Perak · 30 March 2022

14th Assembly, 5th session, 1st meeting · 347 turns · 55,801 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Ketua Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua.

Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Pertama, Tahun Kelima, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 30 Mac 2022 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.

Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan doa). Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasulnya maka dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha hikmat limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah kami sekalian hambamu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan taufikmu, hidayatmu dimohon menyuluh, memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran-mu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah seru sekalian Alam.

Pengumuman Dato' Yang Dipertua

Setiausaha

Perkara yang kedua, pengumuman Dato' Yang Dipertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama berkenaan penguatkuasaan dan pematuhan prosedur operasi standard SOP dan garis panduan berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Di kesempatan ini saya merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada semua pihak kerana berjaya mematuhi SOP sepanjang persidangan pada hari pertama dan hari kedua. Pada persidangan hari terakhir ini saya amat berharap aspek pematuhan SOP dan garis panduan berkaitan kekal dipatuhi oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, para petugas dan wakil media sejajar dengan langkah kawalan pencegahan Covid-19 yang dikuatkuasakan.

Perkara yang kedua berkenaan jawapan kepada soalan lisan yang tidak dijawab dan jawapan soalan bertulis. Bagi jawapan kepada soalan lisan yang tidak dijawab pada persidangan hari ini ianya akan dijana dalam sistem e-Dewan pada jam 12 tengah malam manakala jawapan soalan bertulis bagi mesyuarat ini pula akan dijana dalam sistem e-Dewan selepas 14 hari dari persidangan hari ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin memaklumkan bahawa hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat Kubu Gajah. Saya mewakili seluruh Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzwan ingin mendoakan supaya Yang Berhormat Kubu Gajah dipanjangkan umur dalam keberkatan, dimurahkan rezeki dalam kenikmatan, dikurniakan hati yang tenang dalam kebahagiaan dan hidup gembira dalam keafiatan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Usai bertemu Rejab yang mulia bertamu pula bulan Syaaban, sama-sama kita meraih taqwa meningkatkan amal gandakan ketaatan. Dengan ini saya selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak mewakili seluruh Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba dan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik dalam hidup kita semua dan semoga Allah Subhanahu Wataala menerima ibadah kita, mengampunkan segala dosa kita semua dan diberi ganjaran dengan sebaik-baik keinsafan keampunan dan keredhaan. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Saya dengan ini menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh untuk mengemukakan nombor soalan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato' Yang Dipertua. Soalan Chenderoh nombor satu. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Chenderoh berkaitan dengan Sekolah Rendah Agama Rakyat. Sekolah Rendah Agama Rakyat adalah institusi milik swasta dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Ia didirikan dengan daya usaha rakyat dan dikelola oleh lembaga pengurusan sekolah berdasarkan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996. Ambilan pelajarnya bermula pada usia 7 tahun sehingga 12 tahun. Sementara sukatan pelajarannya menggabungkan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga silibus kelas Al-Quran dan Fardhu Ain atau KAFA dan masa persekolahannya pula dari jam 7.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari. Kerajaan Negeri sentiasa berhubung dengan pihak sekolah berkenaan untuk mendapatkan maklumat berkenaan keperluan semasa sekolah-sekolah tersebut.

Maklumat diperolehi melalui borang permohonan yang dikemukakan oleh pihak sekolah pada setiap tahun. Berdasarkan permohonan-permohonan yang dikemukakan itu keperluan sekolah-sekolah diselaraskan oleh Jabatan Agama Islam

Perak dan dipanjangkan kepada agensi-agensi yang berkaitan. Selain daripada bantuan pembangunan infrastruktur sekolah, Kerajaan Negeri juga turut menganjurkan pelbagai kursus, bengkel dan latihan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar bagi memastikan kemaslahatan pembangunan modal insan dapat ditingkatkan. Bagi menjawab soalan B, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak bersama Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ICU (JPM) menyediakan peruntukan bantuan pengurusan kewangan dan pembangunan sekolah agama rakyat Negeri Perak termasuklah Sekolah Rendah Agama Rakyat. Pada tahun 2021 sejumlah RM7.27 juta telah diperuntukkan kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat iaitu bantuan perkapita bagi tujuan pengurusan sekolah sebanyak RM5.55 juta, bantuan naik taraf dan selenggara bangunan atau infrastuktur sebanyak RM1.64 juta serta bantuan internet guru bagi tujuan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah PDPR sebanyak RM76,700.00, terima kasih.

Yang di-Pertua

Chenderoh.

Terima kasih kepada Dato’ Dipertua dan juga Kota Tampan yang beri penjelasan tentang kedudukan Sekolah Agama Rakyat ataupun kelas KAFA yang dilakukan waktu petang dan saya dapat tadi yang Kota Tampan mengatakan sekolah ini ada operasi daripada pukul 8 pagi hingga 1 petang. Tapi yang saya lihat apabila sekolah ini, sekolah kebangsaan selalunya pelajar-pelajar ialah dari pada waktu pagi pergi sekolah kebangsaan tetapi waktu petang pukul 3 ataupun 2 sampai pukul 5 mereka berada di Sekolah Agama Rakyat. Adakah ini telah apa ni dipanggil tersilap apa ni, bagi panduan tadi dan soalan saya selain soalan saya, perlukah ataupun pihak Kerajaan menaiktaraf lagi kerana ada sekolah-sekolah yang ini begitu daif sekali? Sebab dia ada yang memohon daripada wakil rakyat dari segi infra seperti meja, kerusi dan lain-lain. Saya harap adakah pihak kerajaan ingin menambah lagi supaya dilihat semula untuk bagi melancarkan suasana sekolah itu kerana mereka juga seperti lain mengambil peperiksaan UPKK dan sebagainya dapat sedikit penjelasan daripada Kota Tampan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Chenderoh. Semasa saya membuat persiapan untuk menjawab soalan ini, terlebih dahulu saya telah merujuk berkaitan dengan takrifan bagi Sekolah Rendah Agama Rakyat. Dia ada dua benda yang berbeza, satu ialah Sekolah Rendah Agama Rakyat yang memang dibangunkan oleh rakyat. Satu lagi sekolah KAFA. Jadi Sekolah Agama Rakyat adalah sekolah yang bermula daripada pagi sehingga tengah hari sekolah KAFA adalah sekolah yang mana pelajar-pelajar belajar berkaitan dengan Al-quran dan juga panduan di sebelah petang tadi tak boleh confuse dia antara dua benda, satu Sekolah Rendah Agama Rakyat, dia private school satu lagi sekolah kelas Al-quran dan Fardhu-ain sebelah petang. Walau bagaimanapun, kedua-duanya saya seperti sebutkan tadi untuk Sekolah Rendah Agama Rakyat memang kita ada peruntukan daripada Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri untuk penyelenggaraan dan sebagainya.

Yang Berhormat Chenderoh juga bangkitkan tentang masalah penyenggaraan bagi sekolah KAFA, seperti biasa kalau kita ingat dalam pembentangan bajet memang ada peruntukan tahunan yang kita gunakan untuk menyelenggara sekolah-sekolah KAFA tersebut termasuk pembelian kerusi dan sebagainya. Jadi kalau ada apa-apa permohonan yang diperlukan Yang Berhormat boleh memohon, ia tertakluk kepada penilaian yang akan dibuat oleh technician di pejabat daerah sama ada permohonan itu boleh diluluskan dan apakah spec-spec punya yang diperlukan. Jadi itu sahaja peruntukan yang kita sediakan Yang Berhormat. Terima kasih.

Speaker, Air Kuning. Soalan tambahan saya pertama, naik taraf sekolah menengah Tahfiz Perak Darul Ridzuan, saya ingat sudah ada lima Sekolah Menengah Tahfiz. So saya mencadangkan supaya sekolah ini kursus pertama sebagai Pusat Latihan Perguruan Tahfiz. Yang kedua Pusat Latihan Akademik Syahadah Al Quran, yang ketiga Pusat Latihan Lanjutan Tahfiz dan Pengajian Kitab Taurat, yang keempat Pusat Lanjutan Tahfiz dan Dua Kemahiran Tvet dan akhirnya Pusat Lanjutan Tahfiz dan Agro. Saya ingat ini penting dan kita baru terima bas sekolah dibuka so kita tak ada pengkhususan. Kita asyik tahfiz...tahfiz…tahfiz banyak sekolah-sekolah dah melahirkan tahfiz tapi lima perkara saya sebutkan tadi adalah menjana untuk masa depan pelajar-pelajar itu sendiri.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Cadangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning tu adalah cadangan yang baik untuk kita menaik taraf dan juga memperkasakan Maahad Tahfiz dan ia pihak Kerajaan Negeri sedang memperhalusi kertas cadangan yang telah dikemukakan oleh PERMATAK (Persatuan Maahad Tahfiz Negeri Perak) Insya-Allah, kita akan perhalusi dan kita akan menjadikan cadangan tadi sebagai satu kenyataan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Dijemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Teja untuk mengemukakan nombor soalan.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan Teja adalah soalan nombor dua.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Bismillahhirrohmannirrohhim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Dato’ Yang Dipertua mengizinkan saya untuk menjawab soalan nombor dua daripada Teja pada pagi yang sangat berbahagia ini. Untuk maklumat Dato’ Yang Dipertua dan juga Ahli Yang Berhormat yang bertanyakan soalan ini, soalan menjuruskan berkaitan dengan penciciran pelajar bermula tahun 2018 sehinggalah tahun 2021. Untuk makluman purata kadar keciciran yang direkodkan bagi tahun 2018 hingga tahun 2021 bagi sekolah rendah di Negeri Perak adalah berada pada kadar purata antara 0.03% sehingga 0.06%. Manakala bagi Sekolah Menengah pula peratus keciciran murid adalah sekitar 0.7% sehingga 0.9% daripada jumlah keseluruhan murid tahun tersebut. Peratus yang dinyatakan ini sudah pastinya merangkumi murid di sekolah Kerajaan dan juga sekolah bantuan Kerajaan melalui rekod daripada aplikasi Pengkalan atau pun APEM. Bagi menjawab soalan yang kedua, berkaitan dengan kehadiran dan juga keciciran murid-murid sekolah murid orang asli ataupun SMOA sukar untuk saya nyatakan. Bagi peratusan kehadiran dan keciciran sekolah murid orang asli SMOA yang direkodkan melalui aplikasi pangkalan data murid APDM Negeri Perak dipecahkan mengikut perincian seperti yang berikut:

i) Tahun 2018 peratusan kehadiran murid orang asli bersekolah adalah pada kadar 90.15 %, manakala peratus keciciran bagi tahun 2018 adalah pada kadar 0.85 %;

ii) Tahun 2019 kehadiran pelajar-pelajar orang asli ke sekolah adalah pada kadar 91.4% dan peratus keciciran direkodkan pada kadar 0.72 %;

iii) Tahun 2020 akibat daripada kekangan pendemik-19 dan juga PKP. Peratus kehadiran pelajar orang asli ke sekolah adalah pada kadar 87.16 %. Manakala peratus ketidakhadiran ataupun keciciran pelajar-pelajar orang asli adalah pada kadar 1.35 % dan iv) Tahun lepas 2021 peratus kehadiran adalah pada kadar 90.28 % dan peratus keciciran adalah pada kadar 0.82 %.

Bagi menjawab pecahan soalan C berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau KPM, faktor-faktor yang menyebabkan keciciran murid adalah seperti yang berikut iaitu faktor kemiskinan, masalah keluarga, masalah kesihatan pelajar dan juga ibu bapa pelajar, pelajar tidak berminat terhadap sistem pendidikan dan juga pelajaran, masalah disiplin, pelajar berkahwin, tiada dokumen menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah, pelajar-pelajar daripada kalangan pelajar murid istimewa ataupun yang mengalami kecacatan fizikal, pelajar yang mempunyai sikap takut untuk pergi ke sekolah, telahpun bekerja di dalam sektor-sektor yang mereka ceburi dan juga meninggal dunia. Walau bagaimanapun, tidak semua murid tercicir daripada mengikuti persekolahan kerana sebahagian besar murid yang keluar daripada sistem persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia meneruskan pelajaran mereka sama ada mereka memilih untuk meneruskan pengajian di peringkat sekolah pondok, sekolah antarabangsa dan juga belajar di sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM seperti madrasah. Sebilangan kecil pula mengikuti program home schooling atau mengikuti keluarga berhijrah ke luar negara.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Terima kasih YB Exco yang berikan jawapan. Kebanyakan negara mencatatkan kadar ciciran yang meningkat secara mendadak sepanjang pandemik ini tapi saya perhatikan Timbalan Menteri Pendidikan telah memberikan kenyataan bahawa kadar keciciran di Malaysia sebenarnya lebih rendah sepanjang pandemik. Jadi soalan tambahan saya, sistem pemantauan yang ada sedia ada sejauh manakah dia dapat menggambarkan keadaan keciciran yang sebenar dan pada pandangan dan analisa YB Exco. Sebenarnya bagi Negeri Perak isu keciciran ini sepanjang pandemik sebenarnya telah jadi lebih baik atau lebih teruk. Terima kasih.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih bagi soalan tambahan yang telah pun diberikan. Seperti mana yang kita maklumkan sebentar tadi kita melihat dan juga kementerian sendiri mengaksesnya kadar kehadiran dan keciciran ini melalui sistem yang dinamakan sebagai sistem APDM ataupun Aplikasi Pangkalan Data Murid. Sudah pasti kalau kita lihat daripada tahun 2018 iaitu masa belum berlakunya atau pun belum lagi kita diserang wabak pandemik Covid-19 belum ada lagi istilah yang kita namakan sebagai MCO ataupun PKP. Sudah pasti kalau kita lihat kadar pada tahun 2020 dan tahun 2021 masalah keciciran dan juga kehadiran kalau dilihat daripada sistem sudah pastilah kadar tersebut bukan dalam keadaan menurun sebaliknya meningkat kehadiran ke sekolah memandangkan pelajar-pelajar mempunyai akses yang lebih mudah untuk hadir ke sekolah dan juga meneruskan sistem pembelajaran dan juga pengajaran secara atas talian. Kalau kita lihat bagaimana pelajar-pelajar ini hanya berada di rumah, guru-guru juga mengajar secara bukan secara fizikal seperti biasa sebaliknya dengan menggunakan teknologi dan juga media sosial sedia ada. Kita fully kelas pendigitalan dan sudah pastilah sistem ini merekodkan jumlah kehadiran yang sangat baik memandangkan pelajar bukan lagi menghadapi masalah seperti yang saya maklumkan dalam perkara yang ketiga soalan-soalan yang pertama sebentar tadi.

Maknanya pelajar-pelajar yang mungkin ada masalah pengangkutan, pelajar-pelajar yang mungkin ada masalah sikap dan sebagainya. Bilamana kita melaksanakan sistem pembelajaran dan juga pengajaran ataupun PDPR ini makanya mereka boleh hadir ke kelas tanpa sebarang kekangan. Kalau sebelum itu ada kekangan sebagai contoh pelajar istimewa ataupun daripada yang mempunyai kecacatan fizikal sebagai contoh, mungkin mereka ada masalah daripada aspek untuk pergi ke sekolah dan sebagainya. Tapi bila mana kita laksanakan secara PDPR pelajar-pelajar ini kita mengurangkan masalah bagi pelajar-pelajar ini untuk hadir ke sekolah dan juga sudah pasti inilah antara perkara atau ataupun antara faktor yang menyebabkan kadar keciciran menurun pada waktu 2020 dan juga tahun 2021. Pun begitu bagi tahun 2022 kementerian dan juga Jabatan Pendidikan Negeri masih lagi mengakses dan juga masih lagi membuat rumusan data yang terkini untuk kita melihat sekiranya berlaku keciciran yang bertambah jumlahnya sudah pasti kita akan membuat kajian penilaian berdasarkan apa menyebabkan pertambahan keciciran itu berlaku. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Belanja. Sikit sahaja.

Terima kasih kepada Dato’ Speaker. Berkaitan dengan keciciran murid ini akan berlakulah defisit pembelajaran. Apabila berlakunya defisit pelajaran dia akan melahirkan masyarakat the lost generation. Apabila lost generation mungkinlah pelajar atau murid ini mengalami masalah kesukaran untuk mendapat peluang-peluang pekerjaan ataupun meneruskan pengajian mereka. Soalan saya, bagaimana Kerajaan Negeri Perak dapat membantu murid yang tercicir ini untuk meneruskan kehidupan mereka khususnya dari segi laluan kerjaya mereka?

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Boleh saya sambung terus. Satu. Bab pendidikan. Timbalan Speaker. Baik. Saya ingin melihat bahawa kelompongan kurikulum ini akan berlaku dari sudut pengajaran dan pembelajaran apabila berlakunya covid. Sebab itu saya ingin bertanya apakah strategi JPN ataupun Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah in?. Saya juga ingin bertanya adakah mana-mana agensi atau GLC mengambil bahagian. Sukacita saya maklumkan seperti Yayasan Perak, Yayasan Perak telah pun menggariskan bahawa bantuan diberi kepada permasalahan sekolah-sekolah yang mempunyai kehadiran yang bermasalah dan dari sudut kelompongan kita tengok kita adakan Tuisyen Cikgu Saarani. Jadi saya nak bertanya ada tak GLC-GLC yang lain yang melihat permasalahan dan perkembangan pendidikan dan mereka mengambil bahagian? Terima kasih.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Timbalan Speaker boleh saya tambah sikit. Terkait juga.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok Behrang. Yang terakhir ye Behrang. Kemudian Exco jawab.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

Soalan menambah ada satu kumpulan minoriti tercicir pelajaran. Walaupun minoriti tetapi mereka terdiri daripada pelajar-pelajar ataupun anak-anak yang tak sah taraf ini. Sometime isu kewarnegaraan, sometimes anak illegitimate' lah. Walaupun mereka minoriti tetapi pada saya secara prinsipnya kalau perkara baik ini kita buat tak kisah tapi dia tak ganggu kita tetapi kalau benda tak baik lambat laun dia datang sampai depan pintu rumah kita. Sebab kalau mereka tidak ditangani mereka tak di sekolah. Ada satu kumpulan lain yang berminat untuk menggunakan mereka memanfaatkan mereka. Jadi saya nak mohon bertanya apakah pendirian ataupun ketetapan PPD ke ataupun pihak Exco dalam menangani sekumpulan kecil mereka-mereka kanak-kanak yang tak jelas status ini dalam boleh melanjutkan pelajaran paling tidak sampai Form 5 di dalam Negeri Perak ini? Terima kasih.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Timbalan Pengerusi. Sedikit sahaja sambung. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih Dato’ Exco. Saya cuma nak tambah sikit berkaitan dengan pentaksiran murid. Ini sangat penting walaupun apa yang dibincangkan sebentar tadi tetapi akhirnya apabila tidak ada ujian-ujian yang telah kita mansuhkan. So pentaksiran ini kesahan murid sendiri siapa nak sahkan. Saya difahamkan pihak guru-guru bilik darjah dan sebagainya. Dia merujuk ruang dan peluang untuk buyers kepada gred yang hendak diberi kepada anak murid tersebut. Adakah pihak Exco boleh mencadangkan kepada Kerajaan Pusat supaya mengadakan satu standard pentaksiran yang betul-betul benar telus supaya tidak teraniaya pada mereka-mereka yang mungkin masalah, malas dan sebagainya supaya dia dapat juga distandardka?. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang terakhir daripada Ayer Kuning. Dan kemudian Exco menjawab dan kita teruskan kepada soalan yang lain. Yang lain daripada ayunan yang kemudian dia suka menjawab dan kita Teruskan yang lain.

Sikit sahaja Timbalan Yang Dipertua. Sedikit sahaja tambahan. Pertama kita lihat keciciran di kalangan masyarakat orang asli terutama di Tapah. Amat ketara sekali. Sebab keciciran adalah tidak lain tidak bukan dia tiada pengangkutan yang tetap kepada mereka dan akhirnya mereka tak sekolah dan sebagainya. Saya nak tanya kepada Exco, apakah tindakan jangka panjang khususnya pelajar-pelajar orang asli di pendalaman dapat bersekolah dengan mudah dan sebagainya?

Timbalan Yang di-Pertua

Ok, Exco jawab dengan seringkas mungkin.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Dia lebih kurang macam kahwin Timbalan Yang Dipertua. kahwin empat tapi nak anak semua sekali dengan dua masih sama. Memang jenuh. Tidak mengapa saya cuba untuk menjawab sebaik yang mungkin dan segala persoalan sebab saya yakin dan percaya ini merupakan pokok asas dan juga perkara yang sangat penting sebenarnya untuk dibincangkan dalam Dewan yang mulia ini sebab kalau sudah pastilah sepertimana gagasan dan juga inspirasi yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Kota Tampan sendiri yang menggagaskan bahawa sesungguhnya pendidikan yang sempurna ini adalah medium yang terbaik bagi pembasmian kemiskinan di Negeri Perak dan juga itu jugalah Titah daripada Paduka Seri Sultan Perak.

Jadi bagi melihat soalan yang pertama apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi murid-murid yang keciciran. Soalan kedua sama ada GLC atau membantu ataupun selain daripada Yayasan Perak. Soalan yang ketiga bagi golongan minoriti ya. Ada yang mungkin tidak mendapatapat taraf kewarganegaraan dan juga lain-lain perkara faktor yang mengakibatkan pelajar-pelajar ini menghadapi masalah keciciran dan tergolong dalam pelajar-pelajar di dalam golongan pelajar yang tercicir. Apakah ketetapan dan juga langkah untuk ditangani sama-sama kita tangani mungkin dan juga yang keempat standard pentaksiran sama ada cadangan-cadangan yang boleh kita berikan kepada pihak kementerian?. Yang terakhir adalah bagi pelajar keciciran fokusnya kepada orang asli di kawasan Tapah sama ada berkaitan pengangkutan dan sebagainya. Apakah langkah terbaik yang kita laksanakan? Baik saya akan menjawab satu persatu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sudah pasti bagi soalan yang pertama apakah langkah dan juga program yang dilaksanakan unit kaunseling dan juga kerjaya murid bagi sektor pembangunan murid Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Pejabat Pendidikan Daerah telah pun sebenarnya melaksanakan program kerjaya murid kepada seluruh murid di negeri Perak dengan menggunakan pelbagai medium dan juga melibatkan sudah pasti jabatan daripada Kerajaan Negeri sendiri iaitu Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK dalam usaha kita untuk menyediakan satu medium ataupun platform kepada pelajar-pelajar tercicir ini. Tapi mereka tercicir dan berminat untuk meneruskan kerjaya ataupun berminat untuk meneruskan kehidupan mereka dengan menjadi seorang yang mempunyai kerja yang tetap.

Jadi kita menyediakan platform sebagai contoh medium-medium yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan juga Jabatan Pendidikan Negeri dalam medium secara atas talian. Medium melalui edaran brochure- brochure yang kita sampaikan melalui

Pejabat Pendidikan Daerah, melalui sekolah, melalui pejabat ketua kampung dan juga Pejabat Penghulu juga melalui tele-bimbingan psikososial. Pada tahun 2021 antara program yang telah dianjurkan bagi membantu murid-murid dalam membimbing haluan kerjaya dan juga kemahiran mereka adalah yang pertamanya program yang kita namakan sebagai Karnival Kerjaya STEM. Kita khususkan bagi pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan juga sekolah-sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Pemfokusan kepada pelajar sekolah menengah dan lebih menjurus kepada pelajar-pelajar yang kita lihat ada potensi untuk tergolong dalam kategori pelajar yang bakal tercicir.

Yang kedua adalah Program Karnival Kerjaya F.I.N.C.O ataupun FINCO. Bagi tahun 2022 Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah pun menjalankan dan juga merangka beberapa program kerjaya sebagai contoh yang pertama Program Webinar Motivasi Kerjaya Lepasan SPM bersama dengan PICOM pada 25 Februari 2022 dan beberapa siri motivasi webinar, motivasi kerjaya hasil usahasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Kerajaan Negeri dan juga Institut Darul Ridzuan. Kita telah pun melaksanakan hampir enam ke tujuh siri-siri webinar, motivasi kerjaya dan juga siri-siri webinar parenting khusus untuk pelajar-pelajar yang kita lihat sudah pun mengalami masalah kemerosotan motivasi untuk meneruskan pengajaran dan juga pembelajaran serta untuk terus menaikkan motivasi pelajar-pelajar ini. Yang kedua Bengkel Platform Kerjaya Digital bersama MDEC pada 24 Januari tahun 2022. Yang ketiga Program Pameran Kerjaya pada 20 hingga 22 September. Yang keempat Pameran Kerjaya MBK pada 12 Oktober dan juga hebahan melalui brochure-brochure kepada semua sasaran melalui media sosial.

Pelaksanaan program kerjaya murid adalah bagi memberi peluang dan juga ruang kepada murid mengenai peluang-peluang kerjaya bersama rakan-rakan synergy seperti Yayasan Pelajaran Mara IPTA, IPTS, PASAK dan juga lain-lain agensi dalam kebiasaan baharu tahun 2022. Bagi soalan yang kedua iaitu berkaitan dengan sama ada ada tak bantuan daripada GLC-GLC dan juga anak-anak syarikat kerajaan negeri? Jawapannya sudah pasti ada. Antara anak-anak syarikat ataupun GLC yang sering dan juga setiap kali akan menghubungi pihak Kerajaan Negeri bagi membantu masalah keciciran pendidikan. Negeri Perak sudah pastilah yang pertama Yayasan Perak, yang keduanya hubungan dan juga synergy yang baik dengan Lembaga Air Perak, yang ketiga daripada pihak PKNP yang keempat daripada pihak universiti atau pun IPTA dan juga IPTS yang berada dalam negeri Perak dan juga yang kelima melalui PASAK ataupun Pusat Aspirasi Anak Perak dalam menentukan dan juga menyediakan gerbang kerjaya bagi pelajar-pelajar yang menghadapi masalah keciciran ini.

Soalan yang ketiga bagi golongan minoriti sudah pastilah Kerajaan Negeri juga mengambil maklum perkara ini dan juga sangat mengambil berat berkaitan dengan permasalahan ini. Beberapa perkara, beberapa isu telah pun berjaya kita selesaikan sebelum ini bagi pelajar-pelajar yang menghadapi masalah melibatkan status kewarganegaraan dan juga lain-lain status yang kita nampak memungkinkan pelajar untuk menyebabkan mereka kurang berminat terhadap sistem pendidikan dan tidak mahu pergi ke sekolah. Jadi sudah pasti terima kasih banyak saya ucapkan kepada kekanda saya Behrang yang mengajukan soalan tersebut dan insya-Allah kita akan meneruskan langkahan demi langkahan dalam usaha kita nak memastikan sekiranya pelajar ini tergolong dalam pelajar yang tercicir mereka ini tidak akan bersama dengan golongan-golongan lain yang boleh memudaratkan mereka akhirnya mereka juga akan memudaratkan masyarakat secara keseluruhan.

Yang keempat bagi standard pentaksiran terima kasih banyak juga di atas cadangan. Melihatkan dan menunjukkan betapa Ahli-ahli Yang Berhormat dalam sidang DUN Negeri Perak ni sangat cakna dengan sistem pendidikan insya-Allah saya akan kemukakan dalam mesyuarat bersama Yang Berhormat Menteri mengenai standard pentaksiran bagi kita memastikan tidak ada emansipasi ataupun tidak ada apa yang kita namakan sebagai mungkin ketidakadilan sosial injustice kepada pelajar-pelajar ini daripada aspek kita mentafsir dan membuat penilaian terhadap pelajar-pelajar terutamanya ketika kita menghadapi PDPR kerana mungkin ada pelajar yang klik button masuk ke dalam kelas tapi mereka tidak mengikuti secara keseluruhannya kelas tersebut mungkin. Jadi kita akan membuat suatu mungkin saya akan berikan cadangan kepada pihak kementerian untuk melaksanakan satu sistem untuk kita melihat dan juga kita memastikan standard pentaksiran yang kita buat itu tidak create buyers dan juga tidak menyebabkan berlakunya ketidakadilan kepada pelajar-pelajar mudah-mudahan dan yang terakhir adalah berkaitan dengan pengangkutan tetap bagi pelajar-pelajar orang asli bagi mengelakkan berlakunya masalah keciciran yang tinggi di kalangan pelajar orang asli. Kerajaan Negeri juga mengambil maklum perkara tersebut insya-Allah pihak saya sendiri akan berbincang dengan EXCO yang menguruskan berkaitan dengan pengangkutan negeri Perak untuk kita mengkaji dan juga melihat bagaimana cara yang terbaik yang boleh Kerajaan Negeri bantu bagi mengatasi permasalahan di kawasan Ayer Kuning, Tapah dan juga mungkin di kawasan Behrang dan sebagainya terima kasih kepada semua yang mengajukan soalan.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sekarang di jemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Malim Nawar untuk mengemukakan nombor soalan.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang Dipertua mewakili Malim Nawar soalan saya soalan nombor tiga.

Bismillahirahmannirahim Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh selamat pagi Yang Berhormat Timbalan Speaker, Ahli Mesyuarat, Yang \Berhormat sekalian. Rujuk kepada soalan Malim Nawar untuk soalan (A) apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan pekerjaan yang sesuai? Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat perihal berkaitan dengan tahap kebolehpasaran khususnya anak muda di dalam negeri kita dan secara berterusan menyediakan platform kepada mereka agar memperolehi kejayaan. Justeru itu pelbagai bantuan dan sokongan telah diberikan kepada komuniti anak muda dengan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan di samping memulihkan ekonomi seisi keluarga. Antara usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK bersama dengan sahabat saya YB EXCO Pendidikan.

PASAK telah menganjurkan Penganjuran Karnival Kerjaya di seluruh daerah yang bergerak aktif dengan membawa agensi atau pun atau syarikat tempatan untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada para penganggur khususnya golongan belia yang telah hilang kerja akibat pandemik Covid-19 dan seterusnya mengadakan padanan kerja yang menumpukan proses code match kepada pencari kerja dengan syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan khususnya di negeri Perak dan seterusnya menganjurkan program bersama industri dengan menyebut wakil-wakil daripada bahagian sumber manusia industri bagi memberi penerangan berkaitan syarikat sebagai persediaan awal kepada anak muda yang sedang mencari pekerjaan sebelum memasuki sesi temuduga bersama syarikat dan seterusnya kita juga mengadakan bengkel kerjaya dan soft skill melalui penganjuran klinik-klinik persediaan kerjaya seperti penghasilan ni asas yang kita bantu mereka menghasilkan resume, tips menghadapi temuduga dan kursus bina insan secara tidak langsung program sebegini menjadikan anak muda lebih yakin untuk menghadapi alam pekerjaan terutamanya pada musim pandemik yang mencabar ini dan kita PASAK juga telah menyediakan Program Moh Koje yang menumpukan kempen secara berkelompok untuk mencari peluang pekerjaan di peringkat mukim dengan membawa syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan untuk ditemu duga secara terus bersama industri.

Namun begitu apa yang kita sediakan ini kita harap dapat disambut baik oleh para belia dan kita dapati PASAK juga hadapi masalah, kekangan pencari kerja untuk mengisi apa juga program yang telah disediakan oleh PASAK. Ini antara cabaran yang kita usahakan namun begitu kita tak berhenti untuk meneruskan perkara ini bagi kita memastikan ianya dapat disediakan dan seterusnya untuk jawapan (B), untuk makluman YB bagi memastikan golongan pemuda berkeupayaan untuk membeli rumah pertama, golongan ini perlu mendaftar terlebih dahulu bagi memohon rumah sama ada Rumah Perakku 1 ataupun Rumah Perakku 2 dalam sistem E-Perumahan yang boleh diakses melalui portal rasmi LPHP. Selain itu, beberapa syarat kelayakan harus dipatuhi, antaranya pemohon perlu memastikan bahawa ia merupakan rumah pertama dan seterusnya merupakan rakyat Negeri Perak yang berumur 18 tahun ke atas. Yang ketiga pemohon yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,860 sebulan, mereka layak untuk memohon rumah kos rendah ataupun Rumah Perakku 1 dan seterusnyanya pemohon yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,861 hingga ke RM7,000 sebulan boleh memohon rumah kos sederhana atau Rumah Perakku 2. Disamping itu kita juga menyambut baik usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Perak yang menyediakan pelbagai bantuan perumahan.

Namun begitu ingin saya kongsikan berkaitan dengan satu program di bawah Yayasan Perak yang dahulunya dilaksanakan oleh Yayasan Bina Upaya dia tu Rumah Perakku Prihatin yang semenjak dua menjak ni kebelakangan ini pemohon khususnya anak muda menghadapi masalah terlalu banyak permohonan yang ditolak kerana kekangan-kekangan prasyarat tertentu. Yang ni antara yang saya perhalusi bermula apabila Yayasan Perak bekerjasama dengan SPNB kerana SPNB mempunyai syarat-syarat tertentu. Jadi saya nak mencadangkan pada Yayasan Perak juga untuk kalau itulah syarat-syarat SPNB tetapkan yang akhirnya memberi kesan yang tak berapa baik kepada belia. Saya minta untuk dileraikan ikatan kita dengan SPNB ataupun perkenalkan dua skim. Satu kerjasama dengan SPNB dan satu lagi skim yang memang telah kita perkenalkan terlebih dahulu yang begitu mudah untuk kita bantu permohonan-permohonan tersebut.

Seterusnya untuk jawapan ketiga Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan mengambil berat terhadap setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat terutamanya golongan muda terjejas dan hilang punca pendapatan akibat impak daripada musibah Covid-19. Oleh yang demikian, kita saya ucapkan terima kasih banyak kepada YAB Menteri Besar kerana telah mewujudkan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) satu badan ataupun agensi pelaksana yang banyak merangka dan melaksana program usahawan dengan matlamat untuk membimbing dan membangunkan semula ekonomi muda, anak muda yang terjejas. Untuk makluman ahli-ahli YB, pada tahun 2021 sahaja sebanyak 126 program keusahawanan telah dilaksanakan dan secara keseluruhannya telah melibatkan 65,603 orang penyertaan usahawan muda daripada pelbagai industri dan juga peringkat. Antara program yang dilaksanakan adalah program Vokasional dan E-Commerce (Grammer), Lazada, Shopee, JNT, Express, Pos, Grab dan Food Panda. Tujuan program ini dijalankan untuk mempergiatkan penggunaan e-dagang dan meningkatkan hasil bagi perusahaan mikro kecil dan sederhana di Negeri Perak. Untuk makluman juga ianya, melalui program ini ia juga telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada 1,242 anak muda sebagai riders. Alhamdulillah, program ini juga telah memanfaatkan seramai 76,893 usahawan termasuk golongan anak muda dan hasil jualan keseluruhan bagi program ini adalah sebanyak RM23.2 juta.

Kerajaan Negeri juga melalui Geran Usahawan Perak (GROUP) telah bekerjasama dengan 24 buah jabatan atau agensi telah memberi bantuan secara one-off sebanyak RM3,000 bagi membantu usahawan mikro Negeri Perak yang tercicir dari mendapat Bantuan Geran Khas Prihatin dan Geran Prihatin 1 dan Geran Prihatin di mana ianya melibatkan 616 orang usahawan belia. Ini adalah ikhtiar dan inisiatif Kerajaan Negeri yang bukan sekadar membantu meringankan impak sebagainya tetapi komitmen dan prihatin terhadap golongan belia dan seterusnyanya STeP juga untuk tahun 2022 turut akan melaksanakan program bimbingan usahawan belia Perak dengan kerjasama Jabatan Belia Sukan dan juga Majlis Belia. Program ini menyasarkan 60 usahawan belia yang berdaftar dengan STeP dan JBS. Beberapa siri program latihan dan pendedahan kepada usahawan belia turut diadakan dengan kerjasama jabatan, agensi seperti PASAK, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPK), Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak. Program khas latihan dan bimbingan beserta dengan geran turut akan dilaksanakan pada tahun 2022 terhadap 50 orang usahawan belia di bawah pakej rangsangan ekonomi. Program ini akan dilaksanakan oleh STeP dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi seperti JBS, MARA, UMP, TEKUN dan lain-lain lagi. Antara usaha-usaha lain yang dilaksanakan untuk mengurangkan jurang pengangguran anak muda di Perak melalui PASAK dan juga agensi-agensi yang sedia ada di Negeri Perak ini dan Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan RM4 juta pada tahun 2022 di bawah Jawatankuasa TVET Negeri Perak bagi melaksanakan program latihan kemahiran dalam mendaya usaha agenda ke arah satu warga satu skill. Terima kasih banyak.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Terima kasih Bota di atas jawapan yang telah diberikan. Namun pada pandangan saya bagi memastikan semua perkara-perkara tersebut dapat dilaksanakan ataupun dibuat, saya kira memilih kerajaan yang stabil juga adalah amat penting untuk memastikan setiap dasar yang baik dapat dilaksanakan dengan baik. Jadi sebagai Exco Belia, apakah usaha dan peranan kerajaan dalam memastikan kesedaran tentang kepentingan pelaksanaan undi 18 dan apakah pendekatan-pendekatan yang telah dilakukan?

Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan undi 18, saya memetik Titah Diraja. 7.8 juta orang belia bertaraf pengundi dalam pilihanraya umum ke-15. Para belia wajar diasuh, dididik, dibimbing dan diberikan kepercayaan untuk mengambil tanggungjawab besar dalam agenda membina negara bangsa yang bersatu dan berpadu, maju lagi makmur. Jadi untuk perkara ini yang saya kira ada dibangkitkan oleh YB Trong, Pangkor, Behrang semalam antaranya berkaitan dengan perkara ini, kita telah berkerjasama dengan Institut Darul Ridzuan (IDR) iaitu badan yang merupakan badan pemikir Kerajaan Negeri Perak yang mana kita dah merangka ke pelbagai program untuk kita mengisi ruang kepada anak-anak muda kita ini untuk mereka mempunyai kesedaran ini dan salah satu program yang kita sedang usahakan nanti ketengahkan adalah Program Celik Negara. Program Celik Negara yang merupakan sinergi antara Kerajaan Negeri dan IDR yang dirangka untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai literasi demokrasi dalam aspek mendidik kematangan politik dalam kalangan belia yang menjadi tunjang kepada pembangunan negeri dan untuk makluman hadirin Yang Berhormat sekalian, kita telah mengadakan beberapa program di bawah Program Celik Negara ini yang telah dijalankan bermula Disember 2021 yang hampir 120 orang belia telah kita santuni dengan beberapa siri program yang dijalankan antaranya Forum Apa Belia Mahu.

Di samping membincangkan undi seawal umur usia 18 tahun di kalangan belia dan juga golongan sasar yang lain. Adalah diharapkan agar Program Celik Negara dapat mencapai objektif yang disasarkan agar kefahaman mengenai perlembagaan pentingnya politik mahupun pendekatan kesederhanaan dalam komuniti dapat membina siasah yang akan menjadi tonggak negara dan negeri sejajar dengan Perak Sejahtera. Jadi, saya suka memetik ucapan Behrang semalam yang mengatakan kita bersedia menyediakan perkara-perkara ini tapi terpulang kepada belia itu sendiri akhirnya apa yang mereka nak pilih, siapa yang mereka nak pilih, siapa yang mereka nak ikut. Kalau tanya saya, pilih la Barisan Nasional. Kalau tanya saya, pilih la Barisan Nasional. Itu lebih kurang la. Jadi untuk objektif utama Program Celik Negara adalah untuk membentuk perkembangan holistik manusia dalam menjamin emosi rohani intelek dan sosial individu membentuk identiti individu berpandukan perlembagaan Malaysia, prinsip rukun negara dan konsep semangat kebangsaan, memupuk semangat patriotisme dan kesedaran. dan untuk makluman Yang Berhormat juga menariknya baru-baru ni Majlis Belia Negeri Perak telah pun menganjurkan satu program yang saya lihat cukup besar maknanya setelah kita bincang dalam jawatankuasa ini untuk tujuan yang sama iaitu menganjurkan wacana pemikiran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang telah mengumpulkan pemimpin-pemimpin belia untuk mengupas isi yang tersurat dan tersirat di dalam buku Siri Titah Tuanku yang mana kita telah laksanakan dua siri iaitu wacana yang dijalankan membincangkan topik yang pertama Institusi Raja Berperlembagaan dan juga Siri 2 membincangkan tentang tugas dan tanggungjawab Raja bertakhta. Jadi insya-Allah untuk siri yang seterusnya saya cadangkan agar sahabat-sahabat kita tawarkanlah diri untuk mengisi ruang ini berdasarkan buku Titah Siri Titah Tuanku yang turut saya bekalkan pada hari pertama dulu untuk tatapan kita bersama dan saya tawarkan pada semua sekiranya berminat untuk jadi panel terlibat dalam perkara ini kita tawarkan untuk bersama dengan kita dan untuk makluman siri pertama dan kedua ini kita telah libatkan kebanyakan yang golongan-golongan belia untuk memberi kesedaran juga berkaitan dengan sistem Raja berperlembagaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua. Mohon penjelasan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Timbalan Tuan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya masalah kesihatan mental dan penceraian dikalangan belia cukup membimbangkan semasa tempoh kawalan pergerakan berikutan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu. Memandangkan kami sedang berada diperalihan fasa pemulihan negara apakah pandangan Yang Berhormat Exco dan juga apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini? Terima kasih.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Makluman semua berkaitan dengan perkara ini saya yakin ianya telah diambil maklum oleh Exco yang berkaitan dan kita memang berkolaborasi bersama untuk perkara-perkara ini dan sebab itu antara memetik titah Tuanku juga semasa perasmian tempoh hari, “Pendekatan Kerajaan Beta’ melibatkan belia dan menyediakan saluran untuk belia dapat menyalurkan idea dan menyuarakan pandangan merupakan langkah bijak bagi membina isu-isu bersifat objektif dan idea-idea yang konstruktif yang disuarakan dalam persidangan Dewan Belia wajar diberi perhatian. Jadi saya nak menyeru juga saranan yang dilontarkan oleh Trong semalam berkaitan dengan penglibatan ADUN-ADUN Belia ataupun Ahli-Ahli Belia di dalam proses urustadbir kita, khususnya Ahli-Ahli Yang Berhormat dan juga Ahli Exco. Jadi saya kira setiap Ahli Yang Berhormat tolonglah libatkan ahli-ahli Dewan Belia ataupun kepimpinan-kepimpinan belia ni di dalam gerak kerja kita khususnya dan sebab itu dalam perkara ini saya yakin Exco Pendidikan Wanita telah mengambil maklum tentang permasalahan ini yang akan diambil tindakan untuk gerak kerja gerak kerja seterusnya dan kita akan beroperasi dengan portfolio lain dalam konsep rentas portfolio untuk kita cuba mengusahakan apa yang terbaik dalam semua kelompok-kelompok kita, sasaran-sasaran kita. Terima kasih.

TIMBALAN YANG DIPERTUA. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Seterusnya dijemput Yang Berhormat daripada kawasan Trong untuk mengemukakan nombor soalan.

Yang Dipertua, boleh satu soalan lagi tambahan pada

TIMBALAN YANG DIPERTUA. Masa kita dah suntuk YB dan soalan masih banyak lagi sekarang kita beri peluang kepada Trong.

YB PUAN JAMILAH BINTI ZAKARIA. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh soalan Trong nombor empat.

YB DATUK DR WAN NORASHIKIN BINTI WAN NOORDIN. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Trong bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Pasir Panjang kerana ianya berkaitan. Yang Berhormat, kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila individu perempuan atau wanita tidak mampu memiliki tuala wanita dan produk kebersihan wanita disebabkan faktor kewangan terutamanya semasa penularan pandemik Covid-19 dan juga pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang lalu. Terdapat empat elemen utama dalam kemiskinan haid iaitu kekurangan ataupun ketiadaan kemudahan sanitari bagi menguruskan haid, kekurangan prasarana seperti akses kepada air bersih yang mencukupi, kekurangan ilmu dan pendidikan pengurusan haid dan kekurangan privasi dalam menguruskan haid. Antara langkah-langkahnya menjawab soalan Yang Berhormat atas dasar keprihatinan Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Wanita Perak dan NGO beliawanis telah melancarkan program pemberian kit asas sanitari wanita yang dikenali sebagai Pro-Kits telah diadakan pada 26 Februari 2022 yang lalu di Dewan Greentown Ipoh.

Program ini telah mensasarkan seramai 200 orang penerima di Daerah Kinta. Antara kriteria penerima Pro-Kits ini adalah mereka di kalangan remaja wanita dan remaja perempuan dan wanita yang berumur antara 12 hingga 45 tahun yang tergolong dalam kategori B40. Yang Berhormat, program ini akan diteruskan ke seluruh daerah di Negeri Perak dengan mensasarkan seramai 2400 orang penerima di setiap daerah. Program Pro-Kits ini bukan hanya menumpukan kepada pemberian kit asas sanitari wanita malah elemen avokasi dan aspek pendidikan akan diterapkan kepada penerima tentang pentingnya ilmu pengurusan haid. Dalam Siri Jelajah Kasih Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Perak anjuran LPPKN negeri yang diadakan baru-baru ini iaitu dengan kerjasama Sekretariat Wanita Perak turut diedarkan kit asas sanitari wanita Pro-Kits kepada 200 buah keluarga ataupun 200 penerima wanita di perkampungan orang asli di Suak Padi di Bota. Inisiatif ini untuk memperkasa remaja wanita terutamanya golongan B40 sama ada dalam ataupun luar bandar serta masyarakat orang asli agar meningkatkan ilmu pendidikan dan avokasi kesihatan reproduktif semasa haid agar lebih yakin dan mengurangkan tekanan di kalangan remaja dan juga wanita. Terima kasih.

TIMBALAN YANG DIPERTUA. Soalan tambahan.

YB PUAN JAMILAH BINTI ZAKARIA. Soalan tambahan sebelum soalan tambahan saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang telah mengambil langkah awal menangani cabaran kemiskinan haid di Negeri Perak dan saya yakin YB EXCO juga memahami tentang bagaimana pelajar-pelajar atau remaja ini kurang ilmu tentang priority penjagaan diri. Jadi terima kasih di atas program-program penerangan yang telah dilancarkan oleh Exco dan soalan saya adakah terdapat juga usaha dari Kerajaan Negeri melakukan kajian yang lebih terperinci bagi mengumpulkan data rasmi mengesan jumlah sebenar wanita yang terkesan oleh kemiskinan haid ini agar usaha ini dapat diselesaikan dengan baik dan terarah, berfokus kepada golongan yang tepat. Terima kasih.

YB DATUK DR WAN NORASHIKIN BINTI WAN NOORDIN. Terima kasih Yang Berhormat Trong. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Wanita Perak dalam rangka mengadakan kajian kemiskinan haid di Negeri Perak melalui sesi libat urus dan soal selidik bersama penerima bantuan Pro-Kits dan golongan sasar tertentu. Untuk makluman kajian ini akan melibatkan remaja dan golongan remaja dan wanita di seluruh Negeri Perak yang terbahagi yang kita bahagikan kepada kumpulan-kumpulan sasar seperti contohnya golongan masyarakat asal ataupun orang asal, golongan miskin bandar dan luar bandar, golongan ibu tunggal, golongan wanita professional, golongan pelajar sekolah dan juga penuntut IPT dan IPTS, golongan rentan seperti banduan, gelandangan dan lain-lain. Kajian yang akan dijalankan adalah dengan kerjasama dengan Institut Darul Ridzuan, IDR, AKAK Akademik dan penyelidik dari IIUM yang telah terlibat secara langsung dan perintis kepada isu kemiskinan haid. Kajian ini akan dijalankan secara menyeluruh sepanjang tahun 2022 dan hasil daripada kajian ini juga akan digunapakai bagi membantu meningkatkan perkhidmatan dan bantuan dalam menghapuskan dan mengurangkan isu kemiskinan haid di Negeri Perak ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan dua Teja.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya, apakah perkembangan terkini bagi cadangan untuk menempatkan mesin layan diri sanitari seperti yang dibangkitkan oleh YB EXCO sebelum? Terima kasih.

Terima kasih pada Yang Berhormat Teja. Berkaitan dengan cadangan yang kita telah utarakan untuk menempatkan vending machine yang vending machine produk-produk sanitari memang sekarang ini Kerajaan Negeri melalui sekretariat wanita dan juga pejabat Exco dalam rangka perbincangan dengan beberapa pihak yang telah datang kepada kita untuk menawarkan khidmat dan juga kepakaran mereka. Jadi insya-Allah akan diperhalusi dan sedang dalam proses dan akan diperhalusi dan akan kita harap ia dapat dilaksanakan kalau tidak semua pun dari tempat-tempat yang mula-mula yang kajian yang akan kita lakukan di tempat mana yang paling diperlukan di situlah yang kita akan mulakan. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Belanja untuk mengemukakan nombor soalan. Dipersilakan.

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Happy birthday. Soalan saya, soalan nombor lima.

Terima kasih kepada Belanja dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Sanah Helwah. Berikut adalah jumlah kes denggi dan chikungunya mengikut daerah bagi tahun 2021 dan bulan Januari serta Februari 2022 iaitu di Daerah Manjung untuk denggi 157 dan chikungunya 109. Manakala tahun 2022 bagi sehingga 26 Februari 2022, denggi hanya mencatatkan 6 kes dan cikungunya kosong. Kampar, denggi 28, 2001 dan chikungunya 2 sahaja. 2022, Kampar hanya denggi 3, chikungunya punya kosong. Manakala di Batang Padang 2021, denggi 36 sahaja dan tahun ini denggi tiga, chikungunya kosong. Muallim, denggi 12 untuk tahun lepas dan chikungunya kosong dan tahun ini, denggi dua, cikunngunya kosong. Daerah Kinta yang tinggi juga, 195 tahun lepas dan chikungunya 10. Tahun ini, 55 dan chikungunya hanya satu. LMS, denggi 50, tahun lepas dan chikungunya 28. Denggi, 7 tahun ini dan chikungunya hanya 2. Hulu Perak tahun lepas 13, chikungunya kosong dan 3 tahun ini untuk denggi dan kosong chikungunya. Manakala Perak Tengah, 14 denggi tahun lepas, kosong chikungunya dan denggi, 6 tahun ini, kosong chikungunya dan Hilir Perak 26 tahun lepas, kosong chikungunya.

Tahun ini 6 denggi dan kosong chikungunya dan Kuala Kangsar 16 denggi dan dan 30 chikungunya tahun lepas. Tahun ini hanya empat denggi dan kosong chikungunya dan Kerian denggi 10 tahun lepas dan chikungunya kosong, denggi satu dan chikungunya kosong untuk tahun ini dan selesai. Jadi jumlah keseluruhan untuk tahun 2021 denggi mencatatkan kes 557 dan chikungunya 180. Untuk tahun ini, 96 denggi dan tiga sahaja chikungunya. Kejadian penyakit demam denggi dan chikungunya berkait rapat dengan keadaan persekitaran kita yang sesuai bagi pembiakan nyamuk Aedes di mana pemeriksaan yang dijalankan oleh JKN mendapati index Aedis yang tinggi di kawasan-kawasan yang melaporkan kes penyakit ini terutamanya kawasan tanah kosong, tempat pembuangan sampah, tanah perkuburan dan kawasan rekreasi. Bagi membendung kejadian-kejadian penyakit-penyakit ini, Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak telah mengambil langkah-langkah seperti berikut dalam menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes iaitu yang pertama menjalinkan kerjasama di antara Pejabat Kesihatan Daerah, PBT dan Pejabat Tanah dan Daerah di semua daerah bagi menangani isu pembiakan nyamuk Aedes yang tinggi di kawasan tanah lot kosong dan rumah kosong yang terbiar.

