Perak · 22 December 2022
15th Assembly, 1st session, 2nd meeting · 414 turns · 54,175 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Kedua, Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis 22 Disember 2022 jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
Bismillahhirrohmannirrohim, segala puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah yang maha pemurah lagi pengasih Dewan Negeri ini dibuka. Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan yang menanggungkan kewajiban ke atas Raja dan Ahli Majlis permesyuaratan bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan. Mudah-mudahan sentosa, aman, makmur limpah kebahagiaan meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan. Ya Allah, kami sekalian hambaMu, yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri menyempurnakan kewajiban yang diamanahkan yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian. Ya Allah, berkatmu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu, dimohon menyuluh memandukan pada ketika kami berunding menimbang bertukar-tukar fikiran pada segala perkara yang dibentangkan dengan saksama serta berkeamanahan menjunjung perintah dan kebesaranMu mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta penduduknya sekalian. Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan Amin Ya Allah seru sekalian alam.
Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, suka saya memberi maklum bahawa terdapat kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod tersebut dan menyemak aturan urusan mesyuarat berserta senarai soalan-soalan lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat. Izinkan saya juga untuk memaklumkan bahawa Persidangan Dewan Negeri Perak kali ini merupakan persidangan yang pertama menggunakan naskah Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak yang baru. Persidangan Dewan Negeri Perak yang telah berlangsung pada bulan Julai 2022 yang lalu, telah melakarkan sejarah apabila penambahbaikan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan diluluskan. Selari dengan keperluan semasa, peredaran zaman dan evolusi perkembangan laras bahasa, Dewan Negeri Perak telah mengorak langkah dalam memartabatkan bahasa kebangsaan serta mengambilkira kemajuan penggunaan teknologi maklumat. Oleh itu, saya menyeru semua Ahli-ahli Dewan untuk memahirkan diri dengan Perintah-Perintah Tetap yang ada. Saya faham ada setengah Ahli Dewan yang daripada yang telah pun berkhidmat lama dengan Dewan dan telah terbiasa menggunakan standing order-standing order yang lama. Jadi ada beberapa pindaan-pindaan dan pertukaran-pertukaran supaya apabila kita menyebut standing order atau menggunakan standing order di dalam Dewan ini, standing order yang betul dan tepat mengikut naskhah Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak yang baru ini.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada hari ini juga urusan mesyuarat akan dimulakan dengan sesi soalan lisan yang akan mengambil masa selama satu jam. Seperti kebiasaan, satu soalan lisan akan mempunyai dua soalan tambahan. Satu daripada Ahli Dewan yang bertanya dan satu lagi soalan tambahan boleh lah ditanya oleh mana-mana Ahli Dewan yang lain dan seperti kebiasaan juga, lebih soalan tambahan akan diberikan berdasarkan kepada kepentingan isu semasa. Soalan-soalan lisan yang tidak dijawab di dalam Dewan akan dijawab secara bertulis melalui Sistem e-Dewan. Urusan Dewan Negeri akan diteruskan dengan sesi penggulungan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Tempoh masa penggulungan Yang Berhormat Exco adalah selama 20 minit dan tempoh masa penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar adalah selama 60 minit. Mesyuarat seterusnya akan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Dewan akan ditangguhkan sejurus selepas pembentangan yang dijangka tamat pada jam 4.00 petang. Dewan Negeri akan bersidang semula pada 27 Disember 2022 jam 9.00 pagi bagi memberi laluan kepada cuti umum Perayaan Krismas. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini bagi pihak Dewan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Krismas kepada yang meraikannya. Manakala berkaitan dengan handsard, saya ingin memaklumkan Ahli-Ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun handsard rasmi setiap persidangan, selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat juga bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada paparan handsard sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat pada handsard tersebut. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat sekalian, seperti yang saya maklumkan tadi, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam, soalan tambahan adalah dihadkan pada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Dengan ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi kepada semua. Soalan Pokok Assam soalan nombor satu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pokok Assam berkenaan tekanan yang dihadapi rakyat ekoran pandemik Covid-19 hingga kini dan kos harga barangan yang melonjak naik. Untuk makluman Yang Berhormat, umum mengetahui bahawa impak pandemik Covid-19 ini telah memberi kesan kepada seluruh rakyat di Malaysia bermula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 dan menyebabkan pelbagai sektor ekonomi terkesan akibat pelaksanaannya. Menyedari situasi ini, Kerajaan Negeri telah mengambil tindakan proaktif memperkenalkan dan melaksanakan Pakej Rancangan Ekonomi bagi meringankan beban rakyat yang terkesan serta membantu kelangsungan ekonomi dengan memberi fokus kepada tujuh sektor iaitu kebajikan awam dan kesihatan, penjaja, peniaga kecil dan usahawan, pendidikan, pelancongan, pertanian, insentif cukai tanah dan moratorium pinjaman. Pakej Rancangan Ekonomi ini telah dijalankan selama tiga tahun bermula tahun 2020 sehingga tahun 2022 dengan implikasi kewangan lebih daripada RM285 juta. Pakej ini telah memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri ini secara langsung daripada petugas barisan hadapan, para petani, peniaga kecil, industri pelancongan, golongan B40 sehingga kepada anak-anak kita yang masih belajar. Segala usaha murni ini dilaksanakan oleh pelbagai agensi dan jabatan di peringkat negeri dan daerah khasnya untuk mengurangkan tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.
Selain itu, program Kad Prihatin, maaf, program Kad Perak Prihatin yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2019 telah banyak membantu hampir 20 ribu golongan sasar dalam mendepani cabaran ketidaktentuan harga barangan ini. Kerajaan Negeri juga menyediakan kedai bergerak yang dilaksanakan oleh Yayasan Bina Upaya yang menawarkan harga barangan keperluan lebih murah daripada harga pasaran. Kedai bergerak ini memberi peluang kepada rakyat negeri Perak untuk membeli barangan asas harian di tempat-tempat tertentu dengan harga yang sangat berpatutan. Kerajaan negeri juga berterima kasih kepada kerajaan persekutuan yang sentiasa cakna dengan masalah tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat dengan mewujudkan beberapa inisiatif yang ternyata memberi impak positif kepada rakyat. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan kementerian dan jabatan persekutuan di negeri ini dalam memastikan impak kawalan ketidakstabilan ekonomi yang bermula daripada pandemik Covid-19 ini dapat dikawal. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Pokok Assam.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas penjelasan yang telah diberikan. Saya ingin bertanya lagi, usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Perak, saya rasa lebih berbentuk memberikan impak teruslah kepada rakyat dalam masa jangka yang lebih pendek tetapi apakah usaha-usaha selepas ini untuk jangka masa panjang, untuk boleh nampak secara keseluruhan membawa perubahan yang lebih menyeluruh untuk membantu rakyat menghadapi krisis ekonomi?Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Pokok Assam. Saya mengambil kesempatan untuk memaklumkan daripada kajian yang telah kita buat, kita mendapati kesan langsung daripada Covid-19, seramai 53 ribu orang kehilangan pekerjaan akibat daripada penutupan kilang-kilang dan juga gedung-gedung perniagaan dan juga terdapat sekurang kurangnya 80 ribu orang usahawan, peniaga-peniaga kecil, penjaja-penjaja, peniaga-peniaga pasar malam juga turut terjejas akibat daripada PKP, menyebabkan pasar malam tak dapat dijayakan. Oleh itu, kerajaan negeri tidak berpeluk tubuh. kita memang daripada masa ke semasa memantau perkara ini, sebab itu di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030, 8 tahun daripada sekarang kita memulakan gerak kerja untuk kembali memakmurkan negeri Perak ini dengan memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang telah kehilangan pekerjaan dan usaha keras sedang dibuat dengan Sekretariat Pembangunan Usahawan untuk kita kembali memberi peluang perniagaan kepada mereka yang telah kehilangan peluang perniagaan akibat penutupan pasar malam dan sebagainya. Jadi kerana itu, kepada mereka yang terkesan kita minta mereka dapat menghubungi Sekretariat Pembangunan Usahawan untuk mendapatkan khidmat nasihat bagaimana Kerajaan Negeri dapat membantu mereka untuk kembali berniaga, kembali menjaja, kembali memajukan perusahaan yang telah mereka lakukan. Ya, ada banyak perkara kita akan buat, termasuk kita memberi sedikit modal permulaan, kita memberi ruang perniagaan dan juga kita mendidik, membimbing mereka untuk memulakan program digital marketing, permasaran digital, permasaran digital untuk membolehkan mereka dapat mengikuti arus perniagaan dengan cara baharu, dan saya percaya jika ini dapat kita lakukan seperti mana selalu saya sebutkan dalam ucapan saya berkaitan dengan Pelan Perak Sejahtera 2030, kita sedang berusaha keras untuk membangunkan banyak lagi taman-taman perindustrian bagi membolehkan kita menjemput, mengundang, memujuk, menawarkan kepada pelabur-pelabur asing untuk terus datang melabur ke negeri Perak. Insyaallah dengan pelaburan itu dengan lebih banyak kilang-kilang perusahaan dibuka, maka peluang pekerjaan akan dapat kita tawarkan kepada rakyat negeri Perak yang telah kehilangan pekerjaan akibat Covid-19. Terima kasih.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tak ada soalan tambahan lagi, yang berdiri.
Speaker, minta soalan tambahan.
Haa, Keranji.
Tadi Kota Tampan kata akan memberi insentif kepada penjaja dan semua penjaja, peniaga kecil dengan mengurangkan beban mereka. Jadi saya ingin tanya, adakah negeri, Kerajaan Negeri akan mengkurangkan fi lesen untuk penjaja dan itu penjaja pasar malam dan pasar pagi yang saya sebut semalam?
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Keranji, Keranji di atas pertanyaan itu. Seperti saya maklumkan dalam ucapan awal tadi, di antara insentif-insentif yang telahpun ditawarkan oleh Kerajaan Negeri ialah dengan memberi ruang kepada peminjam-peminjam moratorium, tempoh bayaran yang dipanjangkan dan juga ada PBT, Pihak Berkuasa Tempatan yang juga telah mengambil kesempatan pada waktu itu untuk mengurangkan yuran lesen ataupun sewa tapak-tapak peniagaan. Kita memahami jika dalam keadaan kita masih perlu untuk memberi ruang kepada peniaga-peniaga, penjaja-penjaja kecil bagi mereka menjana semula pendapatan hasil daripada peniagaan, maka kita boleh berbincang dalam Mesyuarat Penuh PBT untuk melihat bagaimana PBT-PBT yang berkenaan boleh membantu untuk mengurangkan sewa dan sebagainya sebab dia lain PBT, lain cara, lain padang, lain belalang, jadi tak boleh satu standard polisi, ia bergantung kepada PBT masing-masing. Terima kasih.
Terima kasih Menteri Besar. Dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor dua daripada Tronoh. Terima kasih.
Terima kasih, Dato Yang di-Pertua. Untuk makluman Dato' Yang di-Pertua, negeri Perak ada 160 buah Kampung Baharu Cina. Boleh dikatakan, kebanyakannya adalah merupakan pentadbiran tersendiri, iaitu kena menguruskan sampah sendiri, kena memotong rumput sendiri dan juga membersihkan longkang, lantaran kebanyakan Kampung Baharu Cina tidak dirangkumi dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan, tidak kira mana. Selepas saya semak dengan semua yang berkenaan, khususnya pimpinan negeri sejak tahun 2008 sehingga sekarang dan beberapa agensi yang berkenaan, seperti Majlis Daerah Batu Gajah yang termasuk dalam DUN Tronoh, saya mengesahkan bahawa tidak ada dasar negeri sebelum ini yang menyalurkan peruntukan tambahan 30% daripada hasil pungutan penduduk kepada MPKK. Walau bagaimanapun, saya mencadangkan agar rakan saya di Tronoh cuba berbincang dengan Majlis Daerah Batu Gajah untuk meningkatkan peruntukan bagi pengutipan sampah di luar operasi kawasan PBT untuk membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan untuk membantu, untuk cover dengan izin, kerja-kerja mengutip sampah dan sehubungannya. Cadangan ini adalah boleh dilaksanakan, lantaran saya juga berbuat demikian di kawasan saya. Pihak Kerajaan Negeri turut sedang menunggu pewartaan rasmi daripada Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan penempatan bahagian portfolio Kampung Baru Cina di kementerian yang berkenaan untuk menguruskannya dan saya rasa dalam pada itu kita boleh mengumpulkan segala masalah Kampung Baru seperti masalah yang dibangkitkan oleh rakan saya Tronoh untuk sama-sama dibawa perbincangan dengan kementerian di peringkat persekutuan demi mencari jalan penyelesaian yang lebih meyeluruh. Sekian daripada saya. Terima kasih.
Tronoh.
Terima kasih kepada jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco tapi saya ingin menambah satu soalan iaitu pada hari ini pasar Kampung Bali mempunyai kerosakan yang agak teruk sehingga mengganggu keselesaan penduduk tempatan. Pasar tersebut telah dibina oleh ADN Tronoh, mantan ADUN Tronoh dengan peruntukan Exconya, dan diberitahu oleh penduduk bahawa agensi pelaksana pembinaan pada masa itu adalah MDBG tetapi pada hari ini kerja-kerja penyelenggaraan pasar diserah kepada JPKK Kampung Bali tetapi JPKK pada hari ini yang dilantik oleh mantan ADUN tidak menjalankan tugas dan tidak mempunyai…
YB, soalan?
Ok, sikit lagi nak bagi sikit latar belakang dan tidak menjalankan tugas dan tidak mempunyai dana penyelenggaraan tersebut. Apakah solusi ataupun cadangan Yang Berhormat Exco bagi menyelesaikan masalah tersebut? Terima kasih.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Pada soalan tambahan ADUN Tronoh, saya rasa masalah ini yang melibatkan pasar awam yang terlibat di Kampung Baru, saya rasa kita kena cari jalan penyelesaian dengan melibatkan Exco PBT sekali. Saya cadangkan untuk buatkan lawatan kerja turun padang (TRUPA) secepat mungkin untuk kita tengok macam mana kita selesaikan masalah ini, supaya kita boleh tahu hak pengurusan itu milik siapa dan siapa yang boleh buatkan kerja-kerja maintenance dengan izin untuk kita memudahkan urusan penduduk. Sekian, terima kasih.
Ok, tidak ada soalan tambahan. Jadi saya dengan Bercham.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, selamat pagi. Soalan saya ada, tadi ada soalan dari YB Tronoh ada bangkit di kawasan dia, tapi di kawasan DUN Bercham, ada, jadi Exco ada sebut akan buat satu lawatan untuk kawasan tersebut. Jadi adakah saya meminta juga dekat Exco juga datang ke DUN Bercham di kawasan terutama sekali kepada dewan orang ramai di Kampung Tawas, di mana dewan itu kadangkala dia dikendalikan oleh Pejabat Tanah, kadangkala di kata di bawah bidang kuasa MBI. Jadi kerana terdapat soal penyelenggaraan dewan. Semasa kita nak ajukan mereka untuk buat penyelenggaraan tapi antara dua jabatan ini dia kata bukan bidang kuasa kami. Jadi adakah untuk pihak Exco datang untuk buat kepastian untuk membangunkan dewan tersebut. Terima kasih.
Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan tambahan kedua daripada Bercham. Saya sebagai Exco yang menjaga Kampung Baru Cina, saya selalu bersedia dan turun padang, berada di padang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Kampung Baru dan saya harap bila kita buat lawatan itu semua agensi yang terlibat khususnya daripada PBT dan juga MPKK kena terlibat sekali untuk kita boleh bersemuka, boleh mencadangkan masalah itu dan kita boleh mengajukan jalan penyelesaian. Itu saja daripada saya. Sekian terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Exco. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua, soalan Pasir Panjang, soalan nombor tiga. Terima kasih.
A’uzubillahimina syaitanirrajim, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya ingin menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat kawasan Pasir Panjang. Kerajaan Negeri amat memahami keluh resah yang dihadapi oleh masyarakat, terutamanya yang melibatkan PMKS ataupun perusahaan mikro kecil sederhana ini dan usahawan-usahawan terutamanya golongan penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat penutupan perniagaan yang disebabkan oleh pandemik covid baru-baru ini. Sebagai makluman, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui pakej rangsangan ekonomi bermula dari tahun 2021 bagi tujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan penjaja terlibat. Antara inisiatif yang telahpun dijalankan adalah seperti yang pertama, bantuan khas one off sebanyak RM300 kepada 41,730 penjaja dan peniaga kecil yang bendaftar dengan PBT yang melibatkan peruntukan sebanyak RM14.16 juta. Selain itu, pengecualian sewa turut diberikan kepada hampir 10,264 gerai di bawah PBT yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.6 juta dan pihak PBT juga telah membuat pengecualian pembaharuan 220 lesen pusat kecantikan dan spa serta 565 hotel yang didaftarkan di bawah PBT melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM0.57 juta. Yang kedua, Kerajaan Negeri juga telah menyediakan geran usahawan Perak iaitu GeRUP pada ketika itu dengan bantuan one off berjumlah RM3,000 bertujuan bagi membantu usahawan mikro Bumiputera negeri Perak yang telah tercicir dari mendapat bantuan geran khas prihatin GKP yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan pada ketika itu seramai 619 orang usahawan.
Perkara ketiga, Kerajaan juga telah menyediakan bantuan program pinjaman tabung usahawan di mana ia merupakan pinjaman mikro kredit tanpa faedah yang dikhususkan kepada usahawan terutamanya usahawan B40 dan pinjaman ini bertujuan untuk membantu usahawan meningkatkan prestasi peniagaan mereka. Inisiatif lain antaranya ialah kerajaan juga telah melaksanakan program Skim Mikrokredit Perak Sejahtera di bawah pakej rangsangan ekonomi negeri yang telah mensasarkan peniaga-peniaga kecil dan usahawan-usahawan negeri Perak seramai 200 orang. Skim pinjaman kewangan tanpa faedah ini bermula dengan pinjaman sebanyak RM3,000 sehingga RM5,000 dengan tempoh pinjaman antara satu hingga tiga tahun. Sehubungan itu, dengan pelaksanaan skim mikrokredit ini ia dapat membantu ramai usahawan negeri Perak yang telah terkesan akibat pandemik covid. Kerajaan juga telah menyediakan kemudahan moratorium, bayaran balik pinjaman tabung usahawan Yayasan Perak dan pinjaman mikrokredit, Yayasan Bina Upaya yang melibatkan seramai 743 pinjaman.
Bagi tujuan meningkatkan ekonomi peniaga wanita, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program-program pengupayaan ekonomi wanita iaitu antaranya ialah bantuan peralatan perniagaan yang diberikan yang bernilai lebih kurang sekitar RM3,000 pada setiap pemohon. Program pengupayaan ekonomi keluarga, program BizMan, mula diperkenalkan pada tahun ini melibatkan 100 orang peniaga dan usahawan kecil golongan lelaki dan orang kurang upaya untuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi keluarga. Para peniaga ini menerima bantuan peralatan perniagaan dengan peruntukan maksimum sebanyak RM3,000. Antara peralatan yang diberikan adalah peralatan untuk gunting rambut, mesin rumput, memasak termasuk bengkel kenderaan dan barang-barang hardware. Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan program Mentor Mentee Yong (M2Yong) telah diadakan melibat seramai 500 orang penerima dengan jumlah peruntukan sebanyak RM500,000. Program ini merupakan pemberian bantuan tunai maksimum RM1,000 yang diberikan kepada peniaga-peniaga wanita. Bagi usahawan dalam sektor pertanian, beberapa inisiatif yang memberi manfaat kepada para petani, penternak dan nelayan seperti pemberian bantuan input ladang dan ternakan, pemberian benih dan peralatan aktiviti penuaian hasil pertanian, program pemegang modal insan serta kotak makanan. Selain itu juga untuk makluman Yang Berhormat Pasir Panjang, pihak SADC juga turut menyediakan pinjaman tanpa faedah khusus kepada mereka yang terlibat dalam bidang Agrousahawan dan sekiranya masih ada cadangan untuk dikemukakan boleh mengemukakan kepada saya, kerana masih ada wang berbaki untuk pinjaman Agrousahawan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan masih difahamkan meneruskan inisiatif permit penjaja harian ataupun permit sementara yang tertakluk kepada Undang-Undang Kecil PBT dengan syarat utama lokasi berkenaan tidak menimbulkan isu keselamatan dan kacau ganggu. Kerajaan Negeri juga melalui Sekretariat Pembangunan Usahawan dengan kerjasama jabatan dan agensi berkaitan pembangunan usahawan turut menggerakkan pelbagai inisiatif terutama dalam meningkatkan semula pendapatan mereka sepanjang tahun 2022. Antara inisiatif yang dijalankan adalah usaha mempromosikan produk usahawan tempatan dengan melaksanakan Kempen Souvenir produk usahawan Negeri Perak. Usaha ini adalah bertujuan menggalakkan jabatan/agensi/GLC dan syarikat korporat untuk menggunakan produk usahawan Negeri Perak. Ini mampu membantu mempromosikan produk usahawan tempatan serta membantu meningkatkan pengeluaran di samping sebagai penggalak kepada usahawan mempertingkatkan kualiti produk mereka.
Selain itu, dalam memperluaskan capaian pasaran usahawan, Kerajaan Negeri juga menjalankan Bengkel Commerce Marketing kepada usahawan Perak. Usaha ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pemasaran dan penjenamaan produk usahawan Perak melalui pemasaran digital. Selain program khas yang dilaksanakan oleh STeP, pelbagai agensi lain seperti MARA, INSKEN, FAMA, SADC dan lain-lain agensi dengan kerjasama pelbagai NGO usahawan di Negeri Perak, turut melaksanakan pelbagai program bantuan dan bimbingan khusus khas kepada peniaga kecil dan penjaja di Negeri Perak sepanjang tahun 2020.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Exco, atas penjelasan yang diberikan. Saya ingin bertanya apakah mekanisme ataupun kaedah pemantauan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan keberkesanan inisiatif yang diberikan memulihkan penjaja kecil ini? Sekian.
Bagi program-program yang telah kita salurkan mengikut agensi masing-masing. Agensi akan memantau bantuan-bantuan yang disalurkan termasuk STeP sendiri akan memantau mengenai bantuan ataupun peruntukan ataupun pembelian peralatan yang telah kita sediakan kepada peniaga ataupun penjaja kecil ini.
Soalan tambahan Manjoi.
Tambahan Alor Pongsu.
Manjoi.
Alor Pongsu.
Timbalan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua. Alor Pongsu.
Salah satu? Boleh?
Manjoi?
Manjoi dulu.
Terima kasih. Terima kasih YB Exco. Kekanda saya daripada Temengor. Sebelum ini, Bandar Meru Raya ada MAPs sebagai satu tarikan kepada orang datang ke sini dan di sana kita boleh banyak bantu peniaga kecil. Cuma hari ini MAPs tiada dan tidak ada lagi tarikan yang saya lihat sebagai tarikan yang agak kuat untuk tarik orang datang ke sini dan boleh bantu peniaga-peniaga kecil di situ. Soalan saya, adakah ada perancangan Kerajaan Negeri Perak untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Bandar Meru Raya dalam DUN Manjoi ini dan adakah usaha untuk kita orang kata menghidupkan lagi bandar ini contohnya mewujudkan Night Market di sana untuk kita mengembangkan ekonomi peniaga-peniaga kecil yang berada di sekitar kawasan tersebut. Jika Temengor datang ke sana boleh lihat keadaan Meru Raya tidak lagi macam dulu. Agak suram dan saya kasihan kepada orang-orang yang meniaga di sana dan kalau boleh kita buat Night Market mungkin ada satu cadangan ataupun ada pelan yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Manjoi. Sebenarnya saya juga duduk dekat kawasan YB Manjoi dan saya kira daripada pemerhatian saya, inisiatif yang dibuat terutamanya dari segi PBT sendiri memberi kebenaran kepada penjaja-penjaja untuk meniaga tanpa penguatkuasaan yang ketat seperti sebelum ini adalah satu inisiatif yang diberikan untuk memastikan peniaga-peniaga dapat beroperasi dan program-program yang disediakan di Bulatan Sultan Azlan juga adalah inisiatif yang saya kira mendapat sambutan yang baik untuk kita menghidupkan suasana dan saya kira banyak program-program yang dibuat oleh agensi-agensi untuk menghidupkan bulatan tersebut yang melibatkan penjaja-penjaja dan cadangan Yang Berhormat Manjoi untuk cuba mewujudkan Night Market tersebut, saya kira sekarang pun kawasan itu malam pun masih meriah juga dengan penjaja-penjaja kita berniaga dan mungkin boleh lebih bincangkan dengan pihak PBT untuk menyediakan ruang yang sesuai. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco.
Terima kasih. Boleh satu soalan? Tambahan.
Ya, dihadkan dua soalan tambahan sahaja. Sila duduk. Ya. Dijemput Ahli Yang Berhormat dan dari kawasan Behrang untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pat pat siku lipat, soalan Behrang, nombor empat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera. Soalan Behrang, soalan nombor empat yang berkaitan dengan Bandar Mesra Belia Tanjung Malim. Pembangunan Bandar Mesra Belia adalah merupakan salah satu daripada agenda pembangunan negara dalam memastikan belia-belia di kawasan separa bandar tidak berhijrah ke bandar-bandar besar untuk memenuhi keperluan mereka seperti contoh peluang pekerjaan, hiburan, kemudahan rekreasi dan sebagainya. Segala komponen dan pembangunan yang dirancang di Bandar Mesra Belia ini adalah memenuhi aspirasi dan keperluan belia di samping tidak meminggirkan golongan bukan belia dalam sama-sama membangunkan Bandar Mesra Belia ini. Dalam erti kata lain, elemen yang dicadangkan bersifat belia namun setiap golongan dapat menggunakan sama komponen-komponen yang dibina dan dicadangkan. Maka dengan itu melalui kerajaan Persekutuan sebelum ini telah menetapkan tiga bandar belia di Malaysia iaitu setiap satu di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Bagi Bandar Mesra Belia Tanjong Malim, ianya telah dilaksanakan semenjak tahun 2015 lagi yang mana pelaksanaannya sebelum ini adalah di bawah strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang melibatkan tiga kementerian utama iaitu Kementerian Perumahan Kerjaan Tempatan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Belia dan Sukan serta Kerajaan Negeri Perak. Terdapat beberapa projek pembangunan yang telah dilaksanakan ketika itu dan ada di antaranya telah siap beroperasi yang mana pembinaan ini melibatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Tanjung Malim dan juga perlibatan pihak swasta antaranya Pusat Aktiviti Kesenian, Pusat Keusahawanan, Litar Go Kart, Mural@Muallim atau Lorong Murals, Food Truck Hotspot, Laluan Pejalan Kaki dan Basikal. Namun kini setelah NBOS atau National Blue Ocean Strategy dimansuhkan kita masih menunggu keputusan daripada pihak Kerajaan Persekutuan sama ada ianya diteruskan atau sebaliknya memandangkan sebelum ini ia diletakkan di bawah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan sebagai peneraju projek Bandar Belia.
Puan Timbalan Yang di-Pertua, perlaksanaan Bandar Mesra Tanjung Malim ini juga telah dimasukkan di dalam Rancangan Tempatan Daerah Muallim 2035 yang mana ianya telah diwartakan dan perancangannya bakal melibatkan pihak swasta seperti Sarang Art Hub, Go kart, perumahan mampu milik, pusat belia, kompleks sukan mini dan yang berkaitan. Oleh yang demikian, kerjasama erat oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga amat penting bagi memastikan ianya dapat terus dilaksanakan terutamanya melibatkan kepada peluang perkerjaan, keusahawanan dan kemudahan perumahan. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Soalan tambahan saya. Dalam keadaan dan situasi Muallim pada ketika ini, seperti yang kita sedia maklum dengan pertambahan kaki tangan daripada Proton City dan ditambah lagi dengan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang, apakah cadangan atau usaha-usaha untuk menaik taraf Bandar Mesra Belia ini berdasarkan situasi semasa? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Behrang. Seperti yang kita sedia maklum, memang Bandar Muallim sekarang adalah sebuah bandar yang mempunyai bilangan penduduk yang agak ramai kerana kebanjiran pekerja daripada Proton yang di bandar Proton, kemudian penambahan pelajar di UPSI serta Politeknik Behrang yang menyebabkan perkara-perkara yang berkaitan dengan komponen-komponen Bandar Mesra Belia ini perlu diberi penaiktarafan dan juga memenuhi keperluan dan aspirasi belia itu. Antara yang perlu diberi keutamaan ialah menaiktaraf kembali pusat keusahawanan dari segi infra dan pengisian program seperti yang dibuat sebelum-sebelum ini. Yang kedua, kita perlu juga menaiktaraf Buka@Muallim untuk memberi ruang perniagaan kepada belia2 tempatan khususnya bagi mereka mencari dan menjana pendapatan yang bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran mereka. Yang ketiga, seperti sedia maklum golongan belia ini tidak lari daripada digital. Maka Bandar Mesra Belia yang berada di Tanjung Malim ini semestinya menyediakan dan menaik taraf kemudahan digital dengan memberi ruang atau tempat wifi secara percuma kepada belia untuk mereka memberi kemudahan ini secara mudah.
Yang seterusnya kita juga harus membina dan meneruskan semula pembinaan rumah transit kepada golongan belia memandangkan harga rumah pada masa kini semakin meningkat dan dengan adanya program ataupun transit home ini memberikan kemudahan kepada golongan belia untuk bersedia membuat persiapan memiliki pendapatan yang cukup sebelum mereka memiliki kediaman mereka sendiri. Kemudian antara peluang yang kita boleh bantu adalah membantu dari segi peruntukan untuk menambah baik dan menggalakkan pelancongan sedia ada yang berkaitan dengan bandar belia seperti di Sarang Art Hub, Go-Kart, dan pelbagai program lagi. Namun begitu, perancangan-perancangan dan prasarana ini perlu ada kolaborasi dan kerjasama yang cukup baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memasti ianya dapat diteruskan dan dijana dengan baiknya.
Soalan tambahan kedua?
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Ini satu lagi soalan tambahan sebab ini projek Bandar Belia ini kita dapat satu program yang cukup cantiklah sekiranya perkara ini dapat direalisasikan. Cuma saya nak tanya kepada Belanja dan Kerajaan, selain daripada Tanjung Malim mana lagi lokasi-lokasi yang kita bangunkan untuk Bandar Belia? Terima kasih.
Terima kasih kepada Gunung Semanggol atas soalan yang ditanyakan tadi. Berkaitan dengan lokasi ataupun penetapan Bandar-Bandar Mesra Belia seperti yang saya maklumkan dalam ucapan tadi, pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan pada tahun 2015 telah menetapkan hanya melibatkan 3 Bandar Belia yang melibatkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dan pilot projeknya adalah di Bandar Mesra Tanjung Malim. Kemungkinan pada masa akan datang, Pihak Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan akan menilai semula supaya boleh mewujudkan kembali Bandar Mesra Belia di Negeri-Negeri lain ataupun di kawasan-kawasan lain berdasarkan kepada kepadatan penduduk khususnya di kalangan golongan-golongan belia yang merupakan 40% daripada jumlah penduduk di Negara Malaysia ini. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Sungai Manik, soalan nombor 5.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Sungai Manik yang tanyakan soalan. Untuk makluman Yang Berhormat, Program Perumahan Rakyat PPR adalah program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Setakat ini terdapat sebanyak 16 PPR di seluruh Negeri Perak dengan sebanyak 2,876 unit rumah yang telah dibina. Pada masa yang sama, permohonan PPR bagi tahun 2022 adalah sebanyak 1,378 dan kebanyakannya terpaksa dimasukkan dalam senarai menunggu buat masa ini. Untuk makluman Yang Berhormat juga, PPR adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan di mana ia merupakan agensi pelaksana utama bagi projek PPR di seluruh Malaysia. Jadi, Program Perumahan Rakyat dilihat mendapat permohonan yang tinggi dan keperluan yang mendesak. Jadi, Kerajaan sentiasa berusaha untuk membina lebih banyak PPR bagi membantu memenuhi permintaan rakyat. Setakat ini, Kerajaan Negeri melalui LPHP telah mencadangkan empat tapak bagi pembinaan PPR ini kepada pihak kementerian. Jadi, sama-sama kita harapkan permohonan ini akan diluluskan dalam masa terdekat untuk kami bantu lebih ramai rakyat yang memerlukan rumah PPR ini. Terima kasih.
Soalan tambahan?
Soalan tambahan saya daripada apa yang dinyatakan oleh YB Exco tadi, mungkin ada banyak cabaran untuk urusan PPR ini. Selain daripada kita nak mengharapkan suntikan daripada Kerajaan Pusat, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melibatkan pihak swasta? Sebab Kerajaan Negeri mempunyai tanah dan melibatkan pihak swasta untuk terlibat dalam inisiatif mewujudkan lebih banyak PPR. Sebab isu yang besar di kalangan masyarakat hari ini ialah kadar sewaan rumah yang terlalu tinggi. Kalau rumah PPR ini dia murah dan mereka mampu untuk membayar tapi kalau mereka perlu menyewa rumah individu ataupun di rumah perumahan, kosnya agak tinggi. Ini membebankan masyarakat dan saya rasa Kerajaan Negeri perlu bermula untuk mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif dengan melibatkan pihak-pihak yang ada kemampuan, khususnya pihak swasta yang ada kemampuan untuk membantu sebab kita banyak syarikat-syarikat perumahan di Perak ini yang besar yang kita minta untuk menyumbang kembali kepada Negeri dengan kita memberi inisiatif-inisiatif yang boleh menarik minat mereka untuk mewujudkan lebih banyak rumah PPR. Bukan saja di kawasan-kawasan bandar, tapi semi urban dan juga kawasan kampung juga memerlukan rumah PPR.
Baik, terima kasih. Saya cukup setuju dengan cadangan Sungai Manik bahawa sebenarnya pihak swasta perlu diberikan satu peranan yang lebih penting dalam membantu Kkerajaan untuk melaksanakan PPR ini dan untuk pengetahuan Sungai Manik, setakat ini beberapa peranan dan kerjasama kerajaan cuba mulakan. Pertamanya isu yang dihadapi oleh PPR iaitu masa untuk menunggu yang terlalu panjang dan unit yang tidak cukup. Jadi dalam hal ini, Kerajaan Negeri kerjasama dengan pihak swasta untuk sama-sama kita bantu dalam kajian bagaimana kita menambahbaik baik dasar-dasar penyewaan yang sedia ada supaya kita boleh bantu dalam masa jangka yang panjang dapat memastikan mereka yang memohon itu dapat dipendekkan masa menunggu. Pada masa yang sama juga, sektor swasta dapat memainkan satu peranan untuk seperti dalam projek-projek CSR terutamanya untuk kami bantu menaiktaraf kemudahan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di PPR. Contohnya projek-projek untuk kami menambah facility library, perpustakaan komuniti untuk mengecat semula bangunan juga jika terdapat pihak swasta yang dapat memainkan peranan. Ini juga kami sangat harapkan. Terima kasih.
Soalan kedua, Simpang Pulai? Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya, rumah pangsa Sungai Pari yang mempunyai nilai seni bina tersendiri tapi telah lama terbengkalai. Apakah cadangan kerajaan untuk membangunkan semula sebagai perumahan awam? Terima kasih.
Terima kasih, saya ucapkan kepada Simpang Pulai. Rumah Pangsa Sungai Pari Tower ini dibina pada tahun 1963. Malangnya, bangunan rumah pangsa ini terpaksa dikosongkan pada tahun 2016 akibat bangunan yang terlalu teruk dan terlalu bahaya untuk diduduki. Untuk pengetahuan Simpang Pulai, rumah pangsa ini kemudian telah diputuskan untuk diberi milik kepada LPHP pada tahun 2021. Setakat ini, LPHP telah menerima beberapa cadangan pembangunan daripada pihak swasta dan untuk menjawab soalan Simpang Pulai, sebenarnya pada masa yang sama juga Kerajaan Negeri berhasrat untuk membangunkan semula dalam bentuk Skim Perumahan Awam di tapak rumah pangsa Sungai Pari Tower ini untuk membantu kami menggerakkan dasar PPR ini. Jadi, setakat ini pihak kerajaan sedang dalam perbincangan awal dengan Jabatan Perumahan Negara tentang cadangan ini dan saya harapkan perbincangan ini akan berhasil dalam masa yang terdekat supaya kami dapat menggerakkan sesuatu pembangunan yang baru di Sungai Pari Tower ini dalam masa yang terdekat. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Seterusnya saya menjemput...
Timbalan Speaker, minta tambah satu soalan sebab PPR ini memang menjadi satu tarikanlah. Jadi, kita membicarakan PPR ini tentang bilangan dan keperluan. Jadi yang saya lihat di sini PPR ni satu tempat kediaman yang tak berapa kondusif kepada golongan-golongan B40 ni. Kadang-kadang kalau kita lihat ruang untuk belajar di rumah pun tak ada, ruang untuk family room pun tak ada. Jadi menyebabkan kadang-kadang keluarga-keluarga dia terpaksa keluar dan menimbulkan...
Soalan-soalan?
Sekejap nak explain supaya menimbulkan pula satu masalah sosial yang lain. Cuma disebabkan oleh keluasan rumah, keadaan rumah tu, adakah kerajaan kini untuk memikirkan ataupun membuat pengesyoran untuk mengubahkan bentuk ataupun keluasan rumah untuk memberi kesesuaian kondusif kepada pengundi-pengundi B40 ni? Terima kasih.
Terima kasih Gunung Semanggol. Memang betul saya faham apa yang ditimbulkan oleh Gunung Semanggol. Dalam kita melaksanakan PPR dan khususnya apabila pemohon begitu ramai, kerajaan sentiasa juga berada dilema sama ada kita nak besarkan rumah ataupun kita nak manfaatkan lebih ramai pemohon. Tapi apa pun saya ambil maklum cadangan itu dan salah satu cadangan yang kami sedang kaji ialah sama ada kita boleh mengadakan public space, kawasan-kawasan untuk digunakan sebab untuk semua penduduk di situ supaya walaupun keluasan rumah tu mempunyai kekangan tertentu tapi dari segi keseluruhannya penduduk di situ, anak anak masih mempunyai ruang yang sesuai untuk contohnya buat kerja, bersosial dan sebagainya. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.
Terima kasih dan salam sejahtera Cik Timbalan Yang di-Pertua dan semua ahli-ahli dewan. Soalan Malim Nawar adalah soalan yang ke-6, terima kasih.
Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaburan asing di negeri Perak memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem peniagaan tempatan. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau singkatannya MIDA. Negeri Perak turut bekerjasama dalam menarik pelaburan asing ke negeri ini. Di mana salah satunya kita adalah Silver Valley Pre Package Incentive yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Terdapat pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh MIDA. Bagi menarik pelaburan asing ke negeri Perak, seperti insentif-insentif seperti berikut penubuhan unit pencepatan dan koordinasi projek atau PACU, Project Acceleration and Coordination Unit, MIDA. Penubuhan unit ini adalah bertujuan bagi memantau pelaksanaan projek pelabur dan memastikan projek pelabur dapat dilaksanakan mengikut tempoh pelaksanaan mereka.
PACU@MIDA menyediakan perkhidmatan fasilitasi kepada para pelabur. Bagi semua projek yang diluluskan serta sebagai pemudahcara antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Selain itu, modul dalam talian iaitu e-lesen perkilangan atau singkatannya EML, e-Incentive dan aplikasi dalam talian, JPC, permohonan pengecualian duty import dan juga cukai jualan turut diwujudkan bagi mempercepatkan kelulusan yang diperlukan untuk lesen perkilangan. Insentif, permohonan pegawai dagang dan pengecualian cukai bagi memudahkan pelaksanaan projek. Pada masa yang sama, beberapa trade mission bagi menggalakkan pelaburan akan giat disusun dalam usaha mempromosikan negeri Perak. Ahli-ahli Yang Berhormat dalam pada itu, Pihak Berkuasa Pelaburan Koridor Utara atau Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) juga komited untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif bersepadu galakan pelaburan bagi menarik kemasukan pelaburan asing dan menggalakkan pelaburan domestik di Wilayah Koridor Utara atau singkatannya NCER. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan adalah Pakej Insentif Cukai NCER atau singkatannya NTEX, Pakej Ransangan Insentif Pasca Covid-19 NCER, Program Jom Kerja at NCER dan lain lain. Oleh yang demikian, NCIA telah berjaya menarik pelaburan langsung asing atau FDI bernilai RM2.661 bilion ke negeri Perak sejak 2008 sehingga kini. 90% daripada nilai pelaburan terbesar yang diluluskan adalah terdiri daripada sektor pembuatan, sektor perkhidmatan ekonomi digital dan sektor pertanian dan industri makanan. Perincian pelaburan mengikut sektor yang diminta juga tadi oleh Yang Berhormat adalah terbahagi kepada beberapa ini iaitu sektor pembuatan jumlah syarikat sebanyak lima syarikat. Nilai pelaburan yang diluluskan adalah RM2.358 juta, ekonomi digital 4 iaitu 2 4, minta maaf tadi RM2,358 juta, lepastu ekonomi digital RM243.58 juta, agrikultur dan industri makanan RM1,11 juta. Menjadikan jumlah keseluruhannya RM2,612. Walau bagaimanapun menurut data yang direkodkan oleh pihak MIDA jumlah pelaburan asing di negeri Perak bagi sektor perkilangan ialah RM5.2 bilion. Sehubungan dengan itu jumlah pelaburan asing di sekitar Kampar adalah berjumlah RM33.83 juta oleh dua buah syarikat dari tahun 2018 hingga 2022 khususnya dalam sektor industri berasaskan nonmetallic mineral products. Walau bagaimanapun tiada pelaburan asing direkodkan di DUN Malim Nawar sepanjang tempoh ini.
Soalan tambahan?
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya adalah memandangkan Tanjung Tualang adalah salah satu tumpuan bagi makanan laut terutamanya udang galah. Apakah mekanisme Kerajaan Negeri untuk membawakan pelabur asing untuk meningkatkan kawasan Tanjung Tualang terutamanya bagi meningkatkan kemajuan ekonomi di kawasan Malim Nawar dan juga di kawasan Tanjung Tualang terutamanya? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya mekanismenya tidak sulit sangat. Jadi untuk Yang Berhormat daripada Malim Nawar dan juga Yang Berhormat-Berhormat yang lain termasuk daripada kerajaan maupun daripada di sebelah depan tu. Sekiranya anda mempunyai Yang Berhormat mempunyai maklumat asas, sekiranya ada pelabur atau kontak-kontak yang ingin melabur di negeri Perak ataupun ingin mencari pelabur datang ke negeri Perak boleh menghubungi beberapa agensi yang saya katakan tadi. Untuk agensi di dalam negeri Perak saya syorkan untuk datang terus pada saya ataupun Invest Perak ataupun kalau agensi-agensi seperti yang dikatakan tadi untuk agensi daripada persekutuan yang mempunyai pejabat di Perak ataupun di Koridor Utara di Penang yang juga di mana Perak adalah terlibat secara langsung, boleh hubungi pejabat MIDA dan juga boleh hubungi pejabat NCER. Tapi kalau untuk meringkaskan semua urusan bekerja atau mencari agensi-agensi tersebut boleh saja datang terus ke pejabat saya. Kita boleh bekerjasama walaupun di pihak sana dan di pihak sini. Saya rasa perpaduan tu harus ada. Yang pertama yang penting sekali yang kita perlu usahakan adalah demi kepentingan rakyat Perak dan juga ekonomi Perak. Terima kasih.
Soalan tambahan kedua?
Saya minta…minta. Sebab agak penting.
Timbalan Speaker minta soalan tambahan?
Saya bagi sebelah sini sebab tadi sudah.
Memandangkan apa tadi yang dibagi itu inisiatif-inisiatif yang dikemukakan oleh Kerajaan Pusat. Jadi kita melihat bahawa pelaburan asing yang masuk ke dalam negara sepanjang tahun 2002, 2018, 2022 lah lebih kurang RM190 bilion lebih sedangkan yang masuk ke negari Perak hanya 2.7 tak sampai 2% daripada jumlah keseluruhan FDI yang masuk dalam negara. Cuma nak kata apakah Kerajaan Negeri Perak ini bercadang untuk membuatkan inisiatif supaya boleh tertentu, boleh menarik pelabur asing yang masuk kita menuju ke Perak. Kadang-kadang kita rasa, ini soalan dia, kadang-kadang kita rasa malu juga sebab infrastruktur, strategiknya negeri Perak ini berbanding dengan negeri Kedah yang jauh dulu sana tu pelaburan asing yang masuk mereka tu jauh lebih tinggi berbanding dengan kita. Tuan nak tanya betul-betullah apakah kerajaan bercadang untuk membuat inisiatif bagi menarik pelaburan itu?
Terima kasih Yang Berhormat daripada Semanggol. Itu merupakan satu soalan yang baik. Jadi saya rasa macam yang saya katakan tadi, seperti yang saya katakan tadi sekiranya siapa-siapa dalam Dewan ini ataupun yang tengah melihat sesi online sekarang, YouTube ke apa ke boleh terus berurusan dengan pejabat saya sekiranya anda mempunyai pandangan dan ataupun cadangan pelabur-pelabur yang dilihatkan boleh membangunkan ekonomi negeri Perak. Why not? Dengan izin. Kenapa tidak? Kan? Jadi seperti yang diwarwarkan yang dikatakan Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Perpaduan, Kerajaan Perpaduan kan? Jadi apa salahnya kita usahakan demi negeri Perak? Macam yang saya katakan tadi strateginya di sini bukan sahaja untuk memajukan mereka yang berada di blok ini sahaja. Strateginya untuk memajukan keseluruhan kawasan di negeri Perak. Biarlah kawasan industri tersebut berada di dalam kawasan pembangkang pun ataupun di kawasan kerajaan. Tidak menjadi masalah dan sekiranya kita ingin mengatakan bahawa kerja-kerja terdahulu mungkin tidak baik atau kerja-kerja terdahulu mungkin ada sikit, segan kita nak sebut.
Saya ingin maklumkan di sini. Kesemua yang ada di sini hampir ke semua terutamanya yang senior mungkin yang melainkan yang first term dekat dalam Dewan. Kami semua pernah berada di kedua-dua belah. Biar pembangkang mahu pun di belah kerajaan. Jadi saya rasa untuk menekankan kerja-kerja yang terdahulu sebenarnya mungkin kalau kita nak katakan kerja terdahulu mungkin tidak baik. Jadi mungkin ia menjadi kita nak menunding jari tu mungkin nak tunjukkan orang. Tapi kadang silap-silap satu jari tunjukkan orang empat jari tunjuk balik kat kita. Jadi biarlah kita lupakan apa yang telah berlaku sejak sekian lama. Sebab kita dah kata Tuanku pun dah titah, Kerajaan Perpaduan kita tidak harus sisihkan sesiapa. Jadi biarlah pelaburan tu datang daripada mana mana pihak pun. Biarlah pelaburan itu yang dijangkakan yang dikatakan yang dibawakan adalah pelaburan berbentuk perkilangan yang dikatakan di kawasan industri. Pelaburan yang dikatakan industri. Pelaburan yang dikatakan mungkin kalau Ipoh kita nak berkatakan pelaburan yang lebih kepada eEconomy. eEconomy sebab kita adalah infrastruktur-infrastrukturnya di Ipoh dan juga direct flights ke Singapura sebagai contohnya. Jadi, tak apa tak ada masalah.
Biarlah pelaburan itu dikatakan pelaburan jenis pertanian di kawasan yang saya rasa mungkin ramai ahli-ahli wakil rakyat di sebelah sana. Yang mengatakan kawasan kami banyak kawasan pertanian. Tidak mengapa. Bawa ke pejabat kita usahakan selagi pelaburan itu dilihatkan dapat mampu membina ekonomi negeri Perak apa salahnya dan saya ingin ambil satu apa nama yang dikatakan contoh yang lagi satu di sini yang saya nak sebutkan mengenai pelaburan. Saya nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mantan Exco Pelaburan yang telah melakukan usaha baik untuk memajukan Negeri Perak dan dengan polisi-polisi beliau. Tapi pada masa itu sebenarnya kalau kita nak diungkitkan, masa itu Exco Pelaburan duduk di sebelah sini. Saya duduk di sebelah sana.
Yang kita nak tahu sekarang ni…
Biar saya habiskan dulu. Biar saya habiskan dulu…
Yang kita nak tahu sekarang ini inisiatif kerajaan dan tanggungjawab (gangguan)…
Semanggol sila duduk. Biar dia jawab dulu. Gunung Semanggol sila duduk.
Itulah masalahnya nak tanya tak bagi orang jawab. Ok jadi apa yang saya katakan tadi, kita buangkan apa yang telah berlaku dulu-dulu. Kita pernah bersekali dengan Ketua Pembangkang sekali. Saya pernah duduk sama satu blok dengan Ketua Pembangkang. Jadi apa masalahnya? 59 kita sini, kita bila kita keluar ke dalam masyarakat, keluar dari Dewan ini, kita kata kita berusaha untuk rakyat. Jadi biarlah kita betul-betul berusaha. Seperti yang saya katakan tadi, satu dasar, satu asas yang baik telah diletakkan oleh Yang Berhormat Rungkup. Jadi saya akan seberapa boleh saya ikutkan dasar yang telah diletakkan oleh Yang Berhormat Rungkup. Sebab kita tak nak banyak perubahan polisi. Pelabur takut perubahan polisi secara mendadak. Sebab kalau bila dia datang melabur, bawa RM2 billion, Exco ni kata A, tiba-tiba tukar Exco, Exco cakap tak nak A, nak B. Jadi runsing mereka. Jadi kita akan teruskan polisi-polisi baik yang telah dilakukan oleh saudara Rungkup. Dalam pada masa yang sama, setentunya sekira berlaku perubahan-perubahan ekosistem, maka Kerajaan Negeri setentunya akan bergerak bertindak balas mengikut keperluan ekosistem tersebut. Terima kasih.
