Perak · 27 August 2021

14th Assembly, 4th session, 1st meeting · 93 turns · 23,085 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Ketua Bentara

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang Dipertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat 27 Ogos 2021 jam 8.33 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha Hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan, taufikmu, hidayatmu di pohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranmu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.

Perkara yang kedua. Pengumuman Tuan Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman. Perkara yang pertama, Prosedur Operasi Standard atau SOP kawalan pencegahan Covid-19. Secara keseluruhannya Ahli-Ahli Yang Berhormat dan para petugas dapat dilihat telah mematuhi pematuhan SOP yang berkaitan. Adalah amat diharapkan sikap yang baik dan bertanggungjawab ini dapat diteruskan pada persidangan hari ini. Perkara yang kedua berkenaan solat Jumaat. Ingin saya maklumkan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam bolehlah menunaikan kewajipan di surau Bangunan Perak Darul Ridzuan yang mana telah diberi kebenaran diri solat Jumaat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Namun begitu, sekiranya persidangan dapat ditangguhkan lebih awal, Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh bersurai dan menunaikan kewajiban di luar. Perkara yang ketiga mengenai sesi perbahasan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berbahas pada persidangan semalam secara bijaksana dan harmonis melalui kematangan aras tinggi. Pelbagai pandangan dan cadangan yang bernas yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat dalam membawa isu-isu yang berkait rapat denyut nadi rakyat ketika mendepani cabaran semasa khususnya pandemik Covid-19 amat dihargai.

Dikesempatan ini, saya amat mengharapkan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berbahas pada persidangan hari ini akan dapat meneruskan perbahasan yang berkualiti dalam suasana yang kondusif. Walau bagaimanapun adalah menjadi harapan saya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang berbahas pada persidangan hari ini untuk berbahas dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ianya penting untuk persidangan hari ini dapat ditangguhkan seperti mana yang dijadualkan untuk memberi ruang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam menunaikan kewajipan solat Jumaat. Sekian, terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada satu soalan saja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Dengan ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk mengemukakan soalan.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan daripada Bukit Chandan soalan nombor satu.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Saya mohon izin untuk menjawab soalan 1(a) 1(b) dan 1(c) daripada Yang Berhormat Bukit Chandan bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Sungai Rapat, Yang Berhormat Air Kuning, Yang Berhormat Aulong, Yang Berhormat Kepayang, Yang Berhormat Pasir Panjang, Yang Berhormat Pasir Berdamar dan Yang Berhormat Menglembu kerana ianya berkaitan. Memahami rintihan dan keluhan rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah segera termasuk mewujudkan dua pakej rangsangan ekonomi (PRE) yang merangkumi pelbagai inisiatif dan bantuan bagi meringankan golongan rakyat yang terjejas selain daripada bertujuan untuk memulihkan semula kegiatan ekonomi.

Walaupun kedua-dua pakej rangsangan ini memerlukan peruntukan kewangan yang besar mencecah lebih RM 200 juta iaitu RM130 juta bagi PRE 2020 dan RM70.2 juta bagi PRE 2021. Namun kerajaan Negeri yakin ia perlu dilaksanakan kerana keadaan yang begitu kritikal dan mendesak ketika rakyat sedang mengharungi situasi ekonomi yang amat sukar dan mencabar. Bagi memastikan segenap lapisan rakyat yang terjejas mendapat manfaat daripada PRE yang dilaksanakan, Kerajaan Negeri telah memperincikan bentuk bantuan khusus mengikut 7 sektor seperti berikut:

Sektor yang pertama kebajikan awam dan kesihatan melibatkan dana RM40 juta yang merangkumi lebih 30 inisiatif seperti kotak makanan kepada golongan yang terkesan terutamanya keluarga miskin dan B40. Pengecualian sewa rumah dan penubuhan Pusat Penempatan Gelandangan dan lain-lain lagi. Dana ini juga disalurkan untuk membantu petugas barisan hadapan melaksanakan program saringan dan sanitasi Covid-19 selain ianya dibelanjakan bagi penyediaan kelengkapan peralatan perubatan tambahan, pemberian bantuan one off dan juga makanan. Kerajaan juga telah menyediakan dana kepada semua 59 pusat khidmat ADUN bagi tujuan pengurusan Covid-19 di kawasan masing-masing. Setiap pusat khidmat ADUN telah menerima sebanyak RM40,000 iaitu RM20,000 dua kali bayar dan juga tambahan RM20,000 lagi sekiranya kawasan mereka terlibat dengan pelaksanaan PKPD.

Sektor yang kedua untuk penjaja, peniaga kecil dan juga usahawan iaitu antara golongan yang paling terjejas mendapat manafaat melalui peruntukan sebanyak RM14.8 juta ringgit merangkumi bantuan khas one off kepada 41,750 orang penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Pengecualian sewa ke atas 10,264 gerai di bawah PBT. Pemberian diskaun bayaran bil air secara bersasar kepada pelanggan-pelanggan perniagaan atau industri serta pengecualian bayaran pembaharuan lesen. Selain itu Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Pembangunan Usahawan (STeP) dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi telah mengadakan 42 Program Quick Win secara atas talian yang melibatkan 12,463 orang usahawan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP. Kerajaan Negeri komited untuk memperkasakan program bantuan kepada usahawan bagi menjamin kelangsungan sektor perniagaan yang merupakan pemangkin ekonomi negeri. Antara inisiatif yang sedang diperhalusi adalah kemudahan bantuan bagi membolehkan perniagaan seperti pinjaman mikro kredit.

Sektor yang ketiga iaitu sektor pendidikan pula sejumlah RM8.7 juta telah disalurkan. Menyedari kesusahan yang dihadapi oleh mahasiswa ketika pelaksanaan PKP sejumlah peruntukan disediakan dalam bentuk bantuan sara diri kepada 1,313 orang mahasiswa bagi mengurangkan beban yang mereka hadapi. Menerusi Program Tuisyen Cikgu Saarani lebih 37,000 calon peperiksaan utama diberi makanan percuma ketika pelaksanaan PKP, selain pembiayaan bagi kelas tambahan serta bahan pengajaran yang memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang pelajar. Bagi meringankan beban keluarga dan pelajar yang perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran dari rumah PdPR sumbangan telefon pintar dan kad sim percuma disediakan dengan kerjasama pihak YTL Foundation yang memberi manfaat kepada 20,000 orang pelajar.

Sektor yang keempat iaitu sektor pelancongan menerima peruntukan sebanyak RM2.8 juta yang merangkumi 16 inisiatif seperti bantuan khas one-off kepada penggiat-penggiat industri pelancongan dan juga pengembaraan, penguasa hotel dan resort, pengusaha hotel bajet, persatuan hotel, persatuan umrah haji dan ziarah, pengurusan homestay, persatuan dan NGO pelancongan, pemandu pelancong serta pemandu bot pelancongan. Selain itu pengusaha hotel diberi pengecualian bayaran pembaharuan lesen hotel yang berdaftar dibawah PBT. Pemberian baucar pelancongan kepada persatuan umrah haji dan spa serta pemberian vaksin kepada frontliners sektor pelancongan.

Sektor yang kelima iaitu sektor pertanian turut menerima suntikan dana sebanyak RM1.3 juta bagi penyediaan bantuan kepada petani, penternak dan nelayan melalui pemberian pelbagai bantuan input ladang dan ternakan seperti benih dan makanan ternakan, peralatan aktiviti penuaian, hasil pertanian, program pembangunan modal insan dan pensijilan, pembelian hasil pertanian daripada golongan petani serta bantuan kotak makanan.

Sektor yang keenam merupakan insentif cukai disediakan dengan implikasi kewangan sebanyak RM2.4 juta merangkumi pengecualian denda lewat cukai tanah, pemberian diskaun bagi tunggakan cukai tanah, pemberian diskaun cukai petak bagi petak perniagaan, pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga dan kutipan hakmilik, pelanjutan tempoh Notis 5A dan 7G serta pelanjutan tempoh kelulusan bagi surat kebenaran pindahmilik, gadaian, pajakan yang tamat dalam tempoh PKPD. Ini tidak termasuk lagi insentif baru berkaitan cukai tanah yang akan berkuatkuasa pada 1 September 2021. Perincian mengenainya akan dimaklumkan sedikit masa lagi.

Sektor yang ketujuh iaitu moratorium juga disediakan bagi bayaran balik pinjaman merangkumi pinjaman perumahan yang dimanfaatkan lebih 1,500 orang peminjam, pinjaman mikro kredit dan juga tabung usahawan yang memanfaatkan lebih 700 orang peminjam dan pinjaman pengajian tinggi yang memanfaatkan peminjam dalam kalangan anak-anak Perak. Selain itu Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP) sentiasa membuat semakan mengenai penyewa-penyewa yang kehilangan pekerjaan ataupun terjejas pendapatan bagi memberi kelonggaran pembayaran sewa secara ansuran. Di samping itu, penyewa yang terjejas tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan sehingga keadaan kembali pulih.

Dato’ Yang Dipertua, sukacita juga saya melaporkan di dalam Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah mendapat kerjasama daripada agensi dan badan berkanun bagi menjayakan beberapa inisiatif iaitu melalui sumbangan berbentuk kewangan dan bukan kewangan. Antaranya, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) menyumbang sebanyak RM1.9 juta, Lembaga Air Perak (LAP) dan Menteri Besar Incorporated (MBInc) masing-masing menyediakan hampir RM1 juta, Maju Perak Holding RM0.5 juta dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Di samping itu, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak juga telah menyediakan dana khas bantuan berjumlah RM14.6 juta untuk menangani impak pandemik Covid-19 seperti bantuan kecemasan kelangsungan hidup, tajaan peralatan perubatan dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan, bantuan pakej tablet dan data internet untuk usahawan dan pelajar sekolah, bantuan kebajikan pelajar luar negara, sumbangan bantuan operasi pusat-pusat jagaan anak yatim, rumah orang tua dan warga emas Islam, tajaan untuk bekalan makanan untuk mahasiswa di institusi pendidikan dan pelajar di sekolah dan juga maahad tahfiz, sumbangan ke pusat gelandangan sementara, rizab untuk membiayai belanja program vaksinasi kepada golongan yang dikenalpasti serta pengecualian-pengecualian bayaran sewa, pajakan harta wakaf dan baitulmal di premis dan juga tapak perniagaan Majlis Agama Islam Perak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Bukit Chandan.

Encik Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Terima kasih di atas penjelasan yang begitu lengkap diberikan oleh YAB Menteri Besar. Soalan tambahan saya mungkin lari sedikit daripada soalan yang pertama tetapi berkaitan juga dengan Covid. Sudah tentulah kita sedar tentang ramai yang kehilangan pekerjaan akibat daripada pandemik disebabkan oleh perusahaan ataupun industri yang menutup operasi ataupun gulung tikar. Jadi pertanyaan saya adakah ada rancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan zon industri baru khususnya di koridor utara dan juga selatan yang mana boleh dikatakan zon itu berpotensi tinggi kerana mengambil peluang dan juga limpahan daripada perusahaan ataupun industri yang berada di sempadan negeri di selatan dan juga di utara negeri kita. Jadi mohon penjelasan daripada pihak Kerajaan.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih kepada Bukit Chandan. Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang bilangan rakyat Negeri Perak yang telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19 sama ada mereka kehilangan pekerjaan kerana diberhentikan oleh mana-mana kilang atau perindustrian ataupun kehilangan pekerjaan disebabkan oleh jatuh sakit dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan pemain-pemain industri untuk kita melihat potensi bagi kita menggamit kehadiran dan juga minat pelabur-pelabur baru yang boleh datang ke Negeri Perak untuk kembali beroperasi dan membangunkan industri baru supaya mereka dapat menyediakan peluang pekerjaan sebagai ganti kepada mereka yang telah pekerjaan. Jadi Insya-allah kita akan sentiasa mengadakan rundingan dan melihat potensi-potensi baru supaya perindustrian baru ataupun industri yang dibangunkan kembali boleh memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Perak yang terjejas. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Ada soalan tambahan.

Yang di-Pertua

Ok, saya benarkan satulah kali ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Sekian terima kasih. Oleh kerana jawapan daripada YAB Menteri Besar tadi bersekali dengan soalan-soalan yang ditanya oleh beberapa orang Adun-Adun, saya ingin memberikan soalan tambahan kepada anak-anak kecil anak-anak sekolah yang menjadi mangsa kepada pemergian ibu bapa mereka kerana Covid ini. Apakah usaha kerajaan membantu anak-anak sekolah ini ataupun anak-anak yatim yang piatu yang telah ditinggalkan mak bapa mereka kerana mereka kembali kerana mereka Covid-19? Jadi saya ingin tahu mereka nak menghadapi persekolahan pada bulan 10 ini, apakah usaha kita untuk pastikan mereka ni terus jadi pelajar-pelajar yang telah diambil kira oleh kerajaan negeri. Terima kasih.

Dato’ Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan juga Yang Berhormat Sungai Rapat. Saya memahami kegelisahan dan juga keprihatinan Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan nasib terutama sekali anak yatim dan juga warga emas yang terjejas teruk dengan sumbangan ataupun pendapatan bulanan dan juga harian mereka kerana itu seperti saya sebutkan tadi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah menyediakan peruntukan yang agak besar RM14.6 juta ringgit dan ia merangkumi untuk bantuan diberikan kepada pelajar-pelajar, anak-anak yatim termasuk juga rumah orang tua dan warga emas orang Islam. Jadi Yang Berhormat Sungai Rapat, ya bantuan untuk kumpulan anak yatim ini dibiayai dengan menggunakan wang daripada Baitumal. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat daripada Kota Tampan. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Buntong untuk mengemukakan soalan.

Dato’ Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor dua.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dato' Yang Dipertua, terima kasih kepada sahabat Buntong yang telah bertanyakan soalan. Untuk jawapan bagi soalan (a). berikut adalah lokaliti wabak denggi yang dilaporkan berlaku di kawasan Buntong pada tahun 2020. Itu lokaliti wabak denggi tahun 2020 kawasan Buntong di Cherry Apartment, Taman Silibin, Taman Cherry, Kampung Baru Buntong, Taman Pertama, Telok Kurin A, Telok Kurin B dan Taman Maxwell. Manakala untuk lokaliti wabak denggi tahun 2021 di Kawasan Buntong iaitu tiada lokaliti wabak denggi semasa di kawasan Buntong setakat laporan dan berikut adalah bilangan kes denggi di kawasan Buntong. 2020 (101) kes, 2021 sehingga 7 Ogos 2021 hanya (6) kes dan tiada kematian demam denggi dilaporkan berlaku di kawasan Buntong pada tahun 2020 dan 2021. Bagi membanteras kejadian penyakit demam denggi, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan kerjasama kerajaan negeri melalui jawatankuasa membanteras denggi dan chikungunya peringkat Negeri Perak telah mengambil langkah-langkah seperti berikut dalam menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes.

Yang pertama menjaring kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah, PBT dan Pejabat Tanah Dan Daerah di semua daerah bagi menangani isu pembiakan nyamuk aedes yang tinggi di kawasan tanah lot kosong dan rumah kosong yang terbiar. Yang kedua memastikan semua tempat tumpuan orang ramai adalah bebas aedes. Pejabat Kesihatan Daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan memastikan tempat-tempat tumpuan awam adalah sentiasa bebas aedes. Yang ketiga pengukuhan aktiviti penguatkuasaan kesihatan awam penutupan tempat-tempat tumpuan awam, tempat binaan dan kilang di bawah Seksyen 18 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Seterusnya, yang keempat meningkatkan penglibatan wakil komuniti dan media dalam operasi dan aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan demam denggi dan chikungunya di peringkat komuniti daerah dan negeri untuk membantu dalam menyampaikan mesej Jabatan Kesihatan. Disamping langkah-langkah tersebut, Jabatan Kesihatan menjalankan aktiviti-aktiviti kawalan kes dan wabak demam denggi dan chikungunya mengikuti SOP setiap kali kes atau wabak yang dilaporkan dan aktiviti-aktiviti pencegahan seperti aktiviti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes, ativiti semburan, kabus racun serangga, sekiranya ada kes dan keperluan aktiviti larvae siding untuk mencegah dan membunuh jentik-jentik, aktiviti gotong-royong, melibatkan komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pendidikan Kesihatan dan kempen mengenai demam denggi serta aktiviti memperkasakan komuniti melalui Penubuhan COMBI (Communication On Behavioural Impact, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Akta 171 memperuntukkan kuasa untuk menghendaki kacau ganggu dihapuskan di bawah Seksyen 82 (1) iaitu untuk menyampaikan satu notis kepada pemilik pemunya berdaftar dikeluarkan untuk membersihkan semak samun di ruang kosong dalam tempoh berikut, 7 hari kepada pemunya yang mempunyai alamat dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh, 14 hari melalui surat berdaftar kepada pemunya yang punyai alamat di luar kawasan Majlis Bandaraya Ipoh. Sekiranya notis gagal dipatuhi dalam tempoh masa ditetapkan dalam notis tindakan berikut diambil akan diambil. Tawaran kompaun RM250.00 dikeluarkan kepada pemilik harta persendirian yang telah dikenalpasti dan ada perakuan penerimaan notis penghapusan kacau ganggu, semak-samun. Manakala RM500.00 kepada pemilik yang terdiri dari pemaju.

Sekiranya pemilik gagal dikesan tindakan pembersihan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh melalui pos tender sebut harga oleh kontraktor Majlis Bandaraya Ipoh akan dijalankan bagi setiap kes secara berasingan dan menuntut segala kos pembersihan dari pemilik serta dikenakan caj perkhidmatan 15 % ia akan dibilkan ke dalam bil semak-samun untuk dituntut bersama dengan bil cukai taksiran. Dekat sini adalah mengikut Seksyen 82(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976, sekiranya pemilik tidak dijumpai atau seksyen 82(11) Akta Kerajaan Tempatan 1976, sekiranya gagal patuhi perintah penghapusan kacau ganggu. Statistik tindakan melibatkan lot tanah kosong milik persendirian di Buntong, bagi tahun 2020 dan sehingga Julai 2021 adalah seperti berikut: Pertama 2020 (476) dan 2021 sehingga Julai 469. Bilangan notis dikeluarkan 666 termasuk notis ulangan tahun 2020 dan tahun 2021 sehingga Julai 98 sahaja termasuk notis ulangan dan yang ketiga dibersihkan oleh pemilik tahun 2020 (566) termasuk pembersihan ulangan hingga 2021 sehingga Julai 86 dan bilangan pembersihan di pembersihan melalui prosedur sebutharga Majlis iaitu 71 tahun 2020 dan sehingga Julai tahun 2021 (12) dan kompaun iaitu bilangan kompaun pada 2020 dan tahun 2021 tiada. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB EXCO. Adun Buntong.

Soalan tambahan saya. selain apa yang dinyatakan adalah maklumat penubuhan COMBI ini telah tercapai, hasrat sebenar kerajaan bukan sahaja dalam memerangi isu denggi tetapi di dalam semua isu berkaitan komuniti bersesuaian dengan tagline ‘Dari Komuniti Kepada Komuniti’. Dari jumlah yang dinyatakan, adakah jumlah sukarela COMBI di negeri ini mencukupi untuk menampung kesemua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang terlibat? Ini soalan saya.

Yang di-Pertua

Sila jawab EXCO.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Terima kasih Buntong. COMBI ini adalah satu pendekatan yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan menggunakan pendekatan komunikasi untuk merubah tingkah laku manusia terutama yang ditekan ke dalam program ini ialah mobilisasi komuniti untuk mengubah masyarakat setempat dalam mengamalkan tingkah laku khusus untuk menjadi lebih sihat. Pendekatan COMBI dilakukan bagi mengukuhkan program pencegahan kawalan denggi dan matlamat COMBI dilaksanakan ialah untuk memperkasakan komuniti bagi mengubah dan mengamalkan tingkahlaku baru yang telah diperkenalkan mengurangkan kejadian penyakit demam denggi di peringkat negeri dan daerah dan menggalakkan penglibatan inter agensi serta mempertingkatkan usaha sama dalam mencegah mengawal penyakit demam denggi dan perlaksanaan program ini telah menunjukkan beberapa kejayaan sebenarnya. Jika diamalkan secara berterusan dalam kehidupan masyarakat sehingga Julai 2021 terdapat sebanyak 224 pasukan COMBI 224 dan melibatkan seramai 2,011 orang sukarelawan di seluruh Negeri Perak.

Di daerah Kinta ada 68 bilangan COMBI, bilangan sukarelawan 694. Daerah Kampar ada 8 bilangan COMBI dan sukarelawan 66 orang. Perak Tengah 22 COMBI dan sukarelawan 156. Larut Matang dan Selama 13 bilangan COMBI 33 sukarelawa. Kerian 25 bilangan COMBI, 258 sukarelawan. Kuala Kangsar 20 COMBI, 203 sukarelawan. Manjung 24 COMBI, 252 sukarelawan. Hilir Perak 14 COMBI, 125 sukarelawan. Hulu Perak 13 bilangan COMBI, 122 bilangan sukarelawan. Batang Padang 9 bilangan COMBI, 60 sukarelawan dan Mualim 8 bilangan COMBI, 42 sukarelawan.

COMBI ini adalah sebuah lokaliti masih belum mencukupi sebenarnya bagi menggerakkan mereka dalam aktiviti pencegahan dan strategi. Walaubagaimanapun terdapat juga pasukan COMBI yang telah mempelbagaikan sukarelawan ini dengan melibatkan COMBI remaja dan COMBINITA bagi COMBI wanita dan kebesiaran COMBI dalam pencegahan denggi masih perlu ditambahbaik sebenarnya. Peranan ini bukan sahaja perlu dimainkan oleh pasukan COMBI tetapi juga masyarakat setempat dan keberkesanan sesebuah COMBI akan dapat ditingkatkan dengan kerjasama dan penglibatan masyarakat. Walaubagaimanapun, didapati lokaliti yang terdapat COMBI mampu mengekalkan status tiada wabak dan sekiranya berlaku wabak, tiada menjadi kawasan hotspot. COMBI ini sinonim dengan pencegahan dan kawalan denggi sahaja.

