Perak · 29 March 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 389 turns · 77,215 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Ketua Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua.

Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Pertama, Tahun Kelima, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 29 Mac 2022 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu dimohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran-mu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.

Pengumuman Dato' Yang Dipertua

Setiausaha

Perkara yang kedua pengumuman Dato' Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian.

Terlebih dahulu saya mewakili seluruh Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Izuddin Chulan Ibni Raja Zainal Azman Shah yang mangkat pada 28 Mac 2022 iaitu pada hari Isnin semalam. Semoga Allah Subhanahu Wataala mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Bagi yang beragama Islam marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum manakala yang bukan beragama Islam bertafakur untuk seketika. Al-Fatihah.

Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman. Perkara yang pertama prosedur operasi standard SOP dan garis panduan berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Secara keseluruhannya pada persidangan semalam semua pihak dilihat telah berjaya mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan dan saya amat berharap ianya dapat diteruskan pada persidangan hari ini.

Perkara yang kedua penggunaan kod QR atau QR Code. Saya memohon Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menggunakan QR Code ini bagi tujuan pengaksesan dokumen aturan urusan mesyuarat dan soalan lisan sepanjang persidangan mesyuarat ini.

Perkara yang ketiga berkenaan Bilik Jamuan Dewan Negeri, seiring dengan SOP langkah kawalan pencegahan Covid-19, jumlah individu yang dibenarkan berada di dalam Bilik Jamuan Dewan Negeri pada sesuatu masa terpaksa dihadkan. Oleh yang demikian kebenaran untuk berada atau mengguna kemudahan menjamu selera di bilik jamuan Dewan Negeri hanya dikhususkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Pegawai-Pegawai Khas Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh menjamu selera di ruang legar berhadapan Bilik Jamuan Dewan Negeri. Manakala wakil media dan para petugas bolehlah mendapatkan makanan yang disediakan di ruang legar berhadapan Bilik Gerakan Negeri Aras G. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan SOP yang berkaitan seperti penjagaan fizikal dapat dipatuhi sepenuhnya khususnya di Bilik Jamuan Dewan Negeri.

Perkara yang keempat berkenaan sesi soalan lisan. Saya ingin memaklumkan tempoh masa yang ditetapkan bagi sesi soalan lisan pada sepanjang persidangan mesyuarat ialah satu jam.

Perkara yang kelima berkenaan usul. Terdapat usul yang akan dibawa dan dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada persidangan hari ini iaitu usul ‘Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Perkara yang keenam berkenaan sesi perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat atas usul tersebut. Sesi perbahasan atas usul tersebut akan berlangsung pada persidangan hari ini yang mana melibatkan perbahasan oleh 20 orang Ahli Yang Berhormat, 9 orang Ahli Yang Berhormat Kerajaan termasuk penyokong kerajaan, 10 orang Ahli Yang Berhormat Pembangkang termasuk Ketua Pembangkang dan seorang Ahli Yang Berhormat bebas. Tempoh masa pembahasan kepada penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama 40 minit bagi setiap seorang manakala tempoh masa pembahasan bagi setiap pembahas yang lain adalah selama 20 minit.

Perkara yang ketujuh berkenaan sesi penggulungan oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Menteri Besar atas usul tersebut. Dimaklumkan sesi penggulungan oleh Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Exco mengikut portfolio masing-masing dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dijadualkan berlangsung pada hari esok 30 Mac 2022 iaitu hari Rabu. Bagi setiap Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tempoh masa penggulungan yang diberikan selama 30 minit manakala penggulungan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dijangka berlangsung dalam tempoh masa selama 90 minit.

Perkara yang kelapan berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-Ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12 tengah malam. Ahli-Ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh tujuh hari daripada hansard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Sekian terima kasih.

Membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan

Setiausaha

Perkara yang ketiga membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Sekarang saya membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari bilangan 01/2022 hingga 05/2022 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 21 Mac 2022.

Bilangan 01/2022, Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan tahun 2020,

Bilangan 2/2022, Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Taman Negeri Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2018,

Bilangan 3/2022, Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Taman Negeri Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2019,

Bilangan 4 /2022, Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Perbadanan Taman Negeri Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 dan

Bilangan 5 /2022, ringkasan Laporan Ketua Audit Negara Perak tahun 2020 dan Memorandum Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Perak serta Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Jabatan dan Agensi Negeri Perak tahun 2020.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang keempat, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Tebing Tinggi untuk mengemukakan soalan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, soalan nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, walaupun dalam masa saya memberi respons kepada soalan yang dikemukakan oleh wartawan berkaitan dengan permintaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan air mentah daripada Negeri Perak tetapi oleh kerana soalan ini dikemukakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dalam Dewan ini, saya mengambil keputusan untuk memberi keutamaan kepada menjawab soalan ini supaya ia dapat dijadikan sebagai jawapan rasmi kerajaan dan dimaklumkan ke dalam Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri Perak membuat ketetapan bahawa keutamaan sumber air terutamanya yang berpunca daripada Sungai Perak adalah bagi kegunaan dalaman rakyat Negeri Perak sahaja. Perkara ini telah diberi penekanan semasa sesi kunjung hormat Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang ke atas Yang Amat Mohamad Menteri Besar Perak pada 1 Mac 2022 yang lalu. Dalam perbincangan tersebut Kerajaan Negeri Perak memaklumkan permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memindahkan sebahagian sumber air daripada Sungai Perak ke Negeri Pulau Pinang adalah tidak dapat dipertimbangkan.

Walaupun kita bersimpati dengan masalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang namun Kerajaan Negeri Perak mempunyai sebab-sebab yang kukuh untuk tidak dapat memenuhi permintaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berasaskan kepada laporan dan ulasan yang dibuat oleh empat agensi penting iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Lembaga Air Perak (LAP), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN).

Sungai Perak bukan sahaja digunakan untuk sumber bekalan air terawat bagi kegunaan harian rakyat Negeri Perak namun air Sungai Perak juga digunakan secara meluas untuk tujuan penjanaan tenaga hidroelektrik selain daripada pertanian, perikanan dan perindustrian yang semakin berkembang di Negeri Perak. Terdapat empat buah empangan Tenaga Nasional yang berfungsi, menjana elektrik untuk kegunaan negara iaitu Empangan Temenggor, Empangan Bersia, Empangan Kenering, Empangan Chenderoh. Sebarang pengurangan kepada isipadu air empangan-empangan tersebut akan menjejaskan keupayaan penjanaan tenaga elektrik. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Lembaga Air Perak pula sebanyak 50% daripada sumber bekalan air terawat bagi rakyat Negeri Perak adalah berpunca dan dirawat daripada Sungai Perak dan anak-anak Sungai Perak melalui Loji Rawatan Air (LAP) yang terletak di sepanjang Sungai Perak. Selain itu pihak Lembaga Air Perak juga dalam perancangan menaikkan kapasiti memproses air mentah beberapa loji rawatan air miliknya dan membangunkan loji rawatan air baru di Kampong Gajah untuk bekalan air ke kawasan pembangunan di Seberang Perak sepanjang jajaran West Cost Expressway (WCE) dan juga bagi kegunaan daerah Bagan Datuk yang memerlukan penggunaan sumber air daripada Sungai Perak.

Jelapang padi Negeri Perak terletak di Daerah Kerian di mana sumber air utamanya adalah daripada Empangan Bukit Merah yang kerapkali berlaku penyusutan ketara terutamanya pada musim kemarau. Oleh yang demikian Jabatan Pengairan Dan Saliran mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri memberikan keutamaan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bagi tujuan pengairan sawah padi di kawasan ini.

Selain itu, Jabatan Perangkaan Malaysia mengunjurkan penduduk Negeri Perak pada tahun 2050 akan meningkat kepada 3 juta orang berbanding 2.5 juta orang pada masa sekarang. Sudah pastilah bilangan penduduk yang bertambah akan memerlukan penggunaan air yang lebih banyak. Oleh yang demikian Negeri Perak perlu memastikan permintaan air bagi rakyat Negeri Perak sentiasa mencukupi bagi keperluan domestik dan juga komersial pada setiap masa. UPEN pula mengunjurkan pelaburan bagi tujuan industri di Negeri Perak semakin berkembang terutamanya di kawasan Perak Utara dan ketersediaan bekalan air yang mencukupi merupakan salah satu faktor penting dalam menarik minat pelabur untuk bertapak di Negeri Perak.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, berdasarkan data yang diperolehi daripada Lembaga Pembangunan Industri Malaysia atau MIDA sebanyak 20 kilang sarung tangan getah telah diluluskan pada tahun 2017 sehingga tahun 2020, di mana sebanyak 16 kilang telah memulakan operasi dan bakinya masih dalam peringkat perancangan pembinaan. Sebanyak 9 buah kilang sarung tangan ini terletak di kawasan Perak Utara iaitu di kawasan perindustrian Kamunting Satu dan kawasan Perindustrian Kamunting Raya, di mana kilang sarung tangan getah memerlukan penggunaan air yang tinggi untuk membolehkannya beroperasi dengan kapasiti optimum. Justeru kecukupan bekalan air Negeri Perak perlu mengambil kira unjuran perkembangan Perindustrian terutamanya kilang berasaskan getah. Kesimpulannya keempat-empat agensi iaitu Tenaga Nasional Berhad, Lembaga Air Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga UPEN Negeri Perak melaporkan bahawa air Sungai Perak ini hanya cukup untuk kegunaan dalam Negeri Perak sahaja dan tidak dapat dibekalkan kepada negeri lain. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan tambahan Tebing Tinggi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tampan kerana jawapan yang panjang dan komprehensif tadi. Cuba ini saya fikir dan pasti lebih baik daripada apa yang dilaporkan oleh media dan saya fikir untuk rujukan masa depan dia sangat penting untuk dimasukkan dalam handsard. Cuba respon ataupun pandangan kami daripada pihak sebelah sini tentang isu itu ialah kita mengharapkan supaya keputusan itu tidak muktamad ataupun tidak mati begitu sahaja.

Oleh kerana kita lebih melihat isu ini daripada segi menambahkan hasil negeri dan kita bersetuju bahawa kita akan menjual ataupun kita hanya menjual treated water dengan izin ataupun air terawat dan bukannya air mentah dan kita ada mendengar sebelum ini bahawa perkara yang sama juga mungkin boleh berlaku dengan jiran kita di Selangor. Antara perkara yang dibangkitkan oleh mereka yang membaca kenyataan Yang Berhormat ialah bahawa mungkin dalam keadaan sekarang ni mungkin perkara itu tidak boleh berlaku tetapi sekiranya dengan teknologi yang ada Sungai Perak tu boleh di dalamkan boleh dibersihkan mungkin lebih banyak air yang boleh ditakung di sungai berkenaan dan kita melihat selain daripada Sungai Perak mungkin perkara yang sama boleh dilakukan melalui Sungai Bernam dan sungai sungai yang lain. Jadi isunya ialah sebahagian Negara Persekutuan (Federal) ya kita harus sama-sama bantu-membantu tetapi bagi kita yang penting ialah bahawa Perak dapat meningkatkan hasil dan untuk masa terdekat tetapi bukan mudah untuk meningkatkan hasil melalui cara-cara yang lain. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Jadi adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk apa meletakkan isu dalam satu perkara yang terbuka, yang tidak muktamad? Saya akur dengan apa yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi tetapi itu berdasarkan kepada situasi sekarang. Jadi di masa hadapan kita mengharapkan supaya dia boleh dibuka semula.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, Terima kasih juga Yang Berhormat Tebing Tinggi. Apa yang Kerajaan Negeri putuskan ini adalah berasaskan kepada rentetan perjumpaan-perjumpaan yang telahpun dilakukan sebelum saya menjadi Menteri Besar. Mantan Menteri Besar Yang Berhormat Chenderiang sewaktu menjawab surat daripada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang telah memaklumkan waktu itu ialah Kerajaan Negeri Perak waktu itu bersedia untuk membantu Pulau Pinang tertakluk kepada sama ada air Sungai Perak itu mencukupi atau tidak bagi kegunaan Negeri Perak. Jadi berasaskan surat itu maka kita mengarahkan empat buah agensi untuk membuat kajian secara saintifik dan hasil kajian saintifik itulah yang menunjukkan bahawa air Sungai Perak itu hanya cukup untuk kegunaan Negeri Perak. Sebab itulah kita menjawab kepada Pulau Pinang bahawa berasaskan kepada surat Menteri Besar sebelum itu. Jawapannya ialah air Sungai Perak hanya cukup untuk kegunaan Negeri Perak sahaja dan kami tidak mampu untuk membekalkannya kepada Pulau Pinang. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Chandan.

Datuk Maslin Sham bin RazmanUMNO · BNBukit Chandan

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada daya kepimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana telah pun memberi satu keputusan yang begitu melegakan khususnya kepada rakyat Negeri Perak. Namun rata-rata di bawah sini agak tertanya-tanya dan mohon penjelasan daripada Kerajaan Negeri. Apakah akan berlaku jika seperti yang dinyatakan oleh ketua pembangkang sebentar tadi tentang kalau dipertimbangkan semula penawaran walaupun yang pertama telah pun ditolak tetapi kalau dipertimbangkan semula? Apakah yang akan berlaku kepada ataupun apakah kesan yang akan berlaku kepada downstream terutamanya di kawasan aliran sungai Perak ? Apakah kesan sampingan jika ia dipersetujui ? Yang kedua apakah business plan atau mungkin boleh dikongsikan business plan ? Adakah ia membawa lebih keuntungan kepada Negeri Perak ataupun membawa lebih kerugian kepada Negeri Perak jika proposal ataupun penawaran daripada Pulau Pinang ini dipertimbangkan semula? Sekian. Terima kasih. Mohon penjelasan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato’ Yang Dipertua, terima kasih kepada Bukit Chandan. Seperti yang kita semua maklum bahawa Sungai Perak ini mengalir daripada Hulu Perak daripada Royal Belum dan berakhir di Muara Bagan Datuk. Maka di sepanjang sungai itu, kiri kanan sungai itu terdapat penempatan rakyat Negeri Perak dan sudah tentulah ia merupakan sumber air utama kepada semua kegiatan rakyat negeri. Walaubagaimanapun ada cadangan yang mengatakan bahawa tempat yang paling sesuai kalau pun nak diambil ialah di bawah daripada Empangan Chenderoh. Ada empat empangan tadi, keempat-empat empangan tadi menakung air untuk tujuan penjanaan elektrik.

Jadi kalau tuan nak ambil katanya hendaklah boleh ambil di bawah Empangan Chenderoh daripada Kuala Kangsar bawalah sampai Teluk Intan dan juga Bagan Datuk tetapi harus kita ingat bahawa di sepanjang Sungai Perak daripada bawah Empangan Chenderoh sampai ke Muara Bagan Datuk itu terdapat tujuh buah muka sauk Lembaga Air Perak untuk tujuan Loji Rawatan Air dan juga terdapat 7 buah muka sauk Jabatan Pengairan Saliran untuk tujuan pengairan pertanian. Jadi jika kita ambil air daripada bawah Empangan Chenderoh itu sudah pasti 14 muka sauk ini akan terjejas. Sebab bila air disedut keluar makan muka sauk ini akan menjadi cetek dan kadar air yang cetek itu akan menjejaskan performance yang ada pada ketujuh-tujuh muka sauk. 14, 7 muka sauk LAP dan 7 muka sauk JPS kerana itu kesannya sangat besar kepada mereka oleh kerana JPS mempunyai hasrat untuk menubuhkan muka sauk bagi tujuan pengairan bagi petani-petani dan juga aktiviti pertanian di Seberang Perak. Jadi kerana itu walaupun ada cadangan berkenaan tapi Kerajaan Negeri masih lagi berpegang kepada anologi. Kalau kita naik kapal terbang Dato’ Yang Dipertua, biasanya pramugari akan berpesan jika jatuhnya corong oksigen itu maka hendaklah cekup muka sendiri dahulu. Sebelum kita menyekup muka orang lain. Maksudnya selamatkan diri sendiri dulu baru kita boleh selamatkan orang. Itulah analogi yang kita pegang. Jadi kerana itu kita bertegas bahawa penggunaan air untuk rakyat di Perak yang lebih penting. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat saya percaya isu ini adalah satu isu yang imun yang menjadi kepentingan ramai pihak. Jadi saya dan saya percaya ia akan dibangkitkan juga lagi dalam hujah-hujah, dalam perbincangan dan perbahasan berkaitan dengan Usul Titah DiRaja nanti. Walaubagaimanapun saya bagi satu soalan tambah lagi kepada Pinji.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasi Yang Berhormat Speaker dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya setuju 100% dengan kita perlu cekup muka sendiri dengan kurang oksigen kita sendiri dulu dan disebabkan itu saya nak merujuk kepada satu kajian iaitu Penilaian Opsyen Dan Kajian Pra Rekabentuk Kejuruteraan Bagi Cadangan Projek Sistem Penilaian Air Sungai Perak. Di mana kajian ini telah diterajui oleh KASA sendiri. Di mana ia menyebut saya petik Water Supply Demand In Northern Perak is expected to increase to 372mlg 2050 with the yield 216mlb 2016. The increase in supply for Northern Perak District would be 152mlb pada tahun 2050. Maka di situ wujudnya satu ancaman atau satu peluang juga di mana kita perlu pertingkatkan supply atau bekalan air terawat bagi Perak Utara juga. Mungkin di situ wujud ruang lingkup untuk kita mula kaji dan tengok bagaimana ada satu business plan yang mungkin lebih mampan daripada sekarang dari segi bekalan dan juga dari segi implikasi kos rawatan air bersama dengan Pulau Pinang. Barangkali sekiranya boleh dipertimbangkan di mana kita perlu tingkatkan air terawat untuk Negeri Perak khususnya Perak Utara bersama-sama dengan Pulau Pinang. Apa pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Pinji. Memang ada kajian yang telah juga dibuat oleh KASA dan kita juga telah membacakan kajian tersebut. Cuma saya ingin memaklumkan sekali lagi pengalaman kita melihatkan kepada derita Pulau Pinang apabila air tidak mencukupi itu menyebabkan Perak lebih bersikap untuk membuat persiapan kepada mempertahankan kita dulu. Kalau terlepas air ke tempat lain kita nak minta balik tak boleh. Jadi sebab itu kita buat keputusan. Lebih baik kita menjaga kepentingan kita dahulu kerana derita tak cukup air ini sangat besar. Jadi kerana itu seperti saya maklumkan tadi kita nak buat unjuran bahawa air ini mencukupi untuk kegunaan kita dan kita tak dapat membekalkannya kepada orang lain. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk mengemukakan soalan.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Soalan saya soalan nombor dua.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri dan seluruh rakyat yang mengikuti persidangan hari ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pertanian Bandar adalah satu daripada program Kerajaan Negeri bagi menampung bekalan makanan dan menjana pendapatan tambahan kepada komuniti bandar. Jabatan Pertanian dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) ataupun SADC adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program ini. Bentuk pertanian bandar yang dilaksanakan adalah secara menegak dan mendatar atau dengan izin vertical and horizontal farming seperti fertigasi hydroponic dan aquaponic yang tidak memerlukan kawasan yang luas dan juga tidak bergantung kepada kesuburan tanah. Program ini memfokuskan kepada komuniti setempat yang dilaksanakan secara berkelompok ianya adalah bertujuan untuk membolehkan aktiviti ini berkembang dan membangun secara sendiri ataupun self-sustainability. Dato’ Yang Dipertua di bawah jabatan pertanian terdapat seramai 5,517 peserta yang terlibat dan meliputi kategori-kategori seperti berikut yang pertama iaitu kategori komuniti sekolah terdapat 72 buah sekolah yang melibatkan 1,300 peserta.

Kategori komuniti institusi seperti masjid ataupun surau meliputi 16 buah institusi yang melibatkan seramai 355 peserta dan kategori komuniti awam seperti komuniti taman dan pertubuhan. Terdapat 14 buah lokasi yang melibatkan seramai 300 peserta. Secara keseluruhan program ini telah memanfaatkan seramai 13,400 isi rumah. Sementara bagi Perbadanan Pembangunan Pertanian negeri Perak PPNP program ini telah dilaksanakan di 34 lokasi yang luas keseluruhan kawasan berjumlah 8.22 ekar yang melibatkan 7,540 isi rumah. Dato' Yang Dipertua selain daripada yang tersebut, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan

Pertanian negeri Perak dan juga Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menandatangani satu memorandum persefahaman MOU untuk membangunkan pertanian bandar ataupun urban farming di kawasan Gunung Matsoorat Ipoh dengan keluasan berjumlah 17,663 ekar.

Kerajaan Negeri sentiasa merancang untuk memperluaskan lagi program ini kerana ianya mendapat sambutan yang cukup positif dalam kalangan agensi, institusi dan komuniti masyarakat sebagai salah satu daripada sumber ekonomi komuniti dan seterusnya menyumbang kepada keperluan pemakanan negara. Mengenai dengan pemasaran hasil pertanian bandar ini ia tidak timbul sebarang isu kerana ianya dipasarkan dalam komuniti itu sendiri dan sehingga kini bekalan yang dibekalkan itu tidak mencukupi berbanding dengan permintaan yang ada disekeliling mereka. Sekian terima kasih.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih Semanggol. Jadi, jawapan yang diberikan itu tadi. Kelihatan bahawa program ini bukan program yang dilakukan secara terpilih tapi tidak menyeluruh. Sekolah, masjid, 14 taman maknanya perlu diluaskan lagi di tempat-tempat lain. Contoh saya lihat misalnya di dalam DUN Manjoi sendiri merupakan kawasan urban tiada satu pun yang program seperti yang dilaksanakan dan kalau bolehlah tempat-tempat sebegini juga libatkan dan dalam masa sama saya juga percaya bahawa insentif kepada mereka-mereka yang terlibat di dalam urban farming ini perlu diberikan dan kalau boleh diberikan sedikit penerangan oleh Yang Berhormat Semanggol mengenai perkara ini. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Manjoi untuk pengetahuan Yang Berhormat bahawa yang pertama sekali pemilihan yang dibuat oleh jabatan pertanian dan aktivis itu yang pertama bergantung kepada minat ataupun permohonan daripada komuniti-komuniti setempat. Jadi mungkin ada kawasan-kawasan yang dapat dua, tiga sebab dia telah melihat perkembangan ini dan perkara ini belum masih dalam peringkat perancangan dan berterusan dan sekiranya ada kawasan-kawasan ataupun komuniti-komuniti yang berminat untuk urban farming ini untuk mengadakan urban farming ni bolehlah mengemukakan permohonan ataupun memberi maklumat ke pejabat SUK ataupun terus kepada agensi-agensi berkenaan. Untuk makluman bekalan ataupun bantuan insentif yang diberi adalah hampir 100% daripada keperluan untuk mengadakan urban farming itu. Kalau justifikasi itu disediakan oleh agensi 100% lah daripada polibeg sehingga tanam dan hasilnya untuk kali keduanya mereka akan menjana berterusanlah.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Titi Serong.

Terima kasih pada Semanggol. Setiap projek ataupun pembangunan yang dilaksanakan sudah tentu melibatkan kos wang ringgit jadi bolehkah Semanggol memberi secara lebih terperinci berapakah kos perbelanjaan untuk program urban farming ini dan bagaimanakah perbelanjaan yang dikeluarkan itu adakah setimpal dengan hasil jualan kepada komuniti dan juga pengeluaran sayur-sayuran daripada urban farming ini berapa peratuskah yang berada di pasaran. Sebab sasaran kita sebenarnya adalah untuk mengimbangi harga pasaran sayur di luar sana selain daripada pendapatan di komuniti tapi paling jelas adalah hasrat kita untuk mengimbangi kekurangan bekalan sayur. Jadi bolehkah Semanggol memberi penerangan berapakah kos keseluruhan belanja yang dikeluarkan sama ada pada GLC ataupun jabatan pertanian dan berapakah pulangan yang didapat kepada komuniti dan apakah perancangan untuk menampung kekurangan di pasaran harga sayuran. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Titi Serong seperti mana yang dimaklumkan pada awal tadi bahawa objektif kepada urban farming ini adalah yang pertama untuk menampung sepertimana yang dikatakan menampung kekurangan bekalan makanan dan juga apa untuk menjana ekonomi kepada komuniti tersebut. Jadi secara operasi dan pengiraan itu mungkin tidak dapat diberi pada masa sekarang nanti mungkin akan dijawab secara bertulis. Tapi secara khususnya bahawa seperti mana yang dikatakan bahawa bekalan sayur-sayuran ataupun hasil tanaman urban farming ini bahawa dipasarkan kepada dalam komuniti mereka itu sendiri dan dianya tidak makan masa lama lah mungkin masa menuai sebagai contoh cili untuk menuai cili mengambil masa sebulan cili itu dipasarkan di sekitar itu saja.

Jadi berapa persent dia contribute kepada dia menyumbang kepada keseluruhan keperluan. Dia boleh dapatlah sikit ini dan mengenai dengan apa untuk keberhasilan dan keuntungan kepada komuniti tersebut sebab tu yang pertamanya kita bagi bantuan modal awal dan secara komuniti sebab benda tu bila ada komuniti tu mungkin dia tak tertinggal macam kita pergi perseorangan mungkin apabila berlaku sekurangnya dia akan tertinggal dia buat satu jalan tetapi dalam bentuk komuniti itu dia yang berterusan dan banyak daripada komuniti-komuniti kalau kita boleh ambil contoh sebagai ada satu masjid di Pengkalan Hulu jadi dia memang boleh menjanakan pendapatan bukan sahaja menampung kepada keperluan kegunaan masjid itu sendiri tapi boleh juga memberi pendapatan tambahan kepada peserta yang terlibat.

Semanggol saya memerlukan jawapan untuk berapa kos modal awal nanti kalau dalam hujah penggulungan nanti boleh maklumkan berapa perbelanjaan yang dikeluarkan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Nanti boleh naikkan dalam perbahasan nanti.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Tak boleh bahas kali ini?

Yang di-Pertua

Takpa dalam perbahasan nanti. Ok, saya jemput sekarang Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk mengemukakan nombor soalan.

Dato' Yang Dipertua, soalan saya soalan nombor tiga.

Bismillahirrahmanirrahim Terima kasih Tuan Yang Dipertua, Lenggong Geopark telah diperakukan sebagai geopark kebangsaan pada tanggal 16 Disember 2021 di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dan ini merupakan Geopark kedua di negeri Perak Selepas Geopark Lembah Kinta. Selaras dengan pengiktirafan tersebut, satu jawatankuasa pemandu yang telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak telah ditubuhkan berdasarkan kepada Dossier Lenggong Geopark.

Berdasarkan Dossier penumbuhan Lenggong Geopark itu juga, satu organisasi yang diterajui oleh Pegawai Daerah Hulu Perak selaku pengurus Lenggong Geopark turut dianggotai oleh jawatankuasa GeoCommunity, jawatankuasa GeoPelancongan, jawatankuasa GeoTapak yang telah turut ditubuhkan bagi merencanakan halatuju pembangunan dan promosi Lembah Lenggong Geopark dan turut mengadakan mesyuarat pertama pada bulan Januari yang lepas. Pelbagai projek prasarana asas dan infra telah di laksanakan di semua 27 geotapak yang terdapat di dalam Lengong Geopark di mana projek pembangunan ini telah dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak serta Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA). Projek-projek pembangunan ini juga telah berjaya disiapkan dan kini dalam tempoh penyerahan kepada pihak komuniti yang terlibat. Selain itu juga papan tanda, billboard, dengan izin pelancongan Lenggong Geopark dan laman portal rasmi Lenggong Geopark iaitu lenggonggeopark.com.my telah pun dinaikkan dalam usaha mempromosikan Lembah Lenggong Geopark ke persada dunia.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, saya ingin penjelasan daripada Kerajaan Negeri, apakah perancangan untuk jangka pendek dan jangka panjang bagi mempastikan Geopark ini benar-benar mencapai apa yang diimpikan? Ini berlaku sebelum ini 10 tahun yang lalu, kawasan yang sama juga telah mendapat pengiktirafan, World Heritage Perak Man tetapi sehingga kini, tidak menampakkan sesuatu yang amat membanggakan dengan pengiktirafan-pengiktirafan tersebut dalam melonjakkan kawasan ini ke persada yang lebih tinggi khususnya dalam sektor yang berasaskan pertanian, pelancongan dan ianya memberikan pulangan yang terbaik kepada masyarakat setempat. Malah kekangan dihadapi untuk memajukan kawasan ini dalam bentuk industri dan juga pertanian kerana halangan dan juga mematuhi piawaian yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin penjelasan daripada Kerajaan Negeri sejauh mana usaha-usaha yang dilakukan dan menampakkan bahawa kalau di Lenggong ini, Geopark ini lebih disuarakan ataupun diketengahkan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen sahaja, di peringkat pusat. Di negeri sejauh mana usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri? Minta penjelasan.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kenering di atas soalan tambahan tersebut. Kita Kerajaan Negeri mengakui bahawasanya apabila kita mendapat pengiktirafan Lenggong sebagai satu tapak Warisan UNESCO, kita mempunyai pelbagai cabaranlah di dalam mentadbir dan mengurus setia kawasan tersebut memandangkan ianya tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh UNESCO dan dipantau dan diselia oleh

Jabatan Warisan Negara dan bukan Kerajaan Negeri. Tetapi pada kali ini Geopark Lenggong ini adalah agak berbeza kerana Geopark Kebangsaan ini adalah di bawah kawal seliaan secara bersama pada waktu dan ketika ini di peringkat kementerian (KETSA) bersama-sama dengan pihak Kerajaan Negeri dan daripada segi syarat dan peraturan yang ditetapkan di dalam Geopark, Geopark ini membenarkan aktiviti-aktiviti yang sedia ada dijalankan, diteruskan dan tidak menghalang pembangunan selagi ianya tidak orang kata mengancam keadaan kelestarian Geopark yang sedia ada.

Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kenering sememangnya kali ini Geopark Lenggong adalah lebih laju daripada segi gerak kerja bukan sahaja dari segi perancangan untuk kita bangunkan pelbagai program tetapi juga daripada segi pembangunan yang telah dibantu oleh pihak KETSA. Jadi untuk makluman di antara program-program yang akan kita anjurkan dalam masa jangka masa yang pendek yang pertama daripada segi program komuniti, kita telah adakan re-skilling, up-skilling, dengan izin, untuk Geo Guide, ini juga merupakan salah satu pekerjaan baru di Lenggong. Kita juga telah mengadakan perbincangan untuk menjalankan program-program bersama dengan PASAK dan STeP yang khusus bukan sahaja kepada Geopark ataupun arkeologi tetapi juga kepada pelancongan dan insya-Allah kita juga akan menjalankan program kesedaran dan pendidikan dalam bidang geosains dan geologi warisan. Yang ini adalah khusus untuk masyarakat setempat supaya mereka juga bersama membangun menikmati pembangunan yang ada di mana pelancongan akan menjadi salah satu daripada punca ekonomi yang utama khususnya di dalam Lembah Lenggong. Program pembangunan yang lain juga kita bawakan daripada segi pemetaan, pemuliharaan Geopark bersama-sama dengan pihak USM. Satu acara antarabangsa akan dibawa ke Lenggong pada tahun ini iaitu Perak 48 hours Iron Bound Adventure National Series dan World Cup di mana Perak adalah hos untuk sektor Asia dan sukan ini adalah lebih kepada sukan berkonsep orienteering.

Dan pada hari ini juga kita melihat pembangunan-pembangunan lain termasuklah Galeri Geopark, pejabat World Health Office yang juga akan menempatkan pejabat Geopark juga di situ untuk PBT dan insya-Allah lah kita akan aturkan program-program yang lain yang bersesuaian di dalam jangka masa yang terdekat. Untuk jangka masa panjang kita berasa selesa pada ketika ini kerana kita mempunyai satu jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar sendiri untuk memastikan perancangan kita dapat dilaksanakan secara bersama di antara pihak Kementerian dan juga pihak Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua, Simpang Pulai.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih kepada Timbalan Speaker, terima kasih kepada Exco. Cuma saya nak tambah satu soalan sebab kita tahu Tapak Warisan Dunia Lembah Lenggong seringkali menjadi tumpuan apabila ada dua isu pokok yang belum dapat satu kepastian untuk penyelesaiannya. Antaranya pertama adalah ada segi pengurusan dimentri di Lembah Lenggong yang mana sebelum ini berlakunya masalah galeri, siapa punya, tapak warisan itu siapa punya dan kemudiannya isu ini berbangkit menyebabkan dari segi penyelenggaraan, peruntukan, kemudahan itu agak terbengkalai berbanding dengan tempat-tempat lain. So, isu pokoknya adalah pengurusan tapak tersebut, hak pengurusan tapak tersebut dan juga kekurangan kemudahan dan peruntukan yang mencukupi untuk menaiktarafkan tempat tersebut. So, saya mohon pandangan daripada Exco, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Pulai. Sememangnya masalah ini memang masih lagi kita sedang tangani. Untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya kita telah mengadakan perbincangan dan telah mendapat kelulusan daripada pihak kementerian untuk, belum lagi mengambil alih tapak yang telah diperbincangkan. Tapak warisan ini ada yang akan dikawal selia oleh Jabatan Warisan secara menerus dan ada yang akan dipulangkan kembali untuk diurus tadbir dan diuruskan oleh pihak Kerajaan Negeri lah. Jadi pada waktu dan ketika ini salah satu daripada syarat yang sedang Kerajaan Negeri bantu untuk selesaikan ialah untuk mengadakan satu pejabat yang dipanggil World Health Office di mana World Health Office ini akan menempatkan pekerja-pekerja di bawah Majlis Daerah Lenggong untuk mengurus daripada segi pemasaran, promosi dan mengambil alih tapak-tapak yang sedia ada. Jadi galeri ini daripada Kerajaan Negeri kita telah mendapat peruntukan dan telah selesai dinaik taraf dan dibaiki struktur di laman budaya untuk ditukarkan sebagai World Health Office. Perjawatan sedang dimohon untuk 7 perjawatan yang baru tetapi pada waktu yang sama kita meletakkan syarat sekiranya kita mengambilalih kita perlu diberikan tempoh masa yang sesuai dan juga yang lebih penting lagi YB adalah ada training dan juga orang kata pengetahuan lah, the subject matter expert to help us daripada segi mengurus tempat-tempat yang akan diserahkan kembali kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Selinsing untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Timbalan Speaker, soalan Selinsing soalan nombor empat. Terima kasih.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Izinkan saya untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Selinsing secara bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bukit Chandan kerana kedua-keduanya tersebut menyentuh isu yang sama. Kerajaan Persekutuan melalui KPDNHEP telah mengambil langkah-langkah yang berikut untuk memastikan harga barangan keperluan harian dijual pada harga yang berpatutan. Yang pertama, menetapkan harga minyak masak kelapa sawit tulen botol 1 kilo, 2 kilo, 3 kilo dan 5 kilo. Seterusnya yang kedua melaksanakan harga kawalan di bawah penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam yang berkuatkuasa sejak 5 Februari 2022, bagi ayam hidup, ayam standard, ayam super dan telur ayam gred A, B dan C pada peringkat ladang, borong dan juga runcit dan ketiga menganjurkan program jualan Keluarga Malaysia atau pun PJKM di setiap kawasan Parlimen bermula 4 Disember 2021. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat dari kalangan berpendapatan rendah di mana program jualan ini akan menawarkan barangan keperluan asas dan harian pada harga yang lebih rendah daripada harga semasa dipasaran. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Soalan tambahan daripada Selinsing. Kalau kita lihat tindakan kerajaan untuk mengadakan pelbagai program tetapi dihakikatnya di bawah sana masih ada lagi dwi harga, ada harga di tempat dan lokasinya berbeza dan tinggi. Jadi saya ingin penjelasan mengapakah isu itu timbul dan apakah tindakan KPDNHEP untuk menjadikan harga lebih stabil dan mengikut kemampuan rakyat. Terima kasih.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Selinsing. Pihak KPDNHEP melalui Pegawai Penguatkuasa dan juga Pegawai Pemantau harga di setiap daerah setiap hari menjalankan pemantauan di lokasi-lokasi dan kawasan tumpuan orang ramai dan sekiranya ada aduan kaitan dengan isu-isu kenaikan harga barang ataupun harga yang dijual secara tidak munasabah bolehlah aduan-aduan tersebut disalurkan secara rasmi kepada pejabat KPDNHEP yang berdekatan ataupun melalui saluran-saluran yang tertentu.

Timbalan Yang di-Pertua

Titi Serong. Silakan

Timbalan Yang Dipertua terima kasih. Kalau melihat dengan jawapan daripada Exco Hal Ehwal Pengguna ni sekata je informat tu telah wujud pada awalnya. Isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini tak pernah dijawab dengan secara yang detail. Kita mahukan jawapan yang ada penyelesaiannya. Selain daripada agensi penguatkuasa turun…turun…turun, buat aduan ikut seperti nombor yang ditertera. Yang persoalkannya barang tak cukup harga telur pun tak boleh supply. Jangan nanti kata kalau salahkan Kementerian Pertanian, sepatutnya kita nak cari penyelesaian bagaimana penyelesaian, bagaimanakah kita nak menghadapi isu rakyat, ini bulan puasa ni difahamkan harga tepung akan naik, dah naik dah pun. Apa tindakan daripada pihak Exco. Saya nak tanya cakap kepada Yang Dipertua, sesi yang lepas pun tidak ada jawapan secara bertulis daripada EXCO yang menjaganya. Ramai YB-YB yang bertanya tapi tak ada jawapan bertulis yang dibekalkan. Jadi mohon penjelasan daripada Yang Berhormat EXCO apakah tindakan yang lebih tuntas daripada Kementerian Hal Ehwal Pengguna untuk memastikan harga barang kawalan barangan ni dapat memberi kelegaan kepada peniaga dan juga orang ramai. Saya tak nak dengar le jawapan kita boleh berhubung dengan Pegawai Hal Ehwal Pengguna, ada nombor yang tertera, itu jawapan yang kata dalam format kita boleh tahu. Mohon penjelasan daripada YB Exco.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Terima kasih kepada Yang Berhormat kawasan Titi Serong dan terima kasih juga di atas pandangan dan luahan telah disampaikan, jadi pihak saya akan mengambil serius atas perkara yang dibangkitkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Jelapang untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Timbalan Tuan Yang Dipertua soalan saya adalah nombor 5.

Bismillahirrahmannirrahim. Terima kasih kepada Jelapang dan insya-Allah saya jawab soalan Jelapang dan sekali dengan soalan Pasir Panjang kerana soalannya lebih kurang sama. Bagi merealisasikan agenda utama Kerajaan Negeri dalam melestarikan bumi Perak, setiap agensi, jabatan di Negeri Perak dikehendaki memberi fokus dalam memastikan setiap pembangunan adalah seimbang, iaitu mengharmonikan dan mengintegrasi dimensi alam sekitar dalam dasar semua sektor serta memantapkan penguatkuasaan berkaitan isu-isu pencemaran alam sekitar. Adalah amat penting bagi agensi-agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan dan negeri berganding bahu dengan pihak swasta mengorak langkah sama-sama bagi memberi kesedaran terhadap setiap ahli masyarakat bagi menghayati konsep pemuliharaan alam sekitar dalam kehidupan mereka dan hubungan dengan yang maha pencipta. Makhluk lain dan juga alam sekitar secara tidak langsung nilai-nilai murni dapat diterapkan pada setiap anggota masyarakat mempunyai kepentingan terhadap kesejahteraan hidup dalam persekitaran yang sihat dan bersih. Penguatkuasaan bersepadu antara agensi jabatan kerajaan persekutuan atau pusat dan negeri adalah elemen yang penting untuk memastikan premis-premis industri yang diluluskan untuk beroperasi ini tidak menimbulkan isu-isu pencemaran alam sekitar setempat.

Pembangunan projek pembangunan ini juga boleh menimbulkan isu-isu pencemaran dan kemusnahan alam sekitar yang serius yang tiada kawalan dan pemantauan terhadap kesan aktiviti-aktiviti semasa pelaksanaan pembangunan projek pembangunan terhadap dan tersebut dan pengoperasiannya. Bagi kes-kes aduan yang melibatkan isu-isu pencemaran alam sekitar perlulah diambil tindakan segera dan tegas dikenakan tindakan perundangan setimpal dengan pelakunya oleh Jabatan Alam Sekitar atau agensi-agensi sepatutnya untuk tindakan selanjutnya di bawah bidang kuasa agensi masing-masing dan jawapan yang disediakan ini saya lihat ada lebih kurang 13 muka surat dan saya cuba pendekkan insyaa Allah dan sebahagiannya ada dalam titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkaitan dengan Perak bumi lestari dan seterusnya Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga giat untuk memperkasakan aspek penguatkuasaan dalam melindungi dan memelihara khazanah alam semulajadi daripada ancaman pemburu haram, kegiatan pembalakan haram khususnya dalam kawasan hutan simpan kekal melalui operasi penguatkuasaan bersepadu bersama-sama agensi berkaitan seperti Jabatan Perhilitan Negeri Perak, JAS, Polis Diraja Malaysia, PDRM, Jabatan Imigresen dan lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan di mana sepanjang tahun 2021, 2,828 aktiviti pemantauan telah dilaksanakan dan sebanyak sembilan operasi pengurusan bersepadu telah pun dijalankan dan untuk melestarikan bumi Perak ini juga JAIPk juga tidak terlepas untuk turut serta di mana jabatan telah pun menyeru semua masjid dan surau di seluruh negeri Perak agar mengadakan pelbagai program dan kempen berkaitan dengan kelestarian alam sekitar.

Di antaranya ialah mempelbagaikan penggunaan tanah iaitu memanfaatkan tanah di kawasan atau tanah wakaf dalam kariah dengan pelbagai tanaman sama ada kontan ataupun komersial. Kempen kurangkan penggunaan plastik tujuan untuk menjaga alam sekitar dan ekosistem di antara langkah yang boleh pihak jawatankuasa kariah ambil ialah menggalakkan jemaah membawa sendiri bekas makan dan minuman menggunakan semula beg plastik dan proses kitar semula beg plastik ataupun kertas di mana Jabatan Agama Islam juga telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perak untuk menganjurkan program penghijauan Malaysia di masjid dalam tanaman iaitu masjid dalam taman, indah dan ceria peringkat negeri Perak yang mana disasarkan ialah enam ribu pokok dan juga berkaitan dengan Perak bumi lestari ini, kita Kerajaan Negeri bukan sahaja melalui JAS bukan sahaja menguatkuasakan apabila berlaku atau pun ada aduan daripada mana-mana pihak malah Jabatan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri turut menganjurkan beberapa program lebih kepada bimbingan, memberi pendidikan agar ada kesedaran terutama daripada pemain-pemain industri dan lain-lain dan dalam usaha Kerajaan Negeri juga untuk mempromosikan agenda Perak Bumi Lestari ini, salah satu pendekatan diambil adalah membudayakan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Bagi mencapai matlamat pendekatan ini, digariskan tiga langkah pelaksanaan itu iaitu meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap alam sekitar, melaksanakan tindakan segera dan proaktif bagi menangani isu dan masalah alam sekitar dan memperkukuhkan peranan sektor swasta dan urusan alam sekitar.

Bagi mencapai matlamat dan pendekatan tersebut sepanjang tahun 2021, berbagai-bagai program kesedaran alam sekitar telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar. Antaranya program kesedaran tersebut telah dilaksanakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak iaitu kempen kesedaran pengumpulan buangan yang disebut sebagai e-waste di seluruh Negeri Perak yang melibatkan semua PBT dan premis industri. Hasil daripada kempen ini Negeri Perak telah diisytiharkan sebagai negeri yang tertinggi dalam kutipan e-waste iaitu sebanyak 313 tan dan program pertandingan Anugerah Kuari Lestari, Anugerah Alam Sekitar, Program Pertandingan Anugerah Kilang Kelapa Sawit Lestari, Anugerah Alam Sekitar, Program Pertandingan Anugerah Khas Ikon Muda Alam Sekitar, Program Pertandingan Fotografi Bertema Alam Sekitar, Program Pertandingan Kuiz Alam Sekitar Seluruh Sekolah Negeri Perak, Program Pertandingan Koleksi Puisi dan Pantun Pelajar Sekolah Negeri Perak yang bertemakan Perak Bumi Lestari, Program Penganugerahan Sekolah Lestari, Anugerah Alam Sekitar dan berbagai-bagai lagilah program anugerah agar sama-sama berlumba-lumba untuk melestarikan alam sekitar terutama di tempat premis jagaan masing-masing dan pelbagai lagi yang telah dilakukan termasuk daripada pihak kerajaan tempatan antaranya berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan lain-lain lah. Jadi saya rasa cukuplah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Jelapang.

Encik Cheah Pou HianDAP · PHJelapang

Timbalan Yang Dipertua, soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan strategik dan holistik atau blueband untuk jangka masa panjang ke arah kelestarian alam sekitar di Negeri Perak?

Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelapang yang prihatin terhadap alam sekitar. Apakah ada perancangan untuk jangka masa panjang untuk kelestarian alam sekitar? Alhamdulillah tahun lepas saya sendiri selaku Exco Alam Sekitar mengepalai satu team jawatankuasa untuk mewujudkan satu dokumen kelestarian alam sekitar untuk Perak 2030. Pada masa itu kita namakan PSG 2030 iaitu Perak Sustainable Greenprint 2030 dan kerjasama kita Kerajaan Negeri melalui UPEN dengan MIC, pihak MIC adalah satu GLC di bawah MOSTI Kerajaan Persekutuan. Alhamdulillah kita mengambil masa enam bulan, libat urus demi libat urus dengan pelbagai agensi di negeri Perak dan mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua agensi di negeri Perak termasuklah kerjasama yang amat baik daripada barisan Exco portfolio yang berkaitan dan akhirnya selepas enam bulan kita dapat keluarkan satu dokumen Perak Sustainable Greenprint. Ini dia. Ini perancangan kita yang mana perancangan ini mengandungi beberapa sasaran, teras, sektor keutamaan yang kita letakkan termasuk strategi utama pelan tindakan inisiatif jangka masa pendek program berimpak tinggi dan juga pemacu pelaksanaan utama di mana ia memberi tumpuan untuk fasa yang pertama yang kita target dalam masa 8 tahun ini insyaallah.

Moga-moga mendapat kerjasama yang baik daripada semua ADUN-ADUN iaitu penumpuan kita untuk fasa yang pertama ialah sektor pertanian, sektor tenaga, sektor perhutanan, sektor perlombongan, sektor pelancongan, pengangkutan, pengurusan sisa air dan juga pembuatan dan selepas itu kita memberi tumpuan pula kepada beberapa sektor yang lain iaitu tiga sektor iaitu pembinaan, bangunan dan digital teknologi maklumat dan juga komunikasi. Ertinya sembilan sektor ini diharap dapat kita lihat satu kelestarian di Negeri Perak ini, yang mana pihak MMK telah pun mencadangkan dokumen ini dinamakan Perak Lestari bukan PSG lagi iaitu Perak Lestari yang mana yang akan mempengerusikan projek atau pun perancangan yang sangat besar ini dipengerusikan oleh Amat Berhormat Menteri Besar sendiri. Insya-Allah. Mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Jelapang.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Changkat Jong.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco yang memberi penjelasan dan jawapan yang cukup komprehensif Walau bagaimana pun berkait dalam usaha untuk penguatkuasaan dan juga kempen kesedaran lagi kelestarian yang ingin dicapai oleh Kerajaan Negeri namun saya harap juga tidak berlaku di mana hasil kutipan, peluang perniagaan dan pendapatan rakyat dan hasil negeri juga tidak harus kita abaikan dengan hasrat yang baik ingin melihat dan penguatkuasaan, kempen kesedaran dan sebagainya. Soalan saya apakah langkah-langkah yang Kerajaan Negeri telah dan akan ambil untuk memastikan khazanah negeri dapat dikeluarkan jika ia berada dalam kawasan sensitif alam sekitar supaya kitaran perniagaan dapat dijalankan, dapat diusahakan, perniagaan dapat dikembangkan, peluang pekerjaan dapat diwujudkan di samping hasrat untuk penguatkuasaan kempen kesedaran dapat dijalan dalam waktu yang sama. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Changkat Jong. Pendekatan Kerajaan Negeri terutama di Perak inilah Kerajaan Negeri Perak yang mana kita banyak menganjurkan kursus-kursus dan seminar kepada pemain lestari dan pemain industri raya atau pun pemain industri dari masa ke semasa lah berkaitan dengan kesedaran untuk upgrade teknologi terutamanya kilang-kilang yang lama dan berkaitan dengan kawasan sensitif alam sekitar ini kot mana pun ia bergantung kepada EIA yang dipohon dan juga bergantung kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Jika ia bertentangan dengan apa yang termaktub dalam akta tersebut maka tidak boleh permohonan daripada pemain industri ataupun daripada pelabur tidak boleh diterima atau pun tidak ataupun ditolak permohonan tersebut kerana kita tidak boleh berkompromi terhadap kerosakan alam sekitar terutama di kawasan-kawasan sensitif alam sekitar terutama di kawasan yang ramai penduduk lagilah kena ambil perhatian sebab dia ada zon yang disebut sebagai zon penampan beberapa ratus meter dasar negeri yang telah ditetapkan maka mesti dipatuhi ertinya tidak ada kompromilah dalam bab kelestarian alam sekitar ertinya memang kita perlu untuk seimbangkan di antara untuk menarik pelabur untuk menambah pendapatan negeri tapi dalam masa yang sama juga kita tidak merosakkan alam sekitar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih. Di jemput Ahli Yang Berhormat daripada Kawasan Chenderoh untuk mengemukakan nombor soalan.

Assalamualaikum wbt. Timbalan Yang Dipertua, soalan Chenderoh nombor enam.

Terima kasih Yang Berhormat Chenderoh. Timbalan Yang Dipertua. Ibu tunggal dan juga warga emas merupakan antara golongan rentan yang senantiasa diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri apabila merangka, merancang dan melaksanakan sesuatu program dan juga inisiatif. Kerajaan Negeri sentiasa memastikan golongan ini mencukupi keperluannya dan mampu memperolehi manfaat sosial sama ataupun setara dengan golongan yang lain agar dapat menjalani kehidupan yang sihat dan juga sejahtera.

Untuk makluman Yang Berhormat Chenderoh, terdapat tiga inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan bagi membantu kos perubatan golongan warga emas dan ibu tunggal atau wanita secara amnya. Ianya dalam bentuk dana perubatan Kerajaan Negeri yang diadakan secara kerjasama dengan hospital swasta di negeri Perak iaitu yang pertama. Dana Perubatan Warga Emas dengan kerjasama Perak

Community Specialist Hospital (PCSH) Ipoh, adalah bantuan subsidi dari Kerajaan Negeri dan ianya hanya terbuka kepada pesakit kategori warga emas golongan B40 yang tidak berkemampuan untuk menanggung kos pembedahan kecil yang dijalankan di PCSH Ipoh.

Pesakit boleh mendapatkan subsidi ini dengan maksimum sebanyak RM5,000 bagi yang layak mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Selain membantu golongan warga emas yang memerlukan ia juga dapat membantu bagi mempercepatkan prosedur rawatan kepada pesakit warga emas ini. Program ini bermula pada tahun 2019 dengan peruntukan awal sebanyak RM50,000 dan atas dasar keprihatinan Kerajaan Negeri dan permintaan yang semakin meningkat. Maka pada tahun 2021 dan 2022, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan Masyarakat (WFW) telah menambah peruntukan kepada RM100,000 setahun untuk dana perubatan ini. Ini dalam usaha Kerajaan Negeri bagi membantu pesakit warga emas yang tidak berkemampuan yang berada dalam golongan kumpulan B40.

Tahun 2021 pula, Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Ipoh buat julung-julung kalinya telah memperkenalkan dana perubatan wanita bagi pembedahan pembuatan tapak dialisis dengan peruntukan awal sebanyak RM100,000. Dana ini khusus bagi membantu golongan wanita B40 yang mempunyai masalah fungsi ginjal yang kronik dengan menampung kos subsidi rawatan sebanyak maksimum RM3,000 mengikut kelayakan. Mendapat sambutan yang menggalakkan, Kerajaan Negeri meneruskan bantuan dana pada tahun ini 2022 dengan peruntukan RM100,000 agar golongan wanita tidak terbeban dengan kos kesihatan yang diperlukan dan dapat membantu mempercepatkan mereka menjalani rawatan buah pinggang dan juga dialisis.

Yang ketiga adalah yang terbaru pada pada 28 Februari 2022, Kerajaan Negeri telah melancarkan dana perubatan Sinar dengan kerjasama Hospital Ar-Ridzuan Ipoh di mana peruntukan sebanyak RM100,000 disediakan bagi membantu golongan B40 yang berusia 50 tahun ke atas untuk mendapatkan rawatan pembedahan mata seperti katarak di Hospital Ar-Ridzuan Ipoh. Kepada pesakit yang layak, mereka ini akan mendapat manfaat subsidi maksimum sebanyak RM3,000 daripada kos keseluruhan pembedahan tersebut. Berdasarkan sambutan yang baik daripada kalangan penerima, juga perkhidmatan yang cemerlang yang diberikan oleh hospital-hospital ini menyebabkan Kerajaan Negeri bersetuju untuk bekerjasama menjayakan ketiga-tiga dana perubatan ini. Kerajaan Negeri berharap melalui penganjuran program sebegini akan lebih ramai lagi rakyat di negeri Perak yang berpendapatan rendah dan memerlukan rawatan yang segera dapat dibantu.

Yang Berhormat Chenderoh, bagi soalan yang ketiga. Permohonan ambulans kecemasan di bawah Medical Emergency Respon System (MERS) 999 untuk mendapatkan rawatan kecemasan dan penghantaran di antara fasiliti-fasiliti perubatan bagi pesakit yang sedang menerima rawatan, adalah percuma tanpa mengira latar belakang pesakit. Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas, bayaran akan dikenakan dengan merujuk kepada perintah Fi Perubatan Kos Perkhidmatan 1982 (Pindaan) 2016. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Yang Berhormat Chenderoh.

Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua dan merakamkan ucapan terima kasih juga kepada Kampong Gajah yang memberi penjelasan yang amat baik untuk kesejahteraan rakyat di Perak. Soalan tambahan saya, selain daripada dana perubatan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri, terdapat juga golongan warga emas dan OKU yang kurang berkemampuan dan keperluan untuk membeli peralatan sokongan bagi menjalani kehidupan harian seperti kerusi, roda khas katil hak dan sebagainya. Soalannya, di manakan mereka ini boleh memohon bagi mendapatkan bantuan yang disediakan oleh mana-mana agensi di Kerajaan Negeri?. Terima kasih.

Terima Kasih Yang Berhormat Chenderoh. Untuk jawapan kepada soalan tersebut. Ya, Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan Skim Bantuan Alat Tiruan ataupun alat sokongan DATS bertujuan untuk meningkatkan keupayaan mobiliti dan kefungsian sosial bagi mereka yang kurang berkemampuan dan berkeperluan. Contoh jenis-jenis peralatan tiruan dan alat sokongan yang disediakan adalah kaki dan tangan palsu, alat pendengaran, kerusi roda biasa dan khas, cermin mata khas, kasut khas, tongkat ketiak, tongkat putih, tongkat biasa, mesin brill dan juga katil khas. Melalui Skim bantuan alat tiruan alat sokongan ini, pemohon adalah tidak dibenarkan membuat permohonan bagi tujuan kosmetik seperti botok dan semua jenis implan termasuklah gigi palsu, rambut palsu dan lain-lain peralatan untuk tujuan kecantikan yang sama sekali tidak dibenarkan, tetapi hanya untuk keperluan bagi meneruskan kehidupan dan fungsi fizikal mereka. Mana-mana individu dalam kumpulan sasar JKM seperti kanak-kanak, warga emas dan juga OKU yang berkeperluan dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan di mana-mana pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di tempat tinggal masing-masing. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan bantuan JKM, JKM 8 dan mengemukakannya kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah tempat tinggal pemohon bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-Ahli Yang Berhormat semua.

Speaker...

Yang di-Pertua

Ayer Kuning.

Soalan saya mudahan sahaja. Pertama, sejauh manakah info yang dibentangkan oleh Exco tadi khususnya ADUN dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat ilmu it?.. So saya, pendapat saya hingga hari ini pun hanya bentang dalam Dewan sahaja, berapa dana dah dikemukakan. Tapi di peringkat bawah memang tak berapa dengar. Kebanyakan dana ini melalui wakil-wakil rakyat sahaja.

Yang kedua saya nak tanya, sejauh mana SOP untuk mendapatkan rawatan sakit terlantar. Kadang-kadang dah tiga bulan tak dapat dan sebagainya, tapi janji sebulan pun tak dapat. So, saya nak supaya Kerajaan Negeri melihat SOP yang telah tentukan daripada permohonan sehingga dapat bantuan rawatan sakit terlantar.

Yang di-Pertua

YB Exco.

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning. Ada dua soalannya itu. Yang pertama berkaitan dengan dana-dana yang telah diumumkan tadi. Sebenarnya dana-dana ini selain daripada penduduk setempat ataupun wakil-wakil rakyat, ia juga adalah melalui Unit Korporat dan juga Seksyen Kebajikan hospital-hospital tersebut yang mana-mana pesakit yang memerlukan akan ditapis, di temuduga dan juga dilengkapkan permohonannya oleh Seksyen Kebajikan di hospital terbabit dan saya mengambil maklum yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning yang mana kita akan bantu jugalah terus war-war melalui, selain daripada ADUN-ADUN juga melalui pejabat-pejabat Penghulu dan juga pejabat daerah. Kerana sekarang ada anak, yang kita buat ini hanya berpusat di sekitar Ipoh iaitu di daerah Kinta. Namun ada juga kita mendapat rujukannya daripada daerah-daerah lain seperti contohnya daripada daerah Hilir Perak dan sebagainya yang mereka menunggu lama di hospital awam, jadi mereka mendapat tahu tentang dana ini dan mereka datang untuk mendapatkannya.

Dan yang kedua berkaitan dengan SOP terlantar pesakit. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga diambil maklum oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebenarnya SOP nya memang ada untuk pesakit terlantar dan juga untuk bantuan-bantuan yang lain. Namun ianya bergantung kepada kelengkapan dokumen dan sebagainya yang diberikan oleh pemohon kerana apabila dilihat ada kalangan yang apabila lambat, apabila kita melihat kembali kenapa lambat, rupanya dia tidak lagi membuka, contohlah membuka akaun dengan BSN dan sebagainya. Ia diambil maklum dan JKM dari masa ke semasa akan memperbaiki SOP bagi memastikan bantuan bulanan ini dapat cepat kepada yang disasarkan terutamanya pada bantuan warga emas dan juga yang sakit terlantar. Terima kasih yang Berhormat Ayer Kuning.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Masa dah tamat ni. Minta satu last yang ni ok.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Dato' Speaker boleh tambah sikit soalan? Soalan tambahan. Ok terima kasih. Nak tambah sikit saja mengenai B40. Terima kasih Dato' Speaker. Nak tanya apakah sistem data maklumat yang akan dirujukkan untuk golongan B40? Ya terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Canning. Berkaitan dengan data B40 memang kita sekarang ini kita mempunyai data melalui e-Kasih, yang mana yang dikumpulkan oleh ICU yang melalui mesyuarat ya focus group dan sebagainya daripada peringkat daerah dan negeri. Selain daripada itu kita juga mempunyai data-data B40 daripada agensi-agensi sama ada di pusat dan juga agensi-agensi Kerajaan Negeri dan satu sistem sedang dibangunkan untuk melaraskan menyelaraskan semua maklumat ini iaitu penerima-penerima ataupun golongan B40 dalam negeri Perak bagi tujuan untuk memastikan golongan ini tidak ada yang tercicir dalam menerima bantuan daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dan sistem itu sedang dalam proses untuk kita siapkan secara menyeluruh kerana memerlukan kerjasama yang padu daripada semua jabatan termasuklah jabatan daripada Pusat dan juga Kerajaan Negeri dan insya-Allah sistem itu dalam masa akan datang nanti kita umumlah daripada masa ke semasa sehingga siap. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.

Usul yang telah diberi notis, usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak DaMotion

Setiausaha Dewan

Perkara yang kelima. Usul yang telah diberi notis, usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku. Patik sekalian iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Pangkor menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi, ‘Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun tuanku, patik sekalian iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan telah pun mendapat sokongan. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Penyokong Kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama 40 minit setiap seorang, manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Berhormat yang lain adalah selama 20 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekarang ini dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dato' Yang Dipertua, saya bangun bagi menyokong usul yang dibawa oleh Kota Tampan, menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan rasmi Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan.

Dato' Yang Dipertua, izinkan saya pertama sekali untuk merafak sembah junjungan kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Tuanku semalam pandangan dan pemikiran Tuanku dalam ehwal mengurus negeri dan negara sentiasa menjadi teladan buat sekalian warga mengambil iktibar dan panduan. Politik dan sistem pemerintahan negara dan negeri Perak khususnya sejak merdeka berada di atas landasan demokrasi dan Raja Berperlembagaan. Kita bersyukur kerana tidak menjadikan komunisme, jangka dan ketidakaturan sebagai pilihan politik untuk pemerintahan. Kestabilan adalah kunci kejayaan sesebuah negara. Apabila sesebuah negara berada dalam keadaan kucar-kacir perjalanan politiknya, maka terjemahlah segala kepincangan, kecacatan, kelemahan sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Justeru, Barisan Nasional mengambil pendekatan kestabilan kerana hanya dengan kestabilan kita dapat membina kemakmuran bersama.

Dato' Yang Dipertua. Titah Tuanku mengenai keadaan geopolitik dunia mengundang untuk kita melihat bersama-sama dalam kontek kita di Malaysia pada hari ini iaitu tiga perkembangan yang perlu diberikan perhatian sepanjang tahun 2022 ini. Pertama seperti mana yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku iaitu di pentas politik dunia Krisis Rusia dan Ukraine meningkatkan suhu ketegangan dan kesannya terhadap ekonomi dunia, bekalan makanan dunia, harga minyak dan geopolitik dunia.

Kedua pada hemat saya, pengumuman ini dalam kontek negara kita. Pengumuman pembukaan sempadan negara bermula 1 April 2022 nanti. Ia bermakna peralihan fasa pandemik kepada endemik, banyak impak positif untuk pergerakan pelabur masuk ke dalam negara dan kita doakan ia akan memberi kesan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Ketiga, iaitu kebarangkalian suasana politik negara sepanjang tahun 2022 ini akan menyaksikan pilihan raya umum ke-15. Saya tidak tahu bila akan diadakan, namun dengan izin sama-sama kita remind full balik. Dato' Yang Dipertua. Dalam Titah Kebawah Duli Tuanku telah menzahirkan lima fokus utama agenda penting untuk tahun 2022 oleh kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Pertama, meningkatkan hasil negeri. Kedua, membudayakan perkhidmatan melangkaui kebiasaan. Ketiga, meningkatkan kesejahteraan rakyat. Keempat, memantapkan perkhidmatan dan infrastruktur digital dan kelima kesiapsiagaan menangani kesan perubahan iklim. Saya ingin memberikan perhatian terhadap perkara pertama iaitu meningkatkan hasil negeri. Tahniah buat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan semua jentera kerajaan yang bekerja bersungguh-sungguh hingga berjaya menutup akaun 2021 dengan lebihan RM23 juta ringgit berbanding unjuran defisit RM110 juta. Ini adalah satu pencapaian yang baik dan membanggakan di tengah-tengah pandemik Covid-19 yang serius. Terima kasih jua kepada rakyat Negeri Perak yang komited untuk membantu kerajaan melangsaikan cukai dan hasil-hasil mineral dan perkayuan yang dapat dibayar tepat pada masanya. Tahniah juga kepada badan-badan berkanun dan GLC yang bertanggungjawab membantu menampung lompong yang wujud melalui sumbangan mereka kepada akaun disatukan.

Meski pun barangkali kita melihat pada kali ini berlaku peningkatan sebanyak 53.8% peningkatan sumbangan oleh GLC dan badan-badan berkanun namun sumbangan ini sangat penting dalam usaha kita menangani masalah kesenjangan ekonomi disebabkan oleh Covid-19 yang sedang kita hadapi. Meski pun dari segi pendekatan barangkali ianya tidak boleh dijadikan sebagai amalan yang berterusan tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu ia perlukan dokongan daripada GLC-GLC yang ada. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan tahniah atas usaha-usaha yang sama-sama dilakukan secara bersama. Saya juga ingin menekankan aspek kedua dan ketiga dalam fokus iaitu membudayakan perkhidmatan melampaui kebiasaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dato' Yang Dipertua, dalam dunia internet dan budaya kerja secara online antaranya. Hari ini kecepatan dan kepantasan adalah terma dan mantera baru dalam perkhidmatan. Rakyat akan kecewa sekiranya sebarang permohonan ataupun urusan dengan pihak kerajaan dan juga pihak majlis-majlis kerajaan tempatan mengambil masa yang begitu lama. Namun saya bukanlah bertujuan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi elok setiap kali dalam sidang seperti ini kita mengingatkan setiap daripada kita supaya servis atau pun perkhidmatan yang kita berikan kepada rakyat hendaklah dilaksanakan dan dilangsaikan secepat mungkin bagi mengurangkan kesusahan dan penderitaan rakyat.

Contohnya tugas seorang ketua kampung yang bertanggungjawab kepada penghulunya. Penghulu pula yang bertanggungjawab kepada tuan DO nya dan demikianlah tuan DO nya bertanggungjawab kepada SS nya. Rangkaian dari segi kerjasama ini adalah sangat-sangat penting untuk memastikan supaya perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat itu dapat diberikan dengan sebaik-baiknya dan dapat dilangsaikan dengan secepat mungkin. Adalah malang kalau sekiranya kita dapati sebarang permohonan terpaksa diproses begitu lama. Saya tahu mungkin ada di dalam sektor-sektor tertentu sudah pun mencapai dari segi pencapaian yang sangat baik namun mungkin ada perkara-perkara yang perlu kita perbaiki lagi. Saya ambil contoh dalam usaha kita untuk membasmi kemiskinan tegar di kalangan rakyat, antara keperluan bagi kelompok miskin tegar ini ialah rumah sama ada dari segi baik pulih rumah mahu pun dari segi pembinaan rumah. Saya menyanjung tinggi dasar yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri selama ini dan kita telah buktikan bagaimana dasar-dasar untuk pembasmian kemiskinan tegar itu begitu efektif sekali tetapi malang kalau sekiranya segala dasar-dasar yang baik itu tidak dapat dilaksanakan di peringkat bawah. Rakyat datang kepada ADUN-ADUN. Rakyat datang kepada kita mengadu hal tentang keadaan permohonan mereka yang mengambil masa yang begitu lama sekali.

Ada satu kes sebagai contoh, saya tak perlulah sebut di mana tapi di kawasan saya, kawasan mantan Menteri Besar. Contohnya ada satu kes permohonan yang telah pun dikemukakan pada 19 Mac 2021 tentang sebuah keluarga yang rumahnya sudah hampir runtuh dan alhamdulillah apabila saya mengemukakan kepada pihak kerajaan, pihak kerajaan meluluskan. Meluluskan ya, bukan saya nak blame kepada kerajaan tetapi dari aspek pelaksanaannya sampai sekarang rumah itu tidak dapat dibina. Maka saya menimbulkan perkara ini. Saya kata bayangkan ya, mantan Menteri Besar membuat permohonan dan diluluskan tetapi hingga kini tidak dapat dibina apatah lagi ADUN-ADUN kita yang biasa, apatah lagi rakyat biasa yang berada. Jadi ambillah, tolonglah. Saya menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab iaitu kita semua perlu bekerja sebagai satu pasukan. Kerajaan mungkin ada dasarnya yang baik tetapi kalau sekiranya dari segi aspek pelaksanaan itu diambil mudah ataupun tidak dipedulikan sama sekali dia memberi kesan yang sangat besar kepada kerajaan yang sedang mentadbir itu dan imej dan persepsi terhadap kerajaan itu juga tidak baik. Jadi ini adalah satu peringatan bagi dan juga sebagai mewakili rakan-rakan yang lain yang juga mengadu hal benda yang sama khususnya melibatkan agensi-agensi tertentu yang sepatutnya tugas itu tidak mereka lakukan tetapi diberikan tanggungjawab itu juga untuk mereka laksanakan kerja-kerja seperti membaiki rumah dan sebagainya

Boleh mohon celah. Terima kasih Dato' Yang Dipertua saya ucap terima kasih kepada dan saya sungguh setuju dengan rasa ketidakpuasan dan saya percaya contohnya Majlis Daerah, Pejabat Daerah Batang Padang adalah di bawah kawasan saya. Sebenarnya saya tidak ada masalah dengan kebanyakan kakitangan majlis mahu pun pejabat daerah tetapi ada seorang dua kakitangan yang menjadi dalam kes ini. Soalan saya apakah tindakan pihak kerajaan dalam kes seperti ini jika Yang Berhormat Pangkor sebagai mantan Menteri Besar dua penggal pun boleh menghadapi masalah seperti ini. Apakah ADUN-ADUN biasa lebih-lebih lagi rakyat biasa. Dia orang akan pergi ke majlis balik pergi balik pergi balik tapi kerja tak siap. So, saya sungguh minta kerajaan ini tegas ambil tindakan saja terhadap mereka yang tidak menjalankan tugas maka we can get rid of this type from the government.

Saya setuju dengan Sungkai. Banyak….

Yang di-Pertua

Pangkor nak bagi jalan ke?

Saya berikan ruang kepada rakan-rakan.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Pangkor, terima kasih Dato' Yang Dipertua. Saya rasa terpanggil dan juga berkongsi sentimen yang sama apabila Yang Berhormat Pangkor bangkitkan isu yang cukup relevan ini. Saya seperti antara satu contoh ada permohonan MB Consent untuk pindah milik hartanah. Ada kes sampai majlis peguam mengadu tiga sampai enam bulan MB Consent masih lagi tidak sampai. Ini merugikan hasil kerajaan pada masa yang sama melambatkan pemulihan ekonomi. Apakah Yang Berhormat Pangkor setuju supaya Kerajaan Negeri haruslah think out of the box, keluarkan dasar baru semua permohonan kepada kerajaan ada tempohnya. Dalam tempoh dua minggu sama ada lulus atau pun tolak. Bukannya biarkan duduk atas meja sampainya tiga empat enam bulan masih lagi tidak ada keputusan. The worst decision is no decision dengan izin. Terima kasih Yang Berhormat Pangkor.

Yang di-Pertua

Ok, Simpang Pulai.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih kepada Pangkor, terima kasih kepada Speaker, saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pangkor tetapi saya lebih jurus kepada dasar itu walaupun ada tetapi pelaksanaan itu lemah. Adakah Pangkor bersetuju bahawa sesetengah pelaksanaan ia gagal atau pun lambat adalah berpunca kepada mekanisma yang sedia sedia ada itu sudah tidak relevan lagi? Saya bagi contoh sebagai contohnya kalau katakan ada permohonan untuk mendapatkan bantuan bulanan JKM. Umpamanya dia perlu ambil masa sebulan, tiga bulan lepas tu kena interview, surat sampai tak tahu baca, lepas tu melepasi tempoh untuk interview, melepasi tempoh untuk membuat rayuan dan sebagainya yang itunya mekanisma itu telahpun tidak relevan dan perlu dilihat semula. So, itu saya mohon pandangan Yang Berhormat Pangkor.

