Perak · 7 December 2023

15th Assembly, 1st session, 5th meeting · 180 turns · 31,649 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Kelima Mesyuarat Kelima Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 7 Disember 2023 jam 9.05 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, Jawatankuasa Seisi Dewan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selesai sahaja penggulungan dari Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Dewan akan bersidang sebagai sebuah jawatankuasa. Di peringkat ini, Ahl-ahli Yang Berhormat boleh membincangkan dan mengajukan persoalan-persoalan yang bersifat teknikal.

Perkara yang kedua, pada hari ini juga, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membentangkan Rang Undang-undang Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Aminuddin bin Zulkifli, Ahli Dewan Negeri kawasan Behrang bagi penggal yang lepas atas usaha dan kesungguhan beliau mengetengahkan enakmen ini agar dapat ia direalisasikan.

Perkara yang ketiga, saya juga ingin mengalu-alukan kedatangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana Taiping yang bersama-sama dengan kita pada hari ini.

Yang keempat, berkaitan dengan penyata rasmi, saya ingin memaklumkan Ahli-Ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun penyata rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada penyata rasmi yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut.

Akhir sekali, saya bagi pihak Dewan ingin merakamkan ucapan terima kasih daripada kepada FAMA, kepada Exco Pertanian yang ada dan hari ini kita beruntung dijamu buah-buahan tempatan. Saya difahamkan hari ini lebih kurang 100 kilo setiap buah yang ada kalau saya boleh nyatakan di sini. Bukan sahaja buah-buahan tempatan daripada asal daripada negeri Perak kita, daripada Manjung dan Behrang, betik sekaki daripada Bidor, jambu seedless daripada Bidor, dokong daripada Gerik dan Siam ya, rambutan daripada Sungkai, limau bali daripada Tambun, nangka madu daripada Gopeng, kedondong daripada Tambun dan jus hari ni. Kita juga dapat kedondong asam boi dan dragon fruits yang ada di Dewan Makan dan juga di ruang legar di luar sana yang bolehlah Ahli-ahli Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan yang ada bersama untuk kita menikmatinya. Naya kita hari ini. Cuma pesanannya kena hati-hati kerana semuanya itu ubat untuk ubat batuk kita lah. Jadi berpada-pada nanti. Jadi tuan-tuan dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Sekian.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pasir Panjang, soalan nombor 3. Soalan nombor 1.Kalau ikut aturan soalan, giliran nombor satu Dato'. Tapi kalau dalam tulis soalan, nombor 3. Cuba Dato' tengok.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Pasir Panjang yang telah mengemukakan soalan berkaitan dengan cadangan Lumut sebagai Defense City. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertahanan sedang melaksanakan penggubalan Dasar Industri Pertahanan Negara atau ringkasnya DIPN yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Kertas Putih Pertahanan. Salah satu objektif utama DIPN ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub industri pertahanan dengan membina sebuah industri pertahanan yang berdaya saing dan berdaya tahan. Bagi mencapai objektif ini, antara inisiatif yang dirangka adalah melaksanakan pengezonan kawasan-kawasan industri pertahanan sedia ada di 3 buah kawasan iaitu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Selangor sebagai Aerospace Defence Industry Nucleus, di Pekan, Pahang sebagai Automotive Defence City dan di Lumut, Perak sebagai Maritime Defence City.

Dalam satu mesyuarat bersama Kementerian Pertahanan yang telah diadakan pada 7 September 2022 pihak Kerajaan Negeri telah mencadangkan beberapa inisiatif bagi pelaksanaan Zon Industri Pertahanan. Di antaranya pertama, free pre-consultant kepada pemain industri dan pelabur yang ingin melabur di Zon Industri Pertahanan. Yang kedua, memberikan pengurangan kepada premium tanah yang terlibat sebagai galakan kepada pemain industri. Yang ketiga, memberikan kebenaran memulakan kerja-kerja awal setelah mendapat kelulusan kebenaran merancang. Keempat, memberi laluan fast track untuk development order. Yang kelima, remission untuk Quit Rent untuk tempoh 3 tahun dengan kadar 5% hingga 15%. Namun begitu, perkara ini masih di peringkat untuk mendapatkan keputusan dasar oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Kerajaan Negeri menyokong pelaksanaan dasar ini dan akan memudah cara pelaksanaan inisiatif tersebut sekiranya ia betul-betul diputuskan untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan kelak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya soalan tambahan. Sila.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Soalan tambahan. Berkaitan dengan pertahanan juga, Dato' Seri. Mungkin terkeluar sikit la daripada bandar ni. Apakah ada perbincangan sebelum ini untuk ditubuhkan Kampus Universiti Pertahanan di Daerah Manjung atau pun di kawasan Lumut? Soalan yang sering ditanya kepada saya. Saya tanya Dato' Seri pada hari ini. Terima kasih Dato' Seri.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih di atas soalan dan juga harapan oleh Yang Berhormat. Kerajaan Negeri pun meletak harapan yang sama. Jika Kementerian Pertahanan bermurah hati untuk membina Universiti Pertahanan Malaysia 2nd campus atau sebagainya di Perak, di Lumut kita "Kecil tapak tangan, Stadium Lumut kita tadahkan." Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput ahli Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan soalan. Sila.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Palestin. Free al-Aqsa. Soalan Selinsing, nombor 2.

Terima kasih YB Selinsing yang telah pun membawa soalan nombor 2. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Perpaduan Madani dan Salam Soladiriti Rakyat Pejuang Palestin. Jawapan kepada soalan Selinsing itu, banjir kilat yang sering berlaku di kawasan pekan Bagan Serai telah dikenalpasti berlaku disebabkan oleh sistem saliran yang tidak dapat menampung aliran air hujan yang berlaku yang melebihi kala ulangan purata atau pun ARI. Makna hujan di kawasan tersebut telah berlipat kali ganda turunnya. Oleh itu, melalui kajian yang telah dilaksanakan oleh perunding JPS telah memohon di bawah Rolling Plan ke-2 dan Rolling Plan ke-3 dan Rolling Plan ke-4 di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) bagi menaiktaraf sistem saliran di Pekan Bagan Serai di bawah projek Persekutuan. Sehingga kini, status kelulusan permohonan ini masih di peringkat penilaian daripada pihak kementerian. Walaupunbagaimanapun, Jabatan Saliran dan juga JPS Perak tetap komited untuk memohon projek ini semula di bawah Rolling Plan ke-5 (RMK-5) bagi mengurangkan risiko banjir kilat yang berlaku di pekan Bagan Serai khususnya di hadapan Sekolah Menengah Alang Iskandar.

Bagi mengurangkan risiko banjir di Sekolah Menengah Alang Iskandar, melalui kajian daripada Perunding Bakti yang telah dilantik oleh JPS, sistem saliran sedia ada di kawasan berhampiran perlu diperlebarkan dan beberapa lintasan perlu dinaiktaraf bagi melancarkan aliran air hujan bila ianya berlaku dengan lebatnya. Sebuah rumah pam sedia ada iaitu Rumah Pam Sungai Ipil akan dinaiktaraf daripada 20 cusec kepada 40 cusec. Pam yang ada hari ini kita pertingkatkan 2 kali ganda kapasiti dia. Jadi bermaknanya kita mencari jalan untuk meredakan supaya air itu tidak melimpah ruah bila berlaku hujan yang lebat. Jadi kita akan naik tarafkan kapasiti pam yang sedia ada daripada 20 cusec kepada 40 cusec, 2 kali ganda. Oleh itu, cadangan ini telah pun dikemukakan pada Rolling Plan ke-4 di bawah RMK-12 bagi mengurangkan risiko banjir di pekan Bagan Serai khususnya di depan Sekolah Menengah Alang Iskandar. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Selinsing. Sila.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Rapat. Soalan tambahan saya berkaitan dengan banjir juga lah. Satu lagi fenomena banjir yang disebut fenomena air pasang besar atau pun air pasang dalam. Yang berlaku di Kerian. Ada yang mengatakan bahawa disebabkan muka bumi Kerian ni dia rendah daripada paras laut. Jadi apabila berlaku air pasang besar atau pun air pasang dalam, air masuk ke kawasan daratan lah. Apatah lagi apabila berlaku hujan pada ketika itu. Kalau yang di dalam kampung, tak ada masalah lagi. Sebab bukanlah tak ada masalah, rosak juga peralatan. Tapi airnya itu air tawar lah. Yang jadi masalah bila di kawasan contohnya di area Kuala Gula sebab air yang masuk tu adalah air laut, air masin dan kalau dia berlaku, biasanya dia melintasi tebatan banjir yang ada tu. Jadi dia masuk dan saya juga dimaklumkan itu antara punca kerosakan Chalet Kuala Gula tu. Antaranya menyebabkan kerosakan ia masuk-masuk ke Pejabat Perhilitan kemudian masuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Gula dan masuk juga ke perumahan kampung tersusun. Maka air ini air laut merosakkan banyak perkaralah jadi persoalan saya nya, adakah pihak kerajaan memaklumi perkara ini dan apakah pelan perancangan kalau ada untuk mengatasinya? Terima kasih.

Terima kasih, Selinsing yang prihatin berkenaan dengan kebanjiran yang berlaku di pekan Bagan Serai bahkan saya berada di pekan Bagan Serai minggu lepas. Oleh kerana Jabatan Meteorologi mengatakan kawasan itu akan ditimpa hujan. Maka saya cepat-cepat pergi rupanya tak hujan malam itu. Tak dapat nak lihat air dan suasana ini menjadi lebih parah kalau sekiranya ada perkahwinan di antara air pasang dengan hujan berlebat. Kalau air pasang, maka Kuala Gula dan sebagainya itu kalau masa itu juga hujan lebat, maka bandar Bagan Serai akan mengalami akibatnya. Jadi untuk itu, saya akan cuba sekali lagi untuk cari jalan bagaimana nak percepatkan permohonan kami daripada Persekutuan khusus nak membesarkan pump yang sedia ada. Jadi akibatnya dipasang air bukan hanya Bagai Serai, tapi seluruh Kerian itu sendiri termasuk jugalah di Kuala Gula, termasuk jugalah di Kuala Kurau, benda-benda ini akan melibatkan kawasan itu hampir-hampir melibatkan air yang naik. Jadi untuk itu, kalau kita buat keputusan yang kita buat ada hari ini, dia dapat melegakan. Saya tidak memberikan jaminan bahawa apa yang telah kita rancangkan oleh JPS, melalui saranan daripada Perunding Bakti itu dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam jangka panjang. Dia hanya akan masih berterusan lagi, tapi kita cuba nak cari jalan untuk meredakan. Maknanya kalau lah sekiranya berlaku hujan, air pasang ketika itu, makna Sekolah Menengah Alam Iskandar tidak tengelam. Itu utamanya depan-depan Agrobank dan sebagainya itu. Jadi itu adalah harap ataupun keputusan yang kami buat dan saya akan pantau melalui JPS sama ada benda ini akan dapat diselaraskan dan dipercepatkan pemasangannya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan kedua, Astaka sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Dato Seri Yang Berhormat Exco. Yang berkaitan dengan banjir kilat kami boleh nampak di Taman Perumahan juga berlaku sering banjir kilat terutamanya di Dun Astaka utama faktor utamanya kerana sistem perparitan ini, dia beza saiz dia longkang beza. Yang ini actually apabila ada skim perumahan baru, mereka akan mendapatkan kelulusan daripada JPS tetapi ada sesetengah kes di mana lepas pembinaan itu mungkin ada design failure dan lepas itu diserahkan kepada PBT dan jadi masalah faktor kepada banjir kilat. Apa pandangan Yang Berhormat Exco untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.

Terima kasih Astaka. Suasana fenomena yang dialami di Astaka itu juga tidak jauh bezanya dengan apa yang dialami oleh Selinsing. Oleh kerana bila air pasang di kawasan Lumut itu sendiri, dan ketika itu ada hujan lebat, maka Astaka, Setiawan, Lumut dan kawasan-kawasan berhampiran akan mengalami suasana tersebut dan JPS mengkajinya, mencari jalan bagaimanakah dapat dikurangkan. Jadi untuk itu, kawasan Astaka ini, oleh kerana pembiakan rumah-rumah baru ini terlampau hebat sangat. Terlalu banyak rumah-rumah baru yang telah didirikan sehingga tak sempat nak tampung masalah air hujan. Jadi kita gunakan masih longkang-longkang lama. Jadi untuk itu, saya memberi arahan kepada JPS di Manjung untuk perhebatkan pencucian sungai berhampiran, rumah dinding dan sebagainya termasuk mendalamkannya. Jadi ini dapat meredakan suasana. Tapi untuk mencari jalan penyelesaian yang jangka panjang dia memerlukan tambahan sistem-sistem lain. Misalnya ada pam dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk mengemukakan soalan.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Kuala Kurau nombor tiga.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kuala Kurau yang telah tanyakan soalan kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Lumut pada bulan Ogos yang lalu. Ahli-ahli Yang Berhormat dikesempatan ini saya ingin menyatakan kesedihan atas insiden yang telah terjadi di Pantai Teluk Batik, Lumut yang telah mengorbankan nyawa pada bulan Ogos yang lalu. Dengan demikian, saya menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat. Saya berharap agar keluarga mangsa terus tabah dan cekal dengan dugaan ini. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kerja menyelamat terutamanya pasukan keselamatan, pasukan perubatan dan agensi terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa. Oleh yang demikian, saya memohon Ahli Yang Berhormat sekalian yang beragama Islam untuk menghadiahkan Al-Fatihah dan yang bukan beragama Islam untuk bertafakur selama satu minit.

Terima kasih, untuk maklumat Yang Berhormat Kuala Kurau berkenaan tindakan yang telah diambil terhadap pengusaha bot rekreasi yang terbabit. Pasukan Siasatan Kemalangan Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri pada 24 November 2023 untuk semakan dan hasil daripada semakan Timbalan Pendakwa Raya telah diminta untuk Jabatan Laut Malaysia meneruskan siasatan lanjut bagi tujuan pendakwaan di Mahkamah dilaksanakan nanti dan pada masa yang sama pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengarahkan pemberhentian serta merta kepada pengusaha yang terlibat sehingga lesen aktiviti dikeluarkan bermula tarikh kejadian. Pihak MPM juga telah mengeluarkan notis arahan keselamatan kepada semua pengusaha dan juga pemakluman bagi menghentikan operasi sementara dalam tempoh siasatan kerja siasatan isu tersebut dijalankan.

Untuk pecahan soalan kedua tentang langkah yang diambil untuk mengelakkan insiden seperti ini pada masa ini, Jabatan Laut Malaysia telah menempatkan anggota pada hari hujung minggu dan cuti umum di kawasan peranginan sekitar Lumut bagi memastikan bot yang digunakan untuk aktiviti pelancongan adalah bot yang berlesen dan semua pemandu bot serta penumpang memakai jaket keselamatan. Bot-bot yang beroperasi juga dipastikan membawa penumpang tidak lebih daripada 12 orang. Pada masa yang sama, pihak MPM pula telah menggariskan syarat-syarat pengendalian sukan air dan pemantauan dilaksanakan dari masa ke semasa melalui kaedah dan SOP Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPM. Pihak Majlis Perbandaran Manjung juga telah meningkatkan kadar rondaan di kawasan pantai oleh Pasukan Penguatkuasa Pelancongan dan sentiasa mengingatkan dan menegaskan kepada pengusaha yang berada di Teluk Batik bagi mewajibkan pemakaian Personal Floating Device (PFD) dengan izin kepada penumpang yang menaiki bot. Selain itu, penggunaan siaraya atau speaker dengan izin juga turut digunapakai bagi memaklumkan pelancong yang hadir ke Teluk Batik untuk sentiasa berhati-hati. Selain itu, poster keselamatan juga diteruskan untuk memberi kesedaran kepada pelancong terutamanya di musim sekolah dan cuti umum. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk mengemukakan soalan. Soalan tambahan. Sila…sila. Pangkor sila.

Puan Norhaslinda binti ZakariaBERSATU · PNPangkor

Terima kasih YB Timbalan Yang di-Pertua. Kalau diingatkan kembali usul isu keselamatan ini memang saya ada masukkan dalam perbahasan pada hari Isnin yang lepas, terima kasih kepada YB Teja di atas jawapan. Cuma saya nak ingin bertanya pada YB, adakah pihak berkuasa telah mempastikan semua pengusaha rekreasi air di Pantai Teluk Batik mempunyai lesen serta petugas yang terlatih? Sekian.

Terima kasih Yang Berhormat Pangkor. Sebelum pihak Majlis mengeluarkan lesen di sesuatu tempat memang ada syarat-syarat dan SOP yang dipatuhi. Cuma lesen yang dikeluarkan oleh PBT lebih kepada lesen perniagaan di pantai dan aktiviti semasa di laut pula dipantau oleh Jabatan Laut dan memang dengan mengambil pengalaman dan insiden yang berlaku juga kami sentiasa cuba untuk melihat balik dan memperketatkan syarat-syarat yang ada supaya apabila kita meluluskan sesuatu lesen dapat dipastikan semua syarat khususnya aspek keselamatan akan dapat dijaga. Kalau sebelum ni ada kelemahan yang perlu dibaiki, ada syarat yang lebih jelas yang perlu ditambah akan pihak berkenaan termasuk PBT dan semua agensi kerajaan yang lain mengambil maklum supaya pastikan semua itu dinyata dengan jelas dan yang penting sekali dipatuhi oleh semua pengusaha. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Simpang Pulai sila. Soalan tambahan kedua.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih. Jadikah boleh saya tanya apakah tindakan yang akan dikenakan kalau pengusaha-pengusaha melanggar peraturan dan syarat yang ditetapkan?

Terima kasih. Sekiranya berlaku pelanggaran syarat memang tindakan yang tegas akan diambil. Saya ambil contoh untuk pengusaha yang langgar syarat, pihak Majlis Perbandaran Manjung boleh mengambil tindakan untuk mengeluarkan kompaun dan juga tindakan untuk gantung lesen dan tutup perniagaan dan juga di bawah bidang kuasa Jabatan Laut Malaysia, tindakan yang boleh dikenakan adalah mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu mengikut kesalahan yang dilakukan boleh diberi kompaun sehingga RM250. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk mengemukakan soalan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Sungai Manik soalan nombor 4.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Sungai Manik di atas soalan yang dibangkitkan berkenaan warga emas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat menurut unjuran Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) dianggarkan pada tahun 2030, kira-kira 15.3% daripada jumlah penduduk di Malaysia adalah berusia 60 tahun dan ke atas yang dikategorikan sebagai warga emas. Negeri Perak pula diunjurkan sebagai antara negeri yang mempunyai bilangan warga emas yang tertinggi di mana jumlah data terkini Perak, ia di ranking yang pertama untuk tahun 2023 iaitu 14.6% dan daerah Kampar menjadi daerah kedua terbanyak penghuni warga emas di Malaysia. Atas kesedaran yang tinggi ini, Kerajaan Negeri Perak telah mengorak langkah dalam menyahut cabaran melalui Pelan Perak Sejahtera 2030 dan salah satu usaha bagi mewujudkan ekosistem yang kuat bagi penjagaan warga emas ini ialah program Santunan Kasih. Santunan Kasih merupakan usaha Kerajaan Perak dalam membentuk sebuah ekosistem penjagaan warga emas yang melibatkan berbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dengan bidang penjagaan dan warga emas. Program Santunan Kasih digerakkan atas kesedaran akan keperluan yang meningkat terhadap sektor perkhidmatan penjagaan warga emas di negari Perak dan merupakan sebuah platform perkongsian ilmu tentang perjagaan warga emas yang bakal memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu penjaga iaitu caregiver dan mereka yang memerlukan jagaan. Kerajaan Negeri sedang berusaha memperluas kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan GLC bagi membantu kerajaan dalam memberi perkhidmatan kepada warga emas dan turut merangka beberapa pelan yang bersesuaian bagi menangani keperluan tersebut.

Program ini merupakan platform yang merangkumi pertama ialah pengkalan data penjaga yang bertauliah ataupun terlatih. Yang kedua ialah dorongan kerjaya dan keusahawanan bagi yang meminati bidang penjagaan warga emas. Ketiga, padanan penjaga dan yang memerlukan khidmat sama ada individu, NGO ataupun syarikat. Yang keempat ialah sistem sokongan sesama penjaga dan agensi berkaitan. Juga sokongan data bagi warga emas. Yang kelima ialah platform menyampaikan maklumat, misi Kerajaan Negeri Perak dan memajukan bidang penjagaan warga emas. Yang seterusnya ialah sumber data untuk kita menggubal polisi dalam tempoh jangka masa panjang. Sejak program ini diperkenalkan, seramai 170 orang telah ditauliahkan dengan latihan khusus penjagaan warga emas secara berperingkat di negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Manik juga ada bertanyakan mengenai untuk soalan kedua. Kerajaan Negeri juga sedar adalah penting agar apa yang diusahakan ini konsisten dan juga sustain untuk kita dalam tempoh jangkamasa yang panjang dan dalam usaha mempastikan program Santunan Kasih ini konsisten untuk jangkamasa yang panjang Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah berikut:

Pertama, menyediakan penjaga warga emas yang bertauliah melalui latihan TVET. Kita ada PASAK, kita akan berkolaborasi bersama dengan PASAK. Menyediakan pengkalan data penjaga yang mahir melalui media sosial dan laman web. Dorongan kerjaya dan keusahawanan melalui latihan penjagaan yang mendalam dan juga dalam bidang keusahawanan. Tempat padanan penjaga dan warga emas ataupun institusi NGO dan juga swasta. Kempen media untuk memperkenalkan program Santunan Kasih Perak pada pasaran terbuka sebab Santunan Kasih ini terlalu baru, kita baru mula inisiatif tersebut. Membina sokongan sesama penjaga, kongsi pengalaman, solusi permasalahan dan jagaan sama ada mereka stres dan sebagainya kita sediakan platform ini. Memperbanyakkan perkongsian maklumat ilmiah serta program-program yang libatkan warga emas. Seterusnya program sehenti maklumat berkaitan misi matlamat kerajaan berkaitan penjagaan warga emas akan disalurkan dan data daripada pasaran dikumpul untuk pengubalan polisi. Itu saja.

Timbalan Yang di-Pertua

Sungai Manik sila.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima jasih kepada Yang Berhormat Exco, tahniah daripada inisiatif dan juga program yang telah dijalankan. Saya cuma nak mengulang balik soalan dalam Dewan yang lepas isu rumah orang tua-tua di Langkap. Kalau ikut laporan yang saya terima, setakat ini mereka belum lagi menerima bantuan JKM. Mereka dah masuk dalam sistem. Sebab itu isunya pasal pelan keputusan majlis. Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan sebab tak denda diorang. Bukan salah diorang. Kelewatan hantar pelan itu bukan salah mereka. Cuma hari ini mereka terpaksa menanggung 29 penghuni berdasarkan pendapatan ataupun sumbangan yang diterima oleh 14 orang. Maksudnya 14 orang yang menerima bantuan bulanan itu punya sumbangan untuk tanggung 29 orang. Jadi ini satu bebanan kepada mereka yang menguruskan. Sebab mereka ni macam NGO je. Tak ada, bukan ada gaji tetap. Cuma datang membantu je, nak mengurus, nak bagi makan, nak mandikan orang tua. Cuma mungkin saya minta lah kalau boleh suruh arahkan JKM siasatlah 29 orang tapi sumbangan yang dapat 14 orang. Hasil daripada sumbangan 14 orang dari JKM itu untuk tanggung tampung 29 orang punya makanan harian. Jadi nilainya baru RM3,200 sahaja. Kos nak makan bulanan ini hampir RM9,000 sebulan. Saya dulu kalau ada kotak makanan ada memang tiap-tiap bulan memang untuk dia orang tu 5 kotak. Jadi saya harap bukan soalanlah. Merayu Exco untuk ambil tindakan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang begitu prihatin kepada warga emas ialah kita semua pun akan pergi kepada warga emas juga ya. Saya telah pun mengunjungi PAWE Langkap yang bersebelahan dengan apa yang telah dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat. Kita mengenal pasti masalah yang dibangkitkan. Antaranya saya cuba bantu ialah sebab nak mendapatkan kelulusan bangunan tersebut juga mereka perlu melengkapkan dari segi pemasangan paip bomba. Sebab itu antara faktor-faktor keselamatan untuk mendapatkan kelulusan dan saya telah memaklumkan kepada pihak rumah penjagaan warga emas tersebut untuk membuat permohonan kepada saya. Saya akan cuba bantu untuk pemasangan paip bomba itu supaya isu-isu lain dapat mereka selesaikan. Jadi Insya Allah saya akan cuba bantu sebaik mungkin dengan apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk kemukakan soalan. Silakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua soalan Trong nombor 5.

Terima kasih. Salam sejahtera diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Trong. Dengan izin Yang Berhormat Timbalan Speaker, sebelum saya menjawab soalan Trong, saya ingin menjawab soalan yang dikemukakan semalam oleh sahabat saya, Bukit Chandan berkaitan dengan Klinik 1 Malaysia. Soalan adalah, boleh saya, terima kasih YB. Saya nak tanya, apa nasib dan apa jadi dengan Klinik 1 Malaysia yang banyak yang dibina di seluruh Malaysia ini? Adakah dah tutup setakat ini, dah tak berfungsi atau macam mana? Jawapannya, Klinik 1 Malaysia di seluruh negara telah ditukar nama, bukan ditutup tetapi ditukar nama or rebranded, kepada Klinik Komuniti KKOM.

Pada masa ini terdapat 18 buah KKOM yang masih beroperasi di negeri kita. KKOM menyediakan rawatan penyakit ringan kepada penduduk setempat seperti rawatan demam, batuk, selsema dan penyakit ringan yang lain. Prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan. Rawatan susulan penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma. Khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan. Terdapat 3 buah KKOM yang juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu dan anak iaitu KKOM Kampung Tawas, Kinta, KKOM Taman Samudera, Manjung dan KKOM Behrang, Tanjong Malim. Apakah perancangan masa depan bagi klinik ini? KKOM yang mempunyai bilangan pesakit yang tinggi atau jauh daripada klinik kesihatan akan diteruskan beroperasi bagi memberikan kemudahan kepada orang awam. Itu saya jawabkan. Jadi, klinik satu Malaysia ini tak tutup tetapi rebranded.

Soalan yang dikemukakan oleh Trong. Hospital Taiping merupakan hospital tertua di Malaysia dibina pada tahun 1880 iaitu usianya sekarang adalah 143 tahun. Pada masa kini, Hospital Taiping merupakan hospital pakar kedua terbesar di Perak yang memberikan perkhidmatan prima dan sekunder. Keluasan hospital adalah merangkumi tanah seluas 6.86 hektar yang terletak di tengah bandar Taiping. Mulai 2017, Hospital Taiping berperanan sebagai lead hospital yang mengetuai tadbir urus kluster Perak Utara. Kluster ini merangkumi Hospital Kuala Kangsar, Hospital Selama, Hospital Parit Buntar dan Hospital Gerik. Bilangan katil keseluruhan di Hospital Taiping adalah 608 katil. Purata kedatangan pesakit harian ketika ini adalah sebanyak 67 orang pesakit luar sehari dan 133 orang pesakit dalam sehari dengan kadar penggunaan katil sebanyak 78.83%. Kakitangan hospital adalah seramai 2,670 orang dengan 71 atau 21% orang doktor adalah pakar. 21% yang saya maksudkan adalah keseluruhan Perak. Yang pakar di keseluruhan Perak, 21% pakar bekerja di Taiping dan 492 orang pegawai perubatan dan 2,107 orang kakitangan yang lain.