Yang keduanya, memastikan semua tempat tumpuan orang ramai adalah bebas Aedes. Pejabat Kesihatan Daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan memastikan tempat-tempat tumpuan awam adalah sentiasa bebas Aedes. Yang ketiga, pengukuhan aktiviti penguatkuasaan kesihatan awam, penutupan tempat tumpuan awam dan tapak binaan dan kilang di bawah Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. Yang keempat meningkatkan pelbagai penglibatan wakil komuniti dalam operasi dan aktiviti-aktiviti kawalan dan pencegahan demam denggi dan chikungunya di peringkat komuniti daerah dan negeri. Di samping itu langkah-langkah tersebut, JKM menjalankan aktiviti-aktiviti kawalan kes dan wabak demam chikungunya mengikuti SOP setiap kali kes dan wabak dilaporkan dan aktiviti-aktiviti pencegahan seperti pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Aktiviti semburan kabus racun serangga sekiranya ada kes dan keperluan, aktiviti larviciding untuk mencegah dan membunuh jentik-jentik, aktiviti gotong-royong melibatkan komuniti dan Pihak Berkuasa Tempatan, pendidikan kesihatan dan kempen mengenai demam denggi serta aktiviti memperkasakan komuniti melalui penubuhan COMBI. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

Terima kasih atas jawapan yang dikemukakan. Kalau kita lihat tahun 2021, 557 kes denggi bermakna kalau kita bahagi dengan 12 bulan, lebih kurang 46 satu bulan kes di Negeri Perak. Itu purata. Manakala bila tahun 2022 ni hingga Februari, 96. Bermakna kes denggi di Negeri Perak ini berada di tahap yang sederhana dan mungkin boleh jadi satu kebimbangan kepada kita. Tadi YB Exco ada menyatakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah denggi dan chikungunya ni adalah penguatkuasaan. Penguatkuasaan ini perlukan penegasan. Oleh itu, soalan saya nyatakan jumlah kompaun yang pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun Pejabat Kesihatan Negeri keluarkan kepada premis-premis atau tempat-tempat kediaman yang menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Keseluruhan.

Baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat Belanja. Bilangan tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 yang dijalankan oleh JKN bagi kawalan penyakit denggi dan pada tahun 2021 dan 2022 Yang Berhormat, untuk kompaun tahun 2021 seluruh Negeri Perak sebanyak 2076 kompaun dikeluarkan. 2076 kompaun dan tahun 2022 data sehingga 19.3.2022, kompaun yang telah dikeluarkan 868 kompaun. Itu untuk kompaun. Kemudian notis yang dikeluarkan untuk Seksyen 8, 2021 seluruh Negeri Perak sebanyak 163 notis dikeluarkan dan 2022 hingga 19.3.2022 iaitu sebanyak 27 notis yang dikeluarkan. Terima kasih Yang Berhormat Belanja.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan 2. Jalong. Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih Tuan Timbalan Speaker. Untuk meminta soalan tambahan saya adalah masalah nyamuk. Index nyamuk ni tinggi tu ada sebahagiannya datang daripada rumah yang terbiar di mana tidak dihuni lepas tu mereka terutama di corner lot di mana mereka ada tanah lapang, di mana tumbuh lalang dan tidak terurus. Jadi kalau mengikut SOP yang sedia ada bila aduan rasmi dibuat, lepas tu pegawai PBT akan ataupun KKM akan datang untuk membuat siasatan, lepas tu kena tunggu lagi pegawai untuk mengenalpasti, kalau ada nak kena hantar surat berdaftar kepada pemunya rumah tersebut. Jadi langkah ini mengambil masa yang panjang sebab kadang-kadang pemunya rumah pun dia sudah berpindah, tak terima surat tersebut. Jadi adakah SOP ini dirombak semula agar pendekatan untuk membersihkan rumah yang tidak terurus atau tidak didiami akan dijalankan oleh pihak Kerajaan? Dan lagi satu pula, berkenaan dengan kontraktor di mana kita tahu Puncak Emas adalah kontraktor besar di negeri Perak, di mana kekerapan mereka menguruskan di bahagian longkang-longkang terutama di Pusat Bandar Ipoh ini, saya nampak banyak longkang-longkang ini, di kedai-kedai depan, mereka senang, sebab ia tidak ditutup, mereka senang membuang sampah ke dalam longkang. Jadi longkang tersumbat, jadi tempat pembiakan nyamuk. Sebab saya sentiasa berada di pusat bandar ini seringkali kena serangan oleh nyamuk-nyamuk ini. Saya pun khuathir, satu hari nanti saya akan jadi pelanggan di GH ini. Terima kasih. Apakah penjelasan oleh pihak Kerajaan.

Baik, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dan JKN agresif sebenarnya untuk menjalankan pemeriksaan terhadap premis-premis dan ada kala hasil daripada pemeriksaan itu, perkara-perkara yang dilakukan antaranya, tunjuk cara, nasihat kepada individu. Saya nak bagi contoh dari segi data, cara kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dan juga JKN yang agak agresif untuk menangani isu denggi dan chikugunya ini. Untuk jumlah premis yang diperiksa pada tahun 2021, sebanyak 385,354 premis yang telahpun diperiksa dan tahun 2022 hingga 9 March 2002 90,000 premis telah pun diperiksa, 90,908 premis. Jadi jumlah yang banyak ini sudah tentulah mengambil sedikit masa untuk diambil satu tindakannya seterusnya. Seperti jumlah premis yang telah ditabur racun. Tindakan yang telah diambil iaitu jumlahnya sebanyak 298,453 dan tahun 2022 sehingga 19 Mac, 93,000 telah diperiksa iaitu 93,633 premis dan jumlah premis dibubuh racun jentik-jentik sebanyak, tahun lepas banyak 482,901 premis dan tahun ini telahpun di bubuh racun jentik-jentik sebanyak 58,404 premis dan selain daripada itu juga, promosi kesihatan yang berkaitan dengan demam denggi ini, kerajaan dia termasuk JKN tidak duduk sajalah, agresif.

Antaranya diberi nasihat individu sebanyak 35,172 untuk tahun lepas dan tahun ini telah pun diberi nasihat individu sebanyak 12 ribu lebih dan perbincangan kumpulan kecil pun ada dilakukan lebih 14,000 tak tahun lepas, tahun ni dah lebih 10 ribu. Edaran risalah, tunjuk cara, hebahan awam, poster, media luar dalam lain-lain ladan juga di samping itu saya nak tambah satu lagi. Pohon kerjasama yang sebaiknya lah daripada anggota-anggota Yang Berhormat untuk sama-sama kita menangani dengan sebaiknya Isu berkaitan dengan tinggi dan chikugunya. Terima kasih Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Soalan lisan yang tidak dijawab akan disampaikan secara bertulis. Seteursnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikutnya.

Usul Yang Telah Diberi NotisMotion

Setiausaha

Perkara yang keempat, Usul Yang Telah Diberi Notis. Usul Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi “Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut : Ampun Tuanku patik-patik sekalian iaitu Yang Dipertua Timbalan Yang Di-Pertua Dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di dalam Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas Penzahiran Titah Diraja Dulu Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan”, telah mendapat sokongan dan dibahaskan.

Sesi penggulungan perbahasan di atas usul ini akan dimulakan dengan penggulungan oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Exco mengikut portfolio masing-masing. Sesi penggulungan perbahasan diatas usul ini akan dimulakan oleh Yang Berhormat daripada kawasan Changkat Jering. Masa yang ditetapkan bagi setiap penggulungan ialah 30 minit saya berharap tempoh masa yang ditelah ditetapkan dapat dipatuhi serta digunakan sebaik-baiknya.

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Changkat Jering untuk menggulung perbahasan, dipersilakan.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Bismilahirohmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan juga selamat pagi. (Bacaan ayat Al-Quran). Terima kasih, yang pertamanya saya rakamkan kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan, sanah helwah, selamat menyambut ulang tahun hari lahir yang ke-27 buat Tuan Timbalan Yang Dipertua. Hari ini kita sama-sama meraikan sudah pastinya Yang Berhormat Tuan Timbalan Dipertua Dewan yang memberikan ruang untuk saya mulakan sesi penggulungan.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan merupakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat blok kerajaan dan juga blok pembangkang, ketua-ketua jabatan persekutuan, agensi-agensi persekutuan dan juga negeri, para petugas Dewan Negeri dan juga seterusnya rakan-rakan media yang dikasihi dan tak dilupakan kepada semua pemerhati-pemerhati sama ada yang berada di dalam Dewan yang mulia ini ataupun yang sedang menyaksikan secara live di pautan yang telah pun diberikan. Terlebih dahulu izinkan Patik untuk menjunjung kasih atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang telah mencemar Duli bagi merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Perak Yang Keempat Belas baru-baru ini. Patik mewakili seluruh keluarga besar DUN Changkat Jering dan Parlimen Bukit Gantang serta warga pendidikan dan pengajian tinggi secara keseluruhannya memanjatkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala agar kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat sejahtera dan juga di dalam keadaan keafiatan hendaknya.

Tidak lupakan ucapan terima kasih dipanjatkan kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri dan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan di atas kepercayaan dan juga peluang yang telahpun diberikan kepada saya untuk menyampaikan penggulungan bagi portfolio pendidikan, pengajian tinggi dan sumber manusia pada pagi yang sangat berbahagia ini. Sekalung penghargaan juga turut saya zahirkan kepada keseluruhan ahli-ahli keluarga besar saya Ahli-Ahli Yang

Berhormat di dalam sidang DUN negeri Perak kerana telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan sepanjang dua hari ini bagi sama-sama kita memberikan cadangan serta kritikan yang membina di mana sudah pasti akan diberi perhatian sewajarnya terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang dibincangkan di bawah portfolio pendidikan, pengajian tinggi dan juga sumber manusia. Tuan Timbalan Yang Dipertua Dewan, saya akan cerakinkan penggulungan saya pada hari ini kepada tiga aspek utama iaitu aspek yang pertama adalah berkaitan dengan komponen di bawah portfolio saya iaitu pembangunan sumber manusia. Sepertimana dalam perbahasan pada hari semalam, Ahli Yang Berhormat Tebing Tinggi dan juga Yang Berhormat Sungkai ada membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan pengurusan sumber manusia di negeri Perak.

Di antaranya adalah menunjukkan betapa caknanya keseluruhan Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan kemiskinan yang telah pun dizahirkan oleh Paduka Seri Sultan Perak, bagaimana cara untuk kita mengatasi kemiskinan tersebut dan juga garis panduan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Sungkai berkaitan dengan kadar gaji minima, sama ada GLC dan juga anak-anak syarikat Kerajaan Negeri sudah bersedia untuk menyahut seruan berkaitan dengan gaji minima yang dikhabarkan bakal dilaksanakan bermula pada Mei tahun ini? Tuan Timbalan Yang Dipertua. Menjunjung kasih bait-bait kata Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak di mana dalam titah Tuanku ada menyentuh berkaitan isu kemiskinan di negeri Perak pada perenggan 13 dan juga perenggan yang ke-15. Yang mana, Tuanku Sultan menekankan peri pentingnya pendidikan sebagai asas dalam mencapai matlamat sifar kemiskinan menjelang tahun 2025. Menjunjung titah ini, saya yakin dan percaya penekanan kepada aspek pendidikan serta peluang kerjaya yang baik mampu untuk mengubah nasib kumpulan B40 mahupun M40 untuk keluar dari kepompong kemiskinan, seterusnya mengubah nasib mereka untuk kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Menjawab sepertimana yang telah pun dimaklumkan oleh Yang Berhormat Tebing Tinggi dan juga Yang Berhormat Sungkai sewaktu sesi perbahasan, suka untuk saya menyentuh bermula 1 April 2022, sepertimana yang kita sedia maklum negara kita mengalih ke arah atau pun fasa peralihan daripada pandemik kepada endemik. Sudah pasti sewaktu pandemik kita melihat bagaimana pemain-pemain industri, kita melihat bagaimana peluang-peluang pekerjaan seolah-olah seperti mana rumput atau pun rumpai yang terkena racun, mati dan hilang secara tiba-tiba. Pun begitu, selepas mana diberi nyawa bermula daripada fasa peralihan endemik yang akan bermula 1 April ini kita melihat rumput-rumput yang seolah-olah telah pun terkena racun itu, menjelang April ini kita dapat saksikan insya-Allah mula tercetusnya rumput-rumput yang hampir mati dan layu ini mula akan diberikan baja dan mulut akan tumbuh seperti mana cendawan di musim hujan. Kerana apa, kerana sudah tidak ada lagi sebarang kekangan-kekangan untuk mereka meneruskan kegiatan-kegiatan mahu pun perniagaan seperti mana yang berlaku sebelum ini dan sudah pastilah cabarannya sangat besar buat kerajaan negeri, buat kesemua ahli keluarga besar saya Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga kepada semua kepimpinan untuk memastikan masyarakat ahli keluarga keluarga besar kita di luar sana.

Mereka mungkin ayah kita, mereka mungkin ibu kita, mereka mungkin abang kita, mereka mungkin kakak kita mahu pun adik kita yang mana ada di kalangan mereka ini menjadi penganggur dek kerana kilang tempat mereka bekerja sewaktu musim PKP dan juga pandemik Covid 19 bermula tahun 2020 sehinggalah ke tahap kita berada sekarang ini tahun 2022 ditutup akibat terjejasnya ekonomi. Mereka juga mungkin mendaftarkan diri sebagai penganggur kerana mereka ini merupakan peniaga biasa yang berniaga di tepi jalan. Sebagai contoh, Mak Temah yang sering saya bangkitkan di dalam Sidang DUN. Setiap kali sidang DUN lah saya akan bangkitkan isu berkaitan dengan Mak Temah ini. Mak Temah seorang peniaga nasi lemak berniaga di tepi jalan tanpa sebarang bentuk pendaftaran SSM. Justeru bila mana berlaku PKP dan juga MCO, Mak Temah tidak lagi dibenarkan untuk berniaga dan hilang punca pendapatan. Jadi seperti yang saya maksudkan tadi cabaran besar buat kerajaan negeri, buat kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga pemimpin-pemimpin buat masyarakat di luar sana untuk kita memastikan tahap kesiapsiagaan kesemua mereka yang sedang berusaha untuk menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan ini. Sudah pasti cabarannya sangat besar. Maka, seperti mana yang saya nak maksudkan pada hari ini seperti aur dengan tebing, seperti mana kuku dan juga isi. Di sinilah peri pentingnya watak dan juga peranan yang bakal dimainkan oleh agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Perak yang dinamakan sebagai PASAK atau pun Pusat Aspirasi Anak Perak. Justeru bagi menjawab....

Minta, boleh celah sikit...

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada kedua-dua nya berminat, saya persilakan.

Terima kasih Yang Berhormat. Ini berkaitan dengan isu gaji minima yang saya bangkitkan semalam. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan supaya GLC-GLC di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri harus mengenalkan gaji minima sebanyak RM1,500.00 ini. Soalannya, apakah GLC-GLC di negeri Perak bersedia untuk menawarkan gaji atau implement kan gaji minima RM1,500.00 ini adalah kerana gaji minima RM1,500.00 adalah untuk yang pertama, yang mula bekerja. Jadi dia akan dapat gaji minima RM1,500.00. Kedua adalah yang dah mula dengan RM1,100.00 tapi belum lagi sampai RM1,500.00. Mereka juga akan dapat kenaikan gaji ke RM1,500.00. Katakan seorang kakitangan dah kerja 10 tahun, gaji dia sekarang RM2,000.00. Apakah dia akan dapat kenaikan juga dibawah gaji minima ini? Jadi, ada dua perkara ini. Adakah GLC kita sanggup dan boleh memberi gaji minima sebanyak RM1,500.00 dan juga pelarasan-pelarasan selepas itu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Pasir Bedamar, ada?

Ok. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Timbalan Speaker. Yang Berhormat telah bangkitkan isu bahawa kita dalam fasa untuk masuk semula fasa endemik di mana masih ada orang yang mengganggur dan juga kita dapati bahawa ada ramai orang di Malaysia, kita masih mempunyai kekosongan di banyak sektor, di mana ramai majikan mengatakan mereka perlukan tenaga kerja dan tidak dipenuhi dan kebanyakan sektor ini mereka meminta supaya dibenarkan pekerja-pekerja asing memasuki sektor-sektor ini dan pada masa yang sama kita mempunyai isu pengangguran. Jadi kan, apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri untuk mendidik atau pun menukar mind set rakyat negeri Perak untuk menceburi diri atau memasuki bahagian-bahagian yang kosong di dalam sektor ekonomi yang perlukan pekerja? Kita ada satu isu paradox ya. Ada tempat kosong, orang tak mahu kerja dan ada orang yang tak bekerja. Isu mind set ya. Macam mana kita nak over come ya dengan izin.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Ok minta laluan. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Happy Birthday. Tapi terkejut umur 27. Soalan saya kepada Yang Berhormat Exco. Yang pertama tadi bila Yang Berhormat Exco sebut Mak Temah menjual nasi lemak di tepi jalan. Jadi di tempat saya ada Mak Teh jual nasi, jual kuih semua di tepi jalan. Mereka-mereka ini yang terlibat semasa pandemik covid. Mereka-mereka ini yang telah hilang punca pendapatan. Ketika itu mereka ni dah pakai dah duit modal yang ada di tangan, duit simpan semua habis. Jadi saya nak tanya. Adakah adakah Kerajaan Negeri adakan bantuan atau pun jalan penyelesaian kepada Mak Teh, Mak Temah yang ada di tepi-tepi jalan ni yang perniagaan mereka secara kecil-kecilan untuk membantu memulakan perniagaan mereka. Itu soalan saya yang pertama.

Yang kedua bila kita dengar sahabat kita ada tanya masalah gaji dan buruh asing. Saya ingin mencadangkanlah kepada GLC-GLC yang ada di dalam Negeri Perak, kalau boleh kita minimumkan untuk pengambilan pekerja-pekerja asing kerana bagi saya bila saya melihat Perbadanan Pertanian Negeri Perak buat baru-baru ini, pekerjaan-pekerjaan yang boleh dibuat oleh warganegara Malaysia apabila tamat kontrak untuk dengan warga asing digantikan dengan pekerja-pekerja warga Malaysia. Contohnya macam pemandu traktor, contohnya yang mesin bawa sawit. Jadi pekerjaan-pekerjaan yang boleh diganti dengan pekerja-pekerja di Malaysia warga Malaysia kita minta GLC-GLC ni tolong, janganlah ambil pekerja-pekerja asing kerana melihatkan tangga gaji pekerja asing ni mungkin rendah sedikit. Ini untuk memberi peluang kepada warganegara Malaysia ni untuk mendapat kerja.

Yang ketiga saya ingin mencadangkan, bila kita melihat di GLC-GLC ni ada sekuriti atau pun pegawai keselamatan. Biasanya mereka akan bagi shif kerja 12 jam, 12 jam menjadikan 24 jam. Jadi apa salahkan jadikan shif ni 8 jam 8 jam. Jadi daripada biasa pakai 2 orang pekerja boleh jadi 3 orang pekerja. Ini kita bagi peluang juga kepada masyarakat yang di luar sana untuk dapat peluang pekerjaan. Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih. Saya soalan tambahan saya ialah lanjutan kepada YB Pasir Bedamar di mana mindset dan pemikiran rakyat ni, kita dapati banyak penganggur-penganggur tapi kita cuba nampak banyak-banyak peluang kerja tetapi tidak dipenuhi. Masalahnya adalah mindset, memang saya setuju sangat dengan Pasir Bedamar di mana muda-mudi ini mereka ni mengganggur sebab bagi pendapat mereka ni kerja-kerja seperti blue collar ni mereka anggap susah, terutama dengan kelas 3R ni yang kotor, susah, berisiko tinggi. Jadi mereka rela untuk jadi Youtuber, mungkin mereka nak jadi bosskulah atau pun banyak mereka nak jual barangan-barangan melalui Shopee, Lazada. Itu saja. Jadi, apakah pendekatan pihak kerajaan agar pekerja blue collar ini memang penting juga kerana ini merupakan satu kepakaran?

Jadi mereka rela untuk jadi Youtuber tetapi kepakaran ni beralih kepada buruh asing. Jadi kalau kerajaan mengusir keluar semua ini pekerja asing ini jadi ada wujudkan satu kekosongan, tidak dapat dipenuhi oleh orang tempatan sebab trend mereka gemar untuk seperti ada ibu bapa yang juga terlalu memanjakan anak di mana mereka tidak rela anak mereka bekerja sambilan seperti saya kepada zaman saya lepas SPM kita pergi cari kerja dekat pasaraya, mereka tak bagi. Jadi apakah pendekatan kerajaan untuk menukar pandangan mereka ini sebab ibu patutnya mereka katakan mereka buruk atau pun pekebun? Mereka tak nak anak mereka untuk bersentuh cangkul dan sentuh sabit. Tak nak. Mereka nak anak mereka masuk ke bilik aircond berhawa dingin. Jadi apakah tindakan kerajaan ini untuk meminda mindset ini sebab buruh ni dia punya pendapatan bukan rendah, tinggi, sedangkan ada orang pekerja asing daripada Indonesia mereka sudah jadi tauke-tauke? Gaji semula orang tempatan. Jadi apakah pendekatan pihak kerajaan untuk mengubah sikap ini sebab kita bagi banyak peluang kerja mereka tak nak buat? Jadi kita kena bergantung kepada buruh asing. Terima kasih.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih kepada kanda saya Sungkai, Pasir Bedamar, kemudian Pengkalan Hulu dan juga Bercham yang bertanyakan soalan. Saya fikir soalan Bercham dan juga soalan Pasir Bedamar boleh saya sekalikan dan juga soalan daripada Sungkai dan juga saya mohon juga cadangan-cadangan daripada Pengkalan Hulu dimasukkan sebagai sebahagian daripada penggulungan saya pada hari ini. Sebab itu juga sebenarnya perkara yang saya ingin sampaikan dan kesemua soalan-soalan yang diberikan pada hari ini sebenarnya ada dalam teks penggulungan saya cuma belum sampai lagi ke situ. Saya kena percaya Dato' Seri Kota Tampan kalau inilah kaedah perbahasan dan juga penggulungan yang sedang berlaku di DUN Perak makanya maslahah dan kebaikannya sudah pasti buat masyarakat di luar sana kerana perbincangan yang kita laksanakan pada hari ini buat kebaikan buat semua masyarakat di luar sana mudah-mudahan.

Baik, berkaitan isu gaji minima yang telah pun dibangkitkan di dalam perbahasan kekanda saya daripada Sungkai dan juga hari ini dalam soalan kepada saya sebenarnya saya sudah pun berhubung dengan keseluruhan kebanyakan GLC-GLC di dalam Negeri Perak bertanyakan pendapat dan juga apa pandangan daripada kesemua GLC-GLC ini. Cumanya setakat ini GLC-GLC masih lagi belum menerima secara sepenuhnya perkara the do's and the dont's yang bakal mereka kena atau pun bakal mereka perlu laksanakan berkaitan dengan isu gaji minimum ini. Jadi beberapa sesi libat urus saya difahamkan akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Persekutuan dengan wakil-wakil daripada GLC ini untuk melihat kadar kemampuan dan keupayaan GLC-GLC untuk menyerap sama ada boleh menerima pada kadar gaji minimum RM1,500.00 atau pun tidak yang pertamanya sudah bersedia atau pun tidak bersedia.

Yang keduanya juga seperti mana yang dibangkitkan oleh kekanda Sungkai sebentar tadi, permasalahan-permasalahan sebagai contoh pekerja yang sudah pun bekerja 10 tahun tapi gaji baru RM1,100.00 sebagai contoh atau pun mungkin pekerja yang baru bermula kerja adakah gaji dia akan sama dengan pekerja yang dah bekerja 10 tahun gaji minima RM1,500.00? Jadi inilah perkara-perkara yang bakal diperhalusi dan saya kena percaya atas konteks itu jugalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan supaya pelaksanaan ini akan bermula sekitar bulan Mei bukan bermula dalam masa yang segera.

Jadi beberapa sesi libat urus saya difahamkan akan dilaksanakan. Saya sendiri insya-Allah akan mengambil kebertanggungjawapan untuk menyampaikan apa saja bentuk berita dan juga keputusan kepada kekanda Sungkai, sebab saya tengok kekanda Sungkai sangat berminat dengan isu dan juga permasalahan gaji minima ini. Jadi saya mohon restu daripada kekanda Sungkai, saya akan memberikan makluman dari masa masa ke semasa berkaitan gaji minima kepada kekanda Sungkai. Insya-Allah. Kita akan terus berhubungan Changkat Jering dan juga kekanda Sungkai.

Bagi persoalan yang dibangkitkan oleh Pasir Berdamar dan juga Bercham, maha benar setakat hari ini kekosongan jawatan di dalam Negeri Perak terdapat hampir lebih 12,000 kekosongan jawatan yang belum diisi oleh warga dan juga mereka yang sedang mencari pekerjaan dalam Negeri Perak. Jadi daripada kajian yang telah pun dibuat oleh Pusat Aspirasi Anak Perak, di sinilah yang saya maksudkan tadi peri pentingnya Pusat Aspirasi Anak Perak untuk terus memainkan peranan sebagai agensi yang menerajui sumber manusia dan juga menerajui gerbang kerjaya di Negeri Perak. Justeru beberapa siri program- program sedang diatur dan telah pun dilaksanakan oleh Pusat Aspirasi Anak Perak dalam usaha kita yang pertamanya untuk terus memberikan pendedahan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan, ahli keluarga besar kita seperti yang saya maklumkan tadi mereka mungkin ahli keluarga dalam keluarga kita, ayah ibu atau pun adik kakak dan juga abang kita yang sedang mencari pekerjaan dan try to put himself into market place. Jadi inilah sebenarnya peranan yang perlu dimainkan bukan sahaja oleh jabatan atau pun agensi seperti PASAK dan juga Kerajaan Negeri sebaliknya untuk kita juga pemimpin-pemimpin di dalam kawasan masing-masing.

Yang pertama untuk kita terus menyampai dan menyebarkan maklumat supaya maklumat ini sampai tepat kepada sasarannya. Maknanya kalau kita tarik busar panah itu, busar panah itu tepat pada sasaran di titik merah di tengah-tengah. Mudah-mudahan. Jadi dengan keadaan kita tercapai kepada sasaran yang tepat kita mengharapkan supaya kita berjaya untuk memastikan kita menyediakan platform yang terbaik bagi mereka sedang mencari pekerjaan. Jadi siapa yang akan menyampaikan maklumat? Sudah pastilah PASAK akan menyalurkan maklumat ini kepada keseluruhan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN-ADUN, sebab itu kalau perasan ada satu standi kerjaya telah pun diserahkan oleh pihak PASAK atau pun Pusat Aspirasi Anak Perak kepada keseluruhan Pusat Khidmat di dalam DUN Negeri Perak. Pada awal peringkat awal kita nak menyerahkan standi ini kita menghadapi kekangan kerana ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang menolak dan tidak mahu menerima standi ini tapi bila kita menyampaikan maklumat kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang menolak ini, peri pentingnya standi ini dengan hanya menggunakan teknologi terkini scan QR code jadi kesemua mereka yang mendaftar dengan PASAK sudah boleh mengetahui dimana ada kekosongan pekerjaan atau pun kekosongan jawatan yang berhampiran dengan tempat mereka atau pun di dalam Negeri Perak secara keseluruhannya, berapa komposisi atau pun kekosongan jawatan yang ada di Negeri Perak dan bagaimana caranya untuk mereka mengisi kekosongan jawatan itu? Sebab tanpa maklumat yang baik, tanpa penyebaran dan juga penyaluran maklumat yang terbaik kepada mereka yang sedang mencari maklumat ini, sudah pasti kita akan mengalami satu terputusnya talian ataupun terputusnya maklumat dengan tidak sampainya yang maklumat kepada mereka akhirnya mereka tidak mampu untuk menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan. Itu yang pertama.

Yang kedua program-program yang sedang dan telah pun dilaksanakan oleh PASAK sendiri sebagai contoh program upskilling dan juga riskilling dalam usaha Kerajaan Negeri nak memastikan ke semua mereka ini mempersiap siagakan diri mereka dengan nilai-nilai tambah yang diperlukan dalam market forst sebagai contoh. Bagi contoh andaikata saya merupakan seorang graduan dalam bidang undang-undang seperti mana Pasir Bedamar, mungkin sepertimana Sungkai, sepertimana ahli Yang Berhormat yang lain sudah pasti sewaktu kita belajar kita hanya berfokuskan untuk menjadi seorang peguam bela dan juga peguamcara. Habis tak sangat kita fokus untuk kita menjadi sebagai seorang Hakim Majistret ataupun mungkin sebagai drafter ataupun orang yang menggubal undang-undang sebagai contoh. Tapi kadang-kadang kita terlupa di luar sana dalam keadaan kita nak menempatkan diri dalam bidang pekerjaan, mungkin daripada aspek teknikal sebagai contoh TVET ataupun daripada aspek upskilling, re-skilling kita perlukan. Jadi banyak kursus-kursus yang disediakan oleh pihak Pusat Aspirasi Anak Perak melalui Kerajaan Negeri Perak hanya semata-mata untuk melengkapkan dan memberi nilai tambah kepada graduan kepada pelajar-pelajar kepada seluruh ahli keluarga besar kita di luar sana, untuk meningkatkan daya upaya mereka dan juga memberi nilai tambah kepada mereka, supaya mereka berjaya untuk menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan dengan nilai tambah yang mereka atau sebagai contoh. Kemudian kita juga telah menyediakan satu latihan modul industri.

Dengan latihan modul industri ini kita mengadakan satu hubungan yang baik dengan keseluruhan pemain-pemain industri di dalam Negeri Perak terutamanya yang mana dengan sinergi yang baik ini akhirnya kita berjaya untuk menghasilkan satu kebersamaan bersama dengan pemain-pemain industri di luar sana. Bila mana ada kebersamaan, bilamana ada kerjasama yang sangat baik ini akhirnya wujudnya kosongan jawatan yang akan diisi dan juga bakal diisi oleh peserta-peserta dalam program latihan modular industri dan bagi pelajar-pelajar mahasiswa dan juga mahasiswi. Program terbaru yang disediakan oleh pusat aspirasi anak Perak dalam kita membekalkan kepada keseluruhan mahasiswa dan juga mahasiswi ini. Dengan bekalan supaya mereka boleh menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan sudah pastilah program yang kita namakan sebagai printis ataupun Perak employability scheme dengan izin Tuan Timbalan Yang Dipertua.

Dalam program perintis ini kita menempatkan ke semua pelajar-pelajar ataupun mahasiswa-mahasiswi yang bergelar graduan yang sudahpun bergraduasi untuk masuk dalam tempoh latihan untuk tempoh 6 bulan yang mana sebulan mereka dibiayai dengan nilai RM800.00 elaun mereka ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dan mereka ditempatkan di anak-anak syarikat GLC-GLC dan juga pemain-pemain industri yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka. Cabaran saya kepada semua peserta-peserta perintis dan sudah pasti ini juga merupakan cabaran daripada Kerajaan Negeri adalah untuk memastikan ke semua peserta-peserta perintis ini bukan sekadar bergelar peserta perintis untuk tempoh 6 bulan sebaliknya mereka akan menyebabkan majikan mereka keluh-kesah bilamana mereka menghantar surat notis sebulan sebelum tamat tempoh dari mereka dalam perintis tersebut, yang mana inilah tunjang kekuatan bagi syarikat tersebut dan majikan dalam hati mengatakan aku perlu untuk mengekalkan mereka pekerja aku ini sebab inilah kemahiran yang aku perlukan. Maknanya cabaran buat peserta perintis ini untuk memastikan mereka kekal di tempat mereka melalui latihan yang sedang mereka lalui sekarang. Dipersilakan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Changkat Jering. Adinda saya yang antara yang paling koje kereh di antara Exco-Exco syabas. Ada berapa soalan yang inginkan saya ajukan berkenaan dengan dengan PASAK sebagai satu wadah pula. Sana bagi Kerajaan Negeri. Satu berkenaan dengan modular training. Program modular training yang saya sendiri turut terlibat dalam membantu mencari kilang-kilang dan juga syarikat-syarikat untuk libatkan diri untuk mewujudkan dan juga memberi peluang pekerjaan untuk warga Perak, sama ada sekarang ni kita dah dah buka dana program Awang pun boleh dijalankan dah. Saya nak tanya apakah hasrat pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak PASAK dalam mewujudkan program-program outreach di mana satu taskforce khusus di wujud dibentuk untuk pergi berjumpa dengan kilang-kilang untuk melibatkan mereka dalam modular training? Sebab ada banyak kilang-kilang yang sebenarnya la ni pun belum dikaborkan ada perkara ni, ada benda ni, mungkin ada sedikit ruang untuk diperbaiki dari segi penyampaian maklumat atau memang perlukan satu inisiatif atau satu taskforce untuk pi jumpa demo. Itu satu cadangan dan meminta pandangan. Keduanya program-program sara diri mahasiswa yang sebelum ni ada, adakah dalam program tahun ini atau tahun-tahun yang akan datang entahlah berapa bulan dan tahun yang ada baki dengan mandat kita ni, adakah program sara diri mahasiswa akan diteruskan dan apakah cara tata kelola bantuan itu akan disampaikan?

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Exco masa Yang Berhormat Exco amat dicemburui. Baki 5 minit.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Baik terima kasih Tuan Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih banyak saya bersetuju dengan soalan yang pertama sebentar tadi untuk taskforce dan justeru itulah sebenarnya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Besar TVET Negeri Perak yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Kota Tampan. Sebenarnya kita telah pun menzahirkan rasa dengan mewujudkan dua lagi jawatankuasa kecil iatu jawatankuasa pelaksana TVET dan juga jawatankuasa TVET kecil. Yang mana jawatankuasa ini sebenarnya bertindak sebagai taskforce untuk terus menjalinkan hubungan yang baik bersama dengan pemain-pemain industri. Ini merupakan perkara-perkara baru yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Kota Tampan. Insya-Allah, mungkin lepas ni saya boleh libat uruskan sama-sama dan bersekali bersama dengan ADUN Pinji, untuk kita terus perhalusi dalam usaha kita nak memastikan apa yang telah kita laksanakan dan akan kita laksanakan ini berada pada tahap yang berimpak tinggi mudah-mudahan. Terima kasih banyak. Timbalan Yang Dipertua izinkan saya untuk menambah sedikit masa sebab saya nak sentuh berkaitan dengan perkara yang melibatkan pendidikan. Sebentar tadi berkaitan dengan sumber manusia yang mana dia punya core business dia sudah pastilah PASAK ataupun Pusat Aspirasi Anak Perak.

Untuk elemen yang kedua ataupun saya mencerakinkan kepada 3 perkara sebentar tadi, untuk perkara yang kedua dalam berkaitan dengan pendidikan yang dibangkitkan oleh kekanda saya Ahli Yang Berhormat Chenderoh anda juga Yang Berhormat Titi Serong suatu pembalasan semalam. Ada dibangkitkan berkaitan dengan keberkesanan program Tuisyen Cikgu Saarani. Yang mana program Tuisyen Cikgu Saarani ataupun TCS ini sebenarnya hasil ilham dan juga inisiatif daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Kota Tampan sendiri ya dan juga merupakan antara program Kerajaan Negeri yang sangat impak tinggi dalam usaha kita untuk terus memberikan bantuan secara direct ataupun secara terus kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Selain daripada sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh kementerian. Justeru suka untuk saya maklumkan kepada ADUN Titi Serong dan juga Chenderoh ya kekanda saya, sepertimana yang dikehendaki insya-Allah kita tunggu sahaja pengumuman demi pengumuman buat beberapa program sedang dirancang dan juga dirangka untuk terus kita memperkasakan program Tuisyen Cikgu Saarani ini dalam usaha kita nak memastikan sistem pendidikan yang terbaik kita berikan terus kepada anak-anak Perak terus kepada adik-adik dan juga pelajar-pelajar kita dalam usaha kita nak memastikan keberkesanan sistem pendidikan ini, akhirnya menjurus kepada satu perkara tak lain tak bukan seperti mana titah oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan juga seperti mana yang dinyatakan dalam Executive Talk perkara yang kelima oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Kota Tampan iaitu pendidikan yang berkualiti dan juga pendidikan yang bermutu teras kepada pembasmian kemiskinan tegar di Negeri Perak.

Mudah-mudahan dengan adanya program berimpak tinggi sepertimana program dalam Tuisyen Cikgu Saarani ini mudah-mudahan Kerajaan Negeri dengan sinergi yang baik dengan Jabatan Perikanan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga keseluruhan warga pendidik ahli keluarga besar kita. Mudah-mudahan dengan sinergi yang baik diantara ke semua pihak ini kita mampu menghasilkan menjelmakan yang pertamanya sistem pendidikan yang berkualiti tinggi dengan terbaik di Negeri Perak. Yang keduanya pencapaian prestasi Pendidikan Negeri Perak akan terus meningkat daripada masa ke semasa mudah-mudahan dan yang terakhir berkaitan dengan pergerakan mahasiswa, dipersilakan

Dr. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Terima kasih YB Exco. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, saya ingin mensyorkan. Saya melihat saya lama dalam bidang pendidikan ni. Dia bertukar je Pengarah Pendidikan Negeri dia ada slogan yang berbeza-beza. Dulu Perak Nombor Satu, sekarang ni we deliverlah, tapi sebenarnya kedudukan Perak di tahap kebangsaan ni dia tempat keenam, ketujuh ada kesembilan dari kedudukan dalam peperiksaan. Saya mohonlah agar YB Exco kita melihat, kita kalau boleh kita nak sama taraf dengan Negeri Terengganu dia punya pendidikan jauh lebih tinggi daripada pencapaian akademik dia. jadi kita hendak yang kualiti tadi. Yang kita nak Perak ini berada di tahap yang terbaik dan kita mohon pihak Exco sendiri merancang perkara ini bukan sahaja kita buat Program Tuisyen Saarani dan sebagainya. Kita ada sasaran bench marking dia. Penanda aras dia supaya pendidikan Negeri Perak ini mencapai tahap yang terbaik dan terbilang. Jadi itu cadangan saya.

Timbalan Yang di-Pertua

Masa Yang Berhormat dah tamat. Jadinya soalan yang terakhir dan penggulungan yang terakhir daripada YB Exco.

Dato’ Mohd Azhar bin JamaluddinUMNO · BNChangkat Jong

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih Exco berkaitan. Saya cuma nak undur sedikit ke belakang berkaitan dengan TVET tadi, PASAK dan pendidikan. Selain daripada collabarate dengan syarikat-syarikat dan sebagainya, apa yang saya lihat adalah perkara yang sangat penting yang saya nampak ruang yang terbiar begitu luas iaitu kita sepatutnya memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar terutamanya Tingkatan 3, Tingkatan 4 Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 supaya generasi ini dapat memahami dan dapat mengetahui ada tujuh untuk mereka memilih apabila mereka tamat persekolahan. Masalahnya apabila kumpulan ini tidak tahu, tidak faham dan tidak arah tuju ke mana nak pergi ke sama ada mereka. Yang cemerlang tidak ada masalah tetapi mereka yang tidak cemerlang dalam akademik ada ruang-ruang yang harus diberi dan didedahkan kepada mereka supaya mereka tahu hala tujunya selepas Tingkatan 5 seumpamanya. Selepas SPM, STPM. Saya nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya setiap hujung tahun.

Setiap hujung tahun PASAK ataupun agensi yang berkaitan ataupun swasta dan sebagainya masuk ke dalam sekolah. Beri kebenaran mereka masuk dan beri pendedahan kepada pelajar-pelajar ini seawalnya Tingkatan 3 tentang aktiviti TVET ini. Tentang peluang-peluang teknikal ini supaya mereka yang tercicir ataupun yang tidak cemerlang dalam akademik dapat memilih hala tuju yang lain selain daripada mereka. Lepas mereka sekolah mereka tak tahu nak buat apa. Kalau dapat dibuat Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5. Bila mereka dah habis tempoh persekolahan. Mereka dah tahu nak pergi ke industri asas tani. Dia nak pergi ke mekanikal. Dia nak pergi elektrikal. Dia nak pergi automotif. So, dia tahu direction dia. Jangan sampai bila dah habis baru buat program demikian dan susah nak cari budak-budak yang telah habis sekolah dah hilang entah ke mana. So, saya harap perkara ini dapat ditimbangkan dan diberi kebenaran di setiap daerah untuk melakukan perkara tersebut. Terima kasih.

Encik Ahmad Saidi bin Mohamad DaudUMNO · BNChangkat Jering

Terima kasih lima minit untuk saya gulung dan habiskan mudah-mudahan. Yang pertamanya daripada Lubok Merbau terima kasih banyak. Benar tukarnya pengarah maka bertukarlah motor dan juga visi mudah-mudahan tapi ke arahnya sama sebab insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan yang penting untuk terus menjadi antara pemacu utama selain daripada Jabatan Pendidkan Negeri ke arah pendidikan yang berkualiti buat anak-anak Perak mudah-mudahan. Jadi saya mengambil maklum perkara yang disampaikan sebentar tadidan untuk makluman juga supaya Program Tuisyen Cikgu Saarani ini adalah selari dengan program yang sedang diperhalusi oleh pihak Institut Darul Ridzuan dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri iaitu Program Perak Sentral 2025 dan juga supaya Program Tuisyen Cikgu Saarani juga ke arah 2025 pelan pemantapannya mudah-mudahan dan berkaitan dengan TVET sebentar tadi sebenarnya banyak program yang telah pun dibuat dilaksanakan oleh pihak Pusat Aspirasi Anak Perak berkaitan dengan TVET. Kita ada buat program di sekolah-sekolah pengenalan TVET kepada pelajar-pelajar di peringkat awal.

Sebagai contoh kita ada program TVET yang melibatkan masyarakat asal orang asli. Kita ada TVET yang melibatkan kaum wanita. Kita ada TVET juga yang melibatkan pemerkasaan bagi TVET secara keseluruhannya. Mudah-mudahan insya-Allah kita cuba libat uruskan sesi TVET ini bersama dengan pusat-pusat khidmat selepas ini mudah-mudahan. Cuma Tuan Timbalan Dipertua, izinkan saya untuk masuk sedikit berkaitan dengan pengupayaan mahasiswa sebab soalan sudah pun ditanya oleh Pinji sahabat saya sebentar tadi. Berkaitan dengan bantuan permohonan bantuan sara diri dan kecemasan mahasiswa Negeri Perak. Untuk makluman kita sedang mengemaskini sistem yang lebih baik. Insya-allah lepas ini sistem yang baru ini hanya ada dua jawapan saja kepada mahasiswa sama ada permohonan mereka diterima ataupun ditolak dan kita akan memberikan jawapan ini dalam tempoh dua minggu hari bekerja dan sistem ini akan mula dibuka pada 1 April 2022.

Maknanya kita meraikan wabak peralihan kuasa daripada pandemik ke epidemik. Lebih kurang macam itulah Pinji dan saya mohon kepada seluruh mahasiswa anak-anak Perak, mahasiswi anak-anak perak yang sedang mendengar ucapan ini secara live penggulungan ini boleh terus melayari pautan www.hestechperak.com rapat-rapat ejaannya semua tulisan kecil dot com dan segala bentuk maklumat berkaitan bantuan sara diri dan juga bantuan kecemasan mahasiswa ada dimaklumkan dalam itu dengan sedikit penambahbaikan daripada aspek jumlah pemberian bantuan. Kita tambah nilai jumlah pemberian bantuan untuk tahun ini mudah-mudahan. Jadi gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Grab this particular oppourtunity mudah-mudahan. Inilah kemaslahatan dan kebaikan dalam perbincangan sidang DUN ini kita sentiasa buat penambahbaikan untuk bukan sahaja keseluruhan rakyat Negeri Perak. Juga pengkhususannya kepada mahasiswa dan juga mahasiswi golongan belia dalam Negeri Perak secara keseluruhannya dan yang terakhir saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan perekayasaan politik yang dibangkitkan oleh Dato’ Seri daripada Pangkor dalam ucapan sewaktu menyokong Titah Paduka Seri Sultan Perak.

Suka untuk saya maklumkan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak beberapa sesi libat urus sedang dilaksanakan dan telah pun dilaksanakan dengan pihak Suruhanjaya Pilihanraya. Modus operandi utamanya adalah untuk kita memberikan pendidikan awal. Kita menggunakan teknik educated dan fasilitied kepada semua pelajar-pelajar ini supaya pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah terutamanya pelajar tingkatan 6 rendah dan 6 atas yang sudah pun boleh dan juga bakal menjadi pengundi diketengahkan dan didedahkan dengan hak dan juga apa yang terus and the dont yang mereka boleh buat dan mereka tidak boleh buat supaya mudah-mudahan dengan adanya kita memberikan kemudahan educated dan fasilitied ini. Mudah-mudahan kita membuka lebih ruang kepada mereka untuk mereka faham dengan jelas konsep pilihan raya yang sebenar. Dan mudah-mudahan kita dapat melihat mereka tahu hak mereka sebagai salah seorang pendaftaran pengundi di dalam Negeri Perak dan juga Malaysia secara keseluruhannya.

Akhirnya Tuan Timbalan Dipertua Dewan, mengakhiri penggulungan saya pada hari ini saya ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhorma Dato’ Kota Tampan serta keseluruhan sahabat-sahabat barisan Exco Kerajaan Negeri, kesemua ahli keluarga besar saya Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada di blok kerajaan mahupun pembangkang, barisan pegawai pegawai pentadbiran negeri, agensi mahupun GLC yang sentiasa tanpa mengenal erti penat lelah, siang dan malam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di dalam Negeri Perak secara keseluruhannya.

Saya juga menyeru dalam suasana yang mencabar ini. Marilah kita bersama-sama mengetepikan fahaman politik serta secara bersama-sama ada kerajaan atau pembangkang untuk saling bergandingan bahu dalam kita memacu pertumbuhan ekonomi Negeri yang lebih baik bagi mensejahterakan kehidupan rakyat Negeri Perak. Marilah juga kita memanjatkan doa kepada Allah Subhanahu Wa Taala agar Negeri Perak yang kita cintai ini berada dalam keadaan harmoni dan wabak Covid-19 segera berakhir supaya dapat kita bersama menjalani kehidupan seperti sediakala. Semoga setiap apa yang kita usahakan ini akan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Saya sekali lagi menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di atas titah ucapan perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas. Dirgahayu Tuanku. Saya akhiri penggulungan saya dengan pantun :

Madah Diungkap Santun Bicara Pantun Dilantun Mengusik Hati Salah Dan Silap Tutur Bicara Mohon Diampun Seikhlas Hati

Jangan Culas Di Ramadhan Yang Mulia Hindari Geng Plastik Hitam Dan Sifat Pelupa Kita Berbahas Demi Kemaslahatan Semua Semoga Manfaatnya Sama-Sama Kita Rasa

Timbalan Yang Dipertua Dewan Memakai Kopiah Memakai Kopiah Sambil Berdiri Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Mohonkan Hamba Untuk Mengundurkan Diri

Saya menyokong Titah Paduka Seri Sultan Perak. Akulilhauza Waastaghfirullahiwalukum. Pucuk sayur daun selasih. Thank you. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Changkat Jering. Sekarang kita mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Bota untuk menggulung perbahasan 30 minit daripada sekarang dipersilakan.

Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. selamat pagi dan selamat sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua selamat menyambut hari lahir hari ini. Yang Berhormat Dato' Seri Kota Tampan Menteri Besar Perak Majlis Mesyuarat, Ahli -ahli Yang Berhormat sekalian, Ketua Jabatan Persekutuan Negeri, agensi para petugas Dewan Negeri rakan-rakan media dan hadirin sekalian. Terlebih dahulu izinkan patik menjunjung kasih titah ucapan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang juga telah memberi perkenan untuk merasmikan pembukaan Dewan Negeri Perak Keempat Belas

Patik memanjat doa kehadrat Allah SWT agar kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berada dalam keadaan selamat dan sejahteranya. Alhamdulillah suka saya memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana dengan izinnya dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Perak Keempat Belas Perak Darul Ridzuan. Tidak lupakan ucapan terima kasih kepada Tuan Timbalan Yang Dipertua yang memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan penggulungan bagi portfolio belia, sukan, komunikasi dan multimedia. Sekalung penghargaan juga buat semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan memberikan cadangan serta kritikan yang membina dan insya-Allah akan saya beri perhatian yang sewajarnya demi kemajuan Perak sejahtera.

Hadirin sekalian saya mulakan dengan belia memetik lagi sekali titah Diraja di muka surat 22. Penglibatan belia secara aktif akan dapat membantu untuk meremajakan dasar yang telah tua meniup pembaharuan kepada suktur yang telah lama dan menyuntik darah muda kepada tubuh yang telah berusia. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan ribuan kasih kepada saudara Aswannudin, mantan Presiden Majlis Belia negeri Perak dan barisan jawatankuasa Majlis Belia negeri Perak yang telah menjalankan mesyuarat agung pemindahan Majlis Belia negeri di Perak yang baru yang telah melakukan satu transaksi yang baik selaras dengan persediaan untuk menghadapi Akta 688 iaitu belia berusia bawah 30 tahun yang kini presidennya adalah saudara Muaz berusia 32 tahun, timbalan presidennya saudara Wan Afiq berusia 24 tahun dan barisan kepimpinan yang di bawah umur 35 tahun saya amat yakin transisi kerajaan pimpinan belia di negeri Perak ni telah berjalan dengan sangat baik. Bukan sekadar diperingkat Majlis Belia negeri Perak tetapi juga di setiap majlis-majlis belia daerah dan juga badan-badan gabungan belia negeri Perak ini juga telah menonjolkan kepimpinan muda di bawah umur 35 tahun yang sudah semestinya mampu mencurahkan idea-idea yang baru dan memberikan pandangan yang konstruktif dalam meremajakan dasar dan meniup pembaharuan kepada struktur yang telah lama dan menyuntik darah muda kepada tubuh yang tua seperti titah Tuanku yang ingin memberikan kepercayaan kepada belia untuk mengambil tanggungjawab lebih besar dalam membangunkan bangsa.

Peremajaan dasar yang telah disentuh oleh beberapa orang sahabat Ahli Yang Berhormat antaranya Slim, Behrang, Trong, Pangkor. Langkah yang dirintis oleh MAIPKk membabitkan belia berperanan langsung menganggotai Majlis Jawatankuasa Baitulmal di peringkat, di pelbagai peringkat negeri dan juga daerah dan jawatankuasa masjid hendaklah dilebarkan dalam pelbagai jawatankuasa peringkat negeri, kerajaan tempatan, badan berkanun, institusi, yayasan dan sebagainya. Penglibatan belia secara aktif akan dapat membantu untuk meremajakan dasar ini menjunjung kasih titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Darul Ridzuan dengan melantik dua orang belia yang menganggotai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pada 19 Mac 2021 bagi membincangkan dasar dan gerak kerja belia dalam hal ehwal Islam di negeri Perak.

