Perak · 19 July 2022
14th Assembly, 5th session, 2nd meeting · 161 turns · 15,941 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Kedua, Tahun Kelima, Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa 19 Julai 2022 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah selawat dan salam atas Rasul-Nya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat Maha Hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa aman, makmur limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian hamba-Mu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkat-Mu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan Taufik-Mu, Hidayat-Mu dimohon menyuluh memandukan pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan menjunjung perintah dan Kebesaran-Mu. Mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan. Amin ya Allah, seru sekalian alam.
Pengumuman Tuan Yang DiPertua
Perkara yang Kedua. Pengumuman Tuan Yang DiPertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat pengumuman.
Perkara yang pertama, Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan berkaitan langkah kawalan pencegahan Covid-19. Secara keseluruhannya pada persidangan semalam, semua pihak dilihat telah berjaya mematuhi SOP dan garis panduan yang ditetapkan dan saya amat berharap ianya dapat diteruskan pada persidangan hari ini. Perkara yang kedua, saya mewakili seluruh seluruh Dewan Negeri dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Ingin mengalu-alukan dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin atas perlantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Perak yang baru. Saya amat optimis dengan pengalaman luas dan kredibiliti yang dimiliki beliau mampu menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan pada aras kecemerlangan tertinggi. Selamat maju jaya Saya ucapkan. Sekian, terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk soalan lisan pada hari ini adalah selama 1 jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Soalan Pasir Panjang nombor 1.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Panjang berkaitan dengan projek perintis NRREE. Untuk makluman Yang Berhormat, projek perintis NRREE ini telah memperolehi kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Ibu Pejabat Putrajaya pada 11 Mei 2022. Seterusnya, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah meluluskan surat kelulusan Skim Pengendalian Melombong SKSPM pada 27 Mei 2022. Walaubagaimanapun terdapat keperluan untuk penggerak projek ini mendapatkan beberapa kelulusan lain seperti kebenaran merancang, Social Impact Assessment (SIA), Environmental Management Plan (EMP) dan Erosion and Sediment Control Plan (ESCP) di mana projek perintis ini hanya akan boleh dilaksanakan selepas semua kelulusan itu diperolehi.
Soalan B, untuk makluman Yang Berhormat juga pelaburan daripada pelaksanaan projek perintis ini akan mampu memberi impak positif kepada rakyat Negeri Perak terutamanya di Daerah Hulu Perak. Masyarakat tempatan dijangka akan menerima penawaran peluang pekerjaan baru sebagai tenaga kerja separa mahir dan buruh serta peluang perniagaan baru dapat diwujudkan seperti kedai makan, kedai runcit, rumah penginapan, dobi, bengkel kenderaan dan lain-lain. Manakala dalam jangka masa panjang diunjurkan adanya pembukaan kilang pengasingan mineral bagi industri pertengahan dan kewujudan industri berteknologi tinggi bagi industri hiliran yang akan merancakkan sektor penyelidikan dan pembangunan, pengkomersialan dan inovasi RDCNI tempatan. Oleh demikian, Kerajaan Negeri akan menyokong sepenuhnya pembangunan industri penternakan dan hiliran setelah menerima hasil dapatan daripada kejayaan projek perintis NRREE. Untuk menjawab Soalan C, untuk maklumat Yang Berhormat, mineral seperti pasir silika, kaolin, bijih timah dan tanah liat adalah merupakan antara mineral strategik yang memberi sumbangan releven kepada statistik KDNK Negeri Perak. Dasarkan kepada rekod hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Negeri daripada sektor mineral bagi tahun 2019 hingga 2021 adalah sebanyak RM238,163,243.80. Terima kasih.
Pasir Panjang.
Soalan tambahan ya. Kita juga mendengar rungutan di luar sana iaitu mengatakan bahawa apa tu. mengikut alam sekitar, kawasan tersebut berada di kawasan-kawasan sensitif alam sekitar peringkat pertama dan telahpun diwar-warkan gambar-gambar di kawasan di luar sana dan yang ketiganya apakah tidak menyalahi dari undang-undang? Terima kasih.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Pasir Panjang saya memahami keprihatinan Yang Berhormat Pasir Panjang dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain. Pertama sekali sukacita saya maklumkan bahawa pendirian Kerajaan Negeri begitu jelas dan tegas. Yang pertama kita tidak akan benarkan projek ini dilangsungkan jika bahan tersebut adalah merupakan bahan sumber radioaktif. Kita tak akan mempertaruhkan keselamatan kesihatan dan nyawa manusia hanya semata-mata untuk mencari pendapatan baru. Jadi telah disahkan oleh jabatan atom bahawa sumber tersebut bukanlah sumber radioaktif.
Yang kedua kita juga sensitif tidak akan membenarkan ia dilakukan dalam kawasan hutan simpan kekal kerana memang kita tertakluk kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan iaitu tidak boleh ada sebarang usaha aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal tetapi projek yang nak dibuat ini dalam kawasan tanah hak milik SADC. Bermakna dia bukan hutan simpan kekal, dia tanah milik. Tanah yang ada hamilik. Dia bukan hutan simpan kekal dan yang ketiga, kita pun faham kalau ia dilakukan dalam kawasan Central Forest Spine, it is not dia telah disahkan oleh PTG dia di luar kawasan Central Forest Spin.e Jadi kebimbangan Yang Berhormat itu saya nak sebutkan kita tak perlu bimbang sebab Kerajaan Negeri tegas kita akur kita tegas dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan termasuk SOP yang telah pun diputuskan oleh kementerian, terima kasih.
Temenggor, kawasan ini.
Terima kasih Dato’ Tuan Yang Dipertua. Soalan tambahan saya. Saya juga seperti yang dimaklumkan oleh Pasir Panjang tadi apabila imej paparan satelit ataupun ada gambar-gambar yang dikeluarkan ada kolam-kolam untuk tujuan NRREE ini maka isu ini telah dipolitikkan. Walaupun sebentar tadi Yang Amat Berhormat Kota Tampan memaklumkan bahawa kita akan serius untuk memastikan perkara ini sekiranya memberi kesan kepada alam sekitar tindakan akan diambil dan sebagainya tetapi mungkin kerajaan itu boleh memberi penjelasan. Kalau apa yang telah dijelaskan tadi baru di peringkat KM perlu mendapatkan kelulusan-kelulusan dan masih belum lagi mendapat kelulusan yang lain-lain, tapi mana mungkin kolam yang wujud itu telah ada sedangkan baru diperingkat KM. Itu saja, terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, terima kasih kepada Temenggor. Gambaran satelit yang telah dikeluarkan itu adalah merupakan kolam yang telah dibina jauh lebih awal daripada sekarang. Sebab tidak ada mana-mana kelulusan dikeluarkan kepada mana-mana syarikat untuk melakukannya. Tapi saya faham apa yang telah dibuat oleh syarikat berkenaan. Dia buat lebih dahulu daripada SOP dikeluarkan. Sebab itu pada bulan awal bulan Januari 2021 dalam masa saya mengadakan program mesra di Hulu Perak, bila kita tahu bawa ada kolam telah dibuat dan kita dapati bahawa syarikat tersebut belum pun mendapat apa-apa kelulusan kerana SOP belum pun dikeluarkan jadi kerajaan negeri telah pun mengarahkan mereka memberhentikan serta-merta dan hendaklah melakukan mitigasi kepada kawasan tersebut. Jadi syarikat tersebut telahpun memberhentikannya dan kolam itu kolam lama yang diambil gambar balik dan mereka sekarang ini belum boleh melakukan apa-apa melainkan melakukan mitigasi kepada tempat tersebut seperti mereka diperlukan untuk menanam tanaman tutup bumi bagi kawasan yang telah terdedah dan juga membuat landskap dengan penanaman semula spesis pokok cepat tumbuh sebagai proses ataupun program mitigasi dan mereka masih lagi perlu akur seperti disebutkan tadi masih perlu untuk memohon kebenaran merancang kepada Majlis Daerah Gerik dan untuk mendapat kebenaran tersebut mereka masih perlu melalui proses-proses yang saya sebutkan tadi. Jadi jawapan kepada Temenggor tadi memang betul ada kolam itu dibuat oleh syarikat berkenaan jauh lebih dahulu sebelum saya jadi Menteri Besar lagipun ada masuk dan kita mendapati itu adalah merupakan kesalahan they have to stop it seperti mana kita arahkan dan ia adalah tugas mereka mesti mematuhi SOP sepertimana yang ditetapkan oleh kementerian.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan ini saya percaya topik ni topik yang cukup penting dan prihatin yang diambil perhatin bukan sahaja oleh Ahli-ahli Dewan tetapi juga oleh rakyat jadi saya, boleh Yang Berhormat saya minta ada saya tengok Pengkalan Hulu bangun dulu tadi. Minta Pengkalan Hulu tanya dulu kemudian ada Mukim Kenering kerana kawasan dia disebut. Saya tahu kemudian kita bagi kepada Pinji. Tiga saja kemudian cukup. Ok terima kasih.
Tahniah kepada Yang Amat Berhormat. Itu ucapan tahniah bagi pihak saya dan semua yang ada dalam Dewan ini kepada MB Inc dan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan saya adakah kerajaan melihat NRREE ini kita mengkaji lebih mendalam kesan sama ada untuk bahan ini diproses di kawasan yang sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan mineral ini ataupun kita meneliti kembali untuk mineral ini raw material ini dihantar terus ke luar negara bagi mengelakkan daripada kerisauan rakyat yang ada disekitar Hulu Perak ini tentang kesan-kesan sampingan? Itu sahaja soalan saya kepada Yang Amat Berhormat.
Dato' Yang Dipertua, seperti kita maklum ini adalah peringkat projek perintis. Maknanya kita belum lagi dapat hasil apa-apa kalau setelah semua SOP itu dipatuhi dan syarikat berkenaan sudah boleh mula menjalankan projek setelah kita dapat hasil baru kita boleh lihat sama ada hasil tersebut boleh kita melakukan prosesnya di sini atau pun kita hanya perlu hantar ke negara lain. Ada dua pendapat. Satu seperti mana dahulu bijih timah, oleh kerana kita tidak ada apa-apa teknologi maka kita ekspot keseluruhan bijih itu keluar negar kemudian hasilnya dijual balik kepada kita. Jadi kita ada kerugian. Kita kerugian peluang pekerjaan, kita kerugian untuk mendapat keuntungan yang lebih tapi ada pendapat sekarang mengatakan setelah negara kita maju kita ada tenaga-tenaga mahir, kita ada orang berpendidikan, kita ada orang berkemahiran, mengapa tidak kali ini hasil bumi ini diproses di negeri ini sendiri supaya kita dapat memberi peluang pekerjaan yang lebih kepada rakyat kita di samping kita dapat keuntungan yang lebih kerana hasil itu diproses dan kita boleh eksport pula hasil itu ke lain.
Yang ini kita akan kaji Yang Berhormat yang mana jauh lebih menguntungkan kepada kita kerana pada waktu yang sama kita kena ambil kira juga banyak faktor termasuk faktor-faktor yang dibimbangi oleh orang ramai kerana katanya akan ada bahan radioaktif. Yang ini kita akan kaji Dato' Yang Dipertua dan Yang Berhormat Pengkalan Hulu asalkan saya katakan tadi ia memberi pulangan yang baik kepada rakyat Negeri Perak dan ia memberi keuntungan yang baik dan ia tidak memudaratkan kita. Kita akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik pada waktu yang sama menjaga alam sekitar, kesihatan dan kebersihan diri kita. Insya Allah.
Kenering.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Saya juga mengambil kesempatan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas jaminan yang telah diberikan dalam jawapan awal tadi menyatakan bahawa ianya hanya akan dilaksanakan apabila mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Isunya timbul sekarang kerana sebelum ini pembinaan kolam dan walau pun pada peringkat awal kelulusan tetapi telah wujud kolam-kolam pembinaan. Kerajaan sebelum ini kerajaan yang memilih. Saya sendiri sebab ini kawasan saya. Saya sendiri pergi tengok dan saya tidak puas hati itu antara yang protes awal saya tapi saya tak gunalah media sosial tapi saya tengok akhir-akhir ini ramai sangat datang. Kita protes peringkat awal kerana kita tidak diberi maklumat yang lengkap. Projek siapa? Tanah milik siapa?
Soalan… Soalan.
Soalan saya sejauh mana jaminan apa dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan ini akan dilaksanakan? Andai kata berlaku perubahan kepimpinan dan kerajaan kita tak tahu kerana kesannya nanti akan kena pada kawasan saya. Sebagai contoh Gerik dan sekitarnya dan yang kedua saya nak juga jaminan di sini bahawa cukuplah kami di Daerah Hulu Perak menyumbang kepada sumber tenaga elektrik melalui empangan dan sebagainya, Temengor, Kenering, Bersia dan sebagainya. Royalti untuk Hulu Perak. Bukan semuanya dipark kepada negeri dan Hulu Perak pula kena mohon. Akhirnya walau pun kawasan kami pengeluar utama elektrik tetapi masih berada di pembangunan yang terdekat yang tidak membanggakan. Ok, dan gambaran yang perlu diberi di samping soalan peristiwa yang berlaku di Baling tempoh hari Gunung Inas punca. Semalam pun dah ada jawapan walau pun Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat.
