Perak · 8 December 2023
15th Assembly, 1st session, 5th meeting · 113 turns · 10,926 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keenam, Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Jumaat 8 Disember 2023, jam 9.00 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan, pihak urus setia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, berkenaan aturan urusan mesyuarat. Seperti biasa, persidangan hari ini akan bermula dengan sesi soalan lisan. Seterusnya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan menggulung perbahasan. Akhir sekali, Dewan akan bersidang sebagai sebuah jawatankuasa bagi membincangkan perincian rang undang-undang dari sefasal ke sefasal. Saya jangkaan kita akan selesai sebelum solat Jumaat.
Perkara yang kedua, berkenaan penyata rasmi. Saya ingin memaklumkan, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan membuat turun penyata rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang
Berhormat bolehlah menghubungi pihak urus setia dalam tempoh 7 hari daripada penyata rasmi yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada handsard tersebut.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan soalan, sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Salam sejahtera. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan speaker. Cik abang saya di Lahat Datu, soalan Behrang nombor 1.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Behrang bertanyakan soalan berkaitan dengan cadangan memperkasakan pusat pentadbiran kerajaan bagi daerah Muallim. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa berazam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk-penduduk di Negeri Perak. Perkembangan dan kemajuan di sesebuah daerah adalah berbeza antara satu sama lain. Isu yang dibangkitkan melibatkan daerah Muallim yang kian pesat membangun dengan unjuran jumlah penduduk berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Negeri Perak tahun 2021 adalah sebanyak 77,900 orang dengan aktiviti setempat kebanyakannya berpusat kepada perindustrian seperti pembangunan Automotive High Technology Valley (AHTV) di Tanjong Malim.
Kerajaan Negeri sedar bahawa penambahan jabatan baru dalam daerah akan dapat meningkatkan kualiti dan efisien kerja bagi menangani permasalahan yang berlaku dan meningkatkan pembangunan dalam daerah Muallim. Kerajaan Negeri juga memahami bahawa terdapat beberapa jabatan yang fungsinya di daerah dilihat kritikal namun tidak mempunyai pejabat pentadbiran di daerah Muallim. Antaranya adalah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Pertanian dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) serta beberapa agensi lain lagi. Namun yang demikian, sebarang pembukaan cawangan atau pejabat di daerah Muallim adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui agensi dan kementerian masing-masing. Pentabiran ini mengambil maklum bahawa pelbagai faktor dan pertimbangan perlu diambil kira sebelum sesuatu agensi boleh membuka pejabat baru di daerah. Antara perkara yang perlu diperhalusi adalah kos dan peruntukkan bagi menyewa dan menguruskan premis bangunan, pejabat, perolehan aset-aset serta pertambahan pejawatan baru.
Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Perak melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah Muallim akan sentiasa menjalankan perbincangan yang strategik dengan pihak-pihak berkenaan bagi memudah cara pembukaan pejabat-ajensi di daerah Muallim. Keperluan pembukaan pejabat baru agensi-agensi di daerah Muallim juga telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah serta sesi perjumpaan bersama agensi-agensi berkaitan di peringkat daerah, terima kasih.
Behrang, sila.
Sebelum saya teruskan dengan soalan tambahan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri atas kemurahan hati dan keprihatinan dan keadilan untuk turut sama meluluskan bonus kepada para Adun-Adun semua lah, terima kasih Dato’ Seri. Seterusnya soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri bercadang atau pun mempunyai perancangan untuk menyediakan satu kawasan atau pembangunan yang boleh menjadi pusat setempat ataupun untuk pertampilan daerah seperti One Stop Center supaya kita dapat memperbaiki dan meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada rakyat menepati aspirasi dan kehendak dan piawaian mereka. Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seperti mana saya sebutkan dalam jawapan tadi, memang kita mengakui kaedah terbaik untuk membolehkan perkhidmatan bagi sesuatu daerah itu dilakukan dengan lebih efisien, ialah dengan mempunyai satu kompleks perkhidmatan, ataupun kompleks di mana bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat bagi agensi dan juga jabatan kerajaan berada di satu kawasan ataupun satu daerah. Itu adalah yang terbaik dan sebab itu kita dalam proses untuk membincangkan dengan Kerajaan Pesekutuan supaya jika ada peruntukan yang mencukupi, kita akan dapatkan lokasi yang baik untuk membolehkan satu Kompleks Pentadbiran Daerah Muallim akan diwujudkan. Terima kasih.
Ayer Kuning sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato' Seri, sebelum ini di Tapah ada satu ada perancangan seperti mana yang di Muallim iaitu meletakkan pertadbiran daerah yang berpusat di kawasan Tapah Road. Apakah perancangan ini mendapat perhatian daripada kerajaan negeri? Dan apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan perancangan ini seterusnya. Terima kasih
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Ayer Kuning jawapannya sama seperti yang disebutkan sebentar tadi bukan sahaja daerah Mualim bahkan semua daerah seboleh mungkin inginkan ada satu pentadbiran yang berpusat tapi saya sebutkan lagi ia tertakluk pertama kepada kajian yang dibuat di atas kepentingan, kesesuaian dan juga yang paling penting ialah lokasi dan juga peruntukan yang mencukupi untuk kita bangunkan komplek pentadbiran kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. N01 sebelah N02. Soalan Pengkalan Hulu, soalan nombor 2.
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Hulu di atas soalan yang dibangkitkan berkenaan perlombongan bijih timah. Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Hulu, perlombongan bijih timah merupakan salah satu aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling Aktiviti Yang Ditetapkan, Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling 2015. Sekiranya perlombongan bijih timah tersebut berada di dalam atau bersebelahan atau berdekatan dengan kawasan sensitif alam sekitar, selain daripada itu, pemprosesan bijih timah di luar kawasan tenemen mineral juga merupakan aktiviti yang ditetapkan. Sesiapa yang bermaksud hendak menjalankan apa-apa aktiviti yang ditetapkan, hendaklah sebelum apa-apa kelulusan bagi menjalankan aktiviti itu, diberikan oleh pihak berkuasa meluluskan yang relevan, mengemukakan satu laporan kepada ketua pengarah, laporan itu hendaklah menurut garis panduan yang ditetapkan oleh ketua pengarah dan hendaklah mengandungi suatu penilaian mengenai kesan kepada alam sekeliling yang akan atau yang mungkin akan berlaku akibat aktiviti itu dan langkah-langkah yang dicadangkan akan diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal kesan-kesan yang merugikan kepada alam sekeliling.
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, operasi perlombongan di kawalselia oleh Jabatan Mineral & Geosains (JMG) dengan menyelaraskan peruntukan kuasa di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994. JMG mengeluarkan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) yang melibatkan penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal Skim Pengendalian Melombong. Selain itu, JMG turut menjalankan pemeriksaan secara berkala dalam memastikan lombong-lombong beroperasi dengan teratur dan mematuhi skim pengendalian melombong yang diluluskan di bawah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral 2007.
Untuk maklumat Yang Berhormat Pengkalan Hulu, operasi perlombongan juga dikawalselia dan dipantau oleh JMG melalui penguatkuasa dan pemantauan melalui satu Peraturan-peraturan Pembangunan Mineral Effluent 2016 berkaitan kawalan ke atas pelepasan effluent daripada aktiviti perlombongan dan yang kedua, Surat Pekeliling Ketua Pengarah Galian JMG Bilangan 1/2021 berkaitan pelaksanaan pengauditan, pematuhan kendiri ke arah industri perlombongan yang bertanggungjawab dan mampan yang dijalankan setiap 6 bulan sekali oleh pelombong melalui konsultan yang telah dilantik.
Timbalan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan bahagian B, komitmen JMG dalam mengawalselia aktiviti perlombongan bijih timah di kawasan Pengkalan Hulu adalah di antaranya melalui pelaksanaan pemantauan yang melibatkan pemeriksaan fizikal keadaan di tapak lombong, kerja pensampelan air sungai, effluent lombong permukaan yang dikeluar, yang keluar daripada kawasan lombong dan pemantauan air bawah tanah melalui telaga, pemantauan yang dijalankan secara berkala di sekitar kawasan aktif aktiviti perlombongan di Hulu Perak. Selain itu, JMG juga telah melaksanakan projek pembangunan bagi memantau aktiviti perlombongan dalam negeri Perak termasuk di kawasan Pengkalan Hulu seperti yang pertama, projek
Sustainable Development Indicator, diperkenalkan oleh JMG Malaysia untuk menetapkan tahap kemampanan industri perlombongan dan pengkuarian termasuk perlombongan bijih timah di Pengkalan Hulu.
Setiap lombong yang telah diaudit, diberi penarafan bintang tahap kemampanan diukur dengan menilai pelaksanaan operasi semasa dan usaha-usaha lombong ke atas aspek-aspek pematuhan amaran terbaik dalam industri, faedah kepada kepentingan awam, ekonomi dan impak sosial. Amaran hijau tanggungjawab sosial dan korporat serta nilai estetika dalam meningkatkan penerimaan awam. Dan yang kedua, Projek Pembangunan Sistem Pemantauan Bersepadu Lombong Dan Kuari di bawah RMK ke-12 untuk tempoh 2021 hingga 2023 yang diantara tujuannya adalah bagi pemantauan pencemaran dari lombong dan kuari dapat dijalankan berterusan dan data pemantauan dihantar secara masa nyata ke pengkalan data dan bertindak sebagai sistem amaran awal pencemaran. Sebanyak dua buah stesyen pemantauan kualiti effluent telah dibangunkan oleh JMG pada tahun 2022 dan 2023 di kawasan perlombongan timah, aktif di Pengkalan Hulu untuk memantau kualiti effluent dari kawasan perlombongan bijih timah bagi memastikan pemanduan di bawah Peraturan Pembangunan Mineral Efluen 2016. Sebagai penutup Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap impak daripada perlombongan bijih timah. Hal ini juga setiap aktiviti yang dijalankan adalah memastikan impak paling minimum dan tidak akan menyebabkan bencana alam sekitar. Sekian, terima kasih.
