Perak · 21 December 2022
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 354 turns · 62,072 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Kedua, Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu 21 Disember 2022 jam 9.12 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Bismillahhirrohmannirrohim, segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajiban ke atas Raja dan Ahli Majlis permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman, makmur limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian hambaMu, yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajiban yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu, dimohon menyuluh memandukan pada ketika kami berunding menimbang bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan menjunjung perintah dan kebesaranMu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan Amin Ya Allah seru sekalian alam.
Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahhirrohmannirrohhim, assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian.
Sepertimana yang kita semua sedia maklum, pada hari ini sidang Dewan Undangan Negeri Perak telah kembali kepada suasana asal dengan kehadiran secara fizikal, ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil daripada agensi kerajaan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat kembali kepada semua. Adalah diharapkan agar suasana normalisasi ini dan penggal baru ini akan menyuntik semangat serta komitmen yang tinggi dikalangan semua Ahli-ahli Yang Berhormat serta ketua-ketua jabatan dan wakil dalam memberikan dalam memastikan peranan badan legislatif tertinggi di negeri ini dapat menjayakan fungsi dan peranan. Saya juga ingin menyatakan bagi pihak Dewan rasa simpati dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali. Suatu tragedi luar jangka yang turut dirasai seluruh negara. Semoga keluarga mangsa-mangsa tabah dalam menghadapi dugaan ini. Dewan juga ingin menzahirkan rasa penghargaan kepada setiap anggota pasukan keselamatan dan petugas yang terlibat dalam menjayakan misi mencari dan menyelamatkan mangsa. Sehubungan dengan itu, izinkan saya menjemput ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bangun. Bagi yang beragama Islam diminta menghadiahkan Al-Fatihah dan kepada bukan yang beragama Islam diminta bertafakur untuk seketika. Al-Fatihah (dibaca). Terima kasih, sila duduk.
Ahli-ahli Yang Berhormat di kesempatan ini juga, bagi pihak Dewan Negeri Perak ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut: Ahli Dewan Negeri Kawasan Kepayang telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan dan mantan Ahli Dewan Negeri Kawasan Pangkor telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri. Saya juga ingin memaklumkan bahawa merujuk kepada surat rasmi yang telah diterima daripada Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Perak bertarikh 7 Disember 2022 memberi maklum bahawa blok pembangkang telah bersetuju untuk melantik Ahli Dewan Negeri kawasan Gunung Semanggol sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Negeri Perak. Pengumuman ini, pengumuman ini adalah selaras dengan Perintah Tetap 7, Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Selamat menggalas tanggungjawab ini dengan amanah. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, berkaitan Mesyuarat Dewan Negeri hari ini, persidangan kedua, mesyuarat kedua akan membentangkan surat-surat Dewan Negeri dan diikuti dengan sesi soalan lisan.
Saya ingin memaklumkan tempoh masa yang ditetapkan bagi sesi soalan lisan pada sepanjang persidangan mesyuarat ialah satu jam. Setiap soalan lisan akan diberikan kebenaran untuk dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama, lazimnya diberikan kepada pemberi soalan yang asal. Adakalanya soalan-soalan itu, melibatkan isu-isu yang popular atau melibatkan kepentingan semasa. Speaker melalui budi bicara mungkin akan memberikan kebenaran soalan tambahan melebihi dua soalan. Seterusnya usul menjunjung kasih atau penzahiran Titah Diraja Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan diikuti perbahasan oleh Ahli Dewan. Seramai 22 orang Ahli Yang Berhormat akan menyertai sesi perbahasan tersebut. Sepuluh orang Ahli Yang Berhormat Kerajaan dan dua belas orang Ahli Yang Berhormat Pembangkang. Saya berharap agar Ahli Dewan Negeri yang menyertai sesi perbahasan usul Titah Diraja ini berhujah dengan penuh hikmah bersama rakan semangat bersulam tertib. Manakala berkaitan hansard, saya ingin memaklum Ahli-ahli Yang berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat juga bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada paparan hansard sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat pada hansard tersebut. Selamat berbahas dan selamat bersidang. Sekian, terima kasih.
Membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Perkara yang ketiga, membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya membentangkan surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari Bil. 01/2022 hingga 07/2022 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 11 Disember 2022.
Bil. 01/2022 - Penyata Kewangan Lembaga Air Perak dan Kumpulan Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2020
Bil. 02/2022 - Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 Siri 1, Memorandum YB Pegawai Kewangan Negeri dan Laporan Ketua Audit Negara 2020 Siri 1 Mengenai Aktiviti Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak
Bil. 03/2022 - Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021
Bil. 04/2022 - Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 Bil. 05/2022 - Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021, Memorandum YB Pegawai Kewangan Negeri dan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri
Bil. 06/2022 - Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1, Memorandum YB Pegawai Kewangan Negeri dan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 1 Mengenai Aktiviti Jabatan / Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak
Bil. 07/2022 - Belanjawan 2023 Negeri Perak Darul Ridzuan
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Terima kasih. Perkara yang keempat, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam, mengikut jam Yang di-Pertua. Soalan tambahan adalah dihadkan dua soalan sahaja, dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang dengan segala hormatnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Gunung Semanggol untuk mengemukakan nombor soalan. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, soalan saya, soalan nombor satu.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunong Semanggol bertanyakan soalan berkaitan dengan isu pencerobohan tanah. Untuk makluman Yang Berhormat Gunong Semanggol, statistik di PTG negeri Perak merekodkan daripada sejumlah 2,097,600 hektar kawasan tanah di negeri Perak sehingga Disember 2022, didapati seluas 7,872.71 hektar bersamaan dengan 0.38% tanah di negeri Perak telah dicerobohi dengan aktiviti-aktiviti seperti pembinaan kediaman, pertanian, penternakan dan juga perusahaan. Aktiviti pertanian mencatatkan pencerobohan yang tertinggi iaitu sebanyak 7,307.59 hektar bersamaan 92.82%, manakala dilaporkan sebanyak 400.09 hektar tanah digunakan secara tidak sah untuk aktiviti penternakan dan perusahaan serta bakinya 165.03 hektar digunakan untuk tujuan pembangunan kediaman iaitu petempatan setinggan. Pihak Berkuasa Negeri telah mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu ini dengan menubuhkan Jawatankuasa Usaha Haram dan Setinggan Negeri Perak. Jawatankuasa ini akan bersidang setiap suku tahun bagi memantau dan mengenal pasti aktiviti-aktiviti haram dan setinggan di atas tanah milik kerajaan di samping melaksanakan tindakan-tindakan punitif bagi membanteras aktiviti pencerobohan tanah ini daripada terus berleluasa. Di samping itu, terdapat juga dasar penyelesaian pendudukan setinggan kediaman di atas tanah kerajaan yang telah diluluskan di dalam MMK bilangan 2048 bertarikh 10 November 2021 melalui beberapa kaedah pelupusan tanah seperti pemberimilikan tanah kerajaan, pajakan tanah rizab dan pemberian lesen pendudukan sementara serta pelaksanaan penguatkuasaan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara iaitu Akta 828. Dasar ini memperuntukkan tempoh pelaksanaan penyelesaian penempatan setinggan dalam tempoh 5 tahun.
Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif tambahan dalam menyelesaikan isu penerokaan haram di atas tanah kerajaan di antaranya, pemutihan tanah kerajaan melalui agensi-agensi kerajaan negeri. Tujuan inisiatif ini adalah untuk memberi milik mana-mana tanah kerajaan yang diteroka secara haram dengan aktiviti pertanian dan penternakan diberi milik kepada pihak agensi ataupun GLC Negeri untuk dipajak sewa kepada peneroka-peneroka tersebut bagi membolehkan aktiviti mereka diteruskan seperti biasa. Analisa data menunjukkan dari tahun 2018 hingga tahun 2021 sebanyak 5,959.74 hektar tanah kerajaan yang diteroka oleh peneroka haram telah diberi milik kepada pelbagai agensi dan perbadanan milik kerajaan. Daripada jumlah tersebut, 3,930.79 hektar telahpun disewa atau dipajak kepada peneroka-peneroka berkenaan. 700.92 hektar telah dilaksanakan tindakan penguatkuasaan dan bakinya 1,328.03 hektar di dalam perancangan untuk pembangunan, penyewaan atau pajakan kepada peneroka-peneroka haram berkenaan. Terima kasih.
Semanggol…
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, cuma kalau nak dapat penjelasan prosedur untuk pemilikan tanah oleh peneroka. Sebab kadang-kadang berdasarkan pengalaman, dia kata kalau ada permohonan tanah, dia kata kena buat sesuatu dulu dari atas tanah. Sama ada teroka dulu baru mohon ataupun mohon dulu baru teroka. Jadi minta penjelasan dia.
Terima kasih, Yang Berhormat Gunong Semanggol. Dato' Yang di-Pertua, seperti kita maklum, adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak, individu ataupun syarikat yang mengusahakan tanah kerajaan tanpa kebenaran. Oleh kerana itu, adalah dinasihatkan kepada mana mana orang, rakyat negeri Perak ataupun syarikat yang berhasrat untuk membangunkan mana mana tanah kerajaan, kenalah terlebih dahulu membuat permohonan di Pejabat Tanah dan Daerah masing-masing dan InsyaAllah Pejabat Tanah dan Daerah akan memproses permohonan tersebut walaupun pada kebiasanya akan mengambil masa yang agak panjang kerana pertama, ia perlu terlebih dahulu disiasat sama ada tanah yang di mohon itu sudah dimilik oleh orang lain atau belum. Yang kedua, sama ada tanah tanah tersebut sesuai untuk pembangunan yang di pohon. Jadi, berbagai agensi akan diminta untuk membuat laporan iaitu terdiri daripada agensi-agensi teknikal termasuklah JKR, termasuklah JAS, Geosains dan sebagainya untuk mereka membuat laporan kepada Pejabat Tanah, sama ada permohonan itu boleh diluluskan ataupun sebaliknya. Jika ia boleh diluluskan pada kebiasaanya Jawatankuasa Pemilihan Tanah Dan Daerah akan memperakukan supaya tanah tersebut diangkat ke MMK ataupun Majlis Pusat Kajian Negeri bagi membolehkan PTG membuat kertas dan kertas tersebut biasanya kita akan ikut seperti mana syor yang dibuat oleh PTG. Pada kebiasaanya jika Jawatankuasa Pemilihan Tanah Daerah telah memperakukan lulus dan jika PTG mendapati ia boleh diluluskan maka PTG akan membuat syor untuk diluluskan dan pada kebiasaanya Yang Berhormat Gunong Semanggol pun ada pengalaman itu, kita akan ikut kepada syor yang dibuat oleh PTG. Terima kasih.
Tak ada soalan tambahan lagi satu? Kubu Gajah.
Minta maaf, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Satu persoalan berkenaan tanah haram juga, kediaman. Di kawasan DUN Kubu Gajah terdapat kediaman-kediaman yang dibuat di atas tanah rizab dan juga penempatan yang hampir 60 tahun dah, 3 generasi dah. Setakat ini saya berusaha baru dapat 100 orang tapi dalam kumpulan tersebut hampir 500 orang, 500 keluarga yang duduk di atas tanah yang tidak bergeran, hampir 3 generasi dan sekarang ada yang umur 60 tahun dah. Apa penyelesaian daripada pihak kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kubu Gajah. Seperti biasa, seperti saya sebutkan dalam jawapan awal tadi, kita ada jawatankuasa yang dikhususkan untuk menyelesaikan masalah penempatan setinggan. Dia ada penempatan yang dibuat di atas tanah rizab JPS di mana JPS tidak bersetuju untuk tanah tersebut diberikan atas faktor-faktor keselamatan ataupun kemungkinan berlaku banjir. Jadi kalau kita berikan tanah kepada setinggan secara sah hak miliknya dan jika berlaku banjir maka ia akan menimbulkan masalah pula kepada kita. Yang itu biasanya JPS tidak akan membenarkannya ataupun ada juga penempatan setinggan yang dibuat di atas rizab jalan JKR di mana JKR pun tidak bersetuju sebab kadang kadang ia akan menimbulkan masalah keselamatan kalau orang membina rumah di atas rizab JKR tetapi ada kes di mana orang ramai membina rumah kediaman di atas reserve tanah kerajaan yang boleh diluluskan. Jadi ini biasanya ada jawatankuasa khas di peringkat Pejabat Tanah dan Daerah akan meneliti jika ada permohonan daripada sekumpulan penduduk atau pun daripada seorang penduduk, maka Jawatankuasa Pemilikan Tanah Daerah akan meneliti bermesyuarat akan menyiasat dan jika ia boleh diluluskan. Saya ingat tahun sesi lepas kita telah menjalankan usaha yang sama yang dibuat di Mukim Durian Pipit oleh Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah Daerah Lenggong di mana kita telah memberi hak milik kepada mereka yang membina kediaman di atas rizab kerajaan dan bila disiasat didapati ia boleh diberi milik, maka kita memberi milik kepada mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebelum saya memanggil soalan yang kedua, saya suka nak maklumkan bahawa untuk soalan tambahan, mana-mana Ahli Dewan yang ingin mengemukakan soalan tambahan boleh berdiri di tempat masing-masing dan supaya perhatian Yang di-
Pertua atau nanti Timbalan Yang di-Pertua dapat ditarik dan kita dapat melihat siapa yang ingin menemukakan soalan tambahan. Itu yang pertama. Yang keduanya, mungkin pada sidang Dewan kali ini, Speaker atau pun Timbalan Speaker sendiri pun tak berapa mahir. Memandangkan ramai muka-muka baru, jadi kadang-kadang tu kita tak berapa cam, tak berapa cam lah, tak berapa kenal daripada kawasan mana dan kita tak boleh panggil nama. Di sini kita kena panggil kawasan. Jadi minta bersabar sikit. Kadang-kadang kalau kita silap panggil nama kawasan ke dan sebagainya untuk sidang Dewan yang mula-mula inilah. Ok. Jadi, seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan salam sejahtera kepada semua. Pantai Remis nombor yang kedua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pantai Remis yang telah mengemukakan soalan nombor dua berkenaan dengan jalan-jalan peruntukan daripada Kerajaan Pusat iaitu kita nak nyatakan ya bahawa permohonan daripada Kerajaan Negeri melalui JKR ini kepada Kementerian Kerja Raya. Jadi saya mengambil kesempatan untuk menyatakan di setiap daerah itu berapakah yang telah dipohon. Kemudian berapakah yang telah diterima oleh JKR daripada Kerajaan Persekutuan. Yang pertamanya kita ada Daerah Kinta RM114 juta itu dipohon oleh Kerajaan Negeri kepada Kementerian Kerja Raya. Di Batang Padang merupakan salah satu yang tertinggi RM67 juta. Di Hulu Perak RM64 juta. Saya tidak bacakan secara terperinci atau presize amount itu. Saya bacakan anggaran sahaja RM64 juta. Di Manjung RM45 juta. Di Larut Matang dan Selama RM79 juta. Kerian RM31 juta. Hilir Perak RM25 juta. Perak Tengah RM24 juta. Bagan Datuk RM17 juta. Kuala Kangsar RM17 juta. Muallim RM16 juta dan Kampar, hampir-hampir RM8 juta. Jumlah keseluruhan ini RM580 juta dipohon oleh Kerajaan Negeri untuk mengambil untuk menyempurnakan kerja-kerja pemulihan di lebuhraya-lebuhraya yang dipunyai oleh Kerajaan Persekutuan tapi lebuhraya ini secara kebetulan terletak di Negeri Perak untuk menghubungkan di antara Timur dan Barat ini, dia kena melalui Perak.
Pertamanya lebuhraya di Gerik menghubungi ke Jeli. Itu sebabnya jumlah peruntukan dipohon bagi Hulu Perak sahaja mencengkal sampai RM64 juta itu kerana ada lebuhraya di antara Gerik sampai ke Jeli. Kemudian kita ada lebuh raya di antara Simpang Pulai sampai ke Cameron Highland dan daripada Tapah ke Ringlet. Itu sebabnya Batang Padang dan juga Hulu Perak ini merupakan peruntukan yang tinggi dipohon daripada Kerajaan Persekutuan tapi malangnya saya nak bacakan juga berapa yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan bagi membaik pulih dan merepair kerja kerja lebuhraya Persekutuan ini. Yang pertamanya di Kinta, kita hanya menerima RM16 juta daripada RM114 yang dipohon, kita hanya terima RM16 juta. Lebih sikit 10%. Daripada Batang Padang RM5 juta, Hilir Perak RM14 juta, Manjung RM12 juta RM6 juta maaf, Larut Matang Selama RM12 juta, Kerian RM2 juta, Hilir Perak RM2 juta, Perak Tengah RM3 juta, Bagan Datuk RM5 juta, Kuala Kangsar RM6 juta, Muallim RM3 juta dan akhirnya Kampar RM1.5 juta. Keseluruhan yang telah diluluskan ini hanyalah berjumlah RM81 juta. Justeru boleh bayangkan yang dipohon oleh Kerajaan Negeri melalui JKR ini adalah RM580 juta. Yang diterima adalah RM81 juta. Jadi untuk itu kita berdikit-dikit memberi keutamaan mana-mana tempat yang memang merbahaya perlu diambil tindakan di ketiga-tiga lebuhraya yang menghubungkan Barat dan Timur ini kita beri keutamaan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mantan Exco Infra Yang Berhormat Dato' Lintang, ada di sini sebelah saya yang telah memohon daripada Kerajaan Persekutuan sejumlah RM170 juta sebelum ini melalui JKR kerana didapati laluan lebuhraya di antara Simpang Pulai nak sampai ke Cameron Highlands tu agak merbahaya di curam. Mana pertengahan jalan di antara Simpang Pulai ke Cameron Highlands tu amat merbahaya. Makna risiko tinggi dan diluluskan RM170 juta tapi malangnya walaupun syarikat konsesi untuk baik pulih ini telah pun ditentukan tapi mereka masih belum menerima peruntukan itu untuk diteruskan kerja-kerja tersebut. Jadi saya nak beritahu kepada seluruh Ahli Dewan bahawa Kerajaan Negeri melalui JKR telah pun mendapat kelulusan RM170 juta untuk membuat kerja-kerja baik pulih kepada mana-mana cerun yang agak risiko tinggi di antara Simpang Pulai sampai ke Cameron Highlands. Jadi InsyaAllah dalam masa Kerajaan Perpaduan ini kita akan cuba pastikan bahawa peruntukan itu disalurkan kepada JKR Negeri Perak untuk dilaksanakan oleh syarikat konsesi yang telah ditentukan oleh Kementerian Kerja Raya. Itu berkenaan dengan soalan yang pertama tadi.
Soalan yang kedua, Pantai Remis menyatakan berapa pulak kosnya yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi membaik pulih kerja-kerja jalan-jalan yang kepunyaan Kerajaan Negeri. Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga telah pun meluluskan kepada JKR Negeri Perak sejumlah berapa banyak yang mereka gunakan untuk membaik pulih Kerajaan Negeri jalan-jalan negeri, begitu jugalah telah diluluskan oleh Kementerian atau pun Pejabat Kewangan Negeri. Saya nak bacakan yang pertamanya Kinta. Kita pohon RM17 juta, Kerajaan Negeri luluskan RM17 juta. Di Batang Padang kita pohon RM16 juta, Kerajaan Negeri luluskan RM16 juta. Di Hulu Perak kita mohon RM15 juta, diluluskan RM15 juta. Ini adalah peruntukan untuk tahun lepas, tahun 2022. Kita pohon untuk Manjung RM8 juta, dapat RM8 juta. Kita mohon Larut Matang Selama sejumlah RM12 juta, lulus RM12 juta. Kita pohon daripada Daerah Kerian sejumlah RM17 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri RM17 juta sama dan untuk Hilir Perak, dipohon RM9 juta, dapat RM9 juta. Di Perak Tengah RM9.6 juta, dapat RM9.6 juta. Bagan Datuk RM8 juta, lulus RM8 juta. Kuala Kangsar RM24 juta, lulus RM24 juta. Mualim RM3 juta, lulus RM3 juta dan akhir sekali Kampar RM45 juta, diluluskan RM45 juta. Jadi kita berterima kasih kepada Pejabat Kewangan Negeri yang telah meluluskan 100% permohonan JKR Perak untuk baik pulih jalan– jalan negeri. Jadi untuk itu, saya lagi sekali merakamkan terima kasih kepada Exco Infra Mantan YB Lintang yang telah pun bekerja sama dengan JKR bagi mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Negeri supaya jalan–jalan Kerajaan Negeri ini dapat kita baik pulih sempurnanya dan terselamat penggunaannya oleh pengguna.
Bagi soalan yang ketiga yang ditanya oleh Pantai Remis tadi, terima kasih. Beliau menanyakan daripada segi penggunaan jalan oleh kenderaan berat. Jadi saya nak menyatakan dekat sini data rekod kemalangan yang berlaku itu ialah berdasarkan pelanggaran, terbabas dan lain-lain. Jadi soalan itu seolah nak menunjukkan adakah punca fizikal jalan itu menyebabkan kemalangan tapi laporan kita dapat dari polis dan JPJ amat-amat kurang sekali menyatakan bahawa masalah jalan, fizikal jalan menyebabkan kemalangan. Biasanya kemalangan di jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri ini berlaku kerana terbabas, accident pelanggaran atau pun kecuaian dari pemandu sendiri. Jadi untuk itu, walaubagaimanapun, bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya, pihak JKR telah melaksanakan Program Black Sport. Maknanya tempat-tempat yang kita telah pastikan lebih kerap kemalangan di situ di tanah-tanah jalan-jalan Kerajaan Negeri. Maka kita telah melaksanakan satu program kenal pasti black spot ini dan didapati di Negeri Perak ada dua black spot. Ada dua tempat yang selalu sering berlaku kemalangan, yang pertamanya di Kinta, Daerah Kinta dan yang keduanya di Daerah Kerian. Jadi maknanya pemantauan daripada JKR akan lebih terperinci di lokasi black spot yang dua itu.
Manakala bagi tahun yang akan akan datang, tahun 2023 ini, sebanyak 10 lokasi yang telah dikenal pasti melibatkan Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama, Kinta, Batang Padang, Kerian dan ini merupakan kos yang kita anggar bagi membaik pulih ataupun mengelakkan kemalangan ini sejumlah RM3.5 juta. Insyaallah kita akan pastikan dapat dilaksanakan pada tahun akan datang ini. Sehubungan dengan itu, kerja-kerja pembaikan jalan di lokasi tersebut akan dilaksanakan setelah peruntukan diterima daripada Pejabat Kewangan Negeri. Jadi untuk itu, saya berterima kasih di atas pandangan dan juga di atas perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat dan kita nak pastikan pada mana-mana jalan negeri dan persekutuan, usaha bagi membaik pulih mana-mana jalan yang rosak, mana-mana jalan yang kita rasakan ada peluang-peluang munasabah boleh berlaku kemalangan, kita akan cuba elakkan. Jadi itu sebab saya buat satu sidang akhbar dua hari sudah, menyatakan bahawa di Perak ini kita mahu elakkan apa yang berlaku tragedi seperti di Batang Kali. Jadi, alhamdulillah kita berterima kasih di atas masing-masing punya peringatan kepada mangsa, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka tapi kalau seboleh-bolehnya kita nak pastikan di Negeri Perak ini tidak berlaku insiden yang sama. Jadi untuk itu saya berterima kasih kepada pengurusan JKR, Pengarah JKR sendiri yang telahpun mengenal pasti di manakah curam-curam dan lereng-lereng di Malaysia ini, tepi-tepi lebuhraya yang agak berisiko tinggi, yang itu kita telahpun berikan perhatian. Sebanyak 239 jalan-jalan persekutuan di Perak ini yang ada mempamerkan lereng-lereng yang cukup berisiko tinggi, yang itu kita akan beri perhatian.
Saya juga telah mengarahkan bahawa dalam menghadapi musim tengkujuh ini, sampai bulan dua, tidak ada mana mana jurutera daerah ke, kakitangan-kakitangan jalan raya daripada JKR yang diberi cuti. Mereka terpaksa meneruskan sampailah akhir bulan Mac barangkali, InshaAllah. Jadi kita doakan mudah-mudahan di Perak dapat kita hindarkan daripada tragedi yang sama berlaku di Batang Kali. Wabilahitaufik, sekian terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Pantai Remis.
Terima kasih kepada Exco Sungai Rapat. Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Tapi saya nak tanya, apa puncanya selalu bagi peruntukan jalan persekutuan tidak diterima seperti jalan negeri secara penuh dengan jumlah yang telah mohon kepada mereka? kerana bagi orang awam, mereka tidak tahu apa perbezaan di antara jalan negeri ataupun jalan persekutuan. Dia hanya tahu jalan itu rosak. Contohnya bagi Pantai Remis, jalan utama dan di semua pekan, jalan utama biasanya adalah jalan persekutuan dan di situ selalunya dia masalah, jalan rosak ke semua, mereka tengok, “eh, mengapa tak ada membaiki.” tetapi bagi jalan-jalan kampung, jalan di majlis semua ada jalan baru. Jadi mereka tanya, mengapa jalan utama itu tidak diperbaikikan. Jadi saya nak tahu apa puncanya, tentang mengapa untuk jalan persekutuan itu selalunya tidak mencukupi?
Terima kasih Pantai Remis di atas soalan tambahan tadi. Memanglah bila kita buat permohonan untuk membaiki dan juga baikpulih-baikpulih lebuhraya-lebuhraya dan jalan persekutuan ini, maka apa yang kita mohon itu, biasanya tidak dipenuhi sepenuhnya. Jadi saya akan cuba sedaya upaya selaku infra ataupun Exco infra bagi Kerajaan Perpaduan, nak buktikan kepada mereka bahawa lebuhraya yang menghubungi timur dan barat ini berada di Perak dan perlulah diberikan keutamaan untuk diluluskan jumlah yang munasabah tapi yang saya baca tadi, jumlah itu tidak boleh kita nak pastikan repair semua jalan dan dalam soalan Pantai Remis tadi, ada jalan-jalan yang menghubungi jalan besar sampai ke taman-taman, ke kampung-kampung. Now, dia ada peruntukan-peruntukan majlis sendiri yang boleh ambil tindakan, mana-mana kenderaan lebih dua tan, ia tidak boleh masuk ke kawasan-kawasan taman ataupun kawasan-kawasan perkampungan yang akan menyebabkan jalan itu menjadi retak. Jadi untuk itu, kita akan pastikan bahawa majlis sendiri yang diberikan peruntukan untuk menahan kenderaan-kenderaan tersebut dan memberikan kompaun kepada mereka akan dilaksanakan. Untuk mengelak supaya kenderaan berat daripada lebuhraya masuk ke taman-taman, kampung-kampung, akhirnya jalan-jalan kampung ini rosak juga. Jadi untuk itu sebab kenapa utamanya kita nak pastikan Kementerian Kerja Raya pada tahun ini, mereka berikan keutamaan barangkali pada jalan-jalan lain. Mungkin tidak di Perak, tapi kita akan pastikan oleh kerana menghubungkan di antara timur dan barat ini berada di Perak, maka kena beri perhatian supaya apa yang kita pohon itu diberikan jumlah yang agak munasabah supaya kerja-kerja dapat dibuatkan.
Saudara-saudara, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya nyatakan di sini bahawa kalau sekiranya yang dipohon oleh JKR itu sebanyak RM64 juta hanya di Hulu Perak, maknanya lebuhraya daripada Gerik sampailah ke Jeli dapat diatasi. Jadi di situ juga, kalau ada tanah, jalan-jalan negeri yang ditanggungjawabkan kepada kerajaan, sama ada perbandaran ataupun JKR, yang itu boleh kita laksanakan tapi kalau sekiranya kita dapat tahan mana-mana yang menyalahgunakan kenderaan masuk ke taman-taman lebih muatan dua tan, yang itu kita boleh kompaun mereka dan kita boleh tahan mereka. Terima kasih.
Kamunting...
Tuan Yang di-Pertua, saya faham maksud Pantai Remis kerana jalan di situ sering saya lalu. Agak memang teruklah daripada Changkat Jering sampai ke Pantai Remis. Cuma persoalan, satu Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan antara Banting dengan Taiping, dan sebenarnya dijangka siap 2019 lagi, tapi kenapa masih lagi belum sempurna dan apa masalah dia, sudah lewat hampir 3 tahun 4 tahun. Itu persoalan saya, kalau ada situ, mungkin kekurangan risiko kerosakan jalan antara jalan yang lama ini akan kurang sikit lah sebab laluan tu kelapa sawit, kemudian lori daripada pelabuhan lalu situ dan itulah saya nak tanya, bila boleh siap Persisiran Pantai Barat? Sekian.
Exco..
Terima kasih kepada Kamunting. Saya akan bagi jawapan kepada soalan Kamunting itu dengan jauh lebih terperinci dalam penggulungan nanti. Makna, esok kita akan berikan maklumat yang jauh terperinci tapi saya nak nyatakan bahawa, kalaulah lori-lori itu melebihi muatan yang di bina jalan itu untuk pertahankan keberatan kenderaan tersebut tidak boleh melebihi 10 kilo Newton (kN). Maknanya akan jadi lebih pada 8 tan, 10 tan. Sudah tentulah jalan tu tidak di bina rekabentuk untuk pertahan loading ataupun keberatan kenderaan sebegitu apa. Jadi itu ada sebab-sebab lain yang menyebabkan jalan-jalan dapati rosak.
Bagi lebuhraya, jalan yang telah dinyatakan Kamunting itu, kita akan senaraikan, manakah yang telah diutarakan awal terdahulu daripada ini, yang telah diluluskan atau masih lagi peringkat untuk diluluskan, maka saya akan pastikan bersama-sama dengan JKR kenal pasti mana-mana jalan yang dipohon untuk dibina oleh Kerajaan Persekutuan, mana-mana yang telah diluluskan, dan mana-manakah proses yang sedang dilaksanakan. Oleh itu saya akan perincikan dalam jawapan saya semasa pergulungan nanti. Sekian, terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari Kuala Kurau untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, soalan saya nombor 3.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Kurau yang telah mengemukakan soalan kepada saya. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa memberikan tumpuan dalam usaha memperkasakan industri akuakultur di negeri Perak. Daerah Kerian merupakan daerah yang mempunyai banyak kawasan yang berpotensi untuk menyumbang kepada produktiviti akuakultur, antaranya di Kuala Kurau, Kuala Gula, Tanjong Piandang dan Bagan Tiang. Pada tahun 2021, Daerah Kerian mengeluarkan sebanyak 13,350.19 tan metrik ikan dengan nilai RM190,285,656 yang meliputi ikan air tawar, ikan air payau, udang dan kerang-kerangan. Perairan di Daerah Kerian antara yang paling sesuai untuk penternakan kerang. Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mengenalpasti kawasan berpotensi yang sesuai untuk ternakan kerang bagi mewujudkan Program Kluster Kerang Kerian yang akan diusahakan oleh individu dan syarikat tempatan. Selain daripada itu, lot-lot kerang sedia ada juga akan disusun semula bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran kerang di Daerah Kerian. Bagi aktiviti ternakan ikan, Daerah Kerian antara hub utama pengeluaran ikan dan udang air payau. Sehubungan itu, pihak Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan memperkenalkan inisiatif serta teknologi baru bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran selain sentiasa memberi bantuan dari segi input ternakan yang diberikan oleh pihak Kerajaan dari masa ke semasa.
Untuk makluman Yang Berhormat, berkaitan industri perikanan tangkapan, berikutan merupakan status semasa industri perikanan tangkapan tahun 2021, Kerian. A, bilangan nelayan 3,685 orang. B, bilangan vesel 1,627 buah. C, bilangan kungsi vesel mengikut zon Kerian. Yang pertama, zon A sebanyak seramai 1,249 orang. Zon B, 371 orang dan zon C, 7 orang. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan mengenalpasti potensi dan peluang untuk membangunkan industri perikanan tangkapan. Beberapa program telah dibangunkan untuk memastikan industri ini berkembang dengan lebih maju seperti pemodenan vesel dan mekanisasi peralatan perikanan di bawah Program Dasar Jaminan Makanan. Program ini memberi kelengkapan kepada kebanyakan pemilik vesel di mana objektif untuk projek ini adalah pengujudan ke arah pembangunan industri perikanan pantai, menerusi Program Pemodenan Vesel, menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam serta peningkatan mekanisasi peralatan tangkapan vesel di zon A, zon B, serta zon C. Program ini juga bertujuan membuka peluang nelayan tradisi di zon A, B, dan zon C, menaik taraf dan memodenkan vesel, mekanisasi peralatan tangkapan yang lebih efisien dan mesra sumber, peningkatan aspek keselamatan dan peningkatan kualiti hasil tangkapan, secara langsung meningkatkan pendaratan ikan dan pendapatan nelayan tersebut. Bagi jawapan B untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha-usaha bagi memperluaskan industri perikanan laut dalam di Daerah Kerian. Buat masa ini, tiada vesel laut dalam yang beroperasi, bermakna tiada fasiliti yang mencukupi bagi menambat dan mendaratkan hasil-hasil perikanan laut dalam. Kerajaan Negeri sedia mengkaji dan menyediakan fasiliti serta kemudahan lain, seperti jeti pendaratan ikan yang lebih besar, untuk menampung vesel laut dalam yang tertakluk kepada ulasan jabatan-jabatan teknikal.
Bagi jawapan C untuk maklumat Yang Berhormat, serta Ahli Dewan yang dihormati sekalian, golongan belia merupakan tonggak kepada pembangunan negara. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah menjalankan beberapa aktiviti dan program bagi menarik minat golongan belia untuk terlibat dalam industri perikanan. Antara inisiatif yang sedang dijalankan adalah Program Agropreneur Muda yang membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro, berasaskan semua aktiviti rantaian makanan dan asas tani terutamanya industri perikanan. Objektif utama Program Agropreneur Muda ini adalah bagi mengubah persepsi golongan muda dalam sektor perikanan sebagai industri yang berdaya maju, meningkatkan pendapatan belia melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi dan terus menjadikan industri perikanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan. Terima kasih.
Soalan tambahan dari Kuala Kurau.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Exco atas jawapan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya, golongan muda ramai yang bekerja sebagai nelayan pantai di kawasan saya dan juga mungkin di kawasan-kawasan yang lain seluruh negara Perak. Namun begitu mereka sebahagiannya tidak memiliki lesen, khususnya lesen nelayan pantai zon A, walaupun telah memohon berulang kali kepada Jabatan Perikanan. Apa cadangan dan pandangan daripada Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk maklumat Yang Berhormat Kuala Kurau, bagi mengawal pengurangan sumber ikan, Jabatan Perikanan meneruskan kaedah pengawalan melalui pengeluaran lesen menangkap ikan. Pada masa kini, Jabatan masih membekukan semua pengeluaran lesen dan permit vesel menangkap ikan bagi zon A, B dan C sejak tahun 1982. Kecuali vesel menangkap ikan yang beroperasi di laut dalam, iaitu di zon C2 di pantai Timur, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta zon C3. Selain itu, golongan belia disarankan untuk mengikuti kursus yang dilanjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia untuk menjadi kru vesel pukat jerut laut dalam dan bekerja di atas vesel C dan C2. Mereka juga boleh menceburi bidang akuakultur juga, di mana Jabatan Perikanan ada menyediakan kursus-kursus ternakan dan khidmat nasihat teknikal berkaitan tentang industri akuakultur. Jika belia-belia tempatan, dapat memenuhi peluang menjadi kru vesel ini, maka kepergantungan negara kepada kru asing dapat diselesaikan dan hasil negara dapat dimanfaatkan tanpa ada ketirisan sumber ke negara lain. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, mungkin saya sikit buat tambahan tentang soalan daripada sahabat saya Kuala Kurau. Tentang boleh tak, ataupun Kerajaan bercadang untuk nak permohonan lesen itu agak dimudahkan sikit, walaupun biasalah lesen laut dalam ni agak ketat sikit dia punya permohonan lesen. Jadi adakah Kerajaan bercadang untuk memudahkan sikit permohonan untuk luluskan lesen laut dalam? Terima kasih.
Terima kasih soalan kepada Yang Berhormat. Sebenarnya memang pihak Kerajaan sentiasa prihatin dan sentiasa untuk memberikan peluang dan ruang kepada pengusaha-pengusaha perikanan ini sendiri untuk menceburi dalam tangkapan laut dalam dan perkara-perkara ini memang menjadi perhatian dan kita di atas cadangan daripada Yang Berhormat akan kita ambil perhatian untuk dibawa kepada pihak-pihak yang berkaitan. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor empat.
Salam sejahtera dan selamat pagi diucapkan kepada Timbalan Speaker kita yang baru dilantik seorang pemuda, seorang perempuan. Saya percaya beliau lah Timbalan Speaker yang paling muda dalam sejarah negeri kita ini. Tahniah dan kedua, Timbalan Speaker dikenalkan sebagai Puan. Tetapi untuk makluman, beliau ini bukan Puan, masih Cik dan terima kasih kepada Yang Berhormat Astaka. Jawapan kepada soalan Astaka berkaitan dengan brain drain dari negeri Perak.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, masalah brain drain yang berlaku ini perlu diambil kira dari pelbagai aspek, seperti pelabuhan, pelaburan, ekosistem industri, pembangunan luar bandar dan bandar, kos sara hidup serta gaya hidup masyarakat. Tidak lupa juga, dihadap dasar-dasar pekerjaan seperti fakta gaji dan tawaran pekerjaan yang semakin terhad menjadi antara fakta penghijrahan, tenaga kerja atau bakat muda tempatan. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan sentiasa melipatgandakan usaha agar bakat-bakat muda ini dapat dikekalkan untuk menyumbang semula tenaga mereka ke dalam negeri. Sudah pasti ia akan menjadi keutamaan di bawah portfolio saya iaitu sumber manusia. Untuk makluman, antara usaha di bawah Kerajaan Negeri yang giat dilaksanakan di bawah agensi pelaksanaan Pusat Aspirasi Anak Perak atau dipanggil sebagai PASAK adalah melalui, yang pertama, menyediakan platform pencarian pekerjaan dalam talian aplikasi Talent Perak. Talent Perak merupakan aplikasi dan sistem pekerjaan online bagi membuat padanan pekerjaan berdasarkan kelayakan, kemahiran, pengalaman, gaji dan lain lain mengikut keperluan majikan atau dipanggil sebagai job matching. Aplikasi ini perlu dimanfaatkan oleh setiap pencari kerja termasuk anak muda kerana ianya merupakan langkah awal untuk golongan ini berada dalam pasaran pekerjaan sekaligus membantu kebolehpasaran dalam kalangan mereka melalui hujung jari.
Pihak PASAK juga turut giat melaksanakan program karnival kerjaya di peringkat daerah-daerah untuk menarik pencari kerja tempatan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan industri dalam negeri. Pada tahun 2022, sebanyak lapan karnival kerjaya daerah telah dilaksanakan oleh PASAK dengan penglibatan sebagai syarikat-syarikat yang menawarkan kekosongan jawatan selain terus mempergiatkan promosi kekosongan jawatan sama ada secara atas talian maupun secara fizikal. Ketiga, melaksanakan jalinan kerjasama bersama Institusi Pengajian Tinggi, IPTA dan IPTS bagi mendapatkan data dan maklumat khususnya anak-anak negeri Perak yang berada di Kampus Luar Negeri Perak atau anak-anak negeri Perak yang berada di Kampus Luar Negeri Perak oleh PASAK. Perolehan data ini adalah penting bagi menyampaikan maklumat kepada para graduan berkenaan peluang-peluang pekerjaan mahupun inisiatif yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri kepada anak-anak Perak. PASAK juga secara berterusan mempromosikan peluang-peluang pekerjaan di sosial media bagi menyampaikan maklumat peluang pekerjaan dengan lebih cepat sama ada kepada pencari kerja di dalam mahupun di luar negeri Perak. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperluaskan usaha dari sudut pelaburan melalui agensi pelaksanaan Invest Perak melalui, yang pertama, melaksanakan promosi dengan memadankan institusi pendidikan di negeri Perak dengan pelabur baru dan sedia ada.
Inisiatif ini dapat membantu institusi pendidikan membentuk silibus mereka yang selari dengan kehendak industri semasa. Antara projek pelaburan baru yang berjaya dipadankan dengan institusi pendidikan di negeri Perak adalah sebuah syarikat daripada Singapura yang telah memutuskan untuk melabur di daerah Perak Tengah. Syarikat ini telah dibawa ke institusi pendidikan di sekitar Perak sewaktu syarikat masih menilai tempat yang sesuai dengan keperluan mereka. Atas usaha ini, syarikat yakin dengan keperluan mereka dari sudut pekerja mahir dan separa mahir dan memutuskan untuk melabur sekitar RM1 billion di Perak Tengah. Usaha ini secara langsung dapat membantu rakyat tempatan dalam memenuhi keperluan pekerjaan mereka. Ketiga, mempelbagaikan aktiviti ekonomi khususnya dalam menarik pelabur bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan di dalam negeri Perak. Ini juga berlandaskan dengan pelan jangka panjang di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030. Keempat, hasil dari ini akan berlaku pertambahan atau kewujudan syarikat multinational di negeri Perak bagi memberi peluang pekerjaan untuk golongan belia Perak dan kelima, di bawah pelan ini sebanyak satu juta peluang pekerjaan dijangka akan diwujudkan dalam jangka masa 10 tahun yang secara tidak langsung mampu menarik bakal-bakal anak negeri Perak di luar negeri untuk kembali berkhidmat di negeri Perak. Justeru, golongan intelek kelahiran negeri Perak dapat menerima manfaat dari pembukaan aktiviti ekonomi ini dan dalam masa sama menyumbang peranan mereka kepada negeri Perak.
Selain itu, Timbalan Speaker, Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO mengambil langkah yang proaktif untuk menyelesaikan masalah brain drain melalui pengiklanan jawatan kosong di portal pekerjaan My Future Job. Portal My Future Job yang merupakan satu platform pemudah cara kepada majikan untuk mengiklankan jawatan kosong secara percuma dan membantu majikan mendapatkan pekerja yang bersesuaian dengan kriteria dan keperluan industri-industri ini. Portal ini memainkan peranan dalam merapatkan jurang di antara penawaran dan permintaan iaitu supply and demand mengikut industri dan bidang dalam negara. Berdasarkan statistik portal My Future Jobs, dari tempoh 1 Januari 2021 sehingga 9 Disember 2022, terdapat sebanyak 184,860 peluang pekerjaan yang diiklankan di negeri Perak. Daripada jumlah ini, pekerjaan kategori mahir yang diiklankan adalah sebanyak 29,772 kekosongan jawatan yang melibatkan bidang-bidang antara Jurutera Perisian, Science Computer, Jurutera Elektrik dan Jurutera Rekabentuk. PERKESO melalui Pejabat PERKESO negeri Perak juga turut melaksanakan program-program kebolehpasaran pekerjaan dengan kerjasama PASAK seperti karnival pekerjaan, e-Carrier Fair, program temu duga pas, program temu duga mingguan, Carrier Talk, program profiling golongan sasar, bengkel kebolehpasaran pekerjaan, kaunseling kerja, kaunter pendaftaran My Future Jobs dan pelbagai program berteraskan pembangunan modal insan. PERKESO juga menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi dan kementerian dengan penubuhan pusat satellite My Future Jobs. Pusat satellite ini bertujuan untuk membantu golongan pencari kerja yang berada di kawasan pendalaman khususnya mendapatkan perkhidmatan penempatan pekerjaan seperti di Pusat Komuniti Desa Pasir Salak. Terima kasih.
Soalan tambahan. Astaka sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih diucapkan kepada YB Exco atas jawapan yang diberikan. Soalan saya, tadi YB Exco juga sebut salah satu faktor penting adalah faktor gaji, di mana ini juga disahkan oleh laporan World Bank 2021 di mana dikatakan ekonomi negara kita tidak menghasilkan peluang pekerjaan bergaji tinggi yang mencukupi dan mengikut laporan di OSM 2021, PERAK merupakan antara satu negeri di mana gaji bulanan purata kita sebenarnya lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Contohnya berbanding dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur RM4,013, Selangor RM3,543, Pulau Pinang RM3,080. Ini gaji bulanan purata bagi negeri yang saya sebutkan tadi. Bagi PERAK hanya RM2,608. Soalan tambahan saya Yang di-Pertua, bagaimana Kerajaan Negeri merancang untuk menangani masalah ini untuk mengurangkan jurang gaji purata negeri Perak dengan negeri-negeri lain? Terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih kepada soalan tambahan berkenaan. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Astaka adalah berkaitan dengan gaji tidak persamaan dibandingkan dengan negeri lain, terutama Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang. Timbalan Yang di-Pertua, di sini saya ingin rujuk kepada tiga Rang Undang-Undang yang membincang tentang penilaian gaji kepada pekerja-pekerja di Malaysia, khasnya pekerja-pekerja swasta sebanyak lebih kurang RM15 juta. Akta berkenaan adalah daripada satu Akta Kerja 1955, Akta Perubahan Perindustrian 1967 dan juga Akta Majlis Perunding Negara 2011 dan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Astaka adalah untuk pekerja-pekerja yang tidak terkandung dalam Seksyen 2 Akta Kerja, iaitu Seksyen 2 Akta Kerja ini hanya digunapakai di bawah Akta Kerja 1955, hanya digunapakai untuk pekerja-pekerja bergaji RM2,000 dan ke bawah. Jadi yang bergaji RM2,000 ke atas tidak jatuh di bawah definisi Seksyen 2, Akta Kerja 1955. Itu harus difahami.
Kedua, ini adalah golongan-golongan lebih profesional. Jadi profesional dan kedua yang gaji yang saya maksudkan di sini tidak terkandung dari ini dan yang terkandung dalam Akta Majlis Perunding Gaji Negara 2011 juga tertakluk kepada Akta Kerja. Jadi apabila kita bincang tentang golongan ini yang gaji lebih daripada RM2,000 ataupun yang profesional ini hanya gunapakai kontrak perkhidmatan perjanjian bersama di antara majikan dan pekerja. So, they don't come under this dengan izin. They don't come under this. However, menurut Yang Berhormat telah senaraikan negeri-negeri yang gajinya tinggi iaitu Kuala Lumpur RM4,013.00, Selangor RM3,543.00 dan Pulau Pinang RM3,080.00. Harus difahamkan bahawa negeri-negeri ini adalah negeri maju dan itu yang kita tetapkan tahun 2030, kita juga akan lebih kurang mencapai status itu. Jadi senang untuk kita memastikan bahawa gaji-gaji mereka ini juga akan dinaikkan.
Yang kedua, terpulang pada majikan dan kepada pekerja yang memohon untuk menentukan gaji. So, mereka ini tidak terkandung di bawah Kesatuan pun di bawah Akta Kesatuan Kerja. They cannot be members of the union. Jadi dan fakta-fakta yang ditentukan dalam kesimpulan gaji adalah yang pertama, kos hidup dan seperti kos sewa rumah dan kos perjalanan ke kerja. Di kawasan luar bandar seperti di Perak, beberapa tempat luar daripada Lembah Kinta. Kos dia itu jauh lebih kurang banding dengan Kuala Lumpur ataupun Lembah Klang ataupun di Pulau Pinang. Inilah fakta-fakta yang ditentukan tetapi saya percaya dalam 10 tahun daripada sekarang, kita pun akan capai ke tahap ini kalau kita masih di bawah Kerajaan Pakatan Harapan lah saya harap. Terima kasih.
Soalan tambahan. Sila Alor Pongsu. Sila, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya mendengar jawapan daripada YB Exco tadi tapi saya berpendapat jawapan itu lebih merupakan jawapan soal ranting, soal pokok tak disentuh. Jadi saya rasa saya dengar perkataan tentang pertumbuhan infra dan pelaburan ini daripada dulu lagi kita dengar 10 tahun, 10 tahun, 10 tahun. Saya rasa Kerajaan sekarang perlu pendekkan, jangan 10 tahun lagi sebab macam di kawasan saya di DUN Alor Pongsu, kita dah ada infra semua dah. Highway dekat, jalan keretapi dekat...
Soalan, soalan, soalan.
Ya sebentar. Paling dekat dengan pelabuhan Penang dan airport dan sebagainya. Kita perlu fokus industri. Bila nak dijalankan untuk pertumbuhan industri yang baru di kawasan seperti DUN Alor
Pongsu, yang dah ada infra semua. Tak payah tunggu 10 tahun lagi YB Exco. Jadi saya rasa ini cerita dia macam paip air besar di depan rumah. Paip tak ditebuk. Saya minta Kerajaan Perpaduan sekarang tebuk paip. Saya offer DUN Alor Pongsu yang sudah lengkap semuanya. Jadi saya rasa soalan saya, apakah pelan tindakan Negeri untuk tangani masalah ini dengan cepat dan efisien? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Pongsu. Saya dah ada selama 15 tahun di Dewan ini dan inilah ucapan saya bagi setiap kali saya berbahas. Sebab apabila kita bincang berkaitan dengan pembangunan, perkembangan dan pelaburan, itu dihadkan kepada Lembah Kinta. Tidak dapat dinafikan. Di kawasan saya sendiri pun di Sungkai bagi 10 tahun yang lepas hanya ada satu kilang saja. Jadi saya telah jumpa dengan pejabat daerah minggu lepas dan meminta agar bagi pertama, wujudkanlah kawasan-kawasan perindustrian di tempat masing-masing. Kalau pelabur datang esok ke Alor Pongsu dan minta Yang Berhormat, kita nak melabur sini, kena pastikan tanah, ada ke tanah perindustrian di kawasan ini? Jawapannya tidak. Begitu juga di tempat saya pun. Jadi saya telah arahkan Pegawai Daerah supaya mengenal pastikan kawasan-kawasan perindustrian baru untuk kita menarik pelabur tetapi soalan ini kepada rakan saya harus dituju kepada Yang Berhormat Jalong sebab dialah yang bertanggungjawab untuk pelaburan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pasir Panjang, soalan nombor 5.
Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, Pulau Pangkor telah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai mulai 1 Januari 2020. Kerja-kerja berkaitan Pulau Bebas Cukai telah dilaksanakan oleh Sekretariat Pulau Bebas Cukai Pangkor yang dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi. Namun begitu pada Julai 2022, Sekretariat PBC telah diletakkan di bawah Majlis Perbandaran Manjung atau MPM dengan nama Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai atau singkatannya UPPBC MPM. Pada ketika ini, unit tersebut telah mengambil alih keseluruhan tanggungjawab yang telah dipikul oleh Sekretariat PBC Pangkor sebelum ini dalam usaha memajukan dan mempromosikan Pulau Bebas Cukai Pangkor. Sejak pengumuman Pangkor sebagai PBC atau Pulau Bebas Cukai, Kerajaan Negeri telah pun mula melaksanakan pelbagai projek menaik taraf infrastruktur, kemudahan awam dan fasiliti pelancongan sebagai persediaan menampung kemasukan pelancong. Sehingga kini, Kerajaan Negeri masih lagi giat dalam melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur bagi memenuhi keperluan dari aspek ekonomi, infrastruktur dan pelancongan selaras dengan hasrat untuk menjadikan Pulau Pangkor sebuah Pulau Bebas Cukai dan kawasan pelancongan yang utama di Negeri Perak dan mampu untuk bersaing dengan Pulau-Pulau Bebas Cukai yang lain di Malaysia. Antara pembinaan yang dilaksanakan pada tahun 2021 dalam usaha menambah baik pelancongan di Pulau Pangkor ialah pembinaan ruang menunggu dengan kapasiti 200 tempat duduk, ruang pemeriksaan KASTAM untuk menempatkan mesin pengimbas bagasi, Pejabat Imigresen dan Bilik Tahanan Pejabat Imigresen. Fokus utama Kerajaan Negeri ketika ini ialah untuk membangunkan sebuah Kompleks Jeti Penumpang yang lebih selesa untuk menampung jumlah pengunjung yang semakin bertambah dengan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat melalui Belanjawan 2021. Kompleks jeti penumpang ini yang merupakan pintu masuk utama ke Pulau Pangkor akan turut mempunyai fasiliti seperti kedai bebas cukai, ruang menunggu yang luas, kemudahan parkir berbumbung dan fasiliti-fasiliti lain untuk keselesaan pengunjung.
Yang Berhormat, berikut adalah data kemasukan pelancong ke Pulau Pangkor. Jadi kalau kita lihat data ini panjang, dia kecil-kecil disambungkan dengan kecil-kecil jadi saya bagikan yang nilai besar. Untuk tahun 2020 seramai 815 ribu pengunjung, untuk 2021 seramai lebih kurang 479 hampir-hampir 480 ribu pengunjung dan untuk 2022 sehingga Oktober dari Januari ke Oktober sekarang dah 769 397 pengunjung. Pada masa ini terdapat 12 kedai bebas cukai yang beroperasi di Pulau Pangkor. Dalam usaha untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai dan destinasi pelancongan keluarga, Kerajaan Negeri akan memastikan bahawa bentuk muka bumi dan alam semula jadi di pulau ini tetap terpelihara. Untuk itu, Kerajaan Negeri memberikan tumpuan untuk mempromosi aktiviti-aktiviti ekopelancongan seperti snorkeling, jungle trackking, bird feeding dan berkhemah. Selain daripada itu pelancong juga boleh menikmati keindahan pantai di Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Perkampungan nelayan yang terdapat di Pulau Pangkor juga menjadi satu tarikan yang unik kepada pelancong. Kerajaan Negeri juga berharap dan mengharapkan pembangunan yang seiring dengan pertambahan kemasukan pengunjung, faktor alam semula jadi dan keindahan pulau akan sentiasa terpelihara. Kerajaan Negeri akan menjadikan cabaran ini sebagai salah satu pendekatan untuk membangunkan Pulau Pangkor sebagai Smart Island, dengan izin, melalui pengurusan sumber alam yang efektif serta berkesan dalam mengawal pencemaran. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau yang menjaga kelestarian alam sekitar dengan menggantikan kenderaan sedia ada kepada kenderaan rendah karbon yang dijangka bermula pada tahun 2023.
Yang Berhormat, lampilan-lampiran ini dalam table agak panjang untuk dibacakan. Saya akan serahkan kepada Yang Berhormat tapi saya akan baca jumlah keseluruhan yang ada. Untuk projek yang telah diadakan di Pulau Pangkor sekian lama, sejak pengumumarn Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai, untuk peruntukan pada projek-projek yang telah dilaksanakan Pra PBC 2019, jumlah keseluruhan oleh untuk daripada Pejabat Kewangan Negeri adalah sebanyak RM3 juta, RM3.2 juta. Peruntukan daripada Lembaga Perumahan Hartanah Perak jumlah keseluruhan RM1.4 juta. Kemudiannya, Perlaksanan Pra PBC 2020, peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan jumlah keseluruhan RM3.068 juta. Kemudian ada lagi Perlaksanan Projek Semasa Pra PBC 2020, jumlah keseluruhan daripada Peruntukan Daripada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri jumlah keseluruhan RM9.107 juta dan juga peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jumlah keseluruhan RM237 juta. Peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sebanyak RM2 juta. Peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara RM475 ribu. Peruntukan daripada Pejabat Kewangan Negeri juga untuk tahun 2021 sebanyak RM539 juta. Jadi, pecahan-pecahannya saya rasa terlalu panjang untuk dibacakan. Saya akan serahkan kepada Yang Amat Berhormat sebentar lagi. Jadi, selain daripada ini, saya juga akan melawat ke pulau tersebut bersama lokasi-lokasi yang bersamaan, yang berkaitan dalam tempoh masa yang terdekat untuk proses penyeragaman bersama-sama dengan PBT, agensi-agensi dan juga saya akan pastikan YB-YB yang berkepentingan seperti daripada Pasir Panjang dan mungkin juga Astaka dan Pangkor untuk bersekali supaya boleh mendapatkan satu input yang lebih seragam dan juga memastikan suara rakyat di semua peringkat dapat kita dengarkan daripada Kerajaan Negeri.
Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Ya, Pasir Panjang.
Terima kasih, Yang Berhormat Exco yang memberi penjelasan yang sangat jelas dan juga keterbukaan Exco untuk melibatkan kami dalam lawatan ke Pulau Pangkor sedikit masa lagi. Soalan saya seterusnya adalah, apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk melibatkan penduduk tempatan terlibat sama dalam pembangunan Pulau Bebas Cukai di Pulau Pangkor? dan apakah pula pendirian Kerajaan Negeri tentang penjualan arak dan rokok? Dulu, kerajaan sebelum ini telah memutuskan untuk tidak melibatkan arak dan rokok sebagai produk bebas cukai tetapi kita lihat, dia bercanggah dengan jawapan yang diberi oleh Kementerian Kewangan yang nyatakan bahawa kedua produk ini bebas dijual di Pulau Bebas Cukai Pangkor. Jadi, apakah pendirian Kerajaan Negeri pada hari ini? Terima kasih.