Ya soalan saya…
Yang berkaitan.
Ya. Jadi soalan saya kedudukan kawasan itu memberikan kesan yang cukup besar. Sebelah sana Gunung Inas banjir baru di Baling dan kawasan sebelah sini kawasan yang terlibat tanpa diurus dengan baik akan memberikan kesan yang cukup besar dan sejauh mana jaminan Kerajaan Negeri soalan dia supaya yang digondolkan sebelum ini kolam-kolam yang ada tu dapat dihijaukan semula dalam tempoh yang terdekat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kenering. Seperti yang disebutkan tadi apakah jaminan jika berlaku perubahan kerajaan. Sukacita saya sebutkan di sini ini adalah satu sumber baru kepada Kerajaan Negeri. Ia bukan sahaja diuruskan oleh saya sebagai Menteri Besar yang baru. Sebenarnya NREE telah dimulakan di zaman Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Negeri Perak di masa menteri waktu itu saya ingat saya ingat Doktor Xaview menjadi menteri, dia dah bawa rombongan daripada kementerian dan termasuk jabatan teknikal daripada Perak ni melawat China untuk melihat bagaimana Negeri China mengekstrak bijih ini dan dengan keyakinan itulah maka teknologi itu dibawa ke Perak dan diyakinkan bahawa ia adalah selamat kerana saya tengok dalam gambar itu Doktor Xaview dan rakan-rakan minum air daripada takungan hasil ekstrak bijih tersebut menunjukkan selamatlah ia, ia bukan satu bahan radioaktif. Itu nak maksudkan bahawa jika sekali pun berlaku pertukaran kerajaan jika aa merupakan sumber bumi yang baik untuk kita jadikan sumber pendapatan, tak perlulah kita nak tukar sebab daripada Pakatan Harapan kepada peringkat nasional kepada saya kita teruskan sebab kita berpendapat itu adalah merupakan sumber baru kepada Kerajaan Negeri. Baik Yang Berhormat Kenering juga
Minta laluan ini bukan bahas.
Yang Berhormat Kenering juga minta jaminan supaya apa yang berlaku peristiwa di Baling tu tak berulang di tempat ini. Saya yakin ini kita ambil kira sebab kita ada SOP yang perlu dipatuhi. Yang ini kita pantau dengan begitu ketat sekali Dato' Yang Dipertua kerana saya sebutkan tadi kita tak nak apa yang berlaku di tempat-tempat lain itu berulang di sini tetapi pada waktu yang sama tak nak la pula kita membiarkan sumber itu berada di situ sebab not only in Perak. Perak ni hanyalah projek perintis. Jika ianya dapat dibuktikan satu sumber bumi yang mendatangkan hasil yang baik di Kedah dan Terengganu lagi banyak. Lagi banyak. Jadi kalau berlaku di Perak ini dan disahkan ia baik maka Kedah dan Terengganu juga akan melakukan aktiviti perlombongan yang sama.
Seperti yang saya nyatakan tadi saya last Pasir Pinji maaf soalan tapi soalan direct soalan yang berkaitan dengan topik. Saya tahu ini topik yang sangat popular. Ok, Pasir Pinji.
Ok. Terima kasih Yang Amat Berhormat atas penjelasan tapi saya perlu ditegaskan di sini zaman Pakatan Harapan PPN ditadbir oleh Pakatan Harapan tidak pernah buat keputusan di peringkat Exco untuk meneruskan apa-apa pun. Itu faktanya. Kita boleh cabar kat luar…
Pasir Pinji, soalan…soalan.
Sebab benda yang tak betul perlu diperbetulkan.
Ok…ok...soalan.
Keduanya…
Ok.
Apa hal. Ambil tindakan yang tegas. Apabila kita bincang tentang hasil eh commonlah orang lama can you pay the Dewan some respect.
Ok Pinji, saya bagi soalan ni, saya bagi tambahan soalan ialah fakta.
Apa benda. Yes, exactly I know what happened do you know what happened? Do you know what happened? Were you in EXCO, you still not in EXCO, so please respect the Dewan.
Ok…ok… ok…, sila duduk. Saya bagi tambahan soalan ni kan kita tahu topik ini topik yang popular dan mahu semua nak tahu jadi kita terus kepada soalan. Pinji soalan.
Harap di luar sana boleh nampaklah.
Ok, Pinji soalan.
Hasil royalti sebenarnya datang dia berjenis-jenis. Apabila bincang tentang dia bukan sahaja dua jenis Yang Berhormat sebut tadi. Dia bukan saja kita jual terus atau kita proses. Sebenarnya ada enam jenis termasuk non-operating, non-working interest, royalti overwrite dan sebagainya di mana kita boleh mengelak pemprosesan dan penapisan berlaku di sini sebab penapisan tu sebenarnya yang paling bahaya. Bagi sayalah sekurang-kurangnya Dewan ini dan kerajaan yang sekarang sedia ada perlu membuat satu pendirian yang jelas sebab penapisan dan pemprosesan adalah sesuatu yang sangat-sangat merbahaya dan ini belum masuk lagi dia punya pengorekkan dan in-situ leching sekarang, yang bila kita kata tanah tu tanah milik, ya tetapi bila in-situ leching tu ayor dan chemical masuk kita tak tahu rongga-rongga di bawah tanah tu ayor tu mungkin keluar tanah.
Pinji, soalan.
So, saya minta pandangan dan pendirian dan pandangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dari segi royalty dan overite dan cara-cara interest royalty yang lain. Apakah yang sedang dikaji dan keduanya apa pandangan Kerajaan Negeri berkenaan dengan walaupun tanah itu tak ada dalam centrallo mata air kat bawah tanah itu? Itu yang sebenarnya sangat-sangat bahaya.
ok, terima kasih. Menteri Besar.
Terima kasih, Pasir Pinji. Saya sebut awal tadi ini projek printis kita belum lagi tak tengok dia punya tu macam mana. Setelah diabstrak, setelah kita dapat hasil, saya sebutkan tadi saya sebutkan ada enam ada enam betullah mungkin lebih dari enam pun sumber hasil. Saya sebutkan tadi Kerajaan Negeri bertegas kita pertama jika sekiranya projek ini mendatangkan keuntungan dan pendapatan revenue yang baik kepada negeri dan untuk kebajikan rakyat, kita takkan lepaskan peluang itu sebab negara gawat tetapi kita faham saya sebutkan kita tegas, kita tak akan melanggar mana-mana peraturan, mana-mana SOP yang telah ditetapkan, cuma yang disebut oleh Yang Berhormat tadi yang dibimbangi ialah bahan kimia yang dimasukkan itu bahan kimia tersebut adalah amonium sulfik yang terkandung dalam baja, actually dia boleh menyuburkan tumbuh-tumbuhan. Tapi kalau itu dibimbangi Yang Berhormat, kita tak boleh meracun tau, wants you racun apa-apa tanaman pun racun akan masuk ke dalam tanah dan meresap pada tempat. Kalau itu yang dibimbangi.
So, kita tak boleh menyalahkan itu kita pantau kita pantau ia betul menyebabkan berlakunya mati orang sebelah, kita kena stop, sebab dia memberi kemudaratan. Tapi kalau kita rasakan akan masuk saja itu bahan kimia dalam bumi menjejaskan apa yang ada di bawah, kita tak boleh meracun, sebab racun ni yang kita racun pokok di racun padi, racun tanam-tanaman, racun ular, racun cili semua akhirnya masuk ke dalam bumi, kalau hujan terus masuk ke bawah dan itu juga akan masuk ke sungai dan sebagainya. Jadi itu kita ambil kira kerana ia adalah perkara yang dibimbangi dia saya nak menyakinkan kepada Dewan ini bahawa kita akan mematuhi SOP dan kita memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat. Janganlah kerana nak mengejar pendapatan maka kita akan mempertaruhkan nyawa rakyat, no, itu janji kita kepada rakyat.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput dari Ahli Yang Berhormat daripada Kawasan Slim untuk mengemukakan nombor soalan.
Speaker, speaker saya nak tambah skit. Satu kesalahan jenayah telah dilakukan, ini serius apa tindakan susulan kepada pihak yang bertanggungjawab. Saya faham ini ini penting. Sebab dalam Dewan ini baru kita dimaklumkan satu kesalahan telah dilakukan, jadi kita nak tahu apa tindakan susulan kerana sudah lebih satu tahun. Something criminal, ini kesalahan criminal. Sebab tak ada kelulusan buat telah dibina….
Keranji no…no…no…please sit down please. No…no…no Keranji. N… no…no…please, Keranji please sit down. Keranji please sit down. No…no…no…itu jawapan, itu sesi soalan, saya pun bagi tambahan, no…no…no Keranji…Keranji…Keranji…Keranji please sit down. No…no…no sit down. Keranji sit down. Keranji sit down please…sit down please. Sila duduk.
Tuan Yang Dipertua…Tuan Yang Dipertua satu soalan yang penting boleh.
No, soalan dari Kawasan Slim soalan nombor dua.
Assalamualaikum warahmatullah saya soalan nombor dua.
Bismillahhirrohmannirrohhim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan juga salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang Dipertua di atas ruang dan juga peluang untuk saya menjawab soalan daripada Áhli Yang Berhormat DUN Slim. Soalan berkaitan dengan yang pertamanya perincian jumlah murid yang masih gagal untuk menguasai 3M membaca, menulis dan juga mengeja. Pengkhususan di daerah Mualim dan juga langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah ini.
Dato’ Yang Dipertua suka untuk saya maklumkan soalan yang diberikan ini juga sebenarnya saya akan menjawab bersekali dan juga bersama dengan soalan daripada beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain yang berkaitan dengannya termasuklah daripada Belanja termasuk juga daripada Manong, daripada Trong dan juga daripada Astaka. Dato’ Yang Dipertua, suka untuk saya maklumkan buat kali yang pertamanya jumlah murid pemulihan khas yang belum menguasai kemahiran bagi membaca, menulis dan juga mengira. Bagi Pejabat Pendidikan Daerah Muallim ialah seramai 564 orang murid. Data adalah diambil daripada unit data sehingga April tahun 2022. Daripada jumlah tersebut pelajar ataupun murid di tahun dua adalah seramai 261 orang, murid tahun tiga seramai 171 orang, bagi murid tahun empat seramai 75 orang, murid tahun lima seramai 36 orang dan yang terakhir murid tahun enam seramai 21 orang. Antara langkah dan juga pelan mitigasi serta proses program intervensi yang telahpun dan akan dilaksanakan bagi tahun 2022 bagi kita mengatasi masalah murid pemulihan khas dan juga murid yang sedang menghadapi masalah 3M ini ialah antaranya pertama pegawai pemulihan khas daerah seringkali melaksanakan kunjung bantu program pemulihan ke-17 sekolah prioriti dan juga 14 buah sekolah-sekolah yang lain sekitar daerah Muallim. Selain daripada itu sesi taklimat perlaksanaan program pemulihan khas turut diadakan sekurang-kurangnya dua ke tiga kali dalam tempoh setahun.
Jabatan Pendidikan Negeri dan juga pihak Pejabat Pendidikan Daerah juga telah pun melaksanakan perkongsian amalan terbaik program pemulihan antara sekolah-sekolah bagi terus membantu guru-guru melaksanakan intervensi yang sesuai bagi membantu murid-murid pemulihan khas ini pihak Pejabat Pendidikan Daerah juga melaksanakan dialog prestasi dengan sekolah yang tinggi bilangan dan peratus murid pemulihan khasnya dan juga melaksanakan program program pemantapan 3M Sekolah Murid Orang Asli ataupun SMKOA di Sekolah Kebangsaan Pos Bersih dan Sekolah Kebangsaan Pos Tenau dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seterusnya program bimbingan asas 3M murid orang asli di sekolah bukan murid orang asli turut diadakan dengan kerjasama yang khusus daripada pihak JAKOA dan juga pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Suka juga untuk saya maklumkan kepada Dato’ Yang Dipertua serta rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan pada hari ini. Tadi saya ada sebutkan berkaitan dengan data di daerah muallim tapi ada juga soalan berkaitan dengan keseluruhan Negeri Perak.
Berdasarkan data murid pemulihan khas yang telah pun dicabut ataupun diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun berakhir bulan April 2022 didapati seramai 14 272 orang pelajar yakni 8.7% murid pemulihan khas, 3M di Negeri Perak iaitu dari tahun 2 hingga tahun 6. Pecahan mengikut tahun seperti berikut. Seluruh Negeri Perak tahun dua seramai 5839 orang pelajar, tahun tiga melibatkan jumlah terbanyak 4396 orang pelajar, tahun empat melibatkan jumlah 2321 orang murid, tahun lima 1167 orang pelajar dan juga tahun enam seramai 549 orang pelajar. Pun begitu suka untuk saya maklumkan jumlah murid pemulihan khas 3M akan berkurangan pada akhir sesi kalendar akademik persekolahan nanti selepas program- program intervensi dan juga program-program mitigasi di antara jabatan-jabatan agensi-agensi dan juga pihak-pihak di luar sana, dilaksanakan daripada masa ke semasa.
Soalan tambahan Slim.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat EXCO yang membentangkan tentang permasalahan 3M ini dan saya nampak jumlah yang agak ramai di Perak dan khususnya di dalam daerah Muallim. Soalan tambahan saya apakah intervensi yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak sendiri bagi mengurangkan murid pemulihan khas 3M ini?