Pengkalan Hulu sila.
Terima kasih Yang Berhormat EXCO atas jawapan yang begitu ringkas dan padat sekalilah. Jadi apa yang saya bangkitkan dalam perbahasan hari Selasa yang lepas saya memandang serius kepada pelombong-pelombong swasta yang mana yang telah menamatkan operasinya. Jadi sisa-sisa bijih timah ini dikumpulkan dan ditempatkan di satu tempat. Jadi bila berlakunya hujan dan kawasan-kawasan itu berhampiran dengan sungai dan kebun-kebun. Jadi hakisan itu dia turun ke sungai turun ke kebun. Jadi apakah tindakan inilah Yang Berhormat EXCO melalui Kerajaan Negeri bagi kita menangani masalah tersebut? Sebab saya turun sendiri melihat aduan tersebut memang ada nampak aliran asid-asid itu pergi ke kebun melalui tali-tali air dan terus pergi ke sungai. Jadi orang Pengkalan Hulu dan orang di DUN Temengor pun sebenarnya menerima kesan dia bila mana kita lihat ikan-ikan di sungai dah berkurang. Tak seperti dulu. Ikan-ikan banyak yang dah pupus. Jadi kesan ini kita kena tangani bersamalah. Saya sebagai orang yang membawa isu ini dan pihak kerajaan mungkin ada mekanisme yang boleh kita tengok yang kita boleh selesaikan. Kilang kita tak boleh tutup sebab dia sumber kepada Kerajaan Negeri. Jadi apakah mekanisme yang terbaiklah untuk kita nak mengurangkan pencemaran dan hakisan tanah di kawasan sekitar itu? Yang Berhormat EXCO, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Hulu atas soalan tambahan. Untuk maklumat Yang Berhormat Pengkalan Hulu, Jabatan JMG juga mengadakan pemantauan kualiti air di Sungai Rui, Sungai Kuak, Sungai Endar, Sungai Kijang dan Sungai Kepayang serta efluen lombong bijih timah aktif di daerah Hulu Perak secara berkala melalui kaedah persampelan air dan analisa makmal. Sekiranya ada aduan tambahan, saya minta diajukan kepada saya dan kita akan pantau kerja-kerja di situ bersama. Terima kasih.
Pokok Assam sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat EXCO, berapakah jumlah bilangan lombong bijih timah yang masih beroperasi di seluruh negeri Perak pada masa ini dan di manakah lokasi-lokasi tersebut dan adakah Kerajaan Negeri menerima sebarang aduan berkaitan dengan implikasi negatif kepada alam sekitar akibat pengoperasian perlombongan tapak-tapak tersebut? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Assam dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Pokok Assam, setahu saya menurut rekod JMG Perak, di Perak ini kita masih terdapat 13 buah lombong bijih timah yang telah diberi surat kelulusan. Untuk lokasi yang detail saya tidak dapat diberikan. Mungkin saya akan bagi secara bertulis dan setahu saya di Muallim, Kampar, Larut Matang, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Kinta dan Hulu Perak. Itulah lokasi yang ada dan secara detail saya akan bagi secara bertulis dan untuk aduan mengenai perlombongan bijih timah pada tahun ini sehingga bulan November jabatan hanya mencatatkan dua aduan. Satu aduan di daerah Kinta dan satu lagi untuk daerah Hulu Perak. Dari segi jumlah kes aduan di sekitar tapak perlombongan, angkanya adalah rendah menandakan bahawa aktiviti perlombongan bijih timah di Negeri Perak pada umumnya berada di bawah kawalan yang baik. Untuk maklumat Yang Berhormat Pokok Assam juga, satu aduan berkaitan perlombongan yang telah diadukan pada tahun ini di Sungai Rui yang tercemar dikaitkan dengan sisa perlombongan bijih timah. Jadi sekiranya minta detail yang tambahan saya akan menjawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada YB EXCO. Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Salam Sejahtera. YB Jalong kacak bergaya, soalan Pangkor nombor 3.
Tak tahu nak jawab, boleh duduk tak. Timbalan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Pangkor, Pulau Pangkor diketengahkan sebagai salah satu destinasi wajib dikunjungi apabila berkunjung ke Negeri Perak kerana ianya merupakan produk bertemakan alam semulajadi iaitu pulau dan pantai di Negeri Perak. Produk pelancongan di Pulau Pangkor juga diketengahkan dalam jejak masjid seperti Masjid Al-Badr atau Masjid Seribu Selawat dan Masjid Khairiah atau dikenali lagi sebagai Masjid Cina untuk dipromosikan sebagai tarikan pelancongan di Pulau Pangkor dan kawasan sekitarnya. Kerajaan Negeri sangat komited untuk merancakkan Tahun Melawat Perak 2024. Justeru pelbagai bentuk bantuan telah diperuntukkan kepada setiap daerah melalui Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah serta agensi pelancongan yang berkaitan dengan pelaksanaan segera projek infrastruktur pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2024. Lantaran itu kawasan Lumut dan Pulau Pangkor juga tidak ketinggalan dalam mendapatkan hasil limpahan ini. Sebagai contoh bagi tahun 2023 untuk projek infrastruktur kerajaan negeri telah membantu kawasan Teluk Batik, Lumut dengan menyediakan tambahan kubikel tandas awam di pantai peranginan tersebut. Tujuannya adalah untuk menambahkan keselesaan dan mengelakkan kesesakan penggunaan tandas kepada pengunjung yang datang berkunjung ke pantai itu. Selain itu, Majlis Perbandaran Manjung atau MPM juga telah ditambah baik dari segi pengwujudan unit pengurusan Pulau Bebas Cukai yang kini bergerak aktif dalam menjaga mempromosikan Pulau Pangkor sebagai sebuah Pulau Bebas Cukai yang pada tahun depan atau bajet ini juga telah diperuntukkan sebanyak RM0.7 juta.
Pelbagai inisiatif telah digerakkan oleh unit ini antaranya termasuklah menyediakan pasport Pulau Pangkor iaitu buku panduan bagi para pelancong atau pengunjung untuk menerokai tempat-tempat tumpuan di Pulau Pangkor termasuk memperoleh info-info berkaitan penginapan, kedai makan, kedai kraftangan, kedai bebas cukai dan sebagainya Di samping itu UPPBC turut mewujudkan mesyuarat bulanan bersama pemain-pemain industri Pulau Pangkor seperti persatuan hotel, persatuan teksi, persatuan rekreasi Pangkor dan persatuan peniaga. Untuk makluman mesyuarat ini ditubuhkan bertujuan untuk berkongsi pendapat dan mencetuskan idea untuk pembangunan Pulau Bebas Cukai di Pangkor. Usaha-usaha ini sudah semestinya dapat membantu pemain-pemain industri yang berada dalam daerah ini. Bagi memantapkan lagi prestasi pemain-pemain industri di Pulau Pangkor, MPM sedang merancakkan lagi untuk menyediakan latihan kemahiran kepada beach boy dengan izin bersama pasukan khas dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan menekankan kemahiran keselamatan air dan juga menyediakan kursus kraftangan untuk pengusaha kraftangan di Pangkor. Antara usaha lain yang telah dilaksanakan bagi membantu pemain-pemain industri di Pulau Pangkor adalah melalui kerjasama dengan PASAK untuk memberikan kursus-kursus yang bersesuaian dengan seperti kursus pemandu bot pelancongan. Pada masa yang sama MPM turut fokus dalam pembangunan di kawasan Lumut dengan merangka aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2024 dalam menyambut kedatangan Tahun Melawat Perak 2024.
Pangkor sila.
Sebelum saya ke soalan tambahan terima kasih YB EXCO Pelancongan di atas pemberian yang sangat comel ini. Soalan tambahan saya kita sedia maklum, Daerah Manjung terkenal dengan hasil laut yang cukup popular dengan izin iaitu terutamanya dengan produk ikan bilis mata biru. Bagaimanakah peranan Kerajaan Negeri terutama EXCO Pelancongan dalam melonjakkan lagi industri pelancongan jualan hasil laut yang kita sedia maklum iaitu pengusaha industri kecil dan sederhana di Lumut dan di Pulau Pangkor supaya Manjung menjadi kawasan utama tarikan pelancong bagi aktiviti jualan hasil laut yang terbesar dalam negeri Perak sejajar dengan Tahun Melawat Perak 2024?