Perancangan menaik taraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Taiping adalah merupakan salah satu projek yang terkandung di dalam pelan perancangan pembangunan jangka panjang hospital ini. Permohonan projek tersebut telah dipanjangkan kepada Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dipertimbangkan ke dalam senarai projek perancangan Malaysia. Naik taraf jabatan ini penting bagi membolehkan skop dan keupayaan perkhidmatan kecemasan dan trauma dapat terus dipertingkatkan seiring dengan keperluan masyarakat. Pembinaan sebuah bangunan baru bagi jabatan ini yang lebih luas akan membolehkan penambahan katil direalisasikan. Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital ini mempunyai sebanyak 37 buah katil bagi ruang kerja sedia ada. Adalah menjadi satu kebiasaan di jabatan ini atau kedatangan mendadak pesakit boleh berlaku pada bila-bila masa dan keperluan katil boleh melebihi bilangan katil di jabatan ini. Sekiranya situasi ini berlaku, katil sementara ini akan digunakan dan hanya untuk pesakit yang bersesuaian serta stabil. Keadaan kesesakan ini akan reda apabila pesakit-pesakit dimasukkan ke wad-wad. Pihak pengurusan Hospital Taiping telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi perolehan sebanyak 20 katil iaitu setiap katil sekarang nilai harganya adalah lebih kurang RM50,000. Katil bagi tambahan bagi jabatan pada awal tahun 2023. Namun ia tertakluk kepada kelulusan daripada KKM. Sebagai penyelesaian jangka pendek, pihak pengurusan hospital akan berusaha untuk meminjam katil dari wad-wad sekiranya situasi kesesakan ini berlaku demi untuk keselesaan para pelanggan, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan. Soalan tambahan daripada saya, pada 31 Julai yang lepas, perkara yang sama ditanya oleh Akhbar Utusan Malaysia iaitu berkenaan Hospital Raja Permaisuri Bainun yang mana jumlah katil bagi wad kecemasan juga tidak cukup. Cuma, terima kasih atas usaha yang dibuat. Cuma, boleh atau tidak pihak Kerajaan Negeri dalam pelan jangka masa pendek ini iaitu untuk mengusahakan katil-katil tambahan yang sesuai dengan pesakit. Umpamanya dulu bekas Adun Selama yang juga bekas mantan Exco, beliau mengusahakan katil daripada pihak NGO, sumbangan ke wad kecemasan Hospital Selama. Jadi boleh atau tidak pihak Kerajaan Negeri mengusahakan dalam tempoh masa yang terdekat supaya jumlah 37 katil itu bertambah agar pesakit-pesakit yang hadir dalam keadaan kecemasan dia tidak menyebabkan lagi sakit apabila dia terpaksa tidur, terpaksa berbaring di katil-katil yang sesuai untuk camping dengan izin. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Trong. Isu berkaitan dengan kekurangan katil seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat di Taiping akan diselesaikan tetapi situasi dia tidak kritikal buat masa ini tetapi walau bagaimanapun isu itu akan ditimbang balik. Kita dah hantar proposal kita kepada KKM dan kita masih menunggu untuk satu jawapan daripada mereka. Berkaitan dengan sumbangan, sumbangan katil. Kita dah terima banyak sumbangan bukan sahaja waktu YB Selama jadi Exco Kesihatan. Saya sendiri dengan usaha saya telah mendapat 4 mesin dialisis daripada sebuah syarikat di Little India Ipoh, empat. Dua diletak di Hospital Teluk Intan dan dua lagi adalah di Hospital Kampar. Jadi kita memang kita ada terima sumbangan dan kalau ada sumbangan kita sanggup terima. Tidak ada masalah tetapi sumbangan itu khasnya katil ini haruslah menepati kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan atau hospital masing-masing, Terima kasih.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Keranji minta soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Pinji, sila.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Untuk soalan saya, kebajikan perubatan ini memang agak penting untuk kebajikan rakyat sebab memang tak kira umur muda ke yang tua ke mereka perlu pergi dapatkan rawatan perubatan. Untuk Hospital Raja Permaisuri Bainun, saya rasa bukan sahaja Jabatan Kecemasan mengalami kesesakan, saya rasa, seluruh tempat di hospital pun perlukan peningkatan. Jadi tak, apakah tindakan daripada Jabatan Kesihatan Negeri untuk menaiktaraf atau cadangan untuk menaiktaraf ke semua fasiliti yang ada di Hospital Permaisuri Bainun sekarang? Terima kasih.

Terima kasih, Pasir Pinji. Hospital Raja Permaisuri Bainun adalah hospital yang terbesar di negeri Perak dan menjadi hospital induk kepada 14 hospital lain dan kesemuanya kes-kes rujukan kalau tidak boleh ditangani oleh hospital ke 14 hospital ini akan dirujuk kepada hospital tersebut. Jadi kita harus pastikan bahawa Hospital Raja Permaisuri Bainun ini mempunyai segala alatan dan rendah untuk memastikan bahawa pesakit-pesakit itu dapat rawatan seperti yang diperlukan. Apa yang jadi masalah di HRBP adalah berkaitan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma yang dibangkitkan oleh YB Trong tadi di Hospital Taiping berkaitan dengan katil-katil dan untuk menyelesaikan masalah itu pada 18 September 2023 Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan II bersama-sama dengan Pengarah Belanjawan Negara telah mengadakan satu lawatan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk permohonan yang dibuat oleh kita untuk projek menaiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma. Dalam sesi lawatan tersebut, Pengarah Belanjawan Negara bersetuju untuk mempertimbangkan peruntukan berjumlah RM1 juta untuk projek menaiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma (HRPB) dengan syarat peruntukan itu perlu dibelanjakan pada tahun semasa iaitu tahun ini. Perincian peruntukan yang dicadangkan adalah yang pertama kerja naiktaraf ruang klinikal rest dan dikontiminasi di Jabatan Kecemasan dan Trauma HRBP nilai RM500,000.00 Kedua, menambahkan katil baru bagi Jabatan Kecemasan dan Wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dengan nilai RM500,000.00 jumlah RM1 juta.

HRBP telah mengadakan beberapa siri perbincangan di peringkat dalaman bagi membincangkan kebolehlaksanaan kedua-dua projek melibatkan kerja naiktaraf jabatan kecemasan serta perolehan bekalan katil baru yang masing-masing bernilai RM500,000.00. Bagi projek menaiktaraf Jabatan Kecemasan Truma HRPB telah melaksanakan kajian pasaran pada 3 Oktober 2023 dengan mendapatkan pandangan awal daripada sekurang-kurangnya 6 syarikat kontraktor G2 ditapis melalui sistem CIDB yang kompeten serta berpengalaman berkenaan kebolehsiapan projek dalam tempoh yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, kesemua syarikat kontraktor memaklumkan projek tersebut tidak mampu untuk dia siap dalam satu setengah hingga dua bulan kerana melibatkan kerja-kerja elektrik dan medikal gas yang memerlukan ketelitian dan kemahiran yang spesifik. Setelah mengambil kira proses perolehan semasa, kajian pasaran faktor, tempoh masa yang singkat memandangkan peruntukan perlu dibelanjakan dalam tahun semasa serta keadaan cuaca yang tidak menentu, pengurusan HRPB telah mengambil keputusan untuk melaksanakan projek menambahkan katil baru bagi Jabatan Kecemasan dan wad-wad hospital saja. Maklum balas berkenaan dengan peruntukan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha KKM pada 20 Oktober 2023. Di mana sekarang hospital HRPB di Jabatan Kecemasan dan Trauma telah menambah sebanyak 50 katil dengan nilai RM500,000.00 sekian terima kasih. .

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Keranji mohon laluan?

Timbalan Yang di-Pertua

Keranji last 30 saat

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan katil di hospital kerajaan mencukupi. Memandangkan kes Covid sekarang sedang meningkat? Terima kasih.

Terima kasih, berkenaan dengan peningkatan kes Covid-19 sekarang. Varian yang kita nampak sekarang tidaklah sama seperti varian yang berlaku pada tahun 2020. Maka, isu mereka untuk masuk hospital ini sebenarnya tertakluk kepada keadaan pesakit itu. Tambahan jika pesakit itu ada penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan kencing manis dan tekanan darah dan sebagainya tetapi kebanyakan kes sekarang ini tak perlu dimasuki hospital tetapi kalau perlunya, kita ada cukup katil di hospital ke 14 hospital untuk merawat pesakit-pesakit Covid-19. Jadi tak perlu takut dan ragu. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Tuan-tuan sekalian, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan soalan, sila.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pantai Remis nombor 6.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman yang Berhormat Pantai Remis status terkini pelaburan teknologi hijau yang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA di Perak sejak tahun 2015 sehingga Jun 2023 bernilai RM589.2 juta. Daripada jumlah ini, 51% adalah melalui pelaburan langsung domestik bernilai RM297.7 juta, manakala 49% melalui pelaburan langsung asing bernilai RM291.4 juta. Untuk maklumat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau PKNPK juga selaku peneraju agenda teknologi hijau telah membangunkan beberapa inisiatif bagi menyokong pertumbuhan sektor teknologi hijau di bawah Pelan Perak Lestari 2030 dan akan terus menggiatkan lagi usaha dalam memainkan peranan penting sebagai peneraju bagi pembangunan inisiatif-inisiatif berikut. Antara beberapa contohnya ialah Projek Mini Hydroelektrik atau HYDRO II. Untuk makluman, HYDRO II merupakan salah satu inisiatif tenaga boleh baru yang digariskan di bawah segmen perniagaan teknologi hijau, roadmap transformasi PKNPK sejajar dengan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030. Kerajaan Negeri melalui PKNPK komited membangunkan inisiatif HYDRO II melalui penjanaan kuasa hidroelektrik dengan memanfaatkan beberapa sungai yang merupakan salah satu sumber alam semula jadi utama di Negeri Perak.

Pembangunan Ladang Solar di Bidor Perak berkapasiti 30 megawatt pada 21 April 2021 PKNPK telah memeterai perjanjian dengan Gading Kencana Sendirian Berhad bagi projek pembangunan solar berskala besar di atas tanah berkeluasan 43 ekar di Bidor Perak. Pembangunan ini membabitkan pelaburan berjumlah kira-kira RM150 juta dengan janaan sebanyak 30megawatt tenaga. Seterusnya inisiatif Pembangunan Industri Pemprosesan Mineral di Khantan Chemor Perak dengan menggunakan konsep zero waste facility. PKNPK pada 27 April 2022 telah memeterai perjanjian bersama pihak Jinjing Silikon Technologies Sendirian Berhad bagi pembinaan kilang pemprosesan bahan mineral secara build to suit and lease di kawasan perindustrian Khantan, Chemor, Perak. Kilang pemprosesan yang berkonsepkan zero waste facility ini juga selari dengan agenda Perlombongan Lestari di dalam Pelan Pembangunan Strategik NCER 2021 ke 2025 yang mencadangkan aktiviti perlombongan secara responsible mining yang lebih mampan dan merangkumi keseluruhan aktiviti haluan, minta maaf, huluan, pertengahan dan hiliran industri mineral.

Seterusnya, Projek Ladang Solar Hybrid Terapung dengan kerjasama TNB Power Generation Sendirian Berhad atau TNB Genco di pusat tadahan stesyen-stesyen janakuasa hidroelektreik Sungai Perak. PKNPK pada 29 Ogos 2023 telah menandatangani perjanjian persefahaman atau MOU dengan pihak TNB Genco bagi mengkaji potensi pembangunan projek ladang solar terapung di sungai-sungai empangan hidroelektrik dan kawasan tadahan SSJ Sungai Perak dalam usaha memastikan pembangunan negeri yang bersifat lestari pada peringkat nasional dan antarabangsa. Cadangan pembangunan ini masih dalam peringkat kajian kebolehanlaksanaan.

Seterusnya pembangunan ladang solar melalui anak syarikat Maju Perak Holding atau MHB, Maju Perak Holding Berhad. PKNPK melalui anak syarikatnya Maju Perak Holding Berhad memiliki sebuah ladang solar terletak di Keramat Pulai Mukim Sungai Raya Daerah Kinta yang mana telah beroperasi sejak 2015 hingga kini. Ladang solar berkeluasan 4.5 ekar dan berkapasiti 1.5 MW terdiri daripada 3 buah pelan iaitu MP1, 2 dan MPS dengan modal pelaburan sebanyak RM19.239 juta. Next is seterusnya pemasangan sistem panel solar berbumbung melalui Skim Net Energy Metering (NEM) melalui anak syarikat Maju Perak Holdings Berhad. Melalui anak syarikat Maju Perak Holdings Perak, PKNPK telah mengambil inisiatif bagi pemasangan panel solar photovoltage di Bazar Ipoh dengan jumlah kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 308 KWP, pemasangan panel solar photovoltage di bangunan pihak berkuasa tempatan atau PBT dan pihak Pejabat Daerah di Perak dengan jumlah kapasiti pengeluaran sebanyak 2999 KWP serta memeteri MOU dengan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak bagi pemasangan panel solar fotovoltaik di 20 masjid di Negeri Perak dengan jumlah kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 1.4 MWP. Pelan pelaksanaan ini tidak melibatkan pelaburan atau biaya tambahan. Sehingga kini pelaburan ini telah menjana pendapatan sebanyak RM37,930. 00

Seterusnya pemasangan panel solar photovoltage melalui anak syarikat Perak Corporations Berhad atau Perak Corp, PKNP melalui anak syarikatnya Perak Corp telah memasang 706 panel solar photovoltage di atas bumbung Pusat Convention Casuarina dan tempat letak kereta yang akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 416.54 KW peak melalui skim Net Energy Metering. Sebenarnya kalau kita nak cakap panjang lagi ni cuma saya sambungkan lagi tadi pelan pelaksanaan ini tidak melibatkan pelaburan atau biaya tambahan dan penjimatan yang dianggarkan bagi tahun pertama adalah sebanyak RM135,882.00 iaitu pengurangan bil elektrik sebanyak 9.4%. Jadi kalau kita nak ulang ini sebenarnya banyak lagi cuma ini adalah antara usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak bersama agensi-agensi di kerajaan Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Pantai Remis sila.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Yang Berhormat Jalong. Nampaknya kalau dalam pelaburan teknologi hijau ini kita tahu tadi jawapan daripada Exco kita nampaknya separuh daripada domestik dan juga separuh dari pelaburan asing. Dua-dua dia perbezaan tidak banyak dan juga kita tahu dalam proses kita menggunakan solar dan semua teknologi hijau ini boleh dapat penjimatan yang sangat besar dan adakah kerajaan akan menggalakkan bagi semua bangunan kerajaan dan juga sekolah-sekolah dan juga bangunan kita kata agama-agama untuk galakkan mereka dan gunakan teknologi ini supaya dapat menjimat kos elektrik dan dimanakah kerajaan sekarang rancangan itu mana kawasan yang telah dikenalpasti untuk membangunkan teknologi ini.? Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Pantai Remis. Sebenarnya Kerajaan Negeri sama juga seperti Kerajaan Pusat memang kita menggalakkan segala pelaburan untuk teknologi hijau ni atau pun renewable energy ini tapi sebenarnya walaupun dalam keghairahan kita untuk menuju ke arah dunia yang lebih hijau dan sebagainya tetapi kita harus maklum juga pada masa yang sama kami mempunyai kekangan-kekangan. Sebagai contoh yang dikatakan tadi bumbung-bumbung dan sebagainya. Jadi beberapa benda berlaku. Nombor satu andai kata banyak bangunan yang bumbungnya kecil-kecil. Jadi, apabila bumbungnya kecil-kecil ini mungkin kadang kala apabila dikatakan dilakukan pembangunan mungkin pada satu faktornya ialah mungkin katakan kosnya mengambil masa terlalu lama untuk mendapat pulangan tetapi itu cuma merupakan satu faktor yang kecil sekiranya kalau kita ingin lihat kepada ke arah teknologi hijau itu memang kita galakkan. Walau pun ia mengambil masa lama untuk return modal, tetapi setentunya ia menambah baik ke mana kita dapat untuk mendapat dunia yang lebih hijau dan udara kita lebih bersih tetapi pada masa yang sama kita perlu juga akur kebanyakan bangunan-bangunan kita yang ada sekarang biarlah bangunan kerajaan atau bangunan persendirian dan sebagainya, bangunan kami dicipta, dibina pada masa yang sebelum ada solar panel lagi. Jadi kebanyakan bangunan kami apabila kita nak lihat kita nak tambah solar panel ia merupakan suatu permasalahan apabila bumbung tersebut sebenarnya tidak sesuai atau tidak mampu untuk menahan berat panel-panel tersebut.

Namun begitu kerajaan sentiasa menggalakkan kepada semua untuk mendapatkan pelaburan baru terutamanya kilang-kilang atau pun pusat-pusat komersial untuk mendapatkan pelaburan baru apabila mereka melakukan pembangunan itu secara planning awalnya mereka dah mengambil kira untuk ada solar panel di atas. Jadi itu sebenarnya boleh digunakan salah satu daripada faktor bumbungnya, nombor dua juga janakuasanya di mana mereka dapat jimat kos untuk electricity mereka secara jangka panjang dan ini sesuai dengan hasrat kerajaan untuk mendapat satu generation mix sumber tenaga kita sebanyak 31% menjelang 2025 untuk tenaga renewable ini dan juga untuk mengurangkan greenhouse gas discharge kita ke 45% menjelang tahun 2030.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Hutan Melintang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Selamat pagi salam sejahtera, Salam Malaysia Madani. Soalan Hutan Melintang, soalan tujuh.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, salam sejahtera selamat pagi, salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada Hutan Melintang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli Dewan yang dimuliakan. Untuk makluman Yang Berhormat Hutan Melintang yang memohon maklumbalas Kerajaan Negeri bagi cadangan peruntukan tambahan elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung JPKK. Untuk makluman Yang Berhormat elaun pengerusi JPKK yang ditetapkan di peringkat Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM500 berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 12 Julai 2023. Berdasarkan ketetapan semasa Kerajaan Negeri telah bersetuju memperuntukkan tambahan RM200 kepada semua pengerusi JPKK Negeri Perak menjadikan jumlah keseluruhan elaun yang diterima adalah sebanyak RM700. Dalam Belanjawan Negeri Perak tahun 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, elaun pengerusi kampung tradisional, kampung baru cina dan kampung india dinaikkan daripada RM200 kepada RM300. Ini bermakna jumlah keseluruhan elaun yang akan diterima adalah sebanyak RM800. Untuk tahun 2024 dan berita yang menggembirakan Kerajaan Negeri mengumumkan bantuan khas kewangan kepada semua ketua kampung bagi lantikan sebelum 15 Disember 2023 kepada kadar RM400 seorang. Untuk maklumat Yang Berhormat Hutan Melintang, penghulu merupakan ketua tertinggi di sebuah mukim yang ada beberapa kampung maka penghulu bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri dan dilantik oleh Kerajaan Negeri. Penghulu merupakan penjawat awam dan ia tertakluk pada skim gaji penjawat awam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Hutan Melintang sila.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Saya ada soalan tambahan. Terima kasihlah kerana saranan pada sesi dialog bajet tempoh hari yang diterima baik oleh Dato’ Menteri Besar saya mengucapkan terima kasih atas kenaikan elaun tersebut dan soalan tambahan untuk saya adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan peruntukan tambahan atau elaun untuk baju atau pakaian seragam JPKK dan juga perlindungan takaful atau pun insurans untuk semua JPKK di Negeri Perak?

Terima kasih kepada Hutan Melintang. Ini satu cadangan yang baik dan memang kepada pihak Kerajaan Negeri sentiasa mengkaji kebaikan dan faedah kepada JPKK itu sendiri. Perkara-perkara ini akan dipertimbangkan dengan sebaik baiknya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada…

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Soalan tambahan Timbalan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok Pengkalan Hulu sila. 30 saat.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya setujulah dengan soalan dikemukakan oleh Yang Berhormat Hutan Melintang, cuma Yang Berhormat bangkitkan elaun berkenaan dengan jawatankuasa semasa. Tapi di sini saya nak bertanya juga kepada Yang Berhormat Exco bagaimana dengan insentif ataupun kemudahan yang kita boleh fikirkan kepada mantan-mantan JPKK. Ini antara satu perkara yang kita kena pandang apa di satu sudut kita lihat selain daripada MPKK atau pun JPKK yang telah memberi perkhidmatan kepada orang kampung, mantan-mantan JPKK juga perlu dibela. Saya ambil contoh di Dun saya, ada mantan JPKK yang mana beliau dalam kategori golongan B40 dan penerima bantuan. Jadi, haruslah kita, saya mengajak semua yang ada di sini supaya kita dapat membantu juga mantan-mantan JPKK dan saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya menyediakan satu bentuk bantuan atau pun insentif yang mana boleh kita membela dan membalas jasa dari mantan-mantan di JPKK.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu soalan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Dan apakah plan tindakan daripada kerajaan negeri melalui Yang Berhormat EXCO untuk kita sediakan dan bela mantan-mantan di JPKK ini. Terima kasih.

Terima kasih Chenderoh. Satu pandangan yang baik. Memang menjadi dasar kerajaan untuk mengkaji dan meneliti kebaikan-kebaikan kepada mantan-mantan JPKK itu sendiri. InsyaAllah kita akan mengadakan perbincangan yang lebih baik bersama dengan kerajaan memikirkan apakah langkah-langkah yang perlu disediakan untuk mantan-mantan JPKK itu sendiri khususnya daripada mereka ini di bawah B40. Insya Allah kita akan ambil perhatian yang sewajarnya di atas pandangan dan juga cadangan daripada Chenderoh tadi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024Bill

Setiausaha

Perkara Yang Keempat, membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Perbekalan 2024 dibaca kali kedua serta Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 telah disokong dan dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Perak Sejahtera 2030. Auzubillah Minashhaitonni Rajeem Bismillahir Rahmanir Raheem Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatu Wassalamu 'Ala Saiyidil Mursalin Waima Mil Muttaqin Waala Alihi Waahli Baitihi Wasohbihi Ajmain. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para media, para pegawai kerajaan, pemerhati, tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari yang dihormati sekalian. Saya mulakan penggulungan ini dengan memetik Firman Allah SWT dalam Surah Al-Imran Ayat 159 yang bermaksud "Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi, berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, kerana itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermuasyuarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertawakal kepadaNya. Saya melontarkan mahfum ayat tersebut untuk kita sama-sama menjadikan keberadaan dalam Dewan yang mulia ini sebagai pelantar untuk bermesyuarah dan bermuafakat, menggembeling kudrat dan buah fikiran bagi melunaskan tanggungjawab mengurus dan mentadbir negeri supaya akhirnya rakyat di luar sana tanpa dipisahkan dengan garisan kaum dan agama akan dapat mengecapi nikmat kemajuan dan juga pembangunan negeri.

Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas sifat Rahman dan Rahimnya jua, perjalanan Mesyuarat Kelima Tahun Pertama Dewan

Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan yang setakat ini sudah memasuki hari kelima, berjalan dengan begitu lancar, sekaligus menyerlahkan ketertiban kita semua sebagai Ahli Yang Berhormat dalam menjunjung semangat dan kemuliaan demokrasi merentasi sempadan politik kepartian. Hakikat ini terpancar sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 berjalan dengan teratur apabila 43 orang Ahli Dewan Negeri, masing-masing 19 orang wakil rakyat daripada blok kerajaan dan 24 orang daripada blok pembangkang telah mengupas dan melontarkan topik perbahasan secara konstruktif. Bahkan, mampu menghamparkan idea dan buah fikiran yang membina agar dapat sama-sama memaknakan setiap intipati belanjawan negeri yang saya bentangkan pada 1 Disember yang lalu.

Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, sama ada dari blok kerajaan atau blok pembangkang yang kesemuanya telah menyatakan sokongan dan dokongan terhadap Belanjawan Perak 2024. Disamping menghargai sanjungan dan penghargaan yang diberi, saya juga menghormati teguran, kritikan dan cadangan penambahbaikan yang dilontarkan kerana saya yakin kesemuanya disandarkan kepada niat kita semua untuk sama-sama memurnikan pelaksanaan belanjawan negeri pada tahun hadapan. Saya dimaklumkan oleh Urusetia Dewan Undangan Negeri bahawa sebanyak 237 isu telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan dan sebahagiannya sudah pun disentuh dan dijawab oleh rakan-rakan Exco sebelum ini. Oleh itu, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya akan memanfaatkan tempoh yang diberi dalam sesi penggulungan ini untuk memberi maklumbalas kepada perkara-perkara berkaitan hal ewal agama Islam, kewangan, keselamatan, tanah, sumber asli, perancangan ekonomi dan juga GLC. Pun begitu saya terlebih dahulu memohon maaf sekiranya saya tidak sempat untuk memberi maklumbalas satu persatu kepada semua perkara yang dibangkitkan namun setiap perkara yang dilontarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan tetap diberi perhatian dan diambil tindakan di mana perlu. Khususnya isu-isu yang boleh diselesaikan secara pentadbiran atau pun dipanjangkan untuk tindakan Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Izinkan saya meneruskan sesi penggulungan dengan memberi maklumbalas terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Panjang yang memohon peruntukkan membina dan membaik pulih masjid serta surau turut disalurkan bagi bangunan sekolah agama rakyat. Saya mohon untuk memberi maklumbalas bersekali dengan soalan Yang Berhormat Kubu Gajah yang mengajukan keperluan untuk penambahbaikan kemudahan dan fasiliti di Sekolah Agama Rakyat demi menjamin keselesaan sesi pembelajaran. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak sentiasa memberikan perhatian khusus dalam pemerkasaan Agama Islam melalui pemantapan institusi keagamaan termasuklah institusi pendidikan Islam di negeri ini. Peruntukan bagi maksud masjid dan surau difokuskan kepada program baikpulih dan bina baharu masjid dan surau di seluruh Negeri Perak. Manakala peruntukan baikpulih Sekolah Agama Rakyat pula disediakan melalui program yang dikhususkan bagi maksud Sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan lain lain institusi pendidikan Islam di Negeri Perak. Pada tahun 2023, sebanyak RM10 juta diperuntukkan di bawah Program Baikpulih dan Bina Baru Masjid dan Surau dan RM4 juta pula disediakan di bawah Program Menaiktaraf atau Bina Baru Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat.

Pada tahun 2024 pula, sebagai mana yang telah saya bentangkan melalui Belanjawan 2024 Negeri Perak, minggu lalu. Kedua-dua program ini masih diteruskan dengan siling peruntukan yang telah ditingkatkan berbanding peruntukan tahun 2023 iaitu RM15 juta disediakan di bawah Program Baik Pulih dan Bina Baru Masjid dan Surau, manakala RM5 juta disediakan di bawah Program Menaik Taraf Institusi Pendidikan Islam. Dalam konteks pemerkasaan institusi Agama Islam, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan usaha memelihara kemuliaan dan perkembangan syiar Islam sentiasa subur di seluruh pelusuk negeri sama ada di kawasan Adun Kerajaan mahupun di kawasan Adun Pembangkang. Saya terpanggil untuk memberi pencerahan ini untuk menangkis salah tanggapan kononnya usaha memperkasakan Agama Islam di negeri ini sudah semakin malap ataupun suram. Malahan ada pula yang membanding-bandingkan seolah-olah Kerajaan Negeri hanya memberi tumpuan pembangunan Islam di kawasan dikuasai kerajaan semata-mata.

Sebagai contoh, Kerajaan Negeri membelanjakan RM16.87 juta bagi melaksanakan 154 projek baik pulih masjid dan surau di sepanjang tahun ini. Di kawasan Yang Berhormat Pasir Panjang misalnya, dua projek telah dilaksanakan dengan nilai RM80 ribu, manakala di kawasan Yang Berhormat Kubu Gajah, dua projek baik pulih masjid dan surau dilaksanakan dengan nilai RM62 ribu. Begitu juga bagi peruntukan Sekolah Agama Rakyat atau Pusat Tahfiz yang berjumlah RM4.1 juta pada tahun ini. Di DUN Pasir Panjang sahaja, satu projek dilaksanakan dengan nilai RM171,800. Manakala di Dun Kubu Gajah, dua projek naik taraf dilaksanakan dengan nilai RM85 ribu. Apa yang cuba saya sampaikan ialah jangan sesekali kita menjadikan isu peruntukan kerajaan untuk menimbulkan syak wasangka dan kekeliruan. Apatah lagi jika ia melibatkan hal-hal dan urusan yang berkaitan dengan Agama Islam. Sama-samalah kita menyuburkan sikap husnuzon, bersangka baik dan sikap tasamuh, berlapang dada dalam menjunjung tanggungjawab secara kolektif dalam menjaga kemuliaan Agama Islam.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya menghargai keprihatinan Yang Berhormat Manjoi yang membangkitkan isu pemilikan tanah dua buah Sekolah Rendah Agama Rakyat iaitu Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Hasaniah, Kampung Seberang Sungai Tapah dan Sekolah Agama Rakyat Meru Damai. Untuk makluman Yang Berhormat, Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan permohonan pindaan daripada perizaban kepada pemberimilikan bagi tapak Sekolah Rendah Agama Rakyat At-Taqwa, Meru Damai pada 30 November 2022 melalui MMK 1826/30/11/2022. Pada asalnya, tapak ini telah diwartakan. Walau bagaimanapun telah diselaraskan dengan pelaksanaan Enakmen Wakaf Negeri Perak dan memutuskan agar semua kawasan wakaf khas di Negeri Perak diluluskan untuk pemilikan, untuk pemberimilikan. Pihak pentadbiran ini sedang dalam proses permohonan ukur dan pewartaan kawasan Rizab Melayu MAIPk sebelum hak milik ini dikeluarkan. Manakala bagi permohonan pemberimilikan Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Hasaniah, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah memohon Jadual 1 ke Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan permohonan ini masih dalam tindakan untuk diangkat ke Pihak Berkuasa Negeri. Untuk makluman Yang Berhormat, Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Hasaniah, Kampung Seberang Sungai Tapah dan Sekolah Agama Rakyat Al-Taqwa merupakan sekolah yang telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam. Oleh itu, urusan pemilikan tanah adalah urusan lembaga pengurusan sekolah berkenaan yang dilantik di bawah Enakmen Kawalan

Sekolah-Sekolah Agama Rakyat Islam 1996 dan Kaedah-Kaedah Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1997.