Terima kasih bagi soalan tambahan yang telah diberikan. Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah dan akan melaksanakan program-program seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Program mitigasi dan juga program intervensi bagi terus memastikan murid pemulihan khas 3M ini menguasai kemahiran bukan sahaja literasi malah kemahiran literasi dan juga kemahiran numerasi sebelum mereka melangkah ke tahun-tahun yang berikutnya. Antara intervensi yang giat dilaksanakan dan juga dijalankan ketika ini ialah dengan melaksanakan Program Coaching dan Mentoring oleh pegawai pemulihan khas pejabat pendidikan daerah di sekolah-sekolah yang telah pun termasuk di dalam list yang mempunyai ramai pelajar ataupun murid-murid pemulihan khas 3M di setiap daerah.
Setiap pejabat pendidikan daerah untuk makluman semua mempunyai 4 orang pegawai pemulihan khas yang mana pegawai pemulihan khas ini akan terus membantu dan juga memberikan khidmat nasihat kepada guru-guru pemulihan khas dan juga guru pemulihan yang dilantik di sekolah daripada masa ke masa. Selain daripada itu, murid pemulihan khas juga disediakan modul-modul khas untuk memastikan mereka dapat melaksanakan latihan demi latihan daripada modul tersebut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga pejabat pendidikan daerah serta Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Perkongsian amalan terbaik dan juga libat urus yang baik di antara Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga Kerajaan Negeri Perak secara langsung dilaksanakan sepanjang tahun yang mana Kerajaan Negeri melalui program yang telahpun diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Dato Seri Kota Tampan telah pun menzahirkan dan juga melancarkan satu program khusus bagi membantu pelajar-pelajar di dalam program pendayaupayaan dan juga pemerkasaan Tuisyen Cikgu Saarani .
Sehubungan dengan itu kutipan data murid pemulihan khas ini dibuat sebanyak 3 kali setahun dan data ini akan dianalisis serta bimbingan akan terus diberikan kepada guru-guru pemulihan. Libat urus bersama guru besar juga sentiasa dilaksanakan dari semasa ke semasa dan suka untuk saya maklumkan daripada ilham yang telah pun diberikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Kota Tampan, Kerajaan Negeri melalui Program Pendayaupayaan dan juga Pemerkasaan Tuisyen Cikgu Saarani telahpun melancarkan tiga lagi program khusus untuk pelajar-pelajar di dalam kelas pemulihan 3M ini iaitu program yang dinamakan sebagai Program Peduli Cikgu Saarani yang mana program ini merupakan program khusus untuk kita memastikan sesi libat urus bersama dengan ibu bapa pelajar yang terlibat dalam kelas pemulihan 3M ini juga dapat kita laksanakan secara terus yang mana ibu bapa dilibatkan secara langsung dalam usaha kita nak memastikan proses pendidikan awal kepada anak-anak bermula daripada tahun 1 sehingga tahun 6 ini mereka yang mempunyai masalah dengan masalah 3M ini bukan sahaja dididik, diasuh oleh guru-guru yang mengambil tanggungjawab mengajar sewaktu sesi persekolahan, malahan ibu bapa di rumah juga sentiasa mempunyai sikap ambil tahu, sikap ambil peduli dan terlibat secara langsung dalam usaha untuk memastikan anak-anak mereka menguasai keupayaan 3M yang kita maksudkan ini program ini dinamakan sekali lagi saya ulang Program Peduli Cikgu Saarani.
Program yang kedua adalah Program Pendayaupayaan dan juga Pemerkasaan Tuisyen Cikgu Saarani yang dinamakan sebagai Program Wajar Cikgu Saarani yang mana program ini merupakan program khusus untuk semua pelajar-pelajar yang telah saya nyatakan datanya sebentar tadi di dalam negeri Perak iaitu melibatkan hampir 8.7% daripada jumlah pelajar keseluruhan dengan jumlah 14,272 pelajar yang mana kita memberikan penumpuan fokus dan juga memberikan penumpuan utama kepada pelajar-pelajar ini dalam usaha kita nak memastikan mereka punyai minat dan mereka punyai cita-cita untuk terus memastikan mereka mengeluarkan diri mereka daripada kelompok pelajar pemulihan 3M dan program yang ketiga adalah program di bawah Program Pemerkasaan Cikgu ataupun Tuisyen Cikgu Saarani program yang kita namakan sebagai I3M Cikgu Saarani. I itu merupakan program inovasi, 3M itu adalah bagi pelajar-pelajar di kelas pemulihan.
Inovasi yang dimaksudkan adalah kita punyai ramai cikgu-cikgu serta ahli keluarga besar kita warga pendidik yang sentiasa membuat penghasilan inovasi demi inovasi saban tahun. Jadi antara penghasilan inovasi yang mereka zahir dan lahirkan ini yang mendapat pengiktirafan bukan sahaja di peringkat Kerajaan Negeri Perak malahan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga peringkat kita ambil dan kita pastikan ianya dilaksanakan secara terus secara fizikal kepada pelajar-pelajar 3M ini bagi membolehkan program-program inovasi serta inovasi yang dihasilkan ini mampu digunakan dan diserap sebaiknya dalam usaha kita memastikan kita ingin menurunkan jumlah peratusan pelajar yang terlibat di dalam kumpulan yang dinamakan sebagai pelajar kelas pemulihan 3M yang dinyatakan sebentar tadi.
Tiga orang daripada pihak ini, habislah.
Terima kasih Timbalan Yang Dipertua, soalan tambahan. Mengambil kira kepakaran yang ada di UPSI termasuk kepakaran dan pra sekolah dan kepakaran spesifik dalam pendidikan, boleh tak saya mencadangkan supaya pihak EXCO mengadakan perancangan ke arah sifar buta huruf secara spesifik di dalam Daerah Muallim. Sebab saya percaya bahawa bila melibatkan implikasi kewangan kerana kedudukan UPSI dan tempat kajian tu dekat kat situ kita boleh mitigate the cost dekat situ dan saya percaya memang dah ada di lapangan dan di situ pun orang asli punya persekolahan pun ada tiga, empat dan saya boleh tak dibuat secara spesifik dalam Daerah Muallim dan kita memang target wthin one year je kita ke arah zero buta huruf boleh tak diadakan secara spesifik itu saja.
Terima kasih kekanda saya daripada Behrang. Untuk makluman seperti mana ketika menjawab soalan pertama sebentar tadi telah dimaklumkan dalam program intervensi dan juga mitigasi pelan perancangan program bagi pembasmian 3M ini sebenarnya memang Kerajaan Negeri dan juga Jabata Pendidikan Negeri dan khusus untuk Daerah Muallim, sebenarnya memang ada satu sesi kebersamaan dan juga sesi libat urus bersama dengan pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris dan saya menyahut baik sebenarnya saranan dan juga cadangan daripada Behrang yang telah dinyatakan sebentar tadi iaitu kita melaksanakan satu program khusus secara spesifik bagi kita untuk menilai dan juga memastikan ke arah kita nak menzahirkan zero buta huruf di Daerah muallim. Mudah-mudahan dengan cadangan-cadangan yang baik daripada keseluruhan ahli keluarga besar saya Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada dalam sidang Dewan pada hari ini kita berjaya untuk menzahirkan bukan saja zero buta huruf di dalam Daerah Muallim malahan zero buta huruf dalam negeri Perak secara keseluruhannya. Insya Allah Kerajaan Negeri akan terus cakna terus peka di bawah kepimpinannya Yang Amat Berhormat Dato Seri Kota Tampan untuk kita memastikan kita sama-sama ke arah zero buta huruf di negeri Perak.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO, dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Manong. Minta maaf YB kerana kita baru soalan yang kedua. Kita masa suntuk. Dipersilakan Manong.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang Dipertua. Dari Manong ke Simpang Tiga soalan nombor tiga.
Terima kasih banyak Tuan Timbalan Speaker. Dari Parit ke Manong saya cuba jawab dengan sebaik-baiknya untuk pemahaman Manong. Untuk makluman Yang Berhormat negeri Perak adalah antara negeri yang cukup aktif dalam penganjuran sukan di pelbagai peringkat. Jabatan Belia Sukan dan juga Majlis Sukan Negeri Perak bersama-sama dengan persatuan sukan-sukan merupakan pemegang taruh utama pembangunan sukan negeri Perak telah bersama-sama dalam menjayakan penganjuran sukan di negeri ini. Jabatan Belia Sukan memfokuskan pemerkasaan aktiviti sukan masa dan aktiviti sukan rekreasi dan pembangunan sukan OKU. Selaras dengan bidang tersebut tiga program berbentuk kejohanan liga yang melibatkan 12 jenis sukan di peringkat daerah dan negeri telah dan akan dilaksanakan.
Program yang pertama iaitu Malaysian Sport League yang mana diadakan di peringkat daerah dan negeri yang melibatkan lima jenis sukan iaitu futsal, bola jaring, bola keranjang, takraw dan juga badminton dan seterusnya program yang kedua program seribu liga. Ini akan diadakan di peringkat daerah yang melibatkan sukan tujuh jenis sukan iaitu pingpong, badminton, catur, memanah, tenpin bowling, golf dan juga petanque yang akan dilaksanakan pada Ogos dan September. Program MSL tadi telah dilaksanakan pada Mei dan Julai sebelum ini dan seterusnya program yang ketiga iaitu Liga Tunas Malaysia yang akan diadakan di peringkat daerah dan negeri yang akan melibatkan sukan bola sepak bawah 16 dan juga 12 tahun yang akan dilaksanakan pada September hingga Oktober tahun ini. Selain pada itu, pentadbiran saya juga telah mengemukakan permohonan bagi pakej ransangan ekonomi di bawah tajuk penganjuran sukan berskala besar bagi membantu persatuan-persatuan sukan menganjurkan kejohanan-kejohanan di negeri Perak. Kerjasama yang amat baik di antara Majlis Sukan Negeri Perak dan juga persatuan-persatuan sukan negeri serta kebangsaan telah berjaya merancakkan penganjuran sukan di negeri Perak dan saya yakin ramai yang menyedari kemeriahan kemasukan pelancong sukan lewat kebelakangan ini.
Suka saya maklumkan sehingga kini sebanyak 21 acara sukan telah berjaya dan akan dilaksanakan sejurus fasa endemik di negeri Perak ditamatkan. Antara sukan-sukan yang ini termasuklah Kejohanan Berbasikal Kebangsaan yang telah diadakan di tempat Yang Berhormat Manong sendiri yang saya lihat cukup meriah. Terima kasih banyak atas atas kerjasama. Selain itu kejohanan petanque, sepak takraw MSSD, Kejohanan Boling Padang Piala MB, Kejohanan Tinju Kebangsaan, Kejohanan Terjun Kebangsaan, Liga Bolasepak peringkat kebangsaan, International Kinowok Gojo-ryu Ipoh City Karate Open, penganjuran temasya utama kesatuan ragbi dan berbagai lagilah kejohonan-kejohanan yang telah diaturkan termasuk yang saya maklumkan tadi di dalam kawasan Yang Berhormat Manong sendiri untuk basikal dan juga penganjuran perlumbaan perahu naga (Royal Town Dragon Boat Carnival) di Kuala Kangsar peringkat kebangsaan dan sukan-sukan yang akan laksanakan.
Dalam perancangan kita juga ada yang telah pun kita pastikan ada tujuh program yang akan kita laksanakan iaitu Kejohanan Bina Badan Mr. Perak berstatus peringkat kebangsaan, angkat berat jemputan Perak peringkat Kebangsaan, kejohanan golf Perak peringkat kebangsaan, Sepak Takraw League Perak ini peringkat negeri, bola jaring Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan peringkat kebangsaan, Hoki Piala Sultan Azlan Shah peringkat antarabangsa dan juga Asian Triatlon Cup peringkat antarabangsa. Tujuh program yang akan dilaksanakan. Untuk soalan kedua, sejauh mana impak keberkesanan. Jadi penganjuran sukan bukan sahaja semata-mata berkenaan dengan pertandingan kalah atau menang tapi ia juga turut merangkumi perkembangan ekonomi dan pembentukan sosial yang positif dan memang ini yang cuba kita terapkan di bawah MSN untuk kita pastikan sukan merupakan salah satu sumber baru Kerajaan Negeri.
Jadi sebab itu kita tetapkan agar setiap penganjuran sukan di Negeri Perak sekarang ini mestilah melibatkan konsep satu malam kerana mereka akan semua peserta dan juga urusetia akan berkampung di lokasi tersebut. Jadi faedah ekonomi jangka masa pendek Sukan Olimpik akan menyaksikan lanjakan pelawat, atlet dan media. Ini akan beri peningkatan dalam perbelanjaan dan suntikan wang ke dalam ekonomi tempatan. Walaubagaimanapun suntikan wang ini hanya akan menjadi jangka pendek berapa minggu dan memberi sedikit kesan keseluruhan kepada ekonomi yang lebih luas. Juga suntikan pelawat asing mungkin diimbangi oleh penduduk tempatan untuk mengelakkan kemasukan dan kesesakan yang berlebihan.
