Perak · 26 August 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 220 turns · 51,558 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Ketua Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang Dipertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Kedua Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis 26 Ogos 2021 jam 9.04 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu di pohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran-mu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.

Pengumuman Tuan Yang Dipertua

Setiausaha

Perkara yang kedua, pengumuman Tuan Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Terlebih dahulu izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama saya amat berharap Prosedur Operasi Standard (SOP) kawalan pencegahan Covid-19 sepanjang persidangan berlangsung dapat dipatuhi sepenuhnya Ahli-ahli Yang berhormat dan para petugas. Seiring dengan pelaksanaan konsep gelembung Dewan negeri. Menerusi pematuhan sepenuhnya akan menentukan keberkesanan yang optimum konsep gelembung Dewan Negeri ini dalam memastikan perjalanan keseluruhan persidangan pada mesyuarat ini dapat berada keadaan yang selamat dan terkawal.

Perkara yang kedua, suka saya maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai penggunaan 1 QR Code. Saya memohon Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menggunakan access QR code Mysejahtera ini bagi tujuan pengesahan kehadiran sepanjang Persidangan Mesyuarat ini. Di samping itu, menerusi penggunaan QR Code yang kedua, Ahli Yang Berhormat boleh mengakses dokumen berkaitan sepanjang persidangan mesyuarat ini.

Perkara yang ketiga mengenai laluan ke Dewan Negeri oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersidang pada Dewan Negeri ini, sepanjang persidangan mesyuarat ini laluan masuk Ahli-ahli Yang Berhormat dikhususkan melalui pintu A manakala laluan keluar melalui pintu B sahaja.

Perkara yang keempat, berkaitan dengan penyediaan makanan dan minuman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di Dewan Negeri A juga Dewan Negeri B ketika Dewan ditangguhkan sementara akan disediakan secara berbungkus di tempat duduk Ahli-ahli Yang Berhormat. Walaubagaimanapun, SOP yang berkaitan seperti penjagaan fizikal masih lagi perlu dipatuhi dengan sepenuhnya.

Perkara yang kelima, berkenaan isu yang diberi notis. Selain daripada usul yang menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang dibawa dan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Setiausaha Dewan negeri turut menerima 4 usul yang lain bagi mesyuarat ini. Usul-usul tersebut telah diterima Pada 18 hari bulan Ogos 2021 iaitu pada hari Rabu iaitu:

i) Usul melantik keanggotaan and Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang/Public Accounts Committee akan dibawa dan dibentangkan oleh Yang Berhormat kawasan Sungai Manik. ii) Usul melantik keanggotaan Ahli-ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap akan dibawa dan dibentangkan oleh Yang Berhormat kawasan Changkat Jering. iii) Usul melantik keanggotaan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan akan dibawa dan dibentangkan oleh Yang Berhormat kawasan Bota. iv) Usul melantik keanggotaan Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bangunan Baru Dewan Negeri Perak akan dibawa dan dibentangkan oleh Yang Berhormat kawasan Rungkup. Pelaksanaan sesi tersebut akan berlangsung pada 30 Ogos 2021 iaitu hari Isnin selepas selesai penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. v) Berkenaan Hansard, atas kekangan yang dengan jumlah para petugas Hansard yang terhad akibat penularan Covid-19. Dukacita dimaklumkan handsard sepanjang tempoh persidangan mesyuarat ini tidak dapat diakses melalui sistem E-Dewan seperti kebiasaannya iaitu sebelum jam 12 malam pada hari persidangan. Pemakluman rasmi mengenai handsard mesyuarat ini akan saya maklumkan setelah handsard mesyuarat ini dapat disediakan sepenuhnya oleh para petugas sedia ada. vi) Berkenaan soalan lisan yang tidak sempat dijawab dengan soalan bertulis. Berkenaan soal jawapan soalan lisan yang tidak sempat dijawab dan jawapan soalan bertulis akan dimaklumkan secara rasmi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat setelah selesai disediakan dan dapat diakses pada sistem E-Dewan. vii) Berkenaan siaran secara langsung live streaming. Persidangan sepanjang mesyuarat ini boleh diikuti secara langsung melalui saluran YouTube pautan berkaitan live streaming tersebut dipaparkan melalui Portal dan Facebook pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Sekian, terima kasih.

Membentangkan surat-surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

Setiausaha

Perkara yang ketiga. membentangkan surat-surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya membentangkan surat-surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari bilangan 01/2021 hingga 21/2021 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan.

Bil 1/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 2/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Yayasan Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 3/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Bandaraya Ipoh bagi tahun berakhir 31 Disember

2019

Bil 4/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Perbandaran Taiping bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 5/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Perbandaran Manjung bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 6/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi tahun berakhir 31

Disember 2019

Bil 7/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar bagi tahun berakhir

31 Disember 2019

Bil 8/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Daerah Batu Gajah bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 Bil 9/2021 - Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Majlis

Daerah Kerian bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil. 10/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Daerah Kampar bagi tahun berakhir 31 Disember

2019

Bil 11/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Daerah Tanjung Malim bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 12/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Daerah Perak Tengah bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 13/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Daerah Gerik bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 14/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Daerah Tapah bagi tahun berakhir 31 Disember

2019

Bil 15/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Daerah Lenggong bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 16/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Daerah Pengkalan Hulu bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 17/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Majlis Daerah Selama bagi tahun berakhir 31 Disember

2019

Bil 18/2021 - Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Lembaga Air Perak bagi tahun berakhir 31

Disember 2017

Bil 19/2021 - Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Lembaga Air Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2018

Bil 20/2021 - Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan

Lembaga Air Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2019

Bil 21/2021 - Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara tahun 2019 dan Memorandum Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri mengenai Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Perak tahun 2019 serta Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan agensi negeri serta Pengauditan Pematuhan jabatan/ agensi Negeri Perak tahun 2019.

Soalan yang telah diberi notis soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang keempat. Soalan yang telah diberi notis soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan disebabkan oleh SOP dan kekangan masa adalah dihadkan kepada satu soalan sahaja dan saya bagi keutamaan kepada penanya soalan asal kecuali penanya soalan asal itu untuk memberikan laluan kepada yang lain, ahli Yang Berhormat yang lain untuk bertanya soalan dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Walaubagaimanapun, saya faham kerana lama sudah Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bersidang jadi kalau soalan itu berkaitan dengan isu seperti mana sesi-sesi yang sebelum ini iaitu apabila ada soalan-soalan yang banyak jawapan yang boleh diberikan dan saya rasakan di waktu perbahasan nanti, waktu penggulungan oleh YAB Menteri Besar ataupun oleh Ahli MMK, mungkin agak terhad masa batasannya dan sesuai untuk dijawab sekarang, saya mungkin benarkan, kalau dulu dua soalan saya benarkan tiga mungkin kali ini satu soalan saya benarkan dua, tertakluk kepada bentuk soalan dan kita tengok intipatinya nanti. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan.

Dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan soalan.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Dato’ Yang Dipertua, soalan Pasir Panjang soalan nombor 1.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pasir Panjang bersekali dengan soalan Yang Berhormat Temengor dan Yang Berhormat Manjoi kerana ianya berkaitan. Bagi menjawab soalan A, berdasarkan data Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan atau PICK Negeri Perak sehingga 24 Ogos 2021 seramai 1,118,358 orang iaitu 60.04% telah menerima dos pertama. Manakala 797,317 orang iaitu 42.81% telah lengkap menerima dos yang kedua. Bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada kawasan berkepadatan tinggi, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam yang sedia ada telah dinaiktaraf kepada kapasiti harian yang lebih tinggi disamping mewujudkan kaedah pemberian vaksin secara pandu lalu dan juga melaksanakan Program Jangkauan Komuniti atau Mobile Outreach. Sehingga 24 Ogos 2021 terdapat 22 PPV awam, 6 PPV pandu lalu, 14 kumpulan PVV bergerak Mobile Outreach, 8 PPV khas, 1 PPV integrasi, 1 PPV NGO, 1 PPV IPT, 15 PPV hospital swasta, 150 PPV pengamal perubatan dan 8 PPV PIKAS. Dengan kapasiti suntikan harian antara 40,000 hingga 45,000 sehari, rekod menunjukkan pencapaian tertinggi pemberian vaksin di Negeri Perak adalah sebanyak 39,998 pada 25 Ogos 2021.

Bagi membantu mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Negeri Perak, kerajaan negeri sedang membuat penilaian terhadap cadangan mewujudkan 12 lagi PPV baru dan menaik taraf tiga PPV sedia ada. Bagi kawasan pendalaman pula pemberian vaksin telah dilakukan secara jangkauan komuniti dengan sasaran komuniti atau penduduk di kawasan Felda, Felcra dan juga kawasan komuniti Orang Asli. Ia dijalankan oleh pasukan PPV bergerak yang melibatkan kakitangan Jabatan Kesihatan dengan dibantu oleh jabatan-jabatan lain yang berkenaan. Negeri Perak dijangka akan mencapai imuniti kelompok 80% selewat-lewatnya pada Oktober 2021 dan selesai vaksinasi pada November 2021 tertakluk kepada bekalan vaksin.

Bagi jawapan soalan B. Kerajaan Negeri sedaya upaya ingin menyempurnakan pemberian vaksin kepada seluruh lapisan rakyat di setiap pelusuk negeri. Sukacita saya melaporkan di dewan yang mulia ini sehingga 24 Ogos 2021 pemberian vaksin di setiap daerah adalah seperti berikut:

(i) Daerah Kinta 87.34% telah berdaftar dan 40.29% telah menerima dos yang kedua.

(ii) Daerah Larut Matang dan Selama, 74.43% telah berdaftar dan 35.07% telah menerima dos kedua.

(iii) Daerah Manjung 88.45% telah berdaftar dan 50.81% telah menerima dos kedua.

(iv) Daerah Kerian 75.04% telah berdaftar dan 37.14% telah menerima dos yang kedua.

(v) Daerah Kuala Kangsar 78.03% telah berdaftar dan 35.53% telah menerima dos yang kedua.

(vi) Daerah Hilir Perak 78.39% telah berdaftar dan 47.43% telah menerima dos yang kedua.

(vii) Daerah Batang Padang 78.04% telah berdaftar dan 47.89% telah menerima dos yang kedua.

(viii) Daerah Kampar 103.06% telah berdaftar dan 55.19% telah menerima dos yang kedua.

(ix) Daerah Perak Tengah 79.09% telah berdaftar dan 47.75% telah menerima dos yang kedua.

(x) Daerah Hulu Perak 77.69% telah berdaftar dan 52.45% telah menerima dos yang kedua.

(xi) Bagan Datuk 72.15% telah berdaftar dan 42.13% telah menerima dos yang kedua dan (xii) Daerah Muallim 84.72% telah berdaftar, 57.16% telah menerima dos yang kedua.

Dato’ Yang Dipertua, jawapan Soalan C. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan vaksinasi di setiap pusat pemberian vaksin. Antaranya semua pengoperasian PPV dipantau melalui sistem pelaporan harian. Setiap PPV juga mempunyai seorang Pengurus dan seorang Penyelaras bagi memastikan kelancaran operasi harian. Semua PPV juga melaksanakan sistem operasi mengikut standard yang telah ditetapkan dan dipantau secara berkala oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 atau CITF peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Semua isu harian dibincangkan tahap risiko dan dibentangkan dalam Mesyuarat CITF Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Terima kasih.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Pasir Panjang. Soalan tambahan Dato’ Yang Dipertua. Walau bagaimanapun, ketika berada di lapangan terdapat rungutan mengatakan bahawa terdapat kelewatan ataupun mereka yang telah pun mendaftar dengan My Sejahtera tetapi lewat untuk mendapat vaksin dan apakah kerajaan negeri dapat memberi kebenaran sekiranya ada pihak tertentu yang mahu turut sama untuk mempercepatkan dalam penyumbangan ataupun pemberian vaksin kepada rakyat Negeri Perak. Contohnya mereka memohon kebenaran untuk mengadakan penyampaian ataupun pemberian vaksin serta mengikut tempat tempat-tempat yang tertentu. Sekian.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Panjang. Seperti yang saya maklumkan tadi kita telah pun menyediakan PPV yang pada pendapat kita mencukupi untuk penduduk-penduduk di seluruh Negeri Perak. Tapi saya faham sepertimana yang disebutkan oleh ramai rakan-rakan, iya kerana ada sebahagian daripada rakyat merasakan jarak PPV agak jauh daripada tempat kediaman mereka. Walau bagaimanapun, kita terikat dengan peraturan untuk menubuhkan PPV iaitu bagi setiap 10 km perlu ada sekurang-kurangnya lapan ribu orang yang berdaftar dengan My Sejahtera baru kita boleh tubuh sebuah PPV tapi untuk mengatasi masalah itu saya sebutkan tadi kita menyediakan mobile outreach iaitu pasukan bergerak. Pasukan itu yang turun padang pergi ke perkampungan-perkampungan ataupun ke tempat-tempat yang kita fikirkan perlu sampai secara mobile outreach dan setakat ini kita mampu untuk menangani masalah itu. Jadi Yang Berhormat juga sebut tadi tentang kelewatan ketibaan vaksin. Ingin saya nak betulkan ada sebahagian mengatakan tidak cukup vaksin. Sebenarnya istilah tidak cukup itu tidak tepat.

Kalau MOSTI berjanji nak bagi kepada kita pada bulan Julai 688,000. Ia sampai kepada kita pada bulan Julai 820,000. Mana yang lebih daripada yang dijanjikan cuma jadual ketibaan itu sahaja yang mungkin tidak seperti mana yang sepatutnya. contoh kalau kita katakan kita perlukan vaksin seminggu 200,000 ribu. Jadi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, dia hanya sampai 150,000. Tapi akhirnya pada hujung bulan itu contoh untuk bulan Ogos, dijanjikan untuk kita dapat satu juta vaksin. Insyaallah, kita akan dapat satu juta, cuma jadual itu mungkin tidak sepertimana yang kita harapkan, ia pun tertakluk kepada jadual ketibaan vaksin daripada pembekal luar negara. Jadi kalau ada yang mengatakan vaksin tak cukup itu tak tepat. Vaksin cukup cuma jadual ketibaan itu saja yang perlu kita selaraskan untuk membolehkan tiap-tiap PPV boleh melunaskan tanggungjawabnya seperti mana yang dijadualkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya sekarang saya jemput ahli Yang Berhormat dari Kawasan Trong untuk mengemukakan soalan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Yang Dipertua, soalan saya nombor dua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih YB Trong di atas pertanyaan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua untuk makluman ahli Yang Berhormat. Seksyen Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang melalui kawasan DUN Trong. Adalah melibatkan jajaran Seksyen 11 yang bermula dari Persimpangan Beruas hingga ke Persimpangan Taiping Selatan dengan panjang jajaran iatu 35.5. Peratusan kemajuan sebenar kerja pembinaan Seksyen 11. Bagi tempoh berakhir 25 Julai 2021 adalah 51.55%. Berbanding jadual sepatutnya iaitu 99.30%. Kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan adalah kerja-kerja tanah. Depan batu pembinaan struktur yang jambatan, perparitan, cerun dan lain-lain. Namun begitu, walaupun kerja-kerja pembinaan dibenarkan untuk diteruskan tetapi terdapat kekangan besar terhadap bekalan bahan binaan, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia, mendapati punca utama tempat pembinaan Seksyen 11 adalah disebabkan oleh prestasi kontraktor utama yang tidak memuaskan. Bagi menangani isu tersebut, syarikat konsesi itu West Coast Expressway Sdn Bhd. melalui kontraktor (EPC) telah mengambil-alih kerja pembinaan di seksyen tersebut bagi menyiapkan bagi kerja pembinaan. Kerajaan Negeri juga telah diberi taklimat berkenaan isu ini dan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberi komitmen untuk menyiapkan baki-baki projek ini iaitu 48 % bagi mengikut garis masa baharu dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2024.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat bagi soalan berkenaan Perancangan Pembangunan Perkampungan Kecil di sepanjang jajaran dari sini. Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ataupun (PKNP) sebagai agensi kerajaan negeri merupakan pihak yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pembangunan Semula Pekan-Pekan Kecil (PSPK) di seluruh Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak PKNP sedang meneliti dan merangka perancangan yang strategik terhadap tiga lokasi dan dijangka akan mendapat limpahan ekonomi. Tiga lokasi dimaksudkan adalah di Sitiawan, Teluk Intan dan Hutan Melintang. Pelbagai aktiviti-aktiviti ekonomi baru seperti pembuatan produk berasaskan pertanian, industri pembuatan dan pemprosesan makanan dan minuman malah Industry Oil and Gas mampu dikembangkan sekaligus akan memacu kepada pengwujudan pekan-pekan kecil di jajaran tersebut.

Selain daripada sektor perindustrian, Kerajaan Negeri menjangkakan peniaga berasaskan tambah nilai juga dapat berkembang dengan adanya akses kemudahan logistik dan jalur lebar seperti e-commerce Fulfillment Centre. Modul perniagaan seperti ini akan membuka pasaran lebih besar kepada peniaga Desa untuk mengedarkan hasil jualan mereka melalui modul perniagaan atas talian. Usaha ini juga merangkumi aktiviti tambah nilai lain seperti aktiviti pembungkusan, penyimpanan dan penyenarai. Kerajaan Negeri juga yakin Jajaran Seksyen 11 di kawasan Trong turut tidak akan ketinggalkan dari mendapat manfaat ekonomi melalui usaha pengintegrasian pusat komersil serta kemudahan orang ramai dalam satu kawasan yang lebih kondusif kepada peniaga dan juga masyarakat tempatan. Oleh itu, pihak PKNP telah diarah untuk membuat perbincangan dan perancangan bersama-sama dengan pihak PBT, pemimpin tempatan dan peniaga sekitar. Perbincangan bersama pihak LLM melalui Syarikat Konsesi WCE Sdn Bhd juga perlu dijalankan agar suatu pembangunan yang berimpak tinggi dapat diwujudkan disusur keluar dari sini bagi jajaran tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin memaklumkan Kerajaan Negeri melalui PKNP telah pun mengenalpasti dan merancang sepanjang jajaran WCE untuk dibangunkan pembangunan estet perindustrian iaitu di tiga tempat Teluk Intan lebih kurang 1,000 ekar yang akan sedia mewujudkan pekerjaan sebanyak 12,800 dengan pelaburan sebanyak sembilan bilion dan yang kedua di Sitiawan, Manjung 2,273 ekar yang akan mewujudkan pekerjaan sebanyak 24,000 pekerjaan dengan nilai pelaburan yang menjana tiga puluh bilion dan yang ketiga di Hutan Melintang, iaitu Bagan Datoh 1,000 ekar yang akan mewujudkan pekerjaan seramai 10,000 dan akan menjana dua belas bilion. Ini adalah selaras dengan Pelan Strategik Tindakan Negeri Perak 2030. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB EXCO. Yang Berhormat soalan tambahan daripada Trong.

Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, masalah banjir kilat di kawasan jajaran WCE dalam kawasan DUN Trong memerlukan perhatian pihak Kerajaan Negeri. Jadi adakah pengurusan WCE ini pernah dipanggil untuk berbincang tentang kesan-kesan pembangunan, di mana kolam-kolam takungan endapan ini kebanyakkannya tidak diselia. Jadi saya ingin mendapatkan sedikit maklumbalas berkenaan bagaimana pihak JPS membantu melihat bagaimana Erosion Sediment Control Plan ini dilaksanakan oleh WCE?

Terima kasih YB Trong. Dato’ Yang Dipertua, pihak LLM dan juga JPS yang telah mengambil tindakan, dan telah merancang, apa yang telah dibangkitkan oleh YB Trong supaya keadaan banjir yang telah berlaku, tidak akan berlaku lagi di kawasan jajaran di Seksyen 11, di Trong. InsyaAllah, usaha-usaha ini akan dilakukan dengan secepat yang boleh bagi memberikan keselesaan kepada masyarakat di kawasan Trong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Kawasan Teja untuk mengemukakan soalan.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Dato’ Yang Dipertua, soalan Teja soalan nombor tiga.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Teja bagi soalan 2A dan 2B.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Bilangan 2002 bertarikh 4 September 2020 memutuskan Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung (JSPK) yang sedia ada dilaksanakan di Negeri Perak sejak 1 Mei 2020 dijenamakan semula dan ditambah baik seperti ketetapan berikut:

1. Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung (JSPK) dijenamakan semula sebagai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

2. Struktur keanggotaan JPKK adalah dengan mengekalkan JSPK yang sedia ada yang dilantik dengan penambahan jawatan Setiausaha merangkap Bendahari.

3. Struktur keanggotaan JPKK adalah seperti berikut:

i. Lima orang, satu pengerusi yang dipengerusikan oleh Penghulu. ii. Satu setiausaha merangkap Bendahari dilantik dari kalangan kerani Pejabat Penghulu dan pegawai-pegawai di peringkat daerah. iii. Melibatkan tiga orang ahli jawatankuasa, menjadikan jumlahnya 5 orang

4. Sehingga Julai 2021, jumlah pelantikan Ahli Jawatankuasa JPKK adalah seperti berikut:

i. Bagi mewakili BN, 824 daripada 829 perjawatan. ii. BERSATU, 814 ahli daripada 829 perjawatan. iii. PAS 817 ahli daripada 829 perjawatan.

Manakala pelantikan ketua kampung baru bagi Kampung Baru Cina dan

India telah dilaksanakan melibatkan 160 Ketua Kampung Baru Cina dan 7

Ketua Kampung Baru India yang berkuatkuasa untuk tempoh setahun mulai

1 November 2020 hingga 31 Oktober 2021. Manakala peruntukan yang diterima oleh JPKK adalah daripada Kerajaan Persekutuan melalui

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) seperti berikut:

i. Elaun pengerusi RM500 sebulan. ii. Elaun setiausaha RM300 sebulan. iii. Elaun kehadiran mesyuarat RM50 dan mesyuarat terhad kepada enam kali tuntutan mesyuarat, iv. Elaun pengendalian mesyuarat RM100 terhad kepada enam kali tuntutan mesyuarat.

Ini adalah jumlah yang diperuntukkan oleh KPLB. Walau bagaimanapun, kadar bayaran elaun bagi JPKK di Negeri Perak adalah menggunapakai struktur dan Jawatankuasa Sementara Pengurusan Kampung (JSPK) dimana setiap anggota JPKK Negeri Perak adalah layak menerima elaun seperti berikut:

i. Elaun pengerusi RM350 Setiap pengerusi hanya layak menerima satu sahaja tanpa mengambil kira jumlah kampung. ii. Elaun setiausaha RM300 sebulan. Begitu juga setiausaha layak menerima satu sahaja tanpa mengambil kira jumlah kampung. iii. Manakala elaun ahli jawatankuasa JPKK adalah RM250

Sebulan elaun kehadiran mesyuarat RM50 terhad kepada dua belas kali mesyuarat, elaun pengendalian mesyuarat RM100 terhad kepada dua belas kali tuntutan mesyuarat. Selain itu, kerajaan negeri Perak juga memperuntukkan sebanyak RM5,000 setahun kepada semua JPKK tradisional di Negeri Perak.

Bagi menjawab soalan C, peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi 158 kampung baru Cina adalah berjumlah sebanyak RM2,030,300 melibatkan pembayaran elaun bulanan kepada pengerusi sebanyak RM500, setiausaha sebanyak RM300, pengendalian mesyuarat maksimum lima kali setahun sebanyak RM100 dan kehadiran ahli mesyuarat maksimum lima kali setahun RM50 seorang. Walau bagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM200 kepada ketua kampung baru Cina sebagai penghargaan berjumlah RM316,000. Kerajaan Negeri Perak juga telah memperuntukkan sebanyak RM26,500 bagi dua kampung baru Cina yang tidak termasuk dalam senarai KPKT serta peruntukan sebanyak RM92,750 bagi 7 kampung baru India. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco, soalan tambahan Yang Berhormat Teja?

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Soalan tambahan saya, pelantikan ketua kampung baru di bawah daerah Kampar telah diumumkan seawal bulan Januari tahun ini tapi sampai hari ini masih ada sesetengah ketua kampung yang katakan mereka tak dapat laksanakan tugas sebab pelantikan mereka masih belum diiktiraf oleh pihak Kerajaan Negeri. Jadi saya ingin mohon pencerahan atas isu ini kerana banyak menjejas kepentingan penduduk kampung. Terima kasih.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Teja. Kalau berdasarkan laporan yang saya terima hampir kesemua kampung baru telah dilakukan pelantikan. Tak apa saya ambil maklum dan akan rujuk kepada pihak PBT di Kampar untuk melihat status pelantikan ketua kampung baru tersebut. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat exco, atas jawapan yang diberikan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Chenderiang untuk mengemukakan soalan.

Soalan saya soalan nombor empat.

Bismillahirahmannirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih di atas soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Chenderiang. Untuk soalan yang pertama, Projek pembangunan bandar sarung tangan glove city dengan izin oleh syarikat Rubber Industries Berhad seluas 800 ekar adalah satu projek untuk mewujudkan satu ekosistem industri pembuatan sarung tangan getah. Ianya telah mendapat kelulusan kebenaran merancang, kelulusan pelan kejuteraan serta pelan pembangunan daripada Majlis Daerah Tapah. Kini kerja tanah telah berjalan ditapak projek dan akan diikuti dengan pembinaan bangunan kilang serta infrastruktur sokongan.

Pihak pengurusan Rubber Industries menjangkakan fasa pertama kilang sarung tangan getah ini akan siap dan mula beroperasi pada suku pertama tahun 2023. Bagi memastikan perjalanan projek ini berjalan lancar, sebuah jawatankuasa kerja dan Cost Of Investment COI at Golve City telah ditubuhkan di mana jawatankuasa ini dipengerusikan oleh saya sendiri. Manakala Invest Perak bertindak selaku urusetia. Jabatan-jabatan serta agensi-agensi teknikal berkaitan turut menganggotai jawatankuasa kerja COI at Golve City bagi bersama-sama memantau kemajuan projek secara berkala serta bermesyuarat bagi mendapatkan penyelesaian segera berhubung sebarang cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek ini.

Untuk soalan yang kedua berhubung kait soal peluang pekerjaan berdasarkan makluman daripada pihak syarikat, dianggarkan sejumlah lima ribu hingga ke enam ribu peluang pekerjaan akan diwujud apabila kilang ini beroperasi kelak. Manakala menyentuh isu keutamaan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan yang diutarakan sukacita dimaklumkan kepada Yang Berhormat Chenderiang bahawa kilang-kilang yang beroperasi di Malaysia akan tertakluk kepada polisi yang telah ditetapkan di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana pecahan 80 peratus pekerja adalah wajib daripada kalangan rakyat tempatan manakala baki 20 peratus lagi barulah terbuka untuk warga asing.

Secara umumnya pihak syarikat akan lebih mengutamakan pengambilan pekerja dari kalangan penduduk tempatan dalam memastikan sumber tenaga kerja yang lebih mudah dicapai untuk memenuhi keperluan operasi kilang berbanding pengambilan pekerja daripada luar. Malah pihak syarikat akan menggunapakai kelengkapan teknologi moden dalam operasi kilang yang membuatkan kebergantungan kepada buruh am terutama daripada kalangan warga asing dapat dikurangkan. Kita juga menjangkakan dengan pembangunan sebuah kawasan industri yang besar seperti ini akan memberikan impak positif kepada ekonomi setempat termasuklah peningkatan kepada aktiviti perniagaan seperti kedai makan, kedai runcit serta perniagaan khidmat keperluan lain yang mana secara tidak langsung turut akan membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk setempat.

Persoalan yang ketiga berdasarkan data daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA, dari tahun 2017 hingga tahun 2020 terdapat lima projek pelaburan dalam sektor pembuatan yang telah diluluskan bagi daerah Batang Padang dengan nilai pelaburan berjumlah RM87.8 juta, ianya adalah:

i. Syarikat Hasrat Meranti Sdn. Bhd. aktiviti beg kertas perindustrian. ii. Century Minerals Sdn. Bhd. untuk pemprosesan kaolin iii. Staken Gramit Solution aktiviti plaster dan mortar iv. Bidor Kwong Heng Sdn. Bhd. sos dan minyak bijan v. Green Mixfood Sdn. Bhd. beg tenun dan beg plastik.

Untuk sektor perkhidmatan pula, terdapat empat projek yang telah diluluskan oleh MIDA dari tahun 2017 hingga tahun 2020 dengan nilai pelaburan RM229 juta.

i. Gading Kencana Development Sdn Bhd untuk sekolah berskala besar.

ii. Favoules Sunstar Sdn. Bhd. iii. Rich Green Way Sdn. Bhd. iv. Fajar Niga Jaya Sdn. Bhd.

Yang kesemuanya adalah aktiviti tenaga boleh diperbaharui atau dengan izin renewable energy menggunakan biogas. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco, Yang Berhormat Chenderiang?

Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan daripada saya Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, memandangkan pelaburan berimpak tinggi telah pun berjaya dimasukkan di dalam daerah Batang Padang ini dan saya juga menyambut baik usaha yang telah dibuat oleh kerajaan dalam memperluaskan jaringan bekalan gas melalui penyambungan paip daripada Manjung ke Lembah Kinta yang kini telah pun selesai dilaksanakan. Maka melihat kepada potensi yang ada di daerah Batang Padang ini untuk menerima pelaburan yang juga berimpak tinggi, apakah rancangan kerajaan negeri dalam usaha memperluaskan bekalan sumber gas asli untuk keperluan industri di kawasan tersebut? Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang berhormat Chenderiang di atas soalan tambahan tersebut. Untuk makluman dewan yang mulia ini, Gas Malaysia Berhad kini dalam proses membangunkan jajaran dan gas asli, paip gas asli daripada Changkat Jong ke Bidor untuk keperluan pengurusan Rubber Industries yang disebutkan tadi dan kini kita sedang berbincang dengan pihak Gas Malaysia Berhad untuk menyambung jajaran paip gas asli tersebut daripada Bidor ke Proton City di Tanjung Malim. Maka jajaran paip gas asli ini bakal merentasi kawasan-kawasan berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian dalam daerah Batang Padang. Yang mana dengan adanya kemudahan infrastruktur gas asli ini kelak sudah tentulah ianya akan dapat meningkatkan lagi peluang bagi menarik pemain-pemain industri untuk membuka operasi pendustrian mereka di daerah Batang Padang. Jadi doakan Yang Berhormat Chenderiang usaha kita dengan Gas Malaysia Berhad ini akan berhasil untuk kita cuba panjangkan lagi saluran paip gas asli ini daripada Bidor ke Proton City Tanjung Malim yang akan melalui keseluruhan daerah Batang Padang, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya jemput YB dari kawasan Pasir Berdamar.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. soalan Pasir Berdamar adalah soalan nombor lima.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Pagi. (Ayat Al-Quran). Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang turut bersama dalam sidang ini. Terima kasih kepada Pasir Berdamar yang bertanyakan soalan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini, Negeri Perak merupakan penyumbang utama dan pengeluar terbesar hasil tangkapan ikan di Malaysia dengan sumbangan melebihi 20 peratus daripada keseluruhan pengeluaran di dalam negara dengan nilai sebanyak RM2.5 bilion. Penternakan ikan dalam sangkar adalah salah satu daripada kaedah penternakan ikan yang diamalkan di negara ini sejak sekian lama dan turut memberi sumbangan besar bagi memastikan bekalan ikan negara mencukupi. Penternak-penternak ikan sangkar boleh diusahakan di laut, muara sungai, tasik, kolam dan bekas lombong. Kejayaan penternak adalah bergantung kepada pemilihan kawasan ternak, spesis ikan yang diternak, sistem pemasaran dan juga pengurusan yang baik. Jadi langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh kerajaan untuk memperkasakan penternakan ikan sangkar adalah seperti berikut:

Yang pertama bagi akuakultur ternakan ikan yang melibatkan sistem kolam, tangki, bekas lombong, sangkar, di sungai, laut ataupun tasik, kerajaan menggalakkan kepada pengusaha-pengusaha, yang pertama supaya berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan yang kedua mendapat kelulusan penggunaan tanah sama ada secara pemilikan individu, pajakan, sewaan ataupun TOL. Sebelum mereka memulakan aktiviti penternakan itu. Kelulusan penggunaan tanah perlu diperolehi terlebih dahulu dalam usaha bagi mengelakkan sebarang isu yang berbangkit akibat daripada pemilihan Kawasan-kawasan perairan yang sensitif khasnya yang melibatkan sumber air yang digunakan untuk tujuan domestik dan juga ada gangguan persekitaran.

Kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mewartakan kaedah-kaedah perikanan akuakultur, perikanan darat bagi Negeri Perak. Ini adalah sebagai punca kuasa untuk pemantauan dan juga penguatkuasaan oleh Jabatan Pertanian bagi seluruh aktiviti akuakultur dalam negeri.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat punca kuasa yang sedia ada pada masa ini adalah menggunakan sistem kultur laut ataupun SKL bagi tujuan mengawal lokasi ternakan bilangan sangkar atau keluasan kawasan spesis ternakan dan langkah-langkah kawalan penyakit oleh jabatan.

Yang ketiga kerajaan negeri telah meluluskan satu jawatankuasa bertindak yang diketuai oleh saya sendirilah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Peladangan Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak dengan melibatkan agensi-agensi pejabat seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Jabatan Perikanan Negeri Perak dan juga Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Negeri Perak dan salah satu tujuan utama jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji dan mewartakan Zon Industri Akuakultur (ZIA) di Negeri Perak supaya aktiviti akuakultur ini dapat berjalan dengan berkesan dan sistematik.

Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan, Negeri Perak juga merupakan negeri yang kaya dengan sumber perairan laut, persisiran pantai, sungai, muara sungai, tasik, kolam, bekas lombong yang boleh diusahakan khususnya bagi mempertingkatkan hasil pengeluaran dalam sektor perikanan akuakultur. Namun demikian, pengusaha digalakkan untuk mengkaji faktor kesesuaian kualiti air, kedalaman air terutama sensitiviti awam bagi mengelakkan sebarang konflik mengenai kawasan ternakan ikan dalam sangkar yang dibenarkan di Negeri Perak.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, diantara kawasan-kawasan yang dibenarkan, yang pertama adalah untuk kawasan laut dan persisiran pantai, kawasan-kawasan yang dibenarkan adalah kawasan zon konservasi ataupun kurang daripada 1 batu nautika daripada pantai dan yang kedua di kawasan-kawasan sungai, muara sungai, tasik, kolam, bekas lombong, kawasan-kawasan yang dibenarkan adalah sepanjang Sungai Perak, Tasik Chenderoh, Tasik Temengor dan tasik-tasik ataupun kolam-kolam bekas lombong yang dikategorikan sebagai perairan umum dengan syarat telah mendapat kelulusan penggunaan tanah, penggunaan tanah dan yang tiga terdapat 3 kawasan yang telah digazet sebagai Zon Industri Akuakultur (ZIA) untuk aktiviti ternakan ikan dalam sangkar itu iaitu ZIA di Tasik Kenering, ZIA Sungai Gala, Gerik dan ZIA Tasik Temengor. Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri amat mengalukan-alukan kepada para pelabur yang berminat ke Negeri Perak untuk mengusahakan ternakan ikan sangkar khususnya bagi menjalankan projek ternakan ikan sangkar secara komersial di kawasan-kawasan yang disebutkan tadi.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai dengan status penternakan ikan di Teluk Intan. Mengikut data Jabatan Perikanan seramai 17 orang pengusaha ikan sangkar yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Namun, tiada sebarang permit atau lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Saya suka jelaskan di sini bahawa ini adalah kerana tiada punca kuasa yang membolehkan aktiviti penternakan ikan secara pukal khususnya di Sungai Perak diambil tindakan. Bertitik tolak daripada itu, kerajaan negeri sedang memberi sepenuh perhatian dan komitmen yang tinggi bagi memastikan kaedah-kaedah perikanan akuakultur darat Negeri Perak diluluskan dan diwartakan.

Walaupun begitu, kebanyakan penternak di Teluk Intan telah memohon kebenaran menggunakan kawasan ternak bagi menjalankan usaha ternakan dengan mendapat kelulusan TOL daripada Pejabat Tanah Hilir Perak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri melalui Jabatan Perikanan sentiasa memantau dan memberi khidmat nasihat mengenai dengan amalan penternakan yang baik seperti menerangkan tentang kesan buruk menternak sebarang ikan larangan di dalam sangkar kerana jika terlepas boleh mengancam sumber dan ekosistem perikanan sedia ada di Sungai Perak. Usaha-usaha ini dijalankan secara intensif dan berkala. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak kerajaan negeri akan sentiasa menjalankan siasatan dan pemantauan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar di seluruh Negeri Perak termasuk persekitaran kawasan Teluk Intan, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang begitu detail tersebut. Soalan tambahan saya Dato’ Yang Dipertua, memandangkan ikan dalam sangkar yang diternak di kawasan Teluk Intan seperti ikan patin, ikan tilapia, ikan baung adalah dikategorikan sebagai ikan yang mempunyai permintaan yang tinggi oleh kerana ia di dalam kawasan Sungai dan dikatakan kualitinya lebih tinggi daripada ikan yang dibela dalam kolam. Jadi persoalan saya, tambahan saya adalah memandangkan ada potensi yang begitu besar dan banyak bagi ikan dalam sangkar dalam kawasan sungai dan kita juga ada masalah berkenaan dengan pengusaha-pengusaha kerana tidak tahu bagaimana hendak menjalankan ternakan ini secara sah memandangkan tidak ada lagi peruntukan undang-undang yang telah diluluskan. Bagaimanakah ataupun bolehkah pengusaha-pengusaha baru memasuki atau menceburi industri penternakan ini buat masa ini sebelum adanya peruntukkan undang-undang yang akan dibuat? Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih. Memang kerajaan negeri memandang seriuslah apa penternakan ikan-ikan yang dikatakan memberi mempunyai satu potensi yang besar untuk hasil negeri dan juga sebagai sumber pendapatan kepada rakyat. Jadi seperti mana yang dinyatakan tadi Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk bagi zoning, zon industri kawasan-kawasan yang dibenarkan dan telah diwartakan bahawa sepanjang Sungai Perak itu adalah dibenarkan tapi dengan syarat dia membuat permohonan terlebih dahulu kepada untuk penggunaan tanah tersebut. Begitu juga dengan kawasan-kawasan di tasik, lombong dan kawasan-kawasan kita yang telah pun digazetkan seperti dinyatakan tadi digazetkan di zon Tasik Kenering, (ZIA) Sungai Gala dan juga zon Tasik Temengor masih lagi luas dan berpotensi dan belum lagi diterokai. Jadi perkara-perkara ini kepada kita menyerulah kepada-kepada yang berminat untuk memulakan usaha ini dan boleh berhubung dengan Jabatan Pertanian kemudian mendapat kelulusan terlebih dahulu penggunaan tanah daripada pejabat tanah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Lubuk Merbau untuk mengemukakan nombor soalan, silakan.

Dr. Ir. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, soalan Lubok Merbau nombor enam, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan Exco.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh, Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Untuk makluman Yang Berhormat Lubuk Merbau, peruntukkan untuk Sukan MASSA bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM2 juta. Walau bagaimanapun, sejumlah RM1.2 juta telah dipindahkan kepada peruntukan pelbagai projek untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Perak bagi mendepani wabak Covid-19 dan baki sebanyak RM800,000 memang kita gunakan untuk tujuan agihan kepada persatuan. Manakala bagi bajet di bawah Majlis Sukan Negara Negeri Perak sebanyak RM10.4 juta yang mana sebahagiannya juga adalah boleh digunakan untuk tujuan kepada persatuan-persatuan sukan khususnya dalam pembangunan sukan bagi kita persiapan menghadapi SUKMA dan juga SUPER dan juga bagi menjawab soalan A, terdapat 953 pertubuhan belia dan 826 persatuan sukan di negeri ini. Manakala terdapat 90 pertubuhan belia dan 29 persatuan sukan di daerah Kuala Kangsar.

Untuk soalan B, aktiviti dan pergerakan sosial sukan dan rekreasi telah dihadkan mengikut Prosedur Operasi Standard, pencegahan penuh Covid-19. Namun begitu ini tidaklah bermakna semua aktiviti belia dan sukan tidak dapat dilaksanakan. Aktiviti-aktiviti belia dan sukan terus berjalan selaras dengan SOP yang dikeluarkan oleh pihak MKN, KKM, KBS dan Pihak Berkuasa Tempatan mengikut norma-norma baharu yang telah ditetapkan dari masa ke semasa. Antaranya seperti mesyuarat dan kursus atas talian dan menerusi contohnya seperti menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak kita melaksanakan pelbagai program antaranya Program Karnival Kerjaya Maya, Program Klinik Kerjaya, Program Motivasi Pembangunan Insaniah, Program Latihan Kemahiran TVet, Program Haluan Kerjaya, Program Eksplorasi Kampus, Program Temuduga Mingguan Moh Keroje.

Manakala melalui hub inovasi dan multimedia Digital Perak dan juga Pusat Internet Komuniti seluruh Negeri Perak turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan belia terutamanya dari segi pembudayaan digital pelbagai bentuk inisiatif melalui Kursus Inovasi Rakyat 4.0, seminar, webinar dan Kursus Inovasi Rakyat 4.0 Plus telah dilaksanakan secara maya. Keseluruhan kursus dijalankan oleh tenaga pengajar terlatih secara atas talian dan mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia sepanjang tempoh pelaksanaan PKP pada tahun 2020 hingga 2021. Ahli Yang Berhormat, manakala untuk aktiviti sukan turut berjalan dan para atlet terus menjalani latihan mengikut kaedah gelembung sukan. Bagi atlet yang tidak terlibat dengan latihan secara content-based di MSN, jurulatih pasukan masing-masing akan memberi modul program latihan kepada para atlet melalui aplikasi WhatsApp untuk dilaksanakan secara home training dan dipantau melalui rakaman video.

Manakala Jabatan Belia Sukan Negeri Perak merupakan agensi yang terlibat secara langsung bagi menyediakan sukarelawan bukan kesihatan MYVAC di semua pusat pemberian vaksin awam dibawah Program Imunisasi covid-19 Kebangsaan. Sehingga 18 Ogos 2021, seramai 805 orang sukarelawan bukan kesihatan MYVAC telah ditugaskan di 24 buah PPV di negeri Perak. Untuk tambahan, Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi Multimedia Negeri Perak juga telah memperuntukkan sebanyak 85,000 untuk program pemerkasaan dan perbelanjaan persatuan belia negeri Perak. Setiap persatuan baru dan kesatuan yang diaktifkan semula akan menerima sebanyak RM500 masing-masing bagi menjalankan program asas khususnya mesyuarat penaja penubuhan.

Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun dalam suasana pendemik terdapat 107 kesatuan baru telah berjaya didaftarkan dalam hasrat menggalakkan para belia di negeri ini untuk berpersatuan dan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Ahli Yang Berhormat sekalian, bagi Program Dewan Belia Negeri Perak turut dijalankan secara hybrid dengan melibatkan seramai 257 orang calon untuk mewakili setiap 59 DUN dan 2 lantikan khas iaitu seorang wakil untuk orang kelainan upaya dan seorang akan mewakili orang asal. Untuk makluman Ahli Berhormat juga, lebih 11,000 para belia telah mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih bagi mengundi kesemua calon ini untuk mewakili suara mereka di Dewan Belia negeri Perak. Sidang pertama DUN Belia penggal 2021/2022 sepatutnya dijalankan pada 14 dan 15 Ogos yang lalu. Walau bagaimanapun, akibat kes positif covid-19 yang semakin meningkat selain tidak mahu merisikokan Sidang DUN sebenar ianya terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Ahli Yang Berhormat sekalian untuk soalan C. Majlis Belia Daerah Kuala Kangsar merupakan johan bagi kategori Pertubuhan Belia Anugerah Perdana Belia Negara peringkat negeri Perak bagi tahun 2020 dan telah dicalonkan bagi mewakili negeri

Perak keperingkat kebangsaan. Manakala pada tahun 2021, Majlis Belia India Malaysia cawangan Teluk Intan adalah juara bagi kategori Pertubuhan Belia Anugerah Perdana Belia Negara peringkat negeri Perak bagi tahun 2021 dan juga telah dicalonkan bagi mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan. Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pertubuhan.

Terdapat banyak persatuan belia dan sukan yang bergerak aktif di negeri Perak tetapi saya suka untuk berkongsi mengenai Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak ataupun PESRON. Mereka adalah kesatuan yang menguruskan Program Persediaan Kontijen Para SUKMA negeri Perak bersama dengan pihak JBS secara sukarela. Lebih membanggakan 4 orang atlet PARA dari negeri Perak telah pun berada di Tokyo, Jepun sekarang ini bagi mewakili negara dalam temasya Paralimpik 2020. Mereka ialah Cheah Liek Hou bagi acara badminton, Muhammad Yusuf Hafizi Shahrudin bagi acara berbasikal, Chee Chao Ming bagi acara pingpong dan Abu Samah Borhan bagi acara tenis berkerusi roda. Kerajaan negeri telah berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM5000 kepada mereka setiap seorang sebagai pembakar semangat untuk mereka. Saya juga dimaklumkan bahawa saudara Muhammad Danial Azli, Pengerusi PESRON negeri Perak baru-baru ini telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Majlis Belia OKU Malaysia bagi sesi 2021/2024. Selain itu untuk makluman Yang Berhormat, semangat seorang beliawanis yang walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua tangan ataupun OKU ini turut menyumbang tenaga dengan menjahit pakaian PPE. Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan, saudari Nur Farah Syahirah Shaari tidak mahu melepaskan peluang untuk menyumbang kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus berperang dengan Covid-19. Saudari Nurfarah Syahira menggunakan kemahiran menjahit dengan menggunakan kaki untuk menghasilkan gaun isolasi yang disumbangkan kepada petugas kesihatan Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan sewaktu negara berperang melawan wabak Covid-19. Beliau seterusnya telah menerima anugerah Unsung Hero dari Kementerian Belia dan Sukan sewaktu sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan pada tahun 2020. Menzahirkan penghormatan, saya juga telah melantik saudari Nur Farah Syahirah sebagai Ahli Dewan Belia Negeri Perak Penggal 2021/2022 bagi mewakili golongan OKU. Kekurangan fizikal tidak merencatkan semangat mereka untuk berbakti kepada negeri dan negara.

Dr. Ir. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Soalan tambahan: Adakah kerajaan negeri Perak ada menyediakan hadiah istimewa untuk pemenang-pemenang khususnya bagi sukan berprestij contohnya Sukan Olimpik. Kita dapati ada negeri-negeri lain dia beri hadiah-hadiah istimewa kepada pemenang sukan berprestij ini. Jadi, itu soalan saya.

