban penerima sekiranya memerlukan rawatan di Klinik Kesihatan Swasta sebanyak RM300.00 setahun. Manakala diperuntukkan sebanyak RM80.00 secara bulanan untuk mendapatkan barangan keperluan harian di kedai atau pasaraya panel. Yang demikian kerajaan negeri menerusi pembentangan bajet 2021 telah mengumumkan sebanyak RM25.2 juta ringgit peruntukan untuk pelaksanaan program pada tahun 2021. Kerajaan negeri mengalu-alukan cadangan penambahbaikan agar pelaksanaan program ini dapat dimantapkan supaya rakyat benar-benar layak dapat menikmati manafaat program ini. Justeru cadangan daripada Yang Berhormat mengenai kadar bantuan, cadangan pasaraya panel, mekanisma permohonan dan pengurusan kad akan diperhalusi dan dimuktamadkan oleh kerajaan negeri sekiranya perkara tersebut adalah relevan untuk dilaksanakan.
Mohon mencelah. Terima kasih Yang Amat Berhormat, berkaitan dengan golongan yang akan layak untuk menerima bantuan Kad Prihatin ini, mungkin kita boleh semak semula, adakah cara yang kita bagi sebelum ini masih sesuai kerana sekarang kita semua mengalami pandemik covid-19, jadi mungkin kadar masa tu mungkin tidak sesuai untuk masa sekarang. Mungkin kita boleh cadang untuk semak semula kerana bagi pihak Persekutuan bajet mereka untuk JKM telah meningkatkan bagi bantuan setiap tahun atau setiap bulan. Mungkin kita boleh bagi bantuan am yang sekarang yang kita bagi mungkin boleh kita keluarkan untuk bagi lagi berapa ramai rakyat boleh dapat bantuan kad Perak Prihatin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pantai Remis. Pantai Remis saya setuju dengan kata Pantai Remis. Pertama saya melihat kad prihatin dengan peruntukkan RM25.2 juta ni rasanya untuk satu perak tak memadai saya lihat pada tahun lepas Kad Prihatin, Kad Prihatin kawasan DUN Air Kuning akhir 2020 hanya mendapat 72 peserta sahaja. Saya difahamkan peserta-peserta lain mendapat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya. So dalam soal ini satu pendekatan untuk memilih bukan sahaja bergantung kepada tatacara yang ditentukan pada tahun-tahun lepas. Kita hendak supaya wakil-wakil-wakil rakyat juga main peranan untuk mencadangkan nama-nama mereka untuk disenaraikan sebagai penerima Kad Prihatin. So orang banyak bertanya seorang penerima jabatan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat pun dapat menerima Bantuan Bantuan Kerajaan dapat asyik-asyik orang kata, orang yang sama juga dapat orang macam kami tak dapat. Ini soalan soalan-soalan perlu kita atasi supaya semua merasa dalam keadaan covid ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Yang Pertua, kedua-dua ahli Yang Berhormat telah memberi cadangan yang baik untuk kita perhalusi semula tentang jumlah dan kaedah. Kerajaan Negeri sedar bahawa jumlah penerima yang berpotensi untuk menerima manafaat program ini adalah jauh lebih besar. Oleh yang demikian, kerajaan negeri akan berusaha untuk meningkatkan pendapatan dan hasil negeri supaya dapat terus membela nasib lebih ramai rakyat yang memerlukan. Yang Berhormat Pasir Pinji mencadangkan supaya peruntukan hal ehwal islam dan bukan Islam ditingkatkan agar aspek kerohanian terjaga dan mengurangkan masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat. Untuk makluman yang berhormat dalam bajet 2021 kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta ringgit bagi program hal ehwal, Hal Ehwal Islam dan juga RM10 juta ringgit bagi program bukan Islam (HEBI). Bermula tahun hadapan kerajaan negeri akan menambah baik pelaksanaan program-program ini bagi membolehkan peruntukan tersebut turut dibelanjakan bagi tujuan pembangunan rumah ibadat dan program-program kerohanian.