Yang di-Pertua

Slim, Astaka

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Terima kasih Dato’ Speaker, Astaka sini. Saya amat bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pangkor memandangkan kita adalah dalam Daerah Manjung, adakah soalan saya adakah Yang Berhormat Pangkor bersetuju bahawa sesiapa yang tidak fit to be the, I mean fit to hold that position kena ditukarkan sebab banyak kali. Biar saya bagi satu contoh dalam Manjung, saya sendiri pernah hantar surat ke pejabat tanah pada hari Jumaat yang lepas. Kebetulan saya ada hal di Manjung di Seri Manjung saya pergi ke Daerah Manjung, Pejabat Daerah Manjung saya hantar surat sendiri, bila saya sampai sana pukul lebih 11 lebih pukul 11 lebihlah saya sampai sana, walaupun hari Jumaat saya tahu ada waktu untuk sembahyang dan sebagainya tapi saya sampai sana saya masuk semua gelap. Tak ada orang yang jumpa dengan saya adalah guard di sana, saya dimaklumkan bahawa hari ini sistem down.

Semua orang pergi ke tempat lain Saya tanya pergi ke tempat mana ada tempat lainlah. Pukul 11 hari Jumaat tak ada dah tak ada seorang pun dalam pejabat tanah dan daerah. Adakah kita ini akan pastikan Negeri Perak ni maju ke depan? Banyak kes walaupun sepucuk surat pun saya banyak kali hantar surat soalan tak dapat. So, saya soalan saya adalah Yang Berhormat Pangkor bersetuju bahawa sesiapa yang tidak fit and proper to hold that position kena ditukarkan. Biar sesiapa yang betul-betul berqualified dan fit and proper to hold that position. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Slim-Slim minta dulu. Ok, kita bagi Slim dulu saya nampak berdiri dulu bagi Slim lepas Slim lepas tu Pengkalan Hulu kemudian Pangkor boleh sambung.

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Pada Pangkor saya amat bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Pangkor tadi dan soalan saya adalah wajar untuk kita lihat kembali SOP yang ada kepada soal untuk memberi perkhidmatan atau bantuan kepada mangsa-mangsa khususnya dengan keadaan sekarang ni yang kita sepatutnya perlu cross agencies yang sikap anjal yang flexible yang juga dengan izin ialah kita diabiliti to move quickly and response dichange tu kalau ini ada dalam sikap pentadbiran sama ada pemimpin ataupun yang berkhidmat di bawah sana dia akan membantu mohon penjelasan Yang Amat Berhormat Pangkor. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Saya ingin respon tadi yang masalah MB, MB Consent sebab bila kita sebut MB Consent ni untuk kebenaran MB untuk pindah milik tanah. Saya ingin mencadangkanlah sebelum ini, kita ada satu jawatankuasa khas yang kita buat ketika itu dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ MB kita sekarang yang kita buat setiap bulan. MB Consent ni yang ada masalah kita akan bawa ke dalam mesyuarat bersama ADUN-ADUN yang terlibat. Jadi bagi saya perkara ini boleh mempercepatkan lagi masalah kelulusan MB Consent kerana ini satu mekanisme yang baik kerana ADUN-ADUN di kawasan itu dapat mengetahui apa masalah sebenar yang ada yang boleh diselesaikan dengan kelulusan MB Consent ini. Terima kasih YB.

Yang di-Pertua

Pangkor

Terima kasih Yang Dipertua, saya memberi ruang sebanyak hampir 15 minit kepada rakan-rakan untuk berkongsi. Bagus, kerana ini merupakan di tempat ini adalah merupakan tempat untuk proses semak dan imbang pada kita semua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian kerana berkongsi pengalaman-pengalaman ni. Tujuan kita ialah untuk kita membetulkan supaya daripada kelemahan-kelemahan yang ada kita dapat perbaiki dan akhirnya Perak kita akan dapat maju ke hadapan. Saya setuju dengan pandangan-pandangan yang dikemukakan oleh YB-YB sekalian termasuk soal yang dibangkitkan tentang soal KPI yang diperlukan tempoh masa perlu diberikan dalam satu proses yang dikemukakan begitu juga dengan masalah tentang the back apple dan juga little napoleon yang yang ada di dalam jabatan-jabatan tertentu yang perlu dikenalpasti supaya ia tidak merosakkan keseluruhan sistem perjalanan pentadbiran di setiap kawasan.

Saya juga bersetuju dengan tentang mekanisme-mekanisme baru yang perlu di yang perlu diwujudkan supaya tidak berlaku satu proses yang terlalu panjang mengambil masa di mana saya bawakan kes yang terjadi kepada saya dan kita ambil jangan kita rasa kita dikritik kerana saya menganggap bahawa proses dalam proses pentadbiran sesebuah kerajaan perlu ada feedback-feedback seperti ini dalam usaha kita untuk memperbaiki kepada jabatan-jabatan kerajaan jangan kita anggap bahawa ini merupakan satu kritikan yang melemahkan semangat. Ambillah pandangan-pandangan ini, kita sebagai di peringkat ketua-ketua jabatan sebagai contoh kita mungkin tidak tahu apa yang berlaku di bawah, kita hanya dapat tahu di bawah apabila adanya respon-respon yang sebegini daripada Ahli-ahli dewan sekalian jadi…

Pangkor-Pangkor sikit je lagi Pangkor. Pangkor Titi Serong belakang. Titi Serong kat belakang sikit je. Nak tambah sistem pentadbiran. Terima kasih Pangkor. Dato’ Yang Dipertua, saya dapati juga masalah sistem penyampaian ini berlaku kelompongan apabila ada pegawai-pegawai yang terpaksa memangku tugas sebagai contohnya di Daerah Kerian, Ketua Penolong Pegawai Daerah bahagian tanah kosong agak lama dipangku oleh pembangunan, maka dua tugas yang agak besar berlakunya laps ataupun kelompongan. Sebagai contoh juga Exco telah meluluskan 44 permohonan untuk diberikan geran hakmilik pada bulan lapan 2021, sampai ke bulan 3 nak masuk bulan 4 ni pejabat tanah masih belum mampu keluarkan borang 5A. Jadi adakah tempoh enam bulan perlu diambil masa untuk 44 penama? Bila saya tanya pada CADO yang baru datang dia kata sebabkan pemangku tugas. Jadi inilah sebenarnya kalau boleh di pihak peringkat Pengurusan Bahagian Sumber Manusia, kalau boleh jangan ada kelompongan pangku tugas yang terlalu lama sebab akan menyebabkan sistem penyampaian yang akan terbantut. Terima kasih.

Saya setuju itu merupakan sesi ini kita dapat lihat bagaimana pandangan-pandangan yang sangat membina daripada ADUN-ADUN semua. Saya harap pihak kerajaan mengambil maklum tentang perkara-perkara yang dibangkitkan. Dato’ Yang Dipertua, saya ingin bawa…

Yang di-Pertua

Dato’ Seri, Kuala Sepetang nak bercakap sikit.

Tak apa saya bagi peluang, elok juga dapatkan pandangan-pandangan balas.

Encik Mohd Kamaruddin bin Abu BakarUMNO · BNKuala Sepetang

Saya ucap terima kasihlah kepada Dato' Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri. Bila perkara ini dibangkitkan saya menyentuh hati saya tentang kelulusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang lalu, setahun lebih dah urusan untuk membina surau di Kampung Hujung Matang tetapi sehingga kini tidak dapat dilaksanakan. Apakah saya pun tak tahulah apa yang jadi dengan pejabat daerah, dengan pihak-pihak yang terlibat tersebut setahun lebih peruntukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah lulus pembinaan surau tak dapat dilaksanakan lagi. Itu sahaja.

Yang di-Pertua

Terima kasih Kuala Sepetang.

Tak apalah lepas ini saya syorkan supaya satu proses libat urus mungkin dapat dipengerusikan oleh sama ada salah sama Yang Amat Berhormat ataupun salah seorang Exco untuk mendapat semua feedback-feedback tentang sistem penyampaian yang ada dalam Negeri Perak. Ini cadangan saya dalam Dewan pada hari ini.

Dato’ Yang Dipertua’, izinkan saya juga membawa kepada satu perkara yang lain iaitu berkaitan dengan pembasmian kemiskinan. Seperti yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Tuanku tentang malapetaka Covid-19 terhadap dunia. Dalam konteks kita, dalam konteks Malaysia, impak besar dalam kehidupan sosial ekonomi dan jurang pendapatan yang melebar berlaku antara bandar dan luar bandar dan termasuk juga antara wilayah. Rakyat terkesan dengan kos sara hidup, kenaikan harga barang keperluan dan kehilangan mata pencarian.

Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan Jabatan Perangkaan 2020 mencatatkan hampir 20% atau sekitar 580,000 isi rumah M40 jatuh ke bawah B40. Manakala golongan T20 jatuh sebanyak 12.28% ke M40. Pendapatan garis kemiskinan atau PJK 2019 iaitu RM 2 208 sebulan bagi setiap isi rumah. Manakala RM 1,199 bagi isi rumah miskin tegar dan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Kadar kemiskinan di sebalik dari segi pendapatan garis kemiskinan tersebut kadar kemiskinan meningkat kepada 8.4% pada tahun 2020. Manakala Gini Coefficient atau gini juga meningkat dari 0.407 kepada 0.411. Gini Coefficient ini bermakna kalau sekiranya ia berada di antara 0 sampai 1. Kalau sekiranya 0 bermakna tidak ada kesenjangan, perbezaan dari segi distribution. Tetapi kalau sekiranya dia tinggi bermakna ada dari segi dia panggil apa nama kesenjangan yang berlaku dari segi distribution of income. Jadi ada sikit kenaikan di situ.

Justeru saya mencadangkan dalam konteks Negeri Perak kita sebagai contoh pada tahun 2020. Kita lihat kadar dari segi purata keseluruhan dari segi pendapatan isi rumah. Dari segi kadar pertumbuhannya menguncup -10% daripada RM5,645 pada tahun 2019 kepada RM5,081 tahun 2020. Kalau kita lihat pula dari segi median ya ataupun dia cari penengahnya pendapatan daripada tahun 2019 iaitu RM4,273 telah turun sebanyak 11.5% iaitu kepada RM3,759 pada tahun 2020 dan ini menunjukkan satu keadaan yang kurang selesa dan tidak baik dan saya yakin ia dengan pendekatan-pendekatan yang pelbagai diperkenalkan oleh Negeri Perak kita selama ini. Insyaallah ianya mampu kita atasi masalah ini pada satu tempoh masa.

Yang Berhormat Berhormat Menteri Besar pernah berkhidmat sebagai ahli Exco Kanan yang bertanggungjawab dalam soal-soal pembasmian kemiskinan. Yang Amat Berhormat mempunyai pengalaman luas dalam usaha untuk pembasmian kemiskinan ini sama ada di kawasan-kawasan pedalaman termasuk juga di kawasan-kawasan penempatan orang asli. Saya percaya beliau mampu melakukan dengan kerjasama yang mantap dan komitmen yang utuh dari barisan pentadbir negeri serta Ahli-ahli Dewan sekelian. Oleh itu saya juga turut mencadangkan agar dikembalikan semula program pembasmian kemiskinan secara terancang dan bersungguh-sungguh melalui agensi ataupun yayasan-yayasan yang dapat melunaskan tanggungjawab ini secara tuntas. Antaranya YBU sebagai contoh pernah membantu kerajaan dan usaha-usaha pengagihan kotak makanan, baiki rumah dan bina rumah orang miskin wajar dipertimbangkan semula. Demikian juga usah-usaha untuk membina rumah ia buat golongan miskin dan miskin tegar. Boleh diusahakan dan pengkhususan yang diberikan kepada agensi-agensi yang benar-benar berkemampuan dengan kadar yang segera seperti YBU dan juga LPHP. Saya tidak mengatakan bahawa agensi-agensi yang lain tidak mampu untuk melaksanakannya tetapi ada kalau kita lihat dari segi matlamat penubuhan agensi-agensi tertentu. Sebagai contoh Yayasan Perak. Tanggungjawab Yayasan Perak ini bukan dalam konteks yang untuk membuat menyediakan rumah-rumah. Saya faham dari segi kesulitan yang mereka hadapi. Mungkin Yang Amat Berhormat boleh fikirkan supaya tanggungjawab itu difikirkan semula dan dikhususkan kepada Yayasan Perak untuk melaksanakan tugas-tugas untuk membangunkan pendidikan dalam Negeri Perak kita dan juga tugas-tugas baru yang boleh diberikan dalam proses pengupayaan masyarakat kita dalam konteks meningkatkan kemahiran teknikal dan kemahiran di kalangan anak-anak negeri Perak kita.

Jadi saya mengharapkan dalam masa yang sama saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri mulai sekarang juga dapat membantu rakyat kita untuk memasukkan dalam senarai e-Kasih. Mereka yang sekarang sudah pun berada dalam kategori B40. Saya mendapat maklumbalas daripada pihak kementerian-kementerian apabila sebarang permohonan yang nak dikemukakan oleh kelompok-kelompok ini untuk kita melaksanakan sesuatu projek bagi kelompok-kelompok yang dianggap sebagai B40. Pertanyaan yang pertama dikemukakan oleh pihak kementerian ialah sama ada mereka ini telah pun digolongkan sebagai kelompok B40 berasaskan kepada senarai e-Kasih. Ramai di kalangan mereka yang tidak berada dalam senarai e-Kasih menyebabkan permohonan mereka ditolak begitu sahaja dan ini bagi saya yang menganggap salah satu kelewatan yang berlaku dan kita tidak seharusnya menjadikan isu ketiadaan senarai nama dalam e-Kasih Itu sebagai satu isu besar dan saya memohon kepada pihak kerajaan khususnya di peringkat kampung-kampung dan juga di peringkat KRT-KRT yang bertanggungjawab membantu Kerajaan untuk memasukkan senarai mereka ini di dalam e-Kasih untuk membolehkan proses bantuan-bantuan dapat diperolehi bukan hanya daripada Negeri Perak tetapi juga daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, terima kasih Pangkor. Saya amat teruja apabila dibangkitkan senarai-senarai nama yang semestinya didaftarkan melalui e-Kasih yang menjadi pegangan sejak sekian lama. Hanya mereka yang didaftarkan sahaja yang layak untuk menerima bantuan dan kita akui bahawa pendaftaran secara online memang memudahkan khususnya kepada mereka yang pada pandangan kita tidak layak tetapi ada nama di dalam senarai kerana mereka lebih menguasai teknologi masa kini. Bayangkanlah di kampung-kampung pendalaman. Sistem pun tak ada. Line pun tak ada. Memang tak menguasai pun. Ada keluarga yang terpencil di pedalaman. mereka tidak dapat mendaftar melalui sistem e-Kasih dan ini bila kita nak turun bagi bantuan kita lihat mereka memang tidak ada dalam senarai. Sejauh mana kita masih terikat dengan senarai e-Kasih ini saya nak tanya khususnya di Negeri Perak. Sejauh mana kita untuk penilaian sejauh mana kita masih terikat dengan senarai e-Kasih. Setiap kali bantuan yang nak diberikan secara rasmi oleh kerajaan. Minta penjelasan atau pandangan Pangkor.

Terima kasih Pangkor. Saya juga berpendapat bahawasanya perkara berkenaan dengan data e-Kasih ni harus diambil fokus yang lebih serius memandangkan bahawa baru ni dalam Mesyuarat JKTD juga mengalami sedikit kekeliruan di mana apabila kita melihat data e-Kasih ni ada beberapa kategori ya kategori miskin, bukan miskin, miskin tegar. Jadi tidak tergolong dalam kategori miskin ini juga adakah dipertimbangkan untuk menerima manfaatnya sedangkan ada juga yang di luar ini tercicir dalam kategori e-Kasih ini. Jadi pihak ICU juga mungkin masa tu tak dapat memberikan jawapan yang benar-benar tepat ya mengikut apa yang kita harapkan dan akhirnya kita nampak berlaku kekeliruan data di situ di mana orang yang tak sepatutnya dibantu dibantu orang yang perlu dibantu tidak dibantu. Jadi saya mengharapkan agar sesuatu perlu dibuat adakah kita nak mewajibkan pendaftaran e-Kasih ni kepada keseluruhan golongan B40 ataupun hanya kepada kategori miskin dan miskin tegar sahaja dengan tujuan untuk menerima manfaat yang diberikan oleh kerajaan dan adakah semua agensi-agensi kerajaan yang memberikan bantuan ini memerlukan syarat pendaftaran sebagai e-Kasih itu sahaja. Terima kasih.

Terima kasih ini meupakan satu lagi perkara yang dikemukakannya sangat konstruktif daripada ahli-ahli Dewan kita. Terima kasih juga membangkitkan bantu menjelaskan lagi apa yang saya bangkitkan ini iaitu saya mengharapkan supaya pihak Kerajaan melalui agensi seperti UPEN dan SDO kita mengambil maklum tentang hal ini untuk memperincikan benar-benar dari segi kedudukan e-Kasih ini supaya kita dapat selesaikan dengan kadar segera kerana the bottom line dengan izin ialah kita nak cepatkan masalah rakyat ni kita perlu segerakan, kita selesaikan. Jangan tunggu hanya apabila pilihanraya diadakan waktu siri-siri kempen kita turun ke bawah ketika itu kita mendengar segala macam rungutan persoalan yang tidak diselesaikan dan ketika itu rakyat akan memberikan pelbagai syarat kepada kita dan akhirnya dengan izin punishment kepada kita. Jadi usahakanlah sama-sama bantulah kerajaan sama-sama untuk kita selesaikan masalah ini.

Yang Berhormat Dato Yang Dipertua', saya bawakan isu perumahan yang itu seperti yang turut dititahkan oleh Tuanku iaitu bahawa rakyat memerlukan rumah mampu milik. Tahniah pihak kerajaan atas daya usaha pencapaian pembinaan rumah sebanyak 50 ribu unit dapat dilaksanakan rumah mampu milik. Namun rakyat juga mahukan satu pendekatan baru seperti mana yang telah pun kita laksanakan sebelum ini khususnya bagi kelompok yang tidak mempunyai payslip ataupun slip gaji yang ini kita dari dulu kita bincang mengambil pendekatan yang sama-sama kita buat. Alhamdulillah sebelum ini kita telah pun melaksanakannya. Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah penggerak utama pendekatan ini iaitu kita memberi pinjaman melalui SRIA sebagai contoh di YBU di mana Yang Amat Berhormat buat itu telah menggerakkan untuk membolehkan supaya mereka yang tidak mempunyai payslip ini dapat memiliki rumah.

Mereka bekerja tapi mereka tidak bekerja dengan dengan sektor kerajaan ataupun sektor persendirian yang mengeluarkan slip gaji. Pendapatan mereka ok, dan buktinya ialah dalam projek SRIA yang dilaksanakan melalui YBU itu dari segi bayar balik daripada mereka yang tidak mempunyai payslip ini dari segi pencapaian adalah sebanyak 80% bayar balik dan ini merupakan satu peningkatan ataupun satu kadar yang sangat tinggi di kalangan mereka. Jadi saya mengharapkan supaya pihak kerajaan melalui LPHP laksanakan cara ini seperti mana yang telahpun dikemukakan dalam Dewan ini beberapa kali kita tidak perlu lagi menanti masa kerana rakyat di luar sana memerlukan ini penyelesaian secara tuntas di peringkat kerajaan, di peringkat kerajaan pusat melalui Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah memulakan inisiatif ini dan saya harap Perak akan menjadi negeri yang pertama melaksanakan skim membantu mereka. Kerana kita sudah ada asasnya kita sudah ada hanya untuk kita kembangkan lagi.

Tuan Speaker, Slim. Pangkor, belakang. berkenaan dengan perumahan ini saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Pangkor, cuma saya juga ingin membawa satu isu juga ialah bagaimanakita boleh membantu bagi mereka yang utama tentera dan polis yang pencen dan mereka ada slip pencen tapi mereka pun nak beli rumah mereka tak dapat disebabkan kerana umur sudah 60 dan saya banyak dapat aduan ini mereka datang ke pejabat nak beli rumah LPHP contohnya yang terbaru ditolak di sebabkan kerana slip pencen tu dan bank tak terima yang ni juga satu masalah yang saya rasa mereka perlukan rumah sedangkan mereka dah pencen, mereka ada anak dan sebagainya ini wajar untuk kita beri juga penekanan dan pendekatan bagaimana mekanisme yang terbaik untuk mereka dapat. Terima kasih Pangkor.

Dia boleh kita perincikan termasukan kelompok-kelompok mereka yang telah pun berpencen. Kalau dulu ada yang menggunakan pendekatan melalui anak-anak mereka, menggunakan akaun anak-anak mereka itu salah satu pendekatan. Yang Dipertua dalam konteks perumahan ini juga saya sekali lagi dalam Dewan yang mulia ini ingin membangkitkan dan saya akan terus membangkitkan perkara ini selagi ianya tidak diselesaikan iaitu masalah perumahan nelayan Pangkor di Teluk Gedung, Teluk Baru yang masih sehingga ke hari ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak Kerajaan Persekutuan, pihak LKIM kerana seperti yang telah saya sebutkan berkali-kali masalahnya terlalu bukanlah terlalu complicated sangat hanya satu baris ayat yang meletakkan syarat iaitu mereka yang nak mohon mendapatkan rumah ini mestilah daripada nelayan yang membawa kad. Ahli Exco Pertanian datang ke Pangkor dan beliau pun memahami apa yang apa yang mereka hadapi kerana sewaktu saya mengemukakan cadangan ini dan mendapat peruntukan daripada EPU di pusat.

Saya telah meletakkan antara syarat itu ialah kepada anak-anak nelayan maknanya untuk generasi kedua ada anak-anak nelayan itu mereka sekarang sudah beralih daripada nelayan bekerja di atas pulau itu untuk bekerja di sektor pelancongan, ada buka gerai, kedai dan sebagainya tetapi mereka ini tidak di dimasukkan dalam kategori itu. Sedangkan matlamat kerajaan kita di waktu itu ialah untuk memberikan membantu generasi kedua ini dan menyebabkan perkara ini sudah pun stuck begitu lama hampir tiga tahun dan audit pun turut keluarkan kenapa ya sejumlah tempat rumah ini tidak dapat didiami sehingga kini senarai-senarainya sudah ada sudah pun diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Exco dan begitu juga telah pun dikemukakan kepada pihak Kerajaan kepada pihak LKIM tetapi sehingga kini masih lagi pihak Kerajaan Persekutuan melalui LKIM tidak melaksanakannya masih tidak membuat keputusan itu.

Bayangkan rumah sudah siap tiga tahun saya tidak faham ini. Saya minta maaf, saya terpaksa bangkitkan demi kerana rakyat ya walaupun saya mungkin dianggap berbeza dari segi pendirian tentang ini kerana matlamat kita kerajaan kita mewujudkan rumah ini adalah bertujuan untuk membasmi kemiskinan di kalangan rakyat nelayan adalah salah satu kelompok yang miskin mereka memerlukan rumah ini kenapa begitu sukar untuk kita selesaikan masalah ini. Jadi saya memohon kepada yang mendengar ini khususnya daripada LKIM yang ada yang bertanggungjawab yang diberikan tanggungjawab ini selesaikanlah dengan segera.

Yang kedua iaitu isu perumahan nelayan di Teluk Muroh di kawasan itu kita tahu bahawa ia merupakan salah satu kawasan yang telah pun di reclaim sebanyak lebih daripada 40 ekar dan saya dimaklumkan bahawa pelan perancangan itu telah ditukar untuk dibina. Bermakna memandangkan dari segi kos yang ada ia tidak mampu untuk mereka membina rumah yang lebih banyak bilangan yang lebih dan juga rumah bertingkat, akhirnya mereka membuat keputusan untuk membuat rumah secara landed sebiji-biji bayangkan kawasan yang dia reclaim dengan begitu mahal tetapi akhirnya kita membuat rumah landed yang hanya akan memberi manafaat kepada sebilangan kecil. Jadi saya telah pun mengemukakan ia memaklumkan kepada pihak EPU di Kuala Lumpur. Saya telah pun menghantar mesej kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamad supaya merancang balik ini. Meninjau balik supaya kawasan yang ada itu, dapat dimaksimakan penggunaannya dan saya berharap di dalam Dewan ini pihak kerajaan dapat membantu kita bersama-sama supaya kawasan ini benar-benar dapat dibangunkan dan dapat memberi manfaat kepada rumah.

Saya telah mencadangkan supaya bentuk rumah itu dapat dilakukan seperti mana di di Teluk Baru, 7 tingkat dan setiap unit ada dengan dengan selesanya dan boleh setiap bangunan dapat kita bina sebanyak mungkin ada 100 atau 200 unit dan ini akan memberi manfaat kepada seramai antara 150 ke 200 orang setiap, setiap bangunan itu. Jadi saya harap kepada pihak kerajaan dapat membantu sama-sama dan saya juga ingin memohon supaya jeti nelayan di kawasan itu disegerakan kerana pelan perancangan menyeluruh di kawasan itu yang pertama sekali ialah pembinaan jeti nelayan. Sehingga kini jeti nelayan itu tidak dibina dan kerana kita nak tunggu secara keseluruhannya untuk kita bina sekali sedangkan cadangan asal yang kita berikan ialah dibina dulu jeti nelayan untuk kemudahan mereka.

Dato' Yang Dipertua, saya juga bangun untuk membangkitkan isu tentang di kawasan saya iaitu tentang cadangan pihak kerajaan untuk memperkenalkan van elektrik mana telah dikemukakan cadangan awal di pihak kerajaan terdahulu dan kemudian di pihak kemudian dengan Menteri Besar yang sebelum dan Menteri Besar daripada Chenderiang telah pada waktu itu telah pun mendapat peruntukan itu daripada pihak Kerajaan Persekutuan sebanyak RM10 juta untuk menjadikan kawasan Pangkor sebagai The Green Island waktu itu dan tetapi apabila di peringkat awal kalau ada di kalangan Exco masih ingat lagi, waktu itu saya mengemukakan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau yang bebas karbon dan dengan memperkenalkan kenderaan-kenderaan termasuk motosikal, kereta dan lain-lain dengan menggunakan kuasa elektrik. Itu merupakan satu cadangan dan idea. Apa yang berlaku sebaliknya ialah ekosistem itu tidak diwujudkan iaitu dari segi persiapan-persiapan oleh pihak kerajaan, sama ada daripada pihak MOSTI, mereka benar-benar belum bersedia. Jadi wang yang RM10 juta yang ada itu sudah pun berada di situ berapa tahun ya dan tidak dapat digunakan. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan dalam Dewan ini kepada YAB Menteri Besar supaya wang yang RM10 juta itu diperuntukkan untuk membeli van-van baru dan diberikan sebagai sewa beli kepada mereka tetapi bantuan itu hendaklah yang mempunyai low carbon emission.

Fikirkanlah dari segi pendekatan yang yang terbaik kerana saya telah pun difahamkan oleh pihak Maju Perak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan van-van elektrik ini. Mereka telah menyatakan juga kepada saya bahawa amat sukar untuk kita mengemukakan satu cadangan ini karana antaranya ialah dari segi total bajetnya tidak cukup, charging station nya tidak ada, bateri yang digunakan untuk kereta, untuk van itu hanya boleh bertahan lima tahun. Kalau selepas 5 tahun rosak nak kena tukar sebanyak RM30 ke 40 ribu dan begitu juga di kawasan Pangkor yang merupakan kawasan yang kawasan hilling area, berbukit-bukit yang yang sangat curam, yang agak sukar untuk kenderaan elektrik khususnya yang berat-berat ni untuk naik. Jadi ini antara beberapa perkara yang dibangkitkan oleh pihak Maju Perak dan saya secara dasarnya mohon kepada pihak kerajaan untuk pertimbangan supaya wang yang ada itu dapat digunakan untuk memperbaiki keadaan van yang ada di Pulau Pangkor. Sesiapa pun pergi ke Pulau Pangkor kita boleh lihat macam mana keadaan van itu yang sudah pun uzur, yang perlukan bantuan dari pihak Kerajaan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan tentang soal masalah yang sangat serius kini di Pulau Pangkor iaitu masalah yang berkaitan dengan tanah perkuburan orang Islam di atas Pulau Pangkor. Untuk pengetahuan pihak kerajaan, tanah untuk mengkebumikan mereka, mayat-mayat ini, jenazah-jenazah sudah hampir-hampir penuh di kawasan Kampung Masjid. Itulah satu-satunya tanah perkuburan di Pulau Pangkor. Saya tidak tahu sama ada hanya dalam tempoh satu atau dua bulan lagi saja. Jadi saya sangat-sangat mengharapkan kepada pihak kerajaan untuk mengambil ini sebagai satu perkara yang sangat sangat-sangat priority untuk kita selesaikan. Ada beberapa tempat telah dikenal pasti untuk diselesaikan. Bayangkan kalau sekiranya dalam tempoh satu tahun atau lima enam bulan ini jumlah kematian dalam, mungkin ada sekitar 20 ke 30 orang, ia akan memberi kesan di mana nak tanam mayat-mayat ini sidang Dewan sekalian. Jadi saya mintalah kepada pihak kerajaan untuk memberi perhatian yang serius kepada perkara ini dan saya telah pun mengadakan perbincangan dengan pihak PTG. Jadi dengan izin pihak kerajaan supaya dapat mengarahkan hal ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera.

Saya juga ingin membangkitkan tentang hal yang berkaitan dengan masalah di PBT-PBT kita dan urusan kutipan sampah. Kita tahu bahawa masalah pengurusan sisa pepejal ini adalah merupakan satu masalah yang sangat-sangat complicated dan juga sangat-sangat serius memandangkan kita Kerajaan Persekutuan mempunyai perjanjian konsesi dengan syarikat syarikat tertentu. Perak dan Pulau Pinang adalah dua negeri yang tidak menandatanganinya kerana kita merasakan bahawa ada perkara-perkara yang perlu kita lihat sebelum kita memberi persetujuan untuk pihak konsesi itu melaksanakan konsesi mereka di Negeri Perak. Namun, saya telahpun dimaklumkan bahawa ada perkembangan terkini tentang konsesi-konsesi ini dan Dewan yang mulia ini saya ingin mencadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri berunding semula dengan pihak Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan hak itu kepada pihak Kerajaan Negeri dan saya yakin hal ini, hal yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal dan kutipan-kutipan sampah ini sewajarnya diboleh dilakukan secara efektif oleh pihak kerajaan tempatan dengan sebaik-baiknya dan ia juga dapat membantu pihak kerajaan tempatan kita untuk berkembang. Bayangkan kalau sekiranya tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan itu sudahpun kurang, sudahpun diambilalih, dilaksanakan oleh pihak lain, apa yang tinggal lagi kepada pihak kerajaan tempatan. Jadi, saya syorkan kepada pihak Kerajaan Negeri fikirkan balik dan duduk berbincang di peringkat dasar untuk memohon kepada pihak kerajaan supaya dapat mengembalikan semula hak Kerajaan Negeri untuk mengurus sistem pepejalnya, pengurusan sampahnya dan lain-lain yang ada kaitan dengan tugas kerajaan tempatan itu sendiri.

Dato’ Yang Dipertua, saya juga ingin membangkitkan tentang cadangan Pembangunan Perbadanan Pembangunan Pangkor yang telahpun dikemukakan sebelum ini. Cadangan ini adalah bertujuan untuk menjadikan Pangkor dan kawasan sekitarnya sebagai pusat pelancongan utama. Dalam hal ini saya telah mengemukakan sebelum ini dalam Dewan yang mulia ini supaya Perbadanan Pembangunan Pangkor ini bukan hanya melibatkan dalam kawasan Pulau Pangkor. Ia juga perlu melibatkan kawasan-kawasan pelancongan yang lain di kawasan sekitar Parlimen Lumut seperti di kawasan Teluk Batik dan juga di kawasan Teluk Senangin yang boleh dibangunkan bersama-sama bagi tujuan pembangunan pelancongan di Negeri Perak kita. Oleh yang demikian saya mengharapkan usaha-usaha untuk mewujudkan sebuah enakmen dapat dibentangkan dalam Dewan ini Enakmen Perbadanan Pembangunan Pangkor. Saya juga ingin membangkitkan kepada pihak kerajaan berkaitan dengan usaha-usaha untuk kita menjadikan negeri Perak kita ini sebagai pusat pertumbuhan yang benar-benar seemless, dalam bahasa Inggerisnya, yang dapat menghubungkan dari segi perhubungan sama ada perhubungan di peringkat pelabuhan, diperingkat melalui jalan-jalan raya utama dan juga diperingkat melalui udara bagi membolehkan negeri Perak kita menjadi sebuah negeri pengeluar makanan, lembah makanan utama dalam negara kita. Lantaran itulah kita pernah mencadangkan supaya dasar-dasar makanan dan food security ini dapat diwujudkan bersekali dengan persiapan-persiapan prasarana kita.

Kita pernah mencadangkan di kawasan Seri Iskandar dapat diwujudkan sebuah lapangan terbang yang baru yang boleh mempunyai landasan lebih daripada dua kilometer atau sehingga tiga kilometer bagi membolehkan kapal terbang kapal terbang besar bukan bertujuan untuk nak membawa penumpang-penumpang tetapi bagi tujuan masa depan Negeri Perak kita untuk mengangkut barangan-barangan kargo dan sebagainya bagi membolehkan perhubungan yang lebih pantas seemless kepada tempat-tempat destinasi barangan itu yang hendak dibawa. Inilah antara berapa perancangan yang dibuat. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya dapat melihat semula kalau sekiranya di kawasan tanah Seri Iskandar itu tidak di dilakukan apa-apa kerana kita dibayar kerana kita difahamkan telah dijual tetapi kalau belum dibuat apa-apa mungkin boleh difikirkan supaya perancangan itu dapat dimasukkan balik untuk kita membina sebuah lapangan terbang yang mempunyai landasan yang panjang bagi masa depan Negeri Perak kita.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Pangkor. Saya nak minta pandangan Pangkor berkenaan dengan sedangkan kalau kita ikut ikutkan dalam titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, istilah makanan ni timbul lebih 25 kali, maksudnya dalam agenda pembangunan negeri kita ni, makanan adalah satu isu yang sangat-sangat penting bukan saja untuk untuk Perak bukan saja untuk ketamadunan manusia dan di Perak kita punya tanah yang cukup subur kita punya iklim yang cukup memuaskan apa nama tanaman-tanaman kontan tetapi adakah kita sebagai satu negeri industri pasarana industri kita cukup matang atau cukup membangun bagi kita menggalak lebih pembangunan industri pemprosesan makanan dan pengimejan makanan dari segi kalau sekiranya kita ada satu landasan lapangan terbang yang cantik, yang elok dengan lapangan terbang yang elok. Adakah kita punya industri yang cukup matang bagi kita tambah nilai kepada tanaman-tanaman kita yang memang kurniaan Tuhan dengan iklim kita? Adakah kita bersedia dan bersiap siaga untuk dapat yang mengaut paling banyak keuntungan untuk rakyat Perak dan industri agrikultur kita supaya kita betul-betul boleh membangunkan ekonomi kita melalui tanaman dan melalui baucer? Apa pandangan Yang Berhormat Pangkor?

Ya, dalam hal ini kita memerlukan satu istilah sekarang ini dipakai banyaklah eco-system, the whole eco-system must be prepared, kerana kita tidak hanya boleh melihat dari satu segi tampa mengabaikan aspek yang lain. Oleh itu, saya bersetuju dengan pandangan iaitu untuk kita wujudkan supaya sistem yang dalam sistem pengeluaran makanan itu juga hendaklah di buat. Oleh yang demikian, satu pelan bertindak secara menyeluruh perlulah dilakukan mulai sekarang dengan melibatkan semua stick holder sama ada termasuk juga Ahli-ahli Dewan yang pihak sini dan juga dipihak sana kerana saya telah kalau Ahli-ahli Dewan masih ingat saya pernah membangkitkan hal ini bahawa Negeri Perak mempunyai segala potensi. Sebagai contoh dalam konteks kita menjadi sebuah negeri yang mendaratkan ikan yang terbesar sekali dalam negara kita. Mungkin ramai yang tak tahu dan dalam konteks padi ya pengeluaran padi kita adalah negeri kedua terbesar selepas Kedah. Yang ini adalah hujjah-hujah untuk kita menyebutkan bahawa segala persiapan itu sudah ada, the platform is already there, Itik umpamanya, kalau nak masuk ke Singapura mesti itik daripada Perak dulu ya. Jadi ini contoh-contoh yang boleh kita jadikan untuk kita perbaiki lagi. Saya setuju bahawa ini boleh kita perbaiki tapi kita perlukan satu pelan yang menyeluruh untuk masa depan Negeri Perak kita dengan penyediaan prasarana yang baik dan juga termasuk juga dengan sistem yang disebutkan tadi pada ekosistem yang yang baik untuk kita semua.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Saya mohon pandangan dan harap-harap persetujuan daripada pihak Pangkor kita merayu meminta supaya pihak kerajaan khususnya Yang Berhormat Rungkup untuk fokuskan pencarian pelaburan dari segi pemain-pemain industri pemprosesan makanan dan juga pempakejan makanan supaya kita boleh ke arah hala tuju itu di mana bukan saja pihak pemain agrikultur dapat manfaat tetapi kita boleh wujudkan lebih peluang pekerjaan dari segi perkilangan-perkilangan pemprosesan makanan supaya kita boleh menyempurnakan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pangkor.

Terima kasih tu yang dia sendiri sebutkan sebagai aspek competitive advantage yang Michael Potter selalu sebut tentang kelebihan-kelebihan yang kita ada. Dato Yang Dipertua’, izinkan saya juga dalam Dewan yang mulia ini untuk membawa suara daripada kita ada staf-staf kita, pekerja-pekerja kita yang bertaraf kontrak, contohnya dia di kalangan polis-polis bantuan kita yang bekerja begitu lama ada yang sudah bekerja lebih daripada 10 tahun tetapi taraf mereka masih lagi taraf kontrak. Jadi saya mengambil kesempatan di sini untuk memohon kepada pihak kerajaan supaya memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada mereka supaya mereka yang sudah lama bekerja ini dapat diberikan satu security untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Jadi saya harap sama ada polis bantuan ataupun pekerja-pekerja yang kontrak yang ada kalau ada kemampuan pihak Kerajaan Negeri bagi mereka yang sudah pun bekerja begitu lama mungkin proses pengambilan itu dapat dilakukan secara berperingkat. Saya faham dari segi kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh oleh kerajaan kerana kita tahu dari segi urusan pentadbiran ini berilah juga perhatian kepada golongan-golongan B40 ini untuk kita bantu mereka, dapat mereka hidup dalam suasana yang selesa.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pangkor, panjang lagi

YB DATO’ SERI DIRAJA DR ZAMBRY BIN ABD KADIR. Saya bagi ada dua point lagi kalau dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua

10 minit, 10 minit.

Ok, cantik. Saya pun minta maaf sebab lepas ni nak kena kejar. Saya ingin nak Dato’ Yang Dipertua, saya ingin bawa satu perkara lagi oleh kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku turut membangkitkan tentang soal alam sekitar kita maka di dalam Dewan ini saya ingin mengemukakan satu tawaran baru untuk kita fikirkan bersama-sama yang dipanggil sebagai New Green Deals ataupun tawaran hijau baru bagi tujuan kita untuk kita rumuskan dalam empat perkara utama. Pertama keperluan untuk Perak meneliti amalan ekonomi yang lestari dan seimbang kita mesti mempunyai garis panduan serta standard yang jelas untuk dipatuhi dan diamalkan oleh para pemain industri di seluruh negeri Perak. Jadi saya mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya dapat kita bahaskan akan keperluan untuk Kerajaan Negeri wujudkan satu bentuk caruman ke dalam tabung alam sekitar oleh pihak-pihak industri. Terdapat banyak keperluan dan kebaikan dari dasar ini.

Yang kedua, kepentingan mempromosi dan membudayakan gaya hidup yang bersih, mesra alam dan mengurangkan impak alam sekitar. Masyarakat kita mesti terus dididik untuk memahami bahawa gaya hidup mesra alam adalah mudah, murah dan boleh dilakukan. Ia bukan berkisar tentang menggunakan tenaga solar di rumah atau memandu kereta elektrik saja, banyak aspek dalam kehidupan yang jika dibudayakan akan membawa kesan baik kepada alam sekitar. Ketiga, ikhtiar bersepadu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, satu sinernigi dan kerjasama yang lebih strategik dan erat antara PBT, agensi persekutuan, gerak sivil, ahli akademik dan antarabangsa serta pemain industri mesti dirancakkan dan keempat persediaan menghadapi kesan bencana luar jangka. Saya kira ini adalah aspek yang paling kurang kita berikan perhatian memandangkan kita tidak tahu apakah bentuk-bentuk bencana luar jangka yang berlaku di mana yang kita lihat baru-baru ini, kesan yang besar terhadap negara kita. Perak mesti merancang dan menyusun strategi kita untuk berhadapan dengan impak alam sekitar di luar jangka. Kita tidak boleh mengambil pendekatan sudah terhantuk baru terngadah. Kita doakan supaya Negeri Perak kita tidak menghadapi kesan-kesan besar sama ada banjir, ribut dan sebagainya yang boleh merosakkan hampir keseluruhan kedudukan Negeri Perak kita.

Akhir sekali Dato' Yang Dipertua, kita akan berhadapan dengan proses demokrasi melalui pilihan raya. Rakyat mendambakan sebuah negara yang stabil dan makmur. Justeru, kita perlu bersedia dan berani melakukan perekayasaan politik kita. Demokrasi di Malaysia perlu ditanggapi dalam konteks kehidupan bernegara di Malaysia. Demokrasi di barat dan juga di negara-negara yang lain mempunyai pelbagai tafsiran dan amalan demokrasi mereka. Sebagai contoh kita ada konsep atau fahaman liberal demokrasi yang berteraskan kepada latar belakang mereka, pengalaman mereka. Kita mempunyai konsep sosial demokrat atau sosial demokrasi dan demikian juga kalau di German sebagai contoh, ada amalan, ada konsep demokrasi mereka itu. Christian Democrate atau Christian Democracy. Kalau di Tunisia, bagi kalangan kita yang biasa dengar Rachid Ghannouchi telah mengemukakan idea Muslim Democrat atau Muslim Democracy. Oleh yang demikian, tentunya dalam konteks Malaysia kita ada, kita perlu bina sebuah konsep Malaysian Democracy. Ciri-ciri yang berteraskan kepada world-view kita, konteks kita, budaya kita, realiti demografi di Malaysia yang juga berteraskan kepada National Identity kita. Titah Tuanku....

Pangkor, Pangkor, kalau nak pilihanraya umum cakap saja lah terus. Tak payah pusing-pusing.... pusing.

Yang di-Pertua

Sungkai sajalah nak landing terus...

Ini UMNO. Ini cerita UMNO...ini antara UMNO.....

Saya nak landing. Saya tak mau nak debate, I can debate with you but I don't want to...because this is....I'm landing now. Jadi can you keep quiet. Sudah tahun kelima, saya nak sampai, saya nak....saya nak landing. Saya nak landing. Titah Tuanku semasa pelancaran buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia. Dia dah rimas dah tu takut saya nak balun dia. Don't worry saya tak balun you...walaupun you tak buat kerja. Pada 21 Mac yang lalu, Tuanku telah membangkitkan....pada siapa yang hadir, ada dua perkara penting dalam pelancaran buku itu iaitu yang pertama tentang Undi 18 dan Literasi Politik kepada golongan baru ini, bagaimana kita perlu mendidik golongan Undi 18 ini dan yang keduanya, Tuanku turut membangkitkan tentang tanggungjawab membina negara bangsa. Seperti yang dititahkan Tuanku sewaktu itu ialah dia isu sensasi yang menyalakan bara perkauman serta meniupkan sentimen agama yang dieksploitasi dalam usaha meraih undi semasa berkempen hendaklah dihentikan.

Ini adalah suara daripada raja pemerintah kita. Justeru, sebarang bentuk kerjasama politik, jangan disempitkan oleh faham chauvinist yang menebal. Jangan diletakkan dan dibenarkan sebarang bentuk ekstremisme kaum dan agama. Fitnah dan kebencian. Kita boleh membina sebuah bentuk politik baru untuk masa depan negara kita, negeri kita. Seperti mana yang telah terbukti yang kita laksanakan dalam Negeri Perak kita ini, dalam Dewan yang mulia ini. Bagaimana kita telah membentuk satu bentuk kerjasama yang ketika itu belum ada konsep CSK dan sebagainya, Perak telah memulakannya dan saya yakin Perak boleh memulakan satu proses perekayasaan politik untuk masa depan negara kita. Dato' Yang Dipertua, sebelum....

Dato' Yang Dipertua...Pangkor, boleh sambung sikit sebelah ni la...sikit jer.

Yang di-Pertua

Dah habis dah tu...

Saya mengambil maklum sebab perkara ini point ini sangat penting. Landing daripada Pangkor ni...landing yang memberi kelegaan kepada kita sebab identiti bangsa Malaysia, politik Malaysia ni...Di sinilah saya dengan diorang bermula kerana kita mempunyai keseimbangan daripada Yang Berhormat daripada pelbagai kaum. Jadi kalau kita lihat apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ini sebenarnya kita boleh mencorakkannya sama di peringkat Parlimen cumanya terajui utama andaikata selepas ini Kerajaan Negeri akan diterajui di mana-mana pihak harus melakukan perkara yang sama, kematangan dalam berpolitik, bawa dalam sidang Dewan ini manfaatnya adalah untuk rakyat di luar sana. Terima kasih.

Oleh yang demikian, saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar atas usaha-usaha yang dilakukannya.

Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Kawasan Pangkor, saya tahu masanya lebih tadi...

Saya sokong. Saya dah sebut tadi. Diaorang kata saya tak sokong. Saya sokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Pangkor. Saya faham masanya lebih sikit tapi tadi banyak...saya percaya banyak yang nak dengar ucapan daripada Yang Berhormat dari Kawasan Pangkor. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Tuan Yang Dipertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Saya harus mengaku bahawa saya teruja dan tak tahu nak kata apa dengan Ambion dengan izin dan ucapan Yang Berhormat Pangkor tadi tapi yang pasti saya bersama beliau dalam banyak hal khususnya dalam bahagian akhir ucapan beliau yang saya kira dan saya harap menjadi sebahagian daripada rekayasa politik sejauhsago Barisan Nasional sekarang yakni untuk mengenyahkan politik perkauman, politik agama sempit dan sebagainya.

Sebenarnya saya telah pun mendengar apa yang sentimen yang beliau katakan pada hari ini cuma hari ini saya dapat mendengar secara langsung secara live dan pastinya rungutan beliau tentang realiti pentadbiran dan birokrasi itu sangat penting untuk diambil kira dan sentimen yang disebut oleh rakan kita daripada Hutan Melintang tadi berlaku di mana-mana sebenarnya dan saya harap apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Aulong dan juga daripada Astaka tadi mengenai Concent Menteri Besar itu dapat diambil tindakan yang segera kerana saya melihat perkara seperti itu tidak memerlukan dana. Yang perlu hanyalah merupakan keberanian ataupun political will dengan izin di pihak pentadbiran dan ini satu perkara yang saya fikir tidak boleh ditangguhkan oleh kerana dia melibatkan jutaan ringgit dan saya sendiri telah pun mengeluarkan kenyataan apa yang saya fikir belum ada tindakan apa-apa dan permintaan untuk bertemu dengan PTG pun masih belum berhasil dan saya tidak Nampak. Saya tidak memandang rendah peranan yang dimainkan oleh para birokrat tapi inilah pentingnya ataupun peranan pimpinan politik dan wakil rakyat dalam mempastikan bahawa segala kekusutan dan juga kesulitan dalam pentadbiran harian dapat diatasi.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita bersidang pada kali ini, tahun yang kelima Dewan ini dan ini mungkin kali yang terakhir kita bersidang kerana selepas ini kita akan menghadapi PRU yang ke-15. Mungkin tahun ini, mungkin tahun depan. Seperti yang kita tahu pembangkang tidak ada peranan di sini. Jadi setuju atau tidak kita terpaksa bermain sekiranya gendang perang telah pun di bunyikan. Seperti yang kita faham dan kita telah pun nak melihat, dan dinyatakan oleh Perlembagaan itu sendiri. Proses pembubaran Dewan itu bermula dengan permintaan oleh Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri dan terpulang kepada istana untuk memberi perkenan atau sebaliknya. Tuan Yang Dipertua dan Ahli Yang Berhormat sekelian, apa pun Tebing Tinggi ingin turut sama menyertai perbahasan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atas Titah Perasmian yang baginda zahirkan di Dewan yang mulia ini semalam.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menyinggung isu perubahan iklim climate change dengan izin termasuk Persidangan COP26 di Glassgo dan apapun sebab punca dan kesan ataupun berlakunya banjir kilat dan sebagainya seperti yang kita maklum yang paling terkesan ialah golongan yang berpendapatan rendah dan semalam secara kebetulan di waktu pagi Tuanku bertitah mengenai isu ini, di sebelah petang di beberapa kawasan termasuk di kawasan saya di Lembah Kinta ribut besar dan yang jelas semua terkesan. Saya sendiri turun melihat dan saya berasa sangat terharu melihat kesan yang mereka terpaksa hadapi dan seorang mangsa yang saya cukup kesian ialah seorang bangsa tionghua yang rumahnya yang bumbungnya habis ditiup angin dan peralatan ataupun bilik tidur yang beliau baru gantikan penuh dengan air. Saya tanya beliau apa kerjanya, dia kata, dia hanya bekerja di pasar borong.

Ahli Yang Berhormat sekalian, seperti yang saya katakan tadi, bila berlaku bencana alam, banjir sebagainya yang paling berkesan ialah rakyat dan kita sebagai wakil rakyat, seperti yang semua kita maklum tidak banyak yang kita lakukan. Kita datang, turun tanya khabar dan mungkin memberi sedikit bantuan dan dalam keadaan seperti itu terutama dalam sekarang ini sukar untuk mendapat ataupun mendapat respon apa lagi bantuan daripada pejabat penghulu, pejabat daerah dan sebagainya. Jadi kita harapkan supaya sesuatu dapat dilakukan untuk mempastikan bahawa mereka yang terkesan ini dapat diberi bantuan dengan segera. Saya yakin ada jalan, ada cara di mana pihak Kerajaan Negeri boleh melakukan perkara itu. Kita akur dengan adanya agensi yang telah diwujudkan bagi menangani bencana alam seperti yang telah pun dinyatakan dalam para 27 Titah tersebut. Termasuk 5,494 orang anggota daripada pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bomba dan seterusnya. Tetapi daripada apa yang kita lihat sebagai contoh di Selangor dalam banjir kilat yang berlaku di Lembah Klang itu. Keberadaan ataupun wujudnya personnel dan aset itu tidak memberi makna apabila kepimpinan tidak wujud dan kita lihat bagaimana ATM bertindak turun padang tanpa arahan.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat Tebing Tinggi. Terima kasih Dato' Speaker. Saya rasa terpanggil untuk mencelah. Pertama saya rasa masa yang diperuntukkan kepada Ketua Pembangkang tadi sudah silap. Penyokong Usul dari Yang Berhormat Pangkor diberikan masa 50 minit tetapi Ketua Pembangkang hanya 20 minit. Saya rasa itu perlu disamakan mengikut konvensyen dan amalan di Dewan Rakyat. 40 minit Lepas tu tambah 10 minit injury time.

Tuan Yang Dipertua, saya terlebih dahulu ingin merasa terpanggil lah. Ini adalah laporan akhbar pagi ini di mana kawasan Tebing Tinggi semalam Taman Pegoh Aman telahpun dialami dengan bencana puting beliung. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang iaitu Tebing Tinggi semalam terus bergegas ke kawasan sana menyantuni mangsa di Taman Pagoh dan juga Tiara Park di Pengkalan Ipoh. Yang Berhormat Speaker dan juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kadang-kadang, barang kali sekarang ini, akibat daripada perubahan iklim, kawasan Perak tidak lagi bebas daripada bencana alam. Bulan Februari di Kampung Tawas Ipoh, 219 buah rumah telah pun terpaksa mengalami bencana puting beliung sehingga mereka mengalami kerugian yang cukup teruk.

Saya di sini ingin mengambil kesempatan ini mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya tabung bencana di pejabat daerah perlu ditingkatkan daripada RM60,000 yang ada setakat ini sekurang-kurangnya 10 kali ganda. Setiap daerah perlu mempunyai tabung bencana RM500,000 supaya bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan segera. Jangan tunggu, patut ambil tindakan segera. Saya bagi contoh di kampung Tawas, apabila Yang Amat Berhormat Menteri Besar turun padang, bantuan yang diumumkan akan diberi oleh Kerajaan Negeri sekadar RM300. Bayangkan rumah, ini bumbung pun sudah hilang tapi Kerajaan Negeri sekadar melepaskan batuk di tangga. RM300 macam mana nak cukup. Oleh kerana itu terpaksa Ahli Parlimen Ipoh Barat bersama dengan pasukan khidmat kami terpaksa kutip dana, akhirnya kita berikan RM280,000 kepada setiap rumah sekurang-kurangnya RM1300. Bayangkan pembangkang bagi RM1300, kerajaan bagi RM300 perkara macam ini tak pernah berlaku pun di sejarah negara. Saya harap di mana Kerajaan Negeri dapat ambil iktibar, mempertingkatkan tabung bencana supaya tindakan segera dapat dibuat. Saya ucapkan terima kasih kepada kakitangan awam termasuk Majlis Bandaraya Ipoh turun padang juga untuk membantu. Tapi saya rasa we have to do better dengan izin.

Perkara kedua saya ingin meminta penjelasan daripada Ketua Pembangkang dan Kerajaan Negeri. Tadi Yang Berhormat Pangkor telahpun bangkitkan di mana sepatutnya negeri Perak mempunyai sebuah negeri yang bertuah. Seharusnya mempunyai sebuah lapangan terbang antarabangsa yang jelas pernah menjadi salah satu janji manifesto Barisan Nasional pada tahun 2013. Sekarang dah hampir 10 tahun, mana itu lapangan terbang antarabangsa saya difahamkan, saya difahamkan di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Seri Iskandar telah pun dijual oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab tanpa kebenaran daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan. Ini adalah satu salah laku yang cukup serius dan saya harap di mana Kerajaan Negeri akan membawa mereka yang bertanggungjawab menjual tanah lapangan antarabangsa ini dihadapkan kemuka pengadilan.

Dan seterusnya Yang Berhormat Tebing tinggi. Saya ingin bangkitkan perkara yang ketiga, iaitu tentang perkahwinan di bawah umur. Saya rasa setiap kita khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya pernah melawat pejabat nya, dia merupakan seorang seorang datuk yang penyayang di mana cucunya cukup comel sekali. Bayangkan jika cucu kita di bawah umur ini akhirnya dijadikan, bukan di bangku sekolah tetapi dia letak atas pelamin. Saya rasa it is time we have to banned child marriage. Saya perlu katakan free ini apa, pedofilia is wrong, protect our children ikutlah carta Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) segala perkahwinan di bawah umur harus disekat, harus dilarang dan Dewan Negeri ini mempunyai tanggungjawab sebagai Dewan Perundangan, luluskan undang-undang supaya tidak ada lagi perkahwinan di bawah umur dibenarkan di negeri Perak kita yang tercinta ini. Ini saya rasa sudah sampai masanya kerana ikut statistik yang saya ada lebih kurang 16,000 anak di bawah umur gadis kita, mereka tempat yang wajar untuk mereka adalah dibangku sekolah, bukannya dijadikan isteri, akhirnya masa depan mereka hancur oleh kerana they are chlid kita tidak suka child level, we have to banned child marriage. Saya rasa ini adalah rintihan sanubari ibu bapa yang beriman dan budiman.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato' Speaker saya rasa elok Ketua Pembangkang letak jawatan lah. Orang lain ambil alih tugas dia la. Ketua Pembangkang letak jawatan la. Lain membahaskan dia lah. Takde confident la. You takde confident sama you punya boss ke? Apalah…hahahah. Dia takde confident sama you la Tebing Tinggi.

Encik Nga Kor MingDAP · PHAulong

Apa nak jaga tepi kain ni. Isu yang terakhir saya ingin membangkitkan adalah now inilah sikap dia. Orait takpelah. Ini kita biarkan. Now cat is out of the basket now. Saya satu lagi isu tiap-tiap pagi kita masuk ya di mana kita dikehendaki untuk scan MySejahtera. Saya nak tanya kepada pihak kerajaan. Bagaimanakah satu Apps yang telah pun diperkenalkan secara percuma kini dijual kepada sebuah syarikat swasta? Dan adakah syarikat swasta berhak mengkehendaki semua termasuk Dato' Speaker untuk scan dan di mana untuk menjejaki di mana Dato' Speaker pergi. So, jika bayangkan 38 juta pengguna datanya disalahgunakan untuk keuntungan komersial sebuah syarikat swasta. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Ahli Parlimen Ipoh Timur dari negeri Perak Darul Ridzuan berjaya menjejaki dan menyiasat perkara tersebut. Bagaimanakah MySejahtera yang sepatutnya menjadi milik kerajaan ini dijual kepada sebuah syarikat swasta. Apakah pandangan Ketua Pembangkang dalam perkara yang cukup penting ini. Terima kasih.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Ya kebetulan Pengerusi PSC itu Ahli Parlimen Ipoh Timur dan saya cukup bangga dan gembira dengan usaha keras beliau. Tentang soal apa isu Lapangan Terbang di Seri Iskandar sebenarnya tidak pernah diambil keputusan atau dibincangkan dalam pentadbiran yang lalu sebab saya sebahagian daripada pentadbiran itu dan kebetulan Pangkor beberapa bulan yang lepas juga membangkitkan perkara itu dan saya cuba mencari maklumat daripada pihak PTG tetapi seperti yang kita sedia maklum perkara itu sukar untuk berlaku oleh kerana sudah pastinya mereka tidak bersedia untuk memberikan maklumat dan kerjasama.

Jadi saya fikir terpulang kepada pentadbiran yang ada sekarang untuk menggali atau pun untuk menjernihkan soalan yang disebutkan tadi oleh kerana saya tertarik apa yang dihujahkan oleh Pangkor dan saya fikir ini satu perkara satu persiapan yang perlu diambil kira kalau kita serius nak bawa keluar Perak daripada empat negeri termiskin di negara kita. Berbalik pada isu perubahan juga iklim dan juga kesulitan yang dialami oleh rakyat biasa. Saya ingin nak mengambil kesempatan dan saya nak mengingatkan diri saya sendiri lah ya dan kita semua wakil rakyat di sini. Kita jangan jadikan kesulitan rakyat banjir ke rumah terbakar ke ribut ke sebagai pesta untuk kita ambil gambar ya. Saya nak ingatkan diri saya sendiri dan juga semua yang ada di sini, di sana atau di sini sebab sudah ada yang mengatakan dan sudah tersebar dalam tiktok dan sebagainya. Benda ini menjadi satu pesta untuk ambil gambar dan video dan sebagainya dimuatkan dalam FB masing-masing ya dan kita harus ingat mereka itu adalah manusia yang ada kehormatan dan maaf saya nak sebutkan ada anggota pentadbiran yang turun ke bawah ambil gambar lepas tu tak bagi apa pun dia hilang terus. Jadi mereka datang kebetulan pada saya mempersoalkan apakah kami ini barang tontonan untuk dimasukkan dan dipertontonkan di seluruh dunia ya. Jadi selain daripada mencari jalan untuk mempastikan bahawa bantuan yang segera dapat disampaikan kepada mereka kita harus juga prihatin daripada segi cara kita melayani mereka.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, kita mengucapkan tahniah di atas kejayaan Kerajaan menutup akaun dengan lebihan RM23 juta pada 2021 seperti yang dinyatakan pada para 5. Tetapi seperti yang semua kita maklum bagi rakyat biasa, rekod seperti ini tidak bermakna bagi mereka sekiranya hal-hal yang rapat dengan kehidupan dan kebajikan mereka terbiar ya. Jadi yang seronoknya kita ya tetapi di bawah sana, mereka tidak dapat menikmati atau pun dapat betul-betul merasakan ini suatu kejayaan. Dia bagaikan satu minyak wangi yang tidak boleh diminum dan tidak mengenyangkan. Tuan Yang Dipertua dan Ahli Berhormat sekalian, saya ingin nak menyebut soal kepada hala tuju dan pengarahan kerajaan dalam sistem kita oleh kerana tadi Yang Berhormat Pangkor telah menyebut soal sistem politik kita. Jadi pada faham saya politik kita walau pun telah pun dilabelkan sebagai politik baru tetapi Kerajaan dan pembangkang tetap berada pada tempat yang sama.

Manakala kerajaan mempunyai mandat untuk menjalankan pentadbiran dan dipertanggungjawabkan kepada Dewan, Pembangkang mempunyai peranan untuk mengenalpasti dan menghebahkan kelemahan mereka dalam proses pertanggungjawaban itu dan di peringkat Persekutuan terutamanya, apa yang kelihatan ialah kelam kabut dan sebab itu kita melihat isu atau pun pembentangan SOSMA itu gagal untuk diluruskan. Perkara ini sangat penting kepada saya oleh kerana ini menunjukkan bahawa tidak adanya hala tuju dan sikap yang jelas di pihak kerajaan. Seperti yang kita maklum, SOSMA adalah undang-undang yang dibuat oleh Parlimen bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri yakni ISA dan dimansuhkan pada 2011 Security Offences Special Measures Act 2012 itu adalah sesuatu yang mengandungi ciri-ciri ISA dan telah pun terbukti disalahgunakan terhadap beberapa orang ahli politik termasuk bekas pembantu Perdana Menteri Tun Dr Mohamad. Sebab itu saya agak keliru dan terpinga-pinga dengan apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan tentang Muafakat Nasional ketika berkempen di PRN Johor baru-baru ini. Soal politik yang timbul atau pun yang berlaku itu soal yang lain tetapi bagi saya dia harus dinyatakan dan disebutkan dalam kerangka kerajaan kita oleh kerana seperti yang kita tahu kerajaan harus atau pun tertakluk kepada apa yang disebut sebagai collective responsibility dengan izin iaitu tanggungjawab bersama. Jadi, apa pun yang berlaku di antara parti-parti politik itu mereka harus mengemukakan harus menayangkan imej perpaduan supaya rakyat termasuk pembangkang sendiri tahu apa yang mereka apa yang mereka buat dan kepada apa yang mereka betul-betul komited. Ini perkara yang sangat penting.

Cuma sekarang ini oleh kerajaan yang ada tidak mempunyai mandat, maka berlakulah satu senario bahawa kerajaan lawan kerajaan sendiri. BN lawan BN dalam pilihan raya telah pun berlaku. Ini satu perkara yang tidak pernah berlaku dan saya tidak fikir politik baru yang kita war-warkan sebab politik baru pada saya ialah seperti apa yang kita lihat tadi. Apabila Pangkor membangkitkan isu-isu yang bersifat rakyat, isu-isu yang memang telah pun sedia diketahui, kami di sebelah sini tidak punya masalah untuk menyokong, untuk berkongsi sentimen beliau. Jadi itulah yang dimaksudkan sebagai politik baru dan CSA atau pun apa nama Memorandum of Understanding di peringkat Persekutuan sebenarnya tidak melunturkan atau pun tidak mengubah kedudukan Pembangkang. Sebab itu dalam konteks itu kita masih tegas. Kita mahukan supaya Akta Lompat Parti itu disegerakan atau pun di dikemukakan di Parlimen dan juga sebab itulah kita menentang dan tidak menyokong pelanjutan SOSMA yang telah pun kita lihat di Parlimen itu. Jadi soal sama ada Ahli Parlimen suka atau tidak Menteri Dalam Negeri itu soal yang lain. Apa yang perlu dipastikan ialah bahawa kerajaan mempunyai sikap yang jelas kepada perkara itu. Jadi ini satu perkara yang saya fikir harus kita ingat supaya rakyat tidak kelam kabut dalam melihat atau pun proses yang ada sini.

Jadi apa pun saya sebagai wakil dari sebelah sini tetap komited dengan apa yang telah pun dilakukan dan sebenarnya apa yang berlaku telah pun kita lakukan sebelum ini. Ya, soal memperkasa atau pun meletakkan Pejabat Ketua Pembangkang di tempatnya, memberikan peruntukan yang saksama kepada semua kawasan termasuk kawasan Pembangkang dan sebagainya. Inilah yang merupakan perkara yang telah pun menjadi normal dalam sistem politik kita. Saya ingin mengongsi apa yang kita ikuti dalam taklimat libat urus yang telah pun dibuat oleh pihak SPR baru-baru ini dan saya berasa amat gembira melihat bahawa segala cadangan, segala kritikan yang kita kemukakan dalam proses atau pun dalam sesi libat urus itu diterima dengan baik oleh pihak SPR tidak seperti dahulu sebelum PRU yang ke-14 semuanya direspon dengan dalih, dengan alasan yang pelbagai yang tidak masuk akal tetapi apa yang kita kemukakan sekarang begitu mudah. Pendaftaran automatik dan online begitu mudah. Tak ada masalah.

Jadi kita melihatkan kita merasa bahawa perkara seperti ini dapat kita teruskan dan saya yakin dengan sentimen yang dikemukakan oleh Pangkor tadi yang mewakili sebagai Barisan Nasional yang baru kita akan melihat suatu politik baru yang benar-benar matang di negara kita. Dato' Yang Dipertua, saya pernah menulis satu artikel dalam sebuah channel antarabangsa tentang keterlibatan sektor awam dalam ekonomi dan perniagaan seperti yang pernah kita bagi mereka yang mengikuti dan meneliti perkara ini, pada awalnya keterlibatan sektor awam dalam bidang ekonomi dan perniagaan adalah merupakan satu perkara yang terpaksa dilakukan oleh kerana waktu itu sektor swasta tidak berani atau pun tidak bersedia untuk terlibat dalam perkara-perkara berkenaan. Maka itulah wujud nama-nama dan juga entiti-entiti yang berbeza. Kita lihat pada tahun 60-an nama-nama seperti atau pun konsep-konsep seperti public enterprise, government companies of budget agencies dan government link companies akhirnya muncul dalam khazanah perbendaharaan kita. Sesuatu yang menunjukkan wujudnya anjakan atau pun paradigm shift dengan izin perkara itu dan itu jelas menunjukkan adanya masalah dari segi kerangka undang-undang untuk mengawal aktiviti-aktiviti berkenaan. Ini satu perkara yang tidak harus dipandang remeh oleh kerana keterlibatan sektor awam melibatkan penggunaan dana awam dan di situlah penting dan kritikalnya peranan dimainkan oleh Dewan Negeri dan Parlimen. Kita telah melihat betapa Dewan ini telah pun melakukan banyak perkara walau pun sesetengahnya hanya formaliti.

Setakat membentangkan laporan atau pun dibentangkan di Dewan tanpa bahas dan sebagainya tetapi sebenarnya itulah merupakan suatu fungsi yang dimainkan oleh Dewan kerana Dewan ini baik Parlimen atau pun Dewan Negeri, selain membuat undang-undang ialah juga menguatkuasakan mekanisme accountability atau pun bertanggungjawaban. Ini disebut jelas oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak sendiri. Sebab itu kita mengulangi, saya menyebut perkara ini sebab saya nak mengulangi pendirian kita bahawa kita tidak bersetuju dengan respon pentadbiran yang ada sekarang kepada isu MAPS yang telah pun dibangkitkan dalam beberapa sidang Dewan sebelum ini. Bahkan kebelakangan ini telah pun ada apa yang menyifatkan MAPS itu sebagai skandal 1MDB versi Perak. Ada yang mengganggarkan bahawa skandal ini telah pun mencecah angka RM700 juta dan apabila gajah putih atau bangkai gajah itu hendak dilelong pada harga RM60 juta tiada siapa yang menunjukkan minat. Jadi ini menunjukkan sesuatu yang pada saya bukan kecil dan dalam masa yang sama apa yang agak membimbangkan iaitu beberapa perkara yang seolah dirancang untuk menenggelamkan isu MAPS ini termasuk proses menggulung atau pun voiding up Perak Corporation Berhad yang merupakan pemain utama dalam isu ini. Kita juga dimaklumkan tentang tekanan yang dikenakan ke atas…

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Saya nak celah sikit apabila you sebut Perak Corporation Berhad tu tak betul. Voiding up nya saya ingat bukan PCB. PCB under PM17 yang nak divoiding up Perak Corporation Development Sdn Bhd. So please get your facts right. Lagi satu tadi Yang Berhormat ada sebut tentang dalam sektor kerajaan ada pertandingan tapi kalau kita tengok di UK ada collection government dulu konservatif dengan liberal democrate, saya rasa ada 10 by election masa dia orang jadi kerajaan dan mereka sama mereka pun ada bertanding. Jadi kalau kita tengok dari segi sejarah pun telah ada perkara yang sama berlaku. Jadi tak asinglah bila PN dengan Barisan Nasional bertanding di Melaka dan Johor. Terima kasih.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Pengkalan Baru. Ya saya akur dengan apa yang disebutkan tetapi sebaik-baiknya kita hendaklah mengikut peraturan. Oleh kerana perkara seperti itu memang kadang kala tak dapat dielakkan bahkan kalau kita perhatikan sekarang ni pun banyak perkara yang dilakukan oleh Boris Johnson di London tidak ada dalam atau pun tidak pernah berlaku dalam sejarah bahkan perkara yang sama juga kita boleh sebut kalau di Amerika dengan Donald Trump itu. Jadi isunya di sini kita tidak mahu menjadi satu atau pun join group yang tak betullah. Maknanya seboleh-boleh biarlah kita mengajar orang putih tu bahawa kita ni lebih baik, lebih tertib dalam menjalankan atau pun mengikuti norma-norma dan nilai Westminster yang mereka tinggalkan pada kita. Terima kasih tentang teguran tadi, saya tersasul tadi tu tetapi saya nak membangkitkan satu yang juga penting di sini ialah soal mengapa berlaku perkara-perkara seperti yang disebutkan tadi.

Begitu juga tekanan yang dikenakan ke atas salah seorang pemiutang yang datang mengadu kepada saya tentang mengapa beliau perlu menarik balik kaveat yang telah pun dia masukkan dan lebih sinikal lagi ugutan yang dibuat oleh pihak peguam ke atas Yang Berhormat Keranji meski pun perkara ini jelas bertentangan atau bersalahan dengan Seksyen 124 Kanun Keseksaan atau Penal Code. Saya nak bacakan oleh kerana saya sendiri pun jarang melihat perkara ini dan baru-baru ini saya perasan ada satu peruntukan yang sebenarnya sangat penting kepada Ahli-Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Negeri dalam menjalankan peranan mereka. Ini perkara atau pun Seksyen 124 di bawah Kanun Keseksaan atau Penal Code satu jenayah sebenarnya bahawa tajuknya begini. Seksyen 124 menyerang Ahli

Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan niat untuk memaksa atau menghalang pelaksanaan sebarang kuasa yang sah di sisi undang-undang dan subseksyen 1 disebutkan bahawa tertuduh mempengaruhi, memaksa atau mencuba untuk mempengaruh atau memaksa seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan atau sesiapa sahaja ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang ni Exco, subseksyen 2 bahawa tertuduh menyerang atau menghalang secara salah atau secara salah cuba menghalang atau mempengaruhi atau mempengaruhi melalui kekerasan jenayah atau menunjukkan kekerasan jenayah atau mempengaruhi melalui kekerasan jenayah atau menunjukkan kekerasan jenayah atau cuba untuk mempengaruhi dengan menakut-nakutkan ahli-ahli tersebut.

