Perak · 17 December 2020
14th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 242 turns · 34,503 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang Dipertua.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keempat, Mesyuarat Ketiga Tahun Ketiga Dewan Negeri yang ke-14 Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis 17 Disember 2020, jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian Hamba mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam.
Pengumuman Tuan Yang Dipertua
Perkara yang kedua, Pengumuman Tuan Yang Dipertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua atau wakil jabatan dan agensi serta wakil media sekalian. Sebelum kita memulakan urusan masyarakat yang selanjutnya izinkan saya untuk membuat pengumuman. Pertama berkenaan dengan pematuhan prosedur operasi standard SOP berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Alhamdulillah secara keseluruhannya dapat dilihat semua pihak telah memberi kerjasama yang baik dalam mematuhi SOP yang berkaitan pada persidangan semalam, hari Rabu 16 Disember 2020. Justeru itu saya mengharapkan kerjasama baik dalam pematuhan hidup ini akan dapat diteruskan pada persidangan kali ini. Perkara yang kedua berkenaan dengan soalan lisan. Sekali lagi kesemua jawapan soalan lisan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat pada persidangan hari ini, 17 Disember 2020 akan dijawab secara jawapan bertulis. Ianya adalah selaras dengan Perintah Tetap 22 (3). Sekian terima kasih.
Membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2021 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021Bill
Perkara yang ketiga membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2021 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang-undang yang bernama suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2021 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali yang kedua dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2021 yang berbunyi “bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 29/2020 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM430,000,00 yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2021. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir yang dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan” dan telah disokong. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Seramai 12 Ahli yang akan berbahas. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan oleh penyokong Kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama 30 minit setiap seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli adalah selama 15 minit seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan baik, dengan penuh rasa kewibawaan dengan penuh rasa keadilan, dengan penuh rasa kasih kepada Negeri dan rakyat dan juga dengan penuh rasa amanah. Sehubungan dengan itu untuk mengiringi perbahasan pada hari ini saya suka menyampaikan beberapa rangkap pantun. Yang pertamanya, Hijau menguning padi di sawah, tunduk berisi bagai nak rebah, pendirian kukuh tidak goyah, menghadapi cabaran tidak gelabah, berdayung mudik ke Kuala Sepat, kolek bocor dikayuhi juga, kalau menimbang sama berat, kalau mengukur sama tepat dan untuk mengasihi rakyat dan Negeri dalam perbahasan pada hari ini. Duduk Jebat bersila panggung, pembela paling terulung, karam di laut jadi pelampung, lumpuh di darat jadi pendukung. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dengan itu saya mempersilakan pembahas yang pertama Ahli Yang Berhormat daripada DUN Selinsing. Silakan.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua Dewan. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasohbihi ajma'in. Dato' Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, barisan Exco, semua YB-YB, semua Ketua-Ketua Jabatan, wartawan, petugas Dewan, anggota keselamatan, sidang Dewan yang berada di dalam Dewan dan juga yang berada di luar Dewan dan teristimewa untuk warga Selingsing dan rakyat Perak. Dato' Yang Dipertua patik menjunjung kasih ke bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak, kerana telah berjaya menyelesaikan kemelut politik yang sudah pasti sebelum ini rakyat di Negeri Perak merasa resah gelisah. Dengan kebijaksanaan dan kehebatan Tuanku, Tuanku dapat menyelesaikan segala yang berlaku dan akhirnya hari ini Dewan dapat bersidang. Kita semua tahu Tuanku diuji dengan beberapa kali tapi akhirnya berjaya di atasi dengan cara berhikmah. Nobat nafiri menjunjung duli tandanya daulat Sultan Paduka Duli Tuanku tinggi pekerti, teguh menjaga rakyat jelata, patik menjunjung kasih Tuanku. Hadis Riwayat Ahmad, “Orang Islam itu bersaudara, tidak boleh menzalimi dan mengkhianati, siapa yang menolong saudaranya, nescaya Allah akan menolong. Sesiapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, nescaya Allah akan menghilangkan daripadanya kesusahan pada hari kiamat”. Islam telah mengajar kita untuk jangan menzalimi, Islam telah mengajar kita untuk jangan mengkhianati. Kita disuruh tolong menolong, memudahkan kerja dan Jangan menyusahkan orang lain kerana kita ini semua bersaudara. Dato' Yang Dipertua, terlebih dahulu ingin saya panjatkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang baru, telah berjaya membentangkan Belanjawan yang bertajuk Negeri Perak Darul Ridzuan berdaya tahan, mampan dan inklusif sebanyak 333 mukasurat Belanjawan itu telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang baru. Kita semua tahu bahawa Dewan telah mencipta sejarah di Negeri Perak semua Ahli Dewan yang hadir telah memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang kita sama-sama saksikan pada tarikh 16.12.2020 semua Yang Berhormat bangun menyatakan sokongan kepada Yang Amat Berhormat bagi Belanjawan yang telah dibaca. Ini memperlihatkan, soladiriti kita dan meletakkan martabat atau keutamaan rakyat lebih daripada segala-galanya. Sudah pasti rakyat di luar gembira, bangga melihat ahli politik yang berlainan parti kini boleh duduk senada dan seirama. Segala-galanya mungkin kata kumpulan ini. Syabas dan tahniah ini tentulah kita perlu menzahirkan. Oleh itu, apalah sudi kiranya kita memberi satu tepukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita yang baru. Yang Dipertua, dengan penuh keyakinan hari ini Selingsing menyokong pembentangan Belanjawan 2021 yang pada hemat Selingsing merangkumi secara keseluruhan holistiknya bagi membantu rakyat. Sokongan sebulat suara yang telah ditunjukkan adalah satu manifestasi bahawa kapten kapal yang telah kita bersama-sama bersetuju untuk belayar menuju ke cita-cita untuk membantu rakyat ini telah kita sokong dan InsyaAllah kapten kapal ini akan membawa ke satu pulau-pulau yang diciptakan oleh semua Ahli Dewan dan juga rakyat. Belanjawan ini amat bersesuaian tepat dan kena pada masanya, sempena isu ataupun kebetulan malapetaka isu Pendemik Covid-19 ini kita perlu bijaksana menanganinya dan akhirnya sekiranya kita bersama-sama untuk memastikan telanjawan ini dapat kita turunkan kepada rakyat tentulah Covid-19 ini sikit sebanyak akan kita hindari dan kita minta dapat kita doa-doa semoga ia dapat ditamatkan. Sokongan padu kepada Yang Amat Berhormat Kerajaan Negeri Perak ini merupakan satu tangkai azimat yang mana rakyat di bawah sudah letih, layu dan terkulai kerana memikirkan permasalahan Belanjawan ini. Hari ini Belanjawan merupakan satu supplement yang sudah pasti dinanti-nantikan oleh rakyat. Timbalan Dato' Speaker, secara rumusannya Belanjawan pada kali ini adalah merangkumi pelbagai aspek menyentuh semua segenap lapisan masyarakat dalam semua bidang yang telah disentuh antaranya prasarana, aspek perumahan, industri asas tani, alam sekitar, shiar islam, pendidikan modal insan, pembangunan sosial belia dan sukan, pelancongan, takbir urus pengangkutan awam, hal ehwal bukan islam, geran kepada agensi lain termasuk juga bonus kepada kakitangan. Ini satu gambaran bahawa Belanjawan ini merupakan satu Belanjawan rakyat yang InsyaAllah akan dirasai dan dinikmati oleh rakyat. Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar memaparkan kepada kita satu politik norma baharu berfikir di luar kotak, memahami denyutan hati rakyat di bawah sana. Bahkan beliau juga boleh saya harapkan bersesuaian dengan hadis yang saya baca tadi bahawa beliau memahami tentang bagaimana untuk menegakkan keadilan jangan menzalimi dan beliau ingin bekerja bersama-sama selari dengan corak pemimpin-pemimpin Islam.
Oleh sebab itu, saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas apabila Yang Amat Berhormat mengumunkan peruntukan kepada Ahli Dewan sebanyak RM200,000.00 kepada kita semua untuk membantu rakyat. Dulu kita tahu kita masih berada di kepompong lama dalam pemikiran lama sehingga kita lupa bahawa rakyat di sana, rakyat dibawah, rakyat dikawasan di zalimi sekiranya satu kerajaan memerintah maka pembangkang akan dizalimi. Saya tidak mengatakan mana-mana pihak tetapi budaya ini telah dipecahkan oleh Yang Amat Berhormat maka mimpi kita sudah menjadi realiti. "Pakai sampin berbaju Kedah, Gadis jelita berkain belah, Kalau pemimpin adilah sudah, Sokonglah kita tanpa berpadah". Masa ini kita bersatu untuk menyokong keputusan Yang Berhormat, YB-YB dan juga pembangkang untuk hadir ataupun boleh menghadiri ke pejabat daerah melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah, Mesyuarat Fokus, Mesyuarat Bencana Alam dan sebagainya merupakan satu politik norma baharu dan kita hari ini melakar satu sejarah baru dan InsyaAllah rakyat ingin melihat inilah Belanjawan yang membolehkan rakyat untuk membantu. Sila.
Terima kasih Selising, boleh tak Selingsing bersetuju kalau saya cadangkan dalam peruntukan semua Adun menjadi ahli kepada JKTD, ahli kepada fokus, AJK itu dan sebagainya diluaskan kepada AJK-AJK PTD juga Jawatankuasa Tanah Daerah, terima kasih.
Terima kasih, saya berpendapat itu adalah hak kepada Yang Amat Berhormat melihat kepada apa yang berlaku dalam kewangan dan sebagainya atau dalam bidang tugas tetapi sudah pasti pembaharuan ini baik dan kita bersetuju atau kita menyerahkan kepada Yang Amat Berhormat untuk memikirkannya. Dato' Speaker berbalik kepada persoalan Bajet kita ingin menyentuh prasarana yang telah diberi peruntukan RM290.4 juta di mana JKR telah menerima RM169.8 juta dengan RM79.8 juta Mengurus RM90 juta adalah pembangunan infrastruktur. Peruntukan ini ....
Selingsing minta lauan.
Silakan.
Terima kasih Timbalan Speaker dan juga Selingsing. Setujukah Selinsing, selain daripada pembaharuan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat, ada satu cadangan yang saya ingin kemukakan juga supaya ia menjadi relevan kepada semua baik di pihak kerajaan ataupun pembangkang iaitu membenarkan dewan-dewan awam, orang ramai ataupun agensi kerajaan seperti majlis perbandaran dan sebagainya digunakan oleh parti-parti politik hanya untuk sewa dan mengadakan aktiviti, Mungkin sehari atau pun dua hari dan memberi pembayaran. Kalau ini boleh dilaksanakan tidak lah, kerana saya berasakan untuk mencari pendapatan kepada agensi kerajaan dan bukan kerajaan Ia juga harus dibenarkan dalam konteks untuk mencari tambahan income kepada pihak kerajaan dan memberi laluan kepada parti politik untuk selain menggunakan hotel dan sebagainya. Terima Kasih.
Terima kasih kepada yang mencelah. Jadi saya berpendapat sekiranya ia boleh mendatangkan satu hasil kepada kerajaan dan boleh memberi kemudahan serta manfaat kepada rakyat, maka kita sebenarnya adalah pejuang rakyat, jadi sudah pasti kita rasa pandangan itu boleh dimasukkan sebagai satu perancangan pada masa akan datang. Terima kasih.
Izinkan saya meneruskan mengenai isu jalan-jalan, jambatan, longkang dan lain-lain yang rosak. Sudah pasti dapat diteruskan prasarana kerana JKR berada di belakang kita untuk membantu. Cuma saya ingin menyentuh kalau di Tol Alor Pongsu yang ada, telah dibina adalah lebih baik kita membina satu laluan yang lebih besar bagi memudahkan kenderaan yang ingin nak masuk sangat tetapi jalannya agak kecil. Kehilangan berbilion-bilion ringgit ini adalah antara hasil kita mengimport produk agro makanan. Jadi kita dapati, Negeri Perak mempunyai tanah yang begitu banyak, sudah pasti saya teringat akan idea Yang Amat Berhormat satu ketika dahulu. Beliau telah mencadangkan idea Program Kebun Dapur Kita. Program ini pada saya perlu diberi nafas baharu kerana kita mesti menggunakan setiap inci tanah yang ada di daerah kita, di kawasan rumah kita, di kampung kita bagi memastikan bahawa tanam apa yang dimakan, kalau lebih boleh dijual hashtag Yang Amat Berhormat masa beliau menjadi Exco dahulu boleh kita angkat sebagai satu isu yang perlu diberi nafas baharu. Ketupat pulut tidak berhenti, hendak di rasa di bawah titi, ketika hidup telah berbakti, supaya jasa selalu diingati.
Isu pelaburan, ungkapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan bahawa beliau memberi fokus-fokus utama iaitu menyediakan satu tapak yang berkualiti bukan mementingkan kuantiti. Saya sangat bersetuju kerana kita dapati kadang-kadang kita sebut revolusi industri 40, tetapi gah begitu saja. Bila orang nak meminang kononnya anak kita ni cantik molek, orang pergi kita tak solek, orang pun tak teringin. Oleh sebab itu, semua YB-YB, saya mencadangkan bahawa pembinaan pusat-pusat pelaburan, tapak-tapak pelaburan ini perlu diberi nafas baharu dengan penyediaan infrastruktur yang lengkap. Ada jalan, air, api, jalur lebar nya. Maka kalau kita solek anak dara kita yang tentu sudah cantik ini, tentu cepat dipinang orang. Jadi saya mencadangkan agar kata-kata yang Amat Berhormat untuk memberi fokus untuk tapak industri secara berfokus ini biarlah ianya diberi satu nafas baru dengan Kerajaan Negeri sendiri menyediakan tapak industri yang lengkap untuk menarik pelabur untuk datang.
Selinsing, saya tertarikh dengan Selinsing membincangkan tentang tapak industri tersedia. Kita maklum bahawa di Negeri Perak ini terdapat hanya beberapa lokasi yang diberi tumpuan oleh pihak kerajaan. Adakah selingsing setuju, maknanya tapak industri terbina ini diwujudkan di semua parlimen di semua DUN supaya memberi peluang kepada industri-industri tempatan dapat dibangunkan di kawasan-kawasan tersebut selain kerajaan menumpukan di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Terima kasih.
Baik, dipendekkan cerita saya setuju dan Kerajaan Negeri membuat kajian kalau difikirkan sesuai, silakan.
Baik, izinkan saya, ini ada banyak sikit ini untuk memberi tumpuan kepada Silver Valley membentuk penjenamaan semula dalam industri, saya rasa satu tindakan yang baik di mana kita dapat lihat sudah pasti akan berlaku pertumbuhan ekonomi, akan berlakunya penaiktarafan, penjenamaan baharu tapak-tapak seperti Silver Valley ini dan juga Perak pasti menyediakan satu kawasan tapak yang kondusif. Dari aspek pelancongan, kita dapati 3 hingga 5 juta akan dianggarkan pada 2021 dengan peruntukan 25.9 juta untuk pemulihan dan memaksimumkan potensi industri pelancongan. Saya yakin ada yang terkesan akan mendapat manfaat akan peruntukan yang agak besar ini seperti contoh pelancaran Geotourists Watchers, sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi dan pelancongan. Pelancongan domestik, faktor keselamatan, pelancongan juga mesti diberi perhatian. Contoh kerajaan memberi RM10,000 secara one off kepada NGO juga langkah yang terbaik sehingga pemandu pelancong pun juga dibela. Inilah juga yang dikatakan kerajaan belanjawan membantu rakyat. Selinsing ingin membuat sedikit teguran kepada GLC-GLC. Silakan,
Timbalan Yang Dipertua. Izinkan saya untuk mencelah iaitu apabila Pembentang membincangkan tentang pelancongan. Pada pandangan kita pelancong adalah merupakan salah satu bidang yang sangat penting kepada Negeri Perak dan Negeri Perak mempunyai segala potensi dalam bidang pelancongan dan satu ketika Negeri Perak telah mencatat 9 tahun betul-betul dalam sektor pelancongan domestik yang tertinggi dalam negara maka potensi tu tentunya besar yang ada dalam negara kita.
Apakah pihak Selinsing setuju bahawa setiap daerah dalam Negeri Perak kita ini perlu dibangunkan, dirancangkan dengan sebaik-baiknya agar potensi di setiap daerah itu dapat dimunculkan sepertimana di kawasan Kuala Sepetang, di kawasan Selinsing sendiri yang mempunyai potensi-potensi yang cukup besar. Kuala Gula sebagai contoh adalah satu potensi yang sangat-sangat besar. Kuala Sepetang satu lagi antara contoh yang paling besar dan begitu juga di kawasan-kawasan yang lain dalam Negeri Perak.
Terima kasih Pangkor kena mencelah dan mempunyai idea dan juga saya yakin segala idea dan pandangan yang ditujukan kepada pihak kerajaan utama di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar baharu yang menegakkan keadilan. Jadi sudah pastilah di setiap Ahli Dewan Undangan Negeri didirikan satu pusat pelancongan, maka Selinsing sangat-sangat bersetuju.
Minta laluan.
Boleh. Saya bagi satu. Pendek sikit ya, saya ada banyak sikit.
Sila Simpang Pulai.
Saya ingin menyambut apakah yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Pangkor tadi. Sebagai mantan Exco yang memegang jawatan portfolio pelancongan. Saya dapati bahawa masalah kenapa di kawasan khususnya di luar bandar ataupun tempat-tempat yang berpotensi tetapi tidak dibangunkan sebagai tempat pelancongan yang tiap aktivitinya antara punca core issue dari segi structure adalah setiap PBT tidak dapat merancangkan aktiviti-aktiviti ataupun perancangan aktiviti pelancongan secara holistik dan panjang sebab core business setiap PBT adalah untuk mengurus tadbirkan hal-hal yang tidak berkaitan langsung dengan pelancongan. Namun ada berapa PBT yang memang giat seperti Taping, seperti Ipoh, Selama dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin mohon Selingsing pandangan anda supaya kita boleh cadangkan jawatankuasa khas ataupun tetap dalam setiap PBT itu harus diwujudkan supayanya co-business aktiviti itu boleh beralih sedikit kongsi sedikit sumber-sumber ada lantikan jawatan tetap untuk menjaga hal ataupun aktiviti pelancongan.
Saya setuju YB, tak ada masalah, cadangan yang baik. Seterusnya, Timbalan Speaker peranan GLC ini kita tahu mempunyai matlamat untuk membantu rakyat mengumpul dana dan membela rakyat tapi kadang-kadang kita tengok GLC ada sesetengahnya dikhuatiri tidak dapat membantu dengan dengan matlamat yang asal. Walau bagaimanapun saya merakamkan tahniah kepada SADC yang telah berjaya mengorak langkah membina satu rangkaian perniagaan yang pelbagai kerana kita dapati ada usaha di kawasan-kawasan daerah tertentu untuk menjayakan program satu produk satu daerah ini di merata tempat. Jadi, saya..
Pengkalan Hulu.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, saya ni bukan boleh sebut atas nama SADC ni kalau SADC ni saya kena bangun lah. Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih kepada SADC kerana telah banyak membantu di kawasan saya terutama sekali di kawasan DUN Pengkalan Hulu kerana yang kita sedia maklum seperti Selinsing sebut tadi SADC sekarang sedang memikirkan, saya melihat sebagai contoh seperti di Pengkalan Hulu ada kawasan-kawasan yang tidak bersesuaian untuk ditanam dengan getah yang telah SADC tukarkan kepada tanaman durian Musang King dan dalam program yang paling terbaru ni saya difahamkan SADC dalam perancangan untuk menanam lebih daripada 2000 ekar tanaman Musang King, pokok durian Musang King di Pengkalan Hulu. Jadi saya ucapkan tahniah kepada SADC itu yang pertama.
Yang kedua saya nak ucapkan terima kasih kepada SADC kerana Selinsing ada sebut GLC-GLC yang kurang membantu di DUN-DUN tetapi perbezaan sedikit di SADC ni bagi saya kalau di DUN Pengkalan Hulu ni dia amat amat membantu kerana baru-baru ini pun SADC ni ada membuat program untuk memberi anak anak pokok durian Musang King kepada penduduk-penduduk di sekitar DUN Pengkalan Hulu yang melibatkan lebih daripada 2000 pokok. Jadi bagi saya ini adalah satu bantuan yang terbaik kepada pekebun-pekebun kecil. Yang ketiganya saya nak ucapkan terima kasih juga kepada SADC kerana telah menyelesaikan satu masalah yang telah timbul di pengusaha-pengusaha kebun.
boleh ringkaskan sikit cepat sikit.
Ok-ok, Terima kasih kepada SADC kerana telah menyelesaikan masalah ni begitu lama lebih kurang lebih daripada 10 tahun dan pengusaha pengusaha tanah di atas tanah SADC yang kita tidak dapat jalan penyelesaian tetapi pada tahun ini dengan bantuan Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan lebih daripada 200 pengusaha-pengusaha tanah di atas tanah SADC kerana itu yang diminta oleh..Selinsing.sikit lagi…sikit..
Silakan, teruskan.
Yang dia minta suruh saya ucapkan. Terima kasih kepada SADC kerana masalah tanah jelaskan di dalam program yang telah dibuat pada 4 Disember lalu dalam program penyerahan hakmilik dan Notis 5A Kerajaan Negeri yang melibatkan lebih daripada 3 ribu penerima jadi di dalam program itu masyarakat Pengkalan Hulu mengucapkan terima kasih kepada SADC dan Kerajaan Negeri kerana telah menyelesaikan hak milik-hak milik yang telah lama tertangguh di Pengkalan Hulu, terima kasih.
Ok Pengkalan Hulu.
Selinsing sebentar, Selinsing, jap..jap...Selingsing..Selinsing.. Bukit Chandan..Bukit Chandan..sebentar..
Masa yang ada pada pembahas kita hanya baki 5 minit.
5 minit? 5 minit banyak tu. Baik, jadi kita teruskan. Kita terlampau baik kita beri kita beri betis nak peha..jadi terima kasih kepada Chandan.
Bincang dekat luar, bincang dekat luar.
Jadi apabila GLC membina keuntungan, sudah pasti rakyat mendapat keuntungan dan akhirnya bonus dapat kepada penjawat awam jadi kita ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar atan belanjawan yang dulu juga kepada Menteri Besar kerana telah pun memberi RM1,000.00 kepada penjawat awam di Negeri Perak. Tahniah, dan seterusnya ialah isu mengenai JPKK. JPKK ni pun satu masalah yang saya tengok ada masalahnya di kampung-kampung Yang Amat Berhormat kerana JPKK ni ada tiga orang nak laksanakan tugas yang begitu banyak.
Timbalan Yang Dipertua, sikit saja sikit saja cuma nak betulkan bukan RM1000, sebulan gaji kepada penjawat awam. Kesian depa.
Owh sory, terima kasih, terima kasih. Nak cepat ni kalut pasal dah tinggal 5 minit tak nak bagi orang masuk.
3 minit. 3 minit. Selinsing tinggal 3 minit
Untuk JPKK saya mencadangkan semoga ada satu method, pendekatan baru di mana dan akhirnya orang kampung pening. Seterusnya Ini yang saya tunggu-tunggu jalur lebar. Pendidikan di musim Covid ini ada PDPR, Pengajian Dan Pembelajaran Di Rumah pelajar memerlukan smartphone mereka kadang-kadang ada keluarga yang anaknya ramai lima orang memerlukan smartphone kadang-kadang tak dapat mampu membeli smartphone jadi sudah tentu Kerajaan perlu memikirkan kerana pendidikan tidak ada kompromi bagi Selinsing. Sistem jalur lebar sudah pasti diperlu kita pertingkatkan sekarang ini kita ada Google Map, Zoom, Skype dan sebagainya jadi saya merakamkan tahniah kepada Exco Bota kerana telah melancarkan permohonan yang banyak dengan saya dapati ada 105 pencawang yang didirikan di seluruh Negeri Perak. Saya ataupun Selinsing merakamkan terima kasih tapi saya nak bagi tahu tak berapa kenalah dekat rumah saya, tak palah itu kepentingan peribadi apakan daya kita menyatakan pandangan tapi bila ditanya, Exco kata ada ada ada macam Kinta jadi saya harap Exco ni dapat meneruskan dan terus memberi satu perkhidmatan yang baik khususnya kepada Selinsing. Kata orang datang berlalu singgah di mentari bersinar cuaca tenang kalau itu apa diucap, hamba mendengar terasa tenang. Terima kasih kepada mantan MB lama yang telah juga meluluskan permohonan saya dahulu RM500 ribu dan juga meluluskan masjid dan surau. Jadi orang berbudi kita berbahasa. Jadi kita harap pada Yang Amat Berhormat telah pasti akan melihat lagi banyak pembangunan di serata tempat. Kerajaan.
Okey Selinsing.
Boleh minta, minta hujah sebab saya nak bagi ucapan menjunjung kasih tuanku.
Ok seminit.
Bertenang ya, baik. Kerajaan Perak ni mempunyai Yang Amat Berhormat ada dua mantan yang Yang Amat Berhormat jadi sudah pasti kita ada Exco akan pasti memacu Kerajaan Negeri Perak dengan lebih baik. Sebagai rakyat Negeri Perak Timbalan Speaker, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, patik ingin melafazkan pantun kepada Tuanku. Bukan kerja sebarang kerja, gagah hulu balang panglima berempat, bukan raja sebarang raja, raja penyayang bijak berdaulat. Patik menjunjung kasih Tuanku. Izinkan saya setengah minit untuk membawa suara orang Selinsing. Suara orang Selinsing antaranya ialah saya tadi mendengar JKR memberi peruntukan yang begitu banyak jadi sudah pasti di Selinsing di Simpang Tiga, Selinsing itu bolehlah dibina traffic light yang amat memerlukan di kawasan itu dan juga perlulah diberi sedikit peningkatan peruntukan khususnya kepada IADA di Kerian dan juga JPS kerana dua agensi ini akan membela penduduk-penduduk dan juga pesawah-pesawah di kawasan saya. Saya rasa itu saja yang ingin saya sampaikan. Saya mewakili rakyat Selinsing menjunjung kasih dan merakamkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selising mohon menyokong.
Terima kasih pada Selinsing dengan menggunakan masa selama 30 minit, Seterusnya Yang Berhormat sekalian, kita menjemput pembahas yang kedua daripada ADUN Tebing Tinggi dan kita akan peruntukkan masa selama juga 30 minit dipersilakan.
Terima kasih Timbalan yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Izinkan saya sebelum menyentuh secara khusus tentang Belanjawan 2021 untuk menyebut tiga perkara yang saya kira penting untuk kita meneliti dan menelaah semula sistem yang telah pun kita laksanakan sejak merdeka selama 63 tahun ini. Saya ingin menyambung apa yang disebut oleh rakan saya Selinsing tadi untuk merakamkan ucapan terima kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Al-Maghfur-Lah atas kesabaran dan sikap tidak memihak baginda dalam menangani krisis politik Perak yang baru lalu. Sesungguhnya baginda telah menunjukkan kepada kita bagaimana istana harus berperanan dalam kerangka perlembagaan kita khususnya dalam melaksanakan kehendak perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan bahagian pertama hakikatnya adalah bahawa apa yang disebut oleh Undang-undang Tubuh itu sebagai seorang ahli Dewan negeri yang pada timbangan baginda boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar Ahli-ahli di Dewan negeri itu tidaklah semudah yang disangka atau yang atau mudah menyebutnya saya sendiri secara peribadi ini barangkali suatu dimensi baru walaupun saya telah menghabiskan 25 tahun sebahagian umur saya di universiti, dari apa yang berlaku menunjukkan bahawa ada lagi sisi yang kita tidak nampak dalam peruntukan Undang-undang Tubuh kita. Tuan Yang Dipertua,inilah barangkali apa yang diungkapkan sebagai manifestasi "Dhilullah fil-ard" atau bayangan Allah di muka bumi dalam sistem Beraja kita. Apa pun saya punya hati inilah keikhlasan dan kerja keras Ke bawah Duli Tuanku yang merupakan suatu pertanda dan juga bukti bahawa apa yang berlaku di Thailand sebulan 2 yang lalu tidak benar tentang sistem beraja kita dengan kata lain masih ada lagi Raja-raja yang baik yang keberadaan mereka memancarkan apa yang disebut dalam ungkapan setengah Sarjana sebagai "Dhilullah fil-ard" tadi ataupun "The Shadow of God on Earth" dengan izin. Tidak kurang pentingnya ialah pendekatan yang baginda ambil adalah sesuatu PR yang baik buat sistem Beraja kita satu berita baik setelah kita menyaksikan apa yang berlaku di Thailand itu saya singgung perkara ini di mana Yang Berhormat Kota Raja ada membangkitkan perkara ini dalam perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan barisan EXCO di atas pelantikan mereka serta undi percaya yang dizahirkan semalam, pada ingatan saya inilah kali yang kedua perkara sedemikian berlaku sebelum ini kita melihat perkara yang sama pada tahun 1976 di Parlimen apabila Perdana Menteri waktu itu Dato' Hussein Onn yang menggantikan
Tun Abdul Razak yang meninggal dunia London sebagai Perdana Menteri disahkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Jadi sekali lagi negeri Perak Darul Ridzuan melakarkan sejarah yang penting dalam sistem politik negara. Apa pun Tuan Timbalan yang Dipertua kami tetap di sini, tapi tidak akan melompat. Kita Istiqamah dengan perjuangan kita kami adalah dengan izin "principal politic our opposition" dan jangan dilupakan bahawa pembangkang juga adalah sebahagian daripada sistem ini sebab itu sistem westminster ataupun demokrasi berparlimen yang bersifat ini maka timbullah ataupun disebut istilah manakala kerajaan adalah "his for her majestiy goverment" pembangkang adalah "his for her majesty loyal opposition" kita ada peranan dilupakan bahawa pengiktirafan ke atas kedudukan pembangkang dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang PAC bermula dari manifesto Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Selangor mulai 2008. Tuan Timbalan Yang Dipertua saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Speaker kita walaupun beliau tidak. Yang menempa sejarah membenarkan undi percaya dikemukakan di dalam dewan dan keterbukaan Tuan Yang Dipertua apabila hal yang sama tidak dapat dilakukan di Dewan rakyat dalam Parlimen Malaysia. Tidak syak lagi kesediaan Tuan Yang Dipertua adalah suatu yang amat significant kerana krisis politik yang berlaku di Perak pada 2020 ini tidak sama dengan apa yang berlaku di Selangor pada pada tahun 1976 dan di Kelantan pada 1977. Jadi, sebenarnya walaupun Perak diletakkan pada insiden yang ketiga dalam pertukaran kerajaan secara undi tidak percaya tapi kalau kita perhatikan secara halus apa yang berlaku di Selangor pada tahun seramai 1976 melibatkan Menteri Besar Dato' Harun Idris dan di Kelantan pada tahun 1977 melibatkan Datuk Mohd Nasir merupakan krisis dalaman parti ini berbeza dengan apa yang berlaku di Perak dan sebab itulah saya melihat peranan dan juga keterbukaan yang ditunjukkan oleh Tuan Yang Dipertua dewan negeri ini amat penting dan perlu dihargai. Dalam pada itu juga saya ingin juga mencatatkan dan menyimpulkan di sini bahawa kejatuhan kerajaan baru unsur percaya saya bukan sesuatu yang lumrah di dunia Westminister kebanyakan kerajaan memilih untuk menukar ketua kerajaan melalui sistem ataupun saluran parti United Kingdom sendiri pun pada kurun yang lalu hanya dua kali kejadian pelik berlaku kejadian itu berlaku iaitu ketika Perdana Menteri Ramsay McDonald pada tahun 1924 dan James Callaghan 1979. Di Malaysia sendiri kejadian seperti itu hanya dua kali berlaku dan seperti dikatakan tadi kejadian yang berlaku di Perak lain ataupun special sifat dia kepada dengan izin, dengan sebab itu Timbalan Yang Dipertua, saya ingin merakamkan perkara ini oleh kerana itu perkara yang penting dan saya ingin juga menyebutkan bahawa apa yang di apa yang berlaku di parlimen itu yang tidak begitu tepat oleh kerana pada hakikatnya dewan adalah pemilik kerajaan so, itu kita ada pelbagai doktrin dalam sistem kita yang menekankan betapa kerajaan yang ada itu harus bertanggungjawab kepada dewan. Saya ingin menyebutkan juga sistem kerajaan kita berbeza dengan kerajaan yang ada di Amerika Syarikat yang dipilih secara terus melalui pilihan raya Presiden.
