Perak · 20 July 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 145 turns · 17,906 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Kedua Tahun Kelima, Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu 20 Julai 2022 jam 9.00 dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.
Bismilahirohmanirahim segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas rasulNya maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah yang bersifat Maha Hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan ahli majlis permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan mudah-mudahan sentosa aman makmur, limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk negeri Perak Darul Ridzuan, Ya Allah kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian, Ya Allah berkatMu ke atas kami berhimpun di pohon anugerahkan taufikMu, hidayahMu dimohon menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian, Ya Allah dipohonkan doa kami diperkenan, Amin ya Allah, seru sekalian Alam.
Perkara yang kedua, Pengumuman Tuan Yang Dipertua.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, pihak urus setia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat pengumuman.
Berkaitan dengan Prosedur Operasi Standard atau SOP dan garis panduan berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid-19, secara keseluruhannya pada persidangan semalam semua pihak dilihat telah berjaya mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan dan saya amat berharap ianya dapat diteruskan pada persidangan hari ini. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat semua, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam 30 minit, 1 jam setengah. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja kecuali soalan itu soalan-soalan yang popular dan ada merit bagi pihak Speaker melihat bahawa patut ada soalan-soalan tambahan yang lain dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk mengemukakan nombor soalan.
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Soalan Bukit Chandan pada hari ini soalan nombor satu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, bagi menjawab soalan daripada Bukit Chandan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi merangsangkan sektor pertanian di kalangan rakyat tempatan terutama penglibatan dalam tanaman makanan, Kerajaan Negeri menggalakkan rakyat untuk menceburi bidang pertanian bagi menampung keperluan dan keseimbangan dalam penawaran tanaman makanan di peringkat pasaran tempatan dan global, di samping dapat meningkatkan pendapatan. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program seperti urban farming dan kawasan-kawasan yang bersesuaian telah dikenal pasti untuk dimajukan bagi tujuan pertanian tanaman makanan. Secara umumnya tanah di lokasi strategik ini yang diwartakan untuk kegunaan masa hadapan boleh digunakan kearah menyokong sekuriti makanan, namun hendaklah dilaksanakan atau diselaraskan oleh agensi yang berkaitan.
Dalam konteks ini, bagi tanah-tanah yang melibatkan tanah kerajaan yang dirizabkan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara, bagi tanah-tanah yang boleh diusahakan akan disempurnakan selepas kawasan yang dikenal pasti itu boleh dilaksanakan dan permohonan hendaklah dibuat sama ada melalui pejabat tanah, agensi yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri ataupun syarikat berkaitan Kerajaan Negeri yang bersedia menawarkan peluang kepada mereka yang berminat. Permohonan bagi tujuan ini hendaklah mengikut dan mematuhi syarat-syarat sepertimana yang telah ditetapkan dan biasanya diberikan tempoh yang terhad sesuai sebagai aktiviti jangka pendek.
Bagi tanah-tanah seperti rizab kawasan lapang yang tidak digunakan namun boleh digunapakai untuk maksud ini, pengenaan di bawah Seksyen 63, Kanun Tanah Negara iaitu pajakan tanah rizab boleh dilaksanakan namun tertakluk kepada permohonan yang perlu dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan tertakluk kepada ulasan dan pandangan jabatan teknikal yang dirujuk sebelum boleh dipertimbangkan untuk tujuan pertanian jangka pendek. Manakala jika ia melibatkan tanah milik GLC, pajakan di bawah Seksyen 221, Kanun Tanah Negara boleh ditawarkan kepada pengusaha yang berminat, namun perlu mematuhi syarat-syarat pajakan yang ditetapkan agar usaha yang dibuat adalah sistematik dan diikat dengan perjanjian mengikut tempoh yang munasabah khususnya apabila tanah-tanah berkenaan hendak dibangunkan oleh GLC.
Secara umumnya, tanah di lokasi strategik ini yang diwartakan untuk kegunaan masa hadapan boleh digunakan ke arah menyokong sekuriti makanan, namun hendaklah dilaksanakan atau diselaraskan oleh agensi yang berkaitan. Untuk tujuan ini, bagi tanah yang berstatus tanah rizab mana-mana individu atau pihak yang berminat boleh mengemukakan permohonan untuk pajakan atau sewaan kepada agensi yang dilantik sebagai penyelenggara kawasan resort berkenaan. Manakala bagi tanah kerajaan, permohonan tanah sama ada secara pemberimilikan atau lesen pendudukan sementara (TOL) boleh dikemukakan pada pejabat daerah dan tanah berkaitan.
Permohonan akan dipertimbangkan tertakluk kepada ulasan jabatan teknikal yang berkaitan. Untuk makluman Yang Berhormat, individu dan pihak yang berminat membangunkan tanah-tanah terbiar tersebut perlu mendapat keizinan terlebih dahulu untuk memastikan aktiviti yang dijalankan tidak mendatangkan kacau ganggu dan memberi faedah kepada memenuhi permintaan masyarakat serta ia hendaklah tidak bertentangan dengan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara iaitu mengusahakan tanah kerajaan tanpa izin. Penggunaan kawasan-kawasan rezab jalan adalah tidak dibenarkan. Terima kasih.
Chandan.
Terima kasih kepada penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Ini penjelasan yang diterima sebentar tadi bakal akan membawa berita gembira kepada pengusaha-pengusaha pertanian khususnya kepada yang ingin menceburi bidang pertanian berbentuk makanan yang berhampiran atau pun berdekatan dengan kawasan-kawasan bandar khususnya. Jadi selain daripada soalan yang pertama sebentar tadi, soalan tambahan saya di Bukit Chandan Dato' Yang Dipertua adalah tentang penglibatan secara lebih proaktif daripada sudut GLC-GLC yang berada dalam negeri Perak ini untuk terlibat secara lebih meluas atau pun secara langsung kepada sekuriti makanan kerana penumpuan hari ini kita nampak lebih kepada pertanian-pertanian berasaskan komuniti. Jadi pembekal makanan hari ini agak meruncing dan juga permasalahan tentang harga dan juga bekalan nampak begitu membimbangkan. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk menceburi dalam bentuk sekuriti makanan ini melalui agensi-agensi atau pun GLC-GLC yang berada dalam negeri Perak? Itu soalan saya. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Chandan, seperti yang telah saya jelaskan dalam jawapan saya berkaitan dengan Pelan Perak Sejahtera 2030, Kerajaan Negeri telah pun bersetuju supaya Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak SADC akan menerajui aktiviti-aktiviti yang menjuruskan kepada program untuk membangunkan sekuriti makanan atau pun jaminan makanan. Jadi sebarang perundingan, sebarang proposal atau pun cadangan-cadangan yang berkaitan dengannya bolehlah dirundingkan secara terus dengan pihak SADC. Terima kasih.
Saya bagi kepada Malim Nawar dulu kerana soalan ini soalan rangkuman dengan soalan asal Malim Nawar sebenarnya. Jadi Malim Nawar.
Terima kasih YDP. Yang Amat Berhormat, saya sebenarnya juga mengemukakan satu soalan lisan yang berkaitan. Sekarang saya tanya soalan tersebut iaitu saya sedang pun mencadangkan bahawa suatu blueprint atau pun satu rancangan yang mengandungi kesemua tanah-tanah yang masih tersedia untuk tujuan pertanian untuk petani-petani. Apakah pandangan Kerajaan Negeri untuk menyediakan satu blueprint sedemikian supaya ia memudahkan petani-petani atau pun penternak untuk menyewa tanah tersebut atau pun yang menjalankan dengan izin literalization kat atas tanah-tanah yang diusahakan oleh petani atau pun penternak yang kini tidak mempunyai tanah tersebut. Terima kasih YB.
Terima kasih keperihatinan Yang Berhormat Malim Nawar berkaitan dengan cadangan supaya Kerajaan Negeri akan menyediakan blueprint khusus untuk tujuan pelan pembangunan bagi bidang pertanian dan juga penternakan dalam program food security atau pun jaminan makanan. Untuk makluman Yang Berhormat Malim Nawar, Kerajaan Negeri mengambil maklum akan cadangan yang baik ini dan melalui pengwujudan pelan tanah atau blueprint tanah pagi tanah-tanah pertanian yang masih tersedia untuk tujuan penyewaan, pertanian atau penternakan. Pada dasarnya cadangan pengwujudan blueprint tanah yang disebutkan tadi akan dapat memudahkan agensi kerajaan yang berkaitan untuk merekodkan data-data kawasan pertanian dan penternakan dengan lebih sistematik. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat tanah-tanah kerajaan yang berpotensi bagi tujuan pertanian dan penternakan telah diluluskan dan diberi milik kepada beberapa agensi kerajaan sebagai contohnya Perak SADC yang telah membangunkan pangkalan data atau blueprint bagi semua tanah milik Perak SADC. Jadi Yang Berhormat Malim Nawar boleh merujuk kepada SADC ya kerana di SADC ada data-data yang berkaitan dengan pelan atau pun kawasan-kawasan strategik yang dipunyai oleh SADC untuk dibangunkan sebagai tanah pertanian atau pun dipajak disewa untuk tujuan penternakan. Jadi kita menerima dengan baik cadangan supaya pihak kerajaan melalui SADC untuk menyediakan blueprint bagi tujuan pertanian. Terima kasih.
Pengkalan Hulu.
Terima kasih Dato' Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana jawapan daripada soalan-soalan ini merangkumi untuk semua kawasan DUN dan saya juga berterima kasih kepada Perbadanan Pertanian Negeri Perak kerana kita sedia maklum sehingga hari ini Perbadanan Negeri Perak sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mengusahakan tanah-tanah perbadanan. Soalan saya hari ini, kita lihat di beberapa kawasan kita ada kelulusan selalunya untuk rancangan tanaman berkelompok untuk kebun-kebun kecil. Jadi saya melihat ada kawasan-kawasan rancangan tanah berkelompok yang masih belum diusahakan dan ada setengahnya diusahakan tidak sepenuhnya kerana keadaan muka bumi dan kos untuk memajukan kawasan. Soalan saya adakah lebih baik kita pertimbangkan kawasan-kawasan rancangan tanah kelompok ini supaya di usahasama dengan Perbadanan Pertanian Negeri Perak atau pun SADC untuk memajukan kawasan tersebut. Kita bahagikan satu tempoh mungkin selepas kos atau pun perbelanjaan dikeluarkan oleh SADC kawasan-kawasan tersebut dapat dimiliki semula atau pun diteruskan oleh pemilik-pemilik atau pun yang peserta-peserta tanaman berkelompok. Itu soalan saya yang pertama. Yang kedua saya melihat Perbadanan Pertanian Negeri Perak dah menceburi banyak bidang daripada segi pertanian. Yang saya difahamkan sehingga hari ini Perbadanan Pertanian masih belum lagi mewujudkan sebuah kilang untuk pemprosesan durian kerana kita melihat durian ni satu apa ni...
Yang Berhormat. Soalan ke cadangan?
Soalan saya adakah SADC bercadang atau pun sedang dalam perancangan untuk membina sebuah kilang di dalam negeri Perak khususnya di Hulu Perak untuk memastikan harga-harga buah durian ini terkawal dan dapat menyaingi dengan negeri-negeri lain? Terima kasih.
Dua soalan Yang Berhormat Pengkalan Hulu. Dato' Yang Dipertua, berkaitan dengan RPB Rancangan Pertanian Berkelompok ini di seluruh negeri Perak memang kedapatan tanah-tanah yang telah diluluskan kepada ramai rakyat jelata dalam bentuk Rancangan Pertanian Berkelompok. Apabila Kerajaan Negeri telah meluluskan, apabila ia telah disampaikan Borang 5A kepada setiap peserta, ada setengah peserta dengan segera membayar Borang 5A dan mendapat hak milik. Ada setengah peserta lambat membayar tak dapat mendapat hak milik. Ada setengah peserta langsung tak bayar tak dapat hak milik. Jadi tujuan asal kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat membangunkan tanah-tanah pertanian kadang-kadang terbantut kerana aktiviti itu tidak dapat menjamin atau mempastikan bahawa semua peserta itu akan melakukannya serentak. Itu yang pertama. Yang kedua, ada setengah tu dia dah dapat. Dah bayar 5A, dah bayar premium, dah dapat geran tak dibangunkan pula dan satu kawasan tu katalah ada 100 orang peserta, peserta lot nombor satu tak buat peserta nombor 50 buat. Jadi sebahagian semak samun itu menjadi tempat untuk binatang liar ataupun musuh tanaman pula menjadi rumah dia. Jadi ini agak sukar.
Jadi kerana itu kita saya bersetuju dengan pandangan Pengkalan Hulu tadi. Ia boleh seluruh peserta itu menubuhkan persatuannya dan menyerahkan seluruh kawasan itu kepada mana-mana agensi kerajaan untuk membangunkannya. Contoh SADC, ada setengah bahagian memberikan kepada Felcra, ada setengah bagian berikan kepada koperasi-koperasi besar yang ada kemampuan dan pengalaman untuk membangunkan tanah pertanian. Saya setuju jika sekiranya oleh kerajaan telah memberikan, menganugerahkan tanah berkelompok maka semua peserta berkenaan itu hendaklah sehati sejiwa menyerahkan kepada mana-mana agensi untuk membangunkannya dan mereka akan dapat keuntungan secara dividen tahunan, insya Allah. Yang kedua tadi adalah cadangan berkenaan kalau boleh SADC membuat kajian, kesesuaian untuk membina kilang memproses durian. Memang SADC sudah mula menceburi tanaman durian dan kita sedang buat kajian sekarang ni jika sekiranya ada keperluan untuk SADC membina kilang bagi memproses durian. Maka kita akan lakukannya, insya Allah.
Terima kasih YAB Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli YB daripada kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan pesanan.
Dato’yang Dipertua, soalan Pokok Assam adalah soalan yang kedua.
Terima kasih YB Pokok Assam. Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana merekalah harapan dan cita-cita negara yang disandarkan selaku pemimpin pada masa hadapan. Jadi kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan sewajarnya bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa kes penderaan sama ada penderaan fizikal, emosi, seksual ataupun pengabaian. Jadi soalan yang pertama itu berkaitan dengan bilangan kes penderaan kanak-kanak tahun 2020 dan juga tahun 2021? Bilangan kes penderaan yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak tahun 2020 adalah sebanyak 342 kes dan pada tahun 2021 adalah sebanyak 347 kes menjadikan jumlah keseluruhan bagi tahun kedua-dua tahun 2020 dan juga 2021 adalah sebanyak 689 kes dan manakala statistik kes penderaan kanak-kanak yang dilapor melalui Polis Diraja Malaysia PDRM Negeri Perak pula adalah bagi tahun 2020 sebanyak 29 kes dan bagi tahun 2021 sebanyak 23 kes menjadikan jumlahnya adalah 52 kes dan soalan yang kedua iaitu inisiatif yang dilakukan oleh jabatan berkenaan dalam membantu mangsa penderaan tersebut. Sebagai salah sebuah agensi yang mempunyai peranan penting terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kes penderaan kanak-kanak terutama dalam usaha menyelamat dan memberikan perlindungan segera kepada mereka yang menjadi mangsa penderaan.
Antara inisiatif yang dilakukan oleh JKM dalam membantu mangsa penderaan adalah, yang pertama, memberi pemelihara dan perlindungan awal kepada kanak-kanak. Pelindung iaitu pegawai JKM akan mengenalpasti ahli keluarga, saudara-mara, orang yang layak dan sesuai untuk memelihara kanak-kanak tersebut dengan perintah mahkamah. Pelaksanaan kaedah kanak-kanak dikembalikan kepada sistem keluarga merupakan tindakan yang utama bagi memastikan mereka memperolehi persekitaran dan perkembangan yang lebih kondusif bagi mendapatkan penjagaan dan perlindungan yang lebih baik serta mengalami perubahan yang lebih baik dalam kehidupan mereka. Bagi kanak-kanak yang tak dapat dikembalikan kepada sistem keluarga atas faktor tak ada keluarga ataupun tiada pihak yang sesuai untuk memberi pemeliharaan dan perlindungan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, maka kanak-kanak tersebut akan ditempatkan di Institusi Kanak-Kanak JKM. Mereka ini akan diberi penjagaan, pendidikan, kemahiran sehinggalah berumur 18 tahun dan mereka boleh berdikari.
Yang kedua adalah membuat pemantauan dan lawatan susulan terhadap kanak-kanak. Pelindung iaitu pegawai JKM akan membuat lawatan susulan secara berkala bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta keluarga, keadaan persekitaran kanak-kanak itu. Dia dan mereka dijaga baik oleh mereka yang telah diberi tanggungjawab untuk menjaganya.
