Perak · 20 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 189 turns · 23,554 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Ketujuh Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin 20 Disember 2021 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu di pohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran-mu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.

Perkara yang kedua, pengumuman Tuan Yang Dipertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, berkenaan penguatkuasaan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Di kesempatan ini, saya merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak kerana berjaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang persidangan pada hari pertama hingga hari ketujuh. Pada persidangan akhir ini, saya amat berharap aspek pematuhan SOP dan garis panduan berkaitan kekal dipatuhi oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, para petugas dan wakil media sejajar dengan langkah kawalan pencegahan Covid-19 yang dikuatkuasakan.

Perkara yang kedua, berkenaan usul Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Perak Pindaan 2021. Sesi perbahasan atas usul tersebut akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai sesi soal soalan lisan pada persidangan hari ini. Sejurus pelaksanaan sesi perbahasan atas usul Rang Undang-Undang tersebut, Dewan akan ditempohkan sementara selama satu jam bagi memberi ruang persediaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Penggulungan perbahasan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan disusuli dengan tatacara keseluruhan Jawatankuasa Seisi Dewan dan bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Perak Pindaan 2021.

Perkara ketiga, berkenaan dengan usul-usul lain iaitu:

i) Usul cadangan Pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak. ii) Usul cadangan penambahan Terma Rujukan Dan Bidang Kuasa Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. iii) Ketiga, usul cadangan mewujudkan Jawatan Kuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan. iv) Usul pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia akan dilaksanakan sebaik sahaja selesai tatacara keseluruhan jawatankuasa seisi Dewan dan bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Perak Pindaan 2021.

Perkara yang keempat, berkenaan jawapan kepada soalan lisan yang tidak dijawab, jawapan soalan bertulis dan handsard rasmi. Ingin saya maklumkan, dokumen-dokumen tersebut boleh diakses dan dimuat turun pada Sistem e-Dewan selewat-lewatnya dalam tempoh 2 minggu daripada persidangan hari ini. Sekiranya terdapat pindaan yang ingin dibuat berkaitan handsard rasmi, Ahli-Ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh masa dua minggu berikutnya setelah dokumen handsard rasmi dapat diakses dan dimuat turun pada Sistem e-Dewan. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan-soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan.

Dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Kepayang untuk mengemukakan nombor soalan. Dipersilakan.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Selamat pagi Dan terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan saya nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Bagi menjawab soalan A daripada Yang Berhormat Kepayang, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak telah bersetuju untuk melaksanakan program pemutihan bagi kawasan yang diteroka haram dengan melupuskan kawasan tersebut seluas kira-kira 5,959.75 hektar kepada beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri. Daripada jumlah tersebut, kawasan seluas kira-kira 3,930.79 hektar telah diberikan pajak sewa kepada pengusaha terbabit bagi proses pemutihan di atas usaha pertanian, penternakan dan perikanan. Manakala baki kawasan seluas kira-kira 2,028.96 hektar akan dipertimbangkan untuk diadakan tindakan penguatkuasaan atau pertimbangan proses pelupusan yang lain berdasarkan kepada penelitian selanjutnya.

Bagi tanah kerajaan yang diteroka secara haram dan program pemutihan dilaksanakan oleh Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah Negeri Perak dianggarkan kawasan seluas kira-kira 6,072.27 hektar telah dikenalpasti dan sedang dilaksanakan program pemutihan pertanian seperti mewujudkan rancangan pertanian berkelompok atau pengeluaran lesen pendudukan sementara dan sebagainya. Daripada program pemutihan yang dijalankan, dianggarkan hampir 10,000 orang pengusaha akan mendapat hak milik atau pajak sewa atau pun lesen. Bagi menjawab soalan B, untuk makluman Yang Berhormat, sehingga November 2021 sebanyak 6,000 permohonan telah berjaya dan sedang diproses untuk proses pemutihan ini. Bagi menjawab soalan C, dianggarkan jumlah anggaran hasil cukai yang dapat dikutip oleh Kerajaan Negeri daripada program pemutihan ini ialah sebanyak RM259,653.71 iaitu kutipan bagi cukai tanah yang telah diteroka secara tidak sah untuk pertanian sebanyak RM252,777.91 sen dan bagi kategori penternakan ialah RM6875.80 sen. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Kepayang.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Soalan saya adalah mengenai pengusaha-pengusaha atau 130 petani-petani haram di Kanthan, Kanthan? Isu ini sudah dibangkitkan oleh YB Sungai Rapat, Pasir Berdamar dan YB Keranji tetapi kami tidak dapat jawapan daripada Yang Amat Berhormat atau YB Tualang Sekah mengenai apakah rancangan kerajaan terhadap kawasan seluas 1000 ekar ini? Mengapa mereka hanya diberi 30 hari untuk mengosongkan tanah mereka. Apakah rancangan dalam tempoh hari kerajaan boleh ambil untuk membangunkan tanah 1000 ekar? Mengapa kerajaan tak boleh buat macam seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi untuk kerjasama dengan pengusaha-pengusaha sana untuk membangunkan tanah ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Kepayang. Untuk makluman, kawasan Silver Valley Technology Park itu adalah dizonkan sebagai zon perindustrian. So, tak boleh bagi kepada pengusaha-pengusaha dalam bidang pertanian tapi kita telah menyediakan satu kawasan lain untuk membolehkan mereka yang bertani pindah ke tempat lain yang dizonkan sebagai zon pertanian. Itu sahaja.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Mengapa mereka hanya diberi 30 hari sahaja? Semua proses ini ambil masa amat panjang ini. You tak boleh tanam pokok-pokok atau kelapa sawit dalam tempoh 3 tahun. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Jawapan dah diberi tadi dah.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan kedua. Pengkalan Hulu.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua., Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar yang telah menjawab soalan tadi. Cuma Pengkalan Hulu ingin menanyakan lebih kurang macam penerokaan tapi bukan penerokaan ini adalah penjelajahan. Penjelajahan ni makna dia untuk kita melihat kawasan-kawasan yang sesuai untuk dikeluarkan mineral. Untuk makluman Dewan, sebenarnya ada program jemputan untuk taklimat-taklimat tentang perlombongan unsur nadir bumi bukan radiokatif (NRREE) pada 19 haribulan semalam pukul 8.00pagi. Yang terlibat ADUN-ADUN yang terlibat Pengkalan Hulu, Temengor, Kenering untuk melihat projek NRREE di kawasan hulu ni Perak. Cuma yang saya ingin maklumkan di sini ketiga-tiga kami tidak dapat hadir untuk dengar taklimat itu kerana program 19 haribulan jemputan 17 haribulan pukul 4.45 petang melalui email oleh Bahagian Mineral Geosains, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Cuma itu oklah benda dah lepas. Cuma kita sedia maklum di Perak ni memang banyak mineral kita ada kaolin, kita ada boclay, kita ada salika, timah dan yang paling terbaru ni NRREE ni. Non Radioactive Rare Earth. Cuma saya nak minta kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kalau boleh tolong kita adakan satu taklimat kepada semua ADUN-ADUN yang ada di dalam Dewan ini supaya mendapat sedikit info ataupun maklumat tentang nadir bumi atau pun NRREE ini dan mineral-mineral lain kerana apabila projek ini dijalankan di kawasan-kawasan ADUN-ADUN tidak tahu projek mineral apa dan rakyat tanya jadi ADUN pun jawab, "ish, potong bukit tu tak tahu kenapa." Sebenarnya potong bukit tu nak ambil dia punya kaolin di sana.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan Pengkalan Hulu.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Jadi soalan Pengkalan Hulu saya nak minta bolehkah Kerajaan Negeri mengaturkan satu taklimat untuk ADUN-ADUN yang semua yang ada dalam Dewan ini untuk mendapat tahu tentang apa ni nadir bumi atau pun rare earth dan mineral-mineral yang ada di dalam Pengkalan Hulu dan SOP-SOPnya untuk menjaga kepentingan rakyat di kawasan masing-masing. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Pengkalan Hulu. Sebenarnya apa yang telah dibuat oleh KETSA semalam ialah public hearing, public hearing untuk membolehkan mereka membuat persediaan dan juga menggunapakai SOP yang dicadangkan. Jadi public hearing itu, itulah tujuan dia untuk didengari dan untuk dibincang bersama dengan public tapi kalau untuk tujuan khusus kepada ADUN-ADUN kita boleh buat taklimat je lah. Taklimat boleh diberikan melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian. Insyaallah.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan nombor soalan. Dipersilakan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Salam Sejahtera. Selamat pagi. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua. Soalan saya soalan kedua.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Simpang Pulai. Untuk menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai, Kerajaan sedia maklum tentang kenaikan harga bahan binaan di pasaran berikutan kesan pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui perutusan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 28 Jun 2021 bagi pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi ataupun PEMULIH telah bersetuju untuk melaksanakan syarat VOP dalam kontrak kerja berikutan peningkatan ketara kos bahan binaan untuk memastikan projek kerajaan tidak terjejas dan dapat disiapkan mengikut jadual yang sepatutnyalah dan melalui Pekeliling Perbendaharaan PK 2.4, pelaksanaan syarat perubahan kerja ataupun VOP di dalam kontrak kerja berkuasa pada 15 Julai 2021, Kerajaan telah melaksanakan VOP bagi item besi bertetulang, crusher run, paip air dan paip pembentungan dan cooper. Kenaikan harga besi berpunca akibat daripada isu global yang dialami di seluruh negara didorong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ataupun (PKP).

Faktor lonjakan harga besi ini juga dikenalpasti berikutan kenaikan harga besi di seluruh dunia ekoran kekurangan bekalan kerana kebanyakkan lombong tidak dapat beroperasi dengan kapasiti yang penuh dan kesan daripada bencana alam dan juga pandemik Covid-19. Bijih besi dan besi scrap adalah bahan mentah utama bagi pengeluaran produk besi. Malaysia tidak terkecuali daripada impak kenaikan harga bahan mentah utama yang kebanyakannya diimport daripada luar negara. Kesukaran mendapatkan bahan mentah bagi memproses besi tetulang iaitu bijih besi dan juga sebahagian scrap metal yang mana kedua-duanya diimport daripada luar negara.

Isu logistik juga menyumbang kepada kesedaran dan kelewatan penghantaran bahan binaan di sebabkan situasi pandemik. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ataupun CIDB, harga purata bahan besi di seluruh negara adalah sekitar RM 3,200 hingga RM3,300 1 tan pada bulan Oktober 2021 dan Menteri Kanan Kerja Raya Dato' Sri Fadillah bin Yusof mencadangkan penguatkuasaan semula peruntukan pengiraan klausa perubahan harga atau pun VOP yang sudah pun dilaksanakan pada 15 Julai lalu dan berkuat kuasa mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021. Pengenalan VOP dan kelonggaran pengoperasian nilai rantaian bekalan binaan secara berterusan, harga bahan binaan didapati perlahan-lahan kembali stabil. Memandangkan semua sektor ekonomi telah dibuka dan rantaian nilai sektor pembinaan dibenarkan beroperasi. Harga bahan binaan adalah dijangkakan akan kembali stabil.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Simpang Pulai.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih atas jawapan yang dibentangkan oleh wakil kerajaan dan saya tanyakan soalan ini sebab kenaikan harga barang logam dengan bahan binaan asas ini kerana harga itu sahaja tetapi ianya akan mengganggu pelaksanaan projek pembangunan baik Kerajaan Persekutuan atau pun Kerajaan Negeri. Saya ingin mendapatkan satu pengesahan atau pun jawapan daripada wakil kerajaan. Setakat ini berapakah projek-projek Kerajaan Negeri atau pun Persekutuan dalam Negeri Perak yang telah pun memohon untuk pelaksanaan VOP dan berapakah projek yang telah pun terganggu, terkesan atas faktor perubahan harga bahan besi dan bahan logam sebab kalau kita lihatkan kepada dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, sebenarnya dia ada exit clause iaitu pendapatan bersama dan ianya akan melibatkan nilai pelaksanaan bon projek tersebut 50% akan dirampas. So, berapakah projek yang terkesan, berapakah syarikat atau projek yang telah pun memohon pelaksanaan VOP ini dan berapakah syarikat yang telah pun terkesan atas perubahan harga itu? Terima kasih.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai. Saya tak ada maklumat sekarang berkaitan dengan jumlah syarikat yang memohon ya. Boleh saya bagi jawapan bertulis.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Cuma saya saya minta pencerahan sebab saya pun agak ialah dia boleh minta siapa-siapa wakil kerajaan untuk menjawab soalan tetapi saya rasa urusetia sepatutnya pandangan saya, sepatutnya soalan ini perlu ditujukan kepada Exco Infra dan Kemudahan sebab di bawah portfolio Exco tersebut ada JKR dan pelaksanaan projek-projek so ianya agak membantu untuk membekalkan maklumat kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tanya tentang isu yang berkaitan dengan dalam hal ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua daripada kerajaan, Lubuk Merbau. Sila.

Dr. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya, kenaikan harga besi berpunca akibat isu global yang dialami di seluruh negara didorong pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Harga bahan binaan juga menjadi lebih mahal selepas aktiviti pembinaan disambung semula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Soalannya apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengawal kenaikan mendadak harga barang-barang binaan ini. Terima kasih.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada kawasan Lubuk Merbau. Antara langkah yang diambil untuk mengawal kenaikan mendadak harga barang-barang binaan ini di bawah KPDNHEP telah menjalankan sesi libat urus dan tindakan mengeluarkan notis di bawah seksyen 21 AKHEP 2011 kepada peniaga pemborong dan pembekal berkaitan untuk mendapatkan butiran lanjut berhubung dengan maklumat harga dan kos barangan atau caj perkhidmatan. Tindakan denda boleh dikenakan sekiranya peniaga didapati mencatut atau pun mengambil keuntungan berlebihan yang tidak munasabah. Secara umumnya harga bahan binaan ditetapkan oleh kuasa pasaran yang dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan bahan di pasaran.

Selain itu faktor lain yang perlu diambil kira meliputi yang pertama terma kredit yang panjang seperti 60 hari atau 120 hari berbanding terma yang baik adalah 14 hari. Yang kedua, pembelian dalam kuantiti yang kecil. Yang ketiga harga diperolehi daripada peruncit atau kedai hardware kecil yang telah melalui proses peringkat pembekalan dan yang keempat kos logistik yang berbeza mengikut lokasi bergantung pada jarak dan penyedia perkhidmatan. Seterusnya CIDB memantau harga bahan binaan melalui kutipan harga berterusan mengikut lokasi dan dari pelbagai outlet yang terdiri daripada kontraktor, pengeluar dan juga peruncit. CIDB mengadakan sesi libat urus atau pun engagement berterusan bersama industri bagi mengetahui situasi semasa kedudukan harga bahan binaan dan yang terakhir CIDB sentiasa akan terus memantau kedudukan harga barang dengan kerjasama jabatan dan agensi yang berkaitan seperti KPDNHEP dan oleh kerana harga dipengaruhi oleh kuasa pasaran, kita yakin harga akan stabil apabila projek-projek berjalan dengan lancar. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kurau. Sekarang dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Menglembu untuk mengemukakan nombor soalan. Silakan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Soalan Menglembu soalan yang ketiga.

Bismillahhirrahman nirrahim. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Menglembu, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak juga telah merancang dan melaksanakan beberapa program pemulihan bagi meyakinkan semula pelancong untuk ke Negeri Perak seperti mengadakan program kerjasama strategik bersama Kerajaan Persekutuan melalui Tourism Malaysia bagi menyediakan pakej-pakej pelancongan yang melibatkan hotel-hotel, resort, pengusaha produk empat buah negeri di utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang termasuk Perak. Program ini telah pun kita laksanakan pada bulan November yang telah memberikan Perak sebagai hos sebagai penghormatan bagi program tersebut. Promosi dan pemasaran secara digitalisasi juga menjadi platform utama dalam mempromosikan Negeri Perak termasuk hotel-hotel, produk-produk pelancongan melalui penggunaan medium seperti Facebook, Tiktok, Twitter dan sebagainya. Program-program promosi dan pemasaran juga telah melibatkan Key Opinion Leaders (KOL) atau pun media influencer yang mampu untuk menarik orang ramai terutama followers tersebut untuk datang ke Negeri Perak.

Selain daripada itu program-program mempromosikan produ-produk, hotel-hotel dan sebagainya diteruskan dengan menyenaraikan produk tersebut yang berdaftar dengan persatuan-persatuan berkaitan dalam pelancongan dalam pelbagai bentuk termasuklah e-brochure pakej pelancongan. Kita juga memperkenalkan program seperti pematuhan amalan baik pengendalian premis dan produk pelancongan di Negeri Perak di mana ianya telah ditambahbaikkan daripada tahun lepas untuk kita berikan dan tingkatkan keyakinan pelancong untuk datang berkunjung ke dalam negeri kita. Program baju pelancongan Negeri Perak juga kita perkenalkan dan kita telah lanjutkan sehingga Jun 2022 dengan memberikan tawaran promosi kepada pelancong. Kerajaan Negeri juga melalui Tourism Perak menggerakkan beberapa inisiatif secara berperingkat dengan menawarkan semula baucer-baucer yang bersifat insentif di bawah program #TravelPeraklah bagi fasa satu hinggalah fasa 3 dengan kaedah pelancongan yang boleh tebus secara menerus baucer itu apabila membuat pembelian pakej atau pun penginapan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, United Nations World Organization telah meramalkan pemulihan sektor pelancongan mengambil masa 2 hingga 4 tahun. Tempoh ini sememangnya agak panjang dan pasti memberikan cabaran besar kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak dalam industri pelancongan negara dan pemulihan negara merupakan inisiatif kerajaan bagi memastikan sektor ekonomi dan sosial sektor dapat dipulihkan secara berperingkat namun ia perlu disertai strategi berkesan dan menyakinkan supaya sektor pelancongan dapat kita pulihkan dengan kadar yang segera. Pembukaan sempadan bagi rentas negeri sekurang-kurangnya dapat memberikan kelegaan kepada pengusaha pelancongan. Oleh yang demikian, buat masa ini tumpuan diberikan sepenuhnya kepada pelancongan domestik selain daripada laluan-laluan gelembung yang telah Kerajaan Malaysia umumkan. Kementerian Pelancongan Malaysia memberikan fokus melalui Pelan Pemulihan Pelancongan bagi tahun 2022 manakala untuk Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak kita akan teruskan usaha dengan melaksanakan Pelan Pemulihan Pelancong Perak 2022-2023 iaitu DREAM satu pelan jangka pendek yang akan kita tekankan kepada penarikan pelancong khususnya reputative visitors dengan izin atau pun pelancong berulang melalui penyediaan infra dan pembangunan, pakej ataupun produk, pemerkasaan sumber manusia, acara pengiklanan dan promosi pemasaran dan pengurusan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Menglembu.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Memandangkan Negeri Perak sedang berada dalam peringkat Pelan Pemulihan Negara kebanyakan sektor khususnya sektor pelancongan sedang dibuka semula secara semakin meluas. Pengusaha pelancongan juga digesa supaya menggunapakai teknologi digital dalam perniagaan mereka. Soalan saya apakah cabaran serta kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membantu mereka dalam inisiatif pendigitalan ini. Terima kasih.

Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Sememangnya kita mempunyai kekangan tetapi salah satu perkara yang perlu kita guna pakai adalah digitalisasi dan saya lihat peluang ini sebenarnya adalah peluang yang amat baik kerana ianya tidak memakan kos yang begitu besar tetapi memerlukan kolaborasi daripada semua pemain, termasuklah daripada agensi dan jabatan kerajaan. Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak akan melancarkan satu platform yang kita panggil Perak PAS, di mana platform ini mempunyai pelbagai fungsi yang pertama untuk memperkasakan pengkalan data ya, untuk pelancong-pelancong yang datang ke Negeri Perak. Yang kedua untuk memberi insentif daripada segi penyertaan. Setiap penyertaan daripada pihak swasta untuk berada dalam platform digital ini diberikan insentif seperti mana yang kita berikan melalui Travel Peraklah baucer dan ketiganya untuk merancakkan lagilah promosi dan pemasaran melalui medium-medium yang akan kita sambut ataupun kita hubungkait melalui platform Perak PAS ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Chenderoh.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan juga kepada Exco. Soalan saya berbunyi di permulaan ini ialah berhubung dengan Jambatan Victoria Kuala Kangsar di Pekan Karai. Yang mana saya lihat sekarang ini telah begitu popular, ramai daripada orang telah melawat kemudian di dia pun ni dibantu atau pun disokong oleh Karai Village, satu resort yang telah dibina dan ramai yang saya nak saya tanyakan ialah berhubung dengan di seberang sana, seberang sini ialah ADUN Lintang dan seberang sana ni adalah Chenderoh. Yang mana semasa Yang Berhormat Dato’ Seri Nazri menjadi Menteri Pelancongan, telah berjaya telah membuat satu apa ni apa satu eventlah di sana tapi malangnya pada sekarang ini sebab sana tu hanya diurus oleh oleh JPKK orang kampung saja. Nak tanya adakah pihak kerajaan ingin bercadang untuk mendevelopkan sana supaya ia lebih teratur. Sebab apa, dulu semasa saya di sana dulu, Persatuan Pelancongan Rekreasi Chenderoh, apabila pelancong ni ataupun student ni menyeberang sungai ke sana daripada Karai kita bagi sijil, tapi sekarang kita tak buat bukan tak buat apa kerana kedudukannya sebelah sana tu tak berapa cantik itu hanyalah digunakan oleh JPKK sahaja dan minta pada kerajaan adalah perancangan untuk membangun sebelah sana Seberang Karai. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Chenderoh di atas soalan tambahan. Pada waktu dan ketika ini kita tidak adalah menyenarai apa-apa projek untuk membangunkan apa ni pelancongan di kawasan Yang Berhormat. Cuma kita mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan lagi daripada segi pemasaran dan promosi serta acara untuk kita guna pakai apa-apa sahaja produk pelancongan yang ada untuk melonjakkan dan merancakkan lagi aktiviti di kawasan tersebut. Ini adalah kerana kita mempunyai kekangan kewangan yang agak orang kata besar setakat ini. Sekiranya ada ruang dan peluang untuk kita mengkaji semula, insyaallah saya akan hantarlah Tourism Perak untuk melihat kawasan yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat dan lihat apakah tindakan ataupun projek-projek quick wins ya yang boleh kita usahakan atau laksanakan di kawasan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Silakan Simpang Pulai satu lagi.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua, saya nak tanya soalan tentang UNESCO Heritage di Ekologi Lenggong di Lenggong di UNESCO di Lenggong. Baik, sebelum ni ada kekangan yang berlaku apabila kawasan tersebut tidak dapat dibangunkan atas sebab bidang kuasa yang tidak seragam, ada sebahagian di bawah jabatan warisan, ada sebahagian di bawah PBT dan sebagainya. Itu antara kekangan yang menyebabkan ataupun menyekatkan pembangunan kawasan tersebut. Saya ingin nak bertanya kepada Yang Berhormat Exco tentang status terkini tentang kawasan tersebut. Adakah ianya telah diseragamkan ataupun apakah cara-cara untuk mengatasinya supaya pembangunnya pembangunan secara holistik berlaku di tapak tersebut? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai, Mantan Exco ini dia memang tahulah isu ini. Sebenarnya isu ini telah berlarutan tetapi pada waktu dan ketika ini kita telah sampai kepada satu tahap perbincangan di mana kawasan-kawasan telahpun dikenalpasti untuk di kawalselia sama ada di bawah jabatan warisan ataupun diserahkan kepada Pejabat Tanah Dan Daerah ataupun agensi-agensi, yang akan diputuskan untuk menjadi caretaker kepada kawasan-kawasan tidak masuk dalam jabatan warisan negara. Pada waktu dan ketika ini kita fahami perkara-perkara seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai tadi, sebenarnya tidak hanya terhad kepada kawasan Lenggong sebenarnya di seluruh Negeri Perak. Kawasan-kawasan warisan kita dikawal selia oleh agensi yang berlainan.

Jadi apa yang kita lakukan Yang Berhormat adalah untuk mewujudkan satu jawatankuasa di mana kedua persekutuan dan negeri juga duduk bersama untuk kami kenal pasti dan rekodkan daripada segi aset warisan yang ada dan penyelenggaraan di bawah siapa? Supaya tindakan yang lebih khusus dan orang kata berfokus. Boleh kita langsungkan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sering kali menjadi aduan daripada komuniti ataupun masyarakat dan insyaallah kita telah berbincang dengan pihak Kementerian sebenarnya dengan JWN untuk memberikan sedikit tempoh masa berkenaan dengan Lenggong untuk kami ambil alih kawasan tersebut kerana ianya membawa pelbagai implikasi termasuklah implikasi kos tetapi yang lebih penting lagi daripada segi kepakaran Yang Berhormat, di mana kita memerlukan team kepakaran yang cukuplah untuk kita mengawalselia ataupun menjaga kawasan- kawasan warisan mengikut standard ataupun mengikut SOP yang perlu dikenakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tualang Sekah. Seterusnya dijemput oleh Yang Berhormat daripada kawasan Slim untuk mengemukakan nombor soalan.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, soalan saya soalan nombor empat.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Bismilahhirrohmannirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua untuk maklumat Yang Berhormat Slim, Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun lebih dikenali sebagai PASAK, merupakan agensi yang memfokuskan pembangunan bagi sumber manusia telah pun melaksanakan beberapa program di bawah kerangka pelan pemulihan bagi membantu kumpulan sasaran yang terjejas khususnya dalam kalangan penganggur yang sedia ada, belia dan graduan, lepasan sekolah dan pekerja yang telahpun diberhentikan akibat daripada pandemik Covid-19. Walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan ataupun PKP, PASAK telah pun mengambil inisiatif untuk terus menganjurkan program-program kerjaya secara atas talian di mana hampir 70% program yang telah pun dilaksanakan oleh pihak Pusat Aspirasi Anak Perak ke semuanya secara online ataupun atas talian.

Untuk rekod sepanjang suku yang pertama sehingga suku yang ketiga bagi tahun 2021, Pusat Aspirasi Anak Perak telah pun melaksanakan 65 program yang meliputi program-program dalam yang telah pun saya cerakinkan dalam kumpulan yang berikut yang pertama program kerjaya. Dalam tempoh Januari sehingga September bagi tahun 2021 Pusat Aspirasi Anak Perak telah menganjurkan 14 program kerjaya, yang meliputi program Moh Koje dan Perak EmployabilityTtraining Scheme ataupun perintis di mana melalui program yang telah pun dilaksanakan ini PASAK telahpun membantu seramai 113 mencari kerja untuk terus menempatkan diri mereka di dalam pemain-pemain industri yang telahpun berminat untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.

Untuk makluman Yang Berhormat terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh agensi dalam memadankan pencari kerja yang berdaftar bersama majikan yang menawarkan kekosongan jawatan yang telahpun ditawarkan. Di antara faktor yang menjadi cabaran kepada agensi adalah seperti pencari kerja tidak berminat dengan tawaran pekerjaan khususnya dalam jawatan operator pengeluaran, tidak hadir ke sesi temuduga, tiada pengangkutan yang disediakan, kurang kemahiran komunikasi, faktor dan juga permasalahan had umur pengalaman kerja yang tidak berpadanan dengan jawatan yang ditawarkan serta gaji yang ditawarkan tidak setimpal dengan kelulusan. Saya yakin dan percaya ini jugalah kegusaran yang telah dibangkitkan oleh kekanda saya ADUN Pasir Berdamar sewaktu perbahasan daripada kekanda saya. Program yang kedua dalam Program Latihan Modul Industri. Kesinambungan daripada Program Latihan Transformasi Pekerjaan ataupun workpro yang telah pun dilaksanakan pada tahun 2020. Kerajaan Negeri telah memperkasakan program TVET melalui PASAK dengan memperkenalkan Program Latihan Modul Industri yang berkonsepkan place and train pada tahun ini dalam usaha kita untuk meningkatkan ruang dan juga peluang pekerjaan kepada semua mereka yang telah pun terlatih dan juga dilatih.

Namun begitu program latihan ini hanya dapat dilaksanakan bermula sekitar Oktober tahun 2021 kerana mematuhi SOP yang telah pun dikeluarkan oleh Majlis Kesihatan dan juga Keselamatan Negara yang tidak membenarkan sebarang bentuk latihan secara fizikal dilaksanakan. Untuk makluman, program latihan ini sudah pasti akan memberikan manfaat kepada 840 orang peserta meliputi 32 jenis latihan dan telahpun dipecahkan kepada fasa 1 dan juga fasa 2 latihan. Sehingga November tahun 2021 untuk fasa 1 latihan ini seramai 223 orang peserta daripada 459 jumlah keseluruhan yang disasarkan untuk fasa 1 telah pun berjaya menjalani latihan. Baki 236 orang peserta lagi akan mula menjalani latihan mereka bermula pertengahan Disember tahun ini. Bagi fasa 2 pula latihan akan bermula pada hujung Disember bagi tahun 2021 dan dijangka berakhir pada bulan Januari 2022. Sehingga kini syarikat-syarikat yang terlibat telah pun memberikan komitmen yang baik di mana setiap latihan yang dilaksanakan pihak majikan telah pun mengeluarkan letter of intent ataupun LOI bagi menawarkan pekerjaan selepas latihan.

Di kesempatan ini juga, mewakili Kerajaan Negeri Perak saya ingin menzahirkan dan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pemain-pemain industri yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Antaranya Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd, Orang Kita Barber, Empire Wax Resources Sdn Bhd, Hup Lik Engineering Works, Golden Café, Miker Academy, Proton Tanjung Malim dan lain-lain yang turut terlibat sama bagi menjayakan program ini.

Program yang ketiga dalam program peningkatan kemahiran ataupun lebih dikenali sebagai reskilling dan upskilling. Memahami keperluan kemahiran yang amat penting dalam meneruskan kelangsungan kehidupan Pusat Aspirasi Anak Perak juga telah pun melaksanakan 19 kursus jangka masa pendek ataupun quick win yang melibatkan masyarakat orang asli, insan ataupun mereka yang kurang upaya dan juga penganggur yang sedia ada. Sehingga kini seramai 330 orang telah mengikuti kursus lagi reskilling dan juga upskilling yang dilaksanakan secara fizikal dan juga atas talian. Pelaksanaan kursus ini juga adalah bertepatan dalam menggerakkan agenda ‘Satu Warga, Satu Skill’ di Negeri Perak.

Secara keseluruhannya semenjak pengstrukturan semula PASAK bermula Mei tahun 2020 sehinggalah September tahun 2021, Pusat Aspirasi Anak Perak telah membantu seramai 1,251 orang pencari kerja untuk ditempatkan ke dalam industri termasuklah pekerja-pekerja yang telah pun diberhentikan akibat daripada penutupan kilang ataupun syarikat akibat pandemik Covid-19, graduan serta kumpulan penganggur yang sedia ada dan suka untuk saya maklumkan senarai saya nyatakan tadi tidak termasuk mereka yang telah mendaftarkan diri dengan PASAK yang telah hadiri sesi temuduga sama ada secara fizikal ataupun secara atas talian dan sekarang ini dalam senarai shortlisted ataupun disenaraikan untuk proses temuduga yang terakhir oleh kesemua majikan dan saya juga nak maklumkan berkaitan dengan Program Karnival Kerjaya Maya telah dilaksanakan. Sebanyak tiga Program Karnival Kerjaya Maya yang telah pun dilaksanakan iaitu Program Karnival Kerjaya Maya 1.0 pada April 2021 melibatkan pencari kerja seramai 611 orang dan juga daripada 611 orang yang telahpun di senarai pendek oleh majikan seramai 160 orang. Yang dalam proses saringan terakhir seramai 80 orang pekerja dan jumlah pencari kerja yang terus diterima selepas saja sesi temuduga seramai 40 orang.

Bagi Karnival Maya 2.0 iaitu pada 12, 13 dan juga 19 dan juga 20 Jun 2021 yang lepas, jumlah pencari kerja adalah seramai 1,131 orang. Jumlah pekerja di peringkat saringan terakhir masih dalam proses saringan setakat ini 112 orang. Jumlah yang terus diterima selepas saja sesi interview ataupun temuduga seramai 90 orang dan jumlah pencari kerja yang telah disenarai pendek oleh majikan adalah melibatkan sejumlah 394 orang dan juga Program Karnival Kerjaya Maya 3.0 pada 28 dan juga 29 Ogos yang lepas. Jumlah pencari kerja 500 orang. Jumlah pencari kerja yang telah pun disenarai pendek oleh majikan seramai 150 orang. Jumlah pencari kerja di peringkat saringan yang terakhir adalah seramai 95 orang dan juga jumlah pencari kerja yang telah pun diterima on the spot selepas sahaja sesi temuduga dilaksanakan adalah seramai 30 orang.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Slim. Slim dulu ye.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco yang menjawab dengan keberhasilan daripada usaha yang dilakukan oleh PASAK. Soalan tambahan saya ialah berkenaan dengan Program Grab Preneur di Perak yang saya mohon supaya dapat dinyatakan bilangan peserta yang mohon dan berjaya? Dan adakah program ini akan diteruskan kerana didapati syarat yang ditetapkan kepada pemohon adalah lepasan graduan yang diiktiraf 2019 hingga 2021 sahaja. Terima kasih.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih untuk soalan tambahan. Sudah pasti pihak Kerajaan Negeri mengambil maklum kepada persoalan yang telah pun diaju dan juga dimajukan oleh kekanda saya Yang Berhormat Slim. Untuk makluman Yang Berhormat Slim, pihak PASAK dan juga Kerajaan Negeri juga masih menunggu data lengkap berkaitan dengan jumlah pemohon dan juga mereka yang telahpun diterima dan juga berjaya bagi Program Grab Preneur ini sebenarnya dan insyaallah selepas sahaja menerima data-data berkaitan, pihak saya akan menghantar secara bertulis kepada Yang Berhormat kekanda saya ADUN Slim. Cuma suka untuk saya maklumkan berkaitan dengan syarat sudah pasti Kerajaan Negeri juga berhasrat dan juga telah membincangkan perkara ini dengan penganjur supaya syarat ini diperhalusi semula bagi kita membuka ruang, peluang dan juga kita membuka lebih banyak peluang kepada semua mereka di luar sana terutamanya ahli keluarga besar kita yang sedang mencari peluang pekerjaan terutamanya dalam kalangan siswazah. Dalam usaha kita nak memastikan perkara yang baik yang cuba dilaksanakan ini mampu untuk diterjemahkan sebaik yang mungkin dan penghasilan serta keberhasilan yang nanti mampu dirasai oleh seluruh warga dalam Negeri Perak. Mudah-mudahan.

Soalan, Batu Kurau.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya nampak Pasir Pinji dulu. Silakan Pasir Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco kerana telah meneruskan apa yang saya tinggalkan kepada PASAK sewaktu kami memerintah dan ada berapa soalan berkenaan dengan PASAK yang amat perlu orang Perak ketahui. Antaranya adalah usaha Moduler Acuan Industri yang disebutkan Yang Berhormat Exco tadi. Seringkali kita apabila kita bicara tentang penempatan pekerjaan. Salah satu soalan yang dibangkitkan khususnya daripada pengusaha-pengusaha dan kilang-kilang adalah retention atau bila dah tempatkan dia mahu kerja kat sana. Berapa lama mereka nak kekal kat sana dan boleh tahan berapa lama ? Dan saya ucapkan tahniah atas usaha-usaha PASAK dan juga pihak Yang Berhormat tapi saya mohon sekiranya ada fingertips information, tempoh apa nak retention yang boleh tahan lepas bulan ketiga. Antara yang yang telah ditempatkan itu ada berapa orang atau peratusannya yang boleh lepas tiga bulan ?

Keduanya, saya rasa ada sedikit peluang yang belum diterokai yang boleh dan harus iaitu apabila kita nak cari pekerjaan-pekerjaan untuk ditempatkan anak-anak Perak, adakah tadi Toyo Tyres antara saya sendiri perunding pada peringkat awal kita nak buat program TVET dan adakah kita atau kerajaan negeri mempertimbangkan meletakkan syarat kepada kontraktor-kontraktor PBT, kontraktor-kontraktor Kerajaan Negeri sama ada kontrak-kontrak infra atau kontrak-kontrak yang lain meletakkan syarat kepada mereka ini supaya ada kuota penempatan pekerjaan yang dikhususkan kepada PASAK dalam Program Modular Acuan Industri kerana itu satu peluang yang waktu itu kami tak sempat untuk berbincang tapi antaranya adalah syarikat-syarikat seperti Puncak Emas. Depa nak bagi ke tidak ada banyak-banyak latihan yang boleh deme bagi dan juga peluang pekerjaan yang sangat relevan dan akan kekal relevan seperti tampal jalan, apa semua ni kepakaran. Apa pandangan Yang Berhormat Exco?

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih kepada kakanda saya Pasir Pinji. Sudah pastilah kakanda saya juga sebahagian daripada keluarga PASAK sebelumnya dan juga saya nak mengucapkan terima kasih juga sebenarnya kepada kanda saya Pasir Pinji sebab baru-baru ni ada menawarkan beberapa syarikat dan juga pemain untuk bekerjasama dan juga bergerak bersama dengan PASAK dalam usaha kita untuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan juga kekosongan jawatan kepada anak-anak Perak. Terima kasih banyak Pinji yang pertama.

Yang keduanya, berkaitan dengan apa yang dimaksudkan sebagai Latihan Modular Acuan Industri sebentar tadi. Kalau kita mengambil contoh sebagai contoh bilamana kita melihat bulan Januari bulan Jun yang lepas bagaimana Silverstone sendiri bila mana nak ditutup, Kerajaan Negeri dengan Pusat Aspirasi Anak Perak dan juga Exco Industri dan juga pelaburan pada masa itu kita mengadakan perbincangan dua hala dengan syarikat Toyo Tyre dan juga Silverstone nak memikirkan bagaimana nasib-nasib semua pekerja pekerja Silverstone yang bakal kehilangan pekerjaan pada masa itu melibatkan hampir 1,000 orang pekerja pada waktu dan tika itu.

Jadi terhasillah satu idea lebih kepada latihan pacuan industri ini bagaimanapun Toyo Tyre menawarkan kepada semua pekerja pekerja dengan bakal kehilangan kerja ini untuk mengikuti siri-siri latihan untuk mengendalikan mesin dan juga menjadi operator Toyo Tyre selepas sahaja mengenai latihan mereka yang benar-benar layak akan terus diserap masuk ke Toyo Tyre. Ini antara perkara yang kita telah melaksanakan dan juga keberhasilan kita nampak jelas di situ hampir 300 orang pekerja dipindahkan daripada Silverstone ke Toyo Tyre dan ditempatkan di Toyo Tyre pada masa dan tika itu.

Jadi sudah pasti kita akan terus membuat penghasilan-penghasilan yang baik seperti ini dan bilamana ia tanya tadi untuk makluman kekanda saya Pasir Pinji sebenarnya memang dalam perancangan Pusat Aspirasi Anak Perak dan juga Institut Darul Ridzuan kita telah melaksanakan satu konsep dan juga engagement dengan semua pemain-pemain industri kita namakan ianya sebagai Roundtable Industry yang mana kita jemput semua pemain-pemain industri termasuklah yang dinyatakan tadi seperti wakli daripada Puncak Emas, GLC dan juga anak syarikat Kerajaan Negeri sendiri untuk berada bersama selain daripada pemain-pemain industri yang sedia ada yang berminat untuk kita meminta dan juga memohon kepada semua pemain-pemain industri ini memberikan kerjasama yang sebaik dan secukupnya dalam usaha kita nak membuka lebih banyak ruang dan peluang bagi kita terus memperkasakan konsep latihan modular industri negeri Perak bila-bila mana. Ditanya kepada saya sebentar tadi apa pendapat saya sudah pastilah saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Pasir Pinji dan insyaallah PASAK Pusat Aspirasi Anak Perak dan juga pihak Kerajaan Negeri sebenarnya amat mengambil berat berkaitan perkara ini dan tahun depan akan bermula apa yang kita namakan sebagai Industri Roundtable iaitu perbincangan yang lebih tuntas bersama dengan pemain-pemain industri termasuklah syarikat-syarikat kontraktor yang punyai kontrak bersama Kerajaan Negeri supaya mudah-mudahan mereka boleh mempertimbangkan untuk memberikan penawaran kerja selain daripada menawarkan latihan-latihan berkonsepkan kepada latihan yang kita sebut lebih kepada kepakaran dalam sesuatu bidang yang ada pada mereka dan akhirnya dengan latihan yang baik itu membolehkan semua anak-anak Perak ini ditempatkan di dalam sektor pekerjaan milik pemain-pemain industri dan juga syarikat-syarikat yang berkenaan. Terima kasih banyak Pasir Pinji di atas cadangan dan juga idea yang sangat baik.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Changkat Jering.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Berhormat pasal retension tadi yang boleh lepas 3 bulan kalau tak ada jawapan boleh bagi soalan jawapan bertulis.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Saya akan susuli dengan jawapan tulis sebab permohonannya dalam masa singkat. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Changkat Jering. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Selinsing untuk mengemukakan nombor soalan. Dipersilakan.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Assalamualaikum Timbalan Yang Dipertua, solan Selinsing soalan nombor lima terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, terima kasih Selinsing atas soalan yang dikemukakan mengenai dengan kenaikan harga input pertanian seperti racun, padi rumpai dan baja yang tidak selaras dengan kenaikan harga padi dan juga langkah-langkah kerajaan untuk menangani isu ini. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya akan menjawab soalan ini bersekali dengan Simpang Pulai, Titi Serong, Manong kerana ianya berkait rapat dengan isu yang dibangkitkan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2020 dan 2021 terdapat kenaikan harga racun yang sangat ketara melibatkan semua jenis racun yang terdapat di pasaran. Kenaikan harga ini dikesan mengikut jenis racun adalah seperti maklumat berikut iaitu racun rumpai kenaikan 46% sehingga 120%, racun serangga 76% sehingga 45%, racun kulat 2% sehingga 20%.