Seterusnya pelantikan belia di dalam jawatankuasa baitulmal setiap daerah menunjukkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak sentiasa cakna dan seterusnya mengiktiraf golongan anak muda dan sedia mendengar pandangan, cadangan dan juga idea-idea daripada belia. Di setiap masjid juga golongan belia diberi peranan mengetuai jawatankuasa masjid iaitu dua orang lelaki dan dua orang belia wanita di bawah umur 40 tahun. Ini menunjukkan keterlibatan belia di dalam masjid mampu memberi sumbangan idea bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan mengimarahkan masjid. Menyedari kepentingan tersebut portfolio saya BSKM juga telah melantik timbalan presiden Majlis Belia negeri Perak dan presiden Gerakan Mahasiswa Perak untuk mengetuai unit di bawah portfolio saya iaitu Unit Khas Sekretariat Belia Perak yang mana mereka inilah adalah kedua-duanya berusia awal 20-an dan saya juga menyeru kepada sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat khususnya Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk menyahut gerak kerja yang telah dimulakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri untuk kita melibatkan belia di dalam apa juga perkara di portfolio kita dan juga kursus ahli yang berhormat kawasan juga saya suruh untuk libatkan mereka di dalam gerak kerja kita.

Kita dah ada dah calon-calon khusus yang kita dah lantik yang telah dipilih dan sebagainya antaranya adalah ADUN-ADUN belia. Kalau tak kalau lihat mungkin mereka tak sesuai dari segi kerja dan sebagainya mungkin terganggu kerja, tugasan dan sebagainya kita tawarkan pimpinan-pimpinan belia di kawasan yang akan bersedia untuk membantu kita. Begitu juga Pusat Aspirasi Anak Perak iaitu PASAK yang mana kita sebenarnya ingin mencadangkan untuk melantik wakil belia sebagai ahli lembaga PASAK negeri tapi oleh kerana kekangan perlembagaan, penubuhan PASAK ia mengekang usaha tersebut oleh kementerian saya difahamkan PASAK akan melantik presiden Majlis Belia negeri Perak untuk menjadi jawatankuasa penasihat anak muda PASAK. Ini satu saya ucap terima kasih banyak kepada PASAK kerana menyahut cabaran ini dan saya juga ingin mencadangkan kepada PASAK kerana saya sendiri juga adalah ahli lembaga PASAK.

Saya nak mencadangkan agar diubah sedikit perlembagaan PASAK ini supaya janganlah kita tetapkan ahli lembaga PASAK ini terdiri daripada Exco sendiri. Kita boleh menjadi rakan strategik tapi saya cadangkan board ni Ahli Lembaga ni biarlah dilantik di kalangan mereka yang lebih berat antara kalangan belia ataupun di kalangan sekretariat lain, pihak-pihak lain yang lebih dapat menumpukan perhatian dan gerak kerja kepada PASAK walaupun PASAK memang kita tahu amat positif dalam gerak kerja gerak kerja menekani masalah ataupun peranan-peranan belia tersebut. Jadi saya juga memohon agar setiap kerajaan tempatan, badan berkanun, institusi dan yayasan dapat melibatkan golongan muda di dalam jawatankuasa penasihat bagi skop kebeliaan menyambut petikan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan itu meremajakan dasar.

Saya amat yakin Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dapat meningkatkan lagi jumlah penglibatan belia di dalam tadbir urus negeri. Saya yakin saya telah cadangkan kepada Yang Amat Berhormat untuk mempertimbangkan belia pimpinan belia untuk mengisi ruang di dalam GLC ataupun agensi-agensi di dalam Kerajaan Negeri Perak ini insya=Allah.

Mohon celahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Trong.

Terima kasih Bota. Menyentuh berkenaan dengan isu pembabitan belia dalam pengurusan ataupun pentadbiran Kerajaan Negeri ya. Walaupun MAIPK telah pun memulakan ya tetapi ianya dianggap sangat kecil ya sumbangan itu di mana lain-lain agensi masih belum memulakan. Jadi YB Exco kita kena ada satu penegasan di sini mungkin kita kena letakkan arahan atau kuota kepada agensi-agensi ini untuk memastikan keterlibatan itu berlaku bukan hanya sekadar macam saya cakap tadi ingin mengisi ruang kosong dan akhir sekali nanti belia menjadi kumpulan yang tidak percaya kepada kerajaan apabila mereka memilih untuk tidak mencampuradukkan mencampuri urusan kerajaan. Jadi kita tak nak ada belia yang begini dan akhirnya memilih kerajaan ataupun membuat pilihan yang salah di mana mereka tidak pun memahami secara betul bagaimana polisi dan dasar kerajaan dilaksanakan ataupun mungkin mereka meluat ada dasar, ada polisi tapi tak laksana.

Jadi mengapa perkara ini kita tak ambil inisiatif sekurang-kurangnya melibatkan belia dalam aktiviti mengurus dasar dan polisi kecil dalam kerajaan ataupun mungkin dalam jawatankuasa enakmen dan rang undang-undang kecil ni kalau kata ada punca kuasa yang boleh melibatkan belia tu juga bagus sebab dasar kita ni dasar yang dah dibina terlalu lama dan tidak ada penambahbaikan. Jadi sampai bila kita nak mulakan penambahbaikan dengan alasan tak ada orang nak buat, tak ada kumpulan-kumpulan tertentu yang boleh membantu. Sekiranya ada belia-belia yang boleh ada kemampuanlah yang yang mempunyai latar belakang dari segi undang-undang dan sebagainya kita ambil untuk membantu kerajaan itu sendiri. Jadi saya rasa kita tak boleh saja mengharapkan agar agensi itu menyahut kita kena ada satu momentum untuk memastikan agensi-agensi ini mengambil ruang ini untuk meletakkan belia supaya belia ini lebih menerima input dan pengetahuan berkenaan dengan pengurusan dasar dan polisi dalam khusus untuk Kerajaan Negeri Perak. Terima kasih.

Terima kasih sahabat saya dari Trong. Saya mohon masukkan dalam ucapan saya. Satu. Yang keduanya sekiranya saya ada kuasa itu insya-Allah saya akan laksanakan segera. Tapi saya akan cubalah untuk untuk mencari punca kuasa mana yang boleh kita usahakan bagi kita realisasikan hasrat tersebut. Sebab itu menyedari ada sedikit kelompongan saya lihat di dalam urus tadbir belia di Negeri Perak ni kerana kita tiada agensi khusus untuk menguruskan belia ini. Sekadar kita bergantung kepada Jabatan Belia dan Sukan sahaja yang mana mereka perlu uruskan perkara belia ia bersangkutan dengan pihak persekutuan. Pengkhususan untuk negeri punya tak ada. Sebab tu saya lihat antara langkah awal saya wujudkan unit kecil, sekretariat belia di bawah portfolio saya ni tadi. Saya berharap agar mereka dapat membuktikan akhirnya nanti sewajarnya diwujudkan Sekretariat Belia Perak itu sendiri, satu agensi yang sama sama seperti sekretariat wanita sama seperti sekretariat-sekretariat, sekretariat usahawan dan sebagainya. Jadi saya yakin dengan kehebatan dua individu yang mewakili kelompok belia yang besar ini iaitu Majlis Belia Negeri dan juga Gerakan Mahasiswa Negeri Perak ni yang akan membantu sedikit sebanyak dalam gerak kerja-gerak kerja kita. Terima kasih banyak Trong atas saranan tersebut dan saya amat menyambut baik perkara tersebut.

Jadi kita, saya sebenarnya berasa amat agak malu dengan apa yang berlaku kerana Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri yang mendahului kita. Jadi sewajarnya kita perlu mengikut benda yang telah dilaksanakan didahulukan oleh Duli Yang Maha Mulia tentang usaha-usaha pengiktirafan belia ini. Jadi yakin Belia Perak berada dalam proses transisi pembajaan, kepimpinan yang baik dan saya percaya mereka mampu mencurah idea memberi pandangan dan menyumbang sesuatu yang baharu kepada masyarakat demi kesejahteraan Negeri Perak tercinta dan seterusnya untuk program keremejaan dan pemerkasaan belia, lagi sekali ini program yang telah kita perkenalkan dan akan kita teruskan program ini yang mana kita akan beri insentif kepada golongan belia yang bertujuan untuk meremajakan belia di setiap peringkat daerah bagi mencari pelapis kepimpinan untuk menyediakan kesiapsiagaan kita dalam menghadapi pematuhan Akta 668 di mana mentakrif pembelian bawah umur 30 tahun. Yang mana untuk makluman semua pada 2011 hingga 2022, saya ucap terima kasih banyak kepada JBS khususnya Negeri Perak kerana membantu mewujudkan 135 persatuan-persatuan belia tunggal baharu yang ditubuhkan melalui insentif ini, inisiatif ini.

Ini kalau dilihat dengan negeri lain kita mendahului dalam perkara ini dan kita harap ianya akan memberi impak yang besar dalam pemerkasaan belia kita dan saya ingin mengucap terima kasih banyak juga kepada semua Majlis Belia Daerah dari gabungan yang telah melengkapkan dokumentasi yang begitu mencabar pada mereka iaitu dokumentasi maklumat yang kena diberi (MYKD). MYKD ini juga ada satu kekangan yang kita berikan tumpuan agar mereka dapat menguruskan perkara ini kerana saya selalu mencabar belia kita jangan kita bercakap degur-degur tetapi benda-benda yang kecil seperti ini kita tak dapat selesaikan. MYKD ni ada satu satu prasyarat penting untuk keabsahan pertubuhan belia itu sendiri. Jadi alhamdulillah saya melihat dah ada gerakan yang cukup agresif untuk MYKD ini. Terima kasih pada majlis belia negeri khususnya yang telah membantu urusan-urusan ini. Cuma saya ingin mengingatkan juga kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia agar membantu menjadi pemudah cara dalam urusannya. Jangan terlalu memberikan kekangan yang banyak di dalam urusan-urusan ini. Kalau ada perkara yang perlu dibimbing, bimbinglah sebaiknya. Janganlah terlalu rigid dengan apa yang apa yang kita perlukan. Hendaklah ada hubungan dan juga proses mediasi yang baik antara pertubuhan belia dan juga ROY ini.

Yang Berhormat sekalian, merujuk kepada sahabat yang telah membangkitkan juga berkaitan dengan Dewan belia. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kerana telah meluluskan RM400,000 dalam bajet yang lalu walaupun sebelum ini RM500,000, pengurangan RM100,000 tapi alhamdulillah, terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana telah membuat satu sesi libat urus dengan ADUN-ADUN belia di Negeri Perak. Walaupun tak ada dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kita baru dapat laksanakan lebih kurang 50% proses ini tapi dalam sesi libat urus ni Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah meluluskan sejumlah peruntukan RM122,000 kepada ADUN Belia kita ini bagi mereka menggerakkan gerak kerja mereka sendiri mengikut ADUN-ADUN, kawasan ADUN mereka sendiri untuk mereka menggerakkan gerak kerja yang bersesuaian dalam lingkungan RM2,000 seorang Dun Belia. Jadi walaupun saya tahu tak sebanyak mana, tapi ini adalah satu perkara yang cukup positif dan saya yakin kalau mereka selesaikan ambil wang yang besar dengan peruntukan ini, saya yakin tanpa dipohon pun Yang Amat Berhormat Kota Tampan akan meluluskan lagi peruntukan tambahan dengan apa yang telah kita buktikan. Jadi saya cabar kepada ADUN-ADUN Belia di luar sana yang ada 61 orang ni untuk menyahut apa yang telah diinsentifkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan dalam perkara ini dan seterusnya antara yang kita tekankan kepada peruntukan kursus ini mereka harus melaksanakan aktiviti atau program di peringkat DUN seperti pertubuhan Sukarelawan Belia Perak peringkat daerah dan antara keahlian dalam Belia Perak ini terdiri daripada calon-calon yang pernah bertanding iaitu dulu 257 orang yang bertanding bakinya tu lebih kurang 248 orang bolehlah dijadikan sebagai mengisi ruang untuk sukarelawan ataupun Think Tank mereka di kawasan-kawasan Dun mereka sendiri.

Seelok-eloknya melibatkan 4 elemen iaitu bencana alam, kebajikan, khidmat nasihat komuniti ataupun Perak Lestari dan Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan menggalakkan setiap DUN belia melibatkan apa juga aktiviti bersama dengan ADUN-ADUN kawasan masing-masing dan khususnya di dalam elemen khidmat nasihat komuniti untuk bergerak bersama dalam kesedaran kepada pengundi-pengundi bermula umur 18 tahun ini. Perkara ini boleh dilibat samakan dengan SPR dan juga menjadi ejen penyampai maklumat dengan izin, from bottom to top dan ahli mesyuarat sekalian, selain daripada itu saya juga memaklumkan kita sedang dalam tempoh terdekat ini di Perak di bawah potfolio saya akan mewujudkan melancarkan sukarelawan Belia Perak sendiri di bawah nama Silver Youth Volunteer di peringkat Negeri Perak yang fungsinya antaranya adalah apa yang telah dititahkan oleh Tuanku untuk membantu gerak kerja kerajaan dalam vaksinisasi sebagainya, projek pertanian bandar dan juga keselamatan makanan, food security. Ini adalah skop sukarelawan yang proaktif dan agresif di Negeri Perak. Insya-Allah kita akan laksanakan ini dengan kerjasama pihak YDR dan kita juga telah berkoloberasi dengan Sukarelawan Mahasiswa Perak (SUSEP) dan beberapa agensi-agensi lain pun kita tawarkan untuk menjadi rakan strategik kepada Silver Youth Volunteer ini dan seterusnya untuk kita mengimarahkan lagi gerak kerja belia dan sukan di kawasan-kawasan daripada akar umbi ini pihak portfolio saya telah memperkenalkan satu program iaitu Sambutan Hari Belia dan Sukan di peringkat daerah yang mana sebelum ini sambutan ini hanya dilaksanakan di peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan.

Jadi lagi sekali saya ucap terima kasih banyak kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana telah meluluskan dalam pakej rangsangan ekonomi untuk perkara ini dan kita telah menyalurkan kepada semua Majlis Belia Daerah sebanyak RM10,000.00 untuk kita laksanakan perkara ini kerana saya yakin dengan adanya program ini, pengimarahan gerak kerja beliau ini akan bertambah agresif lagi khususnya di peringkat daerah dan juga peringkat Kawasan dan kita juga yakin dengan kalau koloberasi JBS dan MSN juga akan memberikan ianya satu impak yang besar. Cumanya untuk kali ini pihak BSKM akan terus memberikan urusan pengurusan ini kepada Majlis Belia sendiri tapi mestilah bekerjasama dengan Pejabat Belia Sukan daerah dan juga Majlis Sukan daerah Yang Berhormat sekalian harapan kita agar dengan penganjuran julung ini juga ia akan memberi keterangan kepada golongan belia dan juga sukan di peringkat kampung kita untuk diberi pengiktiran dan kita harap tidak akan ada yang tercicir atau pun tertinggal dan terpinggir dan ini juga memajukan golongsn belia daerah untuk bersaing secara sihat bagi memenangi anugerah-anugerah yang akan kita perkenalkan dan terdapat sembilan anugerah khas yang akan kita pertandingkan di peringkat daerah dan insyaa allah ianya akan disambut pula sambutan Hari Belia dan Sukan di peringkat negeri Perak insya-Allah.

Slim minta mencelah. Saya ingin bertanyakan berkenaan dengan status Majlis Perundingan Belia peringkat Daerah, adakah masih diteruskan atau benda tu statik under peringkat negeri sahaja. Terima kasih.

Terima kasih. Untuk Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah masih lagi berjalan cumanya kita faham dalam tempoh dua tahun yang mencabar ini dia ada sedikit kekangan yang agak menampakkan ada kelompongan sikit gerak kerja ni, jadi insya-Allah dalam tahun ini saya baru-baru ini telah berjumpa dengan keseluruhan kepimpinan belia di peringkat negeri dan juga daerah kita akan kita telah menekankan untuk gerak kerja ini mesti dirasai dan juga disertai oleh semua peringkat khususnya peringkat daerah. Itu sebab kita perkenal perkara ni dengan majlis peringkat daerah yang akan berlangsung dan untuk makluman juga istimewanya Negeri Perak baru-baru ini dilaksanakan Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri yang buat pertama kalinya dipengerusikan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan ini tak berlaku di negeri lain jadi saya yakin ini kelebihan yang kita ada di Perak saya seru kepada belia-belia di Perak gunakan ruang dan peluang ini untuk kita dapat apa yang ingin kita perolehi untuk kita bantu belia kita sementelah adanya YB Chenderiang sebagai YB Menteri Belia dan Sukan Negeri.

Tambahan sikit boleh. Terima kasih Bota sekali lagi. Saya sebenarnya apabila melihat apa yang dirancang oleh YB Exco Belia saya rasa pendekatan itu adalah sangat baik namun kadang-kadang kita kena lihat belia ni dia ada banyak jenis. Jadi kalau kata kita fokus sukan memang kita akan jumpa sukan takraw, akan ada group belia yang suka takraw je. Lepas tu kalau game online ataupun apa-apalah PUBG dan sebagainya kita akan jumpa geng PUBG je. Lepas tu yang perempuan ni kita kurang nak engage mungkin kena ada juga penglibatan belia daripada banyak jenis belia. Belia yang suka berfesyen, belia yang suka main tik-tok, belia ikon-ikon game, ikon-ikon takraw ataupun ikon-ikon futsal, kita tak keluarkan produk ikon ini sebab orang tak nampak orang nampak macam belia ni dia sibuk diri dia je yang mana duduk dalam belia yang tu je bekerja tapi tak ada ikon yang dikeluarkan yang boleh menjadi contoh yang baik kepada belia yang tercicir ni khusus belia yang berada di remote area kampung dan sebagainya yang tidak mengikuti arus belia-belia ni, persidangan-persidangan belia dia tak online pun dia tak minat pun jadi dia lebih minat layan Facebook, layan tik - tok, layan IG. Jadi bagaimana kita nak menghasilkan ikon-ikon belia daripada berjenis-jenis bidang ni? Terima kasih.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Bota. Saya nak setuju sebenarnya dengan apa yang disampaikan boleh Trong cuma sedikit cadanganlah waktu saya berada di sebelah sana. Salah satu program bernama Perak Youth Power yang sebenarnya merupakan wadah untuk menggembleng belia berpersatuan dari bermacam-macam persatuan belia dan yang tak berpersatuan juga dilibatkan, kita mengikut zon mungkin itu adalah salah satu cara yang mungkin Yang Berhormat boleh pertimbangkan untuk mencapai apa yang dicadangkan dan dicanangkan oleh Yang Berhormat Trong. Keduanya ada sedikit soalan saya saya dapat sikit maklum balas berkenaan dengan program celik negara dari sesetengah pesertanya dan deme ni rasa ghairah untuk menyertai program tersebut tetapi setelah sertai program tersebut sebab dia lebih bersifat forum dan deme ni tak berapa faham apa yang nak disampaikan.

Mungkin perkara ini boleh diperbaiki sikit sebab kalau pesertanya tak kurang kurang reti apa yang nak disampaikan program tu agak membazir masa peserta dan juga pihak-pihak penganjurlah dan juga tak mungkin IDR boleh dilibatkan secara lebih mendalam dalam dalam apa nama dalam proses perungkaian silibus atau isi kandungannya dan keduanya saya mohon pendapat atau pendirian Kerajaan Negeri berkenaan dengan isu penghijrahan modal insan sebab penghijrahan modal insan atau brain drain. Acapkali kita ke sini sana dengar anak-anak muda sekarang dah buka ekonomi dah buka kembali dengar je dia deme kata ooo aku nak ke Kuala Lumpur, aku nak ke Singapore, aku nak pi cari kerja kat tempat lain sebab kat Perak ni kita kurang peluang pekerjaan. So, adakah sedikit atau sekurang-kurangnya ada usaha untuk membuat kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh tentang statistik-statistik di sebalik penghijrahan modal insan dan juga usaha mengekang penghijrahan anak-anak muda kita ke Singapore ke Kolumpor ke supaya mereka boleh terus menyumbang kepada ekonomi Negeri Perak? Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat EXCO, masa 5 minit

Saya mengikuti perbahasan sahabat saya tadi saya lihat ada tambahan minit yang cukup banyak. Saya mohon juga dipertimbangkan untuk saya jadi masih Trong dan juga Pinji berkaitan dengan cadangan itu. Yang pertama berkaitan dengan penglibatan yang lebih mendalam lagi untuk makluman juga, ini yang kita usahakan permulaan yang kita sedang usahakan untuk sambutan hari belia diperingkat daerah ini yang mana kita nak cuba dekati pihak-pihak yang mungkin sebelum ni kita tak tak jumpa kita tak nampak pun sebagainya dan salah satu pendekatan kita juga kita memperbanyakkan kategori anugerah ini. Kita perbanyakkan anugerah ini yang akan cuba kita libatkan semua pihak. Di Perak kita tambah tak silap saya sembilan kategori yang mana tambahan ini tambahan daripada peringkat federal, sekian angka saya lupa dah berapa semua tujuh kalau tak silap saya tapi Perak kita tambah lagi sembilan kategori untuk kita kembangkan lagi perkara ini, ini antara usaha kita. Jadi saya minta kita bantu sama-samalah usaha ni.

Yang kedua dengan celik negara bagusnya program celik negara ni saya lihat antara penglibatan yang datang sini bukan kita buat cara paksa. Kita tawarkan ada juga yang penawaran sukarela pun ada datang untuk join program ini dan dia ada banyak siri. Mungkin makluman tadi baru sempat menyertai siri yang pertama. Mungkin dia tak hadam lagi tu dia kata tadi mungkin siri kedua dia tak dapat nak sertai. Jadi kalau boleh sertai kesemua siri untuk akhirnya kita hadam dengan apa yang kita buat ini dan kita berhasrat penyertaan ini mereka akan menjadi wakil kita pulak, dalam konsep training and trainers tadi kita mungkin kita lantik mereka untuk jadi antara ejen kita bagi menjayakan visi ini dan seterusnya itulah ini akan kita perhalusi dengan PASAK khususnya, ini PASAK dan kita faham antara kekangan tetapi sebenarnya kita pun terkejut juga penghijrahan ada juga isu yang mana belia kita pula tak nak keluar kerana nak selesa duduk di kawasan sekitar. Kalau boleh kilang nak bubuh di depan rumah baru dema nak kerja dan sebagainya. Ni pun satu benda yang yang kita hadapi. Kita ada satu memenuhi keperluan-keperluan semua pihak ini adalah satu cabaran kepada kita yang perlu kita halusi bersama. Ok, dan seterusnya undi 18 saya dah sentuh saya nak pergi ke sukan sikit Tuan Yang Dipertua. Untuk makluman untuk sukan kita sedang bekerja sama dengan MSN untuk kita juruskan sukan ini sebagai satu kerjaya.

Ini satu kita tak nak lihat atlet-atlet hebat kita akhirnya ada terbiar kehidupan yang larat dan sebagainya ni kita sedang usahakan melalui semua pihak pengurusan, jurulatih, atlet sendiri untuk kita kenalkan sukan ini sebagai satu kerjaya sebab tu kita telah membuat beberapa MOU nota persefahaman dengan IPTA di Negeri Perak yang khususnya yang dulu kita dah buat dengan USAS, UITM, Politeknik dan yang terkini saya ucapkan terima kasih banyak pada Universiti Teknologi Petronas juga telah membuat MOU dengan kita. Ni satu universiti yang cukup prestij tapi bersedia untuk berkolaborasi dengan MSN Perak bagi menerima atlet-atlet Perak ni untuk mengikut pengajian di UTP. Ini satu dengan dengan beberapa faedah yang yang cukup baik untuk mereka gunakan ni satu saya ucapkan terima kasih banyak kepada UTP khususnya saya tak sangka mereka bersedia untuk cara ini dan insya-Allah dalam tempoh terdekat kita akan buat MOU juga dengan Universiti Sultan Idris Shah ataupun UPSI. Tuan-tuan sekalian, dan kita lihat juga ini adalah satu perkara yang cukup penting dan saya ucapkan terima kasih banyak dalam konteks kerjaya ini juga saya ucapkan terima kasih banyak kepada beberapa GLC, PBT dan SUK sendiri yang mempertimbangkan atlet-atlet ini untuk mengisi berapa perjawatan di...

Timbalan Yang di-Pertua

Lubuk Merbau.

Dr. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

YB Exco...

Sikit lagi...

Dr. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Sikit lagi...

Di kawasan mereka yang yang terbaru contoh yang terbaru yang terbaik dengan saya bagi tahu hari ini Saudara Meor iaitu Tekong terbaik MSL yang baru-baru ini merupakan staff kepada SADC dan ini merupakan satu perkara dan yang lebih mengembirakan saya beliau juga baru-baru ini dah menerima ijazah di dalam menamatkan pengajian beliau di universiti awam. Silakan.

Dr. Jurij bin JalaludinUMNO · BNLubok Merbau

Terima kasih YB Exco. Terima kasih Timbalan Speaker. Ini tentang bola sepak ni. Hari tu saya mengucapkan tahniah kerana ada usaha daripada Exco Belia untuk menjaga pihak remaja ni, golongan belia ni untuk team apa ni belia bawah 19 dan juga bawah 21 tahun. Saya ingin mencadangkan kerana Perak FC ni Perak FA ni dah tak tentu hala. Tak salah saya ada Akademi Mokhtar Dahari, dia merupakan satu sekolah khas untuk bola sepak. Jadi bola sepak ni adalah sukan nombor satu turun-temurun ni terutamanya Negeri Perak. Jadi kalau mencadangkan kepada Exco kita wujudkan satu sekolah yang lebih khusus untuk bolasepak ni seumpama Akademik Mokhtar Dahari itu. Sekian terima kasih.

Dato’ Sham bin Mat SahatUMNO · BNAlor Pongsu

Sikit YB Exco. Pasal bola ni. Ada kerisauan sedikit saya nampak kepada pasukan bola sepak Negeri Perak ni tentang pembayaran gaji. Mungkin besok adalah hari terakhir yang dibenarkan oleh FAM untuk Perak FC membayar semua pemain ataupun Perak kemungkinan akan menerima nasib seperti Negeri Perlis tidak dapat beraksi dalam liga hari ini mendatangkan kerisauan kita di Negeri Perak ini. Jadi apa peranan ataupun jalan keluar yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu Perak FC terutamanya dalam isu pembayaran gaji. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Kejap YB Exco. Pasir Pinji dulu kemudian Titi Serong. Kemudian jawab terus.

Saya bagi Titi Serong dulu. Nak tebus salah dulu.

Yang Berhormat Exco, saya senada juga lah dengan Alor Pongsu. Kita menjuarai Piala Malaysia 2018 dan tak sampai dalam tempoh tiga tahun daripada sebuah pasukan yang disegani akhirnya merudum ke Liga Perdana. Jatuh ke Liga Perdana dalam keadaan bukan dalam keadaan bersedia, mungkin akan lagi teruk la kan. Jadi pada saya sebenarnya polemik ini berlaku apabila ada kepentingan dua kem sehingga kita terpaksa melihat ada dua AGM pula yang dilaksana dua kumpulan ni dan saya paling sedih bukan sedih, tertanya-tanya kenapa Pesuruhjaya Sukan terlalu lama mengambil keputusan untuk menentukan siapakah pihak yang layak untuk menerajui PAFA dan saya harap lah YB Exco ambillah perhatian perkara ini kerana bola sepak adalah sukan negara, sukan negeri cuma kita biarlah kita berbelanja mengikut kadar kemampuan kita sendiri. Janganlah kita berlebihan pada sukan yang kita faham memang permintaan sangat tinggi cuma jangan membebankan kantung Kerajaan Negeri. Perlu seimbang juga dengan sukan-sukan yang mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk menaikkan nama negeri. Contohnya takraw, basikal, hoki dan saya memahami apa perasaan yang dihadapi oleh YB Exco. Saya pernah berada di situ. Insya-Allah saya sentiasa beri sokongan cumanya dia kadang-kadang orang kata hukum karma ni berlaku balik semula kan. Terima kasih.

Dato’ Sham bin Mat SahatUMNO · BNAlor Pongsu

YB, YB.

Saya minta ringkas. ringkas dan ini. Pinji dulu, lepas tu baru. Jangan olah pula. Ringkas je.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Bota. Ringkas, sangat ringkas. Isu yang sangat dekat dengan hati kita. Angkat berat. SUKMA akan datang. Isu pengurangan acara angkat berat untuk SUKMA. Isu yang sangat dekat dengan hati kita. Saya rasa pendirian di sebelah sini dan di belah sana bersolidariti dengan sukan pasukan angkat berat Negeri Perak perlu kita terus menekan supaya kezaliman tidak berlaku. Jadi saya di sini sebelah sini akan betul-betul berputih tulang dan tak akan berputih mata sehingga kepentingan pasukan angkat berat Negeri Perak akan diutarakan dan juga dilaksanakan secara adil.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

YB saya ni pasal peminat sukan di tempat saya ni dah kirim pantun. Jadi saya kena ambil. Sebenarnya mungkin YB dah disediakan. Baik, pantunnya berbunyi begini:

Kemelut bola tidak terperi, Peminat pula marah tak kira, Apa pula tindakan negeri, Usaha membantu kenalah segera.

Bola dan rakyat berpisah tiada, Bila kalah jangan alpa, Pemain dok kata kita tak jaga, Kena lihat kebajikan depa.

Itu saja pantun untuk Exco.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Panjang lagi tak? Berapa minit lagi...

Timbalan Speaker, nak sentuh berkenaan telekomunikasi.

Timbalan Yang di-Pertua

Kejap-kejap. Bagi Exco dulu.

Settle ni dulu. Sekurang-kurangnya 10 minit kot.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok 10 minit dari sekarang.

Pertamanya berkaitan dengan bola sepak kita maaf saya sendiri pun terkesan besar dengan apa yang berlaku sekarang ini sebab itu saya pernah menzahirkan tak setuju juga dalam konteks ada dua kem hari tu rupa-rupanya bila saya risik ini juga saya nak ingatkan kepada Pesuruhjaya Sukan untuk lebih bertanggungjawab dalam membantu menyegerakan permasalahan ini. Saya difahamkan mereka dah rujuk dengan Pesuruhjaya Sukan tetapi Pesuruhjaya Sukan macam tak bersedia untuk bersama dalam menguruskan ini. Itu yang akhirnya berlaku 2 AGM hari tu yang dan tapi Alhamdulillah sekarang ni Pesuruhjaya Sukan dah mula masuk dan saya yakin akan ada jalan untuk PAFA. Untuk PAFA, yang terbaru berkaitan dengan Perak FC. Saya baru-baru ini telah pun berjumpa dengan pengurusan Perak FC. Kita pun bincang untuk saya minta izin untuk kita bantu berkenaan apa tawaran yang boleh kita buat tapi penawaran saya, penawaran Kerajaan Negeri bukan berskala besar.

Jadi baru-baru ni kita dah buat penawaran untuk kita bantu pasukan Presiden yang mana ini anak-anak yang baru nak nak bertatih ni yang akan kita usahakan perkara ini dan Alhamdulillah saya nak umumkan bahawa Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah meluluskan satu proposal daripada pihak saya dan MSN yang setelah berbincang dengan pihak Perak FC untuk menguruskan urusan pasukan Presiden ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM391,200.00 untuk pasukan Presiden kita dengan tagline projek ibu emas SUKMA 2022 kerana mereka ini juga akan kita masukkan dalam dalam pengisian slot SUKMA bola sepak kita ini. Jadi Perak FC pun dapat wang. Kerajaan Negeri pun dapat impak dan pemain pun dapat amalan mereka sendiri untuk kita bagi sedikit katanya istimewa walaupun mungkin sukan lain akan nampak macam kenapa mereka terlalu istimewa dan sebagainya. Ini kita cubalah bantu sama-sama menjawab perkara ini tetapi kita faham situasi bola sepak ni dia agak sedikit istimewa. Jadi untuk saya ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana telah meluluskan lebih kurang RM391 ribu ini untuk Presiden, team Presiden kita yang mana kita akan uruskan mereka hingga Oktober tahun ini. Kontrak mereka dengan Perak FC sehingga September tapi kita uruskan mereka hingga Oktober. Jadi insya-Allah ini satu perkembangan yang cukup baik dan doakanlah sama-sama untuk mereka memberikan persembahan yang terbaik akhirnya dapat mempertahankan pingat emas yang disandang oleh pasukan Perak, SUKMA Perak yang yang sebelum ni tiga kali berturut-turut yang telah kita pertahankan. Ni satu cabaran juga kepada saya dan seterusnya berkaitan dengan pembangunan tadi, ini antara penekanan kita lah.

Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang telah melulus dalam PRE untuk projek pembangunan sukan bola sepak yang kita khususkan dalam proses pembangunan. So, kita bersedia membantu bola sepak ni dalam kapasiti yang kita rasa kita boleh bantu. Dalam konteks pasukan utama tu memang kita ada kekangan. Sebab itu baru saya sendiri dalam sesi dengan Perak FC sendiri saya terkejut macam mana mereka boleh ditawarkan untuk pemilikan Perak FC sendiri kerana dalam tempoh yang singkat akhirnya mereka tak boleh nak bergerak ke depan lagi dan akhirnya jumpa kita untuk berkolaborasi, jadi kita sanggup dengan apa yang kita umumkan sahaja tadi setakat ini. Kalau ada gerak kerja yang lain tu kita akan usahakan bersama dan seterusnya untuk sukan juga saya nak maklumkan, di samping sukan sebagai kerjaya kita juga ingin menekankan sukan juga sebagai sumber Kerajaan Negeri kita. Ini memetik Titah Tuanku tentang sumber baru, yang mana kita telah membuat perancangan untuk pelaksanaan projek program ataupun kejohanan sukan di negeri Perak ini yang berskala sekurang-kurangnya peringkat nasional, peringkat kebangsaan yang disertai oleh negeri-negeri lain mestilah berskala dua hari untuk tempoh dua hari. Supaya mereka akan berada di sini. Menginap di sini, berbelanja di sini. Apa juga yang mereka buat tu akhirnya penyaluran sumber itu dapat dirasai oleh dalam konteks projek ekonomi giliran di negeri Perak.

Kita wujudkan satu unit khas untuk mengambil data berkaitan dengan berapa pengaliran-pengaliran ini berlaku, walaupun kita tak mungkin dapat angka yang spesifik tapi anggaran-anggaran itu kita boleh dapat juga untuk saya maklumkan kepada kerajaan khususnya Pejabat Kewangan Negeri yang saya lihat mereka seperti bersepsi sukan ini menghabiskan duit sahaja. Saya nak bagi tahu sukan juga adalah sumber baru kepada Kerajaan Negeri kita yang perlu dipertimbangkan untuk gerak kerja gerak kerja ni dan seterusnya yang paling penting saya seru agar sukan ini juga dijadikan sebagai gaya hidup kita kerana dalam keadaan sekarang terlampau ramai kawan-kawan kita yang tiba-tiba kita lihat tumbang dan sebagainya ini pun satu perkara perkara yang perlu kita kongsi, gaya hidup, walaupun bukan untuk jadi atlet tetapi mestilah kita bersukan untuk diri kita sendiri ini mengingatkan kepada diri saya juga. Silakan YB.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Berhormat, status sukan angkat berat untuk SUKMA akan datang.

ok sorry, status sukan, angkat berat. Ok, terima kasih banyak mengingatkan, saya catit tadi. Untuk angkat berat sebenarnya kita, dalam mesyuarat terakhir, berita baik yang kita perolehi kita adalah negeri yang begitu lantang memperjuangkan SUKMA ini mesti laksanakan seperti mana perjanjian asal 31 acara dan alhamdulillah sebelum ini pada bulan Januari, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA memutuskan hanya 21 cara sahaja yang dipertandingkan. Tapi berkat kerjasama sahabat-sahabat kita semua, termasuk Pasir Pinji yang dok fight, saya juga sendiri fight, persatuan-persatuan fight, akhirnya dalam mesyuarat yang terbaru dalam bulan ini, awal bulan baru-baru ini diluluskan perlaksanaan 31 acara SUKMA. Ini sebenarnya satu kemenangan kepada atlet kita, bukan kepada kita, kepada atlet kita dan saya ucap terima kasih banyak kepada KBS khususnya, itu saya kata penting juga ada sahabat-sahabat kita sini, YB

Menteri Belia dalam program di Ipoh pagi sampai ke petang. Saya bisik setiap hari setiap masa, 31...31... 31... akhirnya diluluskan 31 acara, campur dua acara demo dia tu silambam dan juga sipadi. Ini satu perkara yang cukup positif kepada kita. Jadi Yang Berhormat sekalian, dan insya-Allah saya minta agar kontinjen Perak gunakan ruang sebaik ini untuk kita buktikan bahawa Perak begitu menonjol dalam SUKMA ini insya-Allah.

Dan seterusnya, saya nak titipkan ucapan tahniah kepada, mewakili Kerajaan Negeri kepada bekas atlet Perak kita iaitu Shereen Vallabouy iaitu anak kepada Samson Vallabouy dan juga Josephine Mary yang merupakan atlet Perak yang telah pun memecahkan rekod 400 m dalam dewan, rekod yang berusia 16 tahun yang sebelum ini bertahan belas tahun dipecahkan oleh atlet kita dan insya-Allah kita akan berusaha untuk meraikan apa ini, untuk kita sampaikan insentif kepada mereka yang berjaya mengharumkan nama negeri Perak khususnya dan saya nak kongsikan juga berapa success story atlet kita ini antaranya Riften ada yang terbaru, bintang baru kita adalah pasangan adik beradik Mitsuki Leong Wei Kang, dan juga Shihomi Leong Li Xuan yang merupakan juara kejohanan tenis dunia yang berlangsung di Singapura baru-baru ini merupakan anak Perak kita dan akhirnya Dato' sekalian, saya juga ucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak kerana buat pertama kalinya Kerajaan Negeri, dasar sukan OKU, dasar sukan orang kurang upaya telah pun diluluskan oleh negeri Perak. Ini merupakan dasar sukan OKU yang pertama di negara kita khususnya untuk kita iktiraf atlet OKU kita ini. Bukan sekadar dasar saja yang diluluskan, saya ucap terima kasih lagi sekali, dasar ini juga disusuli dengan peruntukan khas untuk atlet OKU kita sebanyak RM700 ribu untuk diuruskan pengurusan sukan mereka ini maksudnya Para SUKMA dan sebelum ini langsung tak ada, yang hanya diluluskan oleh JBS semata-mata. Jadi terima kasih banyak pada negeri atas penzahiran komitmen kita kepada sukan.

Seterusnya untuk komunikasi kita, saya ucap terima kasih banyak pada YB Selinsing yang ada membangkitkan berkaitan dengan perkara ini. Cuma lagi sekali seperti mana dulu, kita ada satu program point of presence (PoP), hub infrastructur gen optic bandar yang menyambungkan pengkhususan ini kepada sekolah-sekolah. Ini sedang dilaksanakan, tapi saya tak berani nak umum lebih kerana kita sedang mengaturkan satu sesi taklimat pihak PoP di bawah MCMC untuk perkara ini. Walaupun ia melibatkan lebih kurang 500 lebih premis, sekolah dan juga industri. Jadi ini satu perkara yang cukup baik, dia bersifat jalur lebar yang tidak begitu memberi impak yang cukup positif kepada kita ini adalah salah satu daripada fungsian jendela yang sedia ada yang kita ada. Jadi kita antara pihak yang saya maklumkan dulu, kita adalah penerima terbanyak di Semenanjung dalam jumlah premis yang diberikan ruang untuk menerima PoP punya faedah.

Jadi ini yang ingin saya maklumkan pada hari ini dan seterusnya lagi sekali lah saya kira untuk komunikasi juga seperti mana yang ditekankan oleh dalam Titah Tuanku, Titah Diraja, kita juga ucapkan kasih banyak kepada pihak industri dengan turut merancakkan perkara ini, antaranya Telekom atau TM, TNB dan lain-lain pihak yang membantu usaha agresif tentang perkara ini. TM kalau kita lihat, begitu agresif dalam menyediakan internet jalur unifi di seluruh pelusuk negeri kita. Walaupun saya tahu akan ada sahabat-sahabat yang akan bangkit, tempat saya tak ada lagi, tempat saya tak ada lagi, memang itu antara perkara kekangan kita tapi penambahbaikan tu sentiasa berlaku, sentiasa berlaku dan bersedia untuk menerima pandangan dan cadangan kemudian Kalau ada pandangan berkaitan pengkhususan kawasan-kawasan tertentu yang perlu diambil perhatian, kita akan ambil maklum perkara ini dan ucap terima kasih banyak kepada pemegang taruh kita di Perak, MCMC di Perak yang begitu berkomitmen dengan perkara ini dan juga, saya tak nak sembang 5G kerana lebih keputusan saya kepada untuk meningkatkan liputan di luar di luar bandar ini khususnya dulu.

Timbalan Speaker, sikit berkaitan dengan Digital Perak. YB Exco, ketika saya memegang portfolio di sana, antara harapan saya adalah untuk meletakkan Digital Perak ini satu entiti yang boleh menjana pendapatan. Bermakna Kerajaan Negeri dah tak ada tanggungan, RM4 juta, RM5 juta setahun. Alhamdulillah, saya difahamkan ketika pembentangan Kota Tampan, Kerajaan Negeri berjaya menjimatkan perbelanjaan RM4 juta hingga RM5 juta setahun kerana Digital Perak telah boleh berdiri sendiri mendapat hasil daripada kutipan, sama ada cukai ataupun sewaan. So, Yang Berhormat Exco, boleh kongsikan apakah fokus untuk dalam 5 tahun, adakah Digital Perak ini, selain daripada dia orang boleh kutip untuk independant, bolehkah mereka mampu untuk memberi pulangan pula kerana industri komunikasi ini sebenarnya sangat luas Ia sebenarnya satu industri yang boleh making money dengan izin, terima kasih.

Ok, terima kasih. Ha, jangan nak celah lagi. Ok, untuk Digital Perak saja saya nak maklumkan mereka memang telah pun menjana pendapatan sendiri. Ini yang saya nak maklumkan juga dari segi sumber baru yang dititahkan oleh DYMM Tuanku dalam Titah Diraja semalam dan ini adalah antaranya yang saya lihat mereka sedang bergerak ke hadapan untuk perkara ini tambahan pendapatan yang saya ingin maklumkan setelah berapa gerak kerja di samping menara yang memang sah dan juga menara yang tak sah ini telah kita putihkan kita berjaya lebih kurang 700 menara. Ini merupakan pendapatan baru oleh kepada Digital Perak dan juga negeri Perak dan untuk pertama kalinya Digital Perak tidak diberi peruntukan oleh Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri melihat mereka dah boleh bergerak secara sendiri dan lebih menariknya pada tahun lepas saya difahamkan Digital Perak telah pun menyumbangkan RM500 ribu tak silap saya kepada Kerajaan Negeri untuk digunakan dalam kesejahteraan rakyat kita. Jadi ini antara dan 5 tahun ini kita akan mempergiatkan lagi khususnya dalam gerak kerja-gerak kerja yang lebih berkapasiti tinggi dalam konteks komunikasi ini khususnya dalam pelaksanaan 5G dan sebagainya Jadi ada akan saya susulkan perancangan lima tahun ini untuk makluman Yang Berhormat selaku mantan memegang portfolio di sini yang bersedia untuk bantu kami dalam kita jayakan visi misi ini.

Jadi lebih baik sekali terima kasih banyak pada Yang Berhormat Speaker atas ruang dan peluang ini. Mengakhiri penggulungan saya pada hari ini ingin saya zahirkan perhargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak serta seluruh barisan kepimpinan dan juga barisan pegawai pentadbiran negeri, agensi, GLC yang senantiasa berkhidmat melangkaui kebiasaan. Tidak mengenal erti penat lelah siang dan malam dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutamanya ketika dunia sedang diancam dan diuji pandemik. Jadi sebenarnya tugas lebih banyak lagi dan saya juga menyeru dalam suasana yang mencabarnya marilah kita bersama-sama mengenepikan fahaman politik serta secara Bersama-sama ada kerajaan mahu pun pembangkang untuk saling berganding bahu dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih baik bagi mensejahterakan kehidupan rakyat negeri Perak. Marilah kita bersama-sama memanjat doa kepada Allah Subhanahuwa Ta'ala agar negeri Perak yang kita cintai ini berada dalam keadaan harmoni dan juga wabak covid segera berakhir supaya dapat kita bersama menjalani kehidupan seperti sediakala. Semoga setiap apa yang kita usahakan ini akan dirahmati Allah s.w.t. dan saya sekali lagi menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan dan saya dan patik menyokong dan menjunjung kasih titah Tuanku. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Wassalamualaikum Warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Bota. Seterusnya sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Kampung Gajah untuk menggulung perbahasan 30 minit daripada sekarang.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perak Sejahtera. Yang Berhormat Yang Dipertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri, ketua-ketua agensi, para petugas Dewan Negeri dan rakan-rakan media yang dikasihi sekalian serta rakyat yang melihat dan juga melayari sidang Dewan Undangan Negeri Perak ini. Saya mulakan dengan Surah An-Nisa ayat 36 yang bermaksud, "dan sembahlah Allah, dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga dekat dan jiran tetangga jauh, rakan sejawat, orang Musafir yang terlantar dan hamba sahayaMu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri". Izinkan saya untuk menjawab pertanyaan, pandangan atau cadangan berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Timbalan Yang Dipertua. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa dengan limpah rahmat dan izinNya jua dapat kita bersama-sama pada hari ini dalam Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas. Di kesempatan ini saya dengan penuh hormat dan takzimnya merafakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-Lah sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Keempat Belas. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas singgah sana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Dato' Yang Dipertua Dewan Negeri, Timbalan Yang Dipertua, Yang

Amat Berhormat Kota Tampan di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan penggulungan bagi portfolio Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan memberikan cadangan serta kritikan membina di mana akan diberi perhatian sewajarnya di bawah portfolio saya. Izinkan saya mengulas mengenai fokus utama Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada tahun 2022 iaitu fokus yang ketiga, meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Menangani kemiskinan adalah tanggungjawab kita bersama. Mengagihkan pendapatan secara adil lagi saksama pula adalah tugas wajib kita sebagai pemimpin. Khidmat sosial dan kebajikan kepada golongan rakyat terutama di kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan golongan rentan akan terus diberikan perhatian. Tidak ada rakyat yang harus merasa terpinggir atau dipinggirkan dalam sebuah negeri yang dilimpahkan Ilahi dengan pelbagai sumber kekayaan. Di negeri Perak, 5 lokaliti telah dipilih sebagai Projek Rintis Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMPKM) yang akan dilaksanakan bermula April ini. Program ini bertujuan membasmi miskin tegar menjelang tahun 2025 dengan fasa pertama akan membabitkan 80 lokaliti perintis di seluruh negara. BMPKM akan menubuhkan unit kemiskinan khusus pada peringkat Persekutuan, Negeri dan juga daerah. Mewujudkan pengkalan data kemiskinan bersepadu dan berpusat, meningkatkan program pendekatan dari bawah ke atas melalui pendekatan keseluruhan negara full of Malaysia approach dengan izin dan melaksanakan penyelesaian kemiskinan pada peringkat akar umbi. Untuk makluman Yang Berhormat, 5 lokaliti tersebut ialah yang pertama Kampung Kuak Luar Hulu Perak. Yang kedua Perkampungan Orang Asli Kabel RPS Banun Hulu Perak. Yang ketiga Kampung Batu 3 Segari Manjung. Yang keempat Kampung Batu 14 Kerian dan yang kelima Perkampungan Orang Asli Poh Pos Musa AZ Batang Padang. Aktiviti ekonomi yang dicadangkan kepada peringkat kementerian seperti penternakan kambing, pertanian cili fertigasi, peralatan nelayan dan perniagaan diharapkan akan dapat membantu menambahkan pendapatan isi rumah di kawasan tersebut.

Bagi menjawab isu kemiskinan yang dibangkitkan oleh YB Jalong. Teja, Canning dan Tebing Tinggi, Kerajaan Negeri amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan menyediakan peruntukan sebanyak RM31.8 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berupa Skim Bantuan Am iaitu bantuan bulanan sebanyak RM300.00 sebulan kepada penerima yang berkelayakan. Untuk Kad Perak Prihatin pula, bermula tahun 2022, Sekretariat Wanita Perak telah diberikan tanggungjawab sebagai penyelaras dan urusetia Program Kad Perak Prihatin (KPP) yang baru menggantikan Brand Equity Sdn Bhd (BESB). Oleh itu saya merakamkan setinggi penghargaan kepada BESB dan PKNP atas komitmen dan kerjasama baik sebagai penyelaras KPP bermula awal pelaksanaannya pada April 2019 sehinggalah pada Disember 2021. Bagi tahun 2021, jumlah peruntukan yang diluluskan untuk Kad Perak Prihatin adalah sebanyak RM25.2 juta dan pada tahun 2022 peruntukannya berkurangan kepada RM22.8 juta. Sehingga kini jumlah penerima sedia ada seramai 18,1761 orang dan sebahagian besarnya terdiri daripada Penerima Bantuan Bulanan JKM tahu juga Baitumal. Justeru itu, sebagai penyelaras dan urusetia

Sekretariat Wanita Perak akan memastikan program pembelian barangan asas dan bantuan rawatan kesihatan di bawah KPP ini dilaksanakan dengan sebaiknya dan memberi manfaat kepada penerima yang layak. Menjawab yang dibangkitkan oleh YB Hulu Kinta, syarat permohonan KPP adalah merupakan rakyat negeri Perak atau pun menetap di sini dengan berpendapatan rendah.

Permohonan baru yang diterima akan diproses melalui semakan silang bersama Agensi Pemberi Bantuan yang lain dan berdasarkan pendapatan perkapita isi rumah. Kelulusan permohonan akan diproses dalam tempoh maksimum tiga bulan dan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Kad Perak Prihatin. Kadar pembelian barangan asas makanan kekal RM80.00 sebulan. Penambahbaikan yang telah dilakukan adalah kemudahan rawatan kesihatan dinaikkan daripada RM50.00 kepada RM70.00 sekali rawatan. Berkaitan dengan bantuan bencana, bantuan kepada mangsa bencana seperti banjir dan ribut yang diberikan oleh JKM iaitu bantuan pemulihan bencana… sila Simpang Pulai.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Tadi saya perhatikan apa yang dijawabkan oleh Yang Berhormat Exco tadi tentang mekanisma atau pun tempoh untuk crosscheck dan kelulusan sesuatu permohonan itu. Ianya mengambil masa dalam tempoh tiga bulan. Seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Pangkor semalam dan juga dibangkitkan oleh saya, adakah mekanisma ini berpatutan releven untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan. Bagi saya tempoh tiga bulan itu adalah sesuatu tempoh yang agak panjang. Kalau bagi orang biasa tu biasa tetapi bagi orang yang memerlukan bantuan itu tiga bulan makan tiga minggu itu pun kira lambat. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Exco, adakah ada cara-caranya untuk memendekkan tempoh itu saya faham ada kekangan dari segi tenaga sumber manusia, dia kena ada banyak prosedur yang perlu dijalankan tetapi adakah cara-cara lain untuk mengatasi masalah tu? Saya rasa ADUN-ADUN dibelah kerajaan dan pembangkang juga mengalami masalah yang sama atas isu pajakan, dia ambil masa panjang lepas tu reject. Prosedur dia pentadbiran tu mengambil masa yang agak panjang. So, saya mohon pandangan Yang Berhormat Exco, adakah dalam peringkat kajian semula tentang prosedurnya pendekkan tempoh perbaikikan keadaan tersebut. Terima kasih.