Objektif mewujudkan COMBI adalah bagi membantu kesihatan dalam menangani denggi. Walaubagaimanapun, semasa pandemik covid-19 ini yang melanda di negara kita. COMBI turut dilibatkan dalam aktiviti pemerkasaan komuniti dalam mencegah penularan covid-19 dan juga vaksin. Walaubagaimanapun, mereka masih belum digerakkan secara aktif dalam pemerkasaan komuniti ini memandangkan peningkatan kes di Negeri Perak pihak kami juga bimbang terhadap risiko jangkitan. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Changkat Jong.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Soalan saya soalan nombor tiga.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Yang Berhormat Changkat Jong. Mengikut statistik yang diperolehi dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKN), bilangan pesakit mental yang didaftar dan mendapat rawatan di klinik susulan rawatan pesakit mental di klinik kesihatan kerajaan mengikut tahun adalah tahun 2020 iaitu dari Januari sehingga Disember seramai 5, 213 kes didaftar. Tahun 2021 Januari hingga Jun sebanyak 4,559 kes didaftar yang menjadikan jumlah adalah sebanyak 9,772 kes yang telah didaftar. Manakala mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), bilangan individu bunuh diri di Negeri Perak sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan yang bermula bulan Mac 2020 sehingga Julai 2021 adalah seramai 80 orang. Antara punca atau faktor kematian bunuh diri yang direkodkan oleh Polis DiRaja Malaysia Negeri ialah tekanan jiwa 33 orang, tidak diketahui punca 24 orang, masalah kewangan 13 orang, penyakit 4 orang, masalah dadah 3 orang dan pesakit mental 3 orang yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 80 orang. Jika dipecahkan mengikut komposisi kaum, Kaum Cina adalah yang tertinggi iaitu seramai 32 orang, diikuti India 29 orang, lain-lain 11 orang dan kaum Melayu 8 orang. Dari segi jantina pula, jantina lelaki merupakan yang tertinggi iaitu seramai 66 orang dan perempuan seramai 14 orang.

Yang Berhormat Changkat Jong, antara langkah pencegahan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melibatkan kerjasama bukan sahaja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita. Namun melibatkan juga jabatan yang lain seperti Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Agama Islam Perak dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana talian kasih 15999 diwujudkan bagi menangani isu gangguan mental dan isu-isu lain seperti keganasan rumahtangga, penderaan wanita dan kanak-kanak, pembuangan bayi, masalah sosial remaja, masalah OKU, warga emas, isu pemerdagangan manusia dan lain-lain lagi. Perkhidmatan talian ini merupakan penghubung antara kumpulan sasar dengan pihak agensi seperti JKM bagi tujuan pertanyaan, aduan, kaunseling, rujukan dan juga tindakan lanjut. Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bersama Kerajaan Negeri telah menubuhkan Skuad WAJA iaitu Wanita Anti Jenayah Perak yang bertujuan memperkasakan komuniti melalui bimbingan psychosocial dan aktiviti dalam komuniti. Ini bagi meningkatkan kesedaran sikap ambil peduli kepada masyarakat sekeliling khususnya jiran tetangga bagi membantu mangsa yang berdepan dengan masalah seperti gangguan mental, tekanan dan lain-lain.

Selain itu Skuad WAJA juga boleh membantu mangsa untuk merujuk kes kepada pihak yang berwajib bagi mendapatkan pertolongan profesional. Sehingga 15 Ogos 2021 seramai 270 orang sukarelawan telah dilantik sebagai Skuad WAJA Perak yang digerakkan di semua 24 parlimen dalam Negeri Perak dengan berteraskan semangat kesukarelawan. Skuad WAJA diberi latihan dan bimbingan sokongan psychosocial dapat membantu usaha mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmoni kepada pembangunan wanita dan masyarakat dalam semua aspek termasuk kesejahteraan emosi dan kesihatan mental ke arah Negeri Perak yang sejahtera. JPW Negeri Perak juga telah menjalankan beberapa program kesedaran bersama masyarakat secara dalam talian seperti Wanita Antijenayah, De Stress Clinic, Legal Clinic dan juga, Program Skuad Waja.

Bagi menangani isu kesihatan mental dalam situasi pandemik covid-19, Jabatan Kesihatan Negeri Perak melaksanakan Program Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Sosial di peringkat negeri dan daerah termasuk di hospital dan klinik-klinik kesihatan untuk membantu menstabilkan emosi individu yang terlibat. Perkhidmatan ini termasuklah saringan kesihatan mental bersasar melalui QR code atau edaran link melalui aplikasi WhatsApp bagi pengesanan awal individu berisiko mengalami masalah kesihatan mental. Sesi PFA, Psychological First Aid individu dan berkelompok kepada mereka yang positif covid-19 termasuk ahli keluarga mereka.

Selain itu, edaran pelbagai bahan psiko pendidikan kesihatan mental, menerusi WhatsApp dan Facebook berkaitan tips penjagaan kesihatan mental serta panduan intervensi kendiri bagi membantu masyarakat berdepan dengan perubahan kehidupan semasa pandemik covid-19 ini. Talian bantuan sokongan psikososial diwujudkan dengan kerjasama NGO bagi meningkatkan akses terhadap liputan perkhidmatan kesihatan mental terutama bagi membantu individu yang memerlukan sokongan semasa pandemik ini dan talian ini dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Kaunseling berdaftar dan juga Pegawai Perubatan yang terlatih.

Perkhidmatan rawatan susulan penyakit mental turut ditawarkan di klinik kesihatan yang meliputi aktiviti promosi dan pengesanan awal melalui saringan untuk mengesan tahap awal stress, keresahan dan kemurungan serta individu yang berisiko mengalami masalah kesihatan mental serta pelaksanaan intervensi. Perkhidmatan ini dilaksanakan di 76 buah klinik kesihatan dan juga 15 buah hospital yang terdapat di negeri Perak. Seramai 24 orang pegawai psikologi kaunseling ditempatkan di klinik kesihatan dan hospital di seluruh negeri Perak bagi memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan mental.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berperanan dari segi penguatkuasaan iaitu apabila pihak PDRM ada menerima laporan maka tindakan selanjutnya ialah PDRM akan mengambil pesakit tersebut untuk terus dibawa ke hospital untuk penilaian dan rawatan selanjutnya di hospital mental. Jabatan Agama Islam Perak ada menawarkan pertanyaan dan khidmat nasihat kerohanian secara atas talian melalui Bahagian Pembangunan Keluarga. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pula, ada menjalankan promosi dan publisiti kesihatan mental seperti program di TV dan radio, pesanan khidmat awam, penulisan artikel dan poster serta hebahan program dan aktiviti melalui media sosial. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Tuan Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kepada Exco yang menjawab soalan saya tadi dan amat terperinci berkaitan dengan terutamanya berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil dan agensi yang menangani mereka yang terjebak dalam gangguan mental dan sebagainya. Hampir saya tengok lebih kurang, kurang daripada 15 ya. Maknanya baru 15 tu pun dah dah kita dah depan ni satu cabaran melibatkan 80 kes dan saya semalam tertarik dengan Kamunting bagi tahu sehingga 300 lebih melibatkan nasional kes bunuh diri cuma dalam konteks apa yang ada Datuk Exco bagi tahu tadi tekanan jiwa 33, kewangan 13, minta 3 bermaknanya PKP ini memang menyebabkan kejadian itu berlaku dan memberi tekanan kuat kepada masyarakat terutama mereka yang berhutang.

Soalan tambahan saya. Selain daripada kempen-kempen kesedaran tadi agensi-agensi yang menjadi benteng kepada pencegahan kepada kes ni. Apakah langkah-langkah jangka masa panjang ya bagi kita mengatasi masalah gangguan mental dan bunuh diri boleh ditambah baik dan bendung masalah ini daripada meningkat. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Changkat Jong atas soalan tambahan tadi. Langkah jangka masa panjang yang boleh dibuat bagi membendung masalah berkaitan tekanan jiwa dan gangguan mental ini, baik di kalangan wanita mahupun masyarakat adalah dengan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dalam konteks ke arah masyarakat sejahtera yang seimbang dari pelbagai aspek. Langkah ini mestilah, tentulah mesti bermula daripada rumah tunjang dari masalah ini ibu bapa dan ahli keluarga perlu memainkan peranan yang amat penting dalam mendidik dan menanam sifat patuh pada agama dengan menerapkan nilai-nilai hidup yang baik dari segi adab kemanusiaan dan insaniah agar seimbang kepada anak sedari kecil lagi.

Selain daripada itu sokongan daripada komuniti juga penting seperti kawan-kawan, jiran tetangga, jawatankuasa kampung, komuniti, jawatankuasa masjid dan surau dan juga pihak sekolah dan NGO. Peranan guru sekolah pula saya lihat perlu sentiasa memberi motivasi kepada pelajar supaya menjadi insan yang tahan diuji dalam apa jua persekitaran dan keadaan. Sentiasa terapkan jati diri, bersabar dan bersyukur bila diuji. Kerjasama padu yang lebih luas juga diperlukan dengan melibatkan lebih banyak agensi-agensi kerajaan seperti Sekretariat Wanita Perak, LPPKN, JKN, JPN, AADK, PEMADAM dan juga ROS. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Exco dan dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Tebing Tinggi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Soalan empat Timbalan Yang Dipertua.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh salam sejahtera dan juga selamat pagi. Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua dan juga terima kasih juga kepada kanda saya Yang Berhormat Tebing Tinggi atas soalan-soalan berhubung kait dan juga berkaitan dengan Akta Standard Minimum Perumahan dan juga Kemudahan Pekerja 1990 yang mana akta ini sebenarnya juga dikenali sebagai Akta 446 dan akta ini sebenarnya telah pun melalui pindaan pada tahun 2019 dan juga untuk makluman semua akta ini diwartakan pada Februari 2020 kemudiannya dimulakan dengan proses sebaran makluman serta penyebaran kesedaran terhadap akta ini iaitu sekitar bulan Mei 2020 dan kewajiban untuk mendapatkan perakuan penginapan pekerja hanya bermula pada September 2020 bagi memberi masa kepada majikan untuk membuat persediaan awal. Suka juga untuk saya memaklumkan bagi Akta Standard Minimum Perumahan Penginapan dan Kemudahan Pekerja pindaan 2019 ini ataupun Akta 446 operasi penguatkuasaan terhadap penyedia penginapan sebenarnya telah bermula pada Disember tahun 2020 setelah pihak kerajaan dan juga pihak penguatkuasaan memberikan masa yang bersesuaian atau ample time kepada majikan untuk membuat persediaan sebagai langkah persediaan kepada majikan dan juga suka untuk saya nyatakan jumlah permohonan penyedia penginapan di Negeri Perak bagi Januari sehingga Julai tahun 2021 iaitu jenis permohonan adalah perakuan penginapan, jumlah permohonan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perakuan Penginapan sebanyak 855 permohonan jumlah kelulusan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peraturan Penginapan, jumlah diluluskan daripada 855 adalah sebanyak 758.

Sembilan puluh tujuh(97), permohonan tidak diberikan kebenaran ataupun kelulusan disebabkan kerana majikan tidak mematuhi peraturan dan juga standard yang sepatutnya dipatuhi oleh majikan jumlah pemeriksaan dan juga ketidakpatuhan terhadap penyedia penginapan di negeri Perak bagi Januari sehingga Jun 2021, jenis aktiviti pemeriksaan perakuan penginapan, jumlah majikan diperiksa sehingga Julai 2021 adalah sebanyak 2,852 majikan yang diperiksa majikan yang dikenakan tindakan yakni pendakwaan adalah sebanyak 46 kes telah pun dibawa ke peringkat pendakwaan dan juga majikan yang telah pun dikenakan tindakan iaitu kompaun. Sebanyak 35 majikan telah pun dikenakan kompaun akibat perlanggaran kepada Akta Standard Minimum Perumahan dan juga kemudahan pekerja 2011 ini atau pun lebih dikenali sebagai Akta 446.

Selain daripada itu, bagi memastikan majikan sentiasa mematuhi penguatkuasaan akta ini pihak JTK ataupun Jabatan Tenaga Kerja akan terus melakukan proses pemantauan secara berkala akan terus melaksanakan pemeriksaan secara berkala dan juga terus menghantar notis peringatan kepada majikan-majikan ataupun penyedia penginapan yang masih belum memohon atau belum mendapat kelulusan perakuan penginapan bagi warga asing ini. Justeru itu, Kerajaan Negeri berharap agar majikan atau pun penyedia penginapan di Negeri Perak dapat terus melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendapatkan kelulusan perakuan penginapan bagi menjaga kebajikan serta keselamatan pekerja khususnya dalam mengawal penularan virus Covid-19.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan? Tiada. Ok, seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Kenering.

Dato’ Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua soalan saya soalan nombor 5.

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat, Timbalan Yang Dipertua, ahli mesyuarat. Bagi soalan A, saya mohon izin menjawab soalan YB Kenering sekali dengan soalan YB Batu Kurau, Bukit Chandan dan Manong kerana ianya berkaitan. Pelan jalinan digital negara atau pun JENDELA yang diumumkan pada 29 Ogos 2020 lalu adalah satu inisiatif yang dipacu oleh pemain industri dengan kerjasama kerajaan bagi mempertingkatkan tahap kesaling hubungan serta kualiti pengalaman perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara. Pelaksanaan JENDELA melibatkan pendekatan berfasa di mana Fasa 1 yang bermula pada September 2020 dan berakhir pada penghujung tahun 2022 memberi fokus kepada pemantapan infrastruktur digital dengan tumpuan diberikan kepada pembinaan tapak-tapak baharu, menaiktaraf stesen-stesen pemancar sedia ada kepada teknologi 4G serta menyediakan capaian gentian optik di premis-premis di seluruh negara sebagai persediaan untuk negara beralih kepada teknologi 5G. Di Negeri Perak perancangan dan pencapaian JENDELA setakat Julai 2021 adalah seperti berikut:- a) Membina sebanyak 171 tapak baharu dengan teknologi 4G dan dari jumlah tersebut sebanyak 45 lokasi telah siap dilaksanakan. b) Menaiktaraf 1,754 stesen pemancar sedia ada kepada teknologi 4G untuk meluaskan liputan 4G dan meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih. Dari jumlah tersebut 1,448 lokasi telah dinaiktaraf kepada 4G. c) Menyediakan capaian jalur lebar, talian tetap bekelajuan tinggi kepada 252,475 buah premis. Dari jumlah tersebut sebanyak lebih 86,000 premis telah siap dilaksanakan.

Ahli Yang Berhormat sekalian, manakala untuk di Dun Kenering pula sebanyak 14 lokasi baharu, yang mana 12 daripadanya di bawah seliaan SKMM dan 2 adalah bersifat komersial telah dirancang. Manakala sebanyak 36 lokasi akan dinaik taraf kepada liputan 4G. Dari jumlah tersebut sebanyak 5 lokasi telah siap dinaiktaraf manakah lokasi lain dijangka siap secara berperingkat menjelang suku keempat tahun 2020. Selain itu pemasangan dan penyediaan perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit VSAT di 73 lokasi di Perak termasuk empat lokasi di Kenering juga merupakan salah satu inisiatif kerajaan sebagai penyelesaian sementara untuk tempoh dua tahun ini yang dijangka akan beroperasi pada suku keempat 2021.

Untuk Dun Kuala Kurau pula sebanyak dua lokasi baru telah dirancang manakala 17 lokasi akan dinaiktaraf kepada liputan 4G dan daripada jumlah tersebut 8 lokasi telah siap dinaiktaraf dan lokasi lain akan disiap secara berperingkat. Manakala di Dun Bukit Chandan, satu lokasi baru telah dirancang manakala 15 lokasi akan dinaiktaraf kepada 4G. Dari jumlah tersebut, 12 lokasi telah siap dinaiktaraf manakala lokasi lain akan dilaksanakan secara berperingkat. Selain itu sebanyak 1,242 premis akan disediakan akses kepada perkhidmatan berkelajuan gigabyte. Daripada jumlah tersebut lebih 1,000 buah premis telah mempunyai perkhidmatan jalur lebar tetap ini. Untuk Dun Manong sebanyak dua kali baru telah dirancang mana kalau 15 lokasi akan dinaiktaraf kepada liputan 4G. Dari jumlah tersebut sebanyak 8 lokasi telah siap dinaiktaraf manakah lokasi lain dijangka siap secara berperingkat menjelang suku keempat 2022. Selain itu, sebanyak 3,222 premis dirancang untuk penyediaan perkhidmatan berkelajuan gigabyte dan daripada jumlah tersebut lebih 1,000 premis kini telah siap tersedia perkhidmatan jalur lebar tetap berkelajuan tinggi. Melalui inisiatif ini diharap penduduk di Kenering, Batu Kurau, Bukit Chandan, Manong dapat menikmati kualiti liputan frekuensi yang lebih baik dan saya yakin usaha ini akan sentiasa berterusan dan masih lagi tidak dapat memenuhi secara total keperluan kita. Ahli Yang Berhormat sekalian, kesemua perancangan ini memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan ianya dapat dibuat dengan lebih cepat dan terancang. Kerajaan persekutuan telah mengiktiraf komunikasi sebagai utiliti awam ketiga yang mewajibkan penyediaannya dalam setiap projek pembangunan negeri melalui setiap PBT. Penggunaan garis panduan perancangan infrastruktur komunikasi sebagai rujukan bagi memastikan penyediaan infrastruktur digital diambil kira dalam setiap rancangan pembangunan negeri dan tempatan. Serta pindaan undang-undang kecil bangunan seragam 1994 dengan mewajibkan pemasangan komunikasi sebagai salah perkhidmatan perlu serta penggunaan borang D20 bagi memastikan kerja-kerja pendawaian telekomunikasi dalaman ditentu sahkan oleh orang yang berkelayakan. Ia juga telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk dilaksanakan di peringkat negeri. Di peringkat Negeri Perak pula sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Penyelarasan Infrastruktur Telekomunikasi Perak yang dipengerusikan oleh saya sendiri telah ditubuhkan bagi memastikan pembinaan infrastruktur digital dapat dimudah cara dan tempoh penyediaannya dapat dipercepatkan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan negeri komited dan akan bekerjasama bagi memastikan kesemua cadangan dasar yang telah diluluskan di tingkat pusat dapat diaplikasikan di peringkat negeri dan PBT agar penyediaan infrastruktur digital dapat dimudah cara serta mengikut piawaian yang tertentu bagi memastikan aspirasi nasional dapat dicapai.

Bagi soalan B, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kenering, di bawah pelan JENDELA terdapat beberapa inisiatif pembinaan menara baru dan penaikan taraf kepada di liputan 4G yang sedang dirancang di kawasan perkampungan Orang Asli Dalar, Air Bah dan Lubuk Cupak yang dijangka siap menjelang suku keempat tahun 2022. Selain itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan bekerjasama dengan syarikat pemberi perkhidmatan bagi memastikan kawasan-kawasan pendalaman mendapat liputan jalur lebar dalam perancangan masa hadapan. Untuk makluman semua, kita bukan sekadar bergantung kepada SKMM, kita juga bekerjasama rapat dengan pihak industri, pemain industri bagi memperbanyakkan lagi menara di Negeri Perak ini yang berkonsepkan komersial. Terima kasih Yang Dipertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Sila.

Terima kasih kepada Kenering yang memberi laluan. Kepada Exco yang menjaga komunikasi, saya ingin berkongsi sedikitlah pengalaman saya dalam urusan pembangunan teknologi komunikasi. Yang pertamanya saya nak bertanya juga sejauh manakah perkembangan program membina tower kerana saya pada ketika era saya, kita telah memecah monopoli daripada dua syarikat kepada pelantikan 9 player syarikat pembina menara komunikasi. Sekiranya akan menggalakkan lagi industri pembinaan menara pemancar di Negeri Perak jadi saya nak tahu sejauh manakah rancangan asal yang kerajaan lepas buat dan diteruskan oleh kerajaan yang sekarang melalui Exco Komunikasi. Yang kedua, saya nak berkongsi juga bagi kawasan di bandar yang mempunyai liputan jalur lebar Unifi, saya kira kita boleh kerajaan negeri boleh memulakan penggunaan program wifi percuma di kawasan-kawasan bandar. Saya mengambil contoh di DUN saya sendiri, kita menggunakan jalur talian daripada Unifi dengan kelajuan 800mbps kita berkongsi dengan 5 premis sekolah. Satu akaun boleh dikongsi dengan 5 premis sekolah memberi manfaat hampir 3000 lebih pelajar di sekolah. Ada sekolah menengah dan juga sekolah rendah dan ada satu menara pemancar yang dikongsi untuk masjid, di masjid di Parit Buntar di kawasan bandar. So, saya kira ianya dapat menggalakkan apa anak kariah ataupun pelajar sekolah menggunakan liputan jalur lebar secara percuma apabila mereka berada di sekolah. Saya diperuntukkan hanya RM100 ribu.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan YB.

Ini cadangan sayalah. Kalau boleh, kalau boleh diperluaskan di DUN-DUN yang mempunyai liputan Unifi berkelajuan 800mbps ataupun 300mbps supaya rakyat dapat melihat pembaharuan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri, terima kasih.