Tuan Yang Dipertua, saya harus menyatakan saya berasa terkesan dan sukacita apabila Yang Amat Berhormat Kota Tampan memulakan pembentangan Belanjawan 2021 dengan menyebut mafhum surah Al Imran 26 dan juga penutup pembentangan beliau dengan memetik mafhum ayat 48 surah Al Maidah. Kalau kita perhatikan apa yang tema yang disentuh atau disinggung kedua-dua ayat tersebut ialah di sana Allah Taala meminta kita bersabar dan juga menumpukan kepada berbuat kebaikan walaupun ada perbezaan dan inilah yang saya fikir harus kita raikan dengan apa yang disebut sebagai "fastabiqul khairat" dalam surah al-Maidah itu dan kepada kita ini sangat penting kerana orang politik banyak berjanji dan seruan beliau, ingatan beliau bahawa kita harus menunaikan hak kepada mereka yang berhak dan kita berasa lega dengan pengumuman dan ingin mengucapkan terima kasih di atas peruntukan RM200 ribu untuk semua 59 DUN di seluruh negeri Perak. Apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan seperti yang kita maklum adalah sejarah yang berlaku sebelum ini dan ini saya harapkan akan menjadi suatu permulaan kepada ara atau era politik matang di negara kita. Saya tertarik dengan apa yang disebut ataupun yang nyatakan oleh Yang Berhormat dalam pembentangan beliau mengenai MARRIS dan kita mengharapkan supaya kali ini kita dapat melihat sesuatu yang lebih telus dan informatif dapat dilakukan mengenai perkara ini khususnya yang melibatkan peranan dan dengan pihak-pihak tertentu seperti PBT dan juga kontraktor-kontraktor Bumiputera. Saya yakin ada sesuatu yang boleh dilakukan oleh pentadbiran baru di sisi undang-undang untuk memperbetulkan apa yang berlaku sebelum ini dan kita mengharapkan sesuatu yang melegakan mengenai perkara ini oleh kerana peruntukkan yang dijangka akan diterima daripada Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM 550 juta agak besar dan kita mengharapkan supaya ia dapat dibahagikan ataupun ditadbirkan secara dengan lebih adil dan rata. Saya tidak perlulah menyebut betapa kita sama dalam Pakatan Harapan atau pentadbiran sekarang telah sama-sama tahu apa yang berlaku.
Jadi kita mengharapkan supaya selepas ini kita tidak lagi mendengar rungutan yang sama tentang segala bujang, puding, puncak dan sebagainya. Saya menerima WhatsApp subuh tadi daripada rakan saya Aulong yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan tentang banjir yang berlaku di Kampung KTM, Taman merbok, Taman Desaria, Taman Ros yang dilanda banjir begitu teruk tapi alhamdulillah nampaknya kalau kita lihat ucapan ini, Yang Amat Berhormat ada menyebutkan peruntukkan sebanyak RM 8.5 juta untuk rancangan tebatan banjir di Larut Matang selama, Kuala Kangsar, kinta dan Hulu Perak. Jadi Alhamdulillah Nampaknya rungutan ataupun keluhan yang disuarakan oleh Aulong telah pun dijawab serta merta dalam pembentangan belanjawan beliau dan saya juga berterima kasih di kawasan saya di Daerah Kinta juga dimasukkan dalam peruntukkan tebatan banjir ini tetapi kita harus juga menyedari bahawa masalah banjir ini bukan masalah yang harus ataupun yang boleh ditangani secara bercerai-cerai. Saya akur bahawa masalah ini masalah yang besar yang saya melihat di luar kemampuan Kerajaan Negeri hatta Kerajaan Persekutuan juga saya fikir dengan izin struggling masalah ini dan kita tahu dengan penubuhan Kementerian pada satu ketika Kementerian Sains yang menangani soal perubahan iklim. Itulah satu perkara bahawa perkara ini satu fenomena yang menunjukkan bahawa perkara yang harus ditangani secara bersepadu secara integrated ya.
Dan ini juga harus dimasukkan diambil kira perancangan dan sebagainya dan kalau kita berbicara soal alam sekitar sudah pastilah ia melibatkan soal sikap manusia juga. Jadi kita harus juga mendidik rakyat oleh kerana sebanyak manapun peruntukkan kalau sikap rakyat masih lagi tidak berubah maka saya fikir tidak akan terbenam dan Kita mengucapkan berasa sukacita oleh kerana di peringkat dunia pun baru-baru ini kita mendengar betapa Presiden baru Amerika Syarikat, Joe Biden telah pun secara terbuka mengambil sikap yang berbeza daripada Donald Trump sebelum ini dalam soal perubahan iklim ini. Kita harapkan perubahan itu akan dapat kita rasai dalam masa terdekat.
Timbalan Yang Dipertua, sasaran untuk menaikkan produktiviti pengeluaran padi kepada 4.5 tan bagi setiap hektar menjelang 2025 kita alu-alukan berbanding dengan penghasilan produktiviti 3.4 tan yang ada sekarang. Cuma Saya ingin bertanya atau pun saya ingin membangkitkan mengapa tidak dibuat atau pun tidak dilihat apa yang berlaku di jiran kita tak jauh iaitu di Sekinchan dan saya difahamkan lebih tinggi daripada 4.5 tan. Saya berterima kasih kepada rakan saya daripada Alor Pongsu yang banyak memberi idea kepada saya tentang ternakan apa penanaman padi juga rakan saya daripada Sungai Manik dan saya rasa dalam kita merangka belanjawan Negeri, kebajikan dan juga masalah yang dihadapi oleh petani-petani sangat penting oleh kerana mereka adalah merupakan pengundi yang bukan kecil bilangan dalam sistem kita. Jadi kalau kita lihat Sekinchan sebagai contoh mereka telah pun berganjak ke depan lagi dan menjadikan kawasan mereka sebagai ataupun kawasan Agrotourism.
Jadi saya fikir kita tak perlu kerja pun, tak perlu ke Korea, kita ada di sini contoh-contoh yang baik dan memang telah pun direkodkan bahawa dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini dan saya fikir Jabatan Pertanian juga akur atau pun maklum dengan perkara ini telah pun mengetahui kebaikan ataupun kelebihan. Ada di sana mungkin teknologi dan juga budaya kerja yang berbeza dengan kawasan-kawasan yang kita sebutkan tadi. Timbalan Yang Dipertua, saya merasa terkejut dengan apa yang disebut oleh Menteri Kesihatan semalam yang dilaporkan berkata bahawa setakat ini ada 43,000 panggilan memohon bantuan psikologi akibat stress ekoran PKP di bawah pandemik Covid-19.
Ini direkodkan dari bulan Mac hingga September tahun ini. Jadi saya tidak ada sebarang peruntukkan khusus untuk menangani masalah ini jadi saya mencadangkan sebahagian daripada peruntukan RM2.5 juta untuk NGO digunakan untuk perkara ini. Ini kerana apa yang berlaku di KKM, Kementerian Kesihatan Malaysia, saya difahamkan panggilan Ataupun hotline itu dibuat bersama dengan Mercy Malaysia. Jadi saya fikir meskipun tidak ada secara dinyatakan secara khusus disini atau di mana-mana tentang pentingnya membantu masalah psikologi dan sebagainya menngenai yang timbul berbangkit daripada Covid-19 ini. Saya fikir di sana-sini perkara atau pun peruntukan-peruntukan tertentu yang boleh digunakan ataupun peruntukkan sebanyak RM 2 juta di bawah program pendayaupayaan wanita dan kebajikan masyarakat juga boleh digunakan untuk membantu kita menangani masalah emosi yang berbangkit ini. Saya fikir kita semua akur bahawa masalah perceraian dan keganasan domestik meningkat pada zaman ataupun pada ketika pandemik Covid-19 ini. Tidak lupa juga saya rasa peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Agama Islam boleh digunakan ataupun boleh disalurkan untuk menangani masalah ini.
Tuan Timbalan Yang Dipertua, dengan hampir RM 100 juta bagi pelbagai aspek Agama Islam dan saya rasa ini merupakan 8.3%daripada keseluruhan peruntukan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat semalam. Apa yang ingin saya bangkitkan ialah supaya perbelanjaan yang sebegini banyak harus dipastikan dapat memenuhi falsafah Rahmatan Lil Alamin. Walaupun Saya akur juga bahawa daripada peruntukan hampir RM 100 juta itu, hampir RM 70 juta telah menubuhkan belanja mengurus. Saya ingin sebutkan Walaupun Menteri yang menyebut Rahmatan Lil Alamin sudah tidak ada tetapi kita harus sedar bahawa mesej dan penekanan berkenaan masih ada dan itu sebenarnya merupakan sesuatu yang integral daripada ajaran Islam dan kita harus ingat bahawa Kebawah Duli Tuanku sendiri selaku Ketua Agama sering menekankan sifat alamiah Islam itu sendiri ya. Jadi perkara-perkara ini saya bangkitkan oleh kerana di sana sini banyak perkara-perkara yang kadang-kadang menimbulkan rasa tidak selesa atau pun stress kita.
Sebagai contoh semalam, saya membaca hujah-hujah di Mahkamah Persekutuan, di Federal Court yang disebut oleh seorang peguam yang membicarakan kes mengenai... Ini bukan kes Lina Joy. Ramai yang barangkali terkejut atau terperanjat research court seperti ini. Ini bukan kes Lina joy dan kes yang dibicarakan itu adalah satu kes yang pada saya tragik dan saya mendapat aduan dan juga makluman kes-kes tertentu daripada Perak sendiri yang saya fikir tidak selaras dengan anjuran yang disebutkan oleh kebawah Duli Tuanku sendiri dalam titah-titah Baginda iaitu Ugama Islam ini mengutamakan hubungan yang baik tetapi Ugama Islam menekankan keadilan dan sebagainya dan jarang kita melihat kes-kes seperti itu sebagai kes-kes kita dengan mereka soal mempertahankan aqidah dan sebagainya. Ini satu perkara yang saya fikir boleh digunakan dalam ruangan. Saya akan bincang sendiri dengan Yang Amat Berhormat sendiri sebab ada beberapa kes yang saya fikir sudah berlarutan.
Satu kes 10 tahun dan saya rasa ini menggambarkan atau meletakkan imej tidak baik pada Islam itu sendiri ya. Timbul soalan mengapa kita tidak pedulikan mereka waktu mereka susah. Sewaktu mereka nak kahwin, mereka nak mati, baru kita berebut dan sebagainya. Ini suatu perkara yang saya fikir harus diberikan perhatian dan Yang Amat Berhormat sendiri telahpun menunjukkan sikap generous, segeracity ataupun begitu besar hati beliau dan saya fikir perkara ini terlalu ataupun mudah dilakukan. In sha Allah kita akan bincangkan dalam dalam dalam kesempatan yang lain untuk perkara ini.
Timbalan Yang Dipertua saya ingin meneruskan dalam soal pendidikan tinggi yang saya fikir secara kebetulan agak dekat dihati saya dan seperti yang tahun-tahun yang lepas saya rasa peruntukan diberikan kepada Universiti Sultan Azlan Shah tetap pada tahap yang sama. Cuma sewaktu saya berada dalam kerajaan baru, saya menerima banyak rungutan dan juga keluhan daripada kakitangan di situ mengenai soal kenaikan pangkat, soal kontrak perkhidmatan dan juga kes-kes yang dikatakan dikatakan penganiayaan yang saya sendiri tidak dapat berbuat apa-apa oleh kerana perkara itu di letakkan di luar bidang kuasa saya tetapi apa yang saya ingin tekankan di sini adalah betapa kita perlu melihat perkara ini oleh kerana USAS merupakan satu institusi pengajian tinggi yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan kalau kita mengambil keputusan untuk mengekalkan USAS di bawah jagaan kita. Kita harus berbuat sesuatu untuk memastikan kualiti pendidikan di situ menepati benchmark ataupun penanda aras yang ditetapkan.
Saya katakan mengapa ataupun sama ada kita mengambil keputusan untuk mengekalkan atau tidak oleh kerana saya mengambil maklum bahawa sewaktu pilihanraya kecil Kuala Kangsar pada 2010 dahulu, USAS telahpun diletakkan ataupun dijadikan isu bahawa dia akan dibawa kepada pentadbiran ataupun diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan yang bagaimanapun tidak berlaku. Kita tidak menganggap bahawa USAS ini suatu beban. Tetapi satu trend ataupun aliran yang berlaku ialah bahawa negeri-negeri mencari jalan untuk menyerahkan IPT yang mereka ada di bawah kerajaan persekutuan termasuk di negeri jiran iaitu UNISEL Selangor yang saya difahamkan telah pun juga membuat usaha untuk meletakkan universiti berkenaan di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan oleh kerana seperti yang kita maklum belanja dan kos untuk mentadbirkan universiti begitu mahal dan sekarang ini dengan adanya ranking universiti ini. Ini suatu perkara yang lebih menyulitkan pihak kerajaan negeri oleh kerana kerajaan tidak dapat menjanjikan bentuk perkhidmatan yang baik seperti mana yang dijanjikan secara perbandingan oleh universiti-universiti di bawah kerajaan pusat.
Jadi saya harapkan supaya perkara ini dapat diberikan perhatian. Selain daripada itu isu UNiKL dan Royal College of Medicine Perak juga dibangkitkan kepada saya secara peribadi. Ada yang mengatakan bahawa mereka tidak menerima bonus bertahun-tahun dan kita harapkan supaya perkara ini dapat diberikan perhatian. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada rakan saya dari Batu Kurau yang banyak kali membangkitkan soal ini kepada saya waktu saya dalam kerajaan terdahulu tetapi saya rasa sampai sekarang masih lagi belum diberikan perhatian dan saya fikir sebagai satu institusi yang kerajaan negeri ada kepentingan disitu kita harus melihat ataupun kita harus memberikan perhatian begitu juga dengan beberapa IPTS yang lain yang kerajaan negeri ada kepentingan yang saya rasa harus diberikan perhatian juga oleh kerana kita harus tidak melupakan bahawa salah satu perkara yang boleh membangunkan negeri Perak ini ialah institusi pendidikan dan kita telah pun terkenal dengan institusi yang ada seperti UPSI, MCKK dan sebagainya dan keberadaan ataupun kewujudan ipts seperti ini kalau dijaga dengan baik akan dapat menaikkan ataupun menggalakkan sekurang-kurangnya pelancongan secara tidak langsung kepada negeri.
Mungkin ini satu perkara yang harus difikirkan secara jangka panjang Timbalan Yang Dipertua. Jadi saya ingin meneruskan kepada soal kebajikan dan sosial yang terutamanya kepada isu yang secara langsung berkait dengan pandemik covid 19 yang antara perkara yang nampak begitu jelas ialah betapa rapuhnya sistem penyimpanan pengkalan data penduduk dalam satu kawasan yang membolehkan maklumat dan status isi rumah terkini di dapati. Jadi perkara ini begitu jelas berlaku ketika ini dan data yang ada selama ini berkala oleh beberapa agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat, Yayasan Perak dan disimpan secara berasingan mengikut keperluan masing-masing dan yang menjadi masalah di peringkat akar umbi data ini tidak dikemaskinikan secara sistematik ya baik di peringkat Pejabat Penghulu ataupun di kalangan ataupun di pejabat MPKK. Oleh itu, seringkali bila ada keperluan dan permintaan bagi tujuan memberi bantuan kebajikan, kita sering berhadapan dengan soal ketepatan maklumat ini dan ini menjejaskan kelancaran dan keberkesanan dari segi penyampaian ataupun jenis perkhidmatan bantuan itu sendiri.
Jadi sudah tentu dengan adanya proses yang yang yang kita hadapi sekarang itu Bancian Nasional yang sedang dilakukan ini dapat dilihat supaya perkongsian data asas antara jabatan dan agensi yang berkepentingan dapat diwujudkan secara berterusan dan menjadi prioriti dalam peruntukan pengurusan. Selain pada itu, saya ingin juga menyentuh soal pembangunan luar bandar dan pinggir bandar oleh kerana saya fikir kita masih lagi belum keluar daripada daripada kotak kemiskinan yang saya fikir bukan suatu perkara yang perlu dibanggakan.
YB masa 4 minit. Ya 4 minit.
4 minit. Terima kasih. Jadi sepertimana yang kita faham pandemik covid 19 ni menyerang kita dan dia tidak kira masa, tidak kira siapa, termasuk mereka yang tinggal di pinggir bandar di mana perkampungan orang asal dan sebagainya baik para nelayan dan mereka inilah merupakan satu golongan atau kelompok yang memerlukan perhatian dan kawalan yang lebih kerana akses atau laluan mereka untuk mendapatkan kemudahan rawatan agak jauh. Mereka tinggal di kawasan-kawasan yang tidak ada tabungan atau pun yang tidak ada kemudahan asas dan mereka tidak ada tabungan seperti KWSP untuk diguna seperti sekarang. Jadi kalau orang bercakap soal nak mengeluarkan duit dan sebagainya dan apa yang nak dikeluarkan oleh golongan ini. Mereka gaji pun tak ada. Jadi kita harapkan supaya perhatian dapat diberikan kepada mereka jadi meskipun mungkin tidak ada sesuatu yang khusus saya fikir di sana sini ada beberapa peruntukan yang boleh disalurkan ataupun di di di apa diperincikan dengan lebih baik supaya golongan-golongan yang barangkali terpinggir ataupun terlepas pandang dapat diberikan sedikit sebanyak bantuan dan juga perhatian oleh kita. Jadi Tuan Timbalan Yang DiPertua saya
Yang Berhormat boleh pinjam 30 saat. Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Yang Berhormat memandangkan tadi Yang Berhormat telah menyebut mengenai covid jadi dan juga bantuan kepada masyarakat di bawah saya ingin menarik perhatian dewan ini kepada satu masalah iaitu mereka yang makan gaji harian. Jadi ini berlaku di banyak kawasan terutamanya di belah sana dan dibelah sini yang di luar bandar. Jadi ramai di antara mereka ni sebenarnya pada waktu sebelum covid mereka di mencari rezeki secara bermaruah.
Mereka menggunakan tenaga mereka bekerja bergantung kepada tenaga sendiri dan sebagainya mencari nafkah tapi secara gaji harian. Masalah dengan sistem yang kita ada sekarang termasuk di peringkat Federal mahupun di peringkat negeri setiap kali mereka kena buktikan pendapatan mereka ataupun pendapatan mereka semasa sebelum covid jadi untuk mereka yang mencari nafkah secara demikian terutamanya yang kerja kampung contohnya memang tak ada cara untuk mereka membuktikan pendapatan mereka terjejas. Jadi saya harap dengan menteri besar baru negeri Perak dapat membawa satu contoh yang baik kepada negeri-negeri lain dan juga kepada peringkat persekutuan untuk mencari satu jalan di mana kita dapat membantu mereka yang mencari nafkah secara pendapatan harian. Terima kasih.
Terima kasih Jalong. Ini saya fikir suatu isu yang boleh
Pasir Pinji.
Atas nada dan isu yang sama Yang Berhormat dan Timbalan Speaker saya ingin juga memetik satu kes yang telah saya temui di kawasan saya berkaitan juga dengan impact covid yang menjadi dengan izin blindspot dalam urusan urus tadbir dan penyelesaian masalah rakyat. Seorang atuk umur dia 79 tahun dia adalah pesakit alzheimers. Sembilan bulan yang lepas dia telah menduduki hospital di Batu Gajah. Akibat daripada perpecahan atau pun keretakan veterbrain dia. Benda itu sudah sembuh tetapi pada waktu yang sama dia juga pesakit kencing manis. Alzheimers, kencing manis, retaknya veterbrain dan juga on top of that dengan izin dia juga seorang Gelandangan sebab abang yang dia rumah yang dia duduki sebelum rumah abang dia dan abang dia dah meninggal.
Maksudnya bukan saja dia sakit bukan saja dia miskin dia tak ada rumah dan selepas dia keluar dari hospital dia dengan yang telah diarahkan oleh pesakit tersebut kepada ambulan adalah untuk meletak dia di Pasar Pasir Pinji. Dia tidur di depan klinik kesihatan yang berdekatan dengan pasar Pasir Pinji dan kami menemui atuk ini di depan Klinik ini setelah beliau telah kencing berdiri dan dia tak tahu dia nak ke mana. Dan apabila kita menemui Atuk ni kita tanya atuk duk manakah? Oh tak ada saya mahu duduk di pasar sahaja. Hanya dia tak ada rumah dan kami terus menghubungi pihak JKM yang memang membantu tetapi dasar yang ada sekarang adalah dalam suasana Covid sebab kita tak nak menganiayakan atau mendedahkan pesakit-pesakit atau mendedahkan penduduk-penduduk rumah jaga warga emas kepada kebarangkalian jangkitnya Covid. Tidak ada pengambilan yang baru akan diambil dalam mana-mana fasiliti warga emas sekarang yang dimiliki atau diurus tadbir oleh kerajaan dan yang private dengan swasta pun ada kekangan yang sama. Maka masalahnya kita tak nak mendedahkan yang sedia ada di dalam fasiliti kerajaan fasiliti warga emas kebajikan tak nak mendedahkan mereka kepada jangkitan yang baru tapi waktu yang sama siapa akan jaga golongan ini yang jumlahnya saya tak ada jumlah yang yang yang yang kukuh tak ada tak ada angka tetapi golongan ini tak kecil. Saya harap mungkin minta pandangan Yang Berhormat dan juga dalam gulungan pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk kita tumpu perhatian dalam proses, dalam proses rundingan dasar atau dalam proses membawa kebajikan kepada lebih ramai orang khususnya dalam suasana Covid ini untuk kita sama-sama merungkaikan satu dasar untuk menyelesaikan masalah ni. Minta pandangan Yang Berhormat.
Timbalan Yang Dipertua, sebenarnya istilah pandemik itu pun baru timbul sekarang dikemukakan oleh WHO dan saya fikir tak lama lagi angka kematian seluruh dunia akan mencecah 1.7 juta keseluruhannya. Tetapi daripada apa yang disebut oleh Jalong dan juga Pasir Pinji tadi. Pada saya pandemik Covid 19 ini satu tragedi yang sebenarnya bukan saja satu test tetapi satu perkara yang dengan tak semena-mena timbul dan saya rasa sistem-sistem kita tidak bersedia ataupun tidak menduga ada wabak ataupun ada tragedi yang sedemikian besar dan saya rasa hal ini berlaku di seluruh dunia bukan saja di Malaysia. Jadi saya fikir perkara ini akan menjadi satu pengajaran kepada kita tetapi yang dah tak ada tak adalah kan dah meninggal nak buat macam mana tapi kita harus belajar bahawa sistem kita itu perlu diperbaiki dan barangkali pelajaran ataupun tauladan yang kita dapat daripada pendemik Covid-19 ini ialah bahawa sistem itu harus dijalankan atau diuruskan sedemikian rupa supaya begitu longgar terutama di badan-badan tertentu seperti jabatan kebajikan masyarakat, JPAM dan sebagainya yang saya fikir berada di barisan hadapan. Jadi tafsiran barisan hadapan frontliners harus juga dibuka supaya mereka diberikan peruntukan dan juga bidang kuasa yang sesuai untuk ditangani. Jadi terima kasih itu sahaja daripada saya Tuan Yang Dipertua.
Terima kasih pada Tebing Tinggi. Sebelum saya meneruskan agenda kita pada pagi ini kita selesai untuk dua orang daripada penyokong kerajaan dan juga Ketua Pembangkang yang mengambil masa selama sejam untuk dua orang dan Insyaallah kita akan teruskan agenda kita pada pagi ini dengan perbahasan bajet. Untuk Adun Batu Kurau kita peruntukan masa selama 15 minit kepada Adun Batu Kurau, dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Menteri Mesar dan Exco-Exco kerajaan negeri, rakan ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media dan juga para pemerhati dan juga ingin memulakan perbahasan saya pada pagi ini dengan serangkap pantun.
Kapal dagang dari seberang sarat muatan kayu meranti. Terima kasih di atas peluang Batu Kurau berasa berbesar hati.
Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana atas limpah dan kurnia serta perkenanNya jugalah rakyat dan negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini dianugerahi rahmat dan kesejahteraan dan pada kesempatan ini saya dengan penuh hormat dan takzim berapa sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almarhullah dengan kerana telah dengan bijaksana dapat menyelesaikan kemelut politik dalam perlantikan kerajaan dan juga Menteri Besar sebagai ketua kerajaan negeri Perak dan mendapat sokongan daripada pihak kerajaan selepas ini dan juga di sebelah sana. Menjunjung kasih Tuanku.
Timbalan Yang Dipertua, saya ingin memfokuskan perbahasan saya ini dengan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan rakan-rakan EXCO yang telah pun membentangkan Bajet Negeri Perak untuk tahun 2021 ini dengan lengkap dan sempurna menyentuh dan memberikan kepentingan kepada semua golongan rakyat. Walaubagaimanapun saya harap dalam perbahasan ini saya juga ingin memberikan beberapa pandangan dan juga sokongan ataupun cadangan bagi menambah baik ataupun memberikan satu lagi idea bagi memantapkan lagi bajet yang telah disediakan.
Jadi fokus perbahasan saya yang saya nak cadangkan ini kepada bajet yang telah dibentangkan. Bajet tersebut nampaknya seperti bajet defisit tapi saya yakin yang akhir tahun 2021 itu atas komitmen yang diberikan oleh kakitangan kerajaan para pemimpin di peringkat kerajaan dan juga kerjasama daripada pihak pembangkang saya rasa bajet defisit ini sama ada boleh kita hapuskan atau diperkecilkan lagi. Jadi untuk itu dalam fokus perbahasan saya kali ini adalah untuk membincangkan beberapa perkara yang mungkin boleh dipertimbangkan iaitu program menambah pendapatan rakyat ataupun menambah pendapatan negeri Perak dan juga penyelarasan kerja ataupun tugas antara agensi serta jabatan dan juga akan menyentuh sedikit sebanyak tentang ketirisan yang berlaku dan ketirisan inilah yang kadang-kadangnya menyebabkan kita kehilangan sumber dan akhirnya mungkin kita akan melihat tentang latihan serta pendidikan untuk mencipta pekerjaan sendiri.
Timbalan Yang Dipertua bagi program menambahkan pendapatan rakyat ataupun negeri ini Batu Kurau ada beberapa cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan. Kalau kita lihat zaman ataupun keadaan yang berlaku sekarang dengan pendemik Covid yang melanda seluruh dunia termasuk juga kita di Malaysia dan juga di Perak ini ramai yang kehilangan pekerjaan ramai yang kehilangan sumber pendapatan. Oleh yang demikian, salah satu jalan keluar kepada meningkatkan pendapatan atau pun perolehan pendapatan di dalam kalangan rakyat adalah kita mengajar mereka ini satu pembudayaan yang dipanggil pembudayaan digital marketing ataupun online marketing yang mana ini jarang berlaku khususnya kepada rakyat di luar bandar di mana mereka kurang pendedahan untuk melaksanakan ini. Walaupun sebenarnya mereka itu ada apa tu ada barangan ataupun ada produk yang ingin dijualkan terutamanya produk-produk kecil daripada industri kecil dan sederhana.
Oleh yang demikian, bagi merangsang pertumbuhan perniagaan baru ini maka setiap daripada kita ini mestilah ada tanggungjawab untuk memberikan ataupun menerap budaya baru ini iaitu budaya digital marketing dan juga online marketing ini. Oleh yang demikian, saya melihat salah satu daripada sumber yang kita boleh pertimbangkan yang telah pun dinyatakan di dalam Bajet ini peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dalam golongan mahasiswa khususnya dalam Majlis Perundingan Mahasiswa Perak ini adalah kumpulan pelajar-pelajar yang pandai yang ada diberikan kelebihan dan mereka ini perlu diberikan peruntukan yang sewajarnya untuk mereka mengadakan program, mengadakan kursus untuk menjadikan digital marketing dan juga online marketing ini sebagai satu budaya.
Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan melihat kembali tentang peruntukan yang telah diberikan kepada MP-MP ataupun Majlis Perundingan Mahasiswa Perak ini. Di mana pada tahun pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta tapi diturunkan kepada RM0.6 juta pada tahun 2019 dan sekali lagi diturunkan kepada RM0.4 juta pada tahun 2020 dan dikekalkan untuk tahun 2021 sebanyak RM0.4 juta. Jadi bagaimanakah kumpulan mahasiswa ini nak buat program untuk dikongsikan bersama-sama dengan rakan-rakan mahasiswa ini supaya mereka nanti boleh apabila keluar daripada Pusat Pengajian Tinggi dapat pula memberikan ataupun dah mentransfer ataupun memindahkan pengetahuan mereka ini kepada rakyat dan menganjurkan kursus-kursus berkaitan dengannya pembudayaan digital marketing dan juga online marketing. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya dilihat kembali peruntukan yang diberikan kepada kumpulan istimewa ini, kumpulan mahasiswa supaya mereka ini menjadi pemimpin apabila balik ke kampung masing-masing dan berkongsi pengetahuan tentang online marketing ini kepada masyarakat di kampung yang mereka tinggalkan.
Seterusnya yang kedua, untuk menambahkan hasil pendapatan maka perkara pertama yang mungkin kita boleh fikirkan ialah bagaimana kita nak meningkatkan hasil, hasil negeri yang khususnya macam hasil pertanian, hasil pertanian kerana kebanyakkan daripada daerah-daerah yang ada di dalam negeri Perak ini adalah kawasan pertanian dan oleh yang demikian, ada rancangan di setiap daerah untuk memajukan lagi bidang pertanian ini yang menjadi jawatankuasa ataupun agensi yang mengumpulkan tanah-tanah terbiar ini untuk dijadikan pertanian dan untuk itu saya mencadangkan supaya pertanian ini dilaksanakan secara berskala besar dan mempunyai kualiti eksport. Misalnya, sekarang ni orang bercakap tentang nak tanam durian Musang King, Duri Hitam dan dari satu tanaman baru yang dipanggil sebagai Sacha Inchi ini adalah satu tanaman yang boleh menggantikan Omega-3 iaitu satu kandungan yang penting kepada badan kita selalunya kita dapat daripada minyak ikan dan Tuan-tuan dah Ahli Dewan sedia maklum bahawa kehidupan ini semakin lama semakin berkurang yang harus mempunyai suatu bahan atau pun satu produk baru untuk menggantikan kandungan yang diperlukan oleh badan kita.
Oleh yang demikian, Omega-3 ini mengikut kata Saintis ia boleh diperolehi daripada tumbuhan ini iaitu Sacha Inchi jadi ramailah orang nak bertanya bercucuk tanam dan mengadakan pertanian seperti juga seperti yang saya nyatakan tadi. Batu Kurau sendiri telah merancangkan bersama dengan SADC untuk mengadakan satu Taman Durian yang seluas permulaan ini sebanyak 100 ekar dan dilaksanakan bersama dengan agensi-agensi di mana di dalam itu kita nak tanam durian pelbagai jenis durian dan berkualiti eksport dan di dalam itu juga ada chalet, ada apa ni penginapan yang disediakan oleh SADC dan juga apa ni Jawatankuasa Taman Durian, Batu Kurau ini untuk pelancong pelancong datang nak menginap di situ. Jadi bayaran pakej penginapan itu termasuklah makan durian. Jadi pagi-pagi ada pagi-pagi petik durian tu letak di depan bilik, di depan penginapan mereka itu kerana telah dimasukkan sekali penginapan dan juga hasil durian ini. Jadi oleh yang demikian, untuk itu maka kita kena memberikan galakan kepada rakyat untuk menanam secara besar-besaran dengan bantuan agensi-agensi yang ada. Seterusnya, insentif daripada Kerajaan Negeri bagaimana insentif itu disediakan bagi menarik lebih ramai pelabur-pelabur yang ingin masuk ke negeri Perak ini untuk melabur dalam pelbagai bidang dalam bidang pertanian mungkin di dalam bidang perusahaan industri dan sebagainya dan insentif ini berupa penurunan cukai ….
Batu Kurau, Pasir Panjang, boleh?
Berkaitan pertambahan hasil yang disebutkan tadi. Bagaimana Kerajaan untuk mendapatkan hasil. Saya tertarik kepada butiran butiran 61101 iaitu Cukai, pendapatan Hasil Cukai untuk Kerajaan Negeri. Jadi berdasarkan kepada kepala tersebut Kerajaan menjangkakan hasil tahunan untuk cukai tanah semasa akan bertambah kepada RM330 juta setahun sebelum adalah RM220 juta, 2020 hanya RM307 juta. Jadi apa pandangan yang unjuran penambahan sebanyak RM28 juta cukai itu, yang agak realistik untuk menambahkan pendapatan?