Kesan ekonomi kepada impak penganjuran adalah amat baik memandangkan setiap pasukan yang menyertai acara sukan di negeri Perak ini akan mengeluarkan kos bayaran bagi penginapan hotel ataupun homestay dan juga pengusaha kedai makan seperti restoran, warung warung kecil di setiap kawasan tempat penganjuran.
Setiap kali penganjuran acara ini diadakan akan melibatkan berapa hari pertandingan mengikut acara tersebut serta jumlah kuantiti orang yang akan menyertainya dan saya juga telah berbincang dengan pihak MSN akan kita akan mewujudkan satu unit khas untuk mengkaji impak ekonomi berkaitan dengan penganjuran sukan di sini dan seterusnya impak sosial sukan sekian lama diiktiraf sebagai alat paling berkesan dalam merapatkan hubungan antara sesama insan dan mampu menghakis batasan bahasa dalam kalangan peminat.
Terbukti sukan ada alat paling berkesan dalam membina transformasi sosial dan perkembangannya amat menakjubkan dan kita juga menekankan agar sukan juga merupakan amalan gaya hidup sihat. Bukan sekadar bersukan untuk bertanding tetapi juga untuk amalan kehidupan harian kita dan seterusnya soalan C, selepas fasa pendemik beralih kepada fasa endemic, Kerajaan Negeri Perak bersama Persatuan Karate-do Perak telah berjaya menganjurkan Okinawa Goju-Ryu Ipoh City Open Karate Championship pada 27 hingga 29 Mei di AEON Big Falim. Kejohanan ini disertai oleh 14 buah negeri di seluruh Malaysia termasuk penyertaan daripada luar negara seperti India, UAE, Nepal, Sri Langka dan Indonesia yang melibatkan penyertaan seramai dua ribu orang atlet dan pegawai.
Selain itu kejohanan hoki bagi merebut Piala Sultan Azlan Shah akan dipertandingkan pada 15 hingga 25 November di Stadium Hoki Azlan Shah Ipoh. Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan merupakan kejohanan hoki jemputan yang dianjurkan oleh Persatuan Hoki Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan kejohanan ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada FIH. Negara yang bakal menyertai kejohanan ini adalah daripada Australia, Jerman, India, New Zealand, Kanada dan Malaysia sendiri. Selain itu kita menampilkan juga kualiti permainanan hoki dan juga karate bertaraf antarabangsa dan yang seterusnya kita akan menganjurkan Kejohanan Triathlon peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Batu Gajah dan saya yakin melibatkan lebih daripada 10 penyertaan daripada peserta-peserta daripada 10 negara luar. Terima kasih banyak.
Soalan tambahan Manong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang mantap dan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri kerana memilih Manong sebagai tuan rumah kepada kejohanan berbasikal peringkat kebangsaan baru-baru ini dan untuk soalan tambahan kepada Yang Berhormat EXCO. Bagi melahirkan atlet dan juga kejohanan yang bertaraf Kebangsaan dan juga antarabangsa, adakah Kerajaan Negeri merancang ataupun ada hasrat untuk membina sebuah stadium dengan kelengkapan sukan yang setaraf di daerah Kuala Kangsar? Sebab sedia maklum bahawa Kuala Kangsar tiada stadium dan juga membaik pulih padang bola sepak awam seperti padang bola sepak Kampung Lempor, padang bola sepak Kampung Padang Guar, padang bola sepak di MPKK Manong, Padang Awam Kampung Ulu Piul dinaik taraf daripada kepada mini stadium dan di samping itu jugalah, adakah Kerajaan Negeri mempunyai jalinan kerjasama dengan tenaga pakar ataupun agensi luar selain daripada pihak MSN bagi melahirkan atlet yang bertaraf antarabangsa dan bila sebut mengenai MSN, saya sukalah kalau boleh Yang Berhormat Exco memberi pencerahan mengenai isu yang diviralkan baru-baru ini di tiktok mengenai MSN Perak? Sila.
Terima kasih sahabat saya Manong. Yang pertamanya berkaitan dengan pembinaan stadium dan juga baik pulih fasiliti sukan ini. Kita di peringkat negeri memang ada sedikit kekangan kerana ia melibatkan bajet yang agak tinggi tapi kita sentiasa berusaha untuk bekerjasama dengan dengan pihak persekutuan bagi kita menjayakan usaha-usaha ini. Tapi untuk baik pulih, baik pulih itu insya Allah kita akan usahakan. Sementelah pula di Kuala Kangsar tak silap saya di Padang Rengas ada satu sebidang tanah yang telah digazetkan di bawah majlis sukan untuk kompleks sukan dan seterusnya kita juga di negeri Perak memang sentiasa menjalinkan kerjasama dengan berapa institusi pengajian tinggi yang akan membantu dalam persediaan pasukan Sukma antaranya UPSI, UITM, UTP dan juga banyak pihak lain USAS dan sebagainya untuk kita sama-sama jalinkan kerjasama dalam kita mengambil kepakaran mereka untuk memantapkan lagi persiapan-persiapan atlet kita.
Di samping itu juga, kita juga menjalankan kersama dengan beberapa pakar bidang perubatan sukan antaranya menjalinkan kerjasama dengan Pakar Perubatan Sukan Jabatan Ortopedik Hospital Raja Perempuan Bainun dan juga Global Medical Supply dan jalinan kerjasama ini untuk mendapatkan khidmat bantuan dan rawatan yang berterusan kepada aktivis-aktivis Perak terutama bagi memastikan mereka dapat menyertai latihan dan juga terhindar daripada kecederaan yang serius dan soalan yang ketiga tadi, saya tak perasan berkaitan dengan TikTok MSN dan sebagainya. Saya tak ada dapat satu penularan video khusus untuk TikTok cuma baru-baru ni saya perasan ada satu video tular daripada dok sahabat saya masuk. Tular daripada Pasir Pinji dalam media sosial beliau yang mengatakan ada satu agensi dan mungkin itu yang dimaksudkan oleh Manong tadi.
Jadi saya sebenarnya mungkin yang untuk kepastian agensi mana, kita tunggulah Pasir Pinji sendiri untuk bantu kita kenal pasti. Kalau betul kita ada terlepas pandang, kita akan usahakan untuk kita perbaiki keadaan. Tapi apa pun saya ucap terima kasih banyaklah kepada Pasir Pinji kerana begitu prihatin dengan nasib penjawat awam yang sepertimana yang ditularkan tapi cukup berbeza dengan masa jadi kerajaan dulu. Tu jer yang saya hairan sikit.
Masa 22 bulan dulu saya difahamkan ada beberapa agensi yang bertutup dan sebagainya dan sementelah itu saya nak menyampaikan salam daripada hampir 100 orang bekas-bekas pegawai dan kakitangan dasar Negeri Perak yang telahpun kehilangan kerja semasa 22 bulan yang dulu akibat daripada penamatan agensi tersebut dan akhirnya hilang pekerjaan. Yang ini pun saya tak tahu kenapa Pasir Pinji masa itu tak seagresif macam sekarang. Saya tengok TikToknya hampir satu juta view. Jadi tahniah. Kalau masa itulah dilaksanakan pendekatan ini, saya yakin hampir 100 orang ni takkan kehilangan pekerjaan mereka. Jadi mereka sampaikan salam kerana akhirnya Pinji sedar akan kepentingan penjawat awam. Terima kasih banyak. Tak apa lambat sedor pun tak apa, yang penting sedor. Kan? dan seterusnya saya juga merasakan ada lagi satu yang saya tengok beberapa kali video Pinji, mungkin masa tu Pinji anggap ekonomi masa itu tak seharam macam ekonomi sekarang. Ini saya merujuk kepada video Pasir Pinji yang mengatakan ekonomi macam haram. Mungkin masa itu ekonomi tak haram kot. Masa itu ekonomi ok.
Jadi ini yang saya lihat dan apa pun saya yakin hasrat Pinji ikhlas bukan sekadar untuk berpolitik semata-mata yang mana kita lihat perbezaan perjuangan ni nampak ada perbezaan yang ketara. Masa 22 bulan dulu begitu banyak yang diberhentikan tapi senyap. Ini saya pun tak pasti isunya yang tiba-tiba melontarkan satu perkara yang memberi persepsi yang negatif pada Kerajaan Negeri. Terima kasih banyak.
Soalan tambahan kedua. Pasir Pinji. Silakan.
Boleh Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Empat orang atas alasan kerakyatan, empat orang atas alasan apa nama dia punya kredit Bahasa Melayu tak ada. Mungkin seramai 26 kot yang kontrak tidak...walaupun diserap daripada... sebelum ni MSN masuk ke SUK tapi tetap masih bekerja di bawah Majlis Sukan Negeri. Inilah beberapa statistik tentang individu-individu penjawat awam di bawah Majlis Sukan Negeri. Yang dari SUKMA, SUKMA sebelum ni bukan saja waktu saya, sebelum itu pun. Kanda saya Rungkup pun pernah bekerjasama dengan pegawai-pegawai ini. Mereka menghadapi masalah bukan hampir, ada yang sebelum ni gaji dia RM3000 lebih, sekarang sampai RM1500, RM1600 kerana pertukaran kontrak tetapi tetap masalahnya juga walaupun dia ada gaji pun, dia masih bertahun-tahun dan saya mengaku kegagalan saya sebagai EXCO waktu itu.
Saya di sini mengaku kegagalan sebab waktu itu saya perjuangkan untuk tambah penjawatan tetap tetapi iyalah 22 bulan tak jadi. Belum jadi. Tetapi saya rasa dengan keikhlasan waktu saya handover kepada Rungkup, benda tu akan jadi. Tak jadi pulak. Sekarang kepada Bota. Tak jadi pulak. So, kalau kita nak cakap sembang pasal kegagalan, saya dah mengaku kegagalan saya, tapi apa pulak nak kata waktu 22 bulan dah tak seharam punya ekonomi. Memang tak seharam. Ekonomi sekarang memang haram.
Ok. so, saya rasa isu ini bukan kita nak politikkan apa-apa pun dan saya nak tanya soalan, saya minta maaflah banyak angin sikit tetapi isunya kita sama-sama nak menyelesaikan. Perkara ini telah pun saya bawa kepada Bota sidang lepas. Kita bisik-bisik. Bisik-bisik tak jadi-jadi. Saya cuba untuk jumpa ketua agensi, tak jadi-jadi tapi walau bagaimanapun saya bawa perkara ini kerana bila ada pegawai yang memang telah berjuang begitu lama dengan negeri, dengan atlet, dengan persatuan persatuan dan deme naya seperti ini dan saya punya adu tak ke mana-mana, saya terpaksalah buat sesuatu.
Soalan Pasir Pinji.
Soalan adakah Bota, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan menjaga sukan bertekad dan berkomited untuk menyelesaikan masalah ini sekurang-kurangnya 26, 4 orang, 4 orang yang 3 kategori pegawai ini, mereka akan dapat gaji yang seperti sebelum ini. Itu soalan dia.
Terima kasih sahabat saya. Alhamdulillah akhirnya sedor kepentingan penjawat awam. Saya nak tekan yang itu dulu. Seterusnya berkaitan dengan status berapa orang pegawai yang mana dahulunya mereka ini telah dilantik cukup lama. Saya faham. Saya pun secara peribadi saya simpati dengan apa yang telah berlaku. Cumanya kita telah pun mengusahakan. Ada 8 orang pegawai yang yang dilihat status sebagai penjawat awam Negeri Perak tu ada sedikit masalah dan kita telah pun berbincang dengan pihak pentadbiran untuk kita uruskan perkara ini dan untuk makluman juga pada Pasir Pinji, ini sebenarnya sedang ditelahpun dipersetujui oleh SUK untuk mereka teruskan. Kita memang tak ada polisi akan memberhentikan. Kita takkan mewarisi polisi-polisi 22 bulan dulu menamatkan perkhidmatan pegawai kita. Ini jelas. Inilah praktis daripada kerajaan yang ada sekarang. Jadi saya bagi jaminan 8 orang takkan diberhentikan. Takkan ditamatkan perkhidmatan tersebut dan seterusnya untuk 20 lebih, 20 orang yang berkaitan dengan status mereka.
Dahulu mereka dilantik di bawah Majlis Sukan Negeri sendiri, di bawah jawatankuasa pengurusan tapi apabila kita teliti sebenarnya mereka ini perlu dilantik, lantikan mereka perlu berada di bawah SUK, di bawah SPA Perak sendiri. Jadi ini telah diusahakan dan ada syarat daripada SPA sendiri yang mana mesti dipatuhi iaitu apabila lantikan daripada agensi-agensi lain dia mesti bermula dengan P1T1 seperti yang dimaklumkan. Memang kita akur. Memang itu memberi impak yang besar kepada mereka kerana gaji mereka dah tinggi dan sebagainya tapi untuk makluman Yang Berhormat kita telah bersetuju melalui Jawatankuasa Pangurusan MSN yang dipengerusikan oleh saya sendiri telah setuju untuk kita menampung kekurangan gaji mereka itu menggunakan tabung MSN sendiri.
