Perak · 26 February 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 446 turns · 65,875 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan, pada hari Isnin, 26 Februari 2024 jam 9.07 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua, Pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, saya suka memberi maklum bahawa terdapat kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod tersebut dan menyemak Aturan Urusan Mesyuarat berserta senarai giliran soalan-soalan lisan. Seperti kebiasaannya, persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang kedua pada hari Jumaat, 23 Februari 2024, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk menyampaikan Titah DiRaja dan seterusnya merasmikan persidangan. Usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seterusnya akan dibuka untuk perbahasan kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Perkara yang ketiga berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian terima kasih.
Membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Perkara yang ketiga, membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari Bilangan 01/2024 hingga 04/2024. Seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 9 Februari 2024.
Bil. 01/2024 - Penyata Kewangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 02/2024 - Penyata Kewangan Yayasan Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Bil. 03/2024 - Laporan Tahunan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak Tahun 2022
Bil. 04/2024 - Penyata Kewangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang keempat. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. 90 minit ya dan kita sidang kali ini kita ada usul titah ucapan menjunjung kasih Titah Ucapan DiRaja sahaja. Tak ada enakmen-enakmen baru ataupun enakmen tambahan. Jadi, soalan lisan ada 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja kecuali kalau ada soalan-soalan yang Speaker rasakan ianya popular dan ianya penting membawa kepentingan rakyat dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tenggalan dan loma di pekan Sabtu. Soalan Bota nombor satu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bota bertanyakan soalan yang berkaitan dengan kelas Al-Quran dan Fardu Ain atau singkatannya KAFA. Untuk makluman Yang Berhormat sehingga kini terdapat sejumlah 8,715 kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang sedang beroperasi di 659 Sekolah Rendah Agama Rakyat dan Sekolah Rendah Agama Rakyat sepenuh masa di Negeri Perak. Sekolah-sekolah ini diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat. Jemaah Pengurusan Sekolah adalah bertanggungjawab menyediakan prasarana serta kemudahan-kemudahan bagi memastikan keselesaan murid KAFA. Kerajaan Negeri amat prihatin dalam membangunkan sahsiah anak watan Negeri Perak menerusi sistem pendidikan yang disediakan oleh kelas KAFA ini. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan-bantuan seperti berikut.
Yang pertama bantuan perkapita kepada 89,226 orang murid KAFA dengan kadar RM50.00 setahun.
Yang kedua, bantuan perkapita daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIP) sebanyak RM24.00 kepada 89,226 murid KAFA.
Yang ketiga, tambahan elaun kepada 3,210 guru KAFA sebanyak RM200.00 sebulan. Yang keempat, menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi tujuan baik pulih dan bina baru Institiut Pendidikan Islam yang merangkumi Tadika Islam Perak, sekolah Agama Rakyat dan juga Tahfiz.
Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mewujudkan kelas KAFA tulen yang beroperasi di sekolah-sekolah kebangsaan terpilih terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan juga di kawasan yang jaraknya jauh daripada kelas KAFA. Untuk makluman Yang Berhormat juga sehingga kini terdapat enam buah sekolah kebangsaan yang telah melaksanakan kelas KAFA tulen dengan bilangan murid keseluruhannya seramai 286 orang dan tenaga pengajar seramai 10 orang guru. Enam buah sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Seri Selama, Selama, Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai, Air Tawar, Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor, Kampong Gajah, Pusat Kebajikan Taman Seri Puteri, Batu Gajah, Sekolah Kebangsaan Ulu Slim, Slim River dan Sekolah Kebangsaan Kumpulan Ganda, Teluk Intan. Kelas KAFA tulen melaksanakan kurikulum KAFA JAKIM, sama seperti mana kurikulum yang digunapakai di Sekolah Rendah Agama Integrasi KAFA yang lain. Kelas KAFA tulen ini juga akan ditambah dari masa ke semasa berdasarkan keperluan pendidikan agama di sesuatu kawasan untuk Kerajaan Negeri memastikan tiada murid yang tercicir dalam mengikuti kelas KAFA di seluruh negeri.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bota juga membangkitkan soalan mengapa guru-guru KAFA tidak terlibat dalam Bantuan Khas Kewangan BKK dua bulan gaji yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri pada bulan Disember yang lalu. Untuk makluman Yang Berhormat seperti saya maklumkan tadi, guru-guru KAFA ini sebenarnya dibiayai gaji bulanannya oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM). Kerajaan Negeri hanya menokok RM200.00 sebulan sahaja. Oleh itu, kita takrifkan bahawa guru-guru KAFA ini gajinya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan. Sedangkan polisi kita membayar BKK kepada penjawat- penjawat awam yang gajinya dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, oleh kerana guru-guru KAFA ini, gajinya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, maka bonusnya BKK dia juga dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi, semua guru KAFA Negeri Perak dan guru KAFA di seluruh Malaysia akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM700.00 daripada Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi bantuan ini akan mula dibayar setelah Kerajaan Negeri menerima peruntukan yang akan disalurkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terima kasih.
Terima kasih Menteri Besar, Bota.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar. Saya ingin mengemukakan satu lagi soalan. Terdapat juga beberapa KAFA yang berada di kawasan Bota adalah sangat daif. Antaranya ada sekolah KAFA di Bota yang baru sahaja sebenarnya membuat bangunan baru, tetapi disebabkan oleh permintaan yang tinggi, mereka terpaksa menggunakan khemah untuk belajar. Ada, di kawasan Bota Kanan. Kelas KAFA menggunakan khemah sebagai bangunan tambahan untuk pelajar-pelajar itu yang pertama. Yang kedua juga, saya juga ingin menarik perhatian tentang cepat sangat aduan daripada ibu bapa cepat sangatlah kelas KAFA ini menutup tempoh pendaftaran untuk anak-anak mereka. Jadi sehinggakan ramai ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk mendaftar. Alasannya kerana tak cukup, kelas tak cukup untuk menampung permintaan yang tinggi khususnya di kawasan Seri Iskandar. Jadi saya inginlah naik perhatian perkara ini kerana sangat ada desakan daripada penduduk di kawasan saya. Saya mohon penjelasanlah.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bota. Saya amat ambil maklum masalah yang dikemukakan dan Insya Alah pegawai-pegawai saya akan turun padang untuk melihat keadaan sebenarnya. Terima kasih.
Saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan nombor soalan. Memandangkan tak ada soalan tambahan.
Selamat Pagi Dato' Yang di-Pertua. Soalan Pantai Remis Nombor Dua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera dan selamat pagi. Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Pantai Remis di atas soalan yang diajukan yang berkaitan dengan jumlah bantuan insentif serta program yang telah ditawarkan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih ramai belia dan graduan universiti untuk menceburi bidang pertanian sejak tahun 2013.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pertanian merupakan agensi pelaksana utama dalam menerajui sub-sektor tanaman makanan. Lanskap pertanian Negeri Perak pada masa kini mempunyai peningkatan serta perubahan yang memberangsangkan. Data daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak merekodkan, peningkatan ketara permohonan melibatkan belia yang baharu menceburkan diri dalam sub-sektor tanaman makanan iaitu sejumlah 292 orang pada tahun 2023 berbanding 99 orang pada tahun 2021.
Untuk makluman Yang Berhormat, peningkatan sebanyak ini menunjukkan keseriusan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan belia petani dengan melalui pelaksanaan Penubuhan Briged Muda Petani Moden. Di mana program yang ditujukan khas bagi golongan belia di bawah umur 40 tahun di mana bantuan sepenuhnya diberikan di bawah Kerajaan Negeri. Termasuk penyediaan kawasan serta bantuan input pertanian iaitu baja, racun, bahan tanaman dan sistem pengairan. Selain itu, strategi dan tindakan perluasan pembukaan ladang baru dan penggunaan teknologi pertanian moden seperti internet, pelbagai benda atau IOT dipergiatkan bagi memastikan keseluruhan pengeluaran tanaman makanan khususnya mencapai tahap kadar sara diri bagi rakyat Negeri Perak khasnya.
Dato' Yang di-Pertua, selain daripada itu Kerajaan Negeri telah mewujudkan beberapa program pembangunan modal insan usahawan tani seperti latihan dan kursus yang dijalankan di pusat-pusat latihan pertanian Jabatan Pertanian. Setiap tahun pelbagai kursus telah dirancang selaras dengan kehendak dan keperluan semasa fizikal dan juga hands on dengan izin. Hebahan di media sosial merupakan informasi terkini secara digital juga sentiasa dikemaskini memandangkan perubahan dunia tanpa sempadan memperlihatkan golongan belia adalah golongan terbesar yang menggunakan platform ini.
Untuk makluman Yang Berhormat juga Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak PPPNP ada menyediakan program bantuan serta inisiatif bagi menggalakkan penyertaan belia dalam sektor pertanian. Antara program yang telah dilaksanakan adalah yang pertama Program Pembangunan Usahawan Perak SADC. Di bawah Program Pembangunan Usahawan Perak SADC terdapat skim pinjaman tanpa faedah dan geran asnaf yang berjaya bagi menggalakkan pengembangan perniagaan dan usaha oleh usahawan tani. Bermula semenjak tahun 2019 sehingga 2023, peruntukan yang disediakan adalah berjumlah RM13.5 juta. Bagi tahun 2024 peruntukan disediakan adalah berjumlah RM5 juta. Di bawah Program Pembangunan Usahawan Perak SADC juga turut merangkumi program peningkatan perniagaan dan kemahiran dalam bentuk kursus dan program pembangunan skill dan kemahiran. Merujuk rekod peminjam di bawah Program Pembangunan Usahawan Perak PPPNP telah memberi manfaat kepada 290 orang belia di bawah umur 40 tahun dari tahun 2019 hingga tahun 2023.
Yang kedua program entrepreneur pitching. Program entrepreneur pitching merupakan satu inisiatif dari Perak SADC bermula tahun 2019 untuk memangkin usaha dan inovasi belia dan mahasiswa dalam bidang pertanian. Program ini memberi peluang kepada agropreneur dan usahawan tani muda serta mahasiswa untuk pitching projek usaha inovasi agro sama ada di peringkat startup dengan izin mahupun idea. Tambahan lagi 10 pemenang setiap tahun akan menerima geran perniagaan daripada pihak SADC atau rakan strategik. Setiap tahun bermula tahun 2019 program ini telah menerima penyertaan hampir 500 penyertaan setiap tahun dari usahawan dan agropreneur muda dan mahasiswa universiti.
Yang ketiga Program Latihan Kemahiran dan Kerja jaya PLKK. Program PLKK merupakan program usahasama Perak SADC bersama dana daripada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKW) yang telah dilaksanakan daripada tahun 2019 hingga tahun 2022. Program ini melibatkan kursus asas pertanian seperti ternakan ayam kampung, tanaman kontan, penternakan ikan, pertanian fertigasi cili dan penanaman nanas. Jumlah peserta adalah seramai 310 orang dan seramai 196 adalah belia di bawah umur 40 tahun.
keempat, inisiatif pendapatan rakyat, inisiatif usahawan tani IPR Intan. Akhir sekali, Program IPR Intan merupakan projek di bawah inisiatif dan dana dari Kementerian Ekonomi. Pihak SADC merupakan agensi pelaksanaan dan peneraju bagi projek ini. Pada ketika ini, pihak SADC telah memperuntukkan tanah berkeluasan 100 ekar bagi manfaat seramai 120 orang peserta bagi tempoh 5 tahun. Projek melibatkan 3 tapak dengan 2 daerah di Pulau Lambor di Perak Tengah, Sungai Rui dan Belukar Semang di daerah Hulu Perak. IPR merupakan projek tanaman IPR melibatkan projek penanaman tanaman kontan seperti jagung, cili dan terung. Dengan teknologi moden seperti fertigasi dan sistem pengairan, peserta berpeluang untuk bekerja di tapak projek dan menerima perkongsian keuntungan dari hasil pendapatan-pendapatan projek. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Pantai Remis.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Tahniah juga kita ada pelbagai program untuk belia-belia untuk menceburi dalam bidang pertanian. Di sini saya ingin tanya selalu mereka yang menghadapi masalah kerana tidak mencukupi tanah ataupun mereka tidak mempunyai tanah untuk aktiviti pertanian sama ada kerajaan akan menimbang dan juga merancang supaya kita boleh benarkan pertukaran syarat tanah seperti kepada kedai-kedai rumah kedai ataupun bangunan yang terbiar supaya mereka boleh tukar syarat tanah itu kepada pertanian dengan cara moden untuk mereka dapat tempat untuk mereka jalankan aktiviti pertanian. Terima kasih.
Terima kasih YB Pantai Remis di atas soalan tambahan sebentar tadi. Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak kini bergerak ke arah penggunaan teknologi moden dalam pertanian dalam usaha keterjaminan seperti makanan Negeri Perak. Antara teknologi penanaman moden yang giat diusahakan kini adalah penanaman sayur-sayuran premium di dalam bangunan yang dinamakan sebagai kilang tanaman. Kilang tanaman merupakan sistem pengeluaran tanaman dalam persekitaran terkawal merangkumi faktor pertumbuhan, pencahayaan, pengairan, pembajaan, suhu, kelembapan serta pengudaraan yang dikawal secara tiruan dengan sokongan sistem kawalan pembajaan serta pengairan secara mekanisasi juga automasi. Jenis tanaman yang sesuai ditanam menggunakan teknologi ini adalah sayur-sayuran berdaun dan herba di mana tanaman ini mampu bertahan di bawah sinaran lampu sebagai sistem pencahayaan menggantikan cahaya matahari. Kerajaan Negeri sentiasa komited dan menyokong sebarang aktiviti pertanian, namun sebarang pertukaran syarat, syarat nyata tanah bukan di bawah bidang tugas pihak Jabatan Pertanian tetapi ia tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa melalui penggunaan dan pengawalan tanah di bawah Kanun Tanah Negara 1965. Terima kasih.
Soalan tambahan Kubu Gajah sila.
Terima kasih pada Timbalan Speaker dan YB Exco. Berkenaan dengan tanah ataupun bawah SADC lah khususnya atau perladangan. Apakah masyarakat tempatan khususnya dalam Dun Kubu Gajah yang banyak tanah ladang ragut, keterlibatan penduduk contoh dalam berkebun dan juga menternak haiwan lembu agak berkurangan? Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membangunkan ekonomi masyarakat khususnya dalam Kubu Gajah yang banyak tanah-tanah yang bawah SADC dan juga tanah ladang ragutlah untuk membangunkan ekonomi dalam penduduk Dun dalam DUN Kubu Gajah? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang Kerajaan Negeri memang komited kepada peluasan dan penglibatan dari segi penternak, penternak lembu ke, sayur-sayuran dan sebagainya dan kita telah menyediakan tanah-tanah yang…kawasan-kawasan yang tidak diusahakan dan kita telah meletakkan tanah-tanah yang tidak diluluskan mana-mana pihak, kita telah meletakkan kepada reserved sekuriti makanan maknanya dalam bidang penternakan, sayuran dan sebagainya. Apa yang jadi dasar kerajaan untuk membantu kepada pengusaha-pengusaha yang berminat, pengusaha-pengusaha yang berminat untuk menceburi dalam bidang usahawan sama ada usahawan tani, penternakan, nelayan dan sebagainya dan Insya Allah kalau sekiranya ada pengusaha dan rakyat Negeri Perak untuk berminat untuk melibatkan diri dalam bidang ternakan, pihak kerajaan sedia memberikan bantuan dan kerjasama yang sebaik yang mungkin bagi rakyat yang berminat dalam sekuriti makanan ini. Terima kasih.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk mengemukakan nombor soalan. Silakan.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak selit dulu, saya nak ucapkan happy birthday dan selamat pengantin baru kepada YB Chenderoh. Dia dah keluar dah pun. Pengantin baru amalkan minum air pegaga. Soalan saya nombor tiga.
Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Kerajaan Madani. Saya terima kasih kepada Alor Pongsu yang bertanyakan soalan yang cukup-cukup prihatin berkenaan dengan keselamatan jalan raya. Terima kasih Alor Pongsu. Jadi, bagi menjawab soalan selepas Alor Pongsu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak ataupun JPJ sentiasa memberi keutamaan dalam membentuk persekitaran jalan raya yang selamat kepada pengguna-pengguna jalan raya. Itu adalah kita punya matlamat JPJ. Yang keduanya penguasaan berterusan akan dilakukan bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak daripada dikenakan tindakan saman dan juga dapat mengurangkan ketidakselesaan kepada pengguna-pengguna yang lain.
Bahagian Penguatkuasaan JPJ Negeri Perak telah menggunakan tiga jenis kaedah pelaksanaan iaitu pertama secara rondaan menggunakan kenderaan JPJ, iaitu kita semua kenal yang hitam putih tu. Yang keduanya rondaan kenderaan tanpa logo JPJ, tak nampak tapi itu anggota JPJ dan yang ketiganya penyamaran, menyamar. Jalan Changkat Lobak ke simpang keluar Tol Alor Pongsu merupakan antara kawasan yang dipantau oleh JPJ Negeri Perak. Dipanggil laluan baru. Bermula 1 Januari 2024 tahun ini sehinggalah akhir Januari 2024, jumlah keseluruhan saman yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 6583 oleh JPJ Negeri Perak dengan kenderaan barangan serta lori mencatat jumlah kesalahan sebanyak 1207 kesalahan ataupun saman. JPJ sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia ataupun PDRM dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat ataupun SPAD dalam tugasan khas ini.
Tindakan berat dan setimpal akan diambil menggunakan peruntukan undang-undang melalui pertuduhan di mahkamah. JPJ juga akan mengambil tindakan membatalkan lesen Good Driving Lisence ataupun GDL atau Public Service Vehicle (PSV) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) terhadap pemandu dan pemilik kenderaan. Sekiranya mereka terus degil ataupun biut, melanggar peraturan undang-undang jalan raya seterusnya boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak (JPJ) telah melaksanakan pemantauan di bawah kesalahan-kesalahan berikut. Yang pertamanya, Akta 715, 57(1)(B)(4) 2010. Itu Akta 715. Yang keduanya, Akta 715, 57(3) lebih muatan yang tidak dibenarkan kompaun dan Kaedah 89 MV(C) dan (U) 1959, lebih muatan dibenarkan kompaun. Dia ada dua akta tu. Satu tak boleh kompaun, satu boleh dibenarkan kompaun. JPJ Negeri Perak ingin menegaskan bahawa tiada kompromi kepada mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas. Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang kepada mereka yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. JPJ Negeri Perak juga komited dalam melaksanakan penguatkuasaan berterusan membanteras pesalah trafik ini dalam memastikan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya dapat kita kekalkan. Terima kasih.
Seterusnya…
Terima kasih atas jawapan daripada YB Exco. Soalan ini dikemukakan sebab dapatan teknikal daripada pihak JKR. Terima kasih Dato’ Pengarah JKR. Jalan di Alor Pongsu...perunding JKR, Perunding Media Sosial, Perunding Kedai Kopi, sebelum ni sebut...jalan Alor Pongsu, Bagan Serai rosak kerana tanah hitam yang lembut. Tapi yang terkini saya dapat sebutan daripada Jurutera Daerah, jalan di tempat lain, berlubang, berlopak dan sebagainya. Jalan di Alor Pongsu, patah terus tiang di bawah. Patah katanya. Putus dua. Jadi bila patah dan putus dua bermakna route of the damage adalah muatan. Saya dah buat kajian sendiri. Saya ikut lori-lori daripada Changkat Lobak. Masya Allah, saya dah umur 61 tahun, tak pernah tengok lori sebesar itu. Jadi jangkaan saya muatan dia tentu lebih daripada biasa. Transporter bayar roadtax. Dia berhak pakai tapi dia tidak berhak untuk merosakkan jalan-jalan tersebut. Jadi saya nak tanya, pertamanya, saya nak ucap tahniah pada JPJ. Memang JPJ buat kerja. Daripada Taiping ke Parit Buntar, hari-hari saya jumpa kereta biru putih. Tapi Jalan Alor Pongsu minta maaflah. Setakat hari ini, saya tak selisih lagi.
Jadi soalan saya, daripada saman yang beribu JPJ keluarkan tadi. Berapa dikeluarkan di antara jalan dari Bagan Serai ke Alor Pongsu, yang pertama? Yang kedua selepas ini berapa agaknya kekerapan penguatkuasaan JPJ terutamanya tentang muatan lori-lori gergasi di kawasan Alor Pongsu? Terima kasih.