Terima kasih. Kebetulan topik ini merupakan antara topik yang saya ingin bangkitkan untuk soalan-soalan tambahan. Untuk maklumat seisi Dewan, sebenarnya untuk melaksanakan pelancongan ini walau pun kita katakan ia merupakan sebuah industri mungkin atau sektor ekonomi yang mungkin dikatakan kosong pencemaran sepatutnya, tetapi pada hakikatnya ia tidak merupakan begitu. Apa yang berlaku adalah apabila pelancong-pelancong ke sesuatu kawasan. Jadi apa yang mereka tinggalkan di kebanyakan kawasan. Kita mempunyai masalah. Bergantung pada mentaliti pelancong-pelancong dan juga mentaliti mereka yang berada di kawasan tersebut. Contoh penduduk-penduduk, penggiat-penggiat industri dan sebagainya. Salah satu masalah ialah kerana mereka tidak menjaga kebersihan kawasan tersebut. Ini merupakan satu permasalahan yang agak besar kepada kita. Kita perlu menjaga kawasan itu bersih. Keseluruhan masyarakat perlu mempunyai satu pemikiran bahawa apabila sektor ekonomi berkembang dan membawa duit ke dalam negara atau negeri, dia akan berputar, berkisar di dalam keseluruhan ekonomi negeri Perak dan apabila mereka mendapat keuntungan apa orang kata pengusaha-pengusaha pelancong ini atau industri pelancongan ini mendapat keuntungan, mereka akan menggaji lebih orang atau mereka akan membeli lebih barang dan apabila ini berlaku, pekerja-pekerja mereka atau pengusaha-pengusaha tersebut akan berbelanja lebih dan ini seterusnya akan setentunya melibatkan pengusaha makanan, pengusaha barangan lain walau pun sampai ke barangan hardware sebagai contoh atau pun sebagai contoh mungkin saya lebih banyak pendapatan, Astro pun saya angkat minta lebih channel kan sebagai contoh atau pun saya mungkin pendapatan lebih saya tukar telefon atau tukar baju atau tukar kasut dan sebagainya. Jadi keseluruhan ekonomi akan naik. Ini perlukan semua orang untuk bekerjasama.
Tapi nombor dua, pada masa yang sama walau pun kita kata hampir kepada kosong pencemaran tetapi pada masa yang sama apa yang dikatakan tadi kita perlu lihat juga pada satu faktor di mana kita kata over tourism dengan izin, terlalu ramai atau terlalu banyak dijual. Kadang-kadang merupakan satu masalah juga di mana sebagai contoh Pulau Pangkor berdekatan dengan Pulau Sembilan. Antara kalau bagi kita memang jauh lah kan, tetapi kalau bagi nelayan yang ikut jalan laut dan sebagainya memang dekat. Jadi antara masalahnya ialah kalau di Pangkor, di Pulau Sembilan dan sekitarnya memang terkenal terutamanya ikan bilis mata biru kan tetapi masalahnya apabila berlaku over fishing dan sebagainya. Ini akan melibatkan satu masalah apabila ikan-ikan itu tidak dapat bersambung. Ok, dan ia melibatkan mungkin apabila berlaku saya harap tidak sampai kepupusan tetapi menghadapi masalah untuk sesuatu spesies itu untuk menyambung apabila mereka mengecut terlalu kecil, ia susah untuk mereka berkembang kembali. Itulah hakikatnya yang telah berlaku di Pulau Sembilan sekarang. Di mana kita di Tourism Perak tidak akan memasarkan walau pun ada pihak yang sanggup bayar mahal, yang sanggup bayar banyak duit tapi kita kekal dengan pendirian kita, kita tidak akan memasarkan Pulau Sembilan atas faktor alam sekitar, atas faktor menjaga keseluruhan tempat itu.
Jadi, kalau kita tak nak buat pemasaran berlebihan, jadi apa kita perlu buat? Seperti saya katakan dalam perbahasan sebelum ini, kita perlu bergerak ke high value, low volume. Apa yang kita lakukan sekarang adalah low value, high volume. Kita untung sikit, tapi kita nak jual banyak-banyak. Sebenarnya, alam sekitar tak boleh tahan dan pelancongan bergantung sangat pada alam sekitar yang cantik. Jadi, kita kena bergerak ke high value, low volume. Di mana benda-benda atau hardware atau software, produk-produk pelancongan kita perlu ditambah dengan nilai tinggi. Service yang tinggi, senyuman yang manis. Tanya selamat datang dengan bagus. Jangan kita pergi "Selamat Datang", muka macam kayu. Jadi, pelancong datang pun tak sedap. Cuba kita tengok di negeri-negeri jiran kita. Apabila mereka jumpa saja "Selamat Datang" Kan sedap terus. Tak kiralah lelaki ke perempuan. Bila dia datang kan. Tapi kalau bila jumpa dah dah "Selamat Datang" Ha RM5.00, RM6.00, RM7.00, RM8.00. Kalau macam tu, pelanggan pengalaman tu tak betul. Kalau high value tu, saya rasa jauh lebih menguntungkan alam sekitar kita terpelihara dan akan kita dapat sempurnakan atau kita boleh wariskan kepada anak cucu kita di masa-masa yang hadapan. Terima kasih.
Pengkalan Baharu sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Pertama saya ucapkan terima kasih kepada YB EXCO yang telah turun ke tempat saya dua tiga minggu lepas lah. Cuma saya nak beritahu, Beruas juga dalam daerah Manjung ya. Dalam kunjungan tersebut, ada satu tempat yang YB EXCO belum sempat singgah pada hari itu iaitu di Makam Beruas. Kalau kita lihat sejarah Kerajaan Gangga Negara memanglah kerajaan kuno ini memang banyak tapi kita tak boleh nak buktikan kesan-kesan peninggalan di segi ekologi kita tak dapat nak buktikan. Cuma yang ada adalah kesan-kesan makam-makam lama seperti yang terdapat di Kampung Kota. Soalan saya adalah berkaitan dengan penjagaan sebab saya lihat pada hari ini tidak ada satu agensi yang mengawal selia makam-makam tersebut. Sehinggalah ada satu orang dari Pulau Pinang yang telah saya rasa dia dapat mimpi dan dia telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan dia telah menjaga makam-makam yang terdapat di Kampung Kota tersebut. Soalan saya adakah pihak kerajaan akan mengarahkan atau pun menentukan satu jabatan warisan untuk melihat makam tersebut termasuklah Muzium Beruas yang pada saya agak terbiar?
Soalan tambahan saya, saya juga soalan tambahan yang kedua adalah berkaitan dengan Tahun Melawat Perak. Bila kita lihat dalam pekan Ipoh sekarang ni memanglah kita nampak kehebatan banyak dapat bas rombongan daripada pelancong-pelancong luar datang. Kita ada produk. Yang penting produk kita ada ayam tauge dan sebagainya dan saya lihat Kampung Kok pun nanti suatu hari mungkin akan menuju ke arah apa yang berlaku di Pekan Lama Ipoh tu. Cuma soalan di soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan Silveritage yang memang hak pelancongan yang dibuat di Medan Gopeng, saya rasa perlu kerajaan melihat semula agar Silveritage juga berkembang selari dengan tempat-tempat yang saya maksudkan. Tak lah kita letakkan, mungkin kita perlu kembalikan hentian bas ke situ supaya pelancong boleh masuk di kawasan tersebut. Sekian terima kasih.
Terima kasih. Dua perkara ya. Satu Silveritage, dua Beruas. Ok, jadi untuk makluman Yang Berhormat, nombor satu mengenai Beruas. Dari hari pertama, saya tak berani kata hari pertama lah, mungkin minggu pertama atau bulan pertama saya masuk, saya dah bertanyakan mengenai Gangga Negara. Ok, sebab itulah benda yang kita belajar dalam buku-buku sekolah kita dulu. Zaman saya pakai seluar biru lagi time itu. Kita belajar Kerajaan Beruas, Gangga Negara tetapi masalahnya apabila saya bertanya, kebanyakan yang jawab saya kata, tak ada apa-apa peninggalan yang boleh dipasarkan secara fizikal. Jadi, itu merupakan satu permasalahan kepada kita tetapi walau bagaimanapun, saya difahamkan daripada muzium dan warisan dan agensi-agensi yang terlibat, bahawa mereka sekarang sedang kuat mendapatkan peruntukan sebab kalau kita kena faham bahawa duit untuk warisan dan muzium juga akan datang daripada Persekutuan. Mereka sedang berusaha keras. Saya rasa pegawai-pegawai ini memang sedang berusaha keras juga tetapi pada masalahnya satu saja, apabila duit tidak turun daripada peruntukan. Tapi namun, saya bukan nak salahkan peruntukan Kerajaan Persekutuan. Kita kena faham. Banyak tinggalan-tinggalan sejarah yang kita nak selamatkan, yang kita nak tinggalkan kepada anak cucu kita dalam zaman-zaman yang akan datang, tahun-tahun yang akan datang supaya mereka dapat melihat sejarah yang ada di negara kita atau negeri kita ini.
Saya mengalu-alukan segala bantuan daripada YB supaya kita dapat mempromosikan tempat Beruas itu. Usaha yang telah dilakukan sebagai satu contoh untuk mengembangkan Ulu Licin. Saya rasa itu satu tempat yang sangat cantik dan berpotensi untuk dinaikkan terutama dengan adanya laluan WCE yang telah dibuka sekarang. Itu cuma satu tempat rehat yang cukup cantik apabila mereka naik daripada Selangor ke Penang atau Kedah, mereka dapat singgah kejap di pekan itu untuk masuk untuk berkelah atau mandi kejap supaya dapat hilangkan penat lelah mereka. Nombor dua berkenaan dengan Silverlake tadi. Sebenarnya untuk maklumat ramai, Silverlake bukan projek Kerajaan Negeri. Saya ulang. Bukan projek Kerajaan Negeri. Tetapi pada masa yang sama bukan kata Kerajaan Negeri nak membasuh tangan atau tidak mempedulikan tempat tersebut. Kita tengah berusaha dengan pemilik tempat tersebut untuk mendapatkan lebih banyak pengisian ataupun kita tengah fikirkan juga cara-cara untuk menaikkan tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh, kita boleh lihat bahawa muzium atau Rumah Dato' Lat kebetulan dia terletak bersebelahan dengan Silverlake itu dan juga untuk makluman seperti yang seisi Dewan tahu, tahun depan merupakan Tahun Melawat Perak.