Terima kasih YB Exco.
Timbalan Yang di-Pertua boleh ambil...
Masa soalan tamat, sila duduk. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker dan selamat menyambut Winter Solstice kepada Timbalan Speaker juga hari ini dan juga kepada kaum Tionghua pada hari ini. Soalan Bercham, nombor 7. Terima kasih.
Salam sejahtera diucapkan kepada Timbalan Speaker, Ahli-ahli Yang Berhormat dan kepada soalan yang dikemukakan oleh Bercham. Bagi soalan pertama, jawapan adalah Malaysia telah mengalami gangguan bekalan vaksin HPV, di mana HPV ini dimaksudkan sebagai Human Papillomavirus yang biasa digunakan untuk sebagai suntikan untuk sakit-sakit perempuan yang mengalami untuk mencegah kanser. Pada tahun 2021, hanya 1,714 orang murid perempuan Tingkatan Satu Kohort 2021 di negeri Perak telah menerima vaksin HPV lengkap. Manakala baki 500,805 orang lagi belum menerima vaksin. Bagi Kohort 2022 pula, sehingga 9 Disember 2022, seramai 114 murid perempuan Tingkatan Satu telah menerima vaksin HPV lengkap dan 17,517 orang lagi belum lagi menerima vaksin tersebut. Bagi soalan kedua, Jabatan Kesihatan Negeri Perak menerima peruntukan bekalan perubatan dan perolehan ubat dan bukan ubat pada awal Januari 2022 berdasarkan permohonan dan penggunaan bagi tahun 2021. Perolehan-perolehan ubat-ubatan sentiasa dipantau supaya berada pada paras stok optima, iaitu antara satu hingga tiga bulan. Walau bagaimana pun, terdapat masalah gangguan bekalan dari pengilang untuk beberapa jenis ubat di mana kualiti yang dipesan oleh fasiliti kerajaan tidak dapat dibekalkan. Maklum balas yang diperolehi oleh KKM dari pihak pembekal adalah seperti berikut.
A. Gangguan bekalan mendadak di peringkat global disebabkan peningkatan permintaan stok di luar jangkaan yang melebihi kapasiti pengilangan.
B. Kesukaran pengilang dalam mendapatkan sumber bahan aktif, farmasitikal, berikut pelbagai faktor luaran seperti China lockdowns dan kesan peperangan di antara Rusia dan Ukraine.
C. Masalah kekangan, pengantaran logistik di Perak pengilang menyebabkan pengantaran secara berperingkat.
Bagi soalan ketiga, pada 6 Disember 2022, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah menerima sebanyak 7,860 dos vaksin HPV dan keseluruhan vaksin yang diterima itu akan digunakan bagi memberi vaksinasi dos pertama kepada murid perempuan Tingkatan 1 yang terlepas peluang pada tahun 2021. Pemberian vaksin HPV akan dilaksanakan oleh pasukan kesihatan, sekolah dan perancang pemberian vaksinasi dilaksanakan melalui Pejabat Kesihatan Daerah. Maka, baki murid Kohort 2021 dan 2022 yang belum mendapat vaksinasi pada tahun 2022, mereka akan diberi suntikan HPV. Apabila JKN Perak menerima bekalan daripada KKM kelak. Antara langkah penyelesaian yang telah diambil oleh Fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah melaksanakan mobilisasi stok di antara fasiliti, melaksanakan bekalan ubat kepada pesakit untuk tempoh penggunaan dua minggu berbanding kebiasaan bekalan ubat satu bulan dan meminta preskabia menggunakan ubat alternatif sedia ada di fasiliti. Semua langkah ini diambil bagi memastikan rawatan pesakit adalah berterusan. Terima kasih.
Bercham.
Terima kasih penjelasan, jawapan diberi oleh pihak kerajaan, dan soalan tambahan saya ada dua bahagian, pertama adalah tadi saya ada dengar jawapan daripada Exco ada memetik bahawa ada sebahagian besar juga mereka yang boleh menerima vaksin tersebut tidak mengambil vaksin. Jadi adakah golongan itu galakan diberikan kepada mereka yang ingkar untuk ataupun enggan menerima vaksin tersebut sebab vaksin tersebut adalah demi kepentingan kesihatan mereka? Kita pun fahamkan vaksin termasuk covid itu juga banyak di perkalangan mereka pun enggan untuk menerima sebab ada berbagailah, mungkin takut kepada kesan sampingan atau pun ada pun dengar juga unsur agama juga pun ada jadi apakah galakan diberikan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan mereka yang patut terima vaksin tersebut. Ok, bahagian kedua pula tentang ubat yang kekurangan ubat, jadi saya pun termasuk saya juga kadang-kala kita nak pergi ke klinik kesihatan KK untuk mengambil ubat saya pun terima aduan daripada orang awam kata mereka terutama sekali untuk golongan tua. Mereka nak hendak nak pergi untuk ambil ubat sebaik ubat tersebut sudah habis. Jadi adakah saya tahu ada satu sistem pengeposan ubat-ubatan agar orang tua ini boleh tidak perlu yang mengalami kesusahan untuk berjalan untuk mengepos ubat tersebut saya tahu Hospital Permaisuri Bainun ada perkhidmatan tersebut tetapi tidak diperluaskan untuk ke semua KK tersebut. Jadi adakah pihak kerajaan akan menerima cadangan saya agar perkhidmatan tersebut untuk mengepos ubat-ubatan tersebut ke pesakit-pesakit yang sepatutnya menerima ubat sebab mereka pergi ke KK kata tak ada ubat, kena balik patah balik. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan, yang pertama berkaitan dengan penerimaan vaksin, pihak Jabatan Kesihatan Perak mahu pun Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tahu tentang masalah ini, tetapi dalam undang-undang kita penerimaan vaksin adalah tidak mandatori. Itu bukan saja di negara kita tetapi juga di banyak negara lain. Oleh yang demikian, ada yang tidak mahu menerima vaksin ini, yang hampir 90% sanggup menerima yang 10% itu tak sanggup menerima vaksin atas berbagai alasan dan satu adalah salah satu adalah keagamaan. Jadi kita masih menggunakan kaunseling di sekolah masing-masing dan juga di peringkat Kementerian Kesihatan untuk menasihatkan mereka yang enggan menerima vaksin ini supaya menerimalah vaksin tetapi ada juga masalah-masalah yang akan dihadapi oleh mereka yang tidak menerima vaksin ini khasnya mereka tidak dibenarkan keluar ataupun tidak ada negara yang nak menerima mereka semasa mereka nak masuk ke negara tersebut dan berkaitan dengan kekurangan ubat di Klinik Kesihatan dan ini bukanlah satu masalah di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja, masalah ini adalah di luar di klinik biasa apabila diberi prescription untuk ke farmasi, farmasi tidak dapat bekalkan ubat-ubat tetapi masalah itu tak begitu teruk sekarang berbanding dengan awal tahun ini, awal tahun ini nak dapat paracetamol daripada farmasi, nak dapatkan off mixture daripada farmasi pun susah tetapi sekarang kami telah mendapat mengatasi masalah itu. Jadi ubat-ubatan seperti tersebut tidak adalah masalah untuk dapat di klinik kerajaan dan berkaitan dengan perkhidmatan hantaran ubat, sekarang hospital ini telah mengurangkan pesakit-pesakit datang ke farmasi dan menunggu berjam jam untuk mendapat perubatan, ada service drive in sekarang.
Jadi boleh kita telefon kepada hospital tersebut jika kita ada prescription dan hospital akan bekalkan ubat berkenaan. Ada hospital-hospital di mana perkhidmatan drive in disediakan. Jadi kita tak perlu masuk ke dalam hospital, kita tunggu di kereta, telefon farmasi, kakitangan farmasi akan hantar ubat ke kereta yang pesakit menunggu itu. Kedua, kita sedang dalam perbincangan dengan syarikat-syarikat ELA supaya pesakit pesakit tak perlu datang ke hospital atau klinik untuk mendapatkan ubat ubatan ini. Ini merugikan masa mereka, kedua, merugikan perjalanan mereka dan sebagainya. Maka mereka yang tua ini boleh duduk di rumah, tak perlu datang ke hospital. Ini adalah untuk masa depan. Maka mereka harus bayar satu kos yang agak rendah. Kita sedang dalam perbincangan berkaitan dengan kos-kos ini, jadi satu kos yang rendah, maka ubat itu akan dihantar ke rumah masing masing. Jadi perkhidmatan itu sedang dalam perbincangan dan kita akan implement di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Kamunting?
Terima kasih Yang di-Pertua. Berkenaan dengan yang tidak mengambil vaksin tadi. Saya nak tanya berapa peratus yang masih lagi tidak mendapat vaksinasi Covid dan berapa peratus yang mati kerana tidak mengambil vaksin khusus Covid-19? Terima kasih.
Terima kasih. Yang masih belum menerima covid vaksin, yang pertama pun adalah lebih kurang 6% yang pertama, dan kita masih mencuba untuk menasihatkan mereka untuk mendapatkan vaksin, dan di swasta, di swasta, hampir 99% dah dapat vaksin kerana di swasta, di antara majikan dan pekerja, majikan boleh memaksa pekerja untuk menerima vaksin ini, dan jika seorang pekerja di swasta tidak menerima vaksin ini, maka pekerja itu boleh dikenakan tindakan tatatertib termasuk pemecatan jawatan. Jadi di swasta hampir 98% menerima, tetapi di perkhidmatan awamlah kita mengalami masalah ini, dan saya percaya kita akan dapat mengatasi masalah ini di masa akan dating dan satu lagi soalan Yang Berhormat?
Peratus kematian akibat tidak mengambil vaksin khusus Covid-19.
Saya minta maaf.
Kematian dia adalah disebabkan covid tetapi dia adalah orang yang tidak mengambil vaksin.
Saya minta maaf. Saya tidak ada statistik itu di tangan saya dan saya akan bekalkan. Terima kasih.
Tuan Speaker minta soalan tambahan? Boleh?
Berkaitan dengan soalan yang sama? Ok, saya benarkan.
Adakah faktor kewangan menjadi faktor utama kekurangan ubat di hospital dan adakah Kerajaan Negeri akan meluluskan projek membina Hospital Kampar Baru?
Berkaitan dengan Hospital Kampar, saya sudah pun ada soalan untuk dijawab, dan saya akan bagi, oleh kerana kesuntukan masa, saya akan bagi jawapan bertulis Hospital Kampar. Sebab itu adalah cerita dia adalah panjang, yang berkaitan dengan suntikan?
Satu faktor kewangan yang menjadi faktor utama kekurangan ubat?
Sebenarnya kekurangan ubat ini tidak kena mengena dengan faktor kewangan. Tak pernah Kerajaan Negeri kata bahawa tidak ada wang jadi kita tidak boleh bekalkan ubat. Tidak ada. Hanya apabila ubat itu tidak dapat di farmasi hospital, maka doktor akan bagi prescription untuk dibeli di luar. Itu adalah keadaan luar biasa. Tapi kebiasaan kesemua ubat yang dibekalkan oleh kelima belas hospital kita adalah mencukupi dan adalah berkualiti. Kita, we don’t condone on quality of medication peristyle, dengan izinnya di hospital kerajaan sama taraf dengan hospital swasta. Sama nilai dengan hospital swasta. Jadi, that’s not the issue. Kekurangan wang bukanlah satu isu.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Exco. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.
Usul menjunjung kasih atas penzahiran titah di Raja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul RidzuanMotion
Perkara yang keempat. Usul menjunjung kasih atas penzahiran titah di Raja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh YAB Menteri Besar yang berbunyi, menjunjung kasih atas penzahiran titah di Raja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut, ampun tuanku, patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini, merafak sembah menjunjung kasih atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena pembukaan rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah mendapat sokongan dan dibahaskan. Sesi penggulungan perbahasan di atas usul ini akan dimulakan dengan penggulungan oleh 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut portfolio masing-masing. Sesi penggulungan perbahasan di atas usul ini akan dimulakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar. Masa yang ditetapkan bagi setiap penggulungan ialah 20 minit. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaik baiknya. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam perpaduan kepada YAB Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-Ahli Mesyuarat MMK, YB-YB yang ada, semua ketua agensi kerajaan, rakan-rakan media yang berada di atas, dan tuan-tuan, puan-puan sekalian. Salam perpaduan, selamat pagi, salam sejahtera. Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut perayaan Dong Zhi kepada masyarakat Cina yang menyambutnya pada hari ini. Dengan izinnya, (Bahasa Cina), saya rasa Bota faham dan sebelum saya bermula ucapan saya, saya ingin bagi satu pantun.
Burung serindit terbang sekawan, Hinggap sebentar atas papan, Berhujahlah dengan penuh sopan, Ayuh sama-sama martabatkan Dewan.
Sebagai seorang Ahli Dewan Negeri Baharu, yang diberikan mandat oleh penduduk Pasir Bedamar, dan diberikan kepercayaan oleh pimpinan parti politik untuk dilantik sebagai Ahli MMK, demi sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan negeri yang tercinta ini. Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan bahawa titah Tuanku pada hari Selasa yang lalu merupakan satu rangka asas yang sepatutnya dan saya rasa akan dijadikan pedoman bagi Kerajaan Perpaduan Negeri Perak untuk bergerak ke arah Perak Sejahtera. Dalam titah Tuanku pada hari Selasa yang lalu, kita semua masing-masing diingatkan bahawa adalah penting untuk mendengar keluhan rakyat, untuk mendengar suara rakyat, untuk turun padang lebih kerap, demi lebih memahami masalah, dan bukannya bersikap angkuh sombong.
Rakan rakan sekalian dan Dato’ Yang di-Pertua, zaman di mana dengan izinnya, government know the best, telah berlalu. Dengan perubahan rezim kerajaan negeri pada tahun 2008, 5 buah kerajaan negeri bertukar tampok, pertukaran kerajaan pusat pada tahun 2018, dan diikuti dengan pembentukan kerajaan perpaduan pada tahun ini, ini sebenarnya membuktikan bahawa kebanyakan rakyat, tidak kiranya kaum apa, agama apa, ataupun apa-apa pun latar belakang, sebenarnya telah menggunakan satu undi ditangan mereka untuk menyatakan hasrat mereka, tanpa lagi berasa takut, tanpa lagi berasa gentah, tanpa lagi berasa gerun, terhadap tindakan susulan pemimpin semasa. Ini sebenarnya bagus untuk perkembangan sistem demokrasi negara kita. Walaupun saya merupakan sebahagian daripada Kerajaan Negeri sekarang, namun dengan tegasnya, ingin saya yatakan bahawa, sebenarnya segala pembentukan kerajaan, tidak kira di persekutuan ataupun negeri, adalah berasal daripada mandat rakyat dan maka, adalah penting untuk mewujudkan era di mana tidak kira siapa pemerintah. Kita kena wujudkan era kerajaan dengar suara rakyat. Kita kena mewujudkan dengan izin, the government fear the people. Bukan dengan izin, the people fear the government. Kita harus wujud satu kerajaan di mana kerajaan dengar suara rakyat untuk memastikan kebelangsungan politik. Dalam titah tuanku, tuanku telah bertitah bahawa Pakatan Harapan Negeri Perak telah memperoleh 630,885 undi dan diikuti dengan Perikatan Nasional 455,734 undi dan disusuli dengan Barisan Nasional 380,816 undi.
Maka, gabungan Kerajaan Perpaduan Negeri Perak ini kalau kita kira undi popular, dia boleh dikatakan gabungan antara Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan adalah merangkumi 69% undi di Negeri Perak ini dan rangkungan sokongan yang diperoleh Kerajaan Perpaduan Negeri Perak adalah tidak mengira kaum. Kita dapat sokongan India, kita dapat sokongan Melayu, kita dapat sokongan Cina dan kita pun dapat sokongan asli terutama di kawasan Chenderiang. Oleh itu, semalam, Ketua Pembangkang yang kita hormati, Gunung Semanggol, menyatakan bahawa sokongan 95% masyarakat bukan bumiputera kepada pihak sini adalah merupakan salah satu contoh polarisasi kaum dengan izin, polarization. Namun, pada hemat saya, saya ingin menegaskan bahawa sebenarnya ini bukan demikian dan sebaliknya.
Ini adalah manifestasi rakyat yang mengundi tanpa sebarang paksaan. Tiada orang memaksa rakyat untuk pangkah PH, PN atau BN. Ini adalah pilihan rakyat masing-masing. Sepertimana yang dititahkan Tuanku, pemimpin telah dilantik, kerajaan telah dibentuk. Maka, sebagai pemimpin politik yang bertanggungjawab, kita harus menghormati pilihan rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka tidak kiranya Ahli Parlimen ataupun ADUN dan bukannya salahkan rakyat dengan pelbagai labelling, dengan izin demi menjustifikasikan kepentingan politik masing-masing. Dato’ Yang di-Pertua dan rakan-rakan sekalian, saya juga tertarik dengan titah DiRaja yang berbunyi, pandangan ekstrem berunsur kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemaikan rasa benci serta berpotensi mencetuskan pemusuhan sesama wakil wajib dihentikan.
Saya rasa masing-masing kita di sini, 59 Ahli Dewan Negeri, kita harus setuju bahawa budaya di mana menggunakan kekebalan Parlimen Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri untuk memfitnah pemimpin tertinggi seperti Perdana Menteri dan juga gunakan Dewan yang mulia ini untuk eksploitasikan isu pengiktirafan Sijil UEC dan menidakkan sumbangan sekolah pelbagai aliran seperti sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang sepatutnya merupakan isu pendidikan dan bukannya politik, sepatutnya dihentikan. Dengan izin, we are here to serve the people. Kita harus menyejukkan suhu politik yang panas di luar sana dan tidak bermanfaat kepada negara kita langsung.
Pada hemat saya, isu pendidikan biarlah terus dijadikan isu pendidikan. Isu tanah biarlah terus dijadikan isu tanah. Jangan kita sesekali sebagai wakil rakyat memperalatkan isu-isu yang tertentu sebagai alat untuk menghangatkan lagi hubungan antara kaum, antara umat di negeri ini dan negara ini. Perbuatan seperti ini, percayalah, tidak menguntungkan mana-mana pihak. Ibarat 'Yang kalah jadi abu, yang menang jadi arang'. Kita sama-sama akan kalah. Saya seru kepada Pembangkang dan juga ahli politik di luar sana, kita kena ajukan pandangan yang bernas. Kita berikan kritikan yang membina. Kita bagikan idea yang bermanfaat kepada Kerajaan. Kalau kerajaan buat salah, tegur, kecam. Tak ada masalah. Tapi kita bukannya terus berfikir dan berungkap dari segi sudut kaum, dari sudut agama, dari sudut perkauman. Dato' Yang di-Pertua, rakan-rakan sekalian, reformasi institusi dan pembaikan sistem demokrasi adalah amat penting sekali. Semalam saya duduk mendengar perbahasan daripada yang mengambil bahagian. Kalau tidak silap saya, daripada Pangkor dan daripada Bota, ada meminta agar peruntukan yang adil diberikan kepada semua tanpa mengira parti. Sebagai sebahagian daripada Kerajaan Negeri, ingin saya nyatakan bahawa rakan-rakan di sebelah sini, termasuk saya sendiri, kita perjuangkan isu ini kepada anda semua, walaupun kita berbeza blok. Ok.
Tuan Pengerusi, sikit.
Yang mana satu? Yang mana satu Pasir Bedamar? Changkat Jering atau?
Changkat Jering.
Terima kasih Pasir Bedamar. Terima kasih Yang di-Pertua. Cuma saya nak minta pandangan terutama Pasir Bedamar di atas kajian perpaduan dan perpecahan, perkauman. Cuma setujukah dengan saya daripada Changkat Jering, bermakna tidak perlu diwujudkan untuk Penyelaras DUN terutama kami bagi pihak Pembangkang?
Kepada soalan Changkat Jering, saya rasa itu tertakluk kepada keputusan Kerajaan Negeri dan pada pihak sini, kita memang, saya boleh nyatakan bahawa tindakan pemberian peruntukan yang adil sejak zaman Barisan Nasional menandatangani MOU dengan izinnya, Memorandum Persefahaman dengan Pakatan Harapan adalah langkah yang terbaik sekali. Maka rakan-rakan sekalian, terutama Changkat Jering, tunggulah pengumuman MB ketika Belanjawan dibentangkan. Dato' Yang di-Pertua.
Sedikit tambahan. Terima kasih Yang di-Pertua. Apa yang disebutkan oleh YB Exco daripada Pasir Bedamar, minta maaf. Saya ingat Pasir Bedamar yang dulu. Rakan kita selalu menyebut tentang pembaharuan. Saya dengar banyak ucapan tentang pembaharuan yang dibawa. Kalau dari segi peruntukan sama rata itu memang daripada PN dan BN memerintah sebelum ini pun ada peruntukan sama rata. Cuma kita nak pembaharuan yang diumumkan itu yang lebih baik daripada sebelum ini. Bersetuju atau tidak, bahawa saya rasa pembaharuan yang boleh diumumkan ialah segala keistimewaan yang dinikmati oleh ADUN Kerajaan dan Pusat Khidmat ADUN daripada Kerajaan, juga dinikmati oleh Pusat Khidmat ADUN Pembangkang. Sifat-sifat perpaduan ada di situ, setuju atau tidak?
ADUN Selama. Bagilah peluang, kan? Semalam Dato' Anwar.
ADUN Tronoh nak mencelah? That you have to seek permission from Pasir Bedamar. Pasal ini bukan Selama punya.
Pasir Bedamar boleh bagi laluan?
Boleh.
Terima kasih. Terima kasih kepada saudara Yang Berhormat Pasir Bedamar. Tolonglah bagi peluang. Baru-baru ini, semalam Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri telah mengumumkan pembaharuan iaitu RM10 juta peruntukan banjir kepada rakyat di Terengganu dan juga Kelantan. Bagilah sedikit masa untuk Kerajaan Perpaduan ini untuk melaksanakan tugas-tugas mereka. Sabar.
Dari segi peruntukan memang dah diberikan sebelum ini daripada Kerajaan kepada Kerajaan Kelantan. Tebatan banjir dan sebagainya. Kita nak tengok pembaharuan yang lebih. Apa salahnya saya kemukakan cadangan ini untuk perpaduan yang disebut sebagai sifat perpaduan itu, kena ada.
Ok, Pasir Bedamar. Your turn.
Terima kasih kepada pandangan bernas daripada Selama dan juga Tronoh. Saya rasa masing-masing kita di sini, kita memperjuangkan yang lebih baik daripada dulu dan rakyat telah membuat pilihan, kita di sini kena memperjuangkan yang lebih baiklah. Kita harus berarah ke benda yang lebih baik daripada sebelum ini dan saya yakin, pimpinan negeri ini kita terbuka kepada semua suara dan semua keluhan dan semua hasrat, ADUN-ADUN yang berada di sini dan tentang pembaharuan yang disebutkan kawan Selama tadi, saya rasa sebagai wakil rakyat yang mewakili kawasan, kita sering dengar rintihan rakan-rakan Ahli Dewan Negeri di sini, yang lebih senior dengan izin. Bahawa masa untuk perbahasan sebenarnya tidak mencukupi dan dulunya, kebanyakan Yang Berhormat di sini tidak mempunyai ruang yang secukupnya untuk berbahas dan malah, dulunya kemungkinan hari Sidang DUN hanyalah berlangsung selama dua atau tiga hari dan saya rasa Kerajaan Negeri kali ini bersama dengan Dato' Yang di-Pertua, kita memang bersedia untuk mereformasikan institusi yang begitu mulia, yang bermanfaat kepada negeri kita.
Dengan adanya kerajaan perpaduan yang rela melakukan reformasi institusi, demi kebaikan rakyat, kita cuba tengok kali ini, kita ada Sidang DUN yang berlangsung selama dua minggu dan saya rasa ini adalah yang paling banyak sekali dalam kalangan semua Dewan Undangan Negeri di negara kita. Walaupun ini akan korbankan cuti akhir tahun kita, tapi demi rakyat, kita bolehlah. Akhir sekali, ingin saya nyatakan bahawa negara yang mempunyai masyarakat majmuk, tidak kira ia kaum Melayu, India, Cina, Asli dan lain adalah aset yang paling berharga sekali kepada negara kita dan ini sebenarnya tidak dapat diciplak atau dengan izin, tidak dapat copy paste oleh negara-negara lain di rantau ini, biar pun di seantero dunia. Tuanku telah bertitah, kepentingan dan kebajikan rakyat hendaklah berada di hati pemimpin dan sentiasa diutamakan. Saya menyeru, haruslah kita 59 wakil rakyat di sini, kita sama-sama berganding bahu, berdiskusi tentang dasar negeri, kita bertekak tentang kepentingan rakyat, kita bergaduh mengenai masalah kawasan dan bukannya terus main politik, perkauman dan agama seperti dahulu. Perpaduan itu tidak mudah, susah dicapai, susah dikekal. Sekiranya pemimpin dan kerajaan sudah dipilih, kerja habis-habisan demi rakyat yang sedang menilai. Kita sedang buat, kita sedang dalam Dewan, rakyat di luar sana sedang menilai, sedang tengok. Dengan ini, Pasir Bedamar menampakan, bagi laluan.
Sebelum, terima kasih Pasir Bedamar, Exco. Sebelum YB landing, saya, tadi petikan ada saya terdengar, rakyat sedang menilai, dan kita pun juga telah sebab kita sidang DUN ini saya rasa paling panjang dalam career saya sebab saya sudah empat penggal dalam Dewan ini, jadi saya tahu dua minggu ini paling panjang sekali. Jadi, tahniah dan juga kita tadi pun kata kita dah tak dapat cuti akhir tahun tapi datang sini walau pun tengah-tengah pun ada Krismas, Merry Chrismas kepada semua penganut Kristian dan kalau kita bandingkan negari kita memang saya puji, bagi pengiktirafan tapi kalau kita bandingkan dengan satu negeri pula, ada orang MB yang sudah pergi ke Terengganu, saya rasa dia sudah baliklah sebab diasak kuat oleh media dan netizen. Jadi, apakah pandangan YB tentang perbandingan dibuat dengan negeri kita dengan negeri tersebut? Terima kasih.
Ini soalan politik. Kata tak nak. Tak mahu main politik, nak move on lah.
YB jangan provoke. Kalau nak provoke banyak hal. Kena tenang kan? Kita dah bincang nak buat apa semua, apa kisah dengan Terengganu?
Ok, ok Ahli Yang Berhormat. Ok, Ahli Yang Berhomat. Semua duduk. Semua duduk. Salah satu daripada adab kita untuk berbahas dalam Dewan dan juga ini salah satunya adalah kita tertib kita ialah kita tak boleh menyentuh hal-hal berkaitan dengan Ketua Kerajaan sama ada negara lain atau pun negeri lain kerana dia mempunyai implikasi-implikasi yang berbeza. Jadi ada perkara-perkara sebetulnya kita boleh bincang atau kita boleh sampaikan dalam ucapan dan ceramah kita di luar, ceramah politik kita di, minta maaf ya saya sebut ya, di dewan, di padang, di tepi longkang dan sebagainya tapi bukan di Dewan yang mulia ini. Jadi saya minta Ahli-ahli Dewan dengan izin we have to refrain ourself. Kita ada adab tertib dalam Dewan. Jadi sila YB Exco sila simpulkan. Terima kasih.
Ok, terima kasih kepada tadi Ahli Dewan Negeri Bercham dan juga lain yang memberikan pandangan. Saya rasa sebagai seorang pemimpin, kita bukan sahaja kena turun padang. Kita kena sentiasa berada di padang, tidak kiranya daripada parti politik apa, apabila rakyat ada masalah. Saya tidak menujukan kepada apa-apa negeri atau pun apa-apa permasalahan. Ini pandangan saya dan saya rasa dengan izin we must always be on the ground untuk membantu rakyat. Tidak kiranya kawasan apa, tidak kiranya latar belakang apa dan saya rasa dengan ini, Pasir Bedamar menamatkan ucapan penggulungan dan saya memohon sokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Pasir Bedamar. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan 20 minit.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Allahumma Salli ala sayyidina Muhammad wa ala Alihi Wasahbihi Wasalam. Melati kuntum tumbuh melata, sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, saya sembah pembuka bicara. Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan, puan-puan yang mengikuti lintas langsung kita pada hari ini. Patik merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menyempurnakan titah DiRaja Mesyuarat Pertama Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Ampun Tuanku. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Dato' Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua atas lantikan sebagai Speaker Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas. Saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan syabas kepada semua yang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak bagi Mesyuarat Pertama Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang amat prihatin yang telah menyentuh isu komunikasi, multimedia dan NGO. Sebanyak tiga isu berkaitan portfolio saya telah dibangkitkan sewaktu perbahasan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada 21 Disember 2022. Saya percaya semua isu yang dibangkitkan adalah bagi memantapkan kualiti kita dalam memberi khidmat untuk rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bersekali soalan Yang Berhormat Manong dan Yang Berhormat Menglembu berkaitan isu capaian internet. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengambil maklum ke atas liputan telekomunikasi yang terhad, terutamanya liputan selular di kawasan kediaman penduduk di luar bandar selepas perlaksanaan peralihan rangkaian 3G kepada rangkaian 4G oleh pihak SKMM. Di peringkat negeri, pihak SKMM bersama-sama Kerajaan Negeri melalui Digital Perak dan penyedia perkhidmatan telco sedang bekerjasama erat dalam merancang mempertingkatkan kualiti perkhidmatan khususnya rangkaian selular di kawasan luar bandar. Ini adalah termasuk cadangan penyediaan struktur telekomunikasi baru bagi mengatasi masalah kekurangan liputan perkhidmatan di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan berpenduduk. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital terus komited untuk memastikan penduduk kawasan luar bandar di negara ini mampu mendapat kemudahan rangkaian telekomunikasi termasuk capaian internet yang lebih baik setanding dengan di bandar termasuk kawasan pendalaman dan perkampungan orang asli supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati jaringan komunikasi yang lebih baik.
Di peringkat negeri, pihak SKMM bersama Kerajaan Negeri melalui Digital Perak dan penyediaan perkhidmatan telco sedang bekerjasama erat dalam merancang bagi mempentingkatkan kualiti perkhidmatan rangkaian selular di kawasan luar bandar. Ini adalah termasuk cadangan penyediaan struktur telekomunikasi baru bagi mengatasi masalah kekurangan liputan perkhidmatan di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan berpenduduk. Dalam memastikan perkhidmatan liputan selular yang lebih baik kerajaan persekutuan bersama-sama pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi selular dalam proses pelaksanaan perkhidmatan perluasan melalui projek perkhidmatan sejagat yang dikendalikan oleh pihak SKMM sekiranya menempati syarat kelayakan. Cadangan penempatan lokasi baru, struktur telekomunikasi baru turut dimajukan kepada rakan strategik Kerajaan Negeri untuk dikemukakan kepada pihak penyedia perkhidmatan bagi tujuan cadangan penempatan struktur telekomunikasi komersial. Saranan daripada pihak Yang Berhormat Manong dan Menglembu bagi memperluaskan jaringan liputan selular akan dimajukan kepada rakan strategik. Pembangunan infrastruktur ini dikemukakan kepada pihak penyedia perkhidmatan supaya dapat dipertimbangkan bagi tujuan perancangan baru struktur komersial. Walau bagaimanapun, kelulusan akhir cadangan ini adalah tertakluk kepada perancangan oleh penyedia perkhidmatan berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak terbabit.
Dato' Yang di-Pertua, pihak Kerajaan Negeri menyambut baik saranan dan keperhatinan pihak Yang Berhormat berkenaan capaian internet oleh rakyat. Susulan daripada itu, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menangani masalah capai internet melalui pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara iaitu Jendela Fasa Satu. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi kawasan DUN Manong khususnya, sebanyak satu menara baru telah dirancang untuk dibina di Kampung Ketiong Masjid yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun 2023. Ini merupakan penambahan kepada 25 buah menara sedia ada yang telah beroperasi meliputi kawasan berpenduduk di DUN Manong. Selain itu, suka juga dimaklumkan bahawa capai internet bukanlah hanya bergantung kepada teknologi tanpa wire atau mudah alih saja tetapi ia juga merangkumi talian tetap dengan penggunaan teknologi gentian optik. Sehingga kini, di DUN Manong telah ditambahkan infrastruktur gentian optik daripada hanya 931 sambungan pada tahun 2020 sebelum inisiatif Jendela dimulakan kepada 4,522 sambungan pada suku ketiga 2022. Ini membolehkan…
Dato’Speaker…
Exco ada, sekejap tunggu sekejap…
Ini membolehkan penduduk melanggan perkhidmatan internet yang berkelajuan tinggi dan stabil.
Terima kasih kepada Dato' Exco, Yang Berhormat Exco. Berkaitan dengan program Jendela telah pun dirancang dua tahun yang lalu dan juga berkaitan dengan naik taraf beberapa pencawang di seluruh Negeri Perak daripada 3G kepada 4G dan saya rasa banyak ADUN di sini ADUN yang baru. Jadi nak minta jasa baik pihak Exco untuk bekalkan kepada semua ADUN-ADUN nilah saya nak minta kepada saya tapi saya rasa elok jugalah kepada semua jugalah sebab rata-rata yang baru, berapakah tiang baru bukan tiang baru dipanggil projek-projek JENDELA yang telah pun siap? Sebab setiap-setiap DUN ataupun daerah itu ada yang 12, ada 15, ada 8. Kita nak update terkini yang telah siap untuk JENDELA dan juga pencawang yang telah pun di naik taraf dah berapa tempat di seluruh Negeri Perak. Terima kasih.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Selama. Di tangan saya ada sedikit data. Saya bacakan secara keseluruhan dahulu sebelum saya kemudian saya akan bekalkan secara terperinci kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Baik, untuk program JENDELA, fasa satu, untuk inisiatif perancangan tapak menara baru, perancangan sebanyak 176 yang telah siap sebanyak 75. Bagi naik taraf stesen pemancar, perancangan kita adalah 1,881 dan siap 2,275. Bagi premis tersedia gentian optik, perancangan 252,475 dan siap 270,816 dan satelit siap sebanyak 73,000. Jadi saya akan bekalkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat secara lebih terkunci mengenai kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi kawasan DUN Menglembu khususnya, sebanyak dua buah menara baru telah dirancang untuk dibina dan dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang suku ketiga tahun 2023 kelak. Ini merupakan tambahan kepada 64 buah menara sedia ada yang telah siap dinaik taraf dan memberikan pengimatan yang optimum kepada penduduk tempatan setempat. Walau bagaimanapun, pihak SKMM akan terus mengkaji dan merancang keperluan penambahbaikkan servis dan infrastruktur dari semasa ke semasa. Kerjasama daripada pihak Yang Berhormat dan juga orang ramai dalam menyalurkan maklumat terperinci mengenai masalah liputan internet mudah alih ini amat diperlukan agar SKMM dapat membuat tinjauan terperinci di kawasan berkenaan.
Dato' Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan Yang Berhormat Manong supaya Kerajaan Negeri dapat memberi latihan dan kefahaman serta kesedaran kepada anak muda Perak supaya kandungan kreatif yang dihasilkan menepati adat budaya tempatan dan tidak melanggar nilai agama serta norma kehidupan. Kerajaan mengambil maklum dan perhatian akan keperluan supaya kaum belia di Negeri Perak dapat memahami budaya lain dan kandungan kreatif yang dihasilkan tidak menyentuh sensitiviti kaum belia.
Dalam merealisasikan transformasi digital, Digital Perak Corporation Holding melalui unit Hub Inovasi dan Multimedia menawarkan pelbagai latihan digital bagi memenuhi permintaan tenaga mahir. Dengan menggabungkan faktor-faktor seperti program-program dengan kandungan berkualiti, cara penyampaian yang berkesan, harga yang berpatutan dan semua kursus dapat disesuaikan dengan keperluan pelanggan menjadikan digital Perak sebagai pembekal latihan dan penganjur acara pilihan di Perak. Sebagai usaha untuk menggalakkan pembelajaran abad ke-21 dan dalam mendepani revolusi industri keempat iaitu revolusi perindustrian keempat IR 4.0, Kerajaan Negeri mengambil berat dalam melaksanakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid dan masyarakat, berteraskan elemen komunikasi, pemikiran kritis, kreatif dan aplikasi nilai murni serta etika. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Digital Perak menawarkan pelbagai kursus media sosial dan kandungan seperti pengurusan media sosial, pengurusan Live Streaming, Content Creator Tiktok untuk bisnes, pemasaran Facebook, Instagram dan asas YouTube. Dengan fee yuran yang berpatutan, digital Perak turut menawarkan fasiliti untuk perubahan budaya pembelajaran seperti makerspace, studio screen hijau yang bertempat di Hub Inovasi dan Multimedia Mydin Mall Meru Raya Ipoh dan dibuka setiap hari kecuali cuti umum. Dato' Yang di-Pertua. Setakat ini saja penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi…
Tuan Speaker.
Silakan Manong.
Yang Berhormat Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Tualang Sekah dan terima kasih juga atas respon jawapan-jawapan yang telah diberi berkaitan dengan beberapa isu yang telah saya bangkitkan. Dari sudut capaian internet, kita tidak melihat sekadar hanya dari sudut capaian. Alhamdulillah beberapa pakej yang telah disebut tadi, juga ada pembaharuan. Tapi dalam masa yang sama, saya mohon juga kepada Yang Berhormat Tualang Sekah, agar dapat berbincang juga dengan pihak Persekutuan supaya charge bayaran, pakej bayaran Telco ini supaya dapat ditengok semula dan kita melihat perbandingan antara charge bayaran Telco, tidak kira mana-mana syarikat Telco, antara yang tertinggi di Asia kalau dibanding dengan dua negara jiran yang terdekat, Thailand dan juga Singapura, Malaysia adalah antara kadar caj bayaran yang tertinggi. Oleh itu mungkin pihak Exco boleh berbincang dengan pihak Kementerian Komunikasi Digital supaya tindakan yang boleh diambil supaya seluruh warga Malaysia mendapat charge bayaran yang lebih murah dan berpatutan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Manong. Saya ambil makluman dan juga cadangan daripada Ahli Yang Berhormat, Insyaallah. Kita akan pastikan apa yang disampaikan ini menjadi perbincangan di peringkat daripada Kementerian nanti insyaAllah. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu yang berkaitan dengan portfolio untuk komunikasi.
Yang Berhormat, DUN Selama.
Terima kasih kepada Dato' speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat. Baru-baru ni Menteri Komunikasi ada umum untuk sekat dan band beberapa tiktokers lebih seribu lebih selepas pilihanraya dan tidak dimaklumkan apa sebab di sekat tersebut. Jadi saya tak pasti di Perak ni ada terlibat atau tidak. Kalau ada terlibat, saya nak minta supaya pihak YB Exco dan juga pihak SKMM maklumkan apakah kesalahan-kesalahan dan kerana apa tiktokers itu di sekat dan di band terus akaun tersebut dan kenapa tiktok saja tidak Twitter yang penuh dengan hasutan perkauman dan sebagainya. Jadi ini untuk apa mohon penjelasan kepada YB Exco dan mungkin boleh berbincang dengan YB Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Selama. Saya mengambil maklum tentang kegusaran daripada pihak Ahli Yang Berhormat. Insyaallah kita akan panjangkan dan saya akan dapatkan detail mengenai perkara ini. Kita akan berhubung balik dengan pihak Yang Berhormat. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah kemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu yang berkaitan dengan portfolio komunikasi multimedia dan NGO. Ahli-ahli Yang Berhormat, pintu bilik saya sentiasa terbuka untuk menerima cadangan bagi menambah baik sistem telekomunikasi dan digital dalam negeri Perak supaya kita bersama-sama dapat bekerjasama ke arah kejayaan Perak Sejahtera 2030. Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang telah memastikan pentadbiran negeri berjalan dengan baik. Penghargaan terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang yang memainkan peranan semak dan imbang bagi memastikan takbir urus kerajaan sentiasa berintegriti. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah SWT. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Tualang Sekah. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Exco dari kawasan Belanja untuk menggulung perbahasan. Silakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Dewan yang dikasihi sekalian, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media dan mereka yang sedang mengikuti sidang dewan ini secara atas talian. Pertamanya dengan penuh rasa rendah diri, saya memanjat kesyukuran kehadiran Ilahi kena dengan limpah dan rahmatnya, Pembukaan Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Almarfurullah. Tuanku Sultan Perak telah berkenan merasmikan
Pembukaan Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas dengan menyentuh beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan tindakan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini selaku wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat melalui Pilihanraya Umum ke-15 yang lalu. Bahawasanya PRU-15 yang berlangsung pada 19 November 2022 dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah memperkenankan pelantikan Kota Tampan sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Pelantikan Menteri Besar telah membuktikan bahawa proses demokrasi di negeri Perak terus subur di mana Ahli Dewan Negeri yang mendapat kepercayaan majoriti telah dilantik sebagai Menteri Besar. Proses ini telah membuktikan bahawa penubuhan Kerajaan Negeri Perak adalah berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Tuanku Sultan juga telah menitahkan agar Ahli-ahli Dewan yang Mulia ini dapat melaksanakan tanggungjawab, menjalankan amanah dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama, berlandaskan perlembagaan dan berteraskan undang-undang. Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak, seharusnya semua Ahli Dewan Negeri melupakan segala sengketa dan dendam politik. Marilah bersama Kerajaan Negeri Perak melontar buah fikiran serta idea-idea yang progresif untuk memastikan semua rakyat Negeri Perak mendapat manfaat hasil usaha cakna atau keprihatinan semua Ahli Dewan Negeri Perak. Ini penting bagi memastikan segala hasrat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan supaya tiada rakyat yang tertinggal dan terpinggir dan tidak mendapat apa-apa manfaat. Segala cakna antara rakyat perlu bersifat inklusif tanpa mengecualikan mana-mana pihak sama ada berlainan kaum, budaya dan mana-mana fahaman politik. Tanggungjawab yang digalas lepas dipilih oleh rakyat haruslah dipenuhi serta menjauhi sifat-sifat negatif sebagai seorang pemimpin.
Saya tertarik dengan titah ucapan Tuanku yang menekankan tentang keharmonian kaum. Keharmonian kaum sepatutnya menjadi agenda kita semua. Apa jua pandangan ideologi atau fahaman serta pegangan kita keharmonian antara kaum yang telah merdeka lebih 60 tahun ini harus menjadi keutamaan kita semua. Apatah lagi kita telah dipilih dan telah mendapat mandat menjadi wakil rakyat sebagai pemimpin yang mewakili rakyat di Dewan Undangan Negeri Perak agar apa juga isu yang boleh meretakkan hubungan antara kaum dileraikan. Jangan sesekali ada di antara kita cuba untuk meretakkan hubungan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama kerana di atas perpaduan inilah negara kita dapat dibangun dan dimajukan. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan beberapa isu atau persoalan, Insyaallah saya akan cuba menjawab berdasarkan kepada pengetahuan dan juga kefahaman yang sepatutnya.
Isu yang pertama dilontarkan oleh wakil rakyat atau Yang Berhormat daripada Manong semasa perbahasan oleh penyokong kerajaan Tebing Tinggi berkaitan dengan apakah peranan kerajaan dalam mendidik atau memberi pendedahan kepada golongan belia untuk menghormati Institusi DiRaja. Takrifan belia adalah individu yang berumur 15 hingga 30 tahun berdasarkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia tahun 2019. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah rukun negara yang kedua. Rakyat Malaysia yang melalui sistem pendidikan dalam negara pasti melafazkan ikrar ini pada setiap kali perhimpunan sejak pra sekolah hingga ke peringkat menengah. Lafaz ikrar tersebut tersemat dalam ingatan setiap warganegara. Umumnya semua tahu slogan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada sebagai suatu ungkapan melambangkan begitu rapatnya hubungan istana dan raja. Seri Paduka Baginda, Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menjalankan fungsi sebagai payung yang menaungi rakyat Malaysia dan semua sistem di bawah pentadbiran negara. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita untuk memartabatkan institusi beraja kerana ia adalah lambang kedaulatan negara. Tanpa kedaulatan sesebuah negara tidak akan wujud kerana kedaulatan adalah satu daripada empat komponen yang membentuk negara selain pada rakyat, kerajaan dan wilayah.
Pelbagai usaha kerajaan dalam memastikan institusi raja dihormati, terutamanya dalam kalangan generasi muda yang merupakan pewaris kepada kepimpinan negara pada masa hadapan. Pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan, terutamanya kepada golongan belia dalam menerapkan konsep rukun negara, terutamanya prinsip kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara. Antara program yang telah disusun, seperti Program Demokrasi Kita, yang merupakan penjenamaan semula kepada Program Amalan Demokrasi Berparlimen yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dalam memberi pendedahan awal dan kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam menghormati institusi raja dan kepimpinan negara di kalangan pelajar sekolah. Bagi negeri Perak, sebanyak 64 Program Demokrasi kita telah dilaksanakan di sekolah menengah negeri ini sepanjang tahun 2022. Program Merdeka atau App Club Malaysia Ku pula merupakan program berbentuk ceramah, tayangan video dan penerangan isu-isu semasa secara interaktif untuk menarik minat pelajar-pelajar dalam usaha menyemai semangat perpaduan dan disamping mengenang jasa-jasa pejuang terdahulu.
Belanja, minta mencelah sikit. Saya tertarik nak minta penjelasan mengenai dengan pendidikan Timbalan Speaker, Menteri Pendidikan yang diberikan kepada golongan Belia di antara 15 ke 30 tahun mengenai dengan perlaksanaan Institusi DiRaja dalam negeri Perak seperti mana yang dinyatakan tadi dilakukan di semua peringkat pendidikan. Cuma nak minta sikitlah penjelasan apakah ianya merangkumi sekolah swasta dan sekolah kerajaan dan berapa peruntukan subjek yang diperuntukan untuk menerapkan pembelajaran ini. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Gunung Semanggol atas pertanyaan. Ada dalam teks. Nanti saya jawab. Seterusnya, program Merdeka Airclub Malaysia yang merupakan program berbentuk ceramah, tayangan video dan penerangan isu-isu semasa secara interaktif untuk menarik minat pelajar-pelajar dalam usaha menyemai semangat perpaduan disamping mengenang jasa-jasa pejuang dahulu. Seterusnya, Kem Aspirasi Pelajar yang turut dilaksanakan bagi memupuk dan mendidik semangat jati diri, kerjasama serta meningkatkan semangat patriotisme dikalangan pelajar. Kesemua program ini diadakan melalui Kelab Malaysiaku di bawah Jabatan Penerangan yang ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah sebagai satu kegiatan kokurikulum pelajar dalam kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar antara Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi negeri Perak, terdapat 64 Kelab Malaysiaku yang ditubuh membabitkan hampir 3,000 pelajar sekolah menengah yang aktif menyertai program-program di bawah Jabatan Penerangan. Berkaitan dengan sekolah yang akan seperti apa yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Gunung Semanggol tadi, Kementerian Pendidikan telah memberi pendedahan kepada golongan murid untuk menghormati Institusi Raja melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Sejarah bermula dari Tahun 4 yang memperkenalkan sejarah awal negara dengan menitikberatkan tokoh-tokoh Melaka seperti Tun Perak, Hang Tuah dan Kesultanan Melayu.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum juga menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan pengertian Raja, konsep daulat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kepentingan menghargai Institusi Raja, kepentingan sikap setia kepada Raja, serta berkepentingan mempertahankan kedaulatan Institusi Raja. Manakala bagi pelajar yang berada di sekolah menengah Tingkatan 5 dan 4, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Sejarah menjelaskan fungsi-fungsi Raja Melayu serta kuasa Yang Dipertuan Agong. Sukatan Purata Pengajian 6 Tingkatan 6 semester 1 ada menerangkan fungsi-fungsi Raja Melayu serta kuasa Yang Dipertuan Agong. Turut dipelajari oleh murid Tingkatan 6 ialah kuasa fungsi Eksekutif Raja-Raja dalam Pemerintahan dan Parlimen. Bermakna semua sekolah telah pun mempunyai Dokumen Standard Kurikulum Perkembangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan yang perlu diajar oleh guru kepada semua murid-murid yang berada dalam sekolah yang berkenaan. Melalui Surat Pekeliling Iktisas Bilangan 7, 2000, pihak kementerian juga telah menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah dengan bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kesetiaan kepada Raja dan negara dengan aktiviti yang menarik.
Murid-murid didedahkan tentang prinsip-prinsip Rukun Negara supaya dapat dijadikan amalan budaya terutama sekali kesetiaan kepada Raja. Manakala di peringkat Institusi Pengajian Tinggi bagi mendekat golongan mahasiswa bersama komuniti, Jabatan Penerangan telah menganjurkan Program Pewaris Muda. Berkonsepkan kem yang diadakan selama beberapa hari melibatkan generasi muda dari institusi awam dan sebuah swasta. Dalam program ini, pelbagai pengisian diatur dan dilaksanakan, termasuk menerapkan elemen perpaduan, patriotisme dan menghormati Perlembagaan Persekutuan Negara Malaysia. Program selama empat hari ini membabitkan 200 mahasiswa dan mahasiswi merasai pengertian Rukun Negara dan menjiwai semangat cintakan negara melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
Selain daripada itu, Program Cambah Minda sebagai landasan kepada golongan Belia menyuarakan pendapat serta pandangan berkaitan aspirasi generasi Y dan Z dalam memastikan proses demokrasi berparlimen dan Raja Perlembagaan Negara ini terus dihayati. Pada tahun ini, Program Cambah Minda telah diaksanakan di Kolej Komuniti Sungai Siput dan Sekolah Izzudin Shah Ipoh membabitkan pelajar-pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Dalam program ini, semua pelajar diberi peluang dalam menyuarakan pandangan, idea serta aspirasi belia dalam memacu pertumbuhan dan kemakmuran negara. Berkaitan dengan isu yang seterusnya yang dibangkitkan oleh ADUN Chenderoh berkaitan dengan peruntukan pelajaran bagi golongan muda yang ingin menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Doktor Falsafah dan juga berkaitan dengan perluasan bantuan dan pinjaman kepada mereka yang ingin menyambungkan pelajaran.