Okey Batu Kurau ada tiga minit lagi.
Jadi untuk menambahkan hasil Negeri kita bercakap tentang pertanian kan? Jadi dari segi kutipan hasil, saya katakan tadi RM330 juta, sedangkan sebelumnya sebelumnya adalah RM307 juta jadi adakah pendapatan sebanyak RM28 juta cukai itu realistik? Apa pandangan Yang Berhormat?
Terima kasih atas pandangan tadi.
Ok Batu Kurau baki masa 3 minit.
Saya ingat oleh kerana masa tidak mengizinkan nanti saya minta dalam penggulungan Yang Amat Menteri Besar akan menjawab. Walau macam manapun saya ucapkan terima kasih atas soalan yang demikian. Jadi seterusnya, dasar-dasar yang kita sediakan itu mestilah dasar yang boleh menarik pelabur ya. Macam sebuah negara jiran kita Indonesia telah mengubahkan dasar bagaimana pihak pelabur ingin masuk ke negara tersebut berduyun-duyun, banyak-banyak sekali untuk datang melabur di sana sehinggakan dia tidak lagi mensyaratkan bahawa setiap pelabur yang datang ke negara Indonesia itu mengambil pekerja-pekerja tempatan. Dia terpulang kepada pihak yang datang melabur itu boleh ambil juga siapa-siapa yang mereka suka. Seterusnya, saya gunakan istilah meremajakan sektor-sektor yang strategik ataupun orang panggil, dalam Bahasa Inggeris panggil rejuvenate betul ke ni rejuvenation, meremajakan sektor-sektor yang strategik seperti perlombongan misalnya.
Dulu Perak terkenal dengan sebuah negeri yang kaya dengan lombong bijih timah tapi sekarang mungkin hasil tu dah berkurangan. Betul ke kekurangan atau kita perlu explore lagi di tempat-tempat yang berpotensi atau mungkin ada mineral-mineral lain yang ada di tempat-tempat yang tertentu. Jadi kita kena explore. Kemudian juga tentang industri pembuatan daripada kayu getah dan juga dari kayu-kayu lain yang sesuai tetapi dari segi pembalakan itu kita kena kawallah dan juga industri IT. Di Perak ni belum ada lagi yang dipanggil sebagai Silicon Valley tapi adalah beberapa agensi-agensi yang telah ditubuhkan bagi mengawal ataupun menguruskan tentang teknologi IT ini ataupun teknologi yang berasaskan kepada IT.
Jadi oleh yang demikian, saya ingin juga menyentuh tentang penyelarasan tugas serta antara agensi dan jabatan. Perkara ini sebenarnya boleh menjimatkan kos. Ada ketika saya tak tahu di kawasan lain mungkin dia tempat saya tu ada berlaku pertindihan.. Jadi bila berlaku pertindihan yang rugi ialah dua tiga jabatan ini akan mengadakan ataupun melaksanakan tugas yang sama. Contohnya macam JPS dan satu lagi Jabatan Pertanian. Jalan ladang pun ada dibuat oleh dua-dua agensi ini. Jadi oleh yang demikian selaraskan tugas dan kerja ini dengan baik supaya tidak berlaku pertindihan dan tidak membazirkan sumber.
Yang ketiga marilah kita semua melihat kembali dalam perkhidmatan kita ini tentang ketirisan. Barangkali berlaku ketirisan dalam kita melaksanakan tugas di peringkat jabatan supaya ketirisan ini tidak berlaku lagi dan perlukan satu kecekapan staff ataupun kakitangan yang tinggi dan yang fasih dan faham tentang fungsi serta polisi jabatan masing-masing dan yang keempat program pendidikan untuk mencipta pekerjaan sendiri iaitu seperti yang saya nyatakan bahawa di Negeri Perak ini sudah ada satu bentuk latihan tapi bukan dibuat oleh agensi kerajaan tetapi dibuat oleh agensi yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Masalahnya ialah tidak ramai yang ditaja pelajar-pelajar ini untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran sehingga mereka mendapat Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 kerana setakat ini ada dua agensi yang menaja mereka ini dengan pusat-pusat latihan yang bertauliah iaitu Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran dan juga kerjasama pusat-pusat bertauliah dan juga MCIA yang juga turut menaja mereka ini yang nak belajar dalam bidang kemahiran.
Jadi saya nak mencadangkan supaya kerajaan negeri kalau boleh apa salahnya memberikan sejumlah peruntukan yang sesuai supaya anak-anak Negeri Perak ini dapat belajar perkara-perkara ini dan mereka nanti akan mewujudkan pekerjaan sendiri dengan mendapat pendapatan yang lumayan. Antara kursus yang ditawarkan ialah seperti automatif, jahitan, IT dan teknologi ataupun digital marketing, bakeri, seni solekan dan sebagainya. Ini adalah antara kemahiran-kemahiran yang perlu kita latih kepada generasi muda ini untuk mereka mencipta kerajaan sendiri dan kalau kita dapat taja mereka ini kosnya tidak begitu tinggi. Misalnya untuk kursus di tahap 2 mengambil masa 8 bulan seorang peserta itu akan dikenakan bayaran untuk dibagi kepada pusat latihan sebanyak RM5000. Mungkin untuk permulaan kerajaan negeri boleh memperuntukkan sejumlah mungkin 1.5 ataupun 2 juta bagi menaja pelajar-pelajar ini di pusat-pusat bertauliah yang akan diberi Sijil Kemahiran Malaysia. Jadi ini adalah di antara cadangan-cadangan daripada saya supaya dapat kita pertimbangkan bagi membantu Negeri Perak mengurangkan beban kos yang ditanggung sebaliknya memberikan yang minimal tetapi untuk rakyat sendiri menjana pendapatan untuk mereka, keluarga dan akhirnya pada keseluruhannya. Jadi Timbalan Yang Dipertua itu saja daripada saya. Saya mengucapkan terima kasih dan Batu Kurau mohon dan mencadang menyokong Bajet 2021. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB daripada Batu Kurau. Burung serindit terbang melayang, terhenti hinggap di ranting mati, bukan ringgit dipandang orang, tetapi memandang bahasa dan budi. Tegak rumah kerana sendi, runtuh sendi rumah binasa, tegak bangsa kerana budi, runtuh budi hilanglah bangsa. Cantik bergugus buah papaya, masak dipetik satu persatu, walaupun berlainan bangsa budaya, kerana muhibbah hidup bersatu. Dijemput YB daripada kawasan Pasir Pinji. 15 minit diperuntukkan, silakan.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sahabat-sahabat saya Ahli-Ahli Yang Berhormat, seisi dewan, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, tuan-tuan dan puan-puan saudara saudari yang saya kasihi, hormati dan cintai sekalian. Saya mohon izin dewan yang mulia ini sama-sama membahaskan Belanjawan Negeri Perak yang agak bersejarah bagi tahun 2021 ini. Belanjawan ini dirangka oleh pihak kerajaan dalam detik yang paling getir dan mencabar bagi bukan sahaja Negeri Perak tetapi untuk Malaysia dan dunia kita dan detik yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana kerajaan negeri sebelum ini. Kita perlu akur yang kita benar-benar berada dalam situasi di luar jangkaan dan bukan saja kita berdepan dengan pandemik yang merbahaya tetapi nadi ekonomi kita seperti pelancongan juga berada di tahap yang sangat kritikal.
Beberapa siri perintah kawalan pergerakan atau PKP yang membataskan pergerakan rakyat di antara negeri-negeri dan daerah-daerah telah menambah garam ke atas luka bawaan pandemik ini. Kita perlu akui permasalahan ini yang sedang dihadapi oleh rakyat dan menurut DOSM kadar penggangguran setakat Oktober 2020 telah meningkat 0.1% berbanding September 2020 dan jumlah 4.7% ini bukan sekadar angka tetapi ingatlah Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita semua di sini bertanggungjawab sama ada di peringkat negeri ataupun di kebangsaan untuk membantu 748200 orang pengganggur ini untuk kembali berdiri di atas kaki mereka sendiri mencari nafkah menyara diri dan juga membantu tanggungan mereka. Indeks pengeluaran perindustrian atau ITP bagi negara kita juga menguncup sebanyak 0.5% pada bulan Oktober 2020 berbanding bulan yang sama pada tahun lepas.
Peningkatan pengangguran dan penurunan pengeluaran industri tidak boleh hanya kekal sebagai nombor yang disimpan di Jabatan Perangkaan semata-mata. Sebagai Ahli Yang Berhormat yang dipilih diberi amanah oleh rakyat kita perlu beriltizam untuk membantu mereka dengan merencana belanjawan urus tadbir dan voltan polisi yang baik demi kelangsungan hidup rakyat dan ketahanan ekonomi negeri yang sama-sama kita cintai ini. Angka-angka ini perlu kita sama-sama tekuni dan insafi betapa ekonomi kita sedang menguncup. Pengangguran kita pula semakin bertambah. Pelbagai perniagaan terutamanya mereka yang terlibat di industri sukan dan pelancongan banyak yang terpaksa gulung tikar. Timbalan Yang Dipertua dalam keadaan luar jangka yang amat mendesak ini saya menyeru Ahli-Ahli Yang Berhormat baik dari pihak kerajaan mahupun di sebelah sini di pembangkang untuk bersama-sama menghayati semula titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah kita mempunyai amanah penting yang perlu dilaksanakan iaitu menumpukan fikiran dan tenaga kita untuk mengurus dan mentadbir negeri ini dengan cara terbaik demi kepentingan rakyat Negeri Perak. Sebagai seorang Ahli Dewan Negeri, saya sesungguhnya akur dan percaya bahawa belanjawan yang dibentangkan oleh pihak kerajaan Tuanku tidak akan mampu menyelesaikan semua masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat terbanyak pada tika dan saat ini. Namun begitu masih terdapat ruang dan peluang yang boleh diperbaiki bagi merealisasikan harapan rakyat terbanyak yang seperti kita semua sedia maklum. Amat- amat terkesan. Amat-amat terbuka dan amat-amat sakit, derita dan sengsara lantaran pandemik ini.
Tidak ada sesiapa pun yang dapat meramalkan bila Pandemic ini akan berakhir. Dan kes-kes di seluruh negara tidak langsung menunjukkan sebarang pola penurunan. Maka kita juga perlu akur dengan sebarang arahan agensi yang sudah pastinya akan menambahkan lagi beban terhadap ekonomi demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Saya ingin melakarkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas lakaran sejarah yang tercipta. Setelah melalui pelbagai pertembungan, libat urus, perbincangan yang panjang lebar. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada dari kerajaan mahupun pembangkang akan menerima peruntukan sebanyak RM 200 000 di dalam belanjawan 2021 ini.
Persoalan saya di dalam situasi yang tidak boleh dijangka ini adakah kerajaan berhasrat untuk mempertimbangkan pembentangan belanjawan tambahan pada tahun depan. Dan sekiranya ada, bila akan belanjawan atau supplementary budget itu akan diadakan. Sebab saya sedia maklum, sebab minggu lepas saya bukan. Penggal-penggal lepas dalam pentadbiran yang lepas sebelum ini pun waktu saya masih Ahli Dewan Undangan Negeri di sebelah kerajaan. Adun-adun masing-masing packvengers kerajaan dapat 300. Nayalah kalau sekarang pembangkang dapat yang sama. Mereka dapat kurang peluang tetapi ini bukan untuk kita. Bukan untuk Ahli Dewan Undangan Negeri. Ini adalah untuk rakyat yang bernaung Di Bawah Duli Yang Amat Mulia Sultan di kawasan kita masing-masing. Jadi sekiranya dapat dipertimbangkan oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan untuk mempertimbangkan satu supplementary budget awal tahun depan ke bila. Atau pertengahan tahun depan, itu adalah mungkin satu penyelesaian yang amat baik. Saya rasa perkara ini, Ahli-ahli disebelah sana akan setuju juga. Setuju ke ? Kalau setuju, tepuklah sikit. Tak setuju?
Pendidikan juga merupakan sektor yang turut menerima tempias pandemik ini. Dan oleh itu saya menyambut baik sebenarnya pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memperuntukkan RM 8.1 juta bantuan persekolahan untuk lebih 360 000 pelajar di Negeri Perak. Dan namun saya mohon penjelasan sedikit mengenai quantum dan pengagihan untuk setiap aliran pendidikan. Dan ini adalah agak penting kerana sekolah swasta dan sekolah separuh bantuan kerajaan, tidak dapat menjalankan kempen kutipan dana juga yuran bulanan akibat kekangan ekonomi berikutan pandemik yang melanda. Tetapi gaji guru-guru tetap kena dibayar juga. Kan? Jadi adakah kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membentangkan belanjawan tambahan atau sekurang-kurangnya minta dalam penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberi sedikit pencerahan tentang agihan dalam RM80.1 juta ini. Sekolah aliran mana akan dapat berapa. Ini mungkin akan membantu kita membuat kerja secara lebih efektif dan berkesan.
Dan selain itu juga, Laporan Sinar Harian adalah Wartawan Sinar Harian di luar, bertarikh 3 Julai 2020 memaparkan berita yang agak mendukacitakan. Mengenai nasib hampir 40% pelajar sekolah di Negeri Perak yang tidak mempunyai capaian internet untuk menyertai pembelajaran atas talian. Dan Yang Berhormat EXCO ada menyatakan dalam laporan akhbar tersebut, bahawa kerajaan negeri kini dalam usaha. Ini pentadbiran lepas, dalam usaha untuk meningkatkan capaian Internet kepada 90%. 5 bulan.
Mohon laluan. Terima kasih. Dalam pandemik Covid-19, saya juga cadangkan Kerajaan Perak supaya memberi komputer komputer. Used computer dengan izin dari SME di dalam negeri untuk kitar semula supaya dapat membantu keluarga-keluarga dan pelajar dari golongan miskin. Dan ini juga merupakan satu langkah yang boleh dapat merangsangkan ekonomi dan juga dalam negeri bagi memastikan anak-anak Perak boleh terus dapat belajar dalam pandemic covid-19 ini. Dan sebagai contoh yang baik adalah pejabat saya telah menjalankan satu program kitar semula komputer kepada anak-anak Perak dengan kitar semula komputer-komputer yang didermar oleh syarikat-syarikat dari sektor persendirian. Ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar dan keluarga miskin golongan B40 kerana ini merupakan keperluan kepada keluarga mereka masing-masing.
Terima kasih Yang Berhormat Canning. Dia buat iklan. Iklan yang bagus. Bernas. Saya akan respon tapi saya hendak selesaikan bab yang saya mulakan tadi, hendak memainkan peranan sebagai pembangkang. Yang Berhormat EXCO telah menyatakan dalam laporan akhbar yang sama bahawa Kerajaan Negeri kini dalam usaha meningkatkan capaian internet kepada 90%. Lima bulan telah berlalu tetapi apakah status terkini usaha tersebut. Jangan lupa anak-anak pelajar ini rata-ratanya datang dari keluarga B40 yang paling terkesan akibat pandemik ini. Dan amat malang sekali kiranya janji taknaklah sebut janji kosong. Tapi janji yang belum ditunaikan ini menyebabkan mereka terus terpinggir dari sudut pendidikan yang sepatutnya menganggap mereka keluar dari kepompong kemiskinan ini. Tak sedaplah.
Dan saya juga ingin merujuk kepada sedikit angka yang berkaitan rapat dengan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Canning tadi. Mengikut satu kajian yang telah dijalankan yang melibatkan 692 000 ibu bapa dan 900 000 pelajar di Malaysia. Ia telah menunjukkan bahawa hanya 6% daripada sample size tersebut yang mempunyai komputer. Komputer maksudnya desktop. 900 yang mempunyai laptop. 42% yang mempunyai device, telefon bimbit, telefon pintar. Dengar macam angkanya cantiklah. 9% ada, 6% ada, 40% ada tapi apa yang di sebalik kepahitan yang ada di sebalik angka itu adalah lebih kurang 1/3 daripada sample size itu tidak mempunyai sebarang device atau sebarang peralatan untuk membolehkan mereka belajar atas talian. Dan kita telah sedia maklum bahawa kerajaan pusat telah memberi, telah melancarkan satu dasar pinjaman. Bukan pinjaman komputer. Pinjaman duit untuk mereka yang nak pinjam duit, mohon nak pinjam duit untuk beli komputer. Bagi saya dasar itu satu kurang ikhlas. Dua kurang berkesan. Ketiganya kalau mereka sudah susah, sudah miskin. Tambah lagi mereka nak pinjam duit untuk nak beli komputer. Tidak berapa rasional.
Jadi saya menyambut baik apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Canning tadi. Sekiranya Kerajaan Negeri dalam peruntukan belanjawan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bahawasanya ada satu peruntukkan RM10.6 juta untuk prasarana teknologi, prasarana IT itu. Sekiranya sebahagian daripada itu boleh digunakan untuk memperolehi satu jumlah yang besar. Komputer-komputer riba yang boleh bukan pinjam duit tetapi pinjam secara jangka masa panjang. Setahun, dua untuk mereka yang tak mampu nak pinjam duit beli atau tidak kuasa nak beli itulah satu penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat Perak dan rakyat Malaysia dan saya sampailah dan ini juga menjadi satu suntikan tanda ke dalam pasaran kepada pengusaha-pengusaha penjualan equipment elektronik dan saya rasa ini adalah satu penyelesaian 66. Dato’ Yang DiPertua, perhatian juga harus diberikan kepada pengusaha-pengusaha kantin sekolah yang tidak beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan. Sebagai usahawan pendapatan mereka terjejas teruk akibat penutupan sekolah dan adakah inisiatif keusahawanan seperti tabung usahawan dan geran usahawan Perak group mengambil kira bantuan kepada pengusaha kantin sekolah. Sekiranya tidak adakah kerajaan mempunyai sebarang perancangan jangka pendek bagi membantu mereka. Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian khusus ketika pandemik ini adalah aspek kerohanian rakyat Negeri Perak. Kekangan ketika PKP yang.
hah…Pinji lama lagikah. Berapa minit lagi rasanya.
Okey. Kekangan ketika PKP yang menghadkan hubungan kekeluargaan kesempitan kesempitan ekonomi akibat kehilangan kerja atau sumber pendapatan serta situasi berdepan dengan kehilangan orang tersayang akibat covid-19 boleh mencetuskan masalah kesihatan mental di kalangan individu. Oleh itu adalah wajar peruntukan hal ehwal Islam dan bukan Islam dipertingkatkan agar aspek kerohanian terjaga dalam untuk mengekang masalah kesihatan mental dengan terbatas atau hadnya kapasiti memberikan rawatan kesihatan mental kepada rakyat jelata di Negeri Perak. Sebagai mantan ahli MMK Belia Sukan dan Pembangunan serta selaku orang mudalah yang masih muda lagi di dalam MMK yang lepas saya tidak dapat lari dari mengulas sedikit sebanyak tentang peruntukan belia dalam belanjawan 2021. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana memberikan keutamaan kepada golongan belia di Negeri Perak melalui belanjawan 2021,sesungguhnya peruntukan pembangunan anak muda berjumlah lima juta adalah bukti kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan nasib beliau terus terbela, walaupun berdepan pandemik yang masih belum jejas jelas penghujungnya. Golongan belia memerlukan jaminan peluang pekerjaan. Jelajah dan karnival kerjaya peningkatan kemahiran dan kepakaran dan program yang perlu dilaksanakan untuk kebolehan pasaran belia dan pada masa yang sama tumpuan kepada program seperti Akademi Rakyat, Akademi DUN Belia dan pemerkasaan serta pemeremajaan pertubuhan belia akan dapat membantu dalam memupuk barisan kepimpinan muda di Negeri Perak dan point.
Saya nak tanya kepada Speaker, Speaker minta saya buka tadi jangan kawan saya. Saya ingat ada apa yang dibentangkan tadi adalah perkara-perkara yang sangat penting untuk kita beri perhatian kerana daripada satu perkara yang dibangkitkan berkaitan juga dengan perkara yang lain, ia amat mustahak untuk kita berikan perhatian sama ia berkaitan contohnya apa yang disebutkan, tadi masalah kesihatan mental yang sedang dihadapi oleh kebanyakan masyarakat kita akibat daripada pandemik covid-19 yang sedang berlaku pada hari ini dan ia juga ada ada rintitan ada kaitan dengan masalah yang dihadapi oleh golongan remaja dan anak muda. Maka saya ingin bertanya pandangan daripada Pinji sama ada wang yang diperuntukkan pada dalam bidang untuk belia khususnya tadi anak muda dalam bidang sukan dan sebagainya, apakah mungkin pada kali ini dapat diagihkan bagi membolehkan program-program untuk membina mental di kalangan anak muda itu dapat diadakan dari kita difahamkan bentuk sukan yang baru pada hari ini bukan hanya berada di padang lagi tetapi dia berada di dalam bilik bilik yang boleh menggerakkan Mentor mereka menjadi lebih interaktif tanpa menghadapi tekanan-tekanan yang yang kita saksikan pada hari ini.
Terima kasih Pangkor, memang satu cadangan dan saya rasa adalah satu pemikiran kamu yang harus dan perlu kita sambung yang disebutkan dari sukan-sukan yang bukan tradisional atau bukan konvensional seperti e-sport yang bukan saja e-sport, booting sport dan juga memory sport, ini adalah jenis-jenis sukan yang waktu teman di sebelah sana pun ada bantu bukan sedikit tetapi banyak untuk bagi untuk memberi prasarana asas bagi perkembangan sukan-sukan tersebut dan saya harap Ahli Majlis Tempatan Kerajaan apabila kelak nanti portfolio telah ditetapkan boleh kita sama-sama membangunkan dan memberi fokus kepada pembangunan sukan-sukan di luar negara sukan konvensional sini dan sebab masanya untuk sikit saya nak masuk muka kedalaman point yang sebenarnya last sebelum saya menutup, mengenai reformasi institusi Penglibatan Aduan Pembangkang pula dalam Mesyuarat Jawatankuasa tindakan daerah JKR, JKTD dan juga ….. daerah.
5 minit ya.
Adalah satu perkembangan positif dalam mematangkan demokrasi di negeri kita ini dan ia seharusnya dapat membantu ahli-ahli Yang Berhormat tanpa kira parti melaksanakan tugas dan kewajipan masing-masing dengan secara lebih berkesan tapi saya ingin memohon pertimbangan pihak kerajaan untuk memberi sedikit fokus kepada satu isu yang menghantui kita iaitu perlantikan jawatan-jawatan tertinggi dalam GLC. Kita sedang bicara tentang reformasi institusi dan kita dapat tahu dan saya mengakui perkara ini tidak dapat, waktu kami berada di sebelah sana tangani dan seringkali masa memory dengan izin masa memory dengan politik di negeri-negeri kita ini memandangkan jawatan-jawatan tertinggi dalam GLC sebagai rampasan perang kalau menang perang iaitu menang Pilihanraya kita dapat rampasan perang itu jawatan-jawatan GLC untuk diberi kepada ahli-ahli parti.
Saya rasa dalam kesempatan yang kita ada keterbukaan politik yang telah kita lakarkan daripada bajet ini, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Mari kita tupus satu lagi jawatankuasa saya cadangkan jawatankuasa pemilihan kepimpinan urustadbir GLC di mana ahli-ahli di sebelah sana dan ahli-ahli di sebelah sini boleh duduk sekali dalam satu jawatankuasa untuk memilih CEO, CFO jawatan-jawatan tertinggi dalam GLC kerana kita dapat tahu sekarang bahawasanya kebanyakkan jawatan tertinggi dalam GLC dipegang oleh rakan-rakan dalam parti pemerintah, rakan-rakan, kawan-kawan, mereka kawan saya juga, saya dah kenal mereka tetapi dalam soal nak reformasikan institusi dengan pertukaran kepimpinan di kerajaan baik kita tukar cara urus tadbir GLC-GLC sekarang yang agak parah yang agak sakit dan perlukan rawatan.
Kalau perlu rawat kita kena cari doktor bukan saya kata yang sekarang memimpin GLC tidak mampu nak nak mengubati tetapi jelas keadaan sekarang agak sukar untuk dirawat dengan cara yang telah digunakan sebelum ini dan last sekali ,last apa yang telah berlaku di Perak baru-baru ini adalah satu krisis politik yang merupakan lumrah di dalam sebuah sistem demokrasi. Krisis yang berterusan akan hanya memangsakan rakyat yang sudah cukup tertekan dengan pandemik covid-19 dan kita bersyukur kerana di Negeri Perak ini dikurniakan kebijaksanaan dan kearifan Paduka Seri Sultan Perak yang sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan setiap parti politik terlibat dalam menyelesaikan kekusutan politik yang telah terjadi dan saya ingin memetik satu titah nasihat yang telah diberikan kepada saya oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sendiri. Let not perfection be the enemy of doing good. Jangan biarkan omongan sempurna atau kesempurnaan menghalang kita daripada berbuat apa yang adalah baik Kerjasama yang telah kita jalinkan dalam bajet ini adalah sesuatu yang diperlukan oleh rakyat. Ia mungkin dapat menyelesaikan sengsara dan derita rakyat tapi tiada yang mustahil kita dapat selesaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh rakyat. Dengan itu Saya rasa saya nak tutup dengan dua rangkap pantun atau syair. Tiada kata yang seindah lantunan syair,
Tiada mutiara yang secantik bidadari, Tapi hari ini lebih dari hari sebelumnya, Tiba masa kita satukan jiwa dan hati, Yang lama ditunggu oleh rakyat Perak kesayangan, Tidak lain daripada rezeki kegemilangan negeri kita kembali Musuh rakyat dan negeri sesame kita lawan
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Ahli- Ahli Dewan Negeri, sekian terima kasih. Dato’ Speaker, ada minta penjelasan sikit boleh?
Ya boleh.
Bukan daripada Pasir Pinji ya.
Standing order atau minta penjelasan?
Penjelasan daripada Speaker tentang keadaan Dewan, bukan speaker, pembesar suara. Nanti keliru pulak Speaker dengar itu dengan Speaker. Jadi banyak dikalangan kami atau pun ketua jabatan membuat aduan tentang keadaan pembesar suara ini. Jadi kalau saya beritahu saya bagi dulu ada sekitar tepi, di belakang ada pembesar suara. Jadi itu kesan echo tu pantulan suara tu tidak ketara. Jadi keadaan sudah beberapa hari kita agak sukar untuk mendengar terutama sekali daripada YAB semalam untuk bajet ataupun berbahas-berbahas pagi. Saya rasa harap esok keadaan akan dibetulkan. Terima kasih.
Terima kasih YB daripada Bercham. Saya diberikan jaminan oleh itu Setiausaha Dewan bahawa perkara ini sedang diambil perhatian dan kita Insya Allah kita akan cuba betulkan. Saya pun bersetuju dengan pandangan YB Bercham kerana saya sendiri pun having difficulty, dengan izin ya untuk mendengar butir bicara, hujah-hujah daripada Ahli-Ahli YB sekalian. Ahli-Ahli YB sekalian, terima kasih Ahli YB daripada kawasan Pasir Pinji. Sekarang saya menjemput YB daripada kawasan Titi Serong.
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.(Bacaan doa), “dan Jika kamu menuruti kebanyakkan orang-orang yang berada di muka bumi ini, nescaya kamu akan disesatkan. Mereka tidaklah hanya lain mengikut prasangka semata-mata dan mereka tidaklah hanya lain berdusta di hadapan Allah. Sesungguhnya tuhan-mu dialah yg lebih mengetahui tentang orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui tentang orang-orang yang mendapat petunjuk” Surah Al-An'am, ayat 116 – 117 Terima kasih YB Dato’ Yang Dipertua serta Ahli-Ahli Dewan. Alhamdulillah, Allah SWT mengizinkan masa saya pada hari ini untuk berbahas belanjawan 2021. Sebelum itu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kota Tampan yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu. Tidak lupa juga penghargaan kepada mantan Menteri Besar daripada Chenderiang yang telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dan beberapa pembaharuan yang telah beliau lakukan. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota front liners, anggota hadapan yang bertungkus-lumus menggadai nyawa untuk menjaga Negeri Perak ini daripada terus menular Pandemik Covid-19. Tahniah, terima kasih kepada jasa perwira Negara, pewira negeri Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Rela, Pihak Berkuasa Tempatan dan juga agensi-agensi yang terlibat. Moga-moga khidmat bakti kalian bukan sahaja dapat menikmati di dunia tetapi di akhirat kelak. Dato’ Yang Dipertua, masa yang diberi hanya 15 minit. Penumpuan adalah beberapa tajuk utama dalam perbahasan belanjawan pada kali ini. Saya terus kepada pendidikan. Rasulullah SAW bersabda,’ orang-orang yang berilmu kemudian dia memanfaatkan ilmu akan lebih baik daripada 1000 orang yang beribadah atau pun ada ahli ibadah. Kerjaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM84.3 juta bagi meningkatkan lagi tahap pembangunan modal insan di Negeri Perak. Bantuan persekolahan sebanyak RM8.1 juta wajar diteruskan demi memberi manfaat kepada ribuan pelajar sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah mubaligh, sekolah venakular dan SUWA di Negeri Perak. Hal ini kerana keadaan semasa yang disebabkan oleh penularan Covid-19 yang melanda negara ini memberi impak kepada semua pihak terutamanya golongan ibubapa berpendapatan rendah. Bantuan ini perlu diteruskan bukan sahaja memudahkan urusan persekolahan malah dapat meringankan beban keluarga yang makin tertekan. Izinkan saya berkongsi sedikit barangkali untuk di memberi sepertimana Pasir Pinji bagitahu, mungkin ada bajet tambahan untuk kita sediakan kepada rakyat. Dato’ Yang Dipertua dan Ahli Dewan, kalau kita lihat di sekolah rendah ada rancangan makanan tambahan. Pelajar yang sama akan menaikkan Sekolah Menengah tetapi di peringkat sekolah menengah tidak ada rancangan makanan tambahan. Anak orang miskin yang kita harapkan mereka cemerlang dalam pembelajaran. Di sekolah rendah disediakan makanan tetapi masuk ke Sekolah Menengah waktu rehatnya anak orang miskin ini berada di kelas, berada di kaki lima hanya melihat rakan-rakan mereka ke kantin ataupun menikmati juadah. Usia 13 tahun hingga 15 tahun satu usia yang memerlukan tenaga. Berada di sekolah seawal 6.30 subuh sehingga 2.30 petang Tetapi mereka ini tidak dibekalkan makanan. Apakah kita hanya melihat sahaja mereka berkata begitu. Jadi saya mengharapkan barangkali dalam dewan yang mulia ini mungkin boleh diberikan bajet tambahan kepada anak-anak sebegini. Kita di DUN Titi Serong pada sesi 2018/ 2019 memang saya telah memberi peruntukan kepada 56 orang pelajar sekolah menengah, orang miskin. Kita bagi voucer RM3. Di kantin mereka tebus RM3, maka kita dapat makanan untuk mengalas perut sehingga habis persekolahan. Saya memgharapkan perkara yang sama juga barangkali atas nama kepentingan generasi yang akan datang dan juga memberi makan kepada orang miskin, Kerajaan Perak perlu mencari peruntukan untuk disalurkan kepada pelajar sekolah menegah yang miskin ini.
Dalam masa yang sama juga ingin saya menyentuh berkenaan dengan keperluan Sekolah Berasrama Penuh. Saya beri cadangan agar Sekolah Berasrama Penuh perlu ditambah dan diwujudkan bagi di dalam setiap daerah. Sebagai contoh di Daerah Kerian hanya terdapat sebuah sekolah menengah, SMK Kerian Semanggol. Jika ada ruang oleh kerajaan negeri memberi sebidang tanah yang besar untuk dibina satu Sekolah Berasrama Penuh di kawasan Kerian bagi menampung keperluan pelajar pelajar cerdik pandai ini untuk berada di sekolah berasrama penuh. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menyentuh pula keperluan pertanian dan nelayan. Sektor pertanian memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negeri kita. Kerajaan negeri perlu membantu dan memberi sokongan terutama kepada para peladang, penternak dan nelayan. Namun terdapat berbagai masalah yang timbul dalam usaha murni ini. Antaranya adalah sawah padi yang telah mengalami kerosakan disebabkan serangan serangga perosak ataupun sekarang ini dah makin moden babi pun dah menyerang dalam sawah padi. Babi hutan. Mereka telah di sawah padi babi ni dah hilang tempat tinggal dan sawah padilah tempat mereka berkubang. Perkara Ini barangkali berlaku di semua tempat. Saya berhubung dengan pihak Perhilitan bagaimana kaedah untuk menghapuskan serangan babi hutan ini.Jadi kita menggalakkan para petani ataupun orang kampung buat tanaman untuk menampung hasil dalam tempoh untuk menampung hasil sawah padi mungkin mereka dapat hasil daripada tanaman, tapi tanaman yang diusaha sebelum dapat dituai hasilnya rosak kerana diserang oleh babi hutan. Mungkin dalam DUN Melaka ni kecoh dalam penembak babi, tapi saya di sini rasa dalam Perak pun perlu diberi fokus babi hutan ini perlu dihapuskan seberapa yang segera untuk meredakan keresahan orang kampung. Ya sila Chenderoh.