Terima kasih Yang Berhormat pada soalan tambahan. Untuk makluman juga, memang Kerajaan Negeri Perak senantiasa mengambil berat berkaitan dengan kebajikan atlet-atlet khususnya. Berkaitan dengan insentif kita memang memastikan mereka akan menerima insentif ini samada sebelum atau sesudah menang. Contohnya, baru-baru ini kita telah pun menyampaikan insentif kepada atlet kita yang mewakili negeri ke Olimpik. Untuk Olimpik kita ada tiga orang dan untuk paralimpik kita ada empat orang, seperti 5000 seorang. Manakala untuk insentif kemenangan pada atlet yang berasal dari negeri Perak kita pun akan telah menetapkan kadar-kadar tertentu yang telah diputuskan dahulu, iaitu antaranya untuk tunai pingat emas RM25 ribu, pingat Perak RM15 ribu dan pingat gangsa RM10 ribu. Di samping itu juga, kita ada menyediakan hadiah sampingan. Sebagai contoh, semasa atlet terjun kita iaitu Cheong Jun Hoong yang telah pun memenangi pingat Perak semasa 2016, kerajaan negeri telah pun memberikan insentif sebanyak RM15 ribu dan kita ada insentif tambahan berupa sebuah apartment di Casa Kayangan berjumlah lebih kurang RM300 ribu lebih kurang. Jadi, insyaallah kerajaan negeri senantiasa mengambil berat berkaitan dengan keperluan dan juga kebajikan atlet kita. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Timbalan Speaker. Soalan tambahan dari Canning

Timbalan Yang di-Pertua

Minta maaf kita ikut peraturan yang kita ada dijelaskan pada sebelum ini hanya satu soalan tambahan daripada penanya saja untuk menjimatkan masa. Minta maaf InsyaAllah. Ok, seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Tebing Tinggi untuk mengemukakan nombor soalan. Silakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih. Nombor tujuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila

Ok, sorry tak boleh pasang sound. Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Untuk makluman Yang Berhormat, agenda pemulihan ekonomi khususnya untuk penjaja terus diberikan perhatian oleh pihak kerajaan negeri. Pihak berkuasa tempatan komited untuk terus memberikan kebenaran kepada penjaja kecil dalam tempoh pandemik yang mencabar dengan mengambil kira faktor-faktor keselamatan penjaja supaya tidak menghalang kawasan lalu lintas dan mengakibatkan kacau ganggu serta yang paling penting mematuhi Standard Operating Procedure yang telah pun ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Antara strategi pihak berkuasa tempatan, contohnya di kawasan Yang Berhormat yang dikawal selia oleh Majlis Bandaraya Ipoh adalah untuk memudahkan golongan ini mencari rezeki adalah yang pertama, mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk ditempatkan semula penjaja kecil makanan yang beroperasi sepanjang tempoh PKP. Usaha ini akan dapat membantu perjanjian tersebut meneruskan perniagaan dengan lebih tersusun dan teratur. Yang kedua, terus memberi kelulusan serta kebenaran dan permit sementara serendah RM5 sebulan kepada penjaja dan peniaga kecil makanan sepanjang tempoh fasa pemulihan negara. Yang ketiga, menyediakan platform digital untuk memudahkan urusan memohon dan memperbaharui lesen perniagaan tanpa perlu mereka hadir secara fizikal ke majlis yang boleh meningkatkan risiko penularan wabak. Majlis Bandaraya Ipoh juga amat prihatin berhubung masalah peniaga-peniaga kecil makanan yang telah terkesan dengan perintah kawalan pergerakan.

Sehubungan dengan, itu pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah melonggarkan sedikit syarat-syarat lesen dan memperkenalkan permit penjaja sementara, PPS, yang mula diperkenalkan dan dilaksanakan sejak November 2020 dan juga telah disambungkan tempoh sehingga Disember 2021 kepada peniaga-peniaga yang ingin menjalankan perniagaan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Julai 2021 terdapat sebanyak 682 bilangan permohonan permit penjaja sementara ataupun PPS yang telah diterima tetapi hanya lima ratus tujuh puluh empat (574) bilangan permit yang diberi kelulusan kerana telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak majlis. Sebanyak RM10 ringgit juga dikenakan ke atas bayaran permit penjaja sementara sebulan. Jenis jualan yang dibenarkan termasuklah seperti kuih, nasi lemak, mee, bihun, lauk dan makanan bermasak yang dijual secara take away. Jualan seperti ikan dan sayur ataupun bahan mentah adalah tidak dibenarkan. Selain itu, pengecualian sewa bulanan turut diberi kepada peniaga makanan yang telah menyewa gerai-gerai makanan milik Majlis Bandaraya Ipoh pada bulan April, Mei dan Jun 2020, Disember 2020 hingga Februari 2021 dan yang paling terbaru pada Jun 2021. Pada waktu ini, untuk makluman Yang Berhormat, PBT-PBT juga telah memulakan inisiatif untuk peniaga-peniaga yang telah berdaftar di bawah aktiviti untuk menerima vaksin sekiranya masih belum divaksinkan di daerah masing-masing.

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan tambahan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Yang Berhormat Tualang Sekah. Mohon nyatakan jika ada tindakan terutama untuk kesihatan yang telah pun diambil oleh pihak MBI terutamanya dalam kawasan yang di bawah seliaan MBI, jika ada?

Minta maaf YB, maksudnya dari segi kesihatan ke atau dari segi bantuan lain?

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Kesihatan terutamanya.

Daripada segi kesihatan sepertimana yang saya sebutkan tadi, PBT-PBT telah pun menerima senarai nama-nama peniaga yang telah berdaftar di bawah PBT untuk orang kata membantulah sekiranya mereka belum menerima vaksin, kita telah serahkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah untuk mereka uruskan vaksinasi mereka dan daripada segi pematuhan SOP sememangnya pihak PBT memainkan peranan yang besar dalam orang kata memastikan SOP-SOP tersebut dijaga dan dipatuhi, bukan saja daripada pihak peniaga tetapi juga pelanggan-pelanggan yang melawati, mengikut SOP yang telah dikenakan khususnya untuk fasa pemulihan, Fasa Dua Program Pemulihan Negara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Belanja untuk mengemukakan nombor soalan. Dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan Belanja soalan nombor lapan.

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera terima kasih kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua, terima kasih juga diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat Belanja yang bertanyakan soalan berkaitan dengan tuisyen Cikgu Saarani, peruntukan secara keseluruhan program yang telah dilaksanakan dan juga berkaitan dengan bagaimana intipati-intipati dalam program ini yang mampu melonjakkan sistem pendidikan di Negeri Perak. Baik, saya jawab satu-persatu. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Ahli Yang Berhormat ADUN daripada Belanja, program Tuisyen Cikgu Saarani ini ataupun TCS merupakan program yang diilhamkan dan juga diberikan ideanya oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan, memandangkan Yang Amat Berhormat Kota Tampan merupakan bekas warga pendidik sebelumnya. Jadi, sebermula Januari tahun 2021, program ini telah pun dilancarkan dan dilaksanakan dan daripada bermula Januari 2021 sehinggalah ke tarikh hari ini, jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi program-program di bawah Tuisyen Cikgu Saarani iaitu pakej-pakej yang disediakan bagi Tuisyen Cikgu Saarani ini melibatkan jumlah hampir RM23 juta secara keseluruhannya yang mana saya pecahkan satu-persatu.

Program bagi pakej yang pertama, adalah Program Pemberian Bantuan Makanan kepada calon-calon SPM tahun 2020 yang menghadapi SPM ataupun menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini iaitu 2021 yang mana jumlah keseluruhan bagi

Program Pemberian Makanan secara percuma iaitu makan tengahari ini kepada calon-calon SPM, STAM dan juga STPM 2020 melibatkan jumlah keseluruhan 37,000 pelajar sekolah luar bandar dan juga sekolah yang tidak berasrama. Jumlah keseluruhan pelajar adalah 37,000 dengan jumlah besar keseluruhan RM2.95,250 juta dan jumlah ini adalah hasil daripada peruntukan khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dengan jumlah keseluruhan RM712,275 juga sumbangan-sumbangan daripada GLC-GLC dalam Negeri Perak dengan jumlah iaitu saya nyatakan satu-persatu. Daripada MB Inc. dengan jumlah keseluruhan RM499,200. Daripada SADC sebanyak RM434,575. Daripada PKNP dengan jumlah RM391,650 dan juga daripada LAP (Lembaga Air Perak) sebanyak RM484,575 dan daripada jumlah keseluruhan ini iaitu hampir RM2.5 juta tambahan yang kedua adalah daripada program pakej yang kedua iaitu Pemberian Telefon Pintar ataupun Peranti Tuisyen Cikgu Saarani yang mana saya yakin dan percaya kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Pusat-Pusat Khidmat sudah pun menerima kunjungan dan juga menerima peranti-peranti ini bagi fasa yang pertama.

Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana telah mengilhamkan program yang sangat baik ini dan juga manfaatnya juga kepada semua dan saya yakin dan percaya Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah pun menjalankan amanah yang sebaiknya untuk menyampaikan peranti-peranti ini. Kumpulan sasarnya adalah pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan awam iaitu SPM dan juga STPM dan juga nama yang kita terima adalah daripada PPD diberikan oleh PPD (Pejabat Pendidikan Daerah), hasil dan juga ditapis oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak, nama-nama penerima dan juga kita serahkan kepada Pusat-Pusat Khidmat untuk diserahkan kepada pelajar-pelajar golongan B40 yang benar-benar memerlukan peranti ini. Jumlah keseluruhan bagi program ini adalah sebanyak RM20 juta. Lain anggaran yang mana keseluruhan kos ini sebenarnya tidak menggunakan sebarang peruntukan daripada Kerajaan Negeri Perak sebaliknya dibiayai dan juga disumbangkan sepenuhnya oleh rakan kerjasama pintar bagi program ini iaitu YTL Foundation. Jadi, mewakili Kerajaan Negeri Perak, saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada YTL Foundation yang telah sudi untuk menyumbangkan sejumlah RM20 juta bagi program penyerahan telefon pintar secara percuma.

Bagi program yang ketiga adalah Studio Cikgu Saarani. Yang ini studio ini bukan untuk pelajar tapi untuk digunakan dan juga kebaikan bagi semua guru-guru di sekolah-sekolah dan juga di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah. Setiap Pejabat Pendidikan Daerah ataupun PPD, diserahkan sebanyak 2 unit studio dengan nilai RM10,000 menggunakan peruntukan daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia dan ini juga merupakan kerjasama dan juga kerjasama pintar di antara Pejabat Exco Pendidikan dan juga daripada Pejabat BSM (Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia) dan juga program yang terakhir, program yang dinamakan sebagai Webinar 5 Siri iaitu Webinar Mensejahterakan Modal Insan Negeri

Perak sebanyak 5 siri. Program ini adalah program yang dijalankan dengan kerjasama pintar bersama dengan Institut Darul Ridzuan ataupun IDR dan juga bersama dengan Yayasan Prihatin Nasional. Jumlah kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh IDR dan juga Yayasan Prihatin Nasional.

Jadi, itulah serba sedikit berkaitan dengan jumlah yang telah dikeluarkan, peruntukan yang telah dikeluarkan dan suka untuk saya maklumkan sebenarnya bagi program Tuisyen Cikgu Saarani ini tidak ada sebarang peruntukan khas bagi program ini memandangkan program ini diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan bermula Januari 2021 selepas pembentangan bajet bagi pengakhiran tahun 2020. Soalan yang pertama.

Soalan yang kedua, berkaitan dengan intipati-intipati dalam Tuisyen Cikgu Saarani. Selain daripada program yang telah kita laksanakan, Tuisyen Cikgu Saarani juga sekarang ini ada program yang telah pun dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Jadi, antara intipati-intipatinya adalah yang pertamanya, Program Pemberian Makanan kepada calon-calon SPM yang telah pun kita laksanakan. Yang keduanya, Program Penyerahan Telefon Pintar kepada pelajar-pelajar B40 hasil kerjasama pintar dan dengan YTL Foundation juga telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan untuk fasa kedua akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat iaitu bermula September 2021 sehingga Oktober 2021. Maknanya akan ada fasa yang kedua dan juga kunjungan fasa yang kedua ke semua Pusat-Pusat Khidmat iaitu 59 Pusat-Pusat Khidmat dalam Negeri Perak mudah-mudahan.

Yang ketiga berkaitan dengan program Webinar Mensejahterakan Modal Insan. Ini merupakan program khusus untuk pelajar-pelajar yang mana ketinggalan dalam sistem pelajaran, pendidikan dan kita mengetengahkan kepada pelajar-pelajar ini, memberikan input-input yang berguna bagi mereka memilih ke mana hala tuju selepas mereka menerima keputusan peperiksaan kelak dan program ini melibatkan lima siri. Kita baru selesai melaksanakan dua siri. Insya Allah dalam progress akan ada lagi tiga siri yang akan dilaksanakan dan seterusnya kita juga akan laksanakan program kelas-kelas tambahan, program bantuan khas makanan, program latih tubi menjelang peperiksaan, program seminar dan juga webinar dan juga program penyediaan bahan pengajaran dan juga pembelajaran berasaskan video interaktif yang mana kesemua program yang dinyatakan ini di bawah Tuisyen Cikgu Saarani akan memanfaatkan hampir 200,000 orang pelajar di Negeri Perak dan juga akan memanfaatkan hampir 30,000 guru-guru di seluruh Negeri Perak.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat daripada Belanja. Soalan tambahan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Changkat Jering atas penjelasan berkaitan dengan program Tuisyen Cikgu Saarani tadi, cuma ada soalan tambahan. Berkaitan dengan pemberian telefon pintar di bawah Program Tuisyen Cikgu Saarani, apakah status terkini penghantaran telefon pintar sebanyak 20,000 kepada pelajar-pelajar yang terpilih dan yang kedua adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk meluaskan lagi pemberian telefon pintar ini kepada pelajar Tingkatan 6 dan juga pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang berada di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan juga Sekolah Menengah Agama. Kerana difahamkan mereka ni terkeluar daripada senarai penerima yang dicadangkan oleh PPD ataupun jabatan. Terima kasih.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Baik, terima kasih untuk soalan tambahan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berkaitan soalan yang pertama, pengagihan bagi telefon pintar Cikgu Saarani. Untuk makluman semua, program ini sebenarnya bermula dan mula digerakkan sekitar April 2021. Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat masih ingat yang mana saya mempengerusikan mesyuarat pada waktu dan ketika itu untuk memberikan penjelasan kepada 59 Ahli-ahli Yang Berhormat secara google meet dan mendapat sambutan sangat baik. Terima kasih banyak kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. 59 Ahli Yang Berhormat dan juga Pusat Khidmat yang menyertai mesyuarat tersebut.

Daripada mesyuarat tersebut lah tercetusnya idea untuk kita menyerahkan telefon-telefon ini melalui Ahli-ahli Yang Berhormat dan setakat ini bermula Julai 2021 selepas kita melaksanakan pendaftaran nama yang diberi oleh PPD, didaftarkan oleh JPN dan juga pihak YTL, disemak semula Konsep Check and Balance bagi memastikan pelajar ini merupakan pelajar B40 oleh Kerajaan Negeri Perak sendiri bagi memastikan kumpulan sasar itu tercapai. Jadi kita mula menyerahkan sekitar Julai 2021 dan setakat hingga ke tarikh hari ini sebanyak 11000 unit telefon pintar telahpun diserahkan kepada pusat-pusat khidmat dan saya yakin dan percaya kebanyakan pusat-pusat khidmat telah pun menyerahkan telefon pintar ini kepada pelajar-pelajar yang telah dinamakan di dalam program ini. Maknanya 11000 unit telah pun kita serahkan. 9000 unit untuk makluman semua 5000 unit di dalam proses pendaftaran. InsyaAllah akan mula diserahkan bermula September 2021 dan kita yakin dan percaya sebelum berakhirnya Disember 2021 kesemua 20,000 unit telefon pintar ini akan berjaya kita serahkan kepada pelajar-pelajar B40 yang disenaraikan oleh PPD dan mereka yang benar-benar memerlukan bagi penggunaan PdPR, mudah-mudahan,itu yang pertama.

Yang kedua, berkaitan dengan sama ada Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan Program pemberian telefon ini kepada pelajar SABK Tingkatan 6 dan juga SMKA. Untuk makluman saya difahamkan ada sebahagian pusat khidmat telah pun memulakan inisiatif ini dan juga idea yang sangat baik ini. Sebagai contoh Ahli

Yang Berhormat Sungai Manik saya difahamkan Ahli Yang Berhormat Sungai Manik telah pun mengambil nama pelajar-pelajar SABK dan juga Tingkatan 6 di dalam kawasan beliau bagi Program Tuisyen Cikgu Saarani. Mungkin juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain boleh menyenaraikan beberapa nama daripada SABK, Tingkatan 6 ataupun daripada SMKA, pun begitu cadangan yang diberikan tadi disambut baik oleh Kerajaan Negeri kita akan cuba untuk memikirkan bagaimana langkah dan cara untuk kita mengembangkan pemberian Telefon Pintar Tuisyen Cikgu Saarani ini terus kepada pelajar-pelajar SABK, tingkatan 6 dan juga pelajar-pelajar SMKA yang bakal menghadapi peperiksaan tahun 2021 dan 2022. Terima kasih Yang Berhormat.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dengan ini maka tamat lah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.

Usul yang telah diberi notisMotion

Setiausaha Dewan Negeri

Perkara yang kelima, usul yang telah diberi notis. Usul menyembah ucapan tahniah, serta menjunjung kasih, atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang berhormat Datuk Yang Dipertua. Saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi, menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun tuanku patik-patik sekalian iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Ke-14 Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Dato’ Yang Dipertua Trong menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi, Ampun Tuanku, patik-patik sekalian iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan, telah pun mendapat sokongan. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Bagi perbahasan atas usul ini masa yang diperuntukkan kepada Yang Berhormat menyokong usul dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang adalah 20 minit setiap seorang. Dijemput sekarang ini Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua Dewan. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih sekali lagi kepada Dato’ Yang Dipertua Dewan di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas menyokong Titah Diraja bagi sesi Dewan Negeri Keempat Belas, Tahun Keempat 2021. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan dan dif-dif jemputan serta semua yang menyaksikan Sidang Dewan kali ini. Patik merafak sembah menjunjung kasih setinggi tahniah kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sempena ucapan pembukaan. Semoga Paduka Seri Sultan Perak terus dilimpahi rahmat, dikurniakan kesihatan yang baik dari Allah Subhanahuwata'ala untuk terus memayungi rakyat dan negeri Perak yang tercinta.

Dalam ruangan yang singkat ini saya akan memilih tiga isu yang menjadi perbincangan utama di dalam ucapan menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri sultan yang telah dizahirkan semalam. Dato’ Yang Dipertua sidang Dewan kali ini diadakan sejurus selesai tempoh proklamasi darurat yang bermula pada Januari dan berakhir pada 1 Ogos 2021. Tahniah kerana telah berjaya membentuk gelembung persidangan yang baik dalam pada kita diancam dengan wabak virus Covid-19. Memetik Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, semestinya saya dan rakan-rakan serta rakan-rakan pembangkang melihat kepentingan untuk kita memberikan prioriti kepada isu kesejahteraan sosial masyarakat khususnya rakyat negeri Perak di bawah naungan payung Tuanku Paduka Seri Sultan Perak. Yang banyak kan saya fokuskan pada ucapan saya pada hari ini ialah sosial ekonomi dan pendidikan. Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan am, Dr Hanafiah Bashiran berkata mahu tidak mahu hakikat yang perlu diterima oleh semua rakyat ialah Covid-19 ini bukan lagi merupakan Pandemik yang akan hilang tetapi Covid-19 ini akan hidup bersama kita dan menjadi endemik. Memetik ucapan Paduka Seri Sultan Perak sekali lagi virus ini semakin kuat dan berupaya bermutasi untuk mengatasi vaksin sehinggalah Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kebijaksanaan kepada umatnya untuk mengatasi pandemik ini.

Maka pada masa sekarang program vaksinasi ini adalah pilihan yang kita ada untuk meningkatkan daya tahan rakyat sehingga mencapai imuniti kelompok. Kadar imunisasi kelompok perlulah ditambah baik manakala program jangkauan atau dengan izin outreach haruslah disegerakan sekiranya negeri Perak mempunyai jumlah vaksin yang mencukupi. Anggota penjawat awam negeri Perak khususnya yang bertugas sebagai frontliner di bahagian-bahagian yang melibatkan perhubungan dengan orang ramai juga perlu difikirkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan vaksinasi selain daripada menunggu melalui aplikasi Mysejahtera. Manakala sukarelawan-sukarelawan belia juga perlu ditambah baik dan ditambahkan jenteranya untuk membantu team kesihatan vaksinasi.

Seterusnya seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi berkenaan bas-bas vaksinasi yang telah disediakan. Saya mohon agar bas-bas ini boleh bergerak ke kampung-kampung di mana masih terdapat masyarakat yang mungkin masih belum mendaftar dan tidak mengetahui tentang keperluan vaksinasi. Alhamdulillah di kawasan DUN Trong telah ada program outreach cara berdaftar dan walk-in Insyaallah pada minggu ini. Namun kita masih lagi perlu meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat di mana dapatan-dapatan tentang keberkesanan program vaksinasi ini harus disalurkan kepada rakyat terutamanya kepentingan untuk menerima dua dos ini sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan risiko serangan stage keempat dan stage kelima. Data-data harus dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri untuk meyakinkan rakyat negeri Perak bahawa program ini bukanlah ataupun sedang dalam perjalanan untuk mencapai matlamat awal iaitu imuniti kelompok dan pengurangan jumlah kematian akibat Covid.

Dato’ Yang Dipertua Dewan, beralih kepada kesejahteraan ekonomi. Kekayaan sebuah negara atau negeri bukanlah semata-mata bergantung kepada GDP ataupun KDNK tahunan terutama dalam keadaan wabak ini. Sebelum covid melanda, perbahasan kita sering berkisarkan tentang pertumbuhan ekonomi melalui KDNK. Namun apabila semua Negeri mencapai pertumbuhan negatif, perkara pokok yang harus kita utamakan terlebih dahulu adakah polisi dan dasar yang kita bina ini memfokuskan kesejahteraan rakyat. Apakah bentuk nilai masyarakat yang akan kita harapkan pada masa hadapan dan bagaimana kita boleh membantu mereka menaikkan semangat mereka kembali pada pasca Covid-19.

Terutamanya pada yang diberhentikan kerja. Kepada yang dikuarantin berkali-kali. Kepada keluarga yang daripada M20 turun kepada B40. Jadi apakah peranan Kerajaan untuk memastikan mereka-mereka ini diupayakan kembali. Maka sukalah saya untuk mencadangkan. Marilah kita letakkan perkara ini setara dengan pembangunan ekonomi yang akan kita laksanakan. Saya mengharapkan agar bajet yang akan dibentangkan untuk tahun 2022 nanti akan lebih menekankan tentang bajet kesejahteraan rakyat, kesihatan mental rakyat serta kesamarataan agihan pendapatan.

Tuan Yang Dipertua, Negara berada di dalam tempoh darurat dari Januari hingga 1 Ogos yang lalu. Maka secara kesimpulannya Covid-19 memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi Malaysia dan secara khususnya di negeri Perak malahan keseluruhan Negeri di dalam Negara mengalami pertumbuhan negatif. Namun sebenarnya krisis kesihatan luar jangka ini mengajak kita untuk melihat sektor-sektor yang sebenarnya boleh membawa hasil kepada perkembangan ekonomi yang positif iaitu sektor pembuatan dan sektor pertanian. Kedua-dua sektor ini telah pun menjadi antara sektor yang mampu berkembang dengan baik sekiranya langkah drastik dan konsisten diambil oleh Kerajaan Negeri Perak.

Seterusnya memetik ucapan berkenaan dengan isu kutipan hasil PBT. PBT juga seperti mana yang kita tahu dalam pada masa yang sama perlu lebih fleksibel dari segi peraturan dan penguatkuasaan undang-undang khusus kepada peniaga kecil untuk satu tempoh yang tertentu. Kita tahu kutipan cukai ini amat perlu. Tanggungjawab pembayar cukai ini adalah tanggungjawab bersama dan inilah merupakan hasil daripada PBT namun malangnya disebabkan oleh covid-19 ini kutipan cukai ini menjadi terjejas tetapi kita khuatir ada pihak-pihak yang tertentu mengambil kesempatan di atas masalah covid ini dengan tidak membayar cukai khusus kepada syarikat-syarikat besar yang sering menunda bayaran cukai kepada pihak PBT. Ini amat menggusarkan dan menyebabkan aktiviti PBT untuk melaksanakan maintenance dan sebagainya terjejas. Jadi saya mengharapkan agar mahu tidak mahu pembayar cukai ini perlu melaksanakan tanggungjawab kerana cukai yang diambil daripada syarikat-syarikat besar ini memberikan impak kepada rakyat.

Seterusnya peniaga-peniaga kecil dan usahawan. Saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri telah mempunyai big data usahawan-usahawan yang genuine serta terjejas akibat wabak ini. Adakah pendekatan seperti membina upaya mereka kembali dalam sektor perniagaan ini diselia dan dibantu? Sekiranya sudah ada gerak tumpu untuk membantu golongan ini Kerajaan Negeri perlu lebih teliti dalam menyediakan bentuk-bentuk bantuan yang bakal diterima oleh kumpulan ini. Bagaimana pula khusus peniaga-peniaga Melayu muslim ini yang sebenarnya boleh juga mendapat bantuan perniagaan permulaan daripada agensi Baitumal. Adakah mereka disediakan dengan data untuk melihat peluang-peluang menerima zakat. Selain dari itu, Kerajaan juga perlu memikirkan insentif khas kepada sektor ekonomi yang mempunyai kesan berganda kepada ekonomi rakyat.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi MEDEC telah menjalankan kajian berkenaan impak PKP 3.0 di atas landskap perusahaan keusahawanan negara. Kajian mendapati kerugian sebanyak RM40.7 billion ditanggung oleh sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana. Ini dikhabarkan merupakan kerugian yang terbesar yang pernah berlaku di dalam Negara. Maka sudah tentulah sumbangan...

Yang di-Pertua

Pasang Mic. Mic.

Baik. Ramai juga yang kehilangan pekerjaan selepas wabak ini melanda. Mereka ini kebanyakannya telah beralih kepada bidang perniagaan kecil-kecilan seperti membuka gerai makanan di tepi-tepi jalan. Jadi Trong mencadangkan agar dana untuk program mikrokredit dengan keutamaan kepada orang yang ingin memulakan perniagaan ataupun modal baru bagi kumpulan yang hilang pekerjaan. Selain dari itu, sokongan emosi dan motivasi juga amat perlu untuk membina keupayaan mereka untuk bersaing. MEDEC juga telah membuat unjuran sekiranya mereka ini masih tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan impaknya akan lebih besar pada bulan Oktober 2021 dan yang terakhir berkenaan dengan sektor ekonomi.

Memetik sekali lagi ucapan Paduka Seri Sultan Perak dianggarkan sumber nadir bumi yang berada dalam perut negeri Perak adalah berjumlah 1.7 juta tan. Ianya merupakan mineral yang terpenting dan mampu menjana hasil baru. Maka oleh yang demikian, Kerajaan Negeri perlu bersedia untuk menggunakan simpanan atau sumber baru ini memandangkan jangkaan pendapatan Kerajaan akan terjejas untuk satu tempoh masa sehingga ekonomi kembali pulih. Namun pendekatan secara berhati-hati seperti yang telah dipesan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku haruslah diambil kira dan tidaklah kita rakus untuk mengambil segala apa yang ada di hasil perut bumi dan harus diambil kira juga kelestarian alam ini agar dapat dipelihara dan meminimumkan kesan-kesan perlombongan.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua Dewan. Isu kesejahteraan di dalam pendidikan. Ucapan terima kasih di atas komitmen terhadap melaksanakan program PdPR di kalangan guru-guru serta Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan. Bagaimana PdPR ini mampu melebarkan akses pendidikan kepada pelajar sedangkan ada isu-isu yang masih belum diselesaikan. Capaian Internet, ketiadaan gajet yang sesuai, latar belakang ibu bapa yang mempunyai pemahaman yang agak lemah terhadap PdPR. Kita khuatir akan berlaku lost generation scenario di mana defisit sudah berlaku hampir 2 tahun.

Kita juga memohon agar JPN berkongsi data-data berkenaan dengan capaian PdPR pelajar dirumah agar pemegang taruh lain seperti kita, boleh merancang inisiatif dan tindakan bersama. Ini data susah sangat nak kongsi. Minta sikit pun payah ya. Jadi saya mengharapkan agar data ini di dibentang supaya ibu bapa sedar, masyarakat sedar kelemahan PdPR ini sebenarnya ada di bawah kita tak korek. Kita nampak berjaya tetapi kelemahan-kelemahan seperti capaian internet. Bagaimana interaksi guru dengan pelajar berhadapan dengan 40 minit PdPR. Adakah mereka mempunyai kapasiti untuk memberikan tunjuk ajar yang lebih baik berbanding daripada kelas biasa ya. Kalau mengikutkan capaiannya di kampung saya, saya bertemu ramah dengan seorang guru.

Satu hari mereka terpaksa mengadap 3 kelas. Menghadap 3 kelas itu di mana kita ada masalah capaian internet pertamanya dan keduanya ada juga kelas yang hanya ada tiga orang pelajar daripada 30 orang. Di mana lagi 27 orang pelajar tersebut? Adakah Jabatan Pendidikan Negeri Perak ataupun PPD melihat kelemahan ini dimana kita tidak melihat. Kita cakap kita buat modul PdPR tetapi bagaimanakah kesannya terhadap pembelajaran pelajar di rumah di mana ibu bapa juga sebenarnya mempunyai kelemahan dan skill-skill untuk membantu anak-anak dalam proses PdPR. Saya yang cikgu ni pun kadang-kadang kita bermasalah untuk memantau anak-anak kita apatah lagi anak-anak di kawasan kampung ya. Jadi sebab itu saya harapkan agar pemegang taruh membantu kerajaan negeri Perak ya untuk melihat keperluan PdPR ini bagaimana harus kita nak tambah baik.

Selain daripada itu, isu PDPR juga harus dilihat secara terperinci dimana bebanan guru yang terpaksa bekerja dari dalam keadaan capaian internet yang kurang memuaskan dan adakala juga pelajar ini tak beri respon yang baik ya. Pelajar mungkin tidur masa tengah cikgu mengajar ya. Itu memang perkara yang berada di luar bidang kuasa kita tetapi kita perlu cari jalan bagaimana untuk memastikan PdPR ini betul-betul memberi impak.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Ada dua minit.

Baik. Terima kasih. Mengikut kajian 80% pelajar tidak mencapai kepuasan terhadap PdPR manakala 50% guru juga tidak mencapai kepuasan dalam isu PdPR di rumah. Jadi saya mohon agar YB Exco dapatlah memberikan data-data pelajar yang menyertai PdPR di rumah dan juga data pelajar darjah 1 ni kita risau ini tahun ini langsung tak pergi kelas dan defisit pembelajarannya bolehkah mereka membaca di rumah? Bolehkah mereka datang ke kelas nanti dengan keadaan yang lebih bersedia dan hari ini ibu bapa tanpa pengetahuan khusus dan skill manual PdPR perlu diberikan. Manual PdPR 3.0 ini perlu dijelaskan kepada ibu bapa supaya dapatlah sekurang-kurangnya ibu bapa membantu pelajar-pelajar di rumah.

Program Tuisyen Cikgu Saarani adalah satu pendekatan yang amat baik yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak. Namun pada ketika ini fokus Tuisyen Cikgu Saarani ini kita lihat banyak kepada kumpulan peperiksaan. Bagaimana pula dengan kumpulan pelajar yang mengalami defisit selama dua tahun ini? Adakah sistem pendidikan mampu mencari jalan penyelesaian kepada kanak-kanak yang mengalami defisit pembelajaran dan bagaimana Kerajaan Negeri Perak boleh menambah baik sistem penyampaian pendidikan pada masa Covid dan fasa Covid boleh kita fikirkan bersama-sama dengan Jabatan Pelajaran Negeri.

Seterusnya perkhidmatan rangkaian fiber optik perlu juga disegerakan. Kita ada allo teknologi yang katanya akan membekalkan jalur lebar kepada kampung-kampung tetapi masih belum disegerakan lagi pembikinannya. Saya berharap agar kerajaan dapat bekerjasama dengan TNB untuk melihat sejauh manakah proses ini telah pun berlaku. Seterusnya juga saya ingin membawa kepada isu sekolah tahfiz dan saya mohon jugalah sekolah tahfiz ini dibantu. Sejumlah peruntukan perlulah diberikan kepada sekolah-sekolah tahfiz ini untuk meneruskan operasi. Mungkin pada masa ini kita tidak ada pelajar tapi pada masa yang akan datang untuk berhadapan dengan proses maintenance dan sebagainya sekolah tahfiz ini perlu juga kita sentuh untuk melihat bagaimana mereka akan meneruskan kelangsungan pendidikan tahfiz.

Seterusnya isu pembangunan di Kawasan Trong. Masalah banjir kilat seperti mana yang saya telah maklumkan sebentar tadi akibat daripada pembinaan projek West Coast Expressway sangat memberi tekanan kepada penduduk sekitar Batu Hampar, Sungai Rotan dan juga Pekan Trong sekarang ni. Inisiatif pihak kerajaan dan JPS Negeri dalam memastikan kontraktor ini benar-benar menjaga SOP, menjaga endapan kolam takungan mereka untuk mengelak sebarang banjir kilat yang boleh mengakibatkan perubahan besar pada struktur tanah. Apabila berlakunya punya air yang terlalu laju struktur tanah air terutamanya tebing-tebing sungai menjadi rosak dan perlu dibaik pulih serta melibatkan kos yang agak besar.

Seterusnya berkenaan dengan pengurusan sisa tinja unggas ayam dan itik juga dilihat masih belum berkesudahan. Satu kerjasama pintar perlu dilaksanakan di antara pengusaha unggas ini agar masing-masing mendapat nikmat di atas unggas ini. Perkembangan industri unggas dalam kawasan DUN Trong telah pun meliputi 38% daripada keseluruhan ladang yang berada di dalam Larut Matang dan Selama. Maka saya tegaskan di sini DUN Trong tidak lagi boleh menerima masuk pengusaha baru kerana kesan daripada pengurusan tinja yang tidak sistematik ini mengakibatkan kesengsaraan kepada penduduk di kawasan Trong. Ditambah pula dengan isu enakmen unggas yang masih belum siap dan ditambah pula dengan isu Jabatan Veterinar dengan Jabatan Alam Sekitar ni. Rupanya saya baru tahu Jabatan Alam Sekitar ni tak ada kuasa jadi kita kena meletakkan satu kuasa kepada Jabatan Alam Sekitar untuk memberi kompaun kepada pengusaha-pengusaha unggas ini yang melepaskan sisa tinja di kawasan sekitar sungai-sungai yang menyebabkan kepupusan ikan dan saya nampak satu dialog perlu dilakukan bersama semua pengusaha ladang agar sistem pengurusan tinja ini boleh dialihkan menjadi sumber tenaga baru.

Dalam usaha ini kerajaan Negeri Perak seharusnya mengambil langkah-langkah ke arah penerokaan sistem pengurusan tinja yang boleh menghasilkan bio gas. Tinja-tinja ini akan boleh diproses melalui uraian yang dinamakan bio gas ini boleh menjadi sumber alternatif pengganti LPG dan akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak yang telah pun memberikan komitmen kepada semua Adun-adun dalam Negeri Perak melalui bantuan yang disalurkan seperti bantuan kewangan, bantuan kotak makanan yang dapat mengurangkan bebanan dan tekanan rakyat. Semoga Negeri Perak akan terus sejahtera di bawah naungan Paduka Seri Sultan Perak dan pemimpin yang adil lagi bijaksana yang mementingkan politik matang daripada mengheret ke arah pertelagahan. Sekian saya Trong menyokong usul titah Paduka Seri Sultan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warrahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Trong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan sembah junjung kasih ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Al-Maghfurllah atas penzahiran Titah Diraja pagi semalam dan saya ingin juga bersama ke bawah Duli Tuanku untuk menzahirkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada para petugas barisan hadapan, para doktor, jururawat termasuk penggali kubur yang mengharungi pelbagai risiko maut dalam menghadapi pandemik Covid-19. Saya sebut penggali kubur kerana ayah saya sendiri pun seorang penggali kubur. Jadi saya boleh faham bahaya dan juga kesulitan menguruskan jenazah-jenazah di waktu Covid-19 ini. Seterusnya saya ingin juga untuk merakamkan sokongan kepada nasib dan rungutan doktor kontrak yang melontarkan hartal baru-baru ini. Mudah-mudahan pentadbiran baru di Putrajaya akan dapat melakukan sedikit sebanyak untuk melihat rintihan mereka.

Seterusnya Tuan Yang Dipertua, saya harap ini tidak dianggap sebagai rumah sudah pahat berbunyi tetapi rakan-rakan ada menyebut soal kos, soal sedia prosedur dalam sidang DUN kali ini dan kita semua akur dan tahu bahawa rakyat di luar sana sekarang ini begitu sinikal kepada orang politik. Jadi apa yang barang kali satu yang boleh dilakukan ialah kita melakukan sedikit sebanyak ketelusan untuk menjelaskan mengapa SOP ini dilakukan dan juga mereka ingin tahu bagaimana dengan kos dan sebagainya. Jadi keseluruhannya marilah sama-sama kita bersikap telus dan terbuka dalam soal ini.

Tuan Yang Dipertua, pagi semalam Kebawah Duli Tuanku dalam para 27 mentitahkan soal meminimumkan perselisihan politik tapi ada satu istilah yang cukup tepat dan tidak memeranjatkan kerana Kebawah Duli Tuanku ada PHD daripada Harvard On Government Studies. Ini satu istilah yang cukup tepat oleh kerana politik adalah merupakan sebahagian daripada demokrasi dan nasib rakyat hanya dapat dibela dengan politik yang sihat dan cermat. Tujuan saya membangkitkan ataupun menyebut perkara ini adalah kerana saya melihat pentingnya penambahbaikan yang telahpun dilakukan ke atas Perintah Tetap Dewan telah dilakukan dan telah pun dipersembahkan ataupun dikemukakan kepada pentadbiran yang lalu tetapi telah pun ditangguhkan. Saya difahamkan Yang Amat Berhormat Kota Tampan sendiri terlibat dalam usaha tersebut dan saya ingin nak menyebutkan bahawa dalam masa pandemik ini saya telah menghabiskan masa untuk mengkaji dan membaca Perintah Tetap daripada House of Common di London dan saya dapati apa yang telah pun dilakukan penambahbaikan itu banyak yang menyamai Perintah Tetap yang diamalkan ataupun dilakukan di House of Common di Parlimen Britain dan tahniah saya ucapkan kepada yang lalu di atas inisiatif untuk mempastikan bahawa reformasi institusi dalam negara kita ini turut menyebut dan memperbaiki Perintah Tetap jadi saya berharap dan supaya apa yang telah dilakukan itu dapat dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua, dalam para 13 dan 14 titah ke bawah Duli Tuanku semalam. Ada disebutkan sektor pelancongan mengalami pukulan yang teruk daripada pandemik Covid-19 ini. Apa yang ingin saya sebutkan di sinilah beberapa tempat utama di kawasan Utara di kawasan Belum, kawasan Temenggor, Banding dan sebagainya. Yang begitu banyak menjadi telah menjadi tumpuan pelancongan tetapi apa yang saya lihat ataupun saya dengar keluhan daripada para pengusaha terutamanya ialah kurangnya kemudahan asas Hospital, Wifi dan sebagainya dan ini saya fikir menjadi suatu kekangan ataupun halangan kepada pelancong-pelancong luar. Jadi kita maklum bahawa kita punya potensi yang cukup besar di situ. Oleh itu, kalau dapat kerajaan negeri melalui PBT, melalui Perbadanan Taman Negeri dan sebagainya memainkan peranan yang proaktif sudah tentulah kita dapat meningkatkan hasil negeri. Selepas itu, kalau kita lihat Para 4, titah Tuanku untuk memberikan paparan yang saya fikir suram dan membimbangkan ke atas kita, di mana baginda menyebut soal kutipan hasil Negeri yang mengalami defit sebagai sebanyak 77.4 yang ditampung dengan sumber rizab.

Bagaimanapun, saya menerima rungutan daripada para peguam contohnya tentang kesulitan yang mereka hadapi berhubung dengan urusan temujanji dan juga perkara yang perlu diselesaikan di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PTG). Meskipun pihak Ketua Setiausaha Negara telah pun mengeluarkan suatu Pekeliling berhubung dengan pengurusan temujanji berkenaan. Jadi saya fikir ini satu perkara yang harus dilihat secara dengan serta merta oleh kerana ini pastinya memberikan kesan yang langsung pada ekonomi dan juga khususnya pada sektor hartanah. Jadi saya mengharapkan supaya ini dapat dilihat dengan dengan segera oleh pihak pentadbiran yang ada sekarang.

Saya ingin juga nak menzahirkan rasa sokongan dan dah terharu di atas komitmen Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ke atas isu kelestarian alam yang fikir sangat baik dan saya berdiri sebelum ini sewaktu di sebelah sana, memang menjaga Portfolio Alam Sekitar. Cuma ada beberapa isu yang saya fikir kita harus tangani supaya kita tidak ditertawakan ya. Saya ingin merujuk beberapa perkara atau isu mengenai tanah dan alam sekitar di kawasan Manjung. Ada orang mengingatkan saya ini mungkin melibatkan soal kedudukan kita sebagai seorang bekas anggota pentadbiran tetapi saya yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak terlibat. Jadi apa yang saya nak tekan kan kita supaya kita yang menjadi mangsa keadaan ini dapat melihat apa yang berlaku di sana kerana di sana ada soal keadilan, soal alam sekitar, jadi dengan dengan keadaan itu saya fikir kita harus kalau dapat dilihat apa yang berlaku kita boleh bincang selepas ini. Saya hanya menyebutkan perkara ini supaya dapat diberikan perhatian perkara itu kerana pada saya kesan yang negatif yang kita hadapi ialah kalau kita tidak berbuat apa-apa dalam soal ini, Negeri Perak akan dilihat sebagai pentadbiran yang tidak mesra pelabur dan sebagainya dan ini suatu perkara yang tidak baik siapa pun yang menjadi kerajaan.

Yang Dipertua, satu lagi itu yang saya ingin sebutkan di sini ialah soal maklumat terbaru yang saya dapat daripada rakan-rakan yang terlibat dengan orang asal di kawasan yang melibatkan apa Perak Hydro. Jadi satu perkara juga yang penting kerana selain daripada pandemik mereka nampaknya macam bergelut dengan masalah kekurangan makanan. Jadi selain daripada itu juga dibangkitkan soal sumber air yang kononnya diberikan kepada pihak kontraktor dan ini saya fikir harus juga dilihat dan seperti yang saya katakan tadi memang kita daripada satu sudut sama-sama terperangkap dalam ataupun menjadi mangsa keadaan oleh kerana kerajaan bertukar begitu cepat. Jadi mungkin keputusan dibuat sebelum ini dan sebaliknya tetapi dengan semangat ingin menyelesaikan masalah dan seperti yang telah pun dititahkan oleh Tuanku sendiri kita punya apa ini mengurangkan perselisihan politik yang yang bukan-bukan. Kita boleh sama-sama selesaikan masalah itu dan saya ingin nak mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu Tata Kelola yang baik “Good Governance” dengan izin dan saya fikir isu MAPS itu harus diselesaikan. Itulah sebelum ini suatu kerajaan Pakatan Harapan memegang tampuk pentadbiran Pengerusi PH dikekalkan kerajaan kerana kita ingin menyelesaikan secara tuntas masalah ataupun isu MAPS itu yang telah pun berlarutan begitu lama.

Tuan Yang Dipertua, satu lagi perkara yang saya ingin bangkitkan ialah soal perlunya selepas dalam dalam era pasca darurat ini negeri perlu melihat semula SOP ataupun dan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerana dalam keadaan darurat sudah tidak ada ya jadi bidang kuasa ataupun keterlibatan kerajaan negeri itu adalah langsung kalau sebelum ini pihak pelaksana dan sebagainya akan menggunakan alasan darurat tapi selepas ini terutamanya pihak PBT akan lebih terlibat secara langsung dan terdedah mungkin kepada tindakan undang-undang dan sebagainya. Jadi sebab itu, saya mengharapkan supaya kebajikan rakyat diutamakan kita tidak boleh lagi menggunakan ataupun berhujah ataupun gunakan alasan darurat untuk lari daripada masalah dan sebagainya. Jadi disini saya fikir Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri harus memberikan perhatian dan pihak di sebelah sini telahpun menyediakan khidmat guaman untuk rakyat yang yang yang bakal teraniaya dan sebagainya. Oleh kerana meskipun tujuan kita baik dia tapi dalam pelaksanaan peraturan dan undang-undang termasuk kompaun dan sebagainya. Mungkin di sana ada berlaku kesilapan dan sebagainya. Inilah yang saya fikir amat penting untuk diperhatikan.

Selain itu Tuan Yang Dipertua, saya nak menyebutkan soal penyertaan ataupun pembahagian kedudukan dalam Jawatankuasa Tetap saya fikir ini sangat penting oleh kerana seperti yang telah pun dititahkan oleh kebawah Duli Tuanku sendiri, tadbir kelola ataupun meminimum mengurangkan politiking yang keterlaluan itu tidak seharusnya apa nama terlepas pandang tentang pentingnya dan perlunya perkara ini diperhatikan dan saya ingin memberikan tumpuan kepada Jawatankuasa ini oleh kerana meskipun mungkin ada yang berhujah bahawa pihak berkuasa negeri tidak mempunyai banyak bidang kuasa tetapi saya fikir banyak perkara-perkara yang harus diperhatikan terutama di dalam perjalanan PBT ya untuk mengurangkan Red tape untuk mengurangkan rasuah dan sebagainya ini perlu diperhatikan dan ini penting ataupun perlunya Jawatankuasa Tetap atau Select Committee ini diperkasakan dan dilantik pihak daripada sebelah sini dengan cara yang berkadar oleh kerana kedudukan ataupun kerusi yang diperuntukkan sekarang saya fikir tidak begitu memadai. Jadi perkara itu harus diberikan perhatian.

Begitu juga dengan pelantikan-pelantikan penting dalam dalam kerajaan dan juga dalam GLC ataupun syarikat-syarikat kerajaan-kerajaan ada kepentingan. Jadi perkara seperti ini nampaknya dilakukan dengan ataupun secara peribadi kadang-kadang oleh pihak pimpinan atasan kerajaan dan ini seharusnya dikurangkan oleh kerana di Parlimen sendiri pun telah pun ditubuhkan begitu banyak Jawatankuasa Pemilih yang akan menghalusi perkara-perkara seperti ini. Jadi apa yang dahulunya di lihat sebagai Prerogatif Perdana Menteri ataupun keluarga prerogatif Menteri Besar akan dilihat secara yang lebih telus dan saya fikir ini sangat penting dengan era baru politik kita. Jadi kalau di peringkat pusat semalam waktu pagi kebawah Duli Tuanku akan mengurangkan politik sebelah petang. Perdana Menteri baru ikutkan sudah boleh sudah boleh bergurau tentang NO DAP, NO Anuar ya dan mereka sudah boleh bersembang tentang persediaan untuk tidak menyulitkan undi ataupun motion of confident dalam Dewan. Jadi kita harap perkara itu dan pagi ni kita kita mendengar bahawa Perdana Menteri akan mengemukakan senarai kabinet jadi kita harapkan supaya pengembangan terbaru dapat memberikan sedikit sebanyak impak kepada kita. Kita tidak harus lagi melihat politik hanya sebagai satu persaingan atau pertembungan yang panas tetapi kita harus lihat ataupun memastikan bahawa Rakyat di bawah sana mendapat faedah daripada apa yang kita lakukan. Saya tidak nak minta kita jadi ataupun kerajaan perpaduan. Kita harus meneruskan format yang ada. Tidak timbul soal Kerajaan Interim atau sebagainya tetapi kita lebih berhemah dan ini saya fikir harus ataupun rakyat hendak lihat. Kita semua tahu di luar sana rakyat begitu sinikal dengan orang politik. Jadi ini satu perkara yang kita harus elakkan tetapi politik tetap politik kerana kalau tidak ada politik bagaimana ada semak dan imbang dan sebagainya. Jadi sebab itu saya bangkitkan perkara-perkara tadi yang sebenarnya telah pun disebutkan banyak kali tetapi mungkin dalam konteks yang berbeda. Jadi Tuan Yang Dipertua, saya fikir itu sahaja yang perlu sampaikan dan terima kasih di atas sokongan dan Tebing Tinggi mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat daripada kawasan Tebing Tinggi. Well being time.