Untuk maklumat Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan yang dihormati sekalian, salah satu agensi di bawah Kerajaan Negeri yang menawarkan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Perak adalah di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan yang diurus seliakan oleh Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak. Pinjaman ini telah mulai diperkenalkan pada tahun 1973 sehingga kini. Itu hampir 50 tahun. Objektif pinjaman ini adalah memberi kemudahan pinjaman kewangan kepada warga Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan bagi tujuan melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma, Ijazah Sajana Muda, Ijazah Sarjana, Ijazah Kedoktoran di institusi Pengajian Tinggi Awam, Swasta di dalam negara dan semua jenis kursus yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia atau pun MQA.
Selain itu, kemudahan pinjaman kewangan melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di luar negara dan semua jenis kursus yang diiktiraf oleh MQA juga diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak. Melalui kemudahan pinjaman ini, Kerajaan Negeri memberikan kemudahan pinjaman ini lebih daripada 14,000 orang jumlah peruntukan kemuliahatin melebihi RM90 juta sejak ianya diperkenalkan. Pada tahun 2022, peruntukan sebanyak RM4 juta telah disalurkan oleh Pejabat Kewangan Negeri bagi tujuan penawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak untuk sesi 2022-2023. Seramai 665 orang telah ditawarkan pinjaman ini daripada pelbagai bidang dan peringkat pengajian. Secara keseluruhannya, peminjam aktif bermaksud peminjam yang masih menerima bayaran Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak yang masih dalam tempoh penajaan dari tahun 2018 hingga 2022 adalah seramai 1,155 orang dengan kos penajaan sebanyak RM8.1 juta setahun. Berkaitan dengan isu yang seterusnya isu menaik taraf...
Belanja tangkap sikit sebelum pindah isu itu. Tahniah lah kepada Kerajaan menyediakan berbagai-bagai bentuk bantuan. Cuma, sepanjang nak tanyalah kerajaan sebab yang menjadi bebanan kepada ibu bapa atau pun pelajar adalah permulaan untuk mereka masuk ke pengajian tinggi. Jadi, kerana yuran itu mencecah sampai setengah tu sampai RM2,000. Memang kepada kita itu tidak ada masalah lah tapi kepada orang kampung biasanya nak dapat RM2,000 untuk pergi mendaftar itu adalah satu bebanan kepada mereka dan biasanya yang menjadi mangsa ini pusat-pusat khidmat lah. Dia pergi minta bantuan dan sebagainya. Jadi, saya nak tanyalah mungkin ada tak satu skim atau pun perancangan kerajaan untuk kita membuat bantuan one-off sebelum kepada yang mampu sebelum dia mendaftar kepada Institut Pengajian Tinggi.
Belanja sikit Belanja, Manjoi. Terima kasih kepada YB Exco Belanja. Saya dengar tadi berkenaan dengan biasiswa yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri dan baik dan semalam pun saya dah sebut sikit tentang perkara ini. Cuma, apakah usaha Kerajaan Negeri terhadap anak-anak Perak atau pun anak muda berkemahiran? Saya fokus kepada anak muda yang bertenaga mahir yang berkemahiran tinggi yang telah berhijrah keluar dari Perak yang menjadi penyumbang dari segi high skill technical dalam sektor perbuatan elektronik dan medical juga aerospace. Jika kelompok ini besar dan mereka sebenarnya hari ini, saya melihat semakin ramai tenaga mahir anak muda Perak ini mereka berhijrah ke negeri sebelah utara, Penang, bahkan Kedah ketika ini kerana keterjaminan kerja dan pendapatan lebih baik di sana. Apakah usaha kerajaan negeri untuk membawa perkara ini ataupun untuk mengawal perkara ini? Sebab jika, sebenarnya ramai anak-anak muda daripada Perak ini yang ingin kembali ke Perak. Jika ada peluang yang lebih baik sebagai anak Perak, dah tentu mereka nak sumbang satu per negeri. Jadi saya kira part ini mungkin dekat YB Exco ada satu planning ataupun Kerajaan Negeri ada satu usaha untuk menjaga tenaga mahir anak-anak muda ini saya kira sangat banyak dan banyak orang Perak. Tuan-tuan boleh tengok di Penang dan Kedah, di belah utara, tak payah pergi belah Selangor dan Kuala Lumpur. Di belah utara pun banyak anak-anak Perak yang sedang bekerja di sana. Terima kasih kepada Belanja.
Terima kasih Gunung Semanggol dan Manjoi. Berkaitan dengan Gunung Semanggol, bantuan one-off. Untuk makluman, Yayasan Perak mempunyai insentif Siswa Yayasan Perak yang diberi secara one-off kepada bakal-bakal mahasiswa yang akan melanjutkan pelajaran. Di mana bantuan one-off ini, kita beri berdasarkan pada sijil atau kursus yang akan dia tempuhi. Contohnya kalau peringkat sijil, termasuk sijil, diploma vokasional, mereka akan dapat bantuan one-off RM300. Manakala bagi diploma RM500, Ijazah Sajana Muda RM1000, Ijazah Sajana RM1500, manakala Ijazah Dr. Falsafah RM2,000 dan untuk makluman, program ini ataupun insentif Siswa Yayasan Perak ataupun dulu dikenali dengan nama Dermasiswa Yayasan Perak itu bagi institusi yang berada di dalam negara. Manakala bagi yang berada di luar negara, kadarnya berdasarkan pada kos pengajian dan juga kos sara hidup di negara-negara yang akan mereka melanjutkan pelajaran. Contohnya kalau diploma bagi kategori A, maksud kategori A ini, yang kos pengajian dan sara hidupnya rendah, kita beri RM1500. Manakala kategori B, RM2500. Begitulah bagi Ijazah Sajana Muda, RM3000 kategori A, RM5000 bagi kategori B, Ijazah, Master ataupun Sarjana kita beri RM4000 di kategori A, RM6500 kategori B. Begitu juga untuk PhD dan sebagainya. Bermakna, dari segi bantuan one-off yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti yang saya nyatakan tadi cuma saya mohon kerjasama kepada semua Ahli Dewan untuk menyebarkan berita ini untuk kita membantu golongan-golongan khususnya B40 yang ingin anak mereka melanjutkan pelajaran untuk mendapat bantuan one-off secara terus daripada Yayasan Perak.
Untuk makluman pada tahun 2022 sehingga November ini, saya difahamkan seramai 6,415 orang penerima Dermasiswa ataupun Inisiatif Siswa Yayasan Perak bagi pengajian dalam negara. Manakala di luar negara seramai 55 orang yang terlibat. Bermakna kita cuba membantu berdasarkan kepada keupayaan dan juga kebolehan pelajar-pelajar yang akan menduduki perperiksaan. Berkaitan dengan soalan daripada Manjoi tentang mereka yang telah pun menamatkan pelajaran, pengajian tetapi berhijrah ke negara, negeri-negeri lain atas faktor gaji, keselesaan dan sebagainya. Kemungkinan selepas ini pihak Kerajaan Negeri mungkin menggunakan syarikat-syarikat GLC untuk menempatkan mereka-mereka yang berkemahiran tinggi ini untuk membantu membangunkan pembangunan negara khususnya dalam bidang-bidang teknikal dan sebagainya, ok.
Saya terus kepada isu yang seterusnya berkaitan dengan menaiktaraf fasiliti sukan. Fasiliti sukan dan peralatan sukan yang berkualiti adalah satu ramuan bagi melahirkan atlet yang berpotensi dan cemerlang untuk sukan berprestasi tinggi. Semestinya, fasiliti yang ada yang akan digunakan sepenuhnya dengan menjadikan ianya sebagai status Pusat Latihan Negeri atau PLN atau pusat latihan daerah (PLD) yang akan dilengkapi dengan khidmat jurulatih pakar dan berkelayakkan yang mampu melatih dan melahirkan atlet sehingga ke tahap prestasi bertaraf dunia. Sudah semestinya, keutamaan adalah untuk atlet jati, kelahiran yang bermastautin di negeri Perak. Kerajaan Negeri merasakan fasiliti-fasiliti sukan ini amat penting dalam melahirkan atlet-atlet yang berpotensi dengan memaksimakan penggunaan kemudahan tersebut dan memudahkan untuk mengadakan projek dan keperluan latihan secara automatik dan lebih berkesan. Kebanyakan fasiliti sukan yang digunakan adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sama ada Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Daerah ataupun Kerajaan Negeri.
Pihak Majlis Sukan Negeri Perak sentiasa bekerjasama dengan pihak PBT yang bertanggungjawab bagi tujuan sewaan, penggunaan, penyelenggaraan, naik taraf dan lain-lain. kerjasama ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi sukan, atlet dan menaikkan imej negeri Perak agar lebih cemerlang dalam sukan di Malaysia. Sebelum ini ada cadangan mewujudkan satu badan untuk mengawal selia fasiliti-fasiliti sukan seperti contoh Perbadanan Sukan. Perbadanan Sukan tersebut perlulah diteliti secara terperinci dan meluas berserta skop dan fungsinya. Oleh itu perbadanan sukan telah diperluaskan sebagai sebuah entiti bagi mengawal selia fasiliti sukan negeri yang memenuhi piawaian badan sukan antarabangsa serta menjalankan usahasama bagi menganjuran kejohanan, pelaksanaan program dengan pihak swasta dan membangunkan industri sukan di negeri Perak. Pengurusan dan pengukuhan tadbir urus kemudahan sukan adalah diantara objektif utama agar dapat dikawal selia serta diselenggaran dengan lebih efektif dan pengawal seliaan aset-aset sukan negeri Perak di jaga dan diuruskan dengan lebih efisien. Perbadanan ini juga adalah sebagai sebuah badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri. Perbadanan ini akan mengambil alih, mengurus, menyelenggara kompleks serta arena sukan yang dipertanggungjawabkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan khususnya Majlis Bandaraya Ipoh dan juga memfokuskan dalam menaiktaraf fasiliti sedia ada mengikut piawai sukan kebangsaan atau antarabangsa. Seterusnya...
Alor Pongsu. Bila YB Exco sebut tentang fasiliti sukan tadi, semalam saya dah timbulkan tentang bagaimana kompleks sukan atau padang sukan yang asal, yang penuh dengan aktiviti riadah pada waktu petang, pagi semua, tapi bila saya dapatkan, mungkin kerajaan yang dulu, bila diupgradekan fasiliti sukan itu, semua menjadi projek Gajah Putih. Contoh saya bagi, contoh di Parit Buntar, berdekatan dengan DUN saya. Bila zaman saya dulu padang bola itu kita boleh main ikut suka saja, tapi bila dah diberi padang sintetik dan sebagainya, dengan kadar sewaan yang tinggi, jadi untuk kegunaan awam, sukan dan untuk aktiviti riadah seperti jogging dan sebagainya juga tak, saya rasa tak dibenarkan atas alasan apa saya tak pasti, dan bentuk-bentuk sukan yang dijalankan juga perlu dikawal selia oleh pihak negeri. Contohnya padang sintetik Parit Buntar dikhususkan untuk permainan bola sepak, permainan lain tak boleh. Tapi bila ada satu Exco mari dulu, Exco kalau nak main ragbi boleh, double standard macam ini yang kita, rakyat tak mahu tengok. Dan yang terkini yang saya cakap petang semalam kepada YB Ayer Kuning,
Kompleks Sukan di Bagan Serai, dua kali dah padang bola itu upgrade. KBS dah serah kepada Majlis Daerah Kerian, tapi padang bola masih roller coaster sampai sekarang. Jadi kami jadi pemerhati saja dan sekarang di track itu, dulu itulah satu-satunya tempat nak jogging pagi dan jogging petang. Sekarang mungkin masih dalam peringkat percubaan, saya pun tak faham nak cuba apa lagi, saya nak minta supaya dipercepatkan tempoh percubaan itu supaya kami dapat riadahlah pagi-pagi di situ. Terima kasih.
YB Exco, 4 minit lagi.
Timbalan Speaker.
4 minit saja, ok.
Timbalan Speaker, Timbalan Speaker, minta sikit kepada pegawai yang sama lah, kepada Belanja mengenai fasiliti sukan. Kita tengok di merata-rata ada pembinaan gelanggang futsal, banyaklah kampung yang tengok dibina. Kemudian yang pertama ada dua isu lah, kadang-kadang tempat tu dibina, tempat itu tidak menjadi satu tarikan untuk orang menggunakannya dan juga maintenance situ nampak banyak yang tertinggal yang dibina oleh pihak swasta lebih menjadi tarikan. Itu yang pertama dan yang kedua, ada lagi tempat-tempat yang yang kadang-kadang diminta, kemudian tidak dibina. Jadi kalau boleh nak tanyalah bagaimana maintainance dan bagaimana perancangan untuk membina gelanggang-gelanggang futsal di tempat-tempat lain?
Belanja sikit Belanja sikit. Terima kasih Belanja. Berkenaan dengan fasiliti ini, tuan-tuan, gugusan Manjoi dalam DUN Manjoi, perkampungan Melayu yang terbesar di dunia, di dunia, di Malaysia. Perkampungan Melayu terbesar di Malaysia. Di sini pun saya rasa ramai orang Manjoi di sini. Di sana Yang Berhormat Belanja ada satu Stadium Mini Sungai Tapah yang sehingga hari ini saya tengok tidak diselenggara, tidak dibaik pulih. Bahkan stadium mini dah lama ada. Orang Manjoi, orang Kampong Manjoi, orang-orang kita di situ, diorang tak dapat, orang kata hidupkan suasana yang indah. Stadium ada, tak ada tempat rekreasi, tak ada tempat yang boleh orang kata diorang bawa anak-anak untuk main di situ, kemudian stadium itu kalau Belanja turun boleh tengok apa berlaku hari ini, saya sangat sedih. Justeru, apakah perancangan Kerajaan Negeri terhadap kes-kes sebegini dan saya begitu simpati dengan orang Manjoi, Kampung Melayu yang paling besar di Malaysia? Orang kita ramai di situ tapi tak ada tempat rekreasi untuk orang kampung. Stadium ada tapi padang tak digunakan dan semua fasiliti itu telah pun orang kata banyak yang rosak. Rugi dan saya rasa perkara itu mungkin boleh diambil berat oleh Kerajaan Negeri untuk bantu perkampungan Melayu yang paling besar di Malaysia. Terima kasih Belanja.
Bagi laluan Exco. Timbalan Speaker, sikit saja. Tadi disebut oleh tentang belia, Projek Bandar Mesra Belia. Boleh minta Exco ambil perhatian di DUN Slim. Kalau tadi banyak disebut di Tanjung Malim, di Behrang. Tapi kita di Slim juga di bawah Tanjung Malim. Jadi di sana tidak diberi perhatian tentang belia untuk Mesra Belia. Boleh ambil perhatian. Terima kasih.
Terima kasih kepada rakan-rakan ADUN yang menanya ataupun memaklumkan berkaitan dengan fasiliti sukan yang sedia ada tetapi tidak diselenggara dengan agak baik. Insyaallah saya akan berbincang bersama dengan Majlis Sukan Negeri dan juga Pihak Berkuasa Tempatan untuk mencari kaedah dan jalan penyelesaian yang sesuai bagi memastikan segala fasiliti dan kemudahan sukan dapat kita gunakan selaras dengan tagline sukan untuk semua. Kerana kita perlu memastikan pembudayaan sukan itu berlaku di kalangan masyarakat. Timbalan Yang di-Pertua, banyak lagi isu yang saya perlu jawab. Ada masa ada atau tidak ada?
Tiga minit lagi.
Berkaitan dengan daripada Yang Berhormat Menglembu berkaitan dengan keperluan infrastruktur dan pusat latihan yang berkaitan dengan bidang robotik. Kerajaan Negeri Perak sentiasa peka akan kepentingan serta keperluan industri berasaskan teknologi tinggi untuk terus kekal relevan dengan arus perubahan ekonomi dunia. Di negeri Perak terdapat beberapa institusi latihan yang menawarkan kursus-kursus teknologi mikroelektronik dan teknologi mekatronik yang merupakan gabungan daripada teknologi elektronik dan mekanikal dengan memberikan penekanan kepada sistem automasi dan pengguna robot yang meluas seperti di Adtec Taiping. Justeru itu, PASAK akan bekerjasama dengan institusi latihan yang menawarkan kursus latihan bagi memperkasakan bidang robotik di Negeri Perak. Manakala Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersama Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian, sedang bekerjasama dengan beberapa agensi luar dan pihak swasta seperti Sasbadi Lego bagi menyediakan peralatan set robotik kepada murid di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negeri. Di samping itu, kerjasama agensi luar dan pihak swasta ini akan diperluaskan dalam penyediaan infrastruktur berkaitan perkara tersebut.
Galakan dalam bidang sains robotik juga disasarkan kepada sekolah-sekolah yang majoritinya murid B40 dengan menyediakan bengkel dan kursus kepada guru pembimbing dan seterusnya dibekalkan dengan peralatan sains dan teknologi seperti set robotik litar, set drone dan set 3D printer. Jabatan Pendidikan Negeri Perak juga telah mengenal pasti beberapa sekolah yang aktif dalam bidang robotik seperti SMK Lahat, Marian Convent, SK Talang, Kuala Kangsar yang mana sekolah ini telah berjaya menyertai dan mendapat ranking yang baik di peringkat kebangsaan dalam pelbagai pertandingan sains dan teknologi serta robotik. Berkaitan dengan Gunung Semanggol yang menanyakan berkaitan dengan pendirian Kerajaan Negeri berkaitan dengan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam dan PASTI. Jumlah SRITI yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Perak mengikut Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 adalah berjumlah 16 buah daripada keseluruhan sekolah SRITI berjumlah 20 buah. Bagi empat buah sekolah lagi dalam proses pendaftaran. Bagi tujuan pendaftaran sekolah, Jabatan Agama Islam Perak telah memohon ulasan tapisan keselamatan daripada tiga agensi dan salah satunya adalah tapisan keselamatan Polis Diraja Malaysia. Semakan tapisan keselamatan berkenaan akan mengenal pasti Ahli Jawatankuasa Jemaah Pengurusan Sekolah, tenaga pengajar, bebas daripada unsur jenayah dan ekstrimis agama. Dalam masa yang sama, Jabatan Agama Islam Perak juga mengadakan pemantauan dan naziran terhadap pengurusan dan kurikulum serta kokurikulum sekolah berkenaan. Isu yang seterus berkaitan dengan UEC. Seperti yang sedia maklum sehingga kini, Kementerian Pendidikan Malaysia kekal untuk tidak mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Persendirian Cina berlandaskan peruntukan Akta Pendidikan 1996. Untuk makluman semua, dasar pendidikan kebangsaan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang beruntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama, melaksanakan kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid bagi menduduki peperiksaan yang sama. Penetapan ini adalah bagi memenuhi aspirasi dan keperluan negara di masa hadapan serta sebagai usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan atau penggulungan saya pada hari ini, saya juga menyeru kepada semua Pentabiran Kerajaan Negeri Perak supaya sentiasa mengamalkan sistem penyampaian serta tadbir urus yang baik dalam pentadbiran. Kepada rakan-rakan Ahli Dewan, marilah kita bersama-sama melakukan peranan semak dan imbang kepada Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri. Ini penting supaya amalan demokrasi terus subur. Lakukanlah teguran-teguran yang dapat membaiki jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri. Lontarkan idea kalian sebagai Ahli Dewan yang mulia supaya jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri dapat memakmurkan ekonomi, di samping memastikan tahap integriti yang tinggi, seterusnya mengelakkan ketirisan hasil Kerajaan. Isu-isu remeh serta tidak membina harus dielakkan. Fokus kepada isu utama masalah rakyat serta kelangsungan hidup rakyat Negeri Perak yang tercinta ini. Sebagai penutup titah perbahasan atau titah penggulungan saya pada pagi ini, maka dengan ini marilah kita sebagai Ahli Dewan yang mulia ini bersama-sama merealisasikan impian hasrat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk memastikan semua rakyat negeri ini menikmati kemakmuran ekonomi di samping mengekalkan keharmonian kaum serta menjadikan Negeri Perak bersifat inklusif serta tiada rakyat yang terkecuali. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Exco Belanja. Seterusnya sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari Kawasan Teja untuk menggulung perbahasan. Sila.
Terima kasih. Salam sejahtera dan salam perpaduan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Amat Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media, petuga-petugas Dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti lintas langsung kita pada pagi hari ini. Patik merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menyempurnakan Titah Di Raja Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Ampun tuanku. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat, yang prihatin dan menyentuh isu-isu berkaitan portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah tadbir saya. Sebelum saya memberi respon kepada isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan, izinkan saya untuk terlebih dahulu berkongsikan sedikit sebanyak tentang hala tuju di bawah portfolio saya, di mana ia akan memberikan gambaran kepada Ahli Yang Berhormat tentang perancangan dalam tahun 2023 yang sudah pasti berkait rapat dengan isu-isu yang dibangkitkan.
Timbalan Yang di-Pertua, Portfolio Kerajaan Tempatan mencakupi subjek yang luas dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan keperluan harian masyarakat awam. Justeru, tidak hairanlah peranan Pihak Berkuasa Tempatan dalam hal ehwal pembersihan awam, pengurusan sisa pepejal, penyelenggaraan kemudahan awam dan pembangunan kawasan setempat seringkali menjadi tumpuan perbahasan di dalam mana-mana sidang Dewan Undangan Negeri yang berlangsung sejak saya mula menjadi ADUN lima tahun lalu. Menyedari kepentingan peranan yang dimainkan oleh semua 15 PBT dalam Negeri Perak, saya telah mengarahkan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan (JKTKT) diaturkan seawal saya dipilih mempengerusi Portfolio Kerajaan Tempatan ini. Mesyuarat pertama jawatankuasa ini telahpun diadakan dengan kehadiran Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis bagi melihat isu-isu Kerajaan Tempatan secara lebih dekat dan berbincang secara berfakta atas setiap isu yang menjadi perbincangan hangat selama saya menjadi ADUN selama ini. Saya berterima kasih di atas kerjasama baik dan perbincangan yang bermanfaat semua ahli jawatankuasa mesyuarat tersebut kerana banyak memberi input-input bernas sepanjang sesi dua hari tersebut. Kandungan agenda dan perbincangan mesyuarat tersebut telah membantu portfolio saya untuk melengkapkan kefahaman saya berhubung isu-isu Kerajaan Tempatan yang dibangkitkan oleh semua Yang Berhormat dalam sidang DUN kali ini. Terima kasih juga saya ucapkan di atas perhatian semua Yang Berhormat memberi peluang saya menjelaskan sebanyak 20 persoalan yang dibangkitkan semalam.
Timbalan Yang di-Pertua, untuk memperjelaskan hala tuju bagi Kerajaan Tempatan Sustainable Development Goals (SDG) dengan izin merupakan teras agenda pembangunan mampan 2030 yang telah dipersetujui oleh ketua-ketua negara dan masyarakat antarabangsa di Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 25 September 2015. Matlamat SDG ini adalah pelan tindakan nasional yang membantu agenda pemerkasaan semua PBT sebagai pemangkin perubahan ke arah pembangunan perbandaran yang cemerlang dan unggul selaras dengan kedudukan sebagai kerajaan peringkat ketiga. Agenda ini dirangka bagi meningkatkan nilai kehidupan pada masa hadapan ke arah yang lebih baik dan mampan kepada semua lapisan masyarakat. Agenda ini telah diterapkan dan menjadi asas penetapan KPI kepada 15 PBT Negeri Perak yang perlu dicapai pada tahun 2022.
Dalam hal ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan sekalung tahniah dan setinggi penghargaan di atas pencapaian cemerlang PBT-PBT kerana telah mengharumi nama Negeri Perak dalam status Bandar Mampan pada Program Pengukuran Bandar Mampan Malaysia melalui Malaysian Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development dengan izin 2.0 bersempena Hari Perancangan Bandar Sedunia tahun 2022 anjuran Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia). Majlis Daerah Kampar telah memenangi tempat pertama dan Majlis Daerah Kerian tempat ketiga untuk Anugerah Bandar Mampan Terbaik 2022 bagi kategori Majlis Daerah. Anugerah ini telah memilih Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Kerian berdasarkan 10 penerima anugerah Bandar Berdaya Huni tahap tertinggi 2021 berdasarkan pencapaian Indeks Daya Huni Malaysia yang diterimanya sebelum ini.
Kerajaan Negeri mempunyai banyak perancangan pada tahun 2023 untuk memperkukuhkan peranan Kerajaan Tempatan khususnya dalam perkara-perkara yang menjadi perhatian dan keperluan masyarakat awam berhubung tanggungjawab-tanggungjawab asas.
YB EXCO. Alor Pongsu mencelah sikit. Pertamanya saya nak ucap tahniahlah pada portfolio YB dan saya nak ucap tahniahlah pada Majlis Daerah Kerian di kawasan saya. Memang hebatlah. Memang respond pantas dan sebagainya. Saya juga mantan Ahli Majlis di Majlis Daerah Kerian. Saya bangga dalam Facebook semua keluar betapa majlis-majlis daerah ada dapat anugerah ini, anugerah ini tapi di luar sana terutama rakyat yang kami jaga, dia tak tally tau. Saya simpati dengan majlis daerah yang dapat anugerah ini. Bila dapat anugerah tinggi netizen akan bantai dorang, saya duduk tengah-tengah. Saya menilai. Tapi saya dapati kebanyakan majlis daerah terutama Majlis Daerah Kerian. Yang problem dia, bukan majlis daerah. Rakyat ada sikit lah dari segi attitude penswastaan. Saya harap pihak YB dapat tengok balik tentang penswastaan ini. Company yang dah buat hal selalunya company swasta ni masa dapat A+ bila hujung failed. Dia sanggup kena penalti lagi tapi yang jadi mangsa majlis daerah. Dapat award sepatutnya dipuji. Tapi netizen hentam cukup-cukup. Dapat award Bandar Mampan. Sampah bertimbun-timbun. Minta YB EXCO perhatikan perkara ini.
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu yang telah menjadi sebahagian daripada Majlis Daerah Kerian sebelum ni. Saya ambil maklum tentang isu yang dibangkitkan. Memang isu penswastaan itu antara isu yang penting yang akan saya sentuh kemudian dan juga Kerajaan Negeri sentiasa kerjasama dengan PBT untuk menilai setakat mana keberkesanan penswastaan itu. Terima kasih. Ok, beberapa perancangan dan fokus utama bagi Kerajaan Tempatan pada tahun depan. Yang pertama, Jawatankuasa Sisa Pepejal Negeri Perak yang dianggotai oleh Datuk Bandar dan semua Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu pengurusan sisa pepejal termasuk tapak pelupusan sisa pepejal dalam Negeri Perak. Jawatankuasa ini akan terus memperhalusi teknologi-teknologi terkini yang digunapakai dalam pengurusan sisa pepejal untuk pertimbangan dan pelaksanaan di PBT-PBT Negeri Perak. Jawatankuasa ini akan menetapkan hala tuju yang lebih berfokus melalui Pembangunan Pelan Tindakan Sisa Pepejal Negeri Perak pada tahun 2023.
Pembangunan pelan ini dijangka akan dilaksanakan secara kerjasama pintar bersama beberapa rakan strategik yang telah dikenal pasti dan dipersetujui oleh JKTKT tempoh hari. Dengan usaha dan pelan tindakan ini memang menjadi harapan untuk kami mengemaskan dan memantapkan lagi perkhidmatan kutipan sampah di semua PBT. Keduanya, Jawatankuasa Penyelarasan Anjing Liar dan Haiwan Merayau Negeri Perak. Jawatankuasa ini menyediakan forum khas untuk membincangkan isu-isu anjing liar dan haiwan merayau di kawasan PBT. Jawatan ini diwujudkan bagi memantau isu-isu yang telah lama berbangkit dan menerima banyak aduan kacau ganggu, kemalangan malah menjejaskan keselamatan dan penyebaran penyakit perjangkit pada tahun 2023.
Mohon celah. Menglembu. Terima kasih YB Exco. Saya ingin tanya, pengguna aplikasi pintar letak kereta di dalam Negeri Perak iaitu
Park@Perak telahpun mencecah lebih setengah juta, maknanya lebih 500 ribu orang sehingga hari ini dan memandangkan pembayaran kupon letak kereta telahpun berhenti sejak bulan Jun tahun 2022, maka pembayaran letak kereta secara digital ini telahpun dan pastikan telah digunakan secara menyeluruh sekarang. Baru-baru ini saya terima aduan bahawa aplikasi ini telahpun tidak berfungsi dan juga apabila mereka telahpun tambah duit, tambah kredit tetapi kosong, display dengan izin display kosong dan mereka risau sama ada tempat letak kereta itu masih boleh digunakan ataupun Kerajaan Negeri apa solusi, sekiranya compound telahpun dikeluarkan ketika tempoh aplikasi ini tidak berfungsi. So, mohon YB Exco tolong memberi pencerahan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menglembu yang membangkitkan isu tentang Park@Perak. Nanti kemudian saya akan sebut sentuh tentang isu ini. Jadi izinkan untuk saya habiskan isu sekarang dulu, nanti saya akan respon. Terima kasih. Pada tahun 2023, pelan tindakan jangka pendek dan pelan tindakan jangka panjang kepada isu-isu ini telah dipersetujui di peringkat jawatankuasa JKTKT dan akan dilaksanakan setelah mendapat mandat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ketiga, semakan dan pindaan undang-undang yang telah lama. Kerajaan Negeri sedang menambah baik dengan membuat beberapa pindaan dan penyeragaman undang-undang ke atas peraturan dan enakmen yang telah lama dan tidak disemak sebelum ini. Dijangka sekurang-kurangnya dua peraturan atau undang-undang yang akan diangkat untuk perbahasan dan kelulusan DUN bagi urusan Kerajaan Tempatan pada tahun 2023. Keempat, kutipan sampah luar kawasan operasi PBT. Sebagai usaha menjadikan Negeri Perak sentiasa keterhadapan dalam konteks pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam, maka Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah di luar kawasan bandar iaitu luar kawasan pentadbiran PBT yang dilaksanakan secara berperingkat pada tahun 2021 dan tahun 2022 melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM5.3 juta untuk 177 buah kampung. Usaha ini akan dipertingkatkan pada tahun 2023 dengan memperbaiki kualiti pengurusan tapak-tapak kutipan sampah yang telah dibina untuk dua tahun pertama pelaksanaannya.
Mohon mencelah. Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua dan juga Yang Berhormat Exco. Berkaitan tentang kutipan sampah di luar kawasan pentadbiran PBT dan sekarang hanya ada katakan di kampung sahaja tetapi bagi kawasan-kawasan yang bukan kampung tetapi mereka tidak dianggap sebagai kampung tradisi Melayu atau dianggap sebagai kampung tetapi kawasan itu mereka tidak bayar cukai taksiran. Yang kawasan ini bagaimana dengan PBT akan untuk kutipan sampah di kawasan situ. Saya bagi satu contoh di kawasan Segari walaupun ada beberapa buah rumah mereka ada bayar cukai taksiran tetapi lori kutipan sampah mereka tidak sampai ke rumah itu kerana jaraknya agak jauh kerana mereka ada duduk di kebun sendiri ataupun di tapak sendiri dia jarak agak jauh jadi bagi mereka, mereka tidak dapat satu tempat untuk kumpulkan dan tak ada tempat ruang atau pun ada tempat itu apa tong sampah roro di situ tetapi mereka perlu bayar untuk kutipan sampah pada PBT dan lagi satu adalah di Bagan Panchor. Bagan Panchor pun dia bukan satu kampung di depan situ adalah satu kampung Bagan Panchor Melayu tapi lagi masuk adalah kampung Nelayan, pelantar ada banyak di sana tetapi di sana juga tak ada setakat ini saya belum dimaklum sama ada mereka sudah mula bayar cukai taksiran kerana mereka sudah ditukar, border masuk ke Manjung tetapi semua urusan ini belum mula saya difahamkan dan selama ini mereka perlu bayar kepada PBT untuk kutipan sampah di sana.
Jadi saya nak tahu bagi kawasan-kawasan yang bukan kampung bagaimana dengan PBT untuk uruskan kutipan sampah di situ dan lagi satu adalah ampit, lori ampit untuk ambil tong roro itu selalu rosak saya nak mention adalah di kawasan Pembandaran Manjung kerana pasar awam di Pantai Remis, sudah dalam berapa bulan awalnya diberitahu lori sudah rosak tengah baiki. Sekarang kata terus rosak tak boleh dibaiki. Jadi mereka hanya guna backhoe untuk ambil sampah keluar daripada tong itu tetapi tidak cuci tidak apa. Kami dah buat aduan tetapi masalah itu masih tidak diselesaikan. Saya harap pihak Exco boleh ambil perhatian tentang isu ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pantai Remis.
Mohon celah, Tronoh. Terima kasih kepada Teja untuk memberi ruang kepada Tronoh untuk mencelah. jadi seperti yang dikatakan oleh saudari Teja bahawa kutipan sampah di luar kawasan PBT ini telah menjadi satu isu yang agak ketara dan di kawasan Tronoh terdapat banyak tempat yang merupakan di bawah kategori ini. Dengan itu, adakah pihak Exco bersetuju bahawa peruntukan kepada perbelanjaan kutipan sampah di luar kawasan PBT ini harus ditingkatkan? Terima kasih.
Bota.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya adakah Pihak Berkuasa Tempatan ataupun di bawah kerajaan mempunyai rancangan untuk memperhebatkan semula kempen kitar semula ataupun recycle dengan izin kerana sebahagian daripada saya rasa kita kena akuilah masih ramai lagi rakyat kita yang masih lagi kurang memberikan kerjasamalah kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengendalikan sampah-sampah. Jadi kenapa tidak kita memulakan semula kempen kesedaran tersebut untuk memberi kesedaran kepada rakyat Negeri Perak khususnya. Sekian, terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang membangkitkan isu. Untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Pantai Remis, secara umumnya kawasan pentadbiran ini kebanyakan dia berada sama ada di bawah kawasan operasi PBT atau PLB. Jadi sebelum ini isu apabila saya sebut untuk perkhidmatan kutip sampah di kawasan kampung kerana isu dia timbul kebanyakan kawasan kampung tradisional yang terletak di luar kawasan operasi PBT tidak mempunyai perkhidmatan untuk kutipan sampah dan timbul isu kebersihan. Jadi Kerajaan Negeri telah mengadakan inisiatif untuk mengadakan perkhidmatan di kawasan kampung. Tapi kalau ada isu yang seperti disebut oleh Pantai Remis, terdapat isu di kawasan yang dia bukan di bawah PBT juga bukan dimasuk dalam kategori kampung. Mungkin secara special case dengan izin kita perlu rujuk sama ada kawasan itu selama ini dia bayar cukai taksiran tetapi tidak menikmati perkhidmatan ataupun dia tidak bayar cukai selama ini tapi sedia untuk membayar untuk terima perkhidmatan juga kami boleh bincang untuk supaya perkhidmatan ini dapat disediakan kepada kawasan yang berkenaan. Juga kepada isu lori sampah yang rosak sebelum ini dalam mesyuarat JKTKT juga saya sendiri dengar.
Minta maaf, Manjoi saya habiskan dulu. Saya dengar sendiri daripada keluhan YDP-YDP tentang kemudahan lori sampah yang rosak menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas dengan cekap. Saya faham memang dalam urusan PBT ini segala benda dalam kehidupan harian kita berkaitan dengan PBT dan menjadi tanggungjawab mereka dan saya bagi pihak Kerajaan Negeri akan kerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk kami bantu untuk selesaikan isu kekangan peruntukan supaya masalah mereka dapat ditangani sebelum mereka dapat berkhidmat dengan berkesan untuk rakyat. Jadi untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tronoh, memang menjadi hasrat saya selagi kita mampu dari segi kewangan kita dapat mengagihkan lebih banyak kepada PBT bukan sahaja isu sampah dan sebagainya tapi kita juga kena lihat kepada kemampuan. Jadi kita akan sentiasa cuba yang sebaik mungkin.
Untuk isu yang dibangkitkan oleh Bota, ya betul untuk tadi saya sebut tentang Pelan Tindakan Pengurusan Sisa Pepejal yang kita akan merangkakan dalam tahun ini. Memang salah satu kempen yang sangat penting iaitu kempen untuk kitar semula sebab kita faham tak guna kita sebut untuk mengurus sisa pepejal kalau kita tak cuba untuk mengurangkan jumlah sisa pepejal itu. Jadi itu memang cadangan yang baik dan menjadi sesuatu yang kami akan menitikberatkan dalam merangka pelan tindakan tersebut. Manjoi.
Terima kasih kepada Exco Teja. Saya nak tanya berkenaan dengan isu sampah ini. Isu pembuangan sampah haram atau pun buang sampah di tempat yang tak sepatutnya ini ialah isu sikap. Attitude. Atittude lah sikap yang ada kepada manusia. Pertama, sehingga pihak kerajaan kita pun sering menyatakan tentang perkara ini, inikan sikap kepada masyarakat supaya boleh diubah. Saya faham perkara ini dan ia satu perkara yang sering kita sebut. Cuma dalam konteks lain adakah satu alternatif yang boleh kita buat contoh tempat-tempat sampah yang dibuang ditempat yang hotspot. Memang saya kalau di DUN Manjoi ini, saya dah kenal pasti beberapa tempat yang memang kalau kita bersihkan, saya ucap terima kasih banyak kepada MBI yang telah banyak membantu yang saya turun contact MBI macam majlis daerah lain, MBI yang bagi sayalah secara peribadi, Datuk Bandar dan juga team sangat segera orang kata menyambut segala soalan dan juga permohonan kepada kami. Kadang-kadang saya rasa kesian juga kepada kakitangan kita ini, diorang turun bersihkan kemudian berulang lagi. Dua tiga hari lepas tu berulang balik tempat yang sama.
Adakah boleh disediakan tong roro tu bagi tempat hotspot YB? ada tiga empat hotspot yang memang orang sering buat sampah di situ. Adakah boleh kita segerakan tong roro ataupun yang yang kita sebutkan tadi supaya boleh selesai isu sampah ni. Paling tidak, ialah ia mungkin menambahkan sedikit kerja kepada MBI tetapi setidak-tidaknya, tidaklah jadi orang kata kawasan itu terlalu kotor dan menyebabkan mengulang benda yang sama di peringkat masyarakat.
Kedua, saya tengok juga di tempat-tempat pembuangan sampah haram ini, dah ada kata signboard, signboard ditulis dilarang buang sampah denda RM5 ribu. Saya rasa, YB pun faham tersebut. Kadang tempat yang diletak signboard tu lah tempat orang buang sampah. Tuan-tuan pun faham. Signboard dia letak tapi kat situ lah tempat orang suka buang sampah. Letaklah RM10 ribu ke, RM100 ribu ke, ada je orang yang suka buang sampah dan di situ saya tengok dia tulis CCTV. Tempat ni diletakkan CCTV tapi ada tempat-tempat yang masih belum ada CCTV dan di manakah CCTV tu boleh diwujudkan sebab saya kira tak banyak lagi tempat ada CCTV. Kadang-kadang saya tengok bukan orang taman, bukan orang kampung situ yang buat. Kadang-kadang CCTV tu kita tak boleh salahkan juga orang perumahan tersebut. Bila saya check balik, turun bawah orang taman ni memang dia orang ada disiplin. Dia orang buang sampah di tong yang sediakan depan rumah masing-masing. Cuma yang saya perasan kadang orang-orang luar maaf saya sebut mungkin peniaga-peniaga ataupun orang luar yang duduk di kawasan kita, dia orang punya barang-barang daripada kilang dan sebagainya dia orang pergi buang sampah malam-malam. Kita dah team kawalan kita buat pusing tengah malam pukul dua belas satu dua pagi tak jumpa. Dia orang pergi pukul tiga empat pagi senyap-senyap. CCTV tak ada yang menyebabkan akhirnya masalah itu berulang. Jadi saya sebab ini sangat penting. Tambahan kami berada dalam zon bandar raya. Manjoi di tengah-tengah Bandaraya Ipoh ini yang menjadi tumpuan kepada masyarakat. Saya harap benda ni bolehlah YB Teja membantu kami. Terima kasih banyak.
Terima kasih Yang Berhormat.
YB Teja.Terima kasih. Cuma saya nak tanya. Berapa banyak yang ada tapak pelupusan sampah sedia ada yang berada pada sanitari kelas empat. Adakah sasaran pada tahun hadapan untuk naikkan taraf beberapa lagi tempat pelupusan sampah ke sanitari empat khususnya yang tapak pelupusan sampah yang berada di upstream water intake yang boleh memberi kesan kepada air. Kedua, saya nak cadangkan tapak pelupusan sampah landfills kerana apa yang tadi YB Bota sebut pasal pembahagian recycle itu yang ada pembahagian kertas, plastik dan juga kaca tersebut. Kenapa gagal? Saya tengok gagal lah. Sebab apa? Sebab pada tong itu saja yang berwarna. Tapi pada plastik dalam tidak berwarna. Jadi bila sampai kepada kemudian sampah itu dibawa ke tempat perusahaan sampah sama saja. Jadi saya cadangkan satu kaedah supaya warna plastik itu juga dibezakan supaya sampai kepada tempat pengumpulan sampah itu ada orang-orang kontraktor berkenaan ataupun dia mahukan plastik dia mahukan ini. Jadi di situ dia tengok plastik dah membezakan di situ dia boleh ambil terus. Jadi mengurangkan sampah pada landfill dan masalah pelupusan sampah itu agak, agak dapat dikurangkan. Terima kasih.
Terima kasih.
Timbalan Speaker. Saya nak tegur itu time itu lah. Tak habis-habis tujuh belas minit lapan belas minit. Saya ingat ada sesuatu yang tak kena lah. Time waktu untuk Exco menjawab ni.
Soalan, soalan. Ya...ya…ya. So, sila Teja sila sambung.
Soalan berkaitan.
Bagi dia jawab dulu sebab tadi banyak soalan. Sila Exco Teja sambung.
Saya punya berkaitan. Oklah.
Terlalu banyak isu yang ditimbulkan. Saya mohon maaf kalau jika saya ada terlupa mana-mana. Jangan risau kalau mana yang saya tak sempat jawab boleh kita berjumpa sebelum selepas ini ataupun saya memberi jawapan secara bertulis. Tadi Manjoi ada sebut isu tentang pengurusan di kawasan sampah haram. Ok. Memang betul selama ini banyak usaha oleh pihak PBT untuk mana tempat dilaporkan dibersihkan dinaikkan papan tanda dan sebagainya dan untuk cadangan supaya di letakkan tong roro di kawasan yang dikatakan hotspot itu kerisauan saya itu secara tidak langsung kita memberi satu mesej bahawa sesuatu tempat yang asalnya bukan menjadi tempat membuang sampah. Apabila orang awam mula untuk buang sampah situ nanti PBT akan wujudkan tong sampah di situ. Itu yang saya risau di sebalik penyelesaian cara ini.
Cuma saya lihat setakat ini banyak isu pembuangan sampah haram ini dia berkait rapat dengan mungkin pendedahan yang masih kurang penguasaan info yang masih kurang tentang perkhidmatan yang diberikan contohnya, perkhidmatan untuk sampah yang besar, sampah kebun dan sebagainya menyebabkan tepi jalan banyak sampah haram yang kita nampak banyak dalam bentuk perabot yang dibuang, peti sejuk pun ada macam macam. Jadi saya rasa buat masa ini kita akan fokus untuk pastikan perkhidmatan kutip sampah di kawasan pasar, tempat awam, rumah kediaman dijalankan dengan sebaik mungkin dan seterusnya kita juga akan terus mempromosikan tentang perkhidmatan kutipan sampah yang berlainan. Contohnya pada perayaan dan sebagainya dan kalau ini masih tidak dapat ditangani kalau kita mempunyai peruntukan yang mencukupi mungkin kita boleh tinjau cadangan untuk memasang litar kamera dan akhirnya saya rasa penguatkuasaan juga sesuatu cara yang yang penting dan berkesan.
Cuma biasalah kalau ada penguatkuasaan nanti YB-YB juga akan berhadapan dengan pengadu dengan pengundi yang datang untuk membuat aduan dan sebagainya. Jadi saya rasa mungkin dalam isu sampah haram ini kita kena bekerjasama untuk sama-sama kita mendidik, kita memberikan perkhidmatan yang baik menambah baik apa perkhidmatan yang sedia ada dan akhirnya kita perlu memberi kesedaran bahawa kalau masih tak dapat diselesaikan penguatkuasaan merupakan cara dan kita kena ada satu kata sepakat kalau sampai masanya kita perlu menjalankan penguatkuasaan dengan tegas. Terima kasih.
YB Teja, lima minit sahaja. Ya. Lima minit lagi. Sila. Sambung-sambung.
Oh, ok. Minta maaf ya saya tak dapat untuk terima.
Sila sambung, sila sambung.
Saya fahamlah banyak isu-isu yang penting isu yang yang berkait rapat dengan rakyat hidup kehidupan seharian. Nanti kemudian kita boleh bincang dan atau ada sebarang soalan yang saya boleh jawab secara bertulis. Minta maaf ya. Saya terpaksa teruskan. Soalan yang tadi saya tak sempat nak jawab saya akan jawab secara bertulis. Sebab saya nak jawab tentang soalan yang ditimbulkan oleh Menglembu. Tadi dia yang yang sebenarnya mencelah dahulu. Ok, tentang aplikasi Park@Perak. Ada ditimbulkan isu bahawa baru-baru ni terdapat masalah pengguna tak dapat guna ataupun sudah sudah masukkan kredit tapi tidak dipaparkan seperti itu dan juga tadi ada isu tentang penggunaan kupon yang telah dibatalkan. Ok, pertama sekali saya ingin mengucap memohon maaf kepada semua pengguna jika terdapat masalah teknikal seperti yang dikatakan. Sebenarnya saya juga ada terima beberapa aduan yang berkenaan. Jadi saya mahu maaf pihak berkenaan sedang meneliti dan cuba dalam usaha untuk upgrade sistem menyelesaikan masalah teknikal. Saya mohon maaf sekiranya ada menyebabkan kesulitan pada pengguna dan saya rasa mungkin ini berkait rapat dengan penggunaan jumlah pengguna yang semakin meningkat. Jadi dari segi teknikal juga kami perlu untuk memastikan dia dapat support dengan izin penggunaan yang banyak ni dan juga tentang isu yang penggunaan kupon. Minta maaf Selama masa dah tak cukup. Saya banyak isu lagi tak sentuh tak adil pada mereka yang bangkitkan masa perbahasan.
Dulu Jalong selalu bangun saya bagi peluang.
Selama sila duduk.
Nanti Jalong akan gulung.
Tiga minit lagi. Sila Teja sambung. Sila.
Ok. Jadi minta maaf ya. Jadi untuk isu penggunaan aplikasi yang mungkin golongan warga emas menghadapi masalah. Untuk pengetahuan Menglembu sebenarnya pelaksanaan untuk menggunakan aplikasi ini menggantikan kupon ni dia dijalankan secara berfasa dan PBT merancangkan perancangan ni dengan mengikut kemampuan dari segi kemudahan digital untuk PBT berlainan. Jadi setakat ni hanya pihak MBI yang hentikan cetakan kupon dan akan bertamat sehingga semua agen-agen habis menjual kupon yang sedia ada. Jadi setakat ini dilihat penggunaan aplikasi ni berjalan dengan baik dan saya rasa dalam era pandemik juga dia banyak membantu dan melonjakkan digitalisasi bagi golongan waga emas di mana ramai yang sebelum ni mungkin tak guna telefon pintar tapi sebab nak guna Mysejahtera scan dan sebagainya mereka juga lebih ramai yang mula menggunakan. Jadi memang dalam usaha melaksanakan Park@Perak ni PBT mengambil kira semua faktor dan cuba merancang sebaiknya untuk menyesuaikan dan memberi pendidikan dan beri pendedahan kepada semua pengguna dalam menyesuaikan diri dengan aplikasi ini. Ok, saya rasa banyak isu yang tak sempat saya saya jawab.
YB Exco, tanya sedikit lagi. Bagaimana sekiranya kompaun daripada PBT telah pun dikeluarkan dalam tempoh aplikasi ini tidak boleh digunakan. Apa tindakan kerajaan?
Ok. Baik. Sila rujukkan kes yang yang berkenaan kepada saya. Kami akan siasat dan untuk untuk lihat baliklah. Kalau isu teknikal yang menyebabkan masalah pada macam macam itu memang tidak patutlah mereka dikeluarkan kompaun. Nanti kami akan saksikan. Terima kasih.
Teja seminit lagi. Kalau tak sempat jawab sila hantar secara bertulis.
Baik-baik. Saya rasa saya tidak sempat untuk jawab kebanyakannya dan saya akan jawab secara bertulis. Cuma untuk isu sedikit berkenaan perumahan pula. Sebab tadi semua berkaitan kerajaan tempatan. Baru baru ini, iProperty dalam kenyataannya telah mendedahkan bahawa Ipoh meraihkan carian sebanyak 19.5% di lamannya antara tempoh Januari dan November 2022. Seterusnya muncul sebagai kawasan yang paling dicari pembeli rumah di Malaysia mengatasi lokasi utama seperti Petaling Jaya, Cheras dan Shah Alam. Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang segmen perumahan yang mendapat permintaan paling tinggi untuk membolehkan strategi khusus dirangka bagi mengambil peluang terhadap situasi tersebut. Secara umumnya, permintaan rumah yang tinggi ketika ini, memberi peluang kepada industri perumahan negeri Perak untuk berkembang semula sejajar dengan pemulihan ekonomi di era pasca pandemik.