Terima kasih sahabat saya atas soalan. Yang pertama, berkaitan dengan pelantikan development partners ataupun kontraktor pelaksana bagi kerja-kerja pembinaan tower ini. Untuk masa kini, setakat ini kita dah telahpun melantik 19 development partner yang mana ini satu angka yang meningkat begitu ketara daripada sebelum-sebelum ini dengan hasrat untuk kita memperbanyakkan lagi mereka datang bagi melabur dan memberikan perkhidmatan kepada warga kita khususnya dalam proses pembinaan ini. Jadi itu saya maklumkan daripada awal tadi kita ada dua kaedah, satu daripada SKMM ini dia bersifat bukan komersial dengan 'DP' ini mereka adalah bersifat komersial.

Jadi mereka ini maklumlah orang berniaga ni mereka akan tertumpu kepada kawasan-kawasan yang ramai penduduklah khususnya di bandar. Tapi walau bagaimanapun kita juga minta harap mereka dapat membina mengutamakan juga mengambil kira keperluan di luar bandar. Sebab itu di Kenering tadi ada 2 tower komersial akan dibina dalam tempoh ini dan untuk makluman juga di dalam angka saya pada tahun 2016 kita telah membina 55 buah menara, 2017(39 menara), 2018 (57 menara), 2019 (82 menara) dan 2020 kita membina angka yang paling banyak itu 107 menara baru di negeri Perak dan untuk makluman Yang Berhormat juga berkaitan dengan wifi percuma, Ia adalah satu program yang bersifat sementara kerana semasa itu perancangan yang teliti belum dirancang sepenuhnya. Jadi dengan keadaan sekarang kita merancang untuk kesemua premis di kawasan negeri kita khususnya di bawah program JENDELA akan kita laksanakan sebaik mungkin dan akhirnya wifi percuma ini kita kira akan tidak disambung lagi,tidak disambung lagi kerana kita telah pun berusaha untuk menyediakan coverage yang lebih baik di seluruh kawasan. Dulu dibuat kerana kita tak ada coverage baik di banyak kawasan dan juga untuk makluman Yang Berhormat, bagi w-fi di masjid khususnya. Kita sekarang ini sedang berbincang dengan pihak MAIPk khususnya, SU dewan kita sekarang yang ada sekarang ini untuk proses perlaksanaan yang disebut dengan hasrat bukan sekadar untuk kita memberikan perkhidmatan percuma kepada ahli kariah, di samping itu kita nak menarik seramai mungkin anak muda belia untuk datang ke masjid sebagai tanggungjawab mereka dan seterusnya mendapat peluang untuk menerima perkhidmatan tersebut, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat. Maka dengan ini tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.

Usul yang telah diberi notis, usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak DaMotion

Setiausaha Dewan

Perkara yang keempat. Usul yang telah diberi notis, usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi. Menyembah ucapan titah serta menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Ampun Tuanku, Patik-patik sekalian iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat, Dewan Negeri yang Keempat Belas, Perak Darul Ridzuan. Telah pun mendapat sokongan.

Sekarang masalah ini dibuka kepada dewan untuk dibahaskan. Sukacita dimaklumkan masa yang diperuntukkan adalah 10 minit setiap seorang dan saya berharap semua Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan.

Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan pada pagi ini, dipersilakan, Hutan Melintang.

Ok, dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Aulong. Aulong ada? Ok, kita teruskan. Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Manong, dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala alihi wasahbihi ajma'in. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, petugas-petugas dewan, pihak media dan kepada semua keluarga Malaysia yang saya cintai. Patik merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah pun menyempurnakan Titah Diraja pada Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas, Ampun tuanku. Terima Kasih, kini tiba giliran Manong untuk berbahas dalam masa yang cukup terbatas dan insyaallah mana yang sempat akan Manong suarakan untuk kesejahteraan keluarga besar kita di Negeri Perak bumi yang bertuah rakyat yang makmur dan sejahtera ini. Keluarga Manong mengucapkan setinggi tahniah kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Saarani bin Mohamad, ADUN Kota Tampan yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak untuk menerajui pentadbiran negeri ini. Semoga kerajaan pimpinan kita ini terus kekal mendapat kepercayaan dewan yang mulia ini dan sokongan rakyat Negeri Perak dalam memacu kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Rakyat yakin dan percaya akan kepimpinan Cikgu Saarani. Terima kasih kerana memberi telefon pintar dan data percuma kepada pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan Tuisyen Cikgu Saarani, sumbangan bantuan Covid-19 kotak makanan dan juga pelbagai lagi insentif untuk rakyat.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, hari ketiga kita masih bersidang dan semua telah berbahas dan semuanya menjuruskan kepada keharmonian politik matang, aras tinggi dan juga kepentingan rakyat di kawasan masing-masing. Sebagaimana kita sedia maklum, negara kita masih dihantui dengan pandemik Covid-19. Rakyat terkesan terikat dengan SOP, pergerakan terbatas, ekonomi rakyat lumpuh, hilang, masalah sosial juga meningkat seperti bunuh diri, sebagaimana tadi dimaklumkan 80 orang telah pun membunuh diri bila penceraian, hilang pekerjaan, rakyat jatuh miskin, orang susah bertambah susah, mereka yang ada gaji bulanan, pencen kurang terkesan tapi yang kais pagi makan pagi cukup terkesan kerana tiada apa yang nak dikais, hanya duduk di rumah stay at home. Begitu juga kepada nasib peniaga-peniaga, peniaga yang mengusahakan makanan, kedai-kedai makanan dan runcit mungkin boleh mencari rezeki tetapi nasib peniaga pakaian, perniagaan kasut dan seumpamanya, tidak mampu menanggung sara hidup malahan sewa kedai terpaksa dibayar walaupun tidak berniaga. Kebetulan saya berada setentang dengan Exco yang mempengerusikan Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sahabat saya satu team dalam memacu kerajaan yang prihatin, suka saya maklumkan apa yang berlaku dan menjadi rintihan rakyat.

Rakyat tersepit dengan masalah kewangan dan ditambah lagi dengan kenaikan harga barang yang luar biasa. Di saat rakyat hilang punca pendapatan, harga barang basah dan kering naik mendadak. Contohnya, ikan bilis sebelum RM30.00, sekarang telah mencecah RM39.00. Itu sebab kalau kita makan nasi lemak ikan bilisnya kurang, kadang-kadang tak ada pun ikan bilis. Ikan kembung dulu RM16.00 sekarang RM20.00. Ayam hari tu baru-baru ini RM5.80 tapi telah naik RM7.50 dan juga mencecah RM8.50. Sawi sekilo RM4.50, limau kasturi RM4.00 sekilo, udang sotong pun sudah mencecah RM30.00 sekilo. Barang-barang untuk kerja-kerja pertukangan, pembinaan juga naik 100%, harga besi, kayu dan juga bata sekarang ni mahal. Jadi mohonlah sahabat saya untuk pantau harga dari ladang ke penjual. Mungkin ada mainan orang tengah yang kontrolkan harganya, terutamanya harga awak tunggu ikan iaitu hari Jumaat Sabtu dan Ahad harganya berbeza tengah hari Isnin hinggalah ke hari Khamis.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, walau pun aktiviti pertanian, ternakan dan juga aktiviti berasaskan rantaian makanan dibenarkan, namun pergerakan untuk rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali dengan bersyarat dan disertakan dengan surat. Alhamdulillah baru-baru ini Manong dianugerahkan nikmat buah-buahan yang banyak. Dengan duriannya, rambutan, cempedak dan manggis. Ramai petani dan orang-orang kampung juga mengeluh hasil tidak boleh dipasarkan, harga yang murah dan buah lahak begitu saja. Jual di tepi jalan kurang laku sebab tiada pembeli, tiada ada orang menggunakan jalan raya, tidak ada pergerakan jadi terpaksalah buah dilambak begitu saja. Jadi saya inginlah minta kepada sahabat saya Exco Pertanian, apakah tanggungjawab kerajaan dalam menangani isu ini?

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, isu rakyat yang utama dalam musim PKP pandemik, ini sebagaimana Titah Diraja pada muka surat 12 para 16 adalah isu makanan. Keadaan keselamatan makanan dunia semakin kritikal. Tiada makanan, rakyat boleh mengamuk, tiada beras rakyat akan jadi tidak waras, tiada beras rakyat tidak deras untuk berfikir dan bekerja, tiada beras rakyat akan lemah, tidak keras untuk berdikari mencari rezeki, beras adalah penting dan utama. Saya cadangkan bagi menghadapi musim-musim yang akan datang kita tidak tahu apa akan berlaku di zaman fitnah akhir zaman dunia yang sakit ini sebagai persediaan sebagaimana Nabi Allah Yusuf Alaihissalam menyediakan persiapan untuk bekalan makanan 7 tahun untuk rakyatnya. Kita ambil iktibar, jika boleh Perak giatkan aktiviti pertanian, buka kawasan-kawasan pertanian, tanah-tanah terbiar dimajukan, galakkan golongan muda ceburi pertanian dengan bantuan dan subsidi dan Perak menjadi pembekal kepada hasil tani dan industri berasaskan pertanian. Gerakkan pertanian moden sebagaimana Titah Duli Tuanku. Saya cukup setuju dengan #hashtag terdahulu, tanam apa yang kita nak makan dan makan apa yang kita nak tanam, lebih kita jual. Saya juga cadangkan supaya Perak menjadi pengeluar padi huma. Kawasan tanah yang berbukit kita tanamkan dengan padi huma. Kita banyak kawasan yang berbukit bukau dan saya cadangkan di kaki Gunung Bubu boleh dijadikan perintis kepada tanaman padi huma ini supaya beras mencukupi dan kita tidak berharap kepada beras import, rantaian makanan asas tidak terputus.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sepanjang tempoh keluarga duduk di rumah, anak-anak membuat PdPR, tidak boleh ke sana dan juga ke sini, rakyat memerlukan liputan capaian internet yang meluas. Walau pun dah disediakan perkhidmatan yang baik, namun masih ada lagi kampung-kampung yang tidak ada liputan dan juga rangkaian internet. Ada pun kadang-kadang tenggelam timbul, terpaksa keluar daripada rumah ataupun keluar daripada kampung dan ini amat merbahaya dan memberi risiko jangkitan Covid-19. Antara kampung yang bernasib malang adalah kampung saya sendiri, Kampung Guar dan juga termasuk juga kampung yang terlibat ialah Kampung Pulai, Kampung Ara Panjang, Kampung Jeliang, Kampung Ketior Luar, Kampung Ketior Dalam, Kampung Benting, Kampung Sementa dan juga Kampung Talang Dusun. Termasuk juga Kampung Suak Petai dan juga Kampung Ulu Piul. Walau bagaimanapun, terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan di mana Yang Berhormat Exco telah pun memaklumkan sebentar tadi bahawa telah meluluskan 2 lokasi stesen pemancar, 15 lokasi naik taraf 4G dan 8 lagi lokasi akan dinaiktaraf secara berperingkat. Terima kasih, namun begitu ada juga masjid yang menawarkan lokasi untuk pembinaan stesen menara ini, contohnya masjid di kampung saya sendiri Masjid Kampung Guar.

Melaksanakan PdPR, peranan wanita, ibu juga penting. Saya mengucapkan tahniah kepada wanita khususnya, khususnya para ibu yang sabar dengan kerenah anak-anak, tabah dan cekal dalam memastikan PdPR dapat dilaksanakan, dijayakan oleh anak-anak. Walau pun ramai yang mengeluh kekurangan ilmu tapi kerana sedar akan kepentingan ilmu, ibu-ibu kadang-kadang di rumah menjadi seperti seekor singa bagi memastikan anak-anak melaksanakan PdPR. Terkesan emosi dan fizikal dan terbeban serta penat dengan masalah rumahtangga disebabkan PKP, semua ahli keluarga berada di rumah dalam tempoh masa yang lama. Justeru itu, eloklah sekiranya Sekretariat Wanita Perak dapat memberikan sedikit imbuhan kepada wanita. Ibu-ibu yang sentiasa mendidik masyarakat. Selama hari ini kita memberi kepada ketua isi rumah sebagai menghargai wanita, sebagai suntikan semangat, mengurangkan stres diberikan juga kepada isteri dan juga ibu yang terkesan sepanjang tempoh PKP, memasak, menguruskan rumahtangga dan keluarga dan menjadi guru di rumah.

Saya cadangkan diberikan Kad Perak Prihatin kepada ketua isi rumah wanita, ibu tunggal dan mereka yang layak serta wanita yang dikategorikan golongan asnaf. Justeru itu bajet untuk Kad Perak Prihatin patut ditambah agar lebih ramai lagi penerima yang akan menerima Kad Perak Prihatin. Jika tahun 2019, seramai 17,000 penerima tahun 2020 dan 2021 naik 3,000 iaitu menjadikan 20,000 penerima dan untuk tahun hadapan 2022 dinaikkan 3000 ataupun 5000 lagi peserta menjadikan 23,000 atau 25,000 penerima Kad Perak Prihatin. Kad Perak Prihatin ini dapat mengurangkan beban ekonomi keluarga dan amat besar maknanya kepada mereka yang memerlukannya.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Perak telah stabil. Semoga kestabilan ini menguntungkan kerajaan dan rakyat Perak khususnya. Suhu politik negeri dan juga negara juga telah dapat diredakan. Ini menunjukkan petanda yang baik. Kita perlu sama-sama berganding bahu, bekerja bersama rakyat agar kemakmuran dan kesejahteraan rakyat terbina. Terima kasih kepada semua. Manong menjunjung kasih, Manong menyokong. Sekian. wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Manong. Yang cukup menepati masa. Disiplin sekali. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Hutan Melintang.

Datuk Khairuddin bin TarmiziUMNO · BNHutan Melintang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. (BACAAN DOA). Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat sahabat-sahabat ADUN Negeri Perak, seluruh pegawai anggota pentadbiran kerajaan serta seluruh rakyat di luar sana yang berkesempatan mengikuti persidangan pada hari ini. Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua kerana memberikan saya ruang untuk bersama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak sewaktu berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan kelmarin. Patik dan seluruh rakyat Kawasan Hutan Melintang Merafak Sembah Menjunjung Kasih Tuanku.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, oleh kerana tempoh berbahas bagi setiap Ahli Dewan diperuntukkan hanya selama 10 minit, maka saya cuba ringkaskan sebaik mungkin tapi matlamatnya tercapai terutamanya bagi mewakili suara-suara rakyat akar umbi khususnya warga DUN Hutan Melintang bertepatan dengan Titah Tuanku Sultan di para satu. Dewan ini merupakan tempat yang membolehkan rintihan rakyat didengari melalui suara Ahli-Ahli Dewan yang terpilih dan mendapat mandat rakyat semasa berlangsungnya pilihanraya. Justeru itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah ke atas usaha murni Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, urusetia dewan dan seluruh warga kerja pejabat SUK yang berjaya menguruskan persiapan dan perjalanan Persidangan Dewan Negeri kali ini secara gelembung dewan walaupun berhadapan dengan SOP yang ketat sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak MKN.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya serta seluruh warga DUN Hutan Melintang merakamkan penghargaan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar di atas langkah berani beliau memperkenalkan budaya politik baru aras tinggi yang sifatnya kurang berkonfrantasi, yang serta semangat politik matang. Saling menghormati, saling membantu tanpa mengira fahaman politik, bangsa, ikutan budaya serta anutan agama sepertimana para 27 Titah Diraja Paduka Sultan Perak sewaktu perasmian kelmarin. Saya amat yakin dan percaya dengan tindakan langkah berani memperkenalkan budaya baru ini dalam pentadbiran negeri saksama tanpa diskriminasi dan prejudis, Insya Allah dengan izin Allah SWT, matlamat serta hasrat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan bantuan seluruh pegawai dan anggota pentadbiran Kerajaan Negeri untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat serta semua lapisan masyarakat Negari Perak ini akan tercapai mengikut perancangan sewaktu seluruh rakyat sedang bergelut dengan krisis kesihatan dan terjejas sumber pendapatan yakni kegiatan ekonomi untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat pandemik Covid-19 ini yang sudah berlarutan hampir 18 bulan. Saya juga optimis dengan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian akan bersama-sama Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar untuk menyuburkan semangat politik matang aras tinggi ini.

Untuk membantu usaha-usaha yang dilaksanakan demi kepentingan membangunkan negeri dan mencari formula memenuhi keperluan rakyat. Persidangan hari semalam telah telah membuktikan wujud kebersamaan membahaskan saranan idea dan pandangan untuk mencari formula terbaik memenuhi keperluan rakyat di luar sana mengkesampingkan ideologi politik kepartian masing-masing sementara waktu ini. Semalam sewaktu sejak mula persidangan sehingga tertangguh ke jam 6 petang, saya tidak nampak kelibat buku warna hijau diangkat oleh mana-mana Ahli Yang Berhormat sebelum ini kerana setiap persidangan sudah tentu bersilang-silang tangan Ahli-Ahli Yang Berhormat angkat buku warna hijau itu, buku Perintah Tetap Dewan (Standing Order) memohon izin untuk menyuarakan usul bantahan. Tahniah dan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat memudahkan tugas Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Timbalan Speaker untuk menguruskan persidangan pada kali ini. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, para 7 Titah Tuanku Sultan. Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) dan juga inisiatif kepada rakyat yang terkesan pandemik Covid-19.

Di kawasan saya DUN Hutan Melintang, golongan penjaja, peniaga kecil dan juga usahawan muda amat terkesan dengan kesusahan mereka untuk meneruskan kelangsungan perniagaan mereka, sepertimana yang telah pun diulas oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar tadi. Terima kasih kepada semua pihak sama ada pihak kerajaan ataupun GLC-GLC yang telah pun memberikan bantuan sama ada secara one-off ataupun secara CSR. Namun, saya yakin dan percaya bahawa jumlah tersebut boleh lagi ditambah oleh pihak GLC dan sebagainya untuk pastikan mereka yang terkesan ini dapat terus meneruskan kelangsungan hidup terutamanya usahawan muda yang terjejas perniagaan mereka. Saya juga, satu cerita di kawasan saya, oleh kerana pihak MKN sebelum ini telah pun menetapkan dengan PKPnya, PKPDnya, PKPPnya, Lockdownnya, PPNnya dan sebagainya, sahabat saya ini tidak meniaga. Sekejap meniaga, sekejap tidak. Apabila gerainya tutup di tepi jalan menjual goreng pisang dan sebagainya. Dia tinggalkan perkakasnya. Apa yang terjadi habis barangnya kena curi. Peralatan memasaknya daripada tong gas, kuali, periuk dan sebagainya. Oleh itu, maka perkara seperti inilah yang kita harus bantu untuk memastikan mereka terus dapat meniaga menyambung kelangsungan hidup. Insya Allah.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, tidak sempurna perbahasan saya jika tidak menyuarakan hasrat rakyat kawasan Hutan Melintang. Mereka semua amat berharap agar rintihan mereka dapat perhatian khususnya daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta daripada sahabat-sahabat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berkaitan. Yang pertama, mereka menyampaikan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar kerana meluluskan projek membina baru jalan laluan negeri Kampung Sungai Ipir ke Kampung Sungai Dulang Fasa 2 di pembentangan bajet tahun lepas, tahun lalu tapi sepatutnya dilaksanakan pada tahun ini. Oleh kerana kekangan Covid-19 maka projek ini mungkin akan dilaksanakan pada tahun hadapan. Jadi, saya berharap supaya pihak pegawai penguasa projek iaitu JKR untuk dapat meneruskan projek ini secepat mungkin kerana ia merupakan pemangkin ekonomi penduduk setempat di kawasan yang berkaitan.

Yang kedua, terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar dan juga seluruh pentadbiran negeri kerana meluluskan kerja-kerja tanah, bekalan elektrik dan air, pembinaan jalan, longkang asas tanah bagi RPT Sungai Ipil, Hutan Melintang bernilai RM3 juta sedang laksanakan. Terima kasih Yang Berhormat Dato' dan juga seluruh anggota pentadbiran dapat menyelesaikan masalah pemilik tanah lot rumah kediaman yang telah membayar cukai sejak berpuluh-puluh tahun lalu dapat diselesaikan pada kali ini. Terima kasih dan seterusnya, saya juga membangkitkan permasalahan memiliki rumah kediaman untuk warga muda dari B40 yang telah berkeluarga khususnya. Oleh kerana kawasan Hutan Melintang merupakan kawasan yang sedang mula membangun. Oleh kerana kawasan pendaratan hasil laut yang paling besar di daerah di kawasan pantai barat Malaysia ini di Hutan Melintang, maka banyak kilang-kilang berasaskan laut dibina dan alhamdulillah memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Oleh itu, maka permasalahan sekarang adalah kerana kurangnya perumahan, rumah mereka untuk didiami dan kita berharap supaya Kerajaan Negeri dapat mengadakan projek perumahan rumah Perak mampu milik contohnya atau Projek Perumahan Rumah Perak Berkos Rendah seumpamanya. Diharapkan pihak (LPHP) Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dapat membantu. Dua kawasan tanah telah dikenalpasti milik Kerajaan Negeri Perak iaitu kawasan sekarang ini merupakan kawasan perumahan awam. Taman Perumahan Awam, ada dua kawasan perumahan awam yang dibina rumah awam tetapi tidak sepenuhnya. Ada lagi berbaki 2 ekar setengah, ada yang 5 ekar setengah dan juga satu lagi 6 ekar boleh dibangunkan untuk projek perumahan bagi membantu agar anak-anak muda yang berkeluarga dalam Kategori B40 ini dapat dibantu untuk memiliki rumah sendiri dengan kemampuan mereka untuk membayar balik secara bulanan dan sebagainya.

Yang di-Pertua

YB dua minit lagi ya.