Seterusnya, saya terpanggil untuk memberi maklum balas terhadap intipati perbahasan Yang Berhormat Bota yang memohon penjelasan mengenai pembangunan Pondok Warga Emas Baitul Ridzuan, Seri Iskandar yang masih belum beroperasi. Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan pondok ini telah dimulakan pada tahun 2018 secara berfasa setelah mendapat kelulusan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri yang berjumlah RM1 juta. Walau bagaimanapun, pembangunannya tergendala akibat penularan wabak Covid-19 dan hanya dapat disempurnakan pada tahun 2023. Komponen yang telah dibangunkan merangkumi dua blok asrama yang boleh menempatkan 22 orang peserta warga emas, sebuah surau, sebuah dewan serbaguna, sebuah rumah warden dan juga pondok keselamatan. Satu rangka pelaksanaan pengajian pondok moden untuk warga emas juga telah disediakan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri mewujudkan pusat pengajian Agama Islam yang lebih tersusun dan teratur dari segi jadual dan juga sukatan pengajian. Pengambilan pertama peserta pondok warga emas ini dicadangkan akan dilaksanakan pada tahun 2024 melalui proses iklan dan juga temu duga.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubu Gajah dalam sesi perbahasan telah melontarkan saranan supaya kerajaan meneruskan cadangan pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan di Kubu Gajah. Untuk makluman Yang Berhormat Kubu Gajah, setakat ini, empat buah Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan telah beroperasi di empat buah daerah iaitu di Manjung, Pulau Pangkor, di Kerian, di Gunung Semanggol, di Daerah Hulu Perak, di Bukit Sapi, Lenggong dan juga di Batang Padang iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Manakala satu lagi iaitu Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Tambun kini dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang Februari 2024. Sebagai komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan syiar Islam di negeri ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan perbelanjaan mengurus bagi Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan berjumlah RM20 juta setiap tahun untuk program kecemerlangan pelajar, bayaran emolumen guru, latihan dan bayaran perkhidmatan makanan bermasak pelajar serta keperluan operasi yang lain.

Sambutan terhadap penubuhan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan ini amat baik. Pada tahun 2019, bilangan kemasukan pelajar adalah seramai 407 orang dan meningkat kepada 504 orang pelajar pada tahun 2021 dan 2022. Sungguhpun begitu, pada masa ini, sekolah-sekolah tahfiz sedia ada masih mencukupi untuk menampung keperluan permohonan kemasukan bagi pelajar-pelajar yang layak dan memenuhi syarat pengambilan. Bagi tahun 2023, enrolmen pelajar bagi keempat-empat buah Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan seramai 541 orang pelajar berbanding dengan kapasiti maksima bagi keempat-empatnya itu ialah 735 orang pelajar. Oleh itu, kita membuat keputusan supaya kita penuhkan dahulu empat tempat dan barangkali lima yang akan disiapkan untuk Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Tambun. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perak sedang meneliti dan mengkaji semula hala tuju dan keperluan pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang baru di Negeri Perak dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk kemampuan kewangan Kerajaan Negeri dalam menampung kos pembinaan bangunan dan juga operasi Sekolah Menengah

Tahfiz dalam jangka masa panjang serta keberkesanan operasi sekolah menengah Tahfiz Darul Ridzuan di sesebuah kawasan ataupun daerah.

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua saya berterima kasih atas sifat ambil berat yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat Kamunting, apabila membangkitkan isu tanah perkuburan yang semakin penuh di kawasan Kamunting dan memohon Kerajaan Negeri melihat semula sistem pengurusan tanah perkuburan di kawasan berkenaan. Untuk maklumat Yang Berhormat buat masa ini keperluan tanah wakaf perkuburan bagi maksud pengurusan jenazah orang Islam adalah masih terkawal di seluruh negeri termasuklah di kawasan Kamunting. Sekiranya terjadi kematian jenazah tidak terhad untuk dikebumikan di tanah wakaf dalam kariahnya sahaja. Sebaliknya, boleh dikebumikan di tanah-tanah wakaf perkuburan yang masih kosong di kawasan yang berhampiran dengan kariah tersebut. Bagi memantapkan pengurusan tanah di perkuburan, Majlis Agama Islam Perak sedang merangka sistem pengurusan kubur bersepadu. Yang lebih baik, menggunakan kaedah kubur bertingkat, transit dan abadi pada masa hadapan. Majlis Agama Islam Perak telah memulakan projek perintis di Zon 1 Ipoh melibatkan 8 kariah masjid yang menggunakan tanah perkuburan Gurap Jalan Kuala Kangsar dan Meru Raya, Ipoh dengan mencontohi kaedah pengurusan tanah perkuburan yang diamalkan oleh Majlis Agama Islam Singapura.

Saya juga amat menghargai keprihatinan Yang Berhormat Malim Nawar, yang memohon supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan pelaksanaan pembangunan tanah wakaf serta syor menaiktaraf surau Ad-Diniah, Kampung Seri Jelutong di Malim Nawar serta pembinaan surau baharu di Taman Mahkota, Kampar yang mempunyai lebih 300 keluarga beragama Islam. Untuk makluman Yang Berhormat Malim Nawar, Surau Ad-Diniah, Kampung Seri Jelutong Malim Nawar merupakan surau baharu yang telah dibina semula pada tahun 2020 dengan kos pembinaan berjumlah RM0.18 juta atau lebih tepatnya RM184,808.80 dan telah disiapkan pada 30 November 2020 di bawah peruntukan projek rangsangan ekonomi. Berdasarkan semakan rekod di Jabatan Agama Islam Negeri Perak, sehingga kini belum ada sebarang permohonan dari mana-mana pihak untuk cadangan menaiktaraf surau ini, walaupun mahupun pembinaan sebuah surau baru di tapak yang dirizabkan di Taman Mahkota Kampar di bawah kawasan Majlis Daerah Kampar. Penelitian Pejabat Daerah dan Tanah Kampar juga mendapati tiada keperluan mendesak untuk menaiktaraf bangunan surau tersebut. Bagaimanapun, wujud keperluan untuk menambah baik beberapa komponen aset seperti sistem pembesar suara, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar akan memperhalusi semula perkara ini sebelum mengemukakan permohonan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya. Selain itu, sebagaimana yang telah saya sebutkan pada awal sesi penggulungan ini, sebarang cadangan untuk menaiktaraf surau boleh dibuat melalui Portal i-Kariah.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan sesi penggulungan dengan memberi maklum balas mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol mengenai kadar inflasi di negeri Perak dan bagaimana Belanjawan Negeri Perak dapat menangani isu berkenaan agar tidak membebankan kehidupan rakyat. Secara umummnya inflasi bermaksud kenaikan secara umum pada harga barang. Bila inflasi berlaku, kuantiti barangan yang dapat dibeli oleh setiap ringgit akan berkurangan berbanding sebelum berlakunya inflasi. Inflasi akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Satu ringgit pada hari ini tidak dapat membeli nilai barang yang sama seperti semalam. Kerajaan Negeri sentiasa memandang serius berkenaan isu peningkatan kadar inflasi dan kadar kenaikan harga barang serta impaknya kepada kehidupan rakyat negeri Perak. Oleh itu, seperti mana yang saya sebutkan dalam Belanjawan Perak 2024, Kerajaan Negeri berusaha sedaya-upaya untuk memastikan bahawa Belanjawan Tahun 2024 akan bersifat responsif terhadap situasi ketidakketentuan ekonomi termasuk senario peningkatan kos sara hidup yang saban hari menekan kehidupan rakyat.

Selain menaikkan kadar semasa bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada RM300 kepada RM400, jumlah bantuan kad Perak Sejahtera yang sebelum ini dinaikkan kepada RM80.00, naik kepada RM90.00, naik lagi kepada RM100.00 sebulan. Begitu juga komitmen Kerajaan Negeri untuk meneruskan inisiatif kedai bergerak. Kerajaan Negeri dengan peruntukan RM0.82 juta bagi memastikan rakyat yang kurang berkemampuan termasuk di kawasan luar bandar dapat membeli keperluan barangan dengan harga yang lebih murah. Bantuan program kotak makanan yang menyasarkan bantuan keperluan makanan kepada golongan B40 miskin, miskin tegar dan mangsa bencana di seluruh negeri Perak juga diteruskan dengan peruntukan RM5 juta. Di samping itu, inisiatif jualan Rahmah akan diteruskan dalam penganjuran program-program Kerajaan Negeri. Bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan isi rumah, Kerajaan Negeri akan terus menawarkan latihan kemahiran secara upskilling dan reskilling di bawah program latihan Modular Anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak ataupun PASAK. Serta menggalakkan penyertaan dalam keusahawanan digital untuk menambah pendapatan melalui program Anjuran Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) dan juga Digital Perak. Sekretariat Wanita Perak pula menawarkan pelbagai program pendaya upayaan wanita yang antara lain bertujuan mengupayakan sara diri rakyat secara menyeluruh.

Saya berterima kasih atas keprihatinan sahabat saya Yang Berhormat Alor Pongsu mengenai kedudukan jurang agihan pendapatan antara daerah-daerah yang dikatakan semakin melebar. Berdasarkan kepada laporan Sosioekonomi Negeri Perak 2022 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Menunjukkan daerah Manjung mencatatkan pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah tertinggi iaitu RM5,135.00, kedua, daerah Kinta RM5,037.00, ketiga, daerah Mu'allim RM5,015.00, keempat, daerah Perak Tengah RM4,564.00. Manakala kelima daerah lain merekodkan pendapatan di bawah paras pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah negeri ini iaitu RM 4,494.00. Selain itu, laporan berkenaan turut merekodkan penurunan nilai pekali gini kepada 0.368 pada tahun 2022 berbanding 0.377 pada tahun 2019. Sekaligus membayangkan ketidakseimbangan agihan pendapatan isi rumah di negeri Perak yang semakin melebar.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, antara asas penting kepada formula, merangka Pelan Perak Sejahtera 2030 adalah mengambilkira usaha untuk merapatkan jurang antara wilayah dan daerah di negeri Perak. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah memberi tumpuan khusus kepada usaha meningkatkan taraf isi rumah B40 ke arah masyarakat kelas menengah serta berusaha mewujudkan pelaburan dan industri baru di daerah-daerah yang berpotensi berdasarkan kepada kekuatan pengkhususan sesuatu daerah untuk membolehkan lebih ramai rakyat negeri Perak mendapat pekerjaan yang tetap dan bergaji lebih tinggi. Ini bertujuan mengurangkan ketidakseimbangan agihan pendapatan selaras dengan matlamat dan agenda yang digariskan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Fokus bagi tahun 2024 adalah pembangunan perusahaan berasaskan komuniti dan sosial yang bersesuaian dan menawarkan akses kepada peluang pekerjaan dan memperkukuhkan jaringan perlindungan sosial bagi mengurangkan ketidaksamarataan. Selanjutnya, Kerajaan Negeri Perak akan mengukuhkan lagi sinergi dengan Kerajaan Persekutuan untuk menjayakan inisiatif menoktahkan kemiskinan melalui usaha meningkatkan pendapatan dan menambahbaik taraf hidup rakyat selain peluang ekonomi dan perlindungan serta menambahbaik akses perkhidmatan asas.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua seterusnya saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini berhubung beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Hulu mengenai wang ihsan bencana serta syarat-syarat bagi membuka pusat penempatan sementara. Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan peruntukan khas bencana negeri adalah tertakluk kepada penubuhan dan arahan amanah di bawah Seksyen 9 Akta Tatacara Kewangan 1957. Akaun amanah ini dikawal oleh Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri selaku pengawal akaun amanah dan diturunkan kuasa secara bertulis kepada pegawai perakaunan di bawah kawalan pentadbirannya. Pembayaran melalui tabung bencana ini melibatkan proses rekupan bagi memastikan peruntukan sentiasa ada untuk digunakan pada bila-bila masa. Untuk makluma Ahli Yang Berhormat, pusat khidmat Adun, sama ada peringkat kerajaan mahupun pembangkang, tidak dikategorikan sebagai pegawai perakaunan seperti yang dinyatakan pada Seksyen 3 Akta Tatacara Kewangan 1957 iaitu pegawai awam yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mengakaunkan wang awam. Bagaimanapun bagi memastikan peruntukan ini dapat diagihkan pada kadar segera Pejabat Daerah bertanggungajawab menyelaras agihan bantuan yang disediakan di mana proses pembayaran perlu mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

Dalam konteks ini kerajaan negeri amat prihatin akan nasib rakyat yang mengalami kesusahan akibat bencana dengan menyediakan bantuan wang ihsan yang merupakan bantuan kecemasan. Sebagai tanda keprihatinan, kerajaan negeri turut menggalas tanggungjawab membantu mangsa membaiki rumah yang rosak akibat bencana. Untuk itu, peruntukan yang besar disediakan selain dana melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dana melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi penyediaan Pusat Pemindahan Sementara atau PPS. Mengenai prosedur pembukaan PPS kepada ketua isi rumah, KIR ia adalah bergantung kepada penilaian risiko awal dan tahap keselamatan penduduk terhadap kejadian di satu-satu lokasi bencana. Prosedur ini ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dengan merujuk kepada arahan MKN nombor 20 Dokumen Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Mekanisme Pengurusan Bencana Negara. Oleh itu, dakwaan bahawa PPS hanya boleh dibuka sekiranya bencana melibatkan 10 unit rumah ke atas adalah tidak benar.

Yang Berhormat Gunung Semanggol mencadangkan supaya Jabatan Audit dapat mengawal selia perlombongan NRREE bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik serta meminimumkan kerosakan akibat hasil perlombongan, selain meminta penjelasan mengenai jumlah nilai peratus royalti yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada aktiviti tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Gunung Semanggol dan juga dewan yang mulia ini, satu standard operating procedure (SOP) NRREE negeri Perak telah disediakan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim atau NREC. Setelah pelbagai perbincangan serta perundingan dilaksanakan di antara agensi-agensi kerajaan dan kerajaan persekutuan bagi mengawal aktiviti perlombongan NRREE di negeri Perak. SOP ini merangkumi tiga peringkat aktiviti perlombongan iaitu pra perlombongan, semasa perlombongan dan juga pasca perlombongan agar situasi menang-menang dapat diwujudkan dalam mengimbangi keperluan kerajaan negeri untuk menjana hasil pendapatan dan menjamin kelestarian alam sekitar dan juga penduduk setempat. Selain itu, kerajaan negeri bersama NREC telah menubuhkan jawatankuasa audit yang dianggotai oleh jabatan atau agensi teknikal di peringkat Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri bagi menjalankan pemantauan pelaksanaan projek perintis perlombongan NRREE di negeri Perak mengikut pematuhan SOP yang telah ditetapkan. Jawatankuasa audit berfungsi untuk menjalankan pengauditan secara berkala ke atas pelaksanaan projek perintis NRREE di Gerik mengikut perundangan masing-masing dan melaporkan hasil pengauditan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan jawatankuasa bersama Projek Perintis NRREE Negeri Perak.

Bagi menjawab soalan mengenai jumlah nilai royalti bagi penjualan NRREE yang diutarakan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol melalui seksyen 1 dan seksyen 2 telah menetapkan bahawa pihak berkuasa negeri sebagai pemegang tenemen mineral berhak dibayar bagi tujuan penjualan dan menetapkan kadar royalti bayaran ke atas mana-mana mineral tertakluk kepada Fasal 3B perkara 110 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen 3 dan subseksyen 4 enakmen ini. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak melalui keputusan MMK bilangan 2084 bertarikh 21 September 2024 dan pindaan melalui keputusan MMK bilangan 2091 bertarikh 18 Januari 2023 telah menetapkan kadar royalti bagi bahan mineral NRREE yang perlu dibayar oleh pengusaha adalah sebanyak 15% di mana 12% royalti berkenaan adalah kepada Kerajaan Negeri dan 3% diberikan kepada tuan tanah. Berdasarkan kepada peratusan ini, jumlah perbezaan adalah bergantung kepada kuantiti dan harga pasaran apabila bahan mentah berkenaan di eksport. Selanjutnya, jumlah royalti yang telah dijelaskan oleh penggerak projek perintis adalah RM1.66 juta bagi pengeksportan kali pertama. Sebanyak 296.194 metrik tan ke negeri China pada bulan Februari 2023 dan sehingga bulan September 2023, sebanyak 5,153.97 metrik tan REC telah dieksport ke negara China di mana royalti sebanyak hampir RM21.12 juta telah dijelaskan kepada Kerajaan Negeri Perak.

Kerajaan Negeri juga mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Gunong Semanggol agar diwujudkan satu enakmen tersendiri bagi tujuan perlombongan NRREE ini. Pada masa ini pengawalan pengoperasian perlombongan NRREE dilaksanakan berdasarkan pematuhan kepada SOP NRREE negeri Perak dan pematuhan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekitar (EIA), Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM), Pelan Kebenaran Merancang (KM), Laporan Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) dan Kelulusan Laporan Kawalan Hakisan dan Endapan (ESCP). Kerajaan Negeri menghargai keprihatinan Yang Berhormat Manong yang mahu Kerajaan Negeri menyatakan peratusan kawasan hutan simpan kekal yang telah dinyahwarta dan dinyahwartakan semula maaf yang diwartakan semula. Ya.

Kota Tampan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sebelum masuk point yang baharu, hendak tanya tentang NRREE tadi. Berkaitan dengan ada salah seorang Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan tentang kecurian, tidak silap saya daripada Jelapang, tidak silap lah. Kecurian NRREE, jadi apakah tindakan Kerajaan Negeri dan banyak kah kes yang berlaku di negeri Perak ini sebab kita pun tahu banyak kawasan-kawasan yang ada NRREE ini. Selama pun ada. Jadi adakah yang dimaksudkan itu salah satunya di Larut Matang dan Selama. Dan yang keduanya berkaitan dengan NRREE juga seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini atau pun dalam sidang Parlimen berkait dengan dasar baru untuk eksport NRREE ini. Tak dibenarkan lagi untuk eksport secara mentah iaitu mesti diproses di sini. Jadi adakah Kerajaan Negeri akan sambut perkaitan dengan dasar baru itu pada tahun ini juga ataupun bagaimana perancangan Kerajaan Negeri? Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih YB Selama. Sebenarnya saya dah jawab kepada soalan yang dibangkitkan berkaitan dengan kecurian yang berlaku. Jadi, oleh kerana kaedah untuk ekstrak NRREE ini jauh lebih mudah berbanding daripada kaedah untuk menghasilkan tim atau pun timah. Jadi siapa-siapa yang ada tanah yang dia nak uji nak tengok ada tak berada dalam bumi itu NRREE, dia boleh menggunakan kaedah yang mudah itu. Jadi kita tahu oleh kerana kaedah itu mudah, maka akan jadi barangkali nanti ramai orang yang akan dengan mudah cuba untuk mengekstrakkannya ikut citarasa sendiri. Jadi yang pertama kita katakan bahawa hasil dalam bumi itu adalah kepunyaan negeri walaupun tanah itu kepunyaan individu. Jadi untuk membolehkan sesiapa juga nak ekstrak hasil bumi itu dia kena terlebih dahulu mendapat lesen melombong. Untuk mendapat lesen melombong, dia kena mematuhi beberapa syarat termasuk EIA, termasuk JMG dan beberapa syarat yang saya sebutkan sebentar tadi tetapi kita tahu ada kecenderungan orang yang dengan niat untuk mencari hasil secara tersendiri, dia akan cuba untuk mengekstrak dengan menggunakan kaedah yang saya katakan mudah tadi.

Soalannya jika dia bawa keluar hasil bumi itu, ke mana dia nak jual? Sebab hasil bumi tak akan ada harga kalau tak boleh dijual yang akan berlakulah dia akan menggunakan orang tengah untuk mengeksport keluar negara dengan cara mengisytihar bahawa bahan itu bukan NRREE. Dia boleh isytihar kata barclay, dia boleh isytihar kata apa nama, bauxite ataupun apa juga untuk menutup mata pihak berkuasa di port, di pelabuhan. Jadi, karena itu, saya sebutkan dalam jawapan hari itu, Kerajaan Negeri sedang merangka peraturan-peraturan asas untuk mengekstrak dalam tanah sendiri, tanah individu, ataupun dalam tanah ladang, ataupun tanah yang lebih besar. Kita kena rangka supaya, pertama, orang ramai tidak dengan sewenang-wenangnya boleh memusnahkan bumi. Mengikut citarasa dia, dia rasa dia nak korek, dia rasa dia nak cangkul, akan merosakkan bumi dan tidak memberi kebaikan kepada alam sekitar.

Yang kedua, untuk menyekat orang akan dengan sewenang-wenangnya menjual hasil bumi tersebut sebab itu negeri punya. Dia boleh jual tapi dia kena bayar royalty kepada negeri. Tak bayar royalty adalah satu kesalahan. Jadi, saya katakan pada jawapan itu, kita perlu ada kaedah dan cara SOP bagaimana kita nak mengesan adanya gerak kerja aktiviti yang dilakukan menyalahi undang-undang ini dan sudah pasti, kita ada kaedah untuk mengesan kaedah untuk menangkap dan kena ada akta untuk menghukum bagi mereka yang melakukan kesalahan ini. Itu yang Yang Berhormat kita sedang buat cuma kepada orang ramai saya nak maklumkan kerajaan tahu apa yang sedang berlaku. Jadi janganlah mereka sewenang-wenangnya cuba untuk menutup mata kerajaan kerana kita tahu kita dapat kesan dan yang paling penting, dia tak boleh jual ke mana-mana.

Yang Berhormat sebut tadi, memang Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan bahawa tidak boleh dieksport secara mentah, tak boleh raw. Dia kena terlebih dahulu diproses. Oleh kerana Perdana Menteri telah mengumumkan demikian, maka saya bersama dengan Dato’ SS, LA, kita setiap kali ada platform untuk bercakap. Sama ada dalam platform mesyuarat Menteri Besar dengan PM, atau dalam Mesyuarat berkaitan dengan NRREE, ataupun mesyuarat yang berkaitan dengan Kanun Tanah Negara, whatever lah, asalkan ada platform untuk kita bercakap, maka kita bagitahu kami dah ada bahan ini. Dah melalui 216 ekar projek printis, telah menunjukkan ada hasil yang lumayan dan kami ada lebih kurang 5,000 ekar lebih lagi tanah yang telah pun melepasi EIA dan sudah boleh dikeluarkan hasilnya secara SOP yang terkawal. Dengan cara yang halal dan dengan 5,000 ekar tentulah kita akan dapat hasil yang lebih lumayan. Tapi kalau kerajaan persekutuan tetap menghalang pengeksportan, maka 5,000 ektar itu akan menjadi satu pembaziran. Jadi kita minta ada moratorium supaya Kerajaan Perak yang telah pun melepasi EIA, melepasi SOP diberi kebenaran untuk kita mencari gali, mengusaha hasilkan 5,000 ekar lebih itu dan untuk kita eksport. Yang ketiga Yang Berhormat saya sebutkan hari itu, kita juga menawarkan supaya Perak diberi keutamaan. Untuk memulakan makmal ataupun kilang pemprosesan supaya bahan-bahan itu terlebih dahulu diproses dalam negara. Kita tawarkan Negeri Perak ini ada 3 tempat. Pertama di Bendariang, Gerik. yang kedua di SilverValley Technology Park di Kinta yang ketiga dekat dengan AHTV di Tanjong Malim. Jadi kalau kementerian, kerajaan persekutuan bermurah hati bersetuju dengan permintaan kita, insyaAllah kita akan dapat hasil daripada yang kita berjuangkan ini.

Sekali lagi, YB Selama dan saya nak sambung Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri menghargai keprihatinan Yang Berhormat Manong yang mahu Kerajaan Negeri menyatakan peratusan kawasan hutan simpan kekal yang telah dinyahwarta dan diwartakan semula selain mencadangkan supaya diwujukkan polisi yang lebih ketat dalam menyahwarta kawasan hutan simpan kekal. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Perak sangat komited untuk mencapai sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan dan litupan pokok seiring dengan Sidang Kemuncak Bumi di Rio De Janeiro, Brazil pada tahun 1992 dan inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 yang dilancarkan pada 15 Jun 2022. Sukacita saya memaklumkan, Perak memiliki peratus keluasan hutan simpan kekal berbanding keluasan Negeri Perak yang tertinggi di semenanjung iaitu setakat ini 47%. Sehingga November 2023, kerajaan, maaf, sehingga November 2023, keluasan hutan simpanan kekal di Negeri Perak adalah berjumlah 96.4% daripada keluasan kawasan berhutan di Negeri Perak iaitu 988,700.88 hektar. Nilai ini menunjukkan peningkatan keluasan kawasan hutan simpanan kekal di Negeri Perak berjumlah 2,680.11 hektar berbanding pada tahun 2022. Ada peningkatan.

Mengambil kira keperluan ekonomi dan masyarakat, pada tahun 2023, seluas 904.69 hektar kawasan hutan simpan kekal telah dinyahwarta iaitu 0.09% daripada keluasan kawasan hutan simpan kekal. Manakala seluas 4,655.5 hektar kawasan tanah kerajaan telah diwarta masuk sebagai hutan simpan kekal iaitu 0.47% daripada kawasan hutan simpan kekal. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Perak telah mewartakan kawasan tanah kerajaan bagi menggantikan kawasan hutan simpanan kekal yang telah dinyahwarta. Secara dasarnya, kawasan hutan simpanan kekal yang dinyahwarta, statusnya perlu diganti dengan keluasan yang sama. Ini sejajar dengan keperluan di bawah seksyen 11 dan 12, Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984, Permakaian 1985. Kerajaan Negeri Perak komited untuk memastikan kawasan litupan berhutan, khususnya hutan simpan kekal, terpelihara dan ditingkatkan daripada masa ke semasa.

YB Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan penggulungan dengan menjawab persoalan dibangkitkan Yang Berhormat Kenering mengenai impak dan kesan dan limpahan yang diperolehi oleh penduduk setempat susulan pengeluaran hasil nadir bumi di Mukim Kenering. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah menerima hasil sebanyak RM21.1 juta daripada nadir bumi yang terdapat di mukim Kenering. Antara impak sosial yang turut dinikmati oleh penduduk setempat Kenering adalah penawaran peluang pekerjaan tidak kurang daripada 100 orang tenaga kerja penduduk penempatan dalam bidang kumpulan pengurusan dan professional, teknikal, pentadbiran dan pekerja am. Ini termasuklah 60 orang kakitangan dalam kalangan masyarakat orang asli. Untuk makluman, kawasan berkenaan juga telah menarik perhatian dan menjadi tumpuan pelawat dari pelbagai jabatan, agensi serta syarikat. Ini akan memberi peluang perniagaan secara kecil-kecilan ataupun sederhana di kalangan masyarakat setempat yang berhasrat untuk membuka kedai cenderamata, buka kedai makan dan kedai runcit. Maka, adalah tidak benar untuk mengatakan bahawa pelaksanaan projek Perintis Nadir Bumi di Mukim Kenering tidak mendatangkan apa-apa impak positif kepada penduduk. Malahan, imbuhan ekonomi bagi penduduk Hulu Perak dijangka akan bertambah apabila operasi nadir bumi kawasan perkenaan diperluaskan pada masa hadapan termasuk seluas 5,000 hektar lebih yang saya sebutkan sebentar tadi.

Kerajaan Negeri juga mengambil maklum cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Jelapang supaya nama pemegang lesen NRREE dan tempoh sah lesen dimaklumkan kepada orang ramai. Begitu juga, cadangan supaya Kerajaan Negeri menawarkan tawaran baru kepada syarikat yang mempunyai teknologi lebih maju dalam mengusahakan NRREE bagi mengelakkan monopoli. Untuk makluman, Yang Berhormat Jelapang, terdapat hanya satu kelulusan lesen pemindahan bahan mineral, LPBM, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan pengeluaran bahan mineral NRREE iaitu kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Perak SADC melalui LPBM No. 44 /2022 (NRREE) dengan tempoh 7 Disember 2022 sehingga 31 Disember 2022 dan telah diperbaharui lesen tersebut No. 27/2023(NRREE) yang mempunyai tempoh sehingga 19 Januari 2023 yang mempunyai tempoh dari 19 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023. Hanya satu sebab ia projek perintis.