Kerajaan Negeri melalui LPHP juga turut memberi beberapa inisiatif kepada pemaju perumahan yang membangunkan perumahan kos rendah dan kos sederhana. Jadi memandangkan masa tidak izin, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah banyak melontarkan idea dan bangkitkan isu yang berkenaan di bawah portfolio saya. Saya akan memberi jawapan bertulis dan juga saya sebagai Exco portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sedia menerima pandangan dan cadangan dari semua pihak baik dari Yang Berhormat kerajaan mahupun Yang Berhormat pembangkang demi mensejahterakan dan memberi khidmat bakti kepada rakyat.
Saya berharap sama-sama kita boleh memberikan komitmen untuk menjayakan Pelan Perak Sejahtera 2030 dan sama-sama kita memainkan peranan masing-masing demi kebaikan negeri Perak dan rakyat. Dengan itu sekian saja penggulungan saya, sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Teja. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Aulong untuk menggulung perbahasan. Sila.
Salam sejahtera dan selamat tengah hari Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dari kedua-dua pihak, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Kepada mereka dari keturunan Tionghoa, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut perayaan Dongzhi yang membawa maksud ketibaan musim sejuk. Tidak lupa juga kepada mereka yang beragama Kristian, Merry Christmas dengan izin. Seterusnya, patik menyunjung kasih di atas titah Tuanku, titah ucapan ke bawah Duli Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, mencemar duli merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada 20 haribulan Disember 2022 yang lalu. Menjunjung Titah Tuanku keharmonian, negeri akan dapat melimpahkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Tampan dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam pembahasan ini. Saya bermula dengan soalan daripada Yang Berhormat Manong, merujuk kepada perbahasan Yang Berhormat Manong berkaitan memberikan perhatian yang serius terhadap musuh-musuh tanaman seperti kera dan babi hutan yang kebanyakannya telah memusnahkan tanaman pekebun petani khususnya di kawasan Manong. Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perhilitan sememangnya memberikan perhatian serius terhadap masalah konflik manusia dan hidupan liar.
Pelbagai usaha bersama telah dilakukan bagi menangani isu tersebut. Sehubungan dengan itu, kerjasama yang dilakukan dalam pelbagai bentuk termasuklah melalui kempen kesedaran, perbincangan selain daripada tindakan segera oleh Jabatan Perhilitan Negeri Perak apabila menerima aduan daripada orang ramai berkaitan gangguan daripada hidupan liar seperti kera, babi hutan, beruk dan gajah. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Konflik Hidupan Rakyat yang dipengeruskan oleh Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau telah ditubuhkan sejak tahun 2021 bagi membincangkan isu-isu serta mencarikan kaedah terbaik bagi mengurangkan konflik di antara manusia dan hidupan liar. Sementara itu, pada tahun 2022, ini juga Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sebanyak RM104,000 untuk Jabatan Perhilitan Negeri Perak bagi menambah bilangan perangkap kera, babi hutan, peluru senjata api dan papan tanda kesedaran.
Mengikut rekod Jabatan Perhilitan Negeri Perak, sepanjang tahun 2022, dari Januari hingga kini, sebanyak 1,242 aduan kera, 689 aduan babi hutan, 51 aduan beruk. Aduan ini telah diterima dari di seluruh Negeri Perak. Malah setiap aduan mungkin memerlukan tindakan yang berbeza bergantung kepada puncak konflik, juga penyelesaian yang sesuai. Walau bagaimanapun, secara umumnya terdapat 3 modus operandi penyelesaian yang dilakukan oleh Jabatan Perhilitan, iaitu khidmat nasihat, pemasangan perangkap dan tembak mati. Jabatan Perhilitan juga turut melakukan operasi pembasmian musuh tanaman dari masa ke semasa.
Sebagai contoh, sepanjang tahun 2022, sebanyak 20 operasi dilakukan dengan kerjasama pemimpin setempat. Dalam siri mesyuarat yang diadakan bersama Jabatan Perhilitan jelas menyatakan jabatan amat mengharapkan kerjasama daripada orang ramai bagi mengurangkan konflik hidupan liar. Sebagai contoh, iaitu tidak memberi makanan kepada kera atau beruk, menjaga kebersihan kawasan sekitar, menguruskan sampah terutamanya sisa makanan secara teratur dan membersihkan semak samun sekitar rumah dan kebun, juga turut membantu meletakkan umpan pada perangkap yang dipasang oleh kakitangan Jabatan Perhilitan. Beralih ke…
Mohon celah.
Ok.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, terima kasih Aulong atas respon yang yang telah diberi berkaitan dengan musuh tanaman. Melalui perbincangan dengan penduduk kampung di Manong, ada idea yang diberi oleh penduduk kampung. Mungkin kita lihat macam kelakar. Tapi berkaitan dengan konflik makanan hutan kerana di hutan makanan telah kurang. Banyak kera, gajah dan sebagainya turun ke kampung, akhirnya merosakkan tanaman. Idea yang ditimbulkan juga kenapa tidak? Kalau ada idea itu, pihak kerajaan tanam buah-buah di hutan, apa saja buah yang sesuai, supaya kera-kera dan sebagainya tidak turun ke kampung. Kira mereka banyak makanan di hutan melalui proses yang mungkin dibuat oleh Jabatan Perhilitan menanam buah-buahan dan sebagainya di hutan supaya tak timbul konflik makanan bagi pihak warga hutan itu. Itu pandangan. Apa pandangan YB Exco tentang cadangan itu?
YB Exco naik sikit tambahan. Kubu Gajah.
Saya jawab dulu. Mengenai cadangan tersebut, saya ambil maklum tetapi masalahnya kadang-kadang, haiwan-haiwan yang duduk dekat kawasan kita ini, mereka ini tak dapat balik ke hutan yang sedia ada. Jadi pihak Jabatan Perhilitan mereka akan kaji dengan lebih mendalam lagi, kadang-kadang apabila haiwan-haiwan ni ditangkap dan diedarkan balik ke dalam hutan ini mereka menghadapi kesusahan untuk teruskan kehidupan mereka ok, walau bagaimanapun saya ambil maklum ok, Kamunting.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. YB Pokok Assam...
Aulong, dulu Pokok Assam.
Statistik yang disebut tadi bilangan kes yang sebagainya saya tak dengar bahawa serangan-serangan gajah. Jadi ok satu macam kes yang lepas banyak kes yang agak kritikal satu kritikal di Pos Kema, Pos Kema ni serangan gajah yang ada laporan kat sini, saya ada 11 gajah yang di situ dan katanya telah dibuat pagar, dimusnahkan dan kemudian berada di tempat dalam pemantauan pun susah, jadi ada melibatkan kematian tambah musim durian dan sebagainya gajah tunggu bawah pokok durian ok, jadi apakah peranan ataupun tindakan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan sekarang?
Ok, memang ok ancaman gajah itu di bawah pantauan ok, oleh Jabatan...
YB jawab... ok... Alor Pongsu.
Saya rasa nanti lagi, saya nak masuk ke ke soalan lain okey.
Kubu Gajah, saya minta maaf Exco, berkenaan dengan keralah terutamanya kali ni bukan mengganggu tanaman saja dia sampai mengganggu, merosakkan rumah atap rumah, dapur dan juga dia mengganggu kehidupan hinggakan mencederakan masyarakat. Cuma cadangan saya, saya peringkat di Kubu Gajah pernah kerjasama dengan perhilitan tapi memerlukan kos yang banyak untuk menembak dan juga memasang perangkap. Boleh tak daripada Perhilitan dari Pejabat Exco untuk bagi kepada setiap kampung yang menghadapi masalah tersebut satu perangkap khusus untuk kera, kalau boleh insyaAllah boleh mengurangkan sikitlah tekanan penduduk-penduduk yang di terlalu banyak sangat masalah kera ni, terima kasih.
Ok, ambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Kubu Gajah, Kampung Gajah? Kubu Gajah, kita akan kaji kaedah yang disarankan. Kembali ke soalan daripada Titi Serong pula. Titi Serong menggesa Kerajaan Negeri supaya memantau para pemaju di seluruh negeri Perak supaya tidak menyalahguna kelulusan yang telah diberi dengan merosakkan habitat haiwan di kawasan yang dibangunkan. Mengikut peraturan masa kini setiap pembangunan yang melibatkan kerja-kerja pembukaan kawasan hutan, tasik-tasik, sungai dan sebagainya pihak pemaju perlu terlebih dahulu melaksanakan kajian EIA sebagai mana yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar, dalam kajian EIA tersebut turut mensyaratkan keperluan diadakan kajian berkaitan fauna dan flora kajian ini perlu merangkumi perincian mengenai spesies yang ada dan taburannya, turut perlu dikemukakan adalah tindakan yang perlu diambil ke atas hidupan liar di kawasan tersebut, sebagai contoh adakah hidupan liar yang ada perlu dipindahkan? Konflik yang mungkin timbul akibat pembangunan kawasan tersebut? Koridor yang membolehkan hidupan liar yang ada bergerak ke lokasi lain dan sebagainya.
Selain itu mana-mana tumbuhan atau pokok yang menjadi sarang atau tempat tinggal hidupan liar adalah tidak boleh dikacau ganggu, pihak pemaju perlu menyerahkan pelan mitigasi bagi memastikan hidupan liar dapat meneruskan survivor dan tidak menimbulkan konflik pada masa hadapan. Malahan Jabatan Perhilitan bertanggungjawab melakukan aktiviti rondaan bagi menguatkuasa menguatkuasakan Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 Akta 716 bagi mencegah sebarang perlanggaran akta. Bagaimanapun kesedaran bersama semua pihak termasuk pemaju sangatlah diperlukan bagi memastikan hidupan liar dan habitat yang terus terperlihara untuk diwariskan kepada anak cucu kita. Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan dan lain-lain agensi tidak mungkin dapat menyelamatkan semua hidupan liar sekiranya wujud pihak-pihak yang hanya mementingkan keuntungan. Manakala mengenai soalan kedua daripada Yang Berhormat Titi Serong mengenai lesen atau permit menangkap atau memburu babi hutan adalah di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 Akta 716 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhilitan. Sementara itu pada tahun 2019 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Perhilitan ketika itu telah menetapkan tempoh memburu babi hutan disingkatkan dari sepanjang tahun kepada 6 bulan sahaja iaitu dari Julai hingga Disember sebagai musim dibenarkan memburu babi hutan.
Namun begitu keadaan ini telah menyebabkan aduan gangguan-gangguan babi hutan telah meningkat lebih 100% banyak aduan daripada orang ramai telah diterima malah isu ini telah dibangkitkan dalam pertemuan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dengan Yang Berhormat Menteri KeTSA pada 14 April 2022 di mana Yang Berhormat Menteri KeTSA bersetuju mengembalikan semula tempoh memburu babi hutan dari 6 bulan kepada sepanjang tahun. Jumlah lesen atau permit memburu babi hutan setakat ini tiada had tertentu ditetapkan bergantung kepada permohonan dan syarat-syarat lain terutamanya syarat berkaitan senjata api. Manakala bagi kera tiada lesen dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan berikutan spesies ini bukan dalam kategori hidupan liar buruan. Orang ramai dinasihatkan turut sama membantu Jabatan Perhilitan bagi mengurangkan gaguan spesies kera ini dengan tidak memberikan makanan, membantu meletakkan umpan yang dipasang oleh kakitangan perhilitan, pengurusan sampah yang baik. Oleh itu adalah digalakkan juga buat orang ramai atau pemimpin setempat membuat penangkapan sendiri dengan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Perhilitan mengenai spesifikasi perangkap yang sesuai dan berkesan. Tapi tadi yang yang diminta itu kita nak sediakan kepada kampung-kampung kita akan kaji, ok, secara mendalam. Titi Serong.
Aulong baik, saya ada sedikit cadangan penambahan dan juga untuk makluman Aulong selaku yang bertanggungjawab, isu babi hutan di Daerah Kerian, saya ada perbincangan panjang dengan penduduk kampung dan juga beberapa individu, cadangan isu babi hutan ni sebenarnya walaupun tempoh untuk memburu dipanjangkan setahun tetapi sebenarnya isu yang sebenarnya yang berlaku adalah kita kekurangan dari sudut tenaga untuk memburu babi hutan tu, difahamkan kepada saya, di Daerah Kerian hanya ada 3 laras senapang sahaja untuk berburu di Daerah Kerian.
Bukan hanya sekadar babi hutan termasuk juga kera dan sebagainya, sebab itulah sebenarnya untuk agensi yang berkaitan, saya fahamkan memang melakukan kerja dengan yang sangat baik, cumanya kekurangan tenaga dan cadangan saya untuk Aulong yang boleh kaji penambahan tenaga dan mungkin laras senapang dan saya juga cadangkan kepada Aulong untuk berbincang dan meneliti sudut peruntukan. Sebenarnya selain daripada nak memburu, memburu tu pun masalah babi hutan ni contoh, kalau kita nak memburu hari tu, babi dia tak ada, hilang seolah olah macam dia boleh bau manusia dan juga bau senyata api, ada lagi satu kaedah yang difahamkan, dimaklumkan kepada saya, adalah dengan perangkap, perangkap ni pun mahal sebenarnya, saya tanya berapa kos menjangkau hampir RM4,000.00 untuk satu perangkap jadi memang berat sebenarnya untuk Jabatan Perhilitan sendiri saya rasa dan juga orang kampung untuk nak sediakan perangkap dengan harga kos yang sebegitu, kampung ni besar babinya pun banyak. Jadi saya rasa boleh ditambahkan peruntukan dan sebagainya. Baik, terima kasih.
Aulong.
Aulong dua minit lagi. Dua minit lagi.
Bagi laluan sikit perkara yang sama.
Dua minit lagi. Dua minit lagi. Bagi laluan tak?
Untuk berlaku adil kepada...
Bagi Exco sambung dulu.
Timbalan Speaker saya minta sikit sahaja kerana perkara yang sama sebab sekarang ini kalau kita tengok isu gangguan hidupan liar ini menjadi serius dan Dewan ini pun saya ingat tiap-tiap kali penggal kita bincang perkara ini dan siapa lama dalam ini pun saya ingat perkara sama yang kita duk bangkit. Perkara ini menyumbang kepada isu yang kita kata mengapa tanah terbiar yang tertinggal. Sebab orang tak boleh nak usaha. Orang usaha-usaha sampai 2,3 tahun mari babi mari perabih. Jadi kita bincang panjang macam-macam solution. Tapi kita bercakap hari ini constructive and we are moving forward nak ke depan. Jadi nak ke depan macam mana kita membicarakan soal binatang liar pun tak boleh nak selesai. Jadi saya cadangkan, tuntaslah. Lepas ini kita tak, penggal depan tak payah lagi Yang Berhormat Exco, walaupun kami, panggil semua yang terlibat agensi-agensi yang terlibat, NGO yang terlibat, yang tak bagi tembak, yang tak bagi apa ni, panggil semua. Panggil semua kampung yang terlibat, nanti sekejap, kita selesai dan kita buat satu solusi. Kalau tidak ni akan bangkit lagi dan banyak perkara-perkara yang kita buat duk takat tu je. Ok, itu yang saya nak sampaikan.
Terima kasih. Gunung Semanggol.
Aulong seminit lagi.
Apa yang dibangkitkan boleh tambah sikit tak masa?
Saya ingat bagi Aulong masa lebih. Dia baru sentuh perhilitan baru, belum alam sekitar lagi. Banyak isu alam sekitar. Beri masa dekat Aulong.
Saya setuju bagi masa lebih kepada Aulong.
Ok, sekarang Aulong sila.
Saya teruskan, saya teruskan. Ok, menjawab soalan daripada YB Menglembu, ok, mengenai program kesedaran awam dalam usaha menangani isu-isu pencemaran alam sekitar yang berpotensi boleh mendatangkan implikasi perubahan iklim terhadap alam sekitar, berapa pendekatan dan langkah telah dan sedang diambil oleh kerajaan negeri. Di antara pendekatan dan langkah tersebut ialah pertama, memantapkan penguatkuasaan berkaitan isu-isu pencemaran alam sekitar. Perbagai kaedah dan pembaharuan dalam aspek penguatkuasaan. Ok, saya sambung ya Timbalan Yang di-Pertua.
Pelbagai kaedah dan pembaharuan dalam aspek penguatkuasaan dilaksanakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan tindakan penguatkuasaan seperti melaksanakan penguatkuasaan secara bersepadu dan melibatkan semua agensi yang berkaitan. Yang kedua, melaksanakan tindakan segera dan proaktif bagi menangani isu dan masalah alam sekitar. Di antara langkah- langkah yang telah dan sedang diambil di bawah pendekatan ini ialah mewujudkan dan memperkasakan dasar-dasar baru yang sedia ada seperti dasar kitar semula air buangan terawat dari industri dan dasar penggunaan gas asli dan elektrik menggantikan bahan bakar yang tidak mesra alam, perlaksanaan kempen hindari plastik sekali guna, mempromosi barang elektrik mesra alam, perlaksanaan pengurusan waste to energy seperti co-processing biogas plan dan lain lain dan yang ketiga, meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap alam sekitar.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat umum di Negeri Perak, berbagai program-program pendidikan dan kesedaran alam sekitar telah dirancang untuk dilaksanakan dan diatur dengan penglibatan dan kerjasama sektor swasta sebagai rakan strategik bagi memperkasakan program-program yang dilaksanakan tersebut untuk memperkasakan program-program tersebut. Akhir sekali, untuk makluman Dewan yang mulia ini mengenai kilang pengoperasian alam. Kerajaan Negeri Perak amat komited dalam membendung isu-isu berkaitan pengoperasian kilang haram di negeri ini. Salah satu agenda yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Negeri Perak adalah melibatkan perbincangan tindakan bersepadu semua agensi dan jabatan yang berkenaan dalam usaha membenteras operasi kilang haram. Kerajaan Negeri dalam isu ini telah mengambil berat dan serius dan membendung kewujudan kilang-kilang yang beroperasi secara haram tanpa mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan yang sudah pasti akan mencalar imej negeri selain turut menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan kesihatan penduduk setempat.
Kerajaan Negeri kehilangan pendapatan daripada operasi kilang haram kerana tiada cukai daripada kilang ini yang sepatutnya dibayar seperti premium cukai tanah, bayaran lesen pengoperasian dan lain lain lagi. Ia juga memberi imej yang buruk kepada Kerajaan Negeri yang akan digambarkan lemah dalam mentadbir negeri atas kegagalan membendung operasi kilang haram ini. Sehubungan itu, dua operasi bersepadu kilang haram telah diadakan pada 14 Disember dan 17 Disember 2022 bertujuan menjalankan siasatan dan penguatkuasaan terhadap aduan berhubung pengoperasian kilang haram yang telah diadu oleh penduduk tempat di Kampung Tasik Perkasa dan Kampung Bekuk, Kuala Kangsar, Perak. Penduduk mendakwa pengoperasian premis ini telah menyebabkan pencemaran ke kawasan sekitar. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan awal pada 29 November 2022 dan siasatan susulan pada 7 Disember 2022. Operasi bersepadu ini telah melibatkan semua agensi. Perbagai agensi termasuk JAS, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, PDIM, Jabatan Imigresen Negeri Perak, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja Negeri Perak dan Pejabat Penghulu Manong, Senggang.
Saya turut mengucapkan terima kasih kepada YB Bukit Chandan yang turut hadir bersama, termasuk juga beberapa pengamal media tempatan turut menyertai sesi operasi ini. Ingin saya tegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri Perak terus komited dalam mengenangi isu pengoperasian premis haram ini. Buktinya pada 17 buktinya, iaitu pengoperasi yang telah dijalankan. Bagi semua premis yang telah diperiksa ini, pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengambil tindakan penahanan kelengkapan serta bahan mentah eWaste yang digunakan. Pihak JAS Negeri Perak masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mencari maklumat pemilik tanah dan tindakan perundangan akan diambil kepada tuan tanah. Tindakan selanjut akan diambil dibawa peruntukan seperti berikut. Seksyen 18, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu kesalahan menjalankan aktiviti premis yang ditetapkan buangan terjadual tanpa mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Alam Sekitar. Yang kedua, Seksyen 19, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu kesalahan membina bangunan dan menjalankan apa-apa kerja sebagai premis yang ditetapkan buangan terjadual tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah dan Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu kesalahan tidak mengemukakan laporan penilaian kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) dan tidak mendapatkan kerulusan laporan EIA terlebih dahulu. Masa dah tak cukup. Nanti kita boleh bincang, ok?
Dalam kedua-dua operasi itu, pihak media telah dilibatkan untuk membuat liputan dan telah disiarkan dalam media tempatan sehari selepas operasi. Liputan media diharap akan memberi mesej dan peringatan kepada pihak-pihak di luar sana yang melaksanakan operasi kilang haram atau yang berhasrat membangunkan kilang haram di Perak khususnya tentang kesungguhan Kerajaan Negeri Perak dalam usaha membanteras operasi kilang haram dan memastikan Perak bumi lestari. Timbalan Yang di-Pertua, saya mengakhiri dengan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan. Saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.
Sikit je. Sikit je.
Nanti. Kita boleh bincang. Pintu pejabat Exco sentiasa terbuka. Ok. Bila-bila masa boleh masuk. Thank you.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Aulong.
Dalam pejabat Exco tak ada hansard, ni ada hansard.
Minta Yang Berhormat duduk. Sila duduk. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Temengor untuk menggulung perbahasan. Sila.
A’uzubillah minasyaitanirrajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabbilalamin. Wa salatu wa salam ala asrafil anbiya wal musalin wa ala alihi wa sahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari. Saya mulakan dengan sedikit potongan ayat. "Baginya manusia ada malaikat-malaikat yang selalu menjaga bergiliran dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan satu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap satu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia, Allah." Surah Ar-Ra'd ayat 11.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat rakan-rakan ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri mahu pun Persekutuan dan seterusnya pengamal-pengamal media dan seluruh rakyat yang sedang menyaksikan persidangan ini secara atas talian. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker yang telah memberi ruang kepada saya untuk sama-sama membahas titah pada tengah hari ini. Saya mulakan sesi penggulungan saya dengan membaca sebaik-baik ayat terjemahan Al-Quran dalam mengingatkan kepada semua seisi Dewan, apabila kita sedang dilanda kesulitan, Allah akan selalu setia untuk mendengarnya dan apabila kita sedang dilanda kesukaran, Allah akan memudahkan kesukaran itu untuk kita harungi. Namun, ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Semoga Allah SWT membantu Kerajaan ini untuk mengharungi segala cabaran khususnya berkaitan isu-isu di bawah portfolio saya. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk turut merafak sembah dan menjunjung kasih dengan sebesar-besar penghargaan serta lafaz penghormatan yang tiada terperinya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menzahirkan Titah Ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas pada 20 Disember 2022 yang lalu.
Sesungguhnya, titah yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Baginda perlu dijadikan panduan dan pedoman oleh setiap dari kita yang telah diberikan amanah dan mandat oleh rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Negeri. Patik dan seluruh anggota pentadbiran Kerajaan menjunjung kasih dan Titah Kebawah Duli Tuanku dan patik berikrar, berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri agar dapat bekerja dengan lebih kuat dan gigih demi Kerajaan serta rakyat Tuanku. Sesungguhnya, Titah ucapan Kebawah Duli Tuanku Sultan turut akan menjadi pedoman kepada saya dalam memimpin amanah yang dipertanggungjawabkan. Seperti Titah Tuanku Baginda di para 7 yang menuntut sikap adil dalam mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan agar berlaku secara saksama tanpa prejudis, tanpa diskriminasi, tanpa penindasan kepada mana-mana pihak kerana setiap pengundi itu ialah makhluk Allah. InsyaAllah, patik menjunjung Titah Tuanku Baginda dan akan pastikan pedoman ini sentiasa diutamakan sesuai dengan iltizam Kerajaan Negeri menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030 yang memfokuskan kepada masa depan rakyat yang lebih sejahtera.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam perbahasan Titah Diraja semalam kerana begitu prihatin dengan membangkitkan isu-isu berkaitan usaha-usaha pembangunan wanita, isu-isu kebajikan masyarakat serta usaha ke arah pembangunan usahawan di Negeri Perak. Seramai 7 orang ahli Yang Berhormat telah mengambil peluang untuk bertanya atau pun membahaskan isu berkaitan portfolio saya dengan 11 isu yang telah diutarakan. Timbalan Yang di-Pertua, sesi penggulungan saya hari ini akan terbahagi kepada tiga segmen iaitu berkaitan wanita, kebajikan masyarakat dan di akhir penggulungan, saya akan menjawab isu-isu berkaitan pembangunan usahawan. Mengenai isu wanita, Yang Berhormat dari kawasan Pangkor telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menyediakan insentif pusat jagaan kepada anak-anak ibu tunggal yang keluar bekerja.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak melalui JKM amat menggalakkan pembukaan taska di tempat kerja. Pihak JKM juga telah memperuntukkan subsidi yuran taska kepada golongan ibu bapa yang berpendapatan rendah termasuk ibu-ibu tunggal dan jumlah bayaran subsidi yuran taska yang diperuntukkan oleh JKM bagi tahun 2022 iaitu sebanyak RM91,920.00 kepada 45 orang ibu bapa termasuk ibu tunggal. Selain itu, program pendidikan awal kanak-kanak KEMAS melalui taman asuhan kanak-kanak. Saya kira di kawasan Yang Berhormat Pangkor juga ada yang melibatkan taska berusia 2 hingga 4 tahun dan taman bimbingan kanak-kanak tabika. Bahkan banyak lagi institusi yang menyediakan penyediaan taska ini telah tersedia yang sebenarnya memberi bantuan untuk bertujuan membantu golongan-golongan ibu-ibu yang bergiat aktif dalam bidang ekonomi. Maknanya kalau kata ada kes-kes ibu tunggal yang berada di kawasan Yang Berhormat kita tengok, biasanya taska ada dan taska menawarkan yuran yang terlalu murah untuk memudahkan mereka-mereka yang berpendapatan rendah boleh hantar anak-anak ke situ dan mereka keluar untuk bekerja.
Yang Berhormat Pangkor juga turut disokong oleh Yang Berhormat Bota yang telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menyediakan rumah transit kepada ibu-ibu tunggal yang ditimpa malapetaka atau diusir dari rumah sewa. Saya menyambut baik dan mengambil serius cadangan YB Pangkor untuk Kerajaan Negeri memperhalusi perkara-perkara tersebut terutamanya kepada ibu tunggal yang ditimpa malapetaka atau pun diusir daripada rumah sewa. Cuma seperti yang saya maklumkan perkara ini harus lah diperhalusi sebaik mungkin kerana dia akan melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri. Walaubagaimanapun sebenarnya inisiatif ini telahpun diambil oleh Yayasan Kebajikan Negara yang telah menyediakan tempat perlindungan sementara iaitu Anjung Singgah. Depan ni je kalau Yang Berhormat Bota dan juga Pangkor nak buat kunjungan hormat, habis je sesi boleh lintas saja jalan. Jalan kaki je boleh singgah untuk ke Anjung Singgah kerana ibu tunggal yang ditimpa malapetaka ataupun sebenarnya wanita-wanita yang dia ada kategori ibu tunggal dan ibu tinggal, telah ditempatkan sementara di rumah tersebut yang mana mereka telah diberi ruang untuk menjaga diri dan juga mencari peluang pekerjaan. Bahkan kes-kes yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga termasuk ibu-ibu tunggal yang memerlukan perlindungan, pihak JKM juga menyediakan tempat di institusi-institusi JKM.
Namun saya merasakan selain daripada institusi-institusi yang telah ditawarkan tersebut dan ada juga isu yang berkenaan sekiranya ibu tunggal ini diusir daripada rumah sewa, kalau kes-kes ini berlaku, sebagai Yang Berhormat boleh merujuk ke Baitumal di kawasan sebenarnya kerana di bawah bantuan Baitumal ada menawarkan bantuan bayaran sewa rumah kepada asnaf atau mereka yang benar-benar memerlukan. Jadi boleh rujuk kalau kata dalam tempoh keadaan yang terdesak sampai kena keluar sebab tak boleh nak bayar sewa. Namun apa juga keadaannya bagi saya sangat penting untuk kita berusaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan. Ini kerana keluarga adalah sistem sokongan sosial yang terbaik apabila kita ditimpa masalah. Cuba bayangkan kalau kata di kawasan Yang Berhormat di Pangkor setakat ini pusat jagaan atau pun pusat pelindungan yang kita sediakan untuk rumah transit ialah Anjung Singgah. Kalau ada ibu tunggal tersebut di kawasan Pangkor dan nak hantar kepada sini adalah tentulah memakan kos yang agak tinggi. Sebab itu apa juga keadaannya bagi saya pandangan saya sokongan daripada keluarga adalah amat-amat penting sekiranya ada ahli keluarga kita yang ditimpa musibah seperti ibu tunggal atau pun ibu tinggal ini, dah tentulah orang pertama yang terdekat ialah ahli keluarga itu sendiri. Bukan kita memberi beban kepada kerajaan tapi ahli keluarga kerana itu adalah darah daging kita. Kecualilah sampai dia memang tak ada saudara mara saya kira dah tentu dari awal lagi dia akan termasuk dalam golongan asnaf dan mungkin menerima bantuan JKM atau pun Baitumal. Oleh itu keluarga, saudara mara terdekat, pemimpin tempatan perlu lebih cakna akan kebajikan ibu tunggal di sekeliling mereka tapi saya rasa selalunya bab-bab ibu tunggal ini mendapat perhatian yang kalau menjadi perkara yang paling diperjuangkan ibu-ibu tunggal muda terutamanya, kalau datang masalah itu selalu orang ambil maklum pasal ini tetapi apa juga keadaannya saya nak bercakap soal sebenarnya pembelaan atau pun bantuan-bantuan kerajaan negeri sentiasa cakna untuk melihat keperluan-keperluan ibu tunggal atau pun golongan rentan ini. Seterusnya Yang Berhormat Bota pula telah mencadangkan agar pusat khidmat DUN dimasukkan dalam senarai sebagai pemberi bantuan bulanan kepada golongan wanita.
Untuk makluman Yang Berhormat, bantuan kewangan JKM disalurkan kepada mana-mana individu yang layak bagi meringankan beban dan menampung sebahagian daripada keperluan asas seseorang keluarga. Pemberian bantuan tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan kadar yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama seseorang penerima bantuan yang masih produktif perlulah berusaha untuk kembali bekerja bagi menambah sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai jabatan kerajaan JKM pada masa ini memang tiada untuk menyalurkan bantuan kepada mana pusat khidmat DUN tapi cuma saya nak berkongsilah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat terutama yang baru. Inilah senario yang kita hadapi sebagai seorang wakil rakyat. Orang datang, masalah, nak susu anak, nak pampers anak, nak pergi ke hospital dan sebagainya dan semua itu memang kita tahu mereka memerlukan kos-kos atau pun kewangan dan perkara ini tanggungjawab kita sebagai wakil-wakil rakyat menjadi pemudah cara dan selain daripada itu dengan bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada seluruh wakil rakyat sama ada kerajaan mahu pun pembangkang bolehlah digunakan secara orang kata urus dengan baik maka daripada kewangan itulah boleh kita bantu orang-orang kawasan kita sebab kalau kita peruntukkan kepada wakil-wakil rakyat lagi dia jadi dua bantuan daripada satu saluran yang sama yang sama. Bagi kepada kita, kita bagi orang tersebut, dia pergi pulak ke JKM, dia minta lagi. Sebab itu kita sebagai wakil rakyat cukup menjadi pemudah cara kepada agensi-agensi pemberi bantuan sedia ada. Yang Berhormat Bota juga telah membangkitkan…
Timbalan Yang di-Pertua. Boleh saya mencerah sikit je. Minta maaf ya, Yang Berhormat Temenggor. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Temenggor sebenarnya Anjung Singgah ini saya dah start aktif daripada dua tahun yang lepas. Boleh dapatkan pengesahan daripada Haji Samad daripada geladangan apa semua memang kita dah biasa pergi ke Anjung Singgah. Itu yang menarik minat saya sekiranya kalau Yang Berhormat Temenggor dapat buat benda yang sama di dalam kawasan. Contohnya bukan sahaja di DUN Pangkor, di kawasan DUN-DUN yang berdekatan juga, memang ia adalah satu kesulitan sekiranya saya dapat kes, saya rasa dua bulan ini ada tiga kes. Bukan sekadar saya membantu daripada segi short term, bantuan kotak makanan. Bagi saya, saya akan bawa sekali pihak JKM untuk dapatkan long term punya bantuan dan alhamdulillah kadang kadang JKM dapat one off bantuan dari segi kewangan dan juga saya cuba dapatkan bilik sewa sementara yang ditanggung sendirilah, maknanya saya sendiri bantu, bukan sebagai wakil rakyat sahaja tapi sebagai rakyat yang prihatin. So, apa yang saya nampak permasalahan ini sampai bila kita nak bagi…bagi…bagi. Saya cuba cari satu jalan penyelesaian sekiranya dah dapat tempat tinggal. Masalah dia sekarang ni bila masa dia orang nak keluar bekerja, anak-anak kecil. So, dia orang tak dapat nak tinggal. Maksud saya yang saya panjangkan semalam ni adalah permulaan. Mungkin dalam tempoh tiga bulan sehingga dia dapat betul-betul untuk yang tadi Yang Berhormat Temenggor cadangkan ke taska yang berkemampuan. Bagi saya, bagi tempoh dia nak mulakan langkah pertama itu maksud saya. Terima kasih.
Yang Berhormat saya celah sikit. Sekejap sikit-sikit je. Terima kasihlah, saya suka dengar banyak betul bantuan dan sebagainya tu alhamdulillah. Semoga diteruskan cuma saya nak minta Yang Berhormat Exco tolong tengokkan sikitlah yang jaga di kawasan tu. Sebab saya terlibat PRU 13, PRU 14, cuba nak jadi pemudah cara tapi cara tidak dimudahkan. Yang Berhormat faham kot maksud saya kan. Dua penggal kan, not even a phone call.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pangkor. Sebab tu saya kata di peringkat awal saya mempersetujui cadangan tersebut cuma kita kena memperhalusi mekanisme pelaksanaannya kerana ia akan melibatkan implikasi kewangan. Sebab tu dari peringkat awal saya kata sokongan keluarga adalah perkara utama yang perlu kita tengok untuk bantu sekiranya ahli keluarga kita ada kes-kes macam ni sementara dia nak bina hidup baru dan perkara ni memang menjadi isu dan pemasalahan di semua tempat. Untuk kita, terutamanya wakil-wakil rakyatlah yang akan menjadi tempat pertama orang cari. Orang akan tuju kepada kita, sebab tu kita kata saya maklumkan saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada YB Pangkor yang prihatin kepada isu-isu masalah wanita ini dan sebab tu saya rasa tindakan awal kita apa yang telah dibuat oleh YB Pangkor tu adalah satu tindakan yang baik, yang betul cuma dari segi penyediaan rumah transit itu saya kata saya bersetuju cuma perkara ini haruslah diperhalusi mekanisme pelaksanaan dan penyediaan kerana kita pun tahu Anjung Singgah tu macam mana memerlukan kos dan kita juga mengharapkan orang-orang NGO, GLC dan sebagainya boleh membantu Anjung Singgah tersebut jadi kita tak nak nanti kita sediakan dan ia akan menjadi beban lain pula kepada kerajaan.
Sebab tu perkara itu baik tetapi haruslah diperhalusi untuk mekanisme pelaksanaannya dan untuk Alor Pongsu mengenai kaedah pemudah cara tu saya kira kalau merujuk kepada agensi-agensi, kalau perkara itu genuine dan memang perlu dibantu tak ada agensi yang menolak mengenai bantuan yang harus disalurkan kepada mereka kerana setiap report atau pun laporan yang diterima terutamanya kepada JKM mereka akan pergi turun pantau dan siasat dulu keperluan dan kehendak atau pun bantuan yang perlu disalurkan kepada setiap masalah-masalah yang dihadapi . Seterusnya…
Saya nak tanya sama ada, ada tak usaha di bawah JKM kerjasama bersama dengan Jabatan Kehakiman Syariah untuk membantu wanita-wanita yang mengalami masalah keganasan rumah tangga, maksudnya ada kerjasama di antara Jabatan Kehakiman. Mungkin menubuhkan klinik bantuan guaman untuk wanita di bawah seliaan JKM dan juga Jabatan Kehakiman Syariah. Itu saya nak dapatkan makluman dan kalau rasakan kita perlu mungkin kita perlu meneliti kembali enakmen jenayah syariah untuk membolehkan dibuat potongan langsung bagi kepada suami-suami ataupun ayah yang gagal membayar nafkah kepada anak-anak mereka.
Ok, banyak saya kira program-program mungkin kerjasama secara langsung tu mungkin tak ada…
Selinsing sikit.
Dan program-program itu sebenarnya ada dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah portfolio wanita sama ada melalui JPW ataupun sekretariat wanita itu sendiri dan saya setuju dengan pembentangan dan saya kira Kerajaan Pusat telah pun mengesyorkan perkara tersebut pada pada sidang ataupun pada tahun lepas kalau tak silap sayalah dan saya bersetuju supaya ada tanggungjawab suami-suami ini untuk bertanggungjawab kepada isteri yang tinggalkan terutamanya isteri isteri yang mempunyai anak.
Terima kasih Yang Berhormat Exco, cuma sikit saja saya mendapati ada beberapa kes mungkin saya tak tahulah sama ada nak tahu kerjasama dengan Jabatan Pendidikan mungkin antara Jabatan Kebajikan dan juga Jabatan Pendidikan kerana semasa anak-anak OKU di sekolah, mereka mendapat apa ni mendapat bantuan daripada Jabatan Pendidikan kot macam tu tetapi apabila dia telah tiba ke satu umur tertentu maka tidak ada lagi bantuan tersebut sedangkan OKU-OKU itu adalah OKU yang tidak boleh bekerja yang mana sepatutnya diteruskan oleh JKMlah mungkin ada miss communication tu jadi saya cadang supaya kalau yang daripada sekolah, bila dia dah habis umur tu terus sahaja maklumat itu disalurkan kepada JKM supaya JKM boleh teruskan bantuan tersebut. Kalau tidak ada kalau di kampung-kampung ni mak ayah memang dia tak tahu pun dah berpuluh tahun dia kata tak ada pun sedangkan anak tu adalah anak yang memang tak boleh nak bekerja pun. OK yang tidak boleh bekerja, jadi saya harap benda tu boleh diclearkanlah terima kasih.
Terima kasih kepada…
YB Temenggor. YB Temenggor sekejap sini…sini. Masa sudah tamat ha? Masa sudah tamat. Boleh boleh.
Saya mohon kalau ni saya mohon Timbalan Yang di-Pertua untuk memberikan saya ruang untuk membahas mengenai portfolio pemegang usahawan yang sebegitu…
Boleh boleh sambung…
Dan saya minta maaf kepada rakan-rakan ADUN yang lain seperti rakan rakan Exco yang lain pintu pejabat saya sentiasa terbuka untuk semua rakan-rakan ADUN untuk bertanya ataupun singgah nak minum-minum pun boleh datang ke pejabat saya untuk bertanyakan mengenai portfolio saya tu terutamanya, mengenai portfolio pemegang wanita keluarga kebajikan masyarakat. Sebenarnya saya pergi kepada isu yang dibangkitkan mengenai maaf saya sebenarnya ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh mengenai portfolio pemegang wanita, mengenai permohonan usahawan Yang Berhormat Chenderoh pula menyarankan agar Kerajaan Negeri menjadikan pakej perniagaan kepada anak-anak muda di Negeri Perak. Maka di sini saya ingin memaklumkan bahawa pada tahun 2023 Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak telah merangka beberapa program khas bagi membantu usahawan belia seperti program bimbingan bantuan latihan khas penyertaan ekspo, pameran dalam dan luar negara bagi membantu memperluaskan pasaran produk usahawan Belia Perak, di samping membantu meningkatkan sumbangan kepada ekonomi setempat dan negeri.
Selain itu, Kerajaan Negeri melalui kerjasama antara Yayasan Perak, UPSI, Pusat Aspirasi Anak Perak dan STeP sedang melaksanakan program GradPreneur atau AdPerak yang merupakan program khas untuk graduan belia Perak menceburi bidang keusahawanan. Program ini menyediakan pinjaman mikrokredit tanpa faedah berjumlah RM5 ribu dan juga latihan upskilling dari reskiling melalui PASAK, selain program bimbingan oleh STeP bagi memastikan usahawan belia ini kekal relevan dalam perniagaan sehingga kini 62 graduan belia sedang mengikuti program ini. Seterusnya, Yang Berhormat Bota turut menyarankan agar pihak yang berkaitan dapat membantu peniaga-peniaga kecil di dataran Seri Iskandar yang berdepan dengan masalah bekalan elektrik dan air bagi mencari jalan penyelesaian.
Untuk makluman Yang Berhormat, Dataran Seri Iskandar dibangunkan oleh Majlis Daerah Perak Tengah bagi mengumpul dan menempatkan penjaja-penjaja kecil yang terdapat di sekitar Seri Iskandar. Konsep asal pembinaan dataran niaga ini adalah perniagaan secara bawa pulang, take away dan waktu perniagaan adalah sehingga jam 7 malam sahaja. Sehubungan dengan itu, tiada bekalan air dan elektrik disediakan seperti lain-lain dataran niaga dengan konsep yang sama. Walau bagaimanapun pihak majlis sedang melaksanakan kajian bagi membekalkan air dan elektrik di dataran niaga berkenaan serta mendapatkan pandangan daripada agensi teknikal berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Ini adalah kerana dataran niaga ini terletak bersebelahan dengan stesen minyak yang mempunyai saluran paip gas di bawah tanah. Sebarang penambahan yang dilakukan perlu tidak menjejaskan keselamatan peniaga dan pengguna di kemudian hari. Pihak majlis akan mengemukakan permohonan peruntukan bagi pemasangan bekalan air dan elektrik kepada pihak KPKT setelah semua pandangan agensi dan teknikal diambil kira.
Yang Berhormat Selinsing juga ada membangkitkan berkenaan bantuan yang boleh diberikan kepada usahawan yang terlibat dalam kebakaran ataupun bencana yang dihadapi baru-baru ini dan saya selaku secara peribadi juga bersimpati dengan apa yang telah berlaku kepada usahawan tersebut memandangkan tiada bantuan khas yang disediakan oleh mana-mana pihak baik kerajaan, persekutuan ataupun negeri untuk kes begini saya akan berbincang dengan STeP dan lain-lain agensi di bawah portfolio saya sekiranya mungkin bantuan khas berbentuk one off ataupun bantuan sokongan lain boleh diberikan kepada usahawan yang berdepan dengan bencana musibah sebegini pada masa akan datang. Namun usahawan-usahawan juga perlu mengambil langkah awal dengan menginsurankan perniagaan dan diri sendiri sebagai langkah persediaan. Sekiranya musibah sebegini melanda mereka pada masa akan datang. Jadi kerana memandangkan masa dah telah tamat, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pegawai-pegawai agensi di bawah portfolio saya Wake Up, nama portfolio saya iaitu Wake Up dengar macam bahasa Inggeris tetapi singkatan daripada bahasa Melayu iaitu Wanita, Keluarga, Kebajikan, Usahawan Perak terima kasih yang bertungkus lumus menyediakan ulasan teknikal bagi sesi penggulungan hari ini dan saya sekali lagi menyatakan komitmen saya dan semua agensi di bawah saya untuk bekerja lebih kuat dan memberi kerjasama yang lebih erat kepada semua pihak merentasi ideologi politik demi kesejahteraan rakyat. Sekian, wabilahi taufiqwahidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Exco Temengor seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Jalong untuk menggulung perbahasan, sila.
Terima kasih Timbalan Speaker salam sejahtera dan salam perpaduan Pada saya, Yang Berhormat Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Exco-Exco, Ketua Pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan dan agensi para pemerhati rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Pertamanya, marilah kita memanjatkan rasa syukur kerana Dewan pada kali ini kembali bersidang secara normal. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada ahli-ahli Yang Berhormat diangkat mewakili suara rakyat kawasan masing-masing. Ampun tuanku, patik ingin merafat sembah dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah mencemar Duli, menyampaikan Titah DiRaja dan merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Dan Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada 20 Disember yang lalu.
Sebelum saya melanjutkan penggulungan saya, ingin saya rujuk dan baca semula teks yang telah disebut banyak kali. Biar dari belah sini ataupun belah sana. Perenggan nombor 7, titah tuanku pemimpin telah dilantik, Kerajaan telah dibentuk. Mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk menjadi ahli Dewan Negeri merupakan suatu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipenuhi serta menuntut pengorbanan yang besar. Penuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan perlembagaan, berteraskan undang-undang. Jauh sifat-sifat angkuh dan bongkak dengan tidak mengamalkan budaya yang menang-menang semua, di sebaliknya hendaklah bersifat adil, mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama, tanpa prejudis, tanpa diskriminasi, tanpa penindasan kepada mana-mana pihak. Kerana setiap pengundi ialah makhluk Ilahi dan setiap inci bumi di negeri, ini terletak di bawah naungan takhta pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak. Oleh itu, rakyat jangan dihukum untuk menanggung kesusahan, disebaliknya dengan menjunjung semangat demokrasi, kepentingan dan kebajikan setiap rakyat jelata hendaklah berada di hati pemimpin dan sentiasa diutamakan. Rakan-rakan semua, nampaknya pendek sahaja perenggan itu, nampaknya ramai di antara kami yang menggunakan perenggan itu semasa dalam perbahasan kami, ataupun penggulungan kami tetapi di sini kawan-kawan semua, rakan-rakan, ahli-ahli yang berhormat, dalam perenggan tujuh titah Tuanku, saya ingin nak mengingatkan kawan-kawan semua termasuk diri saya sendiri, jangan double standard dengan izin.
Saya ulang, jangan double standard menggunakan perenggan ini. Benda yang kita suka dan bila kita tafsirkan daripada titah Tuanku, agenda-agenda yang kita suka, biarlah belah sini atau belah sana, kita akan tafsirkan sebagai titah Tuanku. Yang menasihati kami semua supaya jangan diskriminasi, supaya sayangi rakyat Tuanku, supaya hormati setiap inci tanah ada di sini, tempat tumpahnya darah kami semua. Bila kami suka, kami ingat pada perenggan ini tetapi pada masa yang sama, pada masa yang sama, benda-benda yang kami tak suka, benda-benda atau topik-topik atau isu-isu, yang terletak pada topik politik yang kami tak setuju, kita akan api-apikan, kita akan ungkit-ungkitkan, dan kita akan pergunakan untuk menyerang mereka di sebelah berlawanan. Jadi saya ingin nak ingatkan semua, biar di sebelah kerajaan mahupun di sebelah pembangkang. Ingatlah apabila kita menggunakan perenggan ini, jangan gunakan cuma apabila kami ada kepentingan, tetapi apabila ia dinampak, mungkin merugikan diri kita sendiri dari segi politik. Jadi kita tutup mata dan pura-pura tak nampak titah Paduka Seri Sultan, ini nasihat saya. Jadi, ahli-ahli dewan semua, persefahaman dan hubungan yang harmoni antara kaum, merupakan faktor penentu bagi menjamin suasana hidup lebih aman dan harmoni. Kehidupan dalam suasana aman dan harmoni akan dapat menumpukan fikiran, tenaga, usaha dan menarik pelabur dan pelancong.
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi, merancangkan pembangunan negeri dan melimpahkan kemakmuran kepada rakyat. Usah lagi kita berpolitik berterusan dan menanam fahaman ekstremis di kalangan rakyat. Cukup-cukuplah sebelah sini, menggelar sebelah sana pelbagai tohmahan. Mahupun belah sana, menggelar sini dengan pelbagai tohmahan. Yang lepas biar lepas, sekiranya perpaduan yang kami inginkan. Jadi, perpaduan itulah yang kita harus usahakan. Jangan lagi dibelah bahagi rakyat kerana mereka menyokong kami atau menyokong sebelah lawan. Kini, masanya semua pihak bersatu padu dan menggembleng tenaga, meletakkan agenda pembangunan kerajaan negeri melalui Pelan Perak Sejahtera 2030 sebagai keutamaan. Rakyat sudah pun begitu terkesan akibat pandemik Covid-19 dan kini kita sedang pulih secara berfasa. Oleh yang demikian, marilah kita bersama Yang Amat Berhormat Kota Tampan dalam memajukan pentadbiran kerajaan negeri yang fokus kepada perkhidmatan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam konteks kita pada hari ini penyebaran pandemik Covid-19 yang menimpa dunia sudah tentu memberi kesan mahupun impak jangka panjang yang cukup besar khususnya kepada aktiviti ekonomi, perdagangan, pelancongan dan pelaburan. Bukan sahaja di dalam negeri dan negara, bahkan di luar negara. Dalam suasana ekonomi dunia yang tidak menentu beberapa tahun kebelakangan, terjadinya kelembapan ekonomi, kita melihat bahawa unjuran ekonomi dunia tahun 2023 juga dijangka bakal merundum. Ini sekaligus akan memberi impak secara makro dan mikro, terutamanya kepada negeri Perak yang kita kasihi. Menyedari bahawa setiap perancangan mampan tidak akan mampu dilaksanakan jika kestabilan politik gagal dicapai. Kita telah melihat akibat daripada ketidakstabilan politik telah memberi kesan yang begitu besar terhadap ekonomi negara mahupun negeri. Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzuan jelas menzahirkan bahawa kestabilan politik merupakan penentu kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi. Hanya menerusi politik yang stabil kita mampu meningkatkan ekosistem ekonomi negara, melalui kestabilan juga kita akan membina kepercayaan dan keyakinan pelabur-pelabur berpotensi untuk bertapak di bumi bertuah tercinta ini.