Tahun ini sehingga tamat kontrak mereka kerana setelah kontrak itu berusia setahun, barulah SPA boleh mempertimbangkan untuk mereka dipertimbangkan kenaikan gaji mereka berdasarkan gaji terakhir mereka yang dulu. Gaji mereka yang dulu, kita akan pertimbangkan berdasarkan kepada prestasi mereka, pelaburan mereka dan sebagainya. Tapi apa pun saya yakin gaji mereka setelah dinilai setahun kontrak, saya yakin mereka akan memperolehi gaji yang mana mereka perolehi semasa gaji terakhir mereka sebelum ini. Jadi sebenarnya kita ambil maklum, kita ambil peduli. Jangan risau. Saya lagi sekali nak kabokan insya-Allah kerajaan ini, saya sendiri tidak akan mewarisi apa yang dia hidup dibuat oleh Kerajaan Negeri khususnya dalam konteks menjaga kebajikan penjawat awam. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini.
Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2022Bill
Perkara Yang Keempat, Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Perak 2022.
Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua sekali lagi terima kasih. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Rang Undang-Undang Enakmen Sumber Air Negeri Perak 2022 atau singkatannya RUUSA yang telah saya bentangkan semalam, hari Isnin 18 Julai 2022 telah pun dibahaskan dan dibincangkan oleh beberapa ahli dari kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, 10 yang telah membahaskannya iaitu Yang Berhormat daripada Trong, Yang Berhormat Jalong, Yang Berhormat Lubok Merbau, Yang Berhormat Simpang Pulai, Yang Berhormat Astaka, Yang Berhormat Pasir Pinji, Selinsing, Kamunting, Malim Nawar, Pasir Bedamar serta juga telah dicelah oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain termasuk Ahli Yang Berhormat daripada Pangkor, daripada Pengkalan Hulu dan lain-lain yang telah mengambil bahagian untuk membahaskan rang undang-undang ini di mana keseluruhan perbahasan tersebut telah mencerminkan keprihatinan kita bersama secara kolektif terhadap kepentingan rakyat dan negeri. Sekali lagi saya merakamkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian.
Dato' yang Dipertua, oleh kerana rang undang-undang ini adalah merupakan rang undang-undang yang amat penting, rang undang-undang yang menyentuh kepentingan negeri dan juga merupakan kepentingan rakyat. Pelbagai isi perbahasan yang dikemukakan, juga celahan-celahan yang dibuat telah menggambarkan kepada kita semua betapa kita perlu untuk bertanggungjawab kepada RUU yang nak kita luluskan. Saya telah mendengar dengan teliti bagi keseluruhan perbahasan itu, dan saya review video perbahasan itu, dan saya membaca keseluruhan hansard yang telah diberikan kepada saya dan saya insaf bahawa segala ucapan-ucapan, hujah-hujah yang disampaikan kepada kita dalam tempoh perbahasan itu adalah mencerminkan rasa tanggungjawab, keperihatinan seluruh wakil rakyat yang ada dalam Dewan ini.
Oleh yang demikian Dato' Yang Dipertua, dengan ini saya ingin mencadangkan supaya rang undang-undang tersebut ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan.
Yang Berhormat Pangkor hendak mencelah. Pangkor.
Saya ingat tak apa. Saya mohon Yang Berhormat habiskan ayat terlebih dahulu.
Terima kasih. Saya dengan ini mencadangkan supaya rang undang-undang tersebut ditangguhkan kepada suatu masa yang akan ditetapkan dan sebuah jawatankuasa bipartisan ditubuhkan bagi membolehkan kita semua dapat duduk semeja memperhalusi dan mengharmonikan rang undang-undang ini supaya apabila dibawa semula ke Dewan ini ia dapat mencerminkan kehendak sebenar wakil rakyat yang ada dan ia memberi kebajikan dan kebaikan kepada negeri dan juga rakyat negeri ini. Sila Pangkor.
Sila Pangkor.
Terima kasih Tuan Yang Dipertua kerana memberi laluan pada saya. Saya fikir dalam Dewan yang mulia ini apabila kita membincangkan sesuatu perkara yang serius berkaitan dengan masa depan negeri khususnya yang melibatkan RUU, maka sewajarnya kita menjadi sebuah kerajaan yang disebut sebagai listening government dan ini telah pun kita amalkan sejak daripada dulu dan sampai sekarang termasuklah ketika Kota Tampan menjadi Menteri Besar dan kita saksikan pada hari ini sekali lagi amalan listening government itu berjalan dan inilah cara, saya fikir cara negeri Perak kita, kita berbahas perkara-perkara penting apabila ia melibatkan soal kepentingan rakyat dan negeri, masa depan rakyat dan negeri, maka kita akan membahaskan secara terbuka tanpa mempunyai perbatasan sama ada di pihak pembangkang ataupun di pihak kerajaan.
Maka saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian daripada kedua-dua belah pihak, daripada pihak kerajaan mahupun dari pihak pembangkang untuk sama-sama kita memberi sokongan padu kepada syor dari Ahli Yang Berhormat Kota Tampan untuk sama-sama kita tangguhkan rang undang-undang ini bagi kita perhalusi. Justeru, saya juga ingin menyokong saranan Kota Tampan supaya sebuah jawatankuasa by partition dibentuk. Sebagaimana kita membentuk sebuah jawatankuasa by partition ketika mana kita membahaskan soal Enakman MP4 dulu.
Kita bincang sedalam-dalamnya dengan melibatkan proses libat urus dengan mengambil kira semua aspek, sehinggalah kita bawa semula ke Dewan. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada kita sekalian untuk memberi sokongan padu agar rang undang-undang ini ditangguhkan dan diberikan tanggungjawab ini kepada pihak Yang Amat Berhormat agar kita dapat membentuk sebuah jawatankuasa bersama bipartisan bagi melaksanakan pengkajian semula terhadap RUU ini. Terima kasih.
Pinji
Terima kasih YAB Menteri Besar. Saya nak mencerminkan dan menyokong apa yang disampaikan oleh Pangkor. Inilah iklim demokrasi yang subur. Iklim kerajaan yang mendengar suara pembangkang dan juga menyokong kerajaan. Inilah iklim yang dikehendaki oleh rakyat negeri Perak. Syabas, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Saya nak menyarankan supaya kita semua di sini tidak memandang perkara ini sebagai sesiapa ditewaskan tetapi kita telah sama-sama membawa kemenangan kepada rakyat negeri Perak kerana yang kita dengar semalam memang undang-undang yang ada di hadapan kita itu atau drafnya bermasalah tetapi dengan perbahasan yang telah kita tampilkan, 10 orang ADUN, sebenarnya itulah menjadi asas yang paling kuat untuk kita ada satu undang-undang yang jauh lebih sempurna atau sempurna dan jawatankuasa yang bakal di tubuhkan saya rasa seelok-eloknya adalah bipartisan seperti yang dicadangkan, yang disebut oleh YAB Menteri Besar dan biarlah ia menjadi satu rang undang-undang apabila ia dibentangkan kelak menjadi satu rang undang-undang oleh seisi Dewan bukan sahaja hanya daripada kerajaan. Ok, itu sahaja, syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Sila Manjoi.
Terima Kasih Dato’ Yang Dipertua dan saya ucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana mengambil sikap yang prihatin mendengar rintihan daripada semua Ahli Dewan ini. Jadi seperti mana yang dia katakan tadi bahawa ini bukanlah satu kemenangan kepada satu pihak dan ketewasan satu pihak tetapi merupakan tanggungjawab bersama yang kita pikul sama ada daripada pihak kerajaan atau pihak pembangkang, sebab kalau diluluskan dalam keadaan seperti yang ada sekarang ini, di peringkat akhirnya kita akan menghadapi masalah dan rakyat mungkin terlepas bersama kita tetapi di masa akan datang ketika mana undang-undang ini masih lagi berkuat kuasa, rakyat akan mempersoalkan apa yang mereka buat ketika undang-undang ini dibentangkan di Dewan, adakah mereka teliti ataupun macam mana? Jadi pada saya ini adalah satu langkah paling bijak, tahniah dan satu keberanian dan insya Allah kami bagi pihak sebelah sini akan berikan kerjasama dan memastikan bahawa selepas ini bila diluluskan tak adalah bahas panjang-panjang seperti ini. Bila dibentang, mungkin ada dua tiga perkara kecil yang kita cuba perhalusi dan betulkan, lepas itu mungkin dapat diluluskan dalam masa yang singkat. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullah.
Ok, Menteri Besar. Boleh
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Saya juga ingin di sini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat kerana menunda rang undang-undang ini. Saya bersetuju juga dengan cadangan supaya menyokong rang undang-undang dibincangkan oleh jawatankuasa bipartisan. Cuma saya ingin syorkan juga apabila di penghujung perbincangan atau di mana-mana keadaannya melibatkan juga stakeholders termasuk juga syarikat-syarikat besar dan sebagainya supaya tidak apabila dibentangkan semula lagi nanti menjadi satu permasalahan apabila kita menghadapi bantahan daripada stakeholders mahu pun syarikat besar atau pun rakyat biasa. Terima kasih.
Ok, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dato' ada yang nak mencelah lagi boleh ke pagi ni?
Boleh bagi Trong sekejap.
Pasir Bedamar kemudian Trong. Sekian terima kasih.
Dato' Yang Dipertua. Segala yang dicadangkan Pangkor ini adalah satu perkara yang baik untuk negeri dan saya juga ingin menyatakan bahawa sesi urus libat juga telah melibatkan semua Ahli Dewan dan dalam perbincangan ini kita tahu bahawa penggubalan rang undang-undang ini bukan suatu perkara yang mudah. Jadi kepada pihak-pihak penggubal yang telah saya rasa bertungkus-lumus lah juga menyediakan rang undang-undang ini kita harus mengucapkan juga terima kasih kepada mereka sebab ni sebagaimana yang saya katakanlah perkara ni bukannya mudah lah begitu susah dan saya mengucapkan terima kasih lah kepada pihak yang telah mengurus dalam penggubalan rang undang-undang ini. Terima kasih.
Trong.
Terima kasih kepada Speaker. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas penangguhan RUU ini dan juga kepada Pangkor yang telah mencadangkan jawatankuasa bipartisan dan sebenarnya saya mengucapkan juga tahniah kepada pihak kedua-dua belah pihak yang mempunyai pendekatan yang sama iaitu kita memerlukan satu perkara atau keputusan yang solid untuk memastikan RUU ini memang benar-benar dapat dilaksanakan kerana seperti mana yang saya bawa semalam saya lebih khuatir berkenaan dengan isu pengawalan sumber air di mana apabila berlakunya kurang kawalan penguatkuasaan maka akan berlakulah perkara-perkara yang tidak dapat kita gunakan enakmen tertentu untuk kita caj beberapa masalah khusus yang berlaku di kawasan saya seperti Trong ya banjir kilat, pelepasan tinja dan sebagainya. Ini menjadikan consent saya sebagai seorang Ahli Dewan yang menghadapi masalah pencemaran alam, pencemaran sisa sedimen yang terlalu teruk dan saya mengharapkan undang-undang ini tetap juga diteruskan dengan penambahbaikan dan pindaan-pindaan yang baik. Terima kasih sekali lagi kepada kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.
Yang Dipertua, sikit je boleh. Sikit.
Ok Menteri Besar, penerangan.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Saya juga mengambil kesempatan ucapkan tahniah. Yang pertama penangguhan tahniah. Yang kedua nak melibatkan dua parti ini. Cuma yang ketiganya kehadiran. Saya nak menyebut pada diri saya kalau lah nanti dia terlibat dan legislator-legislator dan pembuat-pembuat undang-undang yang lain. Kadang-kadang tak datang. Kan serius kita tu biar berpanjanganlah dan dari segi sesi libat urus tu kalau start pukul 3 habis pukul 5 pukul apa nak dilibatkan. Jadi saya mohon serius kita tu bukan di sini di hadapan kamera tetapi dibalik kamera pun kalau boleh serius kita tu biarlah betul. Pada hari dan waktunya buktikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat.
Boleh saya.
Saya ringkas saja. Saya nak ucap tahniah dan syabas di atas jiwa besar Kota Tampan satu. Yang keduanya ini satu sejarah seingat saya tidak pernah berlaku di parlimen dan ini satu presiden satu tuduhan yang mungkin menjadi suatu perkara yang nilai atau pun tradisi dalam Dewan Perundangan Negeri kita di negeri dan pusat. Cuma saya ingin nak menyentuh soal sesi libat urus itu harus dilihat semula Kota Tampan ya sebab saya lihat dua, tiga libat urus yang dibuat itu hanya saya tidak mengatakan melepaskan batuk di tangga tapi satu ritual yang tidak memberikan banyak hasil. Jadi kalau kita boleh duduk juga selain membincangkan RUU ini kita juga kena tengok libat urus yang diadakan tidak hanya kerana dia ada kaitan dengan CSA dan sebagainya tapi satu proses yang bermakna dan saya fikir ini satu nilai baru dalam negara kita. Terima kasih.
Terima kasih Pangkor.