YB ENCIK LOH SZE YEE. Terima kasih Yang Berhormat. Ok, jadi kita lihat dalam operasi pulau-pulau bebas cukai ini, sebenarnya pulau-pulau bebas cukai ini mempunyai cara tersendiri dan juga mempunyai, orang kata, fokus tersendiri dalam menarik pelancong atau pelawat ke dalam pulau tersebut. Seperti yang dikatakan tadi bahawa fokus utama Pulau Pangkor adalah dalam, orang kata, mengadakan ekopelancongan. Namun begitu, saya rasa kita tidak boleh menghalang aktiviti perniagaan secara normal dan biasa. Jadi, secara promosinya mungkin berlainan. Seperti apa yang dikatakan juga dalam jawapan tadi juga, saya akan melakukan lawatan ke kawasan-kawasan tersebut untuk mendapatkan reaksi dan respon daripada semua yang dalam industri player atau penduduk setempat dan sebagainya, supaya kita mendapatkan satu perancangan yang seragam. Yang juga yang amat penting, mendapatkan sokongan padu daripada mereka-mereka yang ada di dalam pulau tersebut. Biarlah penduduk ataupun peniaga ataupun pelawat supaya boleh merancakkan kegiatan ekonomi sebab kita tidak dan tak mahu apabila Pulau Bebas Cukai itu diumumkan sebagai Pulau Bebas Cukai, namun hakikatnya kita tahu sekarang, ramai aduan telah saya terima bahawa kehidupan mereka sekarang mungkin kadang-kadang menyukarkan, lebih sukar. Mungkin kata, perniagaan itu ada, pelawat itu ada tapi kehidupan sebab bila menjadi Pulau Bebas Cukai, orang-orang tempatan nak keluar masuk dan sebagainya mungkin dah menjadi satu permasalahan bagi mereka. Jadi kita kena melihat daripada keseluruhan ekosistem yang ada supaya dapat memudahkan semua rakyat dan juga pelancong-pelancong dan seterusnya memajukan ekonomi Pulau Pangkor dan juga Negeri Perak.
Pengkalan Baharu.
Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya dalam berkaitan dengan produk di Pulau Pangkor. Kalau Langkawi kita terkenal dengan apa itu, gamatnya, di Pangkor terkenal dengan ikan bilis mata biru. Soalan saya, kenapa sekarang ini ikan bilis itu dah tak macam dulu-dulu? Ikan bilis itu dah tak rangup. Saya bimbang ini akan menjadi satu apa nama bila pelancong datang beli ikan bilis mata biru dengan harga yang cukup tinggila, tapi dah tak macam dulu. Terima kasih.
Terima kasih saudara Yang Berhormat. Itu saya rasa kalau mantan Pangkor ada sini, dia boleh bagi jawapan yang panjang lebar sampai setengah jam tapi saya tiada ilmu dalam ikan bilis mata biru ini. Jadi saya tidak boleh menjawab tetapi itulah saya rasa salah satu kepentingannya untuk kita menjaga ekosistem. Sebab kita tahu bukan saja apa yang dikatakan tadi ikan bilis mata biru sudah berlainan. Kita juga mendapati bahawa ada juga orang yang kata durian kampung di kampungnya pun dah rasa berlainan. Kita dapat limau bali di Ipoh pun dah jadi rasa berlainan. Jadi, saya rasa kepentingan bila kita melakukan pembangunan, kita juga perlu melihat kepada kesinambungan dan juga kelestarian alam untuk supaya kita dapat membangun secara hijau di negeri Perak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan Menglembu, soalan yang keenam.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan juga terima kasih soalan dari Menglembu. Untuk pengetahuan, pihak Majlis Bandaraya Ipoh mendapati isu sampah yang sentiasa berlonggokan dan memenuhi Tong Roro di kawasan pasar Menglembu dan untuk pengetahuan, pada masa ini operasi untuk membersihkan Tong Roro dijalankan sebanyak satu kali setiap hari iaitu sebelah petang. Cuma atas pemantauan dan didapati isu bahawa Tong Roro yang sentiasa penuh, ada cadangan daripada pihak MBI bahawa operasi membersihkan Tong Roro dijalankan sebanyak dua kali sehari iaitu pada satu kali pada belah pagi dan juga pada sebelah petang. Cuma pada masa sekarang ada isu bahawa terdapat penjaja-penjaja yang sebenarnya menghalang laluan untuk pihak MBI menarik Tong Roro. Jadi pihak MBI akan kerjasama dengan Pusat Hikmat ADUN Menglembu untuk bincang isu ini dan untuk menempatkan penjaja-penjaja di tempat yang sesuai supaya operasi membersihkan Tong Roro itu dapat dijalankan sebanyak dua kali setiap hari bagi menyelesaikan isu ini. Untuk isu kedua tentang mendapan tanah di tapak sampah di Pasar Awan Menglembu. Sebelum ini pada bulan Julai 2022 operasi pernah dijalankan untuk memperbaiki, kerja-kerja memperbaiki di tapak tersebut. Walaubagaimanapun jika masih terdapat isu mendapan tanah yang berulang, pihak MBI akan mengambil tindakan seterusnya untuk memastikan tempat itu dalam keadaan yang baik. Seterusnya untuk isu ketiga, untuk pengetahuan Yang Berhormat Menglembu, Pasar Awam di Impiana Adre Menglembu itu terletak di bawah pihak swasta iaitu di bawah hak milik Team Keris Berhad. Jadi ia merupakan luar aset penyelenggaraan Majlis Bandaraya Ipoh. Jadi kuasa untuk merancang dan mengambil tindakan tidak berada di bawah PBT. Walaubagaimanapun saya lihat oleh sebab lokasi tersebut agak dekat dengan Pasar Awam Menglembu, jika pasar swasta itu dapat dibangunkan dalam jangka masa panjang dia dapat bantu mengurangkan pengunjung yang ke Pasar Awam Menglembu dan dapat meningkatkan kemudahan awam untuk penduduk di sekitar itu. Jadi pihak kerajaan sedia kerjasama dengan pihak swasta untuk menangani isu itu dan jika sebarang perancangan dalam masa terdekat untuk selesai isu itu pihak MBI dan juga pihak kerajaan akan sentiasa memberi kerjasama. Terima kasih.
Menglembu.
Terima kasih jawapan yang diberikan oleh YB Exco tadi. Soalan tambahan saya adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memasang kamera litar tertutup untuk memantau kegiatan pembuangan sampah haram secara longgokan di beberapa hotspot dengan izin khususnya di kawasan DUN Menglembu? Tapi saya rasa perkara ini bukan sahaja berlaku di DUN Menglembu tetapi saya percaya di setiap DUN pun ada menghadapi masalah seperti ini. So mungkin pihak YB boleh memberi maklumat yang lebih lanjut. Terima kasih.
Terima kasih. Ya betul saya rasa di kebanyakan kawasan termasuk DUN Mengelembu banyak cadangan untuk menambah baik dengan litar kamera untuk bukan sahaja pemantauan aktiviti pembuangan sampah haram dan juga untuk keselamatan secara keseluruhannya dan untuk pengetahuan di kawasan MBI secara khususnya memang ada perancangan untuk kita menambah baik kemudahan awam dengan pemasangan litar kamera termasuk juga di kawasan Menglembu. Cuma buat masa ini kami masih dalam fasa perancangan untuk mengenal pasti lokasi terperinci yang sesuai dan juga perlu diberi keutamaan. Terima kasih.
Manjoi.
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat Teja. Manjoi, DUN Manjoi dalam kawasan bandaraya dan saya kira sama dengan Menglembu kita dalam satu zon dan saya kira pihak Yang Berhormat Teja pun mengambil maklum tersebut. Saya tertarik dengan isu sampah ini kerana di DUN Manjoi sendiri banyak kawasan dan banyak tempat yang berlaku isu sampah dibuang secara haram. Jadi saya turun ke lapangan saya turun semenjak dari awal bahkan sebelum ini lagi. Saya kira ada benda yang perlu kita segerakan ialah penyediaan tong sampah besar yang kita sebut sebagai RORO ini (roll on roll off) ini di lokasi-lokasi strategik ini perlu disegerakan.
Manjoi soalan.
Jadi soalan saya, adakah perkara itu sedang disiapkan ataupun adalah perkara itu sedang diusahakan dan adakah boleh adakah boleh kita sediakan ataupun kalau kita boleh adakah pihak penyelidik boleh sediakan satu alternatif untuk kita adakan rumah sampah yang lebih terurus? Kalau dah banyak kali orang buang sampah tempat itu jadi adakah boleh diwujudkan rumah sampah yang lebih terus di kawasan-kawasan yang betul-betul hotspot tersebut dan adakah kategori sedang mengusahakan pihak Yang Berhormat Teja sendiri. Tong sampah bersaiz sederhana yang saya kira mungkin juga boleh diperbanyakkan, boleh letak tepi-tepi jalan dan memudahkan pihak-pihak MBI menguruskan kerja tersebut dan sampah itu boleh diambil dengan mudah dan tidak berlaku lagi isu-isu yang sebegini di kawasan bandaraya kerana kawasan kita terkenal sebagai kawasan bersih dan itu soalan daripada Manjoi. Terima kasih banyak Teja.
Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Ya, betul setakat ini kita lihat isu sampah haram memang dia banyak berlaku di banyak tempat dan ini kami dalam usaha untuk merancangkan cara untuk menangani untuk jangka masa panjang. Untuk pengetahuan semua ahli-ahli Yang Berhormat, buat masa ini pihak PBT memang menjalankan perkhidmatan kutipan sampah di pasar dan juga di domestik iaitu di rumah kediaman secara berkala. Cuma kita lihat kadangkala ada juga orang awam yang dia kurang ambil tahu tentang perkhidmatan untuk pengumpulan sampah kebun dan sebagainya sampah untuk dan dia buang sampah-sampah di tempat yang menjadi lokasi sampah haram seperti perabot, akuarium dan sebagainya. Jadi pada pihak PBT kita akan terus untuk mewawarkan info-info tentang perkhidmatan kumpulan sampah ini dan juga untuk cadangan untuk menambah tong sampah di tempat yang strategik itu kita perlu mengawas mengkaji semula dan saya alu-alukan jika saya percaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat lebih faham tentang keadaan di DUN masing-masing. Jadi kita mengalu-alukan sebarang cadangan untuk menambah kalau ada tempat yang sesuai untuk ditempatkan sebab ini perlu mengambil kira juga faktor-faktor dari segi mungkin penduduk di sekitarnya dan lokasi yang sesuai dan sebagainya dan saya lihat ini memang menjadi satu isu yang penting untuk sama-sama kita kerjasama bahawa isu sampah haram dan secara keseluruhannya isu kebersihan dapat kita tangani dengan lebih baik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikutnya.
Usul menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Darul Ridzuan yang akan dibawa oleh Yang Ahmad Berhormat Menteri BesMotion
Perkara yang kelima. Usul menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Darul Ridzuan yang akan dibawa oleh Yang Ahmad Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi, menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut: “Ampun Tuanku, patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan”.
Ada sokongan?
Tebing Tinggi sokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi, menjunjung kasih atas penzahiran titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut: “Ampun Tuanku, patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan” telah pun mendapat sokongan. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama empat puluh lima minit setiap seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama dua puluh minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekarang dijemput Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pertama saya ingin mengucapkan terima kasih di atas ruang dan kesempatan untuk sama-sama mengambil bahagian dalam membahaskan usul merafak sembah bagi menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Paduka Sri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang menzahirkan titah perasmian di Dewan yang mulia ini semalam. Ada sekitar 16 atau 17 mauduk utama Yang di-Pertua dan sebelum saya meneruskan perbahasan menjunjung kasih atas penzahiran titah tersebut, izinkan saya terlebih dahulu membuat beberapa perkongsian dan pencerahan. Semoga dengan itu dapat kita sama-sama meningkatkan kualiti perbahasan dalam Dewan yang mulia ini yang saya rasa begitu penting dalam mempastikan peranan Dewan yang merupakan medan di mana proses akauntabiliti dan pertanggungjawaban selain semak dan imbang dapat dilaksanakan. Tidak kurang penting biarlah perkara pokok yang tercatat dalam hansard nanti di kemudian hari akan dirujuk oleh para pengkaji dan generasi akan datang sebagai sesuatu yang menjadi bukti betapa kefahaman dan amalan generasi hari ini tentang konsep dan sistem di bawah demokrasi berparlimen atau Westminster itu berjalan dengan betul. Saya ingin juga mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas beberapa input dan persoalan yang dikemukakan oleh Pejabat Tuan Yang di-Pertua mengenai soalan atau isu perlembagaan ataupun Undang-Undang Tubuh Negeri yang dilihat sebagai tidak dapat diakses sebagainya.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebenarnya ada dijual apa nama naskah Perlembagaan ataupun Undang-Undang Tubuh Negeri di kedai tetapi begitu mahal sekali dan dia dijual dalam bentuk kompilasi ataupun kumpulan semua Undang-Undang Tubuh Negeri. Apa yang menjadi barangkali sesuatu yang kita tidak tahu ialah bahawa kebanyakan prinsip yang ada dalam Undang-Undang Tubuh Negeri terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan ini yang saya fikir kurang disedari. Cuma yang membezakan ataupun yang menjadi kelainan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri ialah bahawa Bahagian Satu atau Bahagian Dua bagi negeri-negeri yang ada raja itu berbeza. Jadi yang lain itu terkandung dalam Perlembagaan
Persekutuan khususnya Jadual Kelapan. Tuan Yang di-Pertua dari segi prinsip undang-undang sebagai penyokong kerajaan saya tidak terikat dengan doktrin tanggungjawab bersama ataupun proaktif responsibility dengan izin yang mengikat Ahli-ahli Kabinet yakni Majlis Pihak Kerajaan. Meskipun saya akur apa yang dikehendaki oleh whip parti dan sebagaimana yang kita telah pun lihat dalam sejarah keseluruhan di United Kingdom itu sendiri, prinsip itu boleh sampai ke peringkat mengundi untuk menjatuhkan kerajaan dan ini pernah berlaku di Perak pada tahun 2020 apabila kerajaan itu sendiri jatuh setelah Menteri Besar ketika itu Dato Seri Ahmad Faizal Azumu diundi tidak percaya. Apa pun yang penting istilah bahawa kerajaan yang ada itu ataupun sitting government ataupun unity government dengan izin perlu menjawab soalan di dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh persoalan kerajaan perpaduan ataupun unity government dengan izin yang menjadi satu istilah yang begitu popular sekarang ini. Satu istilah yang punya makna dan konsep yang tertentu dalam teori sains politik atau undang-undang yang merujuk kepada sebuah kerajaan besar yang ditubuhkan waktu peperangan ataupun darurat dan telah pun dimulakan di United Kingdom ketika Perang Dunia dahulu. Dalam kerangka besar ini, pembangkang tidak ada. Jadi apa yang kita lihat sekarang ini di Malaysia adalah bahawa ia suatu sifat bagi saya dan bukan suatu konsep yang mengambil iktibar ataupun mengikut presiden yang berlaku di United Kingdom pada Perang Dunia itu dan saya lihat ataupun apa yang kelihatan sekarang ialah daripada penyataan dan landskap yang ada, saya berpendapat bahawa apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan itu sebenarnya adalah sebuah kerajaan campuran. Satu kerajaan yang pernah ataupun dimulai ataupun pernah berlaku pada awal di Malaysia selepas Pilihanraya Umum 1969. Terutamanya berlaku rusuhan kaum selepas pilihanraya umum tersebut. Apa pun apa yang menarik ataupun bagi saya yang penting ialah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Ekonomi, Ahli dari Pandan semalam, yang menyatakan bahawa kabinet telah memberikan arahan ataupun mengarahkan Ketua Setiausaha Negara untuk mengkaji manifesto parti-parti yang menjadi anggota kepada kerajaan perpaduan ini dan ini saya fikir satu yang lebih baik daripada kerajaan tebuk atap yang muncul selepas Langkah Sheraton pada 2020 itu dan menarik di sini saya ingin sebutkan ucapan terima kasih yang disebut oleh bekas Perdana Menteri yang ke-9, apabila beliau menyanjung pendekatan yang diambil oleh Perdana Menteri ke-10 yang mengiktiraf ataupun meneruskan idea Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, apapun, marilah kita bekerja sebagaimana yang telah pun dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku semalam. Pemimpin telah dilantik, kerajaan telah dibentuk, penuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama, berdasarkan perlembagaan, berteraskan undang-undang, jauhi sifat-sifat angkuh dan bongkak dengan tidak mengamalkan budaya yang menang-menang semua. Jadi biarlah kemenangan itu kemenangan yang memberi makna kepada rakyat dan bukan sesuatu yang menafikan peranan bagi mereka yang mungkin tidak bernasib baik pada kali ini. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya tidak mudah untuk menterjemahkan kata-kata ataupun titah yang nampak begitu mudah ini. Khususnya untuk memastikan bahawa semua pihak puas hati dan daripada pengalaman, antara yang paling sukar ialah untuk menentukan atau memastikan perlantikan kerangka kepimpinan di peringkat akar umbi, termasuk Ahli Majlis untuk PBT dan ketua-ketua kampung. Mungkin dengan itu sudah sampai masanya difikirkan satu bentuk pilihan raya atau sekurang-kurangnya penglibatan akar umbi dalam pembentukan kerangka pentadbiran di peringkat akar umbi itu dan sebenarnya melihat pada pengalaman dan juga sejarah negara kita, tidak timbul isu pemisahan kuasa Melayu di situ. Oleh kerana apa yang berlaku sebenarnya ialah penglibatan masyarakat setempat dalam hal-hal dasar yang melibatkan kebajikan mereka seperti pengutipan cukai pintu, perbelanjaan PBT serta kemudahan awam dan kita tidak harus lupa bahawa sejarah pilihan raya di Malaysia bermula dengan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur pada tahun 1952 yang diadakan sebelum pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. Apa pun mengimbas pengalaman terbaru dalam soal ini, khusus selepas pilihan raya umum 2018 dan selepas kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan pada tahun 2020, Kerajaan Negeri perlu peka dengan keluh kesah rakyat. Saya berpendapat sama ada rakyat merasai perubahan di peringkat akar umbi atau tidak, itu adalah lebih penting daripada slogan politik termasuklah Perak Sejahtera.
Jadi yang penting ialah sama ada rakyat itu berasa selesa, tidak terbeban dengan masalah-masalah rutin seperti sampah dan sebagainya yang kadang kala membebankan oleh rakyat sendiri yang tidak ada akses kepada segala kemudahan yang asas itu. Jadi kita mahu sampah diangkat, tidak berlaku banjir kilat oleh sebab-sebab yang tidak sepatutnya seperti longgang tersumbat dan sebagainya dan saya ingin menyeru Kerajaan Negeri termasuk Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji dan meneliti kedudukan entiti-entiti tertentu seperti Puncak Emas yang umumnya tidak mendatangkan apa-apa faedah, ia malah menjadi beban kepada rakyat selain menjadi sebab yang menyebab, yang mungkin membawa kepada ketirisan dana awam dan entiti seperti ini tidak ada di negeri lain dan di Perak pun ini hanya berlaku selepas yang kita tahu itulah. Jadi dalam soal ini Kerajaan Negeri perlu konsisten dan prihatin, sebagai contoh seruan supaya rakyat menanam sayur untuk keperluan sendiri perlu diiringi dengan pendekatan dan inisiatif yang tertentu.
Jika tidak, seruan tadi akan menjadi slogan yang menjadi lawak semata-mata. Saya sebutkan perkara ini oleh kerana sewaktu saya menjadi ketua pembangkang tempoh hari, saya dikejutkan oleh suatu kejadian yang pada saya menyayat hati di Batu Gajah dan sebelum itu di Chemor ya di mana tanaman dimusnahkan oleh pihak penguatkuasa dan ini saya fikir harus dilihat secara mikro ia tidak boleh hanya menuding jari kepada pihak pejabat tanah dan sebagainya, dan di sini saya rasa kerajaan negeri perlu memimpin dan memberi visi dan sesekali mengambil pendekatan yang hands on dengan izin ya, dan berdasarkan kepada apa yang saya dapat maklumat, Pejabat Menteri Besar tidak harus bersembunyi di sebalik Pejabat Tanah dan Daerah dan kita perlu sedar bahawa pegawai kerajaan tidak berubah, apa pun kerajaan mereka di situ juga. Saya tidak menafikan ataupun saya tidak mempertikaikan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam sebagai satu entiti yang neutral, yang tidak memihak tetapi apa yang berlaku kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baru-baru ini agak mengejutkan dan di sana sudah pasti ada sebab ataupun ada kaitan dengan alasan politik yang ada, jadi bersama-sama kita tunggu apa yang sebenarnya berlaku tetapi itu sebenarnya seolah-olah memberikan isyarat kepada kita bahawa sesuatu perlu dilakukan kepada perkhidmatan awam ini dan selepas selebih 65 tahun kita merdeka, mungkin kita perlu melihat semula apakah ideal perkhidmatan awam yang disebut oleh Suruhanjaya Reid itu benar benar berlaku atau pun sudah menyimpang daripada rail yang asal.
Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama kerajaan perlu peka dan responsif sebab mekanisme yang mampu melalui respon kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat perlu ada. Dalam soal ini wahana seperti Hari Bertemu Pelanggan saya fikir tidak memadai oleh kerana rakyat tidak mahu bertemu dengan birokrasi, rakyat mahu lihat pemimpin yang mereka pilih, mungkin nasib rakan-rakan yang tewas pada PRU 15 baru ini harus menjadi pengajaran bahawa mereka mahu lihat dan jumpa YB bukan pegawai khas yang mereka tidak pilih. Berhadapan dengan klise ini Tuan Yang di-Pertua, kadangkala kita berhadapan dengan klise yang lain bahawa Yang Berhormat adalah pembuat undang-undang, lawmaker dengan izin bukan pegawai kebajikan. Sebenarnya pada fahaman saya, rakyat tidaklah begitu naif, mereka juga cerdik, bahkan ramai di kalangan mereka yang mungkin lebih terdidik daripada para YB sendiri.
Hakikatnya ialah bahawa apa yang mereka mahu ialah sikap prihatin wakil rakyat mereka, dan sebenarnya mereka tahu kekangan yang ada apa pun birokrasi kita ada kalanya memerlukan campur tangan wakil rakyat dalam dan dalam kalangan tertentu, memang peranan wakil rakyat itu ada termasuk terutama dalam soal proses permohonan tanah sebagai contoh ya. Jadi inilah kenyataan yang perlu diambil kira dalam kita menyatakan YB adalah pembuat undang-undang dan bukan pegawai kebajikan dan sebenarnya kalau kita teliti proses pembuatan undang-undang itu pun, apa yang berlaku di negara kita ialah bahawa kebanyakan proses itu berlegar di peringkat kabinet atau MMK dan di Exco dan kemudian di Kamar Peguam Negara atau Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri. Jadi apa peranan Yang Berhormat yang dikatakan pembuat undang-undang tadi? Ini adalah satu soalan Tuan Yang di-Pertua yang perlu sama-sama kita renungkan dan dalam perbahasan yang sering kita dengar adalah bahawa yang berlaku ialah tuduh-menuduh, kata-mengata, ejek-mengejek, jadi apa klise pembuat undang-undang tadi pada saya perlu diharapkan.
Tuan Yang di-Pertua pada para 8 titah DiRaja, Kebawah Duli Tuanku semalam mengambil maklum bahawa dari lebih 2.5 juta penduduk Perak, 61.5% adalah orang Melayu dan selebihnya, iaitu 26.7% kaum Cina dan 11.3% keturunan India. Secara mudahnya daripada apa yang dipaparkan oleh Kebawah Duli Tuanku itu ialah bahawa jumlah penduduk Melayu adalah 1.6 kali atau hampir 2 kali ganda penduduk bukan Melayu. Anehnya golongan Melayu yang merupakan golongan majoriti dan penduduk asal ini yang dikatakan atau diyakinkan perlu berasa takut dan bimbang diancam. Pada saya ini satu fenomena yang pelik lagi ganjil Tuan Yang di-Pertua. Ini berlawanan dengan logik dan fitrah alam, mungkin kerana itu perlu dipaparkan di sini kedudukan dalam perlembagaan atau undang-undang tubuh kita iaitu betapa kedudukan Raja-Raja, Bahasa Melayu dan Islam tidak boleh disentuh apatah lagi dipinda. Sebagai mana yang termaktub di bawah perkara 63 (5) dan 72 (5) Perlembagaan Persekutuan serta 159 (5) perlembagaan yang sama, dalam peruntukan tersebut hatta di Parlimen ya kita tidak boleh menyentuh atau membawa usul untuk memansuhkan institusi beraja. Jadi tidak timbul soal ataupun tuduhan pada satu ketika bahawa Pakatan Harapan ini terdiri ataupun ada mereka yang republican ataupun orang yang cenderung untuk memusnahkan sistem beraja. Oleh kerana tidak boleh dilakukan dan di bawah undang-undang tubuh di Perak sebagai contohnya di bawah perkara 12 fasal 2 bahawa menteri besar mesti orang Melayu dan Islam, menteri Besar mesti orang Melayu dan Islam, dan perkara 26C dalam undang-undang tubuh negeri yang menetapkan bahawa sesuatu kerajaan negeri mesti Melayu dan Islam. Jadi tidak timbul soal bahawa kalau ada parti tertentu naik berkuasa, orang
Melayu akan terancam dan sebagainya, kedudukan Melayu dan Islam akan terancam dan dimansuhkan kerana ia sudah menjadi satu perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negara kita. Jadi... ya silakan.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tebing Tinggi, saya tertarik dengan apa yang dikatakan Tebing Tinggi mana kita tak menyentuhkan tentang hak istimewa Raja-Raja Melayu, cuma saya di sini nak...
Changkat Jering sekejap ya, sebelum tu kalau nak minta, saya nak maklumkan bila dalam Dewan kita minta kebenaran minta pada Speaker.
Minta maaf, terima kasih speaker. Saya tertarik tadi tentang kita tak menyentuhkan tentang institusi DiRaja atau pun hak beraja cuma di sini saya nak tanyalah adakah pihak kerajaan ada mencadangkan untuk nak mengekalkan pandangan geran kekal untuk kampung-kampung baru terima kasih.
Perkara sedemikian bukan perkara asas ataupun pokok dalam Perlembagaan, jadi itu terpulang kepada undang-undang yang ada kalau soal tanah tertakluk kepada bilangan kuasa kerajaan negeri sebagaimana yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara dan sudah pasti di bawah Kanun Tanah Negara itu ada beberapa rule ataupun undang-undang kecil yang diluluskan. Jadi, saya tidak nampak bagaimana perkara ini menjadi satu isu ataupun berkait dengan apa yang saya katakan tadi. Jadi, apa pun setiap perkara itu harus dibawakan dalam Parlimen atau dalam Dewan tidak ada yang boleh dilakukan secara senyap-senyap di belakang tabir tidak ada ya, dan sebagai parti yang bendaftar semua di dalam negara kita ini yang diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk bendaftar, mereka tertakluk pada undang-undang. Kalau sekiranya diperhatikan ada mereka yang membawa fahaman ataupun berkempen ataupun cuba meletakkan dalam manifesto mereka sesuatu yang bertentangan dengan perkara-perkara ini, saya rasa sama ada mereka ada laporan dibuat kepada polis dan sebagainya, jadi saya tidak nampak perkara yang disebut sebagai perkara yang mendesak untuk diambil tindakan. Jadi, saya nak teruskan. Jadi, apa yang saya katakan tadi sebagai sesuatu...
Tebing Tinggi...Changkat Jering nak mencelah.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, tadi apa yang dijelaskan tentang geran kekal untuk Kampung Baru cuma kita kena perlu sejarah asal penubuhan Kampung Baru yang salah satu sejarah asalnya adalah untuk mengongkong perhubungan dengan komunis pada masa itu, jadi kalau kita bagi ada cadangan untuk geran kekal ini akan menjadi satu orang kata dari segi kaumlah kita kata macam tu. Makna pembahagian tu tak adillah. Pada asalnya ianya untuk nak mengekang perhubungan dengan Komunis. Kena perlu kita faham benda itu. Terima kasih.
Minta maaf. Tapi masa mencelah ini kalau nak minta penjelasan boleh tapi kalau nak berhujah tunggu masa Changkat Jering nanti. Tebing Tinggi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlanjur saya bangkitkan soal Kampung Baru, kita harus tidak melupakan bahawa dia adalah suatu idea yang disebutkan oleh Briggs sewaktu darurat dahulu dan pada saya sebagai negara yang bertamadun kita harus menghargai dan berterima kasih kepada golongan ini yang telah pun sebenarnya dipenjarakan dalam Kampung Baru itu. Kalau Yang Berhormat meluangkan masa dan bersembang buat kajian dengan mereka yang telah melalui kehidupan di sana kita akan merasa sedih dan kesian dengan mereka. Jadi apa yang dikatakan bagi tanah Melayu pada Cina ini satu perkara yang fitnah dan mengarut, tidak timbul soal itu, satu.
Yang keduanya itu bukan undang-undang baru suatu hasrat, suatu perkara yang nak dijanjikan kepada mereka belum dibuat pun dan kalau kita nak buat sekali pun bergantung kepada kedudukan dalam kanun tanah negara kita ada penasihat undang-undang di sini. Jadi saya tidak nampak perkara ini harus disebar dan diperkatakan di luar kontek dan saya nak sebutkan seorang bekas Menteri Besar mengatakan dia sibuk dan dia masa dia nak menjaga siapa yang nak jaga Tanah Melayu yang sudah yang kita tahu tanah lapangan terbang dijual tanpa pengetahuan kerajaan negeri. Jadi yang kata kononnya mendakwa nak menjaga Tanah Melayu itu yang nampaknya menjadi suspek kepada Tanah Melayu yang hilang. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin nak mengulang apa yang disebutkan, dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang yang menyebut dalam dititah itu pandangan ekstrem yang berusul kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemaikan rasa benci serta berpotensi mencetuskan permusuhan sesama warga wajib dihentikan. Menuduh orang lain tidak beriman. Mengatakan bahawa PH penuh dengan mereka yang tidak beriman, mempromosi LGBT dan lain-lain adalah politik toksid yang wajar dihentikan. Ini bukan kempen politik ini adalah, dengan izin Yang di-Pertua, hate speech yang tidak harus berlaku dalam dunia demokrasi. Tuan Yang di-Pertua, 3 gabungan yang bertanding dalam PRU15 telah mencapai prestasi berikut sebagainya telah pun disinggung dalam titah DiRaja tersebut dan PH mendapat 632,885 undi atau 43.07% berbanding dengan Perikatan Nasional yang mendapat 455,744 undi atau 31.01% manakala Barisan Nasional mendapat 380,816 undi ataupun 26.92% bagi saya...
Minta maaf Tebing Tinggi, Manong nak mencelah.
Saya nak teruskan lepas itu saya bagi. Bagi saya, paparan undi popular yang terkandung dalam titah diraja tersebut mempamerkan keabsahan kerjasama di antara gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional meskipun Pakatan Harapan memenangi 24 kerusi berbanding dengan 26 yang dimenangi oleh Perikatan Nasional. Jumlah undi popular banyak 43% itu memberikan keabsahan ataupun legitimasi atau landasan moral kepada kedudukan PH apatah lagi setelah ia menubuhkan kerajaan setelah bersama dengan Barisan Nasional dan apa yang penting ialah Kebawah Duli Tuanku sendiri memberi peluang kepada Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan walaupun ia berakhir dengan kegagalan. Perlu dinyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa dalam PRU yang ke-14 pun ke bawah Duli Tuanku telah memberikan peluang yang sama kepada gabungan-gabungan utama untuk memastikan bahawa kerajaan dibentuk dengan adil dan telus dan ini selaras dengan kedudukan istana selaku payung negeri yang mengatasi politik kepercayaan, silakan.
Terima kasih Manong. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membuat penjelasan berkaitan dengan soal isu jaminan institut raja kekal dalam Pelembagaan yang tidak mungkin disentuh oleh mana-mana pihak sama ada dalam manifesto dan apa juga. Tapi soalnya, soalannya sejauh manakah peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan untuk memberi latihan, pendidikan politik kepada golongan belia khususnya supaya isu-isu yang berkaitan dengan penghinaan kepada raja, Sultan tidak berbangkit tidak timbul sama sekali sama ada melalui media sosial apa juga bentuk media. Bagaimana peranan kerajaan untuk mendidik golongan belia khususnya supaya tidak menyentuh, menghina institusi raja. Terima kasih.
Soal menghina, menyentuh dan sebagainya satu perkara yang pada saya perlu ditaksirkan undang-undang. Mungkin bagi mereka yang over sensitive ataupun sangat sensitif satu perkara yang sebenarnya legitimate ataupun sah ataupun kritikan yang sah itu dianggap menghina. Jadi kalau sekiranya ada yang merasakan bahawa apa yang disebut itu sebagai sesuatu yang menghina dan sebagainya boleh dibuat laporan pada polis dan diambil tindakan di bawah Akta Hasutan dan saya ingin nak menambah bahawa kita hidup dalam dunia demokrasi. Semua mereka yang terlibat dalam kuasa awam daripada yang atas sampai ke bawah perlu peka dan mendengar kritikan dan saya fikir dalam soal ini apa yang berlaku pada tahun 1993 waktu pentadbiran Mahathir waktu itu yang meminda Pelembagaan harus diambil kira bahawa institusi raja tidak lagi kebal daripada kritikan dan kritikan dibenarkan oleh Perlembagaan dalam peruntukan yang saya sebutkan tadi selagi kritikan itu tidak membawa kepada penghapusan institusi itu. Jadi kalau ada yang beli barang tak bayar ataupun mungkin ada berkelakuan tidak senonoh di night club itu boleh disebut kita boleh ambil pelajaran daripada apa yang berlaku di United Kingdom. Kritikan berlaku cukup marak, cukup panas tetapi kalau kita lihat kepada kematian Ratu Elizabeth baru-baru ini semangat dan emosi yang mereka tunjukkan kepada institusi diraja sangat kuat. Jadi kritikan tidak seperti kebencian.
Jadi kita harus tahu membezakan. Jadi selain between kritikan yang sah dengan penghinaan saya fikir di Malaysia termasuk pimpinan DAP kalau kita semua rajin dan tengok hansard di Parlimen tahun 1984 semasa perbahasan pertama mengenai krisis di antara Kerajaan Persekutuan dengan raja-raja, kita boleh tahu di mana saudara Lim Kit Siang ni duduk. Jadi mereka yang mengatakan DAP ni anti raja saya fikir harus dilihat perkara itu dan saya tahu dan sedar bahawa selama ini dalam sejarah Malaysia tidak ada pimpinan DAP yang didakwa di mahkamah di bawah hasutan kerana menghina raja dan disabitkan tidak ada. Dakwa ada tetapi tak disabitkan. Jadi bukan mudah untuk untuk menuduh untuk mengatakan bahawa DAP ini anti raja. Kita adalah sebuah parti yang komited dengan keluhuran undang-undang dan menjunjung pelembagaan sebagai tunjang negara kita dan kita telah pun menandatangani komitmen Pakatan Harapan mempertahankan perkara-perkara asas tersebut.
Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Saya rasa kita tidak perlu hangatkan sepertimana titah Tuanku kurangkan sikit suasana hangat politik. Kalau kita nak bangkitkan titik bengit yang lampau kita boleh banyak bangkitkan tergurisnya hati orang Islam, orang Melayu dan kenyataan pimpinan DAP, kalau saya nak sebut Menteri Sumber Manusia DAP YB M. Kulasegaran tuduh orang Melayu pendatang. Mendakwa orang Tamil yang paling awal bermastautin, ini satu kenyataan pimpinan 2018. Exco DAP YB Gana Batirao sewaktu serangan kuil Mariaman Seafield dirancang, dilakukan oleh orang orang Melayu Islam. Kenyataan ini tidak perlu ubah perlembagaan tidak perlu nak kata nak ubah Raja Melayu kerana cukup dengan kenyataan-kenyataan begini yang menyebabkan suasana politik hangat. YB Kepayang pun pernah sebut, kalau PAS dengan UMNO ini bersatu akan wujud negara macam Taliban. Ini semua mengguris hati. Kita tidak perlu menghangatkan suasana kita nak bincang, kita pun nak fikirkan masalah rakyat seperti mana yang Sultan mahukan. Jadi bila Tebing Tinggi sebut benda benda ni banyak sat lagi jadi perbahasan hangat lah. Kita nak keluarkan kenyataan-kenyataan pimpinan-pimpinan DAP yang mengguris hati umat Islam ni banyak. Jadi tak perlu. Kalau kita mesti jadi hangat, kita nak bincang bab rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Kamunting.
Ya, saya terima apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kamunting dan saya bersedia bahawa hari ini, hari ini, kali ini kita tamatkan isu ini. Sebab tidak timbul lagi soal, tidak timbul soal kita nak menghapuskan kedudukan Bahasa Melayu dan keistimewaan orang Melayu dan sebagainya. Tidak timbul. Jadi soal-soal yang tadi itu boleh dibahaskan. Dalam konteks apa mereka itu disebut dan kalau sekiranya betul atau pun perkara itu melanggar undang-undang, kita boleh ambil tindakan dan saya rasa Pejabat Pendakwa Raya sentiasa bersedia untuk meneliti kes-kes itu dan saya fikir itu di luar apa pun tetapi apa yang saya nak tegaskan adalah bahawa kita nak mengulangi apa yang telah pun, atas rasa prihatin yang dititahkan oleh Tuanku semalam dan selepas ini kita kena "move on". Kita teruskan dengan politik yang bersifat perbahasan tentang dasar dan polisi. "Content of Policies". Bukan soal nak menghina, nak menyebut perkara titik seperti itu. Jadi kalau di sana, sebelah sana boleh bermula, kita di sini tak ada masalah dan kita pun telah daripada awal lagi memulakan politik baru yang lebih berkisar kepada soal dasar dan jugak manifesto.
Mintak laluan. Yang di-Pertua. Terima kasih. Merujuk kepada ucapan Titah Tuanku nombor 4. Iaitu PN, keputusan daripada PRU yang ke-15. PN dapat 26. PH dapat 24 dan BN dapat 9. Untuk maklumat, kami akui. Sekurang-kurangnya simple majority memerlukan 30. Jadi kami memang tak dapatlah 26. Hanya memerlukan 4 lagi. Sebenarnya kita ada buat rundingan memerlukan sokongan terutama UMNO dan PN lah untuk nak mencukupkan sekurang-kurangnya 30 untuk DUN sebagai simple majority. Tapi apa yang agak terkilan bagi saya, seolah-olah, rundingan kami buat selepas keputusan diumumkan. Jadi seolah-olah macam rundingan pihak BN dan PH ini lebih awal lagi. Keputusan tak dibuat tapi dah rundingan dah. Cara-cara yang diberi kepada jawapan kami, seolah-olah macam begitulah. Bermakna diorang dah rundingan awal. Tapi amat mendukacitakan lah. Sebab daripada awal-awal lagi. Pihak UMNO-BN ni, dia mengatakan kepada pengundi dia, "No PH, No Anwar". Jadi agak terkilan lah. Jadi terutama bagi pihak pengundi-pengundi yang menyokong BN dan UMNO ni, saya rasa mungkin Tebing Tinggi bersetuju dengan saya. Mungkin pihak UMNO dan BN ni, mengkhianati ke atas pengundi-pengundi mereka. Jadi mungkin Tebing Tinggi bersetuju lah di atas apa yang saya katakan tadi, adalah mengkhianati pengundi-pengundi mereka sebab bergabung dengan apa yang dislogankan awal, "No PH, No Anwar". Terima kasih.
Saya tak perlu komen lah kenyataan politik itu. Sebab itu, itu masalah UMNO, Barisan Nasional dengan penyokong mereka, saya tidak tahu. Cuma yang saya boleh komen dengan kenyataan tadi, ialah bahawa keputusan melantik ataupun membentuk Kerajaan itu, dibuat oleh Kebawah Duli Tuanku sendiri. Dengan mengambil kira faktor-faktor yang ada, dan setahu saya pihak Perikatan Nasional tidak dinafikan peluang untuk berbuat demikian dan di sisi undang-undang, setahu saya, bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau pun Yang di-Pertua Negeri untuk membentuk Kerajaan, adalah keputusan yang subjektif, yang tidak boleh dipersoalkan. Jadi, saya fikir kita tinggalkan di situ lah. Tuan Yang di-Pertua, tidak kurang pentingnya pada kali ini, ialah betapa Majlis Raja-Raja, turut memainkan peranan dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan.
Tebing tinggi. Manong ada nak minta mencelah, tapi saya nak maklumkan bahawa ada lebih kurang 4 minit sahaja lagi. Jadi, Tebing Tinggi nak bagi masakah?
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya kira Tebing Tinggi tidak menjawab soalan saya tadi. Soalan saya lebih menjurus kepada pendidikan politik kepada kaum belia. Bagaimana untuk menghormati Institusi Beraja, bukan pendidikan politik kepada ahli politik. Kita merasa ahli politik sangat faham tentang Perlembagaan. Tapi di luar sana ramai golongan belia yang tidak faham Perlembagaan. Mereka inilah yang perlu dididik. Jadi, apakah peranan Kerajaan untuk mendidik golongan belia supaya mereka memahami dan menghormati Institusi Beraja? Itu sahaja Pengerusi.
InsyaAllah, Exco Pendidikan akan menangani soalan. Bagi saya, saya tidak ada masalah apa-apa. Tuan-tuan, saya ingin teruskan dengan peranan dan juga sumbangan yang telah dimainkan oleh Majlis Raja-Raja kali ini dan saya fikir, ini satu perkara yang sangat penting kerana sebelum ini juga Majlis telah pun memainkan peranan dalam soal Pengisytiharan Darurat dan ini secara langsung memperlihatkan betapa Institusi Raja masih terpelihara. Bahkan, ia memainkan peranan yang cukup kuat dalam memperkukuh amalan demokrasi dan negara kita. Jadi, ini suatu bukti yang menunjukkan bahawa bukan sahaja ia tidak dimansuhkan, bahkan Institusi Raja kita semakin diperkuatkan dan kita yakin InsyaAllah dengan berakhirnya PRU-15 dan seterusnya undi percaya di Dewan Rakyat kelmarin, ke atas Perdana Menteri ke-10, kita akan melangkah ke fasa baru dengan lebih tenang dan yakin. Tuan Yang di-Pertua, Tebing Tinggi, mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi, berucap mengikut masa yang telah diberikan. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Gunung Semanggol untuk memulakan perbahasan 45 minit. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabbilalamin walatibatullilmuttaqin. Walaudhuana illa ala alzalimin. Wa nussalli wa nussallim ala hadha nabi alkarim. Wa ala aalihi wa sahbihi wa man tabiahum i'saani ila ya umiddinabak. Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat
Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak Kerajaan dan juga rakan daripada pihak Pembangkang, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media. Seterusnya yang dikasihi semua rakyat Negeri Perak yang mengikuti Sidang Dewan Negeri Mesyuarat Kedua Tahun Pertama, Dewan Negeri Perak kali yang ke-15 Perak Darul Ridzuan.
Sebagai permulaan, suka saya memulakan perbahasan Titah Tuanku Paduka Seri Sultan Perak pada hari ini dengan membaca firman Allah SWT. Auzubillahiminash Syaitonirrajim, Inna Allaha Ya'muru Bil Adli Wal Ihsan Wa Ita Idhi Al Qurba Wa Yanha Anil Fahsyai Wal Munkari Wal Ba'di Ya Izzukum La Allakum Tazakkarun. Sadaqallahul Azim. Surah An-Nahl ayat yang ke 90 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat dan melarang melakukan perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pelajaran daripadanya." Dato’ Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan dalam sesi perbahasan saya ini untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan semula sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak pada penggal yang kelima ini dan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana memberi ruang untuk saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ini.
Terlebih dahulu saya selaku Ketua Pembangkang, terima kasih, memulakan ucapan perbahasan dengan merafak sembah dan menjunjung kasih atas penzahiran titah ucapan di-Raja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah di atas Titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena dengan perasmian Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Perak ke-15 yang telah berlangsung semalam. Patik juga mengambil kesempatan di Dewan Yang Mulia ini bagi menyembah ucapan Dirgahayu Tuanku dan merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena dengan Ulangtahun Keputeraan Baginda bagi tahun 2022 pada 4 November yang lalu.
Dato’ Yang di-Pertua sesungguhnya pada titah tersebut telah memberikan satu gambaran serta halatuju yang jelas ke arah untuk memastikan agenda pembangunan kesejahteraan rakyat Negeri Perak. Itu menjadi keutamaan dan perlu dititikberatkan melalui tata kelola dan juga urus tadbir yang benar-benar telus, bersih, prihatin dan mempunyai nilai kebertanggungjawaban yang tinggi oleh semua pihak. Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan juga ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana telah berupaya dan berjaya menubuhkan kerajaan Negeri Perak selepas PRU yang ke-15 dan sekali lagi dilantik menjadi Ketua Kerajaan sebagai Menteri Besar yang ke-15. Ucapan tahniah juga dan selamat maju jaya diucapkan kepada 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan yang telah dilantik untuk menerajui portfolio yang berkaitan untuk memastikan Negeri Perak ini berada di landasan yang betul. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat buat semua Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ahli Dewan Negeri yang baru serta yang telah mengekalkan kerusi baik bagi pihak kerajaan mahu pun di pihak pembangkang. Jadi peri pentingnya kita semua adalah memberi perkhidmatan yang terbaik dan mengangkat ekonomi serta taraf hidup rakyat Negeri Perak yang tercinta ini ke satu tahap yang lebih baik daripada apa yang kita nikmati pada hari ini. Jadi bersamalah kita memikul satu tanggungjawab bagi mengamalkan budaya politik matang untuk membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Negeri Perak yang tercinta ini.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya ingin menyentuh ucapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di perenggan 5 muka surat 4 yang menyentuh mengenai dengan suasana politik di Negeri Perak dan juga penubuhan kerajaan Negeri Perak yang berpandukan kepada perkara 16(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan juga keabsahan pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Jadi sebelum itu saya ingin mengucapkan juga jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam urusan Pilihan Raya Yang Ke-15 baru-baru ini dan terima kasih juga kepada semua pengundi-pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara. Jadi penghargaan yang tidak terhingga kepada pengundi-pengundi muda dan pengundi yang pertama kali yang telah pulang mengundi dan telah memberi manifestasi perubahan landskap politik yang mereka mahu perubahan dalam tadbir urus kerajaan ke arah yang lebih telus, lebih prihatin, lebih bersih dan lebih stabil sehingga membolehkan kami di pihak pembangkang selama 26 orang berada di sebelah sini pada hari ini, ini adalah manifestasi daripada pengundi-pengundi muda. Seterusnya di kesempatan ini sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana mempunyai kedudukan dan kestabilan dengan sokongan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 18 DAP, 5 PKR dan 1 Amanah yang satu daripada parti Amanah yang mewakili Pakatan Harapan dengan gabungan daripada 8 UMNO dan 1 MCA daripada yang mewakili Barisan Nasional.
Sehubungan dengan itu, kami daripada blok pembangkang turut mengakui keabsahan Kota Tampan sebagai Menteri Besar. Maka sebab itu kita tidak menimbulkan sebarang usul undi percaya atau pun tidak percaya di permulaan pembukaan Dewan ini juga dan kami mengakui keukuhan-keukuhan kerajaan yang ada pada hari ini, begitu juga kami tidak membuat sebarang usul atau pun cadangan untuk Yang di-Pertua dan juga Timbalan Yang di-Pertua. Dengan itu harapan saya agar Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, sama-samalah kita tumpukan perhatian kepada agenda-agenda yang boleh memberi manfaat kepada rakyat yang jauh tertinggal pada hari ini dan juga pembangunan Negeri Perak yang kita cinta ini, InsyaAllah kami akan menjadi satu blok pembangkang yang konstruktif, yang cuba membantu sedaya upaya untuk memberi manfaat kepada negeri yang kita cintai ini.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang yang disebut itu nama kerajaan yang ada pada hari ini. Jadi, sebagai mana yang kita tahu Dewan Negeri Perak ini adalah menjadi rujukan kepada pengkaji-pengkaji politik kerana banyak perkara yang berlaku dalam Dewan ini tidak berlaku di dewan-dewan yang lain. Bagaimana yang kita tahu sebelum ini kita ada nama kerajaan yang begitu jelas. Jadi sebelum 2018, kerajaan Barisan Nasional memerintah kerajaan Negeri Perak ini dan selepas daripada Pilihan Raya Yang Ke-12, maka Barisan Nasional pertama kali dijatuhkan dan diperintah atau pun ditadbir Negeri Perak ini oleh Pakatan Rakyat pada masa itu diketuai oleh Sungai Rapat yang ada pada hari ini. Namun Pakatan Rakyat ini hanya bertahan selama 11 bulan dan proses penukaran kerajaan itu berlaku dalam Dewan ini dan akhirnya kerajaan Barisan Nasional mengambil tampuk pemerintahan kerajaan dan pada Pilihan Raya Yang Ke-14 atau pun 2018, sekali lagi kerajaan Barisan Nasional telah ditumbangkan dan kerajaan Pakatan Harapan memerintah Negeri Perak. Nama kerajaan itu Pakatan Harapan tapi satu perkara yang sama, peralihan berlaku di atas kesedaran beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri, maka kerajaan Pakatan Harapan itu hanya bertahan 22 bulan. Maka terbentuklah pula kerajaan Perikatan Nasional dan bersama-sama dengan Barisan Nasional.
Ini adalah satu peristiwa yang berlaku dalam Dewan ini dan kemudian berlaku lagi satu peristiwa dalam Dewan ini beberapa bulan selepas itu, pertukaran Menteri Besar dengan satu usul percaya yang akhirnya mendapat sokongan daripada barisan Pakatan Harapan, akhirnya bertukarlah kerajaan sehinggalah seterusnya akhir penggal. Jadi nama-nama Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Perikatan Rakyat, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional yang memperintah Negeri Perak ini adalah satu perkara penting untuk mengetahui fasa-fasa atau pun peraliran kerajaan dan juga sebagai rujukan case study tadi dengan izin yang penting untuk generasi-generasi yang akan datang. Merujuk kepada keputusan dan Pilihanraya Yang Ke-15 sepertimana yang kita maklum dan sepertimana yang dinyatakan oleh di bawah Titah Tuanku bahawa keputusan pilihanraya semua mengetahui terbagi kepada 3 blok iaitu Perikatan Nasional sebanyak 26 kerusi merupakan gabungan yang tertinggi dalam gabungan pilihanraya yang menghadapi pilihanraya pada yang ke-14 hari itu, diikuti oleh 24 kerusi oleh Pakatan Harapan dan seterusnya 9 kerusi oleh Barisan Nasional. Bagaimana yang kita semua maklum bahawa untuk menubuhkan kerajaan Negeri Perak mesti memerlukan 30 kerusi maka boleh minima untuk menubuhkan kerajaan Negeri Perak.
Melihat kepada ini tidak ada mana-mana gabungan yang boleh menubuhkan kerajaan. Akhirnya seperti mana yang kita semua maklum pada 21 November 2022 maka terbentuklah kerajaan hasil gabungan Kerajaan Nasional 9 kerusi dan Pakatan Harapan 24 kerusi menjadi jumlah semua 33 kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan dan akhirnya, Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah dicalonkan sebagai Ketua Kerajaan dan seterusnya, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Ini sejarah yang tercatit dan pada 23 November 2022 pada jam 2 pada jam 2 petang, dalam sidang media Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Menteri Besar di bangunan SUK, telah mengumumkan kerajaan yang dibentuk adalah Kerajaan Perpaduan dan begitu juga tadi saya dengar maka menjawab soalan, Yang Berhormat Sungai Rapat beberapa kali mengulangi bahawa kerajaan hari ini adalah Kerajaan Perpaduan. Tadi, daripada pihak kerajaan membuat perbahasan bahawa dia tidak juga bersetuju atau selesa dengan nama kerajaan ini, Kerajaan Perpaduan. Sebab semua kita maklum bahawa Kerajaan Perpaduan ini adalah satu istilah yang diterima pakai dalam political science ataupun science politic yang mana dalam kerajaan perpaduan ini, sejarahnya tidak ada pembangkang, tidak ada pembangkang dalam dalam dalam apa kerajaan perpaduan. Jadi pada hari ini, kalau kita nak menggunakan sebagai Kerajaan Perpaduan agak bercanggah dengan teori sebab ternyata dengan jelas blok sini 26 orang adalah pembangkang. Jadi di sini saya menggesalah agar pihak sebelah sana memikirkan nama kerajaan yang ditubuhkan boleh dinamakan kerajaan campuran, boleh dinamakan kerajaan pakatan di antara Pakatan Harapan bersama dengan Barisan Nasional. Tapi kita tidak menolak kerajaan perpaduan kerana ianya adalah memang bercanggah dengan teori yang diguna pakaian secara seluruhnya. Saya ingat perkara ini perlu kita ambil perhatian sebab mungkin nanti akan menjadi satu rujukan yang salah di masa hadapan.
Ya, Semanggol. Satu soalan untuk Gunung Semanggol. Saya bukan soalan, saya nak menjelaskan. Saya menyebut soal sifat dan konsep tadi. Jadi Kerajaan Perpaduan boleh disebut dalam menyatakan sifat dia di perpaduan tapi bukan konsep. Ertinya itu sebab saya katakan tadi, saya singgung ataupun saya bawa UK Government itu sebab itu yang konsepnya. Jadi saya setuju dengan Gunung Semanggol dari segi konsep tapi itu tidak bermakna bahawa tidak boleh mengatakan ataupun untuk menamakan pentadbiran yang ada sebagai Kerajaan Perpaduan. Oleh kerana kita menyatakan sifat, bukan konsep. Begitu juga di peringkat Persekutuan. Jadi ada beza di antara kita mengatakan Kerajaan Perpaduan sebagai satu sifat dengan Kerajaan Perpaduan sebagai satu konsep dalam buku undang-undang ataupun dalam buku sains politik. Terima kasih.
Terima kasih. Jadi kita serahkan kepada pihak kerajaan untuk memikirkan apa nama yang sepatutnya supaya tidak bercanggah dengan theory political science yang diterima pakai oleh dunia pada hari ini bahawa kerajaan perpaduan itu adalah kerajaan yang tidak ada pembangkang. Dato' Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh ucapan di bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di perenggan 9 muka surat 7 yang menyentuh mengenai dengan persefahaman ataupun hubungan harmoni antara kaum merupakan faktor penentu dalam menjamin suasana hidup bernegara, bernegeri yang aman dan harmoni. Perkara ini saya ingat semua kita kena beri perhatian dan saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini supaya pihak kerajaan serta semua kita Ahli-ahli Dewan dalam negeri ini dapat mengadakan program ataupun mengadakan Kempen Integrasi Nasional untuk ataupun perpaduan kaum untuk kita merapatkan semula hubungan di antara kaum-kaum dalam Negeri Perak khususnya yang memang renggang pada hari ini kita kena memperakui. Memang renggang dan keputusan-keputusan Pilihan Raya yang ke-15 pada hikmat saya telah memberi satu gambaran yang cukup tidak sihat, politik di masa hadapan dan boleh membentuk ketidakstabilan politik dalam negeri dan juga negara kita. Ini satu faktor yang saya rasa kalau dikaji memang memang memang kita boleh terima keadaan ini. Kita telah meletakkan polarisasi kaum yang ketara dalam negara kita ini. Kalau kita tengok di dalam keputusan Pilihan Raya yang dahulu pihak di sebelah sana PH telah berjaya mengumpulkan hampir 95% dan ke atas.
Semanggol.
Semanggol Selinsing nak…
Kejap, kejap nanti dulu saya nak…
Nanti dulu, nanti dulu Semanggol dia nak ni lagi.
Mengumpulkan 95% kaum bukan Bumiputera di satu sudut. Ini berlaku proses ini berlaku dan ini fakta. Sehingga di mana-mana tempat yang tidak ada walaupun di situ tidak mempunyai majoriti kaum bukan bumi putera mereka masih lagi mengundi Pakatan Harapan bererti kita telah mempolarisasikan dan begitu juga kita tengok dalam satu sudut lain sekarang ini telah berlaku Perikatan Nasional sepertimana yang dinyatakan tadi kita telah mendapat 30, 70% Melayu. Kita telah meletakkan dalam satu sudut yang berlainan. Tapi malang kita tengok malang dalam politik Malaysia hanya blok sini saja yang dipersalahkan. Yang dikatakan perkauman, yang dikatakan ekstrem, yang dikatakan menunggang agama hanya sebelah sana tetapi pada hakikatnya seperti mana yang dilabel di Taliban dan sebagainya.
Pada hakikatnya polasiti kaum ini telah dibentuk oleh sebelah sana. Sebab itu saya nak memetik satu kenyataan yang dibuat oleh Veteran Politician daripada sebelah sana. Kalau boleh saya sebutkan saudara Lim Kit Siang mengatakan awas gelombang hijau pada pilihan raya yang ke-15 pada 17 dan juga 18 dan kerajaan negeri mengekang supaya negara ini tidak dijadikan negara Islam dan menjadikan beberapa tindakan-tindakan daripada kerajaan yang menghala kepada sebelah kita. Jadi saya jadi gelombang satu satu satu ini sebenarnya ini bukan gelombang hijau ditujukan kepada PAS. Ini kalau kita lihat seolah-olah berlaku Newton teori, teori Newton. Action there will be a reaction. Satu tindakan dia mesti ada satu tindakan lain. Hasil daripada polarisasi ini, kalau kita tidak tangani saya yakin apa yang dikatakan oleh saudara Lim Kit Siang ini akan terjadi dan mungkin pilihan raya yang akan datang akan berlaku dua partition. Satu pihak di sebelah sana, satu pihak di sebelah sini. Ini adalah reaction secara tidak langsung. Tidak ada satu gerakan untuk menyatukan Melayu berada di blok sini. Ini yang menjadi kerisauan. Maka sekiranya perkara ini berlaku kita akan mewujudkan suatu suasana politik yang tidak stabil. Jadi di sini kan sebagai bertanggungjawab bagaimana yang dikatakan dewan kita ataupun di Negeri Perak kita memulakan. Jadi saya menyeru kepada Kota Tampan dan seluruh kerajaan di sana, kita kena mengadakan program-program yang boleh merapatkan interaksi di antara kaumdan kita tidak boleh menimbulkan tuntutan-tuntutan yang boleh menimbulkan kegeseran di antara kaum. Saya menyentuh ini nak minta pendirian kerajaan mengenai beberapa perkara seperti mana yang disebutkan. Sebab kita kena sebut di dalam Dewan ini. Sekejap sekejap nak habis point, nanti saya bagi.