Yang ketiga adalah menyediakan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan. JKM akan memberi khidmat kaunseling dan bimbingan bagi kes-kes penderaan terutamanya yang melibatkan penderaan seksual. Perkhidmatan kaunseling juga disediakan kepada keluarga yang menghadapi trauma akibat dari penderaan yang berlaku dalam kalangan keluarga mereka dan bagi mengelakkan stigma negatif masyarakat terhadap mereka terutamanya kes kanak-kanak yang menjadi penderaan, mangsa penderaan seksual.
Yang keempat ialah menyediakan perkhidmatan sokongan kepada kes-kes kanak-kanak yang hamil di luar nikah dan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual dengan memberi pendapatan di institusi JKM iaitu di Taman Seri Puteri Batu Gajah Perak.
Yang kelima adalah menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga yang sanggup memberi penjagaan dan pemeliharaan kepada mangsa penderaan yang disenaraikan dari program anak-anak, anak pelihara minta maaf dari program anak pelihara melalui bantuan anak pelihara dengan kadar RM250 sebulan untuk seorang kanak-kanak atau maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih.
YB Pokok Assam bagi soalan yang ketiga, apakah punca yang menyebabkan isu kes penderaan kanak-kanak di Negeri Perak? Kita dapati ada tiga punca utama yang menjadi punca kes penderaan ini. Yang pertama adalah krisis keluarga itu sendiri dan yang kedua dalam gaya hidup dan yang ketiga adalah keadaan kanak-kanak itu sendiri. Jadi krisis dalam keluarga dan rumahtangga adalah yang pertama perbalahan keluarga yang kerap kali berlaku terutama dalam keluarga yang sering mengalami krisis rumahtangga. Keadaan ini ditambah lagi dengan wujudnya masalah komunikasi antara ibu dan bapa dengan anak-anak sehingga menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah. Yang kedua dalam masalah perceraian ibu bapa, ibu tunggal, Ibu yang ditinggalkan atau berpisah dengan suami tanpa prosedur yang sah. Jadi keadaan ini juga mendorong kepada berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak yang tidak mendapat perhatian dan penjagaan yang sempurna. Selain itu terdapat juga ibu yang mengikut teman lelaki dan mengabaikan tanggungjawab terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak seperti ini akan mengalami penderaan emosi serta ada juga yang turut menjadi mangsa penderaan dari teman lelaki ibu mereka dan yang ketiga adalah masalah kewangan.
Masalah kewangan juga merupakan faktor yang menyumbang kepada berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. Apabila kewangan tidak dapat diuruskan dengan baik, anak-anak menjadi mangsa penderaan dan pengabaian terutama dari sudut hak asasi kanak-kanak yang tidak terjaga. Peningkatan kes bagi masalah kewangan ini dapat dilihat ianya mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu menyebabkan anak-anak kita abai dan keempat dalam kecuaian ibu dan penjaga yang mana ini adalah merupakan perkara yang juga boleh menyebabkan salah satu bentuk penderaan terutama dari aspek pengabaian. Berdasarkan Seksyen 17 bahagian 5 Akta Kanak-Kanak 2001, pengabaian dikategorikan kepada tiga iaitu pengabaian pengawasan sehingga menyebabkan kanak-kanak tercedera, pengabaian hak asasi sehingga menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat hak kehidupan tidak dapat berkembang dengan baik serta lain-lain pengabaian yang melibatkan pengabaian secara langsung atau tidak langsung terhadap kanak-kanak. Seterusnya yang kelima adalah gaya hidup yang tidak sihat. Kadang-kadang terdapat tingkah laku dan sikap ibu bapa atau penjaga yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat sebagai contohnya merupakan seorang pemabuk, kaki botol, masalah kaki judi, penagih serta terlibat dengan jenayah juga yang dilaporkan sebagai punca berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak.
Yang keenam, yang terakhirnya adalah keadaan kanak-kanak itu sendiri di mana perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak juga turut mempengaruhi ibu bapa dan juga penjaga sehingga melakukan penderaan terhadap kanak-kanak itu. Sebagai contoh antara kategori penderaan yang berpunca daripada kanak-kanak termasuklah kanak-kanak yang hiperaktif, kanak-kanak yang dipelihara oleh orang lain semasa kecil, anak tiri atau anak angkat, kanak-kanak yang merupakan anak tidak sah taraf serta kanak-kanak tersebut merupakan bayi atau kanak-kanak kurang upaya. Jadi sekian, itu saja. Sekian terima kasih.
Pokok Assam, soalan tambahan.
Timbalan Speaker saya nak mohon pertimbangan dan juga mohon maklumlah. Tadi soalan ketiga dijadikan rangkuman sebahagian daripada soalan 1 oleh Aulong tidak terjawab. So, mungkin lepas soalan kedua ni boleh dipertimbangkan kita kembali ke soalan satu, tempat ketiga soalan pertama oleh Aulong.
Soalan tambahan daripada Pokok Assam.
Apakah strategi Kerajaan Negeri Perak dalam mengurangkan masalah kes penderaan kanak kanak di Negeri Perak?
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Assam. Antara langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri merangkumi iaitu tiga boleh dikatakan antara tiga yang pertama adalah kita melakukan kolaborasi strategik Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Wanita Perak bersama dengan agensi dan jabatan-jabatan serta pihak-pihak lain seperti NGO sebagai contoh kita mengadakan kolaborasi untuk menangani masalah ini melalui program-program yang diadakan termasuklah program-program pencegahan sebagai contoh kita adakan bersama dengan LPPKN program Jelajah Kasih Keluarga Malaysia di mana dalam program ini kita dedahkan tentang pentingnya untuk peranan itu bermula di rumah. Maksud saya bermula daripada ibu bapa untuk mendapatkan sebuah keluarga yang harmoni, warga yang makmur, keluarga sejahtera ke arah keluarga yang sihat bermaksud bukan sahaja ibu bapa sihat tetapi juga anak mereka sihat. Apabila sebuah keluarga ini sihat maka institusi komuniti keseluruhannya pun akan melahirkan komuniti yang sihat dan sudah tentulah akan melahirkan sebuah negeri dengan komuniti dan rakyat yang makmur dan juga sejahtera.
Yang kedua adalah program-program seperti rawatan ya. Rawatan kita lakukan sebagai contohnya kita mengadakan intervensi bagi kes-kes yang dilaporkan dan juga kita juga melakukan kaunseling yang dibuat oleh bukan sahaja JKM tetapi juga LPPKN, Jabatan Pembangunan Wanita dan juga agensi- agensi lain seperti JAKIM dan juga kita juga ada talian helpline ya. Kita ada talian kasih 15999 di mana itu kita boleh ia adalah satu komunikasi dua hala Yang Dipertua iaitu komunikasi dua hala bukan sahaja aduan tetapi juga ia boleh mendapatkan kaunseling ya di dalam talian tersebut dan juga talian-talian yang disediakan dibawah agensi-agensi yang saya sebutkan tadi. Selain daripada itu, kita juga perlu menangani punca setelah kita melakukan pencegahan dan juga rawatan kita juga kena kenali punca dan merawati merawat punca tersebut. Jadi punca ini memerlukan kerjasama semua pihak. Kerjasama ahli keluarga, kerja sama jiran tetangga. Kalau dulu kita dikatakan supaya jangan jaga tepi kain orang tetapi sekarang Timbalan Yang Dipertua dalam satu komuniti itu kita perlu mengambil berat terhadap jiran dan juga satu komuniti. Anak jiran juga merupakan anak kita. Anggaplah anak-anak jiran itu juga seperti anak kita. Jika anak itu berada dalam kesusahan seperti anak kita sendiri berlaku dalam kesusahan.
Jadi tanggungjawab kita untuk mengadukan kes tersebut kepada pihak-pihak yang berkenaan ataupun kita cuba melihat ya keadaan kanak-kanak tersebut dan juga pemimpin masyarakat dan juga agensi-agensi yang terbabit yang saya sebutkan tadi ini semua adalah satu masalah komuniti ya dan juga yang seterusnya saya juga menyerulah kepada kita semua kepada rakyat Perak kita jangan malu dan jangan segan jika ada terdapatlah perkara atau kes-kes sebegini dapatkan rawatan, aduan dan juga bimbingan bagaimana untuk kita membantu kanak-kanak tersebut ya kerana kanak-kanak ini adalah satu insan yang telah diamanah yang dianugerahkan Allah kepada kita. Bagi kanak-kanak yang kecil dia tidak tahu nak menyatakan beliau dalam keadaan yang sakit, dalam keadaan susah ya tetapi kitalah sebagai yang dewasa perlulah melihat kepada kebajikan mereka maksudnya kita menjadi satu masyarakat yang peduli kepada komuniti kita. Jadi Itulah kita boleh membantu ke arah masyarakat dan juga komuniti serta negeri yang sejahtera. Terima kasih, Timbalan Yang Dipertua.
Soalan tambahan kedua.
Soalan tambahan. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya selain daripada kes penderaan yang terjadi dalam institusi kekeluargaan namun terdapat juga kes yang berlaku di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak kita pernah digemparkan ya dengan kes kanak-kanak OKU yang menjadi mangsa penderaan dan pengabaian di rumah penjagaan tersebut. Jadi saya cuma nak tanya adakah Kerajaan Negeri bersama agensi yang berkenaan memantau pusat-pusat yang berkenaan kerana kita bimbang akan berlaku penderaan lagi di tempat-tempat yang saya nyatakan tadi. Itu saja. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Sepetang atas soalan tambahan yang kedua. Berkaitan dengan soalan tersebut ya di Negeri Perak ini kita terdapat sebanyak 113 pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar dengan JKM manakala yang tidak yang belum lagi belum pernah berdaftar dengan JKM adalah sebanyak 22 pusat jagaan ya termasuklah pusat jagaan kanak-kanak dan juga pusat jagaan warga emas. Jadi seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi ya langkah-langkah tersebut sebenarnya Kerajaan Negeri melalui JKM Negeri Perak memang kita sentiasa menjalankan usaha untuk memastikan pusat jagaan yang dikendalikan oleh pertubuhan sukarela kebajikan atau syarikat swasta sama ada yang telah berdaftar dengan JKM mahupun yang belum berdaftar dengan JKM mereka ini mestilah mematuhi Akta dan Peraturan Pusat Jagaan 1994 dan juga Akta Taska 1984 yang ditetapkan terutama dari segi keperluan pendaftaran pusat jagaan dan taska tersebut.
Selain daripada itu, pihak JKM juga sedang dan sentiasa melaksanakan program advokasi ya tentang keperluan pendaftaran pusat jagaan dan taska dengan cara melalui panggilan telefon, melawat, berbincang dan sebagainya dan yang juga selain daripada itu pihak JKM juga sentiasa apabila ada keperluan mengeluarkan surat peringatan kepada pusat-pusat taska ini yang masih belum berdaftar agar segera mendaftar dengan JKM supaya kebajikan kanak-kanak dan juga keadaan rumah tersebut dapat dijaga dan dipantau oleh kerajaan dan juga JKM. Selain daripada itu, kita juga adakan melalui JKM tindakan penguatkuasaan yang mengambil tindakan ke atas mana-mana pengendali pusat jagaan dan pengusaha taska yang masih ingkar untuk mendaftarkan pusat jagaan dan taska yang dikendalikan oleh mereka. Jadi tindakan ini diambil ke atas mana-mana pusat jagaan dan taska yang melanggar peruntukan akta dan juga peraturan telah ditetapkan.
Selain daripada itu, kita juga sentiasa melalui JKM melakukan pemeriksaan mengejut dan juga pemeriksaan berkala ke atas pusat jagaan kanak-kanak ini bagi mengelakkan perkara-perkara pengabaian, perkara-perkara tidak menjaga kebajikan kepada kanak-kanak ini dapat dibanteras atau dikurangkan dan juga kita lakukan juga pemeriksaan berkala ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan operasi taska yang tidak berdaftar ataupun yang mendapat aduan daripada orang ramai. Selain daripada itu, kita juga memperluaskan program Community Care Enforcement (My CCE) yang telah diperkenalkan bagi meningkatkan kepedulian masyarakat atau komuniti dalam aspek menjadi mata dan telinga kepada dalam melaporkan kewujudan taska dan pusat jagaan tidak berdaftar serta kes-kes keganasan rumah tangga dan juga apa juga perkara yang berlaku di dalam pusat- pusat jagaan sama ada berdaftar dengan JKM ataupun yang belum berdaftar. Jadi program My CCE ini adalah satu program berbentuk shared as a responsibility dan Community Care Enforcement pelaksanaan My CCE merupakan satu inisiatif baru bagi melibatkan penglibatan komuniti dalam membantu JKM melaksanakan penguatkuasaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan juga Akta Pusat Jagaan 1993 dan juga Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Terima kasih Timbalan Yang Dipertua.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Terus kepada Yang Berhormat kalau respon daripada Aulong tadi. Jadi, Pasir Pinji.
Yang Berhormat, tadi ada rangkuman tiga soalan dalam soalan 1 dan dalam bahagian ketiga ini adalah soalan daripada Yang Berhormat Aulong berkenaan dengan sebenarnya sekurang-kurangnya satu bahagianlah saya baca soalannya. Minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar nyatakan apakah rancangan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah? Satu, pengurusan petani, penternak dan penanam khususnya di Chemor, Gopeng, Tanah Hitam dan Kampar dan kedua dan ketiga tadi ada sentuh dah.
Timbalan Yang Dipertua dan Yang Berhormat Pinji. Saya minta maaf barangkali saya tercicir tapi kalau saya berpatah balik dia akan jadi president untuk prosiding akan datang. Takkan kita nak pergi balik-balik begitu kan? Memang barangkali kesilapan saya tercicir membacanya tapi saya boleh jawab secara bertulis sebab jawapan saya dah ada. Kalau saya patah balik nanti dia akan jadi akan datang kita terpaksa berpatah balik.
Baik. Terima kasih. Minta jawapan bertulis. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Pasir Pinji. Seterusnya kita akan terus dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Sungai Rapat.
Timbalan Yang Dipertua, satu soalan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Timbalan Yang Dipertua, soalan saya, soalan awak soalan nombor tiga. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Rapat atas soalan yang diajukan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dihormati sekelain. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak JPS mendapati terdapat satu sungai utama yang mengalir dalam
DUN Sungai Rapat iaitu Sungai Pinji serta dua sungai kecil yang secara dasarnya dikategorikan sebagai longkang monsun ataupun monsoon drain dengan izin iaitu Sungai Rokam dan Sungai Rapat. Untuk makluman Yang Berhormat pihak JPS telahpun menjalankan penyelenggaraan Sungai Pinji dan di Taman Cempaka dan dalam perancangan untuk melaksanakan penyelenggaraan Sungai Pinji di bahagian hilir iaitu berhampiran kawasan Desa Pakatan. Selain itu pihak JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Sungai Rokam dan akan melaksanakan penyelenggaraan Sungai Rapat dalam masa yang terdekat.
Untuk makluman Yang Berhormat juga sejumlah RM5.0 juta telah diluluskan di bawah peruntukan pembangunan negeri Perak bagi rancangan tebatan banjir ataupun RTB Sungai Rokam. Sehubungan itu pihak JPS kini sedang memfokuskan kepada kerja-kerja penyelesaian utama lebih dulu agar isu banjir kilat di kawasan ini dapat dikurangkan. Selain itu Kerajaan Negeri juga sedang giat menjalankan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kinta fasa 2 yang akan melibatkan kerja-kerja di anak sungai terutama di Sungai Pinji yang akan dinaiktaraf di dalam kan pada bahagian hilir bagi tujuan menurunkan paras air. Usaha-usaha yang telah dijelaskan sebentar tadi diyakin dapat membantu menyelesaikan masalah limpahan Sungai Rokam dan juga Sungai Rapat. Saya difahamkan bahawa lebih RM100 juta untuk fasa 2 Sungai Kinta bagi RTB telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum dalam usul Kerajaan Negeri menjalankan libat urus bersama pemegang taruh khususnya pemimpin tempatan, satu lawatan tapak telah dijalankan di Sungai Rokam minggu lalu yang telah jadi oleh Yang Berhormat Sungai Rapat dan kita telah bersama-sama dengan pemimpin masyarakat untuk mengenalpasti permasalahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Rapat. Di pihak Kerajaan Negeri kita amat terbuka bagi sebarang perbincangan dan penambahbaikan dari semua pihak tanpa mengira perbezaan politik asalkan rakyat mendapat manfaat dan penjelasan yang tepat daripada kerajaan. Akhir sekali pihak JPS juga sedang menjalankan kajian rekabentuk terperinci RTB Sungai Rokam dan akan memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan memandangkan hasil kajian yang telah dibuat oleh perunding Total Solutions bagi RTB Sungai Rokam adalah bernilai RM20.0 juta. Terima kasih Dato' Yang Dipertua.