Datuk Khairuddin bin TarmiziUMNO · BNHutan Melintang

Dua minit lagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang amat petang paling utama saya nak bangkitkan adalah permasalahan Jeti Penambang Kampung Kota, Hutan Melintang runtuh dipukul arus deras. Berlaku sekitar bulan Mei tahun 2020. Yang Berhormat Dato' Exco Infrastruktur Dato' Zol, telah melawat tempat kejadian pada bulan Jun tahun 2020 dan pihak JKR Negeri Perak telah mengadakan lawatan pemeriksaan bersama Unit Pakar Forensik pada tarikh bulan Ogos 2020. Saranan pihak JKR membina struktur jeti baru, penggunaan jeti lama tidak selamat digunakan jika dibaikpulih. Masalahnya tiada peruntukan. Mohon jasa baik YAB Menteri Besar untuk membantu kos diperlukan sebanyak RM3.3 juta.

Seterusnya dari segi food security, saya berharap supaya untuk Bagan Datuk minta Exco Pertanian supaya tanaman untuk makanan ini khususnya memperkasakan tanaman Kelapa Matag. Kerana ini merupakan satu hasil tanaman ataupun komuniti yang berdaya maju untuk dipasarkan. Tambahan musim Covid ini Dato' Yang Dipertua, harga kelapa muda meningkat naik kerana ada yang menyatakan bahawa ianya merupakan penawar kepada penyakit-penyakit dan sebagainya. Jadi insyaallah kita berharap mungkin Exco Pertanian boleh membantu untuk program Rangsangan Ekonomi untuk sektor pertanian. Seterusnya dari segi luar bandar. Dari segi care taker kampung tradisional kaum India. Di tempat saya banyak kawasan-kawasan perumahan kaum India ada kampung-kampung yang tidak ada dikawal selia oleh mana-mana pihak. Tidak termasuk dalam kawasan Majlis Perbandaran dan sebagainya saya mohon supaya Exco Perumahan Luar bandar dapat melihat perkara ini supaya dapat kita bantu kaedah untuk berikan kehidupan yang terbaik untuk mereka di kawasan saya kerana lebih kurang ada 9,000 orang pengundi kawasan saya adalah kaum India. Kaum Cina ada, Kampung Baharu. Kaum India ini tidak ada. Saya mohon untuk difikirkan. Jadi untuk itu saya ambil kesempatan oleh kerana Tuan Dato' Speaker telah bagi lagi dua minit, saya ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih, tahniah dan syabas kepada seluruh frontliners di kawasan saya khususnya di kawasan (PPV) Pusat Pemberian Bagan Datuk yang mana telah bertungkus lumus daripada Tuan DO nya sendiri, Pegawai Daerah nya amat prihatin dan sentiasa merangka strategi bagaimana untuk menambahkan pendaftaran. Terutama golongan-golongan warga emas dan sebagainya. Alhamdulillah maka kita dapat meningkatkan fahaman kepada masyarakat untuk menerima vaksin.

Jadi akhirnya terima kasih kepada semua, saya doakan supaya perjalanan mesyuarat pada hari ini dan akhirnya pada hari Isnin nanti berjalan lancar dan kerjasama untuk membangunkan Negeri Perak di mana yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Jadi akhirnya selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke-64 tahun Malaysia Prihatin. Sekian wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hutan Melintang menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang, sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Aulong.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Terima kasih Dato' Tuan Yang Dipertua. Bunga melati harum mewangi, Bunga mawar ada duri, Jaga hati jaga diri, Pakailah mask setiap hari.

Terima kasih Tuan Yang Dipertua kerana izinkan saya bangun untuk pada pagi Jumaat yang penuh berkat ini untuk bangun membahas kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Sultan Perak, titah-titah Tuanku. Terlebih dahulu bagi pihak Pakatan Harapan dan juga pihak DAP kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota barisan hadapan, serta ahli keluarga mereka atas pengorbanan, bakti dan khidmat untuk membantu negara kita menangani Covid-19. Tuan Yang Dipertua, seperti yang dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Perak kejayaan mengadakan persidangan Dewan negeri pada waktu pandemik ini adalah bukti bahawa sistem demokrasi masih lagi subur di bumi Perak yang penuh bertuah ini. Dewan Undangan Negeri memainkan peranan yang cukup penting selain daripada meluluskan belanjawan memainkan peranan imbang dan semak kuasa dan juga mengubah undang-undang. Sebenarnya Dewan ini merupakan satu petanda mercu tanda simbol demokrasi, Sistem Raja Berpelembagaan, Demokrasi Berparlimen. Oleh kerana itu, pada pagi Jumaat yang penuh berkat ini, saya ingin mencadangkan demi memperkukuhkan institusi Dewan Undangan Negeri dan sistem reformasi, saya dicadangkan yang pertama supaya Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (Special Select Committee), Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Jawatankuasa Pilihan Khas Pihak Berkuasa Tempatan. Ketiga, Jawatankuasa Pilihan Khas (GLC) Government Link Company, keempat Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Awam serta Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Tanah. Ini adalah bakal mengikut langkah reformasi yang sedang dirancang dan diamalkan di peringkat Persekutuan.

Kedua, saya cadangkan supaya seiring dan selaras dengan peranan penting yang dimainkan oleh pihak pembangkang supaya Wakil Ketua Pembangkang, Wakil Pembangkang dilantik sebagai Pengerusi PAC di Negeri Perak. Ini telah pun diamalkan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Perak harus mencontohi teladan yang baik ini. Demi memastikan sistem semak dan imbang ini memainkan peranan yang penting. Yang ketiga, saya juga mencadangkan selaras dengan reformasi dan janji yang dibuat oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana Ketua Pembangkang di Parlimen adalah bertaraf Menteri. Maka di peringkat negeri kedudukan Ketua Pembangkang wajar bertaraf Exco. Yang keempat supaya kita seharusnya dengan segera meminda Enakmen Negeri dan Perintah Tetap Dewan Negeri supaya memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri atau PAC untuk memanggil saksi dan juga memberi keterangan semasa soal siasat.

Tuan Yang Dipertua, dibilik ini kita ada dua orang mantan Menteri Besar, ada dua orang mantan Exco Kerajaan, ada pemimpin Adun wanita, ada Ketua Right-Wing Party, kami rasa terpinggirlah. Tidak dapat masuk dalam ini kamar utama seolah-olah kami ini dianaktirikan. Saya tak tahulah ini SOP saya nak tanya Exco Kesihatan. Mengapa pada hari perasmian saya 21 tahun dalam Dewan ini bersama dengan YAB Kota Tampan kali pertama tak dibenarkan masuk dalam Dewan. Ini Exco Kesihatan jangan lari dari tanggungjawab tapi tolong sila jawab. Mengapa pada hari perasmian semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri boleh masuk kamar utama 3 jam? Adakah Covid bercuti pada hari pertama? Dan hanya bekerja berjangkit pada hari kedua? Di manakah rasionalnya? Saya sokong pandangan Yang Berhormat Pangkor mantan Menteri Besar. Semalam pun mengadu beliau dianaktirikan oleh Exco Kesihatan. Sila jawab jangan lari dari tanggungjawab. Mana rasionalnya? Bukannya semua yang dibuat oleh KKM ataupun MKN itu betul.

Semalam baru diumumkan oleh Bloomberg Global, Bloomberg Covid Resilience Index. Usaha kedudukan negara tercorot antara 53 negara di seluruh dunia yang menerima penilaian, Malaysia menduduki tangga paling atas dari bawah. Out of 53 countries we are, our ranking is number 53. Jumlah markah yang diperolehi hanya 42.7% sahaja. Ini membentukkan bukannya semua yang dibuat oleh MKN dan KKM itu tidak boleh disoal. Kita haruslah berdasarkan kepada sains, berdasarkan kepada keterangan. Bukan ikut suka hati Exco Kesihatan tersebut.

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, selain daripada itu saya ingin mencadangkan dalam cadangan untuk menangani covid, kita haruslah mengikut bentuk piawai yang ditetapkan oleh World Health Organization iaitu WHO. Saringan besar-besaran perlu dijalankan dengan kadar segera mengikut piawaian yang ditetapkan WHO. Iaitu setiap orang kes, 30 ujian saringan perlu dijalankan. Semalam negara kita menyaksikan tiga rekod yang sungguh membimbangkan. Tanggal 26 Ogos adalah satu tarikh hitam sejarah negara. Semalam negara menyaksikan kita telah pun negara dilanda jumlah kes kematian paling tinggi akibat Covid. 393 orang rakyat Malaysia mati akibat daripada Covid. Yang kedua, kadar positif yang paling tinggi dalam sejarah 15.36%. Keempat jumlah kes Covid paling banyak semalam 24,599 orang kena Covid. Menjadikan jumlah bulan kemerdekaan ini dah hampir 1.7 juta kes.

Tuan Yang Dipertua, selain daripada ujian saringan besar-besaran perlu dijalankan dengan segera seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor semua DUN, 59 DUN patut jalankan ujian saringan besar-besaran. Yang kedua, cadangan saya Kerajaan harus memperluaskan pusat pemberian vaksin ke seluruh Negeri termasuk klinik-klinik swasta yang berlesen. Kita ada 7,300 buah klinik tetapi setakat ini semua seluruh negara hanya 2,313 pusat PPV dibenarkan. Usaha ini perlu dipertingkatkan dengan segera supaya kadar vaksinasi kita yang kita sedang giat usahakan dapat dipercepat dan dipertingkatkan. Yang ketiga, cadangan saya adalah kita haruslah menawarkan subsidi dan menetapkan harga siling untuk RTK Antigen supaya rakyat mampu menjalankan ujian saringan ke atas diri. Sekarang harga RTK Antigen ini mahal. Hampir RM40.00. Paling murah pun RM30.00. Oleh kerana itu, harga siling wajar ditetap oleh Kerajaan berdasarkan kepada kos pengeluaran dan subsidi wajar diberikan supaya rakyat rajin menjalankan saringan atau ujian atas diri sendiri. Subsidi harga siling patut dilakukan dengan segera.

Yang Keempat kita harus mendesak CITF untuk meningkatkan bekalan vaksin kepada negeri Perak yang kita yang kini jauh ketinggalan dari kadar vaksinasi. Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, Perak kini menduduki tempat ke-10 jumlah orang dewasa yang telah menerima dua dos hanya mencecah 42.8%. berbanding dengan kadar purata Kebangsaan yang telah mencapai 59%. Oleh kerana itu, CITF telah saya dapat maklumat daripada Parlimen CITF telah membelanjakan hampir RM5.8 bilion untuk memberi 76 juta dos vaksin. Mengapa Perak dipinggirkan? Ini Exco Kesihatan wajib jawab. Jangan lalai dalam tugas. Jika tidak upaya undur diri lebih baik. Jangan! Kesianlah Yang Amat Berhormat Kota Tampan ni. Kesian MB turun padang mana-mana tapi Exco Kesihatan bayang pun tak nampak. Saya pun tak tahu apa nama dia. Yang Dipertua, yang keempat rancangan pemulihan ekonomi. Saya ingin membangun untuk menyokong cadangan Yang Berhormat Pangkor supaya Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Pemulihan Negeri yang terdiri daripada pakar sains dan juga Wakil Kerajaan dan Wakil Pembangkang. Pakatan Harapan akan sudi mempertimbangkan untuk menyertai Majlis Pemulihan Negeri supaya negeri ekonomi Negeri Perak dapat pulih secepat mungkin. Rakyat dapat menjalankan kehidupan normal.

Kedua saya menyarankan supaya Kerajaan haruslah melabur dalam sektor penghasilan makanan secara berskala tinggi serta menawarkan insentif pemilikan tanah kepada warga petani dan penternak. Dengar baik-baik yang benar-benar berusaha untuk menghasilkan makanan. Mengapa ini sangat perlu? Kerana mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak Covid-19, pandemik Covid-19 harga makanan telah pun meningkat 31% di hampir seluruh dunia dan Malaysia walaupun tahun ini kita telah mencapai kemerdekaan 64 tahun. After 64 years of independent, negara kita masih tidak mampu untuk menampung keperluan domestik malah terpaksa bergantung kepada import makanan dari luar negara. Tahun depan sahaja pada waktu Covid, Malaysia terpaksa mengimport RM51.4 bilion makanan daripada luar negara. Oleh kerana itu, Perak sebagai sebuah bumi yang penuh bertuah sebagai jelapang padi kedua perlulah meningkatkan usaha memastikan merancang strategi, memberi pemilikan tanah hanya kepada petani dan penternak yang benar-benar berusaha bukan mereka yang cari untung dengan sewa tanah tapi goyang kaki seperti Exco Kesihatan. Tuan Dipertua, selain daripada itu ....

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dua minit lagi Yang Berhormat.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Minta orang lama bagi sikit injuiry time Yang Dipertua. Kawan lama kan. Lagipun terpinggir dalam bilik ini. Tuan Yang Dipertua, selain daripada itu, saya juga mencadangkan demi memulihkan ekonomi bantuan khas dan pakej rangsangan ekonomi termasuk supplementary budget harus diperkenalkan kepada sektor ekonomi yang paling terjejas iaitu industri pelancongan, industri perhotelan, industri restoran dan khususnya golongan yang sedang menganggur. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kini kadar pengangguran di kalangan belia telah mencecah 9.34%. Ini tak pernah nampak sejak kemerdekaan. Jumlah penganggur dah hampir 800,000 orang. Ini memerlukan bantuan segera suntikan dana fiscal injection supaya mereka dapat menjalankan hidup secara normal. Jangan lupa kini mengikut Bukit Aman setiap hari hampir 4 orang rakyat Malaysia bunuh diri kerana kehampaan. Ini adalah satu masalah sosial yang cukup kronik, penting dan wajib ditangani dengan kadar segera. Yang keempat, antara bantuan yang wajar diberi termasuk potongan cukai, pengecualian fee, pemberian geran, pinjaman kredit kepada golongan sasaran, targeted group saja. Yang kelima, haruslah kita mempercepatkan urusan pentadbiran tanah sebagai salah satu mangkin pemulihan ekonomi.

Tuan Yang Dipertua, saya menerima laporan daripada REHDA, menerima aduan dari Dewan Perniagaan Melayu menunjukkan lebih 6,000 kes urusan tanah kini tertunggak dan melibatkan projek pembangunan yang bernilai hampir RM1.8 bilion di PTG Negeri Perak. Oleh kerana itu, perkara sedemikian perlu ditangani diatasi dengan segera. Hanya dengan pemprosesan yang efisien kita dapat memulihkan ekonomi kita dan menjana lebih mangkin pembangunan. Tuan Yang Dipertua, saya di sini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Dipertua dan juga Yang Amat Berhormat Kota Tampan Menteri Besar peruntukan saksama kepada semua ADUN termasuk pembangkang dan kehadiran pembangkang di mesyuarat Kerajaan adalah telah menjadikan Perak negeri pertama yang mempamerkan kematangan berpolitik pada aras yang tinggi. Langkah baru ini adalah satu permulaan positif dan model Perak mampu untuk mengubah lanskap politik negara. Ini juga mendapat pengiktirafan dalam teks ucapan Titah Tuanku. Ini merupakan langkah membina budaya politik yang berpaksikan kepada agenda reformasi dan kepentingan rakyat secara keseluruhan. Malahan sekarang YAB Perdana Menteri yang baru pun ikut model Negeri Perak, ikut amalan YAB Kota Tampan. Tengok Perdana Menteri baru tandatangan kenyataan bersama. Dulu kata no Anwar no DAP, sekarang yes Anwar yes DAP. Inilah permulaan yang baik. Inilah langkah positif. Kematangan berpolitik di aras tertinggi arus perdana. Perak menjadi teladan terbaik. Tahniah syabas saya ucapkan kepada YAB Kota Tampan. Walaupun ni rakan lama.

Yang terakhir Dato’ Yang Dipertua, Perdana Menteri dalam ucapan, in his maiden speech telah pun memperkenalkan konsep keluarga Malaysia. Dulu Najib buat One Malaysia, Satu Malaysia. Sekarang ada konsep keluarga Malaysia. Kami mengalu-ngalukan. Memang sudah sampai masanya, dah enam dekad kita merdeka. Sampai bila kita nak benarkan polemik politik perkauman atau pun politik penunggang agama itu. Marilah kita seperti yang dikatakan oleh pepatah Melayu, ambillah yang jernih tinggalkan yang keruh. Sempena bulan kemerdekaan ini saya menggesa kerajaan perlu melakukan langkah-langkah yang konkrit untuk memberhentikan politik perkauman dan fahaman sempit agama yang ekstrem. Sekadar menanam tebu di bibir adalah tidak memadai. Sempena bulan kemerdekaan ini jelas marilah kita bersama membentuk semangat keluarga Malaysia. Anak melayu anak kita, anak Cina anak kita, anak India anak kita, kerana kita semua adalah anak Malaysia. Dengan ini saya mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Selamat maju jaya. Salam reformasi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Aulong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Pasir Panjang.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillahirrahmannirrahim. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatu Wassalamu 'Ala-Asyarafil Anbiya'e Warmursalin Saidina Muhammadin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Dato’ Yang Dipertua, YAB Menteri Besar, Barisan Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengamal media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan dan puan-puan. Sebelum bermula sebagai ADUN Pasir Panjang ingin menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan pada Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak. Sebelum itu juga saya ingin merakamkan perasaan sedih dan hiba serta salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa Covid-19 yang telah diuji dengan kehilangan insan tersayang. Pasir Panjang ingin juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan sama ada petugas kesihatan atau pun bukan kesihatan yang membanting keringat tanpa mengenal penat dan lelah untuk membantu memastikan vaksin sampai ke lengan penduduk Malaysia. Dato' Yang Dipertua, tahun 2021 merupakan tahun yang sukar dan mencabar berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Ujian yang getir ini bukan sahaja merubah kehidupan kita semua bahkan impak Covid-19 ini turut merencatkan perkembangan ekonomi negeri dengan kadar yang begitu drastik. Ekosistem perniagaan juga turut terhimpit dan rentetan dari itu menyebabkan implikasi yang membimbangkan. Dengan izin Dato’ Yang Dipertua, extraordinary time required extraordinary measures. Dengan cabaran yang amat luar biasa ini ia memerlukan komitmen kerajaan yang luar biasa. Malah bukan setakat kualiti kerajaan negeri yang luar biasa tetapi dasar ekonomi negeri yang luar biasa. Rakyat mengharapkan agar kerajaan negeri sentiasa memastikan mereka berasa terbela dan dapat menunjukkan jalan keluar bagi menyelamatkan mereka.

Dato' Yang Dipertua, ini masuk musim hujan. Dari pengalaman saya di Dun Pasir Panjang dalam menghadapi banjir saban tahun bersama-sama penduduk di Kampung Kayan di Batu 14 telah berusaha memperbaiki taraf hidup penduduk tetapi ternyata isu banjir pun belum betul-betul dapat membantu rakyat. Bila musim hujan banjir, kita pindahkan mereka. Tahun hadapan banjir lagi kita pindahkan mereka lagi. Jika berlaku banjir lagi pada tahun ini persediaan kali ini agak rumit. Apakah kita sudah bersedia dengan SOP bagi mengatasi masalah banjir dan kita juga khuatir kluster banjir akan timbul. Dato' Yang Dipertua, pembangunan lembah makanan di kawasan Lekir merupakan usaha yang berterusan dalam memajukan sumber terminal makanan negeri lebih-lebih lagi potensi lokasinya yang berdekatan Lebuhraya Pantai Barat. Persoalannya bagaimanakah status Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan atau TKPM Lekir setakat ini. Saya telah pun bercakap berapa kali di dalam dewan ini program yang dilaksanakan di pusat pertanian Lekir. Sampai kini saya tidak dapat melihat output ataupun statusnya sama seperti dulu. Tidak ada yang dikeluarkan dan dipasarkan di kawasan ataupun di Lekir itu sendiri. Jadi kita mengharapkan bahawa komitmen yang tinggi sebagaimana yang dinyatakan oleh Tuanku iaitu kita kekurangan makanan dan kita ada tempat untuk mengeluarkan makanan tetapi tidak menjalankan seperti yang kita hajatkan.

Begitu juga Dato’ Yang Dipertua di bagan atau pun di sektor aquaculture di Mukim Lekir. Terdapat kebun kerang yang telahpun diusahakan oleh seramai 252 peserta daripada 19 buah ataupun 19 kebun. Jadi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan iaitu kemudahan teknikal ataupun technical know how infra iaitu jeti dan peralatan. Peralatan yang diberikan oleh kerajaan ialah mesin grading saiz kerang dan 3 buah jeti yang saya sebutkan tadi ialah antaranya di Sungai Tiram, di Kayan dan sebuah lagi ialah di kawasan berhampiran dengan Sungai Tiram. Saya ingin mencadangkan dalam mesyuarat ini tindakan di peringkat daerah untuk memastikan projek kebun kerang ini dapat memenuhi sasaran menepati objektif yang ditentukan iaitu supaya rakyat di Pasir Panjang dapat menikmati seperti yang saya katakan tadilah membangunkan ekonomi setempat.

Dato' Yang Dipertua, pembaikan kemudahan infra untuk rakyat terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar mestilah menjadi keutamaan bagi kerajaan negeri. Oleh itu, kerajaan negeri diharapkan terus memberi penekanan kepada pembangunan infrastruktur di DUN Pasir Panjang antaranya ialah isu Perumahan Rakyat B40 dan golongan asnaf. Yang pertama di kawasan Kayan, yang kedua di kawasan Batu 8, Lekir, yang ketiga ialah kawasan di Sungai Tiram. Kita di Parlimen Lumut telah pun mengenalpasti beberapa kawasan baru di Mukim Lekir, di Mukim Sungai Limau dan begitu juga di kawasan Kayan. Jadi diharapkan ianya akan menjadi kenyataan. Pejabat Tanah dan Daerah telah mengemukakan permohonan untuk tapak tanah hanya menunggu kelulusan dari pihak MKN iaitu Majlis Kerajaan Negeri untuk meluluskan. Jadi dalam dewan yang mulia ini, saya mengharapkan Yang Amat Berhormat MB dapat mempertimbangkan supayanya diluluskan.