Bagi perbahasan yang seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah sepuluh minit bagi setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, saya seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Alhamdulillah dan saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat dan juga terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Alhamdulillah marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah rahmat dan kurniaNya kita dapat berkumpul di dalam Dewan dalam suasana pandemik covid-19 yang sedang melanda di dunia dan negara kita pada hari ini.

Dato’ Yang Dipertua, pandemik Covid-19 merupakan satu wake up call dengan izin kerana kita semua sama ada sedar atau tidak sedar, mahu tidak mahu terpaksa kita menjalani hidup secara norma baru yang memerlukan pengorbanan semua pihak. Rakyat terpaksa duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu. Banyak industri termasuk industri perhotelan dan pelancongan serta peniaga-peniaga kecil dan dan industri kecil dan sederhana di bawah kawalan pergerakan. Akibatnya rakyat negeri Perak hilang mata pencarian dan pekerjaan sehingga ramai terputus makanan dan mejadi miskin tegar pada hari ini. Ada dikalangan golongan 40 termasuk golongan B40. Manakala dalam kalangan T20 turun kepada M40. Rakyat semakin menderita bila kes covid di Perak semakin meningkat dan ada terpaksa dikenakan PKPD.

Dato’ Yang Dipertua, sehingga hari ini kita masih belum dapat melihat cahaya di hujung sana. Kesudahan pandemik covid-19 ini semakin samar. Walaupun kita ada petunjuk aras dari statistik penerimaan vaksin dos 1 dan dos 2. Mengikut status terkini lebih daripada 50 peratus penduduk negara ini telah menerima vaksin dos 1. Manakala 30 peratus masih lagi menerima dos 2, akan tetapi adakah kes covid ini masih di dalam tahap yang tinggi atau membimbangkan? Saya ingin bertanya kepada beberapa soalan di Perak yang telah menerima dos 1 dan dos 2. Bilakah jangkaan Perak akan mencapai sasaran imuniti kelompok lebih daripada 80 peratus? Penduduk lengkap dengan suntikan 2 dan sebagainya? Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri ini supaya buat masa ini kita masih dalam Fasa 2? Bila akan masuk fasa 3, fasa 4 dan seterusnya? Angka-angka ini kita perlu perjelaskan kepada rakyat khususnya kepada peniaga-peniaga. Kalau kita dah masuk fasa 3 agak senang. Apatah lagi masuk fasa empat. Dalam erti kata semua pihak mesti bertanggungjawab. Kita jaga kita supaya fasa seterusnya akan dapat dicapai.

Di Negeri Perak telah melangkah fasa 2. Pelan pemulihan negara dan sedang menghampiri fasa ketiga. Banyak sektor ekonomi dijangka dibuka selepas ini tetapi belum lagi pasti dapat mengurangkan beban mereka dalam masa terdekat. Saya memanjangkan mereka kepada keluar untuk kemiskinan tegar dan tempoh setahun. Ramai ahli masyarakat masih lagi terkesan dengan terputusnya makanan. Ramai juga tidak mampu membayar sewa rumah, air dan sebagainya. Membeli barang-barang makanan keluarga untuk keluarga mereka. Ada juga yang perlu membayar ansuran kereta, rumah dan sebagainya. Ramai pengusaha industri kecil dan sederhana, peniaga kecil bergulung tikar kerana tidak dapat berniaga dalam operasi ini. Dalam masa yang sama mereka perlu membayar sewaan-sewaan yang dibayar setiap bulan dan sebagainya. Justeru itu, saya ingin bertanya kepada perancangan jangka pendek ataupun jangka panjang yang dibuat oleh kerajaan menangani masalah dan isu pandemik ini. Berapa ramaikah ahli masyarakat yang terkesan setakat ini yang telah menerima bantuan terutama golongan B40? Kedua, bagaimana dengan bantuan kepada IKS dan peniaga sehingga mereka ini dapat berniaga dan sebagainya? Dan sejauh mana industri dan kilang serta sektor perhotelan yang telah bergulung tikar sehingga hari ini.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya kasihi. Barangkali juga kita ingin tahu perancangan pemulihan ekonomi negeri bagi membangunkan semua industri terkesan seperti industri perabot, industri pembuatan kasut, industri kampung dan industri kecil dan sederhana. Berapakah jumlah kemerosotan gross domestic product (GDP) dengan izin yang yang dialami oleh kerajaan negeri akibat pandemik ini? Setakat ini, berapa jumlah pelaburan yang berjaya di bawa masuk ke Negeri Perak semasa pandemik ini? Apakah insentif yang disediakan untuk menarik pelabur bagi menghadapi kekangan akibat ini dan membawa masuk pekerja asing?

Dato’ Yang Dipertua, semasa dalam pandemik ini ada kesan kepada rakyat khususnya. Pertama, pekerja-pekerja asing yang ditinggalkan majikan akibat tiada permit sah operasi MKN dan Imigresen. Ini kena ambil kira. Yang kedua SOP yang mengelirukan menyebabkan pembekalan terhenti kerana tiada lori yang bergerak untuk beroperasi pada masa itu dan kompaun dikenakan oleh pihak-pihak tertentu. Justeru pekebun kecil juga mengalami masalah yang sama. Barang-barang keluaran mereka menjadi lambakan seperti durian dan sebagainya, rambutan dan sebagainya yang tidak dapat dipasarkan kerana lori-lori daripada luar tidak dapat masuk di kawasan-kawasan sebab PKPD dan sebagainya. Sementara harga ayam, sememang naik mendadak disebabkan kos pengangkutan yang tinggi dan tidak dapat mengimport dedak dari luar negara masuk ke negara kita. Begitu juga bahan makanan seperti yang lain-lain menggunakan kos yang tinggi dan sebagainya. Ini adalah disebabkan kos saraan hidup rakyat terutamanya pengguna dalam makanan agak terjejas sekali.

Dato’ Yang Dipertua, isu yang kedua saya nak bangkitkan ialah internet lemah lebih kurang 20 peratus di kawasan luar bandar. Ini memang hakikatnya. Bagi saya Kementerian sedang mengatasi masalah tersebut. Memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi yang menyeluruh melalui penyediaan liputan jalur lebar menggunakan pelbagai teknologi membabitkan talian tetap dan mudah alih. Bagi perkhidmatan jalur lebar tetap kerajaan mensasarkan Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB) dan Projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB) yang menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di seluruh negara. Untuk makluman setakat ini 639,000 sambungan telah tersedia manakala 34,781 sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan dan jangka siap sehingga akhir tahun ini. Dalam soalan ini sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Trong tadi, benda banyak yang yang saya nak nyatakan sama dan saya minta supaya ucapan saya dimasukkan sepertimana ucapan Yang Berhormat Trong tadi. Bahawa kemudahan ini amat membimbangkan khususnya penduduk-penduduk luar bandar, pinggir bandar seperti dikampung-kampung baru mereka mendapat 100 peratus liputan jalur lebar di kawasan mereka. Yang menghairankan kampung-kampung luar bandar termasuk kampung tradisional mereka agak susah untuk mendapatkan sistem jalur lebar ini dan saya percaya kepada kerajaan negeri supaya ambil tindakan pada mereka supaya mereka juga dapat menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Tapi malang setiap dewan saya bangkitkan tentang jalur lebar khususnya kawasan-kawasan Pengajian Tinggi UiTM Tapah yang boleh menempatkan 5,000 student Sekolah Menengah Sains Tapah mereka juga menghadapi sistem internet di kawasan mereka untuk pelajar-pelajar dan sebagainya. Apatah lagi kita ada Program Tuisyen Cikgu Saarani' memang baik saya juga berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah melaksanakan ini dan mereka juga khususnya tidak dapat melaksanakan tanggungjawab kepada mereka untuk menyalurkan kepada rakyat.

Dato’ Yang Dipertua, antara soalan-soalan yang saya nak bangkitkan ialah difahamkan di kawasan Tapah dan Chenderiang khususnya Tapah ada ...

Yang di-Pertua

Yang Berhormat dua minit ya dua minit lagi.

Ada sembilan kawasan lokasi pencawang telah disediakan. Setakat ini hanya enam sahaja beroperasi. Saya tanya kepada mereka yang tiga lagi apa nak buat? Dia kata tidak ada perancangan lagi setakat ini. Saya minta kepada Exco yang bertanggungjawab melihat bahawa tiga lagi yang tidak dapat dipasang kawasan Tapah ini, kenapa? Mengapa? Apakah ia tidak ada perancangan untuk masa depan? Kerana penggunaan jalur lebar ini amat memerlukan oleh rakyat khususnya luar bandar yang tiga ini dapat dilaksanakan segera sebagaimana yang dikatakan oleh kementerian hujung tahun ini akan dilaksanakan sebaik- baiknya sebagaimana telah ditentukan dan juga,isu-isu kawasan sebenarnya sama dengan kawasan yang lain. Yang penting saya nak timbulkan ialah kawasan saya ialah isu jalur lebar ini menjadi hot hangat dikawasan sana kerana ramai yang mengadu kat saya bahawa mereka tidak mendapat coverage dikawasan mereka sebab pencawang agak berkurangan. Hanya enam daripada sembilan yang telah dilaksanakan. Yang enam ini pun saya nak tengok sejauh mana operasinya. Rupanya satu pencawang hanya boleh coverage 500 meter sahaja setengah kilometer sahaja. Kalau enam berapa kawasan yang boleh diliputi.

Maka saya nakkan supaya yang tiga lagi letakkan dikawasan-kawasan yang benar-benar ya kawasan penduduk luar bandar yang memerlukan khususnya kampung kampung Air Sira, Kampung Gong kawasan kampung saya sendiri pun menjadi masalah. Saya duduk dikawasan saya dah call SKMM, call Exco apa terjadi dikawasan saya, wakil rakyat situ Celcom pun payah, satu bar pun payah. Ada orang luar datang ke kawasan kita dia kata apa Tok kawasan Tok teruk sangat ni kan, saya pun malu juga sebab setiap Dewan bersidang saya kemukakan bahawa kawasan saya ni kawasan yang pinggir bandar yang dekat dengan pekan, kenapa kawasan saya juga tidak dapat dilaksanakan dengan baik itu saya minta pada Exco yang bertanggung jawab suruh perhatikan balik dan saya pun telah lapor pada SKMM dan mereka juga datang. Masalah yang sama luar kawasan. Sampai bila dalam masuk kawasan kalau kita perancangan kita hanya kawasan pinggir bandar sahaja luar bandar macam mana kawasan saya juga adalah kawasan dalam pinggir bandar yang berhampiran dengan pekan Langkap, pekan Tapah dan pekan Ayer Kuning. Pekan-pekan ini hari ini dah dah sampai lima megabyte dan sebagainya kawasan saya masa dua atau tiga megabyte mana kita boleh pakai dan sebagainya. Oleh itu, yang berhormat harap ambil perhatian supaya coverage jalur lebar ini dapat menyeluruh ..

Yang di-Pertua

Yang Berhormat masa telah cukup.

Akhir kata sebagai rumusan, pertama saya mengucapkan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan telah pun bertitah semalam, banyak keperluan-keperluan yang diterangkan dalam ucapan yang Sultan dan ucapan ini saya rasa satu tanda aras bagi kita, bagi kerajaan, bagi wakil rakyat untuk menentukan apa yang dititahkan itu menjadi kenyataan bukan hanya titah dalam paper saja tapi dilihat dari segi pelaksanaannya tidak diambil kira. Saya ucap tahniah dan saya percaya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Dato' Saarani ini mempunyai satu kepimpinan yang baik. Kita tengok dalam masa beberapa bulan saja menjawat jawatan Menteri ini kita dapat bagai-bagai kemudahan diberikan terutama bantuan-bantuan untuk rakyat, bantuan secara rasmi bantuan Ahli Yang Berhormat sebagai kapisiti sebagai Menteri Besar juga telah turun di kawasan-kawasan saya ada kawasan-kawasan saya adalah kawasan merah. Beberapa PKPD telah dilakukan dikawasan tu dan akhir ini hari ini banyak bantuan telah disalurkan kepada saya sebagai wakil rakyat dan saya telah pun melunaskan tanggungjawab kepada rakyat khususnya mereka yang memerlukan khususnya kawasan PKPD ini. Dengan itu, saya menyokong usul yang dibawa oleh Trong tadi pada mesyuarat kali ini. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumusalam wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning. Sekarang dijemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Manjoi sepertimana Ahli Yang Berhormat sebelum ini, ingin mengucapkan ucapan terima kasih junjung kasih di atas penzahiran ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam Majlis Perasmian pada pagi semalam dan sepertimana yang kita tahu, tumpuan ucapan Kebawah Duli Tuanku semalam lebih menekankan kepada masalah yang dihadapi oleh negara pada masa kini iaitu peperangan menghadapi covid dan juga kesan-kesan yang dihadapi oleh rakyat di mana itu termasuklah usaha-usaha untuk pemulihan ekonomi kesan daripada covid yang berlaku pada masa ini.

Tuan Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah banyak usaha yang telahpun dilakukan untuk mengatasi ancaman ini termasuk program vaksinisasi ataupun vaccination kepada penduduk negeri Perak. Namun kita lihat bahawa walaupun di sana berbagai-bagai pusat suntikan ataupun PPV yang telah pun dibuat termasuk juga diadakan Mobile Squad untuk membolehkan program ini berjalan dengan lancar tetapi di sana masih banyak juga beberapa kelemahan yang terpaksa di atasi di mana kalau ini tidak diatasi ia akan membantutkan lagi usaha-usaha kita untuk menjadikanlah usaha suntikan ini kepada lebih efektif.

Tuan Yang Dipertua kalau kita melihat kepada perangkaan yang ada dalam tempoh tiga hari daripada 23 haribulan sehingga semalam kita melihat jumlah kes baru yang didaftarkan oleh KKM atau kerjasama KKM tidak semakin menurun tetapi makin meningkat. Pada 23 haribulan Ogos misalnya, sebanyak lebih 17 ribu kes baru telah dikesan 24 hari bulan sebanyak lebih 20 ribu sementara pada semalam 25 hari bulan lebih daripada 22 ribu dan perkara yang sama juga turut terkesan di negeri Perak dimana pada 23 haribulan jumlah kes yang dilaporkan di negeri Perak ialah sebanyak 952, 24 haribulan 1,142 sementara semalam sebanyak 1,390. Maknanya, walaupun berbagai usaha telah pun dilakukan namun di sana kita melihat bahawa peningkatan kes masih lagi berlaku dan ini bermakna bahawa usaha kita untuk memenangi peperangan melawan Covid-19 ini masih jauh lagi dan ini juga ditambah dengan beberapa kelemahan yang terpaksa kita atasi.

Saya nak nyatakan di sini berapa dapat kelemahan yang perlu diambil kira oleh pihak Kementerian ataupun kerajaan bagi membolehkan usaha memerangi Covid-19 ini lebih berkesan. Yang pertama kita melihat dalam beberapa kes maklumat lambat sampai kepada mereka yang sepatutnya menerima vaksin. Dalam beberapa kes yang saya terima sendiri, dinyatakan bahawa misalnya esok akan divaksin, pada petang ini baru menerima maklumat dan ini menimbulkan kesukaran kepada pihak yang nak divaksin itu untuk buat arrangement terutama kalau mereka ini melibatkan orang tua yang terpaksa bergantung kepada anak-anak, tidak ada kenderaan. Bergantung pada anak-anak untuk membolehkan mereka itu dibawa ke tempat di mana vaccination itu akan dilakukan dan akhirnya, individu yang sepatutnya menerima vaksin itu terpaksa tangguh dan ini akan menyebabkan pihak-pihak lain juga akan terlibat oleh kerana kelewatan ataupun penangguhan yang berlaku kepada individu yang berkenaan.

Yang kedua, kadang-kadang kita lihat bahawa mereka yang menerima vaksin itu duduk di tempat lain tetapi terpaksa ambil vaksin ditempat lain misalnya mereka tinggal di Ipoh sepatutnya mengambil vaksin itu di Stadium Perak tetapi menerima panggilan untuk divaksin di Batu Gajah. Ada setengah tu lebih jauh daripada itu. Ada yang setengah tu ada menyatakan kepada saya ke Kampar pun ada. Jadi kita tak tahu macam mana perkara ini berlaku dan sudah tentu ini menimbulkan kesukaran kepada pihak yang sepatutnya menerima vaksin terutama seperti saya katakan tadi kepada warga tua yang terpaksa bergantung kepada anak-anak dan orang lain untuk membawa mereka kerana ketiadaan transport misalnya. Dan kemudian kita lihat satu lagi golongan yang dikenali sebagai golongan anti vaksin yang menimbulkan keresahan dan keraguan kepada masyarakat untuk ambil vaksin. Ini terutamanya berlaku di kalangan masyarakat Melayu di mana dengan berbagai-bagai teori yang mereka mengatakan sehingga menimbulkan rasa ketidak yakinan, ketidak percayaan, ragu-ragu dan sebagainya. Akhirnya usaha kerajaan untuk mencapai matlamat kepada satu jumlah angka tertentu dalam proses pelaksanaan vaksin ini turut terjejas. Dan lebih sedih daripada itu kerana kadang-kadang hujah agama yang digunakan dan kumpulan anti vaksin ini menggunakan masjid dan surau dalam ceramah itu diselitkan rasa kerisauan, keraguan terhadap proses vaksin ini. Juga dengan dalam berbagai-bagai teori yang mengatakan mengenai masalah ubat yang digunakan dan ini terpaksa diberikan perhatian dengan dengan lebih serius oleh pihak kerajaan kerana kalau inilah yang berlaku maka usaha kita untuk mendapatkan herd komuniti dalam masa yang ditetapkan tu mungkin akan mencapai kegagalan dan ini dapat dilihat daripada apa yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar dalam menjawab soalan yang pertama tadi di mana kita melihat secara purata seramai lebih kurang 24 peratus atau 24% hingga 25% daripada mereka sepatutnya berdaftar itu telah tidak berdaftar untuk membolehkan mereka itu mendapat suntikan vaksin. Dan kita tak tahu adakah yang 24% ini tidak berdaftar kerana mereka juga termasuk di dalam kumpulan anti vaksin ataupun kerana mereka tiada maklumat ataupun mereka tidak tahu bagaimana hendak mendaftar ataupun mungkin mereka ini termasuk golongan yang tak kisah, indifferent. Tak kisah, hanya berserah nasib kepada takdir sebab kita dengar juga ada diantara mereka mengatakan bahawa mati kerana vaksin, kerana Covid-19 ini mati syahid. Jadi perkara-perkara ini, tak apalah kalau dia nak mati seorang tak apa, masalahnya dia menjangkiti orang lain. Kesannya kepada masyarakat lain.

Kalau banyak yang berlaku di situ akan menyebabkan tempat tersebut terpaksa dikenakan PKPD dan sebagainya dan kesusahan bukan hanya dialami oleh mereka yang tak mahu disuntik tetapi jiran-jiran dan juga masyarakat setempat yang terpaksa turut sama menanggung bahana akibat daripada keengganan mereka itu untuk divaksin. Jadi perkara-perkara ini harus dilihat oleh pihak kerajaan untuk membolehkan kita mencapai matlamat herd community yang telah pun dah dirancang itu betul-betul dapat dilaksanakan ataupun dicapai kemudiannya.

Dato’ Yang Dipertua, untuk itu saya melihat Exco Kerajaan yang bertanggungjawab mengenai kesihatan ini kerana lebih perlu lebih proaktif, perlu lebih proaktif kena selalu turun padang ke tempat yang benar di mana berlakunya lockdown dan dimana pelaksanaan PKPD itu, di pusat-pusat PPV, di mana proses suntikan vaksin itu telah dibuat. Saya Setakat ni tak nampaklah sebarang statement yang dibuat oleh Exco Kesihatan berkaitan dengan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Pihak Kerajaan bagi mempercepatkan proses kita memenangi peperangan melawan Covid-19 ini dan kami juga terkejut tadi apabila jawapan kepada soalan pertama itu dijawab oleh YAB Menteri Besar sebab apa soalannya ialah mengenai Covid-19. Di bawah Exco Kesihatan tetapi yang menjawab ialah YAB Menteri Besar. Kita tak tahulah, saya tak nak speculate apa yang berlaku sebenarnya. Tetapi dia menimbulkan satu tanda tanya di kalangan netizen pun dah bertanya dah sekarang ni dan perlukan kepada satu pencerahan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat ada dua minit lagi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Manjoi ni yang paling teruk kena pergi PKPD. Kena bagi masa tambahan sebab sampai banyak YB-YB menyatakan Manjoi ni boleh menjadi pakar rujuk kepada mengatasi PKPD. Belum berlaku dan sejarah dalam masa yang singkat ini Manjoi berhadapan dengan lima kali lockdown dibeberapa tempat. Tempat lain sekali dua je. Dalam berusaha untuk mengatasi masalah yang timbul oleh Covid-19 ini kita melihat berlakunya mereka yang kehilangan pekerjaan, perniagaan mereka terpaksa dihentikan, ditutup. Yang bawa Grab tak boleh bawa Grab sebab tak ada orang yang naik, yang jadi pemandu lori terpaksa diberhentikan kerja, tak bawa lori sebab tak ada barang nak diangkut dan ini menimbulkan masalah kepada kesan ekonomi rakyat yang terlibat dan akhirnya kita melihat banyak perkara-perkara perkara sampingan yang berlaku termasuk penceraian, kes bunuh diri dan sebagainya. Dan kalau kita melihat perangkaan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mengatakan bahawa daripada awal tahun sudah sehingga ke bulan Jun tahun ini sahaja terdapat sebanyak 71,806 kes penceraian di kalangan orang Islam yang bersangkutan dengan masalah kewangan akibat daripada Pandemik Covid-19 ini.

Dimana kita melihat purata kes daripada jumlah 71,000 ini kalau nak dipecahkan kepada harian yang sebanyak 132 kes satu hari dan kalau daripada jumlah ini nak dipecahkan ikut negeri kalau kita mengatakan bahawa Negeri Perak menyumbang sebanyak 12 peratus daripada jumlah yang dinyatakan itu ini bermakna di Negeri Perak berlaku penceraian di kalangan pasangan Islam sebanyak 20 orang satu hari ataupun 450 orang sebulan dan ini merupakan satu angka yang besar dan kalau melihat kepada kajian yang telah pun dibuat oleh pihak IDR sendiri yang melibatkan sebanyak 6,500 responden daripada pelbagai lapisan masyarakat yang mereka merumuskan bahawa kebimbangan utama yang dirasai oleh responden dalam tempoh PKP. Ini ialah yang pertama kadar jangkitan yang merisaukan, tahap simpanan yang rendah, belanja yang tidak mencukupi, tanggungan hutang yang semakin meningkat dan hilang pekerjaan ataupun punca pendapatan dan Ini Tuan Yang Dipertua terpaksa diatasi oleh kerajaan dengan memikirkan bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi ataupun membantu mereka yang terjejas ini supaya kalau pun mereka tidak pulih sepenuhnya dari segi masalah ekonomi mereka itu setidak-tidaknya kita dapat meringankan.

Jadi untuk itu saya mencadangkan, Manjoi ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan dalam usaha untuk membantu kalangan-kalangan terjejas ini terutama di kalangan ibu tunggal, mereka-mereka hilang pendapatan supaya dan juga peniaga-peniaga kecil yang dahulunya mereka boleh meniaga mempunyai pendapatan serba sedikit dan ada tabungan sekarang tabungan pun dah habis. Modal pusingan pun dah habis dimakan nak memulakan perniagaan pun dah tak ada. Jadi apa salahnya kalau sekiranya pihak kerajaan mengadakan satu tabung untuk membolehkan mereka ini memulakan perniagaan mereka itu dengan memberikan satu sumbangan one-off geran misalnya RM3,000 ke RM5,000 ringgit ya untuk membolehkan mereka itu memulakan semula perniagaan dan dalam masa yang sama juga bagi mereka-mereka yang menggunakan premis-premis Kerajaan, kedai-kedai PBT dan sebagainya. Saya mencadangkan supaya pihak-pihak PBT juga turut membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga ini. Saya tidak mengatakan bahawa sewa-sewa itu mesti dikecualikan tetapi setidak-tidaknya diberikan diskaun kerana kita tahu walaupun mereka boleh melakukan perniagaan, menjalankan perniagaan semula tetapi hasil yang mereka perolehi berbanding dengan zaman sebelum covid-19 itu dahulu sudah tentu tidak sama.

Tuan Yang Dipertua, dalam masa sama kita juga melihat bahawa SOP yang dikenakan itu kadang-kadang menyebabkan orang ramai berasa keliru. Misalnya kita melihat pasar malam tidak boleh dibuka kerana dikatakan sukar untuk mengawal SOP tetapi dalam masa yang sama di tapak pasar malam di mana peniaga-peniaga tidak dibenarkan meniaga. Di sana tumbuh gerai-gerai lain macam cendawan yang lebih banyak jumlahnya daripada gerai-gerai yang dibuka ketika pasar malam beroperasi mengikut keadaan yang biasa. Jadi untuk itu saya mencadangkan supaya pasar-pasar malam ni dibuka balik. Yang penting di sini ialah SOP, yang penting SOP penguatkuasaan SOP. There is no point, tidak ada gunanya kita melaksanakan SOP tetapi dalam masa sama penguatkuasaannya itu tidak dibuat secara betul dan apabila kita mengatakan penguatkuasaan SOP ini tidak bermakna bahawa mereka yang melanggar itu mesti dikenakan denda yang tinggi stiff compound yang perlu di sini ialah bagaimana mereka itu boleh dididik dan bagaimana SOP itu dapat dilaksanakan meliputi semua kelompok masyarakat dengan cara yang betul. Maknanya tidak ada masyarakat kayangan yang diberikan pengecualian ataupun kelonggaran dan pematuhan kepada SOP di sini. Jadi dan dalam masa sama juga saya mencadangkan supaya jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat terus dengan masalah Covid-19 ini yang memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat seperti JKM dan Baitulmal kalau boleh biarlah jabatan ini dibuka dalam waktu-waktu biasa jangan tutup ya. Ini yang berlaku. Saya difahamkan ada di antara mereka yang pergi ke JKM untuk minta bantuan. Mereka mengatakan satu masa jabatan itu ditutup. Kemudian tiada peruntukan. Boleh daftar dahulu tetapi nak tunggu peruntukkan entah bila nak sampai. Begitu juga dengan Baitulmal. Walaupun Baitulmal ini banyak membantu mereka-mereka yang terlibat untuk mendapatkan bantuan tetapi kadang-kadang kita melihat Baitulmal ini pun ditutup ya. Nak tunggu selepas kadar reda baru nak buka. Jadi pada saya, jabatan-jabatan dan agensi ini mestilah lebih responsif kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang perlukan bantuan dan jangan peduli sangatlah takut sangat dengan covid ni. Sebab saya katakan tadi tu, kalau semua nak tutup ke mana rakyat nak mengadu. Kalau semua nak tunggu kadar reda. Jadi bagaimana kita boleh nak membantu meringankan beban rakyat. Jadi yang perlu yang penting di sini ialah pematuhan kepada SOP itu saja.

Yang di-Pertua

YB masa tambahan dan banyak bagi ni YB.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih. Manjoi sekali lagi mengambil kesempatan untuk menyokong usul yang telah dibawa terhadap titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, terima kasih Assalamualaikum WBT.

Yang di-Pertua

Wassalam. Terima kasih Yang Berhormat daripada Manjoi. Saya suka nak ingatkan bahawa masa tempoh untuk berbahas yang untuk Ahli-ahli Yang berhormat sekalian kita khaskan untuk 10 minit. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Simpang Pulai.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Cubaan suara. Salam Sejahtera, Selamat pagi kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli MMK, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Juga kepada Ketua-Ketua Jabatan yang sekarang tengah menonton secara live dan juga penonton-penonton di luar yang mengikuti live streaming untuk sidang Dewan pada kali ini. Terlebih dahulu patik ingin merafakkan sembah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak kerana sudi mencemar duli berangkat bagi merasmi Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Negeri Perak Darul Ridzuan yang Keempat Belas. Oleh kerana saya hanya diberikan setiap ADUN diberikan 10 minit saja berbahas, maka izinkan saya terus masuk kepada topik yang ingin saya bahaskan.

Suka saya ingatkan bahawa titah Tuanku telahpun menzahirkan titah yang mana berbunyi merintis jalan meminimumkan perselisihan politik demi kepentingan rakyat. Agenda kemakmuran ekonomi, agenda pembangunan negeri dan agenda kesejahteraan sosial diutamakan. Maka hari ini saya ingin membawa 2 hingga 3 isu yang berkait rapat dengan warga Perak secara umumnya. Tuan Yang Dipertua, isu pertama yang saya ingin bawa dalam persidangan kali ini adalah tentang isu yang dekat dengan hati kita semua dan sudah tentu di kalangan warga rakyat Perak adalah tentang cara Kerajaan Negeri dalam menangani wabak pandemik Covid-19. Tuan Yang Dipertua, kita harus lihat dari beberapa aspek tentang cara kita menangani isu wabak Covid-19. Yang pertamanya, saya ingin menarik perhatian. Apakah kedudukan krisis ini di Negeri Perak?. Kita lihat beberapa angka dari segi kumulatif kes confirm

Covid-19 dari segi penggunaan ICU bed, dari segi kes kematian di dalam negeri Perak akibat daripada pandemik Covid-19. Suka saya memetik beberapa angka yang baru yang terbaru iaitu semalam, jumlah kes kumulatif adalah 61,367 orang. Kes mati 427 dan kes ICU masih lagi dalam wad ICU adalah 142 orang. Jika kita lihat kepada angka ini barangkali akan rasa ianya adalah kurang relatively berbanding dengan negeri-negeri yang lain tetapi saya ingin menarik perhatian kalau boleh Exco Kesihatan khususnya untuk melihat kepada angka ini di mana kedudukan kita. Ya, angka itu barangkali dia agak kecil berbanding dengan negeri-negeri lain. Contohnya Lembah Kelang. Tetapi ianya telah pun menunjukkan satu trend yang membimbangkan kita. Saya nak kata, kalau kita lihat kepada data empat belas hari yang lepas iaitu dua minggu yang lepas, angka ini telah pun ada satu trend yang meningkat secara mendadak.

Kita lihat kes kematian dulu, empat belas yang lepas, kes kematian 299, semalam jumlah 427, bermakna dalam tempoh empat belas hari ini telah pun ada tambahan kes kematian akibat covid-19 sebanyak 128 orang dan jumlah ini telah pun angkanya adalah 30% out of the total number kes kematian. So, maksudnya empat belas hari ini, 30% of the death case covid-19 ini adalah satu trend yang sangat membimbangkan. Yang keduanya, empat belas hari yang lepas ICU case, 135 kes. Semalam 142, trend yang menaik tak menurun nurun.

Yang ketiga adalah kes kumulatif di Perak. Empat belas hari yang lepas, kesnya jumlah dalam tempoh 14 hari ini dia ada tambahnya significant sebanyak 14,727 kes tambahan sebanyak sepanjang 14 hari kalau berbanding dengan jumlah kumulatif, 14 hari telah pun mencatatkan jumlah 20 percent out of total number kes komulitif di dalam negeri Perak. Kes kematian meningkat 30%, kes ICU meningkat juga, kes kumulatif juga meningkat secara mendadak dan saya rasa perkara ini harus Kerajaan Negeri melihat secara serius, khususnya Exco Kesihatan harus memainkan peranan dalam isu ini. Sebab kalau kita sekarang trend di Lembah Klang, mungkin barangkali telah pun ada trend yang menurun sikit tetapi negeri-negeri jiran di Lembah Klang terutamanya negeri kita telah pun ada satu trend yang membimbangkan. Beberapa 14 hari yang lepas kalau kita lihatkan angkanya, saya bacakan satu demi satu, 25 haribulan 1,390 kes, 24 haribulan 1,242 kes, 23 haribulan 952 kes, 22 haribulan 703 kes, 21 haribulan 946 kes dan sehingga 12 haribulan Ogos 930 kes. Kalau jumlahkan semua jumlahnya adalah 14,727 kes.

Ianya adalah amat membimbangkan barangkali Exco Kesihatan akan kata tak apa kes di semua tempat pun ada tapi kita punya kadar vaksinasi okey. Baik, saya petik tentang data yang berkaitan dengan kadar vaksinasi di negeri Perak. Apakah kedudukan kita dalam program vaksinasi ataupun Program PICK di negeri Perak. Saya ingin nak petik data yang mana saya hanya dapat data PICK pada 14 hari bulan Ogos, yang latest saya tak dapat lagi. Dos pertama, 53.44%, dos kedua 34.63%.

Pendaftaran untuk dewasa yang mencecah 18 tahun ke atas adalah 80% peratus daripada jumlah yang dewasa itu dan kita belum ambil kira lagi warga asing dan juga remaja yang berumur 12 hingga 18 tahun. Kalau ikutkan angkanya ada sekitar jumlah 500,000 orang warga Perak yang berdaftar belum lagi di vaksinasikan walau pun dos pertama. Belum kira lagi buruh asing yang ada dokumen ataupun tak ada dokumen, belum kira lagi remaja yang di kalangan umur 12 tahun hingga 18 tahun. Kalau ikutkan data di Kinta saja, Daerah Kinta saja di mana kawasan saya Simpang Pulai berada, ada lebih kurang 200,000 daripada jumlah 500,00 yang belum lagi mendapat vaksin first dose. So, apakah kedudukan kita. Kalau lihat secara Peringkat Kebangsaan, negeri Perak dos pertama kita hanya menduduki tempat ketiga dari bawah kadar vaksinasinya. Kita hanya mendahului negeri Sabah dan Kelantan saja. Kalau ikutkan dos kedua Perak hanya menduduki nombor lima dari bawah yang mengatasi negeri-negeri lain.

So, maksudnya sekarang ni kes banyak, kematian meningkat sejak 14 hari yang lepas. ICU tambah, vaksinasi dia lambat, tu saya pun nak tanya kepada Exco Kesihatan khususnya, apakah peranan anda dalam menangani Covid-19 dan juga untuk membantu usaha berlipatganda passionate on this issue what is your role? apa yang anda telah buat, minta pencerahan Exco Kesihatan masa penggulungan anda. Sebab pagi ini saya cukup apa tu susah hati sebab isu yang berkaitan dengan kesihatan tentang vaksin ini dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Pada hal, bagi saya ini adalah co-business Exco Kesihatan. Betul, dan saya ingin, saya ingin nak nak bagi satu data ataupun satu keterangan di mana peranan MB kelihatan dalam isu pandemik covid-19 dalam isu vaksinasi. PKPD Meru, Taman Meru 2B, MB turun, program PIKAS, MB turun bersama dengan Exco daripada apa ni mana Shahrul, Rungkup, Silver Vax, Maju Perak launching MB turun, program trailer mobile outreach programme MB turun. Rumusan saya adalah rumusan saya adalah Exco Kesihatan lagi sibuk daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya amat hargai usaha Yang Amat Berhormat Menteri Besar tapi saya pun kasihan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar kalau nak lawan pandemik pun MB, kalau nak GLC pun MB, kalau vaksin pun MB

Yang di-Pertua

Yang Berhormat ada dua minit lagi Yang Berhormat.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Cepat sangat la. So, maksudnya maka, saya ingin nak bagi satu pantun.

Harap pagar, pagar makan padi, Harap Exco, Exco mana pergi?

Kalau Exco Kesihatan tak berminat dalam bidang ini baik saya bagi cadangan Yang Amat Berhormat buatlah rombakan. Bagilah ADUN di kalangan kerajaan yang lebih layak contohnya, Temengor ke? contohnya Bukit Chandan ke, yang tampan handsome, yang gagah yang boleh dalam apa tu menangani isu ini dengan baik, membantu MB membantu kerajaan negeri. Itu yang saya nak bagi pandangan. Sebelum saya akhiri sebenarnya ada banyak lagi saya ingin tanya beberapa soalan. Sebenarnya saya ada 9 soalan yang saya ingin tanyakan. Saya tanyakan khusus kepada Exco Kesihatan, saya mohon beliau jawab masa penggulungan. Bab ini jangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar jawab bagi pihak dia.

Yang pertama, berapa kali mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak dipanggil? Kedua, berapakah vaksin yang diperolehi setakat ini dan jadual seterusnya? Kenapa Johor boleh dapat ekstra dua juta vaksin? Kelantan, Penang, KL, Selangor, Sabah minta tambahan vaksin, Selangor boleh beli berjuta vaksin dan sanggup pinjam lima ratus dosses kepada negeri-negeri lain ataupun KKM, apakah langkah Kerajaan Negeri dan peranan Exco Kesihatan. Yang ketiga, apakah perancangan ataupun timeline PICK Negeri Perak, program PICK untuk mencapai Herd Immunity dan seterusnya penyelesaian bagi mereka yang belum daftar, mereka yang buruh asing ataupun remaja umur 12 tahun hingga 18 tahun?

Yang keempat, adakah kerajaan negeri akan mencontohi Langkap OPS, lonjakan capacity, OPS Search Capacity yang mana di jalankan di Lembah Klang ataupun cara walk-in untuk vaksinasi sepertimana yang berlaku di Lembah Klang. Seterusnya, apakah kedudukan katil ICU dan bekalan peralatan di hospital seperti oxygen concentrator, oksigen tank dan sebagainya. Keenam, adakah trend kanak-kanak yang berjangkitan covid mengalami kadar peningkatan di negeri Perak? Jika ya, apakah rancangan ataupun apakah plan sebab ianya berkait rapat dengan soal sekolah buka semula pada Oktober nanti. Ketujuh, apakah kedudukan kapasiti bahagian kesihatan awam yang merangkumi cawangan-cawangan yang lain seperti tibi, kusta, AIDS, vektor, kawalan berjangkit dan kawalan penyakit tidak berjangkit dan seterusnya adalah apakah kerajaan negeri akan menghargai jasa dan bakti para frontliner yang telah pun menjadi hero secara khususnya bagi staf-staf medical dan juga soalan terakhir adalah angka yang di dalam Negeri Perak, angka bunuh diri dan angka sakit mental akibat daripada pandemik Covid-19 ini.

Tuan Yang Dipertua, memang saya sangat marah sangat sebab rakyat Perak, penduduk saya, pengundi saya akan marah saya setiap hari. Kenapa vaksin lambat? Kenapa kes tinggi? Kenapa saya tak boleh buka untuk niaga? Kenapa saya tak boleh keluar? Maka saya ingin meminta kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas bagi kesihatan. Jika ikut kepada Peraturan Tetap, Perkara 73(1), sidang ini ada hak, ada ruang untuk kita wujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas. Jika ianya tidak boleh, saya bermohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya kita boleh ada satu select committee di peringkat executive level yang mana boleh merangkumkan ADUN-ADUN di semua pihak untuk membagi idea membantu Exco Kesihatan kita untuk menjalankan tugas beliau dengan lebih baik dan lebih efektif. Masa ada lagi ke Speaker? Boleh injury time lagi ke? Bagi time sikit…

Yang di-Pertua

Dah habis. Dah habis dah. Banyak dah masa tambahan ni YB gulung YB simpulkan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Saya minta maaf jika ada tadi terkasar cakap ataupun emosi yang tak berapa elok sebab benda ini sudahpun berlarutan beberapa bulan. Lebih daripada enam bulan. Kadar vaksinasi itu patut ditingkatkan. Lepas tu cara untuk menangani Covid itu patut kita ada cara yang lebih efektif. Sebab ini bukan luahan hati satu orang saja. Bukan saya seorang saja tetapi tiap-tiap hari sudah tentu ADUN-ADUN yang lain, YB-YB yang lain pun mengalami masalah sama. So, saya kira bagi pihak lah, bagi pihak kepada semua dan penduduk saya Simpang Pulai ingin menyatakan pandangan saya dan saya minta Exco Kesihatan, you have to brush up, you have to brush up betul-betul turun padang, jangan biarkan MB seorang saja yang turun padang, bantu beliau dan kita juga ADUN biasa, ADUN Pembangkang sanggup juga membantu kerajaan dalam isu menangani Covid-19. Sekian saja. Terima kasih. Salam hormat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Simpang Pulai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Batu Kurau.

Bismillahirrahmannirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Bismillahillazi la yadurru ma asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami ul alim walahaula wala quwwata illa billahil a’zim. Yang Berhormat Yang Dipertua dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, rakan-rakan daripada pihak kerajaan sebelah sini dan juga rakan-rakan daripada pihak sebelah sana. Seterusnya Petugas-Petugas Dewan yang dihormati dan sidang hadirin ataupun sidang Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam dewan ini. Terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam berbahas tentang Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan untuk itu saya terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Menjunjung Kasih di atas ucapan yang telah dia berikan kepada kita oleh Titah Ucapan yang telah diberikan kepada kita oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almaghfurlah.

Tuan Yang Dipertua, kita Negara kita telah pun mengalami ataupun dilanda oleh Covid19 sejak daripada hujung tahun 2019 sampailah sekarang ini dan data yang telah dibentangkan menunjukkan hari ke sehari jangkitan Covid ini telahpun meningkat dari masa ke semasa. Ada turun naiknya dan sekarang ini masih lagi tinggi. Jadi oleh yang demikian, perubahan yang berlaku kepada kita adalah sangat-sangat besar iaitu dari segi sosialnya, dari segi ekonominya dan juga dari segi kehidupan rakyat itu sendiri. Jadi oleh yang demikian, apa yang kita bincangkan, yang kita bicarakan sekarang dalam dewan ini adalah tak lari daripada membuat adjustment ataupun penyelarasan daripada perubahan-perubahan yang berlaku disebabkan oleh pendemik ini. Umpamanya Pakej Rangsangan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang berjumlah lebih daripada RM200 juta untuk diagihkan kepada sektor kebajikan awam dan juga sektor kesihatan awam yang telah diberikan peruntukan yang lebih besar berbanding dengan peruntukan-peruntukan lain. Daripada peruntukan itulah saya kira kita telah dapat bantuan sama ada di pihak ADUN-ADUN kerajaan ataupun sahabat-sahabat di sebelah sana berupa bekalan makanan, kotak makanan dan juga bantuan-bantuan yang lain lagi terutamanya di kawasan yang terjejas dengan Covid-19 ini.

Oleh yang demikian, kita harus dari masa ke semasa untuk membuat persediaan ataupun harus bersedia untuk bersama-sama turun padang untuk melihat kehidupan rakyat kita ini yang terjejas oleh kerana Pandemik Covid-19 ini. Jadi, kita dapat melihat bahawa rakyat kita ini memang terjejas banyak dari segi kehidupan, dari segi ekonomi dan sebagainya itu. Contohnya macam di sekolah. Di sekolah telah berlaku perubahan yang besar dari segi pedagogi dan juga lain-lain sehingga terpaksa diperkenalkan satu kaedah baru yang dipanggil sebagai PdPR (Pendidikan dan Pengajaran ataupun Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah) yang memerlukan satu kaedah yang berbeza daripada lazimnya sebelum-sebelum ini. Tetapi PdPR ini tidak dapat dilaksanakan dengan begitu lancar kerana infrastruktur yang diperlukan terlebih dahulu tapi itu datang kemudian. Maksudnya kita tahu kita terpaksa mengubah cara pendidikan di sekolah ini tetapi kita lupa tentang infrastrukturnya dan apabila kita nak buat barulah kita nampak masalah-masalah yang timbul. Umpamanya dalam PdPR ini kita memerlukan smartphone yang kita harap rakyat ada rupanya rakyat tak ramai yang masih ada smartphone menyebabkan PdPR ini tidak boleh dilaksanakan dengan begitu berkesan dan akhirnya Alhamdulillah di Negeri Perak ini kita ada membekalkan smartphone kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 sebagai kumpulan pertama yang menerima smartphone ini bagi melaksanakan PdPR. Kita ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memberikan sumbangan smartphone ini yang saya difahamkan ada pihak yang telah memberikan penajaan untuk smartphone ini diedarkan di sekolah-sekolah.

Tetapi masalah lain pula yang timbul iaitu di kawasan-kawasan luar bandar khususnya, misalnya di Batu Kurau, kita tak dapat. Saya dapat respond daripada guru-guru, Guru Besar, Pengetua tak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana coverage wifi yang tidak begitu baik dan datanglah satu usaha, satu inisiatif daripada pihak komunikasi iaitu pembinaan menara-menara telekomunikasi untuk menambah baik lagi coverage wifi di kawasan-kawasan di luar bandar. Ini satu inisiatif yang baik, yang spontan apabila timbul masalah segera diambil tindakan. Ini satu contoh yang baik dan saya harap inisiatif ini dipercepatkan kerana masa berlalu dan kita tidak mahu pelajar-pelajar kita di semua peringkat, di sekolah menengah, di sekolah rendah malah di universiti sekalipun tidak mahu mereka ini tertinggal kerana tidak dapat melaksanakan PdPR secara lebih berkesan.

Oleh yang demikian, kita hendaklah memberikan kerjasama kepada semua pihak menyediakan data-data yang diperlukan bagi menyediakan infrastruktur ini di peringkat menyediakan telekomunikasi yang berkesan kepada masyarakat kita di kampung seluruhnya khususnya kepada komuniti pelajar. Saya nak ambil satu kisah di ataupun di Batu Kurau sendiri, sekarang ini bilangan Covid tinggi, agak tinggi dan ia bermula daripada Kluster Tangkai, mereka kata Kluster Tangkai kerana di Batu Kurau ini terkenal dengan buah durian. Semalam kita ada kesempatan nak makan sikit lah. Saya harap yang dapat rasa tu dapatlah. Alhamdulillah. Yang tak dapat rasa tu mungkin kita aturkan lain kali. Jadi Kluster Tangkai ini ialah apabila orang luar yang datang ke Batu Kurau nak membeli durian dan apabila pak cik yang jual durian itu terkena jangkitan Covid dan bila disiasat diberikan rawatan tak dapat nak kesan dari mana punca sebenarnya kerana orang jual durian dia tidak gunakan scanner, dia tak scan QR Code yang disediakan tak ada,tidak disediakan jadi maka tak dapat dikesan rantaian jangkitan Covid itu. Jadi sekarang ini jangkitan itu telah bermula di beberapa tempat di Selama. Minta maaf YB Selama. Berlaku di selama dan berlaku di Kubu Gajah dan sekarang ni berlaku dengan begitu teruk sekali di kawasan Batu Kurau. Sehingga semalam saya bincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mempertimbangkan PKPD di kawasan Batu Kurau. Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi tahu saya dia akan bincang dengan pihak pengurusan kesihatan di peringkat daerah untuk mempertimbangkan ini kerana jangkitan kita bimbang akan bertambah lagi kerana dalam saringan yang dibuat seramai 280 orang, 47 didapati positif. Jadi angka-angka ini adalah sangat membimbangkan dan kita mesti sekat supaya tidak terus berkembang.