Terima kasih Alor Pongsu di atas kajian teliti yang dibuat untuk mengkaji apa sebab jalan tu patah. Jadi kalau dah teorinya dahulunya jalan tu patah ataupun jalan tu lembik dan di query dulu. Tapi hari ini dibuktikan oleh Yang Berhormat Alor Pongsu, apa yang menyebabkan jalan tu patah oleh kerana kenderaan lebih muatan. Kami mengikut aktanya hanya membenarkan kenderaan yang tidak melebihi satu axle 8 tan sekandar. Maknanya 8 tan per axle. Jadi kalau lori itu 2 exle, satu depan, satu belakang, ia hanya boleh maksima dia 16 tan. Jadi kalau sekiranya dia lebih muatan itu, maka kompaun akan dikeluarkan. Saman akan dikeluarkan dan kita akan bawa ke mahkamah dan saman ini sebenarnya tidak ada kompromi. Jadi, untuk itu, saya memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan berapa banyakkah saman yang dikeluarkan. Jalan Changkat Lobak ke Simpang dan juga sampai di Tol Alor Pongsu.
Saya memerlukan sedikit kajian berkenaan dengan berapa banyak di antara 5000 saman seluruh negeri itu, berapa banyak yang kita saman di Alor Pongsu, khususnya Jalan Changkat Lobak, Simpang tu. Jadi, benarkan saya dapat notis. Yang keduanya, kita nak pastikan bahawa kalau sekiranya disyaki ada di antara lori-lori gergasi ini yang lalu lalang di situ, jadi kalau boleh diambilkan gambar, cepat dihantar kepada JPJ dengan nombor kereta itu sekali. Kita akan membuat siasatan dan terus mengambil tindakan secepat mungkin. Kadang-kadang tu, kita nak elakkan untuk berada JPJ di situ, jadi jaga di situ, payah juga. Tapi kalau sekiranya orang kampung yang gunakan kawasan itu nampak gergasi ini, maka perlu diambil gambar, hantar kepada kami. Insya Allah akan ambil tindakan secepat mungkin. Terima kasih.
Timbalan Speaker, Manjoi.
Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. YB Exco saya bertanyakan satu soalan penting. Di bandar Meru Raya di hadapan Bangunan KDN di flyover tu, jadi masalah ni dah lama berlaku daripada tiga lane jadi satu lane. Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk kita tambah baik perkara ini di masa akan datang. Kalau Yang Berhormat Exco turun tengok depan KDN tu ada laluan yang mula besar jadi satu lane. Memang sangat sesak di kawasan tersebut. Baru-baru ini ada satu kemalangan yang sangat menyayat hati berlaku kepada sahabat kami. Seorang lagi ada juga baby 6 bulan meninggal dunia di tempat kejadian berlaku di simpang empat traffic light Medan Klebang Restu. Saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri adakah usaha kita untuk kita tambah baik perkara ini kerana saya tengok di kawasan tersebut semakin hari mungkin kita perlu baiki kawasan tersebut untuk supaya kenderaan boleh diperlahankan pertama, kedua mungkin satu cadangan tambah baik pada pihak Kerajaan Negeri jika boleh kita wujudkan AES. Mungkin benda ini mungkin tidak popular tetapi bila ada kamera AES ini ataupun kamera yang boleh mengawal kemalangan dan orang tidak orang tak sampai orang nak langgar traffic light ikut suka hati. Jadi dua tempat adalah di Dun Manjoi bagi sangat sensitif dan saya harap pihak Kerajaan Negeri mungkin boleh mengambil tindakan terhadap kes tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Exco.
Terima kasih Manjoi di atas soalan tambahan tapi soalan tambahan itu tidak ada kena mengena dengan soalan Alor Pongsu tadi. Oleh kerana itu melibatkan JPJ tapi ini melibatkan JKR tapi saya tak tahu di manakah Meru itu ada jalan jejantas yang daripada tiga lane terus jadi satu. Yang ada dua satu ada tapi tiga terus jadi satu.
Di hadapan berdepan dengan bangunan KDN.
Ok makna Mydin tu lah.
Depan Mydin terutama di waktu sesak, pagi orang pergi kerja dan orang balik kerja. Terima kasih.
Saya akan minta jurutera jalan di bahagian Kinta ni untuk check kalau sekiranya ada wujud fenomena daripada tiga lane jadi satu lane yang itu memang tidak menyelesakan dan tidak memberikan keselamatan. Jadi kalau sekiranya perkara itu berlaku kami akan buat sedikit pindaan. Apa yang kita nak pinda mana-mana kawasan yang memang ada kesesakan ataupun ada laluan yang ada traffic light kita nak ubah menjadi konsep sebagaimana yang Manjoi tengok dekat Tambun. Jadi kalau boleh di kawasan itu kalau sekiranya fenomena berlaku, kami akan buat kajian supaya kaedah Tambun tu dapat dilaksanakan di Meru. Sebab itunya bukan hari ini, esoknya akan berkembang lagi. Jadi kita akan cuba cari jalan jangka panjang. Terima kasih Manjoi.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor empat.
Dengan izin, Timbalan Yang di-Pertua Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030 dan rakan saya daripada Rungkup telah membangkitkan dua soalan. Soalan pertama adalah berkaitan dengan kemampuan Klinik Kesihatan Bagan Datuk untuk dinaiktarafkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Klinik Kesihatan Bagan Datuk mula dibina pada tahun 1997 dan mula beroperasi pada 23 April 2000 iaitu lebih kurang 43 tahun. Ini adalah untuk menggantikan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang telah beroperasi sejak 1968. Berdasarkan rekod tahun 2023 jumlah keseluruhan kedatangan pesakit bagi setahun adalah seramai 34077 orang di mana terdapat peningkatan sebanyak 19.64% dari tahun 2022. Jumlah kedatangan harian adalah di antara 120 hingga 150 pesakit. Bagi peningkatan prestasi penyampaian perkhidmatan kesihatan di kawasan operasi, Klinik Kesihatan Bagan Datuk telah disenaraikan dalam senarai projek pembaikan klinik dan fasiliti daif bagi tahun 2024 dengan pengagihan kos sebanyak RM500ribu. Ini adalah merangkumi kerja naik taraf dan pembaikan sistem pendawaian elektrik serta kerja pembaikan infrastruktur dan lain-lain berkaitannya.
Fasa pelaksanaan projek naik taraf tersebut dijadualkan akan bermula pada April tahun ini dan dijangka siap pada November tahun ini.
Pada masa yang sama dengan mengambil kira kemudahan hospital yang agak jauh iaitu Hospital Teluk Intan sejauh 50 kilometer dan bertambah populasi di Dun Rungkup, satu kertas kerja cadangan pembinaan Kompleks Bangunan Xray dan Unit Kecemasan di Klinik Kesihatan Bagan Datuk dengan anggaran kos sebanyak RM1.97 juta telah dikemukakan pada tahun 2023. Namun ianya masih lagi dalam peringkat pertimbangan oleh Kementerian Kesihatan. Buat masa ini, pesakit yang memerlukan perkhidmatan xray perlu mendapat rawatan dari Klinik Kesihatan Teluk Intan ataupun Hospital Teluk Intan yang terletak 50 kilometer dari Klinik Kesihatan Bagan Datuk. Klinik Kesihatan Bagan Datuk juga telah disenaraikan sebagai salah satu fasiliti yang akan menerima penempatan pakar perubatan keluarga pada tahun ini juga. Jadi itu adalah berita baik untuk warga Rungkup. Penempatan ini beserta pelan perancangan pembangunan jangka masa sederhana ini diharapkan mampu mengoptimumkan kualiti perkhidmatan kesihatan di Daerah Bagan Datuk khasnya di Dun Rungkup.
Bagi menjawab soalan kedua berkaitan dengan ambulan di Klinik Sungai Tiang. Untuk makluman Yang Berhormat Klinik Kesihatan Sungai Tiang pada asalnya adalah merupakan klinik desa yang telah dibina pada 7 Mei 2001. Pada tahun 2010, terdapat pertambahan bangunan untuk unit pesakit luar bagi menampung pertambahan kedatangan pesakit. Pada tahun 2012 pula klinik ini telah dinaik taraf menjadi Klinik Kesihatan Sungai Tiang dengan menggunakan kemudahan sedia ada. Pada masa ini, Klinik Kesihatan Sungai Tiang beroperasi sebagai klinik kesihatan jenis ketujuh yang boleh menampung seramai 50 orang pesakit sehari. Namun kehadiran masih rendah dan maksud klinik kesihatan jenis ketujuh adalah meter persegi pembinaan klinik adalah di antara 800 hingga 1200 meter dan di kos pembinaan untuk sebuah klinik jenis ketujuh adalah hanya RM15 juta. Berkaitan dengan kemudahan ambulan, proses perolehan ambulan adalah secara kontrak berpusat di Kementerian Kesihatan dan pelan penggantian ambulan adalah secara berperingkat. Sejumlah 21 ambulan dijangka akan diagihkan ke seluruh Negeri Perak pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut satu unit telah dicadangkan penempatannya di Daerah Bagan Datoh iaitu Klinik Kesihatan Selekoh. Perkara ini mengambil kira beban kerja dan kes kecemasan di Klinik Kesihatan Selekoh jauh lebih tinggi berbanding dengan Klinik Kesihatan Sungai Tiang.
Untuk maklumat Yang Berhormat Rungkup berdasarkan rekod tahun 2023 jumlah purata kehadiran pesakit bagi tahun 2023 adalah seramai 23 orang pesakit sehari. Jumlah ini adalah masih rendah berbanding dengan Klinik Kesihatan Bagan Datuk seramai 120 hingga 150 pesakit sehari dan Klinik Kesihatan Selekoh pula adalah seramai 66 hingga 99 pesakit sehari. Selain itu jarak di antara Klinik Kesihatan Selekoh dan Klinik Kesihatan Sungai Tiang adalah hanya 9 kilometer manakala Klinik Kesihatan Sungai Tiang dan Klinik Kesihatan Bagan Datuk jaraknya adalah 15 kilometer. Oleh yang demikian, keperluan untuk menetapkan satu unit ambulan di Klinik Kesihatan Selekoh menepati objektif bagi memperluaskan penggunaan kemudahan ambulan kepada masyarakat. Terima kasih.
Soalan tambahan, Rungkup sila.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Saya kira kalau tak boleh diterima pakai permohonan kami untuk diadakan 1 hari bulan di Klinik Kesihatan Sungai Tiang, tetapi yang paling meruncing adalah sebuah ambulan baru untuk Klinik Kesihatan Bagan Datuk itu sendiri Yang Berhormat Exco Jadi saya mohon sangat-sangatlah jasa baik Yang Berhormat Exco untuk usahakan supaya kita dapat mengadakan satu ambulan baru untuk Klinik Kesihatan Bagan Datuk. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Rungkup. Saya memang simpati dengan Rungkup dan saya telah menjalankan segala usaha untuk warga Bagan Datuk seperti Yang Berhormat tahu bahawa saya ini kelahiran Rungkup. Saya anak Rungkup. Jadi saya tidak akan ketinggalan Rungkup. Sungai Tiang ini dapat…
Berat hati saya. Sekian terima kasih.
Tindakan akan diambil.
Sila. Soalan tambahan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya faham Exco Kesihatan dapat peruntukan tak banyak tahun ni. Tapi saya nak tanya jugalah apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membaiki, memperbaiki masalah yang terdapat di banyak Klinik Kesihatan, pusat-pusat kesihatan dengan keadaan kemudahan yang daif? Masalah aircond rosak, masalah perabot. Sebab mereka kalau nak tunggu kelulusan Kementerian mengambil masa agak lama sedangkan mereka memerlukan penggantian barang-barang ini dalam kadar yang segera. Justeru itu, bagaimanakah pihak Kerajaan Negeri dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan semua klinik-klinik kesihatan? Jadi dia perlukan kerjasama atau pun perhatian yang khusus daripada pihak kerajaan bagi memastikan mereka dapat bekerja dalam environment atau pun suasana yang selesa dan akhirnya dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang baik kepada masyarakat setempat. Terima kasih.
Terima kasih Sungai Manik. Sebenarnya jumlah klinik di Negeri Perak adalah 88. Hospital 14 campur dengan Hospital Bahagia adalah 15. Jadi ini adalah satu keluarga yang amat besar dan jumlah penjawat di sektor perubatan di Jabatan Kesihatan bagi Perak adalah sebanyak 35,000. Jadi, kami cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan kedua-dua di hospital mahu pun di klinik-klinik adalah bertaraf dan saya telah melawat beberapa klinik, ini kali ketiga saya memegang jawatan ni di klinik. Aduan yang selalu saya terima. Satu, kena tunggu lama. Yang kedua, adalah di unit farmasi kena tunggu lama. Ini dua aduan. Soalan saya apabila saya kemukakan kepada mereka, apakah anda memuas dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh klinik atau pun ubat-ubatan yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan dan hospital, mereka tidak ada masalah.
Jadi, isunya kelewatan menunggu dan punca kelewatan adalah apabila kita hospital bagi temujanji pukul 9.00, dia datang pukul 7.00. Kemudian dia datang bukan seorang khasnya warga emas. Dia akan dibawa oleh ahli keluarga dua orang. Jadi, dua tiga orang datang pukul 7.00 tetapi appointment dia ini adalah untuk pukul 10.00. Jadi itu salah satu fakta kesesakan tetapi di farmasi, sekarang kita ambil beberapa usaha atau langkah untuk mempercepatkan termasuk kita ada sistem driving, driving and collect. Telefon ke farmasi bagi tahu saya akan datang pada sekian hari bulan, sekian masa. Di sana, dia akan bawa kepada kamu. Ini berlaku di Hospital Slim River dan beberapa hospital lagi. Jadi, kami cuba untuk untuk menaiktarafkan delivery sistem di hospital dan banding dengan klinik kita, hospital kita dengan swasta berapa beza. Kalau selepas kita bayar kita pergi ke hospital swasta kita tunggu juga, kita tak boleh masuk terus. We have to wait. That rules dan bekalan ubatan adalah sama tetapi sekarang lebih ramai pesakit dah mula untuk datang melawat ke klinik-klinik kesihatan dan hospital sebab kos dia jauh lebih murah. Jadi inilah fakta-fakta dan kita masih dalam percubaan untuk untuk menambahbaik delivery sistem. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Sungkai. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Astaka soalan nombor lima.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada YB Astaka. Untuk makluman Yang Berhormat Astaka, Pelan Perindustrian Baru 2023 - 2030 atau NIMP 2030 yang merupakan komponen utama rangka kerja ekonomi madani disusun untuk memacu Malaysia sebagai peneraju global dalam pembangunan perindustrian. Memperluaskan hubungan domestik untuk mewujudkan kekayaan di seluruh negara serta mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian nilai global pelan itu. Konteks mentransformasikan negeri Perak ke arah perindustrian sedang giat dijalankan menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030. Kerajaan Negeri Perak mengambil berat akan peranan industri dalam memangkin penumbuhan ekonomi di negeri ini yang mana dapat kita lihat konsep cadangan bagi penubuhan kawasan industri Hi-Tech serta sedang giat dijalankan untuk dibangunkan di kawasan Daerah Kerian dan Daerah Muallim.
Sementara itu di kawasan daerah Kinta pula, turut akan dibina dan dibangunkan hub logistik bagi teknologi hijau yang dijangka akan memberikan sebanyak 5,000 pekerjaan kepada anak tempatan. Sehubungan dengan itu, Daerah Manjung turut tidak terkecuali daripada rancangan pembangunan Kerajaan Negeri Perak. Kawasan perindustrian baru seperti Projek Taman Industri Halal Park at Lekir yang terletak bersebelahan dengan Plaza Tol Lekir dibangunkan khusus untuk industri daging halal. Projek ini merupakan inisiatif Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau singkatannya SADC dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025. Fokus industri di Daerah Manjung adalah sektor berkaitan perkapalan, sektor pemprosesan makanan serta sektor yang memerlukan akses terus pelabuhan seperti produk-produk berasaskan petroleum dan bahan-bahan mentah lain.
Untuk makluman, antara pelaburan terkini yang direkodkan di Manjung adalah dari sebuah syarikat Jerman yang menghasilkan specialty oil digunakan dalam industri-industri lain seperti pembuatan produk farmaseutikal tayar berprestasi tinggi dan lain-lain. Sektor-sektor ini telah dikenal pasti dalam usaha menjadikan Negeri Perak sebagai negeri yang maju serta berdaya saing selari dengan Pelan Perindustrian Baru 2030 di peringkat persekutuan.
Untuk makluman seisi Dewan yang mulia ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau PKNPK telah menerajui beberapa inisiatif sebagai usaha dalam menyokong Kerajaan Negeri bagi menjayakan transformasi industri di Negeri Perak sekaligus mendokong Pelan Induk Perindustrian Baru 2030. Antaranya, sebuah Galeri Teknologi Park atau SPTP yang terletak di Kanthan, Chemor merupakan inisiatif yang dibangunkan oleh PKNPK dengan melantik salah satu anak syarikat tersenarai atau PCB Berhad atau Perak Corp sebagai pemaju untuk pembangunan hub perindustrian di SPTP. Fasa SPTP yang sedang dibangunkan ini merangkumi tanah seluas lebih kurang 816 hektar dan dijangka bakal menjadikan 13,000 pekerjaan kepada rakyat Perak.
Anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak lebih kurang RM 1.03 bilion. Pembangunan SVTP ini bakal mengguna pakai strategi pembangunan perindustrian berdasarkan konsep resource circuit. Antara kategori bangunan yang akan dibangunkan di SVTP adalah pusat gudang, kilang-kilang perusahaan, pusat data dan bangunan hibrid dengan penumpuan yang dikenal pasti seperti industri-industri berdasarkan mineral, E & E, teknologi perubatan, pertanian pintar, ekonomi digital dan lain-lain. Antara lain juga kita termasuk juga Lumut Maritime Industrial City atau singkatannya LuMIC. PKNPk juga telah mengenal pasti sektor pelabuhan dan logistik sebagai salah satu bidang tumpuan utama yang telah ditetapkan di bawah transformasi PKPNPk. PKNPk selaku agensi Kerajaan Negeri akan menerajui pembangunan LuMIC dengan sokongan daripada Lumut Port. Pembangunan Lumut Maritime Industrial City atau LuMIC yang merupakan pelan jangka panjang Kerajaan Negeri melibatkan sebahagian tanah daerah Manjung dengan keluasan lebih kira-kira 7,880 puluh ekar bakal membawa limpahan ekonomi kepada kawasan-kawasan sekitar dan masyarakat setempat di pelbagai peringkat pembangunannya.
Pembangunan proaktif yang dirancang oleh pihak PKNPk ini bakal menjadi enjin pertumbuhan kepada negeri Perak. PKNPk telah menandatangani join venture and shareholders agreement atau JVSA dengan pihak Port of Antwerp International atau POABI pada 11 Disember 2023 berhubung Pelan Pembangunan Lumut Maritime Industrial City atau LuMIC di Manjung. Pemeteraian usahasama ini dan pelan pembangunan ini dan Pengurusan Hub Perindustrian Maritim Bersepadu ini menjadi titik permulaan kepada agenda jangka panjang yang disasarkan akan menjana lebih kurang 50,000 pekerjaan dan seterusnya menyokong agenda utama Perak Sejahtera 2030 melalui koridor TVET Malaysia iaitu dengan membawa masuk modal insan ke Negeri Perak dengan memanfaatkan kelebihan yang ditawarkan oleh Lumut Port. LuMIC mempunyai kelebihan berada di kedudukan strategik. Mempunyai infra yang berkualiti serta mempunyai akses kepada laluan air di kawasan-kawasan berkenaan yang turut menyokong usaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi, membawa masuk penyertaan swasta selain mewujudkan peluang pekerjaan perniagaan. Inisiatif pembangunan ini bakal membawa limpahan ekonomi kepada kawasan sekitar dan masyarakat setempat.
Walaubagaimanapun, pembangunan di LuMIC ini dijangka mengambil masa jangka panjang antara 20 tahun atau ke atas. Jadi ini bukanlah pembangunan yang mana kita katakan kita umum hari ini, esok kita boleh nampak ada di situ. Ia memerlukan, ini memerlukan masa yang panjang juga untuk 50,000 pekerjaan itu dan kita ini merupakan satu perancangan bukan sahaja untuk kita sekarang tetapi juga kepada anak-anak cucu kita.