Soalan tambahan.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Saya bersyukur dan menyampaikan penghargaan terima kasih kepada EXCO Infra YB Lintang sendiri yang telah datang ke kawasan saya pada 13 hari bulan Julai minggu minggu lepas bersama-sama dengan Pengarah JPS dengan jurutera kanan, JD dan juga dengan pegawai-pegawai kanan daripada MBI untuk melihat sendiri meninjau dan memantau suasana apabila berlaku hujan lebat lebih sejam setengah maka kawasan itu akan dinaiki air dan dianya akan bertakung, kilat tu sampai sejam dua jam. Jadi masalah ini dihadapi oleh penduduk di situ kecuali khususnya mereka-mereka yang berdekatan dengan monsoon drain yang diberitahu oleh YB tadi bahawa penyelenggaraan itu tidaklah mengikut ketetapan yang telah pun di SOP kan. Jadi saya nak bertanya kalau bolehlah saya sarankan bahawa ketiga-tiga agensi khususnya MBI sebab apabila monsoon drain ini ataupun longkang-longkang banjir ini dikendalikan selenggaraannya oleh MBI sendiri maka masalah kepada sungai-sungai berikutannya tak ada teruk sangat makna JPS tidaklah mengalami masalah untuk mendalamkan sungai mereka kerana, kerana kerja-kerja selenggaraan ini telah dilaksanakan oleh MBI sebelum air itu masuk ke sungai-sungai Pinji dan sungai-sungai Rapat.
Jadi saya nak mendapatkan jaminan sekurang-kurangnya tiga-tiga agensi ini kalau boleh mereka selari dan selaraskan kerja-kerja selenggaraan kepada monsoon drain di Sungai Rapat khusus di Sungai Rokam. Sungai Rokam ini untuk pengetahuan Yang Berhormat merupakan tempat elit. Elit orang Melayu kebanyakan mereka yang pencen-pencen nampak hebat ini duduk di Sungai Rokam. Termasuk YB Exco sendiri. Jadi untuk itu saya mengesyorkan supaya kerja-kerja selenggaraan ini dilihat berkala ini cepat-cepat. Tidak bila complaint baru mereka datang. Tapi kalau ketiga-tiga agensi ini melaksanakan kerja dia nampak kerap. Walaupun mereka tidak bersekali tapi oleh kerana nampak pekerja-pekerja itu bekerja maka masyarakat merasakan bahawa agensi kerajaan ini kerap buat kerja.
Jadi saya nak jaminan itu sekurang-kurangnya akan menyelesaikan masalah banjir kilat kalau sekiranya takdir berlaku. Yang keduanya saya berterima kasih kepada Pengarah JPS sendiri yang telah memberikan jaminan semasa lawatan pada hari Rabu lepas bahawa peruntukan RM5.0 juta telah pun disiapkan bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi bukan hanya DUN di Sungai Rapat tetapi di Sungai Rokam sendiri maka saya menyampaikan penghargaan kepada Pengarah JPS yang telah sendiri datang dan memberikan jaminan kepada pimpinan kampung. Makna kita ada pengerusi masjid ada hari itu, kita ada Tok Sidang hadir hari itu mereka dapat mendengar penjelasan yang direct daripada tuan EXCO dan daripada pengarah-pengarah jabatan kerajaan tertentu. Lagi sekali merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan EXCO yang telahpun datang meninjau dan juga memantau masalah banjir kilat di Sungai Rokam dan seterusnya memberikan RM5.0 juta untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di sana. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB Sungai Rapat. Alhamdulillah. Bagi soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Rapat. Ini memang kita telah lakukan kita laksanakan kolaborasi di antara agensi yang terlibat bandaraya, JKR, JPS dan sebagainya. Insya Allah perkara ini akan menjadi satu panduan dan saya di kawasan Sungai Rapat bukan sahaja di Majlis Bandaraya Ipoh tetapi di kawasan dan di daerah yang lain. Maka dengan adanya kerjasama yang erat dengan libat urus di antara agensi yang terlibat insya Allah perkara-perkara yang dibangkitkan itu dapat diselesaikan insya Allah. Terima kasih banyak.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya kepada EXCO pertamanya mengenai banjir kilat juga. Saya nak bertanya berkenaan dengan penyelenggaraan. Jadi kita tahu seperti mana yang Sungai Rapat maklumkan tadi penyelenggaraan secara berkala adalah sangat perlu dan saya ingin bertanya berapa kalikah penyelenggaraan itu dibuat setiap tahun mengikut lokasi-lokasi yang berisiko banjir dan mengapa sekiranya ada cadangan daripada pihak di kawasan contohnya mendirikan gabion meletakkan reel rack sangat sukar untuk kami mendapatkan sedangkan kawasan itu adalah kawasan yang berisiko dan sekiranya kita laksanakan penyelenggaraan berkali-kali pun kadang-kadang dia menghadapi masalah yang sama iaitu keruntuhan ban pasir yang menyebabkan terpaksa selenggara lagi. Jadi saya rasa kos menyelenggara itu akhirnya akan jadi lebih tinggi berbanding dengan kos kita meletakkan gabion dan batu reel rack. Terima kasih Dato'.
Terima kasih Trong satu pandangan yang baik dan ini menjadi panduan datang kepada kita berkaitan dengan penyelenggaraan samada longkang, parit dan sungai. Dari perkara-perkara yang berkaitan yang menjadi kebaikan kepada kita insya Allah pihak Kerajaan Negeri dan juga agensi dan jabatan akan mengambil perhatian apa yang telah dibangkitkan. Terima kasih.
Boleh tambah satu. Saya nak tambah satu lagi soalan iaitu lanjutan daripada apa yang dibangkitkan oleh Trong sebentar tadi. Saya fikir masalah banjir kilat ini adalah merupakan satu perkara yang yang serius yang berlaku di bandar-bandar kawasan perbandaran khususnya Sungai Rapat, Manjung dan lain-lain kawasan termasuk di Taiping dan sebagainya. Saya ingin nak bertanya sebagai tambahan kepada apa yang dibangkitkan Sungai Rapat tadi. Apa peranan syarikat-syarikat penyelenggara seperti Puncak Emas dan sebagainya dalam mengatasi masalah ini?
Satu lagi daripada Jalong.
Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kepada Pangkor yang telah membangkitkan perkara yang berkaitan dengan penyelenggaraan agensi, konsesi dan sebagainya dan ini memang dibangkitkan oleh masyarakat dan rakyat dan termasuklah PBT sendiri berkaitan dengan penyenggaraan daripada konsisi dan kita amat sedar terdapat beberapa kelemahan, kelemahan dan kerajaan akui ada kelemahan kelemahan dari segi penyelenggaraan di kawasan bandar di kawasan PBT yang diberikan kepada konsesi yang terlibat dan perkara ini saya telah memaklumkan kepada sendiri kepada pengerusi jawatankasa PBT sendiri berkaitan dengan dan perkara ini telahpun dibangkitkan oleh juga oleh Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak di atas apa yang berlaku banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar, luar bandar dan sebagainya tetapi kebanyakan banjir kilat ini berlaku di kawasan bandar di bawah penyelenggaraan bawah konsesi yang dipertanggungjawabkan. Ini memang jadi perhatian kepada saya sendiri dalam portfolio saya untuk menentukan bahawa pelaksanaan konsisi ini dapat diperhebat dapat diperkasakan dan dapat meneliti garis panduan yang diberikan kepada mereka dengan peruntukan yang agak besar dan ketika ini kita amat sedar yang telah memaklumkan kepada pihak komuniti pihak bandaraya supaya mengambil perhatian berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab konsisi ini dalam menentukan banjir kilat tidak akan berlaku lagi dan kita dapat mengurangkan kalau tidak mengatasi dia kita dapat mengurangkan dengan penyelaras sampah, longkang dan sebagainya dan ini memang jadi perhatian daripada pihak kerajaan. Terima kasih.
Satu daripada Jalong. Terima kasih.
Saya rasa ini, terima kasih dengan memberi masa. Saya rasa ni amat dekat pada hati saya dan juga Yang Berhormat EXCO, soalan saya tanya berkenaan dengan banjir kilat. Jadi saya nak bertanya juga, dah berbuih mulut saya bercakap mengenai MASMA. Jadi MASMA ni sebenarnya telah diluluskan semasa saya duduk di sana. Sekarang saya duduk di sini dah hampir nak tamat penggal dah tetapi apa yang berlaku sekarang setahu saya projek dia di sungai Sungai Siput cuma berlaku lebih kurang dalam kadar saya ingat tak sampai 15%. Saya agak ini agak amat perlahan dan saya harap saya harap tak sebab bulan 5 Yang Amat Yang Berhormat EXCO bersama saya telah melawat kawasan banjir kilat, kawasan saya dulu tak banjir pun sekarang banjir. Saya tak saya berharap jangan sampai hujung tahun nanti kita kena pergi sana sekali. Jadi saya nak tanya apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri dan Yang Berhormat EXCO untuk memastikan projek ini dipercepatkan untuk memastikan keseluruhan kawasan Sungai Siput dapat menghindarkan daripada masalah banjir kilat ni semua. Terima kasih.
Timbalan Speaker saya nak tambah sedikit dari tadi isu dari, adakah membina kolam tadahan di Taman Cempaka sebab tadi Sungai Rapat ada bangkitkan isu yang sama banjir di Taman Cempaka. Terima kasih.
Terima kasih YB Aulong. Perkara ini memang jadi perhatian kepada Kerajaan Negeri. Projek ini adalah dari Kerajaan Pusat tapi menjadikan tanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dan agensi jabatan yang dalam negeri itu mempastikan bahawa perjalanan kerja kita dapat dilaksanakan dan kita sedang memantau. Sedang memantau kerja-kerja yang dilaksanakan dalam aktiviti di Sungai Siput dan saya amat sedar dan perkara ini akan dikemukakan pada minggu depan. Pengumuman melalui saya dengan Dato’ Ketua Pengarah JPS Malaysia yang kita akan bangkitkan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian. Berkaitan dengan Taman Cempaka memang adalah cadangan untuk buat kolam takungan dan begitu juga Sungai Senam pihak Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh itu akan membuat 41 kaedah yang baru untuk melancarkan perjalanan air di Sungai senam yang kita perkara ini dapat disegerakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh untuk dari segi pelaksanaan tersebut.
YB Lintang tahun ini ke tahun depan? Untuk membina kolam tadahan, ya.
Boleh soalan.
Terima kasih ya.
Soalan saya adalah membina kolam tadahan tahun ini ke tahun depan?
Ini berdasarkan kepada peruntukan.
Tahun ini.
Berdasarkan kepada peruntukan dan kita telah kemukakan kepada Kerajaan Pusat. Terima kasih.
Yang terakhir daripada Simpang Pulai.
Untuk makluman Dato’ Speaker dan Yang Berhormat, peruntukan yang kita terima daripada Negeri Perak adalah kedua tertinggi dalam negara kita. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri amat prihatin dengan apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.
Terima kasih kepada Speaker kerana memberikan kelonggaran untuk tanya soalan tambahan. Terima kasih kepada EXCO. Saya ingin nak bertanya kepada pihak EXCO tentang dasar dalam menggunapakai peruntukan bagi maksud penyelenggaraan ataupun menaiktarafkan jalan-jalan. Terutamanya jalan-jalan persekutuan yang mana seringkali saya rasa ADUN Kerajaan, ADUN Pembangkang pun akan menghadapi masalah peruntukan untuk jalan-jalan persekutuan itu kekurangan bajet. Namun peruntukan untuk Kerajaan Negeri ada tetapi tatacara perolehan itu tidak dibenarkan untuk menggunapakai peruntukan kerajaan negeri untuk menyelenggara menaiktarafkan jalan-jalan persekutuan.
Itu tidak dibenarkan, tetapi ada berlakunya insiden-insiden ataupun isu-isu banjir kilat di tempat-tempat yang saya sebutkan dalam persekutuan banjir, banjir kilat kerana naiktaraf tapi bajet kerajaan persekutuan tak ada mohon punya mohon tak dapat beberapa bertahun termasuk Kerajaan Negeri dengan ada dana contohnya di kawasan saya, depan Tesco, Jalan Gopeng, Jalan Protokol banjir seringkali banjir dan sehingga jalan terputus atau tergendala seketika waktu banjir kilat dia akan sangkut sejam lebih jalan boleh lalu kenderaan, sebab tatacara perolehan itu tidak dibenarkan untuk gunapakai Kerajaan Negeri punya peruntukan maka sekarang tunggu punya tunggu masih lagi tak dapat nak naik taraf dan banjir perlukan untuk menaiktarafkan jalan itu ataupun longkang tersebut adalah RM1.8 juta untuk satu dan satu lagi untuk RM300,000.00. Itu saya mohon pandangan Yang Berhormat EXCO, adakah ada kelonggaran ataupun cara-cara untuk mengatasi masalah ini memandangkan Kerajaan Negeri sebenarnya ada bajet untuk mengatasi masalah tersebut? Terima kasih.
Terima kasih kepada Simpang Pulai. Sebenarnya peruntukan MARRIS yang diperuntukkan oleh pusat, Kerajaan Negeri itu adalah melalui akta perlembagaan yang tidak boleh digunakan satu sen pun untuk penyelenggaraan di dalam Kerajaan Persekutuan. Ini hakikat yang perlu kita terima. Walaupun Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar telah membangkitkan dalam dan telah kemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal, jawatankuasa fisikal, bagaimana untuk membolehkan membolehkan digunakan peruntukan MARRIS ini untuk penyelenggaraan untuk projek kecemasan kerana ada yang terlibat macam Simpang Pulai yang membangkitkan perkara tadi melibatkan jalan protokol, state dan juga melibatkan jalan persekutuan.
Ya saya amat bersetuju dan perkara ini telah saya bangkitkan dalam perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya baru-baru ini dan perkara ini akan dibangkitkan dalam kabinet dan perkara ini perlu ada apa persetujuan pada peringkat Parlimen. Dia kena bawa balik ke peringkat Parlimen walaupun dari segi ICU berkaitan tidak boleh membenarkan perkara ini melibatkan wang negara yang berkaitan dengan Audit Negara. Kita perlu dilaksanakan. Jadi kita perlu mengubah akta itu sendiri supaya penggunaan MARRIS kepada kerajaan negeri-negeri ini dapat digunakan untuk penyelenggaraan dan pembinaan dari segi jalan persekutuan. Lama sudah tapi walaupun kita akan Ketua Setiausaha Kementerian yang berpanjangan mesti ada sikit ada kelonggaran sedikit mungkinlah dari segi peraturannya tidak boleh digunakan tetapi ini boleh menyelamatkan sedikit kita membuat penyelenggaraan dari segi jalan-jalan protokol, jalan state yang kita lajakkan dari segi Jalan Persekutuan. Ini dalam kaedah-kaedah yang sedang dikaji oleh pihak JKR Malaysia supaya peruntukan sedikit pun boleh atas sifat kecemasan dan ini mestilah mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga kabinet dan juga mereka yang….
Selinsing mohon mencelah.
Ok, terakhir daripada Selinsing.
Saya amat bersetuju dengan permasalahan yang telah walaupun di dimiliki oleh jabatan EXCO tetapi saya juga ingin menyarankan bahawa tanggapan orang ramai mengenai perubahan kemudahan infrastruktur kadang-kadang untuk melibatkan Kerajaan Negeri menyebabkan ada kawasan-kawasan yang dimajukan contohnya jalan rayalah kalau di kawasan saya Selinsing ini di antara Jalan Simpang Empat Semanggol ke Kuala Gula, jalan tu nampak masih elok kemudian ditambah baik dengan jalan tar yang baik. Berbanding pula Jalan di Persekutuan depan Selinsing Pekan Selinsing ke Bagan Serai nampaknya jalannya jalan yang agak teruk daripada mula masuk Kampung Dew tu sempadanan Kerian ini ke seluruh Parit Buntarlah. Maka kita dapat seolah-olah rakyat mengatakan bahawa mengapa pergi turap jalan yang elok dah, mungkin tetapi mengapa di jalan persekutuan tidak diturap jadi macam seolah-olah mereka mengatakan bahawa pihak pentadbir pengurusan EXCO macam seolah-olah buat kerja tak betullah tapi saya tahu kengkangan ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatanlah di sini EXCO tentang traffic light di Simpang Tiga. Saya telah pula memaklumkan kepada jurutera daerah, kepada pengarah untuk melihat kerana pada 13 hari bulan yang lepas berlaku lagi excident dan kemalangan dan meninggal dunia. Kemudian 15 hari bulan berlaku lagi excident. Jadi boleh didapat daripada bukti rekod laporan polis di Simpang Empat, Semanggol bagi menyuarakan pandangan rakyat agar kita dan permasalahan kekangan tadi kita selesaikan dan kita memberi pentadbiran yang baik kepada negeri dan juga kawasan.