Jadi agak jelas bahawa peguam yang mengeluarkan surat tadi tidak atau pun terlepas pandang seksyen dalam Kanun Keseksaan ini dan kalau kita tengok yang lebih menakutkan lagi subseksyen 3 bahawa tindakan tertuduh dalam 1 dan 2 itu di atas bertujuan mempengaruhi ahli-ahli tersebut melaksanakan atau pun meninggalkan daripada melaksanakan kuasa atau kuasa-kuasa mereka yang sah di sisi undang-undang. Jadi saya ingin nak menekankan di sini bawa perbahasan kita, kenyataan kita ni bukan saja dikawal oleh undang-undang sebab tu kita berbahas di sini tetapi juga sekiranya kita memberikan kenyataan dalam jawatankuasa atau pun komuniti yang bertindak di atas autoriti Dewan dan kalau dilihat 124 ini jelas begitu komprehensif dan saya harap apa pihak-pihak berkenaan berhenti daripada melakukan perkara itu oleh kerana apa yang dilakukan oleh Keranji bukan benda yang senang. Saya sendiri pun tidak begitu faham atau pun tidak begitu saya bukan pakar dalam bidang itu tetapi beliau oleh kerana latar belakang latihan beliau, akademik beliau, beliau dapat memahami perkara itu dan saya fikir perkara ini sangat penting daripada segi untuk memastikan bahawa kita tidak apa nama membiarkan negeri ini dan menggelongsor terus dalam perkara yang barangkali akan menyebabkan imej kita itu tidak menggalakkan kepada pelabur dan sebagainya.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Tebing Tinggi minta laluan, Pengkalan Hulu. Tebing Tingi, saya nampak hujah baca daripada segi seksyen semua nampak hebat cuma untuk makluman Tebing Tinggi sebelum ini saya berada di dalam PAC tentang MAPS ini dan di dalam setiap kali mesyuarat PAC dibincangkan masalah MAPS dan keputusan di dalam surat PAC pun kita telah buat. Kita akan serahkan perkara MAPS ini. Jika betul PCBD yang telah divoiding up. Kalau betul ada kebocoran ataupun ketirisan atau pun ke tidak betul keputusan dibuat ketika itu, ada akta yang kita boleh ambil action kepada mereka-mereka yang terlibat seperti yang Tebing Tinggi sebut tadi. Terima kasih.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Ya saya akur dengan respon daripada Pengkalan Hulu terima kasih. Cuba soalannya ialah apa sikap dan tindakan kita sebagai Dewan sebab kita sebagai badan tertinggi dalam negeri sama di parlimen di peringkat Persekutuan perlu buat sesuatu dan kalau ada ataupun sesuatu yang boleh dianggap sebagai menghalang ataupun menyukarkan kita bertindak termasuk dalam PAC sebab itu dalam di peringkat awal berbeza dengan dengan falsafah Pakatan Harapan sendiri pengerusi PAC oleh kerana kita kita bimbang kalau kita tidak berbuat demikian maka isu ini akan terus disapu di bawah tikar selama-lamanya dan saya tidak faham mengapa kita harus mengambil sikap sedemikian sekiranya tidak ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

Apapun bagi rakyat biasalah saya saya nak sebutkan bahawa mungkin kita sukar mohon perkara itu tetapi apa yang saya difahamkan ialah bahawa perkara ini tidak disiasat secara telus walaupun perkara ini hanya merupakan dalam istilah undang-undang yang merupakan suatu business day link dengan izinnya tetapi apa yang berlaku hanya boleh berlaku ialah bahawa nanti mungkin ada GLC yang bertukar tangan. Oleh kerana si pemiutang ini kreditnya dia akan mengejar dia akan ia akan ia akan ambil akan rembat apa saja yang dia dapat untuk apa nama pastikan bahawa hutang yang mereka beri itu dibayar.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Berkenaan dengan isu PCBD ni. Ini adalah perihal yang agak kompleks tapi saya ingin mohon pendapat daripada Ketua Pembangkang keadaan yang ada di hadapan kita adalah bahawasanya sebuah syarikat yang punya aset katakan RM100 juta. Aset dia dan juga aliran wang tunai apa yang dipegang pemegangannya adalah RM100 juta. Ada maksudnya dia ada harta tetapi pemiutang dia yang dihutang tu lebih kurang atau kurang daripada aset yang dipegang oleh syarikat tetapi Lembaga Pengarahnya telah boleh dikatakan meluluskan satu yang dikatakan Skim ofrangement kata saya tak ada duit. So, maka saya hanya akan bayar setiap RM10.00, RM100.00 dan kebiasaannya skim ofrangement 90% haircut dan percent payment itu hanya akan diluluskan dan boleh diluluskan kepada syarikat-syarikat yang memang dah tak ada cash flow, dah tak ada harta, dah tak ada apa-apa, sampai dia betul-betul miskin dan tak ada apa-apa baru boleh dilulus tetapi lembaga pengarah syarikat tersebut telah meluluskannya dan kebiasaannya apabila benda tu diluluskan akan ditolak sekiranya dicabar oleh mahkamah akan di mahkamah akan menyatakan benda ni adalah tidak mengikut undang-undang atau tidak masuk akal dan harta-harta yang ada kepada syarikat tersebut akan dilelong bagi membayar balik pemiutang-pemiutang. Jadi di sinilah sebenarnya the crack of a problem, akar kepada masalah. So, apakah pandangan Ketua Pembangkang dan apakah pendirian kerajaan apabila ada sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai Fraudulent Trading atau sesuatu yang melanggar undang-undang yang berlaku kepada sesebuah syarikat milik kerajaan? Apa pandangan ketua pembangkang?

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Pasir Pinji. Ya itu senario yang kita bimbang saya nak sebutkan di sini.

Terima kasih Tebing Tinggi. Ekoran apa yang dinyatakan oleh Tebing Tinggi tadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada pembangkang sendiri sebab dalam persidangan kita yang lepas Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa berlaku pada PCB kepada anak syarikat PKNP. Kerugian dia tidak ada kena mengena dengan dengan kerajaan. Itu kenyataan rasmi yang dibawa oleh Kota Tampan dalam dalam persidangan yang akhir. Tapi kalau sekiranya maklumat yang dinyatakan oleh pembangkang tadi bahawa ia merupakan satu entiti yang menggambarkan apa yang berlaku IMDB di peringkat nasional maka MAPS ini merupakan wang MDB peringkat negeri sebagai contoh sekiranya jumlah hutang tu hampir mencecah RM700 juta dan bila ditawarkan MAPS dengan harga 10% kadarnya iaitu tak sampai RM70 juta tidak ada sapa-sapa yang berminat. Dengan izin Renous Taker.

Ini mencerminkan ke benda yang amat merbahaya dan saya difahamkan kalau sekiranya PCB boleh menggunakan segala aset yang dia ada maka dia boleh mampu menyelesaikan hutang-hutangnya kepada kereta-kereta dia. Kenapa pula nak-nak ditawarkan hanya 10% daripada jumlah yang berhutang itu. Ini mencerminkan bahawa Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab untuk memastikan penyelesaian hutang ditanggung oleh anak syarikat PKNP ini termasuklah PCBD. Saya minta penjelasan daripada ketua pembangkang adakah aset yang mencecah hampir RM1.2 bilion yang boleh membayar hutang itu tapi ke manakah pergi aset tersebut? Itu saya nak tanya. Wallahualam.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Saya tak boleh jawab oleh kerana benda tu misteri kepada saya. Jadi yang boleh saya katakan di sini ialah bahawa…

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Tebing Tinggi minta sikit je. Saya nak perbetul fakta chor kita. Dia yang sebenarnya kalau kita tengok PCB adalah syarikat yang menjadi syarikat induk PCBD yang menjadi anak syarikat yang membina MAPS jadi adalah satu benda yang berbeza PCB dan PCBD. Jadi bila kita lihat semasa saya berada di dalam PAC satu cerita yang senang je. Anak hutang, bapak nak kena bayar. Betullah bapak dia kaya harta dia banyak tapi yang hutang anak. Jadi keputusan yang dia buat bila PCBD ni their may up company apa ni kita pun tak faham bank dah keluarkan iklan untuk lelongkan dan duit yang dilelong tu akan dibayar kepada penghutang-penghutang. Jadi kita bagilah kepada bank untuk selesaikan masalah ini kepada penghutang-penghutang ini. Itu pandangan saya.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Ready.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Berhormat sikit je. Saya mohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat mengambil perkara ini dengan serius dan yakinlah niat di sebalik mengapa perkara ini dibangkitkan adalah demi kebaikan Kerajaan Negeri dan negeri Perak tiada sebarang niat jahat atau sebarang niat untuk mengaibkan mana-mana pihak ini ada demi kebaikan negeri Perak. Cuma apabila ada sama ada ayah ke anak ke cucu ke yang yang berhutang, hutang tu sebenarnya akan tempiasnya akan kena kepada aset-aset kerajaan. Jadi di sinilah saya ingin mohon ke semua kita di sini jangan kita ambil perkara ini sebagai sesuatu serangan kita nak mencapai satu penyelesaian kepada masalah ni. Jangan sampai aset strategik negeri di lelong atau di ancam dan inilah adakah Yang Berhormat Ketua Pembangkang setuju niat kami adalah demi kebaikan Kerajaan Negeri dan rakyat negeri Perak.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Pasir Pinji. Sebenarnya kita Ketua Pembangkang nak mempastikan bahawa kedaulatan dan kemuliaan Dewan dalam soal ini benar-benar dilaksanakan. Jadi kita tidak hanya menjadi sebagai orang kata bystanders semata-mata hanya penonton sahaja. Saya akur dengan apa yang disebutkan oleh Pengkalan Hulu tadi tapi saya nak sebutkan juga bahawa ada pelbagai pandangan ya kalau benda dibawa ke mahkamah pun ada pelbagai pandangan tetapi bagi saya apa yang penting di sini ialah bahawa supaya ruang diberikan supaya kita dapat mungkin ya sedapat mungkin memberikan sokongan dan bantuan supaya perkara ini dapat di apa ditangani dan di apa diteliti secara terbuka sebab saya bercakap dalam konteks sebagai ahli akademik. Perkara seperti ini akan memberikan kita banyak pengajaran tentang corporate governnent ataupun dan pentadbiran korporat ya sebab banyak perkara yang akan dibincangkan pada keputusan apa ni mengadakan perkara itu kepada proses dan seterusnya akan dapat didedahkan jadi bukan hanya setakat soal bisnes atau perniagaan tetapi melibatkan soal politik, soal sosial, soal bagaimanakah ia dibuat dan apakah perkara ini sesuatu yang penting dan apakah ini dibuat oleh mereka yang berpengalaman dan sebagainya? Jadi saya melihat perkara ini bukan hanya setakat untuk apa ini untuk memalukan ataupun untuk dijadikan peluru untuk pembangkang. Tidak. Ini tanggungjawab kami sebagai anggota Dewan untuk mempastikan bahawa setiap perkara yang berlaku dalam negeri ini diperhatikan terutama perkara yang sebesar ini. Ini orang kata elephant in the room dengan izin. Jadi kalau kita cuba sapu ke bawah tikar tak jadi.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Pada bulan Ogos lalu semasa di second chamber. Saya pernah membawa isu ini. Semasa itu belum berlaku penggulingan PCBD. Yang pada masa itu saya telah mengetengahkan isu ini, saya cakap bahawa scheme of arrangement yang dibawa oleh PCB dan PCBD ini tak boleh diluluskan kerana ia tidak betul kerana saya tahu pada masa itu ada satu afidavit mahkamah yang dibawa oleh bekas CEO PCB yang menyatakan dalam PCB ada aset sebanyak RM1.3 billion. Berasaskan afidivit ini kita tahu bahawa PCB dan PCBD ada cukup wang untuk membayar segala pemiutang-pemiutang dan masa itu saya tanya apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap scheme of arrangement ini ? Tapi yang Kerajaan Negeri Perak pada masa itu tidak memberi apa-apa padangan dan hari ini mengapakah PCBD boleh digulingkan. Oleh kerana ada pemiutang-pemiutang yang tidak bersetuju dengan scheme of arrangement ini kerana mereka tahu company PCBD ada aset untuk membayar tetapi mencuba untuk tidak membayar. Hari ini kita nampak PCBD digulingkan. Jadi saya harap kita di sini boleh mengambil langkah-langkah yang betul. Kalau syarikat PCB dan PCBD memang cukup aset untuk membayar. Jadi kita boleh memperbetulkan scheme of arrangement ini kita bayar dollar to dollar arrangement dan bukannya hanya 10 sen kan kepada setiap ringgit yang kita hutang.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Ini bukan nak mengaibkan siapa-siapa. Lembaga pengarah yang telah meluluskan scheme of arrangement tersebut. Kita tak nak bicara tentang apa depa ini orang siapa. Depa ini orang apa. Tetapi keputusan yang telah dibuat iaitu 90% haircut dan 10% payment untuk kepada pemiutang-pemiutang. Itu adalah keputusan yang saya rasa tak wajar diterima malah telah tidak diterima. Jadi kita nak tanya soalan ahli-ahli lembaga pengarah yang telah meluluskan ini. Depa ini siapa dan adakah wajar untuk kita pertimbangkan untuk menukar ahli-ahli lembaga pengarah yang telah menyebabkan atau meluluskan scheme of arrangement tersebut. Apa pandangan ketua pembangkang?

Yang di-Pertua

You want to welling this point ini panjang. Tapi masa pun.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Jadi daripada apa yang telah dikemukakan dalam celahan-celahan tadi adalah begini sebenarnya. Banyak isu, banyak aspek yang kelihatan. Jadi saya nak menekankan bahawa Dewan ini hanya menjalankan konteks pertanggungjawaban dari politik. Legal responsibility itu bukan ataupun Legal Accountibility itu bukan kalau tadi Pinji ataupun Keranji sebut soal itu, itu soal civil action. Terpulang kepada pihak yang itu untuk saman dan sebagainya di mahkamah. Ia akan bayar kos ia. Begitu juga kalau ada mungkinlah nanti la siapa-siapa yang dilaporkan terlibat dan mungkin melibatkan soal ataupun criminal responsibility ataupun liability. Itu soal peguam negara. Kita tak ada kuasa untuk mendakwa. Jadi itu pada saya menjadi jaminan supaya janganlah takut sangat. Jadi apa yang nak disekat. Jadi kalau tak ada benda nak disembunyikan. Kita biarkan. Benda ini telah berlaku lama jadi biarlah ia ditalkinkan, dikuburkan dengan baik mengikut prosedur yang sepatutnya.

Tuan Yang Dipertua, seterusnya ingin nak berubah ataupun nak menyentuh isu dengan dengan izin Brain Drain yang disebut ataupun yang disuarakan oleh pihak industri yang dikatakan berlaku oleh kerana Perak tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan daripada IPTA dan IPTS yang begitu banyak di negeri ini. Kita harus ingat kita ada Politeknik Ungku Omar, politeknik yang tertua di negara kita dan kemudian ada Universiti Teknologi Petronas dan ini adalah merupakan top institution ataupun universiti yang utama dalam melatih pekerja-pekerja ataupun tenaga kerja yang berkualiti dan berkepakaran. Bukan buruh kelapa sawit dan sebagainya. Jadi kegagalan kita untuk menyediakan ruang dan peluang yang sesuai menyebabkan mereka ini pergi ke Pulau Pinang khususnya dan mungkin saya boleh katakan bahawa ini ada kaitan dengan 64,521 isi rumah yang dalam Titah Tuanku disebut sebagai berstatus miskin tegar. Yang merupakan 6% daripada keseluruhan penduduk negeri. Jadi sesuatu yang serius perlu difikirkan untuk mengelakkan ini berlaku dan saya harapkan dia boleh dilakukan dengan segera supaya selain daripada soal-soal yang disebut dalam kepada soal oleh Aulong dan juga oleh Astaka tadi. Perkara ini dapat dilihat dengan serius oleh kerana ini melibatkan tenaga kerja yang berkualiti tinggi.

Selain tu saya ingin menyentuh juga soal kedudukan bukan Islam yang saya fikir memerlukan pembelaan walaupun hak mereka tidak disebut oleh perlembagaan seperti yang tertera di bawah perkara 12 di mana Kerajaan Pusat atau negeri berhak ataupun diberikan kuasa untuk memberikan membelanjakan dana awam untuk masjid dan sebagainya tetapi mereka adalah melupakan dan rakyat negara yang juga pembayar cukai. Jadi seperti yang telah pun kita suarakan sebelum ini. Peruntukan untuk mereka telahpun dikurangkan dan meskipun ada jaminan untuk menangani masalah ini akan dibuat melaui peruntukkan tambahan. Setakat ini kita belum melihat perkara ini berlaku. Jadi saya mengharapkan supaya Yang Amat Berhormat dapat memberikan respon kepada perkara ini. Selain itu, saya ingin bangkitkan soal peruntukkan dan juga keadaan sekolah-sekolah SUWA yang saya difahamkan menanggung belanjaan yang besar setiap tahun dan mereka ini bukan institusi ataupun sekolah yang membuat keuntungan dan seperti yang kita maklum baru-baru ini mahkamah telah pun dengan tegas mengistiharkan bahawa mereka mempunyai hak dari segi perlembagaan untuk diteruskan ataupun untuk terus wujud ya. Walaupun ada pihak berkenaan tertentu yang mencabar dan mengatakan bahawa mereka tidak diberikan hak yang sah dari segi perlembagaan. Jadi saya harap perkara itu telah pun menyelesaikan persoalan dan masalah yang sering dibangkitkan dan adalah menjadi tugas kepada Kerajaan Negeri untuk mempastikan bahawa sekurang-kurangnya mereka diberikan sedikit sebanyak upaya untuk meneruskan peranan mereka dalam masyarakat mereka.

Tuan Yang Dipertua, 3 pilihanraya negeri yang telah pun berlangsung menunjukkan bahawa rakyat letih dengan politik dan tidak berminat untuk mengundi. Sebab itu kita mempunyai tugas untuk mempastikan setiap yang kita jaja sebagai rekod kejayaan dan sebagainya sebagai pencapaian benar-benar memberi makna kepada rakyat dan dengan kata-kata itu saya tutup ucapan saya. Tebing Tinggi mohon menyokong. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Tebing Tinggi. Hampir satu jam. Saya faham kerana ada banyak isu-isu yang dibangkitkan. Bagi pembahasan seterusnya masa yang diperuntukkan adalah 20 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Keluarga Negeri Perak, Dato’ Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pengamal-pengamal media seterusnya kepada yang sedang mengikutil live perbahasan sidang DUN pada hari ini. Terima kasih kepada Dato’ Yang Dipertua kerana memberi izin kepada saya untuk meneruskan perbahasan pada tengah hari ini. Syukur alhamdulillah. Marilah sama-sama kita memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dapat bersama-sama untuk kita menggalas tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat yang berada di dalam Dewan ini untuk kita berbincang perihal rakyat khususnya dalam menghadapi cabaran berikutan penularan wabak covid yang masih belum menemui jalan penghujung. Di awal perbahasan saya ini Pengkalan Hulu ingin mengambil kesempatan untuk mengajak kesemua ahli Dewan menghayati doa yang telah dibaca oleh Timbalan Mufti Perak dan telah diaminkan oleh kita semua semalam. Anugerahkanlah dalam sanubari setiap ahli Dewan ini keinsafan bahawa perbahasan kita ini sedang dilihat oleh rakyat di kawasan bahkan di padang mahsyar nanti akan diulang tayang.

Jadi itu yang tersentuh hati saya ketika di baca doa semalam. Di Padang Mahsyar akan diulang apa yang sedang saya bahaskan hari ini untuk sama-sama kita membantu untuk menjadikan negeri Perak ini sebuah negeri yang maju yang dapat kita sama-sama membantu rakyat di luar sana. Pengkalan Hulu penjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sewaktu perasmian Pembukaan Rasmi Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Ridzuan pada semalam yang memberikan penekanan terhadap usaha- usaha pemulihan ekonomi yang akan terus dipergiatkan dan pada masa yang sama memastikan kebajikan rakyat Tuanku dapat ditingkatkan dan terus diutamakan.

Di kesempatan ini Pengkalan Hulu ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato' Seri Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang akan bekerjasama dengan kerajaan pusat, pihak swasta dan badan bukan kerajaan berasaskan komuniti dan pihak-pihak lain yang berusaha sebanyak mungkin dalam hasrat untuk mencapai matlamat sifar miskin tegar menjelang tahun 2025. Amatlah diharapkan daerah-daerah yang telah terpilih dalam program perintis pembasmian kemiskinan terutama sekali di dalam kawasan daerah Hulu Perak akan dapat dimanfaat dan seterusnya berjaya mencapai hasrat yang kita inginkan.

Kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memberikan peruntukan kepada kita semua ADUN-ADUN di dalam negeri Perak ketika nak menyambut tahun Baru Cina baru-baru ini untuk kita sampaikan sumbangan ataupun bantuan kepada masyarakat Cina yang nak berhari raya dan terima kasih juga kepada Dato' Seri Menteri Besar baru-baru ini telah memberi kepada kita semua ADUN-ADUN yang ada dalam Dewan untuk bantuan pakaian baju sekolah yang bagi saya semua kita sebagai wakil rakyat perlu menjaga kepentingan rakyat di kawasan masing-masing tidak kira sama ada wakil rakyat sebelah pembangkang ataupun sebelah kerajaan kerana inilah hasrat Kerajaan Negeri Perak yang patut dicontohi oleh negeri-negeri lain yang kedua-dua pihak wakil rakyat mendapat keistimewaan yang sama. Walaupun pembangkang walaupun sebagai wakli rakyat kerajaan terima kasih kepada Dato' Seri Menteri Besar.

Pengkalan Hulu menjunjung titah Tuanku dan demi kesejahteraan rakyat dengan penyediaan rumah serta pembangunan projek perumahan yang selesa dan mampu milik merupakan salah satu tanggungjawab utama kerajaan. Tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya mencapai sasaran dengan pembinaan sebanyak 56,292 unit rumah mampu milik di bawah seliaan Lembaga Perumahan Hartanah Perak. Seperti titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, keupayaan rakyat berpendapatan rendah dan miskin untuk memiliki rumah sendiri hendaklah dijadikan kayu ukur yang membuktikan sumber negara berjaya diagihkan secara bijaksana, adil dan lagi saksama. Justeru ianya menjadi pegangan dan harapan Pengkalan Hulu untuk memohon kepada Kerajaan Negeri agar dapat mewujudkan dan membina rumah mampu milik di kawasan Pengkalan Hulu yang pastinya akan dapat memberi manafaat kepada penduduk-penduduk di kawasan Pengkalan Hulu. Kawasan yang sesuai telahpun dikenalpasti dan hanya menunggu kelulusan pembinaan rumah mampu milik di bawah kelolaan Lembaga Perumahan Hartanah Perak.

Langit yang diharapkan cerah kelihatan muncul awan mendung, merupakan petikan ungkapan titah Tuanku yang harus diambil cabaran kepada kita semua untuk terus memastikan kerajaan Tuanku terus ditadbir urus dengan kesempurnaan walaupun menghadapi cabaran onak dan duri. Timbalan Yang Dipertua, sat sikit ja. Menyentuh berkenaan rumah mampu milik dan rumah kos rendah, Kerajaan Negeri pada asalnya telah memberikan kepercayaan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri

Perak, kita pendekkan dia PKNP dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri, kita pendekkan dia SSI dengan izin untuk membantu rakyat-rakyat di negeri Perak memiliki rumah mampu milik dan rumah kos rendah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada PKNP kerana telah berjaya membina sebanyak 2,480 buah rumah mampu milik di sekitar negeri Perak dari tahun 2015 sehingga hari ini.

Walau bagaimanapun daripada 2,480 buah rumah yang telah dibinakan oleh PKNP boleh dikatakan 90% dibina di kawasan daerah Kinta dan 10 peratus di daerah Kerian. Saya difahamkan PKNP mempunyai tanah untuk perumahan dan pembangunan bercampur dengan keluasan lebih daripada 6,000 ekar. Harapan saya dengan keluasan yang dimiliki oleh PKNP yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat negeri Perak untuk memiliki rumah kos rendah dan mampu milik saya juga berkeyakinan PKNP mampu untuk melihat kawasan-kawasan yang masih belum lagi dibina rumah mampu milik ataupun rumah kos rendah saya juga mengharapkan kepada PKNP supaya bila kita melihat balik pada data yang saya dapat PKNP mempunyai tanah untuk perumahan bercampur lebih daripada 6,000 ekar sehingga hari ini tahniah telah membina 2,480 buah. Kalau dikirakan balik 2,480 buah ni baru 250 ekar bayangkan tanah yang dimiliki sebanyak 6,000 ekar baru dimajukan sebanyak 250 ekar dalam masa tujuh tahun.

Jadi saya nak minta lah kepada PKNP tolong lihat kembali 6,000 ekar tanah ini sepatutnya telah dapat dibina rumah-rumah yang dinanti-nantikan oleh rakyat di luar sana rakyat-rakyat yang miskin, rakyat-rakyat yang berpendapatan rendah yang memerlukan tempat tinggal seperti kita semua sedia maklum saya mempunyai anak, pertama sekali bila dia habis sekolah dia akan cari pekerjaan. Peluang pekerjaan selepas ada peluang pekerjaan ada kerja dia akan kahwin. Lepas kahwin dia nak rumah. Di mana dia nak dapatkan rumah dengan pendapatan yang rendah dengan tidak ada di dalam pasaran rumah kos rendah dan rumah kos mampu milik. Jadi saya nak minta tolonglah kepada PKNP dengan 6,000 ekar tanah ini supaya tanah ini janganlah disimpan, janganlah dipegang begitu lama, begitu banyak dan kalau ikut senarai ini saya tengok dia Pengkalan Hulu tidak ada tanah perumahan bercampur. Sebenarnya untuk makluman PKNP saya baru pagi tadi semak dengan Pejabat Tanah Pengkalan Hulu. PKNP mempunyai tanah 5 lot di Pengkalan Hulu. Mungkin PKNP terlepas pandang harta dah terlampau banyak dah tak tahu di mana ada hartanya.

Jadi saya nak mintalah perkara-perkara begini tolong tengok, tolong pastikan untuk membantu rakyat kerana bila kita melihat PKNP dapat membina rumah kos rendah mampu milik dan kos sederhana PKNP tidak perlu memikirkan keuntungan semata-mata. Saya nak cadangkan di dalam Dewan ini. Saya nak tanya ADUN-ADUN yang ada di dalam Dewan ni, bagaimana cara kita nak membantu mereka-mereka yang memang layak membeli rumah kos rendah tetapi tidak mempunyai 10% wang pendahuluan untuk membuat pinjaman bank. Apa salah daripada keuntungan PKNP ni dia membantu rakyat rakyat yang memerlukan di luar sana untuk mengambil pinjaman bank. 10% itu dibayar oleh PKNP daripada keuntungan-keuntungan yang dia dapat daripada skim-skim perumahan. Jadi saya nak bawa minta dalam Dewan ini untuk mendapat sokongan untuk membantu rakyat di luar sana memberikan mereka mendapat rumah kos rendah. Jadi bukan saya hari ini nak mengaibkan ataupun nak mencari mana-mana agensi, mana-mana apa ni, GLC, sebenarnya saya bercakap kerana berpandukan doa semalam. Kita ini semua akan ditayangkan di akhirat nanti dan tugas saya sebagai wakil rakyat untuk membawa masalah rakyat di dalam Dewan saya kena bawa. Sebagai contoh, kita ada lagi satu badan yang menguruskan perumahan di Negeri Perak, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI).

Ada kawasan tanah cantik, ada tempat yang strategik. Bila ada proposal, ada yang datang jumpa berbincang dengan saya, masuk proposal, masuk kertas cadangan untuk membina perumahan bercampur ataupun sebarang kertas kerja tidak pernah dijawab balik sama ada dipertimbangkan ataupun ditolak ataupun di panggil untuk dibentangkan atau panggil untuk dibincang. Sedar-sedar lepas setahun, keluar tender iklan. Mana kita nak tahu dia nak iklan bila, ye Tebing Tinggi. Bila kita nak tengok laman web SSI. Bila kita nak tengok iklan dia. Jadi apa salah kepada pemaju-pemaju yang dah bersusah payah untuk bersama-sama dengan SSI bila ada tender tolonglah maklum. Ada tender kawasan yang dipohon telah dibuka tender. Jika berminat sila masuk. Kalau nak tolak dari awal hantar sekeping surat, permohonan tuan ditolak, habis senang. Rakyat di luar sana tahu permohonan untuk majukan kawasan itu telah ditolak oleh SSI. Ini rakyat ternanti-nanti kerana rakyat tahu ini tanah sapa, ini milik siapa, ini milik siapa. Ini satu yang saya nak saya nak tegur sebab saya nak tegur ini untuk kebaikan kita semua yang berada di dalam Dewan ini.

Bila kita nak tengok tentang peluang pekerjaan bila kita lihat di sini, pada tahun 2004, 1,300 ekar kawasan di Lembah Kinta telah diusahasamakan dengan NCIA untuk kawasan industri. Kawasan ini sebenarnya, jika betul-betul telah dilaksanakan, telah berjaya dilaksanakan akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih daripada 10,000 orang tetapi sehingga hari ini masih lagi di dalam perbincangan, permasalahan yang ada di tapak dan sila ucap taniah kepada Exco, Exco Industri kerana saya difahamkan pada tahun 2020, benda ni telah diangkatkan kembali untuk disemak semula untuk dimulakan kembali. Kerana kita kena lihat sebagai contoh, Kulim Hitech sekarang dah ada fasa lima. Kita di Perak fasa satu pun belum ada. Kulim Hitech dah masuk fasa lima. Kulim Hi-Tech. Jadi, macam mana kita nak atasi kekurangan peluang pekerjaan di dalam Negeri Perak kerana kita sendiri tak mewujudkan peluang pekerjaan di Negeri Perak. Tebing Tinggi, sila.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih YB Pengkalan Hulu. Saya nak bangkit soal pembangkang yang YB sebutkan tadi. Saya fikir apa yang saya nak bangkitkan selaras dengan sentimen yang ditunjukkan oleh ketua pembangkang di parlimen. Pada saya dia soal sama rata atau persamaan ini bukan-bukan, bukan sesuatu yang tidak ada exception, atau tidak ada pengecualian. Saya rasa apa yang ataupun hak ataupun perkara yang kita minta tuntut itulah sebagai satu perkara yang memudahcarakan kita berfungsi sebagai wakil rakyat dan sebab tu saya nak sebutkan, saya ada bangkitkan beberapa perkara mengenai Pejabat Ketua Pembangkang, bukan untuk saya tetapi untuk pembangkang secara keseluruhan. Sebab itu saya agak hairan apabila pihak SUK enggan membenarkan kereta saya digunakan untuk oleh rakan-rakan yang lain dan mereka juga enggan memberikan kereta tambahan sebab kadang-kadang mereka terpaksa menggunakan kenderaan sendiri. Jadi, satu perkara.

Yang keduanya seperti yang YB sebutkan tadi soal peruntukan, itu sebenarnya peruntukan yang legitimate, yang sah ye. Ertinya hanya kerana mereka memilih parti lain daripada parti kerajaan tidak sepatutnya mereka didenda dan sebab itu saya sebutkan peruntukan panel kod ataupun kanun keseksaan tentang apa nama tadi Keranji sebab kita tak mahu halangan dan sekatan itu berterusan untuk menyekat kita sebagai wakil rakyat. Tetapi saya nak sebutkan, saya tidak menuntut sama rata sebenarnya sebab sebagai pernah duduk dalam kerajaan saya tahu bahawa kemudahan ataupun perch tu ada sebab dia sebagai anggota kerajaan bukan saja-saja sahaja. Jadi saya harap itu dapat difahami dan saya membuat keputusan untuk tidak hadir dalam majlis malam Jumaat di kediaman YAB Menteri Besar oleh kerana saya tak jelas apa yang apa yang berlaku dan apa peranan kedudukan saya ya. Makna sebagai wakil rakyat saya lebih wajar berada di surau dan masjid kawasan saya dan bukan di kawasan ataupun di kediaman Menteri Besar yang saya tidak tahu apa tujuannya dia, terima kasih.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu, masa 5 minit lagi.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Tak kan kut. Baru 12 minit. Ada lagi 8 tu. Bagilah sikit, sikit, sikit. Pasal ni banyak masalah rakyat ni. Terima kasih Tebing Tinggi. Memetik titah Tuanku bagi mencari akses pasaran baru dan menarik minat generasi muda menyertai sektor-sektor pertanian, perikanan dan penternakan, Pengkalan Hulu ingin mencadangkan agar kebun-kebun di luar bandar yang kita sedia maklum masalah laluan untuk ke kebun-kebun menjadi salah satu masalah kepada mereka bagi membawa keluar hasil mereka untuk dipasarkan. Kita sedia maklum jalan-jalan ladang ini telah diberi peruntukan kepada Jabatan Parit dan Saliran untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan jalan baru dan penyelenggaraan. Untuk makluman Dewan, jalan-jalan yang dibina oleh JPS sebagai jalan pertanian yang kita sedia maklum seperti tempat saya sendiri di Pengkalan Hulu, jalan jalan ini semua jalan-jalan yang berbukit. JPS akan membina jalan yang menggunakan batu resoran, dengan izin dimampatkan dan bubuhkan sebagai pasir corridas di atas. Jalan-jalan ini biasanya akan dibuat dalam bulan 6, bulan 7, bulan 8 bila sampai bulan 12 musim hujan batu-batu ini semua akan ditolak oleh air hujan akan berhimpun di bawah bukit. Jadi bila kita lihat setiap tahun pekebun-pekebun ini akan datang ke Pejabat ADUN, YB tolong jalan kami dah rosak balik. Tolong YB nak bawa getah sekerap tak boleh, nak bawa pisang jalan licin. Jadi bayangkan bagaimana wang rakyat diguna dilaksanakan tetapi ada pembaziran yang berlaku di sini,

Jadi saya nak cadangkanlah di dalam Dewan ini sebab apabila kita melihat ada kita meneliti negeri-negeri lain telah mengkaji dan telah menggunakan telah menggunakan teknik baru yang telah diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya. Saya ada surat kelulusan dia 3 November 2021, keputusan mesyuarat telah meluluskan polimer soil stabiliser. Jadi makna dia jalan polimer. Jalan polimer ini merupakan jalan yang dibuat daripada spray layer getah, yang jalan ini telah dibuat kajian R&D dan jalan ini diberi jaminan 3 tahun. Jadi saya mengharapkan hari ini supaya pihak JKR dan JPS boleh duduk semeja bincang untuk menjaga peruntukan kerajaan dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan supaya tidak menjadi pembaziran di atas jalan-jalan JPS terhadap ladang-ladang di dalam negeri Perak.

Timbalan Yang Dipertua, sikit je lagi. Dalam sidang DUN yang lepas, saya ada mencadangkan kepada JPS supaya mempertimbangkan sungai yang ada dalam negeri Perak lebih daripada 200 kilo. Apa salah pertimbangkan 50 kilometer, ataupun 100 kilometer kepada MB Inc. untuk kita lihat bagi peluang kepada MB Inc. untuk menjaga sungai-sungai ini yang menyebabkan banjir di kampung-kampung. Di dalam titah Tuanku pun ada menyebut masalah banjir di kawasan-kawasan luar bandar, masalah banjir, masalah rakyat terkesan dengan banjir ni. Jadi sehingga hari ini, saya difahamkan JPS masih belum duduk bersama dengan MB Inc. atau pun Perdana Menteri Besar untuk memberi peluang kepada MBInc. untuk kerja-kerja menyelenggara sungai ni. Secara tak langsung MBInc. boleh ambil pasir ini keluar, MBInc. boleh pindahkan pasir ini, cara tak langsung sungai akan menjadi dalam, lebar maintenance tanpa JPS mengeluarkan belanja dan masyarakat di kampung tak kena banjir dah. Saya dah cakap dalam waktu Dewan yang lalu tetapi tindakan sampai hari ini tidak diambil dan tidak dibincang masalah ini.

Jadi ini adalah satu cara yang bila kita lihat bagaimana kita nak jimat wang peruntukan kerajaan tetapi rakyat mendapat manfaat. Jadi, Pengkalan Hulu juga ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyaklah kepada Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak kerana dalam sidang DUN yang lalu pun saya dah ucap terima kasih kerana telah meluluskan kepada 116 orang pengusaha-pengusaha tanah di Jalan Felda Lepang Nenering dan bakinya lebih kurang 200 ekar kita cadangkan untuk buat RTB dan RPT untuk generasi muda. Cuma sehingga hari ini, pengusaha-pengusaha tu tanya kepada saya, YB, ni yang ada di Pengkalan Hulu yang dengaq live ni dengaq jangan kata YB mai masuk dalam Dewan duduk saja. Mereka datang jumpa saya tanya dah lama dah. Bunyinya lulus tapi sampai hari ini tak dak surat, duk tunggu duk tunggu bila PTG nak keluar surat untuk kelulusan. Jadi saya nak mintalah tolong pada PTG kalau boleh tolonglah keluarkan surat kelulusan kepada mereka ini kerana apa bila keluar kelulusan kerajaan akan dapat wang premium dan kerajaan akan dapat hasil tanah jadi rakyat dapat tanah. Kenapa rakyat dapat tanah dan hak milik? Rakyat perlukan hak milik apabila dia ada hak milik dia layak untuk dapat bantuan, bantuan daripada Pejabat Pertanian daripada segi baja dan racun. Jadi bila dia tak ada hak milik dia tidak akan dapat bantuan daripada kerajaan. Jadi nak minta tolonglah kepada PTG supaya melihat perkara ini.

Yang kedua bila sebut PTG saya teringat nak ucap terima kasih kepada Pegawai Daerah Hulu Perak. Dalam mesyuarat baru ni, Mesyuarat Tanah Daerah hebat, percakapan Pegawai Daerah baru Hulu Perak dia minta pegawai yang hadir tu saya nak pastikan fail-fail permohonan tahun 2018 diproses dahulu untuk diselesaikan. Jadi bayangkan, 2018. La dah 2022. Jadi pegawai daerah yang baru datang ke Hulu Perak dia dah tahu memang ada fail-fail yang daripada 2017, 18, 19, 20, 21 yang masih belum diproses. Jadi saya ucap tahniah kepada Pegawai Daerah Hulu

Perak kerana berani untuk menegur apa ni Ketua Penolong Pegawai Daerah Tanah untuk mengenalpasti tanah-tanah yang telah dipohon yang masih belum diluluskan.

Yang kedua, apabila tanah-tanah ini dibawa ke dalam Mesyuarat Tindakan Tanah Daerah telah diluluskan dan telah diperaku, agak malangnya akan mengambil masa lebih daripada setahun untuk dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak atas alasan menunggu laporan daripada jabatan-jabatan. Hari ini saya sebagai Wakil Rakyat untuk kita semua yang ada di dewan ni saya nak cadangkan Jawatankuasa tanah daerah ini adakan One Stop Centre macam PBT One Stop Center untuk jabatan-jabatan Kerajaan untuk memberi komen-komen untuk permohonan tanah ini dapat disegerakan untuk dibawa ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak kerana alasan-alasan yang diberikan, kami masih menunggu laporan daripada jabatan-jabatan. Jadi masyarakat orang kampung duk ingat wakil rakyat ni tak buat kerjakah, empat tahun mohon tanah ni dia resit YB fail tak naik-naik lagi ni. Pergi tanya SO jawab laporan jabatan belum dapat, laporan jabatan tak ada. Bukan saya cakap untuk Pengkalan Hulu ni, ni saya cakap untuk satu Perak, tak percaya boleh tanya ADUN-ADUN lain, berlaku dak. Saya tanya ADUN ADUN lain. Slim berlaku dak? Berlaku ok. Jadi mana dia. Ada ADUN Adun dalam dewan ni setuju? Mesyuarat jawatankuasa tanah daerah buat mesyuarat, lulus peraku simpan di daerah masing-masing.

Saya mohon mencelah juga.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Celahlah.

Terima kasih Pengkalan Hulu. Saya juga mengalami isu yang sama di Daerah Larut Matang dan Selama. Cumanya saya mohonlah jasa baik ya untuk kita tidak mahu rakyat memberi persepsi dah nak pilihan raya baru YB sibuk nak bagi 5A baru pejabat daerah nak sibuk peduli biarkan proses ini berlaku dari awal pentadbiran dan sekiranya ada masalah di pejabat tanah ataupun di PTG sekalipun isu ini perlu dibincangkan bagaimana cara untuk mengelakkan pengurusan birokrasi yang sampai kadang-kadang tak masuk akal ya sampai dah berpuluh tahun mohon tak dapat jadi alasan yang sama menunggu laporan dari PTG dan sebagainya kita perlu cari jalan penyelesaian bagaimana kita nak mengurus masalah yang tersekat ini supaya rakyat memberi persepsi bahawasanya kita telah mencuba bukan hanya pada masa untuk kita melaksanakan pilihan raya barulah geran dikeluarkan dan sebagainya. Terima kasih Pengkalan Hulu.

TIMBALAN YANG DIPERTUA. Pengkalan Hulu, masa Pengkalan Hulu dah habis dan sudah 10 minit ni.

YB DATO’ HJ AZNEL BIN HAJI IBRAHIM. Lebih dah 10 minit.

TIMBALAN YANG DIPERTUA. Ya.

YB DATO’ HJ AZNEL BIN HAJI IBRAHIM. Sikit lagi saya nak landing dah. Landing…landing. Saya nak landing…landing sempadan dah. Terima kasih

Timbalan Yang Dipertua. Saya sangat setuju Trong punya ni dan saya yakin ADUN-ADUN semua mengalami…

YB ENCIK TEOH YEE CHEN. Celah sikit boleh? Terima kasih. Yang Berhormat, tadi saya amat setuju dengan cadangan Yang Berhormat berkenaan dengan One Stop Centre. Adakah Yang Berhormat soalan saya adakah adalah adakah Yang Berhormat bersetuju supaya One Stop Centre ini juga melibatkan ADUN-ADUN, wakil-wakil rakyat daripada semua kawasan tak kisah pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang sini sebab dalam tangan saya pun ada beberapa pelabur yang ingin mengusahakan satu tempat, satu tanah? Mereka benar-benar dengan izin genuine case. They are here to invest tapi mereka tunggu hantar apa-apa dokumen yang diperlukan tapi sampai sekarang tak dapat apa-apa jawapan pun. Bila saya jumpa dengan Dato' Pengarah pun, dia kata tunggu lagi ulasan daripada agensi-agensi berkenaan tapi sampai bila. Takkan kita nak tunggu-tunggu tapi dalam setiap kali dasar ke ataupun daripada kerajaan mengatakan kita kena memajukan Negeri Perak, kita kena kutip hasil, meningkatkan hasil kerajaan tapi apa yang dilakukan sangat lambat. Ini telah merugikan Kerajaan Negeri Perak. Adakah Yang Berhormat setuju supaya melibatkan kita semua wakil rakyat dalam supaya kita boleh membantu pelabur-pelabur dan juga rakyat untuk selesaikan masalah? Terima kasih.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Terima kasih, terima kasih. Soalan dan cadangan yang baik. Sebenarnya kita di Perak ini kita ada Perak Invest. Perak Invest ini sepatutnya yang kita diberikan memperkasakan Perak Invest ini untuk memberikan One Stop Centre. Jadi bila pelabur datang ke Perak, dia tahu dah, pergi ke Perak Invest, dia dah boleh berbincang dah apa yang patut dia nak invest di Perak. Macam mana cara dia nak buat. Macam mana birokrasi ni yang peningkan kepala pelabur-pelabur yang tak mahu datang ke Perak ni, inilah tempatnya. Sebenarnya Perak Invest ini kita kena perkasakan. Saya nak cadangkan di dalam Dewan ini supaya Perak Invest ini diperkasakan untuk memastikan pelabur-pelabur dapat datang ke Perak, masalah yang disebutkan Tebing Tinggi tadi dapat diselesaikan. Cantik. Itu satu yang kita nampak cukup elok.

Akhir sekali, apabila kita melihat 1hb April, sempadan-sempadan nak dibuka, Pengkalan Hulu merupakan pintu sempadan masuk daripada Thailand. Bila orang masuk Pengkalan Hulu, imej bukan melibatkan Pengkalan Hulu. Imej bukan melibatkan Perak, imej melibatkan negara kerana ini pintu masuk di antara Thailand dan Malaysia tetapi sehingga hari ini bandar sempadan yang telah kita cadangkan, yang telah kita luluskan peruntukan ketika itu, saya faham ketika itu pandemik covid, peruntukan telah ditarikbalik tetapi di dalam Dewan ini saya nak mohon supaya bandar sempadan, kalau tidak dapat dilaksanakan cuma pencerahan di sempadan tu, bila datang daripada Thailand masuk-masuk ke pintu Malaysia gelap-gelita. Orang utara kata gelap-gelita sampai cop passport, lepas cop passport nak ke Pengkalan Hulu, gelap lagi. Pelancong masuk dia kata betul ke ni dia masuk Malaysia. Gelap macam ni ni nampak? Kita orang tempatan pun jadi takut inikan pula pelancong. La ni pula airport di Thailand buka. Pelancong daripada luar negara datang ke Betung, dia nak mai tengok Malaysia. Mai mai tengok Malaysia, nin dia ka Malaysia? Tudia...tak percaya boleh datang Pengkalan Hulu. Betul tak? Percaya kita nak bagilah pencerahan kerana kita nak bagi good impression. Dia masuk masuk Malaysia...oh macam ni Malaysia. Macam ni Perak. Hebat rupanya Perak.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Kita tak nak gelap gelita, kita nak gempak gempita.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Gempak gempita. Jadi mana ada, saya nak minta lah kalau ada peruntukan untuk pencerahan, Kerajaan Negeri tolonglah tengok untuk kita nak selesaikan masalah di bandar sempadan dan untuk makluman, pelancong-pelancong yang datang selepas ini ke bandar sempadan Pengkalan Hulu akan rasa kecewa kerana gerai-gerai yang ada sebelum ini telah dirobohkan dan pelancong-pelancong akan datang hanya boleh tengok sebuah bangunan terbengkalai yang agak besar lebih kurang ingat 20 ribu sqf terbengkalai, naik hutan semak-samun. Itu yang ada. Jadi kita nak melihat lah Kerajaan Negeri melihat tentang projek yang terbengkalai ini pun sama kerana ini adalah pintu masuk ke negara. Projek yang terbengkalai ini boleh dilihat, boleh ditengok, macamana cara kita nak majukan dan akhir sekali saya ingin apa ni nyatakan kepada kita semua yang ada di sini, Wakil rakyat yang semua ada di sini mungkin perbahasan kita ini adalah perbahasan yang terakhir. Mungkin. Sebab lepas bulan puasa, Raya Aidilfitri, lepas raya mungkin kita ada satu raya lagi. Kalu kita raya kita dah tak dok dalam ni dah...ini mungkin perbahasan kita yang terakhir. Jadi siapa yang dapat bahas sini rasa seronok lah. sapa yang tak dapat bahas ini mungkin dia jadi ada perbahasan kita yang terakhir di dalam Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa dah...

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Akhir sekali. Landing dah.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Sebelum landing dan sebelum satu lagi raya tu... sebelum raya, raya. Selepas raya mungkin kita nak mohon pandangan Pengkalan Hulu adakah ia wajar untuk kita adakan satu sidang untuk luluskan satu bajet tambahan atau suplementary budget sebab sekarang... la ni memang keadaan agak gelap gelita lah ekonominya. Jadi perlu ada apa nama intervensi dari pihak kerajaan khususnya Kerajaan Negeri. Adakah Pengkalan Hulu setuju untuk adakan sebelum raya kedua tu satu sesi bajet tambahan?

Timbalan Yang di-Pertua

Ok yang terakhir Pengkalan Hulu.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Ok, saya jawab juga sebab semua ni rakan-rakan kita sebab rakan-rakan yang untuk membantu rakyat di luar sana, rakyat yang memerlukan bantuan. Bila kita melihat Pinji mencadangkan begitu, saya yakin semua yang ada di dalam ini termasuk Yang Amat Berhormat Besar akan membuat satu keputusan yang terbaik kerana ketika pembentangan bajet telah disebut, bajet tahun 2022 akan dilihat kembali untuk penambahbaikan jika pendapatan kita bertambah untuk suku tahun yang pertama. Nampak? Jadi ketika bentang bajet dah disebut. Jadi tak mustahil seperti Pinji cadang itu akan berlaku. Tak mustahil. Jadi akhir sekali, saya sebagai manusia biasa ingin memohon maaf kepada semua yang ada di dalam Dewan, kepada semua ketua-ketua jabatan, kepada semua masyarakat yang ada di dalam DUN Pengkalan Hulu kerana saya manusia biasa takkan terlepas daripada membuat kesalahan dan takkan lepas daripada membuat kesilapan tetapi teguran saya tadi, cadangan saya tadi adalah berpandukan doa kita yang diaminkan ramai-ramai agar kita semua yang ada di dalam ini, video kita akan ditayang di akhirat dan saya rasa hari ini saya puas hati kerana saya telah menyampaikan...sokong. Terima kasih. Salam warga Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Pengkalan Hulu. Dijemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Assalamualaikum wbt. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan. Seperti yang kita tahu bahawa antara tugas pihak kerajaan ialah untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan ini di gambarkan melalui projek-projek dan juga bajet yang diluluskan oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat tersebut dan antara yang telah pun dilakukan oleh pihak kerajaan seperti mana yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam pembentangan perbelanjaan belanjawan di dalam sesi yang lalu ialah meluluskan peruntukan sebanyak...saya baca di sini setiap ADUN termasuk Yang Berhormat Speaker diperuntukkan RM300 ribu merangkumi RM100 dalam bentuk OG dan RM200 ribu dalam bentuk-bentuk projek kecil untuk masyarakat melalui program pemantapan infrastruktur bagi memaju kesejahteraan ataupun PEMACU. Bagi pihak Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini seperti yang telah pun saya ucapkan dalam ucapan saya dalam sesi yang lalu kita mengucapkan terima kasih di atas inisiatif yang telah pun dibuat oleh pihak kerajaan terutama oleh pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri dalam memberikan akan meluluskan peruntukan ini kepada kesemua Ahli-ahli Dewan tidak kira pembangkang ataupun pihak kerajaan. Walau bagaimanapun yang menjadi masalah kepada perkara ini ialah pelaksanaannya.

Di dalam ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menyatakan bahawa Program Pemantapan Infrastruktur Bagi Memacu Kesejahteraan. Keyword itu ialah “kesejahteraan” dan di dalam pekeliling yang telahpun dibuat oleh pihak Pejabat Kewangan Negeri bertarikh 21 Disember 2021 yang dihantar kepada ke semua Ahli-ahli Yang Berhormat menyatakan di dalam perenggan 3.2 menyatakan bahawa projek infrastruktur awam yang bersifat bina baru, menaiktaraf, menyelenggara membaikpulih tetapi rata-rata yang saya dengar dan saya kumpul maklumat daripada rakan-rakan mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan kelulusan bagi projek-projek yang dipohon ataupun dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat bagi mendapat kelulusan bagi projek-projek yang telahpun dikenalpasti untuk digunakan sepertimana mana yang dipohon ataupun bagi melaksanakan projek-projek seperti yang dipohon oleh rakyat di dalam DUN masing-masing. Saya nak bagi contoh, bagi pihak DUN Manjoi sendiri kita telahpun mengemukakan satu permohonan pada bulan Febuari tahun 2021 kepada Pegawai Daerah Kinta untuk 5 projek iaitu pemasangan hawa dingin, di Tadika Bimbingan Kanak-Kanak (KEMAS) bernilai RM9,200, membaik pulih penghawa dingin di KRT Jelapang Jaya RM3,600, pemasangan CCTV RM5,500, mengecat bangunan tadika Perpaduan Halaman Meru Permai RM2,500, pemasangan PA System di Sekolah Maahad Al-Ummah

RM1,900 dan apabila projek ini dikemukakan jawapan yang kita terima melalui panggilan telefon oleh pegawai di pejabat daerah mengatakan bahawa tidak diluluskan kerana dikatakan bahawa projeknya tidak high impact.

Jadi ini yang menjadi masalah kepada kami di ADUN-ADUN yang terlibat mengenai apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pihak Pejabat Kewangan ataupun Pejabat Daerah untuk meluluskan projek-projek seperti ini. Kalau nak dikatakan bahawa diperlukan kepada projek high impact, saya nak bertanya dan saya rasa kita semua bersetuju. Kalau setakat sekarang ini dengan nilai ringgit yang jatuh, kalau setakat projek bernilai RM2 juta ia tidak menampakkan sebagai high impact kepada pembangunan di satu-satu kawasan. Apatah lagi kalau projek itu hanya bernilai peruntukan yang melibatkan sebanyak RM200 ribu. Jadi apa yang perlu ialah kita di sini ialah kehadiran wakil-wakil rakyat ADUN di kawasan masing-masing dan peruntukan yang diberi oleh kerajaan ini ialah untuk membantu rakyat. Isu-isu yang ada di peringkat DUN masing-masing selain daripada mereka mendapatkan peruntukan daripada Ahli-Ahli Exco melalui portfolio masing-masing, sebab ada di antara perkara yang mereka pohon itu tidak mempunyai specific allocation ataupun peruntukan yang khusus.

Kalau minta pada EXCO, misalnya tiada peruntukan kepada EXCO yang berkenaan. Jadi melalui peruntukan inilah, sewajarnya dia akan boleh memenuhi kehendak rakyat bagi membantu pembangunan di DUN masing-masing tetapi dengan syarat yang diberikan ini kita pun tidak tahu, saya nak tanya disini dan pohon dan mendapat penjelasan kalau sekiranya nak pasang aircond tidak dikatakan sebagai menaiktaraf, jadi kita nak kata apa. Sebuah bangunan itu daripada tidak ada aircond pakai kipas ataupun tidak ada kipas, lepas itu kita pasang aircond adakah itu tidak ditafsirkan sebagai bernaiktaraf bangunan yang berkenaan. Bukankah kalau sekiranya sebuah rumah itu nak dijual sebelum itu tak ada kipas, pasang kipas atau pun tak ada kipas ataupun bilik itu hanya ada kipas dia tapi sebenarnya ditambah dengan rumah itu fully aircond. Ada 4 bilik, 4 bilik pasang aircond ada ruang tamu, ruang tamu juga diberi dipasang aircond, bukankah itu akan menambahkan nilai rumah tersebut untuk dijual dan akan mendapat harga jualan yang lebih tinggi daripada rumah yang tidak ada aircond. Jadi Inilah kadang yang kita pening kepala ada peruntukan tetapi tidak boleh digunakan.

Saya sembang dengan dua tiga orang rakan-rakan saya, menghadapi masalah yang sama. Kita tak tahu apa yang dimaksudkan dengan high impact ini sedangkan pekeliling yang ada bersifat mengatakan bahawa setiap projek itu hendaklah bersifat bina baharu, menaik taraf, menyelenggara dan membaikpulih. Maknanya mana-mana kategori yang ada di sini boleh, wang tersebut boleh digunakan, tetapi apa yang berlaku ialah sebaliknya dan saya tidak tahu mengapa sistem ini di ubah. Kalau dahulu mudah sahaja, dengan peruntukan yang ada, permohonan dibuat kepada ADUN selepas itu ADUN mengaku acknowledge ataupun mengesahkan permohonan tersebut dikemukakan kepada pihak Pejabat Kewangan Negeri dan diluluskan. Tapi sekarang ini terlalu banyak masalah yang terpaksa dihadapi jadi kepada saya kalau kita nak peraturan yang baru, biarlah peraturan itu yang lebih menyenangkan bukan menyusahkan. Kita tadi bercakap dah, Pangkor sudah bercakap, Pengkalan Hulu sudah cakap supaya dipermudahkan apa-apa sahaja yang bersifat membawa kepada kepentingan rakyat bukan menyusahkan tetapi apa yang berlaku di sini ialah bersifat menyusahkan. Jadi saya minta supaya perkara ini di kaji balik lah. Saya bimbang nanti sehingga habis tempoh Dewan ini, peruntukan tersebut masih lagi belum digunakan.

Sekarang dah masuk bulan April, saya lihat ada beberapa yang setakat yang saya tinjau tadi ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang masih lagi belum menggunakan tak tahu nak gunakan macam mana dia kata, sebab tak tahulah Timbalan Speaker macam mana, dah pakai ke sudah. Tak ada jawapan. Jadi saya minta supaya dilihat balik ya terutama sekali kalau kita melihat kepada ucapan Kebawah Duli Tuhanku di mana bagus untuk mengatakan bahawa pemanasan global dan seluruh dunia yang semakin meningkat menjadi ancaman besar kepada kehidupan alam. Tanda-tanda menunjukkan telah ada tempat yang terlalu panas untuk didiami dan akan ada tempat yang bakal menghadapi ketandusan bekalan air sebagai contoh negara kita sendiri semakin banyak masjid rumah ibadat dan bangunan perlu dihawa dinginkan. Ini ucapan Tuanku. Tetapi bila tiba masuk permohonan kepada pejabat daerah ini tidak berimpak tinggi. Impak tinggi atau tidak yang mustahak ialah keselesaan kepada rakyat. Apa yang mereka kehendaki itu yang sepatut kita layan. Bukan bermakna terpaksa cari bajet, terpaksa apa ini buat projek yang sampai ke RM20 ribu misalnya, kalau keperluannya RM3,000, RM3,000 la yang kita kemukakan. Tak kan kita naik implate sampai ke RM20 ribu hanya semata-mata untuk bolehkan projek diluluskan. Sedangkan keperluan hanya lebih kecil daripada itu. Jadi saya minta supaya perkara ini dikaji balik supaya matlamat kita untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan juga sesuai dengan hasrat Kerajaan meluluskan bajet bagi maksud pemacu ini dapat dilaksanakan ataupun mencapai tujuan yang dirancang oleh pihak kerajaan.

Timbalan Yang Dipertua, kalau kita melihat kepada keperluan ataupun antara cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri ialah untuk meningkatkan lagi sumber-sumber pendapatan negeri dan ini pun dilakukan antaranya dengan membawa pelabur-pelabur masuk ke dalam negeri supaya dengan itu dia akan dapat melahirkan ataupun create satu bentuk pekerjaan yang baru, peluang-peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat di negeri ini dan juga akan memberikan pendapatan kepada negeri dalam bentuk cukai tanah dan sebagainya dan ini memerlukan kepada insentif dan juga tarikan yang ada di dalam negeri kita dan untuk itu, seperti mana kita dapat lihat pembinaan Lebuhraya Utara Selatan yang telah pun dilakukan oleh…

Pohon celah. Yang Berhormat Timbalan Speaker, ini saya ingin tahu pendapat Yang Berhormat berkaitan dengan pelabur-pelabur. Kita mengalu-alukan kedatangan pelabur sebab secara direct kita dapat wujudkan lebih dia pekerja untuk anak tempatan kita. Tapi masalah yang ada buat masa ini belum lagi ditangani sebab syarikat-syarikat yang sedang menunggu untuk pekerja asing itu belum selesai lagi khasnya sektor perhotelan meminta pekerja. Belum lagi diuruskan lagi dan bagaimana kalau kita membawa pelabur, Kerajaan nak tangani isu ini. Terima kasih.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Soal sekarang ialah adakah kita mampu berjaya menarik pelabur asing atau pun pelabur-pelabur untuk datang ke negeri Perak? Apabila mereka datang barulah isu peluang pekerjaan itu sama ada pekerjaan itu akan dipenuhi oleh pekerja tempatan atau pun pekerja asing itu isu yang kedua. Kalau sekiranya kita tidak berjaya menarik tentang peluang pelaburan maka dengan sendirinya peluang untuk menerbitkan atau pun mencipta peluang-peluang pekerjaan yang baru itu tidak timbul. Jadi mesti ada tarikan yang membolehkan pelawat-pelawat itu datang ke negeri Perak. Kalau kita melihat seperti mana yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Titi Serong dalam sesi yang lalu. Beliau mengatakan bahawa pelabur-pelabur yang limpahan pelabur yang datang daripada Selangor dah tak boleh lagi nak berlabuh di Selangor kerana masalah kesempitan tapak dan sebagainya, mereka akan pergi ke Pulau Pinang. Mereka pergi naik kapal terbang dan melihat ke bawah nampak negeri Perak. Nak singgah tak banyak tarikan yang ada. Jadi bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini. Di antaranya ialah mestilah ada kemudahan di sini seperti infrastruktur yang membolehkan ia akan menarik pihak pelabur untuk datang ke negeri Perak.

Jadi untuk itu kalau kita melihat bahawa pembinaan highway Lebuhraya Utara Selatan yang telah pun dibuat pada tahun 1980an dahulu sekarang ni kita lihat dah tak mampu lagi dah untuk menampung jumlah trafik atau pun lalu lintas yang terlalu banyak. Kalau dahulu kita nak berjalan ke KL, naik kereta ke KL daripada Ipoh diawal pembukaan highway dia akan memakan masa tak sampai 2 jam. Lebih-lebih masa pun 2 jam. Sekarang ini silap-silap empat jam belum sampai belum tentu sampai ke KL. Begitu juga kalau kita nak balik daripada KL ke Ipoh ya. Saya baru-baru ni pergi ke KL dan saya nampak sepanjang jalan penuh dengan lori, penuh dengan kereta, lalu lintas selalu sesak dan dalam keadaan biasa pun kadang-kadang pengalaman saya sendiri daripada Tapah ke Ipoh yang satu masa dahulu hanya memakan masa lebih kurang setengah jam, sekarang mengambil masa hampir-hampir 1 jam baru sampai ke Ipoh. Ini bermakna bahawa kita memerlukan kepada penglebaran atau pun expansion kepada hal yang ada dan sepertimana yang telah pun dirancang oleh pihak Kerajaan Persekutuan satu masa dahulu iaitu untuk menjadikan highway daripada KL sehingga ke Ipoh 3 lorong, daripada KL sehingga ke Ipoh tetapi apa yang berlaku ialah pembinaan lebaran ini hanya berlaku daripada Kuala Lumpur sampai ke Slim River.

Daripada Slim River ke Ipoh jalannya balik kepada 2 lorong dan inilah antara punca kesesakan yang menyebabkan waktu untuk perjalanan kita kalau dahulu 2 jam sekarang lebih daripada itu terutama pada hujung minggu dan saya rasa semua orang mengalami masalah ini. Jadi itu saya mencadangkan kepada kerajaan supaya susun balik rancangan untuk melebarkan jalan highway kita daripada 2 lorong yang terhenti di Slim River itu pada 3 lorong supaya dengan itu apabila perjalanan menjadi lancar. Maka ini antara-antara faktor yang boleh menarik pelabur-pelabur datang untuk melabur ke negeri Perak. Kalau tidak ya dengan masalah tenaga buruh yang tidak menarik ya dan berbagai-bagai masalah tadi kelewatan di beberapa peringkat, ditambah pula dengan kemudahan infrastruktur yang tidak menarik, maka bagaimana kita nak menarik para pelabur untuk melabur di negeri Perak ya. Sebab kalau kita melihat misalnya tadi Pengkalan Hulu telah menyebut tentang Kulim Hi-Tech. Bagaimana Kulim Hi-Tech yang jauh yang tak ada apa sebenarnya hutan tetapi dia sekarang ni dah sampai kepada fasa kelima kerana sebelum Kulim Hi-Tech itu dibuka dia telah ada dahulu dibina lebuh raya daripada Kulim ke Pulau Pinang dan kini mendekatkan jarak di antara Kulim ke Pulau Pinang. Ya dan sebab itu kita lihat Kulim yang dahulunya merupakan tempat sarang tak tahu benda sekarang ini begitu maju dengan berbagai-bagai industri yang mempunyai impak yang tinggi.

Dr. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Yang Berhormat Manjoi. Manjoi. Lubok Merbau. Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Ni tentang lebuhraya tadi. Dua tiga hari yang sudah jalan lebuh raya dekat Bukit Berapit tu, dia menghadapi masalah kerana ada accident. Saya mohon mencelah mencadangkan laluan kalau alternatif dia laluan di Bukit Berapit tu di kawasan Jalan Persekutuan dekat Padang Rengas. Jadi kalau boleh saya mohon jalan lebuhraya Bukit Berapit tu dapat diperluaskan kerana dia menghubungkan di antara Ipoh dengan Pulau Pinang. Jadi saya mohon mencadangkan kepada Manjoi lah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi. 5 minit lagi Manjoi, tambahan masa. 5 minit.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Memang ada di dalam cadangan saya iaitu kita bukan hanya expansion kepada 2 lorong kepada 3 lorong itu bukan seperti di Ipoh saja tetapi sepatutnya sampai ke Taiping. Tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah kadar accident yang banyak berlaku di antara Terowong Menora dengan sampai ke Bukit Berapit. Jadi untuk itu ya walaupun apa ni jalan di antara lorong Menora itu sampai ke Bukit Berapit boleh dilebarkan tetapi mungkin akan mengamalkan kos yang tinggi sebab dia tidak sahaja boleh selesai dengan melibatkan jalan kecuali kalau sekiranya lorong terowong itu sendiri dilebarkan dan kosnya terlalu tinggi. Jadi saya teringat ketika zaman YB Pangkor menjadi Menteri Besar dahulu, ada satu cadangan daripada satu pihak syarikat untuk membina lebuhraya alternatif daripada Jelapang ke Sungai Siput, Taiping dan Selama. Jadi kalau ini boleh dihidupkan balik, revive balik projek ini dengan menjemput pihak-pihak yang berminat untuk membina lebuhraya alternatif di antara Ipoh dengan Taiping dan seterusnya ke Selama, ini adalah satu langkah yang bijak kerana selain daripada masalah jalan yang sempit kita lihat bahawa keadaan geografi lebuh raya di antara apa ni Terowong Menora dan sampai ke Bukit Berapit tu accident prone atau pun banyak berlaku kemalangan mungkin kerana bentuk muka buminya berbukit, tinggi dan sebagainya.

Jadi kalau sekiranya apa ni lebuhraya di antara Jelapang dengan sampai ke Selama itu dapat dihidupkan kembali, maka selain daripada mengurangkan masalah kesesakan jalan di antara Ipoh ke Taiping dan juga mengelakkan berlakunya accident terutama yang melibatkan kenderaan berat ia juga akan development di sepanjang jalan yang baru dibuka itu. Kita lihat misalnya apa ni daerah Selama itu agak saya rasa Timbalan Speaker bersetuju agak terpinggir di dalam pembangunan terutama di bidang perindustrian. Jadi dengan adanya pembinaan highway daripada Jelapang sampai ke Selama dan menghubungkan terus sampai ke Kulim dia akan dengan sendirinya akan membawa pembangunan yang diperlukan bagi kawasan-kawasan sekitarnya seperti mana dapat kita lihat di sepanjang jalan lebuhraya-lebuhraya WCE yang walaupun baru dibuka sekarang ni kita nampak banyak dah permohonan-permohonan daripada pihak industrialist untuk memajukan kawasan sepanjang highway tersebut untuk perusahaan-perusahaan atau pun industri yang mereka jalankan. Jadi saya minta supaya dilihat perkara ini kalau tidak mungkin Perak akan terus ketinggalan di dalam usaha kita untuk menarik pelabur-pelabur asing ke Negeri Perak dan mereka akan berpindah ke tempat lain termasuk di Selatan Thailand sendiri kerana kita lihat di Selatan Thailand sekarang ni telah pun di mana lapangan terbang yang baru dan dibina satu kawasan perindustrian yang baru, yang besar yang boleh memberikan kesan kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur di Malaysia sendiri dan kita tidak ingin melihat kita ketinggalan di dalam aspek ini dalam keadan kita mampu untuk mengatasinya. Ada lagi…

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit lagi.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Satu lagi aspek ialah dan kita tahu bahawa bahawa post pandemik Covid-19 ini banyak di kalangan penjaja-penjaja kita yang terkesan dan walau pun akibat daripada pandemik ini dan walau pun banyak usaha yang telah pun dilakukan tetapi banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk memastikan bahawa usaha-usaha mereka untuk memajukan perniagaan mereka itu terus berkembang dan dibantu oleh pihak kerajaan selain daripada bantuan kewangan yang saya lihat sekarang ini ialah masalah tapak perniagaan. Saya nak pergi contoh misalnya di dalam DUN saya sendiri menjelang sukan SUKMA 18 dan pembinaan lapang sasar di Chepor sana tu ramai dan dia melibatkan pada proses pembesaran atau pelebaran jalan raya di antara Ipoh dengan Chemor dan akibatnya ramai di antara peniaga-peniaga yang sebelum ini menjaga membina gerai-gerai di tepi jalan yang terpaksa dipindahkan ke tempat lain dan mereka ini dijanjikan dan telah pun diluluskan sebenarnya satu tapak perniagaan untuk dijadikan sebagai tapak perniagaan yang baru kepada mereka ini dan peruntukan telah pun dinyatakan sebelum ini oleh pihak pejabat tanah sendiri iaitu untuk kerja-kerja labelling dan peeling kepada tapak tersebut lebih kuat dalam RM300 ribu tapi sehingga sekarang malangnya tapak tersebut masih lagi tinggal tapak yang begitu sahaja masih lagi diduduki oleh pihak setinggan belum lagi dimajukan dan ada di antara para penjaga yang terpaksa berpindah tempat lain yang menyebabkan sedikit sebanyak keadaan mereka itu terjejas kerana tempat yang mereka berpindah tu tidak strategik.

Jadi untuk itu saya meminta dan memohon kepada pihak kerajaan lihat balik kepada kelulusan yang telah pun diberikan ini kerana sekiranya kelewatan ini berterusan saya bimbang tapak yang telah pun diluluskan untuk memindahkan atau pun untuk relocate penjaja-penjaja ini kemudiannya akan diambil oleh pihak lain dan akhirnya pihak penjaja yang telah pun dijanjikan dengan tapak baru ini tinggal janji sahaja dan kehidupan mereka akan terjejas dan satu lagi Timbalan Yang Dipertua, saya juga minta supaya dilihat akan keadaan yang berlaku di kawasan Meru Raya yang kita tahu bahawa ia merupakan satu new township kepada bandar Ipoh ini tetapi malangnya di sana dipenuhi dengan penjaja-penaja yang berselerak di tepi jalan dan ini mengganggu yang pertama keindahan Meru Raya yang sepatutnya dijadikan sebagai lebih kurang macam Putrajaya Ipoh, Alamanda misalnya yang keadaannya tersusun, tidak dipenuhi oleh penjaja-penjaja yang berselerak tepi jalan yang tidak teratur. Jadi untuk itu saya ingin mencadangkan supaya diambil usaha untuk menempatkan semula penjaja-penjaja ini. Jangan kita halau mereka itu tetapi hendaklah diberikan alternatif oleh pihak-pihak kerajaan melalui agensi yang ada kerana Meru Raya ini terletak di dalam PBT nya ialah MBI sendiri, Majlis Bandaraya Ipoh dan pemaju asalnya ialah PKNP Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Jadi barangkali kita boleh menetapkan kepada kedua-dua pihak ini.

Bincanglah untuk menyediakan tapak yang sesuai bagi membina satu kawasan perniagaan yang sempurna untuk menempatkan semula penjaja-penjaja kecil ini dan selepas itu kita boleh tempatkan mereka ini tempat yang telah pun dibina ini dan dengan itu juga kelestarian dan juga keindahan Meru Raya sebagai satu bandar baru Ipoh dapat kita capai dan tidaklah ia berselerak lagi pemandangannya sementara kita boleh menanganinya kerana apabila jumlah mereka yang terlibat makin bertambah ramai nanti makin sukar untuk kita menanganinya. Jadi sementara jumlahnya tidak berapa ramai boleh kita tanganinya lebih baik kita susah sekarang. Kalau tidak ia akan menjadi isu yang sukar untuk diselesaikan dan pelbagai fitnah akan sampai kepada pihak kerajaan. Jadi akhir kata saya ucapkan terima kasih di atas peluang diberikan dan sepertimana yang dinyatakan oleh Pengkalan Hulu, tak tahulah betul ke tidak tapi mungkin persidangan kali ini yang terakhir. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kesemua agensi yang terlibat, Ahli-Ahli Yang Berhormat saya memohon maaf di atas sebarang kesilapan dan Manjoi menyokong usul yang telah pun dibuat. Terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Slim untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua. Menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah di atas perkenan mencemar duli merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Perak Keempat Belas dan sudi menitipkan kata-kata nasihat serta panduan buat seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas keizinan kepada kita semua dapat bersama dalam Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Undangan Negeri Perak Keempat Belas. Lebih-lebih lagi buat umat Islam amat bermakna apabila kita menghampiri bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan dan menjadi penghulu kepada sekalian bulan. Ramadhan kali ini kita akan beralih ke fasa endemik. Semoga barakahnya Ramadhan akan terus menguatkan kita untuk terus menghadapi dan menangani wabak ini dengan bersatu padu sebagai sebuah keluarga Malaysia yang kuat, cekal.