Ok, terima kasih. Pandangan YB tu adalah satu pandangan yang baik dan sekarang ini tahun 2022 kita yang akan menyelaraskan kad Perak Prihatin ini adalah Sekretariat Wanita Perak di mana saya berharap supaya Sekretariat Wanita Perak akan mengambil maklum perkara ini dan yang dikatakan tiga bulan itu adalah tempoh maksimum sehingga tiga bulan tetapi pada kes-kes kecemasan ya, ada juga kes-kes kecemasan dan sebagainya akan dipertimbangkan mengikut waktu yang yang lebih pendek. Jadi pandangan Yang Berhormat itu diambil kira dan Insya-Allah di bawah Secretariat Wanita Perak kita akan cuba memendekkan masa untuk mengisi kuota kad Perak Prihatin yang masih kosong ini.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

YB cuma tambahan sikit. Kalau boleh saya ingin cadangkan mengesyorkan kepada pihak kerajaan atau pun YB Exco supaya KPI itu pendekkan lagi tempoh. Jangan kita letak maksimum dia tiga bulan. Kalau kita letak maksimum tempoh dia tiga bulan ada kes-kes yang cepat tapi ada kes-kes akan lambat sampai tempoh tiga bulan. Kalau katakan boleh pendekkan tempoh dalam tempoh sebulan itu menjadi KPI untuk kelulusan maklumbalas saya rasa itu memahami keadaan semasa. Terima kasih.

Ok terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai. Kalau dulu mungkin KPI empat kali setahun kelulusan tetapi saya yakin pada tahun 2020 ini akan dipendekkan lagi dan dan kita akan cuba yang terbaik supaya begitu juga bagi kes-kes penerima kad ye Yang Berhormat, kad yang telah meninggal dunia juga dia juga mengambil masa untuk kita menggantikan dan kita harap KPI yang akan ditetapkan juga akan mengambil maklum perkara ini juga supayanya apabila dimaklumkan sahaja ada penerima kad telah meninggal dunia kita dapat menggantikannya dengan segera. Terima kasih Yang Berhormat. Ok saya teruskan kepada bantuan bencana. Bantuan kepada mangsa bencana seperti banjir dan ribut yang diberikan oleh JKM iaitu bantuan pemulihan bencana bukanlah bersifat bayaran ganti rugi atas pampasan kerosakan yang dialami oleh mangsa. Bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mangsa. Jumlah bantuan pemulihan tersebut yang boleh dipertimbangkan adalah sebanyak maksimum RM3000.00 bergantung kepada tahap kerosakan kediaman dan juga bilangan isi rumah yang terlibat. Menjawab kepada Yang Berhormat Pasir Pinji adalah dimaklumkan Kerajaan Negeri buat masa ini mengguna pakai garis panduan pemberian bantuan kepada mangsa bencana alam sejak tahun 2020. Bantuan ini disalurkan melalui Akaun Amanah Tabung Bencana di Pejabat Daerah dan Bantuan Sosial Negeri Perak.

Pemberian bantuan bencana pada kadar berikut, Bantuan Ehsan Pengurusan Kematian akibat bencana RM2000 bagi setiap kematian, bantuan RM300 bagi setiap ketua isi rumah yang terlibat dengan bencana sama ada berpindah ke PPS, tidak berpindah atau berpindah ke lokasi lain selain daripada PPS, yang ketiga bantuan sebanyak RM2000 bagi rumah musnah keseluruhan, yang keempat bantuan RM500 hingga RM800 bagi nilai kerosakan kemudahan asas rumah bernilai antara RM5001 sehingga RM50,000 dan yang kelima bantuan RM200 bagi kerosakan perkakasan rumah tidak melebihi RM5000. Kerajaan Negeri akan mengkaji semula amaun yang ditetapkan supaya bersesuaian dengan keadaan semasa tertakluk kepada kedudukan kewangan negeri. Selain itu Kerajaan Negeri juga akan mempertimbangkan bantuan kepada pasukan bomba bagi menghargai sumbangan mereka.

Berkaitan dengan portal, respon kepada Yang Berhormat Canning, Pangkor dan juga Yang Berhormat Trong, satu pengkalan data kemiskinan bantuan kemiskinan secara bersepadu bagi tujuan penyelarasan bantuan fizikal telah pun dibangunkan oleh Kerajaan Negeri melalui UPEN, IDR dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) yang dinamakan Portal Perak Sejahtera. Objektif sistem ini adalah untuk mewujudkan satu pangkalan data bantuan kemiskinan secara bersepadu dan dapat digunakan oleh agensi pemberi bantuan untuk membuat semakan permohonan. Ia juga bagi mengelakkan pertindihan bantuan dan memastikan peruntukan bantuan dapat disalurkan kepada golongan sasar secara maksimum. Ini dapat membantu pembuatan keputusan berpacukan data dan perancangan bantuan kemiskinan secara menyeluruh oleh KerajaanNegeri. Sistem portal ini akan melibatkan peranan empat pemegang taruh utama iaitu pengurusan tertinggi, agensi pemberi bantuan, penjawat awam dan juga rakyat. Kerajaan Negeri mensasarkan pengemaskinian data secara berkala data penerima daripada 16 agensi utama seperti LHDN, Yayasan Perak, MAIPK, Felcra, JKM, NCIA dan lain-lain lagi.

Timbalan Yang Dipertua, respon kepada Yang Berhormat Aulong yang membangkitkan isu perkahwinan bawah umur. Untuk makluman semua, dalam Enakmen Keluarga Islam Perak 2004, umur minimum perkahwinan ditetapkan pada usia 18 tahun bagi lelaki manakala 16 tahun bagi wanita kecuali permohonan perkahwinan mendapat kebenaran daripada Hakim Syarie secara bertulis dalam hal dan keadaan yang tertentu. Perkahwinan bagi orang bukan Islam tertakluk di bawah Akta Membaharui Undang-Undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 Akta 164. Bagi mendaftarkan perkahwinan, permohonan perempuan mestilah genap 16 tahun. Jika kurang dari 18 tahun perlu mendapat kelulusan di bawah Seksyen 212 oleh Menteri Besar Perak yang diturunkan kuasa kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri. Permohonan lelaki pula mestilah genap 18 tahun. Jika belum mencapai 21 tahun perlu mendapat persetujuan bertulis dari ibu atau bapa.

Terdapat 6 punca perkahwinan bawah umur yang dikenalpasti iaitu yang pertama pendapatan yang rendah dan kemiskinan, yang kedua kekurangan pendidikan kesihatan reproduktif seksual, yang ketiga kekurangan atau pun tiada kemahiran keibubapaan, yang keempat kekurangan atau ketiadaan akses kepada pendidikan, yang kelima stigma masyarakat dan yang keenam undang-undang yang masih membenarkan perkahwinan bawah umur. Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Wanita Perak akan mengadakan sesi perbincangan dan advokasi dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti JAIPk, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Kehakiman, Jabatan Pendidikan, JKM, JPW dan LPPKN bagi melihat cadangan untuk meningkatkan had umur perkahwinan tersebut. Ini adalah kerana perkahwinan bawah umur bukan sahaja perlu ditangani melalui perubahan perundangan malah melalui pendidikan advokasi, kesihatan, pengukuhan institusi keluarga serta sokongan sosio-ekonomi masyarakat. Dalam hal ini saya menyeru semua pihak yang berkepentingan sama ada pemimpin tertinggi hingga ke pemimpin akar umbi untuk lebih prihatin dan bersama-sama menyokong usaha kerajaan dalam menangani perkahwinan bawah umur di negeri ini demi menjamin masa hadapan kanak-kanak kita.

Timbalan Yang Dipertua, merujuk syor daripada Yang Berhormat Temengor bagi mengupayakan wanita bekerja dari rumah dan menjalani jadual kerja anjal, Kerajaan Negeri sememangnya telah pun melaksanakan jadual kerja anjal dimana pegawai dibenarkan untuk mula masuk bekerja bermula antara jam 7.30 hingga 9.00 pagi dan waktu tamat bekerja antara jam 4.30 petang sehingga 6.00 petang. Pelaksanaan PKP telah membuktikan bekerja dari rumah BDR dapat dilaksanakan dengan efektif di sesetengah jabatan. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengkaji cadangan untuk meneruskan BDR mengikut kesesuaian perkhidmatan dan kebenaran ketua jabatan.

Timbalan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, seterusnya saya pergi kepada antara program yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat pada tahun 2022. Ini adalah, yang pertama adalah program pengupayaan ekonomi wanita ataupun diberi nama BISMITA. Memetik titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dalam menumpukan usaha merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil, lebih saksama, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Wanita Perak, Sekretariat Usahawan Perak, STeP dan PASAK akan meneruskan program Bismita yang akan memberi manfaat kepada golongan wanita dan ibu tunggal yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. BISMITA berkonsepkan terjah bakat serlah ekonomi. Penerima adalah dari kalangan wanita yang berpendapatan rendah dan pastinya mereka yang kurang mampu dalam penyediaan modal mencukupi untuk memulakan dan meneruskan perniagaan kecil mereka secara selesa. Melalui BISMITA, Kerajaan Negeri akan memberikan peralatan perniagaan yang sesuai dengan keperluan mereka setelah kursus dan latihan yang diberikan. Program ini akan memberi manfaat kepada 100 orang penerima dengan peruntukan sebanyak RM300 ribu. Penerima juga akan dipantau dan diselia secara berkala oleh Kerajaan Negeri melalui sekretariat wanita Perak. Langkah ini amat bertepatan menurut World bank iaitu empowering women with smart economy.

Yang kedua, adalah program pengupayaan ekonomi keluarga Smartbiz. Pihak erajaan negeri akan menyediakan bantuan perniagaan yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan golongan sasar iaitu kepada ketua isi rumah lelaki dan orang kelainan upaya (OKU) bagi tujuan mengembangkan perniagaan. Program smartdis di Negeri Perak akan melibatkan seramai 300 orang peserta yang akan mengikuti sesi latihan secara hands-on dan bimbingan dengan kerjasama pihak STEP dan PASAK. Program ini akan dilaksanakan secara berfasa meliputi tiga fasa sama seperti BISMITA. Peralatan perniagaan yang dicadangkan untuk diberikan kepada para peserta yang layak adalah seperti peralatan memasak, set gunting rambut, mesin rumput dan peralatan mencuci rumah, mesin parut kelapa dan mesin jahit tepi dan sebagainya. Program yang ketiga adalah program kit asas sanitari wanita Negeri Perak bagi menangani isu kemiskinan iaitu Prokis. Menurut Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sebanyak 13.1 % golongan B40 di sekitar ibu negara, tidak mampu membeli tuala wanita berikutan harga yang mahal.

Selain daripada itu, 16.4% daripadanya pula menyatakan mereka mengalami kesulitan untuk membeli produk pengurusan haid. Ianya adalah kajian rintis yang dilaksanakan melibatkan remaja wanita dan perempuan yang berusia antara 13 hingga 24 tahun di 13 komuniti projek perumahan rakyat PPR. Perak telah menjadi negeri perintis yang telah melaksanakan program membasmi kemiskinan haid di dalam negara kita. PROKiS telah pun dilancarkan pada 26 Februari yang lepas di Dewan Greentown Ipoh melibatkan 200 orang remaja perempuan dan wanita di 3 lokaliti PPR sekitar Bandaraya Ipoh iaitu Rumah Pangsa Jalan Hospital, Pangsapuri Seri Kepayang dan Rumah Pangsa Pasir Putih. Terdapat empat elemen PROKiS iaitu bantuan pendidikan prasarana dan privasi. Program ini akan dilaksanakan di seluruh negeri melibatkan 12 daerah kepada seramai 2400 orang peserta. Pihak berkuasa tempatan (PBT) GLC Kerajaan dan agensi seperti LPPKN, JPW, JKM, Jabatan Pendidikan Jabatan Agama, Jabatan Kesihatan juga akan dilibatkan bagi membantu menyelesaikan empat elemen yang terlibat. Beberapa sesi libat urus dan satu kajian akan dilaksanakan dengan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) dan subject matter expert SME yang telah dikenalpasti bagi melihat tahap isu ini dalam negeri kita agar dapat ditangani dengan lebih berkesan dan bersasar.

Pusat aktiviti wanita Perak atau PAWA menyedari wanita adalah tonggak masyarakat sejahtera dan cadangan daripada sidang DUN yang lalu, maka Kerajaan Negeri akan mewujudkan PAWA di 12 daerah dalam Negeri Perak yang berkonsepkan tiga elemen iaitu komuniti setempat, inter generasi dan interaksi. PAWA merupakan perkhidmatan bercorak berdampingan sosial ekonomi kesihatan kepimpinan dan kerohanian yang melibatkan agensi kerajaan, NGO dan komuniti setempat. Empat kriteria penubuhan di daerah adalah bilangan wanita lokasi, pemilihan premis, komuniti penggerak dan mendapat sokongan Pejabat Daerah. Satu jawatankuasa peringkat daerah akan ditubuhkan bagi mengurus dan mentadbir PAWA ini di bawah seliaan wanita Perak.

Seterusnya adalah program bantuan khas wanita mentor-mentee yong ataupun dikenali dengan nama pendeknya MYong. Program mentor-mentee young atau MYong ini adalah sebuah program baru yang berbentuk pemberian bantuan khas tunai sebanyak maksimum 1000 seorang, yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM500 ribu yang boleh memberi manfaat kepada lebih kurang 500 orang peniaga wanita di Negeri Perak. Program ini merupakan satu alternatif kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban peniaga khususnya golongan beliawanis wanita dan wanita ibu tunggal bagi menjalankan perniagaan dalam bentuk fizikal ataupun atas talian.

Program ini juga akan memberi fokus kepada penyampaian ilmu pengetahuan kemahiran dan perkongsian pengalaman. Mentor terdiri daripada kalangan usahawan wanita yang telah berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Melalui program ini mentee di bawah bimbingan mentor akan menerima bantuan kewangan tunai one-off bagi membantu memulakan dan mengembangkan perniagaan. Golongan wanita muda dan beliawanis adalah aset negara sejajar dengan titah Tuanku yang menekankan mereka wajar diasuh, dididik dan dibimbing diberikan kepercayaan untuk mengembangkan potensi. Seterusnya dalam Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Negeri Perak (MTOKU). Sebagai Kerajaan yang prihatin...

Mencelah ok, sebelum bergerak ke topik yang lain. Saya amat berminat dengan apa yang dibincangkan oleh YB tadi berkenaan dengan apa wakil belia muda eh wanita. Jadi adakah hasrat daripada sekretariat wanita ini untuk mengumpulkan yang golongan-golongan profesional wanita muda yang berminat untuk terlibat dalam memperkasakan wanita Perak khususnya, dari pelbagai latar belakang? Saya beri contoh latar belakang undang undang, latar belakang ekonomi dan pendidikan di mana kita menghadapi masalah tadi sepertimana yang dimaklumkan oleh Mengelembu kita ada masalah perkahwinan muda eh, yang amat mengalami masalah rumah tangga dan sebagainya jadi kemungkinan besar golongan professional-professional muda ini dikumpulkan menjadi satu di bawah sekretariat untuk membantu menggerakkan khususlah di daerah-daerah di bawah PAWA sebagainya pengisian daripada aktiviti

PAWA ini untuk membimbing. Tapi mesti yang berminat dan kita ketengahkan juga wanita-wanita profesional ini untuk lebih aktif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa contohnya, jadi kita dapat lihat ikon wanita Perak yang mewakili antarabangsa yang mewakili peringkat kebangsaan itu soalan saya, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco masa ada lima minit lagi.

Terima kasih Yang Berhormat Trong. Satu cadangan yang sangat baik dan insya-Allah akan diambil maklum oleh sekretariat wanita Perak kerana sebelum ini kita pun ada libat urus dan juga perkongsian pengalaman dan juga dengan program-program bersama dengan ahli-ahli akademik dan sebagainya dan lepas ni kita akan kembangkan lagi dengan penglibatan kepada belia-belia yang boleh menjadi ikon dan sumber inspirasi kepada belia-belia terutamanya belia-belia wanita di Negeri Perak ini dan seluruh di Negeri Perak ini.

Seterusnya Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Negeri Perak. Sebagai kerajaan yang prihatin kita akan terus memberi memberi perhatian untuk membela nasib orang kurang upaya sebagaimana golongan lain bagi memastikan mereka dapat mengecapi hidup yang lebih sempurna. Sehingga 29 Mac 2022, seramai 52,371 orang OKU telah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di negeri ini. Kerajaan Negeri akan menubuhkan Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya (MTOKU) dengan peruntukan sebanyak RM166,400.00. Cadangan penubuhan MTOKU Negeri Perak ini, adalah satu milestone untuk membincangkan isu-isu OKU di peringkat atasan kerana Majlis ini akan dinaungi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat Negeri Perak dan urusetia yang adalah Sekretariat Wanita Perak. Ini dapat memastikan kesaksamaan hak peluang dan kepentingan OKU khususnya dalam mengakses dan menggunakan kemudahan asas yang disediakan lebih terjamin dan diberikan peluang dalam pekerjaan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008, Dasar Orang Kurang Upaya dan Pelan Tindakan Nasional Orang Kurang Upaya.

Selain daripada itu Kerajaan Negeri juga tidak melupakan golongan kanak-kanak. Justeru itu bantuan Berkapita sebanyak RM300.00 diteruskan kepada 1112 orang anak yatim melibatkan 39 rumah anak yatim seluruh Negeri Perak yang berdaftar dengan JKM untuk tahun ini. Kerajaan Negeri juga meneruskan akan meneruskan program menyantuni kanak-kanak dan anak-anak yatim dari golongan B40 dalam program-program seperti seronok ke sekolah yang diselaraskan oleh JKM, yang telah dilaksanakan pada Februari sehingga Mac 2022 yang lalu melibatkan seramai 3100 pelajar di 12 daerah Negeri Perak melibatkan 59 buah DUN dengan peruntukan sebanyak RM465,000.00. Mereka telah menerima bantuan pakaian sekolah lengkap berserta beg dan kasut sekolah.

Seterusnya adalah Program Kasih Lebaran adalah program tahunan yang merupakan pemberian bantuan kepada anak-anak yatim daripada rumah anak yatim yang berdaftar dengan JKM sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain daripada itu Program Khairat Kematian Tabarruq akan diteruskan pada tahun 2022 ini dengan peruntukan sebanyak RM 3 juta. Di mana berkurangan RM 1 juta berbanding tahun 2021 dan ianya harap dapat memberi manfaat kepada waris untuk urusan kematian ahli keluarga mereka.

Akhir sekali Timbalan Yang Dipertua, saya ingin membincangkan sedikit berkenaan dengan Sekretariat Wanita Perak atau dikenali sebagai Wanita Perak sepanjang setahun penubuhannya Wanita Perak telah menjalankan fungsi dan peranannya dengan jumlah peruntukan tahun lepas yang diterima sebanyak RM 1.8 juta. Pengisian perjawatan kakitangan mula dibuat bermula Mac dan agensi ini telah menganjurkan beberapa program antaranya Sambutan Hari Wanita Antarabangsa, melancarkan dan mendaftarkan logo rasmi jabatan, membentuk kerangka pelan strategik jabatan dan urusetia induk pusat penempatan gelandangan sementara. Pejabat rasmi Wanita Perak juga telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada 3 Mac yang lalu. Dengan adanya pejabat sendiri diharapkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Pada masa ini terdapat masih terdapat jurang gender yang agak besar dalam negara mahupun yang Negeri Perak. Malah kedudukan Malaysia dalam indeks jurang Gender Global 2021 juga telah jatuh kepada kedudukan 112 daripada 156 negara. Dari segi ekonomi kadar penyertaan tenaga buruh bagi wanita masih rendah dengan kadar 50.53 % pada tahun 2020 berbanding Asia Tenggara yang lain seperti Singapura 69.7 % dan Thailand 66.8 %. Untuk makluman, wanita dalam negeri kita adalah pada kadar 49.1% pada tahun 2019 dan kadar ini adalah jauh lebih rendah berbanding kadar nasional.

Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka ada menyebutkan pandemik Covid-19 bencana alam inflasi dan peperangan telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik yang memberi kemelesetan ekonomi dan mengancam bekalan makanan. Oleh itu ketua isi rumah wanita dan ibu tunggal di miskin yang berpendapatan rendah mesti diperkasa bagi membantu mencapai kesejahteraan keluarga dan dianggarkan sebanyak 1.24 juta populasi Perak adalah wanita daripada jumlah keseluruhan 2.51 juta. Ini bersamaan dengan 49.4% dan sangat hampir menyamai populasi lelaki di negeri ini. Oleh itu Wanita Perak perlulah berperanan sebagai peneraju pembangunan wanita dan pemerkasaan wanita bagi mencapai kesaksamaan dan merapatkan jurang gender. Tahun 2022 ini adalah tahun yang mencabar bagi kita semua. Oleh itu pelan pemulihan rangsangan ekonomi perlu diambil bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Yang Dipertua mengakhiri penggulungan saya pada hari ini saya menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, barisan Exco dan ADUN serta pegawai pentadbiran negeri dan agensi yang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat tanpa mengenal erti penat lelah siang dan malam. Marilah kita sama-sama berdoa agar Negeri Perak sentiasa dipayungi kesejahteraan dan limpahan rezeki oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Bagi menamatkan penggulungan saya pada hari ini izinkan saya memetik Firman Allah dalam Surah Al-Mulk ayat 1 dan 2 yang bermaksud ‘Maha Suci Allah Di Tangan-Nya Segala Kerajaan Dan Dia Maha Kuasa

Atas Segala Sesuatu Yang Menciptakan Mati Dan Hidup Untuk Menguji Kamu. Siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya dan dia maha perkasa lagi maha pengampun.’ Dan saya tutup dengan serangkap pantun :

Kacang Parang Kacang Empin Ikan Masin Ikan Gelama Membantu Rakyat Misi Pemimpin Beban Rakyat Dipikul Bersama

Kampong Gajah mohon menyokong. Sekian wabillahitaufik walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Kampong Gajah. Seterusnya sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Selama untuk menggulung perbahasan 30 minit daripada sekarang.

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Alhamdulillahi rabbil alamin. Assalamualaikum (bacaan doa). Yang Amat Berhormat Menteri Besar, pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan seterusnya yang menyaksikan sidang Dewan Undangan Negeri kali ini secara live di Facebook ataupun di media sosial. Patik dengan penuh rasa rendah diri menjunjung kasih di atas Titah DiRaja Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfarullah. Serta menginsafi dan komited dengan titah Tuanku dalam menzahirkan kebersamaan dan keprihatinan Tuanku pada rakyat dalam mendepani mendepani situasi pandemik yang telah berubah sebagai nominalisasi kehidupan masyarakat seantero dunia. Penzahiran dan kehirisan pekaan Tuanku mengenai kelestarian alam sekitar telah menitahkan jumlah 8 perenggan yang menginsafkan parti akan terus komited bagi perancangan dan pelaksanaan titah Tuanku ini dapat direalsasikanan secara total. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang membangkitkan isu berkaitan dengan portfolio alam sekitar, kesihatan. Antaranya menyentuh tentang isu pengambilan dos penggalak, berkaitan langkah menangani pandemik ataupun persiapan ke era peralihan kepada endemik. Berkaitan dengan isu hospital di Kampar dan Slim dan isu plastik polistrin dan isu berkaitan dengan haiwan ceroboh.

Terima kasih kepada Yang Berhormat sekalian yang prihatin terhadap masalah rakyat ini. Apa dibangkitkan beberapa Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan dos penggalak antaranya Yang Berhormat Sungkai tentang langkah-langkah untuk menangani pandemik dan juga halatuju Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Sekarang virus Covid-19 varian omicron telah berada dalam komuniti di Negeri Perak. Mulai 1 April 2022 negara kita termasuk Negeri Perak akan melalui fasa peralihan ke fasa endemik. Di mana sempadan negara akan dibuka kembali dan lebih banyak sektor ekonomi akan dibuka menyebabkan pergerakan masyarakat akan meningkat sekali gus meningkatkan risiko jangkitan Covid-19. Mendepani cabaran omicron di Negeri

Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan meneruskan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan. Pencegahan covid 19, pengesanan kontak rapat, kuarantin ke Covid-19 dan perawatan kes covid 19 mengikut perubahan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.

JKN Perak menyeru setiap penduduk Negeri Perak perlu belajar hidup bersama virus Covid-19 yang sebelum ini di era pandemik kita belajar norma baru dan kita mengikut segala SOP yang tetapkan oleh pihak kerajaan dalam usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19 semakin hari semakin menular. Bukan sahaja di Negeri Perak malahan di seluruh negara dan juga di dunia. Sekarang ini ke fasa peralihan untuk ke endemik. Kita perlu belajar pula satu yang baru ia itulah hidup bersama virus Covid-19 dengan meningkatkan tanggungjawab kendiri dalam mengamalkan norma baru anti covid-19 seperti amalkan 3W, elakkan 3S yang kita maklum bersama dan melengkapkan vaksin Covid-19 dan mendapat dos penggalak untuk melindungi diri bagi mengelakkan komplikasi jangkitan Covid-19 yang serius. Itulah juga teruskan untuk berkempen lakukan penilaian kendiri Covid-16 dengan kaedah TRIS seperti kita ketahui bahawa test, kedua report, isolate, inform dan see dengan izin dan mengamalkan gaya hidup sihat seperti pengurusan berat badan, lakukan senaman, makan makanan secara seimbang dan juga jangan merokok dan menguruskan stres untuk mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit.

Amalan gaya hidup sihat boleh mengurangkan risiko penyakit tak berjangkit dikalangan penduduk di Perak. Jika seorang individu dijangkiti Covid-19 beliau mungkin tidak perlu dimasukkan ke hospital kerana tidak menghidap penyakit tak berjangkit seperti penyakit darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan sebagainya. Dos penggalak bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri Perak terutamanya warga emas untuk menerima dos penggalak pelbagai pendekatan telah dilakukan oleh Jabatan Kesihatan negeri Perak. Yang pertamanya aktiviti penyelidikan berkaitan Covid-19 vaksin, Covid-19 sesi webinar yang dibuka kepada orang ramai dan juga melalui radio sembang dalam radio berkaitan vaksin Covid-19 menyediakan teks berkenaan vaksin covid -9 untuk dihebahkan dalam khutbah Jumaat yang insya-Allah khutbah Jumaat besok juga insya-Allah berkaitan dengan dos penggalak.

Hebahan pengumuman ringkas sebelum solat Jumaat dan majlis ilmu di surau dan masjid seperti mana yang telah pun kita buat libat urus. Baru-baru ini bersama dengan timbalan mufti dan juga bersama dengan JAIPk iaitu Pengarah JAIPk, kiosk pendidikan kesihatan di kawasan strategik di kompleks membeli-belah AEON Falim, Tesco Station 18, AEON Klebang dan pasar pagi, Pasar Tani Jelapang, pasar Medan Gopeng, pasar pagi Batu Gajah, pasar pagi Hulu Kinta, pasar pagi Buntong, pasar pagi Bercham, daerah Kinta sesi penerangan taklimat kepada agensi pegang taruh dan juga kepada kumpulan sasar yang bawa hebahan awam unit bergerak dengan kerjasama daripada Jabatan Penerangan itu yang pertama. Yang keduanya menyediakan kemudahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Exco boleh beri laluan kepada Yang Berhormat Sungkai. Boleh?

Mohon laluan. Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya adalah tentang dos penggalak ataupun booster. Di peringkat nasional kami dapat difahamkan bahawa 63% warga Malaysia telah pun menerima vaksin. Saya ingin tahu berapakah peratus warga Perak yang telah menerima vaksin booster ini? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungkai. Untuk di Perak yang telahpun menerima dos penggalak 66.2%. Ertinya yang belum menerima dos penggalak 33, 34% yang belum menerima dos penggalak di negeri Perak. Bagaimanapun usaha untuk meningkatkan lebih ramai untuk terima segala ini pihak JKN dan Kerajaan Negeri telah melakukan langkah-langkah antaranya yang disebutkan tadi dan juga kita amat berbesar hati untuk mendapat kerjasama dan sokongan kepada Yang Berhormat Sungkai yang lebih berpengalaman yang pernah menjadi Exco Kesihatan dan juga rakan-rakan Yang Berhormat yang lain.

Seterusnya yang menyediakan kemudahan kepada orang ramai mendapatkan vaksin. Orang ramai termasuk warga emas sebanyak sebab banyak kes kategori 4 dan 5 ni adalah daripada warga emas termasuk di ICU. Jadi orang ramai termasuk warga emas boleh mendapatkan vaksin secara walk in atau mendapat pra tempahan di PPV outside, PPV swasta atau klinik kesihatan yang berdekatan mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Maklumat tentang PPV boleh didapati daripada Pejabat Kesihatan. Facebook Jabatan Kesihatan negeri Perak, Facebook pejabat kesihatan daerah dan hebahan melalui whatsApp kepada kumpulan sasaran dan orang ramai. Yang ketiga menjalankan pemberian vaksin secara out rate diteruskan pasukan kesihatan daripada pejabat kesihatan daerah menjalankan pemberian vaksin secara out rate memberikan kemudahan dan menggalakkan golongan yang dikenalpasti seperti warga emas di pusat jagaan warga emas, warga yang terlantar di rumah dan penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti orang asli.

Kita pun memohon sedikit peruntukan tambahan daripada Kerajaan Negeri, alhamdulillah Yang Berhormat Menteri Besar, dia akan mengumumkan untuk kita meningkatkan lagi vaksinasi di kawasan orang asli itu sendiri. Terutamanya sebelah Hulu Perak dan juga di beberapa tempat yang lain. Kemudian yang seterusnya yang keempat kerjasama dengan pemimpin dan ketua masyarakat dan ketua jabatan ini sangat-sangat penting. Pihak pejabat kesihatan daerah telah mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai daerah, ketua kampung, ketua masyarakat dan ketua-ketua jabatan bagi mendapatkan kerjasama mempromosikan seperti mengenal pasti lokasi dan membuat hebahan insya-Allah pejabat Exco Kesihatan bersama dengan jabatan kesihatan negeri juga Kerajaan Negeri akan insya-Allah akan turun mengadakan dialog dan sisi libat urus terutamanya memberi tumpuan kepada daerah-daerah yang masih kurang mendapat dos penggalak ini turun ke daerah-daerah ini dan akan bekerjasama dengan semua seperti JPKK, seperti tuan Imam, seperti orang-orang yang sangat berpengaruh dan berpengaruh dan pemimpin tokoh-tokoh masyarakat tidak ada yang sebut sebab suara mereka ini boleh didengari oleh masyarakat.

Sebab kita lihat sejak akhir-akhir ini berbanding dengan vaksin dos 1 dan dos 2 agak mudah masyarakat nak menerimanya tetapi bila berkaitan dengan dos penggalak lambat sikit untuk masyarakat lebih suka untuk tunggu dan lihat dahulu apa yang terjadi kepada orang lain dia agak lambat kemudian yang seterusnya tempahan temujanji vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera. Aplikasi MySejahtera telah menyediakan pautan temujanji vaksin bagi memudahkan individu mendapatkan vaksin di PPV dan tarikh yang bersesuaian. Kemudian yang seterusnya panggilan telefon kepada orang ramai yang telah membuat pendaftaran. Pihak pejabat kesihatan daerah akan membuat panggilan telefon kepada orang ramai yang telah membuat pendaftaran vaksin booster dalam aplikasi MySejahtera tetapi belum hadir mendapatkan suntikan vaksin maka memberikan peringatan dan galakkan kepada mereka. Yang seterusnya Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Kerajaan Negeri juga terus menerus berusaha untuk membantu masyarakat taraf perolehan ke era endemik ini terutamanya Program Kesihatan Mental . Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih kurang RM300 ribu dan RM150 ribu kepada JKN untuk kesihatan mental masyarakat dan RM150 ribu adalah untuk Jabatan Pendidikan Perak untuk mengadakan program minda sihat di sekolah menengah dan juga sekolah rendah dan seterusnya.

Kemudian berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Keranji. Untuk maklumatnya Yang Berhormat ADUN Keranji, satu mesyuarat penyelarasan telah dilaksanakan oleh pihak UPEN negeri Perak bagi menyelaraskan isu tapak Hospital Kampar pada 24 Februari 2022 di bilik mesyuarat UPEN Perak yang turut dihadiri oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kampar dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Perbincangan tersebut mengfokuskan cadangan tanah Changkat Baru supaya dapat diberi perhatian untuk diangkat semula ke peringkat KKM bagi permohonan membina sebuah hospital awam yang baharu untuk menggantikan hospital kampus sedia ada di bawah rancangan Malaysia yang akan datang. Jabatan kesihatan negeri mencadangkan supaya isu tanah perlu diselesaikan dengan memperincikan kos yang perlu ditanggung oleh KKM bagi kerja-kerja perolehan tanah supaya tidak melibatkan implikasi kewangan yang tinggi dengan mengambil kira kemampuan kewangan kementerian pada masa ini.

Mohon mencelah. Sedikit tentang Hospital Kampar. Terima kasih. Berkaitan dengan Hospital Kampar semasa saya menjadi Exco, kami telah mengenalpasti struktur tanah seluas lebih kurang 60 ekar di Kampar yang sesuai ini adalah tapak kedua. Tapak pertama yang dikenalpasti kan sebelum pilihanraya 2018 ni dia dikatakan tidak sesuai. Kemudian kami telah mengenal pasti tapak dan telah melihat tapak dan telah mengambil keputusan pun dalam MMK untuk menggunakan tapak itu. Kemudian pula dalam bajet 2019, Menteri Kewangan semasa itu telahpun meluluskan RM500 juta untuk pembinaan Hospital Kampar. Jadi duit telah diluluskan, tapak pun telah dikenalpastikan dan tapak itu telah diluluskan oleh MMK. Jadi ingin saya tahu tentang kedudukan buat masa ini tentang tapak itu dan duit RM500 juta itu? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungkai. Sesi libat urus yang melibatkan Exco Kesihatan, iaitu saya sendiri dengan

ADUN Keranji dan juga ADUN Malim Nawar dan juga Yang Berhormat, wakil Yang Berhormat daripada Pejabat YB Tualang Sekah iaitu Yang Berhormat daripada Kamparlah semua sekali datang berbincang dengan kita baru-baru ini pada 24 Februari yang dihadiri oleh di UPEN, yang dihadiri oleh Pejabat Tanah dan Daerah. Kami berbincang dan kita bersetuju satu tapak tanah yang paling sesuai di antara tapak yang dicadangkan. Kita bersetuju berkaitan dengan tapak itu. Cuma isu yang kita bersetuju dengan tapak tersebut ialah ada 11 lot tanah yang telah diserahkan kepada pemohon dan juga kita kena selesaikan untuk pengambilan semula 11 lot tanah yang telah diserahkan kepada pemohon itu sekarang ni. Sebab KKM dan juga JKM menunggu untuk kita selesaikan masalah tanah iaitu pihak Pejabat Daerah Tanah dan mesti melakukan pembatalan notis 5A pada 13 buah lot tersebut. Pihak PDT Kampar memohon tempoh selama 3 bulan iaitu sehingga 24 Mei. Ini PDT Kampar mohonlah tempoh sehingga 24 Mei untuk menyelesaikan isu perolehan tanah yang melibatkan yang saya sebutkan tadi dan penilaian anggaran kos kerja-kerja awalan yang melibatkan pihak kontraktor sebelum ini yang dilantik oleh PDT Kampar bagi perancangan RPT di tapak tanah tersebut.

Jadi Jabatan Kesihatan tiada halangan bagi memudahcarakan proses-proses yang telah dinyatakan oleh pihak PDT Kampar dengan berharap supaya status hak milik di tapak cadangan dapat diselesaikan dengan segera dan untuk makluman Yang Berhormat ADUN Keranji sepertimana yang kita bincang sebelum ini yang mana KKM melalui surat yang Pada 13 Ogos 2021 memaklumkan bahawa pihak UTAR Kampar juga telah mengemukakan cadangan untuk berkolaborasi dengan KKM dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan di Hospital UTAR, Kampar. Cadangan ini sedang dalam pertimbangan KKM memandangkan kedudukan Hospital UTAR dibangunkan terletak berdekatan Hospital Kampar sedia ada yang dapat menyediakan peluang untuk menggembleng tenaga kerja perubatan bagi meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat tempatan yang lebih selesa. Perkara ini masih di bawah peringkat penelitian dan kajian lanjut Kementerian Kesihatan. Ini surat daripada KKM yang menjelaskan perkara itu. Saya telah berbincang dengan pihak Exco ataupun MMK termasuk Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dato’ SUK yang mana di pihak Kerajaan Negeri tidak bersetuju untuk berkoloberasi dengan pihak Hospital UTAR. Jadi kita akan lihat selanjutnya selepas ini untuk dibincangkan dengan KKM di bawa kepada KKM tentang pendirian Kerajaan Negeri dan insya-Allah kita ADUN Yang Berhormat Keranji mungkin satu masalah kita boleh berjumpa dengan pihak menteri dan juga pihak KKM.

Sedikit tambahan Yang Berhormat. Saya mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri untuk tidak bergabung dengan UTAR sebab awalnya UTAR mengatakan dia akan mendirikan hospital dengan katil sebanyak 600 katil. Exco dan kita pula mendirikan Hospital Kampar dengan lebih kurang 186 katil. Itu pendirian kita dan kita tetap dengan pendirian kita. Jadi saya percayalah kerajaan ini jangan pula anu kan kepada Hospital UTAR. Itu adalah berbeza. Terima kasih.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Tambah sikit. Terima kasih. Pertama sekali saya nak ucap tahniah kepada Kerajaan Perak kerana akhirnya kita buat satu keputusan muktamad untuk menolak cadangan bekerjasama koloberasi bersama UTAR untuk menjadikan joint venture kerana asasnya prinsipnya senang kerana peruntukan kerajaan tak boleh guna untuk bina kerajaan hospital persediaan kerana ini duit rakyat kita perlu bina hospital kerajaan. Jadi kita tak nak isu ini berlarutan lagi sebab sejak 2013 sekejap nak bina hospital kerajaan, sekejap nak bina swasta sekejap nak jont venture. Jadi pada hari ini saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak kerana akhirnya kita buat satu keputusan kita matikan isu ini once for all tak akan berulang lagi. Jadi kita tak nak buat hospital swasta kalau you tak nak buat silakan, duit rakyat kita belanja untuk dirikan hospital kerajaan. Terima kasih. Yang kedua, terima kasih kepada Selama tadi ada bagitahu kita bahawa PBT perlu masa sampai Mei untuk habiskan kertas kerja. Tapi boleh tak Selama bagi satu, paling kurang bagi satu garis masa kasar. Selepas kertas kerja submit daripada PBT dalam bulan Mei, apa akan berlaku selepas ini dan paling cepat bilakah Hospital Kampar boleh mula dibina? Bagi kita satu garis masa panjang 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun. Terima kasih.

Bilakah Hospital Kampar boleh dibina itu takluk kepada KKM dan juga JKR dan insya-Allah pengambilan tanah akan dibuat oleh pihak KKM. Walau bagaimanapun kita akan terus berbincang dan juga meminta supaya KKM segerakan inilah.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya faham, saya faham KKM tertakluk kepada KKM. Tapi sebagai Kerajaan Negeri, saya rasa kita perlu ada planning sendiri. Kita perlu ada satu garis panduan. Seumpamanya Mei kita dapat kertas kerja, lepas tu dalam akhir bulan Ogos mungkin kita nak pengambilan tanah lepas tu bulan depan kita mesti ada perancangan sendiri. Sama ada kita boleh sampai perancangan itu, itu cerita lain. Tapi at least kita mesti ada satu garis panduan. Kalau tidak nanti lain kali saya masuk sidang saya tanya lagi, you cakap nanti tertakluk kepada KKM. Jadi kita perlu ada planning sendiri. Saya harap kita boleh, kerana ini isu sudah berlarutan hampir 10 tahun. Jadi harap kerajaan kali ini kita boleh jayakan Hospital Kampar. Terima kasih.

Baik. Saya dimaklumkan juga bahawa Hospital Kampar ni memang telah dimasukkan dalam RT. Kita hantar, Kerajaan Negeri dah hantar RT1, RT2, RT3 dan sekarang kita target untuk nak hantar pula masuk dalam RT yang ke-4 dan setakat ini untuk makluman memang tidak diterima diperingkatfFederal dan insyaallah kita harap usaha yang berterusan ni dan saya bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat ataupun YB Keranji, kita akan buatlah satu time-frame yang disebutkan dengan izin. Terima kasih YB Keranji.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih kepada YB. Apabila berbicara tentang fasiliti kesihatan awam, saya amat tertarik dan juga terpanggil untuk bertanyakan satu soalan. Yang mana kita tahu secara umumnya klinik-klinik kesihatan di kawasan YB masing-masing ada tempat yang dijadikan tempat sebagai CAC dan dikunjungi oleh ramai orang. Apabila dalam keadaan norma baru banyak SOP yang kena jaga penjarakan dan sebagainya yang itu menyebabkan premis klinik kesihatan awam ini sentiasa berlakunya limpahan kunjungan pesakit-pesakit setiap pagi dan apakah penyelesaian untuk sementara waktu adalah untuk memasang khemah dan sebagainya di luar kawasan klinik kesihatan awam dan saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah pihak kerajaan ada sesuatu rancangan sebab saya lihat khemah itu bukan merupakan penyelesaian jangka panjang?

Kalau kita terus berada dalam keadaan norma baru perlu ada satu penyelesaian yang lebih cakap panjang, adakah pihak Kerajaan Negeri ataupun pihak kementerian ada berita baik untuk salurkan peruntukan bagi menaiktarafkan fasiliti-fasiliti kesihatan awam sebab ianya bukan hanya persoalan kepada pesakit yang mengunjungi di tempat tersebut tapi juga kepada frontliners yang ada di dalam klinik kesihatan awam? Umpamanya dalam fasiliti kesihatan awam klinik kesihatan awam ini lepas kerja mereka memerlukan tempat shower room umpamanya lepas kerja. So, sekarang dalam premis tersebut fasiliti tersebut dia punya toilet pun terhad, ada CAC dia pesakit tak boleh masuk, pengunjung ke tempat lain. So, dia ada banyak masalah asas dalam fasiliti kesihatan awam. Apakah dasar atau pun perancangan Kerajaan Negeri secara umumnya dalam fasiliti kesihatan awam bab klinik kesihatan awam di Kawasan? Terima kasih.

Terima kasih. Setiap tahun dan setiap masa memang beberapa klinik kesihatan dikenalpasti untuk dinaiktaraf dan dihantar permohonan kepada pihak KKM untuk naiktaraf dan memang kita lihat sebahagian banyak juga tempat-tempat klinik kesihatan yang agak perlu dinaiktaraf termasuklah beberapa klinik kesihatan takkan sampai bila digunakan khemah untuk ruang menunggu dan sebagainya. Sebenarnya memang pihak KKM dan Kerajaan Negeri menyedari tentang perkara itu dan insya Allah dari masa ke semasa akan dibantu dan dibuat permohonan untuk naiktaraf termasuk mangsa insya-Allah. Terima kasih.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Jika boleh saya mohon YB Exco kalau ada perancangan tahun ini sebab kita sekarang berada pada suku pertama tahun 2022. Kalau katakan sudah ada perancangan untuk kenal pastikan klinik mana klinik kesihatan awam mana yang telah pun dapat peruntukan kena pastikan masalah bolehlah YB sampaikan melalui secara bertulis atau pun mengumumkan kepada rakyat di luar sana untuk mengetahui keadaan semasa. Terima kasih.

Satu cadangan yang baik insya-Allah kita maklum kepada YB-YB ataupun Ahli Yang Berhormat yang mana klinik kesihatan yang mana telah pun dinaiktaraf dan yang telah diluluskan naiktaraf, terima kasih, ada berkaitan dengan itu. Kemudian…

YB ENCIK MOHD ZAIDI BIN AZIZ. Dato’ Yang Dipertua, mohon mencelah.

DATO’ YANG DIPERTUA. Daripada Slim dulu, Slim dulu.

YB ENCIK MOHD ZAIDI BIN AZIZ. Terima kasih Dato’ Speaker. Saya juga ingin bangkitkan kelmarin saya ada dalam perbahasan saya bangkitkan tentang pembinaan Klinik Kesihatan di Besout 4 dan saya rasa ini perlu disegerakan kerana sebelum ini di Besout 4 ni memang telah ada persetujuan di pihak jabatan kesihatan untuk membina klinik tapi perkara itu dibatalkan saya tak tahu kenapa dan saya minta supaya dapat dilihat semula kerana keperluan kepada penduduk Besout 4 dan Besout 5 untuk klinik ini sangat memang sangat diperlukan sebab untuk mereka keluar ke hospital Slim River jauh. Di Besout 1 yang ada klinik itu disebabkan dia di bawah Batang Padang, Besout 4 dan Besout 5 ni duduknya di bawah Muallim. Jadi pentadbiran yang berbeza akhirnya mereka kena pergi ke Poliklinik di Slim atau pun Hospital Slim sedangkan jaraknya sangat jauh sebab itu dengan jumlah penduduk yang ramai juga sewajarnya perlu disegerakan perkara ini untuk pembinaan klinik kesihatan di Besout 4.

Selain daripada itu semalam juga saya bangkitkan isu tambahan infra di Hospital Slim River kerana penggunaan yang semakin meningkat apatah lagi keluasan jarak itu telah dibuat sehingga sampai ke Kuala Kubu, Sungai Tengi bawa daripada Tapah itu keluasan yang mana hospital ni kena tampung dari segi sakit apatah lagi kalau musim-musim perayaan bila berlakunya insiden di highway apatah lagi tu juga menambahkan kepada kekalutan yang jadi mohon juga ini dilihat secara detail dan diberikan segeraan authority. Terima kasih.

Dato’ Yang Dipertua,

Yang di-Pertua

YB Exco, Ayer Kuning last.

Ayer Kuning…Ayer Kuning sikit. Oleh kerana masing-masing nak tahu perkembangan pusat kesihatan dan hospital masing-masing saya nak merujuk kepada permohonan saya ketika Sungkai menjadi Exco Kesihatan tempoh hari untuk membina hospital baru Tapah dan saya nakkan ianya dapat dilaksanakan. Apa perkembangan Exco tentang pusat Hospital Tapah sama ada masih dalam perancangan ataupun hilang dalam perancangan dan yang kedua Pusat Kesihatan Kecil Tapah, Tapah Road. Tapah Road merupakan bandar baru dan hari ini kita tengok bilangan pesakit yang datang hospital ada pusat kesihatan cukup ramai. So, kemudahan-kemudahan situ pun tidak ada dan saya harap Exco berkenaan tolong tengok Pusat Kesihatan Tapah Road dapat di upgradekan dan sebagainya. So, itu saja permohonan saya pada hari ini.

Yang di-Pertua

Ok. YB Exco boleh tak banyak lagi dah kan banyak lagi ke?

Banyak lagi, isu perhilitan, isu alam sekitar,

Yang di-Pertua

Mohon jangan ganggulah.

Speaker, YB Exco pasal Hospital Parit Buntar. Hospital Parit Buntar ni, terima kasih YB Exco, Hospital Parit Buntar ni dalam pembinaan tapi difahamkan ada masalah. Saya tak pasti dia difahamkan ada pemberhentian ke? Kalau boleh tolong tengok sebab dia nak dia dah achive target 50. Persent yang keduanya semalam saya nak bangkitkan isu ambulan kekurangan ambulan di tempat saya tapi tak sempat sebab masa terhad jadi tolong tengoklah kekurangan ambulan di Klinik Kedai 4 kerana kami terpaksa berkongsi kebanyakkannya orang sekarang ni bukan sahaja di kawasan saya saja banyak di kawasan DUN yang lain terpaksa menggunakan ambulan swasta untuk urusan penghantaran pesakit. Terima kasih.

YB ENCIK MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN. Terima kasih Yang Berhormat Titi Serong. Setakat ni untuk ambulan ni memang diselaraskan oleh KKM diseluruh negara. Jadi untuk Parit Buntar belum ada lagi belum dapat untuk kali ini. Insyaallah kita doakan masa akan dating. Dan untuk makluman juga YB daripada Slim sebenarnya memang ada perancangan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Muallim untuk pembangunan klinik kesihatan jenis 7 di Felda Gunung Besaut 4 dan untuk dimajukan kepada RMK-12 RT4, 7 Januari 2022. Jadi jabatan kesihatan pun memang mengumpul maklumat untuk menilai projek pembangunan berdasarkan keperluan dan keutamaan projek kami dan ketika ini memang keperluan untuk membina klinik kesihatan jenis 7, RT4 tu adalah diperlukan sebenarnya namun buat masa ini klinik kesihatan sedia ada masih lagilah dapat menampung jumlah kehadiran pesakit. Insyaa-Allah sedang dipertimbangkanlah dan dimasukkan dalam apa RT yang ke-4.

Kemudian berkaitan dengan apa dibangkitkan oleh YB Slim iaitu berkaitan dengan Hospital Slim River, saya pernah pergi melawat di hospital itu pernah pergi ke hospital tersebut. Untuk makluman YB Slim, Hospital Slim River telah dibina dengan lima katil general ICU sebelum ini sebenarnya dengan purata kadar penggunaan katil 83.4% bagi tahun 2020 dan 89.2% bagi tahun 2021. Pada tahun 2021 pihak hospital telah menaiktaraf wad 1 kepada wad ICU baru dengan kapasiti sebanyak 12 katil menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17 katil. Jadi wad ICU baru mula beroperasi pada 17 Disember 2021 dengan 4 katil secara lengkap menjadikan keseluruhan katil yang baru adalah 9 katil.

Jadi pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam perancangan untuk memobilisasikan keperluan peralatan dan sumber tenaga kerja di wad tersebut supaya pengoperasian tambahan 8 katil ini dapat dicapai dalam masa yang terdekat. Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan pihak Hospital Slim River, ruang menunggu di klinik pesakit luar memiliki lobi yang luas di samping kapasiti tempat duduk pesakit dan pelanggan dapat menampung jumlah kehadiran pelanggan. Walau bagaimanapun pihak hospital terus melakukan pemantauan dan penambahbaikan berterusan agar keselesaan pelanggan diutamakan. Jadi ruang parkir, parking yang tersedia di Hospital Slim River berjumlah 190 lot parking ataupun parkir. Selain itu terdapat juga ruang terbuka berhampiran kawasan hospital itu. Ini yang dianggarkan masih lagi boleh mengisi sebanyak 100 buah lagi kenderaan. Jadi seluruh jumlah kenderaan yang dapat dimuatkan adalah sebanyak 290 buah, 290 buah kenderaan. Jadi dalam keadaan biasa kakitangan hospital hanya menggunakan ruang 80 petak parkir sahaja. Oleh yang demikian, dalam satu masa sebanyak 210 kenderaan pelanggan dapat diletakkan di ruang parkir yang sedia ada. Jadi pihak hospital amat prihatinlah terhadap isu parkir ini yang masih timbul dan bercadang sebenarnya bercadang untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf terhadap kawasan tanah lapang yang sedia ada. Sebagai langkah penambahbaikan Hospital Slim River telahpun mengemukakan permohonan untuk menaiktaraf kawasan tanah lapang tersebut yang berkeluasan 5505 meter persegi menjadi ruang parkir bertar beserta dengan tanda lot parkir bagi kemudahan para pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan rawatan Hospital di Slim River.

Jadi kerja-kerja naiktaraf ini dicadangkan untuk dijalankan dalam dua fasa dan permohonan telah dibuat di bawah peruntukan DP 00600 pada 21 Disember 2021 melalui Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga untuk diberi pertimbangan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Kementerian Kesihatan Malaysia bagi kelulusan peruntukan. Jadi bagi pihak JKM Negeri Perak telah menyediakan spesifikasi kerja beserta justifikasi untuk dikemukakan kepada pihak Kementerian. Jadi untuk makluman pada YB Slimlah. Jadi yang bertanya yang lain juga seperti Tapah dan sebagainya, saya rasa saya akan menyediakan jawapan bertulis disebabkan Dato' Yang Dipertua, masa tidak mengizinkan.