YB.
Nanti kejap, nanti kejap. Saya habiskan dulu. So, Tahun Melawat Perak. Jadi, untuk itu, Ambang Tahun Baru kita akan adakan di Silverlake. Kita akan adakan di Silverlake. Itu merupakan satu usaha besar kepada Kerajaan Negeri kerana kita tidak adakan di Pekan Ipoh dan sebagainya. Kita masuk ke sesuatu kawasan di Silverlake. Pada masa yang sama, kita sedang juga mengusahakan dengan pemain-pemain industri di kawasan tersebut. Seperti Kelly's Castle, Taman Herba, TT5 atau Escape Park dan sebagainya untuk kita tengah berusaha untuk berbincang dengan mereka. Nombor satu, kita sedang syorkan kepada mereka untuk mendapatkan EV-EV charger kerana kita nak tap into market yang kepada pemilik-pemilik kereta EV ini kerana pemilik-pemilik kereta EV ini dia tidak jalan mengikut macam kita kebiasaan. Mereka akan jalan ikut telefon mereka di mana tempat ada charger. Tempat ada charger dia pergi, tak ada charger dia tak pergi dan kebanyakan pemilik kereta EV juga adalah kereta kedua dan ke atas. Maknanya, poket dia ada isi sikit. Jadi apabila dia sampai ke kawasan tersebut, mereka boleh berbelanja. Kita juga sedang berusaha dengan mereka untuk mendapatkan pakej-pakej. Sekarang mereka belum dapat sampai kata sepakat lagi supaya sebagai contoh apabila ada empat tempat yang RM10, RM10, RM10, RM10 akan jadi RM40 tetapi apabila mereka bekerjasama, mereka rendahkan kepada RM30 atau RM20, RM25 atau sebagainya. Ini kita sedang berusaha berbincang dengan pemain-pemain industri tersebut. Terima kasih.
Seterusnya saya dijemput Ahli...
Satu lagi. Oleh kerana pelancongan, dia bagi benda ni bagi saya…
30 saat. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak rujuk, dalam perbahasan saya, saya ada sebut pasal Pulau Sembilan. Tapi saya tengok tidak ada respon daripada pihak Exco berkenaan dengan pemeliharaan Pulau Sembilan. Saya dapat kenal pasti bahawa ada NGO yang telah buat titik-titik penting berkenaan dengan ghost net. Maknanya pukat yang jatuh ke bawah menutup batu karang dan ini amat bahaya untuk biodiversiti di situ lah. Jadi apakah peranan kerajaan? Saya tengok tak ada ulasan berkenaan pemuliharaan Pulau Sembilan secara khusus sebab itu adalah satu destinasi penting pelancongan dan sumber food security Negeri Perak.
Terima kasih YB atas keprihatinan tersebut. Sebenarnya saya tak ingin nak naikkan perkara ini sebab benda ini sebenarnya merupakan satu benda negatif kepada negeri kita yang telah berlaku sekian lama tetapi apabila YB tanya, saya terpaksa menjawab juga. Jadi apa yang berlaku di Pulau Sembilan ini adalah untuk sekian lama, terutamanya dalam kalau saya tak silap dua penggal lepas apabila ia berkembang menjadi satu tempat destinasi pelancongan yang agak dasyat, di mana terkenal bukan saja di Malaysia, sehingga ke luar negara tetapi pada masa yang sama, itu yang saya katakan over tourism dengan izin. Apabila terlalu ramai pelancong yang pergi dan yang teruknya apabila pelancong yang pergi, mereka nak tengok tetapi mereka tak nak jaga alam sekitar. Jadi apabila mereka tak jaga alam sekitar, biodiversiti itu sangat-sangat sensitif. Ok. Sangat-sangat sensitif dan ia telah menyebabkan kacau-bilau kepada biodiversiti itu dan sekarang, sebenarnya sehingga sekarang tahap pemulihan itu masih tidak baik di Pulau Sembilan. Itu sebabnya Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk tidak memasarkan supaya kita berharap biodiversiti itu dapat dipulihkan. Pada masa yang sama, walaupun kita sedang membuat usaha-usaha tersebut, tetapi saya nak katakan masih ada, masih ada pengusaha yang masuk secara haram, yang masuk secara haram, pengusaha pelancongan dan juga, masih ada, masih ada nelayan yang masuk secara haram. Jadi ini amat-amat menyukarkan terutamanya mereka daripada Taman Negeri untuk membuat penguatkuasaan dan kita kena lihat faktor laut itu.
Apabila mereka berada di laut, tidak macam JPJ nak buat roadblock, tidak macam polis nak buat roadblock, itu senang, kalau mereka nak tangkap, nak buat saman mereka boleh di bawah jambatan, belakang pokok dan sebagainya tetapi laut itu, laut terbuka. Jadi mereka dapat lihat, apabila penguatkuasa datang, mereka dapat lihat daripada jauh. Jadi itu merupakan satu masalah. Terutamanya apabila mereka nampak penguatkuasa, apa mereka buat? Mereka potong pukat. Mereka potong pukat terus dan pukat itu akan jatuh dan di sinilah merupakan masalah yang paling teruk apabila pukat itu secara berlapis-lapis ada di atas coral-coral tersebut, dengan izin dan inilah yang menyebabkan masalahnya terutama kepada macam saya katakan, ikan bilis tadi dan juga untuk ramai yang tak tahu, di Pulau Sembilan itu merupakan destinasi antara, ramai yang tak tahu, paling banyak kuda laut, spesies kuda laut di rantau ini. Saya pun tak pernah tengok kuda laut hidup. Dalam laut lah, dalam zoo pernah tengok lah.
Jadi, untuk itu kita perlu nak selamatkan tempat ini. Itulah sebab kita mengambil keputusan untuk tidak memasarkan, tetapi dari segi saya faham maksud YB tadi kita katakan mengenai kita nak reserve tempat tu. Kerajaan Negeri sebenarnya tengah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai macam mana kita nak reservekan tempat tu untuk tambahkan kawasan atau tambahkan jarak. Sebenarnya berlaku pertindihan di kawasan itu, di mana kita kata jurisdiction negeri dan jurisdiction persekutuan. Jadi itu perlu dibincangkan secara harmoni antara Persekutuan dengan Negeri supaya kita dapat kembangkan lagi tempat tu daripada tiga nautica mile ke atas supaya kita boleh kembangkan tempat tu supaya penguatkuasaan dapat dilakukan. Pada masa yang sama, saya harap orang-orang kampung, orang-orang sekitar dapat bekerjasama untuk memelihara Pulau Sembilan. Kalau kita sendiri tak dapat tengok, tak dapat masuk sekarang, kita harap pada masa akan datang, anak cucu kita dapat kembali ke tersebut untuk melihat keindahan yang telah dikurniakan kepada Negeri Perak kita. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Tronoh untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Yogeswari A/P Ramasami, yang telah dipilih sebagai seorang penerima Pingat Pangkuan Negara yang akan dikuniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Pertuan Agong. Dengan itu, soalan Tronoh, soalan nombor 4.
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera. Salam Perak Sejahtera 2030, salam perpaduan Madani, salam solidariti pejuang-pejuang Palestin dan juga rakyat Palestin. Timbalan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Tronoh yang amat prihatin berkenaan dengan lampu jalan dan juga lampu isyarat. Traffic light dengan street light. Jadi untuk menjawab soalan yang ditanyakan tadi itu, saya rangkumkan semuanya di jajaran. Jajaran FT005 namanya, daripada Ipoh sampai ke Lumut. Di kawasan Kinta sahaja, ada lapan lokasi di kawasan Kinta yang telahpun dilaksanakan beberapa kerja dan dalam proses untuk kita bayar kepada kontraktor-kontraktor oleh JKR dan jalan itu Jalan Persekutuan. Status kerja penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan lampu isyarat di laluan FT005 Lumut-Ipoh/Ipoh-Lumut adalah seperti berikut. Yang pertamanya, kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan di persimpangan Akademi Bomba Tronoh, lebuhraya Ipoh-Lumut FT005 Daerah Kinta. Yang ini kerja telah pun dilaksanakan pada awal bulan Julai dan telahpun diselesaikan.
Yang keduanya, lokasi yang kedua di sepanjang jajaran tersebut adalah penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan lampu isyarat di persimpangan SMK Pusing dan juga Petron Pusing dan ini telah pun dilaksanakan pada awal bulan Ogos sehingga akhir bulan Oktober baru-baru ini dan lampu pun dah siap dan kita dalam proses untuk pembayaran. Yang ketiganya, kerja-kerja penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan juga lampu isyarat di persimpangan Lahat dan pelupusan sampah Jalan Ipoh. Yang ada tempatnya, yang telah pun kita repair pada awal bulan Ogos sehingga akhir bulan Oktober baru-baru ini. Yang keempatnya, kerja-kerja penyenggaraan lampu-lampu jalan dan persekitaran Menglembu dan persimpangan Taman Rasi Jaya dan itu telah pun dilaksanakan pada 7 Ogos dan siap pada 30 Oktober baru-baru ini. Yang kelimanya, kerja-kerja penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan lampu isyarat di persimpangan Falim, Jalan Ipoh-Lumut. Persimpangan Falim telah dilaksanakan kerjanya dah siap pada akhir bulan Oktober baru baru ini.