Tuan Yang Dipertua, saya juga tertarik dengan pakej-pakej Ransangan yang telah disediakan oleh Kerajaan untuk diberikan kepada rakyat. Misalnya Kerajaan mencari dan menyediakan projek-projek ekonomi terutama yang bersifat bersepadu membimbing dan juga memberikan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan Covid-19 ini termasuklah penjaja-penjaja, peniaga kecil dan usahawan dan sebagainya. Tapi ia pada pandangan saya, sumbangan kewangan itu merupakan satu bentuk bantuan tetapi sebenarnya mereka kumpulan-kumpulan ini memerlukan yang lebih mungkin lebih daripada itu. Mereka memerlukan sokongan moral. mereka memerlukan motivasi untuk mereka meneruskan kehidupan. Oleh yang demikian apa salahnya saya ingin mencadangkan supaya selain daripada bantuan kewangan yang diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini, disediakan satu pasukan yang boleh memberikan mereka bimbingan yang boleh memberikan mereka motivasi untuk mereka terus menjalankan aktiviti mereka itu bagi meningkatkan kewangan ataupun ekonomi keluarga mereka sendiri. Dengan itu kita dapat seimbangkan antara bantuan kewangan dan juga sokongan moral kepada mereka untuk terus meneruskan kehidupan dengan lebih baik untuk keluarga mereka.

Di Batu Kurau juga kita telah pun mengambil beberapa langkah yang perlu umpamanya kita telah berjaya…

Yang di-Pertua

YB dua minit lagi.

kita telah berjaya mengadakan pusat outreach vaksin di Batu Kurau itu supaya memberikan peluang kepada penduduk-penduduk di Batu Kurau itu lebih ramai mendapat vaksin. Ini dengan kerjasama baik dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang turun sendiri melihat kami melaksanakan outreach vaksin ini dimana orang Batu Kurau tidak perlu pergi lebih jauh dan kita berikan suntikan vaksin itu di Batu Kurau.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Berhormat,Exco Kesihatan turun tak? Exco kesihatan turun tak?

Tak dengar ulang sikit.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Exco kesihatan ada turun tak?

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Mana dia, mana dia?

Masa tu saya diberitahu dia tak dapat turun. Oleh kerana masa yang tidak mengizinkan, saya ingin memberikan satu lagi permintaan. Akhir sekali saya ingin membawa hasrat daripada kawasan sayalah dari Batu Kurau itu. Supaya kita dapat menumpukan juga kepada projek-projek pembangunan ekonomi untuk kawasan yang saya maksudkan itu. Jadi pembangunan ekonomi ini adalah dirancang lama. Tapi sampai sekarang belum ada tindakan yang diambil dan ekonomi yang dimaksudkan itu berkaitan dengan produk utama di Batu Kurau dipanggil Batu Kurau Durian Park ataupun Taman Durian Batu Kurau. Dengan adanya Taman Durian ini kita dapat melaksanakan durian dengan kaedah yang lebih moden, ladang yang luas dan besar dan di dalamnya mengandungi pembangunan-pembangunan bersepadu seperti ada dalam tu chalet, banglo, ada di dalam tu agensi-agensi pertanian yang kita kumpulkan dan ada di situ juga aktiviti-aktiviti ekonomi lain daripada yang terhasil daripada durian ini. Misalnya ada kerepek durian ke dan sebagainya yang berkaitan dengan durian ini. Jadi dengan itu kita dapat memberikan peluang kepada penduduk di sana untuk meningkatkan ekonomi mereka. Selain daripada itu juga dapat meningkatkan lagi aktiviti ataupun program ekopelancongan untuk menarik pelancong dalam negeri dan juga di luar negara. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya sudahi ucapan saya ni dengan mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada semua pihak khususnya kepada Yang Dipertua Dewan kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berbahas dalam kali ini. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikusalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat daripada Batu Kurau. Sebelum saya jemput yang bahas seterusnya saya ingin mengingatkan bahawa masa berbahas ialah 10 minit. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Speaker terlebih dahulu saya ingin ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada saya dan isteri kesayangan saya pada hari ini. Walaupun terpisah kerana berada di dalam gelembung, I'm nothing without you to my dear wife dan saya juga ingin menggunakan masa yang ada untuk menjunjung merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak merangkap Duli Yang Maha Mulia Yang Timbalan Yang Dipertuan Agong atas titah nasihat dan juga titah yang telah disampaikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya ingin menarik perhatian ataupun saya ingin junjung kasih kepada Tuanku kerana telah menitahkan supaya perhatian kita dibagi kepada penggali kubur dalam titah ucapan Tuanku. Tak sangkalah kita dengan mata kepala mata kita sendiri menyaksikan sampai ada penggali kubur yang boleh menyangkul kubur sampai rebah kepenatan. Tak pernah sangka dan pada ketika ini kita sedang menyaksikan benda-benda yang tak pernah berlaku dan waris kepada individu-individu yang akan menghuni di dalam kubur-kubur tersebut meninggal akibat daripada Covid-19. Sebenarnya boleh membuat permohonan bantuan khas pengurusan kematian Covid berjumlah sebanyak RM5,000 dan menurut NADMA bantuan wang tunai secara one-off lah. Itu akan diberikan kepada Waris yang memenuhi syarat yang ditetapkan.

Namun setakat tanggal 30 Julai lah hanya 1,500 permohonan bantuan khas, bantuan NADMA ini dari seluruh negara di terima oleh NADMA dan setakat 19 Julai pula NADMA telah menyalurkan sebanyak RM6.16 Juta di bawah Bantuan Khas Pengurusan Kematian kepada 1,232 waris. Sehingga 24 Ogos pula, seramai 14,553 kematian direkodkan di seluruh negara dan sebanyak 418 kematian akibat Covid pula direkodkan di negeri Perak kita yang tercinta. Saya ingin mencadangkan agar pihak Yang Berhormat Exco Kebajikan bukan Exco Kesihatan. Exco Kebajikan Masyarakat agar memberi perhatian serius kepada isu ini dan membantu waris bukan sahaja waris keluarga untuk membantu percepatkan permohonan mereka tetapi untuk mempertimbangkan sesuatu mekanisma supaya waris-waris yang sendiri bukan saja kena mengurus jenazah, mengurus pengebumian dan sebagainya. Tetapi ada waris-waris yang sendiri akibat dari kematian itu, kemurungan atau sebelum kematian itu pun menjadi mangsa kepada kemurungan depression dan sebagainya. Sebab baru saja pagi tadi saya dapat satu kes di mana waris satu-satunya waris kepada si mati dia kemurungan sampai tak boleh kerja, tak boleh keluar rumah dan tak ada siapa yang boleh jaga dia. Saya rasa dan cadangkan perlu dan wajib untuk kita wujudkan satu mekanisme untuk pastikan golongan ini tidak akan tercicir daripada bantuan yang ada atau belum ada dan wujudkan bantuan seperti mereka supaya mereka tidak akan kecil dan 418 kematian ini bukanlah statistik dan angka dan mereka meninggalkan keluarga yang kesedihan dan bantuan tersebut sekurang-kurangnya yang ada perlu disalurkan secepat mungkin dan saya juga ingin membawa perhatian seisi Dewan kepada kapasiti ICU. Saya dapat statistik daripada kit hub yang agak rasmilah. Dalam tempoh hampir genap 28 hari atau 27 harilah hampir genap empat minggu bulan lepas. Kapasiti ICU di negeri Perak telah mencecah sebanyak 139% bermaksud untuk setiap 14 orang yang memerlukan ICU hanya ada 10 katil yang ada.

Ini tarikh dia pun saya boleh bagi tapi tak payahlah sebab masa singkat dan pada ketika inilah yang terkini, walaupun kita dah turun balik ke 95% ICU dengan jumlah bilangan katil ICU 118 ni saya tak tahu Exco kesihatan tahu ke tidaklah tetapi kita menghadapi satu masalah di mana bilangan kes yang ada aktif di negeri Perak adalah tinggi melambung sampai 1,200 lebih dan dengan 118 ni saya rasa mungkin dalam seminggu. Saya bukan expert tapi kalau kita tengok statistik sahaja apabila dua minggu yang lepas saja kita menyaksikan selama hampir empat minggu 130-120% kapasti punya ICU, keadaan itu mungkin akan berulang. Saya nak tanya ni, saya tak nak tanya anggota MMK yang lain. Ini saya kena tanya Exco Kesihatan. Apa yang telah Yang Berhormat Exco Kesihatan buat untuk pastikan frontliners kita, yang disisi kita, yang dalam covid ward kita, Adakah keperluan-keperluan yang mereka ada secara sangat cemas dipenuhi?

Kesian apabila kita dengar daripada doktor-doktor yang datang jumpa kami minta derma dan minta bantuan daripada masyarakat dan wakil rakyat pembangkang mahupun kerajaan yang bukan Exco minta oxygen concentrator. Minta perkakasan-perkakasan yang mereka kurang. Exco Kesihatan kat mana? Takkanlah semua pun nak Yang Amat Berhormat Menteri Besar turun? Dan saya rasa ini bukan perkara yang yang remeh tahu. Perkakasan equipment apa semua untuk membantu menyelamatkan nyawa- nyawa orang yang jangkiti covid ini, ini bukan main-main dan bagi sayalah ini saya bukan nak kritik semata-mata. Saya nak tunjuk adinda saya Exco Pendidikan dia turun padang dia bantu. Ada apa pun mungkin dalam sebulan yang lebih sebelum ini saya tulis surat minta Exco Pendidikan bantu dengan sekumpulan adik-adik yang nak pergi belajar kat luar negara. Vaksin belum dapat. Entahlah ada kerja yang dibuat tapi akhirnya budak-budak itu dia dapat vaksin. Sepatutnya ini adalah projek Exco Kesihatan tapi sebulan, dua bulan sebelum itu saya masih ingat tanggal 26 Mei, saya tulis sepucuk surat kepada Exco Kesihatan minta bantuan untuk mewujudkan PPV yang sekarang dah ada hari ini dah ni apa ni bulan 8, 26 hari bulan. Reply pun tak ada. Reply pun ada. PPV pun dah wujud dah mula bekerja dah sampai hari ini kita dah suntik 7,200 lebih orang minggu ketiga dah. Minggu depan nak masuk second dose untuk batch one, batch two, batch three, 3 lokasi. Sampai sekarang saya belum dapat sebarang jawapan. Ini kerja apa? Ni nak bantu orang ni. Ya, saya pembangkang. Saya akui tetapi sekiranya CITF Daerah boleh luluskan PPV saya, sekiranya CITF negeri boleh luluskan, CITF Kebangsaan boleh. Kenapa saya sepucuk surat saya dengan Exco Kesihatan ni dah kenal lamalah dari dulu tapi sampai sekarang reply pun tak nampak.

Jadi dengan 30 orang sukarelawan medical, 80 orang sukarelawan non-medical kosnya ditanggung oleh saya sendiri dengan NGO. 15 orang lagi sukarelawan lawat house to house 10 lagi orang anggota pejabat Ahli Parlimen Ipoh Timur, Yang Berhomat Canning, Yang Berhormat Tebing Tinggi dan pejabat saya. Kita berjaya jalankan kerja yang Exco Kesihatan bukan tak berjaya, bukan saja gagal. Enggan nak buat. Jadi masalahnya, saya pun tak nak panjanglah tentang ni sebab tadi Yang Berhormat Simpang Pulai dah sebut tapi saya nak memberi sedikit teguran dan permintaanlah. Satu, saya minta mohon supaya sebuah Jawatankuasa Rentas Parti dengan pengkhususan menggubal dasar dan tindakan bukan sahaja pelan tetapi tindakan pengurusan kesihatan untuk membantu kerajaan dalam menangani masalah yang kita hadapi sekarang dan keduanya saya ingin sampaikan permintaan kedua dalam serangkap pantun.

Kasihan kerajaan Exco Kesihatan hilang diri .

Yang di-Pertua

YB dua minit lagi. Banyak tu dua minit pun.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Kesian kerajaan Exco Kesihatan hilang diri, Kesian Menteri Besar ADUN Selama goyang kaki, Kalau tak koser tak sior menjawat Exco Kesihatan, Baik Yang Berhormat letak jawatan.

Dan untuk yang last saya nak sentuh sedikit tentang belia. Saya mohon supaya kita boleh percepatkan pemberian vaksin kepada staf-staf agensi-agensi GLC di negeri

Perak untuk mereka khususnya yang muda-muda yang dikerah untuk pergi kerja di PPV awam dan sebagainya supaya boleh kembali beroperasi seperti sediakala dan capai imuniti kelompok sebab deme ni juga antara tulang belakang negeri sebab saya dapat tahu ada juga masih anggota-anggota GLC yang belum dapat lagi vaksinasi dan keduanya bantuan kepada mahasiswa yang harus diberi penekanan juga untuk tahun ini khususnya untuk intake Oktober nantilah dalam dua bulan bagi kurangkan sedikit beban mahasiswa dan sebenarnya ini lebih pada nak cepatkan proses dan sampai sekarang masih ada yang belum terima lagi bantuan one-off kepada mahasiswa-mahasiswa dan ketiganya dari sudut apa nama dari segi hala tuju besarlah negeri dan juga peringkat daerah-daerah dan zon kita. Mungkin perkara ini adalah kerja IDR, kerja PASAK dan kerja beberapa lagi institusi tetapi kita perlu tetapkan adakah Perak kita ni agro state, industrial state, manufacturer state, tourism state, zon Lembah Kinta bertunjangkan pelancongan ke, knowledge based economy ke untuk Hilir Perak high tech industry ke untuk Hulu Perak pula pertanian ke? Kita kena ada satu hala tuju yang jelas berdasarkan zon-zon atau berdasarkan daerah, apakah hala tuju ekonomi kita pada ketika ini kita punya satu kapasiti untuk menetapkan supaya hala tujunya jelas.

Keempat E-Sports dan Kalau saya nak sebut tentang pentadbiran dulu susahlah tapi dulu kami ada epick. Kita ada liga antara daerah, kita ada Perak E-Sports Northern Championship tapi untuk tahun ni apa program-program yang telah dibuat dan berapa pula perbelanjaan sebenarnya setakat ini yang telah dibelanjakan untuk program-program rancangan pembangunan kerana E-Sports sebenarnya adalah antara sektor ekonomi yang sedang rancak dan saya minta supaya satu perbincangan boleh diadakan untuk kita merancakkan lagi apa yang ada supaya kita boleh memacu sektor ekonomi dan yang last sekali ini. Saya nak juga minta perbincanganlah atau mungkin satu Jawatankuasa dipengerusikan oleh Exco Belia. Apakah quick win atau low hanging fruits atau projek-projek dan inisiatif-inisiatif yang boleh kita sama-sama usahakan seisi Dewan bagi kita membolehkan transisi ke arah ekonomi pasca covid khususnya kepada belia-belia.

Tadi Yang Berhormat Trong ada sebut tentang lost generation sebab lost generation ni bukan sekadar dalam dari sudut pendidikan formal tetapi untuk pendidikan TVET untuk latihan semula mereka yang sekarang ni menjawat kerja-kerja yang depa dah hilang atau sektor itu mungkin tak wujud lagi dalam berapa tahun lagi. Apakah usaha kita untuk memastikan saya tadi ada dengar Yang Berhormat Exco, Yang Berhormat Bota sebut tentang TVET insiatif yang sebenarnya pentadbiran dulu yang mulakan dan saya turut terlibat dalam beberapa rundingan dengan pemain industri dan saya haraplah saya sekurang-kurangnya dan juga Ahli-ahli disebelah sini boleh menyumbang ke arah itu kerana kita perlu dan wajib gembeling segala dan kesemua tenaga yang ada untuk kita mengembalikan Perak ke tempat yang sepatutnya dan yang sangat-sangat, last sekali, sangat-sangat last sekali, saya nak menarik perhatian kalian Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak merujuk kepada Titah Tuanku. Langkah tersebut mungkin satu langkah permulaan yang kecil tetapi langkah kecil ini jika terus disuburkan akan membantu melonjakkan budaya politik baru aras tinggi yang kurang berkonfrantasi sifatnya. Pada saat ini, inilah bukan sahaja keperluan, inilah kewajipan bukan sekadar kerana Tuanku telah titahkan tetapi di dewan ini, di Negeri Perak kita ini, kita telah memulakan membuka satu lembaran baru bagi politik Malaysia dan sekiranya kita tidak mengambil kesempatan yang ada dengan keharmonian yang ada dan sekarang pula di peringkat federal pun nampak ada sesuatu, ada corak-corak yang menunjukkan ada penerusan dari Perak dipancarkan di peringkat federal, saya rasa mungkin negara punya politik mungkin tidak akan akan tersasarlah. Jadi saya harap di sini yang perlu kritik kita kritik, yang perlu puji seperti saya puji dua orang Exco sana, kita puji tapi janji semua ini adalah demi Negeri Perak kita yang tercinta. Jadi Pasir Pinji ingin merafak sembah menjunjung kasih kepada Tuanku dan ingin mohon menyokong Titah Tuanku. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Pasir Pinji. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Sungai Rapat.

ََظَهَر َ الْفَسَاد فِي َِ الْبَر َِوَالْبَحْر بِمَا َْكَسَبَت أَيْدِي َِالنَّاس لِي ذِيقَه م ََبَعْض الَّذِي عَمِل وا َْلَعَلَّه م ََيَرْجِ ع ون Dalam Surah Ruum ayat 41. Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan juga bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia. Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan supada mereka kembali balik insaf dan bertaubat. Dengan izin evil has come arrive on the land and the sea because of mens own doing, he may cost them to have a taste of some of their bad deeds perhaps they will turn back from evil. Dengan izin, sadaqallahulazim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah Wa Syukrulillah Wassalatu Wassalamu Ala Rasulillah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dato’ Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Sungai Rapat memulakan dengan penghargaan terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dengan ucapan ataupun titah perasmian semalam memberikan banyak makna kepada kita di Perak dan bukan hanya dalam kerajaan ini tapi seluruh rakyat Negeri Perak. Saya menyanjung titah ucapan itu kerana Tuanku memberikan satu gambaran untuk masa depan yang panjang dan difikirkan bagaimana kita nak merencanakan apa yang disarankan semalam. Saya lihat bahawa bila pujian diberikan kepada YAB Kota Tampan berkenaan apa yang telah dibuat sebelum ini maka dia memberikan satu lonjakan kepada kita Ahli-ahli Dewan Negeri ini dan juga Ahli-ahli politik yang lain untuk kita membuat persiapan perubahan yang agak besar di Negeri Perak. Dengan perubahan yang kita lakukan di atas saranan Tuanku Sultan ia juga memberikan satu ruang kelonggaran membantu pihak nasional untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sekarang ni. Kemelut yang dihadapi oleh negara kita sepanjang 60 tahun selepas merdeka dahulu sampai hari ini kalau tidak ada perubahan besar maka kita tidak akan menjelmakan diri kita sebagai pimpinan yang boleh membantu rakyat sebab kita masih lagi bercakaran. Politik 60 tahun kita masih bercakaran. Ikut cakap Peraknya kita dah jenuh dah bercakar, berkokak, bergigit. Manong, betul.

Jadi hari ini kita nak padamkan segala-gala budaya bercakar, berkokak, bergigit ni supaya Ahli-ahli politik di Perak ini bukan hanya nak menjelmakan satu ruang masa depan yang elok bagi rakyat Perak tapi bagi keseluruhan rakyat Malaysia di peringkat nasional sebab mereka sendiri tidak menunjukkan bagaimana nak menyelesaikan masalah. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam telah bertemu dengan berbagai ketua-ketua parti khususnya daripada Pakatan Harapan dan memberikan gambaran untuk kita boleh bekerjasama membantu memajukan Malaysia dan memanfaatkan rakyat Malaysia kerana masa untuk berkokak, bergigit, bercakar itu dah tak ada dah. Kita hormat menghormati antara satu sama lain. Hari ini nak menentukan nama kerajaan pun bercakar. Satu puak kata kerajaan Perikatan Nasional, satu lagi tak boleh kata dia, kena Barisan Nasional. Bila nak habis?

Kita nak cadangkan Perak ini hendaklah ditonjolkan sebagai satu kerajaan yang boleh dicontohi oleh peringkat nasional. Kita tidak lagi menyatakan ini kerajaan parti, ini pihak pembangkang sebab conotation pembangkang itu memberikan satu naratif yang cukup negatif. Pembangkang je pandang negatif. Mari kita lihat negara-negara barat yang mereka tidak ada naratif begitulah. Setiap mereka walau pun ada dua parti tapi dia bekerjasama satu sama lain tapi kalau Perak ini kita boleh jadikan sebuah kerajaan Ridzuan maka tak payah nak kokak lagi berkenaan dengan kerajaan. PN ke BN ke MN ke. Kerajaan ni kerajaan Ridzuan. Kerajaan Tuanku namanya Ridzuan. Jadi kalau siapa-siapa yang memimpin negeri ini yang menjadi kerajaan merekalah kerajaan Ridzuan. Jadi tak payah lagi kita habis masa untuk menyelesaikan masalah. Masalah di peringkat pusat hari ini nak melantik Timbalan Perdana Menteri pun berkokak lagi. Cakar lagi. Bila nak selesainya kerana dia masih lagi berhujah dalam naratif parti dia. Timbalan Perdana Menteri kena dari parti aku. Kalau di Perak hal ini kita teruskan apa yang disarankan oleh Tuanku semalam saya rasa manfaat cukup banyak. Kita tidak ada lagi unsur-unsur negatif dan saya yakin rasuah akan dapat dibasmikan di Negeri Perak. Tidak ada rasuah di negeri ini. Kita basmikan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Berhormat, apa pandangan Yang Berhormat kalau ada biak degil nak jawatan juga tapi tak sior, tak nak buat kerja. Apa pandangan?

Tak bolehlah kalau kita hari ini mengurus memimpin negeri sama ada kerajaan ataupun pihak ehsan, ehsan ni kita panggil pihak pembangkang. Namanya pihak ehsan. Kalau mereka nak menjadi ahli politik dia kena ada dalam hati sanubari dia nak menolong rakyat. Kalau tidak jangan jadi ahli politik jadi ahli perniagaan tapi bila kita ceburkan diri kita nak membantu rakyat sebagai ahli politik kita tiada pilihan. Kita kena ceburkan diri kita 100% kerana ganjarannya dunia akhirat. Itu dia punya maksima klimaks dia. Jadi sekarang kalau itulah hajat kita tidak ada ruang kita nak buat perkara yang diluar kemampuan yang dibenarkan undang-undang. Tidak ada langsung elemen rasuah penyalahgunaan kuasa, tidak ada isu-isu rasuah dan ini dapat memberikan masa tenaga yang sepenuhnya untuk membantu rakyat. Bila Tuanku semalam merasakan di Negeri Perak ini kita ada di bawah perut bumi Perak ini 1.7 juta tan. NRREE namanya. Yang ini dia bukan senang saudara-saudara.

Kajian yang telah dinyatakan oleh Tuanku semalam itu, mana kerajaan yang ada hari ini kena gunakan gemblengkan supaya nadir bumi yang tidak radio aktif ini dapat dimanfaatkan kepada rakyat. Satu usaha kena pergi berjumpa dengan pelombong-pelombong di Australia ke di China ke di Jepun ke yang khususnya yang mereka yang mahir dalam NRREE ni. Kita mesti pergunakan. Tuanku menyatakan semalam ada 214 ekar tanah diperuntukkan untuk NRREE ini di bawah MB Inc. Kalau dapat kita laksanakan ini saudara-saudara maka ruang masa depan untuk Perak dan Malaysia cukup-cukup hebat. Jadi inilah di antara saranan Tuanku yang boleh kita manfaatkan siapa sahaja jadi kerajaan, siapa sahaja jadi kerajaan ehsan ataupun yang membangkang tidak ada lagi masalah membangkang saudara-saudara, semuanya ehsan, boleh begitu? Manong, boleh? Pengkalan Baru boleh? Sila sila.

Dato’ Yang Dipertua saya mencelah sedikit dua kali Pasir Panjang sebut Manong. Jadi setuju tak Pasir Panjang kalau sekiranya Kerajaan Negeri Perak ini oh Sungai Rapat, Sungai Rapat ini Kerajaan Negeri Perak ini tiada pembangkang?

Terima kasih Manong. Negeri Perak ini merupakan negeri yang menjadi contoh kepada pusat, Nasional, sebab mereka ini bila bertelagah dia tak ada contoh. Jadi kalau boleh kita gunakan kehadiran kita dewan undangan negeri ini untuk menyampaikan hasrat supaya boleh dicontohi oleh kerajaan di peringkat nasional. Jadi kalau kita telah buat perubahan di Negeri Perak ini maka tidak menjadi masalah kita teruskan supaya kita dilihat sebagai negeri yang memang memberikan manafaat kepada rakyat dia tanpa ada pengiraan sama dia ni Parti A, Parti B atau pembangkang seperti mereka. Tapi kalau inilah saranannya saya rasa Perak akan ke depan lebih awal daripada mana-mana negeri. Dan insyaAllah, kita akan sampai ke tahap itu dan semalamnya rangsangan yang diberikan oleh Tuanku Sultan cukup hebat menyatakan bahawa food bank ni, kita nak pastikan Negeri Perak ini memberikan jaminan makanan dan perikanan bukannya makanan sahaja, ikan pun nak jamin. Kerana apa kerana kita banyak sungai. 17 sungai besar-besar di samping sungai yang terbersih di Malaysia ni ialah sungai, sungai mana? Itulah Tapah. Tuanku sebut sungai yang paling bersih di Malaysia, Sungai Tapah. Mana kita ada kemampuan yang dibantu oleh jabatan-jabatan kerajaan khususnya Jabatan Alam Sekitar untuk mempastikan sungai kita ni bukan kita ikut contoh-contoh sungai-sungai lain di Johor dan lain-lain.

Kita ada contoh mengatakan kita boleh pelihara sungai kita sebagai sungai yang terbersih. dan nak bagitau kalau kita pergi ke Sungai Tapah tu, daripada mula sungai tu berpunca sampai hinggalah ke akhir, akhirnya di mana? YB Ayer Kuning ada sini dia tahu, bersih sungainya, boleh mandi, boleh berkayak semua tu, hebat. Jadi kalau kita dah sampai ke tahap itu memang satu cara yang boleh kita sampaikan merayak kita akan terpelihara. Yang ini adalah contoh oleh kerajaan Nasional kerana mereka masih algi terkapai-kapai siapa mereka nak ikut, nak ikut negara barat tak boleh sangat, tapi nak ikut Perak baru betul. Jadi marilah sama-sama jadikan Perak ini sebagai negeri contoh dalam semua aspek.

Yang di-Pertua

YB ada dua minit lagi

Saya nak terima kasih kepada YB Kota Tampan yang telah pun memberikan lebih kurang kesaksamaan kepada Ahli-ahli Dewan negeri. RM200,000 ribu diberikan kepada kami. Semasa pembentangan Belanjawan 2021. RM100 ribu melalui pusat akaun Pusat Khidmat, satu lagi melalui P07, RM200 ribu ke 300 ribu, saya lupa. 300 ribu ye ahh..200…oh bukan 300 ribu. Ah kalau RM300 ribu, saya pun lupa, bakinya bila nak hantar pula tu? Jadi kalau RM100 ribu boleh bakinya, legalah sikit Yang Amat Berhormat. Tahu ada kata RM300 ribu boleh sahkan sahkan tapi dalam belanjawan tu di nyatakan tapi kalau boleh tahun depan ni dalam belanjawan kita Pusat-Pusat Khidmat, kalau diberikan RM5 ribu sebulan sahaja ni tak mampu dah Pengkalan Baharu, tak mampu. Kita belanja kadang-kadang RM8 ke RM9 ribu sebulan Yang Amat Berhormat.

Macam kami di Sungai Rapat tu ada dua Pusat Khidmat sebab kita memberikan khidmat kita kepada dua parlimen. Saya berterima kasih kepada Ahli Parlimen Gopeng kerana dia bantu tiga-tiga DUN. Saya menikmati tak kurang 250 kotak makanan. Satu kotak tu beranggaran RM100 dan kita boleh bagi mangsa-mangsa Covid. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Gopeng yang telah pun memberikan sedikit peruntukan kepada Dun Sungai Rapat dan kita juga terpaksa meraih sokongan kepada Ahli Parlimen Batu Gajah. Jadi saya ada dua Ahli Parlimen, untuk itu kalaulah sekiranya kita boleh teruskan berikan satu lonjakan kepada Pusat Khidmat kita daripada RM5,000 kepada RM10,000 maka kita boleh berikan banyak lagi tumpuan kepada Ahli-ahli ataupun pada pengundi-pengundi dan warga dalam setiap adun kita.

Akhir sekali Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya juga berterima kasih di atas peranti yang telahpun diagihkan melalui Exco Pendidikan. Saya nak berterima kasih kerana bukan hanya Pasir Pinji tadi menghormatinya semasa saya menjadi Exco hari tu saya tak sempat nak pergi melawat mana-mana Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri. Saya rasa bersalah tapi saya nak bagi penghormatan sanjungan kepada Yang Berhormat Exco Pendidikan Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, dia boleh ziarah pejabat kami. Bukan saja nak bagi peranti tapi pergi lonjakan. Cumanya bila kita sebut hari tu, peruntukanTuisyen Cikgu, TCS ya, ramai silap-silap dengar, ini adalah peranti daripada Tuisyen Cikgu Saari. Saya kata mana boleh Saari. Kalau silap dengar pantas sangat dia Cikgu Saari. Cikgu Saari malanglah kita. Cikgu Shahari qolqollah tak betul. Cikgu Saari dengan Cikgu Saarani lain. Intonasi lain-lain.

Jadi saya terima kasih kerana ada ruang-ruang sedemikian yang boleh dipamerkan. Kalau yang ni pulak dibuat oleh siapa-siapa saja yang memimpin Kerajaan Perak ni maka rakyat suka. Tidak ada pertelagahan di antara mereka nak pilih parti A, parti B, jadi kalau parti A pun kami dapat manafaat, parti B pun kami dapat manafaat. Jadi kita pula tidak bertelagah buang masa siapa yang nak dapat duit lebih daripada negeri ini sebagai ahli politik apa cara kita nak mendapat habuan yang lebih, nak tolong untuk melonjak kita di peringkat, peringkat kawasan kerana kita ni kerajaan. Kita nak jatuhkan pembangkang dan kita perlu banyak kewangan. Ini hakikat dia. Tak dapat nak dinafikan ya berusaha ahli politik nak dapatkan habuan kerana habuan tu nak digunakan lonjak diri dia supaya dipilih oleh rakyat. Tapi kalau habuan ni kita beri balik pada rakyat dia tak ada kepentingan, maka rakyat suka mengundi dia akan tahu ahli parlimen ni, Ahli-ahli dewan negara ini depa ni menyanjung tinggi Institusi Parlimen. Hari ini kita dewan negeri berpolitik menyaksikan bagaimana parlimen kita dimandulkan. Parlimen kita dirosakkan, demokrasi kita dibunuh depan-depan.

Jadi rakyat berasa segan masuk Pilihanraya pun same je kate dia. Kalau kome mengundi pun, dema suruh pilih pilihanraya melompat juga. Khianat tetap berlaku tapi kalau dapat kita seimbangkan supaya parlimen-parlimen kita menghormati sistem dinamik politik kita untuk masa akan datang, tidak ada unsur-unsur negatif sebaliknya rakyat akan manafaat setiap kali mereka berpilihanraya. Mereka hendak berpilihanraya kerana mereka nak tengok siapakah kerajaan yang boleh dipilih yang boleh compete yang boleh berbanding yang lebih baik daripada kerajaan yang lama. Itu yang dinikmati kerajaan-kerajaan demokrasi di dunia luar, rakyat dia masuk pilihanraya menanti-nanti pilihanraya kerana kami nak pilih, manakah kerajaan yang lebih elok dari yang terdahulu. So we have to perform with level best. Dengan izin.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Dipertua, saya berterima kasih di atas pandangan itu dan saya mohon mudah-mudahan kita diberikan rahmat oleh Allah swt jadikan Perak ni sebagai negeri contoh yang boleh dicontohi oleh negeri-ngeri lain. Kita jadikan dewan ni, dewan yang kita cukup-cukup berkasih sayang bukan setengah-setengah dewan dia jadi macam pada sangkar, sangkar apa? Saya dengar pun malu tapi kalau dewan undangan negeri ni kita bermesra-mesra kita tidak ada perasaan negatif, maka kita suka menjadi Ahli-ahli Dewan Rakyat supaya kita jadi untuk institusi mendapatkan pahala dunia akhirat untuk kita melangsaikan dosa-dosa kita banyak berdosa yop, tak tahu bila dosa diampunkan tapi dengan tinggal sedikit kerja kita tanpa ada rasa negatif di antara kita, kita rasa kita akan diampunkan oleh Allah. Jadi saya sudahi dengan wabilahhi taufik walhidayah wassalammualaimum warahmatullah hiwabarakatuh, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Waalaikummusalam. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Rapat. Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Belanja. Dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Wassala tuwassala muala asyrafil ambia iwalmursalim waala alihi wasahbihi ajmain. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, Yang Amay Berhormat Dato’ Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan ahli Yang Berhormat sekalian. Pertamanya marilah kita sama memanjat Syukur kehadrat Allah subhanahu wataala kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama dalam sidang Dun dengan norma yang baru ini. Kesempatan ini juga saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berbahas. Menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Sultan Perak sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas. Marilah kita sama-sama memberikan setinggi-tinggi penghargaan atas kerja keras dan sumbangan yang cukup cemerlang yang ditunjukkan oleh petugas barisan hadapan dalam menangani pandemik Covid-19. Covid-19 memberikan cabaran dan tekanan yang besar kepada kehidupan semua orang. Namun petugas barisan hadapan tetap cekal mencurahkan masa, tenaga mereka untuk membendung pandemik ini.

Menyorot Titah Diraja semalam seperti para 11 berkaitan dengan pendidikan, senario pengajaran dan pembelajaran di negara ketika ini cukup berbeza jika dibandingkan dua tahun yang lalu kerana masalah pandemic Covid-19. Ia telah menyebabkan proses pembelajaran secara konvensional bertukar kepada pengajaran secara talian ataupun Maya. Kita harus memuji tindakan yang telah dan sedang dijalankan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani yang menyumbangkan 20,000 unit telefon pintar beserta dengan simkad Yes bagi pelajar keluarga B40. Manakala 50,000 simkad YES beserta pelan data selama satu tahun dan langanan ini adalah percuma hasil kolaborasi dan sumbangan dari pihak YTL dan YES bagi membantu para pelajar tetapi dengan adanya telefon pintar yang disumbangkan oleh pihak berkenaan. Tetapi masalahnya adalah capaian Internet. Kalau di DUN saya 150 orang pelajar yang menerima itu. Yang hanya ada coverage ataupun liputan hanya 71 pelajar tersebut. Bermakna yang lebih itu mereka ada peranti tetapi tidak boleh digunakan untuk mengakses pelajaran. Mujurlah YES telah memasukkan frogplay. Maknanya bolehlah pelajar-pelajar ini mengulangkaji pembelajaran secara interaktif dan juga boleh membantu mereka untuk mendapat kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang berguna untuk mereka. Tetapi saya mengharapkan agar capaian Internet yang saya rasa kebanyakkannya akan menyuarakan pandangan yang sama diberi perhatian khusus. Khususnya bagi memastikan PdPR dapat berjalan dengan baik khususnya untuk anak-anak kita yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2021 pada bulan Mac 2022 nanti.

Sememangnya usaha untuk mengatasi masalah kemiskinan digital ini memerlukan kesinambungan kerjasama daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kerajaan, pimpinan politik, badan bukan kerajaan dan sebagainya. Kita tidak seharusnya menormalisasikan budaya menunggu sehingga sesuatu isu menjadi tular, barulah tindakan akan diambil. Dalam alaf baru yang utamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Tiada pilihan lain selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi komputer dan telekomunikasi maklumat. Krisis Global akibat penularan wabak covid-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh. Bahkan menjadi tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baru yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara talian.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membina sistem pendidikan negara yang kukuh dan cekap. Antara objektif utama untuk Pelan Pendidikan ialah untuk merapatkan jurang pencapaian pelajar. Terutamanya dalam peperiksaan awam di kalangan pelajar bandar dan luar bandar. Cuba kita lihat pencapaian SPM 2020 di waktu pandemik covid ini. Bagi kawasan luar bandar yang layak mendapat semua A adalah 510 orang. Manakala bagi sekolah luar bandar 180 orang. Manakala bagi gred purata sekolah di kawasan bandar adalah sebanyak 4.75. Manakala luar bandar 5.05. Ini menampakkan perbezaan yang cukup ketara. Kalau kita bandingkan pula dengan bilangan pelajar yang layak mendapat sijil SPM iaitu yang lulus Bahasa Malaysia dan juga sejarah. Bagi kawasan bandar 13,413 manakala kawasan luar bandar 11,370. Adakah pencapaian ini ada kaitan dengan masalah PdPR ataupun perkara-perkara lain? Justeru itu, saya ingin bertanya apakah pelan atau strategi yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi menampakkan jurang pencapaian pelajar di bandar dan luar bandar dapat dikecilkan? Kita lihat pula dari segi pencapaian negeri kita, Perak dan juga pencapaian peringkat kebangsaan di mana pencapaian SPM 2020, kita hanya mendapat 4.88 manakala pelajar kebangsaan 4.80. Bermakna gred purata negeri kita masih di bawah gred purata kebangsaan dan perkara ini bukan sahaja berlaku pada tahun 2020, 2019 pun sama, 2018 pun sama. Maka, apakah langkah-langkah yang telah kita kenal pasti yang telah dibuat, sedang dibuat dan akan dibuat bagi meningkatkan lagi pencapaian SPM 2021 terutamanya dalam norma pembelajaran PdPR ini?

Tuan Timbalan Yang Dipertua, akses kepada pendidikan yang berkualiti berbeza di kalangan pelajar juga menyebabkan pencapaian pelajar luar bandar sering dilihat agak ketinggalan. Ini kerana kekurangan infrastruktur atau isu kemiskinan yang sering menjadi isu. Bagaimanapun terdapat kajian yang menunjukkan pendapatan isi rumah yang rendah di kalangan keluarga pelajar bandar juga turut menyumbang kepada kegagalan pelajar untuk mendapat pendidikan yang berkualiti dan menyebabkan keciciran berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Belanja. Dua minit lagi.

ai... Sedikit beno. Dah habis dah. Tuan Yang Dipertua, berkaitan dengan program pemberian vaksin. Semua kawasan bercerita kenapa vaksin lambat, kenapa kurang masyarakat menerima vaksin kerana pelbagai alasan yang diberi dan sebagainya. Cuma di antara program yang boleh kita laksanakan bagi meningkatkan pemberian vaksin adalah program outreach kerana outreach ini kita tumpukan kepada golongan sasar dan juga lokasi-lokasi yang tertentu. Contohnya di kawasan saya, 17 haribulan Julai itu kita buat program outreach retro iaitu bagi golongan warga emas. Seramai 300 orang telah menerima suntikan. Manakala InsyaAllah pada 28 haribulan 8 ni dah 24 haribulan 9, kita buat pula outreach bagi mereka yang terlibat dengan kluster-kluster vaksin. Di DUN saya ada dua, Kluster Tanjong Medan dan juga Kluster Parit Jaya. Ini adalah kerjasama yang cukup baik dengan Pejabat Kesihatan Daerah.

Seterusnya pemberian vaksin juga perlu diperluaskan kepada komuniti dan kumpulan sasaran melalui Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK). Ini saya harap pihak PBT khususnya dapat memberi keutamaan kepada penjaja kecil, peniaga pasar malam, pasar tani yang masih belum menerima suntikan kerana mereka ini perlu diberi suntikan kerana mereka telah diberi kebenaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan yang seperti dalam fasa pemulihan negara maka mereka ini perlu diberi vaksin supaya mereka boleh menjalankan aktiviti perniagaan dan juga menghindari daripada mereka menjadi agen penyebar dan juga menyebabkan kes covid ini meningkat.

Seterusnya berkaitan dengan vaksin juga, tadi ada Batu Kurau sebut berkaitan dengan pembukaan sekolah pada Oktober. Adakah pihak Exco Kesihatan, Exco Pendidikan memastikan bahawa mereka yang akan terlibat dengan sesi pembukaan sekolah Oktober nanti telah menerima suntikan vaksin? Bukan setakat guru atau murid tetapi golongan golongan yang terlibat dengan sesi pengurusan sekolah. Khususnya anggota kumpulan pengurusan kerani, pembantu tadbir, penyelia asrama, pembersih kawasan, pengawal keselamatan pengusaha kantin. Maka kita mengharapkan agar mereka yang terlibat dengan pengurusan sekolah ini kalau boleh semuanya telah pun divaksin dan tidak boleh enggan atau tidak mahu menerima vaksin dan kita tak nak jadi seperti di negeri Johor sampai Tengku Mahkota Johor terpaksa panggil Pengarah, panggil guru-guru yang enggan menerima vaksin. Maka saya harapkan Exco Pendidikan tolong beri keutamaan ini kerana sebelum sesi persekolahan dibuka perkara ini perlu diselesaikan dahulu.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, ada satu isu yang sering berlaku di kawasan saya berkaitan dengan binatang peliharaan yang berkeliaran iaitu lembu kerbau dan sebagainya yang duduk di tengah jalan yang boleh menyebabkan kematian dan meragut nyawa. Saya difahamkan ada satu enakmen iaitu enakmen kerbau lembu negeri Perak 1981. Dalam enakmen itu difahamkan hanya digunakan untuk daerah yang sepadan dengan negara Siam, Thailand iaitu Hulu Perak sahaja. Apa salahnya enakmen ini digunapakai untuk semua daerah bagi memastikan proses pendaftaran ternakan itu dapat kita laksanakan kerana apabila dia daftar kita tahulah siapa punya lembu tu. Siapa punya binatang tu dan kerajaan akan dapat hasil yang lebih nanti. So, saya mengharapkan supaya Exco berkaitan dapat meneliti perkara ini supaya enakmen berkaitan dengan binatang peliharaan ini diperbaiki dan diselaraskan untuk semua daerah. Saya rasa cukup setakat itu. Dengan ini, Belanja menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih yang berhormat daripada Belanja. Dijemput yang berhormat daripada kawasan Sungkai untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 10 minit.

Dato’ Yang Dipertua, Ahli-ahli Dewan sekalian. Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi kebenaran kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Saya akan fokuskan perbahasan saya terhadap dua isu yang agak penting dan dua isu ini telah pun disentuh oleh Tuanku Sultan dalam titahnya dan yang pertama adalah tentang penularan wabak covid-19 dan pagi ini kita dengar tiga rakan Ahli Dewan Undangan Negeri telah memetik peranan Exco Kesihatan. Peranan Exco Kesihatan ini adalah satu peranan yang amat berat. Saya faham kerana saya telah menjadi Exco Kesihatan dua kali. Kali pertama pada tahun 2008. Kali kedua pada tahun 2018 dan kali pertama apabila saya menanggung jawatan ini datangnya wabak Chikungunya dalam keadaan amat berbahaya.

Jadi kita terpaksa siang malam lari ke sini dan sana. Kawasan yang terlibat adalah Manjung waktu itu. Ada juga kematian yang berlaku dan kita dapat mengawal dan tugas Exco adalah untuk memberi kerjasama kepada kakitangan Jabatan Kesihatan dan waktu saya jadi Exco tidak ada masalah atau tidak ada kritikan pada tahun 2008 mahupun tahun 2018 dan juga wabak seperti denggi bertambah dan kita harus ingat di Perak terdapat 14 hospital kerajaan. 100 lebih klinik kerajaan dan klinik desa dan beberapa klinik bergerak. Dan juga waktu itu pada tahun 2018 tiap-tiap hari ada bermacam-macam aktiviti kesihatan. Tetapi saya berada di setiap tempat dan saya percaya sebab itulah waktu saya memegang portfolio berkenaan tidak ada kritikan daripada pihak pembangkang waktu itu. Malah, ada Adun pembangkang itu yang merupakan Exco sekarang Yang Berhormat Rungkup telahpun dalam perbahasan beliau meminta saya membantu beliau dikawasan beliau klinik Bagan Datuk dan tak sampai pun seminggu saya turun ke kawasan beliau dan selesaikan semua masalah yang beliau hadapi.

Salah satu aduan adalah ambulans yang ada di situ terlalu tua dalam seminggu itu sebelum saya turun ke klinik Bagan Datuk ambulans baru telah mereka terima dan juga telah mengadakan perbincangan dengan kakitangan klinik berkenaan dan apa yang mereka minta hampir semua selesai. Jadi saya percaya Yang Berhormat Rungkup tidak ada masalah di klinik berkenaan selepas itu dan saya tak tinggal di situ juga dalam perjalanan saya balik saya singgah di klinik-klinik di mana saya dapat adanya klinik contohnya klinik Sungai Sumun, klinik Hutan Melintang tetapi walaupun tiap-tiap hari saya bergerak saya hanya dapat melawat lebih kurang 27 peratus sahaja klinik dan hospital. Tetapi apabila perlunya kerjasama saya bantuan saya, saya tetap telah disalurkan dan saya percaya Exco Kesihatan yang ada sedia ada sekarang ini menerimalah kritikan ini sebagai constructive. Kita tidak ada musuh-musuhan dengan beliau. Jadi terima kalau tak dapat terima kalau jawatan itu terlalu berat bagi seorang Exco maka Exco itu letak jawatan tersebut demi kebaikan rakyat negeri Perak. Ini adalah keadaan yang amat cemas sekarang apa yang kita hadapi dan dua perkara yang disentuh oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada pagi ini dalam jawapan untuk soalan pertama adalah pemberian vaksin dan juga pendaftaran untuk penerimaan vaksin. Yang pertama pendaftaran telah pun capai lebih kurang 80 peratus masih ada lebih kurang 23 peratus seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Manjoi masih belum didaftar kerana isu keagamaan.

Dato’ Yang Dipertua sehingga hari ini walaupun kita dah mencapai kemerdekaan sejak 63 tahun yang lepas, kita tidak pernah wajib kan suntikan vaksin ini bukan saja dalam kes covid-19 apa jua vaksin tidak diwajibkan dan apabila saya memegang jawatan Exco saya dapat maklum balas daripada pakar perubatan bahawa terdapatnya kecacatan-kecacatan dikalangan kaum Melayu Islam dan alasannya adalah mereka tidak memberi vaksin kepada kanak-kanak mereka. Ada satu berita yang keluar semalam. Di Kota Kinabalu, seramai 866 orang daripada keseluruhan 3,224 kes positif Covid-19 yang direkodkan semalam. Remaja serta kanak-kanak berusia 17 tahun dan kebawah. Jadi 866 orang adalah 17 tahun kebawah. Kesemua 886 orang didapati positif Covid-19 ini masih belum layak untuk diberikan vaksin. Belum layak dapat vaksin tapi dah kena. Sehingga semalam, 53.9% penduduk dewasa Sabah telah memperolehi satu dos vaksin. Daripada jumlah seramai 565 orang berumur 6 hingga 7 tahun. Jadi 6 hingga 17 tahun yang kena Covid positif adalah 567 orang. 268 orang berusia satu hingga lima tahun positif Covid manakala 33 orang berusia kurang daripada satu tahun. Jadi kurang daripada satu tahun pun dah positif Covid. Jadi dalam keadaan ini, apakah kedudukan negeri kita di Perak? Ini di Sabah. Di negeri kita berapakah remaja umur 17 ke bawah yang telah didapati positif Covid-19? Jadi saya percaya saya akan dapat jawapan dan ada lebih kurang diantara guru-guru sekolah akan dibuka pada September, pada November, Oktober, Oktober …

Timbalan Yang di-Pertua

YB Sungkai, ada dua minit.