Terima kasih pada Speaker dan juga Titi Serong. Berhubung dengan permasalahan apa ni kampung ye, berhubung dengan pertanian di kampung. Pihak kerajaan telah bagi baru ni input, input pertanian dan kita agihkan kepada kawasan-kawasan. Mereka telah tanam. Tiada masalah. Tapi akhirnya apa yang dikatakan oleh Titi Serong tadi adalah musuh tanaman. Di mana-mana di kawasan luar bandar, inilah musuh tanaman yang merosakkan tanaman-tanaman yang begitu diberi oleh kerajaan tak boleh dijaga dengan baik. Contoh babi tadi. Sekarang ni babi ni sekarang diorang kata mengikut Veterinar ialah haiwan yang terkawal. Macam mana nak kawal sekarang. Ia dah merata-rata di tepi rumah. Ini yang kami hadapi di kampung-kampung. Kemudian satu lagi kera, betul. Ini yang merupakan perosak-perosak yang amat, bila kita ke kampung inilah yang diutarakan oleh orang-orang kampung. Dia orang kata kata boleh tembak. Tapi masalah sekarang dulu kita bekerjasama dengan RELA. RELA ada bawa. Tapi sekarang di daerah Kuala Kangsar senapang RELA pun dah tak ada. Jadi saya mengharapkan, Titi Serong setuju tak dengan saya supaya perkara ini RELA dikembalikan senapangnya untuk sama-sama kita membenteras apa ni tanaman ni musuh ini dan sudah tentunya juga Veterinar, pegawai-pegawainya tak mampu untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.
Saya setuju dengan ayahanda Chenderoh. Sayaberhubungan dengan Perhilitan mereka menghadapi kekangan anggota dan juga logistik. Perangkapnya ada satu. Kalau lihat depan mata yang melintas babi hutan ada 20. Satu tu terpaksa diagih-agih pula dikongsi dengan DUN yang lain, kawasan lain. Dah masuk babi hutan dalam sangkar, nak menembak pun satu hal. Tapi itulah saya setuju dengan Chenderoh, kalau boleh diberi kebenaran kepada anggota RELA yang, anggota RELA yang ditapislah. Mempunyai rekod disiplin yang bagus dan juga berpangkat supaya mereka ini dibekalkan dengan senapang dan mereka dapat membantu untuk membasmi binatang liar. Bukan perkara kecil tuan-tuan. Ini cerita besar. Kalau kita nak menggalakkan rakyat bercucuk tanam tapi kita membiarkannya pulak ada sangka, sila sila.
Terima kasih kepada Titi Serong. Cuma saya ringkas dan pendek sajalah sebab mengambil masa Titi Serong. Setuju tak Titi Serong kalau kita kerajaan ini memberi subsidi kepada pengusaha-pengusaha pertanian ini dengan memberi subsidi pagar elektrik ataupun pagar tenaga solar ini untuk petani-petani bagi mencegah babi hutan ini, terima kasih.
Cadangan yang baik. Saya setuju tapi pagar elektrik tu kalau nak dipasang biarlah dalam satu kelompok petani yang besarlah. Kalau tanam 10 kaki kali 10 pasang pagar elektrik, jenuh kerajaan negeri nak tanggung subsidinya. Tapi boleh kita boleh fikirkanlah pagar eletrik solar ini. Dato' Yang dipertua dan ahli dewan, berdasarkan peruntukan untuk pembangunan sektor pertanian yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebanyak 58.5 juta pada tahun 2021, banyak manfaat yang bakal dinikmati oleh para petani dan pesawah serta nelayan. Bantuan yang disalurkan kepada para petani ini dilihat mampu memberi perkembangan positif dalam bentuk pembangunan infrastruktur, pengairan, input pertanian dan lain-lain yang bersesuaian.
Peruntukkan sebanyak 2 juta kepada Jabatan Perikanan diberikan oleh kerajaan negeri juga dilihat memberi manfaat kepada para nelayan. Perkara ini menjadi satu keperluan kerana para nelayan juga memainkan peranan penting pembangunan ekonomi Negeri. Permintaan tinggi oleh nelayan untuk yang ni saya sentuh agar ada jugalah peruntukan untuk menambah baik Jeti nelayan. Di Titi Serong ada lima Jeti nelayan. Di kawasan Kuala Kurau pun ada. Cumanya saya melihat adanya jeti ini tapi tidak disediakan bengkel untuk membaiki bot nelayan. Bot dan juga enjin. Kebanyakkannya nelayan nak baiki bot nak kikis dia punya teritip tu, duduk dalam air. Duduk kesian depa duduk dalam air. Saya pun dah bina satu. Tahun lepas saya luluskan peruntukkan bina satu bengkel nelayan di Kuala Bagan Tiang untuk memudahkan para nelayan membaiki bot mereka.
Saya melihat daripada perkembangan industri hiliran. Barangkali ramai anak muda di kawasan-kawasan perkampungan nelayan ini ada minat untuk menceburi bidang pembaikan bot dan juga enjin. Jika boleh kerajaan menyediakan satu dana untuk disalurkan kepada anak-anak generasi nelayan ini untuk terlibat dalam kerja kepakaran, kemahiran untuk membaiki bot dan juga enjin bot. Para nelayan kawasan saya ni kalau nak baiki enjin bot, terpaksa pergi ke Penang ataupun di Taiping. Tapi kalau kita ada kepakaran wujud, diwujudkan kepakaran oleh anak kampung hantar mereka dalam kemahiran dalam 6 bulan, insya-allah industri ini akan berkembang dan ekonomi setempat itu juga akan hidup.
Saya harapkan perhatian diberikan oleh Jabatan Perikanan ataupun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia supaya perkara ini dipandang serius kerana hampir puluhan tahun para nelayan ini tidak mendapat tidak mendapat infrastruktur yang sewajarnya. Dato' Yang Dipertua, berkenaan dengan impak daripada Covid-19, kita memahami ramai yang telah kehilangan pekerjaan. Ekonomi Malaysia lebih buruk berbanding krisis ekonomi 1998 2008. Tidak dinafikan pandemik ini memberi kesan yang amat membimbangkan dari sudut kesihatan dan keselamatan ekonomi sosial disetiap negara. Ramai yang telah hilang punca pendapatan dan kita mengharapkan juga kehilangan punca pendapatan ini tidak memberi tekanan jiwa dan emosi pada mereka yang bakal merosakkan kehidupan sosial, keluarga terutamanya yang terkesan. Kebimbangan pihak memang kita juga adalah bagaimana kita nak menempatkan orang-orang yang kehilangan pekerja dalam masa yang sama juga mahasiswa yang bakal keluar daripada universiti ini perlu juga mencari pekerjaan. Oleh yang demikian saya ingin mencadangkan satu kaedah yang lebih holistik mungkin boleh diberikan kepada pihak PASAK untuk menyediakan..
Yang Berhormat. 5 minit je.
Menyediakan data-data base yang boleh kita kongsi dengan pihak kerajaan persekutuan. Contohnya kalau kita lihat dalam belanjawan yang dibentangkan, pihak MIDA telah membuat pelaburan sebanyak hampir RM2 bilion dan difahamkan ada peluang pekerjaan 3000 lebih. Saya harapkan peluang pekerjaan 3000 lebih orang ni boleh ditempatkan oleh anak-anak Perak supaya mereka tidak keciciran.
Dato' Yang Dipertua barang kali yang terakhir daripada saya kita kini lihat semalam pembentangan bajet di sebelah blok pembangkang dan juga mahupun dipihak kerajaan telah menerimanya dengan baik. Kita lihat juga bagaimanakah kesepaduan hati seluruh ahli dewan ini menyokong usul yang dibawa daripada Trong untuk memberi sokongan penuh kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam lantikan kali ini. Yang inilah kita perlu tunjukkan kematangannya bagaimana kepimpinan adil itu harus dilihat (bacaan ayat alquran) sesungguhnya Allah telah menetapkan kepada kalian untuk memilih pemimpin yang benar-benar ahlinya setelah pemimpin itu telah terpilih laksanakan hukuman itu dengan seadil-adilnya sesungguhnya Allah itu tempat pengajaran yang terbaik. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha melihat. Surah an-Nisa'. Jadi saya melihat kepimpinan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini telah melakukan keadilan yang sewajarnya. Maka raikanlah keadilan ini dengan sebaik-baiknya kerana rakyat di bawah mendambakan khidmat bakti kita.
Sebelum akhirnya Dato' Yang Dipertua yang terakhir, izinkan saya memberi sedikit teguran kepada seorang Ahli Yang Berhormat yang terlibat secara langsung. Dalam perbahasan sesi yang lepas yang di bawa usulnya oleh daripada Pengkalan Baharu berkenaan dengan undi percaya. Ahli Yang Berhormat tersebut telah menggunakan satu ataupun dua istilah yang tidak bersesuaian iaitu derhaka dan pengkhianatan. Dalam proses-proses demokrasi pemilihan Dewan Undangan ini untuk melantik seorang ketua yang baru, demokrasi membenarkannya tetapi ucapan derhaka yang disampaikan itu adalah sangat mengguriskan hati Ahli-ahli Dewan. Derhaka dalam penggunaan kamus Dewan Bahasa bersesuaian untuk dua golongan.
Yang pertamanya golongan sudah tentulah ibu bapa kita. Jangan sesekali kita derhaka kepada ibu bapa dan yang keduanya titah Sultan itu jangan dilanggari, jangan diderhaka. Saya mohon teguran yang daripada hati yang perlu tulus ikhlas ini bukan teguran untuk menjarakkan hubungan kita tapi teguran untuk memperbaiki dan permohonan maaf dapat dibuat oleh Adun yang tersebut supaya dapat meredakan keresahan dan ketidakselesaan. Teguran ini adalah teguran yang baik kepada kira apa saya kira kerana hansard telah tertulis bahawa Ahli Yang Berhormat itu bercakap soal penderhakaan dan pengkhianatan. Hansard itu akan menjadi rujukan kepada generasi akan datang kerana sejarah telah terukir dalam sidang Dewan yang lepas, Menteri Besar ditukarkan dalam undi tidak percaya, undi percaya.
Jadikanlah handsard itu barangkali ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat tersebut diperbetulkan handsard yang lepas itu akan diperbaiki akan dipadam. Terima kasih mohon maaf setiap daripada kita ini ada tanggungjawab dan tanggungjawab dan dugaan hidup ramai yang terkesan daripada Covid19 tidak apa yang boleh saya ucapkan melainkan Wasbiru Indallah Ham Assabirin. Sabarlah sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar. Wabillah hitaufik walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Titi Serong menyokong belanjawan 2021.
Terima kasih Yang Berhomat daripada kawasan Titi Serong, sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai.
Terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan Negeri Perak. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, barisan Exco yang baru dilantik, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Pembangkang, Ketua-ketua Jabatan Agensi, para media, tuan, puan, hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian. Terima kasih kerana mengizinkan saya Simpang Pulai mewakili blog Pembangkang untuk membahas Rang Undang-undang bagi Bajet ataupun 2021. Kita baru saja mengalami satu krisis politik yang melandai di Perak tapi atas kebijaksanaan Ahli-ahli Yang Berhormat dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan telah pun meredakan suasana dan menyelesaikan masalahnya ini secara totalnya. Dan saya nampak semalam Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang baru telahpun membentangkan satu bajet dan bagi saya adalah satu sejarah ataupun norma baru dalam arena politik Negara kita. Saya ada beberapa perkara saya yang perhatikan, pertamanya secara umum total letak inti pati Belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan semalam. Saya ingin memetik satu ayat yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar semalam. Beliau berkata belanjawan 2021 ini adalah belanjawan kita. Kita Itu bermaksud bukan Belanjawan yang dirangkakan khususnya untuk Adun-adun atau wakil rakyat Kerajaan saja tetapi mengambil pertimbangan untuk merangkumkan kesepakatan, persamaan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada blog Pembangkang. Dan bagi saya itu bukan satu perkara yang mudah nak tetapkan Belanjawan itu adalah belanja kita. Apatah lagi ayat itu dikeluarkan daripada Yang Berhormat ataupun Yang Amat Berhormat Kota Tampan bukan mudah. Kenapa saya kata bukan mudah. Penggal ini merupakan penggal kedua saya menjadi wakil rakyat, mewakili Simpang Pulai. Saya masih ingat lagi Penggal Pertama saya junior masuk dalam Dewan, Yang Dipertua masih lagi wakil rakyat. Beliau fasih dan memahami perintah tetap. Apa jua serangan daripada blog Pembangkang di sini Pakatan Harapan, beliau boleh gunakan Perintah Tetap untuk melawan sebarang hujahan yang dilemparkan oleh blog Pembangkang. Saya masih ingat lagi Tronoh dengan Rungkup masa itu sampai suasana tegang dalam Dewan nak bertumbuk, ajak lawan di luar, suasana itu lagi saya masih boleh ingat. Lepas itu Changkat Jering sekarang Sungai Rapat dengan Teja sekarang sudah jadi Ahli Parlimen Tanjung Malim dengan Setiawan boleh berhujah berdebat bertikam lidah dengan Yang Amat Berhormat Pangkor dulu Mantan Menteri Besar Pangkor tentang ujahan ataupun pandangan yang berbeza. Lagi Temenggor dia punya hujah AK 47 tak habis-habis, tak boleh nak masuk, nak celah tak boleh masuk, nak celah tak boleh masuk. Suasana itu saya masih ingat, apatah lagi Kota Tampan dulu merupakan senior Exco sekarang Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekarang dalam hujah Belanjawan yang dibentangkan oleh beliau, belanjawan itu, belanjawan kita. Itu membawa maksud yang amat berbeza bagi saya itu telah mempasakkan satu sejarah yang baru. Bukan setakat bagi Dewan Negeri ini tetapi bagi Negara kita dalam arena politik yang baru. Ini norma politik yang baru. Itu sebab saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga rakan-rakan seperjuangan beliau yang boleh sama-sama kita duduk mencari persamaan. Bertikam lidah itu biasa, suasana tegang pun biasa. Apa yang sudah lalu itu lalu, water under bridge kita biarkan. Apa yang penting apakah yang akan kita hadapi bersama ini adalah belanjawan kita. Dan saya ingin memetik satu laporan saya baca Portal rasmi baik Media Arus Perdana ataupun Media Parti-parti. Saya baca ada satu laporan Media Harakah Daily pada tahun 2020, Jun 21. Saya ingin kongsikan pandangan itu kalau saya silap mohon perbetulkan. Islam larang meminta jawatan pemimpin. Dan dalam laporan itu jelas mengatakan jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan, dengan permintaan, maka Engkau akan ditinggalkan dan tidak akan dibantu. Dan jika engkau diberikan tanpa permintaan maka Engkau akan dibantu dan dapat pertolongan. Saya nampak jelas Kota Tampan tanpa memimpin, tanpa meminta jawatan itu, beliau sudah tentu akan mendapat pertolongan dan kita semalam sebulat suara menyokong kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang baru sebab beliau tidak meminta. Jangan. Islam mengajar kita jangan meminta jawatan kalau saya silap tolong perbetulkan. Dengan itu, saya ingin bacakan pantun. Untuk apa daunnya lebat, Kalau buah dimakan ingat, Untuk apa mengaku sahabat, Kalau depa sanggup perkhianat, Untuk apa tebalnya dahan, Kalau akar reput tak tertahan, Untuk apa kalian berlawan, Kalau kita kongsi persamaan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua, sahabat-sahabat, walaubagaimanapun saya menyatakan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetapi saya masih melihat dalam Bajet ini ada beberapa ruang yang boleh kita tambah baik. Saya faham Barisan Exco dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru saja menyandangi jawatan ini tak sampai seminggu pun. Itu sebab saya ingin menyatakan beberapa teguran ataupun cadangan penambahbaikan bagi pelaksanaan Belanjawan 2021.
Ada dua perkara yang penting yang saya ingin nak bangkitkan supayanya boleh kita ada dari segi keberkesanan untuk melaksanakan Belanjawan ini. Saya nampak ada banyak imbuhan-imbuhan, program, aktiviti projek pembangunan prasarana dan sebagainya telah pun dinyatakan dalam ucapan Belanjawan ini. Namun saya melihat tahun ini, tahun 2020 pelaksanaan Bajet ini adalah tahun depan tahun 2021 tapi sampai sekarang setakat semalam Yang Berhormat Menteri Besar membentangkan Belanjawan ini saya masih tidak melihat ada usaha atau pun belum sempat lagi merangkakan usaha itu dalam menyatakan apakah perancangan jangka panjang bagi Negeri Perak dalam sesuatu sektor dasar yang baru dalam tempoh lima tahun atau pun 10 tahun. Sebab saya khuatir setiap imbuhan disebutkan itu dari segi keberkesanan effectiveness itu tidak memanfaatkan kepada mereka. Berjaya ke program itu ataupun gagal projek itu. Berapa orang dimanfaatkan, berapakah peruntukan yang telah pun diguna pakai, berapa yang tak diguna pakai.
Apakah program yang patut kita tambah baik maka saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya kelak nanti boleh merangkakan beberapa rancangan jangka panjang atau pun dasar yang baru bagi beberapa sektor yang penting sebab kalau kita lihat kembali masa Pangkor menjadi Menteri Besar beliau mengemukakan satu klausa ataupun pelan jangka panjang yang memberikan tema Amanjaya. Mungkin Kota Tampan ada sesuatu benda yang baru, tak kisah apa nama jua pun tetapi janji kena ada satu perancangan yang lebih holistik, komprehensif dan jangka panjang. Jangan tukar sahaja EXCO ataupun tukar saja sesiapa dalam Dewan ini perancangan itu ditukarkan. Saya faham sebab saya pernah memegang jawatan sebagai EXCO, setiap perancangan itu mungkin akan ikut citarasa masing-masing. Kehendak kawasan masing-masing. Saya boleh faham tetapi dasar asasnya kena kukuh supaya kita boleh ada satu pelaksanaan yang lebih memudahkan bukan setakat untuk kerajaan atau pun EXCO tetapi kepada ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai tertinggi boleh melaksanakan projek itu dengan lebih mudah dan tidak perlu sentiasa corner, u-turn dan bertukar-tukar haluan. Itu sebab ada beberapa sektor yang saya rasa perlu memberikan penekanan, yang pertamanya dari segi food security keselamatan makanan saya difahamkan jawatan ini atau portfolio ini baru saja dimasukkan untuk seorang EXCO memikul jawatan itu.
Saya ingin mencadangkan supaya kita harus menekankan dari segi dasar ataupun rancangan jangka panjang untuk food security sebab saya nampak dalam ucapan ini ada beberapa imbuhan yang saya tidak tentu adakah ianya berkaitan dengan keselamatan makanan contohnya RM0.5 juta untuk kebun karang, RM0.7 juta untuk projek kluster ternakan akuakultur, bantuan pengeluaran ikan hiasan dan sebagainya. Kedua adalah tentang pembangunan ataupun pemuliharaan alam sekitar yang kita ingin memelihara ekosistem atau pun green plan bagi Negeri Perak. Ketiga adalah dasar untuk industrial revolution 4.0, saya rasa kita masih jauh ketinggalan berbeza dengan negeri-negeri lain ataupun negara lain dan kita harus ada satu perancangan yang holistik bagi sektor ini. Dua lagi perkara yang saya ingin bagikan adalah pembangunan untuk Pulau Pangkor, sebab saya nampak dalam Bajet ini Menteri Besar masih sebut tentang van electrical yang bakal mengganti van pink di Pulau Pangkor. Perkara ini sebenarnya sewaktu kami memegang jawatan sebagai EXCO telah pun berbincang dan ini bermaksud sepanjang tahun 2020 ini tidak dapat dilaksanakan. Kalau kita tak ada satu perancangan panjang, KPI yang ditetapkan maka benda ini akan berulang-ulang masuk dalam Bajet kata ada van elektrik sampai tahun bila pun tak tahu dia akan laksanakan.
Akhirnya adalah tentang dasar perlombongan dan pembangunan sumber mineral, saya ingin tekankan perkara itu saya faham hasil daripada kerajaan negeri yang sebahagian besar adalah daripada hasil penemuan sumber mineral dan juga sumber perlombongan. Namun dalam teks ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga menekan bahawa kita akan mempromosikan Geo Tourism mana kita akan mempromosikan geo tapak-geo tapak tapak di Geopark Lembah Kinta khususnya dan satu lagi adalah yang dalam proses pewartaan iaitu Geopark di Lenggong. Namun, saya nampak walaupun Geopark Lembah Kinta sekarang di bawah taman negeri, Perbadanan Taman Negeri tetapi hakikatnya adalah setakat ini belum ada satu punca kuasa yang jelas untuk agensi ini menjaga kawasan-kawasan di dalam Geopark sebab sebarang pembangunan, perancangan pembangunan itu tidak melibatkan Perbadanan Taman Negeri tetapi jika ada masalah berlaku di kawasan-kawasan alam semulajadi flora fauna atau pun penemuan-penemuan fosil yang baru itu akan cari Perbadanan Taman Negeri. Saya rasa itu harus jelas dan kita bakal akan ada satu Geopark yang baru di Lenggong sekarang di Kinta, kita harus ada satu punca kuasa yang jelas atau pun menggubalkan satu enakmen yang baru bagi menyelesaikan Geopark ini dengan pembangunan sumber mineral, kawasan pengkuarian di Lembah Kinta itu kita boleh mencapai satu persefahaman ataupun pembangunan secara lestari. Baru-baru ini kita dengan usaha NGO Kinta Valley Watch, mereka telah dibantu oleh beberapa saintis. Dua saintis Dr. Ros Fatihah dan Ling Tze Tshen menemui fosil gigi Stegodon yang dijangkakan....
Ok teruskan, 5 minit lagi.
Penemuan fosil gigi Stegodon yang dijangkakan sekurang-kurangnya 30,000 hingga 50,000 tahun yang dulu. Stegodon itu bermaksud gajah purba. Kedua-dua saintis itu telah menemui fosil ini dan bagi saya dia bukan setakat hanya ada fosil ini tapi sejak kebelakangan ini, kumpulan ini mereka menemui banyak nilai-nilai warisan geologi dan sebagainya di kawasan Geopark Lembah Kinta. Bagi saya adalah mustahak supaya kita boleh jelaskan punca kuasa bagi Perbadanan Taman Negeri ataupun bagi pembangunan Geopark Lembah Kinta dan bakal kita menerima Geopark di kawasan Lenggong. Masa dah banyak, itu adalah bab dasar Rancangan Jangka Panjang, Work on Plan dasar untuk Negeri Perak dan satu lagi adalah saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya kita sediakan atau pun ada satu sistem bagi melaporkan keberkesanan setiap pelaksanaan projek dan aktiviti setiap genap 6 bulan, kalau boleh. Senaraikan semua rancangan projek setiap imbuhannya, siapa pesertanya, sejauh mana keberkesanan itu boleh kita melihat dan melayari di laman-laman web dan kita boleh menilai apakah progress setiap projek itu dilaksanakan.
Akhir sekali bab kesihatan, saya nampak sejak beberapa minggu atau pun beberapa bulan ini mungkin Perak masih lagi kita tidak boleh mengatasi Pandemik Covid-19 angka dia naik dan turun dan sekarang angka itu masih lagi membimbangkan. Saya ingin bertanya adakah kita menghadapi masalah ni atas faktor kekangan dari segi bantuan pegawai kesihatan awam yang mereka sepatutnya diberikan tugas untuk buat trapezing, isolution, treatment dan juga kuarantin. Saya ingin bertanya adakah sebab kekangan tak cukup kakitangan atau pun pegawai kesihatan awam yang menyebabkan kes Covid-19 di dalam Negeri Perak itu merebak secara cepat. Jika benar…jika benar, saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya boleh ada satu pertambahan bajet dari segi pertambahan pegawai secara kontrak walaupun di bawah negeri saya faham, bab ini di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi jika Kerajaan Negeri boleh membantu untuk menambahkan pengambilan pegawai-pegawai secara kontrak. sebab saya faham di belanjawan di persekutuan akan ada 2000 pegawai kesihatan awam diambil tetapi proses itu diambil oleh JPA mungkin akan mengambil masa yang lambat dalam tiga bulan ataupun enam bulan, itu pun tahun depan baru akan mula untuk proses pengambilan baru. Jika Kerajaan Negeri boleh mengambil tindakan yang pantas. Jika benar kekangan pegawai itu berlaku, maka saya rasa Kerajaan Negeri bolehlah pertimbang untuk menyediakan satu peruntukan yang tambahan bagi mengatasi masalah ini.
Akhir sekali rumusan. Kami faham sekarang suasana dalam sidang Dewan sudah berbeza. Dulu jelas Kerajaan Barisan Nasional berlawan dengan pembangkang. Selepas itu Barisan Nasional berlawan dengan barisan alternatif. Selepas itu Barisan Nasional melawan dengan Pakatan Rakyat. Selepas itu Barisan Nasional berlawan dengan Pakatan Harapan. Tetapi saya ingin bertanya satu soalan saja, tadi semua cadangan, satu soalan saja yang saya nak tanya kepada yang Amat Berhormat Kota Tampan. Sekarang Pakatan Harapan dengan siapa? Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Muafakat Nasional atau pun apa nama dia sekarang kerajaan. Itu yang saya tanya. Kalau ada lembaran politik yang baharu, mungkin sekarang Barisan Nasional Plus, Perikatan Nasional Plus ataupun apa nama dia. Mungkin itu yang sekarang rakyat di bawah tengah runsing. Sebab kita lihat di Sabah, Gabungan Rakyat Sabah. Itu kami pun agak keliru juga. Saya hanya ingin pencerahan sahaja. Apakah sekarang situasi itu barangkali Yang Amat Berhormat tidak jawab tetapi saya ingin menegaskan bahawa Pakatan Harapan bersedia untuk ada perbincangan ataupun dialog yang secara konsisten supaya kita boleh membawa manfaat kepada rakyat di Negeri Perak.
Sekian sahaja, sekali saya ingin menyatakan penghargaan kepada semua pegawai-pegawai tertinggi yang turut menyumbangkan dalam penyediaan Belanjawan 2021 dan telah pun disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan dan harap dalam masa yang terdekat pandemik ini dapat kita atasi walaupun vaksin mungkin akan ditemui dalam masa terdekat tetapi jangan kita ingat vaksin sampai saja segalanya dapat diatasi. Ia akan ambil masa yang panjang juga. Itulah kita harus bersatu hati sepakat dalam membela nasib rakyat. Sekian sahaja, terima kasih.
Terima kasih YB daripada Simpang Pulai, seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Lubuk Merbau.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera Rabbisy rohli shadri wa yassirli amri wahlu uqdatan-mil lisani yafqohu qawli. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Exco, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai kerajaan dan pemerhati yang dihormati sekalian. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dan inayahNya kita telah berjaya mengadakan persidangan untuk seterusnya dan Patik Lubuk Merbau menjunjung tinggi di atas kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak untuk menyelesaikan kepimpinan dalam Negeri Perak dan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar baharu di atas pelantikan beliau selaku Menteri Besar yang seterusnya.
Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak kepada Dato' Yang Dipertua kerana membenarkan Lubuk Merbau untuk membahaskan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Belanjawan yang bertajuk bertemakan Perak Negeri berdaya tahan, mampan dan Inklusif. Jadi alhamdulillah dengan melihat kepada belanjawan ini yang bersifat holistik, menyeluruh dan dilihat daripada belanjawan ini tidak ada yang dikatakan yang dipinggirkan, terpinggir atau pun tertinggal. Jadi, Alhamdulillah dengan keyakinan yang diberikan kepada barisan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Exco, kita yakin segala usaha yang akan digemblingkan termasuklah daripada YB-YB yang ada ini akan menjurus kepada pembangunan di kawasan masing-masing kerana semuanya diistilahkan tidak terpinggir dan tidak tertinggal. Jadi kita melihat apa yang dikatakan dalam belanjawan ini inklusif, dalam perkataan lain dia memberi manfaat kepada inklusif ini ialah komprehensif iaitu semua tergolong tanpa mengira bangsa tanpa mengira agama dan etnik yang berbagai-bagai. Jadi saya melihat, Lubuk Merbau melihat belanjawan ini sebagai satu simbolistik iaitu mempunyai kukuhan yang boleh memantapkan pembangunan Rakyat di Negeri Perak dan simbol constructivity, dengan izin, iaitu membangun, kesinambungan kepada pembangunan yang lain. Jadi Lubuk Merbau menyokong penuh segala usaha untuk membangunkan Negeri Perak ini kerana ianya bersifat lebih menyeluruh.
Saya ingin merujuk terus kepada belanjawan itu berkaitan dengan pelancongan. Satu-satunya belanjawan yang memberi kesan positif Iaitu menyumbang 18.3% kepada aktiviti utamanya ialah pada tahun 2019 iaitu kepada sub sektor perdagangan runcit, Penginapan dan makanan. Jadi kita yakin bahawa dengan adanya aktiviti pelancongan kerana pelancongan ini dia memberi pendapatan yang diversiti, semua boleh merasa. Dengan adanya pelancongan, penginapan berjalan dengan baik dan dengan ada pelancongan, urusan jual beli runcit boleh diadakan. Hatta penjual aiskrim pun boleh cari makan. Jadi ini bersifat diversiti. semua boleh cari makan, tidak banyak sedikit. Cuma yang terjejas ialah hotel-hotel yang besar. Al maklumlah kerana pada ketika PKP ini yang memang tidak membenarkan pelancong luar masuk malahan penduduk negara kita pun tak boleh melancong ke luar. Jadi ini mendatangkan pendapatan kepada negara kita mengurang kerana tidak adanya kemasukan wang asing ke negara kita, dan yang lagi satu yang lebih banyaknya, tidak ada mengalirnya wang negara ke negara luar. Jadi dalam kesempatan ini, saya yakin dalam belanjawan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kita dapat mengembalikan semula Negeri Perak ni sebagai tempat tumpuan pelancongan domestik seperti yang dikatakan oleh Pangkor tadi kita sebelum ini 9 tahun berturut-turut merupakan negeri utama yang mendapat pelancong domestik yang tertinggi dan kita yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menuju ke arah ini kerana di Kota Tampan sendiri ada tempat-tempat pelancongan yang banyak dan saya dimaklumkan baru-baru ini Menteri Pelancongan pun ada melawat di Kota Tampan.
Jadi usaha ini perlu diteruskan lagipun di Negeri Perak ni banyak sumber asli yang banyak dan juga tempat-tempat pelancongan berbentuk ecotourism. Ada orang hutan semulajadi ada tempat prasejarah ada pantai ada pelabuhan yang menarik menarik seperti di Pulau Pangkor yang bebas cukai dan ini boleh menarik khususnya domestik yang pelancong domestik yang daripada Kuala Lumpur dan juga daripada negeri-negeri lain. Pulau Pinang dan kerana kesempatan semasa covid, kita pun tak tahu Covid-19 ni dia berakhir bila tapi yang pastinya Covid-19, Pandemic Covid-19 ini sukar untuk berakhir dan Menteri Kanan Keselamatan telah memaklumkan bahawa 2021 ini mungkin tidak ada PKP dah. Maka untuk bergiat cergas sama ada di dalam sosial dan juga dalam ekonomi dan dalam sebagainya kena menjaga diri sendiri dan juga keluarga sendiri. Jadi, dalam kesempatan yang ada ini kita berharap aktiviti pelancongan ini dirancakkan supaya kita memperolehi pendapatan yang lebih baik dan rakyat Negeri Perak ini menjadi lebih pendapatan yang lebih terjamin kalau tidak banyak dapat sedikit pun jadi. Jadi saya ingin juga merujuk kepada beberapa program untuk menarik pelancong ni khususnya yang telah dilakukan pada tahun ini contohnya ada promosi 'Moh Kenei Perak'. Jadi, terima kasih tahniah kepada mantan MB yang lalu kerana promosi ni ada siri-siri dalam TV3 yang boleh menarik daripada negeri lain untuk datang ke Perak cuma kita takutkan orang Perak pergi ke Perak banyak dan lagi satu saya ingin mencadangkan bahawa program ini dibuat dalam pelbagai bahasa supaya dalam bahasa Cina boleh masuk dalam siaran-siaran berbahasa Cina dan bahasa India supaya kita macam suasana yang lebih baiklah kalau pelancong berbangsa cina tu dia boleh pergi ke kampung kampung melayu dan juga berbangsa india dan orang-orang Melayu ni dia pergi ke tempat-tempat yang ada pelancongan yang berkaitan dengan orang-orang cina. Itu merupakan satu langkah integrasi yang baik untuk menjamin bahawa Negeri Perak ni dari segi politiknya kita dah Nampak dah tidak ada pada ketika ini kurang ada problem konflik politik kita nak melihat rakyat Perak di berbagai kaum untuk mendapatkan sumber pendapatan dari berbagai sudut dan sumber yang lain. Kemudian saya ingin merujuk kepada pendidikan. Lubuk Merbau, silakan.