Timbalan Yang Dipertua, jutaan terima kasih dan penghargaan kita ucapkan kepada frontliner khususnya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkorban masa dan tenaga bagi menangani wabak Covid-19. Sekalung takziah juga kita rakamkan buat keluarga yang kehilangan insan tersayang antara pandemik ini. Justeru saya ingin mencadangkan supaya oleh kerana hospital-hospital dan banyak klinik-klinik juga yang perlu kita dinaikkan taraf kerana untuk memberikan ruang dan tempat yang selesa kepada selain daripada pihak KKM dan juga kepada pihak pesakit-pesakit, saya ingin mencadangkan supaya menaiktaraf Hospital Slim River kerana penggunaan yang cukup tinggi sekarang ini.

Apatah lagi terlepas daripada pandemik dahulunya Hospital Slim River digunakan sebagai untuk mangsa-mangsa covid juga dan saya difahamkan kerana bilik ICU yang kecil, CCU, tempat parking, katil-katil yang tak cukup dan juga kawasan menunggu yang terbatas yang akan agar perkara ini dapat di lihat oleh pihak Kerajaan. Begitu juga cadangan untuk diadakan klinik kesihatan di Besout 4 disebabkan kerana faktor jauhnya daripada rakan-rakan daripada Besout untuk Hospital Slim yang menyebabkan banyak masalah kesihatan dan sebagainya terjejas dan ini menyebabkan saya harap keperluan kepada kerajaan untuk menilai dan melihat kepada Klinik Kesihatan di Besout 4.

Tuan-tuan dan puan-puan sekian banyak hikmah yang diperolehi oleh kita semua daripada malapetaka besar ini, ia sebagai wake up call dengan izin kepada kita untuk bangkit dan sedar. Kita menginsafi baru kekuasaan Allah swt atas semua kejadian memberi kita peluang bagi melahirkan fikirkan dua kotak jauh daripada kebiasaan. Kita belajar persiapan dan perancangan semasa kita masa depan. Percambahan ilmu pengetahuan selari dengan keperluan bagi keluasan-keluasan sains dan teknologi mencakupi bidang perubatan, pengurusan bencana, pengurusan manusia emosi dan trauma serta pengurusan diluar jangka. Sesungguhnya saat paling genting dan getir dalam waktu kita paling hampir dengan pencipta oleh itu saat ditimpa musibah tegakkan pergantungan kita kepada Allah swt dan perbanyakkan menyebut Astragfirlullah wanikmal wakil. Cukuplah Allah bagi kita sebaik-baik pembela.

Teruslah meminta berharap pada Allah swt bak kata pujangga Profesor Dr Hamka, menerusi bukunya tasawuf moden ‘Ketika Pintu Di Bumi Sudah Tertutup Yakinlah Pintu Ke Langit Sentiasa Terbuka’. Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan dihormati, pertumbuhan KDNK pada 2022 diunjurkan pada 35.75 % yang didorong oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh. Dalam jangka terdekat dasar fizikal harus terus tangkas dan semakin disasarkan dengan tumpuan untuk terus menyokong pemulihan meminimumkan kesan ekonomi melindungi statement penduduk yang terdedah dan meningkatkan pelaburan yang produktif sejajar dengan keutamaan kerajaan-kerajaan dan pengurusan ekonomi negeri harus mampu dan selari dengan perubahan ekonomi negara dan dunia. Pengagihan ekonomi yang adil dan bijaksana amat penting khususnya penumpuan kepada rakyat dapat diberikan dengan lebih banyak dan data KDNK pada Disember 2021 menunjukkan peningkatan ekonomi terjejas sedikit akibat krisis banjir di lapan negeri namun dia tidak memberi kesan besar kepada suku pertama 2022 kerana sebenar sebab banjir boleh diimbangi oleh pembinaan semula pasca bencana serta penyambungan semula permintaan terpendam.

Dengan program subsidi makanan ruji, bahan-bahan api oleh kerajaan dapat mengurangkan tekanan inflasi yang meningkat dan memastikan pertumbuhan penggunaan tidak terganggu. Kenaikan harga barang dapat dibendung sewajarnya dan tiada pihak yang mengaplotasikan keadaan ini dengan menekankan lagi rakyat dan pengguna. Sewajarnya pihak kerajaan memperuntukkan sejumlah dana bagi menstabilkan kenaikan harga barang untuk pelestarian dan kebaikan rakyat dan juga penguatkuasan perlu terus dibuat.

Tuan Yang Dipertua, kita tahu bahawa kita semua adalah pemimpin daripada hadis Nabi hadis Muslim yang mengatakan bahawa kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun anroinyatim dan menurut ajaran agama buddhisme juga mengatakan dasar Raja Damar atau sepuluh sifat lohor pemimpin pentakbir pengurus dalam pemerintahan negara dan organisasi. Antaranya yang dinyatakan ialah dana iaitu kemurahan hati, sila bermoral, hari cangga berkorban, ajara tulus hati dan berintegriti, matava ramah-tamah dan sopan santun, tapa kesederhanaan, asadar tak bersifat jahat. Permusuhan dan membenci havimhimsa, hati sabar dan ini adalah merupakan antara perkara-perkara yang kita harap agar dapat diberikan perhatian oleh pemimpin-pemimpin dan juga pentakbir dalam diri kita ini. Seperti mana yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Maka kita bertanggungjawab bagi membasmi kemiskinan dan adalah penting untuk mengutamakan isu-isu jangka masa panjang yang menjadi lebih serius akibat pandemik. Ini termasuklah masalah pengangguran, sistem perlindungan sosial yang tidak comprehensive, kegagalan mengharungi perubahan iklim seperti banjir serta kurang daya saing industri kita. Pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk gaji minimum RM1500.00 amatlah tepat yang mendapat sambutan baik oleh warga namun diharapkan pihak industri dan majikan akan mematuhi dengan pengumuman yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Kerajaan Negeri harus juga untuk memastikan tiada pihak yang tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan samada rakyat mahupun perniagaan utamanya pihak yang terjejas teruk disebabkan Covid-19 yang berpanjangan dan kita lihat tadi bagaimana pembahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan masalah-masalah dari segi untuk menerima bantuan dan juga bagaimana untuk proses tersebut. Jadi kita harap agar perkara ini perlu dapat kita atasi kerana kerajaan perlu membantu rakyat terbanyak ni kami dengan izin bottom billion. Maka penumpuan yang lebih harus diberikan kepada kawasan luar bandar dan perancangan khas yang komprehensif amat perlu bagi miskin bandar. Dalam hak-hak golongan B40 kita tidak harus mengabaikan juga M40, P20 dan turut terpalit dan bertarung dengan kesukaran menangani beban ekonomi keluarga bagaimana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Pangkor pada pagi tadi.

Isu perumahan rumah untuk rakyat berpendapatan rendah perlukan lebih fokus dari pihak lebih berwajib dan saya mendapat, saya berpendapat membawa hasrat ini bagaimana dengan izin the curcent send of majority yang sekarang ni dipandang sepi dan diabaikan. Ini kerana beroperasi membantutkan usaha rakyat miliki rumah sebagai contoh mereka yang bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetap tiada SSM, tiada slip gaji, usia yang melebihi 60 tahun amat sukar untuk memiliki rumah. Perlu dipertimbangkan dan dilihat mekanisma bagaimana untuk membantu mereka. Kita perlukan sahanis mereka apabila mereka perlu menyewa untuk mendapat dan mereka juga itu untuk mendapatkan sebuah rumah yang mereka miliki sendiri dan harapnya ada mekanismakan ini yang tadi di diberikan kepada mereka ini dan melayakkan untuk menerima rumah. Begitu juga dengan belia-belia muda kita yang baru berkeluarga. Di manakah rumah transit yang pernah dijanjikan untuk dibangunkan? Contohnya di Tanjung Malim dahulunya dah ada tanah dan sebagainya tapi akhirnya sampai sekarang tidak nampak pembinaannya. Rumah rakyat di Trolak Pekan dan Behrang yang sekarang masih belum siap oleh LPHP dah banyak kali saya bertanya kenapa tidak siap dan sebagainya. Di mana silapnya itu juga rumah kakitangan kerajaan oleh SSI yang sekarang sudah siap dibina di Slim River tapi belum dapat didiami. Kenapa? Dan juga janji pihak SSI untuk membina dewan orang ramai di Kampung Kurnia sebagai ganti pembinaan rumah kakitangan ini juga belum dibuat. Jadi perkara-perkara ini menjadi keluh kesah dan pertanyaan oleh pihak oleh rakyat khususnya di dalam kawasan Slim. Kenapa perkara ini belum lagi dijalankan dan tidak dilaksanakan?

Tuan Yang Dipertua, pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membawa masuk pelaburan RM32 bilion kepada Proton di Behrang amat dihargai dan disanjungi. YB Behrang juga seronok dengar ni ibarat kata pepatah kecil tapak tangan bandar Proton City ditadahkan. Namun perancangan yang teliti dan seimbang di antara pembangunan perindustrian serta pembangunan perkhidmatan perumahan dan sosial haruslah sejajar. Adalah dan pembangunan perumahan untuk pekerja ini rungutan banyak daripada rakan-rakan sekerja Proton mana mereka tidak ada rumah dalam kawasan Proton City dan ada perumahan yang mampu tengok. Kena harga yang kos yang tinggi mereka banyaknya tinggal akhirnya di Hulu Selangor yang mana tinggal di Hulu Selangor tapi kerja di Proton. Hospital, pasaraya, sekolah, tadika dan pengusaha lain turut dibangunkan bersama. Kita harap dengan adanya pelaburan RM32 billion ini, pihak yang berkenaan dapat melihat kepada soal pembangunan-pembangunan saya nyatakan. Malahan pelaburan yang banyak dan peluang pekerjaan yang ada di Tanjung Malim tetapi familynya tinggal dan belanja dijiran sebelah dan dia akan membantutkan pertumbuhan ekonomi dan sosial yang sihat di dalam kawasan Muallim.

Matlamat bangunan mampan adalah paksi penting dalam semua perancangan dan dasar bagi menangani isu bangunan tidak lestari sehingga merosakkan alam sekitar. Namun eksploitasi melampau dari segi fizikal dan intelektual gerakan sains dan teknologi secara membuta-tuli apa tujuan spiritual dan teknologi serta pembaziran sumber terbukti menyumbang kepada keadaan krisis semasa. Isu penerapan pendidikan sahsiah dan rohani di awal persekolahan anak-anak perlu dititikberatkan wajarlah Kementerian Pelajaran melihat kembali kokurikulum sekolah bagi meningkatkan peranan anak anak-anak kita. Isu seperti banjir kilat di taman perumahan memerlukan kerjasama dan tindakan proaktif antara jabatan seperti JPS, PBT, pejabat daerah dan sebagainya. Terdapat pemantauan dan pembersihan di saluran air, kolam takungan, pam air perlulah dengan lebih kerap. Saya juga ingin menarik perhatian kepada bantuan bencana kepada mangsa yang mengalami kejadian banjir kilat, rebut, atap melayang dan lain-lain. Mohon pihak berwajib untuk melihat kembali bentuk bantuan, SOP bantuan, nilai bantuan yang saya rasakan bahawa nilai bantuan ini juga perlu diperhalusi. Kita dapat yang dimaklumkan 200 ke 300. Kelantan rumah yang musnah banyak. Banjir kilat kalau habis habis semua juga. Walaupun naiknya sekejap air. Jadi perkara ini perlu dilihat kembali oleh pihak kerajaan dan juga proses untuk memudahkan karenah biokrasi. Diharapkan servis dan perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan segera dan cekap. Dengan jaringan viral yang aktif dan cepat sekarang pastinya akan mengundang berita-berita yang tidak enak daripada public. Dengan izin The Currency of The World Today Is Ideas And Like. Jadi mereka akan gunakan FB dan sebagainya untuk viral. Jadi di sini kalau dah berlaku kita susah nak jawab dan akhirnya benda itu juga akan terpalit juga kepada wakil-wakil rakyat.

Tuan Yang Dipertua, kerajaan perlu mendengar. Kerajaan perlu menjadi pendengar yang empty, manakala belia perlu mengambil peluang keemasan untuk sama-sama mainkan peranan menjadi pemulih kesejahteraan ekonomi sekaligus menjadi pemacu kemajuan negara. Dengan melakukan expansion kepada anak muda, belia akan jadi peserta yang aktif dan warga yang efektif kepada mereka yang mempunyai suara majoriti dalam pembuatan keputusan. Potensi mereka perlu digilapkan dilibatkan mereka lebih banyak lagi di dalam membuat dasar dan keputusan. Mereka tahu keinginan dan keperluan rakan-rakan sekeliling dan kelompok mereka pastinya penglibatan mereka dalam satu dasar dan keputusan adalah untuk mereka bagi masa akan dating. Jadi golongan belia dan individu yang akan mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan. Oleh itu salah satu agenda utama ialah pembangunan dan pembinaan jati diri seorang belia supaya mereka bertanggungjawab dalam mencorakkan hala negara pada masa kini dan akan datang. Usaha bagi menarik minat belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan dan mengupayakan belia melalui pembuatan keputusan terhadap program atau aktiviti perlu dianjurkan supaya secara tidak langsung dapat melahirkan golongan belia yang berkualiti, berwibawa, mempunyai nilai kerohanian dan moral yang tinggi.

Seterusnya dapat meningkatkan peranan penyertaan belia dalam masyarakat dan pembangunan negara dan Kerajaan perlu merapati sebanyak mungkin perkumpulan kelompok-kelompok belia yang berdasarkan minat khusus dan juga yang lain-lain. Belia seharusnya digilap sebagai agen yang mampu untuk membimbing masyarakat ke arah kebaikan dan kesejahteraan. Oleh itu pihak Kerajaan harus membangunkan dan menyemai kualiti kepimpinan dalam kalangan belia melalui kursus dan latihan yang dijalankan mengenai nilai murni dan sikap positif. Kesedaran yang lebih terhadap kepentingan peranan belia dalam memupuk dan mendorong semangat kepimpinan seharusnya diberi keutamaan dalam program latihan kepimpinan dan belia pada masa kini akan datang adalah pewaris kepimpinan negara dan tunjang pembangunan sebuah negara. Ini adalah aset yang penting dalam proses pembinaan sebuah negara bangsa yang berkemajuan tinggi. Oleh itu diharapkan generasi belia di Malaysia dilihat sebagai generasi muda yang lebih matang dan bersedia untuk melahirkan belia yang berkemahiran tinggi sama ada dalam arena kepimpinan persatuan, NGO, masyarakat setempat serta mewarisi kepimpinan negeri dan negara. Saya mengakhiri perbahasan ini dari kata-kata daripada Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand yang termuda berumur 30 tahun. Di dalam bukunya Jacinda Ardern Leading Empathy dengan izin my message to girls and women empathy and compression and generosity are all important leadership trip. Empathy ramuan penting. Demikianlah perbahasan saya kali ini. Slim mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Slim. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada Sungkai untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Yang dihormati Timbalan Yang Dipertua, Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Selamat tengah hari dan salam sejahtera. Ingin saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas peluang yang diberi kepaa saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh titah ucapan oleh Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang kita sayangi.

Saya telah senaraikan beberapa perkara yang saya berpendapat penting dan saya ingin sentuh dalam ucapan saya nanti. Di antara perkara-perkara yang saya ingin sentuh adalah pertama kesihatan dan pandemik Covid-19. Pandemik ini yang bermula pada tahun 2020. Semasa saya jadi Exco Kesihatan. Nampaknya masih tidak dapat dikawal. Hampir 99% warga Malaysia telah pun menerima 2 dos suntikan dan hamper 63% warga Malaysia telah menerima dos penggalak. Namun demikian pandemik ini tidak dapat dikawal. Secara purata 50 warga Malaysia beban setiap hari pada pandemik ini. Ini adalah orang yang telah menerima dua dos vaksin. Negeri kita juga tidak ketinggalan dalam kes kematian ini. Nampaknya orang awam yang tidak dapat tahan lagi. Namun demikian warga Perak harus kerana boleh dikatakan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Komponen yang dikeluarkan oleh KKM makin kurang menunjukkan bahawa orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan.

Timbalan Yang Dipertua, jika melihat kepada contohnya negara India yang mempunyai penduduk seramai 1.3 billion. Kes Covid-19 pada Mei 2021 mencatat 500,000 kes sehari dan kematian sebanyak hampir 35,000 kematian dicatatkan sehari. Tetapi pada semalam jumlah kes yang direkodkan adalah lebih kurang 1,421 kes sahaja dan kematian sebanyak 149. Jadi soalannya bagaimana seperti India dapat menangani kes Covid-19. Di sini saya tidak ingin salahkan kakitangan KKM. Sepatutnya kita harus memuji seluruh keluarga KKM. Mereka memang kerja kuat untuk tangani keadaan ini tetapi kenapa kita masih tidak dapat tangani hal ini. Soalannya apakah halatuju KKM khasnya Jabatan Kesihatan Perak di masa akan datang untuk tangani pandemik ini. Negara Eropah telah mula memberi 2 dos penggalak kedua, ketiga dan keempat. Apakah kita mempunyai cadangan untuk menawarkan dos booster susulan khasnya untuk warga emas.

Yang kedua adalah ancaman pandemik terhadap ekonomi Perak. Tidak dapat dinafikan ekonomi negeri Perak telah tergugat akibat daripada serangan pandemik ini. Di seluruh Malaysia. hampir 800,000 pekerja telah kehilangan kerja. Kerajaan Persekutuan telah pun menyatakan bahawa mulai dari pada 1 April 2022 semua sempadan akan dibuka. Namun demikian Menteri Kesihatan merasa pembukaan sempadan pada 1 April 2022 tidak selamat. Beliau menyatakan bahawa KKM masih mengkaji implikasi dan kesan daripada keputusan membuka semula sempadan pada 1 April ini. Menteri Kesihatan pada 15 Mac 2022 telah keluarkan satu kenyataan seperti berikut. Dengan izin. Jadi saya mahu lihat selepas 1 April 2022 apabila lebih banyak kelonggaran seperti solat tarawih tanpa penjarakkan, Hari Raya Aidilfitri sama ada kes melonjak naik atau tidak. Maka saya minta Exco Kesihatan memberi satu penjelasan berkaitan dengan implikasi dan kesan membuka semula sempadan khasnya di daerah Gerik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk hal ehwal Islam Yang Berhormat Senator Idris Ahmad juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mulai daripada 1 April 2022 pelonggaran seperti solat tarawih tanpa penjarakan akan dibenarkan. Soalan saya adalah apakah kelonggaran ini khas untuk upacara di masjid saja ataupun untuk penganut semua agama?

Tuan Timbalan Yang Dipertua, pada 16 April 2022 ini iaitu dalam dua minggu yang akan datang satu perayaan besar-besaran Hindu akan dirayakan di Bandar Teluk Intan. Yang dipanggil sebagai Perayaan Chitra Pournami adalah satu perayaan tahunan yang diraya sejak 140 tahun yang lepas. Pada tahun 2020 perayaan ini yang dirayakan sejak 140 tahun terpaksa diberhentikan kerana ancaman pandemik Covid-19. Pada tahun 2021 dibenarkan tetapi dengan syarat ketat penganut Hindu di Teluk Intan dan seluruh Malaysia ingin tahu status perayaan ini bagi tahun ini. Ada dua jenis program khasnya pada perayaan ini. Satu adalah mengambil kavadi, kedua adalah mendirikan gerai-gerai sementara dan menjalankan perniagaan di sekeliling kawasan kuil tersebut. Kedua-dua program ini tidak dibenarkan pada tahun lepas. Apakah Kerajaan Negeri akan memberi kelonggaran pada tahun ini? Saya pun percaya kedua-dua rakan saya Yang Berhormat daripada Pasir Berdamar dan Yang Berhormat daripada Changkat Jong akan bersama-sama dengan ini dan ingin tahu tindakan kerajaan sebab hanya ada dua minggu sahaja. Saya membangkitkan perkara ini sebagai seorang wakil rakyat beragama Hindu.

Satu lagi sektor perniagaan yang tidak dibenarkan adalah kelab malam dan pub. Kedua-dua sektor ini telah ditutup mulai daripada Mac 2020 sehingga hari ini. Kerajaan membenarkan pasar malam, pasar tani dan tempat hiburan seperti panggung wayang dan sebagainya tetapi tidak membenarkan kelab malam untuk beroperasi. Kerajaan harus faham bahawa beratus-ratus pekerja kerja di tempat-tempat sebegitu dan sedang menunggu untuk di balik semula ke kerja. Soalannya adakah PBT yang memberi lesen kepada sektor perniagaan hiburan ini untuk membenarkan operasi semula. Adakah Jabatan Kesihatan Perak mempunyai rekod berikutan dengan jumlah kes Covid-19 yang menular daripada tempat hiburan ini. Maka demi kebaikan pekerja-pekerja sektor ini saya mohon sektor ini dibenarkan untuk beroperasi semula seperti biasa tetapi dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh KKM.

Timbalan Speaker, perkara seterusnya adalah bekalan air mentah untuk negeri Pulau Pinang baru-baru ini keluar berita berkaitan dengan permohonan atau perbincangan di antara negeri Pulau Pinang dan negeri Perak untuk bekalan air. Pulau Pinang melalui ketua menterinya Yang Berhormat Chow Kon Yeow telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pada 1 Mac 2022 satu mesyuarat dijangka akan diadakan dengan Kerajaan Negeri Perak bagi membincangkan mengenai pembekalan air mentah dari Sungai Perak. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang kajian yang yang dipanggil sebagai skim penyaluran air mentah Sungai Perak SPRNTS telah mengenalpasti Sungai Perak sebagai satu alternatif air mentah dan perkara ini turut disedari oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Ketua Menteri Pulau Pinang juga menyatakan bahawa pada tahun 2019 negeri Pulau Pinang bercadang untuk membeli air mentah dari Sungai Perak tetapi Menteri Besar sewaktu itu iaitu Chenderiang hanya mahu menjual air terawat. Walau bagaimanapun pada 3 Mac 2022, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak iaitu Yang Berhormat Kota Tampan telah keluar satu kenyataan dan saya ikut kerajaan Perak muktamad dalam keputusan tidak membekalkan air mentah kepada kerajaan Pulau Pinang menerusi program skim penyaluran air mentah Sungai Perak tambahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyatakan kalau cukup barulah yang lebih itu kita boleh hantar kepada Pulau Pinang tetapi berdasarkan kajian air untuk kegunaan negeri Perak pun tidak sepenuhnya mencukupi terutama apabila populasi diunjur bertambah kepada 3 juta menjelang 2050.

Saya sudah jadi ADUN Sungkai sejak 2008 sehingga hari ini. Dua kali dah jadi ahli MMK. Pada tahun 2008 Yang Berhormat Gunung Rapat yang sewaktu itu menjadi Menteri Besar Perak, menyatakan bahwa satu kajian telah dibentangkan oleh Sime Darby Berhad. berkenaan dengan berkaitan dengan kegunaan air bawah tanah. Pada 18 Disember 2008 Gunung Rapat telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan dengan penggunaan air bawah tanah di Perak dan saya ikut berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan sebelum ini daerah Batang Padang sememangnya kaya dengan sumber air bawah tanah. Selamat diminum dan sesuai komersialkan. Difahamkan menjelang 2010, 500 juta meter padu sumber air dapat diproses setiap hari.

Oleh itu Kerajaan Negeri Perak berhasrat untuk memanfaatkan sebahagian daripadanya untuk disalurkan kepada rakyat melalui LAP katanya waktu itu 2008. Saya ingin menanyakan kepada Yang Amat Berhormat, apakah betul Perak memang tidak ada air mentah yang mencukupi untuk dijual kepada negeri Pulau Pinang? Kedua, apakah menjelang tahun 2050 kita di negeri Perak akan menghadapi kekurangan air dan jika benar apakah inisiatif-inisiatif yang diambil atau langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?

Pada tahun 2008, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS waktu itu telah berbincang dua perkara. Satu, kita boleh ambil air bawah tanah, yang melabur adalah syarikat-syarikat swasta jadi Kerajaan Negeri tidak perlu mengeluarkan duit dan air asli Sungai Perak dan lain-lain sungai di Perak mencukupi dan boleh dijual kepada negeri Selangor dan Pulau Pinang. Kedua, apa akan jadi kepada apa telah jadi kepada cadangan ini selepas BN mengambil alih pada tahun 2009. Jika air rawat atau mentah tidak mencukupi bagaimanakah YB Chenderiang selaku MB pada tahun 2019 memaklumkan kepada kerajaan Pulau Pinang, Perak boleh jual air terawat kepada Pulau Pinang? Tuan Timbalan Yang Dipertua...

Sungkai, saya ingin mencelah. Terima kasih. Timbalan Speaker, saya terima kasih di atas Sungkai yang telahpun mengenang kembali apa yang telah kami lakukan pada 2008 di mana saya sendiri telah bersama dengan Sime Darby membuat kajian dan dibuktikan di Batang Padang itu hanya Batang Padang belum lagi belum lagi Hulu Bernam, Batang Padang sahaja setelah Sime Darby meletakkan peralatan-peralatan untuk menyukat air itu dan mereka telah membuat berapa hole drilling hole untuk bubuhkan pam dan sebagainya dibuktikan di Batang Padang sahaja dia boleh mengeluarkan air 5 juta mlpd. Five million mlpd perday suatu hari. Ini bermaknanya air yang disimpan di bawah perut Batang Padang itu boleh menampung penggunaan air 5 juta mlpd satu hari dan kajian itu dibuat oleh Sime Darby dan mereka berkemampuan untuk meneruskan usaha itu dan satu lawatan daripada kerajaan negeri telah pun dihantar ke European Union untuk melihat bagaimana mereka mengendalikan, mengusahakan air bawah tanah ini dan kualiti air di Batang Padang itu hampir-hampir mencecah kualiti air mineral. Tanpa rawatan dia boleh terus digunakan. Jadi sedangkan apa yang nak kita cadangkan supaya menambahkan hasil kerajaan negeri menjual air mentah di Pulau Pinang.

Tapi bila saya dengar kajian dibuat oleh empat agensi yang disampaikan oleh Kota Tampan pagi tadi nampak seolah-olah tidak masuk akal. Kerana apa Allah anugerahkan di Perak ini tak kurang 4,5 sungai besar Sungai Perak ni kecil sikit dari Sungai Kelantan berangkali. Tak pernah-pernah airnya surut sampai kiamat air itu akan ada. Belum lagi masuk Sungai, Sungai Kerian, belum lagi masuk Sungai Batang Padang, belum lagi masuk sungai-sungai lain. Jadi, Allah anugerahkan air ini dan saya beritahu dalam persidangan yang lepas bagaimana tambah hasil kerajaan negeri. Dalam kajian saya kalau kita jual air mentah sahaja, Kerajaan Pulau Pinang ke buatkan paip, pam dan dia akan buat treatment air dia sendiri. Kita jual air mentah saja tak kurang, tak kurang 50 juta setahun hasil Kerajaan Negeri Perak. Kalaulah Pulau Pinang telah menggunakan air daripada Sungai Kechil daripada Kedah, Sungai Muda bertahun-tahun mereka pakai Sungai Muda. Tak pernah pun Sungai Muda tu kering. Sungai Muda ni kecik daripada Sungai Batang Padang lagi. Tiba-tiba kita pada hari ini menyatakan, oh tak boleh nak tambah hasil. Bayangkan kalau 2 juta rakyat Pulau Pinang solat pakai air Perak, kita akan dapat pahalanya Yop, Yong. Belum lagi mereka suci, mandi hadas besar, Changkat Jering mandi hadas kecil. Semuanya ini pahala untuk kita. Semua masjid-masjid Pulau Pinang akan disalurkan air Perak. Tak banyak pahalanya tu Yop. Maka saya sini nak mengatakan apa yang Sungkai beritahu yang telah kami buat pada 2008 hari tu yang dilaksanakan oleh syarikat swasta mendatangkan hasil negeri Perak, mendapat pahala berpanjangan. Betul tak betul. Jadi saya minta sama ada Sungkai setuju apa yang telah saya buat pada tahun 2008. Terima kasih.

Sungkai minta...sebelum...Terima kasih Sungkai. Selain daripada apa yang telah dihujahkan oleh YB Sungai Rapat, boleh tak Sungkai juga setuju bahawa seperti kami di Pasir Bedamar ni selalu tiap-tiap bulan dan sentiasa diancam oleh isu banjir hinggakan ada rancangan tebatan banjir fasa satu, rancangan tebatan banjir fasa 2 yang perbelanjaan dianggarkan lebih kurang RM80 juta terpaksa dibelanjakan untuk menambak kawasan-kawasan di Bandar Teluk Intan supaya tidak dilanda banjir dan ini menunjukkan bahwa kita ada lebihan air yang melimpah dan masuk kawasan-kawasan sekitar atau sepanjang Sungai Perak. Jadi adakah ini satu tanda bahwa memang bukan kita kekurangan air tapi kita mempunyai masalah kelebihan air? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungkai masa 5 minit.

Bukan saya setuju dengan...

Sungkai minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungkai, Kenering.

Terima kasih Sungkai. Saya mendengar dengan jelas apa yang di berikan jawapan oleh Kerajaan Negeri setelah pagi tadi berhubung dengan empat laporan daripada jabatan dan agensi. Sejauh mana keupayaan kita untuk mempertikaikan agensi-agensi terlibat di dalam membuat kajian khususnya kita lihat kepada TNB sendiri?. Kita Negeri Perak antara pengeluar penjanaan air melalui TNB. Laporan daripada TNB perlu kita ambil kira. Begitu juga LAP, antara agensi yang memang terbaik pada masa kini pengurusan air di negara. Ianya kita bergantung mana laporan yang dikemukakan JPS dan lain-lain jabatan. Jadi, apakah sebelah selalu terdesak sangat untuk kita jual air mentah ke Negeri Pulau Pinang? Bukan kita tidak bersimpati dan juga tuntutan untuk kewajipan kita kepada jiran tetapi dalam masa yang sama menjaga kebajikan rakyat negeri itu lebih penting. Soal lebihan air dan sebagainya fenomena seperti mana yang dibangkitkan oleh rakan kita tadi tidak tepat sekali khususnya banjir. Ianya jauh berbeza dengan pengurusan air yang di Empangan Sungai Perak.

Saya tahu, 4 Empangan Sungai Perak dan punca air daripada kawasan kami Hulu Perak untuk Sungai Perak sepertimana dibentangkan. Jadi mengambil kira apa yang dilaporkan tadi, kerajaan menjawab. Bukan saya nak jawab untuk pihak kerajaan tapi saya melihat kepada Sungai Rapat terlalu mendesak untuk jual air mentah dan saya kalau nak dicadangkan di Dewan yang mulia ini, jual air terawat itu lebih baik, kerana itu lebih kuntungan kepada kita Negeri Perak. Cukuplah pengalaman kita berlaku perjanjian air di Singapura melibatkan Johor. Terima kasih. Apa pandangan Sungkai?

Terima kasih YB dan berkaitan dengan empat laporan itu, saya kebetulan tak dapat beri penjelasan sebab saya tak pernah lihat tetapi saya tidak nafikan bahawa keempat-empat agensi ini adalah agensi yang yang boleh kita percayai. Kajian telah dijalankan dan kita tidak boleh pertikaikan apa yang Sungai Rapat kata adalah tindakan-tindakan yang kita ambil pada tahun 2008 dan seperti yang dikatakan oleh YAB bahawa kita akan menghadapi kekurangan air di Negeri Perak menjelang tahun 2030 iaitu dalam 30 tahun daripada hari ini. Jadi apakah tindakan yang kita nak ambil sekarang terhadap itu?

Kedua, boleh ke kita gunakan air bawah tanah. Saya bangkitkan isu ini bukan semata-mata saya ini adalah ahli DAP dan Negeri Pulau Pinang adalah kerajaan DAP. Tak ada, bukan-bukan seperti itu. Kalau Kelantan perlu air, kalau Kedah perlu air dari perikemanusiaan kalau kita ada mencukupi jadi adalah munasabah kita bagi mereka. Saya cerita ini bukan tentang air sungai dan saya percaya Timbalan

Speaker pun dengan saya juga setuju dengan Sungai Rapat. Tak pa, saya akan teruskan. Isu tanah perkuburan Islam…

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Boleh sentuh sikit Sungkai? Selinsing. Selinsing. Terima kasih Speaker. Saya juga ingin menarik perhatian tentang apa yang dimaksudkan dengan penjualan air ke Negeri Pulau Pinang. Pasir Bedamar tadi ada mengatakan bahawa dengan berlakunya banjir, mengatakan bahawa lebihan air itu berlaku dan mengapa tidak perlu diambil satu tindakan dan keputusan untuk Perak mengakui bahawa Perak mempunyai bekalan air yang banyak tetapi mungkin Pasir Bedamar lupa sesuatu kejadian banjir itu berlaku bukan kerana air itu banyak kadang-kadang kerana sistem perparitan itu yang menyebabkan banjir. Fenomena-fenomena cuaca juga terlibat. Saya bagi contoh di Empangan Bukit Merah. Kami di sebelah utara bagi pesawah-pesawah padi menghadapi masalah bagaimana stok air ini untuk dibekalkan kepada petani-petani. Jadi saya merasakan bahawa laporan yang telah dikemukakan oleh agensi pihak berkuasa yang berpunyai autoriti sudah pastilah yang mengambil kayu ukur yang menyatakan bahawa kita belum mampu. Oleh sebab itu, kalau kita tidak mampu mengapa kita nak tolong orang lain dulu, bukan kita tak mahu menolong, kita akan menolong sekiranya kita mampu. Oleh kerana kita tak mampu kita terpaksa hold on. Cadangan Sungkai itu satu cadangan yang baik. Boleh membawa kebaikan tetapi saya tahu YAB Menteri Besar mendapat nasihat daripada semua jururunding yang bertauliah. Maka saya rasa pendirian kerajaan itu tepat dan kita Ahli Dewan patut menyokongnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungkai, boleh bagi respon seringkas mungkin kerana masa yang lebih.

Ada ada dua isu yang ringkas dan penting. Ini berkaitan dengan bulan Ramadhan. Saya telah menerima dua aduan, dua aduan yang penting. Satu adalah daripada penganut agama Islam yang akan menghadapi bulan Ramadhan dalam dua tiga hari yang akan datang. Satu lagi adalah dengan penganut Hindu di Sungkai. Masalah tanah perkuburan Islam di Sungkai. Tanah wakaf perkuburan Islam yang diuruskan oleh jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Sungkai telah berjumpa dengan saya dan telah meminta bantuan dan masalah mereka adalah bulan Ramadhan akan sampai dan adalah amalan penganut muslim untuk membersihkan kubur-kubur mereka. Jadi ini adalah satu permintaan yang munasabah jadi mereka minta bantuan kewangan jadi saya pun tidak ada masalah.

Saya bagi tahu mereka saya akan membantu mereka memberikan mereka apa yang mereka perlu tambahan kalau mereka kekurangan tenaga kerja untuk membersihkan kubur tersebut saya dengan penyokong-penyokong saya akan turut turun dan membersihkan kubur Islam Sungkai. Jadi pada Ahad yang lepas saya pun turun ke tanah Perkuburan Islam Sungkai dan terkejut melihat lebih kurang ada 70 orang membuat gotong royong pada hari itu dan hairan kedua adalah kedua-dua anak muda dengan orang dewasa turun pagi pukul 8.00 mereka dah turun, saya sampai pukul 9.30, separuh kerja dah habis dah.

Jadi, kemudian apabila saya bincang dengan mereka, mereka kata mereka ada satu masalah. Kubur ini yang digunakan sejak tahun 1960 adalah terlalu dekat dengan kawasan perumahan iaitu tak sampai pun 30 kaki dan rumah-rumah di hadapan itu diduduki oleh kaum bukan Islam. Jadi, pengurusan Masjid Jamek Sungkai prihatin terhadap penghuni-penghuni walaupun mereka tidak ada buat apa-apa aduan berpendapat satu tembok konkrit harus dibina di sana untuk asingkan dan pula masalah kedua adalah anjing liar. Anjing liar masuk ke dalam kawasan kubur ini dan merosakkan makam-makam dia yang ada di situ. Jadi this is very serious. Jadi saya pohon bantuan daripada Kerajaan Negeri supaya dengan segera kadar yang segera dengan memperuntukkan sejumlah wang yang mereka minta ini kepada masjid dan mereka sanggup dalam menyelesaikan masalah ini dan lebih kurang 500 meter daripada situ pula ada kubur Hindu. Kubur Hindu pula penghuni di hadapan adalah kaum Islam Muslim jadi di sana jawatankuasa kuil Hindu dia buat aduan mereka hadapi masalah yang sama tapi lebih teruk. Sebab kita tahulah penganut Hindu apabila mati akan bakar mayat dan waktu mereka mula tidak ada kawasan perumahan sekarang sudah ada satu kawasan perumahan terbesar di Sungkai yang dipanggil Sungkai Taman Sungkai Perdana dan dari rumah bakar mayat itu ke Restoran Kentucky tak sampai pun 150 meter.

Jadi saya harap di situ pun kita harus membina tembok untuk menutup pandangan penglihatan tempat bakar mayat dan saya dah cadangkan kepada kuil supaya robohkan saja tempat membakar mayat dan bawa ke dalam sekurang-kurangnya 300 meter dalam dan kita ada peruntukan sebanyak RM4 juta dalam Hal Ehwal Bukan Islam. Saya percaya sekarang Menteri Besar lah bertanggungjawab untuk duit ini kerana waktu kita kita ada EXCO yang bertanggungjawab untuk Hal Ehwal bukan Islam tetapi buat masa ini oleh kerana tidak ada EXCO bukan Islam saya rasa Menteri Besar. Jadi saya percaya Menteri Besar akan meluluskan peruntukan yang diminta oleh kuil ini. Akhir sekali yang Slim menyatakan berkaitan dengan RM1500 gaji minima. Menteri Sumber Manusia mengatakan bahawa RM1500 ini hanya akan diluluskan hujung tahun dan Tuan Timbalan Speaker, kita tidak dapat nafikan bahawa ada satu akta yang dipanggil sebagai Wages Council Act 2013 dan gaji minima ini diputuskan di bawah ini dua tahun sekali. Gaji terakhir gaji minima terakhir yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah pada tahun 2020 Februari 2020.

Sepatutnya tahun ini Mac 2020 harus dikenakan gaji minima, penyusunan semula gaji minima baru. Jadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan 1 hari bulan Mei kita akan luluskan RM1500 tetapi dengan syarat di mana-mana syarikat yang miliki pekerja kurang daripada 5 orang pekerja tidak akan kenakan. Itu yang kata Perdana Menteri. Menteri Sumber Manusia tidak tahu apa-apa dia diam dia cakap apa-apa Perdana Menteri cakap dia setuju tetapi boleh ke kita asingkan kalau 5 pekerja kita tak boleh bayar kalau 500 pekerja kita boleh bayar, undang-undang tidak benarkan dan kalau berlaku that situation jadi yang lima pekerja ini mereka boleh pergi ke mahkamah. How can unfair treatment Employment Act 1955 tidak membenarkan ia berlaku? Jadi macam mana kita nak kenalkan. Itu adalah satu masalah, masalah kedua, MEF, Malaysian Employee Federation kata tak boleh. Syarikat Keselamatan, 950 syarikat mengatakan tak boleh. GLC Perdana Menteri kata meminta agar semua GLC implementkan RM1500 ini. Adakah GLC-GLC bawah Kerajaan Negeri Perak setuju tidak ada satu pun GLC di seluruh negara bersetuju selama inilah? Tapi I tidak tahu position of the Perak Government GLC di bawah Perak Government adakah mereka setuju atau tidak.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungkai,

Jadi saya harap dah habis dah, saya harap Yang Amat Berhormat Menteri Besar sekurang-kurangnya kalau tak boleh commit bagi Kerajaan Persekutuan tetapi bolehlah commit untuk GLC-GLC di bawah Kerajaan Negeri. Dengan itu, Sungkai sokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima Kasih Yang Berhormat Sungkai. Dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Belanja untuk memulakan perbahasan dipersilakan.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat petang. Bismillahirrahminarrahim Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil Anbiya iwalmursalim wa ala alihi wasahbihi ajma'in. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri seterusnya rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam berbahas tentang titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan kesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk menjunjung kasih di atas ucapan yang telah diberikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada semalam. Negara kita telah pun mengalami ataupun dia telah dilanda Covid-19 sejak dari hujung tahun 2019 hinggalah sekarang dan setiap hari kita dibentangkan berkaitan dengan data jangkitan covid yang adakalanya naik adakalanya turun. Oleh yang demikian perubahan yang berlaku kepada kita adalah sangat besar dari segi sosialnya, dari segi ekonominya dan juga dari segi kehidupan rakyat itu sendiri.

Jadi dengan demikian apa yang kita bincangkan, apa yang kita bicarakan dalam Dewan ini adalah tidak lari daripada membuat atau pun penyelarasan daripada perubahan-perubahan yang berlaku disebabkan pandemik ini. Penularan pandemik Covid-19 bukan hanya memberi impak kepada kesihatan global malah seluruh aspek kehidupan dan tamadun di dunia ini. Kesan Covid-19 tidak terhad kepada risiko kesihatan yang boleh mengundang kehilangan upaya dan nyawa tetapi juga turut menyumbang secara langsung terhadap kerencatan aktiviti ekonomi. Malah ia juga turut mengubah senario sosial, keselamatan dan pendidikan dunia. Kesan terhadap rantaian ekonomi dapat dilihat jelas di sektor pelancongan, pembuatan, pembinaan dan pengeluaran komoditi. Pengeluaran terencat, permintaan pula jatuh pekerja dan pengguna pula berdepan dengan sekatan pergerakan. Ia terus menyumbang kepada kelemahan permintaan, kepada kelemahan perbelanjaan dalam pasaran. Namun begitu, terdapat juga sektor ekonomi yang mendapat tempias positif di sebalik penularan pandemik Covid-19.

Antaranya platform jual beli secara online seperti pembelian melalui Lazada, Shopee dan perkhidmatan penghantaran makanan seperti food panda, Tapau Food dan Grabfood. Sektor ini menunjukkan potensi besar dan punya masa depan yang cerah di dalam ekonomi digital di negara kita. Bagi mengekang penularan wabak dan memastikan jangkitan kepada terendah penduduk di Negeri Perak di semua peringkat perlu patuh kepada langkah-langkah pencegahan agar misi utama ini dapat mengurangkan impak negatif Covid-19 ke atas ekonomi Perak khususnya dan negara amnya. Permintaan ke atas pengeluaran sektor-sektor itu telah kembali meningkat. Justeru, wujud satu jurang yang luas dan di antara pengeluaran yang bergerak perlahan berbanding permintaan yang meningkat pantas. Penawaran dan permintaan yang tidak seimbang ini memberi tekanan kepada harga dan kenaikan inflasi. Itulah situasi yang dihadapi oleh negara kita sekarang ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak telah membentangkan Belanjawan Negeri Perak bagi tahun 2022 berjumlah RM1.1 bilion berbanding tahun sebelumnya RM1.15 bilion selepas mengambil kira kekurangan hasil yang diterima pada tahun ini dan anggaran kutipan pada tahun hadapan. Dari jumlah tersebut sebanyak RM803 juta atau 73% diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan manakala RM302 juta atau 27% untuk perbelanjaan pembangunan. Bagi mengukuhkan strategi merancakkan semula ekonomi negeri, Kerajaan Negeri juga merancang untuk menggunakan dana pembangunan tambahan melalui Kumpulan Wang Amanah Pembangunan berjumlah RM47 juta. Dana ini akan digunakan untuk membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera. Seperti dalam Titah Ucapan Tuanku di para 23 berkaitan dengan bencana. Bencana alam yang berlaku ini adalah berikutan perubahan iklim yang menjadi salah satu daripada isu utama dunia pada masa kini. Perubahan iklim ini bukan saja memberi tekanan kepada persekitaran malah turut menjejaskan sistem ekonomi, politik dan sosial. Isu pemanasan global kini berada pada tahap yang membimbangkan akibat pelepasan gas rumah hijau GRH berikutan pelbagai aktiviti manusia secara tidak terkawal seperti penggunaan lebih banyak bahan api fosil terutamanya penggunaan batu arang, penebangan hutan secara berleluasa serta perubahan guna tanah tidak lestari. Jika tiada tindakan drastik diambil bagi mengurangkan pelepasan GRH ini, kita akan berdepan dengan bencana alam yang lebih dahsyat pada skala yang lebih besar. Keadaan ini turut memberi kesan ke atas keselamatan, kesihatan terhadap gangguan ekosistem yang akan mengancam jaminan sumber air dan makanan. Sehubungan itu, dua pendekatan harus dititik berat bagi menangani isu perubahan iklim iaitu aspek mitigasi dan juga adaptasi. Tindakan mitigasi melibatkan pelbagai langkah untuk mengurangkan aktiviti pelepasan Gas Rumah Hijau yang merupakan salah satu punca utama pemanasan global. Manakala adaptasi pula merangkumi pelbagai tindakan yang membantu masyarakat dan ekosistem untuk berhadapan dengan perubahan iklim. Kedua-dua tindakan mitigasi dan adaptasi ini perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan seimbang. Apakah tindakan-tindakan strategik untuk mengukuhkan daya tahan Negeri Perak terhadap impak perubahan iklim ini? Berikutan pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia sejak tahun 2020 telah memberi kesan yang amat perit kepada negara termasuklah di Negeri Perak.

Sektor pertanian juga tidak terlepas dari kesan tersebut yang telah mengakibatkan projek-projek pertanian khususnya pertanian makanan menjadi perlahan dan seterusnya beri kesan kepada bekalan makanan. Kita berharap Kerajaan Negeri mempergiatkan semula pelbagai program dan mengurangkan keperitan dan kesusahan yang ditanggung oleh golongan warga tani di Negeri Perak bagi memastikan bekalan makanan berada pada tahap yang selamat dan pada yang masa sama sumber ekonomi warga tani dapat dipertingkatkan. Tuan Timbalan Yang Dipertua, pengurusan kesihatan awam yang menyeluruh berpatutan dan efektif berasaskan teknologi digitalisasi menjadi asas kepada kesejahteraan rakyat dan kelangsungan ekonomi negara. Hidupan pasca pandemik Covid masih menuntut aspek kesihatan dijadikan sebagai keutamaan. Kadar vaksinasi bagi penduduk dewasa Negeri Perak hanya 66% yang telah menerima dos penggalak vaksin covid seperti para 10 dalam Titah Ucapan Tuanku. Di samping usaha imunisasi yang telah digerakkan secara menyeluruh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Imunisasi Kebangsaan (PICK). Apakah strategi dalam langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan rakyat negeri ini mengambil dos penggalak dan mencapai tahap 95% rakyat kita akan menerima dos penggalak. Namun di kesempatan ini saya ingin menasihati agar kita terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan walaupun negara kita kini sedang membuat persediaan untuk beralih ke fasa endemik. Suka untuk mengingatkan rakyat untuk terus mengamalkan aktiviti gaya hidup sihat sebagai usaha pencegahan kepada penyakit-penyakit yang lain. Tuan Timbalan Yang Dipertua, pertumbuhan dan kemajuan ekonomi perlu setanding dengan peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat. Ekonomi yang pesat berkembang merupakan sumber yang paling berkesan untuk mengurangkan kadar kemiskinan. Justeru, agar semua pihak dapat berganding bahu dan memberikan komitmen jitu bagi memastikan taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan melalui peningkatan sumber pendapatan mereka. Di sini saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Perak dapat menjalankan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Perak yang bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan atau peningkatan pendapatan golongan B40 menerusi pemberian bantuan peralatan atau mesin berdasarkan perusahaan yang dijalankan. Kerajaan Negeri juga turut boleh membantu membawa usahawan-usahawan kecil ini menjalinkan usahasama dan kerjasama strategik dengan pelbagai syarikat. Langkah ini juga akan dapat memastikan produk dan perniagaan mereka dapat diperkasakan melalui pasaran yang lebih luas. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang telah memperkenalkan Program Bantuan Skim Pinjaman Mikro Kredit dan geran padanan bagi membantu usahawan melalui peruntukan usahawan berjumlah RM2 juta dan pelbagai program di bawah Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) yang berjumlah sebanyak RM1.5 juta dalam bajet 2022. Oleh yang demikian, saya mengharapkan jabatan dan agensi kerajaan khususnya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dapat memudahcara urusan usahawan-usahawan kecil dan memberi kelonggaran kepada peraturan-peraturan sedia ada agar perniagaan dapat dibuat secara lebih mudah dan segera.

Apa yang saya maksudkan ialah kepada peniaga-peniaga gerai, peniaga-peniaga pasar malam yang mencari rezeki untuk meniaga. Saya harap Pihak Berkuasa Tempatan tidak perlulah terlalu rigid, menekan sehingga menyusahkan mereka untuk menjalankan perniagaan. Pada waktu sekarang kita baru nak keluar daripada pandemik, saya harap Pihak Berkuasa Tempatan dapat memudahcarakan, memberi ruang kepada mereka jika tidak ada lesen kita permudahkan untuk mereka dapat lesen dan sebagainya bagi meningkatkan pendapatan mereka. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, di dalam Titah Ucapan Tuanku juga menceritakan tentang perumahan. Kerajaan Negeri seharusnya meneruskan lagi, memperluaskan lagi akses kepada perumahan mampu milik kepada rakyat terutamanya kepada golongan B40 melalui kaedah pembiayaan bersesuaian dengan pendapatan mereka. Besar harapan agar dasar perumahan mampu milik Negeri Perak yang mungkin bermatlamat satu keluarga satu kediaman yang sempurna dapat diadakan bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga berpeluang memiliki tempat tinggal yang selesa dan selamat. Dalam perkara ini isu utama bagi golongan B40 ataupun mereka yang tidak punya slip gaji adalah untuk mendapat pinjaman perumahan khususnya bagi golongan muda yang baru bekerja.

Bagi yang berada di luar bandar pula, permasalahannya adalah berkaitan dengan penukaran milik tanah untuk didirikan rumah yang sering menjadi masalah. Oleh itu dicadangkan kepada pihak pejabat tanah untuk memudahkan urusan kerana kelewatan menukar hak milik tanah selalunya menjadi masalah utama dikalangan mereka yang mohon untuk keluar rumah dan sebagainya.

Kerajaan Negeri dapat memberi penekanan yang lebih serius terhadap usaha-usaha menangani masalah banjir dan banjir kilat yang semakin kerap berlaku di negeri ini. Ini termasuk menyediakan pelan jangka pendek dan jangka panjang yang merangkumi kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai. Memastikan sistem perparitan yang baik dan terurus serta membina kunci air di lokasi-lokasi penting yang mengambil kira kadar taburan hujan dan jadual pasang surut air laut. Keadaan terbaik menangani banjir perlu dikenalpasti segera termasuklah mendapat khidmat kepakaran serta teknologi baru dari dalam dan luar negara. Setiap tindakan dan respon perlu diambil dengan cepat dan pantas tanpa berlengah kerana ia membabitkan nyawa dan kerugian harta benda Rakyat.

Berharap agar setiap projek mengatasi banjir seperti pembinaan ban atau mendalamkan sungai dilakukan dengan sempurna dan bersungguh-sungguh agar ia berkesan dalam tempoh jangka masa panjang bagi mengelakkan banjir yang lebih buruk berlaku. Tindakan penguatkuasaan undang-undang merupakan salah satu cara paling berkesan untuk memberi pengajaran kepada rakyat supaya tidak melakukan pencemaran dan pencerobohan tanah di tepi-tepi sungai di negeri ini. Kerajaan Negeri dapat mengukuhkan lagi tindakan penguasaan khususnya terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan pencemaran sungai yang menjadi punca utama kepada berlakunya bencana banjir. Kita berharap rakyat dapat memainkan peranan masing-masing untuk memastikan sistem perparitan dan sungai di penempatan masing-masing tidak tersumbat dan sentiasa bersih serta berada dalam keadaan baik. Elakkanlah daripada kegiatan membuang sampah dalam sungai yang boleh mencemarkan kualiti air dan banjir kilat.

Berkaitan dengan isu kelangsungan populasi harimau, ianya juga perlu diberi perhatian khususnya kerana populasi ini semakin terancam. Saya cukup khuatir dan bimbang mungkin satu hari nanti generasi akan datang hanya boleh melihat harimau Malaya ini di muzium sahaja. Di kesempatan ini juga saya ingin mohon perhatian Dewan ini terdapat juga hidupan liar seperti babi hutan dan kera yang perlu kita beri perhatian. Peningkatan populasi haiwan ini khususnya di kawasan kampung telah memusnahkan tanaman orang kampung, khususnya tanaman seperti pisang kelapa dan juga buah-buahan. Apabila berlakunya kemusnahan secara tidak langsung memberi kerugian kepada pengusaha-pengusaha khususnya ketika musim buah-buahan. Justeru itu saya mengharapkan pihak berkenaan untuk mengambil satu langkah pendekatan yang proaktif bagi mengatasi masalah hidupan liar seperti babi hutan dan juga kera ini.

Dato’ Timbalan Yang Dipertua. Berkaitan dengan sangkar ikan. Satu isu berkaitan dengan permainan sangkar ikan yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini di Pulau Pangkor dan juga di Selat Dinding, itu yang berdekatan dengan jambatan Tuanku Bainun. Kita tidak tahu siapa pemilik sangkar tersebut dan difahamkan ada juga di kalangan mereka yang berada daripada luar negeri Perak. Justeru iaitu saya mengharapkan Jabatan Perikanan sila buat semak, sila buat pemantauan supaya pembinaan sangkar-sangkar ikan ini betul-betul mengikut piawai dan juga peraturan yang telah disediakan. Khususnya bagi memastikan pembinaan sangkar ikan ini kita utamakanlah kepada mereka-mereka yang berasal daripada penduduk tempatan.

Pencemaran alam sekitar terutama berpunca daripada produk berasaskan plastik. Dikhuatiri meningkat pada kadar amat membimbangkan. Berbeza dengan sifat-sifat bahan bukan organik lain plastik mengambil masa yang agak lama untuk terurai secara semula jadi, bergantung kepada komposisi dan struktur kimianya. Ada jenis plastik yang mengambil masa sehingga 400 tahun untuk terurai. Walaupun secara dasarnya plastik boleh dikitar semula apabila dibebani dengan pelbagai kos tambahan seperti pengumpulan dan pembersihan, Proses ini tidak menjadi keutamaan industri. Dikatakan hanya 9% plastik dikitar semula daripada enam bulan, tiga bilion plastik yang dihasilkan di seluruh dunia sejak mula diperkenalkan pada 1950-an. Lebih memburukkan keadaan setiap tahun dianggarkan sehingga 8 juta metrik sisa plastik memasuki sistem perairan dunia dan berakhir di lautan.

Pencemaran ini menjejaskan fisiologi kehidupan marin yang mungkin beri kesan jangka panjang. Pencemaran plastik merupakan kesengsaraan kepada manusia. Di Malaysia masalah ini sangat serius. Pada tahun 2020, kita menggunakan 148 ribu tan metrik pembungkusan plastik untuk makanan. Penggunaan pembungkusan plastik perkapita tahunan kita ialah 16.78 kg. Penggunaan plastik kita telah meningkat tahun ke tahun walaupun wujud kempen untuk menghindari plastik sekali guna. Situasi di sini menjadi lebih buruk dengan import sisa plastik dari negara maju. Data UN Comtrade menunjukkan bahawa Malaysia mengimport 330.5 juta kilograam sisa plastik pada tahun 2019 dan ia tidak termasuk sejumlah besar yang diimport secara haram. Memandangkan Malaysia menghasilkan jumlah besar sisa plastik maka tidak masuk akal bagi pihak berkuasa untuk membenarkan pengimportan sisa plastik dari negara maju. Sementara ia mungkin menyumbang kepada keuntungan syarikat kitar semula ia menyebabkan kesan sampingan yang amat serius terhadap kesihatan penduduk dan alam sekitar.

Apakah yang perlu dilakukan oleh pengguna untuk mengatasi masalah ini? Paling penting bagi pengguna ialah mengurangkan penggunaan makanan dan barangan yang tidak penting. Ia akan menyumbang kepada pengurangan penggunaan plastik bagi pembungkusan. Jangan gunakan beg plastik apabila membeli belah, gunakanlah alternatif mesra alam sekitar lain contohnya bag kain jut atau ramin. Kurangkan sisa dengan guna semula dan kitar semula. Pandemik Covid-19 juga telah membawa kepada peningkatan penggunaan plastik menjana lebih banyak sisa. Orang ramai membeli makanan dan barangan yang dibungkus dalam plastik dan dihantar kepada pengguna. Kita boleh mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dengan memasak dan makan di rumah. Kita juga tidak perlu membeli barangan tidak perlu dalam cara talian.

Kerajaan mestilah mengambil langkah segera untuk menangani masalah ini. Ia pasti mengenakan pengalaman sepenuhnya ke atas sisa import, sisa plastik dari negara lain. Kesihatan produk dan integriti alam sekitar kita hendaklah tidak dikorbankan demi keuntungan bersendirian. Pengeluar produk pasti mestilah dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang untuk mengumpulkan kembali produk mereka selepas digunakan dan untuk kitar semula atau guna semula. Undang-undang kita juga mestilah dipinda untuk menyediakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang mencemarkan sungai lautan tanah dan atmosfera kita. Penguatkuasaan undang-undang mestilah ditambahbaik.

Belanja, Trong minta laluan sikit. Saya amat bersetuju dengan apa yang dilaporkan oleh Belanja tadi. Jadi sesuatu harus diambil tindakan secara serius khusus untuk mengatasi masalah penggunaan plastik terutamanya. Jadi sekiranya boleh Kerajaan Perak untuk mengharamkan penggunaan polistrin tu terutamanya, ianya adalah satu pendekatan yang sangat baik jadi saya harapkan agar kerajaan mengambil serius berkenaan dengan isu pencemaran berkenaan isu lambakan plastik, kita baru ini ada program Dengai Sungai dan saya dapat lihat betapa sedihnya apabila pencemaran ini disebabkan oleh kebanyakannya bungkusan plastik yang berada di tepi-tepi sungai. Jadi kita dah keluarkan bajet untuk program denai sungai. Kita harap ianya memberi kesan tetapi saya rasa kesannya lebih kepada jangka masa pendek. Bagaimana kita nak mendidik sudah tentunya penguatkuasaan itu sangat penting kerana tanpa penguatkuasaan kita tidak akan berjaya mendidik rakyat khususnya dan diri kita sendiri. Jadi itu, Terima kasih Belanja.

Timbalan Yang di-Pertua

Belanja. 5 minit lagi ya. Belanja. Manjoi sila.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Pendidikan atau pun kesedaran rakyat terhadap bahayanya guna plastik itu mestilah dibuat bukan sahaja melalui kempen-kempen tapi saya rasa mestilah juga dilakukan di peringkat bawahan ke peringkat sekolah di mana kalau dahulu kita lihat ada kepentingan sivik atau pun tatarakyat di mana anak-anak kita termasuk zaman saya di masa sekolah diterapkan dengan beberapa sifat-sifat tatarakyat kemuliaan yang seharusnya ada pada individu. Jadi adakah Belanja percaya bahawa salah satu cara untuk memberikan kesedaran yang berkesan kepada rakyat mengenai pendidikan berkaitan dengan pengurusan plastik ini mestilah juga bermula di peringkat sekolah.

Terima kasih Trong dan juga Manjoi. Saya cukup setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Trong dan Manjoi. Seperti kata Manjoi tadi berkaitan dengan memberi kesedaran melalui pendidikan. Maksudnya kita membentuk masyarakat di negara kita adalah melalui alam persekolahan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Berkaitan dengan penggunaan plastik ini Malaysia telah membangunkan Pelan Tindakan Malaysia ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030 ke arah masa hadapan yang lebih lestari. Misi pelan tindakan ini adalah menuju ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna supaya alam sekitar di Malaysia lebih bersih dan sihat menjelang 2030. Bagaimanapun, kajian yang dijalankan mendapati kesedaran mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah rendah. Hanya 44% rakyat Malaysia mengetahui tentang pelan tindakan itu. Manakala hanya 64% yang mengetahui larangan penggunaan penyedut minuman plastik dan hanya 56% rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu plastik sekali guna.

Tuan Timbalan Yang Dipertua, point yang terakhir berkaitan dengan pembaziran makanan. Ramadhan akan tiba lagi. Bulan Ramadhan adalah sinonim dengan peluang untuk kita menikmati pelbagai jenis juadah makanan. Bukan sahaja bagi umat Islam, malah rakyat Malaysia keseluruhannya juga pelancong mengambil kesempatan untuk menikmati juadah masakan Malaysia. Kebanyakan rakyat Malaysia akan mengunjungi bazar Ramadhan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di setiap komuniti. Bagi yang punya wang lebih mungkin berbuka di buffet, di hotel mewah yang menjadi tumpuan. Namun sebalik kemeriahan menyambut iftar kita tidak seharusnya menyumbang kepada pembaziran makanan. Menurut Food And Agriculture Organization sejumlah 1.3 billion USD atau pun satu pertiga daripada jumlah makanan akan dibazirkan pada setiap tahun. Negara membangun pula dianggarkan membazir sebanyak 310 billion USD. Malaysia juga tidak kecuali daripada masalah pembaziran makanan. Menurut RMK11 purata penghasilan sisa pepejal oleh setiap rakyat Malaysia telah meningkat daripada 0.9 kilo sehari pada tahun 2005 kepada 1.2 kg sehari pada 2012.

Hasil kajian selidik oleh Jabatan Pengurusan Pepejal Negara pada 2012 menunjukkan bahawa sisa makanan merupakan jumlah terbesar daripada keseluruhan sisa pepejal isi rumah iaitu 44%. Secara kasar rakyat Malaysia membuang sebanyak 8,492 tan metrik makanan setiap hari. Jika dibandingkan antara isi rumah di bandar dan di luar bandar pula, isi rumah di bandar membuang lebih banyak sisa makanan itu sebanyak 7,430 tan metrik sehari. Isi rumah luar bandar membuang sebanyak 2,180 tan metrik sisa makanan sehari. Pembaziran makanan boleh berlaku di setiap peringkat penggunaan. Hasil tani yang segar seperti sayur-sayuran serta buah-buahan selalunya akan melalui proses penggredan. Proses penggredan bukan saja melihat kepada kualiti tetapi juga saiz serta reka bentuk. Hasil tani yang tidak mempunyai kriteria ini mungkin akan dibuang. Pengguna terutama di negara maju amat prihatin akan kesemua kriteria ini. Maka tidak hairanlah apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam analisanya menganggarkan sebanyak 17% daripada hasil tanah di utara di Benua Amerika dibuang kerana tidak memenuhi standard dan saiz yang dikehendaki oleh pasaran. Pembaziran makanan juga berlaku kerana kurangnya kecekapan dalam proses pengendalian makanan. Sayur-sayuran serta buah-buahan contohnya mempunyai hayat simpan yang pendek. Oleh itu sistem pengangkutan serta logistik yang lemah akan melambatkan penghantaran sayur-sayuran serta buah-buahan ke pasaran. Hasilnya produk ini hanya makan mampu bertahan dalam tempoh masa yang singkat apabila sampai ke pasaran.

Dalam pemprosesan makanan bukan semua bahagian sesuatu makanan itu akan digunakannya. Contohnya berdasarkan diet serta citarasa telah melihat kepada penjualan ayam hanya pada bahagian tertentu sahaja. Bagi pengguna, ini merupakan penjimatan daripada pembaziran bahagian-bahagian ayam yang tidak dimakan atau tidak disukai. Pembaziran makanan bukan sahaja melibatkan isu pembaziran perbelanjaan harian individu dan isi rumah, malah juga melibatkan kos kepada negara. Makanan yang dibuang perlu diproses untuk dilupuskan. Pada masa ini wujud sebanyak 296 tapak pelupusan sisa pepejal di Malaysia. Belanjawan 2017 telah memperuntukkan kos pengurusan sisa pepejal melebihi 2 billion. Kos perbelanjaan sebanyak RM1.3 billion setahun pula diperlukan untuk pengurusan sisa pepejal di beberapa negeri di Malaysia. Dari segi alam sekitar, pembuangan yang kemudiannya diikuti dengan perebutan sisa makanan menyumbangkan kepada penghasilan greenhouse gas yang menyumbang kepada pemanasan global sebanyak 12% daripada jumlah keseluruhan penghasilan gas di Malaysia. Tapak pelupusan sisa juga adalah punca utama pelepasan gas metana di Malaysia, gas perosak lapisan ozon yang utama. Pembaziran makanan juga boleh memberi kesan kepada imbangan dagangan Malaysia iaitu prestasi eksport yang akan ditenggelami dengan jumlah import yang tinggi, lantas menambah aliran keluar mata wang Malaysia.

Dato' Yang Dipertua, oleh itu jika diteliti dengan lebih mendalam, berhemah dalam berbelanja untuk makanan bukan sahaja boleh menyumbang kepada penjimatan belanja harian isi rumah, malah ia juga boleh membantu negara dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan untuk memproses sisa pepejal. Di samping itu, ia juga dapat membantu dalam usaha kita mengurangkan impak negatif yang boleh terhasil dari pembaziran makanan kepada alam sekitar. Diharapkan bulan Ramadhan yang mendatang ini, kita dapat meneruskan usaha kita untuk mengurangkan pembaziran makanan. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Belanja.Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Jalong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya mohon izin buka mask. Tepat pukul 3. Saya ingin memulakan bicara dengan membawa satu fakta yang menarik yang mungkin orang rakan-rakan tidak perasan. Terlebih dahulu saya ingin bangun menjunjung kasih atas titah Tuanku sempena pembukaan Dewan yang mulia ini semalam. Dalam titah Tuanku dalam teks Titah Ucapan Tuanku kita boleh lihat satu fakta yang amat menarik. Di sini kita boleh nampak ada 37 para saja, ada 37 perenggan. Tetapi dalam 37 perenggan ni ada 10 perenggan iaitu dari 18 hingga ke 27 yang menyatakan antara ciri-ciri kaitan dan sebagainya alam sekitar dengan manusia. Sehingga ada tertulis di dalam satu teks dalam para 23 ketaksuban untuk memajukan prasarana dan ketaksuban untuk meraih keuntungan perniagaan jangan dijadikan lesen menghalalkan manusia bersifat rakus memusnahkan alam sekitar. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam ayat 41 Surah Ar-Rum bermaksud "telah jelas kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia. Allah menghendaki agar semua, minta maaf Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar.

Di sini kita boleh melihat dalam teks ini jelas kita boleh melihat bahawa kaitannya di antara manusia dengan alam sekitar dan akibatnya sekiranya manusia tidak menjaga alam sekitar demi kepentingan atau demi ketaksuban untuk mengumpul kekayaan sendiri mahu pun keluarga mahu pun golongan-golongan tertentu. Untuk menyambungkan bicara hari ini perbahasan hari ini, saya ingin membawa Dewan yang mulia ini kepada satu hari iaitu pada 13 Mac lebih kurang jam 9.00 malam. Saya rasa hari itu mungkin ada rakan-rakan yang perasan mungkin ada rakan-rakan yang tidak perasan tetapi pada malam itu memang di kawasan Sungai Siput ramai yang mukanya pucat, gelisah, takut, risau dan sebagainya disebabkan berlaku mungkin kita katakan nak katakan ribut tidak juga tetapi hujan yang amat lebat di kawasan Sungai Siput dan sekitarnya masuk ke juga kawasan di luar Sungai Siput sehingga ada kawasan yang banjir sampai ke paras dada. Jadi pada malam tersebut kita boleh melihat macam-macam yang berlaku. Nak dikatakan banjir sedemikian biasanya berlaku di Sungai Siput tak juga. Nak dikatakan Sungai Siput tak pernah banjir pun tidak juga tetapi memanglah banjir pada hari itu memang boleh dikatakan amat teruk dan selebihnya berlakulah bibit-bibit cerita-cerita pengalaman-pengalaman dan sebagainya mungkin boleh dikatakan tidak akan dilupakan oleh orang-orang Sungai Siput terutamanya pada hari tersebut.

Jadi sebelum saya melanjutkan cerita kawasan-kawasan yang kebiasaannya menerima masalah banjir tak selesai-selesai di kawasan Sungai Siput. Kawasan yang lama mengalami masalah banjir hari itu turut banjir. Kawasan tersebut termasuk Taman Kledang, Taman Muhibah Jaya, ada dua tiga hotspot. Di persimpangan Jalan See Khoon Lim, Jalan Industri, kebiasaan lain tempat tak banjir di tempat tu pun banjir. Taman Permai, Taman Aman sampai ban pecah itu kebiasaan kalau air sungai jadi terlalu tinggi akan melimpah dan ada rumah yang boleh sampai setengah tingkat dibanjiri air. Mungkin ada pada penduduk-penduduk ada pada orang ramai di sini mungkin yang mempunyai rumah dua tingkat mereka rasakan dua tingkat setengah tingkat tu tidak mengapa tetapi rumah di Taman Aman tu cuma ada satu tingkat. Kalau setengah tingkat setengah bangunan tu dibanjiri mereka nak lari tu ke mana. Wira Sami dibanjiri air sungai limpah, belakang kilang papan biasanya banjir, banjir juga, Taman Lintang Makmur beberapa kawasan biasanya banjir, banjir juga. Lagi satu tempat yang boleh dikatakan bukan di dalam kawasan Sungai Siput tetapi selalunya menjejaskan kawasan Sungai Siput ialah kerana ia digunakan oleh rakyat Sungai Siput iaitu di depan kilang simen banjir juga. Kawasan-kawasan baru yang dulu tak pernah banjir sekarang dia kena banjir sampai bot bomba perlu digunakan.

Bayangkan yang dulu tak pernah banjir sekarang bomba kena keluarkan bot dan malangnya di kawasan tak pernah banjir tersebut kali ini tiba-tiba banjir mempunyai penduduk yang dimana ada beberapa rumah yang orang rumahnya dalam pantang lagi baru melahirkan anak. Bayangkan dalam pantang air boleh sampai nak sampai depan hampir-hampir paras dada jadi masalah di situ. Simpang Jalong tak pernah banjir kena banjir, Kampung Benggali tak pernah banjir kena banjir, RPA jadi macam waterfall, RPA Rimba Panjang, air datang deras sampai macam jadi waterfall. Dulu tak pernah banjir sekarang banjir. Jadi masalahnya di situ.

Tadi saya pernah saya kata hari ini saya nak cerita banjir saja. Jadi seorang rakan saya di sebelah sini dia kata, eh wahai Jalong, kamu ni dah berapa penggal dah kat sini nak cerita banjir lagi. Jadi saya pun tak tahu nak cakap apa. Berapa lama dah isu banjir ni tak boleh selesai bukan saja kawasan lama tak boleh selesai sekarang dengan kawasan baru pun kena. Jadi saya nak tanyalah. Kerajaan Negeri sebenarnya ada buat kerja ke tidak iaitu sama ada Kerajaan Negeri tak nampak atau tak nak nampak atau pun ini semua sabotaj politik atau nak balas dendam atau mungkin kita tak boleh salahkan Kerajaan Negeri. Mungkin ini balas dendam politik daripada Kerajaan Pusat yang tak suka pemimpin kerajaan negeri. Itu pun saya tak faham. Yang saya tahu kerjanya tak jalan itu mempunyai banyak masalah.