Pembangunan Tanjong Malim Industrial City atau TMIC. projek yang sering kita dengar ialah projek Automotive High-Technology Valley atau AHTV di Tanjong Malim merupakan projek mega dengan jumlah pelaburan sebanyak tidak kurang daripada RM32 bilion bagi menjadikan Tanjong Malim sebagai hab automotif bertaraf global untuk kenderaan terutamanya tenaga baru atau NEV. Lantaran itu, PKNPk melalui anak syarikatnya, Perak Corp mengambil peluang atas pembangunan AHTV dengan cadangan pembangunan Tanjong Malim Industrial City (TMIC) yang merangkumi pembangunan berintegrasikan industri kediaman dengan keluasan sebanyak 424 ekar dan juga terletak bersebelahan dengan fasiliti pembuatan automotif terkini Malaysia iaitu kilang Proton di Tanjong Malim. Selain itu, pembangunan di Kawasan Perindustrian Kerian.
Kerajaan Negeri juga merancang untuk membangunkan kawasan perindustrian di Daerah Kerian dalam usaha mendokong hasrat Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak dalam usaha untuk memperkasa dan mengukuhkan lagi sektor E&E di wilayah utara. Pembukaan kawasan perindustrian baru ini adalah antara usaha-usaha Kerajaan untuk meraih lebih banyak pelaburan berimpak tinggi bagi menarik lebih banyak pelabur, melabur di Malaysia dan Perak khususnya. Kerajaan Persekutuan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA memperkenalkan pelbagai inisiatif supaya pelabur memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.
Antara inisiatif-inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi membantu negeri mesra pelabur adalah seperti berikut. Menawarkan insentif sewa beli pre-pakej kepada pelabur yang hendak melabur dalam aktiviti perkilangan di Perak. Bekerjasama dengan pejabat MIDA Negeri dan MIDA di seberang laut dalam membawa pelaburan. Mengunjungi tapak-tapak cadangan penempatan projek pelaburan di Negeri Perak. Insentif cukai baik langsung atau tidak langsung diperuntukkan dalam Akta Penggalakan Pelaburan 1986 atau Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Zon Bebas 1990. Akta-Akta ini meliputi pelaburan dalam sektor perkilangan, pertanian, pelancongan termasuk hotel dan sektor perkhidmatan yang diluluskan serta penyelidikan dan pembangunan atau R&D, latihan dan aktiviti perlindungan alam sekitar. Elaun pelaburan semula turut ditawarkan kepada syarikat pelabur yang terus menambah pelaburan mereka melalui projek-projek pembesaran fasiliti kilang dan operasi mereka.
Di samping itu, Kerajaan Persekutuan melalui pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara atau NCIA pula turut mempromosikan pelbagai insentif bagi menarik pelaburan ke Negeri Perak termasuklah kawasan perindustrian Kampung Aceh. Insentif-insentif ini termasuklah insentif cukai sehingga 15 tahun. Insentif subsidi gaji melalui NCER atau lebih dikenali sebagai Talent Enhancement Programme, pembangunan bakat dan ekosistem industri melalui projek NCER Technology Innovation Center atau NTIC, Pembangunan Usahawan Bumiputera melalui Program Dana Usahawan di mana geran ditawarkan sehingga RM2 juta dari kos layak projek untuk pembangunan infrastruktur dan mesin bagi menyokong pelaburan oleh syarikat-syarikat bumiputera dalam sektor seperti pembuatan Agri Bio, ekonomi digital dan pelancongan.
Kerajaan Negeri Perak juga tidak ketinggalan dalam mengambil langkah bagi menarik pelaburan ke kawasan perindustrian Kampung Aceh dalam meningkatkan occupying rated dengan menyediakan free consultation khas bersama semua agensi terlibat di bawah inisiatif COI@InvestPerak yang sedia ada bagi memastikan keperluan permohonan merancang atau KM adalah lengkap sebelum KM secara rasmi dikemukakan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan diskaun-diskaun premium tanah serta kebenaran untuk kerja awalan setelah permohonan KM dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau Pihak Berkuasa berkenaan. Proses kelulusan KM secara fast track juga diberi tempoh 21 hari dengan syarat semua keperluan dokumentasi adalah lengkap. Kerajaan Negeri Perak turut memberi remisyen cukai tanah dalam tempoh tiga tahun selepas production dated. Bertitik tolak daripada inisiatif yang ditawarkan Kerajaan Perak mahupun Persekutuan ini disimpulkan bahawa ianya bakal membawa limpahan kepada kawasan-kawasan sekitar dan masyarakat setempat.
Soalan tambahan. Astaka, sila.
Terima kasih jawapan YB Exco yang begitu komprehensif yang berkaitan dengan transformasi industri-industri di Daerah Manjung dan jugak macam mana untuk kita menaikkan occupying rated di Kampung Acheh. Soalan saya untuk menaikkan industri ini, kita juga harus memastikan industri yang kita tarik masuk bukannya yang lebih cenderung kepada nilainya tidak tinggi tapi cadangan adalah untuk kita menarik pelaburan yang boleh terutamanya sektor pembuatan yang bernilai tinggi ataupun dengan izin high value manufacturing supaya pelaburan ini datang ia tidak akan hanya membawa manfaat kepada industri tersebut atau kilang tersebut sahaja dan pekerja yang mendapat peluang pekerjaan adalah contohnya pekerja asing. So, apakah usaha Kerajaan Negeri untuk kita memastikan yang datang itu lebih kepada high value manufacturing? Terima kasih.
Sememangnya, sekiranya itu yang ditanyakan, saya rasa semua Negeri di dalam Malaysia atau secara amnya, semua Negara di dalam dunia pun mempunyai aspirasi atau cita-cita untuk kita naikkan pembangunan terutamanya industri Hi-Tech. Itu memang menjadi impian semua lah tetapi suka tak suka, kita juga mempunyai, kita kena memahami keadaan situasi biar di mana-mana negara atau di mana-mana negeri. Keadaan di Negeri Perak yang seperti saya pernah ujarkan banyak kali ialah salah satu masalah ialah kita mempunyai legasi problem di mana kita tiada pembangunan kawasan industri yang betul-betul mampan. Ok satu. Yang secara lama dah di Negeri Perak. Itu satu, ok. Jadi untuk membangun satu kawasan industri itu, kita memerlukan pelbagai resources, dengan izin atau sumber termasuk daripada dana Persekutuan. Itu merupakan satu. Jadi itu nombor satu.
Nombor dua ialah kita juga perlu lihat kepada keadaan ekosistem kita. Sebagai contoh saya bagi ekosistem satu ialah, ekosistem mempunyai talent-talent atau kepakaran-kepakaran. Ok. Jadi macam saya bagi contoh. Kalau untuk kita bandingkan kepada yang apa yang ada di dalam Dewan ni. Dewan ini kita mempunyai mungkin ada 50 lebih? 60? 59 YB yang ada dengan penjawat-penjawat awam yang ada. Baru berapa kerat sahaja yang ada dekat Dewan sekarang. Kalau dibandingkan dengan Putrajaya, jadi sememangnya kalau ekosistem di Putrajaya mempunyai pentadbir yang hebat- hebat. Bukan kata Pentadbir di Ipoh sekarang tak hebat, tetapi mereka mempunyai lebih ramai orang di situ di mana apabila mereka nak melakukan brainstorming, mereka nak melakukan perancangan, mereka mempunyai rujukan yang dekat dan mereka mempunyai pengalaman. Mereka boleh berkongsi dengan orang ramai. Lebih senang. Begitu juga sama dengan industri swasta. Apabila ada di negeri-negeri yang sudah hebat, yang sudah jauh di hadapan kita. Apabila mereka berada mempunyai bantuan-bantuan Kerajaan Pusat, biarlah di negeri yang selari dengan Persekutuan atau pun Negeri yang tidak selari, mungkin negeri pembangkang tetapi yang telah dibantu berpuluh tahun oleh Kerajaan Pusat. Jadi mereka mempunyai ekosistem di situ dan apabila ekosistem tu ada jadi kebiasaannya pelabur-pelabur akan ke ekosistem tersebut. Jadi kita secara jujurnya Negeri Perak kita sekarang sedang giat membina ekosistem tersebut.
Macam saya katakan tadi, macam LuMIC. Begitu juga dengan apa yang kita bangunkan di Perak. Nak kata kita rancang kita buat sekarang, esok boleh terus jadi maju. Saya rasa tak ada siapa yang berani cakap begitu tetapi usaha telah kita giat lakukan dan kita harap akan dapat berjaya. Memang kita sekarang kita boleh lihat salah satu positifnya ialah kita mendapat orang kata tumpuan daripada Kerajaan Persekutuan di mana kita akan dapat kawasan Perindustrian Hi-Tech di Kerian. Jadi ini merupakan langkah permulaan yang bagus. Sekiranya kita berjaya mendapat lagi beberapa tumpuan dalam penggal ini. Saya harap, saya harap dan saya yakin Kerajaan Negeri Perak akan mampu bersaing di pasaran global. Setidak-tidaknya sekurang-kurangnya di rantau ini. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Sila Alor Pongsu.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya asyik mendengar daripada YB Exco tadi. Pertamanya untuk rate hari ini. Tahniah Perak di tangga pelaburan yang kelima terbesar di negara kita. Jadi tepuk sikit lah untuk YB Exco kita. Ok saya suka cara you jawab tadi. You blend Ekonomi Madani, NIMP, KSP, NETR. Bila Exco menyebut dia nak blend tu maknanya ramuan-ramuan dah ada untuk memajukan pelaburan di Perak. PMX dah sebut tentang Kerian Hi-Tech. MB dah sebut. Jumaat lepas Tuanku sebut, Tuanku titah. Hari ini saya bangga. Setahun saya tunggu. YB Exco 3 kali dia sebut pasal Kerian sebab saya orang Kerian. Jadi ramuan dah ada. YB Exco dengan Menteri Besar kena menjadi chef yang terbaik untuk wujudkan resepi yang terbaik. Tapi satu saya nak tanya. Bila kita dah buat banyak kawasan-kawasan perindustrian sebelum ini, adakah untuk Kerian Hi-Tech ini (KHTP) saya rasa Perak perlu buat satu majlis yang inklusif supaya kita dapat kawasan industri yang mampan? Tak boleh rojak-rojak lagi. Rojak-rojak tak boleh. Fokus. Jadi soalan saya, adakah pihak Exco terfikir atau pun memang dah terfikir untuk Kerian Technology Hi Park ini, Menteri MITI minggu lepas sebut 5 kali. Adakah kita akan buat satu majlis inklusif yang fikir tentang Kerian Technology Hi Park? Terima kasih.
Terima kasih Alor Pongsu. Sememangnya Kerajaan Negeri mempunyai hasrat dan juga impian serta kita mempunyai satu wawasan atau pun harapan yang agak tinggi kepada Kerian sebenarnya dan juga kita sedang bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Jadi sememangnya untuk salah satu masalah apabila kita berkata mengenai kawasan perindustrian hi-tech ini, kita sebagai negeri kita tidak boleh bekerja sendirian. Kita tidak boleh kata, ikut suka-suka. Katakan Negeri Perak, aku nak buat kapal terbanglah, nak buat roketlah, nak buat kapal lah. Contoh lah kan. Nak buat E&E lah apa. Sebab kita perlu bersekali dalam rancangan dengan Persekutuan. Sebagai contoh, kalau Persekutuan kata dia nak buat benda A dekat Negeri A, kita pun kata nak buat A. Jadi ini mungkin akan berlaku cannibalization atau apa-apa yang menyebabkan kedua-dua negeri menjadi permasalahan. Atau pun mungkin Negeri persekutuan sedang merancang buat A di sini. Negeri sebelah tu kena buat A+ sebagainya untuk kita boleh sama-sama ada satu sinergi bagi kedua-dua negeri.
Jadi ini merupakan salah satu tumpuan utama kita dan kita memang sedang berusaha bersama dengan Kerajaan Persekutuan di mana Kerajaan Persekutuan seperti yang kita tahu, memang sekarang ingin bergerak kepada terutamanya dalam sektor green technology. Ok jadi, kita boleh melihat di situ kita setentunya kita tidak akan membuat kapal di Kerian. Sebagai contoh. Kita kena berlaku adil kepada ekosistem yang ada di situ dan kita akan juga akan menaikkan ekosistem yang secara sinerginya boleh bekerjasama dengan industri-industri yang ada di sebelah-sebelah tu. terima kasih.
Terima kasih kepada YB Jalong. Seterusnya di jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Malim Nawar mengutarakan soalan nombor 6. Terima kasih.
Auzubillahi minashaitan ni rajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil-‘alamin. Was-Salatu was-Salam ‘ala 'Asyrafil Anbiyai walmursalin. Waala Aalihi Wasahbihi Ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Malim Nawar di atas soalan yang di utarakan berkaitan dengan program-program pembangunan usahawan yang akan atau bakal ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Perak.
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Adun Kota Tampan merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah Negeri Perak yang turut memberi kesan positif kepada usaha pembangunan usahawan yang kini merupakan salah satu sektor penyumbang ekonomi terbesar kepada Kerajaan Negeri Perak iaitu dari segi aspek hasil, penyediaan peluang pekerjaan dan pembangunan ekosistem ekonomi. Berdasarkan laporan Jabatan Statistik Malaysia dalam sektor PMKS mencatatkan sumbangan 38.4% kepada KDNK Negara dan 48.2% kepada sumbangan guna tenaga kerja di Perak. Dianggarkan hampir 200 ribu usahawan PMKS yang terlibat dalam pelbagai jenis dan skala perniagaan baik penjaja di tepi jalan, perniagaan atas talian, bengkel kereta, pengusaha spa, pembuat produk kraf sehinggalah pembuatan produk makanan dan bukan makanan sehingga bertaraf pengeksport.
Bagi merancakkan lagi sektor keusahawanan di Negeri Perak, pelbagai program telah pun dirangka oleh Kerajaan Negeri Perak sepanjang tahun 2024 nanti Insya Allah.
Yang mana ia akan mensasarkan kepada pemerkasaan usahawan sedia ada serta melahirkan usahawan-usahawan berpotensi baru di seluruh Negeri Perak. Antaranya ialah yang pertama. Kerajaan Negeri akan meneruskan siri Jelajah Hari Usahawan Agro dan Koperasi Negeri Perak 2024 selepas melihat sambutan yang amat menggalakkan dari pengunjung sepanjang 11 siri yang berjaya dijalankan sepanjang tahun 2023 yang mana pada tahun ini kita telah mulakan di Daerah Kuala Kangsar dan program ini bertujuan untuk membantu seramai mungkin usahawan dan koperasi dari seluruh pelusuk negeri untuk mendapatkan maklumat dan akses kepada bantuan dari lebih 40 agensi keusahawanan di samping untuk mempromosikan produk-produk tempatan di daerah yang terlibat. Kedua, kita akan meneruskan program Perak Road to eksport iaitu Program Bimbingan dan Bantuan Bersepadu bagi membantu seramai mungkin usahawan berpotensi baru meluaskan pasaran mereka sama ada di dalam mahupun di luar negara. Yang ketiga ialah kita akan memantapkan lagi program Pendigitalan Usahawan Perak bagi membantu seramai mungkin usahawan PMKS Perak terutamanya penjaja, peniaga pasar malam dan di rumah menggunakan platform digital dan atas talian untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan jualan mereka. Sebagai contoh, kalau tahun lepas kita ada program e-Juwita berfokus kepada pendigitalan untuk usahawan-usahawan wanita dan tahun ini kita akan fokuskan lagi juga program yang hampir sama bukan sahaja kepada wanita dan juga lelaki lah, maknanya tanpa mengira gender.
Seterusnya meneruskan pelaksanaan geran usahawan Perak iaitu Geran Gerak yang akan memberi manfaat lebih daripada 300 orang bagi tahun 2024 dan program ini adalah dalam bentuk bantuan bersasar bagi membantu PMKS meningkatkan kapasiti perniagaan dan proses permohonan geran ini dijangka bermula pada bulan Mac 2024. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bolehlah memperingatkan kepada usahawan-usahawan di kawasan masing-masing agar alert atau pun boleh follow page sekretariat usahawan untuk melihat iklan-iklan yang ditawarkan dari segi bantuan dan sebagainya.
Turut kita akan memperluaskan program i-Tekat iaitu Program Bantuan Modal fokus kepada usahawan asnaf dan usahawan B40 meliputi setiap lapisan masyarakat ini usaha daripada Bank Negara Malaysia. Seterusnya memantapkan program Karnival Kopi Perak iaitu Program Cerita Secangkir Kopi yang mana kita akan meletakkan elemen keusahawanan dengan memasukkannya juga sebagai aktiviti sempena Tahun Melawat Perak pada tahun ini dengan meningkatkan lagi daya tarikan usahawan-usahawan berasaskan kopi dan ia juga untuk memastikan industri ini terus berkembang maju di Negeri Perak.
Seterusnya fokus kita ialah program libat urus bersama pemegang taruh berkaitan usahawan seperti golongan belia, persatuan penjaja termasuk lain-lain pihak melalui program Open Mic with Kak Sal agar mereka mendapat penerangan secara terus berkenaan program-program serta bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan tahun ini juga program-program baharu turut akan dijalankan. Antaranya ialah bakal melaksanakan program Usha Usahawan yang akan membantu 75 usahawan dari pelbagai sektor perniagaan untuk kita ketengahkan melalui promosi media dengan menggunakan khidmat pempengaruh agar meluaskan jaringan pemasaran mereka dan program ini telah berada di peringkat akhir dan bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Kita juga akan meneruskan program Business Fundamental Mastrim, Mahir usahawan Negeri Perak yang merupakan program kerjasama di antara STeP dan juga PASAK dan program ini akan mengumpulkan seramai 200 orang usahawan dan 50 usahawan yang terpilih ke fasa one to one coaching bersama pakar perancangan perniagaan dan kewangan. Kita akan saring dan Insya Allah pada tahun ini untuk makluman seisi Dewan, kita telah pun bermula sesi saringan untuk memilih peserta-peserta mengikut zon di mana zon yang pertama, 28 dan 29 Februari di Hotel Taiping Perdana. zon kedua, 2 dan 3 Mac di Dewan Utama PPK Gerik. Zon ketiga, 5 dan 6 Mac di Hotel Grand Court, Teluk Intan dan zon ke empat, 7 dan 8 Mac, Dewan Rafflesia RTC Gopeng dan konsepnya, ya kita buka kepada pendaftaran sebab ramai usahawan yang nak daftar dan kita akan saring dan kita akan memilih 200. Kemudiannya kita akan saring lagi untuk program one to one coatching.
Pada tahun ini juga, Kerajaan Negeri turut bakal melipat-gandakan usaha pembudayaan keusahawanan bagi menyemai semangat serta ilmu keusahawanan kepada golongan orang muda iaitu pelajar yang menjadi aset terbesar Kerajaan Negeri Perak. Justeru, satu jalinan kerjasama bersama Jabatan Pendidikan Negeri, JPN Perak telah dilaksanakan bagi menjalankan Karnival Usahawan Muda Negeri Perak yang bakal menghimpunkan lebih dari tiga ribu pelajar yang aktif dalam keusahawanan melalui koperasi dari sekolah-sekolah di Negeri Perak dan program ini bakal meliputi aspek pembangunan usahawan, pengurusan perniagaan serta inovasi produk dan satu karnival usahawan muda dijangka bakal dilaksanakan pada bulan Ogos 2024.
Untuk makluman sidang Dewan yang mulia, Program Pembudayaan Keusahawanan kepada Belia Perak juga bakal dilaksanakan dan ia juga turut akan melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi IPT awam ataupun swasta dan NGO ataupun persatuan belia di Negeri Perak dan program ini mensasarkan lebih dari 500 pelajar IPT dan belia Negeri Perak yang bakal melalui tiga fasa program yang telah dikhaskan buat mereka bagi mencapai objektif utama iaitu Sekolah Usahawan Belia Perak yang akan memastikan generasi usahawan masa depan kekal relevan dengan keperluan industri. Selain daripada itu juga tahun ini, kerajaan juga akan memberikan fokus kepada usaha mensijilkan usahawan dengan sijil halal. Kerajaan akan mengenal pasti usahawan-usahawan dari pelbagai segmen yang berpotensi untuk dikembangkan ke pasaran mereka. Untuk makluman seisi Dewan yang mulia, program-program yang saya bacakan ini hanyalah program yang menggunakan peruntukkan Kerajaan Negeri.