Faktor utama yang mencetuskan kepada fenomena ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga pasaran dunia sumber bahan mentah untuk menghasilkan output barang, barangan siap diperolehi daripada luar negara. Sebagai contoh harga bahan mentah racun Glyphosate untuk 1kilo pada tahun 2020 adalah harga sebanyak USD 3.6 bersamaan dengan RM12.80 dan pada bulan September 2021 meningkat kepada USD 8.03 bersamaan dengan RM33.00. Peningkatan ini amat ketara iaitu sebanyak 162%. Kenaikan harga petroleum dan sumber asli yang menjadi bahan input pertanian turut menyumbang kepada fenomena ini dan juga sebagaimana diketahui umum bahawa perintah kawalan pergerakan juga menyumbang kepada fenomena ini.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, pihak Kerajaan Negeri telah mengangkat isu ini dan aduan-aduan ini kepada pihak kementerian. Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah yang pertama menyediakan peruntukan sebanyak RM262 juta dengan pecahan RM200 juta sebagai pinjaman agro makanan tanpa faedah dengan moratorium bayaran balik pinjaman selama 6 bulan disediakan oleh pihak di bawah Tekun dan juga atau Tekun Nasional dan Agrobank. Selain daripada itu, peruntukan tambahan RM62 juta disediakan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS bagi subsidi dan juga insentif padi di bawah bajet 2022 di mana bantuan subsidi racun dan makhluk-makhluk perosak bagi pesawah dinaikkan daripada 200 ringgit untuk 1 hektar pada musim lalu kepada RM300. Bagi penyelesaian jangka masa sederhana Kerajaan Negeri Perak menggalakkan petani untuk menghasilkan baja dan racun sendiri secara organik berasaskan kepada sisa baki ladang yang dikeluarkan sebagai langkah alternatif.

Oleh itu untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah menyediakan modul latihan kursus berkenaan dengan penyediaan baja dan juga racun di pusat-pusat latihan pertanian secara percuma kepada semua golongan sasar. Program dan latihan secara hands-on dijalankan di pejabat-pejabat pertanian daerah ataupun di kawasan. Usaha ini dijangka dapat membantu mengurangkan kebergantungan dan juga kos penggunaan baja dan racun malah lebih mesra alam dan hasil pertanian yang selamat untuk dimakan.

Selain daripada itu, kerajaan juga berusaha meningkatkan pengeluaran hasil padi bagi mengimbangi peningkatan kos penghasilan padi yang dengan menambahbaik infrastruktur pertanian dan juga kesuburan tanah seperti dalam pengkapuran dan juga perataan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) juga memberi bantuan dan insentif kepada pesawah yang berdaftar dan berkelayakan sepanjang masa. Antaranya adalah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan SBKP bentuk bantuan yang diberikan adalah baja sabatian ataupun baja urea. Skim Insentif Pengeluaran Padi SIPP bentuk bantuan adalah baja

NPA tambahan baja tambahan makro, racun makhluk perosak kapur dan juga upah baja. Insentif Benih Padi Sah (IBPS) bantuan adalah diberikan subsidi sebanyak RM1.03 untuk sekilogram kemudian dan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) iaitu bantuan diberikan kepada secara tunai sebanyak RM360 untuk satu metrik tan berat bersih yang dijual di kilang BERNAS dan kilang yang berdaftar dengan BERNAS. Ini adalah bagi memastikan produktiviti pengeluaran padi tidak terjejas dan bekalan sentiasa mencukupi kepada rakyat dengan harga yang stabil dan berpatutan. Terima kasih Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Selinsing.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Terima kasih Dato’ Speaker. Selinsing melihat isu ini sebagai satu dacing yang tidak seimbang. Yang mana pengusaha atau penjual racun berada di satu kerusi empuk yang sentiasa untung dalam perniagaan. Manakala satu lagi pihak iaitu pihak petani, berada di satu dacing yang sentiasa menempuh dalam satu perjuangan yang sangat mencabar. Jadi dah dacing ini mestilah kita seimbangkan dan Selinsing ingin bertanya, apakah rasionalnya kalau kita lihat pihak kerajaan tidak macam seolah-olah tidak dapat membuat apa-apa sehingga dimaklumkan kenaikan hingga 22% bagi bahan-bahan input, manakah bagi harga peladang atau pun pesawah padi lah, padi khususnya tidak dapat dinaikkan atau dikawal atau saya faham kenaikan itu tetapi tidak seimbang. Jadi petani-petani menyuarakan pandangan, apakah rasional antara dua dancing yang tidak seimbang ni di mata rakyat ini bentuk kezaliman dan mesti diambil tindakan bagi melihatkan daging permasalahan mereka diangkat semula menjadi seimbang. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Selinsing. Sebagaimana yang kita maklum yang pertama sekali Malaysia ini mengamalkan ekonomi separa terbukalah, terbuka dengan harga mengikut pasaran dan ada juga bahan-bahan kawalan yang dikawal oleh kerajaan harga di atas tu keperluan rakyat. Contoh seperti padi, beras, gula, minyak masak dan sebagainya. Ini dikawal oleh kerajaan supaya rakyat dapat menikmati, tidak terbeban dengan kenaikan harga atau pun manipulasi, itu asas yang pertama. Jadi sebagaimana yang dimaklumkan tadi, kerajaan memang apa membuat kajian dan kawalan ke atas semua kos untuk menghasilkan beras atau padi di Malaysia ini.

Walau bagaimanapun, oleh sebab untuk mengembangkan apa di antara petani dan juga penggunaan bahan asas ini kerajaan telah menetapkan harga. Ini di situlah berat kerajaan memainkan peranan memberikan subsidi supaya harga yang dibagi subsidi itu tidak terkena kepada pelanggan, tidak terkena kepada pengguna. Jadi itulah yang mungkin kerajaan melihat perkara ini lebih jauhlah berdasarkan ekonomi terbuka. Apabila kos input atau pun kos untuk menghasilkan padi ini meningkat maka sudah pasti dia akan menaikkan harga untuk menampung kos, takkan dia nak tanggung untuk pembayaran pengguna. Jadi peranan ini yang diambil oleh kerajaan untuk untuk mengimbangkan harganya ni. Sekian, terima kasih

Yang di-Pertua

Simpang Pulai.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Yang Dipertua. Terima kasih kepada wakil kerajaan. Saya tertarik dengan jawapan YB tadi yang mengatakan bahawa Jabatan Pertanian menawarkan kursus secara percuma untuk menghasilkan baja organik. Kita umumnya tahu tanaman-tanaman yang ada pada sekarang secara komersial adalah menggunakan baja bahan, baja kimia dan saya tidak pasti apakah penggunaan setakat ni atau pun peratusan penggunaan baja organik di dalam Negeri Perak, kalau tak ada angka yang spesifik apakah kategori atau pun jenis tanaman yang ada atau pun zon-zon tertentu yang ada di dalam Negeri Perak yang giat menggunakan baja organik setakat ini.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih. Jadi sekarang ni pihak Jabatan Pertanian sedang menyediakan jenis-jenis baja organik yang sesuai dengan untuk berbagai-bagai tanaman. Jadi terbukalah kepada petani-petani apa juga saja boleh merujuk dengan Jabatan Pertanian untuk menghasilkan jenis baja organik yang boleh disesuaikan untuk apa saja jenis-jenis tanaman yang ditanam. Jadi itulah yang dapat dibagi pada masa ini selebihnya nanti kalau memerlukan maklumat secara terperinci mungkin saya boleh bagi jawapan bertulis dengan merujuk dulu kepada agensi yang terlibat. Terima kasih.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Dato’ Speaker boleh bagi sedikit ruang untuk kerana saya fikir Exco juga berada di sebelah jiran saya. Saya pun nak membawa suara.

Yang di-Pertua

Sila Selinsing.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Soalannya, apakah perancangan Exco Pertanian untuk menyokong permohonan pesawah padi bagi meminta saguhati sementara menunggu padi masak ni di peringkat Kerajaan Negeri atau membawa permohonan di peringkat federal. Jadi apa perancangan Exco. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, terima kasih. Memang itu menjadi kehendak pesawah-pesawah. Sebagaimana yang kita maklum daripada awal bahawa kebanyakan daripada pertanian bergantung kepada bantuan daripada kerajaan, daripada input pertanian dan bahan-bahan dibantu oleh kerajaan kemudian benih juga dibantu kerajaan. Apabila tanam padi untuk menunggukan padi itu berhasil juga mereka meminta sebab pernah diberi oleh kerajaan untuk setiap bulan lebih kurang RM200 atau pun RM300 untuk sebulan sementara padi dituai. Kalau dia kata satu hektar, RM200 jadi ada dua hektar maka sebulan dia dapat RM400. Jadi, langkah ini kerajaan yang membuat dasar dan kita kemukakanlah kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melihat perkara ini. Itulah tindakan yang telah kita ambil setakat ini. Teriima kasih.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Speaker, sebelum tu. Saya nak bangkitkan sebab saya nak dapatkan kepastian daripada Speaker.

Yang di-Pertua

Ok, short and simple ya.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Ya. Saya melihat ada beberapa kali saya nampak wakil kerajaan yang menjawabkan soalan. Mungkin soalan itu terlalu spesifik dan memerlukan jawapan bertulis. Tetapi selama ini yang jawapan bertulis yang dijanjikan selama ini, yang saya selama ini dijanjikan itu tidak kesampaian. So, saya minta mungkin satu rulling ke atau pun satu penjelasan daripada Yang Dipertua, apakah langkah-langkah untuk memastikan jawapan yang dikatakan tertulis itu akan dihantarkan kepada Ahli YB yang bertanyakan soalan. Sebab itu melibatkan ketepatan info yang kami tanya dalam Dewan. So, hari ini saya sudah ada dua soalan yang akan di, yang dijanjikan akan diberikan secara bertulis. So, kami minta rulling daripada Yang Dipertua. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB Simpang Pulai. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, soalan-soalan yang agak spefisik atau pun teknikal yang memerlukan lagi kajian yang lebih lanjut atau information, informasi-informasi maklumat yang lebih lanjut yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan akan disampaikan secara bertulis. Kemudiannya, boleh YB-YB, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bertanya soalan. Jadi, saya minta pihak kerajaan,, saya percaya pihak kerajaan akan sampaikan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sendiri boleh follow up, dengan izin dengan Ahli-Ahli YB Exco yang berkenaan, pejabat mereka untuk mendapatkan jawapan dalam tempoh dua minggulah saya bagi ya. Ok, terima kasih YB Simpang Pulai.

Terima kasih kepada semua Ahli YB. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.

Membawa Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Perak pindaan 2021Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat, membawa Rang Undang-undang Enakmen Mahkamah Syariah Perak pindaan 2021.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli YB, masalah sekarang ialah bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 telah dibaca bagi kali yang kedua dan telah disokong. Sekarang masalah dibuka untuk perbahasan, dibenarkan tiga orang pembahas daripada kerajaan dan tiga orang pembahas dan pembangkang. Setiap pembahas diberi masa selama 10 minit. Dijemput YB, pembahasan untuk kali kedua dihadkan hanya mengenai dasar-dasar dan rang undang-undang itu saja. Dijemput YB dari kawasan Slim untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua seterusnya kepada semua Ahli Dewan yang dihormati. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya pada pagi ini dapat saya bersama-sama untuk membahaskan dan juga menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak pindaan 2021 sepertimana yang telah diperdengarkan oleh YAB Menteri Besar pada hari Jumaat yang lepas.

Dato' Yang Dipertua, setelah mendengar usul pembentangan YAB Menteri Besar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam berkenaan dengan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Perak pindaan 2021, cadangan rang undang-undang ini menunjukkan kesungguhan komitmen Kerajaan Negeri dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Semua sedia maklum bahawa negeri Perak adalah negeri pertama di dalam negara ini yang telah menubuhkan Mahkamah Utama Syariah pada tahun 2018 yang lalu. Dengan wujudnya satu lagi lapisan mahkamah selepas Mahkamah Rayuan Syariah maka pihak yang bertikai memperoleh dua kali peluang merayu dalam memastikan proses keadilan dapat dilaksanakan dengan baik.

Oleh itu, pindaan yang dicadangkan ini penting bagi memastikan perjalanan Mahkamah Utama Syariah ni dapat berjalan dengan lancar segala usaha yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk memartabatkan status Mahkamah Syariah dan sistem keadilan syariah terutamanya di negeri Perak. Usaha-usaha ini akan memastikan rakyat di negeri ini yang beragama Islam mendapat keadilan sehingga ke peringkat yang tertinggi iaitu di Mahkamah Utama Syariah. Dato’ Yang Dipertua, meneliti usul cadangan rang undang-undang kerajaan ini, satu penambahbaikan yang telah dizahirkan berkaitan berapa perkara antaranya:

Yang pertama, memperkasakan jawatankuasa kehakiman syariah yang berfungsi mengesyorkan pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan syariah dengan memberikan kuasa kepada jawatankuasa membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan dan menguatkuasakan fungsinya sebagaimana yang diperuntukkan dalam bahagian 2 Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018.

Yang kedua, memperkukuhkan syarat-syarat pelantikan hakim-hakim Mahkamah Syariah hiraki tertinggi yang memerlukan kepakaran khusus dan kompetensi yang diperlukan adalah bukti kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan lagi kewibawaan institusi kehakiman syariah agar menjadi sebuah badan kehakiman yang unggul, dipercayai dalam melaksanakan usaha menegakkan keadilan.

Yang ketiga, mengukuhkan dan menyusun atur perjalanan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah agar keadilan dapat ditegakkan dalam apa jua keadaan tanpa kelengahan, mengelakkan kes ditangguh dalam keadaan kecemasan di mana hakim mungkin sakit pencen dan juga dan lain-lain.

Yang keempat, mewujudkan punca kuasa bagi penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh bagi meneruskan prosiding kes dalam keadaan-keadaan tertentu demi menjamin keadilan di samping memelihara kemaslahatan awam dan penggunaan perkhidmatan elektronik dalam pengurusan kes bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dibuat secara pantas, tepat dan efisien dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Februari 2021 kali ke-222 telah memfatwakan hukumnya harus menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh dalam prosiding kes dan ini menunjukkan ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Dato' Yang Dipertua, penambahbaikan ke arah suatu perubahan yang positif dan tidak bercanggah dengan hukum syarak ini perlu sentiasa disokong. Keadaan ini akan memperlihatkan kematangan institusi dan agensi kerajaan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat umum. Wabak Covid-19 bukan sahaja membawa sejuta ujian kepada manusiawi tetapi ia juga telah membawa lembaran baru kepada norma kehidupan termasuk proses keadilan. Sebelum datangnya wabak ini, urusan keadilan di Mahkamah Syariah dibuat sebagaimana biasa tetapi dengan kewujudan wabak ini sudah menjadi keperluan untuk menggunakan teknologi IT bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dan tidak dilewatkan. Maka pindaan yang dicadang termasuk membolehkan penggunaan teknologi IT ini seperti perbincangan dalam talian amatlah tepat pada masanya. Justeru melalui pindaan ini usaha untuk memperkasakan undang-undang agar ianya sentiasa relevan dengan kehendak dan keadaan semasa akan menjadikan undang itu undang-undang itu tidak rigid dan boleh disesuaikan mengikut keperluan. Undang-undang yang jumud dan membawa kepada kesukaran kepada rakyat perlulah dielakkan dan keutamaan dalam meningkatkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman Syariah perlu sentiasa diperkukuhkan dengan undang-undang yang dinamik dan komprehensif sifatnya. Semoga dengan pindaan yang dibuat ini akan memastikan keadilan dapat dilaksanakan selaras dengan firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al Maidah ayat 8 yang berbunyi:

(Bacaan ayat suci Al-Quran) yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah ketika menjadi saksi dengan adil dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan". Begitu juga firman Allah Subhanahuwataala dalam surah An-Nisa ayat 58 yang berbunyi (Bacaan ayat suci Al-Quran) yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha melihat".

Dato' Yang Dipertua, segala usaha yang sedang kita laksanakan bersama ini dapat memberikan kebahagiaan kepada rakyat di negeri ini, di dunia dan mahupun di akhirat. Menjaga maslahah, menolak kerosakan, menghilangkan kemudaratan serta menjaga hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia yang lain. Dato' Yang Dipertua, saya dengan ini menyokong cadangan rang undang-undang, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Slim. Sekarang ini dijemput pula Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Pertamanya saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri di atas binaan ini, inisiatif ini kerana ia pada sayalah satu pengisian kepada usaha meletakkan Mahkamah Syariah di tempat yang sesuai sejak pindaan dilakukan kepada Perlembagaan Persekutuan perkara 121 pada tahun 1988. Pindaaan ini memberi makna kepada pindaan perlembagaan yang kadangkala menjadi kontroversi itu tetapi kita harus ingat bahawa kedudukan Mahkamah Syariah tidak disebut dalam Laporan Suruhanjaya Reid. Jadi kita ditinggalkan ataupun kita terpaksa melakukan sesuatu untuk menyempurnakan sesuatu yang tidak ataupun sepatut dilakukan pada tahun 1957 kita merdeka. Tuan Yang Dipertua, saya tidak mahu menggunakan perkataan pemerkasaan di sini kerana konotasinya agak negatif dan boleh menimbulkan kontroversi khususnya dalam konteks hubungan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama. Kita harus mengingati bahawa meskipun konflik ataupun kontroversi tidak diduga, sebenarnya kalau kita mengimbas kembali apa yang berlaku pada tahun ataupun yang menjadi punca kepada pindaan itu ialah satu masalah yang berlaku dalam masyarakat Islam sendiri. Satu kes yang diputuskan pada tahun 1969 yang tidak ada kena mengena dengan konflik antara kaum tetapi konflik terus berlaku dalam masyarakat seperti ini oleh kerana banyak isu yang tidak diduga dan inilah yang selalu berlaku dalam undang-undang, sesuatu yang tidak diniatkan tiba-tiba muncul dan kita terpaksa menangani masalah yang timbul itu.

Tuan Yang Dipertua, pindaan ini penting kerana ia berfungsi memberi pengisian dan memberi makna kepada sekurang-kurangnya dua perkara. Yang pertama, kedudukan dan peranan raja-raja melayu selaku ketua agama negeri masing-masing. Yang kedua, kepada kedudukan dan kuasa negeri-negeri dan persekutuan dan seperti yang semua kita maklum, Pakatan Harapan menjunjung dua perkara ini. Jadi meskipun kuasa ataupun bidang kuasa itu berbeza dan berasingan, adalah elok bagi negeri-negeri di Malaysia sentiasa berhubung satu sama lain kerana masyarakat di bawah sana bermuamalah sesama mereka. Mereka berkahwin rentas negeri dan mereka tidak ambil pusing dalam proses berbeza ini. Jadi kita mengharapkan supaya pihak Mahkamah Syariah dan juga pegawai-pegawai dan para peguam menginsafi perkara ini oleh kerana apabila berlaku masalah, perceraian dan sebagainya, perkara-perkara seperti itu tidak pernah dirancang dan inilah satu perkara yang harus kita ingati oleh kerana Mahkamah Syariah pada hakikatnya ialah masyarakat atau adalah mahkamah keluarga ya, jadi banyak masalah yang mungkin tidak pernah difikirkan timbul dan bila mereka melihat mahkamah ini menekankan soal-soal teknikal mereka jadi kecewa dan marah-marah.

Kedudukan dan peranan Mahkamah Syariah memerlukan dana yang besar tentunya kerana ia bukan saja menyentuh soal isu perlantikan dan kenaikan pangkat para hakim lebih penting lagi Mahkamah Syariah memainkan peranan penting dalam menangani masalah keluarga. Ini adalah masalah akar umbi dan kegagalan menangani isu dengan baik dan menimbulkan kritikan dan tanggapan negatif di kalangan masyarakat Islam ini telah pun dah berlaku dan apa yang dipaparkan dalam media begitu dan ini mengundang sikap prihatin di kalangan kita yang menyediakan perundangan ini dan sewaktu dilaksanakan oleh pegawai-pegawai mahkamah berkenaan. Saya menganggap proses bidaan ini adalah sebahagian daripada proses penambahbaik undang-undang yang sedia ada. Ia adalah satu dengan izin work in progress tapi banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Semoga ada program yang berterusan untuk menyempurnakan mana-mana yang masih ada kekurangan.

Jadi kita oleh rakan kita daripada Slim tadi adalah merupakan di antara yang awal melakukan perkara ini jadi kita harus akur bahawa banyak perkara yang tidak sempurna dan tidak sudah pastilah banyak negeri ataupun ada negeri-negeri yang akan mengambil iktibar ataupun menjadikan apa yang kita lakukan ini sebagai suatu model ya jadi saya fikir inilah yang memberikan alasan yang kuat untuk kita tidak berpuas hati dengan apa yang ada. Tuan Yang Dipertua, meski pun Mahkamah Syariah ini menangani masalah orang Islam dalam masyarakat meskipun masalah Mahkamah Syariah ini menangani masalah orang Islam dalam masyarakat seperti masyarakat Malaysia sifat dan keunikan negara kita sesekala meletakkan Mahkamah Syariah dalam keadaan menangani masalah orang bukan Islam juga. Begitu keluhan tentang sekatan ke atas peguam bukan Islam yang saya dengar minggu lalu perlu dilihat dan saya melihat di sinilah Perak boleh menjadi atau pun boleh berada di hadapan dan dengan mengambil inisiatif yang segera oleh kerana ramai peguam bukan Islam yang sebenarnya telahpun mendapat ataupun mendapat latihan guaman mendapat ijazah mereka dari undang-undang dan undang-undang mereka daripada universiti Islam.