Jadi kesan pada banjir hari itu ialah nombor satu, penambahan kawasan bencana banjir di mana dulu mungkin antara dua pertiga daripada kawasan hari itu banjir adalah kawasan lama dan satu pertiga adalah kawasan baru. Nombor dua penambahan daripada tahap keterukan atau kesulitan banjir itu atau keterukan banjir tu. Sepanjang saya menjadi ADUN di situ saya tak pernah tengok bomba gunakan bot di kawasan pekan Sungai Siput dan sekitarnya. Masuk ke kawasan pedalaman yelah sebab kawasan kampung mungkin sungai, kampung dan ladang dan sebagainya tetapi ini di kawasan pekan, taman perumahan, nak gunakan bot bomba tak pernah saya tengok. Jadi ini antara kesannya.

Antara kesannya ban atau tembok di Taman Aman pecah lagi. Dah pecah berapa kali pecah lagi. Antaranya kesan jambatan atau titi besi di Kampung Rimba Panjang dan satu lagi di belakang kilang papan yang pada tahun lepas banjir pertengahan tahun lepas bulan Mei banjir dah pecah dah roboh titi besi tu. Dah mengadu berapa kali dalam Dewan ni, berapa kali nak cakap dalam Dewan ni. Tak faham-faham tak jalan-jalan kerja. Saya tak tahu ini semua angkara orang politik ke atau angkara orang penjawat awam ke itu saya tak tahu siapa yang menjadi masalah tapi masalahnya tti besi itu tak selesai. Nak katakan masalah kita pembangkang saya rasa tak juga. Ada juga orang kerajaan yang pergi tengok tapi tak selesai juga benda tu.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Canning mohon laluan. Terima kasih Jalong. Sebab mengenai isu banjir dan juga kejadian di kawasan saya di kawasan Canning, bagi isu banjir kilat ini yang berlaku di sekitar Ipoh, Ipoh Garden Inn dan juga Taman Cempaka, apakah status sekarang semenjak banjir kilat yang berlaku berminggu-minggu lepas saya tidak mendapat sebarang kemaskini atau update dari mana-mana pihak agensi kerajaan tentang solusi-solusi banjir kilat dan adakah kita Kerajaan Negeri atau agensi-agensi yang terlibat akan mengemukakan cadangan? Sekian terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Canning. Sebenarnya kawasan banjir yang diceritakan Caning itu kampung saya Taman Cempaka, kampung saya. Dulu pun tak penah banjir waktu saya kecil dulu. Balik kepada ni. Lepas tu kesan yang lagi satu kerugian kepada penduduk kerugiannya ada banyak. Nombor satu saya ceritakan kerugian komersial dulu sebab biasanya orang anggap peniaga ni kaya. Jadi bila kita cakap pasal bantuan ni kita jarang nak pedulikan orang kaya, kaya kononnya peniaga tetapi masalah kerugian mereka teruk. Saya bagi satu contoh di pasar. Setiap kali pasar bayangkan bila pasar tu banjir berapa kerosakan yang timbul terutamanya kepada penjual-penjual ayam. Harga ayam sekarang mahal. Setiap kali banjir peniaga-peniaga ayam di situ ayamnya akan mati, tenggelam sebab ayam tak tahu nak scuba diving. Kerugiannya dua tiga ribu, empat lima ribu bergantunglah pada stok hari itu. Ini termasuk juga peniaga-peniaga lain di kawasan pasar yang sering dilanda banjir. Kerugiannya mereka bukan sahaja stok mereka tetapi kerugian mereka masa berniaga maka selepas banjir mereka terpaksa membersihkan kawasan, membersihkan kedai premis dan sebagainya jadi mereka tidak boleh berniaga selepas banjir. Kesannya kepada penduduk bagaikan jatuh ditimpa tangga. Kebiasaannya kawasan yang dilanda banjir saya rasa kebiasaannya kawasan yang dilanda banjir adalah mereka yang lebih susah dalam kehidupan mereka. Sebab kalau mereka kaya raya mereka pindah rumah yang lebih tinggi. Mereka pindah kawasan tak banjir. Mereka pindah tempat yang di mana orang kata tak ada tanah runtuh. Kebiasaannya orang yang lebih ok, tempat mereka tak dilanda banjir, tempat mereka takkan dilanda tanah runtuh tapi mereka yang ini duduk di kawasan banjir bagai jatuh ditimpa tangga. Setiap kali banjir berapa benda yang kena buang. Lepas buang kena beli balik, lepas tu banjir lagi, lepas banjir buang lagi. Jadi faham-fahamlah penderitaan rakyat-rakyat ni. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri Besar minta tolong-tolong tengokkan jambatan tu, berapa kali saya cerita dalam Dewan ni dah berapa kali saya cerita dalam mesyuarat daerah, dah berapa kali saya kacau pejabat daerah. Berapa kali saya kacau MPKK, tak nampak juga jambatan tu. Jadi mohon baiki jambatan tu dan lain-lain. Lepas tu saya nak cerita pasal masalah pula. Masalah yang timbul selepas banjir hari tersebut. Jadi masalah ni kita boleh tengok bahagi pada dua. Nombor satu masalah yang dari dulunya berlaku dan nombor dua masalah yang baru berlaku tiba-tiba. Ok, masalahnya banyak titi besi tadi saya dah cakap dah, dah setahun cakap tak buat-buat. Nombor dua masalah mengenai bantuan, dah masuk hari ini lebih kurang dua minggu, lebih kurang dua minggu sikit lajak daripada dua minggu. Tak ada bantuan apa-apa kepada mangsa-mangsa banjir. Daripada mana-mana agensi. Maksudnya saya bantu maksud saya bantuan kewanganlah, tak ada bantuan kewangan disalurkan kepada mana-mana dan kali ini banjir melibatkan pada jangkaan saya, saya tak ada data dalam tangan tapi jangkaan saya melibatkan lebih kurang 200 rumah. Kenapa bila banjir di Selangor kenapa bila banjir di di KL contoh, punya ramai menteri pergi tengok. Punya ramai Exco pergi tengok, punya ramai agensi nak bagi bantuan. Tapi Sungai Siput punya orang bukan orang ke? Sungai Siput punya manusia bukan manusia ke? Tak layak diberi bantuan ke? Ke mana perginya keperihatinan pihak yang menjaga kebajikan mereka. Mintalah tolonglah salurkan bantuan kalau tak banyak setakat yang mampu. Macam Yang Berhormat tadi Yang Berhormat tadi telah menyebut sekiranya kerajaan boleh bagi berapa tu pembangkang pun boleh bagi dan kadang-kadang kalau pembangkang pun boleh bagi lebih, jadi kerajaan tolonglah bagi lebih sikit. Tolong tengok mengenai bantuan. Jadi saya nak kata sekali lagi sama dia tak nampak tak nampak sama ada sabotaj politik atau sebarang balas dendam politik ataupun disebabkan pimpinan pusat dan sebagainya Saya tak nak tahu semua ni sebab rakyat tak nak tahu semua ni jadi tolong tengok.

Nombor dua mengenai Jabatan Pertahanan Awam. Saya telah sarankan dalam Dewan ini, saya telah ceritakan dalam Dewan ini, saya telah malas tak boleh kata amaran memberi amaran bahawa bakal akan berlaku masalah ni tapi tak dilayan, tak ditengok, tak dipedulikan kan dah menjadi masalah. Pada hari banjir tersebut berapa kawasan lebih kurang setengah Sungai Siput perumahan Sungai Siput mengalami masalah banjir. Tapi JPAM tak ada. Bomba pun manusia nak suruh Bomba pergi mana? Sini nak bot, sana nak tebang, sana nak ni sana nak tu, eh bomba tu berapa orang yang ada, dalam kawasan Sungai Siput. Kita kerahlah habis semua Bomba yang ada. Jadi apa masalah dengan JPAM Sungai Siput, kita dah kata markas Sungai Siput perlu diadakan semula. Markas Sungai Siput kenapa yang dari mulanya ada, kenapa hilangkan buangkan, tah apa lagi nak dicakap tapi cuma yang kita tahu rakyat tahu JPAM Sungai Siput pergi mana? Hari tu tinggal bomba saja yang pergi yang ada. JPAM tak ada tak kesian ke abang-abang Bomba kita. Kan dah bagi amaran, kan dah berlaku. Jadi saya mohon saya harap supaya pihak kerajaan tolong tengok-tengokkan masalah ni.

Jadi sebenarnya banjir yang berlaku hari itu dia telah menyerlahkan menaikkan kepada pandangan kita semua kepada sanubari kita semua masalah-masalah kepincangan dan permasalahan yang berlaku dalam mungkin kita kata kerajaan atau pimpinan atau agensi yang ada sekarang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan masyarakat, kebajikan rakyat Malaysia terutamanya kebajikan Negeri Perak. Masalah lagi. Pengurusan kebersihan atau sampah. Hasil daripada Bomba banjir hari tu. Permasalahnya saya bagi satu contoh, saya telefon agensi yang terlibat dia janji ok, esok YB boleh YB esok kita mari YB boleh YB standby, oo cantik janji. Saya kata tak apa kita stanby satu team kita boleh tolong, tak kisah janji kita nak selesai. Last-last saya punya team duduk bawah pokok satu hari, tak ada mesin yang datang, tak ada aset yang datang, yang datangnya orang saya bawah pokok. Penduduk kata ada ada ada saya nampak you punya orang semua bawah pokok. Ibarat nak buat mesyuarat bawah pokok pula. Jadi saya nak salahkan agensi ke tidak. Saya faham saya faham ada kekangan pegawai tersebut mempunyai kekangan, saya faham tetapi kadang-kadang kalau boleh tolonglah buat cara-cara lain untuk mendapatkan apa-apa orang kata penyelesaian yang ada di situ.

Saya akan sambung mengenai pengurusan ini nanti. Sebab saya nak sambung tak mengenai masalah dulu. Masalah lagi-lagi satu. Projek-projek yang dijalankan pembangunan yang dijalankan, adakah mereka dipantau oleh agensi-agensi yang terlibat? Antara contohnya dulu yang kawasan tak pernah banjir sekarang banjir teruk yang saya cerita tempat di mana ada perempuan yang tengah dalam pantang lagi yang baru lahir dalam tempat tersebut, ada juga yang baru keluar daripada hospital sebab strok. Bayangkan baru keluar strok kena banjir lagi. Di tempat itu mempunyai dua punca air yang datang daripada hutan atau estet atau ladang dan sebagainya. Jelas kita boleh nampak ada pembangunan ada projek di kawasan atas dan kemungkinan besar ada pembalakan, di mana punca-punca air ini. Jadi adakah dipantau? Adakah dipantau oleh pegawai-pegawai yang terlibat atau tidak atau mempunyai kuasa-kuasa politik yang menentukan supaya mereka tidak perlu dipantau?

Jadi dengan ni saya mohon sebab hari ini saya buka dalam Dewan. Saya mohon agensi-agensi yang terlibat ataupun ahli-ahli Exco juga Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh melihat dalam keadaan ini supaya tidak melibatkan kepada lebih teruk, lebih serius lagi masalah yang berlaku kepada rakyat-rakyat di kawasan Sungai Siput. Last sekali saya nak cerita pasal masalah yang last sekali. Mengenai MASMA. MASMA ni telah diluluskan dalam zaman. MASMA ini telah diluluskan dalam zaman PH menjadi kerajaan. Saya ingat saya duduk dekat situ lagi, time tu depan tu. Time tu dah lulus lulus RM18 juta. Lepas tu tak tahu langkah siapalah gulingkan PH, tak apalah you nak jadi kerajaan you pergi jadi kerajaanlah, kita jadi balik pembangkang. Tapi kita jadi balik pembangkang pun kenapa dah BN dah jadi kerajaan dua tahun. Mana perginya MASMA. Kenapa tak jalan-jalan lagi apa yang JPS buat? Sama ada sama ada ini masalah JPS yang tidak buat kerja ataupun ada orang politik yang membuat gangguan kerja.

Sama ada ini masalah lantikan kontraktor atau masalah lain atau sama ada ini masalah pimpinan pusat yang tak suka dengan sesetengah pimpinan negeri ini jadi dia kacau semua benda ni. Saya tak tahu tapi saya naikkan hari ini supaya semua di sini boleh dengar. Logik ke satu projek Kerajaan Pusat yang telah diluluskan, yang telah ada wang, sampai dua tahun tak boleh jalan. You tanya orang berniaga mana you tanya tauke mana you tanya majikan mana dia tanya yang buat projek kebiasaannya paling susah nak dapatkan apa, wang ini wang ada dekat situ duduk dua tahun tapi projek tak jalan. Pencapaian terbesar MASMA di sungai rakan-rakan sini semua tahu. Pencapaian terbesar MASMA terbesar di Sungai Siput adalah dua papan tanda. Setelah dua tahun dua papan tanda. Apa punya kerja ini. Jadi saya rasa minta tolong minta tengok supaya benda-benda ini diselesaikan. Jangan menyusahkan semua terutamanya rakyat di situ. Sekiranya nak gaduh politik, sekiranya nak gaduh kroni biarlah orang politik yang gaduh, biarlah kroni yang gaduh. Jangan sampai rakyat saya mungkin boleh gunakan perkataan mungkin kasar sikit tapi diperhinakan sebegini. Mereka manusia tau. Jangan bagi mereka susah sampai sebegini. Jadi saya bukan nak marah sahaja tapi saya bagi cadangan juga. Biasanya macam inilah. Jalong constructive. Saya bagi cadangan juga. Nombor satu. Tolong bagilah bantuan one off kepada semua yang terlibat kepada semua yang terlibat. Tolong bagi bantuan one off kepada mereka kerana mereka ini hampir kesemua mereka ini bukan orang yang berada. Bukan kaya-raya. Jadi tolong bantuan mereka terutamanya selepas covid. Saya tengok dalam Titah Tuanku kita ada lebihan kan ? Ada lebihan kan ? Kalau ada lebihan kenapa tak digunakan untuk bantu orang. Lebihan itu simpan dalam bank tak ada guna. You boleh war-warkan saya banyak duit tapi you tak simpan kat dalam bank. You tak pergi bantu orang. Jadi apa guna lebihan tak bantu orang yang tengah dalam susah.

Nombor dua. Sekiranya. Betul sangatlah. Susah sangatlah nak keluarkan duit itu juga. Sakit sangatlah nak keluarkan duit itu juga. Kita boleh guna cara lain nak menunjukkan keperihatinan Kerajaan Negeri dalam menolong dalam membantu rakyat yang tengah susah. Saya bagi contoh kita boleh bagi pengecualian fi atau sewa. Mereka yang di pasar itu. Mereka hilang. Sekali banjir hilang. Ayam itu rugi dalam RM 3000 hingga RM 5000. Apa kata sekurang-kurangnya nampaklah keperihatinan sikit kalau MPKK ke bagitahu tuan-tuan punya kedai semua kami tahu anda telah rugi. Kami tak mampu nak bagi pampasan sebab tengah nak menangani covid. Tapi macam nilah kita boleh bagi dua bulan atau tiga bulan tak payah bayar sewa. Kan mereka akan nampaklah sebenarnya kita ini disayangi juga oleh pemimpin. Kita ini pemimpin nampak juga nak jaga kita walaupun tak semua tapi kurang-kurangnya bolehlah kita nak rasa bahawa ada juga kasih sayang di antara pemimpin dengan rakyat jelata.

Cadangan untuk peniaga yang berniaga di Pasar Besar. Cadangan lagi kepada mereka yang banjir setiap kali banjir. Bayangkan berapa air dia nak guna tahu untuk cuci. Bagi yang pernah cuci banjir itu tahulah. Yang tak pernah cuci banjir itu saya nak cerita sampai macam mana pun dia takkan faham. LAP merupakan antara agensi yang paling-paling pandai cari duit dalam Negeri Perak. Jadi kenapa tidak boleh andai kata LAP kata bulan ini kita tak payahlah bayar bil. Bil air untuk sebulan ini. Contoh kepada rumah-rumah yang terlibat Timbalan Yang Dipertua. Jadi sekurang-kurangnya mereka merasa. Kalau tidaklah dibagi bantuan secara one-off. Mungkin akan ada yang pertikaikan. Mungkin Sfino dah tepuk dahi. Alamak, nak duit lagi tapi sekurang-kurangnya bagi agensi lain yang boleh bantu. LAP boleh bantu. Ok. Bulan Ini atau dua bulan ini tak payah. Atau kita kata setiap kali banjir kita bagikan free bulan itu. Bulan itu banjir bulan itu free. Contohlah.

Kita bukan nak minta banjir. Tapi sekurang-kurangnya nampak keperihatinan. Itu salah satu contoh lagi nombor tiga. Ya juga disitu ialah tolong bagi titi besi itu. Sudah berapa kali kita cakap dalam Dewan. Bukan mahal sangat pun titi besi itu. Bagi orang kebiasaan mahallah tapi kalau bagi Kerajaan Negeri. Senang saja bukan nak suruh buat sampai macam jambatan nak merentasi Sungai Perak. Titi besi itu tolong baiki titi besi tolong rekod betul-betul di Rimba Panjang. Ok. Lepas itu. Tolong wujudkan satu enakmen punca kuasa di mana ladang-ladang kawasan pertanian yang saya tahu sekarang tengah buat tapi belum ada lagi enakmen di mana penguatkuasaan boleh dikenakan kepada ladang-ladang besar terutamanya. Ladang-ladang besar sebab kalau pemilik-pemilik kecil pekebun-pekebun kecil yang 5 ekar ini dia jumpa atau Pajero pejabat tanah datang. Dia dah mengelabah dah. Kaki dah bergetar. Ya tuan. Nak apa tuan. Tapi kalau ladang besar dia tak hairan. Dia tak tengok pejabat tanah, CADO mari. Dia bukan nak tengok. Dia cerita antara bos dia dekat KL dan Putrajaya. Dia tak tengok perkara-perkara kecil ini. Jadi tolong adakan satu punca kuasa untuk enakmen di mana mereka boleh nak dikatakan memaksa atau menyuruh atau directkan supaya sungai-sungai di kawasan mereka itu dibersihkan? Jangan sampai ada pokok-pokok, ada sampah dan sebagainya di kawasan mereka yang mereka tak jaga.

Seterusnya menyebabkan kawasan lain banjir. Saya bagi contoh di kawasan saya, kawasan Sungai di jalong. Di mana kita kata ada kerja memang kita cakap ada kerja. Memang JPS ada buat kerja tetapi selepas Jalong sungainya tersekat-sekat. Itu yang menyebabkan kickback. Air ditendang balik di kawasan Jalong dan menyebabkan banjir terutamanya di kawasan Hitam Makmur. Jadi ini antara langkah-langkah yang penting supaya mereka pegawai-pegawai tak kiralah JPS ke, pejabat tanah dan sebagainya boleh mengarahkan ladang-ladang ini supaya membersihkan sungai mereka. Ok. Lepas itu cadangan lagi...

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong. Masa.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya faham tapi kena cakap juga sebab ni masalah rakyat. Boleh. Saya ucapkan terima kasih atas jasa baik timbalan speaker untuk membenarkan saya untuk sambung lagi sakit sini. Ok, jadi saya nak sambung lagi dengan sini cadangan lagi. Kalaulah betul-betul Kerajaan Pusat tak nak jaga apa yang berlaku di sini. Mereka tak nak jaga tak nak buat MASMA juga. Mereka nak tangguhkan masalah juga. Nak menderitakan rakyat Sungai Siput juga. Nak menyakiti rakyat Sungai Siput juga. Tak apalah. Biar Kerajaan Negeri yang buat terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Biar Yang Amat Berhormat Menteri Besar turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat. Tunjukkan kepada Putrajaya bahawa Kerajaan Negeri Perak mampu menyelesaikan masalah.

Lagi satu langkah drastik saya kata mungkin saya nak sebut mungkin tidak akan disukai ramai. Sekiranya tak selesai-selesai juga benda-benda semua ini. Kita minta pegawai-pegawai atau ketua-ketua atau siapalah yang bertanggungjawab menjaga kawasan-kawasan banjir ini. Kita minta supaya mereka dipindahkan dan duduk dalam kawasan banjir. Biar mereka rasa banjir macam mana. Barulah mereka tahu dan nak selesaikan masalah banjir itu. Jadi ada lagi dua perkara yang saya ingin bawa cepat saja Timbalan Speaker. Mungkin Dalam 5 minit saja. Cepat saja. Ok.

Nombor satu, perumahan juga disebut dalam Titah Tuanku. Perumahan apa yang akan jadi dan apa yang terjadi kepada perumahan yang dirancangkan di Batu 2, Jalan Lintang. Zaman pemerintahan PH kita sudah hampir-hampir sampai kepada pemilihan peserta tetapi sekarang setelah PN mengambil alih kuasa dua tahun. Apa pun tak ada. Jadi saya nak ulang lagi persoalan sama ada tak nampak atau tak nak nampak sama ada sabotaj politik ataupun balas dendam politik ataupun tengah pilih kontraktor lagi. Saya tak faham. Tapi masalah ini berlanjutan dari zaman BN dulu.

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong. Sila ringkaskan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Boleh. Saya nak kena faham. Tolong selesaikan masalah ini. Jangan kita nak setiap kali kita bawa masalah rakyat ke dalam mana-mana mesyuarat kita kata covid. Nak covid sampai bila. Bila pergi melancong tak nampak pun covid. Bila pergi shopping tak nampak pun covid. Bila pergi makan tak nampak covid tapi bila menjalankan kerja-kerja ini rakyat ini covid. Jadi saya rasa ini benda kena selesaikan.

Lagi satu mengenai ini kutipan sampah dan saya katakan tadi saya nak sambung. Jadi apa yang berlaku pada hari itu. Saya nak salahkan pegawai itu kalau tidak. Saya rasa tak boleh juga nak salahkan pegawai itu sebab aset yang ada di kawasan Sungai Siput itu. Itu ajalah. Tak banyak pun. Jadi saya minta tolong supaya adakan satu SOP ke atau apa ke atau panduan kerja dan sebagainya sekira sesuatu kawasan menghadapi bencana besar di kawasan tersebut maka PBT-PBT di kawasan sempadan tolong jaga. Contoh kalau Sungai Siput yang paling besar yang paling kaya raya dengan aset siapa DBI tolong hantar aset sikit untuk bantu jangan sampai kita buat mesyuarat bawah pokok. Hantar aset sekurang-kurangnya hantar sikit-sikit sebab kalau nak harapkan Puncak Emas pun sakit kepala. Puncak Emas dia kena tunggu. Dia kena tunggu ada kelulusan wang dan sebagainya baru boleh.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Tambah sikit boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

Jalong ambil masa yang terlalu panjang sangat dah. Saya rasa...

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Tak apalah 30 saat 30 saat.

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Ok, saya juga ingin mendapat beberapa respon dari kerajaan untuk atasi dari Puncak Emas yang mengurus kontrak-kontrak pihak-pihak berkuasa tempatan. Pelbagai laporan mengenai kerosakan longkang di rumah kediaman dan juga lampu jalan tidak fungsi kepada pihak Puncak Emas sejak tahun 2021. Laporan-laporan ini kita tidak ambil berat oleh pihak Puncak Emas untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak dengan alasan kontraktor belum di award. Alasan ini tidak dapat diterima dan juga apakah tindakan dari kerajaan tempatan juga adakah apa-apa Kerajaan Negeri akan mengauditkan semula kontrak Puncak Emas? Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok, Jalong saya bagi satu minit saja.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ok, terima kasih saya akan bawak kereta api sikit. Ok, jadi untuk ni saya nak syorkan kepada Kerajaan Negeri supaya sekiranya masalah-masalah dengan Puncak Emas ini banyak sangat .Saya harap buat kajian semula supaya semua kerja-kerja ini dikembalikan kepada PBT-PBT tanpa menggunakan Puncak Emas. Ok, last sekali saya ingin sampaikan masalah kawasan perkampungan Orang Asli. Dua minit. Cepat ini penting Orang Asli. Nombor satu kawasan Orang Asli ni dulunya transit mereka di mana di lebih kurang kata pekan Sungai Siput lah. Pekan Sungai Siput ni sebelum dia masuk ke Jalong Tinggi tetapi sekarang transit untuk orang asli ini dipindahkan ke dala baung

Jadi saya pun hairan macam mana cerita contohnya orang kita andaikan orang kalau nak datang dari KL dulunya dia akan berhenti di mungkin kita kata Kampar selepas tu ke Ipoh tetapi sistem yang ada sekarang dia dari mana dari KL dia pergi

Kuala Kangsar lepas tu dia patah balik Sungai Siput patah balik ke Ipoh. Jadi tak logik jadi ini membawa kesusahan masalah kepada penduduk-penduduk Orang Asli di kawasan Jalong Tinggi dan mereka tok-tok batin ini telah merungut supaya mereka diberi perhatian atas masalah dengan transit Orang Asli ini. Pasal orang asli yang bersambungan ialah tolong lihat kepada masalah, masalah sosial ekonomi mereka di mana penjana ekonomi. Mereka minta saya bawa dalam Dewan ni supaya mereka diberikan peluang untuk membuat tanaman-tanaman lain. Mereka minta getah nak tanam getah tetapi kadang-kadang saya faham di atas kekangan mereka dia di dalam kawasan rizab hutan.

Jadi saya harapkan agensi-agensi kerajaan supaya memantau dan membawa perkembangan baru supaya mereka dapat membuat penaiktarafan ekonomi mereka saya telah berbincang dengan YB yang bertanggungjawab atas pelancongan YB Tualang Sekah telah bersetuju untuk memberi peruntukan tetapi malangnya pada masa itu ada di antara mereka yang risau bahawa setelah membawa pelancongan dan sebagainya mungkin akan membawa orang luar ke dalam kampung. Jadi ini merupakan sebahagian daripada budaya mereka di mana mereka lebih kurang lebih selesa dengan orang sendiri.

Jadi saya harap pihak agensi-agensi yang terlibat supaya dapat melihat pada permasalahan mereka dan menyediakan lebih banyak peluang ekonomi kepada Orang Asli di kawasan Jalong Tinggi di Sungai Siput dan last untuk pada orang untuk kawasan Sungai Siput.

Timbalan Yang di-Pertua

Hampir 10 minit Jalong.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Iaitu eKasih eKasih penting. Ok, saya baru terkejut bahawa sebenarnya orang-orang Asli ini dia takda eKasih. Nama mereka tak masuk dalam eKasih saya terkejut. Jadi saya pun tak tahulah mungkin saya dulu kurang sangat berjumpa dengan mereka jadi saya harapkan supaya sistem di mana JAKOA yang dipertanggungjawabkan saya saya kurang arif nama dia eDamak, eTanah ke apa ke diselaraskan dengan eKasih supaya mereka mendapat satu peluang yang penting dah nak landing dah supaya peluang kehidupan mereka lebih cerah. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih titah Tuanku.

Timbalan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan silakan.

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Sayangi Perakku. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, para petugas pentadbir Kerajaan Negeri dan juga petugas media. Terlebih dahulu patik menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sudi mencemar duli merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri pada hari semalam. Izinkan saya memetik sepotong ayat Quran berkaitan dengan amanah sebagai seorang pemimpin (bacaan ayat Al- Quran) yang membawa maksud wahai Daud sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah iaitu penguasa di muka bumi maka berilah keputusan di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu daripada Allah, sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan ada hari perhitungan nanti. Al Saffat ayat 26.

Dato' Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan menzahirkan pengiktirafan tertinggi kepada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Kota Tampan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah berjaya mentadbir Kerajaan Negeri dan juga telah membawa satu pulangan yang tinggi pada ketika kita menjangkakan pandemik ini akan menjejaskan tabung kewangan Kerajaan Negeri tetapi sebaliknya berlaku. Alhamdulillah ini antara keberkatan yang Allah Ta'ala kurniakan kepada negeri Perak. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada wira-wirawati, frontliners yang turut membantu mangsa-mangsa banjir pada penghujung Disember yang lepas di kawasan negeri yang terjejas teruk Selangor, Pahang dan Pantai Timur. Pujian juga dituju khas buat keluarga Malaysia di atas semangat ditunjukkan oleh mereka yang bersungguh-sungguh membantu mangsa banjir tanpa mengira kaum dan agama.

Dato' Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, pada awal tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM27 ribu kepada keseluruhan 59 Adun sebagai persediaan untuk membeli barangan persekolahan kepada keluarga ataupun pelajar yang kurang berkemampuan. Ini salah satu kematangan yang ditunjukkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menyantuni keseluruhan ADUN. Saya dulu pernah berada barisan kepimpinan Kerajaan Negeri. Rasa sedikit malu juga kerana pada ketika kami berada di sana kita mengabaikan juga tanggungjawab kepada ADUN-ADUN yang lain tapi alhamdulillah mungkin ada hikmah di sebalik pertukaran kepimpinan kerajaan maka kematangan ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan kesemua ADUN yang berada dalam Dewan yang mulia ini mendapat manfaat yang baik. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Timbalan Yang Dipertua, saya ingin menyentuh sedikit perbahasan berkenaan dengan Program Tuisyen Cikgu Saarani kita melihat bagaimana sambutan yang positif dan saya mencadangkan program ini diteruskan bermula dari peringkat para pelajar sekolah rendah sehinggalah pelajar institusi tinggi awam dan swasta. Kerajaan Negeri perlulah meneruskan bantuan khusus seperti tuisyen dan kelas tambahan bantuan makan tengah hari percuma kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM. Timbalan Yang Dipertua, saya nak berbicarakan soal sistem perumahan terlebih dahulu terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat Perakku Prihatin manakala RM3 juta untuk Projek Perumahan Sayangi Rumahku yang dilaksanakan oleh Yayasan Perak.

Walaubagaimanapun ada kelemahan daripada segi sistem penyampaian yang perlu diperbaiki oleh agensi yang terlibat terutamanya Yayasan Perak saya mohon maaf kepada Pengerusi Yayasan Perak perkara ini perlu ditegur agar diperbaiki. Saya nak kongsikan satu isu yang dihadapi oleh pejabat saya sendiri pada penghujung tahun lepas sehinggalah Februari lalu. Terdapat permohonan RMR Perak ku Prihatin yang tidak menerima maklumbalas daripada pihak SPNB mahupun Yayasan Perak. Apabila ditanya tentang status permohonan tersebut, pegawai yang berada di Yayasan Perak ataupun yang SPNB sama mereka tiada rekod. Begitu juga Yayasan Perak borang tu sampai. Sedangkan dokumen yang dihantar melalui penghantaran yang sah dan berdaftar. Pejabat saya ada simpan rekodnya. Apa yang mengecewakan saya kerana yang datang ke pejabat saya tu dah tiga kali dah tanya.

Saya mengambil inisiatif pejabat saya yang menyerahkan pos berdaftar kepada agensi SPNB dan Yayasan Perak. Kalau kita nak buat panggilan telefon memang susah nak dapat. Tapi kali ketiga beliau datang ke pejabat saya dalam keadaan tangisan kerana dia dah telefon kata borang tak terima. Jadi saya mengharapkanlah sekarang ni zaman digital, kalau boleh pihak Yayasan Perak bangunkanlah satu sistem aplikasi yang boleh dikongsikan maklumat kepada seluruh ADUN, ADUN-ADUN yang ada. Kalau permohonan tu dihantar, maknanya dalam sistem online tu ADUN-ADUN akan dapat memantau sejauh manakah permohonan ini diproses. Kalau ditolak kena nyatakan kenapa permohonan ini ditolak. Tak perlulah kami telefon pegawai ni, telefon pegawai ni. Jadi ianya membuangkan masa dan juga kalau jawapan mengecewakannya kita pun tertanya-tanya. Apakah nasib orang yang sedang menunggu, sedangkan dia ada peluang untuk menikmati ataupun memperoleh rumah ni. Oleh itu perlu diambil perhatian.

Titi Serong saya mohon sikit. Berkenaan dengan isu Rumah Perakku atau bukan Rumah Perakku, bantuan daripada Sayangi Rumahku dan permohonan daripada rakyat kepada Yayasan Perak. Saya baru ni menerima taklimat daripada Yayasan Perak yang mengatakan bahawasanya semua pemohon-pemohon yang daripada tahun selepas dan sebelum ini perlu mengisi semula borang. Yang ini satu perkara yang amat mendukacitakan di mana berlaku lambakan borang di Yayasan Perak yang tidak diurus secara sistematik. Jadi saya mencadangkan agar perkara ini diambil serius oleh ahli semualah dalam Yayasan Perak dan kalau kata tidak mampu kita kena ada cari jalan penyelesaian untuk memberi orang kata perkara ini kepada orang yang mampu untuk menyelesaikannya. Jadi saya yakin Yayasan Perak mungkin terlalu banyak perkara-perkara yang telah diuruskan, jadi sekiranya berlaku kelemahan dari segi sistem pengurusan permohonan rumah ini, saya mengharapkan agar adalah satu badan yang boleh membantu selain daripada Yayasan Perak untuk menguruskan permohonan ini di mana Ia memberi persepsi yang sangat tidak baik kepada pemohon-pemohon khususnya yang memohon Rumah Perakku.

Saya setuju dengan Trong. Macam mana boleh dikatakan bagi arahan. Siapa yang pernah mengisi borang sebelum ni hantar permohonan minta tolong isi semula. Bayangkanlah berlonggok-longgok borang tu. Kita nak cop pun ketua kampung pun jenuh jugak la kan. Ini dari tahun 2018 hingga bertindihlah. Saya tak tahu dasar macam mana dibuat tapi kalua boleh kalau Yayasan Perak boleh mengagihkan sedikit kuasa tu ataupun projek tu kepada YBU ke untuk memudahkan permohonan ini.

Timbalan Yang Dipertua, antara masalah yang berlaku di kawasan sayalah perumahan. Kawasan Titi Serong ni memang dikenali jelapang padi dan juga kawasan nelayan. Jadi isu perumahan sangat kritikal. Menjadi masalah besarnya apabila satu, seorang pemohon nak membina rumah, barangkali kawasan lain pun sama. Dia tidak pecah geran. Satu ekar tu berkongsi ramai. Maknanya ini tanah-tanah tradisi kan. Ada tujuh keluarga, 5 atau lebih. Jadi bila nak mohon rumah sama ada Baitumal ataupun Yayasan Perak, syarat utamanya mendapat kebenaran daripada semua penama-penama dalam geran. Ada kes 16 nama kan. Nak cari sorang-sorang tu punyalah susah.

Jadi saya mengharapkan satu mekanisma lah kepada, cari satu mekanisma baru bagaimana nak menyelesaikan permohonan seperti kes begini. Susah kita faham. Masalah itu akan bertindih dengan kuasa. Nanti masalah gerankan. Bila ada tuntutan. Cumanya kalau tidak ada penyelesaian masalah ini akan bertindih dan menjadi lagi banyaklah. Jadi kalau boleh dilonggarkan syarat itulah. Kalau waris dalam geran tu dah meninggal kena cari anak dia pula, anak ada 5 orang, 5 orang kena dapat pengesahan. Mohonlah daripada pihak Kerajaan Negeri mencari, mewujudkan satu mekanisme yang baru untuk memudahkan permohonan seperti kes seperti inilah.

Dato’ Yang Dipertua, saya nak menyentuh isu alam sekitar. Baru-baru ini sidang Dewan yang lepas saya telah bangkitkan isu alam sekitar kepada Yang Berhormat Exco. Alhamdulillah, satu lawatan telah dilaksanakan pada 25 Februari. YB Exco telah turun ke kawasan saya untuk melihat Isu berkaitan dengan pembuangan sisa daripada kolam ternakan udang dan ikan. Bila kita tengok punca kuasa ni tak ada pada Jabatan Alam Sekitar untuk ambil tindakan kepada pemilik kerana pemilik, Jabatan Alam Sekitar hanya ada kuasa untuk mengambil industri yang berat. Industri akuakultur tidak termasuk dalam Akta Jabatan Alam Sekitar. Bermaksud, limpahan ataupun sisa buangan daripada kolam ternakan udang ni tidak ada satu punca kuasa untuk dikenakan tindakan kepada pengusaha kolam udang ni.

Saya difahamkan akan diwujudkan enakmen baru. Jadi saya harapkan dapat disegerakan supaya kelestarian alam utamanya kesan kepada nelayan pantai dapat diperbaiki, dipulihkan. Pengusaha kolam udang dan ikan ni memperolehi keuntungan jutaan ringgit tapi kesan daripada urusan mereka itu menyebabkan alam, kelestarian alam terjejas. Hidupan laut ketam nipah, udang, ketam nipah ataupun udang makin berkurangan. Jadi saya mengharapkanlah Jabatan Alam Sekitar, Exconya segera menyelesaikan ataupun mewujudkan enakmen kecil supaya pihak PBT ataupun pejabat daerah dapat menjadi salah satu agensi untuk kuasa undang-undang kepada pengusaha. Kita janganlah mengambil sikap, kita hanya menjadi individu yang tidak bertanggungjawab anda mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan rakyat yang yang menanggung akibat deritanya.

Dato’ Yang Dipertua, jelapang padi terbentang luas di Daerah Kerian. Saban musim setahun dua kali musim. Di kawasan Daerah Kerian, musim padi. Tapi masalahnya tidak ada penyelesaian. Masalah benih padi memang saban musim akan dihadapi. Kita diadu oleh para petani dan pesawah. Belum masuk lagi tanaman padi yang rosak. Jadi saya haraplah dalam sidang kali ini, banyak kali dah bangkitkan isu ini. Benih padi, serangan bena perang, serangga bena perang yang tidak ada kesudahan. YB Exco tolong ambil perhatian kepada isu yang dibangkitkan supaya para petani ini ada satu penyelesaian. Serangan bena perang ni memang berlaku setiap musim. Ada yang kata ikut nasib. Ada kata daripada benih padi. Ada kata daripada serangga masuk.

Kita ada pelbagai agensi yang pakar dalam pertanian. Tapi tak ada satu solution yang boleh digunakan. Saya dah tiga musim menggunakan satu produk EM, My Biostar. Saya cakap terus-terang saya gunakan produk My Biostar saya bagi. Musim lepas 220 orang petani saya bagi. Bagi percuma, subsidi. Musim mula-mula saya bagi kepada petani lima orang Berjaya. Musim kedua saya bagi 35 Petani, Berjaya. Musim lepas saya bagi 220 orang. Alhamdulillah daripada 220 orang tu, dua orang je yang kena serangan bena perang ni. Saya nak bagi tahu YB Exco, produk itu bukan produk racun. Dia produk EM. Boleh datang tempat saya. Hari ini ada pejabat saya, pejabat saya jadi pembekal pula. Hari ini 120 liter dijual kepada seorang petani. Dia mengusahakan 22 ekar, 22 ekar tanaman padi. Dia beli 120 liter sebab musim lepas YB Exco saya bagi dia 8 liter je. 8 liter dia dapat cover dua relung.

Alhamdulillah, dua relong tu tak kena serangan, hasil bertambah hasil berbeza daripada relung yang lain. Tahun ni, musim ni dia beli 120 liter. Bukan produk racun. YB Exco yang saya nak kongsikan di sini adalah bagaimana kita perlu turun ke bawah berjumpa dengan mereka dan kita kenalilah watak-watak yang betul. Real duduk dalam industri ini. Jangan kita berkawan dengan orang-orang yang kata mempunyai kepentingan macam pemilik industri. Apa baja ni dia dah dikawal oleh kartel. Kartel ini dah menguasai … sebab itu baja ataupun racun ini harganya melambung di luar jangkaan boleh kata boleh gila. YB saya pergi ni aduan daripada petani YB saya pergi beli racun typhoon musim lepas musim dua lepas dua tahun lepas sebelum PKP RM180 untuk 20 liter. Yang Berhormat EXCO dia naik RM400 rdua musim lepas hari ini kalau pergi ke kedai yang sama RM480. Yang Berhormat Exco, 20 liter daripada RM180 naik RM480.

Yang di-Pertua

YB, ada 5 minit lagi

Oh, jangan le gitu ada banyak lagi.

Yang di-Pertua

Ada lima minit lagi.

Ada tiga empat yang sebenarnya.

Yang di-Pertua

Tolong cepat.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih sebab saya dari Titi Serong adakah Titi Serong setuju bahawasanya tak kisahlah Exco Pertanian ataupun SADC sendiri perlu ada satu mekanisme atau sebuah wadah untuk memainkan peranan recommendations atau sekurang-kurangnya untuk bagi grading kepada produk-produk yang ada di luar sana sama ada dia racun ke baja ke supaya bukan saja lepas EXCO dah turun dah pi tengok dah pi pejabat tanah dah tangkap gambar lepas tu ada juga Intel atau maklumat yang boleh diberi kepada pemain industri dan juga warga petani supaya maklumat itu sampai dan tak akan ada jalan ke untuk ambil jalan yang yang akan memesongkan atau menyesatkan atau salah? Apa pandangan apa nama Titi Serong?

Ya, saya pun bersetuju dengan Pasir Pinji. YB Exco kalau mana-mana Excolah kalau ada turun ke kawasan ADUN-ADUN yang lain tu maklumlah pada kami kan ada isu yang dibangkitkan yang sampai kepada kami yang boleh dikongsi dengan YB Exco kalau turun kawasan kita boleh cakap soal ini tapi kadang-kadang Exco datang dia senyap-senyap dah keluar dalam Facebook kan sedangkan kita ni kalau YB Exco menjunjung keluarga Malaysia kita keluargalah kan kalau boleh tu yang jadi saya nak menjawab apa Pasir Pinji ni banyak minta maaf nanti kita bicaralah kat luar tu lagi banyak sangat saya punya hal ni. Dato’ Speaker, selain daripada masalah benih padi, harga barang kita sebenar ada satu kuasa lagi untuk menyelesaikannya isu, isu petani dan pesawah ni iaitu penyelenggaraan parit dan saliran. Ini memang sedia berlaku kalau fenomena air pasang ni susah nak dijangka sekarang ni ketika JPS lepaskan air untuk masuk air ke petak padi tiba-tiba air pasang, air pasang benih dah serak dalam petak padi, air tak boleh keluar maka benih padi mati dalam apa petak tadi petani terpaksa beli semula benih untuk serak semula tanam semula jadi ini dah jadi dua kali kos.

Kalau ada penyelenggaraan yang baik termasuk juga isu Pump House, rumah pam ni pertindihan di antara IADA ataupun JPS siapa yang nak jaga. Kita tanya JPS depa kata ini hak milik IADA, tanya IADA, IADA kata kami tak ada peruntukan akhirnya pergi balik pergi balik yang jadi mangsanya pesawah. Jadi nak mohon mintalah penyelesaian segera di antara asset-aset yang sepatutnya boleh disenggara dengan baik. Dato’ Yang Dipertua, ada empat isu sebenarnya sikit lagi. Yang seterusnya adalah masalah nelayan. Saya mohon sangat sidang yang lepas saya telah bangkitkan untuk menaiktaraf jeti PP di Sungai Betul, Sungai Bakau, Kuala Bagan Tiang dan juga di Sungai Labu. Masalahnya adalah untuk tidak mendalamkan muara sungai. Bila muara sungai tidak didalamkan nelayan nak pergi ke laut kena tunggu air pasang, bila dah pergi ke laut nak balik ke jeti tunggu lagi air pasang. Hasil tangkapan dah ada dalam bot ni tapi tak boleh nak balik ke jeti kerana air surut, air surut satu hal, mendapan terlalu dalam dah berapa tahun tak korek. Jadi faham sendirilah berada di tengah laut di bawah terik panas matahari terik panas matahari nak balik ke jeti tidak boleh apa yang boleh buat berzikirlah atas bot tu moga-moga cepat la air naik tapi itulah jangan kita lepaskan kita masalah nelayan ni. Saya mohon sangat empat jeti ini diberi penumpuan untuk mendalamkan muara sungai mereka. Yang yang keduanya ada lagi tiga Dato’ Yang Dipertua, penempatan nelayan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada LPHP kerana sidang DUN yang lepas saya telah mohon LPHP melepaskan tanah seluas lebih kurang 6 ekar yang dah siap tambak di kawasan Kuala Bagan Tiang yang mana tanah tersebut LPHP mencadangkan untuk dibangunkan perumahan pada nelayan tapi disebabkan nelayan ni tak ada slip gaji tak boleh nak buat pinjaman bank, tanah tu …… hampir dua tahun lebih tiga tahun tanpa boleh dimajukan dan sesi sidang yang lepas saya bangkitkan LPHP dimaklumkan oleh Exco yang menjaganya alhamdulilah telah bersetuju untuk melepaskan tanah tersebut kepada pejabat daerah dan pejabat daerah akan memilih pesertanya. Terima kasih kepada yang LPHP. Inilah satu tindakan yang sangat berani sangat tuntas.

Isu alam sekitar, Dato’ Yang Dipertua, saya nak bangkit lagi sekali tanah SADC. Tanah SADC seluas 200 ekar yang telah dianugerahkan kepada sebuah koperasi untuk dibangunkan dibangunkan kolam udang. Dato’ Yang Dipertua Ahli Dewan, saya disaman kes ini RM1 juta. Saya ni Dato’ apa Ahli Dewan kena saman RM2 juta Dato’ Yang Dipertua kes tanah SADC lah. RM1 juta tanah 48 ekar, RM1 juta lagi tanah 200 ekar. Alhamdulillah 48 ekar tu walaupun saya kena saman saya bangkitkan dalam apa kepada pengarah dan MB, 48 ekar tu dibatalkan kelulusan kepada SADC daripada 48 ekar tu, 10 ekar diserahkan untuk pembangunan PSKT, Alhamdulillah. Tapi kena ngadap juga saman tu bulan 9 ni saya dibicarakan. Nak bangkitkan adalah saya lawan saya bukan menolak sebarang pembangunan saya mengalu-alukan pembangunan di kawasan saya tapi biarlah ianya ada kesinambungan ataupun kebaikan manfaat kepada nelayan penduduk di sekitar. 200 ekar tanah yang dibangunkan ini tanpa ada kelulusan EIA. Tanpa ada kelulusan EIA. Bulldozer masuk nelayan di situ nak cari ketam pun dah tak boleh sebab habis diclearkan kawasan itu.

Sepatutnya buat sesi engagement saya dah bangkitkan perkara ni SADC saya dah tulis surat pada SADC buat sesi engagement dengan nelayan kawasan itu. Melayu yang duduk situ tu. Cari makan ketam bukan banyak untungnya RM80 tahan tu, sebelum ini dia buat jambatan bot tak boleh masuk ke alor sungai tu. Nelayan terpaksa meredah pula alor sungai tu jalan kaki hampir satu kilometer 500 meter tanpa ada peduli, ni tanah SADC, GLC kerajaan yang sepatutnya membawa satu imej yang baik imej yang baru menjaga nama baik kerajaan tapi saya mohon sangatlah Yang Berhormat Exco ada penyelesaian pun agar diperhatikan projek tanah 200 ekar ini betul-betul dilaksanakan mengikut syarat ditetapkan yang paling pentingnya laporan EIA yang perlu disediakan. Syarikat tu ada datang bertemu dengan saya wakil dia kata kami nak buat laporan EIA pun pun RM200 ribu… RM300 ribu. Yang you nak mohon minta 200 ekar boleh pula dah tahu dah kos untuk pembinaan yang bukan sikit. Jadi saya mohonlah tindakan yang…

Yang di-Pertua

Ok YB you have made your point, last point.

Yang kedua saya kena bangkitkan satu lagi isu alam sekitar kuari di Segari. Saya difahamkan ada satu permohonan di Compartment 19, 20 dan 21 seluas kira-kira 120 hektar di Segari. Saya difahamkan ini permohonan ini telah diangkat, mohonlah jawatankuasa dan mineral supaya perhatikan permohonan ini agar tidak diluluskan kerana ia terikat dengan Majlis Tanah Negara Yang Ke-70 iaitu pada tahun 2018 semua negeri digesa mengambil inisiatif mengawal dan sebolehnya mengelak sebarang kelulusan kegiatan perlombongan dan pengkuarian dalam kawasan hutan simpanan kekal.

Yang terakhir ada dua ni terakhir Dato’ Yang Dipertua, konsesi Puncak Emas saya nak ulangkan balik semula, bangkitkan ADUN yang lain...

Yang di-Pertua

Saya bagi YB dua minit saja ya dua minit saja, quickly dua minit

Konsesi Puncak Emas Dato’ Yang Dipertua. Kita tak tahu ratusan juta diperuntukkan kepada konsesi ini tapi bila kita nak mohon untuk dibaiki jalan ataupun kerja-kerja penaiktarafan alasan mereka duit tak turun. Kita tak tahu di manakah pusat operasi yang besar sebenarnya di Ipoh ke di daerah ke di wilayah ke. Jadi semua Yang Berhormat bagi perkara yang sama. Kalau boleh dikajikan semula peranan konsesi ini kan kalau kata lima tahun ni kalau boleh di tamatkan tamatkanlah, bagi semula balik pada PBT apa masalahnya. Kalau konsesi ini kalau diuruskan dia mesti ambil kos pengurusan kurang-kurang 20 persen 30 sen ke kita tak tahu. 20% kalau RM100 juta setahun dia ambil berapa juta. Lebih baik kita bagi pada PBT. Saya berada dalam Mesyuarat Exco kami bukan kami meluluskannya tapi saya ditaklimatkan bertanya bekas-bekas Exco berada dalam ni antara sebab pemilik konsesi ni sebab nak menangani konflik interest Ahli-Ahli Majlis. Ahli Majlis ni dia ada dia ada kontraktor dia sendiri jadi kalau kita bagi konsesi ini konsesi ni takkan bias pada Ahli Majlis. Kome nak tak boleh macam tu. Jadi masalahnya bukan saja pada kontraktor, kita yang penduduk tu yang menjadi masalah terkena daripada tempias masalah pengurusan. Yang seterusnya...

Yang di-Pertua

Last point ya..

Last point. Saya nak menyentuh berkaitan dengan pembinaan identiti bangsa. Dato' Dipertua, semua sedia maklum kehangatan PRU akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini. Saya berasa lega dan bangga di atas sikap kematangan Ahli-ahli Dewan yang telah menunjukkan perbahasan yang bernas. Tidak ada lagi caci maki. Kalau bukan sokong aku, kafir. Takdak. Cerita itu takdak dah. Kan? Dulu diperjuangkan RUU355, sapa tak sokong, dia dah, aishhhh kita pun tak tahulah tapi perkara itu tidak berlangsung lagi dan sidang Dewan ini. Saya mengharapkan sidang Dewan ini dapat diteruskan sesi perbahasan yang matang pada sesi yang depan tapi semuanya bergantung kepada kerajaan yang ditadbir oleh sesebuah parti. Kalau sebuah parti itu menunjukkan kematangan yang berterusan, saya percaya pembinaan bangsa daripada perbahasan dalam dewan ini dapat diturunkan ke bawah dan rakyat akan menilai bahawa sesi Dewan, sidang Dewan Perak ini sebenarnya mencerminkan identiti bangsa Malaysia itu kerana kita mempunyai keseimbangan YB di antara pelbagai kaum dan tapi kita berbahas, bercakap soal rakyat, kepentingan negeri yang tercinta. Saya, patik menjunjung kasih di atas Titah Tuanku dan menyokong Titah Tuanku. Terima kasih. Assalamualaikum.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari Kawasan Titi Serong. Sebelum saya jemput Yang Berhormat dari Kawasan Pasir Pinji, saya ingatkan perbahasan 20 minit untuk Ahli Yang Berhormat yang selepas ini semuanya dan sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Speaker kerana mengizinkan Pasir Pinji untuk membahaskan Titah DiRaja oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfullah dan terima kasih atas kesanggupan rakan-rakan Yang Berhormat untuk menyampaikan idea-idea yang bernas dan setakat ini perbahasan kita sangat membina dan ini adalah sesuatu yang harus kita sambut. Saya ingin mula dengan satu quotation yang telah dibawa oleh seorang gergasi politik tidak lain daripada Presiden Amerika Syarikat, JFK. Mean holds in his mortal hands the power to educate all of human poverty and all of human kind. Dalam tangan fana manusia, pegangnya kuasa untuk menghapuskan segala kemiskinan manusia dan keseluruhan kaum manusia. Manusia ni hebat dan quotation ini, ungkapan ini disampaikan pada tahun 1961. Pada tahun itu juga bentuknya Malaysia dan hari ini atau semalam Duli Tuanku telah menitahkan istilah perubahan iklim empat kali, pemanasan pemanasan global, satu kali dan dititahkan juga alam sekitar, 10 kali dalam Titah Tuanku.

Agenda alam sekitar ini, bukan main-main. Khususnya semalam saja, semalam tadi kekanda saya dari Jalong, ada sebut isu banjir dan ramai rakan-rakan Ahli Yang Berhormat pun juga ada bawa isu banjir tetapi saya yakin tiada seorang pun Ahli Yang Berhormat di sini yang dapat lari daripada realiti dalam setahun dua yang lepas ini, banjir, puting beliung, ribut taufan dan cuaca-cuaca ekstrem, yang sangat ekstrem semakin kerap berlaku, semakin kerap melanda kawasan-kawasan kita dan semakin kerap melanda Negeri Perak kita yang tercinta. Kalau ada kejadian cuaca ekstrem akhirnya bukan saja harta yang hancur sebenarnya rakyat khususnya dalam konteks pandemik yang belum habis-habis, tak habis-habis nak selesai, rakyat semakin sengsara. Semalam saja Jalan Sultan Azlan Shah ada sebuah rumah, pokok di tepi, di sebelah, lot sebelahan, lot kosong, pokok yang kalau empat orang peluk pun tak habis nak peluk, tumbang rumah hancur. Terpaksa dipindah. Di jalan di mana pejabat pusat khidmat saya ada, pada hujung jalan itu kedai kopi, depan dia ada pokok sebatang, tumbang kena bukan saja awning dia tapi rumah sebelah dia, pagar hancur. Kereta tak boleh keluar masuk. Orang tak boleh keluar masuk dan apa yang yang sangat-sangat mengerikan, ini isu dasar dan saya harus di sini memberi pengiktirafan kepada Pejabat DO.

DO Kinta ni hebat. Hebat betul. Jenteranya hebat betul. Keberkesanan perkhidmatannya hebat betul tapi cuma isu dasar apabila ada orang-orang di kawasan Pasir Pinji sendiri, yang saya sendiri dengan pasukan saya dan juga yang mengiringi saya, pasukan Bomba Sukarelawan Pekan Baru yang bersama dengan saya untuk pi apa ni potong pokok la, tebang pokok yang separuh terbang la apa semua supaya orang boleh keluar sangat berkesan dan sangat efektif dan produktif cuma bantuan isu dasar ini, bantuan yang pihak -pihak DO pada mesyuarat pagi tadi umumkan, ini isu dasar yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, setiap 6 rumah, 6, 7 kes yang di Pasir Pinji ada tujuh kes lagi di Tebing Tinggi, RM200 saja. Janganlah kata pagar yang kena ditukar tu, kasut saya yang hancur semalam pun lebih daripada RM200. Tapi tak apalah itu saya akan buat sendiri cuma pagar yang hancur, kereta yang hancur, RM200 ni biar betul? Jadi bagi saya dan saya bersama dengan Ahli Parlimen saya, Ipoh Timur, kami telah memberi komitmen untuk setiap satu yang ini sudah tentu tertakluk kepada prosedur yang tertentu, buat laporan polis lah. Kami akan sampaikan bantuan RM500 dan mungkin lebih sekiranya perlu dan kami mampu tapi takkanlah Ahli Parlimen Pembangkang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pembangkang pun kuasa nak bagi RM500 takkan lah Kerajaan Negeri tak kuasa nak bagi lebih daripada RM200. Saya rasa perkara ini Ahli-ahli Yang Berhormat di sebelah sana dan di sebelah sini pun setuju. Jadi saya mohon supaya dalam bab perkara ini bencana yang semakin kerap berlaku sekarang ke mungkin sekarang kita dengarlah ribut petir sedang berlaku, gelora dan taufan akan memukul kita. Mana tahu lebih teruk lagi kita belum tahu. Boleh dengar ni kan? Saya mohon pertimbangan semula, semak semula dasar bantuan bencana di semak semula dan bukan sahaja sekadar RM200 yang tak akan ke mana.

Saya memang memberi pengiktirafan dan penghargaan yang sepenuh-penuhnya dengan segala jentera Kerajaan Negeri, pejabat DO yang turun bantu tetapi kita perlu semak semula dasar bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir. Ini memang saya rasa ini menyakitkan hati khususnya apabila kita tengok RM23 juta surplus yang telah diumumkan, yang dititahkan dalam Titah Tuanku. Orang kadang kala apabila kita bicara tentang hal-hal perihal fiskal biasanya kita dengar terlajak belanja, yang kalau ada RM23 juta punya surplus. Ni terlajak jimat ni. Saya tak nak sebut tak masuk akal lah tapi memang perlu kita khususnya dalam konteks ekonomi merudum, rakyat tengah sengsara, tengah susah. Jangan kita terlajak jimat sampai rakyat pun tak sampai kerana dasar.

Jadi saya tak pasti pihak Kerajaan Negeri punya hasrat untuk semak semula tetapi pastinya ada perlu dan bukan saja begitu yang saya sebut tadi tentang pasukan Bomba Sukarelawan yang mengiring saya sepanjang 4, 5 jam yang saya di luar lapangan semalam dan setiap kali ada juga pastinya ada orang-orang, sukarelawan-sukarelawan seperti ini yang memang bertungkus-lumus memang dia pun berputih tulang untuk membantu. Nak nak apa ni kalau ada ular depa bantu, kalau ada pokok tumbang, depa bantu, apa jua depa bantu tapi kadangkala peruntukan yang ada kepada pihak pejabat ADUN ni terhad. Jadi, gergaji elektrik yang depa pakai ni semalam pun hancur sebiji. Yang sebiji tu harga dia tak kurang RM800 dari China. Tapi kalau nak tahan lebih lama, yang boleh tahan lama sikit lah, bukan tiga empat bulan dia hancur, mungkin RM1200, RM1300. Jadi tumbang, bomba tak sempat nak mai, bomba, sukarelawan yang kena tolong, gergaji depa rosak, siapa yang tanggung harga? YB yang tanggung.

Tapi sebenarnya perlu ada sedikit bantuan dan sedikit peruntukan yang kita letak tepi, khususnya kita dah tahu, kita dah tahu sekarang bencana semakin kerap berlaku, unit-unit bomba, sukarelawan ini lah yang perlu kita kerah dan mereka sudi rela dan sentiasa ada yang kita perlu pastikan ada bantuan. Saya cadangkan kepada pihak kerajaan, kepada semua unit-unit bomba, sukarelawan yang atau yang sewaktu dengannya kita memberi penghargaan mereka dengan kita sediakan sedikit lah daripada RM23 juta ini yang ada surplus ini, bagilah deme sedikit bantuan supaya bila depa dikerah, depa keluar dengan bukan saja semangat, bukan saja dengan tenaga kerja tetapi dengan peralatan yang wajar untuk bantu mereka bantu kita.

Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Yang Berhormat Speaker. Saya juga terasa nak terpanggil lah untuk mencadangkan satu perkara. Rasa masing-masing di sini pun tahu apa itu SDG Sustainable Development Goal. Sustainable Development Goal ini, apa nama, pembangunan mampan, matlamat-matlamat pembangunan mampan atau lestari. Mampan ini istilahnya kalau Bahasa Indonesia ini, mampan itu datang daripada mampu tahan. Adakah ekonomi kita mampu tahan? Adakah, tadi apabila Yang Berhormat Pangkor, kekanda saya sebut tentang kita nak wujudkan lapangan terbang, kita kena ada ekosistem dia, istilah ekosistem dia agak atas sikitlah? Tapi kalau kita nak hantar benda-benda yang kita boleh jual kat negara lain, adakah kita dah tambah cukup nilai kepada produk-produk kita supaya bukan saja kita jual kita punya bahan mentah, jual saja, tapi adakah dia akan dapat keuntungan balik kepada orang-orang Perak, bukan saja kepada satu pihak tetapi kepada kilang pada pengeluar kepada designer kepada yang buat packaging. Jadi dari segi sustainable development, kita perlu pastikan seramai dan sebanyak pihak mungkin dapat kaut keuntungan daripada sesuatu yang dikeluarkan. Ihsan daripada Tuhan daripada tanah Perak kita ini. Jadi saya nak mencadangkan, kekanda saya Rungkup tadi ada, tapi mungkin dah keluar.

Saya nak mencadangkan supaya kita sebagai satu negeri apabila kita pi ke sini, mai ke sana, ada pelabur nak datang, saya cadangkan supaya kita secara proaktif mencari pelaburan yang satu, mampan dan lestari, sustainable, maksudnya kita nak cari pelabur-pelabur dan pelaburan-pelaburan yang akan membawa benda-benda yang akan membantu alam sekitar kita yang green, greentech dan juga membantu petani-petani kita yang mengeluarkan tanaman-tanaman kontan atau nenas lah pisang lah yang kita ada, atau kelapa daripada Bagan Datuk supaya bukan saja kita jual, tetapi kita, jual selepas kita dah proses dan tambah nilai kepadanya, supaya kita meningkatkan kita punya co-strength yang ada dan juga dalam bab itu, saya juga menyeru kepada sahabat saya Rungkup juga perlu kita pertimbangkan pencarian pelabur greentech atau green teknologi.

Di mana saya nak ambil contoh, bangunan kita ini bangunan SUK, bangunan Dewan, bangunan pejabat daerah, kita ada 15 daerah, ada satu sub daerah lagi, bangunan Persekutuan atau mana-mana aset bangunan hartanah Kerajaan Negeri, kita ada bumbung, kita ada sun shining surface, alangkah baiknya ke arah Sustainable Development Goals, ke arah Environmentally Sustainable Energy, alangkah baiknya sekiranya kita tutup, pasang semua bangunan kerajaan dengan solar panel dan saya pasti, saya pasti bukan saya tahu, saya pasti ada kontrak-kontrak yang boleh kita runding dengan pihak berkuasa di peringkat persekutuan untuk wujudkan kontrak-kontrak di mana kita jana tenaga solar jual balik ke fixed tarrif ke, fixed intariff apa jua rintangan ada di mana kita jana dengan bangunan kita dan saya tahu dalam tujuh tahun kita tak perlu sebarang modal permulaan, tak perlu bayar sesen pun, tujuh tahun kita mungkin kena bayar sikit, lepas 7 tahun pula kita ada tenaga atau api yang free yang percuma dan sebenarnya perkara ini waktu kami di sebelah sana saya pernah cadangkan untuk keseluruhan kompleks sukan di Indera Mulia dengan Stadium Perak dengan Pusat Akuatik Tuanku Zara ke semua ini dengan surface yang besar dan banyak ini semuanya ditutup dengan solar panel, menjana tenaga dia sendiri supaya tenaga dia yang electricity yang diguna tu free, tetapi malangnya sebelum benda tu terjadi, adalah pandemik, ada peralihan kuasa apa semua, tak jadila. Tetapi saya yakin dengan dengan visi yang begitu jauh dengan kebijaksanaan pihak pemerintah sekarang, mungkin ada sikit kacau dengan komponen-komponen tetapi tak mengapa dengan visi yang jauh itu boleh dipertimbangkan cadangan saya ini. Cari pelaburan atau sendiri, Kerajaan Negeri sendiri mencari jalan untuk menggunakan solar panel atau menggunapakai solar panel untuk menjana tenaga sendiri menggunakan aset-aset hartanah Kerajaan Negeri.

Dan seterusnya bagi saya, saya rasa juga terpanggil untuk melapor kepada Dewan, sedangkan saya apa nama Simpang Pulai dan Sungkai telah dilantik untuk menyertai Jawatankuasa-Jawatankuasa Tempat Ibadat Gua Batu Kapur. Ha, betul nama itu kan. Saya rasa ada perlu dan wajib untuk saya melaporkan pada Dewan kerana kami tiga sajalah yang berada dalam Dewan tersebut.

Yang di-Pertua

YB ada 5 minit lagi ya.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

5 minit lagi, sekejap sahaja ini. Satu, dua mesyuarat telah diadakan di pengerusikan oleh Pengarah Tanah Dan Galian dan Dato’ Pengarah telah secara sangat terbuka dengan hati terbuka dan telah memberi ruang yang secukupnya untuk kami membangkitkan beberapa isu. Sudah tentu ada permasalahan dia, ada pihak-pihak tertentu ada parti-parti politik yang tidak diwakili dalam Dewan yang mulia ini, yang ada di dalam itu dengan apalah dengan lokus dia yang tak begitu jelas tetapi tak mengapa, minta ada dan nak jadi juara ada satu taklimat yang telah saya cadangkan dengan peruntukan saya yang ditampilkan secara ikhlas untuk buat taklimat itu deme pula kat surat khabar kata deme yang buat, tapi tak apalah janji kerja tu jadi. Selepas itu kami juga akan juga dalam berapa minggu ini seminggu dua ini akan juga adakah satu taklimat dan juga satu libat urus lah yang akan melibatkan akademik-akademik dan juga persatuan-persatuan agama di peringkat kebangsaan dan juga peringkat negeri untuk semua agama-agama yang terlibat dalam masalah penggunaan batu kapur bagi tujuan tempat ibadat untuk mereka dilibat urus bertembung-tembung untuk pastikan dasar yang akan dikeluarkan. Hasil daripada mesyuarat dan jawatankuasa ini boleh pastikan semua tiada sesiapa yang akan terpinggir dan dalam itu juga telah pun tak pihak kami mencadangkan dua perkara yang saya rasa perlu diselesaikan dan juga dipertimbangkan oleh Dewan yang mulia ini dan juga pihak pentadbiran adalah wujudkan satu dasar tempat ibadat bukan Islam untuk negeri untuk negeri Perak.

Setakat ini memang tidak ada satu negeri pun yang punya satu dasar yang jelas bagi pembangunan tempat ibadat bukan Islam dan untuk kita menunjukkan kita ada satu Dewan untuk semua rakyat Perak yang merangkumi semua agama khususnya tempat ibadat dengan populasi yang semakin meningkat tetapi tempat ibadat yang semakin kurang. Kalau kita nak adil, kita nak peduli kita perlukan ada dasar tempat ibadah, ada juga satu dasar penggunaan gua batu kapur dan bukan saja guanya sendiri tetapi untuk bukit-bukit batu kapur dan tempat dan tanah yang sekitarnya dan saya rasa dengan dua dasar ini saya rasa pihak kerajaan harus pertimbangkan sesuatu dasar yang menyeluruh mungkin.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih kepada Pasir Pinji. Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin membangkitkan satu perkara yang berkait rapat dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Pinji tentang jawatankuasa yang menguruskan tempat ibadat dalam kawasan Gua Batu Kapur. Sebenarnya pagi tadi apabila Exco Pertanian merungkaikan dasar atau projek farming saya nak bangkang satu isu. Mungkin perkara ini boleh dimasukkan dalam teks perbahasan YB juga iaitu berkait rapat dengan satu partnership antara pihak kerajaan dengan agensi-agensi yang lain. Umpamanya pagi ini Exco kata kerjasama ini kerjasama dengan masjid dengan sekolah dan juga satu projek dengan pihak MBI dan saya difahamkan pihak MBI telah pun kenal pasti kawasan tanah di sekitar kawasan Batu Kapur yang mana keluasannya lebih kurang 300 ekar akan diberikan pajakan tanah rezab di empat kaki gunung yang utama di kawasan Lembah Kinta dan ianya akan bersangkut-paut dengan perbincangan dalam jawatankuasa tersebut berkaitan dengan penempatan aktiviti di sekitar kawasan itu. So, saya ingin syorkan kepada Yang Berhormat Pasir Pinji supaya perkara ini dibawa untuk perbincangan. Kalau tidak ini akan membangkitkan isu-isu yang yang lain lah dalam hal ini. Terima kasih.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Simpang Pulai. Saya juga difahamkan bahawa pemetaan sedang mula di berlangsung sekarang.

Yang di-Pertua

YB last 2 minit ya.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

So, sebenarnya ada isu berkenaan dengan rumah kontena dan free fibragated home yang saya nak cadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri tapi tak masa tak mengizinkan. Secara ringkasnya isunya adalah saya telah cuba saya menyesuaikan diri untuk sampaikan 5 biji rumah rumah kontena ke rumah apa nama fiber glass cubing tetapi malangnya selepas tempahan dah dibuat order dah masuk, dua syarikat yang membekalkan rumah kontena kepada harga RM25 ribu kedua-duanya gulung. Jadi saya memang nak memohon supaya rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang punya kontak untuk kita sama-sama menerokai kebarangkalian sampaikan sebiji rumah tanpa tanah, rumah kontena rumah mudah alih yang harganya RM25 ribu kebawah. Kita kerjasama bersama-sama untuk kita membuat perkara ini satu realiti dan satu perkara yang last yang saya ingin sebagai sambutan kepada neratif dibawa oleh Yang Berhormat Pangkor pagi tadi.

Saya pernah berjumpa dengan seorang tokoh politik Presiden Albania, saudara Ilir Meta dan dia pernah sebut kepada saya Death art of Politics its a makes an army of your supporters. Death art of governance its a make hardness out of you advisory. Death art of Malaysian building is combined your advisory and your partner army together with yours to build country. Jadi saya amat menyambut baik cadangan-cadangan dan juga naratif tersurat atau tersirat yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pangkor bahawasanya Perak kita Dewan ini telah mengorak langkah sebelum ini untuk membawa kestabilan politik yang sebenarnya. Bukan kestabilan politik macam Johor, bukan kestabilan politik Melaka, bukan kestabilan yang bukan-bukan tetapi kestabilan di mana blok terbesar di sini blok terbesar di sana, yang bebas-bebas ni tak apa. Kita betul-betul memikirkan dengan tindakan kita suatu kestabilan politik di mana dengan itu juga saya merayu lah kepada pihak kerajaan, kita punya satu pentadbiran yang cukup matang yang cukup stabil. Tak payahlah kita nak bubar negeri yang tak seiring dengan Pusat. Kalau sebelah atas ni depa nak bubar, mungkin dah bubar. Tapi kalau depa tak hendak kita pun tak hendak. Kita nak kestabilan yang benar Pembangkang, Kerajaan bersama-sama usahakan apa yang diperlukan oleh rakyat negeri Perak dan juga rakyat Malaysia. Itu saja. Saya menjunjung kasih kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Negeri Perak. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pasir Pinji. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Trong 20 minit untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Saarani Mohamad, Barisan ADUN-ADUN seluruh negeri Perak, pemerhati-pemerhati yang berada di dalam dan di luar Dewan. Bismillahirrahmanirrahim. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih bersempena Titah Diraja Istiadat pembukaan rasmi Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Patik sepenuhnya mendoakan semoga Allah lanjutkan usia Tuanku di bawah naungan Ilahi dan berdoa agar Tuanku dikurniakan kesihatan untuk memerintah negeri Perak dan menjaga sekalian rakyat jelata.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan, di dalam titah Tuanku Sultan Perak semalam, Trong ingin membawa beberapa perkara yang dirasakan perlu didakap oleh semua Ahli Dewan demi mencipta kemakmuran bersama. Alhamdulillah, ekonomi Malaysia selepas berakhirnya PKP memperlihatkan perkembangan yang sangat positif dengan harga komoditi yang stabil berbanding tahun-tahun sebelumnya manakala harga buah sawit juga kini menjadi tumpuan besar dalam pengiraan hasil bagi pekebun sawit yang lama juga baharu. Harga tinggi ini menjadi tarikan kepada orang ramai untuk kembali ke bidang kelapa sawit. Manakala kenaikan harga sebanyak 9.28% berbanding Disember 2021 memberikan sedikit ruang keselesaan kepada masyarakat kampung khususnya di DUN Trong. Ramai yang boleh pergi pasar malam. Terima kasih kerajaan Malaysia. Namun harus diingat konflik Rusia-Ukraine perlu diambil sebagai amaran awal terutamanya berkenaan dengan isu kenaikan harga gas dan sumber tenaga minyak serta bekalan bijirin yang diimport. Harga makanan diunjurkan oleh antarabangsa boleh meningkat sehingga 20% akibat konflik Ukraine.