Melalui kestabilan ini juga lah bakal merancakkan pelbagai sektor ekonomi termasuklah sektor pelancongan. Timbalan Yang di-Ppertua, prestasi pelaburan di Perak masih mengekalkan momentum yang memberansangkan di mana...
Timbalan Yang di-Pertua, Jalong minta laluan sikit boleh?
Nanti saya akan bagi laluan biar saya habiskan sekejap dulu. Takpe boleh saya akan duduk.
Boleh, boleh, boleh patah belakang?
Boleh lah.
Nanti mood ke lain dari mood dia lain.
Selalu mesti habis masa, mesti habis masa selalu bagi gulung.
Bagi laluan tak?
Saya akan bagi laluan. Saya akan bagi laluan.
Kalau Jalong tak bagi, sila Semanggol duduk dahulu.
Gulung lah, gulung. Jangan ucap lain.
Kalau kalau macam ni nanti tak habis kita nak jawab. Saya akan bagi. Tengok, saya pun tak tahu ke mana dah. Ok, saya start dari atas. Takpe lah, janganlah. Nanti saya bagi. Titah Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan jelas menzahirkan bahawa kestabilan politik merupakan penentu kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi. Prestasi pelaburan di Perak masih mengekalkan momentum yang memberangsangkan di mana pelaburan diluluskan sebanyak nilai RM3.8 billion merangkumi sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama. Ianya telah melebihi sasaran awal negeri yang telah ditetapkan. Jumlah pelaburan ini dijangka terus meningkat pada tahun 2023. Sekaligus diyakini mampu mengatasi pencapaian yang direkodkan pada tahun ini. Menerusi pelaksanaan projek-projek yang telah dirancang, Jalong yakin dan percaya pembangunan sektor industri dan pelaburan serta pelancongan di negeri Perak akan lebih komprehensif dan inklusif. Komitmen Jalong di sini dalam memastikan segala perancangan mampan yang sedia ada tetap diteruskan dan dalam pada masa yang sama, menambah baik setiap sudut agar kita mampu berdaya saing dan berdaya tahan selari dengan pencapaian negeri-negeri lain. Dalam pendek katanya, polisi-polisi dalam menentukan atau meraih pelaburan yang telah diamalkan sebelum ini akan dikekalkan di negeri Perak selain akan ada penambahbaikan pada masa-masa yang perlu kerana kita tahu pelabur-pelabur tidak gemar pada polisi yang selalu terumbang-ambing ke sana dan ke sini. Jadi untuk itu, saya berhenti untuk memberi laluan.
Jalong tinggal tujuh minit dah. Panjang cerita ni. Saya nak menyentuh mengenai dengan Jalong sebut tadi panjang. Rakan-rakan kita sebut tentang apa kestabilan politik. Itu hari kita berapa kali kita ulang bahawa masyarakat kita ni masyarakat majmuk. Tapi telah disusun bahawa satu kumpulan duduk di sana satu kumpulan duduk di sini dan lama diperjuangkan oleh pihak belah sana dan pihak belah sana bongbang-bongbang kata kliptokrasi bla bla bla bla. Sekarang ini boleh duduk bersama pulak kan di sini. Ada agak-agak macam ni nak jana pendapat boleh ke kita nak mewujudkan kestabilan politik ni. Berapa lama di dalam keadaan ini? Ok. Minta penjelasan dia sikit.
Terima kasih kepada Ketua Pembangkang. Satu soalan yang amat praktikal yang amat perlu dijawab. Saya dah ulangi banyak kali dah dalam sesi menjawab soalan dan tadi saya pun dah ulang. Kita perlu kerjasama. Kita tak perlu kata. Ok, saya ungkaikan di sini. Tak perlu nak kita pergi pertikaikan kerjasama antara pihak UMNO dengan Pakatan Harapan. Tak perlu kita pertikaikan. Sedangkan DAP pernah bekerjasama dengan PAS pun dan PAS pernah bekerjasama dengan BERSATU dan BERSATU pernah bekerja dengan DAP dan PKR dan PKR pun pernah bekerjasama. Saya rasa yang semua di sini kita pernah bekerjasama sekali dua. Kita pernah menjadi Kerajaan. Kita pernah menjadi Pembangkang. Jadi, udah-udahlah dengan semua itu. Tak perlu ungkitlah. Macam yang saya katakan tadi di mana Ketua Pembangkang tak ada dalam Dewan tadi, sudahlah. Titah Tuanku dah kata begitu. Jadi kita kenalah ada perpaduan. Kita move on. Kita move on dan kita jangan diskriminasi siapa-siapa. Melalui bangsa dia, umur dia, perwatakan dia, agama dia, atau kecenderungan politik dia. Biar kita bangunkan negeri ini secara bersama. Dan masa saya dah tak cukup, terima kasih.
Minta laluan.
Kalau bahasa kita di sini, kita bahasa orang Melayu, bahasa orang Malaysia, kita lebih gemar gunakan merakyatkan. Kita lebih guna merakyatkan pelancongan. Jadi, tidak dapat dinafikan apabila kita merancang atau mencari pelaburan, kita cenderung untuk mendapatkan pelaburan besar oleh syarikat yang besar, oleh pemain industri yang besar kerana mereka membawa angka-angka yang besar. Namun untuk memastikan semua pihak dapat merasakan pembangunan yang mempunyai dan mempunyai peluang untuk memajukan diri dan keluarga masing masing, kita perlu merakyatkan atau mendemokrasikan sektor pelancongan. Antara perkara-perkara yang perlu dilihat semula yang perlu dilihat semula oleh kami semua. Oleh kami semua di sini. Termasuklah sektor yang dikatakan, mungkin kita kata homestay. Tapi kalau ikutkan yang dijelaskan dalam kategorinya di dalam pentadbiran Kerajaan mungkin dia kata bukan homestay. Tapi kita orang biasa cakap homestay aja. Atau pun kategori A, B & B. Atau pun hostel-hostel besar yang tak besar yang tak macam hotel tapi hostel yang boleh menampung berpuluh orang. Ini salah satu kategori yang kita perlu lihat semula. Pengusaha-pengusaha aktiviti lasak atau ekopelancongan. Ini perlu dilihat semula.
Kawasan-kawasan perniagaan kepada pemain-pemain industri. Kita kena pastikan pemain-pemain orang-orang biasa. Orang-orang biasa. Maknanya rakyat-rakyat biasa kebiasaan. Bukan pelabur yang membawa berjuta-juta. Bukan syarikat yang mempunyai berjuta-juta. Ini perlu dilihat semula. Di sini saya tidak menidakkan saya bukan menidakkan pencapaian atau kerja-kerja Exco-Exco terdahulu. Bukan saya nak menidakkan atau kerja-kerja kerajaan-kerajaan terdahulu kerana kami di sini semua dah pernah jadi Kerajaan dah jadi Pembangkang. Apa yang saya katakan tadi kita perlu lihat semula dan kita perlu bangun bersama-sama. Tindakan perlu ada dan akan ada untuk memastikan kreativiti kekal subur dalam membangunkan pelancongan dan juga sektor-sektor terlibat. Sama ada berkait rapat dan yang terlibat dan juga yang berkait rapat seperti kebudayaan, warisan dan juga kelestarian alam.
Jadi usaha-usaha untuk dengan izin regulated. Ok, dengan izin regulated. Sektor-sektor yang tadi saya katakan tadi adalah perlu untuk memastikan kesemua yang terlibat kesemua yang terlibat. Biar pemain industri atau pun pengunjung dan pelawat atau pun pelancong turut dapat menikmati yang kepentingan, jaminan, perlindungan kepada kepentingan masing-masing apabila industri ini bergiat dan mereka menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh industri-industri ini. Okey saya akan masuk ke dalam. Sebelum saya masuk ke dalam isu berbangkit tadi ada seorang Yang Berhormat.
Terima kasih YB Jalong. Saya menyokong apa yang YB Jalong sebut tadi tentang perpaduan dan juga kestabilan. Memang kita sokong, sebelah sini semua sokong. Tak ada yang menolak pun. Sama dengan sebelah sana dan kita juga menjunjung titah Tuanku supaya diwujudkan kestabilan politik baru kita boleh dapat bangunkan negara ini. Jadi kalaulah Jalong menasihatkan kepada semua tadi maka saya juga nak menasihatkan. Saya nak menasihatkan supaya yang jadi Kerajaan jadi Kerajaan. Yang jadi Pembangkang jadi Pembangkanglah. Jadi jangan provoke Kerajaan provoke Pembangkang pula. Ini terbalik. Jadi sepatutnya tidak berlaku sedemikian lah. Terima kasih.
Terima kasih. Satu kenyataan yang amat baik. Jadi saya ulangi di sini lagi. Berhenti lah sudah-sudah lah. Tak perlu nak ungkit-ungkit yang terdahulu dah. Siapa jadi Kerajaan, siapa jadi Pembangkang dan sebagainya. Kita perlu nak bangunkan ok, Perak secara Bersama dan kita perlu yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Sebab bukan hari ini sahaja saya berdiri sini sebagai ADUN DAP sebagai ADUN Pakatan Harapan yang menyatakan yakinlah dengan Kota Tampan. Sebab saya yakin dan saya percaya dan ada dalam sejarah. Pada suatu masa yang dahulu, Ahli-Ahli Yang Berhormat di sebelah sana juga menyatakan keyakinan terhadap Ahli Yang Berhormat Kota Tampan.
You waste time lah jalan-jalan bawak...
Jadi yakinlah dengan Ahli Yang Berhormat Kota Tampan. Ok. Saya tadi dah sembang dengan Manjoi. Memang saudara Manjoi menunjukkan contoh yang baik sebab Ahli Yang Berhormat Manjoi tadi telah berusaha untuk membawa isu. Jadi saya akan duduk untuk Manjoi. Terima kasih.
Ahli Kamunting.
Terima kasih kepada sahabat saya YB Exco pada Jalong. Saya nak tanya kepada YB Exco. Perak kita masih belakang berbanding lima negeri utama yang menerima pelaburan di Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang,
Sabah, Johor dan juga Selanor. Lima negeri ini untuk makluman Ahli Berhormat dan semua Ahli Dewan, lima negeri mengatasi negeri kita. Peningkatan jumlah kehadiran syarikat-syarikat multinasional ke Malaysia harus dimanfaatkan Kerajaan Negeri dengan membina keupayaan untuk menyediakan produk-produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh syarikat-syarikat besar ini syarikat global ini. Apakah ada kesukaran soalan daripada Manjoi, apakah ada kesukaran ya atau pun kepayahan dalam bab pendaftaran syarikat bagi memulakan perniagaan dalam negeri Perak? Saya ambil kira contohnya sekiranya kita boleh belajar bagaimana Kerajaan Negeri Kedah mengatasi isu berkenaan dengan pengenalan permit ekspres, pembinaan E10 kepada pelabur luar dan Kerajaan Kedah tuan-tuan pun maklum Kerajaan Kedah ini diterajui oleh Menteri Besar Kedah daripada PAS dan saya kira tuan-tuan pun maklum jika ada hujah-hujah menyatakan PAS atau Perikatan Nasional tidak boleh menguruskan negeri, Kedah sebagai contoh terbaik kepada kita yang mana pelabur luar datang ke negeri Kedah. Sikit lagi YB Jalong.
Masa tak cukup.
Sekiranya kita boleh belajar daripada Kedah, dan adakah permit 10 Ini bermaksud, eh minta maaf, permit E10 ini dalam makluman saya, kita boleh belajar bagaimana permit express pembinaan E10 ini kepada pelabur luar dimudahkan. Permit E10 ini bermaksud memendekkan kepada 10 bulan sahaja bagi keseluruhan proses permohonan kebenaran merancang, planning permission sehingga kepada pemerolehan sijil, perakuan siap dan pematuhan CCC complete and compliance (CCC) dan lesen untuk mulakan operasi. Jadi adakah perkara ini menjadi kesukaran dan jadi halangan kepada kita hingga menyebabkan pelabur-pelabur kurang berminat dengan negeri kita? dan kita kena ingat, Perak dah jauh ketinggalan di belakang dengan negeri-negeri yang saya sebutkan tadi. Terima kasih kepada Jalong.
YB Jalong, masa sudah tamat.
Ok, terima kasih. Saya minta sebab ini isu yang perlu dijawab.
Sila sambung, sambung.
Terima kasih. Speaker, Timbalan Speaker tak bagi, bukan saya tak bagi. Masa dah habis.
Masa sudah habis.
Terima kasih. Ok, seperti yang saya kata tadi, yang boleh, saya bolehkan, yang tak boleh jangan paksa. Saya memang tak boleh dah. Masa dah habis. Ok, jadi seperti yang dikatakan tadi oleh Manjoi, tadi dia kata nak bawa isu lain, tapi dia bawa isu lain. Tapi tak apalah, isu rakyat juga. Kan? Tak apa, tak ada masalah. Balik kepada ini, yang dikatakan, adakah kita nak belajar dari Kedah? Ya. Kita nak belajar dari Kedah. Apa masalahnya? Tak ada masalah. Sekiranya Kedah performance nya atau orang kata, apa yang dilakukannya adalah lebih baik, prestasinya lebih baik, tak ada masalah. Tapi pada masa yang sama, kita bukan belajar dari Kedah saja. Kita belajar juga daripada Penang. Kita belajar juga daripada Selangor. Andai kata Sarawak lebih baik, kita belajar daripada Sarawak. Tiada masalah. Sekiranya ada kerajaan-kerajaan mana yang melakukan kerja, prestasinya lebih baik, maka kita belajarlah. Tiada masalah tetapi dengan pra syarat, apabila saya kata, kita belajar, dengan pra syarat pula. Kenalah berpatutan, kenalah berpadanan dengan sistem yang diamalkan di negeri kita pada hari ini. Jangan kata kita nak buta-buta, kita kata nak belajar daripada sesuatu negeri, tetapi keadaan ekosistem di negeri itu dengan negeri Perak tak sama dan tidak boleh digunapakai, maka tak bolehlah kita nak guna di sini tetapi sekiranya boleh, daripada mana-mana negeri, mana-mana negeri, termasuk yang kerajaan pusat. Kita akan belajar. Jadi saya kena cepatkan dah.
Ok, jadi untuk yang menyentuh perbahasan Yang Berhormat Manong, berkenan dengan saranan Pelan Pelancongan Kerajaan Negeri Perak, Tourism telah mewujudkan Pelan Strategik 2021 hingga 2025 untuk menentukan hala tuju pembangunan sektor pelancongan sekaligus menjadikan negeri Perak sebagai destinasi pelancongan utama. Tourism Perak menggariskan enam kluster destinasi dan lima kluster pembangunan produk di bawah Pelan Strategik 2021 - 2025, di mana setiap kluster mempunyai pembangunan produk tersendiri iaitu eco pelancongan, warisan, taman tema, edupelancongan serta makanan, seni dan budaya. Untuk maklumat Yang Berhormat Manong, Kuala Kangsar disenaraikan di bawah kluster Kuala Kangsar, Lenggong Gerik atau Royal Belum, Pengkalan Hulu. Supaya ianya dapat dipakejkan bersama produk produk-produk sekitarnya seperti Royal Belum, Rainforest dan Tapak Warisan UNESCO Lembah Lenggong.
Seterusnya, menyentuh perbahasan Yang Berhormat Manong berkaitan insenti-insentif pelancongan. Saya akan jawab bersekali dengan perbahasan Yang Berhormat Pasir Pinji. Ahli-ahli Yang Berhormat sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak akan menganjurkan program sepanjang tahun dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT, agensi swasta dan agensi bukan kerajaan mengenai program yang bakal berlangsung pada setiap bulan dan pelancong boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut seperti kalendar program pelancongan melalui cetakan secara berkala atau mendapatkan informasi di laman sesawang Tourism Perak. Selain itu, bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi komuniti setempat seperti yang pernah dilaksanakan di daerah-daerah lain untuk mengembangkan kegiatan ekonomi komuniti di destinasi tersebut. Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak juga telah mengadakan beberapa program di peringkat lokalti. Sebagai contoh, menyediakan program membentuk kursus untuk menambah pengetahuan mengenai pelancongan, pemasaran dan lain-lain. Ini merupakan sebahagian daripada insentif dalam bentuk in-kind kepada komuniti. Sehubungan dengan itu, insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak kepada penggiat pelancongan di daerah Lenggong adalah berbentuk latihan kursus, taklimat dan bengkel bagi membantu komuniti setempat meningkatkan pengetahuan dan keboleh pasaran dalam industri ini.
Selain itu, pelaksanaan program Sambutan Ulangtahun Lembah Lenggong pada setiap tahun dan insentif kepada travel agent melalui pakej kepada pelancong dan yang bermalam di negeri Perak, juga merupakan usaha kerajaan negeri dalam menggerakkan sektor perlancongan dengan lebih berdaya saing. Di samping itu, saya juga menyambut baik saranan yang diutarakan oleh Ahli Yang Berhormat Manong iaitu mewujudkan perkampungan seni dan budaya rakyat di kawasan Manong. Namun demikian, kajian secara menyeluruh dan satu pelan induk perlu dilaksankan berhubung dengan cadangan pembangunan tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar atau MPKK akan membawa cadangan tersebut kepada Jawatankuasa Pelancongan Daerah untuk diperhalusi. Antara cadangan tapak adalah kolam air panas arah panjang. Walau bagaimanapun, perkara ini memerlukan kolaborasi bersama pelbagai pihak termasuk Pejabat Daerah dan Tanah, Tourism Perak, NGO, MPKK serta agensi-agensi yang bersesuaian. Saya menyokong saranan Yang Berhormat Manong untuk memajukan kawasan Lembangan Sungai Perak sebagai aktiviti sukan air dan dijenamakan semula sebagai kawasan pelancongan. Untuk maklumat Yang Berhormat Manong dan seisi Dewan, Bahagian Kerajaan Tempatan telahpun mengenalpasti cadangan aktiviti produk sukan air dan rekreasi menerusi Rancangan Tempatan Daerah Kuala Kangsar seperti canoe, regatta, kayak kebangsaan dan perahu panjang. Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak sedia bekerjasama dengan komuniti setempat, agensi dan jabatan untuk mengadakan sebarang aktiviti pelancongan di daerah-daerah yang dapat menikmati kesan limpahan ekonomi melalui aktiviti pelancongan sama ada di air atau di darat.
Sehubungan dengan itu, banyak kawasan-kawasan dalam Lembangan Sungai Perak telah dikenalpasti sebagai kawasan pelancongan antaranya Jambatan Nordin, Dataran Pulau Besar, Dataran Teluk Intan dan sebagainya. Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran atau JPS telah melaksanakan program Denai Sungai dengan membina bike trail yang telah siap di antara Intan Suraya hingga ke Jambatan Victoria. Fasa kedua pula akan ditender pada tahun 2023 bermula daripada Jabatan Victoria hingga ke Jabatan Plus. Namun demikian kerjasama daripada pihak swasta...
YB jawab bertulis sajalah. Apa benda ni? Tak dengar. Macam peluru.
Boleh bagi laluan sedikit?
Dah tak ada masa. Minta maaf. Timbalan.
Sila duduk Changkat Jering, sila. Jalong, sambung.
Pihak jabatan, ok, minta maaf, ok. Fasa kedua pula akan ditender pada tahun 2023 bermula dari Jabatan Victoria hingga ke Jabatan Plus. Namun demikian kerjasama antara GLC, pihak swasta diperlukan untuk memainkan peranan mewujudkan kawasan pelancongan di Lembangan Sungai Perak.
Seterusnya saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Bota menyarankan Kerajaan Negeri meneliti secara telus projek-projek pembangunan khususnya di Seri Iskandar serta seperti projek Seri Iskandar Central bagi menggalakkan atau mengelakkan Projek Gajah Putih. Sidang Dewan yang dihormati, projek Seri Iskandar Central adalah satu projek secara Public Private Partnership atau PPP yang dicadangkan oleh pihak syarikat kepada Kerajaan Negeri. Pembangunan Smart Terminal masih menunggu deraf terakhir perjanjian antara Majlis Daerah Perak Tengah dan pemaju dan dalam proses akhir penyiapan perjanjian tersebut. Projek masih di peringkat awal urusan pemilikan tanah dan pihak MDPT masih belum menerima apa-apa permohonan kebenaran merancang untuk projek ini. Walau bagaimanapun pihak MDPT sentiasa memantau sebarang pembangunan baru yang ingin dilaksanakan dalam kawasan MDPT. Bagi projek berskala besar yang dilaksanakan oleh pihak MDPT pula akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan Majlis dan dalam Mesyuarat Penuh Majlis untuk mendapatkan kelulusan.
Menyentuh perbahasan Yang Berhormat Pokok Assam mengenai perincian persiapan sambutan ulang tahun 150 tahun Bandar Taiping. Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak akan membantu untuk mempromosikan sambutan ulangtahun tersebut bagi menarik lebih ramai pelancong ke Bandar Taiping khususnya dan negeri Perak secara amnya. Usaha ini dapat dilaksanakan melalui media sosial seperti laman sesawang Perak Tourism iaitu Facebook, Instagram, TikTok dan lain-lain media supaya ianya dapat dipromosikan secara terus kepada masyarakat luar.
Selain itu, menyentuh perbahasan Yang Berhormat Pokok Assam berkenaan Bukit Larut. Untuk maklumat Yang Berhormat, laluan ke Bukit Larut masih belum dibuka pada orang awam berikutan masih terdapat cerun-cerun berisiko yang perlu dibaiki. Sehingga kini kerja-kerja pembaikan cerun di laluan tersebut giat dilaksanakan. Bukit Larut hanya akan boleh dibuka semula setelah pihak JKR melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaran jalan serta bukit telah dibaiki. Di bawah sini ada jadual, saya tidak boleh beri jadual ini sebab masa panjang perlu dibacakan. Cuma di penghujung di sini ada menyebut di mana pada tahun 2023 pembaikan baki kerja cerun runtuh akan dilaksanakan di mana iklan tender dijangka akan dikeluarkan pada Januari 2023 dengan anggaran kos pembaikan adalah lebih kurang RM8 juta. Projek dijangka siap pada tahun 2025 dan jalan boleh dibuka semula kepada orang awam pada tahun 2026.
Ok, Timbalan Speaker penutupnya, Ahli-Ahli Yang Berhormat sidang Dewan yang Mulia, sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini sekali lagi dipanjatkan kesyukuran dengan izinnya juga kita dilimpahkan kekuatan untuk terus bersama berusaha memperkasa sektor pelancongan industri dan pelaburan di negeri Perak. Jalong juga akan tetap patuh dan menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk terus beriltizam, menjayakan segenap usaha Kerajaan negeri dalam merancakkan semula ekonomi menjamin kehidupan rakyat yang lebih sejatra. Jalong juga ingin menggesa semua pihak sama ada di barisan Kerajaan mahupun di Pembangkang untuk melupakan setiap perbezaan di antara kita, sebaliknya bersatu padu dan terus mendukung kepimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan sebagai sebuah pasukan yang kukuh bagi memastikan rakyat terus menjadi keutamaan kita semua. Jalong juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada mantan Exco Pelancongan, Pelaburan, Industri dan Pembangunan Koridor atas usaha berterusan untuk memastikan Kerajaan Negeri berada di landasan kemajuan. Juga saya rakamkan ucapan penghargaan kepada semua penjawat di bawah portfolio Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor di Perak yang telah menjadi tulang belakang dalam menggerakkan perancangan serta segala usaha murni Kerajaan negeri. Bersama kita terus berusaha dari.
Jaga-jaga sakit jantung nanti.
Selamat menyambut hari Natal kepada semua yang meraikan. Selamat menyambut Dongzhi. Moga sambutan kali ini memberi seribu makna di samping keluarga yang tersayang. Sekian, terima kasih patik menjunjung titah tuanku.
Bravo, steady.
Sila duduk semua Yang Berhormat. Masanya sudah tamat. Selepas saya sekarang.
Jalong sikit sahaja. Akan datang kira kena bagi laluan.
Yang Berhormat sila duduk
Jalong bukan pembangkang.
Sila duduk dulu. Bagi saya sekarang, saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungkai untuk menggulung perbahasan, sila.
Sorrylah.
Slow and steady sir.
Salam sejahtera dan selamat tengah hari. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kerajaan Perpaduan, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua abatan Persekutuan dan Negeri, ketua-ketua agensi, para petugas Dewan Negeri, para pemerhati dan rakan rakan media sekalian. Terlebih dahulu, izinkan patik menjunjung kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Darul Ridzuan yang telah mencemar Duli bagi merasmikan Pembukaan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas. Patik mewakili rakyat di DUN Sungkai, mendoakan agar kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan berada dalam selamat dan sejahtera.
Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua Dewan Negeri dan Amat Yang Berhormat Kota Tampan di atas kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan penggulungan bagi portfolio Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India pada tengah hari ini. Sekalung penghargaan juga turut dizahirkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang kerana telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bagi memberikan cadangan serta kritikan membina dimana sudah pasti akan diberi perhatian sewajarnya di bawah portfolio saya. Menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan yang menyentuh berkaitan isu penggangguran dan peluang pekerjaan pada peringkat 16 di muka surat 12 di mana Tuanku telah menekankan peri pentingnya untuk Kerajaan Negeri memastikan langkah-langkah strategik dapat diambil agar isu ini dapat ditangani sebaiknya. Bagi menyambut titah Tuanku ini antara kerangka utama Kerajaan Negeri di bawah portfolio saya adalah meningkatkan keupayaan sumber manusia melalui pelan perancangan modal insan. Menurut Profesor Joseph E. Stiglitz, Penerima Hadiah Peringatan Nobel, Science Economy, beliau menyatakan dengan izin, development is about transforming lives of people not just transforming the economist. Ini bermaksud tumpuan dan perancangan bukan sahaja terarah kepada peningkatan ekonomi semata-mata, sebaliknya haruslah selari dengan pembangunan modal insan. Bagi meningkatkan gross domestic product atau GDP, melalui guna tenaga penuh dalam meningkatkan pendapatan rakyat.
Untuk makluman Ahli Dewan dan menjawab respon perbahasan Titi Serong, sehingga November 2022 sebanyak 200,098 jawatan kosong masih tidak diisi di negeri Perak. Di mana melalui pengiraan kasar dengan standard gaji minima iaitu ringgit Malaysia RM1,500 lebih RM30 juta telah dibazirkan apabila jawatan kosong ini tidak dipenuhi yang secara tidak langsung memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi negara yang kita sayangi. Oleh itu, dalam meningkat kadar keboleh pasaran rakyat di negeri Perak sektor pekerjaan, usaha berterusan akan terus diperbaiki melalui program-program kerjaya, bukan sahaja di Lembah Kinta tetapi turut diperluaskan ke daerah-daerah lain oleh agensi perlaksanaan Pusat Aspirasi Anak Perak iaitu PASAK dan PERKESO.
Selain itu, antara usaha lain yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan isu penghijrahan peluang brain drain seperti yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Chenderoh melalui portfolio saya adalah seperti berikut. Satu, memperluas serta mempergiat usaha ke arah meningkatkan peluang pekerjaan yang lebih fleksibel, arus masa keseimbangan kehidupan atau dengan izin quality of life. Dua, libat urus bersama IPTA dan IPTS dalam memberi pendedahan kepada mahasiswa mahasiswi dan graduan berkaitan industri semasa serta prospek industri sebagai persediaan guna tenaga jangka pendek atau panjang serta perkongsian data graduan. Tiga, melibatkan pemain-pemain industri supaya isu atau masalah supply and demand seperti gaji pokok, kemudahan atau fasiliti majikan, kemahiran dan sepadan dengan kriteria. Kadar pusing ganti atau turnover dapat diminimumkan secara kolektif. Empat, persediaan tenaga kerja melalui pendekatan early exposure kepada pelajar-pelajar sekolah menengah berkaitan prospek kerjaya melalui usaha melaksanakan program seperti pemetaan kerjaya dan pendedahan kerjaya. Di bawah rancangan Perak Sejahtera 2030, salah satu agenda utama yang digariskan adalah menjadikan negeri Perak sebagai koridor TVET Malaysia.
Untuk makluman Ahli Dewan, Perak merupakan negeri yang mempunyai institusi latihan kemahiran tertinggi dengan 20 institusi latihan kemahiran awam dan 42 institusi latihan kemahiran swasta dengan purata 13 ribu sumber tenaga kerja mahir dilahirkan melalui institusi latihan ini setiap tahun. Oleh itu, penekanan mengutamakan bakat mahir kepada pemain industri sedia ada dan bakal melabur akan dipertingkatkan agar tenaga mahir ini dapat digunakan sepenuhnya oleh industri melalui kerjasama erat PASAK, Invest Perak, Malaysia Investment Development Authority of the MIDA mahupun Northern Corridor Implementation Authority, NCIA. Selain itu, umpan bagi meningkatkan taraf sosial ekonomi rakyat melalui Technical Vocational Educational and Training atau TVET akan diperluaskan menerusi program latihan kemahiran jangka pendek dan sederhana yang menumpukan sektor pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan menerusi program latihan modular, industri dan mahir kerja atau reskilling and upskilling.
Bagi mengulas respon perbahasan daripada Titi Serong, Kerajaan Negeri melalui PASAK telah pun memulakan latihan di bawah sektor pertanian dengan melaksanakan latihan seperti Kursus Kendalian Drone Sawah Padi, Kursus Integrasi Aquaponik, Kursus Pembuatan Baja Organik, Kursus Inkubator Benih Anak Sawit, Kursus Sistem Tanaman Vertigasi dan Berpara serta Kursus Asas Hidrofonik. Oleh itu, memahami keperluan latihan kemahiran yang semakin mendapat permintaan khususnya dari anak muda, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memperluaskan pelaksanaan kursus ini bukan sahaja di Daerah Kerian tetapi juga di daerah-daerah lain secara berperingkat dalam mendaya-upaya agenda ke arah satu warga satu skill. Agenda kesihatan rakyat di Negeri Perak juga akan menjadi tumpuan di bawah portfolio saya khususnya dari segi perkhidmatan klinikal, gaya hidup sihat, kawalan penyakit berjangkit, pemakanan dan tadbir urus yang baik. Saya yakin dan percaya melalui pengembelengan tenaga sama ada daripada Kerajaan Negeri, jabatan mahupun agensi-agensi yang terlibat ini akan dapat memberi manfaat menyeluruh seperti yang telah dititahkan oleh Tuanku Sultan agar Kerajaan Negeri dapat memenuhi harapan serta keperluan rakyat khususnya dari aspek kesihatan. Usaha penambahbaikan akan terus dipergiatkan termasuk menambahbaikan perkhidmatan klinikal.
Sungkai. Berkenaan dengan tenaga kerja, saya lihat tenaga kerja di sektor makanan, restoran dan sebagainya banyak berlaku masalah dan satu lagi saya lihat mungkin tekanan kerja di situ, suasana kerja yang tidak kondusif. Pertama, mungkin bebanan kerja yang banyak menyebabkan sektor itu kekurangan. Kita lihat tengok kadang-kadang di restoran itu orang yang masak dalam juga orang yang ambil di luar. Kemudian satu lagi masalah di contoh di makanan segera Kentucky, McDonalds. Dia pasang telinga ambil order sambil dilayan kita bayar sambil dia ambil order. Kadang-kadang tersilap, dia ambil order menyebabkan dia dimarah dan sebagainya. Jadi, itu tak apalah mungkin gaji dia tinggi. Jadi ini saya lihat perkara ini perlu ditangani menyebabkan anak-anak muda tidak berminat di restoran sedangkan kerja ada di situ sebenarnya. Jadi suasana kerja yang membebankan kadang-kadang Sabtu Ahad kena kerja sampai malam. Jadi mereka dalam keletihan gaji tak seberapa banyak menyebabkan mereka beralih kepada Grab, Food Rider dan sebagainya mungkin itu lebih fleksibel dan sekarang itu pun masalah juga. Jadi ini menyebabkan kekurangan tenaga kerja yang perlu diperbaiki di restoran dan juga di makanan-makanan segera. Itu pandangan saya.
Terima kasih Yang Berhormat. Ingin saya bawa ke perhatian Dewan yang mulia ini. Masa bekerja untuk seorang pekerja untuk seminggu adalah di bawah Akta Kerja adalah sebanyak 48 jam untuk seminggu dan 48 jam ini di bawah pindaan kepada akta berkenaan. Sekarang telah diturunkan kepada 43 jam seminggu. Jadi seorang pekerja di bawah undang-undang hanya boleh bekerja selama 43 jam sahaja mulai daripada 1 Januari 2023. Lebihan itu adalah empat jam sebagai over time. Jadi yang 8 jam sehari dan empat jam over time. Lebih daripada itu memang tak boleh dan over time ini nak kerja tak kerja terpulang pada pekerja berkenaan dan jika dia bekerja juga akan dibayar gaji mengikut kadar pekerja.
Itu adalah di bawah undang-undang Akta Kerja 55 tetapi kadang-kadang di restoran ini dia tidak amalkan sistem itu. Dia tidak mematuhi kepada undang-undang buruh kita. Dia akan paksa pekerja-pekerja pekerja restoran kerja lebih lama. Malah ada restoran yang buka 24 jam. Macamanakah keadaan kebajikan pekerja-pekerja di restoran-restoran ini.
Jadi saya telah pun minta Jabatan Tenaga Kerja untuk mengawasi restoran-restoran 24 jam. Tambahan adalah satu yang kita tidak boleh nafikan bahawa restoran-restoran ini mengalami kekurangan pekerja asing. Jadi sekarang kerajaan telah meluluskan lebih kurang 700 ribu pekerja asing. Jika kita dapat 700 ribu pekerja asing ini, mungkin kita boleh kurangkan atau selesakan tempat bekerja di restoran-restoran tetapi saya percaya pemantauan terhadap restoran-restoran ini adalah agak penting dan pegawai-pegawai saya di Jabatan Tenaga Kerja akan mengambil tindakan yang berpatutan. Terima kasih.
Yang Berhormat, macam boleh minta laluan? Terima kasih pihak Exco. Cadangan saya adalah tentang pekerja-pekerja. Tadi seperti Exco kata, peraturan baru telah dikurangkan kepada 43 jam daripada 48 jam dan setahu saya banyak sektor-sektor swasta bukan di sektor kerajaan. Swasta ini mereka kadang ada yang sudah buka kedai ke jualan ke. Jadi kebanyakannya setahu saya sebab saya pun pernah bekerja sebagai cashier ataupun jurujual di pasar raya ataupun di pusat membeli belah. Jadi mereka punya masa untuk bekerja itu terlalu panjang. Kata saya ada kawan dia buka kedai cermin mata, mereka ini seolah kerja full time setiap hari. Mereka cuma diberikan kadang kala seminggu sekali, cuti sekali saja dan setiap hari waktu buka untuk kedai itu pukul 10 lepas itu kerja sampai malam pukul 10. Berlarutan macam itu dan lagi ada jurujual di pasar raya, katakan promoter dalam pusat membeli belah mereka pun kadang kala tidak diberikan kerusi untuk duduk. Saya pernah tanya sebab saya pun pernah kerja sebagai cashier. Cashier ini sebab dia diberi kerusi untuk duduk tetapi untuk jurujual mereka tidak dibenarkan duduk. Jadi sepanjang hari mereka terpaksa berdiri untuk sepanjang hari waktu mereka bekerja. Ini adalah memudaratkan kesihatan. Kita tahu kita tidak boleh berdiri begitu lama sangat. Tapi saya pernah tanya mereka, dia kata sudah biasa lah kalau macam itu. Saya rasa kalau kerajaan baru kita, kita harus wujudkan satu suasana kerja yang baru agar warga kerja kita akan bekerja dengan lebih keadaan yang lebih sihat agar mereka punya career mereka akan berpanjangan. Itu cadangan saya. Terima kasih.
Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Bercham dan saya walaupun setuju dengan cadangan berkenaan tetapi kalau kita rujuk kepada aduan-aduan yang diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja di bawah Seksyen 69, jarang ada aduan-aduan seperti ini. Aduan yang kita biasa terima adalah tidak dibayar gaji di Jabatan Sumber Manusia. Tidak membayar gaji. Tidak membayar over time. Lepas itu dipecat dari kerja tanpa notis. Lepas itu pula dikurangkan pekerja, hentikan pekerja. Retrenchment. Inilah aduan-aduan yang kita terima. Aduan berkaitan dengan suasana kerja itu jarang kita terima di peringkat Jabatan Tenaga Kerja. Di Jabatan Perhubungan Perusahaan pula hanya boleh mendengar satu kes saja iaitu di bawah Seksyen 20 pemecatan jawatan seorang pekerja. Di mana pekerja itu boleh membuat aduan dan meminta untuk di for reinstatement kepada pekerja asal. Jadi ini saja, dua advantage yang kita boleh dapat daripada Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan. Jadi saya teruskan. Saya yakin dan percaya melalui pengembelingan tenaga sama ada dari Kerajaan Negeri, jabatan mahupun agensi yang terlibat ini akan dapat memberi manfaat seluruh. Usaha menambah baik akan terus dipergiatkan termasuklah menambah baik perkhidmatan klinikal di hospital-hospital kesihatan KKM dengan mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan kepakaran klinikal kepada komuniti setempat. Bagi menjawab respon daripada Yang Berhormat Bukit Chandan, Hospital Kuala Kangsar adalah salah sebuah hospital di bawah Hospital Kluster Perak Utara yang diterajui oleh Hospital Taiping. Bagi keperluan perkhidmatan rawatan yang tidak disediakan di Hospital Taiping, kes-kes berkaitan akan dirujuk kepada hospital utama kita, iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Pelbagai usaha telah dilaksanakan dalam mengatasi kekurangan sumber manusia di antara meningkatkan kekerapan kehadiran pakar klinikal, meningkatkan latihan kepada kakitangan klinikal, menempatkan pegawai perubatan di Hospital Taiping, di HKK dan menaik taraf peralatan perubatan serta fasiliti secara berfasa sebagai contoh tender pembinaan blok Unit Kecemasan dan Trauma pada Januari 2020.
YB, boleh saya celah sikit. Saya nak tanya Hospital Bagan Serai dalam DUN Alor Pongsu bila dijangka siap sepenuhnya? Terima kasih.
Terima kasih. Sepatutnya, lama dah siap dah. Tapi tak habis-habis. Jadi Januari akan datang, saya ada appointment dengan Menteri Kesihatan atas beberapa isu berkaitan dengan hospital-hospital, klinik-klinik kita. Yang pertama adalah HRBP. Di HRBP, bahagian unit kecemasan adalah boleh dikatakan tidak begitu memuaskan. Saya tidak salahkan Pengarah hospital, saya tidak salahkan kakitangan hospital, tetapi kita perlu menaik tarafkan bahagian emergency department. Masalah di sini adalah kekurangan katil dan setiap hospital Unit Kecemasan ini adalah satu tempat yang kita tidak dapat jangkakan berapakah pesakit akan datang ke unit berkenaan. Tiba-tiba berlaku satu tragedi macam di Kuala Kubu. Jadi akan datang 40, 50 orang padahal tidak ada katil yang mencukupi di situ. Jadi pada bulan 4 April ini, mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah pun melawat Hospital Tunku Bainun dan bersetuju bahawa Hospital Tunku Bainun memerlukan wang sebanyak RM6.5 juta untuk menaik taraf Unit Kecemasan dan saya telah pun bincang dengan Menteri Kesihatan dan beliau bersetuju untuk berjumpa dengan saya untuk membincangkan isu ini. Bukan saja tentang HRBP, Hospital Parit Buntar adalah salah satu dan klinik Hutan Melintang yang sedang dibina adalah satu lagi dan beberapa hospital dan klinik-klinik yang perlu menaik tarafkan. Jadi saya dalam sebelum 20 hari bulan saya akan dapat jumpa dengan Menteri Kesihatan dan perkara ini saya percaya akan dapat kita selesaikan.
YB, YB Exco. Saya celah sikit sebab you mention Hospital Parit Buntar, saya difahamkan dah ditukar nama kepada Hospital Bagan Serai. Please confirmed.
Saya tidak ada maklumat. I will clarified that later.
Ya, YB. Saya nak tanya apa status tender penambahbaikan Bahagian Kecemasan di Hospital Kuala Kangsar yang telah dikeluarkan 2 tahun yang lalu. Saya nak tahu apa jadi sekarang ini kepada tender berkenaan. Sekian, terima kasih.
Ok, YB. Saya nak tambah sedikit sebelum nak jawab itu. Satu persoalan tentang Klinik Kesihatan di kawasan saya masih terdapat 8 Klinik Kesihatan yang tak ada cleaner. Termasuk juga Klinik Kesihatan Changkat Jering. Baru ini saya buat lawatan, memang tak ada cleaner bermakna jururawat terpaksa jadi cleaner sebab salah satunya bila saya tanya, dia kata tak ada bajet. Jadi saya minta perhatianlah tentang perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat. Berkaitan dengan tidak ada cleaner ini, kerja kerja pembersihan di hospital, klinik, sekolah telahpun diswastakan. Jadi saya akan perhatikan masalah itu dan saya minta agar Yang Berhormat hantar aduan bertulis untuk saya menyiasat dan berkaitan dengan wad kecemasan....
YB Exco, seminit lagi.
Tadi setengah jam. Rakan saya tadi setengah jam lebih betul.
Terima kasih kepada YB Exco. Saya tertarik tentang isu kesihatan dan saya kira ini juga berlaku dalam bandaraya. Berkenaan dengan baru ini tular di sosial media YB Exco maklum berkenaan dengan isu waktu menunggu lama di Jabatan Kecemasan Hospital Ipoh. Saya sangat dekat dengan isu ini dan saya kerap biasa hantar pesakit daripada DUN saya. Isunya adalah isu waktu menunggu lama di Jabatan Kecemasan Hospital Ipoh ni dan nak tanya kepada pihak YB Exco adakah status terbaru mengenai penambahbaikan-penambahbaikan yang dilakukan oleh pihak hospital? Adakah masa menunggu di Jabatan Kecemasan untuk dimasukkan ke wad dapat dikurangkan atau masih sama? Saya tengok kalau tuan-tuan pergi di bawah itu dia ada satu banting itu. Kalau nak consult kalau kita datang bawa pesakit itu, dia tulis 2 ke 3 jam tapi yang saya bimbang ialah bila saya tengok di bawah itu dia tulis perlu tunggu 3 ke 4 hari di Jabatan Kecemasan sebelum dimasukkan ke wad. Jadi isu kita ialah memang ada pesakit kita, orang susah, asnaf yang memerlukan rawatan segera. Mereka tak boleh masuk ke wad. Saya faham kekangan di pihak hospital tapi apakah solusi untuk kita settlekan masalah ini? Sebab isu ini isu yang dah tular yang menyebabkan banyak suara-suara masyarakat rakyat yang bersuara tentang perkara ini. Saya rasa YB Exco sangat memahami perkara ini. Terima kasih banyak.
Tambahan sikit boleh?
Satu, satu soalan saja.
Tambah boleh?
Satu saja.
YB, semalam dalam perbincangan yang saya tekankan Hospital Kuala Kangsar ini ialah special case sebab letaknya di Bandar DiRaja. Jadi apa yang saya perjuangkan itu kita perlu letakkan doktor pakar di Hospital Kuala Kangsar sebabkan Bandar DiRaja itu sebab majlis-majlis rasmi di istana itu. Itu isunya tapi nampaknya jawapan itu tak ada. Jadi permohonan itu perbincangan itu seperti tidak diluluskan. Jadi saya minta pihak YB tolong kaji balik masalah ini. Bagi special attention kepada hospital Kuala Kangsar. Itu isunya. Sekian, terima kasih.
DUN Slim boleh? Laluan? Slim? Sahabatnya DUN Sungkai. Mintak laluan Timbalan Speaker.
Saya dengar soalan itu.
Sikit sahaja untuk ambil perhatian berkaitan dengan Klinik Desa khususnya Di Felda Gunung Besout yang mana masyarakat mengadu bahawa ambulansnya bermasalah, kekerapan masuk ke bengkel, maka banyak lagi masalah penempatan doktor ataupun petugas-petugas klinik di situ bermasalah. Jadi mungkin boleh cek semula kita bimbang dia melibatkan nyawa masyarakat. Terima kasih.
Minta penjelasan satu soalan lagi. YB Exco.
Saya dah lupa soalan-soalan ni. Biar saya jawab. Biar saya jawab. Saya percaya sahabat saya Selama dia tahu akan masalah-masalah yang kita hadapi sebab itulah dia tak bangun tanya soalan. Dia tahu apa yang saya alami dan tentang Hospital Kuala Kangsar, saya setuju kita perlu pakar sana dan saya akan turun ke padang dan saya akan jemput Yang Berhormat untuk rombongan saya sama-sama dan kita dapat bincang dengan Pengarah Hospital dan sebagainya dan kita akan dapat ambil tindakan susulan. Yang berkaitan dengan HRBP, wad kecemasan itu, ya, keratan akhbar sebanyak 24 muka surat. Saya telah teliti setiap muka surat dan saya telah pun respon dalam 24 jam kepada keratan akhbar itu dan penulis keratan akhbar itu nampaknya puas hati tentang penjelasan yang saya bagi itu. Dalam 24 jam telah ditangani isu itu dan itu yang tadi saya jawab, kita perlu RM6.5 juta dan saya telah pun dengan serta-merta, memanggil Menteri Kesihatan dan beliau setuju untuk berjumpa dengan saya. Itu adalah tugasan utama saya yang saya harus selesaikan. Sebab Hospital Tunku Bainun adalah hospital utama kita dan Pengarah sanggup berkerjasama dan saya ingin pada masa ini ucap terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perak yang juga telah turun ke padang dan kita akan selesaikan isu itu.
Berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengemukakan semula permohonan cadangan tapak Kampung Changkat Baru bagi pembinaan hospital. Ini tentang Kampar, tentang Hospital Kampar. Bagi mengulas respon sahabat saya Keranji, satu mesyuarat bagi membincangkan status cadangan projek-projek pembangunan baru dan fasiliti bagi sektor kesihatan di Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri telah diadakan pada 1 September 2022. Berdasarkan keputusan mesyuarat tersebut, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah mengemukakan semula permohonan cadangan tapak Kampung Changkat Baru bagi pembinaan Hospital Kampar ke peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pertimbangkan semula melalui surat bertarikh 4 Oktober 2022. Kementerian Kesihatan Malaysia sedia memaklumkan akan cadangan pembinaan hospital Kampar yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan semasa pembentangan Belanjawan 2020 pada Oktober 2019 di mana RM500 juta telah diluluskan oleh mantan Menteri Kewangan untuk pembinaan Hospital Kampar tetapi selepas penukaran kerajaan, saya percaya projek itu telah diabaikan.
Namun demikian, Yang Berbahagia Setiausaha Kerajaan telah mengambil tindakan. Walau bagaimanapun untuk projek ini masih belum dipohon dan diluluskan di bawah Rancangan Malaysia sehingga tapak cadangan dimuktamadkan dan status pemilikan tapak tanah di Kampung Changkat Baru selesai. Sehingga kini masih belum ada sebarang kelulusan projek di bawah RMK yang diterima oleh Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang melibatkan Hospital Kampar. Namun begitu, usaha bagi pembangunan hospital ini akan diteruskan, diketengahkan agar pembinaan hospital ini dapat direalisasikan untuk kemudahan rakyat di Kampar. Memetik titah ucapan Tuanku Sultan di Perenggan 8, muka surat 10, kaum India mewakili seramai 11.3% daripada keseluruhan jumlah penduduk di Negeri Perak, iaitu sebanyak 284,952 orang. Bagi meningkatkan daya upaya masyarakat dari Kaum India, Kerajaan Negeri di bawah portfolio saya akan berusaha untuk memberi perhatian khususnya kepada masyarakat kaum India khususnya dalam aspek sosial ekonomi dan kebajikan mereka.
Oleh itu, pelbagai sudut usaha akan diperhalusi, sewajarnya melibatkan kerjasama rentas, portfolio seperti pembangunan usahawan, pembaikan rumah ibadat, pemerkasaan, persatuan pendidikan, peluang pekerjaan, latihan kemahiran dan lain-lain inisiatif yang dapat membantu meningkatkan persaingan taraf hidup masyarakat India di Negeri Perak, khususnya di luar bandar. Pilihan Raya Umum ke-15 telah melabuhkan tiraiannya. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan ucapan terima kasih saya kepada pengundi-pengudi di DUN Sungkai kerana telah memilih saya sebagai wakil rakyat untuk penggal yang keempat berturut-turut. Sudah pasti tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini akan saya pikul sebaiknya demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik. Pelantikan saya sebagai bagi merajui portfolio sumber manusia, kesihatan awam, masyarakat India pula merupakan amanah besar yang diberikan kepada saya bagi memastikan agenda pembangunan di bawah portfolio ini dapat dinikmati oleh rakyat di Negeri Perak tanpa mengira bangsa, agama maupun farma politik. Saya akhiri penggulungan saya dengan sekerat pantun. "Memang pahit buat peria, elok dimakan tanaman sendiri, memang mengaku taat dan setia, bersama kita bangunkan".
Satu soalan Timbalan Speaker.
Ada soalan lagi?
Yang Berhormat Exco. Terdapat sebuah klinik desa di Felcra Nasarudin dalam DUN Pasir Panjang yang telah ditutup sejak 10 tahun lalu atas alasan bangunan sudah rosak dan sebagainya dan 10 tahun dah ditutup dan baru-baru ini dikhabarkan diambil perabot-perabot yang juga dah rosak dikeluarkan.