Begitu juga ramai yang telah pun menghadiri ataupun mengambil kursus Diploma Pascasiswazah seperti di SLP di UIA dan mereka mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk beramal ataupun muncul di dalam Mahkamah Syariah dengan itu seharusnya sekatan ataupun mengapa mereka tidak dibenarkan harus ditangani dan dilihat dan ini satu fikir akan menjadi satu isu yang agak mengejutkan dikalangan masyarakat terutama apabila kita sering menyebut bahawa Islam itu untuk keadilan dan sebagainya dan perkara-perkara seperti tidak harus berlaku dalam Mahkamah Syariah. Tuan Yang Dipertua, hubungan dengan dan peranan Mahkamah Sivil perlu saya jelaskan juga oleh kerana isu ini mungkin mengejutkan di setengah pihak ya yang melihat bahawa Mahkamah Syariah ini di ataupun di luar ataupun tidak berada dalam dalam dalam orbit Mahkamah Sivil. Perlu ditegaskan bahawa ada banyak perkara yang terpaksa dilihat dan ditangani dan sebagai salah satu institusi dalam negara kita, Mahkamah Syariah terpaksa ataupun harus beroperasi dalam kerangka perlembagaan dan bila menyebut perlembagaan mahkamah yang yang dalam bidang puasa ialah Mahkamah Sivil.

Selain daripada itu kita harus juga mengingati bahawa isu-isu Islam juga ditangani oleh Mahkamah Sivil. Jadi di situlah sebenarnya apa yang kita lihat dalam teori itu tidak semestinya berlaku ataupun tidak berlaku setepatnya di luar sana di lapangan ya sebab itu masyarakat kita harus bersifat terbuka, saya mengatakan ini kerana jelas di luar sana ada yang terkejut apabila isu-isu Mahkamah Syariah ataupun melibatkan perlembagaan dibawa ke Mahkamah Sivil mereka tertanya-tanya bagaimana dengan pindaan yang telah pun kita lakukan pada tahun 1988 tadi yang melarang campur tangan daripada Mahkamah Sivil. Jadi itulah sebenarnya keadaan ataupun sebab mengapa perkara itu berlaku. Jadi sekian dulu, Tuan Yang Dipertua, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tebing Tinggi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Belanja untuk memulakan perbahasan silakan.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak pindaan 2021 ini. Terlebih dahulu saya juga mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala serta mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan atas pembentangan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak pindaan 2021. Sudah semestinya usul rang undang-undang pindaan ini adalah merupakan suatu usaha penambahbaikan terhadap undang-undang yang telah sedia ada iaitu Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 dan ianya juga adalah merupakan satu langkah untuk terus memperkukuh perkhidmatan kehakiman syariah kepada rakyat. Berdiri sebuah berdiri sebagai sebuah institusi Kehakiman Syariah yang berwibawa dan dipandang tinggi. Maka Mahkamah Syariah pada masa kini bukan hanya perlu maju atau kehadapan dari segi tadbir urus bahkan turut perlu ke hadapan dari segi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui prosedur-prosedur yang terpakai di Mahkamah Syariah. Pelaksanaan prosedur-prosedur ini bukan sahaja perlu efisien bahkan perlu konsisten dan berkesan bagi menjamin keadilan kepada semua pihak yang bertikai.

Dalam rang dalam usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak pindaan 2001 yang berada bersama kita pada hari ini antara perkara yang menarik perhatian saya untuk dibahaskan adalah berkaitan beberapa cadangan pindaan untuk memperbaharui prosedur atau tatacara di Mahkamah Syariah tersebut. Kita lihat ada

19 Fasa yang berkaitan, di antara fasa yang saya rasa perlu kita bersama fikirkan ialah fasa 8 iaitu meminda seksyen 22. Cadangan pindaan ini adalah bagi memberi ruang lebih luas kepada pihak-pihak yang terlibat dalam permohonan kebenaran merayu bagi mencapai keputusan yang lebih adil dalam pengendalian persoalan perundangan yang dibangkitkan di dalam permohonan oleh korum sidang Mahkamah Rayuan Syariah. Permohonan kebenaran merayu ini adalah bagi kes-kes yang telah diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah terhadap rayuan keputusan Mahkamah Rendah Syariah. Ini bermakna telah berlaku pun satu prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah yang dikendalikan seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mengendalikan rayuan tersebut adalah seorang hakim yang dilantik berdasarkan peruntukan Seksyen 12 Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018. Antara kelayakan hakim ini adalah telah beramal dalam bidang perundangan selama tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun.

Sekiranya berlaku satu rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah tersebut satu kebenaran merayu perlu diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah rayuan dibenarkan. Persoalan perundangan yang perlu diteliti dan diadili di dalam permohonan kebenaran merayu merupakan persoalan yang rumit dan perlu diadili dengan berhati-hati. Persoalan perundangan tersebut adalah sama ada perundangan tersebut mengenai isu undang-undang yang berkepentingan awam dan yang telah timbul semasa perjalanan rayuan Itu. Dua perkara ini adalah perkara utama yang perlu diperhalusi dengan begitu teliti dalam memutuskan permohonan kebenaran merayu tersebut. Oleh yang demikian, korum sidang Mahkamah Rayuan Syariah bagi memutuskan permohonan kebenaran merayu tersebut adalah lebih sesuai berbanding dengan seorang Hakim Mahkamah Rayuan kerana persoalan ini dapat dikupas dengan lebih teliti dan adil sebelum keputusan permohonan dibuat.

Seterusnya pindaan berkaitan dengan fasa 9 iaitu meminda seksyen 25. Peruntukan asal adalah persidangan Mahkamah Rayuan Syariah dikendalikan oleh seorang pengerusi yang dilantik di kalangan Hakim Mahkamah Rayuan yang paling kanan serta dianggotai oleh dua orang Hakim Mahkamah Rayuan yang lain. Selain itu berdasarkan peruntukan Seksyen 26 Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 keputusan Mahkamah Rayuan Syariah adalah mengikut pendapat majoriti Hakim Mahkamah Rayuan Syariah tersebut. Cadangan bagi menambah bilangan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah kepada satu bilangan yang lebih besar dalam mengendalikan kes-kes rayuan adalah disokong kerana dalam memutuskan keputusan rayuan, pendapat majoriti hakim adalah diambil. Pertambahan bilangan hakim ini membolehkan lebih banyak pendapat berkaitan persoalan undang-undang dapat didengar dan diperhalusi. Pandangan dan pendapat hakim-hakim ini merupakan pandangan pakar undang-undang dalam bidang ini dan perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Pindaan yang ke-10, Fasal 10 iaitu meminda seksyen 28. Salah satu medicine perundangan ialah justice delay atau justice denied yang bermaksud keadilan yang ditangguh atau dilengahkan, akan mengakibatkan keadilan tersebut dinafikan. Oleh yang demikian, sebarang alasan kelewatan dalam prosiding pendengaran perlu dielakkan kerana kelewatan tersebut akan mengakibatkan keputusan bagi sesuatu kes akan tertangguh. Dalam cadangan pindaan ini, syarat pertujuan pihak-pihak untuk meneruskan prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang lain dalam keadaan mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding tidak dapat menghadiri prosiding tersebut boleh digugurkan. Keutamaan perlu diberikan kepada persoalan undang-undang yang lebih penting bagi mencapai matlamat keadilan. Selain itu, nota prosiding Hakim Mahkamah Syariah tersebut boleh dirujuk pada bila-bila masa oleh Hakim Mahkamah Syariah yang lain untuk meneruskan prosiding yang tertangguh. Oleh yang demikian, prosiding dapat diteruskan tanpa menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terbabit di dalam rayuan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua, pindaan seterusnya dalam fasal 12 iaitu meminda seksyen 30. Saya menyokong sepenuhnya cadangan bagi melanjutkan tempoh merayu ke Mahkamah Utama Syariah untuk diselaraskan dengan tempoh rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan Syariah itu selama tempoh 30 hari. Peruntukan asal di bawah Seksyen 30, Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2016 hanya memperuntukkan 14 hari sahaja tempoh bagi memfailkan satu notis rayuan. Tempoh rayuan Mahkamah Utama Syariah perlu dilanjutkan selaras dengan Mahkamah Rayuan Syariah kerana persoalan-persoalan undang-undang yang terlibat di Mahkamah Utama Syariah adalah persoalan yang rumit dan akan menjadi panduan kepada mahkamah yang lebih rendah selaras dengan arahan amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Nombor 1 Tahun 2002, kesan keputusan mahkamah yang lebih tinggi.

Oleh yang demikian, tempoh yang lebih lama dalam memfailkan satu notis rayuan harus diberikan kepada pihak-pihak yang ingin merayu keputusan Mahkamah Rayuan Syariah. Di dalam pindaan ini juga ada dimasukkan berkaitan dengan seksyen-seksyen baru di fasal 15 iaitu seksyen 36a dan 36b. Cadangan menambah peruntukan ini adalah sangat sesuai dan munasabah dengan mengambil kira situasi semasa dan peredaran zaman teknologi komunikasi. Persidangan mahkamah atau prosiding Mahkamah Syariah yang telah dijalankan secara kaedah teknologi komunikasi jarak jauh semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan telah terbukti berkesan dengan penyelesaian kes-kes Mahkamah Syariah dalam tempoh tersebut. Keharusan dari hukum syarak berkenaan perkara in telah diakui di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang telah mengeluarkan pandangannya berkaitan keharusan persidangan Mahkamah Syariah melalui teknologi komunikasi jarak jauh yang dibuat baru-baru ini oleh Jabatan Mufti Negeri Perak. Situasi terkini terutamanya berkaitan pandemik Covid-19 yang melanda dunia yang menghadkan pergerakan dan jumlah kehadiran sesuatu prosiding mahkamah memerlukan kaedah alternatif bagi melancarkan perjalanan Mahkamah Syariah dalam usaha memaksimakan penyelesaian kes-kes tertunggak dan kes-kes ke semasa.

Selain itu, kaedah ini juga terbukti dengan pelaksanaannya di Mahkamah Sivil serta mahkamah-mahkamah dan negara-negara lain. Capaian internet di selatan negara juga telah membantu dalam perkembangan kaedah ini dan telah dipertingkatkan dari masa ke semasa. Aplikasi Zoom, Google Map dan serta pelbagai aplikasi yang lain telah diwujudkan serta dipertingkatkan selaras dengan keperluan dan permintaan tinggi dari pelbagai agensi yang berkaitan. Sistem pengurusan kes yang diamalkan di Mahkamah Syariah merupakan kes secara fizikal dan telah dibenarkan undang-undang bagi menjamin matlamat keadilan dapat diterjemahkan. Matlamat utama di dalam pengurusan kes adalah memastikan penyampaian notis, saman serta dokumen-dokumen lain dapat disempurnakan oleh pihak-pihak pengurusan kes yang diamalkan kini adalah berbentuk fizikal dan memakan tempoh masa yang agak panjang. Perkembangan teknologi komunikasi jarak jauh seperti aplikasi WhatsApp,

Messenger, Email dan pelbagai teknologi yang seumpama harus dimanfaat dengan lebih berkesan di dalam pengurusan kes. Pembuktian secara teknologi komunikasi ini harus diterima oleh Mahkamah Syariah sepertimana pembuktian secara fizikal kerana perkembangan teknologi komunikasi ini telah berkembang dengan pesat. Mahkamah Syariah seharusnya mengambil peluang ini bagi meningkatkan sistem pencapaian di Mahkamah Syariah dan mencapai penyelesaian kes-kes semasa dan tertunggak pada masa akan datang.

Selain itu, perkara ini juga mampu meningkatkan imej Badan Kehakiman Syariah berbanding dengan badan kehakiman setanding dengan Badan Kehakiman Sivil serta menambah keyakinan masyarakat terutamanya yang beragama Islam di dalam pengurusan undang-undang Islam di Malaysia. Dato’ Yang Dipertua, apa yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri ini adalah merupakan satu kefarduan untuk menjamin Mahkamah Syariah dapat memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat melalui prosedur atau tatacara yang efisyen dan berkesan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan mengambil tanggungjawab melalui Dewan ini telah mencadangkan langkah-langkah yang jitu dalam memperkasakan Sistem Keadilan Syariah dan Undang-Undang Islam melalui cadangan usul rang undang-undang pindaan ini. Sekian, Assalamualaikum wbt.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Belanja. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. (SELAWAT). Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Exco dah Ahli-Ahli Dewan. Alhamdulillah, satu tindakan positif telahpun dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk penambahbaikan pentadbiran dan keputusan Mahkamah Syariah Negeri Perak. Kalau kita kaji sejarah balik kita lihat bahawa kewujudan Mahkamah Syariah di Perak bermula pada tahun 1965 dengan kelulusan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak pada tahun 1995. Walau bagaimanapun, keadaan Mahkamah Syariah pada masa itu, saya bercakap melalui pengalaman saya selaku peguam syarie bermula tahun 1979 dah lah dalam bentuk cowboy bangunan pejabat kadi di situ jugalah terletaknya Mahkamah Syariah dan kita tidak tahu siapa hakim, siapa kadi.

Walau bagaimanapun, pemisahan Mahkamah Syariah daripada badan sebelum itu telah pun berlaku pada tahun 1992 di mana sepertimana saya katakan tadi, sebab itu Mahkamah Syariah dan Pejabat Kadi adalah satu entiti yang sama dan pada masa itu kita lihat kadang-kadang Hakim Mahkamah Syariah tu naik sidang dengan pakai kain saja. Itu kebiasaan pada masa itu sebab dialah kadi, dialah jugak hakim. Kita terima keadaan pada masa itu seadanya dan alhamdulillah selepas itu kita melihat ada usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak jabatan sendiri untuk memisahkan Mahkamah Syariah daripada lampiran pejabat Jabatan Agama Islam Perak dan sehingga kini kita melihat bahawa Mahkamah Syariah sudahpun berusia kira, dalam bentuk yang ada sekarang ini, sudah pun berusia kira-kira 30 tahun dan alhamdulillah perkembangannya dari semasa ke semasa bertambah baik.

Walau bagaimanapun Dato’ Yang Dipertua, walaupun kita melihat usaha yang dilakukan ini adalah untuk memberikan atau menambahbaikkan lagi pengurusan dan pentadbiran Mahkamah Syariah, tetapi undang-undang yang baik itu tidak akan membawa sebarang makna jika pelaksanaan dan pelaksana undang-undang itu sendiri, para hakim dan para peguam tidak memahami peruntukan undang-undang yang ada terutama melalui procedure ataupun tatacara kerana kita tahu bahawa undang-undang procedure itu merupakan sebahagian daripada sistem keadilan. Kalau di dalam istilah sains, kita selalu mengatakan mathematics is a big of physics. Tidak silap ataupun tidak salah kalau kita mengatakan bahawa procedure law is the king of justice atau pun undang-undang mengenai tatacara itu adalah merupakan intipati ataupun ciri-ciri yang penting dalam menegakkan keadilan. Tetapi masalah ini sebenarnya masalah yang perlu dilihat juga oleh pihak kerajaan dan juga pihak pentadbiran Mahkamah Syariah. Satu masa dahulu saya dan sahabat saya daripada Behrang boleh mengesahkan keadaan ini. Di Mahkamah Tinggi yang terdapat di Ipoh ini, terdapat dua set undang-undang yang berbeza walaupun undang-undangnya satu. Undang-undang yang sama tapi cara pengurusan dan pentafsiran yang dilakukan oleh hakim yang berkenaan, yang terlibat adalah berbeza dan ini memeningkan kepala kami dan pada masa itu, kerap kali kita bila pergi ke mahkamah sudah bersiap sedia untuk menghadapi contempt of court.

Saya satu masa dahulu dihubungi oleh daripada sahabat saya daripada Behrang. Dia minta saya bersiap sedia. Haji siap sedia di pejabat, takut-takut aku lepas ni kena contempt of court masuk lokap. Ini keadaan pada masa itu dan kerana itu seperti mana saya katakan tadi bahawa, pemahaman oleh para pelaksana undang-undang itu, para hakim mengenai undang-undang yang ada adalah penting. Tanpa itu barangkali perlu diberikan selain daripada pindaan undang-undang, maka mereka mestilah diberikan masa untuk memahami dan untuk itu seminar, kursus taklimat dan sebagainya mestilah selalu diberikan kepada mereka itu kerana kita tahulah latar belakang pentadbiran pendidikan mereka itu with due respect. Latar belakang pendidikan mereka itu yang setengahnya tidak expose langsung kepada undang-undang yang kita laksanakan di mahkamah dan ini agak menyukarkan mereka untuk memahami dan selalunya akan menimbulkan konflik di antara para peguam syarie. Yang utama macam kami ini lah dan juga para-para hakim yang terlibat. Saya mencadangkan kalau perlu, kalau perlu, sebelum perlantikan seorang Hakim itu, letakkanlah mereka itu dalam bentuk attachment di Mahkamah Mahkamah Sivil untuk melihat bagaimana pengurusan dan pentadbiran undang-undang di Mahkamah Sivil dilaksanakan. Cara filing system dan sebagainya perlu diperkemaskan.

Dato' Yang Dipertua, satu undang-undang itu akan dilihat keberkesanannya, bukan setakat cepat atau lambatnya pelupusan satu kes itu. Saya setuju dengan Belanja tadi, yang mengatakan bahawa justice delayed is justice denied. Tetapi lebih daripada itu, keberkesanan satu undang-undang itu akan dapat dilihat dan dinilai oleh masyarakat terhadap keupayaan undang-undang itu untuk dikuatkuasakan. Theres no point, dengan izin. Expedite judgement is means only on paper judgement dengan izin. Tidak ada bermakna suatu undang-undang itu ataupun keputusan mahkamah itu dapat dilupuskan dalam masa yang cepat tetapi apabila tiba pada masa penguatkuasaannya menimbulkan masalah. Dalam erti kata lain keputusan Mahkamah Syariah itu sukar untuk dilaksanakan oleh kerana kekangan undang-undang yang ada. Dan ini kena lihat supaya selepas keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Syariah, keputusan itu dapat dilaksanakan. Saya bagi contoh dalam kes harta sepencarian misalnya. Kalau dahulu di peringkat awal, 3, 40 tahun dahulu. Tuntutan yang melibatkan tuntutan harta sepencarian hanya melibatkan barang-barang dalam, peralatan dalam rumah, kerusi, meja, pinggan mangkuk, itu adalah tanda sekeping, tanah kampung tetapi dengan bertambah baiknya perkembangan ekonomi. Terutama keadaan ekonomi orang Islam dan perkembangan ekonomi negara yang melibatkan kesemua pihak. Kita lihat pasangan yang beragama islam sekarang ini telah pun berada dalam keadaan hidup yang mewah. Memiliki harta berjuta-juta ringgit dan bentuk saham, dan sebagainya. Apabila timbul penceraian, maka harta-harta ini menjadi bibit-bibit kepada tuntutan. Tuntutan saham, tuntutan wang dalam bank sebagainya. Tetapi yang menjadi masalah ialah bagaimana Mahkamah Syariah akan melaksanakan penguatkuasaan ini kepada pasaran saham kepada syarikat-syarikat awam kepada bank.

Pengalaman saya sendiri, dalam satu kes yang melibatkan sekarang ini dah jadi menteri dah. Tak payah sebut nama dia. Satu tuntutan harta sepencarian yang bernilai berjuta-juta ringgit. Tetapi apabila saya nak attach akaun kepada responden tersebut dan saya serahkan kepada pengurus bank yang berkenaan dan selepas tamat tempoh 14 hari tempoh attachment itu saya bertanya kepada pengurus yang sama. What happen to my attachment request. Encouragement request. Dia kata apa, well Maybank is not Muslim, the law is only applicable to muslim you are advised not comply with it. Bank ini tidak ada agama bukan Islam dan perintah yang didapati oleh saya itu tadi adalah perintah yang didapati melalui Undang-undang Perundangan Islam yang terdapat peruntukan di sana yang mengatakan undang-undang ini hanya dipakai kepada pasangan beragama islam, sedangkan bank, syarikat saham, public company itu bukan tak ada agama. Jadi bagaimana kita laksanakan bagaimana kita nak laksanakan perintah itu kepada badan-badan yang saya katakan tadi. Yang ini perlu kita lihat juga supaya dengan itu sesuatu penghakiman itu akan dihormati. Apabila penghakiman dihormati, barulah mahkamah itu sendiri ada nilai. Kalau tidak jadilah apabila

Yang di-Pertua

Manjoi, Yang Berhormat Manjoi, saya boleh rasa lima minit lagi cukup? Macam five more five four minutes.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Yang ini perlu dilihat dan kalau perlu, pindalah undang-undang yang ada, termasuk dalam aspek perlembagaan sendiri, supaya dengan itu konflik yang wujud di antara penghakiman Mahkamah Syariah dan pelaksanaannya itu akan dapat diatasi satu masa nanti.

Dato' Yang Dipertua, pindaan ini juga dilihat melibatkan kelayakan dan syarat-syarat pendidikan seorang hakim. Mahkamah rayuan dan mahkamah utama, iaitu seperti yang terdapat didalam cadangan pada seksyen 92. Saya mengatakan dan ini selalu saya tegaskan bahawa cabaran kepada hakim-hakim Mahkamah Syariah is very demanding and challenging. Ini adalah kerana Malaysia mengamalkan dua legal sistem iaitu sistem Undang-undang Sivil dan Undang-undang Syariah. Barangkali tidak begitu sukar kepada hakim-hakim Mahkamah Sivil untuk melaksanakan undang-undang dalam majlis sama kalau melibatkan undang syariah, mereka boleh mengambil pakar untuk berikan keterangan dan dan membantu mahkamah. Tetapi dalam aspek undang-undang syariah ini seperti yang saya katakan tadi bahawa dia melibatkan juga apabila kita berurusan melupuskan kes-kes yang melibatkan undang-undang keluarga, undang-undang tuntutan seperti harta sepencarian misalnya. Dia akan melibatkan companies act. Ia akan melibatkan Banking Act, Akta Banking, Akta syarikat dan juga Kanun Tanah Negara sendiri dan ini memerlukan kepada hakim-hakim untuk memahami juga undang-undang ini supaya mereka dapat memutuskan kes yang berkaitan dengannya dengan adil dan efektif dan juga supaya judgement yang mereka berikan itu merupakan satu judgement, sound and respectable judgement. Jadi untuk itu aspek-aspek pemilihan dan pelantikan hakim selain daripada kalau mengikut pindaan yang dicadangkan ini ialah mereka yang berpengalaman selama lebih 18 tahun dan juga mempunyai pengetahuan di dalam bidang syariah dan undang-undang. Dalam hubungan ini saya mencadangkan supaya aspek-aspek yang saya katakan tadi itu hendaklah juga dilihat dalam memilih dan melantik seorang hakim untuk membolehkan mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan mudah dan efisien.