Cadangan bagi meningkatkan peruntukan ini akan dipertimbangkan mengikut keperluan. Yang Berhormat Pasir Pinji juga, Kamunting dan Manjoi turut menyentuh berkaitan peruntukan RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri dan mencadangkan peruntukan Pusat Khidmat Adun dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000 sebulan. Untuk makluman YB bagi menterjemahkan titah hasrat Paduka Seri Tuanku, kerajaan negeri telah memutuskan untuk menambahbaik kesemua peruntukan ini dalam belanjawan 2021 meliputi semua 59 Adun sepertimana yang saya umumkan iaitu RM200,000 bagi pelaksanaan pelbagai projek dan program pembangunan M5,000 sebulan untuk pusat, untuk pengurusan pusat khidmat. Saya memahami rintihan dan juga cadangan yang dikemukakan. Tapi buat sementara ini, kita tidak dapat menunaikan permintaan tersebut kerana kita juga harus memberi perhatian kepada peruntukan yang lebih besar untuk menangani masalah Covid yang masih menghantui kita. Jadi untuk tahun-tahun hadapan kita akan cuba lihat jika peruntukan kita mencukupi. Apalah insya Allah kalau benar-benar memerlukan kita akan cuba memperhalusi untuk peruntukan-peruntukan bagi tahun-tahun akan datang. Doalah supaya kita dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Dato’ Yang Dipertua,
Sebagai penutup, belanjawan ini sangat penting kerana ia merangkumi pelbagai langkah dan inisiatif yang, langkah dan inisiatif kerajaan untuk menjana semula ekonomi dan pemulihan kesejahteraan rakyat yang kini sedang diuji dengan hambatan Covid-19. Saya menekuni perjalanan perbahasan bajet kali ini yang berlangsung dalam keadaan tenang manakala isu-isu yang dibangkitkan bersifat objektif dan diselitkan dengan idea-idea yang konstruktif. Saya percaya ia adalah manifestasi kepada keinginan setiap daripada kita di dalam dewan ini untuk melihat belanjawan tahun hadapan memberi jawapan kepada keluh-kesah rakyat serta mengembalikan pacuan ekonomi negeri kelandasannya. Besarlah harapan saya agar persefahaman ini akan menjadi titik mula kepada kematangan kita berpolitik. Kita boleh membuktikan bahawa wakil-wakil rakyat mampu membina batas-batas dalam berpolitik dengan meletakkan kepentingan rakyat merentasi garis panduan kepartian. Saya berasa bertuah kerana berpeluang menyumbang khidmat di aras tiga orang Menteri Besar dan berkesempatan untuk bersama-sama merangka dasar dan melaksanakan halatuju negeri.
Sudah tentu pengalaman ini akan saya manfaatkan sebaiknya bagi meneroka pendekatan-pendekatan baru untuk memastikan negeri yang kita cinta ini terus mengecapi kemakmuran manakala rakyat sentiasa mendapat pembelaan yang sewajarnya. Kesempatan ini juga Dato’ Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan terima kasih kepada sahabat saya YB Chenderiang, YB Dato’ Seri Haji Ahmad Faizal Azumu yang juga terlibat secara langsung dalam masa kita membuat persiapan bajet 2021. Percayalah, rakyat akan lebih menyanjung dan menghormati jika kita meletakkan niat yang baik, terbuka, jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan nasib mereka. Atas kerana itu saya dan seluruh barisan pimpinan kerajaan negeri menadah tangan memohon restu daripada Allah SWT semoga dipermudahkan segala urusan pelaksanaan Belanjawan Negeri Perak Darul Ridzuan 2021 demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Dato’ Yang Dipertua, demikianlah ucapan penggulungan saya wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Walaikumsalam wbt. Terima kasih YAB Menteri Besar yang telah menyempurnakan sesi penggulungan perbahasan bagi Belanjawan Negeri Perak tahun 2021. Ahli-Ahli YB, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca bagi kali kedua. Ahli-Ahli YB dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca bagi kali yang kedua.
Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu diserahkan kepada jawatankuasa seisi dewan untuk menimbang rang undang-undang itu dari fasal ke fasal.
Ada sokongan?
Dato’ Yang Dipertua, Sungai Manik menyokong.
Ahli-Ahli YB, Dewan bertukar menjadi sebuah jawatankuasa untuk menimbang rang undang-undang itu dari fasal-fasal. Sekarang saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk membaca butir-butir di dalam jadual.
[DEWAN BERTUKAR MENJADI SEBUAH JAWATANKUASA]
Maksud B01 Dewan Negeri RM 23,717,800.00. Maksud B02 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri RM 1,552,900.00. Maksud B03 Raja-Raja dan Orang-Orang Besar RM4,501,500.00. Maksud B04 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri RM65,005,300.00.
Masalahnya bahawa maksud B01, RM 23,717,800.00, maksud B02, RM 1,552,900.00, Maksud B03, RM4,501,500.00, maksud B04, RM65,005,300.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Dibenarkan seorang pembahas daripada pihak kerajaan dan seorang pembahasan daripada pihak pembangkang. Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B01, RM 23,717,800.00, maksud B02, RM 1,552,900.00, Maksud B03, RM4,501,500.00, maksud B04, RM65,005,300.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli YB dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju maka jadual itu dipersetujui. Dipersilakan Setiausaha Dewan untuk membaca butir jadual seterusnya.