Yang keenam kerja-kerja penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan juga lampu isyarat di Silibin, simpang Silibin dan Petronas Jalan Ipoh-Lumut di antara Silibin dan Petronas tu. Yang ketujuhnya kerja-kerja penyelenggaraan lampu lampu jalan dan lampu isyarat Klinik Kesihatan Tronoh. Persimpangan Tronoh tu ada klinik kesihatan yang itu telah pun dilaksanakan. Yang akhir sekali di lokasi Kinta di sepanjang jajaran tersebut. Kerja-kerja penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan juga persimpangan pekan Tronoh yang telah pun siap pada 6 haribulan 11 baru-baru ini. Jadi itu berkenaan dengan status kedudukan lampu-lampu jalan dan juga lampu isyarat yang telah pun diperbaiki dan juga diselenggara. Pihak JKR sedia maklum isu jalan gelap di laluan FT005 Jelapang, Ipoh, Air Tawar. Permohonan peruntukan di bawah program blackspot tahun 2024 tahun depan telah pun dimohon di persimpangan Lahat, Pusing dan juga kajian cadang menambah baik tahap keselamatan juga telah pun dijalankan oleh wakil cawangan jalan JKR, Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Manakala oleh kerana jalan itu jalan persekutuan. Maka segala-gala kerja-kerjanya peruntukan daripada Persekutuan.
JKR cawangan elektrik yang berada di Kampung Temiang telah pun memohon peruntukan bagi penyelenggaraan lampu-lampu jalan bagi tahun 2024 di lokasi-lokasi mendesak sepanjang laluan FT005. Pihak JKR telah menerima. Ini bagi menjawab soalan B. Pihak JKR telah menerima kelulusan peruntukan di laluan FT005 bagi kerja-kerja berkala pavemen dan berkala bukan pavemen di jalan tersebut bagi tahun 2023 seperti butiran berikut. Ini statusnya, yang pertamanya berkala pavemen kerja-kerja Mill & Pave (SFM) dengan izin. Seksyen 68 Simpang Kampung Bali. Simpang Kampung Bali. Berharga RM869,000.00. Yang keduanya berkala bukan pavemen kerja-kerja cat garisan jalan Simpang Bukit Kledang, RM50,000.00. Pihak JKR telah memohon peruntukan di bawah senarai anggaran penyelenggaraan jalan ataupun APJ 2024 bagi kerja-kerja mengecat garisan jalan di laluan yang terlibat dan kerja-kerja penyelenggaraan akan dilaksanakan setelah peruntukan itu diterima bagi tahun depan. Terima kasih.
Tronoh sila.
Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO kerana telah memberi satu laporan di mana kerja-kerja yang telah disiapkan di sepanjang lebuh raya FT5 tetapi di sini saya ingin bangkitkan di mana sebenarnya kerja-kerja itu dah siap, ok tetapi semalam dan pada seminggu yang lalu saya telah melalui jalan-jalan tersebut dan didapati sebenarnya ada beberapa bahagian yang telah siap itu telah rosak semula. Ok. Jadi saya tak pasti sama ada masalah kabel ke ataupun ada yang kurang sempurna. Jadi saya ingin mengambil peluang ini untuk memberitahu kepada Yang Berhormat EXCO atas masalah-masalah yang masih berlarutan di Laluan FT5. Seperti di kawasan APBM sampai ke kawasan Pusing, di simpang Pusing nak pergi Batu Gajah tu dan juga daripada exit Papan Memorial Park itu nak menghala ke Ipoh, ok, juga telah mengalami kerosakan lampu jalan di kawasan sana kerana sebenarnya di kawasan sana jugak saya juga melihat ada keperluan untuk menambahkan perabot-perabot jalan demi keselamatan pengguna jalan raya di jalan raya FT5 ini dan soalan saya adalah adakah kerajaan berhasrat untuk mengecat garisan-garisan yang seperti baru-baru ini diviralkan iaitu di kawasan-kawasan yang gelap? Ok. Kita ada cat fluorescent itu untuk mencahayakan kawasan yang amat gelap, khususnya di salah sebahagian Jalan FT5. Terima kasih.
Terima kasih Tronoh di atas soalan tambahan. Memang usaha telah diberi kepada kawasan dinyatakan tadi sebagai keutamaan sebab oleh kerana berulang kali berlaku kemalangan yang menyebabkan maut. Jadi untuk itulah bukan hanya bukanlah jalan laluan FT itu sendiri. Tapi cabang-cabang pergi ke Pusing pergi ke Lahat pergi ke Papan, semua itu diambil kira. Jadi untuk itu, kerja-kerja penyenggaraan yang saya sebut tadi itu telah pun siap dan telah pun dalam proses untuk dibayar. Tapi untuk tahun 2024 ini kita akan monitor balik jajaran tersebut. Jika sekiranya berlaku lagi kabel-kabel yang rosak, kadang-kadang dikorek oleh kontraktor tertentu tidak diberitahu kepada QDR. QDR ini merupakan entiti untuk menyelaraskan semua kerja-kerja untuk pengorekan jalan ini. Kalau tidak diberitahu kepada QDR, maka berlakulah perlanggaran yang mana korek-mengorek ini menyebabkan kabel-kabel tu rosak dan kebanyakan kabel yang rosak ni kabeli yang mahal. Dia underground kabel. Jadi untuk itu, kalaulah kita nak mintak ganti secepat mungkin, dia memerlukan peruntukan yang tinggi. Tapi saya sendiri memberikan arahan kepada JKR elektrik. Kalau sekiranya kos terlampau tinggi, peruntukan lama nak sampai, kita gunakan kaedah sementara selagi keselamatan terjamin. Tapi lampu hendaklah menyala malam-malam.
Jadi kadang-kadang kita lihat di antara tiang ke tiang tu ada kabel-kabel yang bergantung, nampak tak semenggah, tak cantik. Tapi itulah kaedah untuk menyalakan secara sementara. Kalau kita nak buat peruntukan amercable yang dipasang di bawah tanah itu dia lama lagi peruntukan dia. Jadi keutamaan saya beri kepada JKR elektrik melalui JKR Ibu pejabat. Adalah diberikan perhatian kepada jajaran yang telah disebutkan di bahagian Tronoh, bahagian Menglembu dan bahagian Jelapang. Saya sendiri bersama dengan YB Jelapang telah pergi menziarah tempat tersebut. Memang ia. Ada di antaranya memang berlaku kerosakan kabel yang memerlukan kerja-kerja yang panjang dan kos yang tinggi. Yang itu tentu kita akan ambil keutamaan dan berikan kaedah-kaedah sementara. Jadi saya terima kasihlah kepada ketiga-tiganya, ADUN Tronoh, Jelapang dan Menglembu yang telah berikan perhatian berkenaan dengan lampu-lampu jalan yang rosak dan juga beberapa kawasan yang isyaratnya juga rosak. Bila lampu isyarat rosak, kita ganti keseluruhan lampu isyarat itu. Jikalau kita lihat di kawasan Jelapang, lampu isyarat tu lampu isyarat baru dan makan masa untuk kita gantinya. Alhamdulillah had buat masa ini, kita dapat selesaikan walaupun tak seratus peratus, tapi sekurang-kurangnya sebahagiannya dapat kita redakan. Terima kasih.
Sungai Manik, sila. Soalan tambahan.
Terima kasih. Saya tertarik dengan soalan yang dibangkitkan oleh Tronoh dan tentang lampu jalan dan juga lampu isyarat. Saya faham apa yang kita lalui daripada Jelapang nak sampai ke Manjung ini mengambil masa yang panjang walaupun distance nya tak jauh. Sebab terlalu banyak traffic light. Betul. Kita tengok yang baru ni dekat Tambun. Banyak traffic light dan tutup dah dan lancar jer perjalanan. Tiada traffic light pun. Memanglah orang bising nak u-turn jauh. Tapi it's a good, mengurangkan penyuraian traffic. Saya ingat sudah sampai masa yang difikirkan, alternatif untuk laluan yang kita panggil highway Ipoh-Lumut tapi bukan highway. Kalau highway sampai tiga puluh lebih traffic light, it's not highway. Tengok apa yang boleh dibuat oleh JKR di Jalan Tambun. Jadi saya ingat benda ni boleh dimanfaatkan untuk Lebuh Raya Ipoh-Lumut. Terima kasih.