Dato' Yang Dipertua, selain daripada itu untuk membolehkan pentadbiran dan pengurusan mahkamah berada dalam keadaan cekap, dia memerlukan juga kepada sistem sokongan yang baik dan mesti disediakan oleh pihak kerajaan. Dalam dua dunia digital dan teknologi komunikasi sekarang ini, kemasukan seksyen 36(A) dan 36(B) adalah satu langkah ke depan tetapi mahkamah juga hendaklah pada saya hendaklah juga seiring dengan cara pengurusan dan pentadbiran seiring dengan mahkamah-mahkamah sivil. Di Mahkamah Sivil sekarang sudah ada sistem CRT, untuk mengambil keterangan daripada saksi iaitu court recording transcript to system. Di mana hakim tidak perlu lagi mencatit tetapi dicatit oleh peralatan elektronik dan hakim hanya melihat dan memberikan tumpuan kepada saksi memberikan penerangan termasuk demeanour ataupun kelakuan seorang saksi itu, dalam sebelum seorang untuk membolehkan seorang hakim untuk memberikan penilaian kepada kesaksian ataupun keterangan yang diberikan tetapi di Mahkamah Syariah masih belum ada lagi sistem ini dan nota keterangan masih lagi dibuat secara bertulis oleh hakim dan apabila seorang Peguam Syarie itu meminta salinan kepada kertas keterangan memberi masa yang lama, kerana terpaksa ditaip, disemak semula tetapi kalau menggunakan CRT ini dia akan lahir dalam bentuk CD dan sejurus selepas persidangan, peguam boleh terus meminta salinan kepada perkara ini dan dapat diperoleh cepat.

Jadi untuk itu, saya mencadangkan supaya diberikan bajet yang mencukupi untuk membolehkan penggunaan dan perolehan aset ini dilakukan oleh Mahkamah Syariah dan juga dalam masa yang sama untuk membolehkan latihan kepada kakitangan menggunakan peralatan-peralatan ini dapat dilaksanakan. Dato' Yang Dipertua, Manjoi menyokong, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Manjoi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Lubuk Merbau untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Dr. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Audzubillah-himinas-syaiton-nirojim, robbisrohli sodri wayassirli amri, wahlul ‘uqdatam mil lisaanii yafqahu qoulii.

Lubuk Merbau ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak (Pindaan) 2021 ini. Terlebih dahulu saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala, serta mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak di atas pembentangan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak (Pindaan) 2021 pada hari Jumaat yang lalu.

Pertamanya saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak yang merupakan satu-satunya negeri di dalam negara kita ini yang mewujudkan tambahan satu lagi hierarki Mahkamah Syariah daripada tiga tingkatan sebelum ini kepada empat tingkatan mahkamah pada tahun 2018 yang lalu. Sudah semestinya usul rang undang-undang (pindaan) ini yang telah dibentangkan pada hari Jumaat yang lalu adalah merupakan suatu usaha penambahbaikan terhadap undang-undang yang telah sedia ada iaitu Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 dan ianya juga adalah merupakan suatu langkah untuk terus memperkasakan dan memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah dalam Negeri Perak yang di cintai ini.

Saya ingin merujuk perbahasan saya ini kepada sepotong ayat suci Al-Quran surah Al Nahl, ayat ke 90. “Auzubillah Minashaitan Ni Rajeem. Innal laaha yaamaru bil 'adli wal ihsaani wa eetaaa'i zil qurbaa wa yanhaa 'anil fahshaaa'i wal munkari walbagh-i' ya'izukum la'allakum tazakkkaroon” bermaksud, sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar (kamu) dengan suruhan dan larangan ini supaya kamu mengambil peringatan dan mematuhinya.

Ayat ini memberi indikasi kepada kita bahawa keadilan harus ditegakkan. Keadilan perlu dikembangkan, perbuatan keji dan zalim harus ditinggalkan. Tanpa adanya institusi kehakiman, mana mungkin keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat dibanteras. Sebagaimana mahkamah awam, Mahkamah Syariah juga memerlukan beberapa elemen utama dalam menggerakkannya seperti Hakim Syarie, pendaftar mahkamah dan pegawai sokongan yang lain. Kesemuanya adalah bergantung antara satu sama lain untuk memastikan tugas memberikan keadilan itu adalah berjalan dengan baik dan sempurna. Walau bagaimanapun, daripada semua elemen yang saya telah senaraikan tadi, elemen yang paling penting dalam Mahkamah Syariah itu sendiri sebenarnya adalah kredibiliti dan kompetensi seorang Hakim Syarie dalam membuat keputusan dan penghakiman.

Dato’ Yang Dipertua, dalam Usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak (Pindaan) 2021 yang berada di hadapan, yang telah dibentangkan, saya dapati terdapat beberapa fasal yang menyentuh berkaitan dengan kredibiliti dan kompetensi Hakim Syarie secara langsung. Pertamanya saya merujuk berkaitan dengan fasal 3, rang undang-undang (pindaan) tersebut iaitu berkaitan dengan perwujudan punca kuasa kepada Jawatankuasa Kehakiman Syariah untuk membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan fungsinya menurut Bahagian 2, Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018. Saya dapati cadangan pindaan ini sangat penting untuk dimasukkan bagi jawatankuasa tersebut mengadakan undang-undang subsidiari berkenaan tatacara proses atau mekanisme yang bersesuaian bagi melaksanakan fungsi dan juga peranannya.

Selanjutnya saya merujuk kepada fasal 4 sehingga 6, usul rang undang-undang (pindaan) tersebut, fasal 4 hingga 6 tersebut memperuntukkan berkaitan penambahbaikan daripada segi syarat-syarat untuk melantik Ketua Hakim syarie ini. Hakim-Hakim Mahkamah Utama dan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, saya dapati penambahan yang dicadangkan dalam fasal 4 hingga 6 tersebut telah diperluaskan skop pemilihan dan syarat-syarat pelantikan Hakim-Hakim Syarie di kedua-dua hierarki mahkamah tersebut. Matlamat sebenar cadangan pindaan ini dibuat sudah semestinya untuk memastikan bahawa individu yang benar-benar berkelayakan, berkemahiran berkredibiliti dan berpengalaman dari segi perundangan dan hukum untuk dilantik selaras dengan cabaran dan kompleksiti kes-kes yang dikendalikan di Mahkamah Syariah pada masa ini.

Sehubungan itu, kerajaan benar-benar memastikan dan menekankan pemilihan Hakim-Hakim Syarie di kedua-dua hierarki mahkamah tersebut hendaklah memiliki pengalaman dan kehakiman yang luas. Tidak terhenti setakat itu kerajaan juga perlu menyokong segala usaha penambahbaikan ini dengan meletakkan kedudukan Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Syarie ini di kedua-dua hierarki Mahkamah Syariah itu perlulah setaraf dengan peranan dan fungsinya yang berat selain kerajaan juga perlu bersedia untuk menyediakan sebarang bentuk elaun dan kemudahan yang selayaknya kepada mereka.

Dato’ Yang Dipertua, akhir kalam, saya ingin menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kepada pihak kerajaan untuk menyediakan keperluan latihan pembangunan kompentasi dan penekanan kepada penguasaan ilmu supaya ianya dapat menyediakan dan menghasilkan barisan pegawai pelapis Kehakiman Syariah yang berkelayakan bagi memenuhi keperluan kelayakan yang dinyatakan oleh undang-undang. Peruntukan berkenaan pembangunan latihan dan penyelidikan perlu diwujudkan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa kepada Jabatan Kehakiman Syariah untuk melaksanakan objektif pembangunan kompetensi seperti yang diharapkan. Dato’ Yang Dipertua, Lubuk Merbau menyokong sepenuhnya cadangan Rang Undang-Undang pindaan ini, sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Lubuk Merbau. Sekarang saya jemput pembahas yang terakhir. Dijemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Bismillahirrahmanirrahim, Rabbish rahli sadri wa yassirli amri amri wahlul uqdatam millisani yafqahu qauli. Terima kasih, Yang Dipertua, saya ingin memulakan dengan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah, mabruk dan congratulation kepada Jawatankuasa Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak atas cadangan pindaan ini. Sama-sama kita maklum bahawa Enakmen Mahkamah Syariah Perak ini telah dilahirkan pada tahun 2018. Pada waktu itu yang membentangnya Manjoi, terima kasih dan tahniah dan tak sampai setahun jagung dia telah hendak dipinda. Saya melihat secara positif bahawa pindaan ini menunjukkan bahawa orang yang menjaga enakmen ini dia jaga sungguh-sungguh dan hari ini terhasil apa yang saya hendak sebutkan sebagai satu kejayaan. Kejayaan yang pertama ialah pindaan ini mencadangkan supaya ada keterlibatan hakim-hakim yang bukan sahaja berlatar belakangkan kepada pendidikan agama tetapi yang legal sahaja pun layak untuk menduduki kerusi-kerusi Hakim Mahkamah Utama dan

Mahkamah Rayuan dan akhirnya boleh menyebabkan sampai korum sebagai seramai sembilan orang, boleh untuk duduk di kerusi-kerusi Mahkamah Utama.

Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada sahabat-sahabat, terutama pengamal undang-undang syarie yang ada lesen di negeri Perak ini, saya hendak mohon supaya kita melihat atau orang awam sekali pun marilah kita sama-sama melihat bahawa ini adalah merupakan peluang yang baik untuk kita secara bertanggungjawab explore atau develop, majukan atau naikkan martabat undang-undang atau pun prosedur dan law yang kita ada dalam mahkamah-mahkamah kita. Pertama sekali kalau kita lihat, kita biasa sebut" faz Alu Ahlan dzikri inkuntum laa ta'lamun" kita biasanya dulu-dulu kita pakai kalau tak tahu bertanyalah kepada yang tahu dan kita juga biasa sebut dulu di mana-mana pun "injaakum fasikun bina bain, fatabaiyan antusimu kauman bijahalatin, fatusbihu ala mafaalkun nadimi" Jika kamu didatangi oleh orang fasik, hendaklah kamu "tabaiyun" semak takut-takut nanti, kamu menghukum sesuatu kaum itu berdasarkan kepada ketidak tahuan kamu atau kejahilan kamu dan akibatnya kamu sesal, kamu kesal di atas perbuatan kamu ini. Kalau dulu-dulu kita lebih kepada mengatakan bahawa kalau orang fasik bawa berita kita semak. Kalau tak fasik, tak payah semak. Itu salah tafsiran itu.

Saya hendak mengajak supaya Dewan ini, pengamal undang-undang syarie di luar sana dan orang awam semuanya marilah kita lihat ayat ini yang mencadangkan kepada kita kalau kita didatangi dengan sesuatu yang tidak pasti. Kepastian yang tidak, ia kepastian dalam sesuatu hendaklah kita "tabaiyun" maka bila Jabatan Kehakiman Syariah Perak mencadangkan supaya penambahan bilangan hakim, penglibatan hakim yang berlatarbelakangkan undang-undang terlatih ini merupakan satu forum, satu medan di mana kita boleh melakukan perkara-perkara untuk mendapatkan kepastian. Meski pun kalau kita melihat sebagai contoh di dalam cadangan enakmen ini ada dinyatakan bahawa mahkamah boleh memanggil mana-mana orang dan sahabat saya daripada Sungkai pun ada juga menyentuh ianya kalau nak dapat lif itu mesti demi kepentingan awam. Jadi persoalannya mana-mana orang itu termasuk orang Islam termasuk orang bukan Islam atau orang Islam sahaja. Kepentingan awam orang Islam ke atau termasuk orang bukan Islam sahaja. jadi kalau saya bolehlah saya nak tafsir ikut selera saya tetapi medan yang terbaik untuk mendefinasikan itu sudah tentulah mahkamah yang hirakinya tertinggi dalam di Perak.

Jadi saya menyerulah kepada pengamal-pengamal undang-undang Syariah negeri Perak ini. Go to Appeal Court, sila bawa kes ke mahkamah, appeal dekat situ kita boleh ventilated, kita boleh berhujah dan kita boleh bentangkan secara profesional dan kita akan insyaallah dapat keputusan yang hampir tepat kalau tak terus tepat. Jangan kita concentrate hendak kira taufik saja, sebab selain daripada berperanan sebagai menjaga kepentingan anak guam kita, kita sebagai pengamal-pengamal undang-undang syarie dan undang-undang biasa pun. Kita ada tanggungjawab sebenarnya untuk bagaimana boleh kita berperanan untuk memajukan undang-undang yang ada. Cuma melalui membawa kes ke Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Utama di situlah sebenarnya semua kita berperanan dan bertanggungjawab bagaimana kita memartabatkan undang-undang yang ada dalam negeri Perak ini, itu yang pertama.

Yang keduanya, saya ingin menyatakan bahawa enakmen ini dan pindaannya adalah satu dokumen awam yang bersifat ianya mestilah boleh diakses, dimiliki atau paling tidaklah boleh dibeli seperti yang saya pernah sebut dalam Dewan ini, rata-rata enakmen ini di luar dalam bentuk fotokopi jadi kalau hendak berhujah dalam mahkamah itu rasanya, risau juga kan, kot-kot ada yang amend, jadi saya hendak menarik perhatian Dewan ini kepada Seksyen 11(1) Enakmen Penyemakan Undang-Undang negeri Perak 2005 yang memberi kuasa kepada Pesuruhjaya atau pun State LA untuk melantik mana-mana pihak pencetak kerajaan atau mana-mana pencetak lain yang dilantik oleh pesuruhjaya untuk membuat cetakan. Jadi berdasarkan kepada Seksyen 11(1) ini saya rasa masalah tidak ada boleh diperolehi salinan asal enakmen, apa-apa ini enakmen yang di zahirkan dalam Dewan ini saya rasa masalah itu sepatutnya boleh terhenti dan selesai.

Minta celah. Terima kasih Yang Dipertua, Behrang bersetuju dengan saya atau tidak enakmen ini, keadaan atau eliability enakmen ini amat susah diperoleh sebab saya pun telah mencari di internet berapa hari untuk cuba mendapatkan sesalinan enakmen ini tetapi tidak menjumpainya di internet dan terpaksa pergi ke Behrang untuk mendapatkan sesalinan enakmen ini. Bagaimanakah, apa pendapat Behrang tentang ketiadaan enakmen ini di alam maya atau pun di mana-mana kedai buku?

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Ok, terima kasih Pasir Bedamar, saya bekalkan kepada Pasir Bedamar pun yang fotostat. Maknanya keadaan masih belum selesai lagi dan ada dua penyelesaian yang saya percaya yang pertama sekali ialah cetakan secara hardcopy yang kosnya boleh diminimakan dan satu lagi digitalization yang saya percaya nanti dalam satu pusingan round itu saya nak minta bajet dekat MB nanti. Itulah tu sebab dia melibatkan implikasi kewangan yang agak besar dalam hal ini.

Yang Dipertua, selain daripada dua isu yang saya kemukakan sebentar tadi, saya sekali lagi ingin menekankan bahawa enakmen ini baru setahun jagung lahir tetapi telah ada pindaan. Saya ingin katakan sekali lagi orang yang menjaga baby ni memang patut dikatakan mabruk, tahniah dan progression untuk kali kedua. Cuma masalahnya ialah kita ada enakmen-enakmen yang terkait dengan Agama Islam. Kita ada MAIPk, kita ada JAIPk, kita ada Jabatan Pendakwaan, Jabatan Kehakiman tetapi dalam Perak ini kita hanya ada sebanyak 10, 11 atau 12 enakmen sahaja maknanya 3 jaga 12 tu kira tak berapa banyak lagilah. Dalam masa yang sama terdapat pindaan-pindaan yang sangat diperlukan terhadap enakmen-enakmen antaranya Enakmen Tatacara Mal, Enakmen Tatacara Jenayah, Enakmen Keterangan dan beberapa enakmen-enakmen yang terkait lagi termasuklah Enakmen Kawalan Sekolah Agama Islam. Yang saya sebutkan dulu kawalan sekolah ini tak sesuailah, kawalan racun serangga sesuai kawasan sekolah tu sekolah nak dibangun bukan nak dikawal.

Masih dalam tanda tanya. Dalam masa yang sama kita dapati juga ada juga enakmen yang telah lahir di negeri lain tetapi masih belum sampai belum dilahirkan di negeri Perak ini termasuklah Enakmen Wasiat Orang Islam, Enakmen Profesion Peguam Syarie. Saya nak menarik perhatian Dewan ini kepada betapa perlunya betapa sangat terdesaknya kita kepada Enakmen Profesion Peguam Syarie ini walaupun belum menyeluruh lagi tetapi saya mahu katakan dalam apa keadaan sekalipun kita di Perak ini dalam keadaan terdesak. Perlukan enakmen tersebut kerana apa? Kami di luar mendapati ramai pelajar-pelajar kita yang telah melanjutkan pelajaran sama ada sebab berakhir dengan LLB ataupun LLBS layak untuk menjadi peguam syarie tapi 6 tahun masih belum boleh jadi peguam. Di sebabkan ada interview tak lulus interview atau macam-macam alasan lain. Tetapi berbanding dengan orang yang buat LLB sahaja habis empat tahun kalau dalam universiti tempatan inilah sambung chambering, bayar fees, that’s it. Maksudnya pada tahun kelima bolehlah kamu bergelar seorang peguambela, peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan kalau kita ada biasiswa pun boleh bayarlah balik beransur-ansur kalau ada pinjaman boleh bayar balik beransur-ansur. Kalau ditanya oleh mak ayah pun bolehlah bila dah pun jadi peguam bolehlah sikit-sikit bayar tetapi yang lain yang keluar pergi belajar dan berhajat untuk menjadi peguam syarie kadang-kadang enam tahun, tujuh tahun tak boleh masuk mahkamah dalam negeri Perak lagi. Siapa yang perlu uruskan? Jadi saya rasa kita perlu terdesak sangat kesian kepada anak-anak kita kesian kepada adik-adik kita yang belajar berhajat untuk jadi peguam syarie tapi dah 6 tahun masih tak boleh beramal menjadi peguam syarie negeri Perak kerana apa kerana interview dia tak pasti kerana bilangannya terhad dan macam-macam alasan lain yang saya rasa perlu dilihat secara serius dalam hal ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan seterusnya Yang Dipertua bahawa berdasarkan kepada enakmen-enakmen ini dan berdasarkan kepada pindaan-pindaan terhadapnya, semangat spirit yang ada di dalamnya ialah seperti yang saya sebutkan tadi, kita telah mengakui bahawa mereka yang bukan berlatarbelakangkan Islamic Law juga adalah releven dan terpakai dalam memartabatkan undang-undang syariah di negeri Perak ini. Dah tentulah mereka yang terlatih kerana pengalaman 18 tahun ke 20 tahun itu adalah menggambarkan pengalaman mereka bermain dalam kancah undang-undang ini dan ianya juga saya ucapkan tahniah kerana ianya selari dengan semangat suasana yang apa yang dilakukan di peringkat federal di peringkat mahkamah persekutuan, mahkamah rayuan di mahkamah-mahkamah sivil dan begitu jugalah kita juga mahu sama seiring dengan teknologi-teknologi maklumat di mana kita mengiktiraf perbicaraan ataupun sebutan secara alam maya.

Dalam hal tersebut saya ingin mencadangkan bahawa negeri Perak ini sudah tiba waktu dan ketikanya untuk berusaha mengadakan satu institut latihan kehakiman. Kalau sivil ada ILKAP, Institut Latihan Kehakiman sesudah sampai waktu dan ketikanya Perak memikirkan untuk ada institut latihan kehakiman sendiri dan rasanya kalau kita nak cari jalan kita boleh cari jalan dan kalau kita rasa kita nak cari alasan janganlah kan. Kayalah dengan jalan biar miskin dengan alasan dan ini juga ada kaitan nya apabila kita mengiktiraf bahawa perkembangan positif di negeri-negeri lain, kita nampak penyeragaman adalah yang terbaik untuk undang-undang syariah di Perak. Jadi saya memohonlah kepada agensi-agensi yang berkenaan termasuk peguam-peguam syarie marilah sama-sama kita mencari jalan supaya kita dapat bergerak ke arah penyeragaman yang ianya akan menguntungkanlah semua pihak.

