Perak · 17 December 2021

14th Assembly, 4th session, 2nd meeting · 223 turns · 24,932 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian sekarang kita mulakan Persidangan Keenam Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat 17 Disember 2021 jam 9.00 dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu di pohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran-mu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.

Perkara yang kedua, Pengumuman Tuan Yang Dipertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama berkenaan penguatkuasaan dan juga pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Secara keseluruhannya Ahli-Ahli Yang Berhormat para petugas dan wakil media dapat dilihat telah mematuhi pematuhan SOP yang berkaitan. Saya memohon pematuhan SOP ini dapat diteruskan pada persidangan pada hari ini bagi memastikan langkah kawalan pencegahan Covid-19 yang dilaksanakan adalah efektif.

Perkara yang kedua, berkenaan sesi penggulungan atas usul Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022. Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan melaksanakan penggulungan atas usul Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 sebaik sahaja berakhirnya sesi soalan lisan. Seterusnya Dewan akan ditempohkan sementara sehingga jam 3 petang bagi urus diri dan memberi ruang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, para petugas dan wakil media yang beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh menunaikan solat Jumaat di surau Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPk) bagi mendirikan solat Jumaat. Dewan akan disambung semula pada jam 3 petang dan akan disambung dengan tatacara keseluruhan jawatankuasa sesi Dewan dan bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022. Justeru Ahli-Ahli Yang Berhormat digesa untuk berada dalam Dewan yang mulia ini lebih awal sebelum jam 3 petang bagi memastikan tatacara keseluruhan jawatankuasa seisi Dewan dan bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Perkara yang ketiga berkenaan dengan usul Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Perak Pindaan 2021. Usul Rang Undang-Undang tersebut akan dibentangkan untuk bacaan pertama dan bacaan kedua oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar selepas selesainya tatacara keseluruhan jawatankuasa seisi Dewan dan bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga soalan yang telah diberi notis soalan lisan.

Timbalan Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk seisi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlu mempunyai kaitan dengan soal asal. Soalan pertambahan yang tidak berkaitan dengan soal asal adalah tidak dibenarkan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Berhormat Timbalan Speaker Perintah Tetap 21, 22, 23 berkenaan dengan soalan-soalan dan pemilihan soalan dan penyenaraian soalan. Timbalan Speaker saya bukan saja merasakan tetapi juga dimaklumkan ada beberapa antara Ahli-Ahli Dewan yang merasakan penyenaraian ataupun pemilihan soalan itu kurang cekap kerana dalam hari ini hari keenam soalan saya yang tersenarai satu saja semalam dan itu pun soalan 12, 13 dan itu bagi saya lah ada orang-orang yang pernah duduk di dua kali kat depan ini dia tahulah cara pemilihan soalan apa semua dan saya pun yakin dan tahu perkara ini bukan salah atau bukan atas bahu Speaker atau Timbalan Speaker. Ia adalah bidang kerja walaupun bidang kuasanya Speaker bidang kerjanya adalah kepada Jawatankuasa Pemilihan Soalan di antara Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Jadi saya mohon lah saya yakin dia juga bukan salah Yang Amat Berhormat Menteri Besar cuma apabila Ahli-Ahli MMK rasanya dia tak begitu bersedia nak jawab soalan-soalan yang dia tak begitu selesa. Saya rasa kita perlu ada sedikit ketelusan dan ketulusan bagi saya kelapan-lapan soalan ketiga-tiga soalan lisan yang telah saya bentangkan memang memang menepati 21, 22, 23. Tapi kenapa satu saja yang tersenarai dan mungkin saya tahu Timbalan Speaker tak boleh nak bagi apa-apa respon saya mohonlah kepada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk cubalah inklusif sikit dari cara pemilihan soalan sebab tiga soalan masuk satu masuk tertinggal pula nak jawab sebab tak cukup masa dan saya rasa bukan saja di sini ada juga di sebelah sana juga yang yang merasakan soalan depa tak berapa dilayan. Jadi ini sedikit teguranlah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Pasir Pinji atas teguran dan akan diambil maklum oleh jawatankuasa soalan nanti. Dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Behrang untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya seperti Yang Berhormat sebentar tadi juga akhirnya hari ini dapat juga bertanyakan soalan. Soalan saya nombor satu. Yang Berhormat Pasir Pinji tadi.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan untuk menjawab soalan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Behrang. Aktiviti pengusahasilan hutan di negeri Perak hanya dilaksanakan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) yang dikelaskan sebagai hutan pengeluaran sahaja. Pengusahasilan di dalam hutan simpan kekal adalah berdasarkan kepada catuan tebangan tahunan yang ditetapkan. Bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 catuan terbangan tahunan yang diluluskan adalah sebanyak 33 ribu hektar atau pada kadar 6600 hektar setahun. Catuan timbangan tahunan bagi tahun 2019 adalah sebanyak 8,058 hektar, tahun 2020 adalah sebanyak 6,642 hektar dan tahun 2021 adalah sebanyak 5,337 hektar. Pematuhan keluasan kawasan hutan simpan kekal untuk pembalakan adalah selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara bagi menjamin keberkekalan dan kestabilan sumber bekalan kayu di negeri Perak. Bagi soalan nombor dua, status terkini bagi kawasan hutan simpan yang telah diluluskan pembalakan pada tahun 2019 adalah seluas 8,058 hektar di mana kesemua kawasan telah selesai dibalak. Seterusnya bagi tahun 2020, adalah sebanyak 6,642 hektar di mana kawasan seluas 6,182 hektar telah selesai dibalak manakala seluas 460 hektar masih belum dan sedang diusahakan. Bagi tahun 2021, kawasan seluas 5,337 hektar telah diluluskan bagi tujuan pembalakan di mana kawasan seluas 1,334 telah selesai dibalak manakala seluas 4,003 hektar masih belum dan sedang diusahakan. Proses pelesenan adalah mengikut sistem pengurusan memilih yang dilaksanakan secara sistematik dan terkawal di bawah pengurusan hutan secara berkekalan.

Bagi soalan tiga, sehingga kini tiada sebarang pencemaran di dalam kawasan hutan tadahan air kerana ia dikelaskan sebagai hutan perlindungan dan juga kawasan sensitif alam sekitar. Langkah-langkah mitigasi akan diambil bagi mengatasi pencemaran air sungai di dalam kawasan hutan simpan kekal di mana setiap aktiviti pembangunan hutan disyaratkan untuk menubuhkan zon penampan atau bapa zon dengan kelebaran sekurang-kurangnya 10 meter di kiri dan kanan mengikut kelebaran sungai untuk mengurangkan kesan water run off. Walau bagaimanapun, sekiranya sebarang pencemaran dikesan tindakan pemulihan akan dilakukan dengan mengambil kira pandangan agensi-agensi teknikal seperti Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan Jabatan Pengairan Saliran Negeri Perak. Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga akan melaksanakan aktiviti penanaman pokok-pokok hutan di kawasan yang terlibat. Sebagai makluman tambahan kepada Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekitar, aktiviti yang ditetapkan penilaian kesan kepada alam sekitar 2015, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 aktiviti perhutanan yang mempunyai kelulusan EIA berdasarkan rekod JAS atau Jabatan Alam Sekitar. Dari tahun 2015 hingga tahun 2021 adalah sebanyak 32 projek. Projek-projek perhutanan yang mempunyai kelulusan EIA ini perlu melaksanakan perkara-perkara berikut.

Yang pertama, penyediaan pelan pengurusan alam sekitar dan Plan Disturbing Pollution Preventation dan Mitigation Measures bagi tujuan kawalan hakisan dan juga kelodakan. Kedua, pelantikan Environmental Officer atau EO yang kompeten yang bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkaitan pengurusan alam sekitar dan menjalankan kerja-kerja pemantauan di kalangan maaf, kerja-kerja pemantauan di lapangan mengikut syarat-syarat kelulusan EIA. Ketiga, pelaksanaan audit alam sekitar pihak ketiga dan membuat pelaporan kepada Jabatan Alam Sekitar berkenaan sebarang ketidakpatuhan serta langkah pembaikan secara proaktif dan yang keempat, pelaporan berkenaan pengawasan alam sekitar kepadaJAS secara berkala tiga bulan sekali. Sekiranya terdapat pelanggaran syarat-syarat kelulusan EIA, pemegang kelulusan EIA berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 34A (7) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan boleh didenda tidak lebih daripada RM500 ribu atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM1 ribu bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah menghendakinya mematuhi tindakan yang dinyatakan di dalam nya itu. Selain itu, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak juga boleh mengenakan perintah larangan untuk menghentikan pembangunan sesuatu aktiviti perhutanan yang tertakluk kepada EIA yang menyebabkan pencemaran seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 34A(a)(1) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Behrang.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Yang Amat Berhormat, saya mengucapkan terima kasih atas jawapan sebentar tadi. Cuma saya ingin mengatakan bahawa mekanisma cara atau pun nak mengatasi masalah ini dengan mekanisma yang dibentangkan sebentar tadi, saya melihat ketika sesi ataupun sesi itu sedang berlangsung atau pun pembalak atau pun pemegang tu pun sebenarnya sedang beroperasi, yes. Kita boleh menguruskan mereka menggunakan mekanisma yang dinyatakan sebentar tadi. Tetapi kalau kita mengimbau apa yang berlaku kejadian Pos Dipang, kemudian beberapa tahun selepas itu kejadian di Sungkai di mana berlaku kepala air datang tanpa diundang dan dia sapu sapa saja yang menghalang dan yang terbaru di dalam daerah Batang Padang, di dalam DUN Behrang ada satu peristiwa atau kejadian pencerobohan tanah milik SADC dan juga TNB. Dia buat hal di bawah pencawang dan bila didapati, dia semacam ada similarities dia. Dia buat empangan atau pun jambatan atau pun laluan dan apabila kedudukan atau pun struktur hadangan tersebut kalah dengan tekanan air, maka kampung sebelah tu ditelenggami air.

Jadi saya melihat kadang-kadang masalah ni timbul selepas sesi atau pun konsensi tu tamat dan dia berpunca daripada ketika operasi tu berjalan dia dalam dia buat jambatan, ok lah. Maknanya ada laluan air. Tetapi yang berlaku ialah dia buat hadangan dan hadangan itu musnah selepas bertahun-tahun berlalu dan akhirnya membentuk kepala air daripada satu empangan ke satu empangan sampai ke bawah. Ya. Itu yang saya ingat. Kawal lah anak sungai di hulu sebelum dia membesar menjadi ombak di muara. Itu perumpamaan-perumpamaan ini. Jadi apakah pendekatan yang diguna pakai lah selain daripada mekanisma yang sebentar tadi untuk kawasan-kawasan balak yang telah digunapakai tetapi impak negatif dia berlaku tahun-tahun selepas daripada tu. Adakah kita masih boleh mengambil tindakan terhadap pemilik konsesi yang terdahulu atau bagaimana? Peristiwa atau pun akibat negatif dia berlaku bertahun-tahun terkemudian daripada itu. Mohon penjelasan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Timbalan Dipertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Behrang. Saya mengambil maklum laporan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Behrang kerana ianya berlaku di luar daripada kawalan seperti mana sistem atau peraturan yang saya telah saya bacakan sebentar tadi. Itu kalau itu berlaku saya memberi jaminan Kerajaan Negeri akan turun padang untuk melihat kesan daripada runtuhan tanah atau land slide seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Behrang dan insyaallah kita akan cuba menambah baik peraturan-peraturan sedia ada supaya mitigasi boleh dilakukan dan tidak berlaku kerosakan kepada alam sekitar setelah berlakunya proses pembalakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Tambahan. Pasir Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Timbalan Speaker. Tanggal 4 Disember dua tiga minggu yang lepas, Majlis Tanah Negara telah membuat ketetapan untuk mengadakan moratorium selama 15 tahun bagi pembangunan atau pembangunan ladang hutan. Ia bagi mengekang lagi banyaknya hutan-hutan monoculture dan saya nak mohon sedikit pencerahan dan penjelasan Yang Amat Berhormat sama apakah pendirian yang telah dibawa oleh Negeri Perak ke dalam Majlis Tanah Negara berkenaan dengan perkara ini dan juga apakah usaha-usaha yang sedia ada ataupun dalam perancangan untuk mengekang monoculture tu dengan ladang hutan-ladang hutan yang ada ni? Bagaimana kita boleh transisi monoculture ladang-ladang hutan monoculture itu kembali menjadi polyculture? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Pasir Pinji terhadap perusahaan ladang hutan di Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Persekutuan telah meluluskan dan memberi kebenaran kepada Kerajaan Negeri untuk mengguna pakai seluas 32,000 hektar kawasan hutan di Negeri Perak untuk kita melaksanakan projek ladang hutan. Walaupun pada asalnya kita diberi kebenaran untuk menggunapakai seluas 100,000 hektar tapi akhirnya kita dikurangkan kepada 73,000 hektar dan kemudiannya kepada 32,000 hektar. Daripada 32,000 hektar itu kita baru meluluskan kepada beberapa buah syarikat untuk melaksanakan program ladang hutan sebanyak 26,000 hektar. Ada baki lagi 6,000 yang akan kita luluskan kepada syarikat-syarikat yang berwibawa untuk melaksanakan projek ladang hutan. Saya faham bahawa tujuan projek ladang hutan ini ialah untuk mempastikan pengekalan kepada kehijauan atau kelestarian alam sekitar termasuk juga kelestarian kepada sumber Kerajaan Negeri melalui ladang hutan. Jadi kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi kebenaran.

Walau bagaimanapun, masih terdapat permohonan-permohonan di kalangan usahawan-usahawan yang berminat untuk meneruskan projek ladang hutan dan jika ia bersesuaian maka Kerajaan Negeri akan mohon kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan kuota tambahan dalam mesyuarat Majlis Tanah Negara. Baru-baru ini kita telah diingatkan untuk memberhentikan kerana terdapat beberapa buah negeri di Semenanjung yang telah melangkaui ataupun melepasi kuota yang dibenarkan. Jadi kerana itu Negeri Perak alhamdulillah kita masih berada dalam situasi ataupun dalam kawasan yang dibenarkan dan kita adalah di antara negeri yang diiktiraf sebagai negeri yang menjaga kelestarian hutan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Chenderoh.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya ada soalan tambahan berhubung dengan apa ni Jabatan Alam Sekitar berhubung dengan kilang min sawit di Kampung Chua yang mana saya ingat ada kaitan dengan pencemaran air dan sebagainya. Di situ ada sebuah ada sebatang sungailah yang mana sering dibuat aduan tentang pencemaran melepaskan air yang yang berbau dan sebagainya tetapi pihak alam sekitar ada menjawab kata dalam suasana yang terkawal tapi saya lihat masih berlaku lagi baru ni saya dapat maklum kilang itu akan disita tapi mereka apa ni berjumpa dengan saya untuk melihat perkara ini dan saya haraplah sebab daripada itu dia mengatakan bahawa kebanyakan pekerjanya terdiri daripada orang tempatan alasan mereka. Jadi saya ingin melihat kepastian apakah yang sebenar yang berlaku di kilang ini yang begitu mencemarkan sungai di kampung itu sendiri. Terima kasih, Tuan Speaker.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima Kasih Yang Berhormat Chenderoh. Saya sendiri telah melihat surat yang telah dihantar oleh Jabatan Alam Sekitar kepada pihak kilang min sawit yang disebutkan oleh Yang Berhormat Chenderoh tadi dan arahan terbaru yang saya dimaklumkan bahawa arahan supaya kilang tersebut ditutup kerana telah terdapat pelanggaran SOP-SOP yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Yang Berhormat Timbalan Dipertua, di negeri Perak ini Kerajaan Negeri sentiasa akur dan patuh sepenuhnya kepada apa juga keputusan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar kerana ia berkaitan dengan pencemaran kita tidak ada kompromi apa juga keputusan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar kepada kita adalah profesional dan kita akur, patuh sepenuhnya kepada arahan tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar dengan jawapan. Seterusnya Dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan nombor soalan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Selamat pagi. Terima kasih Timbalan Tuan Yang Dipertua. Soalan lisan saya juga yang kali kedua pada hari ini. Jadi soalan saya nombor dua.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pantai Remis bersekali dengan soalan Yang Berhormat Teja kerana ianya berkaitan. Yang Berhormat, dalam ucapan Bajet 2022, Kerajaan Persekutuan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan kali ini memberi penekanan mengenai isu kemiskinan haid. Secara relatifnya kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila individu perempuan ataupun keluarga tidak mampu memiliki tuala wanita atau produk kebersihan wanita disebabkan kekangan kewangan terutamanya semasa pandemik Covid-19 melanda negara. Antara elemen yang mempengaruhi kemiskinan haid meliputi empat aspek Iaitu yang pertama kekangan akses untuk mendapatkan bekalan kelengkapan haid seperti tuala wanita. Yang kedua, kekangan privasi untuk wanita menguruskan haid seperti menukar tuala wanita dengan selesa dan selamat. Yang ketiga, halangan kemudahan sanitasi seperti ketiadaan bekalan air bersih dan tempat buangan tuala wanita dan yang keempat kurang pengetahuan dalam ilmu pengurusan haid dengan betul dan pendidikan kesihatan reproduktif.

Menjawab soalan yang pertama berkaitan dengan statistik. Semasa ucapan bajet 2022 Yang Berhormat Menteri Kewangan dianggarkan seramai 130,000 orang remaja perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun dalam kalangan B40 di kawasan luar bandar dan juga bandar yang terjejas oleh permasalahan kemiskinan haid ini. Bagi Negeri Perak pula dianggarkan seramai 1730 orang remaja perempuan menghadapi masalah ini. Kajian yang lebih tepat dan menyeluruh sedang dikumpul oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) Negeri Perak bersama Sekretariat Wanita Perak dengan penglibatan pelbagai jaringan rakan strategik kolaborasi daripada agensi kerajaan, swasta dan NGO. Berkaitan dengan tahap kes kemiskinan haid ini memang berlaku di negara kita termasuk juga di negeri Perak. Kita tidak mempunyai data terperinci jumlah dan taburan kes mengikut daerah dengan tepat dan menyeluruh di kalangan rakyat di Perak ini namun apa yang boleh dikongsi adalah melalui laporan dari jabatan-jabatan yang terlibat adalah ianya memang berlaku dalam masyarakat terutama sekali ketika pandemik Covid-19 ini melanda di Negeri Perak. Masalah yang timbul dari kemiskinan haid ini berkait dengan kesan terhadap aspek kesihatan, aspek kebersihan, risiko jangkitan kuman akibat hygiene yang rendah dan penggunaan tuala yang kurang sesuai serta keciciran persekolahan.

Menjawab persoalan yang ketiga iaitu berkaitan dengan langkah dan tindakan. Tindakan Kerajaan Negeri adalah yang pertama mengadakan program ilmu dan kesedaran di kalangan wanita dan juga pelajar sekolah terdiri daripada para remaja. Pada tahun 2021 ini LPPKN Negeri Perak telah mengambil langkah awal dengan melaksanakan program pendidikan kesihatan reproduktif melalui program Program Advokasi KafeTEEN @ PIK dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyebarkan maklumat pengurusan haid kepada 576 orang peserta perempuan di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan sasaran umur antara umur 8 hingga 24 tahun yang kita adakan secara dalam talian webinar. Selain daripada itu, Seketariat Wanita Perak juga telah menganjurkan pelbagai program pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual yang melibatkan 12 siri webinar dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) dan Federation Of Reproductive Health Association Malaysia bertujuan bagi mendidik masyarakat tentang aspek kesihatan wanita dan kanak-kanak. Selain daripada itu kita juga memberi bantuan dalam bentuk barangan.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengambil inisiatif memberi bantuan secara one-off kepada golongan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dengan pemberian barangan berupa barangan tuala wanita, pampers dan juga susu tepung kanak-kanak di 12 buah daerah. Sekretariat Wanita Perak pula dalam rancangan menganjurkan program pemberian kit asas kebersihan wanita bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan kelengkapan barangan seperti tuala wanita dan yang seterusnya adalah bimbingan berterusan. Inisiatif ini untuk memperkasa remaja wanita terutama golongan B40 sama ada dalam atau luar bandar serta masyarakat orang asli agar sentiasa mendapat ilmu pendidikan dan advokasi kesihatan reproduktif semasa haid supaya mereka lebih yakin dan dapat mengurangkan tekanan di kalangan mereka terutamanya golongan remaja. Bantuan dan bimbingan ini akan membantu memastikan mereka meneruskan kehidupan yang selesa dan mengelakkan masalah keciciran dari persekolahan. Kolaborasi antara

Sekretariat Wanita Perak dan LPPKN Perak juga akan mengkaji dan merangka langkah terbaik untuk jangka masa panjang bagi mengatasi masalah kemiskinan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan saya ada laporan yang mendedahkan kemiskinan haid ini telah menyebabkan ada segelintir pelajar perempuan yang tidak hadir ke sekolah sepanjang tempoh haid ini. Adakah Perak juga ada kes macam ini? Jadi bukan sahaja di bawah JKM dan LPPKN tetapi Jabatan Pendidikan adakah mereka juga ada laporan tentang pelajar-pelajar di sekolah yang menghadapi masalah ini.

Terima kasih Yang Berhormat Pantai Remis. Memang masalah keciciran pelajar daripada persekolahan disebabkan masalah kemiskinan haid ni memang berlaku di Negeri Perak ini dan perbincangan yang telah diadakan oleh Pejabat Exco dan juga Sekretariat Wanita dengan Jabatan Pendidikan Negeri memang ada berlaku kes ini cuma kita seperti yang saya sebut tadi kita tidak ada data menyeluruh mengikut daerah, namun ianya berlaku dan beberapa program telah kita adakan dan akan merangka program bersama Jabatan Pendidikan Negeri yang mana program sebelum ini pun telah diadakan bersama pelajar sekolah dan ianya mendapat sambutan yang baik dan kita akan perluaskan lagi dengan bukan sahaja pelajar sekolah di bandar tetapi juga di luar bandar dan juga dalam perkampungan masyarakat asli. Selain daripada itu saya ingin menambah. Masalah itu kita dapati berlaku di kalangan pelajar sekolah. Jadi ditekankan juga kepada agensi dan pihak-pihak yang terbabit untuk menangani masalah ini, masalah keciciran pelajar ke sekolah ini ia mestilah melibatkan penglibatan tiga pihak.