…pada Oktober tetapi masih macam di Johor ada 776 guru tak dapat vaksin dan apakah kedudukan di Negeri Perak. Berapakah guru-guru tidak dapat atau enggan dapat vaksin? Dan juga kita boleh imbas balik seorang anggota tentera telah dipecat dari jawatan kerana tidak mendapat vaksin seperti yang diarahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan apakah kita nak buat dengan guru-guru ini yang enggan menerima vaksin. Jadi saya percaya Negeri Perak haruslah menjadi negeri pertama untuk menetapkan pengambilan vaksin. Apa jenis juga adalah diwajibkan. Jadi kita kena kaji bagaimana kita akan buat perkara ini.

Yang kedua, adalah di antara akibat daripada wabak Covid-19 yang kehilangan kerja. Beberapa Yang Berhormat telah bangkitkan isu ini dan saya juga nak sentuh isu ini. Dianggarkan lebih kurang 763,000 pekerja telah kehilangan kerja. Angka 763,000 ini adalah angka yang diberikan oleh Perkeso dan harus kita Ingat Perkeso hanya memberi coverage, dengan izin ya kepada pencarum-pencarum Perkeso iaitu yang bergaji RM4,000 ke bawah. Jadi angka 763,000 ini adalah angka yang dibekalkan oleh Perkeso. Jadi apakah angka-angka pekerja melebihi gaji RM4,000 yang kehilangan kerja. Jadi saya telah pun hantar soalan berkenaan tapi belum dapat jawapan lagi dan juga saya percaya dalam kehilangan kerja ataupun pemecatan kerja ataupun dihentikan kerja akibat daripada Covid-19, ada satu golongan besar yang merupakan under employment, iaitu contohnya seorang juruterbang kehilangan kerja kerana Covid-19. Balik bawa Grab ataupun gerai burger, jual gerai burger. Berapakah yang yang orang yang jumlah orang yang terlibat dalam under employment. Jadi saya percaya satu golongan yang besar terlibat dalam golongan ini dan di Negeri Perak ada dua jenis kategori pekerja. Satu adalah pekerja yang berkerja di Negeri Perak yang telah kehilangan kerja. Menurut YAB Mantan Menteri Besar, beliau mengatakan bahawa sehingga tahun lepas ada 3,000 pekerja telah kehilangan kerja akibat daripada wabak Covid-19 dan sehingga sekarang berapakah pekerja yang telah kehilangan kerja dan berapakah pekerja yang dapat berjaya dapat kerja seperti yang mereka kerja sebelum itu dengan gaji lebih kurang sama seperti itu dan berapakah jawatan-jawatan baru pekerjaan-pekerjaan baru yang telah diwujudkan oleh kerajaan yang sedia ada.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungkai.

Ya, ya Yang Dipertua. I’m finishing it. Dan dengan kata-kata itu saya berharap saya akan dapat jawapan sewajarnya dan saya ucap terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua atas kebenaran ini dan saya sokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB daripada Sungkai. Seterusnya kita menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan 10 minit dari sekarang.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Barisan Exco, rakan-rakan, Adun-Adun, daripada kerajaan dan juga pembangkang. Seterusnya pegawai-pegawai dewan, rakan-rakan daripada jabatan-jabatan, rakan-rakan sidang media dan seterusnya para pemerhati yang saya hormati sekalian. Terutamanya saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas peluang dan juga ruang kepada Bukit Chandan untuk turut sama dengan perbahasan pada kali ini.

Tuan Yang Dipertua, saya ingin mulakan dengan patik merafak sembah menjunjung kasih di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang telah pun bertitah dihari pertama persidangan kita pada kali ini. Saya ingin juga menyampaikan ucapan tahniah kepada YAB Menteri Besar dan pasukannya dan seluruh seisi dewan kerana dalam para 27, titah tuanku pada hari semalam telah pun menyatakan dan mengiktirafkan kita seisi dewan ini telah menunjukkan satu politik matang yang beraras tinggi. Satu pengiktirafan kepada kita yang mana ini adalah salah satu daripada yang boleh dicontohi oleh lain-lain dewan termasuklah di Dewan Rakyat di peringkat Parlimen dan suasana politik pada hari ini saya boleh mengatakan begitu nyaman sekali. Our politic dalam negara dan juga dalam negeri berbeza di Negeri Perak kita mengalami dan juga merasai politik yang lebih nyaman jika dibandingkan lapan tahun kebelakangan ini apabila saya mula memasuki dewan ini sehinggalah hari ini, ini ialah salah satu contoh politik yang paling nyaman yang pernah saya rasai. Jadi syabas dan tahniah kepada semua Yang Berhormat-Yang Berhormat telahpun menunjukkan kematangan dan juga menunjukkan konsep politik yang matang beraras tinggi seperti yang dinyatakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Realiti Covid yang terpaksa kita terima daripada pandemik yang telah pun banyak memberi suatu pengajaran kepada kita sebenarnya dan juga menjejaskan sebahagian kehidupan rakyat di negara dan juga di negeri ini tetapi dalam kita menangani masalah yang didatangi oleh wabak covid yang tidak siapa sangka akan wujud di muka bumi ini. Namun apa yang kita sedang melalui pada hari ini kita melalui 3 fasa yang begitu penting. Yang pertama, fasa menyelamat. Yang kedua, fasa untuk kita bertahan. Yang ketiga adalah untuk fasa kita membuat pemulihan. Kita telah pun melalui fasa yang pertama, fasa menyelamat iaitu ingin kita pastikan yang kita pastikan ada makanan di atas meja dan ada bumbung yang selesa untuk kita berlindung dibawahnya. Cuma apa yang ingin saya sarankan kepada pihak kerajaan agar kita menjalankan usaha yang lebih pro-aktif pada hari ini untuk memastikan kita boleh memulihkan keadaan setelah didatangkan dengan wabak yang tidak siapa sangka. Jadi bukan satu mudah, bukan satu kerja yang mudah bagi pihak kerajaan baik di pusat, baik di negeri untuk memastikan kita kembali seperti sediakala. Namun realiti covid yang mana hari ini adalah disebut sebagai pandemik akan bertukar menjadi endemik itu satu realiti yang harus kita terima.

Namun apa yang disuarakan di luar sana tentang kerisauan rakyat kita. Liputan vaksinasi ataupun penerimaan vaksinasi masih berada di paras yang rendah. Sedikit kelegaan apabila mendengar penyataan daripada YAB Menteri besar bahawa usaha-usaha untuk mempertingkatkan liputan ataupun jangkauan vaksinasi kepada rakyat di negeri kita ini sedang dilipatgandakan dengan begitu hebat sekali. Jadi sudah tentulah kita tidak boleh berharap PPV-PPV kita yang ada pada hari ini untuk memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin kerana mereka ada kapasiti yang terhad. Saya ingin sarankan supaya kita perlu bersikap proaktif iaitu dengan kita membuat satu reach-out kepada mana-mana rakyat yang masih belum menerima ataupun masih tertinggal untuk menerima perlindungan vaksinasi sini.

Seterusnya saya ingin menarik perhatian tentang betapa usahawan-usahawan yang ada di luar sana begitu tertekan, begitu terhimpit di atas kekangan-kekangan ataupun SOP-SOP yang diperkenakan, maka sudah pastilah usahawan-usahawan di luar sana terutamanya yang kecil-kecilan terjejas pendapatannya. Jadi sudah tentulah saya amat berharap kepada pihak kerajaan untuk cari jalan yang terbaik untuk memberi sokongan kepada mereka ini. Ramai yang keciciran. Ramai yang tidak dapat bantuan-bantuan daripada pihak kerajaan pusat mahupun negeri di atas kekangan-kekangan tertentu. Jadi saya amat berharap kerajaan dan juga agensi-agensi kerajaan dapat kendurkan karenah birokrasi kerana mereka ini perlu kita bantu. Ada yang gagal kerana tidak berdaftar dengan LHDN. Ada yang gagal kerana tidak ada SSM, yang ini kita kena cari jalan keluar kerana mereka ini perlu dibantu untuk memberi daya tahan yang tinggi kepada mereka untuk berhadapan survival setelah pasca covid nanti. Seterusnya memetik daripada para 16 dan juga para 21 titah Tuanku menyatakan sekuriti makanan ini begitu penting. Jadi sudah tentulah pesanan ini kepada pihak kita semua untuk memberi tumpuan yang lebih kepada industri sekuriti makanan yang memastikan bahawa bekalan makanan domestik kita pada hari ini cukup dan harga yang tidak dilambung naik akibat daripada penawaran lebih daripada pembekalan. Jadi sudah tentulah saya minta pihak kerajaan pastikan sekuriti makanan ini terjamin dan beri ruang yang lebih luas kepada rakyat untuk terlibat dalam pembuatan ataupun membekalkan sekuriti makanan ini.

Jadi sudah tentu yang ingin saya sentuh adalah tentang pemilikan tanah yang sedikit lewat kalau dilihat daripada kemajuan lain-lain bidang. Pemilikan tanah pada hari ini contohnya di kawasan saya ada dua RPT rancangan, RPT Rancangan Perumahan Tersusun. Ada 4 RTB (Rancangan Tanaman Berkelompok) yang agak perlahan proses kelulusannya yang sedari 2008 ketika saya belum masih jadi wakil rakyat, 2013 waktu kali pertama saya jadi wakil rakyat sehingga kini masih berada dalam takuk ataupun tahap yang masih belum kita boleh serahkan kepada rakyat. Proses yang mengambil masa yang terlalu lama ini saya harap kerajaan dapat tengok semula bagaimana untuk kita percepatkan, kita percepatkan proses penyerahan dan juga pemilikan tanah ini kepada rakyat. Mereka amat berharap di situlah mereka ingin tinggal dan di situlah juga mereka boleh membuat hasil kerja untuk bertani bagi menyokong industri sekuriti makanan.

Tuan Yang Dipertua, yang seterusnya saya ingin bawa sedikit perihal keperluan yang ada di kawasan saya iaitu di kawasan DUN Bukit Chandan. Yang pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak JKR kerana telah pun menyiap 2 buah jambatan yang menjadi idaman orang Bukit Chandan. Yang pertamanya, di kawasan Sungai Bukit Cermin. Yang keduanya di Sungai Menora dan saya ingin meregister ataupun dengan izin ingin mendaftarkan satu lagi permohonan. Kepada pihak-pihak yang berkenaan iaitu pembangunan satu lagi jambatan iaitu yang menyeberangi sungai Senggang. Saya harap mendapat pertimbangan. Belanjanya tak banyak, hanya sekitar RM3 juta saja. Kalau tak ada tahun ini kita bawa ke tahun depan. Tuan

Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan tahniahlah kepada pihak kerajaan. liputan internet semakin baik dikala keperluan PdPR yang amat meruncing. Telekom Malaysia di kawasan Kuala Kangsar bertungkus-lumus untuk memperlengkapkan semua keperluan-keperluan untuk liputan-liputan ini lebih meluas. Mungkin ada satu dua kawasan yang masih tertinggal tapi saya ingin kredit, memberi kredit kepada pihak Telekom kerana begitu berusaha dengan begitu hebat sekali. Pinjam kata-kata daripada Arau, begitu hebat sekali mereka bekerja untuk memastikan Unifi sampai ke laman tangga rumah kita yang berada. Cuma apa yang kita terkilankan sekarang adalah liputan dah ada, PdPR dah ada tapi keterlibatan anak-anak kita menghadiri kelas-kelas PdPR sangat mengecewakan.

Timbalan Yang di-Pertua

Chandan, satu minit.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Satu minit lagi ya. Contoh anak saya yang berada di bangku sekolah dalam tingkatan 2, rata-rata yang hadir amat mengecewakan. Daripada 30, 5 yang hadir, daripada 30 kadang-kadang 2 yang hadir. Jadi sudah tentulah kita tidak boleh salahkan guru-guru. Kita tidak boleh salahkan PPD. Tidak boleh salahkan Kementerian Pelajaran. Ini adalah kesedaran daripada individu yang ingin menuntut ilmu itu sendiri. Jadi saya amat berharap ibu bapa terlibat dengan lebih serius untuk memastikan anak-anak kita hadir daripada awal kelas hingga ke hujung kelas kerana kita ingin pastikan tiada keciciran yang berlaku. Jadi saya menghormati masa. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang Dipertua bagi saya peluang bercakap hari ini nampak agak sesak kerana bertutup dengan face mask ini jadi saya ucapkan terima kasih juga penghargaan juga kepada pengiktirafan daripada rakan saya Pasir Pinji tadi, Simpang Pulai, Simpang Pulai.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Simpang Pulai, Simpang Pulai cadangkan, saya dalam bilik.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Simpang Pulai, bagi pengiktirafan kepada saya, tapi boleh saya nyatakan di sini dalam apa saja kekurangan yang berlaku kita tidak boleh lari kerana kita adalah manusia biasa, kita kena bantu, kita kena sokong, kita kena dokong dan kita kena beri satu nasihat yang bernas supaya semua pihak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi atas peluang yang diberi. Sekian wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bukit Chandan mohon mencadang.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Bukit Chandan. Yang Berhormat sekalian.

Dewan ditempohkan sementara selama tiga puluh minit. Dijangka akan bermula satu tiga puluh tengah hari sehingga dua petang terima kasih.

Setiausaha Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Timbalan Yang Dipertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Dewan disambung semula. Dijemput Yang Berhormat dari kawasan Jalong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 10 minit daripada sekarang.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya bangun untuk Menjunjung Kasih Tuanku yang sudi Mencemar Duli untuk merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak. Jadi, sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-64 dan juga Hari Malaysia ke-58 kepada semua. Memang bertepatan dan menepati apa yang dititahkan oleh Duli Tuanku yang menekankan bahawasanya dewan ini merupakan tempat membolehkan rintihan rakyat didengari melalui suara Ahli-Ahli Dewan yang dipilih. Lantaran itu, saya akan masuk terus kepada masalah-masalah di kawasan saya kerana sebenarnya saya berhajat untuk bercerita sikit tentang Exco Kesihatan tetapi memandangkan saya rasa ramai rakan-rakan yang akan menyentuh mengenai Covid secara mendalam termasuk beliau, jadi saya rasa ramai juga akan kirim salam ataupun bertanya khabar atas prestasi kerja beliau. Jadi saya tidak akan ke situ, saya terus masuk ke masalah kawasan saya dulu.

Yang pertama mengenai jambatan atau titi besi yang menghubungi Rimba Panjang dengan Taman Muhibbah yang merentasi Sungai Sintang. Jadi ini telah berlaku jambatan atau titi tersebut telah rosak akibat banjir kilat pada bulan Mei. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri saya memohon Menteri Besar dan juga Exco Infra untuk melihat ke atas masalah ini untuk memperbaiki semula atau menyediakan jambatan atau titi baru, titi besi ini untuk kemudahan rakyat di kawasan sekitar kerana ia merupakan satu jalan utama lah untuk mereka yang tak nak gunakan jalan besar ataupun tak nak gunakan Jalan Kuala Kangsar jadi ia merupakan satu jambatan atau titi yang agak penting untuk kawasan di situ. Saya memohon Menteri Besar ataupun Exco untuk melihat keadaan disitu dan menyediakan jawapan atau menyediakan orang kata…apa nama…menyediakan penyelesaian untuk ke tempat tersebut. Saya ingin juga menyatakan lagi satu jambatan atau titi ini di belakang kilang papan yang merentasi Sungai Nyamuk juga musnah atau rosak kepada banjir kilat bulan Mei yang lalu jadi saya harap perhatian diberikan kepada jambatan atau titi tersebut. Nombor dua, saya juga ingin menekankan atau bertanya mengenai Rancangan Pembangunan atau Rancangan Perumahan di Jalan Lintang iaitu di Batu 1, Jalan Lintang yang telah berlarutan agak lama. Ia dibina atau dirancang beberapa tahun dahulu tetapi sampai hari ini tiada.. orang kata.. nampak perkembangan mungkin disebabkan Covid, mungkin tidak tetapi hakikatnya kita tak nampak macam ada perkembangan kerja. Jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat atas masalah ini kerana ia melibatkan penduduk-penduduk di kawasan Dovenby dan juga kawasan-kawasan yang dikategorikan setinggan di sekitar kawasan Sungai Siput ataupun di DUN Jalong. Jadi saya harap Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian kepada apa yang berlaku di situ supaya ia dapat diselesaikan secepat mungkin. Pada masa yang sama saya ingin menyatakan kelegaan saya merekodkan kelegaan saya kerana saya percaya bahawa semua pihak atau mana-mana pihak boleh mengambil credit dengan izin atas apa yang dilakukan oleh mereka, apa yang dibuat oleh mereka tetapi pada masa yang sama juga perlu memikul tanggungjawab kepada apa yang mungkin orang kata tidak baiklah. Jadi apa yang baik kita akan rekodkan.

Sebenarnya saya ingin melepaskan atau merekodkan kelegaan saya bahawa Projek MASMA telah bermula. Projek MASMA telah bermula di Sungai Siput. Walaupun telah tertangguh selama beberapa tahun, ia pertama kali telah diluluskan pada Bajet 2019. Pada masa itu lebih kurang RM18 juta dan sekarang kerja-kerja telah dimulakan dengan kos anggaran sebagai lebih kurang RM20 juta. Saya harap ini boleh menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Sungai Siput dan dijangka siap. Maklumat yang diberi kepada saya ia dijangka siap pada dua tahun…mengambil masa dua tahun untuk lima kolam dan untuk kerja-kerja pembaikan sungai atau improvement pada sungai. Jadi saya harap ia dapat menyelesaikan masalah banjir di kawasan Sungai Siput.

Walau bagaimanapun saya ingin menekankan juga selain daripada kerja-kerja sungai atau kerja-kerja kolam, ada juga keperluan untuk Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT untuk melihat kepada keadaan banjir kilat di kawasan hujung pekan Sungai Siput ataupun di kawasan yang dikatakan berdekatan dengan Masjid India Sungai Siput, kawasan PETRON hinggalah ke Public Bank. Jadi kawasan itu kebiasaannya berkemungkinan terlibat dengan banjir kilat jadi selain daripada sungai-sungai yang terlibat, saya harap pihak kerajaan dapat melihat juga untuk menyelesaikan masalah di situ supaya masyarakat di situ dapat tidur dengan lebih…rasa lebih tenang apabila musim hujan. Kita dapat melihat sekarang ini musim hujan, jadi kita harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

Lagi satu isu yang saya nak bawakan ialah…yang saya ingin bawakan kepada dewan yang mulia ini adalah isu Markas Pertahanan Awam di Sungai Siput. Jadi kita dapat melihat pada musim banjir atau pada musim kecemasan atau darurat dan sebagainya, jadi kita melibatkan banyak agensi dan salah satu agensi yang terlibat adalah Pertahanan Awam. Jadi saya difahamkan Pertahanan Awam telah keluar daripada markasnya awal bulan ini dan sedang menunggu bangunan atau tempat penempatan baru untuk mereka bertapak atau bermarkas untuk sukarelawan-sukarelawan, untuk berkumpul sementara untuk dalam masa jangka standby merekalah. Sekarang apa yang berlaku ialah mereka terpaksa berpusat atau menerima panggilan atau gerakan daripada kawasan Ipoh ataupun daripada kawasan Kuala Kangsar. Jadi ini amat merumitkan kerja-kerja kepada pihak Pertahanan Awam terutamanya pada zaman sekarang pandemik yang pekerja-pekerja frontliners terutamanya daripada KKM, daripada Polis, daripada Bomba dan daripada Pertahanan Awam. Mereka mengalami tekanan kerja yang amat tinggi.

Jadi, sekiranya Markas Pertahanan Awam tiada di Sungai Siput, ia akan merumitkan lagi kerja mereka untuk bertindakbalas. Kerana untuk pasukan yang datang daripada Kuala Kangsar atau daripada Ipoh akan mengambil masa tambahan selebih mungkin antara 30 minit hingga 45 minit tambahan. Jadi ini akan merumitkan masalah dan masa tindakbalas mereka. Saya harap pihak kerajaan dapat melihat kepada isu ini dan menyediakan satu markas untuk Pertahanan Awam di Sungai Siput demi rakyat kerana kita tahu Sungai Siput ini menghadapi masalah kerap berlaku banjir. Walaupun Projek MASMA telah dijalankan tetapi ia mengambil masa dan jangkaan lebih kurang 2 tahun baru boleh diselesaikan. Jadi pada masa sekarang dan saya rasa tahun ni pun musim…tahun hujan, jadi saya rasa pihak kerajaan harus melihat untuk memperkasakan Pertahanan Awam supaya markas mereka dapat disediakan di Sungai Siput tanpa memerlukan mereka bergerak daripada Ipoh atau Kuala Kangsar. Sebab sekarang ada yang bergerak daripada rumah mereka sendiri tetapi apabila mereka bergerak daripada rumah mereka sendiri, salah satu permasalahan ialah mereka bergerak dalam kenderaan sendiri dan tidak melibatkan van Pertahanan Awam dan sebagainya. Jadi kadang-kadang ia juga menaikkan atau menyebabkan kegusaran pada penduduk apabila mereka tidak nampak ada van atau kenderaan agensi, jadi mereka was-was juga apabila bertemu atau bekerjasama dengan mereka daripada Pertahanan Awam.

Jadi dengan itu, saya harap benda-benda ni dapat diselesaikan. Isu seterusnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bagi pihak rakyat kepada pekerja-pekerja frontliners dan juga mereka daripada KKM yang terlibat, mereka daripada KKM, terutamanya kepada KKM yang terlibat dalam usaha menangani masalah Covid ini. Terutamanya saya juga ingin mengucapkan syabas kepada mereka yang berada di PPV Sungai Siput dan juga di Hospital Sungai Siput yang sekarang telah menjadi hospital Covid. Saya memahami tekanan kerja mereka amat tinggi, jadi saya ucapkan syabas mereka telah menjalankan kerja yang amat baik. Tetapi saya juga dalam masa yang sama saya memohon untuk diberikan lebih dos vaksin untuk diberikan kepada kawasan Sungai Siput kerana pada masa sekarang dalam anggaran dos yang diterima, saya rasa mereka boleh sebenarnya kapasiti mereka boleh pergi jauh lebih cepat. Dalam tinjauan saya, saya dapat melihat pada kebiasaannya mereka dapat menyelesaikan atau hampir menyelesaikan dos-dos mereka pada sebelah petang. Lebih kurang selepas makan atau mungkin sebelum pukul 3 atau begitu. Jadi prestasi kerja mereka amat cepat cuma saya mohon lebih banyak dos-dos akan diberikan kepada PPV di Sungai Siput dan selepas tu selalu

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong, dua minit

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih dan juga last sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha pihak Kerajaan Negeri yang telah menyediakan gelembung untuk persidangan Dewan. Saya rasa ini satu usaha yang baik walaupun terdapat banyak permasalahan-permasalahan yang berlaku dan saya rasa satu inisiatif yang baik cuma memerlukan orang kata apa dikatakan memerlukan banyak penambahbaikan. Jadi ia merupakan satu inisiatif yang baik. Tetapi saya ingin menegaskan kenapa inisiatif sebegini cuma dilakukan atau melibatkan kami di sini Ahli-ahli Dewan atau kita katakan mungkin pengarah-pengarah, penjawat-penjawat Kerajaan yang berpangkat tinggi dan selebihnya. Apa dengan rakyat di luar, kami di sini dilibatkan dengan gelembung, duduk di hotel dan sebagainya. Mungkin pada masa yang sama rakyat di luar mungkin mendapat layanan yang berbeza. Contoh tadi disebut mengenai sekolah akan dibuka. Apabila kita kata sekolah akan dibuka kita tahu bahawasanya ramai cikgu lagi belum disuntik. Sedang kita faham sedang disuntik dan tetapi belum. Tetapi permasalahannya di sekolah bukan sahaja kita katakan ada cikgu.

Komuniti utama di sekolah adalah murid, adalah pelajar. Jadi kalau pelajar ini tidak disuntik dengan vaksin, pelajar ini tidak diberikan vaksin. Macam mana kita nak suruh mereka start balik sekolah secara fizikal. Jadi perlindungan yang sepatutnya perlindungan yang diberikan kepada kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah-pengarah Negeri, jadi kita perlindungan diberikan kepada kita seharusnya diberikan kepada anak-anak kita. Adakah kita nak kata nyawa kita lebih bernilai daripada nyawa anak-anak kita. Sekiranya kita terdedah kepada Covid, saya rasa anak-anak kita juga terdedah kepada Covid dan kita telah diberi imunisasi sekiranya kita, minta maaf diberi vaksin. Sekiranya kita boleh diberi vaksin dan kita dijaga sebegitu, bagai menadah minyak penuh dengan kedua belah tangan kita. Kenapa anak-anak kita, kita biarkan macam tu. Jadi saya harap Kerajaan terutamanya Kerajaan Negeri Perak melihat kepada benda ini, kepada masalah ini dan kita pastikan anak-anak kita, pelajar-pelajar sekolah cuma akan dihadirkan ke sekolah secara fizikal selepas mereka mendapat vaksinasi dan bukannya kita buka sekolah kita start hari sekolah secara fizikal setelah mendapat orang kata petunjuk atau pada guide line daripada Persekutuan tetapi anak-anak kita tidak mendapat vaksinasi. Jadi itu sebenarnya membahayakan anak-anak kita. Saya harap Kerajaan Negeri dapat melihat pada benda ni supaya ia dapat menjamin satu keselamatan kepada anak-anak kita semua.

Timbalan Yang di-Pertua

Ayat terakhir Jalong.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ayat terakhir. Terima kasih. Last point, saya ingin nak tekankan adakah Negeri Perak telah bersedia atau merancang untuk dos ketiga, booster dose kepada rakyat kita. Kita perlu merancang jauh ke hadapan. Kita jangan bila masa kita perlukan third dose baru kita nak mula planning untuk third dose dan sebagainya. Sebenarnya banyak-banyak kajian sekarang mendapati bahawa sebenar kita memerlukan dos ketiga untuk memastikan kita lebih selamat terutamanya pada varian-varian baru seperti varian delta dan sebagainya. Juga ada kajian menunjukkan bahawa suntikan yang kita terima, efikasinya akan jatuh selepas tiga hingga enam bulan. Jadi ada kepentingan kita memerlukan dos ketiga dan kita tahu ia akan tiba. Jadi apakah perancangan Negeri terutamanya Exco Kesihatan. Kesianlah dengan Menteri Besar jangan selalu Menteri Besar saja yang kena kerja semua. Exco Kesihatan sepatutnya membantu Menteri Besar. Bukannya Menteri Besar membantu Exco Kesihatan. Itu sudah terbalik. Kan? Jadi kita kena planning untuk third dose. Orang-orang Perak kita jangan tunggu menjadi masalah baru kita nak, orang kata nak kecoh mencari penyelesaian. Kita tahu masalah tu akan datang, jadi kita selesaikan sekarang. Okey boleh? Jadi saya harap dengan itu, Kerajaan Negeri dapat melihat pada isu-isu yang saya bawa hari ini, saya ucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahas ucapan Titah Tuanku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jalong. Diperingatkan kepada semua YB, Yang Berhormat sekalian, masa kita diperuntukkan sebanyak sepanjang sepuluh minit sahaja. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Chenderoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam keluarga Malaysia. Yang Berhormat Dato' Tuan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Haji Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekelian. Terima kasih kepada Tuan Timbalan Dipertua, memberi ruang kesempatan bagi saya dari Chenderoh membahaskan Usul-Usul Titah Ucapan Tuanku Sultan Perak pada kali ini. Patik Menjunjung Kasih. Timbalan Yang DiPertua, kita bersidang sekali ini dalam keadaan negeri dan negara sedang menghadapi ujian yang amat berat. Saya percaya tidak ada sesiapa pun daripada kalangan kita ini pernah terfikir atau membayangkan bahawa suatu masa kita semua akan mendepani keadaan segetir dan seburuk ini. Sebagai orang Islam kita juga menyedari peringatan yang Allah berikan. Misalnya melalui Firman Allah yang bermaksud, “Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan. (Surah Al-Anbiya Ayat 35).

Namun apapun yang kita hadapi ketika ini amat luar biasa sifatnya. Kita menghadapi musuh yang sama serentak di seluruh dunia. Segala sistem pertahanan yang paling canggih pun tidak dapat menahan serangan musuh kita ini. Alangkah kerdilnya kita sebagai hamba Tuhan. Hampir lumpuh berdepan musuh yang tidak kelihatan dan tidak dapat disentuh.

Timbalan Yang Dipertua, rakyat bukan sahaja kehilangan ibu bapa atau sanak saudara. Rakyat juga kehilangan pekerjaan dan pendapatan. Ini mendorong kepada masalah kesihatan mental dan psikologi rakyat. Kes bunuh diri meningkat secara domestik, perceraian menjadi berganda dan kadar kemurungan semakin membimbangkan.Timbalan Yang Dipertua, apa yang berlaku ini menuntut kita untuk mengembeling segala tenaga dan usaha memerah keringat turun ke lapangan menghulurkan segala bentuk bantuan dan sumbangan.

Untuk Itu Tuan Yang Dipertua, peranan wanita amatlah penting dalam pembangunan Negeri dan Negara serta juga sedikit sebanyak mengatasi masalah yang kita hadapi ini iaitu pendemic covid-19. Oleh itu, Chenderoh ingin mencadangkan kerana wanita merupakan amat penting kepada pembangunan ini, Chenderoh mencadangkan mewujudkan pusat aktiviti wanita Negeri Perak atau singkatan yang dipanggil PAWA atau boleh dinamakan juga pusat aktiviti wanita Anggun. PAWA, PAWA. Ini kerana ia membuka peluang yang sangat besar kepada golongan sasar iaitu wanita terutamanya ibu tunggal, beliawanis, usahawan wanita dan oku dari pelbagai lapisan kaum. Kerajaan negeri boleh terus mengorak langkah untuk melaksanakan agenda bagi memperkasakan wanita.

Pusat aktiviti ini mungkin boleh berperanan untuk memberi pelbagai kemahiran melalui bidang jahitan, kraftangan, masakan dan lain-lain bidang yang berkait rapat dengan wanita. Mengambil contoh seperti pusat aktiviti warga emas atau dikenali sebagai PAWE. Tadi PAWA Ini PAWE yang dikenali di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ialah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dan komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak berdampingan sosial dan Pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian dan agensi Kerajaan yang lain serta Pertubuhan Bukan Kerajaan ataupun NGO. Penubuhan pusat aktiviti wanita ini atau PAWA dicadangkan ditubuh bermula di peringkat negeri dan diikuti oleh daerah-daerah ataupun di peringkat DUN. Timbalan Yang Dipertua, saya mengalu-alukan penubuhan Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat ataupun wanita Perak negeri Perak yang dipersonalkan oleh Yang Amat Berhormat menteri yang lalu. Oleh itu, saya Chenderoh ingin bertanya apakah rancangan dan hasrat wanita Perak yang hendak dibawa oleh Sekretariat ini pada tahun 2022 dan apakah penekanan yang dirancang bagi tahun 2022.

Timbalan Yang Dipertua, memetik daripada titah Tuanku mukasurat 1, bermaksud berkata Dewan ini juga merupakan tempat yang membolehkan Rintihan rakyat didengari melalui suara-suara Ahli Dewan yang telah dipilih dan mendapat mandat rakyat semasa berlangsungnya pilihanraya. Jadi maka di sini, selaku wakil rakyat kawasan Chenderoh yang sebahagian besarnya adalah kawasan kampung terasnya orang Melayu. Rintihan yang pertama. Rintihan nelayan darat. Nelayan darat di kawasan Chenderoh merupakan di antara mulai daripada tasik Chenderoh di Ulu empangan Chenderoh serta di hilir Empangan Chenderoh seperti di kampung-kampung dijajaran Sungai Perak yang mana sehingga ke Jambatan Sultan Abdul Jalil yang berhampiran dengan Kuala Kangsar. Melalui Persatuan Nelayan ini yang dipanggil nama MyKP Chenderoh yang telah ditubuhkan memohon pihak Kerajaan yang pertama membina jeti nelayan. Sekurang-kurangnya tiga iaitu di Pasir Sudu, Kampung Bendang Selinsing, Kampung Jarau dan Kampung Jamuan bagi tujuan keselamatan bot-bot dan sampan-sampan yang tiada tempat khas sekiranya tak dapat sekarang ini keadaannya berselerak dan amat tidak selamat kepada mereka kepada bot-bot ini.

Kedua, menyemak dan mensegerakan kelulusan lesen nelayan darat. Ketiga memperbanyakkan pelepasan benih-benih ikan di sungai Perak ini. Merupakan tuntutan ataupun saranan yang dibawa oleh persatuan MyKP Chenderoh. Tuan yang di-pertua, seterusnya saya ingin nyatakan sedikit berhubungan keresahan rakyat di kawasan saya juga iaitu...

Timbalan Yang di-Pertua

Chenderoh. Dua minit lagi.

Allah...Iaitu musuh tanaman yang mana kalau kita lihat musuh tanaman di kampung-kampung, kampung-kampung tradisional ini banyak sekali. Yang pertama sudah Tentulah musuh tanaman kera, monyet dan sebagainya tupai dan juga babi hutan. Ini penting kerana musim PKP binatang ini tidak PKP. Yang PKP adalah kita. Jadi sudah tentu mereka, mereka pula. Dah tentu binatang-binatang ini akan menyerang semua apa yang berlaku di tanaman-tanama. Ini merupakan satu yang amat gusar kerana rata-rata di kampung apabila saya melawat mereka Inilah yang pertama yang diutarakan sebab ia merupakan satu aktiviti yang tidak sihat ataupun amat menyusahkan untuk peningkatan kampung.

Yang Dipertua, sebab ada seminit lagi ni. Sebelum saya mengakhiri ucapan atau perbahasan ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah melaksanakan pelbagai program bagi membantu rakyat yang terkesan daripada pandemik covid ini. Daripada anak-anak sekolah hinggalah kepada semua tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan juga kedudukan politik. Saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada semua sahabat-sahabat Yang Berhormat sekalian dan pimpinan parti politik di Perak. Setakat ini tidak terganggu dengan kemelut politik di peringkat pusat. Kekal istiqamah dan fokus kepada usaha membantu rakyat. Saya merakam juga ucapan tahniah dan penghargaan terima kasih kepada semua agensi peringkat daerah Kuala Kangsar serta juga Penghulu dan JPKK dalam Kawasan Chenderoh yang amat membantu dalam menangani masalah Covid ini. Baginda Tuanku juga sekali lagi menekankan betapa pentingnya tadbir urus yang cekap, bersih dan bebas rasuah serta salah guna kuasa. Kita berkewajipan untuk menolak sebarang unsur yang boleh merosakkan imej dan maruah pentadbiran kita. Tuan Yang Dipertua, akhirnya saya ingin menutupkan perbahasan ini dengan dua rangkap pantun.

Gadis desa jalan berlenggang, Nampak ayu bertudung labuh, Baginda umpama pohon yang rendang, Tempat rakyat tumpang berteduh.

Bunga melati bunga kenanga, Indah mekar di hujung laman, Setiap titah terpahat bermakna, Kepada kita jadi pedoman.

Sekian, Chenderoh mohon menyokong. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat kekanda Chenderoh kerana begitu prihatin terhadap hak wanita. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan kepada Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ketua Pembangkang Yang Berhormat Tebing Tinggi, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai dewan sekalian. Di sini juga saya ingin mengirim salam kepada Setiausaha Dewan dan Penolong Setiausaha Dewan yang sekarang menjalani kuarantin di rumah dan kepada pegawai-pegawai DUN MMK yang dikesan Covid positif semoga mereka cepat sembuh dan dalam keadaan yang sejahtera. Terlebih dahulu patik ingin menjunjung kasih Titah Perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan agar Sidang Dewan dapat dijalankan pada hari ini.

Timbalan Yang Dipertua, akhirnya kita dapat bertemu sekali lagi dalam sesi Sidang Dewan selepas peralihan Kerajaan Perak sejak lapan bulan yang lalu. Dalam tempoh lapan bulan ini kesan shadow pandemik semakin berleluasa. Kehidupan rakyat terdesak malah ramai rakyat yang tertekan dan bunuh diri. Justeru, kami daripada barisan pembangkang ada tanggungjawab untuk menyuarakan cadangan dan usahakan yang terbaik untuk rakyat.

Timbalan Tuan Yang Dipertua, Pelan Pemulihan Negara yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara telah menggariskan strategi mengenai halatuju pengalihan keluar negara daripada cengkaman pandemik secara berfasa. Tetapi persoalan hari ini adakah pelan ini cukup dan berkesa?. Harus saya tekankan bahawa kerajaan kini menghadapi dua cabaran utama yang perlu dibaiki dengan segera. Pertama, kehilangan kepercayaan rakyat kepada barisan kerajaan. Cabaran ini telah menimbul masalah lanjut seperti keingkaran terhadap SOP pencegahan, kebimbangan suntikan vaksin ataupun golongan anti vaksin telah pun memberi impak negatif dalam kerja mencegah Covid-19. Yang kedua, kelemahan dalam pelan pemulihan yang kini lebih terkenal sebagai indikator bagi melonggarkan sekatan pergerakan dalam kalangan masyarakat. Namun fungsi indikator bukan tujuan asal pelan pemulihan dan apa yang diperlukan adalah pelan pemulihan yang lebih komprehensif dan terperinci dengan tindakan jangka pendek dan jangka panjang dari segi ekonomi dan sosial.

Untuk jangka masa panjang struktur ekonomi negeri kita memerlukan pemulihan yang membawa reformasi yang menepati keperluan landskap baru seperti penternakan moden, pertanian moden, aplikasi teknologi dan cara urusan kerajaan yang baru. Saya ambil contoh aktiviti penternakan ayam di daerah Manjung. Aktiviti penternakan ayam ini walau pun membawa hasil yang lumayan kepada Negeri Perak tetapi ia juga menghadapi cabaran yang cukup besar. Sehingga hari ini penternak-penternak bukan sahaja terpaksa menghadapi isu pertukaran syarat kegunaan tanah dengan harga premium yang tinggi malahan mereka juga menghadapi masalah-masalah lain seperti tidak mendapat kelulusan KN daripada PBT, isu lalat yang membawa gangguan terhadap kesejahteraan dan kesihatan orang ramai. Tambahan pula kelemahan pemantauan daripada Jabatan Veterinar mengakibatkan lesen penternak tidak dapat diperbaharui.

Jadi semua isu yang terbangkit dan juga tertunggak lama ini telah menjadi halangan kepada penternak untuk mengguna teknologi yang baru. Senario begini bukan sahaja berlaku dalam bidang penternakan tetapi kita tahu di sektor-sektor seperti pertanian dan perlombongan. Kalau kita hanya terus dengan cara yang lama untuk jual sumber asli sahaja atau hanya bergantung dengan tenaga asing sahaja dan kita tidak gunakan peluang sekarang untuk kita beralih kepada pengurusan perniagaan yang lebih moden dan maju. Jadi wajib bagi pihak kerajaan memandang serius terhadap pelan struktur semula yang lebih terperinci dan teratur dalam masa yang terdekat.

Timbalan Yang Dipertua, sejak hujung bulan Jun Kempen Bendera Putih telah dimulakan di seluruh negara. Walaupun Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak setuju dengan kempen ini tetapi kita perlu faham bahawa melalui Kempen Bendera Putih ini kita telah dapat tahu secara tetap secara terperinci mana golongan mereka yang memerlukan bantuan daripada kerajaan dan khasnya kepada golongan yang jatuh secara tetap daripada M40 ke B40. Jadi bagi permasalahan ini kita tahu melalui Kempen Bendera Putih ini kita tahu mana mereka dan kerana big data untuk kebajikan negara ini masih belum disiapkan pada hari ini. Jadi persoalannya sehingga bilakah golongan yang menderita susah ini terus menerima bantuan daripada pihak kerajaan ataupun melalui Kempen Bendera Putih setiap kali. Jadi ini adalah cabaran yang perlu kita hadapi sekarang.

Timbalan Yang Dipertua, selain pelan pemulihan yang lebih komprehensif isu keganasan rumah tangga juga perlu dipandang serius dengan segera. Berdasarkan statistik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu pelaksanaan kawal pergerakan/lockdown bagi tempoh setiap tiga bulan ia akan mengakibatkan peningkatan kes keganasan rumah tangga sebanyak 15 juta di seluruh dunia. Di Malaysia isu ini semakin membimbangkan kerana kes keganasan rumahtangga ini jelas meningkat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Mengikut laporan KPWKM sebanyak 902 keganasan rumah tangga ini telah dilaporkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Bagi mengatasi isu ini PBB sebenarnya telah memberi cadangan bahawa farmasi, kedai runcit harus mewujudkan sistem laporan kecemasan bagi memudahkan mangsa-mangsa mendapat bantuan. Maka ini terpulanglah kepada pertimbangan pihak kerajaan negeri untuk menyambut atau menolak cadangan ini.

Sebenarnya cadangan laporan kecemasan ini bukan idea yang baru di Malaysia. Sejak tahun 2013 pihak PDRM telah bekerjasama dengan pengusaha kedai serbaneka untuk menggalakkan pemasangan Program Safecam bagi tujuan memerangi jenayah dan menurut laporan media pada tahun Januari 2020 sebanyak 37,705 safecam telah dipasang bawah program ini. Cuba kita bayangkan kalau puluhan ribu buah farmasi dan kedai serbaneka dijadikan tempat perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan rumah tangga apabila farmasi dan kedai-kedai serbaneka dikategori sebagai perkhidmatan perlu sepanjang tempoh PKP. Ia lebih sesuai bagi mangsa untuk meminta bantuan pada bila-bila masa.

Tuan Yang Dipertua, selain daripada sistem laporan kecemasan kita juga lemah dalam menjamin keselamatan mangsa-mangsa keganasan. Menurut cadangan Antarabangsa sekurang-kurangnya satu pusat perlindungan harus ditubuhkan bagi setiap 10,000 orang tetapi memandangkan di Malaysia ia hanya dianggarkan terhadap satu pusat perlindungan bagi setiap 72,538 orang jadi bagi Perak lagi tidak memuaskan. Kami mengakui kerana di Perak kita hanya ada tiga buah rumah perlindungan yang dikendali oleh JKM. Jadi ia bukan saja tanggungjawab bagi pihak kerajaan tapi tanggungjawab kita semua untuk memperluaskan jaringan perlindungan.

Dato’ Yang Dipertua, apabila kita membangunkan bidang pertanian dengan cara moden kita harus juga mengambil berat mengambil berat tentang perlindungan kawasan paya bakau. Pada awal tahun ini saya bersama NGO dan ..

Yang di-Pertua

YB ada dua minit lagi

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

aiyoo..cepat sangat, dengan Majlis Perbandaran Manjung telah menanam semula paya bakau di Sungai Segari. Saya memberikan penghargaan yang tinggi kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga menurun untuk meninjau kawasan itu semasa paya bakau yang ditanam semula itu dicerobohi dan terdapat juga kawasan itu telah diluluskan kepada SADC tetapi bagi pandangan saya SADC bukan sahaja anak syarikat kepada Kerajaan Negeri tetapi dia juga memainkan peranan yang penting. Dia bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan membiayai sewa tanah tanah kepada penternak ikan ke udang tetapi juga dia main peranan yang sangat penting bagi merancang dan mengkaji semula sama ada kawasan paya bakau itu lebih sesuai atau lebih penting untuk kita memulih sebagai kawasan paya bakau untuk jadi kawasan perlindungan untuk bakal menjadi tempat perlindungan bagi haiwan-haiwan yang semula jadi. Jadi saya berharap pihak SADC dengan Pejabat Tanah Daerah oleh Daerah Manjung boleh kaji semula kerana mengikut pelan yang dikemukakan, saya sendiri pergi meninjau lagi yang katakan di tepi sungai ada rizab 50 meter paya bakau itu tidak dijumpai. Saya juga harap isu ini dapat diambil kira oleh pihak kerajaan.

Dengan isu-isu lain seperti pembasmian kemiskinan yang harus jadi keutamaan kerajaan dan perlu diteruskan dengan tambahan nilai bantuan secepat mungkin. Had pendapatan garis kemiskinan purata (PGK) yang berangka RM2,208.00 yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan harus digunapakai agar penerima bantuan sedia ada dapat menerima manfaat dengan secepat mungkin. Sementara kita menunggu kelulusan daripada kerajaan pusat kajian semula terhadap (PGK) bantuan am juga perlu dilaksanakan bagi memperluaskan kelayakan penerima JKM.

Yang di-Pertua

Ok, YB. Simpulkan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

lagi 2 point sahaja.

Yang di-Pertua

Seminit lagi.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Sikit singkat sahaja. Bagi Kad Perak Prihatin pada tahun 2020 kami telah menambah 5,000 penerima. Saya berharap dengan penambahan ni boleh diteruskan sedangkan ramai golongan M40 telah menjatuh B40 akibat kehilangan pendapatan sepanjang tempoh pandemik dan juga inisiatif food bank’ perlu dilaksanakan dengan lebih proaktif yang sebelum ini dilancar di di apa tu di dikemukakan bukan diadakan oleh kerajaan di tiga tempat sebagai pilot projek dan kami harap dengan inisiatif ini dia boleh melibatkan kawasan-kawasan yang lebih luas di semua Negeri Perak dan juga maklumat mengenai Covid-19. Data mengenai kes positif harian saya juga berharap boleh kongsikan dengan pusat khidmat kerana selalunya kami ditanya dimohon untuk beri bantuan makanan tetapi kami tidak tahu mana mereka yang duduk. Jadi selalunya kami, mereka kata mereka disingkirkan mereka tidak tidak ada orang peduli dengan mereka.

Jadi saya berharap pihak KKM boleh kongsikan, saya tidak mahu perlu alamat yang betul mana orang pesakit tu duduk tetapi kawasan contohnya taman mana kerana sekarang data itu kira sebagai mukim tapi mukim dia kawasan terlalu luas. Jadi perjuangan memerangi wabak Covid ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua barisan hadapan yang bertungkus-lumus bantu rakyat sejak tahun lepas dan saya juga mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan sesiapa. Saya juga harap cadangan dapat diambil perhatian oleh pihak kerajaan supaya segala kelemahan agenda kerajaan dapat diperbaiki. Kita Jaga Kita. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih yang berhormat daripada Pantai Remis sekarang kita jemput Yang Berhormat daripada kawasan Pengkalan Hulu, 10 minit.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi. Salam sejahtera, Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Exco-exco yang Bersama-sama kita. Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua yang ada pada tengah hari ini. Terlebih dahulu terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan Mesyuarat Pertama tahun Keempat, Dewan negeri yang Ke Empat Belas, Perak Darul Ridzuan.

Dato’ Yang Dipertua, syukur Alhamdulillah kita semua yang berada dalam dewan hari ini, selaku ahli-ahli Yang Berhormat dapat berbincang masalah rakyat khususnya di dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19 yang masih lagi belum dapat dikawal sepenuhnya. Sebagai contoh kita sendiri pada kali ini terpaksa bersidang di dalam norma baru yang kita panggil gelembung. Tersilap sebut dia jadi gelembong. Kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat, kita semua ahli-ahli Berhormat sentiasa menyokong usaha-usaha kerajaan negeri bagi menangani dan mengawal wabak Covid-19 di dalam Negeri Perak dan pada masa yang sama kita memastikan untuk memulihkan ekonomi serta kesejahteraan rakyat Negeri Perak. Di kesempatan ini Pengkalan Hulu ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan kepimpinan kerajaan negeri yang telah berusaha sebaik mungkin di dalam memberikan bantuan daripada pelbagai aspek demi memastikan rakyat yang terkesan akibat pandemik ini mendapat manfaat dan mengurangkan bebanan yang mereka alami.