Saya mohon sekali lagi mencelah, iaitu saya setuju dengan pandangan Ketua Pembangkang kerana libat urus merupakan perkara yang sangat-sangat penting umpamanya seperti mana kita membincangkan tentang MP4 mungkin sebahagian daripada Yang Berhormat masih ingat lagi proses yang begitu panjang kita buat hampir dua tahun libatkan pelbagai proses, pelbagai sektor, pelbagai pihak yang berkepentingan. Saya harap kepada pihak Kerajaan Negeri juga mengambil maklum perkara ini. Yang keduanya saya sekali lagi mengulangi semula apa yang telah pun disuarakan oleh rakan-rakan daripada kedua-dua belah pihak dan di mana yang disebutkan oleh Pinji ada membuat satu petisyen yang menarik tadi iaitu perbahasan kita pada kali ini yang melibatkan RUU apabila Yang Amat Berhormat Kota Tampan membuat keputusan untuk menangguhkan kelulusan RUU dalam Dewan dan sesi Dewan pada kali ini bukan bermakna memberi kemenangan kepada mana-mana pihak ya dan ini merupakan satu keputusan, pandangan, suara yang sangat baik dan kematangan proses ya perbincangan dalam sidang Dewan negeri Perak. This is the Perak way that we haved proven it the time and again bahawa apabila ia melibatkan hal-hal berkepentingan rakyat dan negeri kedua-dua belah pihak boleh duduk bersama-sama mencapai satu kata sepakat untuk menentukan masa depan negeri Perak. Jadi marilah kita mengambil kesempatan ini untuk kita memberi pengiktirafan penghargaan kepada Yang Berhormat Kota Tampan dengan sama-sama kita menepuk meja kita. Terima kasih.
Menteri Besar sorang lagi, Pengkalan Hulu. Dia tak sabar nak cakap juga.
Terima kasih Dato' Speaker. Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri kerana telah membuat satu keputusan yang terbaik selepas mengambil kira seperti semalam yang dalam perbahasan. Saya pun saya ada menyebut masalah yang dikhuatiri oleh masyarakat di kampung di luar bandar sama ada petani sama ada yang guna air masyarakat apa semua. Jadi saya mewakili rakyat yang di luar sana tentunya akan rasa gembira dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Dato' Seri Menteri Besar kerana telah membuat satu keputusan yang terbaik pada pagi ini untuk kepentingan rakyat negeri Perak. Itu je. Sekian terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Hulu. Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua, terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat semua yang telah pun menyokong cadangan supaya rang undang-undang ini ditangguhkan. Sebenarnya ini bukan usul daripada Menteri Besar. Ini usul kerajaan. Jadi apabila mendengar perbahasan semalam, secara kebetulan semalam kita mengadakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri dan salah satu daripada agenda yang kita masuk dalam hal-hal lain itu ialah membincang dengan begitu panjang, melihatkan kepada isi perbahasan semalam, terima kasih kepada semua rakan-rakan dalam EXCO.
Ini adalah keputusan yang dibuat sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kita menangguhkan rang undang-undang ini dan waktu yang sama saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan seluruh pasukannya yang saya percaya telah bertungkus-lumus seperti kata Pasir Bedamar tadi its is not easy untuk membuat persiapan bagi kita menyediakan draf rang undang-undang ini tetapi atas kerja kuat itu semalam kita dah bawa ke sini dan suara-suara daripada semua Ahli Yang Berhormat yang dikira, terima kasih juga kepada Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang sebab dengan besar hati semalam dia pun bersetuju untuk kita menangguhkan rang undang-undang ini. Jadi ini adalah semangat kerja sepasukan yang ada dalam negeri Perak ini Dato' Yang Dipertua. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wassalam. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli Yang Berhormat sekian. Yang Amat Berhormat Kota Tampan selaku Menteri Besar mencadangkan supaya Rang Undang-undang Enakmen Sumber Air Perak 2022 yang dibentangkan pada hari Isnin 18 Julai 2022 ditangguhkan pada satu masa yang akan ditetapkan bagi memurnikan syor-syor dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan oleh Ahli-Ahli Dewan semasa perbahasan, ada sokongan? Ada bantahan? Oleh kerana tidak ada bantahan, bangkangan maka cadangan untuk menangguhkan rang undang-undang tersebut ke suatu masa yang akan ditetapkan dipersetujui sebulat suara. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang seterusnya.
Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022Bill
Perkara yang kelima, Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022.
Dato' Yang Dipertua, saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022 dibaca bagi kali yang pertama.
Dipersilakan YAB.
Terima kasih Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon mencadangkan satu rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi memansuhkan enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 iaitu enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak pindaan 2010 iaitu enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta peletakkan hartanya pada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
Bila bacaan kali kedua?
Dalam mesyuarat ini juga.
Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan notis bacaan kali yang kedua sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 53(1). Seterusnya dipersilakan YAB Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama satu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 iaitu enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (pindaan 2010) iaitu enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta perletakan hartanya pada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengan dia sekarang dibaca kali yang kedua.
Ada sokongan?
Slim menyokong.
Sekarang saya mempersilakan YAB Menteri Besar bagi membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) tahun 2022.
Terima kasih YB Dato’ Yang Dipertua. Saya mohon izin mencadangkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen Perbadanan Kemajuan Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022 dibaca sekarang. YB Dato’ Yang Dipertua, Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022 ini bertujuan memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 iaitu enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (pindaan 2010) iaitu enakmen A17 dan seterusnya membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Perbadanan) yang ditubuhkan di bawah undang-undang tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, menurut kuasa yang diberikan di bawah sub seksyen 9(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah menubuhkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak Sendirian Berhad atau PSB sebuah syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Perak yang bermodal saham RM20 juta melalui resolusi Pekeliling Bilangan 1/2012 bertarikh 22 Mac 2012.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, susulan penubuhan PSB, kesemua aktiviti teras perbadanan telah diambil alih oleh PSB sementara perbadanan hanya terlibat dalam urusan pentadbiran dan menjadi entiti yang tidak aktif atau domain tetapi masih mempunyai ahli lembaga pengarah dan pengurus besar atau setiausaha tersendiri. Warga kerja perbadanan juga telah dipindahkan perkhidmatannya ke PSB melalui memorandum persefahaman dan perjanjian pemindah milikan perniagaan bertarikh 14 Februari 2013. Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, cadangan pemansuhan enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan enakmen A17 adalah selaras dengan ketetapan persidangan Majlis Agama Islam Perak kali yang ke 220 bertarikh pada 27 Januari 2022. Anggota Majlis Agama Islam Perak bersetuju terdapat kewajaran serta asas yang kukuh untuk menggulung dan membubarkan perbadanan mengikut seksyen 21 enakmen bilangan 2 tahun 2003 dengan ketetapan berikut:-
1. Tertakluk kepada perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan kesemua aset perbadanan diserahkan diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Perak.
2. Bagi projek-projek RTB dan RTB individu dan juga RTB miskin tegar sedia ada dan yang masih dalam proses pemberian milikan atau pemberian akan datang Kerajaan Negeri boleh membuat perubahan tawaran daripada perbadanan terus kepada Majlis Agama Islam Perak. PSB akan diberi mandat oleh Majlis Agama Islam Perak untuk menguruskan pembangunan projek tersebut sebagaimana amalan yang dijalankan pada masa ini
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, asas-asas yang dipertimbangkan bagi penggulungan dan pembubaran perbadanan adalah seperti berikut:-
1. Tidak lagi bermanfaat untuk mengekalkan perbadanan memandangkan kesemua aktiviti teras perbadanan telah diambil alih oleh PSB dan perbadanan sedia ada hanya sebuah entiti yang tidak lagi aktif, domain.
2. Walaupun perbadanan tidak lagi aktif, tetapi perbadanan masih perlu membayar cukai dan mematuhi kehendak serta ketetapan yang termaktub dalam enakmen bilangan 2 tahun 2003 termasuklah mengadakan mesyuarat secara tetap, pengauditan akaun serta penyediaan laporan aktiviti perbadanan pada setiap tahun yang perlu dibentangkan kepada Majlis Agama Islam Perak dan juga ke dalam Dewan negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua, pembubaran perbadanan tidak akan melibatkan apa-apa perbelanjaan tambahan kepada Kerajaan Negeri. Rang undang-undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022 dicadangkan ini mengandungi sembilan peruntukan seperti berikut: -
Fasal 1, rang undang-undang yang mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa.
Fasal 2, bertujuan untuk mentafsirkan terma perbadanan yang digunakan dalam enakmen yang dicadangkan.
Fasal 3 dan 4, mengadakan peruntukan bagi pembubaran perbadanan dan bagi penurunan kuasa hak kepentingan obligasi dan liabiliti perbadanan kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Fasal 5, mengadakan peruntukan bagi pemindahan semua harta dan asset-aset lain perbadanan kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Fasal 6, mengadakan peruntukan bagi pemindahan semua wang yang ada pada atau kena dibayar kepada perbadanan kepada Pihak Berkuasa Negeri.
Fasal 7, mengadakan peruntukan bagi perbadanan membuat penyelesaian atau menamatkan apa-apa kontrak. perjanjian termasuk apa-apa surat lain sebelum tarikh kuat kuasa enakmen ini.
Fasal 8, mengadakan peruntukan bagi penerusan semua undang-undang bertulis termasuk perundangan subsidiari yang menyentuh perbadanan dan menyifatkan sebarang rujukan terhadap perbadanan adalah ditafsirkan sebagai Pihak Berkuasa Negeri; dan
Fasal 9, mengadakan peruntukan bagi pemberian kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk perintah bagi maksud menghapuskan apa-apa kesukaran yang mungkin timbul berkaitan dengan pelaksanaan enakmen yang dicadangkan. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan.
Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ialah bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 iaitu Enakmen Bilangan 2 Tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak dalam (pindaan 2010) Enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 Tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta perletakhakkan hartanya bagi pada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua dan telah disokong. Sekarang masalah dibuka untuk perbahasan. Asalnya dibenarkan dua orang pembahas daripada Kerajaan dan dua orang pembahas daripada Pembangkang. Setiap pembahas diberi masa 10 minit atau lebih. Perbahasan untuk bacaan kali kedua dihadkan hanya mengenai dasar-dasar dan rang rndang-rndang itu sahaja. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Berhormat Kota Tampan dan seterusnya Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kita telah mendengar cadangan daripada usul daripada Yang Berhormat Kota Tampan untuk Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022. Suka untuk saya mulakan perbahasan saya ini dengan memetik ayat Al-Quran daripada surah Ar Ra'd, ayat 11 (bacaan ayat suci Al-Quran dibacakan) yang bermaksud; "bagi tiap-tiap seorang ada malaikat menjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya yang mengawas dan menjaganya dari sesuatu bahaya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpa kepada satu kaum bala bencana disebabkan kesalahan mereka sendiri maka tiada siapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkannya itu dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka daripadanya."
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, ayat ini mengingatkan kita kepada kita seisi Dewan apalah kita sedang dilanda dengan kesulitan Allah akan selalu setia untuk mendengarnya dan apabila kita sedang dilanda kesukaran Allah akan mudahkan kesukaran itu untuk kita harungi namun kita perlu ingat bahawa Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kita sebelum mereka mengubah keadaan diri kita sendiri. Saya juga ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk setia berada dalam Dewan bagi menelusuri jalan penyelesaian dalam setiap isu-isu rakyat supaya ianya dapat diselesaikan demi kebaikan rakyat itu sendiri. Semoga Allah SWT terus memberi kita kekuatan dan keberkatan dalam kita mendepani cabaran ini dan pada hari ini dalam Dewan yang mulia ini saya berdiri pada hari ini adalah untuk menyokong cadangan pembubaran Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang telah pun dibawa oleh Kota Tampan tadi.
Sebelum kita melihat kepada cadangan pembubaran rang undang-undang ini adalah lebih baik kita mengetahui sejarah dan latar belakang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak ini yang mana Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak ini telah ditubuhkan pada tahun 1983 dan berfungsi sebagai sayap Ekonomi Majlis agama Islam Negeri Perak untuk bergerak aktif dalam perdagangan, perniagaan dan perusahaan bagi membantu MAIPk meningkatkan taraf sosioekonomi umat Islam di negeri Perak dan pada tahun penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak ini dan kita secara keseluruhannya sedang membangun pesat dengan dasar-dasar dan program-program khusus kepada golongan sasar maka Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak juga turut serta dalam agenda pembangunan ini melalui Kerajaan Negeri Perak pada ketika itu dan teras perniagaan perbadanan ini ialah perladangan iaitu tanaman kelapa sawit dan yang kedua berikutnya iaitu 1994 buka ladang pertama di Gelung Pepuyu berasaskan tanaman koko yang kini bertukar ke ladang kelapa sawit di Changkat Keruing Perak telah dijalankan.
Jadi penubuhan ladang ini telah memberikan kesan yang baik kepada masyarakat setempat terutama dari segi sudut sosioekonomi kepada mereka yang menjalankan ekonomi dan aktiviti yang berkaitan di kawasan tersebut. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak terus mengorak langkah dengan mengembangkan aktiviti perladangan ke Lekir Perak tahun 1996 dan sehingga pada tahun 2000 Kerajaan Negeri memberi amanah lagi kepada perbadanan ini untuk menjalankan program pembangunan iaitu Rancangan Tanah Berkelompok di Kampong Gajah dan Hulu Ijok dan perbadanan ini juga telah melaksanakan fardu kifayahnya dengan penubuhan Hospital Ar-Ridzuan. Penubuhan hospital yang patuh syariah ini telah memberi kesan langsung kepada masyarakat Islam khasnya dalam mendapatkan rawatan perubatan moden yang selesa dan membantu golongan sasar yang memerlukan dan penubuhan Hospital Ar-Ridzuan ini ditubuhkan tahun 2001 yang bekerjasama dengan MAIPk khususnya dalam melihat kepada asnaf-asnaf yang ada di dalam di bawah tanggungan MAIPk dan seterusnya pada tahun 2012, perbadanan ini telah dikorporatkan.