Yang pertama adalah individu sendiri. Individu itu adalah memainkan peranan yang sangat penting iaitu di rumah ibu dan bapa sebagai individu yang mendidik anak-anak dan juga para guru dan juga para sahabat dan sebagainya dan yang kedua adalah penglibatan komuniti dan juga NGO. Di sinilah hidup bermasyarakat kita itu diperkuatkan lagi dengan komuniti dan juga NGO yang sama-sama membantu bagi menangani, melapor dan juga menangani masalah ini dan yang ketiga tentulah daripada pihak kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat seperti yang saya sebut tadi usaha yang telah kita lakukan kerana kerajaan juga memerlukan bantuan ketiga-tiga kelompok dan pihak ini bagi sama-sama kita menangani masalah kemiskinan haid ini di kalangan rakyat Negeri Perak bagi mengelakkan masalah yang timbul daripadanya yang mana salah satu seperti dibangkit oleh Pantai Remis tadi keciciran ke sekolah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sekejap Teja, Trong dulu. Nanti terus Teja.

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih di atas usaha dan kajian yang bakal dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak bersama dengan Exco Wanita. Kita faham perkara ini perkara yang baru dibangkitkan dan kalau kita tengok data ketaburan pun masih belum lengkap dan saya bersetuju dengan YB Exco yang mengatakan kesedaran ibu bapa juga sangat penting dalam menguruskan isu masalah kemiskinan haid. Kemungkinan besar ia masih merupakan perkara yang sangat tabu dalam kalangan masyarakat. Jadi bagaimana kita nak mendidik keluarga tersebut agar perkara ini boleh dibincangkan secara orang kata bersama di dalam keluarga kerana kami yang zaman-zaman dulu pernah merasai bagaimana keadaan apabila berlakunya haid pertama itu. Jadi sekarang ni zaman dah lain. Jadi perkara ini perlu lebih terbuka dan kita bawa ke perbincangan dalam keluarga khususnya dan soalan saya adakah Kerajaan Negeri bercadang atau pun berhasrat untuk mungkinlah menyediakan atau menghasilkan tuala wanita yang mungkin lebih mesra alam yang mungkin tidak melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding dengan tuala wanita sekarang dan jangka hayat sebenarnya kalau ikut zaman dulu kita tak perlu membeli. Jadi kemungkinan besar yang mesra alam ni akan difikirkan bersama oleh Exco Wanita Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Trong atas pandangan dan juga cadangan yang baik itu. Kalau kita lihat pasca covid dan PKP ini serta pembukaan semua bakal membuka sekolah semula mungkin menyebabkan ramai remaja perempuan dan wanita yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mempunyai kemampuan mendapatkan tuala wanita dan menguruskan haid dengan baik. Seperti yang saya sebut tadi yang kita ada data daripada LPPKN adalah seramai 1730 pelajar yang terlibat di Negeri Perak tapi saya yakin sebenarnya lebih ramai lagi yang terlibat di seluruh daerah dalam Negeri Perak ini. Jadi bagi mengatasi isu akibat masalah kewangan dan kemiskinan ini Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memberi bantuan berupa seperti yang saya sebut tadi kit kesihatan dan kebersihan bagi membantu wanita yang mengalami kesukaran, kekurangan atau ketiadaan untuk mendapatkan kelengkapan peralatan seperti tuala wanita.

Cadangan yang dibawa oleh YB Trong tadi memang sangat baik iaitu kita dapati penggunaan tuala wanita mesra alam dan kitar semula ini adalah sangat baik kerana ianya praktikal dan menjimatkan kos. Kerajaan Negeri akan melihat peluang ini untuk menggunakan skill wanita yang sedia ada bagi kita mencipta atau mewujudkan satu peluang perniagaan sosial yang boleh diusahakan oleh golongan wanita dalam menghasilkan pad kitar semula iaitu yang boleh dicuci dan dipakai semula seperti pad kain atau menstrual cup dan menjual tuala wanita yang dihasilkan itu pada harga yang lebih rendah tetapi ianya bergantung kepada kemudahan bekalan air bersih yang didapati bagi menguruskan peralatan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan ekosistem dan memberi peluang wanita untuk meningkatkan tahap sosioekonomi. Kalau kita lihat zaman dahulu itulah dia yang dilakukan tetapi ia juga boleh dijadikan antara satu pilihan yang yang terbaik buat masa ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya benarkan satu lagi daripada Teja.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Terima Kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya ingin tanya kepada Kampong Gajah. Setakat ni apakah usaha dan strategi pihak kerajaan dalam menggalakkan melibatkan pihak swasta dalam menangani isu ini khususnya dalam melancarkan program CSR atau pun menaja kajian-kajian yang berkenaan?. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Teja. Seperti yang saya sebut tadi memang kita dalam rangka mewujudkan satu libat urus dan juga kumpulan kita katakan bagi menangani masalah ini yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan termasuklah pihak negeri sendiri melalui Sekretariat Wanita Perak, agensi-agensi seperti LPPKN, JPN dan juga NGO-NGO telah kita kenal pasti yang memang memperjuangkan isu ini dan juga pihak pihak-pihak swasta yang yang boleh menaja dan sebagainya barangan ini bagi membantu golongan wanita dan tentulah kita alu-alukan juga kepada selain daripada syarikat swasta juga yang agensi-agensi GLC-GLC Kerajaan Negeri untuk sama-sama kita dalam program menangani atau pun mengatasi masalah kemiskinan haid ini kerana ianya bukan lagi satu perkara yang kalau dulu-dulu ia dianggap satu perkara yang tabu atau pun satu perkara yang yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka terbuka, masih malu dan sebagainya tapi ia sekarang ini melibatkan satu masalah komuniti kerana kesannya adalah memberi kepada orang kata pencapaian kecemerlangan pelajar itu terjejas dan juga sebagainya terjejas jadi melebihi satu masalah komuniti dan ianya haruslah ditangani secara bersama. Jadi cadangan oleh YB Teja itu adalah satu cadangan yang baik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kampong Gajah. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Slim untuk mengemukakan nombor soalan. Dipersilakan.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan saya soalan nombor tiga.

Bismillahirahmanirahim. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua. Untuk makluman Yang Berhormat Slim Pihak Berkuasa Negeri melalui UPEN Kerajaan Tempatan sedang mengusahakan penyediaan dokumen Smart City Blueprint Negeri Perak 2030. Usaha ini dibuat untuk menyokong perancangan ke arah pembangunan Smart City di Negeri Perak. Dokumen ini dijangka akan menjadi asas rujukan pembangunan digital yang menjadi asas rujukan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Perak. Cadangan Smart City Blueprint bagi Negeri Perak akan mengambil kira pelan tindakan Ipoh Bandar Pintar 2030 dan input-input lain yang berkaitan daripada Pihak Berkuasa Tempatan seperti database mengenai cadangan dan komponen rangka kerja bandar pintar Negeri Perak oleh 15 PBT.

Selain Itu cadangan Smart City Blueprint Negeri Perak ini perlu mengambil kira tujuh komponen bandar pintar iaitu smart economy, smart environment, smart digital infrastrucure and smart mobility, smart governance, smart living, smart tour serta mengambil kira sustainable development growth ataupun STG. Smart City Blueprint Negeri Perak ini akan dijadikan sebagai polisi dan hala tuju dalam pembangunan bandar pintar di PBT dan agensi-agensi berkaitan di Negeri Perak. Smart City Blueprint menyusun aktiviti program projek mengikut keutamaan quick win, shortterm, middle term dan long term. Sehubungan dengan itu, beberapa Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak juga akan disaran untuk menyediakan Smart City Blueprint masing-masing sebagaimana pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah lakukan mereka telah melancarkan Pelan Tindakan Bandar Pintar, Ipoh 2020, 2030 pada 23 Mac 2021 yang lalu dan tindakan tersebut akan memandu arah MBI untuk menjadi sebuah bandaraya pintar berdaya bunyi, berdaya tahan dan juga lestari menjelang tahun 2030. Dalam konteks Global Smart City akan digunakan sebagai salah satu daripada pendekatan untuk menyelesaikan isu-isu organisasi dan meningkatkan kualiti hidup. Konsep bandar pintar akan digunakan sebagai salah satu daripada pendekatan untuk menyelesaikan isu-isu pembandaran bagi kita meningkatkan lagi kualiti hidup, menggalakkan pertumbuhan ekonomi membangunkan persekitaran mampan dan selamat serta menggalakkan pengurusan bandar yang lebih cekap melalui penggunaan ICT dan kemajuan teknologi. Bagi Majlis Daerah Tanjung Malim perancangan smart city telahpun dimasukkan di dalam RTD Muallim 2035 yang sedang dalam proses pewartaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Slim.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco yang menyatakan tentang penyediaan smart city. Saya juga nak bertanya berkenaan dengan bagaimana pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak PBT itu sendiri berusaha merealisasikan penyediaan smart digital infrastrucure sebagaimana yang disebut oleh YB Exco tadi smart economy, smart government, smart mobility, smart people, smart living dan smart environment kerana ia bagi memastikan pelaksanaannya dapat memberi manfaat serta membuat rakyat berasa mudah selesa selamat sama ada dalam melaksanakan tugas seharian aktiviti harian dan juga berada dalam kediaman masing-masing.

Terima kasih di atas soalan tambahan daripada YB Slim ya. Kalau merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan di dalam Majlis Daerah Tanjung Malim sendiri ya, daripada segi smart digital infrastructure ini adalah usaha berterusan yang dilakukan di antara melalui Digital Perak dan juga melalui bantuan daripada MCMC. Di mana proses untuk penyediaan ya seperti 5G untuk menyelesaikan masalah kawasan kurang liputan ya dalam projek-projek seperti yang dibawa oleh JENDELA, Projek USP untuk peruntukan perkhidmatan sejagat. Ya semua ini adalah memberi sumbangan kepada smart digital infrastructure di mana ianya adalah lebih kepada kerangka digital infra yang diperlukan untuk ditakrifkan sebagai smart City. Jadi saya difahamkan empat pusat ekonomi digital yang di bawah program baru yang dipanggil sebagai pusat ekonomi Digital Keluarga Malaysia. Empat buah pusat telah dikenal pasti untuk daerah Tanjung Malim.

Saya juga suka untuk berkongsi di sini peluang seperti untuk kita membangunkan program-program digital asasi juga menyumbang kepada smart governance dan juga smart smart living ya. Di mana pada hari ini kita lihat MPTM telahpun menyediakan perkhidmatan atas talian bagi perkhidmatan MPTM seperti tempahan kemudahan awam dan sistem tempahan rumah rehat. Perkhidmatan pembayaran juga telah dibuat secara online dan ini termasuk daripada segi cukai taksiran, kompaun, caj tempat letak kereta dan aplikasi mobile park at Perak. Penyediaan komponen perumahan yang sekarang ni lebih baik iaitu secara selamat ya di dalam kawasan kediaman juga dijadikan sebagai salah satu tumpuan untuk menyumbang kepada faktor smart governance dan juga smart living. Tapi apa yang menarikkan perhatian saya ialah keadaan di mana MPTM mempunyai sebuah universiti. Di sini faktor smart people sebenarnya boleh dilibatkan ya universiti secara menerusi untuk kita tawarkan lebih program program penerangan dan program-program pendidikan yang berkhusus untuk memberikan lebih keselesaan kepada penduduk di sekitar daerah Tanjung Malim. Mungkin kolabrasi-kolabrasi ini boleh dipacu oleh Yang Berhormat sendiri untuk kita sumbangkan balik sebagai salah satu pada daripada kriteria komuniti yang boleh kita bangunkan di bawah smart people dan juga sebenarnya smart living dan smart environment sebab dia bersangkut paut Yang Berhormat jadi bilalah setiap inisiatif yang diusaha itu akan menyumbang kepada beberapa faktor yang akan memberi orang kata memenuhi kriteria diperlukan untuk ditakrifkan sebagai smart city. Insyaallah, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua. Tak ada. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Buntong untuk mengemukakan nombor soalan.

Terima kasih Timbalan Tuan Yang Dipertua. Soalan Buntong nombor empat.

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kepada Buntong. Jumlah kakitangan di Klinik Kesihatan Buntong ialah 84 orang dan klinik ini menyediakan perkhidmatan bagi kes Covid-19, di mana Klinik Kesihatan Buntong menyediakan ujian perkhidmatan, ujian calitan Covid-19 (smart test) bagi kes yang bergejala dan perkhidmatan pusat nelayan Covid-19 (CAC) yang memberikan perkhidmatan rawatan serta rujukan untuk kes Covid-19 positif pada setiap hari bekerja Isnin hingga Khamis, eh Isnin hingga Jumaat dan tempat letak kereta di kawasan luar premis Klinik Kesihatan Buntong telah ditambah dan juga ditandakan. Penambahan tempat letak kereta di dalam kawasan klinik tidak boleh dilaksanakan kerana ruang terhad dan pihak urusan klinik tetap telahpun menambahbaik waktu temujanji secara berperingkat bagi mengurangkan kesesakan pelanggan di klinik. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Buntong.

Soalan tambahan kepada YB Exco. Mengikut statistik program imunisasi Covid-19 Kebangsaan bagi Negeri Perak, jumlah penerima vaksin dos pertama baru mencapai lebih kurang 70, 70.6%. Dari jumlah ini berapakah peratus dari kawasan DUN Buntong yang masih belum lengkap menerima vaksin dos pertama. Seterusnya apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memberi pembelajaran kepada golongan yang menolak vaksin serta dos penggalak untuk hadir mengambil vaksin sebelum Februari 2022 kerana saya difahamkan bahawa sekiranya mereka yang tidak hadir untuk vaksin penggalak ini, status di MySejahtera akan berubah menjadi vaksin tidak lengkap manakala terdapat 2 kes varian omicron telah dikesan di Malaysia. Justeru apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi menyekat penularan varian terbaru ini di Negeri Perak?

Terima kasih pada sahabat saya Buntong. Kalau mengikut data daripada Jabatan Kesihatan tidak direkodkan data mengikut DUN tetapi mengikut daerah ada. Itu kalau di daerah Kinta seramai 615,042 orang iaitu bersamaan 90% penduduk Kinta yang layak telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Ini bermakna 65,668 penduduk Kinta yang layak iaitu daripada 12 tahun sehingga 12 tahun,12 tahun mana menerima vaksin yang sebelum ini 615 adalah penerima yang belum iaitu dalam lampu 65,668 orang yang belum menerima vaksin di daerah Kinta tetapi untuk dos tiada rekod. Untuk tambahan sikit klinik kesihatan di seluruh negeri Perak ada 77 klinik kesihatan yang menawarkan perkhidmatan pemberian vaksin dos sata dan juga pemberian dos penggalak kepada pelanggan klinik kesihatan semasa sesi klinik dan ada dua klinik kesihatan yang apa selepas waktu pejabat juga boleh memberi vaksin itu Klinik Kesihatan Kamunting dan juga Klinik Kesihatan Taiping.

Pemberian vaksin penggalak juga turut diberikan oleh klinik doktor swasta dan juga klinik. Ada juga hospital swasta yang yang terpilih dan berkaitan dengan varian baru ini. Kerajaan Negeri Perak bekerjasama dengan pihak KKM dan juga melalui Jabatan Kesihatan Negeri dan juga Pejabat Kesihatan Daerah akan meneruskan aktiviti kawalan dan pencegahan Covid-19 di pintu masuk antarabangsa di dalam komuniti. Yang pertamanya pengembara yang kembali daripada negara dengan penularan varian omicron ini dalam komuniti seperti United Kingdom mesti melakukan ujian PCR Covid-19 dalam tempoh dua hari sebelum berlepas.

Ujian Covid-19 semasa ketibaan, memakai gelang pengawasan digital digital reka sepanjang tempoh kuarantin wajib 7 hari bagi yang lengkap vaksin dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksin dan ujian kendiri RTK antigen setiap hari dan laporkan keputusan ujian dalam mySejahtera dan penduduk yang berumur 60 tahun ke atas yang lengkap vaksinasi semua jenis vaksin dan semua penerima vaksin sinovac berumur 18 tahun ke atas perlu dapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022 untuk kekalkan status vaksinasi lengkap dan lebih banyak negara yang berisiko tinggi omicron akan diumumkan oleh pihak KKM dari masa ke semasa dan pengembara yang tiba daripada negara berisiko omicron ini akan dipakaikan gelang pengawasan digital hanya tempoh kuarantin dan juga penganjuran sambutan tahun baru 2022 secara besar-besaran tidak dilakukan dan tidak dibenarkan. Sambutan tahun baru begitu juga hari Krismas secara kecil-kecilan bersama keluarga atau rakan ujian pengesanan Covid-19 perlu dilakukan sebelum hadir ke majlis dan insyaallah pusat pemberian vaksin mega akan diwujudkan semula sepertimana diumumkan untuk mempercepatkan vaksinasi dos penggalak dan insyaallah akan bermula di Lembah Klang.

Di mana setiap rakyat Perak perlu terus amalkan norma baru dan patuhi SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 dalam kehidupan harian dan Kerajaan Negeri akan teruskan kerjasama dengan Jabatan Penerangan seperti sebelum-sebelum ini untuk terus memberi penerangan dan juga kampen kepada rakyat. Makluman sehingga kini unit bergerak Jabatan Penerangan terus turun padang dalam program IOW bagi menyampaikan maklumat dasar-dasar yang diperkenalkan terutamanya berkaitan dengan dos penggalak yang disarankan oleh kerajaan. Kini sebanyak 2,957 program IOW dijalankan melibatkan 12 daerah di seluruh negeri Perak. Selain melaksanakan hebahan unit bergerak pegawai-pegawai di peringkat lapangan turut bertemu komuniti setempat dalam mendapatkan maklumbalas dan memberi penjelasan kepada masyarakat berkaitan kepentingan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. Program bersemuka turut dilaksanakan di program Sepakat @ Komuniti, program Komunikasi Tindakan Setempat dan taklimat isu-isu semasa berkaitan vaksinasi Covid-19 dijalankan di seluruh daerah dan akan diteruskan bermula awal tahun hadapan.

Selain itu juga di peringkat lapangan Jabatan Penerangan turut mengadakan kempen di media sosial melalui laman sosial rasmi jabatan, pusat maklumat rakyat daerah menggunakan platform Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan sebagainya dan yang pentingnya sama-sama kita kempen di DUN masing-masing agar kita teruskan elakkan 3S iaitu elakkan kawasan sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat dan kita sama-sama juga kempen untuk sentiasa amalkan basuh tangan begitu juga amalkan pemakaian mask terutamanya yang mask bukan saja selapis, 2 lapis dan 3 lapis dan seterusnya dan begitulah juga kita sentiasa memberi nasihat dan memakai penutup muka di kawasan awam yang tertutup, pemakaian yang penutup muka berganda adalah sangat digalakkan. Ini adalah usaha dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang varian baru ini daripada merebak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua. Sekejap Buntong ada perkara yang lain? Ok, Buntong lagi satu.

Ada soalan tambahan satu soalan tambahan lagi. Saya nak tanya kepada Exco kerajaan. Jikalau tiada statistik di setiap kawasan DUN bukan DUN Buntong saja di 59 kawasan DUN kalau tiada statistik macam mana bagi seseorang wakil rakyat di setiap DUN boleh membantu kerajaan bagi menangani masalah ini.

Baik daripada awal lagi statistik telah dikeluarkan mengikut daerah dan mungkin boleh diusahakanlah. Kita akan cuba berbincang bagaimana cara untuk keluarkan statistik mengikut DUN jika ada keupayaanlah daripada pihak KKM tu sendiri insyaAllah kita akan cuba.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco Ayer Kuning.

Saya nak tanya kepada YB Exco. Yang pertama Perak telah pun berada di fasa ke 4. Bila fasa ke 4 kedudukan rakyat yang di vaksin melebihi 80% dan saya nak tahu kepada YB Exco oleh kerana untuk melayakkan fasa ke 4 dan seterusnya negeri Perak rakyat negeri Perak yang telah divaksin sebenarnya berapa jumlahnya?.

Yang kedua, daripada angka-angka yang kita lihat di kalangan rakyat yang tidak mahu divaksin sebagai contoh OA orang Asli, kaum Cina, kaum India dan sebahagian besar adalah kaum Melayu apakah sebab-sebab mereka antivaksin ini. Adakah mereka tidak tahu maklumat tentang kesihatan dan sebagainya saya minta Exco memberi penjelasan dalam Dewan ini supaya orang di luar faham apa isu sebenarnya ok.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Kuning. Soalan pertama tadi berapa orang yang divaksin ya. Ok, jumlah yang telah vaksin di negeri Perak ini sebanyak 1,877,384 penduduk di negeri Perak. Satu jumlah yang mana percent nya nanti saya pergilah hasil jumlah 1,877,384 penduduk negeri Perak yang menerima vaksin cuma percent nya nanti kita akan kemukakan kemudian yang keduanya usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan macam-macamlah termasuk kampung-kampung buat program vaksinasi memberi penerangan seperti mana yang disebutkan tadi akhirnya tinggallah golongan yang tidak mengambil vaksin ini adalah mereka yang yang disebut istilahnya tidak gemarlah kepada vaksin ataupun anti kepada vaksin tersebut dan macam-macam usahalah yang dilakukan termasuk melalui kalau orang Islam ni melalui Jabatan Mufti yang mengeluarkan fatwa berkaitan dengan vaksin dan seterusnya golongan yang kedua yang tidak mengambil vaksin ini adalah faktor kesihatan mereka yang tidak membolehkan untuk mereka menerima vaksin. Cuma saya percaya tidak ada yang tahu, tidak ada lagi yang disebabkan tak tahu dan tidak ada lagi yang disebabkan jauh untuk menerima vaksin. Contohnya di perkampungan orang asli pun pihak Jabatan Kesihatan melalui Pejabat Kesihatan Daerah masuk dalam kampung-kampung pedalaman di perkampungan orang asli dan bekerjasama pun dengan hospital orang asli berkerjasama dengan doktor orang asli, NGO orang asli sendiri, JAKOA telah bekerja keras. Maksudnya hanya tinggal sekarang ini ialah mereka yang tidak mahu ambil vaksin dan juga mereka yang ada masalah dari segi kesihatan dan mengikut nasihat doktor yang telah berdaftar, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB. Sekarang dijemput Ahli YB daripada...