Adakah ini dalam pengetahuan YB Exco? Apakah ini menandakan bahawa klinik desa baru akan diwujudkan di situ? Ataupun ditiadakan terus? Kalau ditiadakan terus, maka ia akan mendatangkan masalah kepada penduduk di situ. Generasi pertama Felcra yang sudah sangat berusia terpaksa bergerak jauh daripada rumah mereka untuk mendapatkan perkhidmatan. Jadi saya minta penjelasan daripada YB Exco. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya dah ambil jawatan portfolio kesihatan dah 3 minggu dah tetapi baru hari ini saya terima aduan ini. Sepatut Yang Berhormat sebagai wakil rakyat di situ buatlah aduan kepada saya. Saya akan siasat aduan itu dan saya akan jawab secara bertulis. Jadi itu akan memanfaatkan bukan sahaja Yang Berhormat sebagai wakil rakyat di situ, juga warga kita di kawasan Yang Berhormat. Jadi tolong hantarlah surat. Saya tidak tahu tentang aduan ini. Ini baru. Jadi tolong hantar surat. Terima kasih.
Keranji minta penjelasan.
Saya, no...no. U can see me. Menjunjung kasih titah ucapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Exco Sungkai. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat untuk menggulung perbahasan, Sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah wa syukurlillah. Wasalatu wassalam Rasulullah hi salallahu alaihi wa sallam. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar Perak Dato' Kota Tampan, seluruh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Pembangkang dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang lain. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya bersama-sama menggulung titah diRaja pada persidangan kali ini. Tahniah Dato' Yang diPertua di atas pelantikan semula sebagai Yang diPertua Dewan Negeri Perak. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai-pegawai Ex-officio, agensi-agensi kerajaan serta rakan rakan media sekalian. Alhamdulillah semua sedia maklum akan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 baru baru ini yang mana kerajaan Negeri Perak adalah paling awal, yang terawal dibentuk hasil gabungan dan persefahaman antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Walaupun negeri yang hanya bubar hanya tiga, Perlis, Pahang dan Perak. Tapi Perak merupakan negeri yang terawal membina kerajaan. Syabas. Merafak sembah menjunjung kasih tuanku di atas Titah DiRaja oleh Paduka Seri Sultan pada tempoh hari dan di atas perkenaan tuanku merasmikan persidangan kali ini. Semua sedia maklum Kerajaan Negeri yang dibentuk ini adalah sebuah kerajaan yang telah mendapat perkenaan Tuanku Sultan.
Justeru itu adalah wajib bagi kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat menghormati proses ini dan tidak ada usaha-usaha mengganggu gugat pentadbiran Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Kita sewajarnya mendukung penuh Yang Amat Berhormat Menteri Besar daripada Kota Tampan agar negeri ini, negeri kita bertambah harmoni dan akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri kita. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pelantikan semula sebagai Menteri Besar dan Barisan Exco Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama sebaiknya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar negeri kita tergolong sebagai salah satu negeri maju pada masa akan datang, insyaAllah. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada mantan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang lepas serta mantan Ahli-ahli Berhormat di atas khidmat mereka dan khidmat parti mereka kepada rakyat. Alhamdulillah, dengan kerjasama politik ini, kita dapat menghakis sentimen-sentimen negatif yang selama ini dimomokkan kepada rakyat di luar sana. Ibarat air dengan minyak tidak akan bercampur. Saya percaya Kerajaan Negeri dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat terutamanya dari segi kos sara hidup yang semakin meruncing dan keadaan ekonomi yang merudum teruk.
Ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul bersama demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak seperti yang telah dititahkan oleh Paduka Seri Sultan Perak baru-baru ini, tempoh hari yang mana setiap daripada kita sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang, perlu menunaikan tanggungjawab yang telahpun diamanahkan oleh rakyat di negeri Perak pada kita semua. Maka saya menyeru kepada diri saya dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat, marilah sama-sama kita mengamalkan politik aras tinggi ataupun politik kenal mengenali cara menghormatinya ataupun politik yang berteraskan kepada kebijaksanaan. Wisdom based politics atau truth based politics dengan izin. Ini akan menjamin persefahaman dan juga hubungan yang harmoni di antara kaum di negeri kita dan seterusnya dapat menarik pelabur-pelabur daripada dalam dan luar negeri, dalam dan luar negara. Saya harap menyokong akan saranan Tuanku Sultan Perak yang mana pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera dan tegas kepada pihak-pihak yang mengeksploitasi isu-isu yang tidak elok. Isu-isu perkauman banyak disebutkan kerana perbuatan ini amat merbahaya berisiko tinggi bagi generasi muda akan datang yang mana akan mengugat sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen serta negara merdeka yang berdaulat. Wahai anak-anak muda di luar sana, janganlah kalian semua terpengaruh dengan politik fitnah, politik perkauman, politik negatif, politik yang aras rendah, yang tidak matang dan menjadikan agama sebagai alat loncatan bagi mencapai matlamat setengah pihak.
Kaji dan semak dahulu maklumat-maklumat yang disampaikan oleh mereka yang mengamalkan politik negatif ini. Cukup-cukuplah wahai Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang menjadikan agama untuk menghalalkan segala-galanya sehingga ke tahap yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. Dato Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, marilah kita hadam akan titah Tuanku Sultan yang mana Islam hendaklah dilihat sifatnya sebagai rahmatan lil alamin iaitu rahmat ke seluruh alam. Wa ma arsalna kaila rahmatan lil alamin. Tidak kami turunkan dan utuskan Nabi Muhammad sebagai rahmat untuk sekalian alam. Islam yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan sejagat menyeru kepada keamanan dan juga kedamaian.
Timbalan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya memberi respon kepada Batu Kurau membangkitkan isu pembinaan loji kedua di Kampung Sempenih. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kurau, cadangan pembinaan loji baharu di Kampung Sempenih merupakan sebuah loji yang mempunyai sistem rawatan penuh bagi menggantikan loji sedia ada dan bukan loji tambahan. Loji rawatan air sedia ada yang telah dibina pada tahun 1969 tidak dilengkapi sistem rawatan penuh yang terpaksa ditutup jika kualiti air mentah merosot terutama pada musim-musim hujan. Pembinaan loji baru ini bertujuan untuk memastikan bekalan air sentiasa terjamin daripada segi kualiti dan kualiti dan kuantiti sepanjang masa. Pada ketika ini, pembinaan loji masih belum dilaksanakan dan masih dalam proses kelulusan reka bentuk, the design stage dengan izin.
Pada ketika ini, fasa pertama projek yang melibatkan pemasangan paip sedang dilaksanakan. Paip yang dipasang adalah untuk tujuan menaik taraf dan menghentikan paip yang lama. Jenis AC sedia ada yang telah pun uzur dan kerap pecah yang menjejaskan agihan bekalan. Jajaran paip baru yang dipasang hanyalah melibatkan jalan JKR dan juga kawasan-kawasan yang telah pun digazetkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan pada tahun 1976 sebagai rizab saluran paip. LAP, Lembaga Air Perak sedia maklum aduan berkaitan kerosakan jalan yang melibatkan kerja-kerja pemasangan paip. Pihak kontraktor telah pun menjalankan kerja-kerja penurapan semula di berapa lokasi tersebut pada 7 haribulan Disember 2022 dan akan dilaksanakan berkala bagi mengurangkan gangguan kepada penggunaan jalan tersebut. Timbalan Yang di-Pertua, kita telah pun melalui fasa kesukaran selama 2 tahun bila kita diserang dengan Covid-19 yang melanda seluruh negara dan seluruh dunia.
Tuan Dato' Yang di-Pertua mohon izin. Terima kasih penjelasan tentang masalah-masalah penduduk Kampung Sempenih tadi. Saya memberi cadangan kepada Yang Berhormat supaya pihak LAP, pihak Kerajaan Negeri, pihak pentadbir di daerah Larut Matang dan Selama mengadakan rundingan semula dengan penduduk kampung yang barangkali tidak jelas kepada mereka. Jadi kalau ada perbincangan semula antara penduduk kampung dan juga pemaju apa semua, kerana kadang-kadang disuarakan kepada pemaju, pemaju seolah-olah melarikan diri daripada menyelesaikan masalah orang kampung, saya dah pergi melawat selepas 7 haribulan pun, jalan masih macam itu juga. Walaupun saya telah bertemu dengan pengarah LAP tadi, pihak LAP akan menurap semula. Tapi maklum saja sekarang ini musim hujan yang lebat menyebabkan dah jadi macam sawah jalan tu. Jadi buat perbincangan semula dengan penduduk kampung, pegawai daerah, penghulu, setiausaha ADUN untuk menyelesaikan masalah. Terima kasih.
Dato' Yang di-Pertua...
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kurau. Saya amat menghargai saranan tersebut dan kita akan cuba sedaya upaya untuk melibat uruskan penduduk kampung dan juga pihak-pihak tertentu khususnya pemaju, bagi mendapatkan feedback dan kesan apakah yang terbaik dibuatkan oleh LAP sendiri. Terima kasih di atas saranan tersebut, Batu Kurau.
Exco, Pantai Remis nak minta laluan.
Ya, terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Exco. Saya cuma nak tambah satu isu tentang tekanan air yang berlaku di Bagan Banjur dan selama ini telah ada perbincangan di antara LAP dan juga agensi SPAN dan saya berharap juga bagi pihak Exco bolehkan teruskan dengan atas isu ini kerana kampung di Bagan Banjur masih menghadapi isu yang sama. Mereka selain daripada tekanan air tidak mencukupi dan juga air yang kotor. Dengan part yang sudah uzur dan bocor itu, saya juga berharap bagi pihak LAP boleh memandang supaya boleh tukar pada part yang baru. Terima kasih.
Astaka minta laluan.
Terima kasih daripada Pantai Remis yang telah berikan sikit saranan.
Exco, YB Exco, Astaka minta laluan. Boleh bagi ke macam mana ke nak tunggu dulu.
Terima kasih YB Exco untuk beri laluan. Saya nak bangkitkan loji Teluk Kepayang kerap berlaku ada kerosakan dan tahun lalu, semasa Tahun Baru China, kawasan Sitiawan banyak dipengaruhi. So, Tahun Baru Cina akan sampai tidak lama lagi. Mohon memastikan bahawa loji Teluk Kepayang tidak mempunyai masalah. Saya difahamkan loji di sana sudah lama dan banyak kerosakan berlaku. Terima kasih.
Terima kasih Astaka. Sebelum saya memberikan sedikit pandangan berkenaan yang loji di Astaka itu, komen kepada Pantai Remis tadi. Sebenarnya kami baru menjadi Exco lebih kurang sebulan. Jadi berilah kami sedikit masa untuk menjelajah beberapa negeri yang kami berikan pandangan yang terawal. Kami ingin berikan pandangan atau perhatian yang awal kepada mana-mana kawasan yang bermasalah. Oleh kerana masalah ini bukan timbul sebulan dua yang lepas. Barangkali dia telah pun mengalaminya lama. Jadi berilah kami masa sedikit untuk mengenalpasti masalah-masalah terpencil. Ini bawa buang buruk ini kiranya.
Terima kasih.
Berikan masa lama untuk kami dapat mengenalpasti masalah itu. Jadi kalau buang buruk ini kita terima lah. Lama-lama esok jadi eloklah insyaAllah. Batu Kurau dah senyum tu. Pada ketika ini fasa pertama projek yang melibat pemasangan paip sedang dilaksanakan sebagaimana yang saya nyatakan tadi. LAP sedia maklum aduan berkaitan kerosakan jalan yang melibatkan kerja-kerja pemasangan paip. Pihak kontraktor telah pun menjalankan kerja-kerja penerapan semula di beberapa lokasi tersebut. Pada tarikh yang saya nyatakan tadi.
Dato’ Yang di-Pertua kita telah melalui fasa kesukaran selama 2 tahun kebelakangan ini akibat serangan covid inilah masa yang sesuai bagi mengembalikan kestabilan ekonomi negeri kita supaya negeri kita berada di landasan ekonomi yang stabil dengan izin, we were the wealthiest state in peninsular Malaysia, we used to be the west east state in peninsular Malaysia. Kita merupakan negeri yang terkaya di Semenanjung Malaysia jadi kita nak mengembalikan balik supaya negeri kita dapat mendahului bukan hanya di Selangor, Pulau Pinang tapi negeri lain oleh karena hasil mahsyur yang banyak di anugerahkan oleh Allah SWT kepada negeri kita. Bagi menstabilkan ekonomi sebuah negeri maka kerajaan wajiblah juga stabil terlebih dahulu barulah keyakinan pelabur dalam dan luar negara dapat meningkat dengan adanya kerajaan yang stabil. Ekonomi negeri kita amat membimbangkan termasuk kelembapan ekonomi dunia pada tahun depan dengan gabungan kerajaan sekarang ini sama ada di peringkat persekutuan mahu pun di peringkat negeri saya yakin ekonomi kita mampu distabilkan dan dipulihkan, jadi kita bersyukur kerana Perdana Menteri bukan berasal daripada Perak tapi ia berasal daripada Parlimen Perak, Timbalan Perdana Menteri juga orang Perak, menteri-menteri dan Timbalan Menteri juga orang Perak.
Jadi dengan kesinambungan Kerajaan Negeri yang ada Bersama-sama dengan Kerajaan Pusat saya yakin dan percaya bahawa peningkatan ekonomi negeri dapat kita dapat kita terajui bersama dengan Kerajaan Persekutuan dengan gabungan kerajaan sekarang ini sama ada di peringkat pusat dan negeri dia dapat melicinkan perhubungan kita kedua-duanya. Saya amat yakin dengan kemampuan kerajaan sekarang dan dilihat lebih cekap menjalankan urus tabir ekonomi negeri dan juga negara kita. Bagi memberikan respon kepada Rungkup Yang Berhormat Rungkup tak ada di sini jabatan JPS, Jabatan Pengairan Saliran mendapati bahawa kecerunan parit di sekitar kawasan yang telah terjejas itu di DUN Rungkup perlu dikaji semula dan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran perlu dititik beratkan keadaan kecerunan parit-parit di kawasan tersebut, sehingga menyebabkan boleh air disalirkan keluar dengan baik dari kawasan penempatan ke saluran keluar sungai dan seterusnya ke laut di Rungkup. Selain daripada itu, aliran air keluar ke sungai ataupun laut yang juga perlahan adalah disebabkan oleh keadaan parit yang sebu akibat daripada tumbuhan air dan cepat tumbuh semula jadi walaupun selepas kerja-kerja mengorek pulih parit dilaksanakan aliran air juga terhalang oleh paip kelubung ataupun culvert yang dipasang oleh penduduk untuk akses ke rumah ataupun ke kebun-kebun mereka tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan. Jadi untuk itu kita akan cuba mengenal pasti mana-mana kampung yang telah pun membuat culvert mereka sendiri tidak mengikut saiz yang ditetapkan oleh JPS maka kita akan cuba nasihatkan mereka. Selain daripada kerja-kerja menaik taraf ataupun mengorek pulih parit-parit bagi penyelesaian jangka masa pendek dan sederhana yang dilaksanakan secara berkala sebuah projek tambatan banjir RTB di Pekan Bagan Datuk bakal dilaksanakan menjelang tahun depan. Bagi mengatasi masalah banjir termenung ataupun banjir yang stagnan sebagai langkah penyelesaian jangka masa panjang, ya Pasir Panjang.
Terima kasih, Dato' Yang Di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Exco, baru-baru ini saya lihat di kawasan lekir tu ada ditulis "TNB bodoh" "kontraktor TNB bodoh" dan bila kita siasat punca dia saya kita tahu bahawa bodoh itu disebabkan oleh kontraktor yang diambil oleh TNB itu mengorek parit untuk ditanamkan kabel dan kemudian bila mereka timbus balik mereka tunggu sampai siap projek itu baru mereka nak timbus balik di kawasan tersebut dan dia mendatangkan masalah kepada penduduk sekitar. Jadi saya nak minta YB Exco memberi perhatian pada perkara tersebut atas perkara yang berkaitan dengan perlantikan kontraktor dan beri peringatan kepada mereka supaya buat kerja, jangan korek tinggal, korek, siap, dan kemudian selesaikan. Saya ada satu lagi Yang Berhormat, ialah tentang pembersihan atau parit dan longkang secara berkala oleh GPS ini jadi masa musim-musim ini adalah musim hujan dan bila mana kita terima aduan tentang banjir kilat bila kita lihat, memang parit itu tidak diseggarakan secara berkala jadi minta perhatian YB Exco dalam perkara tersebut, terima kasih.
Terima kasih Pasir Panjang di atas dua kritik tadi yang pertamanya, berkenaan kontraktor TNB, TNB bila mereka memilih kontraktor tu kontraktor itu pertamanya kena memenuhi piawaian syarat-syarat yang minima. Jadi bermaknanya hari ini kalau kita buat pemeriksaan ada beberapa aspek kerja yang tidak mengikuti piawaian itu kita akan berikan amaran kepada mereka, kalau tidak juga diberikan feedback yang elok maka kita berangkali kena pilih kontraktor lain, jadi biarlah saya ada masa bagaimana saya nyatakan tadi untuk mengkaji kenapakah kontraktor dituduh oleh orang kampung sebagai TNB berbohong. Yang kedua masalah LAP tadi yang telah mencuba untuk membaik pulih longkang-longkang dan parit-parit sepanjang jalan lekior, jalan lekior kan? Jadi insya Allah kita akan pastikan usaha-usaha dibuat mengikut masa masa yang telah ditetapkan. Terima kasih.
Yang Berhormat Exco, sebentar ini speaker. Yang Berhormat Exco sebelum itu Yang Berhormat Yang Berhormat sekalian kita bila dalam Dewan ini saya faham kadang-kadang dalam perbahasan kita dalam hujah kita atau pencelahan kita, kita begitu engross dengan izin ya dengan engross kita begitu apa kata asyik sekali dalam hujah kita itu, tapi kadang-kadang kita janganlah kita gunakan bahasa-bahasa atau istilah-istilah yang dalam dengan izin unparliamentary seperti mana yang dinyata oleh YB Pasir Panjang, saya minta YB Pasir Panjang tarik balik walaupun itu bukan kepada ahli dalam ini tapi kita tak boleh guna bahasa macam itu.
Tapi itulah di baner dia Dato'.
Saya faham, tapi tak boleh berkata kata-kata yang itu ya, minta tarik balik, saya jadi strike off daripada hansard perkataan itu ya.
Saya mohon maaf Yang Di-Pertua.
Ya terima kasih.
Terima kasih Dato' Yang Dipertua. Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Berhormat Kota Tampan serta seluruh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri akan memastikan ketirisan dan kebocoran sumber dapat dikawal serta pembaziran dapat dielakkan dengan menguruskan sumber-sumber negeri yang bijak dan saksama. Menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan membina keyakinan rakyat dengan meminimumkan jurang kos sara hidup, jaminan bekalan makanan yang mencukupi serta pengangguran termasuk kelestarian alam sekitar, itulah komitmen kami sebagai Kerajaan Negeri yang dipilih oleh rakyat. Kerajaan Negeri akan berusaha sebaik mungkin menangani permasalahan demi kelangsungan hidup rakyat negeri Perak Kerajaan Negeri akan mencari jalan penyelesaian agar amanah rakyat ini dapat dipenuhi semaksima yang mungkin InsyaAllah. Saya percaya Yang Amat Berhormat
Menteri Besar dapat mempertimbangkan perkara-perkara ini dalam pembentangan bajet yang akan datang demi memanfaat untuk rakyat negeri Perak.
Di samping itu, Kerajaan Negeri akan sedaya upaya mengurangkan beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan setakat ini mengelakkan salah guna kuasa serta perbuatan pecah amanah dan amalan-amalan rasuah. Kita berterima kasih oleh kerana kalau kita hadir di setiap hari Jumaat kita dapati bahawa Khatib akan bacakan di khutbah yang kedua menasihati supaya kita elak daripada perkara-perkara yang munkar ini termasuk juga rasuah. Dari itu, kita bersyukur kerana negeri kita ada ada modus operandi dia dan ada SOP dia setiap kali berkhutbah.
YB Exco, Kamunting nak mohon mencelah, boleh benarkan?
Ya, Kamunting.
Terima kasih kepada Yang Di-Pertua, terima kasih kepada Sungai Rapat yang bekas bos saya, Cuma saya tak tahu nanti Sungai Rapat nak sentuh tak bab yang saya sentuh semalam berkenaan dengan sebab tadi Sungai Rapat kata buang buruk, jadi saya nak beritahu yang sangat penting iaitu sistem saliran yang perlu diperbaiki di Sungai Relong yang perlu dibuat satu kolam besar untuk takungan air sebab kritikal sekarang ini di Sungai Relong sebab ada air termenung tadi jadi bila air itu termenung makan masa satu bulan jadi nayalah penduduk-penduduk situ sebab Sungai Relong dengan Sungai Ranting ini dia tidak masuk dalam pengurusan pebandaran dan kemudian saya mohon cepatkan sedikit untuk pembangunan perparitan di Sungai Relong jadi ini buang buruk ni, terima kasih.
Terima kasih Kamunting, sebenarnya soalan yang Kamunting utarakan tu dia wujud dalam soalan lisan pagi tadi saya tak sempat nak baca. Maka saya akan selitkan dalam perbahasan penggulungan belanjawan selepas ini InsyaAllah, peringatkan saya ya, terima kasih. Kepada Yang berhormat Bota. Yang Berhormat Bota hari itu dia ada mengeluarkan beberapa saranan dan juga teguran. Oleh karena di pusat niaga, ataupun pusat niaga Sri Sekandar itu tak berayor katanya, api pun tak mandang. Jadi kita check-check Yang Berhormat, sebenarnya belum ada lagi permohonan rasmi daripada pengguna di situ kepada LAP. LAP tak mandang surat permohonan. Maka disyorkan hari ni supaya diberitahu kepada Pejabat Majlis Perbandaran Perak Tengah untuk mengemukakan permohonan rasmi. Pergilah ke mana-mana LAP yang berhampiran dekat Sri Rahmat, dekat dengan Seri Sekandar, isi borang permohonan, kemukakan kad pengenalan pada YDP ataupun SU dan lantik satu syarikat yang berlesen, syarikat paip air ataupun pemasang air ni supaya dia boleh diluluskan oleh LAP di peringkat tersebut. Itu bahagian LAP. Pusat peniagaan di situ juga yang berhampiran dengan Starbuck ataupun Petronas tu, dia tidak ada juga bekalan elektrik kerana kita minta supaya dia berikan satu permohonan rasmi kepada kedai TNB yang berhampiran. Jadi kita akan proseskan secepat mungkin. Jadi inilah masalah kenapa kawasan tersebut, pusat niaga tu tidak ada bekalan air dan tidak ada bekalan elektrik sebab tidak ada permohonan rasmi daripada pengguna. Jadi kita nak minta supaya ada kerjasama dengan Majlis Perbandaran Perak Tengah dengan agensi kita sendiri.
Pihak TNB akan menyalurkan bekalan elektrik tetapi dengan syarat ada kebenaran daripada pihak majlis ataupun PBT Perak Tengah dan semua kos penyambungan, deposit serta pemasangan meter perlu ditanggung oleh pihak permohon.
Jadi saya harap Bota akan beritahukan maklumat ini kepada mereka. Berkenaan dengan lampu jalan daripada Batu Kurau ke Kuala Sepetang, Ulu Sepetang. Pihak TNB mendapati di jalan tersebut ada kawasan yang mempunyai tiang elektrik dan ada kawasan yang tidak ada tiang elektrik. Bagi kawasan yang ada tiang dan terletak di luar bandar, permohonan bagi permukaan dan bagi peruntukan lampu jalan ataupun LJK ini, lampu jalan kampung perlu dimajukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar ataupun KPLB dan tertakluk kepada peruntukan mengikut Parlimen yang diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. TNB sebagai agensi pelaksana akan melaksanakan pemasangan lampu jalan kampung tertakluk kepada peruntukan KPLB. Bagi laluan yang ada tiang TNB, ia ianya perlu peruntukan khas daripada JKKK tempatan ataupun UPEN dengan kos pemasangan tiang baru dan bermita perlu ditanggung oleh pihak permohon. Dato Yang Dipertua…
YB Exco, Kampong Gajah nak mencelah boleh?
Sikit saja, sikit saja Kampong Gajah.
Saya nak rungkitkan, terima kasih Speaker, Sungai Rapat. Saya nak cuma nak rungkitkan tentang lampu jalan daripada Selat Pulau ke Changkat Lada. Dulu jalan ni kecil, sekarang ni Changkat Lada dah jadi satu komuniti yang besar. Jumlah penghuni pun dah ada 8,000 di situ. Dia ulang alik jalan Selat Pulau tu, asalnya jalan kecil tu dah jadi sekarang ni jalan utamalah. Keliling dia kebun, kiri kanan dia kebun, jadi gelap, dah banyak kematian berlaku, kerana gelap tu lah. Jadi saya harap dapat dicerahkan. Terima kasih,
Sungai Rapat, Manjoi.
Terima kasih, Kampung Gajah. Bagi suasana tersebut, maka saya rasa elok dibuat laporan pada pihak-pihak tentu kerana dia melibatkan nyawa. Jadi kalau sekiranya saya beritahu tadi, kawasan itu daripada Selat tu, Kampung Selat sampai ke Changkat Lada tu, kalau ada tiang-tiang yang tersendiri, maka proses permohonan untuk pasang lampu jalan ni cepat. Tapi kalau tiada tiang itu memerlukan peruntukan daripada Kementerian Luar Bandar, PLB. Terima kasih banyak.
Sungai Rapat.
Saya sendiri akan berusaha sebaik mungkin meminimakan isu-isu yang berkaitan dengan infra, tenaga air dan juga pengangkutan awam.
Sungai Rapat, Exco. YB Exco, Manjoi nak minta mencelah boleh ke?
Saya bagi Manjoi sikit lagi. Tunggu saya habis sekejap. Di negeri kita ini, dengan menjalinkan rapat hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Di bawah portfolio saya sendiri, saya terpaksa berinteraksi dengan sekurang-kurangnya lima kementerian di Putrajaya. Jadi untuk itu, kita akan berusaha supaya mereka berikan sikit perhatian kepada Negeri Perak. Matlamat saya dengan JKR dan agensi-agensi di bawah portfolio saya, sepanjang tempoh memegang jawatan Exco ini adalah memastikan laluan hubungan antara Barat dan Timur Semenanjung diberikan keutamaan kerana tiga daripada empat laluan hubungan Barat dan Timur terletak di Negeri Perak. Di mana saya beritahu dalam ucapan saya sebelum ini. Ini menjadikan tanggungjawab saya bagi memastikan permasalahan ini dapat diminimalkan di samping membaik pulih infra-infra yang berkaitan dengan negeri. Dato’ Yang Dipertua, apa saja perkara yang berkaitan dengan portfolio saya, maka disalurkan segera dapat diatasikan secepat mungkin. Kalau tadi ramai di antara rakan-rakan saya menyatakan pintu penjabat mereka sentiasa terbuka. Saya bukan hanya pintu terbuka, tercangor terus. Jadi silalah majukan apa-apa komplain Yang Berhormat dapati demi keselamatan bukan hanya rakyat di Dun masing-masing, tapi Negeri Perak, insya Allah. Matlamat ini sukar dicapai sekiranya tiada kerjasama daripada seluruh Ahli-Ahli Yang Berhormat serta jentera kerajaan. Ayuh Perak, kita realisasikan hasrat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak seperti yang telahpun dititahkan oleh TuanKu semasa perasmian tempoh hari. Akhir kalam, saya minta Manjoi soalannya akhir ni, sebelum saya akhir kalam.
Terima kasih, Sungai Rapat. Laluan diberikan, terima kasih Speaker. Manjoi nak mengajukan satu persoalan, berkenaan dengan lampu jalan ni. Lampu jalan ni memang kita dah tahu kalau waktu malam ni isu kemalangan ni sering berlaku. Jadi di dalam DUN Manjoi ni, antara kawasan yang saya tengok mungkin Sungai Rapat boleh bagi perhatian daripada Tasek nak ke Klebang tu, Tasek nak ke Klebang dan juga daripada Chemor nak ke Klebang. Dua jalan ni memang banyak aduan yang saya dapat, berkenaan dengan isu lampu jalan rosak, lampu tak terang dan juga mungkin ada kawasan yang tak ada lampu jalan. Kalau di Chemor nak ke Klebang tu depan Eastern Decorate tu, ada satu kawasan tu memang gelap, Sungai Rapat. Memang jika mungkin boleh bagi perhatian dan terutamanya banyak kes-kes kemalangan melibatkan pengguna motosikal, anak muda kita balik kerja kilang dari situ tengah malam dan saya rasa mungkin boleh diberi perhatian.
Ok, terima kasih Manjoi. Saya difahamkan kawasan-kawasan, kebanyakkan kawasan-kawasan di Manjoi tu dimaksud dalam pencahayaan jalan dia tu, taman-taman dan juga Klebang, termasuk di bawah peruntukan yang ada di MBI atau Majlis Bandaraya Ipoh. Jadi kalau boleh dimajukan masalah yang sama oleh kena kegelapan itu pada pihak MBI sendiri. Saya juga bersimpati dengan kes yang mana di antara Pekan Bidor sampai ke Jeram Mengkuang kata ada kemalangan baru ni, dua kemalangan melanggar kerbau. Langgar kerbau tengah-tengah jalan. Gila kerja dia bukan? Jadi untuk itu tu kita nak pastikan mana-mana jalan yang memang ada kerap kemalangan melibatkan nyawa ni, dah kerbau tu hitam, gelap pula, kita horn dia bukan nak ke tepi. Jadi untuk itu tu bila saya dapat berita tu daripada Ayer Kuning tadi tu, maka saya kata kita kena kerjasama dengan pihak TNB pastikan tempat tu dicahayakan semula. Oleh kerana sebelum ni tak nampak, tak nampak lampu pun jalan tu gelap manjang-manjang. Jadi kerbau memang berkenan benar. Gemar benar deme kat situ. Jadi akhir kalamnya tadi saya menyeru supaya Ahli-ahli Yang Berhormat bersama-sama pihak kerajaan kita kembalikan kegemilangan Negeri Perak insya Allah. Perak Sejahtera 2030. Dato’ Yang Dipertua, Sungai Rapat menyunjung kasih titah Tuanku, di Raja. Sekian, (ucapan salam). Sekian, terima kasih.
Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada kawasan Sungai Rapat. Memang portfolio banyak digemari oleh Ahli-ahli Dewan dan banyak isu-isu yang dibangkitkan. Sekarang saya menjemput, mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Lintang untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat petang. (Bacaan doa) yang membawa maksud dan tanah yang baik. Tanaman-tanaman yang tumbuh subur dengan izin Allah dan tanah."Tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah, kami mengulangi tanda-tanda kebesaran bagi orang-orang yang bersyukur". Surah Al-'Araf, ayat 58. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli-ahli Yang Berhormat, ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media seterusnya para pemerhati yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, saya memulakan sesi penggulungan saya dengan membaca sebaik-baik ayat Al-Quran dalam mengingatkan kepada semua seisi Dewan bahawasanya Allah SWT memberikan perumpamaan dengan tanah yang baik dan subur serta tanah yang buruk dan tidak subur untuk menjelaskan sifat dan tabiat manusia.
Orang yang baik sifatnya akan dapat menerima kebenaran. Sementara orang yang buruk sifat dan tabiat tidak dapat menerima kebenaran. "Dan jika hujan turun pada tanah yang baik, tanaman-tanaman akan tumbuh subur dengan izin Allah. Dan ada pun jika hujan turun pada tanah yang buruk, ia tidak akan dapat menumbuhkan tanaman yang baik melainkan hanya akan menumbuh tanaman-tanamannya yang tumbuh merana. Demikianlah kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda kebesaran kami bagi orang-orang yang bersyukur". Semoga Allah SWT membantu kita untuk mengharungi segala cabaran khususnya berkaitan dengan isu-isu di bawah portfolio saya. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya untuk turut merafak sembah dan menjunjung kasih setinggi-tinggi penghargaan serta lafaz penghormatan yang tidak terperinya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menzahirkan Titah Diraja Ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas yang sangat mendalam dan menyeluruh. Memetik Titah Tuanku kepimpinan yang telah diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Negeri merupakan satu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipenuhi serta menuntut pengorbanan yang besar dengan penuh ikhlas, jujur, adil dan saksama. Sifat angkuh dah bongkak dengan tidak mengamalkan budaya yang menang-menang semuanya perlu diketepikan. Demi kelangsungan kebajikan rakyat yang perlu diutamakan. Setiap dari kita sama ada ahli Yang Berhormat serta seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri merasa insaf dan mengambil iktibar agar dapat bekerja dengan lebih gigih kepada rakyat dan
Negeri Perak. Patik dan seluruh anggota pentadbiran kerajaan menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Tuanku. Dan patik berikrar, berazam dan bertekad untuk memperbaiki diri agar dapat bekerja dengan lebih kuat dan gigih untuk Kerajaan Tuanku demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat. Ampun Tuanku.
Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas keprihatinan dan kematangan yang ditonjolkan semasa perbahasan dengan membangkitkan isu-isu yang berkaitan memperkasakan industri makanan, perladangan, pertanian dan juga perikanan di kawasan masing-masing. Seramai 8 orang ahli Yang Berhormat dan 14 isu telah dibangkitkan bagi portfolio saya iaitu pembangunan luar bandar, perladangan, pertanian serta industri makanan atau pun kata ringkasnya 3PIM dan seluruh agensi yang berkaitan mengambil maklum segala pandangan, saranan dan teguran yang cukup membina demi penambahbaikan yang berterusan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sesi penggulungan saya hari ini akan terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu berkaitan pembangunan luar bandar, pertanian dan sekuriti makanan serta isu industri perikanan dan kebajikan nelayan serta isu-isu lain yang berkaitan dengan portfolio saya. Pembangunan luar bandar. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kenering telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyediakan infrastruktur terutama jalan raya yang baik bagi masyarakat setempat terutamanya yang melibatkan penempatan masyarakat orang asli di DUN Kenering.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa berusaha dalam memastikan pembangunan luar bandar adalah seiring dengan agenda negeri. Terdapat satu projek yang sedang dalam pembinaan dan satu projek yang telah siap. Projek dalam fasa pembinaan adalah Projek Menyiapkan Bagi Kerja Membina dan Menyiapkan Jalan Dari Kampung Beng Ke Kampung Raja Intan Suraya di Hulu Perak. Di Hulu Perak, fasa satu dari Kampung Beng ke Kampung Batu Reng. Manakala projek yang telah siap merupakan Projek Menaiktaraf Jalan Dari Simpang Raban Ke Pengkalan Pipit, Negeri Perak. Sehubungan dengan itu dengan adanya projek-projek tersebut ianya dapat memberikan manfaat dan keselesaan kepada masyarakat orang asal dan juga masyarakat luar bandar. Berkaitan dengan pertanian dan sekuriti, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Tebing Tinggi telah mencadangkan dan menyeru menanam sayur sendiri sebagaimana Yang Berhormat Kota Tampan juga menyentuh dalam setiap kali ucapan kerja rasmi beliau yang menyeru tanaman sayuran bagi individu yang mempunyai tanah sendiri dengan menekankan dengan beberapa inisiatif dan pendekatan yang diambil bagi menjayakan seruan ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif dalam seruan menanam sayur sendiri sememangnya telah lama dilaksanakan dan di antara ini adalah Program Pertanian Bandar. Program ini bukan saja dilaksanakan di bandar malahan di pinggir-pinggir bandar. Antara program yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ialah seperti Program Bumi Hijau dan Kebun Kita. Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri bahan makanan melalui bimbingan Jabatan Pertanian. Program ini melibatkan penduduk, sekolah, institusi dan usahawan pertanian bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan juga Persekutuan. Misi bagi Program Pertanian Bandar ini ialah membangunkan strategi untuk menggalakkan orang awam menanam bahan makanan sendiri dan mewujudkan interaksi sosial antara penduduk tempatan, mengurangkan kos sara hidup dan kebergantungan untuk sekuriti makanan. Selain itu, pertanian komuniti membantu meningkatkan motivasi diri para peserta program dengan kemampuan untuk membentuk komuniti sendiri dan bekerja secara berpasukan untuk menghasilkan produk makanan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan sama ada untuk penggunaan sendiri atau pun untuk dijual.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pertanian juga menyediakan latihan kepada orang awam yang mahu mendapatkan ilmu mengenai penanaman serta teknologi terkini yang disediakan secara percuma. Rekod data pengeluaran hasil tanaman juga bagi program yang telah dijalankan juga diambil dan dibentangkan untuk memastikan aktiviti penanaman yang dilaksanakan adalah berterusan dan juga aktif. Seterusnya Ahli Yang Berhormat dari Gunung Semanggol pula telah memohon agar Kerajaan dapat meningkatkan industri pertanian khususnya hasil padi dalam perancangan Pelan Perak Sejahtera 2030 Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak khususnya di daerah Kerian penglibatan pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa memberi perhatian dalam membantu petani-petani meningkatkan hasil dan pendapatan mereka. Dalam memastikan hasil pengeluaran tanaman padi di daerah Kerian, agensi seperti Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu, IADA Kerian, Jabatan Pertanian Daerah Kerian, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian, Lembaga Pertubuhan Peladang Wilayah Perak Utara atau pun LPP, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan lain-lain agensi terlibat di daerah Kerian ini telah melakukan pelbagai inisiatif antaranya adalah memantapkan pengurusan air yang cekap, menaiktaraf infrastruktur kawasan sawah, galakan penggunaan benih padi yang sah, pengurusan dan pemulihan tanah, program penyelesaian teknologi tepat, pengurusan pembajaan yang program penyatuan sawah berskala besar dan lain-lain.
Agensi Kerajaan Negeri juga bagi industri padi, Jabatan Pertanian Negeri Perak telah memperuntukkan RM2 juta tahun 2022 dan RM2 juta tahun 2023, melalui dana pembangunan infrastruktur dan usahawan padi yang bersifat CSR diperuntukkan di kawasan luar Jelapang bagi meningkatkan produktiviti padi. Dalam pengurusan IADA cekap, IADA Kerian dengan perkhidmatan bersama GPS, DOA dan daerah Kerian, Jabatan Meteorologi, Pejabat Tanah Daerah Kerian, PTD Kerian, LPP dan PPK, ahli-ahli jawatankuasa penyelaras dan pelaksanaan antara agensi GPPA dalam pemutusan jadual bekalan air untuk pensawahan bagi musim utama dan di luar musim setiap tahun. Bagi tempoh pengedaran baja juga dapat diselaraskan oleh pihak LPP dan PPK supaya baja yang diedarkan adalah tepat pada masa yang diperlukan oleh pesawah di daerah Kerian. Usaha ini juga turut diperhebatkan dengan peningkatan kesedaran penggunaan baja tepat. Pemberian baja mengikut tempoh masa yang diperlukan oleh pokok padi di kalangan pesawah melalui program-program pengembangan dan program penyelesaian teknologi tepat. Selain program pengurusan air yang cekap menulis GPPA, penggunaan benih sah yang telah diluluskan oleh Jabatan Pertanian juga dititik beratkan dalam langkah untuk memastikan hasil pengeluaran padi di daerah Kerian ini meningkat. Berdasarkan laporan penyiasat pengeluaran padi Malaysia yang terkini pada musim utama 2020– 2021, peratus penggunaan varieti padi tertinggi di Jelapang adalah varieti MR297 atau pun bersamaan dengan 41.4%, MR220CL2 20% dan MR219 17.7%.
Ketiga-tiga varieti ini mempunyai potensi hasil dari 7 tan per hektar hingga 8 tan per hektar. Ini menunjukkan bahawa potensi hasil padi di Kerian ini tiada masalah dari segi penggunaan varieti tetapi faktor lain perlu diambil kira dalam penggunaan benih ini iaitu kualiti dan perkalaan benih. Selain pengurusan air yang cekap dan penggunaan benih yang sah berkualiti, Yang Berhormat juga membangkitkan isu infrastruktur dan usaha menaiktaraf infrastruktur kawasan persawahan juga turut dilakukan oleh IADA Kerian untuk meningkatkan hasil padi melalui Peruntukan Pembangunan Rancangan Malaysia yang ke-12 (RMK ke-12) seperti peruntukan menaik taraf infrastruktur pengairan dan jalan pertanian serta pembangunan dan pemulihan tanah. Peruntukan menaik taraf pengairan dan jalan ladang digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan atau menaik taraf tali air ketiga dan jalan ladang manakala peruntukan pembangunan pemulihan tanah digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan, batas parit ladang, perataan sawah dan pengapuran. Untuk maklumat Yang Berhormat, sehingga tahun ini, sebanyak 8,263 meter jalan ladang, 11,371 meter tali air ketiga dan 52,814 meter parit kedua telah diselenggarakan di bawah bahagian Kejuteraan Pertanian IADA Kerian.
Manakala di bawah bahagian Pertanian IADA Kerian sebanyak 1,934 hektar telah dilakukan perataan tanah, 583,550.20 meter penyelenggaraan batas parit ladang dan 1273.33 hektar pengapuran yang melibatkan pembelanjaan sehingga 6,774,676. Langkah-langkah peningkatan hasil padi di Kerian juga diperhebatkan lagi dengan smart sawah berskala besar, SmartSBB. SmartSBB antara program yang menjadi hala tuju baru dalam pengurusan tanaman padi masa kini. Program SmartSBB ini menyasarkan peningkatan purata hasil per hektar nasional daripada purata hasil semasa sebanyak 3.5 tan metrik pada tahun 2019 kepada 7.0 tan metrik dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas di daerah Kerian. Tahun ini seluas 367.11 hektar sedang dilaksanakan dengan program SmartSBB dengan bilangan pesawat terlibat adalah sebanyak 109 orang. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Kuala Kurau 83.65 hektar atau pun 21 pesawah, Parit Haji Napih 108.50 hektar 50 pesawah, Parit Lima Sungai Pinang 83.87 hektar 12 pesawah, Sungai Kepar 74.89 hektar dengan 19 pesawah, Sungai Star dan Alor Singa sedia ada 57 hektar iaitu 7 pesawah. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, dengan kerjasama yang baik di antara dua pihak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar antara agensi Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Persekutuan mengukuhkan lagi rantaian sekuriti makanan melalui Pelan Cadangan Sekuriti Makanan ke arah mencapai agenda utama Perak Sejahtera 2030 sekuriti makanan.
Yang Berhormat Exco, Dato' Yang Dipertua, terima kasih di atas penerangan. Cuma isu yang saya cuba bangkitkan adalah yang pertama kita kena menerima realitilah, bukan kita nak mengomen atau pun nak complaint kepada mana-mana pihak. Memang kalau kita tengok kita di dalam perancangan kertas yang kita katakan memang terlalu cantik dan juga laporan, bila kita terima laporan juga cantik tetapi realiti yang berlaku. Ini yang kita nak tengok realiti yang berlaku. Contoh ada jawatankuasa pengurusan air. Jadi dia buat air ni tak cukup, jadi dia buat aliran itu air ni suruh pergi kesana dulu. Jadi kadang-kadang yang hujung sana tak dapat air, tak boleh buat bendang. Kemudian dia laporkan tadi kata kita dapat, itu masalah air. Yang kita kata kekurangan air itu tidak cukup. Kita realitinya memang menghadapi sebab kekurangan air. Air itu tak cukup sebab jumlah air yang peruntukan asal itu digunakan untuk pertanian. Tapi sekarang ini semua nak digunakan air yang sama bergantung kepada air hujan. Jadi itu yang kita minta. Memanglah kalau kita minta laporan, minta maaf kepada mana-mana pihak yang terkena, bukan tujuan itu tapi kita nak penambahbaikan. Itu yang pertama, isu air itu kita tengok dan juga yang kedua mengenai dengan realiti kata ada 8 sampai 7 metrik tan. Realiti kalau kita pergi tanya di sana, berapa yang dikeluarkan lebih kurang 3 dan ada yang satu setengah, dia tak balik modal untuk buat. Itu yang menyebabkan daripada sawah-sawah yang ada, kawasan yang besar di Semanggol itu, ditukar kepada kelapa sawit.
Dia buat kelapa sawit, tiba kelapa sawit, murah pula kelapa sawit, ada tak tahu lah kerajaan mana-mana dulu kita tebang kelapa sawit, tanam buluh pula. Confuse orang bawah. Jadi kita nak minta di situ supaya petani ini dia tak tahu lah. Air tak cukup, hasil dia kurang, maintenance kurang tapi bila kita pergi, kita kata memang seolah-olah banyak agensi yang ada di sana. Cuma saya juga nak menarik perhatian mungkin agensi yang terlibat mungkin kita duduk. Ada beberapa tempat yang berkaitan dengan saliran air. Jadi saliran air itu kadang kadang dia confuse, siapa dia tuan dia? Ada lagi pertindihan, IADA ke? GPS ke? PLB ke? LLB ke? Jadi kita tengok bila kita bawa, sama-sama ok, kita selesaikan. Sampai saya tengok isu ini sampai saya bawa menteri turun, tak boleh nak selesaikan juga. Jadi bukan nak pihak mana mana pihak, harap perkara ini berlaku lah. Jadi mungkin kita Exco ni kita tengok realiti. Saya di sana saya tahu berhadapan dengan sawah itu sendiri. Kadang-kadang dia buat kata dapat dua metrik tan untuk satu hektar. Modal dia tu break even ke, keluar modal lain pula. Jadi inilah yang saya minta supaya kita beri perhatian dan saya rasanya Insyaallah akan membantu perkara ini. Saya minta maaf.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Pertanian. Saya ambil perhatian apa yang telah dikemukakan kepada saya InsyaAllah dan pihak Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan apa yang dihadapi oleh rakyat.
Laluan Selinsing, mohon laluan sikit. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco, saya juga sebab saya duduk di Selinsing sama tempat dengan Semanggol. Jadi isunya lebih kurang sama, kami tempat kami ini memang kawasan padi. Cuma saya nak menambah sikitlah pada apa yang telah disebut oleh Semanggol selain daripada masalah air tadi, saya ingat cabaran-cabaran yang besar di sini ialah berkenaan dengan sikap jugalah, berkenaan dengan sikap bila saya berjumpa dengan petani-petani ni, mereka menyebut perlunya kita mengadakan, mungkin pihak kerajaan perlu kalau adakan perjumpaan-perjumpaan, taklimat dan sebagainya yang boleh bawa semua petani ni supaya mereka memahami apa yang kita nak buat. Diorang sebut pasal apa bawa AJP pergi melawat, kenapa tak bawa petani. AJP tu bukan yang nak buat apa, jadi macam tu yang disampaikan kepada kita Jadi kalau boleh diberikan sesuatu supaya berubah mentaliti mereka untuk menerima apa yang kita nak buat. Begitu, terima kasih.
Terima kasih pandangan daripada Selinsing, InsyaAllah saya akan tolong pandang dan melihat sendiri keadaan apa yang terjadi oleh Gunung Semanggol dan juga Selinsing dan Dato' Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat dari Titi Serong mencadangkan bantuan kepada belia dalam menyediakan tanah di taman kekal pengeluaran makanan di KPM bagi tujuan petani. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah mengaturkan beberapa sesi perbincangan dengan beberapa pihak, untuk mencari kawasan dalam usaha membantu golongan petani terutamanya golongan belia bagi menampakkan kawasan penanaman untuk mula petani. Antara hala tuju jabatan adalah membangunkan sesuatu kawasan sebagai Pusat Pengeluaran Tanaman Makanan dan Benih Tanaman Utama di Negeri Perak. Dengan bergeran pusat ini, secara tidak langsung golongan belia ini akan terus berada di Negeri Perak dan menjadikan subsektor makanan sebagai kerjaya utama mereka. Selain itu juga, Jabatan Pertanian Negeri Perak sentiasa membantu usahawan asuhan industri asas tani ataupun IAT dalam membangunkan perniagaan mereka sama ada bentuk pemberian bantuan mesin dan peralatan ataupun menaik taraf premis perniagaan sedia ada mereka.
Selain itu, Jabatan Pertanian Negeri Perak turut memberi bantuan dari segi kursus-kursus penghasilan produk hiliran tanaman makanan untuk dipraktikkan oleh peserta bagi menghasilkan produk pengeluaran mereka. Bantuan fakta nutrisi atau nutrition facts dengan izin serta pembungkusan produk juga turut diberikan kepada usahawan untuk meningkatkan nilai tambahan bagi produk mereka. Yang Berhormat Titi Serong turut mencadangkan bantuan bagi memulakan agro perniagaan dengan menyediakan pakej lengkap rantai nilai. Untuk makluman Yang Berhormat, Yang Berhormat Negeri Perak merupakan salah satu badan agensi pelaksana di bawah Kementerian Pertanian dan keterjaminan makanan yang menyediakan program usahawan belia yang terlibat terus dalam bidang perniagaan. Di antara program yang dilaksanakan adalah Program Agropreneur Muda. Program Agropreneur Muda dirujukkan bertujuan untuk membantu dan mengalakkan penglibatan golongan-golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian.
Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua. Terima kasih YB Lintang. Jadi saya mendapat aduan daripada kalau di Semanggol, di Selinsing tentang pesawah padi. Di Lubuk Merbau tentang penoreh getah. Aduan daripada penoreh getah tentang berlaku penyakit pada pokok yang terdapatnya kulat. Bila kulat ini duduk dekat pokok itu banyaknya terdapat pada daun-daun menyebabkan luruh, luruh dia punya daun. Bila dah luruh daun maka terbantutlah susunya, tanamannya. Jadi apakah kerajaan boleh bantu pada penoreh-penorah getah dalam masalah ini? Sekian, terima kasih.