Ya terima kasih kepada Sungai Manik yang agak prihatin berkenaan dengan highway daripada Ipoh ke Lumut. Perjalanannya tak lah tak lama, ianya tak sampai empat puluh kilometer. Tapi ada tiga puluh dua traffic light yang semuanya aktif. Maka apa yang kita buat hari ini dengan persetujuan daripada Persekutuan, kita nak gunakan hanya 15, yang traffic light yang lagi 15 tu kita nak padamkan dan gunakan kaedah Tambun. Kaedah Tambunnya dulu ada traffic light di tengah-tengah pekan Tambun. Tapi kita hapuskan dan kita buat sistem u-turn. Mana kereta masih bergerak dan tidak ada jammed. Tapi malangnya di tempat tempat jajaran FT005 ni ada kawasan yang ada ruang untuk kita buat u-turn. Jadi kajian tu telah dibuat oleh JKR tapi ideanya hasratnya nak jadikan sepanjang jalan tu kalau boleh seminima traffic yang mungkin. Hari ini kebanyakan pengguna FT005 ini, dia sakit hati kerana apa, kerana dia terpaksa menggunakan jalan itu sejam setengah baru sampai ke Lumut. Yang ini tak berbaloi nak pergi makan angin ke Lumut tapi sakit hati. Jadi kita hendakkan biarlah perjalanan daripada Ipoh sampailah ke Lumut tu menyeronokkan, menghiburkan. Bukan, bukan memberikan mereka ni resah dan kecewa. Itu hasrat JKR sebenarnya. Tapi kita juga kerjasama dengan JKR Ibu pejabat.
Jadi untuk itu, kami mesti tahu misalnya simpang nak pergi ke Tronoh, ada dua traffic light. Traffic light hendak pergi ke Tronoh itu dan dua-dua itu boleh kita buat kita buat u-turn. Makna kita jalan terus sampai ke Lumut tanpa berhenti Kampung Bali, berhenti di Tronoh jadi tidak guna. Jadi orang-orang daripada kampung contohnya mereka daripada Kampung Bali hendak pergi ke Ipoh dia kena buat kiri, u-turn dekat Petronas kemudian baharu pergi Kuala Lumpur, pergi ke Ipoh. Itu contohnya, apa yang berlaku dekat Tambun itu itulah suasananya. Traffic light ini, dia ada tertentu sahaja boleh guna secara elok. Sampai ke tahap kenderaan ramai, traffic light tidak guna sudah. Itu sebabnya kalau seorang-orang pergi ke Cairo, the big city yang ada 20 lebih kurang 20 juta, dia tidak ada traffic light. You realize that there is no traffic light in Cairo city. Why? Semasalah ini. Jadi kalau saudara bawa kereta di Cairo, walaupun left hand drive, kena buat banyak u-turn. u-turn kiri, u-turn kiri, atapun u-turn kanan. Jadi kaedah itu kita gunakan di Tambun. Alhamdulillah hari ini Tambun tidak sesak sebelum ini. Dan kereta boleh lalu terus dan kita hendak guna kaedah sama di jalan Lumut sampai ke Ipoh. Mudah-mudahan perjalanan itu dapat menyenangkan dan menyeronokkan orang. Terima kasih.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh untuk mengemukakan soalan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Yang Berhormat terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan Chenderoh soalan nombor 4 nombor 5.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Saya ucapkan kepada semua. Pertama sekali saya hendak ambil kesempatan ini hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jalong kerana hadiahkan maskot ini kepada kita semua dan saya terima kasih kepada Jalong yang kacak lagi bergaya seperti disebut oleh Pangkor. Jadi semangat Tahun Melawat Perak ini semakin berkobar-kobar. Jadi marilah kita sama-sama menjayakannya. Jadi saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Chenderoh kerana prihatian terhadap isu rumah sakit dan rumah terbengkalai di negeri Perak. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, susulan daripada pengumuman tentang pewujudan pasukan khas pada bulan Ogos lalu pelbagai usaha dan langkah awal telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri. Di antaranya melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP). Perbincangan telah diadakan dengan Jabatan Perumahan Negara JPN dan LPHP akan melaksanakan satu kerjasama strategik bersama JPN bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri dalam memantau dan menangani isu projek sakit dan terbengkalai di negeri Perak. Jadi tahun depan kita akan adakan satu kerjasama strategik dengan diperincikan melalui satu memorandum of undertaking (MOU) dengan izin untuk membentuk satu kolaborasi antara jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan-negeri mahupun kerajaan tempatan dan seterusnya menubuh sebuah pasukan petugas khas task force dengan izin yang dipengerusikan oleh saya sendiri selaku pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Jadi pasukan petugas khas ini akan menyelaraskan dan memantau pelaksanaan kerja-kerja pemulihan projek sakit dan terbengkalai oleh pihak-pihak yang akan ditentukan oleh pihak Jabatan Perumahan Negara kelak. Jadi walaupun kerjasama di antara LPHP dan JPN ini, belum secara rasminya termeterai tetapi usaha untuk meneliti dan menangani isu-isu projek sakit dan terbengkalai telah dimulakan pada tahun ini supaya dapat melicinkan lagi urusan task force tersebut pada tahun depan. Terima kasih.
Chenderoh sila.
Terima kasih. Terima kasih YB Exco. Soalan tambahan saya. Apakah usaha yang telah dilakukanoleh kerajaan negeri pada tahun ini untuk menangani projek perumahan sakit dan terbengkalai?
Baik terima kasih. Secara khususnya pada tahun ini banyak usaha difokus untuk kerja awalan perbincangan dan untuk kenalpasti projek-projek sakit terbengkalai, apa isu yang menyebabkan masalahnya dan juga untuk kita berbincang juga dengan pemaju yang bakal dijadikan sebagai pemaju penyelamat. Jadi diantaranya, pertemuan juga diadakan, contohnya bersama wakil pembeli pangsapuri D’Aman Residensi bandar Meru Raya untuk bincangkan isu dan seterusnya untuk kita merangka apa tindakan seterusnya yang dapat bantu selesai masalah yang dihadapi pada sekarang dan juga saya ingin kongsikan antara usaha yang telah berhasil pada tahun ini iaitu antara kerjasama antara KPKT, Kerajaan Negeri dan juga PBT melalui Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah berjaya menemukan penyelesaian bagi Taman Mayang Sari Fasa 2 Kuala Kangsar yang terbengkalai sejak tahun 2018.
Jadi melalui kerjasama ini, satu peruntukan daripada KPKT yang berjumlah RM1.5 juta telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kuala Kangsar pada bulan Ogos yang lalu untuk menyiapkan projek menaiktaraf loji rawatan kumbahan STP yang selama ini tidak dapat disempurnakan dan kerja-kerja berkaitan yang lama terbengkalai dan banyak menimbulkan kesulitan kepada penduduk sekitar. Jadi, semakan terkini dapati memang kerja mengikuti jadual yang dirancang dan akan selesai pada tahun ini. Jadi dengan usaha dan kerjasama ini berjaya dapat kita selesaikan satu masalah terbengkalai dan usaha-usaha sebegini akan diteruskan lagi khususnya apabila tertubuhnya task force untuk kita bantu selesaikan masalah yang lain. Terima kasih.
Timbalan Speaker. Manjoi.
Malim Nawar sila. Malim Nawar dahulu.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya pada YB Exco apakah Kerajaan Negeri mempunyai sasaran kawasan atau senarai projek perumahan sakit dan terbengkalai di negeri Perak yang akan diberi tumpuan untuk diselesaikan bagi membantu para pembeli yang menghadapi masalah ini? Terima kasih.
Terima kasih kepada Malim Nawar. Memang kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk bantu para pembeli dari segi hendak selesai masalah dengan awal sebab kita faham apabila mereka hadapi masalah projek sakit dari segi kewangan, dari segi tekanan juga macam-macam mereka hadapi. Jadi untuk tahun depan, LPHP akan terus kerjasama dengan PBT dan dengan wujudnya task force untuk usaha selesaikan masalah projek terbengkalai dan tumpuan akan diberi kepada projek-projek perumahan yang seperti berikut. Yang pertama Taman Cempaka 2 di kawasan Manjung, Taman Seri Emas kawasan Kampar, Taman Tapah Permai kawasan Tapah, Taman Limau Emas di kawasan Beruas dan juga D’Aman Residensi di Bandar Meru Raya Ipoh. Ini antara lima kawasan dan juga projek terbengkalai yang telah dikenalpasi yang akan kita beri tumpuan untuk kita selesaikan dan pada masa sama juga kita akan teruskan usaha untuk bantu memantau masalah yang berkaitan dengan projek-projek sakit supaya dapat diawalkan, dihabiskan diselesaikan masalah yang ada supaya dapat disiapkan walaupun mengalami kelewatan. Terima kasih.
Timbalan Speaker. Manjoi sedikit.
Sila.
YB Timbalan Speaker. YB Exco saya hendak soalan tambahan. Sebagai komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sebanyak RM 4.1 juta telah kita peruntukkan untuk program dan aktiviti kampung tradisional pada tahun 2024. Secara tidak langsung membuktikan ada banyak aset dan warisan sejarah yang bernilai yang boleh kita ketengahkan sebagai sumber pendapatan penduduk dan negeri kita. Soalan saya selain Taiping, Lenggong, Kuala Kangsar, Ipoh juga antara destinasi penting pelancongan dan juga tumpuan pelancong daripada dalam juga luar negara kerana ia punya banyak tarikan unsur sejarah dan warisan di Ipoh ini, di kawasan kita ini dan baru-baru ini terdapat kajian oleh pihak MBI yang mengesahkan kampung Kepayang iaitu kampung Kepayang Fairpark adalah penempatan awal masyarakat Melayu di Ipoh. Soalan saya adakah pihak kerajaan berhasrat menubuhkan sebuah pusat kajian khusus bagi tujuan menyelidik dan memperkembangkan potensi pelancongan, berteraskan sejarah dan warisan di negeri Perak dan ataupun mungkin boleh pihak Exco boleh boleh orang kata memberi tumpuan sedikit ke kawasan yang saya sebutkan tadi. Ada kaitan itu, MBI sedikit, pelancongan sedikit. Terima kasih, YB Exco.