Konflik ini juga bakal mengakibatkan lonjakan bilangan manusia yang kekurangan zat makanan. Walaupun mungkin Malaysia banyak melakukan pembaziran makanan, tapi mungkin ada kes-kes terpencil yang boleh menyebabkan ia kekurangan zat makanan. Jadi inisiatif Kerajaan Negeri Perak membekalkan kotak makanan serta bantuan kad prihatin sewajarnya diteruskan dan terus ditambah baik dan ucapan terima kasih kepada Yayasan Perak yang telah menambahbaik pengurusan agihan kotak makanan di pusat khidmat. Kalau boleh tambah lagi. Rasanya tak cukup sebab baru-baru ni covid semua orang nak juga. Ramai yang kena kuarantin. Beg tak cukup. Satu minggu dekat satu beg. Jadi kena topup pula dengan peruntukan daripada pejabat ADUN dan Kerajaan Negeri juga harus bersedia kerana ketidaktentuan dalam pasaran global akan memberi kesan kepada jumlah bekalan makanan.

Sektor agro-makanan negara kita terlalu bergantung kepada bahan import. Ini semua sudah maklum dan selalu dibincangkan, khusus bahan makanan ternakan. Ianya melibatkan nilai import sebanyak RM6.15 billion pada tahun 2020 dan RM3 billion nilai import tersebut adalah dari jagung dan bijirin. Untuk maklumat semua, 65% kandungan dedak ayam adalah jagung bijian. Namun negara kita mengeksport 100% produk ini yang menyebabkan kenaikan harga telur dan juga kenaikan harga ayam. Ya banyak kali kita sembang pasal isu ini dan kita tahu ianya disebabkan oleh kenaikan harga bahan makanan ternakan dan ianya terpaksa menampung beban kenaikan luar biasa setiap kali kestabilan politik mahupun bencana alam. Jadi saya rasa negeri Perak mempunyai peluang dan kemampuan yang besar untuk menghasilkan produk ini. Jadi Exco Pertanian boleh lah tolong tengok-tengokkan, bagaimana kita boleh menghasilkan bijian sendiri dan penanaman jagung bijian ini perlu dilihat sebagai peluang yang boleh direalisasikan oleh Kerajaan Negeri.

Antara inisiatif yang mungkin boleh difikirkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Exco Pertanian adalah seperti geran tanpa birokrasi tanpa meremehkan urusan permohonan mungkin yang ada perancangan untuk menanam jagung bijian ini. Seterusnya mekanisma teknologi tinggi yang menggantikan tenaga kerja manusia sebab jagung ni dia nak tuai pendek. Masa dia lebih kurang 100 hari lebih sahaja dan mungkin ada juga penanaman lain selain daripada jagung seperti disekalikan dalam satu ladang dan kita kena kenal pasti YB Exco tanah-tanah terbiar yang boleh ditanamkan dengan jagung bijian dan mendapat kerjasama daripada GLC-GLC yang berkaitan dengan pertanian tapi saya yakin cabarannya mesti ada dan ianya perlu didahului dengan iltizam politik. Kalau kita sebut dalam Dewan saja tapi tidak ada iltizam daripada pihak pengurusan, pihak Exco kerajaan serta jabatan dan agensi tertentu sudah tentu perkara ini tidak dapat dilaksanakan dan kita juga berhadapan dengan kartel-kartel. Beberapa kali saya sudah cakap kartel-kartel local yang mengawal harga dan akhirnya petani tidak dapat memasarkan tanaman walau pun usaha telah dilaksanakan dan saya yakin GLC-GLC yang berkaitan dengan pertanian ini mampu bekerjasama dengan Exco Pertanian untuk melihat perkara ini.

Yang Berhormat Dato'Yang Dipertua, di dalam titah Tuanku yang membincangkan tentang hasil negeri pada tahun 2021, alhamdulillah di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kutipan hasil meningkat sebanyak 1.5% berbanding tahun 2021. Tahniah di atas kepimpinan dan komitmen dari Amat Berhormat Menteri Besar Perak yang sangat memberangsangkan dalam proses melancarkan pentadbiran Kerajaan Negeri. Kemampuan Yang Amat Berhormat untuk berkawan dan bekerjasama dengan semua pihak tanpa mengambil kira asal usul, gender, agama dan fahaman politik merupakan sikap yang boleh dipraktikkan oleh semua pihak terutamanya Ahli Dewan dan juga jabatan serta agensi-agensi yang melibatkan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak. Maka inilah masa yang terbaik sebenarnya untuk semua pihak bekerjasama dengan kepimpinan Menteri Besar Perak bagi memulihkan dan menggandakan pembangunan negeri dalam semua aspek supaya akhirnya rakyat jelata akan menikmati dan berkongsi kejayaan ini secara bersama.

Kita perlu buang persepsi politik yang negatif kerana rakyat di luar ingin melihat prestasi kita sebagai anggota kerajaan yang mampu mendokong dasar dan polisi yang baik untuk rakyat. Dato Yang Dipertua, seperti yang dimaklumkan sebanyak 54% kutipan hasil negeri adalah dari sumbangan GLC dan badan berkanun. Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada badan-badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan yang menyumbang kepada peningkatan ini. Trong mengharapkan agar agensi-agensi dan syarikat berkaitan kerajaan ini membawa dan mengangkat dasar secara efisien. Suntikan budaya korporat yang baharu berasaskan kecekapan, berasaskan ketelusan, bebas rasuah dan kesaksamaan dalam kalangan kakitangan akan membawa kepada pengukuhan yang lebih baik. Pentingnya perkongsian hasil negeri ini perlu dilakukan dengan cara yang menguntungkan semua pihak dan pada masa yang sama menjadikan negeri kita lebih maju di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Model tanggungjawab sosial korporat bernilai tinggi amat perlu diamalkan oleh semua agensi dan GLC. Pendekatan perkongsian perlu diamalkan secara optimum di mana akan berlaku situasi menang-menang tanpa mengorbankan matlamat utama penubuhan GLC tersebut. Oleh yang demikian amat penting pimpinan tertinggi GLC dan agensi-agensi ini menghayati aspirasi pucuk pimpinan negeri, meletakkan satu KPI yang boleh dicapai untuk kemakmuran hasil yang boleh dikongsi bersama. Alhamdulillah, Trong dapat lihat perkara ini berlaku dengan baik namun masih memerlukan penambahbaikan. Sebagai contoh di kawasan Trong terdapat banyak tanah-tanah yang dimiliki oleh GLC. Ada satu GLC menerima hampir 200 ekar tanah yang dipajak oleh syarikat swasta untuk tujuan penanaman buah naga. Namun saya dapat lihat selama setahun ini tanah ini masih belum dioptimumkan penanaman dengan buah naga yang menyebabkan kemarahan orang kampung kerana mengambil tanah yang telah mereka teroka telah sekian lama. Saya mengharapkan sebarang usahasama dengan pihak swasta atau badan-badan tertentu dibawa ke meja perbincangan terlebih dahulu.

Misalnya ya misalnya penanaman jagung bijian yang saya sebutkan tadi untuk mengurangkan kebergantungan pembekalan import jagung bijian. Tanaman ini adalah tanaman yang mudah diurus berbanding dengan pokok naga yang dikatakan mempunyai pulangan modal yang pulangan yang baik dan saya yakin kalau kata perkara ini boleh direalisasi dapatlah pihak-pihak GLC tertentu ini membuat kajian bersama dan satu pelan tindakan perlu dirangka untuk mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah milik GLC ini. GLC juga perlu lebih komited untuk melaksanakan projek berteraskan konsep lestari, projek pembangunan untuk pemulihan serta projek ketersambungan digital yang lebih berkesan. Jadi Digital Perak kena lebih agresiflah. Saya harapkan agar perkara-perkara yang telah dibincangkan oleh kita di dalam Dewan ini diambil serius dan selain daripada itu membantu Kerajaan Negeri memenuhi tanggungjawab sosial korporat serta membantu melonjakkan kutipan hasil negeri.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, belia adalah aset negara dan perlu dilibatkan secara optimum dan bukan sekadar menghiasi ruang-ruang kosong yang ada di dalam pentadbiran kerajaan negeri. Jadi izinkan saya membawa tentang isu dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak penting iaitu belia sebagai aset negara perkara undi 18 tahun yang juga sebenarnya telah pun dibawa oleh Pangkor pagi tadi pada 2019 ia merupakan satu detik penting dalam sejarah negara di mana Rang Undang-Undang undi 18 ini telah diluluskan di mana penurunan had usia daripada 21 kepada 18 tahun. Susulan pindaan tersebut dijangka pengundi negeri Perak juga akan meningkat, akan terdaftar secara automatik sebagai pengundi baharu di dalam Negeri Perak termasuklah yang tidak pernah mengundi. Jadi penggubalan akta ini membolehkan golongan muda akan memiliki suara politik dan memilih kerajaan yang lebih stabil berdasarkan maklumat dan ilmu yang diperoleh oleh pengundi tersebut. Jadi golongan muda juga perlu dibimbing untuk mempunyai literasi politik yang mampu memahami dan mendakap tujuan amalan demokrasi yang adil dan sihat dan bukan berasaskan patron client yang berlaku banyak di dalam parti-parti politik di dalam Malaysia khususnya.

Di dalam buku pilihanraya demokrasi Malaysia juga disebutkan berkenaan dengan perkara ini. Anak muda perlu memahami bagaimana amalan demokrasi yang sihat ini mampu membina sistem kerajaan yang lebih stabil dan makmur dipacu oleh penglibatan mereka secara aktif di dalam kerajaan. Proses-proses pembentukan kerajaan juga harus difahami dengan erti kata kerajaan perlu mengambil inisiatif segera dalam menangani isu ini. Bak kata Socrates, saya petik juga di dalam ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, hanya orang yang mempunyai fikiran rasional yang mendalam sahaja boleh menjadi seorang pengundi atau pun pemilih. Jadi memiliki kematangan dalam membezakan antara berita palsu, fakta dan fitnah ini sangat penting dan saya mencadangkan agar jawatankuasa khas pengundi 18 tahun ini diwujudkan di dalam Negeri Perak. YB Exco Pendidikan dan YB Exco Belia boleh melihat sejauhmana perkara ini perlu diambil dan saya cadangkan ya dapat kita menjalinkan kerjasama untuk mengatur program-program peningkatan literasi politik pengundi 18 tahun yang mungkin boleh bermula di bangku sekolah pada usia umur 17 tahun.

Jadi kerjasama mungkin boleh dijalankan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang melibatkan bakal-bakal pengundi juga dan langkah-langkah pendidikan dan pendedahan generasi muda terutamanya soal politik secara matang, perlembagaan persekutuan adalah sangat penting. Ada yang saya tanya tak tahu pun apa-apa tugas ADUN, apa tugas Ahli Parlimen dan tak tahu pun perbezaan di antara Ahli Parlimen dan ADUN. Ini antara kajian secara rawak yang telah saya lakukan di dalam kawasan saya. Jadi perkara ini perlu diambil perhatian serius oleh agensi atau pun jabatan atau pun YB Exco sendiri untuk mengatur program-program yang memupuk atau proses ini memakan masa. Ia memakan masa untuk menilai, mendidik dan membina jati diri pengundi-pengundi tersebut dan Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya juga menjunjung kasih ke bawah duli Tuanku yang telah secara terang menyinggung berkenaan dengan Persidangan Dewan Belia. Kerajaan perlu menggalakkan penyertaan belia bersama menggubal dasar mengambil Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada mukasurat 22 yang ini meremajakan dasar yang telah tua.

Jelas semangat ini perlu ada dalam kalangan semua agensi untuk melihat potensi belia. Sebenarnya jangan kita silap faham apabila berlakunya penyertaan awam dalam penggubalan dasar kerajaan ianya tidak mengambil alih peranan demokrasi dan ianya lebih bertindak sebagai vitamin tambahan kepada sistem pentadbiran sedia ada. Sebagai contoh dalam undang-undang dan enakmen yang berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri contohnya ada akta kecil, enakmen kecil ada juga atau akta perancangan bandar dan desa, orang awam dan belia boleh membabitkan diri dalam proses penggubalan dasar awam jadi belia perlu dibimbing dengan semangat jati diri dan nilai moral yang betul agar mereka dapat menentukan kerajaan yang tepat. Belia perlu diraikan pendapat dan diberikan kepercayaan memimpin ruang perlu dibuka untuk meningkatkan kadar penyertaan belia. Dalam pada kita mahukan perkara ini berlaku dengan jayanya golongan belia perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kemahiran dan semangat yang tinggi. Sidang Dewan Belia perlu diangkat sebagai satu platform yang penting untuk menggalakkan keterlibatan orang muda serta melatih belia dalam membawa usul dan cadangan yang berkesan.

Maka sudah tiba masanya untuk kita memupuk kesedaran politik belia dengan membabitkan mereka mengatasi cabaran yang akan datang baik ekonomi sosial atau budaya melalui institusi dan proses politik. Sehubungan dengan itu saya mencadangkan beberapa tindakan dan usaha yang boleh dibuat. Untuk makluman Ahli Dewan Belia telah dipecahkan kepada 10 jawatankuasa sama seperti Ahli Majlis Kerajaan Negeri. Saya amat berharap agar setiap pejabat Exco dapat melibat samakan setiap jawatankuasa yang ada dalam Dewan ini dengan pentadbiran pejabat Exco. Contohlah boleh bantu Kuala Kurau yang asyik kata ambil serius ambil serius. Mungkin ADUN Belia boleh…

Yang di-Pertua

YB-YB tiga minit ya.

Mungkin. Terima kasih. Mungkin ADUN Belia ini boleh memberi cadangan yang lebih efektif kepada YB Kuala Kurau. Memberi jawapan yang lebih memberangsangkan daripada jawapan yang kita terima pada hari ini dan ADUN-ADUN juga perlu memberikan kerjasama di peringkat kawasan masing-masing mereka boleh dilibatkan untuk membantu kawasan masing-masing. Bimbing mereka cara pembinaan usul dan sebagainya dan penyertaan program-program yang dibuat olehYB-YB. Saya juga memohon kepada pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan peruntukan tambahan bagi menambah sesi sidang yang hanya berlaku sekali sahaja buat masa ini dan saya yakin jika persidangan dilaksanakan sebanyak dua kali lebih banyak lagi usul-usul dan idea konstruktif dapat dizahirkan.

Tiga minit lagi eh tambah sikit lagi lah. Akhir sekali mengambil satu lagi fokus utama dalam bidang pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak iaitu membudayakan perkhidmatan melangkaui kebiasaan kita sebut saja melangkaui kebiasaan adakah kita telah pun melangkahi kebiasaan? Fokus ini perlu diterjemah dalam bentuk gerak kerja yang lebih efisien langkah aktif penerokaan inovasi sangat penting untuk meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai kerajaan. Kita ada sistem tapi kadang-kadang berbagai-bagai jenis sistem ‘e’ tetapi masih ada masalah not friendly use gangguan teknikal dan sebagainya dan saya ucapkan tahniah kepada pejabat daerah yang menguruskan e-tanah.

Tahniah juga di atas usaha agensi dan perbadanan untuk menyertai KIK saya ucapkan tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak yang pada hari ini menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dan Kerajaan Negeri juga seharusnya memberikan galakan serta dorongan melalui majlis-majlis penghargaan, di atas pembudayaan ini. Sokongan-sokongan dari ADUN-ADUN juga perlu kadang-kadang ADUN pun tak tahu sistem e-tanah tu apabila rakyat tanya ADUN pun tak dapat maklumat mengenai sistem e-tanah. Maklumat tentang sistem PBT bagaimana cara pembayaran secara online dan semuanya. Jadi kita akan mengambil peranan supaya kita maklumkan kepada di kawasan kita ada sistem yang boleh memudahkan pengurusan tanpa perlu ke pejabat daerah dan seterusnya berkenaan dengan projek pembangunan dan WCE yang masih perlu dipergiatkan dalam kawasan Dun Trong.

Tahniah kepada Pejabat Daerah dan Tanah LMS yang mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi townhall khusus untuk penduduk kawasan DUN Trong. Terima kasih juga di atas inisiatif YB Exco impak yang memberikan komitmen terhadap projek pembangunan ini saya mohon agar Kerajaan Negeri juga memikirkan tentang prospek projek WCE ini dengan lebih serius yang saya yakin sebenarnya akan banyak memberi impak kepada sektor ekonomi khusus daerah-daerah yang berada di bawah jajaran Seksyen 11, WCE. Usahasama perlu diambil oleh Kerajaan Negeri dan pihak dan WCE untuk melihat perancangan jangka masa panjang dan prospek ekonomi negeri Perak di kawasan Allaga, saya bagi contoh dalam kawasan Dun Trong akan ada dua Lay Bay yang akan dibina oleh WCE dan biasa dah la kan ada dua plaza tol utara dan selatan yang akan dibina dan saya yakin jika Kerajaan Negeri mengambil inisiatif mengadakan perbincangan secara interaktif dengan pihak dan WCE banyak impak ekonomi yang boleh dijana khusus untuk penduduk kawasan Dun Trong.

Yang di-Pertua

Kesimpulannya.

Kesimpulannya sabar sikit lagi. Baik saya juga ingin membawa semua ahli Dewan untuk sama-sama menghayati Surah As-Sajadah ayat kedua, di mana maksudnya diturunkan Al-Quran ini dengan tidak ada sebarang syak padanya dari Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

Apakah kesannya jika manusia tergesa-gesa hendak melihat hasil tanpa melalui proses terlebih dahulu? Apakah ada kebaikan dalam sikap tergesa-gesa mengharapkan hasil terutamanya isu pembangunan secara lestari? Kita harus menitikberatkan pembangunan secara lestari apabila Jalong tadi menceritakan tentang nasib mangsa-mangsa banjir kilat. Saya juga menghadapi masalah yang sama. Jadi perancangan guna tanah untuk pembangunan dan penerokaan di kawasan sensitif harus diambilkira serta aspek penjagaan dan pemulihan alam juga harus diambil kira longkang, parit yang jadi semakin kecil akibat pembinaan jalan di mana air hujan tidak dapat meresap masuk ke tanah, ini juga merupakan punca kepada banjir kilat.

Jadi sebelum merancang sebarang bentuk pembangunan khusus untuk rumah-rumah ini perlulah kita melihat akta-akta dan akta ni jangan ada je tapi tak laksana dan kadang-kadang PBT pun di tutup dia terus bagi kebenaran merancang tanpa melihat kesan jangka masa panjang. Jadi saya terpaksa menceritakan juga ya bagaimana rakyat terpaksa menanggung kerugian trauma akibat banjir kilat ini perkara-perkara yang harus kita ambil sebelum kita merancang satu-satu projek pembangunan. Jadi akhir sekali saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Perak dan akhir sekali apa juga sebenarnya pencapaian dari lima fokus utama di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini perlu didakap oleh semua pihak serta jentera pentadbiran yang efisien berfikir di luar kotak dan mampu membawa Negeri Perak ke tahap yang lebih baik. Jadi terima kasih sekali lagi salam hormat Trong menjunjung titah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Trong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Teja untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan kerajaan, rakan-rakan media serta saudara saudari yang sedang mengikuti sidang Dewan ini secara live. Pertama sekali Teja ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Tuanku dalam sidang Dewan yang mulia ini.

Jalan-Jalan Ke Teluk Kumbar, Sambil Sambil Membeli Ikan Segar, Dengar Khabar Dewan Nak Bubar, Moga Semua Terus Bersabar.

Dato’ Yang Dipertua, Titah Tuanku banyak menyentuh tentang pengurusan bencana, perubahan iklim telah mencetus fenomena cuaca ekstrem seterusnya mengundang bencana alam dengan lebih kerap kesiapsagaan menangani kesan perubahan iIklim turut menjadi salah satu fokus utama bagi Kerajaan Negeri. Kajian oleh Tin City di sebuah badan pemikir khazanah Malaysia mendapati badan Bandaraya Ipoh telah mengalami peningkatan suhu purata sebanyak 6.75 darjah celsius antara tahun 1998 hingga 2019 iaitu dalam tempoh masa 21 tahun. Cuaca yang luar biasa telah banyak membawa kepada kejadian bencana alam. contohnya yang pernah berlaku di kawasan DUN Teja termasuk kejadian ribut, banjir kilat dan rekahan tanah di Kampung Orang Asli Kampung Bawong. Kejadian tanah runtuh di jalan Simpang Pulai - Cameron Highland. Bukan sekali tapi dah banyak kali dan juga terkini runtuhan kuari di Keramat Pulai. Di mana operasi menyelamat masih dijalankan selepas tiga minggu dan baru tadi saya terima maklumat bahawa pos kawalan tempat kejadian tadi telah mengalami ribut dan sehingga kanopi tercabut dan keadaan agak kelam kabut di situ dan juga pada petang ini dengan hujan dan angin yang kuat juga dilaporkan hujan batu di kawasan Ipoh.

Musibah ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat. Ia juga mengakibatkan kemusnahan infrastruktur, kerugian harta benda malah kehilangan nyawa dan trauma pasca bencana. Sebagai contoh bencana banjir yang melanda Malaysia pada Disember lalu. Di 11 buah negeri termasuk Negeri Perak telah merekodkan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM 6.1 bilion iaitu bersamaan dengan 0.4% berbanding keluaran dalam negeri kasar KDNK. Baru-baru ini setelah berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 November lalu kita memasuki pula ke pasar peralihan monsun di mana dijangka akan berterusan sehingga pertengahan Mei. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia sepanjang fasa ini kita akan terima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat. Keadaan ini juga dikatakan berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Sebenarnya sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Memang sungguh kerap kita semua terima info tentang amaran hujan ribut petir mahupun hujan berterusan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Petang semalam hujan juga turun dengan sangat lebat berserta angin kencang. Yang ironiknya apabila saya sedang sediakan ucapan pembahasan tentang isu perubahan iklim dan bencana alam ini. Tiba-tiba pula saya terima panggilan daripada penduduk kawasan Dun Teja yang berlatar belakangkan bunyi hujan. Katanya YB air sudah masuk rumah. Macam mana ini dan terpaksa saya bergegas ke tempat kejadian dan didapati memang banjir kilat sekali lagi berlaku di pekan Gopeng dan beberapa kawasan kediaman. Kemudian saya juga terima beberapa panggilan lain dan dengan perkongsian gambar dan video tentang kejadian banjir kilat di kawasan Teja termasuk seorang cikgu yang hantar. Cikgu dari taska KEMAS di kawasan Gopeng yang hantar video yang ceritakan bagaimana mereka hadapi isu banjir kilat ini setiap tahun. Siap dengan emoji menangis. Memang sedih kita lihat rakyat terpaksa menghadapi keadaan yang berulang kali itu.

Selepas saya turun padang untuk meninjau keadaan saya perhatikan beberapa orang ADUN khususnya di daerah Kinta juga sedang menguruskan kejadian bencana di kawasan masing-masing termasuk Simpang Pulai, Menglembu, Pasir Pinji dan sebagainya. Hakikatnya sekarang memang kami lihat saja amaran ribut petir atau dengar saja bunyi hujan lebat dah cukup runsing dan risau. Sidang Dewan yang mulia yang penting walaupun keadaan cuaca telah menjadi luar biasa Tapi kita tidak boleh sama sekali membiarkan bencana alam terus menjadi satu norma baharu. Cuaca ekstrem perlukan langkah yang drastik. Dengan ini saya ingin mengemukakan beberapa saranan dan cadangan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Langkah drastik yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Teja adalah antaranya kena keluar daripada Dewan sekarang untuk melawat kawasan kerana ada motor yang terbabas akibat daripada tiang lampu yang runtuh dan on the way ke lapangan terbang sekarang dua-dua belah punya pokok tumbang. Jalan disekat. Jadi kepada Ahli-ahli Dewan yang nak tahu boleh follow Facebook atau follow saya sekarang ke Kawasan. Terima kasih.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Mari kita doakan agar semua pihak kekal selamat dan semua dipermudahkan. Saya ingin kemukakan beberapa saranan dan cadangan kepada pihak kerajaan dalam menangani keadaan ini. Pertama menetapkan syarat-syarat yang lebih ketat dan komprehensif dalam mempertimbangkan kelulusan projek pembangunan. Saya ingin memberi satu contoh di mana di kawasan Kampung Batu 7, Kampung Kepayang penduduk telah menghadapi isu banjir kilat dan apabila saya bawa isu ini ke mesyuarat di JPTD Daerah Kinta. Lepas siasatan dibuat dikenalpasti banjir itu berlaku akibat daripada satu projek pembangunan perumahan kondo berdekatan dengan kampung. Jadi air telah disalirkan ke kawasan kampung dan seterusnya menyebabkan banjir kilat. Jadi kita perlu ambil langkah untuk pastikan sebarang projek pembangunan yang diluluskan tidak menenatkan keadaan yang sedia ada.

Keduanya perancangan yang holistik dan menyeluruh dalam roadmap penyelesaian. Sebagai contoh bagi hotspot atau kawasan yang kerap berlaku banjir. Pihak berkuasa perlu mengenal pasti sama ada tempat tersebut masih sesuai diduduki ataupun penempatan semula adalah wajar. Selain itu bagi kawasan yang perlu dinaik taraf infrastruktur perlu dirancang dengan tersusun dan adalah penting untuk memaklumkan kepada orang ramai supaya mereka sentiasa mengambil maklum yang menjadi sebahagian daripada penyelesaian. Jangan kita membiarkan isu tiada peruntukkan atau peruntukan yang tidak cukup menjadi jawapan akhir kepada segala permasalahan.

Saya juga ingin ambil contoh satu kebun di kawasan di Mukim Sungai Raia di mana telah berlaku hakisan tebing sungai dan selepas aduan dibuat JPS telah mengambil tindakan untuk memperbaiki tebing sungai tetapi sebulan selepas kerja pembaikan dibuat. Sekali lagi berlaku masalah yang sama. Jadi banyak juga masalah-masalah seperti ini yang dihadapi oleh penduduk mahupun petani dan sebagainya. Ketiga kita perlu memanfaatkan teknologi dan inovasi baru dalam pengesanan, pemantauan dan pengurusan bencana. Keempat apabila bencana alam berlaku dengan begitu kerap dan melibatkan lebih ramai orang ramai wang ihsan daripada pihak kerajaan adalah agak terhad untuk membantu mereka. Jadi kita harus meningkatkan kempen kesedaran untuk tentang caruman perlindungan untuk bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya supaya harta benda mereka terlindung.

Bagi kawasan hotspot bencana alam juga pihak kerajaan harus merangka dan mewujudkan perlindungan insurans bencana berasaskan komuniti agar memberi jaminan kepada perlindungan kepada komuniti mempercepatkan proses pemulihan.

Yang kelima post-mortem. Setiap laporan bencana-bencana alam mengandungi info-info penting yang dapat membantu mengenal pasti punca dan langkah pencegahan yang sewajarnya. Maka pihak berkuasa harus menjalankan siasatan menyeluruh bagi setiap bencana ini dan kenal pasti pihak yang perlu bertanggungjawab dan mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota agensi kerajaan yang terlibat dalam jawatankuasa pengurusan bencana peringkat daerah mahupun negeri kerana sentiasa komited menjalankan tugas.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Terima kasih Teja. Saya tertarik dengan cadangan-cadangan. Lima cadangan yang dikemukakan bagi menambahbaik bantuan dan pertolongan berkaitan dengan banjir kilat. Cuma saya nak sentuh sedikit perkataan banjir kilat disebabkan istilah banjir kilat ini tidak dimasukkan dalam kategori bencana di peringkat negara dan zon yang ditetapkan sama ada Monsun Timur Laut dan sebagainya telah mengakibatkan segala bantuan yang sepatutnya diberi kepada mereka tidak layak untuk diterima. Adakah Teja bersetuju supaya kerajaan mengubah balik dasar tersebut dengan keadaan yang tidak menentu hari ini? Iklim yang memang tidak menentu dan bencana yang semakin hari semakin menjadi akibat fenomena pelbagai perkara. Mestilah disesuaikan dengan keadaan semasa termasuklah bantuan-bantuan yang kita rasa perlu ditingkatkan dari segi jumlahnya. Kalau Pinji bagi tahu tadi disebabkan bencana yang berat hanya dapat RM200 dan ini dah tak sesuai untuk zaman hari ini. Wajar dikaji semula dan adakah perkara yang saya bangkitkan tadi itu perlu ataupun Teja setuju dan ataupun pandangan? Terima kasih.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Terima kasih Changkat Jong. Saya setuju untuk kita menambah baik definisi dan masukkan banjir kilat sebab banjir kilat antara bencana alam yang sangat kerap berlaku dan berkenaan dengan pampasan tu jika kerajaan mampu memang adalah bagusnya ditingkatkan apa tu wang ihsan atau pampasan sebab untuk membantu mangsa tapi saya faham juga kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan. Itu sebab cadangan perlindungan insurans secara komuniti ini juga salah satu cara yang dilihat boleh bantu dalam hal ini terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, seterusnya saya ingin balik pula ke isu berkaitan sektor pelancongan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Boleh saya celah sikit? Minta maaf terima kasih kepada Yang Berhormat Teja. Saya tertarik dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Teja tadi tentang bencana alam yang berlaku atas sebab perubahan iklim yang mana kita menghadapi perubahan cuaca yang extreme yang saya rasa perlu diambil kira oleh kerajaan adalah setiap kali berlakunya bencana alam perlu adanya satu laporan ataupun post mortem yang lebih menyeluruh sebab setakat ini saya lihat memang usaha kerajaan baik dalam membantu pasca banjir. Memberikan bantuan mengerahkan tenaga untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku, pokok tumbang dan sebagainya itu elok dan baik tapi adalah lebih baik jika pihak kerajaan khususnya katakan umpamanya JPS berlakunya banjir kilat pada bulan

Januari di Kampung Baru Ampang Baru yang mana paras air mencecah ke bahagian sini dia patutnya ada satu laporan yang lebih baik apakah sebab apakah puncanya apakah isipadu air dalam sungai dia punya discharge dia punya kemampuan untuk menampung air dan sebagainya dan sampai sekarang saya masih tidak lagi menerima sebarang laporan yang menyeluruh tentang insiden tersebut mencadangkan supaya bagi Teja boleh rangkumkan cadangan saya dalam teks perbahasan Teja? Terima kasih.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Ya memang saya sangat setuju dengan Simpang Pulai bahawa post mortem tu sesuatu yang boleh bantu kita untuk mencegah bencana yang sama daripada berlaku dan saya minta Dato' Speaker boleh menambah sedikit masa. Ok, seterusnya balik pula kepada isu sektor pelancongan. Pada 1 April nanti sempadan negara kita akan dibuka semula untuk kunjungan orang ramai jadi dijangka pengumuman ini akan memberi lonjakan kepada industri pelancongan dalam negeri tapi persoalan saya adakah negeri Perak kita telah bersedia untuk menerima kunjungan pelancong asing dan juga tempatan? Pertamanya adakah kita telah memanfaatkan tempoh masa dua tahun di bawah pandemik untuk menyelesaikan masalah-masalah dan pokok dalam sektor pelancongan dan kedua adakah kita telah melengkapi kemudahan dan juga mengenal pasti produk baru dalam menerima kunjungan pelancong asing?

Jika menilai daripada keadaan sekarang saya kiranya jawapannya adalah tidak. Apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam sektor pelancongan setakat ini adalah masih tidak mencukupi. Saya setuju bahawa bantuan bersifat one off dan baucar pelancong yang diberikan kepada Kerajaan Negeri merupakan usaha yang berbentuk straightforward dengan izin nama namun usaha yang bersifat jangka masa panjang juga sangat penting supaya untuk kerajaan menggunakan tempoh masa dua tahun dalam pandemik untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan perundangan, perancangan, infrastruktur, publisiti dan sebagainya yang selama ini menyebabkan negeri Perak masih ketinggalan dalam menerima pelancong asing jika berbanding dengan negeri Pulau Pinang, Johor, Sabah dan sebagainya. Saya harapkan dan percaya bahawa YB Exco pelancongan yang juga memegang portfolio kerajaan tempatan dapat memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sektor pelancongan.

Saya ingin mengambil contoh di kawasan Dun Teja di mana walaupun Gopeng telah lama berkembang dan terkenal sebagai sebuah hab ekopelancongan namun masih banyak isu-isu yang membelenggui para pengusaha, pelancong dan juga masyarakat setempat dan seterusnya ini telah menyekat potensi pembangunan optimumnya ini termasuk isu status tanah pencerobohan rizab sungai, pembinaan tanpa kelulusan, akses road yang lalu tanah hak milik, sesetengah pengusaha yang masih tidak mendapat bekalan elektrik mahupun air, pengurusan sisa pepejal dan sebagainya.

Pada tahun 2019 di peringkat daerah Kampar telah pernah diambil inisiatif untuk mengadakan mesyuarat dengan semua agensi kerajaan berkaitan dalam usaha pemutihan untuk selesaikan masalah-masalah yang disebut tadi. Ini bertujuan untuk mewujudkan kawasan ekopelancongan yang selamat, lengkap dari segi kemudahan dan juga lestari dari segi pemeliharaan alam sekitar. Saya harap usul ini dapat diteruskan bagi membawa penyelesaian kepada masalah yang ada khususnya dalam kita menghadapi cabaran dalam fasa endemik yang akan tiba tidak lama lagi.

Dato' Yang Dipertua, hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. Walaupun para peniaga khususnya sudah membuat persiapan untuk menjual juadah kuih-muih kepada pelanggan mereka di Bazar Ramadan dan sebagainya tetapi malangnya, tahun ini mereka akan terpaksa menanggung kos kenaikan harga barangan termasuk tepung gandum menjelang bulan puasa ini. Dilaporkan harga tepung gandum telah mula meningkat sejak beberapa bulan yang lepas dan dijangka akan terus meningkat lagi. Kenaikan ini dikatakan melebihi RM23.50 bagi sekotak dengan kuantiti 10 pek. Kalau sebelum ini harga dan bekalan ayam dan telur ayam menjadi isu hangat. Kini pula isu tepung gandum akan menjadi yang merupakan ramuan utama dalam kuih-muih akan menjadi isu yang penting.

Justeru persoalannya apakah tindakan kerajaan dalam menangani kenaikan tersebut dan juga isu kestabilan harga dan bekalan bagi barang keperluan? Memang dalam isu harga dan bekalan makanan asas ini banyak faktor yang bukan dalam kawalan kita seperti cuaca, pandemik, peperangan, harga dedak import dan banyak lagi tapi kita harus ingat bahawa rakyat tidak perlukan kerajaan yang berikan sebab kepada masalah. Rakyat hanya perlukan kerajaan yang mampu mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Jualan murah yang dijalankan oleh pihak kerajaan hanya dapat membantu buat sementara bagaikan ubat tahan sakit tapi dimanakah penyelesaian jangka masa panjang. sya habiskan dulu.

Apakah pula keberkesanan bagi program bertujuan meningkatkan sekuriti makanan yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri serta setakat ini? Adakah rakyat jelata dapat memanfaatkan daripadanya? Saya harap pihak kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan semua pihak bakal menyambut Ramadhan dan kemudiannya Syawal dengan hati yang tenang dengan bekalan makanan yang mencukupi dan harga yang berpatutan.

Yang di-Pertua

Sekejap dahulu YB banyak lagi? Ok, saya bagi tiga minit lagi ya.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Ok, terima kasih Dato' Yang Dipertua, terima kasih Teja. Tadi Teja bagi tahu harga tepung tapi saya nak bangkitkan ramai rungutan daripada peniaga-peniaga pasar pada Ramadan ini di mana majlis-majlis pembandaran daerah dan bandaran telah menaikkan harga sewa untuk tapak-tapak mereka sedangkan tapak tersebut merupakan tapak yang lama pun ya hanya garis untuk garisan dan khemah tetapi nilainya semakin meningkat dengan cuaca yang tak menentu, dengan harga yang tinggi, pendemik yang masih belum selesai, saya rasa tidak wajar untuk semua majlis untuk meningkatkan harga tersebut. Sepatutnya kita subsidi lagi, kita bantu dan kita ringankan bebanan mereka. Risiko yang mereka akan tanggung selepas ini. So, apa pandangan? Terima kasih.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Setakat ini saya tak terima info tentang isu ni tapi saya lihat dalam fasa kita pemulihan ekonomi sebaiknya PBT dapat menggalakkan dan memberi apa tu diskaun atau sebagainya atau sekurang-kurangnya tak naikkan sewa lah pada peniaga sebab memang kita baru cuba nak dalam apa tu fasa endemik untuk nak memulakan perniagaan seperti biasa. Jadi harap pihak PBT dapat prihatin kepada keadaan yang dihadapi oleh peniaga.

Ok, baik last .Sidang Dewan yang mulia isu yang terakhir yang saya ingin bawa sepanjang sidang ini dan juga sidang-sidang yang sebelum ni saya lihat banyak isu yang ditimbulkan berkenaan dengan prestasi dan kedudukan GLC. Ini termasuk isu tanah, isu kedudukan kewangan dan maka skandal-skandal yang berkaitan dengan GLC. Saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Perak menteladani Kerajaan Selangor dimana bermula tahun 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan laporan kewangan GLC kepada sidang Dewan pada pada setiap kali sidang Dewan dan ini adalah satu langkah yang boleh meningkatkan ketelusan dan check and balance, dengan izin untuk supaya isu kedudukan kewangan pendapatan perbelanjaan tanggungan hutang GLC dapat diketahui dan ini memang sesuatu yang saya lihat dapat bantu mengikis persepsi negatif yang yang tidak baik dan akhirnya, tidak kira kali ini sidang kali ini merupakan kali terakhir sebelum PRU atau sebaliknya saya harapkan semua pihak dapat terus memainkan peranan dalam kita memberikan satu perkhidmatan yang baik kepada rakyat dan juga untuk terus membina Negeri Perak dan saya harap isu-isu yang dibangkitkan dapat mendapat boleh mendapat perhatian dan juga seterusnya tindakan daripada pihak berkuasa untuk kita menyelesaikan masalah yang ada. Jadi dengan itu sekian sahaja. Teja menjunjung titah kasih. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YB daripada Teja. Sekarang saya menjemput YB dari kawasan Selinsing untuk memulakan 20 minit perbahasan. Dipersilakan.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato’ Speaker, YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad, barisan Exco, YB Ketua Pembangkang, YB Kerajaan, YB Pembangkang, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua agensi kerajaan, petugas-petugas media, pemerhati di dalam dan di luar sana, saudara dan saudari yang mengikuti kita secara live. Ampun tuanku patik ADUN Selinsing merafak sembah dan menjunjung kasih atas titah ucapan dan diberi peluang untuk perbahasan pada kali ini. Sebelum saya pergi lebih jauh Selinsing ingin membalas jualan pantun daripada Teja. Boleh Teja?

Teja Penyabar membawa khabar, Suka bersembang setiap pagi,

Dengar khabar Dewan nak bubar, Harap kita terpilih lagi.

Itu pun Ihsan daripada YAB MB la. Terima kasih kepada YAB Menteri Besar atas pemerintahan yang telah dilaksanakan di Negeri Perak Darul Ridzuan. Kita rata-rata dibentangkan dengan satu pentadbiran yang agak berbeza. Di mana kita tidak dapat melihat satu insiden buruk pun, Alhamdulillah. Walaupun mungkin Perak menghadapi seribu satu cabaran tetapi nampaknya YAB berjaya mengemudikan kapal dan nakhoda dengan baik menuju ke Pulau Cita dan menjadi hasrat dan impian rakyat Negeri Perak. Asas pujian ini bolehlah saya garapkan di muka surat 3 tItah Tuanku di para 5, di mana Kerajaan Negeri Perak berjaya menutup akaun 23 juta ada lebihannya berbanding dengan unjuran defisit RM110 juta dengan lain kata kutipan Kerajaan Negeri Perak kutipan hasil yang meningkat kepada RM108 juta jadi hasil keseluruhannya menjadi RM1.03 billion. Orang kata, ada beras kerja deras. Kalau orang Selinsing kata, ada duit kerja jadilah YAB MB. Hutang-hutang tak main bro. Itu orang Selinsing cakap.

Jadi ingin menggambarkan bahawa satu pentadbiran yang cukup menyakinkan di bawah kepimpinan YAB bagi menzahirkan perkhidmatan kepada Kerajaan Negeri Perak. Di mukasurat 8 para 12, Selinsing ingin memaklumkan bahawa titah Tuanku, satu masalah utama melanda dunia ialah kemiskinan. Tiga strategi di mana di antaranya ialah yang ingin Selinsing tekankan ialah pembangunan kawasan luar bandar untuk membasmi kemiskinan. Maka pada ketika itu saya terlihat Tuanku memberi fokus kepada empat daerah iaitu Daerah Pengkalan Hulu, Hulu Perak, terima kasih kepada Kenering yang membetulkan. Terima kasih. Hulu Perak, Kerian, Manjung dan Batang Padang. Kalau orang pilih kita untuk menjadi projek rintis, terima kasih. Tapi sebenarnya disudut hati Selinsing kadang-kadang sedih bila dikategori dan diklasifikasikan sebagai rakyat yang miskin. Tapi lagilah sedih kalau kerajaan tidak mempedulikan soal kemiskinan. Jadi terima kasih kepada titah Tuanku dan insya-Allah kerajaan di bawah kepimpinan YAB pasti akan melihat Kerian sebagai satu tempat yang perlu diberi perhatian kerana kita tahu kehidupan nelayan ini diselubungi dengan hanyir ikan dan perahu serta laut. Kalau kehidupan sebagai Petani pula tidak lain selut, pacat dan miang pokok padi menjadi satu santunan mereka setiap hari.

Jadi sudah tentulah apabila titah Tuanku melihat kepada membasmi kemiskinan di Daerah Kerian, kita tidak akan melihat kerajaan di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar akan mengambil langkah-langkah untuk membangunkan infrastruktur supaya kehidupan Petani di mana sahaja mereka berada terbela dan dipedulikan oleh Kerajaan Negeri Perak. Insya-Allah kita lihat sudah ada pun gerakan-gerakan ataupun pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh YAB Menteri Besar. Walaubagaimanapun, YAB kami ni ketinggalan. Selinsing ketinggalan. Masih dalam kepompong kemiskinan. Oleh sebab itu Selinsing merayu, saya mewakili rakyat untuk merayu kepada kerajaan supaya melihat infrastruktur-infrasuktur. Sudah pastilah JPS, Pihak IADA, pihak JKR, pihak MDK Kerian, pertanian dan selainnya mesti menggembeling tenaga dengan 100% memberi kepercayaan kepada YAB untuk sama-sama membantu khususnya di Daerah Kerian. Saya ingin mengambil kesempatan di sini di mana kadang-kadang kita lihat projek Marris. Projek MARRIS ni kadang-kadang telah didaftarkan untuk jalan-jalan tertentu di kawasan-kawasan yang tertentu. Kadang-kadang rakyat bertanya mengapa jalan itu ditar semula. Kadang-kadang ketinggiannya akan melebihi daripada apa yang diharapkan. Jadi saya mencadangkan agar projek MARRIS sini diberi peluang untuk dilebarkan bukan ditinggikan semata-mata kerana tahulah di tempat saya khususnya di Selinsing dan juga di beberapa kawasan juga di Negeri Perak mungkin menghadapi masalah yang sama. Kali ini insya-Allah projek-projek MARRIS ini boleh dilebarkan dan janganlah banyak orang Selinsing kata banyak songehnya. Bagilah, kerana wakil rakyat telahpun membuat satu kayu ukur bahawa jalan itu perlu dilebarkan bukan ditinggikan. Jadi kita harap, ya sila.

Terima kasih, terima kasih. Selinsing, masalah di kawasan Kerian ni apabila jalan kampung ni berada di tepi tali air kerap berlakunya jalan tu akan mendap, turun, rosak sebelah je dia satu jalan tu dia lebih kurang kalau satu lebar jalan 9 kaki atau 10 kaki, 3 kaki je mendap dia turun sebabkan ada tali air din sebelah. Masalahnya apabila kita bila mendap jalan tu turun kita kena turap lagi sekali. So, jalan tu makin lama makin tinggi adakah masalah yang sama berlaku di Selinsing?

YB ENCIK MOHAMAD NOOR BIN DAWOO. Ya, saya pun nak mengambil kesempatan merakamkan apa idea yang berlaku di Titi Serong itu juga mungkin berlaku di Selinsing dan juga di tempat-tempat yang lain. Saya nak ingin menarik perhatian kepada lawatan Yang Amat Berhormat Menteri Besar semasa lawatan Mesra Rakyat. Beliau telah pergi ke Jeti Sungai Protan yang hampir dengan rumah sayalah, jadi jeti tu pun juga akhirnya rebak teruk tapi alhamdulillahlah mungkin keberkesanan kepimpinan Yang Amat Berhormat menyebabkan Pengarah JPS yang kebetulan saya telefon pada malam itu dan esoknya macam saya tak percaya esoknya maka jalanlah kontrak dengan apa semua datang saya macam tak payah terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat juga kepada Pengarah JPS juga ketua-ketua jabatan yang lain tapi JPS ni memang hebat yang boleh saya paparkan di dalam Dewan ini.

Terima kasih kepada Titi Serong kerana membantu menguatkan hujah saya. Jadi antara lainnya juga untuk membasmi kemiskinan ni menurut titah Tuanku ialah dengan melihat kepada pembinaan proses pendidikan. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada EXCO yang telahpun dulunya menyelesaikan masalah jalur lebar di beberapa tempat di DUN Selinsing. Tetapi EXCO untuk pendidikan ini saya ingin menjelaskan sekali lagi banyak sekolah di Kerian dan juga saya nak mention di dalam Dewan ini kebetulan saya ini DUN Selinsing di Sekolah Menengah Kebangsaan Selinsing tidak boleh dapat dengan mudah. Kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada tapi setiap hari boleh kita katakan kadang-kadang tu tak ada ada-ada. Hulu Kinta ada you ada saya tak ada tau. Ada ada ada. Jadi itulah dia masalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Selinsing. Saya harap Exco boleh memberi perhatian kerana pendidikan ini akan memberi satu manifestasi. Saya selalu ulang bahawa Yang Amat Berhormat selalu mengatakan bahawa pendidikan ini boleh dibuat membasmikan kemiskinan. Bagi program perumahan, kita dapat lihat okeylah nanti tambah sikitlah kita bagi laluan ...

YB DATO’ MOHD AZHAR BIN JAMALUDDIN. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya tertarik dengan Selinsing memaklumkan bahawa akses kepada internet ni merupakan satu isu yang penting yang harus diambil perhatian terutamanya dengan PDPR, pendidikan. Ha, saya pun telah pun bangkitkan dalam sidang yang lepas kawasan saya di Bagan Lalang, Kampung Bagan Lalang, Kampung Sungai Samak, Sungai Manila, Sungai Bugis masih lagi menghadapi masalah yang sama. Saya mohon dimasukkan dalam ucapan Selinsing supaya pihak Exco dapat mengambil tindakan dengan segera. Terima kasih.

YB ENCIK MOHAMAD NOOR BIN DAWOO. Saya bersetuju untuk dimasukkan dalam ucapan saya sekiranya ia membawa manfaat kepada rakyat Changkat Jong. Baik untuk program perumahan dan berpendapatan rendah kita merakamkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kita dapat lihat bahawa keseluruhan 56,292 rumah berjaya dibina. Terima kasih memang benar naluri Tuanku ingin melihat penginapan merupakan satu keperluan selain daripada makanan dan pakaian. Jadi saya ingin menarik perhatian bahawa di tempat saya di Kuala Gula kalau kita lihat ada perumahan penempatan Kuala Gula ini penempatan Melayu dan Cina. Kadang-kadang saya boleh tengok ada rumah yang ada dua tiga kelamin, Teja, kelamin you tahu tak kelamin ya kelamin-kelamin ini ada dua tiga keluarga yang telah berkahwin duduk di dalam satu rumah Teja.

Saya nak bagi tahu pada Teja. Jadi kesiankan kesian kepada mereka Yang Amat Berhormat kerana tidak ada tanah, tidak ada kemampuan, jadi sebab itu perumahan merupakan satu benda yang Tuanku titah dan insya-Allah Yang Amat Berhormat mesti memberi perhatian di Kuala Gula dan juga saya ingin menarik perhatian semula bahawa Selinsing ada mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya Pekan Selinsing itu diadakan antaranya menyediakan penginapan perumahan yang boleh dimiliki oleh mereka yang berkemampuan. Atas dasar titah Tuanku insya-Allah saya berdoa dilembutkan hati Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menjayakan perbandaran kecillah di Selinsing yang sepertimana diketahui atau MB sedia maklum. Walau bagaimana pun, kita lihat bagi membentuk rumah membina rumah kadang-kadang kita lihat bajet yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan ini sangat kecil dan sukar untuk dibuat oleh pemaju-pemaju dan yang paling kita rasa susah hati apabila ICU dan juga peruntukan-peruntukan tidak membenarkan kita untuk membina rumah jadi sebagai tu kita sebagai wakil rakyat tidak mampu untuk bersama-sama menyahut seruan Tuanku ini kerana digariskan begitu.

Jadi Selinsing berharap agar satu ketika nanti diberi kelonggaran bagi pembinaan-pembinaan rumah segera ini kalau tak dapat pembinaan rumah secara total mungkin dengan peruntukan itu dibenarkan untuk kita membaiki rumah bagi mereka yang kurang perumahan dan kita harap bajet ataupun kaedah birokrasi oleh agensi mana-mana pihak dapatlah diselesaikan. Saya sebagai Ahli Yayasan, tadi ada ada Titi Serong telah membangkitkan soal bagaimana sukar untuk mendapat bantuan daripada Yayasan untuk membina rumah, jadi saya nak bagi tahu kadang-kadang bila permohonan sebelum MCO tentulah kosnya berbeza. Oleh sebab itu kekangan saya pendekkan untuk menyediakan satu peruntukan khas tentulah mengambil kira semula tentang kos sebelum kita meluluskan.

Jadi ada banyak lagilah perkara-perkara yang mungkin tidak dapat saya jelaskan bagi pihak yayasan tetapi saya ingin membawa masalah-masalah lain yang mungkin memberi manfaat kepada kita dan juga kepada rakyat Selinsing. Fenomena air pasang yang disentuh dalam titah Tuanku menyebabkan sekali lagi Kuala Gula menjadi pilihan saya kerana baru-baru ini Taman Rimba Muhibbah dan juga Taman Bersatu lebih kurang 400 orang yang tinggal di sana saya boleh maklumkan tiga perempat daripada rumah mereka ini telah menghadapi masalah banjir pada ketika air pasang dan hujan turun. Jadi saya telah pun membuat lawatan bersama MDK, JPS dan JKR melihat apa cadangan yang disarankan ialah pembinaan ban semula kerana sudah lama ban ni macam bataslah Yang Amat Berhormat jadi ditinggikan kerana menghack tujuannya adalah bagi menghalang agar air tidak masuk ke kampung kerana kampung itu kawasannya rendah.

Jadi sekiranya terusan itu boleh dibuat sejauh lebih kurang 2 kilometer maka saya yakin masalah banjir ini dapat kita atasi insya-Allah. Selain daripada itu pelancongan domestik di Kuala Gula juga kita lihat satu ketika dulu sering Selinsing bangkitkan dan saya dapat melihat ada satu gerakan ataupun satu tindakan ada dari pihak swasta. Jadi saya berharap ada kebenaran daripada Yang Amat Berhormat membenarkan pihak swasta ini untuk memajukan chalet Kuala Gula sebagai pusat pelancongan. dan satu lagi saya harap di tempat saya ni banyak jeti-jeti Yang Amat Berhormat. Oleh sebab itu ada tujuh jeti nelayan di sana jadi saya harap antaranya pilihlah satu untuk dibangunkan sebagai industri pelancongan kecil-kecilan dan bolehlah membantu para penduduk kampung di sana untuk menikmati sedikit pembaharuan pembangunan di Selinsing insyaa allah.

Selain daripada itu, antara yang boleh saya lihat kali ini tidak ada masalah musuh tanaman dibangkitkan. Di tempat saya pun baru-baru ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Perhilitan kerana mereka bekerja bersungguh-sungguh sebenarnya cuma mereka mempunyai kekangan anggota tenaga pekerja ataupun penjawat awam. Saya sering pergi jugalah melawat dengan mereka bagaimana sukar malam-malam dan sebagainya. Jadi pada baru-baru ini kita buat satu tindakan, Alhamdulillah kalau nak tengok banyak ratus jugalah kera dan juga beberapa musuh, ekor musuh tanaman telah berjaya dimusnahkan. Jadi terima kasih kepada pihak Perhilitan. Antara lain di Kuala Gula ini Yang Amat Berhormat, banyak masalah tanah perkuburan mereka. Jadi saya juga ingin mencadangkan agar tanah perkuburan ini yang telah diberi kelulusan boleh kita bantu untuk kita tinggikan dari segi kos untuk meratakan tanah merah di sana dan yang akhir untuk saya bawa pada kali ini ialah dewan terbuka.

Di Selinsing, Yang Amat Berhormat, kami tidak ada dewan terbuka. Dewan terbuka yang ada di Bagan Serai, Dewan Dato' Zainal. Oleh sebab itu, Selinsing ingin mencadangkan agar Yang Amat Berhormat memberi dan mempertimbangkan permohonan rakyat Selinsing yang telah dinyatakan miskin itu. Tentulah kami sangat mengharap agar dewan dapat berdiri tersergam indah. Insya-Allah dapat membantu segala aktiviti-aktiviti masyarakat dan juga sukan. Akhir sekali tahniah kepada Yang

Amat Berhormat, saya ingin sampaikan kepada Yang Amat Berhormat atas kelulusan beberapa jeti di tempat saya bila Yang Amat Berhormat melawat jeti telah dibina cuma Yang Amat Berhormat, lulus dua. Kami ada tujuh Yang Amat Berhormat. Kalaulah boleh ditambah sikitlah.

Kalau tak dapat lima lagipun, Yang Amat Berhormat boleh tambah satu, dua lagi tu Alhamdulillah. Insya-Allah dan juga sebuah surau di Parit Ali Kalam telah pun Yang Amat Berhormat lulus dan telah pun boleh digunakan. Inilah kata orang benih yang baik jatuh di laut menjadi pulau, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Sedangkan lidah lagi tergigit. Akhirnya ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Jadi Yang Amat Berhormat, saya doakan semoga dapat memerintah Kerajaan Negeri Perak dengan stabil, makmur dulu kini dan selamanya. Saya akhiri dengan sebuah pantun. Pantun lagi, Hulu Kinta. Burung merak sedang berjemur, Sambil makan buah bidara, Kerajaan Perak pulih dan makmur, rakyat gembira tidak terkira. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Selinsing menyokong.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Selinsing yang berbahas tepat pada waktunya. Setelah itu saya jemput Yang Berhormat daripada Kawasan Keranji untuk memulakan 20 minit perbahasannya. Dipersilakan.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Salam sejahtera Dato' Tuan Speaker, ADUN-ADUN, Ahli-Ahli Yang Berhormat, tidak lupa juga ketua-ketua jabatan dan ketua badan berkanun kerajaan, pengarah-pengarah GLC serta rakan-rakan media yang sedang menonton live di atas talian dan juga rakyat Negeri Perak yang sedang menonton live di atas talian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato' Yang Dipertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Ucapan Tuanku.

Pertama sekali saya ingin bangkit tentang isu Hospital Kampar. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kekanda Selama kerana telah menjemput saya untuk menghadiri taklimat dan mesyuarat tentang Hospital Kampar bulan yang lalu bersama dengan agensi-agensi yang berkenaan. Setelah lebih dua tahun selepas pentadbiran baru mengambil alih, akhirnya kita dapat melihat satu usaha dan perkembangan positif terhadap pembangunan Hospital Kampar di mana mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk meneruskan pembinaan Hospital Kampar kerajaan di tapak yang dicadangkan dan diluluskan oleh pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini iaitu di Kampung Changkat Bharu.

Pihak PDT Kampar juga dalam proses menyediakan satu kertas cadangan untuk mengambil alih tanah beserta dengan anggaran kos di tapak Kampung Changkat Bharu supaya projek Hospital Kampar dapat dimasukkan ke dalam Rolling Plan suku keempat tahun 2023. Saya faham bahawa mesyuarat itu hanya diadakan bulan lepas. Namun saya berharap Exco lama boleh memberi informasi terkini, kemaskini yang terkini sama ada kertas cadangan pengambilan tanah telah pun siap sedia dan juga tentang garis masa, dasar untuk pembinaan Hospital Kampar. Mesyuarat bulan lepas juga telah dengan sebulat suara menolak cadangan daripada UTAR supaya pihak Kerajaan Negeri mengadakan usaha sama joint venture untuk membina hospital swasta. Namun sehingga hari ini belum ada apa-apa pengumuman rasmi daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menolak cadangan usaha sama untuk membina hospital swasta dari UTAR. Jadi di sini saya nak mohon supaya pihak Kerajaan Negeri boleh membuat satu pendirian yang tegas tentang cadangan usaha sama dari UTAR ini sama ada pihak Kerajaan Negeri bersetuju ataupun tidak setuju tentang cadangan dari pihak UTAR supaya kita boleh matikan isu ini dan isu ini tidak berulang lagi.

Isu kedua yang saya ingin ingin bangkit ialah tentang Green Ridge di mana Battle of Kampar telah berlaku di Perang Dunia Kedua. Tapak Green Ridge merupakan satu-satunya tapak di mana askar Jepun berjaya dikalahkan di Tanah Melayu semasa dicerobohi oleh askar Jepun pada Perang Dunia Kedua. Pada tahun 2015 Perdana Menteri India, Modi telahpun menyatakan hasratnya untuk membina satu War Memorial untuk askar-askar yang telah berperang dan berkorban dalam peperangan tersebut. Suruhanjaya Tinggi India pada bulan Disember lepas juga menyatakan hasrat yang sama untuk membina War Memorial di Green Ridge. Saya difahamkan bahawa sebanyak 199 bidang tanah yang seluas 16 ekar di Green Ridge telah diberikan kepada pemaju pada tahun 1981. Jadi pada masa ini tapak Green Ridge ini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta dan juga empat orang individu. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri boleh meneruskan usaha untuk mengambil tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 kerana tapak Green Ridge ini merupakan tapak yang amat bernilai dari segi sejarah dan juga warisan negara dan juga supaya Green Ridge ini boleh digazet sebagai Tapak Warisan Negara selepas pengambilan tanah berlaku dan ini juga membolehkan usaha pembinaan War Memorial di Green Ridge menjadikan satu realiti.

Isu seterusnya yang saya ingin bangkit ialah tentang banjir kilat di Negeri Perak. Menteri Air dan Alam Sekitar, Tuan Ibrahim telah menyatakan pihak Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan lebih daripada RM300 bilion untuk mengatasi banjir kilat di seluruh negara Malaysia yang akan dilaksanakan secara berperingkat selama 50 tahun sehingga tahun 2100. Saya berharap adakah pihak Kerajaan Negeri ada membuat apa-apa kertas cadangan atau pun dalam jangka masa Panjang? Berapakah peruntukan yang Negeri Perak hendak memohon dari pihak Kerajaan Persekutuan? Memandangkan banjir kilat sering melanda Negeri Perak, saya mengesyorkan supaya pihak Kerajaan Negeri boleh memperjuangkan paling kurang 5% daripada anggaran RM300 bilion dari Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM15 bilion untuk Negeri Perak untuk jangka masa 50 tahun ataupun purata setiap tahun Negeri Perak perlu dapat sekurang-kurangnya RM300 juta untuk mengatasi banjir kilat di Negeri Perak secara menyeluruh.

Saya juga ingin mengalih perhatian Dewan terhadap kertas projek mengatasi banjir kilat Kampar yang telah di siap sedia (tak jelas) sebelum ini sejak tahun 2019. Pihak JPS Negeri Perak telah menganggarkan kos lebih kurang RM10 juta. Kalau kita boleh memperjuangkan 5% daripada peruntukan Persekutuan dan mendapat RM300 juta peruntukan tahunan untuk Negeri Perak, saya yakin at the scheme of things saya percaya RM10 juta untuk Kampar untuk atasi masalah banjir ini bukan jadi masalah.

Dato' Tuan Yang Dipertua, semasa pentadbiran Pakatan Harapan kita telah meluluskan projek membina kilang baru oleh Kossan Rubber di Bidor yang melibatkan sebanyak RM2.15 bilion dan untuk menjana pekerjaan sebanyak 6,000 peluang pekerjaan. Namun saya difahamkan bahawa pentadbiran kerajaan baru ini telah mengesyorkan supaya pihak Kossan Rubbers supaya kitar semula sisa-sisa air daripada proses pengeluaran getah. Namun garis panduan sedia ada hanya menyatakan pihak kilang getah hanya perlu mengeluarkan air bergred B sahaja. Pihak Kossan Rubber telah memberi komitmen untuk melepaskan air bergred A yang lebih tinggi daripada garis panduan sedia ada. Namun Kossan Rubber tidak mempunyai kemampuan untuk mengitar semula air yang dilepaskan kerana ia melibatkan kos yang terlalu tinggi dan tidak kos efektif. Jika pihak kerajaan negeri bertegas mahu pihak Kossan Rubber untuk mengitar semula penggunaan air pengeluaran getah, Kossan Rubber mungkin akan mempertimbangkan semula keputusan untuk membina kilang di Perak dan kita bakal mungkin kehilangan pelaburan yang bernilai RM2.15 bilion dan juga ia akan menyumbang kepada 6,000 peluang pekerjaan. Jadi saya berharap pihak Kerajaan Negeri boleh membuat satu keputusan yang sejajar dengan garis panduan dan mengumumkan supaya hanya air bergred B sahaja dikehendaki untuk pelepasan sisa air oleh kilang-kilang getah yang berminat untuk melabur dan membina kilang kita di negeri Perak supaya kita boleh menarik lebih banyak kilang-kilang untuk melabur di negeri Perak dan memacu ekonomi negeri Perak.

Dato' Tuan Yang Dipertua, Sebelum saya teruskan, saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan di sesi sidang DUN yang lalu. Pada sesi lalu Kota Tampan telah mengatakan kerajaan negeri tidak mengalami apa-apa kerugian dalam projek MAPs dan projek MAPs tidak ada kena-mengena dengan pihak kerajaan kerana ia dikendalikan oleh anak syarikat PCB dan bukannya PKNP. Untuk makluman Dewan, kenyataan yang dibuat Kota Tampan dulu tidak tepat dan ia mungkin dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu dan perlu diperbetulkan. Di sini saya ingin membaca daripada Laporan Tahunan PKNP, Laporan Tahunan 2017 dari PKNP, ini dari muka surat 47 annual report PKNP. Bagi tempoh kewangan tahun 2017 kumpulan PKNP merekodkan kerugian bersih sebanyak RM440 juta berbanding kerugian RM75 juta bagi tahun sebelumnya. Ia ini di antaranya disebabkan oleh peruntukan rosot nilai untuk Taman Tema Animasi yang memulakan pra operasinya pada tahun 2017.

Kenaikan kos pentadbiran dan kos jualan juga menyumbang kepada peningkatan kerugian. Jadi ia jelas, dalam Laporan Tahunan PKNP, ia jelas menyatakan oleh kerana Theme Park MAPs, PKNP telah mengalami kerugian dan juga dalam muka surat 22, Laporan Tahunan 2017 yang telah menyatakan projek Theme Park MAPs ini telah bermula pada tahun 2014 dengan kos projek keseluruhan sebanyak RM695 juta. Jadi kos RM605 juta yang saya petik sebelum ni sebenarnya saya dapat dari audit dalaman MAPs dari PCB. Jadi angka RM695 juta ini saya rasa belum ada apa-apa media yang lapor. Inilah kos sebenar yang kita guna untuk membangunkan MAPs.

Tuan Yang Dipertua, negeri Perak merupakan negeri pertama di mana Menteri Besar telah menandatangani perjanjian lapan titik bersama pihak pembangkang dan inisiatif ini juga telah diikuti oleh kerajaan persekutuan untuk memastikan kestabilan politik di mana di masa pandemik dan juga dalam keadaan ekonomi yang amat mencabar ini. Kita boleh lihat selepas perjanjian ini dimeterai, suasana di Dewan telah berubah dan sikap politik yang lebih matang dalam Dewan ini. Kebanyakan Ahli-ahli Dewan juga pernah duduk di sebelah pembangkang dan juga pernah duduk di sebelah pihak kerajaan dalam penggal ini melainkan beberapa orang Ahli yang duduk di sebelah kerajaan sepanjang penggal dan saya percaya kesemua Ahli terutamanya Ahli Dewan kerajaan juga boleh lebih memahami peranan yang dimainkan check and balance oleh pihak pembangkang dan menyambut kritikan konstruktif yang dibangkitkan dengan hati yang terbuka. Pihak pembangkang juga boleh lebih memahami kekangan dan kesukaran dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan bukan hanya membuat cadangan yang tidak begitu realistik ataupun susah dilaksanakan dari segi politik mahupun kemampuan pihak Kerajaan Negeri. Berbanding kepada zaman dahulu, di mana pihak pembangkang dilabel berbagai-bagai fitnah tohmahan yang tidak seperti tidak cinta kepada negara, anti pembangunan, membangkang semata-mata untuk membangkang. Saya percaya rakan-rakan saya di sebelah sana boleh memahami peranan yang dimainkan oleh pembangkang. Sebagai contoh, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang telah mengumumkan persaraannya dari arena politik dua minggu yang lalu. Setelah sekian lama difitnah dan dilabel sebagai anti-Melayu, anti-Islam dan tidak mencintai negara Malaysia kerana peranan yang dimainkan sebagai pembangkang. Malah saudara Kit Siang juga difitnah sebagai orang yang mencetuskan rusuhan 13 Mei. Padahal pada malam tersebut saudara Kit Siang berada di Sabah untuk berkempen untuk calon bebas yang bertanding dan bukannya berada di Kuala Lumpur.

Minggu lalu, Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim telah mengesyorkan kerajaan memberi penghormatan kepada veteran DAP Lim Kit Siang yang baru mengumumkan persaraannya daripada politik. Kata Rais, meskipun ahli politik pembangkang, Kit Siang layak diberikan anugerah dan penghargaan peringkat nasional setelah lebih setengah abad mengabdi diri dalam arena politik tanah air. Dalam kata-kata Rais, negara harus juga memberi penghormatan kepadanya yang saya tekankan begini, politik pembangkangan mempunyai peranan dan dasar Perlembagaan Persekutuan. Soalnya takkan seorang yang begitu lama berjuang untuk masyarakat atau Malaysia tidak wajar dipertimbangkan untuk apa-apa penghargaan Nasional.

Saudara Lim Kit Siang bukan seorang komunis, dia adalah pembangkang parti politik dan partinya pernah bersama mentadbir kerajaan. Ini satu hal yang saya rasa amat pelik dan seharusnya diambil kira oleh mereka yang mempunyai anugerah. Kata Rais selama ini dia sudah kurang menyedari bahawa Malaysia agak ketinggalan dalam soal itu apabila ahli-ahli politik pembangkang yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik tidak pernah diberi penghargaan. Sebaliknya hanya ahli-ahli politik dari parti pemerintah saja yang diangkat. Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita perlu sentiasa ingat, kita duduk di Dewan sini kerana kita dipilih oleh rakyat. Walaupun kita terima mandat daripada parti masing-masing untuk bertanding dalam pilihanraya, kita perlu mempertahankan hak rakyat dan mendahulukan hak dan kepentingan negeri Perak daripada kepentingan parti masing-masing. Isu yang saya akan bangkit seterusnya mungkin tidak begitu sedap didengar oleh rakan-rakan saya di kerajaan, namun ia melibatkan kepentingan negeri Perak dan saya berharap kesemua Ahli-Ahli Dewan boleh mendengar, tahu terdahulu fakta-fakta yang saya kemukakan sebelum membuat apa-apa kesimpulan dan jangan anggap ia sebagai satu serangan ke atas pihak kerajaan ataupun hanya untuk mencari modal politik.

Dato' Yang Dipertua, isu penggulingan ataupun winding MAPs, PCB ini sebenarnya lebih besar daripada isu MAPs yang telah mencatatkan kerugian sebanyak RM700 juta. Kerugian MAPs RM700 juta telah pun berlaku, namun apa yang bakal terjadi kepada PCB dan PCBD akan mempunyai implikasi yang amat besar terhadap pihak Kerajaan Negeri. Pada 10 Januari 2022 pada hari yang sepatutnya berlakunya taklimat kepada kesemua 59 ADUN Perak tentang penggulingan PCBD, namun ia ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. Saya telah mengadakan satu sidang media untuk menunjukkan perbezaan dua set akaun yang dilaporkan oleh PCB Berhad. 1 set akaun yang diumumkan kepada Bursa Malaysia di mana ia menunjukkan PCB mempunyai aset yang bernilai RM771.43 juta manakala dalam scheme of arrangement, PCB hanya menunjukkan aset yang bernilai RM159.67 juta yang diumumkan.

Susunan dari sidang media tersebut saya telah dihantar sepucuk surat cinta dari PCB dengan ugutan menyaman saya kerana membangkitkan isu perbezaan angka dalam kedua-dua akaun ini. PCB juga telah mengeluarkan satu kenyataan dan mengatakan perbezaan dalam kedua-dua angka ini kerana dalam scheme of arrangement, jumlah aset yang bernilai RM159.67 juta ini merupakan angka di peringkat syarikat dan bukan di peringkat kumpulan PCB. Apa ini bermakna, ini bermakna PCB tidak mengambil kira kesemua anak-anak syarikat dan juga aset yang dimilikinya dalam pengiraan scheme of arrangement tersebut dan ini merupakan satu usaha untuk menyembunyikan aset-aset dan untuk membayar pemiutang dalam jumlah yang penuh.

Dato' Tuan Yang Dipertua, persoalan di sini senang. Kita ada dua side akaun di sini. Dalam akaun yang diumumkan kepada Bursa Malaysia, jumlah aset PCB bernilai RM771 juta. Namun kebanyakan aset ini dalam segi tanah dan nilainya dicatatkan dalam akaun PCB dengan nilai buku atau pun book value, di mana nilai sebenar atau pun nilai pasaran tanah-tanah ini jauh lebih tinggi berdasarkan affidavit yang telah dibuat oleh Bekas Pengarah CEO, PCB Encik Muhammad Syafie, jumlah aset yang dimiliki oleh PCB mencecah RM1.3 billion. Jadi persoalannya di sekarang di manakah aset-aset dan tanah-tanah yang bernilai RM1.3 billion ini? Adakah aset-aset ini telah hilang? Adakah aset-aset ini telah dirompak, dicuri atau disembunyikan? Saya rasa ini merupakan persoalan penting yang Ahli-Ahli Dewan perlu memikirkan.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Boleh mohon celah? Saya rasa Yang Berhormat Dato' Speaker, kes ini telah berulang kali tentang PCB ini dibawa dalam Dewan dan dengan izin kalau orang putih kata ada perumpamaan lah. Ya macam its flogging a date horse lah. Saya rasa Yang Berhormat Keranji dulu pun pernah duduk dalam board PCB sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan juga saya ingat mungkin kerana beliau seorang akauntan adalah juga duduk dalam politik. Adakah betul? Jadi, tugas sebagai seorang sebagai Ahli Lembaga Pengarah adalah dia ada dengan izin juga dia ada fully jury duty. Jadi, apakah Yang Berhormat Keranji lakukan semasa beliau menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perak Corporation Berhad dan juga sebagai Ahli Audit Committee dan saya bukan lah nak cabar Yang Berhormat, jika segala tuduhan Yang Berhormat buat mengenai harta dan sebagainya, kalau boleh ulang di luar Dewan. Janganlah hanya berkokok dalam Dewan ini. Kalau betul-betul Yang Berhormat Keranji berani ulang balik di luar Dewan kerana perkara ini telah dibawa ke mahkamah, telah dibawa ke perbincangan dengan creditor dan sebagainya yang telah dipersetujui oleh creditors-creditors dan mengapa sekarang baru Yang Berhormat Keranji berulang kali nak bangkitkan perkara ini. Pada saya satu isu business isu, janganlah dijadikan political isu. Your flogging a date horse dengan izin. Ok, terima kasih.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Terima kasih Pengkalan Baharu. Saya akan jawab apa yang saya lakukan semasa saya tadi. Ambil maklum dalam ucapan saya seterusnya dan saya sudah ulang...