Pohon-pohon penjelas.
Yang pertama ini secara konsisten yang kita dengarkan. Meminta supaya diadakan pemberian ataupun hak milik tanah kekal ataupun 999 tahun. Yang saya rasa kawan-kawan di sebelah sana dulu ini adalah satu sensitiviti yang ada kepada kita. Jadi saya nak tanya ataupun kena buat pendirian kerajaan ini. Apakah stand kerajaan di atas tuntutan untuk mengadakan ataupun memberi hak milik kekal kepada kampung-kampung baru ini dan yang kedua, kita tahu walaupun ini adalah berlaku di Peringkat Kebangsaan. Mengenai dengan pengiktirafan Sijil UEC ataupun Unified Examination Independent Chinese Secondary. Peperiksaan bersama Sekolah-Sekolah Menengah Cina bebas. Yang mana kita tahu bahawa sekolah ini dibentuk memang lari daripada dasar pendidikan kebangsaan. Setelah sekian lama lari daripada dasar kerajaan, maka membuat satu tuntutan supaya diiktirafkan. Yang kita nak bina di sini isunya adalah perkara-perkara ini akan menjadi renggangan di antara kaum, koloresi kaum dan natijah hujungnya tidak cantik kepada politik negara kita. Saya nak minta sebab apa pendirian kerajaan di atas sini sebab sebahagian besar daripada sekolah-sekolah yang mengeluarkan Sijil UEC ini ada adalah berada dalam negeri perak. Bentuk bantuan dan apa semua kita kena buat. Sebab perkara ini bukan kita nak menghina mana-mana pihak. Kita nak mengadakan supaya ada satu keharmonian di antara kaum tidak menyerai satu tuntutan.
Astaka.
Ada standing order Semanggol daripada Bercham.
Terima kasih Speaker. Point order 40, (3A). Di mana seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Jadi Gunung Semanggol ada cuba UEC ini untuk sekolah menengah suwa. Mereka ini walaupun tidak diiktiraf tetapi intipati pelajaran mereka, mereka juga dipupuk untuk mencintai negara kita. Jadi tidak ada unsur. Jadi saya rasa Gunung Semanggol nak cuba nak memburuk-burukkan pelajar-pelajar ataupun guru-guru. Mereka pelajar ini lepas tamat sekolah pun berbakti kepada negara. Termasuk juga dengan Pantai Remis, juga pelajar SUWA. Adakah dia seorang yang tidak berbakti kepada negara? Saya rasa Gunung Semanggol hentikan untuk memburuk-burukkan berikan sangkaan buruk kepada golongan ini.
Terima kasih. Semanggol.
Ok. Saya nak menyentuh balik. Saya tidak memburukkan. Saya menyatakan bahawa Sijil UEC ini menggunakan silibus selain daripada silibus aliran kebangsaan. Kemudian setelah sekian lama, diminta untuk mengiktirafkan apakah itu fakta yang salah? Saya kata bila diiktirafkan perkara ini boleh menyebabkan satu renggangan di antara kaum. Ini isu dia. Ok habis.
Mohon penjelasan Astaka. Mohon. Tuan speaker.
Yang ketiga. Yang ketiga saya nak minta juga pendirian daripada pihak kerajaan. Sebab kita kata sebab daripada awal tadi saya mengatakan bahawa tekanan apabila melihat inilah perkauman dilihat kepada sebelah sini. Inilah ekstrem dilihat kepada sebelah sini. Apakah pendirian kerajaan terhadap usul? Supaya untuk menyemak ataupun melihat balik sekolah-sekolah yang disebut dengan jelas. Saya sebut dengan jelas sekolah-sekolah seriti, sekolah-sekolah pasti, yang dikendalikan oleh pihak kita. Telah pun dikeluarkan usul. Saya minta di negeri Perak ini supaya kita buat satu stand. Sebab ada usul supaya dibuat pemantauan. Sebab dikatakan di sekolah-sekolah yang diajar, sekolah-sekolah agama ini diajar perkara perkara ekstrem. Maka perlu diambil tindakan perlu dibuat pemantauan dengan jelas. Iaitu dipasti pusat asuhan kanak-kanak yang kita boleh tengok dalam Facebook dan sebagainya. Kemudian Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam Seriti yang telah kita jalankan kepada ini. Jadi kita nak minta stand kerajaan terhadap perkara ini dan yang keempat, semua kita tahu bahawa ini juga konsisten yang diperjuangkan oleh sebelah sana. Termasuk pada saya pun pernah berada daripada sebelah sana dulu. Kan nak tanya pendirian kerajaan mengenai dengan cadangan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan PBT dan saya boleh rujuk kenyataan daripada Exco PBT mengatakan perkara perkara ini akan dibincangkan. Ini kerajaan di sebelah sana. Kalau kerajaan buat keputusan maka rakyat kena ikut. Tapi yang apa yang kita nak nyatakan bahawa isu untuk mengadakan pilihan raya tempatan ini satu perkara yang menimbulkan sensitiviti kaum. Ini isu dia. Sebab tu saya letakkan kita sebagai yang bertanggungjawab dalam Dewan ini sebagai kerajaan. Apabila permintaan daripada pihak sana kemungkinan yang menimbulkan porism maka kita entertain untuk sebelah sini kita cuba menekan. Ah, di Manong tadi ada minta tadi.
Minta... Selinsing.
Terima kasih Semanggol, Yang di-Pertua. Ada dua perkara yang saya ingin sebutkan. Adakah Semanggol setuju kalau saya sebutkan bahawa sebenarnya contoh Kerajaan Perpaduan itu telah pun dilaksanakan oleh Perikatan Nasional iaitu lah di Kelantan. Apabila kita asalnya kerajaan kita majoriti kemudian apabila kita tukar maka semua adalah merupakan tidak ada pembangkang pada ketika itu. Maka sebenarnya Kelantan kita sendiri dah tunjukkan contoh Kerajaan Perpaduan. Kemudian yang kedua nya saya juga ingin nak mencadangkan kepada Semanggol bahawa berkaitan dengan LGBT yang telah disebut tadi bahawa sebenarnya yang disebut oleh Semanggol sebelum ini bukanlah perkara yang tidak ada bukti tetapi buktinya telah ada. Sebagai mana yang telah pun dibuat ataupun di bawah akta yang telah pun di pada 8 hari bulan Februari 2019 ketika kerajaan PH telah mewujudkan satu jawatankuasa iaitu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi dan Kesaksamaan Agenda Parlimen Malaysia dan jawatankuasa tersebut telah mengadakan mesyuarat pertamanya dan membincangkan terma rujukan jawatankuasa itu dan daripada jawatankuasa tersebut mewujudkan banyak desakan-desakan daripada pihak-pihak LGBT sampai mengadakan kepada demonstrasi di hadapan SOGO. Jadi ini kemudian disokong pula oleh BERSIH yang merupakan pakatan yang menyokong Pakatan Harapan pada ketika itu. Jadi ini yang sangat dirisaukan oleh kebanyakan masyarakat, kebanyakan orang Islam di negara kita.
Ok, terima kasih. Terima kasih, Selinsing. Sebelum itu, yang Semanggol menjawab, menyambut perbahasan. Saya suka, saya nak ingatkan bahawa dalam standing order kita di Dewan pentadbiran negeri ini, kalau boleh, dalam perbahasan ini, kalau kita mencelah dan kita mencelah pun, kita khususkan celahan kita dan juga perbahasan kita kepada dalam lingkaran yang dalam negeri, dalam dewan negeri, itu utamanya. Kemasukan ini yang kita nak bincangkan, perdebatkan. Macam tadi celahan, saya minta maaf, Yang Berhormat Selinsing, kalau kita rujuk kepada yang part Parlimen, kuasa di Parlimen dan juga yang belakang. Kita kadang kadang kita takut kita terbabas ultra by rest, kita keluar daripada bidang topik perbincangan kita. Sila, Semanggol.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan saya masukkanlah apa yang disarankan oleh Selinsing tadi dalam sebahagian daripada ucapan saya. Cuma, kalau kita tak mahu mengungkap apa yang berlaku dalam tempoh 22 bulan, perkara yang cukup menimbulkan sensitivity. Bukan saya mengadakan, tapi perkara ini boleh nampak, boleh jelas, berarahkan LGBT, bawa balik abu Chin Peng, bendera balik. Perkara itu berlaku 22 bulan ini. Sebab itu yang kita minta, supaya dalam Dewan yang mulia pada pilihanraya ke-15 ini, kita cuba mendekatkan renggangan di antara kaum ini. Tidak ada tuntutan-tuntuan yang melebihi ataupun menjadi sensitivity kepada kaum. Sebab itu kita minta, sebab satu perkara-perkara yang seperti mana dibangkitkan, perkara-perkara yang telah dimeterai. Sebelum kemerdekaan, semalam kita sama-sama hadir, di belakangnya adalah Wasiat Tujuh Raja Melayu bahawa bumi ini sekarang ini namanya Tanah Melayu. Sekarang, oleh sebab kemerdekaan, kita ubah kepada Malaysia. Tapi ingat, ada tujuh perkara yang tak boleh disentuh. Tak perlu kita rungkai perkara ini. Dah intek. Bila kita cuba usik perkara yang telah intek, maka perkara ini yang menimbulkan keregangan di antara kaum. Kita minta kepada Ketua, kita dah terima kedudukan, penduduk kita kita terima, Cina Melayu 61%, 27%, Cina yang ada di Malaysia, dan 17%, kaum India yang ada. Kita masyarakat majmuk. Kita nak melihat ke depan. Kesilapan politik sebelah sana telah meletakkan keseluruhan kaum bukan Menteri di sebelah satu blok. Apabila Melayu cuba bersatu maka di sana bangkit melabelkan macam-macam minta kerajaan ambil tindakan. Ini satu amalan politik yang cukup tidak sihat. Sebab tu kita minta kepada pihak kerajaan. Begitu juga dengan kependudukan. Kalau dulu kita nak menyentuh kepada perkara, ok bila buat perumahan supaya ada integrasi kaum di dalamnya, letak 50%, 30% untuk hak Bumiputera. Rumah harga RM1 juta Bumiputera tak lalu, tak mampu nak beli. Kemudian rumah tersebut telah dibuat menjadikan kependudukan itu isolite. Kita membesarkan lagi ruang ini. Cuma kita nak minta di masa akan datang kita kena memikirkan bagaimana untuk kita merapatkan balik. Tak seperti dulu. Dulu kita tengok kaum-kaum di kampung-kampung Melayu dan sebagainya integrasi ini amat rapat. Tapi sekarang ini mula renggang. Siapa yang membina kerengangan ini. Ok Dato' Yang di-Pertua…
Minta laluan.
Kejap Dato'. Ada masa lagi ke? Bagi sikit lah, ni ada ni point ni sikit nak bagi. Tak masuk point apa pun lagi baru point politik ya Dato' Yang di-Pertua. Politik ni sebab kita kena ada kestabilan politik. Baru kita boleh bergerak ke depan. Kalau tidak ada kestabilan politik tak guna kita merancang apa pun. Sebab tu kita minta Tuanku minta dan kami di blok ini minta supaya ada kestabilan politik. Polarisi kaum ini tidak dilebarkan. Program-program untuk merapatkan kedua pihak mesti diadakan. Ini dia. Baru kita boleh bergerak dan kita nak minta supaya negeri Perak ni menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.
Yang Berhormat laluan.
Sekejap lah nak habis ni.
Pantai Remis nanti dulu.
Kemudian pula nak menyentuh yang apa Dato' Yang di-Pertua mengenai dengan hala tuju pembangunan negeri Perak atau pun Pelan Perak Sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, jadi sebagai wakil rakyat atau pun Ketua Pembangkang Negeri Perak adalah menjadi tanggungjawab kita bersama lah untuk merealisasi Pelan Pembangunan yang telah kita bangunkan secara bersama. Cuma saya ingin sikit menyentuh di sini bahawa pelan ini hanya baru belum bentuk kerangka awal. Roadmap kita nak pergi bagaimana cuma hanya kita tahu nak pergi Kuala Lumpur. Tapi bagaimana kita nak pergi belum lagi dan dokumen-dokumen itu belum lagi sampai kepada agensi-agensi kerajaan untuk kita bertindak sebagai agen-agen untuk bertindak bagi mencapai objektif itu. Sebab itu saya melihat di sini kan, kita tak mahu jadi kita master in document. Kita besar sangat dalam dokumen. Dulu kita ingat kita dijanjikan dengan Wawasan 2020. Cukup cantik. Mungkin yang baru di sini tak ada lagi lah. Kita umur yang 30, 40 ni baru teringat Wawasan 2020. Ingat Speaker pun tak boleh ingat kan, Wawasan 2020. Cantik menjadikan negara kita ini adalah sebuah negara perindustrian menukarkan segalanya pertanian kita tinggalkan. Membuat dasar-dasar pandang ke timur kan. Dasar-dasar apa teknologi itu. Akhirnya sampai kemudian nak taraf hidup rakyat, taraf hidup perkapita rakyat. Saya ingat lebih kurang berapa ratus, 200, 700USD kan...
Minta laluan.
Nantilah, nanti sekejap nak habis point dulu. Ini dia punya kehidupan akhir kehidupan rakyat. Tapi apabila kita sampai 2022 where is the document now? Vision 2020 dengan izin 2020 pergi ke mana? Mana negara perindustrian? Perindustrian kita tak sampai pertanian kita tinggal. Jadi kita tinggal kita tak mahu menjadikan dokumen. Sebab itu kita menyatakan bahawa Wawasan 2020 Perak Sejahtera 2030 yang kita bangunkan bersama kan. Cuma dulu Wawasan 2020 kita nampak jelas nak menjadikan negara kita ini negara perindustrian. Ada hujah-hujah yang meninggalkan pertanian tetapi di dalam apa Perak Sejahtera 2030 ini...
Gunung Semanggol, Tronoh mohon mencelah. Mohon mencelah. Tronoh.
Sekejap-kejap. Nak habis point ini.
Beri sikit, bagi sikit, bagi sikit ruang.
Bagi habis ni. Bagi habis ini. Satgi saya pun hilang point. Tunggu jap. Nak cerita ok 2030 Wawasan 2030 kita tak tahu Perak ini kita nak jadikan negara pertanian kah? Kita nak jadi perindustrian kah? Secara total. Walaupun ada kita gariskan secara Bersama tetapi apa what the Perak would be like? Apa yang kita nak nampak Perak ni kan? Orang Perak ini nampak negeri pertanian ke negeri perindustrian ke negeri pelancongan ke? Sudah lah roadmap tak dapat. Saya ingat pihak IDR kita sama-samalah bertanggungjawab perkara ini.
Gunung Semanggol Tronoh mohon mencelah.
Ok…ok. Sila.
Terima kasih. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua. Dengan itu saya ingin bertanya kepada Gunung Semanggol. Semasa di pihak sebelah sana mentadbir Kerajaan Negeri Perak, adakah di pihak sebelah sana telah mengadakan satu direction kepada rakyat Perak? Pada pandangan saya memang tiada. Itulah sebab rakyat telah memilih Kerajaan Barisan Nasional dan juga Kerajaan Pakatan pada hari ini.
Sikit YB ya, Pantai Remis.
Saya nak beritahu bahawa Wawasan Perak Sejarahtera ini kita bangunkan bersama. Setakat ini kita perhatikan bahawa ada kerangka roadmap tapi belum ada dokumen apa yang nak dilakukan oleh jabatan-jabatan sebagai ejen sebagai ejen untuk mencapai matlamat tersebut. Ok saya nak menyentuh semasa nak menyambung saya ingat Exco Pertanian boleh kita menyambung kepada apa yang telah kita rancangkan dan saya rancangkan dalam masa berada dalam Exco Pertanian dahulu. Yang pertama matlamat yang kita nak letak adalah mengenai dengan sekuriti makanan. ya?
Mohon celah.
Mengenai dengan sekuriti makanan bahawa kita melihat bahawa sekarang ini SLL atau pun. kejap
Yang Berhormat. Bagilah sikit peluang sikit. Ok.
Pantai Remis, sila.
Terima kasih Yang Berhormat Gunung Semanggol. Yang tadi Yang Berhormat sudah katakan ini tanah, tanah air Melayu sini. Tapi kita berbesar hati dengan hati yang terbuka kita terima dengan apa bangsa kaum yang berada di sini tetapi sejak permulaan sehingga sekarang dalam perbahasan Yang Berhormat, saya dengar dengan pelbagai isu yang dibangkitkan hanya dalam perkauman. Bila kami tadi Yang Berhormat bangkitkan isu tentang pemilihan di peringkat PBT, yang pertama Yang Berhormat kata dia akan mewujudkan isu perkauman. Bila katakan pengiktirafan dengan Sijil UEC belum bincang tapi dalam perkauman. Itu Cina nak ini sekolah ini. Lagi bila kata dengan cara tanah isu isu geran kekal hak milik kekal juga pemikiran itu dalam sudut hanya perkauman. Jadi adakah yang bercanggah dengan apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat katakan dengan hati yang terbuka.
Ok…ok dah. Ada soalan.
Bincang semua isu yang berkaitan semua kaum. Bukan bila ada isu berlaku hanya fikir dengan perkauman saja. Terima kasih.
Ok Semanggol.
Dato' Yang di-Pertua. Kita telah mengatakan bahawa dahulu. Kita telah menerima konsep kerakyatan...
Semanggol tinggal 5 minit ya, 5 minit lagi.
Ya? 5 minit tambah lah sikit ni. Pertama kali ni kan. Orang kampung nak tengok.
Tak payahlah. Cuma bangkit isu kaum saja. Tak perlu.
Ok ya. Ok tak apa. Ok yang pertama mengenai dengan… nanti kita bicara soal ini polarisasi pada permulaan. Sebab itu kerajaan kita telah mengadakan satu aliran pendidikan kebangsaan satu aliran tetapi permintaan ok mengadakan sekolah jenis kebangsaan. Kita benarkan mengadakan pulak aliran ini. Ini yang kita diceritakan.
Ya faham dulu sebelum dapat satu rumusan yang kata ini semua kerana perkauman.
No. That’s why…
Semanggol. Tronoh mohon mencelah.
Perkara-perkara yang telah dilakukan itu kita perlu rapatkan. Ok saya takde masa lagi dah 5 minit. Jadi kepada hala tuju yang telah kita bawa dulu kita sekarang ini kita kena walaupun kita kata tak setuju kita untuk meluang pekerjaan dan mungkin bersama-sama Yang Berhormat nanti kita boleh jadikan negeri perak yang cukup kaya ini kan yang cukup kaya ini, pertama kita jadikan negeri pertanian kita sebab kita menteri dalam pertanian dan juga kita tak boleh tinggal perindustrian. Kita kena pergi simultaniously dan juga kita ada apa industri pelancongan yang besar. Kita boleh pergi. Cuma saya nak menyentuh mengenai dengan industri pertanian khususnya kepada padi kan sebab padi ni makanan ruji kepada rakyat Malaysia. Rakyat kita sepenuhnya kan. Kita punya SSL Self Sufficient Level atau pun kadar sara diri yang kita tanam padi dalam Malaysia ini. Kita hanya mampu menampung kepada 70% 70 orang.
Di negeri Perak kita hanya mampu menampung 90 orang. Sedangkan kita keluasan yang lebas yang besar. Sebab itu saya telah meletakkan bersama dengan agensi kerajaan untuk mencapaikan pada masa itu sebab purata pengeluaran beras atau pun padi untuk satu hektar dalam negeri Perak ni adalah di antara lima, empat sampai lima metrik tan kan, per hektar. Sebab itu kita dapat menampung hanya 90% dan kekurangan 90% daripada Malaysia, whereby banding dengan negara jiran, negeri jiran, negeri jiran, dia telah pun sampai tahap boleh satu hektar mencapai tujuh ataupun lapan metrik tan. Begitu juga negeri sebelah, jauh dari kita berbanding dengan Indonesia ataupun negeri-negeri jiran. Mereka mampu mencapai sepuluh metrik tan. That mean, kita buat dua kali, sama dengan dia buat sekali. Sebab itu kita kena mencari jalan, satu usaha bagaimana untuk kita meningkatkan hasil pengeluaran ini. Saya ingat kita boleh tumpukan sepenuh tenaga, yang pertama. Itu yang pertama. Memang boleh buat. Sebab itu rakan saya negeri jiran, negara jiran di Kedah, telah pun menghantar research team untuk tengok di Indonesia bagaimana dia boleh mendapatkan hasil tanam sampai 10 sampai 12 metrik tan untuk per hektar. Begitu juga, kita dulu tanam padi, tanam padi hanya satu musim. Kemudian ada teknologi sampai dua musim. Satu musim kita tanam mengambil masa 120 hari. Whereby di negara-negara jiran, dia telah mendapat tiga kali setahun. Dah sampai tiga kali setahun dengan hasil sampai tiga kali ganda. Mengapa kita tertinggal di belakang? Jadi ini perlu kita bagi fokus. Sebab itu saya nak masuk sikitlah, ini apa, Speaker izinkan saya sikitlah, sebab perkara ini saya cakap lama, khususnya di Semanggol lah, tempat saya di Kerian, salah satu daripada jelapang padi yang terbesar di Kerian yang kita boleh mengeluarkan hasil yang kita tengok. Kita tengok punca mengapa yang tak boleh naik, kita kenalpastikan mengapa hasil-hasil padi ini tak boleh nak dinaik.
Yang pertama sumber air. Sumber air untuk di Kerian itu adalah daripada Bukit Merah. Bukit Merah itu empangan yang dibuat oleh British dulu. Punca air Bukit Merah itu hujan, dan Bukit Merah itu dulu ditampung hanya untuk pertanian. Tapi apabila masa berlalu, kita pun masa panjang, Bukit Merah juga menampung air untuk pertanian. Menampung air untuk Ikan Kelisa. Ikan Kelisa ini saya pergi perhati tengok, dia slow air itu. Berapa, berapa cubic meter yang dia buang pun tak tahu. Juga digunakan air untuk domestik dan juga digunakan air untuk perkilangan. Itu menyebabkan kekurangan air, maka itu merencatkan kepada hasil padi. Jadi telah pun berbincang dah dulu lah, minta Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kerajaan ini menyambung, supaya ada satu projek untuk water transfer perpindahan air daripada Sungai Perak bawa masuk kepada, kepada itu, kepada Bukit Merah supaya menjadi sumber air yang cukup untuk kita tanam padi. Ini apabila, apabila musim kemarau, air tak ada, kita pergi sembahyang hajat lah sana, sembahyang hajat, nak buat macam mana? Minta dengan Allah Taala lah, kan. Jadi kita minta teknologi yang ada sekarang ini supaya perkara ini diperbuat dan yang kedua...
Saya bagi lima minit lagi. Lima minit lagi.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua yang begitu prihatin. Ok, solusi yang kedua adalah kita tengok parit dia lama. Parit duduk di bawah. Bendang duduk di atas. Saya sudah tengok. Orang buat bendang, dah lah input dia itu dah dah mahal, ini nak ambil air itu kena pakai enjin pula. Enjin, orang dia pam mari ke bawah. Kita tengok Sekinchan dah buat naik ke atas. Tanya pasal apa yang tak boleh buat ini, dia kata kos mahal. Kos mahal bukan tugas kita, kita buat proposal lah. Saya ingat kita kena memperbaiki sistem perparitan yang ada.
Bukan itu saja, apa Dato' Speaker, kan? Dah lepas perparitan, kita pergi tengok yang tebas itu, sat lagi kita nak celah mana? Yang tebas itu dia tebas ikut atas saja. Yang bawah ini, tak jalan. Lepas tu air belakang itu sampai ke belakang sana itu, dah air tak sampai, dia tanam kelapa sawit. Kita nak marah pula dia tanam kelapa sawit. Sedangkan kita tak buat penyelesaian.
Kemudian yang ketiganya adalah mengenai dengan, dia kata pasal apa yang yang yang yang belah Kerian itu padi sampai tiga, empat metrik tan. Sedangkan break even point untuk sampai itu tak sampai dua metrik tan. Ha nak cerita keadaan. Jadi dia kata sebab tanah itu tak subur. Jadi tanah tak subur, sekarang ini sistem baja, teknologi dan sebagainya, pengkaporan kita boleh buat. Saya ingat kita kena beri perhatian lah perkara ini, Jabatan Pertanian kalau ada bajet, kita kena buat secara tuntas dan saya yakin kalau boleh dapat kepada sembilan daripada tiga metrik tan purata sampai sembilan metrik tan, kita dapat memenuhi SSL kita.
Kemudian yang keempat ini apa, apa, haa kesuburan tanah itu, kemudian perataan tanah itu kalau kita tengok, bendang ini kalau orang buat bendang ini, ya bila buat bendang, dia ada yang dalam, ada yang kering. Bila kita tabur itu, tengok yang tak tumbuh padi itu sebab tak rata tanah tu. Dia tak buat lama dah. Jadi memang pihak pertanian kena keluar belanja. Haa kalau kita letakkan food security, kita buat bandar.
Kita boleh buat perataan, insyaAllah hasil akan dapat. Bila hasil, kita dah ada hasil daripada tiga metrik tan satu musim, boleh meningkat kepada sepuluh metrik tan satu, satu hektar, dengan satu, dua musim setahun, boleh dapat tiga tahun kadang. Saya rasa isu subsidi kita tak timbul. Sebab dia dah ada pendapatan yang.. yang lebih. Haa dan juga isu sekuriti makanan, penyediaan makanan yang secukupnya untuk rakyat negeri Perak, haa termasuk kawan-kawan kita sebelah sana. Kan kita di Ipoh, bukan dok tanam padi, yang tanam padi sebelah sana. Tapi kita kena ambil perhatian ini sekiranya, sekarang ini 90%, tak banyak dah untuk kita capai itu. Jadi saya mohonlah, haa untuk perkara ini Yang Berhormat..
Gunung Semanggol, mohon mencelah.
Yang Berhormat kita pohon.
Mohon mencelah.
Supaya kita, dan habis dah ini, habis dah ini.
Sikit sahaja sikit.
Tak dan dah, tak ada dah. Nak point line dah ni. Ini kita nak, nak tu.
Kena tahu jalan.
Jadi kita nak minta supaya kerajaan kita tumpukan perhatian, fokus kita dalam Wawasan Perak Sejahtera 2030, perkasakan industri pertanian, fokus kepada padi. Kalau kita boleh, dan saya yakin dengan keluasan padi bendang yang ada di negeri Perak ini, kita boleh mengeluar, jadi pengeluar padi dan beras yang utama dalam negara kita. Jadi terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Jadi apa, menjunjung kasih di bawah titah Dibawah Duli Tuanku, dengan ini Semanggol menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Gunung Semanggol. Bagi perbahasan seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah dua puluh minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan, di persilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Perak Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Ahli-ahli Yang Berhormat barisan Exco Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri Perak. Tahniah di atas kemenangan masing-masing dan diharapkan kita dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab kita. Para pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, rakan media dan tuan-tuan yang dimuliakan. Pertama-tamanya saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya turut bersama membahaskan usul tahniah dan menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja, Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Almarghfur Lah, mencemar Duli menyampaikan titah diRaja dan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama dan Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Kelima Belas, Perak Darul Riduan pada 20 Disember 2022 semalam.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, dalam membahas dan menyokong usul ini, Rungkup akan menyentuh beberapa perkara yang dianggap relevan dan dijangka bermanfaat untuk diterjemahkan kepada usaha menggarap pensuasanaan yang kondusif dan produktif demi melahirkan rahmat kemakmuran dan kesejahteraan untuk dinikmati oleh rakyat jelata di negeri Perak tercinta ini. Saya mulakan dengan menyentuh, dengan menyentuh soal peri pentingnya disuntik dan diamalkan semangat perpaduan dan kerjasama yang erat di kalangan semua pihak termasuklah barisan kepimpinan negeri dan rakyat jelata yang berbilang kaum serta pelbagai kecondongan fahaman politik. Seperti yang kita sedia maklum, buat pertama kalinya dalam sejarah negeri ini, kerajaan negeri terbentuk dari gabungan dan jajaran politik di mana Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO belum pernah bersekutu sebelum ini. Malah dianggap sebagai musuh politik di antara satu sama lain. Sama ada percantuman ini akan membawa hikmah atau sebaliknya. Banyak bergantung kepada tahap kesungguhan kita untuk menserasikan hubungan demi kebaikan bersama. Dalam konteks ini, elok kiranya kita sama-sama menyantuni semangat kebersamaan dan mengelak daripada sebarang pertelagahan yang menjurus kepada persengketaan dan permusuhan.
Sepanjang tempoh sepenggal lima tahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16, suasana yang bakal kita lalui bersama dijangka penuh gelora dan cabaran, di mana ketidaktentuan ekonomi serta keresahan sosial politik amat memerlukan semangat kebersamaan untuk menanganinya. Sesungguhnya politik itu adalah suatu cabang kehidupan yang dinamik sifatnya. Namun, kedinamikan politik itu perlu dicari satu bentuk keserasian demi kelestarian dan kestabilan yang menjadi tonggak kepada keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat jelata di negeri tercinta ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, golongan bestari sering berpendapat bahawa semangat perpaduan dan kerjasama erat tidak terbentuk dengan sendirinya. Ia perlu dipupuk melalui lima teras utama, fabrik sosial yang merangkumi ekonomi, pendidikan, sosial, agama dan politik. Lima teras fabrik sosial ini berfungsi ibarat lima jari di tangan kita. Jika terdapat mana-mana jari yang tidak berfungsi dengan baik dan sempurna maka berlakulah ketidaksempurnaan daya genggaman kita. Jika yang ingin kita genggam erat ialah kestabilan sosial, kestabilan ekonomi dan politik. Maka dengan mudah akan terungkai hasrat kita untuk menggenggam nikmat kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Justeru dengan iktibar itu, marilah sama-sama kita canai perancangan dan keboleh capaian dalam segenap aspek kehidupan secara berimbang. Jangan kita gadaikan pentingnya keharmonian sosial semata-mata kerana terlalu ghairah mengisi agenda politik sempit. Begitu juga jangan kita abaikan pentingnya kecapaian kestabilan, kelastarian ekonomi kerana pegangan agama yang sempit dan fanatik atau semangat perkauman yang bersifat chauvinistic.
Pohon mencelah, terima kasih Dato' Speaker. Yang Berhormat Rungkup, boleh tak kita bentangkan ataupun kita cadangkan apakah kegiatan yang boleh menyemarakkan ataupun menyemaikan semangat kebersamaan dalam memupuk perpaduan antara kaum yang kita tahu sekarang ini. Kalau lepas PRU dan kita harap perpaduan antara kaum dapat kita pupuk kembali supaya ianya lebih dalam keadaan yang lebih harmoni. Terima kasih.
Terima kasih. Terima kasih kepada Pengkalan Baharu. Saya melihat dan berpendapat bahawa untuk tujuan tersebut kita perlu pulang kepada basic, kembali kepada asas dan asas itu sudah tentulah kembali kepada Rukun Negara contohnya. Di peringkat sekolah rendah, sudah tidak ada subjek sivik. Cikgu, YB sebagai seorang cikgu pasti mengetahui perkara tersebut. Saya merasakan bahawa subjek seumpama itu perlu diadakan semula untuk anak-anak kita yang belajar di peringkat terendah dapat diberikan perkara yang asas seumpama Rukun Negara yang kita telah pelajari selama ini. Saya tidak berhasrat untuk berceramah mengenai perkara tersebut. Cukup sekadar mengingatkan diri saya dan rakan-rakan seperjuangan bahawa terowong masa atau time tunnel yang bakal kita lalui dalam tempoh masa terdekat tidak menjanjikan sesuatu yang bergermelapan, malah dijangka penuh cabaran ibarat kita meredah jalan yang penuh duri. Jika kita gagal merentasi segala cabaran itu yang menunggu kita di hujung terowong ialah kehampaan dan kekecewaan yang terisi dengan seribu kekesalan. Negeri ini negeri kita, tanah air ini tempat kita dilahirkan dan akan dikebumikan. Sama-samalah kita jaga dengan sempurna.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, bagai tak berimbang perbahasan saya ini kalau tidak menyentuh soal ekonomi. Walau bagaimanapun oleh kerana saya juga akan turut mengambil bahagian membahaskan Bajet 2023 Negeri Perak yang bakal dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar. Saya akan menyentuh perkara ini dari perspektif mikro, berlandaskan apa yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sutan Perak dalam titah Baginda. Iaitu ekonomi dunia pada tahun 2023 adalah bersifat tidak menentu dan pertumbuhan ekonomi negara mungkin menguncup. Lazimnya dalam kebarangkalian, pertumbuhan ekonomi menguncup akibat kemelesetan dan suasana tidak menentu. Pihak Kerajaan perlu memainkan peranan sebagai penyelamat dalam erti kata menyuntik sumber dana dan pengujudan peluang-peluang yang kualitatif dan kuantitatif untuk dimanfaatkan oleh rakyat jelata. Dalam kata yang sama, mengurangkan bebanan kos terhadap hidup yang menghimpit kehidupan seharian rakyat. Dalam tempoh pasca Covid-19 yang kita sedang laluinya, golongan rentan dan golongan rencat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya. Sekalipun pakej pemulihan dan pakej perangsangan telah dan sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Kecederaan ekonomi yang begitu teruk akibat Covid-19 dan dibebankan pula dengan kenaikan harga barang, inflasi serta kos sara hidup yang menekan rakyat. Pastinya memerlukan suatu tempoh masa untuk menanganinya. Sama ada rakyat masih boleh diajak untuk bersabar ataupun tidak. Adalah persoalan yang sukar untuk dijawab kerana perut yang kosong dan minta diisi adalah lubuk emosi yang menyemai keresahan sosial. Sehubungan dengan ini, pihak Kerajaan Negeri menjadi tempat rakyat menyandarkan harapan supaya setidaknya mereka tidak terus dilanda kelaparan.
Rungkup, Alor Pongsu. Minta mencelah.
Terima kasih, Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ucapkan tahniahlah kepada di-Pertua kerana telah dilantik semula dan saya juga ingin sebut terima kasih kepada pengundi saya di DUN Alor Pongsu kerana memilih saya sebagai wakil mereka kali ini. Bila Rungkup sebut tentang rakyat yang daif dan sebagainya. Saya rasa kita perlu pergi kepada Household Index. Household Index, yang mana kajian pendapatan isi rumah 2019. 2019 yang menunjukkan kita Perak ini tercurut. Nombor tiga ke bawah. Bila kita dok nombor tiga ke bawah, kita tengok. Pendapatan menengah isi rumah untuk nasional RM5,873 tetapi Perak berada di kedudukan yang sangat rendah iaitu pendapatan menengah isi rumah RM4,273. Lebih buruk lagi, dalam daerah di negeri Perak hanya Kinta sahaja yang boleh dekat-dekat dengan menengah peringkat nasional. Yang lain macam mana? Saya ada bawa satu carta yang saya rasa keluar daripada rujukan. Kinta di atas, yang lain semua kebanyakannya di bawah.
Alor Pongsu, soalan dia.
Nak ke soalan. Sekejap. Yang paling risau sekali Hilir Perak dengan Hulu Perak lah. Kota Tampan. Dok di bawah ni. Kadar kemiskinan dah cukup berat. Jadi saya nak tanya, Kerajaan Negeri sedar tak benda ni sedang berlaku? Apa pelan tindakan? Kita tersepit antara Pulau Pinang dengan Selangor. Negeri yang hebat, negeri yang kaya. Perak, apa kurang Perak? Kita kaya dengan sumber, kita kaya dengan infra. Apa dah jadi? Saya pohon tindakan daripada Kerajaan Perpaduan.
Ok, terima kasih Alor Pongsu.
Terima kasih kepada Alor Pongsu. Soalan yang mungkin perlu dijawab oleh Exco kita lah. Sebab saya ni bukan Exco, jadi kita harap dalam penggulungan mereka nanti mereka akan menjawab perkara tersebut. Tapi saya bersetuju dengan Alor Pongsu tentang kedudukan negeri Perak dan kita perlu melakukan sesuatu untuk mengubahnya dan saya minta supaya apa yang dikatakan oleh Alor Pongsu tadi dimasukkan menjadi sebahagian daripada ucapan saya. Terima kasih Alor Pongsu. Seterusnya, sesungguhnya saya menyedari bahawa Kerajaan Negeri juga mengalami keterbatasan sumber hasil akademi hasil akibat pandemik Covid-19. Namun mungkin boleh difikirkan ikhtiar supaya perut rakyat tidak terus berlapar. Mungkin melalui kaedah mengurangkan perbelanjaan kurang perlu ataupun menangguhkan projek-projek tertentu supaya usaha mengatasi derita rakyat dapat dipertingkatkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu dan mungkin menguncup atau meleset. Kita perlu menyandarkan kebergantungan kepada kekuatan fundamental ekonomi domestik. Dalam konteks ini, saya beranggapan negeri Perak masih bertuah kerana mempunyai asas ekonomi yang agak kukuh bersandarkan kepelbagaian sumber asli dan tahap produktiviti yang agak tinggi dalam sektor-sektor utama seperti perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Pada masa yang sama, besar harapan saya agar pihak GLC dan agensi-agensi Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dan progresif dalam usaha untuk berfungsi dengan daya tahan dan berdaya maju. Dengan natural resources, dengan izin yang kita ada, saya berharap supaya industri-industri hiliran akan dapat diadakan di negeri Perak supaya kita tidak sekadar mengeksport bahan-bahan mineral kita ke luar negara. Oleh yang demikian, elok kiranya saya mengesyorkan supaya GLC dan agensi-agensi Kerajaan Negeri kita yang ada keupayaan untuk terus memberikan sumbangan dalam bentuk dana ataupun secara perkhidmatan CSR bagi membantu Kerajaan Negeri mendepani suasana yang amat getir dan mencabar sekarang ini. Selain daripada itu, turut disyorkan supaya Kerajaan Negeri memohon serta merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk menambah peruntukan-peruntukan tambahan. Semua sedia maklum bahawa Perdana Menteri yang mewakili Parlimen Tambun dan Timbalan Perdana Menteri datangnya dari Perak, maka saya yakin dan percaya rayuan yang sedemikian itu tidak akan dihampakan.
Dato’ Yang di-Pertua, berhubung kait dengan kesejahteraan rakyat, izinkan saya untuk membangkitkan tentang isu yang sedang dihadapi oleh rakyat di kawasan saya iaitu fenomena banjir air temenung yang telah berlarutan lebih sebulan. Banjir air temenung ini berlaku kerana muka bumi Bagan Datuk yang berada di bawah aras laut. Selain daripada itu, terlalu banyak kunci air yang sudah tidak berfungsi kerana sudah terlalu lama usianya. Begitu juga dengan gelung-gelung yang dibina tidak mengikut spesifikasi JPS. Fenomena ini telah merosakkan rumah, harta benda dan kebun kelapa, kelapa sawit dan juga kebun pisang. Maka dengan rasa rendah diri saya memohon agar pihak JPS Persekutuan, JPS Negeri dan JPS Daerah dapat mencari penyelesaian yang tuntas untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kestabilan politik yang kita harapkan tidak akan tercapai jika kita terus bercakaran. Keharmonian sosial tidak akan wujud selagi persefahaman tidak terjalin dan persefahaman tidak akan lahir kalau matlamat bercabang hala. Tanpa ramuan yang serasi, sukar di canai, kehidupan yang aman damai. Oleh itu, sama-samalah kita mencari titik persamaan bagi menghindari persengketaan. Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sudah cukup padu dan sarat dengan pesanan serta nasihat. Usah kita ingkari titah tersebut demi kebaikan bersama. Sebagai penutup, saya menyampaikan dua rangkap pantun untuk renungan kita bersama.
Apa disemai, itulah dituai, Jangan padi berbunga lalang, Menjaga negeri perlulah pandai, Supaya rakyat hidup gemilang.
Kalau Tuan pergi kedai, Belikan saya ikan gelama, Kalau kerajaan berfungsi baik, Rakyat hidup aman sejahtera.
Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah. Assalamualaikum wbt. Yang Berhormat, Dato’ Yang Dipertua Rungkup, mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Rungkup yang telah berbahas mengikut masa yang telah diberikan. Sekarang saya jemput Yang
Berhormat daripada kawasan Batu Kurau untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah Rabbil Alamin (BACAAN DOA). Alhamdulillah, di kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Dewan Negeri dan Timbalan Yang di-Pertua. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Barisan Exco. Tahniah juga kepada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat kerana diberi kepercayaan oleh pengundi-pengundi di kawasan masing-masing untuk menerajui kawasan masing-masing. tuan-tuan, pengarah-pengarah, wakil jabatan, media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Batu Kurau ingin merakamkan ucapan syukur dan tahniah. Titah Ucapan Paduka Seri Sultan Perak ketika merasmikan Pembukaan Penggal Tahun Pertama Persidangan Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas pada 20 Disember 2022. Dalam Titah Tuanku Sultan seperti di para 9 baris pertama muka surat 7, menekankan antara lain ialah betapa pentingnya perpaduan khususnya antara kaum di negeri ini. Bagaimana sesebuah negara akan maju jika sekiranya rakyat sering bercakaran sesama sendiri, perpaduan ibarat sebuah buku, andai sehelai sahaja dari bahagian buku tersebut rosak atau tertanggal, maka ianya akan menjadi cacat dan pincang. Elakkan buruk sangka, keji mengkeji, menghina, dendam yang tidak sudah serta merendahkan orang lain.
Sebaliknya berusaha dan berganding tenaga dan fikiran untuk membangun ummah, membangun ekonomi, mengekalkan perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, secara ringkas dapatlah saya membuat rumusan dari intipati Titah baginda Sultan, sesebuah negara dan negeri akan makmur jika sekiranya terdapat empat golongan di dalamnya yang masing-masing memainkan peranan iaitu yang pertama, Al-Imammul Adil, pemimpin yang adil. Pemimpin yang adil ialah pemimpin yang tidak pendendam, sedia menerima teguran dan berlaku adil. Pemimpin yang bukan hanya takut disoal dan dikritik oleh rakyat atau masyarakat, tetapi pemimpin yang adil itu lebih takut dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat nanti. Sebab itulah Rasulullah SAW pernah bersabda “Di antara golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari kiamat, ialah yang pertama, yang teratas sekali ialah Al Imamul Adil, yakni pemimpin yang adil.” Hadis riwayat Al-Bukhari. Golongan yang kedua, ulama yang takut kepada Allah SWT, seseorang pemimpin yang baik, ditambah pula dengan adanya ulama disisinya, sentiasa memberi tunjuk ajar, ulama yang berani, ulama yang takut kepada Allah, InsyaAllah dengan gabungan kedua-dua golongan hebat ini, pasti memperolehi ganjaran daripada Allah SWT, seterusnya menjadikan sesebuah negeri aman makmur, seperti yang dirakamkan dalam Al-Quran Surah Saba’ ayat 15 Haddatun Toyyibatun Warabbul Ghafur, Negeri yang baik, aman makmur yang mendapat pengampunan Allah. Dalam hal ini, institusi agama di Negeri ini perlu dipertingkatkan pelantikan ahli jawatankuasa kariah masjid perlu disegerakan dengan memilih mereka yang benar benar ikhlas untuk mengimarahkan masjid. Masjid perlu dijadikan medan untuk memupuk perpaduan dan segala bentuk aktiviti dunia dan ukhrawi juga sebagai medan ilmu di kalangan Umat Islam di Negeri ini. Saidina Ali pernah berkata, "Wahai orang yang mempunyai ilmu, beramallah kamu dengannya kerana sesungguhnya yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui serta selaras antara ilmunya dengan amalannya.
Golongan yang ketiga, golongan orang-orang kaya yang pemurah. Golongan ini boleh membantu pihak-pihak terbabit seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitumal mahupun Kerajaan Negeri dalam usaha membasmikan kemiskinan di kalangan rakyat di Negeri ini. Penglibatan pihak-pihak tertentu pihak swasta dan GLC perlu diperhebatkan untuk tujuan sumbangan sosial, membangun ekonomi, memajukan tanah terbiar dan bidang-bidang lain. Barangkali Kerajaan Negeri sendiri mengharapkan mereka sahaja tidak mampu maka penglibatan mereka yang hebat ini diberikan kekayaan oleh Allah SWT ini untuk turut sama-sama membantu. Sementara orang bersyukur, tidak sombong pasti dilipatgandakan rezekinya oleh Allah SWT. Contohnya di kawasan saya untuk pengetahuan ahli mesyuarat yang dihormati sekalian, ada sebuah kedai runcit di kawasan saya yang dimiliki oleh seorang yang berbangsa Cina. Kedainya cukup maju, dikunjungi ramai. Bila saya bertanya kepada tuan punya kedai, saya tanya, tauke, kenapa kedai tauke maju dikunjungi oleh orang ramai termasuk orang-orang melayu sendiri membeli di kedai tersebut, beliau menjawab bahawa dia selalu bersedekah atau menyumbang kepada mereka yang memerlukan tidak kira bangsa dan agama. Inilah contoh keberkatan sesuatu yang kita buat kalau kita diberikan kekayaan kita menyumbang dan berkongsi rezeki dengan orang lain.
Yang keempat, golongan yang digambarkan Yang keempat dalam membangunkan sebuah negara ialah golongan-golongan yang dikategorikan miskin yang tahu berterima kasih. Orang miskin yang tidak mementingkan diri sendiri. Orang miskin yang pandai menghargai pemberian orang lain. Orang miskin yang tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan perpaduan. Walaupun Rasulullah SAW pernah menyebut orang yang memberi lebih mulia daripada orang yang menerima. Ini tidak bermaksud selamanya kita menjadi orang miskin. Bumi Perak yang makmur ini begitu luas untuk mencari rezeki. Bantuan-bantuan modal, pihak tertentu terutama pihak Kerajaan boleh merubah gaya hidup seseorang. Yang penting, rajin dan berusaha. Dato' Yang di-Pertua, Keempat-empat golongan yang saya sebutkan tadi, pemimpin yang baik, Ulama' yang takut kepada Allah SWT, Orang kaya yang pemurah dan orang-orang miskin yang tahu berterima kasih bila digabungkan keempat-empatnya, InsyaAllah, bumi Perak ini khususnya akan aman makmur diberkati oleh Allah SWT.
Dato' Yang di-Pertua, bila Baginda Tuanku Sultan menyebut tentang pentingnya kesejahteraan rakyat yang perlu dijaga dan diberi keutamaan seperti titah Baginda di para 16 maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengutarakan beberapa masalah di kawasan saya. Mohon izin Timbalan Yang di-Pertua untuk saya sebutkan beberapa masalah penting di kawasan saya bertepatan dengan kesejahteraan yang dititahkan oleh Tuanku. Batu Kurau ingin menyatakan bantahan dan keluhan penduduk di Kampung Sempeneh yang kampung mereka terlibat dengan pembinaan loji kedua. Saya difahamkan pihak pemaju tidak berbincang terlebih dahulu dengan penduduk-penduduk projek berskala besar ini telah merosakkan jalan utama, pencemaran alam dan akan mengganggu pengeluaran hasil kampung. Batu Kurau mengharap pihak pemaju dan pihak Kerajaan serta penduduk-penduduk kampung agar berbincang semula, duduk semeja agar dapat mencari penyelesaian yang terbaik. Menang-menang di antara dua golongan ini.
Batu Kurau juga mengucapkan ribuan terima kasih Kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah merasmikan pembinaan projek Jalan Anak Kurau ke
Kamunting cuma saya bermohon kepada pihak JKR khususnya dan JPS agar turun padang ke kawasan tersebut mencari punca banjir besar setiap kali hujan dan merosakkan barang-barang rumah yang berhampiran dengan projek tersebut. Ketika saya meninjau kawasan tersebut baru baru ini, saya dapati dan diminta oleh penduduk-penduduk di kawasan tersebut agar pihak JKR dapat mengorek parit-parit terus ke sungai manakala pihak JPS pula dimohon agar dapat mendalamkan aliran air yang cetek akibat dari timbunan pasir dari projek pembinaan jalan tersebut. Sehubungan dengan itu juga JPS perlu diberi peruntukan secukupnya kerana banyak kerosakan tebing-tebing sungai dan perkara berkaitan dengannya bukan saja dikawasan saya malah di kawasan-kawasan DUN yang lain. Ingatlah kejadian banjir selalunya berlaku disebabkan sungai-sungai yang tidak diselia dengan baik. Dato' Yang di-Pertua…
Batu Kurau, Alor Pongsu nak minta mencelah.
Sekejap. Sekejap. Tengah ada mood ini. Jangan dirosak mood aku. Jangan rosak mood saya. InsyaAllah sabar ya. Tarik balik rosak mood aku. Baginda Tuanku Sultan juga berharap keselamatan rakyat juga perlu diberi keutamaan. Dalam hal ini, Batu Kurau ingin memohon kesekian kalinya pemasangan lampu jalan dari Kampung Ulu Sepetang ke Batu Kurau. Sudah hampir 10 kematian dan 15 mengalami kecederaan sepanjang 4 tahun kebelakangan ini akibat daripada kemalangan di kawasan tersebut. Yang gelap yang menyebabkan binatang-binatang berkeliaran waktu malam dan masalah-masalah lain sepertimana perlumbaan haram dan sebagainya.
Dato' Yang di-Pertua, salah satu perkara yang disebut oleh Baginda Tuanku Sultan ialah suruhan supaya kita semua berusaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat Negeri Perak. Dalam Para 16, baris yang ke-20, Tuanku Baginda menekankan supaya mengambil berat kos sara hidup rakyat pada hari ini. Di Batu Kurau, Pekan Selasa sangat terkenal dari puluhan tahun dulu sebagai tempat penduduk kampung mencari rezeki dengan menjual berbagai produk kampung. Justeru itu, Batu Kurau ingin memohon pihak Kerajaan Negeri dapat membina bangunan berbumbung Pasar Kedua. Prasarana ini perlu dilakukan bagi memberi keselesaan pengunjung dan peniaga sebagai tambahan pihak MPT juga dimohon untuk membaik pulih jalan-jalan masuk ke pasar tersebut yang banyak mengalami kerosakan dan berlubang. Silakan Alor Pongsu.
Terima kasih Batu Kurau. Terima kasih Yang di-Pertua. Batu Kurau kita serupa Batu Kurau. Lagu Headwind kita serupa sebab bila sebut tentang jalan raya dan JKR, saya rasa Alor Pongsu juga mengalami nasib yang sama. Bila projek besar buat rosak jalan lama. Masa exit Tol Alor Pongsu dibuat, kami bersorak gembira. Rakyat seronok semua orang. Apa jadi? Lori besar, lori treler, lori tanah merosakkan jalan daripada Bagan Serai ke Changkat Lobak. Kalau nak naik, nak alami jalan raya jongkang-jongkit, welcome to Bagan Serai. Baru-baru ni masa banjir berlaku, bunyi siren polis potong saya. Rupanya Yang Berhormat Kota Tampan potong saya. Yang Berhormat rasa sendiri macam mana jalan jongkang-jongkit. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Alor Pongsu. Saya bersetuju dengan apa yang ditambah oleh Alor Pongsu tadi dan pihak Jabatan Kerja Raya supaya bersama-sama dengan pihak Kementerian Luar Bandar ataupun sekarang Kementerian Desa mendapatkan sebanyak mungkin peruntukan untuk dibawa ke Perak. Anda lihat sendiri jalan-jalan kampung yang perlu dibaiki segera kerana memudahkan pergerakan mereka. Dato' Yang di-Pertua, sebagai Ahli Jemaah Pengarah Peladang Negeri Perak, permohonan tanah Kerajaan Negeri di kawasan Simpang Pulai telah ditolak oleh Pihak Berkuasa Tanah Negeri. Penolakan ini mungkin disebabkan oleh sebab-sebab tertentu. Oleh yang demikian, saya mewakili ahli PPK seramai 103,000 orang lebih di negeri Perak ini dengan kekuatan 30 PPK yang ada memohon dan menyuarakan permohonan agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan semula mana-mana kawasan yang belum diusahakan untuk diberi dan dimajukan oleh peladang negeri. Ini sesuai dengan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPN Perak Kali-45 pada 21 Mac 2022 yang menyatakan kesediaan kerajaan negeri untuk memberi keutamaan kepada PPN. Jika diberi kelulusan maka tiga puluh PPK akan menikmati keuntungan dan juga membela nasib petani bukan sahaja orang Melayu tetapi berbagai-bagai bangsa berada dalam pertubuhan peladang di negeri Perak. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya mengakhiri perbahasan ini dengan sedikit madah puisi. Tengah-tengah hari ini mengantuk pula.
Madah perpaduan mari kita dendang bersama. Madah perpaduan disemarakkan mengikut rentak irama yang dialunkan. Tanda muafakat membawa berkat. Walau kita berbeza wadah biar tidak sama lenggok tarinya namun matlamat seia sekata berteduh di bawah payung mahkota. Kebajikan rakyat yang diutamakan. Mari bersama bangunkan bumi bertuah berdiri megah dengan semangat merdeka. Menggenggam erat jari perpaduan menuju matlamat Perak Gemilang. Bersama membina masa hadapan kepuncak jaya kita abadikan. Ketepikan percakaran sesama insan kerana perpaduan terus teras kejayaan. Inilah madah puisi perpaduan. Sekian lama kita dendangkan. Jangan dirasakan oleh rentak kesombongan. Pasti pincang rasa alunan.
Batu Kurau mohon menyokong. Wa billahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Batu Kurau yang selaku orang lama, orang lama yang yang ini boleh dijadikan apa kata benchmark lah contoh dalam perbahasan kali ini. Terima kasih Yang Berhormat kawasan Batu Kurau yang telah menyampaikan ucapan dalam waktu tempoh yang telah diberikan. Ok. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan. Di persilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Dato' Speaker yang mengizinkan saya wakili kawasan saya DUN Bercham untuk berbincang dan berbahas dalam Dewan yang mulia ini. Salam sejahtera dan selamat tengah hari diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian termasuk kepada orang-orang baru tiga puluh lima orang baru, welcome, dengan izin dan juga kepada ketua-ketua jabatan dan juga kepada pemerhati-pemerhati, wartawan dan juga termasuk kepada golongan yang menonton menerusi secara langsung secara online. Pada mulanya saya ingin mengucapkan tahniah, ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mendapat mandat 59 orang dan juga kita telah tahu sebelah kami ini telah Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri Perak ini. Kalau dan juga tidak terlupa dengan mengizinkan saya untuk ucapkan junjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk mengizinkan saya mewakili DUN Bercham dan semalam memang saya menghayati intipati titah Tuanku dan banyak dalam titah ucapan Tuanku sebanyak 15 muka surat ini jadi saya disebabkan oleh faktor masa saya tidak berupaya untuk menerangkan semuanya tetapi saya ada memetik beberapa point yang memang saya ingin mengutarakan dalam Dewan yang mulia ini.
Pada point yang keempat, Tuanku ada menyebut Pakatan Harapan yang memperolehi enam ratus ribu lebih undi dan Perikatan Nasional empat ratus ribu lebih, Barisan Nasional tiga puluh tiga ratus lapan puluh ribu lebih dan juga saya pula buat sedikit pengiraan dan dalam jumlah sebelah kerajaan pula kita mempunyai satu juta tiga belas ribu tujuh ratus satu undi. Maksudnya sebelah kita memang mendapat mandat yang banyak sekali, 69% kita membentuk kerajaan ini. Jadi kita harap sebelah kita, kita ini langkah ke kita lepas post covid kita ada new norm. Jadi kita pun harap kita ada lagi suasana yang lebih baik. Tak kira sebelah kerajaan kita tak bongkak, kita tak sombong, lepas tu juga kita ada pembangkang, nampak tengok saya senyum. Kita hendak kita pun bertukar-tukar fikiran. Jika sebelah sana boleh jadi pembangkang yang membina, memainkan peranan check and balance kepada kita. Saya selaku Ketua Whip di sebelah sini kalau ada sebarang pandangan boleh bagi kepada saya. PM saya pun boleh menerusi WhatsApp. Jadi, kita nampak kalau kita sebelah sini kita juga tahniah kepada Ahli Yang Berhormat termasuk yang ADUN Kepayang dan telah menjadi menteri KPKT dan juga kepada mantan yang dulu-dulu rakan seperjuangan saya mantan Teja dan juga kini sudah jadi menteri dan tahniah Perak kita pun sudah ada seorang Perdana Menteri daripada negeri Perak yang kita sayangi dia.
Kita juga ada Timbalan Perdana Menteri dan juga enam menteri. Peluang khas daripada negeri Perak Darul Ridzuan. Kita kena ucap tahniah kita harap mereka yang jadi Perdana Menteri, Timbalan Menteri itu ataupun menteri-menteri berbakti kepada rakyat kita yang kita sayangi. Kita tahu kita punya menteri Perdana Menteri dia berorientasikan rakyat dia tidak tumpu khas kepada Perak saja tapi seluruh Malaysia rakyat akan dijaga. Jadi kita ada tahniah juga kepada negeri Perak pada 21 haribulan November, kita negeri Perak perlu melakar benchmark, dengan izin, dengan Kerajaan Perpaduan telah dilahirkan di negeri Perak ini yang mula-mula sebelum Perdana Menteri kita dilahirkan di negeri Perak tetapi negeri Perak ini tiga hari lebih awal telah mewujudkan Kerajaan Perpaduan ini pada 21 hari bulan November. Kerajaan Persekutuan pula 24 hari bulan dan diikuti oleh negeri Pahang. Jadi kita harap dengan paduan ini kita rasa perpaduan ini bersama kita boleh berganding bahu dengan sebelah sana pada pembangkang tetapi kita boleh bertukar fikiran. Jadi kita tahu intipati Tuanku semalam saya ada nampak ada point yang kelapan dan point yang kesembilan dan kesepuluh.