Timbalan Speaker, sikit untuk Exco untuk jawab. Pertamanya, kalau kita mengatakan yang tidak ada vaksin, yang tak ambil vaksin kita biarkan begitu saja itu satu masalah besar sebab satu nila rosak seribu. Oleh kerana sebab 1 rosak 1000 ni sepatutnya kita buat sesuatu untuk mereka dipaksa vaksin. Kalau dalam rakyat Malaysia ini kalau satu tak berat yang lain bermasalah. Oleh itu, saya berharap supaya yang satu ni kita atasi bagaimana kita nak mereka vaksin dan sebagainya dan yang kedua, sebagaimana YB katakan tadi, statistik ikut DUN amat penting untuk kita. Kita nak tahu DUN Ayer Kuning sebagai contoh, saya nak tahu berapa ratus orang yang tak vaksin kerana data-data ini amat penting khususnya ADUN-ADUN untuk membantu Kementerian Kesihatan dan membantu untuk kerajaan bagi memastikan rakyat di kawasan masing-masing memenuhi citarasa sebagai orang yang terselamat dan orang yang pernah dapat vaksin dan sebagainya.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Canning mohon laluan mau tanya, mahu tambah sikit, Tuan Yang Dipertua. Kalau mereka yang belum mendapat vaksin dos yang pertama bolehkah pergi mana-mana klinik ke, boleh pergi klinik kesihatan. Terima kasih.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Ok, dua ayat je YB. Saya nak, dia berkenaan dengan apa yang Ayer Kuning…

Maaf, maaf. Tak perasan tadi apa yang Ayer Kuning sebut apa tadi.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Saya nak tanya kalau yang belum dos yang pertama, boleh ke pergi klinik kesihatan ke, mana-mana klinik swasta ke, private.

Boleh, boleh.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Apa yang saya nak tambah bagi gambaran dua minggu lepas, 2 minggu yang lepas saja. Dua kematian akibat Limonia Covid adalah orang-orang yang belum dapat dos pertama dan dos kedua dan apabila depa sedar naklah sekarang sedari bahawa kalau depa tak vaksin kena, dah la masuk hospital, kesedaran itu datang bila dia duk kat katil hospital hamper nak, sorry lah, hampir nak mampus. Jadi, apakah pandangan dan cadangan dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri sekarang bagi menggalakkan atau tambah galak untuk mereka yang belum lagi nak dapat vaksin sekarang nak atau belum nak untuk mempengaruhi pemikiran mereka supaya segera untuk dapatkan. Dua minggu kawasan saya sampai tangan saya mati kat rumah dua kes dah yang belum dapat vaksin, terima kasih.

Ok, yang pertama terima kasih Pasir Pinji. Pertama berkaitan dengan soalan Ayer Kuning tu datang bawa jugalah untuk keluarkan data mengikut DUN untuk dibantu oleh pusat khidmat masing-masing. Jika ada kemampuanlah daripada pihak KKM dan JKM itu sendiri insyaallah. Kemudian berkaitan dengan peratus, kalau yang terakhir minggu lepas, 1,700,072 orang yang telah pun mendapat vaksin di Negeri Perak. Kalau ikut minggu lepas dalam 70%, 71% sekarang dah 1,800,000. Maknanya dah lebih daripada itulah. Makna kita belum mencapai 90% di Negeri Perak ini. Kemudian usaha kerajaan seperti sebelum ni lah kita akan teruskan. Kalau dulu kita ada pasukan di setiap daerah untuk kerja keras yang ditubuhkan melalui CITF, dan insyaallah akan dipergiatkan lagi usaha tersebut untuk kampen yang disebut sebagai ABC, pasukan Ejen Basmi Covid-19, ABC 19 mungkin akan dipergiatkan lagi untuk mereka ini mengambil vaksin disamping usaha-usaha daripada semua pihak termasuk NGO, termasuk ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen membantu pihak kerajaan supaya mereka itu menerima vaksin. Sebab dulu kita ada masalah dari segi vaksin tak cukup, dulu. Tapi sekarang vaksin dah cukup. Jadi kita tak ada pula, tak cukup orang pula untuk nak terima vaksin itu. Jadi kita harap dapat sokongan daripada semua pihaklah untuk menarik kami seramai mungkin sehingga kalau boleh mencapai 90% di Negeri Perak ini. Insyaallah.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih YB. Sekarang dijemput Ahli YB daripada kawasan Chenderoh untuk mengemukakan nombor soalan.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Soalan Chenderoh soalan 5. Terima kasih.

Bismillahirahmainirahim. Assalamualaikum wbt. Terima kasih banyak YB Timbalan Speaker, terima kasih kepada Chenderoh. Alhamdulillah. Pertamanya berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran PdPR. Pandemik Covid-19 ini telah mewujudkan kebergantungan kepada internet yang tinggi di kalangan rakyat terutamanya kepada para pelajar sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Jadi penularan pandemic Covid ini telah dan juga araaha PKP ini telah mendesak kerajaan untuk bertindak dengan segera dalam menghasilkan sebuah rancangan yang dapat menangani isu akses kepada internet berkualiti bagi perkhidmatan tetap dan tidak mudah alih termasuk juga PdPR. Dalam hal ini pula CFM bersama dengan syarikat telekomunikasi telah pun menjalankan pelbagai program dan inisiatif yang membolehkan rakyat Malaysia terus berpeluang menikmati perkhidmatan internet.

Selain daripada penambahbaikan penyediaan infrastruktur komunikasi dan juga status liputan perkhidmatan, penawaran internet secara percuma sebanyak 1gb setiap hari sehingga akhir tahun 2021 di bawah pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat dan pakej perlindungan rakyat dan pemulihan ekonomi PEMULIH juga telah dilaksanakan. Perlaksanaan program dan inisiatif seperti ini membolehkan semua rakyat terus berpeluang menikmati perkhidmatan Internet yang merupakan keperluan asas bagi melaksanakan aktiviti produktif dan khusus untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Selain daripada itu, sebanyak 66 buah Pusat Internet

Komuniti yang dulunya dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti mungkin sekarang dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) yang diselia oleh SKMM disuruh Negeri Perak boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan orang ramai sebagai pelengkap untuk pembelajaran atas talian. Selain daripada program-program JENDELA fasa 1 yang sedang dilaksanakan sekarang ini, ini adalah inisiatif tambahan daripada kerajaan. Terima kasih.

Soalan tambahan Chenderoh. Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan Exco yang menjawab bagi pihak kerajaan yang baik dan jelas, difahami. Soalan tambahan saya, ia berhubung dengan jendela dulu sedikit yang kita lihat baru ni, semalam di Parlimen timbalan komunikasi ada sedikit percanggahan dalam urusan JENDELA ni, apa ni, dari segi internet ni, JENDELA. Tapi itu biarlah mereka selesaikan, negeri kita doa yang terbaik. Cuma soalan yang saya nak sampaikan tambahan saya ialah, internet desa dulu dipanggil, mula-mula dulu dipanggil Internet 1Malaysia. Kemudian ditukar kepada pusat ekonomi di PIK ya. Sekarang ni Pusat Internet Komuniti, sekarang tukar dah tiga kali tukar. Walau bagaimanapun, hasratnya ada penting. Soalan saya dimaklumkan bahawa Pusat Internet Komuniti (PIK) telah ditukar namanya kepada pusat tadi ekonomi dan sebagainya. Apakah peranan PEDI ini dan apakah penambahbaikan yang dapat dilihat kepada PEDI berbanding PIK? Maknanya apa naik taraf ke apa ke ya? Yang kedua dan bagaimanakah usaha yang akan diambil oleh PEDI dapat membantu memperkasakan usahawan luar bandar dan juga miskin bandar ini, terima kasih.

Terima kasih ayahanda. Berkaitan dengan dulu pusat Internet 1Malaysia ditukar kepada Pusat Internet Komuniti dan sekarang ni Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia ataupun PEDI. Mulanya saya agak lega kerana dalam signboard dia menzahirkan PEDI saja. Jadi tak ada Keluarga Malaysia itu saya harap ianya akan kekal digunakan sampai bila-bila. Kalau tidak nanti akan tukar lagi akan tukar lagi. Untuk PEDI ini selaras dengan pertukaran nama dan juga jenama dan juga usaha mereka peranan mereka jadi ini merupakan usaha untuk memperkasakan pusat-pusat internet komuniti sedia ada ni sebagai pusat transformasi digital di mana objektifnya bagi membolehkan masyarakat di luar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri dengan kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti-aktiviti ekonomi digital.

Jadi fokus menjurus kepada usaha untuk memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta selain daripada itu PEDI juga akan dilanjutkan akan selanjutnya bakal menjadi pusat sehenti untuk menyediakan capaian Internet cara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. Masyarakat setempat juga mengikuti pelbagai kursus boleh mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan i-city. Ini banyak dibuktikan di negeri Perak ini. Jadi dan kelebihan PEDI juga adalah disebabkan mereka juga bukan sekadar menyediakan peralatan, tapi juga petugas pegawai-pegawai yang begitu berkemahiran untuk memberi latihan dan juga memenuhi apa juga keperluan yang dihasratkan oleh penduduk setempat. Jadi hasrat kita untuk kita jadikan PEDI ini sebagai satu pusat sehenti bagi menjana ekonomi ini adalah satu keperluan-keperluan yang tinggi yang kita tetapkan kepada petugas-petugas ini.

Di samping itu juga kita berhasrat juga menekankan kepada PEDI untuk menjadi tumpuan kepada pengwujudan ataupun kita melahirkan usahawan-usahawan di kawasan setempat yang sebelum ini melaksanakan perusahaan mereka secara kaedah konservatif lama yang kita minta mereka ubah kepada kaedah baru yang bersesuaian dengan keperluan semasa iaitu mereka selalunya kita tekankan untuk mereka meningkatkan aktiviti latihan dan bimbingan bagi usahawan-usahawan mikro dan seterusnya penubuhan panel penasihat yang terdiri daripada kepimpinan masyarakat setempat di setiap PEDI bagi membantu untuk melengkapkan lagi usaha mereka dan juga setiap PEDI akan mempunyai ikon usahawan PEDI dari kalangan usahawan tempatan yang telah berjaya dan boleh menjadi contoh kepada usahawan-usahawan lain dan juga memberi inspirasi kepada mereka yang lain dan keempatnya, 600 rakan digital PEDI akan dilantik di 600 PEDI terpilih bagi-bagi turut membantu memberi maklumat, sokongan kewangan, melatih dan membangunkan usahawan mikro PEDI dan kelimanya, program pemerkasaan pendidikan usahawan kecil yang dilaksanakan hasil usahasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta demi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan di PEDI bagi mencapai pasaran yang lebih besar. Ini usaha-usaha yang saya lihat yang cukup positif dilaksanakan oleh PEDI, terima kasih.

Yang di-Pertua

Pasir Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Dato' Speaker. Baru-baru ini negara baru mula proses transisi ke arah 5G dengan penutupan 3G dan perlu dicatatkan dalam Dewan ini bahawasanya segolongan yang tidak begitu kecil dan agak ramai yang terjejas kerana device depa belum sampai ke 4G dan pencapaian internet pun agak celaru di sesetengah tempat sampai ada orang yang tertinggallah. Soalan saya adalah apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam mengekang penjejasan golongan-golongan ini yang terjejas sekarang supaya liputan internet kepada golongan ini tidak terus menjadi masalah. Keduanya, kita juga tahu dengan wujudnya DNB, dengan lantiknya Ericsson untuk untuk mula proses transisi ke 5G dan pembinaan infrastruktur 5G di seluruh negara. Apakah keterlibatan negeri Perak dan apakah dan Kerajaan Negeri Perak dalam proses tersebut sebab kita tahu kita baca surat khabar dan kita tahulah terdapat ramai yang mengkritik dan terdapat banyak permasalahan berkenaan dengan wujudnya model DNB yang bukannya apa nama yang perlu yang hendak terlibat untuk pergi beeding yang telah bagi terus spektrum-spektrum dan sebagainya apakah keterlibatan Kerajaan Negeri Perak dalam itu dan di manakah kah tahap mana Perak dalam perancangan infrastruktur 5G dan apakah jangkaan time-secure time-print yang terlibat dengan infrastruktur 5G bersama dengan DNB dan Ericsson.

Terima kasih sahabat saya Pasir Pinji. Semalam tak ada semasa penggulungan. Jadi berkaitan dengan 5G saya ingin kongsikan sebenarnya di peringkat negeri Perak ini kita bukan bersedia kita meraikan atau mengalu-alukan usaha untuk mewujudkan 5G. Namun begitu kita lebih menekankan kepada peningkatan liputan di kawasan luar bandar ataupun pinggir bandar supaya jurangnya tidak terlalu tinggi. Jadi sebab tu kalau dalam konteks 5G ini kita telah pun terlibat cuma dalam pelaksanaan ini di berapa bandar-bandar besar je khususnya di pekan Ipoh yang juga merupakan projek perintis dulu sekadar projek peritis yang akan dilaksanakan di Bandaraya Ipoh. Ini akan dilaksanakan pada tahun hadapan kerana kita termasuk dalam dalam fasa yang kedua oleh SKMM yang sebelum ini hanya membuat melaksanakan 5G secara perintis di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan juga Putrajaya.

Jadi kita termasuk fasa yang kedua pada tahun hadapan. Jadi ini dan usaha untuk kita saya pekanan kita adalah untuk kita mengurangkan jurang antara bandar dan juga luar bandar dan sebab itu juga saya kongsikan juga berkaitan dengan PEDI tadi. PEDI ia akan di sebelum ini telah pun dihentikan ujian yang baru dan akan di wujudkan di kawasan-kawasan yang mana khususnya DUN-DUN yang tiada mempunyai PEDI akan ditambah. Sebelum ni langsung tak ada dah stop dan saya juga telah merayu secara peribadi bersama dengan Yang Amat Berhormat masa sesi debat urus tempoh untuk bukan sekadar di DUN yang tak ada PEDI sahaja tetapi mestilah diwujudkan di kawasan-kawasan walaupun dah ada tapi masih lagi memerlukan PEDI ini perlu ditambah di kawasan-kawasan yang yang sepatutnya bukan menumpu kepada DUN-DUN yang tak ada sahaja.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang terjejas kawasan berdekatan dengan kawasan Yang Berhormat sendiri. Tak tahulah.

Dan saya nak kongsi juga berkenaan dengan DNB ini pun ini adalah urusan di peringkat federal yang kita juga. Sebenarnya ianya memberi kesan sedikit kepada kepada usaha pemain industri di dalam ini kerana mereka ingin melihat dulu apa yang akan perancangan yang dibuat ke peringkat federal yang akhirnya memberi kesan juga kepada kita. Mereka juga sebenarnya sedang menunggu dan lihat apa yang berlaku disana. Jadi kita memang mengharapkan agar isu DNB dan sebagainya dapat diselesaikan dengan segera bagi mereka dapat membuat perancangan dengan lebih teratur lagi khususnya diperingkat negeri Perak yang mana negeri Perak memang kita komited dengan pemain-pemain industri untuk mereka datang ke Perak melapor bagi memastikan penambahan-penambahan sama ada menara ataupun sebagainya.

Dato' Speaker boleh satu je.

Yang di-Pertua

Ok, Titi Serong last ye please make it short and simple dengan izin.

Saya nak bertanya tahap kesiap-siagaan kita punya GLC Digital Perak untuk menerima 5G ini masa 3G dengan 4G pun kita hadapi masalah pembinaan tower haram. Tower haram dah saya daripada zaman tu 600 ke 700. Jadi masa tu kita ada buat satu standardise kepada semua PBT kena selaraskan cara kaedah permohonan. Nak tanya pada Yang Berhormat Exco nak pergi ke arah 5G ni apakah Digital Perak ni akan diperkasakan untuk menambahkan lagi bagaimana kaedah nak menambahkan sumber hasil daripada sumber hasil kepada negeri melalui 5G dan apakah kaedah penguatkuasaan yang boleh selaras dengan MCMC sebab masalah MCMC ni dia akan memberi signal kepada pemancar tower ni walaupun tower tu masih illegal. Saya pernah berbincang dengan SKM supaya jangan bagi signal kepada pemancar-pemancar tower pemancar yang tidak ada permohonan atau pun lesen. So, apakah langkah daripada pihak Exco?

Terima kasih sebab saya Titi Serong ini adalah saya ucapkan terima kasih kepada Digital Perak sekali lagi kerana telah berjaya melaksanakan program pemutihan untuk menara-menara haram ini. Saya nak nak maklumkan juga kita ada sedikit berkaitan dengan kalau menara haram itu kita tak kita sama ada robohkan ke ataupun kita putuskan bekalan elektrik dan sebagainya akhirnya ia akan memberi kesan kepada pengguna dan pengguna itu akan datang balik kepada kita kerana masalah liputan. Jadi ini masalah yang kita hadapi di berkaitan dengan penguatkuasaan ini tapi setelah diwujudkan satu jawatankuasa khas taskforce pemutihan akhirnya Perak bersama dengan SKMM dan juga Digital Perak bersama dengan PBT, PTG dan semua pihak yang terlibat telah pun duduk dan akhirnya kita telah berjaya melaksanakan program pemutihan ini yang akhirnya yang mana mulai tahun 2021. Setiap struktur baru dan struktur yang melalui proses pembaharuan permit akan dibekalkan dengan plug notifikasi dan untuk makluman kita sebenarnya dah berjaya mendaftarkan ataupun memutihkan menara ni melalui proses pemutihan tadi hampir lebih kurang 700 menara yang juga telah yang mana mereka datang sendiri kepada kita untuk memaklumkan akan tujuan mereka yang akhirnya kita kenakan berapa syarat. Kita kenakan denda dan sebagainya tapi denda yang bersesuaian dipersetujui asalnya oleh mereka sendiri untuk mereka datang sendiri. Kita permit kita kerana kita tak boleh menguatkuasakan menara ini kerana akan beri kesan kepada pengguna jadi ini yang akhirnya kita buat win-win situation dan ianya berlaku dengan baik sekali dan berterusan sehinggalah ke 31 Disember tahun ini. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang komprehensif yang baik. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022.

Yang di-Pertua

Masalahnya sekarang ialah Rang Undang-Undang Bagi Enakmen Perbekalan 2022 serta usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 dibaca bagi kali yang kedua oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekaligus menggulung perbahasan. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. A'uzu billahi minashaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa Imam Al Muttaqin wa ala alihi wa Ali baitihi wa ashabihi ajmain. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Terlebih dahulu marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas limpah perkenan dan keizinanNya jua Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas yang bermula dengan pembentangan Belanjawan 2022 pada hari Jumaat 10 Disember 2021 telah berjalan dengan lancar. Sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2022 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 telah berlangsung selama tiga hari mulai Isnin lalu di mana 42 orang Ahli Dewan Negeri telah berbahas iaitu 18 orang mewakili kerajaan dan 23 dari blok pembangkang dan seorang wakil rakyat bebas. Sepanjang sesi perbahasan pelbagai perkara telah disentuh dan disusuli dengan penggulungan oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memberikan respon mengikut portfolio masing-masing kecuali Yang Berhormat Rungkup yang kini sedang bercuti sakit sehingga 21 Disember 2021.

Sehubungan dengan itu, dalam sesi penggulungan ini saya juga akan memberikan maklumbalas terhadap isu-isu yang dibangkitkan berkaitan portfolio industri, pelaburan dan juga pembangunan koridor negeri Perak. Dalam sesi penggulungan ini saya akan menumpukan kepada perkara-perkara yang difikirkan wajar untuk disentuh manakala perkara-perkara yang tak sempat disentuh akan diberikan perhatian yang sewajarnya, pertimbangan dan juga tindakan yang mana perlu termasuklah isu-isu yang boleh diselesaikan secara pentadbiran. Saya juga memohon maaf kerana ada beberapa perkara yang dibangkitkan tidak dapat saya jawab memandangkan ia berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri yang melibatkan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan. Contohnya seperti isu yang berkaitan dengan kewarganegaraan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua sebelum menyentuh kepada perkara-perkara berkaitan secara langsung portfolio Menteri Besar, izinkan saya memulakan ucapan penggulungan ini dengan memberi sedikit sebanyak pencerahan kepada isu yang paling banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat iaitu berkaitan pengurangan peruntukan yang disediakan dalam Belanjawan 2022. Daripada 42 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan, seramai 23 orang atau lebih daripada separuh telah membangkitkan isu pengurangan peruntukan meliputi pelbagai sektor ataupun jabatan. Ada yang mengutarakan teori dan falsafah ekonomi tertentu untuk menggambarkan keperluan Kerajaan Negeri bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih besar untuk melonjakkan ekonomi dan mendorong peningkatan aliran tunai. Ada pula yang tampil dengan teori dan falsafah ekonomi yang menyokong hujjah supaya perbelanjaan negeri dikawal bagi mengelakkan beban beban kewangan yang lebih berat pada masa hadapan.

Apa pun saya sangat menghargai setiap pandangan dan teguran yang dilontarkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kerana saya sangat percaya segala pandangan dan teguran itu adalah bersandarkan kepada niat kita untuk memastikan belanjawan yang dibentangkan dapat menjadi jawapan kepada segala keluh kesah rakyat dalam menghadapi situasi ekonomi yang masih tidak menentu dan perlu saya sebutkan bahawa sebahagian daripada pandangan dan teguran itu sebenarnya turut dibangkitkan dan dibincang secara panjang lebar dalam sesi konsultasi dan libat urus yang dijalankan dengan pelbagai pihak dalam proses kita merangka Belanjawan 2022. Malahan juga, sebelum ianya dibukukan barisan Exco telah membahaskannya berkali-kali kerana setiap orang Exco cuba mempertahankan angka yang sedia ada dalam Bajet 2021 malahan meminta supaya ianya ditambah dalam Bajet 2022.

Dato’ Yang Dipertua, namun pertimbangan yang paling utama ketika kami merangka belanjawan tahun 2022 ialah dengan meneliti kedudukan kewangan negeri yang kini berada dalam keadaan defisit, RM73 juta setakat 16 Disember 2021. Begitu juga keperluan untuk kita menyemak prestasi kutipan hasil negeri yang menyusut dengan begitu ketara berbanding unjuran asal. Hal ini turut disentuh dan diulas dengan baik oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Aulong, Yang Berhormat Temengor, Pasir Pinji dan ramai lagi yang menekankan betapa pandemik Covid-19 telah mendatangkan impak yang cukup besar kepada kedudukan kewangan serta prestasi kutipan hasil negeri sekaligus membataskan kemampuan kerajaan untuk berbelanja lebih besar. Sebab itulah selepas mengambil kira segala pertimbangan yang perlu dan meneliti setiap pandangan dan keperluan rakyat, saya dan rakan-rakan dalam kerajaan mengambil ketetapan bahawa Belanjawan 2022 mestilah realistik dengan mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan. Bak kata nasihat orang bijak pandai, ukur baju di badan sendiri dan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis. Seperti yang saya sebutkan dalam pembentangan Jumaat lalu, setiap defisit akan menjejaskan baki akaun hasil disatukan.