Jadi saya mohon pertimbangan beberapa perkara tadi khususnya traffic light yang mungkin saya perlukan di Simpang Tiga, Selinsing. Terima kasih.
Terima kasih Selingsing. Memang Kerajaan Negeri sedar dari segi peruntukkan yang kita hadapi yang dibangkit oleh netizen berkaitannya jalan persekutuan dan perkara ini kita telah bangkitkan. Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar telah membangkitkan dalam pertemuan dengan Menteri Kanan Kerja Raya. Saya telah bangkitkan dalam KSU dengan Kerja Raya berkaitan dengan jalan persekutuan kerana netizen mengagakkan rakyat mengagakkan bahawa jalan persekutuan itu adalah jalan negeri. Mereka tak, maklumat ini info ini mereka tidak dapat mengenalpasti mana jalan persekutuan mana jalan negeri dan ini memang Kerajaan Persekutuan memang sedar dan Kerajaan Negeri pun dan perkara ini telah saya bangkitkan juga pertemuan dengan KSU dari segi penyelenggaraan jalan persekutuan ini. Kalau mengikut peruntukkan yang diberikan permohonan peringkat oleh daerah-daerah oleh JKR Negeri, hampir RM1 bilion untuk penyelenggaraan jalan persekutuan dan sebagainya. Tapi buat setakat ini hanya lulus dalam kadar 5% saja dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung tuntutan yang kita bangkitkan dan melalui pertemuan dan lawatan khas Yang Berhormat Dato' Seri dengan Menteri Kanan Kerja Raya di Lebuhraya Timur Barat. Kita telah mohon RM68 juta dan kerajaan pusat telah bersetuju untuk meluluskan peringkat awal bagi tahun 2022 ini sebanyak. Kalau tak silap saya sebanyak RM 32 juta untuk pelaksanaan dilaksanakan oleh konsesi iaitu daripada Gerik ke Sempadan Jeli, Kelantan.
Begitu juga dengan yang dibangkitkan saya boleh jawablah minta Timbalan Yang Dipertua berkaitan dengan lampu-lampu jalan yang dibangkit oleh Selingsing, dibangkitkan oleh Simpang Pulai dan dibangkitkan oleh Canning dan perkara ini juga telah dibangkitkan juga dengan KSU walaupun peruntukkan hanya sekadar yang kita mohon sebanyak lebih kurang penyelenggaraan saja hampir ratusan juta tapi Kerajaan Pusat setakat ini yang mampu hanya memberi sekadar dalam tak sampai 5 % yang dikemukakan oleh menterinya yang mempunyai kekangan ekonomi yang diakui oleh peringkat kerajaan dan beberapa perkara yang kawasan hotspot yang berlaku kemalangan di traffic light dan sebagainya untuk menjadi akan perhatian kepada Kementerian Kerja Raya dan saya ada kesempatan melawat berapa kawasan-kawasan ADUN-ADUN kita dan insya Allah, KSU telah pada dasarnya bersetuju kawasan-kawasan hotspot ini telah diberi perhatian diluluskan dengan peruntukkan yang tertentu bagi dilaksanakan. Insya Allah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Dijemput Yang Berhormat.
Yang Dipertua, Pasir Panjang.
Saya bagi pada Ayer Kuning. Yang terakhir ini pasal untuk soalan yang ketiga ini terlalu banyak dah soalan tambahan. Yang terakhir daripada Ayer Kuning.
Timbalan Yang Dipertua oleh kerana isu sungai ini adalah isu semua wakil rakyat. Saya rasa elok diberi masa yang agak lebih. Soalan tambahan Ayer Kuning. Enam bulan yang lalu banjir kilat telah berlaku di Batang Padang, Tapah, Slim River dan juga Tanjung Malim yang rasanya tidak pernah banjir sebegitu. Maka telah berlaku dan Yang Amat Berhormat telah turun satu malam dua hari ke kawasan-kawasan berkenaan. Persoalan saya isu banjir kilat ini terdiri daripada hulu-hulu sungai yang tidak selenggara, kayu-kayu balak ditebang dan dimasukkan ke dalam sungai dan akhirnya ditolak ke bawah dan sebagainya. Isu ini agak kita agak tengok tidak serius tapi bila banjir kilat ia menampakkan bahawa pengurusan balak di kawasan tepi sungai tidak dapat diurus dengan sebaiknya. Soalan saya kita telah kenal pasti walaupun sungai di bawah ini antara Sungai Padang dan Sungai Bidor adalah kawasan-kawasan yang ditenggelami air. Banjir-banjir kilat berlaku di situ dan kita telahpun memastikan JPS membuat sesuatu tindakan antara Sungai Padang dibuat ban supaya air tidak melimpah ke tanah perkampungan dan sebagainya. So, tindakan-tindakan ini saya telah bawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah tetapi sehingga hari ini tidak ada secebis cerita yang telah dilakukan atas tindakan-tindakan dibuat. Oleh itu saya harap kepada Kerajaan Negeri melalui JPS supaya ambil tindakan yang telah kami bangkitkan di dalam Dewan Negeri pada hari ini. Saya rasa itu saja. Terima kasih.
Boleh...boleh saya tambah sikit.
Ok. Tidak apalah. Saya jawablah. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning. Alhamdulillah di atas keprihatinan dan juga komitmen yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak di antara hubungan yang amat baik di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat khususnya dari Kementeri Kerja Raya, JPS. Pihak kerajaan melalui JPS telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi RTB Trola dan akan dilaksanakan pada bila-bila masa maknanya proses tender dan sebagainya akan dilaksanakan. Ini yang telah dibangkitkan telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri dan telah diberikan perhatian yang serius oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak. Jadi Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah SWT dan amat berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang telah meluluskan RM100 juta bagi RTB Trolak termasuk di Batang Padang, Slim River dan juga ke di kawasan daerah Muallim dan sebagainya dan kita berharap peruntukkan ini akan dapat menyelesaikan ataupun mengurangkan masalah banjir kilat dan sebagainya termasuklah penyelenggaraan dan mendalamkan sungai-sungai dibangkitkan oleh Ayer Kuning. Itu saja. Insya Allah. Terima kasih.
Dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Manong untuk mengemukakan soalan. Silakan Manong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Ingatkan tak sempat. Rupanya sempat. Soalan nombor empat.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarkatuh dan salam sejahtera, salam perpaduan Keluarga Malaysia. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Manong yang bertanyakan soalan.
Untuk makluman Yang Berhormat Manong pada peringkat awalnya Skim Rukun Tetangga ini berfungsi bagi mengawal keselamatan kawasan kediaman. Skim ini merupakan suatu langkah yang membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka berikutan dengan beberapa kejadian yang mengancam keselamatan negara pada waktu tersebut. Dengan itu tumpuan perlu diberi kepada tugas rondaan yang diwajibkan kepada penduduk yang berumur di antara 18 hingga 55 tahun yang menetap dalam kawasan sektor rukun tetangga.
Mulai 1 Januari 1983, kerajaan telah menyusun semula Skim Rukun Tetangga berkonsepkan matlamat semangat kejiranan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan komuniti setempat. Pelaksanakan skim ini dibuat mengikut tiga kategori iaitu kawasan rukun tetangga, yang kedua sektor pendaftaran dan yang ketiga sektor keselamatan dan undang-undang yang berkaitan Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 telah pun dibina bagi tujuan tersebut. Skim ini telah diperluaskan ke negeri Sabah pada 1965 dan ke Sarawak pada tahun 1988. Pada tahun 2001 kerajaan telah memperkenalkan Konsep Pembangunan Komuniti kepada Rukun Tetangga. Konsep ini bertujuan memperkasakan komuniti untuk berhadapan dengan cabaran dan perubahan gaya hidup semasa. Seiring dengan perubahan semasa model transformasi rukun tetangga telah diperkenalkan pada tahun 2010. Model ini berpaksikan kepada lima teras utama iaitu perpaduan, ekonomi, keselamatan, pendidikan dan kualiti hidup melalui pelaksanaan program dan aktiviti rukun tetangga.
Berdasarkan keperluan semasa ordinan darurat telah dimansuhkan pada tahun 2011, satu undang-undang telah digubal dan dinamakan Akta Rukun Tetangga 2012 iaitu Akta 751 berkuatkuasa pada 22 Jun 2012. Akta ini memperuntukkan kuasa kepada jawatankuasa kawasan rukun tetangga sebagai peneraju keharmonian, keselamatan dan juga perkhidmatan kepada komuniti. Pada 10 Mac 2020 Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ataupun singkatannya JPNIN diletakkan sebagai salah satu agensi di bawah kementerian ini. Sebagai sebuah kementerian yang baharu, Kementerian Perpaduan Negara telah membangunkan dasar perpaduan negara dan rangka tindakan ataupun blueprint perpaduan negara 2001-2030 yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi menterjemahkan pelaksanaan kedua-dua dokumen yang tersebut. Maka Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2001 hingga 2030, dirangka untuk dijadikan sebagai dokumen halatuju strategik rukun tetangga di seluruh Malaysia.
Bagi jawapan kepada soalan (b), jumlah KRT yang telah diluluskan penubuhannya di negeri Perak setakat Jun. 30 Jun 2022 adalah sebanyak 580 KRT seperti pecahan berikut mengikut daerah iaitu Kinta 189 KRT, Kampar 34, Batang Padang 36, Muallim 18, Larut Matang dan Selama 89, Daerah Kerian 23, Manjung 50, Perak Tengah 27, Kuala Kangsar 43, Hulu Perak 24, Hilir Perak 33 dan Bagan Datuk 14 KRT yang telah ditubuhkan. Seterusnya bagi jawapan (c), jumlah peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kawasan rukun tetangga di negeri Perak pada tahun 2022 dengan sebanyak RM3.18 juta dan manakala kerajaan negeri Perak juga telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM580,000 kepada semua rukun tetangga yang aktif di negeri Perak.
Soalan tambahan Manong.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, sebagaimana kita tahu lah bahawa KRT ini adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi tujuan menjaga keselamatan komuniti setempat ini dan dimaklumkan sebentar tadi bahawa di daerah Kuala Kangsar ada 43 KRT dan di kawasan saya khususnya di DUN Manong ada terdapat 5 KRT. Jadi bolehkah ditambah lagi dan diberikan geran yang secukupnya dan sejauhmana kerajaan bercadang untuk menyemarakkan lagi peranan dan juga program KRT di negeri Perak?
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Manong. Kementerian Perpaduan Negara ataupun KPN telah merangka pelbagai inisiatif dan gerak kerja bagi memperkasa dan memperkukuhkan peranan Komuniti Rukun Tetangga ataupun KRT yang bertujuan bagi memastikan KRT di seluruh negara dapat menyampaikan perkhidmatan yang berkesan kepada komuniti setempat. Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2001 hingga 2030 telah dibangunkan bagi tujuan pemantapan kepimpinan komuniti RT serta pengukuhan program dan aktiviti RT untuk meningkatkan keberkesanan program dan aktiviti kepada komuniti. Bagi menterjemahkan pelaksanaan pelan pemerkasaan ini, melalui aktiviti-aktiviti yang berimpak tinggi KPN telah menerbitkan buku Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga ataupun RT for All. Empat kerja empat gerak kerja kursus yang telah dirangka melalui RT for All adalah seperti berikut.
Yang pertama Gerak Kerja KRT Sejahtera iaitu memfokuskan kepada matlamat kesejahteraan dan meningkatkan kualiti hidup komuniti termasuk projek Komuniti Ekonomi RT; Yang kedua Gerak Kerja KRT Selamat iaitu kerjasama KRT dengan pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi memastikan komuniti bebas daripada jenayah, konflik masyarakat serta bersedia memberi khidmat bantu mula kepada masyarakat sekiranya menghadapi sebarang bencana ataupun musibah; Yang ketiga Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah iaitu memfokuskan kepada program pembersihan dan pengindahan di setiap kawasan komuniti; dan Yang keempat Gerak Kerja KRT Sihat secara bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia ataupun KKM yang melibatkan pelaksanaan lapan program di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat ataupun ANMS iaitu yang pertama Advokasi Cegah Covid 19, yang kedua PPE for onslynus, yang tiga KOSPEN, yang keempat COMBI, yang kelima Kenali Ubat Anda,yang keenam Penjagaan Kesihatan Pergigian ataupun Icon Gigi, yang ketujuh Program Tunas Doktor Muda dan yang terakhir Program Perpaduan dan Keselamatan Makanan atau singkatannya adalah PADUKA.
Pada tahun 2022 kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3.1 juta dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perak telah menyalurkan geran tahunan sebanyak RM6 ribu ya kepada 518 KRT yang berstatus aktif di seluruh negeri Perak. Kementerian Perpaduan Negara juga telah memperkenalkan Sistem Star Rating sebagai kaedah penilaian keaktifan KRT berdasarkan kriteria iaitu pengurusan dan pentadbiran rukun tetangga, yang kedua pengurusan kewangan, yang ketiga pengurusan program, yang keempat pengurusan sistem maklumat dan melalui penambahbaikan dan pemerkasaan yang telah dan sedang dilaksanakan ini KRT akan menjadi jentera penting dalam membantu pemulihan dan pembangunan komuniti warga Malaysia di fasa pasca pandemik Covid-19.
Soalan tambahan kedua Canning.
Soalan tambahan saya adalah kebenaran special case dengan izin pejabat KRT ditubuhkan di dalam padang ya terima kasih.
Sekali lagi YB boleh tak.
Ok, soalan tambahan saya adalah adalah kebenaran special case dengan izin pejabat KRT ditubuhkan di dalam padang.
Dia masukkan dalam kawasan padang tu ada sedia atau pun buat macam, macam pejabat bangunan kawasan awam?
Ok, terima kasih kepada Yang Berhormat Canning di atas soalan-soalan tambahan. Saya ingat boleh bincang dengan pejabat perpaduan daerah di kawasan yang berkaitan tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Saya ingat kalau boleh benarkan saya jelaskan sikit. Saya ingat memang kes-kes yang begini biasanya berlaku apabila pejabat-pejabat you are refering to pejabat-pejabat KRT is it? Ada kawasan-kawasan tertentu di taman-taman oleh kerana mereka tidak ada kawasan untuk nak bina nak membuat pejabat KRT maka digunakan sebahagian daripada kawasan padang awam yang ada di kawasan taman-taman yang berkenaan. I think that yang dia maksudkan soalan itu apakah ada kebenaran? Biasanya waktu dianya akan mendapat kebenaran khas daripada ahli majlis perbandaran, majlis daerah kawasan yang berkenaan ataupun daripada pejabat daerah di kawasan yang berkenaan. Biasanya lah yang sepanjang pengetahuan saya lah mungin pihak kerajaan sekarang pun lebih kurang begitulah kot.
Ayer Kuning.
Ok, terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya pertama bila kita dengar daripada EXCO tadi mengatakan hanya 580 KRT di seluruh negeri Perak bagi saya 580 KRT negeri Perak ini sedikit benar. Adakah cadangan untuk mewujudkan KRT-KRT lebih banyak lagi.
Bukan 580 tapi lebih daripada itu supaya kawasan-kawasan yang operasi KRT nya menyeluruh di negeri Perak. Sebagai contoh Batang Padang ada dua termasuk Hilir Perak dan pegawainya hanya seorang sahaja untuk menyelaras dan sebagainya. Saya nak tanya kepada EXCO, 580 KRT di negeri Perak berapa pegawai yang bertanggungjawab dan adakah pegawai-pegawai lain yang bertanggungjawab supaya rujukan dapat dibuat? Seterusnya negara kita disebut sebagai Negara Berwawasan Malaysia. Bila sebut Negara Wawasan Malaysia, objektif KRT ini kita tak macam dulu. Sukaneka sahaja dibuat. Lawatan sambil belajar dan sebagainya. Ini adalah cara kuno, cara lama. Saya tengok KRT-KRT ini kebanyakannya untuk buat lawatan. Dapat duit simpan. Ada aktiviti lawatan, lawatan tetapi bila balik lawatan tak buat apa pun. So, ini satu pembaziran berlaku di KRT dan sebagainya. Yang ini saya ingat saya harap supaya EXCO membuat peranan, lihat balik peranan dan fungsi KRT di setiap daerah supaya peranan ini dapat diperkasakan dapat diwujudkan satu komuniti yang cukup baik yang dan sebagainya termasuklah badan-badan NGO seperti PEMADAM dan sebagainya dikaitkan dalam KRT supaya PEMADAM juga memain peranan dalam KRT supaya aktiviti dadah di negeri Perak dapat diminimumkan dan sebagainya.