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

YB, tapi ini last isu kan.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Lagi banyak last isu tapi panjang sikit ya. Saya sudah ulang kenyataan ini dalam sidang media saya pada 10 Januari dan bukan saja saya ulang, afidavit telah lakukan, afidavit mahkamah bukan main-main. Bekas CEO telah melakukan afidavit bahawa Syarikat PCB mempunyai aset RM1.3 billion. Jadi kalau ini tak betul atau pun menipu, kenapa Syarikat PCB tak saman Bekas CEO ini. Jadi kita kena tahu kalau dalam akaun ada duit banyak kenapa...

Yang di-Pertua

Nak tau saman tak saman you ulang luar Dewan lah.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Sudah saya sudah buat.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

You ulang luar Dewan, you ulang.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Ok. Dato' Tuan Yang Dipertua. Semasa saya masih berkhidmat sebagai Ahli Lembaga PCB, Ahli Lembaga PCB telah diberi taklimat oleh pengurusan PCB termasuk pegawai-pegawai kewangan yang sama sekarang...

Yang di-Pertua

Kerana masa sebenarnya dah cukup. Tapi saya I want to do just this to you dan I hope this is the last issue you bawa takde lah isu lain kan. Jadi kalau saya bagi dalam tempoh lima minit cukup untuk bahaskan. Saya rasa cukupkan. Ok. Terima kasih.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Semasa saya berkhidmat sebagai Ahli Lembaga PCB saya diberi taklimat oleh pegawai-pegawai kewangan PCB bahawa PCB mempunyai aset yang cukup untuk melangsaikan semua hutang dan 1 skim of richman ringgit to ringgit. Kita bayar semua hutang ringgit to the ringgit settlement yang telah di siap sedia untuk membayar hutang. Saya bersetuju bahawa PCB mempunyai masalah likuidasi. We have a liquidation for blame. Tetapi PCB tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk membayar kesemua liabiliti jangka masa pendek. Namun tetapi PCB masih berada dalam keadaan iaitu jumlah aset yang dimiliki oleh PCB jauh lebih banyak berbanding dengan jumlah liabiliti. Malangnya ringgit to ringgit settlement skim of richman ini tidak dapat diluluskan kerana Ahli Lembaga pada masa itu termasuk saya telah dikeluarkan atau pun diberhentikan. Jadi saya nak tanya di sini...

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

YB kejap..kejap. I think your this two different issue dengan izin. Satu PCB Development dan satu PCB. Yang one the up ni PCB Development bukan PCB.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Orait. But the scheme richman ialah dilakukan oleh PCB dan juga PCBD. Betul PCBD.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

YB tau tak sekarang. Saya nak tanya YB. Sebelum exercise ini dibuat berapa harga salam PCB? Tak sekarang berapa harga saham PCB?

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saham 40 sen.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Tau dak 11 sen dah jadi 45 sen. Sudah naik 400 kali ganda. Betul ke tidak?

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Tak ada semasa itu sudah 40 sen. Check balik. Biar saya teruskan.

Yang di-Pertua

Saya ingat biar Keranji habiskan. Kemudian kita inilah...

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Jadi saya nak tanya di sini. Apakah yang telah terjadi dalam masa kurang daripada enam bulan selepas ahli lembaga pengarah telah dikeluarkan? Adakah status kewangan PCB telah merosot dengan begitu mendadak sehingga PCB hanya mampu membayar 10 sen kepada setiap ringgit yang dihutang atau pun 10% daripada hutang tersebut. Ada pihak yang cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan H-Asia Apps yang juga telah mengadakan 99.95 peratus% namun H-Aisa Apps berbeza. Kalau kita melihat laporan kewangan syarikat tersebut, H-Asia Apps memang tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar hutang-hutangnya. Ini berbeza dengan PCB di mana laporan kewangannya menunjukkan yang mempunyai aset yang mencukupi untuk membayar kesemua hutangnya dan yang merupakan satu penipuan terhadap pemiutang atau pun credit fraud jika hutang-hutang tidak dilangsaikan...

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Hey ulang balik eligation tu keluar Dewan kalau…

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Ok I will... I will.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Saya cabar you. You ulang balik yang you kata ada fraud tu luar Dewan. Kalau you betul-betul beranilah...

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Let me finish.

Yang di-Pertua

Saya rasa you have to be other dengan izin daripada mengatakan tuduhan-tuduhan seperti ada kata fraud tuduhan kan nombor satu, Tuduhan kepada siapa. Kemudiannya tak fair kalau pihak tu tidak ada dalam Dewan untuk…

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Ok, kalau tidak ada fraud mengapa PCB tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap afidavit, afidavit in court. Mahkamah sudah masuk afidavit.

Yang di-Pertua

Saya faham, tapi janganlah guna perkataan-perkataan seperti dalam Dewan ini. So, saya bagi masa sikit lagi dalam dua minit.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya pernah bangkit tentang scheme of richman PCB dan PCBD pada bulan Ogos dalam Dewan yang mulia ini. Saya telah memberi amaran pada masa itu, jika scheme of richman ini diteruskan maka ia akan ditolak menyebabkan PCB dan PCBD akan diguling dan kerajaan negeri bakal kehilangan sebuah GLC yang disenarai di Bursa Malaysia dengan aset yang bernilai RM1.3 billion. Hari ini terbukti amaran tersebut bukan angan-angan sahaja apabila PCBD di telah digulingkan secara sukarela. Ini saya bangkit di sini sekali lagi bahawa scheme of richman yang dicadangkan oleh PCB adalah skim bersama dengan PCBD dan skim PCB juga akan runtuh selepas skim PCBD telah pun untuk kerana ia hanya tinggal masalah-masalah sahaja bila PCB akan digurunkan. Sekiranya Kerajaan Negeri bertegas tidak meminda scheme of richman PCB dengan membayar pemiutang dengan penuh atau pun ringgit to ringgit settlement ini akan mengakibatkan kesemua aset dan pelan strategik yang dimiliki PCB akan dilelong termasuk Lumut Port, Hotel Casuarina dan tanah-tanah strategik di Bandar Meru Raya.

Sekiranya ini berlaku ia akan merupakan komplikasi yang menjangkau jauh yang akan melanda negeri Perak. Saya faham Ahli-Ahli Lembaga PCB sekarang dilantik semasa zaman pentadbiran Chenderiang. Namun berdasarkan prinsip akauntabiliti, oleh kerana scheme of richman ini dicadangkan dan diluluskan semasa pentadbiran Kota Tampan, maka Kota Tampan perlu bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil oleh lembaga pengarah yang dilantik Chenderiang. Saya hendak bertanya kepada rakan-rakan UMNO di sebelah sana. Adakah ia adil kepada UMNO untuk bertanggungjawab ke atas tindakan lembaga pengarah yang dilantik sebelum ini. Oleh kerana ada yang tidak adil yang berlaku, UMNO mungkin bakal .... kasih. Jadi saya menyeru kepada pihak kerajaan terutamanya rakan-rakan di sebelah sana, lets do the right thing supaya kita ...

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Apa UMNO dengan bisnes pula?

Yang di-Pertua

Masa Chenderiang tu DAP. Masa Chenderiang DAP.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Selepas-selepas Harapan ok. Let me finish.

Yang di-Pertua

Ok can you conclude please.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Ya little bit. Dato' Yang Dipertua, saya juga difahamkan terdapat beratus-ratus ekar tanah yang bernilai beratus-ratus juta ringgit di mana PCBD merupakan beneficiary owner kepada tanah-tanah ini telah dipulangkan kepada PKNP. Untuk makluman Dato' Yang Dipertua, ia merupakan amalan dan tradisi untuk mendaftar tanah-tanah pemilik GLC Negeri Perak di atas nama PKNP. Ini berlaku sebelum zaman pentadbiran bekas Menteri Besar Tan Sri Tajol Rosli. Ini untuk menjimatkan kos pembayaran, premium tanah-tanah yang dimiliki oleh GLC jika ia dipegang oleh PKNP dan ia hanya akan ditukar hakmilik kepada GLC apabila tanah tersebut hendak dibangunkan. Namun harus kita ingat beneficiary owner bagi tanah-tanah ini masih dimiliki oleh GLC-GLC berkaitan. Jika tanah-tanah milik PCBD yang didaftar atas nama PKNP boleh dirampaskan dan dipulangkan kepada PKNP begitu saja, adakah pihak kerajaan negeri akan juga berbuat sedemikian terhadap syarikat-syarikat GLC dan juga yang lain di mana…

Yang di-Pertua

YB saya rasa itu sudah masuk isu lainnya.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Sikit-sikit. No, its still PCBD. Little bit, please. Dimanakah rule of law jika tanah-tanah ini boleh dirampas dan dipulangkan dengan sesuka hati.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Mana boleh rampas pula kalau tak ada ownership lagi, you cakap melilau.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Beneficiary owner is still PCBD.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Beneficiary owner kena ada geran.

Yang di-Pertua

YB thats not to be decided in this Dewan. Kita tak boleh bawa masuk.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Tunjuklah ini wakillah. Tak tahu fakta. Macamana beneficiary owner kalau dia tak ada geran.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Kita lihat ini objectifly ok. Untuk makluman Dewan, ini telah pun dicapai.

Yang di-Pertua

Please conclude.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

It’s my floor ok. Untuk makluman Dewan, tanah-tanah PCBD ini telah pun dicatat dan direkod di dalam buku PCBD dan telah pun diaudit dan dilaporkan kepada Bursa Malaysia. Tanah ini memang milik PCDB. Jadi adakah ia adil kepada pemegang saham PCB dan juga pemiutang-pemiutang PCBD jika tanah-tanah ini dipulangkan?

Yang di-Pertua

YB thats for the court to be set for us to be.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Nanti-nanti. Ini satu tuduhan yang perlu diperjelaskan.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Something more important here. Let me finish just one point. Dato' Yang Dipertua, saya juga ingin membangkitkan satu isu yang jelas berlakunya mungkin yang dilakukan oleh Lembaga Pengarah PCB. Pada 8 November 2021

Yang di-Pertua

Sekali lagi, YB saya nak kata dalam Dewan ini kita ada adap berbahas. Ada perkara yang kita tak boleh. Bila ada dibuat tuduhan mungkin ada .... trading saya tak selesa dengan perkataan begitu.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Ok saya bagi Ahli-Ahli Berhormat untuk…

Yang di-Pertua

YB saya telah tegur tadi saya kata kita boleh baiki kenyataan-kenyataan tapi bila sebutan-sebutan mengatakan bahawa forbullen ini untuk adil bagi setengah-setengah pihak yang tidak diwakili dalam Dewan ini. Tambah ianya melibatkan syarikat-syarikat public listed company yang mana ada peraturan-peraturan dalam Bursa Malaysia so kita kena berhati-hati juga. Kita boleh boleh nak tuduh

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Ok saya bagi fakta. Saya bagi fakta sekarang.

Yang di-Pertua

YB sekejap, saya dah bagi masa banyak. Saya dah kata tadi

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Bagi minit kat luar Dewan, kalau berani, kalau you ada telurlah.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Sikit bagi saya habis saya bagikan fakta. I give you the facts. You sendiri tentukan.

Yang di-Pertua

Semua duduk dan diam tenang dulu. Duduk please, Keranji, please. Sit down. Pengkalan Baharu. Sekejap. Everybody sit down. Please Pengkalan Baharu, please. Keranji sit down. Ok Yang Berhormat Keranji saya tadi bagi masa, saya faham Keranji you feel strongly about this dengan izin dan kita pun bagi masa orang lain pun bangkitkan dan kita terima pandangan-pandangan itu tetapi ada adab-adab dalam Dewan ini yang mana ada perkataan-perkataan yang kita tidak boleh gunakan. Nombor satu. Nombor dua saya rasa dia dah berlarut dah soalan tu. I think you have stated your facts and you presented your argument dengan izin. Jadi saya rasa.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya ada point. Saya ada dua point yang penting. Saya keluar fakta-fakta ini biar…

Yang di-Pertua

No. No. Sit down, nanti dulu. No... no... Saya dah kata buat kesimpulan. Saya rasa its fair. Sekejap.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

You cakap luar dewan.

Yang di-Pertua

Everybody sit down. Ok, semua duduk. Saya rasa saya bagi pihak Dewan pun kita pun dah berlaku adil kepada Yang Berhormat Keranji untuk memberikan pandangan-pandangan cukup panjang lebar. Bukan sesi ini saja, sesi yang lepas pun tapi saya rasa pada pandangan Dewan juga you have to be fair to the Dewan as well. Jadi saya bagi

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya minta sikit lagi, saya ada dua fakta. Tak ada apa-apa tujuan, saya bagi fakta saja apa yang berlaku semua public announcement dari PCB saya bagi fakta sahaja.

Yang di-Pertua

Listen to me. Listen to me, I give you one minute you conclude everything, one minute thats it dan mind full ye. Jangan guna perkataan-perkataan yang macam menuduh. Ok, one minute.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya bagi fakta. Pada 8 November 2021, PCB telah mengeluarkan pengumuman awam di Bursa Malaysia bahawa daripada RM78 juta yang diterima oleh PCBD daripada penjualan tanah PCBD kepada SOCSO, RM67 juta akan digunakan untuk membayar pemiutang PCB. Namun pada 20 Disember PCB telah membuat pengumuman bahawa PCB akan menggulingkan PCBD secara sukarela. Ada dua persoalan yang saya hendak bangkit di sini. Pertama, bagaimanakah PCB yang pada 8 November telah menggunakan tunai yang diterima oleh PCBD daripada penjualan tanah tiba-tiba menggulingkan PCBD. You angkat duit dia bayar pemiutang sendiri lepas tu you gulingkan PCBD. Dimanakah aset PCBD digunakan untuk membayar hutang PCB? Adakah ia adil kepada pemiutang-pemiutang PCBD kerana tunai RM78 juta yang diterima oleh PCBD sepatutnya digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang PCBD.? Persoalan kedua bagaimanakah PCBD boleh digulingkan secara sukarela oleh pemilik atau pun members voluntary winding up apabila PCBD sudah berada dalam keadaan di mana PCBD mengatakan ia hanya mampu membayar 10% daripada hutang-hutangnya. Untuk makluman Dewan, sesebuah syarikat hanya boleh digunakan secara members voluntary winding up apabila syarikat tersebut berada dalam keadaan... jika syarikat tersebut dalam keadaan insolvent iaitu dalam keadaan PCBD hanya pemiutang boleh menggulingkan PCBD iaitu creditors…

Yang di-Pertua

Ok, YB please conclude now.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Dalam situasi PCBD ini ia cuba digulingkan oleh secara members volundary winding up walau pun sudah insolvent hanya untuk melantik receiver yang ingin…

Yang di-Pertua

Ok YB.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Tengok tuduhan lagi. You ulang kata receiver yang dilantik di luar Dewan. Tak bolehlah macam ni. Yang Berhormat hentikan semua ini merepeklah.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya mana ada buat tuduhan ini memang receiver yang dilantik. Ini bukan tuduhan ini fakta ini fakta.

Yang di-Pertua

Keranji saya rasa saya dah bagi peluang, saya pun bagi masa yang cukup sebenarnya. I command you for your passion in this issue tapi seperti yang saya nyatakan ini bukan platform dia, you can take it to the EGM ataupun you can take it to the court.

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Dato’ Speaker ini bukan medan untuk bercakap pasal public leason companylah. This is not. Tarak…tarak…taraklah. Ini bukan tempat dialah. You pegi you pergi dia punya tempat EGM (gangguan). Ini bukan tempat dialah.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

ini bukan public leason company. Ini GLC, ini GLC.

Yang di-Pertua

Betul…betul… betul. YB…YB… bukan macam itu YB. Kita kena kia kena…

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

Ada medan lainlah isu yang you nak bawa nilah. Bukan saya nak dalam dewan undangan ini saya nak mempertikaikan syarikat-syarikat yang disenaraikan di bursa saham.

Yang di-Pertua

Betul-betul. YB kita kena…

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Kalau Pengkalan Bharu dengar hujah saya semasa …kita tak akan sampai saat ini. (gangguan)

Pukul berapa nak habis Dato’ Speaker?

Dato’ Haji Abd Manaf bin HashimUMNO · BNPengkalan Baharu

You sebagai pengarah, sebagai pengarah (gangguan)…

Perintah Tetap, Perintah Tetap YB Speaker. Ok, perkara 35(8), Pengerusi boleh mengikut budi bicara menghadkan masa bagi ahli-ahli yang mengambil bahagian dalam perbahasan. Jadi saya rasa boleh buat rulling terus.

Yang di-Pertua

Ok, that nothing, that it sudah. No no no please sitdown. No… no… no… saya dah bagi masa dah. Banyak masa saya bagi dah.

Dah… dah… dah… buat rulling, rulling. 35(8) rulling.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Bukan buat politik. Please listen to the facts.

YB, you kena bagi laluan kepada rakan-rakan yang lain. Tolong hormat rakan-rakan yang lain. Bagi peluang pada rakan-rakan yang lain. Keranji.

Yang di-Pertua

YB minta keluar dari Dewan. Kita nak sambung lagi.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

facts if you cannot (gangguan)

You can giving facts, you just only wit outsite. you don’t have to do it here. Go and speak outside. (gangguan)…

Yang di-Pertua

Ok, Keranji saya guna standing order 44(1), saya perintahkan Keranji untuk berhenti berucap sekarang. Please sitdown. Terima kasih. Sekarang ini saya jemput Ahli Yang Berhormat daripada Kawasan Chenderoh untuk memulakan perbahasan dipersilakan Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbilalamin washolatuwassalamualaasrofilambiyaiwalmursalin wa'ala alihiwasahbihiajma'in. Dato’ Yang Dipertua, sebelum saya memulakan ya minta izin untuk menanggalkan mask ini supaya mudah saya bercakap. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan barisan Exco kerajaan, YB-YB Undangan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, para media dan juga para pemerhati yang saya sekali yang saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah seperti lazimnya mari kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kerana Allah Taala kerana dengan izinnya kita dapat lagi bersidang bagi memenuhi kewajipan kita sebagai wakil rakyat. Di Dewan yang mulia ini kita berbahas, berbincang dan bermuzakarah kita menyatakan pandangan kita lontarkan cadangan segalanya demi kebaikan negeri dan rakyat. Saya ingin memulakan perbahasan ini dengan merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atas perkenan baginda mencemar duli menyampaikan titah dalam dalam pembukaan rasmi Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan tahun ini.

Titah Bicara Bersulam Nasihat Buat Pedoman Menjadi Panduan Tuanku Selamanya Menyayangi Rakyat Memerintah Negeri Menuju Kemakmuran

Tuanku Menegur Sambil Bertitah Segala Teguran Jadi Ingatan Rakyat Bersatu Mengorak Langkah Menyampai Impian Membina Kehidupan.

Timbalan Yang Dipertua, kita bersidang kali ini adalah selepas peristiwa beberapa peristiwa besar dan bersejarah berlaku di dalam negara kita. Mahu tidak mahu peristiwa-peristiwa ini memberi kesan mendalam sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap negeri dan rakyat Negeri Perak. PRN Melaka dan PRN Johor Bharu baru melabuhkan tirainya tentunya kita bersyukur kerana peristiwa-peristiwa ini telah berlangsung dalam suasana yang tenang, harmoni dan lancar. Kedua-dua PRN ini telah memberikan kita beberapa pengajaran yang amat dificult. Kedua-dua pihak ini telah berakhir dengan kemenangan besar kepada BN. Kita bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang bertungkus-lumus melaksanakan tugas masing-masing sudah tentu kita yang amat menghargai para pengundi yang memilih kerajaan yang stabil bagi kedua-dua PRN ini.

Timbalan Yang Dipertua, apapun analisa yang dibuat pasca PRN ini hakikatnya kita amat menyedari bahawa rakyat mahukan kestabilan. Rakyat mahukan suasana tenang peluang menjana pendapatan menjana pendapatan. Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang amat besar kepada kehidupan rakyat. Ramai yang kehilangan orang-orang tersayang ramai yang hilang tanpa bergantung dan ramai yang hilang punca pendapatan di sinilah kerajaan berperanan membantu rakyat bukan sahaja Kerajaan Persekutuan, Kerajaan nNegeri juga ada peranannya ialah yang tersendiri. Saya bersyukur kerana Kerajaan Negeri Perak ini dapat berfungsi dengan baik. Banyak program yang dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam keadaan sukar ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana kemampuan menerajui kerajaan bersama barisan Exco dan semua kakitangan awam yang ada pada tika ini. Tentunya kita juga menghargai komitmen ahli-ahli Yang Berhormat daripada blok pembangkang yang turut memainkan peranan menjadi faktor pengimbang kepada kerajaan. Marilah kita bersama-sama menjaga dan mempertahankan kestabilan. Ini demi negeri dan rakyat yang kita kasihi.

Timbalan Yang Dipertua, Allah berfirman yang bermaksud orang-orang yang beriman dan beramal soleh itu, dalam hati mereka Allah tanamkan rasa kasih, mereka saling mengasihi ni sesama mereka dan Allah mencintai mereka selalunya seluruhnya, surah Maryam ayat 96. Sebagai orang Islam saya amat meyakini bahawa tiada cara lain yang lebih bagi tiada lain cara lain yang lebih bagi menjayakan hasrat dan matlamat kita dalam memberi khidmat kepada rakyat melainkan dengan menyuburkan kasih sayang sesama kita. Marah dan benci tidak akan membantu membantu melegakan kegelisahan dan kegusaran rakyat. Rakyat bimbang risau dengan apa yang berlaku kitalah yang berperanan melegakan mereka memberikan hak mereka harapan jika ini dapat kita lakukan percayalah keadaan akan pulih walaupun secara perlahan dan beransur-ansur. Berkaitan dengan itu juga saya memohon membawa perkaitan kita semua kepada isu-isu yang berlaku di kawasan Chenderoh yang saya wakili. Saya mewakili warga Chenderoh amat berterima kasih di atas beberapa usaha Kerajaan Negeri bagi mengekang wabak Covid-19 di kawasan kami khasnya dalam daerah Kuala Kangsar amnya. Program pengesanan di hotspot penularan vaksinasi berpusat, vaksinasi rumah ke rumah, penyediaan pengangkutan dan sebagainya telah membantu masyarakat mendapat vaksinasi dalam masa yang singkat. Alhamdulillah usaha ini telah membantu rakyat di daerah Kuala Kangsar mengekang penularan covid cara berkesan. Di Dewan yang mulia ini saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat kakitangan hospital daerah Kuala Kangsar, Klinik Kesihatan Sauk serta kepimpinan penghulu-penghulu mukim dan JPKK yang membantu KKM yang berkhidmat dengan secara yang terbaik.

Timbalan Yang Dipertua dalam Titah Tuanku perkara 14 mengenai jumlah data kemiskinan dari e-Kasih Negeri Perak adalah 97,000 lebih adalah miskin dan 64,000 lebih adalah miskin. Mengikut data e-Kasih Daerah Kuala Kangsar pula yang melibatkan DUN Chenderoh, DUN Manong, DUN Bukit Chandan, DUN Lubuk Merbau dan DUN Lintang, miskin berjumlah 2,228, miskin tegar 1,213 yang dikuncikan pada 30 November 2021. Di dalam Dewan yang mulia ini saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Focus Group yang diketuai oleh Tuan DO Kuala Kangsar dan dibantu ahlinya terdiri daripada JKM, Baitulmal, Penghulu Mukim yang telah mengadakan mesyuarat bagi membuat sisihan awal dan turun ke lapangan untuk kenal pasti rakyat yang terlibat dan perlu dibantu. Semua semasa Mesyuarat Focus Group ini bertarikh 15 Februari 2022 hanya melibatkan miskin 1690 KIR dan miskin tegar hanya 894. Jutaan terima kasih di atas tindakan awal ini dan kita berdoa supaya dapat diatasi dengan segera.

Timbalan Yang Dipertua, pusat khidmat DUN Chenderoh dan masyarakat kawasan ini juga menghargai Program Tuisyen Cikgu Saarani yang telah memberi manfaat kepada ribuan pelajar sekolah di 50 kawasan DUN dalam seluruh kawasan Negeri Perak. Ianya ditambah pula dengan bantuan one-off bagi meringankan beban para mahasiswa di kalangan B40. Begitu juga dengan berapa ikhtiar lain misalnya Kedai Bergerak Negeri Perak, bantuan awal persekolahan dan pelbagai bantuan lain. Semuanya saya sebutkan di atas sedikit sebanyak telah meringankan beban hidup rakyat. Setelah memberikan pelbagai bantuan, sumbangan kepada rakyat saya fikir perlu juga kerajaan memikirkan serta melaksanakan program-program yang lebih tuntas ke arah menyediakan pancing kepada rakyat. Kerajaan tidak mungkin selamanya memberi ikan dan sedangkan rakyat juga perlu dibimbing dan dibantu untuk berdikari. Oleh yang demikian saya sekali lagi berharap agar kerajaan dapat membangunkan kawasan-kawasan tertentu di Chenderoh sebagai produk pelancongan. Jambatan Victoria sebagai contoh adalah kawasan yang memang telah cukup terkenal. Saya pohon agar kerajaan dapat membina gerai-gerai di sebelah DUN Chenderoh sama seperti yang dibuat di sekitar Pekan Karai. Saya percaya ini akan membolehkan penduduk berniaga dan mendapat peluang pekerjaan. Saya juga berharap dan percaya kawasan tebing sungai antara Jambatan Victoria dengan Jambatan Iskandar juga boleh dimajukan bagi tujuan pelancongan. Saya juga dimaklumkan ada perancangan untuk membina laluan kayuhan basikal di dataran dikedua-dua jambatan ini di bawah peruntukan JPS. Eloklah disegerakan. Saya yakin jika dapat dilakukan Ia juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Tuan Yang Dipertua, ada tiga kerjaya yang agak dominan di Chenderoh ini jika kita bercakap tentang kerja sendiri. Pertama nelayan darat, kedua pekebun dan ketiga ialah penternak. Bagi nelayan darat saya pernah menyuarakan harapan agar beberapa Jeti dibina daripada di pesisir Sungai Perak. Ada yang telah pun dibina tetapi masih ada keperluan untuk membina beberapa lagi bagi memudahkan urusan nelayan. Di samping itu saya juga berharap agar bantuan bot dan pukat diteruskan supaya kita dapat meningkatkan pendapatan nelayan berada di sepanjang Sungai Perak. Bagi penternak pula saya dapati di kawasan saya dan mungkin di kawasan-kawasan yang lain terdapat berapa buah Padang Ragut. Namun begitu saya dapati tidak diselenggara dengan baik dan kesannya ia tidak dimanfaatkan secara maksima. Saya mencadangkan supaya latihan diberikan kepada penternak agar mereka benar-benar dapat menjadi penternakan sebagai ikhtiar hidup.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Chenderoh masa lima minit lagi.

Barangkali Jabatan Haiwan atau Jabatan Pertanian boleh memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Majoriti penduduk di Chenderoh adalah pekebun kecil. Satu masa dahulu dengan kebun-kebun kecil ini mereka menyara keluarga, menghantar anak-anak belajar dalam kesederhanaan ini mereka gembira dengan kehidupan mereka. Namun begitu peti yang ditimbulkan dalam sidang-sidang yang lalu, pekebun ini menghadapi cabaran yang amat besar dan menjejaskan tanaman dan pendapatan mereka. Saya agak berasa malu juga untuk sebut di kawasan saya agak malu nak sebut tetapi rakyat di kawasan saya meminta. Juga saya suarakan perkara ini. Sebenarnya musuh tanaman di kawasan ini sudah menjadi isu besar. Khinzir dan kera seakan seakan berkongsi hasil kebun dengan pekebun itu sendiri. Saya memohon agar agensi yang berkaitan tampil dengan formula lebih berkesan bagi menangani masalah ini. Saya bimbang nanti ada pekebun patah hati dan akhirnya meninggalkan kebun-kebun mereka menjadi tanah terbiar.

Timbalan Yang Dipertua, salah satu aset sebuah negara di negeri ini misalnya manusia. Maaf. Salah satu aset utama seluruh negara dan negeri ialah manusia nya. Tidak ada gunanya segala kekayaan dan pembangunan jika gagal membina membangunkan manusia. Inilah antara usaha utama kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu hingga sekarang. Bukan dengan itu besarlah harapan saya agar kerajaan memperkasakan isu Pendidikan Islam yang berada di kampung-kampung. Insya-allah jika ini dapat dilakukan kita akan dapat membentuk warganegara yang berakhlak dan dapat juga menyumbang kepada negara bangsa ini.

Terasa sunyi kitab dibaca, Hati di dalam berasa tenan , Akhlak terbangun jiwa terbina, Kepada negara kita menyumbang.

Timbalan Yang Dipertua, untuk memastikan negeri sentiasa dalam keadaan baik, selesa dan bahagia untuk dihuni dan untuk rakyat menjadi kehidupan saya fikir kitalah yang sewajarnya menjadi tunjang dan tonggak. Tindakan dan pertuturan kita sentiasa menjadi perhatian yang mungkin menjadi ikutan rakyat. Oleh yang demikian mari kita sama-sama berazam dan bertekad untuk menjadi contoh teladan yang baik. Kita satukan hati dan iltizam kita untuk memastikan negeri kita kekal stabil kerana insya-Allah kestabilan akan membawa kemakmuran bersama. Jika pun terdapat perbezaan marilah kita uruskan perbezaan ini dengan sebaik-baiknya. Negeri Perak, negeri kita, hasil negeri dikongsi bersama, negeri aman rakyat sentosa mencapai impian mencipta bahagia. Tuan Yang Dipertua berapa tahun ini adalah tempoh yang sukar dan mencabar bagi seluruh dunia termasuk negeri kita dengan perancangan yang teliti, jiwa yang murni insya Allah segala kesukaran ini dapat kita tangani yakin dan percayalah jika kita satukan segala-gala kekuatan dan kondisi yang ada semua gunung akan dapat didaki semua lurah akan dapat kita turuni segalanya demi rakyat dan negeri yang kita sayangi.

Di akhirnya, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai dan kakitangan awam persekutuan dan negeri yang berganding bahu untuk membangun negeri Perak yang tercinta ini ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang dan sudah tentunya rata-rata rakan-rakan telah menyatakan ini merupakan persidangan yang terakhir sebelum PRU dengan ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan kemaafan sekiranya terdapat kata tutur dan perbuatan yang tersalah laku. Sekian patik junjung kasih Tuanku. Chenderoh mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih ayahanda daripada Chenderoh kerana mematuhi masa tepat 20 minit terima kasih kepada ayahanda Chenderoh.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Hulu Kinta untuk memulakan perbahasan 20 minit daripada sekarang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera teima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ketua Pembangkang, seluruh Ahli-ahli Dewan Negeri dan pegawai kerajaan dan pegawai jabatan, seluruh kakitangan petugas-petugas keselamatan juga petugas-petugas media dan seluruh rakyat yang sedang menonton secara live sidang pada kali ini. Syukur kehadrat Allah SWT kita dapat bersama-sama dalam sidang bulan ini. Patik merafak sembah hujung kasih titah Diraja Tuanku seperti timbalan yang dipertua dalam titah Tuanku telah meletakkan ataupun membangkitkan, mengingatkan beberapa perkara penting untuk demi kepentingan negeri dalam beberapa perkara itu Hulu Kinta ini menyentuh cara yang paling dekat dengan rakyat iaitu kemiskinan.

Sebelum Hulu Kinta mulakan perbahasan saya mohon Timbalan Yang Dipertua berikan masa tambahan untuk Hulu Kinta sebab Hulu Kinta tak ada gunakan teks perbahasan. Ini je saya bawa ni maka Yang Dipertua dalam isu yang dikatakan, lain macam tengok Yang Dipertua. Apa tak bawa apa benda pun hari ini jangan risau. Takut bawak ayam lagi ye. Maka dalam perbahasan kali ini soal kemiskinan sepertimana yang dinyatakan dalam titah Diraja Tuanku seramai 162,177 rakyat kemiskinan dalam kemiskinan di negeri Perak. Saya ingin memaklumkan Dewan ini angka dalam daerah Kinta bagi tahun 2021 hingga November 2021 angka dalam daerah Kinta angka miskin adalah 4,711 dan angka bagi tahun sampai Mac bulan ini. Saya difahamkan 5,149 maknanya kita nampak peningkatan terus meningkat soal angka kemiskinan di negeri kita khususnya dalam daerah Kinta dan apabila angka ini terus meningkat apabila Tuanku telah mengingatkan soal kemiskinan ini adalah untuk beri syarat kepada kita semua ataupun mengingatkan kita semua khususnya kerajaan dalam memastikan bagaimana cara, usaha kita ke arah mengurangkan kadar ataupun rakyat keluarkan rakyat daripada garis tersebut kemiskinan.

Atas dasar itu kita lihat pada tahun lepas iaitu Disember 2021 dalam perbahasan belanjawan bagi tahun 2022 kita lihat ada banyak perkara telah dikurangkan ataupun dikekalkan maknanya peningkatan ke arah beban dalam soal membantu usaha-usaha membantu dari sudut kebajikan, kurang kita nampak. Kita faham keadaan ketika itu semuanya kita risau akan tak tahu sejauh mana pandemik ini akan akhir. Ketika itu kalau bulan 12 tahun lepas dan ketika itu peranan ataupun tindakan Menteri Besar mengurangkan belanja-belanja yang berlebihan ataupun tidak berikan lebih daripada yang sedia ada ketika itu dan saya rasa satu tindakan yang boleh diterima pada ketika itu memang kita semua tak tahu apa akan berlaku. Maka hari ini berbeza sedikit iaitu kita dah sedia maklum mulai 1 April 2022 akan diumumkan sebagai endemik maka sekarang pun kita nampak lihat banyak sektor-sektor telah dibuka dan setelah diumumkan sebagai endemik sudah tentu border-border sempadan akan dibuka maka soal pelbagai industri akan hidup semula dan unjuran kepada negeri akan saya rasa akan dapat lebih daripada unjuran-unjuran pada tahun lepas.

Maka atas dasar ituTimbalan Yang Dipertua saya nak mencadangkan beberapa perkara ataupun menambahbaik ke arah mengurangkan atau bantu kemiskinan yang tu kita kene lihat soal kemiskinan ini ada kita nak lihat dua dua bentuk iaitu satu nak nak selesai ni satu bentuk penyelesaian jangka masa panjang. Satu lagi penyelesaian jangka masa pendek nak bantu sampai memerlukan dan kita boleh berhentikan ketika rakyat miskin yang tersebut boleh kita dah keluar daripada garis kemiskinan. Maka bila soal jangka masa panjang ini adalah bimbingan,latihan, bantu untuk keluarkan daripada garis kemiskinan yang jangka masa pendek ni pula soal bantuan pelbagai bantuan kita dapat lihat antaranya kad prihatin ya kad prihatin, kotak bantuan melalui pejabat pusat khidmat dan sebagainya maka saya nak sentuh soal kad prihatin. Pada tahun untuk belanjawan 2022 kita telah kekalkan angka sebanyak 20 ribu penerima di seluruh negeri Perak adalah seperti sama pada tahun sebelumnya ketika itu kita boleh terima kerana dalam pendemik kita risau seperti saya sebut tadi tapi ketika ini sudah kita nampak jelas gambaran jelas clear picture kita akan balik back to normal tak lama lagi. Maka atas nama itu dengan izin atas alasan itu sudah tentu kita kena menambahkan, memberikan lebih menjadikan lebih penerima untuk kad prihatin ini di Perak. Saya mohon jasa baik kerana kita lihat apabila angka kemiskinan ini terus meningkat maka ini salah satu bentuk kita nak meringankan bebanan mereka, kita nak bantu untuk kurangkan masalah mereka. Itu yang pertama, yang kedua kita pergi kepada soal kotak makanan. Kotak makanan dia diberi melalui pusat-pusat khidmat ADUN seluruh negeri kecuali untuk pembangkang, semua terima kecuali pembangkang.

Maka saya lihat kotak ini yang mana wakil-wakil ataupun Ahli-ahli Dewan Kerajaan yang sendiri menerima 100 kotak sebulan pun saya rasa sekarang difahamkan dah kurang kepada 75 kotak. 75 sebulan. Daripada 100 jadi 75. Adalah kawan-kawan, malukan tolong sampai dekat sini. Kita bantu insya-Allah. Kita faham. Memang tak cukup, 100 pun memang tak cukup dalam keadaan sekarang ni. Ada banyak bila masalah kemiskinan ini sangat teruk. Ada dalam kawasan Hulu Kinta sendiri tiada beras untuk tiga hari. Dia segan nak minta, malu nak minta, tuan. Maka apabila kita difahamkan ataupun dimaklumkan oleh jiran mereka barulah kami tahu, kami nak pergi hantar tengah malam. Tak da beras. Makan roti untuk tiga hari dalam keadaan kita inilah realiti di bawah. Maka, yang wakil rakyat adalah orang yang terdekat dengan rakyat harian untuk membantu sekadar yang kita mampu atau untuk mengesahkan sementara. Maka, kotak makanan ini amat penting apabila rakyat memerlukan kita ialah dari bentuk duit ni pelbagai perkara kita boleh lalui.

Contohnya kita perlu lalu bank, cek dan sebagainya. Pasti ada banyak perkara tapi kotak ni mudah kita berikan sebagai barang –barang untuk makan, keperluan asas. So, saya mohon jasa baik kerajaan kerana yang sedia ada 100 kotak sebelum ini pun dah kurang kepada 75 ya. Jadi kalau kita lihat dalam belanjawan tahun lepas, daripada RM4 juta sebelum ini dia turun kepada RM3 juta tahun lepas, maknanya tahun ini dalam belanjawan lepas. Maka itu, ya ketika itu, saya sebut tadi, kita boleh terima, tiada masalah. Tapi sekarang ini sudah sampai masa kita kena bagi suntikan tambahan dana tersebut untuk supaya tidaklah kita sebesar mana, bukan 1,000 kotak, 500 kotak untuk setiap Dun.

Tambah lagi kena ingat, STPA sekarang ni, 18 undi ke atas ni sudah daftar. Setiap DUN juga ada belas-belas ribu, puluh-puluh ribu tambahan. Maka untuk menampung permintaan rakyat di kawasan masing-masing saya mohon yang mana 75 itu tambah balik ke 100. Yang mana langsung tak dapat ni bagilah 100 sama seperti semua wakil-wakil rakyat. Kena ingat yang ni bukan bagi kepada wakil rakyat, dia akan melalui wakil rakyat kepada rakyat yang susah, yang memerlukan di bawah.

Maka, mana cikgu. Cikgu selalu kalau kita sebut soal pahala ini insya-Allah rasa yakinlah cikgu akan bagi apa, take note perkara ini dan berikan keutamaan demi kepentingan rakyat di bawah. Kita faham kadang-kadang sebagai politik, ahli politik sudah tentu kita fikir sapa-sapa pun kita di sana ke, siapa-siapa di sana berfikiran kalau kita bagi kotak-kotak ni dekat dengan rakyat mungkin susah nak ajak wakil parti kita nak menang akan dating. Itu mungkin ada fikiran begitu. Tapi kena ingat kena ikat data. Bukan sekadar kita bagi kotak kita boleh menang dan juga tak ada jaminan tak bagi kotak tak boleh menang, tiada. Maka kita lihat dari sudut data-data, katakanlah dulu sebelum ini Hulu Kinta tak pernah dapat sekupang pun sebelum ini wakil rakyat lain. Wakil rakyat lain dapat. Saya pula dipilih sini. Makna itu bukan jaminan ada peruntukan sepenuh bukan jaminan. Jaminannya adalah faktor kemenangan adalah siapa-siapa calon atau wakil rakyat mendekati rakyat, memahami rakyat, membantu keperitan rakyat membawa suara rakyat dialah akan dinobatkan sebagai wakil rakyat setiap kawasan. Maka bukan semata-mata peruntukan satu faktor penting juga tapi bukan semata-mata itu saja yang menjamin kearah kemenangan mana-mana wakil rakyat. Maka disitu juga kita kena lihat soal politik matang yang kita amalkan sekarang. Janganlah macam politik matang separuh masak. Ada yang peruntukan bagi, kotak pula tak bagi. Benda-benda lain tak bagi. Makna, insya Allah, kita Nampak perbezaan alhamdulillah sekarang ni tengok Exco-Exco, belia ada perkara-perkara yang nak nak nak nak bantu rakyat, skim-skim, insentif dia melalui Pejabat ADUN. Tapi tak kira kerajaan ke, pembangkang ke dia sama-sama Alhamdulillah.

Kita raikan Exco-Exco yang meraikan soal politik matang, mengamalkan politik matang ni kita raikan, Alhamdulillah. Pada masa sama kita mohon juga politik matang ini seluruh bukan separuh masak. Maknanya kena memenuhi sepenuh barulah kita dapat merasai dan perbezaan. Sebagai contoh kepada orang lain. Saya mohon ambil take note soal kotak ni tambah-tambah dah dekat Ramadan, Raya dan banyak dah tentu banyak ramai yang akan minta, kita bantu tolonglah bagi sama rata yang 75 tu ni kan apa lengkapkan 100 yang mana terdapat di bagi Pejabat ADUN 100, tak ada masalah dan tambah peruntukan sepertimana perlukan dan seterusnya, apabila kita lihat soal kad prihatin tadi, dia pemudahcara penting juga, pemudahcara itu amat penting. Kita lihat banyak aduan-aduan di bawah. Kalau kita nak dapat kad prihatin ni nak mohon dia kena tersenarai dalam e-kasih. Dia kena tersenarai, terpilih dalam JKM dan sebagainya. Maka, nak tersenarai tu nak buat permohonan. Ramai dah buat permohonan. Saya difahamkan. Yang saya baca nagka-angka tadi adalah secara official, secara rasmi tapi ada lagi ramai yang betul- betul wajar dimasukkan sebagai kategori miskin tapi masih lagi tidak dimasukkan kerana belum diterima sebagai dalam-dalam permohonan dan sebagainya. Maka kita, saya nak menyentuh tolong ambil take note, perkara ni soal proses ada berapa perkara yang merumitkan pemohon-pemohon. Ramai yang ada buat aduan antaranya satu permohonan. Bila buat permohonan ambil masa sangat-sangat, 8 bulan, 9 bulan, setahun baru dapat reply kepada pemohon...

Timbalan Yang di-Pertua

Hulu Kinta, baki 5 minit lagi.

Baru saya sebut tadi. Tambah masa. Dulu dah la bawak ruling keluar. Tambah tu. Maka, apa, udah la jangan kacau tak ada teks. Soal memudahkan tadi. Bila permohonan dibuat dia makan masa 9 bulan, 10 bulan setahun pun ada. Maka ini kena perlu pemudahcara menetapkan satu garis panduan. Siapa yang mohon tolak ke terima tak apa tak ada masalah tapi jangan menyusahkan yang siapa dia yang mohon tu. Bila mohon depa kena pergi rata, puluh-puluh kali ke sana jabatan. Telefon kadang-kadang mereka tak angkat, maklumat menyusahkan. Kita faham kekangan kakitangan kerajaan pada masa sama juga kita kena fikirkan soal kesusahan. Jangan merumitkan lagi, jangan menyusahkan lagi. Udahlah mereka dalam kemiskinan kita menyukarkan lagi, menyusahkan lagi menyedih. Maka, tolonglah pastikan kita kena letakkan satu garis panduan bahawa apabila dah mohon kita kena pastikan dalam beberapa bulan katakana lah yang sesuai, yang munasabah, 3 bulan, 4 bulan. Kena letakkan. Ini terbuka tak tahu bila nak ni.

Setahun makan masa. Tu satu. Kedua, soal saya difahamkan ada juga aduan bila mohon pegawai pergi ke rumah, mereka lihat nampak je piring Astro di luar tu dia kata tak layak. Makna itu itu menunjukkan dia mampu bayar Astro ni tak perlu dapatkan bantuan itu kononnya satu fahaman atau pun tak tahu ketetapan ke dalam JKM ntah, tolong berikan penjelasan sikit. Maka, ini perlu diubah ini saya rasa ketetapan lapuk. Dulu biar betul, dulu kita nak dapatkan Astro mungkin dia melibatkan ratusan ringgit, RM160 tak tahu banyak juga dulu. Tapi sekarang ni tak adalah, berapa puluh je. Tapi berapa puluh pun saya difahamkan kalau ada Astro memang layak maknanya dia orang tak ambil apa budi bicaranya tak perlu diberi bantuan bulanan. Itu masalah besar dihadapi kita dapat aduan.

Maka saya soal balik maknanya itu dulu mungkin relevan tapi sekarang ni saya rasa perlu diubahlah tentang peraturan-peraturan tersebut dan kita gunakan budi bicara membantu rakyat yang memerlukan di bawah dan kita tengok kalau katalah miskin ok, orang miskin ada Astro sekalipun tak salah ada tersalah nak tengok Astro itu satu-satunya apa itu entertainment untuk mereka katalah mereka boleh pergi ke luar negara macam menteri-menteri ambil kapal terbang, duduk di Hotel 5 Star tidak, yang ada satu-satunya untuk mereka adalah inilah TVnya. Itu pun kadang-kadang orang bantu bayar, sedara mara itu le deme punya entertainment so maka kita kena hargai dan memahami daripada sudut keadaan mereka sendiri dan kita perlu ubah tentang ketetapan, memudahkan cara itu saja kita nak.

Seterusnya soal pemaju. Saya ingin sentuh soal pemaju semua terlibat masa Belanjawan RM300 ribu diumumkan bukan RM200 ribu untuk pemacu RM100 ribu untuk sumbangan. Dalam RM200 ribu sebelum ini mudah je kita nampak ok, perlu ada projek ada perlu yang kita nak bantu kita buat mohon dia proses selesai, proses selesai, janji kena selesaikan RM200 ribu tu dalam setahun. Bahagilah enam bulan. Tak da isu ya, tapi baru-baru ni atas nama pemaju menyusahkan sangat menyusahkan kena senaraikan sepanjang tahun. Bukan kami sebagai sini je rasa bahagian sana pun memang dia orang kurang setuju cara pemaju ni ia menyusahkan. Saya difahamkan pemaju ni terpaksa dibuat atas alasan atas alasan Jabatan Audit tegur saya rasa itu tidak munasabah kerana apa saya dah rujuk dengan beberapa Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Parlimen biasa bukan menteri dalam peruntukan RM3.4 juta, RM2 juta adalah untuk pembangunan seperti mana kita dapat RM200 ribu. Di mana kita dapat RM200 ribu. RM2 juta tu sama je macam dulu kita buat ada keperluan pohon dia orang lulus bawah RM20 ribu boleh, lebih daripada RM20 ribu saya rasa dah memadai dah cukup tapi hari ini atas nama pemaju katakanlah tak logik cara ni sebab kena senaraikan sekarang untuk sepanjang tahun mana mana mana boleh tak sesuai tak realitinya tak tak tak memang tak sesuai sebab apa mungkin hari ini Dewan kita pergi orang mohon Dewan. Dewan memerlukan pembaikan ok kita setuju. Bulan depan lepas kita dah mohon semua kepada pemaju untuk setahun lepas kita pergi buat bulan depan mungkin soal surau perlukan bumbungnya rosak teruk perlukan pembaharuan maka kita bagikan keutamaan untuk surau dan masjid. Itu keadaan yang perlu kita perlu lihat mohon kerajaan pertimbangkan baliklah kepada cara sebelum ini janganlah sebelum ini kita makan pergi cara terus sekarang ni suruh makan sini pula. Menyusahkan orang maka mudahkan cara dulu ataupun lagi mudah buat audit terus sebahagian seratus ribu tu bagi audit itu akan bagi apa semua wakil rakyat berikan penyata-penyata taka da masalah termasuk resit-resit memudahkan bantu rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang terakhir ada 4 lagi.

YB ENCIK MUHAMAD ARAFAT BIN VARISAI MAHAMAD. Seterusnya Timbalan Speaker. Soal peruntukan ADUN juga. Peruntukan ADUN pun saya rasa sudah sampai masa kita nak lihat luas balik kita kena lihat ikut kadar semasa sebab dulu-dulu biarlah RM100 ribu untuk sumbangan pembangunan RM200 ribu. Maknanya keadaan hari ini berbeza contohlah Kota Tampan sendiri pada 2018 pilihanraya lepas pengundinya 12,787 orang, 12,787 orang pengundi, pengundi di Kota Tampan sendiri. Tapi ketika 2018 Hulu Kinta 49,766, hampir 50 ribu bayangkan dua kali ganda duk maknanya peruntukan yang diberi tu saya rasa ialah tanggungjawab ya tanggungjawab tapi dia tanggungjawab tu secara adil. Macam kita ada anak. Benarkan tanggungjawab secara adil itu penting setiap anak itu ada baju berbeza saiznya, takkanlah kita bagi semua anak bagi S semua bagi XL. Itu tak adil. Begitu juga dalam sidang dalam DUN Perak pun kena tengok saiz DUN, kita kena lihat bagi peruntukan berdasarkan saiz di mana dipraktikkan oleh beberapa negeri di luar. Kita ambil contoh dan katalah Parlimen Lenggong tinggal 30 ribu je pada pada 2018 pengundi 30 ribu lagi besar DUN lebih besar daripada Parlimen Lenggong tapi peruntukan Parlimen Lenggong semua tadi Ahli Parlimen biasa RM3.4 juta tapi wakil rakyat contoh Hulu Kinta lebih besar dua kali ganda daripada Parlimen Lenggong dapat RM300 ribu apa kita boleh buat.

Bayangkan tuan-tuan, secara adil dah sampai masa tolonglah fikir perkara ni soal berlaku secara adil masa akan datang dan seterusnya lastlah tak apa yang suruhnya soal saiz DUN juga saiz DUN. Apabila kita menyentuh soal kemiskinan kualiti bantuan ataupun kita nak bantu rakyat servis pada rakyat adalah harus bagi keutamaan. Kalau katakana DUN yang terlalu besar sampai sekarang ni lepas, katalah Hulu Kinta RM70 ribu lebih hampir RM80 ribu tuan hampir RM80 ribu maknanya dekat-dekat RM80 ribu ni bayangkan wakil rakyat nak serve rakyat sangat susah sangat-sangat besar saiznya maka dah sampai masa juga kita sidang DUN katakanlah kalau tak bubar dalam masa terdekat kita boleh kita mungkin boleh bawa usul untuk melihat untuk memecahkan DUN-DUN contohnya Hulu Kinta boleh pecahkan dua mana saiz yang paling besar, maknanya kualiti yang kita nak berikan kepada bantu rakyat ni harus menepati berdasarkan yang kita kemampuan untuk menjaga rakyat dikawasan masing-masing. Itulah sudah sampaikan maka saudara saudara sekalian Timbalan Yang Dipertua kita lihat saya masih ingat lagi semua masih ingat lagi pada belanjawan tahun lepas bulan 12, Disember, Timbalan Speaker sendiri ruling suruh Hulu Kinta keluar kita faham ingat tu ya tapi ruling tu memang peliklah (gangguan) maksudnya ialah ruling tu duduk atau keluar duduk atau keluar saya pun dah pening kepala dah ok, tak pa, maknanya bila ketika itu ruling tu minta keluar ke pasal isu harga dan sebagainya kita faham ada kecacatan dalam apa harga KPDN.

Ketika itu semua lihat ada saksi pihak Exco ada maklumkan tidak ada jawapan akan bertulis perbahasan saya dah panggil dia tak ambil note isu-isu yang berkaitan portfolio, kalau tak salah satu perkara salah saya sebut peraturan mesyuarat tetapi bila saya bangkit balik dia tak ingat dan kita dah janji hari tu Exco janji akan bagi jawapan bertulis untuk makluman untuk rekod sampai hari ini tak dapat lagi. Ya, Tuan Speaker kita pun bertanggungjawab dalam isu ini perlu ambil tindakan boleh rujuk pada jawatankuasa hak kebebasan kerana apa perkara ini melibatkan isu rakyat dan perlu menterinya bagi pengajaran jangan ada mana-mana Exco=Exco yang baik kita raikan. Saya pernah puji Exco-Exco yang buat kerja baik tapi Exco-Exco tak reti kerja tak pentingkan isu rakyat tak pedulikan kenaikan harga barang menyusahkan rakyat Exco-Exco begini perlulah kita ambil tindakan dan merujuk pada jawatankuasa. Itulah kita sampaikan supaya menjadi pengajaran pada mana-mana wakil rakyat. Itulah kita sampaikan sekian wabillahi taufik. Salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TIMBALAN YANG DIPERTUA. Waalaikumussalam. Terima kasih Hulu Kinta yang cool pada petang ni terima kasih. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada Malim Nawar untuk memulakan perbahasan 20 minit kepada sekarang.

YB ENCIK LEONG CHEOK KENG. Terima kasih Timbalan Speaker. Terlebih dulu saya pun ada komen ke atas isu PCB tadi sebenarnya ada dua komenlah. Yang pertama untuk mencapai penutupan isu inilah yang sering kali dibangkitkan oleh YB Keranji pandangan saya kita boleh capai satu penutupan dengan izin closer dengan kerajaan negeri boleh membaca laporan forensik audit dengan izin yang disediakan oleh PWC dan mungkin kerajaan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya selepas membaca dan meneliti laporan forensik audit yang disediakan oleh PWC yang dilantikan oleh PAC Negeri Perak apabila saya menjadi pengerusi. Keduanya, saya sehingga sekarang masih setiap bulan dikejar oleh PWC untuk yuran terhutang.

Sebenarnya hutang yuran PWC kita belum menyelesaikan. Hanya separuh daripadanya yang dibayar oleh kerajaan dan separuh lagi sepatutnya dibayar oleh PCB dan sehingga hari ini belum dilangsai dan saya di sini lah juga meminta Kerajaan Negeri kalau boleh memberi arahan kepada PCB untuk siasat perkara ini dan kalau wajar membayar yuran forensik audit yang masih dikatakan hutang kepada former accountant PWC itu. Jadi kalau kita buat kedua-dua ini, selesaikan hutang dan menyatakan berdasarkan laporan audit ini mungkin perkara ini boleh ditutup. Sekarang saya ingin menyentuh ke atas topik Kebun Komuniti yang memberikan peluang kepada penduduk tempatan mengamalkan pertanian komuniti di kawasan kediaman. Inisiatif ini telah pun diambil oleh MBI di Ipoh.

Saya memuji inisiatif ini. Menurut Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi kata program tersebut dilihat mampu menjamin kestabilan food security atau keselamatan makanan di samping meningkatkan taraf hidup penduduk di satu-satu kawasan setempat. Banyak manfaat yang dibawa oleh program kebun komuniti dan program kebun komuniti yang diusahakan penduduk itu bukan saja mampu menjana pendapatan malah mengeratkan lagi hubungan antara komuniti. Saya rasa konsep tersebut menggalakkan komuniti tempatan mengamalkan amalan gaya hidup hijau dengan izin green lifestyle dengan bercucuk tanam serta amalan untuk pemeliharaan alam sekitar lestari dan amalan penjimatan tenaga, air dan kitar semula. Selain bagus untuk aspek kesihatan dengan berkebun juga dapat menjadi terapi bagi menghilangkan segala bentuk tekanan dihadapi. Sayur-sayuran boleh dijual kepada pengedar-pengedar sayuran organik bagi menjana pendapatan kepada rakyat. Berkebun juga bukan hanya untuk golongan berusia tapi boleh jadi satu aktiviti sihat untuk dimanfaatkan oleh golongan muda pada masa kini seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam.

Ada 40 buah masjid dan beberapa buah pusat tahfiz di Negeri Perak juga memajukan kawasan di sekitar masjid dan institusi untuk menghasilkan makanan. Ini juga macam kebun komuniti. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan beberapa GLC negeri sedang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat membiayai projek-projek pertanian dalam kalangan belia dan pelajar dengan bantuan menubuhkan kelab pertanian untuk menyemai minat bertani dalam kalangan remaja. Seterusnya usaha terpuji ini perlu diperluaskan dan diperbanyakan dengan penglibatan lebih banyak masjid, rumah ibadat, sekolah pusat tahfiz, pertubuhan belia, pihak swasta turut diperkenalkan di kauters kerajaan merangkumi kem tentera dan berek polis. Jadi konsep dan program kebun komuniti harus digalakkan.

Oleh itu saya gesa agar semua Pihak Berkuasa Tempatan lain selain daripada Majlis Bandaraya Ipoh dalam negeri ini juga sama-sama galakkan komuniti kita bercucuk tanam kerana ia bukan sekadar hobi yang baik tapi juga satu keperluan terutamanya dalam mendapatkan sayuran yang bebas racun serangga berbahaya walaupun organik. Saya harap Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan DUN saya terutama PBT Kampar dan Batu Gajah yang kedua-duanya di kawasan saya akan terus memudahcarakan pelaksanaan program kebun komuniti dan saya harap ia dilanjutkan kepada kesemua PBT di negeri ini khasnya di kawasan saya kerana rakyat berkebun bukan untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada untuk kesihatan dan mengeratkan sillaturahim antara komuniti.

Ini juga adalah selaras dengan dua daripada lima fokus utama Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang dititahkan dalam Titah DiRaja Tuanku semalam iaitu pertama meningkatkan hasil negeri dan keduanya meningkatkan kesejahteraan rakyat. Walau bagaimanapun, baru-baru ini saya terima satu aduan mengenai kebun komuniti. Ada certain case di di kawasan saya di Mambang Di Awan di mana penduduk yang bercucuk tanam di kawasan lapang di bawah bidang kuasa PBT telah pun diarahkan untuk mengosongkan tempat tanaman mereka dan seterusnya tanaman mereka juga dimusnahkan oleh tindakan pelaksanaan PBT. Sebelum ini mereka sebenarnya meminta pertolongan saya untuk merayu kepada PBT untuk memberikan peluang untuk mereka supaya tindakan undang-undang tidak diambil. Selepas menerima permintaan ini saya juga menghubungi pihak PBT dan sebenarnya saya pun dapat maklum balas daripada PBT, saya pun faham pendirian mereka. Mereka pun ada kekangan atau pun contstrain kerana undang-undang mereka terpaksa mengambil tindakan apabila ada jiran ataupun orang lain yang mengadu terhadap aktiviti cucuk tanam tersebut.

Tapi pandangan saya untuk mengatasi masalah ini, garis panduan boleh dilancarkan supaya penduduk tempatan masih boleh dibenarkan untuk menanam di tanah lapang walaupun dimiliki oleh Kerajaan Tempatan selagi syarat-syarat yang ketat dikenakan. Contohnya mereka hendaklah memberhentikan kesemua aktiviti menanam dan serahkan tanah lapang tersebut kepada kerajaan ataupun pemilik tanah apabila pemilik tanah ingin mengambil balik tanah tersebut untuk tujuan yang lain. Dalam keadaan ini saya rasa undang-undang kecil boleh digubal, boleh diubah untuk membenarkan aktiviti kebun komuniti yang membenarkan aktiviti tersebut dijalankan di tempat awam. Walaupun pada masa ini mungkin tanah tersebut dipunyai oleh kerajaan ataupun GLC tetapi untuk tanah yang tidak digunakan mungkin garis panduan boleh digubal dan undang-undang sedia ada boleh diubah supaya ia memberikan kelonggaran ataupun fleksibiliti kepada penduduk supaya mereka boleh menggunakan tanah yang kini tidak digunakan untuk tujuan kebun komuniti dan supaya tanah tersebut tidak dibazirkan.

Kesimpulannya, saya harap Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan DUN saya khususnya akan terus memudahcarakan pelaksanaan program kebun komuniti. Timbalan Yang Dipertua, selanjutnya saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri mengenai perkembangan terkini permohonan saya untuk membangunkan kawasan burung Malim Nawar sebagai lokasi baru Kawasan Intai Burung Liar. Selepas permohonan saya dikemukakan kepada Kerajaan Negeri, sebenarnya saya dapat sambutan yang baik, maklum balas yang cepat dan satu mesyuarat yang dianjurkan oleh UPEN dan yang dihadiri oleh beberapa agensi kerajaan termasuk PBT, Pejabat Daerah dan PTG (Pejabat Tanah dan Galian), (GANGGUAN) akan mengikut rekod saya mesyuarat ini diadakan pada 8 Disember tahun lepas. Walau bagaimanapun, selepas ini saya tidak terima apa-apa maklum balas daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Di sini, mohon pihak kerajaan supaya projek ini disegerakan untuk menjadikan Malim Nawar sebagai satu tempat yang boleh menarik lebih banyak pelancong dan sebagai usaha untuk menambah pendapatan penduduk tempatan melalui industri pelancongan Perak.

YB Exco Pelancongan, YB Tualang Sekah boleh tolong tentang perkara ini kerana mesyuarat telah diadakan tetapi saya tidak terima apa-apa follow up daripada pihak yang berkenaan. Selain daripada itu, sehubungan dengan ini pelancongan, saya juga ingin follow up dengan Kerajaan Negeri mengenai cadangan saya, satu lagi cadangan saya dari segi pelancongan untuk membangunkan satu kawasan yang mengandungi dua kolam bekas lombong dekat Malim Nawar, dekat Changkat Baru di mana pemandangannya adalah sangat cantik dan terdapat batu yang bentuknya sangat aneh.

YB Exco Pelancongan Tualang Sekah telah pun menerima surat saya lah bersama dengan gambar-gambar. Saya berterima kasih kepada Exco Pelancongan, YB Tualang Sekah yang serta merta setelah menerima cadangan saya telah pun mengarahkan Tourism Perak untuk membuat siasatan ke atas cadangan saya sama ada ia boleh dilaksanakan. Saya juga selepas ini follow up dengan izin dengan surat saya bertarikh mengikut rekod saya bertarikh 27 haribulan Oktober tahun lepas yang saya tulis kepada Tourism Perak tapi saya sehingga sini lah masih menunggu maklum balas daripada mereka.

Setelah saya mempromosikan tempat ini di media arus perdana dan media sosial ada lebih banyak pelancong tempatan yang melancong kat sana dan ada seorang yang mengambil gambar dengan drone yang dipamerkan di media sosial dan selepas ini lebih banyak pengguna sosial media mendapat tahu tempat ini dan baru-baru Ini juga ada pengguna tik tok yang mempromosikan kolam ini dan menyifatkannya sebagai tasik cermin yang sebenar. Lepas itu video orientaldaily pun sekali lagi menemuduga saya dan suatu perintah telah pun muncul beberapa hari dulu dan saya percayalah selepas ini ada lebih banyak pelancong memandangkan sekarang semua boleh travel in the state dengan izin ada banyak pelancong biarpun daripada negeri yang lain ataupun mungkin nanti pelancong dari luar negeri, pelancong asing pun boleh datang ke tempat ini sekiranya dibangunkan dan dijadikan sebagai satu tempat menarik yang baru dan mungkin boleh dijadikan sebagai taman rekreasi juga. Oleh itu saya juga memohon Kerajaan Negeri untuk segerakan projek ini bersama dengan projek burung tadi supaya kawasan ni boleh dibangunkan di sekeliling tasik tersebut dan dijadikan satu taman rekreasi yang baru dan dilengkapkan sekurang-kurangnya dengan mungkin track jogging.

Selain daripada itu, aktiviti sukan air juga boleh diadakan di tasik dan gerai makanan kedai cenderahati boleh dibenarkan berniaga di kawasan ini untuk menjana ekonomi tempatan dan juga menambah pendapatan untuk rakyat tempatan dan sekurang-kurangnya kerajaan boleh bermula dengan membina jalan masuk ke-2 kolam bekas lombong itu dan mendirikan papan tanda kerana kalau orang menggunakan waze ataupun google maps dah agak susah untuk mencari tempat itu kerana waze ini akan membawa pelancong ini ke ke belakang kolam ini dan dia akan dihalang oleh rumah di tepi kolam. So, bukan senang untuk cari tempat ini. Ada banyak yang panggil saya atau mesej saya di Facebook untuk mencari tempat ini.

Timbalan Yang di-Pertua

Malim Nawar, masa ada 5 minit lagi.

Encik Leong Cheok KengDAP · PHMalim Nawar

Lebih kerajaan dirikan papan tanda dan bina jalan masuk sebagai permulaan projek ini. Sudah tentunya ini selarsa dengan dua daripada lima fokus yang disebutkan tadi untuk meningkatkan hasil negeri, meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Speaker sekarang saya ingin menceritakan 1 kes di mana aduan oleh penternak ikan dan petani di kawasan saya dibuat terhadap sebuah syarikat yang menjalin perjanjian usahasama dengan SADC yang menceroboh tanah mereka. Saya tidak boleh sebutkan nama kerana saya faham kes ini telah pun dibawa ke mahkamah untuk mengelakkan sub judice. Tapi secara amya ada beberapa pengaduan mengenai GLC, ini satu dan satu lagi juga mengenai SADC ialah di kawasan Kampung Baru Sungai Durian ada sebidang tanah yang disewa oleh SADC kepada satu pengusaha kilang dan penduduk tempatan mendapati sebenarnya kilang ini sebenarnya adalah kilang yang haram dan memproses sisa elektronik dan ia sangat membahayakan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar dan selepas menerima aduan ini saya telahpun menganjurkan satu serbuan oleh pihak polis dan imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan DOSCH, pada mengikut rekod saya pada bulan Mei tahun lepas dan selepas serbuan ini dibuat, sebenarnya sebelum serbuan ini dibuat mungkin berita telah pun bocor dan pengusaha kilang telah pun lari. Tapi saya dengar beberapa minggu lalu bahawa pengusaha kilang haram ini telah pun dah balik ke tempat ini dan bermula menjalankan aktiviti yang serupa sekali lagi dan tanah ini mengikut apa yang disiasat dimiliki oleh SADC. So, saya ingat sebagai GLC yang di bawah kawalan Kerajaan Negeri SADC memang boleh memberhentikan keadaan ini dan menamatkan penyewaan kepada pengusaha kilang ini.

Dan satu lagi aduan mengenai rakan-rakan usahasama GLC adalah daripada Mambang Diawan juga di kawasan saya bahawa penduduk di Mambang Diawan mengadu bahawa tanah mereka dibanjiri apabila hujan lebat kerana ada satu syarikat yang memasuki perjanjian usahasama dengan PKNP, namanya Delscoon Sdn Bhd yang walaupun dikehendaki di bawah perjanjian usahasama tidak membina infrastruktur, contohnya u-shape drain, longkang u-shape, kalau mereka berbuat demikian, sekurang-kurangnya boleh menghalangnya boleh mengelakkan banjir tapi sehingga kini infrastruktur tidak dibina setiap kali hujan lebat penduduk akan dilanda banjir ditempat ini yang tanahnya telahpun di usahasama oleh PKNP dan Delscon tapi walaupun kami membuat aduan banyak kali tapi pemaju ini langsung tidak buat apa-apa untuk mengelakkan banjir mungkin mereka bagi makan duit tapi sebagai GLC saya cadangkan di sini bahawa semua GLC ataupun agensi kerajaan yang memasuki perjanjian usahasama dengan syarikat swasta hendaklah menjalankan audit tahunan ataupun dari masa ke semasa untuk memastikan bahawa syarat-syarat dan terma-terma dalam perjanjian usaha sama seperti pembinaan infrastruktur dan sebagainya dipatuhi dan juga memastikan bahawa mereka tidak boleh menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang macam kilang haram dan sebagainya dan pencerobohan tanah seperti yang disifatkan tadi yang mendatangkan kacau ganggu ataupun noice sence dengan izin kepada jiran ini saya rasa kuasa pihak GLC lah untuk mengawasi dan memantau syarikat komersial dan swasta supaya obligasi mereka dijalankan mengikut kontrak dan juga pastikan mereka tidak salah gunakan kuasa mereka di bawah perjanjian usaha kerana dalam kes pertama saya sifatkan tadi mereka memasukkan tanah ini dengan mengatakan mereka dibenarkan oleh perjanjian usaha sama tapi ada sesuatu perintah mahkamah yang kata status quo dengan izin atau pun keadaan kini yang telah hantar lagi dikekalkan dan mereka tidak boleh masukkan tanah tersebut sehingga perbicaraan di bulan Julai.

Ya dan tetapi walau pun mereka di sampaikan perintah ini mereka terus masuk ke tanah tersebut sehingga hari ini. Pagi ini saya masih menerima aduan daripada penternak-penternak ikan dan petani di kawasan ini yang dekat daerah Tanjung Tualang. So, saya gesa supaya GLC dan yang menjalin perjanjian dengan pihak swasta supaya mereka setelah memasuki ke dalam perjanjian juga terus memantau lah supaya syarikat-syarikat yang menjadi rakan usahasama tidak melakukan apa-apa yang haram dengan izin legal atau pun tidak mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan di dalam perjanjian atau pun bercanggah dengan apa pun undang-undang.

Timbalan Yang di-Pertua

Malim Nawar, masa dah tamat.

Encik Leong Cheok KengDAP · PHMalim Nawar

Sekian terima kasih. Saya menyokong usul.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Malim Nawar. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit dari sekarang.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Salam sejahtera saya ucapkan kepada di Timbalan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Exco yang berada dalam Dewan, rakan-rakan yang berada masih berada di dalam Dewan ini, dah agak lewat sekarang dan juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa atau pun ketua-ketua atau pun penjawat awam yang masih mengikuti sidang Dewan secara maya sampai ke masa ini. Timbalan Yang Dipertua. Hari ini saya ingin membangkitkan beberapa isu yang berkenaan dengan tanah. Sebelum saya masuk kepada isu pertama, saya ingin menarik perhatian dan memetik satu perenggan satu ayat daripada titah Diraja Tuanku iaitu pada muka surat 9 perenggan 16 dimana Tuanku bertitah, rumah ialah keperluan sangat asas selepas memenuhi keperluan makanan dan pakaian. Timbalan Yang Dipertua, isu pertama bukan isu baru. Tapi isu ini masih membelenggu atau pun menyusahkan orang atau rakyat di dalam negeri Perak. Isu ini adalah berkaitan dengan premium tanah bagi kampung-kampung baru dalam negeri Perak ini.

Pada sidang yang lepas, Yang Berhormat Tebing Tinggi, Yang Berhormat Pasir Pinji dan saya sendiri pernah membangkitkan isu ini dan Yang Amat Berhormat Kota Tampan juga membalas mengatakan bahawa dasar negeri Perak buat masa sekarang adalah diskaun 80% akan diberi kepada sesiapa yang membaharui EOL.