Maksud B05 Pejabat Daerah Dan Tanah Batang Padang, RM7,239,500.00. Maksud B06 Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung RM8,490,000.00. Maksud B07 Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak RM8,535,800.00. Maksud B08 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Perak RM10,672,100.00. Maksud B09 Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta RM16,036,900.00. Maksud B10 Pejabat Daerah dan Tanah
Kerian, RM7,382,400.00. Maksud B11 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, RM11,634,200.00. Maksud B12 Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, RM12,422,100.00. Maksud B13 Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, RM11,527,900.00. Maksud B14 Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, RM5,704,800.00. Maksud B15 Pejabat Daerah dan Tanah Muallim RM 4,990,900.00. Maksud B16 Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk RM4,078,900.00.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya bahawa maksud Maksud B05 Pejabat Daerah Dan Tanah Batang Padang, RM7,239,500.00. Maksud B06 Pejabat Daerah Dan Tanah Manjung RM8,490,000.00. Maksud B07 Pejabat Daerah Dan Tanah Hilir Perak RM8,535,800.00. Maksud B08 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Perak RM10,672,100.00. Maksud B09 Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta RM16,036,900.00. Maksud B10 Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, RM7,382,400.00. Maksud B11 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, RM11,634,200.00. Maksud B12 Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, RM12,422,100.00. Maksud B13 Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, RM11,527,900.00. Maksud B14 Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, RM5,704,800.00. Maksud B15 Pejabat Daerah dan Tanah Muallim RM 4,990,900.00. Maksud B16 Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk RM4,078,900.00. Diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Dibenarkan seorang pembahas daripada pihak kerajaan dan seorang pembahas daripada pihak pembangkang. Tiada perbahasan.
Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B05 RM 7,239,500.00, Maksud B06 RM8,490,000.00. Maksud B07 RM8,535,800.00. Maksud B08 RM10,672,100.00. Maksud B09 RM16,036,900.00. Maksud B10 RM7,382,400.00. Maksud B11 RM11,634,200.00. Maksud B12 RM12,422,100.00. Maksud B13 RM11,527,900.00. Maksud B14 RM5,704,800.00. Maksud B15 RM4,990,900.00. Maksud B16 RM4,078,900.00. Diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersuara setuju. Maka jadual itu dipersetujui. Mempersilakan Setiausaha dewan.
Maksud B17 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, RM17,697,000.00. Maksud B18 Jabatan Agama Islam Perak, RM101,622,500.00. Maksud B19 Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak, RM1,915,700.00. Maksud B20 Jabatan Mufti, RM3,806,600.00. Maksub B21 Jabatan Kehakiman Syariah, RM12,207,500.00. Maksud B22 Pencen Siasah dan Saraan Rahim, RM407,500.00.
Ahli-ahli Yang Rerhormat, masalahnya bahawa maksud B17 RM17,697,000.00. Maksud B18 RM101,622,500.00. Maksud B19 RM1,915,700.00. Maksud B20 RM3,806,600.00. Maksud B21 RM12,207,500.00. Maksud B22 RM407,500.00. Diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan. Tiada perbahasan sekarang saya mengemukakan bahawa bahawa maksud B17 RM17,697,000.00. Maksud B18 RM101,622,500.00. Maksud B19 RM1,915,700.00. Maksud B20 RM3,806,600.00. Maksud B21 RM12,207,500.00. Maksud B22 RM407,500.00. Diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli yang berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.
Maksud B23 Jabatan Pertanian, RM24,245,600.00. Maksud B24 Jabatan Pengairan dan Saliran, RM97,254,200.00. Maksud B25 Jabatan Perhutanan, RM41,613,500.00. Maksud B26 Jabatan Perkhidmatan Veterinar, RM17,474,500.00. Maksud B27 Jabatan Kerja Raya, RM79,758,400.00. Maksud B28 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Ringgit Malaysia RM7,181,300.00.
Ahli-ahli yang Berhormat, masalahnya bahawa maksud B23 RM24,245,600.00. Maksud B24 RM97,254,20. Maksud B25 RM41,613,500.00. Maksud B26 RM17,474,500.00. Maksud B27 RM79,758,400.00. Maksud B28 RM7,181,300.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan. Tiada perbahasan sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B23 Ringgit Malaysia 24,245,600.00 ringgit. maksud B23 RM24,245,600.00. Maksud B24 RM97,254,20. Maksud B25 RM41,613,500.00. Maksud B26 RM17,474,500.00. Maksud B27 RM79,758,400.00. Maksud B28 RM7,181,300.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara setuju maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.
Maksud B29 Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM39,554,100.00 ringgit. Maksud B30 Jabatan Mineral dan Geosains, RM705,400.00. Maksud B31 Pejabat Kewangan Negeri, RM6,781,400.00. Maksud B32 Pelbagai Perkhidmatan Am RM95,285,500.00. Maksud B33 peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun RM402,578,000.00.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya bahawa maksud B29 RM39,554,100.00. Maksud B30 RM705,400.00. Maksud B32 RM95,285,500.00. Maksud B33 RM402,578,000.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan. Pasir Bedamar.