Dato’ Yang Dipertua, isu yang ada di kawasan saya iaitu pencerahan di jalan Persekutuan. Lokasi Batu 7, Lekir ke Batu 10 tak jauh. Jadi kawasan tersebut merupakan kawasan yang sibuk, kawasan yang sesak merupakan jalan alternatif Lebuhraya Pantai Barat, laluan untuk ke bandar Manjung kepada Lumut Bandar Setiawan dan terdapat pertambahan penempatan di jajaran Batu 7 hingga Batu 10 dan kelebaran jalan yang tidak standard dan menyebabkan berlaku kesulitan. Jadi oleh itu, kita mencadangkan bahawa lampu jalan yang tidak sekata maksudnya putus-putus, lampu terus kemudian tak ada lampu, ada lagi lampu, tak ada lampu. Jadi ini membahayakan keadaan. Jadi mohon tindakan daripada pihak kerajaan negeri untuk membantu permasalahan pencahayaan yang dinyatakan tadi dan…

Timbalan Yang di-Pertua

Seminit.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

...Seperkara lagi ada lampu kadang-kadang tidak menyala disebabkan oleh kerosakan. Jadi saya mengharapkan bahawa apabila berlaku kerosakan sedemikian hendaklah di atasi dengan kadar segera untuk mengelakkan kemalangan berlaku.

Timbalan Yang Dipertua, seperkara yang ingin saya sampaikan lagi ialah berkaitan dengan isu lalat iaitu telah pun dibincangkan sebelum ini dan tak perlulah saya perkatakan lagi dan saya mengharapkan apa saja tindakan yang dijalankan oleh kerajaan negeri hendaklah sampai ke Pasir Panjang. Jadi mohon kerajaan negeri jangan terlepas pandang isu lalat yang mengganggu gugat penduduk di DUN Pasir Panjang ataupun di Daerah Manjung dan kita tahu bahawa Manjung merupakan kawasan pelancongan Bandar Maritim dan sekiranya pelancong datang mereka makan ataupun berebut dengan lalat. Jadi elakkan perkara itu berlaku.

Timbalan Yang Dipertua, sebagai penutup, apa yang kita perlu sekarang ialah adakan satu spirit by posssession seat iaitu semangat kerjasama di antara blok kerajaan dan blok pembangkang. Masing-masing boleh menjadi check and balance kepada kerajaan sedia ada. Di mana kita semua boleh berganding bahu bekerjasama sebagai frontliner untuk mengawal wabak Covid-19. Semangat full of government and full of society aproach untuk itu kita ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar mengumumkan peruntukan sebanyak RM100 ribu kepada semua ADUN di Negeri Perak ini, ini bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada rakyat yang terjejas Covid-19 melalui kawasan masing-masing. Ada yang tak setuju ke? Setuju ya.

Jadi saya rasa penutupnya marilah sama-sama ataupun kita pastikan tidak ada syarat tidak ada yang baru lagi menoleh ke belakang setelah terkurung untuk tempoh sekian lama. Insyaallah once for all kita tamatkan segala duka durjana wabak ini, mari kita amalkan politik norma baru, demi kesejahteraan Negeri Perak yang tercinta. Robbana atina fiddunya hasanah wafil akhiroti hasanah waqina adzabannar. Pasir Panjang menyokong usul Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas penzahiran titah Tuanku. Wabillahhitaufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Panjang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Buntong dipersilakan. Buntong. Teknikal. Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Astaka dipersilakan.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua dan Selamat Pagi kepada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai-pegawai agensi dan juga rakan-rakan media yang menyertai sidang dewan pagi ini secara atas talian. Tadi Aulong telah menyebut apa yang saya ingin sebut iaitu berkenaan dengan reformasi institusi tetapi ini juga merupakan bahawa betapa pentingnya kita kena melaksanakan reformasi ini. Sebelum ini saya duduk dalam Jawatankuasa ini saya merupakan anggota dalam Jawatankuasa ini dan saya tahu apa langkah yang telah diambil oleh Jawatankuasa ini untuk melaksanakan pembaharuan ini. Mantan Speaker Dato’ Ngeh Koo Ham juga pernah mengatakan bahawa pembaharuan dan pindaan terhadap Perintah Tetap adalah bertujuan untuk menjadikan Dewan Negeri satu badan yang efektif dan peranannya sebagai penyemak dan penyimbang kepada eksekutif untuk meminimumkan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku. Ini adalah selari dengan Titah Diraja oleh Tuanku Sultan Perak pada hari rabu yang lepas dalam perenggan pertama. Oleh itu, saya ingin mengingatkan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang juga merupakan ketua pembangkang semasa Pakatan Rakyat Pakatan Harapan menjadi kerajaan beliau telah selaku ketua pembangkang menganggotai Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan oleh mantan Speaker untuk mengkaji pembaharuan yang akan dilakukan terhadap Perintah Tetap.

Oleh itu, saya ingin sekali lagi mengingatkan Yang Amat Berhormat Kota tampan supaya apabila menjadi ketua pembangkang masa tersebut telah bersetuju terhadap pembaharuan itu jangan sekarang apabila sudah menjadi Menteri Besar lupa apa yang telah disetujui oleh beliau dan sekarang mempunyai kuasa dan platform yang lebih baik saya harap Yang Amat Berhormat Kota Tampan boleh teruskan pembaharuan ini supaya dalam Negeri Perak boleh menjadi satu negeri yang baik dan teladan yang cukup baik kepada negeri-negeri lain. Seterusnya saya ingin membangkitkan satu isu yang juga boleh kita cari dalam Titah Diraja iaitu di Perenggan 5, Pandemik Covid-19 turut memberi kesan terhadap kutipan hasil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Secara keseluruhannya hasil PBT tahun 2020 menurun RM256.74 juta bersamaan 20.2 peratus berbanding hasil tahun 2019. Timbalan Yang Dipertua, dalam Titah Diraja ini kita boleh nampak memang hasil kutipan PBT ini terkesan tetapi saya juga ingin tanya kerajaan sekarang. Adakah apabila kerajaan ataupun hasil PBT ini apabila terkesan, adakah PBT dibenarkan untuk menekan ataupun merompak rakyat? Di tangan saya ada satu slip cetakan daripada Majlis Perbandaran Taiping tertulis di sini, permit kerja PKP. Permit ini Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah mengutip jumlah sebanyak RM150 untuk permit kerja PKP ini. Apabila satu industri atau satu sektor dibenarkan untuk beroperasi di bawah MKN, di bawah SOP yang ditetapkan oleh MKN. Mengapa PBT dibenarkan untuk mengutip cukai ataupun permit sebegini? Kutipan sebegini akan lebih menekankan rakyat. Sebab mereka sudah lama tidak bekerja. Apabila sektor yang dibenarkan untuk beroperasi bekerja dan sekarang mereka pula kena bayar permit sebelum mula bekerja. Adakah ini sama berlaku di semua PBT di Negeri Perak ataupun kes sebegini hanya berlaku di Taiping? Dan saya cadang supaya EXCO berkenaan boleh memberi satu jawapan. Jika kutipan ini diteruskan, adakah ini disebut atau digelar sebagai satu kerajaan yang prihatin terhadap rakyat. Jika tidak. Jika ini telah dihentikan, saya rasa saya harus cakap tahniah kepada kerajaan. Kalau belum henti, saya harap Exco berkenaan dan juga Kerajaan Negeri Perak boleh memberhentikan kes begini.

Seterusnya sepertimana yang dibangkitkan oleh Pasir Panjang tadi. Isu banjir dan juga lampu jalan. Kalau Pasir Panjang dan saya, Astaka juga sebut kes ataupun isu ini memandangkan di Manjung betul-betul kami menghadapi masalah sebegini dan kadangkala saya tahu tempat atau kawasan yang di bawah seliaan bukan bawah kerajaan negeri mungkin JKR boleh kata Jalan Persekutuan. Jalan itu memang Jalan Persekutuan tetapi Kerajaan Negeri apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat di negeri ini. Sebab kalau you tengok di Sitiawan ataupun di Astaka. Jalan Kampung Koh ini mempunyai sekurang-kurangnya empat puluh tiga batang tiang lampu yang tidak menyala pada waktu malam dan hal ini bukan sahaja berlaku selama satu minggu dua minggu, sekurang-kurangnya tiga bulan dan saya nak tanya. Ya, betul itu Jalan Persekutuan tetapi bila MP dah tanya dalam Parlimen tak ada kerja.

Kerajaan Negeri bila saya sebut, bangkitkan isu ini dalam JKTD katakan JKR akan tetap ambil tindakan susulan tetapi sampai sekarang tiada ada apa-apa tindakan diambil. Itu masalahnya cukup-cukup serius dan kalau malam sekarang. Sebelum ini ada PKP, PKPD, PKPB. Ya, kita tidak galakkan orang keluar pada waktu malam tetapi janganlah kita bila lampu jalan rosak kita tidak memperbaikinya dan banjir sekarang hampirlah ataupun kita cuaca sekarang pun susah nak dijangkakan. Sekarang mungkin banyak cepat kita akan masuk musim banjir, musim hujan dan di Sitiawan ataupun di Manjung mungkin di Pasir Panjang juga banyak tempat menghadapi masalah banjir dan banjir kilat yang pernah berlaku teruk sekali pada tahun lepas di Sitiawan adalah satu Pasar Awam Kampung Koh hampir tenggelam. Oleh itu, saya rasa satu Pelan Induk ataupun masterplan bagi sistem saliran yang penting harus dihasilkan. Sebab kalau kita mempunyai masterplan atau Pelan Induk ini kita boleh tahu saliran air dia macam mana ia mengalir. Ini pernah saya bangkitkan dalam satu mesyuarat khas yang telah dipanggil oleh Pegawai Daerah, Mantan Pegawai Daerah yang telah di transfer ke tempat lain dan dalam mesyuarat tersebut PBT iaitu MPM Manjung, JPS, JKR dan juga agensi-agensi yang lain yang terlibat, mereka juga janji akan keluarkan atau hasilkan satu Pelan Induk Sistem Saliran tetapi sampai hari ini tidak ada satu pun Pelan Induk dan saya rasa apabila Adun-adun di pihak pembangkang ini telah dilantik menjadi anggota JTPD dan saya rasa banyak isu yang kami bangkitkan itu. Kami harap dapat maklum balas. Apabila kita tanya kita tak dapat maklum balas. Maka ia macam tidak berkesanlah apabila melantik pihak pembangkang untuk masuk ke JTPD. Ya, tercatat apa isu yang telah dibangkitkan. Ya, maklum balas ada tindakan akan diambil. Itu saja. Saya pun boleh jawab. Tapi apakah tindakan yang sebenarnya yang telah diambil oleh agensi tertentu? Itu yang saya ingin nampak. Seterusnya saya ingin juga membangkitkan isu berkenaan dengan Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. yang juga di bawah EXCO Perumahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Astaka, dua minit lagi.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Ya, ya dan Puncak Emas ini saya tahu banyak isu, banyak lubang jalan tidak diturap, tidak dibuat, longkang tidak dicuci. Apabila saya tanya dengan PBT-PBT memaklumkan bahawa tengah tunggu peruntukan, laporan sudah turun lapang, laporan sudah turun siasat. Betul dan hantar apa-apa laporan kepada Puncak Emas. Puncak Emas tunggu peruntukan. Saya hendak tanya peruntukan ini ambil berapa lama untuk bagi peruntukan disalurkan kepada akaun yang berkenaan? Saya pun tidak tahu sebenar prosedurnya. Apa yang sebenar prosedurnya. Saya pun tidak tahu sebab bila saya tanya satu pihak, dia tolak kepada pihak yang lain. Bila saya tanya pihak yang yang sebenarnya, kononnya saya harus tanya tetapi dia tolak kepada pihak yang lain. Saya pun tidak pasti dan Puncak Emas ini. Contoh ada berapa kali saya telah turun padang tengok menyiasat, betul-betul dan dengan mata sendiri, saya tengok masalah itu hampir tiga bulan tidak menyelesaikan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya masalah saluran peruntukan ada masalah teknikal ataupun mana pihak yang harus bertanggungjawab jika kemalangan berlaku. Adakah Puncak Emas akan bertanggungjawab ataupun pihak PBT yang akan bertanggungjawab? Saya pun tidak tahu. Itu masalah yang harus kita mengalami. Ini banyak dekat dengan hati rakyat. Jika masalah sebegini tidak boleh diselesaikan oleh kerajaan. Saya rasa rakyat memang tidak ada keyakinan terhadap kerajaan ini.

Oleh itu, saya rasa isu sebegini harus kita bincang dan betul-betul mempercepatkan proses ia dan menyelesaikan. Walaupun semasa MCO, PKP, PKPD. Apa PKP pun masalah ini lubang dia orang masih guna jalan, orang masih boleh jatuh. Mungkin kemalangan akan berlaku juga. Jadi saya harap isu sebegini haruslah diambil tindakan yang secepat mungkin untuk mengatasinya.

Seterusnya berkenaan dengan lalat. Ini paling penting. Semalam Trong pun sebut kalau saya tidak silap. Tadi Pasir Panjang pun pernah sentuh isu ini dan sebelum ini semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan saya sendiri pun duduk dalam Jawatankuasa ini dan enakmen unggas kami cuba sedaya upaya untuk kami hendak hantar dan buat pindaan yang tertentu supaya kita boleh menguatkuasakan dan memastikan isu lalat ini boleh diselesaikan dan setiap kali walaupun saya tidak menyentuh isu ini dalam perbahasan saya. Saya banyak kali telah follow up dengan izinnya dalam soalan tulis atau soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua

Astaka, yang terakhir.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Ya, isu ini terakhir, dan setiap kali jawapan yang saya dapat adalah deraf pindaan enakmen ini telah dihantar kepada Unit Perundangan dan lepas itu sekarang yang paling latest dengan izinnya, yang telah saya terima adalah deraf ini telah dihantar kepada Putrajaya sebelum ini kita tidak dimaklumkan sebegini dan kalau satu enakmen kena kita tangguh berapa lama baru kita boleh laksanakan saya tidak nampak ke mana negeri Perak boleh maju. Kalau kes begini atau isu-isu sebegini yang begitu dekat dengan hati rakyat tidak boleh diselesaikan dengan secepat mungkin saya rasa walaupun kita ada kerajaan baru, kita nampaknya ada landskap atau budaya politik yang lebih matang sekarang tapi kita tidak nampak ke mana kita akan hala. Oleh itu, saya rasa kerajaan baru di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan boleh bagi jawapan yang cukup jelas dan tentu ke mana kita akan pergi. Kalau tidak saya rasa Negeri Perak ini memang teruk sekali. Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua dan juga Astaka menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Astaka, dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan. Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Teja untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana Teja diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan titah Tuanku Sultan Perak dalam sidang Dewan kali ini. Pertama kali, pertamanya saya ingin sentuh isu tentang vaksinasi di mana saya ingin kongsikan statistik daripada laporan PICK iaitu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Negeri Perak yang bertarikh 24 Ogos yang menunjukkan bahawa daerah Kampar kini telah mencatat kadar pendaftaran vaksin sebanyak 103.06 %. Pencapaian luar biasa ini, sepatutnya sesuatu yang menggembirakan. Namun saya tak dapat nak ucapkan tahniah kepada Exco Kesihatan kerana adalah open secret dengan izin bahawa sebenarnya angka ini adalah hasil daripada penduduk dari daerah lain yang menukar maklumat peribadi dalam sistem pendaftaran untuk menyamar sebagai penduduk Daerah Kampar dengan harapan mendapat temujanji vaksin lebih awal. Episod hijrah ini telah menyebabkan penduduk Daerah Kampar di mana DUN Teja berada terpaksa bersaing dengan lebih ramai pemohon untuk menunggu giliran vaksinasi. Ianya juga menyebabkan statistik yang direkodkan memberikan gambaran yang kurang tepat berbanding dengan keadaan sebenar.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada pasukan CITF Kampar yang banyak mengambil inisiatif dalam cuba menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul ekoran daripada kejadian ini. Pada masa yang sama, kita perlu juga fikir punca utama yang mendorong kepada insiden seperti ini. Adakah kita patut menyalahkan orang awam yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan sistem temujanji agar mereka boleh divaksinkan lebih awal. Saya rasa tidak sebab dalam keadaan penularan covid-19 yang semakin genting masalah pokoknya adalah mengapa ramai yang telah lama mendaftar, lama menunggu tetapi masih tidak dipanggil untuk terima suntikan. Saya harap Exco Kesihatan ada jawapan untuk soalan ini.

Saya terima baik jawapan daripada pihak kerajaan yang menyatakan bahawa setakat ini jumlah PPV di negeri Perak adalah cukup. Bekalan vaksin juga adalah mencukupi tetapi hakikat nya sehingga hari ini, masih ramai warga negeri Perak yang terpaksa menanti temujanji vaksin dengan hati yang resah terutamanya apabila kes kematian harian terkini telah mencatat sebanyak 393 kes. Saya percaya jika Exco Kesihatan cuba turun padang dan sembang dengan rakyat jelata berkenaan isu vaksinasi ini, tentu beliau boleh feel the heat dengan izin sepertimana ahli-ahli Dewan sekalian menghadapi setiap hari. Isu vaksinasi ini dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Dewan dalam sidang kali ini kerana ini semua merupakan keluhan rakyat yang kami terima, yang kami rasai.

Jadi saya ingin menyeru kepada Exco Kesihatan jika kita mempunyai PPV dan bekalan vaksin yang cukup bagaimana strategi untuk kita mencapai kadar vaksinasi yang optimum supaya kejadian seperti kadang sesetengah PPV terpaksa ditutup kerana bekalan tidak sampai tidak berlaku lagi dan juga bagaimana kita nak memperbaiki keadaan sekarang supaya temu janji boleh diaturkan dengan lebih baik dan lebih teratur . Rakyat tidak ingin untuk mendengar jawapan yang yang sedap tapi kita nak kan penyelesaian yang betul-betul. Jadi saya menyeru kepada Exco Kesihatan supaya mainkan peranan dan lunaskan tanggungjawab untuk selesaikan isu yang ada supaya kadar vaksinasi di negeri Perak boleh ditingkatkan lagi dan semua rakyat negeri Perak boleh terima suntikan vaksin dalam masa terdekat.

Saya ingin memberi peringatan dengan sebuah pantun.

Kalau kain sudah bersih, Elok disimpan di dalam peti, Kalau pemimpin sudah dipilih, Elok ingat sumpah dan janji.

Saya juga ingin bangkitkan tentang kawasan Bandar Pulai Jaya di bawah DUN Teja di mana sebelum ni pernah dilaksanakan PKPD. PKPD yang berkenaan telah ditamatkan awal cuma baru-baru ni terdapat info dan juga melalui semakan hotspot covid dalam aplikasi My Sejahtera terdapat kes-kes yang semakin meningkat. Dalam dalam hal ini saya ingin menyeru kepada pihak kerajaan supaya pertamanya sentiasa berkongsikan mengumunkan info yang benar, tepat dan rasmi dengan orang awam supaya tidak memberi ruang kepada info-info yang palsu fake news untuk mempengaruhi dan menyebabkan panik di kalangan komuniti. Keduanya, saya juga ingin menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan pemantauan yang ketat ke atas kawasan ini dan tidak teragak-agak untuk menutup mana-mana premis sekiranya perlu untuk menjamin kepentingan penduduk tempatan yang sangat traumatik dengan pelaksanaan PKPD ini.

Timbalan Yang Dipertua, seterusnya saya ingin menyeru pihak Kerajaan Negeri untuk memberi perhatian dan menyalurkan peruntukan kewangan bagi usaha pemerkasaan operasi Mahkamah Syariah di Negeri Perak. Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memacu ke arah penggunaan teknologi ICT secara optimum. Kita harus memanfaatkan teknologi pendigitalan bagi mempertingkatkan lagi prestasi Mahkamah Syariah. Golongan wanita merupakan antara golongan yang sangat terkesan dan terbeban dengan pelaksanaan PKP dan juga sepanjang wabak covid-19 ini. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar telah melaporkan bahawa sebanyak 6,569 kes penceraian didaftarkan sepanjang tempoh tiga bulan pertama PKP tahun 2020. Kes keganasan rumah tangga juga merekodkan jumlah peningkatan yang ketara sepanjang PKP. Mahkamah Syariah memainkan peranan penting dalam bidang kuasanya berkaitan permohonan pernikahan, penceraian dan rujukan NCR malah berkaitan dengan keganasan rumahtangga, permohonan perintah injuksi, membabitkan harta,perebutan hak penjagaan serta lawatan anak-anak, perintah interim jagaan anak dan sebagainya.

Walaupun Mahkamah Syariah mula menggunakan Sistem e-Syariah sejak tahun 2009 lagi, sistem tersebut agak terhad kepada maklumat digital dan kegunaan dalaman pihak mahkamah. Jadi saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memberikan peruntukan bagi membangunkan sistem e-Filing yang komprehensif di Mahkamah Syariah Negeri Perak. Selain itu, penambahbaikkan prasarana juga harus dilaksanakan bersesuaian dengan situasi terkini iaitu pelaksanaan pengurusan kes dan perbicaraan dalam talian. Kemudahan prasarana yang diperlukan termasuk kemudahan peralatan dan capaian internet yang stabil, melengkapkan dewan-dewan mahkamah sedia ada dengan peralatan telesidang mewujudkan dewan-dewan mahkamah maya dan sebagainya. Sebagai perbandingan sistem e-Filing telah diperkenalkan di Mahkamah Sivil di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Kini sistem e-Kehakiman terus dibangun dan dilengkapi dengan fungsi seperti e-Review, e-Lelong, e-Pesuruhjaya dan sebagainya. Maka mahkamah syariah juga perlu terus memperbaiki sistem penyampaian dan perkhidmatan bagi memastikan kecekapan, ketelusan serta menjamin akses kepada keadilan yang lebih efektif dan mudah kepada rakyat agar menepati moto Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia iaitu “Syariah Asas Keadilan”.