Yang di-Pertua

Ada saya bagi lagi 5 minit lah 5 minit.

Saya belum menyentuh isu-isu alam sekitar.

YB Exco. Alam sekitar penting YB Exco.

Yang di-Pertua

Bolehlah…boleh.

Selalunya saya membahas saya akan mulakan dengan alam sekitar sebab orang kata alam sekitar penting.

Yang di-Pertua

Ok. Sila… Sila... Sila.

Terima kasih. Kemudian ada beberapa ADUN membangkitkan berkaitan dengan isu haiwan penceroboh dan juga pemusnah tanaman. Jadi antara perancangan Perhilitan, antara yang membangkitkan adalah Belanja. Antara perancangan Perhilitan adalah bekerjasama bersepadu antara jabatan bersama agensi-agensi lain dalam operasi basmi musuh tanaman seperti kera dan babi hutan yang selalu merunsingkan pekebun-pekebun. Sesetengah pihak mungkin berpendapat bahawa melaksanakan operasi seperti operasi basmi musuh tanaman dapat mengurangkan gangguan secara drastik dan dapat mengurangkan bilangan polulasi hidupan liar yang mengganggu seterusnya mengurangkan gangguan. Bagi tahun 2021 sebanyak 36 operasi pembasmian musuh tanaman telah dijalankan. Hasil operasi tersebut pihak jabatan perhilitan telah berjaya melupuskan sebanyak 1469 ekor khinzir hutan dan 14,375 ekor kera yang mengganggu orang awam mahupun yang merosakkan tanaman penduduk.

Bagi tahun 2022 pula, setakat bulan Mac, tujuh operasi pembasmian musuh-musuh tanaman telah dijalankan dan sebanyak 297 ekor babi hutan dan 2256 ekor kera berjaya dilupuskan. Terdapat beberapa strategi yang telah dirancang untuk menangani masalah musuh tanaman pada tahun ini. Antaranya adalah penambahan bilangan senjata api, permohonan penambahan permit penggunaan senjata api sebanyak 13 laras telah dihantar ke Unit Senjata api PDRM. Selain itu, jabatan juga mencadangkan pemansuhan moratorium pemburuan babi hutan dari pada bulan Januari hingga Jun yang masih berkuatkuasa pada masa ini. Kita telah bangkitkan tentang moratorium ini yang mana bagi yang kurang jelas untuk maklumat dalam negeri kita ni ada pemburu babi yang mana mereka ini selama ini mereka boleh memburu daripada bulan 1 sampai bulan 12 tetapi disebabkan dasar baru yang dibuat oleh KETSA tak silap saya 2019 atau 2018 kalau tak silaplah iaitu mereka boleh memburu babi hanya bulan 6 sampai bulan 12 saja.

Jadi kita telah membuat permohonan melalui Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menghapuskan, untuk membenarkan pemburu ini boleh memburu juga bulan 1 sehingga bulan 6 sebab itu jika mereka tidak diberi permit untuk memburu daripada bulan 1 sehingga bulan 6, babi boleh beranak sampai dua kali lagi. Ertinya tidak ada maknanya menghapuskan daripada bulan 6 sampai bulan 12 tiba-tiba dia akan membiak lebih banyak daripada bulan 1 sampai bulan 6 dan seterusnya terdapat selain itu jabatan juga mencadangkan pemansuhan oh ni dah baca. Seterusnya Jabatan Perhilitan akan meningkatkan usaha memberi kesedaran awam dan langkah-langkah pencegahan kehadiran dan gangguan hidupan liar melalui edaran risalah serta penerangan media masa iaitu Radio Perak. Jumlah operasi pembasmian musuh tanaman khususnya babi hutan dan kera akan dijalankan dengan lebih kerap dengan kerjasama pemimpin dan persatuan penduduk. Cadangan untuk menambah bilangan kakitangan dan kewujudan Pusat Perhilitan Daerah Baru terutama daerah yang meliputi kawasan seliaan terlalu luas seperti Daerah Selama, Sungai Siput dan juga Perak Tengah. Pihak jabatan Perhilitan sentiasa bersedia untuk melaksanakan operasi basmi musuh tanaman bersama agensi lain.

Walau bagaimanapun agensi yang terlibat perlulah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada pihak berkaitan sebelum diikuti operasi pihak jabatan. Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi dalam pengurusan musuh tanaman ini iaitu Jabatan Perhilitan tidak dapat lagi melakukan operasi membasmi musuh tanaman dengan agensi lain khususnya RELA berikutan permit penggunaan senjata api telah ditarik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga telah ditarik sebab ada kes senjata api hilang. Seorang pemilik RELA hilang senjata apinya dan sekarang kes itu telah pun selesai dan anggota RELA itu pun telah pun dibebaskan. Alhamdulillah Yang Amat Berhormat telah suarakah dalam Mesyuarat bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mesyuarat baru-baru ini yang mana Menteri Dalam Negeri memberi jaminan bahawa kuasa ini telahpun diberikan kepada Ketua Polis Perak untuk mengembalikan semula dan memberi lesen kepada anggota RELA di Negeri Perak Insya-Allah. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan untuk makluman juga, Jabatan Perhilitan pernah bekerjasama dengan pasukan RELA dalam operasi membasmi musuh tanaman sebelum pembekuan lesen tersebut. Dengan kerjasama ini secara tidak langsung pihak RELA dapat membantu jabatan dalam mengawal masalah musuh tanaman di kawasan yang serius dan memang semasa kerjasama itu berlaku dulu-dulu di mana kes aduan terhadap gangguan musuh tanaman ni agak berkurangan. Tapi sejak akhir-akhir ini meningkat aduan tersebut kita harap pihak polis Perak dapat bertindak segera lah apa yang telah dimaklumkan kepada kita.

Dato' Yang Dipertua, masalah ini turut berpunca daripada pengurusan sampah juga yang tidak teratur menyebabkan babi hutan mendapat makanan yang mencukupi bagi kelangsungan hidup. Tambahan pula terdapat golongan yang suka memberi makan kepada babi hutan dan hidupan liar lain seperti kera. Perbuatan ini menyebabkan babi hutan semakin selesa dan akan terus masuk ke kawasan berkenaan. Dipohon kerjasama penduduk untuk memagar dan memasang, menghalang bagi akses masuk dan sekeliling kawasan kebun agar dapat mengurangkan risiko kemusnahan tanaman akibat serangan babi hutan. Penduduk juga dinasihat untuk melaporkan dengan segera kepada jabatan sekiranya terdapat gangguan hidupan liar di kawasan tanaman mahupun kediaman mereka agar tindakan dapat diambil dalam masa terdekat.

Cik Ng Shy ChingPKR · PHTeja

Selama, minta laluan Selama. Saya ingin membangkitkan sebab di kawasan DUN Teja banyak juga isu apa itu gangguan haiwan liar dan sebelum ni pusat khidmat saya kerjasama dengan Jabatan Perhilitan untuk buat contohnya letak perangkap dan juga kemudiannya operasi untuk membasmi musuh tanaman. Mengikut pihak perhilitan biasa kalau lepas waktu operasi tu kurang-kurang dalam beberapa bulan hingga setengah tahun masalah itu akan reda seketika. Cuma tahun lepas kita buat, dalam masa satu bulan, satu dua bulan saja, penduduk sudah mula balik, aduan bahawa masalah yang sama datang balik. Jadi saya minta YB Exco mungkin boleh bincang balik dengan Jabatan Perhilitan untuk kalau ada strategi atau cara baru yang lebih berkesan dalam menangani isu ini, sebab yang musuh tanaman ini memang datangkan banyak masalah bukan sahaja memusnahkan hasil tanaman juga atas apa itu ancaman keselamatan penduduk. Terima kasih.

Terima kasih YB Teja, akan diambil perhatian lah sebab nanti Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan umumkan sesuatu lah untuk membantu perhilitan dan juga masyarakat setempat dalam PRE mungkin akan diumumkan petang ni ataupun wallahualam. Baik, seterusnya Dato' Yang Dipertua...

YB Selama boleh buka kot mask tu, kesian saya tengok, dah lama. Memang boleh dibenarkan.

Saya nak potong, pendekkan. Terima kasih.Berkaitan dengan pencemaran ataupun kaitan dengan plastik lah. Seterusnya Kerajaan Negeri melalui PBT telah mula melaksanakan usaha pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat melalui pelbagai kempen kesedaran dan hebahan selaras dengan pelan hala tuju Malaysia ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna 2030. Di antaranya seperti berikut, penganjuran kempen penggunaan bag sekali guna, kempen amalan kitar semula melalui kutipan barangan kitar semula dan penyediaan tong kitar semula di komuniti-komuniti terpilih. Kempen kesedaran bahan terbuang untuk menjana pendapatan. Pelaksanaan kempen penggunaan bekas makanan bagi hari tanpa plastik di Bazar Ramadhan 2022. Inisiatif dalam menggalakkan kitar semula dalam menukar barang kitar semula kepada barang keperluan harian. Selain itu, PBT juga turut menggalakkan bahan kitar semula atau mesra alam yang turut meletakkan dalam syarat-syarat kelulusan lesen perniagaan dan MPT telah membuat program kesedaran dengan mengeluarkan larangan penggunaan bekas makanan polistrin dan juga beg plastik di pasar awam pada setiap hari Sabtu dan juga kalau di Majlis Daerah Kerian. Pelaksanaan kitar semula dilaksanakan di setiap minggu yang melibatkan pejabat dan juga kawasan komuniti taman perumahan. Di Majlis Perbandaran Taiping larangan penggunaan bekas makanan polistrin serta plastik sekali guna telah dimulakan sejak daripada tahun 2017 yang mana usaha ini lebih tertumpu di premis dan juga majlis anjuran MPT. Larangan ini masih belum dikuatkuasa sepenuhnya di semua premis perniagaan dan semua kawasan operasi MPT memandangkan terdapat berapa kekangan seperti kekurangan pembekal tempatan bagi alternatif lebih mesra alam untuk bekas polistrin dan plastik sekali guna terbabit selain kos yang lebih tinggi bagi penggunaan alternatif terbabit.

Jadi amalan menghindari plastik sekali guna seperti yang digunakan dalam bekas makanan dan minuman polistrin beg plastik dan sebagainya telah mula diterapkan di Jabatan Alam Sekitar atau agensi kerajaan masing-masing sebagai sebahagian proses pembiayaan amalan mesra alam. Jadi sepanjang tahun 2021, Kerajaan Negeri dengan kerjasama JAS Negeri Perak telah menggerakkan kempen program kempen tidak kepada plastik sekali guna. Kempen ini telah mula dilaksanakan di peringkat permulaan di pejabat-pejabat agensi kerajaan, sektor perkilangan dan juga pasaraya dalam negeri Perak. Adanya kempen ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran umum terhadap kesan buruk penggunaan plastik sekali guna ini dan seterusnya mengurangkan penggunaan dalam kalangan masyarakat negeri Perak seterusnya menyokong dasar Kerajaan Negeri ke arah Perak bumi lestari dan mengurangkan perbelanjaan Kerajaan Negeri atas kos pelupusan sisa plastik seperti beg plastik, bekas bekas plastik dan sebagainya.

Adalah diharapkan dengan kempen-kempen kesedaran ini akan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman di kalangan masyarakat terhadap keburukan penggunaan yang meluas plastik sekali guna dan seterusnya penggunaan dapat dikurangkan atau diharamkan terus dalam masa terdekat. Terima Kasih Yang Berhormat. Dato' Yang Dipertua seterusnya jawapan yang menyentuh secara langsung berkaitan dengan apa yang berlaku di Parit Buntar oleh YB Titi Serong itu.

Yang di-Pertua

YB Exco ada 10 minit, 10 minit sahaja. ini sahaja yang boleh bagi.

Saya akan tamatkan sebelum 10 minit, insya-Allah.

Yang di-Pertua

Ok, terima kasih.

Saya jawab teruslah tanpa melihat teks. Yang mana berkaitan apa dibangkitkan betul oleh Titi Serong itu. Tidak ada punca kuasa daripada JAS dan juga mana-mana pihak. Oleh kerana itu, pihak Jabatan Perikanan telah pun akan membuat satu enakmen kecil iaitu kaedah- kaedah perikanan dan insya-Allah akan dapat mengawal itu dan saya difahamkan oleh pengarah perikanan bahawa ia masih lagi di peringkat untuk di final kan, ubah sikit berapa item dan sebagainya dan insya-Allah mereka berjanji dalam masa terdekat mereka akan hantar kepada pejabat LA ataupun Pejabat Pegawai Undang-Undang Negeri dan insya-Allah saya dah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, insya-Allah jika sempat bolehlah dimasukkan ke dalam sidang DUN akan datang untuk pindaan dalam bulan 6 insya-Allah, wallahualam dan seterusnya mungkin akan menjawab oleh Yang Berhormat Exco Pertanian. Terima kasih. saya rasa, saya nak tamatkan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Boleh saya nak tanya satu isu sikit sahaja YB, isu yang penting sikit. Terima kasih YB. Saya ingin follow up kan satu isu yang berbangkit tentang alam sekitar yang mana isu itu berlaku pada tahun lepas di kawasan Hutan Simpan Segari Melintang dekat Manjung. Jelas melanggari isyarat kelulusan EIA, 6 pelanggaran syarat di kawasan situ. Soalan saya adalah, apakah tindakan yang telah diambil atas syarikat ataupun mereka yang berkenaan yang mana sudah pun sah pelanggaran syarat EIA berlaku dan apakah proses pemulihan Hutan Simpanan Segari Melintang di Manjung? Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok, YB Exco, boleh landing, the last boleh landing.

YB Exco, lanjutan sikit saya, YB Exco minta laluan sikit. Saya difahamkan ada seorang ADUN yang betul-betul mahukan penjelasan itu. Kalau boleh mohon lah YB Exco pun nak pertahankan alam sekitar. Titah Tuanku pun jelas, kelmarin kita dengar pertahankan alam sekitar tapi ada seorang ADUN dalam Dewan ini yang mahukan projek ini dilaksanakan, dia himpitnya YB Exco singgah difahamkan berhubung dengan pihak menteri untuk dapatkan kelulusan. Kalau boleh YB Exco nak dedah pun tak apa, kita nak tahu ketulusan dalam hal ini sebab kita nak jawab dengan NGO dan juga masyarakat di sana. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Ok, Exco boleh landing, boleh gulungkan.

Terima kasih Yang Berhormat Titi Serong dan juga Simpang Pulai. Di situ ada dua tempat, satu diusahakan oleh pihak MB Inc, satu lagi saya lupa nama, Manjung Kuari ke apa saya lupa nama dia, dan kedua-dua itu kita mengambil tindakan yang tegas lah supaya mereka laksanakan apa yang diminta oleh EIA agar tidak berlaku pencemaran sebagaimana yang telah didedahkan oleh pelbagai pihak termasuk pihak media dan sebagainya dan pihak JAS Perak tetap berkeras tidak membenarkan untuk beroperasi selagi mana tidak melaksanakan apa diminta oleh JAS sebagaimana yang terdapat dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Jadi terima kasih Yang Berhormat Titi Serong. Kenapa ADUN yang datang tu biasalah memohon dipertimbangkan waktu itu sekolah dah dekat nak buka. Bagaimana dengan nasib beratus pekerja yang hilang sumber pendapatan disebabkan tindakan tegas daripada JAS dengan menghentikan projek tersebut dan rata-ratanya pekerja-pekerja itu mereka pada masa untuk buat persiapan untuk persekolahan anak. Jadi itulah antara rayuan daripada pihak ADUN tersebut yang memaklumkan kepada pihak JAS walaupun JAS tetap tegaslah masalah apabila seperti mana yang saya sebutkan semalam kita tidak ada kompromi lah berkaitan dengan pencemaran alam sekitar ini jika dia melakukan kesalahan, kita tetap pihak JAS tetap akan mengambil tindakan undang-undang. Terima kasih Yang Berhormat Tit Serong dan Dato' Yang Dipertua, minta maaf banyak dan terima kasih juga yang telah memberi sedikit ruang masa kepada saya. Memang itulah hasrat untuk supaya kita selesaikan banyak perkara dalam ni. Jadi saya mengambil kesempatan ini juga mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh Ahli Dewan dan juga semua rakyat di negeri Perak dan...

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Dato' Speaker. Ada satu soalan tadi yang tidak dijawab.

Soalan saya tidak dijawab sebab saya difaham minta maaf Dato' Speaker. Isu ini isu sensitif. Tapi saya difahamkan ADUN yang memperjuangkan yang minta dioperasi tu. Ini saya bukan ADUN kawasan tu sebenar pun tapi konflik interest. Saya melihat perkara ini sebenarnya kepentingan tu dah kepentingan ADUN tu lebih kepada...

Yang di-Pertua

YB, saya faham. Isu-isu alam sekitar ini memang dia nya very popular dan satu subjek yang cukup dekat di hati semua, bukan saja Ahli-Ahli Yang Berhormat tetapi juga masyarakat dan juga rakyat. Saya percaya Ahli YB Exco tu dia dah berikan jawapan yang terbaik. Mana yang tak sempat itu atau tadi boleh bukan di dalam Dewan ini saja tapi di luar pun boleh kita rujuk dengan Ahli Exco yang sama dan dapatkan jawapan-jawapan yang sama. Saya rasa masa yang dibincangkan oleh Exco, YB Exco ni Dato 'Speaker boleh sebut, takde masalah.

Dato’ Asmuni bin AwiAMANAH · PHManjoi

Ini tanggungjawab, mungkin jadi pengajaran pada yang lain.

Yang di-Pertua

Ya, takpe. ADUN Yang Berhormat Manjoi itu saya serah pada YB Exco lah untuk jawapannya. Tapi itulah jawapannya. Ya, YB Exco sila, simpulkan. Terima kasih.

Sungai Rapat.

Ulang semula. Ulang semula. Ok

Sungai Rapat. Sekalung penghargaan juga saya ingin merakamkan buat seluruh petugas petugas barisan hadapan di semua peringkat. Terima kasih kepada Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan seluruh Ketua-ketua Jabatan, Dato' Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan semua peringkat ketika mendepani pandemik Covid-19 sehinggalah kita akan memasuki fasa endemik tidak lama lagi insya-Allah. Tak sabar menanti Ramadhan tiba SOP dijaga masyarakat prihatin. Cukuplah sekian penggulungan hamba, terima kasih semua atas perhatian.

Dato' Yang Dipertua, mohon menyokong Titah Tuanku Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Walaikumsalam Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Exco di kawasan Selama. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk menggulung perbahasan. 30 minit. Terima kasih.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih pada Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas limpah rahmat dan izinNya, Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan yang bermula pada 28 March 2022 telah berjalan dengan lancar dan teratur. Patik merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfirullah di atas limpah perkenan Tuanku mencemar duli berangkat menzahirkan Titah Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan di Dewan yang mulia ini.

Patik mendoakan semoga Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah sentiasa merahmati Duli Tuanku dan seluruh Kerabat DiRaja dengan keafiatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ampun Tuanku. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas. Terima kasih juga kepada Ahli Yang Berhormat yang telah memberikan cadangan, teguran serta pandangan yang melibatkan portfolio saya. Berdasarkan isu-isu yang dibahaskan, terdapat beberapa perkara utama yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat yang akan insya-Allah diberi penjelasan yang sewajarnya. Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya menjawab isu yang telah di utarakan oleh Yang Berhormat daripada kawasan Teja yang berkaitan dengan isu kenaikan harga barang seperti tepung, telur dan juga ayam. Untuk makluman Yang Berhormat dalam konteks yang menyeluruh, penyebab utama kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, pergerakan harga barangan naik atau turun dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah soal penawaran dan permintaan di pasaran, kos luaran, kos pengangkutan, penyusutan nilai ringgit, kemudian ketika musim perayaan, seterusnya keadaan luar jangka iaitu berkaitan dengan cuaca dan juga perilaku peniaga yang mengambil keuntungan secara berlebihan.

Justeru kerajaan melalui KPDNHEP telah mengambil inisiatif dalam menstabilkan harga ayam dan telur dengan meletakkan jangka yang panjang bagi mengambil langkah intervertansi iaitu dengan melaksanakan penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam yang bermula pada 5 Februari 2022 sehingga 5 Jun 2022. Sebanyak dua jenis barangan telah ditentukan harga maksimum iaitu ayam hidup, ayam standard dan ayam super serta telur ayam bagi gred A, B dan juga C di setiap peringkat iaitu peringkat ladang, peringkat pemborong dan juga peringkat peruncit. Kemudian berkaitan dengan isu kenaikan harga tepung. Isu kenaikan harga tepung untuk makluman Yang Berhormat sehingga kini tiada aduan yang diterima secara rasmi oleh KPDNHEP mengenai isu kenaikan harga tepung.

Jika ada, pengguna boleh terus membuat laporan kepada KPDNHEP untuk pihak KPDNHEP mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang dikesan menaikkan harga tepung yang tidak bersubsidi sewenang-wenangnya. Peniaga juga boleh didakwa melakukan kesalahan mencatut iaitu mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Dato' Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat juga, antara langkah kerajaan dalam mengawal harga barang adalah dengan mewujudkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan atau pun singkatannya SHMMP. Skim ini adalah inisiatif kerajaan melalui KPDNHEP yang sebelum ini dikenali sebagai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2000. Skim ini telah dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Di bawah skim ini beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga kawalan dan musim perayaan untuk ditetapkan harga yang maksimum ya diperingkat pengeluar, pemborong dan juga peruncit dalam suatu tempoh yang tertentu. Skin ini dilaksanakan di seluruh negara dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan juga daerah. Musim perayaan yang terlebat adalah seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan juga Krismas. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengadakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP), Hari Puasa sebagai mekanisma yang diambil bagi menetapkan harga maksimum untuk barangan tertentu dalam tempoh yang tertentu.

Tujuan skim ini dilaksanakan adalah dengan objektif untuk menyekat kenaikan harga yang tidak berpatutan dan mencegah amalan mencatut atau mengambil untung secara berlebihan. Para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang akan ditetapkan pada program tersebut. Pemantauan dan pemeriksaan oleh pihak KPDNHEP bukan sahaja di peringkat peruncit tetapi juga merangkumi dari peringkat pemborong, pembekal, penternak, peladang dan juga pengeluar. Sekiranya ada harga yang tidak munasabah atau aktiviti mencatut dikesan KPDNHEP akan bertindak di bawah Akta Kawalan Harga Anti Pencatutan Tahun 2011 terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga dengan mengambil keuntungan yang tidak munasabah. Dato' Yang Dipertua, KPDNHEP juga telah mengadakan sesi libat urus bersama kementerian dan agensi yang berkaitan seperti Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, LKIM dan FAMA dalam usaha menstabilkan harga barangan makanan. Selain dari maklum balas dari kementerian dan agensi, KPDNHEP juga memantau harga dengan mengambil kira pandangan dan situasi sebenar di lapangan dengan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemain industri di semua peringkat pengeluar, pemborong dan juga peruncit.

Antara pemain industri yang dihubungi tu masuklah persatuan-persatuan penternak, persatuan-persatuan sayur di seluruh negara yang mewakili penternak, peladang dan juga pekebun. Tujuan libat urus ini amat penting bagi mencari titik pertemuan mencapai satu harga yang tidak membebankan peniaga dan di semua peringkat penternak, peladang dan juga petani dan dalam waktu yang sama menjamin hak pengguna supaya tidak terbeban dengan kenaikan harga barangan. Dato' Yang Dipertua, untuk makluman Yang Berhormat KPDNHEP telah melantik Pegawai Pemantau Harga ataupun PPH untuk memantau, mengambil dan memasukkan data ke dalam sistem data harga sejak tahun 2008 secara harian. Data harga ini akan digunakan untuk membolehkan kerajaan merangka dasar yang bersesuaian berkaitan harga dan bekalan serta aktiviti penguatkuasaan. KPDNHEP Perak dengan kekuatan 176 Pegawai Penguatkuasa Negeri Perak dan 79 orang Pegawai Pemantau Harga akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga yang tidak munasabah dengan menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Dato' Yang Dipertua, secara keseluruhan bekalan dan harga barang keperluan asas di seluruh Negeri Perak adalah terkawal. KPDNHEP Negeri Perak melalui Pegawai dan Anggota Penguatkuasa dan dibantu oleh Pegawai Pemantau Harga sentiasa komited menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara harian di premis-premis di seluruh Negeri Perak bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi di samping bagi melindungi hak pengguna dan peniaga mematuhi segala peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan dari masa dan semasa. Dato' Yang Dipertua, setakat ini saja penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu yang telah dibangkitkan di sepanjang tempoh perbahasan.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan dan input-input yang dikongsikan di sepanjang tempoh perbahasan ini. Pada kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam Wabarakatullah Hiwabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk menggulung perbahasan sehingga 30 minit. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Allah Subhanahuwa Ta'ala berfirman, maksudnya “hai anak-anakku pergilah kamu maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Keluarga Malaysia dan Salam Perak Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, rakyat Negeri Perak khususnya rakyat saya daripada DUN Rungkup yang sedang menyaksikan sidang hari ini menerusi atas talian, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan. Pertamanya marilah kita merafakkan rasa syukur kepada Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan izin-nya jua dewan pada kali ini kembali bersidang. Selawat serta salam dipanjatkan ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Salam, penghulu para ambia dan mursalin membawa rahmat ke seluruh alam.

Ampun Tuanku, patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Marghfurlah mencemar duli menyampaikan Titah Diraja dan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Keempat Belas Perak Darul Ridzuan pada 28 Mac hari Isnin yang lalu.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, dalam konteks kita pada hari ini umpamanya penyebaran pandemik Covid-19 yang membadai dunia sudah tentu memberi kesan yang cukup besar khususnya kepada aktiviti ekonomi, perdagangan dan pelaburan. Bukan sahaja di negeri dan negara bahkan di luar negara. Walaupun begitu ianya tidak wajar dijadikan alasan untuk kita tidak bergerak maju dan berdaya saing menuju kemajuan dan kejayaan. Mendepani endemik kita perlu terus kekal produktif dan bersikap optimistik sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kerana Allah dalam ayat tersebut tadi. Memetik Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak dan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara, pertubuhan kadar keluaran dalam negara kasar KDNK negara pada tahun 2020 menguncup pada kadar 5.6% akibat daripada pandemik Covid-19 yang menjejaskan prestasi ekonomi negara.

Walaubagaimanapun pertumbuhan ekonomi negara meningkat 3.1% pada tahun 2021 dan diunjur terus meningkat sebanyak 5.7% pada tahun 2022. Syukur alhamdulillah. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sejauhmana kita menghadapi cabaran pandemik Covid-19, Kerajaan Negeri Perak kekal positif dan terus ke hadapan dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan berpotensi ke negeri ini. Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) jumlah keseluruhan pelaburan bagi sektor pembuatan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia MIDA mengikut Industrial Coordination Act 1975, ICA 1975 dengan izin untuk tempoh Januari hingga Disember 2021 di Negeri Perak adalah sebanyak RM6.08 billion dan menawarkan banyak 6038 peluang pekerjaan. Daripada keseluruhan jumlah pelaburan yang diluluskan 67% bersamaan RM4.1 bilion daripadanya merupakan pelaburan pelancong asing, FDI manakala baki RM1.9 billion merupakan pelaburan domestik atau DDI. Dari sudut pecahan pelaburan mengikut sektor pula, sektor pemprosesan makanan merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah pelaburan yang diluluskan bagi tempoh tersebut iaitu menyumbang sebanyak RM3 billion atau bersamaan 49.9% diikuti sektor produk berasaskan getah sebanyak RM2.3 billion bersamaan 37.8% dan sektor produk kimia pula menyumbang sebanyak 7% iaitu RM384.5 juta. Manakala bagi sektor perkhidmatan pula jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan adalah sebanyak RM545.6 juta meliputi projek-projek dalam sector Renewable Energy berasaskan solar dan biogas.

Secara perbandingan jumlah pelaburan yang direkodkan sepanjang tahun 2021 iaitu sebanyak RM 6.08 billion adalah meningkat dan melepasi pencapaian pelaburan bagi keseluruhan tahun 2020 yang bernilai RM3.32 billion. Peningkatan peratusan kenaikan sebanyak 83% yang memberangsangkan ini merupakan penanda aras serta bukti keyakinan para pelabur kepada Kerajaan Negeri Perak di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Kota Tampan meskipun negara masih dibelenggu ancaman kesihatan awam dan ketidakstabilan politik negara. Walaupun yang demikian kita berada di nombor 6 di dalam senarai investment approve in the manufacturing sector dengan izin yang mana tempat pertama adalah Pulau Pinang dengan total investment sebanyak RM76 billion dan yang kedua Kedah dengan total investment sebanyak RM66 billion, Pahang ketiga RM10 billion, Selangor RM7 billion dan Johor RM6.9 billion. Kita memang merasakan bahawa agak-agak susah dan payah untuk kita menyaingi negeri seperti Pulau Pinang dan Kedah yang sudah lama establish di dalam bidang E&E (elektrikal dan juga elektronik) sebagaimana kita tahu Pulau Pinang telah mengembangkan lagi industri E&E nya di Batu Kawan dan Kedah pula mempunyai Kulim Hi-Tech Park yang telah bermula 26 tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri telah merangka pelan strategik road map yang berpandukan kepada Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 dan Perindustrian Perak ataupun P3 dengan mengenalpasti koridor-koridor industri baru yang strategik dan berpotensi secara keseluruhan. Terutamanya di sepanjang jajaran Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dan kawasan-kawasan sempadan Negeri Selangor dan Pulau Pinang untuk dibangunkan bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membantu pertubuhan ekonomi negeri. Selain itu menyedari Negeri Perak memiliki sumber mineral bernilai tinggi maka usaha-usaha menggalakkan aktiviti hiliran bagi pengeluaran produk bermutu tinggi akan terus diberi perhatian dan penekanan yang sewajarnya. Dia tidak mahu kita terus menerus hanya mengeluarkan produk ataupun sumber mineral kepada negara-negara luar tanpa kita mengadakan produk-produk hiliran yang boleh menambah nilai dengan memberikan pekerjaan kepada rakyat Negeri Perak, insya-Allah.

Seterusnya pemantauan kepada pelaksanaan projek-projek yang telah diluluskan Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua menyedari kepentingan agar projek-projek ini dapat dilaksanakan Kerajaan Negeri menerusi Invest Perak telah menjalankan kerjasama strategik bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA dalam melaksanakan inisiatif projek exploration and coordination unit atau Pacu@perak di peringkat negeri yang dikenali sebagai pasukan Perak bagi memastikan projek-projek pelaburan yang telah diluluskan dapat dipantau status pembangunannya secara serius agar projek-projek tersebut dapat direalisasikan dengan kadar segera dan sempurna tanpa halangan. Syukur Alhamdulillah berdasarkan inisiatif Pacu ini pihak Kerajaan Negeri telah berjaya mengesan secara terperinci projek-projek pelaburan yang telah diluluskan berserta isu dan permasalahan yang menjadi punca serta halangan untuk ianya dilaksanakan dengan kadar segera. Oleh yang demikian agensi teknikal bertanggungjawab telah mengambil tindakan drastik bagi menyelesaikan setiap permasalahan dan perkara berbangkit. Hasilnya daripada keseluruhan 270 buah projek yang telah diluluskan bagi tahun 2016, sebagai contoh hingga 2020 di Negeri Perak, 176 daripadanya telah pun memulakan operasi dan pengeluaran manakala 11 buah projek dalam proses pemasangan mesin dan jentera peralatan dan baki 62 projek lagi dalam proses pembangunan.

Saya merakamkan ucapan penghargaan tahniah dan syabas kepada semua agensi terlibat seperti Invest Perak, UPEN, PTG, MITI, MIDA, NCIA dan lain-lain badan pelaksana dan semua pihak berkuasa tempatan PBT yang terlibat atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, negara akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April 2022. Ini bermakna selari dengan pembukaan sempadan negara bermula 1 April, sudah tentu ianya akan merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhannya. Saya percaya bagi tahun 2022 prospek pelaburan di Negeri Perak dijangka terus meningkat berdasarkan prestasi dan maklum balas terkini yang diterima daripada agensi dan jabatan-jabatan bertanggungjawab seperti mana yang dibangkitkan melalui perbahasan Yang Berhormat Pangkor.

Pelaburan-pelaburan yang telah dikenal pasti akan diperhalusi dan dikaji kesesuaiannya oleh agensi teknikal sebelum kelulusan bagi memastikan projek-projek tersebut tidak memberi kesan negatif terhadap alam sekitar selari dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan. Ini termasuklah projek-projek pelaburan khususnya bagi sektor pengeluaran pengeluaran produk sarung tangan oleh Kossan Rubber Industries Berhad di mana yang telah dibangkitkan oleh YB Keranji. Untuk makluman Yang Berhormat berdasarkan perundangan pelepasan affluent perawat di Austin Water intake dengan izin, perlu mematuhi piawaian A, manakala di bawah water intake perlu mematuhi piawaian B. Walau bagaimanapun untuk beberapa kes kilang sarung tangan getah yang melepaskan affluent through Lah pada piawaian B telah menyebabkan kualiti air sungai berubahlah menjadi lebih tercemar dan menjejaskan aktiviti lain yang bergantung kepada kualiti seperti kes di Sungai Sepetang.

Dalam hal ini pihak kilang perlu membuktikan secara saintifik iaitu melalui water quality modelling dengan izin bahawa pelepasan affluent through Lah yang dihasilkan tidak menyebabkan penurunan kualiti air sungai yang benda yang menerima luahan air buangan tersebut berdasarkan kualiti dan kuantiti air buangan yang dihasilkan. Premis khususnya kilang sarung tangan getah yang menghasilkan afluent dalam kuantiti yang sangat besar sehingga ada kes mencecah 80% daripada isipadu isipadu air sungai perlu bersedia untuk mengitar semula sebahagian air buangan yang dihasilkan atau mematuhi piawaian lebih ketat atau kedua-duanya sekali bagi memastikan pelepasan air buangan tidak menjejaskan kualiti air sungai dan secara langsung menjejaskan ekosistem sungai. Oleh yang demikian libat urus dan rundingan antara pihak Kossan bersama jabatan masih berlangsung dan akan terus diteruskan bagi mencari penyelesaian terbaik atau win-win situation demi kepentingan semua pihak. Adalah menjadi agenda Kerajaan Negeri yang didukung bersama agensi teknikal negeri dan persekutuan untuk terus membantu para pelabur menjalankan perubahan selaras dengan segala peruntukan perundangan yang berkuatkuasa.

Berkaitan pembinaan rumah mampu milik di Proton City, khususnya oleh pekerja kilang warga tempatan yang dibangkitkan oleh YB Slim, ingin saya tegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan Negeri memandang serius isu berkaitan perumahan mampu milik secara keseluruhannya. Untuk makluman seisi Dewan, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada bulan Januari yang lalu telah meluluskan permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah milik untuk dibangunkan kediaman pangsapuri kos rendah di bandar Proton City. Kelulusan ini merupakan tambahan kepada kelulusan Skim Pembangunan Perumahan Bandar Proton City. Kerajaan Negeri akan terus memastikan agar projek perumahan mampu milik ini dilaksanakan dengan kadar segera. Dalam pada itu Kerajaan Negeri menyambut baik pengumuman pelaburan baharu bernilai RM32 bilion oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia bertarikh 19 March 2022 yang lalu. Projek yang dinamakan Automotive Air Technology Valley ini ataupun AHTV ini akan dibangunkan oleh DRB-HICOM dalam tempoh 10 tahun secara berfasa dan berpotensi menawarkan peluang pekerjaan yang besar kepada rakyat negeri Perak amnya dan khususnya di daerah Muallim. Sehubungan dengan itu sukacita dimaklumkan Majlis Pelancaran Projek akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada satu tarikh yang akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat di mana maklumat terperinci projek akan turut diumumkan pada hari tersebut.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan seisi Dewan yang dimuliakan. Menyentuh perbahasan Yang Berhormat Pengkalan Hulu berhubung status Pelaksanaan Pembangunan Taman Industri Perak High-Tech Industrial Park di Khantan, Chemor dengan anggaran keluasan 1300 ekar yang telah bermula sejak tahun 2004 dan kini telah dijenamakan semula sebagai Silver Valley Technology Park setelah dimaklumkan pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara NCIA telah menandatangani perjanjian kerjasama Silver Valley Technology Park pada 28 Disember 2020 bagi tujuan membangunkan Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi secara berfasa. Di mana pihak NCIA berperanan sebagai pemaju utama Silver Valley Technology Park. manakala PKNPk adalah pemilik tanah yang memberi surat kuasa wakil power anthony kepada NCIA sebagai pemaju utama NCIA urut bertanggungjawab mendapatkan peruntukan pembiayaan daripada kerajaan persekutuan. Untuk membangunkan Silver Valley Technology Park sebagai Taman Perindustrian. Dalam pada itu Kerajaan Negeri menerusi agensi seperti Invest Perak dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Negeri Perak (MIDA) Perak telah pun mengadakan sesi libat urus bersama para pelabur yang berpotensi yang berminat untuk melabur dan membangunkan Taman Industri Silver Valley Technology Park.

Saya juga menyambut baik apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Hulu dan bagi Astaka berkenaan penyelarasan pelaburan di negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat dan seisi Dewan, Invest Perak ditubuhkan dan berperanan sebagai center of investment bagi membantu dan mengkoordinasikan aktiviti pelaburan Negeri Perak serta bertindak sebagai pemudahcara bagi mempercepatkan proses pelaburan Negeri Perak.

Selain itu sebagai respon kepada ucapan YB Manjoi berkaitan cadangan pemberian insentif khas kepada para pelabur ketika dimaklumkan Kerajaan Negeri telahpun meluluskan insentif khas bermula pada tahun 2020 yang diberi nama sebagai tambahan dan pelengkap kepada insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Insentif ini hanya terpakai kepada pelaburan berkualiti dan berteknologi tinggi selepas diperhalusi serta mendapat kelulusan daripada kerajaan. Kerajaan Persekutuan melalui Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) berkaitan usaha menarik pelaburan teknologi hijau atau green technology dan sekolah yang dibangkitkan oleh adinda Yang Berhormat Pasir Pinji, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan tersebut dan usaha ini akan diteruskan secara berterusan dan dalam usaha bagi mempromosi dan menggalakkan pelaburan dalam pembangunan sektor teknologi hijau akan digerakkan mengurusi Majuperak Holdings Berhad yang telah diberikan tugas untuk menerajui usaha untuk Kerajaan Negeri memasuki bidang green technology. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, sidang Dewan yang mulia. Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan saya ini sekali lagi dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan Izinnya...

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Berhormat. Terima kasih. Kekanda saya Yang Berhormat Rungkup. Berkenaan dengan saranan dan cadangan saya berkenaan dengan apa yang sedang diterajui oleh Majuperak berkenaan dengan solar power atau ini pasang solar panel khususnya dengan pembinaan-pembinaan baru mahupun bangunan-bangunan yang sedia ada yang dimiliki atau dipegang oleh Kerajaan Negeri. Saya nak cadangkan dan maklumkan kepada Ahli-ahli Dewan bahawa ada dua acara. Satu kalau dia guna outfront bayar cash outfront untuk pasang solar panel. Dalam tujuh tahun saja dia boleh selepas tujuh tahun dia dapat bayaran balik. Lepas tu free elektrik dia atau kalau dia guna solar power futurement dia pula boleh dapat tarif yang jauh rendah untuk tempoh kontrak. Jadi ini akan dan bukan sahaja sesuatu satu pelaburan yang sangat bermanfaat tak sama ada ia di pelaburan itu dibuat oleh Kerajaan Negeri mahupun partner third party yang masuk. Ini merupakan salah satu yang saya harap bukan saja Majuperak tetapi Kerajaan Negeri perlu pertimbangkan membuat satu dasar untuk pastikan semua bangunan-bangunan di bawah Kerajaan Negeri menyumbang ke arah renewable energy iaitu solar dan keduanya berkenaan tadi ucap tahniah kepada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dengan sumbangan pelaburan DHTB RM32 billion over 10 years dengan izin. Cuma semua di situ kita juga nampak akan ada peningkatan penduduk yang akan masuk ke Negeri Perak.

Dengan pakar-pakar yang akan dikerah untuk bersama dalam projek sebut. Dengan bina rumah yang baru populasi meningkat industri meningkat. Bila populasi meningkat, sisa juga akan meningkat. Dengan kedudukan Negeri Perak kita yang masih teguh bahawasanya kita tidak akan menjadi sebahagian daripada akar pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Maksudnya kita masih punya kebebasan untuk memilih yang terbaik untuk Negeri Perak. Jadi saya dalam berapa bulan ini saya pun terserempaklah dengan beberapa pelabur yang berpotensi. Antaranya adalah GLC negara China yang punya banyak duit, punya peluang-peluang yang mereka tengah cari. Antaranya Power China yang memang tengah mencari peluang untuk wave to energy buat peluang untuk pelaburan mengikut wave to energy dan sekiranya dan ini adalah salah satu daripada banyak opsyen yang ada di luar sana. Populasi meningkat, sisa meningkat. Macam mana untuk kita nak menguruskan sampah sisa ini supaya ia menjadi sesuatu yang memanfaatkan negeri dan rakyat. Jadi sekiranya hendak dan sekiranya ada ruang saya sentiasa bersedia untuk berkongsi kontak-kontak ini malah memainkan peranan penyelarasan ataupun fasilitasi sekiranya. Apa pandangan Yang Berhormat Exco.

Encik Aminuddin bin ZulkipliAMANAH · PHBehrang

YB, boleh tambah sikit. Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Exco. Saya nak berpatah balik sikit saja berkenaan dengan RM32 bilion untuk Proton ini. Saya nak bertanya bagaimana boleh Kerajaan Negeri berperanan memastikan keterlibatan player tempatan sama ada dalam Muallim atau invester-invester ataupun pemain industri dalam Perak itu dapat terlibat langsung dengan perkara RM32 billion ini. Terima kasih.

Terima kasih terutamanya kepada Pasir Pinji dari segi green technology ini kita akan pastikan saya rasa kita boleh gunakan Framework United Nation Sustainable Technology sebagai framework dengan izin dan kita pastikan supaya apa juga yang kita lakukan bersifat hijau itu green technology itu sangat-sangat boleh dipraktikkan di mana-mana samada di premis kerajaan ataupun private sector dan RM32 bilion yang disebut oleh Yang Berhormat Behrang itu yang sudah tentulah kita mahukan limpahan kepada apa ni yang businessman daripada Behrang dan juga Tanjung Malim itu sendiri kerana ia satu jumlah yang besar. Kita tidak mahulah tidak ada langsung limpahan kepada peniaga-peniaga ataupun kontraktor-kontraktor tempatan. Jadi kita akan ambil kira perkara tersebut. Saya ucapkan banyak terima kasih. Jadi Yang Berhormat Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kepada Allah Ta'ala kerana dengan izinnya kita dilimpahkan kekuatan untuk terus bersama berusaha untuk perkasakan sektor industri, pelaburan dan pembangunan koridor negeri Perak. Rungkup, menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk terus beriltizam menjayakan segenap usaha Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah menggerak tenaga meningkatkan lagi prestasi ekonomi dan pelaburan pada masa akan datang.

Ucapan takziah Rungkup rakamkan kepada seluruh kerabat Almarhum Yang Teramat Mulia Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Izuddin Chulan bin Raja Zainal Azman Shah yang telah mangkat pada tarikh 28 Mac 2022 semalam. Sebagai penutup Rungkup ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan tidak terhingga kepada semua pegawai dan kakitangan awam yang telah memberi komitmen cemerlang dan sumbangan bakti bagi menjayakan pelaksanaan projek-projek pembangunan, pelaburan dan perdagangan perindustrian negeri Perak. Sekian selamat menyambut bulan Ramadan al-mubarak dan salam aidilfitri diucapkan quite early but supaya kita lebih bermotivasi untuk menghadap bulan ramadhan nanti. Rungkup serta Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak Darul Ridzuan mohon untuk terus berkhidmat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Rungkup. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan, dipersilakan.

Bismillahirahmanirahim terima kasih diucapkan kepada Dato' Dipertua Dewan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, rakan-rakan Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, agensi, sahabat media, permerhatian alam maya. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perak Sejahtera. Pada kesempatan ini saya merafakkan sembah dan menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Istiadat Perasmian Pembukaan Tahun Kelima Dewan negeri Perak Yang Keem[at Belas dan menyampaikan titah perasmian pada 28 Mac 2022 yang lalu. Sesungguhnya titah ucapan Tuanku telah menjadi inspirasi dan asas kepada lontaran cadangan dan idea perbahasaan Ahli-ahli Dewan Negeri yang telah mengamatinya. Sebelum saya meneruskan ucapan penggulungan saya, saya juga ingin mengambil peluang ini selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan pentadbiran negeri dan persekutuan yang telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama untuk terus menyelesaikan masalah dan merangkakan pembangunan di kawasan saya.

Bagi pihak rakyat DUN Tualang Sekah juga saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan kerajaan di peringkat negeri, daerah, pihak swasta dan kepimpinan politik serta NGO yang telah kekal bersatu hati sejak tarikh keramat 18 Mac 2020 dalam menangani isu global pandemik Covid-19 yang telah merencatkan mobilisasi dan industri sehinggalah ke hari ini kita sama-sama akan melangkah dengan segala kekuatan dan penuh bergaya dari fasa pandemik ke fasa endemik mulai 1 April 2022. Alhamdulillah. Dato' Yang Dipertua saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat ADUN yang telah membangkitkan pelbagai perkara demi kepentingan rakyat khususnya berkenaan dengan portfolio saya. Memandangkan saya hanya mempunyai 30 minit saya akan cuba kongsikan berkenaan inisiatif baru di bawah portfolio.

Dato' Yang Dipertua, bersangkutan dengan portfolio perumahan. Yang pertama status pembangunan Rumah Perakku. Suka untuk saya menarik perhatian kepada titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Kerajaan Negeri mensasarkan pembangunan rumah mampu milik sebanyak 50,000 unit dari tahun 2018 sehinggalah 2023 dan alhamdulillah sehingga 31 Disember 2021 kita telah melepasi sasaran sebanyak 56,292 unit buah rumah. Berkenaan dengan permohonan Rumah Perakku juga suka untuk saya melaporkan setakat ini merujuk kepada data sistem ePerumahan, jumlah pendaftaran pemohon bagi tahun 2016 hingga 2021 adalah sebanyak 22,491 di mana 19,977 adalah daripada golongan B40 dan seramai 2,514 adalah di bawah daripada golongan M40 manakala sepanjang tahun lepas sahaja 2021 kita telah menerima sebanyak 6,559 permohonan.

Satu lagi isu yang sering kali dibawa di dalam sidang Dewan pada kali ini ialah masalah pinjaman. Seperti juga Yang Berhormat Pangkor, Yang Berhormat Belanja dan Yang Berhormat Slim, Kerajaan Negeri juga memahami kegusaran rakyat yang menghadapi masalah daripada segi pinjaman bank bagi tujuan pembiayaan perumahan. Sehubungan dengan itu, LPHP telah mengambil inisiatif dengan membuat perjumpaan dan perbincangan berkaitan pembiayaan perumahan Perakku satu dan dua di bawah institusi kewangan yang terlibat dengan Skim Jaminan Kredit Perumahan iaitu SJKP. Bawah SJKP, slip gaji dilonggarkan kepada pengesahan pekerjaan oleh Penghulu atau ketua kampung ataupun kakitangan kerajaan gred A. LPHP juga akan memanggil pemohon yang disokong dalam temuduga untuk satu proses saringan bank di mana pemohon-pemohon tersebut disaring terus oleh Bank di bawah SJKP seperti Bank Simpanan Nasional, Bank Muamalat dan Bank Rakyat.

Para pemohon akan disaring secara real time dengan izin oleh pihak bank di mana pertimbangan dan kelulusan diputuskan secara serta merta. Susulan daripada itu KerajaanNegeri menyedari juga ya ramai pemohon yang masih tidak tahu atau pun bersedia ketika memohon dan di atas kesedaran tersebut LPHP perlu bantu dari segi dengan izin educating and fortify our client. Oleh itu LPHP berhasrat untuk menganjurkan kempen First Home Buyers untuk memperkasakan persediaan pemohon-pemohon pemilikan pertama. Ini termasuk kempen pengurusan wang bagi menaikkan kadar kemampuan pendaftar yang belum bersedia bagi tujuan pembiayaan perumahan. Sebagai permulaa, kempen ini akan diadakan pada 25 April 2022 melibatkan pihak bank, SJKP dan juga CCRIS. Perkara ini perlu dilaksanakan daripada sekarang bagi memastikan generasi masa kini dan yang akan datang dapat menikmati kemudahan perumahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Slim mohon mencelah. Berkenaan dengan yang sudah pencen ini. Ada yang umur 60 dia dah pencen dan dia bekas tentera dia pencen. Saya didatangi lah di pejabat bahawa dia ditolak permohonan Perakku di Trolak Pekan tu disebabkan kerana faktor umur 60 tapi dia ada pencen dan dia pun dia bekerja sekarang ni masih bekerja security di Proton. Macam mana yang tu?

Ok, terima kasih yang tu sebenarnya bukan ditolak oleh LPHP tetapi di tolak pembiayaan daripada pihak bank kerana antara syarat yang diperlukan oleh pihak bank tidak melebihi daripada 60 tahun tetapi kita mempunyai ruang di mana pinjaman pembiayaan tersebut boleh dilakukan secara bersama dengan anak yang berusia berkelayakan. Jadi tu adalah antara cara yang kita boleh bantulah YB ya dan mungkin kalau ada spesifik kes yang perlu perhatian bolehlah kita lihat semula adalah saya minta pihak LPHP untuk menasihati pemohon.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Yang Berhormat Tualang Sekah. Berkenaan ini juga berkenaan dengan perumahan khususnya untuk belia atau golongan yang golongan rentanlah mungkin yang lepas umur 60-an atau tak ada anak, tak ada waris apa semua yang saya sebut dalam perbahasan saya berkenaan dengan prefabricated home atau container homes yang saya ada mention semalam bahawasanya dua syarikat yang saya enggaged gulung tikar dua-dua pun tak boleh nak sampaikan tempahan saya itu dua biji kontena home. Jadi saya nak ini adalah satu cadangan dan satu seruan di mana mungkin kita boleh mula wujudkan satu perbincangan atau satu langkah di mana iya Program Rumah Perakku di mana melibatkan bank tapi kita perlu betul-betul mendalami isu rumah RM25 ribu ke bawah. Di mana orang yang tak kuasa nak bayar apa nama nak bayar loan untuk bank di mana kita wujudkan tempat tinggal ni bukan nak find the property lether nak ada property untuk duduk sahaja dan isu ini saya rasalah termasuk saya, tak masuk dalam radar dan tetap sebenarnya isu-isu yang dihadapi oleh orang-orang yang sangat susah ni hari-hari akan adu pejabat saya. Jadi saya mohon pendapat dan pendirian Kerajaan Negeri adakah kita punya ruang untuk menerokai rumah bawah RM25 ribu bagi golongan-golongan rentan ini.

Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Pasir Pinji. Untuk makluman, di bawah LPHP kita tidak mempunyai skim yang membiayai rumah semurah RM25,000. Tapi khidmat ini sebenarnya diteruskan oleh agensi-agensi lain seperti Yayasan Perak dan sebagainya di mana mereka memberi bantuan binaan rumah kepada mereka yang miskin. That’s one, ya 50 ya, harga kos pun dah naik YB. Jadi ramai yang tak bolehlah kalau kita nak minta harga yang lebih rendah pun sekarang ni semua lebih kurang kontraktor minta kita live lah untuk menaikkan harga sebenarnya kerana kenaikan harga pasaran barang-barang sumber bahan mentah untuk binaan tetapi kita welcome your idea. Kalau boleh bolehlah kita bawa perbincangan di bawah pihak LPHP. Mungkin dengan agensi-agensi yang berkaitan juga. Terima kasih YB.