Terima kasih Yang Dipertua. Bagi Geosains
Pasir Bedamar boleh cakap kuat sikit
Terima kasih Yang Dipertua Dewan. Bagi Jabatan Geosains dimana peruntukan adalah RM700,000.00 lebih. Memandangkan hasrat Negeri Perak dalam belanjawan adalah untuk memperkasakan industri mineral dan perlombongan. Jadi saya bercadang bahawa peruntukan yang lebih atau diberikan kepada peruntukan yang lebih diberikan kepada Jabatan Geosains. Memandangkan hasrat Negeri Perak adalah untuk memperkasakan industri perlombongan dan eksplorasi mineral lah. Jadi untuk mengenalpasti tapak dalam masa depan untuk eksplorasi mineral perlulah ada peruntukan yang lebih bagi Jabatan Geosains.
Terima kasih. Yang Amat Berhormat, Changkat Jong.
Sungai Rapat.
Terima kasih Yang Dipertua. Saya mencadangkan dalam maksud B29 untuk pemberian kepada penerima-penerima tetap bulanan.Ada di antara penerima ini yang memberikan aduan bahawa kalau biasa mereka dapat RM300 sebulan tiba-tiba dipotong jadi RM150. Ada juga yang memberikan aduan mengatakan telah dihentikan tanpa sebab. Saya nak mencadangkan RM39 juta barangkali kita kena berikan peruntukan lebih kepada penerima bulanan yang kalaulah kesusahan dia tu, penyakit dan sebagainya berterusan tu. Maka tidak di unjurkan untuk dibuat pengurangan daripada RM300 kepada RM150. Ataupun dihentikan sama sekali. Terima kasih.
Changkat Jong sila.
Terima kasih Dato' Speaker. Saya nak bahas bahawa B29. Berkaitan dengan skim Tabaruk. Saya mohon kepada Kerajaan Negeri pertimbangkan balik berkaitan dengan pengurusan Tabaruk ini iaitu pengurusan jenazah hari ini semakin hari semakin meningkat. Sama ada dari segi umat Islam ataupun maksud agama-agama lain dan kadar RM500 ini sudah tidak bersesuaian dalam keadaan hari ini. Jadi memandangkan segala kos barangan dan lain-lain perkara telah meningkat supaya pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan daripada nilai lima ratus dinaikkan kepada RM1000 ataupun paling minima pun RM700. Memandangkan saya lihat dalam pengumuman bajet yang lepas Yang Amat Berhormat telah menyatakan peningkatan sebanyak RM1 juta. Jadi saya mencadangkan perkara ini disebabkan tinggi daripada pihak Kerajaan. Terima kasih.
Okey Yang Amat Berhormat Menteri Besar, jawapan.
Terima kasih kepada 3 Ahli Yang Berhormat. Pertama daripada Pasir Bedamar yang mencadangkan supaya diberi peruntukan yang lebih kepada Jabatan Mineral dan Geosains. Untuk makluman Yang Berhormat peruntukan mengurus ini hanya melibatkan gaji dan peruntukan pengurusan jabatan. Manakala untuk pembangunan industri perlu menggunakan peruntukan Pembangunan P08. Saya menerima pandangan daripada Sungai Rapat dan juga Changkat Jong berkaitan dengan cadangan penambahan peruntukan kepada penerima-penerima dan juga kaedah bagaimana kita mengkaji semula sama ada seseorang itu perlu diteruskan bayaran ataupun tidak. Untuk makluman Yang Berhormat kita terikat juga dengan prosedur SOP Jabatan Kebajikan Masyarakat. Daripada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kerana wang yang sedikit tetapi nak disampaikan kepada penerima yang ramai. Jadi walau bagaimanapun saya faham maksud Yang Berhormat tuntutan permintaan supaya lebih tinggi dan kita akan kaji supaya kadar pembayaran itu jika bersesuaian dengan peningkatan kos obliving dan juga masalah Pandemik Covid-19 boleh ditambah jika keadaan kewangan memberi kebenaran kepada kita. Sesuai. Sebab saya sebutkan diawal tadi pun dengan wang yang agak sedikit kita nak tambah pemberian, dia agak sukar dan pada waktu yang sama kita tahu lebih ramai lagi orang memerlukan bantuan setelah berlakunya bencana Covid-19. Jadi walaubagaimanapun Yang Berhormat Dato' Seri Sungai Rapat pandangan- pandangan itu kita ambil kira tidak kita pendamkan kerana saya memahami masalahnya. Jadi kadar bulanan yang diberikan tu masih sama pada RM300.00. Penerima yang menerima kadar yang kurang boleh memohon ke JKM maksudnya dia masih ada peluang untuk merayu tetapi tertakluk jugalah dengan kemampuan kewangan.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B29 RM39,554,100.00. Maksud B30 RM705,000.00. Maksud B31 RM6,781,400.00. Maksud B32 RM95,285,500.00. Maksud B33 RM402,578,000.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju maka jadual itu dipersetujui.