Pengkalan Hulu juga sekali lagi ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana hadir semasa PKPD di Pengkalan Hulu. PKPD Pengkalan Hulu ini sebenarnya dah 4 kali. Jadi terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana hadir, bukan hadir saja, hadir membawa bantuan kepada 2,000, 2,000 keluarga yang terlibat semasa PKPD selama 14 hari.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Pengkalan hulu, minta tanya Exco kesihatan datang tak?

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Exco kesihatan sebenarnya belum datang lagi, Insyaallah dia akan datang. Dia belum datang lagi dan sebelum ni pun dia pernah datang ke Pengkalan Hulu beberapa kali dan memberi bantuan di Pengkalan Hulu.

Dato’ Yang Dipertua, dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ataupun PKPD dan pandemic ini melanda ramai di antara rakyat negeri Perak yang mencari rezeki di luar kehilangan pekerjaan dan sumber pencarian. Banyak di antara mereka menghadapi tekanan hidup dan banyak juga yang anda mengambil keputusan untuk pulang ke kampung masing-masing disebabkan tidak dapat menampung kos kehidupan di bandar. Perkara ini juga turut berlaku melibatkan penduduk-penduduk di Pengkalan Hulu kerana mereka telah diberhentikan kerja dan mereka ini terpaksa pulang di Pengkalan Hulu. Apabila PKPD baru ini. Apabila kita membuat bancian dari rumah ke rumah untuk melihat sebuah rumah mempunyai berapa ramai keluarga ataupun berapa ramai yang menduduki. Ada beberapa rumah yang kita dapati. Sebagai contoh di RPT. RPT ini perumahan rakyat termiskin yang mempunyai dua bilik. Yang didiami oleh 20 orang. Cuba bayangkan, satu rumah dua bilik, rumah PPRT yang didiami oleh 20 orang, tiga keluarga. Emak dan bapa dia memang asal tinggal di situ. Anak dia pulang dua keluarga bersama cuculah menjadi 20 orang. Jadi ketika itu kita bersama pengerusi bencana mencadangkan biasanya sebuah rumah satu beg makanan tetapi bila kita melihat kan rumah-rumah yang lebih daripada 10 orang kita bagi dua beg. Dalam masa kita bagi dua beg. Ada juga rumah yang ada 25 orang dan kita terpaksa kita bagi tiga beg. Jadi ini yang saya nak minta kerajaan negeri melihat kembali. Ada rakyat yang begitu terkesan, yang terpaksa berhenti kerja. Pulang ke kampung tinggal bersama ibu bapa. Yang terpaksa duduk begitu ramai di sebuah rumah.

Masalah yang timbul di Pengkalan Hulu ini masalah rumah yang tidak mencukupi. Di Pengkalan Hulu ini kalau untuk makluman Dewan. Kadar sewa rumah di Pengkalan Hulu serendah RM350 ke RM 500. Jadi bayangkan, nama saja tempat di Pengkalan Hulu tetapi sewa rumah dia mahal. RM300 ke RM 500. Jadi sudahlah kena buang kerja. Balik tumpang ibu bapa. Hendak sewa rumah, rumah pun mahal. Jadi terpaksalah mereka duduk dalam keadaan yang bersesak-sesak di dalam sebuah rumah. Sebenarnya di Pengkalan Hulu ini ada terdapat rumah sewa untuk rakyat yang berpendapatan rendah dengan kadar RM100 sebulan iaitu kita panggil rumah sewa projek perumahan rakyat Taman Desa Cempaka yang mempunyai 65 unit. Jadi bayangkan adapun rumah yang harga RM100 Sebanyak 65 unit. Rumah ini diuruskan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP).

Jadi saya melihat. Rumah-rumah ini diberikan kepada mereka yang layak. Di dalam Dewan ini, saya ingin menyatakan ayat mereka-mereka yang layak supaya kita dapat mempertimbangkan semula kerana syarat yang telah ditetapkan kepada mereka yang ingin menyewa disini tahap gajinya RM4,000 ke bawah. Jadi bayangkan. Pendapatan orang rumah di Pengkalan Hulu ini kebanyakannya RM 2,000 ke bawah ataupun RM1,500, RM 1,200. Jadi bila kita bagi kepada yang layak ataupun syarat yang layak menduduki rumah PPR ini yang sewanya RM100. Tangga gajinya ataupun pendapatannya di bawah RM4,000. Jadi bayangkan. Bayangkan yang berpendapatan RM4,000 dapat menyewa rumah yang harga RM 100. Jadi yang berpendapatan RM2,000 terpaksa menyewa rumah RM300 ke RM 500.

Jadi saya nak cadanglah kepada LPHP. Rujuk balik dengan Kerajaan Negeri negeri supaya melihat Rumah PPR, Pengkalan Hulu ini. Syarat untuk dapat menduduki diturunkan daripada tahap apa ini tangga gaji ataupun pendapatan RM4,000 kepada RM2,000 sebulan untuk memberi peluang kepada keluarga-keluarga yang memerlukan kerana untuk makluman, saya selalu didatangi oleh penduduk-penduduk ke Pusat Khidmat untuk menanya. Kenapa mereka yang berpendapatan rendah tidak dapat rumah PPR?

Yang di-Pertua

YB, dua minit lagi.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Ok, jadi saya nak pergi ke tajuk lain kerana dah tinggal dua minit. Jadi saya hendak nak pergi ke tajuk rumah juga. Sebenarnya saya hendak mencadangkan kepada LPHP supaya melihat di Pengkalan

Hulu ada kawasan-kawasan yang bersesuaian supaya LPHP dapat berbincang dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan rumah sewa di Pengkalah Hulu kerana ada tanah yang bersesuaian untuk LPHP majukan. Bila kita sebut LPHP saya nak menyentuh sedikit tentang LPHP ini sebenarnya ditubuhkan pada tahun 2016. LPHP ini sebenarnya ditubuhkan untuk menguruskan pembinaan Rumah Perakku yang terdiri daripada rumah kos rendah, rumah kos sederhana dana rumah mampu milik tetapi sehingga hari ini saya difahamkan LPHP bukan gagal cuma belum terlaksana. Itu ayat Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bukan gagal. Belum terlaksana.

Hasrat mewujudkan LPHP pada tahun 2016 kerana enakmen ketika itu LPHP terpaksa menilaikan tanah yang dimiliki oleh LPHP sebelum di usahasamakan. Jadi enakmen ini saya minta kerajaan negeri supaya lihat kembali. Kalau boleh ubahkan, pindahkan enakmen ini supaya LPHP tidak menjadi sebagai pemaju perumahan. LPHP ini kita hendak sebagai yang menjadi polisi ataupun menjadi pemudahcara untuk kerajaan negeri mengadakan rumah kos rendah, kos sederhana ataupun rumah mampu milik. Kerana sehingga hari ini banyak pemaju-pemaju yang memberi pandangan kerana LPHP mengambil nilai tanah sebagai pampasan nilai tanah itu kepada LPHP. Dalam bahasa yang paling senang ubahkan LPHP ini sebagai bukan pemaju perumahan, sebagai pemudahcara seperti macam kita panggil Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) kerana SSI pada tahun 2005 pernah membina rumah banglo sebuah-sebuah yang harga RM15,000. Banglo dua tingkat RM220,000. Kenapa SSI boleh buat begini kerana keuntungan yang dapat kepada SSI dipulangkan balik kepada penjawat awam yang membeli rumah ketika itu. Bayangkan penjawat awam ketika itu mendapat rumah yang telah disubsidikan oleh SSI lebih daripada RM50,000 sebuah. Taman SSI Perdana. Sekarang kita boleh tengok rumah tu masih ada.

Akhir sekali saya nak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana 10 tahun dah kes tanah milik SADC yang telah diusahakan oleh penduduk di sekitar Kampung Air Panas setiap kali Sidang Dewan saya bangun saya cerita masalah tanah SADC. Pada mulanya tanah ini kita minta untuk di sewa ataupun di pajak kepada SADC kepada pengusaha-pengusaha dan kelulusan telah dapat untuk SADC memajak tanah ini kepada pengusaha-pengusaha tetapi rayuan saya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar bukan nak puji akhirnya Perbadanan Menteri Besar eh Perbadanan Menteri Besar pula akhirnya Perbadanan Pertanian, SADC berbincang dengan Dato’ Pengarah, PTG untuk mengambil keputusan tanah ini diserahkan kembali kepada kerajaan negeri. Tanah milik SADC diserahkan kembali kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri sekarang bersama Pejabat Tanah dan Galian Negeri bersama pejabat tanah Pengkalan Hulu akan menguruskan kepada mereka-mereka ini yang betul-betul layak yang betul-betul telah mengusahakan tanah ini untuk diberi hak milik.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat akhir tu tak ada koma lama sangat.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Lagi sikit ja. Jadi bukan nak cerita bagaimana susahnya daripada tanah milik untuk dijadikan tanah kerajaan untuk diberikan kepada rakyat dan yang akhir sekali.

Yang di-Pertua

Akhir lagi.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Daripada tanah yang telah diserahkan kepada Kerajaan ini saya nak minta di dalam dewan ini supaya Pejabat Tanah mengambil 20 ekar untuk dijadikan RPT untuk generasi muda kerana kita kena melihat generasi muda ataupun belia yang ada sekarang yang menumpang di rumah ibu bapa mereka yang tidak ada rumah. Jadi saya mencadangkan 20 ekar daripada tanah ini untuk dijadikan RPT untuk belia Kampung Air panas. Jadi kepada belia Kampung Air Panas mereka dah lega wakil rakyat dia dah cadang dah 20 ekar yang boleh dapat lebih kurang 150 orang belia yang telah berumahtangga yang akan dapat rumah tapak dan rumah yang selesa. Nanti akhir sekali ..

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Teman menyokong.

Yang di-Pertua

Berapa kali akhir dah ni. Last lah kesimpulan ya.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Akhir sekali, akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua frontliner-frontliner yang telah membantu untuk kita apa ni memastikan pandemik covid ini dapat dikawal dan saya nak ucap terima kasih kepada sukarelawan anak muda Pengkalan Hulu yang memberi kepada saya 10 buah Hilux untuk saya guna sepanjang PKPD dan sekarang secara percuma. 10 buah Hilux anak muda bagi free ni bukan senang dan sukarelawan wanita yang sentiasa bertungkus lumus untuk membuat packaging makanan yang dah lebih daripada 10 ribu beg yang telah kita sampaikan kepada masyarakat yang terkesan di dalam Dun Pengkalan Hulu jadi akhir sekali saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana bagi masa lebih kepada saya. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam menyambut kemerdekaan untuk kita semua. Pengkalan Hulu menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih waalaikummusalam Pengkalan Hulu nampak dari jauh baju dia. Sekarang ini dijemput yang berhormat dari kawasan Canning untuk perbahasan silakan. 10 minit.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Akhirnya sampai Canning. Salam sejahtera, Salam harapan saya ucapkan kepada Dato' Speaker, ahli-ahli yang berhormat, kakitangan kerajaan negeri Perak, Pejabat Daerah dan badan-badan kerajaan agensi dan juga media-media yang bersama kami yang menonton disiaran langsung. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua kerana mengizinkan saya untuk menyertai dalam perbahasan titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Dato’ Yang Dipertua, wabak covid-19 memberi impak besar kepada kelangsungan hidup penduduk dunia. Sementara 61,367 kes kumulatif positif covid-19 dicatat berlaku di negeri Perak dengan 427 angka kumulatif kematian. Katil ICU telah penuh dengan kapasiti 120 percent dengan izin iaitu yang terburuk di negari ini pada waktu berkenaan. Bilangan kes di negeri Perak amat membimbangkan didapati bahawa terdapat beberapa masalah utama yang dihadapi oleh pusat pemberian vaksin PPV, tetapi sehingga kini masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan. Sebagai contoh, vaksin yang disediakan kepada rakyat tidak mencukupi walaupun pusat vaksinasi tersebut dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap. Contohnya, di Stadium Indera Mulia PPV namun disebabkan kekurangan vaksin yang akhirnya mengakibatkan pembaziran sumber termasuk kemudahan elektrik, air dan juga tenaga manusia.

Melangkahkan ke fasa ketiga, manakala setakat ini, setakat ini jumlah vaksinasi dos pertama hanya 44.6% dan masih tidak sampai 50% di negeri Perak. Setakat ini terdapat 45 PPV awam serta 89 pusat pemberian vaksin pengamal perubatan PPVGP yang sedia ada beroperasi di negeri Perak terpaksa diperlahankan operasi disebabkan dengan masalah kekurangan vaksin. So, ini berlaku kerana jumlah vaksin yang diterima daripada negeri Perak, negeri Perak yang tidak mencukupi. Setiap hari pusat vaksinasi telah menyediakan kemudahan yang ruang yang lengkap seperti di PPV Stadium Indera Mulia dan sepatutnya menyediakan vaksin yang secukupnya supaya suntikan vaksinasi dapat diberikan kepada masyarakat. Setiap hari pusat vaksinasi memerlukan sebanyak sukarelawan Myvac supaya dapat sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada insan yang memerlukan di situ.

Sebaliknya didapati bahawa banyak yang telah mendaftar untuk menyertai dalam program Myvac tetapi masih belum menerima persetujuan dan masih banyak sukarelawan yang sedang menunggu untuk mendapatkan slot untuk bekerja di situ. Sebagai contoh, saya sebagai Adun Canning yang sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan di pusat vaksinasi telah mendaftar diri di bawah Program Myvac sejak dua bulan yang lalu tetapi saya sehingga kini masih tidak dapat tidak dapat dan juga bagaikan batu tenggelam dalam laut ini dan juga cara menunggu persetujuan untuk menyertai dalam Myvac. Saya juga telah memimpin pasukan sukarelawan saya bukan kesihatan yang terdiri daripada 25 hingga 20 orang sehari untuk menawarkan bantuan di PPV Stadium Indera Mulia sejak bulan Mei yang fasa kedua.

Selama berkhidmat di pusat vaksinasi pasukan saya sangat gigih dan sanggup bekerja keras setiap hari full time dan dengan izin sepenuh masa sebagai barisan hadapan yang berdepan dengan pelbagai risiko. Tugasan kami amat penting untuk menyampaikan maklumat tepat kepada penerima vaksin yang hadir disamping membantu kelancaran- kelancaran disitu. Contohnya pelancaran PPV drive thru yang pertama di Stadium Indera Mulia Negeri Perak. Mana siapa yang turun MB yang turun. Manakah Exco Kesihatan? Saya hari-hari di pusat pemberian vaksin di Stadium Indera Mulia. I bayang pun tak tengok Exco Kesihatan. Namun apakah yang telah dilakukan oleh Exco kesihatan? Kesiannya, kesiannya barisan hadapan petugas. Di sini terdapat cadangan yang hendak saya kemukakan. Exco Kesihatan harus sentiasa memastikan vaksin yang mencukupi disediakan kepada semua PPV. Semua Pusat Pemberian vaksin di Negeri Perak dan juga selain itu Exco Kesihatan juga harus memastikan mereka yang menunjukkan simptom dan bagi individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif Covid-19 harus menjalani ujian saringan Covid-19 dan kontak rapat juga harus, juga harus dijejaki dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kumpulan jangkitan baru.

Di samping itu Kerajaan Negeri Perak juga harus menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dun Perak yang merangkumi sama ada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang untuk bersama-sama membincangkan pengurusan krisis Covid-19 dan Program Imunisasi di Negeri Perak. Petugas barisan hadapan kesihatan di Perak melakukan yang terbaik. Dengan ini saya amat gembira kerana saya dapat bekerjasama dengan Pegawai Daerah Kinta. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pegawai Daerah Kinta dan petugas barisan hadapan dan agensi-agensi dari kerajaan, PDRM, MBI, Rela, APM, sukarelawan yang bertungkus-lumus berkhidmat di semua PPV dan juga pusat PPV Stadium Indera Mulia dalam menanggani gelombang ketiga Pandemik Covid-19 ketika ini.

Dato’ Yang Dipertua, didapati isu kepecahan paip di kawasan saya sekitar Taman Ipoh Timur dan juga Taman Ipoh Selatan berlaku secara kerap. Masalah ini telah menjejaskan kehidupan harian para penduduk tempatan apabila gangguan bekalan air berlaku. Dengan ini saya memohon LAP, Lembaga Air Perak untuk mencari jalan penyelesaian supaya isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Pihak kami juga berpendapat bahawa suatu pelan jangka masa yang panjang harus dirancang dan dilaksanakan mengatasi isu ini. Dari segi perkhidmatan secara bertingkat, beberapa isu di kawasan saya dan saya berharap agar kerajaan tempatan akan memandang berat dan juga mengambil tindakan segera terhadap beberapa isu seperti pembaikan longkang runtuh di Persiaran Wood dan juga Jalan Bunga Telur, Canning Garden, Lebuh Cecili dan Taman Canning. So dengan ini saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan Negeri Perak dan juga pejabat daerah dan badan-badan agensi yang menghulurkan bantuan kepada Dun Canning supaya kami dapat sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan baik kepada rakyat jelata. So, Canning memohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Adun Canning yang cukup berdisiplin sekali dalam menepati masa. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, dengan ini saya jemput pula Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Lubok Merbau.

Dr. Ir. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirahmanirahim. Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih di atas kebenaran Dato’ Yang Dipertua untuk turut sama Lubok Merbau ini turut sama untuk membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar, Yang Berhormat barisan Exco, Yang Berhormat berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, pegawai-pegawai kerajaan, para media, pemerhati yang dihormati sekalian. Lubok Merbau merafakkan sembah menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Dalam titah ucapan Tuanku Sultan, kebanyakkannya berfokus kepada satu perkara yang sangat penting iaitu masalah kesihatan dan memberi penghargaan yang besar kepada frontliner.

Jadi kalau kita lihat frontliner ini terutamanya di hospital, mereka ini terpaksa mengenakan pakaian PPE. Jadi bila mereka nak bekerja, mereka datang ke hospital ataupun pusat rawatan memakai PPE dan sebagai benteng ataupun baju kebal kepada virus utama penyakit ini iaitu Virus Corona dan apabila mereka nak balik, mereka terpaksa membuka PPE itu dan mandi kerana pada mereka, mereka nak menjaga keluarga mereka daripada jangkitan virus yang berbahaya ini. Jadi itulah pengorbanan kakitangan di pejabat kesihatan ataupun hospital kerana hampir setiap hari mereka melakukan perkara ini dan inilah satu pengorbanan kerana terlalu sukar kalau kita fikirkan. Kita pun tak mampu melakukannya.

Jadi Dato’ Yang Dipertua, Lubok Merbau ingin menfokuskan kepada Pendidikan Agama Islam. Jadi Lubok Merbau ini, di kawasan Lubok Merbau ini dia banyak sekolah-sekolah agama. Ada SABKnya ada dua buah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Tahfiznya ada lima buah yang sedang berjalan. Jadi nampaknya di kawasan yang kecil di Lubok Merbau ini, pendidikan agama menjadi satu trend utama di kawasan saya. Jadi apa yang nak saya rujuk di sini ialah tentang Enakmen 10 dalam tahun yang diwartakan pada tahun 1996 iaitu Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Di Perak 1996 yang berkaitan dengan pendaftaran penubuhan sesebuah sekolah agama. Jadi dalam pendaftaran itu, saya dapatkan borang dinyatakan cara yang very simple, mudah. Nyatakan nama sekolah, nama jawatankuasa, tanah dia, Jemaah, kurikulum dan maklumat yang difikirkan perlu. Jadi, eloklah kalau kita rujuk. Saya berpandangan bahawa kalau dirujuk semula cara pendaftaran yang mudah jadi mudahlah sekolah itu ditubuhkan. Kalau di lihat pada Seksyen dalam Seksyen 4 ini, Perkara 3 dinyatakan bahawa Pendaftar boleh melakukan segala perkara yang difikirkan sesuai, suai manafaat dan bagi memastikan sekolah-sekolah tersebut mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam. Jadi dalam seksyen ini, saya ingin mencadangkan kepada Pendaftar, Jabatan Agama Islam, Bahagian Pendidikan Islam supaya mengetatkan berapa perkara yang difikirkan perlu iaitu yang pertamanya, tanah. Tanah ini kalau nak buat sekolah ni bukanlah shop house ataupun laman sesebuah rumah pusaka. Tetapi kalau boleh diupgradekan tanah ini kalau nak buat sekolah, kurang-kurangnya ada dua ekar kerana kalau kita rujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara dia ini merupakan falsafah pendidikan yang selalu orang sebut dia ada JERI. Dia menitikberatkan tentang pembangunan jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Jadi kalau kita nak membangunkan insan terutamanya murid-murid yang beragama Islam. Jadi kalau kita nak lihat dari segi jasmani dia, dia bertubuh badan yang baik, yang sihat apabila dia melangkah di luar alam sekolahnya nanti. Dia ada satu aset iaitu tubuh badan yang baik. Kemudian intelek. Dia ditambah dengan pelajaran-pelajaran yang lain. Kalau boleh dalam sekolah agama ataupun tahfiz yang khususnya swasta dipertekankan lagi aspek-aspek yang kemahiran itu. Itu cadangan sayalah.

Boleh saya mohon mencelah sekejap. Terima kasih Lubuk Merbau. Berkenaan dengan sekolah tahfiz saya tertarik dengan apa yang dicadangkan oleh Lubuk Merbau. Satunya betul kita kena ada satu badan yang mengawal kurikulum terutamanya dan seterusnya saya juga dapat maklumat beberapa tahfiz ini tidak berjaya mengeluarkan tahfiz di mana mungkin tidak ada satu sistem kawalan bagaimana kita nak memeriksa pelajar-pelajar ini sampai juzuk berapa dan akhirnya dapat tak menamatkan tahfiz itu dipendidikan yang mungkin telah disediakan. Jadi sekiranya mungkin pihak tahfiz itu gagal ataupun tidak berjaya, mungkin satu mekanisme yang tertentu untuk kita bantu pihak tahfiz membina kembali bagaimana cara kita nak akhirnya mengeluarkan tahfiz yang betul-betul. Bukan hanya duduk belajar pondok dan sebagainya keluar tidak menjadi tahfiz. Itu saja pandangan saya.

Dr. Ir. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Ok terima kasih Trong. Masukkan dalam ucapan saya. Kemudian dimasukkan suai manafaat. Saya ada terlibat dengan sekolah agama nak tubuh satu sekolah agama dan diminta untuk PDRM, Kesihatan Jabatan Kesihatan, majlis tempatan dan juga bomba untuk memantau tempat tersebut dan meminta pandangan dan juga kelulusan daripada jabatan ini. Kalau bolehlah suai manafaat ini menggunakan ataupun bantuan daripada agensi ini ditambah kepada Jabatan Kerja Raya untuk bangunan, bangunan dia tu. Kemudian JPS, takut kut sekolah tu dia lembah tidak ada saliran air yang baik. Bila musim hujan dia banjir ataupun longkang-longkang dia yang menjejaskan jiran tetangga contohnya. TNB kita dapat ketahui satu tragedi yang menyayat hati di Kuala Lumpur sekolah tahfiz kebakaran. Jadi mungkin litar pintas dia tidak begitu baik dan kita minta TNB pun terlibat sama dalam melihat keselamatan di sekolah ini.

Kemudian dari segi sumber air dia kita minta Lembaga Air Perak khususnya di negeri Perak ini untuk melihat pelajar ini dia menggunakan air daripada mana. Air telaga ke air sungai ke dan sebagainya. Jadi suai manafaat ni boleh digunakan kerana ia memberi faedah jangka panjang kepada pelajar ini supaya tidak terganggu dengan faktor-faktor kesihatan yang menjejaskan pelajaran mereka. Kemudian kita melihat di negeri Perak ini menurut daftar yang didaftarkan ada 900 lebih sekolah agama yang dikendalikan oleh Jabatan Agama iaitu 952 buah. Dikemaskinikan data ini 11 Jun 2021. Kemudian saya ingin mencadangkan saya lihat sekolah menengah (SMAN) Sekolah Menengah Agama Negeri ini ada 7 dan alhamdulillah Sekolah Agama Negeri ini ada yang sudah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Jadi sebenarnya cadangannya ialah kita mengesyorkan ada sekolah-sekolah agama rakyat yang lain ini dan juga sekolah tahfiz kalau cukup dia punya syarat didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan ini arus perdana yang diluluskan oleh LEPAI iaitu Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam yang dipantau oleh, ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja. Jadi dari segi kurikulum dari segi sistem dia, ia adalah lebih baik dan lebih terjamin. Kemudian bila didaftarkan ini, sekolah ini sebenarnya kita melihat bila sekolah ini ditubuhkan oleh individu ataupun kumpulan, dia melihat kepada kekuatan jangka panjang. Untuk makluman, bahawa untuk membina sekolah ni bukanlah untuk jangka masa yang pendek. Dia memerlukan jangka masa yang panjang.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ada 2 minit ya.

Dr. Ir. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Banyak lagi..jadi dengan adanya suai manafaat yang saya cadangkan tadi kita cadangkan diserapkan kepada di bawah sekolah agama bantuan kerajaan ini dan ia lebih fokus kepada pembinaan jangka masa yang panjang, yang memberi manafaat kepada negeri Perak. Kita tak mahu nanti ada ibu bapa dan anak-anak ni dia nak mencari pendidikan agama dia pergi ke Kedah, pergi ke Selangor, pergi ke Terengganu dan sebagainya. Tetapi kalau kita dapat membina satu sekolah agama yang baik di negeri kita, kita nak tengok orang-orang di luar datang ke negeri Perak seperti orang nak belajar di MCKK, belajar di STAR mereka datang kerana kita ada kemudahan yang kompetatif, yang boleh ada benchmarking dia ada penanda aras dia dan di Perak ini memang terkenal. Kalau di kawasan saya Lubuk Merbau ini dia ada tokoh agama terkenal Syeikh Idris Al-marbawi. Jadi dia ada dia punya tokoh-tokoh. Jadi itulah cadangan saya supaya dapat disuai manafaatkan.

Kemudian isu di kawasan saya iaitu isu tentang pertanian. Di kawasan saya ini dia lebih kepada buah-buahan, dusun. Jadi kalau dulunya kalau ada buah rambutan, manggis depa orang dulu ini dia kalau dia elakkan pembaziran dia ada buat jem. Jadi boleh digunakan dalam jangka masa yang lama buat jem, buat lempuk contohnya dan saya mengesyorkan bahawa dipergalakkan dalam sektor pertanian ini industri hiliran macam ini supaya kita tak nampaklah rambutan merah je di atas pokok tidak dikutip dan tidak ada orang yang nak memetiknya kerana dari segi pasarannya tak berapa nak menarik. Kemudian di kawasan saya ni dia ada dusun-dusun durian. Dalam titah ucapan Tuanku ni diperkembangkan. Jadi ada yang mengadu di kawasan-kawasan dusun ni kalau boleh ada kemudahan elektrik dan kemudahan elektrik khususnya kerana mereka nak pam air ketika waktu kemarau ini depa boleh pam air daripada sungai dengan menggunakan elektrik untuk gunakan untuk buat pam air.

Kemudian lagi satu yang terakhir, minta maaf Dato’ Yang Dipertua, tentang jalur lebar ini ataupun kemudahan internet. Mohon Unifi contohnya diperbanyakkan lagi khususnya di pinggir bandar dan juga kalau boleh hampir di luar bandar kerana ada yang mengadu tak larat nak bayar bil mahal kerana PdPR ni dia memakan masa yang lama. Jadi kalau menggunakan wifi dan juga Unifi ni dia bayaran tetap. Jadi kalau kaedah ini dapat di tambah baik lagi mungkin dia punya pemancarnya sudah cukup tetapi kosnya pada guna handphone yang lebih tinggi. Kalau ada kemudahan Unifi ni lebih ekonomikal kepada penduduk berhampiran dengan bandar. Jadi itu saja. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Lubuk Merbau menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Lubuk Merbau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Behrang. Silakan.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Terima kasih Dato’ Speaker. (BACAAN DOA). Pertamanya, saya bagi pihak warga Behrang dan diri sendiri memohon mengambil kesempatan untuk Merafak Sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Paduka Sultan atas Titah Diraja yang telah dikemukakan di dewan ini pada hari semalam. Dato’ Speaker, saya ingin memulakan perbahasan saya dengan merujuk ke muka surat 13 dan 16 Titah Diraja di mana Baginda Sultan menitahkan supaya kerajaan perlu memberi perhatian serius dan aktif dalam sektor agriculture, opticulture, aquaculture dengan budaya baru hingga lahir petani moden dan kalau dibaca bersama di muka surat 19, tanggungjawab kita termasuklah tanggungjawab memelihara kebersihan sungai termasuk tidak buang sampah dalam sungai. Kerana apa, kerana Paduka Sultan sebut di muka surat 16 juga bahawa aktiviti-aktiviti pertanian yang disarankan tadi berkemungkinan bakal pencetus kepada pencemaran. Dengan kata lain merujuk kepada tiga tempat yang saya nyatakan sebentar tadi, tugasan, bebanan dan tanggungjawab yang dibahukan ke bahu kita semua di sini ialah, pertama memperbanyakkan inovatiflah. Yang kedua kita menjaga dengan kata lain dalam kita melaksanakan tugasan kita memajukan industri-industri yang disebutkan sebentar tadi, kita mesti mengambil kira risk management. Dato’ Speaker, saya ingin menarik perhatian dewan ini kepada beberapa fakta yang berlaku dalam dunia pertanian pada hari ini.

Antara yang umum diketahui ialah racun Round Up telah diharamkan. Persoalannya kenapa? ‘Racun Kopi O’ yang orang kampung selalu panggil Kopi O, Kopi O racun, tuan-tuan telah diharamkan. Persoalannya kenapa? dan kalau kita keluar sikit kita melihat di Kanada, Australia, New Zealand dan di Amerika sendiri pun sejak 2000 ini conventional agriculture, dengan izin, ataupun pertanian secara konvensional ini telah beralih kepada regenerative, dengan izin, regenerative organic agriculture. Maknanya dalam melaksanakan aktiviti pertanian itu tidak ada lagi tillage, tidak ada lagi pembajakan, bajak tanah, Claw. Kalau tidak ada lagi penggunaan sintetik baja, baja yang tiruan tidak ada lagi pestecide tidak ada lagi fungicides dan tidak ada lagi urbicide ataupun racun-racun rumpai digunakan di merata dunia. Rupa-rupanya kajian sains, kalau saya nak bagi detailnya mengambil masa sangat, saya lompat. Penggunaan-penggunaan yang disebutkan tadi racun rumpai, baja sintetik, aktiviti pembajakan yang merosakkan kehidupan bakteria dan fungy di bawah tanah telah menyebabkan kurangnya kadar boleh serapan tanah yang digunakan untuk pertanian telah menyebabkan berlakunya tanah mati dan telah menyebabkan punca sebenarnya berlaku kepada banjir kilat.

Tuan Yang Dipertua, rupanya kalau kita mengimbau sejarah daripada mana asalnya baja sintetik, racun rumpai, racun serangga, ianya adalah merupakan hasil sisa residu ataupun lebihan daripada bahan-bahan kimia untuk dibuat bom. Selepas tamat Perang Dunia Pertama dan Kedua, saintis dan pengusaha-pengusaha yang berkenaan berubah daripada menggunakan bahan tersebut memerangi manusia diubah untuk digunakan memerangi serangga. Dengan kata lain, kalau kita Menjunjung Kasih mahu melaksanakan tugasan-tugasan seperti yang dititahkan, cabaran yang ada pada kita ialah kalau tidak jaga betul-betul, kita ketika menabur baja kita sebenarnya menabur sampah di tanah pertanian. Kalau kita tidak jaga betul-betul kita sebenarnya ceroboh dunia bakteria dan fungy dan itu sebab pada hari ini virus counter attack kita balik dan kita tidak ada perlindungan tentang ini dan kalau kita tidak berhati-hati dan kalau kita tidak mendalami kita mungkin terperangkap dengan apa yang disarankan dipesankan di dalam Surah Al-Isra' (ayat Al-Quran), Al Isra’ ayat 17.

Demikian juga amaran yang lain dalam Surah Al-An'am ayat 141 (ayat Al-Quran). Amaran teguran ini ialah diberi kepada kita yang tak kisah membazir. Kalau kita tengok membazir-membazir ni sebenarnya sahabat kepada syaitanlah dan mubazzir apa yang dibazir ialah benda yang lebihan. Maknanya kalau ada sampah ada lebihan itu lebih kurang kepada menyahabatkan diri kita kepada kumpulan-kumpulan syaitan, atau untuk lebih detail lagi, Dato’ Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian sahabat Dewan ini kepada Al Rum ayat 41 yang telah dibaca oleh Sungai Rapat sebentar tadi, (ayat Al-Quran). So, kalau kita mengambil prinsip kalau kita memahami tugasan kita seperti mana yang dititahkan berdasarkan ayat tersebut, ayat tersebut menggunakan dzaharal fasad. Dzharal ni Fi’il Madhi past tense makna dah wujud dah, dah jadi dah so kalau kita apply ayat ini timbul kerosakan di muka bumi, di laut disebabkan tangan-tangan manusia adalah untuk memberi kita rasa apa yang telah kita rosakkan. Dalam kontek tanah pertanian ini, dalam kontek melaksanakan pertanian ini, boleh kita katakan, boleh kita tafsiran sebegini, banjir kilat, penyakit tanaman, serangga perosak, hasil yang rendah, makanan, buah-buahan, sayuran yang dencity nutriennya rendah adalah merupakan fasad-fasad keburukan yang berlaku akibat daripada tangan-tangan kita yang menabur baja sintetik, yang menyiram racun serangga, yang menyiram racun rumpai ke atas kawasan-kawasan pertanian kita. Dengan kata lain tanpa kita sedari rupa-rupanya sudah sekian tahun aktiviti pertanian yang kita lakukan kita telah menceroboh kehidupan bakteria bawah permukaan bumi dan kehidupan fungy di bawah tersebut yang Allah Taala telah jadikan untuk mengimbangi alam.

Oleh demikian, Dato’ Yang Dipertua, sekali lagi saya ingin sarankan kepada dewan ini. Ketika kita Menjunjung Titah Paduka dan ketika kita menjunjung juga titah daripada surah Ar-Rum ini, pilihan yang ada pada kita ialah hendaklah kita menghentikan aktiviti pertanian secara konvensional, secara beransur-ansur, bukan besok kita perlu hentikan apa yang kita ada tetapi pada hari ini, marilah sama-sama kita mengajak rakyat di Perak ini untuk mempunyai persepsi, pandangan anjakan paradigma bahawa amalan konvensional selama ini telah mendatangkan kesan. Saya percaya bahawa semua Ahli Dewan dalam dewan pada hari ini menyebut tentang banjir, menyebut tentang pencemaran dan salah satu penyebab (SENYAP)…synthetic fertilizer di kawasan-kawasan pertanian, dengan izin dan saya memohon dewan ini supaya dapat mengajak petani, peladang dan pengusaha-pengusaha pertanian dalam Negeri Perak ini untuk beralih kepada Regenerative Organic Agriculture dengan izin dan alternatif gantian daripada conventional agriculture ini ialah kita boleh beralih kepada kompos selain daripada sekam padi. Kalau diteliti kepada kompos yang ada di perdu ataupun pungka buluh-buluh. Sebenarnya saya rasa dengan kajian maka kita akan boleh dapatlah bekalan kompos-kompos berskala besar. Seterusnya yang ketiga, Dato’ Yang Dipertua….

Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Dua minit je…

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

…aktiviti monocrop itu sepatutnya kita tidak teruskan lagi kita cuba perlahankan dan memandangkan masa tinggal dua minit, saya nak pergi kepada isu yang kedua iaitu berkenaan dengan pentadbiran agama Islam. Ada tiga yang saya nak sentuh. Yang pertama sekali ialah berkenaan dengan Mahkamah Syariah itu sendiri. Yang pertama kita amat kekurangan enakmen-enakmen sama ada dalam hal Sensitivity Law ataupun Procedural Law. Yang kedua, saya mohon supaya Enakmen Wasiat orang Islam yang telah ada di Selangor, ada di

Penang dan ada di beberapa negeri lain tetapi tiada dalam Negeri Perak. Saya mohon izin untuk kemukakan kes hipotesis. Bayangkan ada seorang datuk yang mempunyai duit sebanyak RM1 juta. Kemudian dia ada anak dua orang, satu lelaki, satu perempuan. Tiba-tiba dia meninggal dunia dan harta pusaka dia yang sebanyak RM1 juta itu, semasa nak diberi, katakanlah sebelum dia mati anak lelaki dia mati terlebih awal. Maka berdasarkan faraid kalau anak lelaki dia ada waris lain tetapi disebabkan nasab terputus, maka cucu dia daripada jalur anak lelaki dia tidak dapat mewarisi harta pusaka si datuk sebentar tadi. Sebaliknya harta datuk sebentar tadi akan diwarisi oleh sebahagiannya oleh Baitumal, sebahagian lagi oleh anak perempuan. Nanti kalau di luar sana dalam kes sebegini orang kata faraid zalim, apa kita nak jawab? Disebabkan terputus atas sebab kematian warisan tak boleh.

Apa kita nak jawab? Sebenarnya kalau di Mesir 80an lagi Dato’ Speaker, dah ada dah enakmen. Hari ini di Selangor, Enakmen Wasiat Orang Islam, di Penang pun ada, di Negeri Sembilan pun ada yang membolehkan mahkamah boleh memperuntukkan satu pertiga daripada harta pusaka Si Datuk untuk di award kan kepada cucu dia tadi yang terputus dengan kata lain, yang tinggal harta pusaka ialah sebanyak dua pertiga sahaja daripada harta pusaka keseluruhannya. Jadi, kita sangat-sangat terdesak memerlukan Enakmen Wasiat Orang Islam dan sebetulnya selain daripada itu kita memerlukan pindaan penambahbaikan enakmen-enakmen yang sedia ada. Di tangan saya ini ada satu enakmen, tadi dirujuk oleh Lubuk Merbau. Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Rakyat Islam 1999. Pada saya sebagai pengamal Undang-Undang Syariah juga, Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah macam tak ada beza saja Enakmen Kawalan Racun Perosak.

Sebab motif enakmen ini untuk kawal sekolah. So, pada saya gabungan perkataan kawalan dengan sekolah itu satu negative, satu positif. Pencegahan rasuah, itu kena lah. Kita nak cegah rasuah. Sekolah ni kita bukan nak kawal. Kita nak bangun, kita nak develop. So, nantinya lah kalau boleh kan tajuk dia ni pun kita cari jalan lah bagaimana boleh kita ubah sebab kita tak fair menggunakan pada sayalah secara peribadi menggunakan perkataan kawalan terhadap sekolah. Sekolah nak dibangun bukan nak dikawal. Racun perosak, racun serangga. Yes ianya perlu dikawal. Yang kedua, tentang mahkamah juga, saya nak secara spesifik merujuk kepada premis mahkamah yang saya dah cakap secara terus kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya nak kenangkan balik, semasa Proton tiada ianya tanah di mana Proton Plan berada, ia adalah berada di atas tanah Maju Ternak milik Kerajaan Persekutuan. Ratusan ekar boleh melalui proses tertentu diambil alih dan hari ini daripada Proton sampailah kepada UPSI dan sebagainya. Maknanya kalau hendak seribu daya, satu kawasan yang besar pun tak kira siapa punya, boleh kita usahakan untuk dijadikan mahkamah.

Dalam hal Mahkamah Syariah di dalam Daerah Muallim ini, apa yang saya minta ialah terdapat dua buah premis mahkamah di dalam Daerah Muallim. Kedua-duanya bergelar Mahkamah Majistret Tanjung Malim dan Mahkamah Majistret Slim River. Kedua-duanya milik Federal. Kalau tanah sebesar tapak Proton itu boleh kita kisahkan, adalah sesuatu yang mengaibkan kalau tanah sekangkang kera keluasan Mahkamah Majistret Slim River atau Tanjung Malim tak boleh kita kisahkan untuk kita convert, untuk kita jadikan premis Mahkamah Syariah bagi Daerah Mualim.

Seterusnya yang ketiga ini, atas dasar tersebut lah saya rasa sudah sampai waktunya kita memberi perhatian yang lebih untuk menambah kakitangan dalam mahkamah, untuk kita menambah kakitangan Hakim, untuk kita menambah kakitangan sokongan-sokongan yang lain. Ini kerana apa, kalau kita melihat apa yang berlaku perkembangan di Mahkamah Syariah di negeri-negeri lain, di sana ada Bahagian Sokongan Keluarga. Kepada ibu-ibu tunggal yang telah menang kes terhadap suami masing-masing atau bekas suami masing-masing dapat paper judgement. Si anu bin si anu sebagai bekas suami hendaklah bayar kepada si anu binti si anu sebagai bekas isteri atau isteri sekian-sekian ribu tetapi paper judgement itu tak dapat digunakan kerana si suami masih enggan melunaskan jumlah penghakiman. Dengan bantuan Bahagian Sokongan Keluarga, si isteri boleh tuntut kepada Bahagian Sokongan Keluarga dan BSK boleh advanced kan dulu dan mereka BSK mengambil tindakan execution ataupun pelaksanaan penghakiman terhadap si suami secara berasingan. Maknanya nasib ibu tunggal yang dah menang kes dengan kerjasama Baitumal, dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan dengan agama Islam, maka mereka terbela dan yang terkini saya difahamkan ibu-ibu yang akan menghadiri kes di Mahkamah Syariah, mereka disediakan Rumah Transit. Boleh bermalam di tempat-tempat tertentu yang disediakan oleh BSK dan besok pagi baru dia orang pergi ke Mahkamah Syariah. Saya rasa perjalanan ini satu perjalanan yang cantik, yang perlu kita ekori, yang perlu kita contohi dan dengan itu kita memerlukan penambahan staf dan kakitangan yang boleh fokus, yang boleh tunjukkan dan kalau perlu import lah. Kadang-kadang bila menyebut kualitinya pemain import, bekerja, bertugas daripada luar negeri Perak tu perlu kita pinjam ataupun serap.

Yang itu saya rasa lebih cepat sikit dalam kita nak menilai kualiti dan penutupnya Dato’ Speaker, apa guna mengerat rotan, pecah bersepah merata-rata, sedangkan elok panjangnya berdepa, apa guna hidup berpasukan, tak boleh tegur, tak boleh mengata, sedangkan itulah sebab kenapa kita bersama. Hujung tali bersimpul belah, dipintal ketat mengikat galah, hasrat di hati, lontar pun sudah, cakap pun sudah, entah disambut, entah diludah, entahlah Tuan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullahi. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Behrang. Saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Keranji.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Sudah? Boleh teruskan? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sila teruskan.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Terima kasih. Salam sejahtera Tuan Speaker, ADUN-ADUN, Ahli-Ahli Yang Berhormat, tidak lupa juga Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Badan Berkanun Kerajaan, Pengarah serta rakan-rakan media dan juga rakyat Negeri Perak yang sedang menonton sidang DUN Perak live di atas talian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Tuan Yang Dipertua dengan mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Junjung Titah Tuanku. Terlebih dahulu saya ingin bangkit empat isu di kawasan Keranji yang amat dekat hati penduduk Kampar. Yang pertama dengan masalah banjir kilat di Kampar. Sebelum peralihan kuasa berlaku pada Mac 2020, JPS telah membentangkan satu pelan menyeluruh mengatasi masalah banjir kilat Kampar dan kosnya RM10 juta. Ini melibatkan membina benteng dan mendalamkan Sungai Keranji yang kering menjadi punca banjir di Kampar.

Namun sehingga kini projek yang berjumlah RM10 juta ini untuk mengatasi masalah banjir Kampar belum diluluskan. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat membantu untuk memperjuangkan projek ini dengan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk mengatasi masalah banjir di Kampar. Selain itu, ingin juga saya bangkit tentang peruntukan RM1 juta yang telah dijanjikan oleh mantan MB Chenderiang sejak tahun 2018 untuk menaik taraf sistem pengaliran di Jalan Batu Sinar, Bandar Baru Kampar. Saya telah berkali-kali membangkit tentang isu peruntukan yang telah dijanjikan dalam perbahasan sebelum ini tetapi jawapan yang diberikan adalah peruntukan tersebut belum disalurkan. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh berpegang pada janji dan peruntukan berjumlah RM1 juta ini yang telah diluluskan untuk menaik taraf sistem pengaliran di Jalan Batu Sinar, Bandar Baru Kampar.

Selain itu, tebing Sungai Keranji yang runtuh di jalan baru dan telah mengakibatkan takungan air dan juga membahayakan pengguna jalan raya di sekitar jalan baru dan saya berharap agensi-agensi yang terlibat termasuk Majlis Daerah Kampar dan juga JPS boleh duduk bersama untuk menentukan siapa yang boleh bertanggungjawab ke atas runtuhan tebing sungai ini kerana ia amat bahaya. Sudah lebih tiga bulan tebing sungai runtuh tapi sampai sekarang masih tunggu komunikasi di antara agensi-agensi yang berlainan. Yang kedua saya ingin beralih kepada isu Hospital Baru Kampar. Hospital Baru Kampar ini bukan isu baru malah telah diumumkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak tahun 2012. Namun ia telah dibatalkan. Selepas Pakatan Harapan mengambil alih pada tahun 2018, saya dengan bantuan Pejabat Daerah Tanah Kampar telah mengenal pasti tiga bidang tanah yang sesuai untuk dibina Hospital Baru Kampar dan akhirnya lokasi dimuktamadkan di Kampung Changkat Baru yang seluas 60 ekar tanah dan ini telah pun diluluskan oleh MMK dalam Mesyuarat.

Kerajaan PH Persekutuan juga telah membentangkan dalam Bajet 2021 sebanyak RM416 juta untuk membina Hospital Baru Kampar dan klinik-klinik. Namun sehingga kini tiada satu bata pun yang telah didirikan di atas tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh memperjelaskan status tanah di Kampung Changkat Baru sama ada tanah itu akan dipindah milik kepada KKM dan juga apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap pembinaan Hospital Baru Kampar. Yang ketiga, saya ingin membangkit tentang isu Bukit Kampar yang telah dicadangkan oleh pemaju untuk dibangunkan sebagai tanah perkuburan. Sesi pendengaran awam telah pun selesai sejak Mac lalu dan saya juga telah membawa suara rakyat Kampar untuk membantah permohonan untuk menukar kegunaan tanah tersebut dari kawasan hutan kepada kawasan komersial. Saya juga telah menyerahkan sejumlah 4000 tandatangan kepada MB Kota Tampan di mana penduduk Kampar menentang cadangan untuk membina kawasan perkuburan Bukit Kampar atas faktor alam sekitar, lokasi yang tidak bersesuaian dan juga besar kemungkinan akan menyebabkan masalah banjir di Kampar. Saya harap EXCO Tualang Sekah boleh menjelaskan sama ada permohonan ini telah diterima ataupun ditolak di peringkat State Planning Committee.

Yang keempat, tentang isu premium geran tanah di Kampung Jalan Stesen Kampar. Pada Mei tahun 2020 sebanyak 46 keping Form 5A telah pun dikeluarkan kepada penduduk Jalan Stesen yang telah diduduki selama berpuluhan tahun sebelum merdeka. Namun premium yang dikenakan adalah amat tinggi dan tidak munasabah. Ada penduduk yang dikenakan premium setinggi RM20 ribu dan kesemua penduduk telah pun membuat rayuan atas premium yang dikenakan. Saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri. Apakah status rayuan terhadap premium untuk meringankan beban penduduk kampung kerana rayuan ini telahpun dihantar dari lebih daripada satu tahun sehingga kini. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri boleh meluluskan rayuan untuk memberi diskaun premium kepada penduduk kerana mereka memang tidak berkeupayaan untuk membayar premium yang setinggi ini.