Terima kasih di atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Air Kuning. Kerajaan Negeri memang sentiasa bersikap terbuka untuk menambah lebih banyak jumlah KRT bukan saja setakat 580. Kalau boleh kita nak lebih lagi sebab lebih banyak KRT ditubuhkan dan lebih banyak peruntukan yang kita akan terima daripada pihak kementerian. Namun begitu ia adalah berdasarkan daripada permohonan disatu-satu komuniti tersebut dan keperluan semasa lah dan pihak pentadbiran perpaduan daerah dan juga Kerajaan Negeri peringkat negeri akan memproses setiap permohonan tersebut sekiranya memenuhi segala peraturan telah ditetapkan, nanti tiada masalah untuk diluluskan di peringkat kementerian, terima kasih.
Dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Soalan saya nombor 5.
Bismillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera selamat pagi. Alhamdulillah, terima kasih banyak tuan Timbalan Yang Dipertua. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kekanda saya daripada Pasir Panjang di atas soalan yang telah pun diberikan. Saya cerakinkan dan pecahkan soalan yang telahpun diberikan ini kepada tiga bahagian dan juga segmen dalam jawapan saya. Bagi soalan yang pertama adalah berkaitan dengan sejauh manakah peranan Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK melalui program yang dinamakan sebagai Perak Employability Training Skim ataupun PERINTIS dalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah pengangguran belia di negeri Perak. Suka untuk saya memaklumkan program perintis ataupun Perak Employability Training Scheme merupakan program yang dijadikan sebagai inisiatif baru daripada kerajaan di bawah kepimpinan Dato' Seri Kota Tampan yang mana program ini memfokuskan kepada pelajar-pelajar ataupun mahasiswa-mahasiswa yang telah pun bergraduasi daripada IPTA mahupun IPTS. Pun begitu ahli keluarga besar kita mahasiswa dan juga mahasiswi yang telah bergraduasi ini tidak berjaya lagi untuk menempatkan diri mereka di dalam bidang pekerjaan di dalam negeri mahupun di luar negeri Perak.
Jadi Kerajaan Negeri memulakan inisiatif yang dinamakan sebagai Perak Employability Training Scheme ataupun PERINTIS. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada data yang telahpun diterima program ini dimulakan sekitar Jun pada tahun 2021 iaitu pada tahun lepas dan setakat data yang telahpun diterima, peserta yang telah pun berjaya mengikuti program perintis ataupun Perak Employability Training Scheme ini pada tahun lepas iaitu tahun 2021 adalah seramai 47 orang peserta dan daripada 47 orang peserta ini, kita telah pun menerima keberhasilan daripada program yang telah kita laksanakan bagi batch yang pertama tahun lepas kerana program ini kita laksanakan bagi tempoh enam bulan. Peserta-peserta yang telahpun diterima bagi Program Perak Employability Training Scheme ataupun PERINTIS ini akan diberikan latihan secara on the job training di agensi-agensi Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan ataupun akan ditempatkan di anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mahupun GLC dan juga syarikat-syarikat swasta yang berminat.
Maknanya pelajar-pelajar ataupun peserta-peserta perintis ini akan melalui on the job training latihan secara bersasar dengan matlamatnya cabaran yang Kerajaan Negeri berikan kepada mahasiswa mahasiswi yang telahpun bergraduasi ini, mereka perlu mencabar diri mereka dan juga memastikan selepas sahaja enam bulan proses latihan ataupun enam bulan proses PERINTIS ini, majikan mereka merasa terdesak untuk kembali menawarkan pekerjaan menempatkan mereka dalam bidang pekerjaan tersebut. Mana itu cabaran yang kita berikan kepada peserta-peserta dan setakat ini penghasilan yang telahpun kita hasilkan daripada 47 orang peserta yang telah pun melalui program PERINTIS pada tahun lepas bermula Jun sehinggalah Disember setakat ini 91% daripada mereka telahpun berjaya menempatkan diri dalam bidang pekerjaan seperti yang kita cabarkan kepada mereka. Jumlahnya adalah seramai 42 orang daripada 47 orang. 5 orang lagi memilih untuk menjadi usahawan dan juga bekerja secara sendiri. Itu yang pertama.
Yang kedua bagi tahun ini, seramai 54 orang setakat Jun 2022 telahpun dipilih sebagai peserta bagi Perak Employability Training Scheme dan insya Allah sehingga hujung tahun ini minggu ini sahaja pada hari Sabtu ini juga kita akan melepaskan ataupun melancarkan hampir 30 orang lagi peserta yang telah dipilih bagi batch yang kedua bagi tahun ini sebagai peserta Perak Employbility Training Scheme menjadikan jumlah keseluruhan 84 orang peserta bagi tahun ini dan kita mengandaikan jumlah peratusan pekerja selepas sahaja mereka melalui proses PERINTIS ini yang akan berjaya mengekalkan pekerjaan ataupun menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan nanti juga pada peratus 90%. Itu andaian yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri. Mudah-mudahan dengan adanya program-program yang di daya upayakan serta program-program rintis baru seperti PERINTIS ini mudah-mudahan kita mampu untuk menyelesaikan kalau tidak pun secara seratus peratus, paling tak kurang pun kita berjaya mengurangkan jumlah pengangguran di kalangan mahasiswa dan juga mahasiswi anak-anak Perak yang telah pun bergraduasi di negeri Perak mudah-mudahan. Itu bagi soalan yang pertama.
Bagi soalan yang kedua, adakah program sara diri dan kecemasan mahasiswa benar-benar mencukupi dalam membantu mahasiswa terbabit sekurang-kurangnya untuk tempoh bagi satu semester ataupun semester yang pertama? Bagi mewakili Kerajaan Negeri Perak, yang pertamanya suka untuk saya maklumkan program sara diri pada tahun ini diambil alih ataupun diletakkan di bawah portfolio bagi Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia iaitu di bawah saya sendiri dan kita telah perkenalkan satu laman web rasmi untuk kesemua mahasiswa dan juga mahasiswi Perak untuk sebagai proses pendaftaran dan juga untuk mereka memohon bagi permohonan-permohonan bantuan yang melibatkan pendidikan di dalam negeri Perak. Anak-anak Perak mahasiswa dan juga mahasiswi, adik-adik yang saya kasihi yang merupakan pelajar-pelajar IPTA dan juga IPTS boleh terus layari www.hashtag.com.my iaitu laman web rasmi bagi kesemua bentuk bantuan berbentuk pendidikan di dalam negeri Perak yang mana kita cuba untuk pastikan data yang ada ini merupakan big data untuk kita pastikan pelajar-pelajar yang menerima bantuan ini tidak berlaku pertindihan yang pertamanya dan juga tidak ada pelajar yang tertindas mahupun pelajar yang ketinggalan daripada aspek penerimaan maklumat. Bagi bantuan sara diri seperti mana yang ditanyakan, untuk makluman semua bagi pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Kota Tampan bagi kali yang pertama,
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan telah pun meluluskan sebanyak RM500 ribu bagi peringkat yang pertama untuk bantuan sara diri bagi tahun ini dan juga RM200 ribu bagi bantuan kecemasan pelajar mahasiswa dan juga mahasiswi. Daripada jumlah itu kita telah menerima permohonan demi permohonan dan daripada permohonan yang telah kita terima sehingga ke hari ini sehingga ke tarikh tutup iaitu pada 30 Jun 2022 jumlah permohonan terkumpul yang telahpun diterima oleh Kerajaan Negeri melalui laman web www.hashtag.com.my, adalah sebanyak 2,735 permohonan secara keseluruhannya. Jumlah permohonan bersih selepas kita menolak duplikasi ataupun kita menolak berlakunya pertindihan dalam permohonan adalah sebanyak 2,417 permohonan daripada adik-adik mahasiswa juga mahasiswi. Jumlah permohonan yang layak bagi menerima bantuan ini adalah sebanyak 1,246 pemohon dan jumlah permohonan yang telah diluluskan setakat in. Maknanya duit telahpun dimasukkan secara EFT ke dalam akaun adik-adik kita mahasiswa juga mahasiswi oleh Kerajaan Negeri Perak adalah sebanyak 1,005 orang pelajar telah menerima. Lebihannya lebih kurang dalam 100 lebih lagi, insya Allah akan diuruskan dalam masa yang terdekat kerana itu merupakan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 30 Jun tahun 2022.
Antara sebab permohonan ditolak adalah kerana yang pertamanya, dokumen yang disediakan dan juga diberikan sewaktu proses permohonan tidak lengkap, yang keduanya borang yang diberikan juga tiada pengesahan daripada pemimpin setempat, yang ketiganya maklumat yang diberikan dalam keadaan meragukan dan yang terakhirnya sebanyak 690 orang adalah daripada kategori tidak layak untuk menerima bantuan yang dimaksudkan ini dan setakat ini kita ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Kota Tampan kerana menyedari dan juga menginsafi jumlah RM500,000.00 yang disediakan pada PRA yang pertama tidak mencukupi, maka di atas keprihatinan Kerajaan Negeri Perak dan juga Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan telah meluluskan bajet tambahan bagi PRE untuk kegunaan adik-adik mahasiswa dan juga mahasiswi di dalam negeri Perak, sebanyak tambahan RM400,000.00 menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sara diri sebanyak RM900,000.00 untuk dirasai dan juga dinikmati oleh adik-adik mahasiswa dan juga mahasiswi IPTA dan juga IPTS anak-anak negeri Perak bagi membantu proses pembelajaran mereka sewaktu belajar di institusi yang dimaksudkan.
Mudah-mudahan soalan yang diberikan tadi mudah-mudahan dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan keluarga dan juga meringankan dan juga memudahkan urusan adik-adik kita mahasiswa dan juga mahasiswi pelajar-pelajar IPTA dan juga IPTS di dalam negeri Perak, anak-anak Perak untuk melanjutkan pengajian mereka dan ingin saya nyatakan di sini dua perkara yang dimaksudkan tadi iaitu bantuan sara diri mahasiswa dan juga bantuan kecemasan mahasiswa, bukan itu sahaja bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri. Malahan kita ada lagi bantuan-bantuan dalam bentuk yang lain sebagai contoh Dermasiswa Yayasan Perak yang dikendalikan sendiri oleh Yayasan Perak. Dermasiswa dan juga bantuan pembelajaran daripada Baitulmal dan juga Tabung Haji juga ada kita juga ada bentuk pinjaman yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan juga Yayasan Perak tak dilupakan saya juga ingin berterima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan kerana telah menyediakan bajet sebanyak RM1 juta bagi tahun 2022 bagi program pendayaupayaan masiswa di bawah kategori bantuan khas mahasiswa Perak 3.0.
Sebelum ini di bawah portfolio saya kita telah menyerahkan Bantuan Khas Mahasiswa 1.0, Bantuan Khas Mahasiswa 2.0 dan tahun ini kita akan melancarkan Bantuan Khas Mahasiswa 3.0 dengan jumlah RM1 juta yang telah diluluskan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Kota Tampan untuk dinikmati dan juga dirasai oleh hampir 5,000 orang pelajar mahasiswa dan juga mahasiswi anak-anak Perak yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat IPTA mahupun IPTS yang mana seorang pelajar yang berjaya nanti akan menerima sebanyak RM200.00 tambahan sebagai tambahan bagi mereka mengurangkan bebanan mereka mudah-mudahan dan soalan yang ketiga diajukan sebentar tadi adalah berkaitan dengan senaraikan kejayaan yang telahpun dicapai oleh Program Pengupayaan Mahasiswa yang dikendalikan oleh Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia untuk tahun 2022.
Untuk makluman semua pada Jun 2022 yang lalu Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi dan juga Sumber Manusia bersama pejabat Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan iaitu pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak telah berjaya untuk menganjurkan satu program himpunan bersama dengan mahasiswa dan juga mahasiswi anak-anak Perak bertempat di Laman Darul Ridzuan yang mana berjaya mengumpulkan hampir 700 orang mahasiswa dan juga mahasiswi Perak. Cerita kejayaannya apa, cerita kejayaannya adalah bersandarkan kepada sewaktu program itu kita membuat sesi libat urus secara langsung dengan mahasiswa dan juga mahasiswi Perak.
Kerajaan negeri juga melalui Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan telah menzahirkan dengan telah pun memberikan penjelasan secara terperinci berkaitan dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang sudah pasti bakal dinikmati dan juga dirasai oleh golongan mahasiswa dan juga mahasiswi anak-anak Perak dan tak dilupakan juga kita juga adakan sesi soal jawab pada masa itu yang mana kebanyakan mahasiswa dan juga mahasiswi Perak telah pun melontarkan idea, telah pun memberikan pendapat dan telah pun memberikan komen-komen yang sangat positif dalam usaha kita melibat uruskan dan kita memasukkan bersama mahasiswa dan juga mahasiswi Perak dalam sesi libat urus sebagai antara mereka yang memberikan cadangan untuk kita melaksanakan dasar Kerajaan Negeri dan untuk kita terus mensejahterakan negeri Perak melalui Pelan Perak Sejahtera 2030.
Selain daripada itu melalui gerakan mahasiswa Perak iaitu GMPK dan juga Majlis Perwakilan Mahasiswa Perak (MPMP), kita telah bersetuju untuk memperkasakan Majlis Perwakilan Mahasiswa Perak (MPMP) dan juga gerakan mahasiswa Perak (GMPK) bagi tahun ini dan insya Allah kita akan mengadakan satu simposium dan juga kita akan mengadakan satu persidangan khas bagi Majlis Perwakilan Mahasiswa Perak untuk kita memilih ahli jawatankuasa yang baru dan untuk kita terus memperkasakan dan merekayasa mahasiswa-mahasiswi anak-anak Perak di dalam negeri mudah-mudahan dengan adanya MPMP ataupun Majlis Perwakilan Mahasiswa Perak dan dengan adanya gerakan mahasiswa Perak ini mudah-mudahan yang diperkasakan fungsi mereka bagi tahun ini mudah-mudahan ianya memudahkan dan juga memberikan lebih nilai tambah serta input yang berguna buat semua anak-anak Perak, adik-adik saya mahasiswa dan juga mahasiswi yang sedang meneruskan pengajian mereka sama ada di IPTA mahupun IPTS dalam negeri Perak dan insya-Allah banyak lagi cita-cita kejayaan yang bakal kita dengar daripada program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan dan juga melalui MPMP dan GMPK yang sedang dirancang, direncana dan juga insya Allah akan dilaksanakan sehingga hujung tahun ini.
Soalan tambahan daripada Pasir Panjang.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua. Terima kasih kepada EXCO yang menjawab panjang lebar, seolah tak ada fullstop tadi. Soalan tambahan saya, sejauh mana, ataupun apakah usaha Kerajaan Negeri melibatkan golongan akademik, sama ada mereka yang masih lagi bertugas ataupun yang telah berpencen bagi membantu Kerajaan Negeri untuk membuat dasar pendidikan. Kemudian yang kedua, smartphone, telefon pintar, dah tak dengar cerita. Dulu telah pun dibagi, sama ada telahpun ruyup, bahasa Peraknya ruyuplah, benda tu dah tak boleh pakai lagi ke ataupun yang baki tu belum lagi diserahkan. Jadi terima kasih.
Baik terima kasih bagi soalan tambahan yang pertama. Adakah dilibatkan bersama golongan akademik sama ada yang masih dalam perjawatan mahupun yang telah berpencen? Jawapannya sudah pasti ada dalam usaha Kerajaan Negeri melalui Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan melibat uruskan kesemua golongan-golongan supaya tiada yang tertinggal, tiada terpinggir dalam usaha kita memastikan dasar terutamanya ke arah Perak Sejahtera 2030 ini berjaya kita akan secara bersama dan juga bersekali melibatkan keseluruhan masyarakat dan juga keluarga besar kita, warga dalam negeri Perak dan sudah pasti soalan sebentar tadi jawapannya kita tidak pernah mengetepikan dan juga meminggirkan golongan-golongan akademik ataupun academician ini yang pertamanya untuk makluman semua, dalam usaha kita untuk melaksanakan dan juga merencana Pelan Perak Sejahtera 2030, sebenarnya terdapat sesi libat urus yang melibatkan golongan warga pendidik termasuklah ahli keluarga besar saya, ke semua guru-guru yang telah pun di pilih di dalam Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk memberikan komentar mereka, untuk memberikan cadangan serta idea dalam usaha kita memastikan Pelan Perak Sejahtera 2030 ini, pelan yang mampan dan juga pelan yang lengkap, yang pertamanya.