Maksud P01 Jabatan Kerja Raya, RM90 juta ringgit. Maksud P02 Jabatan Pengairan dan Saliran RM16 juta ringgit. Maksud P06 Jabatan Pertanian RM8 juta ringgit. Maksud P04 Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM5 juta ringgit. Maksud P05 Jabatan Perhutanan RM3 juta ringgit. Maksud P06 Pejabat Daerah dan Tanah RM13 juta ringgit. Maksud P07 Pejabat Setiausaha Kerajaan RM114 juta ringgit. Maksud P08 Pelbagai Projek RM181 juta ringgit.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya bahawa maksud P01 RM90 juta ringgit. Maksud P02 RM16 juta ringgit. Maksud P03 RM8 juta ringgit. Maksud P04 RM5 juta ringgit. Maksud P05 RM3 juta ringgit. Maksud P06 RM13 juta ringgit. Maksud P07 RM114 juta ringgit. Maksud P08 RM181 juta ringgit diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua, cuma saya yang nak tanya yang tiada dalam jadual ini adalah dulu kita ada peruntukan untuk Jabatan Perikanan untuk pusat konservasi dan penerangan penyu di Segari. Tapi sekarang lihatnya telah di tiada dalam peruntukan untuk bagi pusat konservasi dan penerangan penyu. Saya mohon mungkin kita boleh teruskan untuk peruntukan kepada pusat ini. Terima kasih.
Air Kuning
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. P01 Jabatan Kerja Raya. Saya mohon kepada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Pusat supaya kita agak bukan terlepas pandang mungkin tak pandang. Pandang mata sebelah, mata sebelah tak pandang khususnya jalan-jalan Persekutuan di seluruh Negeri Perak. Saya nampak jalan-jalan Persekutuan sejak lima tahun yang lalu tidak ada tambah baik dan sebagainya yang menjadikan isu kawasan khususnya ialah jalan-jalan yang di selenggara oleh jabatan daripada Kementerian Persekutuan. Saya berharap khususnya jalan Persekutuan antara Mambang Diawan hingga Air Kuning sejauh 12.7 km lagi teruk sekali sehingga kemalangan dan sebagainya. Saya harap supaya diambil kira walaupun jalan persekutuan, kerajaan ambil kira supaya diberi peruntukan sebanyak RM4.5 juta kos yang terlibat untuk menyelenggara dan menaiktaraf supaya jalan itu sesuai digunakan khusus kepada pengguna-pengguna kawasan dan juga luar kawasan.
Saya harap perkara ini diambil kira sebab saya lihat dah bertahun-tahun tak diselenggara yang menjadikan satu masalah khususnya bukan saja pengguna tempatan malah pengguna daripada Ipoh nak ke Teluk Intan dan daripada Teluk Intan nak ke Ipoh inilah kawasan-kawasan yang begitu teruk sekali kalau banjir, kalau hujan bertakung air dan sebagainya hingga mengancam keselamatan beberapa kemalangan berlaku di kawasan ini. Saya harap ia ambil tindakan segera bagi P02 Jabatan Parit dan Pengairan, ini juga perlu diambil kira khususnya sungai-sungai di kawasan Daerah Batang Padang. Saya telah senaraikan ada 20 sungai yang perlu diselenggara termasuk sungai di Chenderiang yang menyebabkan banjir berlaku di kawasan-kawasan. Ini juga saya telah mendapat estimate daripada Jabatan Saliran, 20 sungai ini melibatkan hampir RM1 juta saja untuk menyelenggara, membersih dan mendalamkan sungai-sungai yang akan dinyatakan nanti dan juga P04 Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang diperuntukkan RM5 juta. Kita sebut Veterinar kita nak fungsi Veterinar di daerah-daerah berfungsi sepenuhnya dengan tidak berfungsi saya rasakan bahawa Jabatan Veterinar tidak dapat memberi perkhidmatan yang cukup baik. Mungkin kakitangannya tidak ada doktor yang bertugas, orang kata kadang ada kadang tak ada. Kosong tak ada isi dan sebagainya. Saya harap ianya di ambil tindakan sebab di kawasan Batang Padang ini adalah kawasan penternakan khinzir yang terbesar di Negeri Perak, kedua terbesar daripada daerah lain. Isu-isu khinzir inilah yang menyebabkan keluhan rakyat terutamanya orang melayu Islam di Batang Padang, Tapah ini kerana khinzir ini adalah satu bukan orang kata sensitif bagi orang melayu Islam.
Saya harap Jabatan Veterinar mengambil tindakan dengan RM5 juta ini kalau ada mewujudkan ternakan khinzir kita biarlah dizonkan kawasan-kawasan. Kita tidak boleh buat ternakan di kawasan-kawasan perkampungan khususnya di pinggir kampung dan sebagainya. Ternakan ayam dan sebagainya hendaklah ternakan ayam secara tertutup di kawasan-kawasan yang dizoning, bukan kita boleh buat di sempadan-sempadan kampung dan sebagainya. Inilah beberapa perkara yang saya ingatkan supaya diambil tindakan khususnya ternakan khinzir yang orang kata yang legal, unlegal merata hari ini. Bawah pokok getah pun ternakan khinzir dan sebagainya. Ini adalah menjadi satu masalah khususnya olehorang melayu Islam khususnya di kawasan Tapah dan kawasan-kawasan lain. Terima kasih.