Seterusnya, berkenaan dengan kawasan kawal selia pemaju rumah, LPHP juga telah mengambil tindakan untuk menambahkan baik dan mengemaskini sistem e-Hartanah supaya maklumat pemajuan perumahan dapat dipantau dan dikawal selia dengan lebih efisien termasuklah juga berkenaan dengan penjualan rumah kos rendah yang dikawal dan direkodkan di LPHP sendiri. Berkenaan dengan pembangunan Program Perumahan Rakyat sukalah untuk saya berkongsi juga, Kerajaan Negeri pada hari ini masih meneruskan ya membantunya makan rumah yang selesa yang disewa dengan kadar RM100 hingga RM124 sebulan kepada golongan B40 yang mungkin tidak mampu sepertimana tadi YB Pasir Pinji sebutkan. Memang tak mampu nak beli pun rumah, jadi kita tawarkan sewa yang rendah dan terdapat sebanyak 2,881 unit seluruh Perak di mana 162 unit masih lagi dalam proses pengisian. Walaubagaimanapun kita fahami salah satu daripada cabarannya ialah untuk mengelakkan ketidaklayakkan pemohon-pemohon ya seperti yang dibawa oleh Pengkalan Hulu. Jadi pihak LPHP telah memulakan membuat bancian dari masa ke semasa di flat-flat yang terlibat bagi memperkemaskan sistem saringan dan penawaran peserta. Kerajaan Negeri juga akan meneruskan inisiatif untuk menaik taraf fasiliti di flat-flat PPR kita ataupun Program Perumahan Rakyat kita di mana pada tahun ini mini perpustakaan atau pusat aktiviti mini akan diteruskan di PPR Tok Jabit, Parit Buntar, PPR Kamunting Lestari Taiping, PPR Jalan Laksamana

Teluk Intan dan PPR Simpang Simpang Perdana Taiping. Manakala PPR Sri Kepayang dan Pasir Putih telah pun siap dibina dan beroperasi.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Dasar Perumahan Negeri Perak juga menjadi salah satu perkara yang telah kita kaji dan tambah baik khusus untuk fasa pemulihan pasca pandemik. Antaranya kita mempunyai 4 perkara yang khusus. Yang pertama memberi insentif kepada pemaju agar Rumah Perakku 1 dan Rumah Perakku 2 dibina secara berfasa berdasarkan pembangunan yang dipohon oleh pemaju berdasarkan kesesuaian pembangunan tersebut. Keputusan ini akan berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2025 bagi memberi insentif kepada pemaju yang menghadapi tekanan khususnya daripada segi pasaran dan bekalan akibat wabak Covid-19. Selain itu, LPHP juga dalam proses untuk memberi kelonggaran kepada pemilik individu lot bumiputra untuk memohon pelepasan kuota bumiputera setelah pegangan kuota bumiputera tersebut melebihi 5 tahun. Dari segi proses dah prosedur juga, LPHP tapi telah berjaya mengkaji dan menambahbaik bersedia untuk diperkemaskan dan ringkaskan untuk pastikan ianya berkesan dari segi masa dan bebanan kerja. Ini juga termasuk daripada segi pemilihan peserta. Dasar baru yang telah kita perkenalkan juga adalah berkenaan dengan kawalan penjualan dan pindah milik rumah kos rendah. Di sini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih saya kepada Timbalan CEO LPHP, pegawai-pegawai serta seluruh warga LPHP yang telah berdedikasi membawa banyak transformasi dalam kita mengawal selia isu perumahan Perak mengikuti peredaran masa dan keperluan rakyat terkini.

Untuk maklumat Timbalan Yang Dipertua serta Ahli-Ahli Yang Berhormat, menyentuh pula berkenaan dengan potfolio yang sering kali saya letak belakang iaitu kesenian dan kebudayaan. Pada tahun ini Dasar Kebudayaan Negara yang telah dilancarkan pada tahun lepas telah pun dibawa turun ke negeri bertujuan untuk memantapkan sektor kebudayaan dari segi pembangunan, tadbir urus budaya, modal insan, pengkaryaan dan usaha menjana ekonomi dimana selari dengan hasrat Kerajaan Negeri. Sebagai peneraju gagasan budaya nilai tinggi ianya turut memberi impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ianya menjadi mekanisme untuk wujudkan satu bangsa Malaysia yang harmoni.

Menyentuh pula berkenaan dengan Majlis Kebudayaan Negeri, MKN terus menyemarakkan aktiviti seni dan budaya di negeri ini dan pelbagai program menyemarakkan seni budaya telah pun kita rancang di seluruh Negeri Perak yang meliputi elemen adat dan budaya, seni persembahan, program pemupukan nilai murni, sastera, bahasa, seni visual dan sebagainya dan antara program-program yang dibawa bersama JKKN termasuklah program-program berbentuk bimbingan seni budaya program, program pendidikan seni budaya rebana Perak dan orang asal kita, program perantisan gendang panjang untuk komuniti Siam Hulu Perak, pemetaan budaya Negeri Perak dan juga program menyemarakkan seni budaya seperti festival tari. Insentif-insentif sebegini juga diteruskan di mana insentif kewangan diteruskan kepada NGO-NGO seni budaya, insentif wang disediakan untuk projek melihat seni, Penggunaan kemudahan seperti auditorium, kejurulatihan, ruang latihan terbuka kepada NGO yang melaksanakan aktiviti seni budaya secara percuma. Insentif kewangan sektor kebudayaan yang dikawal selia oleh pihak kementerian akan diselaraskan oleh pihak JKKN Perak.

Timbalan Yang Dipertua, berdasarkan prestasi dan komitmen dan penyertaan penggiat sini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak PORT ataupun Koloni Karyawan Amanjaya yang telah terpilih ke Vanice Vinalir Italy mewakili negara Malaysia bagi program pameran seni kontemporari Vera + Flora + Fiona melalui platform FOT Perak dalam 59 Vanice Vinalir Italy Cole Troy Event dari 23 April 2022 sehinggalah 27 November 2022. Seramai 13 artis termasuk dua orang di kalangan orang asal akan menyertai pameran tersebut. Penganjuran program ini membantu mengangkat pengiat seni kontemporari Perak ke peringkat yang lebih tinggi dan sekaligus membawa nama pelancongan Negeri Perak ke persada antarabangsa seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk memartabatkan hak seni dan budaya sebagai tarikan pelancongan antarabangsa khususnya di Bandaraya Ipoh. Berkenaan dengan program baru di bawah Kuot juga, arkib merupakan satu inisiatif Kuot dalam memberi sokongan terutama kepada para penggiat seni mengumpul bahan arkib budaya dan pelancongan. Ini menjadikan Negeri Perak sebagai satu-satunya negeri yang akan memiliki agensi yang menjalankan kerja-kerja budaya yang berpotensi menyumbang kepada usaha-usaha bagi kita memperoleh status bandar kreatif Unesco untuk Bandaraya Ipoh.

Timbalan Yang Dipertua, menyentuh berkenaan dengan pelancongan, melangkau masuk ke fasa endemik pada 1 April 2022, 2 senario utama dijangka akan berlaku. Yang pertama pelancong yang vaksinasi lengkap dan minda terbuka dan kedua pelancong yang vaksinasi lengkap tapi sangat berwaspada kerana endemik kerana mudah dijangkiti. Semestinya keadaan ini akan tip-tip, dengan di izin, demand dalam industry dalam industry tourism. Jadi pihak Kerajaan Negeri berpendapat bahawa kita perlu menerus saranan kepada semua pemain industri untuk kekal dengan good practice guide yang ada dengan mematuhi SOP yang dikenakan pada tahap yang lebih tinggi. Ini adalah untuk kita mengembalikan keyakinan pelancong untuk datang melancong dalam keadaan yang selamat di Perak.

Kerajaan Negeri Perak juga sedar program-program perlu dirancang untuk memberi stimulus kepada aktiviti yang akan diadakan di seluruh kawasan pelancongan di Negeri Perak dan sudah semestinya memerlukan gandingan rapat dan usaha daripada semua pihak terlibat bukan sahaja agensi kerajaan dan pemain industri malahan masyarakat tempatan. Di sini saya ingin menzahirkan ucapan ribuan terima kasih saya kepada semua rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang telah banyak sebenarnya memberikan ataupun menyumbangkan idea dan tenaga khususnya dalam bidang ini di kawasan masing-masing. Hari ini juga saya mengucapkan tahniah dan terima kasih sebenarnya kepada Yang Berhormat Jelapang, when one step ahead tanpa bantuan peruntukan kerajaan tetapi melalui kolaborasi kepimpinan penggiat dan masyarakat tempatan yang telah menghasilkan satu buklet travel to Dun Jelapang. So, this is really interesting sebab banyak tempat yang saya sendiri pun tak pernah lawati dan ketahui bahawasanya perlu dilawati dan diketahui oleh pelancong-pelancong bukan sahaja di persada antarabangsa dan juga kebangsaan.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Pasir Pinji pun ada.

Pasir Pinji tak bagi kat saya. Nanti saya promote Pasir Pinji punya. Tapi YB Jelapang punya insya-Allah Tourism Perak akan sambut dan kita akan promosikan dalam bentuk PDF dalam media platform kita dan bantu untuk kemudahan QR lah ya supaya ianya dapat di orang kata akses oleh pelancong-pelancong kita dalam masa yang terdekat. Jadi ini adalah antara contoh CBT, Community Based Tourism lead by local leader’s yang cukup baik. Jadi saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Jelapang dan rakan-rakan sekalian yang telah mengusahakan dan menghasilkan unsur-unsur seperti berikutnya dan Timbalan Yang Dipertua, melalui Tourism Perak sebanyak RM2.3 juta tambahan sedang dimohon untuk pakej rangsangan ekonomi Negeri Perak untuk kita bantu fasa pemulihan lagi-lagi apabila bajet tahun lepas telah pun dikurangkan. 3 komponen utama permohonan PRE akan meliputi program, promosi, acara, pembangunan modal insan, infra serta pakej-pakej pelancongan.

Insya-Allah pandangan Yang Berhormat Pengkalan Hulu mengenai fasiliti di sempadan akan kami semak untuk tindakan agensi yang berkaitan. Seterusnya pelbagai program promosi telah diaturkan selain daripada kerja-kerja pemasaran dan promosi yang kita sering adakan iaitu pameran, promosi pasaran domestik, antarabangsa kerja sama dengan Shopee, kerjasama dengan program-program berbentuk TVC reality show kita juga akan mempamerkan 90 buah acara di mana empat acara akan bertaraf antarabangsa termasuklah Pangkor International Marine Tourism Conference 2022 dan Perak 48 Hours Iron bound Adventure Nasional Siries Workout Lenggong Edition yang mewakili sektor Asian. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Sungkai tadi tadi…

Puan Salbiah binti MohamedUMNO · BNTemengor

Tualang Sekah, sedikit, terima kasih Timbalan Yang Dipertua saya ingin bertanya kepada Tualang Sekah mengenai usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dari segi aspek untuk memastikan Royal Belum diletakkan mendapat kelulusan pengiktiran UNESCO. Apakah program-program pembangunan yang dijalankan termasuk bantuan-bantuan yang disalurkan untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan dan juga untuk benar-benar dilihat Royal Belum itu sebagai satu tempat pelanconganlah? Sebab saya tengok kalau dulu saya nampak rancak dan juga meriah apabila ada beberapa festival untuk Royal Belum ada World Drums Festival Royal Belum. Festival ini pernah ada pertandingan kayak dekat ni tapi sekarang ni macam agak lesu program promosi pelancongan di Royal Belum jadi apakah usaha-usaha yang dibuat Kerajaan Negeri? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Temengor di atas soalan tersebut, sebenarnya daripada segi pengiktirafan UNESCO kita sudah pun siap daripada segi peringkat dan berada di jawatankuasa penilaianlah. Jadi itu akan ikut proses di bawah Jabatan Warisan Negara tetapi untuk makluman Yang Berhormat sebenarnya saya pun akui kita dah dua tahun ni memang covid banyak acara tak dapat dijalankan jadi saya akan sambut saranan Yang Berhormat untuk kita melihat kembali apakah festival-festival yang boleh kita padankan bersesuaian dengan keadaan lokasi iaitu Royal Belum insya-Allah. Timbalan Yang Dipertua, cuma saya nak sebutkan pembangunan pakej baru kita ada 5 perkara, yang pertama ialah berkenaan dengan bikers trail, itu adalah satu pakej baru yang telah pun kita lakukan untuk peminat pelancong bermotor di mana ianya telah dijayakan dengan agensi-agensi kerajaan sebenarnya dan kita telah adakan trail dia daripada segi bentuk QR Code dan sebagainya dan kita dalam persediaan ataupun dalam proses untuk menaikkan signage-signage ride for the bikers rail di trail yang telah pun kita kenal pasti dan telah kita terokai secara berkumpulan.

YB ENCIK HOWARD LEE CHUAN HOW. Terima kasih. Nak patah balik sikit Yang Berhormat berkenaan dengan pengiktirafan UNESCO saya nak patah balik satu langkah bukan ke tahap UNESCO tetapi pengiktirafan sebagai tanah ibadat atau tapak warisan negara bagi tempat-tempat ibadat Gua Batu Kapur yang sekarang sama dah dengan jawatankuasa tempat ibadat batu kapur dengan PTG sedang diusahakan perwartaan tempat-tempat tersebut sebagai tanah ibadatlah tetapi dicadangkan juga bahawasanya ia perlu pergi ke satu langkah lebih hadapan bahawasanya sekiranya boleh diusahakan kalau tidak semua sebahagian daripada tapak-tapak tersebut diiktiraf atau dimohon diiktiraf sebagai tapak warisan kerana perkara itu dia bukan sekadar tanah ibadat tetapi juga punya ada yang 140 tahun punya sejarah yang sudah lama bertapak sebagai tempat pelancongan yang tersohor di Malaysia malah di Asia Tenggara. Tokong dalam gua, kuil dalam gua benda ni memang istimewa yang ada pada negeri Perak. Adakah pihak pejabat Yang Berhormat sudi dan sanggup mengambil cabaran ini untuk dilaksanakan?

Terima kasih YB Pasir Pinji. Sekiranya ada cadangan kita akan sentiasa menerima cadangan tersebut dan lihat daripada segi kelayakan untuk diangkat sebagai tapak warisan. Walaubagaimanapun, itu saya akan serahkan kepada subject expert matters Jabatan Warisan Negara lah yang boleh juga dikelolakan dengan bantuan pihak UPEN, insya-Allah. Ok, selain daripada tu ada lagi yang kita nak perkenalkan iaitu Notical Marine Tourism, ini adalah sektor baru untuk Lumut di mana kita promosikan untuk luxury dan yacht twist. Kita juga melihat kepada Muslim Friendly Accommodation Vacation and Spa untuk menembusi pasaran muslim 2.3 bilion orang ya di mana Tourism Perak dengan kerjasama ITIC akan mengadakan bengkel Muslim Friendly Condition Recondition kepada pengusaha-pengusaha hotel yang berdaftar di bawah MAH dan MAIBA pada 26 April 22 sebagai nilai tambah kepada produk pelancongan di Negeri Perak. Medical health juga akan diteruskan dengan sesi-sesi bisnes matching dan kita sedang mendapat by-in daripada hospital-hospital untuk bersama-sama dalam menyediakan servis tersebut atau perkhidmatan tersebut. Pemerkasaan di Digital Promotion, baru-baru ini kita telah melancarkan lagu dan video muzik Cintaku Di Negeri Perak, pelancaran aplikasi Perak Bus untuk tujuan kita promosikan pengusaha hotel, resort dan pemain industri.

Dari segi pemerkasaan dasar Yang Berhormat Teja ada membawa berkenaan usul untuk pemutihan peserta eko pelancongan. Jadi untuk makluman sebenarnya kita telah mengadakan bengkel sebelum ni sebanyak dua kali dengan pengusaha- pengusaha pelancongan khususnya dalam kawasan kita bagi taklah kata yang lain pun tak terlibat tapi khusus dalam kawasan kita kita telah adakan untuk kita jadikan sebagai peserta-peserta berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan. Jadi perkara ini juga telah dibawa pada bulan lepas di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan. Isu lain adalah yang dibawa oleh Yang Berhormat Malim Nawar tapi Yang Berhormat Malim Nawar pun tak da ye jadi saya tak perlu sebut. Yang Berhormat Belanja berkenaan dengan MyTTF telah ditubuhkan di mana Perak sebenarnya telah dijemput untuk mengganggotai jawatankuasa tersebut. Jadi in-short Perak mewartakan Hutan Simpan Royal Belum, hutan simpan kekal Aman Jaya untuk menyokong Kompleks Sukan Belum-Temenggor kerana ia merupakan habitat utama untuk Harimau Malaya di negeri Perak.

Insya-Allah isu-isu yang lain saya akan cuba beri kerjasama dan penyelesaian terbaik. Timbalan Yang Dipertua, menyentuh berkenaan dengan kerajaan tempatan pula ini yang terakhir kerajaan tempatan dalam usaha untuk mengetengahkan penambahbaikan dan dasar baru dalam berapa perkara termasuklah yang pertama, pelan pengurusan sisa pepejal. Salah satu agenda Perak Bumi Lestari dalam merangka pembangunan negeri adalah menambahbaik sistem pengurusan sistem pepejal. Sehubungan dengan itu terdapat lima strategi dan 32 pelan tindakan pengurusan sisa pepejal untuk negeri Perak telah pun digariskan dalam pelan Perak Lestari 2030 untuk kita pacu ke arah pengurusan sisa yang mampan dengan mengurangkan penjanaan sisa tersebut meningkatkan kitar semula dan guna semula bahan untuk mencapai 40% pengurangan pelupusan sisa ke tapak pelupusan. Apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Belanja juga termasuk dari segi inisiatif pengurangan plastik telahpun dihuraikan oleh rakan EXCO saya tadi juga termasuk dalam inisiatif ini.

Satu bengkel akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk kita perhalusi strategi dan pelaksanaan pelan tindakan yang telah pun digariskan dalam pelan Perak Lestari 2030 berserta dengan time frame bersama-sama dengan pihak berkuasa tempatan yang terlibat. Tindakan yang telah dilaksanakan semenjak dua tahun kebelakangan ini adalah penubuhan mesyuarat jawatankuasa pengurusan sisa pepejal negeri Perak untuk membantu memantau dan melaporkan status pengurusan sisa pepejal. Kedua, meluluskan peruntukan bagi projek-projek pemulihan dan penyebaran tapak pelupusan untuk tujuan memanjangkan tempoh jangka hayat tapak pelupusan tahun 2021 RM1.7 juta telah pun disalurkan melalui 19 projek dan pada tahun ini 9 projek berjumlah RM1.4 telah diluluskan menggunakan peruntukan P07, Kerajaan Tempatan. Kita juga merancang pembangunan tapak-tapak pelupusan yang baru. Kita juga menilai dan memperhalusi kaedah pengurusan sisa pepejal yang terbaik melalui sesi-sesi pembentangan cadangan sebenarnya daripada pelbagai syarikat pengurusan sisa pepejal untuk pelaksanaan program dan kempen kesedaran seperti kitar semula, tanpa plastik dan pemurnian tapak sampah haram dan lain-lain. Terdapat beberapa cadangan projek Waste to Energy sebenarnya telahpun dibentangkan dan ada juga yang sedang mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment yang dikendalikan oleh pihak PBT secara menerus. Jadi kalau Yang Berhormat Pasir Pinji mempunyai investors dalam bidang WTE ini amat dialu-alukan untuk dijemput memberi taklimat supaya kita lihat kawasan mana yang mungkin bersesuaian dengan teknologi yang dibawa.

Perkhidmatan kutipan sampah di kawasan luar bandar dan luar kawasan pentadbiran PBT melalui khidmat sosial ke semua Pihak Berkuasa Tempatan telah pun dijalankan dengan peruntukkan RM2.2 juta pada tahun lepas dan di mana pada tahun ini ianya dilanjutkan dengan peruntukan sebanyak RM1.4 juta untuk 110 buah kampung di seluruh Negeri Perak. Walau bagaimanapun untuk penambahan kampung tahun ini, proses permohonan masih lagi di dalam pertimbangan dan kita harap kita dapat lah berita yang baik tak lama lagi. Permohonan peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk beberapa tapak pelupusan Negeri Perak juga telah kita terima untuk tujuan menaik taraf kemudahan infra dan juga tutup selamat. Berkenaan dengan perkara kedua yang seringkali juga dibawa oleh Yang Berhormat dan juga oleh masyarakat ialah berkenaan dengan isu anjing liar dan haiwan merayau ataupun haiwan berpoya-poya ya Pak Teh? Selain itu, Kerajaan Negeri melalui UPEN sedang melaksanakan beberapa cadangan penyelarasan bagi kita menyelesaikan anjing liar ini secara komprehensif untuk melibatkan penyelesaian jangka panjang dan juga jangka pendek.

Di antara pendekatan yang sedang diteliti termasuklah untuk mengadakan program TNR dengan kerjasama pihak NGO. Di setengah PBT ini telahpun dijalankan cuma kita sedang melihat kepada dasar dan polisi secara menyeluruh untuk Negeri Perak. Namun isu utama apabila kita lihat bukanlah dari segi pembiakan itu sahaja tetapi daripada segi kacau ganggu yang dilakukan khususnya anjing-anjing liar yang yang ganas ke ataupun yang menyerang orang ramai. Jadi kesemua perkembangan tindakan ini akan kita pantau secara berkala dan dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penangkapan Anjing Terbiar dan Juga Haiwan Merayau Negeri Perak yang telah pun dipengerusikan secara bersama oleh saya dan juga Yang Berhormat Gunung Semanggol dan insya-Allah kita juga akan membuat satu perancangan yang lebih komprehensif untuk menyelesaikan masalah ini tanpa orang kata tanpa menyentuh sensitiviti-sentiviti sesetengah pihak.

Mohon mencelah. Terima kasih YB Exco. Saya tertarik dengan isu berkenaan dengan anjing liar khusus dalam kawasan DUN Trong juga walaupun ianya bukanlah di bawah kawasan seliaan PBT namun kita mempunyai berpuluh-puluh ekor yang kadang-kadangnya dia menyerang haiwan ternakan sampai haiwan ternakan seperti lembu, anak lembu boleh matilah, anak kambing. Jadi adakah PBT juga boleh main peranan untuk apa ni masalah kawasan kampung dan juga di kawasan taman-taman ini. Adakah penguatkuasaan diambil kepada yang memiliki anjing yang tidak mempunyai lesen di mana anak saya juga tengah pernah berlaku satu peristiwa di mana anak saya digigit sehingga dimasukkan ke hospital dan melibatkan parut yang sangat besar dan trauma yang terlalu teruk dan sampai masuk surat khabar dan saya dikecam disebabkan oleh isu sensitiviti-sensitiviti dan sebagainya? Tetapi bagi saya perkara ini tidak boleh di diambil enteng oleh PBT di mana apabila setiap kali laporan saya sampai tak boleh nak buat laporan kerana tak ada tindakan yang betul-betul komprehensif untuk membantu masalah masyarakat dalam kawasan taman dan juga kampung. Bila panggil je datang sekejap, lepas tu masalah tak selesai. Jadi apakah cara sama ada untuk mengelakkan daripada berlaku pembiakan terlalu banyak ataupun dengan menghadkan belaan anjing kalau kata tidak ada lesen dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Tualang Sekah. Menjawab dan terus pada penutup ya. Masa dah habis.

Satu perkara je. Yang Berhormat Trong terima kasih di atas soalan tersebut. Sebenarnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi semua kita dah bincang dalam mesyuarat kita, Yang Berhormat Gunung Semanggol dan kita lihat itulah dia bukan ada cara yang mudah untuk kita terus menyelesaikan perkara ini kerana sebenarnya bidang kuasa ini bukan di bawah PBT. Ianya di bawah Jabatan Veterinar cuma PBT melaksanakan secara bersama berpasukan kerana kita mempunyai bilangan penguatkuasa yang boleh membuat tindakan. Untuk kawasan-kawasan di luar taman sebenarnya, itu terjatuh kepada Pejabat Daerah dan Tanah. Jadi dia ada banyak orang kata masalah-masalah yang dari segi teknikalnya sebenarnya ialah melambatkan ataupun melengahkan proses untuk kita ambil tindakan. Jadi ini antara perkara yang kita akan lihat untuk penyelesaian jangka panjang dan jangka pendek lah yang boleh kita syorkan. Kita ada target by June untuk kita ada satu kertas cadangan yang boleh kita lihat sebagai satu kertas dasar ataupun polisi lah untuk dibawa. Insya-Allah.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Berhormat.

Ok, saya diminta untuk menggulung. Saya ada dua lagi perkara.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Satu saranan yang yang kecil yang sangat penting. Segala yang telah disentuh oleh Yang Berhormat tadi segalanya ada kena-mengena dengan alam sekitar kita, ada kena-mengena dengan pencapaian SDG (Sustainable Development Growth) yang saya rasa rata-rata di sini semua kita setuju adalah sesuatu yang perlu kita mencapai. Di bawah portfolio Yang Berhormat ada PBT. PBT adalah pihak lapisan kerajaan yang paling dekat dengan rakyat dan sekiranya boleh dipertimbangkan dalam setiap PBT wujudkan satu jawatan atau satu bahagian kecil di mana ada satu pegawai SDG untuk mengulas dan juga mempromosikan SDG supaya kita sebagai satu negeri di pihak yang paling dekat dengan rakyat kita boleh kata di Perak kita ada pegawai SDG di setiap PBT. Adakah perkara ini boleh dipertimbangkan dan apa pandangan dan pendirian Yang Berhormat sendiri. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Pinji. Memang dalam segala pelan sekarang ni kita akan berasaskan kepada SDG yang telah pun tertera ataupun telah ditetapkan oleh pihak United Nation lah. Jadi apa yang cadangan tu saya kena tengok balik sebab kita kekurangan kakitangan dan walaupun saya ada Unit Pelancongan pun ada jawatan yang terpaksa digandakan. Jadi mungkin kalau ada fungsi yang boleh kita samakan dengan jawatan yang sedia ada, kita bolehlah pertimbangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan nanti. Insya-Allah. Cuma saya nak maklumkan untuk Kampung Baru kita telah mendapat kita telah ada satu makluman baru di mana pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung bagi Kampung Bharu Cina dan India telah yang mana kita telah laksanakan untuk 167 orang sekarang ini akan berpindah ke Kementerian Perpaduan berkuatkuasa 1 Januari 2022.

Jadi ini pada kali ini sehingga kini tiada pelantikan Pegawai Kemajuan Perkampungan telah dibuat bagi 17 jawatan PKP di Negeri Perak. Ramai yang bertanya pada saya di luar Dewan jadi saya jawab di sini lah ya. Laporan prestasi Puncak Emas mungkin kepada mereka yang bertanya saya boleh bagi satu laporan. Secara asasnya mengikut laporan None Performance Compliance sebenarnya mereka mencapai sebanyak 82% untuk tahun lepas dan daripada segi purata daripada bulan Disember daripada October to December last year mereka juga mencapai purata 3.53 out of 5 daripada segi performance tetapi perkara itu boleh saya kongsikan dan untuk makluman sidang Dewan kita akan ada tahun penilaian tahun ini di mana kategori ataupun syarat penilaian telahpun ditambah baik untuk dipenuhi oleh pihak concession. Jadi ini tahun ini adalah tahun penilaian lah untuk Puncak Emas.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

YB, cuma saya nak tambah sikit. Boleh tak saya rekod balik tadi apa yang dikatakan oleh YB tentang Pegawai Kemajuan Perkampungan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Yang mana YB kata ianya telah diletak di bawah Jabatan Perpaduan dan sekarang tiada sebarang lantikan dan peruntukan yang selama ini untuk setiap Kampung Baru itu tidak wujud.

Oh, bukan-bukan. Saya tak kata tidak wujud, tetapi dia...

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Adakah itu betul?

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Oh, bukan-bukan tetapi dia dikawal selia oleh pegawai PKP, kita panggil PKP, Pegawai Kemajuan Kampung. Jadi sekarang ini tidak ada yang dilantik tapi tidak bermakna peruntukkan itu tiada kerana peruntukan itu sebenarnya disalurkan melalui PBT.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Because selama ini, kampung baru dengan Pegawai Kemajuan Perkampung itu dia semua letak bawah KPKT dari segi lantikan dan dari segi penggunaan peruntukan kampung baru. Tapi apa yang dikatakan oleh YB adalah dipecahkan kepada jabatan yang kementerian yang berbeza. So, itu akan wujudnya satunya siapa yang memberikan arahan lepas tu peruntukan yang sepatutnya ada itu masih ada pada KPKT atau pun.

Itu kami belum dimaklumkan dari segi tata permohonan. Jadi nanti saya akan maklum pada YB sebab saya tidak ada maklumat berkenaan dengan perkara tersebut.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Baik, ok terima kasih.

Thank you. Ok, akhir kata saya mengucapkan terima kasihlah kepada Timbalan Yang Dipertua di atasnya peluang untuk saya cakap lebih daripada masa yang di berikan saya menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih juga semua yang telah banyak menguruskan hal ehwal berkenaan portfolio saya di kawasan-kawasan YB. Nak bubar atau tidak, kerja tetap kerja, tanggungjawab masih kekal tanggungjawab. Jadi terima kasih saya ucapkan kepada semua kepimpinan dan warga kerajaan negeri diketuai oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan rakan-rakan Exco serta Dato' SUK bersama ex-officio serta khususnya yang di bawah portfolio saya LPHP, Bahagian Kerajaan Tempatan, Datuk Bandar dan barisan YDP, majlis dan warganya, pejabat daerah tanah, Tourism Perak, Lembaga Muzium, Perbadanan Taman Negeri Perak, Sekretariat PBC, PORT, Majlis Belia Negeri serta semua jabatan dan agensi yang terlibat, dari kerajaan persekutuan juga MOTAC Tourism Malaysia, NCIA, Kraftangan, JKKN, Plan@Malaysia dan Bomba dalam melaksanakan hasrat kerajaan negeri demi rakyat.

Terima kasih sekali lagi hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan.

Daun selasih si Bunga, kantan bunga melur biji tasbih dan burung tempua, menjunjung kasih seisi Dewan, Mohon berundur, terima kasih dan stay safe semua.

Sekian terima kasih wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum warahmatullahi.

Timbalan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Tualang Sekah. Seterusnya sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Lintang untuk menggulung perbahasan 30 minit daripada sekarang.

Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang. Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahi rabbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiya iwal mursalin wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. Bismillahillazi la yadurru ma asmihi syaiunfillardi wala fissamai wahuwassami Ul alim.

Firman Allah SWT yang membawa maksud "Baginya manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, di depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia Allah” surah Ar-Rad ayat 11.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Yang Berhormat, ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media seterusnya urus setia Dewan Undangan Negeri, para pemerhati yang saya hormati sekalian.

Saya mulakan sesi penggulungan saya dengan membaca sebaik-baik ayat al-quran dalam ingatkan kepada semua seisi Dewan. Apalah kita sedang dilanda kesulitan, Allah akan selalu setia untuk mendengarnya. Apabila kita sedang dilanda kesukaran, Allah akan memudahkan kesukaran itu untuk kita harungi, namun ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Semoga Allah subhanahu taala membantu kita untuk mengharungi segala cabaran khususnya yang berkaitan dengan isu-isu di bawah portfolio saya.

Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang Dipertua, izinkan saya untuk terus merafak sembah dan menjunjung kasih sebesar-besar penghargaan setelah lafaz penghormatan yang tiada terperinya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menzahirkan kita ucapan perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Yang Keempat Belas, yang sangat mendalam dan menyeluruh supaya setiap dari kita sama ada Ahli Yang Berhormat serta seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri merasa insaf dan mengambil iktibar agar dapat bekerja lebih gigih untuk rakyat dan juga negeri Perak.

Patik dan seluruh anggota pentadbiran kerajaan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Tuanku yang Patik berikrar, berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri agar dapat bekerja dengan lebih kuat, dan gigih untuk kerajaan Tuanku dan kepada rakyat jelata.

Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat di atas keprihatinan dan kematangan yang ditonjolkan semasa perbahasan dengan membangkitkan isu-isu yang berkaitan pembangunan serta masalah infrastruktur di kawasan masing-masing. Seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat dan 14 isu telah dibangkitkan bagi portfolio saya dan seluruh agensi yang berkaitan mengambil maklum segala pandangan saranan dan teguran yang cukup membina demi penambahbaikan yang berterusan.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Sesi penggulungan saya hari ini akan terbahagi kepada beberapa segmen iaitu berkaitan dan pengairan dan saliran, isu jalan raya dan akhir sekali isu-isu lain yang berkaitan dengan portfolio saya.

Pengairan dan Saliran, Ahli Yang Berhormat daripada Pengkalan Hulu telah mencadangkan supaya JPS dapat mempertimbangkan agar MB Inc. dilibatkan menjaga sungai-sungai dari masalah banjir yang berlaku khususnya dalam kawasan kampung. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah pun bekerjasama dengan MB Inc. dalam Program Perkongsian Pintar ataupun Smart Partnership dalam menyelenggara dan memulihara sungai-sungai dalam Negeri Perak. Sehingga kini sebanyak 48 batang sungai di Perak kecuali Sungai Perak telah berada di bawah selenggaraan oleh MB Inc di bawah program.

Pihak kerajaan malalui JPS sentiasa mengalu-alukan kerjasama bersama pihak swasta dan GLC dalam usaha pemuliharaan sungai dan alam sekitar. Selaku agensi teknikal pihak JPS akan sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh MB Inc. agar selaras dengan garis panduan dan spesifikasi. Yang Berhormat, permohonan ini akan dipertimbangkan sebaik-baiknya. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2022 JPS Negeri Perak telah membuat permohonan bagi projek pemuliharaan, muara-muara sungai di seluruh negeri yang merangkumi kawasan Kerian laut tepi sungai Labu Sungai Petani Piandang, Sungai Chenam dan Sungai Kota dengan anggaran kos RM1.7 juta.

Kalau dibawa rolling plan ketiga, RP3 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), permohonan telah diangkat untuk dipertimbangkan bagi melaksanakan kerja-kerja pengorekan muara sungai di Kerian, laut bagi menaik taraf sistem saliran Skim Rancangan Pengairan Kerian, daerah Kerian Perak Darul Ridzuan dengan kos anggaran RM14.8 juta. Skop kerja bagi permohonan ini adalah merangkumi kerja pengorekan muara-muara sungai itu, Sungai Chenam, Sungai Kota, Sungai Megat Aris, Sungai Labu, Sungai Betul Lan, Parit 30. Skop kerja yang lain dalam perumahan ini adalah bagi kerja-kerja penstabilan tebing, menaiktaraf struktur air pasang surut dan lintasan jentuai bahagian sungai dan pantai. Selain daripada itu JPS juga akan menjalankan kerja-kerja mendalamkan muara sungai menggunakan peruntukan negeri sebagai penyelesaian jangka pendek memandangkan peruntukan yang terhad.

Untuk makluman Yang Berhormat, seterusnya Yang Berhormat Selinsing pula telah menyentuh berkenaan banjir yang telah melanda Taman Muhibbah dan Taman Bersatu yang menjejaskan 400 orang. Untuk makluman Yang Berhormat, isu fenomena air pasang luar biasa ini berlaku setahun sekali di daerah Kerian yang boleh menyebabkan kawasan rendah terjejas. Kawasan Taman Muhibbah dan Taman Bersatu ini antara kawasan yang terjejas ketika fenomena air pasang luar biasa pada tahun 2021. Yang berada berhampiran dengan Muara Kuala Gula dan berada di bawah bidang kuasa dan selenggaraan pihak berkuasa tempatan.

YB Exco, Titi Serong belakang. Maaf saya tadi di cafe minum berlari masuk. Terima kasih atas penjelasan YB Exco berkaitan dengan muara sungai di jeti-jeti di DUN saya. Cumanya saya nak tanya bila pelaksanaan untuk keempat-empat jeti, kalau tak dapat empat pun yang paling kritikal adalah Sungai Bakau dan Sungai Seri Labu. Dengan itu kalau boleh minta perhatian segera lah. Saya difahamkan pihak JPS lagi katanya saya masih menunggu lagi peruntukan daripada pihak. Terima kasih.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Kalau boleh Selinsing mencelah. Baik. Terima kasih atas penjelasan Dato' mengenai permohonan Selinsing. Tetapi Dato', untuk makluman Dato' bukan sahaja sekali berlaku, jadi banyak kali bila air besar berlaku. Setiap kali bila setiap tahun kadang-kadang sekali atau dua kali berlaku dengan tambahan hujan maka akan berlaku permasalahan itu. Sebab itulah Selinsing merayu agar diberi perhatian mengenai isu ini. Terima kasih Dato'.

Terima kasih pada Titi Serong dan juga Selinsing. Namun kajian menyeluruh dan teliti perlu dilaksanakan disebabkan kekangan kawasan penginapan yang mungkin akan melibatkan pengambilan balik tanah. Impak penduduk setempat yang mungkin boleh merubah sosial ekonomi. Kesan terhadap alam sekitar dan juga hidrolik. Saya akan membuat penyelarasan bersama Yang Berhormat dengan Tualang Sekah agar semua agensi yang berkaitan dapat duduk bersama dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Yang Berhormat Keranji telah pun membangkit persoalan berkenaan peruntukan bagi tujuan banjir dari Kerajaan Persekutuan. Adakah Kerajaan Negeri membuat tindakan susulan bagi memperjuangkan peruntukan banjir ini. Untuk makluman Yang Berhormat bagi tahun 2021, Kerajaan Negeri Perak telah menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM180 juta bagi semua jenis projek rancangan tempatan banjir. Alhamdulillah hasil rundingan yang berterusan khususnya ketika perumahan, Kerajaan Negeri bersama JPS HQ pada 21 Januari 2022, peruntukan dari Persekutuan telah meningkat kepada RM220 juta, melibatkan berapa kawasan iaitu di Bagan Datuk, Gerik, Sungai Kinta dan juga Beruas. Cuma ini adalah hasil hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan di bawah pimpinan Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Kota Tampan. Hubungan baik ini akan terus diteruskan untuk memastikan segala perancangan mengatasi masalah banjir dapat dilaksanakan sebaik yang mungkin. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Saya ingin beralih pula dengan persoalan yang telah dibangkitkan oleh sahabat saya…

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya nak tambah sikit boleh. Jika kita ada satu tahun RM200 lebih juta untuk negeri Perak, jadi saya rasa hairan. Mengapakah cadangan JPS untuk menambahbaik Sungai Keranji hanya cadangan RM10 juta kita tak boleh dapat. Sebab saya dapat jawapan daripada kerajaan, bahawa kita tak cukup peruntukan untuk menjayakan projek ini untuk mengatasi masalah banjir kampar. Kalau kita RM200 juta untuk Perak saya rasa RM10 juta untuk Kampar bukan jadi masalah. Jadi, mungkin boleh pertimbangkan.

Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan RTB Rancangan Tempatan Banjir ini, insya-Allah saya akan bagi lebih spesifik di peringkat aktiviti peringkat daerah-daerah dan sebagainya, berapakah peruntukan sebenar di peringkat RTB sama ada di Beruas, di Teluk Intan dan sebagainya bagi kita dapat maklum daripada apa yang peruntukkan oleh kerajaan dan berapa keperluan yang diperlukan oleh kerajaan negeri? Terima kasih.

Saya ingin beralih pula dengan persoalan yang telah dibangkitkan oleh Jalong iaitu sahabat saya. Berkenaan isu kelewatan berhubung Projek Pengurusan Banjir dan Saliran Mesra Alam (MASMA) di Sungai Siput Perak bagi mengatasi masalah banjir di kawasan berkenaan. Untuk maklumat Yang Berhormat, status bagi projek ini terkini ialah telah diselesai untuk kerja ukur aras tanah sedia ada OJL dan akan memulakan kerja fizikal di tapak pada bulan April 2022. Isu kelewatan pelaksanaan projek ini adalah disebabkan oleh perbezaan nilai aras ukur tanah sedia ada dengan sebelum proses reka bentuk. Isu ini telah menyumbang kepada kelewatan kepada kemajuan kerja di tapak.

Perbezaan nilai aras tanah yang ketara akan memberikan impak perbelanjaan kewangan yang tinggi kepada keseluruhan amaun kontrak. Sehubungan itu, saya ingin menzahirkan rasa sedih dan kecewa lah kepada sahabat saya ni. Mungkin ada yang tempered ke, tak dapat control ke. Dengan naratif yang YB Jalong cuba sampaikan walaupun maklumat kerana isu telah pun dimaklumkan. Adalah tidak benar kononnya ada sabotaj politik, politik dendam mahu pun cubaan campur tangan politik dalam melantik kontraktor. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin tegaskan bahawa projek MASMA ini adalah projek dari peruntukan Persekutuan dan semua proses perolehan termasuk lantikan kontraktor adalah dijalankan oleh JPS Persekutuan sepenuhnya. Oleh itu, bawalah berbincang dan sebenarnya tak ada masalah untuk saya berbincang dengan sahabat saya YB Jalong. Timbalan Yang Dipertua. Tak payahlah kita nak menuding jari ya dan membuat tohmahan yang tidak sepatutnya. Kesimpulannya JPS telah mengutamadkan. Pihak kontraktor akan melaksanakan kerja fizikal di tapak MASMA mulai bulan April 2022. Seterusnya berkenaan isu banjir kilat dan jambatan besi di Rimba Panjang. Untuk makluman, isu banjir kilat di lokasi ini adalah di bawah tanggungjawab pihak pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dan sahabat saya YB Tualang Sekah amat bersetuju dan insya-Allah kita akan uruskan masalah yang dibangkitkan oleh YB Jalong.

Cuma ada beberapa perkara yang ingin saya tekankan. Itu yang pertama, jambatan besi yang dimaksudkan, YB Jalong perlu tahu bahawa ia telah dibina secara haram dan bukan diselenggara oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan. Yang kedua MPKK telah ambil tanggungjawab ini selepas berlaku pergerakan tanah di jambatan besi tersebut. Semua ini adalah untuk memastikan keselamatan penduduk. Ketiga saya sendiri telah mengangkatkan isu ini dan telah mencadangkan agar jambatan bernilai RM450 ribu ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi. Walaubagaimana pun atas nasihat Pejabat Menteri Besar, mereka telah meminta agar permohonan membina jambatan baru di Rimba Panjang ini dimohon secara berasingan menggunakan peruntukan Yang Berhormat Menteri Besar. Oleh itu saya simpulkan bahawa su ini akan diselesaikan dalam masa yang terdekat YB Jalong.

Berkenaan isu Jalan Negeri Persekutuan dan Lebuh Raya dan MARRIS. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Seterusnya izinkan saya untuk menjawab pula berkenaan pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu berkaitan Jalan Negeri, Persekutuan, Lebuhraya dan juga MARRIS. Izinkan saya untuk menjawab secara bersekali persoalan Ahli Yang Berhormat dari Pengkalan Hulu dan Selinsing yang bertanyakan berkenaan isu Jalan MARRIS. Yang Berhormat Pengkalan Hulu telah mencadangkan agar jalan ladang di Perak dibina daripada jalan caseran kepada jalan polimer. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak melaksanakan kerja-kerja jalan ladang berdasarkan Undang-undang dan Skop Jalan Ladang yang telah ditetapkan oleh MARRIS. Jalan-jalan ladang hanya melibatkan pembinaan jalan caseran, kuaridas dan polimer saja. Maka bagi kaedah polimer yang dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat saya akui ia merupakan satu cadangan yang amat baik tetapi ini adalah menjadi tugas Ahli Parlimen pula untuk meminda Undang-Undang MARRIS ini yang berada di bawah Kementerian Kewangan Malaysia atau pun MOF. Ahli Yang Berhormat daripada Selinsing mengemukakan soalan berkenaan pelaksanaan projek MARRIS. Itu keperluan mengambil kira pelebaran jalan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya. Untuk makluman Yang Berhormat seperti yang saya tegaskan tadi, peruntukan MARRIS ini terikat dengan Garis Panduan Tatacara Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri 3.0. Kerja-kerja penyelenggaraan MARRIS adalah terdiri daripada kerja-kerja penyelenggaraan rutin, kerja berkala payment, kerja bukan berkala payment, penyelenggaraan cerun serta kerja-kerja kecemasan mengikut yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Alhamdulillah mulai tahun ini insya-Allah, kerja-kerja pelebaran jalan seperti Yang Berhormat Selinsing maksudkan akan dibenarkan. Seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Manjoi mengemukakan dua soalan iaitu pertama berkenaan cadangan melebarkan Jalan Ipoh Taiping, Selama dan kesannya kepada pelaburan. Untuk maklumat Yang Berhormat, cadangan projek menaiktaraf Jalan Persekutuan Ipoh Taiping FT001 tidak berjaya disenaraikan dalam kelulusan pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 kerana topografi sedia ada tidak membolehkan sebarang pelebaran. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri dan Persekutuan maklum berkenaan keadaan yang begitu sesak di Lebuhraya PLUS khususnya di Menora menuju ke Taiping. Oleh itu bagi mengatasi masalah kesesakan ini pihak negeri bercadang untuk menambahkan laluan alternatif daripada Chemor ke Sungai Siput bagi penguraian keadaan trafik Lebuhraya Menora Laluan FT01 sedia ada. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mencadangkan satu jajaran baru iaitu dari Singgang Sayong, Kota Lama Kanan, Salak Utara, Kanthan dan berakhir di Meru Raya Ipoh. Pihak JKR negeri telah menyiapkan kajian kebolehlaksanaan bagi jajaran baru ini dan insya-Allah dalam masa terdekat hasil kajian ini diangkat ke pihak UPEN. Kerajaan Negeri amat yakin jajaran baru ini akan menjadi alternatif pilihan para pengguna lebuh raya bagi lari daripada kesesakan dan akhirnya akan mampu meningkatkan sosio ekonomi tempatan dan nilai harta tanah sepanjang jajaran.

Seterusnya Yang Berhormat Temenggor telah menyentuh berkenaan kelulusan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi tujuan perbaikan jalan yang mengalami kerosakan teruk daripada Lenggong ke Jeli. Untuk makluman Yang Berhormat, JKR sentiasa komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya. Sehubungan dengan itu pada tahun 2022 sehingga bulan Mac sebanyak 11 lokasi, 8 lokasi berkala payment, 2 lokasi berkala bukan payment dan satu jabatan. Pelan tindakan pembaikan oleh pihak JKR yang melibatkan kos sebanyak RM7.157 juta. Susulan daripada itu pihak saya telah ke Kementerian Kerja Raya. Beberapa siri lawatan dan kunjung hormat bagi memohon peruntukan tambahan untuk penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh daerah Negeri Perak.

Permohonan JKR Negeri Perak bagi kerja-kerja penyelenggaraan di jalan-jalan persekutuan Negeri Perak, sebanyak 1500 kilometer adalah sebanyak RM520 juta. Alhamdulillah pada awalnya Kementerian Kerja Raya telah meluluskan RM45 juta untuk penyelenggaraan jalan-jalan persekutuan Negeri Perak bagi tahun 2022. Kalau kita bandingkan dengan jumlah keseluruhan yang kita mohon maknanya kita hanya dapat 10% sahaja. Oleh itu, sesi rundingan bersama Kementerian Kerja Raya masih berjalan dan saya telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta khas bagi FT004 daripada Gerik ke Jeli. Insya-Allah hasil dari pertemuan berapa kali yang telah dijalankan saya yakin akan ada berita gembira buat laluan ini. Saya hanya akan umum setelah surat kelulusan diterima. Buat masa ni kita masih menanti dengan sabar. Insya-Allah.

Timbalan Yang Dipertua, seterusnya izinkan saya untuk menjawab pula berkenan pertanyaan Yang Berhormat Pangkor mengenai isu berhubung projek Pangkor The Green Island. Untuk makluman Timbalan Yang Dipertua, Kerajaan Negeri mengambil maklum tentang perkara yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Pangkor berhubung cadangan pembekalan van elektrik di Pulau Pangkor. Seperti Yang Berhormat Pangkor sedia maklum, Pangkor yang merupakan destinasi pelancongan telah diktiraf sebagai pulau bebas cukai pada 1 Januari 2020. Pelbagai pembangunan telah dirancang dan dilaksanakan secara berfasa. Cadangan Yang Berhormat Pulau Pangkor berhubung keperluan penggantian kereta sewa van merah jambu sedia ada kepada van-van baru low carbon amat dialu-alukan oleh Kerajaan Negeri. Sememangnya cadangan ini adalah sejajar dengan strategi dasar negara 2019 dan hingga 2030 iaitu mempercepatkan pelaksanaan inisiatif mobiliti rendah karbon. Kerajaan Negeri akan memperhalusi cadangan ini. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri amat menyambut baik cadangan Yang Berhormat Pangkor dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pemegang taruh yang terlibat untuk mengkaji cadangan low carbon emission vehicle dalam terus menyokong insentif Perak Bumi Lestari.

Yang Berhormat Pangkor juga telah bertanyakan berkenaan isu atau pun status cadangan projek pembinaan Lapangan Terbang Seri Iskandar Perak Tengah. Untuk makluman Yang Berhormat Pangkor, Kerajaan Negeri masih dalam proses memperhalusi cadangan projek pembangunan Lapangan Terbang Seri Iskandar Daerah Perak Tengah sebagai akses laluan udara yang baru di Perak melalui potensi pesawat dan industri kargo. Sehubungan itu agensi teknikal yang terlibat telah diarahkan untuk memberi makluman balas terperinci berhubung perkara ini. Seperti yang kita sedia maklum bahawa kelulusan projek ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Sekiranya bersesuaian dan menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan, program ini akan diangkat bagi permohonan di bawah Rancangan Malaysia yang ke-13 yang akan datang.

Izinkan saya untuk menerangkan sedikit kronologi untuk makluman Yang Berhormat, cadangan membina Lapangan Terbang Seri Iskandar Daerah Perak Tengah telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak bilangan 1933 pada 28 Februari 2018 melibatkan tujuh tanah milik seluas lebih kurang 478 hektar. Walaubagaimanapun seluas lebih kurang 188.13 hektar yang merupakan tanah milik PKNP yang telah pun dijual kepada pihak ketiga. Rentetan daripada itu pada tahun 2021 pentadbiran Perak Tengah telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri pindaan lokasi Lapangan Terbang Seri Iskandar melibatkan enam tanah milik dan satu tanah kerajaan seluas lebih kurang 505 hektar. Walaubagaimanapun beberapa plot yang dicanangkan merupakan tanah bermilik dan perlu dibuat pengambilan balik tanah atau diserah balik kepada Kerajaan Negeri sekiranya cadangan pembangunan Lapangan Terbang Seri Iskandar dengan pindaan kawasan yang diluluskan. Secara kesimpulannya Kerajaan Negeri sangat komited dan bersungguh-sungguh untuk pembangunan Lapangan Terbang Seri Iskandar Daerah Perak Tengah yang telah lama tertangguh. Dengan wujudnya pembangunan ini dijangka dapat memberikan impak tinggi kepada pembangunan sosio ekonomi Daerah Perak Tengah dan keseluruhan negeri ini. Ia juga secara tidak langsung dapat mewujudkan limpahan ekonomi ke daerah sekitar seperti Kinta Manjung, Kuala Kangsar, Hilir Perak dan Bagan Datuk dan yang paling penting dapat dijadikan pemangkin yang akan membawa pelaburan tinggi ke daerah dan juga pergi Perak. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, saya juga ingin…

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Lintang, saya nak tambah sikit masuk.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Lintang, Keranji minta laluan sikit. Untuk lapangan terbang saya rasa kesemua rakyat Perak kita pun nak nampak ada satu lapangan terbang baru tapi saya ingin nak tahu penjelasan daripada Lintang erti dari ucapan Lintang tadi. Memang kita sudah ada tanah di Seri Iskandar yang kita khusus untuk pembinaan lapangan terbang tapi macam mana jika kita sudah luluskan tanah tersebut untuk pembinaan lapangan terbang macam mana tanah tersebut boleh dijual. Itu yang kita nak tahu. Kenapa kita boleh jual tanah untuk lapangan terbang itu dan lepas tu kita kena cari balik tapak. Jadi saya harap boleh dapat satu penjelasan.