Tuanku ada memetik banyak, ok saya baca seperenggan. Banyak negara di dunia berakhir dengan perang saudara kerana rakyatnya memilih berbalah, bertelagah, bersengketa, berkonfrontasi atas faktor-faktor perbezaan kasta, kaum, warna kulit dan agama. Jika perbezaan yang dimahukan diberi fokus, maka kita sebenarnya memilih resipi untuk melahirkan warga yang berselisih, berkonflik, berpecah-belah dan point yang kesembilan pula, Tuanku ada memetik persefahaman dan hubungan harmoni antara kaum merupakan faktor penentu untuk menjamin suasana hidup bernegara dan bernegeri yang aman dan harmoni. Jadi kita tahu luar negara kita melabelkan negara Malaysia ni sebagai Malaysia Truly Asia. Apa tu maksudnya Truly Asia? Maksudnya negara kita ada berbagai kaum, ada latar belakang yang agama lain. Jadi kita menghayati agama ataupun budaya sesama sendiri. Kalau kita ikut apa saja titah Tuanku ini pada masa depan kita kurangkan untuk mengungkit soal-soal sensitif dalam Dewan ini, tetapi saya tadi saya memang dukacita sikit. Gunung Semanggol ni dalam 99% intipati dia sering kata sensitiviti sensitif-sensitif. Saya rasa sensitif ini ada ubatnya. Kalau sensitif sangat boleh pergi kedai ubat pergi beli ubat sensitif. Jangan bawa dalam Dewan tetapi Batu Kurau tadi lebih baik daripada Gunung Semanggol. Dia punya intipati dia punya bahasnya 50% untuk demi kepentingan rakyat dan 50% untuk konsep macam mana cara kita berpolitik. Jadi kita harap, ohh ok.
Boleh minta perjelasan tak untuk…
Saya berikan Exco.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya nak bertanyakan kepada YB Bercham sama ada kalau pembangkang yang asyik membangkitkan isu-isu perkauman dan sensitif, adakah itu pembangkang yang memainkan peranan semak dan imbang check and balance kepada institusi ini. Sila perjelaskan.
Exco boleh tanya soalan ke?
Dia tak adalah ditahan tapi selalunya lazimnya Exco kalau dia minta penyelasannya.
Kut Exco tak tahan nak tanya kot.
Manjoi nak tanya?
Tak, Exco tanya soalan rasa macam kurang…
Ok…ok…ok. Terima kasih cadangan yang diberikan ataupun soalan yang diberikan oleh bahagian kerajaan. Jadi memang kita memang harap sebagai ketua pembangkang kita ni kena memainkan peranan dia sebagai saya pun saya jadi whip saya punya cadangkan kerja saya selaku whip, tetapi kalau pembangkang kita harap saya ingat lagi sebelum PRU 15 ini ketua pembangkang ni dia Exco pertanian kan? Tak silap saya. Saya masih ingat Hulu Kinta ni bawa ayam untuk masuk ke Dewan yang mulia ini. Jadi tanya tentang macam mana nak kerja cara baik untuk nak mengekalkan harga ayam ni. Jadi kalau selaku mantan Exco yang kini sudah jadi ketua pembangkang, dia harusnya dengan apa tu lebih handal lebih tahu apakah isu-isu yang sebenar dia terutama tadi dia ada ungkit pesawah-pesawah dia sepatutnya masa dia jadi Exco kena kerjalah, kena siapkan kerja tetapi bukan dulu jadi Exco tak kerja tapi sekarang jadi pembangkang seolah-olah dia.
Minta laluan. Bahas…bahas ni.
Saya belum jelas lagi. Ok…ok boleh.
Terima kasih Bercham untuk beri laluan. Setujukah Bercham bahawa ada perkara-perkara yang dibangkikan oleh Gunung Semanggol sebenarnya tidak bukannya sensitif sangat. Contohnya, saya beri contoh yang tadi dibangkikan oleh Gunung Semanggol pengiktirafan Sijil UEC. Kenapa negara kita sudah ikhtiraf contohnya Cambridge A Levels untuk masuk ke Universiti Tempatan Awam (IPTA) tetapi UEC Sijil UEC yang diiktiraf oleh banyak-banyak universiti di luar negara terkemuka dijadikan satu isu yang sensitif. Ini kerana ada orang ada pihak yang tertentu ini mempolitikkan perkara itu, setuju tak?
Ya, memang malang lah kita kita ya seharusnya tumpukan perhatian kepada benda benar kecil dan lepas tu membesarkannya untuk jadi sensitif. Sebenarnya kalau kita nampak di negeri Perak ini sekarang wujud banyak International School dengan izin. Dalam International School adakah mereka ini mengikuti landasan pelajaran kita ke adakah tidak? Sebab setahu saya International School ini memupuk menekankan pembelajaran Bahasa Inggeris. Jadi kalau kita bandingkan kalau kita nak memartabatkan Bahasa Melayu ini macam mana kita harus UEC ini walaupun dia bahasa pengantar dia lebih cenderung kepada bahasa Cina, tetapi mereka pun ada belajar Bahasa Melayu juga ada Bahasa Inggeris. Jadi saya rasa dari segi kerja pengesahan tu pengiktirafan tu, itu sepatutnya jadi isu teknikal. Teknikal kepada Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi bukan…
Dato' Speaker mahu mencelah.
Saya belum jelas habis lagi sekejap. Ada lagi sekolah pondok ke mana-mana kita pun kalau sekolah pondok tidak dapat pengiktirafan kena rujuk kepada Kementerian Pendidikan pula untuk mendapatkan pengiktirafan dan bukannya kita bincang dari segi Dewan Negeri ini yang memang kita tidak ada kuasa untuk menjalankan pengiktirafan tersebut. Jadi marilah kita fokus balik kepada negeri Perak ini. Jadi kita mewujudkan politik matang. Kita harap belanjawan tahun depan yang akan datang. Saya haraplah pihak sebelah sana boleh juga sokong sekali dan juga kepada undang-undang anti lompat parti yang akan dibawa dalam Dewan yang mulia ini pihak sana pun juga boleh sokong sama sekali. Kita sama-sama. Sebab lompat parti ini kita semua ini jadi mangsa walaupun sana ada parti PAS. PAS dulu kita pun pernah bekerjasama kan pada 2008. Lepas 2008 PAS pun jadi mangsa sebab tadi Ketua Pembangkang kata sebelas bulan kita jadi kerajaan. Masa tu DAP, PAS, PKR sama sama jadi Kerajaan Pakatan Rakyat tapi kita pun jadi mangsa kepada lompat parti. Jadi lompat parti PAS kena sokong. Jangan lupa ok. Terima kasih saya nak
Pengerusi, Manong mahu mencelah.
Banyak orang menjelah ni. Nanti saya tak dapat sebut kawasan Bercham punya isu. Ok ok sila-sila.
YB Manong.
Yang Berhormat Dato Speaker. YB Bercham ada menyebut tadi tentang Truly Malaysia ataupun kalau ditafsirkan dalam bahasa Melayunya 'Malaysia Sejati' kalau mungkin boleh ditafsirkan. Apakah ciri Truly Malaysia Yang Berhormat Bercham maksudkan di sini untuk menjadi seorang Truly Malaysia adakah perlu kepada bahasa yang satu ataupun budaya yang satu atau juga pendidikan yang sama. Jadi apakah maksud Truly Malaysia Yang Berhormat Bercham maksudkan tadi. Mohon penjelasan, terima kasih.
Ok. Konsep Truly Malaysia ni saya tidak bermaksud, maksud saya lah daripada interpretasi otak saya, kalau sebuah negara berbilang bangsa kita ni bukan seperti negara Jepun. Jepun ni kebanyakannya satu bangsa saja, satu agama. Jadi Malaysia ni berbilang kaum. Kita ada majoriti golongan Melayu, ada China, ada India, ada Punjabi, Bidayuh, Iban dan sebagainya. Jadi kita harap kita ni memainkan peranan kita masing masing. Kita ni menghormati Bahasa Melayu ni sebagai negara bahasa kebangsaan. Kita ni sama sama menyanyi Negaraku, lagu Negaraku.
Jadi kita sama-sama meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Pembentukan Malaysia. Jadi hanya ada lain pula kita negara sebabkan pelbagaian kaum ini. Kita kaum Tionghua bulan depan akan meraikan Tahun Baru Cina. Jadi Tahun Baru Cina ini bukannya kata cuma disambut oleh kaum Cina saja. Jadi Melayu macam mana? Mereka kawan-kawan Melayu boleh datang untuk menghayati tarian singa ke ataupun berkunjung-kunjung. Jadi inilah, kita tidak ada perbezaan. Kita ada masa kita ada minat penyanyi kita tetapi kita tidak semestinya katakan kita nak paksa orang kata nak ada identiti Malaysia ini kena paksa orang dengar katakan saya memang tak tahu macam mana lagu Bahasa Tamil. Memang saya tak tahu apa boleh belajar tapi kita boleh hayati liriknya. Kita boleh hayati macam mana mereka gaya mereka menari secara Bollywood. Itulah saja interpretasi saya kepada Manong. Saya rasa ini pelbagaian ini perlu dihayati dan bukannya jadi pemisah. Ok. Seterusnya…
Speaker boleh bagi laluan?
Saya tinggal 6 minit lagi.
Sikit je. Terima kasih Kepayang, sorry, Bercham. Yang di-Pertua tadi dibangkitkan tentang pengiktirafan UEC. Jadi pihak Bercham sedar atau tak sedar kita dah bagi kelonggaran sekolah vernakular yang berada di Malaysia. Kalau bagi saya memang tak sepatutnya ada sekolah vernakular sebab alirannya bukan aliran kebangsaan. Jadi makna kalau kita nak penyatuan, perkaum ataupun bangsa yang penting kita gunakan satu bahasa. Sebab apa saya kata macam tu? Saya ada kawan bekerja sekali orang Chinese lah. Jadi satu perkara yang berlaku, di Ipoh ni bahasa Kantonis betul. Bila di Penang, Hokkien. Jadi bila diorang bertemu, diorang tak boleh cakap. Miscommunication. Jadi terpaksa guna bahasa kebangsaan. Jadi itulah kita tengok melambangkan bahasa kebangsaan adalah bahasa yang penyatuan untuk kaum dan juga bangsa. Jadi bagi saya kalau ikut vernakular pun patut dihapuskan semua di sekolah kebangsaan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi. Saya mohon ADUN tadi berkenaan untuk menarik balik bahawa sekolah vernakular ini patut diberhentikan.
Itu pandangan dia. Tapi pandangan dia lah untuk dalam Dewan ini. Ok Bercham sila sambung.
Terima kasih. Itu pandangan Yang Berhormat tadi. Peribadi. Jadi saya kata ini bukan polisi.
Mohon mencelah Tuan Speaker. Saya rasa soal vernakular telah pun diputuskan oleh mahkamah baru-baru ini, itu diterima dalam kerangka perlembagaan kita. Saya fikir sesuatu yang telah pun bersifat undang-undang dan diputuskan oleh mahkamah tak perlu kita pertikaikan. Terima kasih.
Terima kasih. Ok nak habis dah.
Bukan saya nak pertikaikan. Maksudnya kita nak bagi kelonggaran. Bukan nak pertikaikan masalah sekolah vernakular.
Saya cuma beri penjelasan pendek saja. Kalau Yang Berhormat dia bermaksud lebih cenderung kepada asimilasi. Kalau asimilasi ini berlaku di negara Indonesia. Cuba bayangkan apa yang berlaku. Walaupun kaum Tionghua sana pun telah diasimilasi. Gunakan nama yang seragam dengan semua rakyat dia tetapi ingat tak peristiwa semasa pemerintahan Suharto tadi. Mereka di mana kemelesetan ekonomi, di mana kaum Cina telah dijadikan menjadi scapegoat dengan izin telah dijadikan mangsa. Jadi walaupun asimilasi ini terbentuk juga tetapi kalau dengan pemikiran yang sempit, apa-apa yang berlaku akan terjadi. Jadi kalau kita sudah tahu kaum ditentukan menjadi punca masalah itu, itu akan terjadi. Walaupun ada, saya faham, Yang Berhormat kata kena hapuskan ini kah sana kah. Disatukan. Kalau katakanlah satu macam pelangi. Kalau pelangi dia satu hari jadi satu warna saja. Apakah itu jadi pelangi pulak? Betul ke? Kalau kita tengok negara Amerika. Mereka itu semua berbahasa Inggeris tetapi negara kita ada orang putih, ada orang hitam tetapi kalau orang hitam yang terbunuh berlakunya rusuhan. Jadi saya rasa ini tidak patut dijadikan katakan ini sebagai senjata politik. Katakan kita kena bentuk macam ini, macam ini agar kita punya suasana masyarakat akan jadi lebih baik. Tidak. Tidak ada satu sistem yang paling baik di negara kita atau dunia ini. Ok, sudah habis. Saya tinggal 5 minit. Saya ingin ubah ke bab lain sebab rasa nanti ada akan mengundang lebih banyak untuk celah.
Nak celah sikit. Tuan Yang di-Pertua, nak celah sikit. Perintah Tetap 40 (3) (a). Seorang Ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. So, saya rasa Yang Berhormat tadi perlu menarik balik kenyataan dia. Sebab memang tak betul. Dia kata kenyataan tersebut mengikut pandangan kawan seorang saja. Saya boleh cakap Hokkien, saya boleh cakap Kantonis, saya boleh cakap Bahasa Melayu, English. Semua yang saya boleh faham. Cuma Tamil tak faham saja. So, saya rasa kenyataan dia memang tidak betul sama sekali. So, saya rasa perlu minta untuk tarik balik kenyataan untuk membatalkan sekolah vernakular. Terima kasih.
Pasir Pinji, kalau kita lihatlah, sekarang sudah tamatnya piala dunia. Kalau kita pertubuhan FIFA, FIFA dia pun ada kod disiplin dia. Kalau kita nampak kod disiplin, kita ada pemain bola sepak bekas dia di sebelah saya. Boleh tahu FIFA lah. Kita ucap tentang FIFA. Mereka sana pun ada mengenakan peraturan yang ketat kepada pemain ke, penyokong ke, ataupun pengurus manager juga. Tidak boleh dilarangkan sama sekali untuk melaungkan atau memberi komen secara lisan ataupun bertulis untuk ada unsur sexual discrimination ataupun menentang homophobia. Jadi ini kalau sesuatu pasukan ataupun pemain ataupun penyokong terlibat dengan kesalahan ini, pasukan tersebut akan dilarang untuk bermain dan juga mereka tidak dihukum 20 ribu Swiss Franc dengan izin dan juga halang mereka ada, semasa pemainan bola sepak antara negara tersebut ataupun pasukan tersebut tidak boleh ada penonton.
Jadilah ini adalah hukuman-hukuman yang dikenakan kepada sesuatu pasukan yang mengundang itu suasana diskriminasi antara kaum. Ok, jadi ok lah habislah ini tentang kita berpandang depan, kita harap seperti saya kata tadi, kita nak budaya politik yang sihat. Lagi saya nampak semalam di Parlimen ada kata tubuhkan satu jawatan tapis gabung manifesto parti kerajaan. Saya rasa ini adalah sesuatu yang amat baik. Kita berharap manifesto di negeri Perak ini atau bergabung dengan kerajaan pusat ini akan diwujudkan di peringkat negeri Perak. Agar kita sebab kita ada kerajaan perpaduan ini, ada BH, ada BN, kita cuba untuk membentuk jawatankuasa ini agar negeri Perak yang kita cintai ini akan berdaya maju berpandang depan dan juga kepada satu budaya yang baru juga saya dengar kata esok Speaker esok akan dibenarkan untuk memakai baju batik kan? Betul? Betul, Speaker. Ok, dan juga saya juga nampak budaya baru di Parlimen juga untuk warga lelaki tidak perlu pakai tali leher.
Baju batik saja. Pakai baju batik. Saya belum buat keputusan mengenai yang pakai pakaian yang lain. Baju batik sahaja.
Okey, itu cuma pandangan saya.
That's another house, that's Parlimen. This is Dewan Negeri.
Ok, terima kasih Speaker. Ok, seterusnya saya ingin menujukan lebih tumpu kepada kawasan-kawasan sebab konsesi swasta itu Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. Ini adalah satu yang dilahirkan sewaktu penggal lepas. Saya ini saya mengharapkan sebab konsesi ini cuma ada baki satu tahun lebih saja dia punya kontrak. Saya harap budaya kerajaan yang lepas itu yang kalau dikatakan gagal, saya rasa harus dibuang atau dikikis sekali. Sebab Puncak Emas ini memang memberikan banyak masalah kepada kawasan-kawasan kita, termasuk juga kepada jalan rosak ke, longkang sumbat ke, papan kenyataan tak baik, tak bagus ke, ataupun lalang tidak di potong. Jadi hari ini saya nampak paparan Sin Chew Jit Poh edisi Perak. Sekejap sahaja bagi saya, World Cup pun ada penalty.
Boleh conclude.
Ok... Ok... Cuma ini saya harap Puncak Emas ni, bagi pandangan saya harus tidak diteruskan, itu adalah pandangan saya, sebab memang konsesi ini gagal sama sekali, sebab saya bagi satu contoh saya ada di kawasan saya di kawasan Perindustrian Tasek di mana sana ada banyak syarikat besar termasuk Top Glove ke Tasek Cement, UAC Gili dan mereka ni jalan sana sangat teruk sangat, teruk. Teruk sampai kalau kita musim suhu hujan ni itu ah pock hole ataupun lubang jalan telah di tenggelami oleh air hujan, kalau lepas lepas waktu kerja atau waktu sebelum kerja pemandu motosikalnya sangat berbahaya sebab mereka tak nampak lubang tersebut. Jadi kalau kawasan Perindustrian Tasek ni kalau kita nak menarik lebih banyak pelabur-pelabur ok ah Exco dengar ok sebab kalau kita nak menarik lebih banyak pelabur untuk datang, pelabur kena datang ke sini tapak untuk melihat keadaan, kalau kita disajikan dengan jalan-jalan begitu teruk sekali kalau kereta mereka bawa Mercedes terjunam masuk ke dalam pock hole tersebut manakah jatuhlah martabat kita sebagai rakyat mahupun kita kerajaan kita harap jalan ni termasuk di Jalan Cetak, Jalan Portland di kawasan Perindustrian Tasek ah minta masa gulung dan bagi sikit jawapan sikit sebab ni teruk sampai tadi Ahli Parlimen Taiping WhatsApp saya dia kata "ayo ada lubang lah, bro kena tolong settle". Ini sudah set, walaupun kita pun wakil rakyat sudah direct kita ada direct contact dengan Dato' Bandar, ada direct contact dengan Puncak Emas, sudah WhatsApp kepada dia, sudah share location bagi dia, ada gambar saya sendiri pergi tapi hantar itu mesej tapi dia kata oh belum ada tunggu lagi. Jadi bayangkan kalau kita wakil rakyat direct contact pun tak boleh macam mana untuk rakyat untuk buat aduan? Kalau kita wakil rakyat itu SOP kena tunggu panjang bayangkan rakyat kena ambil masa yang lebih panjang. Itulah saja sebab faktor sudah injury time nanti penalti pun sudah habis, jadi saya kesimpulan saya, Bercham mohon menyokong atas pembahasan saya. Sekian dan terima kasih diucapkan kepada masa injury time yang diberikan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bercham. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk bangun dan memulakan perbahasan, suka saya ingatkan sekali lagi ya, apabila kita berbahas ataupun apabila kita mencelah, untuk bertanyakan minta penjelasan atau kita nak tanya soalan, sebaik mungkin kita jangan timbulkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan keresahan ataupun menimbulkan rasa-rasa tak puas hati atau kacau bilau. Saya tak minta Changkat Jering tarik balik tadi kerana walaupun diminta bangun tadi menggunakan standing order tapi standing order itu tak berapa tepat itu yang digunakan. Itu standing order.
Saya pernah jadi Ahli Dewan ni pernah berbahas selama lebih 10 tahun ini dah kalau dah kerja masa time speaker saya ada 4 penggal. Jadi ahli-ahli Dewan apabila kita nak minta kita punya ni kita guna standing order yang betul untuk kita akan nyatakan bahawa kita tak boleh main standing order yang automatik, betulkan? Betul ya? Biar-biar, dia tak boleh macam itu dan ini Dewan yang mulia, kalau kita masuk mahkamah pun kita nak charge orang, kita kena charge benda yang menggunakan peraturan-peraturan yang betul. Jadi kita jangan guna standing order yang pukul rata. I'm a very experienced Ahli Dewan, I know what's happening in the Dewan. Jadi kita jangan guna standing order yang main pukul rata untuk kita minta ini. Tapi macam mana pun itu dah lampu kuning ya. Changkat Jering, kalau standing order yang betul itu saya memang minta Changkat Jering tarik balik. Ok, seterusnya saya jemput Yang
Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan 20 minit dari sekarang. Dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, saya muliakan Dato' Seri Yang Dipertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ketua Pembangkang Barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pertamanya saya merakamkan tahniah pada Dato' Speaker, Dato' Seri Kota Tampan yang telah dilantik semula sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri dan juga Menteri Besar Perak. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Gunung Semanggol yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru. Tuan Yang di-Pertua ingin saya menzahirkan setinggi tinggi ucapan penghargaan dan menjunjung kasih atas titah Kebawah duli Tuanku Sultan Perak semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Pertama Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan.
Saya tertarik dengan titah Kebawah Duli Tuanku Sultan yang menyeru kita mengambil berat soal kebajikan dan berlaku adil demi kesejahteraan rakyat. Ia sangat bertempatan dengan kaedah fiqh yang sering diguna pakai dalam bidang siasah syariah iaitu (bacaan ayat) polisi atau tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahah terhadap rakyat. Di perkara 7, titah Tuanku meminta pemimpin yang dilantik khususnya, pihak kerajaan hendaklah bersifat adil, mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama, tanpa prejudis, tanpa diskriminasi, tanpa penindasan kepada mana-mana pihak kerana setiap pengundi ialah makhluk Ilahi dan setiap inci bumi ini terletak di bawah naungan takhta Paduka Seri Sultan Perak.
Tuan Yang di-Pertua, Tuanku Sultan juga menyatakan komposisi tiga kaum terbesar iaitu 61.5% Melayu dan bumiputra 26.7% China dan 11.3% India. Saya nak menarik perhatian di sini, di pihak kami pembangkang seramai 26 ADUN kesemuanya adalah Melayu dan Islam. Kawasan yang kami wakili adalah ADUN-ADUN yang ADUN-ADUN ini majoritinya adalah Melayu yang merupakan kelompok terbesar di Negeri Perak. Justeru itu saya mengharap kebijaksanaan Dato' Seri Menteri Besar bersama barisan Exco kerajaan dapat menyempurnakan hasrat ke bawah Duli Tuanku, memperuntukkan secara sama rata peruntukan untuk setiap ADUN-ADUN dari pembangkang ini. Bukan itu sahaja, bantuan-bantuan yang lain seperti bantuan sempena hari kebesaran, bantuan-bantuan bencana, kotak makanan, diagihkan secara sama rata tanpa ada yang kurang. Juga kami tidak didiskriminasikan dalam mesyuarat-mesyuarat dan di peringkat daerah yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat kami.
Tuan Yang di-Pertua, untuk memastikan perjalanan urusan mengurus rakyat dan mengurangkan politicking di peringkat bawah seterusnya mewujudkan stabilan dan keamanan saya mencadangkan ketua kampung adalah dipilih oleh wakil rakyat di kawasan masing-masing. Kalau Tebing Tinggi nak adakan pilihan raya di bawah, jadi ini akan timbulkan lagi politicking. Jadi biarlah wakil rakyat kawasan itu pilih ketua kampung dia masing-masing. Ini untuk memastikan kebajikan rakyat di bawah dapat diurus dengan lebih baik. Keadaan akan menjadi sulit apabila yang menjadi ketua kampung tidak selari dan sehaluan dengan wakil rakyat. Biarlah wakil rakyat memilih ketua kampung di bawahnya tak kira apa parti pun agar ianya boleh bersama dengan wakil rakyat bagi menjaga urusan kebajikan rakyat di kawasan. Pemerintahan ini akan lebih dilihat matang dan profesional menghormati demokrasi dan pilihan rakyat.
Saya juga tertarik dengan Titah Tuanku pada perkara 16 iaitu berkenaan tadbir urus ekonomi yang cekap, bijak mengurus sumber-sumber negeri dan tegas mengawal ketirisan dan kebocoran sumber serta bersungguh mengelakkan pembaziran. Tuan Yang di-Pertua, ramai yang tahu tentang cadangan perlombongan Lanthanide di Hulu Perak yang dan menurut laporan daripada Astro Awani ianya telah bermula September yang lalu. Kawasan yang dicadangkan untuk melombong Lanthanide adalah seluas 5,339 ekar atau 2,161 hektar di Mukim Kenering Daerah Hulu Perak Darul Ridzuan. Tapak projek ini yang menghubungkan Hutan Simpan Kendorong, Hutan Simpan Bintang Hijau di Hulu Perak dan Hutan Simpan Buluta Semang. Perlombongan Lanthanide ini akan memberikan pulangan dan habuan kewangan kepada kerajaan negeri dan juga pihak yang berkepentingan. Selain imbuhan kewangan projek ini dikatakan dapat meyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Ianya dijangka akan dapat menjana pendapatan sehingga RM90.5 bilion.
Saya difahamkan projek ini menggunakan kaedah perlombongan larut resap setempat ataupun in-situ dan penyerapan ion Lanthanide, proses ini melibatkan penggerudian lubang ke dalam deposit bijih kemudian suntikan larutan sulfat ke dalam jasad bijih melalui lubang suntikan tersebut di bawah tekanan tertentu untuk mengekstrak mineral ini dalam bentuk ion. Larutan yang mengandungi kandungan bijih yang terlarut akan dikumpulkan untuk proses seterusnya. Oleh kerana projek ini adalah projek rintis yang dimulakan di Negeri Perak, saya mencadangkan supaya pihak kontraktor menyediakan satu board untuk tujuan monitoring online, dengan izin yang boleh diakses oleh rakyat supaya rakyat dapat mengetahui keadaan sebenar apa yang berlaku kerana cara penubuhkan ini kemungkinan akan memberi kesan kepada PH, air di bumi atau kesan seluruhnya, biodiversity, sekelingnya, udara serta tanah kemungkinan berlaku runtuh. Pemantauan ini kemungkinan akan boleh mengurangkan kerisauan dan kebimbangan kita semua.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh soal urus tadbir yang cekap juga, saya ingin merujuk satu kajian yang dijalankan oleh pengendali re-Takaful atau Takaful semula, Swiss Re-Malaysia. Terdapat kenaikan yang mendadak jumlah kerugian yang disebabkan oleh banjir dari 10%, 2021 hingga 2021 kepada 18%. Peningkatan kepada 8% dalam tahun 2021 dan ramalan jangka panjang mereka, kerugian akan terus meningkat sehingga setinggi 40%, 25 tahun yang akan dating, iani peningkatan dua kali ganda. Dalam kajian mereka ini, antara faktor utama yang dikenalpasti menyumbang kepada kenaikan tersebut adalah pembangunan yang tidak mengambil kira risiko banjir dan perubahan cuaca. Kita tidak mahu lagi apa yang berlaku baru-baru ini di Batang Kali, itu di laluan ke Genting Highlands, ramai yang terbunuh, sehingga kini sudah 25 orang yang terbunuh dan menyebabkan kerugian samaada dari pihak keluarga, kerajaan dan sebagainya. Jadi antara perkara yang pihak kerajaan boleh lakukan, yang disyorkan dalam kajian mereka, pertama sentiasa menganalisa kesan pembangunan ketika ini dan projek yang berisiko banjir. Kita ada pembangunan seperti yang disebutkan ini. Pembukaan hutan pada skala besar, pembangunan di lereng-lereng bukit, operasi kuari, terutama yang tidak mengikut apa yang telah disyaratkan dalam kelulusan EIA. Saya mohon pihak kerajaan tegas dalam perkara ini, seperti mana yang dititah oleh Bawah Duli Tuanku terutama dalam perkara pelanggaran EIA yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha terbabit. Yang kedua, apa yang disyorkan dalam kajian mereka, menambahbaik infrastruktur tembatan banjir. Mulanya saya rasa dukacita juga apabila Perdana Menteri mengumumkan untuk meneliti semula projek tempatan banjir bernilai RM7 bilion. Masalah banjir ini adalah masalah yang begitu serius yang perlu ditangani. Tapi alhamdulillah projek ini diteruskan.
Yang ketiga, menyediakan kawasan mampan dan hijau. Tuan Yang di-Pertua, permasalahan banjir merupakan tindakan segera dari pihak, memerlukan tindakan segera dari pihak kerajaan bagi mengelak, mengurang atau meringan risiko dan impak disebabkan banjir. Rumusan di atas hanyalah sedikit dari hasil kajian yang dijalankan dan bersama saya ini ada kajian tersebut. Naskah ini, saya harap pihak kerajaan dapat mengambil kira amaran dan nasihat yang dinyatakan oleh pihak yang berkecuali ini. Saya amat bersetuju dengan tindakan kerajaan mengkaji semula beberapa projek yang memberi kesan risiko banjir dan perlu menyelesaikan kajian tersebut dengan kadar segera, kerana risiko banjir ini tidak menunggu kita. Pada hujan yang tahap tinggi sekarang ini dan tidak menentu ia boleh berlaku apa saja. Saya juga ingin menyatakan, bertanya kepada pihak kerajaan apakah tindakan-tindakan yang akan dilakukan dalam tempoh 100 hari dari sekarang di mana risiko banjir berada di tahap yang tertinggi dan seterusnya bagi mengurangkan risiko banjir dan merapatkan jurang perlindungan kerugian disebabkan oleh bencana banjir ini. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada kawasan saya...
Mohon mencelah Tronoh. Adakah dibenarkan?
Tronoh benarkan tak?
Tak benar. Saya memang ngam-ngam ni 20 minit.
Bagi sikit peluang la.
Dia tak bagi jalan.
Di kawasan saya, di Kamunting, terdapat beberapa kawasan yang hotspot banjir. Apabila hujan turun dengan lebat, maka longkang yang ada tidak dapat untuk menampung air yang banyak. Ini akan menyebabkan banjir kilat berlaku. Kampung seperti Kampung Sungai Rulung, Kampung Sungai Ranting Kampung Expo, Kampung Jana, Taman Bistari dan Taman Kamunting Maju. Permasalahan di kampung dan taman ini berbeza. Contohnya, di Kampung Sungai Rulung dan Sungai Ranting saya dapati tidak adanya sistem perparitan yang sempurna. Kampung Sungai Rulung dan Sungai Ranting adalah Kawasan bukan di bawah selenggaraan Majlis Perbandaran. Ia di bawah kawalselia pejabat daerah. Di bawah peruntukan pembangunan luar bandar. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPS atau Jabatan Pengairan Saliran yang sedang berusaha menyelesaikan masalah banjir kilat di Kampung Sungai Rulung ini. Sistem perparitan di sana tidak mencukupi atau tidak sempurna. Tumpuan air sistem perparitan di sana tertumpu di sebuah kolam berdekatan sebelum masuk ke sungai.
Apa yang dicadangkan oleh Jabatan Pengairan Saliran adalah untuk membesarkan kapasiti kolam anggaran kos kerja berkaitan dengan KTK ini adalah RM300,000 termasuk menaik taraf sistem saliran yang tidak mencukupi. Saya mohon supaya pihak kerajaan menyegerakan peruntukan in dan menyegerakan juga pembangunan sistem perparitan dan saliran di Kampung Sungai Rulung dan Sungai Ranting ini. Kampung Expo masih ada lebih kurang 17% lagi kemudahan infrastruktur yang perlu dibangunkan. Pihak Majlis Pembandaran membangunkan sedikit demi sedikit dan Alhamdulillah Kampung Expo telah mendapat mengurangkan risiko banjir ini dan terbaru pihak majlis memerlukan lebih kurang RM300,000 untuk pembangunan seterusnya di Kampung Expo. Saya mengharapkan jumlah ini jangan dikurangkan dan mohon disegerakan. Di Kamunting Maju, air naik baru- baru ini dan saya minta dan mohon supaya sungai yang ada perlu disenggarakan dengan lebih baik. Saya mohon pihak kerajaan melihat perkara ini segera kerana musim tengkujuh kini menyebabkan kekerapan hujan lebat yang luar biasa berbanding sebelum ini. Banjir menyebabkan kemusnahan peralatan rumah terutama alat elektronik, mesin basuh, peti ais dan sebagainya. Air menenggelamkan karpet, baju, tilam, sudah tentu ia tidak dapat digunakan lagi.
Tuan Yang di-Pertua, Kamunting adalah tempat mencari rezeki bagi kebanyakan golongan B40. Di Kamunting terdapat pusat jualan barang keperluan harian yang begitu aktif. Ada tiga pasar yang beroperasi setiap minggu di lokasi yang sama. Pasar harian dibuka setiap pagi yang menjadikan keperluan harian penduduk tempatan yang kebanyakannya berniaga adalah datang daripada kampung-kampung di daerah yang berdekatan daripada Selinsing, Batu Kurau, Jelai, Air putih mereka datang berniaga di pasar ini. Yang keduanya ada pasar malam yang dibuka setiap Rabu, Khamis, Sabtu. Yang ketiga pasar minggu, pada pagi Ahad dan di antara pasar malam dan minggu ini 350 perniaga sekali-sekali perniagaan dibuka. Alhamdulillah mereka punya ruang perniagaan yang agak selesa, yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Taiping. Cuma Yang di-Pertua ada beberapa perkara yang saya mohon pihak kerajaan dapat mengambil perhatian, ruang perniagaan yang berbumbung yang menempatkan sebilangan perniaga di mana bumbung premis tersebut sudah rosak dan menyebabkan perniaga tidak dapat berniaga akibat air hujan yang turun mencurah ketika hujan. Ini menyebabkan barang perniagaan mereka rosak. Kos pembaikan agak tinggi. Justeru kalau pihak koperasi yang diamanahkan untuk menguruskan perjalanan pasar ini membaiki sudah tentu mereka tidak berkemampuan, tambahan kontrak mereka akan tamat tidak lama lagi. Jadi saya difahamkan pihak Majlis Perbandaran ada memohon peruntukan bagi membina semula pemasangan bumbung tersebut kepada pihak kerajaan melalui Yang Berhormat Exco Kerajaan Tempatan yang lepas, surat bertarikh September 2022. Jadi justeru itu saya mohon supaya ini dapat disegerakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mahu menarik perhatian kepada kemudahan parking kereta kepada pengunjung pasar ini yang agak uzur dengan lopak dan tampungan. Mohon kiranya pihak kerajaan dapat menurap semula tapak parking ini kerana ianya juga digunakan untuk tapak pasar Ramadhan apabila menjelang bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi. Ini akan dapat menambah lagi keselesaan peniaga dan pengunjung serta tarikan pelancong ke Kamunting. Saya sentuh pasar ini sebab ia merupakan tempat mencari rezeki golongan yang tidak berkemampuan ataupun B40 yang mereka mengharapkan inilah tempat peniagaan yang selesa untuk mereka. Di kawasan sebelah hujung Yang di-Pertua, pasar ini ada sekolah berhampiran Sekolah Agama Rakyat Ar-Rahmaniah adalah lokasi pembuangan sampah pasar ini. Masalahnya Tuan Yang di-Pertua, pada malam Ahad pembuangan sampah dari peniaga sekitar Kamunting datang membuangan sampah di lokasi ini kerana tiada tempat buang sampah yang kuantitinya banyak, sampah yang dibuang ada yang tidak masuk ke dalam tong roro menyebabkan lambakan sampah di bawah. Berhadapan dengan nya adalah peniaga pada esoknya. Jadi peniaga berniaga dalam keadaan berbau busuk dan pengunjung tidak selesa. Saya mengharapkan pihak Kerajaan menyelesaikan permasalah ini seberapa segera sama ada tambahkan tempat pembuangan sampah ataupun mencari jalan penyelesaian yang lain.
Tuan di-Pertua, semasa covid melanda baru ini, negara kita ramai anak-anak muda yang berhijrah pulang ke kampung masing masing. Di Kamunting juga terdapat ramai anak-anak muda sedang bertungkus-lumus. Mencari rezeki untuk perbelanjaan sara hidup mereka. Saya mencadangkan satu tempat untuk dijadikan tumpuan anak muda berniaga di kampung, di Kamunting ini. Iaitu di pekan Kamunting lama. Kamunting ada satu nilai sejarahnya. Nilai sejarah di mana Long Jaafar menjumpai tempat bijih timah. Dulu Kamunting adalah kawasan hutan belantara. Akibat daripada gajah yang bernama Larut hilang tiga hari pulang dengan badan berlumpur rupanya itu adalah bijih timah dan tempat baru ditemui di Kamunting Itu dinamakan dengan Kelian Baru. Kelian itu maknanya lombong, lombong baru. Maka di situlah bermulanya pada tahun 1950an Kamunting dibuka. Nilai sejarah ini saya tertarik supaya dibangunkan satu tempat yang berkonsepkan "street art" atau mungkin "wall painting" dengan izin. "Street art" adalah sebuah karya seni yang terdapat di dinding-dinding besar, di jalan atau di dinding bangunan. Saya cadangkan kawasan ini dinaik taraf, bangunan diperbaiki dan dicat semula, jalan dilebar dan diturap semula untuk dijadikan kawasan jualan di sepanjang jalan. Antara Sekolah Phui Choi hingga ke Kolej Komuniti. Ini akan menjadi tarikan pelancong dan menjadi sumber rezeki kepada anak muda di Kamunting sekaligus menjadi Kamunting salah satu destinasi pelancongan. Kamunting akan lebih dilihat sebagai bersih dan segar.
Tuan Yang di-Pertua, Kamunting perlukan padang permainan awam seperti padang bola sepak, gelanggang berbagai guna untuk orang awam bermain dan diselenggarakan dengan baik. Hanya ada satu padang awam diselia oleh Majlis Perbandaran Taiping yang berbayar. Ada juga satu padang awam di Changkat Larah Maju tapi saya lihat tidak ada diselia dengan baik. Saya mohon pihak Kerajaan menyediakan padang awam.
Yang Berhormat ada dua minit lagi.
Dan gelanggang berbagai guna yang diselia dan dijaga dengan baik dan terbuka untuk orang awam di Kamunting berekreasi, beriadah dan juga dapat melahirkan atlet dan pemain yang akan mengharumkan nama Negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, di Kamunting terdapat satu akademi Muay Thai, nama dia Kaidam Muay Thai Akademi yang bernaung di bawah Persatuan Muay Thai Amatur Perak dan Persatuan Muay Thai Malaysia yang dikendalikan oleh belia dari Kamunting, Perak iaitu Mohamad Azeem bin Ismail atau mesra dikenali sebagai
Azeem. Dia merupakan salah seorang bekas atlet di peringkat antarabangsa yang sering menempa nama di peringkat kebangsaan. Kejohanan yang tertinggi beliau sertai adalah Muay Thai World Championship Bangkok 2019. Buat masa ini Azeem mengendalikan pusat latihan kepada anak muda di Kamunting di tempat terbuka seperti Taman Tasik Kamunting, Rakan Muda dan tempat-tempat awam di sekitar Kamunting, Perak. Kerana apa? Kerana tiada kemudahan tempat latihan, pusat latihan berpusat dan kekangan dari segi peralatan latihan sukan Muay Thai. Saya mohon agar pihak Kerajaan dapat membantu anak muda ini dari segi sumbangan dan kemudahan tempat latihan atau kelengkapan peralatan supaya lebih ramai jaguh-jaguh Muay Thai dari Kamunting, Perak dapat dilahirkan. Seterusnya mengharumkan nama Kamunting dan juga Perak. Untuk akhirnya satu lagi, saya baru menerima laporan WhatsApp daripada seorang coach kriket. Dia melaporkan tadi bahawa pasukan kriket yang dilatih di Kamunting telah pun layak untuk mewakili Negeri Perak yang akan bertanding di Kuala Lumpur pada 25 hingga 2 Mac. Jadi mereka ini juga tidak mempunyai tempat yang khusus. Terpaksa buat latihan di padang.
YB masa sudah habis. Sila masuk perenggan yang terakhir.
Ya. Saya juga mengharapkan satu padang yang lebih baik, sebab Kamunting saya tengok dia dapat menghasilkan Juara Muay Thai, dapat menghasilkan pasukan kriket yang baik dan InsyaAllah kalau dapat disokong mereka ini, anak-anak muda di Kamunting ini akan lebih bertenaga. Untuk akhirnya saya menyokong penuh dan menjunjung kasih segala Titah ke Bawah Duli Tuanku. Sekian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada YB Kamunting. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan. Di persilakan. 20 minit.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya hari ini untuk membahaskan usul Titah Perasmian ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kota Tampan kerana telah berjaya dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak dan tahniah juga kerana Kota Tampan telah memilih Pakatan Harapan untuk bergabung membentuk Kerajaan Perak yang baru. Tapi Kota Tampan tak ada ya. Tahniah juga kepada Gunung Semanggol Kerana telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang dan seterusnya, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan, pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan juga semua wartawan yang hadir. Saya juga ingin merakamkan banyak-banyak terima kasih kepada pengundi first timer dengan izin, golongan muda yang telah menjalankan tanggungjawab mengundi di PRU-15 yang lepas. Saya ingin merujuk, ingin memetik Titah ucapan Tuanku Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas semalam. Petikan ucapan Baginda ialah "Amatlah penting untuk Kerajaan Tuanku mendengar dan memahami keresahan yang sedang dihadapi rakyat. Antaranya pengangguran, kos sara hidup yang tinggi, jaminan bekalan dan keselamatan makanan, kelestarian alam sekitar juga kemudahan-kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan serta perhubungan awam dan komunikasi digital yang berkualiti.
Saya tertarik untuk mengulas isu kesihatan di Negeri Perak khususnya di Kuala Kangsar. Saya sebagai doktor, isu kesihatan menjadi keutamaan saya. Kesihatan yang baik bukan sahaja penting bagi yang di sebelah sini tapi penting juga bagi yang di sebelah sana. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kita sedia maklum, saya mulakan dengan kawasan saya dulu ya tuan-tuan. Timbalan Yang di-Pertua, kita sedia maklum Kuala Kangsar adalah Bandar DiRaja. Semua upacara rasmi yang melibatkan Paduka Seri Sultan Perak diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Contohnya seperti Upacara Mengangkat Sumpah Pelantikan Kota Tampan sebagai MB Perak dan pelantikan Barisan Exco Perak. Ramai pembesar-pembesar Negara hadir di majlis-majlis lain seperti Majlis Penganugerahan Pingat-Pingat, Darjah Kebesaran Negeri Perak. Apa yang saya nak suarakan di sini ialah perkhidmatan Hospital Kuala Kangsar yang tidak setaraf dengan status Kuala Kangsar sebagai Bandar DiRaja. Hospital ini adalah Hospital Daerah tanpa pakar. Pusat rujukan ialah Hospital Taiping sejauh 37 kilometer dan Hospital Raja Permaisuri Bainun sejauh 41 kilometer. Manakala doktor-doktor yang bertugas pula adalah doktor-doktor yang sangat junior yang baru habis latihan doktor siswazah dan tiada pengalaman. Doktor pakar hanya datang sebulan sekali sebagai lawatan pakar. Jadi kebanyakan kes-kes serius dirujuk ke Hospital Taiping dan ada juga yang dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Apabila ada program-program yang melibatkan Tuanku Sultan, sebuah ambulan beserta pasukannya akan bersedia di Istana sekiranya berlaku apa-apa kecemasan semasa majlis rasmi di Istana. Contoh seperti serangan jantung di kalangan tetamu tetamu terhormat dan Pembesar-pembesar Negeri, termasuk tuan-tuan semua, mereka-mereka ini akan terus dikejarkan ke Hospital Taiping sedangkan kita ada Hospital Kuala Kangsar tetapi tidak mempunyai kemudahan rawatan untuk kes-kes yang serius. Jarak antara Hospital Taiping dalam 37 kilometer dan akan mengambil masa perjalanan lebih kurang satu jam dan mungkin lebih sekiranya keadaan jalan raya yang sesak di waktu hujung minggu atau di hari-hari perayaan dan kadang-kadang berlaku juga kesesakan lalu lintas yang teruk sekiranya berlaku kemalangan. Jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku kepada pesakit dalam perjalanan ke Hospital Taiping. Alangkah baiknya jika Hospital Kuala Kangsar ini mempunyai doktor pakar residen dan bukan pakar lawatan serta hospital dilengkapi dengan fasiliti, kemudahan, kepakaran seperti unit ICU, CCU dan dewan bedah.
Timbalan Yang di-Pertua, sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan boleh memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk pembinaan hospital berpakar yang baru di Kuala Kangsar, ini adalah yang terbaik. Saya faham peruntukan yang besar ini mestilah datangnya dari pusat tetapi apa yang perlu kerajaan negeri buat ialah menaiktarafkan perkhidmatan kesihatan Hospital Kuala Kangsar kepada hospital berpakar. Saya yakin Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan memberi berbagai alasan seperti Hospital Kuala Kangsar telah dijadikan hospital kluster kepada Hospital Taiping pada bulan Julai 2018. Kita sedia maklum iaitu Hospital Taiping buat masa ini adalah sangat sesak dengan jumlah pesakit yang ramai. Oleh itu adalah satu keperluan bagi kerajaan negeri memperkasakan dan menaiktarafkan Hospital Kuala Kangsar kepada hospital berpakar bagi mengurangi kesesakan dan dapat mengurangkan beban kerja yang sangat berat, masa menunggu yang terlalu lama dan juga mengurangkan masalah parking kereta di kawasan parking Hospital Taiping.
Laluan.
Bagi saya habis dulu. Saya ingin membuat saranan kepada kerajaan negeri dalam masa yang terdekat ini supaya Hospital Kuala Kangsar ini ditempatkan pakar-pakar klinikal, bukannya pakar yang bertaraf konsultan. Mereka adalah pakar yang dipinjamkan dan gaji mereka dibayar oleh Hospital Taiping atau Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh kerana untuk mewujudkan perjawatan doktor pakar itu akan mengambil masa dan perjawatan baru adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam. Empat kepakaran yang sangat diperlukan ketika ini di Hospital Kuala Kangsar ialah pakar klinikal kecemasan, nombor dua pakar klinikal perubatan, nombor tiga pakar bedah, nombor empat pakar sakit puan dan bersalin. Selain itu keadaan di bilik kecemasan pun sangat boleh dikatakan daif juga. Permohonan telah dibuat tapi masih belum diluluskan. Ini juga adalah satu keperluan yang sangat serius di bahagian kecemasan Hospital Kuala Kangsar. Tempatnya sempit dan rawatan yang sempurna tidak dapat diberikan.
Jadi dengan adanya pakar-pakar ini, kes-kes seperti serangan jantung, kes pembedahan caesarean dan lain-lain kes yang memerlukan rujuk pakar boleh dirawat di Hospital Kuala Kangsar tanpa perlu dirujuk ke Hospital Taiping atau Hospital Raja Permaisuri Bainun seperti sebelum ini. Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan beban kos yang ditanggung oleh keluarga, pesakit dan saudara mara yang sebelum ini terpaksa berulang alik ke Hospital Taiping untuk menemani serta menziarahi ahli keluarga yang dimasukkan ke dalam wad. Adalah diharapkan dengan menaiktarafkan perkhidmatan Hospital Kuala Kangsar kepada hospital berpakar akan memberi faedah serta nikmat kesihatan kepada penduduk Kuala Kangsar dan daerah-daerah di sekitarnya. Tiada lagi alasan dari pihak Jabatan Kesihatan Negeri untuk menolak menaiktarafkan perkhidmatan di Hospital Kuala Kangsar ini seperti biasa kita dengar pelbagai alasan yang diberi antaranya jarak yang dekat di antara Taiping dan Kuala Kangsar, tiada perjawatan doktor pakar di Hospital Kuala Kangsar, penggunaan katil yang rendah atau low bed occupancy dengan izin dan Hospital Kuala Kangsar adalah hospital gred C.
Ini adalah alasan-alasan biasa yang dikemukakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Keutamaan kesihatan hendaklah kepada rakyat dan bukan menafikan kemudahan ini kepada rakyat. Cukai yang dikutip daripada rakyat mestilah kembali kepada rakyat. Dengan adanya kemudahan kesihatan yang baik terutamanya kepada pesakit yang jauh tinggal di luar bandar serta tidak berkemampuan untuk pergi ke bandar-bandar besar untuk mendapatkan rawatan doktor-doktor pakar. Kerajaan Negeri Perak hendaklah mempertimbangkan, menaiktarafkan bukan sahaja di Hospital Kuala Kangsar tetapi semua hospital-hospital daerah seluruh Negeri Perak menjadi hospital berpakar. Peruntukan serta fasiliti peralatan rawatan akan menyusul setelah doktor pakar tersebut berkhidmat di hospital-hospital daerah nanti. Negeri Perak mestilah menerajui dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyatnya supaya negeri ini akan menjadi contoh kepada negeri-negeri yang lain.
Dato' Yang di-Pertua, saya masih punya masa dalam 8 minit. Saya juga ingin menyentuh sedikit masalah yang menyakitkan mata dan hati. Apabila kita berulang alik contohnya daripada Kuala Kangsar ke Ipoh, kita akan melihat satu pemandangan yang tidak begitu baik iaitu MAPS, Movie Amination Park Studios. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan Negeri Perak apakah perancangan masa depan MAPS? Adakah kerajaan sendiri akan membiarkan sahaja projek bernilai RM520 juta ini begitu sahaja sehingga semua bangunannya runtuh tanpa ada perancangan pembelian. Sekarang ini pun saya tengok semak samun dah mula naik dan bangunan ini betul-betul terletak bersebelahan highway, sebelah highway antara utara dan Ipoh. Saya rasa ini adalah sangat penting untuk diambil tindakan. Sukacita saya ingin memperingatkan RM520 juta yang digunakan untuk membina prasarana itu adalah duit pembayar cukai iaitu duit rakyat. Selain daripada itu saya juga nak bangkitkan isu pemandu teksi. Pendapatan pemandu teksi terjejas teruk disebabkan dengan adanya perkhidmatan e-hailing atau Grab. Ramai penumpang yang memilih perkhidmatan Grab jika dibandingkan dengan perkhidmatan teksi.
Walaubagaimanapun masih ramai lagi pemandu teksi yang tua-tua itu yang masih meneruskan perkhidmatan sebagai pemandu teksi sebagai punca utama mendapatkan pendapatan untuk menyara keluarga. Dari perbualan saya dengan pemandu-pemandu teksi di Kuala Kangsar untuk mendapatkan RM50 sehari pun sangat susah. Dengan pendapatan kurang dari RM1000 sebulan inilah untuk menyara keluarga, maintenance kereta, duit minyak kereta, cukai jalan, bayaran permit teksi. Jadi saya berharap kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk membantu pemandu-pemandu teksi yang terjejas teruk ini yang berada di Negeri Perak ini. Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya memberi subsidi khas mungkin RM300 kepada pemandu teksi atau pun paling kurang kerajaan negeri memberikan kad prihatin untuk semua pemandu-pemandu teksi yang masih mengusahakan teksi sebagai punca pendapatan harian. Jadi saya dengan ini menyokong dan menjunjung kasih di atas titah tuanku. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Chandan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan semua yang sedang tonton live. Salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana Simpang Pulai diberi peluang untuk membahaskan usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Mohon izinkan saya membangkitkan tiga perkara yang kait rapat dengan isu rakyat Negeri Perak dan juga kawasan saya. Saya harap kerajaan yang baru ditubuhkan ini dapat memberi perhatian sepenuhnya atas perkara-perkara berikut.
Timbalan Yang di-Pertua, pertama pembangunan sektor pertanian dan menjamin sekuriti makanan. Merujuk kepada teks ucapan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, salah satu keresahan yang dihadapi rakyat adalah jaminan bekalan dan keselamatan makanan. Kerajaan Negeri Perak harus menyediakan langkah-langkah strategi untuk memenuhi amanah rakyat. Walaupun sektor pertanian ini menyumbang sebahagian kecil sahaja daripada pembangunan ekonomi Negeri Perak, tapi ia merupakan sektor yang amat berpotensi dan juga paling penting untuk memastikan rakyat Negeri Perak serta seluruh negara Malaysia mempunyai sumber makanan yang mencukupi. Kerajaan Pusat menyedari kepentingan securiti makanan semasa wabak pandemik Covid-19 dan telah menyediakan pelan tindakan dasar sekuriti makanan negara 2021 hingga 2025 dengan lima teras strategi yang berikut. Perluasan penggunaan teknologi, pemerkasaan kajian dan penyelidikan, pemerkasaan data sekuriti makanan, perluasan kolaborasi strategi serta pengukuhan governance jabatan dan agensi. Strategi-strategi ini membawa peringatan bahawa negara kita perlu memperbanyakkan sumber dalaman dan memperbagaian sumber import, meningkatkan penglibatan swasta dan penduduk dalam sistem makanan, memastikan keberadaan makanan yang selamat dengan harga yang berpatutan dan gaya pemakanan yang sihat, serta memastikan kesiap-siap siagaan negara dalam menghadapi krisis securiti makanan.
Sebelum ini, Kerajaan Pertanian juga menyasarkan pengurangan import makanan ternakan sebanyak 30% menjelang tahun 2030, menerusi projek pembangunan industri jagung bijirin untuk makanan ternakan sejak tahun 2017. Menurut laporan tersebut, Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang terlibat dalam mengwujudkan model pengurusan untuk perluasan penanaman bijirin makanan ternakan. Jadi ingin mohon tanya, apakah status untuk projek tersebut dalam lima tahun yang lepas? Sebab Kerajaan Negeri memainkan peranan yang paling penting untuk menjayakan projek tersebut, untuk menjaminkan harga makanan ternakan yang murah dihasilkan dan seterusnya harga ternakan seperti ayam, itik dapat distabilkan dan tidak dapat ditanggung oleh rakyat. Kita juga tahu, Pelan Tindakan Sekuriti Makanan merupakan salah satu agenda utama Perak Sejahtera 2030. Negeri Perak juga memberi perhatian kepada sekuriti makanan dengan meningkatkan pembangunan pertanian termasuk penternakan dengan mengwujudkan ekosistem makanan yang menyeluruh dari peringkat penghasilan sehingga penjualan. Untuk tujuan ini
Simpang Pulai, minta laluan. Terima kasih Simpang Pulai. Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Sebab sebut tentang makanan tadi, Perak adalah jelapang padi. Terutamanya di kawasan saya di Alor Pongsu banyak pesawah padi dan sebagainya. Satu tempat jelapang padi, technician pertanian dikatakan ada dua orang sahaja. Institut Pertanian tak ada langsung. Jelapang padi ke ini. Setuju tak saya dengan Simpang Pulai? Pernah satu lagi, yang paling penting, isu paling besar sekali adalah tentang nak beli benih. Tak ada satu pun kilang ataupun tempat untuk buat benih padi di kawasan Alor Pongsu, Bagan Serai, terpaksa beli dari luar. Apa yang berlaku bila beli, patutnya padi yang naik, lalang yang naik. Terima kasih, Simpang Pulai.
Terima kasih Alor Pongsu. Nanti saya I continue untuk jawab soalan ini. Untuk tujuan ini, Negeri Perak perlu melaksanakan perancangan yang lebih terperinci, termasuk menjaminkan kegunaan tanah untuk petani yang sedia ada agar mereka dapat terus menggunakan ilmu dan kemahiran mereka yang sedia ada untuk meningkatkan penghasilan dan menambah pendapatan bagi Negeri Perak. Sebagai contoh, buah limau bali yang boleh dikatakan ikon Ipoh dan produk pelancongan yang berjaya untuk menarik perhatian. Ramai pelancong akan bersinggah di Ipoh untuk membeli limau bali. Akan tetapi, petani-petani limau bali di kawasan saya masih menghadapi masalah pemilikkan tanah, walaupun mereka telah bertungkus lumus menghasilkan tanaman sejak beberapa dekad dahulu. Limau Bali yang dihasilkan di Lembah Kinta adalah amat berkualiti dan bertaraf untuk dieksport ke luar negara. Bukan buah sahaja, buah limau bali boleh dapat diproses dan mendapatkan produk sampingan seperti daripada kulit, buahnya, ekstrak dan sebagainya. Ini merupakan produk yang berpotensi dan mendapatkan dapat menambah pendapat petani dan juga pendapat Negeri Perak. Kita boleh lihat contoh produk sampingan buah di negara lain, seperti Te Yuzu Chitron daripada negara Korea.