Simpang Pulai.
Tuan Pengerusi, izinkan saya bangkitkan perkara P02...
Maaf Simpang Pulai, boleh cakap kuat sedikit.
Izinkan saya bangkitkan Perkara P02 bagi Jabatan Pengairan dan Saliran kod maksud 02002 nama adalah pengurusan sungai dan pantai. Tadi rata-ratanya ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan tentang isu banjir. Tetapi kalau lihat kepada perincian peruntukan bagi pengurusan sungai dan pantai perbelanjaan sebenar tahun 2019 adalah lebih kurang RM11 juta,tetapi tahun depan anggaran tahun 2021 peruntukannya hanyalah RM6.9 juta yang telah berkurangan banyak dan saya khuatir dengan peruntukan yang ini berbanding dengan perbelanjaan sebenar pada tahun 2019 itu adalah berkurangan lebih kurang 40 peratus itu agak membimbangkan jika kalau kita lihat perubahan iklim yang mendadak sekarang ini peruntukan yang kalau tak tambah pun sekurang-kurangnya setanding dengan perbelanjaan sebenarnya pada tahun 2019. Saya mohon penjelasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Kita bagi Yang Berhormat Changkat Jong dahulu.
Sedikit sahaja, terima kasih Yang Dipertua. Saya ingin bahaskan P01 JKR, saya mohon pihak JKR dapat menaiktaraf ataupun memperbaiki jalan, 2 jalan sahaja iaitu Jalan Changkat Jong di Batu 2 1/2 hingga Batu 4 kerana apabila hujan lebat airnya bertakung dah saban tahun dah. Dah masuk Facebook media baru, aduan, pelbagai aduan tiap-tiap tahun tak larat hendak jawab dah. Jadi minta utamakan peruntukan ini sebab ia boleh mengundang kemalangan di jalan tersebut. Yang keduanya di jalan baru dibina iaitu di jalan pintas Changkat Jong ke Padang Tembak melalui jalan lembaga hasil di situ juga jalan tersebut berombak-ombak dan apabila hujan lebat takungan air yang sangat tinggi dan boleh mengakibatkan kemalangan. Jadi dua jalan ini minta disegerakan dan diberi keutamaan di dalam peruntukan 2021. Terima kasih.
Terima kasih Changkat Jong. Yang Berhormat daripada Sungkai.
Terima kasih Yang Dipertua berkaitan dengan Veterinar yang disentuh oleh Yang Berhormat Ayer Kuning iaitu berkaitan dengan ladang khinzir dan semasa Kerajaan Pakatan Harapan, Yang Berhormat Chenderiang ada di sini kami telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak untuk menyusun semula ladang khinzir sebanyak 115 buah ladang khinzir di seluruh Perak dan hampir 65% kerja telah disiap. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh saya sendiri dan selepas diambil alih pada bulan Mac, tidak ada perkembangan. Jadi adakah kerajaan negeri sekarang mencadang untuk meneruskan jawatankuasa ini kerana Kerajaan Persekutuan telah memberi tempoh sehingga 2021 untuk menamatkan ke semua ladang khinzir yang tidak mengikuti peraturan-peraturan yang tetapkan oleh kerajaan Persekutuan iaitu to convert ke semua ladang khinzir ke Modern Pig Farming jadi ini adalah di tangan kerajaan yang ada hari ini, sekian terima kasih.
Yang Berhormat Pengkalan Hulu, last
Terima kasih Dato' Yang Dipertua, P01001 jalan dan jambatan, Pengkalan Hulu ingin menyatakan di sini telah beberapa kali di dalam sidang Dewan masalah banjir di Kampung Simpang Pulai, masalah banjir ini yang saya difahamkan telah dibuat lawatan berapa kali di antara JPS dan JKR, sehingga hari ini penyelesaian tak dapat dijalankan, tak dapat diselesaikan. Masalah ni dah lebih daripada 10 tahun, yang saya difahamkan oleh Jabatan Kerja Raya pernah kita dapat peruntukan daripada pusat tetapi Jabatan Kerja Raya Hulu Perak mengatakan projek ini tidak termasuk dalam keutamaan, jadi saya nak tanyalah dia dalam Dewan ini kalau setiap kali hujan 2 jam, 3 jam Kampung Simpang Pulai ini akan banjir melibatkan beberapa rumah termasuklah di surau. Jadi saya hendak mintalah kepada Jabata Kerja Raya di dalam tajuk 01 jalan dan jambatan supaya dapat diambil kira sama ada membuat convert dengan izin ataupun jambatan yang untuk mempercepatkan laluan air sungai itu yang menyebabkan banjir di Kampung Simpang Pulai masalah ni dah lebih daripada 10 tahun. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Ada lagi, boleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Boleh? daripada Pantai Remis.