Yang keduanya, kita juga mengadakan sesi libat urus bersama dengan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga pihak Universiti Sultan Azlan Shah ataupun USAS dalam usaha kita merencana dan juga merangka Pelan Perak Sejahtera 2030 ini, dan juga idea-idea daripada golongan academician ataupun golongan akademik ini, sudah pastilah kita ambil maklum dan juga dijadikan sebagai sebahagian daripada perancangan bagi Pelan Perak Sejahtera 2030, dan tak dilupakan juga, kita juga libatkan sesi libat urus bersama dengan golongan pelajar-pelajar dan juga anak-anak didik kita dalam usaha kita nak memastikan mereka juga terlibat secara langsung bagi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Soalan yang kedua berkaitan dengan penyerahan telefon pintar. Seperti yang saya maklumkan daripada beberapa soalan yang telah pun diajukan kepada saya. Sewaktu penyerahan telefon pintar ini, sebenarnya beberapa proses perlu untuk kita lalui, termasuklah borang penerimaan pelajar. Sekarang ini pejabat saya masih lagi dalam proses untuk mengumpulkan ke semua borang penerimaan pengesahan pelajar yang telah pun menerima telefon pintar bagi siri yang pertama, yang telahpun kita laksanakan pada tahun lepas daripada pusat-pusat khidmat yang telah pun sepatutnya bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada pihak kami, pihak urus setia, borang-borang yang telah pun lengkap diisi, yang juga mengesahkan pelajar tersebut telah pun menerima telefon pintar.
Insya Allah dalam masa yang terdekat, selesai sahaja pengumpulan ke semua dokumen-dokumen ini, insya Allah program ini sudah pasti akan diteruskan kerana kita melihat keperluan sebenarnya pengagihan dan juga penyerahan telefon pintar terutamanya kepada pelajar-pelajar di bawah golongan B40 ini. Malahan lagi, kita juga masih lagi mempunyai hubungan yang sangat baik dengan syarikat yang telahpun menyediakan perkhidmatan tersebut, insya Allah dengan adanya kerjasama yang baik daripada ke semua ahli keluarga besar saya, 59 pusat khidmat ADUN dengan penyerahan borang-borang tersebut, insya Allah kita akan teruskan lagi pengagihan demi pengagihan, demi kemaslahatan masyarakat dan juga warga dalam negeri Perak.
Hutan Melintang. Bukan Hutan Melintang, Belanja.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Speaker. Apabila kita bercakap tentang pengangguran, apa yang saya lihat tadi jawapan daripada YB EXCO lebih memberi fokus kepada golongan mahasiswa dan mahasiswi tetapi kita juga jangan lupa kepada lepasan sekolah yang masih belum dapat melanjutkan pelajaran atas faktor keputusan dan kekangan-kekangan lain. So, soalan saya, apakah usaha Kerajaan Negeri Perak dalam menarik minat anak muda khususnya golongan yang saya sebutkan tadi untuk mereka menempatkan diri mereka dalam sektor pekerjaan dan mungkin boleh mengurangkan masalah kekurangan pekerja khususnya di industri berat dalam negeri kita? Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker.
Terima kasih saya ucapkan kepada kekanda Belanja. Dalam hal ini sebenarnya mewakili Kerajaan Negeri Perak secara keseluruhannya, saya ingin menzahirkan juga merakamkan ucapan terima kasih, syabas dan tahniah tidak terhingga kepada kesemua ahli keluarga besar saya, kakitangan yang terus menyokong dan juga melaksanakan usaha mereka di Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK yang saban hari sehingga ke hari ini mereka masih lagi tidak mengenal erti penat dan juga lelah, terus melaksanakan program demi program dalam usaha memastikan golongan-golongan yang dinyatakan oleh Belanja sebentar tadi tidak tertinggal dan terpinggir daripada aspek pekerjaan dan juga latihan untuk kita meningkatkan kemahiran mereka.
Suka untuk saya maklumkan, bagi program yang pertama yang dianjurkan ataupun sedang dilaksanakan adalah Program On The Job Training yang mana kita libat uruskan secara bersama dan juga bersekali. Mereka-mereka, adik-adik kita yang sudah habis peperiksaan SPM, tapi sampai sekarang masih belum berjaya untuk menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan, jadi kita masukkan mereka dalam program yang dinamakan sebagai OJT ataupun On The Job Training. Selain daripada, kita juga di Pusat Aspirasi Anak Perak ada menganjurkan program upskilling dan juga reskilling yang mana program-program ini lebih berbentuk untuk meningkatkan nilai tambah, memberikan nilai tambah kepada peserta-peserta untuk mereka lebih mudah menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan suatu hari nanti.
Selain daripada itu, di Pusat Aspirasi Anak Perak, kita juga ada mengadakan kursus pengendalian mengikut kawasan masing-masing. Sebagai contoh, sekiranya kawasan itu merupakan kawasan nelayan, jadi Pusat Aspirasi Anak Perak sebenarnya ada menyediakan latihan melalui pengendali latihan, latihan untuk membaiki enjin motor bot ataupun enjin perkapalan. Kalau kata, contoh berlaku di dalam kawasan Kuala Kangsar Bandar Diraja, sebenarnya Pusat Aspirasi Anak Perak ada menyediakan latihan yang dikendalikan sepenuhnya oleh pengendali yang berlesen bagi pemprosesan labu sayong untuk anak-anak Kuala Kangsar. Kalau benda itu berlaku di kawasan perindustrian, kita juga ada menyediakan latihan modular industri yang berbentuk pelajar-pelajar ataupun peserta-peserta akan mengikuti latihan secara langsung bersama dengan insya Allah majikan yang bakal melantik mereka ataupun menggajikan mereka di dalam sektor perindustrian mahupun sektor-sektor yang mereka kehendaki, dan sehingga ke hari ini kita juga baru perkenalkan yang terbaru JEJAK ataupun Jelajah Aspirasi Bagi Kampus yang mana kita sudah memulakan proses jelajah ke kampus-kampus bagi kita memastikan ke semua mahasiswa dan juga mahasiswi tidak terlepas daripada proses temuduga secara langsung yang mana proses temuduga ini dilaksanakan secara terus pada hari konvokesyen di dalam universiti yang telah pun kita pilih di dalam negeri Perak dan banyak lagi sebenarnya program-program yang sedang dilaksanakan, yang sedang dijalankan bakal direncanakan dan bakal dilaksanakan oleh ahli keluarga besar saya di Pusat Aspirasi Anak Perak.
Tujuannya satu, kita ingin memberikan nilai tambah kepada semua peserta-peserta. Kita mahu upskilling dan juga reskilling kepada semua peserta-peserta, supaya peserta mempunyai nilai tambah yang cukup baik untuk menempatkan diri mereka dalam bidang pekerjaan selain daripada kita nak menempatkan kesemua mereka yang sedang mencari pekerjaan ini di dalam bidang pekerjaan sepertimana yang mereka mahukan.
Semua ini adalah aspirasi daripada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan, semata-mata untuk melihat anak-anak Perak ini semuanya berjaya menempatkan diri mereka, tiada lagi isu pengangguran ataupun kita mengurangkan isu pengangguran di negeri Perak, dan akhirnya maslahah dan kebaikan secara total kepada anak-anak warga negeri Perak yang kita sayangi.
Terima kasih Yang Berhormat daripada EXCO, masa soalan sebenarnya sudah tamat.
Boleh minta penjelasan sikit, boleh?
Masa soalan dah tamat sebenarnya.
Jadi saya nak tanya soalan.
Nak tambah sikit.
Sekejap-sekejap. EXCO boleh ke kalau ada soalan tambahan lagi ni? Ok. Ok saya beri kerana soalan ini saya tengok favourite, bagi pada Hulu Kinta, kemudian kita bagi kepada Bercham. Itu sahaja.
Baik terima kasih Dato' Speaker. Mengenai dengan pemberian telefon pintar yang fasa terakhir, sepatutnya perlu lakukan bulan satu, bulan Januari, itu yang saya difahamkan tapi berlaku kelewatan pada bulan Ogos, hampir Ogos. Maknanya, saya difahamkan kelewatan ini berlaku kerana ada pusat-pusat khidmat yang tak sampaikan pengesahan penerimaan dokumen berkaitan kepada pejabat EXCO. Boleh tak maklumkan berapa pusat khidmat sudah hantar dan berapa pusat khidmat belum hantar lagi. Maknanya pusat khidmat yang belum hantar lagi, boleh terangkan, pusat khidmat mana? Cuma kita nak tahu. Maknanya dan apa penyelesaian. Katakanlah lagi tiga bulan dia orang tak hantar, Adakah benda tu akan jadi kelewatan lagi ataupun ada penyelesaian. Mana yang tak hantar tu, itu je kita fokus, kita beri dekat fasa terakhir, yang lebih itu kita selesaikan.
Terima kasih pihak kerajaan dan Speaker. Selamat pagi. Soalan saya cuma isu dengan pengangguran dia pihak kerajaan lebih tertumpu kepada bahagian muda-mudi yang baru lepas lepasan jurusan daripada IPTA, IPTS ke apa SPM. Jadi pada pandangan saya ada sekumpulan orang pun tercicir terlepas pandang iaitu golongan warga emas. Mereka di masa mereka bekerja mereka mencecah umur 60 tahun lepas tu bersara tetapi mereka ada berdaya lagi untuk bekerja. Jadi banyak mereka ni sebahagiannya datang ke pejabat saya untuk mereka mencari peluang pekerjaan tetapi banyak sektor swasta ke kerajaan sudah pasti tidak dan sektor swasta ni kurangnya cenderung untuk mengambil balik golongan yang berpengalaman yang kata ada kesungguhan tu balik ke pangkuan kerja dan lagi satu golongan-golongan OKU dan lagi satu golongan lagi kecil lepas tu maksudnya bekas banduan. Bekas banduan ini mereka ada pandangan yang negatif daripada masyarakat terutama sekali kepada golongan majikan. Jadi apakah pendekatan untuk pihak kerajaan untuk menandatangani masalah ini untuk warga tua, warga OKU dan juga bekas banduan. Terima kasih.
Terima kasih. Baik saya cuba ringkaskan jawapan Dato' Yang Dipertua. Yang pertama jawab yang kedua dululah. Yang pertamanya golongan-golongan yang kita fikirkan mungkin mereka ini antara golongan yang terpinggir iaitu golongan warga emas. Yang keduanya golongan OKU dan yang ketiganya golongan bekas banduan. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Perak sebenarnya ada melaksanakan beberapa program khusus untuk golongan-golongan ini. Sebagai contoh bagi golongan warga emas, sebenarnya pihak Pusat Aspirasi Anak Perak ada menyediakan lesen atau pun menyediakan pertanian dan juga latihan yang berbentuk pengendalian. Sebagai contoh yang pertamanya pengendalian untuk mendapatkan lesen pemanduan jentera berat. Contoh bas dan sebagainya atau pun lori. Yang keduanya adalah pengendalian drone dengan teknologi yang terkini ya. Sebab sekarang ni kebanyakan pesawah mahu pun petani ada yang sudah mula menggunakan perkhidmatan drone bagi membaja dan juga meracun kawasan-kawasan pertanian juga kita ada sediakan sebenarnya modus operandi dia kita mahu fokuskan kepada golongan-golongan yang terpinggir dan tertinggal ini. Sebab bila mana kita tahu bila mana usia sudah mencecah warga emas, selalunya majikan tidak berminat untuk mengambil warga emas dan juga menempatkan mereka dalam sektor pekerjaan di dalam syarikat majikan-majikan tersebut.
Justeru sebenarnya inilah dia sebenarnya perkara yang sedang disiap siagakan oleh Kerajaan Negeri, kita mempersiapkan mereka dengan latihan-latihan dengan skill-skill yang ada mudah-mudahan mereka boleh menggerakkan dan juga memulakan apa yang mereka ada itu untuk menjana pendapatan mudah-mudahan. Itu yang pertama. Contoh yang kedua adalah bagi golongan OKU atau pun saya panggil mereka ini insan-insan yang luar biasa di luar sana. Ya walaupun dengan keterbatasan tapi mereka mampu melakukan perkara-perkara yang kita yang biasa ini boleh laksanakan. Maknanya mereka ini sangat luar biasa. Jadi sebenarnya Kerajaan Negeri Perak telah pun mengorak langkah di bawah Jawatankuasa PVERT Negeri Perak sebenarnya kita ada satu program yang dinamakan sebagai Program PVERT mereka yang luar biasa atau pun PVERT OKU dan saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri Perak antara kerajaan awal yang melaksanakan program ini di dalam Malaysia dan setakat ini cerita keberhasilan juga kemenjadian, kalau kata ada Ahli-ahli Yang Berhormat ingin melihat kejayaan, boleh terus ke Meru, Ipoh melihat seorang pelajar atau pun produk yang kita hasilkan iaitu dia bagi Latihan TV OKU bagi proses mengurut yang mana latihan dibuat oleh PASAK melalui pengendali.
Sekarang ini pelajar tersebut mampu untuk membayar sewa gerai atau pun sewa kedainya dengan jumlah RM1700 sebulan bekerja berseorangan dan juga mampu untuk mengendalikannya secara tetap dan setakat ini saya sendiri antara pelanggan tetap bagi pelajar ini mudah-mudahan. Jadi ini antara cerita success story yang telah pun kita hasilkan insya Allah akan dibukukan dalam masa yang terdekat dan juga bagi bekas banduan sebenarnya dengan IDR atau pun Institut Darul Ridzuan, kita ada mengadakan sesi libat urus program-program bentuk parenting atau pun program-program berbentuk seminar dan juga ceramah-ceramah untuk kita yang pertamanya meningkatkan semangat dan juga memberikan lebih semangat kepada bekas-bekas banduan untuk mereka bergaul dengan masyarakat di luar sana mudah-mudahan. Insya Allah kita mengambil maklum apa disampaikan oleh Yang Berhormat Bercham sebentar tadi untuk kita terus menggerakkan dan juga memastikan di negeri Perak ini mereka semua ahli keluarga besar kita mereka abang kakak adik ayah dan ibu kita, insya Allah kita sama-sama usaha kan. Tiada tertinggal tiada yang terpinggir di negeri Perak.
Berkaitan dengan soalan telefon bimbit sebentar tadi, seperti mana yang saya telah maklumkan maha benar ada pusat-pusat khidmat yang telah pun menyatakan telah menyerahkan. Tapi bila kita periksa usia membuat pemeriksaan out of 150 penerima ada yang menghantar hanya 36 nama sahaja, ada yang menghantar 50, ada menghantar 60. Maknanya maklumat kita terima tidak lengkap untuk kita serahkan kepada pihak syarikat dan itu merupakan perkara mandatori untuk kita serahkan. Macam biasa bila program CSR, sudah pastilah segala bentuk maklumat perlu dilengkapkan perlu ada dalam fail supaya next step next program yang kita laksanakan atau pun pengagihan dan seterusnya dapat kita laksanakan secara lancar dan juga berterusan. Insya Allah tak ada tamat sebenarnya untuk program ni, kita sama-sama usahakan kita buat sama-sama dan dalam keadaan ini saya sekali lagi merayu dan memohon bantuan dan juga sumbangan daripada semua ahli keluarga besar saya di pusat-pusat khidmat 59 keseluruhannya untuk membantu, memudahkan urusan urusetia dan juga kita terus menyerahkan selebihnya baki selebihnya kepada mereka yang memerlukan di Perak mudah-mudahan. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Sesi soalan lisan lebih daripada satu jam setengah ini telah pun tamat. Hampir dua jam ya. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan dan juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan-soalan yang cukup baik sekali pada hari ini. Dengan ini maka tamat sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut. Silakan.
Empat
Perkara yang ke empat. Usul yang diberi notis, Usul Penyata Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan usul.
Terima kasih Yang Dipertua. Tuan Yang Dipertua, saya telah mengemukakan notis usul kepada Setiausaha Dewan Negeri bertarikh 15 Julai 2022 iaitu berkaitan Penyata Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Berdasarkan kepada Perkara 44(1) Bahagian 1, Undang-undang Tubuh Perak Darul Ridzuan dan 78(5) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya mencadangkan Penyata Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Deraf Cadangan Penambahbaikan dan Pindaan Perintah Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan diluluskan dan berkuatkuasa selepas mendapat kelulusan Dewan yang mulia ini. Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Ada sokongan?