Saya juga berharap Pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, PPPNP, sebagai agensi peneraju pembangunan petani yang unggul dan hormati dapat mengatasi masalah ini dengan menyediakan tanah yang mencukupi dan bantuan yang diperlukan kepada petani yang berkemahiran dan berpotensi meningkatkan hasil makanan dan pendapatan ramai. Bersyukurlah Negeri Perak mempunyai enam orang menteri yang ditugaskan di enam Kementerian yang amat penting untuk membawa pembangunan ekonomi ke Negeri Perak iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wiraya, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Luar Negara. Saya percaya dengan kerjasama antara kementerian-kementerian tersebut, kita dapat menarik pelaburan negara, menggarakkan pengguna teknologi untuk meningkatkan produktiviti, mendapatkan buruh yang cukup, tenaga kuasa yang mencukupi seperti yang Alor Pongsu cakap tadi. Kita dapat membangunkan ekonomi di kampung dan di luar bandar secara menyeluruh dan berkesan apabila kita dapat menarik lebih ramai untuk melabur dan terlibat dalam bidang pertanian dan penternakan yang mempunyai permintaan yang tinggi, maka Negeri Perak baru dapat mencapai matlamat sebagai Hub Sekuriti Makanan yang terkemuka di Malaysia seperti yang disarankan oleh Menteri Besar sebelum ini.
Timbalan Yang di-Pertua, perkara kedua, isu pengangkutan dan lalu lintas. Selain daripada pengembangan bidang pertanian dan penternakan, pembangunan infrastruktur yang sempurna harus diberi penekanan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negeri dan meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuknya sistem lalu lintas yang boleh memenuhi keperluan penduduk semasa. Tiga jalan persekutuan di kawasan saya, Jalan Sultan Nazrin Shah, Jalan Raja Musa Mahadi dan Jalan Simpang Pulai, Lahat mengalami isu kesesakan lalu lintas sepanjang tahun. Sebahagian jalan tersebut juga mengalami masalah banjir kilat setiap kali selepas hujan. Terutamanya di bahagian jalan dari Taman Song Choon ke Ipoh Sauget. Sistem perparitan dan kesesakan lalu lintas di beberapa persimpangan harus diambil perhatian dan dimasukkan dalam pelan pembangunan pada tahun depan. Mengikut perangkaan pada tahun 2020, kepadatan penduduk di Perak merupakan 118 orang dalam satu kilometer persegi, manakala kepadatan penduduk di kawasan Parlimen Gopeng adalah 375 persegi per kilometer persegi. Akan tetapi kepadatan penduduk di kawasan Simpang Pulai adalah 818 per kilometer persegi, iaitu hampir 100 ribu orang penduduk dalam 121 kilometer persegi. Dengan pembangunan perumahan yang berkembang pesat di kawasan berhampiran, jalan raya yang sedia ada dijangka tidak dapat memenuhi lalu lintas harian yang semakin meningkat, terutamanya di Bandar Seri Botani. Peningkatan trafik dari persimpangan Jalan Sultan Nazrin Shah ke Persiaran Lapangan Cyber 1 sehingga ke persimpangan Jalan Simpang Pulai, Lahat bertambah setiap tahun. Laluan tersebut juga merupakan jalan alternatif utama untuk pengguna jalan raya ulang alik dari Batu Gajah ke Ipoh.
Walaupun sebahagian jalan masih belum diserah kepada kerajaan tempatan akan tetapi, Persiaran Lapangan Cyber 1 yang di bawah kuasa PBT adalah dalam keadaan yang perlu diambil tindakan segera sebab keselamatan pengguna jalan raya amat terancam. Sistem perparitan yang tidak rancang menyebabkan kerosakan jalan raya berulang walaupun lubang jalan selalu dibaikii selepas aduan dibuat. Pelebaran jalan dan pertimbangan kesesuaian bulatan Bandar Cyber harus sedia ada, harus dikaji dan dimasukkan dalam pelan pembangunan dengan secepat mungkin. Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Tempatan perlu mempertimbangkan keperluan semasa masyarakat setempat dan memastikan sistem lebuhraya dan infrastruktur di negeri Perak dapat ditingkatkan secepat mungkin. Sebab memperkukuhkan infrastruktur akan menyokong pertumbuhan ekonomi untuk jangka masa panjang dan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, perkara ketiga, keharmonian adalah asas negara makmur. Merujuk kepada teks ucapan Titah Diraja, saya ingin menekankan bahawa masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang aman dan damai, di bawah pimpinan negara yang menolak rasuah, menolak salah guna kuasa dan menjunjung kedaulatan undang undang adalah pra syarat untuk kemakmuran negara. Ekonomi dunia tahun 2023 masih tidak tentu lagi. Dijangkakan, seluruh dunia akan menghadapi pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Ini merupakan cabaran besar kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira umum, pekerjaan, kaum dan bangsa. Kita semua akan terasa. Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga telah dapat menubuhkan Kerajaan Perpaduan dan terap bukti bahawa beliau mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat. Ini membawa harapan untuk menstabilkan keadaan ekonomi di negara kita serta membawa kemakmuran negara dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Kestabilan politik adalah asas kepada pembangunan ekonomi, terutamanya untuk menarik pelaburan dalam dan luar negara. Oleh demikian, saya juga menyeru kepada ahli-ahli politik supaya tidak mencetuskan pertelingkahan antara kaum dan agama. Ahli-ahli parti pembangkang juga main peranan yang amat penting untuk semak imbang dan menyelia takbir urus kerajaan baru ini demi kebaikan rakyat jelata. Polisi kerajaan yang baik dan memanfaatkan rakyat hanya dikeluarkan selepas perdebatan, perbincangan, persefahaman antara kerajaan dan pihak pembangkang. Sikap-sikap agresif yang suka menyalakan api hanya akan menimbulkan lebih banyak pertelingkahan yang tidak diperlukan. Rakyat harap pimpinan negara memberi tumpuan dan prihatin dalam menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi dalam kehidupan seharian. Lagipun, kita perlu bersatu padu untuk menghadapi tahun 2023 yang dijangkakan lagi mencabar. Jadi, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun yang telah kita ketahui semua.
Tuan Puteri dari Kayangan, Senyuman manis seperti madu, Bermacam macam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu.
Dengan ini, saya ingin menyokong usul menyembah ucapan titah. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Simpang Pulai. Seterusnya, saya dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Selama untuk memulakan perbahasan. 20 minit, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah Rabbilalamin wa salatu wa salamu ala asyrafil anbiya wa musaaleen wa ala aalihi wa sahbihi ajmaeen. Rabbishraali sadrii wa yaseeri amrii wa alu uqdatan min lisaani yafqahu qawlii. Rabbiyasir wa la tuasir rabbil tamim bil khair. Subhanaka la almalana illa ma alamtana innaka anta ala alimul haqim. Alhamdulillah, summa alhamdulillah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat kepada Kerajaan dan Pembangkang, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, persekutuan dan negeri, rakan-rakan media dan seterusnya mereka yang menonton secara live persidangan ini. Patik menyunjung kasih dan merafak sembah atas pengzahiran Titah Diraja Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muazizudin Shah Ibn al Marhum Sultan Azlan Ibn Shah al Mawfurullah.
Yang berhormat, Timbalan Yang di-Pertua, sebelum memulakan ucapan ini saya ingin menzahirkan rasa duka cita atas kejadian bencana alam tanah runtuh di Batang Kali pada minggu lalu. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang terkorban. Tidak lupa juga kepada mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur. Semoga mereka tabah dengan ujian yang menimpa. Yang Berhormat Dato’ Timbalan, Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Menteri Besar, ADUN Kota Tampan di atas perlantikan sebagai Menteri Besar Negeri Perak. Tidak lupa juga kepada ucapan tahniah kepada Dato’ Speaker, Timbalan Speaker atas perlantikan sebagai Yang di-Pertua Dewan, Dewan Negeri Perak, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seterusnya Ahli Dewan Negeri Perak yang mendapat mandat rakyat di DUN masing-masing bagi berkhidmat dan menyuarakan suara mereka, terutamanya di dalam Dewan Undangan Negeri ini. Tidak lupa juga kepada barisan ahli-ahli MMK dan juga ADUN sesi yang lalu yang telah berkhidmat dengan baik. Semuanya hanya Allah Taala yang mampu membalas setiap jasa dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, syukur kehadrat Allah SWT kerana telah diberi peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak pada kali ini. Patik tertarik dengan titah Baginda yang menyentuh dan memperingatkan Dewan kegunaan kemungkinan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan mengunjuk tahun hadapan sememangnya apa sahaja yang melibatkan pertumbuhan ekonomi akan memberi implikasi kepada rakyat, terutamanya mereka yang berada dalam kalangan B40. Ramai antara mereka secara berkala tentu akan hadir kampung-kampung tempat rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian akan pergi ke pusat khidmat ADUN masing masing untuk membuat aduan memohon bantuan tak kiralah bantuan kotak makanan, bantuan inisiatif-inisiatif kerajaan negeri melalui pelbagai agensi dan Alhamdulillah sebahagian besar pusat khidmat dapat memenuhi dan membantu rakyat dan sebahagiannya telah diproses dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan namun menjadi sedikit kegusaranlah kepada kami di sini sekiranya pihak kerajaan negeri ini melangkah ke belakang semula dan meneruskan apa yang telah diperjuangkan satu masa dahulu iaitu dengan mewujudkan satu lagi pusat khidmat iaitu dengan melantik penyelaras di dewan undangan negeri di kawasan pembangkang sekiranya benar ia merupakan satu berita yang menyedihkan dan mendukacitakan di mana tidaknya termasuklah YB Kota Tampan sendiri yang dilantik sebagai Ketua Pembangkang dahulu sebenarnya tempoh tersebut memperjuangkan satu sahaja pusat khidmat di setiap tempat.
Allah SWT berfirman Sesungguhnya Allah menyuruhMu menyampaikan amanat kepada amanah pada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaklah kamu menetapkannya secara adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepadaMu sungguh Allah maha mendengar lagi maha melihat surah An-Nisa ayat 58. Saya percaya bahawa kerajaan negeri hari ini lebih memahami dan sekiranya kerajaan negeri bertindak sedemikian bermakna suara rakyat tidak didengari. Demokrasi yang telah dijalankan semasa Pilihan Raya 15 lalu telah dikhianati dengan mewujudkan satu lagi pusat khidmat itu sendiri. Sudah tiba masanya Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan jadi perintis sebenarnya telah pun dilaksanakan yang sebelum ini di bawah pimpinan Kota Tampan juga dalam pertadbiran politik yang baru dengan mengiktiraf Pusat Khidmat ADUN Pembangkang dan tidak mengenepikan kami di sini selain memberi keistimewaan yang sama sebagai mana Pusat Khidmat Kerajaan kerana kedua-dua ADUN masih lagi masih berkhidmat untuk masyarakat dan juga warga Perak. Dulu kalau kita lihat polisi dan sistem daripada pihak Kerajaan Negeri, kalau kita bandingkan daripada dulu sehinggalah sekarang banyak penambahbaikan yang berlaku.
Daripada tidak diberikan bantuan pada pusat khidmat, diberikan begitulah juga penyaluran peruntukan dan sebagainya. Jadi kita harap perkara-perkara yang dah baik yang dilakukan oleh kerajaan yang sebelum ini tidak perlulah untuk kembali ke belakang mengambil perkara yang tidak baik yang pernah dilakukan oleh kerajaan yang terdahulu. Saya tak mahu sebutlah mana mana kerajaan sebab kita nak bincang untuk move on seperti mana sebut oleh Tebing Tinggi kita mahu melangkah ke depan dan perkara yang lebih baik dan cadangan-cadangan yang lebih baik yang kita nak utarakan dalam Dewan ini. Seperti mana yang diutarakan oleh pihak Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan lain-lain menyebut tentang Kerajaan Perpaduan, kerajaan hari ini, tambah pulak diulas oleh Tebing Tinggi ia secara apa disebut tadi. Bukan secara konsep tapi secara sifat sahaja, dari segi sifat perpaduan. Buktikan bahawa sifat perpaduan itu wujud dengan tidak menindas ADUN-ADUN Pembangkang dengan tidak mewujudkan dua pusat khidmat seperti yang telah berlaku pada kerajaan satu masa dahulu. Kalau sifat pun sifat lah. Jadi buktikan bahawa kerajaan pada hari ini nak melakukan yang lebih baik daripada yang sebelum ini. Jadi bila ada dua pusat khidmat ini ada implikasi kewangan. Kan cakap nak dasar penjimatan. "Kamburan Makkan Indallahi Antakulu Mala Taf 'Aalun." Makna kita mesti buat apa yang kita cakap. Kalau kita cakap nak perpaduan, buktikan. Bukan sahaja kita bercakap berdegar-degar di sini sahaja tapi di bawah tidak di buktikan. Bergaduh riuh rendah di kawasan kampung dan sebagainya.
Ada dua pusat khidmat. Pergi jumpa pusat khidmat tu pusat khidmat kata pergi jumpa penyelaras. Penyelaras kata jumpa ADUN. Akhirnya berlaku riuh rendah di kawasan kampung hasil daripada kesilapan. sedikit kesilapan. Ayat elok sikit sedikit kesilapan lah. Ayat itu yang dilakukan dan akhirnya diperbaiki oleh kerajaan yang selepas daripada itu. Rakan-rakan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua sekalian. Antaranya sebelum ini diberikan peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri juga. Sebab bila sebut perpaduan, bila sebut bila titah Tuanku berkaitan dengan diskrimasi jangan menyindas mana-mana pihak, kita sambut titah Tuanku ini. Jangan sambut mengikut huraian kita sahaja tapi kita sambut dalam dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk kita laksanakan perubahan yang terbaik pada kali ini. Sebelum ini ada peruntukan daripadaJabatan Perdana Menteri (ICU) dia panggil. Kepada ADUN-ADUN Kerajaan dan kita minta supaya diteruskan juga yang ini. Bukan sahaja peruntukan daripada Kerajaan Negeri tapi juga daripada Pusat. Bukan sahaja ADUN Kerajaan malahan kepada ADUN-ADUN Pembangkang. Kalau kita tak iktiraf ADUN Pembangkang, jadi buat apa Kerajaan habis duit begitu banyak untuk adakan Pilihan Raya? Selepas tu kalau nak tengok gaji yang diuruskan semua gaji kita sambung je. Tapi pusat khidmat tak diiktiraf pula. Ada penyerahan dan sebagainya. Jadi itulah kena buktikan. Jadi diharap dapat diteruskan untuk semua ADUN dalam negeri Perak termasuk ADUN Pembangkang.
Begitu juga peruntukan-peruntukan yang lain. Seronok ke sekolah, peruntukan kotak makanan, bulanan dan sebelum ini diberikan sama rata ke semua ADUN termasuklah ADUN Pembangkang dan keistimewaannya sama sebagai mana ADUN Kerajaan dapat seperti menghadiri pelbagai mesyuarat. Mesyuarat JKPTB nya, JTPD, Mesyuarat Jawatan Kuasa Tanah lah, apa semua ADUN-ADUN ini diberi peluang untuk menghadiri itu. Kalau tidak menunjukkan bahawa masih lagi tidak mengiktiraf ADUN-ADUN ini, tibalah masanya buktikan bahawa Kerajaan ini walau pun disebut perpaduan secara sifat, buktikan yang apa yang dikatakan itu dilaksanakan. Janganlah dikusarkan untuk memberikan tukar terpuisman yang sama rata kepada ADUN Pembangkang seperti kami ini. Lihatlah di... jangan risau. Kadang-kadang kita risau nak bagi peruntukan pada ADUN Pembangkang, nak bagi peluang masuk Mesyuarat Tanah kadang risau. Kita jangan risau sebenarnya. Sebab apa yang Allah Taala firman kan, "Auzubillahimna Syaitanirrajeem, Qulillahi Wamalikal Mulki Tuq Inmulka Mantashaq, Watanziul Mulkamim Mantashaq, Watuazil Mantashaq, Watuzillu Mantashaq, Bildiqal Khair Innaka 'Aala Kullishai Inkhabir."
YB Selama, Manjoi nak minta laluan. Bagi tak?
Wahai Tuhan. Pemilik kekuasaan, memberikan kekuasaan pada siapa pun yang Kau kehendaki dan kau cabut kekuasaan dari siapa yang Kau kehendaki. Kau muliakan siapa pun yang kau kehendaki dan Kau hinakan siapa pun yang Kau kehendaki dan di tangan Kau lah sahaja kebajikan. Segala kebajikan, semua Engkau Maha kuasa...
YB Selama. YB Selama. Timbalan Yang di-Pertua di sini. Nak tanya. Manjoi mohon laluan bagi tak?
Sila, sila. Saya nak habis baca ayat tadi. Manjoi pun cepat sangat.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih sahabat saya YB Selama. Beliau sedang baca ayat Al Quran tadi, mungkin Timbalan Speaker tak perasan. Saya nak tanya YB Selama. Kita menjunjung titah Tuanku yang kita kasi. Semalam pun kita dengar satu titah yang sangat jelas. Pemimpin telah dilantik, kerajaan telah dibentuk dan kita nak bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis. Tanpa disminasi, tanpa penindasan kepada mana-mana pihak. Kerana setiap pengundi adalah makhluk Ilahi. Setiap inci bumi negeri Perak ini, terletak di bawah naungan Takhta Pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak yang kita kasihi. Jadi Selama, Manjoi ingin bertanya. Adakah Selama bersetuju peruntukan-peruntukan yang telah pun diberikan sebelum ini, oleh kerajaan sebelum ini, dapat teruskan dengan sempurna, bahkan kita harap mudah-mudahan tidaklah berlaku perkara yang tidak kita diingini. Khusus berkaitan dengan isu kononnya hendak diwujudkan penyelaras DUN yang sika kurang baik untuk diwujudkan di negeri kita kerana kita telah pun ada ADUN-ADUN yang rasmi yang kita tidak mahu berlaku diskriminasi penindasan atau perkara yang kadang-kadang boleh orang kata menyebabkan perkara yang tidak baik berlaku di bawah. Ya bersama ADUN kita ini memang sering didatangi oleh rakyat kita. Kalau Manjoi ini untuk pengetahuan Selama dan semua, Manjoi inilah kawasan yang paling banyak penduduk dalam negeri Perak.
Pengundi pun dekat 10 ribu dan jumlah penduduk di Manjoi ni sangat ramai. Bahkan bagi saya sebagai wakil daripada Manjoi ini saya nak bawa betul-betul isu rakyat dan saya nak bantu orang Manjoi. Jadi saya harap supaya peruntukan seperti mana semangat RM500 Takaful atau Tabaruk Khairat kematian, peruntukan atau pun Kad Perak Prihatin yang kita dah buat sebelum ni. Kemudian sumbangan bantuan kotak makanan di bawah Yayasan Perak tu dapat diberikan sebetulnya kepada Pusat Khidmat yang diduduki oleh ADUN-ADUN rasmi. Adakah Selama bersetuju dengan cadangan yang dibuat oleh Manjoi ini dan apakah cadangan-cadangan yang lebih baik untuk kita bantu negeri yang kita? kerajaan kena ikut sama dan Manjoi dan Selama pun kita nak bantu supaya kita boleh hidupkan kerja kita dengan sempurna insyaAllah. Terima kasih banyak Selamat dan Timbalan Speaker.
Terima kasih masukkan sebahagian daripada ucapan saya dan segala keistimewaan yang dapat kepada ADUN Kerajaan mesti juga dapat keistimewaan kepada ADUN Pembangkang tidak ada perbezaan kerana kita gaji sama. Takkan tak bagi kami tolak kerja. Nak tuding jari kepada pihak sana sahaja.
Mohon mencelah. Terima kasih Selama. Saya rasa musykil apa yang takut sangat sebab rasanya kalau YB Selama pun biasa dengan kita kan. Dulu di Pulau Pinang di Selangor. Yang mulakan itu kita. Yang menghapuskan segala diskriminasi kepada Pembangkang itu ialah kita. Tapi Selama tak nak dengar kita bercerai dan ikut orang lain kot macam mana kan. Jadi saya rasa soal kebimbangan tak timbul. Satu. Yang keduanya, kalau saya boleh tambah sedikit lah. Segala cadangan itu harus diteliti dan dilihat secara objektif. Jangan hanya kerana datang dari DAP sebagai contoh, ini tak boleh pakai. Contoh macam Kerajaan Tempatan tadi saya nak sebut. Macam Kamunting kata. Itu disebut dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Kerajaan Tempatan. Bukan DAP sebenarnya. Jadi kalau dijalankan, saya rasa parti yang YB Selama yang akan dapat untung banyak bukan DAP sebab kawasan itu kawasan itu di mana akar umbi lah. Jadi berbalik kepada soal kebimbangan tadi, tak patut timbul saya rasa.
Ok, saya tak bercakap soal kebimbangan, saya bercakap soal keadilan. Kalau nak cakap soal keadilan, biarlah dibuktikan benar dilaksanakan menurut perlaksanaan. Keadilan ini dia ada dua, satu kita buat sesuatu itu adalah motif politik, satu kita buat satu itu ada motif keadilan. Kita buat ini kerana keadilan. Kita buat kerana motif politik. Motif politik untuk dapat undi orang itu, supaya mengundi kita akan datang, belum tentu boleh dapat. Tapi kalau motif keadilan, insyaAllah akan dapat di hari akhirat kelak dan insyaAllah akan dapat ganjaran daripada Allah SWT kalau bermotifkan kepada keadilan. Sebab itu disebut Qulillahumma malikal mulki. Tebing Tinggi tahu bahawasanya Kerajaan Kelantan yang memerintah zaman Tok Guru dulu tak dapat peruntukan daripada pihak kerajaan sebab ada motif politik dulu tetapi kalau nak ikutkan, Kerajaan Kelantan kalah dah lah. Maksudnya tukar kepada kerajaan lain tapi tak kalah juga. Ertinya kalau buat motif politik belum tentu lagi boleh dapat undi. Tapi kalau dengan tujuan untuk keadilan sepertimana disarankan oleh Al Quran dan dititahkan oleh Tuanku, Tuanku Titah, tentu dah akan dapat ganjaran daripada Allah SWT dan kerajaan ini esok nak tukar siapa pun, itu yang disebutkan Qulillahumma malikal mulki tadi.
Saya sebutkan dalam Al Quran selari dengan Titah Tuanku. Bukan saya cakap saja, Titah Tuanku Sultan, Tuanku Sultan Perak. Hendaklah bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis, tanpa diskriminasi. Hanya menghuraikan Titah Tuanku tanpa penindasan kepada mana-mana pihak kerana setiap pengundi ialah makhluk ilahi dan setiap inci bumi di negeri ini terletak di bawah naungan takhta pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak dan Tebing Tinggi tak perlu risau apa yang saya nak bahaskan ini. Oleh itu, rakyat jangan dihukum untuk menanggung kesusahan, dan disebaliknya dengan menjunjung semangat demokrasi, kepentingan dan kebajikan setiap rakyat jelata.
YB sebelas minit lagi.
Hati pemimpin dan sentiasa diutamakan. Titah DiRaja Tuanku Sultan Perak. Ada, saya tengok Tebing Tinggi senyum saya suka, tengok dalam hujah tadi. Apa, saya teringat cerita kampung, ada orang panggil dia Mat Poligami. Orang tanya, pasaipa panggil Mat Poligami? Sedangkan dia menikah sorang sahaja. Rupanya dia ini, apa, poligami dia segi sifat sahaja. Sebab dia banyak main perempuan yang lain juga. Jadi saya teringat tak ada kaitan apa pun. Cuma cerita berkaitan dengan kampung tadi. Baik. Seterusnya, memetik Titah Tuanku semalam berkenaan dengan ancaman, penguncupan dan pertumbuhan ekonomi yang teruk. Mewujudkan pusat penyelaras hanya akan membazirkan wang rakyat. Peruntukan untuk DUN, diberikan kepada pusat khidmat yang telah sah di lantik oleh rakyat dan juga penyelaras DUN yang dicipta hanya untuk kepentingan dan dasar penjimatan perlu diterapkan sebab dia ada implikasi kewangan seperti yang saya sebutkan tadi. Dan mewakili suara rakyat di kawasan
DUN pembangkang, saya dengan ini menyeru supaya kerajaan negeri meneruskan gaya perkhidmatan MMK yang lalu, yang diketuai oleh YB Kota Tampan, YB Kota Tampan di mana, tiada penyelaras DUN dilantik dan peruntukan diberi sama rata, tidak mengira DUN kerajaan atau pembangkang dan bukan sahaja begitu, yang saya nak sebutkan, ertinya pegawai-pegawai kerajaan juga tidak bimbang untuk berusaha dengan ADUN-ADUN pembangkang. Jangan ada tekanan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Ini tekan itu, jangan jumpa ini dan sebagainya. Kita tak mahu pengamalan kerajaan yang lalu, yang dulu- dulu, dikembalikan pada masa ini.
Laluan.
Termasuklah, termasuklah dahulu pernah ada arahan, penggunaan dewan majlis bandaraya, penggunaan dewan majlis daerah tidak dibenarkan kepada ADUN pembangkang.
Masa YB Sudah habis, sila ke perenggan yang terakhir.
Kita tak mahu sidang DUN akan datang, wakil-wakil rakyat pembangkang akan sebut, sembang saja. Kali ini kita tak sebut lagi lah, sebab, kita baru bahas untuk mengemukakan cadangan itu sendiri. Jadi, kita tak mahu lagi ada pekeliling tidak benarkan ADUN pembangkang dan sebagai, buktikan kerajaan ini perpaduan walaupun dari segi sifat.
Laluan YB.
…dan Titah Tuanku turut menegaskan berkaitan dengan ekonomi tahun 2023, masih tidak menentu. Dikatakan berada, ada tadi. Masa dah habis ke?
Habis-habis.
Bukan 4 minit lagi?
sila masuk perenggan yang terakhir, sila.
Tu dia. Nak saya cakap mana ini? Aaa, saya boleh bagi laluan pada Slim?
Terima kasih Selama dan Timbalan Speaker. Untuk perbahasan yang disampaikan tadi sedikit, perkara ini bukannya teori yang disebut oleh Selama tapi dia realiti. Baru-baru ini seorang yang berjawatan jumpa saya dan dia menyatakan bahawa YB, bajet akan ada peruntukan untuk mangsa banjir diturunkan kepada tempat sekian, sekian. Saya tak nak khususkan. Tapi kami akan bagi pada kerajaan, minta maaf sebab YB adalah YB pembangkang. Maka saya nak menguatkan mungkin benda ini kita terasa juga sebab kita orang yang bertanggungjawab di kawasan tersebut tapi kita disebut orang yang berjawatan, jadi kita rasa benda tu patut diperbetulkan dan ketua-ketua jabatan yang lain sepatutnya tidak perlu takutlah.
Perintah Tetap.
Dan saya mengharapkan, dan saya...
Timbalan Speaker, Perintah Tetap.
Sila duduk dulu, Tronoh, sila.
Merujuk kepada Perintah Tetap 28 (4). Sesuatu soalan itu tidak boleh dijadikan helah untuk berbahas. Maka dengan itu saya mohon daripada kawan sebelah sana untuk bertanyakan soalan supaya tidak melenggah-lenggahkan masa dalam Dewan ini. Terima kasih.
Saya sambung sedikit ya dan tak perlu takut lah apa yang kita nak bahaskan dan saya, adakah YB Selama setuju bahawa perkara ini perlu dibawa dan sepatutnya di, orang kata apa, ada hitam putih lah? Maksudnya tidak ada diskriminasi terhadap ADUN pembangkang. Terima kasih.
Ya saya setuju masukkan dalam ucapan saya. Jadi walaupun banyak lagi yang saya nak sentuh terutamanya isu-isu berkaitan dengan portfolio Exco-Exco ini, mungkin belum masanya lagi lah. Kita bagi peluang kepada Ahli-Ahli MMK untuk bertugas dengan baik dan juga cadangan-cadangan berkaitan dengan, yang perlu ditambah baik apa yang telah pun dilakukan oleh kerajaan terdahulu dan semoga kerajaan yang ada pada hari ini menjadi sebuah kerajaan yang mendengar keluh kesah rakyat di bawah dan juga memandang serius dengan apa yang telah dititah oleh Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Perak. Patik menjunjung kasih dan merafak sembah atas penzahiran Titah DiRaja Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Almaghfur Lah, dengan ini Selama menyokong. Sekian, terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua.
Terima kasih kepada YB Selama. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan, dipersilakan. 20 minit.
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbil Alamin Wassalatu Wassalamu Ala Asyrafilanbiya Iwal Mursalin Waala Alihi Waashabihi Ajmain, Robbisrohli Sodri Wa Yassirli Amri Wah Lul Uqdatan Min Lisani Yafqohu Qouli. Rama-rama hinggap ke dinding, sekawan biru disuluh terang, nama saya Salina Samsudin, ADUN baharu kawasan Behrang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato' Speaker, Dato' Timbalan Speaker, barisan Exco, seluruh ADUN-ADUN yang telah diberi mandat untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Tidak dilupakan kepada ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai, petugas-petugas, rakan-rakan media, para pemerhati baik di Dewan mahu pun secara langsung, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Timbalan Yang di-Pertua, dari Behrang ke Changkat Asa, azam dibawa tersempul erat, hajat diri berbuat jasa, tetapkan hati betulkan niat. Menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Sultan Perak atas Titah yang menzahirkan kecaknakan kepada kerajaan dan perpaduan demi keharmonian rakyat. Saya tertarik dengan Titah DiRaja ke bawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Sultan Perak yang menyeru kita jangan membebani rakyat sebaliknya memupuk semangat demokrasi agar kepentingan dan kebajikan rakyat dijadikan keutamaan. Mengambil berat soal kebajikan dengan berlaku adil demi kesejahteraan rakyat sangat bertepatan dengan fikah yang sering digunakan dalam bidang syariah, siasah syariah iaitu, polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahah terhadap rakyat. Seperti yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullah, sebarang bentuk perkara yang memberikan kebaikan dan manafaat kepada manusia serta dalam masa yang sama ia menghalang keburukan dan kemudaratan ke atas diri mereka adalah dianggap sebagai maslahah.
Timbalan Yang di-Pertua sebagaimana di dalam Titah DiRaja Ke Bawah Duli Tuanku Sultan, ada menitipkan bahawa persefahaman dan hubungan harmoni antara kaum menjamin hidup bernegara dan bernegeri yang harmoni. Begitu juga, kestabilan politik penting sebagai penentu kepada pemulihan ekonomi negara. Maka hari ini, saya ingin menyentuh 3 elemen penting iaitu, kestabilan, perpaduan dan keharmonian saya akan menyentuh ketiga-tiga elemen ini dalam tempoh masa yang diperuntukkan dengan izin Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, insyaAllah. Kestabilan politik adalah amat penting dalam merencanakan perancangan ekonomi negara. Hanya dengan mandat yang kukuh sebuah Kerajaan itu dapat melaksanakan pelbagai dasar dan polisi untuk meningkatkan taraf hidup rakyatnya dan ekonomi negeri. Bagi rakyat, mereka mahukan pemimpin yang dilantik dapat memberikan fokus kepada hal tadbir urus negeri dan bukannya berebut kuasa yang akhirnya mengheret rakyat dalam situasi suram sehingga memberi kesan kepada kehidupan mereka. Dari sudut sosio ekonomi kedua-dua sistem ekonomi dan sistem politik adalah faktor penentu kesejahteraan rakyat. Hakikatnya, ketidakstabilan dua faktor ini membebani rakyat dengan krisis yang menjejaskan kehidupan harian mereka.
Negara kita telah mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK yang kukuh pada suku ketiga tahun 2022. Setelah mencatatkan pertumbuhan cemerlang kepada 14.2% daripada 8.9% pada suku kedua dan 5% pada suku pertama hasil daripada pembukaan semula sempadan sejak April, 1 April 2022. Kedudukan yang lebih kukuh untuk suku tahun ketiga 2022 disokong oleh pengembangan berterusan dalam permintaan domestik, pemulihan kukuh dalam pasaran buruh, eksport elektrik dan elektronik E&E yang teguh serta eksport bukan E&E dan sokongan dasar yang berterusan. Bagaimanapun pertumbuhan KDNK dijangka sederhana pada suku keempat 2022 apabila kesan asas berkurangan manakala risiko penurunan daripada persekitaran luaran semakin ketara. Ini yang mahu kita ubah dan capai dengan mewujudkan kestabilan politik dengan segera. Kemerosotan ekonomi boleh menyebabkan gangguan seperti pengangguran, pengurangan saiz perkhidmatan, perubatan dan sosial, serta pengurangan perbelanjaan awam. Apabila digabungkan dengan ketidakpastian pekerjaan dan masa depan, kesemua ini secara amnya berisiko menyebabkan kesusahan rakyat yang serius.
Walaupun pergolakan politik mungkin tidak melibatkan kemusnahan berskala besar seperti peperangan atau pembunuhan beramai-ramai, pendedahan berterusan kepada ketidakstabilan yang kurang ekstrim mempunyai kesan buruk, khususnya kepada rakyat. Rakyat Perak dahagakan peningkatan ekonomi yang berkait rapat dengan kestabilan politik. Prof. Dr. Ali Al Qadari menyebut, umat yang berjaya memerlukan pemerintahan yang prihatin dan bijaksana melaksanakan tanggungjawab dan sentiasa mendapat sokongan rakyat. Selepas pilihan raya, keutamaan yang harus diberi perhatian dan keutamaan adalah rakyat. Islam mengajak agar kita bersungguh-sungguh dalam mengkritik sesuatu serta merujuk semula idea-idea dan pengalaman. Sebab itu, masyhur sebuah kata-kata hikmah warisan yang menyatakan, kembali kepada kebenaran adalah lebih baik daripada kekal dalam kebatilan. Jadi sesuai dengan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan, saya berharap kita semua dapat berkhidmat dan berhujah di Dewan Yang Mulia ini bagi membantu tuanku dalam takbir urus Kerajaan Baginda dengan cekap, tegas, mengawal ketirisan dan kebocoran sumber serta bersungguh dalam mengelakkan pembaziran.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bagi merealisasikan perpaduan dalam masyarakat toleransi merupakan elemen utama demi memujudkan kesejahteraan hidup bersama. Hidup dalam keadaan aman, bebas dan merdeka. Perpaduan yang wujud pada hari ini merupakan sebuah kebahagiaan yang telah melalui proses interaksi, integrasi dan asimilasi masyarakat pribumi lokal dengan masyarakat bukan pribumi lokal. Proses ini mengambil masa yang agak panjang dan turut mencatatkan liku-liku zaman kedukaannya. Melalui proses sejarah yang dilalui, maka hari ini keutuhan perpaduan rakyat Malaysia sudah teruji namun peringatan semasa, peringatan mesti sentiasa diberikan agar keutuhan hubungan antara kaum ini sentiasa terpelihara. Politik perpaduan bukan popular sehari dua ini. Dato Onn Jaafar umpamanya, sebahagian besar ucapannya cenderung mempromosikan perpaduan dalam kalangan rakyat. Penularan wabak Covid-19 juga menjadi saksi menyatupadukan rakyat untuk mengukuhkan kerjasama mempromosi nilai kemanusiaan serta bersatu memulihkan ekonomi negara. Di sini timbullah persoalan sejauh manakah kekuatan dan semangat perpaduan dalam rakyat ini betul-betul jitu dan dapat dibentuk. Seringkali dilihat keutuhan perpaduan kaum ini tergugat oleh beberapa incident yang kadangkala menimbulkan perasaan tidak puas hati antara kaum.
Sebenarnya Malaysia mempunyai ramuan tersendiri untuk mencorak perpaduan citra negara bangsa. Negara kita mempunyai dokumen bertulis tertinggi iaitu Perlembagaan Persekutuan 1957 di mana ia terhasil daripada toleransi sangat tinggi antara kaum. Perlembagaan Persekutuan inilah tiang seri citra kenegaraan Malaysia. Rakyat pelbagai kaum perlu diperingatkan tidak perlu mempertikaikan kandungan Perlembagaan Persekutuan yang dituntaskan berdasarkan muafakat dalam kalangan pemimpin. Sebaliknya rakyat dituntut meletakkan kesetiaan kepada negara kerana di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Maka kita berbalik kepada perpaduan sebagai elemen penting dalam pembangunan tamadun manusia perpaduan kaum, kesepaduan sosial dan integrasi nasional merupakan kunci utama dalam usaha membina keharmonian dan kesejahteraan negeri sebagai rakyat di negeri berdaulat ini kita bertanggungjawab memastikan kelastarian perpaduan dan kemakmuran ini bertahan dalam satu ikatan yang utuh. Perpaduan dan kesatuan hati rakyat Darul Rizuan juga boleh menjadi perisai dalam membendung fahaman disebarkan segelintir golongan bersikap ekstremis yang mencetus suasana tidak aman, perpecahan, menyemarakkan perkauman demi kepentingan pribadi. Rakyat Perak yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan budaya sentiasa hidup dalam harmoni sebagai satu bangsa Malaysia yang bersatu dan komited untuk membentuk identiti kebangsaan. Lantaran itu bagi mengekalkan perpaduan maka proses dinamik untuk merapatkan hubungan antara kaum mestilah berterusan. Perkara ini bertujuan untuk membentuk satu identiti yang tersendiri, berteraskan perlembagaan persekutuan dan rukun negara.
Oleh itu, perkara ini menjadi amanah bagi kita untuk memastikan toleransi antara kaum diamalkan secara maksimum. Tidak dapat dinafikan bagi menjamin perpaduan, setiap rakyat perlu saling memahami antara satu dengan yang lain. Seterusnya, mengambil langkah-langkah positif dan mengamalkan dasar-dasar yang membina semangat perpaduan. Perkara ini akan dapat dicapai dengan pelaksanaan satu ideologi nasional iaitu Rukun Negara yang mengandungi unsur-unsur keamanan, kesetiaan kepada raja dan negara, kepatuhan kepada perlembagaan dan aspek-aspek kesopanan serta kesusilaan. Ambillah iktibar dari sejarah keruntuhan sesebuah negara bangsa supaya kita tidak terjumus ke lembah yang sama. Ingatlah, sejarah itu umpama roda kalau dibiarkan keruntuhan itu pasti akan berulang seperti mana satu ketika dulu kuasa besar terpaksa campur tangan dalam menyelesaikan pertelingkahan di Bosnia Herzegovina menerusi penjajahan Dayton setelah ratusan ribu penduduk Islam terkorban dan menjadi pelarian. Pertelingkahan etnik juga berlaku di banyak negara antaranya di Rwanda, Burundi, Liberia, Somalia, Sri Lanka dan Sudan. Begitu juga ketegangan etnik di Indonesia apabila masyarakat cina menjadi sasaran. Pertelingkahan di Ambon, Timor Timor dan Madura Dayak.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, perpaduan ini perlu disemai dan diterapkan dalam semua aspek agar generasi akan datang bukan lagi hanya belajar melalui pergaulan tetapi dididik agar bersepadu dengan menatijahkan kefahaman dan kesedaran yang amat baik tentang mesej litaalafuf sebagai mana yang dinyatakan Allah SWT dan itu saling menghormati dan memuliakan. Perpaduan atas nama slogan dan perjanjian tidak akan kekal lama. Sejarah sudah membuktikan perpaduan tanpa kesatuan hati membenarkan apa yang disebut oleh Baginda Rasulullah SAW melalui hadis yang bermaksud “Ketahuilah bahawa pada jasa itu terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.” Justeru, sidang Dewan yang dihormati, apabila perpaduan itu wujud atas keikhlasan ianya akan dipermudahkan dan Insya Allah hati-hati kita akan disatukan. Demi Perak Sejahtera maka seluruh rakyat berbagai kaum mesti meletakkan kepentingan negeri dan negara mendahului kepentingan individu atau kaum-kaum tertentu. Hal ini dapat menjamin kemakmuran dan kerjasama antara kaum supaya sentiasa berada pada tahap maksimum. Maka negeri Perak ini akan sentiasa diwarisi kepada generasi baru dalam keadaan aman, makmur dan membangun.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dari perpaduan membawa keharmonian. Hari ini negeri kita cukup dikenali di mata dunia kerana keunikan bangsa dan penduduknya mampu hidup dengan harmoni dan aman damai. Setiap bangsa saling menghormati dan merestui budaya, bahasa, agama, cara hidup sesuatu bangsa, malah ada dalam kalangan kaum mula mengadaptasi budaya antara satu sama lain seperti budaya pemakaian. Kita boleh lihat orang Melayu memakai samfu, kaum Cina memakai kurta dan kaum India memakai baju Melayu. Begitu juga dengan makanan. Kita boleh lihat orang Melayu suka makan Yong Tau Fu, orang Cina suka makan nasi wanggey dan orang India sudah pandai makan nasi lemak ayam kampung. Malah ada di kalangan mereka mula bersatu melalui perkahwinan dan ini menjadikan hubungan antara kaum semakin meriah dan harmoni. Keharmonian dan kesejahteraan dalam hubungan rakyat akan hanya dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman yang baik terhadap peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian. Hubungan baik dalam masyarakat berbilang bangsa tidak boleh dijadikan taruhan. Perlu ada belas kasihan kepada rakyat yang inginkan keamanan agar peluang untuk meneruskan kelansungan hidup dengan selamat dan terjamin. Cukuplah kekacauan dan konflik di negara asing sebagai pengajaran kepada kita. Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan ini. Pemimpin berbagai peringkat harus senada dalam merealisasikan agenda keharmonian. Persefahaman dalam kalangan pemimpin juga amat penting kerana melaluinya rakyat akan mendapat isyarat yang jelas bahawa mengharmonikan hubungan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di negara ini adalah tanggungjawab semua warganegara. Kesatuan insan dalam menguruskan perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa perlu dititikberatkan. Ini adalah realiti yang harus difahami dan diterima oleh semua pihak bahawa Malaysia sangat majmuk sifatnya terutama dalam konteks budaya dan kepercayaan.
Dari perspektif Islam keharmonian pelbagai agama dan budaya ini adalah merupakan sebahagian daripada tanda kebesaran Allah SWT yang menjadikan alam ini dan penghuninya dalam pelbagai rupa dan bangsa. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud “Dan sekiranya Tuhanmu mengkehendaki nescaya ia jadikan manusia semua satu umat tetapi mereka berselisih yakni berbeza-beza.” Surah Hud ayat 118. Serta dinyatakan juga dalam ayat berikut. “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya di kalangan kamu. Bukan yang lebih berketurunan atau lebih bangsanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuanNya akan keadaan dan amalan kamu”. Surah Al-Hujerat ayat 13. Walaupun rakyat Perak ini terdiri daripada pelbagai penganut agama serta mengamalkan budaya berbeza-beza, sifat kebersamaan serta rasa cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional. Keharmonian dan kesetiaan dalam hubungan masyarakat hanya akan dapat diwujudkan jika setiap individu mempunyai pemahaman yang baik tentang peranan masing-masing untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam interaksi seharian.
Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman ketika pengisytiharan kemerdekaan negara mulai 31 Ogos 1957 kita akan menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik untuk selama-lamanya yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan serta kesejahteraan rakyat. Katanya lagi kita semua adalah rakyat Malaysia inilah ikatan yang menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kita sebagai satu bangsa dan sebagai satu negara. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, sikit lagi penutup dah. Oleh itu, marilah kita bekerjasama sedaya upaya mengukuhkan kerajaan perpaduan ini demi kebaikan bersama. Saya simpulkan kalam Tuanku ini yang boleh difahami sebagai wajibnya pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan negeri berusaha memastikan berpaduan dan keharmonian rakyat tercapai. Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang mendatang yang cuba merosakkan keharmonian yang terjalin rakyat pula terus diberi pemahaman bahawa mereka sepatutnya menerima hakikat yang mereka berkongsi bumi yang sama. Keharmonian ini perlu kita warisi kepada anak cucu kita. Semoga Perak terus gagah bangkit menjadi baldatun tayyiban warrabbun ghafur. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum wbt. Saya Behrang mohon menyokong. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang Dipertua. Sikit...nak tanya soalan sikit. Boleh?
Masa sudah tamat.
Sikit lah.
Masuk sudah tamat. Ya. So, terima kasih kepada YB Behrang. Seterusnya saya dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan. 20 minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassalatu wassalamu ala azrafil anbiya wal mursalin wa ala ahli wa sahbihi ajmain. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang saya hormati, Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua Dewan, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan, yang dihormati ketua-ketua jabatan sekalian dan rakan-rakan media. Alhamdulillah saya memanjatkan setinggi tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kepada kita semua pada hari ini untuk bersama-sama dalam perasmian bagi Mesyuarat Pertama Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Perak Yang Ke-15. Pangkor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk membahaskan usul menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan Yang di-Pertua Dewan, Timbalan Yang di-Pertua Dewan serta barisan Exco Kerajaan Negeri yang baru ditubuhkan. Baru-baru ini kita rakyat seluruh Negara dilanda kejutan dan merasa dukacita atas insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor, Jumaat lalu yang mengorbankan 24 daripada keseluruhan 94 mangsa termasuk kanak-kanak, 61 selamat dan 8 masih hilang. Juga negara kita dilanda musibah banjir, situasi banjir di Negeri-Negeri Pantai Timur juga dilaporkan semakin teruk. Saya di sini ingin mengambil kesempatan juga salam takziah kepada keluarga mangsa-mangsa banjir dan juga saya di sini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi DUN Pangkor yang memberi mandat kepada saya terutamanya kepada warga Tentera Laut DiRaja Malaysia dan juga pengundi muda di mana mereka diantara yang memberi undian besar yang memperolehi kemenangan di N52 Pangkor. InsyaAllah saya akan menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebagai wakil kepada rakyat Pangkor melaksanakan perkhidmatan.
Terlebih dahulu juga saya ingin menzahirkan bagi pihak diri saya dan juga rakyat DUN Pangkor di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang telah menggariskan beberapa perkara yang perlu untuk mengemudi pentadbiran Negeri dan merasakan belanjawan yang selari dengannya. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua di dalam titah Tuanku ada menyentuh soal agihan peruntukan perlu dibuat secara adil kerana kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri demi kepentingan rakyat, rakyat tidak harus dihukum dengan terpaksa menanggung kesusahan sebaliknya kepentingan dan kebajikan mereka perlu sentiasa diutamakan.
Titah Tuanku juga menyebut bahawa ADUN yang dipilih juga perlu memenuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan Perlembagaan. Seperti Firman Allah dalam Ayat 8, surah Al Mumtahanah yang bermaksud, "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Saya berharap peruntukan ADUN pada kali ini bukan sahaja dapat disalurkan tetapi dapat disalurkan sama rata kepada wakil rakyat pembangkang agar mampu membawa pembangunan di kawasan masing-masing.
Dato' Yang di-Pertua, DUN Pangkor misalannya merupakan kawasan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan nelayan dan penduduk kampung yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Oleh itu, peruntukan ADUN sangat diperlukan bagi membiayai pembangunan. Kita tidak mahu rakyat teraniaya sekiranya peruntukan yang merupakan hak mereka tidak disalurkan dengan sempurna. Ini kerana sebagai wakil rakyat yang berhemat, kita hanyalah menggalas tanggungjawab sebagai pemudah cara pada permasalahan rakyat. Seterusnya, beralih pula kepada keperihatinan titah Tuanku, langkah-langkah berjimat-cermat dan menghentikan perbelanjaan-perbelanjaan berunsur pembaziran. Ekonomi dunia pada tahun 2023 berkemungkinkan dalam keadaan tidak menentu. Dunia diramalkan mengalami ekonomi yang merosot. Amalan untuk berbelanja secara berhemah dan berjimat-cermat ini juga selari dengan apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri kita yang telah berikrar untuk memastikan Kerajaan di bawah pentadbirannya melaksanakan perbelanjaan lebih berhemah bagi mengelakkan pembaziran. Ini adalah amalan baik dan positif yang pastinya disambut gembira oleh rakyat. Belanjawan pada kali ini juga perlu mempamerkan usaha untuk menangani kos sara hidup rakyat yang juga semakin meningkat.
Saya di sini ingin juga memohon izin Yang di-Pertua di mana saya ingin memajukan beberapa permasalahan di kawasan saya. Satu, projek penempatan semula nelayan atau short cut dia PSN di Teluk Baru. Pulau Pangkor yang dibina Kerajaan Negeri pada 2014 dan siap 2018 bagi memberikan kediaman selesa kepada 139 keluarga nelayan tempatan. Ia bertujuan menempatkan semula keluarga nelayan di Pulau
Pangkor khususnya di Kampung Teluk Baru. Rumah ini bernilai RM45,000/seunit berkeluasan 860 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Selain mempunyai balkoni dengan bayaran bulanan serendah RM150.00 selama 25 tahun. Difahamkan seramai 90 keluarga telah mendiami rumah ini manakala bakinya masih kosong. Antara syarat kelayakan di bawah projek PSN itu adalah nelayan berkenaan mestilah merupakan ahli kepada Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor iaitu nelayan tulen yang diiktiraf Persatuan Nelayan tersebut. Seperti mana dilaporkan media sebelum ini mengikut percanggahan Kerajaan Negeri mahu pendapatan ini diselesaikan secepat mungkin yang mana senarai nama yang layak boleh dimuktamadkan pada bulan Mac dan surat tawaran boleh dikeluarkan selewat-lewatnya bulan April. Bagaimanapun sehingga kini baki kediaman PSN yang kosong ini masih belum berpenghuni.
Jadi bolehkah Kerajaan Negeri jelaskan status 49 baki keluarga dan bilakah mereka boleh mendiami rumah berkenaan. Ini kerana kelewatan meluluskan permohonan nelayan yang layak menyebabkan hasrat mereka untuk mendiami rumah yang selesa tidak tertunai. Ini sama sekali berlawanan dengan apa yang disasarkan Kerajaan iaitu membantu membaiki kehidupan keluarga nelayan lebih baik dan selesa dengan prasarana asas yang diberikan. Dalam konteks pemilihan untuk pemilikan kediaman di projek rumah PSN ini pula kita mahu proses ini dilakukan secara adil dan telus mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Syarat syarat pemilihan adalah sangat ketat kerana objektif awal pelaksanaan projek ini juga adalah untuk membantu nelayan yang tidak mempunyai rumah dan masih menyewa bertahun-tahun lamanya. Sehubungan itu, lebih cepat perkara ini dapat dimuktamadkan maka tiadalah golongan nelayan Pangkor yang layak memerlukan kediaman keciciran. Saya juganya mengenengahkan masalah nelayan muda. Industri perikanan negara kini menghadapi cabaran kekurangan golongan muda sehingga menyebabkan pemilik bot lebih gemar menggajikan awak-awak warga asing bagi membantu mereka. Seperti mana dilaporkan media, kerajaan menerusi Kementerian Pertanian sejak beberapa tahun lalu giat merancana pelbagai pendekatan dalam usaha memodenkan industri perikanan bagi menarik lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam industri berkenaan. Perkara yang dirancang adalah memodenkan industri perikanan supaya dapat menjamin golongan muda untuk menjadi nelayan moden.
Dalam hal ini, industri perikanan dilihat masih menarik minat golongan muda dalam kawasan DUN Pangkor. Apabila jumlah nelayan muda ini dilihat sedang bertambah. Bagaimanapun, ramai dalam kalangan nelayan muda ini tidak mempunyai lesen bot dan kad nelayan. Ini sekaligus menyukarkan kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sukar menyalurkan bantuan subsidi minyak, elaun sara hidup dan bayaran istihar. Memandangkan pendaftaran ini penting, jadi apakah usaha yang dijalankan oleh pihak berkuasa dan Jabatan Perikanan untuk memastikan golongan nelayan muda ini mendaftar bagi mendapatkan kad nelayan dan mengapakah Jabatan Perikanan masih membekukan lesen dan apakah tindakan Jabatan tersebut untuk memberi lesen? Saya berharap kerajaan meluluskan lesen nelayan muda bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan, menangkap hasil laut dan pada masa yang sama layak untuk menerima bantuan-bantuan yang telah diperuntukkan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menekan sedikit isu wanita mengenai perbantuan untuk ibu tunggal. Sejauh manakah tindakan pihak kerajaan dalam membantu golongan ibu tunggal yang dilanda musibah dengan menyediakan rumah transit sebagai bantuan segera kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal secara tiba-tiba? Misalannya kematian, dilanda musibah, penceraian dan ketua keluarga tidak bertanggungjawab. Keadaan lebih sukar apabila ibu tunggal yang tidak bekerja, mempunyai anak ramai, ditinggal sebatang kara dan tiada tempat untuk dituju. Justeru itu, insentif rumah transit ini amat perlu bagi menempatkan mereka apabila terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan ada kes ibu tunggal dan anak anak yang kecil terpaksa tinggal di dalam kereta selama beberapa minggu ada yang berbulan-bulan setelah kehilangan tempat tinggal.
Begitu juga, ada ibu tunggal yang dihalau dari rumah sewa dan tiada tempat berteduh. Kerajaan perlu mencari jalan untuk mewujudkan insentif menyediakan rumah transit ini bagi membantu mereka dalam tempoh tertentu sehingga ekonomi mereka stabil. Adalah diharapkan, insentif rumah transit ini dapat diwujudkan di setiap daerah di dalam negeri Perak. Saya tidak menafikan pihak kebajikan masyarakat ada juga menyalurkan bantuan sara hidup dan bantuan kanak-kanak setiap bulan sebanyak RM150 kemaksimum RM1,000 sebulan kepada mereka yang berkelayakan tetapi, di antara syarat yang diperlukan dari Jabatan Kebajikan adalah alamat tempat tinggal. Insentif yang diperkenalkan ini adalah sebagai satu langkah awal bagi mereka yang terpilih, akan menginap secara sementara sebelum mampu menyewa kediaman lain setelah kehidupan mereka kembali stabil. Kerajaan negeri juga boleh bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO yang telah dikenal pasti untuk menguruskan unit-unit kediaman untuk mereka. Bagi golongan ibu tunggal yang tidak berkemampuan yang ingin keluar bekerja untuk mencari naftah, namun terpaksa meninggalkan anak-anak yang masih kecil. Apakah insentif kerajaan dalam membantu golongan ibu tunggal ini dari segi penjagaan anak-anak sepanjang mereka keluar bekerja? Disebabkan kekangan kecil ketiadaan pengasuh kerana mereka masih belum mampu untuk mengupah pengasuh dan menyebabkan ibu tunggal ini tidak bekerja demi menjaga anak-anak di rumah.
Oleh itu, insentif pusat jagaan atau bantuan pembiayaan anak-anak dipusat jagaan bagi golongan tidak berkemampuan ini adalah amat diperlukan terutamanya sebagai galakan ibu tunggal untuk berdikari dengan keluar bekerja. Dengan cara ini sahajalah mereka berdikari dan tidak akan bergantung kepada bantuan daripada agensi kerajaan semata-mata dan mengharap ehsan orang ramai. Di samping itu, insentif ini juga dapat menyediakan keadaan yang lebih selamat kepada kanak-kanak yang terpaksa ditinggalkan sendirian di rumah apabila ibu mereka keluar bekerja sebelum ini. Sebagai rakyat yang prihatin, saya berharap pihak kerajaan dapat mencari penyelesaian dalam isu ibu tunggal ini daripada segi rumah transit serta masalah-masalah yang saya perincikan tadi. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, akhir sekali, dalam kesungguhan kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang terpikul di bahu kita, marilah kita terus berdoa mudah-mudahan Allah yang maha kuasa dan maha pemimpin, memimpin dan membimbing fikiran dan perasaan kita semua tetap sentiasa dijalan yang benar, tetap dijalan yang diredhainya dan sentiasa bermuafakat. Insyaallah, rakyat Perak dan negeri Perak akan terus selamat dan aman, makmur dan maju jaya. Pangkor sekali lagi menyokong dan menjunjung kasih titah ucapan tuanku, Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Nazrin
Muhibuddin Shah Ibni Almahum Sultan Azlan Muhibuddin Shah. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Pangkor. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Keranji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit.
YB PUAN KOO HAAI YEN. Salam sejahtera, Timbalan Speaker, ADUN-ADUN, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan ketua badan berkanun kerajaan, pengarah serta rakan-rakan media dan juga rakyat negeri Perak yang sedang menonton Sidang DUN Perak Live di atas talian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dengan mengisikan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak. Isu pertama yang saya hantar panggil ialah isu Hospital Kampar. Isu ini telah berkali-kali panggil di sidang Dewan sebelum ini, tetapi sampai hari ini tidak ada apa-apa perkembangan. Kali terakhir maklum balas yang diberikan oleh Kerajaan sebelum ini ialah Pejabat Daerah Tanah Kampar telah menyediakan kertas cadangan dan anggaran kos untuk mengambil alih tapak Hospital Kampar yang telah dikenal pasti di Kampung Changkat Baru. Saya juga harap Kerajaan Negeri boleh memaklumkan bilakah Kerajaan Negeri akan meneruskan dengan mengambilkan tanah untuk tapak hospital baru di Kampung Changkat Baru. Saya juga ingin menyeru supaya Kerajaan menyediakan satu bulan ataupun jadual masa untuk membina Hospital Kampar dan bilakah Hospital Kampar akan mula dibina kerana peruntukan hospital baru Kampar telah pun diluluskan di Parlimen dan hospital ini dijanjikan kepada penduduk Kampar sejak 10 tahun dahulu pada tahun 2012. Namun sehingga hari ini, belum ada apa-apa perkembangan baru.