Terima kasih kepada Lubuk Merbau dan Yang Berhormat Dato Speaker. Mengenai ucapan bahas YB Lubuk Merbau mengenai pelancongan di mana Lubuk mengatakan bahawa sekarang ini bahawa pelancong suka kepada alam semulajadi dan juga sumber asli dan juga tempat-tempat yang bersejarah dan kita menggalakkan pelancongan domestik ini dan saya ingin menarik perhatianlah mengenai tarikan kita kepada pelancong untuk hadir ke kawasan-kawasan yang sumber asli dan semulajadi seperti contoh, saya memberi Hutan Lipur Ulu Kenas beberapa mendapat rungutan daripada pelancong yang datang bahawa tax masuk ke Hutan Lipur Ulu Kenas terlalu tinggi dan ini mengakibatkan kekurangan pelancong untuk hadir ke hutan lipur tersebut. Di mana dimaklumkan bahawa setiap seorang dikenakan bayaran RM2.00 dan kenderaan juga dikenakan RM2.00 yang mana satu kenderaan satu ialah kalau pelancong datang dikenakan bayaran kalau lima orang sepuluh ringgit ditambah dengan kenderaan jadi 12 ringgit jadi ini membebankan untuk orang datang ke Hutan Lipur Ulu Kenas itu. Jadi kalau lubuk, Yang Berhormat lubuk setuju supaya kita kurangkan sedikit bayaran cukup sekadar dikenakan bayaran kereta saja tidak dikenakan kepada penumpang ini boleh mendatangkan pelancong yang ramai terutamanya contohnya di ekosistem Ulu Kenas, terima kasih.
Terima kasih Manong. Saya bersetuju dan masuk dalam sebahagian daripada ucapan saya. Kita masuk kepada pembangunan pendidikan dan modal insan. Ramai wakil rakyat tadi mengemukakan bahawa masalah utamanya pada ketika ini ialah tentang kemudahan untuk komputer contohnya. Jadi saya dapati memang itu adalah munasabah masalah itu cuma yang saya nak beri tumpuan sikit ialah tentang ini cadangan saya tentang pendidikan ini ialah pengurusan kepada Sekolah Agama Rakyat di dalam bajet tu dalam buku besar di 18 peruntukan untuk Sekolah Taayah 7.5 juta, Izzuddin 6.4 juta dan apa ni Sekolah Doktor Nazrin 7 juta. Jadi peruntukkan ini merupakan peruntukan yang banyak juga diberikan. Pada saya dulu, pada ucapan yang lalu ada juga saya saya kemukakan syor pada ketika ini sekolah-sekolah agama rakyat contohnya, bukan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) contohnya di Negeri Selangor semua sekolahnya dah masuk SABK Sekolah Agama Bantuan Kerajaan yang mengikut aliran kebangsaan dan sekolah ini pun mengikut aliran kebangsaan juga. Jadi saya yang dulu memang agak berat untuk masuk. Saya dulu ada sekolah agama, jadi lembaga sekolah tu memang duk menahan jangan masuk tetapi setelah mendengar apa kemudahan yang diberi oleh SABK ni daripada Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan pada ketika itu menyatakan bahawa dia nak beri nafkah. Beri nafkah tu maknanya dia menampung perbelanjaan mengurus iaitu pembayaran gaji, pembayaran mengurus yang lain, makan, asrama, pembaikan dan kegiatan kokurikulum. Banyak jimatnya. Jadi saya ingin mencadangkan semula supaya sekolah ini diserapkan sepertimana Sekolah Idrisiah yang masih lagi ada identiti dia. Dia masih lagi melaksana dan merupakan sekolah terbaik. Jadi cadangan saya, supaya untuk mengurangkan perbelanjaan ini dan sekolah ini diberi kepada Value Added. Mungkin dia mengambil pelajar menengah atas seperti kolej Islam Klang dulu yang kini diberi nama Kolej Islam Sultan Alam Shah yang masih terkenal dan masih mengeluarkan apa ni cerdik pandai daripada anak-anak Negeri Selangor. Jadi saya mencadangkan supaya dilihat perkara ini supaya dapat memberi satu vision baru, visi baru kepada Sekolah Agama Menengah Negeri Perak ini.
Kemudian saya ingin merujuk kepada Belia dan Sukan. Belia, jadi yang pertamanya saya lihat memang ada ditumpukan kepada kepimpinan dan juga semangat sukarelawan tapi satu yang sangat penting yang nak saya tujukan, yang nak diajukan di sini ialah pada tahun depan bulan Julai akan diwujudkan. Pengundi baru dan dewan negeri ini pun telah bersetuju untuk menjadikan umur 18 tahun Itu sebagai pengundi baru kita berharap khususnya Kementerian belia dan juga EXCO Belia memberi tumpuan kepada budaya untuk menanamkan politik yang lebih matang umur 18 ni dia lebih mengikut rakan sebaya, apa kata rakan sebaya tu jadi ikut nak mengundi siapa. Dan kita mohon khususnya daripada Kementerian Pendidikan ataupun EXCO Pendidikan juga terlibat melalui PASAK untuk membina generasi ini supaya tidak menyimpang, menyeleweng ataupun melencong daripada matlamat untuk memimpin memilih pemimpin yang mempunyai wawasan yang baik demi untuk pembangunan tempat dia setempat dan juga pembangunan negeri Perak, jadi itu cadangan saya dan kemudian saya ingin melihat juga tentang bekalan air ni, ini saya nak merujuk kepada di kawasan sayalah Lubok Merbau. Masih ada terdapat bekalan air yang belum sempurna ataupun belum dapat rumah di kawasan-kawasan pendalaman di kawasan-kawasan di pekan ataupun di pendalaman seperti di kampung-kampung. Jadi, saya ingin apa..Silakan.
Dato' Speaker dan juga terima kasih kepada Lubok Merbau, berhubung dengan apa tadi LAP, air ya betul saya mungkin Lubok Merbau terlepas pandang berhubung dengan pendapatan baru ya, di mana dahulu tempat ini tidak ada penempatan dia punya main paip dia jauh, jadi-jadi sedia di sini banyak di kampung namanya di kawasan saya, jauh paip main paip itu dengan dengan rumah yang ada sekarang ini menyebabkan tekanan air dan sebagainya tak dapatlah duit rumah dan saya mencadangkan supaya Lembaga Air Perak atau kerajaan untuk mengkaji semula melihat semula permohonan-permohonan daripada kampung-kampung berhubung dengan masalah air ni air bersih ni terima kasih.
Terima kasih Chenderoh menyambung ucapan saya bahas, cuma yang dari Lembaga Air ni kita melihat pada ketika ini kita mengambil peluang daripada krisis air di Selangor supaya kita dapat menjual air kita ke negeri Selangor dengan baik jadi kawasan di tengah negeri Perak ni kita tumpukan kepada sumber air yang ada. Jadi yang di sempadan-sempadannya kalau boleh kita eksport kan air tu sebagai sumber pendapatan kepada negeri lah kan negeri Selangor mungkin boleh masuk ke sebelah Rawang dan sebagainya dekat-dekat situ kemudian di sebelah Utaranya, Penang negeri Pulau Pinang, jadi dia sempadan dengan Kerian jadi, sumber air boleh disalurkan kepada negeri Pulau Pinang dan air Kerian tu boleh diambil daripada Perak negeri Perak yang di tengah-tengah daripada Kuala Kangsar dan sebagainya jadi, mungkin ini akan menambahkan lagi pendapatan kepada kerajaan negeri Perak. Kemudian..
Dato' Speaker mencelah? Pasir Panjang, saya nak tambah sikit sebenarnya, saya amat bersetuju dengan pandangan YB Lubok Merbau iaitu krisis air di Pulau Pinang jadi amat bersetujulah dia hantar ayor di negeri Perak ke Pulau Pinang.
Terima kasih Pasir Panjang, setuju? kemudian pengangkutan awam pertamanya saya mewakili daerah Kuala Kangsar, Adun di situ Manong, Bukit Chandan, Chenderoh, Lintang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana memberikan perkhidmatan tambang bas RM1 diperluaskan ke Kuala Kangsar jadi kami di sini YB,YB amat berterima kasih dan kita mohon kan insya-Allahlah akan bermula perkhidmatan ini bermula daripada Januari nanti insya-Allahlah. Jadi, di samping itu juga terima kasih juga saya ingin sampaikan kepada Yang Amat Berhormat di atas usaha-usaha untuk membuat saliran untuk mengelak banjir dan tebatan banjir ini, di kawasan saya di kawasan Chenderoh terlalu sangat banjir ni Ini kerana banjir di kawasan Hulu ni dia berpunca daripada kalau di Padang Rengas dia daripada bukit Perak Hanjoong kerana Perak Hanjoong Simen tu dah botak keliling nampak pokok di tengahnya dah botak jadi, bila hari hujan lebat air tu bertakung di atas dia tak boleh nak menampung laluan yang sempit yang tidak di apa ni aliran air yang lebih baik dan bukan itu saja, dia menyebabkan sebelah Changkat Jering pun akan mengalami masalah banjir kilat.
Ini Ketua Pembangkang Tebing Tinggi tadi fenomena cuaca, jadi kita kita tahu ada fenomena cuaca ni pada hujung tahun jadi kita mohon JPN khususnya adanya peruntukan terima kasih banyak-banyak untuk memastikan bahawa aliran air sungai itu kerana ini dulu, kalau banjir di hilir tu dia ada ukurannya dengan fenomena air pasang di hulu ni dah dah tentu bila berlakunya banjir ialah pengaliran air itu tidak sempurna, jadi kita terima kasih khususnya Lubok Merbau terima kasih di atas peruntukan yang diberikan kepada daerah Kuala Kangsar untuk menampung perbelanjaan membaiki saliran air di dalam daerah Kuala Kangsar. Kemudian saya juga ingin masuk mencelah ada berapa minit lagi Dato' Yang Dipertua?
Ada 4 minit lagi.
Saya ingin balik pada tentang peruntukan kepada pembangunan insan iaitu peruntukan untuk Sekolah Tahfiz diberi peruntukan yang baik untuk menampung sekolah -sekolah Tahfiz khususnya yang swasta iaitu pendidikan Tahfiz diberi perkara inti pati ucapan Belanjawan perkara 66 (4). Iaitu pendidikan Tahfiz RM3.4 juta belanja mengurus RM10 ribu fasa pertama, RM5 ribu fasa kedua jadi, Sekolah Tahfiz ni kita dapati dia banyak di tumbuh dan dia mengajarkan tahfiz mengikut silibus yang diberikan oleh Maahad Tahfiz tersebut dan adanya langkah untuk selaraskan silibus ini sangat baiklah dan kita yakin Sekolah-sekolah Tahfiz dapat menampung serba sedikit perbelanjaannya kerana Sekolah Tahfiz ni dia perbelanjaan untuk menguruskan tu memang agak tinggi dan jika ada bantuan yang diberikan ini memang boleh dilaksanakan kerana Ustaz yang mengajar ataupun Guru yang mengajar di Sekolah Tahfiz ini lebih memang terkenal dengan lebihnya semangat sukarela mereka ni berani murabbi nak membina murid mereka supaya menghafaz Quran yang baik walaupun sekolah yang beraliran Kebangsaan dia ada cuti panjang memang kita akui program Tahfiz ni ada masuk ke sekolahnya budak-budak boleh hafal balik rumah budak dah tak boleh hafal dah kerana ada apa ni gangguan-gangguan daripada yang lain terutamanya daripada TV dan rakan-rakan. Jadi kalau dia sekolah tahfiz dia tak ikut. Kadang-kadang pelajar yang belajar di Sekolah Tahfiz ni dia tak balik-balik. Dia menghafal dan mendapat ilmu yang baik daripada guru....
Mohon mencelah sekejap. Boleh?
Boleh celah. Silakan.
Terima kasih. Saya berterima kasih di atas perbincangan berkenaan berkenaan sekolah tahfiz ini tapi ada satu yang menarik perhatian saya berkenaan dengan kebersihan swasta ni. Bagi saya rata-rata yang kita sendiri lihat kebersihannya berada di bawah tahap kritikal kadang-kadang. Jadi bolehkah kalau kita ada satu orang kata perbincangan-perbincangan ataupun ada Jawatankuasa yang ditetapkan oleh PBT ataupun Majlis Daerah untuk melihat tahap kebersihan sekolah tahfiz ini supaya anak-anak yang berada di sekolah tahfiz ini dijaga rapi. Kadang-kadang balik rumah tengok ada kudis di kaki dan sebagainya. Tidak ada pemantauan daripada agensi-agensi yang terlibat. Terima kasih. Minta mohon masukkan dalam speech.
Terima kasih. Mohon dimasukkan. Memang diakui kerana pelajar ni dia menumpukan kepada Al-Quran. Dia lebih kepada ibadah, tambah ilmu dan sebagainya. Jadi aspek-aspek yang sampingan seumpamanya dia tidak diambil berat. Jadi kalau masyarakat sekeliling pun sama, komuniti pun sama terlibat. Kita mohon tahfiz tu memberi ruang untuk bersama dengan komuniti kerana kadang-kadang komuniti ini membantu Sekolah tahfiz ni dia panggil untuk baca doa, baca yasin dan sebagainya. Solat jenazah dia panggil budak tahfiz dan jadi ini juga dapat menampung kekuatan kepada komuniti yang berhampiran dengan sekolah tahfiz.
Kemudian yang saya rasa yang terakhir ialah kita dinyatakan tadi dalam perbelanjaan ini, belanjawan ni ada projek untuk pertanian. Pertanian ini untuk luar bandar. Banyak diberi disumbangkan untuk belanjawan. Khususnya saya ambil kebaikan dari segi penternakan. Kita nak melihat penternakan ini maju dengan lebih hebat lagi. Kita mohon Veterinar perbelanjaan ini diberi lebih tumpuan kepada tempat di luar bandar kalau ada. Pada ketika ini bantuan untuk peternakan ini diperlukan kerana penduduk luar bandar ini dia tidak ada kerja yang kekal. Bila ada bantuan permit lembu, kambing dan sebagainya dia boleh memperkuatkan lagi ekonomi desa di samping dia bekerja untuk akan kegiatan tani. Dengan ini sumber pendapatan dia akan pelbagai. Jadi dengan ada inisiatif yang diberikan kepada penduduk luar bandar ini, saya yakin pendapatan mereka akan bertambah tinggi. Saya Tidaklah lagi nak panjang lagi cuma nak akhir penutupnya, nak baca 4 rangkap pantun iaitu;
Rantai gelang emas suasa, Dipakai orang bila bertandang, Semua golongan dapat merasa, Saya menyokong bajet yang dibentang.
Wabillahi taufik walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Wassalam. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Lubuk Merbau yang cukup ataupun menjaga masanya. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih. Seterusnya dengan waktu 15 minit saya dengan segala sukacitanya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Hulu Kinta.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera kepada Ketua Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ketua Pembangkang, seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai Jabatan, pihak media, Pegawai-Pegawai keselamatan dan seluruh yang menonton live sidang pada hari ini. Alhamdulillah, kita dapat bersidang dalam norma baru. Segalanya baru bagi tahun ini. Banyak benda yang berlaku sepertimana kita tidak jangka langsung tapi berlaku perkara yang ada baik, ada buruk dan sebagainya. Yang dipertua, hari ini kita berbahas soal Belanjawan negeri Perak. Tema tahun ini seperti mana tahun lepaslah, 'Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif'. Untuk belanjawan Negeri Perak 2021 ni terus memberi fokus untuk menjana pertumbuhan ekonomi seimbang, menitikberatkan kajian sosial serta menjaga kesejahteraan rakyat. Moh kita tengok. Beno atau tidak? Dato' Yang Dipertua, saya ingin menyentuh oleh kerana masa sangat kurang, tak adil kepada Hulu Kinta ni tapi kita akur dengan situasi dan keadaan sekarang maka saya cuba untuk mencepatkan ambil isu-isu yang tertentu sahaja yang penting untuk dibahaskan. Dato' Yang Dipertua, yang pertama saya nak menyentuh soal Jabatan Kerja Raya ya. Di sini ingin menyentuh beberapa soalan. Pada tahun lepas ya. Pada tahun lepas dalam bajet telah mengumumkan bahawa pembinaan jalan dari Tanjung Rambutan ke Laluan Persekutuan 1 dengan kos RM5 juta. Apa pun tak nampak lagi jalan tu. So, saya mohon mahukan apa tindakan telah diambil. Adakah dalam proses tahap apa? Saya rasa sampai sekarang saya tak nampak jalan tu kan. tindakan usaha pun tak nampak lagi. Itu yang pertama. Dalam soal kedua ialah mengenai dengan JPS. Saya ingin menyentuh peruntukan JPS dalam bajet tahun ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah umumkan bahawa peruntukan sebanyak 2.6% kepada kenaikan kalau banding tahun lepas. Kalau kita lihat pada tahun lepas, keseluruhan diberikan RM 110.4 juta. Tahun ini RM 113.3 juta ada peningkatan tapi pada masa yang sama, saya ingin mendapatkan penjelasan kalau kita lihat buku ajetTahun lepas, muka surat 23, perkara 52, di sini ada satu tambahan kerajaan negeri turut menyediakan RM 15 juta kepada JPS bagi pelbagai projek pembangunan. Bermaksud adakah RM 15 juta ini telah dihighlightkan turut tu makna ada penambahan bajet kepada yang keseluruhan RM110.4 juta tahun lepas. Kalau sekiranya benar, makna tambahan tahun lepas itu lebih tinggi daripada tahun ini. Itu saya mahu melihat Adakah mana silap-silapnya. Adakah yang dulu atau sekarang? Ya.
Itu pada masa yang sama Dato' Speaker soal JPS ya. Kita dapat lihat soal banjir, isu-isu banjir khususnya dalam Hulu Kinta. Melibatkan sungai, masalah sungai yang perlu diperbesarkan lagi. Perkemaskan lagi contohnya kena luruskan pengaliran itu supaya mudah pengaliran dan risiko banjir tu akan buang. Atas dasar itu, beberapa kawasan Ulu Kinta, Contohnya Ulu Chemor, Sungai pinji, Sungai Kinta, depan Taman Putra Impian ya. Masalah banjir ini bukan baru. Depa hadapi masalah banjir ni lebih pada 5 tahun, 6 tahun, 7 tahun pun ada Dato' Speaker. Setelah saya menjadi wakil rakyat, saya membawa balik isu tersebut menghantar surat untuk makluman segala aduan.
Segala aduan-aduan saya panjangkan kepada jabatan. Hulu Kinta merekodkan melalui surat-surat kepada jabatan-jabatan berkaitan. Tapi sampai hari ini tak ada tindakan bila kita tanya rujuk balik, isunya adalah peruntukan. Masalah peruntukan isunya adalah masalah peruntukan masalah peruntukan. Sampai bila? setahun? dua tahun, tiga tahun? Takkan sepuluh tahun lagi masalah peruntukan tu tidak munasabah. Itukan isu rakyat, tolong lihat sebelum kita nak menetapkan adakah peruntukan tu cukup tak cukup itu isu-isu yang perlu baiki sungai-sungai yang perlu bagi keutamaan harus mengambil berat bagi keutamaan kepada masalah-masalah yang sudah lama hadapi masalah banjir di kawasan masing-masing. Itu saya ingin menyebut dekat sini mohon dalam bajet ini tolonglah masukkan untuk soal penyelesaian masalah banjir melibatkan Sungai Ulu Chemor, Sungai Pinji ataupun Sungai Kinta di depan Taman Putra Impian. Tuan Speaker.
Yang Berhormat Hulu Kinta boleh mencelah.
Oh ya.
Menyebut tentang banjir saya nak tarik perhatian Hulu Kinta kepada masalah banjir di luar Hulu Kinta sikitlah. Terutama kawasan-kawasan ataupun parlimen-parlimen yang di dalamnya ada kawasan pertanian. Selain daripada faktor tak cukup bajet, setuju tak kalau saya katakan antara penyebab masalah banjir tidak dapat diselesaikan ialah ianya telah disumbangkan oleh sektor pertanian. Antaranya ialah penanaman sawit di tebing-tebing sungai secara berskala besar.
Adakah yang berhormat bersetuju bahawa sekarang ni telah tiba waktu dan ketikanya untuk kita memperkenalkan peraturan dan syarat tidak boleh menanam sawit di tebing sungai untuk mengatasi masalah banjir terutama sekali yang melibatkan kawasan dulunya ada aktiviti-aktiviti pertanian. Apa pandangan?
Ya, sangat-sangat setuju. Dia melibatkan masalah rakyat. Apabila isu melibatkan masalah rakyat, apa saja faktor yang menyebabkan kebanjir harus kita ambil berat. Kita perlu apa mengatasi masalah tersebut dengan peraturan-peraturan baru seperti mana disebut tadi Behrang. Terima kasih. So, setersnya mengenai industri asas tani. Yang Dipertua. Asas tani ini amat penting untuk menjana pendapatan pada negeri, negara.
Yang Berhormat Hulu Kinta, sikit ya sambung daripada Behrang. Selain daripada masalah banjir itu tadi. Penanaman sawit di sungai, dia menghalang apabila (JPS) Jabatan Pengairan dan Saliran untuk nak membersihkan dan mendalamkan sungai untuk mengorek tu tak boleh masuk sampai ke tepi. Banyak pokok sawit. Jadi ditambahkan lagi untuk kita cuba mengelakkan penanaman kelapa sawit tadi. Setuju atau tidak?
Ya. ya. Itu saya dah maklum tadi apa saja menyebabkan kita harus melihat ikut perkembangan semasa peraturan yang penting peraturan yang baru perlu implement kan untuk demi kebaikan mengatasi masalah banjir tersebut. Okey seterusnya mengenai dengan industri asas tani. Asas tani ini seperti yang disebut tadi menjana pendapatan amat penting untuk negara kita. Khususnya negeri kita.
Dato' Yang Dipertua, saya ingin lihat di sini muka surat 28 buku bajet tahun lepas, perkara enam puluh tujuh di situ jelas bagi menjujung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Soal aspek food safety negera Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Perak harus ambil satu tindakan-tindakan yang terbaik. Oleh kerana itu, dalam buku tersebut telah memaklumkan bahawa membuka akan membuka SGDC akan membuka Perak Agro Valley di Bukit Sapi Mukim Lenggong seluas empat ribu seratus satu ekar. Pembangunan projek ini juga adalah seiring dengan berkenaan penekanan dan pelaksanaan dasar agro makan negara dalam mempertahankan kedaulatan makanan sebagai asas pembuatan negara. So dalam soal ini saya nak tahu adakah projek ini berjaya atau tidak? Saya difahamkan gagal projek tersebut. Gagal masih tak tak tak lagi capai seperti mana diletakkan sini. So bagaimana projek-projek yang kita bawa sebelum ini pun nampak belum apa mencapai kita punya matlamat atau pun target kita. Tapi pada masa itu saya ingin menekankan tahun ini kita lihat banyak apa usaha-usaha oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar In Sha Allah kita yakin akan memberi hasil yang baik. Pada masa sama SGDC harus memainkan peranan yang baik, mendekati rakyat harus melihat ikut kedudukan sekarang, situasi sekarang kena tukar berapa aspek demi memudahkan untuk jangan yang penting jangan meletakkan kefahaman politik, kefahaman politik ya. Saya ada dapat maklumat daripada kawasan saya sendiri sebelum ni dah mohon hampir nak lulus difahamkan oleh kerana dia penyokong bukan kepada kerajaan maka telah dibatalkan atau tak dapat lagi.
Maka demi kepentingan negeri saya rasa perkara ini perlu ambil apa perlu tidak lakukan lagilah dalam soal kefahaman politik untuk kita nak menjana pendapatan melalui apa usaha-usaha pertanian ini.
Hulu Kinta boleh saya mencelah. Ok berkenaan dengan pertanian dan tanah-tanah agensi-agensi kerajaan ini, saya nak ambil juga beberapa contoh berada di kawasan Larut Matang dan Selama di mana tanah-tanah PKNP, tanah-tanah SGDC, yang kemungkinan masih belum dibangunkan menjadi salah satu sumber untuk food security ini di mana kadang-kadang SGDC pun dia tak tahu tanah dia mana PKNP pun dia tak tahu dia ada tanah dekat kawasan tu. Jadi kita perlu ada kerjasama dengan PTG untuk memastikan tanah-tanah di bawah agensi-agensi ini yang tidak diguna pakai supaya diberi ruang kepada rakyat kita yang ada minat untuk ia menambah pendapatan keluarga sendiri ataupun menambah hasil-hasil bumi daripada pertanian ni yang boleh membantu sedikit food security ni. Jadi bagi saya masalahnya sekarang kalau di kawasan saya tu ada kawasan lombong yang dimiliki oleh PKNP tetapi PKNP tidak pernah memberi kata putus untuk membenarkan petani-petani itu berladang dan menyebabkan petani-petani ini tidak menerima bantuan daripada agensi kerajaan. Ini salah satu masalah sekiranya ada kata putus ataupun legal instruction yang membenarkan petani-petani itu untuk bertani di situ. Maka mudahlah untuk menerima bantuan daripada agensi-agensi kerajaan. Itu saja terima kasih.
Ok setuju. Isu ni bukan kat situ je banyak tempat berlaku. Di Hulu Kinta pun. Masalahnya apabila seseorang menteri besar nak ambil tindakan sesuatu perkara sebelum inilah harus mengambil apa-apa cadangan daripada wakil rakyat dalam kawasan tersebut untuk memudahkan untuk terbaik tapi isunya tidak berlaku. Ambil apa tindakan keputusan kita sendiri. Di situ isunya berlaku kekurangan. Maka seterusnya libatkan keusahawan. Soal keusahawan ini kita lihat baru-baru ini telah umumkan one off payment RM lima ratus ringgit kepada penjaja-penjaja daripada pasar malam, pasar pasar pagi dan sebagainya tapi di situ saya rasa selepas ni sekiranya ada bantuan one off kepada penjaja ni saya mohon yang amat berhormat menteri besar tolong lihat di mana ada bawah persatuan-persatuan penjaja ini telah dinafikan hak mereka. Contohnya di Perak inilah ada persatuan-persatuan PUBI, PERKASA, PAYUNG hampir lima enam persatuan itu. Masalahnya kerajaan negeri bagi one off berdasarkan siapa yang
Isunya pada masa yang sama, PBT juga memberi kebenaran, memberi hak, melalui persatuan-persatuan pun boleh menjalankan aktiviti pasar malam dan pasar pagi. Di situ berlaku kesilapan maknanya perlu memperluaskan lagi berikan one off bukan sahaja pada yang mana daftar terus tapi persatuan-persatuan yang dapat kebenaran daripada PBT yang menjalankan aktiviti bawah persatuan tersebut pun harus memberikan bantuan one off tersebut. Itu yang saya nak apa maklumkan dan kedua keusahawan sedia maklum oleh kerana pendemik sekarang ni memang banyak masalah contohnya bila kehilangan kerja apa semua kita lihat anak-anak muda apa semua melakukan apa cuba meniaga buat tepi jalan untuk mendapatkan pendapatan. Maka di sini kita lihat di sesuatu taman tersebut ya Dato'. Ok apabila kita lihat sekarang ini sebuah taman kita lihat banyak muncul gerai-gerai tepi jalan perniagaan ok tak apa kita faham kita betul-betul bertolak ansur tapi pada masa yang sama kita perlu teratur, teratur. Oleh kerana itu saya memohon bawah Exco nanti bawah keusahawanan nanti tolonglah wujudkan satu jawatankuasa khas untuk memantau meninjau soalnya apabila ok mereka nak buat niaga orang baru sebelum ini tak ada apa pengalaman sebagainya. Soal keselamatan, keselamatan makanan, keselamatan diri mereka di tepi jalan banyak isu yang berbangkit. Tapi ikut PBT, PBT hanya datang boleh buat penguatkuasaan. Di situ masalah ketidak puasan hati. Maka kita sebagai Kerajaan perlu prihatin membantu mereka membantu, membantu untuk memperkemaskan lagi usaha mereka melalui jawatankuasa tersebut. Apabila mereka datang ke jawatankuasa tersebut kita boleh bagi pandangan idea ataupun kita boleh apa bawa mereka maklumkan mereka bawa kepada institusi-institusi berkaitan apakah bantuan-bantuan boleh dapat apa yang sepatutnya dilakukan. Kerana kita ada idea dan pengalaman sebelumnya. Seterusnya.
Terima kasih kepada YB Hulu Kinta.
Saya tambah ya masa
Tentang keusahawanan mereka lihat dalam pandemik Covid 19 ini bahawa mereka-mereka yang ingin berniaga menjadi kekangan khususnya untuk berniaga di kawasan- kawasan Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaran sendiri. Rata-rata saya lihat sepanjang Covid ini saya lihat mereka sebagai khuatir untuk meniaga sebab pihak berkuasa merampas dan sebagainya. Apa pandangan Yang Berhormat Ulu Kinta apa salahnya kerajaan negeri memberi kebenaran sesiapa yang berniaga di tempat-tempat yang strategik asalkan jaga keselamatan, pengangkutan dan keselamatan.
Setuju-setuju. Itu yang saya maksudkan tadi. Itulah satu jawatankuasa induk untuk pengisian tersebut. Sebab kita kena bantu kalau ada cara lain kita nak membina mereka dengan cara baik. Maka yang depa nak usaha nak buka kedai apa meniaga tepi jalan tapi depa risau sepertimana disebut tadi soal penguatkuasaan daripada PBT masing-masing. Tapi saya harap kebetulan ada selepas ini kita pun fahamlah dalam keadaan apa sekali pun kita bertolak ansur sikit lah budi bicara tengok keadaan kita bagi cadangan untuk bina ekuiti yang kita perlukan ke arah itu. Ok seterusnya soal syiar Islam. Untuk maklumat Dato’ Speaker, saya nak sentuh tentang Masjid Jamek Tanjung Rambutan. Tahun yang dibina adalah 1916 makna dah lebih seratus tahun masjid tersebut masjid lama. Saya pernah bangkit dalam DUN ini dah dua kali 2018 tak silap saya 2018, 2019 Ini kali ketiga saya bangkit balik. Tapi masalah isunya sampai hari ini telah bangkit dalam rekod dalam DUN Perak tak ada tindakan. Tak ada tindakan sebab apa? Kerana apa masjid tersebut apa tiga kaki adalah bata selebihnya papan. Mana tiang-tiang semua dah reput dah. Dia dah reput dia buat bagi masalah ataupun soal keselamatan anak-anak yang ada di situ tak dapat menampung apa sebab penduduk situ dah padat sekarang ini. Maka saya mohon sangat baik-baik dengan apa Yang Berhormat Menteri Besar, tolonglah kita mohon tolong membina masjid baru di tapak yang sama bukannya perkara saya rasa perkara baru dah lama kita dah bangkitkan perkara ini. Saya mohon sangat dalam bajet untuk tahun depan ni tolonglah masukkan senaraikan untuk Masjid Jamek Tanjung Rambutan ni kita bina satu masjid baru di tapak yang sama. Itu soal masjid.
Seterusnya soal pendidikan menaik taraf dan baik pulih Sekolah Agama Rakyat. Untuk makluman Tuan Speaker, di Hulu Kinta ada Sekolah Agama Rakyat Al Falah Hulu
Kinta. Untuk makluman bangunan telah retak habis. Maka JKR hadir dikatakan sendiri di situ tidak selamatuntuk letakkan murid-murid untuk belajar. Sebagai wakil rakyat saya usahakan bawa murid-murid itu duduk di Dewan selama berapa bulan hari tu. Tapi sampai hari ini kita dah hantar surat tengah buat semua dah tapi sampai hari ini tak ada tindakan tak ada peruntukan tak ada bantuan yang kita terima setakat ni untuk sekolah agama itu.