Jadi penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak Sdn Bhd ditubuhkan untuk mengambil semua aset, liabiliti dan aktiviti perbadanan sehinggalah pada tahun ini cadangan pembubaran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak diutarakan. Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, cadangan penggulungan dan pelbagai pandangan telah dibentangkan dan diperakukan oleh jurucakap Lembaga Pengarah Perbadanan kali ke-103 pada 26 Januari 2022, Persidangan MAIPk kali ke-
220 bertarikh 27 Januari 2022 dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak pada 19, 2022 dan dengan ketetapan-ketetapan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Kota Tampan tadi.
Oleh hal yang demikian, sebelum saya mengundurkan diri, di kesempatan ini marilah sama-sama kita menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin dahulu yang telah memartabatkan ekonomi Islam melalui perbadanan ini kerana ia sedikit sebanyak telah memberi manfaat kepada golongan sasar dan sosioekonomi masyarakat Islam khasnya. Namun tahun berganti tahun dan peredaran zaman sesuai dengan kepesatan ekonomi yang semakin mencabar mendorong kita untuk saling mencari mekanisme baru dalam merancakkan lagi ekonomi Islam Negeri Perak ini sesuai dengan zaman yang serba canggih ini. Justeru, Slim dengan rendah diri menyokong usul pembubaran Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak Mesyuarat Kedua, Tahun Kelima, Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Tahun 2022. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Slim. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Mendengar penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi, jelas kita lihat bahawa secara kesimpulannya tujuan ataupun mengapa cadangan untuk memansuhkan enakmen ini adalah kerana purpose ataupun tujuan penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak itu sendiri adalah telah redundant apabila telah ditubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan sebagai PSB. Saya semalam berkesempatan buat satu search sedikit dengan SSM untuk melihat apakah sebenarnya bisnes ataupun perniagaan yang dilakukan oleh PKEINPK ini dan apabila saya melihat di situ pemilikan saham tidak dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam tetapi dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam dan ini pada saya satu perkara yang agak pelik sedikitlah walaupun modal berbayarnya adalah sebanyak RM20 juta tetapi pemilikan saham dimiliki sepenuhnya oleh MAIPk dan tidak dimiliki oleh perbadanan itu sendiri.
Jadi apa benda yang perbadanan ini buat. Bolehlah kita katakan bahawa perbadanan ini bukan untuk menguruskan harta orang lain. Jadi kalau kita melihat kepada peruntukan terdapat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di mana di bawah di sana di bawah enakmen ini ditubuhkan Majlis Agama Islam Negeri Perak. Majlis Agama Islam Perak sendiri boleh melakukan perniagaan kerana dia diberikan satu entiti. Jadi amat tepatlah sekarang ini kalau sekiranya tanggungjawab ini diserahkan kembali kepada MAIPk dan seperti saya katakan tadi Perbadanan ini sendiri merupakan satu badan yang redundant yang tidak berfungsi lagi dan wajarlah ia dimansuhkan penubuhannya tetapi di sini ada berapa perkara yang harus kita lihat sebelum perkara ini dapat dilaksanakan. Sebagai satu entiti perniagaan sudah tentu dia mempunyai pelbagai beberapa isu yang harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum pemansuhan ini dapat, pemansuhan dan pembubaran ini dapat dilaksanakan. Ini sama seperti dengan apabila sebuah syarikat itu kena wind up di bawah Seksyen 218 Company's Act di mana beberapa perkara asas kena dilihat terlebih dahulu.
Yang pertama saya melihat sebagai sebuah perbadanan sudah tentu dan menguruskan perniagaan sudah tentu dia mempunyai staf yang ramai. Jadi kebajikan dan kepentingan staf ini kena lihat oleh kerajaan di mana mereka hendak diletakkan adakah akan berlaku satu bentuk penamatan kerja oleh termination ataupun akan diserap oleh kerajaan. Kebajikan ini perlu dilihat kerana dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak menentu seperti yang ada sekarang ini kalaulah berlakunya penamatan kerja dan kepada mereka-mereka yang telah pun bekerja ataupun dah bertugas dengan perbadanan ini sudah tentu dia akan berikan kesan ekonomi tidak baik kepada mereka yang terlibat. Jadi yang ini harus diambil perhatian oleh kerajaan. Yang kedua ialah mengenai liabiliti. Di sini dinyatakan bahawa perletakkan harta dan kewangan menyatakan bahawa tanggungjawab ini akan akan diambil oleh kerajaan negeri. Jadi mengenai liabiliti ini, cuma yang harus dipastikan bahawa cukup aset yang dimiliki oleh perbadanan ini untuk membayar segala tanggungjawab yang ada padanya. Kita bimbang dan nauzubillah tidak akan berlaku satu keadaan di mana labiliti melebihi daripada aset yang ada. Jadi kalau ini berlaku maka kerajaan dengan bijaksana saya harap akan dapat mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan bahawa beban ini tidak tertanggung kepada kerajaan.
Yang kedua ialah kontrak. Sudah pasti ada kontrak-kontrak yang telah pun dimasuki oleh perbadanan ini dengan pihak ketiga di dalam melaksanakan tugas sebagai sebuah business entity dan ini pun juga perlu diambil perhatian sama ada dibuat mutual termination atau bagaimana. Ini pihak kerajaan kena mengambil perhatian dan saya tidak mahu dan kita semua tidak mahu nanti akan berlaku tuntutan ataupun per action nya diambil oleh pihak yang terlibat terhadap pihak kerajaan kerana beri solve contract. Jadi itu perkara-perkara yang harus diambil ingat dan diperhatikan oleh pihak kerajaan dan kesempatan ini juga saya rasa tidak keterlaluan kalau saya juga berkesempatan untuk menggesa kerajaan melihat juga kepada beberapa business entity yang tubuhkan oleh berapa GLC yang tidak berfungsi. Jadi mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak ini mana-mana entity business, entiti yang ditubuhkan oleh mana-mana GLC kerajaan kalau tidak berfungsi dan dia juga ambil pendekatan yang sama iaitu dibubarkan sahaja kerana kita tidak mahu menanggung beban ataupun satu keadaan yang akhirnya akan menyusahkan GLC ataupun pihak kerajaan sendiri. Jadi diakhir kata saya menyokong cadangan ini. Terima kasih Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Manjoi Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, sahabat dan rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat serta pegawai-pegawai kerajaan yang saya hormati sekalian. Saya ucapkan terima kasih Hutan Melintang berterima kasih kepada Tuan Yang Dipertua yang telah memberikan ruang untuk saya sama-sama untuk membahaskan Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022 iaitu satu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003, Enakmen Bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Islam Negeri Perak Pindaan 2010 Enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang tubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta perletakhakan hartanya kepada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengan ini. Seperti mana yang telah dimaklumkan usul oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan ia merupakan satu usul yang pada saya ia straightforward untuk kita luluskan kerana usul ini dulu dibentangkan dalam Dewan maka nak dimansuhkan juga mesti menggunakan dalam Dewan.
Oleh kerana itu maka bagi kepentingan harta dan juga segala aset yang ada hak Majlis Agama Islam Negeri Perak itu sendiri yang sahamnya bernilai berjuta maka ianya agak kurang tepat jika diuruskan oleh entiti yang lain iaitu PSB Sdn. Berhad. Oleh hal itu untuk menjaga kepentingan perniagaan dan juga lain-lain urusan berkaitan dengan tadbir urus korporat ia amat baik jika dikembalikan kepada sendiri sebab entiti yang dibenarkan untuk menguruskan segala harta dan sebagainya. Oleh itu maka ia merupakan kepada saya satu reformasi menambah baik tadbir urus nilai harta yang ada pada Majlis Agama Islam. Oleh hal itu kita rasa ia amat penting untuk kita luluskan supaya entiti yang sebenar untuk menjaga kepentingan harta, aset dan sebagainya bagi Majlis Agama Islam Negeri Perak sebagai tuan punyanya dapat diuruskan sendiri bukan pihak yang lain. Oleh kerana itu kita rasakan insya-Allah yakin dan percaya bahawa Pihak Berkuasa Negeri akan melihat perkara ini bagi merancakkan ekonomi Islam negeri Perak untuk kepentingan umat insya Allah.
Maknanya untuk meningkatkan syiar Islam di negeri Perak ini kita yakin dan percaya bahawa dengan pemansuhan apa nama ni enakmen ini dan juga membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak ini maka insya-Allah dia akan dapat manfaat kepada bukan sahaja kepada penganut Islam tetapi kepada Islam keseluruhannya di peringkat negeri Perak. Saya yakin dan percaya bahawa dah tentu anggota Lembaga pengarah PSB ini telah mengaktifkan sebaiknya dan tertentu segala liabiliti, aset, harta, hutang piutang dan sebagainya dapat diuruskan sepenuhnya mengikut undang-undang dan ianya dapat diuruskan kerana bukan sedikit asetnya dan sedikit sahamnya yang melibatkan satu kuantiti amaun yang banyak untuk diuruskan. Saya yakin dan percaya bahawa dengan tupai yang ada dan juga staf ataupun kakitangan yang ada dapat membantu untuk mempastikan selepas ini dia lebih rancak untuk perniagaan dan sebagainya seperti saya sebutkan tadi iaitu untuk merefomasikan menambah baik tadbir urus korporat bagi MAIPk ini.
Saya ucapkan terima kasih, dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan, kerajaan negeri yang telah pun usahakan supaya saya lihat mengurangkan pembaziran. Itu yang paling penting lah pada saya untuk mempastikan apa yang direncanakan mendapat kebaikan dan saya fahamkan perkara ni telah pun kita sama-sama hadir dalam libat urus yang lepas. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput untuk hadir dalam libat urus maka telah faham segala pembentangan atau pun usul yang dibentangkan pada hari ini. Terima kasih kepada semua pihak. Saya daripada Hutan Melintang menyokong usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Kota Tampan. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Hutan Melintang. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato' Yang Dipertua terima kasih di atas kesempatan yang diberikan bagi memberikan pandangan saya pada usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Suasana dan masanya adalah tepat. Oleh kerana hari ini ramai rakyat dia getik benar dengan GLC-GLC yang bayar gaji kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah yang tinggi. Jadi akibatnya keberanian Yang Berhormat mengusulkan supaya perbadanan ini dibubar dan diserahkan balik kepada pengurusan negeri Pihak Berkuasa Negeri dan juga Majlis Agama Islam. Ini satu keberanian menunjukkan bahawa dalam suasana ini kita juga berani untuk membubarkan tanggapan masyarakat mengatakan bawa banyak GLC-GLC ni mengabiskan beras. Bayar gaji kepada Ahli Lembaga Pengarah mahal-mahal. Kerja enggak ada kata orang Rowo. Bukan begitu Chenderoh.
Jadi untuk itu saya mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat kerana keberanian itu dan diserahkan balik kepada entiti asalnya Majlis Agama Islam. Ini merupakan cabaran kepada Majlis Agama Islam dan pihak berkuasa negeri bagaimana kita nak meneruskan kemajuan yang telah dicapai oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak dahulu dan menambah nilaikan lagi apakah transaksi-transaksi dan juga skop-skop baru yang boleh diterokai oleh entiti baru atau muka baru yang akan mengendalikan pentadbiran yang telah pun dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Islam.
Yang keduanya boleh saya katakan tepat pada masanya memang Yang Amat Berhormat Kota Tampan adalah EXCO Agama sendiri dan sudah tentulah keputusan-keputusan yang dibuat untuk memajukan ekonomi Islam ni akan cepat dapat dilaksanakan dengan cepat. Saya kadang-kadang sedih bila melihat banyak tanah-tanah kosong, yang hutan dan berada di dalam kawasan bandar terpampang kadang-kadang tu papan tandanya tanah kepunyaan Majlis Agama Islam. Dah puluhan tahun. Di Gunung Rapat tu tengok tanah agama Islam. Semenjak saya menjadi wakil rakyat sampai hari ini masih lagi tidak diusahakan tidak dimajukan. Jadi barangkali cabarannya bila diubahkan balik kepada entiti asal iaitu Majlis Agama Islam dan sendiri maka ini satu cara yang mana cara baru ini untuk memajukan ekonomi umat Islam.