Kerajaan Negeri terbuka untuk menerima permohonan daripada syarikat-syarikat lain yang berpotensi untuk meneroka perlombongan NRREE di Negeri Perak, di mana syarikat-syarikat ini hendaklah tertakluk untuk mematuhi segala keperluan yang telah digariskan di bawah prosedur operasi standard NRREE Negeri Perak dan juga pematuhan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk laporan penilaian kesan kepada Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP). Syarikat-syarikat tersebut boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan lesen mencari gali atau lesen penjelajahan bagi menentu sahkan potensi rizab bahan mineral NRREE di sesuatu kawasan yang dimohon dan sekiranya terdapat rizab NRREE yang economi, econominical untuk diusahasil, syarikat berkenaan boleh memohon untuk mendapatkan pajakkan melombong dan seterusnya mendapatkan semua kelulusan yang diperlukan daripada agensi teknikal berkaitan sebelum perlombongan NRREE boleh dilaksanakan. Selain itu syarikat-syarikat berkenaan boleh juga mengadakan usaha sama dengan pihak Perbadanan Menteri Besar Perak, MB Inc. Yang telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui sektor perlombongan di negeri Perak ini.

Saya teruskan dengan memberi maklum balas terhadap cadangan Yang Berhormat Pangkor, supaya tahap keselamatan pengunjung di Pantai Teluk Senangin dan Teluk Batik diperhebatkan dengan meletakkan pasukan penyelamat pantai di kedua-dua pantai berkenaan. Untuk makluman, Yang Berhormat Pangkor, Perkhidmatan Pasukan Penyelamat Pantai, Angkatan Pertahanan Awam (APM) berperanan memantau, mengawasi keselamatan pengunjung dan memberi bantuan kecemasan awal kepada pengunjung pantai sekiranya kejadian tidak diingini berlaku di pesisir pantai dan sekitaran. APM Perak pada masa ini telah menyediakan Pasukan Penyelamat Pantai di Pantai Teluk Batik dan Pantai Teluk Nipah yang akan bertugas pada waktu cuti hujung minggu, cuti umum mahupun cuti musim sekolah. APM Perak telah mencadangkan penambahan Pasukan Penyelamat Pantai (APM) bagi tujuan peluasan penugasan di Pantai Teluk Senangin sekiranya peruntukan dan logistik tambahan diperolehi pada tahun 2024.

Izinkan pula saya memberikan maklum balas kepada Ahli Berhormat Pengkalan Baharu, yang mengajukan soalan samada Kerajaan Negeri ada menetapkan lokasi baru bagi menggantikan ladang Kampung Bakar Bata dan Kampung Kedah yang akan tamat tempoh pajakan. Untuk makluman, Yang Berhormat Pengkalan Baharu apabila sesuatu pajakan tanah ladang tamat pihak yang memajak disyaratkan menyerahkan 10% daripada keluasan yang ada kepada Kerajaan Negeri. Berkaitan perkara ini, Kerajaan Negeri melalui keputusan MMK Bilangan 2023 telah mensyaratkan bahawa tanah 10% yang diserah balik boleh diberi milik kepada mana mana pihak yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut keperluan semasa atau dirizabkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan diusahakan secara pajakan tanah rizab. Walaubagaimanapun, penentuan lokasi kepada pemulangan 10% bahagian tanah tersebut perlu dilaksanakan di peringkat Pentadbir Tanah Daerah, melalui, melalui Mesyuarat Lembaga Tanah Ladang Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan diurusetiakan oleh Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak.

Yang Berhormat Batu Kurau ada mencadangkan supaya Pertubuhan Peladang Negeri Perak diberikan tanah agar dapat sama-sama dilibatkan dalam memajukan sektor pertanian negeri. Untuk makluman, Yang Berhormat Batu Kurau, Kerajaan Negeri Perak komited terhadap usaha pembangunan pertanian di negeri Perak. Kesungguhan pertubuhan peladang untuk bersama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan Perak adalah negeri yang maju dalam sektor pertanian di Malaysia amatlah kita hargai. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri tiada halangan untuk PPK Pertubuhan Peladang Negeri Perak mengemukakan permohonan tanah kerajaan bagi tujuan pertimbangan oleh Pihak Berkuasa Negeri tertakluk kepada kesesuaian dan ketersediaan tanah. Untuk makluman Yang Berhormat juga, setiap tanah kerajaan yang diberi milik adalah bagi maksud pembangunan pertanian oleh pertubuhan dan bukan bagi maksud pengumpulan aset untuk tujuan penjualan.

Kerajaan Negeri menghargai cadangan Yang Berhormat Bota supaya lebih banyak perhatian diberikan kepada golongan B40 dan M40 yang tidak memiliki tapak tanah bagi membina rumah mampu milik khususnya melalui Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT). Untuk makluman Yang Berhormat Bota, kawasan RPT di negeri Perak diwujudkan melalui tanah kerajaan yang telah dikenalpasti untuk disediakan tapak kediaman bagi golongan yang memerlukan khusus untuk dibangunkan dengan bangunan kediaman. Pelan susun atur yang terancang dan ketetapan tapak untuk keperluan kemudahan awam yang sesuai membolehkan kewujudan RPT ini dilihat sebagai salah satu kaedah untuk mewujudkan kawasan penempatan baru di atas tanah kerajaan yang sedia ada, di samping menyediakan tapak kediaman kepada rakyat. Namun, kekurangan tanah kerajaan di lokasi yang strategik dan berpotensi dalam pemilihan penentuan tapak RPT menyebabkan kawasan RPT kebiasaannya bertempat di kawasan pinggiran bandar, tanah desa serta kawasan lombong dan berpaya. Sehubungan itu, didapati bahawa isu utama kawasan RPT yang tidak dibangunkan adalah disebabkan oleh pembangunan infrastruktur yang memerlukan peruntukan yang tinggi. Kebanyakan peserta yang dipilih tidak mampu untuk kos yang tinggi bagi pembiayaan kos tambahan tanah, maaf...bagi pembiayaan kos tambakan tanah, penyediaan jalan keluar dan masuk, perparitan serta keperluan penyambungan bekalan air dan elektrik, kegagalan dalam pelaksanaan pemajuan tapak menyebabkan tapak RPT tersebut menjadi tanah terbiar selain menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk-penduduk di sekitarnya.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi mana-mana tanah milikkan bergeran, sebarang urusan pembangunan infrastruktur adalah di bawah tanggungan tuan punya tanah itu sendiri. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri prihatin terhadap ketidakupayaan tuan punya tanah dalam menanggung kos yang tinggi tersebut. Oleh itu, kemudahan peruntukan berfasa dan spesifik terutamanya bagi tujuan pembinaan jalan dan juga longkang disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan ia boleh dipohon mengikut keutamaan keperluan di kawasan RPT tersebut kepada keupayaan kewangan tertakluk kepada keupayaan kewangan semasa Kerajaan Negeri. Selain itu, pihak PTG dan Pentadbir-Pentadbir Tanah Negeri Perak akan melihat semula kelulusan-kelulusan RPT sedia ada yang tidak dibangunkan untuk dicadangkan bagi tujuan pembinaan skim perumahan yang berfokus mengikut keperluan rakyat dari golongan B40 dan M40 serta penawaran harga rumah berkonsepkan harga Rahmah. Ketetapan hala tuju baharu bagi pelaksanaan RPT di Negeri Perak adalah untuk memastikan tapak yang dicadangkan adalah tersedia dengan bangunan kediaman. Semakan semula terhadap kriteria khususnya pemilihan peserta RPT bagi memastikan golongan yang terpilih sebagai peserta adalah golongan bersasar dan juga layak.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, ketika sesi perbahasan, Yang Berhormat Pasir Panjang ada membangkitkan isu perwartaan tempat perlindungan penyu di pesisir pantai Pasir Panjang, Segari dan memohon supaya ia dipercepatkan. Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Panjang, Kerajaan Negeri melalui Rancangan Fiskal Negara telah pun mewartakan kawasan tapak penetasan penyu di pesisir pantai Pasir Panjang, Segari sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) tahap 1 dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) tahap 2 dan tahap 3. KSAS tahap 1 adalah kawasan pelindungan penuh yang tidak membenarkan apa-apa aktiviti pembangunan, pertanian dan pembalakan kecuali kerja pemuliharaan untuk research and development yang tidak mengubah sifat kawasan tersebut manakala KSAS tahap

2 adalah kawasan yang tidak dibenarkan sebarang pembangunan perbandaran dan pertanian kecuali rekreasi dan pelancongan berasaskan alam semula jadi yang memberikan impak minimum dan tidak menjejaskan daya tampung kawasan tersebut. KSAS tahap tiga pula adalah kawasan terbuka yang membenarkan aktiviti pembangunan tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Perancang. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM0.35 juta bagi tujuan kajian terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan penyu di Negeri Perak. Kajian ini dilaksanakan oleh Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia dan Universiti Malaysia Terengganu. Kajian ini mengambil masa 14 bulan dan dijangka selesai pada Oktober 2024. Hasil dapatan kajian ini kelak boleh dijadikan panduan untuk merancang tindakan seterusnya di kawasan pendaratan Penyu di sekitar pesisir pantai Pasir Panjang. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri menghargai sikap cakna Yang Berhormat Manjoi supaya tindakan tegas diambil terhadap... Oh, Sila.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Berkaitan dengan Segari tadi yang disebutkan tempat pendaratan penyu. Dulu pernah masuk dalam salah satu RP berhampiran dengan itu kalau tak silap saya tanah MAIPk, Tanah Majlis Agama Islam atau tanah Kerajaan Negeri yang luas dan ada dah perancangan dan dimasukkan dalam salah satu RP berkaitan dengan pembinaan satu Kompleks Falak yang antaranya berasaskan kepada pelancongan, penyelidikan, pendidikan. Jadi ada tak maklumat daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar berkenaan dengan perancangan yang mana dah dimasukkan dalam salah satu RP dalam masa yang sama disebutkan tadi tidak dibenarkan apa jenis segala pembangunan walaupun Kerajaan Negeri ataupun MAIPk memiliki tanah yang besar, yang luas, di kawasan yang luas berhampiran dengan tempat pendaratan penyu. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Seperti yang. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Selama. Seperti yang saya maksudkan tadi apa juga bentuk pembangunan ia tertakluk kepada tafsiran KSAS 1, KSAS 2, KSAS 3. Kita tidak boleh bulldoze sebab ia akan menjadi tauladan yang tidak baik kepada pelaksanaan Akta itu. Jadi kita kekal mengikut sepertimana yang diputuskan oleh Alam Sekitar, KSAS 1, KSAS 2, KSAS 3. Jadi apa juga pembangunan mesti tertatluk kepada peraturan tersebut. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua...

Perancangan itu maksudnya ditarik baliklah?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Ya.

Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri menghargai sikap cakna Yang Berhormat Manjoi, supaya tindakan tegas diambil terhadap ladang jagung haram yang dikenal pasti menjadi punca berlakunya banjir kilat di kawasan Taman Chepor Sentosa dan sekitarnya. Untuk makluman Yang Berhormat, ladang jagung yang diusahakan di kawasan Taman Chepor Sentosa telah dijalankan di atas tanah milik persendirian dan bukan di atas tanah kerajaan. Oleh itu, pemilik tanah berkenaan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan seperti arahan pengosongan, mendapatkan perintah mahkamah atau apa-apa tindakan lain kepada penceroboh berkenaan. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan permasalahan banjir kilat yang kerap berlaku disebabkan aliran air yang tinggi semasa hujan lebat daripada kawasan ladang jagung tersebut ke longkang Taman Chepor Sentosa sehingga mengakibatkan limpahan ke kawasan penempatan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan satu sesi dialog bersama penduduk pada 31 Oktober 2023 bagi membincangkan beberapa cadangan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

Sebagai langkah penyelesaian segera, pihak MBI telah bekerjasama dengan Puncak Emas Infra Sdn.Bhd. dalam membersihkan aliran longkang-longkang di kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur. Selain itu, pihak MBI juga telah membina jajaran longkang tanah yang bersesuaian bagi mengawal aliran air hujan berlumpur dari memasuki kawasan Taman Chepor Sentosa. Bagi pelaksanaan penyelesaian jangka masa panjang pula, satu permohonan telah diangkat ke Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membina longkang besar, kelubung 1.8 meter sepanjang 285 meter untuk mengalirkan limpahan air terus ke kolam tadahan berdekatan yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2024 sekiranya peruntukan tersebut diluluskan oleh pihak KPKT.

Yang Berhormat Kenering, dalam sesi perbahasannya mencadangkan lebih banyak usaha dibuat bagi membantu generasi kedua FELDA yang tidak mempunyai tanah untuk mencari sumber pendapatan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan program pembangunan peneroka (PPP) mulai tahun 2020 bagi membantu warga FELDA termasuk generasi baru meningkatkan pendapatan mereka menerusi penyaluran geran untuk projek-projek pertanian, ternakan dan akuakultur dalam kawasan rancangan. Projek-projek diusahakan sama ada dalam skala individu atau skala komersial melalui penglibatan koperasi atau badan di rancangan dengan mengguna pakai tapak rumah peneroka, lot-lot kosong dalam rancangan dan juga lot kosong di ladang. Antara projek yang diusahakan di Negeri Perak adalah nenas MD2, burung walit, arnab, ayam kampung dan juga lebah kelulut. Di samping itu, FELDA juga menawarkan Tabung Insentif Usahawan Belia FELDA atau TUBF yang merupakan pinjaman tanpa faedah bagi memulakan atau mengembangkan aktiviti keusahawanan ataupun perniagaan. Modal permulaan TF sebanyak RM10 juta merangkumi program perkhidmatan, perniagaan, perusahaan kraf, perusahaan makanan atau lain-lain perusahaan seperti ubatan tradisional, kosmetik dan lain-lain. Setiap peserta layak memohon semaksima RM20 ribu bagi usahawan sedia ada manakala usahawan baru layak memohon maksima RM15 ribu.

Kerajaan Negeri turut mengambil inisiatif untuk membangunkan skim perumahan di luar di Wilayah Kenayat, Mukim Kenering berkeluasan lebih kurang 23.278 hektar yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP). Kawasan ini akan dibangunkan sebagai perumahan generasi kedua Felda sebanyak 50 unit dan bakinya akan dibangunkan dengan skim perumahan biasa termasuk kos rendah dan juga kos sederhana. Saya menghargai cadangan Yang Berhormat Titi Serong supaya Kerajaan Negeri mencari beberapa lokasi baru penanaman bakau dan mencadangkan agar Kerajaan Negeri membangunkan potensi carbon credit sebagai salah satu sumber ekonomi.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah melaksanakan Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilancarkan pada 5 Januari 2021. Tempoh pelaksanaan Program Penghijauan tersebut adalah selama 5 tahun bermula 2021 hingga 2025 dengan sasaran penanaman untuk Negeri Perak sekurang-kurang 2 juta pokok setahun. Sehingga November 2023, sejumlah 6.9 juta pokok termasuk pokok bakau dengan keluasan 16,260 hektar telah berjaya ditanam di seluruh negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak telah mengenalpasi potensi hasil baharu yang dijana adalah melalui perdagangan karbon hutan iaitu karbon kredit atau carbon offset. Pihak Berkuasa Negeri sebelum ini telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa bagi pemantauan pelaksanaan projek karbon kredit yang dipengerusikan oleh Pengarah UPEN Negeri dan diurus setiakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Terkini, usaha sama di antara UPEN, Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri sedang mengenalpasi lokasi-lokasi baharu untuk penanaman pokok bakau dan berpotensi menjana kredit karbon.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kampung Gajah ada mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mewartakan bekas lombong terbiar sebagai kawasan perikanan nelayan darat bagi membantu kelangsungan pendapatan golongan berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak cakna bahawa kawasan bekas lombong berpotensi menjadi sumber ekonomi kepada masyarakat setempat. Pada 2 Disember 2020, Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan tujuh permohonan perizaban bagi lombong terbiar di kawasan Kampar untuk diwartakan sebagai kawasan perikanan nelayan darat di bawah Jabatan Perikanan Negeri Perak. Buat masa ini, Jabatan Perikanan sedang mengenalpasti kawasan-kawasan bekas lombong yang berpotensi untuk dimajukan dan diwartakan sebagai kawasan nelayan darat dengan mengambil kira faktor geografi dan kepentingan kawasan berkenaan agar aktiviti ekonomi yang dijalankan tidak mendatangkan implikasi negatif kepada alam sekitar dan juga masyarakat.

Yang Berhormat Gunong Semanggol juga ada membangkitkan beberapa persoalan mengenai peranan dan sumbangan GLC terhadap hasil negeri serta kesan daripada penutupan 26 GLC negeri yang diumumkan sebelum ini. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah sumbangan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada badan berkanun adalah berdasarkan berdasarkan ketetapan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara tahunan. Berdasarkan rekod Kerajaan Negeri telah menerima sumbangan daripada SSI, MB Inc., SADC, PKNP dan LAP masing-masing berjumlah RM41 juta pada tahun 2022 dan RM24.2 juta pada tahun 2023. Di samping itu, 5 buah badan berkanun negeri ini turut menyumbang wang tunai kepada pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif sosial di seluruh Negeri Perak sehingga tahun 2000 sehingga Oktober 2023 yang keseluruhannya berjumlah RM43.07 juta. Mengenai penutupan 2 buah, maaf, 26 buah anak-anak syarikat di bawah PKNPK, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada penilaian perancangan perniagaan yang mendapati anak-anak syarikat tersebut berstatus domain, mengalami kerugian, tidak berdaya saing, serta tidak mempunyai prospek untuk menampung kos operasi sendiri. Dalam hal ini, pemilihan ahli lembaga pengarah bukan merupakan faktor penyumbang kepada penutupan syarikat tersebut tetapi keputusan diambil bagi mengelakkan PKNPK berterusan menanggung kerugian. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, di bawah pelaksanaan Roadmap Transformasi PKNPK, beberapa langkah telah diambil untuk mengukuhkan tadbir urus korporat GLC tersebut. Ini termasuklah dari aspek pemilihan dan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat berlandaskan kepada pemakaian panduan Fit and Proper Policy, dengan izin.

Dalam sesi perbahasan Yang Berhormat Gunung Semanggol juga menyatakan cadangan supaya Kerajaan Negeri membuat pengezonan semula kawasan di Hulu Perak yang terlibat dengan Projek Perintis Perlombongan NRREE. Untuk makluman Yang Berhormat Gunong Semanggul, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Perak atau PLAN Malaysia@Perak telah menyediakan Deraf Perancangan Tempatan Daerah Hulu Perak 2030 Pengubahan II, menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 iaitu Akta 172. Deraf Rancangan Tebatan Penggubahan yang dijalankan merupakan tindakan untuk memperkukuhkan aktiviti pelancongan, maaf, untuk memperkukuhkan aktiviti perlombongan melalui RT dengan pengambil kira Dasar Mineral Negeri Perak yang diselaraskan dengan kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021 hingga 2030 oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Pengezonan semula kawasan Daerah Hulu Perak turut mengambilkira kajian semula pelan induk rangkaian Ekologi Central Forest Point 2022 bagi memastikan pembangunan aktiviti perlombongan secara lestari di Daerah Hulu Perak dapat dilaksanakan secara terancang dan sistematik bagi menjamin kelestarian biodiversiti serta pembangunan zon eko-pelancongan sedia ada. Selain itu, perlombongan ini juga tertakluk kepada laporan EIA yang diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar dan juga Social Impact Assessment (SIA) oleh PLAN Malaysia@Perak.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri menghargai cadangan Yang Berhormat Alor Pongsu supaya langkah proaktif dibuat termasuk penubuhan pasukan task force bagi menjayakan pembangunan kawasan industri baru di Kerian seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Wilayah Utara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula merancang gerak kerja sebaik saja pengumuman dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, Majlis Daerah Kerian dan diurus setiakan oleh Unit Perancang Ekonomi. Melalui jawatankuasa ini, gerak kerja seperti mengenalpasti tapak lokasi yang sesuai, kaedah pemilikan tanah, penubuhan badan pengurusan dan beberapa perkara lagi telah mula diperhalusi dan perkara ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang terbaru pada 30 November 2023 dan akan dibentang kepada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri pada bulan Disember ini, minggu hadapan. Yang Berhormat Pengkalan Baharu mencadangkan supaya kedai bergerak Negeri Perak ditambah kekerapannya bagi membolehkan lebih ramai golongan rakyat dapat membeli barangan keperluan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, mohon sikit mendapat penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dalam perbahasan saya, pertama ada membangkitkan mengenai dengan pelaburan Kerajaan Negeri dalam MAPS. Mungkin kita dapat penjelasan sikit lah pencerahan berapa banyak yang kita laburkan dalam MAPS dan apa perancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan atau pun membaik-pulih lah keadaan yang pelaburan kita itu. Itu yang pertama dan yang kedua, kita ghairah juga membuka kawasan-kawasan perindustrian baru. Seperti di Kerian, saya pun bila tengok-tengok tang mana tanah di Kerian pun tak tahu. Sedangkan mungkin kita dapat kawasan-kawasan perindustrian yang sedia ada macam di Kamunting, Silver Valley yang kita katakan itu dan juga di Tanjong Malim. Sejauh mana pengoperasian nya? Mungkin kita boleh optimumkan dulu tempat itu sebelum kita membuka tempat-tempat baru? Kita tak mahu ini menjadi satu penceritaan. Sedangkan apabila kita lihat di kawasan-kawasan perindustrian yang sedia ada itu tidak lagi optimum, memberi impak optimum kepada pelaburan dan ekonomi untuk Negeri. Itu 2 perkara yang kalau boleh Yang Berhormat kongsi bersama. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, persoalan berkaitan dengan MAPS itu sebenarnya adalah merupakan isu berulang yang telah ditimbulkan beberapa kali dalam sesi ini dan juga sesi sebelum ini. Saya pasti Yang Berhormat Gunong Semanggol pun telah memahami. Dalam jawapannya, saya telah maklumkan terlebih dahulu bahawa MAPS bukan lagi kepunyaan Kerajaan Negeri sekarang. MAPS telah pun terletak di bawah tanggungan Liquidator. Kreditor dan tidak wajar untuk saya membentangkan di sini sebab ia bukan lagi urusan Kerajaan Negeri, ia telah kepunyaan entiti lain. Yang kedua, Yang Berhormat Semanggol bangkitkan tentang keperluan untuk kita memperhalusi secara lebih detail berkaitan dengan pemilihan lokasi yang tepat dan betul bagi pembangunan Hi-Tech Industrial Park yang baru di Daerah Kerian. Kita mengambil kira Yang Berhormat Alor Pongsu.

Yang pertama ialah apabila Yang Amat Berhormat mengumumkan tentang cadangan penubuhan Pusat Industri Berteknologi Tinggi di Daerah Kerian dengan mengambil kira keperluan pemain-pemain industri yang sekarang ini berada di Pulau Pinang, di Batu Kawan, di Bayan Lepas. Mereka perlu kawasan tanah tambahan untuk memperluaskan perusahaan dan peniagaan mereka. Sebab itu memilih Kerian. Walaupun cadangan asal kita ialah di Silver Valley Technology Park. Tapi Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan buat keputusan kena pilih Kerian sebab ia boleh memenuhi permintaan tinggi daripada pemain-pemain industri di Pulau Pinang untuk membina tambahan atau memperluaskan perniagaan di kawasan yang berhampiran supaya mereka masih lagi menggunakan fasiliti di International Airport Bayan Lepas dan juga di Penang Port, yang pertama. Yang kedua, ia adalah penting untuk memilih daerah Kerian ini, kerana kita perlu memberi ruang kepada orang Kerian untuk mendapat peluang-peluang pekerjaan selain daripada mereka ini berusaha bercucuk-tanam dan bertanam padi, nak bagi peluang kepada anak-anak orang kawasan Kerian dan juga termasuk di Larut, Matang dan Selama untuk mendapat peluang pekerjaan bagi kawasan perindustrian yang berhampiran.

Sebab itu tapak yang sesuai sangatlah perlu dipilih. Pertama, kena dekat dengan airport. Yang kedua, dekat dengan jambatan kedua, Pulau Pinang. Tapi yang paling penting, ia tidak boleh dibina di kawasan banjir. Sebab ia akan menjejaskan tapak tersebut. Sebab itu setuju, Yang Berhormat Semanggol, memang kita perhalusi tempat itu dan juga kita mengambil kira pandangan itu. Insyaallah, kita akan cuba sedaya upaya untuk memilih tempat yang sesuai, yang berpotensi dan boleh memberi kebaikan kepada semua pihak, Kerajaan Negeri, rakyat dan juga pemain.

Terima kasih Dato' Seri. Speaker, sedikit saya nak mohon pandangan atau pun maklumat daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Berkaitan dengan Silver Valley Technology Park ini. Saya nak tahu status terkini adakah telah pun mula dibangunkan. Sebab kalau turun, ia berkaitan dengan kawasan Dun Manjoi dan Dun Hulu Kinta di kawasan Kantan. Jika kita pergi sekarang ini, masih lagi banyak kebun-kebun sayur dan juga kelapa sawit. Cuma saya punya persoalan bagaimana kita nak menggamit keyakinan pelabur untuk datang ke tempat kita? Bila dia datang ke situ, dia masih tengok keadaan itu masih lagi belum ada apa-apa. Jadi dia tidak ada keyakinan untuk melabur di Negeri kita. Jadi apakah tindakan kita untuk kita sesegera mungkin, orang kata untuk melaksanakan projek yang sangat penting ini? Kerana dia akan memberi impak yang baik kepada anak muda, kepada golongan-golongan profesional, kepada anak tempatan yang boleh bekerja di situ. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Kita sedang berusaha secara berhemah untuk menyelesaikan masalah yang sedang berlaku. Tanah itu kepunyaan SEDC, kepunyaan PKNPk yang telah diteroka sekian lama oleh petani-petani. Kita telah menyediakan tapak ganti kepada petani-petani supaya mereka berpindah ke tapak ganti dan kita dapat membangunkan kawasan SVTP itu dengan segera mungkin. Kita telah melakukannya dan insya Allah dari masa ke semasa kita akan membuat secara berperingkat-peringkat dan pada awal tahun ini kita telah pun memecah-tanah bagi sebuah perusahaan daripada Negeri China, Syarikat Jinjing yang akan mengusaha-hasilkan untuk mengeluarkan produk panel solar. Itu satu contoh dan memang betul ramai sekali pelabur-pelabur yang telah pun datang mengintai peluang untuk mereka menjadikan kawasan itu sebagai kawasan pembinaan kilang masing-masing. Jadi saya yakin usaha keras tapi berhemah yang sedang dilakukan oleh PKNPk sekarang akan dapat menyelesaikan masalah petani-petani tersebut dan kita akan terus menerus untuk membangunkan dia sebagai kawasan perindustrian baru di daerah Kinta. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YAB, Alor Pongsu nak celah. Daripada gambaran, suara, jawapan YAB Menteri Besar tadi saya nampak ada berita gembira lah untuk kawasan Kerian. Sebab pengalaman yang lepas saya dah nyatakan dalam perbahasan saya, bila kita mulakan sesuatu tajuk untuk majukan kawasan kita, YAB Menteri Besar sebagai bapak negeri ini, kalau muka manis macam ni nampak gaya berita baik lah untuk kawasan Kerian. Sebab yang lepas tu, ni pengalaman saya sendiri. Bila Dato' Seri Najib, PM pada masa tu datang nak majukan kawasan Dun Alor Pongsu lah masa tu. Tapi pihak bapak muka tak berapa nak manis. Jadi dengan jawapan tadi, besarlah hati saya bahawa kawasan perindustrian tinggi di kawasan kami, Perak Utara ni insya Allah akan dapat dimajukan. Terima kasih dan suka juga saya syorkan, atau pun mungkin pihak YAB lebih advanced, kita perlu adakan round table yang pertama sebagai pihak yang menerima lontaran bola daripada Putrajaya. Kita mesti pro-aktif. Saya rasa kita kena buat satu round table antara MITI, Pihak Berkuasa Koridor Utara, pihak Kerajaan Negeri sendiri, pemegang taruh yang terlibat dan mungkin ada pihak-pihak di Putrajaya sebenarnya sedang menanti apa respon kita? PM ni dia boleh umum je tapi kalau kita tak bergerak, kita tak tunjuk respon yang baik. Jadi sekali lagi lah, Dato' Seri, jawapan tadi saya rasa signal yang paling baik untuk kami. Terima kasih banyak.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua. Terima kasih kepada Alor Pongsu. Secara kebetulan sehari sebelum Mesyuarat PLAN Malaysia @Perak diadakan, ada satu majlis jamuan penghargaan kepada pelabur-pelabur Negeri Perak diadakan di Hotel Casuarina dan ia dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian MITI yang isterinya adalah orang Parit Buntar. Di dalam ucapan itu saya sebutkan bahawa KSU akan berperanan penting untuk membantu Daerah Kerian memajukannya dan dia teruja bila saya sebut dalam mesyuarat itu, next day itu kita terus mengadakan satu Mesyuarat PLAN Malaysia untuk membincangkan khusus berkaitan dengan projek ini. Jadi kita harap, kita berdoa supaya sokongan kuat daripada orang tempatan juga dan agensi yang lain akan dapat membantu mempercepatkan program yang telah dimulakan oleh negeri Perak ini. Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Baharu mencadangkan supaya Kedai Bergerak Negeri Perak ditambah kekerapannya bagi membolehkan lebih ramai golongan rakyat dapat membeli barangan keperluan dengan harga yang murah. Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Baharu, Belanjawan Negeri Perak 2024 telah dibentangkan minggu lalu telah menyentuh mengenai inisiatif Kedai Bergerak Negeri Perak dengan peruntukan sebanyak RM820,000. Langkah proaktif telah diambil bagi meningkatkan kekerapan operasi jualan Kedai Bergerak Negeri Perak melalui penambahan sebuah lori baru berkapasiti 8 tan yang menjadikan keseluruhan lori bagi program itu adalah 4 buah lori. Usaha ini adalah ke arah memperbanyakkan lagi lokasi jualan baru untuk memberi manfaat kepada segenap rakyat di negeri Perak terutama di luar bandar yang berpendapatan rendah. Sinergi di antara Jjbatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan terus diperhebatkan lagi memastikan operasi Kedai Bergerak Negeri Perak berjalan lancar walaupun jumlah operasi telah bertambah berbanding sebelumnya. Dalam memastikan kemampanan program ini, Program Kedai Bergerak Negeri Perak sentiasa memperluakan kerjasama dengan syarikat korporat dengan mengalukan penglibatan dalam tanggungjawab sosial korporat melalui tajaan jumlah diskaun pembelian dan penetapan lokasi jualan mereka.