Terima kasih Manjoi. Saya kira soalan tambahan ini sedikit keluar daripada skop soalan asal yang berkaitan dengan projek sakit dan terbengkalai. Walaubagaimanapun, saya rasa secara umumnya kalau mana-mana kawasan yang mempunyai potensi untuk dikembangkan sama ada dari segi warisan, kebudayaan, pelancongan, memang kerajaan negeri sedia untuk menjalankan kajian ataupun kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk sama-sama kita bangunkan sebab ini memang bersesuaian dengan usaha kerajaan negeri sekarang untuk kita memulihkan dan merancakkan lagi ekonomi negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Dijemput Ahli Yang Berhormat kawasan Sungai Manik untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih YB Speaker. Soalan saya soalan nombor enam.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan. Soalan yang dikemukakan oleh sahabat saya Sungai Manik yang mana adalah berkaitan dengan kesihatan mental. Kesihatan mental merujuk kepada satu keadaan sejahtera dimana seorang individu itu menyedari tentang keupayaan diri dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Penjagaan kesihatan mental, rakyat Malaysia merupakan tanggungjawab bersama pelbagai pihak sama ada di sektor kerajaan ataupun swasta. Pelbagai inisiatif telah dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memastikan kesihatan mental Malaysia pada tahap yang terbaik. Di antara inisiatif atau program yang dijalankan adalah melalui Program Saringan Minda Sihat dan juga program pendidikan kesihatan. Program Saringan Minda Sihat ini merupakan satu saringan percuma kepada individu yang hadir ke klinik kesihatan di seluruh Negeri Perak di mana individu tersebut tersebut hanya perlu menjawab beberapa soalan mudah.
Saringan ini akan menunjukkan sama ada individu tersebut mempunyai tanda-tanda masalah kesihatan mental dan seterusnya akan merujuk kepada pegawai perubatan. Saringan awal ini secara tidak langsung meningkatkan kesedaran individu tersebut terhadap tahap kesihatan mental mereka. Saringan kesihatan mental ini tidak hanya tertumpu ke klinik kesihatan sahaja dimana aktiviti sukarelawan seperti komuniti sihat, membina negara atau KOSPEN juga ada menjalankan saringan asas kesihatan mental di lokaliti masing-masing. Individu yang disyaki mempunyai masalah kesihatan mental seterusnya akan dirujuk kepada klinik kesihatan bagi rawatan selanjutnya. Selain daripada itu, inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) di bawah Program Agenda Malaysia Nasional, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) juga turut menjalankan saringan asas kesihatan mental. Saringan ini mensasarkan 113,000 individu berumur 18 tahun ke atas.
Program pendidikan kesihatan pula akan dijalankan secara berterusan dipelbagai peringkat di mana topik-topik yang ingin disampaikan meliputi pelbagai masalah kesihatan termasuk topik kesihatan mental. Program pendidikan kesihatan ini dijalankan di sekolah-sekolah, institusi awam, tempat tumpuan awam, masjid, media sosial seperti Facebook dan Tiktok. Sepanjang tahun 2023, sebanyak 30 kempen advokasi dijalankan melibatkan anggaran hampir 4,000 individu. Antara kempen yang dijalankan adalah Kempen Minda Sihat dan Let's Talk, Program Brake The Stigma, Programe Healthy Mind dan Kempen Jom Tangani Stress. Klinik Kesihatan juga ada menjalankan taklimat umum kepada pengunjung yang sedang menunggu giliran di klinik melalui Program Let's Talk. Program ini bertujuan menyampaikan mesej-mesej yang mudah difahami berkaitan kesihatan mental. Promosikan talian bantuan kesihatan mental. Bagaimanapun menangani isu kesihatan mental dan bagaimana mendapatkan bantuan perubatan jika terdapat masalah kesihatan mental. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga mengambil peluang mendekati, mendengar di radio melalui slot kesihatan di Radio Perak FM. Pelbagai topik yang dibincangkan termasuk masalah kesihatan mental. Dari segi kemudahan rawatan pesakit mental di Negeri Perak, terdapat 82 klinik kesihatan di antara 88 klinik yang sedia ada yang memberi rawatan susulan kepada mental. Tambahan pula, kesemua 15 hospital kerajaan di Negeri Perak juga memberi kemudahan rawatan pesakit mental.
Terima kasih YB EXCO diatas jawapan yang diberikan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mencadangkan agar isu berkaitan dengan kesihatan mental ini perlu dilihat dengan serius. Tambahan dengan suasana kehidupan hari ini dan juga suasana yang berlaku sekitar kitalah. Sebab ini amat penting untuk memastikan apa yang kita lakukan sebagai ADUN, sebagai penjawat awam dan juga mereka-mereka yang terlibat dalam apa juga segmen dalam kehidupan mereka, perlu melihat isu mental ini adalah satu perkara yang boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada pembangunan Negeri Perak khususnya. Jadi mungkin boleh diperluaskan lagi penerangan mengenai mental sebab saya takut orang salah faham, bila kata nak bagi soalan tu nak check mental dia gila tak gila. Untuk memastikan mental dia berfungsi dengan baik untuk, untuk diri dia sendiri. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Manik. Saya terima pandangan Sungai Manik, tetapi masalah orang kita adalah apabila mereka mempunyai masalah ini, mereka tidak akan tampil ke hadapan. Mereka fikir masyarakat akan fikir mereka ini ada masalah lain dan juga masalah ini akan mengakibatkan seorang pekerja kehilangan kerja. Sebab saya adalah pengamal undang-undang, undang-undang buruh. Ini cerita benar. Ada seorang datang ke pejabat saya, minta nasihat guaman kerana beliau dipecat oleh majikannya. It’s a big company. Pecat dia. Jadi datang untuk jumpa saya, bila dia berbual dengan saya. Dia macam biasa orang biasa. Kemudian apabila ditanya kenapa dia dipecat? Alasan adalah tak datang kerja berturut-turut jelasnya. Apa masalah kamu ini? Ini cerita ini lebih kurang 20 tahun dulu. Dia cakap dia mengidap anxiety disorder. Waktu itu saya pun tak faham 20 years ago. Apa itu anxiety disorder. Jadi bawa kes itu ke mahkamah, mahkamah bicara. Mungkin waktu itu la tak berapa hospital tidak ada cukup orang yang berpengalaman dalam bidangnya. Jadi terpaksalah kita kalah. Kemudian 5 tahun dulu ada seorang staf kerja untuk saya. Dia ni biasanya ok, senyum cakap dan gaul dengan semua orang. Tiba tiba dia stop cakap dengan orang. Dia datang, duduk dekat meja tengok muka orang, dia diam. Jadi lama-lama tak datang kerja. Bila tanya apahal? Dia cakap sakit kepala. Satu lagi disorder mental. Ini semua adalah disorder mental. Jadi kalau mereka datang ke hospital lebih awal senang untuk dapat dan mereka boleh balik ke jalan biasa. Jadi saya ucap terima kasih.
Alor Pongsu.
Alor Pongsu.
Terima kasih Dato’ Speaker. Yang pertamanya saya nak ulang balik ataupun saya nak sebut semalam saya sebut tentang banjir, kejap ada sangkut dengan mental. Banjir, saya sebut JKM sahaja. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada APM, Rela, PDRM, Bomba, KKM, Majlis Daerah Kerian dan lain lain yang telah menyumbang tenaga untuk banjir sebulan di Alor Pongsu dan untuk maklumat YAB Menteri Besar dengan Dato Salbiah tak ada ye, semalam air naik balik. Jadi saya dapati JKM hantar kaunselor untuk tenangkan mental mangsa-mangsa banjir yang duduk sebulan. Petugas-petugas ni, minggu pertama semua senyum, bila saya pergi semua senyum. Masuk minggu kedua, ketiga, saya rasa pihak KKM kena juga bantu ni dari segi pemeriksaan mental petugas tu dan last sekali mental wakil rakyat kena tengok jugalah. Hulu Kinta ada tak, Hulu Kinta tak ada ye. Bila kita hadapi tekanan hari-hari, banjir selama sebulan, saya rasa penting KKM untuk tengok. Terima kasih YB EXCO.
Terima kasih Alor Pongsu. Masalah kesihatan mental, fakta-fakta, salah satu fakta yang dikatakan oleh Alor Pongsu dan ada juga fakta-fakta lain seperti kecelaruan, kebimbangan umum, kecelaruan panik, kecelaruan obsesif, kompulsi. Jadi ini semua contributory factor tetapi, itu adalah penyumbang-penyumbang dan maklumat tambahan, di Hospital Bahagia Ulu Kinta, pakar psikiatri jumlah 15 pakar. Di Hospital Raja Permaisuri Bainun 6, Hospital Taiping 5, Hospital Teluk Intan 2, Hospital Sri Manjung 3 dan Hospital Slim River 3. Bermakna pakar psikiatri, bilangan pakar psikiatri di Negeri Perak di hospital-hospital ini adalah 34 orang pakar dan nisbah dia, nisbah dia adalah 34 orang pakar psikiatri kepada populasi sebanyak satu orang ke 73,832 ratio dia 1 to 73,000. Jadi saya akan bawa isu ini. Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menambahkannya, bilangan ini tak cukup kita kena
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya rasa masa sesi soalan telahpun tamat.