Dato’ Tuan Yang Dipertua, saya ingin beralih kepada isu negeri tentang Perak Corporation Berhad ataupun PCB. Pada April 2021, PCB telah membentangkan Skim

Perkiraan Dan Kompromi dengan izin, Scheme of Arrangement kepada pemiutang-pemiutang PCB dan PCBD. Dimana pemiutang yang bukan institusi kewangan PCB ataupun None Financial Institution Creditors, berjumlah RM140 juta dan pemiutang bukan institusi kewangan PCBD berjumlah RM326 juta telah di write down, propose write down sebanyak 90 peratus ataupun setiap RM1 yang dihutang hanya bayar 10 sen yang di hutang oleh PCB dan PCBD dengan alasan status kewangan PCB dan PCBD tidak mampu untuk membayar jumlah hutang ini. Scheme of Arrangement ini bukan sahaja dengan sengaja mengklasifikasikan rakan usaha sama ataupun JV Partner, PCB dan PCBD sebagai pemiutang. Malah telah dengan sengaja melakukan misrepresentacy terhadap status kedudukan kewangan sebenar PCB dan PCBD. Ini merupakan satu penindasan yang serius ataupun dengan izin serious act of operation dan juga satu potensi penipuan penyata kewangan ataupun Financial Statement Fraud. Salah seorang rakan usahasama PCB dan PCBD iaitu AIX Holding Sdn Bhd dan juga AIX YSC Sdn Bhd telah mencelah di mahkamah tentang skim perkiraan dan kompromi ini. Dalam pencelahan tersebut satu afidavit telah difailkan oleh bekas Pengarah Eksekutif tidak bebas PCB, Encik Mohamad Syafi dimana beliau telah menyatakan dalam afidavit tersebut PCB dan PCBD mempunyai aset yang berjumlah lebih kurang RM1.322 billion.

Jumlah ini memang mencukupi untuk melangsaikan kesemua hutang PCB dan PCBD dan ia adalah tidak logik di mana PCB dan PCBD perlu me write down jumlah pemiutang sebanyak 90 peratus ataupun hanya membayar 10 sen kepada setiap ringgit yang di hutang. Mahkamah akhirnya telah pun membuat keputusan yang memihak kepada pencelah dan mengarahkan supaya PCB dan PCBD mengeluarkan AIX Holdings Sdn Bhd dan AIX YFC Sdn Bhd daripada skim ini dan diiktiraf sebagai rakan usahasama PCB dan PCBD. Namun tindakan PCB dan PCBD meluluskan skim tersebut dengan mengeluarkan beberapa pemiutang termasuk memberi layanan istimewa kepada pemiutang institusi kewangan ataupun Financial Institution Creditors dengan membayar penuh kepada institusi kewangan dengan mengeluarkan mereka dalam skema ini. Walaupun mereka mempunyai status yang sama dengan pemiutang lain. PCB dan PCBD juga menggunakan pemiutang yang terdiri daripada syarikat berkaitan ataupun Interrelated Company dengan PCB dan PCBD untuk mencapai 75% undi setuju yang diperlukan.

Sekiranya pemiutang yang ditindas membawa isu ini ke mahkamah, besar kemungkinan mahkamah akan melantik seorang Pelikuidasi terhadap PCB dan PCBD kerana gagal untuk melangsaikan hutang dan memberi layanan yang adil kepada pemiutang. Ini akan mengakibatkan PCB dan PCBD diisytihar dalam proses administration dan aset-aset strategik dan tanah-tanah yang dimiliki oleh PCB PCBD mungkin akan dilelong dengan murah. Saya berharap pihak kerajaan negeri boleh mengambil maklum perkara ini secara serius. Memandang serius perkara ini dan menyatakan pendirian sama ada skema ini ataupun scheme of arrangement ini telah diluluskan dengan pengetahuan Kerajaan Negeri. I want to know what is the state government position on the scheme of arrangement. Adakah kerajaan bersetuju atau tidak bersetuju. Adakah ada pengetahuan sama ada kita bersetuju kita bayar 10 sen sahaja kerana afidavit telah pun cakap PCB dan PCBD ada jumlah aset RM1.322 billion.

Yang di-Pertua

YB, ada dua minit lagi.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Jadi saya harap pihak Kerajaan boleh bagi maklumbalas. Saya telah menerima maklumat bahawa ada pemiutang yang sedang dalam proses untuk memfailkan kes mahkamah untuk mendapatkan layanan yang adil terhadap jumlah hutang mereka dari PCB dan PCBD dan jika ini berlaku, besar kemungkinan Kerajaan Negeri mungkin akan kehilangan satu syarikat yang disenaraikan di bursa dan kesemua aset strategiknya. Selain itu, saya juga ingin bangkit isu hutang KWSP yang di hutang oleh MAPS ataupun ATP Sdn. Bhd. Untuk makluman dewan sebanyak 217 pekerja MAPS telah digugurkan kerja untuk mengurangkan beban kewangan MAPS pada Januari 2020.

Proses ini dilakukan secara profesional dan kesemua pekerja ini telah pun menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan isu ini juga tidak dibangkitkan oleh pihak pembangkang yang kini duduk di pihak kerajaan. Namun saya ingin menarik perhatian pihak Kerajaan Negeri bahawa sejumlah lebih kurang RM1.5 juta hutang KWSP pekerja-pekerja MAPS ini belum dibayar sehingga ke hari ini. Jadi PCB telahpun menandatangani Sale and Purchase Agreement dengan SOCSO untuk menjual 4 bidang tanah yang berjumlah RM78.7 juta pada Disember 2020 dan kini sepatutnya mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk membayar tunggakan KWSP untuk pekerja-pekerja MAPS. Saya juga berharap kerajaan dapat memberi maklumbalas tentang jalan penyelesaian penjualan ataupun lelong MAPS. Setakat ini sudah lebih satu tahun administrator telah dilantik tetapi sehingga kini MAPS belum dijual dan ATP perlu menanggung faedah ataupun compound interest setiap bulan di atas pinjaman hutang sebanyak RM255 juta. Setiap bulan kena bayar compounding interest dan akhirnya saya juga ingin membangkitkan isu mengenai Jawatankuasa Kira-Kira Wang ataupun PAC.

Di dalam mesyuarat sebelum ini di mana kita hadiri, PAC telah pun keluar surat untuk memanggil seorang saksi untuk memanggil seorang syarikat SNA Architects. Namun surat itu tidak diendahkan dan saksi tersebut tidak menghadiri pendengaran itu. Maka setelah consult dengan State Legal Advisor dan juga peguam-peguam, jadi kita berpendapat bahawa PAC memang tidak ada apa-apa kuasa untuk mengambil tindakan kepada saksi yang telah menerima surat walaupun mereka tidak hendak menghadiri sesi pendengaran. Jadi saya mohon dewan ni supaya boleh kita maklumkan kita tukar kita punya Perintah Tetap dan memberi kuasa memberi kuasa kepada PAC untuk memanggil saksi ataupun memanggil mana-mana pihak dalam menjalankan tugas kami. Jadi Inilah isu-isu yang saya hendak bawa pada hari ini. Saya Menjunjung Kasih Tuanku. Keranji menyokong. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Keranji. Sekarang saya jemput yang berhormat daripada Temenggor.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Auzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassalatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk sesi perbahasan pada hari ini. Tahniah juga di atas pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dengan mengadakan persidangan dengan konsep norma baharu dengan mewujudkan Gelembung Dewan untuk memastikan dewan yang mulia ini dapat diupayakan agar rintihan rakyat disampaikan melalui suara wakil-wakil rakyat. Atas faktor itu Menjunjung Titah Tuanku di dalam Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang ke-14 maka beberapa perkara yang akan saya sentuh dalam ucapan saya pada kali ini. Saya juga turut menyokong sahabat-sahabat ADUN-ADUN yang telah berbahas sebelum ini dan saya kira rata-rata isu yang dibangkitkan senada dengan saya cuma pada kali ini saya lebih menjurus kepada satu skop yang telah disentuh dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

Menyentuh soal ancaman risiko kebuluran akibat dari kesan keselamatan makanan dunia yang makin kritikal, Tuanku menitahkan agar Kerajaan Negeri Perak mengambil tindakan yang serius dalam memastikan usaha-usaha mengatasi masalah tersebut dengan mengaktifkan sektor-sektor pertanian, penternakan dan perikanan yang mana sektor-sektor ini berpotensi untuk dikembangkan bagi menjamin bekalan makanan dalam negara serta mengurangkan kadar kebergantungan import makanan IDR yang tinggi sebagai contoh kadar IDR kambing 88.8%, daging lembu 76.4% dan susu segar 41.9%. Selain itu, mengikut kepada statistik pengeluaran daging yang dilaporkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia daging yang diimport masuk ke Malaysia pada tahun 2019 adalah sekitar 142,780 metrik tan dengan nilai sebanyak RM1.783 bilion. Ini belum lagi ditambah dengan kebergantungan pengimportan lembu hidup sekitar 34,050 ekor pada tahun 2019 bagi jumlah ternakan yang dikeluarkan dari Perak sahaja adalah sekitar 54,526 ekor. Ini jelas menunjukkan betapa besarnya potensi di dalam bidang penternakan. Industri ternakan terutamanya ternakan ruminan pada masa ini masih lagi berskala kecil. Saya mencadangkan agar halatuju pembangunan industri ternakan ruminan bagi negeri Perak adalah untuk menjadikan Daerah Hulu Perak sebagai hub pengeluaran ternakan dalam bentuk premier iaitu pembekal ternakan hidup. Hala tuju ini adalah berdasarkan ataupun bersandarkan kepada jumlah tanah simpanan reserved untuk bagan dan padang ragut yang banyak terutamanya dalam Daerah Hulu Perak termasuk kawasan saya sendiri Temengor. Sebagai contoh untuk DUN saya ada lebih kurang 496.75 hektar ataupun 1,227.49 ekar yang terbahagi kepada 13 plot yang tidak diupayakan kerana beberapa masalah seperti kos pembangunan infra asas bagi membangunkan padang-padang ragut ini yang telah diusahakan oleh orang-orang kampung. Dalam masa kita bercakap soal kekurangan hasil makanan tetapi sayang kita ada satu kawasan yang boleh diupayakan tetapi kita tidak menggunakan sebaik mungkin sumber yang ada untuk memastikan sektor penternakan ini dapat diupayakan dengan sebaik mungkin.

Sekuriti makanan di dalam segman penternakan daging ini di mana kebergantungan daging import masih tinggi. Gejala Covid-19 mengajar kita tentang peri pentingnya berkenaan sekuriti makanan di mana industri import dan export mengalami masalah dan menjadi salah satu faktor kenaikan harga dan kekurangan barang makanan shortage of supply, dengan izin. Kerajaan Negeri Perak memang sejak dahulu sudah mempunyai perancangan rapi mengenai perkara ini di mana program padang ragut dilancarkan. Namun ia menjadi masalah apabila kebanyakan padang ragut tidak diusahakan secara optimal. Apa akibat daripada pelaksanaan yang tidak menepati keadaan semasa malah ada yang membangunkan padang ragut tetapi lebih kepada pusat transit lembu dan bukannya ke arah penghasilan lembu bersaiz besar, penghasilan baka anak lembu dan produk-produk tenusu. Jadi di sini ingin saya syorkan cadangan-cadangan iaitu yang pertama pengkhususan ataupun fokus kepada jenis produk ternakan.

Penternakan di padang ragut seharusnya memfokuskan kepada beberapa tumpuan iaitu yang pertama menghasilkan lembu pedaging bersaiz besar yang boleh mencapai berat lebih kurang 300 kilo hingga 600 kilo seperti baka dari jenis Brahman, Anggus dan KK. Ini sebagai contoh. Tumpuan kedua ialah selain fokus kepada penghasilan daging, kita juga harus memfokuskan kepada penghasilan baka anak-anak lembu agar kuantiti lembu dapat dicapai secara optimum mengikut demand and supply seterusnya tidak lagi terlalu bergantung kepada daging import malah negeri kita juga boleh menawarkan anak-anak lembu kepada negeri-negeri lain yang berhampiran ataupun yang memerlukan. Tumpuan ketiga ialah memfokuskan juga kepada penternakan lembu tenusu dan produk hiliran yang berkaitan tenusu.

Ini jelas kita dapat gambarkan selain kita memenuhi security food ataupun memberi keperluan makanan ia juga sebenarnya dapat meningkatkan pendapatan dan ekonomi negeri yang orang kata sekiranya ini dapat dilaksanakan ataupun diberi tumpuan ia akan meningkatkan hasil pendapatan Negeri Perak. Cuma apa yang ingin saya sentuh ialah sekiranya tadi saya menyebut IDR iaitu Import Dependancy Ratio tetapi sebenarnya IDR di Negeri Perak juga berkaitan iaitu sebagai satu badan pemikir yang boleh memikir bagaimana kita dapat mengurangkan IDR import barang keperluan makanan daripada luar.

Penyelesaian kedua ialah mekanisme pelaksanaan padang ragut. Mekanisme pelaksanaan pembangunan padang ragut dicadangkan supaya dikaji semula supaya penggunaan-penggunaan tanah ini dapat dioptimumkan dan seterusnya menjadi penyelesaian bagi sekuriti makanan di Negeri Perak. Antara cadangan penyelesaiannya ialah program venture pemain industri penternakan dan GLC bagi melaksanakan perniagaan penternakan di sebahagian plot padang ragut dan sebahagiannya boleh diberi kepada penternak kecil ataupun penduduk tempatan yang mengusahakan padang ragut tersebut. Selain pembangunan infra yang lebih teratur dan sistematik dilaksanakan oleh ventures terbaik, penternak kecil tempatan juga dapat mendapat kelebihan dari segi teknologi dan knowledge transfer dengan izin.

Di samping itu mereka juga akan dapat peluang dari segi market yang lebih meluas melalui rangkaian ventures ini. Bagi menyeimbangkan penternakan ini bersama kos makanan yang tinggi, tadi kita cadangkan ada gabungan ataupun kerjasama antara GLC. Sebenarnya GLC juga dapat membantu menyeimbangkan dari segi kos makanan yang tinggi terutamanya di padang ragut yang memerlukan kaedah sistematik penanaman makanan serat dan bijirin seperti tanaman jagung dan rumput napier. Jadi di sini sekali lagi saya ingin mencadangkan dah saya ada padang ragut, 13 kawasan yang tidak diupayakan kerana kos-kos infra dan sebagainya. Sebenarnya selain kita menambah jumlah lembu, masalah lain ialah kita hadapi dari segi bekalan makanan kepada lembu-lembu ternakan tersebut. Jadi syor saya ialah GLC-GLC yang mempunyai tanah di Daerah Hulu Perak terutamanya di kawasan saya seperti SADC dan sebagainya, boleh pada kali ini untuk memikirkan, kita tidak hanya tertumpu kepada tanaman komoditi seperti sawit sahaja tetapi mereka boleh mula untuk fokus kepada tanaman bijirin seperti yang saya sebutkan tadi jagung, rumput napier bagi memenuhi keperluan cadangan untuk menjadikan Hulu Perak hub penternakan.

Yang di-Pertua

YB, dua minit.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Baik. Cadangan fokus ini bukan bermakna seorang penternak atau syarikat ventures melaksanakan kesemuanya yang dicadangkan tetapi setiap plot padang ragut perlu mempunyai sistem terbabit supaya sebuah rantaian perniagaan dapat dilaksanakan di kawasan terbabit iaitu yang saya syorkan tadi ialah Daerah Hulu Perak dijadikan hub penternakan dan ini sebenarnya daripada tindakan ataupun faedah yang kita dapat ialah kita dapat mengoptimumkan penggunaan tanah kerajaan dan secara langsung dapat meningkatkan pengeluaran daging, meningkatkan pendapatan penduduk setempat dengan memberi peluang penduduk setempat menjalankan projek ternakan, menjana pertumbuhan rantaian sektor baru dengan menjadi hub pengeluaran ternakan ataupun daging, pengeluaran makanan ternakan agro pelancongan dan lain-lain lagi serta mewujudkan pusat ilmu dan kajian dalam bidang penternakan. Oleh itu, besarlah harapan saya agar Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan cadangan saya ini dengan memberikan tumpuan kepada Daerah Hulu Perak terutamanya DUN Temengor untuk membangunkan industri ruminan dengan menyalurkan peruntukan yang lebih untuk pembangunan padang ragut sedia ada selain dari memikirkan cadangan-cadangan yang telah saya ketengahkan sebentar tadi kerana saya kira ini ialah sidang dalam pra untuk menghadapi bajet.

Jadi saya mengharapkan apa juga cadangan-cadangan yang dibentangkan pada sidang kali ini dapat dirumuskan dan dapat diterjemahkan dalam bajet yang akan dibentangkan pada sesi sidang yang akan datang. Adalah disarankan bumi Perak yang amat bertuah dan kaya dengan pelbagai sumber dijadikan negeri pertanian, penternakan dan perikanan selaras dengan Titah yang telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Memberi fokus potensi ekonomi penternakan yang perlu dijadikan sebagai pengukuh kepada sumber kekayaan Negeri Perak perlulah digunakan sebaik yang mungkin.

Yang di-Pertua

Kesimpulannya.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Anak tebuan berlima-lima, Hinggap di dahan pohon kemboja, Titah Tuanku sungguh bermakna, Kunci Perak aman dan sejahtera.

Si bayan di dahan punggur, Tepi Pulau Cempakasari, Hamba datang dari Temengor, Menjunjung Kasih Paduka Seri.

Sekian, Temengor mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat daripada Temengor. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Kawasan Pangkor.

Ada gambar tak masuk gambar. The cameraman is not here yet.

Yang di-Pertua

Sila, DUN Pangkor nampak clear? Kami semua clear nampak.

Saya tak nampak. Ok baik terima kasih. Boleh nampak ya. Dato’ Speaker, terlebih dahulu terima kasih atas kesempatan ruang yang diberikan. Saya ingin Menjunjung Kasih setinggi-tinggi kasih atas Titah Diraja oleh Tuanku Sultan Perak semalam. Banyak isu dan perkara kritikal yang telah disentuh dan dititahkan oleh Tuanku Sultan. Namun terlebih dahulu saya ingin mengulas tentang Titah serta saranan Tuanku berkenaan keperluan pembaharuan dalam amalan politik kita. Pertama, politik aras tinggi. Kita semua maklum kini imej ahli dan parti politik sangat buruk pada mata rakyat. Kita dilihat sebagai mereka yang pentingkan kuasa, pentingkan diri, tiada rasa empati dan tidak serius atau bersungguh-sungguh dalam menyelamatkan bangsa dan negara. Acapkali parti politik akan dilihat bertelagah tidak mengira tempat. Sampaikan yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.

Jadi kita tidak boleh salahkan masyarakat sekiranya mereka mempunyai persepsi yang negatif seperti itu kerana mereka memang memerhatikan kita dan cara kita bekerja. Saya percaya sudah sampai masanya kita menukar cara bekerja dan membawa amalan atau budaya baharu. Inilah masa mempamerkan kematangan dan profesionalisme yang lebih tinggi. Kesampingkan sebentar ketaksuban dan ideologi politik. Fokuskan kepada rakyat dan tanahair. Carilah persefahaman yang membawa kepada kebaikan, buka ruang kerjasama tanpa prejudis. Raikan perbezaan pendapat dengan penuh keterbukaan, berlapang dadalah dengan cara bekerja yang berbeza, pupuklah perpaduan dan rasa kekitaan dalam budaya kerja yang inklusif. Yang pasti kita semua mahukan yang terbaik untuk masyarakat dan dalam konteks semasa tiga perkara utama mesti kita berikan perhatian iaitu pertama memerangi Covid. Kedua, membina semula ekonomi dan ketiga mempersiap masyarakat dan negara ke arah PRU ke-15. Justeru saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua rakan-rakan Yang Berhormat untuk membawa amalan dan budaya politik aras tinggi di Negeri Perak. Seterusnya untuk perbahasan pada hari ini saya ingin menyentuh perkara-perkara berikut.

Keperluan strategi baharu tadbir urus Pembangunan dan cara meningkatkan hasil negeri, seperti yang dititahkan oleh Tuanku, Negeri Perak mencatatkan penguncupan ekonomi sebanyak 2.5% dan berlaku penurunan hasil Negeri yang ketara khususnya PBT. Ada PBT yang dilaporkan mencatatkan kehilangan hasil sehingga 58% dan susulan itu juga saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri melakukan beberapa perkara. Pertama, menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri yang akan melapor kepada Dewan Negeri Perak seperti yang akan dilakukan di peringkat Persekutuan. Negeri Perak boleh meneladani perkara yang sama. Majlis ini hendaklah dianggotai oleh pemegang taruh utama serta tokoh yang dihormati, berkelayakan serta wakil dari kedua-dua kerajaan dan pembangkang. Kedua, menyusun perancangan yang jelas dan strategik untuk memastikan pendapatan Kerajaan Negeri dapat dipulihkan. Sektor yang mencatat pertumbuhan positif seperti pembuatan dan pertanian mesti diurus dengan cara yang berbeza dengan sektor-sektor lain yang terkesan teruk. Pendekatan pukul rata adalah tidak bersesuaian. Ketiga, menyenaraikan 10 sektor. Minta maaf. Minta minum sekejap. Saya dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat ada sini, kami terasa dipinggirkan. Saya pun tak faham kenapa waktu nak membentang di tak boleh masuk ke dalam dewan untuk 10 minit tetapi YB-YB yang ada di dalam duduk sampai berjam-jam.

Yang di-Pertua

SOP Dato’ Seri .

Ya lah SOP kena ada rasionalkan jugalah. Yang kedua, saya sebut tadi yang kedua ke ketiga, kedua ya. Menyusun perancangan yang jelas dan strategi untuk memastikan pendapatan Kerajaan Negeri dapat dipulihkan. Sektor yang mencatatkan pertumbuhan positif seperti pembuatan dan pertanian mesti diurus dengan cara yang berbeza dengan sektor-sektor lain yang terkesan teruk. Pendekatan pukul rata adalah tidak bersesuaian. Ketiga, menyenaraikan 10 sektor dan enjin utama ekonomi Negeri Perak dan memperkenalkan strategi, sasaran khas bagi setiap satunya. Ini akan membolehkan pendekatan baharu dapat diambil khususnya dalam situasi ketidaktentuan sekarang ini. Keempat, menyemak dan menyusun kembali keutamaan atau fokus pembangunan yang bersesuaian di Perak untuk dirundingkan dengan Kerajaan Persekutuan dalam pengimplementasian RMK-12 kelak. Kelima, menyediakan Pulau Pangkor sebagai salah satu destinasi Bouble Travelling atau pelancongan gelembung.

Bagi strategi kedua, melipatgandakan kesampaian program vaksinasi dan ikhtiar pengurusan pendemik Covid-19. Selain program vaksinasi yang disusun oleh Kerajaan Persekutuan serta inisiatif-inisiatif sedia ada, saya ingin menyarankan agar Kerajaan Negeri khususnya Majlis Pemulihan Negeri kelak untuk mempertimbangkan perkara-perkara berikut, pertama, melakukan program fastrack vaccination terutamanya kepada para penduduk di pelbagai pulau dan kawasan-kawasan Orang Asli di seluruh Negeri Perak. Mereka tidak boleh diabaikan dan kita tidak seharusnya menunggu Kerajaan Persekutuan sahaja yang mengambil inisiatif untuk menemui dan menyantuni mereka Kedua, perkenalkan pelbagai program jaringan sosial untuk membantu mereka yang sedang terdesak dan semakin terhimpit seperti memberikan bantuan tunai, rebat atau potongan sewa serta moratorium bagi pinjaman dan pembiayaan. Malah kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian pelitup muka, pencuci tangan serta bantuan ujian kendiri kepada mereka yang terkesan teruk akibat kehilangan pendapatan dan penduduk di pulau-pulau dan kawasan-kawasan yang lain. Pada masa yang sama Kerajaan Negeri mesti membantu agar segala SOP yang diperkenalkan oleh MKN dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan sebaiknya. Ketiga, menerus dan mempelbagaikan program kesedaran untuk menyebarluaskan maklumat mengenai Covid-19, bertemu dan menjawab golongan yang menolak atau masih tidak yakin dengan kepentingan vaksin.

Strategi ketiga, iaitu ikhtiar merapatkan kembali jurang pendidikan generasi pandemik. Generasi pelajar hari ini adalah the lost generation dengan izin. Mereka kehilangan peluang pendidikan dan pengalaman persekolahan yang sangat bernilai. Terdapat banyak laporan dan analisis yang diterbitkan bagi menjelaskan bahawa generasi pelajar hari ini sama ada di sekolah mahupun IPT, adalah generasi yang sedang sangat ketinggalan, malah tidak ada pihak yang boleh meramal apakah bentuk dan jaminan bahawa sistem pendidikan kita akan pulih segera. Baitul Amanah dalam laporan pada tahun Jun 2021 yang lalu menganggarkan yang negara kehilangan kira-kira 80 billion nilai KDNK setahun dalam pelbagai dimensi dan aspek akibat penutupan berterusan sekolah dan institusi Pendidikan. Perkara ini tidak menghairankan memandangkan pada tahun 2020 sesi pembelajaran bersemuka atau di dalam kelas berjalan selama hanya 140 hari sahaja. Ini adalah satu kehilangan ruang pembelajaran yang besar kepada generasi muda negeri ini.

Perak tidak boleh terus membiarkan anak-anak muda dan bakat tempatan terus kehilangan ruang pendidikan dan latihan hanya disebabkan oleh pendemik ini. Kita pernah memperkenalkan sistem easy to learn atau e-tuisyen satu ketika dahulu dan ia merupakan program yang mempunyai content yang baik, saya mengharapkan kepada kerajaan agar kembali semula untuk melihat program yang pernah kita laksanakan suatu ketika dahulu dan saya difahamkan bahawa sistem easy to learn yang pernah kita laksanakan waktu zaman Barisan Nasional dulu, kini sedang diteroka oleh pihak Kementerian Pelajaran sendiri. Jadi saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar dipanggil semula Cikgu Saarani itu untuk kita lihat, bagaimana dalam keadaan sekarang ini, keadaan di mana pelajar-pelajar tidak boleh datang ke sekolah tetapi memerlukan content pendidikan yang baik, maka mereka perlu diberi maka inilah ruang yang boleh dipanggil semula untuk membincangkan tentang bagaimana ianya dapat dilaksanakan di Negeri Perak kerana Negeri Perak adalah peneroka awal dalam sistem easy to learn dan e-tuisyen ini.Untuk itu saya juga mencadangkan agar Kerajaan Negeri turut mempertimbangkan satu program intervensi pemulihan pendidikan di peringkat negeri untuk memastikan generasi pelajar era pendidik ini tidak ketinggalan jauh. Satu kajian dan penyelidikan menyeluruh dalam isu ini boleh dipertimbangkan semula dan saya juga ingin memaklumkan kepada yang…ada masa lagi tak.

Yang di-Pertua

Seminit lagi.

Oh Seminit lagi. Oleh yang demikian, saya mengharapkan dalam keadaan kita mengadakan sidang kita yang kita yang sedang kita adakan ini supaya kita bersama-sama untuk memikirkan bekerja bersama-sama dalam satu pasukan merentasi politik kepartian untuk kita melaksanakan agenda-agenda untuk pembangunan Negeri Perak kita. Kita perlu melaksanakan ini memandangkan kerana cabaran yang ada pada hari ini adalah sangat-sangat mencabar. Kita tidak boleh lagi duduk. Mekesampingkan diri kita antara kelompok ini, kelompok itu, parti ini dan parti itu kerana cabaran dalam konteks Negeri Perak kita memerlukan penglibatan semua pihak. Seperti yang telah saya sebutkan tadi beberapa bidang-bidang termasuk dalam konteks ekonomi, dalam konteks pendidikan. Yang ini belum lagi kita melihat dalam aspek-aspek yang lain dari segi kesihatan mental masyarakat kita.

Maka marilah. Dengan program-program baru, dengan pemikiran-pemikiran baru yang sedang kita lihat, kita tonton pada saat ini sama ada di peringkat Persekutuan ataupun di peringkat Negeri Perak kita maka saya harap ianya dapat kita sama-sama laksanakan untuk Negeri Perak yang tercinta ini. Kita, Yang Amat Berhormat dan juga rakan-rakan yang lain dalam Kerajaan Negeri, Negeri Perak telah mencipta sesuatu yang tidak pernah terfikir sebelum ini. Meskipun ia dikritik tetapi seperti mana yang kita sedia maklum dalam Titah Ucapan Tuanku telah memberikan satu pengiktirafan besar kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan membawa kedua-dua pihak sama ada parti kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang untuk bekerja bersama-sama membangunkan Negeri Perak kita. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat dan tahniah atas pengiktirafan yang diberikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku. Sekian, Yang DiPertua. Terima kasih. Jadi saya rasa bercakap dalam online ini rasa macam lain sikitlah. Sorrylah. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Pangkor. Lebih bercakap daripada dua minit.

Tapi ada orang-orang besar ini. Penting-penting ini. Nga Kor Ming pun ada sini.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Kawasan Tronoh. Kalau tidak, saya jemput dari kawasan Menglembu. 10 minit ye.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Selamat petang dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak, barisan EXCO Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan pemerhati-pemerhati yang dihormati sekalian yang berada di atas talian. Terlebih dahulu patik ingin Merafak Sembah Menjunjung Kasih dengan ucapan sihat dan selamat atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena ucapan Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan.

Dato’ Yang Dipertua, dalam keadaan ancaman kesejahteraan pandemik Covid ini, kemerosotan ekonomi serta pelbagai isu global. Ahli-ahli politik seharusnya tidak menimbulkan polemik dan berusaha mengekalkan pemuafakatan politik sedia ada yang perlu terus dipelihara. Kebiasaan aliran politik serta kerana prinsip perjuangan bukan menjadi halangan untuk kita menzahirkan matlamat mengutamakan keupayaan negeri kita untuk terus menjadi cemerlang. Binalah agenda untuk bersama membangun negeri kita melalui platform parti politik masing-masing. Sudah sampai masanya jalinan kerjasama antara parti politik meskipun asalnya berlainan. Tari boleh sahaja dicipta irama yang baru demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. Kita semua harus berganding bahu untuk menangani isu Covid di samping membantu apa cara yang terdaya kepada rakyat yang terkesan. Saya menggesa Kerajaan Negeri untuk memfokuskan segala tenaga dan usaha dalam kerja memerangi pandemik Covid-19 dan juga merangka cara bagaimana untuk membela nasib rakyat yang sedang berada dalam keadaan yang membimbangkan ini.

Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala jasa khidmat bakti kepada semua penjawat awam khususnya barisan hadapan dari pelbagai agensi yang telah berkhidmat sepanjang masa dalam tempoh mendepani pandemik wabak Covid-19 sejak sejak awal tahun 2020. Kegigihan barisan hadapan untuk memastikan kesejahteraan rakyat agar terus terjamin dalam suasana budaya norma baru. Sesungguhnya mereka yang ada pada kedudukan masing-masing telah berjaya membentuk jiwa bakti yang hebat kepada barisan hadapan yang ada pada hari ini. Begitu besar peranan dari setiap kita terutama sekali para guru dalam merealisasikan impian membentuk generasi berjaya dan berbakti dalam mendepani pandemik wabak Covid-19, pelajar dari pelbagai peringkat menjadi golongan yang amat terkesan. Mereka bukan saja membudayakan norma baru tetapi pelajar tidak dapat belajar secara bersemuka dan terpaksa belajar secara atas talian. Dengan itu saya memohon kepada pihak kerajaan agar memberi perhatian dan meneliti tahap dan mutu perkhidmatan capaian Internet di kawasan-kawasan luar bandar khususnya kampung-kampung yang terdapat di dalam Negeri Perak. Walaupun capaian internet telah meluas tetapi masih lagi terdapat kawasan taman perumahan serta kampung- kampung terutamanya yang mengalami gangguan liputan. Dengan adanya capaian internet yang stabil, barulah anak-anak kita dapat mengikuti pembelajaran secara atas talian termasuklah mahasiswa untuk mengikuti pembelajaran di rumah dengan cara yang lebih berkesan.

Saya juga ingin menyentuh isu berkaitan kebajikan dalam menghadapi pandemik wabak Covid-19. Dalam keadaan yang penuh mencabar ini, rakyat sangat memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan. Dalam waktu yang sama juga pihak Kerajaan perlu mengimbangkan antara kebajikan rakyat dan kelangsungan ekonomi negeri. Peruntukan yang diberi kepada Menglembu sedang digunakan untuk kepentingan serta kebajikan rakyat. Pusat Khidmat ADUN Menglembu setiap hari dari pagi hingga petang tidak berhenti untuk mengedar barangan keperluan kepada penduduk-penduduk yang terkesan daripada pandemik ini. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kita ini tidak berada di rumah tetapi kita berada di lapangan membantu rakyat di luar sana dengan kemampuan dan apa juga saluran yang ada. Seterusnya untuk kita ke hadapan, apa yang paling penting adalah bagaimana untuk kita memulihkan dan juga meletakkan semula ekonomi khususnya di Negeri Perak yang terjejas oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

Saya juga ingin memohon pihak kerajaan supaya menjaga kebajikan penjaja-penjaja dengan mengecualikan bayaran pembaharuan lesen perniagaan mereka yang akan berakhir pada tahun 2020 yang akan datang dan juga termasuklah kategori perusahaan mikro yang berdaftar dan memiliki lesen perniagaan daripada PBT. Peniaga-peniaga ini masih bergelut untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Peniaga-peniaga ini perlu terus dibantu kerana mereka berniaga bukan untuk menjadikan kaya-raya tetapi untuk mencari sesuap nasi demi anak dan juga keluarga mereka. Kerugian yang ditanggung oleh PBT sebenarnya tidaklah seberapa banyak kerana jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh golongan-golongan ini. Perkembangan ekonomi juga sangat penting tetapi pada masa pandemik ini kebajikan dan kepentingan hidup rakyat jauh lebih penting dan mereka menanti bantuan daripada pihak kerajaan. Oleh yang demikian, Menglembu berharap Kerajaan Negeri dapat terus melipatgandakan usaha membantu rakyat dalam keadaan yang penuh mencabar ini.

Dato’ Yang Dipertua, pada ketika ini rakyat yang terkesan, amatlah mengharapkan tindakan dan langkah daripada pihak kerajaan agar mereka dapat terus berdaya tahan menjalani kehidupan dalam budaya norma baru. Pemberian wang tunai secara one-off dengan izin juga sudah tentu dapat membolehkan golongan sasar menarik nafas lega dan merendahkan tekanan yang dihadapi. Walau bagaimanapun, saya ingin juga sampaikan hasrat dan suara hati golongan M40 yang berasakan seakan tersisih daripada menikmati manfaat daripada bantuan kerajaan. Oleh itu adalah diharap Kerajaan Negeri dapat melihat dengan lebih mendalam rintihan golongan M40 ini.

Sekaligus melihat cara dan langkah terbaik untuk membantu kumpulan M40 di Negeri Perak yang turut terkesan kerana pemberhentian pekerjaan, pengurangan gaji dan juga pendapatan serta bebanan tanggungan, komitmen bulanan yang dihadapi oleh mereka. Ada juga ramai di kalangan mereka yang di mana ada yang berhutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga telah menjadi punca utama seseorang itu nekad meragut nyawanya sendiri. Sebagai langkah pembangunan modal insan serta merenung permasalahan seperti ini adalah diharap agar Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan sejumlah bajet bagi menyediakan perkhidmatan kaunseling yang lebih efektif dan menyeluruh kepada masyarakat melalui agensi-agensi kerajaan yang sedia ada supaya insiden malang dapat dikurangkan sebelum ia menjadi lambat.

Dato’ Yang Dipertua, memandangkan masa yang diberi amat terhad, saya ingin menyentuh dua isu yang berkaitan dalam kawasan DUN Mengelembu. Kita maklum bahawa kejadian banjir kilat semakin sukar untuk dijangka. Disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perubahan iklim dan juga kuantiti hujan yang semakin sukar untuk dijangka. Walau bagaimanapun, banjir kilat yang terlalu kerap berlaku tidak sewajarnya di pandang ringan sebagai semata-mata banjir kilat tetapi perlu diberi penekanan dan perhatian untuk mencari jalan penyelesaiannya di mana ia telah menghantui dan menjadi mimpi ngeri kepada penduduk setempat. Terdapat dua hotspot banjir kilat yang sering berlaku di kawasan DUN Mengelembu. Sekiranya hujan lebat turun secara berterusan iaitu di Jalan Lahat Menglembu dan juga Jalan Kledang Utara-Falim. Saya faham bahawa Kerajaan Negeri menghadapi kekangan dari segi kewangan ataupun dari segi keutamaan dalam mengenai sesuatu masalah. Khususnya dalam hasrat penebatan banjir tetapi banjir kilat yang kerap berlaku di Jalan Lahat Menglembu itu bukannya masalah baru. Ia telah menghantui pengguna jalan khususnya pada musim hujan di mana paras air seumpama sebuah kolam renang bertaraf Olimpik telah menenggelamkan kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam banjir kilat yang berlaku pada bulan Mei tahun 2021 yang lalu.

Tibalah masanya masalah ini diberi keutamaan untuk diselesaikan supaya mimpi ngeri ini dapat dilupakan selama-lamanya. Walau bagaimanapun, kerja-kerja selenggaraan haruslah dijalankan secara berterusan dan konsisten supaya masalah yang sama tidak berulang pada masa akan datang. Saya juga menyeru supaya Kerajaan negeri mewujudkan kerjasama rentas jabatan dengan menubuhkan task force dengan izin yang merangkumi beberapa agensi berkaitan khususnya Kementerian Pertahanan Malaysia, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Pengairan dan Saliran dan lain-lain agensi yang berkaitan supaya menjalankan perbincangan dalam merangka cara penyelesaian secara kolektif dan efektif dengan menjalankan kerja-kerja selenggaraan untuk mengurangkan risiko banjir kilat yang berlaku di kawasan di dua kawasan ini. Dato’ Yang Dipertua, pandemik wabak Covid-19 ini belum ada tanda-tanda akan reda. Program imunisasi Covid-19....

Yang di-Pertua

YB dua minit ya.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Ok baik. Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula sejak Februari lalu merupakan salah satu usaha penting dalam mengekang dan melindungi badan kita daripada virus tersebut di kalangan rakyat. Walaupun jumlah penerima vaksin semakin meningkat setiap hari bagi membolehkan negara mencapai imunisasi kelompok segera. Namun masih ramai khususnya penduduk-penduduk di DUN Menglembu masih belum menerima tarikh janji temu dos pertama meskipun telah berbulan-bulan mendaftar di aplikasi MySejahtera dan atas talian. Saya percaya bahawa ramai di kalangan Pusat-Pusat Khidmat Ahli-Ahli Yang Berhormat asyik ditanya-tanya oleh penduduk berkaitan kenapa saya masih belum terima tarikh janji temu setelah berbulan-bulan mendaftar.

Sebelum ini rakyat diberi khabar gembira bahawa kehidupan akan kembali menjadi normal selepas ketibaan vaksin ke negara kita. Untuk membantu dalam mempercepatkan program imunisasi ini, ramai di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelum ini bertungkus-lumus untuk menjalankan kerja-kerja pendaftaran sejak awal Februari lalu. Ada yang di pasar, ada yang di kedai kopi, ada yang di pasar malam tetapi mereka yang daftar awal tidak dapat tarikh temu janji sebaliknya ramai yang lebih muda yang daftar lambat ataupun yang baru daftar itu dapat tarikh temujanji dengan cepat. Sampai ada segelintir rakyat yang sanggup membayar dengan wang sendiri untuk mendapatkan suntikan vaksin berbanding menunggu tindakan kerajaan yang lembap prosesnya. Proses vaksinasi negara yang begitu lambat tidak boleh diterima sama sekali kerana ia secara tidak langsung akan menambah masalah yang sedia ada.

Saya bercadang supaya Pusat Khidmat Ahli-Ahli Yang Berhormat diberi sejumlah kuota untuk menghantar senarai nama bagi penama-penama yang telah berdaftar lama dan juga telah mencapai syarat umur yang ditetapkan untuk mendapatkan vaksinasi dengan segera. Biarpun 10 penama dalam sehari ataupun 100 penama dalam seminggu. Saya percaya dengan adanya kuota yang diberikan maka ia dapat meredakan kerisauan dan kemarahan di kalangan penduduk di samping menpercepatkan proses vaksinasi dalam kawasan DUN masing-masing. Dato’ Yang Dipertua, sekian ucapan Mengelembu pada kali ini. Mengelembu berharap segala isu dan cadangan yang diutarakan akan diperhalusi oleh pihak Kerajaan Negeri demi menjaga kebajikan serta kepentingan rakyat khususnya penduduk-penduduk di kawasan Menglembu. Sekian, terima kasih. Mengelembu mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih yang berhormat daripada Menglembu. Sekarang saya jemput yang berhormat dari kawasan Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Hello..hello mic testing. Boleh dengar ya. Terima kasih, salam sejahtera dan selamat petang diucapkan kepada Dato' Speaker serta Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian dan juga kepada rakan-rakan dan juga media-media dan juga penonton-penonton yang berada secara online untuk melihat kita secara langsung dan terima kasihlah memberikan peluang saya untuk Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan pada semalam di dewan yang mulia ini dan dalam titah Tuanku semalam ada menyebut tentang isu alam sekitar. Jadi hari ini mukadimah saya akan masuk ke dalam ucapan saya akan bermula sekarang isu alam sekitar ini. Jadi kebetulan pada pagi ini, sesi soalan lisan, kebetulan soalan saya nombor sembilan tetapi tidak kesampaian untuk dijawab, sebab soalan lisan cuma sampai ke soalan lapan sahaja.

Jadi soalan sembilan tu ada bertanya sebab soalan saya tidak sempat dijawab. Jadi saya ingin masuk ke dalam perbahasan saya untuk intipati perbahasan saya. Jadi menyentuh tentang isu alam sekitar ni, kawasan saya lah di Bercham ini ada beberapa isu menyentuh tentang alam sekitar ni. Yang pertamanya adalah satu kilang yang ada listed company bernama Rubberex yang mengeluarkan sarung tangan getah untuk tujuan perubatan. Jadi setelah ada kilang ini, untuk beberapa tahun dah, banyak tahun dah. Mereka ini pada waktu malam disebabkan permintaan sarung tangan yang begitu tinggi. Jadi mereka pemprosesan untuk pembikinan sarung tangan getah ni secara 24 jam tidak berhenti-henti. Jadi ada masalahnya adalah disebabkan struktur kilang-kilang ni ada banyak itu cerobong-cerobong, chimney-chimney dengan izin telah membebaskan banyak sisa asap pada asap hitam dan juga berbau. Jadi untuk sekian lama di kawasan penduduk-penduduk di DUN saya di Bercham telah dibelenggu masalah bau busuk mungkin toksik ke tak toksik saya tak tahu sebab saya bukan ahli kimia. Jadi kita kena ambil perhatian sebab termasuk media yang bekerja di dalam SUK ini pun juga penghuni di kawasan tersebut jadi mereka pun mengeluh kepada saya kata banyak penduduk-penduduk sudah buat aduan sehingga mereka menghantar memorandum kepada pejabat saya ataupun secara WhatsApp menunjukkan kesan-kesan seperti debu kereta walaupun dicuci pada hari ini keesokan pagi pula sudah banyak berdebu. Jadi untuk berbau, kita sistem pernafasan kita ni paru-paru kita akan terjejas, kalau kita berterusan kita di luar takut Covid tetapi balik rumah pun tak selesa sebab ada kesan bau daripada asap yang dibebaskan oleh kilang Rubberex ini.

Jadi saya pun ada buat satu kertas kerja untuk menerusi drone pada waktu malam saya pun menggunakan drone saya pergi buat pemeriksaan, memang ada bukti bahawa ada perasan bau...bukan bau tapi asap dicerobong-cerobong dari kilang

Rubberex ini. Jadi saya berharap kita pun waktu pandemik ini kita pun tidak menggalakkan penduduk-penduduk untuk buat demonstrasi. Jadi kita sebagai ADUN kita buat sesuatu beradab dan tidak kita pun berharap pihak kerajaan...kita harus EXCO yang mengendalikan isu alam sekitar ini, bersama saya ataupun MB kalau bolehlah kita pun pergi buat satu lawatan mengejut ke ataupun terancang untuk ke kilang ini agar kilang ini tidak lagi membebaskan atau perbaiki keadaan dia lebih untuk demi kesihatan untuk rakyat di DUN Bercham ini. Jadi isu yang kedua pula, juga dalam kawasan saya sudah keluar daripada isu alam sekitar iaitu adalah loji kumbahan di pusat Bandar Baru Bercham.

Baru-baru ini pada bulan April, saya bersama termasuk Ahli Majlis, termasuk wakil daripada IWK, wakil dari MBI, wakil daripada SPAN, kita pun ada satu, dua mesyuarat tentang isu masalah loji kumbahan di kawasan ini. Di kedai, saya tak menyebut ada mengandungi 104 unit kedai pejabat di Lot 1,974 hingga 2,077 di Lebuh Bercham Selatan. Apa masalahnya ialah mereka setelah mendapat CF pada 20 tahun lebih yang lalu, dapat CF sementara tetapi loji kumbahan itu tidak siap. Jadi hingga hari ini, pihak pemaju sendiri pun telah mengeluarkan wang mereka, dana mereka untuk menjalankan penyelenggaraan tetapi IWK tidak ambil tindakan sebab CF sepenuhnya tidak diperolehi. Jadi masalah ni sampai sekarang setelah perjumpaan kita buat kita sudah dapati pihak pemaju yang bernama… nanti nama Pakatan Perak Bina Sdn Berhad. Mereka pun telah diarahkan oleh Pengerusi pada hari tu, SPAN untuk memperbaiki keadaan, untuk membina sebuah loji yang baru agar kedai-kedai ini, restoran-restoran termasuk banyak kedai tidak dibelenggu oleh masalah kumbahan air. Sebab kalau sistem kumbahan tidak sempurna, setiap hari air kumbahan melimpah keluar. Sehingga restoran-restoran mereka, pelanggan-pelanggan mereka pun terjejas sebab bau busuk. Jadi saya harap setelah perjanjian, janji oleh pemaju untuk membaiki keadaan tetapi April sampai sekarang mereka dikatakan untuk selesaikan pada sebelum raya tetapi hari ini sudah sampai Krismas pun sudah nak dekat atas tetapi masalah ini masih dibelenggu. Saya harap pihak yang berkuasa agar memberikan tekanan kepada pihak pemaju agar segerakan usaha untuk membaiki sistem pembentungan ini. Setiap hari, air kumbahan melimpah, ini memang teruk. Isu ketiga adalah saya menyentuh tentang permohonan…

Yang di-Pertua

YB tinggal dua minit ya.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Dua minit? Ok, ok. Ok, ini selesailah ok. Masuk isu Covid-19, okey. Banyak sebab banyak kes-kes telah berlaku di kawasan Bercham dan termasuk juga kepada isteri kepada PA saya yang bekerja di Myeg Cawangan Bercham. Jadi mereka ini, saya dengar kata, isteri mereka kata pekerja-pekerja sana tidak kerja ikut SOP. Selalu ada perjumpaan tetapi tidak memakai pelitup muka. Jadi saya harap kerja enforcement dijalankan ke atas mereka ni dan juga banyak, tentang banyak kontraktor-kontraktor kerajaan atau termasuk yang saya nampak ada LAP, tentera Malaysia ini mereka bekerja tidak memakai pelitup muka. Jadi ini kalau kita sampai sekarang kita menggalakkan orang ramai untuk memakai face mask ke, face shield ke, tetapi kontraktor punya tidak memakai, saya tak tahulah semasa mereka bekerja ini mungkin panas, cuaca panas mereka sesak nafas nak keluarkan pelitup muka tetapi haraplah mereka digesa untuk mengikut SOP ini. Jadi berkenaan dengan, last last point saya ingin menyentuh, dua last tentang pengesahan borang seperti di Yayasan Perak dalam keadaan pendemik ini saya rasa bahagian Yayasan Perak ke, mana-mana borang yang perlukan wakil rakyat untuk tandatangan, saya harap ini cadangan ini saya agar tidak perlu untuk mereka ni, ibu bapa ke pelajar untuk berjumpa kepada wakil rakyat ke jumpa Penghulu, ketua kampung untuk jalankan kerja ni sebab kita nak menggalakkan mereka kurangkan aktiviti untuk keluar. Jadi kalau kita masih perlukan mereka untuk datang ke pusat khidmat kami ke, kami rela untuk tandatangan. Tetapi kalau mereka tidak perlu untuk sementara untuk semasa kita melawan Covid-19 ini kerja ini kalau boleh dimansuhkan untuk sementara waktu.