Jika dalam keadaan defisit dan kita tidak menguruskan perbelanjaan secara bercermat dengan berbelanja ikut kemahuan dan bukannya keperluan, maka kita mungkin terpaksa berhutang dengan Kerajaan Persekutuan untuk membiayai Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Negeri. Dalam konteks ini, sebagai Menteri Besar, saya boleh memilih untuk mengambil pendekatan populist, dengan meminta supaya peruntukan ditambah RM50 juta atau RM100 juta ataupun RM200 juta supaya belanjawan ini dilihat besar dan kerajaan mungkin menjadi popular. Tetapi apalah gunanya menjadi popular jika kita akhirnya melonggokkan hutang yang terpaksa ditanggung oleh anak cucu-cicit kita di kemudian hari.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, Biarlah bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, sedikit sebanyak pencerahan saya tadi diharap dapat memberi gambaran kepada kita semua bahawa bukanlah mudah untuk Kerajaan Negeri merangka Belanjawan 2022. Ia tidak mudah kerana dirangka dalam suasana yang begitu getir dan mencabar. Ia menuntut Kerajaan Negeri untuk mengambil sikap rasional, munasabah dan berpijak di atas bumi yang nyata. Namun, sesukar mana pun keadaan yang dihadapi, semangat Belanjawan 2022 ini tetap bertaut kepada matlamat Kerajaan Negeri untuk memulihkan semula ekonomi tanpa sesekali berkompromi dalam soal tanggungjawab membela kebajikan rakyat yang memerlukan. Atas dasar itulah dana sebanyak RM47 juta telah disediakan melalui Kumpulan Wang Amanah untuk membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi dan boleh dimanfaatkan untuk menampung mana-mana sektor yang memerlukan perhatian. Bagi mengukuhkan kesediaan kita dalam menghadapi tahun hadapan yang belum ada kepastian, Belanjawan 2022 juga akan didukung oleh komitmen kewangan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) untuk membiayai program kesejahteraan rakyat termasuk dalam hal ehwal kebajikan, pendidikan, pertanian dan pembangunan usahawan. Ini tidak termasuk peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi di bawahnya.

Sehubungan itu, saya mengambil maklum segala pandangan yang disuarakan oleh rakan-rakan Yang Berhormat. Insyaallah saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran kerajaan akan menggembeling dalam usaha untuk memastikan Belanjawan 2022 akan akhirnya dapat dinikmati oleh segenap lapisan rakyat. Dengan mengambil kira semua pandangan dan hujah yang disampaikan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, maka jika ada keperluan, Insyaallah Kerajaan Negeri akan melakukan semakan selepas suku tahun kedua 2022 dan jika kedudukan kewangan negeri menunjukkan prestasi yang baik, maka pertimbangan akan dibuat untuk membentangkan bajet tambahan ataupun suplimentary budget.

Yang Berhormat Dato’Yang Dipertua, bagi meneruskan sesi penggulungan ini, izinkan saya untuk menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkaitan portfolio Menteri Besar. Pinji, sila.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya sambut baik respon Yang Amat Berhormat berkenaan dengan pendekatan Kerajaan Negeri dalam bajet ini dan sampai juga berkenaan dengan suplimentary budget yang telah dibangkitkan oleh pihak sebelah sini dan juga beberapa orang rakan di sebelah sana. Cuma inginkan sedikit pencerahan khususnya berkenaan dengan Pakej Ransangan Ekonomi. Saya ingin cadang seperti Jawatankuasa Pemandu MOU di peringkat pusat. Sesuatu Jawatankuasa yang rentas parti dan juga sekiranya bolehlah seisi Dewan, di luar Dewan ini, suatu Jawatankuasa Pemandu bagi semakan menjelang Q2 atau hujung Q2 tu supaya kita boleh benor-benor gembeling semua kepala-kepala, kepakaran-kepakaran, tiga orang pakar Menteri Besar, 10 orang Exco supaya kita boleh benor gembeling semua tenaga bagi menetapkan dan memutuskan pada penghujungnya sama ada kita perlukan satu supplimentary budget. Akhirnya tak akan ada rakan-rakan di sebelah sini kata, kenapa kami tak dilibatkan sebab sedangkan kami punya kepakaran-kepakaran. Keduanya berkenaan dengan Kumpulan Wang Disatukan pada kedudukan kita pada sekarang, saya mohon sekiranya angkanya ada, saya mohon sedikit pencerahan. Unjuran pada hujung tahun ini tutup akaun tahun 2021, apakah tanpa mengira apa yang kita bakal luluskan di sini. Apakah apa nama… dia punya baki pada tutup akaun tahun 2021 dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Perak pada saat ini. Unjurannya bagi tutup akaun tahun ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Pinji. Kita berlapang dada untuk menerima cadangan diwujudkan sebuah Jawatankuasa Pemandu. Jika tiba masanya kita nak membentangkan supplimentary budget. Tentu kita akan beri peluang kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat untuk memberi pandangan masing-masing. Yang keduanya, akaun disatukan ini hanya akan ditutup dengan rasminya pada 31 Disember 2021. Tetapi kalau Yang Berhormat perasan, semasa saya bentangkan hari tu, saya katakan pada 30 November 2021, kita berada pada tahap defisit RM99 juta dan unjuran kita pada 31 Disember, defisit mungkin mencecah RM110 juta. Tapi tadi saya sebutkan defisit sehingga 16 Disember, RM73 juta bermakna ada kelebihan dan penambahbaikan dari segi defisit. Jadi angka sebenar kita akan bagi selepas 31 Disember 2021.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan saya adalah mengapa Belanjawan Negeri Perak adalah RM1 bilion sahaja. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana sikap yang bertanggungjawab menghadap pinjaman dan hutan negeri. Tapi kalau kita tengok belanjawan negara kita ada sebanyak RM330 billion. Bukan dikurangkan, sudah ditambahkan. Hutang negara kita sudah mencecah RM1 trilion lebih dan hanya bayar faedah sahaja sudah melebihi saya fikir RM30 bilion setiap tahun. Saya fikir sudah sampai masa Negeri Perak dan Kerajaan Perak ambil alih lebih kuasa untuk membuat keputusan untuk like our own destiny dan lebih bertanggungjawab. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Sila.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Sedikit Yang Berhormat, terima kasih. Saya sangat setuju dengan falsafah realistik ukur baju di badan sendiri dan mengelakkan anak cucu kita terbeban dengan hutang. Cuba kalau itu soal-soal yang itu diterima. Cuma yang saya bimbang ialah dan saya telah sebut perkara ini dalam ucapan. Saya nak soal berlakunya Little Napoleon, dengan izin, yang nampaknya di luar kawalan dan saya bawa contoh ataupun saya paparkan apa yang berlaku di kawasan saya. Jadi pertamanya, wakil rakyat setempat, penghulu tidak dilibatkan, penduduk tidak dibincang dan kita lihat pembangunan itu tidak perlu pun. Ia jadi ini satu perkara yang barangkali terlepas pandang dan sebagainya. Tapi dalam pada kita menyetujui falsafah itu saya bimbang di tempat saya tapi berlaku di tempat yang lain juga perkara yang sama. Jadi kita bimbang perkara seperti itu berlaku dan dilindungi oleh falsafah besar tadi. Itu yang saya Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih kepada dua Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Kepayang, saya berada dalam Dewan ini mulai tahun 1999. Waktu itu bajet Kerajaan Negeri hanyalah sekitar RM700 juta sahaja. Tapi dari masa ke semasa dengan kemampuan Kerajaan Negeri dengan kemasukan lebih banyak pelabur dengan penambahan pendapatan, akhirnya kita telah berjaya untuk membentangkan bajet Kerajaan Negeri lebih daripada RM1 billion. Maknanya kita berbelanja mengikut kemampuan kita. Pada tahun 2022 juga kita berbelanja ikut kemampuan tetapi oleh kerana kita sedar pendapatan kita kurang di sebabkan oleh Pandemik Covid-19. Jadi kita tidak boleh berbelanja besar seperti mana pernah kita lakukan sebelum ini. Sebab macam saya sebutkan dalam bacaan bajet saya dulu selama 12 tahun berturut-turut. Sebelum 2019, setiap hujung tahun kita menutup akaun sebagai surplus. Tetapi 2020 dan 2021, dijangka 2022 pun kita akan ada bajet yang surplus. Jadi kita berbelanja ikut kemampuan. Tak boleh kita bandingkan dengan Persekutuan. Dia Kerajaan Persekutuan. Baik, terima kasih Yang Berhormat Tebing Tinggi.

Bercakap tentang pembangunan kawasan, saya fikir kita telah membuat keputusan semua Ahli Yang Berhormat termasuk pembangkang, telah dijemput dan dilibatkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah masing-masing. So, Yang Berhormat boleh menggunakan platform berkenaan untuk memberi pandangan dalam mesyuarat yang berkenaan yang dipengerusikan oleh pegawai daerah masing-masing. Dato' Yang Dipertua, saya sambung sehubungan itu saya mengambil maklum segala pandangan, sorry saya telah sebut tadi. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi meneruskan sesi penggulungan ini izinkan saya untuk menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat berkaitan portfolio Menteri Besar.

Pertama, Yang Berhormat Batu Kurau, telah membangkitkan isu mengenai peranan agensi dan GLC dalam menyumbang kepada keberhasilan ekonomi Kerajaan Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kurau, agensi dan GLC di bawah Kerajaan Negeri Perak sebenarnya telahpun menyumbang kepada keberhasilan ekonomi Kerajaan Negeri dalam bentuk sumbangan kewangan kepada Kerajaan Negeri dan juga pelaksanaan inisiatif bagi membantu rakyat negeri Perak. Sehingga kini 5 GLC yang memberi sumbangan kepada hasil negeri setakat 16 Disember 2021, jumlah sumbangan GLC yang telah diterima adalah RM40.15 juta. Pecahan sumbangan telah

GLC yang telah memberi sumbangan, seperti berikut, yang pertama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. RM17 juta. Yang kedua Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) RM5 juta. Yang ketiga Perbadanan Menteri Besar (Mb.Inc) RM3 juta. Yang keempat, Lembaga Air Perak RM15 juta. Yang kelima Digital Perak Corporation, RM150,000.00. Selain daripada itu pada tahun 2021, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah berupaya menghasilkan sebanyak RM22 juta. Manakala Mb.Inc menghasilkan sebanyak RM50 juta dalam bentuk royalti bahan batu bagi tahun 2019 hingga tahun 2021. Sementara LAP pula menyumbang RM25 juta bagi tahun 2021 dalam bentuk bayaran royalti air mentah.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Dato’ Seri minta laluan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Sila.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Terima kasih Dato' Seri Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Bila disebut tadi GLC-GLC yang membantu membantu Kerajaan Negeri di dalam sumbangan. Bila disebut Perbadanan Menteri Besar Perak, SADC apa semua, saya terlihat di sini apabila kita mendengar tadi daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyebutkan punca pendapatan kita yang berkurangan dan kos perbelanjaan kita yang sama ataupun yang naik. Kalau kita lihat daripada bajet tahun 2022, untuk JBS, pengurusan bajet untuk pembangunan sahaja diperlukan RM11 juta, daripada RM11 juta tu diperuntukkan pengurusan sungai dan pantai RM5.4 juta. Jadi saya nak memberi pandangan di sini untuk berkongsi dengan yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua ADUN-ADUN. Sepanjang tiga hari perbahasan, kebanyakan ADUN-ADUN membawa masalah di kawasannya, masalah banjir. Jadi apabila kita melihat di sini, saya nak melontarkan satu pandangan kerana apabila pengurusan sungai dan pantai RM5.4 juta yang perlu digunakan untuk lebih daripada 200 kilometer. Sungai yang ada di dalam negeri Perak.

Jadi bagi pandangan saya agak peruntukan itu tidak mencukupi untuk menguruskan sungai dan pantai sepanjang lebih daripada 200 kilometer. Jadi pandangan saya pada hari ini saya nak cuba mengurangkan kos untuk pengurusan sungai tetapi boleh mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri dan boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat supaya masalah banjir ni dapat dikurangkan. Sebagai contoh, saya nak cadangkan untuk dipertimbangkan supaya diberi kepada Perbadanan Menteri Besar ataupun Mb.Inc. 100 kilometer contoh, kita bagi sungai kepada Mb. Inc untuk pastikan sungai ini sentiasa di dalam kedalamannya yang cukup maintenance yang dibuatnya mengikut spesifikasi yang diberikan oleh JBS. Daripada kedalaman sungai itu akan mendapatkan hasil. Sekurang-kurangnya ada pasir, sekurang-kurangnya ada mineral lain yang dalam tu yang boleh menjadi hasilkan kepada Kerajaan Negeri. Jadi Perbadanan Menteri Besar akan dapat pendapatan, Kerajaan Negeri akan dapat pendapatan daripada pasir ataupun apa-apa mineral. JBS akan dapat kurangkan kos dia untuk menguruskan sungai dan pantai yang telah ditetapkan. Ini pandangan saya, minta Dato' Seri pertimbangkan. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Amat Berhormat saya nak nyatakan di sini bahawa pandangan saya bersekalilah dengan YB tadi. Sebenarnya perkara ini telah saya bawakan dalam pada kerajaan terdahulu. Sebab di Sungai Siput kami juga menghadapi masalah yang sama. JBS selalu perlu korek sungai, korek sungai tak habis-habis cerita tapi banjirnya pun selalu berlaku. Jadi kesian juga penjawat-penjawat awam dan juga terutamanya penduduk-penduduk di situ. Tetapi saya pernah check dengan JPS. Masalahnya, salah satu masalahnya adalah teknologi yang digunakan, saya pernah syorkan supaya diletakkan seorang pelombong pasir di kawasan-kawasan sungai kecil supaya nak menaikkan pasir dan mereka diberikan hak untuk mengeluarkan pasir dan membayar cukai tetapi teknologi mengeluarkan pasir itu tidak dibenarkan digunakan. Jadi saya harap Yang Amat Berhormat dapat melihat kepada isu ini dan atas tempat-tempat khas, tempat-tempat tertentu dibenarkan untuk mereka menggunakan teknologi yang mungkin kita katakan sedikit mencemar, ataupun sedikit kebelakangan dalam segi teknologi tetapi membawa hasil kepada negeri dan juga kebaikan orang awam. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Pengkalan Hulu dan juga Jalong dan pandangan itu akan diperhalusi oleh Kerajaan Negeri jika ia boleh dilaksanakan. Terima kasih. Dato' Yang Dipertua, selain daripada sumbangan dalam bentuk wang tunai oleh GLC, terdapat juga sumbangan secara langsung kepada rakyat melalui inisiatif-inisiatif bagi merancakkan sektor pertanian dan usahawan serta program-program tanggungjawab sosial korporat CSR. Sebagai contoh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah melancarkan program pertanian bandar dengan jumlah keluasan sekitar 7.47 ekar serta melibatkan 6540 orang peserta. Selain itu, pembangunan hub halal daging Perak juga dapat melonjakkan pengeluaran daging lembu di negeri Perak. Usahawan-usahawan di negeri Perak juga mendapat sokongan agensi kerajaan seperti Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri Perak, Yayasan Perak, Yayasan Bina Upaya melalui program-program pembangunan usahawan yang menyediakan geran pinjaman tanpa faedah, kursus serta program pemantapan usahawan di negeri Perak.

Dalam usaha untuk memastikan agensi memfokuskan teras perniagaan masing-masing, beberapa inisiatif telah dilaksanakan. Sebagai contoh PKNP sedang melaksanakan pelan transformasi hala tuju accepting, reality and moving forward melibatkan 3 fasa mitigasi atau pemulihan. Penyatuan segmen perniagaan dan rangka hala tuju. PKNP mengambil pendekatan untuk memanfaatkan sumber sedia ada dan melaksanakan consolidation of business activities bagi memastikan hanya anak syarikat yang berpotensi dan berdaya saing sahaja yang akan dikekalkan.

Yang berhormat Batu Kurau juga mencadangkan supaya pejabat tanah menambahbaik proses kelulusan projek dengan melihat kepada permohonan di setiap mukim. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kurau, pentadbiran tanah melaksanakan kajian dan semakan berterusan dalam menambah baik proses kerja dan mempercepatkan tempoh keputusan bagi sesuatu permohonan tanah. Antara inisiatif yang telah dibuat ialah pelaksanaan perwakilan kuasa daripada Pihak Berkuasa Negeri kepada Pengarah Tanah Dan Galian dan Pentadbir Tanah Daerah dalam mempertimbangkan permohonan tertentu bagi mempercepatkan proses. Kerajaan Negeri juga telah meluluskan pendekatan dan penambahbaikan bagi penyelesaian tunggakan permohonan tanah. Antaranya pertama, pejabat tanah dan daerah hanya perlu mendapatkan ulasan jabatan teknikal yang berkaitan sahaja untuk sesuatu permohonan selain daripada ulasan jabatan yang wajib dikemukakan. Yang kedua maklumat dalam Rancangan Tempatan Daerah atau RTD yang berkaitan boleh digunakan sebagai rujukan kesesuaian aktiviti bagi sesuatu permohonan. Yang ketiga, permohonan-permohonan tertentu sahaja dibawa untuk pertimbangan

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah iaitu permohonan tanah rancangan dan permohonan yang bertindih. Keempat menguatkuasakan sepenuhnya pelaksanaan One Stop Centre OSC, ulasan teknikal oleh pejabat tanah dan daerah. Kelima maksimumkan penggunaan aplikasi dan teknologi dalam penyediaan laporan tanah seperti penggunaan google earth terkini dan juga dron dalam siasatan tanah. Yang keenam bagi mempercepatkan proses pemberimilikan kepada peserta, Rancangan Perkampungan Tersusun dan Rancangan Pertanian Berkelompok, Pihak Berkuasa Negeri telah memberi kuasa kepada pentadbir tanah dan daerah untuk melaksanakan pemilihan peserta tanpa perlu diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk dipertimbangkan. Yang ketujuh menambahbaik proses permohonan dengan meletakkan tempoh masa untuk memproses permohonan pemberimilikan tanah iaitu selama 190 hari bermula dari tarikh penerimaan permohonan sehingga keputusan permohonan disampaikan. Ia telah pun dimulakan mulai 1 April 2021. Yang kelapan pelaksanaan sistem eTanah yang mula diguna pakai mulai 15 Februari juga telah dilihat akan membantu mempercepatkan proses permohonan melalui ruang penambahbaikan seperti integrasi dengan sistem-sistem di agensi lain yang berkaitan.

Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Tebing Tinggi telah menarik perhatian Dewan ini apabila membangkitkan status penambahbaikan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Tebing Tinggi, gerak kerja, usaha baik bagi penambahbaikan telah bermula pada tahun 2019. Penambahbaikan melibatkan usaha-usaha memperkemaskan struktur ayat, menggunakan tatabahasa yang tepat, penyelarasan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan cadangan perkara-perkara baharu seperti pengiktirafan kepada Ketua Pembangkang, siaran langsung semasa persidangan, penubuhan jawatankuasa baharu dan lain-lain lagi. Beberapa sesi bengkel penambahbaikan yang telah diadakan melibatkan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Negeri Perak, wakil Ahli Dewan Negeri dari blok kerajaan dan blok pembangkang, mantan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, pensyarah undang-undang dari Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA, penyelidik Parlimen wakil Dewan Undangan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang serta Ahli Dewan Negeri Belia Negeri Perak. Sukacita saya maklumkan kepada Yang Hormat Tebing Tinggi, satu usul cadangan pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak akan dibawa pada hari Isnin bersamaan 20 Disember 2021 bagi membolehkan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap menjalankan fungsinya secara lebih rasmi dengan usul ini jika diluluskan pada hari Isnin, maka cadangan penambahbaikan tersebut akan dibawa ke sidang Dewan negeri yang akan datang.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, seterusnya saya ingin memberi maklum terhadap isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chenderiang berhubung langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk merancakkan lagi pembangunan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai melalui Sekretariat Pulau Bebas Cukai Pangkor. Seperti Yang Berhormat Chenderiang sedia maklum, Pulau Pangkor telah isytihar sebagai Pulau Bebas Cukai bermula pada 1 Januari 2020 yang lalu. Sejak pengisytiharan tersebut Sekretariat Pulau Bebas Cukai Pangkor telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pengurusan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai merangkumi aspek-aspek pembangunan infrastruktur, pelancongan dan juga komuniti. Sepertimana pulau-pulau bebas cukai yang lain, seperti Langkawi, Tioman dan Labuan, Pulau Pangkor juga akan mempunyai satu badan mengurus untuk mengawal selia pembangunan pulau berkenaan sebagai Pulau Bebas Cukai. Dalam usaha untuk memperkasakan sektor ini Kerajaan Negeri akan memperhalusi beberapa cadangan yang sesuai untuk diguna pakai di dalam penubuhan badan mengurus berkenaan.

Yang Berhormat Chenderiang juga menyebut bahawa peruntukan RM19.94 juta telah diperuntukkan untuk pelbagai projek di Pulau Pangkor sejumlah RM12 juta daripadanya adalah untuk teksi elektrik. Untuk makluman Yang Berhormat, dekat ini Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah berikut ke arah pelaksanaan projek ini. Pertama sesi libat urus bersama jabatan dan agensi teknikal. Kedua sesi townhall bersama para pengusaha kereta sewa daripada kumpulan syarikat pengendali, pihak Koperasi Pemandu Kereta Sewa Pulau Pangkor serta wakil-wakil jabatan dan agensi. Ketiga beberapa sesi pembentangan modul pelaksanaan bersama agensi teknikal. Setakat ini Kerajaan Negeri masih dalam peringkat memperhalusi kebolehlaksanaan projek ini dengan mengambil kira beberapa komponen teknikal dan permasalahan sedia ada yang dibangkitkan seperti isu pemilikan lesen dan permit penguatkuasaan, dasar kemasukan kenderaan sedia ada di Pulau Pangkor, pelupusan aset serta penyediaan fasiliti dan kemudahan. Sementara itu, baki RM7.94 juta lagi telah dibelanjakan untuk projek-projek berikut:

(i) Pertama, Tempat Pendaratan Kargo, Pulau Pangkor RM0.5 juta; (ii) Kedua, Pembinaan Struktur Ruang Menunggu Jeti Pulau Pangkor RM0.3 juta; (iii) Ketiga, Pembinaan Bangunan Tandas dan Surau di Teluk Nipah RM0.45 juta; (iv) Keempat, dalam proses pelaksanaan membina Arena Square, ruang perniagaan dan restoran terapung Teluk Baharu RM3 juta; dan (v) Kelima, dalam pelaksanaan membina ruang perniagaan bazar di Teluk Nipah RM3.69 juta .