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, sikap ambil peduli juga ditunjukkan oleh Yang Berhormat Rungkup yang menyarankan agar fasiliti di Pusat Pentadbiran Bagan Datuk ditingkatkan selain mencadangkan penubuhan Majlis Daerah Bagan Datuk. Untuk makluman Yang Berhormat Rungkup, dalam membangunkan sosio ekonomi tempat, pembangunan fasiliti pusat pentabiran negeri, institusi pendidikan serta infrastruktur asas mampu memberikan lonjakan pembangunan serta limpahan ekonomi. Di bawah Rolling Plan ke-3, maaf di bawah Rolling Plan ket-3 Rancangan Malaysia ke-12 Daerah Bagan Datuk telah menikmati beberapa kemudahan yang telah disiapkan seperti Kompleks Sukan Bagan Datuk yang bernilai RM39 juta. Pembinaan jambatan Bagan Datuk ke Kampung Sejagop yang bernilai RM446 juta. Pembinaan Politeknik yang bernilai RM216 juta, serta menaik taraf laluan FT069, jalan Simpang 4 Hutan Melintang ke Parit 19 yang bernilai RM111 juta. Selain itu, terdapat projek yang sedang dilaksanakan iaitu pembelian bangunan dan kerja-kerja ubah suai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk, pembinaan Kem Hutan Melintang manakala pada tahun hadapan akan bermula kerja-kerja di tapak bagi pembinaan bangunan gantian bagi bangunan daif di Sekolah Kebangsaan Sungai Dulang Dalam yang bernilai RM5.9 juta. Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk sedang menyelaras cadangan pembangunan bandar baru Bagan Datuk iaitu sebuah pembangunan bandarpentadbiran dan komersial terancang yang merangkumi beberapa fasa.

Antara cadangan fasa awal ialah pewujudan Kompleks Pentadbiran Daerah dan Kompleks Pentadbiran Persekutuan di tapak cadangan Bandar Baru Bagan Datuk. Di samping pembinaan jabatan atau agensi penting seperti Balai Polis dan Balai Bomba. Perbincangan secara berkala sedang dilaksanakan bersama kementerian dan para pemegang taruh bagi menjayakan cadangan pembangunan bandar baru Bagan Datuk ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kampong Gajah mengutarakan persoalan mengenai pembinaan perumahan generasi kedua, Felcra di Changkat Lada. Untuk makluman Yang Berhormat Kampong Gajah pembinaan perumahan generasi kedua Felcra di Changkat Lada telah bermula sejak 1 Jun 2014 secara berperingkat melibatkan 4 jenis gred rumah dan telah bertangguh selama 2 tahun akibat Covid-19. Pembinaan ini telah berjaya disiapkan dan mendapat sijil perakuan siap dan pematuhan oleh Majlis Daerah Daerah Perak Tengah pada tahun 2022. Sebanyak 710 unit telah dibuka penjualannya kepada generasi kedua di Felcra Changkat Lada di mana sebanyak 318 unit telah dijual. 181 unit telah ditempah manakala sebanyak 211 unit masih tersedia untuk dibeli. Pihak Felcra juga sentiasa komited dalam membantu para pembeli dari generasi kedua Felcra yang berdepan sebarang kesukaran dalam mendapatkan pinjaman bank bagi tujuan pembelian rumah ini untuk memastikan manfaat bantuan ini dapat dinikmati sepenuhnya oleh mereka.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Semasa membentangkan Belanjawan 2024 pada hari Jumaat yang lepas, di perenggan 67 saya telah menyebutkan bahawa Kerajaan Negeri ada menyediakan peruntukan berjumlah RM45.5 juta bagi menyelaraskan, menambah baik dan melicinkan urus takbir termasuk mengukuhkan sistem penyampaian kerajaan di semua 59 kawasan Dun di Negeri Perak. Kenyataan itu bersifat umum dengan tujuan untuk memberi peluang kepada semua Adun membahaskannya. Mengikut rekod urusetia, hanya 5 orang sahaja yang mengambil bahagian membahaskan perenggan ini. Kelima-lima Ahli Yang Berhormat berkenaan iaitu Gunong Semanggol, Selinsing, Pasir Panjang, Kuala Kurau dan Chenderoh. Dalam perbahasan mereka mengajukan persoalan berkaitan kaedah pelaksanaannya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sedang merangka satu pekeliling yang mengandungi garis panduan terhadap tatacara perbelanjaan bagi peruntukan tersebut. Kerajaan Negeri akan meneliti kaedah agihan peruntukan kawasan Dun yang dilaksanakan di negeri-negeri lain sebagai rujukan dan perbandingan untuk kebaikan kita bersama.

Sebagai contoh, sebagai contoh, Negeri A di utara Semenanjung memberi RM8,000 sebulan kepada Pusat Khidmat Adun kerajaan dan hanya RM2,000 sebulan untuk Adun pembangkang. Sedangkan di Negeri Perak, amalan kita sebelum ini memberi peruntukan yang sama RM7,000 sebulan kepada semua 59 pusat khidmat Adun kerajaan dan pembangkang. Meskipun wakil rakyat pembangkang di Negeri A menerima peruntukan pembangunan secara berfasa berjumlah RM50,000 setahun. Wakil rakyat kerajaan diberi layanan istimewa dengan peruntukan 200 kampit beras setiap bulan selain dana tambahan sebanyak RM50,000 setahun bagi projek baik pulih rumah rakyat. Malahan bagi memantapkan perjalanan Pentadbiran Kerajaan, Negeri A turut melantik penyelaras Dun. Penyelaras Dun di tiga kawasan Dun pembangkang. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput untuk meneka Negeri A berkenaan. Negeri Perlis tidak ada pembangkang. Di Negeri B, iaitu jiran kepada A, yang juga jiran kepada kita tidak menyalurkan peruntukan terus kepada pembangkang sebaliknya sejumlah RM60,000 setahun disalurkan kepada penyelaras Dun yang dilantik di sebelah kawasan Dun pembangkang.

Sementara itu, Negeri C jiran kita di sebelah selatan, sebelum ini menyalurkan peruntukan RM50,000 setahun untuk setiap pusat khidmat Adun, manakala RM1.1 juta disalurkan kepada 22 Adun pembangkang iaitu puratanya RM50,000 setahun bagi setiap adun pembangkang. Kita dimaklumkan Negeri C ini sedang membuat penyelarasan bagi pemberian bantuan kepada wakil rakyat pembangkang bagi tahun 2024. Mari kita tinjau pula pengagihan peruntukan di Negeri D yang berada di selatan C. Mereka tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada Adun pembangkang. Sebaliknya menyalurkan dana pembangunan menggunakan konsep Adun angkat.

Malahan dikabarkan akan melaksanakan pula pelantikan penyelaras Dun pada tahun hadapan untuk menggantikan Adun angkat. Manakala jirannya, Negeri E, Negeri Bandaraya Bersejarah, mengambil pendekatan yang sama tidak menyalurkan peruntukan terus kepada Adun pembangkang sebaliknya mengagihkan RM150,000 setahun melalui dua orang penyelaras Dun yang dilantik. Kalau kita menjelajah ke sebuah negeri di pantai timur yang masyur dengan menu patin tempoyak iaitu Negeri F. Negeri ini hanya memperuntukkan RM30,000 setahun kepada Adun pembangkang di samping itu juga melantik 6 orang penyelaras Dun. Kerajaan Negeri sedang menunggu maklumat terkini daripada pentadbiran negeri G di satu lagi negeri pantai timur di mana terdapat 2 Adun pembangkang di dalamnya. Yang Berhormat Dato' Yang di-Petua, jika sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian merasa teruja untuk mencontohi negeri-negeri yang saya sebutkan sebentar tadi, Kerajaan Negeri sedia membuat pertimbangan yang sewajarnya. Sebaliknya, jika Ahli-ahli Yang Berhormat merasakan negeri Perak perlu menyediakan kaedah agihan yang lebih baik, maka berilah ruang dan masa kepada Kerajaan Negeri untuk memperhalusi beberapa cadangan yang lebih umum dan munasabah. Insya Allah pada bulan Januari 2024, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan pekeliling yang berkaitan dengannya. Bagaimana pun perlu saya tegaskan bahawa apa jua pendekatan yang akan kita putuskan dalam pekeliling itu kelak, Kerajaan Negeri tidak akan menzalimi mana-mana rakyat di semua 59 kawasan Dun Negeri Perak.

Kerajaan Negeri akan memastikan setiap lapisan rakyat tanpa mengira kawasan kerajaan mahupun pembangkang akan dapat merasai hasil peruntukan yang disalurkan. Maka kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, usahlah merasa gelisah, bimbang atau gundah-gulana. Yakinlah apa jua ketetapan yang akan dibuat, Kerajaan Negeri memberi jaminan ia akan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Perak merentasi kawasan politik, agama dan juga kaum. Maka dengan itu, Kerajaan Negeri bersetuju untuk meneruskan peruntukan pengurusan Pusat Khidmat ADUN RM7,000 sebulan kepada 59 pusat khidmat. Dengan RM7,000 sebulan ini, kita dapatlah membiayai bayaran elaun pegawai khas pusat khidmat masing-masing, membayar sewa pejabat, membayar bil utiliti dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

Dato’ Yang di-Pertua sebagai buah tangan pada persidangan kali ini, Kerajaan Negeri bersetuju membayar BKK satu bulan gaji kepada 48 Adun dan seorang Speaker. Jawab sebelum tanya. Jawab sebelum tanya.

Terima kasih MB, terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato’ Yang di-Pertua sebagai penutup, jika kita menekuni perjalanan sesi perbahasan yang disusuli dengan sesi..

Yang Amat Berhormat sebelum penutup beri peluang. Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang amat prihatin pada hari ini dan kita harapkan keprihatinan itu berterusan sehingga bulan 1 ini apabila mengumumkan kaitan dengan mungkin polisi baru daripada Kerajaan Negeri untuk agihan. Dalam mengambil contoh negeri A, B, C, D, F sampai Z tadi dalam mengambil contoh negeri-negeri tersebut, kami mengharapkan dan saya sendiri pun mengharapkan bahawa di antara semua negeri ini, saya mengharapkan negeri Perak yang terbaik sekali contoh daripada negeri-negeri yang lain. Diharapkan dan yang keduanya, yang kedua satu lagi, iaitu berkaitan dengan dalam mengambil contoh negeri-negeri yang lain ABC tadi, perlu juga diambil kira negeri yang sealiran dengan persekutuan seperti Perak dan juga beberapa negeri yang lain dan juga negeri yang dikatakan negeri yang berlainan gabungan parti lah disebut. Di mana negeri C ke apa tadi disebut? D kah? Negeri yang berlainan parti dengan persekutuan. Di mana negeri itu, pembangkang mendapat juga peruntukan daripada federal. Disebut peruntukan ICU daripada Jabatan Perdana Menteri. Macam kami di sini tak dapat lah. Adun-Adun kerajaan dapat peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri ataupun disebut ICU. Berapa ribu kah? RM200 ke RM300 ribu gitu lah. Jadi, ada kelebihan di negeri yang tidak sealiran kepada persekutuan di mana Adun pembangkang di negeri itu mendapat lebih daripada pihak Adun kerajaan di negeri tersebut kerana peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri. Jadi ini diharapkan Yang Amat Berhormat dapat mengambil kira juga lah tentang perkara ini dan diharap menjadi negeri yang terbaik dan menjadi contoh dan disebut-sebut di seluruh dunia contoh berkaitan dengan peruntukan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Dato’ Yang di-Pertua sikit, saya nak tambah sikit ya. Apa pun saya berpendirianlah apa pun terima kasih kepada Kerajaan Negeri Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang penting, the bottom line, rakyat kami tidak ditinggalkan. Saya sebenarnya tak fikir sangat apa cara sekalipun. Tapi terima kasih lah sebulan tu. Ada juga. Dan saya nak mengalu-alukan jugalah kehadiran pimpinan Armada Bersatu Perak dekat atas tu. Hampa pandai pilih hari ini. Hampa tengok cara YAB gulung hari ini. Sebab hampa PRU-16 hampa yang akan jadi wakil rakyat. Apapun terima kasih lah kepada Kerajaan Negeri kerana peka juga dengan apa yang kami minta. Kami tahu tak boleh bagi semua. Tak dapat bagi semua, bagi sikit ya. Terima kasih banyak.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jadi saya sebagai ketua pembangkang dan pengumuman tidak memotong sebarang peruntukan pusat khidmat Dun dengan ini bagi pihak semua barisan pembangkang merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan apa yang dan seperti mana yang disuarakan oleh Selama tadi sebab kita yang memulakan, Perak yang memulakan, sama di antara Adun pembangkang dan juga Adun kerajaan. Kita menyatakan permasalahan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat di kawasan masing-masing dan yang boleh memberi peruntukan dan menyelesaikan adalah bapak kita lah, Menteri Besar ini. Kita harap tidak ada perbezaan di antara semua dan kita juga masih berharap supaya kita tidak membuat saluran-saluran yang lain yang menambahkan birokrasi dalam pentadbiran. Kita bergerak ke hadapan.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang menerajui pentadbiran Kerajaan Madani di negeri Perak ini. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang di-Pertua, sebagai penutup, jika kita menekuni perjalanan sesi perbahasan yang disusuli dengan sesi penggulungan oleh rakan-rakan Exco semalam, jelas terpancar komitmen dan keinginan setiap daripada kita untuk menjelmakan manfaat dan kebaikan yang tergarap dalam intipati Belanjawan Perak 2024. Saya yakin sebahagian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat masih ingat bagaimana Kerajaan Negeri terpaksa bergelut dengan hambatan pandemik sehingga memaksa kerajaan negeri mengurangkan perbelanjaan sektor-sektor tertentu pada pembentangan Belanjawan tahun 2022. Hasil kerja keras kita semua, seluruh rakyat Perak dalam tempoh setahun dua ini, perjalanan ikhtisad negeri dapat sama-sama kita bina dan kita perkuatkan semula. Dengan semangat kebersamaan tumbuhan ekonomi berjaya kita pacu semula sehingga membolehkan negeri kita kembali menjadi tumpuan pelabur dalam dan luar negara. Kejayaan yang digapai ini membolehkan Kerajaan Negeri merangka perancangan sebuah belanjawan yang benar-benar berpaut kepada aspirasi dan denyut nadi rakyat. Ini didokong oleh prestasi kutipan hasil negeri yang begitu memberangsangkan. Malahan, sukacita saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dalam keadaan Ahli-ahli Yang Berhormat sibuk menjalani persidangan saya menerima laporan daripada Pejabat Kewangan Negeri bahawa prestasi kutipan hasil negeri kita terus bertambah. Jika semasa pembentangan belanjawan minggu lalu, saya memaklumkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan kerajaan setakat 25 November 2023 adalah berjumlah RM1.05 bilion, angka itu dilaporkan sudah meningkat menjadi RM1.094 bilion setakat 7 Disember 2023 iaitu pertambahan kira-kira RM44 juta dalam tempoh 12 hari. Jumlah ini adalah 96.5% lebih tinggi berbanding sasaran tahun semasa. Alhamdulillah.

Mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, saya mengajak kita semua untuk menanam keazaman demi memastikan belanjawan tahun hadapan dapat benar-benar menerangi kehidupan rakyat secara keseluruhan tidak kira di bandar mahupun di luar bandar tanpa mengira latar belakang kaum mahupun agama. Komitmen Kerajaan Negeri saya pasakkan dengan dipandu oleh firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 58 yang bermaksud; "Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah sebaik-baik yang memberi pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar dan melihat". Saya mendoakan mudah-mudahan berkat kesatuan hati dan kekuatan tekad kita semua, segala hasrat murni yang terkandung dalam Belanjawan 2024 akan sama-sama kita jayakan supaya akhirnya yang menghadirkan limpahan manfaat buat negeri dan rakyat secara keseluruhannya, Insha Allah. Sebelum mengakhiri sesi pengulungan ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, Unit Perancang Ekonomi, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, urusetia dewan undangan negeri dan semua pihak yang bekerja keras untuk menyediakan bahan-bahan bagi memberi sebaik-baik pencerahan kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat sepanjang persidangan ini. Saya dan seluruh barisan kepimpinan Kerajaan Negeri menadah tangan mohon restu daripada Allah SWT semoga dipermudahkan segala urusan pelaksanaan Belanjawan Negeri Perak 2024 demi menggapai cita-cita murni

"Perak makmur, rakyat sejahtera". Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, demikianlah ucapan pengulungan saya. Wassalamualaikum wbt, terima kasih.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam wbt, terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama, "Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu, dibaca bagi kali kedua". Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara bersetuju, tiada suara tidak bersetuju, maka usul itu dipersetujui.

Setiausaha

Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah selesai dibaca bagi kali yang kedua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama, "Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu diserahkan kepada jawatankuasa seisi dewan negeri untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.

Yang di-Pertua

: Ada sokongan?

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Buntong menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, dewan bertukar diri menjadi sebuah jawatankuasa seisi dewan negeri untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal.

[DEWAN BERTUKAR DIRI MENJADI JAWATANKUASA]

Pengerusi

Sekarang saya mempersilahkan Setiausaha Dewan untuk membaca butir-butir di dalam jadual.

Setiausaha

Maksud B01 Dewan Negeri, RM22,125,800.00. Maksud B02 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, RM1,581,600.00. Maksud B03 Raja-Raja dan Orang-orang Besar, RM5,722,700.00. Maksud B04 Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, RM77,023,100.00

Pengerusi

Masalahnya bahawa, maksud B01, RM22,125,800.00. Maksud B02, RM1,581,600.00. Maksud B03, RM5,722,700.00. Maksud B04, RM77,023,100.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Dibenarkan seorang pembahas daripada pihak kerajaan, seorang pembahas daripada pihak pembangkang sekiranya ada.

Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B01, RM22,125,800.00. Maksud B02, RM1,581,600.00. Maksud B03, RM5,722,700.00. Maksud B04, RM77,023,100.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara bersetuju, maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud B05 Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, RM7,954,800.00. Maksud B06 Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, RM9,330,600.00. Maksud B07 Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak, RM9,603,100.00. Maksud B08, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, RM12,004,000.00. Maksud B09, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, RM17,492,500.00. Maksud B10, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, RM8,047,000.00. Maksud B11, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, RM12,226,500.00. Maksud B12, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama, RM13,823,100.00. Maksud B13, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, RM13,060,300.00. Maksud B14 Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, RM6,225,500.00 Maksud B15 Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, RM5,731,700.00. Maksud B16, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, RM4,682,800.00.

Pengerusi

Masalahnya bahawa maksud B05, RM7,954,800.00. Maksud B06, RM9,330,600.00. Maksud B07, RM9,603,100.00. Maksud B08, RM12,004,000.00 Maksud B09, RM17,492,500.00. Maksud B10, RM8,047,000.00. Maksud B11, RM12,226,500.00. Maksud B12 RM13,823,100.00. Maksud B13 RM13,060,300.00. Maksud B14 RM6,225,500.00. Maksud B15 RM5,731,700.00. Maksud B16 RM4,682,800.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.

Sekarang saya mengemukakan maksud B05 RM7,954,800.00. Maksud B06 RM9,330,600.00. Maksud B07 RM9,603,100.00. Maksud B08 RM12,004,000.00. Maksud B019 RM17,492,500.00. Maksud B10 RM8,047,000.00. Maksud B11 RM12,226,500.00. Maksud B12 RM13,823,100.00. Maksud B13 RM13,060,300.00. Maksud B14 RM6,225,500.00. Maksud B15 RM5,731,700.00. Maksud B16 RM4,682,800.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara bersetuju maka jadual itu dibersetujui. Setiausaha Dewan.

Setiausaha

Maksud B17, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian RM19,400,900.00. Maksud B18, Jabatan Agama Islam Negeri Perak RM95,731,300.00. Maksud B19, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak, RM2,169,300.00. Maksud B20, Jabatan Mufti, RM3,856,900.00. Maksud B21, Jabatan Kehakiman Syariah, RM15,110,600.00. Maksud B22 Pencen Syiasah & Saraan Rahim RM2,274,700.00.

Pengerusi

Masalahnya bahawa maksud B17, RM19,404,900.00. Maksud B18, RM95,731,300.00. Maksud B19 RM2,169,300.00. Maksud B20 RM3,856,900.00.

Maksud B21 RM15,110,600.00. Maksud B22, RM274,700.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.

Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B17 RM19,404,900.00. Maksud B18 RM95,731,300.00. Maksud B19 RM2,169,300.00. Maksud B20 RM3,856,900.00. Maksud B21 RM15,110,600.00. Maksud B22, RM274,700.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara bersetuju maka jadual itu dibersetujui.

Setiausaha

Maksud B23 Jabatan Pertanian RM25,269,800.00. Maksud B24 Jabatan Pengairan dan Saliran RM104,364,700.00. Maksud B25 Jabatan Perhutanan RM41,324,000.00. Maksud B26 Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM19,586,600.00. Maksud B27 Jabatan Kerja Raya, RM88,097,200.00. Maksud B28, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, RM6,956,200.00.

Pengerusi

Masalahnya bahawa maksud B23 RM25,269,800.00. Maksud B24, RM104,364,700.00. Maksud B25, RM41,324,000.00. Maksud B26, RM19,586,600.00. Maksud B27, RM88,097,200.00. Maksud B28, RM6,956,200.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.

Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B23 RM25,269,800.00. Maksud B24, RM104,364,700.00. Maksud B25, RM41,324,000.00. Maksud B26, RM19,586,600.00. Maksud B27, RM88,097,200.00. Maksud B28, RM6,956,200.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka jadual itu dipersetujui.

Setiausaha

Maksud B29, Jabatan Kebajikan Masyarakat RM42,795,900.00. Maksud B30 Jabatan Mineral & Geosains RM788,400.00. Maksud B31 Pejabat Kewangan Negeri RM7,857,000.00. Maksud B32 Pelbagai Perkhidmatan Am RM119,577,400.00. Maksud B33, Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun RM455,000,000.00.

Pengerusi

Masalahnya bahawa maksud B29 RM42,795,900.00. Maksud B30 RM788,400.00. Maksud B31 RM7,857,000.00. Maksud B32 RM119,577,400.00. Maksud B33 RM455,000,000.00 diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.

Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud B29 RM42,795,900.00. Maksud B30 RM788,400.00. Maksud B31 RM7,857,000.00. Maksud B32 RM119,577,400.00. Maksud B33 RM455,000,000.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka jadual itu dipersetujui.

Setiausaha

Maksud P01 Jabatan Kerja Raya RM100,000,000.00. Maksud P02 Jabatan Pengairan dan Saliran RM14,000,000.00 Maksud P03 Jabatan Pertanian RM8,000,000.00. Maksud P04 Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM4,000,000,00. Maksud P05 Jabatan Perhutanan RM12,600,000.00. Maksud P06 Pejabat Daerah dan Tanah RM20,272,700.00. Maksud P07 Pejabat Setiausaha Kerajaan RM175,000,000.000, Maksud P08 pelbagai projek RM157,127,300.00.

Pengerusi

Masalahnya bahawa maksud P01 RM100,000,000.00. Maksud P02 RM14,000,000.00. Maksud P03 RM8,000,000.00. Maksud P04 RM4,000,000.00. Maksud P05 RM12,600,000.00. Maksud P06 RM20,272,700.00. Maksud P07 RM175,000,000.00. Maksud P08 RM157,127,300.00. diperintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.

Sekarang saya mengemukakan bahawa maksud P01 RM100,000,000.00. Maksud P02 RM14,000,000.00. Maksud P03 RM8,000,000.00. Maksud P04 RM4,000,000,00. Maksud P05 RM12,600,000.00. Maksud P06 RM20,272,700.00. Maksud P07 RM175,000,000.00. Maksud P08 RM157,127,300.00 diperintahkan menjadi sebahagian perbelanjaan pembangunan tahun 2023. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang setuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju maka jadual itu dipersetujui. Dipersilakan Setiausaha Dewan untuk membaca fasal-fasal yang berkaitan.

Setiausaha

Fasal 1 anggaran perbelanjaan mengurus dan fasal 2 anggaran perbelanjaan pembangunan.

Pengerusi

Masalahnya bahawa fasal 1 dan fasal 2 menjadi sebahagian daripada rang undang-undang. Dengan ini saya buka ruang kepada Ahli Yang Berhormat sekiranya ingin berbahas. Jika tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang setuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bilangan 26/2023 yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada dewan dengan serta-merta.

Pengerusi

Ada sokongan?

Dato’ Pengerusi, Buntong menyokong.

Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024 yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 26/2023 telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.

[DEWAN BERSIDANG SEMULA]

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan Sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah pun ditimbangkan dari fasal ke sefasal dalam jawatankuasa seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya minta izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kalian ketiga dan diluluskan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato’ Yang di-Pertua, Buntong menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan.

Setiausaha

Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2024 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah selesai dibaca bagi kali yang ketiga dan telah diluluskan.

Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2024.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua saya mohon izin memaklumkan bahawa jawatankuasa yang dilantik untuk menimbang cadangan-cadangan yang tersebut dalam kertas dewan bilangan 26/2023 hendaklah diluluskan. Dato’ Yang di-Pertua saya mohon mengusulkan bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam pernyataan yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 26/2023 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM491,000,000.00 yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2024. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dato’ Yang Di-Pertua, Buntong menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan bilangan 26/2023 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM491,000,000.00 yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2024 seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan dan telah pun dibahaskan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui dan diluluskan.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023Bill

Setiausaha

Perkara yang kelima membawa Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengemukakan Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 dibaca kali pertama.

Yang di-Pertua

Bila bacaan kali kedua?

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dalam mesyuarat ini juga.

Yang di-Pertua

Sekarang saya menjemput Setiausaha Dewan untuk mengedarkan pemberitahuan bacaan kali kedua sebagaimana dinyatakan di dalam Perintah Tetap 57(1).

[NOTIS EDARAN BACAAN KALI KEDUA RANG UNDANG-UNDANG]

Yang di-Pertua

Sila Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan wasiat Orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya sekarang dibaca kali yang kedua.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Dato' Yang di-Pertua, Tebing Tinggi menyokong.

Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar bagi membentangkan Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya mohon izin mencadangkan bahawa rang undang-undang (RUU) yang bernama Suatu Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 dibaca kali yang kedua sekarang. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, RUU Wasiat orang Islam (Perak) 2023 ini bertujuan untuk mengadakan suatu undang-undang khusus berkenaan wasiat orang Islam bagi membolehkan kerajaan memberi panduan mengurus tadbir dan mengawasi pembuatan serta pelaksanaan wasiat orang Islam di negeri ini secara berkesan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, wasiat menurut hukum syarak merupakan pemberian seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manafaat daripada hartanya untuk disempurnakan selepas kematiannya. Sebagaimana dalil pensyariatan wasiat berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Umar Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud "Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat disisiNya”.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada masa ini, semua perkara berhubungan dengan wasiat orang Islam di negeri Perak tidak diperuntukkan secara khusus dan terperinci. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2024 iaitu Enakmen Bilangan 4 Tahun 2024 yang merupakan undang-undang utama berkaitan pentadbiran Agama Islam di negeri ini hanya mengandungi peruntukan am berkaitan wasiat seperti kuasa Majlis untuk bertindak sebagai wasi bagi sesuatu wasiat. Peruntukan tersebut meskipun menyentuh wasiat sama sekali tidak memadai, malah diperuntukkan bersekali dengan peruntukan-peruntukan lain yang tidak berkaitan.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pentadbiran dan pengurusan pusaka banyak berpandukan Undang-Undang Sivil seperti Akta Probet dan Pentadbiran 1949, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Akta Pembahagian 1958, Akta Pemegang Amanah 1949 dan lain-lain. Walau bagaimanapun Akta Wasiat 1959 tidak menyentuh wasiat orang Islam secara langsung dan tidak terpakai ke atas orang Islam. Hanya terdapat enam negeri sahaja yang mempunyai undang-undang khusus mengenai wasiat orang Islam iaitu Selangor 1959 (Pindaan) 2016, negeri Sembilan 2004, negeri Melaka 2005, Kelantan 2009, Pahang 2017 dan yang terkini Sabah 2018. Selaras dengan perkembangan wasiat, sebagai suatu instrumen dalam pengurusan harta umat Islam, ditambah pula dengan kewujudan agensi-agensi yang menguruskan harta. Melalui instrumen wasiat, suatu undang-undang yang jelas terperinci dan komprehensif perlu diwujudkan dan dikuatkuasakan dengan segera di negeri ini.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, proses memuktamadkan RUU Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 ini telah diperhalusi melalui kajian khusus dan terperinci berkaitan persoalan-persoalan teknikal hukum syarak oleh pasukan penyelidik yang dibentuk oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan turut dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal RUU Wasiat Orang Islam Negeri Perak dan Mesyuarat Jawatankuasa Penggubalan Undang-Undang Syariah Negeri Perak. RUU Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 telah diluluskan oleh Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kali ke 226 pada 2 November 2023 dan kemudiannya telah diangkat untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri pada 8 November 2023. Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, RUU Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 yang dicadangkan ini mengandungi 10 bahagian, 39 fasal dan satu jadual seperti berikut. Bahagian 1, fasal 1 hingga 2, memperuntukkan perkara termasuk tajuk ringkas, permulaan kuatkuasa dan takrifan perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam enakmen. Fasal maaf. Bahagian kedua, Fasal 3 hingga 13 memperuntukkan perkara berhubung pelaksanaan sesuatu wasiat. Bahagian tiga, fasal 14 hingga 16 memperuntukkan perkara berhubung wasiat terbatal dan wasiat-wasiat terhalang. Bahagian keempat, fasal 17 hingga 18 memperuntukkan perkara berhubung penarikan balik wasiat. Bahagian kelima, fasal 19 hingga 25 memperuntukkan perkara berhubung penerimaan dan penolakan wasiat. Fasal keenam, maaf bahagian keenam, fasal 26 hingga 30 memperuntukkan perkara berhubung penerimaan wasiat. Bahagian ketujuh, fasal 31 hingga 33 memperuntukkan perkara berhubung wasiat wajibah. Bahagian kelapan, fasal 34 hingga 36 memperuntukkan perkara berhubung kuasa Majlis. Bahagian kesembilan, fasal 37 memperuntukkan perkara berhubung pengesahan wasiat. Bahagian kesepuluh, fasal 38 hingga 39 memperuntukkan perkara berhubung peruntukan am jadual menyenaraikan 19 takrifan ungkapan bahasa Arab yang digunakan di bawah enakmen ini.

Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan RUU Wasiat orang Islam (Perak) 2023 yang dicadangkan ini, masyarakat akan lebih yakin dengan pelaksanaan wasiat di negeri ini dan perlindungan yang diberikan oleh undang-undang sekali gus memberikan galakan kepada masyarakat untuk berwasiat. Pentadbiran wasiat juga dilihat mampu diuruskan dengan baik dan efisien selaras dengan undang-undang dan dapat memberi manfaat kepada rakyat negeri Perak khususnya yang beragama Islam. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Puan Timbalan Yang di-Pertua. Tebing Tinggi menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat. Masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama Satu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubung dengan wasiat orang Islam dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya telah dibaca kali kedua. Sekarang, masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan penyokong adalah selama 20 minit setiap seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 15 minit seorang. Saya berharap tempoh masa telah diperuntukkan ini dapat dipatuhi serta digunakan dengan sebaiknya. Seterusnya, dijemput Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih, Puan Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan pentadbirannya yang telah pun berjaya mengemukakan, membentangkan rang undang-undang ini dan tidak lupa juga penghargaan dan terima kasih kepada mantan Ahli Dewan daripada Behrang, Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli yang beberapa kali menekankan pentingnya undang-undang ini diwujudkan di negeri Perak dan seperti yang telah pun dihuraikan secara ringkas tadi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bahawa undang-undang ini akan terpakai untuk orang Islam sahaja oleh kerana mengikut sistem Perlembagaan ataupun persekutuan yang diamalkan di negara kita, Islam adalah merupakan bidang kuasa negeri tetapi ya, menarik untuk dinyatakan bahawa hanya pada tahun 1999 sahaja bermula di Selangor undang-undang seperti ini diluluskan yakni pada abad ke-21 dan kalau kita membaca kajian yang dibuat oleh rakan saya, Datuk Dr. Ahmad Hidayat Buang daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, apa yang berlaku sebelum itu terutama di zaman penjajahan Inggeris ialah bahawa tidak ramai orang Islam yang membuat wasiat dan di kalangan mereka yang membuat wasiat, mereka membuat wasiat itu mengikut undang-undang Inggeris bahkan ada yang membuat wasiat bertentangan dengan hukum Islam dan ini berakhir di mahkamah.

Jadi begitulah senario dan suasana persoalan wasiat di kalangan umat Islam khususnya dan juga pentadbiran harta di kalangan umat Islam. Jadi dengan perubahan zaman dan kemajuan yang ada, oleh kerana orang Islam sekarang ramai yang sudah kaya, yang menjadi tokoh koporat dan sebagainya. Hatta, ada yang memiliki harta, meninggalkan harta sebanyak RM2 bilion selepas kematiannya. Jadi amat wajar sekali negeri Perak mengikuti negeri-negeri yang telah pun meluluskan enakmen berkenaan untuk memperkemas dan memberi keadilan kepada masyarakat. Puan Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya menyentuh secara khusus rang undang-undang ini, sukacita saya memaklumkan suatu perkembangan terbaru yang berlaku kelmarin yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Na’im Mokhtar yang mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi menangani isu kompetensi Dewan Negeri dalam meluluskan undang-undang syariah selain daripada konflik di antara mahkamah sivil dan syariah. Isu ini sudah tentu berkaitan rapat dengan apa yang kita lakukan hari ini dan jawatankusa ini dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang akan menangani isu-isu yang sangat complicated yang kompleks iaitu isu kompetensi yang sudah pasti lebih rumit dan mengelirukan daripada persoalan bidang kuasa semata-mata dan mengikut apa yang telahpun diberitakan, antara langkah yang mungkin diambil ialah membuat dan meminda undang-undang yang tertentu termasuk Perlembagaan bagi menjelaskan kesamaran dan kekeliruan yang ada.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, penubuhan jawatankuasa ini adalah respon kepada Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam pada bulan Ogos yang lalu. Jadi, apa yang Dewan Negeri Perak lakukan pada hari ini yakni membentangkan Rang Undang-Undang Wasiat Bagi Orang Islam ini masih lagi menjadi isu yang perlu ditangani asasnya di sisi Perlembagaan Negara. Apapun secara peribadi saya berasa terharu oleh kerana dua orang bekas pelajar saya, PhD saya di Universiti Islam Antarabangsa dilantik menjadi anggota jawatankuasa ini dan kebetulan Yang Berhormat Menteri sendiri adalah rakan saya di kuliah undang-undang berkenaan dan kami semua adalah merupakan anak didik kepada Almarhum Prof. Tan Sri Ahmad Ibrahim yang merupakan tokoh penting di bawah pindaan perlembagaan yang memasukkan fasal 1A kepada Perlembagaan Persekutuan Perkara 121 yang memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah pada 1988.

Dari sudut politik, Timbalan Yang di-Pertua, perkembangan ini merupakan suatu petanda bahawa pentadbiran kerajaan perpaduan hanya dalam masa setahun telah dapat menangani isu yang berlarutan bertahun-tahun. Sesuatu yang dengan sendirinya menunjukkan bahawa pentadbiran ini amat prihatin. Meskipun ia dimomokkan sebagai didominasi oleh DAP, ia begitu cepat dan tangkas menangani isu yang secara langsung menyangkut kehidupan umat Islam. Bayangkan, bulan Ogos MKI, melalui Tuanku menitahkan langkah diambil, bulan Disember sebuah jawatankuasa kerja ditubuhkan dan dimaklumkan bahawa Kabinet telah pun meluluskan perkara itu dan hal yang sama berlaku di Perak seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat tadi bahawa tidak sampai setahun kita dapat menyaksikan Rang Undang-Undang Bagi Wasiat untuk orang Islam di Perak ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

Seperkara lagi yang penting dalam soal MKI ini ialah bahawa buat pertama kalinya selepas merdeka ia dipengerusikan oleh seorang Raja yang merupakan anggota kepada Majlis Raja-Raja. Jadi apa yang berlaku ialah selain daripada memperkemaskan pentadbiran ataupun keputusan mengenai Agama Islam, kedudukan ataupun institusi raja telahpun dirai dan diperkukuhkan. Ini satu lagi perkara yang sangat penting oleh kerana secara kebetulan saya difahamkan Al-Marhum Sultan Azlan Shah Al-Maghfurullah sendiri pernah membangkitkan betapa tidak wajar agensi yang melaksanakan atau mentadbirkan Agama Islam diletakkan di bawah cengkaman ataupun di bawah naungan kerajaan. Ia seharusnya seperti yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Reid diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja dan Baginda sebagai seorang Raja dan juga bekas hakim begitu prihatin dengan perkara berkenaan.

Satu lagi perkara yang perlu ditegaskan di sini Timbalan Yang di-Pertua ialah soal bahawa ini juga menunjukkan bahawa kedudukan Islam termasuk undang-undang Islam tidak terpinggir, apalagi dipinggirkan dan ini satu perkara yang jelas berbanding dengan apa yang berlaku sewaktu pentadbiran selepas Langkah Sheraton pada Mac 2020 dan sampai hari ini kita belum melihat perkembangan apa pun yang berlaku kepada RUU 355 yang dikatakan akan memperkasa kedudukan Mahkamah Syariah. Jadi, apa yang penting untuk disimpulkan di sini bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan hanya menjerit dan melolong bahawa Syariah terpinggir dan dicabar hanya setelah terpelanting dari koridor kuasa. Kita yakin dengan penubuhan jawatankuasa penting di peringkat pusat itu, lebih banyak perkara yang kritikal akan dapat dilakukan dan di Perak, pembentangan RUU ini adalah satu contoh yang sama di peringkat negeri.

Timbalan Yang di-Pertua, pembentangan rang undang-undang hari ini adalah satu kesempatan bagi Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian memainkan peranan selaku pembuat undang-undang dengan izin legislator berbanding dengan peranan dan fungsi mereka sebagai wakil rakyat sebagaimana yang disinggung oleh Yang Berhormat Kamunting dalam perbahasan Enakmen Perbekalan kelmarin. Jadi dalam ucapan saya menyokong RUU ini, ada empat perkara penting yang akan saya tekankan. Yang pertamanya, rang undang-undang ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen pentadbiran Madani di Perak ini untuk mengkanunkan hukum Islam yang pada asasnya bertaburan di pelbagai sumber khususnya tulisan para ilmuan Islam di segenap lokaliti yang pelbagai. Yang kedua, menekankan betapa Islam khususnya hukum Islam mempunyai tempat dalam sistem perundangan negara dan tidak dalam keadaan terancam ataupun terpinggir dan yang ketiga perlunya komitmen politik atau political will dengan izin di banyak negeri-negeri yang di tangan mereka terletak bidang kuasa membuat undang-undang berhubung dengan Islam dan umatnya dan yang keempat keperluan mewujud dan menambah baik sistem dan mekanisme yang ada untuk mempastikan apa yang telah ada ini berfungsi dan mencapai tujuannya. Mungkin ada yang bertanya mengapa baru sekarang perkara ini diwujudkan ataupun undang-undang ini diwujudkan?

Saya mengutip pandangan Almarhum Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, seorang pakar dalam bidang ini yang mengutip pandangan Ibnu Rusyd dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid. Dalam tulisan beliau antara perkara yang menjadi sebab mengapa Undang-undang seperti ini lambat dilakukan ataupun lambat diluluskan ialah tidak adanyanya dalam tulisan-tulisan klasik, ulama-ulama dahulu tentang bab yang khusus tentang perkara-perkara itu. Jadi kita memerlukan suatu inisiatif pihak kerajaan sendiri untuk memulakan perkara ini to start the ball rolling, supaya perkara-perkara seperti ini dapat dilakukan dengan segera dan kalau kita lihat Rang Undang-undang yang ada, secara keseluruhannya ialah berupakan substantive law, undang-undang substantive yang merupakan dengan izin corpus fit itu sendiri. Jadi sama ada yang diambil secara langsung dari sumber Quran dan Sunnah ataupun pandangan Fuqaha. Jadi dapat kita lihat dalam halaman 408 kalau kita perhatikan dalam fasal 31. Tafsiran ataupun definisi yang dibuat itu adalah merupakan sesuatu yang diambil direct daripada sumber-sumber asasi yang tadi. Jadi ini satu perkara yang penting oleh kerana ramai yang melihat bahawa Undang-Undang Islam di Malaysia adalah merupakan buatan manusia. Ini tidak betul. Apa yang berlaku sebenarnya ialah bahawa substance ataupun isi Summon Enactment atau Akta Parlimen, dia ambil daripada sumber-sumber yang asal. Cuma oleh kerana dia terpaksa ataupun perlu ditadbirkan dalam konteks ataupun dalam kerangka yang ada, maka yang berlaku ialah bahawa perkara itu dikanunkan dan sekiranya berlaku ataupun wujud perbezaan ataupun khilaf di antara pakar-pakar ataupun di kalangan ulama' itu maka diambil mana yang lebih sesuai dan kena dengan masalah dan keadaan semasa.

Jadi pembentangan Rang Undang-Undang Wasiat ini sebenarnya adalah satu contoh yang memperlihatkan betapa sukarnya untuk melaksanakan Islam di dalam sebuah masyarakat moden. Sebab itu saya menyeru pihak yang berkenaan baik MAIPk dan JAIPk untuk mengadakan satu program khas bagi pihak yang terlibat dari pegawai kerajaan, ketua kampung, jawatankuasa masjid, kelompok tadbir masjid bagi menelaah dan meneliti rang undang-undang atau enakmen yang nanti supaya perkara ini dapat diteruskan ke bawah dan kita tidak mahu perkara ataupun aktiviti ilmu di masjid hanya menjadi suatu aktiviti yang menjadi medan politik bagi mereka yang sentiasa mencari salah kerajaan dan saya tidak fikir menarik balik tauliah mengajar itu adalah satu perkara yang boleh menyelesaikan masalah. Apa yang perlu diwujudkan ialah suatu kerangka dan mungkin suatu modul yang dapat membiasakan rakyat di peringkat akar umbi dengan apa yang dilakukan ataupun apa yang ada ditadbirkan di peringkat Mahkamah Syariah dan sebagainya. Jadi dengan itu, kita menyeru pihak-pihak yang berkenaan, khususnya pihak yang mempunyai kepakaran di universiti untuk tampil ke depan dan memberikan sumbangan dalam proses itu…

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Boleh sikit? Terima kasih Tebing tinggi. Terima kasih Timbalan Speaker. Saya nak merujuk kepada artikel 16A. Iaitu artikel 16 ini ialah penerima wasiat adalah terhalang dan tidak berhak menerima bahagiannya di dalam wasiat itu sekiranya didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah bagi kesalahan. Iaitu A, membunuh pewasiat dengan niat. Kalau yang saya tengok di sini, kalau ikut pendapat ini adalah pendapat yang ikut dalam kitab Al-Wasiyyah Imam Abu Hanifah. Bermakna mazhab Hanafi dan mazhab Hambali. Tapi kalau rujuk kepada mazhab Syafie dan mazhab Maliki, ianya tak terbatal. Jadi kaedah ini nak tahu jugalah ada pendapat mana yang rojeknya yang kita laksanakan dan yang keduanya adalah tentang kiranya RUU ini diluluskan, bolehkah enakmen ini dicabar di Mahkamah Sivil seperti Mahkamah Persekutuan? Terima kasih.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih. Respon saya, kalau kita lihat tafsiran dalam fasal 21 itu, hukum syarak di situ, artinya hukum syarak mengikut mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu mazhab Hanafi, Maliki dan Hambali. Berhubung dengan soal tafsiran yang dinyatakan dalam fasal 2 di situ, daripada fasal 2(2) di situ, akan dirujukkan kepada Akta Tafsiran 1948 dan 1967 tetapi tafsiran itu harus selaras dengan tafsiran ataupun dengan hukum syarak. Jadi artinya, benchmark ataupun penanda aras ini masih hukum syarak dan kalau kita lihat di belakang itu, 38 ya, hukum syarak. Dia masih lagi menjadi teras ataupun tunjang kepada Enakmen ataupun sekarang ini rang undang-undang. Jadi saya tidak nampak ada masalah di situ. Mengenai soalan sama ada perkara itu boleh dicabar di Mahkamah Sivil itu bergantung pada apa yang isu yang hendak dicabar. Kalau mengenai bidang kuasa, mahu tidak mahu terpaksa ke Mahkamah Sivil oleh kerana Mahkamah Sivil adalah merupakan Mahkamah Perlembagaan. Jadi kalau isunya isu bidang kuasa, maka tidak ada jalan lain. Memang Mahkamah Sivil bukan Mahkamah Syariah dan ini yang sebenarnya akan ditangani, akan diteliti oleh Jawatankuasa yang sebutkan tadi dan kita yakin bahawa mereka akan dapat sekurang-kurangnya menjernihkan kekusutan yang ada sekarang. Sebab semakin lama kita melaksanakan undang-undang ini selepas daripada pindaan tahun 1988 itu, begitu banyak isu yang masih lagi tergantung dan nampaknya daripada kes-kes yang kita lihat di mahkamah, ia tidak begitu jelas dan masih ada kesamaran lagi.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih. Bolehkah kita katakan ini adalah salah satu untuk nak mempertingkatkan Mahkamah Syariah?

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Ya, ini satu instrumen yang penting oleh kerana sebelum ini saya percaya apa yang ada dalam benak Tuan Haji Aminnuddin, sebab itu beliau banyak kali mencadangkan perkara itu dalam Dewan yang mulia. Ialah masalah tidak adanya rujukan ataupun suatu ketetapan terutamanya di kalangan pengamal undang-undang untuk menangani masalah yang mereka hadapi daripada klien mereka. Apa yang ada ialah pelbagai pandangan dalam kitab-kitab yang itu saya katakan tadi, bercerai-cerai, bertaburan yang sukar untuk dirujuk. Jadi untuk mereka yang barang kali tidak mempunyai kemampuan untuk memahami kitab-kitab fiqh ataupun mungkin tidak ada masa dan sebagainya. Jadi sesuatu yang autoritatif seperti enakmen ini perlu untuk menyelesaikan masalah dan oleh kerana telahpun disebutkan secara hitam putih. Bahawa apa pun yang ada dalam undang-undang ini, akhirnya yang menjadi apa nama, muktamad ialah apa yang dinyatakan dalam hukum syarak itu sendiri dan ini satu perkara yang sudah pasti akan dibincang ataupun diputuskan secara terbuka oleh Mahkamah Syariah. Timbalan Yang Di-Pertua saya fikir masa saya sudah tamat. Ada lagi ke?

Timbalan Yang di-Pertua

Tinggal lapan minit.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Lapan minit? Ok. Satu perkara yang saya juga ingin tekankan di sini ialah betapa perlunya satu inisiatif daripada institusi yang mempunyai kepakaran dan saya fikir di sini, di Perak ini, kita mempunyai institusi seperti Universiti Sultan Azlan Shah yang mempunyai kepakaran yang saya fikir cukup baik untuk mengembangkan dan menangani perkara-perkara yang mungkin tidak ada di sini. Jadi satu keperluan bagi kita untuk mempastikan masyarakat terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dalam mentadbirkan dan melaksanakan rang undang-undang apa, undang-undang ini dapat diturunkan kepada masyarakat oleh kerana berjaya atau tidaknya, berkesan atau tidaknya undang-undang itu bergantung kepada bagaimana pengamal dan juga khalayak yang ditujukan itu dapat memahami apa melaksanakan perkara itu dengan tepat. Jadi antara perkara yang tertentu yang mungkin tidak disebut, perkara, saya ingin juga membangkitkan, membawa perkara yang tidak disebut ataupun yang mungkin tidak ditangani di sini adalah soal isu-isu yang baru.

Antara yang pernah membangkitkan isu ini adalah soal peneroka Felda yang dibangkitkan oleh Dr. Ridzuan Awang dalam tulisan beliau mengenai undang-undang wasiat di Malaysia dan juga pentadbiran harta yang membangkitkan soal pembahagian tanah di kalangan peneroka Felda yang kata beliau mungkin memerlukan pindaan kepada beberapa undang-undang tertentu yang secara kebetulan adalah bukan undang-undang federal, undang-undang persekutuan. Jadi ini satu perkara yang menyebabkan perlunya sinergi ataupun kerjasama di antara pihak persekutuan dengan negeri untuk memastikan bahawa perkara-perkara yang menjadi masalah ataupun yang terlepas pandang dalam perkara ini dapat ditangani dan saya saya tidak mencadangkan, tetapi saya ingin melontarkan suatu idea mengapa tidak diadakan suatu undang-undang seperti Kanun Tanah Negara. Suatu undang-undang yang menangani suatu perkara yang terletak di bawah bidang kuasa negeri tetapi diluluskan oleh Parlimen dan kita melihat dia lebih mudah, lebih kemas berbanding dengan enakmen-enakmen seperti ini yang bertaburan di seluruh negara dan setengah negeri masih lagi belum ada undang seperti itu termasuk wilayah-wilayah persekutuan yang terletak di bawah parlimen yang belum mempunyai akta seperti ini.

Tebing Tinggi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Ya.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Kepada Tebing Tinggi, terima kasih. Sedikit respon untuk kebetulan saya merupakan generasi kedua Felda dan dari sudut faraidnya dari sudut tanah yang masih berkait dengan akta GSA yang menyebabkan faraid tidak dapat diagihkan. Maka di sana kebetulan saya juga ayah telah meninggal dunia maka kita menguruskan sedikit sebanyak tentang harta. Maka memang kita meletakkan sebagai pemegang amanahlah. Pemegang amanah satu dan dua di sudut tanah peneroka. Maka itu adalah satu tanggungjawablah untuk sebagai Kerajaan Negeri ataupun penggubal undang-undang ini untuk perlu diperincikan dan diselesaikan masalah ini dan kesannya adalah anak-anak berlaku pergaduhanlah. Pergaduhan dari sudut harta tambahan lagi anak-anak yang melibatkan ramai anak-anak yang akan melibatkan masalah yang berlaku perebutan seharta rumah. Rumah yang sebiji itu yang menyebabkan pergaduhan anak-anak dan perkara ini berlaku di kawasan-kawasan Felda. Terima kasih.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Respon ataupun jawapan bayangan yang diberikan oleh Dr. Ridzuan di sini ialah bahawa masalah ini timbul oleh kerana pembahagian tanah Felda itu tertakluk kepada Akta Tanah Kawasan Penempatan Berkelompok tahun 1960. Jadi apa yang beliau cadangkan ialah bahawa di sana dipinda akta parlimen ini dimasukkan beberapa input ataupun beberapa dimensi syariah di sana supaya tidak berlaku masalah dan kelambatan dalam pemindahan tanah daripada yang pertama ataupun yang kedua dan sebagainyalah dan ini bukan sahaja satunya satunya akta ataupun undang-undang yang bagi menghalang tapi banyak lagi dan ini yang saya katakan tadi perlu dikaji oleh pihak seperti USAS dan Kerajaan Negeri mungkin boleh memberikan geran penyelidikan oleh kerana penyelidikan ini memakan masa dan agak mahal jadi kalau Kerajaan Negeri dapat memperuntukkan suatu geran penyelidikan ia mungkin suatu benda yang boleh memudahkan ataupun melicinkan kerja mereka.

Seterusnya antara perkara yang mungkin perlu dibangkitkan dalam soal ini ialah soal perlunya diwujudkan suatu penyelidikan yang menghimpunkan semua topik berkenaan dengan harta. Oleh kerana kalau kita sebut soal pemilikan harta di kalangan orang Islam bukan sahaja wasiat ada soal faraid, soal harta sepencarian dan sebagainya yang oleh kerana masyarakat Melayu sekarang sudah berubah daripada masyarakat sebelum merdeka sebagai contoh banyak pertikaian yang timbul. Jadi untuk itu suatu kajian, suatu model perlu diadakan dan sekali lagi di situ pentingnya diwujudkan ataupun diberikan dana yang mencukupi untuk dan saya rasa kalau itu dilakukan ia dengan sendirinya boleh meningkatkan kedudukan ataupun prestij di Universiti USAS itu sendiri. Akhirnya saya ingin hendak menyebutkan betapa secara keseluruhannya saya ingin hendak menyatakan bahawa apapun masalah dan yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, secara keseluruhan saya melihat rang undang-undang ini memperlihatkan fleksibiliti dan ruang yang cukup. Oleh kerana yang pertama, dia meletakkan hukum syarak sebagai rujukan dan penanda aras seperti yang saya sebutkan tadi. Yang keduanya, dia tidak mengikat mahkamah untuk hanya merujuk kepada satu mazhab semata-mata dan ini juga penting. Jadi dua perkara ini saya melihat suatu mekanism dalaman yang boleh menjayakan pelaksanaan ataupun operasi Rang Undang-Undang ini apabila hendak dijadikan enakmen nanti dan untuk itu Timbalan Yang di-Pertua, Tebing Tinggi mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk memulakan perbahasan. Silakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang maha mencipta dan mentadbir sekeliling alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Allah berfirman dalam Al-Quran, dalam surah Al-Baqarah, ayat 180. Maksudnya, diwajibkan atas kamu apabila seorang yang antara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya secara makruf. Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertakwa. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Saf Yang Berhormat, Saf Exco, Barisan Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kanan kerajaan, persekutuan dan negeri, petugas-petugas media dan sidang hadirin dalam dewan, di atas talian yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan terima kasih dan atas kesempatan yang diberikan bagi membahaskan Rang Undang-Undang Wasiat Orang Islam 2023 Perak pada hari ini. Sebelum membahas lebih lanjut, saya ingin membawa sidang hari ini menyuruti permasalahan yang melingkari masyarakat berkenaan pengurusan harta pusaka Islam. Yang pertamanya, berdasarkan kepada kajian yang dijalankan pada badan berautoriti yang dianggarkan pada masa kini, dianggarkan pada masa kini harta umat Islam yang tidak dituntut berjumlah kira-kira RM7 bilion RM70 bilion. Banyak punca yang menyebabkan harta ini tidak dituntut. Antara ini disebabkan oleh maklumat harta yang tidak lengkap, pertelingkahan di antara waris, pembekuan harta pusaka, isu kematian berlapis, isu anak angkat, waris tidak dapat dikenalpasti, kos pentadbiran harta pusaka dan lain-lain. Yang kedua, angka ini kalau nak draf kepada syarikat yang tertentu.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Mohon pencerahan Selama tadi ayat yang disebut itu ayat apa?

Ya. Ayat itu sudah dimansuhkan.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Sebab. Ayat sudah dimansuhkan? Jadi sudah tidak wajib lagi?