Okey, point yang terakhir Speaker, tentang PPV di Indera Mulia. Ada viral tentang seorang pemimpin dari pihak kerajaan untuk menggalakkan pelanggan yang melanggani kedai mereka kalau beli, beli barang barangan RM1,000, mereka akan dibenarkan untuk jump que untuk mendapatkan vaksin. Ini perkara ini sudah diviralkan. Kalau saya harap sekiranya ni buat siasatan, kerajaan perlu ambik tindakan yang sewajarnya sekiranya perkara ini sahih. Saya menggesa pihak EXCO kerajaan, EXCO Kesihatan daripada pihak kerajaan ambillah sikap lebih tegas sikit seperti yang dikatakan oleh ADUN Jalong tadi, jangan biarkan MB saja yang kerja tapi EXCO daripada kesihatan ni, daripada PAS banyak orang daripada Umno mengeluh kepada saya kata EXCO PAS ni lemah sikit. Jadi adakah betul ke. Saya harap kamu tidak perlu lawan dengan saya tetapi gunakan usaha anda untuk apa tu menunjukkan kesungguhan anda untuk menangani kes Covid yang berleluasa ini. Itu sajalah. Sekian disebabkan oleh kesuntukan masa. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB daripada Bercham. Sekarang saya jemput YB daripada Kawasan Selinsing. 10 minit.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. (Ayat Al-Quran). Terima kasih YB Dato’ Speaker yang telah membenarkan saya untuk berucap atau berbahas dalam Titah Diraja pada kali ini. YAB Menteri Besar, YB EXCO-EXCO, YB-YB, Ketua Jabatan, Pegawai Daerah yang mengikuti secara online, pemerhati tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam dan di luar dewan. Terima kasih saya kepada semua dan Speaker kerana pada saya ucapkan kali ini sungguh bermakna kita kerana kita berada di satu norma baru. Ampun Tuanku, patik Menjunjung Kasih dan merakamkan tahniah atas ucapan yang sangat baik. Insya Allah semoga menjadi garis panduan dan sebagai kompas pandu arah yang matlamatnya sudah pasti ke arah Kerajaan Perak yang maju dan Berjaya.

YB Dato’ Speaker, saya ingin menggariskan tiga isu semasa saya berucap pada kali ini. Antara isunya ialah isu permasalahan petani. Yang keduanya ialah isu peluang pekerjaan semasa musim pandemik ini dan yang ketiganya melibatkan isu kawasan sayalah. Memetik kepada Titah Diraja pada para 16, risiko kebuluran yang telah dimaklumkan. Pada tahun 2019 di agak atau dijangka unjuran 21 juta rakyat kita akan mengalami kebuluran. Manakala tahun 2021 dunia meningkat kepada 41 juta. Kenaikannya 20 juta bermakna kenaikan 100%. Sudah pasti dalam satu jangka masa sekarang kita mesti memikirkan Titah Ucapan Tuanku ini merupakan satu ancaman dan cabaran kepada kita. Sudah tentu ia sekiranya merupakan satu mimpi ngeri yang akan kita alami. Apakah kita mahu membenarkan mimpi ngeri ataupun kita memastikan cabaran ini menjadi mimpi indah. Malaysia dan negeri Perak harus memikirkan langkah-langkah proaktif untuk keluar daripada mimpi ini. Sebagai anak petani, kita tahu apabila situasi kebuluran ini berlaku kita mesti mengambil langkah bahawa pertanian merupakan satu perkara penting untuk dibangunkan. Tetapi saya melihat dibidang pertanian pun masih ada pandemiknya juga. Berlaku ancaman penyakit. Berlaku pelbagai ancaman kerana panorama sebagai anak petani, kita dapat lihat dari minggu ke minggu hari ke hari, latar belakang pemandangannya berubah. Begitulah permasalahan yang dihadapi. Mari kita masuk ke dalam pemikiran dan apa perjuangan petani. Mereka ini dari pagi hingga ke malam, dari hari ke demi hari selama 4 bulan terpaksa bertembung dengan cabaran yang pelbagai dan sudah pastilah mereka ini barisan pertama yang akan menangani cabaran untuk memastikan negara kita tidak akan menghadapi kebuluran.

Oleh sebab itu masalah-masalah yang mereka utarakan kepada kita khususnya di negeri Perak, antaranya kita tahu masalah banjir, masalah ribut, masalah penyakit, masalah pengairan, masalah kemudahan infrastruktur dan 1,001 masalah yang mereka sedia hadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu kita dapat lihat kalau ada ribut, kalau ada bencana banjir, kerajaan negeri membantu mereka, alhamdulillah tetapi cuba kita bayangkan kalau situasi malapetaka penyakit satu petak atau satu kawasan bendang kalau kena kita kata bom peranglah penyakit orang kampung panggil. Maka akan habis satu kawasan bendang itu atau padi atau sawah itu. Jadi ini kita kita kena juga memahami bahawa masalah mereka ini perlu juga dibantu seperti juga bencana, seperti ribut atau banjir. Persoalannya bagi penyakit tidak ada. Tidak ada satu sebarang bantuan. Oleh sebab itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian dan juga pihak kerajaan negeri, bahawa sekiranya berlaku bencana malapetaka serangan yang teruk sehingga menyebabkan kita klasifikasi sebagai kerugian yang amat besar. Marilah kita membantu para petani supaya mereka rasa perjuangan mereka sebagai anak petani dihargai dan insyaallah mereka akan tetap bersama untuk memperjuangkan memerangi risiko kurangnya kekurangan makanan ataupun kebuluran Ini.

Selain daripada itu Tuan Dato' Speaker, antara masalah yang boleh kita ketengahkan ialah pemutuan padi. Selalu kita dengar. Sebab itu empat musim, sorry empat bulan ini, Ia adalah satu musim petani. Kepada Exco Pertanian kita tengok pemutuan padi kadang-kadang mengikut citarasa yang bukan digariskan oleh pihak kerajaan atau pihak tertentu. Oleh sebab itu kita mesti selaraskan masalah pemutuan padi ini supaya akhirnya petani ataupun pesawah mendapat pulangan yang betul-betul yang mereka usahakan. Selain daripada itu, kita tengok harga racun yang tidak dikawal sudah pasti akan membolehkan harga naik melambung tinggi. Akhirnya mereka bekerja untuk membayar harga racun padi yang begitu tinggi.

Di samping itu pihak jabatan pengairan mesti memastikan catuan air perlu diletakkan pada tempat yang betul kerana kita faham faktor cuaca di negara kita merupakan satu asas untuk menentukan musim padi. Kadang-kadang bila cuaca yang hujan tak ada, maka sistem pengairan kita terbantut. Takkan kita nak biarkan begitu. Kita mesti memikirkan bagaimana bekalan air ni dapat kita guna, dapat kita tampung, dapat kita urus dalam setiap masa dengan baik, InsyaAllah kalau kita ada perancangan yang teliti. Selain pada itu, masalah kuota jualan padi. Pihak kementerian telah memberi lesen tertentu untuk menjual padi tetapi hanya kadar saya pasti jikalau peringkat ladang kawasan hanya lebih kurang 3,000 tan. Kouta ini tidak cukup kerana kadang-kadang kalau kita tidak dapat menjual di luar kawasan contohnya daripada negeri perak, ia akan menjejaskan apa penjualan dan akhirnya mengakibatkan harga tak dapat satu nilai harga yang baik dan akhirnya ialah pesawah atau petani akan mengalami kerugian.

Di samping itu kita lihat projek-projek besar projek-projek besar daripada kementerian yang di buat di negeri Perak, ada beberapa projek-projek ini gagal dan apabila gagal, mereka buat retender. Apabila retender mengambil masa. Jadi saya ingin mencadangkan, kalaulah projek-projek daripada kementerian mestilah diberi kepada anak tempatan ataupun orang Negeri Perak ataupun orang kawasan supaya mereka lebih faham latar belakang untuk menjayakan projek-projek kerana mereka merupakan anak tempatan yang memahami permasalahan petani dan juga nelayan. Oleh sebab itu saya suka mencadangkan supaya kerajaan dapat berbincang dengan pihak kementerian supaya apabila projek-projek yang difikirkan memberi manfaat kepada petani mestilah dibincangkan dengan teliti untuk dibawa dan akhirnya ialah anak tempatan yang mendapat peluang menjayakan projek-projek tersebut.

Isu yang seterusnya ialah mengenai peluang pekerjaan. Peluang pekerjaan di musim pandemik ini semua orang tahu bahawa kita kehilangan peluang pekerjaan. Pada saya ada 3 kategori yang boleh kita klasifikasikan.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ada 2 minit ya.

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Yang pertama ialah kehilangan pekerjaan yang telah diberhentikan 100 peratus. Yang kedua, kerana bertahan dia mendapat pulangan yang kurang atau menguncup, tidak dibayar gaji yang penuh dan yang ketiga, peluang kepada anak muda untuk mendapat pekerjaan. Kepada anak muda merupakan satu cabaran apabila mereka tidak mendapat tawaran peluang pekerjaan. Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan supaya work from home ini perlu kita membuat satu satu cadangan, satu prosedur, satu peraturan yang mana memberi peluang kepada anak muda bekerja dari rumah. Sekarang ini zaman kita bekerja di Malaysia dan tauke kita adalah di luar negara. Sebab itu apabila kita berada di sini kita boleh bekerja di luar negara dan tidak ada masalah. Apa masalahnya kalau kita membuka peluang-peluang pekerjaan work from home ini kepada anak muda yang berada di rumah tetapi dia bekerja di luar dengan memberi pandangan-pandangan terutama dalam musim apa dalam musim orang kata pandemik ini tapi jalur lebar kena kena bagi baiklah kena bagi baguslah. Jadi itu cabaran kepada sistem jalur lebar yang telah diutarakan oleh YB-YB dari kawasan yang lain, saya menyokong keadaan ataupun permohonan mereka.

Yang akhir sekali, ini dibentuk kawasan dalam bentuk kawasan. Saya pertama sekali ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberi laluan ataupun meluluskan beberapa permohonan yang telah saya kemukakan. Jadi antaranya Jeti Kampung Sungai Plotan, Jeti Kampung Sungai Pinang, Surau Parit Air Karang dengan nilai RM700,000. Jadi saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberi kelulusan dan Insyaallah saya mendapat makluman tender telah dibuka dan telah diputuskan dan Insya Allah akan dijayakan dengan seberapa segera. Antara yang lain pula ialah projek bagi AIDA. Projek-projek AIDA dan projek-projek JPS di musim banjir ini, saya mintalah Kerajaan Negeri menambah lagi peruntukan kerana selaras dengan kawasan Selinsing ini. Selinsing merupakan kawasan pertanian. Saya ingin melihat pembangunan di peringkat jabatan IADA dan juga JPS ditambah kerana mereka akan memastikan kelancaran kepada sistem tanaman padi di daerah saya dan juga mungkin di Daerah Seberang Perak dan juga Kerian. Selain daripada itu….

Yang di-Pertua

YB, kesimpulannya?

Encik Mohd Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Ada satu dua kesimpulan. Saya nak bawa juga kepada masalah serangan musuh tanaman seperti yang lain di kawasan saya. Kalau boleh saya minta tambahan kepada Jabatan Perhilitan supaya menambah anggota untuk membantu mereka. Jadi, saya minta cadang kerajaan supaya menambah anggota perhilitan ini bagi membantu membasmi binatang-binatang yang merosak tanaman ini. Akhir sekali saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana menjadi dacing penimbang membentuk kestabilan politik di Negeri Perak dan Alhamdulillah kita tengok pada hari ini Dato’ Speaker, saya cukup sejuk hari ini, saya tak tahulah tuan-tuan dan puan-puan, tuan-tuan saya tengok selalu kata sejuknya sebab adakah sejuk itu kerana suhu yang sejuk ataupun kerana sejuk tidak panasnya suhu politik. Jadi, itulah pandangan saya Yang Amat Berhormat berjaya mengekalkan suhu politik yang baik ke arah politik matang beraras tinggi. Insyaa Allah, saya dan rakyat Selinsing merakamkan jutaan terima kasih dan Selinsing mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Kawasan Selinsing. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Kemunting.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, barisan EXCO, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, serta para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Terima kasih diucapkan kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberikan saya peluang untuk membahas titah Tuanku Paduka Seri Sultan dalam dewan yang mulia ini. Saya mengambil kesempatan pada petang ini untuk Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih di atasTtitah yang Tuanku Sultan zahirkan. Salah satu aspek yang telah disinggung oleh Baginda Sultan secara jelas ialah tentang Covid-19 yang melanda negara yang telah mengorbankan hampir 15,000 nyawa sehingga kini. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan dan KKM yang mensasarkan 80% penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas untuk mendapat vaksinasi sebelum tahun 2021 berakhir. Sehingga 21 Ogos 2021 Negeri Perak mencatat 44.1% hub vaksinasi atau bersamaan dengan 822,704 orang yang telah melengkapkan dos kedua.

Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada pencapaian vaksinasi dos kedua berdasarkan 12 daerah di Negeri Perak yang mana yang tertinggi ialah Daerah Muallim sebanyak 58.3% diikuti oleh Daerah Kampar 57.35%. Malangnya yang terendah ialah Daerah Larut, Matang dan Selama, yang mencatat hanya 36.09%. Oleh hal yang demikian, saya ingin menggesa agar bekalan vaksin kepada Daerah Larut, Matang dan Selama dipertingkatkan. Ini kerana Daerah Larut, Matang dan Selama telah dilanda oleh pelbagai kluster sehingga menyebabkan kematian kumulatif dalam tempoh Januari 2021 hingga Ogos 2021 iaitu hanya dalam tempoh lapan bulan, seramai 131 nyawa telah melayang. Dalam erti kata yang lain, Daerah Larut, Matang dan Selama menyumbang lebih daripada 30% daripada keseluruhan jumlah kematian akibat Covid-19 di Perak yang kini mencatat seramai 427 nyawa. Kini Daerah Larut, Matang dan Selama belum lagi dapat melihat cahaya di hujung terowong kerana dihantui pula oleh kluster aktif yang baharu, di antaranya kluster Jalan Izzuddin, kluster Jalan Perusahaan Tupai 15, kluster Jalan Perusahan 4, kluster Jalan Taiping-Kuala Sepetang dan kluster Jalan Assam Kumbang. Dengan jumlah penduduk yang dengan jumlah penduduk orang dewasa yang kedua terbesar di antara daerah-daerah di Perak, iaitu sejumlah 261,100 orang, saya khuatir lebih ramai akan terkesan dengan gejala ini sekiranya suntikan vaksin tidak dipercepatkan. Saya berharap program Jangkauan Komuniti Bergerak serta lain-lain inisiatif yang difikirkan oleh dan dirancangkan oleh kerajaan boleh memberi fokus kepada Daerah Larut, Matang dan Selama.

Dato’ Yang Dipertua, Paduka Seri Sultan juga telah menitahkan dalam dewan yang mulia ini bahawa Dewan ini merupakan tempat yang membolehkan rintihan rakyat didengari melalui suara adik-adik Dewan yang telah dipilih dan mendapat mandat rakyat semasa berlangsungnya pilihanraya. Rintihan rakyat masa kini ialah untuk meletakkan makanan di atas meja mereka demi memastikan ahli keluarga tidak kelaparan dan keadaan sekarang adalah lebih perit daripada keadaan yang digambarkan oleh pepatah Melayu yang berbunyi “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Ini kerana buat masa kini tidak ada apa yang boleh dikaiskan, tidak apa tidak ada apa yang boleh dikaiskan. Itulah keadaannya sekarang. Jadi, oleh sebab itu bagi mereka yang bekerja sendiri tidak mampu lagi membeli susu dan lampin, mereka yang hilang pekerjaan oleh kerana majikan gulung tikar pula kini hidup dalam keadaan serba kekurangan. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang telah mendengar rintihan rakyat dan akan menyalurkan RM10,000 kepada setiap 59 ADUN. Ini adalah salah satu CSR yang sangat bermakna kepada rakyat Perak.

Saya juga ucapkan jazakumullahu khairan kathiran kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta barisan EXCO kerana keperihatinan mereka menyalurkan peruntukan kepada pusat khidmat ADUN saksama tanpa diskriminasi sama ada ahli Dewan dari parti pembangkang atau parti pemerintah, bersesuaian dengan apa yang dititahkan oleh Paduka Seri Sultan. Keadaan gawat yang berleluasa dan berlarutan ini perlukan tindakan yang luar biasa daripada kerajaan desperate times call for desperate measure, dengan izin, dengan Ini demi rakyat susah serta merana mendepani kesulitan pendemik yang tidak yang kita tidak tahu bila akan reda, saya mohon pertimbangan daripada kerajaan peruntukan tambahan kepada pusat khidmat ADUN supaya bantuan boleh diberikan kepada mereka yang sangat tersepit ini. Dato’ Yang Dipertua, saya tertarik dengan dan bersetuju dengan titah Paduka Seri Paduka Seri Tuanku yang menzahirkan konsep budaya politik, budaya baru politik aras tinggi iaitu High Order New Political Culture. Tuanku juga inginkan satu kerajaan yang stabil. Saya cukup yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempunyai kehendak politik ataupun political will yang diperlukan untuk mempamerkan politik matang, saling bekerjasama, saling menghormati, saling membantu untuk kepentingan rakyat. Saya ingin mengajak semua pihak sama ada di sebelah pembangkang ataupun kerajaan untuk berusaha ke arah semangat perpaduan dan semangat kewarganegaraan sepertimana yang diharapkan oleh Tuanku Sultan. Untuk menjayakan misi dan visi murni Tuanku Paduka Seri Sultan, saya ingin mengesyorkan satu bentuk wadah pemikir ataupun thin thank yang dianggotai oleh kedua-dua belah pihak pembangkang dan kerajaan ditubuhkan untuk duduk semeja berbincang hala tuju ke arah budaya baharu politik aras tinggi. Cara sedemikian, bukan sahaja dapat mengurangkan ketegangan dan salah sangka di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat malah dapat memberi kebaikan kepada rakyat apabila kata sepakat diterjemahkan dalam bentuk tindakan-tindakan yang positif.

Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali saya ingin menyentuh satu isu yang menyayat hati saya iaitu isu bunuh diri. Menurut maklumat dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham yang dikeluarkan pada 29 Jun 2021, kes bunuh diri akibat tekanan pandemic Covid-19 dalam tempoh Januari hingga Mac 2021 semasa PKP 2.0 ialah seramai 336 orang. Kita sebagai Ahli-Ahli Yang Berhormat yang mewakili rakyat seharusnya merasa bimbang dan cemas terhadap perkara ini dan lebih menyedihkan lagi dalam satu laporan lain pula dinyatakan bahawa 60% kes bunuh diri adalah dari kalangan orang beragama Islam. Oleh itu, sementara kita berterima kasih kepada MAIPk kerana memperuntukkan dana untuk bantu mangsa Covid19, saya berpandangan MAIPk dan juga JAIPk harus beri fokus kepada isu bunuh diri ini di kalangan umat Islam. Masjid dan surau umpamanya boleh diperkasa sebagai satu wadah untuk mendengar keluhan dan keresahan Ahli Qariah. Baru-baru ini kita juga dengar di Melaka, seorang Bilal bunuh diri. Wallahualam. Apa sebabnya, kita tidak tahu tetapi ia berlaku dalam masa pandemik ini.

Saya juga ingin mencadangkan satu penyelidikan atau kaji selidik dilakukan untuk melihat bagaimana dan mengapa boleh terhakis jati diri dan akidah umat Islam sehingga mengambil jalan singkat membunuh diri sendiri. Kajian ini, Tuan Yang Dipertua, boleh dilaku dengan kerjasama Badan-Badan NGO ataupun agensi-agensi yang bekerja keras menghubungi mereka yang bermasalah, memberi nasihat dan sebagainya. Contohnya talian sokongan Psychosocial Covid19 yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Mercy Malaysia ataupun Talian Khas Perkhidmatan Kaunseling Covid19, keluarga, sosial dan komuniti, KSK JAKIM, Malaysian Relief Agency, BEFRIENDERS, pasukan kesihatan mental dan sokongan psychosocial MHPSS, KKM. Jadi terdapat banyak agensi yang membantu mereka yang bermasalah, mendengar masalah mereka dan memberi nasihat-nasihat supaya mereka tidak pergi kepada jalan singkat iaitu membunuh diri. Jadi saya harap satu kajian yang menyeluruh dapat dilakukan dan saya juga ingin mencadangkan satu Jawatankuasa Bertindak Peringkat Negeri ditubuhkan untuk menghalusi masalah ini dan kemukakan strategi dan inisiatif bagaimana mengatasi isu ini. Mudah-mudahan kejadian bunuh diri tidak berulang lagi.

Dato’ Yang Dipertua, sebagai pengakhiran, tahniah kepada semua frontliners yang bertungkus-lumus memutuskan rangkaian gejala Covid19 dan marilah kita sentiasa berusaha jaga SOP yang telah ditetapkan di setiap peringkat, menjaga keluarga kita dan mendoakan agar Allah angkat Corona Virus dari bumi ini. Dengan ini, Kamunting mohon menyokong Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Menjunjung Kasih Tuanku dan terima kasih Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Kawasan Kamunting. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Kawasan Changkat Jong.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan menonton online dan wartawan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak, Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, merujuk Titah Tuanku, Covid-19 mencetuskan medan tempur baru. Kehidupan alam kini menghadapi serangan musuh biologi pandemik mengubah landskap pendidikan kearah andragogi dan pedagogi secara digital. Menurut Tuanku lagi, warga pendidik, murid, ibu bapa dan lain-lain terlibat dengan pendidikan kini didepani ujian dan cabaran yang amat berat. Kepedulian Sultan berjiwa rakyat teserlah. Kebimbangan masa depan pendidikan anak bangsa dan rakyat ada asasnya. Titah Baginda kali ini amat menyeluruh. Semua aspek prihatin dan kepedulian akan kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Pendidikan Norma Baru. Kesan dan Penyelesaian. Sehingga semalam, 26 Ogos 2021 jumlah Covid-19 dilaporkan antara 24,599 kes di Malaysia menjadi 1,640,843 kes keseluruhannya. Di Negeri Perak sahaja terdapat 1,170 kes menjadi 62,530 kes merujuk kepada laporan terkini. Covid-19 yang melanda dunia menyebabkan krisis kesihatan. Mengheret krisis ekonomi dan sosial bagi umat manusia yang dahsyat pada abad ini. Covid-19 telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan seharian manusia. Semua perkara menjadi baru, norma baru. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, 18 Mac 2020, tarikh yang sukar dilupakan. Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pertama di seluruh negara. Tutup semua institusi pendidikan termasuk taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Antarabangsa, Pusat Tahfiz, Sekolah Rendah, Menengah dan Pra-Universiti, Kolej dan Institusi Pengajian Tinggi. Malah Peperiksaan Awam Sijil Pelajaran, Sijil Vokasional, Sijil Tinggi Agama dan Sijil Tinggi Persekolahan terpaksa ditunda. April 2020, Peperiksaan

UPSR dan PT3 terpaksa dibatalkan melibatkan 450,000 calon UPSR dan calon PT3 melibatkan 440,000 orang, sekaligus mengubah corak pendidikan negara.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dianggarkan 290.5 juta pelajar di seluruh dunia mengalami gangguan aktiviti pembelajaran kerana sekolah ditutup oleh kerajaan. Antara intipati laporan penutupan sekolah akibat Covid19 oleh Pertubuhan Pendidikan Sains Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNICES dan Bank Dunia membabitkan lebih 150 negara antara Mei hingga Oktober tahun 2020 yang lalu adalah memberi impak kepada pendidikan dan kesejahteraan ekonomi pelajar yang terkesan sepanjang kehidupan mereka. Penutupan sekolah berpanjangan turut menyebabkan pelajar dan negara bakal kehilangan jumlah besar sepanjang hidup mereka. Tahun 2020 sahaja hanya 140 hari persekolahan secara bersemuka dan baki 83 secara PDPR.

Statistik Kajian untuk Malaysia menunjukkan 79.5% atau 8 daripada 10 kanak-kanak yang dikenal pasti sebagai mereka yang tercicir adalah golongan B40. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, norma baru Pendidikan, PKP Covid-19 menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan program pembelajaran dalam talian berdasarkan pada teknologi media digital. Pelbagai kaedah pembelajaran digunakan secara try an error, dengan izin iaitu secara atas talian, luar talian, edaran nota serta TV Pendidikan dan kini PDPR dalam talian lebih diutamakan. Tidak dinafikan bahawa terdapat ramai guru yang bersungguh-sungguh menyampaikan pembelajaran dalam talian berbekalkan pengalaman dan kesediaan mereka serta pelajar untuk mengadaptasi kaedah ini. Pelbagai pendekatan, strategi dan bahan sumber diaplikasikan dengan kos sendiri. Harus diingat mengajar murid-murid secara dalam satu kelas tidak sama sekali dengan PDPR. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, dapatan Kementerian Pendidikan mendapati 1.85 juta ataupun 37 peratus daripada 5 juta orang murid tidak mempunyai sebarang peranti dan menghadapi masalah mengakses internet yang menafikan capaian kepada pelajaran dan pembelajaran di rumah. Kes viral tular video Veveonah Mosibin terpaksa memanjat pokok bagi mendapat capaian internet sebagai contoh di kawasan luar bandar.

Angka mencecah 2 juta ini adalah generasi muda yang dipinggirkan dan dinafikan hak mereka kerana pendidikan. Apatah lagi hendak berbicara mengenai pendidikan yang berkualiti. Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati daripada maklum balas daripada 670,000 dan kira-kira 900,000 murid menunjukkan hanya 6% memiliki komputer peribadi, tablet 5.76 %, komputer riba 9% dan telefon pintar 46% sementara 36.9% pelajar tidak mempunyai peranti. Bahasa mudah ialah ketidakmampuan dari segi penyediaan peranti yang sesuai dan mencukupi serta capaian Internet kurang memuaskan. Justeru jurang perbezaan dalam bidang pendidikan semakin menjadi ketara di antara mereka dari keluarga yang mampu dan keluarga yang tidak mampu.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pelajar yang tidak ada peranti dalam kawasan saya terdapat 15 buah sekolah menengah, sekolah rendah 55 buah, jumlah 70 buah sekolah di Teluk Intan, daerah Hilir Perak. Pelajar di bawah B40 yang memerlukan peranti bagi Sekolah Menengah iaitu 2,202 daripada 7,051 orang iaitu 31% tiada peranti menurut data di PPD daerah hilir Perak. Pelajar di bawah B40 yang memerlukan peranti bagi sekolah rendah pula iaitu 5,188 orang daripada 7,866 orang iaitu 66% tiada peranti. Mengikut data PPD Hilir Perak. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, terdapat 17 daripada 70 buah Sekolah Menengah dan rendah capaian internetnya sangat rendah. Akibatnya daripada faktor-faktor di atas. Ini ianya akan mempengaruhi PdPR iaitu pelajar, guru dan teknologi jika salah satu diantara usul diatas tidak mendukung, maka proses PdPR online tidak akan berlangsung secara maksima.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua cadangan penyelesaian berdasarkan dapatan dan kajian kes di atas bermakna untuk selesaikan pembelajaran norma baru ini melalui PdPR Kerajaan Negeri dan Persekutuan kena sediakan peruntukan yang cukup bagi meningkatkan capaian Internet seluruh Hilir Perak mahupun di negeri Perak dan menyediakan secukupnya peranti kepada pelajar untuk beri peluang kepada mereka untuk belajar daripada rumah. Mengenalpasti semua pelajar yang terkesan lalu menyediakan bantuan peranti komputer yang secukupnya peruntukan ini dicadangkan sejumlah bajet disediakan kepada ADUN supaya bantuan ini dapat disalurkan dengan lebih berkesan dan terancang secara peringkat-berperingkat. Saya juga ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri mengarahkan pihak PBT dan PDT bagi menyediakan zon mendirikan menara telco dan memudahcarakan proses mendirikan Menara TELCO supaya dapat meningkat dan menambahbaik akses Internet terutama di kawasan kampung estet dan luar bandar. Saya mencadangkan juga naik taraf Pusat Internet Desa, Kampung dan perumahan. Dan mencadangkan juga kepada pihak Kerajaan sediakan bantuan peralatan atau subsidi kos peralatan. Atau sumbangan one-off atau beri subsidi data 10gb kepada guru-guru atau melalui TELCO sebab selama ini mereka menggunakan peranti Internet dan kos sendiri.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga mencadangkan pihak syarikat telekomunikasi menyokong aktiviti pendidikan, secara dalam talian dengan memberikan 1gb percuma kepada pelajar dan guru dan juga pihak kewangan menerusi Bank Negara Malaysia juga harus memain peranan mewujudkan dana pinjaman mudah untuk beli peranti kepada keluarga B40 dan M40.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, hasil kajian, hasil kaji selidik dengan warga pendidik. Sistem Delima ataupun Digital Education Learning Inisiatif Malaysia ataupun Delima dikenali sebagai Portal Delima merupakan platform yang bagus tetapi tiada pengisian tersedia mengikut data pelajaran dan tingkatan. Guru terpaksa membina kandungan pembelajaran. Maka masa guru akan terbuang sebab ambil masa yang banyak untuk sedia dan bina pembelajaran digital. Adalah lebih baik pihak Kerajaan guna kaedah tersedia seperti tuisyen skor, I-learn dan lain-lain termasuklah E-tuition yang pernah saya adakan dan sedang diadakan dengan PPD Hilir Perak ini yang mana Yang Berhormat Pangkor tadi nyatakan iaitu program Etuition yang sedang berjalan di Teluk Intan. Saya juga ambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani dan juga kepada Yang Berhormat Exco kerana telah memberi telefon pintar kepada pihak-pihak Adun dan dia juga membantu bagi meringankan beban diperingkat ibu bapa. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua,

Yang di-Pertua

Yang Berhormat ada seminit lagi.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Dan telah tiba masanya Kementerian Pendidikan bangunkan E-book untuk semua buku sukatan pelajaran. Tidak lagi menggunakan buku-buku untuk anak-anak hari ini. sewajahrnya E-book ini dapat dibangunkan dalam suasana PKP ini khususnya untuk mendepani dengan PdPR. Beberapa dasar Kementerian juga perlu dikaji semula dan diinovasi mengikut kesesuaian hari ini. Contoh perlu ada sedikit perubahan dan penyesuaian kepada proses pentaksiran dan peperiksaan. Silibus yang ada dan digunapakai adalah kaedah bersekemuka untuk norma baru. Proses pentaksiran juga harus diubah bukan lagi hanya secara bertulis secara formaliti tetapi mungkin dengan kaedah hasil kerja projek dan lain-lain. Kaedah nilaian baru ini penting agar murid, pelajar yang tercicir kerana kegagalan mengikuti PdPR tidak teraniaya masa depan mereka. Mungkin banyak dasar lama dan lapuk perlu digantikan dan disesuaikan mengikut keadaan. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya juga memohon Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri lakukan apa saja supaya ibu bapa terutama dalam kalangan keluarga B40 harus didedahkan dengan tatacara pengurusan PdPR dari segi kokurikulum dan strategi pembelajaran supaya PdPR dapat dijalankan dengan berkesan. Kejayaan bergantung kepada penglibatan ibu bapa.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pandemik Covid-19 telah menyedarkan masyarakat dunia, bahawa dunia telah banyak berubah dan menuntut perancangan 360 darjah. Jika isu PdPR ini tidak ditangani dengan bijaksana, tidak ditangani dengan cepat dan tuntas ia akan menyebabkan ramai lagi pelajar tercicir dan mundur dan hilang motivasi. Dengan izin learning burn out juga bakal berlaku nanti senario generasi keciciran dan seperti yang dinyatakan oleh Pangkor atau dengan izin Lost Generation di negara kita. Sebab itulah marilah saya mengajak kita bersama-sama renung apa yang telah dikatakan oleh Saidina Ali iaitu Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemuda pada hari ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya nak satu minit, saya perlukan untuk bangkitkan isu kawasan. Pertama iaitu saya memohon projek-projek terbengkalai iaitu

UPSI Teluk Intan, Projek PKNP Pekan Kecil, Rumah Prima dapat diteruskan. Kedua saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya MPKK kampung hari ini jika boleh ditukar konsepnya. Biarlah seorang ketua kampung dan kita bincang elok-elok dengan rakan-rakan kita supaya di setiap kampung itu mempunyai jawatankuasa. Satu ketua kampung, ada Setiausaha, ada Bendahari, ada jawatankuasa supaya mudah bagi menggerakkan kerja-kerja di kampung. Ketiga, Jalan Kampung Orang Asli keutamaan yang paling kritikal iaitu memerlukan jalan tar. Saya difahamkan peruntukan telah pun diluluskan. Cuma untuk percepatkan, Jalan Lampung Asli Arong. Kemudian saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberi, menyampaikan geran untuk RTB untuk Kampung Bagan Lalang.

Dan akhirnya iaitu tapak industri terbina di DUN Changkat Jong. Saya mohon di sepanjang Jalan Changkat Jong kerana telah ada paip gas dan elektrik TNB. Saya harap dapat kita bangunkan tapak industri terbina di sana bagi memperbanyakkan lagi industri-industri di kawasan Changkat Jong. Itu saja dapat saya katakan, bahaskan dan saya menjunjung kasih titah Tuanku dan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Changkat Jong menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Changkat Jong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Jelapang.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Yang berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan. Selamat petang dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini demi pembangunan negeri Perak yang dikasihi.

Wabak covid-19. Saya ingin membawakan isu wabak covid-19 dalam sesi pembahasan kali ini. Wabak coronavirus atau covid-19 diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada komuniti atau daerah semata-mata. Covid-19 telah menepati kriteria pandemik kerana wabak ini mengancam manusia sejagat di seluruh dunia. Pandemik covid-19 bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merepak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan kerap memburu jutaan orang setakat ini.

Dalam usaha untuk membendung wabak ini kita tidak harus melupakan perancangan awal pasca covid-19. Sepertimana yang kita semua tahu, wabak covid-19 telah membawa kehancuran dan kemusnahan kepada perniagaan dan rakyat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Perak khususnya. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan kepastian pada pasca Covid-19 adakah kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membantu seluruh rakyat negeri Perak untuk meneruskan perniagaan dan pekerjaan sebelum memasuki pemulihan ekonomi dan kehidupan yang baru. Seperti yang kita ketahui wabak ini telah mempercepatkan perkembangan digitalisasi jaringan dan kecerdasan buatan AI. Kehidupan masyarakat telah berubah dari fisikal kepada dalam talian. Walau bagaimanapun bagi industri yang masih belum di digitalisasi serta kecerdasan secara buatan ia telah memberikan impak yang amat teruk kepada industri tersebut.

Pada masa yang sama, serangan covid-19 juga telah menetapkan tentang kekurangan rawatan perubatan yang mana ketika barisan hadapan sedang berjuang untuk memerangi wabak ini. Perancangan logistik amat penting dalam memperbaiki dan memperkuatkan sistem perubatan kita untuk mengelakkan gelombang virus yang lebih serius serta masih belum diketahui lagi. Kita boleh bersiap sedia sepenuhnya sekiranya mempunyai perancangan logistik yang mantap dan sistematik. Perancangan. Sehubungan dengan itu saya berpandangan agar kita menyediakan pelan perancangan seperti berikut:

a) Melantik lebih ramai personnel dalam bidang berkaitan dengan kecerdasan buatan.

b) Memberi bantuan perubatan yang sesuai kepada industri yang disasarkan.

c) Memberi pinjaman kepada sektor korporat dengan kadar faedah yang rendah dalam jangka masa panjang.

Saya yakin ketiga-tiga cadangan tersebut akan membantu memulihkan ekonomi dan perubatan.

Penutup. Sebagaimana amanat yang disampaikan oleh disampaikan oleh Dato' Speaker dalam ucapan Perasmian Persidangan Dewan saya turut menghargai perbahasan, idea bernas dan juga sokongan mahupun pandangan yang kerap dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Amat besar saya harap agar wabak covid-19 akan hilang dari muka bumi ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih yang berhormat daripada Jelapang. Akhir sekali pembahasan untuk hari ini kita jemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang.

Encik Mohd Kamaruddin bin Abu BakarUMNO · BNKuala Sepetang

Buah kurma si pokok sagu, Pekan Lama Kampung matang, Sudah lama saya menunggu, kini tibalah giliran Kuala Sepetang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan bersama-sama dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat Exco, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati sekalian. Pertamanya syukur alhamdulillah pada petang ini juga dapat diberikan peluang kepada saya untuk saya bahaskan beberapa perkara yang saya anggap penting khususnya dalam keadaan suasana sekarang ini dan saya juga ingin merafak sembah kepada dan menjunjung kasih atas titah diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semasa majlis pembukaan semalam. Hari ini kita nak dengar semua orang bercakap soal covid-19. Di mana-mana jua. Bercakap semua pembahas-pembahas bercakap tentang covid-19 ini. Bagi saya Inilah satu keadaan semasa pada hari ini bagi orang Islam khususnya Allah nak menguji umatnya di mana kadang-kadang kita lihat dengan keadaan kemajuan dan pembangunan yang ada pada hari ini kadang-kadang kita lupa kepada Allah SWT.

Bagi kawasan saya khususnya di DUN Kuala Sepetang ini. Sudah dua tempat yang dikenakan PKPD iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. Bermula di Taman Berkat yang mengandungi hampir 2,000 rumah dan rakyat penduduk hampir 4,000 dan yang terbaru yang telah berlaku baru-baru ini adalah di Kampung Menteri, Kuala Sepetang yang melibatkan para nelayan, para pekerja kayu, pekerja kelapa sawit dan lain-lain lagi. Apabila masalah ini berlaku dan inilah yang akan merumitkan khususnya bagi saya sebagai ADUN Kuala Sepetang yang terpaksalah bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain iaitu frontliner yang terpaksa berusaha bersungguh-sungguh dan saya juga kesempatan ini juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak yang telah sudi bersama-sama hadir untuk melihat keadaan yang berlaku pada ketika itu dan kesempatan itu juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, hari ni saya nak umumlah, terima kasih terutama sekali kepada KKM (Kementerian Kesihatan), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja, Tentera, RELA, Bomba, JPAM.

Tak lupa juga kepada Tuan Pegawai Daerah yang setiap hari bersama-sama dengan Penghulu Mukim yang mengambil berat tentang berlakunya PKPD ini. Jadi untuk makluman terutama sekali kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker, keadaan ini berlaku memanglah kalau kita lihat pandemik Covid-19 ini memanglah sesungguhnya memang amat berbahaya sekali khususnya kepada penduduk kampung yang terpaksa tidak dapat mencari rezeki pada setiap hari. Jadi terpaksa duduk di rumah. Jadi kamilah bersama-sama dengan Wanita, bersama dengan NGO-NGO lain untuk membantu mereka ini dengan menyalurkan bantuan-bantuan yang untuk disalurkan kepada mereka. Ya. Pada ketika itu juga sedang berlakunya PKPD ini, maklumlah kawasan berdekatan dengan laut. Hujan lebat pula turun dan mengakibatkan banjir yang begitu dahsyat sekali pada kali ini. Kalau daripada maklumat yang saya perolehi di Bandar Taiping ini selalunya kalau hujan puratanya adalah 50mm tetapi sekali ini dia turun sehingga hampir 150mm dan akhirnya mengakibatkan terutama sekali di Mukim Matang itu banjir yang begitu dalam dan baru sebentar tadi saya mendapat maklumat pemindahan hari ini baru pindah. Penduduk-penduduk yang dipindahkan hari ini baru sahaja pusat pemindahan tersebut ditutup selama 5 hari 5 malam mereka menduduki di kawasan di Sekolah Kebangsaan Matang. Kenapa saya bercakap demikian kerana bagi kawasan Kuala Sepetang ini kalau sebelum berlakunya pandemik Covid-19 ini pendapatan mereka ada.

Dengan adanya kedatangan pengunjung-pengunjung dan juga pelancong-pelancong yang datang untuk makan mee udang, yang datang untuk melawat dapur arang, yang datang untuk melihat kayu bakau dan di kawasan ini juga terkenal dengan burung helangnya tetapi hari ini apabila berlaku pandemik Covid-19 ini mereka sudah tidak ada kerja dan mengakibatkan hari ini mereka terpaksa hidup merana. Jadi hari ini di Kuala Sepetang saya nak minta khususnya kepada Jabatan JKR khususnya kerana Kuala Sepetang ini terletak berhampiran dengan laut dan apabila berlakunya musim air pasang yang besar, pekan Kuala Sepetang itu akan ditenggelami. Jalan menuju ke Kuala Sepetang akan ditenggelami.

Jadi saya mencadangkan, menyuarakan pendapat ini kepada pihak yang berkenaan supaya jalan raya, jalan persekutuan di antara Simpang Empat ke Pekan Kuala Sepetang itu supaya dapatlah dinaikkan tarafnya. Kalau kita lihat berhampiran Pekan Kuala Sepetang setiap kali air besar dia akan tenggelam. Jadi saya merayu kepada pihak berkenaan khususnya kepada pihak JKR, peruntukan pada tahun yang akan datang ini khususnya berikanlah kepada Jalan Kuala Sepetang ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR kerana di kawasan saya juga dia ada menaikkan, menurap semula iaitu di kawasan Changkat Ibol tetapi yang lebih penting hari ini jalan menuju ke Kuala Sepetang. Yang keduanya masalah saya nak timbul juga di sini di kesempatan ini iaitu masalah tanah RPT Kampung Simpang Halt. Terima kasih kepada PKNP kerana apa yang saya ketahui telah meluluskan untuk projek menambak tanah untuk merancang untuk menyusun kembali tanah rancangan tersebut tetapi saya mohon kepada PKNP supaya segera kerana projek ini sudah lama dilaksanakan supaya segera dilaksanakan untuk menempatkan semula rumah-rumah setinggan yang hari ini terpaksa mereka duduki apabila hujan tenggelam di kawasan tersebut. Saya minta PKNP segerakanlah untuk menyelesaikan masalah ini yang hampir 20 tahun. Saya minta di bawah saya menjadi ADUN di kawasan Kuala Sepetang masalah rumah setinggan di Kampung Simpang Halt ini dapat diselesaikan.

Yang ketiganya adalah masalah banjir yang saya sebutkan tadi. Saya berterima kasih khususnya kepada JPS Daerah Larut Matang dan Selama kerana telah melaksanakan projek RTB iaitu mendalamkan Sungai Larut dan juga Sungai Jebung di mana projek tersebut bernilai RM2.4 juta dan kini projek tersebut telah pun siap sepenuhnya. Tetapi ini adalah ketentuan Allah Taala apabila hujan lebat projek tersebut pun ban-ban yang dibina akhirnya roboh juga. Jadi cadangan saya supaya pihak JPS khususnya pihak Pengarah Negeri Perak supaya mendapat mencari satu peruntukan yang lebih kerana mereka merayu terutama nelayan hari ini merayu supaya muara Sungai Larut tersebut dapat diperdalamkan kerana airnya dah cetek, kita kena perdalamkan. Ban dah bina begitu cantik tapi keadaan sungai yang cetek, jadi saya berharap pihak yang berkenaan mengambil perhatian terhadap keadaan tersebut dan yang terakhir terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meluluskan yang telah saya suarakan setiap kali dalam Persidangan DUN ini iaitu mengenai surau Kampung Hujung Matang. Akhirnya telah pun diluluskan sebanyak RM300,000 untuk membina semula surau tersebut tetapi pembinaannya agak terlewat. Hampir setahun sudah kelulusan tersebut tetapi sehingga hari ini masih belum dilaksanakan.

Jadi tuan-tuan, Yang Berhormat amatlah khususnya kami sebagai ADUN yang menjaga para penduduk di luar bandar ini dan hari ini mereka terpaksa mencari rezeki sendiri. Hari tu tak boleh meniaga pasar malam tetapi apabila hari ini pengumuman sebelum Perdana Menteri dahulu dia nak buka balik pasar malam jadi saya berharap keadaan ini perlu dikawal. Kalau tidak dikawal keadaan ini akan lebih meningkat. Hari ini kita lihat penyakit ini hari ini melibatkan 24,000 yang kena. Jadi saya berharaplah keadaan ini kita terkawal dan peranan kita sebagai ADUN-ADUN, sebagai pemimpin kecil di peringkat kawasan ini kita teruslah memainkan peranan, kita ikutlah SOP dan kita jagalah diri kita sama-sama. Dato' Speaker yang saya hormati sekalian, terima kasih jugalah saya nak ucapkan sekali lagi kepada keseluruhan agensi-agensi kerajaan yang telah diperkatakan tadi dan saya berharap keadaan di Kuala Sepetang ini akan pulih sepenuhnya. Kita doakanlah bersama masalah banjir, masalah Covid-19 ini kita doakanlah bersama supaya dapat dihindarkan seberapa yang boleh ya. Jadi saya rasa itu saja yang boleh saya ucapkan pada…bahaskan pada petang ini.

Saya sekali lagilah ingin ucapkan terima kasih kepada semua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sentiasa prihatin kepada kita semua dan hari ini juga kita lihat keadaan dewan tak seperti yang lalu, kita duduk, kita boleh berbincang secara kumpulan. Kita harap keadaan ini kita teruskan tak lupa juga kepada Yang Berhormat Saudara Ahmad Saidi Haji Daud, ADUN Changkat Jering yang juga merupakan Exco Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang telah saya rasa seorang anak muda yang telah memberikan menyampaikan telefon pintar. Kalau boleh Yang Berhormat tambah lagilah, tambah kawasan kami ini sekolah banyak. Kalau boleh sekolah rendah pun kita bagilah. Semua orang mahu tambah lagi. Saya yakin dan saya percaya atas kebijaksanaan dengan perbincangan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar anda boleh laksanakan ini semua. Terima kasih semua tak lupa juga, nanti kecil hati pula adinda saya Puan YB Jamilah Zakaria, ADUN Trong. Hari ni tak garang dia, baik. Terima kasih sekali lagi itu saja perbahasan saya. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Kuala Sepetang menyokong.

Yang di-Pertua

Waalaikummusalam warahmatuallahi wabarokatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Sepetang. Dengan itu tamatlah perbahasan kita pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan dewan ini dan dewan akan bersidang semula pada hari Jumaat iaitu esok 27 haribulan Ogos 2021 jam 8.30 pagi. Terima kasih.