Walau bagaimanapun, bantuan keusahawanan ini tidak terhad hanya daripada peruntukan Kerajaan Negeri sahaja tetapi terdapat pelbagai lagi geran dan pinjaman kepada usaha-usaha pemula ataupun usahawan-usahawan sedia ada disediakan oleh pelbagai agensi lain seperti GLC-GLC di Negeri Perak. Tadi Yang Berhormat Lintang ada menjawab juga berkaitan dengan usahawan tani. Kita ada Perak SADC, TEKUN, SME Corp, Amanah Ikhtiar Malaysia, MARA, FAMA dan lain lain agensi lagi sepanjang tahun 2024. Tujuan utama perkara ini dilaksanakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membantu meningkatkan aspek pemasaran dan jenama, kapasiti pengeluaran, produktiviti dan capaian pelanggan untuk semua usahawan yang terlibat.
Bagi soalan yang kedua, Yang Berhormat bertanyakan berkenaan perincian program dan jumlah usahawan yang terlibat mengikut Dun. Untuk makluman, Kerajaan Negeri tidak membuat analisa ataupun pengumpulan data mengikut Dun. Walau bagaimanapun, semua program yang saya sebutkan sebentar tadi dijalankan di semua daerah yang akan melibatkan semua Dun di Negeri Perak. Memandangkan mekanisme Kerajaan Negeri, tumpuannya adalah melalui peringkat daerah dan sedikit data untuk dikongsi jumlah program dan jumlah usahawan yang terlibat pada tahun 2022, jumlah program 116 memberi manfaat kepada jumlah usahawan 11,773 dan untuk 2023, jumlah program 98 program tetapi melibatkan usahawan 33,510 orang. Dari data yang kita perolehi tahun 2023 menunjukkan peningkatan signifikan penglibatan usahawan tempatan terhadap program-program yang kita jalankan. Insya Allah pada tahun ini kita jangkakan penglibatan usahawan tempatan akan terus meningkat memandangkan usaha membudayakan keusahawanan akan kita gerakkan di seluruh peringkat dan di seluruh negeri Perak. Insya-Allah. Terima kasih.
Soalan tambahan, Malim Nawar sila.
Terima kasih Timbalan Speaker dan juga terima kasih kepada YB Dato' YB Exco di atas pencerahan yang komprehensif. Soalan tambahan saya adalah, adakah bantuan peralatan perniagaan sememangnya akan membantu kaum wanita khususnya bagi dalam golongan B40 bagi menjana pendapatan ataupun memulihkan status kewangan isi rumah golongan wanita ini? Jadi soalan saya, adakah pada tahun ini Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif untuk menghulurkan bantuan peralatan perniagaan kepada golongan ini? Terima kasih.
Terima kasih atas soalan tersebut. Insya Allah, seperti yang saya jawab tadi melalui Sekretariat Usahawan kita ada Geran Gerak yang juga sebahagiannya kebanyakannya daripada usahawan-usahawan Wanita tetapi kita juga ada program yang dikhususkan kepada wanita melalui Sekretariat Wanita Negeri Perak iaitu Program BizNita, bantuan peralatan kepada usahawan wanita dimasukkan dalam bajet RM300 ribu yang akan memberi manfaat lebih kurang 150 orang penerima manfaat. Jadi ini antara fokus khusus kepada usahawan wanita. Kita akan bagi bantuan peralatan. Jadi permohonan nanti boleh dimohon melalui Sekretariat Wanita Negeri Perak.
Jadi Puan YB Exco ingin saya tanyakan bilakah permohonan, adakah dia ada sistem atau proses untuk mendapatkan bantuan ini?
Saya telah menjawab untuk gerai gerak, kita akan buka insya Allah Mac nanti. Ya, ada proses yang perlu diisi, kena isi form dan sebagainya dan untuk BizNita pun akan dibuka dalam masa terdekat. Pun sama akan ada borang yang perlu diisi untuk kita saring dan tapislah.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, soalan tambahan.
Manong sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Soalan ini kepada Yang Berhormat Exco berkaitan usahawan. Soalan tambahan berkaitan dengan satu-satu usahawan baru yang mula disebut hari ini yang banyak telah disebut berkaitan dengan usahawan kitar semula dan menurut satu kajian, 24% daripada sampah yang dibuang, ada nilai dan kita lihat banyak pengutip mengutip sampah hari ini di merata tempat. Mungkin ada perancangan di pihak kerajaan untuk transform kan pengutip sampah ini kepada usahawan kitar semula. Mungkin boleh kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar jika ada perancangan pihak kerajaan dalam untuk melahirkan usahawan kitar semula atas faktor kelestarian alam terima kasih.
Terima kasih atas soalan yang dibangkitkan oleh Manong. Kita akan bekerjasama dengan Exco Alam Sekitar. Apa tu yang mana saya kira untuk portfolio saya, saya bukan sahaja melibatkan Exco yang berkaitan. Tadi kalau sebut soal program ataupun usahawan untuk kitar semula. Lagipun, Yang Berhormat Lintang pun sebut berkaitan dengan usahawan tani. Jadi mana-mana portfolio yang berkaitan untuk pembangunan usahawan, kita akan mendapat, kita akan bekerjasama dan kita akan tengoklah potensi-potensi. Dari segi bantuan, dia tetap tertakluk dengan peruntukan-peruntukan sedia ada yang mana kita akan melihat dari segi aspek dan pelbagai sektor usahawan-usahawan kita. Tidaklah terhad kepada F&B dan sebagainya Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Seterusnya di jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bukan kemarau bukan tengkujuh, Lubok Merbau soalan nombor 7.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Lubok Merbau yang membangkitkan mengenai aktiviti pengkuarian di Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, Lubok Merbau dan Dewan yang mulia ini, isu seperti aktiviti kuari terhadap ekosistem alam sekitar sentiasa dipantau ketat oleh Kerajaan Negeri. Aktiviti pengkuarian dijalankan di atas kelulusan Enakmen Mineral, Pajakan Melombong atau Lesen Melombong Tuan Punya yang dikeluarkan di bawah Enakmen Mineral Perak 2003. Sehubungan dengan itu, pengoperasian kuari pula adalah melalui surat kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) atau Surat kelulusan Skim Kuari (SKSK) yang dikeluarkan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Perak Kuari Rule 1992. Untuk makluman Yang Berhormat Lubok Merbau, untuk mengawal aktiviti pengkuarian di Negeri Perak, Jawatankuasa Penasihat Pengkuarian Negeri Perak telah ditubuhkan untuk mempertimbangkan permohonan pengoperasian kuari. Walaubagaimanapun, permohonan kelulusan Operasi kuari (SKSK) atau SKSPM perlu diputuskan melalui mesyuarat jawatankuasa ini yang dipengerusi oleh Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri iaitu PTG yang dianggotai oleh JMG, PDT, PBT, JAS, JKR, Plan Malaysia, JKKP, PDRM dan JPNP. Sungguhpun demikian, sekiranya berlaku ketidakpatuhan syarat kelulusan operasi kuari juga hendaklah dilaporkan dalam mesyuarat jawatankuasa ini untuk tindakan yang sewajarnya.
Saya ingin tegaskan di sini bahawa setiap aktiviti kuari yang dijalankan di Negeri Perak seharusnya tidak mengganggu ekosistem alam sekitar. Hal ini juga kerana ekosistem alam sekitar tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak. Justeru itu, antara tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri adalah melalui pengeluaran pajakan melombong atau lesen melombong tuan punya bagi tanah kuari selaras dengan pindaan Kanun Tanah Negara 2008 yang telah mengklasifikasikan, yang telah mengklasifikasikan batu kapur dan batu granit sebagai bahan mineral. Langkah ini dibuat bagi memastikan pengawalan aktiviti pengkuarian di Negeri Perak ditadbir dan dikawal selia di bawah Enakmen Mineral Perak 2003 dan Akta Pembangunan Mineral 1994.
Dengan pelaksanaan ini, setiap lot tanah kuari yang diluluskan untuk tujuan pengeluaran atau aktiviti pengorekan batu dikenakan bayaran bagi Kumpulan Wang Pemulihan Bersama (KWPB) setiap tahun sehingga tempoh pajakan melombong atau lesen melombong tuan punya tamat. KWPB ditadbir oleh Pihak Berkuasa negeri melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Perak bagi tujuan pemulihan tanah kuari termasuk kawasan infrastruktur yang terlibat dan mana-mana kawasan sekeliling yang terjejas daripada aktiviti perlombongan dan pengkuarian. Dalam memastikan alam sekitar kekal terpelihara dengan baik penelitian terhadap aktiviti peletupan kuari yang dijalankan adalah perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Selain daripada itu, kawalan ke atas aktiviti peletupan di kuari yang selalu dikaitkan dengan impak negatif kepada alam sekitar, orang awam dan harta benda turut dibuat.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Negeri sentiasa tegas terhadap perkara ini. Langkah alternatif dalam memastikan aktiviti kuari tidak mengganggu ekosistem alam sekitar ini wajarlah dilaksanakan dengan sebaiknya. Syarat-syarat yang ketat dikenakan ke atas aktiviti peletupan merangkumi rekabentuk letupan, pembedil yang bertauliah, waktu letupan, had parameter gegaran bumi dan ledakan udara. Di samping itu, cadangan rekabentuk letupan yang disediakan oleh pembedil bertauliah perlulah digesa oleh jurutera perunding perlombongan. Seterusnya hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak sebelum kerja penutupan dilaksanakan.
Untuk makluman Dewan yang mulia, kesemua kuari yang berada dalam lokasi sensitif iaitu berhampiran dengan kepentingan awam perlulah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Oleh itu juga, kelulusan tersebut hendaklah diperolehi sebelum setiap kali kerja penutupan dilaksanakan. Tambahan pula, setiap kerja peletupan perlu dilaksanakan oleh pembedil bertauliah dan diawasi oleh jurutera perunding bagi memastikan aktiviti letupan yang dijalankan tidak memberikan impak negatif kepada bangunan dan orang awam sekitarnya. Pemantauan gegaran bumi dan ledakan udara menggunakan sismometer juga perlu dilakukan di lokasi kepentingan awam berhampiran atau mana-mana lokasi yang diarah oleh JMG. Kerja pemantauan ini turut dilaksanakan oleh pengusaha kuari sendiri atau melalui jurutera pengiring. Pemantauan hendaklah direkodkan dan dikemukakan kepada JMG secara berkala.
Untuk makluman Yang Berhormat Lubok Merbau, penghasilan habuk daripada aktiviti pengkuarian juga boleh menyumbangkan kepada pencemaran alam sekitar dan ketenteraman awam. Bagi mengatasi isu ini, Pihak Berkuasa Negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penghijauan dan Pemulihan Kawasan Kuari fokus kepada Zon Pengkuarian Simpang Pulai. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan sejak tahun 2014 dan dipengerusikan oleh Pengarah PTG Perak. Jawatankuasa ini dianggotai oleh agensi Teknikal Persatuan Kuari Perak dan wakil pengusaha kuari. Melalui jawatankuasa ini, projek pencucian jalan untuk mengawal habuk di sepanjang jalan raya Simpang Pulai, Cameron Highland yang melibatkan kawasan kuari telah dilaksanakan sejak tahun 2016 dan masih diteruskan sehingga kini. Kos pencucian jalan ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha-pengusaha kuari batu kapur di Simpang Pulai. Secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri sentiasa melaksanakan pemantauan dan kawalan ke atas aktiviti pengkuarian di Negeri Perak melalui Jawatankuasa Penasihat Pengkuarian Negeri Perak dan jabatan juga agensi teknikal yang terlibat bagi memastikan pengoperasian kuari di Negeri Perak dilaksanakan secara terkawal dan tidak menjejaskan ekosistem alam sekitar.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, setakat inilah saja penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu yang dibangkitkan, saya berharap daripada penjelasan tersebut telah dapat menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Lubok Merbau. Kerajaan Negeri sentiasa cakna dalam memastikan kekayaan ekonomi boleh dicapai dan mencari mekanisme terbaik dalam memastikan pembangunan dan kelestarian alam merupakan usaha kolektif. Dengan penglibatan semua pihak. Bak kata peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Dun Lubok Merbau sila
Terima kasih YB Exco saya, soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah keselamatan yang telah diambil bagi kerja-kerja letupan, bagi kerja-kerja yang telah dilakukan di Hulu Pondok Padang Rengas? Terima kasih.
Yang khas untuk Padang Rengas dan Padang Rengas tu ialah kilang simen. Yang disebut tadi kaedah kerja-kerja meletup sentiasa dipantau dan setiap kali kalau mereka adakan itu apa operasi meletup. Mereka harus adalah sistem pemantauan yang ditetapkan dan saya tak pasti mungkin Yang Berhormat Lubok Merbau ada apa-apa pandangan yang tidak memuaskan atau…
Tentang kesan letupan ataupun rekahan-rekahan yang setakat ini adakah pihak?
Kesan-kesan letupan melalui habuk-habuk yang dihasilkan? Tadi saya sebutkan sistem pemantauan gegaran bumi dan gerakan udara menggunakan seismometer. Juga perlu dilakukan di lokasi kepentingan awam berhampiran atau mana-mana lokasi yang diarah oleh JMG. Jadi kerja pemantauan ini turut dilaksanakan oleh pengusaha kuari sendiri atau melalui jurutera perunding. Jadi sekiranya dekat kawasan ada-ada apa aduan ke apa mungkin boleh dipanjangkan kepada pejabat saya atau di JMG. Ok silakan, terima kasih.
Ayer Kuning, boleh?
Soalan tambahan. Bercham sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya adalah seperti yang dijelaskan oleh pihak Exco dan ada usaha untuk membersihkan persekitaran termasuk habuk ataupun pasir dan rujukan oleh sekitar kuari termasuk di Simpang Pulai ke Cameron Highlands. Di mana saya rasa usaha yang dilakukan sejak 2016 ini dijalankan, saya rasa ada ruangan yang besar untuk dipertingkatkan lagi agar sebab tahun ini merupakan Tahun Melawat Perak. Kita ingin imej di negeri kita ni dipelihara dan soalan tambahan sayalah tentang adakah pihak pengusaha-pengusaha kuari ini diberikan cadangan untuk menjalankan CSR di mana corporate social responsibility agar mereka selain daripada membersihkan kawasan sahaja, mereka melakukan sesuatu dan penambahbaikan landskap persekitaran termasuk kita pergi ke Gua Kek Lok Tong dan nampak dulunya cantik. Tapi sekarang landskap tersebut telah tercalar sikit sebab ada pandangan di belakang sana ada sisa-sisa kuari yang tapak kuari yang begitu besar. Jadi adakah mereka membantu dari segi untuk sebab ini pihak Kerajaan Negeri tidak harus tanggung sepenuhnya? Mereka perlu ada tanggungjawab sikit untuk membantu dan memulihkan landskap di persekitaran kuari mereka. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bercham. Ok, mengenai CSR tersebut. Tadi saya dah sebut dengan pelaksanaan setiap kuari itu yang diluluskan. Dia ada dikenakan satu bayaran Kumpulan Wang Pemulihan Bersama untuk setiap tahun sehingga tempoh pajakan lesen tersebut tamat. Jadi mungkin saya setuju memang ada peluang lagi untuk menambah baik lagi kerja kerja pembersihan dan pada masa yang sama CSR kepada kerja-kerja pemulihan alam sekitar itu. Jadi, kita akan terus pantau dengan baik dan semoga alam sekitar kita ini dapat dijaga dengan baik sekali. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Exco.
Satu soalan.
Ok last final question.
Soalan, adakah YB Exco bersetuju Laporan Alam Sekitar atau pun EIA dan laporan-laporan yang lain ia menjadi kekangan kepada pengusaha dan juga kepada pelabur dan ia juga menjadi kerugian kepada Kerajaan Negeri yang mendapatkan kebenaran lesen dan sebagainya kerana apa kerana ianya ada proses-proses yang melambatkan dan ianya ia nampak ya bagi pengamatan saya, ia rugi kepada hasil kepada Kerajaan Negeri? Jadi apakah ada tindakan-tindakan ataupun ada cara bagaimana untuk kita mempercepatkan hasil daripada kelulusan-kelulusan daripada Laporan EIA dan sebagainya kerana apa ada setengahnya pada ketika ataupun masa dahulu? Kawasan-kawasan kuari ini adalah kawasan yang telah pun lama diusahakan dan dalam masa yang sama ada juga kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kawasan-kawasan perumahan dan ianya menjadi kekangan halangan dalam apabila mendapat Laporan EIA dan sebagainya. Bagaimanakah tindakan yang dibolehkan untuk menyelesaikan masalah? Terima kasih.
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Ayer Kuning. Saya rasa titik keseimbangan itu kita perlu pada masa kita mengejar pembangunan ekonomi. Dalam alam kelestarian alam sekitar itu kita kena pantau jugak, jadi EIA ini merupakan satu sistem, sistem untuk kajian-kajian sebelum kita mula memberi kelulusan. Jadi, kita ambil maklum masalah-masalah yang dihadapi dan kita akan terperincikan masalah yang dihadapi dan semoga kita mendapat satu penyelesaian yang win-win, ok, kepada semua. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikut.
Usul yang telah diberi notis, Usul Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak DMotion
Perkara yang kelima usul yang telah diberi notis, Usul Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi, menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut : Ampun Tuanku, patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini, merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima belas. Perak Darul Ridzuan. Terima Kasih.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Tronoh menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang dui-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini. Merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah pun mendapat sokongan. Sekarang. Masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama empat puluh minit setiap seorang manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama dua puluh minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik baiknya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Perpaduan. Saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato'
Yang di-Pertua, Ahli-ahli MMK Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Ahli-ahli Dewan Negeri daripada blok kerajaan dan blok pembangkang, para pegawai kerajaan, para media, wakil pentadbiran dan pelajar daripada UITM Seri Iskandar dan juga Youth Kampar, tuan-tuan, puan-puan dan para penonton di laman media sosial.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya bangun bagi menyokong usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan menyembah ucapan tahniah dan menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Dato' Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya memohon untuk merafak sembah junjungan kasih atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari Jumaat yang lepas. Pandangan dan pemikiran Tuanku dalam hal ehwal mengurus negeri dan negara senantiasa menjadi pedoman bagi kerajaan Tuanku serta dijadikan pegangan iktibar dan panduan dalam segala keputusan yang diambil bagi memanfaatkan rakyat jelata. Disamping itu, Tronoh turut ingin mengambil peluang ini untuk merafak sembah dan setinggi tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Perak atas pelantikan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, baru ini. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pelantikan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong merupakan bukti dedikasi baginda dalam melaksanakan tanggungjawab kepada institusi Diraja seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai anak jati kelahiran di Negeri Perak, Tronoh berasa amat bangga dan syukur pada Allah atas segala rahmatnya Negeri Perak menjadi semakin maju dan saya berjanji sebagai anak jati Perak akan mencurahkan segala baktiku bagi negeriku yang tercinta iaitu Perak Darul Ridzuan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pada pagi yang mulia ini, Tronoh bangun bagi membahaskan Titah Diraja dengan membawa suara anak muda di dalam Dewan yang mulia ini. Merujuk kepada Titah Diraja perenggan ke-32, hampir 42% penduduk di Negeri Perak terdiri daripada golongan belia. Secara jujur, pada era globalisasi ini, saya sendiri melihat bahawa semakin ramai anak muda diberi peluang untuk menyuarakan pembangunan negara ataupun negeri. Untuk maklumat golongan belia sebenarnya, pelbagai platform yang disediakan oleh kerajaan yang ada pada hari ini di antaranya adalah Dewan Belia Negeri Perak yang menggunapakai sistem yang hampir sama, seperti Persidangan Dewan Negeri Perak. Saya mendoakan agar para Ahli Dewan Belia akan berjaya suatu hari nanti bersama dengan kerajaan perpaduan bagi mentadbir serta menguruskan negeri yang tercinta kita.