Seterusnya, saya ingin panggil tentang isu banjir di Kampar. Untuk maklumat Dewan, JPS Negeri Perak telah pun menyediakan satu kertas cadangan pada tahun 2020 dengan peruntukan RM10 juta untuk mendalamkan Sungai Keranji dan membina benteng Sungai Keranji untuk menyelesaikan masalah banjir di Kampar dengan menyeluruh. Walau bagaimanapun, Kerajaan sebelum ini tidak meluluskan projek ini dan tidak meneruskan projek ini. Projek 10 tahun RM10 juta ini untuk mengatasi banjir amat penting untuk penduduk Kampar dan saya berharap Kerajaan Negeri akan membuat keputusan untuk meluluskan projek ini dan memperjuangkan peruntukan ini dari Kerajaan Persekutuan. Selain itu, banjir kerap berlaku di Jalan Gopeng berdekatan Maybank. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh memberikan peruntukan untuk menaiktaraf sistem pengaliran di Jalan Gopeng untuk mengatasi banjir di Pekan Lama Kampar kerana isu ini telah berlarutan berpuluh-puluh tahun dan mengakibatkan kerugian kepada penduduk Kampar. Untuk maklumat Dewan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan untuk meneliti semua projek tebatan banjir yang bernilai RM7 bilion secara rundingan terus tanpa proses tender. Kerajaan Negeri Perak boleh menggunakan ruang ini untuk memperjuangkan peruntukan tambahan untuk negeri Perak, untuk menyelesaikan kawasan banjir hotspot, terutamanya di Kampar, Sungai Siput, kawasan Kinta, Changkat Jong, supaya dapat menyelesaikan masalah banjir di negeri Perak.
Baru-baru ini saya juga telah dijemput oleh Sekolah SJK(C) Tung Hon Chendrong bersama dengan Wakil Tualang Sekah dan Kampar. Walaupun sekolah ini bukan di kawasan Dun Keranji, saya turut dijemput sekali. Sekolah ini telah pun mengalami banjir sebanyak 7 kali pada 10 tahun yang lalu dan banyak harta dan bangunan sekolah rosak akibat banjir. Ini kerana Sungai Cendrong yang melalui sekolah tersebut dan juga Kampung Baru Cendrong. Pihak JPS sedang dalam kajian untuk mengenalpasti punca banjir dan sedang menyediakan kertas cadangan dengan peruntukan untuk mengatasi banjir di Kampung Baru Chenderong. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh memandang serius perkara ini dan mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan banjir yang melanda sekolah SJK(C) Tung Hon kerana ia membabitkan keselamatan murid-murid dan guru-guru dan juga harta dan bangunan sekolah.
Timbalan Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkit tentang isu geran di Jalan Station, Kampar. Pada tahun 2020 semasa pentadbiran Pakatan Harapan, 42 notis 5A telah dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal di situ. Walau bagaimanapun, premium yang dikenakan adalah amat tinggi. Ada yang dikenakan sehingga dua puluh hingga tiga puluh ribu ringgit. Ini merupakan satu hebahan yang cukup tinggi kepada penduduk yang telah tinggal berpuluh-puluh tahun di sana dan ia juga amatlah tidak adil kepada mereka kerana mereka seakan-akan dipaksa untuk berpindah keluar dari rumah tersebut jika tidak mampu untuk membayar premium yang tinggi. Penduduk Jalan Station telah mengemukakan rayuan untuk diskaun premium kerana tidak mampu membayar dan mereka telah dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini bahawa diskaun akan diberikan. Namun sehingga kini, tiada apa-apa diskaun yang diberikan dan notis 5A yang dikeluarkan kepada mereka telah pun luput. Saya berpendapat kerajaan negeri boleh mengeluarkan kembali notis 5A kepada penduduk Jalan Station dan sepatutnya memberi diskaun premium 80% kerana penduduk di sana telah tinggal selama 3 atau 4 generasi.
Timbalan Yang di-Pertua, isu lesen penjaja juga menjadi isu hangat di beberapa PBT sebelum ini kerana harga lesen yang dinaikkan secara mendadak. Perkara ini juga berlaku di Pasar Pagi Kampar di mana sebelum ini lesen penjaja pasar pagi dikenakan fee lesen 180 setahun dan pada awal tahun 2022, penjaja dimaklumkan fee lesen penjaja pasar pagi akan dikenakan sehingga RM5 sehari iaitu bersama dengan kenaikan 1000%. Saya berpendapat bahawa kerajaan negeri seharusnya menyelaras kesemua lesen penjaja selaras dengan yang diluluskan oleh MMK sebelum ini di mana penjaja pasar malam atau penjaja pagi dikenakan RM240 setahun dan tiada caj tambahan dikenakan kepada penjaja. Saya berharap Exco PBT boleh meneliti perkara ini dan menyelaraskan fee lesen ke semua penjaja PBT dengan harga yang tidak membebankan penjaja kecil. Timbalan Yang di-Pertua, Dewan ini sedia maklum bahawa konsesi Puncak Emas akan berakhir pada tahun 2023. Saya menggesa supaya kerajaan negeri supaya tidak memanjangkan kontrak Puncak Emas kerana prestasi yang tidak memuaskan. Tambahan pula, konsesi Puncak Emas ini diberikan secara rundingan terus dan bertentangan dengan prinsip tender terbuka yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mana semua kontrak kerajaan harus diberikan secara tenter terbuka dan bukan rundingan terus. Selain itu, saya juga menyeru pihak kerajaan negeri untuk memberi peruntukan tambahan kepada semua PBT untuk pemotongan rumput kerana peruntukan MARRIS yang diperuntukan untuk memotong rumput tidak merangkumi sesetengah tanah lapang dan kawasan yang tidak termasuk di bawah peruntukan MARRIS. Akibatnya, sesetengah rumput yang tidak dipotong oleh Puncak Emas kerana tidak di bawah kawasan MARRIS. Ini menjadikan kawasan ini tempat pembiakan nyamuk dan menyebabkan wabak denggi. Lagipun, Tahun Baru Cina akan disambut pada bulan Januari tahun depan.
Saya harap PBT boleh mendapat peruntukan dari kerajaan negeri untuk menjalankan housekeeping dengan memotongkan rumput bukan di bawah kawasan MARRIS pada bulan Januari. Saya berharap kerajaan negeri boleh memberi perhatian kepada perkara ini kerana ia melibatkan kesihatan dan nyawa penduduk. Timbalan Yang di-Pertua, Perak memang memerlukan satu lapangan terbang antarabangsa yang baru. Kami sedia maklum dari laporan-laporan berita bahawa tanah lapangan terbang yang dikenalpasti di Seri Iskandar telahpun dijual oleh pentadbiran sebelum ini. Namun, ia juga dilaporkan bahawa tanah tersebut belum dipindahmilik kepada syarikat pembeli, di mana hanya deposit saja yang telah dibayar dan tiada apa-apa pembangunan di atas tapak tersebut. Memandangkan hak milik tapak lapangan terbang masih di bawah kerajaan negeri, saya menggesa supaya kerajaan negeri membatalkan perjanjian jual beli yang tidak adil dan dengan izin ialah lopsided agreement dan memulangkan deposit itu kepada syarikat pembeli dan mengambil balik tapak tersebut untuk membina lapangan kapal terbang antarabangsa untuk negeri Perak.
Pada Mei yang lalu, Yang Amat Menteri Besar telah mengumumkan bahawa kerajaan negeri Perak telah bersetuju dengan cadangan membina laluan alternatif ataupun West East Postpain Expressway (WISE) yang akan susur dari Gopeng ke Kuala Kangsar supaya pengguna lebuhraya Utara Selatan tidak melalui Terowong Menora. Saya memahami rancangan WISE dari susur keluar Gopeng melalui Siputeh sebelum keluar di Kuala Kangsar adalah untuk mengurangkan kemalangan dan kesesakan trafik di Terowong Menora tetapi ini hanya dapat menyelesai separuh masalah saja. Ia masih tidak dapat mengerak laluan lebuhraya utara selatan antara Gopeng dan Tapah berdekatan Gua Tempurung yang merupakan kawasan kemalangan yang berbahaya. Selain itu, laluan WISE dari Kuala Kangsar ke Gopeng panjangnya 64km didapati lebih panjang daripada laluan asal Lebuhraya Utara Selatan sepanjangnya 49km. Oleh itu, rancangan semasa WISE adalah kurang munasabah. Saya mencadangkan bahawa laluan WISE dipanjangkan ke Kampar dan keluar di Tapah dan bukan pertama di Gopeng.
Laluan Kuala Kangsar, Siputeh, Kampar, Tapah tersebut dapat menggerak dan mengurangkan risiko kemalangan di dua lokasi iaitu Terowong Menora dan kawasan Gua Tempurung. Lebih lagi, laluan tersebut dapat merangsang ekonomi di pantai-pantai yang berada di daerah Kampar dan Tapah terutamanya dalam sektor pelancongan. Lagipun, kalau laluan dipanjangkan ke Kampar-Tapah, jarak perjalanan tersebut merupakan laluan yang lebih pendek daripada jalan yang asal di lebuhraya Utara Selatan. Oleh itu, pemanjangan tersebut adalah pilihan yang lebih munasabah untuk projek WISE. Saya berharap supaya Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan cadangan untuk menjajar semula laluan WISE supaya ia dapat dipanjangkan ke Kampar dan Tapah. Dengan berbuat demikian, nyawa akan diselamatkan, ekonomi akan dirangsang dan rakyat akan bermanfaat. Sekian sahaja perbahasan saya. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Keranji. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, seluruh Ahli Dewan Negeri, yang dihormati ketua-ketua jabatan, ketua-ketua agensi, wakil-wakil jabatan dan agensi, rakan-rakan media serta seluruh pemerhati di dalam dewan ini dan juga yang berada dalam talian. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker yang memberi peluang dan ruang kepada saya membahas Titah Tuanku. Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini untuk menjunjung kasih di atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istihadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas.
Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Perta serta seluruh Ahli Dewan, saya ingin merujuk Titah Tuanku dan meminta Kerajaan mendengar dan memahami perasaan rakyat dalam pelbagai perkara, khususnya dalam perkara yang akan saya sentuh adalah berkaitan keselamatan makanan. Indeks Jaminan Bekalan Makanan atau Food Security dengan izin menawarkan empat indikator utama iaitu ketersediaan makanan, akses makanan, penggunaan makanan dan kestabilan makanan. Empat indikator ini memberi maksud jaminan keselamatan makanan perlu dilaksanakan dalam konteks setempat iaitu kawasan atau daerah, negeri dan negara. Ketika berlaku krisis makanan, sama ada disebabkan faktor peperangan, wabak, bencana alam atau apa sahaja faktor, maka akan berlaku gangguan atau kerosakan infrastruktur dan komunikasi. Dalam masa yang sama, negara–negara pengeksport makanan akan mengambil sikap menjaga kepentingan negara masing–masing dan akan mengurangkan atau mungkin menghalang eksport makanan ke negara–negara luar. Alternatif kepada penyelesaian masalah tersebut adalah dengan tindakan berkesan pihak kerajaan menawarkan empat indikator jaminan makanan tersebut dalam konteks setempat yang telah saya nyatakan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, serta seluruh Ahli Dewan, pihak kerajaan telah sekian lama menyediakan rizab padang ragut untuk kegunaan awam bertujuan mengembangkan sektor penternakan ruminan bagi maksud melaksanakan indikator yang pertama iaitu ketersediaan makanan atau bekalan makanan.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu berbangkit berkaitan rizab padang ragut dan beberapa saranan kepada pihak kerajaan. Antaranya, difahamkan ada beberapa jawatankuasa padang ragut khususnya di kawasan Manong tidak aktif dan tidak mengusahakan penternakan disarankan kepada pihak kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya jika benar ada jawatankuasa padang ragut yang tidak aktif. Yang kedua, pihak kerajaan diminta memperkasakan jawatan jawatankuasa padang ragut dengan memberi pelbagai latihan kemahiran, menambah peruntukan kewangan, menyediakan kemudahan asas dan bantuan peralatan moden untuk memudahkan operasi padang ragut. Peruntukan dana perlu ditambah kepada pejabat veterinar daerah untuk membangunkan padang ragut. Yang ketiga, pihak kerajaan perlu menggalakkan peserta untuk menjadikan padang ragut sebagai tempat pengoram bahan makanan haiwan seperti penanaman rumput napier, jagung tenakan, ketum ayam, ubi dan sebagainya untuk dijadikan input bagi menghasilkan dedak, silaj dan sebagainya. Ini menjadikan kos sumber makanan haiwan menjadi murah kerana tidak lagi bergantung kepada sumber import. Selain itu, ia juga boleh menjadi sumber ekonomi peserta yang terlibat. Yang keempat, pihak kerajaan perlu menghalang jika ada usaha-usaha mana-mana pihak yang cuba menukar status rizab padang ragut kepada lot kediaman atau perumahan dan jika ada tanah rizab padang ragut yang telah ditukar kepada lot kediaman atau perumahan, maka perlu diganti semula dengan kadar tidak kurang dari jumlah yang ditukar atau diambil.
Status rizab padang ragut perlu dikekal sebagai grazing ground dengan izin seperti yang termaktub dalam warta gezet kerajaan. Yang kelima, pihak kerajaan perlu menggalakkan penyertaan aktif agensi kerajaan dan swasta untuk memperkasakan padang ragut melalui perlaksanaan pelbagai program dan insentif yang bersesuaian. Contoh agensi yang boleh dilibatkan adalah seperti Jabatan Pertanian, RISDA, MARDI, SADC, Agrobank dan lain lain. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta seluruh Ahli Dewan, tanah mempunyai kepentingan dan nilai yang tinggi dalam aktiviti kehidupan manusia. Isu tanah terbiar jika tidak diurus dengan baik dan berkesan akan memberi kesan negatif kepada sistem sosial, ekonomi dan politik. Terdapat pelbagai ketegori tanah terbiar yang perlu diurus dengan baik oleh pihak kerajaan dan agensi kerajaan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menyarankan kepada pihak kerajaan supaya memberi anugerah tanah kepada golongan B40 yang masih tidak mempunyai tanah. Kepada golongan belia, kerajaan dan agensi kerajaan perlu memberi peluang dan kemudahan serta insentif untuk mereka membangunkan tanah terbiar. Usaha ini perlu dilakukan sungguh, sungguh supaya dapat memberi keselesaan hidup kepada seluruh rakyat. Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, dianggarkan populasi dunia akan menjadi 9.7 bilion pada tahun 2050 menurut Pertubuhan Makanan Pertanian (FAO). Ini bermaksud pengeluaran makanan dunia perlu meningkat sebanyak 70% untuk memenuhi permintaan penduduk global pada tahun tersebut.
Banyak kajian menunjukkan bahawa dunia sedang mengalami defisit ekologi. Kawasan Manong yang disempadani Sungai Perak sangat berpotensi untuk dikembangkan ternakan akuakultur air tawar dengan menggunakan teknologi moden. Ternakan industri akuakultur ini perlu dilakukan secara berskala besar supaya maksud jaminan makanan dapat dicapai. Pihak kerajaan boleh menjadikan kawasan Manong sebagai pusat akuakultur berteknologi tinggi dan berskala besar di negeri Perak. Penduduk kawasan Manong khususnya petani dan pekebun juga menghadapi masalah berdepan dengan musuh-musuh tanaman seperti kera dan khinzir. Menurut aduan mereka hanya mampu memperolehi 30 hingga 50% sahaja hasil tanaman mereka. Selebihnya telah dimakan atau dirosakkan oleh musuh-musuh tanaman tersebut. Situasi ini menggugat pendapatan mereka adalah disarankan kepada pihak kerajaan untuk memberi perhatian serius dalam perkara ini untuk mengawal musuh-musuh tanaman tersebut. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, serta seluruh Ahli Dewan, pelancongan rekreasi merupakan antara bentuk aktiviti pelancongan yang popular. Ia mampu menjana ekonomi penduduk setempat di samping menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Mutakhir ini, tren pelancongan lebih menjurus untuk pelancong memilih destinasi yang menawarkan pengalaman percutian yang menarik, unik dan kreatif destinasi pilihan, kebiasaannya berasaskan alam semula jadi yang lebih menyegarkan. Kegemaran masyarakat hari ini untuk update status media dengan izin, update media sosial untuk berkongsi keseronokan menyebabkan pelancong memberi sesuatu yang unik dan indah untuk dirakam dan ditularkan di media-media sosial.
Destinasi impian pelancong juga menjadi pilihan yang menawarkan peluang untuk aktiviti rekreasi seperti mendaki, menggembara hutan, berkhemah dan berkayak, lebih menarik tren percutian secara camper van, motorhome dan glamping sudah menjadi sudah mula menarik minat masyarakat. Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi saranan kepada pihak kerajaan negeri supaya dapat membuat plan perancangan dan tindakan yang tersusun untuk membangunkan pelancongan rekreasi di kawasan Manong yang mengandungi lima lokasi lata dan empat tempat pendakian yang menarik. Saya namakan lokasi-lokasi tersebut lima lata tersebut iaitu pertama Hutan Lipur Ulu Kenas yang kedua Lata Jeliang yang ketiga Lata Pecah Batu yang keempat Lata Goar yang kelima Lata Ulu Piol dan empat tempat pendakian pertama Gunung Bubu yang kedua Bukit Lubuk Kolam Jeliang yang ketiga Bukit Pecah Batu dan yang keempat Bukit Ulu Piol. Lembangan Sungai Perak merupakan antara sebelas lembangan sungai yang ada di Perak dan merupakan lembangan yang terbesar iaitu dengan keluasan 14,900 kilometer persegi. Lembangan sungai Perak melalui kawasan Manong sangat berpotensi untuk dijadikan sukan air secara tahunan. Kerajaan diminta menganjurkan dan menjenamakan semula sukan air ini dan dipromosikan di pameran-pameran pelancongan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, pihak kerajaan juga perlu memberi insentif kepada pemain-pemain industri pelancongan supaya perkembangan sektor pelancongan ini bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Menyentuh Titah Tuanku berkaitan komunikasi digital yang berkualiti. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta seluruh Ahli Dewan, pengguna internet telah menjadi keperluan asas dan utama semua lapisan masyarakat untuk melakukan pelbagai transaksi, aplikasi dan komunikasi. Para peniaga dan golongan pelajar, khususnya golongan muda, sangat bergantung kepercapaian internet. Namun ianya terhalang apabila tahap capai internet di kawasan Manong masih lemah dan tidak menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar. Sekaligus ia merencatkan kegiatan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar yang sebenarnya mereka adalah penyumbang kepada kepesatan jalinan ekonomi di bandar-bandar. Jumlah 11 menara atau struktur telekomunikasi 4G yang ada di kawasan Manong sangat tidak mencukupi, ditambah pula dengan tahap jangkauan liputan 4G tidak sejauh liputan 3G yang telah ditutup. Kelajuan purata 4G di Perak hanya mencapai 33.65 Mbps, manakala liputan 5G setakat ini hanya melibatkan 11% penduduk di kawasan Lembah Kinta atau disebut sebagai wilayah Greater Ipoh. Jika dibandingkan dengan negara jiran, Singapura mendapat purata kelajuan internet jalan lebar dengan kelajuan 255.83 Mbps, Thailand dengan kelajuan jalur lebar mereka 225.17 MP, manakala Malaysia pula hanya 107.55 Mbps. Di Perak, capaian 4G telah meningkat pada tahun ini kepada 92.1%, kita sedang menuju kepada menaik taraf di semua kawasan kepada capaian 5G tetapi di sana membuat kita hairan, capaian 4G yang dikatakan telah hampir mencapai 100% namun di kawasan Manong masih terdapat banyak lokasi capaian dan kelajuan internet yang sangat lemah bukan lagi 4G atau 3G atau 2G bahkan langsung tidak ada G, jauh sekali ke arah 5G.
Saya menyarankan kepada kerajaan untuk menambah menara atau struktur telekomunikasi di kawasan Manong bagi mengatasi masalah capaian dan kelajuan internet yang lemah melalui dana dan persetujuan daripada pihak kerajaan, pihak agensi setempat telekomunikasi Perak ataupun OSA Telco Perak bersama urusetia pusat setempat OSC dan syarikat-syarikat deployment partner boleh merancang dan menjalankan usaha-usaha menambah struktur telekomunikasi di kawasan Manong. Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta seluruh Ahli Dewan, kawasan Manong juga kaya dengan pelbagai warisan, budaya dan tradisi yang sangat bernilai. Manong juga mempunyai banyak lokasi yang menarik bagi tujuan penggambaran filem, drama dan sesi fotografi. Nilai estetika yang tinggi yang ada di kawasan Manong perlu dijaga dan diwarisi khususnya kepada golongan muda. Berdasarkan geografi dan warisan yang wujud, Manong berpotensi menjadi pusat pameran, penghasilan dan penerbitan karya kreatif. Justeru itu, saya menyarankan kepada pihak kerajaan agar memujudkan perkampungan seni dan budaya rakyat di kawasan Manong yang menjadi pusat segala kegiatan seni, budaya dan karya kreatif. Industri kreatif di negara ini perlu mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa.
Satu pelan induk perlu dirangka dengan menggabungkan kepakaran pelbagai pihak seperti kerajaan, penggiat seni, syarikat produksi, universiti dan agensi kerajaan bagi melakukan kajian dan pembangunan R&D supaya hasrat mewujudkan perkampungan seni dan budaya rakyat dapat dicapai. Dalam masa yang sama, minat anak muda semakin tinggi untuk menjadi tiktoker, gamer dan youtuber dengan izin secara sepenuh masa dan sebagai kerjaya untuk menjadi menjana pendapatan dengan penghasilan kandungan kreatif. Kerajaan diminta untuk memberi latihan, kefahaman dan kesedaran kepada anak muda Perak supaya kandungan kreatif yang dihasilkan menepati adat dan budaya tempatan dan tidak bertentangan dengan nilai agama dan norma kehidupan. Bentuk pimpinan yang diberi perlu mengambil kira soal silang budaya dan agama supaya kaum belia dalam Negeri Perak dapat memahami budaya kaum lain dan dengan itu kandungan kreatif yang dihasilkan tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama lain. Akhirnya, masih tidak terlewat saya untuk saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kerana berjaya membentuk kerajaan melalui perkahwinan yang sah. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ketua Pembangkang dan seluruh barisan Exco Kerajaan Negeri. Tidak lupa juga tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi Perikatan Nasional walaupun kami tidak dapat membentuk kerajaan tetapi Alhamdulillah kami menang bergaya iaitu gabungan parti yang mendapat jumlah kerusi terbanyak. Maaf jika ada terkasar bahasa dan terlajak kata. Akhirnya, Manong menjunjung kasih dan mohon menyokong Titah Tuanku. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Yang Berhormat Manong. Seterus dijemput yang berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan pada hari ini, dipersilakan.
Terima kasih. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah rabbi alamin. Salatu wa salam ala asrakil anbiya wa ala alihi wa sahbihi ajmaeen. Qala rabbi israali sadari, wa yasir li amri wa hulul undatan min li sania mi qawli, la khawla wa la quwwata illa billahil azim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan. Salam persidangan daripada saya hulurkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, semoga kehadiran kita membawa mandat daripada rakyat dan dikira ibadah oleh Allah SWT. Alhamdulillah. Lebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas ke atas perlantikan semula Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang Berhormat Timbalan yang di-Pertua, untuk merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian di dalam perbahasan menyunjung titah kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum, Sultan Azlan Muizzudin Shah Almaruhumlah, sempena Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Saya juga ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas titah yang mendasari denyut nadi sekelian rakyat Negeri Perak, Tuanku Sultan sebagai payung rakyat sentiasa mengambil berat serta memikirkan kemasalahatan rakyat Perak akan sentiasa dipelihara dan terbela.
Timbalan yang di-Pertua, selalu saya berada di gelanggang bola sepak, hari ini berada di gelanggang Dewan Negeri, Dewan yang mulia ini, jadi saya tahu bahawa fungsi Dewan yang mulia ini ya, harus dilihat secara holistik dan menyeluruh untuk menyelesaikan dan meluluskan pelbagai perkara-perkara yang disyorkan dan dibangkitkan dalam Dewan. Saya melihat bahawa sebagai Yang Berhormat saya melihat supaya ada setengah perkara yang telah kita bangkitkan dalam Dewan ini, hampir berpuluh-puluh tahun tidak dapat diselesaikan dan ini juga dilihat supaya kita tidak mahu dilihat sebagai satu yang retorik dan juga tidak mahu dilihat sebagai memberi pandangan dengan teori-teori yang mulut-mulut tetapi tiada penyelesaian. Saya berharap supaya Dewan yang mulia ini harus diperkasakan dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya lihat berkaitan dengan apa sahaja yang dikatakan sewaktu saya berada di sini saya lihat adalah setengah ini adalah perkara-perkara yang lama berkaitan dengan tadi dibangkitkan berkaitan dengan tanah, pencerobohan tanah secara berluas-luasa, berkaitan dengan, ada isu-isu berkaitan dengan tanah rezab Melayu, perbagainya. Ini adalah perkara-perkara yang lama yang masih lagi tidak dapat diselesaikan. Jadi saya harap dalam ucapan saya pada hari ini saya rasa kita dapat menyelesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan.
Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian, Tuan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua,
Mohon celahan. Terima kasih Ayer Kuning ya, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, sebab YB kita ini bekas pemain bola sepak yang hebat. Jadi saya pun ada masalah padang bola sepak di Alor Pongsu. Jadi kompleks sukan di Bagan Serai di DUN Alor Pongsu sudah dua kali. Yang pertama kali buat bar 6, bar 6 betul MDK ya. Bar 6. Track ada enam saja. Sekarang alhamdulillah kali kedua buat baru dapat Bar 8. Maksudnya Olympic size. Tapi malang sekali padang bola sepak di kompleks sukan itu dah dua kali jadi gajah putih. Kali ini, diserah oleh KBS kepada Majlis Daerah Kerian dia serah saja padang bola sepak kami boleh tengok saja. Penuh dengan duri semalu dikatakan rumputnya tak ikut spek. Jadi saya harap kerajaan negeri dapat tengok benda ini jangan jadi gajah putih. Terima kasih Ayer Kuning.
Ok YB, saya rasa Exco boleh jawab berkaitan dengan masalah ini. Begitu juga berkaitan dengan Ayer Kuning juga akan bangkitkan berkaitan dengan padang bola ini. Tuan Timbalan Yang Dipertua, meniti Pasca Pilihan Raya Umum Keempat Belas, Malaysia telah berdepan dengan kepimpinan politik yang tidak stabil di peringkat pusat dan di Negeri Perak. Juga tidak ketinggalan terkena tempias situasi tersebut akibat overpolitic thinking, dengan izin dan natijahnya sektor ekonomi menjadi muram. Ditambah dengan kejatuhan nilai matawang ringgit yang menggugat ekonomi rakyat secara amnya yang mengakibatkan kemasukan pelabur ke pelbagai sektor terbantut serta ada pemain industri telah berhijrah ke haluan yang lain, ke negara yang lain. Keadaan yang tidak menentu cuba dinoktahkan dengan Pilihan Raya Umum Kelima Belas baru-baru ini. Namun, keputusan di Negeri Perak sekali lagi membawa kepada satu lagi situasi yang tidak menentu dan menginsafi agar kejadian lama tidak berulang, maka Negeri Perak telah pantas menubuhkan sebah kerajaan demi memastikan keberlangsungan kepentingan rakyat harus terpelihara.
Bagai buduk, bagai biduk berlalu kiambang bertaut, kita seisi Dewan tidak kira sebelah sini atau sebelah sana harus mengenepikan pelbagai perbezaan dan menyatukan pengalaman serta buah fikiran kita demi rakyat Perak yang dikasihi serta menjunjung titah hasrat Paduka Sultan Perak yang mahu semangat keteragungan, dengan izin dan saling menghormati antara kaum dan agama di negeri ini. Jadi berkaitan dengan keadaan ataupun peristiwa PRU yang Keempat Belas dan dalam Dewan yang mulia ini, saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat semua supaya kita memperkenalkan budaya altrisme iaitu budaya yang mana kita semua mesti bersama-sama untuk memastikan supaya kita berkewajipan menyatakan perkara yang baik dan berkelakuan baik demi kepentingan atau demi kepentingan orang-orang lain. Saya amat berharap agar kita Ahli-ahli Yang Berhormat dapat berfikiran yang lebih matang dan berprinsip pada mahu untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat serta memainkan peranan yang lebih terbuka bagi Ahli-ahli Yang Berhormat dan kita punya tanggungjawab yang besar serta Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang harus memainkan peranan sebagai pihak semak dan imbang dan juga menegur kerajaan serta turut sama menyumbang idea kerana kita telah diberi mandat untuk rakyat untuk membina negara yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang. Kita ibarat aur dengan tebing, perlu dan amat memerlukan antara satu sama lain.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Islam sebagai Agama Persekutuan. Perkara 3(1) dalam Pelembangan Malaysia agama-agama lain masih boleh diamalkan dan diberi perlindungan di negara kita. Pada kesempatan ini juga saya ingin menjunjung titah Padu Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang menyentuh berkaitan dengan sifat Islam sebagai rahmatan alamin iaitu rahmat bagi keseluruhan alam. Saya ingin mengesyorkan agar kerajaan memperkasakan institusi pentadbiran Agama Islam di Negeri Perak dengan membawa anjakkan profesional dalam bidang di dalam pentadbiran masjid di Negeri Perak. Saya mengesyorkan supaya institusi- institusi sama ada masjid dan surau ini bebas daripada politik. Kita lihat bahawa kita perlu melihat dan perlu memberi penekanan yang lebih penting kerana sejajar dengan Islam sebagai Agama Persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan negara maka di dalam Dewan yang ini kita mesti meletakkan Islam sebagai perkara yang paling pokok sekali untuk kita bicarakan dan kita mesti letakkannya di atas apa apa juga saja yang ingin kita bincangkan. Itu sebabnya pada hari ini saya lihat bahawa...
Mohon laluan Ayer Kuning. Saya tertarik berkenaan dengan masjid. Jadi bagi kami akur dengan titah Tuanku tidak boleh untuk berada, berucap dan sebagainya di masjid dan surau. Cuma pada pandangan YB, apakah peranan YB-YB sebagai wakil rakyat yang boleh kerajaan ketengahkan untuk memperkasakan peranan YB ini kepada masyarakat melalui masjid dan surau?.
Terima kasih Yang Berhormat. Lanskap politik di dalam negara kita telah berubah. Selepas PRU Keempat Belas banyak perubahan landskap politik di dalam negara kita yang melibatkan berbagai perkara. Perkara yang melibatkan berkaitan dengan hal-hal agama Islam ini amat sensitif dengan kita. Kita tidak mahu supaya kita sebagai orang Islam dilihat membawa kepada elemen-elemen supaya kita ada berkaitan dengan perbalahan-perbalahan yang melibatkan terutama kita sebagai ahli-ahli politik. Justeru itu sebab itulah saya mengesyorkan di dalam Dewan yang mulia ini supaya institusi masjid dan surau ini diurus tadbir oleh orang-orang yang professional. Bebas daripada politik kerana kita mahu mengangkat masjid dan surau ini ke peringkat yang lebih tinggi. Kita tidak mahu dilihat supaya ada permainan-permainan politik yang timbul berbagai-bagai perkara yang boleh...
Mohon laluan. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya tertarik kepada apa yang yang utarakan oleh Ayer Kuning. Setuju tak Ayer Kuning jika saya mengatakan apakah, boleh tak kerajaan memikirkan untuk meletakkan para astatizah untuk mengajar di masjid secara tetap? Maknanya kita, Jabatan Agama Islam, mungkin pihak kerajaan boleh mengajikan para astatizah secara, orang kata tetap. Maksudnya setiap masjid ada astatizah sama ada para ustaz ataupun para ustazah kita yang kembali daripada luar negara untuk mengajar secara tetap di masjid supaya rakyat kita di mukim-mukim dapat direct dapat secara terus ilmu daripada para Asatizah. Setuju tak, Ayer Kuning?
Saya setuju, saya setuju tetapi tidak ada unsur politik. Mestilah yang diurus-tadbirkan adalah orang yang profesional. Orang yang profesional ni maknanya dia takde hubungkait dengan mana mana parti. Kita berilah, kita letakkan dia sebagai sesuatu kepentingan kepada keseluruhan dan kita bersama-sama, sama ada kita dalam pelbagai politik ini mesti bersama-sama mengimarahkan supaya masjid dan surau ini memainkan fungsi yang lebih menyeluruh. Itu sebabnya di dalam Dewan yang mulia ni juga saya mencadangkan supaya, supaya Pengerusi Masjid atau pun imam-imam diberi setimpal atau pun dijadikan sebagai profession yang menjadi satu profession atau pekerjaan yang menjadi minat pada golongan-golongan orang-orang muda. Khususnya berkaitan dengan tangga gaji. Saya diberitahu pada saya ada setengahnya tangga gaji baru RM850 imam. Jadi kalau RM850 imam mana mungkin anak-anak muda yang mahu menyara hidup gaji minimum pun RM1500 dan kita mesti melihat bahawa kita mesti meletakkan kalau kita mahu meletakkan bahawa Islam sebagai agama Persekutuan tadi kita mesti mengangkat berkaitan dengan hal-hal Islam ini di atas dan saya syorkanlah kita mungkin Majlis Agama Islam bersama dengan Kerajaan Negeri boleh membuat kajian menyeluruh berkaitan dengan mahu memperkasakan institusi Islam atau pun khususnya kepada masjid dan surau.
Itu sebabnya saya juga lihat dan juga saya tertarik berkaitan dengan ada satu perkara, ada satu program yang telah pun diihamkan lama iaitu kita ada hampir 700 masjid dan ada di kalangan mereka telah memberi idea supaya mewujudkan koperasi masjid. Ada 700 masjid di dalam Negeri Perak ini diwujudkan koperasi supaya mereka dapat menjana ekonomi melalui koperasi ini tadi dengan menggabungkan keseluruhan 700 masjid tadi dan hasil daripadanya mereka boleh menggajikan imam-imam atau pun pengerusi yang saya nyatakan tadi. Kita perlu melihat supaya ada profesional yang mengurus-tabirkannya. Kita kena lihat daripada persepsi yang lebih jauh lagi kita mahu supaya agama Islam kita ini dapat diperkasakan pada masa-masa yang akan datang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Saya ada 4 minit lagi, takpe sekejap boleh. Sila. Sila, satu minit ya boleh.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya soalan kepada Yang Berhormat Ayer Kuning berkaitan dengan Jawatankuasa Masjid. Saya sangat setuju supaya masjid tidak ada politik kan, ceramah dan sebagainya. Tapi apakah jaminan yang boleh diberi oleh Yang Berhormat atau pun Kerajaan Negeri Perak berkaitan dengan jawatankuasa masjid? Sejauh mana jaminan yang boleh diberi oleh kerajaan, Jawatankuasa masjid ini bebas daripada campur tangan orang politik? Banyak kes menunjukkan bahawa jawatankuasa masjid ini berebut-rebut untuk menjadi jawatankuasa masjid dan terpaksa menggunakan kabel Yang Berhormat untuk menjadi jawatankuasa masjid. InsyaAllah. So, bagaimana jaminan supaya jawatankuasa masjid bebas daripada politik?
Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin ada mekanisme yang akan diperhalusi oleh Yang Berhormat yang menjaga hal ehwal agama. Cuma saya menyatakan dalam Dewan yang mulia ini berkaitan dengan untuk memperkasakan institusi ini.
YB lagi tiga minit ya.
Tuan Yang di-Pertua. Tahniah Tuan Yang di-Pertua. Sejak dahulu lagi, sukan sentiasa dekat di hati rakyat. Jadi saya juga mahu dalam Dewan ini supaya sukan dijadikan budaya dalam kehidupan. Sukan juga boleh memupuk perpaduan di kalangan kita. Sebenarnya sukan sebagai budaya itu telah pun di implement oleh orang dahulu. Mereka dahulu. pemimpin dahulu tapi tidak menjadi. Saya tak tahu ada sebab dan kenapa dan harus juga dilihat perkara yang penting kerana sukan cukup penting untuk memupuk. Bukan sahaja menjadikan kita sihat tetapi juga memupuk supaya kita juga dapat bersama-sama untuk membangunkan negara dalam sukan. Sukan juga boleh menjadikan satu atau pun boleh juga dikatakan supaya dapat juga memakmurkan negara kita ini. Sejak dahulu lagi, sukan sentiasa dekat di hati rakyat dalam kehidupan seharian. Pada hari Ahad yang lepas, kita telah menyaksi perlawanan akhir Bola Sepak Piala Dunia antara Argentina dan Perancis. Di kawasan saya, kita telah memasang sebuah layar besar bagi memberi peluang orang ramai menonton perlawanan tersebut dengan lebih meriah. Hasilnya, kita dapat melihat ramai orang pelbagai latar belakang tidak kira agama mahupun bangsa hadir. Malah saya jamin ia mencapai jutaan orang jika kita gabungkan kehadiran di semua tempat di seluruh negara. Kerana ini ternyata bukti kukuh sukan adalah ejen perpaduan rakyat.
Ayer Kuning. Manjoi, Ayer Kuning. Terima kasih kekanda saya. Speaker, terima kasih kepada kekanda Ayer Kuning. Saya tertarik dengan Ayer Kuning ni sebab Ayer Kuning dari dulu lagi kami kawan baik dan memang saya akui beliau jaguh bola sepak negeri dan negara. Saya ikuti perkembangan beliau hingga hari ini. Hari ni kami jumpa di dalam Dewan. Saya ingin berikan satu soalan kepada Ayer Kuning berkenaan bola sepak. Bola sepak Perak ini cukup digeruni pada era 80an dan 90an. Tuan-tuan pun ikuti perkara ini. Mana tidaknya sentiasa ada bakat-bakat baru dan bakat-bakat muda yang diketengahkan sehingga ada yang menjadi nadi kepada pasukan Malaysia. Namun pada hari ini, saya nak bertanya kepada Ayer Kuning, bolehkah Ayer Kuning bersetuju dengan saya untuk Kerajaan Perak kita betul-betul serius? Memastikan tunas atau pun bakat-bakat muda anak-anak perak ini perlu digilap betul-betul? Supaya Perak ini menjadi sebuah negeri yang betul-betul melahirkan tokoh-tokoh bola sepak negara yang pernah berlaku di zaman Ayer Kuning dulu. Adakah Ayer Kuning bersetuju dengan pandangan Manjoi?
Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi. Bola sepak ini harus diperkasakan kerana kita telah melahirkan ramai pemain-pemain bola sepak yang hebat daripada Perak bermain untuk pasukan negara dan akhirnya ada juga setengahnya kita telah pun membawa kejayaan-kejayaan kepada negeri dan negara. Jadi saya lihat bahawa, fasiliti sukan khususnya mini-mini stadium. Kalau kita tidak ada stadium pun…
Yang Berhormat, masa sebenarnya dah habis tapi boleh nak landing ya.
Saya mencadangkan supaya fasiliti sukan yang lengkap. Kalau tak ada dapat stadium pun, mini stadium pun cukup di setiap daerah. Macam contoh daerah saya, tak ada mini stadium. Lepas tu pulak, kita tak ada satu balapan. Kalau budak sekolah nak pergi menyertai pertandingan yang lebih kompetitif di peringkat negeri dan juga negara. Kita terpaksa daripada Tapah, terpaksa pinjam pergi ke Teluk intan dan Tanjung Malim. Daif sangat Tapah. Jadi kita syor, bukan saja-saja nak. Saya mengesyorkan supaya kita lihat supaya ini adalah keperluan-keperluan yang penting. Fasiliti-fasiliti penting untuk kita seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Supaya kita melahirkan atlet-atlet yang boleh membangunkan negara pada masa-masa yang akan dating kerana sukan sekarang juga dapat dijadikan satu kerjaya. Kalau main bola sepak zaman saya dulu, gaji berapa sangat? Sekarang gaji dah hampir puluh puluh ribu sebulan. Saya yakin dan percaya dalam 10 tahun lagi gaji seorang pemain bola sepak hampir RM100 ribu sebulan dan itu sebabnya pada hari ini kita perlu melahirkan superstar. Bola sepak perlu melahirkan superstar. Jadi kita juga perlu melahirkan superstar di dalam Dewan ini dan kita yakin bahawa kita ada superstar kita, iaitu Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita daripada Kota Tampan. Kalau kita tak ada star, mungkin kita susah untuk mencapai kejayaan. Terbukti pada Perlawanan Piala Dunia. Argentina ada star, Messi. Dulu Brazil ada Pele', kita dulu zaman kita hebat dulu ada Soh Chin Ann, ada Mokhtar Dahari. Negeri kita dulu ada Azizul Abu Hanifah. Semua itu superstar. Superstar inilah yang menjadikan kita menjadi johan, juara. Dalam Dewan yang mulia. Kita mesti ada superstar. Kerana kita mahu mencapai kejayaan untuk mensejahterakan rakyat pada masa-masa yang akan datang.
Tuan-tuan, puan-puan yang saya hormati sekalian, sedikit lagi berkaitan dengan tempat saya. Tempat saya dulu ada satu padang golf. Mula mula 9 lubang. Lepas itu jadi 18 lubang. Sekarang di Bidor di dalam kawasan Ayer Kuning, tak ada padang golf dah. Tak ada lubang. Tak ada lubang. Jadi saya dalam Mesyuarat Tindakan Daerah baru lagi, Dato' Yang di-Pertua, saya minta maaf, Dato' Yang di-Pertua ya, saya tanya kepada pentadbir pada ketika itu, kawasan ini masih lagi tidak diberi geran kepada sesiapa. Masih lagi boleh dikatakan ada sebahagiannya tanah kerajaan, ada sebahagiannya tanah persekutuan. Jadi saya di dalam Dewan yang mulia ini, kita nak angkat sikit Dewan ini supaya Dewan ini dapat diperkasakan, supaya padang golf ini kembali semula dapat diwujudkan di Bidor kerana ia akan menjadi satu tarikan bukan sahaja kepada penduduk tempatan, tetapi juga kepada orang-orang yang di luar, nak main golf di Perak. Kalau kita nak main golf di kawasan daerah Batang Padang, tak ada. Kita terpaksa pergi ke Teluk Intan dan kita terpaksa daripada Tanjung Malim terpaksa pergi ke Lembah Beringin. Jadi saya cadangkan, tolonglah dalam Dewan yang mulia ini supaya diwujudkan kembali semula padang golf di Bidor, di Kampung Serentak. Jadi berkaitan dengan masalah lalu lintas yang cukup menjadi viral adalah lalu lintas atau pun kesesakan lalu lintas di Pekan Tapah. Wah cukup. Hari-hari masuk. Jadi haruslah dilihat bahawa ia juga merupakan keutamaan untuk kita menyelesaikan berkaitan dengan kesesakan lalu lintas ini. Jadi terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua, beri masa sedikit kepada saya. Terima kasih kepada semua. Selamat berkenalan. Saya mohon ampun dan maaf. Ayer Kuning menyokong titah Ke Bawah Duli Tuanku. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning. Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan 20 minit. Terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera dan selamat petang. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah Rabbil Alamin. Wa salatu wa salamu ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sahbihi ajmain. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan kepada Titi Serong. Seterusnya Yang Dihormati Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan. Rasanya masih belum lewat untuk saya ucapkan tahniah atas pelantikan. Seterusnya Yang Dihormati Yang Berhormat Semanggol selaku ketua bagi blok pembangkang. Seterusnya sahabat-sahabat Yang Berhormat daripada blok pembangkang dan juga daripada blok kerajaan, ketua pengarah, media dan juga sahabat-sahabat yang menonton secara live. Dato' Yang di-Pertua, sebagai bicara awal perbahasan saya pada sesi ini izinkan saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih buat semua pengundi yang mengambil bahagian pada Pilihan Raya Umum 15 baru-baru ini terutamanya buat para pengundi dan pengundi muda di Titi Serong.
Tahniah dan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan buat saya mewakili Titi Serong dan sahabat-sahabat yang mewakili 26 kerusi daripada Perikatan Nasional. Dato' Yang di-Pertua, Titi Serong menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dan Titi Serong tertarik dengan Titah Diraja Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang menyeru kita mengambil berat soal kesejahteraan rakyat. Untuk membina negara yang makmur ianya sangat bertepatan dengan firman Allah SWT, Surah Al Hud Ayat 117 yang berbunyi (ayat Quran) yang bermaksud dan tuhanMu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri. Berdasarkan ayat Al Quran sebentar tadi kita bertanggungjawab untuk memastikan kemakmuran dan kedaulatan negara kita yang cintai ini agar sentiasa terjamin dan terpelihara daripada segala bentuk kerosakan. Dato' Yang di-Pertua kita bersyukur Malaysia masih dikekalkan dengan nikmat keamanan dan kemakmuran sehingga kini namun kita harus berwaspada dan perlu berusaha keras supaya cabaran globalisasi tidak membuka ruang kepada kegiatan baharu yang mencemarkan kedaulatan negara yang kita cintai ini. Dalam menilai sebuah kemakmuran banyak peranan yang perlu diberikan perhatian. Golongan muda atau belia ini adalah merupakan aset penting yang perlu difokuskan dan diberikan perhatian demi untuk mencapai kemakmuran. Dato' Yang di-Pertua menurut laporan Sosio Ekonomi Perak 2020, nilai KDNK menyusut pada 2.3% berbanding tahun sebelum-sebelumnya.
Walaubagaimanapun sektor pertanian merekodkan pertumbuhan pada kadar 1.4%. Ini menunjukkan sektor pertanian merupakan di antara sektor yang penting di Malaysia di mana ia menyumbangkan kepada KDNK dan juga menyumbang kepada sektor pekerjaan. Jika dilihat kepada prestasi pertumbuhan sektor pertanian di Perak ia meningkat dan menunjukkan signifikasi kesediaan para belia untuk menceburkan diri di dalam sektor pertanian. Oleh itu, langkah untuk mendorong anak-anak muda dan belia ini terlibat dalam sektor pertanian sangatlah penting kerana ia adalah merupakan peluang keemasan untuk mengurangkan kadar pengangguran belia yang mana pada hari ini telah mencatatkan penambahan 3.8% iaitu seramai 42,700 orang daripada jumlah keseluruhan di Negeri Perak pada April 2022. Untuk pengetahuan, kadar pengangguran di Perak menyumbang kepada kira kira 6.58% daripada kadar pengangguran keseluruhan negara.
Saya kongsikan di sini beberapa fakta kadar pengangguran yang kini kian meningkat. Ketika negara berjaya melahirkan seramai 259,000 orang graduan pada tahun 2018 jumlah peluang pekerjaan yang berjaya dicipta dalam sektor swasta pada tahun yang sama hanyalah 101,000. Kita lahirkan pula pada tahun 2019 386,000 orang graduan tetapi pekerjaan yang kita wujudkan hanya 103,000 peluang dan pada tahun 2020, kita lahirkan seramai 294,000 orang graduan tetapi pekerjaan yang kita cipta hanya 73,000 dan pada tahun 2021 jumlah graduan yang kita berjaya lahirkan adalah seramai 286,000 orang namun pekerjaan yang kita wujudkan hanyalah 69,500. Dato'
Yang di-Pertua, hal ini menunjukkan trend, tawaran, peluang pekerjaan yang tidak mencukupi untuk menampung lambakan graduan baharu setiap tahun. Ini belum ditambah dengan jumlah anak-anak muda luar bandar yang tidak menyambung pelajaran serta golongan belia pertengahan yang kehilangan tempat kerja terutamanya apabila berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang lalu. Justeru itu dengan pemerkasaan sektor pertanian kepada golongan belia ini ia mampu menjadi alternatif buat anak muda Negeri Perak untuk menjana ekonomi sekaligus membina masa depan yang lebih baik buat diri mereka dan juga keluarga. Dato' Yang di-Pertua, agenda memperkasakan dengan izin Program Technical and Vocational Education and Training ataupun diberi nama TVET mampu untuk menjadi faktor pemulih ubah yang akan membentuk tenaga kerja belia berkemahiran tinggi. Program ini perlu diperluaskan khususnya dalam sektor pertanian dan industri asas tani.
Di Kerian sebagai contoh atau lebih spesifiknya di Parit Buntar, menurut peruntukan RFN ketiga berkaitan ZPP di Negeri Perak, Pusat Katalis Parit Buntar memfokuskan kepada pertanian dan industri asas tani tetapi IPT atau TVET di Kerian hanya menyediakan kursus dan kemahiran di luar konteks pertanian dan industri asas tani. Ini sebenarnya menyebabkan penglibatan anak muda untuk membangunkan pertanian lebih sukar kerana asas pembelajaran akademik mereka tidak mendapat peluang berada di dalam kawasan mereka. Oleh itu, Titi Serong berpendapat ada baiknya jika pihak kerajaan berusaha untuk mewujudkan program penting ini di daerah Kerian terutamanya di Parit Buntar kerana Kerian merupakan pusat pertanian sawah padi yang merupakan makanan asasi kita semua. Tambahan pula kerajaan Perak telah melancarkan Pelan Tindakan Sekuriti Makanan maka sebaiknya saranan ini diberikan perhatian yang serius.
Selain itu, Titi Serong juga mencadangkan agar program latihan yang mengutamakan teknologi pertanian pintar dan agro perniagaan yang menguntungkan diberikan pendedahan terutamanya kepada pemerintah dan pemerintah yang berada di dalam kawasan mereka di kalangan anak-anak muda. Latihan ini harus dilengkapi dengan silibus kemahiran pertanian dan industri asas tani yang baharu yang memanfaatkan perkembangan teknologi moden seperti kedudukan global ataupun GPS, pengimbasan tanah, pengurusan data dan internet benda ataupun internet of things untuk meningkatkan kualiti serta produktiviti hasil pertanian. Di sini Titi Serong ini mencadangkan agar pihak kerajaan yang pertama membantu belia dengan menawarkan geran membeli tanah untuk pertanian bukan hanya menyewa tanah melalui lesen pendudukan sementara TOL yang memerlukan pembaharuan lesen setiap tahun.
Yang kedua, inisiatif seperti pengenalan taman kekal pengeluaran makanan, TKPM oleh Jabatan Pertanian juga memudahkan golongan belia untuk mendapatkan tanah untuk mula bertani. Selain itu yang seterusnya, kerajaan juga perlu meneliti dan menghapuskan kerumitan untuk golongan belia memulakan perniagaan agro perniagaan sebagai contoh yang dicadangkan adalah dengan membantu mereka membina hubungan terus dengan pembekal produk pertanian dan juga pengguna. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2020, sebanyak RM50 billion telah kita import barang makanan dari luar. Pada tahun 2021 nilai import dah naik lagi iaitu sebanyak RM63 billion dan kita menjangkakan pada tahun ini, kalau kita ukur dari suku pertama 2020 ini sehingga Mac, angka yang terkumpul sebanyak RM17.8 billion. Jika dikalikan dengan empat suku, nilai import makanan meningkat melebihi daripada angka 2021. Perak menjadi negeri pertama yang melancarkan pelan tindakan sekuriti makanan sebagai antara usaha bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan import di mana ia merupakan salah satu daripada enam agenda Perak Sejahtera 2030. Jadi di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat kerajaan Negeri Perak atas kejayaan melancarkan pelan tindakan sekuriti makanan tersebut.
Seterusnya, topik persediaan untuk menghadapi krisis makanan adalah topik yang perlu diberikan penekanan dan juga perhatian. Ringkasan data tahun 2019 di Perak, tanah terbiar seluas 11 ribu hektar lebih. Banyak ruang tanah yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan pertanian. Bagi tanah bermilik, kerajaan negeri boleh menyediakan insentif awal seperti baja dan racun untuk permulaan manakala tanah adat dan rizab Melayu tanah-tanah tersebut juga boleh disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan sebagai usaha untuk meningkatkan kawasan pertanian dan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan menggalakkan golongan-golongan belia termasuk graduan untuk menjana pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) wajar dikuatkuasakan. Manual ini merangkumi pengurusan sungai, persisiran pantai, air hujan, sumber air dan banjir. Menurut JPS, dijangkakan jumlah penduduk di Malaysia akan meningkat sehingga 41.5 juta pada tahun 2040 berbanding 32.9 juta pada tahun ini. Perkara ini menggambarkan bahawa Malaysia akan mengalami pembangunan yang sangat pesat dan sekiranya tidak dipantau dengan betul, ia akan menyebabkan bencana alam kerap berlaku di Malaysia seperti banjir dan tanah runtuh bertambah lebih teruk. Seperti yang terkandung di dalam titah Tuanku, Perak tersenarai sebagai lima negeri paling ramai penduduk pada November 2021 dengan penduduk seramai 2.51 juta orang. Faktor utama Perak mempunyai ramai penduduk adalah pendidikan, peluang pekerjaan, tahap globalisasi dan kualiti Perak mendorong migrasi dalam dalaman ke Perak. Oleh yang demikian, selari dengan teras pembangunan Negeri Perak 2040, pembangunan yang terancang dan lestari wajar diambil serius oleh semua pihak.
Bismillahhirrohmannirrohhim, laluan, terima kasih kepada YB Titi Serong dan Speaker. Tuan Yang di-Pertua, saya nak bertanya kepada Titi Serong. Adakah Titi Serong bersetuju dalam tempoh sekarang kalau kita lihat bencana yang diwartakan berlaku di berlaku di banyak di tempat di Kelantan dan sudah pasti ramai di kalangan Yang Berhormat bimbang kalau tengok hari gelap ini bimbang banjir akan berlaku dan tak tidur malam dan kita, saya tertanya kepada Titi Serong adakah bersetuju untuk JPS mengadakan satu tindakan yang bersepadu untuk menyelesaikan semua perparitan yang jika berlaku banjir yang tak diduga mungkin kebarangkalian untuk berlaku lebih teruk itu mungkin kurang? Terima kasih.
Baik, terima kasih kepada sahabat saya daripada Slim. Saya bersetuju dan saya serahkan tanggungjawab ini kepada Exco yang berkaitan untuk mengambil perhatian. Baik, Tuan Yang di-Pertua, isu di Titi Serong selama ini, saliran pengairan daripada pertanian, industri dan perumahan menggunakan aliran yang sama. Ini sebenarnya tidak mesra dengan standard MSMA dan sehingga hari ini telah menyebabkan banjir kilat. Untuk pengetahuan, banjir kilat yang kami hadapi hari ini sebenarnya dah berulang kali. Dah bertahun lamanya kami terpaksa menghadapi masalah ini dan kos kerugian pun yang kami hadapi berulang kali. Tuan Yang di-Pertua, bagi menghadapi kejadian banjir dalam keadaan yang segera seperti di Titi Serong ini, Titi Serong mencadangkan di sini agar kerajaan mengkaji semula keupayaan pam yang sedia ada untuk menyedut air banjir ke Sungai Kerian. Titi Serong juga berpandangan perlunya menaik taraf rumah pam dan menambah kapasiti pam berkuasa tinggi di lokasi yang kerap berlaku banjir berdasarkan kajian jumlah kapasiti banjir.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan yang pesat sebenarnya telah mengganggu habitat binatang liar seperti kera dan babi hutan. Hari ini, binatang liar ini mula berkongsi tempat dengan manusia dan sudah mula mengancam kehidupan manusia. Di dalam kajian Syarif dan Wan Sabri 2016, dilaporkan spesis hidupan liar tertinggi yang mendatangkan gangguan adalah kera dengan jumlah 18,506 diikuti oleh babi hutan dengan jumlah 3,760 dan gajah dengan jumlah 2,166. Kemusnahan habitat binatang liar ini seperti kera dan babi sebenarnya menyebabkan haiwan ini berkeliaran mengganggu masyarakat, merosakkan hasil tanaman dan juga barangan-barangan penduduk setempat. Di sini, Parit Buntar di Parit Buntar, sebenarnya seringkali masalah yang timbul adalah berkaitan dengan babi hutan yang menganggu dan mengancam keselamatan penduduk dan pada hari ini telah pun berkali-kali isu ini berlaku. Terbaru, Tuan di-Pertua, ada dua kes kemalangan. Dengan hidupan liar ini terutamanya dengan babi hutan yang mana satu kes kemalangan tersebut sehingga menyebabkan kematian nyawa. Untuk pengetahuan, mangsa yang meninggal adalah seorang ibu yang mempunyai anak lima orang dan suaminya bukan orang lain daripada saya, merupakan seorang sahabat yang rapat dan sebenarnya kes ini bukan ini kali yang pertama. sudah banyak kali, cumanya penduduk setempat tidak membawa laporan ke peringkat polis dan sebagainya.
Oleh itu Yang Di-Pertua, Titi Serong menggesa kerajaan untuk memantau kemajuan urbanisasi di sekitar Perak supaya setiap projek pembangunan di audit dari proses perolehan hingga ke pemeriksaan akhir agar tiada sebarang perlakuan pecah amanah berlaku dalam kalangan pemaju yang mengakibatkan kemusnahan habitat haiwan liar secara tidak terkawal. Titi Serong juga menggesa kerajaan untuk menilai dan mencari solusi segera seperti meningkatkan peruntukan kos operasi, pemasangan perangkap bagi menangani masalah serangan haiwan liar ini. Seterusnya, Titi Serong juga ingin menggesa kerajaan menilai semula lesen dan kelonggaran syarat untuk menembak haiwan liar ini supaya aktiviti menangkap babi dan kera boleh dijalankan dengan lebih giat. Tuan Yang di-Pertua untuk point yang akhir saya, Titi Serong menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang menyentuh sifat Rahmatanlilaalamin yang bercirikan keadilan sejagat, keamanan dan kedamaian. Apa yang Titi Serong nak bawakan di Dewan yang mulai ini ada satu isu yang sangat membimbangkan dan merosakkan nilai rahmatan lila'lamin dan kemakmuran jika dibiarkan terus tanpa apa-apa sebarang tindakan. Isu yang dimaksudkan ini ialah isu judi tidak berlesen atau nama lainnya adalah sebagai judi haram walaupun judi ini memang hukumnya haram.