Yang Berhomat lama lagi?
Sedikit lagi. Saya mohon dalam apa bantuan untuk menaik taraf agama Islam ni Sekolah Agama Islam ini, tolong masukkan Sekolah Agama Rakyat Al-Falah Hulu Kinta ini untuk tahun depan. Dan seterusnya, apa Speaker pun tanya berapa lama, berapa lama, berapa lama. Ok lah kita pergi pada conclusion. Okey soal tadi saya dah sebut ialah untuk kebaikan ikut dan masalah-masalah yang dulu dalam Perak ni. Pada masa yang sama untuk kita telah mengatasi defisit, defisit kita ni defisit bajet maka satu perkara pertama adalah menjana pendapatan. Yang kedua ialah mengurangkan perbelanjaan, ketirisan, belanja-belanja yang kita lihat tak ada keperluan ada banyak perkara Tapi saya rasa nak sentuh satu perkara yang penting sahaja soal GLC-GLC Perak. Dato' Yang Dipertua, GLC-GLC di Negeri Perak. Tak dengar ker. Depan lagi. Ok dengar. GLC-GLC di Negeri Perak.
Untuk makluman Yang Berhormat Dato' apa tujuan GLC-GLC ini diwujudkan. Untuk bantu kerajaan di Perak melalui menjana pendapatan melalui bisnes-bisnes dilakukan membantu kerajaan Negeri Perak melalui provokasi eksais atau pun dari sudut apa pendapatan tu diagihkan kepada Kerajaan Negeri Perak. Tapi apa yang berlaku di Negeri Perak saya tak nampak. Ada GLC sekadar apa dia bantu untuk kerajaan negeri adalah melalui membantu kotak makanan. Itu saja dia mampu setakat ni. Kita tak nampak satu perkara besar yang menyumbang untuk pembangunan, membantu masyarakat, apa kebajikan rakyat berskala besar membantu kerajaan negeri.
Tapi saya rasa dah sampai masa Yang Berhormat Menteri Besar mengambil masa untuk mengkaji semula gaji-gaji CEO-CEO di GLC-GLC Perak. Ada yang sampai tiga puluh ribu ada sampai empat puluh ribu pun ada tapi soal apa-apa pun confirm tak confirm tak bantu kepada kerajaan negeri. Apa gunanya. Kita setuju tapi kita dah bagi banyak gaji itu besar tak ada masalah tapi dengan syarat ada membantu kerajaan negeri dari sudut menjana pendapatan pada kerajaan negeri. Tapi masalahnya apa tu Tuan Speaker dah sampai masa saya rasa untuk CEO-CEO kalau ada nak bagi gaji besar-besar boleh dengan syaratnya letakkan target. Kalau achieve target tersebut barulah bagikan gaji gaji yang sepatutnya. Kalau kita kena cut-off gaji-gaji besar ni, itu gaji saja bukan belum masuk lagi soal elaun mungkin ada dekat enam puluh ribu. So dah sampai masa mohon Yang Amat Menteri Besar lihat dari sudut itu dari situ kita boleh kurangkan perbelanjaan dan kepada hasil kekurangan itu boleh menjana bantu kita untuk menghadapi Covid ini. Okey yang seterusnya soal Puncak Emas. So untuk makluman saya hairan yang lepas cuci longkang diberikan kepada swasta.
Yang Berhormat, Ini last point ke
Ada lagi 3 lagi last sekejap. Ok. Soal buat jalan bagi kepada swasta. Potong rumput beri pada swasta.
Saya tak faham apa kerja kerajaan ini. Semua dah bagi swasta so pekerja sekarang duduk dan sign ambik komisen saya tak faham. Maka semua dah bagi swasta. Hari ini kita lihat confirm untuk memotong rumput apalah masalah Yang Dipertua sangat-sangat masalah Saya mohon jasa baik Yang Berhormat Menteri Besar melihat perkara ni mengkaji semula adakah ini membawa manfaat kepada rakyat atau negeri atau tidak buat sesuatu yang bijaklah saya mohon jasa baik dan terusnya soalnya tindakan tindakan, contoh dalam isu saya ingin mendapat apa dapat menjelaskan sedikit keraguan rakyat bukan bagaimana kita justifikasinya kita nak bersama-sama apa TOLAK, maknanya tidak menyokong usul-usul, usul sebelum ini ya. Maka untuk makluman Tuan Speaker, kita nak sokong seseorang ataupun tidak berdasarkan fakta bukan ikut kita punya emosi, akal fikiran maka kita lihat apa yang berlaku sebelum ni ada orang kata. Oh! Dah buat campur dengan puak PH dan sebagainya tidak benar sekiranya perkara itu, usul tidak sokong undi percaya sebelum ini adalah dengan fakta. Kerana apa kita sebut, yang pertama kita lihat kebolehan ataupun pentadbiran sebelum ni banyak masalah dari sudut menyelesaikan masalah , lewat saya dah sebut tadi dengan kawasan sendiri Yang Dipertua, kawasan saya sendiri. Banyak isu-isu yang tak dapat selesai masalah besar-besar kalau kita lihat Pangkor sebelum ini Menteri Besar mewakili kawasannya membangunkan kawasan. Menggunakan kedudukan untuk bantu rakyat, menyelesaikan masalah rakyat tapi malangnya pengundi Hulu Kinta dengan Tambun tidak begitu. Mana ada kedudukan tapi penyelesaian masalah tidak nampak. Itu satu tak apa, yang kedua...
Yang Berhormat, ada sedikit masa kecederaan last 10 minit.
Ya, dah nak habis dah. So, ada banyak faktor, kita soal kegagalan, kegagalan Mantan Menteri Besar, kegagalan dari sudut mentadbir negeri. Banyak isu-isu yang tak dapat selesai. Itu kita perlu terima perkara ini berlaku. So, demi memastikan kepentingan rakyat kepentingan negeri daripada terus dirompak, disamun, jual harta harta negeri kepada syarikat Singapura ialah ada yang katakan. Oh! cadangan ini sebelum ini dah wujud dah tapi bukan sebuah cadangan. Siapa yang buat? Siapa duduk ketika jual hartanah-hartanah negeri? Apa harta-harta negeri yang dijual kepada syarikat-syarikat luar. Apakah tidak mampu untuk kita nak uruskan sendiri. So, banyaklah. So, tindakan kita menyokong Pakatan Harapan tidak menyokong usul tersebut bersama-sama dengan niat adalah pendiriannya demi kepentingan rakyat , negeri daripada terus dirompak, disamun oleh seseorang. Itulah saya nak maklumkan. Itu saja, yang paling penting adalah atas dasar baik bekerjasama dengan musuh daripada pengkhianat. Itulah pegangan kita pada masa yang sama pegangan kita adalah pegangan yang sama sebab dalam UMNO pun ada orang pengkhianat ya, sebelum inilah. Kita faham-faham jelah kan. So, saya harap InshaAllah YAB Menteri Besar jaga-jagalah. Kita InshaAllah sekarang ini dalam soal politik ini apa pun kita tak boleh nak nyatakan. Apa sahaja boleh berlaku. Mana tahu, YAB Menteri Besar bukan Menteri Besar kami di sana ada sebahagian ke mari ke mana tahu. Apa pun boleh jadikan? InshaAllah mudah-mudahan mana konsep itu penting ya. Dan yang terakhir, yang terakhir boleh ya.
Soal peruntukan kepada ADUN. Peruntukan ADUN, baru-baru ini diumumkan oleh YAB Menteri Besar dan Jawatan-Jawatankuasa JKPD dan sebagainya suatu perkara yang baik. Untuk makluman, sebagai apa negara demokrasi berparlimen kita agak lewat sikit, kita kena aku. Berbanding dengan negara-negara lain, mereka telah lihat dari sudut politik, pemahaman politik. Kita kena faham sekarang ini adalah adil saksama kepada wakil-wakil rakyat bukannya adil saksama kepada Ketua-ketua Parti- parti tak kira Kerajaan atau Pembangkang. Tidak. Ini soal legislatif. Maka kita hari ini Alhamdulillah kita dapat ke jalan lurus yang betul. Kita betul ucap tahniah kepada YAB Menteri Besar kerana satu fikiran yang baik ke arah demokrasi memberi ke jalan yang betul kerana apa? Ada orang kabor, saya nak perjelaskan disini. Ada orang kabor, apa bezanya kalau bagi peruntukan kepada pembangkang dengan Kerajaan? Tidak itu salah Kementerian, sebab apa? Kerana kita kena faham wakil rakyat pembangkang atau kerajaan kita diundi oleh rakyat. Maka apabila dinafikan hak memberi peruntukan sebelum Ini bermaksud kita bukan menghukum pembangkang sahaja tetapi pengundi-pengundi kawasan kita sendiri. Itulah maka dari sudut kita dah sebutkan tadi bagi sesama kepada ADUN-ADUN, wakil rakyat-wakil rakyat. Alhamdulillah itu dah berlaku dah. Saya rasa jawatankuasa pun telah diumumkan hari tu. Tapi dalam sudut menambahbaik dari sudut jawatankuasa tersebut tadi saya ingin maklumkan bahawa JKPD perlu dibuat penambahbaikan sikit. Saya mohon, kita akur pegawai-pegawai semua dedikasi alhamdulillah memang melakukan tindakan yang cepat dan sebagainya. Pada masa yang sama, ada sedikit sebanyak pegawai-pegawai yang kita lihat lewat mengambil tindakan apabila kita hantar, tiada jawapan dan sebagainya. Soal melibatkan kebajikan rakyat. Saya mohon InshaAllah ...
Yang Berhormat kesimpulannya.
Saya mohon InshaAllah. Saya mohon pegawai-pegawai apabila kita terima aduan tolonglah beri keutamaan ambil tindakan sekurang-kurangnya jawab surat-surat yang kita hantar itu yang penting InshaAllah demi kepentingan rakyat di Perak ini. Maka dan saya mohon lebih sikit maknanya ke arah demokrasi itu kita nampak lengkap tapi masih belum nampak 100% lah InshaAllah.
Kesimpulannya.
Kesimpulannya saya mohon YAB Menteri Besar tolonglah lihat selain pada yang diumumkan contohnya Pakatan Harapan sebab kita nak lihat peruntukan yang diberi RM200 ribu tu ada banyak apa cara-cara nak mohon kita ni diambil masa ya. Bila kita ada kotak-kotak tu kita sedia maklum hari ini ramai yang susah datang ke pejabat apa semua minta bantuan takkan lah kita nak tunggu peruntukan kan. So, kita nak lulus apa semua. Saya pohon kita bagi sama rata 100 kotak yang disalurkan diberi kepada Pejabat-pejabat ADUN bagi kepada seluruh 59 ADUN dengan jumlah yang sama dan juga
Saya mohon Yang Berhormat kesimpulannya Yang Berhormat.
Ya akhir, tolong letakkan juga dalam Jawatankuasa Pembelian Tanah, bukan kerana apa, kita lihat tengok isu-isu tanah tersebut ada masalah sebagai wakil rakyat kita boleh bagi cadangan penambahbaikan yang terbaik kepada kawasan-kawasan masing-masing.
Atas dasar itu saya mohon InshaAllah maka terima kasih pada semua yang khususnya YAB Menteri Besar yang buat yang terbaik InshaAllah kita yakin dalam sepuluh hari YAB Menteri Besar boleh buat kemungkinan begini ke arah yang lurus ke arah yang bagi untuk menegakkan demokrasi InshaAllah saya yakin mudah-mudahan diberkati Allah diberi kekuatan berikan lebih baik daripada sekarang. Sekian wabilahitaufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam wbt. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Hulu Kinta walaupun saya banyak kali tapi kita ucapkan jutaan terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Kawasan Buntong.
Terima kasih datuk Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Perak rakan-rakan seperjuangan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Ketua Badan Berkanun Kerajaan para ahli-ahli media, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati. Sebelum saya memulakan pembentangan saya, saya mengucapkan Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota tampan kerana dilantik sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang ke-14.
Saya percaya perlantikan ini akan lebih memperkasakan lagi pentadbiran Kerajaan Negeri Perak . Ketika ini suasana negara menghadapi masalah pandemik covid-19 yang sangat merunsingkan kita tetapi dengan tabah saya percaya kita dapat berjaya menangani pandemik ini dalam masa yang terdekat nanti. Saya juga berterima kasih kepada pasukan petugas barisan hadapan yang berjuang habis-habisan bagi membantu kerja-kerja pencegahan jangkitan penyakit covid-19 khususnya petugas kesihatan, kebajikan dan juga pasukan Keselamatan.
Dato’ Yang Dipertua, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota tampan kerana membentangkan Bajet Kewangan 2021 yang amat prihatin terhadap kebajikan masyarakat negeri Perak. Bajet Kewangan 2021 adalah Bajet rakyat yang memperkukuhkan kebajikan golongan pendapatan rendah dan sederhana. Saya juga percaya ini adalah satu-satunya bajet kewangan yang sangat prihatin bagi membantu rakyat dalam masa pandemik covid-19 yang melanda negara kita. Dalam pembentangan bajet ini Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS telah menerima peruntukan tambahan sebanyak 2.6 peratus kenaikan berbanding tahun 2020. Ia meliputi RM97.3 juta untuk belanja mengurus dan RM16.0 juta untuk perbelanjaan pembangunan. Saya berharap kawasan yang bermasalah banjir di Dun Buntong akan dapat dimanfaatkan khususnya kepada penduduk-penduduk Taman Lim, Taman Merdeka dan sebahagian kawasan di Kampung Baru Buntong iaitu Jalan Jerlun, Jalan Rimba Panjang dan Jalan Bidor yang bersempadan dengan Sungai Pari. Saya juga memohon agar longkang-longkang yang dibina lebih 30 tahun yang lalu digantikan dengan longkang yang bersesuaian supaya ia dapat menampung aliran air yang padat. Saya juga berharap JPS sentiasa mengadakan rondaan bagi memastikan pam air yang terletak sepanjang Sungai Pari dapat berfungsi dengan baik dari masa ke semasa. Saya juga mencadangkan agar pam air baru dibina di kawasan bermasalah iaitu di kawasan Kampung baru Buntong, masalah banjir kilat di kawasan yang saya sebutkan tadi sentiasa berulang tiap-tiap tahun semasa hujan. Dalam keadaan ini saya ucapkan terima kasih kepada petugas Bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam, pasukan Rela, PDRM dan MBI yang sama-sama bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan Bentong.
Ayer Kuning, Ayer Kuning.
Ayer Kuning dan Pasir Bedamar, mana satu nak bagi jalan. Kalau nak bagi jalanlah.
Ok saya agak terkesan masalah banjir. Masalah banjir ni telah ditemukan dalam dewan negeri ini sejak tahun 2004 ketika saya menjadi wakil rakyat. Setiap tahun dibangkitkan masalah banjir di semua fasa tapi akhirnya tidak ada satu jawapan yang komprehensif apakah pelan tindakan panjang oleh kerajaan negeri khususnya Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengekang memberi keutamaan kawasan-kawasan yang utama diberi peruntukan untuk selesaikan masalah ini. Hari ini kalau bagi 16 juta, tahun depan 16 juta masalah sama juga. So saya harap pada kerajaan negeri mengadakan satu pelan tindakan khusus kawasan yang terlibat banjir. Masalah hujan ni masalah hujan yang turun daripada Allah Ta'ala untuk rahmat rakyat tapi sebagai rahmat Allah ni orang kata kita juga kena berjaga-jaga. Kalau kita tak atasi masalah dengan pelan tindakan strategik yang panjang mungkin kampung kita akan tenggelam, pekan kita akan tenggelam dan sebagainya. So saya harap kepada kerajaan negeri supaya diadakan satu pelan tindakan panjang bagaimana kita nak mengatasi masalah banjir. Contoh Batang Padang, kawasan Ayer Kuning juga kawasan banjir, kawasan Chenderiang kawasan Menteri Besar lama kawasan banjir dan sebagainya. Saban kali kita katakan masalah-masalah tetapi tidak ada jawapan yang betul untuk menyelesaikan masalah ini.
Boleh Buntong sikit. Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, tadi YB Buntong telah beritahu dewan bagaimana dengan kerjasama pihak-pihak seperti Bomba, Kesihatan, Polis, Rela membantu dalam menangani situasi banjir di kawasan Buntong. Bagaimanakah dengan cadangan saya ini bolehkah Buntong setuju bahawa dalam zaman Covid 19 ini kita di Negeri Perak ini boleh menubuhkan satu pasukan petugas ataupun jawatankuasa sebagaimana yang sudah sedia ada di daerah-daerah bagi menangani masalah bencana seperti banjir sebab ada jawatankuasa ini banjir ini dapat ditangani dengan lebih efektif dengan lebih cekap. Bagaimana pula kita adakan satu taskforce untuk Covid 19 bagi mengawal secara keseluruhan secara holistik masalah covid di Negeri Perak ini dan cadangan saya adalah bahawa taskforce ini terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, pakar-pakar dari segi kesihatan, jangkitan dan juga pakar-pakar daripada AI artist intelligence dan kenapa saya kata sedemikian kerana maklumat-maklumat yang kita ada yang sedia ada yang diberikan boleh dikumpul dengan data-data yang sedia ada dengan apakah sumber yang kita ada untuk mengawal wabak covid ni daripada merebak dan juga cadangan saya antara lain taskforce ini boleh mengurus dengan lebih cekap semua yang sedia ada di Negeri Perak supaya bila ada suatu upgrade ataupun suatu jangkitan wabak kita ada satu response team dengan izin untuk menangani wabak covid ini bila bermula dan kita juga tahu bahawa kerajaan pusat telah membelanjakan berbilion ringgit dengan mendapatkan suatu vaksin untuk Covid 19 ini dan juga kita tahu bahawa vaksin ini perlu disimpan di bawah 73 darjah
Celsius dan vaksin ini bukan akan diberikan secara keseluruhan serta merta tetapi secara berperingkat kepada mereka-mereka yang terpilih. Jadi cadangan saya adalah bahawa kita di Negeri Perak lebih tahu infrastruktur dan kekuatan dan kelemahan yang kita ada di Negeri Perak. Dengan adanya taskforce ini kita boleh bekerjasama dengan kerajaan pusat supaya bila ada vaksin ini kita boleh membantu untuk vaksin ini digunapakai pada semua yang perlu dan juga boleh tak Buntong juga setuju dengan cadangan saya bahawa vaksin ini bila sampai kita dah siap sedia dengan apa yang kita perlu buat kerana kita perlu sediakan payung sebelum hari hujan, boleh setuju Buntong?
Terima kasih Pasir Bedamar. Berkenaan dengan apa yang dikatakan cadangan-cadangan yang diutarakan oleh Pasir Bedamar dalam kes banjir, saya berharap jangan lupa, memang walaupun kita tubuhkan taskforce apabila disebut bencana alam seperti mother nature, kita perlulah terima dugaan. Kita kena terima, kita kena perlu hadapi suasana walaupun betapa canggihnya taskforce yang kita ada di sebelah kerajaan. Jadi jangan lupa maksud saya bencana alam seperti tadi saya sebutkan mother nature. Jadi kita kena perlu hadapi. Tak perlu kita tuduh menuduh sesiapa. Itulah hakikatnya. Jadi terima kasih Pasir Bedamar.
Dato’ Yang Dipertua, saya turut memohon kepada Kerajaan Negeri supaya kemudahan asas iaitu jalan-jalan di kawasan DUN Buntong yang rosak disebabkan hujan lebat dibaikpulih dalam masa yang terdekat ini. Saya berpendapat tambahan peruntukan dari kerajaan persekutuan bagi perbelanjaan menaiktaraf jalan dapat diagihkan untuk tujuan membaik pulih jalan di kawasan DUN Buntong. Kebanyakan jalan-jalan di kawasan DUN Buntong tidak diturap sejak bertahun lamanya. Walaupun baru-baru ini ada usaha penurapan sedang giat dijalankan di kawasan Buntong, bukan keseluruhannya tapi di sesuatu tempat saja pernah diturap sekarang. Dato’ Yang Dipertua saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah menyediakan peruntukan RM10 juta kepada Hal Ehwal Bukan Islam. Sumbangan peruntukan ini amat penting bagi pembangunan tempat ibadat bukan Islam di Negeri Perak. Banyak tempat ibadat bukan Islam masih memerlukan bantuan Kerajaan Negeri bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembinaan baru. Seterusnya Dato' Yang Dipertua saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana telah menyediakan bantuan khas kewangan (BKK) sebulan gaji kepada semua penjawat awam negeri.
Mohon mencelah.
This is my floor. You duduk. Saya kesuntukan masa.
Ini tentang bukan islam sebab telah sentuh perkara itu.
Biar saya habiskan ucapan saya. Duduk-duduk. Itu speaker yang patut buat keputusan. Bukan kamu.
Yang Berhormat Sungkai.
Saya tahu Sungkai prihatin dalam perkara ini.
Kamu dah sentuh yang bukan Islam.
Biar saya habiskan.
Apa peranan kamu dalam unit bukan Islam. Apakah peranan anak kamu dalam unit bukan Islam.
Biar saya habiskan. Biar saya habiskan ucapan saya.
Sekarang dah dapat soalan saya.
Duduk. Tak payah cerita panjang.
Yang Berhormat mohon diteruskan.
Dato' Yang DiPertua, ini adalah komitmen dan sumbangan penjawat awam adalah penting untuk kejayaan pentadbiran kerajaan Negeri Perak seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Tampan. Satu kenyataan media oleh pihak tertentu iaitu semalam. Bahawa sudah ada lapan persefahaman bersama kerajaan sekarang telah dibuat. Jadi saya nak tanya Yang Berhormat Kota Tampan. Adakah lapan persefahaman ini sahih atau tidak ? Minta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa ucapan penggulungan nanti supaya rakyat Perak tidak dikelirukan. Dato' Yang DiPertua, saya amat terharu dengan bajet kewangan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana ia adalah betul-betul satu bajet yang prihatin rakyat jika dibandingkan janji-janji manis sebelum ini iaitu pemberian hak milik kekal di Kampung Baru, memberi perkhidmatan bas percuma, air percuma, WiFi percuma, cukai taksiran percuma dan bantuan kewangan bagi setiap suri rumah yang tidak bekerja diberi RM 2,400. Ini adalah janji-janji yang ditaburkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan diri sendiri bagi menipu rakyat. Pihak yang mementingkan jawatan, pangkat dan kedudukan sehingga mereka memecah-belahkan keharmonian dan kestabilan politik. Dato' Yang DiPertua, semalam semasa ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyentuh dalam perbahasan bajet. Di mana hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk menjaga kebajikan rakyat di Negeri Perak. Dato' Yang Dipertua, semalam, hari ini dalam kenyataan media yang dibawa oleh pihak tertentu menekankan lapan persefahaman telah dipersetujui oleh kerajaan hari ini. Jadi saya meminta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Kota Tampan, betulkah benda-benda yang saya menyentuh tadi seperti air percuma.
Boleh tolong baca apa dalam isi kandungan surat khabar itu. Kamu tidak tahu baca bagaimana kamu tahu.
wifi percuma, cukai taksiran percuma. apakah benda-benda seperti ini ada tertakluk dalam 8 persefahaman dengan kerajaan negeri. Adakah kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan semua yang dikatakan, dinyatakan dalam kenyatan berikut.
Buntong.
Dato' Yang DiPertua.
Buntong.
Sebanyak 185 Kampung Baru di seluruh Negeri Perak yang berdaftar dengan kementerian perumahan dan kerajaan tempatan.
Buntong. Astaka di sini mohon mencelah.
dijanjikan hakmilik kekal meskipun kerajaan negeri sebenarnya telah bersedia memberikan diskaun Premium sehingga 80 peratus untuk melanjutkan pajakan bangunan kediaman termasuk di Kampung Baru. Namun ada pihak tertentu kononnya tanah-tanah ini boleh ditukarkan kepada hakmilik kekal menyebabkan tanah tanah ini bukan saja diperbaharui malah telah luput hampir 15 tahun tempoh pajakan yang telah diletak hak kepada pihak berkuasa negeri. Pihak ini kini akan berdiam diri kerana mereka umpama 'Berlurah Dibalik pendakian yang mana'
Perintah tetap.
Memang berhasrat untuk membiarkan rakyat melara dan bersusah-payah. Saya umpamakan golongan ini seperti
Buntong. Astaka beri standing order. Standing order berapa?
Tidak apa. Duduk-duduk. Duduk sebab.
Fahamkah standing order.
Sekejap. Standing order berapa sekarang.
Biar. Tuan Yang DiPertua beri keizinan.
Buntong saya tanya Astaka sekarang standing order berapa?
Dato' Yang DiPertua, standing order yang saya 36(3a). Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab
Jadi apa dia punya point yang dia dah salah.
Dato' Speaker, Buntong merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri. Kalau saya tak silaplah sekurang-kurangnya dua atau tiga penggal. Standing order bila diminta saya kena ucaplah. This is your floor. Let's me speak.
Ok Astaka.
Then next thing, my point is, apa yang tadi Buntong tunjukkan itu. First, saya pun tak berapa faham. Buntong sudah menyokong tiga orang Menteri Besar. Dua orang Menteri Besar, tiga kali kerajaan. Sekarang dia pula cakap pasal prinsip persefahaman ini. Saya pun tak berapa pasti Buntong ada pendirian sendiri ke tidak. Free hold title masa itu Buntong pun ada dalam kerajaan PH. You juga ahli. You yang menyokong.
Pengkhianat.
Ok Astaka. Terima kasih. Sila duduk. Sekejap. Saya bercakap. Astaka. Sila duduk. Buntong teruskan.
Dato' Yang DiPertua. Yang Berhormat Astaka kata, apa pendirian saya semasa saya berada dalam Pakatan Harapan ketika itu menyokong hak milik kekal. Dato' Yang DiPertua,s aya ingin jelaskan dalam dewan yang mulia ini. Saya mempunyai bukti yang kukuh. Okey. Kalau Dato' Yang DiPertua izinkan saya untuk memainkan satu petikan audio. Biar semua tahu siapa yang janji. Hari ini rakyat kawasan saya tidak tahu apa nak buat. 15 tahun premium tidak dibayar. Hari ini tanah tersebut. Mereka takut kerajaan boleh tarik balik.
Buntong itu sudah masuk masa kecerdaan sebenarnya. Tinggal dua minit saja lagi.
Dia kata saya pengkhianat sebenarnya merekalah yang pengkhianat. Bohong kepada rakyat.
Ok. Teruskan ucapan.
Dato' Yang DiPertua, saya umpamakan golongan ini seperti dalam satu peribahasa yang seperti berikut. 'Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, Kalau tidak berupaya membantu rakyat. Jangan menaburkan janji-janji yang manis. Akhir kata, Dato' Yang DiPertua Buntong menyokong Bajet Kewangan 2021 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.
Sekian,Terima kasih.
Terima kasih daripada Yang Berhormat Buntong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan.Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang DiPertua, Yang berhormat Menteri Besar Perak, barisan-barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, Pegawai-pegawai Kerajaan dan semua yang mengikuti. Saya memulakan perbahasan saya ini dengan memetik sepotong ayat al-quran daripada surah Al-Baqarah Ayat 148 yang berbunyi Bismillahirrahmanirrahim (bacaan Al-Quran) Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Oleh itu berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan kerana di mana saja kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua akhirat kelak untuk pembalasan. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap yang sesuatu.
Dato’ Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kota Tampan, Dato’ Saarani bin Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang ke-14 dan juga kepada rakan-rakan Exco-Exco yang telah dilantik. Semoga sembuh yang diberikan tanggungjawab ini akan mengambil serius tentang ucapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semasa istiadat mengangkat sumpah masing-masing, sumpah jawatan masing-masing baru-baru ini. Ucapan tahniah juga saya nyatakan kepada yang membawa Menteri Besar kerana berjaya membentangkan belanjawan negeri, walaupun baru seminggu beliau dilantik ke jawatan tersebut.
Dato’ Yang Dipertua, sepertimana yang kita ikuti daripada pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar belanjawan ini telah mencatitkan deposit sebanyak RM154 juta dengan unjuran hasil dan terimaan Pembangunan sebanyak RM1.061 billion. Manakala perbelanjaan adalah sebanyak RM1.21 billion yang merangkumi RM385.1 juta perbelanjaan mengurus dan RM430 juta perbelanjaan pembangunan. Dalam suasana pandemik covid-19 yang masih bercelaruan pengakhirannya dan dijangka berlarutan sehingga pada tahun berikutnya, kita semua tidak pasti adakah unjuran hasil sebanyak RM1.91 billion ini dapat dicapai ataupun tidak. Apa pun situasinya kami mengharapkan kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk mengoptimumkan penggunaan hasil yang ditunjukkan itu.
Pada masa yang sama kerajaan negeri dibantu oleh agensi-agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC, mestilah berusaha meningkatkan hasil daripada sumber-sumber yang sedia ada di samping menerokai sumber-sumber baru yang boleh menambahkan hasil kerajaan negeri. Saya juga berharap Kerajaan Negeri dapat memberikan pemantauan yang rapi bagi mengelak sebarang ketirisan daripada berlaku di dalam semua jabatan, agensi agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Ini termasuklah mengambil tindakan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dengan salah laku jika ada, bagi mengelakkan daripada berulang kembali peristiwa Perak kalah yang banyak diperkatakan oleh netizen di media sosial baru-baru ini. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri pimpinan Yang Berhormat Kota Tampan yang telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 ribu ringgit setahun kepada semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk kepada kami dari Adun pembangkang. Cuma saya nak mencadangkan lah semalam saya lihat Hulu Kinta tak hadir semasa usul undi percaya pada MB, jadi saya cadangkan peruntukan beliau dipotong.
. Nak mencelah. Kota Tampan tahu
Terima kasih Yang Dipertua, dan kami hamper semua wakil rakyat di sini menyokong penuh dan akan bekerjasama dengan Kota Tampan demi kebaikan negeri yang dicintai ini. Soalan saya penjelasan saya adalah kami juga mengucapkan terima kasih kerana dapat peruntukan sebanyak RM200 ribu setiap Adun tetapi saya percaya ke semua Adun-Adun yang ada di Dewan ini akan bersetuju dengan saya bahawa jumlah wang disalurkan kepada pusat khidmat masing-masing buat masa ini adalah RM5,000.00 yang tidak mencukupi untuk bayar gaji kakitangan untuk membayar sewa dan segala-galanya tiap-tiap bulan tiap-tiap Adun sekurang-kurangnya kena keluarkan RM2,000.00 hingga RM4,000.00 daripada kocek sendiri. Adakah kerajaan akan menimbangkan permintaan itu.
Yang ini kita bisik-bisiklah dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar nanti, Insyaallah senyum tu okaylah tu. Kita tunggu penggulungan beliau besok.
Tuan Yang Dipertua, langkah menjemput ke semua Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai ahli di dalam Mesyuarat Jawatankuasa tindakan daerah, fokus group daerah dan jawatankuasa pengurusan bencana daerah kepada kami merupakan permulaan yang positif ke arah pembentukan sebuah kerajaan inclusive bersesuaian dengan tema belanjawan 2021 Perak Negeri Berdaya Tahan Mampan Dan Inklusif. Saya hanya nak mengulas beberapa perkara sahaja di dalam ucapan yang telah pun dibentangkan oleh belanjawan telah dibentangkan oleh Yang Berhormat pada petang semalam. Yang pertama mengenai keusahawanan. Ketika saya menjadi Exco yang ditugaskan untuk menjaga ataupun menguruskan pembangunan keusahawanan kita telahpun berjaya membentuk satu jawatankuasa ataupun satu secreteriat yang dipanggil Secreteriat Pembangunan Usahawan ataupun yang dinamakan Super. Yang menjadi payung kepada semua agensi-agensi yang terlibat di dalam pembangunan keusahawanan samada peringkat federal ataupun peringkat negeri. Alhamdulillah dalam ucapan Yang Berhormat pada petang semalam Super ini telahpun diperkasakan lagi dengan penubuhan satu secretariat negeri dipanggil Step.
Cuma yang kita harapkan ialah supaya Step ini benar-benar diperkasakan dengan mempunyai Support staff yang tersendiri kerana saya difahamkan Support staff yang ada pada masa ini adalah atas dasar Second man ataupun pinjaman daripada agensi yang lain dan juga diberikan bajet yang bersesuaian untuk membolehkan mereka menyusun program termasuk pengurusan dan juga operasional atau benda-benda lain. Semalam telah dimaklumkan bahawa peruntukan yang diberikan kepada usaha ini ialah sebanyak RM300 ribu. Yang saya rasa penyelamat tidak mencukupi tetapi sebagai permulaan dia merupakan satu langkah yang positif.