Berkenaan soal belia ataupun anak muda, sememangnya tidak dapat dinafikan di dalam Dewan yang mulia ini, terdapat satu jumlah yang amat relevan iaitu sekurang kurangnya 10 orang Ahli Dewan Negeri daripada blok kerajaan dan juga blok pembangkang. Daripada jumlah 50 orang Ahli Dewan Negeri merupakan golongan belia bagi mengutarakan pandangan berkenaan halatuju pembangunan negeri. Secara kasar, kita boleh melihat daripada wakil parti di DAP sahaja seperti Yang Berhormat Pasir Bedamar, Yang Berhormat Buntong, Yang Berhormat Pasir Pinji, Yang Berhormat Astaka, Yang Berhormat Canning, Yang Berhormat Menglembu dan saya sendiri merupakan wakil bagi golongan belia. Ini menunjukkan parti DAP adalah salah sebuah parti yang memberi peluang kepada golongan anak muda. Dengan itu saya ingin mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada pimpinan Kerajaan Perpaduan kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada Ahli Dewan Negeri yang termuda daripada blok kerajaan bagi menggalas tanggungjawab sebagai pembahas pertama iaitu penyokong usul yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Saya percaya ini merupakan salah satu kejayaan yang berjaya dihasilkan oleh Kerajaan Perpaduan dengan mengutamakan suara anak muda di dalam Dewan yang mulia dan ia merupakan salah satu rekod yang baru kepada Dewan Negeri Perak di mana Adun kerajaan termuda diberikan tanggungjawab untuk menjadi penyokong usul. Dengan kejayaan ini, ia telah menepis kenyataan ataupun stigma yang mengatakan politik negara atau negeri hanya didominasi oleh veteran politik.
Sebagai peringatan kepada semua sering kali kita mendengar youth of today are the leaders of tomorrow dengan izin tetapi Dewan Negeri Perak ini telah melakarkan sejarah dan membuktikan bahawa youth as leaders of today not tomorrow dengan izin. Sekali lagi, saya ingin memperingatkan kepada semua, pemuda pada hari ini bukan semata mata merupakan pengganti kepada veteran, tetapi saya percaya kita perlu memainkan tanggungjawab dan senantiasa bersiap sedia sebagai pengganding bahu demi kejayaan pentadbiran negeri seperti yang ternyata dalam Titah Diraja iaitu perenggan yang ke-37 warga yang memiliki semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih untuk bersatu daripada berpecah. Bangunkan Negeri Perak ini dalam semangat semangat menggabungkan kekuatan yang ada sesama kita menghayati semangat bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dalam titah Tuanku turut menyebut para belia hendaklah diberikan pendedahan pengalaman dilatih dan dibimbing untuk mengambil tanggungjawab yang lebih besar dengan membuka ruang menyertai pelbagai jawatankuasa ataupun acara. Karnival Anak Muda 2023 yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri adalah salah satu acara yang begitu berjaya bagi golongan belia mempunyai ruang untuk menunjukkan bakat melalui pengalaman. Dengan itu, saya ingin mencadangkan agar pertandingan pancaragam sekolah-sekolah Negeri Perak turut dimasukkan ke dalam program tersebut. Mengimbas kembali ke zaman persekolahan menengah saya di SMK St Michael Ipoh saya masih ingat seluruh pelajar sekolah termasuk para pentadbiran sekolah, para ibu bapa dan juga para alumni sekolah hadir ke Stadium Perak, Ipoh selepas waktu persekolahan untuk memberi sokongan yang amat padu kepada pasukan pancaragam sekolah masing-masing. Saya masih ingat pada ketika itu, saya percaya dengan penganjuran program tersebut daripada Jabatan Pelajaran Negeri Perak, ia dapat memberi satu platform kepada golongan belia untuk bersatu padu demi mempersembahkan bakat-bakat yang mereka perolehi dan dapat menyemarakkan semangat perpaduan antara belia tanpa mengira bangsa, agama atau pun latar belakang. Dengan itu, saya ingin mengulangi bahawa pertandingan pancaragam sekolah-sekolah Negeri Perak di Stadium Perak seharusnya dikembalikan semula.
Yang Berhormat Dato' Yang Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin membawa kesemua ahli mesyuarat serta para hadirin pada hari ini untuk melihat perenggan yang ke-36 dititah raja Titah Diraja yang menyatakan negara pada hari ini menghadapi cabaran besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Tatakelola yang baik sangat diperlukan untuk membina keyakinan para pelabur. Secara jujur, sememangnya kenyataan tersebut adalah amat benar sekali. Keyakinan para pelabur untuk melabur dalam negeri Perak adalah bergantung kepada kestabilan sesebuah kerajaan.
Ya Tronoh. Terima kasih YB Tronoh dan tahniah untuk menjadi pembahas utama untuk usul saya ingin sebelum ke bab yang lain lagi YB ada bawa isu tentang pembangunan belia di Negeri Perak dan juga ada banyak YB-YB dalam Dewan ini merupakan golongan belia termasuk saya yang lepaslah. Ok, jadi saya nak tadi banyak point-point yang ditunjukkan oleh ketengahkan di dalam Dewan yang mulia ini tentang banyak contoh-contoh yang baik iaitu dari perspektif unsur positif untuk belia di negeri kita, tetapi saya kata tidak seharusnya terlupa untuk golongan belia yang tercicir termasuk yang mereka yang tercicir daripada pelajaran ataupun terjebak sebab anasir anasir unsur negatif yang dibawa oleh kawan kawan yang tidak baik agar terjebak dalam katakan dalam isu penagihan dadah, masalah merempit, masalah banyaklah lagi.
Jadi ini bukan saya main tiktok ok jadi apakah cadangan yang lebih baik daripada YB Tronoh untuk membantu golongan ini termasuk untuk ada apakah segi daripada cadangan untuk membawa mereka ke pangkuan jalan yang lebih elok, lebih baik daripada secara beransur-ansur? Kita tahu yang jadi yang yang diketepikan atau tercicir ini kalau sehari atau setahun tak mungkin untuk setelah mereka terpesong daripada kehidupan mereka sehari ke setahun sukar tetapi macam mana tadi dikatakan dari gred D beranjak ke gred C itu adalah satu kemajuan. Jadi apakah yang boleh dicadangkan oleh YB Tronoh yang merupakan belia salah satu belia di dalam Dewan yang mulia? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bercham sebenarnya dalam pandangan dalam pandangan saya, saya mencadangkan bahawa seseorang belia tidak harus atau semestinya fokus dalam pendidikan sahaja. Kita seharusnya boleh mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum juga iaitu di luar waktu persekolahan. Dengan itu saya menyambung perbahasan saya. Maka dengan ini baru baru ini saya telah membaca sebuah kenyataan yang mengatakan pembangkang patut dipersalah susulan kejatuhan nilai ringgit dan keadaan ekonomi semasa. Saya amat bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana selekap selepas tertubuhnya Kerajaan Perpaduan, pihak sebelah sana sering kali bercakap adanya kemungkinan Kerajaan Perpaduan akan jatuh sebelum habis penggal dan sekiranya kita masih ingat apabila ketuanya dicabar untuk menunjukkan bukti tetapi gagal untuk menunjukkan sebarang bukti pada Sidang Dewan sekitar bulan Mei 2023.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pada era globalisasi ini Tronoh amat yakin politik di Negeri Perak menjadi semakin stabil dan kukuh dengan kerjasama yang begitu erat di kalangan wakil negeri bagi Pakatan Harapan dan Barisan Nasional selepas pilihan raya umum yang ke-15. Semenjak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan di Negeri Perak, ada sebahagian pihak yang mengeluarkan pelbagai kenyataan mengatakan pembentukan Kerajaan Perpaduan ini tidak dapat bertahan lama dan cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan kerajaan. Maka pada hari ini kenyataan tersebut telah menjadi suatu kenyataan yang tidak berasas. Akhirnya kemelut politik yang dihadapi oleh semua pihak ini sebelum ini telah berakhir dan berjaya dinoktahkan dengan bukti oleh Pentadbiran Kerajaan yang sedia ada pada hari ini. Sebagai makluman kepada semua pihak, Kerajaan Perpaduan Negeri Perak turut telah melakarkan sejarah yang baru di mana Negeri Perak merupakan negeri pertama di seluruh Malaysia yang telah mengadakan Konvensyen Kerajaan Perpaduan dengan begitu jayanya pada 28 Januari 2024 di Hotel Casuarina, Meru. Dengan itu, rakyat di Negeri Perak tidak perlu lagi risau dengan kestabilan politik di dalam negeri kerana kesemua Ahli-ahli Dewan Negeri Kerajaan telah mengambil tanggungjawab untuk berganding bahu membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Alhamdulillah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dengan kestabilan dan kekukuhan politik. Saya percaya pengurusan negeri yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan serta pasukan Ahli-ahli MMK beliau akan menjadi lebih terancang dan lancar. Kestabilan politik di Negeri Perak akan mendatangkan pelbagai manfaat kepada rakyat jelata khususnya dalam sektor pembangunan ekonomi, pembangunan sosial serta perancangan kewangan. Pada hari ini. Saya yakin keberhasilan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak semakin membuah dan keberkesanannya semakin dapat dirasai oleh rakyat. Kenyataan tersebut telah dibuktikan dalam titah diRaja di perenggan yang kedua iaitu kutipan hasil RM1.21 bilion pada tahun 2023 merekodkan kutipan hasil tertinggi yang pernah diperolehi di Negeri Perak.
Pada masa yang sama, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua anggota kerajaan atas khidmat bakti dan segala usaha yang telah dikorbankan bagi menjayakan record tersebut. Bersama dengan Kerajaan Perpaduan. Bagi mewakili pihak kerajaan, sekiranya momentum dan kerjasama ini diteruskan, maka saya percaya Kerajaan Perpaduan ini akan membalas budi dan pengorbanan kalian dengan lebih lumayan. Jadikanlah kompetensi akauntabiliti dan responsibiliti sebagai teras pengurusan bagi menjulang kejayaan yang lebih bermakna pada masa yang akan datang. Dengan itu, ikhlas dari hati saya ingin menyampaikan sebuah pantun kepada semua anggota kerajaan. Korban berkhidmat demi suatu kejayaan. Kalau penat singgah sebentar di. Terima kasih Tronoh ucapkan segala jasa dan bakti kalian kami sanjungi.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, kita dapat melihat semakin ramai pelabur telah datang ke negeri yang tercinta kita iaitu Perak Darul Ridzuan untuk melabur. Sekiranya tidak silap menurut khabar angin kawasan di Dun Tronoh, khususnya di persekitaran Kampung Nala turut bakal menerima suatu pelaburan yang baru iaitu pembinaan stesen penjanaan tenaga solar yang berteknologi moden. Dengan itu, saya memohon GLC atau pun agensi yang berkenaan maklumkanlah status terkini projek tersebut. Dengan kehadiran pelabur untuk melabur di Negeri Perak, ia telah ataupun pasti memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata. Maka saya di sini ingin memperkuatkan kenyataan tersebut dengan pemberian beberapa contoh seperti syarikat automotif China yang memiliki kepentingan dalam Proton. Syarikat Geely telah menambahkan pelaburan sebanyak RM2 billion bagi mengembangkan projek kenderaan elektrik KV di Automotif Hi-Tech Valley di selatan Perak, Tanjong Malim pada tahun 2023 dan pelaburan itu dijangka akan mencecah RM32 billion ringgit. Merujuk kepada perenggan yang kedua belas dalam Titah DiRaja.
Selain daripada pelaburan tersebut, Syarikat Geely turut akan membawa 300 anak tempatan ke China untuk diberikan latihan kepakaran dalam bidang tersebut. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun pada 4 April 2023 semasa sesi waktu pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat beliau mengatakan selain itu, suatu kerjasama antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan Perak Corp Berhad bersama rakan strategiknya, Edward Schöne Holding Berhad akan membangunkan Silver Valley Technology Park dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.03 billion. Pada jangka masa yang panjang. Kerjasama strategik ini dijangka membawa pelaburan langsung asing dan domestik bernilai RM14 bilion serta menyediakan tiga belas ribu peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Negeri Perak.
Dato’ Yang Dato’ Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua saya terpaksa memohon maaf kerana saya tidak dapat untuk menyenaraikan kesemua pelaburan yang sedang berlangsung di Negeri Perak kerana terlalu banyak. Tapi barangkali mungkin dua contoh yang besar itu tidak mencukupi. Maka saya akan memberi lagi satu contoh iaitu yang ketiga. Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan, sebuah sebuah syarikat memproses mineral daripada China iaitu Jinjing Silikon Teknologi Sendirian Berhad turut akan memulakan pelaburan bernilai RM100 juta dengan pembinaan kilang baharu di Silver Valley, Teknologi Park dengan penghasilan kaca berkualiti tinggi yang digunakan dalam teknologi sistem tenaga solar. Kilang ini dijangka mula beroperasi pada suku tahun ketiga pada tahun ini dan dijangka menawarkan kira kira 500 peluang pekerjaan baharu buat rakyat di Negeri Perak.
Saya percaya rakyat di luar sana tertanya-tanya bagaimanakah kami dapat mencari peluang pekerjaan tersebut atau seumpamanya selepas mendengar kenyataan yang telah saya utarakan dalam perbahasan pada hari ini. Maka saya turut ingin mengambil peluang ini untuk membantu rakyat Negeri Perak mendapatkan peluang pekerjaan. Berkemungkinan besar rakyat jelata tidak tahu. Sebenarnya Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ini turut telah menyediakan platform bagi rakyat untuk mencari pekerjaan. Kerajaan Negeri telah membina sebuah platform iaitu Pusat Aspirasi Anak Perak dengan nama singkatannya (PASAK) yang merupakan satu agensi pembangunan sumber manusia di bawah Kerajaan Negeri Perak untuk membantu menguruskan kekosongan jawatan pekerjaan dan program latihan yang bersesuaian untuk para pencari kerja terutamanya rakyat Negeri Perak.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua merujuk kepada perenggan ke-10 dalam titah Diraja ,kita boleh melihat Kementerian Perumahan dan Kerajaan dan Kerajaan Tempatan yang juga diketuai oleh anak jati Negeri Perak iaitu Ahli Parlimen kawasan Teluk Intan merangkap Adun Kepayang turut telah mengambil segala usaha untuk menyejahterakan penduduk di Negeri Perak dengan melaksanakan pelbagai program sentuhan kasih menerusi projek-projek pemuliharaan kemudahan-kemudahan awam, kawasan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dengan jumlah bernilai RM95 juta diperuntukkan untuk 942 projek.
Dato’ Yang di-Pertua saya amat yakin selama ini, Negeri Perak tidak pernah menerima hadiah yang begitu besar daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebagai makluman kepada ahli mesyuarat di kawasan Dun Tronoh pada tahun 2023, Pasar Awam Pekan Pusing juga telah menerima peruntukan sebanyak RM350 ribu bagi kerja-kerja penaiktarafan pasar tersebut yang tidak dinaik taraf hamper…hampir 30 tahun dan Pasar Awam Pekan Tronoh juga menerima peruntukan sebanyak RM250 ribu bagi kerja-kerja penaiktarafan pasar. Kedua-dua pasar tersebut terletak di bawah Pengurusan Majlis Daerah Batu Gajah dan dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan kedua-dua projek penaiktarafan itu. Kedua-dua projek penaiktarafan itu telah disiap sepenuhnya pada hujung tahun 2023. Selain daripada itu, di kawasan Dun Tronoh juga merupakan salah satu kawasan yang yang mempunyai kampung baru dan kampung baru berangkai yang paling banyak. Pada tahun 2023, jumlah peruntukan yang diterima oleh kampung-kampung baru di kawasan Dun Tronoh turut mencecah RM1 juta. Bagi membaikpulih prasarana kampung, dengan sukacitanya saya mewakili rakyat di kawasan Dun Tronoh ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana memberi keprihatinan yang sewajarnya kepada rakyat di kawasan Dun Tronoh. Bagi kampung baru berangkai di kawasan Dun Tronoh seperti Kampung Bemban, Kampung Baru Bali dan Kampung Nala.
Antara isu utamanya adalah jawatankuasa pengurusan kampung masing-masing seringkali menghadapi masalah bagi pembayaran bil elektrik, lampu jalan dan apabila menghadapi kesukaran untuk membayar bil elektrik lampu jalan, maka pihak TNB akan memotong bekalan elektrik. Maka di sini saya ingin mencadangkan kepada TNB Batu Gajah agar suatu makluman ataupun perbincangan diadakan bersama dengan pihak Adun dahulu sebelum pemotongan bekalan elektrik berlaku bagi mencari jalan untuk menyelesaikan kekangan yang dihadapi dan bukannya pemotongan bekalan dibuat tanpa pemakluman kepada pihak Adun kerana saya percaya pencahayaan dalam kampung-kampung laluan adalah salah satu keperluan penduduk kampung.
Saya mohon laluan anak bertanya. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya setuju tak Tronoh sekiranya sebenarnya peruntukan kepada Adun sangatlah penting ya bagi membantu rakyat kita yang permasalahan dalam membayar bil-bil khususnya termasuklah bil-bil tiang lampu yang melibatkan premis mereka. Begitu jugalah ya dengan bil-bil elektrik yang dialami oleh rakyat kita di kawasan masing masing. Adakah setuju ya Tronoh bahawa peruntukkan untuk Dun-Dun adalah untuk Adun-Adun adalah penting. Sekian itulah sahaja soalan saya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Bota. Sebenarnya saya percaya dalam Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang seringkali memakai sistem adil dan saksama. Setiap kawasan masing-masing telah mendapat peruntukan yang sama dengan kerajaan dengan wakil kerajaan, wakil Adun Kerajaan. Berbalik kepada perbahasan saya berhubung dengan masalah-masalah di kampung baru rangkaian yang tersenarai tadi. Pihak saya ingin memohon bantuan daripada Kerajaan Negeri agar masalah tersebut dapat diatasi dalam masa yang terdekat dan pihak saya akan menghantar sesalinan surat permohonan bantuan kepada pejabat Exco yang berkenaan pada masa yang akan datang.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sektor pelancongan merupakan salah satu sektor utama yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi secara terus dalam jangka masa yang pendek. Kebijaksanaan Kerajaan Negeri bagi memperkenalkan Tahun Melawat Perak 2024. Bermula daripada tahun lepas, 2023 seharusnya menerima pujian yang sewajarnya kerana saya yakin dengan perancangan tersebut, ia merupakan satu faktor utama untuk menarik pelancong datang semula ke Negeri Perak.
Laluan. Terima kasih kepada Tronoh. Yang Berhormat Dato’ Speaker. Slim nak bertanya kepada Tronoh. Kebetulan Tronoh menyentuh tentang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Juga menyentuh tentang kampung baru dan menyentuh tentang pelancongan. Ketiga-tiga ini Slim nak kaitkan bahawa apakah pandangan Tronoh berkaitan dengan cadangan untuk menjadikan kampung baru sebagai kampung di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dicadangkan dan sudah pasti saya lihat beberapa statement daripada parti kerajaan sendiri yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Saya minta pandangan, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Slim. Saya tak pastilah sama ada Slim Yang Berhormat Slim telah membaca kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri atau tidak. Dengan itu, saya ingin memesan kepada Yang Berhormat Slim. Tolonglah rajin membaca kenyataan Yang Berhormat Menteri itu.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya yakin dengan perancangan tersebut iaitu perancangan bagi Tahun Melawat Perak 2024 merupakan salah satu faktor utama untuk menarik pelancong datang semula ke Negeri Perak dan inisiatif tersebut telah membantu dalam pemulihan ekonomi tempatan dengan kadar yang lebih cepat selepas pandemik covid yang melanda satu dunia. Saya masih ingat pada tahun 2023, ramai di antara kita berasa ragu-ragu sama ada ia merupakan masa yang tepat untuk memperkenalkan Tahun Melawat Perak 2024 tetapi atas usaha kerjasama daripada semua pihak khususnya Yang Berhormat Exco Pelancongan, pemain industri pelancongan, Tourism Perak, MOTAC dan juga pelbagai pihak lagi, Tahun Melawat Perak memberi satu imej yang semakin berjaya. Pelbagai destinasi dan aktiviti pelancongan telah menarik sebilangan besar pelancongan pelancong luar negara ataupun luar negeri ke Negeri Perak khususnya Royal Belum Rainforest Resort ataupun Taman Negeri Royal Belum, Tasik Cermin, Pulau Pangkor, Masjid Diraja Ubudiah, Kallie's Castle, Kapal Korek TT5, Menara Condong Teluk Intan, Kuala Sepetang, Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping, Lets Drum Polo 2023 dan banyak banyak lagi yang saya tak dapat menyenaraikan.