Perkara ini Yang Berhormat telah berlaku pada tahun 2018 dan walaupun pada hari ini saya tidak dapat menjelaskan secara detail tetapi secara bertulis saya akan menjelaskan kepada Yang Berhormat.

Saya juga ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan yang telah menerajui Kerajaan Negeri dengan begitu stabil dan cemerlang apabila berjaya menutup akaun dengan lebihan RM23 juta berbanding unjuran deposit RM110 juta. Tahniah dan terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah memperuntukkan dana pembangunan tambahan RM47 juta melalui Kumpulan Wang Amanah untuk pakej rangsangan ekonomi secara bersasar.

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dari jumlah keseluruhan PRE sejumlah RM1.53 juta telah dikhaskan bagi kerja-kerja mengatasi masalah banjir yang telah menjejaskan ekonomi harian rakyat. Sebanyak 7 projek khas bagi tujuan ini akan dijalankan dan disiapkan tahun ini dan diharapkan usaha ini akan mampu menyelesaikan berapa isu banjir yang berlaku di beberapa daerah yang terpilih. Timbalan Yang Dipertua, saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan serta memberi pandangan dan cadangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan infrastruktur Negeri Perak.

Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab dan dibangkitkan dalam Dewan ini, jawapan tersebut akan dihantar secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya Kerajaan Negeri Perak dan saya sendiri amat terbuka untuk memberikan untuk sebarang perbincangan, teguran dan cadangan penambahbaikan dari semua Ahli-Ahli Yang Berhormat pintu pejabat saya sentiasa terbuka luas. Untuk menerima kedatangan Ahli Yang Berhormat agar kita boleh duduk berbincang mencari penyelesaian yang terbaik bagi setiap permasalahan rakyat di kawasan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih juga kepada semua pegawai agensi-agensi di bawah yang bertungkus-lumus dalam menyediakan ulasan-ulasan teknikal bagi sesi penggulungan hari ini dan saya suka lagi menyatakan komitmen saya dan semua agensi dibawah saya untuk bekerja lebih kuat dan memberikan kerjasama yang erat kepada semua pihak merentasi politik demi kesejahteraan rakyat. Sekian wabillahitaufik wahidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Kawasan Lintang. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat daripada kawasan Gunung Semanggol untuk menggulung perbahasan 30 minit daripada sekarang.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan seterusnya seluruh rakyat Negeri Perak yang dikasihi. Firman Allah subhanahu wa ta'ala auzu billahi minashaitanir rajim (bacaan Al-Quran) surah Al- Hajj ayat yang kelima yang bermaksud dan kamu lihat bumi ini kering kemudian apabila telah kami turunkan air hujan di atasnya, hiduplah bumi ini dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai-bagai jenis pasangan tumbuh-tumbuhan yang indah. Anugerah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam kehendaknya menjadikan bumi ini sebagai sumber tanaman yang memberi manafaat yang besar kepada manusia yang untuk mengambil hasil daripadanya.

Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Pertamanya, patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah yang telah mencemar duli dalam merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Perak Yang Keempat Belas pada hari Isnin 28 Mac 2022 bersamaan dengan 25 Syaaban 1443 Hijriah yang lalu. Patik mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Permaisuri serta seluruh keluarga diraja dikurniakan afiat dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Tuanku menitahkan supaya kerajaan Tuanku memberi perhatian serius kepada keselamatan bekalan makanan akibat daripada pandemik Covid-19, bencana alam, imflasi dan juga peperangan. Laporan Global 2020 mengenai krisis makanan menyatakan pandemik mampu mengakibatkan kemerosotan mencecah tahap kritikal jaminan bekalan makanan harga makanan yang meningkat telah menjejaskan kehidupan dan mencetuskan keresahan rakyat.

Menjunjung kasih titah Tuanku Sultan ini menjadi cabaran utama kepada Kerajaan Negeri bagi meminimumkan kesan daripada fenomena ini. Keduanya saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan cakna akan kepentingan sektor sekuriti makanan food security dan juga keselamatan makanan food safety. Bagi meneruskan penggulungan dalam persidangan Dewan pada hari ini, saya telah menerima 21 soalan-soalan yang dibangkitkan oleh 16 ADUN termasuk melalui soalan-soalan lisan dan bertulis dan sepanjang tempoh perbahasan terdapat 18 isu berkaitan yang dengan cadangan dan juga saranan yang telah dibangkitkan oleh 21 Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya cuba untuk menjawab kesemuanya. Timbalan Yang Dipertua, indeks keselamatan makanan global food security index yang mengukur tahap kemampuan ketersediaan serta kualiti dan keselamatan makanan mencatatkan Malaysia telah naik keempat tangga berada pada kedudukan 39. Pada tahun 2021 berbanding dengan tempat yang ke 43 pada tahun 2020.

Di antara langkah-langkah Kerajaan Negeri yang mengambil bagi yang diambil bagi menjamin agenda food security ini selamat dan cukup untuk rakyat. Yang pertama adalah pewartaan penzonan kawasan kawasan sawah padi luar Jelapang daerah Perak Tengah ke dalam jelapang padi pada kawasan Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu IADA Seberang Perak. Kerjasama strategik yang kedua sama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia MPC bagi program peningkatan produktiviti pertanian ke arah dasar food security Negeri Perak. Kajian semula terhadap akta-akta, undang-undang sedia ada berkaitan dengan unggas akuakultur mengikut keperluan semasa dengan mencadangkan pewartaan kaedah-kaedah perikanan akuakultur perikanan darat Negeri Perak.

Pelaksanaan program pertanian singkat yang berteraskan kepada ekonomi sara diri seperti program Agro Farming yang dilihat sebagai alternatif dalam menggerakkan norma baru peralihan pendapatan rakyat melalui kerjasama strategik antara kerajaan negeri, syarikat-syarikat korporat, badan-badan bukan kerajaan, NGO dan komuniti setempat. Lain-lain program pembangunan dalam usaha menaikkan taraf ekonomi kemahiran serta meringankan beban petani, penternak dan nelayan dilaksanakan dan rancangan pembangunan Negeri Perak Darul Ridzuan PPT bagi tahun 21 hingga 25 telah merangka berbagai-bagai program dalam memastikan bekalan makanan mencukupi. Antara perancangan yang telah dicadangkan adalah yang pertama untuk menambahkan kawasan penanaman, yang kedua memperkasakan precision farming ataupun pertanian jitu, yang ketiga adalah memantapkan penggunaan aplikasi apps dan keempat galakkan penggunaan drone sebagai teknologi baru dalam pertanian.

Timbalan Yang Dipertua saya mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak yang telah dianugerahkan sebagai negeri mencapai keluasan pensijilan tertinggi bagi pensijilan My Get My Good Agriculture Practice dan checker tanaman bagi tahun 2021. Dalam majlis pengiktirafan sumbangan dan juga pegawai dalam pensijilan My Get dan My Organic tahun 2021, tahun 2021. Dalam majlis pengiktirafan sumbangan dan pegawai dalam pensijilan My Get tahun 2021 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian Dan Industri makanan semalam. Tahniah.

Timbalan Yang Dipertua saya menekankan, bawah agensi-agensi di bawah saya di bawah portfolio pertanian agar semua agensi dalam melaksanakan program memfokuskan kepada outcome. Outcome effectiveness dan cost value dengan izin kepada aspek-aspek berikut. Yang pertama meningkatkan pendapatan dan hasil kepada para petani pesawah, penternak, pekebun, nelayan serta semua yang terlibat dalam industri makanan. Yang kedua memastikan sekuriti makanan melalui pengukuran kadar sara diri self-sufficiency rate dapat diteruskan dan dipantau dan ditambah baik khususnya bagi mencapai kadar 100% ke atas semua jenis makanan. Dan yang ketiga membantu dalam meningkatkan pendapatan pesawah mensasarkan kepada purata pendapatan 6 metrik tan perhektar Justeru kerajaan melalui Jabatan Pertanian akan memperkasakan Program Rush Check tambah baik pengairan dan saliran dan kesuburan tanah.

Sebagai sasaran awal yang telah diletakkan target untuk meningkatkan pendapatan para petani dan pesawah dengan satu musim dapat mengeluarkan 6 metrik tan dan berusaha untuk menambah musim menanam daripada dua musim setahun ataupun empat musim dalam dua tahun kepada 5 musim bagi dua tahun.

YB Exco. Titi Serong. Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap.

Saya nak bagi YB bertenang dulu tengok screen itu. Titi serong saya nak tertarik program pemulihan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap. Ada lagi jawapan. Pada masa ini padi di Negeri Perak adalah 90%. Sekiranya program tanaman 2 musim setahun ini dapat ditingkatkan kepada 5 musim dalam dua tahun dan pada purata hasil pengeluaran dapat ditingkatkan kepada 3 daripada 3.4 metrik tan perhektar kepada 6 metrik tan dan sekiranya program ini berjaya dijangka ianya dapat bukan sahaja sekadar dapat meningkatkan pendapatan petani bahkan dapat menjadikan negeri Perak itu sebagai pengeluar utama hasil padi dan beras.

Timbalan Yang Dipertua bagi menjawab persoalan yang telah dibangkitkan oleh Titi Serong, Malim Nawar, Simpang Pulai yang membangkitkan persoalan program pertanian bandar dan kebuniti...

Itu dah jauh sangat itu. Saya pergi ke ni dulu. Sawah bendang tadi. Yang itu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nanti kejap. Tak lama dah ini. Sabar kejap. Tolong jawab mengenai kos peruntukkan yang digunakan bagi Program Urban Farming yang dijalankan pada tahun 2021 di bawah Jabatan Pertanian merangkumi tiga projek. Yang pertama Kebun Kita melibatkan kos sebanyak RM 273,786.60. Yang kedua Program Pertanian Komuniti melibatkan kos sebanyak RM 330,000. Yang ketiga Program Kebuniti sebanyak RM 2,444,509. Jumlah kos keseluruhan adalah sebanyak RM 348,296.10.

Sekejap Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap. Nanti habis dahulu. Jumlah keberhasilan pada tahun 2021 adalah seperti berikut. Ini YB Titi Serong yang tanya. Program Pertanian Komuniti. Tunggu jawapannya habis dulu adalah sebanyak 5256.8 kg hasil jualannya adalah 10 833, program komuniti menghasilkan 33 203 kg dengan anggaran hasil jualan berjumlah 99,610. Kesimpulannya jumlah keberhasilan bagi projek yang dijalankan pada tahun 2021 adalah 38,459.98 kg dengan nilai sebanyak 110,000.60. Penambahbaikan bagi program ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memberi menafaat sepenuhnya kepada komuniti dan memerlukan selain daripada meningkatkan ekonomi mereka. Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk meneruskan...

Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Untuk meneruskan program pertanian dan kebuniti ini dengan lebih meluas bagus.

Semanggol minta laluan daripada Titi Serong.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Cadangan Yang Berhormat.

Semanggol. Yang Berhormat Exco saya nak bertanya berkenaan sawah padi tadi. Dah jauh sangat. Yang Berhormat Exco biasanya Exco menjawab ikut isu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Pihak kami memperhalusi dan melaksanakan mengikut kepada kesesuaian dan kos yang terlibat dan akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan. Ok. Titi Serong.

Yang Berhormat Exco dah jauh sangat itu. Saya nak bertanya dengan program pemulihan tanah untuk pesawah. YB Exco dah pergi ke urban farming. Jadi saya nak tanya hasrat kerajaan untuk melaksanakan tanaman padi dalam tempoh dua tahun lima kali musim. Ada pemulihan tanah. Saya nak tanya Yang Berhormat Exco memang menarik pembentangan daripada Yang Berhormat Exco nak naikkan hasil padi daripada 3 tan kepada 6 tan. Cuma saya nak perkara pokoknya masih belum diselesaikan di peringkat bawah. Isu benih isu kerosakan yang saya rasa yang ini memang saban musim berlaku kan. Kita usah bicara soal yang kita nak meningkatkan hasil lebih. Perkara asas iaitu kerosakan-kerosakan apa tanaman padi dan juga benih. Saya dah dapat itu point.

Jadi perkara ini kena selesai. Kemudian saya nak bertanya Yang Berhormat Exco tahun bilakah sasaran untuk meletakkan hasil tanaman kepada 6 tan perhektar? Bila jangkaan supaya kitab boleh tahu?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita sekarang sedang berusaha.

Yang Berhormat Exco ini adalah isu food security. Jaminan makanan. Saya nak tanya. Yang Berhormat Exco telah membentangkan dan menetapkan sasaran hasil 6 tan perhektar apabila jangkaan Kerajaan Negeri bila? Bila akan mendapatkan hasil dan kawasan mana yang menjadi Pilot Project? Itu saya nak tahu. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, yang pertama nak bagitahu kepada Titi Serong yang berada dalam kawasan padi. Purata pengeluaran hasil padi di dalam negeri Perak khususnya di bahagian Kerian adalah 3.4 lebih kurang purata metrik tan sehektar. Berbanding dengan negara jiran dan negara jiran di sebelah sana purata pendapatan mereka adalah 6 ataupun 7 metrik tan sehektar.

Bila kita melihat apa punca-punca ini. Yang pertama dia kata masalah pengairan-pengairan sebab bendang berada di atas tarik berada di bawah. Orang nak buat bendang terpaksa pakai pam untuk ke atas dan ada kawasan-kawasan yang tidak ada air. Ada menyebabkan mereka tak boleh nak menanam perjalanan air tak boleh menanam dua kali setahun. Ada yang menjadikan sebagai tiga kali untuk dua tahun. Perkara ini kita dah berbincang dengan pihak-pihak yang terbabit supaya memperbaiki infrastruktur setelah dibuat. Boleh dikatakan perkara ini memerlukan kos yang tinggi. Kita mengatakan kalau kos yang tinggi. Kenapa di Sekinchan boleh buat paip ikut atas? Kenapa kita tidak?

Ok, yang kedua mengenai dengan kesuburan tanah ada kata sebab dia kata kita ini tanah aserdik tanah yang tak subur.Ada proses pengkapuran yang boleh mensuburkan tanah. Cuma memerlukan beri perhatian. Jadi kita nak balik kepada perkara-perkara yang remeh kepala. Kalau kita buat perkara ini kita bukan sahaja boleh membantu sebagai jangka panjang dan meningkatkan sekuriti makanan dalam negeri Perak. Panjang lagi ceritanya. Ingat tak apa nanti kita berjumpa saya bagi terang ke tempat YB ye. Persoalan yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Pangkor dan Belanja.

Encik Leong Cheok KengDAP · PHMalim Nawar

Minta laluan YB Exco Gunung Semanggol. Malim Nawar. Saya tadi dikacau oleh Titi Serong tak dengar jawapan kepada soalan yang saya bagikan dan saya juga hendak tanya pandangan YB Exco terhadap kes yang saya kebangkitan di mana penduduk yang bercucuk tanam secara kebun komuniti. Tanamannya dimusnahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Adakah undang-undang baru perlulah digubal ataupun diuba untuk membenarkan penduduk-penduduk untuk mengambil bahagian dalam program tersebut supaya tanaman mereka tidak dimusnahkan oleh pihak berkuasa secara tindakan pelaksanaan? Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih. Memang perkara ini sebelum memulakan satu projek atau program mesti melihat kepada kesesuaian tempat apa yang digunakan. Jadi apa yang disyorkan dan mungkin mereka menggunakan tempat-tempat yang tidak dibenarkan oleh pihak PBT dan apa yang disyorkan oleh Malim Nawar tadi ya insya-Allah kita akan berbincang dan kita melihat di kawasan-kawasan lapang yang tidak digunakan tempoh yang tidak digunakan dan dapat kebenaran daripada pemilik tanah mungkin perkara ini boleh tidak dimusnahkan. Tapi apapun yang berlaku apabila kita membuat aktiviti di tanah milik orang maka perkara ini mungkin berlaku insya-Allah kita akan mulakan sebelum perkara ini sebelum apa projek itu dimulakan. Jadi untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Pangkor dan Belanja, Kerajaan Negeri mengambil perhatian mengenai perkara ini dan akan berusaha mempercepatkan kemasukan peserta ke rumah nelayan melalui perancangan dan perbincangan dengan LKIM dan kementerian.

Jadi ini adalah untuk merubah keputusan dasar. Jadi keputusan dasar yang diletakkan oleh kementerian adalah rumah itu mesti diisi oleh nelayan. Tak kira sama ada generasi kedua ataupun generasi ketiga. Jadi syarat untuk menjadi nelayan untuk LKIM dia mesti ada kat nelayan. Mungkin kita adakan perbincangan untuk apa YB Pangkor. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri amat optimis bagi menjadikan Perak ini sebagai lembah makanan negara seperti hala tuju yang telah ditetapkan seperti mana yang kita nyatakan iaitu memperbanyakkan aktiviti penerokaan kawasan-kawasan baru. Yang kedua mempertingkatkan penggunaan teknologi terkini. Yang ketiga menggalakkan kepada generasi pelapis kepada industri makanan dan yang keempat menambahbaik infrastruktur seperti mana yang dinyatakan tadi infrastruktur pertanian dan juga infrastruktur pengangkutan ini dan mengenai dengan sangkar ikan yang dibina di Sungai berdekatan dengan jambatan Tuanku Permaisuri yang dibangkitkan oleh YB Belanja.

Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri melalui PTG telah membuat semakan sama ada ianya dibina dengan kebenaran dan mematuhi piawaian yang ditetapkan. Aktiviti ternakan ikan sangkar di perairan Sungai Dinding di daerah Manjung telah diproses berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan kepada pentadbiran tanah Daerah Manjung. Pengusaha-pengusaha yang terlibat di kawasan tersebut adalah merupakan penyusunan semula suatu kawasan penempatan yang dibenarkan setelah dirujuk dan mendapat pandangan oleh Pejabat Perikanan Daerah dan juga jabatan laut. Inisiatif pengstrukturan ini adalah bertujuan untuk pengawalan dan pemantauan dapat dilakukan dengan lebih sistematik di samping aktiviti ini menyumbang kepada peluang ekonomi serta mendapat kepada pengusaha serta pendapatan kepada pengusaha yang terlibat.

Aktiviti ikan sangkar ini mempunyai kelulusan lesen penduduk sementara dan lesen perikanan untuk dijalankan secara lebih teratur. Pengusaha-pengusaha yang terlibat adalah daripada kalangan pengusaha tempatan. Ini lesen dan lesen pendudukan sementara pengusaha tempatan tapi kalau didakwa ada daripada pekerja asing itu di luar pengetahuan kita akan pantau dari masa ke semasa. Untuk makluman Yang Berhormat Belanja, langkah atau pun usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah bekalan air yang tidak mencukupi di kawasan sawah padi seperti yang dinyatakan tadi bahawa adalah menjadi agenda utama kerajaan bukan sahaja di Belanja ia juga melibatkan seluruh kawasan jelapang padi ataupun di luar jelapang padi melalui langkah-langkah yang diusahakan seperti berikut. Yang pertama menaikkan menaiktaraf rumah-rumah pam pengairan yang kini dalam proses rekabentuk untuk permulaan dua rumah pam iaitu rumah pam Kubang Haji dan juga rumah pam Bota Kiri dijangka akan ditender pada tahun ini.

Yang kedua JPS sentiasa memantau dan mengadakan perbincangan bersama dengan pihak TNB supaya kadar pelepasan air daripada Empangan Chenderoh dapat dilakukan mengikut kepentingan bersama. Yang ketiga JPS ingin membantu pembekalan air ke sawah. Mengenai dengan isu kenaikan harga input pertanian seperti benih padi, racun dan juga sebagainya sepertimana yang dengan titah Tuanku ini adalah kesan fenomena global disebabkan oleh pandemik Covid-19, inflasi, bencana alam dan peperangan. Walau bagaimanapun kerajaan sentiasa prihatin dan tidak lepas tangan dan mengambil langkah-langkah seperti berikut.

Yang pertama kerajaan menetapkan harga siling beli benih padi padi yang sah. Harga jualan maksimum di peringkat runcit sama ada melalui syarikat penal, pengeluar, pemborong dan peruncit adalah pada kadar RM35.00 pada setiap 20 gram 20 kg benih padi yang sah. Jadi untuk pengetahuan ini ekonomi adalah merupakan satu rantaian kalau kita meletakkan harga siling untuk menjual tapi kos untuk mengeluarkan padi untuk tiga berapa 20 kg tu melebihi daripada 35 tidak ada mana-mana pihak yang ingin menampung kerugian. Jadi ini kerajaan terpaksa campur tangan dan melihat secara keseluruhan daripada rantaian ekonomi. Yang kedua menggalakkan penggunaan baja organik dan menggalakkan pengeluar berasaskan kepada bahan-bahan tempatan untuk mengelak sebab atau pergantungan kepada import memberi kesan yang teruk kepada harga.

Mengenai dengan serangan serangga perosak yang dibangkitkan oleh Titi Serong ini perkara-perkara asas seperti mana yang dikatakan oleh Titi Serong. Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian serius bagi membendung serangan serangga dan penyakit yang boleh menjejaskan hasil pengeluaran pertanian di antara langkah-langkah yang diambil adalah. Para petani diberi penerangan mengenai kaedah-kaedah penjagaan melalui program rice chart itu bermula daripada proses benih penanaman sehinggalah kepada penilaian pengeluaran hasil dan proses ini meliputi keseluruhan meliputi kepada penggunaan jenis penggunaan racun yang bersesuaian. Untuk pengetahuan yang berhormat dalam pasaran terdapat berpuluh-puluh jenama dan tidak ada satu jenama pun yang mengatakan keluaran mereka ini tidak baik sepertinya pastinya mereka mengatakan produk mereka ini terbaik.

Jadi buat masa ini kerajaan mengamalkan pasaran terbuka dan tidak berhasrat menjadi ejen kepada mana-mana produk. Namun begitu sekiranya mana-mana pihak yang mempunyai ataupun menemui produk yang berkesan untuk mengekang penyakit-penyakit bolehlah mencadangkan produk itu kepada Jabatan Pertanian dan mengenai dengan isu pengairan sawah padi di Kerian telah pun dinyatakan tadi kita telah mengadakan perundingan di peringkat awal adalah kemungkinan kita boleh masukkan dalam perancangan RMK-12 bagi untuk pembangunan sebab ia melibatkan satu kos yang besar.

Ini isu yang menarik juga yang dibangkitkan oleh Titi Serong mengenai dengan isu-isu SADC luas iaitu tanah SADC seluas 200 ekar di daerah Kerian. Jadi mengucapkan syabas dan tahniah lah kepada Titi Serong yang tidak putus-putus memperjuangkan isu ini di mana-mana forum pun. Ini isu yang dibangkitkan untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat semua tanah seluas 200 ekar di daerah Kerian telah diluluskan kepada SADC. SADC tanah PKNP tanah Perbadanan Kemajuan kemudian SADC telah menyewakan tanah itu kepada kepada sebuah koperasi anak tempatan di Kerian itu penduduk tempatan untuk melaksanakan ternakan udang.

Kita semua maklum bahawa terdapat banyak pengusaha-pengusaha udang 100 pantai dan khususnya di Kerian tu banyak pengusaha-pengusaha udang dan kawasan Kerian itu dan kita menggalakkan industri ternakan udang ini berkembang sebab ia menjadi satu alternatif sumber-sumber protein, makanan dan juga ekonomi rakyat. Walau bagaimanapun kerajaan akan sentiasa memantau perkembangan ini agar semua pihak yang terlibat mematuhi peraturan dan undang-undang segera. Undang-undang yang ada undang-undang negara.

Semanggol... Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi kerajaan juga akan meningkatkan pemantauan semua pengusaha-pengusaha ternakan akuakultur beri galakan supaya semua pengusaha ini mengikut my gap good agriculture praktis yang telah ditetapkan. Perkara ini kita nak mengambil tindakan kepada orang yang belum commit kepada kesalahan...

Semanggol…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya ingat perkara ini mungkin kita boleh bincang. Tak ada masa nak...

Sebab saya dah bangkit dalam sidang Dewan, Semanggol pun menjawab, Semanggol jawab tadi saya tertarik kepada kata mengikut, mesti mengikut peraturan ditetapkan. Semanggol tahu tak pihak koperasi tu tak pernah memohon satu pun permohonan kepada PBT dan PDT. Isunya saya bangkitkan tidak ada permohonan pun kepada pihak berkuasa tempatan. Yang keduanya, projek dilaksanakan dalam bulan, tak ada masuk permohonan AIA. Saya faham EIA perlukan masa dua tahun. Semanggol datang pun dah tukar sign. Saya tahu. Saya tidak menolak pembangunan. Isunya adalah pematuhan daripada peraturan. Semanggol pun bercakap tadi kalau pihak pemajak tidak melaksanakan ataupun tidak ikut aturan boleh ambil tindakan. Sekarang saya nak dedahkan di Dewan yang mulia ini Semanggol, pemajak tidak patuhi syarat, mudah. Semanggol, sana nelayan itu kita jangan anggap mereka tu tidak ada pendedahan...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, jadi sekarang ini

Timbalan Yang di-Pertua

Ok Yang Berhormat.

Saya kira, jangan kelirukan Dewan. Jangan kelirukan Dewan yang mulia. Saya mohon Semanggol jangan kelirukan Dewan yang mulia. Saya tidak menolak permohonan. Sama je. Cumanya tidak ikut peraturan, kita cakap tidak ikut peraturan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita ada agensi-agensi penguatkuasa.

Ok.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kalau ada PTG, ada penguatkuasa kita tanya PTG, PTG kata tidak ada suatu pelanggaran buat masa ini. Jadi, tak akan kita di luar dewan kita mengatakan dia mengikut peraturan.

Sila, Semanggol, sila kemukakan di manakah PTG memaklumkan tidak ada pelanggaran. Sila kemukakan. Saya boleh mohon maaf di dalam Dewan yang mulia ini. Tapi Semanggol jangan kelirukan Dewan kalau PTG ada keluarkan tu, saya mohon Semanggol dedahkan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya tidak mengelirukan Dewan. Tanah itu tanah telah dibagi hak milik.

Siapa kata. Saya tidak mempertikaikan...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Agensi-agensi penguatkuasa ada peraturan. Yes, juga ada peraturan. Kalau ada kesalahan sudah pasti jabatan-jabatan ini mengambil tindakan.

Semanggol. Saya memegang perkataan Semanggol kata PTG tidak ...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Bagi menjawab isu berkaitan…

Jangan kelirukan Dewan Semanggol. Dewan yang mulia ini Semanggol, semanggol dedahkan PTG kata tidak ada pelanggaran syarat.

Timbalan Yang di-Pertua

Titi Serong,

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak pa ada PTG, ada...

Ya, sila kemukakan di manakah hujah ...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kalau ada pelanggaran supaya diambil tindakan. Stop di situ.

Semanggol bagitahu PTG...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak perlu pertikai Exco ke apa. Memang kita ada agensi untuk...

Ya, semua orang tahu ada agensi. Semanggol bagitahu tadi PTG tidak ada...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Seseorang itu tidak commit. Dia tidak ada lesen. Tak ada lesen dia bawa kereta. Sebelum dia bawa kereta kita kata ok, kereta belum bawa lagi. Dia kata salah tak ada lesen. Mana boleh.

Semanggol jangan kelirukan Dewan. Saya nak tanya…

Timbalan Yang di-Pertua

Titi Serong boleh duduk ye. Saya rasa itu dah menjawab soalan. Ok, ok, ok. Titi Serong boleh duduk. Titi Serong boleh duduk. Ok sekejap, sekejap. YB Exco, YB Exco, kejap YB Exco. Semanggol, Semanggol kejap ye, kejap. Ok, Titi Serong boleh duduk. Titi Serong boleh duduk. Titi Serong boleh duduk. Titi Serong duduk.

Tak nak duduk selagi mana dia tidak...

Timbalan Yang di-Pertua

Titi Serong duduk. Ok YB Exco, kejap YB Exco. Titi Serong duduk Alhamdulillah. YB Exco masa sudah habis. Saya rasa sudah menjawab soalan dan insya-Allah kalua boleh buat perjumpaan dengan YB Titi Serong lagi cantik di luar sana nanti dan yang penting masa YB Exco Semanggol sudah tamat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sikit lagi. YB Titi Serong kita berjumpa dalam mesyuarat tanah, kita berjumpa dalam focus group, kita berjumpa dalam mesyuarat tindakan daerah, same isu.

Saya ingat dah banyak kali jumpa dah. Tapi masalah tak selesai.

Timbalan Yang di-Pertua

Titi Serong minta duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang telah dibangkitkan...

Nanti bekalkan saya dengan surat PTG tu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Isu ini terlalu berkait. Tiap-tiap kali DUN memang, sidang DUN kita selalu bangkit dengan isu tinja dan kacau ganggu pada hasil ternakan unggas ini. Insya-Allah daripada mengenai isu ini pihak kerajaan telah merangka dan insya-Allah satu enakmen unggas yang insya Allah dalam bulan, kalau ada kesempatan sidang DUN akan datang kita akan bawak. Ini boleh untuk memperkemaskan lagi pentadbiran kepada tinja ini dan juga kita ada mencadangkan satu pihak swasta untuk pengurusan isu tinja ini untuk berubah daripada mengubahkan daripada tinja ini kepada tenaga elektrik dan juga baja organik. Kita harap dengan adanya sistem ini yang telahpun dibukakan cadangan boleh kita mengurangkan kesan mengurangkan kesan daripada ganggu kacau apa unggas ini. Jadi berkaitan dengan permohonan syor dan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Trong, Selingsing, Chenderoh dan sebagainya insya-Allah kerajaan memberi perhatian dan akan membuat kajian mendalam ke atas semua cadangan dan syor syor yang dikemukakan.

Timbalan yang Dipertua, nak landing. Jadi saya mengucapkan terima kasih banyak kepada semua agensi-agensi, semua Yang Berhormat, kita prihatin kepada pembangunan dalam Negeri Perak ini dan memberi kesejahteraan kepada rakyat. Jadi di sini sebagai penutup bukan nak bodeklah tapi nak cerita dia nak ambil satu kata-kata nak panjangkan kata-kata Yang Amat Berhormat Menteri Besar, dalam perasmian Pertubuhan Peladang (PPN) yang berlangsung di Kinta Riverfront Ipoh pada 21 Mac 2022 yang lepas. Ini pun, yang pertama Yang Amat Berhormat kata, kurangkan politik dan tumpukan kepada keberhasilan kerja. Cukuplah kita berpolitik masa dekat pemilihan. Bukan politik sepanjang tahun masuk Dewan pun kita nak berpolitik juga dan diperhatikan, semua organisasi dalam negara kita samada NGO, samada sukan, samada perniagaan, agensi-agensi keenam berpolitik sepanjang tahun dan tidak fokus kepada pencapaian dan juga perkhidmatan kepada rakyat.

Mudah-mudahan kita boleh terus berdepan bergerak ke hadapan mohon maaf. Sekian, terima kasih. Gunung Semanggol mohon menyokong

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Gunung Semanggol atas penggulungan tersebut. Sekarang, saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. (Bacaan doa). Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan saudara saudari yang dihormati sekelian. Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana di atas sifat Rahman dan Rahimnya jua kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk laksanakan tanggungjawab bermusyawarah di Dewan yang mulia ini untuk sama-sama mencari kearifan demi melunaskan amanah mensejahterakan kehidupan rakyat dan mensentosakan Negeri Perak Darul Ridzuan. Dato’ Yang Dipertua, memulakan ucapan penggulungan ini, saya buat kiri pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan penuh hormat dan Takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ketika mencemar duli merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Perak Keempat Belas di Dewan yang mulia ini pada hari Isnin yang lalu.

Sesungguhnya, nukilan titah yang dizahirkan oleh yang Maha Mulia Tuanku mencerminkan belas ehsan mendalam baginda kepada kemaslahatan yang melingkari kehidupan rakyat serta keprihatinan Seri Paduka Tuanku terhadap peripentingnya penyelesaian kepada isu-isu mengenai kemiskinan, sekuriti makanan, kelestarian alam sekitar, pengurusan ekonomi serta amalan urus tadbir yang sentiasa berpaut kepada nilai-nilai integrity, keikhlasan dan juga ketelusan. Mudah-mudahan dengan nasihat serta mutiara pemikiran yang dizahirkan dalam titah Paduka Seri Tuanku akan menjadi penyuluh dan pedoman kepada seluruh barisan pentadbiran kerajaan serta kita sekelian wakil rakyat untuk sama-sama menggembleng idea-idea segar dan mengatur tindakan-tindakan proaktif dalam menyusun atur, merencana serta melaksana agenda pembangunan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya juga merakamkan penghargaan kepada 20 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih atas titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku dengan melontarkan ekspresi-ekspresi idea dan buah fikiran selain menitipkan teguran serta kritikan yang membina. Saya percaya setiap pandangan dan teguran sepanjang perbahasan kali ini telah dilontarkan bersandarkan niat baik untuk kita sama-sama mengasah dan memantapkan keupayaan jentera pentadbiran dalam memberi perkhidmatan sebaik mungkin kepada sekalian rakyat. Walaupun sesi perbahasan kali ini hanya berlangsung selama sehari, namun Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian telah berjaya memanfaatkan sebaiknya masa yang singkat itu untuk membangkitkan sekurang-kurangnya 120 isu yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Daripada jumlah itu 30 daripadanya adalah berkaitan dengan portfolio saya manakala elebihnya sudah disentuh oleh rakan-rakan Facebook yang lain kecuali Yang Berhormat Sungai Manik yang sedang bercuti sakit.

Sehubungan dengan itu Dato’ Yang Dipertua, dalam sesi penggulungan ini selain daripada menjawab perkara-perkara yang menyentuh Hal Ehwal Agama, tanah, syarikat berkaitan kerajaan, GLC, ekonomi, sumber asli dan pentadbiran saya juga akan cuba memberikan maklumbalas terhadap isu-isu yang berkaitan portfolio Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi jika berkesempatan. Pun begitu, saya memohon maaf sekiranya dalam tempoh itu saya tidak sempat memberi maklum balas satu persatu kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat namun setiap isu yang telah diutarakan akan tetap diberikan perhatian pertimbangan dan tindakan di mana perlu termasuklah isu isu atau permasalahan yang boleh diselesaikan secara pentadbiran. Saya juga memohon maaf kerana ada beberapa perkara yang dibangkitkan tidak dapat saya jawab memandangkan ia berada di luar bidang kuasa kerajaan negeri khususnya isu-isu yang perlu dibawa untuk perhatian dan tindakan Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, izinkan saya terlebih dahulu memberi maklum balas terhadap isu pengurusan bencana yang menjadi antara perkara-perkara yang banyak dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Jalong telah mengutarakan isu berkenaan kelewatan penyaluran bantuan kewangan kepada mangsa banjir di Sungai Siput Kuala Kangsar. Untuk makluman Yang Berhormat Jalong, susulan banjir kilat di kawasan Sungai Siput Kuala Kangsar pada 13 Mac 2022, pentadbiran daerah telah memproses 118 dokumen dan telah selesai membuat pembayaran wang ehsan bencana berjumlah RM23,600.00 yang melibatkan bantuan sebanyak RM200 seorang pada 29 Mac 2022. Saya memahami apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jalong. Dalam keadaan menghadapi bencana, mangsa sangatlah memerlukan bantuan sesegera mungkin. Manakala di pihak pentadbiran daerah pula, mereka perlu segera memproses permohonan yang disokong dengan dokumen-dokumen dan disahkan oleh ketua komuniti. Saya yakin isu kelewatan akan dapat ditangani dengan baik jika kedua-dua pihak mangsa dan pasukan pentadbiran Irah dapat sama-sama mempercepatkan proses dokumentasi tanpa mengabaikan prosedur ataupun SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan teguran audit di kemudian hari. Namun, Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa segala usaha penyampaian bantuan dengan kadar segera kepada rakyat akan sentiasa kita berikan keutamaan.

Yang Berhormat Teja menarik perhatian Dewan ini dengan mengutarakan cadangan mengenai perlindungan insurans bagi kawasan hotspot bencana. Untuk makluman Yang Berhormat, kita tak dapat meneka apa akan berlaku selepas ini. Walaupun kita tahu hujan turun kadang-kadang hujan turun kadang-kadang ramalan cuaca mengatakan hujan akan turun di utara tetapi hujan turun di Selatan. Untuk makluman Yang Berhormat Teja, Kerajaan Negeri telah membuat semakan berkenaan perolehan insurans bagi membiayai pembaikan kerosakan harta benda penduduk berikutan kejadian bencana alam di negeri ini. Dapatan daripada semakan yang telah dilaksanakan didapati syarikat-syarikat insurans memerlukan nama penduduk yang spesifik bagi membolehkan pembiayaan disediakan. Saya sebutkan tadi kadang-kadang kita namakan orang di utara rupanya orang Selatan yang boleh bawa bencana itu maksud dia.

Justeru cadangan berkenaan tidak dapat dilakukan memandangkan kawasan yang akan berlaku bencana dan individu-individu yang akan terkesan tidak dapat dipastikan malahan kita sentiasa berdoa supaya bencana tidak datang kepada kita. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif menyediakan peruntukan khas bagi maksud pembaikan kerosakan harta benda disebabkan bencana mengikut keperluan tahunan. Pada tahun ini misalnya peruntukan berjumlah RM3 juta telah disediakan bagi maksud tersebut. Walau bagaimanapun, saya mengaku Kerajaan Negeri tidak mampu untuk memberi ganti rugi sepenuhnya kepada kerosakan-kerosakan yang disebabkan oleh bencana. Sehingga 22 Mac 2022 sejumlah perpuluhan RM0.65 juta telah digunakan bagi membiayai pembaikan rumah-rumah penduduk yang mengalami kerosakan akibat ribut yang berlaku di beberapa kawasan di daerah Kinta. Yang Berhormat Teja juga mengesyorkan supaya pihak berwajib menjalankan siasatan dan menyediakan laporan bencana alam yang mengandungi maklumat penting untuk mengenalpasti punca dan langkah pencegahan yang sewajarnya.

Untuk makluman Yang Berhormat, laporan bencana sememangnya dijalankan oleh jawatankuasa pengurusan bencana daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah masing-masing. Ia merangkumi laporan-laporan yang dikemukakan oleh setiap ahli jawatankuasa terdiri daripada agensi-agensi yang mempunyai kepakaran khususnya bagi setiap insiden ataupun bencana. Setiap syor oleh jawatankuasa tersebut dinilai oleh pegawai daerah selaku pengerusi jawatankuasa bencana daerah sebelum ianya diangkat kepada jawatankuasa pengurusan bencana negeri yang dipengerusikan oleh Yang berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan dianggotai oleh agensi-agensi dan pusat yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana.

Dalam usaha memastikan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana sentiasa berada pada tahap terbaik, mesyuarat secara berkala sentiasa diadakan di peringkat daerah dan negeri manakala latihan bersama jabatan atau agensi berkaitan serta ujian siren turut dilakukan supaya sebarang situasi bencana yang melanda akan terodinasi, tersusun dan juga bersistem. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya terpanggil untuk membetulkan dakwaan Yang Berhormat Aulong kononnya Kerajaan Negeri hanya menyalurkan bantuan RM300 kepada mangsa ribut di Kampung Tawas Ipoh baru-baru ini sehingga memaksa Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat mencari dana sebanyak RM280 ribu untuk disalurkan kepada para mangsa yang terlibat. Saya tidak berhasrat untuk mempersoalkan usaha Yang Berhormat Aulong dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat untuk membantu mangsa. Memanglah sama ada melalui dana parti politik ataupun dana oleh wakil rakyat seharusnya lah kita gunakan untuk membantu mangsa-mangsa bencana alam tetapi pada waktu yang sama janganlah kita menidakkan sumbangan Kerajaan Negeri.

Apabila Yang Berhormat Aulong menyebutkan dan membandingkan kononnya Kerajaan Negeri hanya menyumbang RM300 seperti melepaskan batuk di tangga. Ia adalah satu tuduhan yang tidak benar kerana untuk makluman Ahli Dewan sebaik sahaja ribut melanda kawasan berkenaan, saya sendiri termasuk pegawai daerah dan pasukannya telah pun turun padang untuk meninjau kesan bencana terhadap penduduk kawasan berkenaan. Dalam tempoh kurang daripada 24 jam selepas berlakunya bencana, Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan wang ihsan RM300 kepada 352 ketua isi rumah yang terkesan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM105,600. Wang itu bukanlah untuk membeli zink. Wang itu bukanlah untuk membaikpulih rumah yang dilanda ribut. Wang itu wang ihsan. Kemungkinan pakaiannya basah. Kemungkinan barang-barang makanannya habis. Jadi wang itu wang ihsan untuk dia dengan sesegera mungkin menjalani kehidupan selepas dilanda ribut tetapi selain daripada bantuan wang ihsan itu, Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan bantuan pembaikkan kecemasan. Kejadian bencana yang berjumlah RM450 ribu untuk membaiki 129 buah premis yang rosak akibat dipukul ribut di kawasan Mukim Chemor, di Tawas, Chepor dan juga Seri Klebang. Itu nak menafikan bahawa kerajaan hanya bagi RM300 dan Ahli Parlimen Ipoh Barat membayar RM280 ribu. Kerajaan Negeri membiayai RM450 ribu untuk membaiki 129 premis.

Ini tidak termasuk bantuan pembaikan rumah melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berjumlah RM405 ribu. Begitu juga bantuan melalui Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) yang berjumlah RM48,600 dan diikuti dengan bantuan kotak makanan daripada pihak agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dan juga daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM). Berdasarkan data oleh pejabat daerah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan keseluruhannya adalah berjumlah RM1.05 juta. Sebab itu, saya pun terkejut bila dikatakan Ahli Parlimen Ipoh Barat berbelanja RM280 ribu, dia repair rumah mana pula. Sebab semua rumah yang dilanda ribut itu telahpun dibaiki, dibaik pulih dengan menggunakan wang Kerajaan Negeri RM450 ribu dengan wang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan RM405 ribu. Jadi RM280 ribu duit ahli parlimen tu dia repair rumah mana. Sebab wang kerajaan nak digunakan mesti ada speks. Dia mesti ada dokumen-dokumen dia. Barulah kita lulus untuk pembayarannya. Tak apalah kalau ia telah dibelanjakan. Terima kasih. Tapi saya nak ingatkan sekali lagi pada waktu kita nak cerita kepada orang kita memberi sumbangan, jangan menafikan sumbangan orang lain. Itu tak baik. Apatah lagi rakyat mendengar di luar sana.

Jadi hari ini Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya betulkan bahawa kerajaan sebenarnya telah menyumbang RM1.05 juta untuk membaikpulih membantu mangsa-mangsa ribut di Kampung Tawas, di Klebang dan juga di Kampung Tasek. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pangkor supaya lebih banyak sesi libat urus dilaksanakan oleh pihak jabatan dan juga agensi kerajaan dalam usaha menambah baik sistem penyampaian kerajaan. Sememangnya program turun padang dan libat urus menjadi tunjang pentadbiran Kerajaan Negeri seperti yang ditekankan dalam ucapan Executive Talk Tahun 2022 bersama penjawat awam Negeri Perak.

Kerajaan Negeri percaya melalui pendekatan ini banyak idea-idea baharu dapat digarap dan mampu merintis jalan penyelesaian kepada pelbagai permasalahan rakyat. Malah langkah terbaru yang Kerajaan Negeri lakukan ialah dengan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak pada setiap hari Selasa minggu kedua setiap bulan telah membolehkan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri bersama-sama berada di lapangan untuk menyantuni masalah rakyat.

Walau bagaimanapun, saya mohon maaf beberapa minggu sebelum ini kita tak dapat mengadakannya kerana masalah covid dan atas nasihat Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak. Walau bagaimanapun kita akan sambung pada hari Selasa kedua bulan April untuk kita kembali memberi ruang kepada rakyat berada di Stadium Indera Mulia. Boleh berjumpa dengan Menteri Besar dengan 10 orang EXCO dengan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan Alhamdulillah kita boleh membantu menyelesaikan masalah yang diadukan oleh rakyat walaupun kita faham tidak semua itu dapat diselesaikan pada hari yang berkenaan tetapi kita berusaha sedaya upaya kerana kita yakin ruang peluang untuk membolehkan rakyat berjumpa dengan kita adalah merupakan satu pendekatan libat urus dengan rakyat secara terus.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak juga konsisten melaksanakan sesi libat urus bersama jabatan dan agensi yang berkaitan untuk membantu Kerajaan Negeri dalam segenap aspek merangkumi aspek perkhidmatan, perjawatan, pembangunan organisasi dan juga pembangunan modal insan. Seterusnya Yang Berhormat Astaka telah mengutarakan mengenai kelemahan pengurusan tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dengan merujuk kes kebakaran lot-lot kediaman di Kampung Bharu Ayer Tawar, Manjung di mana penduduk terbabit dimaklumkan akan diberi tapak ganti. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, isu yang dibangkitkan ini adalah untuk menyelesaikan masalah hak milik bertindih yang telah dikesan berlaku semasa kelulusan pemberimilikan tanah kerajaan pada tahun 1993.

Berdasarkan semakan pengadu diluluskan di atas tapak yang sama sekitar tahun 2007 rentetan permasalahan ini Pentadbiran Tanah Manjung telah menyediakan kertas mesyuarat yang akan dikemukakan, yang akan diangkat bagi tujuan pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan kemelut ini. Maknanya akan dibawa ke dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri. Bagi isu tanah di Kampung Deralik, Daerah Manjung pula untuk makluman Yang Berhormat Astaka, sekitar kawasan ini telah diduduki dan diusahakan bagi tujuan pertanian dan penempatan penduduk asal Kampung Deralik.

Rancangan Perkampungan Tersusun RPT Kampung Deralik ini telah diwujudkan untuk menyediakan tapak rumah khusus kepada peneroka-peneroka awal yang telah menduduki tanah ini sejak tahun 1970an. Sehubungan itu, hampir keseluruhan tapak telah didirikan rumah yang sebahagiannya dibiayai melalui peruntukan membina rumah daripada kerajaan dan juga agensi negeri. Kedudukan RPT ini berhadapan dengan akses jalan di mana tiga lot tanah pertanian tersebut berada di belakang lot-lot RPT ini. Dua daripada lot pertanian tersebut mempunyai akses jalan memandangkan kedudukannya bersebelahan dengan jalan sedia ada dan terdapat lot RPT berkenaan yang dikosongkan serta ditanda sebagai akses jalan keluar masuk ke lot pertanian di belakang RPT. Hanya lot yang berada di tengah-tengah sahaja yang tidak memiliki akses jalan walau bagaimanapun laluan keluar masuk ke tanah pertanian tersebut masih boleh diwujudkan memandangkan terdapat tanah kerajaan yang boleh dijadikan sebagai rizab laluan keluar masuk.

Yang Berhormat Pengkalan Hulu telah mencadangkan supaya diwujudkan One Stop Centre (OSC) melibatkan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan bagi meneliti permohonan-permohonan tanah. Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Hulu, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak telah pun mengeluarkan arahan berhubung perkara tersebut melalui surat arahan PTG Negeri bilangan 6 tahun 2021.

Dato’ Haji Aznel bin Haji IbrahimUMNO · BNPengkalan Hulu

Dato' Seri minta laluan. Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih Dato' Seri. Berhubung dengan One Stop Center, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada SADC kerana telah memberi tanah milik SADC sebanyak 698 ekar kepada kerajaan dan tanah tersebut dapat diberikan kepada pengusaha-pengusaha di kawasan Felda Lepang Nenering Pengkalan Hulu, itu yang pertama. Yang kedua apabila SADC dah memulangkannya kembali tanah milik dia kepada kerajaan, permohonan telah dibuat lebih kurang dalam masa dua tahun dan sehingga hari ini masih belum ada jawapan daripada PTG. Permohonan SADC yang minta 500 ekar untuk tanah ganti itu sehingga sekarang masih belum ada. Jadi minta Yang Berhormat Dato' Seri tolong lihatkan perkara ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Pengkalan Hulu. Seperti yang saya sebutkan tadi berkaitan dengan OSC ini adalah untuk membolehkan agensi-agensi teknikal yang berkenaan duduk semeja dan boleh membuat keputusan segera, itu tujuan dia. Kerana kita maklum permohonan tanah ini waktu-waktu tertentu kita perlu mendapat ulasan daripada teknikal department, kita perlu dapat ulasan daripada LAP, daripada JMG, daripada JKR dan daripada beberapa agensi lain. Kerana menunggu ulasan itulah yang selalunya lambat. Kalau dapat, OSC duduk, semua teknikal department ini duduk bersama-sama, kita boleh bincang sama-sama untuk mempercepatkan proses pemilikan tanah tersebut.