Sehubungan dengan itu juga Dato’ Yang Dipertua, bila kita bercakap mengenai pembangunan keusahawanan ini terutama di kalangan para usahawan bumiputera seperti mana yang sering saya sebut dan daripada perbincangan yang telah dilakukan dengan pihak-pihak yang berkaitan antara kekangan yang dihadapi oleh para usahawan ini ialah untuk mendapat sijil halal. Malangnya saya tidak Nampak. Saya telah teliti beberapa muka surat mengenai ucapan YAB Menteri Besar semalam. Terdapat peruntukan yang diberikan bagi membantu para usahawan ini untuk memudahkan mereka itu mendapat Sijil Halal kerana dari rekod yang kita tahu, 50% daripada permohonan untuk mendapatkan Sijil Halal di kalangan usahawan bumiputera di peringkat pertama ditolak ataupun gagal kerana kegagalan mereka itu untuk comply ataupun memenuhi prasyarat yang ditetapkan oleh pihak yang berkenaan untuk melayakkan mereka mendapat Sijil Halal terutama segi cara pengeluaran dan faktor faktor kesihatan yang tidak dilakukan ataupun tidak diikuti oleh mereka dan ini memerlukan kepada bantuan dana yang pada masa saya jadi Exco dululah lebih kurang dalam RM20,000 ribu seorang. Yang ini saya rasa kalau pun tidak ada pada masa ini barang kali boleh diambil daripada RM7 juta dicuri sikit situlah diketepikan sedikit mengikut line 53 muka surat 26 ucapan YAB Menteri Besar semalam. Saya nak pergi ke satu lagi perkara iaitu apa yang telah disebut oleh YB Lubuk Merbau sebentar tadi mengenai Kedudukan Sekolah Menengah Agama Negeri dan juga Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan.
Sepertimana Lubuk Merbau saya juga pada mulanya dengan izin, scapetizime, di atas usaha yang cuba nak dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meletakkan atau menyerahkan sekolah-sekolah agama kerajaan sebagai SABK kerana kita tahu sekolah itu dibangunkan melalui titik peluh dan usaha kerajaan negeri. Kadang-kadang saya emosional bila bercakap ni sebagai bekas pelajar Izzudin, satu-satunya sekolah agama yang pertama yang dalam bentuk modennya yang telah dibangunkan oleh pihak kerajaan pada tahun 1959 dahulu. Tetapi melihat kepada keadaan semasa, saya terpanggil untuk sama-sama menyokong akan usaha untuk meletakkan sekolah-sekolah ini sebagai sekolah SABK. Dan ini telah pun diperjelaskan ketika saya ditugaskan sebagai Exco yang bertanggungjawab di dalam urusan ini sebelum ini. Cuma yang perlu dilihat disini ialah pastikan terma-terma pencerahan ini adalah teliti, jelas dan tidak ada kekaburan yang dilakukan di situ terutama mengenai siapa yang akan bertanggungjawab dari segi pembangunan, maintenance, prasarana dan sebagainya. Sebab apabila insiden kebakaran berlaku kepada Sekolah Idrisiah Kuala Kangsar sedikit masa dahulu, pihak sekolah berhadapan dengan masalah siapa nak membiayai kos untuk membangun semula dan juga untuk repair sekolah tersebut. Dirujuk kepada kementerian, kementerian kata bukan tanggungjawab kami. Dirujuk kepada kerajaan negeri, kerajaan negeri kata kami tak ada bajet dan akhirnya kita check-in la sedikit-sedikit ya termasuk sumbangan daripada Yayasan Perak dan kerajaan negeri dan Allahualam saya pun tak tahu samada sekolah tersebut telah pun siap dan boleh digunakan semula.
Dalam masa yang sama juga, mengenai dengan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang ada rasanya dalam enam ataupun lapan buah yang telah pun diluluskan dan ada setidak-tidaknya dua buah yang sempat saya lawati sendiri iaitu di Tapah dan juga di Lenggong tahun sudah. Apa yang saya lihat banyak kekurangan pada sekolah tersebut saya tersebut yang perlu diperbaiki. Terutama dari segi prasarananya. Saya melihat, bangunan asrama dengan bangunan sekolah tidak disambung. Tidak ada jalan yang bertutup. Ini kalau berlaku hujan misalnya, maka akan menjadi masalah kepada pelajar-pelajar untuk cross, untuk pergi ke sekolah sebab jarak diantara asrama dengan sekolah adalah agak jauh, basah kuyup budak-budak tersebut nanti dan barangkali tak semuanya ada baju hujan ataupun paying. Kemudian sekolah-sekolah tersebut tidak ada padang permainan untuk riadah atau bersukan. Yang ini saya minta supaya pihak kerajaan melihat keperluan ini kerana kita tahu budak-budak Tahfiz dia kadang diperlukan juga kepada relaxation, stretching dan sebagainya untuk membolehkan mereka itu turut serta di dalam aktiviti-aktiviti sukan. Dan kalau boleh sementara nilai tanah tu murah lagi masa ni carilah, buatlah usaha untuk acquire, kalau tak ada tanah kerajaan di sekelilingnya, acquire ladang-ladang ataupun tanah-tanah kebun yang bersebelahan dengan sekolah-sekolah tersebut.
Di Sekolah Menengah Tahfiz Lenggong saya lihat sebelahan dengan hutan. Banyak monyet kat situ. Ketika saya melawat berloncatan monyet tu macam satu pertunjukan akrobatik. Jadi saya tanya kepada guru-guru di sana kalau sekiranya pelajar-pelajar ni jemur kain dekat luar sana apa jadi dengan kain itu? Mereka tak dapat jawab. Sebab itu saya tak Nampak…ialah masa itu sekolah itu belum lagi ada studentnya. Tetapi saya dapat bayangkan kalau sekiranya pelajar-pelajar menjadi kain pakaian termasuk pakaian dalam, saya risau nanti monyet-monyet tersebut akan memperagakan segala pakaian itu pada mereka, mereka pakai nak tunjuk. That is something different sebab kita tahu monyet-monyet ini ialah sejenis haiwan yang sense of security, ferocity adalah tinggi. Dia nak mencuba semua.
Dato’ Speaker, Manjoi. Terima kasih kerana membangkitkan tentang sekolah menengah tahfiz kursusnya Batang Padang Tapah. Untuk makluman, Sekolah Menengah Tahfiz Batang Padang, Tapah dari pelan asal semua kemudahan-kemudahan cukup lengkap. Ada dewan serbaguna tapi tak ada padang sebab Sekolah Menengah Tahfiz Tapah adalah penempatan pelajar-pelajar tahfiz hanya wanita sahaja. Maka keputusan tempoh hari kita taka da padang, kita buat dewan serbaguna. Mana latihan riadah di dalam dewan serbaguna sebab dia wanita dan sebagainya. Dan yang kedua saya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya segera membina dewan serbaguna khususnya di Sekolah Menengah Sekolah Menengah Tahfiz Tapah kerana memandangkan dewan serbaguna adalah tempat untuk menduduki peperiksaan. Kalau di dalam dewan, bilik darjah tidak sesuai untuk menjalankan peperiksaan. Sebenarnya di dewan serbaguna ini perlu dibina segera kerana peperiksaan-peperiksaan mereka akan datang memudahkan kerja mereka. Saya berharap kursusnya kerajaan negeri, Jabatan Agama Islam tolong ambil perhatian kursusnya Sekolah Menengah Batang Padang Tapah ini berada di Dewan Undangan Negeri Ayer kuning, terima kasih.
YB Manjoi, mencelah boleh? Ya, terima kasih. Saya nak menyentuh Sekolah Tahfiz Tapah seperti yang dikemukakan dalam Dewan Negeri dari sudut prasarananya. It's okey. Saya difahamkan mungkin awal tahun depan mereka akan berpindah ke kompleks sekolah yang baru. Cuma adakah YB Manjoi setuju kalau saya katakan bahawa melihat kepada latar belakang pelajar-pelajar yang berada di tahfiz ini mereka ini boleh dikatakan KRIM yang keputusan UPSR cemerlang dan mereka berada di situ. Dan setuju tak kalau saya katakan, alang-alang mereka ni daripada kumpulan KRIM dan mereka ini telah memiliki Quran dalam diri mereka dan saya nak katakan yang layak mereka lanjutkan pembelajaran mereka ialah bersama dengan pendidikan sains tulen. Maknanya pure sains lah. Saya berkebetulan ada sikit maklumat bahawa tidak pasti sama ada Tapah ini kelas sains tulennya ada ke tidak. Ada timbul isu ketiadaan guru. Ada isu timbul ketiadaan prasarana yang berkaitan yang lain dan saya rasa boleh tak kita mintalah kepada
Yang amat Berhormat Menteri Besar dalam menangani isu sekolah tahfiz terpilih ini, boleh tak kita pastikan bahawa mereka-mereka yang telah menguasai Quran ini bila masuk tingkatan 4 nanti mereka boleh menyalurkan pada subjek-sujek yang lebih serius selain daripada Syariah, selain daripada Usuluddin mereka ini boleh bawa pure sains sehebat, mungkin boleh jadi MRSM Ulul Albab ke atau mana-mana tempat yang lain. Kita pandang secara serius dalam hal tahfiz-tahfiz bawah kerajaan negeri, terima kasih.
Tak apa Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada membuat catitan. Bisa digulung ya. Dato' Yang Dipertua, kestabilan politik merupakan tunjang kepada pembangunan sebuah negeri. Kestabilan politik juga membolehkan kerajaan lebih fokus dalam pentadbiran di samping memberikan keyakinan kepada para pelabur dari dalam dan luar negeri untuk datang melabur. Namun begitu the political game dengan izin pada hari ini telah dicemari oleh pengkhianat. Pengkhianatan oleh mereka yang diberikan amanah dan rasa curiga mencurigai antara parti-parti blok kerajaan. Ini secara langsung menjejaskan fokus kerajaan pembangunan, kerajaan membangunkan negeri ini. Parti Bersatu perlu terima ini adalah karma alam atas apa yang mereka telah lakukan sebelum ini. Sementara UMNO pula tentu masih ingat bahawa walaupun luka boleh diubati namun parutnya tetap ada. Sementara kumpulan Gunung Semanggol pula sepertimana sedia maklum tanpa dipujuk akan berpatah balik. Sikap tidak percaya sesama sendiri sebagai satu pasukan adalah manifestasi kegagalan PN dan MN membentuk pasukan politik yang mantap dan berwibawa.
Krisis politik Perak juga mendedahkan watak-watak yang pernah digambarkan dalam filem seniman Agung P. Ramlee, Musang Berjanggut. Nyatalah watak menteri nikah kahwin bertepatan dengan gelagat daripada kumpulan Gunung Semanggol yang dipertontonkan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Hari ini hukumnya halal, esok pula haram. Lusa kembali halal dan demikianlah seterusnya. Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman dalam Al-quran di dalam surah An-nahli ayat 116 (Bacaan ayat Al-quran) yang bermaksud dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu ini halal dan ini haram untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta kepada Allah. Sesungguhnya orang-orang yang berdusta kepada Allah tidak akan berjaya. Tepatlah apa yang pernah disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhairi, bersegeralah kamu mengerjakan amal soleh kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita.
Di dalam keadaan itu terdapat orang yang sebelah paginya mukmin dan sebelah petangnya kafir. Begitulah sebaliknya sebelah petang dia mukmin dan sebelah paginya kafir. Dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia yang sedikit. Sekuat mana pun kita mendakwa kita sebagai golongan Islam, jangan lupa kita ini adalah orang melayu. Bertutur dengan raja-raja melayu perlu kesopanan yang diajar oleh budaya melayu. (Bacaan Hadis/bahasa arab) Dengar dan mentaati pemerintah adalah wajib bagi setiap muslim sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah wajib dia mendengar dan mentaati. Hadis Riwayat Bukhari dan juga Muslim. Oleh sebab itu Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang berbunyi, "Perkara ini bukannya sejarah yang mahu dibanggakan. Perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan. Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat". Mari kita ambil titah Tuanku ini sebagai amanat yang sangat berharga. Yang sangat berharga nilainya kepada kita semua sebagai ahli politik. Kejadian yang berlaku ini bukanlah satu keadaan yang baik untuk kemajuan negeri dan kemakmuran Rakyat.
Perkembangan politik yang berlaku di Perak pada 4 Disember yang lalu adalah kesempatan terbaik untuk kita menilai kembali cara kita berpolitik sejak sekian lama. Kita boleh mengenali siapa kawan dan siapa lawan yang sebenarnya dan siapa pula yang menjadi Musang Berjanggut. Sewenang-wenang Gunung Semanggol menuduh orang lain sebagai pengkhianat dan penderhaka tetapi kesudahannya mereka sendiri kembali bertuankan kepada pihak yang digelarnya sebagai pengkhianat dan penderhaka. Sehubungan dengan itu, di dewan yang mulia ini saya ingin mencadangkan satu anjakan paradigma dalam kerangka kita berpolitik seharusnya persaingan antara parti-parti politik dalam mendapatkan kuasa dalam kerangka yang dianjurkan oleh Al-qur'an iaitu berlumba-lumba mengerjakan kebaikan sepertimana ayat yang saya baca mula-mula tadi fastabiqun.
Yang Berhormat, lama lagi? Yang Berhormat berapa minit lagi. Lama lagi?
Saya ulangi kenyataan saya sebelum ini bahawa Amanah bersama rakan-rakan PH yang lain sedia bekerjasama untuk membolehkan wujudnya sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan bertahan demi kebaikan rakyat terutama dalam suasana kita berhadapan dengan Covid-19 dan pelbagai masalah lain yang masih kabur bila pengakhirannya. Kadar pengangguran di kalangan rakyat semakin meningkat akibat orang ramai kehilangan pekerjaan ekoran daripada Covid-19 ini. Dalam masa yang sama kerajaan tidak boleh menggunakan Covid-19 untuk menutup kelemahan yang dihadapi dalam mengurus krisis pandemik kerana asyik berpolitik sesama sendiri. Ahli politik bergerak bebas manakala rakyat dikurung dan disekat bagi menyekat penularan virus.
Saya yakin dalam sejarah baru politik negara ini terutamanya Perak, Yang Amat Berhormat Kota Tampan akan dapat melakukan sesuatu perubahan yang terbaik untuk rakyat. Yang terkhilaf sudah minta maaf, yang terlanjur sudah berundur, yang merajuk di pagi buta sudah pun dapat jawatan. Kesediaan PH untuk menyambut salam ukhuwah daripada UMNO semasa krisis politik di Perak adalah cerminan hasrat padu kami sebagai sebuah pakatan politik yang telah teruji kesetiakawanan dalam perjuangan. Kami mengalu-alukan salam ukhuwah yang sangat bermakna ini meskipun usaha ke arah jalinan politik baru tidak kesampaian. Ia adalah satu pencapaian sangat bermakna dalam usaha menghasilkan satu penjajaran politik baru di negara kita. Kepada rakan-rakan Pakatan Harapan, saya juga mengucapkan tahniah atas komitmen untuk bersetia secara m-blog sebagai sebuah rakan pasukan yang jitu ketika berhadapan dengan tawaran menjadi sebahagian daripada kerajaan. Kita kena berani, sama ada blok kerajaan atau blok pembangkang untuk meneroka jalur-jalur pendekatan politik yang lebih konstruktif bagi memastikan terbinanya sebuah masyarakat yang terbuka dan inklusif. Mari kita tinggalkan politik jumud yang berteraskan kebencian perkauman, extremism dan menghalalkan sesuatu atas tindakan atas tindakan dan gunakan suatu tindakan atas nama agama. Kerencaman, kepelbagaian dan perbezaan pendapat adalah Sunnatullah yang sudah bermula sejak zaman Nabi Adam dan Hawa, rujuk Surah Al-Maidah ayat 27 hingga 31. Balik kang akan buka. Matlamat akhirnya ialah supaya manusia berlumba-lumba mencari dan menghasilkan terbaik dari perbezaan ini. Ini yang telah ditegaskan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam di dalam ayat-ayat lain. Ialah Al quran.
Antaranya berbunyi Bismillahirrahmanirrahim (Ayat Al- Quran) Surah Al-Maidah ayat 48. Yang bermaksud sekiranya Allah menghendaki nescaya kamu dijadikan satu umat tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberiannya kepada kamu maka berlumba-lumbalah semuanya untuk berbuat kebaikan hanya kepada Allah kembali kamu semuanya lalu diberitahu hanya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. Akhir kalam, marilah kita sama-sama terokai dengan penuh keikhlasan untuk menjana satu politik baru bagi kesejahteraan dan yang terbaik untuk rakyat seluruhnya. Dalam hubungan di Perak menjadi peneroka politik baru ini. Kalau roboh Kota Tampan, Pakatan Harapan kami tawarkan, Kalau sungguh katamu tuan, ganjaran politik baru kita perlukan. Wabillahi taufil wal hidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Manjoi. Seterusnya saya mempersilakan Yang bBrhormat daripada kawasan Slim untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah. Salam sejahtera Yang Berhormat Speaker, Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Adun Adun dan seluruh Ketua-ketua Jabatan yang hadir pada hari ini. Yang Berhormat Speaker menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almaghfur Lah atas kebijaksanaan dan keluhuran baginda dalam menyelesaikan kemelut politik Negeri ini sehingga ahamdulillah terlantik Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang ke 14 Yang Amat Berhormat Dato' Saarani Mohamad. Sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pelantikan semoga mampu menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Negeri Perak dan dapat memacu ke arah pembangunan yang sempurna, kesejahteraan rakyat yang membina dan kemajuan ekonomi yang saksama dan terpelihara. Kepimpinan hadir dengan kuasa hanya mereka yang punya integriti dan amanah serta nilai-nilai murni yang tinggi akan membawa dan memimpin ke landasan yang benar dan tulus.
Ucapan penghargaan juga saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Chenderiang yang telah membanting tulang, keringat, buah fikiran dalam mentadbir Negeri sebelum ini. Semuanya usaha dan kerja buat Yang Berhormat Chenderiang dan barisan Exco dalam kemajuan dan pengguna Negeri ini amat baik. Hanya Allah yang akan membalas segala jasa dan budi baik YB Chenderiang dan juga barisan Exco sebelum ini. Yang Berhormat Speaker kejayaan Kerajaan Negeri mengurangkan defisit perbelanjaan pada tahun 2020 seperti mana yang dinyatakan dalam Prestasi Belanjawan 2020 oleh yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada yang lepas. Membuktikan kerjasama erat pembuat dasar dan pelaksana anggota Kerajaan Negeri pelbagai peringkat dan sangatlah baik dan perlu diteruskan. Justeru amat wajar pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk memberikan bantuan khas kewangan kepada semua penjawat awam sebulan gaji dan RM1000 kepada mereka yang layak dan Slim ingin mencadangkan bahawa bantuan khas kewangan ini mungkin boleh juga dicadangkan diberikan kepada Ahli-ahli Majlis PBT Imam ataupun dan buat ketua masyarakat yang layak kerana mereka juga adalah sebahagian daripada yang telah berjasa kepada Negeri ini.
Yang Berhormat Speaker tahniah juga diucapkan di bawah pembangunan NCR sehingga Oktober 2020 RM1.98 bilion telah diperolehi. Saya juga ingin memohon supaya pelaburan dan kawasan perindustrian ini diluaskan hasil di dalam kawasan Slim dan juga Behrang. Dengan adanya Proton, UPSI di Muallim mungkin supaya kawasan industri ini dimaksimumkan dan saya bersetuju dengan pandangan daripada Selinsing dan juga Changkat Jong tadi. Kemudahan-kemudahan infra perlu ditambah agar kawasan-kawasan ini terus dipikat oleh pihak-pihak pelabur. Dan Slim juga mohon mencadangkan supaya penggunaan infra terutama Sekolah Rendah, sekolah Menengah dan Sekolah Agama Rakyat dibangunkan segera di dalam kawasan Mualim kerana itu menjadi penentu kepada untuk pekerja-pekerja Proton khususnya untuk ada perumahan di situ dan ada sekolah dan mereka akan duduk dalam kawasan di dalam kawasan yang terlibat dan akhirnya akan membangunkan kawasan tersebut. Begitu juga jajaran baru Exit keluar.
Nak testing Slim sekejap. Dato' Timbalan Yang Dipertua saya ingin mengemukakan soalan kepada Slim iaitu apabila Slim membangkitkan tentang kawasan Proton di Tanjung Malim ini. Dalam perancangan Kerajaan Negeri Perak sebelum ini telah mengemukakan satu bulan jangka panjang yang dipanggil sebagai Pelan Pembangunan Perak Selatan dan barangkali kesemua perkara yang dibangkitkan oleh Slim tadi terdapat di dalamnya. Jadi persoalannya ialah apakah wajar supaya Pelan Pembangunan Perak Selatan yang telah dibuat pada tahun 2017 yang lalu dan 2018 perlu ditinjau semula untuk memastikan agar kawasan di Batang Padang secara amnya hinggalah membawa kepada kejayaan di Bagan Datuk dapat dibangunkan dengan sebaik-baiknya untuk satu tempoh daripada tahun 12 2018 sehinggalah dikatakan 2038.
Terima kasih Pangkor. Alhamdulillah kalau telah ada perancangan itu saya amat seronok dan saya rasa memang perlu dan wajar untuk Yang Berhormat Menteri Besar dan juga barisan Exco yang ada untuk perbaharusi dan terus di lihat semula dan kalau dapat dilaksanakan itu sangatlah kita perlukan dalam membangunkan kawasan jajaran antara Batang Padang hingga ke Muallim. Ini perlu sebab saya maksudkan bahawa apabila kita ada lima Exit Tanjung Malim sampai ke Bidor dan masa daripada Kuala Lumpur tak sampai satu jam, Ipoh juga tak sampai satu jam dan amat wajar sebenarnya kawasan Muallim ini dibangunkan dengan serius dan kita boleh tarik pelabur-pelabur daripada luar untuk masuk ke Muallim ini. Apatah lagi sudah adanya Proton dan kita perlukan kepada kerjasama bersepadu daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga PBT dan juga Pejabat Tanah Daerah dan sebagainya untuk bersama dalam memacu Pelan Pembangunan yang dimaksudkan oleh Pangkor tadi.
Yang Berhormat Speaker seterusnya berkenaan dengan prasarana saya ucap terima kasih juga kepada Kerajaan yang telah menyediakan peruntukan kepada jabatan-jabatan untuk mengurus dan mengendalikan prasarana ini. JKR terutamanya saya juga mohon untuk melihat berkenaan dengan line putih yang telah pudar di jalan-jalan raya. Khususnya dalam kawasan Muallim dan pernah juga saya bangkitkan isu line putih ni di Trolak bawa ke Trolak Timur yang sampai sekarang masih belum ada tindakan susulan daripada pihak-pihak yang berkenaan dan juga kalau kita lihat di jalan-jalan raya yang JKR kalau rumput dan lalang dah tinggi, saya dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan katanya tiada peruntukan. Diberhentikan peruntukan daripada September dan mungkin akan beroperasi semula pada bulan Januari. Saya tak tahu apa sebab tapi saya rasakan ini bagi saya satu kelemahan daripada kita dan menyebabkan tidak cantik dan tidak manis dipandang apabila lalang dan rumput tinggi di tengah-tengah antara jalan dan juga di tepi-tepi jalan. Harap perkara ini juga di ambil tindakan segera dan saya cuba juga untuk membawa.
Slim minta mencelah.
Slim, Pasir Panjang.
Silakan.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, apabila ditimbulkan itu prasarana sama ada jalan, api atau pun air. Apa yang dijawab kepada kita ialah tiada peruntukan, jadi sepanjang mengutarakan atau pun dengan menentang dalam Dewan ini iaitu di kawasan Pasir Panjang daripada Kayan hinggalah ke Lekir setelah WCE hampir siap kesibukan kenderaan daripada Kuala Lumpur - Sabak Bernam - Teluk Intan begitu meningkat dengan drastik. Jadi, persoalannya ialah sepanjang jalan itu tidak mempunyai pencahayaan yang cukup. Adalah diharapkan kawasan-kawasan tersebut yang merupakan dark spot di sepanjang jalan itu perlu diberi pencahayaan kerana kemalangan yang berlaku di kawasan tersebut adalah merupakan kemalangan maut dan boleh dikatakan statistik di Jabatan Kerja Raya atau pun di balai polis telah menunjukkan kekerapan berlaku kemalangan. Jadi harapan Pasir Panjang dengan kerajaan baru Perak supaya dapat mengatasi masalah pencerahan tersebut. Sekian, terima kasih.
Slim boleh izin. Terima kasih Timbalan Speaker. Slim setujukah bagi kita tahu peruntukan daripada Ibu kepada Jabatan Kerja Raya ini dia ada kategorinya. Ada yangdi Ipoh perlu datang daripada peringkat Persekutuan, ada yang ikut perlu datang daripada JKR peringkat negeri. Jadi, Slim setujukah adakah kadangkala kita nak sesuatu perkara nak infrastruktur awam yang sudah usang ke rosak ke tak berfungsi ke tetapi kadangkala kita ajukan masalah itu kepada pihak berkenaan mereka kata ini kena tunggu peruntukan daripada pihak faderal ini bukan daripada negeri. Jadi setujukah pihak kerajaan negeri agar SOP ini pada masa depan dibubal sikit kadangkala kita jalan kira sangat ini federal ke persekutuan asalkan infrastruktur awam tu katakan lampu jalan, jalan rosak, lalang tidak dipotong, jangan kita particular sangat sebab kadangkala kalau katakan yang lampu jalan ni tak berfungsi bahaya untuk rakyat kadang kita buat penjelaskan kepada pengadu, kita ini daripada Persekutuan bukan daripada negeri mereka pun keliru. Jadi harap masa depan SOP ini jangan terlalu regid sangat agar mereka ada kelonggaran sikit, boleh membantu saling membantu dari bahagian jabatan-jabatan. Terima kasih.
Slim, Slim setengah minit. Saya hendak sambung sedikit daripada Bercham. Selain daripada SOP, ada lebih baik adakah Slim bersetuju setiap pembangunan umpamanya terutama pada Bajet 2021 pihak JKR di peringkat daerah buat engagement dengan YB-YB dan bersama dengan kepimpinan kawasan JKPP dan sebagainya untuk mendapat feedback sebelum mereka membuat apa ni unjuran kepada pembangunan-pembangunan yang akan diluluskan bagi projek-projek tertentu atau pun projek-projek yang emergency atau pun segera. Supaya peruntukan tersebut dapat dilaksanakan pada tahun semasa, terima kasih.
Terima kasih kepada Pasir Panjang, Becham dan juga Changkat Jong dan saya bersetuju dengan pandangan dan cadangan yang dinyatakan dan kita harap ada satu mekanisma baru yang ditunjukkan daripada pihak kerajaan sama ada negeri dan pihak persekutuan berkenaan dengan bagaimana kita nak atasi masalah SOP dan sebagainya dari segi peruntukan daripada persekutuan dan juga negeri. Seterusnya saya hendak bangkitkan mengenai masalah banjir sebagaimana yang dinyatakan oleh Ayer Kuning tadi, saya setuju bahawa perancangan jangka panjang untuk mengatasi masalah banjir ini perlu diambil kira dan soal pemantauan, kekerapan pemantauan perlu diambil kira oleh JPS untuk melihat sungai, parit, longkang dan sebagainya dan juga mencadangkan supaya perlu juga ada pertambahan staf diletakkan di setiap kawasan untuk turun padang bagi memantau kawasan-kawasan dan saya juga dimaklumkan bahawa kerana kekurangan staf JPS menyebabkan juga mereka tak dapat nak turun ke padang dan melihat situasi sebenar apa yang berlaku di dalam di sungai, parit dan longkang dan harap kerja-kerja pembersihan sungai dan sebagainya perlu kerap dilakukan bukan setahun dua kali atau enam bulan atau pun setahun tapi biar kerap hanya ikut pada suku tahun pertama, kedua, ketiga dan saya cadangkan kita sendiri tak tahu maknanya musim banjir ini bila jadi pastinya kita sudah rangkakan ini juga kerja supaya dapat di atasi masalah-masalah ini. Berkenaan dengan bekalan air terawat dan secukupnya adalah perkara asas...
Slim saya hendak sentuh banjir sedikit.
Ramai orang minat Slim ini.
Terima kasih, baru-baru ini kawasan saya di Changkat Jong terlibat banjir tiga tempat, berturut-turut sebanyak beberapa kali mengakibatkan banjir tersebut tidak dikategorikan sebagai banjir-banjir besar. Ia dianggap sebagai banjir kilat. Saya hendak mohon kerajaan negeri dan juga majlis bencana supaya mengambil kira bahawa kategori banjir kilat juga boleh dimasuk dalam satu kategori lain supaya ia melayak untuk mendapat bantuan dan pertolongan disebabkan kategori ini tidak dimasukkan maka majlis bencana tidak dapat memberi peruntukan disebabkan alasannya ia bukan satu istilah banjir yang sebenar. Jadi saya hendak mohon kepada kerajaan supaya melayakkan mereka untuk mendapat bantuan supaya diwujudkan satu lagi kategori banjir kilat supaya bantuan ini dapat disalurkan satu, keduanya yang terlibat banjir di kawasan saya ni sampai dua tiga kali sampai rosak harta benda mereka itu siapa hendak ganti YB tak mungkin boleh ganti kerajaan pun tak mungkin boleh ganti saya nak memohon supaya kerajaan negeri pertimbangkan bantuan khas kepada kumpulan ini yang tak banyak pun tak sampai 200 ketua isi keluarga dapat di berilah sedikit bantuan kepada mereka supaya mereka dapat mengganti, menokok tambah peralatan-peralatan mereka yang telah rosak yang telah merea buang dan sebagainya. Terima kasih.
Slim, Slim minta celah.
Ramai peminat Slim, mana Slim hendak bagi Pangkor atau pun Pantai Remis. Pangkor.
Saya cuba hendak oleh kerana Slim adalah orang yang pertama cakap, jadi kita hendak bagi dia ada confident level cuma saya mendengar, Timbalan Yang Dipertua, mendengar hujahan daripada belah sana dan belah sini. Saya fikir saya ingin kemukakan kepada Slim untuk memikirkan dan mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya kita dapat mewujudkan apa yang dipanggil sebagai MP3. Dahulu ada MP3 yang melibatkan kawasan-kawasan pertanian pelbagai agensi duduk sekali, mengenal pasti masalah itu dan masing-masing akan berada di sana dan dapat menyelesaikan permasalah tersebut dalam konteks yang kita dengar tadi daripada hujahan Slim mengatakan bahawa ada masalah dari segi banjir, lampu jalan, jalan raya rosak dan Bercham tersebut tak tahu ini di bawah persekutuan ke ini di bawah negeri ke ini jalan MARRIS la kan. Ini masalah-masalah yang seharian yang kita hadapi. Saya pun menghadapi masalah yang sama. Slim menghadapi masalah yang sama. Setuju atau tidak supaya kita kemukakan kepada pihak kerajaan agar dapat diwujudkan satu templat MP3 yang melibatkan pelbagai jabatan, sekolah. Dulu kita ada Exco INTAP.
Bermakna kita boleh mewujudkan semua pelbagai jabatan dan cari jalan penyelesaian bagaimana kita menyelesaikan masalah yang disebutkan sepertimana yang disebutkan oleh Bercham sebagai contoh tadi, akhirnya kalau kita masing-masing nak defined dengan izin. Ini kawasan dia, ini kawasan dia, ini bukan kawan saya, ini kawasan saya. Akhirnya sampai bila masalah tersebut tidak dapat diselesaikan. Kita sudah ada templat, kita gunakan templat MP3 daripada Jabatan Pertanian semua yang terlibat di kawasan-kawasan pertanian di mana GPS ada, Jabatan Pertanian ada, dan ini boleh digunakan perkara yang sama. Cadangan saya, saya bertanya kepada Slim, apakah Slim bersetuju dengan cadangan itu.