Sudah dimansuhkan. Nanti saya akan sebut, tidak sampai lagi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Ok baik. Terima kasih.

Surah Al-Baqarah, ayat 180. Berkaitan dengan wasiat. Berdasarkan kajian yang dijalankan badan tadi. Dekat mana tadi tidak ingatlah. Kos pentadbiranlah kos harta pusaka kalau hendak draf tidak tahu cukup masa ke tidak hari ini. Hendak pergi kepada satu syarikat, bayaran tidak silap RM2,000 RM3,000 tinggi. Dia kata, "Tidak tuntutlah. Hendak tuntut pun sedikitlah." Yang kedua, angka ini dilihat semakin meningkat hari ini demi hari. Namun kita seakan-akan tidak dapat menangani masalah ini secara tuntas. Malahan ia terus membelenggu waris harta dan sepatutnya mendapat manfaat harta pusaka. Namun sayangnya ia terus terbeku akibat faktor-faktor yang disebutkan. Yang ketiga, berbeza seperti objektif wakaf. Harta ditahan pemilikannya untuk manfaat penerima wakaf. Manakala harta pusaka yang terbuku pula menyebabkan semakin ramai umat Islam terhalang ataupun kehilangan harta leluhur mereka yang sepatutnya boleh dimanfaatkan.

Yang keempat, pembahagian harta pusaka dilakukan sebaik sahaja selesai pengkebumian sensetengah jenazah, melunaskan hutang si mati, menunaikan wasiat si mati, dan mengagihkan faraid kepada waris yang berhak. Daripada turutan ini, kita dapati bahawa urusan pusaka perlu disegerakan bagi mengelak harta pusaka dikuasai secara batil oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada itu, yang keenam pula, ketidakfahaman masyarakat Islam mengenai hukum dan prosedur penyediaan wasiat itu sendiri merupakan isu pokok yang mesti diatasi. Untuk makluman Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Islam amat menekankan agar apa jual bentuk harta sama ada harta alih, harta tidak alih atau harta intelek, mesti diuruskan dengan penuh Amanah, adil dan telus bagi menjamin hak semua seterusnya menjadi manfaat kepada orang lain sama ada ketika hidup ataupun setelah mati diwariskan kepada ahli waris.

Sebagaimana ayat Al-Quran yang telah saya bacakan dipermulaan tadi menjelaskan tentang pensyariatan wasiat sebagai salah satu instrumen penting bagi perancangan dan pengurusan harta Islam. Namun, hukum wasiat wajib, hukum berkenaan telah dinasahkan oleh ayat Al-Mawaris atau ayat berkaitan dengan faraid, ayat yang ke-11, ke-12 dan ayat 176 surah An-Nisa. Walaupun perintah wajib tersebut telah dimansuhkan hukumnya, namun ia sama sekali tidak menafikan kepentingan wasiat itu yang memberi banyak faedah kepada pemilik harta. Kebanyakan masyarakat Muslim memahami akan maksud pembahagian wasiat tidak melebihi satu pertiga daripada harta dan diberikan kepada bukan waris. Namun, ramai yang masih kurang mengetahui tentang peri penting, implikasi dan kelebihan pelantikan wasi yang juga menjadi salah satu jalan penyelesaian awal kepada kemelut permasalahan harta yang terbeku. Seperti yang saya sebutkan tadi. Perundangan di Malaysia. YB Timbalan Yang di-Pertua, di Malaysia, apabila seseorang itu mati, maka harta yang ditinggalkan boleh dibahagikan kepada 3 kategori. Yang pertama, harta pusaka berwasiat iaitu harta yang ditinggalkan oleh si mati yang kesuruhannya mempunyai wasiat. Kategori ini tidak boleh berlaku kepada orang Islam kerana Islam hanya membenarkan wasiat dibuat tidak melebihi kadar 1/3 harta peninggalan. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka wasiat hanya sah setakat 1/3 sahaja dan bukan kepada waris yang berhak mendapat harta pusaka. Walaubagaimanapun, jika waris-waris bersetuju, maka wasiat tersebut dianggap sah.

Yang kedua, harta pusaka tidak berwasiat iaitu harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat kategori ini boleh berlaku kepada orang Islam dan bukan Islam. Dari segi pelaksanaannya ia tertakluk kepada sama ada harta pusaka itu harta pusaka besar harta pusaka kecil ataupun harta pusaka ringkas. Urusan pentadbiran harta pusaka di Malaysia diletakkan di bawah tanggungjawab empat buah institusi utama yang diiktiraf undang-undang iaitu mahkamah tinggi, sivil, mahkamah syariah, Amanah Raya Berhad, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan iaitu JKPTG di bawah Perkara 74(2). Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa bidang kuasa mahkamah syariah hanyalah terhad kepada penentuan waris bahagian pusaka atau wasiat yang layak diterima sahaja. Perkara ini diperincikan dalam senarai 2, senarai negeri iaitu, kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum syarak yang berhubung dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat.

Saya ingin menarik perhatian dengan merujuk tulisan dan pandangan yang arif, Yang Amat Arif Haji Muhammad Taifor bin Ahmad iaitu Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Perak, dulu lah. Sekarang mungkin masih lagi Wallah Wa'alam mungkin boleh betulkan. Dalam penulisan beliau, atas pengalaman mengendalikan kes-kes ini di Negeri Perak, di Negeri Perak tiada enakmen khusus berkaitan dengan wasiat telah digubal bagi membolehkan rujukan dibuat berkaitan hukum berwasiat. Ianya hanya akan Ianya hanya ada peruntukan dalam seksyen 50(3)(B) dan (V) Enakmen Pentabiran Agama Islam Perak 2004 sahaja iaitu dibawah peruntukan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah.

Pelaksanaan terkini yang terpakai dalam Mahkamah Syariah Perak adalah suatu tuntutan pengesahan wasiat itu hendaklah dimulakan melalui pemfailan, saman dan penyataan tuntutan dengan menamakan waris-waris si mati, pemberi wasiat menurut hukum syarak sebagai defendan atau defendan-defendan dalam tuntutan tersebut dan ianya adalah terletak di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi syariah. Justeru, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, usaha yang diambil oleh Kerajaan Negeri pada hari ini dengan mengusulkan satu Rang Undang-Undang Wasiat Orang Islam 2023 merupakan satu langkah proaktif yang harus diberi pujian. Hal ini, hal ini kerana merupakan satu langkah yang terkehadapan dalam memastikan badan kehakiman syariah dan juga jabatan agama diangkat kedudukannya dalam mengawalselia urusan umat Islam. Kita mesti mencontohi negeri-negeri yang terkehadapan dalam pengurusan harta ini antaranya Negeri Selangor. Untuk makluman Negeri Selangor telahpun mewartakan enakmen wasiat ini sejak dari tahun 1999 lagi dan juga beberapa negeri yang lainlah. Saya berpandangan amatlah baik kiranya persidangan Dewan Undangan Negeri di sesi hadapan dapat disempurnakan pula pengurusan harta pusaka orang Islam ini dengan membentangkan pula RUU Hibah dan juga Fara'id yang masih belum ada dari mana-mana negeri kalau tak silap. Boleh betulkan dan Hibah dan Fara'id ini kalau kita bentang pada masa akan datang, kitalah negeri yang pertama yang membentangkan dan mengusulkan. Jadi, dengan automatik saya telah mengusulkan secara tidak rasmi. Langkah ini akan menjadikan, bila pensyarah undang-undang angguk tu kira betul dah tu. Langkah ini akan menjadikan Perak sebagai negeri pertama berimplementasikan pengurusan harta umat Islam secara berkesan dan menyeluruh…menyeluruh. Jadi bukan setakat terhenti pada wasiat. Timbalan Yang di-Pertua, pada dasarnya, saya sangat bersetuju dengan RUU Wasiat Orang Islam 2023. Mula-mula saya nak ringkaskan. Wasiat Orang Islam, RUU WOI. Jadi tak mahu sebut sebab dulu RUU Hotel (RUUH), RUU Sumber Air (RUUSA). Jadi kita sebut penuh RUU Wasiat Orang Islam 2023 ini, namun saya berpandangan ada beberapa perkara yang boleh diberi perhatian dan juga penambahbaikan. Saya ingin membawa perhatian Dewan dengan merujuk kepada seksyen 35(1) dan juga (2), RUU Wasiat di bawah peruntukan kuasa Majlis. Majlis ni kalau tengok dalam ni dia punya Apa? Takrif dia iaitu Majlis Agama Islam lah. Saya ingin mencadangkan agar tumpuan diberikan kepada penambahbaikan kaedah penyampaian agensi bagi memastikan peranan institusi syariah ini dapat dioptimumkan. Kaedah penyampaian. Amatlah baik kiranya agensi berkenaan memanfaatkan enakmen ini untuk mengangkat martabat dan ezah sistem kewangan pusaka orang islam antaranya adalah melalui kaedah pendigitalan instrumen pusaka orang islam sebagaimana sistem e-Wasiat Siswa iaitu sistem wasiat dan hibah yang digunapakai oleh Majlis Agama Islam Selangor. Hal ini penting bagi mewajahkan bahawa sistem pengurusan pusaka Islam adalah sistem yang bersifat semasa, bersesuaian sepanjang zaman dan juga yang lebih utama komprehensif. Mungkin boleh dimulakan dengan satu usaha awal dengan menubuhkan satu unit khas wasiat bagi tujuan khidmat rundingan dan nasihat.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Mohon celahan.

Penderafan, dengan izin drafting, pendaftaran wasiat. Pelantikan wa’si dan hal-hal yang bersangkutan dengan wasiat orang Islam dalam Majlis Agama Islam dan ‘Adat Islam Melayu Perak (MAIPk)

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Saya rasa Fasal 39 (2e) cukup luas untuk apa ni, untuk menangani masalah Yang Berhormat sebut.

Ya betul cukup luas, cuma mungkin kita boleh cari contoh kepada Selangor sebab saya sebut ni kerana memang dah berlaku masalah. Diharap masalah-masalah ni dapat diselesaikan. Contohnya di Selangor, ah mereka nak menyampaikan was sesuatu, nak tulis satu-satu wasiat tu, mereka akan pergi kepada ejen daripada Jabatan Agama Islam Selangor dan hanya perlu membayar lebih kurang RM300 begitu sahaja. Ejen ambil sebahagian dan sebahagiannya wang itu kepada Majlis Agama Islam Selangor. Sekarang apa yang berlaku ialah bila nak tulis satu wasiat, dia cari satu syarikat, kena bayar hampir RM2,000 ke 3,000. Ataupun dia pergi kepada amanah apa, amanah rakyat apa dan lambat dia punya ini. Macam hospital swasta, hospital kerajaan juga lah begitu. Jadi dengan adanya enakmen, nak support enakmen ini lah. Enakmen dan juga menambah satu kuasa Majlis lagi, yang mana Majlis boleh lantik ejen lah. Yang boleh ada satu unit, satu unit wasiat dan boleh melantik ejen untuk membantu masyarakat kampung ni. Sebab mereka hari ni lebih kepada tulis wasiat, tulis dalam kertas lah. Lepas tu anak-anak bawa mari dekat mahkamah dan sebagainya. Jadi, sokong sangat-sangat lah RUU ni dapat dibentangkan dan yang kedua, selain daripada itu, terima kasih Yang Berhormat Tebing Tinggi, yang saya hormati terutamanya mahir dalam bahagian undang-undang.

Selain daripada itu, program literasi dan juga penerangan berkaitan peripentingnya mengurus harta pusaka Islam, mesti digiatkan secara bersungguh bagi memastikan masyarakat mendapat kefahaman yang sebenar bagaimana menguruskan harta pusaka menurut Islam. Ini termasuk penerangan secara berterusan kepada masyarakat berkaitan dengan hibah dan wasiat sama ada melalui media cetak atau elektronik. Begitu juga pihak-pihak Jabatan Agama Islam Negeri perlu menyediakan khutbah-khutbah Jumaat yang menyentuh berkaitan dengan hibah dan wasiat pada orang Islam.

Di samping itu, guru-guru takmir seperti mana hujah tadi juga, guru-guru takmir masjid dan juga surau perlu diberi pendedahan berkaitan dengan hibah dan wasiat supaya dapat terutamanya berkaitan dengan RUU yang Insya Allah bakal diluluskan nanti supaya masyarakat kampung tahu. Sebab hari ini masyarakat kampung hanya tahu daripada kitab-kitab yang tertentu sahaja maka dengan adanya enakmen ini mereka boleh mengetahui dengan yang lebih meluas. Diberi pendedahan berkaitan dengan hibah dan wasiat supaya dapat disampaikan kepada masyarakat samada melalui bengkel ataupun kursus-kursus yang secara berterusan.

Yang ketiga, setiap negeri perlu mewujudkan enakmen berkaitan dengan instrumen pengurusan harta Islam secara menyeluruh. Justeru saya mencadangkan usaha ini mesti diterus oleh Kerajaan Negeri Perak bagi melengkapkan instrumen pengurusan harta ini di masa hadapan merangkumi penggubalan enakmen faraid dan hibah pada masa hadapan. Ini bagi memastikan urusan harta orang Islam ditakbir secara khusus, kemas dan seragam bagi memudahkan sebarang rujukan dibuat apabila timbul persoalan dan pertikaiannya tentangnya. Hal ini penting bagi menjadikan rujukan Mahkamah Syariah sebagai rujukan utama dalam soal menentukan kesahan perkara-perkara ini dibuat. Yang keempat, saya berpandangan urusan berkaitan dengan dengan wasiat orang Islam ini hendaklah diserahkan kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang menentukannya Oleh itu, perkara ini perlu dibincangkan dan dibawa secara serius di peringkat Persekutuan melalui pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan terutamanya butiran 4 (e) (i) dan juga (2) senarai 1 ataupun list 1 senarai Persekutuan jadual ke 9 supaya urusan berkaitan dengan pentadbiran harta pusaka berwasiat dan permohonan dan juga surat kuasa tadbir diurus di Mahkamah Syariah.

Yang kelima, oleh kerana kerana kini banyak agensi-agensi yang menguruskan tentang perancangan harta orang Islam, sama ada hibah, wasiat atau sebagainya, maka pemantauan dan pengawasan secara berpusat perlu dilakukan. Walaupun agensi atau syarikat berkenaan telah ada panel syariahnya syarikat yang ada hari ini dia uruskan hak orang Islam dan orang bukan Islam kalau boleh selepas ni, hak orang bukan Islam je hak orang Islam kepada MAIPk ataupun Majlis Agama Islam sekadar cadangan dan dalam kalau ikut kuasa Majlis ni seperti yang disebut oleh Tebing Tinggi tadi luas lah dia punya apa orang kata dari segi teknikal tu saya tak sentuh sangat lah berkaitan dengan teknikal. Baik. Seterusnya, walaupun agensi ataupun syarikat berkenaan telah ada panel syariahnya sendiri tapi pemantaun dan pengawasan secara berpusat adalah perlu. Saya mencadangkan pihak JAKIM, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak memainkan peranan ini. Yang keenam, jawatankuasa fatwa ada di peringkat pusat ataupun negeri perlu mengeluarkan fatwa yang jelas dan tegas untuk dijadikan garis panduan kepada umat Islam yang ingin melaksanakan hibah dan wasiat supaya sesuai dengan kehendak semasa di samping menepati hukum syarak. Sebagai penutup, jap, tambah masa sikit lagi. Sebab…

Timbalan Yang di-Pertua

2 minit.

Ha ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Sebagai penutup, instrumen wasiat merupakan, instrumen wasiat merupakan instrument penting dalam perancangan harta pusaka Islam. Apa saja usaha memperkemas atau memperkukuhkan, memperkukuhkannya melalui penggubalan undang-undang mestilah disokong penuh bagi memastikan masyarakat Islam mendapat manfaat yang sewajarnya. Hal ini kerana ia mempunyai kedudukan yang tersendiri di dalam Islam dari segi hukum dan cara pelaksanaannya. Sekiranya instrumen ini diuruskan dengan teratur dan menepati kehendak syarak, maka nasib kaum kerabat terdekat yang memerlukan bantuan akan terbela. Instrumen ini boleh digunakan ke atas anak angkat, anak susuan, bapa angkat, ibu angkat dan sebagainya yang mempunyai hubungan kasih sayang yang rapat tapi tidak berhak mendapat harta pusaka. Sekali lagi, saya dengan ini menegaskan, usaha baik ini seharusnya tidak terhenti di sini sahaja. Penggubalan RUU Wasiat Orang Islam 2023 saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri melalui agensi tanggungjawab bagi menggembleng tenaga untuk menggubal yang saya sebutkan tadi lah yang sering kali iaitu hibah yang sering kali menjadi topik bualan hangat dikalangan masyarakat Islam khususnya meneroka usaha ke arah satu lagi RUU faraid, faraid di masa hadapan.

Buah naga, buah kedondong Mari makan bersama-sama. Kami di sini turut menyokong.

Demi keselamatan kita bersama.

Dengan ini Selama menyokong Enakmen Wasiat Orang Islam 2023.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Selama. Bagi perbahasan seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah 15 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Seterusnya, saya dijemput Yang Berhormat dari Kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas segala limpah, nikmat dan kurnianya. Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan yang Mulia, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat serta mereka yang mengikut jejak Rasulullah SAW. Saya mulakan dengan sebuah, dengan firman Allah SWT yang maksudnya berbunyi "pembahagian itu ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh simati dan sesudah dibayar hutangnya" Surah Al-Nisa ayat 11. Melalui ayat ini, Allah SWT telah menjelaskan bahawa pembahagian harta hendaklah dilakukan setelah selesai urusan hutang simati serta setelah dilaksanakan wasiat simati. Secara dasarnya, harta pusaka adalah harta peninggalan seorang simati yang merangkumi harta alih ataupun harta tidak alih diantaranya seperti wang tunai, rumah, tanah, barang kemas, wang simpanan, insurans dan banyak lagi. Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban waris-waris yang masih hidup. Harta pusaka tersebut dapat digunakan oleh mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perbelanjaan harian. Ramai daripada kita yang bekerja keras sebenarnya semasa kita hidup untuk memastikan keluarga kita terutamanya isteri dan anak-anak mahupun tanggungan kita dapat hidup dengan selesa semasa hidup dan selepas kematian kita. Jadi kita akan mengumpul harta untuk kita wariskan kepada ahli keluarga kita, anak-anak dan isteri kita.

Secara amnya, kebanyakan masyarakat Islam mengetahui bahawa dalam Islam, pembahagian harta pusaka akan berlaku selepas kematian adalah mengikut hukum faraid. Justeru, mereka merasakan perancangan awal pembahagian harta bukanlah satu keperluan. Ada pula yang seorang yang menggunakan wasiat sebagai alat membalas dendam dengan mewasiatkan keseluruhan harta kepada orang-orang yang diingini dan kepada badan-badan tertentu tanpa meninggalkan sebahagian harta kepada waris-waris untuk difaraid. Ini kerana kurangnya pengetahuan tentang hukum hakam pembahagian harta dan sebagainya. Tidak dinafikan terdapat waris yang memahami tuntutan agama dan menjalankan amanah dengan baik. Walaubagaimanapun, terdapat juga waris yang kurang mahir dan juga jahil mahu pun yang bersifat tamak dan menidakkan hak waris-waris lain sehingga ada yang sanggup memakan harta anak yatim. Inilah yang banyak berlaku sama ada waris-waris menuntut ataupun senyap begitu sahaja dan hak-hak waris dinafikan begitu sahaja. Tanpa wasiat, harta pusaka juga boleh menjadi punca pertikaian, putus persaudaraan, kekeruhan dalam hubungan kekeluargaan serta terputusnya silaturahim.

Dengan adanya Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Perak seperti yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ia akan memudahkan pihak berwajib untuk menangani dan menguruskan kes-kes harta pusaka yang tidak dibahagikan dengan kaedah yang betul kerana wasiat ini pada dasarnya merupakan penyataan hasrat seseorang yang dibuat ketika hayatnya ke atas hartanya dengan maksud untuk disempurnakan pembahagiannya mengikut hukum syarak selepas kematiannya. Melalui wasiat, harta pusaka akan dapat diagihkan mengikut kehendak si mati untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematiannya. Akan tetapi masih ramai yang masih tidak mengambil berat persoalan wasiat dan pengurusan harta selepas kematian sehingga tidak melakukan persiapan yang sepatutnya. Wasiat mempermudahkan urusan harta. Seperti yang dinyatakan dalam pengertian wasiat, menulis wasiat adalah untuk menyempurnakan kebajikan si mati oleh ahli waris yang masih hidup seperti menyelesaikan hutang si mati tanpa membebankan ahli waris yang hidup. Ini kerana waris yang masih hidup juga mempunyai tanggungan tersendiri dan urusan yang perlu diuruskan sepanjang hidupnya.

Dengan berwasiat, kita dapat memberikan harta kepada sesiapa yang kita mahu dan kita suka. Seperti contoh, andainya kita terhutang budi terhadap seseorang dalam kehidupan kita dan ingin menghadiahkan individu tersebut dengan harta, maka dengan berwasiatlah kita dapat memberikan harta kita kepadanya selepas kematian tanpa sebarang pertikaian. Selain itu, wasiat akan dapat mempercepatkan proses pengagihan harta pusaka kepada ahli waris yang berhak. Pengagihan harta dengan cepat mungkin sedikit sebanyak dapat membantu waris dalam hal ehwal kewangan. Apabila menyentuh tentang isu harta pusaka, sesetengah keluarga akan menjadi sensitif dan boleh mencetuskan pergaduhan. Kebiasaannya kita orang Melayu ya, apabila seseorang sakit tenat, bila kita berbicara tentang harta, semasa ahli keluarga kita sakit tenat ini menjadi orang kata perkara sensitif ya.

Apabila kita berbicara tentang harta sebaik sahaja ada ahli keluarga yang meninggal, ini juga menjadi isu sensitif. Kadang-kadang akan menjadi perbualan apabila dikatakan, kubur masih merah, belum sampai ke rumah, telah berbincang tentang hal pembahagian harta tapi sebenarnya ini adalah tuntutan supaya kita selesaikan pembahagian harta secepat mungkin seperti yang Dato' Seri nyatakan pagi tadi, ada hadis yang mengatakan, tidak seharusnya bagi seseorang yang punya harta untuk diwasiatkan. Tidur lebih daripada 2 malam, melainkan wasiatnya sudah tertulis di sisinya. Begitulah, maksudnya kita kena selesaikan pembahagian harta ini secepat mungkin. Melalui wasiat, perkara sebegini dapat dielakkan kerana telah jelas dan terang harta tersebut akan diuruskan pembahagiannya berdasarkan wasiat dan faraid. Pengurusan harta semasa hidup dapat mengelakkan harta pusaka dibekukan dalam tempoh masa yang lama. Dalam tahun 2023 telah dilaporkan bahawa harta pusaka yang tidak dituntut berjumlah lebih daripada RM70 bilion dan jumlah ini didapati meningkat setiap tahun. Dengan mengambil mudah tentang pengurusan harta sewaktu hidup, urusan harta pusaka akan mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan dan apabila masa yang panjang akan menjadi bertambah rumit dan makin orang kata harta pusaka itu mungkin akan dibekukan dan tiada siapa pun yang sebenarnya mendapat faedah daripada harta tersebut.

Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Perak yang dibentangkan ini jelas perkara penting yang perlu diketahui ialah syarat sah wasiat itu sendiri. Wasiat tidak boleh melebihi kadar 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta. Jika melebihi kadar 1/3 perlu mendapat persetujuan semua waris. Ini yang kadang-kadang kebanyakanlah orang Islam kita ini kurang faham. Dia merasakan bila dia punya harta, dia boleh wasiatkan kepada siapa-siapa sahaja mengikut kadar yang dia suka. Bukan 1/3 boleh diwasiatkan. Dia tak faham juga yang hartanya wasiat itu tidak boleh diwasiatkan kepada waris dan sebagainya. Wasiat tidak boleh dibuat kepada ahli waris yang berhak kecuali dengan persetujuan ahli waris yang lain selepas kematian pembuat wasiat seperti yang kita ketahui anak angkat, anak tiri, anak susuan serta anak yang tidak sah taraf tidak termasuk dalam golongan yang golongan penerima faraid.

Maka dengan kaedah wasiat, golongan tersebut boleh mendapat 1/3 daripada peninggalan si mati termasuklah jika menjadi mualaf. Keluarga yang bukan Islam tidak lagi layak untuk mendapat sebahagian daripada harta si mati tapi dengan wasiat dapatlah orang kata dia si mati mewasiatkan sebahagian hartanya kepada ahli keluarga yang bukan Islam. Jadi bagi yang ada anak angkat contohnya, kalau nak bagi harta kepada anak angkat, eloklah membuat wasiat. Ada juga yang membuat hibah, ada juga yang menukarkan nama siap-siap kepada anak-anak tetapi banyak juga kes yang berlaku dalam negara kita apabila ibu bapa telah menamakan anak-anak dan memberi harta kepada anak-anak. Selepas dapat harta ini, ada juga ibu bapa yang dihantar ke rumah orang tua-tua. Yang diabaikan, yang dihalau dan sebagainya. Ini banyak yang berlaku. Jadi dengan wasiat ini pembahagian harta selepas kematian mungkin dapat mengurangkan ya, perkara-perkara sebegini. Ada juga yang ingin hartanya diwakafkan, diinfakkan ke rumah anak yatim, badan-badan kebajikan, masjid dan lain-lain kerana inginkan amalan kebajikan melalui harta berkenaan dapat diteruskan selepas kematian beliau. Di dalam setiap pengsyariatan pasti ada hikmah yang tersembunyi didalamnya. Antara hikmah yang terkandung di dalam pengsyariatan wasiat termasuklah yang merupakan amalan kebajikan yang diredhai oleh Allah SWT dan dilakukan oleh mereka yang bertakwa kepadaNya dengan cara menggunakan harta dan manfaat yang mereka miliki.

Amalan berwasiat ini juga merupakan satu peluang keemasan yang perlu digunakan sebaik-baiknya bagi umat Islam untuk menghubungkan kebaikan yang diperolehi di dunia ini dengan pahala dan kebaikan di akhirat. Contohnya lah, kalau orang yang tak mempunyai anak. Kalau orang kata, orang Islam ini 4 perkara yang boleh dibawa selepas kematian. Apa ni, amal jariah, doa anak yang soleh, sedekah dan sebagainya. Jadi, kalau orang kata tak ada anak lah sebahagian daripada yang boleh membantu beliau, tiada doa anak yang soleh maka sebahagian harta ini boleh diwasiatkan. 1/3 boleh diwasiatkan untuk menjadi saham akhirat beliau nanti. Dengan termaktubnya undang-undang negeri khas untuk wasiat ini, ia menguatkan lagi penyampaian tentang kewajipan yang dilupakan oleh masyarakat. Di mana melalui wasiat, kita boleh membuat pesanan kepada Wasi ataupun Pentadbir yang kita amanahkan untuk menyelesaikan hutang atau perkara yang diwajibkan ke atas kita seperti zakat, fidyah, nazar dan lain-lain dan mungkin juga kita akan merasa lebih tenang di saat-saat akhir kita apabila kita tahu ke mana harta kita akan kita belanjakan.

Melalui wasiat yang dibuat dalam bentuk kebajikan dan akan menjadi saham di akhirat kelak dan bantuan kepada mereka yang berhajat khususnya kaum kerabat yang bukan dikalangan ahli waris dapat meringankan beban golongan miskin, dapat menyumbang kepada kemaslahatan masjid-masjid, seterusnya dapat bekerjasama dalam membantu pembangunan dakwah Islam. Pensyariatan wasiat juga bersesuaian dengan realiti kehidupan iaitu ianya dapat merealisasikan tujuan kemanusiaan dalam masyarakat untuk memanfaatkan harta mereka sebagai galakan kepada amalan yang soleh. Jika seseorang itu meninggal dunia, segala harta pusakanya akan diwarisi oleh ahli waris, maka disyariatkan juga satu pertiga daripadanya disedekahkan untuk kesinambungan semua pihak antara waris dan orang lain.