Dan yang terakhir saya sekali lagi ingin mengucapkan mabruk kepada Jabatan Kehakiman Syariah Perak kerana pada 10 haribulan 12 yang lepas telah diadakan ruang taklimat dan di situ adalah beberapa perkara yang telah dibangkitkan antaranya ialah perkara-perkara berkenaan dengan perkara-perkara teknikal. Saya ingin nyatakan di sini bahawa dalam hal bahasa ini ada dua option yang kita ada. Yang pertama kita boleh jadi amended atau dipinda semasa sesi jawatankuasa nanti dan satu lagi ianya boleh dikaji untuk dipinda oleh Pejabat LA sendiri. Sejajar dengan kuasa-kuasa yang diberikan oleh Enakmen Penyemakan Undang-Undang di Perak ini seperti Seksyen 51 enakmen yang berkenaan. Oleh demikian Tuan Yang Dipertua, Behrang mohon menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Terima kasih yang berhormat daripada Behrang. Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah turut serta di dalam perbahasan berkaitan urusan enamen hari ini dan yang telah berbahas dengan begitu baik dan substantive sekali. Sekarang saya tempohkan sementara Dewan ini selama satu jam bagi tujuan penyediaan penggulungan. Dewan akan disambung semula pada pukul 12.20 tengahari. Terima kasih.

[DEWAN DITEMPOHAN 1 JAM]

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya mengucapkan penghargaan terima kasih kepada semua Ahli Dewan yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak Pindaan 2021 sebagaimana yang telah saya bentangkan pada hari Jumaat 17 Disember 2021 yang lalu. Rang Undang-Undang Pindaan ini bertujuan untuk memperkasakan Sistem Kehakiman Syariah di negeri ini bagi perkhidmatan keadilan kepada rakyat dapat dipertingkatkan bersesuaian dengan perkembangan dan keadaan semasa. Saya menghormati hujah-hujah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Tebing Tinggi berkaitan soal kelayakan Peguam bukan beragama Islam untuk beramal di Mahkamah Syariah. Dalam hal ini, sukacita saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melawan Victoria Jayaseele Martin & Another Appeal 2016 Volume 4 CAG muka surat 12 seperti berikut. Undang-undang berkaitan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan adalah mantap. Suatu undang-undang yang mendiskriminasi masih merupakan undang-undang yang baik jika ianya di asas berdasarkan klasfikasi munasabah atau dibenarkan.

Walau bagaimanapun, untuk ia menjadi undang-undang yang sah klasfikasi hendaklah mempunyai kaitan rasional kepada tujuan yang hendak dicapai oleh undang-undang tersebut. Adalah juga perlu untuk melihat kepada niat dan tujuan undang-undang tersebut dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dalam kes semasa, objektif akta adalah untuk menguatkuasa dan mentadbir Undang-Undang Islam sambil menyediakan keanggotaan dan organisasi Mahkamah Syariah. Sudah diterima umum bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa hanya atas orang-orang yang beragama Islam. Oleh itu, orang yang beramal di situ haruslah juga tertakluk kepada bidang kuasa tersebut. Mewujudkan Peguam Syarie yang beragama Islam adalah penting bagi memenuhi objektif akta. Agama sebagai batu asas adalah juga perlu untuk mencapai tujuan akta. Salah satu daripada tugas penting seorang Peguam Syarie adalah bagi membantu Mahkamah Syariah dalam memartabatkan Undang-Undang Syariah. Profesion mereka adalah diasas kepada konsep Islam iaitu kepercayaan kepada Allah. Salah satu kriteria penting yang menjadikan seseorang Peguam Syarie itu berwibawa dan berjati diri adalah bahawa beliau mendukung akidah yang bererti dengan sesungguhnya percaya kepada Allah di dalam hati sanubari seseorang serta undang-undang sucinya. Sehubungan itu, mengambil kira keputusan mahkamah tertinggi di negara ini, kita menghormati dan melaksanakan keputusan tersebut.

Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Manjoi telah membangkitkan isu berkaitan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang yang sering menjadi keluh kesah rakyat. Lantaran itu kita mencadangkan peruntukan tambahan baru Seksyen 15A sebagai punca kuasa pelantikan bailif bagi tujuan pelaksanaan dan penguatkuasaan Perintah Mahkamah Syariah. Soal pelaksanaan dan penguatkuasaan Perintah Mahkamah turut dilaksanakan oleh Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Perak. Tindakan-tindakan bagi tujuan pelaksanaan dan penguatkuasaan telah pun diperuntukkan oleh Bahagian 18 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Perak 2004. Sehubungan itu, pengamal undang-undang diseru menggunapakai peruntukan tersebut semasa menguatkuasakan perintah mahkamah. Dato' Yang Dipertua, soal keperluan latihan dan peningkatan kompetensi hakim-hakim dan pegawai-pegawai kehakiman yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lubuk Merbau, kerajaan sentiasa peka dan prihatin berkaitan keperluan latihan dan peningkatan kompetensi kepada pegawai-pegawai kehakiman. Latihan yang berterusan dan komprehensif bagi melahirkan pelapis-pelapis hakim yang mempunyai pengetahuan tinggi sebagai persediaan bagi menghadapi perubahan zaman yang sentiasa berkembang pesat sesuai dengan peredaran masa dan teknologi kini.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri sentiasa bersedia melaksanakan perubahan peningkatan kompetensi, kemudahan dan peruntukan yang sewajarnya bagi memenuhi keperluan kursus yang diperlukan. Yang Berhormat Manjoi dan Yang Berhormat Lubuk Merbau menyebut berkenaan pemahaman hakim-hakim terutamanya berkaitan prosedur serta aspek pembangunan latihan para pegawai kehakiman. Kerajaan bersetuju aspek pemahaman perundangan merupakan perkara sangat penting dalam menyampaikan perkhidmatan. Sehubungan itu, kerajaan bersedia menyediakan program latihan munaqasyah, seminar serta menyediakan peruntukan yang sewajarnya bagi melaksanakan program-program tersebut. Bagi menyelaraskan persoalan ketidakseragaman sesuatu prosedur. Ketua Hakim Syarie boleh mengeluarkan arahan amalan dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga ada mengeluarkan arahan amalan bertujuan untuk keseragaman untuk diterima pakai di negeri-negeri. Namun undang-undang juga harus berkembang dengan tafsiran hakim melalui istihad mereka berkaitan sesuatu peruntukan dan wujudnya hirarki yang lebih tinggi yang boleh menentukan keputusan yang tepat berkaitan tafsiran sesuatu peruntukan. Yang Berhormat Behrang mengemukakan persoalan berkenaan Enakmen Peguam Syarie sebagaimana yang telah diluluskan di Wilayah Persekutuan dalam Sidang Parlimen tahun 2019.

Untuk makluman Yang Berhormat, adalah dimaklumkan Akta Peguam Syarie yang diluluskan di peringkat Persekutuan masih belum dikuatkuasakan disebabkan memerlukan perwujudan beberapa undang-undang kecil subsidiari law atau kaedah-kaedah untuk dilaksanakan sepenuhnya. Sehubungan itu, satu jawatankuasa kerja di peringkat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak akan meneliti model undang-undang tersebut bersama undang-undang subsidiari itu. Wakil daripada peguam syarie juga akan dilibatkan kerana ia melibatkan kepentingan peguam-peguam syarie di negeri Perak juga. Berkaitan dengan penerimaan peguam syarie seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Behrang, ianya tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Perak 2003 yang memerlukan kepada kelayakan dan tapisan melalui temuduga dan ujian bertulis. Mereka yang layak dan memenuhi syarat boleh memohon kepada Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie Negeri Perak yang dibuka sepanjang tahun. Pembaharuan lesen Peguam Syarie juga boleh dibuat secara online pada setiap masa. Proses permohonan dan penerimaan peguam syarie dimulakan dengan proses permohonan dan tampalan pemberitahuan di setiap Mahkamah Syariah Negeri Perak selama 30 hari.

Selanjutnya calon-calon akan dipanggil untuk menduduki ujian bertulis. Sekiranya calon berjaya melepasi markah yang ditetapkan, calon boleh dikecualikan daripada menghadiri temuduga. Bagi calon yang tidak melepasi markah yang ditetapkan, satu sesi temuduga akan ditetapkan untuk menilai tahap pemahaman calon-calon terhadap penguasaan undang-undang dan prosedur di mahkamah syariah. Calon-calon yang berjaya akan diangkat bagi perakuan Majlis Agama Islam Perak dan seterusnya boleh diisytiharkan sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Tinggi Syariah. Umumnya, proses ini mengambil masa enam bulan.

Dato' Yang Dipertua, saya juga berterima kasih kepada Yang Berhormat Behrang di atas keprihatinannya terhadap cadangan pindaan terperinci bagi beberapa peruntukan dalam pindaan enakmen ini. Bagi cadangan pindaan yang bersifat editorial dan tidak menjejaskan niat atau substance nya, ini boleh dilakukan melalui proses semakan yang akan lebih komprehensif. Adalah wajar semakan ini dilakukan pada keseluruhan enakmen dan tidak terhad kepada 18 fasa ini sahaja. Fokus sesi kali ini adalah untuk mewujudkan punca kuasa kepada perkara-perkara yang penting seperti perbicaraan secara dalam talian.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, sekali lagi saya mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan dan menyokong usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak pindaan 2021 ini berasaskan kepada ilmu dan pengetahuan serta pengalaman sebagai pengamal undang-undang. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 telah dibaca bagi kali yang kedua. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.

Setiausaha

Suatu enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 telah selesai dibaca bagi kali yang kedua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama satu enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 diserahkan kepada Jawatankuasa seisi Dewan untuk menimbang Rang Undang-Undang itu dari sefasal kesefasal.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Tuan Yang Dipertua, Slim menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat Dewan bertukar diri menjadi sebuah Jawatankuasa untuk menimbang Rang Undang-Undang itu dari sefasal ke sefasal.

Setiausaha

Fasal 1 hingga fasal 18.

Yang di-Pertua

Behrang dulu kemudian Pasir Bedamar. Pasir Bedamar dulu. Mana satu? Pasir Berdamar dulu. 1 Hingga 18.

Dato' Yang Dipertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada pindaan seksyen 39 iaitu fasal 16 di mana seksyen 39 enakmen dipinda dengan masukkan selepas sub seksyen 3 suatu sub seksyen yang baru iaitu sub seksyen yang keempat. Kalau kita perhatikan sub seksyen 39 adalah berkaitan dengan apa yang dikatakan sebagai tindakan bersilang iaitu lebih kepada apa yang disekatkan enforcement ataupun di luar bidang kuasa dan juga di dalam bidang kuasa di Negeri Perak dan kalau kita lihat sub seksyen 1, sub seksyen 2, sub seksyen 3 adalah berkenan dengan bentuk-bentuk seperti waran dan saman yang melibatkan pihak-pihak yang menjadi pihak kepada sesuatu tindakan di Mahkamah Syariah tetapi dalam pindaan baru iaitu memasukkan seksyen baru, ia mempunyai suatu klausa yang jika diteliti boleh dibaca sebagai memberi kuasa untuk Mahkamah Syariah mewajibkan mana-mana orang yang tidak terlibat haknya atau hartanya supaya hadir ke sesuatu Mahkamah Syariah tersebut dan kalau kita baca dengan lebih luas lagi ini mungkin boleh melibatkan orang-orang yang bukan Islam untuk wajib menghadiri sesuatu Mahkamah Syariah atas perintah Mahkamah Syariah tersebut dan dalam keingkaran kehadiran tersebut, mana-mana orang itu daripada seksyen 40 yang tiada di dalam sini. Seksyen 40 boleh seseorang itu boleh dikenakan proses penghinaan mahkamah kita tidak hadir dan kita berbalik kepada seksyen 39 ini kita berbalik kepada satu seksyen sebelum seksyen 39 itu seksyen 38. Izinkan saya baca seksyen 38 kepada Dewan yang mulia ini.

Bidang kuasa tidak meliputi orang bukan Islam, seksyen 38 berbunyi tiada keputusan Mahkamah Utama Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah boleh melibatkan hak atau harta seseorang bukan Islam. Jadi kita lihat di sini bar ataupun had yang diperuntukkan dalam enakmen ini adalah hak dan harta orang bukan Islam tidak boleh disentuh dalam apa-apa perintah mahkamah. Itu adalah perintah mahkamah tetapi bagaimana pula dengan pihak ketiga ataupun seorang saksi yang ingin dihadapkan ke Mahkamah Syariah kalau melalui 394, Mahkamah Syariah itu boleh mewajibkan kehadiran orang ketiga ini Mahkamah Syariah dan ini mungkin untuk membantu sesuatu isu perintah mungkin untuk melaksanakan harta katakan seorang daripada bank. Seorang penjawat kepada pihak-pihak dalam satu tindakan mahkamah, orang itu boleh dibawa ke Mahkamah Syariah dan bagaimana pula kalau orang itu seorang yang bukan Islam dan dengan izin ini akan membawa kepada beberapa isu di mana seseorang itu mungkin hendak diwakili dan dalam hal perkara sepertimana yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar, penglibatan peguam syarie di Perak saya lihat pada ketika ini adalah terhad kepada peguam-peguam yang beragama Islam.

Saya masih ingat awal tahun 2000, Saya telah bersusah-payah pergi ke Universiti Islam Antarabangsa dan mengambil diploma undang-undang dan pengalaman syarie dan saya adalah antara dua hanya dua orang Islam bagi tahun tersebut yang lulus dalam Diploma Pengalaman Undang-Undang Syarie di seluruh Malaysia dan saya percaya masa itu sayalah hanyalah seorang yang lulus di negeri Perak dan saya telah menghadiri temuduga untuk dimasukkan untuk memasuki ataupun nama sebagai Peguam Syarie dan saya masih ingat semasa temuduga tersebut saya ditanyakan sama ada saya adalah seorang Islam kepada panel yang menemuduga saya dan saya memaklumkan saya bukan orang Islam dan saya pula ditanya ketika itu Mufti Perak, "Mengapa kamu datang?" dan saya kata saya percaya di antara ramai-ramai orang yang ingin datang untuk menemuduga Itu sayalah seorang pun betul telah belajar tentang skop pelajaran itu. Saya telah pergi ke Universiti Islam Antarabangsa dan mempunyai kelulusan dan saya percaya tiada orang di luar di situ yang mempunyai kelulusan tersebut dan malangnya saya dimaklumkan bahawa temuduga tidak akan dijalankan. Jika saya ingin ditemuduga dan saya dapati bahawa temuduga tersebut telah dibatalkan keseluruhan dan saya percaya untuk 2 tahun dan tiada pengamal syarie telah diambil masuk dalam 2 tahun tersebut.

Apa yang saya ingin hujahkan adalah bahawa jika kita mempunyai isu-isu seperti ini yang melibatkan orang bukan Islam dan hak-hak mereka dan saya percaya mereka perlu ataupun hak berhak diwakili oleh seorang peguam syarie yang mereka pilih sendiri dan saya pohonlah ke atas kepada Kerajaan Negeri untuk kaji semula bar ataupun had yang dikenakan kepada orang-orang bukan Islam yang ingin mengamal di Mahkamah Syarie dan saya juga memohon supaya kita kaji semula seksyen 394 ni sebab ia mempunyai banyak implikasi seperti implikasi perlembagaan tentang kegunaan kegunapakaian seksyen 394. Sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Bedamar. Saya jemput Yang Berhormat daripada Tebing Tinggi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak mengulas apa yang disebut oleh Pasir Bedamar dan menyinggung apa yang dinyatakan oleh Kota Tampan tadi. Apa yang saya faham keputusan Mahkamah Persekutuan yang disebut itu ialah soal cabaran yang dibawa oleh seorang peguam non-muslim yang mendakwa diskriminasi dan Mahkamah Persekutuan mengatakan diskriminasi itu okey dibenarkan. Jadi sebenarnya itu adalah merupakan isu Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan. Ertinya keputusan itu tidak boleh digunakan untuk mengatakan bahawa status quo yang ada sekarang ni remain ataupun dikekalkan artinya dengan mengambil perspektif yang lain, Mahkamah Persekutuan walau pun mahkamah yang tertinggi tidak boleh menyekat Dewan Negeri Perak sebab Dewan Negeri Perak mempunyai kuasa yang khusus yang mutlak kepada perkara ini. Jadi saya fikir apa yang dibangkitkan oleh Pasir Berdamar boleh difikirkan dan saya tidak nampak kes Mahkamah Persekutuan itu relevan dalam kes ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tebing Tinggi. Behrang.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya sedikit juga nak respon apa yang dibangkitkan oleh Pasir Berdamar sebentar tadi. Kalau boleh saya ingin menarik perhatian kepada Seksyen 3 Enakmen Mahkamah Syariah ini yang berbunyi kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam enakmen ini tiada apa-apa pun yang terkandung dalam enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa-kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam dalam Negeri Perak sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan. Saya berhujah bahawa meski pun keputusan Mahkamah Persekutuan dirujuk sebentar tadi, saya menyatakan bahawa berdasarkan kepada seksyen 3 ini dalam Negeri Perak ini Sultan dan Kerajaan Negeri Perak saya menyatakan bahawa mempunyai bidang kuasa untuk mempertimbangkan kemasukan peguam-peguam bukan Islam untuk menjadi peguam syarie tetapi dia mesti melaluilah satu proses perundingan yang panjanglah dan saya ingin katakan bahawa no such thing as menutup ruang itu sebab di sana bidang kuasanya lain, di negeri ini bidang kuasanya lain. Itu yang saya rasa saya perlu respon terhadap sahabat saya dan saya percaya ada ruang untuk bakal menjadi peguam syarie tetapi perjalanannya mestilah ditempuhi.

Seterusnya Dato’ Yang Dipertua, saya mohon merujuk kepada fasal 10 pindaan rang undang-undang. Fasal 10 merujuk kepada seksyen 28, saya mohon merujuk kepada berdasarkan kepada rang undang-undang yang dikemukakan, terdapat perkataan apa-apa sebab lain. Saya ingin mencadangkan supaya perkataan apa-apa sebab lain dipinda kepada perkataan sebab-sebab lain. Saya berhujah bahawa yang dimaksudkan di dalam perenggan tersebut ialah selain daripada sakit adakah sebab-sebab lain. Jadi pluralnya atau pun jamaknya ialah kepada sebab-sebab. Jadi saya mohon mencadangkan supaya perkataan apa-apa sebab lain dipinda kepada perkataan sebab-sebab lain. Itu fasal 10. Akibatnya saya juga ingin mencadangkan supaya tindakan serupa dibuat kepada enakmen versi Bahasa Inggeris dengan menukarkan perkataan singular course kepada perkataan plural course. Yang kedua, saya mohon merujuk kepada fasal 13 pindaan yang mencadangkan pindaan kepada seksyen 34.

Dato' Yang Dipertua, perkara yang sama juga saya ingin mencadangkan supaya perkataan apa-apa sebab lain dipinda kepada perkataan sebab-sebab lain. Alasannya sama juga. Apa yang cuba disampaikan oleh seksyen 29/2 ialah selain daripada seksyen 34 selain daripada sakit sebab-sebab lain. Ayat ini bukan apa-apa sebab saya berhujah kerana ada perkataan lain di situ dia lebih menjuruskan kepada sebab-sebab lain. Akibatnya juga saya ingin mencadangkan supaya pindaan yang serupa dibuat kepada enakmen versi Bahasa Inggeris dengan menukarkan perkataan singular cause kepada perkataan plural causes. Seterusnya seksyen yang sama juga Dato’ Yang Dipertua, saya mohon merujuk kepada bahagian tengah seksyen 34(1) tu saya mohon untuk mencadangkan memasukkan perkataan di hadapan selepas perkataan hendaklah diteruskan. Hakim kalau boleh saya baca. Mana-mana Hakim Mahkamah Utama Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat menghadiri prosiding-prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu kerana sakit atau apa-apa sebab lain, dicadangkan supaya ditukarkan.

Pendengaran prosiding itu hendaklah diteruskan dan perhakiman atau parlimen sehingga ayat yang terakhir, saya mohon untuk mencadangkan selepas perkataan hendaklah diteruskan itu dimasukkan perkataan di hadapan. Ini kerana dalam versi Bahasa Inggeris di belakang di muka surat 32 rang undang-undang, sorry, di muka surat 30. Ini syariah supreme court judge hearing the proceeding is unable through illness or any other cause, saya mohon mencadangkan any other causes, to tent the proceeding or otherwise exercise is function as a judge of the court the hearing of the proceeding shall continue before. Kemudian dia ada koma. Saya mencadangkan supaya nampak seiring syncronise antara versi Bahasa Malaysia dengan versi Bahasa Inggeris saya mohon mencadangkan perkataan di hadapan dimasukkan dan saya percaya perkataan di hadapan itu lebih membawa maksud yang lebih kurang accurate lebih-lebih tempat.

Seterusnya saya mohon merujuk kepada fasal 14, Dato’ Yang Dipertua. Fasal 14 menyebut tentang seksyen 35A perkara yang lebih kurang sama juga saya mohon supaya perkataan apa-apa sebab lain dipinda kepada sebab-sebab lain dan saya akibatnya saya mohon juga pindaan yang serupa dibuat kepada enakmen versi Bahasa Inggeris dengan menukar perkataan singular cause kepada perkataan huruf plural causes dan yang terakhir Dato’ Yang Dipertua, saya mohon merujuk kepada fasal 15. Pasal 15 menyentuh tentang Seksyen 35, 36B minta maaf. Perkataan apa-apa perkara lain dipinda kepada perkara-perkara lain. Sama juga kenapa dan mengapa ialah subjek matter yang nak disebut di dalam perenggan inilah perkara-perkara.