Saya yakin isu yang saya nak bangkitkan ini bukan hanya berada di DUN Titi Serong malah di banyak kawasan dan kita sebagai orang tempatan tahu dan telah banyak kali mendengar rungutan dan aduan daripada masyarakat tempatan. Saya sendiri telah menerima banyak aduan dan rungutan terutamanya rungutan daripada keluarga mangsa judi sendiri. Apa yang diceritakan yang diadukan kepada saya jika kita dengar sangatlah kita sedih dengan apa yang berlaku terhadap keluarga mereka. Keluarga yang sepatutnya menjadi naungan tempat didikan yang baik untuk keluarga tetapi kerana judi ini merosakkan hubungan suami dan isteri, merosakkan hubungan ayah dan anak sehingga mana anak-anak ini terbiar sehingga merosakkan keluarga dan juga masyarakat tempat. Tuan Yang di-Pertua, jika isu ini tidak dipandang serius ia akan membantutkan pelan sasaran perak sejahtera dua puluh tiga puluh. Di dalam aspek sosial yang menjadi sasaran utama di dalam Perak Sejahtera. Oleh itu Titi Serong menggesa kerajaan mengambil serius isu ini untuk dibincangkan dan diambil tindakan segera. Takut kalau kita lambat ambil tindakan nanti, kalau hari ini kita hanya menerima aduan daripada masyarakat mungkin besok hari ada di kalangan keluarga kita pula, saudara kita ataupun rakan-rakan yang rapat dengan kita pula yang membangkitkan aduan kepada kita. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya nak bawa Dewan yang mulia ini untuk sama-sama kita hayati, firman Allah SWT yang berbunyi: Bekerjasamalah dalam melaksanakan perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara dosa dan bermusuhan. Titi Serong ada hikayat. Kisah petani hebat empunya kita berjuang untuk rakyat dulu, kini dan selamanya. Titi Serong menyunjung kasih tuanku, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Titi Serong dengan hujah-hujah yang disampaikan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Kawasan Bota untuk memulakan perbahasan, 20 minit. Silakan.
Assalamualaikum warrahmatullahhiwabarokatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Dato' Yang di-Pertua, mengail di Lambor dapat tengkalan, gulai tempoyak di rumah Puan Ara, awal kalam salam perkenalan, wakil Bota mohon bicara. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunung Semanggol, Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat pihak pembangkang, yang berusaha ketua ketua jabatan, pengamal-pengamal media dan seterusnya sidang hadirin rakyat yang mengikuti perbahasan ini secara atas talian. Bersyukur kita kepada Allah SWT dapat kita bertemu dan saya diberikan ruang untuk berbicara pada petang ini. Dengan penuh tanggungjawab saya ahli Dewan Negeri Kawasan Bota berdiri di sini untuk membahaskan titah ucapan Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Saya mengambil kesempatan ini ya mengucapkan syabas dan tahniah kepada tiga puluh lima orang ahli Dewan Negeri yang baru pertama kali menjadi ahli Dewan Negeri kerana telah berjaya mendapat mandat daripada rakyat di tempat masing-masing. Saya juga mengucapkan syabas kepada semua wanita yang menjadi ahli Dewan Negeri kerana pada pada hemat saya untuk tahun ini lebih ramai wanita menjadi ahli Dewan Negeri. Alhamdulillah. Mudah-mudahan suara wanita dapat didengari dalam Dewan Negeri kali ini.
Dato' Yang di-Pertua, Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan sebuah negeri yang menjunjung amalan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Seharusnya memandang serius jika terdapat sesuatu perkara yang tidak selari dengan prinsip-prinsip demokrasi. Sukacita saya kerana Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sewaktu menzahirkan titah Baginda menegaskan agar jauhi sifat-sifat angkuh dan bongkak dengan tidak mengamalkan budaya yang menang, menang semua.
Disebaliknya hendaklah bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis, tanpa diskriminasi, tanpa penindasan kepada mana-mana pihak kerana setiap pengundi ialah makhluk Ilahi dan setiap inci bumi di negeri ini terletak di bawah naungan Takhta Pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak. Justeru, Perlembagaan selaku dokumen yang menjadi tiang seri sebuah negara seharusnya dihormati oleh semua pihak terutamanya yang memegang tampuk pentadbiran.
Dato' Yang di-Pertua, prinsip keadilan harus dipandang dari kacamata yang murni dan sejagat. Keadilan seharusnya berpaksi kepada meletakkan sesuatu pada tempatnya. Keadilan tidak harus dipandang dari sudut kesamarataan semata-mata. Analoginya adalah pembelian pakaian untuk anak-anak semasa hari raya. Ada anak lelaki dan ada anak perempuan. Keadilan tidak akan tertegak jika semua anak dibelikan baju Melayu dan kain pelekat. Sewajarnya keadilan akan tertunai jika setiap anak dibelikan pakaian mengikut keperluannya. Meskipun nantinya akan ada perbezaan warna, perbezaan dari segi fesyen mahupun harga pada pakaian tersebut. Dato' Yang di-Pertua, apa yang ingin saya menarik perhatian sidang Dewan hari ini ialah kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang tertegak ini sewajarnya menunaikan prinsip keadilan untuk semua rakyat. Biarlah kami berulang kali mengatakan hak-hak dan keadilan kerana ia perlu diulangi supaya kita semua ingat. Hal ini kerana semua rakyat adalah pemegang taruh kepada kewujudan kerajaan. Semua rakyat adalah pembayar cukai. Jadi tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai pemimpin dan sebagai kerajaan negeri demi kesejahteraan negeri dan rakyat. Pembahagian-pembahagian peruntukan projek dan dana kebajikan mestilah meliputi semua golongan. Sebagai mana cantiknya jalan-jalan di bandar, begitulah juga yang sepatutnya disediakan disediakan di luar bandar. Kalau lampu jalan berkelipan di kota-kota, haruslah sama juga dapat dinikmati oleh rakyat marhain di penghujung desa khasnya di kawasan Bota. Jangan berkira soal pegangan politik kerana mereka adalah rakyat negeri tercinta. Izinkan saya memetik sepotong ayat Al-Quran.
Bismillahirrahmanirrahim. (Bacaan Surah) Surah Al-Maida ayat 8 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah. Lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa jua kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
E'dilu Wah akrabu littaqwa. Untuk kedua ayat Quran tadi berbunyi E'dilu bukan A'dilu Wah akrabu litaqwa.
Ya minta maaf. E'dilu Wah akrabu litaqwa. Ya, terima kasih kepada Batu Kurau. Jadi saya amat berbesar hati sekiranya Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dapat terus menjunjung prinsip keadilan ini dengan pemberian peruntukan bajet sama rata kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri di negeri ini termasuklah pembangkang sebagaimana belanjawan 2022 yang dibentangkan dalam sidang Dewan lalu biarpun kolaborasi gabungannya telah berubah. Hal ini kerana suasana ketidaktentuan ekonomi 2023 tentunya menguji kecekalan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini untuk menyantuni keluh tangis rakyat yang berdepan pelbagai kesukaran. Selain kaunter pejabat kerajaan, pusat khidmat wakil rakyat nanti adalah antara tempat yang paling awal dikunjungi rakyat untuk mengadu masalah. Ya, biarpun kita ya baru sahaja menang satu hari kita telah di pun telah dikunjungi, telah dihubungi oleh rakyat untuk mendapatkan bantuan-bantuan daripada mereka. Dato' Yang di-Pertua, Pilihanraya Umum yang ke-15 telah melabuhkan tirainya, pelbagai analisis kita bentangkan hingga ada yang mengatakan bahawa negara sedang dilanda gelombang hijau yang menimbulkan kebimbangan. Kebangkitan anak muda yang kelihatannya menyebelahi Perikatan Nasional seharusnya menginsafkan kita bahawa mereka ingin akan perubahan.
Saya mengambil kesempatan ini Dato' Yang di-Pertua mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada seluruh pengundi khususnya golongan muda yang telah memberikan undi kepada Perikatan Nasional. Peraturan atau sebarang tindakan yang mengongkong mereka hanya akan menjadikan gelombang itu semakin mengancam. Ahli-ahli Yang Berhormat, tidak kira di pihak Kerajaan atau di pihak Pembangkang tentulah sedar akan hakikat kebangkitan anak muda ini yang menggunakan platform media sosial. Kita harus sedar bahawa kerja buat kita kali ini akan mereka ketahui kerana maklumat kini hanya berada di hujung jari. Kita tidak dapat lari daripada realiti bahawa gerak geri kita diperhati. Justeru saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan terutama semua Ahli-ahli Dewan terutamanya yang berada di tampuk pemerintahan negeri agar bertindaklah dengan adil dan bermisi. InsyaAllah. Dato' Yang di-Pertua, golongan wanita merupakan tulang belakang sesebuah masyarakat. Pepatah yang menyebutkan bahawa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara harus menjadi pemikiran, harus menjadi teras pemikiran visi gerak kerja kita. Tangan yang menghayunkan buaian boleh menggoncangkan dunia itu satu kebenaran. Namun, tangan itu juga lah yang berhadapan dengan pelbagai mehna dan tribulusi kehidupan.
Situasi pertumbuhan ekonomi 2023 yang diramal bergerak perlahan memastikan, memastikan kita memberi pembelaan terhadap golongan wanita haruslah kita melihat kepada beberapa senario yang akan saya katakan tadi, katakan nanti. Yang pertama Dato' Yang di-Pertua, yang pertama adalah mereka atau wanita yang mengambil alih tugas lelaki dalam mencari pendapatan keluarga. Mungkin suaminya hilang keupayaan untuk mencari rezeki atau mereka ditinggalkan tanpa nafkah. Ada yang akhirnya terpaksa meminta-minta. Mereka malah mengunjungi Pusat Khidmat ADUN-ADUN untuk meminta bantuan sara hidup. Saya juga berada di sini, saya setuju dengan apa yang telah diperkatakan oleh ADUN Pangkor tentang keperluannya pihak kerajaan memikirkan untuk membina rumah transit kepada ibu-ibu tunggal yang kehilangan tempat tinggal. Bagi pandangan saya, nampaknya wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak cukup untuk membiayai kehidupan mereka. Barangan keperluan kian mahal dan semakin menekan. Mungkin Pusat Khidmat ADUN-ADUN harus memasukkan mereka dalam senarai penerima tetap bulanan. Justeru, peruntukan daripada Kerajaan yang pernah diberikan kepada pihak Pembangkang pada sesi lepas amat-amat bermakna dalam konteks ini. Bagaimanapun, usaha membantu golongan wanita ini tidaklah umpama memberikan ikan kepada mereka. Sebaliknya Kerajaan perlulah memberikan joran pengail supaya mereka boleh berusaha sendiri bagi memperbaiki taraf hidup mereka. Perkara ini amat berkaitan pula dengan golongan kedua yang saya nak perkatakan.
Dato' Yang di-Pertua, golongan kedua yang saya maksudkan adalah usahawan wanita yang gigih mahu melebarkan sayap peniagaan mereka. Mereka memerlukan bimbingan dan bantuan untuk memasarkan hasil perusahaan mereka. Ada antara mereka yang berjaya dan boleh dijadikan pembimbing kepada usahawan-usahawan kecil-kecil yang lain. Sebagai contohnya di kawasan saya, kawasan kampung di kawasan Bota ini ya, ramai wanita terlibat dengan perusahaan asam keping. Tuan-Tuan tahu ya asam keping. Nampak macam kecil tetapi dia sangat bermakna untuk orang Bota. Untuk menghasilkan asam keping yang berkualiti, proses pengeringan sering menghadapi masalah.
Iaitu apabila tiba musim hujan macam sekarang, saya menyarankan satu usaha dijalankan seperti menyediakan kemudahan pengeringan berpusat di sesebuah kampung atau pun ada pihak yang menghasilkan inovasi kotak pengeringan elektrik atau pun yang menggunakan tenaga elektrik atau pun tenaga solar bagi membantu golongan ini. Manakala isu pemasaran produk asam keping dan produk hasil pertanian yang lain dan perikanan yang lain dan hasil pertanian dan perikanan juga mungkin boleh dibantu dengan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Usahawan Wanita di peringkat daerah. Saya juga tertarik dengan apa yang dicadangkan oleh Ahli Dewan Negeri daripada Manong tadi kerana apa yang diperkatakan oleh Manong sangat juga berkaitan dengan keadaan di Bota ya dan Bota bersedia menawarkan diri untuk menjadi perintis kepada projek ini. Manakala golongan ketiga yang saya ingin berkatakan ialah mereka golongan wanita yang menghadapi masalah kesihatan diri sendiri.
Kita tahu ya lewat ini tidak sedikit sebenarnya jumlah wanita yang meninggal akibat penyakit kanser payudara, kanser rahim dan sebagainya. Semuanya perlu mendapat perhatian daripada pihak Kerajaan yang sewajarnya kempen kesedaran yang berterusan kepada wanita untuk melakukan saringan kesihatan perlulah dipergiatkan oleh semua agensi yang terlibat sama ada Kementerian Kesihatan atau pun agensi-agensi berkaitan di bawah Kementerian Wanita mahu pun Jabatan Kebajikan Masyarakat ya. Mungkin sudah tiba masanya untuk difikirkan bagi negeri di bawah Exco wanita untuk menubuhkan pusat saringan kesihatan di bawah kerajaan negeri khususnya untuk penduduk di luar bandar seperti di tempat saya Bota atau pun di Belanja. Dato' Yang di-Pertua, sebagai Ahli Dewan Negeri yang baru bagi kawasan Bota saya ingin mengambil kesempatan dalam ucapan menjunjung kasih kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak untuk mengutarakan beberapa isu tertunggak yang ada dalam kawasan Bota. Selain isu pembangunan yang dihambat pelbagai masalah, saya juga ingin menarik perhatian kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang isu banjir yang seolah-olah tiada kesudahan. Jangan jemu ya, jangan jemu dengar tentang banjir. Sebab perkara ini memang berlaku setiap tahun. Saya difahamkan dalam sesi lepas Kerajaan Negeri telah mengenalpasti sebanyak 76 lokasi panas banjir di seluruh Perak sebagai persediaan Kerajaan Negeri menghadapi musim monsun timur laut termasuk melaksanakan kerja-kerja mengorek pulih sungai, mendalamkan sungai serta penyelenggaraan 336 kolam tadahan banjir melibatkan ke luasan 490 hektar.
Jadi apakah status tindakan ini? Setiap kali tiba musim tengkujuh, maka permasalahan banjir akan menghantui penduduk daerah Perak Tengah. Sudah tiba masanya semua pihak yang berkaitan untuk melihat masalah ini dengan tuntas. Jangan ada yang cuba berlepas tangan atau melihat isu banjir ini isu biasa yang akan berlaku pada setiap tahun. Baru-baru ini berlaku banjir di Kampung Simpang Tiga Buluh Akar, di Parit 6 Titi Gantung dan di PPRT Kampung Rimba Raja Lambor Kanan. Di PPRT Kampung Rimba Raja ini puncanya ini adalah kerana kerosakan pintu kunci air sahaja tapi telah menyebabkan disebabkan ditambah dengan musim hujan yang berlarutan dengan arus yang deras iaitu membawa air sungai ke hilir menyebabkan penduduk PPRT Kampung Rimba Raja juga menghadapi ancaman banjir baru-baru ini. Jadi persoalannya di sini ya, mungkin di sini banyak pihak perlu bertanggungjawab untuk bergerak secara kolektif demi memastikan tragedi banjir tidak berulang, tidak berulang. Peruntukan yang secukupnya juga harus diberikan untuk mencegah berlakunya banjir. Saya cuma ingin bertanyakan kerana pada bulan Mac 2021 ya ada satu lawatan atau pun Timbalan Menteri telah menyatakan akan memohon peruntukan sebanyak RM150 juta daripada Kerajaan untuk Program Rancangan Tempatan Banjir Perak Tengah yang melibatkan kawasan PPRT Kampung Rimba Raja. Jadi apakah yang telah terjadi kepada perancangan tersebut. Jadi saya mohonkan penjelasan mudah-mudahan akan dijawab oleh Pihak Kerajaan dalam penggulungan nanti.
Dato' Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak telah menitahkan Kerajaan Negeri memikirkan langkah-langkah strategik bersama Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan iklim pelaburan yang menyakinkan. Menurut baginda, perkara itu penting bagi menambah peluang pekerjaan, menangani kos sara hidup rakyat serta mengisytiharkan langkah yang dapat menjamin bekalan dan keselamatan makanan selain menambah baik kemudahan-kemudahan sosial serta perkhidmatan. Satu lagi perkara yang ingin saya bangkitkan ialah soal pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar. Pembangunan oleh sektor swasta menunjukkan kepesatan yang membanggakan. Projek perumahan dan pusat perniagaan komersial berkembang dengan pesat. Namun begitu beberapa projek di bawah yang diusahakan oleh sektor kerajaan, ya saya mohon maaf ya kerana melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan nampak gayanya tidak begitu menampakkan kejayaan ya.
Baru-baru ini ya saya difahamkan ya akan ada satu projek baru yang disebut Seri Iskandar Central akan dijalankan, akan dilaksanakan di kawasan Seri Iskandar yang berdekatan dengan stesen bas, stesen teksi dan medan selera. Cumanya saya ingin mengingatkan setiap projek ataupun setiap pembangunan yang hendak dilakukan di bandar baharu ataupun di kawasan Seri Iskandar ini perlulah diteliti secara halus kerana kita tidak mahu lagi projek-projek gajah putih yang berlaku sebelum ini akan terjadi, sebab saya berada di kawasan Bota ini sejak 30 tahun yang lalu. Saya lihat sendiri bagaimana, apakah nasib yang telah berlaku kepada bangunan rehat dan rawat di Titi Gantung, medan selera di kawasan Seri Iskandar dan banyak lagi projek seperti projek Desa Seri Iskandar Fasa 1A yang masih lagi berlarutan sehingga kini di mana, yang telah dimulakan pada tahun 1997 mendapat perhatian serius pihak Ketua Audit Negara, di mana pada 23 Mei 2022, Audit berpendapat bahawa balasan atau pempulangan projek sewajarnya diterima mengikut perjanjian yang dipersetujuai selari dengan kos yang telah dilaburkan. Boleh rujuk Laporan Ketua Audit Negara 2021, siri 1, muka surat 95. Ini membuktikan ada kelemahan dalam pengurusan dan juga pemilihan kontraktor yang tidak kompetitif yang seharusnya memberikan pengajaran yang mahal kepada kita semua.
Dato' Yang di-Pertua, penduduk dan peniaga kecil tidak mahu satu lagi projek gajah putih di Seri Iskandar. Bagi saya, pusat gerai makanan yang terletak di sebelah Petronas Seri Iskandar, yang diberikan nama Dataran Niaga Seri Iskandar, yang saya difahamkan merupakan inisiatif mantan Ahli Parlimen Parit sudah cukup cantik dan mendapat sambutan yang menggalakkan, kerana selain menyediakan makanan yang sedap untuk pelajar-pelajar khususnya terutamanya pelajar universiti yang berada di Seri Iskandar. Cuma yang menyebabkan saya amat terkilan pihak penjaja yang membuat aduan kepada saya mengatakan bahawa tempat mereka ini tiada bekalan elektrik dan bekalan air. Cuba bayangkan, di sebelah mereka ada restoran Starbucks yang begitu moden tetapi tempat mereka Dataran Niaga Seri Iskandar tiada bekalan air, tiada bekalan elektrik. Mereka hanya boleh meniaga sehingga pukul 7 petang. Mereka terpaksa membawa air dengan tong-tong, ya dengan tong-tong untuk mereka bekerja atau untuk mereka memasak makanan yang mereka sediakan kepada pelanggan-pelanggan di situ. Jadi saya ingin menarik perhatian kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memikirkan apakah permasalahan ataupun apakah solusi yang boleh kita lakukan untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang berada di Dataran Niaga Seri Iskandar yang terletak di sebelah Petronas berhadapan dengan Taman Maju Seri Iskandar.
Bota minta maaf, banyak lagi ke?
Lagi sikit, nak habis dah.
Aaa, 5 minit?
Baik, nak habis dah, tak sampai 5 minit, inshaAllah.
Ok.
Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua. Jadi projek, saya sangat mengharapkanlah supaya sekiranya benar projek Seri Iskandar Central itu akan dilakukan di kawasan Seri Iskandar, mestilah melihat kepada nasib yang berlaku kepada peniaga-peniaga kecil yang berada di sekitar tempat tersebut. Saya rasa saya tak ada dah. Akhirnya di kesempatan ini juga saya ucapkan syabas kepada semua yang telah memberikan satu Titah perbahasan yang baik, perbahasan yang baik kepada Titah DiRaja. Saya juga, Bota juga ingin menjunjung dan menyokong sepenuhnya Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Sebelum melabuhkan tirai ucapan membahas Titah DiRaja, izinkan saya merakamkan serangkap pantun.
Mudik Kelambor mengutip Doyan, Sambai Tempoyak Pembuka Selera, Titah DiRaja kita bahaskan, Maaf dipinta pengakhir kata.
Sekianlah dahulu, Wabila Hitafiq Wahidaya Wassalamualaikum Warahmatullahi.
Waalaikumsalam warahmatulahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Bota. Ini tempat saya kerja dulu, lama dekat sana, dekat Seri Iskandar. Sekarang ini dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan 20 minit, dipersilakan.
Terima kasih kepada Dato' Yang Di-Pertua. Salam perpaduan, salam sejahtera saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada di blok kerajaan dan juga rakan-rakan di blok pembangkang. Ketua-Ketua Jabatan, rakan-rakan pengamal media, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang berada di dalam Dewan yang mulia ini serta rakan-rakan yang berada di rumah yang menonton live sekarang. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Yang Di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya terutama sekali, terima kasih kerana menginzinkan saya untuk menjunjung kasih atas Titah DiRaja sempena perasmihan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada hari pertama sidang kali ini. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya nak ambil kesempatan nak ucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat kerana dipilih menerima mandat rakyat untuk berada di dalam Dewan yang Mulia ini. Berkhidmat untuk membina negeri dan negara, saya berharap kita sama-sama boleh bawa suara rakyat ke sidang ini dan mengubal dasar-dasar yang terbaik untuk rakyat Perak.
Dato’ Yang di-Pertua, penzahiran Titah DiRaja oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah memberi tumpuan ke atas persefahaman dan hubungan yang harmoni antara kaum, kestabilan politik untuk pembangunan ekonomi, tadbir urus ekonomi yang cekap dan keresahan yang dihadapi oleh rakyat. Maka, menjunjung kasih ke atas Titah Tuanku, saya akan merungkai memberi seluruh perhatian saya kepada beberapa isu semasa yang amat berkait rapat dengan perkara-perkara yang dititahkan. Seringkali kita lihat dan dengar kenyataan-kenyataan yang berbentuk perkauman sering dibangkitkan, dihebahkan di media sosial, di dada akhbar termasuklah yang menitik di bibir-bibir puak-puak pelampau. Kenyataan pemimpin-pemimpin dari parti politik pelampau ini sudah tentu ada pengaruh yang besar. Mereka sepatutnya lebih berhati-hati, lebih berjaga-jaga semasa melontarkan kenyataan, apatah lagi kenyataan yang berbaur perkauman. Sebelum PRU Ke-15, ada pemimpin parti ini telah mendakwa bahawa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan yang paling banyak terbabit dengan rasuah. Apa tujuan fitnah ini? Kalau bukan mahu sebarkan benih-benih perkauman, kenyataan ini jelas sekali ada hasrat, ada cita-cita untuk pecah belahkan kita, mengganggu keharmonian negeri dan negara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Dato' Yang di-Pertua, rasuah ini tidak sepatutnya dikaitkan dengan mana-mana kaum, keturunan ataupun bangsa dan ini adalah hanya satu contoh daripada banyak lagi kenyataan yang berbinasakan jati diri kita. Rakyat hari ini, setelah 65 tahun mencapai kemerdekaan, rakyat sudah bosan dengan cubaan ahli-ahli politikus yang tak habis-habis nak mencapai agenda sendiri. Keluarkan kenyataan yang tak berasas, tak berfakta dan tak benar sama sekali. Ahli-ahli politik terutamanya wakil rakyat yang menerima mandat rakyat kena beri tumpuan terhadap ekonomi dan memberi natijah yang baik kepada rakyat, bukannya sibuk menyemai benih, kebencian dan hasutan dikalangan penyokong dan rakyat. Politik usang, politik kuno dan politik pelampau seperti ini tidak sama sekali membantu untuk membangunkan semula ekonomi negara yang telah jatuh mendadak selepas pandemik Covid-19. Lebih parah lagi, kenyataan seperti ini akan terus-terusan mengancam perpaduan rakyat Malaysia dan boleh menakutkan, membawa trauma kepada pelabur asing untuk terus melabur di negara kita. Negeri tercinta ini mempunyai pelbagai sumber alam, tanah kita luas dan pertanian, untuk pertanian. Tempat tarikan pelancongan pun ada, merata di sana sini. Kita juga ada tarikan yang sesuai untuk sektor industri supaya datang pelabur untuk melabur. Kesemua ini adalah kelebihan kepada kita untuk kita gunakan sebaik mungkin. Kesemua wakil-wakil rakyat perlu salurkan keringat kesini dahulu dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi. Kita ada 35 muka baru di dalam Dewan ini, kita ada pemuda-pemuda di dalam Dewan ini, so, saya harap semua wakil-wakil rakyat boleh lah ada pemikiran yang baru, bukannya ikut pemikiran usang dan...
Manjoi.
Nanti sekejap banyak lagi, sorry, banyak lagi, sorry. Kita kena berusaha untuk ekonomi dan bukan isu-isu perkauman lagi. Timbalan Yang di-Pertua, Malaysia dikenali sebagai negara berbilang kaum. Kita ada pelbagai budaya, tradisi, pelbagai makanan yang menjadi tumpuan dan ada daya tarikan. Kita semua anak Malaysia dan kita sebagai wakil rakyat patut memupuk semangat perpaduan sesama kaum dan bukannya berdagang perasaan takut dan benci demi agenda.
Manjoi minta laluan.
Nanti sekejap. Habiskan dulu. Panjang…panjang. Nanti saya lupa. First time. Kata tadi orang muda.
Manjoi sila duduk. Kalau dia tak bagi sila duduk. Sila.
Perasaan ragu dan takut kepada kaum lain hanya akan mengakibatkan negara kita menjadi lemah tidak berupaya bersaing di pentas antarabangsa. Bayangkanlah betapa kuatnya negara kita sekiranya semua rakyat bersatu padu. Sudah berpuluh-puluh tahun isu perkauman dimainkan dan ia hanya menyebabkan hubungan antara rakyat tidak erat dan merosakkan keharmonian. Wakil rakyat dan ahli-ahli politik sepatutnya menjadi matang, menjadi tauladan supaya tidak lagi memainkan kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman. Dia lagi perkauman jadi sejarah, nanti…nanti ya dan kita membuka lembaran baru di mana semua kaum di negara hidup dengan harmoni dan saling membantu. Ok, baik. Ok, boleh.
Terima kasih Pasir Pinji. Timbalan Speaker terima kasih. Saya tanya satu soalan kepada Pasir Pinji sebab saya tengok Pasir Pinji memulakan dengan satu statement yang bagi saya kurang harmoni. Saya orang muda di sini dan kita orang muda. Pasir Pinji orang muda dan Manjoi juga orang muda. Bila 90% orang Cina undi PH. PH sebut itu memperkasakan demokrasi. Bila hampir 90% orang Cina undi PH kita kata demokrasi dan kita kata bagus tapi bila 55% orang Melayu undi Perikatan Nasional kita kata ini berkaitan racist dan ini ialah pelampau agama. Saya nak tanya kepada Pasir Pinji adakah perkara ini perlu dibawa oleh orang muda macam kita dan saya sokong tentang politik baru dan juga orang muda perlu bawa perubahan yang baik tapi Pasir Pinji saya harap Pasir Pinji kena tunjuk contoh yang baik dan boleh jawab tak soalan tadi? Kenapa bila undi Cina 90% kita kata demokrasi bagus demokrasi tapi bila orang Melayu bagi sokong kepada PN Perikatan Nasional, kita kata ini pelampau agama. Ini berkaitan racist. Saya rasa perkara ini tidak adil kepada kami. Terima kasih Pasir Pinji.
Terima kasih kepada Manjoi. So, saya rasa yang tadi saya sebut saya rasa tak betul lah 100% yang undi kepada Pakatan Harapan tapi saya rasa adalah 90 lebih dan ada yang 80 lebih memang banyak. So, saya rasa, saya rasa kenyataan-kenyataan perkauman itu bukan dari mulut saya. So, bolehlah tegurlah siapa-siapa yang kata begitu. Ok, tapi bukannya dari saya. Saya memang hormati semua dan saya harap ini adalah Kerajaan dipilih oleh rakyat dan bukan pintu belakang. Ok, dengan izin. Ok, saya teruskan. Kestabilan politik pula membawa peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi. Terutamanya untuk menarik minat pelabur dan saya yakin dengan Kerajaan Perpaduan di negeri Perak ini yang terdiri daripada berbilang kaum. Saya yakin ia dapat memberi keyakinan kepada para-para pelabor bahawa kita adalah kerajaan yang kukuh dan berkemampuan menguruskan pelaburan-pelaburan mereka dengan telus dan amanah. Kita sudah hadapi pandemik selama dua tahun dan kita juga telah menghadapi ketidakstabilan politik sepanjang ini juga. Sekarang sudah tiada masa untuk dibazirkan lagi. Kita perlu sesuaikan diri dengan trend yang baru di mana corak ekonomi sedunia telah berubah secara tiba-tiba disebabkan pandemik Covid-19. Ya, ia memang satu cabaran yang besar tetapi kita boleh sekiranya hala tuju kita ini memang sama. Beri tumpuan kepada rakyat dan ekonomi, pinggirkan politik dan buang jauh-jauh agenda-agenda hasut-menghasut.
Untuk pulihkan ekonomi, sektor pelancongan merupakan salah satu sektor juga yang penting di negeri Perak. Kita ada pelbagai tempat-tempat daya tarikan dan perlukan penglibatan dan usaha bersama jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan untuk menambah lebih banyak tempat tarikan. Sebagai contoh kawasan Lenggong. Lembah Lenggong lebih dikenali sebagai tapak arkeologi sejak tahun 1987 tetapi pada hari ini dengan usaha wakil rakyat setempat bersama dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi di Lenggong. Kini sektor Lenggong telah dinaiktaraf menjadi Geo Park Kebangsaan kedua di Perak selepas Geo Park Lembah Kinta. Lembah Lenggong juga telah meraikan Majlis Festival Lenggung Geo Park First Anniversary dengan izin pada 16 Disember yang lalu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat. Ini adalah usaha-usaha pihak Kerajaan yang amat baik dalam menyumbang kepada perkembangan sektor pelancongan dan tarikan pelabur asing. Sektor pelancongan bukannya muda seperti yang kita jangkakan. Hakikatnya para pengusaha perlukan sokongan dan bantuan daripada pihak kerajaan. Apabila halatuju kerajaan dan pengusaha adalah sama, maka pihak pengusaha dah tentu akan sudi untuk memperkembang sektor pelancongan dan pastinya nama Perak akan semakin terkenal sebagai negeri pelancongan. Secara tidak langsung ekonomi di negeri Perak terus-terusan meningkat.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu yang kini menjadi keresahan rakyat iaitu isu masalah banjir kilat yang giat berlaku di seluruh negara terutamanya di negeri Perak. Banyak faktor yang menyumbang kepada hal ini, perubahan iklim, pembangunan dan perbandaran yang pesat dan peneroka kawasan hutan yang sepatutnya menjadi tadahan air semula jadi, pembangunan sampah sarap ke dalam sistem saluran air, kawasan rendah dan sebagainya telah menyebabkan banjir kilat sering berlaku apabila musim hujan melanda. Kerja-kerja tebatan banjir kilat perlu diutamakan dan perlu dibuat secara keseluruhan. Kerja tebatan yang merangkumi kawasan-kawasan tertentu sahaja mungkinlah dapat meringankan keadaan di kawasan tertentu tersebut tetapi ia juga berkemungkinan besar akan mengakibatkan kawasan banjir baru di tempat lain pula. Sebagai contoh di kawasan Pasir Pinji beberapa tempat telah lama mengalami banjir kilat. Setiap kali hujan lebat pasti berlaku banjir. Sampai hari ini langsung tiada jalan penyelesaian utama. Biarpun pihak majlis pernah membuat pembersihan longkang, pembersihan sisa buangan dan sebagainya. Usaha-usaha memang dilakukan tapi masalah tidak selesai.
Oleh itu saya nak minta jasa baik pihak-pihak jabatan berkenaan, sama ada JPS, sama ada PBT dengan pakar-pakar yang ada dengan jurutera-jurutera yang hebat kita ada. Cubalah tolong sedaya upaya, walaupun tak dapat banteras banjir kilat tetapi sekurang-kurangnya janganlah biar banjir kilat berlaku selepas setengah jam hujan lebat. Sekurang kurangnya satu jam setengah, dua jam. Setidak-tidaknya kita dapat mencari cara tebatan banjir yang efektif dan menyeluruh sekaligus meredakan risiko berlaku banjr kilat demi kebajikan dan keselesaan penduduk yang telah bertahun-tahun menjadi mangsa-bangsa banjir. Masalah banjir dan banjir kilat tidak dapat diabaikan. Memang tidak boleh seratus peratus diselesaikan, itu tak adil kepada agensi dan kepada jabatan tetapi bukannya semua salah jabatan, bukan yang semua salah agensi, bukan yang salah JPS, salah PBT tak buat kerja. Penduduk-penduduk mengalami kerugian setiap kali air masuk ke rumah, perabot, peralatan elektrik boleh dikatakan habis rosak, musnah. Pasal bantuan bencana alam yang sedia ada sekitar dua ratus, tiga ratus, kadangkala mangsa yang tidak memenuhi syarat pun bantuan apa-apa pun tiada. Bayangkanlah kalau mangsa tersebut dari golongan miskin, golongan B40, berapa kali dia kena beli perabot, berapa kali dia kena beli peralatan elektrik. Duit mangsa dihabiskan begitu saja untuk mengganti perabot, bahan elektrik yang sepatutnya boleh dipakai lama. Oleh itu, saya fikir selain daripada perabot, selain daripada ekonomi, kita perlu berusaha untuk membantu meringankan beban rakyat dengan mengurangkan kerugian yang diakibatkan oleh bencana alam seperti banjir kilat.
Oleh itu, masalah banjir kilat mesti diselesaikan. Sikit pandangan saya, untuk jangka masa pendek bagi kawasan Pasir Pinji, saya cadangan sikit, pihak jabatan yang berkenaan seperti JPS, PBT, MBI boleh membantu dalam menaik taraf Sungai Senam dan membesarkan harvard di Sungai Pinji serta membersihkan kesemua kolam tadahan air supaya risiko banjir kilat dikurangkan. Untuk jangka masa panjang pula, seluruh saliran air dari longkang ke sungai perlu dikaji sama ada dapat menampung jumlah air hujan yang semakin meningkat dengan perubahan iklim dengan keadaan pembangunan pesat yang menghadkan serapan air hujan secara semula jadi. Selain itu, mengenai tanggungjawab yang tadi saya cakapkan, mengenai tanggungjawab siapa dan siapa, aliran sungai yang tersumbat tidak semestinya pula tanggungjawab pihak JPS, ia juga berkemungkinan berlaku akibat perbuatan pengusaha-pengusaha atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Pihak JPS perlu dipertimbangkan untuk diberikan kuasa, penguatkuasa supaya pihak JPS boleh bertindak segera untuk menghukum mereka yang membuang sisa sampah ke dalam sungai atau mereka yang telah merosakkan struktur atau mana-mana perbuatan yang menyebabkan saliran air sungai terhalang. Selain isu banjir, penyelenggaraan jalan raya juga menjadi satu isu yang perlu dilihat dan diambil berat. Sebagai contoh, keadaan jalan raya di kawasan Pasir Pinji amat tidak memuaskan. Pasir Pinji yang terkenal dengan pelbagai jenis makanan enak dan kedudukan berdekatan dengan bandar perniagaan telah menarik perhatian penduduk untuk sarapan dan makan tengah hari.
Tidak kurang juga para pelancong yang datang untuk tujuan jalan-jalan cari makan. Hal-hal ini membuatkan jalan-jalan di kawasan Pasir Pinji selalu digunakan dan apabila ia tidak diselenggara, kita mulalah dengar rungutan daripada penduduk dan pelancong apabila hari hujan pula air takungan telah menyebabkan lubang sukar untuk dilihat. Lubang-lubang ini mendatangkan juga bahayanya kepada penunggang motosikal. Sudah banyak kali kemalangan berlaku di kawasan Pasir Pinji. Kalau mengikut report, memang banyak berlaku. Saya ingin mencadangkan dengan rendah hati, ingin mencadangkan dan memohon supaya jalan-jalan utama di Pasir Pinji boleh diturap semula atau sekurang- kurangnya disediakan garisan putih yang baru di beberapa jalan utama seperti Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Pasir Puteh dan kalau diizinkan, tolong usahakan kerja-kerja memantau di kawasan Pasir Pinji. Saya boleh turun padang sekali bersama untuk tunjukkan tempat-tempat yang dimaksudkan dan sekiranya keadaan memang seperti yang dikatakan, memang amat tidak memuaskan, minta jasa baik pihak-pihak berkenaan untuk penurapan dilakukan di Kampung Baru Pasir Pinji dan taman-taman di sekitarnya. Timbalan Yang Dipertua, semalam sahaja, Free Malaysia Today telah mengeluarkan satu laporan menyatakan bahawa bandar Ipoh mendapat 19.5% jumlah carian dalam laman web iProperty.com. Lebih banyak daripada lokasi utama seperti Petaling Jaya, seperti Cheras dan juga Shah Alam.
Fakta ini memberi makna bahawa ramai orang semakin berminat untuk mencari dan memiliki hartanah di Bandar Raya Ipoh. Sama ada untuk tujuan pelaburan atau untuk kegunaan keseorangan. Ini juga secara tidak langsung memberikan jangkaan bahawa Bandar Raya Ipoh perlu bersedia untuk menjadi semakin padat dengan penambahan populasinya. Ini merupakan perkara yang baik dan berjaya menunjukkan Bandar Raya Ipoh, mampu menarik minat pelabur dan menarik minat tenaga kerja. Sudah tentu ia memang perkara yang merangsang ekonomi, akan tetapi adakah kita telah bersedia untuk menghadapi peningkatan populasi yang juga menyumbang kepada kesesakan jalan yang lebih serius, kekurangan tempat letak kereta, penambahan sisa-sisa buangan, perancangan baru dan sebagainya? Dengan kadar kemiskinan yang semakin tinggi dengan jurang ekonomi yang luar biasa, bagaimana perlunya kita semua bekerja untuk membina formula yang seimbang antara pembangunan yang pesat dan negeri yang mesra rakyat. Oleh yang demikian, saya dengan rendah dirinya ingin menyeru dan menjemput semua pihak yang terlibat untuk ambil peluang, merancang dengan teliti supaya Bandar Raya Ipoh kekal relevan, mesra pengguna, mempunyai pengangkutan awam yang lebih sempurna, penambahan tempat letak kereta dan membentuk perancangan bandar yang sempurna dalam menjamin keselesaan penduduk terutamanya banyak warga tua yang tinggal di Bandar Raya Ipoh untuk tujuan persaraan. Dengan ini, saya sudahi perbahasan saya dengan serangkap pantun yang berbunyi.
Dari Muallim naik ke Gerik, Mencari tembikar buatan tangan,
Politik, politik, politik, politik, politik, orang dah naik serik, Marilah berpeluk berjabat tangan.
Dengan ini, saya menyokong dan menjunjung kasih Titah Tuhanku. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada yang...
Boleh saya celah sedikit? Masa ada lagi itu, boleh saya soal sikit?
Sebab masa sudah tamat, bolehlah. Changkat Jering sila duduk. Ya. Seterusnya, saya…dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Kenering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum wbt. Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar DUN Kota Tampan. Yang dihormati, ADUN Semanggol, Ketua Pembangkang, Barisan Exco serta Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat untuk mewakili rakyat duduk di dalam Dewan ini. Seterusnya kepada ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.
Buah bidara, buah ciku, Dikupas dengan bilah sembilu, Saya di antara ADUN yang baru, Baru nak belajar tari dan lagu.
Menjunjung Titah dari Paduka Sultan, saya merujuk kepada Perkara 11, Islam hendaklah dilihat sifatnya sebagai rahmatan lil a’lamin. Baitul rahmah bagi seluruh alam. Firman Allah SWT (BAHASA ARAB). Bila menyebut tentang rahmat, tentulah kita perlu melihat di sudut mana untuk kita ambil sebagai panduan dan rujukan kita supaya kita mendapat rahmat daripada Allah SWT sebagai mana yang dinyatakan oleh Paduka Sultan. Sebab itulah, untuk mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT ini, betapa perlunya manusia melihat kepada sesuatu yang ada pada diri Rasulullah SAW dan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang perlu menjadi pedoman dan contoh agar ianya menjadi rahmat kepada seluruh alam. Bila mana makna alam bukan sekadar untuk manusia, tetapi untuk seluruh yang ada di alam ini, termasuk tumbuh-tumbuhan, binatang, langit, bukit-bukau dan sungai, lautan. Termasuklah rahmat itu datangnya daripada Allah SWT. Bukan sahaja khusus kepada umat Islam yang beriman kepada Allah SWT tetapi juga rahmat itu akan datang kepada mereka, mereka yang bukan Islam. Oleh itu Rasulullah SAW bukan sahaja menjadi contoh ikutan pada ibadahnya tetapi juga perlu menjadi ikutan kepada akhlak ataupun budi pekerti tingkah lakunya yang jujur, amanah, tidak khianat, tidak rasuah. Pada diri Rasulullah SAW itu juga perlu dilihat ianya bukan seorang pendakwah untuk mengajak kepada agama Islam tetapi Rasulullah SAW adalah menguasai daerah negara dengan maksud bahawa Rasulullah SAW bukan sekadar untuk mengajak manusia dengan akhlak mulia yang diajar oleh Tuhannya Allah SWT tetapi dia juga berpolitik dengan maksud mengurus urusan kehidupan manusia ini dengan ajaran dan tunjuk ajar daripada Allah SWT.
Baginda Tuanku Sultan menyebut asas utama untuk kita melihat mendapat rahmat sudah tentunya bersandarkan kepada diri yang ada pada diri Rasulullah SAW dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu Islam. Bukan maksud saya nak berkuliah pada hari ini kerana sebelum saya jadi YB, dalam masa sebulan saya ada 22 kuliah di masjid dan surau. Atas menjunjung titah perintah Sultan tidak diizinkan lagi untuk berkuliah di surau, masjid, di Dewan ini pun jadilah dengan tujuan untuk menarik kita sebagai manusia untuk kembali menginsafi diri kita sebagai hamba Allah SWT yang dicipta oleh Allah SWT untuk mengurus diri dan manusia ini dengan panduan yang dijadikan oleh Allah SWT itu dengan Islam.
Rasulullah SAW telah membuktikan dengan ajaran Islam yang dibawa berjaya menyatupadukan manusia tidak kira bagaimana, dari mana bangsa dan keturunannya, puaknya. Terbentuknya sebuah Kerajaan Islam di Madinah di atas asas masyarakat majmuk sehingga berjaya mengembangkan Negara Islam keserata dunia di atas petunjuk Islam dan di mana-mana dunia Islam yang ditadbir oleh orang-orang Islam, kita dapati bahawa ancaman kepada penduduk-penduduk yang bukan Islam tidak berlaku. Contoh yang berlaku paling jauh, paling dekat Kelantan. Negeri Kelantan yang ditadbir oleh yang kita katakan tokoh agama dikalangan ulama' mendasari pentadbiran Negeri dengan agama tidak berlaku sebarang penindasan ke atas umat manusia yang bukan Islam. Nak menunjukkan betapa rahmat Islam itu berlaku.
Atas sifat Rahmatan Lil A'lamin yang disebut oleh tuanku Baginda Sultan, saya bagi mewakili pengundi-pengundi rakyat yang ada di DUN Kenering dukacita juga melihat apa yang disebut oleh Exco daripada Sungai Rapat tentang peruntukan Kerajaan Persekutuan, pemohonan Kerajaan Negeri untuk mendapat peruntukan Kerajaan Persekutuan RM64 juta bagi membina jalan Gerik ke Jeli dalam istilah peruntukan Hulu Perak. Hulu Perak ni bukan Gerik-Jeli, bukan Gerik-Pengkalan Hulu. Gerik ni, Hulu Perak ini termasuk Lenggong. Lenggong terlibat sama dengan DUN Kota Tampan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Gerik juga terlibat dengan ADUN Temenggor depan saya. Isu yang mungkin memenangkan saya di atas Parlimen Lenggong dan DUN Kenering ialah isu jalan raya. Isu jalan raya memang teruk sangat. Kalau kita kata istilahnya ibarat kain pelekat. Jalan raya itu ibarat kain plekat. Berpetak-petak dan berpetak-petak tersebut tidak sama rata, berbonggol-berbonggol. Dengan peruntukan RM64 juta yang dimohonkan disebut secara khusus kepada Gerik-Jeli. Tidak melibatkan Lenggong-Gerik. Yang melibatkan DUN Kenering dan amat malang lagi sekiranya kita sebut atas Rahmatan Lil A'lamin.
Lenggong dikenali sebagai Taman Warisan Dunia. Sebagaimana yang disebut oleh wakil Pasir Pinji. Ada Geopark. Kalaulah jalan yang seteruk itu untuk kita promosikan sebagai tempat pelancongan, bagaimana kita nak mendapat sambutan yang baik daripada pengunjung-pengunjung. Bukan kita kata nak jalan raya, jalan utama, jalan persekutuan yang dibina yang rosak teruk tetapi jalan-jalan untuk kita sampai ke tempat utama Geopark. Tempat-tempat sejarah yang termasuk lingkaran Geopark. Nak pergi kepada Bukit Bunuh. Dalam DUN Kota Tampan. Bukit Bunuh ada kawah besar yang dikatakan tahi bintang jatuh di atas bukit tersebut. Nak pergi masuk pun masuk jalan ladang. Sepatutnya nak memajukan pelancongan menyediakan infrastruktur yang terbaik dan kita dapati bahawa peruntukan yang dikatakan diberi di Daerah Hulu Perak RM15 juta hanya untuk pembangunan jalan-jalan kampung.
Saya nak sebut di sini bahawa di atas sifat Rahmatan Lil A'lamin, Kenering juga ada penduduk-penduduk orang asal yang jauh nun di belantara sana. Umpama contoh di Kampung Dala, jalan masuk ke Air Ganda, Kampung Dala. Di sana kerajaan telah menyediakan sekolah berasrama penuh untuk orang-orang asli, orang-orang asal tetapi jalan untuk masuk ke sana memerlukan hampir 2 jam. Sepatutnya sekolah yang telah dibina lebih daripada 20 tahunlah, penyediaan jalan raya ini lebih perlulah kerajaan utamakan. Bukan sekadar untuk kemudahan rakyat orang asal di situ tetapi juga untuk kemudahan kakitangan kerajaan yang untuk berurusan di sana. Terutamanya JAKOA untuk membangunkan masyarakat orang asal di sana termasuklah di tempat-tempat yang lain. Di persekitaran DUN Kenering ada 2, 3 tempat lagi orang asli yang tidak dibangunkan dengan kemudahan yang sepatutnya. Tersebut di atas sifat rahmatan lil 'alamin, bukan kita hanya untuk pembangunan luar yang ada dipersekitaran utama kita orang orang Melayu, Cina dan India yang ada di sana tetapi di atas sifat rahmatan lil 'alamin, kita meminta kerajaan memberi perhatian yang sesungguhnya.
Di atas jalan utama, bukan hanya daripada Grik dan Jeli, dan jalan utama perlu juga diberi perhatian. Antara Lenggong dan Grik, termasuk ADUN Temengor, dia tahulah jalan macam mana nak jalannya. Kalau kereta saya, macam-macam bunyi. Kereta Yang Berhormat Temengor, molek, kereta saya Avanza aje dan sepatutnya inilah perkara yang menjadi perhatian kepada kerajaan untuk membangunkan dalam sifat rahmatan lil 'alamin, tanpa mengira bangsa, agama dan hak keseluruhan rakyat khususnya di negeri perak ini. Sekurang saya cukuplah sekadar itu untuk ucapan sulung saya di Dewan ini. Semoga apa yang saya sampaikan ada manfaatnya. Terima kasih di atas perhatian, saya dengan ini menyokong usul, menjunjung, kasih atas ucapan tuanku sultan. Wa billahi tawfiq wal hidayah, wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kenering. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan 20 minit.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Assalamuala mintabbil huda. Alhamdulillahirrabbi, alhamdulillahirrabbilalamin, wabihi nasta'ain, wassalatu wassalamu 'ala 'ashrafil anbiya iwal mursalin, wa 'ala alihi wa ashabi ajma'in. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunung Semanggol Ketua Pembangkang, Yang Amat Berhormat Kota Tampan Menteri Besar Negeri Perak, Barisan Exco Kerajaan Negeri Perak seluruh Yang Berhormat dari pihak kerajaan mahupun pembangkang, Ketua-ketua jabatan dan seluruh rakyat Perak yang sedang mengikuti perbahasan ini melalui atas talian. Alhamdulillah, syukrulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Dengan izinNya, kita sama-sama berada dalam Dewan yang mulia ini bersempena dengan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah SWT, ilhamkan kepada kita semua idea-idea, cadangan-cadangan, pandangan-pandangan, atau kritikan yang membina demi untuk membangunkan
Negeri Perak yang tercinta dari segi dari sudut dari pelbagai sudut, sudut agama, pemerintahnya, ekonominya dan beberapa sudut yang lain. Timbalan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya selaku Ahli Dewan Negeri Kawasan Kampong Gajah untuk membahas dan merafak sembah dan menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Maka di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh Yang Berhormat di atas kejayaan dalam Pilihanraya Umum ke-15. Tidak lupa juga kepada ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh rakyat Negeri Perak. Khususnya rakyat Kampong Gajah, terutamanya anak muda. Untuk pengetahuan Timbalan Yang di-Pertua, di Kampong Gajah merupakan sejarah PRU 15. Kalau nak kata gelombang hijau ke biru, merah saya tak kisah. Tapi pada saya, inilah gelombang anak muda, kesedaran anak muda dalam berpolitik. Mereka lebih melihat dan amat-amat berharapkan satu kerajaan yang perihatin, bersih dan stabil. Maka di atas keberanian melakukan perubahan yang saya lihat perubahan terbesar di Felcra, Changkat Lada. Anak muda sana melakukan perubahan yang besar sehingga memberi kemenangan atau pun kepercayaan kepada saya untuk mewakili mereka duduk di dalam Dewan yang mulia ini, bagi menyampaikan hasrat kami di Kampong Gajah, bagi melihat Kampong Gajah terus maju. Merujuk kepada teks Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Perenggan 16 Muka Surat 12 yang berbunyi, "Rakyat memerlukan tadbir urus ekonomi yang cekap untuk membolehkan kegiatan ekonomi kembali rancak. Rakyat mahukan kerajaan yang berupaya dan bertenaga untuk mentadbir urus negara membawa pertumbuhan ekonomi yang bermakna”.
Timbalan Yang di-Pertua, melihat pada Titah DiRaja, marilah sama-sama kita mentaddabur beberapa potong ayat Al Quran daripada surah Yusuf. (ayat al quran) Al Yusuf daripada ayat 55 hingga ayat 57. "Nabi Yusuf berkata, jadikanlah daku pengurus pembendaharaan hasil bumi Mesir, sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya lagi mengetahui cara mentadbir. Dan demikianlah caranya kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa bumi Mesir, ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat kami kepada sesiapa sahaja yang dikendaki dan kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan. Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa." Maka titah Tuanku Sultan selari dengan ayat Al Quran ini yang disebut Hafizun 'Alim yang bermakna kriteria amanah dan cekap amat penting bagi mengurus tadbir hal pembendaharaan. Lebih-lebih lagi berkait rapat dengan sektor ekonomi. Kalau kita lihat pada tafsir ayat ini, seperti mana mungkin sebahagian besar daripada kita mengetahuinya. Keadaan di Mesir yang menghadapi kemelesetan ekonomi dan akan menghadapi kemarau, maka Nabi Yusof meletakkan dirinya sebagai tempat untuk bagi memulih ekonomi Mesir ketika itu. Timbalan Yang Di-Pertua, Rasulullah SAW menjelaskan kepentingan...
Celahan. Sekejap komen Yang Berhormat. Tadi Yang berhormat sebut soal keberanian membuat perubahan di kalangan anak-anak muda di mana mana lah tetapi ada juga respon dari teman-teman. Antaranya begini dan dia berlaku di sekolah dan mereka bersama-sama bersembang anak anak ini. Dia kata, bapak kamu undi PH. Besok sekolah kena pakai skirt, satu. Yang kedua, ada yang kata jaga-jaga, 16 Mei. 16 Mei. Jadi sampai ke peringkat 16 Mei hingga 13 Mei pun tak boleh beza. Dato' Zul boleh tahu daripada Lintang kan, orang lama macam saya. Jadi makna 16 Mei ini hari guru. 13 Mei 1969, apa pergaduhan kaum. Jadi, satu lagi PH punca 13 Mei. Sedangkan PH hanya wujud lepas PRU 2008. Jadi saya tak pastilah sama ada gelombang hijau ini satu yang betul ataupun satu yang berpunca daripada salah maklumat ataupun pemesongan maklumat atau mungkin penipuan dan pembohongan. Terima kasih.
Sebenarnya anak muda sekarang dah celik dengan media. Bahkan kita tengok kerisauan harapan tentang TikTokers. Tak perlulah nak bangkit benda itu. Saya tak mahu mengeruhkan keadaan Dewan yang harmoni pada petang. Kalau kita nak lihat, nak kaji benda ini InsyaAllah kita akan buat perdebatan lain atau sebagainya. Saya lebih suka tumpukan pada Titah DiRaja. Tentang kepentingan untuk kita hidupkan sektor ekonomi. Timbalan Yang di-Pertua, Rasulullah SAW menjelaskan kepentingan pertanian di dalam sabdanya yang bermaksud, karena saya nak bawa Kampong Gajah ini Timbalan Yang di-Pertua, ekonomi mereka kebanyakannya bergantung kepada pertanian, penternakan, perladangan, perikanan. Jadi perkara ini amat penting kerana saya mewakili kawasan saya untuk meluahkan keresahan yang ada dalam jiwa mereka dalam Dewan yang mulia ini. Sabda Nabi.... (bacaan hadis) "Jika terjadi hari Qiamat sementara di tangan salah seorang dari kamu ada sebiji benih tanaman, maka jika dia mampu sebelum terjadi hari Qiamat untuk menanamnya, maka tanamlah". Imam Al-'Aini ketika menjelaskan faedah daripada hadis ini, antara lain menyebut bahawa padanya terdapat keutamaan mencari rezeki dengan tangan sendiri. Kerana Islam bukan hanya menyuruh ataupun bawa pada penganutnya berpahaman kena duduk dalam masjid. Ataupun sekadar cukup makan.
Sebenarnya Islam mengajak penganutnya untuk terus maju ke hadapan. Untuk sebab itu kita lihat para sahabat ramai di kalangan mereka, jutawan. Nabi SAW bersabda... (bacaan hadis) "Bekerjalah untuk dunia kamu. Mencari kehidupan di dunia. Seolah-olah kamu hidup selama-lamanya. Dalam masa yang sama, hendaklah kamu kerja untuk akhirat kamu. Seolah-olah kamu akan mati esok hari dan itu Islam membawa penganutnya untuk bergerak jasmani dan rohani. Perlu mengingat adanya suatu kehidupan lain, ini kehidupan di alam akhirat. Maksudnya, kalau kita memikirkan kehidupan lain kehidupan akhirat, kita memikirkan kehidupan dunia serentak, maka akan berlakulah yang disebut tadi, cekap dalam pengurusan ekonomi kita akan elak daripada perkara-perkara yang boleh dihukum di hukuman akhirat yang disebut rasuah dan sebagainya dan Islam amat menggalakkan tersebut untuk memenuhi bumi dan tanah yang terbiar dengan pertanian dan lain-lain yang mendatangkan hasil. Ini bertujuan untuk mendatangkan manfaat tanah tersebut. Ini disebut dalam Kitab Fekah Muzaraah, Musaqah ini semua tersebut dalam Kitab Fekah. Saya kalau Kenering kata tadi, dia kuliah saya pun kuliah. Tapi demi menjunjung Titah Tuanku, pekeliling yang keluar baru-baru ini, kita terpaksa untuk beritahu kepada masjid-masjid, surau-surau supaya kita akur dan patuh bagi melihat perjalanan dalam negeri kita tadi ini tidak berlakunya sentiasa politik kepartian itu menjadi keutamaan. Politik tak ada masalah, macam tadi sebut pasal politik. Tak, politik itu mesti ada. Dalam di mana-mana pun tak boleh kita pisahkan. Kita panggil siasah Syaariah. Yang masalahnya ketaksuban kerpatian. Timbalan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan yang saya sebutkan tadi,
Kampong Gajah tertumpu kepada sektor pertanian, ternakan, perikanan, nelayan darat dan pengusaha-pengusaha usahawan, peniaga-peniaga kecil.