Selain itu saya juga ingin menyarankan semua kerajaan tempatan untuk berusaha supaya tidak menambah beban kehidupan rakyat memandangkan ramai yang telah kehilangan kerja atau terjejas pendapatan untuk tempoh masa yang agak panjang. Saya mohon pihak PBT untuk mengecualikan bayaran denda lewat dan dan tunggakan denda Cukai Taksiran. Sebagai contoh saya difahamkan MBI mengenakan bayaran tunggakan Notis E ke atas bayaran lewat dan sebenarnya ramai yang terpaksa berhutang kerana mereka betul-betul tidak mampu untuk menjelaskan bayaran. Apatah lagi untuk membayar denda. Saya juga ingin mohon pihak PBT agar menangguhkan sebarang pelaksanaan peraturan atau sistem baru yang akan membawa kesan peningkatan kos sara hidup orang awam.

Timbalan Yang di-Pertua

Teja 2 minit.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Baik. Ini termasuk pelaksanaan sistem letak kereta berkupon di Pekan Gopeng. Pelaksanaan ini wajar ditangguhkan selagi pandemik tidak selesai dan ekonomi belum pulih. Harap pertimbangkan budi bicara pihak PBT ke atas keadaan terhimpit yang dihadapi oleh rakyat jelata.

Seterusnya saya ingin balik pula ke isu kemudahan asas komuniti di kawasan Teja. Di kawasan Teja terdapat beberapa buah kampung tradisional, kampung baru mahupun taman kediaman yang tidak mempunyai dewan orang ramai yang sesuai untuk kegunaan masyarakat tempatan. Sesetengah tempat tidak telah dirizabkan tapak dewan namun permohonan peruntukan untuk pembinaan bangunan belum diluluskan. Contohnya di Kampung Baru Lawan Kuda dan di Taman Sri Raia. Sesetengah kawasan pula dewan sedia ada telah dibina di atas di tempat yang kurang sesuai seperti di atas tanah hak milik atau memerlukan lokasi baru yang lebih sesuai. Ini termasuk di kampung Lawan Kuda, Kampung Kepayang dan Taman Raia Mesra. Saya sangat-sangat mengharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merancang dan meluluskan peruntukan untuk pembinaan dewan orang ramai di kawasan tersebut demi kepentingan penduduk di kawasan masing-masing disamping menyempurnakan rangkaian kemudahan awam. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih dengan Cikgu Saarani dan Abang Saidi di atas inisiatif mereka membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dengan pemberian sumbangan telefon pintar dan kad sim. Selain daripada program itu, saya rasa kita juga wajar memberi perhatian kepada anak-anak Orang Asli yang banyak ketinggalan dalam pembelajaran PdPR serta untuk menyalurkan sumber bagi membantu mereka dalam menghadapi masalah yang berkaitan dengan pembelajaran.

Akhir sekali saya juga ingin menyokong cadangan Kerajaan Negeri supaya Kerajaan Negeri mewujudkan Majlis Pemulihan Negeri yang melibatkan wakil rakyat dari kedua-dua pihak kerajaan mahu pun pembangkang untuk meneliti masalah-masalah sedia ada serta mengambil langkah proaktif untuk pemulihan pasca Covid termasuk untuk merangka belanjawan negeri tahun 2022. Ini selaras dengan budaya baru semangat politik matang, saling bekerjasama untuk kepentingan negeri dan rakyat seperti yang dititikberatkan dalam Titah Tuanku Sultan Perak. Semoga segala perbincangan dan cadangan yang dibawa dalam sidang kali ini akan membawa manfaat kepada semua rakyat Negeri Perak. Sekian saja, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Teja. Dijemput Yang Berhormat daripada Titi Serong. Dipersilakan.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Yang Dikasihi Ahli-Ahli Dewan, petugas yang berada di dalam dewan yang mulia ini atau pun yang berada di luar dewan serta para petugas yang berada di gelembung perkampungan. Masa sangat mencemburui dengan teks ucapan saya yang agak tebal ini. Masa diberi hanya 10 minit tapi saya kira saya mampu menghabiskannya dengan 10 minit dan juga masa tambahan 10 minit. Insyaallah.

Dato’ Yang Dipertua, semalam dan hari ini kita mendengar hujah daripada seluruh ahli-ahli dewan berkaitan dengan pandemik Covid-19. Kesan langsung yang dihadapi yang diderita oleh rakyat bawahan terutamanya, kehilangan mata pencarian, kehilangan ahli keluarga sudah tentulah ada perkara-perkara yang perlu kita tangani dan kita cuba santuni kepada mereka yang sedang diduga oleh Allah SWT. Saya nak menyentuh, semalam diberitakan Kerajaan Pulau Pinang telah menerima pinjaman dos vaksin suntikan pertama daripada Kerajaan Selangor. Kerajaan Pulau Pinang berada satu negeri daripada kita, selang satu negeri daripada Perak. Mana sepatutnya kalau diambil kira Kerajaan Selangor perlu melihat juga keperluan jiran yang paling dekat iaitu Negeri Perak. Alangkah baiknya kalau ada hubungan rapat antara Exco Kesihatan Negeri Perak berhubung terus dengan Exco Kesihatan Negeri Selangor untuk mendapat apakah mereka boleh menyalurkan bantuan kepada negeri jiran yang berdekatan. Kalau 200,000 dos ini dibawa terbang ke langit merentasi langit awan Negeri Perak, kita hanya mampu melangut ke atas. Kalau dia melalui jalan daratan, kita hanya mampu melihat van-van ini melintas Negeri Perak untuk di bawa 200,000 dos ini ke Negeri Pulau Pinang.

Jadi kalau andaikata diperlukan bantuan hubungan, saya kira Yang Berhormat daripada Manjoi boleh menjadi penghubung, pemudah cara kepada Yang Berhormat Selama untuk berhubung dengan Exco kesihatan Negeri Selangor yang datangnya daripada Parti Amanah. InshaAllah, begitu juga saya nak menyentuh berkaitan dengan jangkitan berulang di Dun Titi Serong ini. Kita bersempadan dengan Pulau Pinang ada keluarga yang berulangkali dikuarantin kerana salah seorang ahli keluarga mereka ini dijangkiti positif Covid-19 daripada kluster perkilangan. Kalau Menteri MITI dulu bercakap kluster perkilangan ini memberi sumbangan yang sangat kecil kepada kes positif. Tapi yang berlaku di bawah ini berbeza. Saya Dun Titi Serong ada satu keluarga, bulan ini kuarantin lagi dua bulan kuarantin lagi sekali kepada ahli keluarganya positif. Bayangkanlah keluarga daripada nelayan, 10 hari tak ke laut, 12 hari tak ke laut hilang mata pencarian di antara RM700 hingga RM1,200 kerana dikuarantin, menjadi konteks rapat. Jadi saya kira perkara ini perlu dilihat dengan lebih tuntas oleh Exco Kesihatan berhubung dengan Exco-Exco kerajaan negeri lain apakah kaedah yang terbaik untuk kita tangani jangkitan Covid-19. Kesian kepada orang, nelayan-nelayan disana.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak meneruskan berkenaan dengan mengambil sedikit titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak di atas ucapan titah ucapan perasmiannya. Saya menjunjung kasih di atas kesudian Paduka Seri Sultan mencemar duli merasmikan pembukaan sidang DUN kita pada kali ini. Perenggan yang menarik adalah langkah yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan merupakan satu langkah yang berani. Langkah tersebut mungkin langkah kecil tetapi langkah kecil ini jika terus disuburkan akan membantu melonjakkan budaya politik beraras tinggi yang kurang berkompetensi sifatnya. Saya mengajak semua ahli-ahli dewan. Kita harus bersikap berani sepertimana Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Ayuh kali ini, kita mencerminkan sikap kematangan politik meninggalkan politik perkauman dan agama yang akan memisahkan jurang di antara kaum dan agama. Siapa yang rugi? sudah tentulah kita dan juga rakyat Perak.

Dato’ Yang Dipertua, titah tuanku juga menyebut Ahli Dewan hendaklah menyambut langkah tersebut.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Titi Serong, boleh mencelah sikit?

Timbalan Yang di-Pertua

Titi Serong? Pasir Pinji.

Ala sikit je. Bagi habis dulu. Ahli Dewan hendaklah menyambut langkah tersebut dengan sama-sama memupuk semangat perpaduan, semangat kewarganegaraan antara rakyat yang berbilang kaum yang menganuti pelbagai agama dan juga mengamalkan pelbagai budaya serta menguasai pelbagai bahasa. Yang ini yang ditekankan oleh titah Tuanku Sultan. Bagaimana kita nak membawa sikap dalam dewan ini dan kita tidak tinggalkan semata-mata dalam dewan ini, kita bawa keluar bertemu dengan ahli masyarakat, masyarakat sivil kita bertemu dengan ahli parti kita, kita bercakap soal politik kematangan, soal perpaduan diantara kaum. Tinggalkan retorik perjuangan semata-mata hendak kepentingan peribadi. Kita tidak mahu lagi dengarnya isu perjuangan RUU355. Kita tidak mahu lagi mendengar isu membawa Slogan Buy Muslim First kerana itu akan menyebabkan berlakunya kesangsian di antara hubungan di antara kaum. Jadi ini saya menasihati diri saya dan juga Adun-adun yang berada dalam ini ambillah semangat daripada titah ucapan Paduka Seri Sultan, Sila, Pasir Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Titi Serong dan Timbalan Speaker. Nak minta pandangan Titi Serong. Tadi kita menjunjung kasihlah kepada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berkenaan dengan politik yang tinggi. Politik berasaskan yang lebih tinggilah lebih baik. Tetapi bila kita sembang dengan politik yang tinggi, kita perlu juga berbicara tentang prestasi pentadbiran. Apa pandangan Titi Serong berkenaan dengan beberapa Ahli-ahli Dewan yang ada di dalam sini dan di luar sana yang terbangkit-bangkitkan berkenaan dengan prestasi Exco Kesihatan. Kalau ada politik yang matang tapi prestasi pentadbiran tu kurang sikit, apa pandangan Titi Serong?

Timbalan Yang di-Pertua

Titi Serong, ada 5 minit.

Saya nak menjawab sedikit soalan. Saya tadi berhubung, sempat bercakap dengan Pegawai Khas kepada Exco Kesihatan. Saya tahu bila melihat daripada organisasi yang dia berada dalam menghadapi pandemik ini memang dia agak sedikit ketinggalanlah. Saya kira tapi saya kira Exco Kesihatan masih ada masa untuk menonjolkan diri bagaimana menjadi seorang hero yang akan dibicarakan pada persidangan akhir tahun ini antara Exco yang mampu melonjakkan prestasi yang terbaik dalam mengurus pandemic-19 dan saya juga mengharapkan Kerajaan Negeri saya kira berlakunya penubuhan Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat Berhormat Kota Tampan sudah ada perbincangan awal di antara Adun-adun Pembangkang bagaimana kita nak mengolah, memandu dewan ini sebagai menjadi contoh kepada rakyat dan ini yang perlu kita terapkan juga andai kata saya boleh apa Kerajaan Negeri boleh melibatkan juga setiap Adun-adun daripada pembangkang untuk berbincang membincangkan soal perbelanjaan Belanjawan Negeri pada 2022. Saya juga bersetuju dengan menubuhkan Majlis Pengurusan Pemulihan Negeri Perak seperti mana yang dilontarkan oleh sahabat kita daripada Aulong.

Dato' Yang Dipertua, saya nak bawa isu local sikit. Tak molek rasanya kita tinggalkan isu local. Ada berapa isu, yang pertamanya berkaitan dengan benih padi. Benih padi yang dibekalkan oleh pembekal ini ada tiga isu. Satunya tidak berkualiti. Yang keduanya, sampai pada ketika waktu yang tak sepatutnya dah lebih tarikh dan yang ketiganya, jumlah yang dibekalkan tidak mencukupi kuantiti yang diperlukan. Makanya yang menjadi mangsa adalah pesawah-pesawah padi itu sendiri sepertimana yang dilontarkan oleh sahabat saya daripada Selinsing. Jadi kalau kita nak menjaga food security, kita perlu membuat satu kajian yang lebih tuntas supaya masalah ini tidak berbangkit dan saya mengharapkan jawapan daripada Exco Pertanian tidak lagi mahu mendengar perkataan akan, akan, akan. Yang kita mahu dengar adalah jawapan yang boleh memberi kata putus supaya masalah ini dapat diselesaikan di peringkat bawahan. Andai kata tidak mencukupi pakar-pakar daripada agensi kerajaan, boleh libatkan juga pakar-pakar dari luar untuk memberi pandangan input-input yang berkaitan.

Yang keduanya, berkaitan dengan menaiktaraf jeti Sungai Labu Bawah, Sungai Betul Bawah, Sungai Bakau. Saya telah membuat permohonan dan alhamdulillah terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang telah meluluskan RM100 ribu untuk dua jeti. Tapi malangnya nelayan masih menunggu peruntukan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Tiga kali rombongan LKIM datang melawat ke tempat saya. Yang pertamanya dengan pegawai khas daripada pengerusi. Yang keduanya pasukan teknikal. Yang ketiga dengan rombongan yang saya tak tahu daripada mana datang dengan baju LKIM seolah-olah projek ini nak diluluskan segera. Kalau tak pagi besok buat mula, malam ni nak mula. Tapi sampai sekarang nak kata sehelai surat pun tak diberi sama ada diluluskan atau pun tidak. Saya mohon dah Exco yang menjaga part ini boleh memberi jawapan. Dua orang Exco daripada daerah Kerian, Exco Pertanian. Seorangnya mantan Exco dan seorang lagi Exco yang ada sekarang ni. Yang ketiga, yang terakhir daripada saya iaitu berkenaan isu tanah SADC. Isu yang sangat-sangat sensitif iaitu SADC telah memberi kelulusan tanah 200 ekar kepada sebuah koperasi yang ditubuhkan tak sampai empat bulan dengan bermodalkan RM4,000.00. Yang keduanya, isu yang sangat konflik iaitu SADC telah meluluskan tanah 47 ekar kepada sebuah syarikat. Kelulusan tanah 47 ekar ini adalah kelulusan berprinsip. Maknanya SADC belum selesai pembayaran premium untuk menjadikan hak milik tapi bagaimana SADC boleh menyerahkan sama ada pajakan atau sewaan ke sebuah entiti swasta yang dimiliki oleh seorang Pegawai Khas kepada Exco. Pegawai Khas Exco ini memiliki syarikat sendirian berhad tersebut yang berhak dan Pegawai Khas, Exco ini juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah kepada koperasi yang mendapat tanah 200 ekar. Saya nak beri teguran agar ada sikit pembaikan pada masa yang akan datang supaya pihak GLC ini dapat mengikuti syarat-syarat ataupun SOP yang telah ditetapkan. SOP ini telah ada tapi malangnya barangkali ada kelonggaran terlepas pandang maka isu ini telah dibangkitkan.

Timbalan Yang di-Pertua

Titi Serong, terakhir.

Terima kasih. Saya mengharapkan dan sebelum itu terima kasih kepada Pejabat Daerah Kerian kerana telah mengambil tindakan proaktif tanah 47 ekar itu telah digazetkan sebahagiannya 10 ekar untuk dijadikan penempatan penduduk. Dato' Yang Dipertua, sebagai akhirnya harapan saya adalah dewan yang mulia ini pada hal kali ini yang bakal berakhir pada hari Isnin depan menjadi satu contoh kepada satu kematangan politik untuk kita mencerminkan sikap kita dalam politik dalam dewan yang mulia ini dapat dijelmakan ke bawah bertemu dengan rakyat kerana tahun 2021 ini pandemik menguji kita dengan ujian yang sangat-sangat sukar untuk dikongsi kepada semua tapi bagaimana titah Paduka Seri Sultan telah menjadi panduan yang terbaik kepada kita sebagai negeri yang telah memberi contoh kepada Kerajaan Persekutuan iaitu pembentukan keluarga Malaysia. Dengan itu saya mengakhiri ucapan saya patik menjunjung kasih dan menyokong titah ucapan Paduka Seri Sultan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Titi Serong. Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Pasir Bedamar, dipersilakan.

Terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan yang mulia ini kerana mengizinkan saya membahasakan titah Diraja Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Salam sejahtera kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah sini, sebelah sana dan juga sebelah di luar. Saya mengucapkan terima kasih kepada urusetia yang menyediakan, membantu kita mengadakan dewan ini dalam keadaan yang serba susah dan juga kepada petugas-petugas dan ahli media saya juga mengucapkan terima kasih kerana berjimat pada masa yang kini. Pertama kalilah saya lihat di persidangan dewan di mana Menteri Besar telah berada di sepanjang masa perbahasan dan di dalam mana-mana dewan dalam pengalaman saya sebagai Ahli Dewan Negeri Perak selama 2 penggal. Terima kasih Menteri Besar.

Dalam ramai-ramai perbahasan yang saya dengar pagi ini, saya telah melihat bahawa Aulong, Teja dan Titi Serong telah menyokong pembentukan suatu Majlis Pemulihan Negeri dan saya akan membahaskan sedikit mengapa kita perlukan sesuatu Majlis Pemulihan Negeri ini. Pagi ini pagi semalam saya lihat ada ramai Ahli-Ahli Yang Berhormat telah menghujahkan berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat negeri dalam zaman covid ini. Ahli Yang Berhormat anda begitu prihatin kepada masalah rakyat dan juga masalah yang melanda kita semua. Dalam ramai orang yang hilang pekerjaan dan hilang punca pendapatan dan ekonomi menjunam, perkara ini juga telah dibangkitkan dalam titah Diraja di mana Paduka Seri Sultan telah menyatakan wabak covid-19 memberi impak besar kepada kelangsungan hidup penduduk dunia. Pada tahun 2020, ekonomi Malaysia mengalami penyusutan 5.6% keluaran dalam negeri kasar (KDNK) dan negeri Perak yang mengalami penguncupan 2.3% merekodkan pencapaian ekonomi di kedudukan 5 dalam senarai negeri di Malaysia. Namun demikian juga turut dinyatakan bahawa, dititah bahawa sektor pembuatan dan sektor pertanian masing-masing mencatat pertumbuhan 3.5% dan 1.4%, merupakan dua sektor yang memberikan sumbangan positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Jadi saya akan memberi pendapat saya, mengapakah perkara ini berlaku iaitu bagaimanakah dalam keadaan serba susah ini kita boleh meningkatkan pertumbuhan dalam ekonomi beberapa sektor sebelum kita melihat ke masa depan kita cuba melayari apa yang telah berlaku di zaman silam. Sebelum zaman Covid-19 ini dunia ini telah dilanda dengan zaman Spanish Flu iaitu dari tahun 1918 hingga 1920. Ini adalah susulan Perang Dunia Pertama dari 1914 hingga 1918 dan ditambah pula dengan Spanish Flu yang telah meragut nyawa di antara 20 hingga 100 juta orang dan telah telah dijangkiti oleh hampir setengah bilion penduduk dunia. Namun selepas dua tahun Spanish Flu ini, kita lihat bahawa ekonomi Amerika Syarikat telah meningkat dengan begitu pesat dan terdapat pula perubahan teknologi yang begitu pesat selain daripada isu pelanggaran sosial dan konsumerisme, Amerika Syarikat telah berjaya sehingga apa yang disebut sebagai The Roaring 20s.

Timbalan Yang Dipertua, maka walau pun banyak ekonomi dunia telah menjadi lumpuh selepas Spanish Flu ini, terdapat juga ekonomi yang berjaya meningkat. Maka kita boleh melihat bahawa dalam kesusahan ini juga mampu wujud suatu ekonomi yang berjaya menahan dan bukan sahaja menahan tetapi berjaya menjadi menjadi bertambah baik selepas wabak Spanish Flu. Dunia tidak akan sama lagi selepas Covid-19 buat masa terdekat dan mungkin mengambil haluan baru. Ini adalah sebab tingkah laku manusia ataupun human behaviour sudah berubah akibat Covid. Diskripsi-diskripsi yang diakibatkan oleh Covid-19 telah memaksa kita untuk menyesuaikan diri kepada cabaran yang kita bakal hadapi atau sedang hadapi. Sasya bagi enam contoh. Contoh pertama, syarikat-syarikat meminta pekerjanya bekerja dari rumah. Kedua, mesyuarat dijalankan di alam maya. Tiga, penghantaran makanan secara permohonan. Empat, peralatan sistem digital naik. Lima, pembelian makanan secara alam maya. Enam, syarikat-syarikat akan menyimpang ke arah kecergasan buatan artificial intelligent dan automasi, automation dan enam, perkembangan tele medicine, ini sebenarnya yang kita lihat di negeri India dan akibat daripada ini empat sektor iaitu sektor kesihatan satu, dua sektor teknologi maklumat, tiga sektor penjualan atas talian dan empat sektor farmasi sekarang telah meningkat dan ada syarikat-syarikat ini meraih keuntungan besar zaman covid ini dan sama seperti Perak, pertanian dan pembuatan meningkat.

Menurut satu laporan daripada Scheme Global Research Analysis, e-dagang telah mencapai peningkatan sebanyak lima kali ganda zaman Covid ini berbanding zaman sebelum Covid. Pendek kata industri-industri baru akan menawan ekonomi global dan juga ekonomi domestik.