Boleh minta laluan. Ya, terima kasih. Terima kasih Timbalan Speaker dan juga Yang Berhormat Slim. Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Changkat Jong dan juga Pangkor tadi. Memang isu banjir, bukanlah salah satu jabatan boleh selesai semua masalah, ia melibatkan koordinasi di antara semua jabatan dan seperti kebelakangan ini saya ucap terima kasih kepada MPM, YDP MPM dan juga pasukan beliau telah turun padang di Air Tawar apabila berlaku banjir. Dan masa tu kita dah dapat beberapa puncanya yang berlaku banjir kilat tu adalah satu main point adalah pembangunan di kawasan tu, pembangunan lama dengan pembangunan yang baharu. Sistem, kita kata parit ke longkang ke, sistem itu dah lama dan tidak match lagi dan kapasitinya tidak dapat menampung air ke dan pembangunan yang laju pada masa sekarang. Jadi ada satu cadangan untuk membangunkan semua sistem parit itu dengan pasar ke pasar. Tapi kekurangan adalah funding. Jadi saya bercadang supaya semua pihak kerjasama untuk kita memohon bukan saja peruntukan daripada pihak Kerajaan Negeri tetapi daripada pusat persekutuan, Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan yang cukup dan juga banjir ini terlibat bersama dengan JPS, JKR kerana kita yang tahu covered yang dibawah jalan crossing jalan itu semua di bawah JKR. Tetapi yang JPS punya sungai tu JPS yang jaga. Dan perumahan itu MPM, Majlis yang jaga, jadi dia berkaitan dengan semua pihak dan saya bercadang supaya Kerajaan Negeri dapat melihat lebih terang dengan isu ini dan apa yang Pangkor kata tadi memang kita harus meningkat lagi koordinasi yang di antara semua agensi. Terima kasih.
Terima kasih.
Daripada Alor Pongsu boleh?
Sikit sahaja saya nak sambung.
Slim dah ke?
Sikit sahaja. Pasal isu banjir ini memang di kawasan saya memang popular la. Saya nak sambung sikit
lepas tu Hulu Kinta.
Nak Minta kerjasama, setuju atau tidak Changkat Jong, polisi Kerajaan Negeri terutamanya tabung bencana daerah diubah sedikit. Baru-baru ini kejadian banjir di kawasan saya ada lebih kurang 11 atau 12 keluarga yang berpindah ke pusat di pusat pemindahan sementara (PPS) diberi bantuan melalui tabung bencana daerah. Selepas itu selesai banjir, diaorang balik ke rumah, dua malam di rumah lepas tu kena pindah balik kerana banjir berlaku sekali lagi dan tabung bencana daerah beri syarat tidak dapat dikeluarkan dah tabung untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Setuju atau tidak YB Slim bahawa Kerajaan Negeri seboleh-bolehnya ubah sikit dasar ini untuk bagi juga, asal berpindah ke PPS, kita bagi. Ataupun kita tambah lagi yang tak berpindah, ramai. Di kawasan saya hampir 40 keluarga yang tenggelam, tapi dia tak pindah, dia memang ada rumah dua tingkat, ini juga kita kena perhatikan. Kena ada juga dasar polisi boleh guna pakai duit tabung bencana daerah. Setuju tak YB Slim.
Terima kasih kepada semua yang telah mencadangkan dan saya melihat bahawa cadangan tu satu perkara yang baik dan saya setuju untuk dimasukkan dalam saya punya ucapan juga. Terutamanya daripada Pangkor telah mencadangkan.
Slim, Slim, masa Slim sebenarnya sudah habis dah kerana ramai sangat peminat Slim pada hari ini. Walaupun ramai YB-YB tadi sebut berkenaan dengan banjir, tapi tak berminat, tapi ramai sangat berminat dengan Slim. So saya tambah lagi 3 minit lagi masa untuk Slim. Boleh?
Terima kasih, terima kasih Tuan Speaker. Seterusnya, saya ingin nyatakan tentang air terawat, saya harap dapat perhatian daripada Kerajaan Negeri untuk melihat berkenaan dengan masyarakat Orang Asli. Ini puan ada dibangkitkan masa PRK yang lalu di Changkat Lamu dan di Changkat Sungai Teras yang mana mereka telah bertahun-tahun menantikan tentang bekalan air terawat.
Dan seterusnya berkenaan dengan pertanian, suka untuk saya cadangkan berkenaan dengan projek pertanian bandar. Oleh kerana pejabat-pejabat kerajaan kita ini luas kawasan. Apa salahnya kita mulakan di pejabat kerajaan, di SUK sendiri dan sebagainya. Kerana pertanian bandar, moden ini boleh di atas bumbung boleh, di kawasan lapang boleh dan sebagainya ianya boleh digunakan banyak kaedah, konsistensi dan sebagainya. Dan ada pun setengah tempat telah lakukan. Sekarang kita dimaklumkan ada di surau dan masjid, kenapa tidak di pejabat kerajaan kita mulakan dan akhirnya hasil itu boleh diberikan kepada staf-staf. Bukan staf kita semuanya berkemampuan, mereka juga di golongan B40 M40 dan sebagainya. Jadi saya ingat, 3 bulan dapat hasil boleh berikan. Kangkung, bayam, terung, bendi. Benda yang mudah, simple. Saya rasa benih boleh diberikan oleh Kerajaan Negeri ataupun Jabatan Pertanian berikan kepada jabatan kerajaan, lantik beberapa orang untuk menanam, gotong royong dan seterusnya untuk hari-hari jirus dan sebagainya boleh buat tugasan. Mereka ada pegawai yang ramai. Dan itulah, kita mulakan daripada kita, InshaAllah nanti, perumahan, taman-taman sebagainya juga akan buat. Saya di Pejabat DUN Slim pun dah buat, Jabatan Pertanian bagi benih, saya tanam dekat depan tu. Kalau tak percaya nanti saya ambil gambar.
Dan seterusnya berkenaan dengan prasarana digital yang sangat-sangat diperlukan sekarang, apatah lagi dalam Covid 19 ini banyak yang terkesan terutama anak-anak kita yang nakkan kepada apa nama ini pembelajaran di rumah. Jadi harap benda ini dapat diteruskan sebab kita sendiri semua sedia maklum awak COvid 19 ini belum tahu bila akan habis mungkin setahun lagi dan kalau setahun ini bagaimana yang berlaku dalam tahun ini, banyak terkesan tumbesaran anak-anak. Yang saya paling risau adalah anak-anak umur 6 dan 7 tahun. Mereka baru untuk mengenal huruf dan juga nombor, belajar, membaca. Apa akan jadi pada mereka, kalau mak ayah boleh ajar tak apa, tapi di mana mereka, siapa mengajar mereka di rumah dan sebagainya. Kalau benda ini tak ada, kita akan jadi masalah. Umur enam tujuh tahun. Maknanya mereka dah ketinggalan setahun, mereka dah tak tahu mungkin terkesan daripada itu belajar pelajaran sebagainya. Bagi senior macam ini mungkin tiada anak, macam saya ini umur 40, umur anak saya 6 tahun 7 tahun. Jadi kita terpaksa cari cikgu untuk mengajar dan sebagainya. Jadi inilah kita kena lihat dan golongan ini ramai antara umur 30 ke 40 tahun yang anaknya ada umur 5, 6 tahun 7 tahun ini ramai. Dan mereka ini akan terkesan. Jadi kita perlu beri perhatian kepada mereka ini.
Begitu juga saya ingin syorkan kepada Kerajaan Negeri berkaitan pendidikan ini, mengapa tidak bila boleh bagi pinjaman biasiswa dan sebagainya mengapa tidak kita boleh berikan buat masa sekarang iaitu pembelian laptop atau komputer kepada anak-anak kita terjejas dengan masalah yang ini. Ada di tempat saya yang datang mengadu mereka tak boleh nak belajar tak ada laptop nak beli 2000 lebih yang harga bawah 2000 tak adalah dalam pasaran sekarang ni. Saya dah tanya kedai-kedai sampai di Bukit Bintang saya pegi tanya memang tak ada. Stok tak ada. Yang ada 2000 ribu ke atas dan tak mampu. Mereka nak belajar di mana. Pelajar universiti, pelajar darjah 4, 3, 2, 1 dan pelajar sekolah rendah sendiri pun ada yang terpaksa belajar melalui pakai online. Jadi saya mencadangkan supaya agar Kerajaan Negeri melihat mungkin tahun ini kita bagilah kerana peruntukan pendidikan itu yang ada tadi sebabkan kerana covid-17 kita berikan untuk pembelian laptop dan sebagainya supaya mereka boleh dapat belajar dengan baik. Dengan itu, saya rasakan amat penting dan benda ni sebenarnya dekat pada rakyat. Kalau kita perjuangan ini insya-allah saya akan melihat bahawa kerajaan kita Kerajaan Negeri memang memberikan apa namanya peluang kepada mereka dan wajar untuk mereka pilih semula kita nanti InsyaAllah dan seterusnya ingin juga saya nyatakan di sini perkenaan dengan PPD Muallim lah. Saya seru kepada kerajaan supaya saya dimaklumkan Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mewujudkan PPD Muallim. Cuma saya minta daripada Kerajaan Negeri supaya melihat perkara ini dan mungkin gesaan supaya segerakan dan ini penting sebab saya banyak juga didatangi oleh ibubapa terutama yang susah nak pergi ke Tapah jauh. Mereka terpaksa kenderaan bas tak ada, bas percuma bas seringgit pun tak ada yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri Besar.
Ok Slim masa tambahan pun dah
Sikit lagi, yang ni last PPD Muallim.
Ok..ok..
Kerana itu supaya mereka boleh datang. Ada PPD Muallim ini mereka boleh dipermudahkan untuk memudahkan urusan harian kepada ibubapa yang untuk melihat susah dan juga guru-guru juga akan mudah. Kalau tak guru-guru nak mesyuarat ke Tapah 3 jam. Mesyuaratnya hanya satu jam tapi nak datang sejam, nak balik sejam tiga jam. Tak mengajar kat sekolah dah kan. Masa dah tak ada dan sebagainya. Jadi inilah kita perlu lihat kepada perkara-perkara ini dan saya harapkan agar insyaAllah terima kasih sekali lagi kepada semua dan saya menyokong dengan apa bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat kawasan Slim. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Kamunting.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in robbish rohli sodri wayasirli Amri wahlul uqdatamilisaani yafqahu Qauli. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, last speaker kan, saya last sekali kan. Harap-harap last but not least ye. Pertamanya Terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahas belanjawan 2021 dan saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua kakitangan yang terlibat yang telah bertungkus lumus menyediakan belanjawan ini, belanjawan yang amat baik dan saya yakin komitmen daripada setiap jabatan amat tinggi demi memastikan Perak berdaya tahan mampan dan inklusif. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Kota Tampan, Yang Amat Berhormat Dato' Saarani bin Mohamad di atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang ke-14 baru-baru ni oleh Paduka Seri Sultan pada
10 Disember. Semoga Yang Amat Berhormat terus cemerlang memimpin Kerajaan Negeri dan berada dalam taufik dan hidayah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Walaupun berdepan dengan kerenah dan sikap Ahli-ahli Yang Berhormat yang pelbagai.sama ada daripada belah sana dan belah sini kita doakan agar Insyaallah terus berjaya memberi kepentingan yang terbaik bagi Negeri Perak dan juga tahniah kepada ahli-ahli yang berhormat yang telah dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua menela'ah Belanjawan 2021 yang sarat dengan angka-angka yang mencecah puluhan juta dan ratusan ribu ringgit saya terfikir untuk mencadangkan agar dokumen belanjawan ini jika boleh dibantu dengan memperkenalkan suatu bentuk maklumat latar kepada belanjawan itu sendiri. Taklimat belanjawan yang dianjurkan baru-baru Ini ada satu perkara yang amat baik yang saya kira Belum pernah dilakukan sebelum ini Cuma beberapa perkara pada pandangan saya harus dilaporkan termasuklah ringkasan post-mortem belanjawan yang dahulu ataupun tahun dulu serta analisa pree moterm beserta inisiatif baharu untuk mengatasi apa-apa kekurangan yang telah dikenalpasti akibat pandemic covid-19 yang masih belum berakhir. Walaupun ada kata-kata dengan izin Numbers Don't Lie sedikit maklumat latar jikalau dibentangkan semasa taklimat bajet atau diperturunkan bersama dokumen belanjawan ini akan memudahkan ahli-ahli yang berhormat menghayati belanjawan yang dibentangkan.
Dengan maklumat latar mampu memahamkan ahli-ahli yang berhormat tentang rasional Mengapa sesuatu jumlah dana diperuntukkan kepada vot yang tertentu. Dasar dan asas yang menjadi sandaran dalam pembinaan angka-angka belanjawan ini perlu diterangkan dengan jelas. Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Simpang Pulai tadi maksudnya perlulah ditekankan sektor mana yang kita nak majukan pada tahun ini dan tahun masa dalam dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya jadi perlu diperjelaskan dan juga saya berpandangan sedikit sinopsis atau ringkasan tentang apa dan bagaimana syarikat berkaitan kerajaan atau GLC menyumbang kepada fiskal negeri perlu juga dizahirkan dalam lampiran pengenalan yang saya nyatakan tadi sebagai contoh kerajaan memberikan tanah dengan harga yang murah kepada syarikat milik kerajaan ataupun GLC akan tetapi bagaimana prestasi mereka menyumbang kembali kepada fiskal tahunan kerajaan, saya rasa perlu dibentangkan. Saya sedia maklum GLC pun ada dia punya akta yang dia punya sendiri tak perlu nak dibentangkan di sini secara keseluruhan tetapi sedikit sebanyak saya rasa perlu diberikan sinopsis bagaimana mereka menyumbang kepada fiskal tahunan kerajaan, sekadar mencadangkan. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, seterusnya saya ingin mendapat penjelasan tentang anggaran hasil cukai bagi tahun 2021 yang meningkat daripada jumlah anggaran sebanyak 558 juta ringgit pada tahun 2020 kepada 598 juta ringgit iaitu pertambahan sebanyak 40 juta ringgit.
Soalan saya apakah inisiatif yang baharu ataupun adakah kadar yang baru yang akan dikenakan kepada rakyat. Saya punya kekhuatiran ialah sebab kebiasaannya hasil cukai ini rakyatlah yang yang akan membayar. Jadi jika boleh diperturunkan sedikit apakah punca kepada kenaikan hasil cukai sejumlah 40 juta ringgit pada tahun 2021. Yang Berhormat Timbalan Tuan Yang Dipertua, mengikut hasil 61403 di bawah tajuk balak. Sejumlah 15 juta ringgit hasil telah dianggarkan dapat dikutip pada tahun 2020 dan juga bagi tahun hadapan pun sama 15 juta ringgit. Manakala pencapaian kutipan hasil sebenar seperti yang tercatat pada tahun 2019 hanyalah 12 juta ringgit sekitar
12 juta ringgit iaitu sekitar 80 peratus daripada jumlah yang dianggarkan. Saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan apakah halangan yang telah menyebabkan prestasi tidak mencapai KPI yang telah ditetapkan atau Apakah kadar hasil sehektar hutan yang dikenakan di Negeri Perak terlalu rendah. Saya difahamkan kadar hasil cukai yang ditetapkan oleh Jabatan Hutan adalah pada kadar 1500 ringgit setahun setiap hektar. Adakah kadar ini kompetitif ataupun konservatif berbanding dengan negeri-negeri lain. Saya ingin petik apa yang berlaku dalam laporan akhbar Berita Harian pada 14 Mei 2019, bukan di sini ya, di Kedah atas tajuk Kedah berisiko hilang hasil Premiem lebih 160 juta ringgit dinyatakan dalam artikel tersebut bahawa purata hasil yang boleh dimiliki Kerajaan Negeri melebihi 14 ribu ringgit sehektar.
Jadi saya tak pasti sama ada boleh kita semak semula kadar-kadar yang berlainan ini jadi dengan kalau dengan kadar yang lebih tinggi tu mungkin kita dapat meningkatkan lagi hasil balak di negeri Perak. Yang Berhormat Timbalan Yang dipertua saya ingin mendapatkan pencerahan peruntukkan Jabatan Agama Islam Vod B18 di mana terdapat peningkatan sebanyak 46 peratus untuk Bahagian Penguatkuasaan. Jadi boleh katakan ada butiran lanjut tentang kenaikan ini apakah ini inisiatif-inisiatif baru yang akan diperkenalkan berbanding dengan tahun yang lepas dan mohon penjelasan mengapakah peruntukan 3 Sekolah kendalian Jabatan Agama Islam iaitu sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah dikurangkan peruntukan masing-masing 5.5 peratus, 17.53 peratus dan 7.16 peratus, mohon penjelasan rasional pengurangan ini,
Kemunting, Mohon mencelah
Sekolah Izzuddin Shah yang melibatkan pengurangan sehingga 17 peratus. Silakan Behrang.
Terima kasih Yang Berhormat Kemunting, terima kasih Timbalan Yang Dipertua, saya nak patah balik kebelakang berkenaan peruntukkan yang diperuntukkan kepada JAIP atau Jabatan Agama Islam Perak. Melihat kepada muka surat 30 dan 31 Belanjawan Ucapan Belanjawan Yang Berhormat kalau diperhatikan semacam Jabatan Kehakiman Syariah terkeluar daripada senarai ini kalau kita tengok RM12.2 juta untuk Jabatan Pendakwaan Syariah, RM3.8 juta untuk Jabatan Mufti, 69.97 untuk Jabatan Agama Islam. Tak ada pun secara spesifik untuk Jabatan Kehakiman Syariah, mungkin ada penjelasannya cuma, saya nak menarik satu perkara kepada perhatian Dewan ini terutama Kemunting dalam kita menyebut tentang keberkesanan pendakwaan ataupun dan perlaksanaan undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam bagaimana boleh kita nak memastikan keberkesanannya dalam keadaan mahkamah dia pun tak ada, secara spesifik lah rasa Slim kena sokong saya, dalam daerah Mualim ni,dia tidak ada premis Mahkamah Syariah meskipun di Tanjung Malim ada satu premis Mahkamah Sivil Mahkamah Majistret, di Slim River ada satu, di Tanjung Malim ada satu, maknanya dalam satu daerah ada dua premis ada dua bangunan Mahkamah Majistret tetapi tiada premis tiada bangunan untuk kegunaan Mahkamah Syariah.
Selama hari ini yang berlaku ialah perbicaraan Mahkamah Syariah menumpang di Mahkamah Majistret. Saya percaya bahawa sudah sampai waktu dan ketikanya pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar mungkin jabatan-jabatan tu boleh buat perundingan berbincang dengan pihak federal untuk ambil alih salah satu daripada bangunan tersebut, atau untuk sewa sebab kalau melihat kepada statistik jumlah kes terbanyak dalam daerah Batang Padang adalah datang daripada daerah Mualim, so bagaimana pandangan Kemunting adakah boleh menyokong ke bagaimana?
So, saya mintak jabatan yang berkenaan untuk respons ya, Yang Berhormat Timbalan yang Dipertua 2 bulan yang lalu telah dihebahkan di United Kingdom dan melalui akhbar The Guardian bahawa dengan izin "coronavirus is here to stay the sooner we excepted that better" dan melihat kepada keadaan semasa pandemik ini besar kemungkinan tidak akan reda pada tahun 2021. Keadaan ini mengakibatkan aktiviti pembangunan khususnya sektor pembinaan akan terjejas. Belanjawan 2021 memperuntukkan RM430 juta ringgit bagi maksud belanja pembangunan manakala hanya sekitar 85 peratus sahaja belanja pembangunan berjaya dihabiskan pada tahun ini iaitu tahun 2020 atau dalam erti kata lain sejumlah lebih kurang RM64 juta ringgit tidak dapat digunakan akibat sebahagian daripada puncanya ialah kerana covid-19.
Menurut kaji selidik CIDB atau Lembaga Industri Pembangunan Pembinaan Malaysia yang dilakukan pada bulan Mei 2020 didapati 41 peratus kontraktor memerlukan satu hingga tiga bulan untuk mula kembali kerja-kerja mereka setelah dihantui oleh pandemik covid-19 manakala 29 peratus dan 12 peratus daripada kontraktor memakan masa masing-masing 4 hingga 6 bulan dan 7 hingga 12 bulan dari setahun untuk kembali beroperasi seperti sediakala. Ini bermakna pada tahun 2021 adalah tahun yang tidak memberangsangkan dan tidak menentu bagi sektor pembinaan bahan bahan binaan yang sukar didapati oleh kerana pergerakan pekerja yang terbatas jumlah hari bekerja efektif bagi tahun 2021 dijangkakan kurang daripada kebiasaan 243 hari setahun, oleh hal yang demikian saya ingin mencadangkan untuk kerajaan melihat kembali kepada belanja pembangunan yang kira-kira RM64 ribu yang tidak dibelanjakan pada tahun lepas supaya dapat mengurangkan belanja Pembangunan dan menyalurkan tanah tersebut kepada perkara-perkara yang akan saya nyatakan sebentar nanti yang berlangsung mampu memulihkan semangat rakyat yang dibelenggu pandemik covid-19 di sekadar cadangan.
Timbalan Yang Dipertua, saya menyambut baik usaha menambah peruntukan khas prihatin kalau dulu kita dengan kad prihatin RM80 ringgit sebulan dan jika bolehlah dikurangkan belanja pembangunan tersebut dan dimasukkan untuk bantu rakyat dari sudut memberikan kad prihatin jika boleh dinaikkan kepada RM150 ringgit sebulan tu ada satu perkara yang sangat dialu-alukan memandangkan kos sara hidup yang telah meningkat manakala kotak makanan juga yang telah di pertingkatkan jumlahnya juga saya syorkan supaya dapat dipertingkatkan lagi supaya dapat bantu rakyat B40.
Terima kasih Yang Berhormat kemunting, menyentuh perkara kad prihatin Perak di sini memang saya hargai cadangan YB Kamunting nyatakan untuk menaikkan had untuk pembinaan dan barang keperluan untuk daripada RM80 kepada RM 150 itu memang cadang baik, tapi kalau saya sini ada tokok tambah sikit cadangan sebab pilihan untuk membeli barang ni masa ini masih terhad kita di Ipoh ini ada pasar raya cuma terhad kepada Econsave, Speedmart99 kalau boleh kita pergi perkembangan ke Tesco, AEON dan pelbagai lagi dan lagi satu kepincangan kad prihatin adalah kalau katakan pemegang kad ini mereka ingin membeli barang melepasi had tersebut mereka tidak boleh dan mereka kata kena belanja di bawah had kalau katakan had tu RM80 mereka cuma boleh belanja RM79.99 sen. Kalau katakan kita beli barang lebih daripada Rm100 dia kena agihkan asingkan Jadi kalau boleh kita cakap dia beli RM100 ringgit dia boleh tambah topup RM20 Lepas tu sekaligus menyenangkan mereka jangan kita katakan asingkan yang kedua kad prihatin ini saya harap senarai juga akan ditambahkan. Itu saja cadangan saya. Adakah Kemunting bersetuju?
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, boleh tak Yang Berhormat bersetuju dengan saya, Kerajaan Negeri Perak kini dengan Menteri Besar baru boleh bersetuju untuk membenarkan Kad Prihatin Perak permohonan kad prihatin Perak juga diuruskan oleh ADUN setempat satu dan juga nombor dua bagi kotak-kotak makanan di kawasan kita jelas ini juga diagihkan pada masa dulu kepada ADUN-ADUN sebab ADUN-ADUN lebih tahu tentang mereka-mereka dalam kawasan mereka yang benar-benar susah.Setuju dengan saya bahawa isu ini dibuat ini akan memanfaatkan keseluruhan rakyat negeri Perak.
Ya, terima kasih.Saya bersetuju dengan kedua-dua Yang berhormat yang menyatakan tentang kad prihatin dan kotak dan seeloknya Kalau boleh dikendalikan oleh pusat khidmat ADUN sebab mereka mengetahui siapa yang memerlukan di kalangan penduduk di kawasan masing-masing.
Kamunting,mohon celahan sedikit. Sorry.
Sekejap ya. Temenggor, Kamunting. Kamunting dah masuk masa tambahan. Membenarkan Temenggor atau tidak?
Saya ingat saya nak teruskanlah. Ada dua tiga point lagi. Saya merujuk kepada bajet pembangunan P06 untuk Pejabat Daerah dan Tanah.
Kamunting, sekadar cadangan. Saya tak bantai kali ni. Ok je. Nak cakap je.
Tak bukan sebab bantai. sebab saya nak habiskan ni. Ada point. Saya bawa suara rakyat dan suara daripada Pejabat Daerah ya.
Ini suara rakyat juga. Mengenai Kad Prihatin.
Ya.
Terima kasih Kamunting. Saya setuju dengan cadangan tadi sebab Inilah antara perkara yang saya khuatirkan pada sidang-sidang yang lepas mengenai Kad Prihatin. Saya kira memang Kad Prihatin ini satu cadangan yang bagus, cuma pemurnian kepada bagaimana pelaksanaan Kad Prihatin itu perlu dilihat dan pada tahun ini Kad Prihatin berjumlah RM 19,200,000.00 daripada RM 25 juta yang diperuntukkan di mana balancenya RM 6 juta diperuntukkan untuk Kad Kesihatan bagi semua penerima Kad-Kad Prihatin cuma adakah Kamunting bersetuju agar RM 6 juta yang diperuntukkan untuk Kad Kesihatan itu Kita mansuhkan tidak perlu lagi Kad Kesihatan kerana saya kira Kad Kesihatan ini hanya diberikan untuk kegunaan sekali rawatan RM 50.00 sahaja maknanya rawatan biasa kepada penerima Kad Prihatin ini. Jadi mungkin RM 6 juta itu kita dapat topup untuk kegunaan Kad Prihatin. Adakah Kamunting bersetuju?
Saya mengambil maklum tentang perkara itu tapi saya rasa saya serahkan pada Kerajaanlah untuk decide sebab mungkin ada data-data yang lain yang diperlukan. Berapa orang yang memerlukan dan Kad Kesihatan dan sebagainya dan saya serahkan kepada Kerajaan untuk menjawab soalan tersebut. Saya merujuk kepada bajet pembangunan P06 untuk Pejabat Daerah dan Tanah yang diberi peruntukan sejumlah RM 13 juta. Saya kira perkara ini sangat penting bagi Pejabat Daerah dan Tanah mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi di kawasan luar bandar. Ini isu banjir ya. Saya rasa ramai yang sebut tentang isu banjir. Changkat Jong, air kuning, Ulu Kinta, Behrang, Pasir Panjang, Alor Pongsu. Jadi diantara isu utama yang tiada berkesudahan ialah masalah banjir. Saya ingin mendapat penjelasan, adakah peruntukan ini juga digunakan untuk menyedia dan menaiktaraf infrastruktur ataupun prasarana seperti longkang terutama sekali longkanglah dan perparitan di kawasan luar bandar supaya masalah banjir dapat diatasi. Setiap kali hujan kalau di DUN Kamunting, Kampung Sungai Relong, Kampung Ekspo dan Kampung Baru di DUN Kamunting ini memang akan dinaiki air dan akan terjejas teruk oleh sebab yang utamanya ialah pada pandangan saya adalah sistem perparitan ataupun longkang yang sangat lemah.
Isu utama di kawasan banjir kawasan luar bandar ni ialah pemilik tanah rata-ratanya boleh mendirikan rumah tanpa apa-apa submission of plan dengan izin. Tidak perlu pelan jalan dan perparitan apatah lagi kelulusan Bomba atau agensi berkaitan seperti mana amalan di kawasan operasi pihak berkuasa tempatan untuk mengelakkan pembinaan rumah secara help hazard atau tanpa apa-apa polisi dan peraturan, saya ingin mencadangkan Pejabat Daerah dan Tanah mengorak langkah memperkenalkan satu SOP ataupun Undang-Undang Kecil Pembinaan Rumah di kawasan luar bandar. Dengan ini bila ada submission of plan, submission of plan ni kadang-kadang ada bila seseorang itu minta loan dia kena buat submission of plan tapi selain daripada itu kalau di luar kawasan operasi pihak berkuasa tempatan, maka tak ada perlu kepada submission of plan dan itulah yang jadi rumah tak ada longkang ataupun kalau ada longkang tidak disambung sehinggalah ke sungai. Sehubungan dengan penambahbaikkan kawasan luar bandar, saya ingin merakamkan tahniah kepada pihak Kerajaan kerana menaikkan sumbangan pembangunan kepada Kerajaan Tempatan dari RM 3.8 juta pada tahun 2020...
Kamunting. Kamunting. Sikit je nak tambah. Sikit sahaja. Terima kasih Kamunting. Timbalan Yang Dipertua. Selain daripada isu berkaitan dengan cadangan pembersihan longkang dan sebagainya, Adakah Kamunting setuju pihak JPS juga seharusnya membuat kajian berkaitan kawasan-kawasan banjir tersebut supaya dapat diwujudkan di kawasan tadahan air, takungan air supaya dapat air tu dialirkan ke kawasan tadahantersebut dan barulah selebihnya akan masuk ke dalam sungai. Barulah banjir itu dapat dikawal dan kawasan tersebut juga boleh digunapakai sebagai kawasan riadah dan sebagainya. Terima Kasih.
Saya rasa dalam sidang DUN ini pun saya pernah menyuarakan...
Kamunting, Kamunting. Sikit nak tambah.
Menyuarakan supaya dibuat satu research yang mendalam tentang punca banjir ini dan apa dia punya solution dia banyaklah sama ada buat takungan kolam atau pun perbaiki perbesarkan longkang dan sebagainyalah. Jadi saya setuju maknanya kita perlu perlu buat satu reasearch yang komprehensif supaya dapat mengatasi masalah banjir ini. Saya tak ada masa. Masa kecederaan. Ini pasal sampah. saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana berani fikir luar kotak dan memperuntukkan RM6 juta bagi tahun 2021 untuk kutip sampah di kawasan luar bandar tetapi saya ingin kalau boleh menambahkan lagi peruntukan itu sebab kalau ikut 100 buah kampung hanya merupakan 12% daripada jumlah bilangan kampung yang terdapat di Perak iaitu 829 buah keseluruhannya. Isu ini hanyalah 12%. Jadi kalau boleh tambah lagi sebab ini akan menyelesaikan banyak masalah-masalah banjir pun ya, masalah kesihatan pun ya. Jadi syabas diucapkan kepada Kerajaan dan saya memang looking forward untuk perkara ini dilaksanakan sebab masalah sampah ni memang satu masalah yang evergreen di DUN Kamunting khususnya. Sebagai kesimpulan, di dalam ucapan bajet Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah memperuntukan RM200,000.00 kepada semua 29 ADUN yang melibatkan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM 11.8 juta dan saya sangat bersetuju dan berterima kasih dan juga kami bagi pihak pembangkang dijemput hadir dalam Mesyuarat JKTD, FGD serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan masing-masing. Cuma saya ingin menyeru ataupun merayu kepada Yang Amat Berhormat jika boleh kita juga dimasukkan dalam Mesyuarat Pemilihan Tanah Daerah kerana kami mengetahui apa yang berlaku di kawasan kami InshaAllah dan dengan pengetahuan ini bolehlah kita melicinkan lagi pengurusan tanah atau pun pemilikan tanah di kawasan masing-masing.
Sebagai akhirnya terima kasih sekali lagi di atas peluang membahas belanjawan 2021 ini. Akhir sekali Kamunting mohon bagi melicinkan lagi pengoperasian pusat khidmat
ADUN di DUN masing-masing memberi khidmat kepada rakyat dan sempena norma baru politik masa kini.
Apalah kiranya jika Yang Amat Berhormat berbesar hati untuk menaikkan peruntukan khidmat ADUN-ADUN dari RM 5,000 kepada RM 10,000. Kalau tadi Yang Berhormat Sungkai tak sebut pun term dia.Dia kata naikkan. Saya mohon jika boleh naik kepada RM 10,000 sebulan supaya kita dapat memberi perkhidmatan yang lebih cekap. Tuan Timbalan Yang Dipertua, akibat Pandemik Covid-19 sehingga kini 15 disember hingga 15 Disember 2020, 2634 kes positif dengan 16 kematian. Keadaan dijangka berterusan hingga ke tahun hadapan. Kita ucapkan terima kasih kepada frontliner yang telah bertungkus lumus dan marilah kita sama-sama jaga kita dan putuskan rantaian coronavirus. Sekian wabillahitaufik assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Terima kasih
Timbalan Yang Dipertua, nak buat pembetulan. Semasa Kamuntin,g saya mencelah saya menyebut tentang tiada peruntukan Jabatan Kehakiman Syariah salah baca RM12.2 juta tadi merujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah ada sebenarnya mohon pembetulan.
Ok Terima kasih Behrang. Harum sungguh si bunga cina, harum lagi si limau kasturi, transformasi berjaya rakyat sejahtera, negara berdaulat ibu pertiwi. Terima kasih kepada semua ahli yang telah berbahas sebentar tadi. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tempohkan sementara dewan ini sehingga hari Jumaat 18 Disember 2020 jam 9.00 pagi. Sekian, terima kasih.