Ahli Yang Berhormat Chenderiang juga telah bertanyakan status pembangunan projek Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Sungai Manik. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang memperhalusi komponen, skop dan kos projek terkini yang telah dikemas kini dan dikemukakan oleh JKR Negeri Perak pada November 2021 bagi tujuan penentuan siling projek kelak. Sekiranya semua keperluan dan dokumentasi telah dilengkapkan, maka projek ini boleh di bida untuk dilaksanakan di bawah peruntukan tahun 2023 kelak tertakluk kepada keperluan dan kelulusan pada masa hadapan juga. Selain itu UPEN juga telah dimaklumkan bahawa kos projek akan meningkat sebanyak 40% atau bersamaan RM13.8 juta berbanding dengan kos pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Tambun. Ia disebabkan oleh tiga faktor utama iaitu kerja-kerja rawatan tanah, penambahbaikan sistem saliran dan longkang serta faktor kenaikan kos bahan binaan selepas PKP.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipetua, dalam sesi perbahasan Yang Berhormat Simpang Pulai membangkitkan mengenai anggaran hasil yang akan dikutip oleh Kerajaan Negeri melalui tujuh jenis hasil baharu pada tahun hadapan. Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Pulai, adalah diunjurkan keseluruhan hasil baru tahun hadapan melalui hasil-hasil baru berkenaan adalah RM81.3 juta iaitu meliputi pecahan seperti berikut:

(i) Unjuran pertama, pemberimilikan tanah kerajaan bagi tujuan talian rentis TNB dianggarkan RM13 juta;

(ii) Kedua, penggunaan caj eksport perlombongan atau bahan mineral kepada produk akhir dan pemprosesan bahan mineral kuari dianggarkan berjumlah RM30 juta; (iii) Ketiga, pembinaan 150 menara telekomunikasi di bawah Pelan JENDELA dianggarkan berjumlah RM0.3 juta; (iv) Keempat, hasil pelupusan tanah secara tender dianggarkan berjumlah RM30 juta; (v) Yang kelima, pengeluaran permit khas projek solar dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga boleh memberi pendapatan tambahan dengan anggaran RM2 juta; (vi) Yang keenam, semakan semula kawasan RNR PLUS dan WCE dengan kadar Premium dan cukai berorientasikan komersial disasarkan menambah hasil kerajaan sebanyak RM1 juta; (vii) Ketujuh, pengenaan caj bagi mana-mana tanah kerajaan yang telah dirizabkan kepada Kerajaan Persekutuan khususnya bagi kegunaan komersial di bawah pajakan tanah rizab dalam konteks ini telah dikenal pasti penggunaan tanah bagi tujuan projek Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dan jajaran utiliti termasuk paip gas dengan anggaran kutipan yang boleh diperolehi sebanyak RM5 juta.

Dato' yang Dipertua, Yang Berhormat Ayer Kuning sentiasa prihatin bagi projek Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang. Oleh itu, sukacita saya maklumkan di sini bahawa Kerajaan Negeri sentiasa memastikan projek pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan adalah mengikut skop komponen yang tertakluk dalam kontrak. Sekiranya peruntukan tambahan diperlukan, kos tersebut perlu di bida semula memandangkan kos tersebut merupakan satu komponen baru bagi projek ini. Skop pembinaan dewan serbaguna, surau dan kantin telah dikeluarkan daripada skop asal pada tahun 2016 kerana kekangan kewangan. Kerajaan Negeri akan menilai keutamaan projek pembinaan dewan serbaguna, surau dan kantin Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang dalam bajet yang akan datang.

Oleh itu, berdasarkan jumlah peratus, maaf. Seterusnya kuota maksima penempatan keseluruhan pelajar di setiap Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan adalah seramai 150 orang berdasarkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Berdasarkan data yang terkini, didapati terdapat 95 orang pelajar telah ditempatkan di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang dengan kapasiti 63.3%. Oleh itu, berdasarkan jumlah peratus kekosongan sedia ada, iaitu 36.7%, pihak Jabatan Agama Islam Perak bersama dengan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang boleh menambah lagi bilangan pelajar dengan tujuan untuk memaksimumkan operasi sekolah dan membuka peluang kepada lebih ramai pelajar di kawasan Tapah.

Yang Berhormat Dato’ Dipertua, Yang Berhormat Pasir Pinji pula bertanyakan butiran perbelanjaan baki-baki Akaun Amanah Tanggungjawab Sosial Korporat TNB Jana Manjung bagi tahun 2020. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, sebanyak RM8.66 juta Akaun Amanah Tanggungjawab Sosial Korporat TNB Jana Manjung telah dibelanjakan seperti bulan butiran berikut :

(i) Pertama, pelbagai program bantuan berkaitan Covid-19, RM5.085 juta;

(ii) Kedua, program bantuan pembasmian kemiskinan RM0.255 juta;

(iii) Ketiga, program bantuan pembangunan ekonomi RM0.652 juta;

(iv) Keempat, program bantuan untuk pendidikan RM2.625 juta; dan (v) Kelima, program atau bantuan projek lain bencana RM0.043 juta. Jumlahnya RM8.66 juta.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, dengan penuh minat dan semangat yang tinggi, Yang Berhormat Pasir Pinji juga telah bertanyakan mengenai status kajian persediaan pasca pandemik dan endemik Covid-19 Negeri Perak yang digerakkan oleh IDR bersama-sama dengan perwakilan Dewan Belia. Kajian ini telah bermula pada 12 Oktober sehingga 30 November 2021. Buat masa ini kajian ini berada dalam fasa analisa data yang dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2022. Menjawab soalan Yang Berhormat, hasil dapatan kajian yang dilakukan ini akan memberi manfaat kepada ekonomi dari segi penghasilan garis panduan dalam perangkaan inisiatif dan program untuk rakyat Perak memandangkan kerajaan negeri memfokuskan kepada persiapan ke arah membuat keputusan berasaskan data atau data Driven Decision Making.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, amat menarik sekali apabila Yang Berhormat Sungai Rapat telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri bermurah hati menaikkan peruntukan OG kepada RM200 ribu di samping peruntukan pemacu RM200 ribu kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya amat memahami hasrat yang berhormat Sungai Rapat, cuma Yang Berhormat Dato’ Seri, dukacitalah saya tidak dapat memenuhi permintaan itu atas sebab-sebab berikut :

(i) Pertama kemampuan kewangan yang terbatas. RM300 ribu yang diluluskan pada tahun 2022 ini adalah lebih besar daripada RM200 ribu yang diluluskan pada tahun semasa.

(ii) Kedua, agihan 100,000 secara outright grant adalah wajar berasaskan pandangan daripada Jabatan Audit Negara supaya Kerajaan Negeri menumpukan perbelanjaan kepada pelaksanaan projek-projek fizikal.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat Pantai Remis pula, Hutan Simpan Segari Melintang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada 3 Mei 1956 dan dikelaskan sebagai hutan pengeluar. Setakat ini Kerajaan Negeri tidak ada perancangan untuk mewartakannya sebagai taman negeri sebaliknya seluas 2170 hektar akan diklasifikasikan semula sebagai hutan perlindungan. Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga telah melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan di Negeri Perak berdasarkan kepada Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Perak 2016-2025 selaras dengan peruntukan di dalam Akta Perhutanan Negara 1984.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Amat Berhormat patah balik ke CSR TNB Janamanjung. Sudah tentu closing RM86.66 juta TNB Janamanjung itu dalam tempoh tahun 2020 sudah tentu ada sumbangan balik untuk top-up balik sekiranya inilah soalan dia adakah sumbangan TNB Jana Manjung bagi tahun 2020 dan 2021 ada tambahan sebab kita tak dapat nak cari butiran dia kat penyata kewangan dan memang dia kalau tak silap dia dia bubuh bawah hasil bukan cukai. Tapi kita nak mohon pencerahan sama ada tahun lepas TNB ada bagi ke tidak. Kalau tak ada bagi kenapa sebab depa terus untung pun dan mohon sikit pandangan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Yang Amat Berhormat tentang Hutan Simpanan Kekal Segari Melintang, jika pihak kerajaan tiada perancangan untuk masukkan dia sebagai taman negeri jadi apakah langkah-langkah yang akan diambil supaya kita dapat menahan aktiviti-aktiviti yang menerokai yang secara haram dan yang contoh yang saya bagi hari tu adalah air terjun yang telah di tercemar sejak Januari tahun ini sampai sekarang tiada apa-apa kita kata langkah-langkah yang untuk membaikpulihnya telah diambil. Tapi kita pun tidak nampak bagi pihak kerajaan juga ada ambil apa-apa tindakan dan kebelakangan ini ada dua lagi tanah di kawasan itu juga walaupun dia telah diberi hak milik kepada tuan tanah tetapi mereka telah menerokai tanpa kelulusan dari pihak berkuasa. Walaupun telah diberi arahan untuk berhentikan segala aktiviti tetapi itulah masalahnya kerana kita tidak ada penguatkuasa yang begitu kita kata cekap dan penguatkuasaan yang begitu ketat kepada mereka-mereka yang menjalani aktiviti-aktiviti di dalam hutan simpanan kekal secara haram.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Untuk jawapan kepada Yang Berhormat Pasir Pinji. Sumbangan daripada Janamanjung setakat tahun 2020 sahaja. Itulah penamat yang tidak ada lagi sumbangan tambahan selepas itu. Berkaitan dengan perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pantai Remis suka saya maklumkan bahawa sebarang usaha mitigasi atau remedi kepada sebarang berlakunya landslide atau bencana alam maka ia adalah tertakluk kepada ulasan dan nasihat teknikal oleh Jabatan Alam Sekitar. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya buat mitigasi tanpa garis panduan yang jelas kerana Jabatan Alam Sekitar yang akan menentukan sama ada kawasan tersebut berada dalam situasi mematuhi SOP Jabatan Alam Sekitar atau sebaliknya. Saya faham maksudnya Yang Berhormat dan Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk menyelamatkan kawasan yang disebutkan sebentar tadi. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua,

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Amat Berhormat, Yang Amat Berhormat sedikit lagi pasal CSR Janamanjung. Saya faham memang agak sukar untuk Yang Berhormat bagi butiran secara detail penerima-penerima RM8.66 juta itu tapi saya mohon jasa baik Yang Amat Berhormat untuk bagi penerima atau jabatan mana yang dapat, GLC mana yang dapat, NGO mana yang dapat kerana dengan sangka baiklah saya rasa butiran-butiran atau sebab-sebab yang dinyatakan amat baik tapi kita nak tengok sama ada ada ketirisan atau tidak kepada pihak yang menerima itu satu. Keduanya, adakah dia berhenti setakat 2020 sahaja berkaitan dengan krisis enakmen persisiran pantai yang kita hadapi yang dahlah kita sembang panjang lebar dan sama ada akan ada permintaan Kerajaan Negeri. Kita tahulah Janamanjung terus guna air laut kita. Sekiranya mereka terus guna dan kita tersekat nak ambil hasil daripada depa adakah Kerajaan Negeri akan teruskan usaha untuk berbincang dengan TNB untuk mereka top-up lah dengan izin dengan kekurangan hasil kita sama ada depa nak sumbang balik ke tidak. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Sumbangan yang diberikan sebelum ini sehingga 2020 berasaskan kepada persefahaman bersama. Setakat itu sahaja sumbangannya sebagai CSR daripada syarikat Janamanjung. Jika kita berhasrat untuk mendapatkan tambahan kita kena usahalah lebih hemah untuk memohon tambahan tersebut.

Dato’ Yang Dipertua. Saya sambung tadi berkaitan dengan hutan simpan kekal di Pantai Remis. Ia juga turut mengandungi senarai arahan berhubung dengan langkah langkah yang dicadangkan bagi menghadapi dan mengurangkan kesan negatif dari pelaksanaan pelbagai aktiviti perhutanan terhadap sumber biodiversiti, alam sekitar dan lain-lain ekosistem hutan. Semakan semula separuh penggal akan dibuat iaitu setiap 5 tahun. Selain itu pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala ke atas hutan simpan kekal juga dibuat oleh Pejabat Hutan Daerah. Bagi menjamin kelestarian kawasan ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk meluluskan sebarang permohonan baru bagi mengusaha hasil mineral dan bahan batu di kawasan hutan simpan Segari Melintang. Dalam pada itu semakan semula kepada semua kelulusan sedia ada yang tidak beroperasi atau berstatus quo membolehkan kajian kepada kelulusan semasa dikemukakan untuk dicadangkan pembatalan kawasan sedia ada yang tidak terlibat dengan aktiviti perlombongan.

Kerajaan Negeri telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengatasi masalah hakisan bagi kawasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pantai Remis segala arahan daripada pihak JAS bagi pelaksanaan kerja-kerja remedi telah dipatuhi sepenuhnya oleh kontraktor lantikan MB Inc. merangkumi kerja-kerja pembersihan di kawasan bawah alur air bermusim, penyediaan best management practices seperti silt trap, silt fence, division channel, penanaman pokok dan penghijauan semula kawasan lereng-lereng bukit menggunakan greenmart dan juga hydroseeding. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah menarik balik perintah berhenti kerja pada 25 November 2021 manakala Pejabat Hutan Daerah Kinta Manjung telah menarik balik notis Borang 2 pada 3 Disember 2021. Oleh itu operasi pengkuarian di kawasan ini sudah boleh diteruskan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam kelulusan EIA dan lesen kecil.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri turut memahami keluh kesah yang disuarakan oleh Yang Berhormat Pantai Remis mengenai isu kelewatan memproses permohonan pembangunan tanah oleh PTG. Saya telah memberi jawapan, jawapan yang sama seperti mana telah saya berikan masa saya menggulung perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kurau.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, seterusnya tersentuh hati kecil saya apabila Yang Berhormat Aulong mendakwa kerajaan persekutuan telah menganaktirikan Negeri Perak dalam agihan peruntukan kepada perbadanan kemajuan negeri-negeri iaitu kepada PKNP. Walau bagaimanapun setelah mendengar hujah oleh Yang Berhormat Aulong saya telah memohon pegawai-pegawai untuk kembali menyiasat apakah dakwaan itu benar. Bberdasarkan semakan yang dibuat didapati PKNP telah menerima peruntukan sebanyak RM37.88 juta daripada jumlah RM74.32 juta yang dijanjikan di bawah projek khas yang diberikan sejak tahun 2019 hingga tahun 2021.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, sejak tahun 2019 saya juga didendangkan dengan dakwaan kononnya, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM600 juta dalam projek MAPS. Sejak itu, sebab tu saya sebagai Ketua Pembangkang lagi saya telah menafikan kedakwaan ini kerana MAPS dibangunkan oleh Perak Corporation Berhad Development Sdn Bhd, PCB Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Perak Corporation Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia. Kerajaan Negeri Perak tidak pernah membiayai projek ini. Sebaliknya, ia dibiayai oleh PCB Development Sdn Bhd melalui pinjaman daripada beberapa institusi kewangan. Oleh itu tidak timbul Kerajaan Negeri rugi atau pun berputar seperti mana yang didakwa. Sebagai Menteri Besar, hari ini saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat dengan sebarang hutang dan tidak bertanggungjawab untuk membayar hutang berkenaan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri juga tidak mencampuri urusan perniagaan syarikat berkenaan kerana ia diuruskan secara profesional oleh Lembaga Pengarah dan Badan Pengurusan Syarikat. Dalam erti kata lain, Kerajaan Negeri tidak mempunyai locus standi untuk mencampuri urusan syarikat yang berkenaan. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya memahami...

Boleh celah sikit. Ya berkaitan dengan MAPS ini, ini telah jadi isu yang hangat di negeri kita ini. Sekarang Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai locus standi atau kepentingan dalam bajet ini. Kalau locus standi takde kepentingan. Hanya kita nak tahu. Adakah Kerajaan Negeri melaburkan wang kerajaan dalam projek ini? Itu saja atau memberi gerenti kepada mana-mana agensi yang mempunyai kepentingan dalam projek ini.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Jawapannya dia tidak. Kerana kita tidak mengeluarkan wang satu sen pun untuk melabur dan tidak terikat dengan jaminan kepada mana-mana institusi kewangan.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Minta laluan. Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Saya terkejut selepas Menteri Besar sebut Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam urusan MAPS itu. Sampai sekarang saya fikirlah semua ADUN-ADUN di sini pun tak dapat tak boleh terima itu adalah satu hakikat. Hanya soalan saya tapak MAPS itu dimiliki oleh siapa? Oleh Kerajaan Negeri ke atau MAPS sudah dijual kepada MAPS dengan harga berapa? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato’ Yang Dipertua, saya konsisten dengan jawapan saya. Sebenarnya MAPS dibangunkan oleh Syarikat PCB Development Sdn Bhd iaitu anak syarikat kepada Perak Corporation Berhad sebuah syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. PCB adalah merupakan sebuah syarikat tersenarai di mana PKNP ada 56% di dalamnya di dalam PCB. Bukan dalam PCBD. Segala urusan perniagaan membangunkan MAPS dibuat oleh PCBD. Dia ada lembaga pengarah dia sendiri dia ada CEO dia sendiri dan semua keputusan ialah keputusan perniagaan. Kerajaan Negeri hanya ada 56% dalam PCB Perak Corporation Berhad. Perak Corporation Berhad menubuhkan anak syarikat PCBD Development yang menjalankan MAPS. So Kerajaan Negeri tak boleh buat keputusan. Kita tak ada locus standi di situ. Yang Berhormat, itulah perjalanan dia.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Adakah Menteri Besar sekarang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak tiada kena mengena dengan apa yang berlaku atau pun apa yang telah berlaku atau pun telah berlaku kepada MAPS.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Nak jawab tak ada kena-mengena dia buat dalam negeri Perak. Dia berada dalam negeri Perak tapi saya nak maksudkan tadi ialah Kerajaan Negeri tidak boleh buat apa-apa keputusan sebab dia bukan pelaburan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri tak mahu keluar duit satu sen pun dan kita juga tidak menjamin apa-apa hutang pinjaman yang dibuat oleh PCBD Development. So urusan itu urusan dia, rugi atau untung urusan dia dan kena selesaikan sendiri. Cuma sebagai Menteri Besar yang mempengerusikan PKNP sudah tentulah saya mengambil kira ada 56% dalam Perak Corporation Berhad. Saya akan cuba sedaya upaya untuk facilitate membantu di mana kita boleh bantu supaya kerajaan ini atau pun syarikat dapat menyelesaikan hutang-hutang yang dilakukan atas perniagaannya sendiri. Ya, sila.

Yang Berhormat, adakah ini bermakna PKNP mempunyai 51% saham dalam PCB? dan PKNP adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Perak. Tidak dapat dinafikan PKNP adalah anak syarikat kerajaan Perak. Maka the Nexus itu di antara Kerajaan Negeri Perak dengan PCB itu memang wujud di bawah undang-undang. Bagaimanakah Yang Amat Berhormat boleh menyatakan bahawa tidak ada Nexus langsung. Is cannot be. They has to be.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Kita kena dapat memahami betul-betul isu ini. Jika PKNP yang rugi, yes. Jika PKNP rugi yes itu adalah kesan langsung kepada Kerajaan Negeri sebab kita ada 56% dalamnya. Tapi bukan PKNP yang rugi. Yang rugi ialah PCB Development Sdn Bhd yang menguruskan MAPS. Macam mana kita nak campur. Dato' Yang Dipertua, itulah jawapan dia.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Yang Berhormat, saya nak menyinggung sedikit. Saya tidak menafikan daripada segi undang-undang pemisahan yang begitu ketara dapat kita katakan. Tetapi apa yang menjadi masalah atau pun yang menjadi isu dalam beberapa sidang termasuk kali ini terutama di kalangan rakan-rakan saya ialah bahawa projek berkenaan tidak mungkin akan berlaku atau pun dapat berjalan tanpa lesen daripada Kerajaan Negeri. Itu satu kenyataan yang saya fikir tak boleh dinafikan. Saya tidak dinafikan soal undang-undang dan sebagainya yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Tetapi apa yang menjadi masalah kepada kita ialah bahawa benda ini kesan kepada imej dan juga apa yang tepat saya katakan political atau pun politik di pihak Kerajaan Negeri dan ini satu perkara yang saya fikir tidak boleh dinafikan dan kerajaan siapa pun Menteri Besar mana pun selepas ini terpaksa menangani masalah atau pun gajah putih yang telah jadi bangkai sekarang. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya bersetuju dengan pendapat itu sebab dia gagal dalam negeri Perak maka imej negeri Perak tercalar. Tapi perbincangan saya tadi berkisar kepada dakwaan mengatakan Kerajaan Negeri rugi RM60 juta. Itu tidak asal. Kerajaan tak rugi sebab kita tak melabur. Itulah jawapannya kita tak rugi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Betul saya tak menafikan Yang Berhormat tapi nak buat apa tu pun nak score belting pun kita nak melihat realiti dan kenyataan yang sebenar yang berlaku yang rakyat tengok dan seluruh negara tengok. Sama juga kalau bercakap Malaysia Airline rugi, Kerajaan Malaysia yang malu. Walau pun legally dia tidak terlibat. Sama juga dengan yang lain-lain. 1MDB pun serupa juga. Makna kalau dari segi undang-undang memang tidak ada tetapi daripada segi politik dari segi kesan kepada ekonomi negara dan negeri, memang ada.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Betul lah. Betul lah kesannya kepada ekonomi negeri kepada imej negeri tercalar, betul. Saya nak jawab ni ialah berkaitan dengan dakwaan kata RM600 juta ini dan saya percaya ia pun telah diaudit semasa saya masih jadi Ketua Pembangkang saya ingat Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada Pakatan Harapan mengetahui ia telah diaudit dan laporan audit pun telah keluar. Jadi semua orang boleh membaca laporan audit tersebut untuk melihat apa sebenarnya berlaku. Saya cuma tadi respon kepada dakwaan RM 600 juta.