Timbalan Yang Dipertua, apabila kita lihat setengah-setengah industri ini rancak berjalan dengan lebih rancak tetapi juga ada ada juga industri-industri akan menjadi merosot dan setengah industri pula mungkin akan tutup tapi mungkin daripada pandemik Covid-19 ini. Sebagai contoh, satu bagi nama, contoh khidmat pelanggan, khidmat makanan, pembantu am, penyimpanan buku-buku kira, book keeping, penjualan, sektor retail dari premis tetap. Kalau masa dulu kita bersiap sedia pakai mekap baju smart smart, kita nak pergi shopping, pergi shopping mall, tapi sekarang kita masuk ke dalam bilik kita buka handphone pergi shopping shopping Shopee dan shopping Lazada. Ini yang dimaksudkan alam maya ini ramai orang yang akan membuat pilihan untuk membeli belah atas talian dan akibat daripada ini, kita akan melihat pemulihan ekonomi berjalan pada dua kelajuan yang berbeza, two speeds of recovery, dengan izin. Akibat perubahan dalam hala tuju ekonomi dunia, ekonomi negara serta ekonomi negeri membawa dua kelajuan dalam pemulihannya. Mengapa, mengapa? Sebab tingkah laku pengguna dan model perniagaan, bussiness model, yang berjaya zaman Covid akan terpakai, walaupun effect Covid-19 reda sedikit demi sedikit. Maka perniagaan yang berjaya bertahan zaman Covid akan berterusan selepas Covid. Norma baru mungkin menjadi norma tetap. Sekira kita tidak baca trend, trend semasa dan trend semasa kita akan diibaratkan dan kita semua akan menjadi lebih bersusah kalau kita tidak berubah. Sebagai contoh, kalau kita lihat aplikasi WhatsApp, aplikasi Shopee, minta maaf, seperti Lazada, di mana peniaga-peniaga dari negeri China telah dapat memasarkan produk-produk mereka terus dari China lantas melintasi peniaga-peniaga tempatan, melintasi gedung-gedung, melintasi kedai-kedai yang mereka telah berjaya menguasai pasaran tempatan.

Jadi, saya mencadangkan bahawa perlu ada usaha-usaha untuk mempromosikan trend baru ini dan ini boleh dilakukan melalui bengkel, melalui institusi, melalui pameran dan melalui iklan. Mengabaikan trend ini akan membawa risiko kita berdepan dengan masalah ekonomi dan sosial yang berleluasa apabila orang hilang pekerjaan, perniagaan tutup dan mereka-mereka yang kini hilang pekerjaan tiada pekerjaan lagi kerana industri mereka sudah tidak releven. Perlu ada apa yang dikatakan, new work skill, maka saya juga menyokong saranan untuk satu Majlis Pemulihan Negeri ditubuhkan.

Timbalan Yang Dipertua, Paduka Seri Sultan juga dalam titahnya menyatakan bahawa meningkatkan bahawa usaha meningkatkan hasil negeri dengan mengenalpasti sumber hasil baru oleh sektor-sektor berpotensi terus dirintis. Dalam konteks ini kepada kesimpulan juga

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit tu Pasir Bedamar.

Telah menyentuh berkenaan dengan penemuan hasil nadir bumi. Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang Dipertua, kalau kita lihat ini menyatakan bahawa kita perlu ada pembangunan dalam negeri. Untuk ada pembangunan negeri-negeri kita perlu ada pelabur dan pelabur-pelabur perlu melihatkan negara kita ingin negeri ini sebagai satu destinasi pelaburan yang kondusif bagi mereka. Dalam hal ini, negeri Perak kaya dengan banyak sumber, sumber silika, sumber air, sumber hutan, sumber lombong dan saya percaya pelabur-pelabur tidak susah tidak susahlah untuk negeri Perak ini untuk cari pelabur-pelabur kerana apa yang kita ada pelaburan ini memang senang tapi ada rintihan dari segelintir pelabur yang menyatakan bahawa menjadikan pelaburan ini menjadikan suatu kenyataan mereka berhadapan dengan banyak birokrasi dan kadang-kadang birokrasi ini membawa kepada jalan buntu.

Birokrasi ini berpunca daripada niat dan hasrat untuk memelihara, memelihara keadaan ekonomi sosial ekonomi yang baik, memelihara alam semulajadi dan juga memelihara apa-apa yang perlu dipelihara tetapi janganlah birokrasi ini menjadi penghalang kepada pembangunan. Pembangunan perlu dan juga pembangunan yang ini perlu dijadikan secara lestari. Dalam erti kata pendek pepatah Inggeris Bahasa Inggeris mengatakan don’t throw the baby out with bathwater. Jadi saya berharaplah negeri kita ini yang mempunyai banyak ataupun banyak kontrak-kontrak dengan pengusaha-pengusaha, dengan pelabur-pelabur yang tidak berjaya bertahun-tahun dapat diperlihatkan di manakah masalah mereka dan bantulah mereka dalam merealisasikan usaha mereka untuk melabur di Negeri Perak.

Timbalan yang Dipertua, bagi segi sektor pelancongan kita juga perlu siap sedia untuk sektor ini dibangunkan melalui norma baru. Telah dua tahun, ramai orang telah tidak dapat keluar dari rumah dan saya juga percaya ada ramai orang di negara kita dan juga di negara luar masih mempunyai keupayaan ataupun dari segi sektor kewangan yang kuat dan berupaya untuk dan beringin untuk melancong selepas kebenaran dibenarkan mereka divaksinasi dan boleh melancong tetapi pelancongan di luar negara saya percaya adalah amat terhad dan Perak pernah menjadi destinasi pelancongan domestik yang tertinggi di Malaysia. Jadi saya menyarankan supaya industri pelancongan domestik diperlihatkan untuk penyediaan dibuat untuk melihat pelancong-pelancong melancong di dalam negeri dan kita boleh meraih daripada pelancong-pelancong ini dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Exco Pelancongan dan berjaya sebelum ini, sebelum zaman Covid ini membantu dalam promosikan DUN saya Pasir Berdamar dan juga Teluk Intan dari segi pelancongan dan dalam masa zaman Covid ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan dan juga agensi kerajaan yang telah membantu membuat persediaan bagi mempromosikan produk-produk pelancongan baru zaman Post Covid. Selain daripada itu, saya juga ingin…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang terakhir Pasir Berdamar.

Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih lah kepada Exco Pendidikan kerana beranilah beliau melawati semua DUN untuk menyerahkan dengan sendiri peranti-peranti yang amat diperlukan oleh pelajar-pelajar dalam meneruskan pelajaran mereka dalam zaman ini dan terima kasihlah kepada Menteri Besar sekali lagi atas projek Tuisyen Cikgu Saarani. Maka, Pasir Berdamar menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Berdamar. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Malim Nawar. Dipersilakan.

Encik Leong Cheok KengDAP · PHMalim Nawar

Salam sejahtera Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih kerana mengizinkan saya berbahas ke atas Titah Diraja yang dititahkan pada hari Rabu lalu. Terdahulunya dalam situasi semasa khususnya ketika seluruh dunia dilanda penularan pandemik Covid-19, ingin menzahirkan penghargaan saya bagi pihak penduduk-penduduk di kawasan Malim Nawar saya terhadap peruntukan khas yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Menteri Besar dan Kerajaan Negeri. Bukan satu kali tapi dua kali tahun ini, RM20,000 setiap satu kepada kesemua 59 orang ADUN secara saksama tak kira kerajaan ataupun pembangkang. Baru-baru ini saya juga menerima surat daripada SADC yang memberikan peruntukan khas sebanyak RM 10,000. Ini juga diberikan kepada kesemua ADUN tak kira kerajaan ataupun pembangkang. Di sini saya juga merakamkan penghargaan dan ingin mencadangkan bahawa GLC yang lain dalam negeri ini juga mencontohi contoh yang baik ini macam Maju Perak, MB Inc., dan sebagainya juga hendaklah menunaikan kewajipan Corporat Social Responsibility mereka. Cuma lain kali tak perlu tanya sama ada kita setuju untuk menerima atau tidaklah. Kalau perlukan memang setuju untuk menerima. Saya juga ingin memberi jaminan bahawa kesemua peruntukan yang diberikan ini akan digunakan dengan sebaiknya will be dengan izin untuk good use.

Selain daripada kotak makanan ataupun bakul makanan yang diberikan kepada penduduk-penduduk dalam kawasan, saya memberikan makanan ini dari rumah ke rumah dan juga saya menggunakan duit peruntukan ini untuk menaja penjaja di kawasan DUN saya untuk memasak makanan yang percuma yang dinikmati oleh penduduk-penduduk di kawasan saya. Juga menubuhkan dua dengan izin food bank di kawasan saya. Satu di Mambang Di Awan dan satu lagi di Malim Nawar dan semua bakul makanan dan kotak makanan ini saya tidak melekat pelekat muka saya sendiri lah. Kalau mahu lekat pun saya lekat muka Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana duit ini daripada kerajaan dan bukan dari saku sendiri. Dengan ini saya akan memastikan bahawa kawasan DUN saya adalah satu zon sifar bendera putih dan saya memberi komitmen kepada semua penduduk-penduduk saya bahawa sebelum mereka perlu mengibarkan bendera putih, pasukan perkhidmatan saya telah pun menyampaikan makanan kepada mereka.

Walau bagaimanapun, saya lihat pemberian secara langsung makanan ini kepada golongan B40 dan penduduk-penduduk yang memerlukannya. Walaupun adalah suatu pendekatan yang baik yang menolong rakyat tetapi ia berbentuk jangka pendek sahaja dan kita seharusnya mencipta cara yang lebih baik yang berbentuk jangka panjang untuk menolong rakyat yang menjadi lebih miskin terkesan pandemik Covid-19. Saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri supaya lebih banyak peluang diberikan kepada petani-petani dan nelayan-nelayan darat untuk berusaha di atas tanah dan dalam pada itu saya mencadangkan tanah kerajaan ataupun tanah dan kolam yang dipegang oleh GLC dibuka kepada penggunaan oleh petani-petani dan nelayan-nelayan darat. Baru-baru ni saya juga membantu dua orang pemohon untuk pajakan daripada satu GLC iaitu LPHP tetapi seorang daripada mereka daripada pemohon-pemohon ini telah pun menerima jawapan daripada LPHP bahawa permohonannya tidak dapat ditimbangkan tapi saya lihat surat jawapan ini tidak mendedahkan apa-apa sebab kenapa permohonannya tidak dibenarkan. Ini sangat mengecewakan dan beliau sebenarnya telah pun tanya sama ada saya boleh merayu kepada kerajaan apabila Sidang DUN diadakan, saya jawab dia bahawa saya akan cuba merayu sekali lagi kepada LPHP supaya permohonannya dapat diluluskan.

Mungkin saya akan tulis kepada Kerajaan Negeri dan YB Exco yang berkenaan dan cuba mendapatkan kelulusan dan sekurang-kurangnya dapat tahu apakah kekurangannya ataupun dia tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan kalau tidak boleh memberi pajakan tanah yang dipohon mungkin boleh GLC yang lain boleh memberikan pajakan kepada dia. Ini satu contoh saja. Sebenarnya ada ramai petani-petani dan nelayan-nelayan darat yang seringkali datang ke Pusat Khidmat saya untuk tanya sama ada mereka boleh mohon tanah pada masa ini khususnya mereka yang terkesan Covid-19. Kalau boleh saya cadangkan Yang Amat Berhormat boleh buat satu macam blueprint tanah-tanah yang dipegang oleh GLC ataupun tanah kerajaan yang masih kosong ataupun boleh dipajak pada masa ini untuk buat sementara ini, untuk petani-petani ini. Kalau boleh bagi satu map, dengan izin yang menunjukkan di kawasan manakah tanah-tanah ini masih boleh dipajak ataupun berikan Lesen Kedudukan Sementara ataupun dengan izin TOL. Dengan ini saya boleh balik ke kawasan dan memberitahu petani-petani atau pun nelayan-nelayan, manakah mereka boleh memajak atau pun memohon TOL.

Memetik Titah Diraja, perenggan 16. “Kerajaan Beta perlu memberikan perhatian serius terhadap ancaman keselamatan bekalan makanan dengan mengaktifkan sektor-sektor pertanian, ternakan dan perikanan”. Pada pandangan saya, tanah yang tidak digunakan oleh GLC buat masa ini hendaklah dibuka untuk permohonan oleh pengusaha-pengusaha dalam bidang pertanian, ternakan dan perikanan. Mereka yang diberikan pajakan tanah tersebut boleh diminta untuk menandatangani perjanjian ataupun dengan izin undertaking, bahawa GLC berkenaan boleh mengambil balik tanah tersebut tanpa apa-apa pampasan ataupun tindakan guaman. Apabila GLC tersebut ingin menggunakan tanah tersebut untuk tujuan pembangunan ataupun tujuan yang lain, dokumen-dokumen guaman boleh dibuat untuk memastikan mereka tidak boleh menuntut pampasan di Mahkamah apabila diminta keluar daripada tanah tersebut. Ini saya percaya boleh jadi satu polisi ataupun satu mekanisme untuk memastikan tiada pertikaian berlaku apabila mereka di minta keluar daripada tanah. Apabila GLC tersebut ingin menggunakan balik tanah tersebut, ia akan mengoptimumkan kegunaan tanah dan mendatangkan lebih banyak hasil untuk negeri ini dan juga mendatangkan manfaat kepada rakyat dan menyumbang kepada keselamatan bekalan makanan ataupun dengan izin food security.

Selanjutnya untuk membela nasib petani-petani, Undang-undang Negeri boleh digubal untuk menghalang pemberian milik tanah Kerajaan kepada pihak lain sekiranya tanah tersebut pada masa itu diusahakan oleh petani-petani dan petani petani tersebut telah pun memohon tanah tersebut terlebih dahulunya. Keutamaan hendaklah diberikan kepada petani tersebut. Saya cadangkan sekiranya Kerajaan Negeri ingin memberi milik tanah kepada pihak selain daripada petani-petani tersebut, saya cadangkan Kerajaan hendaklah mengambil kira faktor-faktor berikut. Nombor satu, bilangan petani dan penternak yang sedang menjalankan aktiviti pertanian ataupun penternakan di atas tanah itu. Bilangan kedua, bilangan petani dan penternak yang telah menjalankan aktiviti pertanian ataupun penternakan di atas tanah itu dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh permohonan. Yang ketiga, keluasan kawasan yang dipakai oleh setiap petani atau penternak dan jenis dan jumlah hasil mereka dalam dua tahun yang lalu. Nanti cadangan pentadbir tanah yang berkenan terhadap tanah gantian ataupun pampasan untuk petani dan penternak yang terlibat.

Timbalan Yang di-Pertua

Malim Nawar, dua minit.

Encik Leong Cheok KengDAP · PHMalim Nawar

Pengubahsuaian undang-undang tersebut akan mewujudkan satu sistem semak dan imbang ataupun check and balance dengan izin dalam proses pelupusan tanah Kerajaan. Jika tanah itu diusahakan oleh petani ataupun penternak kecil. Selanjutnya setahu kita, beberapa jenis diskaun telahpun ditawarkan di bawah pakej rangsangan ekonomi untuk tunggakan cukai tanah. Ini disambut baik. Walaubagaimanapun, saya cadangkan di sini bahawa Kerajaan Negeri juga mempertimbangkan untuk memberikan diskaun untuk cukai taksiran ataupun cukai pintu untuk meringankan beban rakyat yang terkesan oleh Pandemik Covid-19. Saya juga ingin mencadangkan supaya pengecualian ataupun diskaun diberikan untuk pemilik tanah kosong itu disebabkan kemerosotan ekonomi akibat pandemik ini. Banyak pemilik tanah tidak dapat membangun tanah tersebut ataupun membina rumah atau kedai. Mereka tidak ada peluang untuk mendapatkan balik hasil daripada tanah tersebut.

Kemerosotan ekonomi akibat pandemik juga menyebabkan kadar pengangguran yang lebih tinggi. Mungkin ada pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan di bandar besar macam KL dan luar negara. Macam Singapura, sekarang bimbang untuk balik ke kampung halaman mereka untuk memulakan kehidupan baru. Di negara Jepun kerana kerajaan bimbang pekan-pekan kecil akan menghadapi kepupusan ataupun dengan izin extinction. Kerajaan tempatan Jepun akan memberikan insentif seperti mengurangkan cukai pintu dan lain-lain insentif untuk menarik orang yang sudi pulang kepada, dari bandar kepada home town mereka untuk memulakan perniagaan yang baru ataupun bermastautin di sana. Kita juga boleh contohi cara Kerajaan Jepun dengan memberikan insentif seperti ini ataupun kekurangan yuran lesen dan sebagainya untuk menarik orang daripada bandar untuk balik ke pekan kecil untuk cari mata pencarian yang baru.

Sekarang saya juga ingin sentuh sedikit ke atas isu pelaksanaan undang-undang terhadap mereka yang melanggari SOP. Kita selalu baca dari laporan dalam media mengenai orang-orang yang ditangkap kerana melanggar SOP yang dikenakan denda yang begitu tinggi. Saya difahamkan bahawa seorang pegawai pelaksanaan PBT juga berkuasa melaksanakan undang-undang yang berkaitan dengan SOP. Terlebih dahulunya saya mesti kata saya bersetuju sepenuhnya bahawa untuk menjaga keselamatan kita dan juga untuk tujuan mencegah penularan wabak Covid19, pelaksanaan undang-undang yang ketat memang adalah diperlukan untuk menghalang pelanggaran undang-undang. Walaubagaimanapun saya berpendapat bahawa pelaksanaan undang-undang hendaklah menurut jiwa undang-undang dan bukannya perkataan undang-undang dengan izin the spirit of the law, but not the letter of the law. Contohnya kalau seseorang menurunkan pelitup muka hanya untuk beberapa saat di kawasan di mana tiada ada orang lain. Dia turunkan pelitup muka untuk bernafas atau pun minum air untuk beberapa saat sahaja ataupun ada seorang yang berjalan melebihi 10 km. Dulu SOP menghadkan perjalanan kepada 10 km kalau dia dengan tidak sengajanya hanya berjalan beberapa meter selebihnya ataupun ada seorang yang lupa mengimbas MySejahtera di kawasan dimana tiada orang yang lain dan apabila dia ingat, dia balik untuk mengimbas MySejahtera tetapi sebelum ini dia kena tangkap. Ini adalah contoh-contoh kesalahan secara teknikal atau pun dengan izin technical offends.

Timbalan Yang di-Pertua

Malim Nawar yang terakhir.

Encik Leong Cheok KengDAP · PHMalim Nawar

Saya cadangkan pesalah kesalahan teknikal macam ini lebih sesuai sekiranya mereka diberikan amaran daripada pegawai pelaksanaan dan tidak semestinya saman dikeluarkan. Ini akan mengurangkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan pada masa yang susah ini dan ada peribahasa English yang berbunyi dengan izin 'a hungry man, is an angry man'. Bermakna orang yang lapar mudah marah. Pada masa yang susah ini banyak orang yang dijadikan lebih miskin akibat pandemik mudah dihasut untuk menjadi marah dan tak puas hati terhadap Kerajaan. Sekian Malim Nawar menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Malim Nawar. Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Pokok Assam dipersilakan.

Encik Leow Thye YihDAP · PHPokok Assam

Salam sejahtera diucapkan kepada Timbalan Yang Dipertua dan semua Ahli Yang Berhormat. Pokok Assam ingin membangkitkan tiga isu. Isu pertama adalah isu mengenai pengagihan lokasi pusat pemberian vaksin yang tidak munasabah untuk warga Taiping. Timbalan Yang Dipertua, kes baru positif Covid-19 di Malaysia makin hari makin meningkat dan mencatatkan rekod tertinggi berbanding dengan kes-kes sebelumnya. Setiap hari puluhan ribu orang telah dijangkiti Covid-19 dengan jumlah kes yang disahkan telah melebihi 1.64 juta orang dan jumlah kematian yang melebihi 15,000 orang. Oleh itu, pengawalan wabak Covid-19 yang berkesan adalah melalui program vaksinasi dengan kadar pelaksanaan yang tepat. Akan tetapi kebelakangan ini terdapat warga Taiping yang mengadu bahawa mereka telah dipanggil ke pusat pemberian vaksin di Selama, yang lebih jauh dari Taiping untuk vaksinasi mereka.

Di sini Pokok Assam ingin menjelaskan bahawa meskipun Selama terletak dalam daerah Larut Matang dan Selama tetapi jarak antara Taiping dengan Selama adalah kira-kira 47km. Hal ini telah menimbulkan perasaan gelisah daripada warga Taiping yang terpaksa menghabiskan masa kira-kira satu jam untuk sampai ke sana. Pokok Assam berharap Jabatan Kesihatan yang berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih banyak pusat pemberian vaksin alternatif yang lebih dekat di Taiping. Supaya pemberian vaksin dapat mencapai matlamat negara dengan lebih efisien dan memudahkan rakyat jelata. Selain itu, Pokok Assam juga ingin menekankan dimana apabila warga Taiping yang terpaksa memandu jauh untuk menerima vaksin. Mereka akan menghadapi risiko dijangkiti covid-19 yang lebih tinggi. Sekiranya dengan varian baru Delta ia boleh dijangkiti dalam hanya 15 saat sahaja dan dengan ini secara tidak langsung akan tercetus kluster baru yang boleh menggugat usaha mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita.

Timbalan Yang Dipertua, Pokok Assam ingin menekankan satu insiden yang mungkin berlaku di mana apabila seseorang yang telah divaksin individu tersebut akan di arah untuk berehat di ruang pemerhatian untuk pemerhatian kesan sampingan yang mungkin berlaku selepas vaksin dan ini merupakan prosedur yang normal akan tetapi jika individu tersebut yang terpaksa mengambil perjalanan balik ke tempat kediaman yang memakan masa lebih kurang 1 jam ini mungkin akan membuat individu tersebut terlampau penat dan ini akan mendatangkan kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya. Dengan itu, Pokok Assam merasa lokasi pusat pemberian vaksin untuk warga Taiping sepatutnya berhampiran dan bukannya lokasi yang terletak terlalu jauh sehingga memerlukan mereka untuk memandu lebih daripada 1 jam.