Tuan Yang Dipertua, Behrang menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Selinsing dan telah mendapat sokongan. Berdasarkan kepada Perkara 44(1) Bahagian 1 Undang-undang Tubuh Perak Darul Ridzuan dan perkara 78(5) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang mencadangkan Penyata Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Deraf Cadangan Penambahbaikan dan Pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan diluluskan dan diberkuatkuasa selepas mendapat kelulusan Dewan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Kamunting.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Saya ingin membahaskan usul ini. Sini saja point saya iaitu mengenai dengan Deraf Cadangan Penambahan Penambahbaikkan dan Pindaan Perintah-Perintah Tetap ini, selain daripada penambahbaikkan di sudut perkataan dan ayat. Ada juga kita memasukkan perkara-perkara yang baru dan semasa Kerajaan Pakatan Harapan memerintah dahulu di mana saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Penambahbaikan Perintah-Perintah Tetap ini kita ada mencadangkan, saya rasa YB Changkat Jering pun ada masa tu mencadangkan agar menubuhkan beberapa Jawatankuasa Pilihan Penggalan iaitu supaya ia dapat mengawal selia jabatan kerajaan dan juga GLC supaya integriti jabatan-jabatan ini dan GLC dapat dipertingkatkan yang tiada salah guna kuasa dan juga tiada rasuah di kalangan penjawat awam ataupun anggota untuk kerajaan. Bukan nak menuduh tapi apa yang berlaku di luar sana di peringkat federal dan sebagainya memang banyak berlaku. Kita dengar mantan KSN pun ada isu, SPRM pun ada isu, Jabatan Kastam, polis dan sebagainya.
Jadi ini satu barah yang perlu kita hadapi dan oleh sebab itu Transparency International pun dalam production perception index pun meletakkan Malaysia di tangga yang teruk juga. Jadi point saya ialah kalau boleh dimasukkan Jawatankuasa Pilihan Penggalan ni untuk mengawalselia jabatan kerajaan dan juga GLC. Saya ada berbincang dengan Behrang tentang perkara ini dan dia menyebut bahawasanya mungkin tak ada banyak isu sebab kalau PAC pun tak ada banyak isu dan saya yakin PAC ni mungkin high-profile isu mungkin adalah 2,3 tetapi tak banyak isu, perkataan dia not overwhelming dengan isu tetapi saya rasa kalau ada jawatankuasa ini yang merupakan satu platform yang baik untuk whistle blower tampil ke hadapan, pemberi maklumat tampil ke hadapan untuk menyatakan apa yang mereka rasai. Kalau kita dengar di kedai kopi macam-macamlah berlaku. Officer tu, officer ni ambil rasuah dan sebagainya tetapi kita tak tahu mana dia nak salurkan dan kadang-kadang kalau salurkan kepada jabatan tersebut dia habis kat situlah. Jadi saya nak syorkan supaya jawatankuasa ini diwujudkan dan saya yakinlah bukanlah jawatankuasa ini nak mencari kesalahan dan mencari benda-benda yang yang tak sepatutnya kita carilah kan. Tapi kalau ada whistle blower tampil ke hadapan untuk menyatakan sesuatu kita kena ambil tindakan. Jadi saya nak syorkan draf tu memasukkan Jawatankuasa Pilihan Penggalan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih. Kaedah kita perbahasan ini kita dengar dulu dari ahli-ahli yang lain kemudian selepas ini baru kita minta ahli jawatankuasa pembawa usul dan ahli-ahli jawatankuasa standing order community yang lain untuk menggulung. Ada lagi? Kalua tak ada saya jemput Selinsing.
Terima kasih kepada Kamunting yang menyuarakan padangan. Peringkat awal jawatankuasa ini dibentuk adalah dalam bentuk pemurnian dari segi laras bahasa untuk memudahkan kefahaman ahli-ahli Dewan memahami tentang makna yang tepat dan kadang-kadang berlaku percanggahan dan pertentangan antara bahasa dan diantara bahasa laras bahasa peguam mahkamah dengan laras bahasa kepahaman untuk sesuatu perkara. Bagi saya tugas kami adalah untuk memurnikan buku Perintah-Perintah Tetap yang sangat lama. Bagi jawatankuasa yang dikemukakan ini pada saya dalam bentuk satu mungkin kita tak dapat nak nafikan dia satu perkara dan mungkin juga dia bentuk tohmahan dan dia merupakan jawatankuasa lain yang perlu diwujudkan dan tiada pertindihan dengan lain-lain. Jadi saya ditugaskan untuk apa memastikan penambahbaikan pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan ini dari sudut laras bahasa. Jadi kalau sekiranya Dewan bersetuju terpulang. Tapi pada saya ini tugas kami jawatankuasa, jadi yang lain-lain ini mungkin ada pertindihan daripada apa-apa pandangan Kamunting itu.
Terima kasih Selinsing. Ada nak tambah?
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya mohon untuk memberi sedikit pencerahan sedikit tentang apa yang telah di jalankan dalam Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap. Setidak-tidaknya sepanjang 2018 hingga kini ada empat bengkel di tempat yang berlainan dan kebetulan saya jawatankuasa yang purba dan masih ada sampai ke hujung daripada PH sampai pada kebetulan. Jadi saya nak berkongsi sedikitlah. Pada dasarnya apa yang dipinda ada dua iaitu laras bahasa, perkara-perkara yang terkait dengan perkara-perkara teknikal dan yang keduanya substance lah dan substance itu tidaklah terlalu berat sangat. Dia melibatkan jawatankuasa, dia melibatkan Timbalan Yang Dipertua, melibatkan posisi Ketua Pembangkang dan Pengerusi PAC benda yang saya rasa umum sahaja. Kemudian yang mengambil masa banyak ialah tentang pelarasan bahasa dan saya nak menggunakan forum ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan pakar-pakar bahasa yang turut sama dalam dua bengkel dan akhirnya kita dapat penyelesaian.
Sebagai contoh perkataan Yang Dipertua, kalau disalah tulis ia bermaksud lain. Kalau Yang Dipertua menggunakan perkataan di, dia bermaksud Yang Dipertua sebuah company ataupun syarikat kecil sajalah organisasi tetapi Yang di-Pertua yang dimaksudkan dalam Dewan ini dia mesti menggunakan perkataan d huruf kecil yang bermaksud tuan kepada sebuah institusi. So, kalau kita tulis Yang Dipertua di mengikut pakar-pakar bahasa dia umpama Yang Dipertua PIBG. Bukan begitu. Sampai se detail itulah dan akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah bahasa selama inilah kita tak dapat dan sekalung perhargaan amat tinggi saya kepada pakar-pakar Bahasa Malaysia dan Inggeris yang turut sama dalam menyiapkan Perintah-Perintah Tetap ini. Itu yang pertama, yang kedua mengambilkira apa yang dicadangkan oleh Kamunting sebentar tadi, jawatankuasa pada 26 Januari 2022 telah berbahas panjang sedikitlah tentang keperluan tersebut. Cuma dari segi pendekatannya kami sedikit mengambil pendekatan undang-undang. Dia dalam bab tambah-menambah ni Dato’ Speaker dia macam tambah-menambah pasangan. Macam dalam bab poligami. Contoh sahaja untuk mudah faham.
Dalam Mahkamah Syariah dia ada persoalan patut atau perlu. Dari segi patut memang patut ditambah jawatankuasa tetapi dari segi keperluan ada kat situ ada, ada persoalannya. Patut memang patutlah tetapi dari segi keperluan setelah dilihat senarai kes yang diadukan kepada PAC, dia punya kertas kajang tak cukup Panjang ataupun senarai aduan yang dikemukakan dan dikongsi semula ke Dewan sebagai penyatalah daripada PAC kita tak nampak kelihatan. Jadi berdasarkan fakta-fakta tersebut dalam mesyuarat tersebut, mesyuarat telah sebulat suara bersetuju bahawa belum terdapat keperluan untuk menubuh ketiga-tiga jawatankuasa pilihan khas yang dimaksudkan tadi, pada waktu itu. Sekiranyalah ada pendapat lain tentang selepas ini saya rasa terpulang tetapi keputusan yang dibuat pada tarikh tersebut yang berasaskan patut atau perlu itu itu yang menjadi sandaran keputusan kita pada waktu itu. Saya rasa sedikit saya membantu, itu sahaja.
Terima kasih YB daripada Behrang. Ok. Ahli-Ahli YB, masalahnya sekarang ada satu usul yang dibawa oleh YB dari kawasan Selinsing telah mendapat sokongan dan telah pun dibahas berdasarkan kepada perkara 44(1) Bahagian 1 Undang-Undang Tubuh dan Perkara 38(5) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang mencadangkan Penyata Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak iaitu Draf Cadangan Penambahbaikan dan Pindaan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan diluluskan dan berkuatkuasa selepas mendapat kelulusan Dewan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk diundi. Jemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju. Tiada bersuara tidak. Maka usul itu dipersetujui.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat sepanjang proses penambahbaikan ini yang telah bermula sejak daripada Januari 2019 antaranya adalah mantan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Yang Berhormat Dato' Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Dewan Negeri, Setiausaha Dewan Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Dewan Bahasa dan Pustaka, Penyelidik Parlimen Malaysia, Munsyi-Munsyi Dewan, Ahli-Ahli Akademik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA (UITM), Pengamal Undang-Undang dan Pakar Bahasa Inggeris. Dikesempatan ini juga saya ingin maklumkan kepada seisi Dewan turut hadir bersama kita pada hari ini sebilangan ahli-ahli tersebut yang ada pada hari ini iaitu di belakang sana Munsyi Dewan Ahmad Salihin, Munsyi Dewan Encik Azizi dan pakar Bahasa Inggeris Puan Juliana. Saya mohon Dewan kita beri penghargaan mereka yang mewakili ahli-ahli yang lain. Terima kasih diucapkan. Setiausaha Dewan.
Usul persendirianMotion
Perkara yang kelima. Usul persendirian.
Kita jemput Ahli Dewan Negeri dari kawasan Behrang untuk mengemukakan usul.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Saya ingin memulakan dengan mengajak Dewan ini untuk melihat dan menilai Al-Baqarah ayat
220. (Bacaan ayat suci Al-Quran dibacakan)."Di dunia dan di akhirat dan mereka bertanya kepada Engkau dari hal anak-anak yatim. Katakanlah mengatur baik-baik keadaan mereka adalah lebih baik dan Jika kamu bercampur-gaul dengan mereka maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu dan Allah mengetahui siapa yang merosak dan siapa yang memperbaiki sekiranya Allah menghendaki nescaya diberatkan kamu. Sesungguhnya Allah maha gagah lagi Maha bijaksana.
Dalam An-Nisa, ayat 10. (Bacaan ayat suci Al-Quran dibacakan)."Sesungguhnya orang yang memakan harta benda anak yatim dengan aniaya lain tidak lain mereka menelan api ke dalam perut mereka dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala.
Ad-Dhuha ayat 9, Dato' Yang Berhormat. (Bacaan Ayat Suci Al-Quran). "Oleh itu ada pun anak yatim janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya". Al-Ma'un, ayat 1 sampai 3. (Bacaan ayat suci Al-Quran dibacakan). "Tahukah kamu orang yang mendustakan agama orang itu ialah menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim."
Tuan Yang Dipertua, usul saya terkait dengan Enakmen Wasiat orang- orang Islam dan saya mohon izin untuk merujuk kepada Seksyen 27, Enakmen Orang-Orang Islam Enakmen Wasiat Orang-Orang Islam Selangor 1999 yang memperuntukkan jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya maka cucu itu hendaklah berhak terhadap satu pertiga wasiat dan sekiranya cucu itu diberi dengan kadar yang kurang daripada satu pertiga, haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini. Seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang-Orang Islam Negeri Sembilan 2004 juga memperuntukkan seumpamanya. Seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang-Orang Islam Negeri Melaka 2005 juga memperuntukkan seumpamanya. Dalam Negeri Perak ini Seksyen 50, Enakmen Pentadbiran Agama Islam menyebut tentang bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah termasuklah di dalamnya dalam hal menguruskan harta pusaka pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat orang-orang Islam.
Dalam tempoh empat tahun kebelakang ini, usul-usul yang telah dibuat oleh Ahli Dewan ini bagi membolehkan satu enakmen digubal dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini telah dibuat antaranya ialah pemakluman secara bertulis kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak. Yang kedua pemakluman secara oral dan bertulis kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan tindakan pengarahan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar juga telah dikeluarkan dan saya difaham juga perbincangan dalam Mesyuarat Ahli Mesyuarat Kerajaan pada tahun 2021 juga berlangsung dan seterusnya perbahasan-perbahasan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini dalam persidangan ini juga diadakan terutamanya dibawa oleh saya sendiri. Namun, semuanya tidak membuahkan hasil untuk melahirkan sebuah enakmen. Kalau begitu adanya;
Apa diharap padi seberang, Entah tumbuk entah ke tidak; Apa Diharap caknanya orang, Entah sudi entahkan tidak.
Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan usul seperti berikut. ‘Bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak diberi mandat untuk mengkaji keperluan menggubal satu Enakmen Wasiat Orang-Orang Islam Negeri Perak dan yang kedua bahawa dalam tempoh seberapa segera yang munasabah Jawatankuasa tersebut diberi mandat untuk bersama dengan mana-mana Jabatan yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan perihal Agama Islam di dalam dan di luar negeri Perak untuk mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri Perak pengubalan suatu enakmen yang boleh mencapai maksud untuk menyediakan garis panduan, pedoman, peraturan dan undang-undang wasiat untuk orang-orang Islam di Negeri Perak dan unsur yang seterusnya ialah setelah tugasan tersebut sempurna, Jawatankuasa Pilihan Khas bagi mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak hendaklah mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu penyata’ Oleh demikian, saya dengan rendah diri memohon sokongan daripada Dewan ini. Wallahuallam.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Behrang. Ada sokongan?
Dato' Yang Dipertua, Pasir Panjang menyokong usul persendirian terpinda kepada Dewan ini.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Behrang, Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul persendirian yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Behrang yang telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Pasir Pinji.
Terima kasih Dato' Speaker. Saya ingin..
Pasir Pinji pendek yer not more than five minutes.
Tiga minit sahaja. Terima kasih kerana membuka ruang bagi usul persendirian ini untuk dibawa sekiranya tak silap ini adalah sesuatu yang agak bersejarah. Jadi tahniah kepada Behrang, tahniah kepada Speaker dan tahniah kepada pihak kerajaan. Saya rasa sebagai seorang yang bukan Islam apabila kita duduk bincang secara mendalam berkenaan dengan apa yang ditampilkan ada dua perkara yang sangat menonjol iaitu ini adalah salah satu langkah yang sangat progresif yang membawa ke arah sesuatu yang pernah suatu ketika dahulu kami mulakan iatu satu boleh dikatakan inventori undang-undang yang sedia ada untuk kita secara mendalam meneliti apakah enakmen yang ada di negeri Perak dan apa yang tak ada dan apa yang perlukan pengubahsuaian. Jadi saya ucapkan tahniahlah ini sekurang-kurangnya satu langkah yang progresif langkah yang membina ke arah inventori undang-undang dan enakmen-enakmen Negeri Perak. Keduanya sebagai seorang non muslim.
Saya amat tertarik dengan dengan hasrat atau niat di sebalik enakmen wasiat orang orang Islam kerana sekiranya kita kaji secara mendalam akan munculnya kelompongan-kelompongan atau kita akan nampak pelbagai masalah yang berkenaan dengan anak-anak yatim sekiranya kita masuk bab perbincangan tentang kebajikan anak-anak yatim akan apa akan berlaku secara institusi dan apakah institusi-institusi yang boleh membela dan menjaga kebajikan anak-anak yatim. Dah lah tentu anak-anak yatim bukan saja tergolong anak-anak yatim beragama Islam tetapi juga yang bukan Islam dan saya nak mohon sedikit pandangan mungkin boleh dijawab dalam penggulungan nanti oleh pembawa usul dan pandangan Ahli-ahli Dewan adakah ia wujud satu keperluan yang saya rasa mendesak bukan saja untuk menjaga kebajikan anak-anak yatim yang beragama Islam dan juga yang bukan beragama Islam kerana kita akan open cannot worms lah yang kita perlu menghadapi perlu mendalami nasib mereka dan apa pandangan pembawa usul berkenaan dengan anak-anak yatim yang bukan Islam yang mungkin akan terbela dengan hasil kajian ini dan wujudnya rang undang-undang ini tetapi bagi yang bukan Islam pula perlu dijaga dan apa kaedah yang boleh kita ambil ke hadapan? Terima kasih.
Pangkor.