Yang Berhormat, terima kasih Speaker, terima kasih Kota Tampan. Sama dengan isu yang telah dibangkitkan tadi, Yang Berhormat telah berkata bahawa kita macam OSC untuk menyelenggarakan semua isu-isu berkaitan dalam One Stop Centre. Boleh saya juga cadangkan bahawa perkara-perkara lain seperti pemindahan bahan batuan di negeri Perak ini di bawah pejabat-pejabat tanah itu mempunyai sistem yang sama. Sebab sekarang kita ada perlukan 6 agensi teknikal untuk mendapat kelulusan daripada mereka sebelum kita boleh meneruskan dengan apa-apa perusahaan mengeluarkan bahan batu ini. Tapi kalau jika agensi-agensi ini tidak memberi kelulusan maka perkara itu akan tanggung. Boleh saya bagi satu cadangan lah sama dia kita adakan satu One Stop Centre sama seperti OSC ataupun bolehkah juga saya cadangkan bahawa kita, berikan satu tempoh had masa sebagai contoh 2 minggu. Kalau agensi berkenaan tidak datang balik dengan apa-apa komen atau bantahan disifatkan sebagai telah diluluskan dan juga kita ada isu selepas 4C itu dikeluarkan, nak dapatkan doket pun ada kelewatan, dan bila ada kelewatan ini, ini akan menjejaskan perusahaan pengeluaran bahan batu ini dan ini juga akan menjejaskan secara keseluruhan sumber kepada Kerajaan Negeri, sumber kewangan. terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Bedamar. Kita bersetuju dengan pandangan itu dan dalam Mesyuarat Exco, Kerajaan Negeri pun kita bersetuju supaya OSC ini bukan sekadar untuk proses permohonan tanah semata-mata. Jadi melalui surat PTG tersebut, yang cakap tadi, surat tersebut bagi tujuan menambah baik dan mempercepatkan proses permohonan tanah, Pentadbir Tanah Daerah boleh menguatkuasakan sepenuhnya pelaksanaan OSC dan minit Mesyuarat OSC berkenaan dijadikan dokumen sokongan dalam penyediaan kertas pertimbangan MMK. Jadi, termasuk yang disebutkan oleh yang Berhormat Pasir Bedamar tadi.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, suatu penetapan KPI, tempoh masa juga telah ditetapkan bagi setiap permohonan tanah yang mana tempoh masa ini ditetapkan dengan mengambil kira keperluan masa yang munasabah bagi setiap gerak kerja dan juga prosedur sepertimana yang disyorkan oleh Yang Berhormat Pasir Bedamar sebentar tadi itulah. Selain itu bagi menunjukkan komitmen pentadbiran tanah yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan, PTG telah pun mengeluarkan arahan tindakan penyelesaian tunggakan permohonan tanah bagi permohonan-permohonan tanah untuk tahun 2018 dan sebelumnya, backlock. Pada masa yang sama, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan telah menunjukkan komitmen dalam membuat pertimbangan iaitu dengan memberi keputusan serta merta kepada permohonan-permohonan tanah yang memerlukan kesegeraan. Biasanya selepas kita mesyuarat pada hari Rabu ini, kita tunggu hari Rabu depan pula untuk diluluskan minit baru dilaksanakan. Tapi ada waktunya mungkin berlaku cuti minggu depan, so, bermakna lewat pula dua minggu. Oleh itu pada kebiasaannya jika ada keperluan maka MMK akan buat keputusan diluluskan hari itu dan minitnya pun diluluskan hari itu, supaya ia dapat dipercepatkan proses kelulusan.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya juga terpanggil untuk memberi maklumbalas mengenai pertanyaan Yang Berhormat Pengkalan Hulu berhubung isu kelulusan hakmilik kepada 116 orang pengusaha penduduk Felda Lepang Nenering. Untuk makluman Yang Berhormat, pengusaha berkenaan telah meneroka tanah kerajaan tanpa kebenaran untuk tujuan aktiviti pertanian. Tanah yang dimaksudkan adalah berkeluasan lebih kurang 280.453 hektar yang bersamaan dengan 693.015 ekar. Penerokaan tanah ini di antara 1 hingga 5 ekar oleh sebahagian besar penduduk tempatan dengan tanaman sawit dan kontan adalah bertentangan dengan Kanun Tanah Negara (KTN). Kerajaan Negeri mempunyai ketetapan yang jelas bahawa penerokaan tanah kerajaan adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Kawasan berkenaan telah diteroka dan dimajukan, namun permohonan untuk tujuan pelupusan tidak dapat disempurnakan kerana tanah berkenaan telahpun diluluskan kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC). Sehubungan itu, saya percaya masih ada ruang kepada SADC untuk mengadakan libat urus dengan pengusaha berkenaan dalam mencari penyelesaian kepada isu ini sepertimana yang telah kita buat sebelum ini dengan kerjasama dan juga urusan yang dibuat oleh yang Berhormat Pengkalan Hulu sendiri.

Yang Berhormat Belanja dalam sesi perbahasan ada mencadangkan agar penguatkuasaan yang lebih giat dilaksanakan ke atas pencerobohan tanah-tanah di tepi sungai yang menjadi antara punca utama kepada bencana banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, pentadbiran tanah di negeri Perak sentiasa berusaha untuk memastikan pencerobohan tanah-tanah kerajaan, tanah-tanah rizab sungai seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dapat dikawal selia dengan baik. Bagi membendung isu ini pihak PTG bersama-sama semua pentadbir tanah berserta agensi dan jabatan yang berkaitan telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu mengikut Seksyen 425 dan 426 (a) Kanun Tanah Negara 1965 iaitu Akta 828 bagi mana-mana pencerobohan tanah yang melibatkan tanah kerajaan dan juga tanah rizab. Sebanyak 110 operasi penguatkuasaan iaitu masing-masing 30 operasi. Pada tahun 2020, 80 operasi pada tahun 2021 telah dilaksanakan ke atas pencerobohan tanah-tanah kerajaan dan juga tanah-tanah rizab. Pemantauan secara berterusan oleh pihak PTG, pejabat daerah dan tanah dan juga agensi dan jabatan yang terlibat juga sentiasa dilaksanakan selain laporan yang diterima daripada orang awam. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan proses pewartaan rizab-rizab seperti yang diputuskan dalam Majlis Sumber Air Negara. Proses pewartaan rizab sungai akan memudahkan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah dan merancang projek-projek bagi tempatan banjir. Sebagai makluman, proses pewartaan di bawah Seksyen 62 memerlukan data kerja ukur halus di mana kos untuk ukur halus ini dianggarkan RM50 ribu setiap kilometer. Terkini, pihak JPS sedang dalam proses menyenarai pendek senarai sungai-sungai utama dalam negeri Perak yang akan dibuat pewartaan bagi fasa 1.

Senarai tersebut akan dikemukakan kepada PTG dan seterusnya kertas cadangan akan diangkat kepada Kerajaan Persekutuan untuk memohon peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja ukur halus. Yang Berhormat Behrang telah membangkitkan isu berkenaan kawalan pencemaran sungai ekoran daripada sektor pertanian. Untuk makluman Yang Berhormat, semasa pentadbiran tanah memproses sesuatu permohonan pemberimilikan, pentadbiran tanah akan mendapatkan ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan dan ulasan-ulasan tersebut diambil kira semasa membuat pertimbangan bagi sesuatu permohonan. Dalam sesuatu permohonan pemberimilikan yang melibatkan kawasan sungai, pentadbiran tanah akan mengekalkan resort sungai seperti mana yang disyorkan oleh Jabatan Pengairan dan juga Saliran (JPS).

Walaubagaimana pun, jika didapati telah diusahakan tanpa kelulusan, tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara boleh diambil bagi memastikan tidak mengganggu kerja-kerja penyelenggaraan tebing sungai oleh JPS. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Yang Berhormat Malim Nawar telah membangkitkan mengenai aduan pencerobohan tanah oleh syarikat yang menjalankan usaha sama dengan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri

Perak (SADC). Untuk makluman Yang Berhormat, pertikaian diantara pemajak dan peneroka di kawasan tersebut telah pun dibawa ke mahkamah oleh kedua-dua pihak dan telah ada keputusan yang dimuktamadkan.

Pihak SADC telah berusaha untuk menjadi pengantara tetapi tidak berhasil dan telah menasihati kedua-dua belah pihak untuk akur dengan keputusan mahkamah. Yang Berhormat Yang Dipertua. Menariknya pada kali ini sekali lagi Yang Berhormat Keranji membawa isu pelaburan Perak Corporation Berhad (Perak Corp) dalam projek MAPs melalui anak syarikatnya, PCB Development Sdn. Bhd. Kali ini Yang Berhormat Keranji menggunakan pelbagai istilah yang berbau negatif termasuk kononnya ada penipuan dalam proses Skim Pemiutang Perak Corp dan PCBD serta penggulungan Syarikat PCBD. Dato' Yang Dipertua, seperti sebelum ini saya konsisten untuk menyatakan bahawa isu berkaitan dengan PCB, PCBD tidak boleh diputuskan dalam Dewan Negeri kerana ia ada platform yang tersendiri. Dia ada Ahli Lembaga Pengarah dan dia ada Mesyuarat Agung Tahunan. Saya faham Yang Berhormat Keranji berlatar belakangkan pendidikan sebagai seorang akauntan. Apa pun Yang Berhormat cuba bawa dalam Dewan ini tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebab Dewan ini tak ada locus standi untuk mendengar hujah dan membuat keputusan. Yang Berhormat, hujah saya ini bersandarkan kepada hakikat bahawa kita bukan stake holder atau pemegang taruh untuk membuat apa-apa keputusan dalam sebarang operasi atau urusan Perak Corporation dan juga PCBD. Sebaliknya sebarang ketetapan hanya boleh diputuskan oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan.

Dalam isu Skim Pemiutang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Keranji misalnya. Ia sebenarnya telah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah dan para pemegang saham syarikat serta pemiutang. Malah langkah itu juga telah pun dipersetujui dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Justeru adalah tidak benar untuk Keranji menuduh berlakunya fraud atau pun penipuan sedangkan perkara ini sudah pun dibawa dan diputuskan oleh mahkamah. Lebih-lebih lagi Perak Corporation sebagai sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dipantau dan dikawal selia dengan ketat oleh Bursa Malaysia. Oleh demikian saya pun tidak faham mengapa Yang Berhormat Keranji masih begitu beria-ria untuk membangkitkan perkara ini walaupun sudah berkali-kali kita jelaskan sebelum ini. Saya juga tidak faham minta maaf Yang Berhormat Keranji mengapa begitu taksub untuk bercakap soal menyelamatkan Perak Corporation sedangkan Yang Berhormat Keranji dan juga Yang Berhormat Teja pernah menjadi antara Pengarah Syarikat Perak Corporation dari tahun 2018 hingga 2020. Selama dua tahun kedua-dua Yang Berhormat berada di dalam Perak Corp.

Kenapa tidak berusaha untuk menyelamatkan sedangkan Yang Berhormat Keranji sebagai Pengarah Syarikat dan juga Pengerusi Jawatankuasa Audit Perak Corporation sudah tentu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai situasi Perak Corp pada ketika itu. Harus diingat, Perak Corporation diletakkan di bawah PN17 ketika Yang Berhormat Keranji dan Yang Berhormat Teja adalah Ahli Lembaga Pengarah. Malah harga saham Perak Corp yang bernilai sekitar RM0.65 sen pada tahun 2018. Sewaktu Yang Berhormat kedua-duanya baru dilantik sebagai Lembaga Pengarah telah turun mendadak kepada hanya RM0.21 sen pada 11 Februari 2020.

Iaitu sebaik sahaja Lembaga Pengarah Perak Corp mengesyorkan agar syarikat itu diletakkan dibawah kategori PN17. Bagaimana PN17 ini dijatuhkan kepada Perak Corp ia datang setelah Lembaga Pengarah pada waktu itu mengaku bahawa Perak Corp pada waktu itu tidak lagi mampu untuk membayar hutang. Orang yang bertanggungjawab untuk membuat perakuan ini kepada (MUSA) adalah Ahli Lembaga Pengarah Perak Corporation pada waktu itu. Keadaan ini menjadi lebih kritikal apabila saham Perak Corp terus jatuh sehingga ke paras RM0.11 sen pada April 2020. Sehingga lah Yang Berhormat Keranji meletakkan jawatan bersama-sama dengan Teja pada Julai 2020. Selepas itu Dato' Yang Dipertua, selepas itu semasa saya menjadi Menteri Besar kita mengubah struktur pengurusan, barisan pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah Perak Corporation yang baru. Apabila saya bawa masuk Yang Berbahagia Dato' Redza Rafiq, bekas CEO NCIA masuk untuk mengemudi PKNP. Beliau dan rakan-rakan dalam team nya telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Perak Corp. maka pengurusan dan Lembaga Pengarah Perak Corp yang baru ini telah melaksanakan beberapa langkah pemulihan termasuk calitel skin of arrangement proses penyelesaian hutang penggulungan Syarikat PCBD serta proses regularisasi. Hasilnya Perak Corporation mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Malahan harga sahamnya telah meningkat ke paras RM0.45 sen pada Mac 2022. Ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa langkah-langkah pemulihan yang telah dibuat oleh pengurusan baru dan ahli lembaga pengarah yang baru yang telah dilaksanakan bukan sahaja tepat malah telah membuahkan hasil. Justeru saya berharap perkara ini tidak perlu lagi dibahas atau didebatkan dalam Dewan ini kerana ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah. Malahan tidakan membuat tuduhan secara melulu bukan saja merencatkan proses pemulihan malah boleh menjejaskan kepercayaan pelabur terhadap Perak Corporation. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua. Menjawab soalan dikemukakan oleh Yang Berhormat Malim Nawar…

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Sila bagi peluang saya jawab. Terima kasih Kota Tampan. Terima kasih Dato' Tuan Speaker. Tadi Kota Tampan ada mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Perak tidak ada stake holder yang saya rasa itu istilah yang salah takde locus standi. Kerajaan Negeri Perak merupakan pemegang saham controlling interest 52% PCB. Kita ada saham 52%. Kalau kita tak boleh bangkit isu di sini di mana kita nak bangkit dan Kota Tampan sebagai Menteri Besar dan ada hak boleh tukar ahli lembaga pengarah jika kita nampak ada kesilapan dan tadi saya tahu Kota Tampan harga saham tu naik turun 40 sen 11 sen. Saya rasa Kota Tampan menggambarkan satu situasi yang tidak begitu benar. Kalau kita lihat saham PCB sejak dari 2014 saham dia RM3.67 itu sebelum MAPs bina. RM3.67 jatuh sampai 40 sen. Kalau nak buat letakkan tanggungjawab atas kita jatuh saham 11 sen kalau kita tengok pada Bursa Malaysia tahun 2020 apa berlaku covid, lockdown. Bukan sahaja harga jatuh, semua seluruh saham jatuh dan kalau anda lihat pada transaksinya trading volume, Perak Corporation langsung tak ada kerana orang sudah tak mahu beli. Jadi dari 40 sen ke 11 sen tu bukan kerana tak ada keyakinan dan jangan lupa apabila saya dengan Peja duduk dalam PCB mengapa kita letak PCB dalam PN17. Pada masa itu saya telah failkan pada sidang lalu, saya sudah jelaskan dengan secara terperinci mengapa MAPs kita tak dapat selamatkan.

Mengapa kita letakkan PCB dalam PN17 kerana semasa itu semasa saya duduk dekat sana saya telah fail satu usul. Saya fail satu usul supaya Kerajaan Negeri memberi jaminan supaya kita selamatkan MAPs kita masukkan duit selamatkan MAPs dan masa itu Chenderiang sebagai Menteri Besar dia sudah bagi keyakinan. Dia cakap ok boleh. Kerajaan Negeri akan bagi jaminan kita selamatkan MAPs dan itu juga kerajaan, Pegawai Kewangan juga keluarkan satu surat memberi jaminan bahawa akan membayar hutang-hutang MAPs dan pada masa itu saya terima. Saya terima dan saya tarik balik usul tetapi apa yang berlaku selepas itu. Duit tak datang. Duit dari Kerajaan Negeri tak datang dan kita terpaksa default dan saya bersama Peja kita terpaksa membuat satu keputusan yang sukar kita terpaksa meletakkan PCB dalam PN17 kerana kita tak tak dapat duit bayar hutang kerana duit dari PKNP tak datang. PKNP ada RM130 lebih juta yang hutang pada PCB pada masa itu, global settlement.

Ok, duit tak datang kita kena letakkan dalam PN17 but we have a plan to bring PCB back out. Pada masa itu kita ada satu scheme arrangement dalam Board of Director meeting dan pegawai-pegawai kewangan pada masa itu juga memberi jaminan kepada kita PCB ada aset yang mencukupi untuk bayar semua hutang dan pada masa itu kita buat settlement ringgit to ringgit settlement dan saya nak tanya pada hari ini mengapa semasa kita duduk di sana PCB ada duit tapi selepas kita dikeluarkan tak sampai enam bulan tiba-tiba PCB tak ada aset, tak ada duit. Hanya mampu bayar 10%. Kemanakah aset-aset itu pergi? Itu yang kita nak tanya dan dia nak ingatkan kepada Kota Tampan yang sebelum sidang ni Kota Tampan cakap projek MAPS tak ada kena-mengena dengan pihak Kerajaan Negeri. Saya rasa ini tafsiran yang salah dan saya sudah guna laporan dari PKNP annual report untuk buktikan bahawa kenyatan ini tidak betul kerana dalam laporan tahunan PKNP memang ia telah cakap oleh kerana Theme Park MAPS, PKP mengalami kerugian. Bermaksud Kerajaan Negeri mengalami kerugian. Jadi kita hari ini kita nak mengakui kerugian ini. Bukan saya nak salahkan siapa-siapa. Saya tahu itu bukan berlaku semasa Kota Tampan tapi kalau tak boleh pun kita mengakui kesilapan ini atau pun kerugian ini macam mana kita boleh jamin kesilapan ini tidak berulang lagi. Jadi saya haraplah kita boleh memperbetulkan fakta ini. Terima kasih Kota Tampan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang Dipertua, terima kasih. Sebab itu saya sebutkan tadi, saya menghormati Keranji sebab dia fasih berkaitan ini kerana dia ada pendidikan berlatarbelakangkan accountant tapi salah platform. Perkara ni tak sepatutnya dibangkit di sini. Nak buat apa? Apa kita nak buat sekarang ni? Apa pun you sebut keputusan telah dibuat. Mahkamah dan buat keputusan. So, Dewan Negeri ini tak ada locus standi untuk mendengar hujah itu dan tak boleh buat keputusan hanya dengar jelah apa yang kita nak buat. Jadi minta maaf. Jadi sebab itu saya sebutkan tadi sepatutnya Yang Berhormat bangkitkan perkara ini pada waktu Yang Berhormat ada pada platform yang betul iaitu sewaktu menjadi Lembaga Pengarah 2 tahun. 2 tahun lamanya masa Yang Berhormat telah meneliti akaun sebab Yang Berhormat adalah Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi PCB, sepatutnya perkara-perkara itu telah pun dibangkitkan 2 tahun masa itu. Kalau telah dibangkitkan lebih awal kemungkinan besar kita tak sampai kepada PN17.

Sebab Yang Berhormat sebut tadi kononnya setelah itu didapati ada dua akaun yang berbeza. Kononnya ada lebihan aset berbanding dengan liabiliti. Yang Berhormat sepatutnya mengetahui itu lebih dahulu lagi kerana Yang Berhormat adalah pengerusi bagi jawatankuasa Audit PCB. Macamana selepas Yang Berhormat dengan Lembaga Pengarah telah memperakukan kepada Bursa bawa PCB tak ada lagi kemampuan untuk bayar hutang masa Yang Berhormat masih lagi menjadi pengerusi audit and then lepas Yang Berhormat telah meletakkan jawatan bangkit pula mengatakan bahawa eh ada wang lebih, ada aset lebih dalam PCB. It is wrong. Sebab saya katakan tadi saya menghormati Yang Berhormat sebab Yang Berhormat ada kepakaran itu tetapi salah platform. Bukan ini platform Yang Berhormat patut bangkitkan benda ini, Yang Berhormat.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Kota Tampan, mencelah sikit Kota Tampan. Walaupun saya bukanlah lembaga pengarah tetapi saya ingin mensyorkanlah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan, saya jangka pengerusi jawatankuasa kira-kira akan setuju dengan cadangan saya dan kita pun sehaluan dengan cadangan yang diberikan oleh Malim Nawar semalam. Isu PCB ini patutnya kita harus pandukan kepada laporan audit forensik report yang masih lagi tertangguh yang belum lagi kita sempat yang belum lagi kita dapat baca audit report tu. So, perkara itu jauh lebih penting kalau kita dapat audit report supaya kita boleh bincang berpandukan kepada asasnyalah sebab kalau tak Kota Tampan ada hujah yang berbeza, Keranji ada hujah yang berbeza. So, sekarang pokoknya Pengerusi PAC boleh setuju untuk kita selesaikan bab ni dengan adanya laporan audit report.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato Yang Dipertua, saya ingat kita jangan panjangkan bab itu, itu adalah cadangan yang baik. Biarlah, tak ada masalah, we got nothing to hide.

Keranji, cukuplah Keranji, common lah Keranji.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ini bukan platform untuk kita bahas bab ini. Cukuplah tu.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Tapi kena bayar dulu.

Saya tunggu jawapan lain ni, saya tunggu jawapan lain. Rileks. Banyak lagi ni saya tunggu MB nak jawab.

Dato Yang Dipertua,

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya ada cadangan untuk PAC.

Pihak sebelah sana juga dalam peringkat awal mencadangkan firma yang terlibat untuk membuat audit dan laporan terperinci, saya telah meneliti dan saya boleh nyatakan di Dewan yang mulia ini tidak berlaku sebarang penyelewengan dan kita akan membentangkan nanti dalam Mesyuarat PAC selepas ini. Terima kasih.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Ok saya nak tambah sikit.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Minta maaf, ini bukan platform dia.

Cukuplah, commonlah.

Biar PAC settle, PAC settle. PAC akan settle, please.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya teruskan.

Simpang Pulai dah bagi cadangan dah Keranji, commonlah.

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Biar Yang Amat Berhormat teruskan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Menjawab kepada Yang Berhormat Malim Nawar berkenaan pengoperasian kilang haram memproses sisa elektronik yang…

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Kota Tampan before we move on. Please, I just want to…

Encik Mohamad Noor bin DawooUMNO · BNSelinsing

Keranji hormatlah sikit.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Pelanggaran syarat telah dikeluarkan oleh pihak SADC kepada pemajak. Yang Berhormat Trong telah memohon penjelasan Kerajaan Negeri berkenaan tanah milik agensi yang diberikan kepada pihak swasta bagi tujuan penanaman buah naga namun masih belum diusahakan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil perhatian mengenai pelupusan tanah kerajaan kepada pihak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri telah menetapkan bahawa setiap permohonan tanah oleh pihak GLC adalah berteraskan kepada Co business ataupun aktiviti utama pengoperasian GLC Negeri.

Selaras dengan ketetapan tersebut pembahagian aktiviti utama telah digariskan oleh setiap jersi negeri mempunyai fungsi keutamaan mengikut bidang perniagaan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak menjalankan aktiviti utama dalam sektor perladangan dan pertanian Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dalam sektor perindustrian, Perbadanan Menteri Besar dalam sektor perlombongan dan lain-lain. Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat Malim Nawar agar semua GLC yang melaksanakan atau memasuki perjanjian usahasama dengan syarikat swasta untuk melaksanakan audit tahunan atau dari semasa ke semasa, bagi memastikan semua syarat-syarat perjanjian usahasama dipatuhi serta memastikan pihak syarikat tidak melaksanakan aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang seperti pencerobohan tanah atau kacau ganggu kepada penduduk setempat. Untuk makluman Yang Berhormat Malim Nawar cadangan-cadangan ini sebenarnya sedang diamalkan oleh semua GLC Negeri Perak.

Kota Tampan saya mohon sedikit celahan.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Please… please… I’m be waiting. Sikit saja.

Hei Keranji, duduklah.

Berkenaan dengan pengurusan GLC pengurusan tanah-tanah yang diberikan kepada GLC. Saya mohon jasa baik sekiranya sebarang projek-projek pembangunan yang melibatkan kepentingan awam terutamanya apabila tanah-tanah di dalam kawasan GLC melibatkan apa tanah kawasan yang bersempadan dengan taman dan sebagainya? Saya mengharapkan agar GLC ini mengadakan sesi townhall bersama dengan rakyat sebelum sesuatu pembangunan dilaksanakan. Saya bagi contoh MB Inc. dan Maju Perak serta PKNP yang baru-baru ini ada merancang untuk melaksanakan projek pembangunan dan perlombongan tetapi mereka ini melaksanakan projek di dalam kawasan tanpa melibatkan ya sesi townhall pandangan dan sebagainya untuk meluahkan rasa orang kampung apabila keberadaan mereka ni kemungkinan akan melibatkan sedikit kacau ganggu.

Jadi saya mengharapkan sebarang sebarang projek pembangunan perlulah mengadakan sesi townhall. Ini ada satu perkara yang baik yang sepertimana dilaksanakan oleh WCE dan pejabat tanah banyak perkara-perkara yang boleh kita selesaikan dan luah-luahan orang kampung ni, sekurangnya dapat di didengari, mereka ni kadang-kadang nak dengar mereka tahu SADC, PKNP, MB Inc. mengutip hasil negeri dan untuk pulangan kembali kepada rakyat jelata tetapi sekurang-kurangnya luahan itu didengari dan sesi-sesi townhall berkenaan dengan projek-projek pembangunan dan perancangan sebagainya saya sesi ini sangat pentinglah untuk melibatkan rakyat sekeliling. Terima kasih Kota Tampan.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Kota Tampan saya masuk dulu, Kota Tampan, Kota Tampan saya minta satu minit untuk tanya. Saya ada hal nak tanya…

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih cadangan daripada YB itu diterima.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Kota Tampan minta laluan sikit.

Keranji kita ada peraturanlah. Tutup…tutup sajalah mic tu.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya bukan nak bertengkar, saya nak cakap dengan sopan.

Yang di-Pertua

Keranji sila duduk sekejap.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

I have something important to ask. one minute, one minute.

Yang di-Pertua

No…no….no I have something important to say. (gangguan) semua orang pun pentinglah. 41(F) semasa semua ahli yang nak berucap, semua ahli hendaklah diam. Jadi saya buat rullinglah. Saya rasa kita dah selesai isu yang telah dibangkitkan. Perkataan yang ada kepentingan yang Keranji apa orang kata minat. Jadi saya rasa biar biar sekejap

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

(gangguan) ni penting, ni penting ni penting.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Perintah dia keluar je Speaker. Keluar Dewan dia kacau.

Wei Keranji, Simpang Pulai sendiri pun dah cakap minta tunggu PAC. Come on lah orang lain pun ada isu juga.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

(gangguan)

Yang di-Pertua

(gangguan)

Dato’ Sham bin Mat SahatUMNO · BNAlor Pongsu

Rulling…rulling Perintah Tetap. Tuan Yang Dipertua, Perintah Tetap. Perintah Tetap 37 seseorang ahli tidak boleh mengganggu ahli lain yang sedang berucap kecuali bagi menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh ahli yang sedang berucap itu dalam ucapannya dengan syarat bahawa ahli yang sedang berucap itu, duduk di tempat memberi jalan mesti dan memberi jalan dan duduk di tempatnya.

Yang di-Pertua

Ok, tadi sekarang saya (gangguan) Keranji sila duduk.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Saya tak ada intension untuk ganggu tapi…

Yang di-Pertua

Keranji…Keranji tak faham bahasa Melayu ke? Semalam saya saya agak saya saya punya pendekatan, kalau kita lihat rekod saya saya libel. Sebagai Speaker untuk memberi peluang. No, you listen to me. Saya agak libel dalam memberi peluang kepada semua Ahli-ahli Dewan untuk berucap dan saya bagi leaway Ahli Dewan termasuk Keranji dan semalam. Tapi saya rasa semalam saya terpaksa menggunakan standing order. Standing order 44(1) untuk meminta Yang Berhormat Keranji untuk berhenti berucap. Jadi kalau saya bagi leaway lagi, saya percaya Keranji akan terus meleret-leret dan perkara ini tidak akan selesai. Jadi saya minta Keranji duduk. Ini keputusan saya sila hormati dan sila duduk.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Tuan Speaker, this is about composition of PAC.

Yang di-Pertua

No…no… no…,

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Please…please listen to me. PAC kini kita ada. Please listen to me.

Yang di-Pertua

Keranji sila duduk. Sila duduk. (gangguan).

Dato’ Sham bin Mat SahatUMNO · BNAlor Pongsu

Dato’ Speaker, saya minta untuk tidak layan Keranji kerana Kota Tampan sedang menunggu. Keranji hanya buat provokasi untuk dikeluarkan untuk menjadi hero Dato’ Speaker.

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Please Alor Pongsu saya bukan nak…nak…

Yang di-Pertua

Keranji sit down, let me said. Saya faham apa yang Keranji nak kata bila kata komposisi kepada Public Account Committee tapi Keranji tak bolehlah nak mengatakan bahawa ahli-ahli PAC ini walaupun datang daripada latar belakang yang berbeza dia punya apa orang kata untuk ini saya kata sila duduk. Kita ada banyak lagi platform-platform yang lain. tak ada kena-mengena…

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Tengok komposisi PAC perlu mencerminkan komposisi Dewan ini.

Standing order 41(C), standing order 41(C).

Encik Chong ZheminDAP · PHKeranji

Selepas Malim Nawar lompat Pati, saya kira kita perlu…

Yang di-Pertua

Itu kita tidak persetujui, itu kita tidak persetujui. Standing order tadi kita dah reform kita akan lantik ok. Kita dah persetujui, sila duduk. Dewan ambil maklum.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua. Yang Berhormat Pasir Pinji telah mengutarakan cadangan supaya diwujudkan dasar pembinaan tempat ibadat penganut bukan Islam yang merangkumkan garis panduan pembangunan tempat ibadat dan penggunaan Gua Batu Kapur serta tanah di sekitarnya. Untuk makluman Dewan yang mulia ini Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Pejabat Pengarah Tanah (PTG) sentiasa bekerjasama dalam menyediakan garis panduan yang jelas dalam perkara tersebut. Pihak JMG telah mempunyai garis panduan zon keselamatan di sekitar Bukit Batu Kapur untuk dijadikan panduan dalam penyediaan dasar tersebut. Selain itu pihak PTG juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu berkenaan pendudukan di kawasan Gua Batu Kapur yang masih berstatus tanah kerajaan. Saya percaya Yang Berhormat Pasir Pinji adalah salah seorang daripada jawatankuasanya. Pada masa yang sama pihak PTG bersama beberapa agensi teknikal yang lain juga sedang dalam tindakan untuk membuat penambahbaikan terhadap dasar pelupusan Gua Batu Kapur. Namun begitu untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa sebarang pendudukan di atas tanah kerajaan dalam apa cara sekalipun atas pelbagai tujuan perlu mengikut lunas perundangan yang itu perlu mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada Phak Berkuasa Negeri.

Pendudukan di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah adalah merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara Akta 2828. Sehubungan itu dalam menentukan sama ada sesuatu tanah kerajaan boleh dilupuskan. Pelbagai faktor perlu dipertimbangkan seperti kesesuaian tujuan permohonan dengan guna tanah yang dibenarkan. Kesan kepada alam sekitar dan sosial termasuk faktor keselamatan perlu diambil perhatian dengan sewajarnya agar ia tidak memberi implikasi kepada Kerajaan Negeri bagi maksud pembangunan rumah ibadat tidak kira apa agama sekalipun. Sebarang pembangunan berkaitan adalah tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Di samping itu pembinaan setiap rumah ibadat perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Yang Berhormat Sungkai bertanyakan mengenai kelonggaran bagi aktiviti...

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Yang Amat Berhormat. Boleh sedikit. Terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Mungkin ada sedikit kesilapan apa nama catatan apa yang saya bangkitkan yang sebenarnya adalah kesepakatan di antara ketiga-tiga anggota yang telah dilantik untuk mewakili Dewan lah dalam jawatankuasa tempat ibadat batu kapur itu. Kesepakatan di antara tiga-tiga orang ahli adalah bahawasanya mungkin perlu dipertimbangkan oleh kerajaan untuk mewujudkan satu dasar yang jelas. Satu dasar bagi penempatan, pembinaan dan perletakan apa-apa tempat atau rumah ibadat bukan Islam. Sepertimana adanya untuk tempat ibadat Islam. Itu satu. Itu adalah untuk bagi tujuan jelasnya kepada ambil contohlah bagi sesuatu Development Project. Di situ mungkin akan letak syarat kena ada tempat ibadat bukan Islam tapi waktu yang sama mungkin boleh pertimbangkan dasar untuk dapatkan PBN kena ada tempat ibadat bukan Islam sebab populasi meningkat. Jadi ada perlunya juga tempat ibadat untuk memadankan ia dasar dengan keadaan.

Keduanya adalah satu dasar yang lebih menyeluruh berkenaan dengan penggunaan. Ia tertakluk kepada pihak PBN dan juga pihak berkuasa iaitu PBT untuk meluluskan tetapi waktu yang sama kita kena tahu bukan sahaja kuil bukan saja tokong yang menggunakan gua. Ada jagaan ada penggunaan-penggunaan yang tidak begitu baik yang tidak begitu betul. Yang memang haram seperti pelupusan sampah ada. Sisa kimia pun ada. Yang perlu bendung dan sekiranya ada dasar penggunaan bukan sahaja gua tetapi kawasan di sekeliling satu dasar yang jelas. Dasar penggunaan kawasan batu kapur, Kerajaan Negeri Perak itu akan lebih menjelaskan kepada orang ramai apa yang boleh dibuat, apa yang tak boleh dibuat. Itulah yang dicadangkannya. Mohon pertimbangan dan cadangan.

Encik Tan Kar HingPKR · PHSimpang Pulai

Cuma tambah sedikit Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tambah sedikit ada yang berkenaan apa yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pasir Pinji saya ingin tambah sedikit sebab semalam waktu beliau berhujah saya tambah tentang isu kawasan tanah yang berada di sekitar kawasan kaki gunung di kawasan Lembah Kinta. Yang mana akan berlakunya proses pajakan tanah rizab kepada pengurusan Majlis Bandaraya Ipoh bagi tujuan membuat Urban Farming. Yang setahu saya kawasan-kawasan di sekitar kaki bukit tu banyak aktiviti-aktiviti manusia samada haram ataupun halal. So, kami memohon panduan ataupun satu dasar daripada kerajaan hanya perkara ini turut dibawa dalam perbincangan jawatankuasa ataupun peringkat MMK, Kerajaan Negeri boleh dasar penggunaan Gua Batu Kapur dengan kawasan-kawasan disekitarnya. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Bukan sebab ketiga-tiganya Pasir Pinji, Simpang Pulai dan Sungkai adalah ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh GLC untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Pandangan-pandangan yang diberikan tadi boleh dibincang sebab ia sebahagian daripada tujuan asal penubuhan jawatankuasa tersebut. Jadi pandangan-pandangan itu akan dibincang dan nanti pihak PTG akan bawa untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri. Insya-Allah. Yang Berhormat Sungkai bertanyakan mengenai kelonggaran bagi aktiviti keagamaan bukan Islam memandangkan pelaksanaan solat tarawih tanpa penjelasan fizikal akan berkuatkuasa Mulai 1 April 2022. Untuk makluman Yang Berhormat, garis panduan serta kelonggaran bagi aktiviti keagamaan bukan Islam adalah tertakluk kepada arahan semasa yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga SOP pembukaan rumah ibadat bukan Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 yang di bawah kementerian. Di bawah Kementerian Perpaduan Negara, SOP fasa peralihan endemik sedang dikemaskini dan akan dimaklumkan selepas selesai proses pewartaan oleh Majlis Keselamatan Negara dan juga oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua sambutan perayaan bukan Islam perlu membuat permohonan secara rasmi kepada Kementerian Perpaduan Negara untuk mendapat kelulusan. Kelonggaran bagi solat Tarawih adalah hasil muzakarah yang dianggotai oleh Mufti seluruh Malaysia selaku Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Ahli-Ahli Majlis dilantik Raja-Raja sebagai satu panduan bersama sebelum dipertimbangkan dan diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.

Minta laluan sedikit. Terima kasih Yang Dipertua. Saya bangkitkan isu ini sebab semasa perayaan Thaipusam pada Januari, keputusan diambil pada saat terakhir iaitu tiga hari sebelum Thaipusam. Menteri Perpaduan telah memberi kebenaran. Hasil daripada itu ramai peniaga-peniaga yang ingin mendirikan gerai-gerai yang dibuat sebelum itu telah mengalami kerugian yang besar. Begitu juga upacara sembahyang. Maka 16 April ini akan kita adakan satu perayaan besar-besaran di bandar Teluk Intan. Perayaan ini telah diadakan sejak 140 tahun yang lepas. Pada tahun 2020 mereka berhentikan rakyat disebabkan covid. Pada 2021 dibenarkan tetapi ada syarat-syaratnya. Tetapi kali ini kita belum tahu. Jadi rakyat Teluk Intan dan 2 orang ADUN saya dah bincang iaitu Pasir Berdamar dan Changkat Jong bersetuju dengan saya bahawa jangan kita tunggu sampai saat raya. Kita harus mengumumkan sekarang. At least 2 minggu sebelum perayaan bahawa adakah mereka dibenarkan untuk mengadakan gerai-gerai. Sebab bulan Ramadan Bazar Ramadan akan diadakan. Tetapi pada masa yang sama kalau sini tidak dibenarkan maka akan jadi satu isu. Jadi saya minta prihatinan Yang Berhormat supaya mengambil keputusan secepat mungkin. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Yang Berhormat tak sabar. Saya belum habis lagi. Ok. Tak apa. Yang Berhormat Sungkai, bagi status Perayaan Chitra Pournami. Betul yang akan disambut secara besar-besaran di Teluk Intan pada 16 April 2022, satu mesyuarat telahpun diadakan pada 18 Februari 2022 memutuskan bahawa aktiviti perniagaan akan ditangguhkan pada tahun ini. Namun upacara sembahyang dan ritual adalah dibenarkan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi

Nasional. Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Perayaan Chitra Pournami 2022 ini turut dihadiri oleh Pengerusi Kuil Thendayuthapani, Ahli Majlis Perbandaran Teluk Intan, wakil daripada MKN, wakil daripada PDRM, wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Perpaduan Daerah Hilir Perak dan juga Bagan Datuk. Maknanya Jawatankuasa sendiri telah memutuskannya. Dato’ Yang Dipertua, Kerajaan Negeri juga menghargai keprihatinan Yang Berhormat Behrang yang membangkitkan mengenai faraid dan juga dan enakmen wasiat orang-orang Islam.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Syariah Negeri Perak telah menyediakan senarai perundangan bagi tujuan pindaan undang-undang sedia ada dan penggubalan undang-undang baru. Tindakannya kita telah menyenaraikan Yang Berhormat. Sehingga 31 Disember 2021 terdapat 15 hal ehwal berkaitan pentadbiran agama Islam dan keadilan syariah yang telah disenaraikan mengikut keutamaan untuk digubal termasuk perkara-perkara berkaitan wasiat. Pada masa ini perhatian serta tindakan diberikan kepada perundangan yang lebih mustahak seperti pindaan Enakmen Mahkamah Syariah, peraturan-peraturan zakat dan fitrah serta Enakmen Undang-Undang Keluarga. Penggubalan Enakmen Wasiat akan menyusul setelah keutamaan yang disebutkan di atas selesai. Walaubagaimanapun Jabatan Kehakiman Syariah serta selaku badan yang berbidang kuasa ke atas kes-kes tuntutan berkaitan wasiat orang Islam, mahkamah syariah masih Mahkamah Syariah Perak masih boleh memutuskan sebarang isu yang dibangkitkan berpandukan hukum syarak seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 46 dalam (2) Enakmen Mahkamah Syariah Perak Pindaan 2021 iaitu berbunyi jika terdapat penyalah guna atau jika apa-apa tidak diperuntukkan dengan nyata oleh enakmen ini mahkamah hendaklah memakai hukum syarak.

Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Manjoi telah membangkitkan berkenaan kelulusan peruntukan bagi Program Pemantapan Infrastruktur bagi Memacu Kesejahteraan ataupun PEMACU. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dalam projek tahun 2022 Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM200 ribu kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri dalam bentuk projek-projek kecil untuk masyarakat melalui Program PEMACU ini. Berikut adalah kriteria kerja yang perlu dipenuhi berdasarkan garis panduan Program Pemacu projek-projek fizikal dengan kos siling RM100 ribu. Projek Infrastruktur Awam bersifat bina baru, menaiktaraf, menyenggara dan membaik pulih. Pelaksanaan di premis Kerajaan Persekutuan perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada pemilik premis. Cadangan projek yang dilaksanakan tidak termasuk yang boleh dibiayai di bawah peruntukan MARRIS.

Projek boleh siap dan sempurna dibayar sebelum atau pada 12 November 2022. Kaedah perolehan adalah secara lantikan terus untuk projek bernilai RM20 ribu ke bawah dan secara undian bagi projek bernilai RM20 ribu ke atas dan yang terakhir ialah ia melibatkan kontraktor tempatan. Sehingga 29 Mac 2022, Pejabat Kewangan Negeri telah meluluskan 338 buah projek daripada 44 pemilik peruntukan ini dengan nilai peruntukan berjumlah RM7.4 jutat. Projek-projek yang telah diluluskan ini boleh memulakan proses perolehan dan kerja-kerja di tapak dengan serta-merta. Daripada

44 ADUN yang telah mengemukakan senarai Projek PEMACU, seramai 31 ADUN telah melengkapkan senarai projek dengan siling RM200 ribu setiap seorang.

Yang Berhormat Jalong telah membangkitkan persoalan berkaitan isu kebajikan yang dihadapi oleh masyarakat orang asli. Yang Berhormat Jalong ini berkaitan dengan portfolio Sungai Manik ya. Untuk makluman Yang Berhormat Jalong, Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan kebajikan orang asli. Kerajaan Negeri sentiasa bekerja rapat dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk menyelaras permohonan yang dikemukakan berkaitan penyelarasan permohonan bantuan melalui sistem eKasih. Untuk makluman Yang Berhormat, eKasih merupakan satu bank data kemiskinan nasional. Ia diwujudkan sebagai satu pangkalan data bersepadu yang menjadi asas perancangan program kemiskinan di peringkat persekutuan dan negeri. Bagi mengelakkan pertindihan program bantuan kemiskinan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi pemberi bantuan ia juga diwujudkan sebagai satu knowladge base mengenai program atau projek kemiskinan yang telah dilaksanakan sebagai rujukan. Sistem ini dapat menganalisis maklumat dan pemetaan kemiskinan atau proverty mapping dalam bentuk jadual, carta ataupun geographic information system GIS.

Oleh yang demikian, eKasih bukanlah satu bentuk bantuan tetapi sebagai rujukan pengkalan data. Rujukan pengkalan data isi rumah miskin di Malaysia untuk agensi pemberi bantuan mengenal pasti isi rumah miskin dan miskin tegar yang layak untuk diberikan bantuan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini semua permohonan bantuan yang dikemukakan oleh orang asli akan diselaraskan secara terus oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli JAKOA. Terdapat satu pengkalan data khusus bagi merekodkan maklumat serta profil melibatkan orang asli termasuk bantuan yang diberikan dan sistem itu kita panggil dia eDamak. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan bantuan khusus untuk kelompok orang asli sahaja. Manakala maklumat mereka yang miskin dan miskin tegar bukan daripada kelompok orang asli akan direkodkan di dalam pangkalan data eKasih. Sehingga kini kerajaan tidak berhasrat untuk menyelaras permohonan bantuan orang asli dalam sistem eKasih bagi memudahkan kerajaan menangani isu setiap kelompok dengan pendekatan yang berbeza di antara masyarakat orang asli dengan yang lainnya.

Seterusnya saya ingin memberi maklum balas kepada Yang Berhormat Titi Serong mengenai pengawalan sebarang kegiatan perlombongan dan pengkuarian dalam kawasan hutan simpan kekal. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perhutanan Negeri Perak mengawal aktiviti pengkuarian di dalam hutan simpan kekal dengan mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk aktiviti pengkuarian dalam hutan simpan kekal. Selain itu, segala permohonan kuari perlu mendapatkan laporan kesesuaian daripada agensi teknikal seperti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian dan juga Jabatan Perhutanan Negeri. Di samping itu, Jabatan Perhutanan Negeri juga sentiasa bekerjasama dengan agensi teknikal dalam usaha membanteras aktiviti kuari di negeri Perak.

Bermula November 2021, Pihak Berkuasa Negeri telah memutuskan agar semua permohonan kuari dalam hutan simpan kekal adalah melalui PTG untuk diangkat bagi pertimbangan jawatankuasa mineral. Walaubagaimanapun, Pihak Berkuasa Negeri telah memutuskan tiada lagi kelulusan baharu bagi aktiviti perlombongan dan pengkuarian di dalam hutan simpan kekal. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, sebagai penutup saya menekuni perjalanan persidangan kali ini yang berlangsung dengan tertib dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan dapat melontarkan hujah-hujah secara matang dan objektif. Ada yang memuji langkah langkah dan dasar kerajaan tetapi tidak lokek berkongsi idea-idea penambahbaikan. Ada juga yang lantang melontarkan teguran dan kritikan namun secara santun menitipkan cadangan jalan penyelesaian. Begitulah manisnya jika kita sekalian wakil rakyat memurnikan proses demokrasi dengan berhujah secara matang dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan tanpa mengabaikan tanggungjawab menegakkan konsep semak dan imbang.

Begitulah kesantunan politik yang dapat kita bina dan teguhkan seandainya kita sebagai wakil rakyat tahu bila masanya perlu berpolitik dan tahu bila masanya kita perlu bekerja. Kemanisan dan kesantunan ini tidak mungkin dapat dilakukan jika kita memilih untuk sepanjang masa bergelumang dalam konfrontasi politik yang tidak menguntungkan malah mengundang rasa jelek dan muak di mata rakyat.

Encik Howard Lee Chuan HowDAP · PHPasir Pinji

Atas penyantunan politik matang ni sebelum Yang Amat Berhormat landing ni sebab tadi isu yang yang terakhir tu berkenaan dengan kuari dan pelombongan dan kita sedia maklum bahawasanya ada satu kajian yang sedang berlaku di sebelah kawasan kekanda saya Pengkalan Hulu, NRAE radioactive elements yang menggunakan atau sedang mengkaji penggunaan cara instiluiting yang telah kita dengar laporan-laporan yang mendakwa bahawa mungkin akan kenakan apa nama mata air atau punca air mungkin ada kebahayaanya. Saya nak mohon sedikit pencerahan kepada daripada Yang Amat Berhormat mungkin kepada seisi Dewan, apakah pencarian atau pertemuan yang terkini berkenaan dengan kajian tersebut dan sama ada satu pendirian atau satu keputusan telah dibuat hasil daripada kajian tersebut tentang apa nama perlombongan NREE ini? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, KeTSA, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah mengadakan sesi libat urus dengan orang-orang yang berkaitan dan SOP berkenaan telahpun dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dan saya secara kebetulan pagi tadi dihubungi oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan. Yang Berhormat Menteri akan datang ke Perak minggu hadapan untuk menyerahkan kepada Kerajaan Negeri SOP berkenaan. Jadi, itulah perkembangan terakhir iaitu SOP yang telah diluluskan oleh kementerian akan disampaikan kepada Kerajaan Negeri dan kita akan melaksanakan perlombongan NREE berasaskan kepada SOP yang berkenaan.

Dato’ Yang Dipertua, sebab itulah sebagai Menteri Besar saya selalu berusaha membawa jentera Kerajaan Negeri kepada ekosistem pentadbiran yang sentiasa berpaut kepada aspirasi dan kehendak rakyat secara keseluruhan. Penyaluran peruntukan yang saksama kepada setiap ADUN, penambahbaikan pusat khidmat ADUN, langkah melibatkan plot pembangkang dalam jawatankuasa penting serta sesi-sesi libat urus semuanya tidak lain dan tidak bukan bertujuan memastikan apa jua sentuhan inisiatif, dasar dan polisi kerajaan akhirnya dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat. Sama ada di kawasan kerajaan ataupun pembangkang. Pun begitu saya memahami bahawa masih adanya kritikan-kritikan khususnya dalam hal-hal yang belum dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan. Begitu juga dalam soal sistem penyampaian kerajaan yang memerlukan penambahbaikan dari masa ke semasa. Atas kesedaran itulah atas kesedaran itulah saya dan rakan-rakan pentadbiran sentiasa terbuka dan berikhtiar untuk merangka polisi serta dasar yang sifatnya dan dinamik sejajar dengan peredaran zaman yang pantas berubah selain tuntutan dan pengharapan rakyat yang terus meningkat. Sehubungan dengan itu sukacita saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Pelan Strategik Pembangunan Perak Sejahtera 2030 sudah pun siap dan akan dibentangkan kepada Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum dilancarkan sedikit masa lagi.

Besar harapan saya agar pelan yang merangkumkan garapan, pandangan dan harapan rakyat serta buah fikiran kita semua sebagai wakil rakyat akan dapat dijayakan sebagai agenda bersama untuk melihat Perak yang lebih Makmur dan sejahtera, insya-Allah. Bagi perancangan jangka pendek, dalam ucapan Executive Talk 2022, saya telah menggariskan lima fokus utama Kerajaan Negeri pada tahun ini yang turut disentuh dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Tuanku dan baginda menzahirkan supaya semua pihak termasuk seluruh jentera pentadbiran berusaha sedaya-upaya menterjemahkannya dari aspek gerak kerja. Malah, jika diamati langkah-langkah yang digariskan dalam kelima-lima fokus berkenaan sebenarnya menawarkan solusi terhadap banyak isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan kali ini. Termasuklah soal pembasmian kemiskinan, penambahbaikan sistem penyampaian awam, pembangunan infrastruktur digital dan kesiapsiagaan menghadapi bencana akibat perubahan Iklim.

Justeru saya menyeru semua pihak untuk berganding bahu dengan seluruh jentera pentadbiran kerajaan bagi memastikan setiap hasrat murni yang mendasari segala perancangan jangka panjang dan jangka pendek ini dapat sama-sama kita jayakan. Dalam keadaan kita memasuki fasa endemik Covid-19 yang tentunya mencabar, banyak tugas dan kerja yang perlu kita bereskan. Ekonomi Negeri mesti segera kita pulihkan dan perkukuhkan keluh kesah dan rintihan rakyat yang terkesan mesti segera kita selesaikan. Dalam Belanjawan Negeri Perak 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana pembangunan tambahan melalui Kumpulan Wang Amanah berjumlah RM47 juta bagi mengukuhkan strategi merancakkan semula ekonomi negeri. Dana ini akan digunakan untuk membiayai Pakej Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera 2022 atau PRE Perak Sejahtera. Sukacita saya maklumkan bahawa sehingga 30 Mac 2022, sehingga hari ini, sejumlah RM23 juta projek PRE Perak Sejahtera telah diluluskan mengikut portfolio Ahli MMK dengan pecahan seperti berikut: -

1. RM0.5 juta bagi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi Dan GLC.

2. RM4.5 juta bagi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan. 3. RM4 juta bagi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia. 4. RM2.5 juta bagi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO. 5. RM2.49 juta bagi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga Air dan Pengangkutan Awam. 6. RM2.43 juta bagi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi. 7. RM2.08 juta bagi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia. 8. RM1.5 juta bagi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan. 9. RM1.32 juta bagi Jawatankuasa Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. 10. RM1 juta bagi Jawatankuasa Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor. 11. RM0.58 juta bagi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil.

Diharapkan projek dan program yang dilaksanakan di bawah PRE Perak Sejahtera ini mampu memangkin pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri ini. Tak kala kita menuju fasa peralihan endemik yang berkuatkuasa pada 1 April 2022 seperti yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan. Mudah-mudahan berkat nilai-nilai kebersamaan yang menjadi pegangan dan acuan kita di Perak, segala usaha baik yang kita rancang dan laksanakan akan dapat dijayakan demi manfaat negeri dan rakyat secara keseluruhan insya-Allah. Sebelum mengakhiri ucapan saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua dan Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua yang menyambut hari lahirnya pada hari ini. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada Allah SWT kerana berjaya mengendalikan perjalanan persidangan kali ini dengan baik. Penghargaan juga diucapkan kepada ketua-ketua jabatan dan agensi, para penjawat awam serta petugas Dewan yang bertungkus lumus bagi memastikan persidangan kali ini dapat berjalan dengan lancar. Pada kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak yang bakal menjelang dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Sama-samalah kita mengambil peluang sempena ketibaan Ramadan Al-Mubarak ini untuk menyemarakkan nilai-nilai kebersamaan, perpaduan dan ukhuwah sesama kita. Dato’ Yang Dipertua, demikianlah ucapan pegulungan saya. (Ucapan salam). Terima kasih.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullah barakatuh Ahli-Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi, menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut, ‘Ampun tuanku patik-patik sekalian iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kelima Dewan Perak Darul Ridzuan, telah disokong, dibahas dan digulung. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju, dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih suara bersetuju, maka usul itu dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya ingin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, Gunung Semanggol menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.