Terima kasih Tuan Pengerusi, jadi saya hendak tanya tentang P07 YB Setiausaha Kerajaan Negeri kod 070002 Bahagian Kerajaan Tempatan, kita lihat pembelanjaan sebenar 2019 adalah RM3.7 juta ringgit, tetapi kita tengok tahun depan dia sudah naik ke RM6 juta ringgit dan juga 003 Bahagian Pengurusan Maklumat juga dari RM1.4 juta ringgit naik ke RM3 juta ringgit. Mungkin boleh tahu ada apa-apa pembangunan yang akan berlaku pada masa hadapan.
Ayer Kuning nak mencelah lagi.
Maksud Pembangunan P07, 07002 Bahagian Kerajaan Tempatan. Oleh kerana Majlis Daerah Tapah telah diupgrade menjadi Majlis Bandaraya Tapah pada 1 November yang lepas, yang mempunyai Yang Dipertua dan Setiausaha yang baharu dan sebagainya yang diurus oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Tapah. Oleh itu, oleh kerana ia di naik taraf menjadi sebuah Majlis Perbandaran, Yang mana Majlis Daerah Tapah ni sebenarnya tidak ada pejabat yang untuk beroperasi sepenuhnya. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1979 yang mempunyai pekerja yang cukup ramai dan memerlukan ruang untuk bertugas yang begitu baik.
Pertamanya, Jabatan Kejuruteraan dan Bangunan, Jabatan Perancangan Pembangunan, Jabatan Perkhidmatan Bandar, Jabatan Penilaian dan Pengurusan, Jabatan Kawalan Vektor, Jabatan Perlesenan, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Audit Dalam, Unit Undang-undang dan Unit Pusat Setempat. Oleh kerana kawasan-kawasan operasi ini perlu yang strategi dan selesa, dan juga mencadangkan supaya Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta untuk membina sebuah pejabat Majlis Perbandaran Tapah bernilai RM5 juta dan kawasannya yang telah sedia ada yang selama ini kita telah gazetkan di kawasan pembangunan Universiti Teknologi Mara Tapah, dan saya cadangan ini perlu diambil kira dan kita nak tengok bahawa misi dan visi majlis bandaran ini cukup jauh dengan sebagainya. Dengan adanya pejabat ini adalah merupakan pemangkin bagi kawasan-kawasan berkenaan dan memudahkan rakyat urusan khususnya kepada majlis perbandaran ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Yang Berhormat Menteri Besar, sila.
Terima Kasih Dato' Yang Dipertua.
Pengerusi.
Owh, minta maaf. Terima kasih Tuan Pengerusi. Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangun untuk membahaskan perkara-perkara yang berkaitan, saya mohon izin untuk menjawabnya satu persatu. Jika tak sempat, saya jawab secara detail insyaAllah kita boleh membincangkannya kemudian.
Daripada Yang Berhormat Pantai Remis, yang bertanya berkaitan dengan peruntukan Jabatan Perikanan, katanya telah hilang daripada buku ini. Sebenarnya peruntukan tersebut masih ada diletakkan di bawah P07 pejabat SUK dengan peruntukan RM2 juta ringgit iaitu bertambah daripada RM1.5 kepada RM2 juta ringgit.
Ayer Kuning, berkaitan dengan jalan persekutuan. Untuk maklumat Yang Berhormat, jalan persekutuan ini sebenar diletakkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Peruntukan datang daripada Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri telah mengemukakan perakuan bagi projek-projek pembinaan dan menaik taraf jalan-jalan persekutuan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia yang Ke-12 termasuklah jalan-jalan Yang Berhormat sebutkan di Ayer Kuning tadi.
Yang kedua, berkaitan dengan fungsi Jabatan Veterinar dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer kuning. InsyaAllah Jabatan Veterinar akan memberi perhatian supaya isu-isu yang disebutkan oleh yang Berhormat itu dapat kita selesaikan.
Yang Berhormat Ayer kuning juga bertanya berkaitan dengan penyelenggaraan Sungai Batang Padang. Yang Berhormat, permohonan peruntukan tahun 2021 bagi JPS telah ditingkatkan kepada RM16 juta yang turut meliputi RM6.9 juta bagi tujuan pengurusan sungai dan pantai. Jadi untuk keperluan bagi penyenggaraan sungai-sungai di Batang Padang Yang Berhormat boleh kemukakan kepada JPS.
Yang Berhormat Simpang Pulai berkaitan dengan peruntukan pengurusan sungai dan pantai berkurang berbanding tahun 2021. Untuk makluman Yang Berhormat RM6.9 juta yang diperuntukkan di bawah pengurusan sungai dan pantai adalah berdasarkan perancangan jabatan pada tahun 2021. Walau bagaimanapun peruntukan keseluruhan bagi JPS telah ditingkatkan daripada RM15 juta kepada RM16 juta ringgit.