Maka di sini, saya ingin nyatakan beberapa keresahan dan kebimbangan petani, penternak, nelayan dan peniaga kecil kerana saya balik daripada pekerja yang pertama saya ceburi adalah pertanian dan juga pertanian. Jadi di sini, bila kita duduk dalam kumpulan, kata orang Peraknya glemak dengan petani-petani, penternak-penternak, kita dapati perkara pertama yang menjadi perhatian atau keresahan mereka. Yang pertamanya mengenai petani tentang baja, tentang racun yang melambung tinggi harganya ketika mana kalau kita ingat dahulu, harga sawit naik sampai RM1,200, RM1,300 ada tempat RM1,400. Ketika itu juga harga baja, harga racun naik dua kali ganda. Yang menjadi masalahnya, orang yang mengusaha pisang, orang yang mengusahakan padi sebab tempat Kampong Gajah ini dia ada semua. Changkat Lada, Seberang Perak penuh dengan padi dan ketika mana harga sawit turun, harga baja dan harga racun tetap dengan kadar yang tinggi, bahkan makin naik. Jadi, ini menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun iaitu merupakan sumber ekonomi mereka kerana bila naik, sedangkan harga jual sawit dan sebagainya rendah, mereka terpaksa belanja yang lebih, sedangkan pendapatan yang kurang. Begitu juga, penternak kecil. Tadi kita dengar Manong cerita tentang buat makanan sendiri, silah dan sebagainya. Itu suatu inisiatif. Walaupun begitu untuk nak cepat gemukkan binatang, ternakan ini, adalah di antara iaitu dengan dedak, dedak, dedak orang tu dah makan dedak pulak ya. Itu lah dedak. Dedak penggemuk. Ayam ke ternakan memang dedak penggemuk menjadi makanan utama untuk cepat membesar. Itu dedak. Kalau kita lihat sekarang, kenaikan harganya juga cukup membebankan. Sehingga sebahagian daripada rakan-rakan saya terpaksa menutup kandang mereka. Jadi saya minta jasa baik daripada kerajaan untuk melihat dan mengambil perkara ini. Mencari jalan penyelesaian bagi meringankan beban penternak-penternak kecil. Timbalan Yang di-Pertua, yang kedua yang menjejaskan kepesatan ekonomi petani…
Nak Tamat, dua minit lagi.
Adalah banjir. Banjir ini biasa lah. Banjir bukan dengan sebab banjir, bah sungai atau sebagainya. Tapi kadang-kadang dengan sebab air hujan lebat sikit pun dah jadi banjir. Banjir kilat. Habis tanaman mati dan sebagainya. Yang ni saya lihat, perkara ini berpunca daripada penyelenggaraan saliran parit kadang-kadang tidak berjadual ataupun tidak konsisten. Tunggu bila banjir baru ada. Jadi saya harapkan pihak kerajaan menyalurkan kemungkinan benda tu tidak berlaku dengan berjadual pencucian parit atau sebagainya kerana peruntukannya kurang. Jadi saya harapkan pihak kerajaan boleh perhatikan benda ni untuk lebihkan berikan peruntukan yang optima kepada Jabatan Pengairan dan Saliran supaya mereka boleh melakukan, menyelenggarakan cucian parit sebagainya berjadual. Insyaallah itu mampu untuk menyekat banjir yang mungkin akan bawa nilai tambah kepada petani-petani bila tanaman mereka tadi ni tidak mati. Yang ketiganya, sebagai sumber penduduk Kampong Gajah iaitu melalui perikanan. Yang ni nelayan darat. Kita ada nelayan darat di Sungai Galah iaitu mereka berikan di lombong-lombong. Harapan mereka, saya ringkaskan, harapan mereka supaya diwartakan sebahagian besar daripada lombong-lombong itu untuk diwartakan kawasan tersebut sebagai kawasan aktiviti nelayan darat. Kerana punca pendapatan mereka daripada itu, lombong-lombong. Kalau dibiarkan atau tidak diwartakan, lombong-lombong ini mungkin dicerobohi oleh peneroka haram atau sesiapa. Untuk mereka buat sebagai ternakan sangkar atau sebagainya, menyebabkan terbantutnya aktiviti nelayan darat kerana kawasan mereka itu sudah dikuasai. Yang keempatnya, Timbalan Yang di-Pertua…
Yang Berhormat, sila masuk perenggan yang terakhir.
Empat ni akhir. Pertama tadi dalam bab perwartaan kawasan lombong. Yang keempat saya sebutkan iaitu di sungai, nelayan darat di Sungai Kampong Gajah, dia ada Sungai Perak. Jadi nelayan, nelayan darat di sungai mereka juga memerlukan kemudahan seperti mana jeti untuk turun naik sungai, bagi memudahkan mereka bawa hasil daripada berikan, kita panggil berikan lah di sungai ni, untuk sebagai menampung ekonomi mereka. Perkara ni bukan hanya untuk ekonomi individu, tapi dia juga menyumbang kepada ekonomi setempat. Bahkan mungkin kalau kita perluaskan, kita perkasakan, dia juga mampu untuk bawa kepada kerajaan negeri dan seterusnya. Jadi, mana yang akhirnya pun? Tak ada tambah, ya? Tak ada tambah, jadi saya Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kerana beri sedikit waktu tambahan. Dengan ini, saya Kampong Gajah, mohon menyokong titah Diraja. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kampong Gajah. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk memulakan perbahasan, 20 minit, dipersilakan.
Salam sejahtera dan salam perpaduan saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil dari agensi kerajaan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan mengizinkan saya untuk menjunjung kasih atas titah Diraja sempena Perasmian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada sidang kali ini. Saya berasa amat bersyukur dapat bersidang di Dewan yang mulia ini buat kali pertama setelah diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat dari DUN kawasan Pokok Assam. Hari ini kita dapat lihat ramai Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan tetapi masih ada yang membangkitkan isu-isu perkauman dan di sini saya ingin menekankan bahawa Pokok Assam amat bersetuju dengan Titah Diraja yang menyatakan bahawa persefahaman dan hubungan yang harmoni antara kaum merupakan faktor penentu untuk menjamin suasana hidup bernegara dan bernegeri yang aman dan harmoni. Negara dan negeri yang warganya hidup dalam aman dan harmoni akan dapat menumpukan fikiran, tenaga dan usaha untuk menarik pelabur dan pelancong, meningkatkan pertumbuhan ekonomi, merancakkan pembangunan negeri dan melimpahkan kemakmuran kepada rakyat.
Oleh yang demikian, pandangan ekstrem berunsur kaum dan agama, berbentuk hasutan yang boleh menyemaikan rasa benci serta berpotensi mencetuskan pemusuhan sesama warga wajib diberhentikan. Tindakan tegas lagi segera wajib diambil untuk menghentikan aktiviti mana-mana pihak sama ada secara ucapan atau perbuatan yang meracuni fikiran dan membakar emosi rakyat dengan mengeksploitasi isu-isu agama dan kaum. Dalam PRU ke-15 di Negeri Perak, Pakatan Harapan telah memperolehi lebih dari 630 ribu undi dan Barisan Nasional telah memperoleh lebih dari 380 ribu undi, menjadikan Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk di Negeri Perak mendapat sokongan lebih dari 1 juta orang rakyat Negeri Perak yang telah mengundi berbanding dengan Perikatan Nasional yang mendapat jumlah sokongan 455 ribu undi. Maka, setiap individu khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian berperanan untuk memastikan hubungan harmoni antara kaum terus disuburkan dan persefahaman antara pengikut pelbagai agama terus dipupuk. Ini amatlah penting untuk Kerajaan Perpaduan mendengar dan memahami keresahan yang sedang dihadapi oleh rakyat. Antaranya, pengangguran, kos sara hidup yang tinggi, jaminan bekalan dan keselamatan makanan, kelestarian alam sekitar, juga kemudahan-kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan serta perhubungan awam dan komunikasi digital yang berkualiti. Rakyat memerlukan tadbir urus ekonomi yang cekap untuk membolehkan kegiatan ekonomi kembali rancak. Rakyat mahukan kerajaan yang berupaya dan bertenaga untuk mentadbir urus negara membawa pertumbuhan ekonomi yang bermakna.
Rakyat telah jemu dengan permainan isu perbezaan kaum dan agama yang hanya akan merosakkan negara kita. Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, haruslah kita bersama-sama menumpu perhatian kepada masalah ekonomi yang sedang dihadapi oleh rakyat jelata. Timbalan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk bercerita sedikit sebanyak pengalaman berkaitan dengan isu-isu kelestarian dan kemudahan asas di bandar warisan Taiping, di mana ada pengalaman yang manis dan juga ada pengalaman yang pahit. Pada hari Sabtu yang lepas, bandar Taiping telah dianugerahi destinasi rekreasi terbaik Malaysia tahun di tahun 2022 yang dianjurkan oleh MATTA dan kerjasama Santai Travel. Majlis Perbandaran Taiping telah menerima anugerah tersebut di Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022 yang berlangsung di Hotel Royal Chulan. Penganugerahan ini diberikan atas usaha berterusan Majlis Perbandaran Taiping dan kerjasama dari warga Taiping serta pasukan Ahli Parlimen dan ADUN Taiping dalam menyediakan dan mempromosikan lokasi rekreasi untuk aktiviti riadah seperti Taman Tasik Taiping, Taman Botani Perak, Zoo Taiping dan Night Safari, Pusat Peranginan Bukit Larut dan lain lain lagi.
Anugerah yang julung kali diadakan itu turut memberi penghormatan tertinggi kepada individu dan organisasi yang menyumbang serta memainkan peranan penting dalam kejayaan industri pelancongan. Sebenarnya, pada tahun 2019, Bandar Taiping juga pernah mendapatkan satu anugerah antarabangsa yang mengharumkan nama baik Malaysia di mata dunia. Bandar Taiping telah mendapat tempat ketiga, bandar lestari terbaik dunia dalam kategori Top 100 Sustainable Destination. Pusat Peranginan Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping merupakan antara faktor utama yang membolehkan Taiping berjaya memenangi anugerah-anugerah tersebut tetapi sayang sekali, Bukit Larut telah ditutup kepada orang-orang awam sejak awal tahun 2020 disebabkan berlakunya tanah runtuh dan kerosakan jalan yang telah menghalang kereta jeep yang membawa penumpang naik ke atas bukit. Sebagai salah satu destinasi pelancongan yang utama di Taiping dan juga di Malaysia, sepatutnya usaha baik pulih dijalankan serta merta untuk menyambut pelancong asing dan tempatan yang datang untuk melawat ke Taiping khususnya selepas pandemik.
Namun sehingga hari ini, Bukit Larut masih belum dibuka kepada orang awam, kerana kerosakan jalan yang disebabkan tanah runtuh masih tidak dapat dipulihkan sepenuhnya oleh JKR. Mengikut maklumat daripada Majlis Pembandaran Taiping, masih tidak dapat dijangkakan berapa lama lagi Bukit Larut terpaksa ditutup sementara menunggu tindakan diambil oleh pihak berkenaan. Keadaan ini bukan sahaja menggagalkan usaha pembangunan pelancongan tempatan, ia juga mengancam keselamatan awam, khususnya para pendaki bukit. Walaupun Bukit Larut telah ditutup kepada kenderaan jeep yang membawa pelancong naik ke atas bukit, tetapi masih ramai pendaki yang berjalan kaki ke atas bukit setiap hari sebagai senaman yang amat diminati oleh warga Taiping dan keadaan ini mendatangkan persoalan keselamatan sebab tiada pemeriksaan terperinci berkaitan kemungkinan tanah runtuh akan berlaku lagi di cerun-cerun bukit terutamanya di musim hujan ini dan di kawasan Bukit Larut yang merupakan kawasan paling lembab di negara kita. Tanah runtuh bukannya perkara yang baru di Bukit Larut. Ia pernah berlaku beberapa kali sebelum ini. Selain usaha membaik pulih jalan yang rosak dan cerun yang runtuh, penyelidikan dan pemeriksaan harus dijalankan supaya insiden seperti yang berlaku di Batang Kali baru-baru ini dapat dielakkan. Penutupan Bukit Larut yang akan masuk ke tahun ketiga ini bukan sahaja merugikan usaha pembangunan sektor pelancongan tempatan. Banglo-banglo di atas bukit yang sepatutnya disewa kepada pelawat atau pelancong juga telah mengalami kerosakan kerana kekurangan pendapatan untuk menjalankan kerja kerja pemeliharaan dan dijangka akan memerlukan sejumlah wang yang lebih besar untuk projek baik pulih selepas ini. Dua buah kenderaan baru di kaki bukit yang membawa penumpang naik ke atas bukit telah diusahakan pada tahun 2019 semasa Pakatan Harapan memerintah. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Exco kita yang juga berada di dalam Dewan ini Yang Berhormat Aulong yang telah membantu untuk mendapatkannya pada ketiga itu.
Terdapat lebih kurang 10 buah kenderaan yang agak tua usianya boleh membawa penumpang naik ke atas bukit tetapi selalunya cuma ada 5 atau 6 buah saja yang dapat berfungsi setiap hari. Selebihnya sentiasa dihantar ke bengkel dan bergilir-gilir. Dengan tambahan 2 buah kenderaan baru ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi sayang sekali kedua-dua kenderaan baru tersebut juga tidak dapat berfungsi sejak dibeli sebelum Bukit Larut ditutup. Bagi sesiapa yang pernah datang ke Bukit Larut, awal-awal pagi sudah kena beratur panjang untuk berebut tiket jeep yang terhad untuk naik ke atas bukit, kerana tiket yang terhad ini diberikan keutamaan kepada mereka yang telah menyewa banglo dan akan bermalam di atas bukit. Tambahan dengan masalah kenderaan yang boleh berfungsi, ramai pelancong yang datang beratur untuk mendapatkan tiket selalunya dikecewakan. Maka satu usaha lagi telah dijalankan untuk memperkenalkan belian tiket secara talian pada akhir tahun 2019 supaya pelancong-pelancong boleh menyemak dan membeli tiket yang amat terhad tanpa perlu beratur panjang di kaunter telah dijalankan. Namun semua usaha yang dijalankan semasa zaman pemerintahan, zaman Pakatan Harapan tidak dapat dimanfaatkan kerana peristiwa tanah runtuh yang berlaku sejak awal tahun 2020 dan tiada tindakan yang efektif diambil oleh pihak berkuasa semenjak tahun 2020 hingga kini.
Saya berharap tindakan susulan akan diambil dengan segera oleh mana mana pihak yang berkenaan selepas ini di mana rakyat memang menaruh harapan ke atas kerajaan baru, kerajaan perpaduan untuk menyelesaikan isu isu yang tidak dapat disempurnakan oleh kerajaan sebelum ini. Timbalan Yang di-Pertua, selain Pusat Peranginan Bukit Larut, Taman Tasik Taiping yang juga merupakan taman terbuka yang pertama dan juga yang tercantik di negara kita juga menghadapi beberapa masalah yang sama. Taman Tasik Taiping yang cukup hijau dipenuhi flora dan fauna menjadi tarikan pelancongan dan destinasi utama di Taiping kini juga menghadapi masalah kekurangan kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeliharaan. Tasik-tasik yang penuh dengan rumput air dan pasir yang bertimbun telah menjadikan tasik sebagai daratan. Apabila ditanya, maklumat dari Majlis Perbandaran Taiping menunjukkan berpuluh puluh ribu ringgit Malaysia diperlukan untuk membersihkan kolam. Sebenarnya, masalah yang kerja tidak diuruskan segera dan dengan baik dan dibiarkan akan menyebabkan perbelanjaan yang lebih besar diperlukan kemudian. Ini telah menyebabkan satu pembaziran yang sepatutnya dapat dielakkan melalui pengurusan dan pentadbiran perbelanjaan yang lebih baik.
Dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, dalam situasi negara sedang menghadapi bebanan hutang yang tinggi, perbelanjaan yang menghasilkan manfaat langsung kepada rakyat di samping melaksanakan secara bersungguh langkah-langkah berjimat cepat berjimat-cemat dan menghentikan perbelanjaan-perbelanjaan berunsur pembaziran harus sentiasa diamalkan. Selain itu, pokok hujan-hujan yang telah menjangkau usia lebih dari 100 tahun merupakan ikon Taman Tasik Taiping tetapi satu demi satu, pokok yang sudah lama hidup di tanah Taman Tasik Taiping ini telah tumbang baru-baru ini. Kebiasaannya, tindakan untuk menyelamatkan pokok yang tumbang akan diambil tetapi hanya selepas pokok tersebut tumbang. Tidak nampak ada usaha yang diambil untuk menjaga ataupun memanjangkan hayat pokok hujan-hujan sebelum berlakunya pokok tumbang. Jadi adakah mana-mana pihak yang mengambil perhatian terhadap isu ini dan adakah apa-apa usaha akan diambil selepas ini untuk menjaga dan memanjangkan hayat pokok hujan-hujan supaya satu satunya tempat yang terdapat pokok hujan-hujan yang berusia lebih dari 100 tahun dapat terus dipelihara sebagai satu aset yang penting dalam alam semula jadi dan industri pelancongan tempatan?
Timbalan Yang di-Pertua, sebagai salah satu bandar lestari terbaik dunia, apakah tahap kelestarian yang dapat dilihat dan dinikmati oleh warga-warga Taiping? Masalah kebersihan di kawasan-kawasan kediaman, terutamanya masalah longgokan sampah haram semakin serius. Adakah kekurangan dalam kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan serta penguatkuasaan yang lemah oleh PBT menjadi faktor utama? Apakah usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran dan kerjasama rakyat selain penguatkuasaan yang ketat harus diambil? Sampai hari ini, masalah kebersihan masih menjadi salah satu aduan utama yang diterima dari orang awam setiap hari. Apabila bandar kita dianugerah bandar lestari, tetapi sebenarnya, rakyat jelata masih menghadapi masalah kebersihan yang menjejaskan keselesaan hidup. Selain masalah sampah, bandar lestari Taiping juga menghadapi masalah porthole, iaitu jalan berlubang yang cukup serius sehingga boleh dikatakan hampir semua kawasan di Taiping, khususnya di kawasan-kawasan kediaman, menghadapi masalah lubang jalan sepanjang tahun yang masih tidak dapat diselesaikan. Aduan yang dibuat selalunya mengambil masa yang panjang sehingga pernah berlakunya beberapa kemalangan sebelum ia sempat diuruskan. Apakah faktor yang mencetus masalah tersebut? Adakah bahan yang digunakan atau cara membaikpulih itu ada bermasalah? Ataupun cara pengurusan PBT dan tindakan kontraktor yang bermasalah? Kebersihan longkang juga menjadi masalah utama di bandar lestari.
Kerja-kerja pembersihan yang tidak sempurna dan mengikut masa selalunya menyebabkan air bertakung. Keadaan menjadi lebih serius apabila berlakunya hujan lebat, aliran air yang lambat disebabkan sekatan sampah sentiasa menjadi faktor utama berlakunya banjir kilat. Banjir kilat kerap berlaku bukan sahaja di kawasan kediaman tetapi juga kerap berlaku di pusat bandar, sebuah bandar lestari. Beberapa jalan utama di pusat bandar seperti Jalan Kota dan Jalan Beret masih menghadapi masalah banjir kilat walaupun perkara ini sudah lama ditujukan kepada PBT. Seperti yang disebutkan tadi, Bandar Taiping yang telah banyak kali memenangi anugerah dalam kategori kehijauan dan kelestarian tetapi, warga-warga Taiping masih kurang dapat menikmati erti sebenar bandar lestari, khususnya dari segi kebersihan dan keselesaan hidup. Bandar Taiping akan menyambut ulang tahun ke-150 pada tahun 2024. Di sepanjang tempoh tersebut sehingga kini, Taiping berkembang menerusi perbagai cabaran dari sebuah bandar perlombongan bijih timah yang aktif sehingga menjadi sebuah bandar
YB, dua minit lagi.
Juga menjadi sebuah bandar tumpuan pelancong...
Timbalan Yang di-Pertua, bagi laluan sikit boleh, Pokok Assam.
Bagi saya habis lagi sikit. Ini, Bandar Taiping yang mesra usia, mesra alam pastinya akan menjadi tumpuan orang ramai terutamanya perbagai promosi pelancongan sempena perayaan ulang tahun akan dijalankan selepas ini. Sebelum mengakhiri perbahasan saya pada petang ini, saya berharap semua pihak yang berkenaan dapat membantu dan memberi perhatian dalam persiapan yang perlu dijalankan pada tahun depan untuk menjayakan sambutan ulang tahun ke-150 Bandar Warisan Taiping. Sekian perbahasan hari ini daripada Pokok Assam. Pokok Asam menjunjuk kasih Tuanku. Pokok Assam, mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Assam.
Sikit je nak tanya sikit boleh tak.
Masa sudah tamat. Sila duduk. Seterusnya dijemput YB daripada Chenderoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan, 20 minit.
Bismillahirahmanirahim. (Bacaan doa). Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Exco-Exco Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai pegawai kerajaan negeri mahupun persekutuan dan rakan-rakan media. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Pertama sekali, izinkan saya untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Dato Yang di-Pertua kerana sekali lagi dilantik menjadi Speaker
Dewan Negeri Perak. Ucapan tahniah ini juga saya tujukkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Kerajaan yang telah dilantik menjadi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Semoga dengan lantikan sekalian Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mensejahtera dan memakmurkan Negeri Perak ini. Salam sejahtera kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari Kerajaan dan Pembangkang, pegawai- pegawai dan para hadirin yang dimulakan serta rakan media.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih saya kepada Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Titah Tuanku Sultan Perak. Bagi ucapan sulung saya sebagai ADUN Chenderoh, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi-pengundi di DUN Chenderoh dan anak-anak muda yang telah memberi mandat kepada Perikatan Nasional untuk memimpin di Chenderoh dan 25 DUN yang lain. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepimpinan Perikatan Nasional Negeri Perak atas kepercayaan dan tindakan berani gabungan ini mempertaruhkan banyak anak-anak muda seusia saya dalam PRU yang lalu. Dalam menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sewaktu Istiadat Pembukaan Rasmi Penggal Pertama Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan semalam, saya akan membawa perbahasan saya ke arah penyataan hasrat rakyat di kawasan saya serta perkara-perkara yang terbit dari buah fikiran saya sepanjang tempoh yang singkat ini.
Timbalan Yang di-Pertua, melalui Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Sultan Perak Darul Ridzuan semalam, kita dengan jelas kita percaya dan perlu hayati tentang bukan sahaja hasrat kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Sultan Perak Darul Ridzuan tapi juga hasrat yang terbuku di dalam setiap benak hati rakyat Negeri Perak untuk negeri ini terus menerus menjadi sebuah negeri yang makmur dan sejahtera dengan memastikan prinsip asas integriti dan nilai murni yang baik dijadikan tunjang utama kepada kestabilan politik negeri ini. Perkara ini hanya boleh dicapai melalui penghayatan dan pegangan teguh terhadap asas-asas Rukun Negara yang sudah pasti akan menjamin kesatupaduan rakyat, keharmonian negeri dan kemampanan taraf hidup tanpa menyentuh perkara-perkara sensitif yang akan menyebabkan kegusaran dalam kalangan rakyat Negeri Perak. Pembudayaan saling menghormati antara kaum dan agama juga adalah sangat penting melalui pemahaman sensitiviti kaum dan agama dapat memastikan perbalahan antara rakyat dapat dikurangkan. Hal ini dapat dipastikan melalui peranan kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini untuk terus memastikan pembudayaan ekstrem dalam bicara tidak dilakukan secara terus menerus. Begitu juga keperluan kerajaan campuran negeri Perak. Ini untuk memastikan kemampanan ekonomi Negeri Perak bagi memastikan rakyatnya dapat menamatkan dan mengeluarkan diri daripada tempoh sukar yang dihadapi di era pasca Covid-19 yang telah memberi kesan mendalam pada lubuk pencarian rezeki kebanyakan mereka.
Cabaran ini akan menjadi cabaran yang besar buat kerajaan campuran di hadapan saya lebih lebih lagi tahun 2023 akan menjadi tahun yang mencabar dan menguji kemampuan pihak kerajaan mengurus ekonomi ketika era kemelesetan ekonomi global yang bakal melanda tahun hadapan. Daripada seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat Perikatan Nasional kami jelas dan teguh dengan pendirian kami di saf pembangkang untuk menyokong pihak kerajaan sekarang ini di atas dasar-dasar yang memanfaatkan rakyat selagi berpegang kepada prinsip-prinsip yang dinyatakan di awal tadi. Saf pembangkang akan memainkan peranan semak dan imbang kepada dasar-dasar yang akan dibawa oleh pihak pembangkang bagi memastikan semua yang dibawa adalah telus dan tidak melanggari prosedur yang menjurus kepada tidak keamanahan pengurusan negeri. Selain itu keadilan dan kesesamaan pihak kerajaan untuk menyediakan peruntukan yang sama rata kepada ADUN pembangkang negeri ini seperti biasa. Beberapa tahun sebelum perlu diambil perhatian dan dilakukan untuk memastikan semua wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tugas dengan baik. Perkara ini akan memastikan keharmonian hubungan antara pihak kerajaan dan pembangkang dalam menumpukan urusannya kepada rakyat berbanding pertikaman antara satu sama lain.
Timbalan Yang di-Pertua, pada kesempatan perbahasan kali ini, saya ingin membawakan pandangan peribadi saya, mewakili anak muda. Berkenaan arah dasar yang perlu dibawa Kerajaan Negeri ini bagi memastikan hak-hak kumpulan rentan ini terjamin memandangkan saya juga masih tergolong dalam kategori belia. Timbalan Yang di-Pertua, saya berumur 25 tahun sebelum ini berniaga, sekarang menjadi wakil rakyat sedang dalam proses membeli rumah dan macam- macam lagi yang belum dicapai dalam kehidupan. Sedar atau tidak, dalam pengenalan diri saya sebentar tadi saya telah menyatakan sebahagian komponen cabaran yang sedang dihadapi oleh anak muda sebaya dengan umur saya di luar sana. Pertama, cabaran pekerjaan. Kedua, cabaran untuk berkeluarga. Ketiga, cabaran untuk memiliki rumah yang selesa. Cabaran-cabaran ini adalah sebahagian kecil daripada keseluruhan cabaran yang dihadapi oleh anak-anak muda di Negeri Perak. Jika kita telusuri lagi, banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh anak-anak muda di negeri ini yang perlu kita sebagai pemimpin memberi tumpuan. Cabaran seperti hak untuk mendapat pendidikan berkualiti, cabaran untuk sentiasa mempunyai makanan di atas meja di rumah, cabaran untuk membangunkan diri melalui perolehan, pengetahuan untuk kebolehan, pasaran diri dan banyak lagi cabaran-cabaran lain yang kumpulan kami hadapi. Cabaran-cabaran ini adalah tanggungjawab pihak kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan melalui kemampuan yang ada untuk diatasi dan menjamin kepada kesejahteraan negeri.
Sebagai contoh, kerajaan seharusnya memperluaskan Skim Rumah Perakku bukan sahaja kepada golongan miskin tegar B40 tetapi juga untuk kumpulan anak muda yang sedang memulakan kerjaya dan mendirikan rumah tangga dengan skim yang bersesuaian dengan keadaan pendapatan mereka melalui penambahbaikan skim ini akan membantu penambahbaikan kualiti kehidupan mereka sekaligus membawa kesejahteraan kepada negeri bertuah ini. Begitu juga dengan cabaran berkaitan peluang pekerjaan. Jika kita lihat dengan mata kasar ketika Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu begitu ramai anak muda perantau yang balik untuk membuang undi pada 19 November yang lalu. Melalui pemahaman kecil saya adalah anak-anak muda di Negeri Perak ini banyak berhijrah keluar dari Negeri Perak untuk mencari rezeki. Menurut fahaman saya juga, hal ini adalah peluang yang bersesuaian dengan kehendak kerjaya pilihan. Mereka tidak wujud di dalam negeri ini. Perkara ini adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan oleh kita semua kerana secara tidak langsung, dalam tempoh mendatang Negeri Perak akan mengalami talent-deficit akibat penghijrahan golongan profesional atau berkemahiran ke negeri yang lain. Sekaligus akan menyebabkan kelumpuhan komuniti-komuniti di desa-desa, kerana jumlah penduduknya kian berkurang dan akhirnya mematikan komuniti tempatan. Pihak Kerajaan perlu merangka sesuatu pakej pelaburan yang komprehensif bagi menarik pelabur-pelabur untuk mendirikan fasiliti, pejabat atau pun kilang mereka di negeri ini yang akan membawa peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Terdapat daerah-daerah yang masih tidak dimaksimalkan penggunaan kawasan perindustrian seperti di Seri Iskandar yang mana tapaknya sudah ada tapi industri nya tiada. Sudah pasti pelabur sebenarnya tidak dapat daya tarikan yang memenuhi kehendak mereka menjadi faktor pada masalah ini. Begitu juga keadaan yang dihadapi melalui resource-loss akibat eksport keluar maksima pelbagai sumber asli dan hasil tanah yang dijual sebagai harga mentah. Sedangkan kita sebagai sebuah negeri boleh melakukan inisiatif penghasilan produk akhir hiliran atau end product dari sumber-sumber asli dan hasil tanah ini dan dijual pada harga yang lebih tinggi di samping dapat mewujudkan rantaian pekerjaan.
Sumber asli seperti batu kapur tidak seharusnya dieksport keluar mentah tapi ia perlu diproses untuk menjadi batu marmar komersial di dalam negeri ini sebagai produk sebelum dieksport keluar. Begitu juga hasil tanah negeri seperti nanas, pisang, durian dan banyak lagi. Jika disediakan pakej sokongan perniagaan yang bersersuaian sudah pasti akan menarik minat anak tempatan untuk penghasilan produk hiliran yang lebih banyak. Hal ini akan bawa lebih banyak hasil kepada pihak kerajaan di samping mewujudkan peluang rangkaian perniagaan dan untuk rakyat tempatan. Timbalan Yang di-Pertua, tidak terhenti di situ ekonomi kumpulan anak muda juga dapat dijamin dengan Program Job Matching yang lebih meluas. Saya percaya pihak Kerajaan Negeri melalui agensi Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK bersama beberapa agensi di peringkat negeri seperti PERKESO tahun ini dan tahun lalu telah melakukan pelbagai program karnival kerjaya dan macam-macam lagi program yang membantu anak-anak negeri ini untuk mendapat pekerjaan. Program-program ini sememangnya membantu membuka ruang-ruang pekerjaan untuk anak muda negeri ini kepada peluang kerjaya bidang mereka tapi akibatnya ada sesetengah mereka terpaksa berhijrah meninggalkan negeri ini untuk pekerjaan tersebut. Maka kian sunyi negeri ini dari aktiviti yang merancak ekonomi. Pada hemat pandangan saya, kita memerlukan lebih banyak pakej startup untuk anak-anak muda.
Chenderoh, mohon laluan. Terima kasih kepada Chenderoh. Timbalan Yang di-Pertua, saya tertarik juga dengan ucapan yang disebut oleh Chenderoh tapi saya nak menambah kalau boleh dipersetujui. Selain daripada peluang pekerjaan dan juga bentuk-bentuk perniagaan yang boleh kita sediakan kepada anak muda, jangan kita lupa ilmu kepada mereka ini. Kerana berlaku di tempat saya dua tiga hari lepas, seorang anak muda umur lebih kurang seperti Chenderoh membuka kedai motor yang semakin meningkat. Tiba- tiba berlaku kebakaran. 57 biji motor dalam kedai dia terbakar. Semua milik semua itu adalah milik pelanggannya. Bayangkan 57 biji motor hampir RM500 ribu nilainya. Maksud saya ialah kita perlu memberikan peluang pekerjaan, memberikan ruang perniagaan tapi dalam masa yang sama kita memberi pendidikan. Contohnya insuran yang perlu diambil tetapi pemuda ini tidak ambil insuran pun. Jadi saya mohonlah kalau boleh kepada Exco Keusahawanan lah kot. Boleh tolong tengok pemuda ini di Selinsing. Terduduk dah menangis bila saya jumpa dengan beliau dan kita pun tak tahu macam mana nak tolong dia. Jadi dalam keadaan sekarang dia tak ada apa-apa dah tu. Jadi mohonlah supaya boleh diambil tindakan apa-apa geran yang boleh kita bantu seorang anak muda yang semakin meningkat tiba tiba apabila terkena bencana dia terduduk. Tak boleh nak buat apa lagi dah. Sekian.
Terima kasih Selinsing, masuk kan dalam ucapan saya. Ingin saya menyambung. Pihak Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak pakej startup untuk anak-anak muda Negeri Perak untuk memulakan perniagaan. Data dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa hampir 430,000 (empat ratus tiga puluh ribu) syarikat dan perniagaan yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2021. 40% daripadanya adalah syarikat pemula dari kalangan golongan belia. Yang menjadi kegusaran adalah...
Chenderoh, minta laluan.
Sekejap lagi. Yang menjadi kegusaran adalah untuk memastikan syarikat-syarikat pemula ini kekal melalui suntikan dana modal yang bersesuaian terutamanya untuk syarikat dan perniagaan di Negeri Perak. Impaknya dengan kelestarian syarikat dan perniagaan ini semua akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi melalui rantaian perkhidmatan dan peluang pekerjaan yang tersedia. Alor Pongsu. Ya.
Timbalan Yang di-Pertua. Saya dah celah banyak kali tadi. Yang pertama saya lupa nak sebutlah. Ketua-ketua jabatan yang saya kasihi, warga Dewan yang saya kasihi, warga media yang saya hormati. Maaflah tadi keghairahan nak bercakap terlupa nak sebut. Ok, Timbalan Yang di-Pertua. Chenderoh setujukah dengan saya bahawa selepas covid impak daripada Covid-19 ya. Bukan semua orang menikmati pembangunan sebenarnya. Banyak dari kawan-kawan kita cakap tentang pembangunan dan sebagainya. Hakikat sebenarnya bukan semua menikmati pembangunan. Sebab dikatakan ini survey daripada Jabatan Perangkaan yang dibuat dua tahun sekali ya. Pagi tadi saya sebut tentang Household Index, petang ini saya sebut Household Income Survey. Yang mana yang saya sebut pagi tadi, Perak berada di kedudukan ketiga ke bawah. Ketiga ke bawah. Sebabnya kerana keluarga 50% daripada keluarga-keluarga yang terkena dengan impak Covid-19 ini. Mereka menjadi keluarga yang rentan, tadi Chenderoh ada sebut perkataan rentan tu. Saya pun baru kenal perkataan rentan hari ni. Terima kasih. Rentan maksudnya keluarga ini mudah terjejas. Silap sikit je terjejas. Goyang sikit je jatuh terus tapi kita dah usah macam-macam. Sebagai pemimpin, sebagai wakil rakyat kita usaha macam-macam. Macam di tempat saya Alor Pongsu, saya galakkan mereka perniagaan online. Saya galakkan anak muda juga buat perniagaan online. Tapi coverage online, saya ingat di Alor Pongsu lebih kurang tak sampai 60%.
Yang Berhormat, soalan. Sila.
Ya. Bagi orang muda ni paham sikit. Ok. Jadi, keperluan online tu. Jadi setuju Chenderoh ya bahawa keperluan coverage internet di kawasan kita amat perlu dipertingkatkan supaya mendapat perhatian daripada kerajaan negeri. Terima kasih Chenderoh.
Terima kasih Alor Pongsu. Boleh masukkan dalam ucapan saya dan saya setuju. Timbalan Yang di-Pertua, pada hemat pandangan saya, adalah baik jika pihak kerajaan negeri dapat memperbanyakkan atau memperluas bantuan pinjaman pendidikan atau Biasiswa Pendidikan Negeri Perak melalui agensi milik negeri seperti Yayasan Perak untuk bidang profesional bagi memastikan kumpulan profesional di Negeri Perak ini terus bertambah dan seterusnya mengikat kumpulan ini melalui kontrak perkhidmatan dalam Negeri Perak untuk memastikan pengurangan impak talent lost kepada negeri ini. Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan kepada keperluan kawasan yang saya wakili iaitu kawasan DUN Chenderoh. Selama tempoh saya berkhidmat kepada rakyat atas kapasiti peribadi dan setelah sebulan menjadi ADUN, saya dapati beberapa perkara kritikal yang perlu ditangani segera.
Timbalan Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini dalam tempoh yang singkat, kawasan DUN Chenderoh di beberapa tempat telah mengalami banjir yang sederhana teruknya. Namun ia tetap bencana yang menggusarkan. Punca sudah dikenal pasti akibat hujan lebat yang berpanjangan seterusnya menyebabkan sungai-sungai berdekatan seperti Sungai Temung, Sungai Cempias, Sungai Terap dan Sungai Biung tidak dapat menampung kapasiti air mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan sekitar. Begitu juga dengan kemudahan infrastruktur yang lain yang perlu diambil perhatian di kawasan saya seperti kekurangan lampu jalan, keperluan penurapan semula jalan-jalan berlubang dan juga penyediaan fasiliti asas seperti Dewan orang ramai dan kemudahan sukan oleh pihak kerajaan. Kawasan DUN Chenderoh sangat memerlukannya untuk memastikan keadaan rakyat yang lebih sejahtera. Dalam erti kata lain, DUN Chenderoh kekurangan fasiliti asas untuk memastikan komuniti kawasan ini hidup dengan aktiviti rakyat setempat. DUN Chenderoh memerlukan lebih banyak gelanggang futsal, sepak takraw, badminton untuk anak-anak muda di kawasan bagi mengamalkan gaya hidup sihat.
Begitu juga rakyat di DUN Chenderoh amat memerlukan dewan serbaguna yang selesa di mana masih belum ada di dalam kawasan DUN Chenderoh untuk rakyat menjalankan segala bentuk aktiviti kemasyarakatan dalam usaha membina masyarakat madani dan rantaian aktiviti sosial dan ekonomi lestari. Meski pun kebanyakan perkara ini adalah di bawah bidang kementerian di persekutuan, namun koordinasi antara anggota-anggota Majlis Mesyuarat Negeri dengan pihak kementerian di persekutuan sedikit sebanyak akan membantu memberi impak kepada penyediaan keperluan-keperluan ini. Begitu juga keperluan untuk menambah baik beberapa piagam pelanggan yang menjanjikan perkhidmatan terbaik daripada agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang ada perlu diperhalusi. Timbalan Yang di-Pertua, maka melalui tiga tunjang isi perbahasan saya dalam menjunjung kasih di atas titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pastinya akan memenuhi hasrat Paduka Seri Sultan Perak dan seluruh rakyatnya, saya dengan rendah diri ingin memohon perhatian pihak kerajaan dan seluruh jabatan-jabatan dan agensi untuk sama-sama kita majukan negeri tercinta. Semoga Negeri Perak Darul Ridzuan kekal sejahtera dan berdaya saing demi masa depan yang terjamin. Sekian.
Boleh? Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. YB Chenderoh, saya kira YB Chenderoh YB yang paling muda dalam Dewan kita. Saya mewakili orang muda jugakepada mengucapkan tahniah kepada beliau.
Satu lontaran atau pun soalan yang nak dibangkitkan, Chenderoh. Isu brain drain atau pun isu anak muda di Negeri Perak ini yang keluar daripada negeri kita dan cari kerja tempat lain. Adakah Chenderoh bersetuju supaya kita kerajaan negeri, kita bagi biasiswa kepada anak muda yang sambung belajar sampai degree. So, adakah Chenderoh bersetuju jika Manjoi menyatakan kita perlu fokus anak muda ni supaya kita nak pastikan nanti dia orang balik, dia orang jadi pemikir kepada kerajaan negeri. Benda ni sangat penting kepada kita, tuan-tuan. Orang muda perlu diberikan ruang dan banyak anak muda Perak ni yang saya jumpa di luar sana, Kuala Lumpur, di Selangor, bah kan di luar negara, banyak rakan-rakan saya juga, anak Perak tapi mereka tak boleh menyumbang idea mereka yang baik, yang hebat ni kepada negeri. Jadi adakah Chenderoh bersetuju supaya kita fokuskan kepada mereka, bagi biasiswa untuk sambung master HD, supaya mereka pakar bidang masing-masing dan kita kena monitor, kena betul-betul ikat, balik kita boleh tarik mereka bersama GLC atau pun dengan agensi kerajaan negeri dan kita pun nak tengok wajah-wajah baru, muka-muka baru, orang muda di Perak ni yang boleh menyumbang semula pada negeri kita. Adakah Chenderoh bersetuju dan saya rasa inilah antara perkara yang penting yang selalu saya bincang dengan komuniti orang muda, anak-anak muda yang anak-anak Perak, yang saya rasa sangat rugi jika mana bakat mereka tidak disumbangkan semula kepada negeri yang kita cintai ini. Terima kasih banyak Chenderoh, terima kasih banyak Timbalan Yang Dipertua.
Terima kasih Manjoi. Timbalan Yang di-Pertua saya setuju dengan Manjoi dan boleh masukkan dalam ucapan saya. Sekian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Chenderoh. Pembahas yang terakhir, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk memulakan perbahasan. 20 minit, dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, yang berada di dalam Dewan yang mulia ini dan juga tidak lupa ketua–ketua jabatan, rakan–rakan media, pemerhati–pemerhati dan tuan–tuan dan puan–puan sekalian yang berada dalam Dewan ini mahu pun di luar Dewan ini. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada saya dengan mengizinkan saya untuk mengambil bahagian untuk menjunjung kasih atas Titah Diraja sempena perasmian Duli Yang Maha Mulia, Sultan Perak pada sidang kali ini. Pertama sekali, saya ingin menyampaikan ucapan syabas dan tahniah atas pelantikan Kota Tampan sebagai Menteri Besar Negeri Perak dan juga Pengerusi Pakatan Harapan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke–10. Saya menyambut baik keputusan ini bahawa Yang Dipertuan Agong telah berkenan melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke–10. Setelah lima hari, seluruh negara menantikan sebuah kerajaan dibentuk.
Seperti semua sedia maklum, keputusan Pilihan Raya Umum ke–15 telah menyebabkan parlimen tergantung yang memerlukan kebijaksanaan semua pihak untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan. Saya percaya keputusan ini iaitu pelantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim telah disambut baik oleh kebanyakan rakyat negara ini. Saya juga percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada rancangan beliau sendiri untuk membentuk pentadbiran yang mantap kerana inilah tujuan pilihan raya umum iaitu untuk membuka lembaran dan juga sejarah baru bagi membolehkan Malaysia terus melangkah ke hadapan. Amalan yang begitu berat sekali menanti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi menerajui Malaysia yang sedang pulih dari belenggu pandemik Covid–19 dan juga kecelaruan politik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ini adalah kali kedua berturut–turut Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim diberikan mandat untuk memegang tampuk pemerintahan negara selepas selesai pilihan raya umum yang ke–15. Kali ini saya percaya bahawa rakan–rakan di Pakatan Harapan telah belajar dari pengalaman lampau.
Segala kebijaksanaan dalam pentadbiran yang lalu haruslah diteruskan dan juga segala kelemahan dan kesilapan dalam pentadbiran yang lalu mestilah tidak diulang lagi. Tambahan pula, negara kita masih cuba untuk bangkit dari kelesuan ekonomi yang melanda di seluruh dunia. Kerajaan Perpaduan yang dicanang beliau mestilah benar-benar menggenggam konsep perpaduan bagi memacu negara ke arah yang lebih baik. Tidak ada ruang untuk kesilapan lalu diulang semula lagi kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan kekal kepada negara. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku pada sidang kali ini, ada menegaskan bahawa ekonomi dunia khususnya pada tahun 2023 masih tidak menentu lagi. Dikatakan akan berada di perairan yang sangat bergelora. Dijangkakan, langit ekonomi dunia pada tahun 2023 berkemungkinan besar berawan mendung. Pada tahun 2023, dunia diramalkan menghadapi pertumbuhan ekonomi yang perlahan, malah mungkin menguncup. Kelembapan ekonomi akan berlaku. Apa yang kita boleh lihat sekarang, tidak syak lagi keabsahan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat dan segalanya terbukti pada sidang Parlimen yang berlangsung baru-baru ini.
Sekarang tiba masa untuk kita fokus gerak kerja membolehkan ekonomi serta menangani kos sara hidup rakyat supaya memastikan nasib rakyat terbela dan juga terpelihara. Segala gerak kerja Ahli Kabinet pimpinan Perdana Menteri akan dinilai oleh rakyat. Saya percaya Perdana Menteri dapat membangun negara ke arah maju dan juga membantu semua rakyat di kalangan B40, M40, T20 dan juga lain-lain, serta tentangan daripada pembangkang untuk Perdana Menteri dihadapi dengan kesabaran dan fokus pada kemajuan negara dan kemakmuran semua golongan rakyat. Sebelum ini kita, sebelum kita menyentuh tentang kemudahan teknologi informasi dan juga kecanggihan, kecergasan muatan yang lebih dikenali sebagai AI, ada disebut strategik dasarnya keperluan infrastruktur yang lebih baik, mewujudkan lebih banyak pusat latihan berkaitan dengan kemahiran robotik. Di sini, saya sebagai wakil rakyat dalam Negeri Perak, saya amat-amat memohon perhatian dari kerajaan negeri untuk melihatkan semula pelaksanaan infrastruktur internet yang lebih baik di dalam Negeri Perak, khususnya di kawasan saya iaitu di kawasan Menglembu. Sebenarnya di kawasan Menglembu, apa yang diperlukan, sebelum kita bercakap perkara-perkara yang canggih, kita perlu menyelesaikan masalah hakiki iaitu speed dengan izin ataupun kelajuan internet yang ada di dalam Negeri Perak, terutamanya di kawasan luar bandar masih lagi tidak mencapai tahap yang memberangsangkan ataupun tahap yang mencukupi untuk memudahkan pembangunan model insan yang menyeluruh di Negara Perak.
Saya meminta supaya Yang Berhormat Exco supaya boleh berfungsi sebagai pemangkin perubahan di dalam pelaksanaan dasar model insan ini. Untuk memastikan agensi-agensi yang terlibat dapat memangkinkan dan memastikan pelaksanaan infrastruktur ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik di dalam negeri, khususnya di dalam Daerah Kinta. Selain daripada pembangunan informasi teknologi yang selalu kita tekankan, isu pembelajaran juga kita tidak boleh dikecualikan. Kolej komuniti, termasuk kolej komuniti pembelajaran seumur hidup, harus melibatkan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti kolej komuniti, ada banyak program-program yang berorganisasi ataupun bersifat tempoh pendek yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat, haruslah diwawarkan. Pembelajaran bahasa asing, contohnya itu adalah sesuatu yang saya rasa bagus tetapi perlu diberi perhatian. Lebih-lebih lagi sekarang ini Kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan telahpun ditubuhkan dan Kerajaan Perak seharusnya boleh menggunakan kemampuan dan juga sumber yang ada dengan Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan dasar-dasar ini. Bukan dasar ini sahaja tetapi dasar belia Negeri Perak sekalipun dengan lebih berkesan dan efektif.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya lihat pembelajaran seumur hidup ini penting bukan sahaja untuk orang muda tetapi juga untuk orang dewasa. Untuk orang yang telahpun lama berkecimpung dalam dunia perniagaan, mereka memerlukan pendidikan sepanjang hayat. Saya lihat hari ini mungkin ramai di kalangan ahli-ahli Yang Berhormat ada mengambil kursus dalam masa pendek ataupun dalam jangka masa panjang pun ada, untuk mempertingkatkan kualifikasi akademik mereka. Kita juga tidak boleh lalai bahawa terdapat ramai lagi pemudi pemuda pemudi khususnya. Saya bercakap sedikit tentang pemuda yang merupakan lepasan SPM tetapi mereka tidak ada peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kita harus maklum dan menerima kenyataan ini. Oleh sebab itu, dasar model insan ini adalah penting untuk memastikan bahawa mereka akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kalau selepas SPM ada di kalangan mereka yang terpaksa menjadi pemandu perkhidmatan grab, terpaksa membuka perniagaan, barangkali menjadi penjaja ataupun terus kahwin. Kita perlu memastikan bahawa dalam mereka menjalankan pekerjaan-pekerjaan harian mereka, seperti biasa mereka juga ada peluang untuk mengikuti kursus-kursus tertentu untuk membangunkan, untuk mempertingkatkan harga diri dan juga nilai pasaran mereka dan juga saya juga ingin, oleh sebab itu saya kata Yang Berhormat Exco akan memainkan peranan yang sangat penting kerana Yang Berhormat Exco akan melakukan penyelarasan dengan menghubungi agensi-agensi, portfolio-portfolio yang lain. Penyelarasan ini jugalah dilakukan di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk memastikan apa sahaja sumber yang ada pada mereka dapat diturunkan ke Negeri Perak supaya dasar-dasar ini dapat dilaksanakan demi kebaikan dan juga kebajikan rakyat Negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dalam kita merangka kerajaan untuk memberi bakti kepada rakyat tidak sesekali, kita mampu sangkal peranan keperluan penjanaan pelaburan yang perlu dibawa masuk bertujuan untuk merancakkan merancakkan ekonomi negeri kita. Beberapa jenis faktor yang menjadi fokus utama pelaburan yang termasuk adalah sains hayat, pembuatan makanan dan minuman, pembuatan produk elektrik dan elektronik, kelengkapan pengangkutan, mesin, peralatan, perkhidmatan logistik dan juga pelaburan digital.
Pelaburan-pelaburan berkualiti seperti ini adalah amat baik dibawa masuk ke dalam Negeri Perak bagi merancangkan ekonomi negara kita seterusnya mampu menjana peluang pekerjaan buat warga tempatan yang mahu bangkit memperbaiki mutu kehidupan mereka dan juga ekonomi era khususnya dalam pasca pandemik ini yang telah pun berlangsung lebih daripada dua tahun yang lalu ini. Dengan bertambahnya kemasukan pemain industri ke dalam negara kita, ini akan memberikan pendedahan buat warga tempatan untuk menimba pengalaman bersama syarikat-syarikat besar dan seterusnya menaikkan kuantiti, produktiviti serta nilai komersial pekerja itu sendiri. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang dekat dengan rakyat, saya kira tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama dan kepimpinan Negeri Perak cukup terampil ke arah menjayakan misi ini.
Saya berkeyakinan bahawa pelaburan-pelaburan pemanfaat dapat digandakan lagi bagi tahun yang akan datang jika momentum ini diambil kira. Usaha demi usaha ini diharap dapat mampu membantu pembolehan ekonomi khususnya buat penggiat ekonomi berskala mikro yang rata-rata mereka berniaga di bahu-bahu jalan dan juga wujud di kebanyakan di kawasan DUN masing-masing dalam negeri kita. Timbalan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa salah satu isu yang sangat-sangat diambil berat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian adalah berkaitan dengan jaringan jalan raya yang baik. Silakan
Menglembu minta laluan. Sikit satu soalan sahaja. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, saya nak tanya di DUN Alor Pongsu di cadangkan dibuat bandar baru metropolis betul-betul dengan TOL Alor Pongsu masa pecah tanah dengan Timbalan dengan Naib Canselor saya hadir, UKM 4 fakulti sekarang naik lalang saya nak tahu apa status? Terima kasih.
Ok, mungkin nanti saya akan jawab lepas saya siapkan saya punya masalah sebab saya adalah pembahas yang terakhir, saya kena habiskan saya punya isu-isu dekat kawasan. Ok, tadi saya kata memang ada banyak yang perlu kita ambil berat dan khususnya rangkaian jalan raya yang lebih luas dan juga efisien. Kerana ini dapat membantu melicinkan pengaliran trafik, pengurangan kesesakan lalu lintas dan juga yang penting sekali, mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Saya mohon dipertimbangkan supaya Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian dan juga memandang serius terhadap isu-isu kualiti jalan raya dalam DUN Menglembu, khususnya di Jalan Kledang Utara dan juga Lebur Raya Ipoh Lumut, terutamanya di bahagian dari Jelapang ke Menglembu. Selalunya saya terima aduan berkaitan jalan rosak dan berlubang, garisan jalan yang pudar mahupun hilang. Selain daripada itu, lampu jalan awam yang telah lama tidak berfungsi dan juga lampu-lampu isyarat yang kerap bermasalah juga merupakan rintihan serta rungutan oleh pengguna jalan yang sering menggunakan Jalan Kledang Utara serta Lebuh Raya Ipoh Lumut. Saya percaya bahawa pihak berkenaan khususnya, pihak JKR yang telah mengambil maklumat masalah ini, mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah-masalah yang dibangkitkan oleh saya sebentar tadi. Baru-baru ini, Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah pun berlangsung di Mesir pada 7 hingga 18 November tahun 2022. Sidang kemuncak ini merupakan pentas utama dunia untuk berbincang tentang isu-isu tentang berkaitan dengan perubahan iklim dan juga fenomena pemanasan global ini. Bukan lagi satu perbincangan dalam wancana. Ia adalah satu perkara yang sangat-sangat serius dan juga jika tindakan drastik tidak diambil, maka keadaan dunia dan juga termasuk negeri Perak kita sendiri akan bertambah buruk. Sesungguhnya sesuatu perubahan yang ingin dibawa adalah tidak sempurna tanpa kesedaran dalaman.
Maka saya harap Kerajaan Negeri akan melihat bagaimana untuk menjalankan pembaikan, penambahbaikan sama ada dari segi penguatkuasaan ataupun tambahan peruntukan kerana tahap kesedaran isu alam sekitar ini harus dipertingkatkan lagi dalam lapisan masyarakat terutamanya golongan muda dan kesan implikasi perubahan iklim ini harus diketahui oleh semua. Kerajaan Negeri juga harus menumpukan perhatian pada tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, mikro dan juga mini hidro, biomass dan juga lain-lain. Sekiranya Kerajaan Negeri bercadang dan mengambil inisiatif untuk membuat tiang lampu menggunakan tenaga solar untuk seluruh DUN di dalam negeri Perak, maka saya sangat alu- alukan. Saya lahir penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang mengetahui cabaran dan juga kesan di dalam perubahan iklim dan mengemukakan perhatian khusus dalam daya tahan dan pengurusan bencana. Hal ini hanya mampu menjadi kenyataan jika hutan semula kita kekalkan dan aktiviti pembalakan di kawal selia. Kawasan tanah yang terdedah kepada hujan akan menyebabkan hakisan tanah yang mana tanah-tanah akhirnya tanah-tanah ini termendap di dalam saluran sungai, longkang dan juga seterus-seterusnya memburukkan lagi keadaan sewaktu banjir.
Apabila kita menyentuh berkaitan dengan banjir, saya rasa saya perlu bangkit ada banjir merupakan salah satu kerisauan saya kerana ada beberapa hotspot di kawasan saya di mana setiap sampai musim hujan, ada dua tempat memang kita harus diberi perhatian. Khususnya saya meminta perhatian daripada Kerajaan Negeri di mana kita ada banjir kilat sering berlaku di Jalan Lahat, Menglembu iaitu di depan minyak petron minyak petron stesen minyak dan perkara ini telah pun bukan isu yang baru tetapi telah pun berlangsung lama sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Sebelum saya menjadi YB pun masalah ini telah pun wujud. Jadi saya rasa sebab Jalan Lahat, Menglembu ini adalah satu jalan salah satu jalan utama di mana menghubungkan Ipoh ke Tronoh ke Batu Gajah ke Pangkor. So, saya rasa Kerajaan Negeri haruslah mengambil jalan yang memang-memang akan mengatasi masalah banjir di Jalan Lahat. Lokasi yang kedua adalah juga merupakan hotspot. Cuba bayangkan jika ada satu pusat membeli belah yang canggih, yang besar tetapi apabila musim hujan depan jalan pula sudah dibanjiri sehingga dua kaki dan juga kereta-kereta di tenggelam. So, betapa sedihnya apabila kita nampak situasi ataupun keadaan yang sebegini. So, saya rasa Kerajaan Negeri haruslah mengambil maklum dan juga mengatasi masalah ini dalam jangka masa yang pendek.
Timbalan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang penting adalah berkaitan dengan perpaduan dan saya sangat mengalu-alukan peruntukan yang lebih akan disalurkan untuk pembangunan inovasi diperuntukan di dalam Belanjawan Perak 2023 yang akan dibentangkan tidak lama lagi. Saya harap ini menjadi satu loncatan paradigma di negeri Perak khususnya di mana saya rasa selama ini rakyat jelata sangat terganggu apabila kita mendapat maklumat bahawa pada hari ini iaitu abad ke 21 tahun 2022 kita masih ada perkataan kata-kata yang saya rasa tidak wajar disebut dan juga tidak wajar disebar. Kata-kata seperti ini yang tidak menunjukkan kata-kata seperti ini yang tidak menunjukkan budaya rasa hormat dan juga kebijaksanaan di mana-mana pihak. Saya harap semua ahli-ahli di dalam Dewan Negeri ini, parti-parti politik khususnya di negeri Perak mahupun di seluruh Malaysia tidak lagi menggunakan isu-isu perkauman, racism dengan izin dan sebagainya kalau nak menekankan isu-isu politik. Selalunya kita lihat ahli politik yang tertentu suka mengapi-apikan isu perkauman, isu agama dan sebagainya. Saya rasa kita sudah sampai ke satu tahap di mana kita sudah mencapai kematangan politik khususnya di negeri Perak demokrasi di sini sudah matang.
Jadi saya haraplah dengan program-program yang dijalankan yang akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan, kita sama-sama laksanakan dan menjayakan demi kesejahteraan rakyat negeri di Perak. Akhir sekali saya rasa itulah sedikit sebanyak yang saya nak sampaikan pada sidang kali ini dan saya memohon perkara-perkara ini bolehlah diberi perhatian dan diberi pencerahan sekiranya boleh dalam penggulungan nanti. Saya berharap supaya dasar-dasar yang dijalankan ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang sekiranya kita perlu mengubah undang-undang sekiranya kita perlu membuat dasar bukan sahaja dasar baru tetapi kita perlu membuat undang-undang. Saya mohon sekiranya saya mohon supaya perkara ini dipercepatkan. Akhir sekali, Menglembu sekali lagi menjunjung kasih kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atas penzahiran Titah Diraja pada sidang kali ini. Sekian terima kasih. Menglembu mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menglembu. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tanggunhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis 22 Disember 2022 jam 9.00 pagi.