Jadi tidaklah lagi Majlis Agama Islam hanya bergantung pada kutipan zakat, fitrah dan juga tu sewa-sewa tanah dibuang tapi hari ini cabarannya bahawa Majlis Agama Islam dengan entiti dia sendiri akan memajukan ekonomi orang Islam khususnya secara lebih mendadak. Cumanya kalau boleh saya nak pastikan bahawa dia kena lebih syarat juga bahawa bila diserahkan balik kepada Pihak Berkuasa Negeri, Majlis Agama Islam akan meneruskan urusan secara direct maka hendaklah dipastikan bahawa dalam syarat tersebut tidak ada apa-apa bebanan dan liabiliti yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Jangan nanti bila diserahkan kepada Kerajaan Negeri maka nak tanggung segala hutang piutang, segala kes-kes, segala liabiliti. Jika kita lihat kepada Perbadanan Ekonomi Islam di Perak ni dia ada anak-anak syarikat yang tertentu dahulu. Ada yang menjaga harta dia dan salah satu anak syarikat tu kena dijelaskan bahawa mereka ini berhadapan dengan kes-kes mahkamah. Ia melibatkan jutaan kos jutaan ringgit. Jadi ini kena dimasukkan dalam syarat-syarat bila diserahkan kepada pengurusan negeri bahawa yang ini juga tidak ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan kalau berlaku apa-apa petaka masa depan maka Kerajaan Negeri juga tidak akan bertanggungjawab. Jadi saya sokong bahawa usul ini dapat diteruskan supaya diberi nafas baru kepada barangkali ejen-ejen mereka dan kakitangan-kakitangan yang lama bekerja dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam.
Mereka ini pun berpengalaman dan kita dah serahkan mereka ni kepada Majlis Agama Islam supaya mereka ini dijaga dan menjaga balik entiti baru ini supaya Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam ni diberi nafas baru dan menambahkan ekonomi dan maju ekonomi orang Islam di Perak ini. Dari untuk itu saya rasakan bahawa tepat sangat kalau sekiranya Yang Amat Berhormat sebagai EXCO Agama bersama-sama dengan entiti baru ini untuk memajukan semula. Semoga kalau seboleh-bolehnya bukan hanya majlis tapi Jabatan Agama Islam juga kena terus bekerjasama bagi memastikan bawah hal ehwal kakitangan yang ada hari tu diambil kira. Mana-mana kakitangan berasa mereka nak berhenti nak cari kerja lain silakan, kita tak paksa tapi sekurang-kurangnya bila mereka dipindahkan kebajikan mereka masih lagi terjamin di bawah kerajaan negeri. Yang akhirnya saya nak beritahu bahawa Sungai Rapat menyokong pembubaran ini kerana dia akan memberikan rangsangan kepada pekerja-pekerja untuk mereka membuat satu rentak kerja yang lebih mencabar. Jadi kalau dahulunya kita hanya bergantung kepada tempat-tempat seperti Gelung Pepuyu, tempat-tempat yang hanya memajukan kawasan-kawasan pertanian tapi hari ini kita nak hantar cabaran ni kepada Majlis Agama Islam dengan yang baru nanti supaya mereka menerokai benda-benda baru.
Misalannya pastikan anak-anak Perak yang tidak lepas pengajian mereka. Tadi bila kita lihat jawapan daripada EXCO Pendidikan, bagi daerah Muallim sendiri masih lagi ramai yang bermasalah dengan 3M ini. Itu satu daerah Muallim. Kalau tak Muallim lagi teruklah. Ini Muallim, tempat yang orang timba ilmu pun ada masalah anak-anak di peringkat 1 sampai tingkatan 6 pun tak boleh baca, tak boleh kira, tak boleh menulis. Masih ada lagi. Jadi cabarannya kepada Majlis Agama Islam untuk melahirkan anak-anak Perak yang sebagaimana Behrang kata sifar kebodohan atau sifar jahil ini. Jadi maknanya ini cabaran baru. Sama ada kita banyakkan atau pun luaskan pendapatan dalam konteks menjana pendapatan kemudian untuk mengadakan biasiswa. Tambah lagi biasiswa yang ada hari in orang pun ada tapi terhad sangat. Jadi kalau sekiranya cabaran baru ni boleh menambahkan lagi pendapatan majlis, pendapatan entiti baru ini maka sudah tentu boleh mendapat ruang untuk anak-anak Perak memohon supaya mereka boleh meneruskan pelajaran mereka.
Yang akhir sekali saya nak menyatakan bahawa cabaran mereka adalah terlibat dalam industri-industri pembuatan yang merupakan cabaran kepada Majlis Agama Islam. Kita ada adat istiadat Melayu. Konsep dia kepada orang-orang Islam di Perak ini Majlis Agama Islam hanya terlibat dalam hal ehwal zakat, hal ehwal fitrah dan juga hal ehwal asnaf dan wakaf sahaja tapi kita nak cabar supaya sekurang-kurangnya Majlis Agama Islam ni bersama-sama dengan ni bersama-sama dengan semua agensi-agensi ekonomi memajukan ekonomi bukan hanya untuk rakyat Islam di Perak ini, kesemuanya dan saya rasa 24 juta rakyat Perak tak ada seorang pun yang akan menghadapi masalah kemiskinan dalam masa yang terdekat kerana apa, kerana membantu mereka ni bukan hanya kepada Kerajaan Negeri tetapi agensi-agensi yang telah kita bubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam serah kepada Majlis Agama Islam.
Maka mereka bebas bersatu carilah ahli-ahli lembaga pengarah, lembaga yang baik-baik. Saya sedih bila melihat berapa agensi-agensi kerajaan yang hari ini sampai penyata kewangannya masih tertunggak. Jadi kalaulah perbadanan masih macam tu kita rasakan ada masalah. Tertunggak tahun 2020 pun tak pernah terlihat penyata kewangan telah pun diaudit. Sedangkan perbadanan ini dibina ketika itu untuk menjadi tulang belakang kepada Kerajaan Negeri tapi kalau Kerajaan Negeri tidak menanggung perbadanan ini satu masalah yang besar. Jadi kalau boleh mereka nak update penyata kewangan dia.
Jadi dalam kontek ini saya nak mengucapkan terima kasih. Saya ambil kesempatan ini mengucapkan semua terima kasih kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Islam sebelum ini yang telah melaksana kerja-kerja mereka dan memberikan kebaikan pada Kerajaan Negeri. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada mereka. Dato' Yang Dipertua saya menyokong usul dan saya ucapkan terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Sungai Rapat. Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya tempohkan sementara Dewan ini selama satu jam bagi tujuan penyediaan penggulungan. Dewan akan disambung semula pada 12.15 tengahari.
[DEWAN DITEMPOHKAN SELAMA SATU JAM DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA PADA JAM 12.15 TENGAHARI]
[DEWAN BERSAMBUNG SEMULA]
Ahli-Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang Dipertua.
Dewan disambung semula. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Alhamdulillah, Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022 yang dibentangkan pada sebelah pagi tadi telah dibahas dan dibincangkan oleh beberapa Ahli Dewan dari kedua-dua pihak kerajaan dan juga pembangkang. Seramai 4 orang Ahli Dewan iaitu Yang Berhormat Slim, Yang Berhormat Manjoi, Yang Berhormat Hutan Melintang dan Yang Berhormat Sungai Rapat telah mengambil bahagian di peringkat perbahasan. Di samping itu terdapat 17 orang Ahli Dewan yang telah menghadiri taklimat pembentangan cadangan pembubaran perbadanan pada 12 Julai 2022 oleh Ketua
Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak Sdn. Bhd. (PSB) merangkap Pengurus Besar Perbadanan.
Dewan Negeri telah membahaskan pelbagai sudut-sudut penting dalam cadangan pembubaran perbadanan yang merangkumi aspek pembangunan ekonomi di Negeri Perak. Penjimatan kepada Kerajaan Negeri, tiada liabiliti akan ditanggung oleh kerajaan, kebajikan warga kerja sedia ada terjaga dan kepentingan rakyat Perak dipertingkatkan. Sukacita saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan keempat-empat orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian, menyatakan supaya dapat dipastikan tiada liabiliti yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri, ekoran daripada pembubaran ini. Saya merujuk kepada fasal 4, 5 dan 6, rang undang-undang memperuntukkan bahawa segala liabiliti dan tanggungan perbadanan hendaklah diselesaikan oleh perbadanan sebelum dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Fasal 4 menyebutkan dengan jelas ‘segala kuasa hak dan kepentingan yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa enakmen ini, terletak hak kepada perbadanan hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa enakmen ini dan selepas membayar segala tanggungan dan liabilitinya dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri’. Dengan jelas menyebutkan bahawa perbadanan kena selesai semua benda dulu, baru diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Fasal 5 juga berkaitan dengan perletakkan harta 5(1) menyebutkan ‘semua harta, aset atau tanah yang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa enakmen ini terletak hak pada perbadanan hendaklah pada tarikh permulaan kuat kuasa enakmen ini, selepas dibayar segala tanggungan dan liabilitinya dipindahkan dan terletak hak pada Pihak Berkuasa Negeri’.
Fasal 5(2) pula menyebutkan sebarang hak, kepentingan, obligasi dan pemilikan dari harta, aset atau tanah yang terletak pada perbadanan hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada pihak berkuasa negeri dengan hak milik atau kepentingan yang serupa sebagaimana hak kepentingan obligasi dan pemilikan itu terletak hak atau dipegang sebelum tarikh peletakan hak itu dan perkara fasal 7 berkaitan dengan kontrak ia perlu diselesaikan atau ditamatkan oleh perbadanan sebelum tarikh kuat kuasa enakmen ini. Disebutkan dengan jelas segala suratan ikatan, bon, perjanjian, dokumen dan surat cara lain yang wujud sebagai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa enakmen ini yang menyentuh mana-mana kuasa hak kepentingan obligasi dan liabiliti hendaklah diselesaikan atau ditamatkan oleh perbadanan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa enakmen ini. Jadi terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengingatkan kita supaya kita tidak akan menanggung liabiliti tu.
Dengan kelulusan ini bermakna kita akan dapat diselamatkan daripada kebimbangan itu. Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan terima kasih di atas keperihatinan dan yang disantuni oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dengan penuh harmoni. Hasil daripada perbahasan berkenaan cadangan pembubaran perbadanan daripada kedua-dua belah pihak Dewan Negeri ini, sama ada penyokong kerajaan ataupun penyokong pembangkang dan mendapati dengan jelas bahawa kesemuanya bersetuju bagi cadangan Rang Undang-Undang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pembubaran) 2022. Oleh itu Dato' Yang Dipertua, bagi tujuan memurnikan pelbagai syor dan pandangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Dewan semasa perbahasan saya dengan ini mencadangkan supaya rang undang-undang tersebut disokong dan diluluskan. Terima kasih.
Saya mohon mencelah sekejap. Sebelum kita mencapai keputusan cuma saya inginkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat berkaitan apa yang telah dibangkitkan perkara-perkara, surat perjanjian dan sebagainya tanggungan-tanggungan yang ada. Sepertimana yang disebutkan tadi iaitu ianya hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Bermakna diselesaikan terlebih dahulu sebelum perwartaan dilakukan ya. Saya mahu kita ambil perhatian tentang perkara ini kerana ini sangat penting kerana apabila dia diwartakan bermakna kita tidak boleh melakukan virble tapi yang paling besar ialah sebelum diwartakan arahan yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat tadi hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003, Enakmen Bilangan 2 tahun 2003, Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pindaan 2010) enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 Tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta peletak hakkan hartanya kepada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Satu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003, enakmen bilangan 2 Tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pindaan 2010) enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 Tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta peletak hakkan hartanya pada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali kedua.
Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, saya mohon mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 iaitu enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pindaan 2010) iaitu enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 Tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta peletak hakkan hartanya pada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya diserahkan kepada Jawatankuasa Seisi Dewan untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.
Ada sokongan.
Slim menyokong.
Ahli Yang Berhormat Dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.
Fasal 1.
Masalahnya bahawa fasal 1 diperintah menjadi sebahagian daripada masalahnya bahawa fasal satu diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada dipersilakan. Kalau tiada masalah bahawa fasal satu menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada pembahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 2.
Masalahnya bahawa fasal 2 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada dipersilakan. Memandangkan tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 3.
Masalahnya bahawa fasal 3 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan dipersilakan. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 4.
Masalahnya bawah fasal 4 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan dipersilakan. Memandangkan tiada pembahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul Itu dipersetujui.
Fasal 5.
Masalahnya bawa fasal 5 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan dipersilakan. Memandangkan tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Tiada suara tidak bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 6.
Masalahnya bahawa fasal 6 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersetuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersetuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 7.
Masalahnya bahawa fasal 7 diperintahkan menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 8.
Masalahnya bahawa fasal 8 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 9.
Masalahnya bahawa fasal 9 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua setuju maka usul itu dipersetujui.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 iaitu enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pindaan 2010) iaitu enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa hak serta perletakhakkan hartanya kepada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta-merta.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama satu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pindaan 2010) iaitu enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta perletakhakkan hartanya pada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua suara bersetuju maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 iaitu enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (Pindaan 2010) iaitu enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta perletakhakkan hartanya kepada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya telah pun dipertimbangkan dari fasal ke sefasal dalam jawatankuasa seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya minta izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003 enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (pindaan 2010) iaitu enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 tahun
2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta perletakhakkan hartanya kepada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua suara bersetuju maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Sila Setiausaha.
Suatu enakmen bagi memansuhkan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak 2003, enakmen bilangan 2 tahun 2003 dan Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak pindaan 2010, enakmen A17 untuk membubarkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah enakmen bilangan 2 tahun 2003 untuk mengadakan peruntukan bagi pemindahan kuasa, hak serta perletakhakkan hartanya kepada Pihak Berkuasa Negeri dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya telah selesai dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya dengan ini menangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu 20hb. Julai 2022 jam 9.00 pagi, terima kasih.