Adakah Yang Berhormat, Amat Berhormat Menteri Besar juga menyatakan bahawa PKNP juga tidak mengalami apa-apa kerugian dan juga ataupun adakah PKNP tidak untung dalam segala projek ini?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, PKNP pun tidak melabur dalam itu. Ia adalah listed company. Ibunya ialah Perak Corporation Berhad. Dia listed company. Dia adalah dana awam. Dia yang pinjam atau anak syarikat yang pinjam. Bukan-bukan kata PKNP melabur. PKNP dia ada share 56% dalam PCB. Kalau PCB rugi bukan atas apa bisnes MAPS, maka kemungkinan untuk PKNP rugi tu ada sebab dia ada 56% dalam PCB tapi dia tidak dia tidak rugi kerana dia melabur dalam MAPS. Dia tak rugi. Dia kan pelabur dalam pelaburan dalam MAPS itu. Dia hanya pemegang syer dalam PCB.

Dr. Ko Chung SenDAP · PHKepayang

Terima kasih. tadi Yang Amat Berhormat tidak jawab soalan saya. Siapakah pemilik tapak MAPS itu? Sudah kerajaan jual tapak itu kepada PCB ke atau mereka bayar sewa setiap bulan sebelum gulung tirai? Apakah keuntungan negeri Perak Kerajaan Negeri.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Tanah tersebut adalah tanah hak milik Perak Corporation Berhad. Jadi apabila dia menubuh anak syarikat, anak syarikat dia berniaga di atas tanah milik dia. Itu sahajalah. Ok, Yang Berhormat. Panjang cerita tu. Tak habis karang ni. Ok, saya nak sebutkan di sini sekali lagi. Kerajaan Negeri Perak tidak pernah membiayai projek ini sebaliknya ia dibiayai oleh PCB Development melalui pinjaman daripada beberapa institusi kewangan. Oleh itu, tidak timbul Kerajaan Negeri rugi atau pun berhutang sepertimana yang didakwa.

Baik, Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, saya memahami hasrat yang ingin disampaikan oleh Yang Berhormat Behrang semasa membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Behrang, setakat ini Dewan Undangan Negeri Perak telah menggubal dan meluluskan sebanyak 453 enakmen yang terdiri daripada 260 enakmen ibu dan 193 enakmen pindaan tidak termasuk undang-undang subsidiari. Semakan ke atas enakmen-enakmen sedia ada merupakan proses yang berterusan. Lazimnya penyemakan enakmen dibuat atas permintaan jabatan atau agensi ataupun atas syor oleh Pesuruhjaya Penyemakan. Beberapa enakmen negeri telahpun disemak setakat ini yang termasuklah State Secretary Perak Incorporated Enakmen 1951, Menteri Besar Incorporated Enakmen 1951, Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Perak 1967, Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.

Tindakan lanjut sedang dijalankan bagi menyemak enakmen-enakmen ini. Maaf, tindakan lanjut sedang dijalankan bagi menyemak enakmen-enakmen lain.

Seksyen 8 tidak memperuntukkan tempoh masa spesifik untuk tindakan penyemakan ini diselesaikan. Justeru, proses ini akan terus dipergiatkan bagi memenuhi pematuhan peruntukan ini. Sepanjang proses ini berlangsung enakmen yang terbabit masih lagi berkuatkuasa sesuai dengan peredaran zaman undang-undang negeri dalam softcopy boleh didapati secara dalam talian menerusi pangkalan data berbayar seperti Lonex dan CLJ serta laman sesawang jabatan perkaitan. Salinan fizikal juga boleh didapati di Perpustakaan Awam di seluruh Negeri Perak. Bersesuaian dengan ini satu usul untuk mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak Darul Ridzuan akan dibawa pada hari Isnin, 20 Disember 2021. Insyaallah jawatankuasa ini akan bertanggungjawab untuk mengkaji sebarang keperluan pindaan kepada enakmen-enakmen Negeri Perak. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua,

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Boleh mencelah?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Sila.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Yang Amat Berhormat, saya tertarik dengan jawapan dan boleh diterimalah cuma saya ingin menarik perhatian semula kepada Seksyen 8 dalam enakmen yang disebutkan Enakmen Penyemakan Undang-Undang. Perkataan yang digunakan disitu ialah seberapa segera yang boleh. So, isunya sekarang 2021 dia diluluskan 2005. Jadi lebih pada 10 tahun itu. Dia tak segeralah tu. Itu yang saya rasa yang saya tanyakan adakah setakat ini sebarang warta tentangnya. Kalau tak ada pun tak apa. Kita akan buat tu kan cuma nak dapat kepastian sebab hanya pejabat LA saja yang tahu tentang kewujudan warta tu. So, saya nak dapat pencerahan ada atau tidak notification dalam bentuk warta itu. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Behrang dan saya percaya semua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi dapat kita laksanakan setelah nanti kita meluluskan cadangan mewujudkan pengwujudan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak. Bila diwujudkan nanti maka Yang Berhormat akan dilibatkan untuk memberi pandangan kepada semua perkara yang kita fikirkan ia memerlukan penambahbaikan jika terdapat kelemahan di sana sini kerana kita faham ia merupakan enakmen yang agak lama yang telah dibentangkan di Dewan ini. Yang Berhormat Yang Dipertua, sedikit masa baki yang ada saya mohon izin untuk menggulung perbahasan bagi pihak Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pasir Pinji dan Kepayang berhubung projek Pembangunan Silvervalley Technology Park. Projek ini dalam proses mendapatkan kelulusan kebenaran merancang (KM) daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan yang terlibat kini sedang menyemak keperluan-keperluan teknikal projek pembangunan ini agar ia dapat mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan sebelum kelulusan merancang dapat diberikan. Walaupun projek ini menjadi keutamaan Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan sektor perindustrian serta ekonomi di Negeri Perak namun, pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan pematuhan tatacara pelaksanaan projek pembangunan agar selari dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa bagi menjamin kepentingan dan keselamatan setiap pihak terutama kepentingan orang awam sentiasa terpelihara.

Dalam masa yang sama pihak berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang bertindak sebagai selaku master developer projek pembangunan Silvervalley Technology Park kini sedang menyediakan rekabentuk terperinci projek ini agar proses-proses berikutnya berjalan lancar sejurus kelulusan kebenaran merancang diperolehi kelak. Pihak NCIA menjangkakan kerja pembinaan di tapak dijangka dimulakan pada tahun 2022.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, sebagai respon terhadap pernyataan Yang Berhormat Pasir Pinji berkenaan status terkini industri pelaburan di negeri Perak, sukacita dimaklumkan bahawa negeri Perak telah mencatatkan pelaburan di dalam sektor pembuatan sebanyak RM 4.057 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 yang merangkumi 21 buah projek dari sektor pembuatan makanan. Produk berasaskan getah, peralatan pengangkutan, kimia dan produk berasaskan kimia, produk plastik, produk berasaskan kayu, tekstil dan produk tekstil dan pembuatan perabot. Projek-projek ini merangkumi daerah Kinta, Larut Matang dan Selama, Kerian dan Kuala Kangsar. Pihak Invest Perak juga menyasarkan sekitar RM 2 bilion jumlah pelaburan bagi tempoh Julai hingga Disember 2021. Pihak Invest Perak, MIDA juga NCIA menganggarkan tidak kurang daripada RM 5 bilion potensi pelaburan baharu akan merangkumi sekitar 11 buat projek dari pelabur tempatan dan juga pelabur asing bagi sektor produk berasaskan getah, elektrik dan elektronik, peralatan pengangkutan, farmaseutikal, tenaga diperbaharui dan produk kimia. Projek ini merangkumi beberapa buah daerah di Negeri Perak termasuk Kinta, Manjung, Muallim, Batang Padang dan Kerian.

Pada 4 Oktober 2021 dalam Majlis Komitmen Pelaburan Perak, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara NCIA mengalu-ngalukan pelaburan berimpak tinggi ke Negeri Perak menerusi lima syarikat iaitu ECO Medi Glove Sdn Bhd, One-Tech Sdn Bhd, PMA Technology Sdn Bhd, Hicom Tech See Sdn Bhd dan Dynacare Sdn Bhd. Dari sudut peluang pekerjaan yang dijana bagi sektor pembuatan 21 buah projek yang diluluskan untuk tempoh Januari hingga Jun 2021 telah menjana sekitar 3800 peluang pekerjaan baru manakala baki pelaburan bagi tempoh Julai 2021 hingga Disember 2021 dijangka akan menjana tambahan 600 peluang pekerjaan baru. Untuk tahun 2022 pula sebanyak 2000 peluang pekerjaan baru dijangka dapat diwujudkan melalui kemasukan pelaburan pelaburan baru. Untuk makluman Yang Berhormat Pinji juga, penularan wabak Covid-19 sememangnya memberi impak yang cukup besar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan Perak secara khususnya dapat dilihat melalui keluaran dalam negeri kasar atau KDNK Negeri Perak pada tahun 2020 yang mencatatkan penguncupan sekitar -2.3% berbanding tahun sebelumnya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga KDNK Negeri Perak dari sektor pembuatan menyumbang sebanyak 19% daripada tahun 2020 namun dengan perkembangan yang memberangsangkan ini pihak negeri yakin angka sumbangan kepada KDNK tersebut dapat dipertingkatkan dalam jangka masa terdekat dan secara tidak langsung meningkatkan hasil negeri melalui kutipan cukai dan sebagainya.

Yang Berhormat Yang Dipertua, Yang Berhormat Pasir Panjang Cikgu Ya membangkitkan mengenai keperluan supaya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk membangunkan kawasan Lumut Port. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Panjang Hal Ehwal Pembangunan Maritim termasuk pelabuhan, laluan kapal dan infrastruktur terletak di bawah seliaan Jabatan Laut Malaysia di bawah Kerajaan Persekutuan. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia. Antara fungsi utama Jabatan Laut Malaysia adalah mengawal selia perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran, bertindak selaku pemberi perkhidmatan sektor perkapalan, pelabuhan dan keselamatan pelayaran serta bertanggungjawab dalam pembangunan ekonomi maritim. Manakala dari pihak Kerajaan Negeri Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. iaitu salah satu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak telah menyediakan perancangan strategik yang dinamakan Lumut Port Business Strategy 2016 hingga 2026 dengan anggaran bajet sebanyak RM375 juta ringgit.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih YAB. Agak memberangsangkan 600 peluang pekerjaan tahun lepas, tahun semasa dan 2000 lagi tahun depan. Sejauh mana Kerajaan Negeri khususnya agensi-agensi dan PASAK sebagai contoh yang sekarang dengan peruntukan yang baru ini punya satu platform atau wadah dinamakan Talent Perak sejauh mana Kerajaan Negeri berunding dengan syarikat-syarikat baru yang bakal wujudkan 2000 peluang pekerjaan ini dan pastikan sebanyak mungkinlah, sebanyak mungkin daripada 2000 ini memanfaatkan tenaga kerja anak-anak negeri Perak ini. Sejauh mana Talent Perak terlibat dan juga PASAK terlibat.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato’ Yang Dipertua, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Pinji tadi berkaitan usaha Kerajaan Negeri engaged dengan pelabur-pelabur supaya mereka memberi keutamaan kepada rakyat Negeri Perak khususnya untuk mendapat peluang pekerjaan di syarikat-syarikat yang berkaitan dan ia telah dilakukan oleh Yang Berhormat Changkat Jering untuk mengadakan sesi perbincangan dan juga perundingan dengan syarikat-syarikat berkenaan terutama selepas PKP di mana terdapat ramai rakyat Negeri Perak yang telah kehilangan pekerjaan maka pelaburan baru inilah sebagai galang ganti kepada mereka yang hilang pekerjaan.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Kota Tampan minta laluan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Sila.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Terima kasih Kota Tampan, terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Kota Tampan saya nak rujuk balik kepada kenyataan yang dibuat tadi bahawa kerajaan Perak tidak mengalami apa-apa kerugian MAPS. Please please, let me speak. Saya nak betulkan fakta. Pertama dari segi perakauanan. Apa-apa kerugian dalam subsidiary atau pun PCB akan diconsolidated dalam akaun PKNP. Bermakna dalam akaun PKNP dia akan mengalami kerugian. Itu yang pertama. Kedua kalau tak faham dari segi perakauanan saya bagi satu ideologi yang bagi saya cakap. Sekarang kita selesaikan MAPS. Kita kena betulkan fakta kerana apa yang kita katakana dalam dewan ini akan dilaporkan.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat, bagi biar Keranji cakap.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Apa yang kita katakan dalam Dewan ini bagi akan dilaporkan oleh media. Jadi kenyataan bahawa kerajaan Negeri Perak tak ada apa-apa kerugian dalam MAPS itu tidak tepat. Saya bagi analogi yang mudah. Kerajaan mempunyai 52% saham PCB. Sebelum MAPS dibina kita ada duit RM600, 700 juta dalam bank akaun PCB dan selepas MAPS dibina saham PCB jatuh RM4 jatuh sampai sekarang 48 sen. Kita alami kerugian on paper RM400 juta. Itu bukankah kerugian? Jadi saya haraplah YAB MB boleh perbetulkan fakta ini dan tak boleh cakap kita tidak ada local standing. Ini memang syarikat yang milik Kerajaan Negeri kita ada local standing. Saya harap perkataan ini tak boleh digunakan kerana ini salah dan saya faham, I put it on record here, ini merupakan masalah pentadbiran yang lepas. Ok. Saya tak ada hasrat nak kaitkan Kota Tampan dengan MAPS. I put it on record dan saya nak juga kata di sini I will give you my full support to reopen MAPS because this is the right thing to do. We want the state to move forward. Kalau kita nak bantu Negeri Perak pulihkan kewangan, kita mestilah selamatkan MAPS. Tak boleh kita sudah belanjakan RM600 juta. Kenapa kita biar MAPS duduk di sana. Rumput rampai, lalang-lalang semua. Kenapa kita tak boleh laburkan RM10 juta lagi RM20 juta. Kita buka kembali MAPS. Dulu kita kata kita nak bawa pelancong, kita nak jana ekonomi, kita nak buat kerja. Kenapa sekarang RM10 juta, RM20 juta kita tak boleh buat. Saya haraplah YAB MB lets do the right thing for the state dan kita buka kembali MAPS, kita bawa pelancong, kita jana ekonomi untuk Negeri Perak.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Tak habis lagi cerita MAPS ni. Tak apalah. Tak nak memanjangkan isu ni sebab ia kalau dikatakan ada berlaku unsur jenayah boleh buat laporan kepada polis. Biarlah pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Audit telah pun menjalankan tugasnya dan ia boleh dibaca, boleh disemak, ia boleh dibetulkan. Saya bersetuju dengan rakan-rakan tadi termasuk Tebing Tinggi dan juga termasuk daripada Keranji tadi. Kita mengambil maklum bahawa ia mencemar imej negeri, betul dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk membantu pihak berkenaan untuk mengembalikan imej yang tercalar itu. Yang mana Kerajaan Negeri boleh facilitate kita facilitatelah. Itu saja kita boleh buat. Yang lain itu saya katakan tadi masuk macam 1MDB semualah yang mana dia melalui proses perundangan let it be lah. Saya tak akan menghalang apa-apa perbuatan yang nak menghalang apa-apa usaha untuk membawa isu MAPS ini ke pihak yang lebih tinggi. Itu kita tak ada masalah.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya tambah sikit lagi, sikit, sikit saja. Tentang audit tu benar. Audit dalam tu memang sudah buat public, ada di website PCB tetapi audit forensik yang dibuat oleh PWC masih dalam perbincangan PAC. Jadi saya haraplah Kota Tampan boleh tak kita sokong audit forensik yang telah dibuat oleh PWC kita bentangkan di dalam Dewan ini supaya kita boleh bincang dan bahas. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Nothing to hide. Ia dibuat secara profesional dan kita layan secara profesionallah. Apa nak saya sembunyikan dia. Saya teruskan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Pangkor ada mengutarakan beberapa cadangan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Negeri Perak…

Encik Yahaya bin Mat NorAMANAH · PHPasir Panjang

Yang Dipertua sedikit Pasir Panjang, Pasir Panjang sikit nak sambung sebab tadi saya biarkan perbincangan itu kerana bahagian saya takut terlepas jadi saya timbulkan balik ya. Yang Amat Berhormat berkaitan dengan Lumut Port. Jadi Lumut Port telah pun mengeluarkan hampir RM280 juta pembinaan Lumut Port 2. Jadi apa yang kita harapkan dalam perbelanjaan yang begitu besar kita mesti mahukan pulangan walaupun tidak melibatkan wang kerajaan negeri tetapi GLC, Lumut Port sebagai GLC. Jadi apa yang kita mahukan bawa kerajaan negeri memberi full support RM280 juta itu, apakah pulangan yang boleh didapati di kawasan Pasir Panjang ataupun di Manjung yang mana setelah siap Lumut Port itu how to expent, how to make a business bring back the business and then jadikan Lumut Port sebagai GLC yang dapat membantu kerajaan di Perak iaitu dimasukkan dalam untuk menarik pelabur-pelabur datang ke Manjung dan menggunakan Lumut Port sebagai facility. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Memang Kerajaan Negeri akan memberi sokongan penuh dan kita akan membantu sedaya upaya supaya Lumut Port 2 itu akan dapat dilaksanakan seperti mana yang diharapkan oleh Yang Berhormat Pasir Panjang. Yang Berhormat Dipertua, saya ada sedikit masa kerana ada satu program yang perlu saya dahulukan selepas pukul 12.00. Yang Berhormat Pangkor ada mengutarakan beberapa cadangan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Negeri Perak. Terima kasih atas cadangan-cadangan yang diutarakan diutarakan oleh Yang Berhormat. Untuk Makluman Yang Berhormat Pangkor, Kerajaan Negeri melalui Invest Perak mempunyai perancangan tahunan bagi misi-misi penggalakan pelaburan ke luar negara. Antara inisiatif-inisiatif lain yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Invest Perak dalam menarik pelaburan ke Negeri Perak adalah seperti berikut yang pertama mengenalpasti pelabur-pelabur berpotensi untuk dibawa ke Negeri Perak berasaskan kepada competitive advantage seperti harga jualan tanah yang rendah, kos operasi yang murah serta tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan.

Yang kedua menawarkan khidmat pusat sehenti pelaburan iaitu Centre of Investment (COI) di mana pusat ini berperanan untuk menyelaras khidmat sokongan terus kepada pelabur-pelabur dengan melibatkan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan. Pusat ini berperanan memastikan kerajaan projek-projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan licin dan sempurna bagi memastikan ianya dapat beroperasi mengikut jadual serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.

Ketiga menawarkan insentif dalam hal-hal berkaitan tanah seperti pengurangan cukai tanah dan cukai pintu kepada pelabur-pelabur khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan yang melaksanakan projek-projek berimpak tinggi kepada pembangunan ekonomi Negeri. Keempat memberi tumpuan terhadap pelaburan yang berdaya maju dan berimpak tinggi bagi memperkukuhkan spektrum industri serta memanfaatkan kelebihan yang ada di Perak seperti industri Advanced Electronics and Semiconductor peralatan peranti perubatan sumber tenaga alternatif dan tenaga solar jentera dan industri sokongan kejuruteraan terkini, penekanan juga diberikan terhadap industri-industri berintensifkan modal dan teknologi serta penglibatan R&D dan kelima menggalakkan aktiviti-aktiviti lain. Maaf, menggalakkan aktiviti nilai tambah kepada sumber asli yang terdapat di Perak bagi penghasilan produk berkualiti tinggi serta membangunkan lebih banyak industri hiliran yang akan menggunakan sumber asli tersebut sebagai bahan mentah di dalam aktiviti pengeluaran produk.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Pangkor, Kerajaan Negeri juga pada ketika ini menerusi Yang Berhormat, Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan Dan

Pembangunan Koridor Negeri Perak telah menubuhkan satu jawatankuasa iaitu Committee of Industry Investment and Corridor Development Advisory Council yang dianggotai oleh tokoh-tokoh akademik dan perniagaan serta mantan Exco industri dan pelaburan Perak bagi mendapatkan pandangan dan input berkaitan. Usaha menarik pelaburan ke Negeri Perak ini oleh kerana Kerajaan Negeri menyedari kepakaran dan pengalaman tokoh-tokoh ini perlu diberi perhatian untuk dilaksanakan bagi memperkasakan lagi ekonomi negeri, khususnya dalam menarik lebih banyak pelaburan berkualiti daripada masa ke semasa.

Untuk makluman Yang Berhormat Pangkor terdapat tiga buah syarikat yang sedang beroperasi di bawah inisiatif GBS at Ipoh iaitu Puncak Tegap Sdn Bhd, North South Teknologi Sendirian Berhad dan Eunoia CX Sdn Bhd melalui inisiatif ini, sebanyak 167 peluang pekerjaan telah diwujudkan, manakala sebanyak 682 peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta dalam tempoh lima tahun. Yang Berhormat Dato’ Dipertua, Yang Berhormat Chenderiang.

Mohon mencelah. Terima kasih atas penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Soal pelaburan yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya yang lalu. Ada dua iaitu yang pertama berkaitan dengan komposisi jawatankuasa yang perlu diwujudkan dan tadi Yang Berhormat telah pun memaklumkan memang sebuah council yang ditubuhkan. Cadangan saya kepada apa yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat ialah supaya kita tambahkan lagi jawatankuasa itu melibatkan baik partition comunity yang pertama melibatkan dari segi council tetapi di peringkat kerajaan kita perlukan penglibatan semua supaya idea-idea yang ada di kalangan ahli-ahli kita dapat sama-sama kita berikan untuk menjayakan misi pelaburan kita.