Tapi sekarang bagi isu ini saya rasa dasar Kerajaan Negeri harus di tengok balik, itu kena revised lagi sebab saya rasa Kerajaan Negeri Perak ada sikit salah faham apa yang dibentangkan oleh kita dan juga saya akan bahagikan isu ini kepada dua bahagian. Bahagian satu adalah berkenaan dengan premium tanah penuh telah dikutip daripada ahli-ahli keluarga yang mewarisi dan mewarisi tanah itu.

Bahagian yang kedua adalah berkenaan dengan penilaian tanah yang masih tinggi. Biar saya pergi kepada bahagian yang pertama di mana premium tanah penuh dikutip daripada ahli-ahli keluarga, pemilik asal yang mewarisi tanah itu biar saya bagi satu contoh. Sebelum saya bagi contoh saya akan merujuk kepada Kaedah-Kaedah Tanah Negeri Perak 1966 pindaan 2010. Izinkan saya baca dalam Bahasa Inggeris. Rules A sub for sub B of the Perak Lane 1966 Amended 2010 provide that one expired alienated land for residents of the bands and new village is to be limited to the former registered proprietor and eighty percent discount of Premium would be a loud. Maksudnya kalau tanah itu EOL telah luput tarikh luput sudah sampai lepas tu dia kena membaharuinya, kalau pemilik asal pergi memohon maka 80% akan diberi.Tapi kalau kita tengok spirit of the law atau pun semangat..

Cik Jenny Choy Tsi JenDAP · PHCanning

Astaka, mohon mencelah. Terima kasih kepada Timbalan Dipertua. Yang Berhormat Astaka tadi diskaun premium ini di pejabat saya saya masih mendapat banyak aduan bahawa diskaun premium masih belum mendapat. Yang kes saya adalah yang selepas mendapat diskaun premium agak tinggi. Ya apa pandangan dari Astaka? Terima kasih.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Saya setuju dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Canning sebab saya akan masuk dalam I mean hujah saya nanti saya akan explain through my debate. Kalau kita tengok the spirit of the law atau pun semangat undang-undang, provision ini dia adalah kalau pemilik asalnya pergi mohon semula dia dapat 80%. Maksudnya kalau orang yang sama dia pergi mohon kenapa dia boleh dapat 80%? Sebab ini tanah telah diberi kepada beliau. Kalau pemilik asal itu telah meninggal dunia isterinya, anaknya atau sesiapa pun yang mewarisi tanah itu, maka rumah itu rumah milik mereka. Rumah itu, tanah itu ada rumah, ada bangunan mereka duduk di situ dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Maksudnya itu tanah milik mereka dari dulu-dulu. Kalau sekarang pewaris pergi membaharui EOL tapi premium tanah masih tinggi maksudnya kerajaan nampaknya Kerajaan Negeri Perak ini tidak prihatin dan juga seolah-olah nak merampas tanah daripada rakyat. Sebab premium bukannya kurang.

Kalau kita nampak kalau kita tengok, dalam Kampung Koh Sitiawan ada satu kes dimana premium tanah boleh mencapai RM64,875. Begitu tinggi. Kes yang kedua di Pekan Gurney Sitiawan, premium tanah RM65,390. Mereka telah duduk di situ sejak lama lagi. Tapi premium tanah yang mereka harus membayar itu masih tinggi. Ini tidak harus berlaku. Oleh itu saya menyeru memanggil kerajaan supaya kalau boleh revised balik. Lepas itu sprit of the law kalau kita baca pemilik asal itu harus juga melibatkan pewaris-pewaris kepada pemilik asal. Itu harus kita tengok balik yang 80% itu kalau kita tidak beri kepada pewaris-pewaris mereka tidak mampu bayar, macam mana mereka nak duduk di situ.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Timbalan Speaker dan Astaka. Saya nak mohon pandangan Astaka sebab apa yang disebutkan pasal adalah kes-kes sebanyak 60 lebih ribu pula ada di Kampung Pasir Pinji lah yang hasil-hasil tempat hasil tanah tu harga pasaran yang tinggi. So, di situlah perhitungan dan perkiraan apa nama premium tu pun walau pun lepas diskaun pun cecah RM20 lebih RM20 ribu. So, di situ apabila kita kira harga tanah atau harga pasaran tanah itu, adakah ia mengambil kira tempat tu banjir, adakah kita mengira bahawasanya tempat itu tak ada orang nak beli pun? Walau pun begitu harga premium masih tinggi dan kebanyakan tempat-tempat ni atau pemilik asalkah sama ada dia anak ke ayah ke dia dah tukar nama ke orang-orang ni miskin.

Umur 60an tak ada kerja, OKU pun ada lagi maksudnya bila dia tak kuasa nak bayar premium yang RM20, RM30 ribu tu apa yang akan berlaku? Dia terpaksa nak jual kepada orang lain. So, adakah ini yang dikehendaki dipaksa ke atas orang-orang yang telah diberi tanah ini sejak awal dulu atau kita nak bantu orang, orang kampung baru, orang Kampung Koh ke Pasir Pinji untuk mengekalkan pemilikan tanah tersebut. Sekiranya nak bantu orang tempatan perlu ada pertimbangan harga tanah dengan keadaan terkini dan setempat banjir ke tidak, tempat tu ada orang nak beli ke tidak bukan semata-mata tempat itu lokasinya harga pasaran lebih kurang sebegitu, cukup. So, apa pandangan Astaka berkenaan dengan harga yang begitu tinggi yang tak mengambil kira keadaan setempat dan terkini.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Terima kasih kepada Pasir Pinji. Pandangan saya adalah, walaupun kerajaan bagi 80% diskaun tak kisah pemilik asal ke atau pun kepada pewaris-pewaris kalau lain hari mereka masa depanlah pewaris juga dapat 80% punya diskaun tapi masih tinggi sebab tanah itu dia punya I agree with you the valuation of land is still very high. Penilaian tanah itu masih tinggi. Dalam perbahasan saya dalam sidang yang lepas saya juga membangkitkan isu ini. Sekarang penilaian tanah yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang adalah baru. Pada masa 2008 kalau tak silap saya 2008 masa Pakatan Rakyat menjadi kerajaan masa itu mereka telah Exco atau pun kerajaan pada masa itu telah ada wujudkan satu skim di mana semua tanah-tanah Kampung Baru dinilai bukan harganya lebih rendah tapi mengambil masuk mengambil kira banyak faktor. Lepas itu baru mereka memberi satu penilaian agak munasabah. Ini tidak merugikan Kerajaan Negeri. Ini kalau premium tanah tak begitu tinggi maka rakyat boleh bayar siapa yang akan untung? Kerajaan Negeri yang akan untung. Akhirnya Kerajaan Negeri dapat mengutip hasil premium itu sebagai hasil. Lepas itu baru kita mendapat hasil yang lebih tinggi.

Baru kita boleh dapat tengok bila belanjawan tahun depan kita dapat keuntungan yang lebih banyak. Saya harap sekarang kerajaan Negeri Perak boleh merujuk atau tengok teladan atau pun contoh yang ada sekarang di Negeri Selangor di mana kerajaan Negeri Selangor hanya mengutip seribu daripada rakyat untuk memperbaharui TOL kampung-kampung baru di Negeri Selangor. Maksudnya mereka tidak membebankan rakyat. Itu tanah milik rakyat dari satu generasi ke satu generasi. Kalau kerajaan boleh mengadakan atau pun melaksanakan dasar baru ini maka kita boleh tengoklah kutipan negeri akan meningkat nombor satu, yang kedua rakyat mampu masih boleh duduk di tempat mereka, duduk di rumah mereka. Oleh itu saya menyeru bahawa Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan boleh tengok balik revise balik kalau boleh kita mengadakan satu sesi libat urus atau pun satu sesi perbincangan di mana kita bertukar-tukar fikiran dalam isu ini supaya rakyat boleh dimanfaatkan dan biar saya ingatkan, dalam kaedah-kaedah tanah Negeri Perak ini bukan sahaja menyebut new village. Dia juga melibatkan tradisional village. Maksudnya ini bukan isu kaum Cina. Ini bukan isu perkauman. Ini isu berkenaan dengan rakyat. Ia dekat dengan hati rakyat. Oleh itu saya menyeru bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan boleh tengok balik.

Biar kita tengok balik apakah lagi sekarang adalah masa pasca pandemic? Rakyat sangat beban. Oleh itu saya sekali lagi bangkitkan isu ini dalam mesyuarat hari ini, dalam sesi atau pun penggal tahun yang baru ini supaya Kerajaan Negeri betul-betul boleh tengok secara detail isu ini. Timbalan Yang Dipertua saya akan masuk ke isu yang kedua. Isu yang kedua dan isu yang ketiga saya akan bertema sikit berkenaan dengan kelemahan pentadbiran atau pun kelemahan pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah. Biar saya mengambil kesempatan ini untuk menceritakan satu, bukan cerita tapi ini betul-betul kalau tanya saya, saya sangat sedih dan sangat marah apabila fail ini begitu tebal di tangan saya. Fail ini kalau balik kepada muka surat pertama tahunnya adalah tahun 2017. Kes ini macam. Kes dia, latar belakang kes. Sejak lama lagi di Ayer Tawar berlaku satu kebakaran yang cukup serius. Masa itu agak lama lagi. I mean very long time ago. Lepas tu Kerajaan Negeri melalui pejabat tanah telah menggantikan tanah kepada beberapa orang. Bayangkan. Ini adalah tanah yang dibagi. Ada banyak lot tapi tiba-tiba pengadu berjumpa dengan saya, masa itu tahun 2017 saya masih Setiausaha Politik Ahli Parlimen Beruas Dato' Ngeh Koo Ham. Saya mengambil kes ini pada tahun 2017. Saya menyiasat. Betul tanah bertindih. Saya sendiri pergi ke PTG, saya balik ke PDT, saya datang Ipoh balik Manjung berulang-alik untuk semak sebab fail ini lama. Geran pada masa itu suratan hakmilik pada masa itu masih besar. Kuning. Timbalan Yang Dipertua, kes ini sampai ke hari ini sudah lima tahun. Dia macam ni. Over discussion and discussion and discussion.

Akhirnya betul tanah bertindih. Serah balik suratan hakmilik itu. Sudah surrender tapi masa Pakatan Harapan jadi kerajaan, ADUN kerajaan kami duduk dalam jawatankuasa pemilihan tanah. Saya tidak ambil apa-apa kuasa yang saya ada pada masa itu untuk mempengaruhi keputusan. Tidak. Saya masih minta DO yang mempengerusi jawatankuasa itu untuk mencari satu tempat, satu tanah untuk menggantikan tanah yang harus pengadu itu dapat. Saya rasa itu tidak salah sebab yang salah dari mula sekali originally initially pejabat tanah yang salah sebab mana boleh bagi lot yang sama tapi geran yang tak sama kepada dua orang. Lepas tu cari cari, so, bawah kita saya bersama dengan pengadu turun ke padang mengenalpasti satu tanah. Lepas tu sudah confirm tanah itu, lepas tu kita baru panggil pengadu serah balik suratan hakmilik tanah itu. Lepas tu keluarkan borang 5A tapi malangnya ada Covid-19.

Kes itu sudah terganggu sikit. Tak apa, saya follow up dari semasa ke semasa. Itu pasal fail ini tebal. Bila tarikh hari bila tarikh berapa saya berjumpa dengan siapa, saya pergi ke mana semua saya jot down tapi sampai ke tahun lepas tahun 2021 borang 5A akhirnya telah dikeluarkan. Borang 5A dikeluarkan kepada 19hb April tahun lepas. Nilai premium RM25,600.02. Tapi memandangkan dulu pengadu pernah membayar premium bagi tanah yang lepas, dulu-dulu premium yang terdahulu adalah RM2000 tolak RM2000 akhir premium itu adalah nilainya RM 23,600.02. Saya tanya kepada pengadu, adakah pakcik you nak minta premium untuk dikurangkan atau pun dapat 80%. Pengadu yang berumur 78 tahun itu dia kata tak mahu, saya mahu tanah sebab seharusnya saya ada tanah itu. Saya sudah 70 lebih tahun. Kalau satu hari saya mati saya tak boleh masukkan tanah itu dalam wasiat saya. Anak-anak saya tak boleh mewarisinya.

Oleh itu dia walaupun miskin dia panggil saudara dia, anak-anak kutip sikit duit bayar RM23,600.02. Borang 5A dikeluarkan 19 hari bulan April. Premium dibayar 28 hari bulan Mei tahun lepas sebulan lebih saja Dato’ Yang Dipertua. Tapi sampai hari ini tahun 2022 hari ini 29 haribulan Mac, Borang 5A keluar, bayar premium, sampai hari ini geran tak dapat. Saya pun hairan. Pastu mengadu dekat anak marah dekat saya. YB you tipulah. Tak ada kerja, kenapa you cakap boleh selesaikan kes ini. Bukan salah saya, kenapa sampai sekarang title tak boleh keluarkan. Dia ingat saya tak kejo, habis dia sendiri panggil dia call land office. Staf yang ambil telefon jawab telefon itu bagi tahu pengadu nak anak dia tanah yang anda bayar premium itu telah diberi kepada orang lain.

Dato' Yang Dipertua, kes sini saya follow dari tahun 2017 sampai hari ini 5 tahun. Lima tahun, dari seorang Setiausaha Politik sampai ADUN penggal ini pun hampir nak tamat. DO tiga orang, pertama Datuk Fariz sekarang Pengarah PTG, yang kedua Tuan Zulhisham, yang ketiga Tuan Shamsul sekarang. Satu kes ambil lima tahun geran tak dikeluarkan tukar tiga DO seorang dari Setiausaha Politik sampai ADUN penggal ini pun sudah mahu habis. Kalau pejabat tanah mengambil speed ini untuk selesaikan kes-kes dalam Negeri Perak macam mana kita nak maju. Mana keadilan kepada rakyat bukan salah dia, dia bukan pergi sendiri untuk mohon tanah ini. Ini adalah tanah yang harus diberi kepada dia sebagai ganti gentian. Oleh itu saya haraplah Yang Amat Berhormat Kota tampan boleh melihat kes sini. Ok, ini saya rasa bukan kes special dalam tangan saya. Saya pun tak tahu ada beberapa kes sebegini yang berlaku yang sebegini berlaku dalam Negeri Perak.

Kita tahu kadang-kala dalam land office banyak fail tapi tak boleh sampai tahap ini di mana, uncle sudah cepat-cepat nak bayar, uncle sudah 78 tahun tahun ini umur dia. Dia masuk keluar hospital semua tu dia takut sangat kalau dia hilang tanah ini anaknya nak pergi mohon tak mungkinlah, balik kepada isu yang saya bangkitkan tadi dia kena mohon, anak dia mohon sebagai pemohon baru. And then premium yang akan dia bayar agak tinggi nanti, sekarang 25 lebih. Dia cepat-cepat bayar. Kalau you tanya saya kes ini bila saya sebut saya agak marah, sedih sebab saya follow from A to Z. Oleh itu saya minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh tengok bukan saja tengok kes ini.

Astaka, terima kasih Astaka kerana membawa isu ini yang melibatkan sebenarnya ramai-ramai ADUN-ADUN saya juga mengalami masalah yang sama di mana 300 peserta daripada permohonan Changka Tanah di Changkat batu mengalami masalah yang sama telah pun membayar premium selama 5 tahun namun masih tidak mempunyai geran. Jadi saya harap adalah tindakan yang lebih serius diambil kepada mungkinlah perbincangan mungkin ada masalah yang kita boleh selesai. Kita selesai kita tidak tahu mahu berlarutan dah masuk dalam dewan masalah tak selesai jadi itu. Terima kasih Astaka di atas usul yang dibawa.

Yang di-Pertua

Terima kasih Trong. Astaka masa.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Ok, lagi satu isu.

Yang di-Pertua

Kami bagi tiga minit lagi. Boleh last ya.

Encik Teoh Yee ChernDAP · PHAstaka

Ok, isu ni juga berkenaan dengan pejabat tanah. Isu ini saya belum sempat nak turun padang sendiri untuk menyiasat tapi saya menerima aduan ini daripada pusat khidmat Ahli Parlimen Beruas. Lepas tu mereka pas kepada saya. Kalau kita tengok. Dalam peta yang saya ada plan yang saya ada sini ada tiga lot. Saya lagi bagi satu contoh, contoh sini adalah satu baris lot kebun kelapa sawit. Di sini adalah rezab, tiba-tiba pekebun yang mempunyai tanah-tanah di sini reliase. Bahawa road reserve telah dibagi. Menjadi lot kediaman. Dato' Yang Dipertua. Road reserve ada lagi tapi road reserve itu hanya boleh masuk ke rumah orang, pekebun-pekebun kecil kelapa sawit diri mereka tidak ada jalan untuk masuk ke tanah mereka. Macam mana mereka nak mengutip hasil kelapa sawit.

Kes macam ini juga menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran atau pengurusan di pejabat tanah, Saya rasa Pejabat Tanah Manjung bukan satu pejabat tanah yang ada kes begini banyak lagi. Saya nak tanyalah kalau dulu dalam refound kita perintah tetap, refound perintah tetap itu pernah kita mensyorkan, mewujudkan lima jawatankuasa salah satu adalah berkenaan dengan jawatankuasa untuk semak seimbang kuasa PDT. Kalau refound itu masih boleh kita kekalkan Dato’ Yang Dipertua kes begini kita boleh merujuk kepada jawatankuasa itu dan jawatankuasa itu ada satu jawatankuasa yang boleh menyemak mengimbang kuasa dan kes-kes yang tidak adil sebegini tidak berlaku, kalau berlaku pun kita boleh merujuk kepada jawatankuasa itu lepas tu kita menyiasat akhirnya siapa akan dapat manfaat, rakyat mereka akan dapat mereka bukan kerajaan, of courselah kerajaan dapat kutip hasil tapi bagi wakil rakyat kita dapat membantu rakyat. Kita dapat clear kes-kes sebegini.

Akhirnya bagi Puncak Emas, dalam sidang yang lepas, saya pernah membangkitkan satu isu di mana ada satu lubang yang cukup besar. Saya repeat lagi lubang itu cukup besar sampai satu biji kereta boleh masuk betul. Lepas itu saya ingin mengujikan yang Yang Berhormat Exco yang mempengerusikan Exco PBT tak ada tadi ada tak apa betul lepas itu PA dia panggil saya, call saya, lepas tu kes itu sudah diselesaikan. Saya memuji tapi bukan saja satu Dato’ Yang Dipertua banyak lagi. Oleh itu prestasi Puncak Emas memang cukup teruk dan kalau boleh saya betul-betul menjemput Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan juga Yang Berhormat Exco turun ke kawasan Astaka, saya boleh membawa mereka pergi ke tempat-tempat yang cukup serius sampai tembok longkang sudah runtuh berapa kali yang sama. Lepas tu tu banyak lagi tempatlah. Kalau banjir macam mana musim sekarang dah tak ada musim hujan kadang kalau hujan lebat sampai bumbung pun ditiup. Kalau kes-kes macam ini setiap kali sebagai ADUN sebagai wakil rakyat kami bawa, bangkit dalam Dewan ini. Saya rasa kita memang membazirkan masa sebab dalam Dewan yang mulia ini harus kita menetapkan, meluluskan, mengubal meluluskan enakmen dan juga menetapkan halatuju Negeri Perak ini. Macam mana kita nak membangunkan Negeri Perak ini.

Macam mana kita nak menarik pelabur. Dasar-dasar itu polisi-polisi itu haruslah kita berbincang dalam Dewan yang mulia ini dan bukan kes-kes sebegini. Sebenarnya dalam jawatankuasa tindakan pembangunan daerah boleh kami bangkitkan. Tapi kalau balik. Last point dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah banyak isu dibangkitkan kadangkala ada reply. Kadangkala tak ada reply. Isu lalat malulah saya nak bawa lagi sini. Berapa kali saya nak sebut. Saya pun dah tahulah Yang Berhormat Exco nanti akan jawab pada tahun 2023 nanti kita akan bangunkan reban tertutup. Apalah. Saya dah tahulah jawapan sama. Sampai saya walaupun saya bangkitkan isu ini saya hantar mesej dalam WhatsApp group di JTPD. Tidak ada orang jawab. Saya boleh tunjuk. Tiada orang jawab. Lagi satu kes Padang Terbang Astaka. Rumput dia tinggi. Kalau nak cerita bagi satu jam pun tak cukup tapi saya ringkaskan.

Dato’ Yang Dipertua, akhir sekali padang itu telah diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan tapi Kementerian Pengangkutan kata tak ada duit untuk menyelenggara padang itu. Rumput tidak dipotong. Kebakaran berlaku bukan sekali. Banyak kali. Tapi akhir sekali Pengkalan TLDM telah memohon dengan Kementerian Pengangkutan mengatakan mereka nak gunakan padang itu untuk untuk latihan. Ok, mereka nak gunakan padang itu. Habis Kementerian Pengangkutan kata boleh. You pakai tapi you yang ambil kos, ambil bajet untuk menyelenggara padang tersebut. Tapi itu jawapan yang saya dapat dalam Mesyuarat JTPD. Sampai hari ini rumput masih tidak potong. Kebakaran masih berlaku. Saya tanya soalan Pegawai Daerah kata dia akan mendapat jawapan daripada TLDM. Tak ada jawapan.

Dato’ Yang Dipertua, isu-isu sebegini saya rasa kita harus tengok dengan serius sekali. Itu adalah debate saya pada hari ini. Saya harap kerajaan boleh melihat kes-kes yang saya bangkitkan tadi dan memperbetulkan apa yang memperbetulkan kelemahan-kelemahan yang ada sekarang supaya kita boleh maju ke hadapan. Itu sahaja. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Astaka. Saya jemput sekarang Yang Berhormat dari Kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan dipersilakan. 20 minit ye.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Bismillahirrahmanirrahim Robbisrohli Sodri Wayasirli Amri Wahlul Uqdatamilisaani Yafqahu Qauli. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, semua EXCO yang masih ada. Ahli Dewan negeri yang masih ada dan rakyat diluar sekalian yang ditontoni secara alam maya. Pertamanya saya mohon untuk merafak Sembah Menjunjung Kasih Atas penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Tuanku Sultan sempena perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Perak Kali Keempat Belas.

Yang keduanya saya ingin merujuk kepada krisis Covid-19 yang disentuh oleh Baginda Sultan dalam Titah DiRaja. Di mana ayat yang digunakan ialah Covid-19 merupakan jarum-jarum panik yang berceracak di mana-mana. Itu satu ayat yang memanglah menusuk kalbu. Bukan sekadar tikam, menusuk kalbu dan saya ingin menarik perhatian Dewan ini dalam menangani krisis Covid -9 ini. Saya percaya ada dua perkara yang berbeza yang perlu kita fahami. Yang pertama ialah berkenaan dengan virus Covid-19 itu sendiri dan yang kedua adalah fear factor ketakutan terhadap Covid-19. Sebagai perbandingan sebelum masalah covid ini timbul. Dulu-dulu saya percaya kita ada melalui pengalaman takutkan ke hantu. Dalam masyarakat orang Melayu ini kadang-kadang perkataan hantu itu digunakan bila kita tak boleh jelaskan. Kita ada jari telunjuk, kita ada ibu jari, kita ada jari manis dan jari kelingking. Bila tengah-tengah ini kita tak tahu nak bubuh nama bubuh lah jari hantu. Sometimes bila kita tak boleh explain kita guna perkataan hantu.

Pengalaman melalui pengalaman dulu-dulu. Orang dulu-dulu apabila dia ada krisis hantu. Dia tak kisah kan pasal hantu itu because they are not incapable ia tak boleh mengesahkan hantu. Virus. Lawyer nak uruskan virus. Tak jadilah. Tetapi yang mereka uruskan ialah fear factor iaitu takut kepada hantu. Antaranya ialah dengan cara membawa teman. Antaranya ialah dengan cara membawa parang berjalan dan antaranya ialah dengan cara membawa lampu suluh. Maka life goes on, business goes on, hantu biarlah ia terus dengan hantunya tetapi life goes on. Begitulah perumpamaan yang saya nak bawa. Kita telah melayari melayani krisis covid ini daripada tidak faham kepada virus sudah pandai bercerita tentang anatomi virus covid 19. Daripada varian delta kepada varian omnicron. Daripada vaksin pertama, kedua dan penggalak. Nyata fakta sebenarnya ialah virus tersebut bukanlah natural. Bukanlah semulajadi tetapi boleh dijangkakan biogical weapon.

Mungkin, muma apa yang saya ingin katakan di sinilah sepatutnya makin lama kita menguruskan covid, kita sepatutnya makin memahami virus dan sepatutnya makin kurang takut terhadap virus. Kerana kita selalu sebut alah bisa tegal biasa. Tapi perkara-perkara berikut yang saya akan kemukakan menunjukkan dalam kita menguruskan krisis covid ini semacam kita tidak menguruskannya seadanya atau sewajarnya. Sebagai contoh yang pertama. Sebelum ini termasuk hari ini sebelum 1 April 2022 secara spesifiklah dalam urusan masjid kita seolah-olah mengatakan bahawa bila saf tidak rapat sebelum 1 April, syaitan tidak mengganggu ketika kita sedang solat. Tetapi 1 April 2022 kita akan mula mengatakan syaitan mula ganggu orang sedang solat. Saf tak rapat dulu tak rapat. Secara tidak sedar dalam kita menguruskan krisis covid ini kita telah melakukan secara tidak langsung bahawa perbuatan berkumur atau mencuci hidung dengan air mutlak dipermulaan wuduk itu tidak lagi kita yakini sebagai salah satu cara pelindung dan pembersih daripada bakteria dan virus.

Dengan izin basuh tangan, kumur-kumur itu no more bio security measurement dan secara tidak sedar juga dalam kita menguruskan krisis covid ini. Kita seolah-olah mengatakan virus ini hanya tertumpu di masjid dan surau tetapi ia tidak attact pasar raya dan kita attack Ketika kita bergambar dan berselfie. Soalannya yang saya ingin tanyakan kepada semua di sini ialah, adakah Rasulullah SAW tidak pernah mengajar atau meninggalkan sebarang pesan apabila kita berdepan dengan pandemik ataupun penyakit mudah berjangkit? Ataupun kita sebenarnya telah lupa bahawa beliau telah berpesan bahawa sewajarnya sekadar tidak boleh masuk atau keluar daripada kawasan yang berpandemik?

Dengan kata lain kuarantinlah jalan penyelesaiannya tetapi life still going on. Business as Solat as usual itu sebenarnya dan bayangkan masa awal-awal dulu ketika masjid tidak boleh didatangi melainkan ahli jawatankuasa lawak tak lawaknya ialah apa yang berlaku ialah ajk masjid datang dan solat 5...6... orang jarak sedangkan dia orang datang tadi datang satu kereta empat orang. Lawak tak lawaklah datang tadi duduk satu kereta. Sampai nak buatkan solat dah la 6 orang satu masjid 5,6 orang sembahyang jarak-jarak. Jadi itulah yang perlu kita lihat apa sebenarnya bagaimana kita menguruskan fear factor . Saya merayu saya memohon bahawa keputusan yang telah dibuat mulai 1 April dan pada waktu itu kita telah mula solat terawih. Biarlah kita lakukan solat tersebut.

Biarlah kita lakukan perbuatan merapat saf tersebut dalam keadaan kita sedar bahawa ianya adalah satu tuntutan mencuci tangan dan hidung sebelum berwuduk adalah kerana Allah Taala lebih mengetahui itulah yang terbaik untuk makhluk-Nya bukan kerana nafsu WHO atau Kementerian Kesihatan meluluskannya. Sebab kalau kita leka kalau kita sambil lewa besok dia bertukar sahaja aku solat kerana WHO. Jangan sampai kita terkeluar generasi kita sembahyang kerana WHO ataupun KKM. Kita boleh saya katakan dia berjaya menguruskan covid tetapi kita gagal menguruskan fear factor takut menguruskan covid. Melukut di tepi gantang, kera betina di atas batu kerana takut akalnya hilang, batang tunggul katanya hantu. Maka kita boleh lihatlah pengalaman-pengalaman yang kita lalui menangani krisis covid itu bagaimana yang kita tangani pada hari ini bagaimana orang dulu menangani krisis seumpamanya bagaimana Rasulullah mengisyaratkan kepadanya. Dato' Yang Dipertua saya beralih kepada isu yang kedua.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Boleh bagi laluan pada Selinsing tentang covid untuk dapat pencerahan.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Silakan.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Saya bersetuju beberapa pandangan yang dikemukakan oleh Behrang tentang manifestasi keagamaan dalam masa kita mencegah covid dan selari dengan agama Islam. Cuma Selinsing ataupun Dewan ingin mengambil pandangan Behrang sebagai pengamal undang-undang bagi kita mencegah covid ini bagi golongan-golongan yang anti covid anti vaccine, sorry . Jadi bolehkah Behrang memberi pandangan antara hak dan juga kemaslahatan umum dalam pendirian mereka. Jadi mohon pencerahan daripada Behrang sebagai pengamal undang-undang terima kasih.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Dato' Yang Dipertua macam tak boleh jawab je soalan tu. Payah sangat atau kalau saya nak jawab terlalu panjang. Ada jawapan tetapi terlalu panjang. Cuma saya ingin mengatakan bahawa...

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Bagi sikit pendirian boleh? Pendirian.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Sedikit lah sedikit pada saya apa yang saya fahamilah antivaksin itu sebenarnya nama yang diberikan bukan pendirian. Satu kumpulan yang dinamakan sebagai anti mereka bukan anti sebenarnya mereka ada pandangan lain bagaimana mereka mahu menguruskan covid itu. Itu satu pandangan yang super qualified. Yang kedua kalau dilihat dalam Akta Kawalan Penyakit ada peruntukan itu kena pm tepilah apa sebenarnya masih ada lagi ruang di situ untuk mengatakan they are not lable. Ada lagi tapi kalau saya nak cerita panjang biarlah kita pm tepi boleh?

Terus kepada isu yang kedua apa yang ditekankan oleh Baginda Sultan di dalam Titah Diraja ialah bagaimana perlunya Kerajaan Negeri ini menguruskan bekalan makanan untuk rakyat negeri Perak supaya ianya sentiasa ada dan sentiasa mencukupi. Behrang menyarankan supaya jawatankuasa dasar sekuriti makanan peringkat negeri Perak perlu menghadamkan arahan dan pesanan Rasulullah yang lebih kurang berbunyi begini padang ragut untuk ternakan sumur air dan kayu api adalah milik bersama dengan kata lain jawatankuasa ini hendaklah mengiktiraf bahawa bekalan sumber protein, bekalan sumber air dan bekalan sumber tenaga adalah urusan bersama rakyat dan kerajaan. Maknanya kita tak boleh swastakan kepada syarikat persendirian ataupun individu secara total. Ianya adalah urusan kerajaan, ianya adalah urusan rakyat ianya mestilah urusan-urusan yang dikisahkan secara bersama.

Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Perak Negeri Perak perlu serius dalam menyediakan sumber protein daripada sungai dan ikan air tawar sebagai galang ganti kepada sumber protein ikan laut. Saya percaya semua ahli Dewan yang ada di sini bersama dengan saya untuk menyatakan bahawa Sungai Perak terlalu luas dan tapak lombong bijih timah terlalu banyak dalam negeri ini tetapi masih belum dimanfaatkan secara maksimum sebagai sumber bekalan protein untuk rakyat negeri Perak dalam masa yang sama melihat kepada jumlah nelayan darat dan pengusaha kolam ikan air tawar yang kian hari kian berkurangan di daerah-daerah menakutkan kita dan menggusarkan kita terutama bila musim tengkujuh menyekat bekalan ikan di laut.

Dato' Yang Dipertua, kekurangan bekalan yang tidak diuruskan akan menyebabkan harga jualan meningkat dan sudah tentu akan membebankan kita semua. Sebaliknya bekalan yang terancang sentiasa berupaya menstabilkan harga. Oleh yang demikian, Behrang ingin mencadangkan bahawa telah tiba dan waktu dan ketikanya GLC-GLC dalam negeri Perak ini diberi tugas dan tanggungjawab membangunkan industri ikan air tawar dalam negeri Perak ini bagi memastikan kelestarian sumber protein untuk rakyat Perak. Jejak langkah yang dimulakan oleh SADC yang merintis upaya-upaya penternakan ruminan perlu diikuti oleh GLC-GLC yang lain. Pusat pengeluaran benih ikan, benih unggas dan benih baka ruminan milik Kerajaan Negeri yang bertaraf yang bertaraf kalis tekanan dalaman dan luaran masih belum kelihatan.

Pada sesi yang lepas saya bertanya bekalan bebiri jenis santanious ini masih belum berada di Perak ini yang ada hanya kambing sahaja. YB Exco, yang ada kambing bebiri tak ada masih lagi dalam keadaan tiada dan perlu ditangani. Seterusnya saya ingin mencadangkan supaya dalam kita menangani urusan food security, saya percaya sudah sampai waktu dan ketikanya kerajaan di Perak memikir dan melaksanakan penambahan kakitangan dan staf negeri. Saya yakin bergantung sepenuhnya kepada faderal staf ataupun staf Persekutuan boleh menyebabkan kita terpaksa bergantung kepada dasar, polisi dan kebajikan Persekutuan. Bukan bermaksud kita menolak tetapi kalau di ambil analogi yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pagi tadi.

Kalau kita mahu bernafas lega pakailah sarungkan corong oksigen yang dibekalkan oleh pramugari itu seelok-eloknya.Takut-takut nanti yang lain selamat kita dah pakai tapi tak pakai sungguh-sungguh akibat daripada kekurangan oksigen. Saya melihat di beberapa negeri lain terutama Selangor dan Johor dalam hal pertanian dan penternakan mereka dikuatkan oleh sokongan staf negeri di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri sendiri. Kita faham bahawa Perak ini daerah dia lain-lain senang kata lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikan (bacaan ayat Al Quran) orang yang di Perak ini lebih maklum tentang keadaan pertanian dan penternakan di Perak realitinya.

Kita tahu bahawa kakitangan-kakitangan kerajaan yang terkait dengan pertanian dan makanan di daerah-daerah semakin mengecil. Kalau berdasarkan Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak pada tahun 2020, Suruhanjaya Perkhidmatan hanya melantik 2 orang sahaja dua orang sahaja Penolong Pegawai Pertanian. Saya reserve kalau ada penambahan 21, 22 tapi setakat 2020 yang dilaporkan hanyalah sebanyak dua orang saja penambahan. Jadi kita masih memerlukan staf yang look, yang melihat kepada urusan pertanian Negeri Perak seadanya. Setakat ini, saya rasa di daerah-daerah terutama di Daerah Muallim, kekurangan start daripada negeri.

Izinkan saya Dato’ Yang Dipertua untuk terus pada perkara yang ketiga iaitu pengundi umur 18 tahun yang telah didaftarkan secara automatik. Saya ingin merujuk kepada titah baginda di muka surat 22 yang menyatakan bahawa, penglibatan para belia secara aktif akan dapat membantu untuk meremajakan dasar yang telah tua. Meniup pembaharuan kepada struktur yang telah lama dan menyuntik darah muda kepada tubuh yang telah telah berusia. Ini saya memang suka sangatlah ayat ni tetapi, bila melihat kepada jumlah hadir mengundi semasa Pilihanraya Kecil Johor ianya tidak mengambarkan sebegitu.

Maknanya meskipun telah berlaku pertambahan pendaftaran secara automatik di Perak ini kita bertambah sebanyak 522,189. Dulunya kita hanya 1.5 juta sahaja pengundi berdaftar, sekarang ni kita dah sampai kepada 2.0 juta. Sepatutnya dengan adanya pertambahan begini ianya menyebabkan suasana pilihan raya itu turn out ataupun hadir keluar mengundi itu bertambah tetapi PRN Johor mempamerkan bahawa ianya seolah-olah tak berlaku. Dalam mendengar taklimat yang dikemukakan oleh pihak SPR baru-baru ini di MH Hotel, sebanyak 23%, 23.2% terdiri daripada pengundi-pengundi baru, 18 tahun saja. Atas daripada itu 23 begitulah, atas dia mid dia tu dalam 24 je. Tapi yang ramai sebanyak 44.1% terdiri daripada mereka-mereka yang terlewatkan umur 23 ke atas begitulah, 44%. Mengambilkira apa yang ditunjukkan di Johor, saya ingin mengatakan bahawa antara alasan-alasan yang dikemukakan kenapa kurang, kenapa kadar keluar mengundi kurang pertamanya ialah kerana covid. Takut ke covid tidak diselesaikan.

Yang keduanya, dengan izin they just don't care dan yang ketiganya, mereka bahasa Peraknya getik dengan orang politik dan yang terakhir yang keempat tu boleh dikatakan kakitangan-kakitangan atau mereka yang mengerahkan itu mungkin ada sedikit kekurangan. So, mengambil kira empat alasan ini, kalau kita benar-benar mahu bersama dengan semangat, kenapa kita nak orang berumur 18 tahun terlibat ialah kita nak mereka turut sama dalam decision making process tetapi Pilihan Raya Johor tidak menunjukkan perkara itu terjadi begitu saja. Maka ianya menghendaki kita semua yang ada di sini saya dapat memainkan peranan penting. Yang pertama saya rasa Kerajaan Negeri Perak perlu memanfaatkan Dewan Belia. Yang boleh memikat belia ini hanya belia sahaja dan kebetulan kita ada Dewan Belia dan saya rasa Dewan Belia ini kena diberi peruntukan bagi memboleh siapa yang menang siapa yang dapat faedah siapa nama that don’t matter. Sebab yang penting sekali ialah kita mesti jujur kerana kita nak melibatkan mereka yang 18 tahun turut sama kita mesti buat call hold heatedly. Kita dah ada institusi, mungkin tak ada bajet. So, saya mohonlah supaya MB dapat memperuntukkan barang sedikit bajet untuk mereka menjadi agen kepada kerajaan ini untuk membolehkan seramai 522,000 tambahan itu mereka dalam pilihanraya akan datang itu benar-benar turun dan memainkan peranan mereka masing-masing. Dalam taklimat yang diberikan oleh SPR baru-baru ini juga menyatakan bahawa SPR ada staf berapa orang je, ratus-ratus je.

Jadi SPR tak bolehlah nak buat kampen semua ini. Jadi saya nak mencadangkan bahawa marilah kita bekerjasama dan selamat hari ini pun ADUN-ADUN pembangkang ke, kerajaan ke elok je bekerjasama dengan jabatan-jabatan. Jadi marilah sama-sama kita membuka pintu dan kita bekerjasama bagaimana kita boleh menganjurkan program kolaborasi dengan SPR dan jabatan-jabatan lain di tempat masing-masing supaya penyertaan orang-orang muda dalam pilihan raya, dalam pilihanraya umum yang akan datang itu benar-benar dapat direalisasikan. Perkara yang kelima, Baginda Sultan juga menitahkan bawa, pencapaian kita dalam usaha-usaha murni yang ini kita lakukan adalah tertakluk kepada sikap amanah, jujur, ikhlas, integriti dan ketelusan kita dalam kita melaksanakan tugasan kita. Cuba saya nak bertanya kepada diri sendiri dan semua yang ada di sinilah.

Ada tiga perkara. Pertamanya, Seksyen 8 Enakmen Penyemakan Negeri Perak menyatakan bahawa sepatutnya kita telah selesai menguruskan kerja-kerja semakan undang-undang Negeri Perak tetapi setakat hari ini, notification ataupun permakluman bahawa undang-undang yang diterima setakat ini tidak kelihatan. Kenapa? dan mengapa? saya rasa kita mungkin boleh bekerjasama untuk menyelesaikan.

Kemudian yang keduanya, kita telah pada sidang lepas menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji enakmen. Apa jadi pada jawatankuasa khas tersebut? Alhamdulillah satu mesyuarat telah diadakan tetapi kita punya mailstone, kita punya plan tindakan itu tak dapat kita complied mengikut bagaimana yang dirancangkan. Cuma saya mengambil kesempatan di sini untuk berkongsi tentang dapatan yang saya lalui semasa mesyuarat pertama tersebut. Saya ingin menyatakan bahawa ada sedikit salah fakta dikemukakan dalam Dewan ini berkenaan dengan kes Company Vale yang mencabar Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai. Ianya yang digambarkan dengan yang dilaporkan semasa meeting dengan LA tu dia ada sedikit ketidaktepatan. Saya ingin katakan di sini berdasarkan kepada apa yang telah dibentangkan oleh Pejabat LA, isu perlembagaan tidak dibahaskan, tidak diputuskan di peringkat Mahkamah Tinggi Ipoh. Dengan kata lain kita tak ada menang apa-apa pun di peringkat Mahkamah Tinggi Ipoh.

Apabila sampai ke Mahkamah Persekutuan, forum mahkamah secara unanimous, secara sepakat mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak tidak mempunyai bidang kuasa untuk buat enakmen, mengutip cukai atau bayaran terkait pelabuhan kerana ianya jelas berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan perlembagaan. Begitu juga perkara yang ketiga di luar sana berbunyi faraid itu nampaknya tidak lagi memberi laluan, di luar sana rakyat masih bertanya, mana dia janjinya enakmen wasiat orang-orang Islam, enakmen wasiat orang-orang Islam. Berkali-kali disebut, berkali-kali dibincangkan tetapi setakat hari ini ianya masih belum dapat diterjemahkan dalam bentuk enakmen. Saya percaya dan saya bermohonlah selepas daripada ini agensi yang berkenaan daripada MAIPK ke JAIPk ke Jabatan Kehakiman ke rasanya dah kering air liur dah dan saya rasa di Perak ni kita ada kumpulan-kumpulan yang boleh membantu dalam menyediakan enakmen wasiat orang Islam itu dan kalau boleh kita selesaikanlah. Kalau ada yang benda tu shortcut saja sebenarnya tetapi sesuatu yang menyedihkan kita mengambil masa yang terlalu lama untuk menyediakan satu enakmen wasiat orang-orang Islam…

Yang di-Pertua

YB tinggal dua setengah minit lagi.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Alright. Saya cuba laju sikit. Yang terakhirlah perintah-perintah tetap yang telah dicadangkan untuk dipinda sebelum ini boleh dikatakan bara jauh daripada panggang. So, saya rasa ya kita menuding atau kisahkan orang di luar sana di dalam ini kita masih belum dapat menyelesaikan perintah-perintah tetap. Juga saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan yang lain-lain (hadith), “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab dengan kepimpinan”, Jadi jangan pertikaikanlah sebab dia benda tu fitrah dah jadi pemimpin dipertikaikan itu fitrah benda yang semulajadi. Jadi kita tak boleh complaint sekiranya dan saya nak mencadangkan mungkin kut sebab terlalu banyak sangat portfolio keagamaan ni mungkin boleh kut saya cadangkan supaya kita ada seorang timbalan EXCO Agama kut mungkin boleh dipertimbangkanlah bagi mempercepatkan.

Begitu juga mohon jugalah Timbalan Speaker dah dilantik dah semua main peranan untuk membantu Speakerlah sebab Speaker kita banyak mempengerusikan jawatankuasa jadi mohonlah sebagai Timbalan Speaker dapat proaktif sedikit dan insya-Allah kita akan sama-sama dan yang terakhir yang saya ingin sentuh di sini Dato’ Yang Dipertua ialah saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jazakullah terima kasih banyak-banyak kita lihat bukan sekadar disebut sahaja dalam titah ini tetapi di daerah Jabatan Hutan telah melibaturuskan pemimpin-pemimpin tempatan dalam sebelum mereka meluluskan mana-mana konsesi balak. Di Daerah Muallim kami telah dipanggil dan berlakulah dialog dan kita memberi pandangan dan alhamdulillah bagi saya renjer bertugas di Daerah Muallim telah memberi ruang dan peluang dan kuasa yang ada itu agak sedikit terhad. Bidang kuasa Renjer hutan ini hanya tertakluk kepada kawasan hutan simpan tetapi pencemaran alam ini bukan datang daripada pembalakan semata-mata tetapi aktiviti pertanian.

Cuma saya katakan orang nak bawa keluar kayu durian kena bayar cukai kat Jabatan Hutan tapi Jabatan Hutan kata dia tak ada bidang kuasa. So, memang dari segi undang-undangnya memang tak tahu siapa punya bidang kuasa isu pencemaran. Saya memohon supaya bolehlah diambil kira hari tu pun pada persidangan yang lepas saya dah sebut kawalan terhadap aktiviti pertanian ditebing sungai ini perlu dipertegaskan. Bukan tak boleh tanaman bukan tak boleh tetapi membiarkan tanah lapang tanpa cover tanpa tanaman tutup bumi kekacang bumi dia menyebabkan pencemaran dan kita tak boleh bantu dah kita tak boleh selamatkan alam ini kalau hutan kita jaga tapi kawasan pertanian terdedah dengan pencemaran. Jadilah mohon last supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat mempertimbangkanlah sekali lagi dalam hal pengeluaran geran-geran baru. Mohon supaya disyaratkan tidak dibenarkan aktiviti pertanian di tebing sungai. Kalau ianya tidak dikawal dalam ni ramai juga tokeh-tokeh sawit ni kan, GLC-GLC, FELDA-FELDA yang mereka punya ladang memang banyak sungai dan dia orang suka bubuh sawit dekat tepi sungai buat dia kata sawit suka air. Tak salah tanam sawit yang salahnya bila nak dapat buah banyak dia bubuh racun dah bubuh racun dia bubuh baja itulah punca pada pencemaran itulah punca kepada erosion hakisan.

DATO’ YANG DIPERTUA. Kesimpulan-kesimpulan.

YB ENCIK AMINUDDIN BIN ZULKIPLI. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima bahawa kasih kerana melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan dan akhirnya saya dapat menggunakan peluang menghalang satu tindakan undang-undang diambil terhadap orang asli yang dikatakan menceroboh hutan. Orang asli pertanian pertanian normad tetapi kalau dilihat secara apa ni holistic management apa yang orang asli buat sebenarnya tidak mencemar dia teroka dan dia tak gondolkan sebaliknya yang kita teroka secara halal ni kita teroka kita terang dengan mesin gondola habis itu sebenarnya banyak ni masuk bab cuci mangkuk lagi. Tokeh-tokeh sawit ni kan dia nak masuk Malaysia belasah sekali semua. Tadi tu masuk secara halal dan itulah penyumbang pencemaran terbesar sebenarnya dan saya rasa kalau kita harapkan Jabatan Hutan, Jabatan Hutan tak ada bidang kuasa. Maka tinggallah ejabat daerah sajalah dengan Pejabat Menteri Besar untuk bagaimana boleh kita sama-sama terutama saya tidak berminat untuk mengajak menggunakan penguatkuasa undang-undang saya tak berminat menguruskan negeri menggunakan undang-undang tetapi let us have spirit of law, itu yang saya rasa dan sekali lagi tahniah kepada semuanya kerana melibatkan ADUN, melibatkan kami dan kita dapat beri pandangan dan alhamdulillah pandangan tersebut telah diambilkira. Sebagai penutup:

Kiri lembah kanan pun lembah, Tengah-tengah pohon cemara, Cakap sudah bersuara pun sudah, Tepuk dada tanyalah selera.

Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh, Hendak akur Yang Amat Berhormat Menteri Besar akurlah, Semua jangan pula dihimpun alasan yang rapuh.

Yang terakhirnya saya mohon mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, Ramadhan al-mubarak Dato’ Speaker. Behrang mohon untuk menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

DATO’ YANG DIPERTUA. Waalaikum salam wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Behrang sekarang ini saya jemput pembahas yang terakhir untuk hari ini Yang Berhormat dari kawasan Temengor untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

YB PUAN SALBIAH BINTI MOHAMED. Auzubillahi Minas syaitanir rajim Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in, Yang Berhormat Dato’ Speaker saya mohon kebenaran terlebih dahulu untuk membuka face mask untuk berucap. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua di atas keizinan memberi laluan kepada saya untuk menjadi pembahas yang terakhir dan berhujah dalam Dewan yang mulia ini untuk menjunjung kasih titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Alam Rasulullah dalam Perasmian Mesyuarat Pertama, Tahun Kelima, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Keempat Belas. Saya kira rata-rata daripada kita dari awal pagi seramai 20 orang telah pun membahas pelbagai isu sama ada berkaitan dengan kawasan masing-masing ataupun isu nasional ataupun isu negeri dan kita di dalam Dewan ini masing-masing meraikan kepelbagaian pandangan demi kemakmuran dan pembangunan Negeri Perak. Walaupun ada di pihak sebelah sana membangkitkan beberapa isu panas dalam ertikata kononnya mengatakan ia demi kepentingan rakyat tetapi yakin ataupun tidak boleh nak dinafikan ia juga berkaitan dengan kepentingan politik parti masing-masing. Kalau tidak masakan ya ada beberapa wakil rakyat di sebelah sana dalam siri kempen pilihanraya membangkitkan isu yang tidak sepatutnya disebut dan saya kira saya boleh menyebut Pinji terutamanya.

Sebagai seorang yang terlihat matang dalam berpolitik mengeluarkan perkataan UMNO celaka itu adalah satu perkara yang tidak wajar ya jadi sebab itu saya katakan tadi dalam kita meraikan pelbagai pendapat dan kononnya di sebelah sana mengatakan ia demi kemaslahatan rakyat Negeri Perak, ia tidak boleh dinafikan ia juga berkaitan dengan kepentingan politik parti masing-masing dan disebabkan itu saya juga...

Yang di-Pertua

Boleh Temengor.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Boleh.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Baru nak mula.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Bagi terima kasih Temengor dan Yang Berhormat Speaker. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kemaafan permohonan kemaafan yang telah pun saya ajukan dalam saya pun lupalah di mana saya sebut, saya pun tak nak ulanglah sebab agak kasar kan? Tak akan tetapi pada waktu yang sama juga saya ada sebut yang saya rujuk dengan perkataan yang agak keras tu UMNO Johor. UMNO Perak elok-elok je.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Eh dia tak ada. Dia YB, dia tak boleh ditakrifkan begitu. Pasir Pinji tidak boleh menafikan bahawa perkataan itu dikeluarkan ialah demi populis untuk meraih sokongan pada siri kempen pilihanraya dan mungkin dalam kempen parti YB sendiri. Faham kan? Ok cool. Jadi disebabkan itu lah apa juga keadaan pun kita tidak boleh dinafikan dan penghargaan ini harus diberikan kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan selaku peneraju Kerajaan Negeri Perak kerana telah menerajui walaupun hanya setahun lebih tetapi saya nak memberi perumpamaan seumpama inilah. Inilah contoh kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Saya kira bukan sahaja di Perak hampir di seluruh Malaysia ini sebenarnya UMNO dan Barisan Nasional memberikan contoh dan track rekod yang terbaik berbanding parti-parti lain yang ada di Malaysia ini.

Itu apa juga keadaan walaupun peratusan keluar mengundi itu rendah, kita tetap melihat bagaimana keyakinan rakyat untuk melihat UMNO dan Barisan Nasional memerintah itu diberikan semula dalam PRN Melaka dan juga PRN Negeri Johor. Jadi sebab itu seperti saya maklumkan tadi, penghargaan harus diberikan kepada pimpinan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional terutamanya di Perak di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana saya sebut perumpamaannya begini sebagai parti yang telah lama mempunyai track rekod dan juga pengalaman dalam tadbir urus negeri dan juga negara, kita seolah-olah memasak kari. Pihak di sebelah sana pernah masak kari dengan ingredients dengan ataupun bahan yang sama tapi hasilnya tak jadi. Tak jadi. Sebab apa? Depa tak tahu nak letak santan masa bila, bawang kena tumis ke tak. Kalau nak masak kari daging, kena tumis dengan empat sekawan, kalau nak masak kari ikan, kena tumis dengan halba dan sebagainya. Jadi kemahiran ini ada dalam pentadbiran kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Bab masak hari ini teman boleh mengajar sikit.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Hebatlah kalau orang lelaki ni, dia jarang-jarang masuk dapur tapi bila dia masak tu memanglah kita akui kadang-kadang dia hebat untuk memasak tapi perbandingan ini saya nak cerita bagaimana tadbir urus yang ditunjukkan oleh kerajaan di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional berbanding dengan parti yang telah pun diberi mandat selama 22 bulan ataupun selepas itu, kita melihat bagaimana dalam Dewan Negeri Perak ini cukup ya buku hijau ini berulang kali diangkat kerana apa, kerana pada ketika itu kerajaan pimpinan pihak sebelah sana gagal membawa Kerajaan Negeri ke arah kecemerlangan dan perkara ini, saya kira pihak sebelah sana perlu akui disebabkan pelbagai faedah-faedah dan bukan tindakan membalas dendam yang dibuat oleh kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan dalam Dewan yang mulia ini kita jarang-jarang mendengar lagi pihak di sebelah sana bercakap soal peruntukan yang perlu diberikan kepada pihak pembangkang berbanding pada ketika Barisan Nasional menjadi pembangkang. Tapi tidaklah sampai tahap kita buat pungutan derma untuk menyelesaikan isu rakyat kerana kita tahu apabila hari ini sahaja jadi wakil rakyat walaupun belum angkat sumpah tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat haruslah dilunaskan kerana itu yang telah kita angkat sebagai manifesto diri kita apabila kita menawarkan diri untuk bertanding sebagai wakil rakyat.

Jadi saya nak pergi menyentuh soal Titah Sultan Perak dalam apa-apa yang telah dibentangkan semalam mengenai apa juga permasalahan yang telah dibangkitkan oleh Ahli Dewan ini. Perkara pokok yang pertama ialah pengurusan pentadbiran. Sebab itu dalam bait-bait terakhir Tuanku ada menyebut pencapaian segala wawasan, idea, hasrat dan rancangan bergantung pada jentera pentadbiran yang amanah ikhlas jujur tulus dan jentera pentadbiran yang mengamalkan integriti yang tinggi, jentera pentadbiran yang telus, bebas daripada rasuah dan tidak menyalahgunakan kuasa dan jentera pentadbiran yang menyedari tanggungjawab kepada rakyat dan tanggungjawab lebih besar kepada Allah SWT. Cumanya dalam konteks ini saya nak menyentuh kepada sedikit pendekatan atau pun fokus yang agak sedikit berbeza mengenai jentera pentadbiran ataupun urus tadbir yang mana sekiranya dilihat kita telah menghadapi covid daripada awal 2020 sehingga kini yang dilihatkan landskap perubahan skop kerja ataupun cara kerja kita telah berubah dan kita pun tidak terbayang bahawa dalam tempoh dua tahun ramai daripada kita terpaksa berada dalam situasi kerja bekerja daripada rumah dan ini kita tak terfikir sedangkan walaupun di negara-negara luar seperti Finland dan sebagainya perkara ini telah pun orang kata dimulakan bekerja dari rumah tetapi disebabkan pandemik covid ini satu landskap orang kata bekerja ini telah berubah ya.

Pendekatan BDR bekerja dari rumah dan sebenarnya ini telah memberi merit yang baik kepada kaum wanita dan aspek ini sebenarnya saya nak menyentuh soal bagaimana kita nak meningkatkan produktiviti kerja dalam meningkatkan hasil negeri. Mungkin melalui FWA ataupun Flexible Work Arrangement yang perlu kita lihat dan perlu kita fikirkan bersama seperti yang disyorkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan mula bekerja luar daripada kebiasaan. Kebiasaan yang macam mana, mungkin bagi sesetengah orang melihat bekerja dari rumah itu tak ada apa-apa hasil ya tetapi sebenarnya bagi seorang wanita terutamanya dan kita pun dah melihat dalam skop sektor memastikan mereka boleh bekerja dengan baik dan dalam masa yang sama boleh menjaga keseimbangan kehidupan mereka di rumah dengan baik melalui beberapa cara seperti apabila mereka bekerja di rumah, mereka boleh melihat anak-anak di depan mata, mereka boleh menguruskan rumah dengan baik dan seperti yang saya sebut tadi soal menguruskan anak-anak. Cuba kita bayangkan apabila mereka gembira bekerja, indeks kegembiraan dalam bekerja ini meningkat kepada kaum wanita. Mereka akan dapat meningkatkan produktiviti yang lebih baik.

Bagaimana sekiranya mereka bekerja di pejabat, terpaksa menghantar anak ke tempat asuhan, terpaksa mengeluarkan kos yang bukan sedikit sekarang ini. Ditambah pula dengan masalah sosial dan penderaan kepada anak-anak sehingga memungkinkan kadangkala ada wanita-wanita yang bekerjaya terpaksa berhenti kerja untuk memastikan keluarga mereka dilindungi. Jadi sebab itu, saya melihat usaha yang dibuat oleh Kementerian Sumber Manusia di bawah agensi TalentCorp Malaysia, TalentCorp Corporation yang mana usaha dibuat untuk FWA ini menyusun fleksibiliti jadual pekerja adalah satu pendekatan yang cukup-cukup baik.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Temenggor. Saya memang bersetuju dengan kemudahan berkenaan dengan keseimbangan kehidupan dengan nak menjaga anak-anak bekerja dekat rumah, tetapi adakah pihak Temenggor juga bersetuju bahawa pendekatan kerja dekat rumah dan ruang untuk bapa apabila pihak isteri bekerja, bapa juga perlu diberi ruang untuk bekerja dari rumah untuk menjaga? Sebab isunya, perkara ini kebebasan untuk bekerja di rumah bukan sahaja itu, wanita sebab ada sesetengah rumah tangga the main bread winner dengan izin adalah pihak wanita dan suami jadi orang rumah. Kalau suami jadi orang rumah, ini adakah mereka juga perlu diberi bantuan atau ruang untuk bekerja di rumah? Apa pandangan Temenggor.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Pinji di atas pandangan sebenarnya FWA ini tidak terikat kepada wanita tapi sebagai seorang wakil rakyat wanita dan separuh daripada penjawat awam ialah wanita, jadi saya bercakap soal mengupayakan wanita. Ya dan lagipun skop mencari pekerjaan ataupun menyediakan kehidupan yang lebih baik ini terletak kepada suami yang pada asalnya. Jadi sebab itu saya bercakap dalam konteks wanita dan saya tidak menafikan apa yang dibangkitkan oleh Pasir Pinji itu kerana sekiranya FWA ini dapat dipraktikkan dengan baik di negara kita sebab sekarang ini difahamkan melalui kajian yang dibuat oleh TalentCorp dan UNDP, yang mana pendekatan untuk fleksibeliti berkerja ini ada satu perkara yang sebenar memberi ruang untuk pekerja-pekerja meningkatkan produktiviti. Kalau lakinya mungkin masalah macam saya sebut tadi, wanitanya dari segi masalah anak, nak kena hantar pengasuh, kos yang tinggi jarak daripada rumah nak pergi ke pejabat pun jauh tetapi sebenarnya macam saya kata perkara ini boleh dilihat kepada semua gender tapi mengikut kepentingan dan juga jenis perkhidmatan dan juga sama ada perkhidmatan atau pengurusan. Takkan kalau perkhidmatan kita nak bagi FWA macam agak tidak wajarlah, nanti siapa nak jaga kaunter-kaunter kat depan, tapi Ia juga boleh dibuat secara penggiliran.

Mungkin kerana dalam tempoh dua tahun ini macam-macam perkara yang berlaku dan saya kira Kerajaan Negeri Perak boleh menyahut seruan ini untuk kita mengubah sedikit dasar memberi ruang untuk FWA ini dipraktiskan di dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak seperti kita memberi mandat kepada ketua-ketua jabatan di daerah dan sebagainya sewaktu tempoh PKP ataupun PKPD sebelum ini. Jadi sebab itu saya mengharapkan bagi mengupayakan wanita, perkara ini bolehlah dilihat oleh Kerajaan Negeri dari segi fleksibiliti bekerja daripada rumah ya, tapi mengikut kepentingan dan masalah-masalah yang bersesuaian. Kalau kata dia tak ada masalah apa-apa tapi saja-saja nak bekerja kat rumah, tak perlulah kita bagi. Tapi dalam masa yang sama untuk memastikan perkara ini dapat dilaksanakan sokongan teknikal dan sebagainya perlu dibuat oleh kerajaan dan juga komitmen daripada pekerja juga haruslah win-win situation. Janganlah kita nak bagi peluang untuk bekerja dari rumah kita culas pula, jadi kalau culas dan sebagainya kita tak dapat nak mengatur jadual kita yang sepatutnya, maka bercakap soal konteks meningkatkan produktiviti dan sebagainya tidaklah akan dapat diselesaikan.

Seterusnya, saya juga ingin bercakap soal pengurusan pentadbiran. Tadi pagi tadi, sewaktu menyokong Titah Tuanku Pangkor ada menyebut, sahabat saya, saya terlupa di hujung sana, bukan, no, bukan Kuala Sepetang. Titi Serong ada menyebut soal bagaimana kita nak mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh beberapa pentadbiran untuk menyelesaikan isu rakyat sebagai contoh kita menyebut soal bantuan Sayangi Rumahku yang mana perkara ini telah diberikan pada 2018 kepada Yayasan Perak untuk mengurus tadbirkan mengenai baik pulih rumah pembinaan rumah baru dan sebagainya dan saya melihat, kita tidak menafikan komitmen yang telah diberikan oleh Yayasan Perak selama ini, tetapi saya kira perkara yang bukan ahli atau pun bukan berkemahiran dalam bidang itu haruslah diberi kepada orang yang lebih berkemahiran. Maksud saya di sini ialah seperti yang disentuh oleh Pangkor dan juga Titi Serong, mungkin ya kita boleh berikan kepada yayasan ataupun agensi-agensi kerajaan yang lain yang biasa menguruskan perkara ini. Sebagai contoh Yayasan Bina Upaya yang sebelum ini telah pun melakukan kerja mereka selama hampir 12 tahun menguruskan perkara-perkara pembasmian kemiskinan dan mengupayakan rakyat dalam negeri Perak dan kita tidak melihat perkara-perkara yang menyukarkan rakyat dilakukan oleh Yayasan Bina Upaya.

Mereka berjaya mengadakan kedai bergerak, bahkan kalau bercakap soal konteks membalas dendam dan dikatakan saya ada dengar, dengarlah dia kata YBU tak boleh sebab YBU mirip UMNO. Kalau lah katakan YBU itu mirip UMNO, tidak mungkin Kedai Bergerak Negeri Perak yang dibuat sekarang kita berikan juga di kawasan-kawasan Ahli Dewan Pembangkang. Maknanya apa? Apabila perkara ini diberikan kepada orang yang ahli dan saya kira kita melihat YBU mempunyai rekod yang baik selama 12 tahun dan mereka pun sekarang pun masih lagi menguruskan hampir 4000 peminjam mikrokredit.

Saya kira bolehlah dilihat semula oleh Kerajaan Negeri diberikan semula core business yang sepatutnya agensi lain ataupun saya sebut terus, nak menyebut Yayasan Bina Upaya lah untuk melakukan kerja-kerja baik pulih rumah, bina rumah baru, kotak YBU, kedai bergerak, pinjaman mikro kredit kerana mereka telah mempunyai kemahiran itu dan sebab apa saya menyebut perkara ini. Kejap Pinji, kejap, sikit sahaja, kejap, duduk kejap. Kerana apa, kerana bukan kita nak menafikan apa yang telah dibuat oleh Yayasan Perak tetapi masing-masing telah menerima Laporan Ketua Audit Negara, bagaimana antara salah satu komennya ialah pekerja-pekerja ataupun kakitangan yang ada di dalam Yayasan Perak bukanlah orang yang berkemahiran untuk menguruskan perkara-perkara tersebut? Ini boleh dibaca dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jadi perkara ini saya kira kenapa perlu kita nak orang kata membebankan Yayasan Perak yang telah tersedia terbeban dengan hard core bisness mereka yang lain, pinjaman dan juga dari segi pembangunan, pendidikan dan sebagainya, kita berikan semula perkara yang telah pun YBU lakukan sebelum ini kepada YBU untuk mereka teruskan bantuan-bantuan atau pun program-program di bawah kerajaan negeri Perak.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Temenggor. Tak kisah lah YBU ke Yayasan Perak ke, sejak tahun 2013 waktu saya baru-baru dipilih sebagai wakil rakyat di Pasir Pinji tidak kurang daripada 30 lebih 40 permohonan untuk bantuan baik pulih rumah dan pembinaan baru. Tak kisah dia RM50 ribu untuk rumah baru ke. Sewaktu kami jadi pentadbiran dan sebelum itu pun tak pernah saya dapat satu kelulusan pun. Jadi isunya waktu kami jadi Kerajaan pun tak dapat kelulusan. So, isu nya bagi saya perlu kita memang betul-betul merungkai dan betul-betul tengok balik cara pentadbiran, permohonan dan kelulusan untuk bantuan baik pulih dan pembinaan-pembinaan rumah baru yang saya cadangkan pagi tadi, mungkin kita boleh carilah satu syarikat yang buat free pack sama ada setempat dia tempatan atau luar negara di mana kita purchase dengan order dan dengan masa yang dipersetujui daripada RM25,000 sebiji ke RM50,000 sebiji ke dengan tanah yang ada sebab kalau tak silap dengan yang ada RM50 ribu kat Yayasan Perak ni dia kena ada tanah sendiri. Jadi untuk seperkara ini di kontrak terus kepada company yang keluarkan free publicated homes ni rasa prosesnya lebih senang. Cuma semua kita kena selesaikan duit tu tang mana. Dari peruntukan ADUN ke dari peruntukan-peruntukan khas sikit Yang Berhormat Menteri Besar ke saya rasa kita perlu bagi kat pihak yang ada kemahiran dan juga yang ada kemahuan nak buat benda tu lah dan sekiranya boleh dipertimbangkan tak pastilah setuju atau tidak. Mungkin YBU dengan Yayasan Perak pun tak begitu sesuai dalam perkara ini dan perlukan kepakaran luar. Apa pandangan?

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Temenggor, lama lagi ke?

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah lewat pulang, tunggulah sampai habis pembahasan. Dato' Speaker, saya kira bagilah sedikit ruang kepada saya untuk berucap ya. Dalam ruang likup yang ada dan manalah tahu macam masing-masing membangkitkan mungkin ini sidang yang terakhir buat penggal ini kita tak tahu. Jadi sedikit lontaran pendapat daripada saya dan mungkin apa yang dibangkitkan oleh Pinji tadi boleh diperhalusi ya, perkara-perkara seumpama itu. Sebab tu saya sebut tadi. Berikan kepada yang ahli, yang berkemahiran. Sebab itu saya syorkan agar kerajaan negeri dapat mempertimbangkan semula agar program-program yang diberikan daripada YBU semenjak 2018 kepada Yayasan Perak diberikan semula kepada YBU dan dibuat penambah-penambahbaikan mungkin termasuk dengan cadangan Pasir Pinji tadi. Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit soal isu kawasan. Saya mengharapkan agar isu ini dipandang serius mengenai perkara kelulusan peruntukan. Saya difahamkan ya melalui sesi perbincangan sebenarnya mesyuarat di peringkat daerah telah ada satu kelulusan untuk projek bekalan air bersih dan fokus utamanya ialah di daerah Hulu Perak kerana boleh dikatakan kawasan di daerah Hulu Perak masih lagi banyak kawasan yang belum ada bekalan air terawat.

Jadi di sini saya ingin menyentuh soal tindakan yang harus dibuat oleh Kerajaan Negeri mungkin atau pun di pihak KPLB agar perkara ini dapat dijayakan kerana saya difahamkan pihak KPLB tidak akan menurunkan peruntukan tersebut sekiranya urusan-urusan kerja tanah, pengambilan dan sebagainya tidak diselesaikan oleh UPEN dan sebagainya dan UPEN pula tidak akan melaksanakan urusan kerja tersebut sekiranya belum mendapat sebarang surat daripada KPLB. Jadi sebab itu saya mengharapkan agar mungkin satu kaedah dapat diambil untuk tidak dijadikan mana dulu ayam atau pun telur sehinggakan perkara isu rakyat tidak dapat diselesaikan kerana saya kesian di kawasan saya sendiri sebagai contoh Kampung Hulu Gerik, kawasan pinggir bandar tak sampai 10km daripada bandar masih lagi belum ada bekalan air terawat. Kawasan kampung-kampung tradisional masih belum ada lagi bekalan air terawat. Jadi apa salahnya sekiranya dah kita dengar ada peruntukan kelulusan daripada Federal kepada negeri Perak yang hampir melibatkan satu jumlah yang agak besar, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk menyelesaikan isu rakyat di kawasan terutamanya di dalam kawasan saya Dewan Undangan Negeri Temenggor dan seterusnya saya ingin menyentuh soal kelulusan peruntukan jalan yang kita dapat daripada kerajaan persekutuan melalui JKR untuk jalan daripada Lenggong sehingga sempadan Jeli.

Banyak isu ini dibangkitkan melalui posting-posting Facebook, diviralkan dan sebagainya kerana kita tahu jalan daripada sebenarnya daripada Ipoh daripada Kuala Kangsar nak sampai ke Gerik pun dah ada masalah ya. Tapi saya difahamkan kelulusan daripada Lenggong sehingga Jeli yang mana jalan Lebuh Raya Timur-Barat ini mengalami kerosakan yang cukup-cukup teruk dan saya difahamkan ada peruntukan hampir RM30 juta telah diluluskan oleh Federal kepada JKR untuk membaik pulih jalan tersebut.

Jadi saya harapkan agar pihak pentadbiran melihat kawasan-kawasan yang benar-benar perlu kita baiki, yang baik pulih yang mengancam keselamatan pengguna jalan raya haruslah kita bagi tumpuan. Janganlah kita pakai nak turap tanpa melihat mana kawasan hotspot kemalangan mana kawasan yang berlaku apa rosakkan yang teruk dan sebagainya kerana hanya sekadar nak menyelesaikan peruntukan yang diturunkan. Sebab itu saya mengharapkan agar peruntukan yang diturunkan benar-benar dapat diguna sebaik mungkin oleh Kerajaan Negeri melalui JKR untuk memastikan pengguna jalan raya daripada Lenggong sehingga Jeli terutamanya kawasan saya kawasan pelancongan Royal Belum berada dalam sepanjang jalan tersebut. Adalah malang kita memberikan imej yang tidak baik kepada pelancong-pelancong dengan keadaan jalan yang cukup berbahaya dan tidak elok. Dato' Speaker dah habis ya.

Yang di-Pertua

Dah? Kesimpulan.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Ayat kesimpulan ni saya just nak baca sedikit baik-baik yang saya ingin sentuh kepada kita semua selaku wakil rakyat yang terpilih, tak kira daripada kerajaan atau pembangkang kerana kita telah menerima mandat tersebut iaitu kita haruslah bekerja dengan sebaik mungkin, ya melakukan tanggungjawab yang telah diberikan. Janganlah kita bersifat munafik. Hidup hanya bagaikan sesumpah, berlindung di sebalik topeng wajah. Tak berpendirian tak tentu arah. Marilah kita sama-sama menjalankan amanah atas rasa tanggungjawab penuh berhemah, walaupun pahit untuk diterjemah. Sebelum akhir kalam, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli Dewan, Dato' Speaker, Yang Berhormat Kota Tampan, Barisan Exco petugas-petugas media, ketua-ketua jabatan, kepada semua yang telah orang kata memberikan komitmen yang cukup-cukup baik bagi memastikan perjalanan Dewan pada kali ini dapat berjalan dengan sebaik mungkin dan juga saya ingin merakamkan ucapan kepada semua muslimin dan muslimat Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat yang kita akan sambut beberapa hari lagi dengan serangkap pantun.

Harapan Tuanku sungguh bermakna, Perak berdaya saing mapan dan berupaya, Menjunjung kasih patik laksana, Temenggong menyokong Titah Yang Mulia.

Dengan itu Temenggong mohon menyokong. Sekian Wabillahitaufikdayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Temenggor, pembahas kita yang terakhir untuk sesi kali ini dan saya juga ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada lagi di dalam chamber kita ini dalam Dewan kita ini, yang masih setia mengikuti persidangan sidang Dewan kita pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini, dan Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu 30 Mac 2022 jam 9.00 pagi, terima kasih.