Isu yang seterusnya ialah apabila terdapat individu yang membatalkan temujanji vaksin mereka atas sebab lokasi PPV yang diberi adalah terlalu jauh untuk mereka seperti PPV di Selama. Dukacitanya hasrat mereka hancur kerana mereka tidak menerima walaupun telah menunggu lebih daripada satu bulan. Kelewatan tersebut adalah tidak patut kerana ini akan melambatkan usaha kerajaan untuk mencapai sekurang-kurangnya 50 peratus populasi warga dewasa mendapat 2 dos suntikan bagi setiap negeri mendapat suntikan vaksin Covid-19 dan sekaligus mencapai imuniti kelompok. Pokok Assam berharap Jabatan yang bertanggungjawab akan mengambil perhatian tentang isu ini.

Isu kedua adalah isu mengenai Zoo Taiping dan Night Safari. Timbalan Yang Dipertua, Zoo Taiping dan Night Safari ialah zoo tertua di Malaysia dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana terletak di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping yang berhampiran dengan kaki Bukit Larut. Selain itu, Zoo awal pertama ini, kini menempatkan sebanyak 1,400 ekor haiwan terdiri daripada 120 spesis yang berlainan. Keindahan alam semulajadi Zoo Taiping dengan kehijauan flora telah meningkatkan lagi keunikan keindahan semulajadi di Zoo Taiping malah Night Safari ialah Zoo ketiga di dunia yang dibuka pada waktu malam selepas Zoo di China dan Singapura. Timbalan Yang Dipertua, pandemik Covid-19 telah menyebabkan Zoo Taiping dan Night Safari kehilangan lebih daripada 50% pengunjung pada tahun 2021 berbanding dengan tahun 2020. Hal ini telah kerana pandemik Covid-19 yang melanda pada tahun awal tahun 2020 telah menyebabkan Zoo Taiping dan Night Safari terpaksa tutup dan dibuka semula beberapa kali sepanjang PKP dari tahun 2020 hingga ke hari ini dan ini telah menjejaskan pendapatan Zoo Taiping dan Night Safari.

Di samping itu, pihak Zoo terpaksa menampung kos pengurusan dan penyelenggaraan yang mencecah hampir RM291,000.00 sebulan serta kos penjagaan haiwan dan makanan yang mencecah RM150,000.00 sebulan menyebabkan Zoo Taiping dan Night Safari mengalami kerugian yang teruk. Kos pengurusan dan penyelenggaraan adalah seperti kos pembersihan dan kos penjagaan haiwan adalah tidak dapat dielakkan walaupun Zoo Taiping dan Night Safari tidak dapat beroperasi sepanjang PKP. Sehubungan itu, Pokok Assam berharap pihak Kerajaan dapat menghulurkan peruntukan dana untuk membantu Zoo Taiping dan Night Safari supaya dapat mengharungi krisis industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Pokok Assam bersama-sama dengan warga Taiping mengalu-alu pihak Kerajaan dapat membantu Zoo Taiping supaya dapat mengelakkan daripada nasib gulung tikar dan terus menjejaskan sektor ekonomi bandar Taiping.

Isu ketiga, isu mengenai pengangguran di Negeri Perak. Timbalan Yang Dipertua, Ketua Perangkaan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata kadar pengangguran Negara pada Jun lalu telah meningkat daripada bulan Mei iaitu 4.5% kepada 4.8% atau iaitu sebanyak 768,700 orang. Walaupun data menunjukkan kadar pengangguran mencatatkan sedikit penurunan pada bulan Julai, namun fenomena ini amatlah membimbangkan kita semua. Pokok Assam telah menerima rintihan warga Pokok Assam yang telah diberhentikan kerja mereka akibat gelombang wabak Covid-19. Justeru itu, hal ini telah menyebabkan sumber pendapatan mereka telah hilang atau terjejas. Pokok Assam telah memberi bantuan keperluan dapur dan barangan penjagaan seperti pelitup muka dan hand sanitizer tetapi bantuan tersebut tidak berpanjangan dan Pokok Assam berharap pihak kerajaan dapat menyediakan bengkel pekerjaan termasuklah kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pekerjaan atau program pencarian kerja harian di negeri Perak untuk mereka. Dengan itu, Pokok Assam percaya kadar pengangguran dapat dikurangkan dan seterusnya golongan tersebut dapat meneruskan dapat kehidupan mereka tanpa bergantung kepada sumbangan-sumbangan Kerajaan. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Assam. Pembahas yang terakhir pada hari ini dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Kenering. Dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin saidina muhammadin wa'ala alihi wasahbihi ajmain. Terima kasih. Tuan Timbalan Yang Dipertua kerana saya pembahas terakhir. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua di atas kebenaran memberi peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan sempena Perasmian Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Keempat Belas.

Ampun Tuanku. Patik menjunjung kasih di atas titah ke bawah Duli Tuanku yang penuh sarat dengan saranan, pengharapan, impian, halatuju, cita-cita serta penghargaan untuk kepentingan warga dan Negeri Perak yang tercinta dan sudah pasti penghargaan juga saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang di mana telah menyempurnakan cetusan idea awal Ke bawah Duli Tuanku semasa menerima mengadap sempena pelantikan sebagai Menteri Besar Disember 2020 yang lalu dengan mempamerkan politik matang, terbuka dan mengenepikan diskriminasi dalam kalangan Ahli Dewan sama ada kerajaan ataupun pembangkang. Ianya dapat meminimumkan pergeseran, perselisihan, yang lebih berfokus kepada kepartian sejak sekian lama di samping memperkenalkan budaya baru dalam pentadbiran negeri berpaksikan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

Timbalan Yang Dipertua, hak dan kuasa rakyat untuk memilih wakil sewajarnya dihormati. Agihan peruntukan dan lain-lain yang mula disalurkan sepertimana yang disarankan kepada 59 kawasan dewan negeri telah terbukti hasilnya di Dewan yang mulia ini. Sepertimana Titah Tuanku langkah tersebut mungkin satu langkah permulaan kecil tetapi langkah yang kecil ini jika disuburkan akan membantu melonjakkan budaya politik beraras tinggi yang kurang berkonfrantasi sifatnya. Setiap Ahli Dewan hendaklah mengambil langkah tersebut dengan menunjukkan sikap timbal balik yang menghargai budaya baharu dengan mempamerkan semangat politik matang beraras tinggi serta saling bekerjasama, hormat menghormati, bantu membantu demi kepentingan negeri dan keluarganya. Di dewan yang mulia ini juga telah terbukti di mana saranan tersebut telah membuahkan hasil dan sejak saya menjadi Ahli Dewan Negeri bermula pada tahun 2004 dan ini adalah penggal yang keempat. Saya menampakkan perubahan yang begitu ketara dari segi semangat, cita-cita dan impian Ahli-Ahli Dewan yang hadir ke persidangan atau ke Mesyuarat Persidangan Dewan kita pada kali ini. Ini jauh berbeza daripada sebelum ini khususnya selepas 2008. Di Dewan yang mulia ini akan berlaku hentakan.

Di Dewan yang mulia ini akan berlaku perbahasan-perbahasan, caci mencaci, kutuk mengutuk, sindir menyindir, maki memaki dan sebagainya kerana wujudnya ketidakpuasan hati di kalangan ahli dewan. Ianya lebih terserah apabila kita mendengar dan dibuktikan dengan ucapan sama ada di pihak Ketua Pembangkang ataupun rakan kita daripada Aulong sebelah pagi tadi yang secara terbuka memuji Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan juga Kerajaan Negeri yang sebelum ini tidak pernah berlaku. Kalau ada pun ianya dalam bentuk sindiran dan dengan seribu ketidakpuasan hati tetapi setelah dilakukan oleh pimpinan yang ada hari ini ianya mendapat bukan hanya pujian tetapi pengiktirafan yang menjadi contoh bukan hanya di Dewan Negeri, malah hari ini dah mula diterjemahkan di peringkat Persekutuan di Dewan Rakyat.

Jadi betullah kata orang tua-tua, langkah yang pertama akan menentukan untuk seribu puluh langkah berikutnya untuk mencapai kejayaan. Jadi tahniah dan syabas. Begitu juga di peringkat pusat. Dewan Negeri ini kita juga memberikan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang ke-9 yang telah baru dipilih untuk mengetuai Kerajaan Persekutuan dan kita amat mengharapkan keputusan ideal daripada Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di peringkat Dewan Negeri ini diterjemahkan juga. Kalau ianya tidak sepenuhnya tetapi itulah pengharapan kita untuk di peringkat persekutuan.

Timbalan Yang Dipertua, di dalam kita menyatakan perbezaan pandangan dan pendapat saya melihat cabaran kepada kita cukup hebat. Dari segi politik sendiri pun di dewan yang mulia ini kita dapat lihat Kota Tampan akan berhadapan dengan 3 tokoh hebat iaitu Mantan Menteri Besar ada tiga di dalam dewan ini. Dalam masa yang sama Mantan Timbalan Speaker pun ada di Dewan Rakyat dan InshaAllah akan lahir juga di kalangan Ahli Dewan ini bertaraf menteri. Ini semua dapat membantu ke arah memperkasakan lagi politik matang kerana saya amat bersetuju dengan rakan-rakan saya termasuk Aulong tadi iaitu politik kepartian yang sempit perlu kita cairkan. Politik yang berasaskan pemikiran yang sempit dan juga diskriminasi perlu kita leburkan supaya hala tuju kita untuk memastikan Negeri Perak Darul Ridzuan tercinta ini mencapai hajat dan cita-cita kita untuk memastikan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat kita terjemahkan.

Timbalan Yang Dipertua, dalam memperkatakan titah Kebawah Duli Tuanku penekanan Ke Bawah Duli Tuanku yang begitu prihatin dengan nasib dan masa depan rakyat dan warga adalah menjadi harapan beliau supaya perkara yang berkaitan dengan keselamatan bekalan makanan antara tumpuan utama Titah Kebawah Duli Tuanku. Dengan kata lain sektor pertanian yang melibatkan industri yang berasaskan pertanian, ternakan dan juga perikanan perlu diperkasakan dengan memperkenalkan budaya kerja dan juga budaya pengeluaran bahan dengan menggunakan kaedah dan mekanisme moden supaya produktiviti hasil dapat dipertingkatkan khususnya dalam kita menghadapi ancaman Covid yang melanda bukan hanya negara malah dunia. Sudah pasti kita mesti berada di cabaran yang mendatang yang cukup hebat. Penekanan kita kepada industri yang berasaskan teknologi industri yang berasaskan kehilangan sebelum ini nampaknya makin layu, makin terancam yang kebanyakannya terpaksa ditutup.

Oleh yang demikian, kita kena memperkasakan balik industri yang berasaskan pertanian ini. Yang Berhormat sahabat saya Gunung Semanggol, Exco yang bertanggungjawab mengenai pertanian dan industri berasaskan pertanian. Yang Berhormat kena berfikir di luar kotak. Yang Berhormat kena mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku. Pohonlah, usahalah, dapatkanlah peruntukan yang sebesar mungkin untuk kita memperkasakan semula industri yang berasaskan pertanian, penternakan dan juga perikanan ini kerana contohnya di kawasan saya. Ini adalah kawasan yang cukup strategik yang cukup mempunyai ruang dan peluang yang cukup besar ke arah menerokai bidang pertanian kerana kita tidak mampu lagi melihat masyarakat kita berada di tahap pertanian dalam bentuk skala lama. Kita mesti membawa kepada mereka pertanian moden yang memberikan pulangan hasil yang besar, banyak dan menguntungkan mereka. Kita ada kemudahan tanah, kita ada kemudahan tasik, kita ada Tasik Banding, Tasik Temenggor, kita ada Tasik Kenering, kita ada Tasik Chenderoh sebahagiannya, takkan kita nak biarkan tasik yang ada itu begitu sahaja.

Sewajarnya kita memperkasakan industri yang berasaskan perikanan kerana hari ini lonjakkan dari segi harga kepada barang makanan ini cukup tinggi. Saya ambil contoh seorang pelajar graduan Universiti Teknikal Melaka. Berusia 30 tahun, nama dia Ahmad Shahir. Dia memilih untuk menjadi usahawan perikanan. Hari ini pulangan pendapatan kepada dia cukup lumayan. Dijangkakan dengan 6 sangkar, dia dapat pulangan dalam kiraan ternakan 30 ribu ekor semusim, ia akan mendapat pendapatan jualan empat kali, tiga ke empat ratus ribu setahun dan pulangan bersih setiap bulan antara keuntungan tahunan antara empat ke lima puluh ribu yang memungkinkan dia mendapat bulanan empat ke lima ribu ringgit. Ini membuktikan antara tokoh-tokoh usahawan yang mampu kita ketengahkan. Pihak jabatan mestilah menjadikan mereka ini sebagai ikon dan dalam masa yang sama mendapatkan maklumat berbincang bagaimana untuk kita lonjakkan lebih ramai. Itu satu contoh, kita sepatutnya sebagai lonjakkan lebih ramai kerana kita mesti berfikiran jauh ke hadapan dengan mengambil kira contoh-contoh yang terbaik ini mampu untuk kita ketengahkan.

Dalam masa yang sama berkaitan dengan ternakan di Daerah Hulu Perak. Kita ada 25 padang ragut. Dengan keluasan lebihnya daripada 2200 hektar. Kawasan saya sendiri Padang Ragut ada lapan buah padang ragut. Exco YB Gunung Semanggol pun tahu kita ada padang ragut yang cantik di kawasan kita tetapi daripada jumlah yang saya sebutkan tadi cuma 50 peratus saja 50 peratus sahaja dibangunkan iaitu kalau ikut dibangunkan sekitar 1167 hektar daripada 2200 hektar. Ni betul, jadi YB kena lihat dan dalam masa yang sama 3.5 juta. Walau pun 50 peratus dibangunkan kutipan nilai ternakan yang ada di sana lembu, rusa mencecah lebih daripada 3.5 juta tetapi kita tidak hanya berbangga dengan itu. Kita nak lonjakkan lebih lagi sementelah saya lihat daripada 25 di Hulu Perak 8 daripada kawasan saya. Kawasan yang dimajukan hanyalah 197 hektar. Baki lagi 681 kawasan 681 hektar terbiar begitu sahaja.

Di samping kita nak memaksimumkan penggunaan tanah dengan pengeluaran hasil yang lebih berkualiti. Kawasan yang ada terbiar ini perlu kita bangunkan, 681 hektar bukan satu jumlah yang kecil untuk Kawasan DUN Kenering sahaja. Tapi kita biarkan begitu saja. Kita tidak boleh menyalahkan jabatan atau pun mereka yang dipertanggungjawabkan. Kita selalu mengadakan perbincangan, perundingan tetapi halangan yang mereka akan hadapi peruntukkan terhad, bajet terhad. Yang ini kita nak cari nak olah, kalau kita boleh habiskan perbelanjaan negara dan negeri untuk sektor yang berasaskan perkilangan, mengapa tidak kita tumpukan industri yang berasaskan pertanian yang ada di depan mata kita yang memberikan pulangan kepada masyarakat kita, orang tempatan dan sebagainya. Kalau pun kita buka industri yang berasaskan perkilangan, pembinaan dan sebagainya lebih besar tetapi pekerjanya daripada orang luar, ianya tidak menguntungkan warga kita. Jadi Tuan Yang Dipertua, itu antara masalah yang saya ingin utarakan dengan berkaitan industri yang berasaskan Jabatan Pertanian dan Perikanan termasuk juga Perladangan.

Seperkara lagi yang menarik kita di peringkat awal di Dewan. Kita telah berbincang dengan pengujian ZIA zone eco-culture di tasik. Ada di Tasik Banding, ada di Tasik Kenering ada di Tasik Chenderoh, apa jadi dengan ZIA sekarang? Zon Industri Akuakultur. Kita dah kenalpasti di mana sesuai untuk Perikanan Darat tetapi kita biar begitu sahaja. Kalaulah tasik-tasik ini berada di negara-negara sebelah Eropah, negara-negara maju sebelah China dan sebagainya. Saya yakin dan percaya mereka akan memaksimumkan tasik yang ada hari ini. Kita hanya sekadar menjadi ianya punca kepada penjanaan elektrik semata-mata. Yang lain khazanah di dalam tu kita biarkan begitu saja. Seperkara lagi saya juga ingin menarik perhatian adalah untuk memperkasakan industri berasaskan perikanan ini. Carilah ruang dan peluang anak bangsa kita memang berminat tetapi mereka dihalang ataupun dilemahkan semangat mereka kerana mereka lebih memilih untuk bekerja di sektor perkhidmatan awam sebagai contoh. Tetapi macam saya kata tadi Ahmad Shahir terbukti berjaya tetapi ini perlu dilonjakkan supaya ianya dapat menarik lebih ramai lagi rakan-rakan mereka untuk turut serta.

Seperkara lagi yang saya ingin bangkitkan adalah berhubung dengan kemudahan kita bercakap tadi mengenai pendidikan cabaran kita bila covid ini cukup hebat ianya bukan hanya hebat dari segi politik dan dia panas sampai ke petang. Ini semua membimbangkan rakyat. Rakyat kata cukup-cukuplah berpolitik. Apa akan jadi kepada nasib kami. Peluang pekerjaan telah hilang. Sama ada kita bersedia ataupun tidak covid ini bukan boleh dapat di tangan dalam masa terdekat. Kita kena terima hakikat bahawa masalah yang ada di hadapan kita ini telah menghilangkan nikmat yang kita perolehi sebelum ini khususnya di zaman kita kecil-kecil dahulu. Anak-anak hari ini tidak ada lagi keriangan. Sebab tidak ada lagi kenikmatan meraikan majlis-majlis perkahwinan atau minum terlalu terbuka dan sebagainya. Malah dalam ibadah kita sendiri pun diperketatkan dengan SOP dan sebagainya.

Jadi zaman telah berlalu apakah kita bersedia untuk berterusan seperti apa yang ada pada diri kita hari ini pun dengan gelombang, gelembung dan sebagainya. Ini cabaran yang perlu kita hadapi. Oleh yang demikian, sewajarnya saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada barisan hadapan yang telah bertungkus lumus. Amanah dan tanggungjawab yang ada di hadapan kita pada hari ini. Sebelum saya akhiri saya ingin menarik perhatian kepada permasalahan yang tidak jemu-jemu untuk saya utarakan mengenai kawasan saya dia iaitu keperluan jalan yang lebih sempurna. Hari ini jalan dah teruk Lenggong ke Gerik berlopak-lopak. Yalah kita akui bahawa kita menghadapi masalah kewangan tetapi carilah pendekatan dan penyelesaian. Begitu juga pembangunan di kawasan Orang Asli kita dapat lihat hari ini difahamkan Kerajaan Persekutuan dah luluskan di tempat saya sepanjang 17 kilometer untuk laluan daripada Kampung Ganda ke Perkampungan Orang Asli RPS dalam kerja-kerja awal telah bermula tetapi sampai bila kita harus menunggu kerana masa ini. Gunakan untuk kerja-kerja awal ini nampaknya dah tiga empat bulan setakat masuk perancang apa semua. Jadi nak kita minta bantuan pihak JKR percepatkanlah dengan peruntukan difahamkan RM21 juta telah diluluskan. Kita bimbang nanti menyebabkan dengan isu covid nanti peruntukan itu juga ditarik dan akhirnya masyarakat Orang Asli akan terus ketinggalan.

Begitu juga saya ingin membangkit di sini mengenai keperluan tanah untuk penempatan orang muda. Kita ada seperti di beberapa tempat di Daerah Hulu Perak dan di kawasan yang saya telah cadangkan tetapi tindakan kita agak perlahan. Walaupun di peringkat MMK telah diluluskan tetapi di peringkat daerah kita perlu segerakan supaya kita memberi peluang kepada anak-anak muda memiliki tanah tapak rumah dan kediaman sendiri. Timbalan Yang Dipertua, diakhirnya saya ingin menyarankan agar semua kita sewajarnya berlapang dada dengan ujian yang Allah SWT kurniakan ini untuk kita muhasabah diri di mana berlakunya kelemahan dan kesilapan. Tangan-tangan kita sendiri. Perbuatan kita sendiri. Tutur kata kita sendiri. Tingkah laku kita sendiri yang selama ini sudah pasti bertentangan dengan hukum agama. Akhirnya kita kena terima hakikat. Cabaran kepada Covid-19 ini menuntut untuk diri kita mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT kerana kita wajib akur ujian ini atas kelemahan dan kesilapan kita sebelum ini. Marilah kita bersatu hati untuk membangunkan negeri tercinta ini, untuk membangunkan masyarakat dan negara kita dalam satu pasukan, dalam satu team yang meletakkan kepentingan dan kemuliaan di tempat persada yang tinggi dan akur. Terimalah hakikat bahawa kelemahan kekurangan sesama kita boleh kita satukan hati-hati kita untuk kita bangkit semula untuk menjadi sebuah bangsa, negeri dan negara yang cemerlang di masa akan datang. Jadi untuk itu, Kenering menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan mengajak sama-sama kita menerima cabaran ini dengan berlapang dada. Sekian, terima kasih. Kenering menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kenering. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Pembangkang, seluruh Yang Berhormat kerana berbahas dengan penuh hemah.

Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama sidang hari ini, Tahniah semua Ahli Dewan Undangan Negeri, Semoga kita berjumpa hari Isnin nanti.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya tangguh dewan ini dan dewan akan bersidang semula pada hari Isnin, 30 Ogos 2021 jam 9.00 pagi. Salam Sejahtera dan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.