Saya oleh kerana ianya dibawa sebagai usul persendirian yang Dato' Yang Dipertua saya fikir ada berapa keperluan untuk perlu kita lihat cadangan-cadangan yang dibawa oleh Behrang tadi sebenarnya ia mempunyai kepentingan orang ramai namun walau bagaimanapun dari segi teknikalnya perlu kita perhalusi pertama dalam konteks sama ada bidang kuasa yang dikemukakan ini berada di bawah kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku Sultan atau pun dia berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan hal-hal yang berkaitan dengan wasiat-wasiat yang terutamanya yang melibatkan orang-orang Islam kalau tidak silap saya berada dalam lingkungan dari segi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Kalau ianya boleh dijadikan sebagai satu enakmen hendaklah kita terlebih dahulu mengemukakan cadangan ini disembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekiranya apa yang dicadangkan ini tidak berada dalam lingkungan bidang kuasa Majlis Agama Islam ataupun di bawah bidang kuasa raja-raja maka ianya boleh kita cadangkan. Itu yang pertama ya. Sila ambil perhatian perkara ini.
Yang keduanya berkaitan dengan mengusulkan untuk jawatankuasa pilihan khas ataupun hanya sebuah jawatankuasa untuk membuat kajian yang mungkin terdiri daripada satu lagi bentuk bipartisan yang boleh digerakkan daripada Dewan ini dengan melibatkan juga anggota-anggota kerajaan ataupun golongan mereka yang berkepentingan di dalamnya sama ada daripada Jabatan Agama Islam dan juga jabatan-jabatan lain yang boleh dibawa bersama-sama untuk membentuk sebuah enakmen. Saya fikir tidak ada siapa pun boleh mempertikaikan akan peri pentingnya untuk kita mengemukakan cadangan ini. Yang keduanya dalam soalnya wasiat saya fikir dia juga terbahagi kepada dari sudut perundangan sama ada dalam civil law ataupun dalam out door law Islam. Seperti mana dibangkitkan oleh Pinji tadi ada yang berkaitan dengan yang bukan Islam mungkin ianya tidak mempunyai masalah. Tak nak mungkin you all know better dari segi peruntukan-peruntukan dalam civil law. Cuma dalam konteks undang-undang keluarga Islam sebagai contoh dari segi pengagihan-pengagihan yang perlu yang dari segi pendekatan-pendekatan cara yang hendak dilakukan melalui pewasiat ini hendaklah diambil kira.
Jadi yang pada dasarnya saya fikir usul yang akan dikemukakan ini tidak menjadi masalah cuma kalau boleh dia hendaklah difikirkan untuk kita bentukkan betul-betul sebuah jawatankuasa khas untuk melihat sebenarnya di manakah kelompongan kelompongan yang ada. Saya tidak fikir tidak ada langsung undang-undang yang berkaitan dengan wasiat dalam apa nama undang-undang negeri Perak kita ataupun ataupun yang berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Perak selama ini. Mungkin yang dimaksudkan oleh Behrang tadi mungkin ada lompong-lompong yang perlu kita lihat sama-sama guna untuk kita memperbaikinya. Again, sekali lagi saya nak sebutkan di sini kita lihat betul-betul sama ada bidang kuasa ini benar-benar berada di bawah bidang kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku ataupun dia berada di di bawah bidang kuasa kita Ahli-ahli Dewan yang akan membentuk sebuah enakmen nanti. Terima kasih.
Terima kasih Pangkor. Saya jemput daripada Tebing Tinggi.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua, saya ingin menyinggung beberapa isu yang dibangkitkan oleh Pangkor tadi. Pada faham saya kalau kita melihat peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bidang kuasa dan kedudukan Kebawah Duli Tuanku sebagai ketua agama di sana tidak begitu jelas dinyatakan cuma di situ disebut bahawa dalam menjalankan peranan dan kuasa sebagai ketua agama Kebawah Duli Tuanku tidak perlu mendapat nasihat kerajaan dan oleh kerana Pangkor menyentuh soal kedudukan Majlis tadi. Majlis sebenarnya adalah sebahagian daripada Tuanku sendiri ertinya kedudukan dan peranan Majlis Agama ialah untuk membantu Kebawah Duli Tuanku menjalankan peranan sebagai ketua agama dan kalau kita lihat pembentukan Majlis itu sendiri pun dia dilantik secara peribadi oleh Kebawah Duli Tuanku jadi Tuanku ketua agama adalah Perlembagaan Persekutuan telah mengeluarkan satu institusi yang tersendiri ya.
Jadi apa yang dibimbangkan oleh ataupun dibangkitkan oleh Pangkor tadi, saya rasa itu soal yang kedua dan saya tidak fikir ia menjadi satu masalah kalau sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk memperincikan apa yang dicadangkan oleh usul persendirian dari Behrang tadi dan saya rasa isu-isu yang dibangkitkan oleh Pangkor boleh ditangani selepas jawatankuasa itu menamatkan kerjanya. Daripada kita sendiri melihat bahawa satu keperluan yang saya fikir perlu ditangani oleh kerana masalah ataupun pertikaian kes-kes yang berhubung dengan pusaka dan sebagainya sekurang-kurangnya dapat diselesaikan secara hitam putih kalau sebab undang-undang bertulis dan banyak dalam dalam negara kita sekarang sudah pun dilakukan tu jadi dengan perkataan lain, apa yang dihasratkan oleh usul itu seperti boleh diselesaikan dan boleh menyelesaikan banyak perkara yang sebelum ini menjadi satu isu yang boleh dikatakan serius dengan izin. Terima kasih.
Saya pun dah tidak ada perbalahan dalam dalam hal ini, cuma saya mengingatkan dalam Dewan supaya elok mungkin Yang Amat Berhormat dapat membawa perkara ini untuk melihat sebenarnya dalam bidang-bidang kuasa tu sebab sensitiviti-sensitiviti ini perlu. Saya nasihat sayalah perlu kita kita tengok sama dan yang keduanya, kalau dapat saya syorkan juga mungkin bukan hanya dalam konteks wasiat untuk kita boleh masukkan juga ke konteks hibah sebagai contoh. Ini dua perkara yang yang sangat besar dari segi orang kata nak nak transfer daripada ayah dari keluarga kepada anak-anak, ni ada dua perkara besar satu wasiat, satu hibah kalau boleh dimasukkan juga.
Terima kasih Sungkai.
Ini berkaitan dengan Enakmen Wasiat Orang-Orang Islam yang dikemukakan oleh rakan saya daripada Behrang. Saya ingin sentuh apa yang dinyatakan oleh Pasir Pinji. Apabila perkara 121 (1) Perlembagaan Persekutuan dipinda dan memberi ruang untuk rujukan Mahkamah Syariah. Mulai daripada hari itu hal-hal isu berkaitan dengan bukan Islam. Tidak terjatuh di bawah akta-akta atau enakmen-enakmen Islam. Jadi sekarang kalau kita nak minta supaya membawa anak yatim bukan Islam di bawah enakmen ini, that would be a total breach of article 121 (1A), sekarang pun kita sudah ada kekeliruan.
Dato’ Yang Dipertua, saya telah mengendali beberapa kes berkaitan dengan pemelukan orang bukan Islam ke Islam dan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Seorang bukan Islam memeluk Islam, isteri dan anak-anak tidak memeluk dan jika yang memeluk Islam meninggal dunia, harta-harta beliau tidak akan turunkan kepada waris-waris bukan Islam, walaupun isteri dan anak di bawah undang-undang Syariah, jika mereka ini tidak memeluk Islam. That is the standing now, the court. Kes Monteves Murty on-point. My own case on-point. Jadi mereka tak dapat apa-apa. Dalam kes itu Perdana Menteri sendiri telah menasihati supaya memberikan harta-harta kepada isteri Murty yang tidak memeluk agama Islam. So the issue is there. So by you pre non muslim in this enactment, it is the course no problem. Jadi saya percaya saya tak setuju dengan teguran itu. Terima kasih.
Terima kasih, sikit je .
Sikit je. Mungkinlah Yang Berhormat Sungkai salah faham apa yang saya kata, saya bukan kata nak bawa anak-anak bukan Islam untuk turut terlibat. Cuma implikasi tadi ayat Al-Quran yang disampaikan oleh Yang Berhormat Behrang menyentuh anak-anak yatim, betul dan apa yang saya sebut adalah bahawasanya sekiranya dalam kajian kelompongan-kelompongan dan respon atau intervensi dasarnya adalah untuk mewujudkan rumah-rumah anak anak anak anak yatim. Adakah rumah-rumah anak yatim itu juga perlu menjaga kebajikan dan menjadi intervensi polisi kepada anak-anak yatim yang bukan Islam juga?
Ok I think that. Terima kasih. Saya minta saya jemput Behrang untuk gulung.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua, saya percaya bahawa ada keperluan untuk saya menjelaskan apa sebenarnya ini bukan patutnya keperluan. Yang pertama sekali berdasarkan kepada Seksyen 421 kalau tak silap, kanun betulkan saya Kanun Tanah Negara memperuntukkan harta orang Islam mesti dikesahkan secara faraid. Maknanya dia tak ada choice. Non muslim kalau ada property moval voval kena settle by faraid. Tak ada choice yang lain mana-mana yang melanggar faraid tu boleh dibatalkan dia punya apa ni tetapi bila kita mengikut hukum atau mengikut apa yang tertera dalam hukum faraid, apabila terputus nasab sebagai anak yatim yang bapa immediate bapa dia meninggal dunia tetapi bapa dia mati terlebih dahulu, maka dia tidak ada hak untuk mewarisi terputus kesinambungan. Jadi dia berlaku tekanan ataupun pressure kepada so, apakah mekanisme so, dalam hal non-muslim dia tak ada masalah itu, kan If you want to have will siapa pun dalam keluarga ke luar keluarga doesn’t matter tetapi dalam Mazhab Syafie wasiat kepada keluarga tak sah atau wasiat lebih daripada boleh dikatakan tak sah banyak dapatlah tetapi boleh dikatakan tidak sah ataupun wasiat lebih daripada satu pertiga boleh dicabar oleh waris lain sebagai tak sah. Itu kekangan kepada muslim. Non muslim tak apa orait.
So, sekarang ini kita dapati anak-anak yatim telah dibela di Mesir dan termasuk negeri lain dengan cara memperkenalkan enakmen wasiat yang di dalamnya ada peruntukan wasiat wajibah. Maknanya itu yang saya petik A1-Baqarah 220 sebagai sebuah kerajaan kita kena mengatur, kita kena ada peruntukan perundangan bagi membuktikan kita sebuah kerajaan yang mengatur dan menjaga kepentingan anak yatim. So, dalam konteks ini dalam hal muslim kita berbidang kuasa dan kita ada presiden kita boleh contohi. Cuma dalam konteks Negeri Perak ini kita bergantung kepada Fatwa tetapi fatwa saya tak pasti sama ada fatwa telah digazet ke atau pun tidak tentang cuma dalam perkembangan undang-undang seperti apa yang berlaku di Selangor, adakah anak yatim telah berumur lebih daripada 18 tahun ini layak atau tidak untuk dibagi satu persatu satu perundangan baru dan apabila YB Sungkai membangkitkan persoalan baru yang bakal timbul adakah anak yatim yang bukan Islam, layak atau tidak? Satu persoalan perundangan baru berbanding dengan fatwa yang forumnya terhad, saya melihat dengan adanya enakmen dengan adanya Dewan yang mulia ini ianya menjadi satu forum terbaik untuk kita memperkukuhkan memperkuatkan dan menjaga kepentingan anak-anak yatim ini secara normal, forum dah ada that why saya secara peribadi prefer enactmant compact dengan Fatwa. Ruang untuk melihat dan review itu terhad. So, mahkamah boleh dijadikan forum.
So, negeri lain telah memulakan dan dah ada kita perlu adopt sahaja bertambah saja. So, dengan kata lain kita mengambil tanggungjawab mengatur perihal anak yatim kemudian kita menyediakan forum untuk review. Dua perkara baru, satu anak yatim bukan Islam bagaimana? Banyak pendapat. Anak yatim yang dah cukup umur 40 tahun, cukup tak? Banyak kes, adakah kita nak ambil prospectively ke atau retrospectively. Ada tiga persoalan perundangan berikutnya yang nak di bentang. So that why saya tak prefer fatwa. Bukan menafikan bidang kuasa tetapi di dalam hal penambahbaikan undang-undang, this is the right forum. Itu yang pertama. Yang kedua soal bidang kuasa saya mengambil kira apa yang dinyatakan oleh Pangkor cuma Bahasa mudahnya this is kind settle law berbidang kuasa sebab di sana ada Melaka, di sana ada Penang, di sana ada Negeri Sembilan. Itulah memang ada negeri-negeri lain yang telah dan yang terakhirnya daripada apa yang dibangkitkan oleh Pinji sebentar tadi, saya mengharapkan kita negeri Perak ini kita boleh mengesahkan, kita boleh menjaga kepentingan semua anak yatim tak kira Islam ataupun bukan Islam.
Sekiranya ada enakmen menjaga anak Islam kenapa tidak kita jaga. So, mungkinlah dengan Jabatan Kebajikan kita boleh fokus sedikit tanpa perlu enakmen tanpa perlu dan boleh menyebabkan orang-orang bukan Islam yang lain yang ada empathy yang ada simpati untuk berwasiat kepada non-muslim boleh menggunakan mekanisma-mekanisma untuk mereka memberi sumbangan ke atau memberi wasiat kepada isteri. So, tidak semestinya kita menguruskan non-muslim dalam bentuk untuk mengadakan enakmen tetapi dengan meningkatkan jagaan, rumah jagaan non-muslim yang ada dalam Negeri Perak. Kita boleh memanfaatkan itu. Cuma dari sudut perundangannya enakmen itu telah ada di negeri lain. Dia tidak ada dalam Negeri Perak. Ianya satu mekanisme yang terbaik buat masa ini. Kenapa tidak dimanfaatkan. Jadi saya rasa matlamat sebenarnya ialah untuk menyediakan mekanisme menjaga kebajikan anak-anak yatim termasuk non-muslim.
Walaupun ianya tidak berbidang kuasa dalam itu tetapi ianya boleh menjadi perangsang ataupun satu motivasi untuk pihak lain, jabatan lain untuk menguruskan anak-anak yatim yang ada dalam Negeri Perak.
Ada lagi Behrang.
Yang terakhirnya saya percaya bahawa keperluan untuk menggubal ini bukan bermaksud jawatankuasa mengkaji enakmen ini mengambil alih tugasan pihak kerajaan. Tidak. Tetapi kita pada sesi yang lepas telah menubuhkan satu jawatankuasa pilihan khas untuk mengkaji enakmen. So tugasannya termasuklah mengkaji enakmen yang sedia ada, yang perlu dipinda, yang perlu diubah, yang perlu tetapi tiada. So, dalam bentuk kemukakan sama ada bukan sebiji penggubalan. Tidak tetapi mengenal pasti apa yang tiada tetapi perlu diadakan. Dalam konteks ini di Selangor dah ada. Di Negeri Sembilan dah ada. Di Melaka dah ada. So, jawatankuasa ini perlu membawa enakmen ini dan tonjolkan kepada jabatan-jabatan tentu dan juga untuk membolehkan kita adopt atau gunapakai perkara yang sama. So, no such thing tidak ada. Yang penutup taking over atau mengambil alih kuasa menggubal undang-undang bagi pihak kerajaan dan sekali lagi ia menjawablah. Tak adalah berlaku overlapping tadi. So saya ingat itu saja sedikit penggulungan dan jawapan daripada saya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Behrang untuk meletakkan perkara ini dalam konteks. Saya ingin maklumkan tekankan sekali lagi bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Mengkaji Enakmen-Enakmen Negeri Perak ini memang telah diwujudkan dan sememangnya telah dianggotai oleh dengan izin senior members Ahli-ahli Dewan yang ada tadi sini dan kemudian itu yang pertama dan yang keduanya implikasi kepada kelulusan usul ini ialah ianya perkara ini akan dirujuk kepada jawatankuasa tersebut untuk dikaji terlebih dahulu dan mengikut pindaan usul ini ianya akan mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk membawanya apabila ianya telah diperbincangkan, diperdebatkan, dihujahkan, dibincangkan dan semua-semua jabatan yang ada. Ok, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Masalahnya sekarang dihadapan kita ada satu usul persendirian.
Sebelum itu Dato' Speaker boleh saya ialah saya tidak bahaskan lagilah benda ini. Cuma dari segi strukturjawatankuasa ini ianya akan dipengerusikan oleh Speaker dan juga dianggotai oleh ahli-ahli senior members. Kena jelaskan dalam Dewan.
Ya, betul memang betul. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang di hadapan kita ada satu usul persendirian seperti mana yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua telah dibentangkan, dibahaskan dan digulung yang saya kemukakan kepada Dewan untuk diundi. Dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila besar tidak. Disebabkan semuanya bersuara setuju maka ianya menjadi satu sejarah pada hari ini usul persendirian yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Behrang diluluskan dan dipersetujui dan diluluskan.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan. Ada sokongan.
Dato’ Yang Dipertua, Sungai Manik menyokong.
Ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan ke suatu masa yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.