Yang Berhormat Changkat Jong, tanya berkaitan dengan pembaikan jalan di kawasan Changkat Jong. Jawapan Yang Berhormat, JKR akan membuat semakan status jalan yang dinyatakan sama ada jalan persekutuan atau jalan negeri dan tahap keperluan untuk pembaikkan. Peruntukkan P01 adalah khusus untuk jalan negeri sahaja.
Yang Berhormat Sungkai, berkaitan dengan jawatankuasa bertindak untuk penternakan khinzir dan Modern Pig Farming. Ini dalam tindakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang akan mengangkat kertas pertimbangan MMK bagi cadangan pelaksanaan Modern Pig Farming sepertimana Yang Berhormat sebutkan tadi.
Daripada Pengkalan Hulu, berkaitan dengan banjir di Kampung Simpang Pulai. JPS dan JKR akan membuat semakan berhubung isu banjir di kampung yang berkenaan dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Daripada Ayer Kuning semula, berkaitan dengan Majlis Daerah Tapah yang di naik taraf kepada Majlis Pembandaran. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat, pembangunan pejabat majlis perbandaran atau di bawah Kuasa Berkuasa Tempatan sendiri. Walau bagaimanapun ada banyak kriteria yang perlu dipatuhi untuk membolehkan sesebuah Majlis Daerah di naik taraf kepada majlis perbandaran.
Yang Berhormat Pantai Remis tanya berkaitan dengan kenaikan peruntukan P07 002 Bahagian Kerajaan Tempatan. Kerajaan Negeri telah menyelaraskan semula belanja mengurus dan belanja pembangunan di bawah pengendalian Bahagian Kerajaan Tempatan. Mulai tahun 2021, kod objek sebagai 42000 belanja mengurus di Bahagian Kerajaan Tempatan dikhususkan untuk bantuan kadar Pihak Berkuasa Tempatan berjumlah RM3 juta dan program local agenda RM300,000.
Berikutan penyelarasan tersebut, bantuan Kerajaan Tempatan di bawah belanja pembangunan P07 Jabatan SUK Perak dinaikkan daripada RM3.8 juta pada tahun 2020 kepada RM6 juta untuk 2021, berikutan cadangan tambahan peruntukan RM2 juta untuk perkhidmatan kutipan sampah dan baki RM4 juta dikhususkan untuk bantuan pendengaran dan projek di bawah kerajaan tempatan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Menteri Besar. Tahniah saya ucapkan kerana jawapan-jawapannya agak komprehensif di peringkat jawatankuasa. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa maksud P01 RM90 juta, maksud P02 RM16 juta, maksud P03 RM8 juta , maksud P04 RM5 juta, maksud P05 RM3 juta, maksud P06 RM13 juta, maksud P07 RM114 juta, maksud P08 RM181 juta diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara bersetuju, dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak.
Sebulat suara bersetuju, maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.
Fasal 1, Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Fasal 2 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan.
Masalahnya bahawa, Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Dengan ini, saya buka ruang kepada Ahli Dewan. Sekiranya ada yang ingin berbahas. Jika tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju, dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak.
Tiada bersuara setuju maka usul itu dipersetujui. Lebih sebulat suara bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021 yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 29/2020 yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta-merta.
PENGERUSI Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021 yang dibentangkan sebagai kertas Dewan bilangan 29/2020 telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersuara bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju maka usul itu dipersetujui, Dewan bersidang semula.
[DEWAN BERSIDANG SEMULA]
Tuan Yang Dipertua saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah pun ditimbangkan dari se fasal ke se fasal dalam jawatankuasa bagi seisi dewan dan dengan ini saya minta izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli yang berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju.
Setuju
Yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca balik bagi kali ketiga dan diluluskan. Perkara yang keempat, membawa rang undang-undang Enakmen Perbekalan 2021 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua saya mohon izin memaklumkan bahawa jawatankuasa yang dilantik untuk menimbang cadangan-cadangan yang tersebut dalam Kertas Dewan bilangan 29/2020 hendaklah diluluskan. Dato' Yang Dipertua saya mohon mengusulkan bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 29/2020 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM430 juta ringgit yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2021 seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang Dipertua, Sungai Manik menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas Dewan bilangan 29/2020 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak Ringgit Malaysia 430 juta ringgit yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2021. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telahpun dibahaskan. Sekarang saya menjemput ahli yang berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju.
Setuju
Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersuara setuju maka usul itu dipersetujui dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya ingin mencadangkan bahawa dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang Dipertua Sungai Manik menyokong.
Ahli-ahli yang berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mencadangkan bahawa dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini dengan penuh rasa sukacitanya saya menangguhkan dewan ini kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak, dewan ditangguhkan.