Selain daripada pengemukaan penyimpanan dokumen apa-apa dokumen atau pembayaran tentu perkara-perkara lain. Jadi plural jamak atau penggandaan itu adalah merujuk kepada perkara-perkara lain. Saya mohon mencadangkan perkataan apa-apa perkara ini dipinda kepada perkara-perkara lain dan akibatnya juga pindaan yang serupa saya cadangkan supaya dibuat pada enakmen versi Bahasa Inggeris dengan menukarkan perkataan singular matter kepada perkataan plural matters. Saya tetap dengan mengatakan bahawa alasan-alasan cadangan kepada pindaan ini adalah kerana perkataan-perkataan yang dicadangkan supaya dipinda seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, saya dapati tidak menepati tatabahasa Melayu atau salah jalan bahasanya. Saya mohon.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Behrang. Yang Berhormat Manjoi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Saya cuma nak membangkitkan cadangan pindaan kepada seksyen 39(4) klausa baru di sini. 39(4). Tiada pindaan. Saya baca sedikit jika Mahkamah Syariah di dalam Negeri Perak membuat suatu perintah kepada mana-mana orang atas kertas mana-mana orang di sini ialah mengenai penghakiman dan pelaksanaan terhadap mana-mana orang. Tidak dinyatakan saya cuba mencari tafsiran mengenai mana-mana orang itu di dalam undang-undang berkaitan sama ada di dalam enakmen Mahkamah Syariah keluarga dan sebagainya. Saya tak jumpa di situ tetapi di dalam Enakmen Keluarga Islam dinyatakan bahawa di dalam seksyen 4 disebut kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Perak Darul Ridzuan disebut orang Islam kecualai dinyatakan sebaliknya.

Tetapi kalau kita melihat dari kalau melihat di sini, cadangan pindaan-pindaan ini menunjukkan bahawa dia terpakai kepada semua pihak termasuk kepada orang yang tidak beragama, corporate entity, Bank Islam, Public Bank, Shell Malaysia dan sebagainya termasuk syarikat-syarikat yang yang disenaraikan sebab tafsiran mana-mana orang kalau ikut dalam orang termasuk dalam entiti-entiti yang lain. Soalnya di sini kalau kita melihat kepada Jadual Kedua Perlembagaan Malaysia. Bahagian 1 - dinyatakan dengan tegas bahawa organisation saya baca dalam bahasa Inggeris ya, Organisation and procedure of Syariah Court which shall have jurisdiction only over persons profession the religion of Islam and respect one of any other matters included in this pharagraph. Maka di sini terang menyatakan bahawa pemakaian, peraturan dan undang-undang Mahkamah Syariah ini hanya terpakai kepada orang yang beragama islam. Tetapi di sini tidak menyatakan sini terlalu umum terhadap mana-mana orang umum. Jadi saya bimbang nanti akan mencetuskan kalau sekiranya seksyen ini digunakan kepada orang-orang bukan Islam. Syarikat-syarikat yang tak ada agama, jadilah macam seperti yang saya ucapkan dalam perbahasan tadi, dia akan menyebutkan krisis perlembagaan ataupun isu perlembagaan yang berkaitan dengan seksyen ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sungkai, last ya, ada lagi nak pakai, nanti Sungkai. Ya ada lagi Yang Berhormat selepas ini nak, ok kalau tak ada last.

Secara ringkas ya Tuan Yang Dipertua, saya setuju dengan Manjoi sebenar isu yang saya nak membangkitkan adalah isu yang dibangkitkan oleh Manjoi, perkataan dengan mana-mana orang. Ini mengelirukan konvisi ini the provision is specific the provision dengan izin. Saya percaya perkataan mana-mana orang mana-mana orang itu dapat digantikan dengan perkataan Islam. Habis, selesai masalah ini. Terima kasih.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Speaker, saya ada sikit saya terpaksa address sebab ini kalau kita melihat kepada seksyen 46 yang dicadangkan supaya dipinda menyatakan dan itulah yang terpakai sekarang ni di mahkamah. Jika terdapat jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak. Alright, ada undang-undang yang tak tertera tetapi ada dalam Quran secara generallah. So, salah satu daripadanya ialah seseorang yang menuntut di Mahkamah Syariah boleh memanggil saksi yang bukan Islam untuk hadir ke dalam Mahkamah Syariah. Jadi kalau cadangan memasukkan hanya mahkamah boleh memanggil orang Islam sahaja dia deprive. Kebebasan ataupun hak plaintif atau defenden untuk memanggil saksi untuk kes dia, kalau saksi itu bukan Islam. So, saya rasa cadangan itu mungkin boleh, tapi dia memberi kesan negatif kepada provision yang boleh menyebabkan plaintif atau mana-mana pihak kat dalam mahkamah memanggil saksi tu kalau ada perkataan hanya boleh panggil saksi, Islam sahaja maka tertutup ruang untuk kita mendengar keterangan daripada saksi bukan Islam. Sebab agama ataupun fasik saya terpaksa jelaskan, rata-ratanya seorang fasik itu tidak boleh menjadi saksi tetapi itu umum tetapi kalau diperbincangkan secara secara jurisprudens ataupun usul fiqhnya. Seorang fasik itu tidak dibenarkan atau tidak boleh datang ke mahkamah bukan kerana kefasikkannya tetapi undang-undang memberi amaran kepada hakim yang menang kes itu, supaya berhati-hati ketika mendengar keterangan orang fasik bukan kerana kefasikkannya tapi kemungkinan tendensinya untuk tidak berkata benar.

Maknanya orang fasik itu bukan automatically tiga kali tak datang sembahyang jumaat boleh dikatakan tak layak untuk dia, bukan begitu undang-undangnya. Undang-undangnya ialah seorang fasik itu tidak, bukan tidak dibenarkan tetapi perlulah diperhatikan sedetail-detailnya kerana kemungkinan tidak berkata benar. Jadi begitu juga potensi kalau yang sekadar orang bukan Islam tetapi personalitinya jujur, kita tahulah dia ada reputasi. Jadi seorang yang ada urusan dalam mahkamah plaintif atau defendan dia ada hak untuk dapatkan saksi keterangan daripada saksi yang berkenaan. Jadi saya terpaksa sebut kalau kita masukkan perkataan itu dia jadi deprive kepada previllage ataupun hak untuk mendapatkan saksi daripada bukan Islam. Terima kasih.

Ya, jawab kepada soalan Behrang. Povisi ini adalah apabila membuat perintah atau penghakiman, bermakna pembicaraan dah tamat enforcement di sini dan juga terhadap orang yang tinggal di luar Negeri Perak bukan di Negeri Perak. So this ini enforcement section perintah dah keluar, penghakiman dah keluar, tiada kena mengena dengan saksi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah menggunakan segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka dalam membahaskan perkara-perkara yang dibangkitkan sebentar tadi. Yang Berhormat Yang Dipertua terlebih dahulu saya mohon izin untuk respon kepada hujah yang dikemukakan oleh Behrang berkaitan dengan istilah-istilah yang ada dalam enakmen yang kita pinda pada hari ini. Secara dasarnya kita bersetuju dengan cadangan pindaan-pindaan itu tetapi tidaklah adil jika hanya kita pinda pada hari ini kepada seksyen-seksyen ini sahaja sedangkan perkataan-perkataan yang dipertikaikan tadi berada pada seksyen-seksyen yang lain juga. Bermakna kita sepatutnya membuat cadangan untuk mengubah kepada keseluruhan seksyen jika ada di mana-mana seksyen lain ada perkataan sebab-sebab lain, ada perkataan di hadapan, kata perkara-perkara lain yang dimaksudkan tadi, ya hendaklah juga diubah supaya sesuai kepada setiap fasa yang ada tadi not only to seksyen yang kita nak tukarkan pada hari ini saja. Terima kasih di atas keprihatinan itu.

Yang keduanya, ramai yang pertikaikan tadi berkaitan dengan seksyen 39(4) tadi kerana dibimbangi kalau-kalau ia bersalahan maksud perkataan mana-mana orang dengan mana-mana orang Islam. Saya lebih cenderung untuk bersetuju dengan pendapat Behrang tadi kerana ia telah ditampung oleh seksyen 46 (2) yang kita pinda pada hari ini dengan memasukkan jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh enakmen ini, maka mahkamah hendaklah memakai hukum syarak. Dengan sendirinya kita boleh memutuskannya sebab dia tak boleh salah tafsir sebab dalam sepertimana saya sebutkan tadi hasil daripada rujukan kita kepada kes Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan melawan Victoria Justice Jayaseele Martin tadi dia sebutkan dengan jelas di situ, bahawa sudah diterima umum bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa hanya atas orang-orang yang beragama Islam. Jadi perbicaraan hanya khusus kepada orang yang beragama Islam. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Silakan proceed.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018, yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta-merta.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang bawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini dimaklumkan pada dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen Untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 telahpun dipertimbangkan dari fasal ke sefasal dalam Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri dan Dengan ini saya minta izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersetuju. Dan tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara setuju maka Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Sila setiausaha.

Setiausha

Satu Enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018 telah selesai dibaca bagi kali yang ketiga dan telah diluluskan.

Perkara yang kelima, Usul Cadangan Pindaan Perintah Perintah Tetap Dewan Negeri Perak.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selingsing untuk mengemukakan usul.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Speaker Yang Dipertua.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Negeri bertarikh 25 November 2021 iaitu berkaitan Cadangan Pindaan Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Berdasarkan kepada Perkara 44(1) Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh Perak Darul Ridzuan dan Perenggan (1) Perintah Tetap 71. Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi iaitu “mencadangkan untuk meminda Perintah Perintah Tetap Dewan Negeri Perak dalam kedua-dua teks Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris.

Usul ini dikemukakan atas sebab-sebab berikut :

A atau pertama, keperluan memperkemaskan struktur bahasa sedia ada Perintah-Perintah Tetap.

B atau kedua, keperluan untuk mengemaskini penggunaan kata jati Bahasa Melayu.

C atau ketiga, keperluan untuk Perintah-Perintah Tetap agar lebih kemas, mesra dibaca serta memudahkan rujukan dan akan berfungsi untuk menjalankan gerak kerja dengan menyediakan draf cadangan pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Seterusnya mengeluarkan penyata kepada Dewan Negeri berkenaan draf tersebut. Oleh itu, saya mencadangkan agar usul ini diterima. Terima kasih Dato’.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Dato’ Yang Dipertua. Teja menyokong.

Yang di-Pertua

Usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Selingsing yang berbunyi berdasarkan kepada Perkara 44(1) Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh Perak Darul Ridzuan dan Perenggan (1) Perintah Tetap 71 Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi iaitu mencadangkan untuk meminda Perintah Perintah Tetap Dewan Negeri Perak dalam kedua-dua teks Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris. Usul ini dikemukakan atas sebab-sebab berikut :

a. Keperluan memperkemaskan struktur bahasa sedia ada Perintah-Perintah Tetap.

b. Keperluan untuk mengemaskini enggunaan kata jati Bahasa Melayu.

c. Keperluan untuk PerintahPperintah Tetap agar lebih kemas, mesra dibaca serta memudahkan rujukan.

d. Keperluan dalam penambahan perkara baru

Maka Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak akan berfungsi untuk menjalankan gerak kerja dengan menyediakan draf cadangan pindaan Perintah-Perintah Tetap Negeri Perak seterusnya mengeluarkan penyata kepada Dewan Negeri berkenaan draf tersebut.

Berdasarkan kepada Perintah Tetap 71(3), Usul ini dicadangkan dan disokong adalah disifatkan telah diserahkan kepada Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap tanpa dikemukakan masalah kepada mesyuarat dan tidak boleh dibincangkan lagi usul ini sehingga Jawatankuasa Perintah-Peringah Tetap telah mengeluarkan penyata berkenaan dengan cadangan itu. Maka usul itu dipersetujui. Setiausaha.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dato' Speaker. Dato’ Speaker. Sini.

Yang di-Pertua

Jalong. Standing Order.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Bukan. Saya ingin mohon masukkan semula yang mengenai sebab saya pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah sebab persidangan hybrid ini berjaya dijalankan dan saya fahamkan bahawa dia juga selain daripada mengurangkan risiko covid. Ia juga berjaya mengurangkan kos untuk mengadakan persidangan. Jadi difahamkan juga dia telah berkurang lebih kurang satu pertiga. Jadi saya nak syorkan kepada Dewan supaya mengkaji tadi untuk tambahkan hari persidangan sebab kita mendapati kos telah berkurang. Jadi ia membenarkan bahawa Dewan untuk ditambahkan hari persidangan juga dimasukkan ke dalam perbincangan usul nanti. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jalong. Saya percaya bahawa Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap nanti akan mempertimbangkan cadangan setelah usul ini dibawa ke Jawatankuasa Perintah Tetap. Insyaallah dalam sidang Dewan yang akan datang. Penyatanya akan dikeluarkan kepada Dewan ini untuk dipertimbangkan. Terima kasih. Setiausaha.

Usul Cadangan Penambahan Terma Rujukan dan bidangkuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul RidzuanMotion

Setiausaha

Perkara yang keenam. Usul Cadangan Penambahan Terma Rujukan dan bidangkuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang itu mengemukakan usul.

Encik Mohd Kamaruddin bin Abu BakarUMNO · BNKuala Sepetang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Negeri yang bertarikh 26 November 2021 iaitu berkaitan Cadangan Penambahan Terma Rujukan dan bidangkuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Berdasarkan Perintah Tetap 75 (4), perbincangan sesebuah jawatankuasa pilihan itu hendaklah dihadkan kepada perkara yang diserahkan oleh Dewan Negeri kepadanya dan juga kepada apa-apa yang berkenaan dengan perkara itu seperti yang ditambah atau dihadkan oleh Dewan Negeri.

Berkenaan dengan jawatankuasa pilihan yang menimbangkan rang undang-undang itu, perbincangan jawatankuasa hendaklah dihadkan kepada rang undang-undang itu dan kepada pindaan-pindaan yang berkaitan dengan rang undang-undang itu.

Maka saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi iaitu “mencadangkan penambahan terma rujukan dan bidang kuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Usul ini dikemukakan atas sebab-sebab yang berikut :

1. Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebuah jawatankuasa yang paling relevan untuk membincangkan hal ehwal penambahbaikan berterusan Dewan Negeri Perak.

2. Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan kini punyai terma rujukan bidang tugas yang terhad di mana ia tertakluk kepada kelulusan Dewan Negeri Perak berdasarkan perkara 75(4) Perintah Perintah Tetap Dewan Negeri Perak.

Oleh itu saya mencadangkan agar terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan sedia ada dipinda dan ditambah terma-terma rujukan berikut :

1. Pembangunan dan Penambahbaikan Dewan Negeri sedia ada.dan, 2. Cadangan Pembangunan Galeri Dewan Negeri Perak.

Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Pasir Panjang mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Pasir Panjang. Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang dan telah mendapat sokongan sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan itu dibahaskan sekiranya ada.

Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang yang berbunyi berdasarkan Perintah Tetap 75(4) iaitu mencadangkan penambahan terma rujukan dan bidangkuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baru Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan usul ini dikemukakan atas sebab-sebab berikut:

a) Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebuah jawatankuasa yang paling relevan untuk membincangkan hal ehwal penambahbaikan berterusan Dewan Negeri Perak b) Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ini mempunyai terma rujukan bidang tugas yang terhad di mana ia tertakluk kepada kelulusan Dewan Negeri Perak berdasarkan perkara 75(4) Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak.

Mencadangkan Dewan membuat ketetapan agar terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Bangunan Baharu Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan sedia ada dipinda dengan ditambah terma-terma rujukan berikut. Pertama, pembangunan dan penambahbaikan Dewan Negeri sedia ada dan kedua, cadangan pembangunan Galeri Dewan Negeri Perak. Tiada perbahasan dan sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Ahli yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara bersetuju maka usul itu dipersetujui.

Usul cadangan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul RidzuanBill

Setiausaha

Perkara yang ketujuh, usul cadangan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk mengemukakan usul.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, terima kasih Dato' Yang Dipertua. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Negeri bertarikh 26 November tahun 2021 iaitu berkaitan dengan cadangan bagi mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan. Berdasarkan Perintah Tetap 73 sesebuah jawatankuasa pilihan yang lain daripada jawatankuasa penggalan akan dikenali dengan jawatankuasa pilihan khas. Jawatankuasa ini hendaklah dilantik dengan Perintah Dewan Negeri dan jawatankuasa ini hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dilantik oleh Dewan negeri.

Maka saya mohon izin untuk mengusulkan usul yang berbunyi iaitu mencadangkan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak. Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan akan menjalankan fungsi:

a) Mengenalpasti enakmen-enakmen yang perlu diberi keutamaan untuk disemak semula;

b) Untuk memberikan cadangan kepada Dewan negeri Perak sekiranya terdapat enakmen-enakmen perlu untuk dikekalkan dipinda ataupun dimansuhkan dari semasa ke semasa;

c) Menerima aduan atau permintaan dari pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengkaji keperluan bagi menggubal enakmen-enekmen yang baharu; dan d) Menggerakkan usaha bagi memastikan enakmen-enakmen diakses secara digital bagi memudahkan ianya diakses dan juga bersifat mesra pengguna.

Seterusnya Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak selakuTimbalan Pengerusi dan ahli-ahlinya adalah seperti yang berikut :

Yang pertama Yang Berhormat Dato' Haji Abd Manaf bin Hashim Ahli Dewan Negeri Pengkalan Baharu sebagai ahli;

Yang kedua Yang Berhormat Dato' Sham bin Mat Sahat Ahli Dewan Negeri Alor Pongsu sebagai ahli;

Yang ketiga Yang Berhormat Dato' Mohd. Tarmizi bin Haji Idris Ahli Dewan Negeri Kenering sebagai ahli;

Yang keempat Yang Berhormat Puan Salbiah binti Mohamed Ahli Dewan Negeri kawasan Temengor sebagai ahli;

Yang kelima Yang Berhormat Dr. Abdul Aziz bin Bari Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi sebagai ahli.;

Yang keenam YB Encik Aminuddin bin Zulkipli Ahli Dewan Negeri Behrang sebagai ahli;

Yang ketujuh Yang Berhormat Ng Shy Ching Ahli Dewan Negeri Teja sebagai ahli; dan

Yang kelapan Yang Berhormat Encik Nga Kor Ming Ahli Dewan Negeri Aulong sebagai ahli.

Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan ini juga akan mempunyai ahli jemputan iaitu:

Yang pertama Penasihat Undang-undang Negeri Perak ataupun wakilnya;

Yang kedua Pegawai Undang-undang yang mewakili GLC ataupun wakil.;

Yang ketiga Pegawai Undang-undang mewakili PBT atau wakil; dan

Yang keempat wakil agensi-agensi yang berkaitan dengan undang-undang enakmen yang akan dibincangkan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, semua ahli yang dicadangkan adalah difikirkan layak dan sesuai untuk menjadi ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan yang akan diwujudkan.

Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan akan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengkaji enakmen-enakmen negeri Perak yang memerlukan semakan dan memberi cadangan kepada Dewan Negeri sekiranya terdapat enakmen yang perlu untuk disemak, dipinda ditambah baik dan juga dimansuhkan dari masa ke semasa. Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan ditubuhkan sebagai salah satu langkah ke arah memartabatkan lagi fungsi dan peranan Dewan negeri Perak serta ahli-ahlinya dalam menjalankan fungsi sebagai badan legislatif negeri yang bertanggungjawab dalam penggubalan undang-undang di peringkat negeri secara khususnya.

Seterusnya penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan diyakini akan meningkatkan lagi profesionalisma dan kredibiliti Ahli-ahli Dewan negeri Perak dan seterusnya memartabatkan institusi Dewan Negeri selari dengan iltizam untuk terus mentranformasikan Dewan Negeri Perak.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Dato' Yang Dipertua Behrang mohon menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering dan telah mendapat sokongan sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk dibahaskan sekiranya ada.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Dato' Yang Dipertua, Behrang mohon untuk sedikit berkata tentangnya kerana cadangan ini adalah yang pertama dalam Malaysia kalau tak silap saya. Jadi saya mohon supaya ianya kelihatan dan jelas. Saya ingin memulakan dengan mengatakan bahawa secara tidak sengaja perkataan ADUN telah kita salah tafsirkan dengan mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri. Sepatutnya dia bermaksud Ahli Dewan Undang-undang Negeri. Sebab undangan itu dia tidak undangan itu bermaksud pelawaan. Itu yang saya rasa kita itu sebab kadang-kadang kita lebih suka hadir program yang kita jemput kita terkait dengan perkataan undangan itu. Sebetulnya kita adalah Ahli Dewan Undang-undang Negeri. Saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan semua ialah kerana seorang itu sepatutnya lebih dikenali sebagai penggubal undang-undang berbanding dengan jolokan menjadi pegawai penjaga kebajikan.

Bukanlah tak boleh jaga kebajikan tetapi kerana kita jaga kebajikan kita semacam tertinggal tugasan kita sebagai legislator dan atas sebab-sebab tersebut saya ingin menegaskan atau mencadangkan jawatankuasa khas yang dicadangkan ini perlulah memastikan bahawa pihak-pihak yang berkenaan terutamanya Pejabat LA untuk menyediakan laporan kepada Dewan ini tentang kes Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai 2016 di Mahkamah Persekutuan. Bila YB Pangkor jelaskan kepada kita pada hari tu saya rasa, nasib ataupun faith Dewan ini seolah-olah ditentukan oleh orang yang bukan Dewan. Jadi saya rasa kerana enakmen itu bermula di sini kemudian sesuatu berlaku terhadapnya di luar sana tetapi kita masih tidak ada penjelasan. Jadi saya mohon jawatankuasa tu nanti, saya mohon supaya mandate diberi atau pun mandat diberikan kepada jawatankuasa itu mengemukakan statement atau pun laporan tentang apa sebenarnya. Apa keputusan tu kita bukan nak nak ketepikan tetapi kita deserve, kita berhak untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku kerana lahirnya enakmen tu di sini sesuatu berlaku di luar sana tetapi apa kedudukan sebenarnya tidak dimaklumkan kepada Dewan ini. So, saya rasa demi mengekalkan kemuliaan Dewan ini dia pantunlah pada YAB Menteri Besar atas perkara tersebut.

Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa kita sorongkan, Kalau sungguh-sungguhlah kita berkata, Mohonlah MB sediakan peruntukan.

Bukan ikan tak mahu timbul, Tapi rumput panjang sangat, Bukanlah alasan tugas sukar untuk dipikul, Tetapi bajet penting penguat semangat.

Sekian.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB Behrang. Ada lagi? Pasir Bedamar.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya amat setujulah dengan tertubuhnya jawatankuasa ini dan saya juga berharaplah dengan tertubuhnya jawatankuasa ini dapat mengatasi beberapa masalah. Antaranya adalah beberapa peruntukan yang ada enakmen-enakmen yang wujud di Negeri Perak ni adalah dari zaman Kuno dan perlulah ia dikaji semula. Perlu ada update selantas dengan perkembangan semasa ke semasa. Saya bagi sebagai contohlah, contoh sajalah. Katakan yang paling banyak kita hadapi adalah isu tentang enakmen hiburan atau pun isu perlesenan dan kalau kita lihat enakmen hiburan ini yang digubal pada tahun 1997. Begitu lamalah. Tapi peruntukan-peruntukan itu mungkin perlu dikaji semula. Ada peruntukkan yang mungkin pakai mungkin tidak terpakai. Sebagai contoh apa tu yang ditakrifkan sebagai hiburan. Kita lihat sebagai antaranyalah adalah lakonan opera, persembahan muzik sarkas, nyanyian, tayangan gimnastik. Ini adalah perkara-perkara yang dahulu-dahulu yang kita anggap sebagai hiburan. Saya rasa sarkas sudah lama tak adalah di Negara Malaysia atau pun di Negeri Perak ni dan jika kita perhatikan, takrifan ini juga melibatkan muzik dan sudah menjadi amalan biasa. Kita pergi ke mana-mana tempatlah, kafe ke restoran ke tempat awam, muzik akan dimainkan dan mengikut takrifan enakmen hiburan ini, muzik ini menjadi satu kesalahan.

Jadi saya pernah menghadapi situasi di mana ada satu operasi dibuat di mana pihak penguatkuasa pergi ke suatu tempat dan mendapati tiada apa-apa salah tetapi mengatakan denguman muzik. Denguman muzik itu menjadi satu kesalahan di bawah enakmen hiburan sebab pada masa itu zaman dulu-dulu muzik itu di apa yang dianggap oleh penggubal adalah ada kugiran, ada band, ada permainan ada persembahan. Itu adalah takrifan muzik pada zaman pada ketika dulu. Tapi pada zaman sekarang, muzik, televisyen itu semua menjadi kesalahan di bawah enakmen hiburan pada masa kini. Saya mengesyorkanlah jawatankuasa ini mengambil pendekatan yang serius untuk memastikan enakmen-enakmen di Negeri Perak ini adalah teratur dan terkini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Pasir Bedamar. Ada lagi? Kalau tak ada, YB Changkat Jering ada nak gulung atau tak perlu.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Sudah pastilah apa yang dibahaskan, apa yang dikatakan oleh kekanda saya tadi daripada YB Behrang ya sudah pasti ada kebenaran dan sebagainya dan sebab itulah kita yakin dan percaya bertapa pentingnya untuk kita menumbuhkan enakmen yang saya bacakan sebentar tadi. Mudah-mudahan apa yang cuba untuk dimaklumkan ia juga akan dimaklum dan disampaikan dalam sidang DUN ini boleh berlaku dalam keadaan sepertimana yang dikehendaki oleh semua Ahli-Ahli ADUN terutamanya berkaitan dengan sebagai contoh yang diberikan tadi Pengurusan Pesisir Pantai pantai dan sebagainya dan saya juga yakin dan percaya mungkin nanti perlu untuk kita perhalusilah berkaitan perkataan terma, ADUN sebagai contoh, Ahli Dewan Undang-Undang Negeri sebagai contohnya. Undangan tersebut mungkin lebih memihak kepada jemputan untuk majlis perkahwinan, sebagai contoh. Jadi mungkin perkara-perkara seperti ini sekiranya baik apa salah kiranya perkara yang baik itu kita ambil kita jadikan dia sebagai perkara yang baik juga untuk keseluruhan dan juga kemaslahatan rakyat dalam Negeri Perak mudah-mudahan perkara yang kita ambil tersebut.

Saya juga mengambil maklum apa yang telah disampaikan oleh Pasir Bedamar sebentar tadi. Dibawakan contoh enakmen hiburan. Bagaimana pentaksiran dalam enakmen hiburan tersebut hiburan bermaksud sebagai contoh ada perkataan opera ada, perkataan sarkas dan sebagainya. Mungkin mengikut kepada kerelevanan yang ada sekarang ni, rasional dia sudah tidak ada di situ. Jadi itulah yang saya maksudkan tadi dalam kenyataan yang saya maksudkan kenapa perlu peripentingnya penubuhan enekmen-enakmen ini. Antara perkara yang kita nak bincangkan dalam jawatankuasa ini adalah bagi kita meminda atau pun kita membuang atau pun kita menambah. Kalau tambah tu maksudnya adalah lakuna, ada kekosongan, perlu untuk diisi. Kalau meminda itu mungkin perlu diubah terma-terma, kalau membuang, mungkin kita buang terus perkataan yang tak boleh digunapakai. Sebagai contoh, jangan terkejut masih ada lagi perkataan penggunaan size close style yang mana kalau orang-orang lama ni mungkin tau lah. Mungkin Dato’ Zainol tahulah. Tapi macam orang baru macam kami ni kita tak tahu side close style apa benda. Xerox pun mungkin ada yang tak tahu tapi mengikut kepada keperluan semasa, mungkin kita perlu untuk membuang terma-terma sebegitu. Sebagai contoh, sebagai contoh jadi saya kena percaya perkara ini boleh kita bincang dan kita terus perdebatkan perbahasan ini, perbahasan yang sangat menarik. Saya mengambil maklum juga mengambil kira apa itu dapat disampaikan. Akhir kalam, dah orang bagi pantun saya pun nak sambut dengan pantun.

Rambutan bukan sebarang rambutan, Jangan disamakan dengan pulasan, Behrang berbahas mohon peruntukan, Pandai memujuk Kota Tampan Inshaallah dapatlah lebihan.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB Changkat Jering.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Peruntukan Speaker kan.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli YB, masalahnya sekarang kalau usul yang telah dibawa oleh YB dari kawasan Changkat Jering yang berbunyi, berdasarkan Perintah Tetap 73 iaitu mencadangkan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak. Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan akan menjalankan fungsi:- a) Mengenalpasti enakmen-enakmen yang perlu diberi keutamaan untuk disemak semula.

b) Menyemak sebahagian atau keseluruhan enakmen-enakmen yang ada berdasarkan keperluan.

c) Memberikan cadangan pada Dewan Negeri Perak sekiranya terdapat enakmen-enakmen perlu dikekalkan, dipinda atau dimansuhkan dari semasa ke semasa.

d) Menerima aduan atau permintaan dari pihak-pihak berkepentingan untuk mengkaji keperluan bagi menggubal enakmen-enakmen yang baru e) Menggerakkan usaha bagi memastikan enakmen-enakmen diakses secara digital bagi memudahkan ianya diakses dan bersifat mesra pengguna.

Seterusnya Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak selaku Timbalan Pengerusi dan ahli ahlinya adalah: -

1. YB Dato’ Haji Abd Manaf bin Hashim, Pengkalan Baru 2. YB Dato’ Sham bin Mat Sahat, Alor Pongsu 3. YB TOh Shahbandar Ulu, YB Dato’ Mohd. Tarmizi Bin Haji Idris, Kenering 4. YB Puan Salbiah binti Mohamed, Temengor 5. YB Dr. Abdul Aziz bin Bari, Tebing Tinggi 6. YB Encik Aminuddin bin Zulkipli, Behrang 7. YB Cik Ng Shy Ching, Teja 8. YB Encik Nga Kor Ming, Aulong

Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan ini juga mempunyai ahli jemputan iaitu;-

1. Penasihat Undang-Undang Negeri Perak atau wakil 2. Pegawai Undang-Undang mewakili GLC atau wakil. 3. Pegawai Undang-Undang mewakili PBT atau wakil. 4. Wakil agensi-agensi yang berkaitan dengan undang-undang atau enakmen yang akan dibincangkan.

Telah pun dibahaskan dan sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat mengundi, ahli yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak.

Lebih suara bersetuju secara sebulat suara maka usul itu dipersetujui. Setiausaha.

Usul pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia akan dibawa oleh YAB Menteri BesarMotion

Setiausaha

Perkara yang kelapan, usul pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia akan dibawa oleh YAB Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan usul yang berbunyi pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia.

Dato’ Yang Dipertua, mengikut perkara 45(1)(A) Pelembagaan Persekutuan, telah berlaku dua kekosongan kerusi dalam Dewan Negara untuk ahli yang dipilih oleh Dewan Negeri Perak kerana telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 12 ogos 2021. Justreu itu, saya mohon izin supaya dewan negeri dapat membuat pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia pada hari ini, terima kasih.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato’ Sham bin Mat SahatUMNO · BNAlor Pongsu

Alor Pongsu menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Berdasarkan jadual ketujuh Perlembagaan Persekutuan, apabila semua penamaan telah diterima, pegawai pengerusi hendaklah mengumumkan nama orang yang dinamakan itu mengikut susunan abjad dan kemudiannya hendaklah mengemukakan nama mereka mengikut susunan itu untuk diundi. Sekarang dijemput calon pertama, Encik Ahmad Tarmizi bin Ramli untuk dibawa kehadapan. Dimohon pencadang Encik Ahmad Termizi bin Ramli untuk mengemukakan cadangan dan memperkenalkan calon kepada Dewan yang mulia ini. Boleh sama ada di sebelah kanan atau di sebelah kiri saya. Sila Manjoi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Dato' Yang Dipertua, Manjoi mencadangkan Yang Berbahagia Dr. Ir. Ahmad Termizi bin Ramli sebagai calon. Beliau adalah bekas pensyarah kanan dan seorang professor daripada Universiti Teknologi Malaysia, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih, ada sokongan?

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Dato' Yang Dipertua, Teja menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Teja. Terima kasih Yang Berhormat Doktor. Terima kasih. Sekarang saya mahu persilakan calon yang kedua Yang Bahagia Dato’ Iskandar Zulkarnain Bin Abdul Khalid untuk dibawa ke hadapan. Dimohon pencadang Dato Iskandar Zulkarnain bin Abdul Khalid untuk mengemukakan cadangan dan memperkenalkan calon kepada dewan yang mulia ini.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Yang berhormat Dato' Yang Dipertua. Saya daripada DUN Chenderiang ingin mencadangkan Yang Berbahagia Dato’ Iskandar Zulkarnain Abdul Khalid. Beliau berumur 45 tahun walaupun itu rupanya. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda daripada bidang Perniagaan Sumber Manusia Dan Pemasaran daripada Edith Cowan University Perth, Australia. Kini beliau adalah juga Pengerusi Majlis Pengerusi Malaysia Bio-Economy Development Corporation. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Chenderiang. Ada sokongan?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Semanggol menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Semanggol. Terima kasih. Sekarang saya mempersilakan calon yang ketiga, Encik Nga Hock Cheh untuk dibawa ke hadapan. Dimohon pencadang Encik Nga Hock Cheh untuk mengemukakan cadangan dan memperkenalkan calon kepada dewan yang mulia ini.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Dato' Speaker. Jalong mencadangkan Encik Nga Hock Cheh. Beliau berumur 69 tahun dan berasal daripada Setiawan. Beliau merupakan seorang pengamal undang-undang iaitu seorang peguam selama 45 tahun. Pengalaman yang luas. Antara pengalaman-pengalaman beliau termasuklah kes kesahihan Menteri Besar pada peralihan kuasa 2009. Beliau juga merupakan seorang mantan alternator bagi tempoh 2018 hingga 2021 dan juga dalam Dewan Negara beliau melakukan kerja-kerja dengan gigih malah beliau merupakan seorang antara seorang deligasi dan tokoh reformasi parlimen, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih daripada Jalong. Ada sokongan?

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Dato' Yang Dipertua, Astaka menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Astaka. Sekarang saya mempersilakan calon keempat, Yang Bahagia Dato' Shamsuddin bin Abdul Ghafar untuk dibawa ke hadapan. Dimohon pencadang untuk Yang Bahagia Dato' Shamsuddin bin Abdul Ghafar untuk mengemukakan cadangan dan memperkenalkan calon kepada Dewan yang mulia ini.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Kota Tampan dengan ini mencalonkan Yang Berbahagia Dato' Shamsudin bin Abdul Ghafar, Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat. Dalam perkhidmatan, beliau pernah bertugas sebagai Ahli Majlis Bandaraya Ipoh selama 18 tahun, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak selama 5 tahun dan juga Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak selama 5 tahun. Dengan pengalaman itu, saya percaya beliau mampu untuk berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara Perak mewakili negeri Perak, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat daripada Kota Tampan. Ada sokongan?

Dato’ Sham bin Mat SahatUMNO · BNAlor Pongsu

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Alor Pongsu menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan terdapat 4 pencalonan maka saya akan menjalankan undian bersurat. Saya mohon kepada Petugas Dewan untuk mengedarkan kertas undian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebelum itu saya akan berikan sedikit penerangan. Izinkan saya untuk berdiri ya.

Pertamanya kita nak tunjuk peti undi yang akan digunakan supaya nampak jelas. Ok. Kertas kuning kasi lah. Di depan semua. Sekarang saya beri penjelasan mengenai proses pengundian kita pada hari ini. Setiap Ahli Dewan Negeri ADUN Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini. Hanya Ahli Dewan Negeri atau Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan sahaja yang dibenarkan untuk mengundi. Ahli Dewan Negeri atau Yang Berhormat yang tidak ada di dalam Dewan, tidak dibenarkan mengundi ok. Itu memang mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Kemudian kita akan edarkan setiap seorang satu set kertas undi. Satu set kertas undi ini ialah dua kertas undi. Satu warna pink, satu lagi warna kuning. Setiap kertas undi ini tertulis keempat-empat nama calon. Jadi Ahli Yang Berhormat yang menerima kertas undi ini hanya perlu bertanda tandakan 'X' dikotak sebelah nama calon yang dipilih tetapi kalau untuk kertas undi yang pertama misalnya, telah ditandakan calon nombor satu. Contoh calon nombor satu, diletakkan tanda 'X' maka boleh letak kertas nombor dua ini, calon nombor lain. Kalau diletakkan juga calon nombor satu tanda pangkah X maka kertas set kertas undi itu terbatal. Maknanya satu seorang Yang Berhormat seorang ADUN cuma boleh undi sorang calon sekali saja. Ok, faham ye, maknanya apabila kita kutip kertas undi nanti kiraan kali pertama kita akan check sama ada set kertas undi itu sah atau tidak iaitu kalau contohnya dia undi kertas yang pertama kalau nombor satu kertas undi yang kedua pun letak dipangkah nombor satu maka kertas set kertas undi itu terbatal secara automatik. Clear, jelas ye. Ada soalan. dan saya minta juga apabila telah undi minta jangan diceraikan kertas undi ini maknya bila masukkan ke dalam kotak nanti pastikan bahawa kertas undi pink dan kuning itu masih lagi berstaple.

Kalau sesiapa nak masukkan kertas undi itu telah bercerai minta dengan Bentara atau urus setia untuk staplekan balik, kita ada staple, staplekan balik kerana kertas undi itu mestilah bersekali. Kalau tidak mengundi kalau tak mengundi hak seorang Ahli Yang Berhormat ialah sama ada untuk mengundi atau tidak mengundi. Jadi kalau dia tak kalau kosong kita anggap kertas set itu batallah. Tetapi kalau dia cuma isi satu saja satu lagi kosong kita terima yang undi satu itu yang satu lagi kita anggap tak mengundilah. Tak anggap sebagai undi rosak. Ok, sebab itu ada kiraan dua kali, pertama kita kira tiap set itu sah kemudian kita kira sebagai baru kita ceraikan mana undi set yang telah sah itu kita masukkan dalam kiraan undi kepada empat-empat calon. Clear, jelas ye. Nanti kita akan minta wakil. Ada Yang Berhormat telah datang minta dengan saya ada yang minta tandatangan ada yang tak minta tandatangan jadi kerana ia undi sulit tidak ada tandatangan. Tapi nanti bila kita serahkan peti undi tu urus setia akan catat siapa yang telah mengundi. Ok, terima kasih.

Boleh tanya Dato’ Yang Dipertua? Ini bermaksud boleh tandatangan boleh boleh pilih satu dua atau tidak.

Yang di-Pertua

Boleh.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Dato’ Speaker nak tanya sikit kalau kedua-dua kertas tu kertas yang sama kalau ada ahli yang yang undi orang yang sama dua kali apakah mekanisme untuk…

Yang di-Pertua

Itu batal.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Macam mana itu.

Yang di-Pertua

Kertas itu dia berkepil. First set, sama ada set itu sah atau tidak. Kalau dia ada dua kertas undi, kertas undi pertama undi calon (gangguan) Macam mana.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Kertas tu warna sama.

Yang di-Pertua

Warna tak sama.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Oh, warna tak sama. Ok.

Yang di-Pertua

Jangan ceraikan kertas undi tu ok. Kertas undi itu tercerai minta dengan urus setia untuk staplekan balik untuk sambungkan balik. Ok, terima kasih edarkan sekarang. Urus setia. Minta undi dengan pen ye nanti jadi jelas. kalau tak ada minta dengan urus setia. Terima kasih.

Sekarang urus setia akan bawa Setiausaha Dewan akan bawa bawa peti undi, minta tolong lipat dan masukkan dan Penolong Setiausaha akan tandakan siapa yang telah mengundi dalam senarai daftar utama. Terima kasih. Anda minta kertas undi itu dilipat ya untuk memastikan sulitnya.

Penjelasan. Satu kertas satu nama saja. Oh my god. Really?

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Tak boleh tukar. Tak boleh tukar. Tak boleh tukar.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Tuan Speaker, saya belum dapat undi. Belum dapat undi.

Yang di-Pertua

Tolong paskan kertas undi.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Kertas undi tak de. Kertas undi tak da bukan undi.

Yang di-Pertua

Jelapang belum dapat. Urus setia.

[SESI UNDIAN SEDANG DIJALANKAN]

………………………………………………………………………………………………….

Yang di-Pertua

Ok, daripada kertas undi yang kita terima yang telah masukkan ialah 55 set kertas undi yang kita terima. Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya buat pengumuman sikit. Daripada 59 Ahli Dewan mengikut rekod kita, 4 tidak mengundi, maknanya ada 55 sahaja Ahli Dewan, Yang Berhormat yang mengundi. Jadi, kita ada 55 set. Sebelum kita mulakan proses mengira undi, boleh saya minta wakil satu daripada pihak kerajaan dan satu daripada pihak pembangkang. Boleh cadangkan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Pembangkang cadang Canning.

Yang di-Pertua

Canning, sila ke depan. Daripada pihak kerajaan? Ok, daripada Alor Pongsu, sila ke depan.

[SESI PENGIRAAN UNDI SEDANG DIJALANKAN]

………………………………………………………………………………………………….

Yang di-Pertua

Ok Ahli-Ahli Yang Berhormat, keputusan kita telah terima dan telah disahkan oleh wakil-wakil calon. Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada, boleh saya buat pengumuman?

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk pemilihan dua calon Ahli Dewan Negara pada hari ini, daripada 59 Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, dari 55 hadir, 4 tidak hadir dalam

Dewan. Jadi jumlah kertas undi, jumlah set kertas undi yang dikeluarkan adalah 55, jumlah kertas undi yang dikembalikan juga 55. Jumlah undi rosak, 1.

Ok, sekarang saya umumkan keputusannya. Yang pertama Dr Ahmad Termizi bin Ramli 20 undi. Yang Berbahagia Dato’ Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid 34 undi. Yang ketiga, Encik Nga Hock Cheh 22 undi. Yang keempat, Yang Berbahagia Dato’ Samsudin bin Abdul Ghafar 32 undi.

Oleh itu saya mengumumkan, Yang Berbahagia Dato’ Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid dan Yang Berbahagia Dato’ Samsudin bin Abdul Ghaffar telah dipilih sebagai wakil Dewan Negeri Perak menjadi Ahli-Ahli Dewan Negara Malaysia. Untuk makluman semua nama Ahli Dewan Negara Malaysia yang telah dipilih akan dikemukakan dengan seberapa segera kepada Pejabat Setiausaha Dewan Negara bertujuan untuk menjalankan pelantikan selanjutnya yang akan diuruskan dan disempurnakan oleh urusetia Dewan Negara Parlimen Malaysia. Seterusnya dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Sungai Manik menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini, saya tangguhkan Dewan ini kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.