Izinkan saya membawa isu wasiat ini menyelusuri perjalanan kaum wanita juga. Apabila seorang lelaki bergelar suami meninggal dunia tanpa sebarang peninggalan wasiat atau pun hibah kepada waris-warisnya maka harta pusakanya akan dibahagikan secara faraid. Sepatutnya selepas pengurusan pengkebumian dan hutang-hutang simati diselesaikan, wasiat simati dipenuhi, isteri ataupun balu simati boleh menuntut harta sepencarian simati terlebih dahulu daripada harta pusaka, Kemudian, bakinya tersebut barulah diberikan, dibahagikan secara faraid. Namun, terjadi juga di mana seseorang balu tidak menuntut harta sepencarian kerana beranggapan harta peninggalan suami diberikan kepada isteri dan anak-anak, terutamanya apabila ada anak lelaki. Ataupun mungkin isteri tidak berpengetahuan tentang tatacara pembahagian harta ataupun mungkin tidak tahu pun status harta suami. Mungkin ada harta-harta yang tidak dimaklumkan. Jadi dengan wasiat, dengan pelantikan wasi, segala harta itu dapat disenaraikan dan status harta itu dapat diketahui. Ada juga kes yang dibawa ke mahkamah apabila seorang suami meninggal dunia, tidak berwasiat dan meninggalkan isteri tanpa anak ataupun isteri dengan anak-anak perempuan sahaja, berlaku pertelingkahan di antara isteri, ibu bapa kandung dan adik-beradik si mati untuk mendapatkan harta pusaka tersebut sehingga ada kes yang dibicarakan dalam tempoh yang amat lama yang menyebabkan isteri dan anak-anak perempuan dalam keluarga tersebut mengalami kesusahan.

Pada zaman moden ini tidak dinafikan bahawa kebanyakan isteri adalah penyumbang terbesar daripada sudut kewangan terhadap pemerolehan harta di dalam rumah tangga. Untuk kes harta sepencarian begini, adalah penting bagi si isteri dibela haknya sebelum dibahagikan secara faraid. Sikit lagi. Penutup dah. Walaupun Islam menegaskan tanggungjawab sebenar waris-waris yang menerima pembahagian harta pusaka ini adalah untuk membantu anak yatim namun masih ada yang masih tegar membiarkan darah daging mereka terbiar dan merempat kerana digelapkan dengan sikap tamak dan tidak bertanggungjawab serta tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah ada yang merampas memanipulasi harta anak yatim dengan pelbagai cara. Ingin saya tekankan sekali lagi bahawa kaedah berwasiat dan hibah adalah sangat penting untuk memelihara hak dan kepentingan kaum wanita iaitu isteri serta mendapat menjaga keharmonian dan hubungan kekeluargaan antara isteri dan keluarga simati. Walaupun Enakmen Wasiat Negeri Perak ini diuruskan kelak, kita masih memerlukan kerjasama erat semua pihak bagi menjalankan kempen berterusan kepada semua agensi pelaksana, Majlis Agama Islam mahupun syarikat swasta. Wasiat perlu dilakukan dengan wasi atau pemegang amanah agar dapat dilaksanakan secara sistematik.

Wasiat juga perlu digalakkan, dibuat secara bertulis seperti pesan Imam Ghazali, setiap orang Islam hendaklah menulis wasiat setiap kali sebelum ingin tidur malam. Kita juga sedia maklum kekangan kewangan juga faktor menyukarkan pelaksanaan wasiat mahupun hibah. Jadi saya mohon kos guaman yang perlu dikeluarkan menyebabkan perkara ini sukar diatasi, saya mohon Kerajaan Negeri membantu rakyat Darul Ridzuan ini supaya urusan wasiat dan juga hibah secara dokumentasi di Majlis Agama setiap daerah dengan kos yang minimal agar nasib mereka dapat dibela. Adalah menjadi satu fakta bahawa bilangan pusaka umat Islam yang belum diselesaikan semakin bertambah. Penyelesaian segera amat diperlukan kerana kelewatan akan membawa kepada lebih banyak masalah. Semua pihak yang berkaitan perlu memainkan peranan penyelesaian yang berkesan serta memerlukan satu kuasa perundangan yang bersepadu, institusi yang jelas serta kaedah dan prosedur yang seragam. Seperti yang juga dicadangkan oleh Selama tadi, banyak badan-badan yang perlu memainkan peranan untuk kita mewar-warkan Enakmen Wasiat ini. Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Perak ini merupakan langkah kerajaan untuk membantu menyelesaikan perkara substansif khusus yang berbangkit dalam pusaka Islam terutamanya wasiat hibah harta pencarian di samping faraid. Dengan adanya akta khusus ini akan mampu menyelesaikan isu pembahagian harta simati dengan penentuan agihan mengikut undang-undang Islam secara berkesan dan dapat menyelesaikan banyak perkara dalam pengagihan harta. Maka, Behrang menyokong Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri (Perak) 2023 ini. Sekian, wa billahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Behrang. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Nadziruddin bin Mohamed BandiBERSATU · PNChangkat Jong

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wa salatu wa salamu ala suruhi ambiya'i wa'ala mursalin wa'ala alihi wa subhihi ajma'in. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri Perak dan Persekutuan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak muda yang sedang mengikuti persidangan dalam Dewan secara talian. Syukur Alhamdulillah di kesempatan ini, saya diberi ruang untuk berbahas berhubung dengan Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023, yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebentar tadi. Sudah tentu rang undang-undang ini dipentangkan adalah untuk mewujudkan ataupun memudahkan kerana sebelum ini tiada undang-undang khusus yang mentadbir wasiat orang-orang Islam di Negeri Perak.

Keduanya, penguatkuasaan fatwa berkenaan wasiat wajibah sukar dilaksanakan kerana tidak dijadikan sebagai suatu perundangan yang bertulis dan seterusnya kenapa enakmen ini perlu diwujudkan adalah untuk mengawal pembuatan wasiat oleh mana-mana pihak penyedia wasiat bagi memastikan pematuhan terhadap hukum syarak. Kalau kita rujuk bahagian 9, Majlis Agama Islam Perak akan diberi peruntukan ataupun kuasa dan kawalan ke atas semua perkara berkaitan wasiat orang Islam termasuk mana-mana penyedia wasiat menurut enakmen ini. Jadi, insya Allah sekiranya ianya diluluskan pada hari ini, Majlis Agama Islam Perak akan mempunyai kuasa untuk memudah cara kepada waris-waris ataupun orang-orang yang bersedia telahpun mewasiatkan kepada mereka yang perlu diwasiatkan.

Timbalan Yang di-Pertua, wasiat adalah memberikan pesan perintah pengampunan atau pewalian dan secara diertikan sebagai janji kepada orang lain untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan tertentu semasa hidupnya atau setelah kematiannya. Wasiat ini juga boleh diertikan sebagai menjadikan harta untuk orang lain. Dengan kata lain, wasiat ini adalah perkara yang disyariatkan selain daripada faraid, wakaf, hibah ataupun infaq berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan Isma' Ulama'. Dalam kaedah Islam, wasiat adalah merupakan sebahagian daripada pengurusan harta setelah kematian. Walau bagaimana pun, yang terbaik untuk kita amalkan adalah hibah semasa hidup. Untuk lagi mudah untuk kita memberi atau membahagikan harta-harta yang kita ada. Hukum Wasiat, Hukum Wasiat sebagai sesuatu yang harus dilakukan atau harus ditinggalkan telah diperselisihkan oleh para ulamak.

Mereka terbahagi ke dalam beberapa pendapat antaranya ialah pendapat pertama, Wasiat Wajib atas setiap orang yang meninggalkan harta, baik harta itu sedikit atau pun banyak. Daripada Ibnu Hazr. Yang kedua, pendapat menyatakan bahawa "Wasiat wajib diberikan kepada kedua-dua orang tua dan karib yang tidak mewarisi si mayat". Ini pendapat Masyruq Izias Qatadah Ibnu Hajarir dan Az Zuhri. Wasiat hukumnya wajib jika seseorang menanggung kewajiban syari'i yang dia khuatirkan akan sia-sia jika tidak diwasiatkan seperti hutang kepada Allah dan manusia, zakat yang belum ditunaikan, haji yang belum dikerjakan atau amanah yang harus dikerjakan. Terdapat dua jenis wasiat. Wasiat adalah sah. Baik Mutloqah (bebas) atau pun Muqoyadah (terbatas atau pun bersyarat). Wasiat Mutloqah atau bebas ini adalah apabila seseorang mengucapkan "Aku berwasiat sesuatu ini kepada si Fulan." Sedangkan wasiat Muqoyadah atau terbatas ini seperti "Jika aku mati di negara ini atau mati kerana penyakit ini atau mati semasa dalam perjalananku maka sesuatu ini untuk si Fulan." Jika syarat yang disebutkan tadi terjadi, maka wasiat tersebut menjadi sah dan jika apa yang disyaratkan tadi tidak terjadi, misalnya tidak mati di negara ini, tidak mati kerana penyakit dan tidak mati dalam perjalanan, wasiat itu menjadi batal dan tidak wujud syarat penggantungan yang telah disebutkan sebelum ini. Dalam pelaksanaan wasiat, waris-waris hendaklah terlebih dahulu mengkategorikan sama ada wasiat tersebut sah di sisi hukum syarak. Sekiranya wasiat berkenaan sah pada hukum syarak, waris-waris wajib melaksanakannya.

Di antara syarat-syarat sah wasiat adalah seperti berikut. Harta yang diwasiatkan itu tidak melebihi 1/3 daripada harta bersih yakni daripada keseluruhannya baki harta si mati, setelah ditolak belanja pengkebumian dan hutang piutang. Ini merujuk kepada Hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya, "Dari Saad Ibn Abi Waqqas r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w. mendatangiku untuk menjengukku sewaktu Haji Wada' kerana aku sakit tenat, aku berkata, "Wahai Rasulullah s.a.w., aku jatuh sakit seperti yang engkau lihat sendiri. Padahal aku mempunyai harta yang banyak dan ahli warisku hanyalah seorang anak puteriku. Maka bolehkah aku mensedekahkan 2/3 daripada hartaku? Baginda menjawab, tidak boleh. Aku bertanya, bagaimana jika separuhnya wahai Rasulullah s.a.w.? Baginda menjawab, tidak boleh. Aku bertanya lagi, bagaimana jika 1/3? Baginda menjawab 1/3 dan 1/3 itu adalah banyak dan seterusnya, harta itu tidak diwasiatkan kepada mana-mana waris yang berhak menerima pusakanya. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada setiap orang yang berhak itu masing-masing, kerana itu tiada wasiat kepada waris. Namun, jika diwasiatkan kepada waris yang berhak menerima harta pusaka, maka dalam situasi ini perlu mendapat keredhaan dan persetujuan daripada semua waris yang berhak menerima harta tersebut".

Ini berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang maksudnya "Tidak boleh wasiat kepada pewaris, melainkan jika pewaris mengizinkannya". Dalam kita melaksanakan wasiat ini, terdapat 2 syarat sah dalam mengizinkan wasiat tersebut. Pertamanya, 'mujiz' iaitu orang yang mengizinkan ialah mestilah dalam keadaan baligh, berakal sihat. Keduanya, izin diberikan setelah meninggalnya pewasiat maka tidaklah dianggap apabila izin tersebut diberikan sebelum pewasiat meninggal. Demikianlah pendapat Ulama' Imam Hanafi, Syafie, Hambali dan juga Maliki. Rentetan daripada wasiat ini sudah tentu ada hikmah di sebaliknya. Dalam hadis disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah s.w.t. menyedekahkan kepada kalian 1/3 daripada harta kalian untuk menambah amal-amal kalian. Maka tempatkanlah ia di mana pun yang kalian kehendaki atau di mana pun yang kalian suka. Hadis ini menunjukkan bahawa wasiat adalah ibadah yang dengannya seseorang dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. di akhir hidupnya. Agar dengannya dia dapat menambah kebaikan-kebaikannya untuk menutup dosa apa yang telah dilakukan sebelum ini. Di samping itu juga wasiat juga dapat membuat kebajikan dan pertolongan bagi manusia. Dengan ini, Changkat Jong menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamu'alaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan seluruh ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ex-Officio, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan. Pertamanya saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana menjemput saya untuk turut serta berbahas bagi cadangan Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang-Orang Islam (Perak) 2023. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih dan juga tahniah kepada sahabat-sahabat yang telah berbahas. Yang mana saya rasa hampir 70% daripada isi perbahasan daripada sahabat-sahabat YB adalah termasuk juga dalam perbahasan saya. Timbalan Yang di-Pertua, pembentangan Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) Tahun 2023 ini amatlah sesuai dan tepat pada masanya kerana ia adalah keperluan bagi rakyat Negeri Perak khususnya orang-orang Islam.

Langkah ini amat penting bagi memartabatkan hukum Islam yang sangat adil ini. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha pihak Kerajaan yang membawa usul rang undang-undang ini untuk diluluskan di Dewan yang mulia ini. Rasulullah s.a.w. bersabda, (Bacaan Doa). "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat sebagaimana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi". Yang ini sunnah Nabi s.a.w. Segala hukum syarak yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dalam Negeri Perak melainkan berlakunya proses 'taknin' iaitu dijadikan undang-undang bertulis melalui pembentangan dan kelulusan melalui Dewan yang mulia ini serta mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Ramai di kalangan kita yang masih kurang memahami peri pentingnya menulis wasiat untuk membuat perancangan harta di masa hadapan sedangkan menulis wasiat adalah suatu amalan yang diharuskan.

Dikisahkan bahawa Saidina Umar r.a berkata, "Tidak pernah berlalu satu malam pun semenjak aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, demikian melainkan di sisiku ada wasiat." Hadis Riwayat Muslim. Firman Allah s.w.t. (Bacaan) "hai orang-orang yang beriman apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Tuan Yang di-Pertua, sikap mengambil ringan tentang perancangan harta ketika masih hidup dan tidak membuat apa-apa persediaan boleh mengakibatkan berlakunya perbalahan di kalangan keluarga pada masa hadapan dan akhirnya akan merugikan diri kita sendiri. Secara amnya, masyarakat Islam mengetahui bahawa dalam Islam, pembahagian harta pusaka akan berlaku selepas kematian adalah mengikut hukum faraid. Justeru perancangan awal pembahagian harta semasa hidup tidak perlu dilakukan ekoran daripada pelaksana hukum fara'id yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Tanggapan ini perlu diubah sedangkan perancangan awal harta adalah turut dituntut di dalam agama Islam.

Timbalan Yang di-Pertua, penulisan wasiat memberi banyak faedah dalam perancangan harta umat Islam. Antaranya ialah pelantikan pentadbir harta, yakni wasi melalui dokumen wasiat bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka setelah berlaku kematian. Yang kedua, membantu melaksanakan hasrat pewasiat yang ingin mewasiatkan harta bagi tujuan-tujuan tertentu seperti kebajikan dan membantu ahli keluarga, kaum, sahabat, anak yatim dan sebagainya. Ketiga, membantu dan menjamin masa depan insan-insan tersayang, memerlukan tetapi tidak tergolong dalam kalangan mereka yang berhak menerima harta pusaka. Yang keempat, pelantikan penjaga dalam kalangan orang yang dipercayai melalui wasiat bagi menjamin kebajikan dan kepentingan anak-anak di bawah umur terpelihara selepas kematian. Kelima, mengurangkan bebanan dan komplikasi yang terpaksa ditangguh oleh waris-waris yang ditinggalkan dalam pengurusan dan pentadbiran harta yang ditinggalkan melalui perancangan yang teliti sebelum meninggal dunia.

Timbalan Yang di-Pertua, antara yang menarik perhatian saya pada rang undang-undang cadangan ini ialah bahagian 7 berkaitan wasiat wajibah. Ia adalah merupakan pemberian harta pusaka kepada cucu yang kematian ibu atau bapa sebelum kematian datuk atau nenek. Di Malaysia, perkara berkaitan wasiat wajibah merupakan suatu yang kurang diketahui oleh sebahagian besar masyarakat. Hal ini kerana kebiasaannya cucu-cucu yang kematian ibu bapanya sebelum kematian datuk atau neneknya adalah terhalang daripada menerima harta pusaka oleh kerana datuk atau nenek masih mempunyai anak lelaki lain yang masih hidup ketika kematian. Wasiat wajibah sangat baik dilaksanakan kerana dapat menjamin kebajikan anak yang kematian ibu atau bapanya.

Timbalan Yang di-Pertua merenung kembali kepada fakta yang disebutkan oleh pembahas sebelum ini bahawa direkodkan hampir RM70 bilion harta beku yang tidak dituntut seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Kamunting melihat antara faktor penyumbang jumlah harta beku yang tinggi ini ialah pertamanya prosedur tuntutan atau birokrasi yang agak merumitkan pentadbiran bahagian yang menyelesaikan isu ini ada yang mengambil masa terlalu lama sehingga bertahun-tahun untuk memanggil waris untuk urusan pembahagian harta menyebabkan nasib isteri dan anak-anak terabai. Yang kedua antara kelemahan ini ia mendatangkan kerugian besar kepada waris yang tidak dapat pembahagian dan pembelaan yang adil malah mengambil masa terlalu lama. Ada waris yang terpaksa menanggung hutang piutang bayaran kenderaan sehingga ditarik oleh pihak bank tidak mendapat tidak dapat menghidupkan cukai dan insurans kenderaan semua ini berlaku atas kelemahan pentadbiran. Yang keduanya waris kurang atau tiada ilmu berkaitan mengurus harta pusaka. Mungkin tidak tahu cara menuntut dan tiada pentingnya menyimpan dokumen. Tiada rasa penting ketika dia hidup untuk berwasiat. Yang ketiganya, kerumitan dari segi undang-undang. Seperti mana yang disebut tadi banyak rujukan undang-undang. Ada yang dirujuk di Mahkamah Syariah, ada yang dirujuk di Mahkamah Sivil. Jadi ini juga antara menyulitkan keadaan.

Yang seterusnya, isu dalaman kalangan waris. Ada yang bertelagah, tidak sefahaman, tidak ada kerjasama. Sememangnya urusan pentadbiran harta pusaka memerlukan maklumat yang lengkap bagi melicinkan setiap proses. Ketika ini, maklumat lengkap tersebut hanya bergantung kepada pemohon yakni waris. Sebenarnya, pemohon juga mengalami cabaran untuk mendapat maklumat yang lengkap daripada agensi-agensi tertentu untuk memulakan proses permohonan harta pusaka. Ada si mati yang merahsiakan hartanya, tidak ceritakan atau memaklumkan kepada waris berkenaan harta yang ada, menyebabkan waris tidak mengetahui apa harta yang ada, yang ditinggalkan oleh simati. Ini tidak termasuk cabaran kerenah birokrasi yang rumit dan kos tinggi sehingga boleh mendatangkan rasa putus asa kepada pemohon. Hal ini berlaku khususnya apabila pemohon berusaha untuk menyelesaikan isu harta pusaka yang rumit seperti kematian berlapis, tukaran nama dalam geran dan lain-lain, dan memerlukan khidmat peguam untuk menguruskannya. Sebenarnya kedua-dua pihak pentadbir, pemohon berdepan dengan isu yang sama yakni maklumat yang kurang lengkap. Oleh itu, perlu ada titik persamaan diantara agensi kerajaan berkaitan agensi pentadbir harta pusaka dengan pemohon. Sebagai pemohon, tidak dapat, tidak kita perlu mempunyai maklumat yang lengkap semasa membuat permohonan harta pusaka.

Bagaimanapun, tidak semua maklumat yang diperlukan berada dalam tangan waris. Di sinilah pentingnya peranan agensi-agensi kerajaan tertentu dan agensi pentadbir, syarikat-syarikat swasta yang menguruskan harta pusaka untuk membantu pemohon mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi memproses permohonan harta pusaka mereka. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah menjadikan matlamat agensi terbabit untuk mengurangkan jumlah harta pusaka yang ditahan atau dibeku. Yang kedua, menjadikan penyelesaian pentadbiran harta pusaka sebagai petunjuk prestasi utama ataupun e-performance indicator dengan izin dalam skop pekerjaan. Ketiga, memberi motivasi positif kepada setiap pegawai agensi untuk mencapai penyelesaian harta pusaka yang mereka tangani. Yang keempat, meletakkan tempoh tindakan susulan, yakni penyelesaian kepada setiap permohonan. Yang kelima, mencadangkan bentuk-bentuk penyelesaian kepada pemohon bagi urusan bukan di bawah kuasa agensi. Yang keenam, menjalinkan kerjasama strategik di antara agensi-agensi pentadbir harta pusaka agar setiap permohonan harta pusaka dapat disemak silang dan dapat diselesaikan. Ketujuh, mewujudkan pasukan khas dalam agensi bagi menangani kes-kes pusaka yang rumit termasuklah untuk turun padang membuat siasatan. Kelapan, sebagai langkah kehadapan, mewujudkan pengkalan data berkaitan harta pusaka tertahan yakni beku, membuat rumusan dari segi lokasi jenis seterusnya mencadangkan kepada pasukan khas yang menyiasat harta pusaka bagi mencegah harta pusaka umat Islam hilang begitu saja. Ke sembilan, pasukan khas tersebut boleh bekerjasama dengan Baitulmal Perak tentang harta pusaka umat Islam yang didapati tiada waris bagi mengelakkan harta ini diambil secara batil oleh pihak-pihak tertentu atau menjadi usang ataupun terbiar.

Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, Kamunting juga amat menyokong agar selepas ini diwujudkan Enakmen hibah orang Islam secara khusus, kemas dan seragam bagi memudahkan sebarang rujukan dibuat berkaitan hibah di mana yang telah dicadangkan oleh YB Selama tadi sebagai kesinambungan kepada pelengkap pengurusan harta pusaka orang Islam. Usaha murni ini perlu dilaksanakan segera bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan hibah dalam kalangan masyarakat islam. Tuan, Timbalan Yang di-Pertua, Kamunting menyambut baik Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023 ini dan sangat berharap ianya dapat dilaksanakan sebaik mungkin bagi manfaat kepada umat islam Perak khususnya. Pada masa kini, terdapat beberapa syarikat swasta yang terlibat dalam urusan berkaitan wasiat secara langsung membantu umat islam dalam urusan yang berkaitan dengan penulisan wasiat. Walaubagaimanapun, pemantauan dan pengawasan juga perlu agar mematuhi syarak walaupun telah ada panel penasihat syariah masing-masing. Dengan ini, Kamunting menyokong Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat Orang Islam (Perak) 2023. Sekian, Wabilahitaufikwalhidayah. Assalamualaikum w.b.t.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Kamunting. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya ada satu teka-teki nak bagi kepada Tuan Speaker, Tuan Speaker tak ada. Jadi saya bagilah kepada Timbalan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Jadi boleh jawab sudah selesai perbahasan saya lah. Mulut manis, hati nak baik. Itulah amalan turun-temurun. Benda apa yang akan naik, jika sahaja hujan turun? Bila jawab, selesailah. Firman Allah SWT, Surah Al-Baqarah, ayat 20-20. Auzubillah minashaitan nirajim bismillahir rahmanni rahim. (Bacaan) Yang bermaksud, Di dunia dan di akhirat dan mereka pun akan bertanya kepada engkau dari hal anak-anak yatim. Katakanlah, mengatur baik keadaan mereka adalah lebih baik dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu. Dan Allah mengetahui siapa yang merosak dan siapa yang memperbaiki. Sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya di beratnya kamu. Sesungguhnya Allah maha gagah, lagi maha bijaksana.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar dan Ahli-Ahli Exco Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para petugas, petugas media serta para pemerhatian sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Pada kesempatan ini, Ayer Kuning penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Rizuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan baginda pada November lalu. Dirgahayu Tuanku. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah SWT serta dikuniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang dan kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat. Satu enakmen yang berkeperluan untuk dibawa berkaitan harta dan wang ringgit di mana, pemasalahan harta pada masa kini terutama kepada orang Islam, kian memerlukan perhatian daripada Kerajaan Negeri. Oleh itu, adalah tepat pada masanya ini Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat ini diusul, dibawa, dibahas dan diluluskan. Sidang Dewan yang dihormati sekalian, wasiat seperti dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Pelajar Edisi Kedua, bermaksud pesanan terakhir yang diucapkan atau yang ditulis oleh orang yang hampir meninggal dunia, surat-surat yang menyatakan pesanan orang yang meninggal, berwasiat, berpesan atau membuat wasiat, beliau, supaya sepertiga daripada hartanya diturunkan kepada cucunya, mewasiatkan, memberi pesanan atau wasiat bukan dengan sesuatu, beliau sebahagian hartanya kepada yayasan kebajikan itu. Pewasiat orang yang mewasiatkan.

Enakmen ini adalah untuk menentukan agar perkara yang tidak diingini akan berlaku selepas kematian seseorang dan seterusnya berisiko untuk membebankan waris antaranya adalah berkaitan dengan perebutan harta, salah faham ke atas faraid dan sebagainya. Undang-undang ini adalah penyelesaian kepada pembahagian harta sebelum seseorang itu meninggal dunia atau menghadap sesuatu yang tidak diingini berlaku malah kita sedia maklum bahawa kita bukanlah negeri yang pertama yang mempunyai undang-undang ini. Hasrat kita tidak mahu bertindih dengan undang-undang harta konvensional malah beberapa negeri dalam Malaysia telah mempunyai undang-undang sebegini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, antara contoh boleh saya bagi adalah Selangor. Di bawah seksyen 27, Enakmen Orang Islam (Selangor) 1999 yang memperuntukkan jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya maka cucu itu hendaklah telah berhak terhadap 1/3 wasiat dan sekiranya cucu itu diberi dengan kadar yang kurang daripada 1/3 haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini. Manakala di Negeri Sembilan, di bawah seksyen Enakmen Wasiat Orang Islam, (Negeri Sembilan) 2004 yang memperuntukkan, jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya maka cucu itu berhak kepada 1/3 daripada harta pusakanya dan jika cucu itu diberi kurang daripada 1/3 bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini. Di Melaka pula, seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Melaka) 2005 yang memperuntukkan jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucu itu berhak kepada 1/3 daripada harta pusakanya dan jika cucu itu diberi kurang daripada 1/3, bahagiannya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ma'un ayat 1-3 (ayat quran dibaca) yang bermaksud; Tahukah kamu orang yang mendustakan agama orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. Firman Allah SWT dalam surah Ad-Duha ayat 9 (ayat quran dibaca) yang bermaksud; Oleh itu adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. Sidang Dewan yang dihormati sekalian, ada 6 minit lagi. Sebelum saya mengundur diri, saya berharap agar Rang Undang-Undang Enakmen Wasiat ini akan mendapat sokongan sepenuhnya dari semua Ahli Dewan Negeri seterusnya. Pelaksanaanya nanti akan dapat menyelesaikan setiap pemasalahan berkaitan wasiat dan kehidupan manusia. Sebelum saya sudahi perbahasan saya, ada firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa…

Laluan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Sahabat daripada Ayer Kuning. Cuma saya nak, bukan nak bertanya, cuma saya nak melontarkan adakah Ayer Kuning pasti, ataupun melihat situasi hari ini, kita nak meluluskan RUU wasiat ini berapa persen orang-orang Islam menyelesaikan masalah wasiat ini pergi ke Mahkamah Syariah? Sebab kalau kita tengok ramai yang pergi ke pejabat pusaka kecil ataupun Amanah Raya ataupun untuk menyelesaikan wasiat ini di Mahkamah Syariah. Mungkin ada tiga keadaan ini nampak dan saya dalam menyelesaikan masalah ini saya nampak ramai di kalangan masyarakat umat Islam pergi ke pejabat pusaka atau mahkamah kecil untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin ada respon daripada Ayer Kuning, terima kasih.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Insya Allah, terima kasih YB Slim. Saya yakin dan percaya dengan lulusnya enakmen wasiat orang islam ni, saya yakin tak sebanyak sedikit dapat menyelesaikan apa yang diperkatakan oleh Slim River, Insya Allah. Mudah -mudahan kita doa. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 10 (Bacaan ayat suci Al-Quran) yang bermaksud, "Sesungguhnya, orang-orang yang memakan harta benda anak yatim dengan aniayanya, lain tidak lain, melainkan menelan api ke dalam perut mereka dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ada satu pantun. Tak apa, tuan Speaker tadi. Bukan pantun, teka-teki. Saya nak minta Yang Berhormat Speaker jawab lah. Mulut manis, hati nak baik. Itulah amalan turun temurun. Benda apa yang akan naik, jika sahaja hujan turun?

Ulang-ulang.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Mulut manis hati yang baik. Itulah amalan turun temurun. Benda apa yang akan naik, jika sahaja hujan turun? Ahli-ahli Yang Berhormat, semualah.

Yang di-Pertua

Tak tahu, tak tahu. Speaker tak tahu. Itu Speaker tak reti nak try.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ahli-ahli Yang Berhomat semualah.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ada hadiah apa tu?

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ok lah, jawapan dia payung. Jadi, terima kasih ya. Saya mohon ampun dan maaf, Ayer Kuning menyokong. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Hebat-hebat semuanya. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Jumaat, 8 hb Disember 2023, jam 9.00 pagi.