Saya percaya, baru-baru ini Escape Park, Ipoh yang bakal dibuka bulan April akan menjadi satu tarikan pelancongan yang baru kepada Negeri Perak. Dengan kehadiran pelancong domestik ataupun luar negara. Ia merupakan salah satu pemangkin kepada ekonomi tempatan masing-masing. Selain itu, pada awal tahun ini Kerajaan Negeri turut telah mengambil inisiatif untuk melancarkan sekurang kurangnya 4,000 baucer pelancongan bertemakan Promising Perak yang memberi rebet penginapan hotel, tiket dan juga pakej pelancongan. Dengan memesatkan lagi sektor pelancongan di Negeri Perak pada jangka masa yang panjang, saya ingin mencadangkan agar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang dimiliki oleh Malaysia Airports Holding Berhad dinaik taraf dengan secepat yang mungkin untuk menampung kapasiti pelancong yang lebih besar dan di sini saya ingin memohon Kementerian Pengangkutan memberi fokus yang sewajarnya kepada pembangunan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang merupakan salah satu lapangan terbang yang begitu strategik iaitu Airport In The City dan mewujudkan dan mewujudkan satu pelan induk perancangan bagi pengangkutan awam di negeri Perak.
Selain itu, sering kali pihak saya menerima maklum balas daripada rakan-rakan yang datang melancong ke Negeri Perak mengatakan mereka tidak dapat membuat penempahan hotel atau pun harga penginapan hotel melambung tinggi di dalam aplikasi tempahan kerana mempunyai permintaan yang amat tinggi di Negeri Perak. Dengan itu saya ingin mengambil peluang ini untuk merayu kepada pihak pelabur datanglah ke Negeri Perak untuk membina lebih hotel yang bermutu tinggi kerana sememangnya mempunyai permintaan tersebut. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, merujuk kepada perenggan 15 dan 16 di dalam Titah Diraja, mengatakan dengan penggunaan plastik sekali guna single use plastic membawa pencemaran kepada alam sekitar. Saya menyokong penuh, ya Manjoi.
Terima kasih kepada sahabat saya Tronoh, Saya nak tarik sikit berkenaan dengan Tahun Melawat Perak 2024. Saya nak bagi nak mohon pandangan pada Tronoh adakah kurang bersetuju supaya kita…
Yang Berhormat mohon ulang? Sorry tak clear.
Saya nak bagi pandangan dan juga soalan kepada sahabat saya Tronoh, jika Tronoh bersetuju supaya Perak kita mengambil contoh bagaimanakah kerajaan Melaka, mereka…
Yang Berhormat Manjoi? Kuat sikit tak dengar.
Adakah Tronoh bersetuju supaya Kerajaan Negeri Perak kita mengambil contoh Kerajaan Melaka bagaimana mereka market ataupun buat marketing kepada Tahun Melawat Melaka 2024. Kalau kita compare antara Tahun Melawat Melaka 2024 dan juga Perak ni, Perak telah buat yang terbaik dan saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri, tapi dari sudut marketing itu kita lihat kita dilihat agak terkebelakang dan agak sendu. Mungkin kita boleh jadikan Melaka sebagai contoh yang terbaik untuk marketing pelancongan di negeri kita. Terima kasih Tronoh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi atas cadangan yang dikemukakan tadi. Sebenarnya saya sendiri telah melihat di mana adanya marketing-marketing yang telah dibuat di seluruh Malaysia dan ada juga nya Tema Visit Perak Year 2024 di Lapangan Terbang KLIA. Oleh itu, walaupun saya percaya dalam kaedah mempromosikan Tahun Melawat Perak ini mempunyai ruang untuk dipergiatkan lagi. Terima kasih.
Tronoh, tambah.
Slim, masa tak banyak, saya tak habis lagi.
Sikit sahaja berkaitan dengan perlancongan.
Maaf saya tidak memberi ruang.
Ya tak bagi Ruang sikit pun, berkaitan…
Saya tidak memberi ruang terima kasih.
Terima kasih.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua merujuk kepada perenggan 15 dan 16 titah Diraja berkenaan dengan penggunaan plastik sekali guna single use plastic. Saya sendiri menyokong sepenuhnya cadangan Tuanku untuk meminimumkan penggunaan plastik sekali guna dan mempergiatkan kempen tidak menggunakan plastik sekali guna. Sememangnya berlandaskan fakta yang sedia ada penggunaan plastik sekali guna menjadi salah satu penyumbang utama kepada pencemaran persekitaran ataupun kebersihan persekitaran. Sering kali kita dapat melihat plastik sekali guna merupakan punca kepada longkang menjadi sumbat, penambahan tapak pembuangan sampah haram dan sebagainya. Alangkah baiknya setiap perbelanjaan untuk menangani masalah itu digunakan ke sesuatu yang lebih bermakna seperti membantulah orang-orang yang miskin atau yang memerlukan. Dengan itu saya ingin mencadangkan agar kerajaan ataupun kesemua jabatan memainkan peranan penting ini agar mempergiatkan kempen No Single Use Plastic Bag dan No Single Use Straw dengan izin sebagai permulaan bagi meminimakan penggunaan plastik sekali guna di bangunan jabatan-jabatan khususnya di kafeteria.
Dato’ Yang Dipertua sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin mengesyorkan agar kesemua pihak kerajaan atau pun jabatan kesemua jabatan mengamalkan sikap working across border supaya kekuatan setiap pihak dapat menjadi pelengkap kepada kelemahan pihak lain. Saya yakin sekiranya kita mengamalkan sikap tersebut, ia akan menjadi kunci kejayaan kepada Perak nombor satu yang sebelum ini menjadi lagu yang menjulang maruah rakyat Negeri Perak. Dengan itu saya mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong usul yang berbunyi ini. Sekian terima kasih daripada Tronoh.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tronoh. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Gunong Semanggol untuk memulakan perbahasan 40 minit dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera (bacaan ayat al-quran) Terima Kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar (Adun Kota Tampan), Barisan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri walaupun tinggal seorang dua orang ya, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan pembangkang, ketua ketua jabatan, pegawai pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, para-para pemerhati, rakan-rakan media dan seterusnya yang dikasihi semua rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan Negeri Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan.
Sebagai permulaan suka saya memulakan perbahasan, titah Tuanku Paduka Seri Sultan Perak pada hari ini dengan membacakan firman Allah Subhanahuwata'ala (bacaan ayat al-quran) yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerima dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi. Sentiasa melihat” Ayat al-Quran yang mulia ini amat jelas dalam memastikan segala urusan dunia ini dilaksanakan dengan penuh adil diberi kepada yang hak dan perlu bersifat ihsan kepada semua. Tidak menzalimi mana mana makhluk. Suka saya mengingatkan diri saya dan semua jika kita berada di tampuk kekuasaan dan pentadbiran bersifat adil, lah kita kerana kekuasaaan itu pinjaman daripada Allah dan bersifat sementara kerana ianya adalah amanah dan bakal dipertanggungjawabkan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat nanti.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana memberi ruang kepada saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ini. Terlebih dahulu saya selaku Ketua Pembangkang memulakan ucapan perbahasan dengan merafak sembah ucapan tahniah dan menjunjung kasih atas penzahiran Titah Ucapan Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Di atas titah ucapan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena Istiadat Perasmian, Pertama Tahun Kedua, Dewan Negeri Perak Kelima Belas yang telah berlangsung pada hari Jumaat lalu. Sesungguhnya pada Titah Tuanku tersebut telah memberi gambaran serta halatuju bagi menjadi panduan kepada seluruh rakyat, pentadbir khususnya para Ahli Dewan Negeri yang merupakan pembuat dasar undang-undang dan peraturan dalam negeri ini dengan izin law maker.
Sudah semestinya segala peraturan, perundangan, program serta agenda-agenda pembangunan dapat memenuhi aspirasi rakyat dan dapat mengatasi cabaran semasa yang dihadapi oleh rakyat dalam negara ini. Menjadi tanggungjawab bersama untuk kita memastikan segala tatakelola dan urus tadbir yang benar-benar telus, bersih, prihatin dan adil kepada semua tanpa membezakan antara kaum, agama dan perbezaan politik. Budaya winner take all dengan izin atau lebih difahami yang menang, menang semua, yang kalah, kalah semua perlu kita ubah kepada satu budaya baru, budaya politik matang dan sejahtera yang salah diperbetulkan dan yang baik dan betul diteruskan. Peri pentingnya pada kita semua adalah memberi perkhidmatan yang terbaik, mengangkat ekonomi serta taraf hidup rakyat negeri Perak yang tercinta ke satu tahap yang lebih baik daripada apa yang kita nikmati sebelum ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua di kesempatan ini sebelum terlambat belum terlambat untuk saya mewakili semua saf pembangkang bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina Gong Xi Fa Cai kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kakitangan kerajaan serta seluruh warga Tiong Hua yang menyambut Tahun Baru Cina pada beberapa minggu yang lalu. Semoga dengan kedatangan tahun naga yang mengikut kepercayaan kaum Tiong Hua, ia adalah memberi keuntungan kepada perniagaan dan kemakmuran ekonomi dalam kehidupan. Di atas semangat itu, marilah kita sama-sama membantu dan mengembleng tenaga untuk membaiki keadaan ekonomi yang melanda negara kita pada masa ini. Sebagai contoh, kejatuhan nilai ringgit yang amat memberi kesan dan memberi kesan rantaian kepada seluruh negara dan seluruh lapisan masyarakat. Marilah kita sama-sama mengukuhkan agenda perpaduan di antara kaum yang menjadi agenda utama negara dan meningkatkan usaha menjaga keamanan dan keharmonian negara yang telah dibina selama ini dengan kita mencari titik persamaan supaya kita sesama kita ini tidak melanggar sensitiviti sempadan yang telah terbina dengan jayanya selama ini.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak di perenggan 2 dan 3 muka surat 2 dan 3 yang menyentuh mengenai realiti ekonomi dan juga prestasi kewangan Negeri Perak. Saya mengucapkan tahniah, tahniah dan syabas kepada seluruh jentera kerajaan di atas prestasi kewangan yang bertambah baik. Usaha ini bukanlah dimulakan oleh kerajaan yang ada pada hari ini tetapi telah digerakkan pelbagai pihak khususnya para penjawat awam dan juga yang komited bagi memastikan urusan kewangan dan perbendaharaan negeri ini telus dan terus meningkat dua tiga tahun yang lalu. Namun demikian, kami amat menyokong penuh penegasan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak untuk memastikan kesejahteraan menjadi agenda utama dan hasil pendapatan yang kian bertambah dapat dirasai dan diagihkan dengan adil oleh kepada semua rakyat.
Dalam pada itu, saya ingin membawa perhatian Dewan ini kepada isu ekonomi agar kerajaan dapat menyatakan apakah langkah dan dasar yang akan diambil bagi membantu rakyat khususnya golongan B40 yang terkesan dengan situasi semasa dan bakal lebih tertekan dengan jangkaan kemerosotan ekonomi dunia yang melanda dunia. Harapan kami perancangan kerajaan lebih menyeluruh mencakupi semua sektor yang boleh memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat. Menurut data yang diketahui umum, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan nilai ringgit yang mencecah lebih daripada RM4.80 berbanding dengan dollar Amerika dan ini adalah satu sejarah yang terburuk melanda negara sejak tahun 1998 dan dipimpin oleh orang yang sama. Dua puluh enam tahun mencapai taraf yang paling buruk dalam sejarah negara kita. Yang harus kita fahami bahawa penurunan nilai ringgit ini pastinya menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup...
Mohon mencelah Gunong Semanggol.
Kesan domino yang akhirnya ditanggung oleh rakyat. Hal yang demikian adalah kerana bahan makanan, input pertanian dan sebahagian besar daripada barang pengguna bergantung kepada import yang diurusniaga dalam dollar Amerika.
Mohon celah.
Sabar kejap. Mengikut Jabatan Perangkaan...
YB, YB Semanggol, dua, dua minta...
Mengikut Jabatan Perangkaan,...
Macam mana, boleh bagi ke?
Haa kejap, kejap
Nanti dulu, nanti dulu.
Pada tahun 2022 negara mengimport makanan berjumlah RM75.6 bilion. Tak apa, saya baca habis sikit lagi, banyak sikit point nak naik. Antara barangan yang diimport adalah makanan, makanan asas kepada rakyat seperti beras, sayur daging. Penurunan nilai ringgit ini sudah tentulah memberi kesan langsung kepada kenaikan harga barang. Untuk kita mudah faham. Kalau dulu kita beli satu kilo RM4, satu kilo RM1, apa Amerika kita import kita kena bayar RM4. Tapi sekarang tanpa ada sebab dengan kejatuhan nilai ringgit sebab salah urus dan sebagainya, kita kena bayar RM4.80. Nilai 80 sen itu adalah kenaikan kos yang tak sepatutnya kita tanggung. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, berdasarkan kepada perangkaan pertumbuhan ekonomi negara, negatif pada suku tahun ketiga, tahun lepas negatif.
Mohon pencerahan Gunong Semanggol.
Dan keadaan yang sama dijangka berlaku pada tahun 2024 ini. Indikator ini menunjukkan ada akan mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk. Ditambah pula dengan kenaikan secara drastik hutang negara sebanyak RM92.9 bilion dalam tempoh 30 bulan iaitu daripada RM1.07 trilion kepada akhirnya, pada akhir tahun 2022 kepada RM1.17 trilion pada akhir tahun 2023. Hutang negara ini sudah pasti bertambah dengan kenaikan, dengan penurunan pengukuhan harga mata wang ringgit kita.
Mohon, mohon ruang Gunong Semanggol. Terima kasih Gunong Semanggol, saya...
Tebing Tinggi dulu ya, Semanggol? Tebing Tinggi kemudian Astaka. Ok.
Kita akur dan faham mengapa Gunong Semanggol dan rakan-rakannya terus mengitar isu mata wang ini tetapi mungkin kalau Semanggol sedar ataupun perasan apa yang disinggung oleh pakar Bank Dunia beberapa hari yang lalu iaitu bahawasanya faktor-faktor yang menyumbang kepada perkara itu juga berlaku ataupun telah berlaku lama khususnya dalam negara. Beliau menyatakan bahawa selepas krisis kewangan 1997, negara-negara Asia yang terkesan. Mengambil contoh Thailand dan Korea Selatan. Mengambil langkah yang sakit pada jangka pendek tetapi menguntungkan pada jangka panjang yang tidak diambil di negara kita. Jadi, Perdana Menteri yang ke-10 mewarisi suatu sistem, suatu kebobrokan yang tidak boleh ditangani dalam masa sekelip mata. Jadi saya rasa Gunong Semanggol perlu mempertimbangkan perkara itu sebelum menyalahkan segalanya kepada pentadbiran yang ada sekarang.
Semanggol boleh putus pada Astaka tak. Berdiri ni.
Astaka.
Boleh bagi.
Terima kasih. Soalan saya atau minta pencerahan Gunong Semanggol. Adakah Gunong Semanggol sedar nilai mata wang ringgit kita terkesan, ada juga faktor-faktor luar? Faktor-faktor berlaku di negara lain. Contohnya, kadar faedah oleh Amerika Syarikat iaitu pertama dan kedua, adakah Gunong Semanggol setuju bahawa kalau kita nak yakinkan pelabur asing, kestabilan politik itu sangat penting dan kita tidak boleh membenarkan ada pihak yang cuba memburukkan kestabilan politik di negara kita seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS. Terima kasih.
Terima kasih. Memang kita, ketahuilah bahawa faktor naik turunnya nilai ringgit ini banyak faktor tetapi dalam sejarah hidup kita, saya rasa ramai di antara di sini yang hidup pada tahun 1998, 97 sehingga kepada masa ini. Dalam tempoh 1978 harga RM4.80 lebih diperintah oleh orang yang sama dan dalam tempoh 98 sampai 26 tahun tak berlaku kekurangan. Nilai ringgit ini mencecah RM4.80. Bukan soal naik turun, soal bagaimana mengawal dan mengekang supaya harga ringgit ini tidak terus menjunam dan memberi kepayahan kepada rakyat. Ini yang kita pertikaikan. Jadi dalam keadaan ini, kita perlu…
Satu lagi Gunong Semangggol, mohon pencelahan.
Banyak lagi baru permulaan.
Sebab ada fakta yang tak betul dan
Jadi keadaan ekonomi sekarang ini secara langsung menambah beban kepada rakyat.
Tebing Tinggi duduk dulu.
Ditambah pula dengan dasar percukaian baru yang diperkenalkan oleh kerajaan campuran bersama DAP, seperti yang diwar-warkan. Hasil tindakan Kerajaan pusat ini menjadikan kuasa beli rakyat terjejas teruk. Kami menggesa kerajaan mencari formula dan tindakan menyelesaikan seluruh rakyat dan bukan perbelanjaan serta pengurusan berbentuk politik untuk mengekalkan kuasa dengan berlaku tidak adil kepada musuh politik yang menjadi mangsa adalah rakyat. Seperti yang diketahui pada tahun 2024, menjelang dua tahun, kerajaan campuran bersama dengan DAP, bukan sahaja harga barangan pengguna naik, perkhidmatan dan cukai yang sedia ada juga turut meningkat dan juga diperkenalkan cukai-cukai baru yang diumumkan oleh kerajaan pada Belanjawan
2024 dengan menggunakan terma-terma yang saya rasa orang kampung pun tak boleh faham dan cukai HVGT. Cukai LVGT. Bukan LGBT tidak, LVGT. Lagi cukai apa. Cukai GST. Cukai apa, Cukai CGT dan sudah pastilah bahawa isu ini bukan soal nama ataupun jenis cukai yang diperkenalkan tetapi isunya segala bentuk cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan pada hari ini, akhirnya balik kepada rakyat.
Seperti yang kita ketahui juga, jangkaan kenaikan cukai telah dischedulekan, telah dijadualkan mengikut jadual, terjadual. Saya nak baca sini supaya kita semua faham dan kita semua tangani perkara ini. Bulan Januari dulu harga tarif elektrik ada kenaikan caj. Indah Water ada naik. Kemudian cukai baru LVGT, Low Value Good Tax, naik 10%. Cukai baru CGT, Capital Gains Tax, 10%. Kemudian pada bulan Februari. Tarif air. Banyak negeri naik. Harga beras tempatan juga naik. Pada bulan Mac, cukai perkhidmatan naik daripada 6 kepada 8%. Cukai servis baru diperkenalkan DSD, Digital Service Tax, naik kepada 8%. Tambang bas juga naik 8%, bulan Mac dan dijangka cukai import juga akan naik dan pada bulan April mengikut perangkaan bahawa nilai harga diesel juga akan naik, yang sudah pasti akan menyumbang kepada kenaikan harga barang secara menyeluruh. Bulan Mei, Cukai baharu HVGT, High Value Good Tax akan naik akan dikenakan 10%. Jadi, juga dimaklumkan di bagitahu diwar-warkan. Tengoklah bila Kerajaan Negeri bahawa tarif air Negeri Perak juga akan dinaikkan. Sudah pasti ianya akan memberi kesan langsung kepada rakyat, Tuan Speaker.
Jadi kami pohon untuk pengesahan kerajaan hari ini Yang Amat Berhormat sahabat saya untuk mengesahkan betul tak kadar air Negeri Perak ini akan dinaikkan. Mintak dinyatakan dalam dewan ni berapa percent, berapa kadar kenaikan dan juga kita meminta apakah langkah dan dasar Kerajaan Perak ini untuk membantu rakyat khususnya yang tertekan dengan kenaikan kos sara hidup? Ini akibat daripada kejatuhan ringgit, kenaikan cukai serta cukai baru yang dikenakan, tarif kenaikan, tarif keperluan asas seperti elektrik, air yang diperkenalkan oleh kerajaan baru bersama-sama dengan DAP ini. Kami memohon jika ada sebarang cadangan untuk menaikkan sebarang cukai dalam Negeri Perak ini supaya dibawa ke Dewan ini untuk kita sama sama perhalusi. Kesan positif dan negatif kepada rakyat…
Mohon mencelah YB...
Semanggol, Semanggol, Buntong minta…
Habis sekejap lagi sambung. Saya bagi Buntong, jangan risau.
Terima kasih YB.
Berdasarkan unjuran pendapatan dan hasil pendapatan negeri yang telah dan mungkin akan bertambah. Kami meminta diwar-warkan dalam ucapan dan diwar-war kerana bahawa cukai, penambahan cukai daripada hasil baru REE dan juga diwar-warkan kemungkinan kita akan membekalkan air ke Pulau Pinang, sudah pasti ianya menjana hasil negeri dan kita minta begitu juga kita mintak supaya kerajaan yang ada pada hari ini dengan pertambahan hasil itu, apa dasar yang nak dibuat untuk membantu rakyat yang terkesan sangat dengan pengurusan yang begitu teruk sekali melibatkan kenaikan kos sara hidup rakyat.