Terima kasih atas soalan itu. Dari segi pihak kerajaan akan memberi perhatian apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Saya mencelah sikit. Tadi Yang Berhormat Exco Semanggol dan Selinsing dah bagi, masalah ini sebenarnya masalah padi ini kira air ke tanah ke ini cerita dah berpuluh-puluh tahun dah, generasi ke generasi. Jadi saya berpendapat dan saya nak cadangkan dan saya ikuti sekarang, saya rasa masalah petani sebenarnya adalah masalah pengurusan. Jadi kali ini di DUN saya di Parit Haji Napis ada satu pengurusan estate yang dikendalikan oleh pihak Bernas kalau tak silap saya. Saya akan follow rapat. Saya nak tengok macam mana tenaga profesional yang datang ni dapat bantu petani yang buat serta kelompok sebab kalau kita nak harapkan pegawai daripada IADA, IADA ini dia nak jaga satu parlimen, pengsan dia. Jadi saya rasa ini yang baik. Sebab kalau kita reflek balik masa zaman koridor utara, yang rasmi di Sungai Gedung dulu, profesor daripada China dah berjaya naikkan sampai 8 tan satu hektar dan sebagainya. Tapi masalah pengurusannya masalah rasuah, jadi masalah rasuah ini melibatkan semua pihak. Jadi saya cadangkan kita tumpukan pada pengurusan kali ini.
Saya terima pandangan dan juga cadangan tersebut Ya.
Terima kasih Tuan Speaker dan juga Exco. Masa pun dah nak tamat saya takut saranan saya semalam dalam perbahasan tak disentuh. Cuma kalau tak sempat cuma saya nak bangunkan balik kepada Yang Berhormat Exco berkaitan dengan kemahiran yang perlu diluaskan di daerah Kerian berkaitan dengan TVET kerana kursus kemahiran itu tidak ada di daerah kami sedangkan skop pertanian luas dan majoriti petani kita adalah daripada kalangan anak-anak muda. Jadi saya minta perhatian daripada kerajaan untuk nak memberi ruang dan peluang untuk anak-anak muda di tempat kami ini dapat mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan pertanian dan juga satu lagi yang saya sentuh berkaitan dengan juga baiki mesin dan sebagainya kerana pertanian memerlukan banyak teknikal memperbaiki mesin sebab sebelum ini masalah mesin pam rosak, mesin racun rosak dan sebagainya. Kita tidak ada tenaga mahir yang mencukupi sebenarnya sehingga menyebabkan mereka terpaksa pergi jauh untuk nak repair jadi ini juga satu skop yang ada di bawah TVET atau mungkin ada cadangan lain kursus-kursus penambahbaikan dan sebagainya.
Terima kasih Yang Berhormat sebenarnya dalam TVET ini dalam Pelan Pembangunan Sejahtera 2030 yang telah meletakkan program-program kemahiran ini. Walaupun tidak di tempat di Kerian dan sebagainya. Tapi semua ini adalah kepada belia-belia untuk memberikan kemudahan memberikan ilmu kemahiran kepada mereka. Saya penuh yakin bahawa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat untuk belia-belia ini akan saya penuh yakin dalam pelan pembangunan yang dibawa oleh Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak ini bahawa masyarakat belia Negeri Perak ini akan diberikan secara maksimum. peluang-peluang kemahiran ini. Dato' Yang Dipertua skop program Agropreneur Muda PM dikhususkan untuk golongan muda berumur 18 hingga 40 tahun. Yang memenuhi syarat-syarat yang tetapkan oleh kementerian merangkumi sektor tanaman, ternakan, perikanan dan industri makanan. Untuk belia yang ingin memulakan perniagaan jenis bantuan yang layak dipohon adalah seperti berikut Geran Agropreneur Muda atau GAM iaitu Geran Agropreneur Muda GAM adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan nilai maksima RM20 ribu per individu dan tidak perlu dibayar balik. Hasil dan impak pemberian geran disasarkan memberi pada ekonomi kepada penerima geran dan perniagaan untuk jangka masa yang panjang. Yang kedua, khidmat nasihat dan teknikal. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi atau syarikat yang dilantik oleh Kementerian berkaitan dengan projek yang dijalankan. Program khidmat nasihat dan latihan akan diselaraskan mengikut jadual berkala yang telah diatur oleh jabatan dan agensi di sepanjang tahun Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kampong Gajah menyentuh isu berkenaan langkah-langkah kerajaan dalam menangani kenaikan harga baja yang tinggi sehingga menjejaskan pendapatan para petani, penternak dan juga pekebun.
Untuk makluman Yang Berhormat, kenaikan harga baja yang berlaku kini adalah disebabkan oleh kebanyakan bahan mentah dalam komponen baja terdiri daripada bahan yang diimport daripada luar negara. Ini terdapat kenaikan harga terhadap kebanyakan komponen bahan-bahan mentah ini dan harga ini ditentukan oleh pasaran semasa. Kajian negeri melalui Jabatan Pertanian mengambil peranan dan memandang serius berkenaan kenaikan harga baja ini. Aduan telah diterima daripada para petani di mana mereka amat terkesan dengan perkara ini. Namun begitu, tindakan diambil oleh pihak Jabatan Pertanian di mana isu-isu dan aduan-aduan ini telah dikemukakan kepada pihak kementerian untuk tindakan dan mencari jalan penyelesaian. Sehingga kini, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, MAPS ataupun MAFS telah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI bagi mencari jalan penyelesaian berkaitan kenaikan harga baja ini. Isu nasib perikanan dan kebajikan nelayan, Yang Berhormat Dato' Yang Dipertua, so, izinkan saya untuk menjawab berkenaan pertanyaan Ahli Yang Berhormat Pangkor bersekali pertanyaan dari Yang Berhormat Manong, membangkitkan isu industri perikanan, kebajikan anak muda nelayan dan projek penempatan nelayan di Pangkor.
Untuk makluman Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak mengambil maklum tentang perkara yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Pangkor berhubung permasalahan nelayan dan golongan muda anak nelayan di Pulau Pangkor. Seperti Yang Berhormat Pangkor sedia maklum, Kerajaan Negeri sentiasa proaktif dan menggalakkan penyertaan anak-anak muda yang berpotensi untuk menceburi bidang perikanan. Tidak kira dalam bidang aquakultur, perikanan tangkapan dan agropreneur kerana golongan belia merupakan tonggak kepada pembangunan negara. Sehubungan itu, pihak Jabatan Perikanan telah menjalankan beberapa aktiviti dan program bagi menarik minat golongan belia untuk terlibat dalam industri perikanan. Untuk makluman Yang Berhormat, antara inisiatif yang sedang dijalankan adalah program agropreneur muda yang membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti rantaian makanan dan asas tani terutamanya industri perikanan.
YB Exco panjang lagi ke ?
Ada. Nak habis dah.
5 minit lagi boleh?
Saya cuba, InsyaaAllah.
Ok, terima kasih.
Oleh terutama program agropreneur muda adalah bagi mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor perikanan sebagai industri yang berdaya maju. Meningkatkan pendapatan belia melalui penggiatan produktiviti pengeluaran, kualiti produk dan penggunaan teknologi dan inovasi, dan seterusnya menjadikan industri perikanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan yang mampan. Terdapat contoh anak muda seperti saudara Tan Wee Ho, yang merupakan anak jati Pulau Pangkor, mengusahakan perniagaan ikan bilis. Usaha beliau untuk melakukan inovasi produk seperti produk-produk serbuk bilis dan uncang bilis amat membanggakan dan tidak terhenti di situ saja. Beliau juga berusaha untuk mendapatkan kepercayaan pengguna melalui sijil MESTI dan dalam proses mendapatkan sijil halal. Oleh daripada pihak Perikanan Perak seringkali mengadakan pameran dan libat urus di setiap daerah bagi tujuan hebahan program bagi mengalu-alukan kedatangan anak muda dan sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat tentang apa juga persoalan mengenai perikanan. Selain itu, mereka juga boleh mengunjung pejabat-pejabat daerah perikanan yang berkaitan untuk tujuan konsentrasi.
Untuk makluman Yang Berhormat, projek penempatan semula nelayan PSN Teluk Bharu, Pulau Pangkor yang di mana Kerajaan Negeri pada 2014 dan siap pembinaan pada tahun 2018 bagi memberikan kediaman selesa kepada 139 keluarga nelayan tempatan. Ia bertujuan menempatkan semula keluarga nelayan di Pulau Pangkor khususnya di Kampung Teluk Bharu. Rumah yang bernilai RM45,000 seunit berkeluasan 860 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air selain mempunyai balkoni dengan bayaran bulanan RM150 selama 25 tahun. Buat masa ini, 90 keluarga telah mendiami rumah ini manakala bakinya masih dalam proses pengisian. Antara syarat kelayakan di bawah projek PSN adalah nelayan berkenaan mestilah merupakan ahli kepada Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pangkor, iaitu nelayan tulen yang diterap persatuan nelayan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, senarai nama yang dicadangkan perlu melalui jawatankuasa PSN peringkat negeri yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri sebagai Pengerusi Pembangnan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan, atau pengarah LKIM Negeri Perak. So, senarai nama tersebut akan diangkat kepada Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah LKIM sebelum dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Jawatankuasa Penempatan Sepenuh Harian Negeri Perak, peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah LKIM Negeri Perak telah menghantar senarai nama yang dicadangkan bagi kepada Jawatankuasa Teknikal kemudian diangkat kepada Jawatankuasa Induk. Buat masa ini, pihak Jawatankuasa Negeri masih menunggu keputusan daripada Jawatankuasa Induk berkenaan senarai peserta yang telah dikemukakan. Ahli Berhormat dari Manong pula telah menyentuh berkenaan industri aquakultur di dalam kawasan Manong, saya difahamkan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah terletak agak jauh dengan Sungai Perak yang geografinya berbukit dan mempunyai kecerunan yang tinggi. Walaubagaimanapun sekiranya ada tanah milik kerajaan yang bersesuaian untuk dijadikan pusat tindakan aquakultur, pihak PPPNP sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan agensi yang berkaitan. Seterusnya Yang Berhormat daripada Kampong Gajah mencadangkan agar lombong-lombong di Kampong Gajah diwartakan sebagai kawasan aktiviti nelayan darat bagi masyarakat setempat dan seterusnya mengelankan pencerobohan haram. Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan bekas lombong telah menjadikan salah satu opsyen Kerajaan Negeri Perak untuk dijadikan sebagai kawasan sumber pendapatan kepada masyarakat yang tinggal berhampiran kawasan bekas-bekas lombong melalui pewartaan kawasan nelayan darat dan nelayan bandar. Kegiatan ekonomi melalui transformasi kawasan lombong terbiar kepada usaha penjanaan pendapatan ini telah dilaksanakan melalui kelulusan MMK 2009 bertarikh 2 Disember 2020 di mana Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan 7 permohonan perizaban bagi lombong terbiar di kawasan Kampar untuk diwartakan sebagai kawasan perikanan nelayan darat di bawah Jabatan Perikanan Negeri Perak. Buat masa ini, Jabatan Perikanan sedang dalam usaha untuk mengenalpasti kawasan-kawasan bekas lombong yang berpotensi di kawasan Kampong Gajah bekas lombong untuk dimajukan dan diwartakan sebagai kawasan nelayan darat dengan mengambil kira keadaan geografi dan kepentingan kawasan bekas lombong tersebut di satu kawasan supaya aktiviti.
YB Exco kena start landing dah la.
Oleh kerana masa tidak mengizinkan kerana soalannya banyak, tahun 2011, Dato' Yang di-Pertua. Nak ulas pun panjang. Jadi saya minta maaf kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan tadi yang telah berbangkit supaya jawapannya akan dibuat secara jawapan bertulis dan akan diedarkan kepada Yang Berhormat sekalian. Untuk penutupnya Dato' Yang Dipertua, saya ingin juga menzahirkan ucapan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Besar daripada Kota Tampan di atas keperhatinan dan kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri Besar dalam memastikan penggunaan serba baik tanah negeri yang terbiar dapat dibangunkan dengan lebih efisien. Ini termasuk dalam Pelan Pembangunan 2030. Alhamdulillah negeri Perak sebuah negeri bertuah kerana mempunyai tanah yang luas dan subur sesuai untuk kita bangunkan bagi pengeluaran hasil makanan berskala besar. Inilah yang memberikan kita kelebihan dan potensi besar berbanding dengan negeri-negeri lain untuk kita bangunkan bidang pertanian dan juga penternakan.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan serta memberikan pandangan dan cadangan terhadap perkara yang berkaitan di bawah portfolio saya. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab dalam penggulungan ini, jawapan tersebut akan dihantar secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesungguhnya Kerajaan Perpaduan negeri Perak dan saya sendiri amat terbuka untuk sebarang perbincangan, teguran dan cadangan penambahbaikan daripada semua Ahli Yang Berhormat. Pintu pejabat saya juga sentiasa terbuka luas untuk menerima kedatangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar kita boleh duduk berbincang, mencari penyelesaian terbaik bagi setiap permasalahan rakyat di kawasan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih juga kepada semua pegawai agensi di bawah tripim yang bertungkus-lumus menyediakan ulasan-ulasan teknikal bagi sesi penggulungan hari ini dan saya sekali menyatakan komitmen saya dan semua agensi di bawah saya untuk bekerja lebih kuat dan memberikan kerjasama yang erat kepada semua pihak merentasi politik demi kejayaan rakyat. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Patik Lintang menjunjung setinggi kasih dan menyokong Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Exco. Saya penuh percaya bahawa penggulungan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Exco itu cukup bernas sekali dan saya percaya akan ada lagi peluang dalam pada minggu depan insyaAllah semasa membuat penggulungan pada sewaktu Enakmen Pembekalan disampaikan. Tentu ada point-point yang sama yang boleh diberi penekanan. Mana yang tak sempat nak disampaikan pada kali ini. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan, Saudara-Saudari yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana atas rahmat dan kasih sayangnya jua, kita sekali lagi diberikan kesempatan untuk melunaskan tanggungjawab musyawarah di Dewan yang mulia ini sebagai penggubah dasar serta penyampaian suara hati rakyat. Memulakan ucapan penggulungan ini, saya mewakili Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah ketika mencemar duli merasmikan Mesyuarat Kedua Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Kelima Belas di Dewan yang mulia ini pada Selasa yang lalu.
Sesungguhnya nukilan titah yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bukan sahaja pembuktian kepada kesarjanaan Baginda sebagai Raja Ilmuan, tetapi turut mencerminkan keperhatinan mendalam Tuanku terhadap peri pentingnya peranan kita semua sebagai wakil rakyat sama ada di blok Kerajaan dan blok Pembangkang untuk sentiasa melengkapi antara satu sama lain dalam memikul tanggungjawab, mengekalkan keharmonian dan kestabilan berkerajaan demi memakmurkan negeri serta mensejahterakan rakyat. Sesungguhnya nasihat serta mutiara pemikiran yang dizahirkan dalam titah Paduka Seri Tuanku menguatkan lagi keazaman seluruh barisan Pentadbiran Kerajaan serta kita semua sebagai wakil rakyat untuk sentiasa mendukung nilai-nilai muafakat dan persefahaman agar agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan bersama. Saya juga merakamkan penghargaan kepada 22 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih atas titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku dengan melontarkan idea-idea konstruktif selain menitipkan teguran serta kritikan yang membina untuk kita sama-sama memantapkan keberhasilan jentera pentadbiran dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri ini. Saya juga teruja melihat wakil-wakil rakyat bahru yang pertama kali berbahas tetapi sudah mampu menunjukkan karakter dan keyakinan dalam melontarkan hujah-hujah bernas dan membina. Tahniah saya ucapkan.
Saya menekuni perjalanan sesi perbahasan dan penggulungan persidangan kali ini yang berjalan dengan tertib dan tebal dengan semangat demokrasi. Meskipun ada sedikit sebanyak perbezaan pandangan dalam beberapa isu, namun secara keseluruhannya saya melihat rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dapat berbahas secara objektif dalam hal-hal yang menyentuh soal dasar dan polisi-polisi yang berorientasikan kepentingan rakyat sekaligus mencerminkan komitmen kita semua untuk mengukuhkan proses semak dan imbang. Meskipun sesi perbahasan hanya berlangsung sehari, namun Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian telah berjaya memanfaatkan sebaiknya masa yang singkat itu untuk membangkitkan sekurang-kurangnya 90 isu yang perlu diberi perhatian oleh pihak Kerajaan. Daripada jumlah itu 12 daripadanya adalah berkaitan dengan portfolio yang saya ketuai manakala selebihnya sudah disentuh oleh rakan-rakan Exco sebentar tadi. Sehubungan dengan itu Dato' Yang di-Pertua, dalam sesi penggulungan ini saya akan menjawab perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam, kewangan, keselamatan, tanah, sumber asli, perancangan ekonomi dan GLC. Pun begitu, kerana masa yang singkat saya memohon maaf sekiranya dalam tempoh itu saya tidak sempat memberi maklum balas satu persatu kepada perkara-perkara yang dibangkitkan.
Namun setiap isu yang telah diutarakan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat, akan tetap kita berikan perhatian, pertimbangan dan tindakan di mana yang perlu. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya terlebih dahulu untuk memberi maklum balas terhadap isu yang banyak dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu berkaitan dengan pembentukan Kerajaan Negeri selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum yang Ke-15 yang telah berlangsung pada 19 November yang lalu. Ketika menyentuh perkara ini, rakan-rakan sama ada dari blok Kerajaan dan blok Pembangkang sedaya upaya cuba untuk membuat justifikasi bersandarkan pandangan dan taksiran terhadap keputusan yang telah dibuat oleh rakyat. Pun begitu, ketika menekuni pro dan kontra terhadap hujah-hujah yang dilontarkan dalam isu berkenaan, saya mendapati Ahli-ahli Yang Berhormat mempunyai pendirian yang sama dalam dua perkara iaitu penyatuan dan kestabilan. Dalam konteks ini, saya percaya kita semua mempunyai pendirian yang senada dalam menjunjung titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku supaya sentiasa berusaha meraikan perbezaan tetapi pada yang sama berikhtiar untuk mencari titik-titik persamaan agar Kerajaan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada agenda pembangunan negeri Perak.
Meskipun dalam sesi perbahasan ada rakan-rakan sama ada dari blok Kerajaan dan Pembangkang cuba meningkat kembali kenyataan-kenyataan politik yang pernah diungkapkan oleh pimpinan kedua-dua pihak, namun saya mahu mengajak kita semua untuk membuka lembaran baru agar dapat kita persembahkan kepada rakyat landskap politik yang lebih jernih dan juga harmoni. Dalam hubungan ini, saya menyeru kita semua untuk benar-benar menekuni dan menyelami baik-baik pedoman yang telah dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan agar sentiasa memelihara kesentosaan negeri dan mengelakkan diri daripada perbuatan atau kata-kata yang boleh menyemaikan bibit-bibit permusuhan dan persengketaan dalam kalangan rakyat. Sebaliknya kita sebagai wakil rakyat perlu menjadi pengantara untuk menyuburkan nilai-nilai muafakat dan persefahaman dalam kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan juga agama. Mudah-mudahan dengan kejernihan dan keharmonian politik akan menjadi dorongan kuat kepada kita untuk sama-sama mengerah idea dan kudrat agar segala perancangan baik untuk memakmurkan ekonomi negeri dapat dijayakan sekaligus memberi limpahan manfaat kepada kehidupan rakyat kita insyaAllah.
Yang Muhammad Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan sesi penggulungan ini untuk memberi maklumbalas terhadap beberapa isu berkaitan dengan portfolio saya yang telah dibangkitkan dalam sesi perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. sahabat saya Yang Berhormat Gunung Semanggol dalam sokongannya terhadap Pelan Perak Sejahtera 2030 telah menyatakan bahawa pelaksanaan pelan ini belum sampai ke peringkat jabatan dan agensi kerajaan untuk dilaksanakan. Saya amat menyambut baik keperhatinan Yang Berhormat Gunung Semanggol yang juga Ketua Pembangkang berkaitan dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Secara kebetulan Yang Berhormat Gunung Semanggol sebelum ini adalah juga merupakan salah seorang daripada Exco Kerajaan Negeri dalam kerajaan yang terdahulu yang terlibat bersama-sama dalam merangka dan membangunkan Pelan Perak Sejahtera 2030. Untuk maklumat Yang Berhormat, Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan baharu pada 23 November 2023, telah bersetuju untuk meneruskan Pelan Perak Sejahtera 2030. Walaupun pelan ini adalah hasil perancangan kerajaan yang terdahulu. Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri MMK bilangan 2081 telah meluluskan penubuhan struktur tadbir urus bagi merealisasikan matlamat dan sasaran yang digariskan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.
Struktur tadbir urus ini terdiri daripada Jawatankuasa Pemandu dan juga Jawatankuasa Kerja yang berperanan untuk mengawal, memantau dan menyelaraskan pelaksanaan pelan ini. Jawatankuasa Pemandu Perak Sejahtera 2030 yang dipengerusikan oleh saya sendiri adalah berperanan untuk, pertama, merancang dan menentukan hal tuju Perak Sejahtera 2030. Kedua, merangka dan menyemak dasar, strategi dan pelan tindakan yang jelas agar Pelan Perak Sejahtera 2030 kekal relevan dan yang ketiga, menimbang dan memperakukan syor daripada Jawatankuasa Kerja berkaitan Pelan Perak Sejahtera 2030. Manakala Jawatankuasa Kerja Perak Sejahtera 2030 yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri pula berfungsi untuk menetapkan mekanisme pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan pengesanan jurang pencapaian bagi elemen-elemen dalam Perak Sejahtera 2030.
Selain itu, Jawatankuasa Kerja ini juga berperanan merangka mekanisme tadbir untuk menyelaras dan melaksana agenda utama Perak Sejahtera 2030 seperti berikut:
i. Agenda pertama, Sekuriti Makanan melalui Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Perak.
ii. Agenda kedua, Ekonomi Digital melalui Majlis Ekonomi Digital Negeri Perak.
iii. Agenda ketiga, Pembuatan keputusan dipacu data-data melalui Majlis Statistik dan Data Negeri.
iv. Agenda keempat, Perlombongan bertanggungjawab melalui Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri.
v. Agenda kelima, Koridor TVET Malaysia melalui Jawatankuasa TVET Negeri Perak.
vi. Agenda keenam, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri melalui Mesyuarat Pemantauan Projek Pembangunan Negeri Perak dan juga projek dan program pengkhususan daerah melalui Jawatankuasa Tindakan daerah masing-masing serta lain-lain jawatankuasa mengikut keperluan.
Yang Berhormat Gunung Semanggol juga menyatakan bahawa pelaksanaan pelan ini belum sampai ke peringkat jabatan dan agensi kerajaan untuk dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, peneraju-peneraju kepada enam agenda utama Perak Sejahtera 2030 telahpun digerakkan untuk membuat perancangan dan pelan tindakan bagi mencapai sasaran yang ditetapkan melalui kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi di Negeri Perak. Inisiatif-inisiatif yang diketengahkan di bawah setiap agenda adalah berselari dengan inti pati dokumen perancangan strategik peringkat negeri, seperti Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD), dan Pelan Perindustrian Perak. Pelbagai sesi libat urus sedang giat dilaksanakan dalam usaha untuk memastikan setiap penjawat awam menjiwai inti pati pelan ini dan memupuk semangat sense of belonging, dengan izin. bagi merealisasikan matlamat pelan ini, antara sesi utama yang telahpun dilaksanakan adalah, yang pertama, Perak Sejahtera 2030, Convention State Leadership Summit 2022 pada 23 dan 24 Ogos di Casuarina @ Meru, Ipoh. Yang kedua, Karnival Sekuriti Makanan Perak pada 4 dan 5 September 2022 di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Yang ketiga, Karnival Mesra Anak Muda Perak Sejahtera 2030 pada 16 hingga 18 September 2022 di Stadium Indera Mulia. Yang keempat, Simposium Ipoh Sejahtera pada 12 Oktober 2022 di Casuarina @ Meru, Ipoh. Yang kelima, Program Mahasiswa Perak Sejahtera 2030 pada 28 Oktober 2022 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
Yang Berhormat Gunung Semanggol juga dalam perbahasan membangkitkan mengenai pendirian Kerajaan Negeri dalam beberapa isu termasuk pemberian geran tanah kekal 999 tahun, Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan pelaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Sukacita saya maklumkan kepada Yang Berhormat, pendirian Kerajaan Negeri adalah jelas bahawa apa jua dasar dan polisi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, ia mestilah berpaksikan kepada perkara-perkara yang telah pun digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan sesi penggulungan ini dengan memberi maklumbalas mengenai kebimbangan Yang Berhormat Tebing Tinggi mengenai Program Hari Bertemu Pelanggan yang dikhuatiri masih mempunyai unsur-unsur karenah birokrasi. Untuk makluman Yang Berhormat, idea asal bagi penganjuran Hari Bertemu Pelanggan adalah untuk mendekatkan lagi hubungan antara rakyat dan kerajaan. Memandangkan masih ada rungutan kedengaran di sana sini mengenai kesukaran rakyat untuk bertemu dan mengadukan masalah kepada Menteri Besar atau kepada Exco atau kepada ketua-ketua Jjbatan. Ekoran kita terikat dengan jadual dan komitmen tugas yang padat. Ada waktunya kita telah memberi jadual appointment, mereka pula tak dapat memenuhi jadual itu karena komitmen yang tersendiri. Ada waktunya, dia letakkan jadual dia, kita pula tak dapat memenuhi kehendak itu. Oleh kerana itu kita tetapkan ada satu hari dalam sebulan iaitu pada setiap hari Selasa kedua setiap bulan yang kita namakan sebagai Hari Bertemu Pelanggan. Oleh itu Hari Bertemu Pelanggan menjadi platform utama untuk semua barisan pentadbiran kerajaan negeri serta ketua jabatan dan agensi untuk berinteraksi dengan rakyat bagi memberi ruang dan peluang untuk bersemuka dan mengutarakan pelbagai aduan pertanyaan mahupun cadangan secara terus kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan. Cuma kadangkala kita berhadapan dengan sedikit masalah kerana yang datang itu setiap kali datang, pelanggan kita ada 500 orang. Kalau boleh 500 orang semua nak jumpa Menteri Besar. Di mana tak mungkin dapat kita penuhi tuntutan itu. Jadi ada setengahnya pula rungutan dia, aduan dia, bukan sangat perlu diluluskan oleh Menteri Besar. Memadai dia berjumpa dengan Exco yang berkenaan ataupun kita boleh terus salurkan dia berjumpa dengan Pengarah PTG jika berkaitan tanah. Dia berjumpa dengan Penasihat Undang Undang jika berkaitan dengan undang undang. Dia berjumpa dengan Datuk Bandar jika ia berkaitan dengan MBI. Dia berjumpa dengan Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tanah Daerah masing-masing jika ia berkaitan dengan tanah-tanah berkenaan.
Sebab itu ada kalanya orang merungut dia hajat datang nak jumpa Menteri Besar, tapi kita dah buat tapisan jika perkara itu boleh diluluskan ataupun boleh diselesaikan masalahnya oleh Exco ataupun ketua-ketua jabatan, maka mereka kita minta untuk berurusan dengan Exco dan ketua jabatan yang berkenaan. Dato' Yang di-Pertua untuk pengetahuan Yang Berhormat Tebing Tinggi sepanjang 7 siri pelaksanaan pada tahun 2022 sebanyak 958 aduan telah direkodkan. 880 aduan bersamaan dengan 91.8% telahpun berjaya kita selesaikan manakala bakinya 8.2% merupakan aduan yang melibatkan peruntukan tambahan yang tertakluk kepada kelulusan kewangan. Ada juga yang datang bertemu dengan kita yang tak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri. Ia berkaitan dengan kerakyatan yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pendaftaran Negara ataupun Imigresen. Ia berkaitan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ada rakyat jumpa kita merayu kita untuk mengurangkan cukai pendapatan yang itu tak boleh kita buat kita kena salurkan kepada Kerajaan Persekutuan. Jadi tidak sempurna lah kita kerana kita hanya mampu untuk melesaikan 91.8% maka bakinya 8.2% lagi belum dapat kita tunai kan atas sebab-sebab yang saya sebutkan tadi. Aduan tertinggi yang diterima melibatkan isu pemilikan tanah, kerosakan infrastruktur dan juga pengurusan sampah. Analisa ini akan digunakan oleh Kerajaan Negeri dalam membuat perancangan yang sewajarnya.
Untuk makluman Yang Berhormat Tebing Tinggi juga program hari bertemu pelanggan ini menyediakan pelbagai fasiliti perkhidmatan kaunter bergerak yang telah memberi banyak manfaat kepada rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan yang sama seperti di pejabat tanpa perlu mereka berkunjung ke agensi atau jabatan yang berkenaan pada waktu kita buat hari bertemu pelanggan di stadium Indra Mulia pada setiap hari Selasa kedua setiap bulan kita menyediakan van bergerak JPJ. Kita menyediakan van bergerak MAIPk dan pelbagai jabatan lain termasuk telco untuk membolehkan termasuk MBI untuk membolehkan rakyat yang datang berurusan dengan kita di stadium juga dapat menggunakan kemudahan fasiliti yang saya sebutkan tadi. Rakyat juga telah disajikan dengan pelbagai info melalui reruai-reruai ataupun booth pameran agensi dan jabatan yang terlibat. Malahan kita juga memberi peluang kepada penjaja-penjaja, peniaga-peniaga kecil untuk menjual barang-barangan dan produk mereka termasuk makanan ringan dan sebagainya. Maka mereka pun dapat manfaat daripada hari bertemu pelanggan. Penerimaan dan sambutan rakyat terhadap program hari bertemu pelanggan ini juga terbukti apabila rekod bilangan kehadiran pengunjung mencatatkan pertambahan hampir setiap siri dijalankan. Keputusan Kerajaan Negeri yang menetapkan pelaksanaan secara berkala iaitu pada setiap hari selasa minggu kedua setiap bulan ternyata memudahkan rakyat membuat perancangan yang sewajarnya. Kita juga telah menerima pandangan supaya di selang-seli kalau bulan Januari diadakan di stadium Indra Mulia, maka kalau boleh bulan Februari diadakan di luar daripada ipoh. Supaya bukan sahaja orang dalam sekitar ipoh sahaja dapat manfaat tetapi orang ramai di luar ipoh pun dapat manfaat. Kita telah pun mencubanya sekali sebelum pilihan raya yang kita adakan di Mukim Selinsing.
InsyaAllah pada masa akan datang melihatkan kepada sambutan kita akan beredar berselang-seli setiap bulan. Bulan pertama barangkali di stadium Indra Mulia, bulan berikutnya kita akan buat di luar daerah Ipoh. Selari dengan revolusi pendigitalan, Kerajaan Negeri telah menyediakan platform saluran aduan secara atas talian yang mengintegrasikan hampir semua jabatan di negeri ini penggunaan sistem pengurusan aduan awam atau SISPAA yang dibangunkan oleh pihak Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diguna pakai di negeri Perak bermula tahun 2021. Sepanjang 2 tahun penggunaannya sistem tersebut telah mencatat sejumlah 19,343 aduan, daripada keseluruhan jumlah tersebut sebanyak 98% telah berjaya diselesaikan manakala yang selebihnya merupakan aduan-aduan yang bersifat kompleks yang mana memerlukan tempoh masa yang panjang. Jumlah aduan yang diterima ini bukanlah semata-mata merupakan indikator peningkatan permasalahan sebaliknya merupakan satu impak positif kepada penggunaan sistem yang diperkenalkan serta dapat memberi kemudahan kepada rakyat untuk menyalurkan aduan atau permasalahan mereka. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Titi Serong, Batu Kurau dan juga Manong telah mencadangkan agar tanah-tanah terbiar di negeri Perak dimanfaatkan kepada pihak yang berminat dan berkeupayaan khususnya bagi tujuan pertanian.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baik cadangan-cadangan untuk memperkasa takbir urus tanah. Terutamanya apabila ia dapat meningkatkan taraf kualiti kehidupan rakyat negeri Perak. Tanah-tanah yang terbiar boleh jadi terdiri daripada tanah milik, tanah kerajaan dan tanah rizab. Bagi tanah milik, pembangunan tanah merupakan tanggungjawab pemilik tanah itu sendiri dan pemilik tanah boleh memajak atau menyewakan tanah tersebut kepada individu atau pihak yang berminat. Cuma Dato' Yang di-Pertua dalam pengalaman kita, kita dapati tanah-tanah milik yang terbiar ini kebanyakannya adalah merupakan tanah-tanah pusaka yang tidak sempurna, bicara kuasanya yang kadang-kadang ada agensi datang untuk membangunkan tanah tersebut, kalau tanah itu ada lebih daripada seorang pemilik, maka ada masalah untuk mendapat persetujuan daripada kesemua waris kepada tanah pusaka tersebut. Jadi insyaAllah PTG dan rakan-rakan kita sedang berusaha mencari jalan bagaimana kita nak menyelesaikan, tunggakan bagi tanah-tanah pusaka yang tak dapat dibangunkan. Bagi tanah kerajaan pula, secara dasarnya telah ada usaha-usaha oleh pihak Kerajaan Negeri untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pemberimilikan tanah perancangan pertanian berkelompok atau RPB dan lesen pendudukan sementara LPS bagi tujuan pertanian dan juga aquaculture.
Untuk maklumat Yang Berhormat, Kerajaan Negeri juga meluluskan tanah kepada anak syarikat Kerajaan Negeri, GLC bagi tujuan pembangunan pertanian secara komersial dan juga menawarkan lot-lot tanah kepada individu dan syarikat dalam bentuk penyewaan ataupun pajakan jangka panjang. Rakyat yang berminat boleh mengambil peluang dalam bidang pertanian dengan memohon penyewaan atau pajakan tanah-tanah yang telah diluluskan kepada GLC terutama sekali kepada SADC, Perpadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mewartakan lima kawasan iaitu Gunung Matsurat, Gunung Rapat, Gunung Panjang, Gunung Gunting dan Gunung Layang seluas 259.648 hektar bagi tujuan Program Urban Farming (Pertanian Bandar) serta pewartaan lombong-lombong untuk tujuan perikanan bandar di kawasan Ipoh untuk manfaat rakyat bagi menjana pendapatan. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri turut mengambil langkah untuk menangani isu berhubung dengan tanah terbiar yang melalui proses perampasan di bawah Seksyen 97 sehingga 100 Kanun Tanah Negara, KTN untuk dimajukan bagi tujuan pertanian. Dalam konteks ini, tanah-tanah berkenaan diwartakan di bawah Seksyen 62 bagi tujuan keselamatan makanan dan disyorkan pajakan di bawah Seksyen 63, KTN untuk dimajukan. Yang Berhormat Keranji ada membangkitkan tentang rayuan pemberian diskaun premium kepada 42 penduduk. Sila.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya berminat berkaitan dengan tanah-tanah yang terbiar untuk dijadikan sebagai tanah pertanian dan satu lagi tanah yang terbiar ialah yang disebut sebagai wakaf. Tapi ini bukan bawah Kerajaan Negerilah, bawah MAIPk dan satu bidang yang cukup luas juga yang terbiar. Tapi duduk di dalam hutan dan jauh sebab tak boleh nak bina masjid, tak boleh nak bina sekolah agama dan sebagainya. Jadi mungkin ada usaha daripada pihak Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama dengan MAIPk untuk juga membangunkan tanah tersebut, tanah pertanian dan hasilnya boleh diberikan kepada asnaf dan sebagainya daripada terbiar yang saya rasa dalam berbelas ribu ekar juga lah. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Selama. Yang Berhormat adalah juga mantan Exco Agama satu ketika dahulu. Dia tahu di mana tanah-tanah wakaf itu ada dan sudah tentu cadangan itu merupakan cadangan yang bernas yang InsyaAllah kita akan bawakan dalam mesyuarat MAIPk yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Keranji ada membangkitkan tentang rayuan pemberian diskaun premium kepada 42 penduduk di Jalan Stesen Kampar yang telah dikeluarkan Notis 5A pada tahun 2020. Seterusnya Yang Berhormat Keranji menyarankan Kerajaan Negeri mengeluarkan semula Notis 5A dan memberikan diskaun 80% kepada penduduk yang terlibat. Untuk makluman Yang Berhormat, secara dasarnya bayaran premium yang dikenakan kepada penduduk setinggan Jalan Stesen telah mengambil kira nilai kebajikan rakyat meskipun kedudukan lokasi penempatan yang strategik di tengah pekan. Di samping itu, tiada denda usaha haram dikenakan kepada peserta Jalan Stesen walaupun usaha itu ataupun struktur binaan itu telahpun didirikan sebelum kelulusan pemberimilikan.
Dalam erti kata lain, biasanya standardnya bagi mereka yang telah terlebih dahulu mengusahakan tanah tersebut sama ada dia buat bangunan dulu ataupun dia buat pertanian dulu, jika dia mohon, jika kerajaan lulus, biasanya akan dikenakan denda enam kali. Enam kali tetapi untuk mereka di sini, specialnya kita tidak mengenakan denda. Bermakna premium yang dikenakan itu dikecualikan daripada denda enam kali. Kadar premium yang dikenakan antara RM7,000 hingga RM20,000 adalah berdasarkan keluasan usaha bangunan peserta. Selaras dengan permohonan rayuan yang dikemukakan, pemberian diskaun di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi, 10% telahpun diberikan kepada penduduk setinggan Jalan Stesen. Susulan daripada keputusan pemberian diskaun 10% tersebut, seramai 11 orang telah selesai menjelaskan bayaran Notis 5A dan empat daripadanya telah selesai menerima hakmilik. Kadar bayaran premium dengan diskaun yang diberikan ini adalah wajar dan berpatutan memandangkan Kerajaan Negeri telah mengalami kemerosotan nilai atau ketirisan hasil akibat daripada tidak mendapat apa-apa bayaran cukai tanah yang sepatutnya dibayar selama tanah tersebut diduduki secara tidak sah oleh peserta-peserta dalam tempoh yang agak lama.
Yang Behormat Keranji juga telah membangkitkan isu berkenaan penjualan tanah lapangan terbang antarabangsa di negeri Perak oleh pentadbiran sebelum ini. Yang Berhormat telah menyatakan bahawa tanah tersebut masih belum dipindah milik dan mencadangkan Kerajaan Negeri membatalkan perjanjian tersebut untuk diambil alih semula tapak bagi meneruskan projek berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, tanah tersebut bukan lagi tanah kerajaan. Ia adalah merupakan tanah milik yang telah diberikan kepada PKNP dan perjanjian jual beli telahpun dimeteraikan. Pembinaan lapangan terbang baru memanglah sangat-sangat diperlukan kerana kita yakin ia akan dapat meningkatkan limpahan ekonomi Negeri Perak.
Walaubagaimanapun, perancangan pembangunan lapangan terbang antarabangsa Negeri Perak adalah tertakluk kepada hasil kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP), Kementerian Pengangkutan Malaysia yang sedang dijalankan sekarang ke atas semua 42 lapangan terbang sedia ada di seluruh negara. Kajian ini yang sedang berlangsung mulai 7 Mac 2022 dan dijangka dimuktamadkan pada 7 September 2023 memberi tumpuan kepada unjuran permintaan perkhidmatan penumpang dan kargo serta komitmen syarikat penerbangan yang ingin menggunakan lapangan terbang sedia ada kerana Malaysia ini ada banyak lapangan terbang, kalau terlampau rapat sangat pun susah juga. Lapangan terbang yang sangat berhampiran. Jadi, kerana itu Kementerian Pengangkutan sedang mengadakan kajian tentang keperluan untuk pembinaan lapangan terbang baru dan juga kajian sama ada ia diperlukan sebenar-benarnya dan memberi impak yang baik. Memang Negeri Perak kita berhasrat untuk menyediakan tapak bagi membolehkan lapangan terbang antarabangsa diadakan untuk membolehkan kita dapat melangsungkan kempen dalam bentuk pelancongan termasuk pelancongan kesihatan. Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, Yang Berhormat Kamunting memohon supaya diwujudkan satu jawatankuasa untuk memantau aktiviti perlombongan lanthanide.
Yang Berhormat Menteri Besar, daripada Alor Pongsu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ada dua, saya pendekkan. Yang pertama di kawasan DUN Alor
Pongsu, dah bertahun-tahun disebut tentang pengambilan tanah daripada Sime Darby iaitu Kampung Baru Sungai Bogak dan juga Chesenis. Yang terakhir sekali maklumat yang saya dapat, mengatakan SSI tak membayar dan Sime Darby dah ambil balik. Jadi ini mengecewakan lebih kurang 90, lebih kurang 100 orang lebih, orang kampung yang tak punya tanah. Itu yang pertama. Yang keduanya di Alor Pongsu, tapak pasar malam dan pasar hari menumpang di tanah PKNP. Kerajaan Negeri anugerahkan kepada PKNP. PKNP nak bangunkan tanah itu, dah bertahun-tahun tak dibangunkan dan penyelaras pasar hari dan pasar malam itu iaitu Majlis Daerah Kerian, tak dibenarkan untuk menurap tanah itu. Akhirnya pengunjung dan peniaga, meniaga dalam keleboq. Pakai boot Phua Chu Kang. Jadi saya minta jasa baik Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk tengok dua perkara ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu dan saya yakin di Dewan ini ada ketua-ketua jabatan termasuk GLC berkaitan. PKNP misalnya, mencatat dan Insya Allah kita akan bawa dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PKNP. Terima kasih. Yang Berhormat Kamunting memohon supaya diwujudkan satu jawatankuasa untuk memantau aktiviti perlombongan lantanida atau lanthanide di Negeri Perak terutamanya di Hulu Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, Pihak Berkuasa Negeri melalui Keputusan MMK Bilangan 2007 bertarikh pada 11 November 2020 telah bersetuju menubuhkan jawatankuasa bersama Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NRREE) di Negeri Perak melibatkan Kerajaan Negeri Perak dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Dahulu dikenali sebagai KeTSA, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Jawatankuasa ini dipengerusikan secara bersama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Selain itu, jawatankuasa teknikal kepada jawatankuasa bersama Projek Perintis NRREE di Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG) bersama dengan beberapa agensi teknikal yang berkaitan akan memantau pengoperasian dan pelaksanaan aktiviti perlombongan NRREE di lapangan berdasarkan kepada SOP NRREE Negeri Perak yang telahpun disediakan. Pada masa yang sama, Pihak Berkuasa Negeri melalui Keputusan MMK Bilangan 2084 bertarikh 1 September 2022 telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa audit bagi tujuan pemantauan pelaksanaan Projek Perintis Perlombongan NRREE di Negeri Perak.
Selaras dengan tujuan berkenaan, jawatankuasa audit telah memulakan pengauditan projek perintis di atas tanah seluas 216 ekar pada 16 Disember 2022. Baru lagi. Penemuan audit untuk pusingan pertama ekstrak hasil aktiviti perlombongan menunjukkan aktiviti ini dilaksanakan dalam kawalan dan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan serta tiada sebarang kesan negatif terhadap alam sekitar. Di Peringkat Pesekutuan, NRECC telah melantik Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak sebagai agensi pemantau bagi memastikan pematuhan projek perintis ini berdasarkan kepada SOP NREREE. Dato' Yang Di-Pertua, Yang Berhormat Titi Serong menyatakan aduan berkaitan isu judi yang tidak berlesen atau pun judi haram yang telah menyumbang kepada masalah kekeluargaan. Untuk makluman yang Berhormat Titi Serong, pengeluaran lesen perjudian adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia melalui Akta Rumah Judi terbuka 1953, manakala lesen premis perniagaan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), mengikut kepada Undang-Undang Kecil Perlesenan, Tred, Perniagaan dan
Perindustrian setelah mendapat ulasan daripada Jabatan Teknikal berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia, bomba dan sebagainya. Penguatkuasaan perjudian haram adalah di bawah bidang kuasa PDRM, Akta Rumah Judi Terbuka 1953, pihak PDRM sentiasa menjalankan penguatkuasaan di mana statistik merekodkan purata tangkapan judi tidak berlesen sebanyak 120 kes sebulan di seluruh negeri Perak, khususnya bagi daerah Kerian pula, purata tangkapan judi tidak berlesen adalah sebanyak 12 kes sebulan. Aktiviti perjudian sememangnya memberikan impak sosial yang sangat negatif kepada institusi keluarga dan malangnya ramai di antara mereka terdiri daripada orang yang miskin, miskin tegar yang merasakan bahawa dengan hasil judi itu boleh membawa mereka keluar daripada masalah itu jadi mereka terlibat sepenuhnya pula dengan kes-kes berkaitan dengan perjudian.
Dato' Yang Di-Pertua, saya mohon laluan.
Sila.
Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat Titi Serong atas keperihatinan terhadap kesejahteraan institusi keluarga yang memandang serius akan impak aktiviti perjudian ini. Namun saya kira tidak cukup penguatkuasaan semata – mata sekiranya kita masih memberi laluan kepada aktiviti negatif ini. Saya kira wajar untuk kita memperhatikan bagaimana untuk meminimakan aktiviti ini agar tidak menjadi ketagihan dengan bekerjasama bersama – sama dengan PBT dan ahli – ahli majlis untuk meneliti undang – undang kecil yang berkaitan. Usaha secara kolektif dan melibatkan semua pihak perlu dilakukan secara serius dan ianya hendaklah dilaksanakan bermula daripada bawah iaitu memberikan kefahaman, pendidikan masyarakat sehingga kepada penguatkuasaan dan kawalan. Saya rasa, saya yakin dan percaya semua Ahli Dewan Negeri, wanita khususnya yang ada dalam Dewan ini, sangat setuju bahawa judi ini memberi kesan rantaian yang buruk kepada institusi keluarga. Itulah tambahan daripada saya. Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Bota. Saya setuju dan kita semua pun setuju bahawa masalah judi ini perlu kita mansuhkan daripada berada di muka bumi ini tetapi seperti sedia maklum, maka kita sedia maklum, isu judi ini dia bukan sahaja judi secara terang – terangan. Semasa Piala Dunia, World Cup, orang bertaruh, pertama siapa menang? Jerman menang atau Perancis menang? Yang kedua, menang berapa biji? Yang ketiga, siapa score dulu? Semua itu, tadi guruh berbunyi, guruh berbunyi ada orang berjudi, hujan tak hujan? Semua kemungkinan untuk berjudi itu dia akan jadikan sebagai sumber judi. Sila Yang Berhormat.
Mohon betulkan, bukan Jerman tapi Argentina. Jangan malukan penyokong Argentina di sini. Terima kasih MB.
Terima kasih, saya setuju dengan...
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, saya ada soalanlah. Tadi Yang Amat Berhormat sebut bahawa judi ini patut dihapuskan daripada muka bumi ini. Jadi saya ingin bertanya tentang arak dan rokok di Pulau Bebas Cukai Pangkor seketika dulu dalam Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan bahawa arak dan rokok tidak dijadikan jualan di Pulau Bebas Cukai tetapi wakil daripada Kementerian Kewangan di Dewan Negara menyatakan bahawa ia boleh dijual tapi saya nak tanya apakah pendirian Kerajaan Perak pada hari ini terhadap dua produk ini di Pulau Bebas Cukai? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya seperti dahulu, saya kata kita Kerajaan Negeri kekal dengan pendirian seperti mana awal-awal persetujuan kita untuk memajukan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas Cukai. Ia bukan Pulau Bebas Arak ataupun Bebas Rokok. Kita kekal begitu walaupun kita tahu sebenarnya dia di bawah kuasa Kementerian kewangan tapi Kerajaan Negeri memang kita kekal dengan pendirian sebelum ini.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Astaka. Saya sendiri pun tak judi, saya pun tak rokok dan minum arak sikit secara jujurnya tapi hari ini kita sebut tentang hal-hal ini adalah berkaitan dengan hak orang yang berjudi, yang minum atau yang rokok. Untuk ramai, kalau saya beri contoh, rokok. Kalau hari ini kita nak batalkan atau kita nak haramkan rokok, ini jadi satu masalah yang sangat besar. Ini sudah jadi satu kebiasaan dan kita tak boleh kata nak batal, then kita batalkan. Ini saya nak tegaskan dan seperti semalam saya ingat YB Kenering kata di Kelantan, Kerajaan PAS pun menghormati hak-hak bukan Islam. Saya rasa ini sangat penting dan Perak seharusnya menjadi teladan juga. Kita menghormati hak-hak di mana orang yang nak rokok, yang nak judi atau yang nak minum arak. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat. Kita tak akan memanjangkan perbahasan berkaitan dengan hak. Memang orang yang merokok, dia kata itu hak dia. Jangan lupa hak orang sekeliling itu pun ada iaitu mereka perlu bebas daripada asap rokok. Orang yang berjudi, dia kata itu hak dia tetapi keluarga dan anaknya juga perlu dihormati hak dia. So, saya tak akan memanjangkan perbahasan berkaitan dengan hak. Baik, terima kasih. Kita meraikan.
Yang Amat Berhormat, Satu lagi. Satu lagi. Terima kasih, Dato' Yang Di-Petua. Kami semua saf pembangkang di sini menyokong penuh statement Dato' Seri tadi dengan menghilangkan judi di muka bumi ini. Terima kasih.
Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua. Saya sat lagi ada masa lagi untuk berucap dalam pembentangan bajet. Sebelum menutup sesi penggulungan ini, saya sekali lagi mengajak kita semua sebagai penggubal dasar di Dewan Yang Mulia ini untuk menyuburkan semangat solidariti dan kebersamaan supaya sentiasa menghargai pandangan dan teguran demi kebaikan Negeri dan rakyat. Sebagai menteri besar, saya berazam untuk sentiasa terbuka dan memberi ruang kepada usaha-usaha penambahbaikan kecekapan jentera pentadbiran Kerajaan. Saya yakin dengan kematangan politik yang kita jelmakan di Perak sejak tahun-tahun terkebelakang akan terus menjadi resipi kejayaan dalam kita mengharungi apa jua cabaran-cabaran mendatang. Sama sama kita mendoakan agar Bumi Perak Darul Ridzuan yang bertuah ini terus mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan. Insya-Allah. Dato' Yang di-Pertua, demikianlah ucapan penggulungan saya. Wa Billahitaufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Wassalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih, Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku, Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini, merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan, telah disokong, dibahas dan digulung. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi, yang bersetuju sila bersuara bersetuju, dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Sebulat suara bersetuju, maka usul itu dipersetujui. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan ini ditempohkan sementara selama 30 minit dan akan bersambung semula pada jam 5.00 petang. Terima kasih.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[DEWAN DITEMPOHKAN DAN AKAN BERSAMBUNG SEMULA JAM 5.00 PETANG]
___________________________________________________________________
[DEWAN BERSAMBUNG SEMULA]
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bersambung semula. Dipersilakan Setiausaha Dewan untuk membacakan aturan mesyuarat seterusnya.
Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2023 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023Bill
Perkara yang kelima, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2023 dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan Enakman Perbekalan 2023 dibaca bagi kali yang pertama.
Silakan Yang Amat Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan rang undang-undang yang bernama, 'Suatu Enakman bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu'.
Bila bacaan kali ke-2?
Dalam mesyuarat ini juga.
Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan notis bacaan kali yang ke-2, sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 57(1).
Seterusnya dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Memandangkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2023 yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 07/2022 adalah berkaitan. Saya mohon izin mengusulkan bahawa Dewan ini mengambil ketetapan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan Negeri 2023 hendaklah dibahas dengan sekaligus. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM395 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2023. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan. Dato' Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang DiPertua, Rungkup menyokong.
Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi membentangkan Belanjawan Negeri Perak Darul Ridzuan untuk Tahun 2023.
___________________________________________________________________
UCAPAN BELANJAWAN 2023 PERAK DARUL RIDZUAN
Assalamualaikum Warahmattullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahirrohmanirrahim, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, Anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
1. Dengan lafaz Bismillah pembuka bicara, puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala atas limpah kurnia dan perkenan-Nya jua rakyat dan Negeri Perak Darul Ridzuan yang bertuah ini terus disirami rahmat dan kesejahteraan.
2. Pada hari yang dimohon keberkatan ini, saya dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Tahun 2022. Dirgahayu Tuanku.
3. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah Subhanahu Wa Taala serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.
4. Saya juga melatarkan permulaan ucapan ini dengan merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian yang beroleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini. Semoga kita sama-sama diberikan kekuatan dalam memikul tanggungjawab sebagai penyampai suara hati rakyat dan pemegang amanah sebagai pembuat dasar kerajaan.
5. Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri yang telah menabur jasa bakti sepanjang berkhidmat sebagai Wakil Rakyat pada penggal yang lalu.
6. Pilihanraya sudah berlalu, Kerajaan sudah dibentuk. Tidak kira sama ada rakan-rakan di sebelah kerajaan atau pembangkang, tugas, tanggungjawab dan amanah yang dipikulkan ke atas kita adalah cukup besar.
7. Begitu besar tanggungjawab pemimpin sehinggakan Khalifah Bani Umaiyah yang termasyhur, Umar Abdul Aziz pernah membayangkan betapa amanah sebagai pemimpin itu berat dan sulit. Khalifah Umar ketika berkhutbah menerima jawatan telah mengungkapkan kata-kata berikut:
“Aku memikul amanat umat ini dan aku tangisi orang-orang yang menjadi amanat atasku, iaitu fakir miskin, yang lemah dan lapar, Ibnu Sabil yang kehilangan tujuan dan terlantar, orang-orang yang dizalimi dan dipaksa menerimanya, orang-orang yang banyak anaknya dan berat beban hidupnya. Aku merasa bertanggungjawab atas beban mereka, kerana itu, aku menangisi diriku sendiri kerana beratnya amanat atas diriku.”
8. Mengambil ibrah daripada kata-kata Khalifah Umar itu, saya mengingatkan diri saya dan kita semua untuk menginsafi betapa kebahagiaan dan kesengsaraan rakyat merupakan cerminan kejayaan atau kegagalan kita sebagai pemimpin.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
Seterusnya saya mohon izin untuk membawa usul seperti berikut:
Pertama:
9. Mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang dinamakan ‘Suatu Enakmen Bagi Menggunakan Sejumlah Wang Daripada Kumpulan Wang Disatukan Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun 2023 dan Bagi Memperuntukkan Wang Itu Untuk Perkhidmatan Bagi Tahun Itu dibacakan bagi kali kedua.
Kedua:
10. Mengusulkan butir-butir dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 7 / 2022 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 itu boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang RM395.0 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2023. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu, adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
SENARIO EKONOMI NEGERI
11. Ekonomi Negeri telah menunjukkan perkembangan positif susulan daripada langkah-langkah pemulihan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri. Ini dapat dilihat apabila Negeri Perak telah mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) lebih baik berbanding peringkat nasional dengan peningkatan 3.5 peratus pada tahun 2021. Perak juga telah berjaya melonjak ke tangga keempat dalam senarai prestasi pencapaian pertumbuhan KDNK Negeri selepas Negeri Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.
12. Tiga sektor yang telah menyumbang kepada pertumbuhan positif KDNK Perak adalah sektor pembuatan dengan pertumbuhan 9.2 peratus diikuti dengan sektor pertanian 3.1 peratus dan sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 2.4 peratus.
13. Bagi tahun 2022, Kerajaan Negeri masih terus berada di landasan pemulihan ekonomi dengan merancakkan aktiviti bagi mendorong pencapaian prestasi KDNK yang lebih memberangsangkan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
PRESTASI BELANJAWAN NEGERI 2022
14. Alhamdulillah walaupun berhadapan dengan suasana ekonomi yang begitu mencabar sama ada di peringkat global dan peringkat nasional, sukacita saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Perak bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 semakin kukuh dengan tahap defisit yang terkawal.
15. Sepertimana yang semua sedia maklum, Belanjawan Negeri Perak yang disediakan amat mengharapkan kutipan hasil yang tinggi dan konsisten bagi menampung komitmen perbelanjaan yang sentiasa meningkat saban tahun. Berikutan trend kutipan hasil yang meningkat secara perlahan, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan berbelanja secara berhati-hati melalui pemantauan prestasi perbelanjaan dan kutipan hasil pada setiap suku tahun.
16. Kerajaan Negeri optimis untuk menutup akaun dalam keadaan terkawal, maka satu semakan semula bagi menimbang keperluan melaksanakan Sekatan
Perbelanjaan yang dikenali sebagai Waran Sekatan telah dibuat selepas berakhir suku ketiga pada 30 September 2022. Bagaimanapun, berdasarkan pertimbangan tersebut, didapati tiada keperluan Sekatan Perbelanjaan ke atas Belanja Mengurus. Manakala Waran Sekatan RM12.7 juta dikenakan ke atas Belanja Pembangunan berbanding RM72.6 juta pada tahun 2021. Pun begitu, sekatan ini hanya melibatkan projek yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun semasa atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
17. Belanjawan 2022 yang dibentangkan pada 10 Disember 2021 yang lalu diluluskan sebagai belanjawan defisit RM49.6 juta (RM49,615,000.00). Pelaksanaan Waran Sekatan ini telah mengecilkan anggaran defisit Kerajaan Negeri kepada hanya RM36.9 juta (RM36,875,700).
18. Atas komitmen dan usaha berterusan oleh semua jabatan dan agensi Negeri, suka saya memaklumkan bahawa kutipan hasil Negeri telah melepasi angka RM1.0 bilion iaitu mengulangi prestasi pada tahun 2016 hingga 2019 iaitu pencapaian sebelum pandemik COVID-19. Alhamdulillah, kutipan hasil tahun semasa juga telah melepasi anggaran RM1.032 bilion. Pencapaian ini sekaligus telah mengukuhkan aliran tunai Kerajaan Negeri.
19. Bersandarkan perkembangan itu, saya yakin, Kerajaan Negeri akan berjaya menutup akaun pada tahun ini dalam kedudukan surplus. Saya juga bersyukur kini Negeri kita dapat kembali merekodkan momentum pengukuhan kedudukan kewangan.
20. Kedudukan kewangan yang mengukuh ini juga berjaya menampung kurangan di dalam Kumpulan Wang Pembangunan Negeri yang kini telah berubah menjadi positif setelah selama ini dalam keadaan negatif. Bukan itu sahaja, kita juga telah berjaya meningkatkan baki Akaun Hasil Disatukan Negeri. Alhamdulillah, terima kasih dan tahniah kepada semua penjawat awam Negeri Perak.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
21. Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah dan sedang melaksanakan projek di bawah peruntukan khas Kementerian Kewangan Malaysia melalui Program Jaminan Bekalan Makanan, Pelancongan serta Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar di Negeri Perak.
22. Daripada kelulusan RM20.0 juta yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, RM10.0 juta telah diterima bagi tujuan pelaksanaan projek-projek seperti berikut:
RM2.0 juta untuk Pelbagai Projek Membaik Pulih Ban Pantai;
RM2.0 juta untuk Projek Pembinaan Jeti Kuala Sepetang;
RM1.0 juta untuk Lembah Makanan Lekir;
RM1.0 juta untuk Pembangunan Dataran Ban Pecah, Tanjung Piandang;
RM1.0 juta untuk Projek-projek Kecil Tebatan Banjir;
RM1.0 juta untuk Penanaman Pokok di Pesisir Pantai;
RM1.0 juta untuk Projek Menaiktaraf Infrastruktur dan Utiliti di Kawasan Beting Beras Basah; dan
RM1.0 juta untuk Projek Pembangunan dan Naiktaraf Infrastruktur Pelancongan seperti Menaiktaraf Sistem Pencahayaan Lampu Hiasan di Pekan Bagan Datuk, Pemasangan Paparan LED di Pekan Tapah, Penyelenggaraan Kawasan Rekreasi di Lata Ulu Chepor dan Lata Ulu Lawin serta Pembinaan Tapak Pelancongan Glamping Ujana, Muallim.
23. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan di atas kelulusan peruntukan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
BELANJAWAN NEGERI PERAK 2023
24. Penyediaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2023 telah dirangka dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak. Belanjawan ini dirangka selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang berlandaskan tiga asas utama iaitu Dinamik, Realistik dan Boleh Capai.
25. Oleh itu, saya dengan ini membentangkan Belanjawan 2023 bertemakan: “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera”
26. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri menetapkan lima fokus utama Belanjawan Negeri Perak iaitu:
i. Kesejahteraan Rakyat; ii. Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri; iii. Kelestarian Alam Sekitar; iv. Keterjaminan Bekalan Makanan; serta v. Pembangunan Modal Insan dan Belia.
27. Pelaksanaan Belanjawan Negeri Perak Tahun 2023 dirangka berdasarkan unjuran Hasil dan Terimaan Pembangunan sebanyak RM1.16 bilion. Jumlah ini terdiri daripada Hasil Cukai RM549.2 juta, Hasil Bukan Cukai RM393.9 juta dan Terimaan Bukan Hasil RM190.5 juta. Jumlah Hasil yang terdiri daripada Hasil Cukai, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil berjumlah RM1.13 bilion, iaitu peningkatan RM100.7 juta (9.8%) berbanding sasaran tahun 2022. Manakala Anggaran Terimaan Pembangunan Tahun 2023 meningkat kepada RM25.4 juta berbanding RM22.5 juta pada tahun 2022.
28. Jumlah keseluruhan perbelanjaan bagi tahun 2023 dianggarkan hampir RM1.19 bilion meliputi Belanja Bagi Maksud Pembangunan RM395.0 juta (33.2%) dan
Belanja Bagi Maksud Mengurus RM794.0 juta (66.8%) yang terdiri daripada belanja Emolumen RM380.1 juta, Perkhidmatan dan Bekalan RM294.1 juta, Pembelian Aset RM14.6 juta, Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap RM99.2 juta serta Lain-lain Perbelanjaan RM6.0 juta.
29. Belanja Bagi Maksud Pembangunan Tahun 2023 ditambah RM93.0 juta (30.8%) berbanding Belanjawan Tahun 2022. Peningkatan ini mengambil kira keperluan yang perlu dibelanjakan demi manfaat rakyat secara keseluruhan. Asbab utama peningkatan adalah komitmen bagi projek fizikal merangkumi pembinaan, pembaikan dan kerja naiktaraf pelbagai infrastruktur dan fasiliti serta program kesejahteraan rakyat.
30. Daripada unjuran Hasil dan Perbelanjaan tersebut, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 akan ditutup dengan jangkaan defisit RM30.0 juta.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
FOKUS 1: KESEJAHTERAAN RAKYAT
31. Menyedari realiti ketidaktentuan iklim ekonomi yang masih menyelubungi kehidupan rakyat, Kerajaan Negeri merangka pelbagai program dan projek ke arah mencapai kesejahteraan rakyat secara menyeluruh. Oleh itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan bagi tujuan Kesejahteraan Rakyat berjumlah RM380.9 juta.
32. RM42.3 juta disediakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat meliputi RM36.4 juta Bantuan Am. Kerajaan Negeri telah mengguna pakai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan Isi Rumah Tahun 2019 iaitu RM1,169 atau PGK Makanan per kapita RM310 sebagai syarat baru menggantikan PGK Makanan 2016.
33. Memahami keperluan untuk menyantuni rakyat yang terkesan dengan himpitan ekonomi terutamanya golongan sasar B40, Kerajaan Negeri telah meningkatkan dana bagi pelaksanaan Program Kad Perak Sejahtera yang sebelum ini dikenali sebagai Program Kad Perak Prihatin kepada RM25.2 juta iaitu peningkatan RM2.4 juta berbanding tahun 2022. Kadar Bantuan Kad Makanan telah dinaikkan daripada RM80 kepada RM90 sebulan untuk setiap penerima. Manakala Kad Kesihatan kekal pada kadar RM150 setahun. Program ini dijangka akan dapat memanfaatkan 20 ribu penerima.
34. Pada masa yang sama, peruntukan bagi Program Bantuan Kotak Makanan ditambah RM2.0 juta menjadi RM5.0 juta pada tahun hadapan. Program ini akan diselaraskan oleh Yayasan Perak.
35. Kerajaan Negeri akan meneruskan peruntukan bagi pelbagai program bantuan untuk golongan memerlukan seperti berikut:
RM0.8 juta untuk Pembangunan dan Rumah Kebajikan Kanak-kanak dan Anak Yatim yang berdaftar di bawah JKM meliputi RM0.4 juta masing-masing untuk program serta projek menaiktaraf infrastruktur di rumah kebajikan berkenaan;
RM0.7 juta bagi Aktiviti Pembangunan Komuniti Orang Asli iaitu peningkatan RM0.3 juta daripada tahun 2022;
RM0.5 juta untuk program Perak Children Community Feeding (PCCF); dan
RM0.2 juta untuk Program Kebajikan Warga Emas.
36. Menyedari hakikat golongan wanita mampu menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada kemajuan negara, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.5 juta untuk pelbagai program khas kepada golongan ini.
RM1.0 juta diperuntukkan untuk Program Pendayaupayaan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. Jumlah ini akan dimanfaatkan untuk pelbagai Program Pendayaupayaan Wanita termasuk keusahawanan wanita serta kebajikan masyarakat; dan
Sekretariat Wanita Perak pula diperuntukkan RM1.5 juta.
37. Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan bagi program-program berikut:
RM4.0 juta untuk Program Tabarru’ Khairat Kematian;
RM1.0 juta untuk program dan aktiviti Badan Bukan Kerajaan (NGO);
RM0.4 juta untuk pengurusan dan operasi Kompleks PENGASIH Amanjaya, Gopeng; dan
RM0.2 juta untuk Program Membasmi Penyalahgunaan Dadah.
38. Selaras dengan kepentingan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan tahap sosioekonomi rakyat, agenda pendidikan akan terus menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri dengan penyediaan peruntukan RM21.4 juta bagi tujuan bantuan pendidikan di pelbagai peringkat pembelajaran.
39. Di bawah pendidikan peringkat sekolah, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan seperti berikut:
RM5.0 juta untuk bantuan pendidikan per kapita kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Mubaligh dan Sekolah SUWA;
RM2.0 juta disediakan bagi bantuan per kapita kepada pelajar Sekolah Tahfiz dan Pondok;
RM1.0 juta bagi tujuan Biasiswa Menteri Besar yang diagihkan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang cemerlang akademik dari golongan B40;
RM0.6 juta disediakan di bawah Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak (TASPEN) bagi anak-anak kelahiran Perak;
RM0.5 juta bagi Pelbagai Program Pendidikan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan;
RM0.4 juta bagi Program Pembangunan Pendidikan Pelajar-Pelajar Orang Asli; dan
RM0.2 juta untuk Bantuan per kapita Murid Berkeperluan Pendidikan Khas.
40. Bagi melengkapkan segala inisiatif pendidikan yang telah disebutkan sebentar tadi, sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan program Tuisyen Cikgu Saarani yang akan memberi manfaat secara langsung kepada ekosistem pendidikan Negeri. Antara inisiatif yang akan diteruskan adalah bantuan makan tengah hari percuma kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Lain-lain inisiatif akan dilaksanakan secara berfasa pada tahun hadapan.
41. Manakala bagi pendidikan di peringkat tertiari pula, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan Dermasiswa Pendidikan Dalam dan Luar Negara berjumlah RM6.2 juta. Bantuan ini diagihkan secara one-off sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian.
42. Memahami keperitan mahasiswa yang mengalami kesempitan hidup, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.0 juta bagi program Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa iaitu peningkatan RM1.4 juta berbanding tahun 2022.
43. Untuk semua program pendidikan yang telah dinyatakan, Kerajaan Negeri amat menggalakkan sumbangan Badan Berkanun dan Agensi Negeri, Badan Korporat serta orang perseorangan untuk sama-sama membantu. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri akan mewujudkan Tabung Didik Sejahtera Perak (DIDIK Perak). Semua sumbangan ke tabung ini layak mendapat insentif potongan cukai.
44. Bagi terus menyokong pengoperasian Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan RM3.0 juta.
45. Kerajaan Negeri juga akan meneruskan Program Teduhan Kasih Anak-anak Perak yang menjadi yatim piatu atau yatim disebabkan kematian ibu, bapa atau penjaga akibat COVID-19 dengan peruntukan sebanyak RM0.5 juta.
46. Bagi menyokong program pembangunan kesihatan di Negeri ini, Kerajaan Negeri menyediakan RM0.2 juta untuk Pelbagai Program Kesihatan dan RM0.3 juta bagi Program Kesedaran Kesihatan Mental.
47. Pelbagai insentif telah diberikan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu mengurangkan beban rakyat dari setahun ke setahun. Pada tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan meneruskan komitmen dalam menyediakan kemudahan bagi memiliki kediaman yang selesa dan mampu milik di kalangan golongan berpendapatan rendah. Program ini merupakan program pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang menetap dan bermastautin di Negeri Perak. Untuk itu, RM5.0 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Rumah Perakku Prihatin yang diselaras oleh Yayasan Perak.
48. Selain daripada program pinjaman perumahan, Kerajaan Negeri juga melalui peruntukan RM2.7 juta di bawah Tabung Amanah Ladang Masyarakat Kledang Mas akan meneruskan program Sayangi Rumahku oleh Yayasan Perak. Program ini merupakan bantuan baik pulih dan bina baru rumah secara percuma kepada rakyat yang kediamannya mengalami kerosakan atau di dalam keadaan terlalu uzur berdasarkan kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.
49. Bagi menyediakan perumahan awam yang selesa dan selamat kepada rakyat, Kerajaan Negeri menyediakan RM4.3 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bagi tujuan penyelenggaraan perumahan awam. Manakala keperluan lain bagi inisiatif pembangunan perumahan adalah melalui pembiayaan Akaun Amanah Hartanah Bumiputera Negeri Perak serta Akaun Amanah Program Perumahan Negeri Perak.
50. Menyedari keperluan rakyat untuk mendapatkan akses pengangkutan khususnya di luar bandar, perkhidmatan Bas Perak Sejahtera di Daerah Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar serta Batang Padang akan diteruskan dengan peruntukan RM2.1 juta. Semoga perkhidmatan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat terutamanya golongan pelajar.
51. Bagi tujuan pemerkasaan komuniti luar bandar, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan hampir RM12.3 juta yang akan disalurkan bagi menampung perbelanjaan berikut:
RM7.96 juta bagi tujuan pembayaran elaun Pengerusi Kampung Tradisional, Kampung Baru Cina dan Kampung India;
RM4.15 juta untuk pelaksanaan program serta aktiviti melibatkan 829 Kampung Tradisional; dan
RM0.15 juta pula diperuntukkan untuk Takaful Berkelompok.
52. Sebagai tanda komitmen dalam menjunjung kemuliaan dan kebesaran Islam sebagai agama rasmi, Kerajaan Negeri komited untuk mengimarahkan syiar Islam melalui penyediaan peruntukan RM10.0 juta bagi tujuan Baik Pulih dan Bina Baru
Masjid serta Surau. Selain itu, RM4.0 juta diperuntukkan bagi Program Menaiktaraf Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat.
53. Bagi memperkukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6.0 juta untuk Unit Integrasi dan Pengukuhan Masyarakat. RM0.1 juta disediakan untuk Pelbagai Program Hal Ehwal Pengguna.
54. Dalam memastikan Pentadbiran Daerah dapat memberikan perkhidmatan yang pantas, cekap dan berkesan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM110.7 juta di bawah Belanja Mengurus 12 Pejabat Daerah dan Tanah serta RM17.8 juta di bawah Belanja Mengurus untuk Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak.
55. Manakala RM16.8 juta diperuntukkan di bawah Belanja Pembangunan seluruh Pentadbiran Daerah di Negeri Perak. Ia bertujuan untuk menyedia dan menaiktaraf infrastruktur di kawasan luar bandar.
56. Daripada jumlah tersebut, semua pentadbiran daerah diperuntukkan RM0.6 juta di bawah Pelbagai Projek dan Kecemasan bagi Daerah Besar manakala RM0.2 juta disediakan untuk Daerah Kecil. Bakinya diperuntukkan untuk pelbagai projek kecil mengikut keperluan.
57. Demi menyokong penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM18.8 juta merangkumi keperluan berikut:
Pelaksanaan projek myPATIL yang merupakan pembangunan teknologi bagi Lesen Premis Perniagaan Digital berasaskan teknologi pintar dan Bantuan Mengurus PBT dengan jumlah RM8.0 juta iaitu peningkatan RM3.0 juta berbanding tahun 2022;
Kutipan Sampah Luar Kawasan Operasi PBT RM3.0 juta;
Peruntukan Pelbagai Projek Pembangunan PBT dan Pengurusan Sisa Pepejal RM3.0 juta;
Sumbangan Membantu Kadar RM2.2 juta;
Bantuan Operasi Bukit Larut RM1.0 juta;
Penyelenggaraan dan Pembaikan Kemudahan serta Bangunan milik PBT RM0.5 juta;
Bantuan operasi Taman Botani, Taiping RM0.4 juta;
Pelbagai Program Local Agenda 21 (LA 21) RM0.3 juta;
Bantuan penyelenggaraan Tasik Raban RM0.2 juta; dan
Bantuan penyelenggaraan Kompleks Hentian Royal Belum Amanjaya RM0.18 juta.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
58. Ahli Dewan Negeri memainkan peranan penting bagi menyantuni kemaslahatan rakyat. Oleh itu, Kerajaan Negeri meneruskan peruntukan kepada 59 Ahli Dewan Negeri dan Yang di-Pertua Dewan Negeri pada kadar RM0.3 juta setahun bagi pelaksanaan projek infrastruktur kecil, program dan bekalan. Tambahan daripada itu, RM0.04 juta turut disediakan bagi empat program perayaan utama. Implikasi kewangan bagi tujuan ini berjumlah RM20.4 juta.
59. Selain daripada itu, setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menerima tambahan peruntukan berjumlah RM0.3 juta iaitu peningkatan RM0.1 juta daripada tahun 2022. Peruntukan ini tidak terhad kepada kawasan masing-masing.
60. Peruntukan Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri diteruskan dengan kadar RM7 ribu sebulan iaitu dengan jumlah keseluruhan menghampiri RM5.0 juta setahun bagi kesemua 59 Pusat Khidmat.
61. Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan pelbagai Peruntukan Khas kepada jentera pentadbiran Kerajaan Negeri berjumlah RM67.5 juta iaitu pertambahan RM19.5 juta berbanding tahun 2022.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
FOKUS 2: TADBIR URUS PROJEK BERKEPENTINGAN NEGERI
62. Ketersediaan infrastruktur dan kemudahan awam adalah antara isu yang sering dibangkitkan. Sehubungan itu, penaiktarafan dan penambahbaikan kemudahan prasarana menjadi salah satu fokus utama pembangunan Negeri pada tahun hadapan. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM258.1 juta bagi tujuan Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri.
63. Kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), Kerajaan Negeri memperuntukkan RM87.6 juta di bawah Belanja Mengurus. Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan pembangunan JKR sebanyak RM20.0 juta menjadikan keseluruhan peruntukan tahun 2023 RM90.0 juta. Daripada jumlah tersebut, RM35.0 juta diperuntukkan untuk Projek Jalan dan Jambatan serta RM55.0 juta untuk Projek Bangunan.
64. Antara projek yang bakal memberi impak positif adalah seperti berikut:
▪ RM17.5 juta bagi Projek Pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Tambun yang dijangka siap pada November 2023;
▪ RM6.0 juta bagi Projek Naiktaraf Jalan Kuala Kangsar – Manong (A03) Fasa 3 Kuala Kangsar;
▪ RM4.7 juta bagi Projek Pembangunan Kompleks Balai Cerap Negeri Perak Darul Ridzuan, Segari;
▪ RM4.5 juta bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan-Jalan Negeri Perak;
▪ RM2.0 juta bagi Projek Membina Jambatan Baharu dari Kampung Bahagia ke Bandar Teluk Intan;
▪ RM2.0 juta bagi Projek Menggantikan dan Melebar Jambatan di Karai, Enggor Daerah Kuala Kangsar; dan
▪ RM1.5 juta bagi Projek Melebarkan Persimpangan Jalan Kampung Banjar ke Selabak dan Jalan Kampung Banjar ke Padang Tembak Daerah Hilir Perak.
65. Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri dijangka akan menerima peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) RM570.0 juta untuk menyelenggara jalan-jalan yang berdaftar.
66. Selain daripada peruntukan tersebut, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan bagi pelbagai projek prasarana. Antaranya adalah:
RM20.0 juta bagi tujuan pengambilan tanah;
RM4.0 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan pelbagai kompleks pentadbiran Kerajaan Negeri; dan
RM0.7 juta untuk tujuan kerja awalan pembinaan baru Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama.
67. Selain itu, RM4.7 juta disediakan untuk pelbagai kerja penyelenggaraan di bawah Jabatan Agama Islam Perak. Ini meliputi kerja-kerja penyelenggaraan di enam buah masjid utama Negeri, menaiktaraf kemudahan Pondok Warga Emas Seri Iskandar dan menaiktaraf bangunan pejabat serta sekolah.
68. Bagi memperluaskan perkhidmatan Kehakiman Syariah di Negeri ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM2.13 juta kepada Jabatan Kehakiman Syariah termasuk pewujudan Mahkamah Syariah Daerah Muallim. Langkah ini akan dapat memudahkan urusan perkhidmatan kehakiman syariah di daerah tersebut.
69. Kerajaan Negeri menerusi Invest Perak akan terus berusaha meyakinkan para pelabur untuk memilih Negeri Perak sebagai destinasi pelaburan. Berdasarkan data pelaburan terkini, jumlah pelaburan yang diluluskan di Negeri Perak bagi sektor pembuatan untuk tempoh Januari hingga Jun 2022 adalah RM1.3 bilion melibatkan 22 buah projek. Sebanyak RM879.0 juta merupakan Pelaburan Langsung Asing (FDI) manakala baki RM434.0 juta merupakan Pelaburan Domestik (DDI). Menerusi pelaburan yang diluluskan, hampir 4,500 peluang pekerjaan baharu dijangka dapat ditawarkan kepada rakyat. Bagi tujuan perbelanjaan operasi Invest Perak, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.6 juta.
70. Kerajaan Negeri cakna akan keperluan suntikan dana bagi menyokong usaha para penyelidik dan pihak berkepentingan Negeri melaksanakan kajian bagi manfaat rakyat. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan berikut:
RM2.8 juta untuk Institut Darul Ridzuan (IDR);
RM1.5 juta untuk Pemantauan Pelan Perak Sejahtera; dan
RM1.0 juta untuk Tabung Amanah Kajian.
71. Bagi mengurus sumber air, Kerajaan Negeri sedang memperhalusi Rang Undang-Undang Sumber Air untuk dibentangkan dalam sidang Dewan yang akan datang. RM1.5 juta disediakan bagi tujuan operasi lembaga di bawah RUU tersebut kelak.
72. Khusus kepada sektor pelancongan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8.0 juta merangkumi RM7.0 juta kepada Tourism Perak dan RM1.0 juta untuk Pelbagai Program Pelancongan. Pada tahun 2023, dalam merancakkan lagi sektor pelancongan Negeri, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak telah merancang pelbagai program promosi untuk pasaran domestik dan antarabangsa bagi menjadikan Perak sebagai destinasi pelancongan pilihan.
73. Dalam aspek kebudayaan dan kesenian pula, Kerajaan Negeri melalui PORT (People of Remarkable Talent) mensasarkan untuk menyemarakkan usaha-usaha kreatif yang boleh menggalakkan pembinaan ilmu, peningkatan kemahiran dan memberi pendedahan yang sewajarnya kepada para penggiat dan pencinta seni moden dan kontemporari di Negeri Perak. Antara program yang dirancang termasuklah program Portskool, Portfolio, Ipoh International Art Festival, Simposium Muzik Ipoh dan Residensi Seni. Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada PORT dan RM0.5 juta disediakan kepada Majlis Kebudayaan Perak untuk merakyatkan seni dan budaya dalam kalangan masyarakat.
74. Bagi menyokong sektor pelancongan yang berasaskan warisan pula, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.2 juta kepada Lembaga Muzium Negeri Perak bagi kerja-kerja menaiktaraf Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.
75. Untuk Unit Pulau Bebas Cukai di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM1.0 juta secara one-off bagi tahun 2023. Peruntukan ini merupakan suntikan modal bagi memulakan operasi yang mana keperluan bagi tahun-tahun berikutnya ditanggung sepenuhnya oleh MPM.
76. Umum sedia maklum akan peranan perpustakaan sebagai gedung ilmu yang menawarkan perkhidmatan dan kemudahan rujukan bagi menyokong aspek pendidikan, sosial, ekonomi dan budaya kepada rakyat. Sehingga kini sebanyak 64 buah Perpustakaan Awam Desa di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri telah diwujudkan. Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan kepada Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri untuk tujuan operasi RM8.5 juta serta RM0.8 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan kerja awalan bagi pewujudan Perpustakaan Digital.
77. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.0 juta di bawah peruntukan Pembangunan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) bagi tujuan pewujudan Bilik Hidroterapi Atlet dan Penyelenggaraan Bangunan MSN. Manakala RM11.8 juta disediakan di bawah Belanja Mengurus.
78. Untuk terus menyokong pembangunan sukan di Negeri ini, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan seperti berikut:
RM1.4 juta untuk sewaan fasiliti sukan;
RM0.6 juta untuk Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK);
RM0.5 juta bagi Program Sukan Perak;
RM0.4 juta untuk Program Sukan dan Sukan OKU;
RM0.2 juta program sukan e-sport; dan
RM0.12 juta bagi Program Sukan Daerah.
79. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada pelari pecut negara, Saudara Muhammad Azeem bin Mohd Fahmi, anak kelahiran Perak yang telah mencatatkan sejarah apabila memecah rekod kebangsaan acara 100 meter dengan catatan masa 10.09 saat pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pada 2 Ogos 2022 yang lalu. Maka dengan ini, sukacita saya mengumumkan Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi Dana Pendidikan Negeri bernilai RM600 ribu kepada beliau. Ia sebagai galakan kepada anak muda yang lain untuk berjaya dalam bidang pendidikan dan sukan.
80. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pasukan Hoki Lelaki Perak berikutan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak buat kali ketiga. Sebagai penghargaan, Kerajaan Negeri berbesar hati untuk memberi insentif bernilai RM100 ribu kepada pasukan ini. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
81. Negeri Perak komited untuk pelaksanaan pembangunan lestari dan teknologi hijau seiring dengan agenda di peringkat nasional dan global. Pelan Perak Lestari 2030 juga telah disediakan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan lestari di peringkat Negeri dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
82. Kita mengharapkan ekonomi akan terus berkembang pada tahun hadapan terutama sektor perindustrian dan pembuatan. Walaupun begitu, dalam keghairahan mengejar pembangunan, kriteria dan garis panduan pembangunan yang mampan (sustainable development) perlu dipatuhi dan dititikberatkan dalam mempertimbangkan pelaksanaan sesuatu projek. Ini bagi memastikan sumber alam semula jadi yang terhad dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang.
83. Jabatan-jabatan yang bertanggungjawab seperti Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, PLANMalaysia@Perak, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan Negeri perlu meningkatkan penguatkuasaan undang-undang serta garis panduan yang berkuatkuasa. Sejajar dengan hasrat itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM162.6 juta di bawah fokus Kelestarian Alam Sekitar.
84. Menyedari kepentingan pengurusan dan pembangunan infrastruktur hutan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM40.0 juta di bawah Belanja Mengurus kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Manakala RM4.0 juta di bawah Belanja Pembangunan merangkumi RM2.5 juta bagi pelaksanaan program Pengurusan Hutan serta RM1.5 juta bagi Projek Bangunan dan Infrastruktur.
85. Tidak dinafikan bahawa air merupakan nadi kehidupan. Oleh itu wajarlah sumber ini dipelihara dan dipulihara. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai agensi utama diperuntukkan RM96.8 juta bagi Belanja Mengurus. Peruntukan ini meliputi kos operasi serta kerja-kerja penyelenggaraan Rancangan Pengairan RM13.1 juta, penyelenggaraan Pengurusan Sungai RM10.5 juta, penyelenggaraan Skim Saliran Pertanian RM8.3 juta, Mekanikal dan Elektrikal RM2.6 juta dan penyelenggaraan Pengurusan Kemudahan Hidrologi RM0.9 juta. Manakala bagi Belanja Pembangunan RM15.0 juta disediakan meliputi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) RM6.7 juta, Pengurusan Sungai dan Pantai RM4.8 juta dan Saliran Pertanian RM3.5 juta.
86. Projek-projek yang akan dilaksanakan meliputi:
RM2.5 juta bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak;
RM2.0 juta untuk menaiktaraf Skim Pengairan Kota Lama Kanan/Sayong, Kuala Kangsar;
RM1.5 juta bagi Projek Menaiktaraf Sistem Pengairan Luar Jelapang di Rancangan Pengairan Senin, Perak Tengah;
RM1.0 juta bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Kampung Sungai Rokam, Kinta;
RM1.0 juta bagi Projek Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrik untuk kawalan banjir di Kampung Masjid Pulau Pangkor, Manjung; dan
RM1.0 juta bagi perolehan pam bergerak dan genset mengikut keperluan.
87. Tambahan daripada itu, RM0.5 juta disediakan untuk lain-lain Program Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sungai Perak meliputi projek dan program meningkatkan kualiti air sungai.
88. Bagi menyokong usaha ke arah kelestarian alam sekitar, Kerajaan Negeri menyediakan RM1.0 juta untuk pelbagai Program Perak Lestari dan Teknologi Hijau. Pada tahun 2023, tumpuan peruntukan ini adalah bagi tujuan pelaksanaan pelbagai program termasuk Program eWaste dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Negeri Perak.
89. Seterusnya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM4.0 juta kepada Perbadanan Taman Negeri Perak bagi tujuan operasi dan pembangunan, RM0.77 juta untuk Penyelenggaraan Tapak Repositori Mukim Belanja, RM0.3 juta disediakan bagi pengoperasian Lenggong World Heritage Office (WHO) dan RM0.2 juta disediakan untuk pembangunan Geopark Lembah Kinta.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
FOKUS 4 : KETERJAMINAN BEKALAN MAKANAN
90. Pembangunan sektor pertanian menjadi salah satu agenda utama Negeri bagi memperkukuhkan kelangsungan dan ketersediaan makanan yang merupakan salah satu fokus keutamaan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan bekalan makanan mencukupi dalam memenuhi permintaan dan keperluan penduduk secara konsisten, mampu diperolehi, berkhasiat dan berkualiti. Bagi merealisasikan aspirasi ini, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM55.0 juta kepada pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan.
91. Jabatan Pertanian Negeri Perak diperuntukkan RM24.0 juta dibawah Belanja Mengurus dan RM5.0 juta di bawah Belanja Pembangunan. Peruntukan ini disediakan bagi membiayai Program Pembangunan Tanaman, Pembangunan Ladang dan Infrastruktur, Program Peningkatan Kapasiti Pengeluaran Produk Makanan serta Pelbagai Kursus dan Latihan yang dijangka dapat memberi manfaat kepada petani, pesawah, usahawan dan penduduk.
92. Negeri Perak merupakan penyumbang utama makanan berasaskan protein dalam sektor penternakan di peringkat nasional. Bagi terus meningkatkan keupayaan pengeluaran melalui intervensi program yang menjurus kepada Pembangunan Industri Ternakan, pengupayaan sumber manusia melalui kursus dan latihan serta Pembangunan Infrastruktur dan Ladang Infoternak, Kerajaan Negeri memperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM19.0 juta di bawah Belanja Mengurus dan RM3.0 juta di bawah Belanja Pembangunan. 93. Sektor Pertanian dan Penternakan di Negeri Perak perlu bergerak seiring dengan teknologi terkini untuk transformasi pertanian dan penternakan tradisional berasaskan buruh kepada pertanian dan penternakan automatik berasaskan pertanian pintar.
94. Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan kepada Jabatan Perikanan RM0.3 juta bagi Belanja Mengurus Pusat Konservasi Penyu manakala RM1.4 juta di bawah Belanja Pembangunan adalah untuk projek pembangunan jeti, ternakan akuakultur dan perikanan darat.
95. Untuk mempelbagaikan kemahiran belia di dalam sektor perikanan, sebagai perintis, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM0.3 juta bagi tujuan penyediaan bengkel membaiki bot di Daerah Kerian.
96. Kerajaan Negeri mengambil inisiatif mewujudkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan Negeri Perak yang bertanggungjawab dalam menetapkan hala tuju sekuriti makanan Negeri, merangka dasar, strategi serta pelan tindakan, menyelaras pelaksanaan dasar dan program serta meneliti intervensi Kerajaan Negeri dalam melonjakkan sektor pertanian sebagai penyumbang utama pertumbuhan ekonomi. RM1.0 juta disediakan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
97. Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan RM1.0 juta untuk Pelbagai Program Pertanian bagi menyertai program-program utama sektor pertanian antaranya Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan serta Agrofest Negeri Perak.
98. Dari aspek pelaksanaan pula, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) selaku pemain industri utama akan terus komited dalam memacu kelestarian sekuriti makanan melalui projek pelaburan dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat. Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih kepada Perak SADC atas komitmen pelaksanaan Program Sekuriti Makanan berjumlah RM306.0 juta bagi tahun 2023.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
FOKUS 5: PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN BELIA
99. Kerajaan Negeri percaya bahawa kualiti modal insan adalah perkara yang sangat penting dan tidak boleh diabai begitu sahaja demi membentuk sebuah Negeri yang makmur. Pembangunan Modal Insan yang berkualiti pada masa kini perlu digarap berteraskan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang berasaskan teknologi dan inovasi. Maka bagi mencapai matlamat itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM21.6 juta bagi Pembangunan Modal Insan dan Belia.
100. Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) terus memperkasakan agenda transformasi pekerjaan mengikut keperluan pasaran industri dalam Negeri dengan memfokuskan kepada aspek reskilling, upskilling, cross-skilling dan pembelajaran sepanjang hayat.
101. Oleh itu, RM3.0 juta diperuntukkan kepada PASAK untuk tujuan operasi dan Program Pembangunan Kerjaya meliputi program Jelajah Kerjaya, Temuduga Bersiri Industri, Program Perak Employability Training Scheme (PERINTIS) dan pelbagai Program Pembangunan Modal Insan seperti Program Rintis Kemahiran, Program X-plorasi Kampus dan Klinik Kerjaya.
102. Meneruskan usaha Kerajaan Negeri untuk menjadikan Perak sebagai Koridor TVET Malaysia, RM5.5 juta disediakan untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) iaitu peningkatan sebanyak RM1.5 juta berbanding tahun 2022. Inisiatif ini diteruskan dengan mempelbagaikan program dan golongan sasar. Program TVET ini menyasarkan manfaat kepada 25 ribu anak Negeri dalam usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat di Negeri Perak.
103. Antara program pada tahun 2023 adalah:
Program Latihan Modular Industri melalui 30 latihan kemahiran dalam industri;
Program Latihan Mahir Kerja yang menyasarkan kadar kebolehpasaran peserta luar bandar, B40 dan M40;
Platform Pekerjaan Talent Perak secara atas talian yang menyasarkan 10 ribu pencari kerja berdaftar dan 5 ribu peluang pekerjaan baharu;
Program TVET OKU yang akan memberi nilai tambah kepada golongan ini untuk meningkatkan penembusan peluang pekerjaan;
Program TVET Orang Asli bagi memperkasa Masyarakat Orang Asli;
Program Latihan TVET termasuk kemahiran membaiki bot, latihan kepada belia untuk penjagaan warga emas dan lain-lain perkhidmatan yang bersesuaian; serta
Kelab Kerjaya Sekolah bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar dengan menyasarkan 100 buah sekolah dan penglibatan 10 ribu orang pelajar.
104. Kerajaan Negeri turut memandang serius kepentingan melahirkan modal insan yang mempunyai keupayaan keusahawanan agar dapat menjana pendapatan sendiri. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, terdapat lebih 150 ribu usahawan aktif di Perak yang mana 90 peratus adalah usahawan kecil. Tahun 2022 merekodkan peningkatan jumlah usahawan Perak yang berjaya menembusi pasaran dalam dan luar negara serta memenangi anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melibatkan Anugerah PeladangNita Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena MAHA 2022, Anugerah Malaysia Industry Personalities & Entrepreneurs Awards 2022 dan Anugerah Asia’s Achievement Award in International Expansion.
105. Maka untuk terus membantu golongan usahawan ini agar lebih berdaya saing, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.2 juta kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP). Antara program pada tahun 2023 termasuklah:
Usahawan Perak Go Digital iaitu program pendigitalan usahawan Perak yang memberi fokus kepada aspek peningkatan pemasaran dan pendigitalan perniagaan;
Perak Go Export bagi perluasan pasaran, perkhidmatan, jenama dan usahawan Negeri Perak ke pelbagai pameran antarabangsa;
Geran Usahawan Perak (GeRAK) merupakan bantuan geran secara bersasar bagi membantu lebih ramai usahawan kecil meningkatkan keupayaan dan jenama produk; dan
Program pembangunan kapasiti usahawan seperti program penjenamaan, pensijilan Halal, Makanan Selamat Tanggungjawab Industri Certification (MeSTI) dan program bimbingan berbentuk coaching.
106. Di samping itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.0 juta kepada Yayasan Perak sebagai modal tambahan untuk pelaksanaan Program Tabung Usahawan. Tabung ini akan terus diagihkan kepada usahawan untuk membesarkan perniagaan sedia ada manakala Penjana KPT-CAP (Career Advancement Programme) pula merupakan saluran untuk graduan membuka perniagaan.
107. Bagi memperkukuh dan menyerlahkan potensi belia sebagai pemacu pembangunan negara pada masa hadapan, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.2 juta. Jumlah ini merangkumi peruntukan RM0.4 juta masing-masing kepada tiga buah program iaitu Program Pemerkasaan Anak Muda, DUN Belia dan Program Pengupayaan Mahasiswa.
108. Bagi merakyatkan sains dan teknologi, Kerajaan Negeri telah menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Kementerian Sains dan Teknologi bagi menyediakan fasiliti yang dilengkapi dengan infrastruktur Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (S.T.I.E) mengikut fokus yang ditetapkan di setiap daerah yang dinamakan Ruang REKA. Sehubungan itu, mulai 2023 Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan RM0.5 juta bagi pewujudan Ruang REKA S.T.I.E Lenggong sebagai projek perintis.
109. Bagi penyediaan perkhidmatan internet di jabatan dan agensi Negeri, RM2.53 juta disediakan mengikut kontrak secara tahunan. Melalui platform ini juga, saya menggesa pertimbangan Kementerian Komunikasi dan Digital untuk memberi perhatian serta mengambil tindakan sewajarnya bagi menyedia dan memperluaskan jaringan infrastruktur digital di seluruh Negeri Perak.
110. Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan inisiatif bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Ini termasuk RM4.0 juta untuk Pembangunan Sistem di pelbagai jabatan yang diselaras oleh Jawatankuasa Pembangunan ICT Negeri. Bagi tujuan penyelenggaraan portal yang melibatkan penggunaan di pelbagai jabatan dan agensi Negeri yang dilaksanakan oleh Digital Perak Corporation Holdings, RM0.5 juta diperuntukkan. Menyedari peri pentingnya sebaran awam mengenai pelbagai program dan perkhidmatan Kerajaan, RM1.2 juta disediakan bagi tujuan program Media dan Penerangan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
111. Badan Berkanun Negeri yang sememangnya dibentuk untuk membantu dan menyokong perancangan Negeri akan terus disasarkan agar sentiasa dapat meningkatkan sumbangan kepada Kerajaan Negeri. Ianya sudah pasti dapat membantu menampung keperluan perbelanjaan yang telah ditetapkan demi kepentingan rakyat dan Negeri. Sehubungan itu, bagi tahun 2023, sumbangan Badan Berkanun Negeri ditetapkan seperti berikut:
Lembaga Air Perak (LAP) RM20.0 juta;
Perak SADC RM20.0 juta;
Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) RM5.0 juta;
Perbadanan Menteri Besar (MBInc.) RM3.0 juta; dan
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) RM0.1 juta.
112. Kerajaan Negeri turut mengunjurkan RM100.0 juta sumbangan terkumpul Badan Berkanun Negeri bagi tempoh 10 tahun mulai 2023 hingga 2032. Ini bertujuan bagi mengurangkan kebergantungan perolehan hasil Kerajaan Negeri yang kini banyak tertumpu kepada hasil cukai.
113. Kerajaan Negeri sentiasa menghargai komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada penjawat awam Negeri Perak. Justeru, Kerajaan Negeri menyediakan RM2.0 juta bagi tuntutan Bayaran Awal Gantian Cuti Rehat kepada penjawat awam yang layak, RM2.0 juta untuk Insentif Khas Pesara dan RM0.05 juta untuk Insentif Mengerjakan Umrah atau Keluar Negara.
Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke Tanjong, Hati terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung.
114. Atas dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi serta kesediaan berkorban masa dan tenaga dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan, penjawat awam selayaknya diberi penghargaan. Oleh itu, Kerajaan Negeri dengan ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan pada kadar satu setengah bulan gaji dan minimum RM2,000.00 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk Ex-Officio, semua guru lantikan Negeri, Orang Besar Jajahan serta Pekerja Sambilan Harian (PSH). Pembayaran sepenuhnya akan dibuat pada tahun semasa. Walau bagaimanapun, pemberian ini dikecualikan kepada Menteri Besar dan barisan EXCO.
115. Pada kesempatan ini, saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh barisan hadapan yang bertungkus-lumus tanpa mengira waktu dalam melakukan kesiapsiagaan dan membantu meringankan beban mangsa yang sedang berdepan bencana banjir.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua,
116. Negara-negara yang menyumbang kepada satu pertiga daripada ekonomi dunia dijangka akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada tahun 2023. Banyak indikasi dan pembolehubah dalam unjuran ekonomi yang membayangkan bahawa dunia akan berdepan kemelesetan.
117. Dengan tekanan inflasi yang terus melonjak, pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan ketidaktentuan harga komoditi di seluruh dunia, semua unjuran ini membayangkan impak buruk yang bukan sahaja membungkam ekonomi negara dan Negeri, malah memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat marhaen.
118. Oleh itu, saya melihat betapa pentingnya belanjawan ini memberi jawapan kepada kesiapsiagaan kita menghadapi segala kemungkinan dan ketidaktentuan pada tahun mendatang. Saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan dalam kerajaan bahawa segala cabaran ini perlu dihadapi dengan kerja keras dan penuh rasa tanggungjawab.
119. Lebih penting, semua pihak wajib memastikan perancangan yang rapi, kebolehlaksanaan dan mengikut tatacara kewangan yang sepatutnya, supaya setiap hasrat murni yang terkandung dalam belanjawan ini akhirnya dapat dirasai segenap lapisan rakyat.
120. Memetik Riwayat Ahmad dan At-Tabrani;
“Tidak ada seorang pun di atas muka bumi ini yang terlepas daripada memikul amanah, baik kecil mahupun besar. Amanah seorang pemimpin ialah untuk menegakkan hukum dan berlaku adil terhadap rakyat tanpa mengira latar belakang mereka, membelanjakan perbendaharaan negara dengan cermat yang membawa manfaat kepada orang ramai, serta menunaikan kepada rakyat apa yang menjadi hak mereka.”
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita dalam memikul tanggungjawab dan amanah ini. Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian, terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan. Terima kasih.
Ada sokongan?
Dato’ Yang di-Pertua, Rungkup menyokong.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan Negeri 2023. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Dewan ini, Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa 27 Disember 2022, jam 9.00 pagi. Sekian, terima kasih.