Yang kedua saya juga ingin mengesyorkan untuk pihak kerajaan memikirkan oleh kerana iklim pelaburan dalam negara pada hari ini yang berasaskan kepada FDI sedikit menghadapi masalah untuk menarik FDI masuk ke dalam negara. Rasanya ada dua pendekatan untuk kita menarik pelaburan, yang pertama melibatkan FDI, yang keduanya pelaburan dalaman. Dalam konteks pelaburan dalam ini saya fikir elok kerajaan negeri memberikan perhatian untuk kita tarik lebih banyak kerana apabila ada pelaburan dan juga pertumbuhan, dia akan menaikkan KDNK dalam negeri kita dan dengan harapan dan pertumbuhan yang mungkin sebelum ini negatif dia kita akan terus berganjak kepada positif kerana banyak aktiviti-aktiviti pelaburan-pelaburan domestik kita yang berada dalam Negeri Perak, saya ingat elok difikirkan juga committee ini untuk memikirkan bagaimana nak tarik pelaburan daripada dalam kita ataupun daripada domestik itu sendiri.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Amat Berhormat, dua perkara satu mendasar, satu teknikal dan pelaksanaan. Satu adakah dalam ucapan perbahasan saya, saya telah bangkitkan kebarangkalian untuk mewujudkan satu inventory of investable asset atau sesuatu senarai aset-aset kerajaan dan GLC yang memang tengah mencari pelaburan atau pengambilan alih. Jadi perkara ini pentadbiran dahulu memang dah mulakan tetapi belum ke mana dan saya mohon Yang Amat Berhormat mempertimbangkan itu sebab perkara ni pun pernah saya bawah kepada Yang Berhormat Rungkup, jadi mohon pertimbangkan. Keduanya saya saya sokong apa yang dibangkitkan oleh Pangkor dari segi memperluaskan atau memperluaskan jawatankuasa ini tapi dengan pengkhususan dalam bab pelaksanaan misalnya sekiranya ada pelabur-pelabur saya yakin ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sini tidak akan sama sekali tidak akan menolak di peringkat perundingan. Sebab kami ni dalam kerja runding merunding jadi dalam teknikal side dan dasar kalau kerajaan rasa tak perlu anggota di sini saya faham. Tapi dari segi pelaksanaan memang kami sedia dan bersiap siaga untuk menyumbang dan last sekali saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat mendoakan kesembuhan Yang Berhormat Rungkup supaya beliau boleh secepat mungkin kembali dengan kita dan kembali berkhidmat kepada anak-anak negeri Perak.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya sesungguhnya mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Yang Berhormat Pangkor dan juga Pinji sebentar tadi dan Kerajaan Negeri akan melaksanakan cadangan-cadangan baik yang telah dikemukakan oleh kedua-dua Yang Berhormat tadi. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Chenderiang mengutarakan pertanyaan mengenai status projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Keretapi Ipoh. Untuk makluman Yang Berhormat Chenderiang, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan pindaan berhubung kelulusan pemberimilikan daripada Perbadanan Menteri Besar MB Inc kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri SSI dan Perbadanan Aset Keretapi telah memeterai memorandum persefahaman atau MOU pada 30 Ogos 2021 bagi cadangan pembangunan projek Bersepadu Stesen Keretapi Ipoh ataupun Ipoh Sentral.

Untuk makluman Yang Berhormat juga lanjutan daripada pematerian MOU tersebut beberapa siri mesyuarat dan perbincangan telah diadakan di antara SSI dan RAC bagi menyelesaikan urusan berkaitan hal ehwal tanah terutamanya mengenai pembatalan rezab di peringkat persekutuan oleh pihak RAC serta memuktamadkan terma dan syarat yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum mematerai MOU yang dijangka akan selesai pada pertengahan tahun 2022 sebelum proses pembangunan projek seterusnya dilaksanakan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua sebagai penutupnya, sejak kecil kita sering dididik dan diasuh untuk selalu membetulkan niat sebelum melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Dato' Seri boleh celah sikit tak? PKPD Teluk Intan sekejap sikit je. Saya minta maaf Yang Amat Berhormat dan Yang Dipertua. Teluk Intan saya baru dapat berita bahawa akan di Kampung Air Hitam akan berlaku PKPD saya pun peliklah dah fasa 4 dan double dos dibuat dan yang paling menyusahkan adalah ada tiga kampung yang berasingan. Satu ada 50 kes ,satu 38, satu 15. Satu tempat saja yang nak dipagarkan ya. Kemudian Kampung Jawa tu ada 300 orang yang kena 50 orang. So, 50 orang yang kena yang lagi 200 lebih tak boleh keluar pula. Diaorang cari makan tiap-tiap hari berdasarkan buat kerja kampung, kerja itu lagi 14 hari nak cari duit dan lagi satu lagi satu masalah kes ini berlaku dah dua minggu. Ada yang dah potong gelang dah jadi nak mula lagi tambah lagi dua minggu 10 hari pengsan Dato’ Seri. Saya ingat minta MKN buat sedikit longgar peraturan bagaimana untuk menyesuaikan PKPD kalau dilakukan. Kalau boleh dibatalkan lagi bagus dan buat lockdown di rumah. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang Dipertua, saya suka maklumkan bahawa sama ada sesuatu kawasan atau lokaliti itu dikenakan PKPD atau tidak ia bergantung sepenuhnya kepada ulasan dan juga cadangan-cadangan yang disampaikan oleh Jabatan Kesihatan Daerah ya dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Jadi tak cantik kalau Dewan Negeri ini membuat keputusan kita tak dapat gambaran sebenar daripada laporan Jabatan Kesihatan Daerah. Ada ayam ke?

Sikit saja.

Yang di-Pertua

Sikit saja sikit saja nak landing dah ni.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Nak habis dah ni.

Dah habis. Habis dah. Dak mengenai bantuan khas kewangan pada penjawat awam oleh Hulu Kinta hari tu kita faham kedudukan, alasan apa kedudukan kewangan negeri ok. insyaallah tiada masalah tapi mohon juga yang tu yang mengenai kotak bantuan tu untuk pusat khidmat langsung tidak disentuh. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat boleh tulis surat lah benda tulah saya nak tutup ni sebab ada program lain lagi saya kena pergi. Apa tadi sejak kecil kita sering dididik dan diasuh untuk selalu membetulkan niat sebelum melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan tanpa niat yang betul kita cenderung tergelincir daripada matlamat malah sukar untuk melakukan penghijrahan ke arah kebaikan. Dalam awal ucapan penggulungan ini saya ada menyebut mengenai niat. Saya tekankan bahawa saya percaya segala pandangan dan teguran yang dilontarkan oleh Ahli-ahli Yang berhormat dalam persidangan kali ini adalah berpaksikan kepada niat yang baik untuk melihat Belanjawan 2022 akhirnya mencapai matlamat yang ditetapkan.

Itulah juga niat dan semangat yang saya dan rakan-rakan pentadbiran cuba sematkan dalam Belanjawan 2022. Jika niat untuk mencari populariti semata-mata belanjawan ini akan dirangka menggunakan naratif politik tanpa mengira asbab dan akibat yang akan ditanggung oleh rakyat di kemudian hari. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri sedaya upaya memastikan setiap inisiatif dan perancangan yang disusun dalam belanjawan 2022 akhirnya akan dapat memenuhi harapan dan aspirasi rakyat tanpa mengira garisan kaum, agama atau ideologi politik.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Amat Berhormat satu ayat. Mohon dipertimbangkan kita tahu PRE punya satu cukup duitlah untuk ditaburkan ke tempat-tempat dan juga maksud-maksud yang telah dikurangkan bajet antaranya adalah peruntukan hal ehwal bukan Islam. Saya mohon pertimbangan secukup-cukupnya HEBI boleh kita mendapat sedikit tambahan daripada RM5 juta itu daripada pakej ransangan itu saja. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Tu yang saya maksudkan tadi jika kita ada cukup wang atau lebihan pendapatan ia boleh kita pertimbangkan. Bukan sahaja untuk HEBI mana-mana jabatan dan sektor yang memerlukan tambahan kalau kita mencukupi duit dan kita bawa dalam suplementary bajet dia boleh diluluskan insyaallah. Humm mana tadi. Misalnya keputusan Kerajaan Negeri menambah peruntukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dilakukan atas niat agar rakan-rakan wakil rakyat dapat menambahbaik perkhidmatan terutamanya di pusat khidmat supaya akhirnya memberi lebih manfaat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Pun begitu suka untuk saya mengingatkan diri saya sendiri dan kita semua bahawa niat yang baik disematkan dalam Belanjawan 2022 tidak akan mendatangkan apa-apa makna jika tidak disusuli dengan pelaksanaan yang betul. Maka saya mengulangi gesaan supaya kita sama-sama dapat pastikan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan mengambil kira perancangan yang rapi meneliti keboleh samaan serta mengikut tatacara kewangan sepatutnya. Berdasarkan keazaman dan komitmen semua, saya berharap mudah-mudahan segala niat murni yang kita cita-citakan melalui belanjawan ini akan dapat kita realisasikan insyaallah. Dengan harapan itu saya dan seluruh barisan kepimpinan kerajaan negeri memohon restu daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga dipermudahkan segala urusan belanjawan.

Urusan pelaksanaan Belanjawan 2022 demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Perak Darul Ridzuan. Dato' Yang Dipertua masak meranum buah ara jatuh sebiji di atas papan, jika berjimat setiap perkara pasti terjamin masa hadapan. Saya dengan ikhlasnya memohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengundi menyokong Belanjawan 2022 ini bagi kita luluskan sebentar nanti. Yang Berhormat Dato' Yang Dipetua saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk ketua-ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan yang telah bertungkus-lumus dalam membantu penyediaan teks ucapan Belanjawan 2022 dan teks ucapan penggulungan saya pada hari ini. Penghargaan juga saya tujukan kepada semua petugas yang bekerja keras membantu dalam melancarkan perjalanan persidangan Dewan Negeri kali ini.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipetua, sekian ucapan penggulungan saya Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi menyempurnakan sesi yang telah menyempurnakan sesi penggulungan perbahasan bagi Belanjawan Negeri Perak tahun 2022. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang adalah Rang Undang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah dibaca bagi kali kedua. Ahli YB dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Tidak ada suara bersetuju secara unanimous bersuara bersetuju maka usul itu dipersetujui.

Setiausaha

Satu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah selesai dibaca bagi kali yang kedua.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli YB, Dewan ini ditempohkan sementara bagi urus diri dan solat Jumaat. Dewan akan disambung semula pada pukul 3 petang hari ini. Terima kasih.

[DEWAN DITEMPOHKAN HINGGA JAM 3.00 PETANG BAGI SOLAT JUMAAT]

………………………………………………………………………………………………….

[DEWAN BERSAMBUNG SEMULA]

Setiausaha

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dewan dengan ini disambung semula.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahu itu diserahkan kepada jawatankuasa seisi dewan untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato' Yang Dipertua, Batu Kurau menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal. Sekarang saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk membaca butir-butir di dalam jadual.

Setiausaha

Maksud B01 Dewan Negeri, RM22,880,700.00. Maksud B02 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, RM1,546,400.00. Maksud B03 Raja-raja dan Orang-orang Besar, RM4,907,600.00. Maksud B04 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, RM69,650,200.00.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa maksud B01 RM22,880,700.00. Maksud B02 RM1,546,400.00. Maksud B03 RM4,907,600.00. Maksud B04 RM69,650,200.00, diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Dibenarkan seorang pembahas daripada pihak kerajaan dan seorang pembahas daripada pihak pembangkang.

Ahli-ahli Yang berhormat, tiada perbahasan. Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B01 RM22,880,700.00. Maksud B02 RM1,546,400.00. Maksud B03 RM4,907,600.00. Maksud B04 RM69,650,200.00, diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju. Maka jadual itu dipersetujui. Dipersilakan Setiausaha Dewan untuk membaca butir jadual seterusnya.

Setiausaha

Maksud B05 Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, RM6,592,200.00.

Maksud B06 Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, RM8,899,100.00. Maksud B07 Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak, RM8,992,000.00. Maksud B08 Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, RM11,115,500.00. Maksud B09 Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, RM15,705,500.00. Maksud B10 Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, RM7,389,700.00. Maksud B11 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, RM11,758,800.00. Maksud B12 Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, RM12,664,300.00. Maksud B13 Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, RM11,312,900.00. Maksud B14 Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, RM5,851,900.00. Maksud B15 Pejabat Daerah dan Tanah Mualim, RM4,864,000.00. Maksud B16 Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, RM4,321,600.00.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya bahawa maksudnya B05, RM6,592,200.00, maksud B06, RM8,899,100.00. maksud B07, RM8,992,000.00, maksud B08, RM11,115,500.00, maksud B09 RM15,705,500.00, maksud B10, RM7,389,700.00, maksud B11, RM11,758,800.00, maksud B12, RM12,664,300.00, maksud B13 RM11,312,900.00, maksud B14, RM5,851,900.00, maksud, B15, RM4,864,000.00, maksud B16, RM4,321,600.00, diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Pinji sila.

YB ENCIK HOWARD LEE CHUAN HOW. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Berkenaan dengan pejabat daerah pejabat pejabat pejabat daerah khususnya Kinta yang yang saya urusan kerap kita tengah bincangkan tentang bukan sahaja perbelanjaan tapi juga berkenaan dengan hasil dan kadangkala you have to speculate to accumulate, dengan izin, dan seringkali kita dengar daripada kawan-kawan, penduduk, pengundi yang menyatakan bahawa apabila nak nak mengejar geran maksudnya dia nak bayar premium, lepas dia dah bayar premium geran tak masuk atau kadangkala tunggu lama untuk dapat harga premium lepas diskaun dapat diskaun lepas ke tidak. Saya rasa ada kebarangkalian sekiranya emolumen ditambah atau bukan emolumen ditambah di mana keanggotaan pejabat-pejabat tanah boleh supaya keberkesanan dan efisiensi boleh juga. Jadi saya mohon pertimbangan sekiranya ada ruang lingkup supaya emolumen di peringkat pejabat-pejabat tanah daerah untuk ditingkatkan supaya efisiensi kutipan juga dapat dipertingkatkan untuk kita belanja lebih untuk dapat lebih kutipan. Saya mohon sedikit pertimbangan dan pandangan rakan-rakan sebelah sana dan juga pihak kerajaan.

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sila gulung. Sila beri ucapan.

YAB MENTERI BESAR. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pandangan yang disampaikan oleh Pinji tadi adalah bergantung kepada work load, work load ni apa, beban kerja, beban kerja bagi setiap pejabat daerah dia lain daerah lain beban kerja dia dan kita akan melihat kesesuaiannya kerana peruntukan gaji dan emolumen yang disediakan adalah keperluan sebenar mengikut jumlah gaji yang disediakan di bawah JPA. Ini kalau ada permohonan untuk menambah kakitangan tu kita kena ikut proses sepertimana yang sepatutnya. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ok, sekarang saya mengemukakan bahawa maksudnya B05, RM6,592,200.00, maksud B06, RM8,899,100.00. maksud B07, RM8,992,000.00, maksud B08, RM11,115,500.00, maksud B09 RM15,705,500.00, maksud B10, RM7,389,700.00, maksud B11, RM11,758,800.00, maksud B12, RM12,664,300.00, maksud B13 RM11,312,900.00, maksud B14, RM5,851,900.00, maksud, B15, RM4,864,000.00, maksud B16, RM4,321,600.00t, diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju, (suara ramai setuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak (senyap). Lebih bersuara setuju maka jadual itu dipersetujui. Sila Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud B17 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, RM18,097,400.00, maksud B18, Jabatan Agama Islam Perak RM81,927,000.00 , maksud B19, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak RM2,024,900., maksud B20 Jabatan Mufti RM3,906,700., maksud B21, Jabatan Kehakiman Syariah RM12,605,900, maksud B22, pencen siasah dan saraan rahim RM407,500.00 .

Speaker

Masalahnya bahawa maksud B17 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, RM18,097,400.00, maksud B18, Jabatan Agama Islam Perak RM81,927,000.00 , maksud B19, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak RM2,024,900., maksud B20 Jabatan Mufti RM3,906,700., maksud B21, Jabatan Kehakiman Syariah RM12,605,900, maksud B22, pencen siasah dan saraan rahim RM407,500.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan. Sungai Rapat.

Tuan Pengerusi. Jawatankuasa. Saya cuma nak mengambil perhatian oleh kerana pada tahun lepas kerajaan tidak kerana pada tahun depan kerajaan tidak membelanjakan apa-apa peruntukan untuk tiga sekolah hebat ini sekolah Raja Perempuan Takyah, Sekolah Izuddin dan Sekolah Menengah Tuanku Nazrin. Adakah ia bermakna bila kita serahkan kepada kerajaan pusat bagi kita tidak ada pertanggungjawapan dari segi bantuan kewangan. Jadi, saya nak mengesyorkan sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya bagi Hal Ehwal Pelajar sendiri kerajaan negeri ada menunjukkan sikap tanggungjawab dengan memberikan sedikit peruntukan bagi bagi pelajar-pelajar sekolah tiga sekolah tersebut dengan tidak menunjukkan apabila kita serahkan bulat-bulat kepada pusat maka langsung kita tidak ada apa-apa pertanggungjawapan segi kewangan. Jadi saya minta penerangan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Rapat tadi yang merujuk kepada Jabatan Kehakiman Syariah.

Bukan, bukan, B18. B18 150132 sampai 150134 Jabatan Agama Islam.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Jabatan Agama Islam?

Ya, Jabatan Agama Islam.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ok. Sebenarnya tidak ada peruntukan untuk SMAN. Penurunan peruntukan di Jabatan Agama Islam ini berikutan tanggungjawab peruntukan di tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu sekolah Raja Perempuan Takyah, Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Raja Nazrin Shah akan mula ditanggung oleh kementerian pendidikan kepada mulai tahun 2022 berikutan pendaftaran ketiga-tiga buah sekolah sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan atau SABK. Dalam tempoh peralihan ini keperluan peruntukan bagi ketiga-tiga buah sekolah ditanggung di bawah belanja mengurus B32 pelbagai perkhidmatan awam di bawah kawalan pejabat kewangan negeri. Kerajaan negeri masih mengekalkan tanggungjawab bagi program-program khas negeri termasuk menanggung program pengajian kha’, Thanawi dan Idadi. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B17 Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, RM18,097,400.00, maksud B18, Jabatan Agama Islam Perak RM81,927,000.00 , maksud B19, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak RM2,024,900., maksud B20 Jabatan Mufti RM3,906,700., maksud B21, Jabatan Kehakiman Syariah RM12,605,900, maksud B22, pencen siasah dan saraan rahim RM407,500.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara bersetuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud B23 Jabatan Pertanian RM24,336,100. Maksud B24 Jabatan Pengairan dan Saliran RM98,295,800. Maksud B25 Jabatan Perhutanan RM41,400,400. Maksud B26 Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM17,725,200. Maksud B27 Jabatan kerja Raya RM83,039,200. Maksud B28 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa RM6,455,000.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa maksud B23 RM24,336,100. Maksud B24 RM98,295,800. Maksud B25 RM41,400,400. Maksud B26 RM17,725,200. Maksud B27 RM83,039,200. Maksud B28 RM6,455,000 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan. Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan B28 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, terdapat banyak inisiatif yang dipelopori dan juga dikelolakan oleh Tin City yang merupakan satu agensi…boleh katakan agensi Kerajaan Pusat lah di mana kerjasama antara Jabatan Perancangan Bandar dan Desa merupakan jabatan yang diseliakan bersama dengan Tin City. Antara projek-projek yang mereka usahakan adalah berkenaan dengan…ambil contoh yang saya cadangkan berkenaan dengan Museum Interactive Sejarah Kampung Baru sebab antara ciri-ciri istimewa adalah cara ia diperancangkan sejak dahulu lagi dan ada banyak cabaran yang dihadapi dari segi upper planning oleh Kampung-Kampung Baru, macam kawasan saya dan perkara ini pernah saya bincang terus dengan Tin City dan saya mohon sedikit sebanyak pandangan dan juga pencerahan sekiranya ada, adakah Kerajaan Negeri punya rancangan untuk menyalurkan bukan saja apa yang ada di sini yang merupakan emolumen dan pengurusan sahaja tetapi geran-geran khas sama ada geran khas kajian dan penyelidikan ataupun hardware….peruntukan untuk hardware lah.. yang boleh disalurkan kepada Jabatan Perancangan Bandar Malaysia khusus kepada benda-benda yang yang saya cadangkan tadi, Museum Interactive Kampung Baru dan sebagainya. So, mohon sedikit pandangan kerana ini adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan sedangkan Kerajaan Negeri membiayai perbelanjaan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan mereka punya saluran kepakaran-kepakaran daripada Tin City dan sebagainya. So, mohon sedikit pandangan daripada Kerajaan Negeri.

Yang di-Pertua

Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya fikir Pasir Pinji ni B28 kot. B28. Ok berkaitan dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Ok Yang Berhormat, jika ada kedapatan keperluan untuk kita membuat kajian, maknanya jabatan berkenaan boleh mengemukakan kepada Pegawai Kewangan Negeri sebab kita memang menyediakan Akaun Amanah Kajian yang berjumlah RM0.5 juta. Jadi kita hanya urus berasaskan kepada permohonan daripada jabatan berkaitan.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa B23 RM24,336,100. Maksud B24 RM98,295,800. Maksud B25 RM41,400,400. Maksud B26 RM17,725,200. Maksud B27 RM83,039,200. Maksud B28 RM6,455,000 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud B29 Jabatan Kebajikan Masyarakat RM37,834,100. Maksud B30 Jabatan Mineral dan Geosains RM694,700. Maksud B31 Pejabat Kewangan Negeri RM7,792,800. Maksud B32 Pelbagai Perkhidmatan Am RM124,619,600. Maksud B33 Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkandung RM281,518,100.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa Maksud B29 RM37,834,100. Maksud B30 RM694,700. Maksud B31 RM7,792,800. Maksud B32 RM124,619,600. Maksud B33 RM281,518,100 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan. Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih. Mungkin boleh kumpulkan lah. saya nak merujuk kepada muka surat 45, besor….baik….yang jelas menyatakan bawah maksud 040080 iaitu B32 Pejabat Kewangan Negeri, Pelbagai Perkhidmatan Awam, terdapat peningkatan sebanyak 30.79% peruntukannya iaitu sebanyak peningkatan RM29 juta. Malah, dan kalau kita turun satu lagi bawah B33 juga Pejabat Kewangan Negeri di mana ada penguncupan atau pengurangan dari Kumpulan Wang Pembangunan sebanyak 30.4 iaitu kurang RM122 juta. Jadi saya mohon sedikit pencerahanlah kenapa bawah Pelbagai Perkhidmatan Awam meningkat dan ada turun sebanyak….bawah Kumpulan Wang Pembangunan pula turun RM122 juta iaitu 30 lebih peratus. So, mungkin boleh bagi peluang kat rakan-rakan sebelah sini juga yang lain.

Yang di-Pertua

Sekejap. Menteri Besar prefer untuk jawab satu-satu ataupun nak kumpul semua soalan. Ok..Sungai Rapat dulu.