Kita bagi contohlah, kalau tak reti, kita nak bagi contoh, contoh REE kita dapat nak claim tahun depan kita kata RM29 juta, ok RM10 juta kita nak bagi subsidi kepada beras untuk rakyat Negeri Perak. Mungkin ini kita boleh buatlah mengurangkan dan juga saya mencadangkan supaya kerajaan campuran ini bertindak proaktif, inisiatif yang seperti inisiatif yang pernah dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional. Masa kita berada dalam Perikatan Nasional itu bagaimana kerajaan membuat pakej rangsangan ekonomi menangani beban rakyat semasa Covid-19. Sudah pasti direka dengan kepakaran yang ada dengan kepandaian kempen sebelum pilihan raya iaitu boleh mendapat satu formula untuk kita menangani beban rakyat yang ditanggung pada masa ini. Kerajaan tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun perlu ada usaha untuk mengimbangkan pendapatan dan kesejahteraan rakyat. Yang paling penting, rakyat merasai dan berkongsi kekayaan negeri ini dan mampu melonjakkan sosioekonomi. Tidak ada erti, tak ada erti kalau kita mewar-warkan, kita mempunyai pendapatan lebih tetapi kekayaan tetap kaya tetapi rakyat tertekan dan terhimpit.
Mohon mencelah YB.
Kita boleh ambil contoh negeri Kelantan walaupun kita kata negeri miskin tapi rakyat dia kaya. Ok sila Buntong.
Terima kasih. YB Gunong Semanggol. Betul. Saya hendak minta pencerahan sedikit. Tadikata YB kata tax, high value good tax. Ini saya hendak ambil peluang ini untuk memastikan Dewan ini tidak menerima info yang salah ya YB dengan izin Dato' Yang di-Pertua please do not miss lead the people. High value good tax adalah cukai yang dikenakan terhadap golongan kaya. Ini adalah sumbernya daripada Kementerian Kewangan, YB silalah saya, saya nak minta bantuan jasa baik YB ya please do not miss lead the public. High value good tax adalah certain adalah cukai yang dikenakan dengan izin kepada certain high value items sahaja bukan barangan yang digunakan oleh rakyat biasa. Saya pohon janganlah lagi sekali memberikan informasi ataupun maklumat yang salah YB. Saya belum habis lagi. Capital gains tax yang YB sebut 2, 3 kali tadi adalah hanya melibatkan corporate tax payer, bukan rakyat biasa hanya melibatkan corporate tax payer.
Buntong duduk.
Buntong untuk duduk dahulu. Buntong duduk. Duduk. Buntong duduk. Buntong duduk. Buntong duduk. Buntong duduk. Buntong duduk. Buntong duduk faham tidak.
Buntong duduk, this is not your floor, this is not your floor. This is Gunong Semanggol floor.
Buntong duduk dengar penjelasan. Buntong ini duduklah dengar penjelasan. Buntong duduk dengar penjelasan.
Soalan saya. Bukan. Soalan Saya tidak.
Dia hendak habis masa sudah.
Ok Buntong, Semanggol sudah hendak jawab Buntong boleh duduk saya rasa. Dah clear Buntong macam nak bersyarah panjang.
Dato' Yang di-Pertua, berikan saya…
Hendak beritahu bahawa kerajaan juga…
Sekejap…sekejap…sekejap…sekejap…sekejap… sekejap. Ok…ok kita bagi Semanggol jawab ok. Yang lain duduk ok. Semanggol.
Kita tidak mengelirukan kita menceritakan pada akhirnya tax itu walaupun high value ke low value yang kena pada rakyat. High value juga rakyat.
Capital gains tax is for corporate tax payer. Capital good tax
Itu value good tax untuk melindungi usahawan tempatan no value good tax untuk online sahaja. Gunung Semanggol jangan memesongkan dewan ini. No value good tax untuk melindungi usahawan tempatan perniagaan tempatan.
Duduk.
Dato' Yang di-Pertua, mari kita sama-sama ingat, kita tahu bahawa jawatan yang kita pegang ini bukanlah orang panggil satu tasrif satu kemuliaan satu peluang tetapi satu takrifan satu tanggungjawab. Jadi kita jangan menggunakanlah kedudukan-kedudukan kita itu untuk berniaga di atas kepala rakyat dan mencari keuntungan di atas kepala rakyat dan menekan rakyat. Patut kita mencari satu jalan yang boleh menjanakan hasil dan boleh membantu rakyat.
YB soalan saya senang sahaja.
Semanggol. Semanggol. Semanggol.
YB soalan Buntong senang sahaja, adakah capital gain tax dikenakan kepada corporate tax payer sahaja. Kalau YB setuju sebut sahajalah setuju.
Cukup…cukup.
Saya hendak terangkan di sini mengenai dengan pembangunan
Semanggol beri laluan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua minta tutup speaker Buntong itu.
Tapi you tidak jawab soalan. Tidak jawab.
Sebab tidak dapat jawab soalan saya, you hendak tutup.
Dia hendak kacau sahaja. Dia hendak kacau. Tidak usah layan dia.
Tidak dapat jawab soalan saya.
Jawab sudah. Yang kena high value tax ni…
Dengarlah jawapan, duduklah.
Memesongkan sahaja. Memesongkan Dewan ini.
Semanggol.
Untuk low value good tax, adakah Gunung Semanggol hendak lindungi peniaga luar negara?
Ok…ok…ok…ok. Sekejap sekejap biar saya biar Speaker. Ok la itu, itulah jawapan daripada Semanggol. Tidak apa ok. Semanggol proceed.
Ok sambung ya. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua.
Semanggol jawab kan?
Ini hendak jawab hendak jawab hendak sambung. Mengenai dengan pembangunan lestari seperti yang dizahirkan oleh ucapan dan titah ucapan kebawah Diraja. Pihak kerajaan digesa untuk memastikan segala pelan projek pembangunan dan pelaburan dalam Negeri Perak ini mempunyai elemen lestari bagi menjamin kesejahteraan khazanah alam yang tidak ternilai dan tidak terbiar begitu sahaja dan tiada ekonomi. Menyentuh perkara lama oleh Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua tetapi terpaksa disebut sebagai contoh pembangunan gajah putih seperti MAPs yang menjadi sejarah hitam pentadbiran Negeri Perak diharap tidak lagi berulang. Projek gajah putih ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan mata bagi pengguna-pengguna Lebuh Raya Utara Selatan tetapi ia menjadi pameran kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan yang dan malah ianya juga memberi kehilangan menyumbang kehilangan modal pelaburan yang pastinya modal pelaburan ini diambil daripada pembayar cukai dalam negeri kita ini. Kita tidak mahu perkara yang sama ini berulang. Saya telah membawa isu ini pada sidang belanjawan yang lepas.
Namun jawapan kerajaan amat mengecewakan, tiada jawapan perancangan way forward membawa harapan positif kepada rakyat hanya sekadar menjawab politik syarikat ini di bawah PN17 dan ini bukan jawapan yang dikehendaki oleh rakyat. Kita hendak tahu bagaimana kita hendak menyelamatkan wang negara. Bagaimana kita hendak menyelamatkan nilai yang begitu besar yang berada di depan mata kita. Sekali lagi, saya menggesalah pihak kerajaan mengambil tindakan seperti mana tindakan pihak Ambac saya cukup suka. Untuk memperbaiki tatakelola dan menangani rasuah tetapi janganlah mengambil tindakan perkara-perkara yang silam dan melupakan perkara-perkara semasa. Banyak lagi kes yang tergantung, yang boleh kita perbaiki dalam Negeri Perak ini. Bukan kita hendak menuding mana-mana pihak seperti isu Tanah Rizab Melayu di atas nama bukan Melayu yang perlu kita tangani. Bagaimana ianya boleh berlaku dan siapa yang terlibat? Bagaimana bentuk kawalan supaya perkara seperti ini tidak berulang? Bagaimana untuk menggantikan Tanah Rizab Melayu di atas nama bukan Melayu yang telah berkurang kerana tindakan ini? Bagaimana nasib dan kesan kepada pemilik bukan Melayu yang memegang tanah status Tanah Rizab Melayu?
Saya menyeru kepada rakan-rakan khususnya rakan-rakan sebelah sana begitu lantang sekali supaya konsisten dalam membuat tatakelola kewangan khususnya dalam isu MAPs dan pelbagai bagai projek gajah putih yang telah dikenal pasti. Tiada elemen kelestarian untuk diberi supaya ianya diberi perhatian yang serius. Dahulu sahabat saya di sebelah sana mereka begitu lantang sekali menjadi juara kepada isu ini tetapi sekarang apabila berada dalam kerajaan senyap seolah-olah menyetujui apa yang telah berlaku. Sahabat saya Sungai Rapat begitu lantang sekali. Sekarang berada dalam kerajaan patut boleh selesailah perkara ini. Ini duit rakyat, kalau kita lantang dahulu kita kena lantang sekarang. Bukan apabila kita berada dalam kesedapan duduk, kita menyetujui apa juga yang dibuat.
Sekali lagi saya tegaskan Kerajaan Negeri seharusnya beri fokus yang serius dalam pembangunan lestari seperti dasar Perak Lestari yang perlu diperkasakan dan mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan semua pembangunan dalam Negeri Perak ini benar-benar mematuhi standard lestari serta dapat dilaporkan kepada rakyat. Kelestarian pembangunan gajah putih seperti MAPs yang tersergam indah ini wajib kita elakkan. Projek gajah putih ini juga memberi kesan kepada sektor pelancongan apatah lagi Tahun Melawat Perak 2024 pada kali ini kita lihat begitu hambar, banyak permasalahan daripada sudut infrastruktur dan promosi. Mohon kerajaan campuran ini yang begitu cekap sekali mengambil tindakan yang sewajarnya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya juga menyokong penuh usaha kerajaan menarik pelaburan ke Negeri Perak dengan membangun satu lagi kawasan perindustrian di kawasan Kerian yang dikatakan mampu menarik pelaburan yang berteknologi tinggi. Lebih-lebih lagi kawasan ini adalah berada di dalam kawasan saya, Semanggol di Kerian. Sudah lama kami di Semanggol ini tertinggal dan kita tunggulah pembangunan ini supaya ianya boleh memberi impak ekonomi dan juga peluang pekerjaan penduduk setempat. Oleh kerana Perak ini diwar-warkan mempunyai beberapa kawasan perindustrian yang strategik. Seperti kita tahu kawasan perindustrian Kamunting, Taiping kawasan perindustrian Silver Valley, Lembah Kinta, kawasan perindustrian Proton, Proton City di Tanjong Malim dan banyak lagi kawasan perindustrian kecil di seluruh daerah Negeri Perak. Kita semua maklum. Orang Perak semua maklum infrastruktur dalam Negeri Perak ini cukup mesra pelabur.
Dengan adanya Pelabuhan Lumut, ICT (Ipoh Container Terminal) berdekatan pula dengan pelabuhan utama Pulau Pinang dan juga Pelabuhan Klang. Jaringan jalan kereta api dan highway yang cukup baik tetapi kedudukan pelaburan yang masuk masih lagi rendah berbanding dengan negeri-negeri lain. Mohon. mohon kerajaan campuran ini menjelaskan apakah tahap peratusan kemajuan kawasan-kawasan perindustrian yang diwar-warkan di atas tadi, seperti di Taiping Silver Valley dan Proton City di Tanjong Malim. Berapa peratus penggunaan tanah di kawasan tersebut. Berapa lagi kekosongan yang ada dan berapa bilangan serta peluang pekerjaan yang ada di kawasan-kawasan berkenaan.
Semanggol.
Sebab sekarang ini diwar-warkan pulak, Kerian...
Saya pohon mencelah. Semanggol. Terima kasih Yang di-Pertua. Bila sebut tentang MAPS, jadi saya hadir pada pelancaran Tahun Melawat Perak yang diadakan di Batu Gajah tu. Memang menariklah. Cantik, besar, dinasour menggerunkan. Tapi setujukah Semanggol, ini juga satu penanda aras dan amaran kepada kerajaan yang ada sekarang. Jangan berlaku MAPs yang kedua. Saya tengok cantik tapi hati kecik saya bimbang jika di Batu Gajah tu berlaku MAPs yang kedua. Itu saja Semanggol.
Ya. Saya cukup setuju dengan sahabat saya Alor Pongsu dan masukkan dalam ucapan kita ini. Tak mahu cerita-cerita diwangikan tapi pada hakikatnya di bawah tidak ada apa. Seperti mana yang dikatakan Silver Valley, tang mana? Berapa banyak pelaburan masuk dan saya di sini kami mencadangkan supaya kerajaan campuran yang begitu cekap ini memberi fokus satu persatu dalam kawasan perindustrian ini. Bagi contoh satu, Kulim Hi Tech nun jauh. Lagi kita bagi Kulim Hi Tech, tempat negeri yang kita perintah, jauh lebih maju walaupun ianya berada jauh di hulu sana berbanding dengan kawasan- kawasan yang diwar-warkan dalam negeri kita yang tercinta ini. Mohon supaya beri fokus satu-satu. Ini pulak dikatakan bahawa kita telah ada modal untuk pengambilan tanah di Kerian untuk membuat kawasan perindustrian. Sedangkan di Kerian itu, tanah di Kerian itu mengikut semakan yang kita buat tinggal 5% lagi tanah kerajaan, lainnya yang semua telah difaraid.
Sekarang saya nak masuk Dato’ Yang di-Pertua, bagi peluang sikit, mengenai dengan tatakelola pengurusan B40. Usaha untuk mengeluarkan miskin tegar. Jadi, saya merujuk kepada Titah Ucapan Diraja yang membicarakan mengenai dengan usaha membasmi kemiskinan, tempat tinggal yang selesa dan kondusif berperanan penting dalam menentukan kesejahteraan hidup rakyat. Ini harapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya mewakili saf pembangkang di sini mengucapkan terima kasih ke atas usaha meneruskan amalan baik kerajaan yang kami buat dahulu dengan mengiktirafkan semula kedudukan kami, Dun pembangkang ini berada dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan Mesyuarat Focus Group. Cukuplah dua mesyuarat ini, bergerak untuk kami menyuarakan isu-isu rakyat kerana di kawasan kami hampir semua 26 kawasan adalah kawasan Melayu yang terdiri daripada 40%, memang lebih daripada 40% adalah miskin dan miskin tegar.
Kami juga menyokong satu tindakan ataupun usul yang dibawa oleh PMX dalam ucapannya untuk memberi fokus keutamaan kepada rakyat miskin iaitu mengeluarkan B40 ataupun rakyat miskin ini lebih-lebih lagi B40 ini. Saya bersetuju dan menyokong jugak cakap PMX untuk memberi fokus isu perumahan kepada B40 dan saya berharap perkara ini bukan sahaja retorik dan mesti mendasari. Saya nak ambil contohlah…pengalaman-pengalaman berada di kawasan dan kita selalu melawat di kawasan rumah-rumah orang kita ini, terdapat rumah-rumah yang rumah yang didiami oleh B40 ini tidak ada tempat solat, tidak ada tempat mengulangkaji pelajaran, tidak ada tempat rehat, dapur di situlah, tidur di situlah dan ini akan mengundang lagi gejala sosial apabila anak-anak mereka menjelang dewasa, tak ada tempat rehat nak duduk rumah dan sebagainya. Sebab itu kita amat menyokong penuh kalau kerajaan untuk menyediakan rumah untuk B40 ini.
Saya ingin kongsilah. Saya dah masuk dalam mesyuarat. Satu, supaya kita memperbaiki tata kelola kita, pengurusan kita. Kita tengok satu nama, berapa nama. Kalau ada yang pengalaman, nama tu telah disenaraikan, ia adalah penerima rumah daripada golongan B40. Masuk mesyuarat kali kedua tengok nama si A ni mesti diganti, diganti dengan nama si B. Kita tanya kenapa nama si A ini ditukar kerana kerajaan tidak membuat si A ni tidak ada tanah. Jadi kerajaan tak buat rumah di atas orang yang tidak ada tanah. Mereka B40. Kalau dia ada tanah, dia tidak jadi B40 dah. Jadi kita tengok tak ada penyelesaian perkara ini. Sebab itu, kita mintak supaya isunya orang yang dapat BA itu, dalam focus group ini, bolehkah terkeluar mereka daripada keadaan B40 itu dan kena mencari jalan juga apakah kaedah perumahan yang menyediakan perumahan kepada mereka yang senasib dengan kata si A yang tak dapat rumah ini. Sebab tu kita dulu kita terima kasih dululah kerajaan yang dahulu sebelum tu…menyediakan rumah PPRT. Yang Berhormat tahulah. Yang Berhormat Speaker yang menyediakan rumah PPR. Kan? Untuk diguna dan membuat kampung-kampung tersusun. Itu dahulu, sebelum adanya kerajaan campuran tetapi tidak lagi sekarang.
Jadi, saya juga ingin berkongsi, adalah seorang yang tersentuh dengan isu ini cuba mewakafkan tanah supaya tanah tersebut boleh diberi kepada golongan yang tak ada rumah ini. Buat rumah. Diwakafkan tanah. Kita tengok prosedur pun prosedur pun makin teruk. Tak boleh nak buat perkara ini. Kalau undang-undang yang kita buat. Undang-undang Allah Taala pun kita langgar, ini undang undang kita buat, takkan kita tak boleh ubah. Saya harap ni kerajaan B40, kerajaan campuran ni jadikanlah, mudahkan lah peraturan-peraturan untuk kita menyediakan perumahan kepada orang yang kita perlukan. Jadi kita menyerukanlah kepada kerajaan campuran ini melihat secara menyeluruh isu ini di semua Dun dan membuat satu reformasi. Ini perkataan-perkataan cantik semua ni, cantik dan berbahasa. Satu reformasi bagi memperbaiki prosedur yang ada dengan menyediakan tanah kepada orang yang benar-benar layak untuk diberi rumah sebagai usaha membaiki sosio ekonomi dan juga mengecilkan dan mengeluarkan saiz B40. Jadikanlah Mesyuarat Focus Group itu berarti. Kalau isu dia tak boleh keluar B40 ini, tak ada rumah, dah kenal pasti isu. Kita kena cari isu. Dia boleh selesai tapi tak boleh stop macam tu. Macam kita mintak…pasal apa ni tak buat PPR, bajet takdak, sebab tanah tak ada. Oh, senang nak lah jadi macam tu.
Dato’ Yang di-Pertua, tengok sikit lah kerajaan yang ada sekarang ini. Kalau tak mampu bagi kat kita pulak. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai tata kelola jugalah, tadbir urus keselamatan makanan food security selaras dengan ucapan Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan…bagi sikitlah. Terima kasih. Tadi Tronoh…Buntong lah kacau banyak sangat. Habis 10 minit apa Buntong ambil tadi dunia dan Paduka Sultan Perak mahu keterjaminan makanan bukan sahaja untuk memastikan tiada rakyat yang tidur dalam kelaparan, tetapi untuk memastikan setiap keluarga mempunyai akses dan juga boleh diperolehi bekalan makanan yang selamat dan berkhasiat. Jadi, saya nak bagitahu sikit lah fokus di Gunong Semanggol. Tiap-tiap kali hampir tiap-tiap kali sidang Dun saya bawa perkara ini untuk meningkatkan hasil tanaman padi pesawah di Gunong Semanggol dan isunya pun telah dikenal pasti. Isunya telah dikenalpasti, isu bekalan air.
Tak cukup menyebabkan padi tak jadi dan ada pesawah yang tak boleh buat bendang kerana air tak cukup. Saya tidak pernah elaborate lah banyak isunya. Kemudian isu perparitan yang penyelenggaraannya tak berapa cantik dan jugak paritnya dok di bawah. Isu kesuburan tanah. Dia kata pasal apa Semanggol, di Kerian ni tak sebut pun tanah berasid. Tanah berasid macam mana baik pulih dia. Dengan membuat pengkapuran. Dah dikenal pasti. Nak buat pengkapuran, kemudian perataan tanah. Tanah ni ada lekuk-lekuk iaitu tanah yang lekuk tu buat padi tak jadi. Jadi hasilnya berkurang. Juga tanah jerlus sekarang ni musim jerlus, mesin tak boleh masuk. Bakar saja padi. Baru ni masuk surat khabar, kita boleh dengar serangan serangga dan sebagainya. Jadi saya mohon kerajaan supaya beri fokus, kita dah kenalpasti kepadanya. Tup tup timbul pula kita ada projek nak bekalkan air ke Pulau Pinang. Ada bajet pulak tu. Yang ni dah kita kenalpasti untuk bantu rakyat, keselamatan dan makanan. Tak kan tak tak boleh fikir kot. Kemudian isu benih padi yang sampai sekarang kita pun tak tahu selesai berapa kali kita letakkan RM35 sampai ke BERNAS, sekarang RM60 baru sampai. Macam mana tatakelola dan pengurusan kita? Kemudahan input pertanian yang mahal. Jadi saya mintalah sungguh sungguh kali ini dan saya…
Berapa minit lagi. Lima minit lagi.