Kalau boleh satu lagi, soalan, satu lagi. Speaker
Saya rasa itulah yang punya yang kita ada pun saya percaya kalau ada soalan-soalan tambahan itu boleh rujuk secara langsung terus kepada Exco yang berkenaan dan saya percaya Exco-Exco termasuk Yang Berhormat Menteri Besar boleh terus menjawab dan memberi jawapan kepada soalan-soalan yang boleh, yang mahu dibangkitkan oleh ahli-ahli Dewan yang lain. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat dengan ini, maka tamatlah sesi soalan dan lisan pada hari ini. Seterusnya saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.
Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023Bill
Perkara Yang Keempat, Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan wasiat orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya dibaca bagi kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhomat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Silakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. (Bacaan Doa) Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan Media, para pemerhati, Tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari yang dihormati sekalian. Izinkan saya memulakan ucapan dengan memetik firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 159 yang bermaksud "Dan bermuasyarahlah dengan mereka dalam urusan itu kemudian apabila kamu telah membulatkan tekat, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepadanya". Ayat ini mengingatkan kita akan ingatan Allah supaya sentiasa berusaha menegakkan konsep musyawarah sebagai wadah dalam melunaskan amanah serta tanggungjawab, mewujudkan tujuan-tujuan kebaikan serta menyuburkan keadilan di antara manusia.
Dalam konteks ini, saya menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa ta'ala kerana berkat kebesaran dan keagungannya jua Dewan yang Mulia ini sekali lagi menyaksikan komitmen kita semua untuk memenuhi tanggungjawab sebagai pemegang amanah urusan kerajaan dan penggubal undang-undang negeri. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Rang Undang-Undang Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 yang saya bentangkan semalam telah disusuli dengan kupasan dan perbincangan dalam sesi perbahasan yang berlangsung dalam suasana yang tertib dan harmoni. Seramai enam orang wakil rakyat, Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan semalam yang melibatkan kedua-dua pihak di blok kerajaan dan pembangkang iaitu Yang Berhormat Tebing Tinggi, Yang Berhormat Selama, Yang Berhormat Behrang, Yang Berhormat Changkat Jong, Yang Berhormat Kamunting dan juga Yang Berhormat Ayer Kuning. Beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang lain turut mengambil bahagian dengan masing-masing melontarkan hujah dan pandangan yang mencakupi pelbagai perspektif berhubung RUU yang telah dibentangkan.Ada yang mengupas RUU ini dari sudut hukum syarak bagi pembuatan satu-satu wasiat, begitu juga lontaran pandangan dan pencerahan yang berkisar persoalan mazhab yang mendasari RUU berkenaan. Ada pula rakan-rakan ahli Yang Berhormat menghuraikan hujah dari perspektif perundangan sedia ada serta penyelesaian terhadap isu-isu yang berkaitan dengannya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, jika kita menekuni sesi perbahasan yang berlangsung semalam, bolehlah kita membuat kesimpulan bahawa wujud persefahaman secara kolektif dalam kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa RUU wasiat ini cukup penting dan amat bertepatan masanya untuk diwujudkan di Negeri Perak. Ini selepas kita mengambil kira keperluan untuk kerajaan negeri mewujudkan panduan halatuju urus takbir dan pengawasan pembuatan serta pelaksanaan wasiat orang Islam di negeri ini secara lebih berkesan. Oleh itu, Kerajaan Negeri sangat menghargai cadangan dan pandangan yang dizahirkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang rata-ratanya menjurus kepada penyelesaian isu-isu yang selama ini melingkari hal ehwal wasiat dan pengurusan harta umat Islam. Mengenai persoalan dari sudut hukum bagi pembuatan satu-satu wasiat seperti dibangkitkan oleh Yang
Berhormat Selama, Kamunting dan Changkat Jong, sukacita saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, RUU wasiat ini digubal dengan begitu tersusun dan merangkumi hampir semua aspek hukum syarak.
Ia bukan saja menyentuh mengenai pembuatan wasiat, malah meliputi aspek pembuktian, pelaksanaan dan pendaftaran wasiat selain menggariskan aspek kawal selia melibatkan wasiat orang-orang Islam. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri mengalu-alukan saranan beberapa ahli Yang Berhormat termasuk daripada Tebing Tinggi, Selama dan Behrang yang mengsyorkan intipati RUU Wasiat ini disebarluaskan kepada masyarakat. Langkah pertama yang akan diambil seberapa segera mengwujudkan garis panduan supaya akan menjadi pelengkap kepada RUU Wasiat ini supaya dapat menjadi rujukan kepada semua pihak sama ada penyedia perkhidmatan wasiat, orang awam ataupun pihak berkuasa berkaitan. Kerajaan Negeri juga menyambut baik saranan oleh Yang Berhormat Tebing Tinggi supaya Kerajaan Negeri melantik Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bagi menjalankan kajian secara komprehensif dengan menghimpunkan semua persoalan berkaitan pentadbiran harta orang Islam meliputi wasiat, pusaka dan juga hibah. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri mengambil pendirian terbuka untuk meneliti cadangan berkenaan untuk dibincang dan dipanjangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diperhalusi. Mengenai syor yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selama mengenai cadangan mewujudkan enakmen hibah, Sukacita saya maklumkan bahawa perkara itu sememangnya sudah berada dalam perancangan Kerajaan Negeri selepas mengambil kira kepentingannya sebagai salah satu instrumen dalam perancangan harta pusaka.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian mengenai isu pertikaian yang mungkin timbul dari sudut perundangan melibatkan bidang kuasa mahkamah seperti yang dibangkitkan dalam sesi perbahasan. Untuk makluman ahli-ahli Yang Berhormat, langkah penggubalan RUU. Tidak akan terhenti setakat ini kerana ini akan dibincang di peringkat yang lebih tinggi. Perkara-perkara yang melibatkan bidang kuasa serta pertembungan antara perundangan Persekutuan dan Negeri akan diusulkan kepada jawatankuasa khas mengkaji kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam atau di platform-platform lain yang bersesuaian. Ini membolehkan titik-titik pertemuan dapat dicapai bagi merungkaikan apa jua kerumitan yang timbul demi menjaga kemaslahatan dan juga kesejahteraan rumah.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebagai penutupnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang rata-ratanya menyatakan dokongan terhadap RUU Wasiat Orang Islam (Perak) 2023. Ucapan penghargaan juga saya titipkan kepada semua pembahas serta ahli-ahli yang berhormat yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Mudah-mudahan, atas iltizam dan komitmen semua pihak RUU ini akan mencapai matlamatnya sebagai instrumen dalam memberi panduan, mengurus takbir dan mengawasi pembuatan serta pelaksanaan wasiat orang Islam di negeri ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan penggulungan ini, mari lah sama-sama kita menghayati sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah mengenai sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati sebagai seorang yang bertakwa dan bersyahadah serta mati dalam keadaan dosa-dosanya diampunkan". Yang Berhormat
Dato' Yang di-Pertua, demikian ucapan penangguhan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi.
Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli yang berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan wasiat orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca bagi kali yang kedua. Ahli yang berhormat, dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukkan berhubung dengan Wasiat Orang Islam bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya yang selesai dibaca bagi kali kedua.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon menyusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukkan berhubung dengan wasiat orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya diserahkan kepada jawatankuasa seisi dewan negeri untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke fasal.
Ada sokongan?
Tebing Tinggi menyokong.
Ahli Yang Berhormat, dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatakuasa seisi Dewan Negeri untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.
[DEWAN BERTUKAR MENJADI JAWATANKUASA SEISI DEWAN]
Fasal 1 dan Fasal 2
Masalahnya bahawa fasal 1 dan fasal 2 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. Dan yang tidak bersuara setuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 3 hingga Fasal 13.
Masalahnya, bahawa Fasal 3 hingga Fasal 13 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan.
Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 14 hingga Fasal 16.
Masalahnya, bahawa Fasal 14 hingga Fasal 16 diperintahkan untuk menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 17 dan Fasal 18.
Masalahnya, bahawa Fasal 17 dan Fasal 18 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 19 hingga Fasal 25.
Masalahnya, bahawa Fasal 19 hingga Fasal 25 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 26 hingga Fasal 30.
Masalahnya, bahawa Fasal 26 hingga Fasal 30 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Fasal 31 hingga Fasal 33.
Masalahnya, bahawa Fasal 31 hingga Fasal 33 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 34 hingga Fasal 36.
Masalahnya bahawa Fasal 34 hingga Fasal 36 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Fasal 37 hingga Fasal 39.
Masalahnya bahawa Fasal 37 hingga Fasal 39 diperintah menjadi sebahagian daripada rang undang-undang dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Memandangkan tiada perbahasan, dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.
Terima kasih yang Berhormat Dato Pengerusi, saya mohon izin menyusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan wasiat orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya, yang telah dipersetujui oleh jawatakuasa ini dimaklumkan pada Dewan dengan serta-merta.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Tebing Tinggi menyokong.
Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan wasiat orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan Negeri. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju. Maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.
[JAWATANKUASA SEISI DEWAN BERTUKAR MENJADI DEWAN SEMULA]
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan wasiat orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya telah pun dipertimbangkan dari sefasal ke sefasal dalam Jawatankuasa seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Tebing Tinggi menyokong.
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung wasiat orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Setiausaha.
Suatu Enakmen bagi untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan wasiat orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya telah selesai dibaca bagi kali yang ketiga dan telah diluluskan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Sungai Rapat menyokong. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini, saya tangguhkan Dewan ini kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.