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin mengambil perhatian maksud B29 Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kalau peruntukan kita untuk bantuan Kebajikan Masyarakat ini, bantuan kebajikan di bawah 330480. Pada tahun lepas kita belanja RM34 juta. Jadi tahun ini…tahun depan kita akan menguruskan dengan kos yang jauh lebih rendah pada itu. Maknanya pengurangan lebih kurang 5%, 5.14%. Saya merasakan bahawa kalau kami…atau kita lihat hari ini, pada awal bulan 11 sehingga akhir tahun ini, bila kita minta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, jawapan dia ialah peruntukan dah habis. Satu. Jawapan standard, peruntukan dah habis. Yang keduanya, ramai di antara mereka yang dulu menikmati RM300 sebulan dikurangkan RM150. Sebab-sebab pun tidak diketahui dan kita lihat tahun ini, tahun hadapan, kita berhadapan dengan situasi fasa Covid. Jadi, saya mengesyorkan oleh kerana lihat pengurangan 5%, 5.8% itu memberikan tekanan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sepatutnya ditingkatkan 5%. Jadi, saya mengesyorkan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat maknanya B29, maksud itu di bawah 330480 tu perlu ditingkatkan bukan dikurangkan oleh kerana situasi yang saya sebutkan menghadapi suasana fasa Covid Dan juga jawapan diberikan standard daripada Kebajikan Masyarakat. Lebih lagi kalau ada, kalau ada bencana alam. Maka lebih sukar suasana itu. Jadi saya mengesyorkan supaya dipertingkatkan dalam maksud B29 untuk bantuan Kebajikan Masyarakat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Sungai Rapat. Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ya, terima kasih tuan pengerusi. Saya kongsikan pandangan yang sama dengan Yang Berhormat Sungai Rapat tentang maksud B29 JKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat tentang pemberian dalam negeri. Muka surat 280, yang kekurangan sejumlah RM2 juta lebih. Jadi mohon pencerahan. Dan lagi satu bagi maksud 32 yang sama dibangkitkan oleh Pinji. Bagi muka surat 293, gajinya kod 040080. Gajinya dari RM3 juta naik ke RM12 juta. Hampir RM13 juta. Jadi mohon pencerahan ini dan juga bagi Kod Objek sebagai 29000 Perkhidmatan Ikhtisas. Ia juga naik dari RM28 juta keRM43 juta. Jadi mohon pencerahan dari pihak Kerajaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sah.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Merujuk kepada Yang Berhormat Pasir Pinji, berkaitan B32. Peningkatan ketara di kod B32 adalah berikutan keperluan penyediaan peruntukan bagi menanggung operasi tiga buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) yang berada di dalam tempoh peralihan kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)dan memerlukan peruntukan berjumlah RM21 juta. Di samping itu tambahan peruntukan untuk disumbangkan oleh kenaikan gaji dan emolumen berkaitan proses kenaikan pangkat secara one-off. Satu kumpulan perkhidmatan yang dianggarkan berjumlah RM7 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan dibawah B32 juga merangkumi pelbagai tanggungan keseluruhan keperluan Negeri. Pasir Pinji juga menyoal berkaitan dengan B33, penetapan jumlah peruntukan kepada Kumpulan Wang Pembangunan adalah selepas mengambil kira keperluan belanja Pembangunan tahun hadapan dan terimaan Pembangunan yang akan diterima daripada Kerajaan Persekutuan.

Disebabkan keperluan belanja Pembangunan berjumlah RM302 juta dan anggaran terimaan pembangunan berjumlah RM22.5 juta. Maka keperluan tambahan daripada peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM279.5 juta. Rujuk kepada soalan Yang Berhormat Sungai Rapat, peruntukan belanja mengurus Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM37.8 juta telah merangkumi keseluruhan keperluan jabatan termasuk perkiraan sebenar keperluan gaji serta emolumen, perkhidmatan serta bekalan dan pemberian dalam Negeri, peruntukan pemberian dalam Negeri RM31.8 juta telah merangkumi RM29.5 juta bantuan am iaitu pada kadar RM300.00 sebulan kepada semua penerima berkelayakan. RM0.5 juta untuk perolehan stok semasa bencana. RM0.3 juta bantuan pemulihan mangsa bencana dan RM1.5 juta geran Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan dan program pemulihan dalam komuniti. Jumlah yang dinyatakan di dalam buku Belanjawan tidak termasuk peruntukan aset dan harta modal yang akan diagihkan melalui peruntukan pelbagai perkhidmatan awam di bawah kawalan Pejabat Kewangan Negeri. Bantuan am masih berjumlah RM300.00 iaitu tidak ada penurunan. Yang Berhormat Pantai Remis, peruntukan yang disediakan adalah mengikut keperluan sebenar tahun 2022. Peningkatan Kod 11000 dan 29000 adalah melibatkan tanggungan dalam tempoh peralihan Sekolah Menengah Agama Negeri ke Sekolah Agama bantuan Kerajaan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B29, RM37,834,100.00. Maksud B30, RM694,700. Maksud B31, RM7,79,800.00. Maksud B32, RM124,619,600.00. Maksud B33, RM281,518,100.00, diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka Jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud P01, Jabatan Kerja Raya, RM70 juta. Maksud P02 Jabatan Pengairan dan Saliran, RM11 juta. Maksud P03, Jabatan Pertanian, RM4 juta. Maksud P04 Jabatan Perkhidmatan Veterinar, RM3,700,000.00. Maksud P05, Jabatan Perhutanan, RM2 juta. Maksud P06, Pejabat Daerah dan Tanah, RM8,300,000.00. Maksud P07, Pejabat Setiausaha Kerajaan, RM87,500,000.00. Maksud P08, Pelbagai Projek, RM115,500,000.00.

Yang di-Pertua

Masalahnya bahawa maksud P01, RM70 juta. Maksud P02, RM11 juta. Maksud P03, RM4 juta. Maksud P04, RM3,700,000.00. Maksud P05, RM2 juta. Maksud P06, RM8,300,000.00. Maksud P07, RM8,500,000.00. Maksud P08, RM115,500,000.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk perbahasan. Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. P07, saya rasa ramai antara kita pun terkilan nampak P07 tu, ialah ada banyak Agensi-agensi pelaksana, seperti PASAK yang kebiasaannya dapat macam ambil contoh peruntukan untuk TVET, peuntukan untuk Dewan Belia dipotong. Jadi saya ingin menyuarakanlah supaya sekiranya boleh melalui wiring ke, nak wire daripada P yang lain masuk P07 meningkatkan. Sebab kita tahu khususnya PASAK, rakan-rakan sebelah sana mungkin tahu PASAK memang digunakan bagi maksud sebagai satu agensi digunakan sebagai agensi pelaksana dan ambil contoh Dewan Belia antara program yang menerima pemotongan yang agak ketara, sehingga mungkin hanya setakat boleh adakan satu sidang pada tahun ini dan sudah tentu tiada peruntukan apa nama peruntukan program lagi. Mungkin adalah tapi kurang, kurang mendadak.

Jadi saya mohonlah pertimbangan supaya P07 boleh ditingkatkan dan itu sekadar nak suarakan perkara itu lah.

Yang di-Pertua

YB Pantai Remis.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Ya Terima kasih Pengerusi. Sama juga saya kongsikan pandangan sama dengan Pinji kerana, P07 ni agak kurang jumlahnya dan saya difahamkan yang pentingnya perbelanjaan untuk program-program wanita itu memang tidak mencukupi. Hanya RM800,000.00 untuk Sekretariat Wanita sahaja, tetapi bagi program-program lain kita tidak nampak ada diperuntukkan dalam bajet ini. Saya juga berharap kalau dibenarkan boleh menaikkan peruntukan ini untuk kita adakan lebih program-program Wanita.

Yang di-Pertua

Jalong.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bangun atas P03 dan P08. P03 ialah sepanjang Dewan ini saya telah banyak berkata mengenai pembangunan pertanian ini. Sebab pertanian ini dia ada dua, satu yang tradisional, sejak dahulu lagi mereka bertani dan juga ada yang kita katakan kategori dikatakan call back, di mana mereka yang mungkin kehilangan kerja ataupun kekurangan kerja. Mereka memilih untuk menambahkan pendapatan secara menggunakan pertanian kecil-kecilan. Jadi saya rasa suatu penambahan harus diberikan supaya memudahkan mereka dari segi latihan dan juga promosi kepada yang baru menceburi bidang untuk pertanian. Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan menambahkan peruntukan yang ada. Dan kemudiannya P08 di bawah pelbagai projek. Setakat ni saya belum terima berita baik lagi mengenai hasrat saya untuk mendapatkan jalan yang betul-betul jalan kerajaan untuk daripada kampung Melayu Jalong tu kampung Jalong masuk ke dalam Loten. Belum ada berita baik daripada mana-mana jabatan. So harap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan untuk mengadakan jalan tersebut di bawah pelbagai projek tu. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Menteri Besar. Air kuning.

Saya nak tanya untuk belanja P06, iaitu Pejabat Daerah Dan Tanah. Saya melihat peruntukan untuk pejabat tanah dan daerah dikurangkan hampir daripada 11 ke 8 juta secara pentadbiran dikurangkan dari segi kos dan sebagainya.

Yang di-Pertua

Ok, Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Tuan Pengerusi dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang bangun mengemukakan soalan. Secara umumnya seperti mana yang telah saya maklumkan dalam penggulungan pada pagi tadi, memang kita akui terdapat penurunan ketara bagi semua sektor dan seperti saya sebutkan tadi, kita akan membuat kajian separuh penggal untuk melihat prestasi kewangan negeri dan jika ianya ada pertambahan peruntukan, rezeki yang lebih dan kelihatan ada keperluan untuk menambah peruntukan bagi beberapa sektor, maka kita akan bawa dalam supplementary budget pada pertengahan tahun hadapan. Walau bagaimanapun Tuan Pengerusi, secara khususnya saya sebutkan di sini iaitu bagi P07 PASAK DUN Belia, peruntukan yang telah diluluskan adalah berdasarkan keperluan optimum agensi dengan peruntukan yang sedia ada ini agensi masih boleh melaksanakan program-program yang dirancang dengan mendahulukan perbelanjaan yang penting sementara kita nak buat kajian semula.

Yang disebutkan oleh Pasir Pinji juga masih merujuk kepada P07 RM800 ribu adalah untuk peruntukan mengurus Sekretariat Wanita yang diperuntukkan di bawah P07. Manakala untuk program-program pendayaupayaan wanita, diperuntukkan di bawah P08 yang berjumlah RM1.6 juta.

Yang Berhormat Jalong, pejuang untuk kemudahan jalan bagi rakyat di bawah jagaan beliau. Kita faham, tetapi oleh kerana peruntukan sangat besar yang Berhormat Tuan Pengerusi, maka kita perlukan masa untuk membuat kajian dan mencari peruntukan-peruntukan yang mungkin bukan daripada Kerajaan Negeri, daripada Kerajaan Persekutuan untuk merealisasikan hasrat daripada Yang Berhormat Jalong. Walau bagaimanapun bagi mengukuhkan strategi merancakkan semula ekonomi negeri yang melibatkan sektor pertanian, dana pembangunan tambahan melalui Kumpulan Amanah yang berjumlah RM4.7 juta telah disediakan. Maksudnya, kita mengambil pengalaman pada tahun 2021 apabila kita terpaksa membuat potongan-potongan peruntukan kerana masalah covid kerana pada tahun 2021 kita tak buat persiapan untuk PRE, Program Pemulihan Rancangan Ekonomi. Tapi kali ini mengambil pengalaman 2021, maka untuk 2022 kita menyediakan dana khas ini. RM47 juga incase berlaku keperluan contoh macam pertanian. Keperluan yang mendesak kerana pada tempoh-tempoh tertentu kita dapati petani-petani perlu dibantu maka daripada RM47 juta inilah yang kita akan ambil untuk kita salurkan. Termasuk juga yang lain-lain, yang pada pendapat kita termasuk pendidikan, termasuk pelancongan, pembangunan usahawan apabila tiba masa, kita lihat, kita perlu tapi yang lain tak boleh hutang tak boleh pinjam maka dana RM47 juta ini lah yang kita akan gunakan kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud P01 RM70 juta, P02 RM11 juta, maksud P03 RM4 juta, maksud P04 RM3,700,000, maksud P05 RM2 juta, maksud P06 RM8,300,000, maksud P07 RM87,500,000, maksud P08 RM115,500,000 diperintahkan menjadi sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan tahun 2022. Ahli Yang Berhormat, dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersetuju

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Setuju.

Yang di-Pertua

Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka jadual itu dipersetujui. Silakan Setiausaha Dewan untuk baca fasal-fasal yang berkaitan.

Setiausaha

Fasal 1 Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Fasal 2 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan.

Yang di-Pertua

Masalah bawa Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada rang undang-undang. Tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersetuju

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Setuju

Yang di-Pertua

dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul ini dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022 yang dibentangkan sebagai kertas Dewan bilangan 29 palang 2021 yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta-merta.

Yang di-Pertua

Terima kasih yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama satu elemen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu, dan usul Kumpulan Wang pembangunan 2022 yang dibentangkan sebagai kertas Dewan bilangan 29 palang 2021 telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli yang berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Setuju.

Yang di-Pertua

Dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Bersetuju sebulat suara maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah pun ditimbangkan dari ke fasal ke fasal dalam jawatankuasa seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya minta izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahu itu dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersetuju

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Setuju.

Yang di-Pertua

dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak.

Yang di-Pertua

Lebih bersuara setuju, maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Setiausaha.

Setiausaha

Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah selesai dibaca bagi kali ketiga dan telah selesai diluluskan. Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2022.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin memaklumkan bahawa jawatankuasa yang dilantik untuk menimbang cadangan-cadangan yang tersebut dalam Kertas Dewan Bilangan 29/2021 hendaklah diluluskan. Dato' Yang Dipertua, saya mohon mengusulkan bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 29/2021 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang RM302 juta yang ditunjukkan dalam pernyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2022. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan. Ada sokongan?

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Dato’ Yang Dipertua, Batu Kurau menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 29/2021 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM302 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2022. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah pun dibahaskankan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju, sila bersuara setuju. (Setuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui dan diluluskan.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Perak (Pindaan 2021)Bill

Setiausaha

Perkara yang kelima, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Perak (Pindaan 2021).

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mengemukakan Enakmen Mahkamah Syariah Perak (Pindaan 2021) dibaca bagi kali pertama.

Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato' Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan sesuatu Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah Perak 2018.

Yang di-Pertua

Bila bacaan kali kedua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dalam mesyuarat ini juga. Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan notis bacaan kali yang kedua sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 53(1).

Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Menteri Besar dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk meminda Enakmen Mahkamah Syariah 2018, sekarang dibaca bagi kali yang kedua.

Yang di-Pertua

Ada sokongan.

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Tuan Yang Dipertua, Slim menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Dewan ini. Dewan akan bersidang semula pada hari Isnin 20 Disember 2021 jam 9.00 pagi. Minta maaf Menteri Besar. Tak sabar ini, hujan-hujan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Tak apa, tak apa kita manusia biasa.

Yang di-Pertua

Minta maaf ya Dewan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan Rang Undang-Undang yang bernama suatu Enakmen Mahkamah Syariah Perak (Pindaan 2021) dibaca bagi kali yang kedua sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat saya mulakan pembentangan ini dengan memetik firman Allah subhanahu wa ta'ala di dalam Al-Quran, Surah An-Nisa ayat 59 yang berbunyi (ayat al-quraan) Bismillahirrahmanirrahim Ya ayyuhalladzina amanu atiullah wa'afihi Rasul Ulul Amri minkum Intan Razak Tun Hussein baru tu ha illallah wa rasulihi inkuntum Tuk minum Nabilah wal yaumil akhir Zalika Khairul Khairul tak Wira. Maksudnya, "wahai orang-orang yang beriman taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasulnya dan kepada pemerintah di kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah atau berselisih dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah Al-Quran dan As-Sunnah Rasulnya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang demikian itu lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya. Butiran 1, senarai 2 jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Di bawah peruntukan tersebut, negeri adalah mempunyai kuasa eksklusif bagi menyusun atur kedudukan dan keanggotaan Mahkamah Syariah setaraf dengan kuasa dan kedudukannya. Penambahbaikan dari masa ke semasa berkaitan prosedur dan pengurusan Mahkamah Syariah perlu sentiasa dikemaskini supaya kedudukan serta martabatnya sentiasa dihormati sebagai Institusi Kehakiman Syariah yang berwibawa di negeri ini. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak (Pindaan 2021) dibentang pada hari ini bertujuan untuk menambah baik peruntukan-peruntukan sedia ada. Khususnya berkenaan dengan syarat pelantikan hakim-hakim di hiraki tertinggi Mahkamah Syariah. Bidang kuasa, perjalanan kuasa serta punca kuasa bagi penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh dan perkhidmatan elektronik di mahkamah syariah bagi memastikan pelaksanaan fungsi Kehakiman Syariah dapat dilaksanakan secara efisien dan berkesan selaras dengan perkembangan teknologi dan perubahan semasa. Islam menetapkan bagi umatnya bahawa Syariah adalah satu cara hidup yang terbaik, yang memberikan keadilan kepada yang berhak.

Justeru itu, Mahkamah Syariah merupakan institusi yang mengimplimentasikan keadilan berlandaskan hukum syarak. Sehubungan itu, kuasa-kuasa hal ehwal pentadbiran agama Islam di dalam negeri ini harus bergerak seiring dengan perubahan dan kehendak semasa, bebas, berkecuali dan tegas dalam melaksanakan prinsip Islam supaya keadilan dapat dirasakan untuk semua. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Perak (Pindaan 2021) memperuntukkan penambahbaikan peruntukan sedia ada dan menambah beberapa peruntukan baharu bagi memperkemaskan perjalanan dan pengurusan Mahkamah Syariah Perak.

Rang Undang-Undang yang dicadangkan ini mengandungi penambahbaikan 13 peruntukan sedia ada dan 5 peruntukan baharu seperti berikut: Fasal 1 hingga 2, memperuntukkan perkara termasuk tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan takrifan perkataan dan ungkapan baharu yang digunakan dalam Rang Undang-Undang. Fasal 3, memperuntukkan peruntukan baharu 8A kepada Jawatankuasa Kehakiman Syariah untuk membuat kaedah-kaedah di bawah bahagian 2 Enakmen Mahkamah Syariah. Fasal 4, memperuntukkan pindaan terhadap Seksyen 9 Enakmen Mahkamah Syariah berhubung dengan kelayakan bagi pelantikan Ketua Hakim Syarie, Fasal 5 hingga 6, memperuntukkan pindaan terhadap Seksyen 10 dan Seksyen 11 Enakmen Mahkamah Syariah berhubung bilangan dan syarat kelayakan bagi pelantikan Hakim Mahkamah Utama Syariah dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

Fasal 7 memperuntukkan peruntukan baru Seksyen 15A berhubung pelantikan Bailif serta tanggungjawab dan had kuasa yang dimiliki. Fasal 8 dan Fasal 11 memperuntukkan pindaan terhadap Seksyen 22 dan Seksyen 29 Enakmen Mahkamah Syariah berhubung pemansuhan kuasa pendengaran permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah di hadapan seorang Hakim dan memberikan kuasa pendengaran prosiding di hadapan kuoram Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah. Fasal 9 memperuntukkan pindaan terhadap Seksyen 25 Enakmen Mahkamah Syariah berhubung tambahan bilangan keanggotaan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi sesuatu sidang Mahkamah Rayuan Syariah. Pindaan ini memberi pilihan kepada pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah untuk menentukan bilangan korum Hakim yang sesuai berdasarkan kepentingan dan kompleksiti sesuatu kes.

Fasal 10 dan Fasal 13 memperuntukkan pindaan terhadap Seksyen 28 dan Seksyen 34 Enakmen Mahkamah Syariah berhubung dengan penerusan prosiding di Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Utama Syariah oleh bilangan Hakim yang tinggal dalam keadaan ketiadaan kuoram Hakim asal disebabkan oleh sakit atau sebab-sebab lain. Fasal 12 memperuntukkan pindaan terhadap Seksyen 30 Enakmen Mahkamah Syariah berhubung pelanjutan tempoh kebenaran merayu di Mahkamah Utama Syariah. Fasal 14 memperuntukkan peruntukan baru Seksyen 35A berhubung kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memberi perkenan kepada mana-mana Hakim Mahkamah Utama Syariah untuk menjalankan kuasa kehakiman dalam keadaan ketiadaan atau kekosongan sementara jawatan ketua Hakim Syarie. Fasal 15 memperuntukkan peruntukan baru Seksyen 36A dan 36B berhubung perjalanan prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh dan perkhidmatan elektronik di Mahkamah Syariah.

Fasal 16 memperuntukkan pindaan terhadap Seksyen 39 Enakmen Mahkamah Syariah berhubung tindakan bersaling bagi menguatkuasakan perintah atau penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Perak untuk dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah negeri-negeri lain di Malaysia. Fasal 17 memperuntukkan pindaan terhadap Seksyen 42 Enakmen Mahkamah Syariah berhubung had kuasa jawatankuasa kaedah-kaedah Mahkamah Syariah. Fasal 18 memperuntukkan pindaan terhadap Seksyen 46 Enakmen Mahkamah Syariah berhubung rujukan kepada hukum syarak jika terdapat lakuna dalam undang-undang. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua di bawah peruntukan Rang Undang-Undang yang dicadangkan ini peruntukkan baru dan penambahbaikan yang dibuat adalah bertujuan pertama, untuk memperluaskan skop pemilihan jawatan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah hierarki tinggi agar Hakim-Hakim yang dilantik mempunyai kelayakan yang bersesuaian, berpengalaman luas dan berkemahiran dari segi perundangan dan hukum syarak. Yang kedua bertujuan untuk memperkukuhkan prosedur perjalanan kes-kes Mahkamah Syariah bagi mengelakkan kelewatan penyelesaian akibat dari tangguhan-tangguhan yang tidak perlu.

Ketiga bertujuan sebagai pengenalan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh dalam prosiding kes sebagai alternatif kepada kehadiran secara bersemuka ialah mahkamah terbuka atau dalam kamar Hakim selaras dengan pengenalan norma baru bagi menghalang penularan Covid-19. Keempat bertujuan sebagai pembangunan sistem perkhidmatan elektronik di Mahkamah Syariah akan memberi ruang pembaharuan ke arah modenisasi sistem penyampaian dan pengurusan kes di Mahkamah Syariah. Pembaharuan ini selaras dengan pembangunan teknologi digital semasa dan seiring dengan dasar pendigitalan sektor perkhidmatan awam di Negeri Perak. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua saya mohon mencadangkan.

Yang di-Pertua

Hah ini yang betul. Ada sokongan?

Mohd Zaidi bin AzizUMNO · BNSlim

Tuan Yang Dipertua Slim menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Dewan ini. Dewan akan bersidang semula pada hari Isnin 20 Disember 2021 jam 9.00 pagi. Terima kasih.