Dato' Yang di-Pertua terima kasih. Ini isu rakyat dan isu tata keluarga yang bersama. Diaorang tak nampak duduk dalam pekan. Kami duduk di kampung kita nampaklah isu ini supaya mereka dapat menanganinya. Sebab itu implikasi daripada itu ramai daripada pesawah-pesawah di tinggal bendang dia buat kelapa sawit dan dia tinggal kelapa sawit. Bila buat kelapa sawit, bukan saja industri makanan kita mengecil, bukan. Ini kita minta supaya ditangani dengan serius dan yang kedua ini habislah point ya. Yang kedua ini kita kata isu yang ini juga, isu yang rasa perlulah kita tangani bersama isu beras tempatan hilang dalam pasaran. Beras tempatan hilang dalam pasaran. Yang sedihnya berlaku di Kerian sedangkan kita tahu Kebawah Duli Tuanku menyebut bahawa SSR, self sufficient rate atau pun kadar sara diri.
Beras yang dikeluarkan oleh oleh Negeri Perak adalah 98% bererti hanya dua orang yang perlu import. Ada dua orang tak makan beras dah cukup kita untuk beras di Negeri Perak tapi yang kita lihat sekarang bekas tempatan dalam Negeri Perak ini pun tak ada. Tup tup pulak dalam diam timbul pulak beras Madani. Mana pergi 98 tadi yang kita keluarkan dalam Negeri Perak ini dan daripada mana stok beras madani ini keluar. Beras tempatan ditetapkan oleh kerajaan RM26, beras Madani tiba-tiba kerajaan yang begitu prihatin ini jadi RM30. Beras Madani ini dapat daripada mana? SSR dalam Malaysia 70% bererti 70 orang Malaysia boleh makan beras daripada tempatan. Hanya 30% saja ambil daripada luar. Tiba-tiba semua beras dalam negara tak ada, hanya beras import sahaja. Pergi mana beras tempatan ni? Terima kasih kerajaan campuran. Jadi saya difahamkan bahawa beras padi dalam negeri kita ini dibawa keluar daripada luar daripada Perak.
Semanggol.
Jadi saya minta…
Sikit saja pasal beras madani tadi. Setuju tak Semanggol bahawa kumpulan whatsapp group kerajaan madani ni agak celaru sikit. Pengerusi yang jaga beras kata dah umum secara rasmi dengan kebenaran PMX, tiba-tiba Menteri kata mana ada muktamad lagi.
Saya setuju. Dia tak ada group whatsapp. Tiba-tiba pula tak muktamad beras Madani tapi beras Madani dah ada dalam pasaran. Hanya 15 haribulan baru dia nak tukar, 15 haribulan baru nak tukar harga. Pengurusan apa ni beras pun tak boleh ni.
Semanggol, Semanggol.
Bercelaru kesudahannya.
Semanggol, adakah Semanggol bersetuju jika Manjoi mengatakan yang beras tak salah? Yang salah ialah sifat terburu-buru dalam kita membuat keputusan. Maksudnya baru ni Ahli Parlimen Bukit Gantang dengan Menteri Makanan ni dorang punya tak selari dia punya statement.
Jadi jangan salahkan beras tapi salahkan terburu-buru dalam tindakan di pihak kerajaan. Adakah Semanggol…
Salah group whatsapp.
Salah group whatsapp memang sangat-sangat bersetuju. Sebab tu secara terperinci secara umumnya tadi telah disebutkan bahawa jangan kita niat nak berniaga di atas kepala rakyat. Jangan lihat duit boleh dapat daripada kepala rakyat. Kita tengok beras boleh ambik 40 sen satu kilo, maka ini jadi keuntungan. Jadi tak boleh berniaga kepada rakyat. Tengok rakyat minum air kita naikkan caj air. Semua orang kena. Tengok rakyat pakai elektrik, kita caj harga elektrik, tak boleh. Patut kita kena kurangkan. Kalau kita memerintah Insya Allah kita turunkan benda ni Insya Allah. Sebab itu bila difahamkan dibawa keluar beras ini di bawa keluar, saya mendapat aduan, ini cerita supaya direkod mendapat aduan bahawa oleh sebab padi daripada Negeri Perak ini dibawa keluar…
Semanggol.
Maka menyebabkan kilang padi dalam Negeri Perak ini tutup. Tak boleh beroperasi kerana bekalan padi dibawa keluar. Jadi saya nak quotelah…
Boleh Ayer Kuning.
Tak bagi dah ni, tak bagi dah. Ayer Kuning, sat lagilah.
Sikit saja. Boleh tak Semanggol. Pak Teh boleh?
Saya nak quote dulu perkataan, dia dalam masa menjawab persoalan untuk bekalan air ke Pulau Pinang. Dia jawab sedap masa kami dalam kerajaanlah. Dia jawab sedap dia kata kita ibarat kita naik kapal terbang. Pramugara pramugari berkata apa apabila corong daripada atas turun, maka kita hendaklah menyelamatkan diri kita dulu sebelum kita menyelamatkan orang lain. Perkataan tu sedap. Kita fly ke Pulau Pinang. Saya harap perkara ini kerajaan ni boleh ambil tindakan. Tak ada buat mohon daripada kementerian…
Boleh Semanggol. Sikit saja.
Tak boleh. Saya hormat, ni tinggal seminit dah.
Dato' Speaker, sikit saja. Boleh bagi.
Boleh Pak Teh bagi. Tambah seminit saja ni dah habis seminit lagi.
Terima kasih. Yang Berhormat Semanggol atau pun Pak Teh setuju tak setiap musibah yang berlaku ini adalah hadir daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Musibah yang hadir ini adalah datang daripada Allah Subhanahu wata'ala. Ianya belum habis lagi, belum…
Sikit lagi habislah.
Belum habis nak tanya tu.
Ok, tanya tanya seminit saja.
Jadi Allah Subhanahu Wata'ala bagi musibah tu kepada kita atas kesilapan manusia itu sendiri. Dia tak cakap soal kerana perbuatan-perbuatan yang macam tadi tapi manusia itu sendiri. Jadi atas sebab apa musibah itu diberi. Saya yakin antara dia pengamatan sayalah adalah kerana…
Tanya saja tanya jangan bagi argument dah tanya je apa yang nak tahu. Tadi nak jawab musibah banjir, ribut itu musibah daripada Allah Subhanahu wata'ala tapi kalau tak ada beras itu musibah daripada kecerdikan kita mengurus.
Bukankah itu Allah beri kepada kita…
Nak kata kebodohan lagi kot marah.
Tak apa pemain bola dia warm up pelan-pelan.
Ok sudahlah sudah. Jadi apa itulah kita minta…
Tak habis lagi tu.
Dah dah, saya minta Yang Berhormat…
Ok Ayer Kuning.
Saya minta Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua kita guna konsep…
Ok dia tak bagilah tu, dah la tu tak apa.
Kita minta guna konsep yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, kita selamatkan diri kita dulu. Oleh sebab SSR padi Negeri Perak 98% dan maka kita buat minta ke kementerian buat sekatan pergerakan…
Ok Yang Berhormat, kesimpulan dia.
Kesimpulanlah kita buat sekatan pergerakan bahawa beras padi dalam Negeri Perak ni tak boleh dibawa keluar sehingga penggunaan untuk kilang-kilang dalam Negeri Perak ini penuh dan penggunaan untuk rakyat Negeri Perak dengan harga RM26 ini dapat dinikmati oleh semua rakyat Negeri Perak. Itu saya mintak dan saya minta baliklah jangan dok mengakulah tatakelola-tatakelola ekonomi dan bajet memang the worst yang dirasakan oleh rakyat dalam tempoh 30 bulan ini. Sekian terima kasih Semanggol mohon menyokong.
Terima Kasih Yang Berhormat daripada kawasan Gunong Semanggol. Lebih sikit perbahasannya daripada 40 minit. Saya kata dalam sidang yang lepas Yang Berhormat Ketua Pembangkang dia kata mintalah lebih sikit untuk pembangkang cakap lebih sikit, jadi saya bagi masa lebih sikitlah. Ok, seterusnya masa yang diperuntukkan adalah 20 minit bagi setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalatu Wassalamu ‘ala Asrafil Ambiyai Walmursalin, Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajma'in. Rabbish Rahli Sadri Wayassirli Amri Wahlul Uqdatam Millisani Yafqahu Qauli. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Barisan Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Yang mulia, sahabat-sahabat Adun pembangkang dan juga kerajaan, ketua-ketua dan wakil jabatan, agensi Kerajaan Negeri dan persekutuan, rakan-rakan media semua yang hadir di Dewan yang mulia ini. Pertama sekali izinkan saya untuk mengucapkan merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atas titah yang telah disampaikan dalam titah Pembukaan Rasmi Dewan Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Titah tersebut tidak hanya mencerminkan perhatian yang mendalam terhadap pembangunan Negeri Perak tetapi juga menyoroti keprihatinan yang besar terhadap kesejahteraan dan kemajuan rakyat di Negeri Perak. Titah Tuanku Sultan adalah satu panduan yang amat berharga bagi kita semua untuk meneliti dengan lebih mendalam isu-isu penting yang dihadapi oleh negeri Perak dan rakyat. Oleh itu, pada perbahasan hari ini, marilah kita bersama-sama menganalisa dengan teliti setiap aspek titah mulia tersebut dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi kepentingan kita bersama. Saya yakin dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi kita dapat mencapai pemahaman yang mendalam dan merangka strategi yang efektif untuk menjawab panggilan titah Tuanku serta memenuhi aspirasi rakyat Perak.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya merasa bangga dan bersyukur dapat berdiri di Dewan yang mulia pada hari ini untuk menjunjung kasih di atas titah mulia yang disampaikan. Pada saya titah ini bukanlah sekadar satu arahan tetapi juga satu landasan yang penting bagi kita semua untuk menjelajahi isu-isu utama yang mempengaruhi Negeri Perak dan kesejahteraan rakyatnya. Sebagai wakil rakyat, adalah tanggungjawab kita untuk menghormati dan merenung setiap kata dan fakta yang dititahkan dengan penuh perhatian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menguraikan dan menganalisis setiap aspek titah Tuanku dengan penuh kebijaksanaan dan kesungguhan dengan harapan kita dapat mencapai pandangan yang komprehensif dan merangka langkah-langkah yang berkesan bagi kebaikan Negeri Perak dan penduduk. Dalam merangka langkah-langkah untuk menangani isu-isu yang telah ditekankan dalam titah Sultan, saya ingin menyentuh beberapa perkara.
Pertamanya, izinkan saya memaklumkan bahawa pada 15 hari bulan Februari 2024, saya selaku Pengerusi PAC Negeri Perak bersama-sama barisan Jawatankuasa PAC dan pihak urusetia telah mengadakan kunjungan benchmarking di Parlimen bertemu dengan PAC Parlimen. Justeru itu, dalam taklimat dan perbincangan, secara langsung sama-sama barisan jawatankuasa PAC Parlimen kita telah bertukar-tukar pandangan bagi melihat peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh PAC Negeri Perak. Ini adalah sebahagian daripada keputusan yang dibuat dalam PAC Negeri Perak untuk meningkatkan pandangan dan juga peranan PAC Negeri Perak. Sudah tentu PAC amat penting bagi setiap Dewan Negeri untuk bertanggungjawab dalam menilai penggunaan dana negeri. Apabila setiap hujung tahun Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membentangkan bajet untuk tahun yang berikut. Dalam meningkatkan efisiensi penggunaan dana dan memastikan penggunaan kewangan negeri yang efisien, kita melihat ada kekangan dan kekurangan yang terdapat dalam standing order yang dipakai di negeri Perak. Beberapa negeri telah melakukan pindaan untuk meningkatkan peranan dan sumbangan yang boleh dimainkan oleh PAC.
Justeru itu, saya ingin mengusulkan kepada kerajaan agar dapat mengambil tindakan, sebagai pembangkang kita tak ada tempat nak mengusulkan. Jadi, kalau ianya boleh mendatangkan kebaikan kepada Dewan yang mulia ini, mungkin pihak Yang di-Pertua boleh memainkan peranan bagaimana kita nak meningkatkan PAC Negeri Perak ini agar dapat berperanan sebaik mungkin dan mempunyai punca kuasa yang boleh dirujuk. Dalam hal ini, berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan dalam PAC Negeri Perak ini dalam mesyuarat yang telah kita jalankan, terdapat kekangan apabila kita nak memanggil setengah-setengah pihak, ada yang respon, ada yang tak respon, walaupun telah diberi beberapa kali peringatan masih juga tidak respon tetapi kita tidak mempunyai punca kuasa seperti Parlimen untuk menjatuhkan denda dan sebagainya. Jadi, apakah maknanya PAC kalau tidak dihormati sedangkan ianya ditubuh melalui dihasilkan melalui sidang Dewan Negeri Perak. Justeru itu, tindakan perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengambil langkah-langkah agar atau pun meminda atau pun mengkaji semula perintah tetap berkaitan dengan PAC. Ini adalah pandangan saya selaku Pengerusi PAC Negeri Perak yang ingin melihat agar kami dalam barisan jawatankuasa dapat memainkan peranan. Banyak negeri telah mengubah mengikut PAC Parlimen. Mungkin boleh pihak Yang di-Pertua merujuk kepada standing order di peringkat Parlimen agar dapat disesuaikan di Perak dan akhirnya kita akan dapat memainkan peranan yang lebih baik.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh Perkara 26 iaitu berkaitan dengan tempat tinggal yang selesa dan kondusif dalam titah Perasmian Rasmi Pembukaan Dewan pada Jumaat yang lepas oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan. Saya ingin menarik perhatian khususnya kepada pihak kerajaan menerusi LPHP, Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak iaitu satu kes di kawasan saya Kampung Dato' Nazri yang sehingga hari ini, mereka masih tidak lagi dapat dan masuk ke rumah yang telah pun disiapkan. Mungkin ada masalah-masalah yang timbul tetapi saya merayulah bagi pihak penghuni-penghuni ini yang rata-ratanya terdiri daripada pekerja-pekerja estate majoritinya masyarakat India yang telah saya cuba perjuangkan sejak zaman mula-mula menjadi Exco Kerajaan Negeri. Pada waktu itu dijanjikan dua (2) tahun, tiga (3) tahun rumah siap, hari ini dah hampir sepuluh (10) tahun. Mereka terpaksa mengosongkan tanah tersebut apabila pembinaan perlu dilakukan dan mereka perlu menyewa di banyak tempat-tempat yang luar dan mereka menanggung kos sewaan yang agak lama. Rata-rata mereka ini adalah pekerja-pekerja estate yang telah berusia yang dah mencecah umur 60 tahun, 70 tahun. Walaubagaimana pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri.
Di peringkat awalnya, LPHP tidak terlibat tetapi akhirnya saya meminta kepada Kerajaan Negeri untuk membantu. Di peringkat awal syarikat swasta ini berhubung dengan pihak bank tetapi disebabkan usia mereka, mereka not bankable dengan izin untuk memohon pinjaman perumahan melalui bank tetapi akhirnya LPHP mengambil tanggungjawab ini demi menyelamatkan projek ini dan rumah dah siap dah. Mungkin ada masalah teknikal yang perlu disegerakan. Mereka hari itu harap dapat masuk sebelum Deepavali. Ini dah Tahun Baru Cina pun tak dapat masuk lagi. Harap-harap sebelum raya Aidilfitri ini dapat masuklah. Tak kiralah. Dapatlah disegerakan.
Dato' Yang di-Pertua, perkara yang selanjutnya yang ingin saya sentuh adalah mengenai dalam titah Tuanku, perkara 14 iaitu mengenai alam sekitar dan juga mengenai masalah-masalah yang dihadapi pencerobohan dan sebagainya. Hari ini kita lihat baru-baru ini saya dihantar oleh seorang YB, bekas YB DAP menunjukkan keindahan kawasan kuari Simpang Pulai. Keindahan kawasan kuari Simpang Pulai. Indah ke? Kalau kita lalu di lebuh raya tu signboard yang mula-mula tertera ini, signboard Jabatan Pertanian. Di belakang signboard itu terpancar view yang menarik. Bukit yang hampir hilang kehijauan. Seorang aktivis alam sekitar "yongl95", dia punya IG tengok. Bukan orang Perak yang datang daripada Kuala Lumpur naik train semata-mata nak captured kecantikan Simpang Pulai. Di bawah itu dia tulis, "Visit Perak". Kita ni tahun melawat Perak tapi seorang datang buat video yang agak menarik yang boleh mencetuskan sesuatu yang tidak baik sempena "Visit Perak". Tahun Melawat Perak. Tadi saya tengok dia dah mencecah 520,000 view dengan 14,000 komen mengenai view yang digambarkan keadaan kuari di Simpang Pulai. Kalau menurut laporan JAS tahun 2021, hanya 60% sahaja operator kuari ini yang mematuhi syarat operasi ataupun mengikut garis panduan Jabatan Alam Sekitar. Ini menunjukkan ramai usahawan ataupun pengusaha-pengusaha ini tidak mematuhi apa yang digariskan oleh JAS. Mereka rela didenda RM5 ribu, RM10 ribe, RM18 ribu saya tengok tadi, RM30 ribu, yang paling tinggi RM100 ribu. Jumlah itu terlalu kecil berbanding dengan kerosakan yang dipamerkan daripada segi imejnya kita sebagai rakyat Negeri Perak. Kelestarian alam kita tak jaga. Memanglah kuari ini sebahagian daripada sumber pendapatan Negeri tetapi pada masa yang sama kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk memastikan kelestarian alam sekitar.
Justeru itu, saya amat berharap apabila ada pembukaan kawasan-kawasan industri yang baharu dan sebagainya, elemen-elemen kelestarian alam ini perlu diambil kira. Ini hanya sebahagian daripada masalah ataupun isu berkaitan penerokaan alam yang menjadi hasil kepada negeri. Banyak lagi di luar sana sebenarnya kalau kita nak lihat kilang-kilang sawit yang melepaskan bahan sisa buangan ke sungai-sungai atau pun ke parit-parit dan sebagainya. Mereka melihat denda ini seolah-olah sebagai satu mainan je. Tak ada value pun kalau RM3 ribu, RM5 ribu, RM10 ribu dengan apa yang telah mereka hasilkan daripada pengilangan mereka, mereka mampu untuk membayar apa juga denda. Mungkin boleh difikirkan denda ataupun tindakan-tindakan lain menggantung lesen ataupun menutup operasi. Kalau tak kenakan denda pun ini lebih memberi kesan daripada kita melihat hanya nilai wang ataupun nilai wang sebagai denda ataupun ada perkara lain yang lebih menakutkan. Bukan kita nak menakutkan mereka, kita hendak mereka mematuhi syarat-syarat yang telah dikeluarkan oleh pihak JAS, pihak PBT dan sebagainya. Ini amat penting dalam titah Tuanku untuk melihat alam sekitar dengan penerokaan-penerokaan yang tidak mengikut garis panduan ataupun penerokaan-penerokaan haram ini dapat kita kurangkan ataupun kita elakkan berlaku lagi di Negeri Perak.
Dato' Yang di-Pertua, isu alam sekitar ini sebenarnya boleh menjejaskan kehidupan masyarakat. Bukan semata-mata nak mengurangkan pelancong datang ke Perak je tetapi kehidupan kita dengan melepaskan bahan-bahan yang tak sewajarnya ke sungai-sungai, ke air-air yang kita akhirnya kita akan minum dan sebagainya. Begitu juga dengan pencemaran udara dan sebagainya. Ini adalah perkara-perkara yang perlu diambil kira apabila kita nak meneruskan banyak lagi perkara-perkara yang boleh memberi manfaat dan juga boleh menjana pendapatan kepada Negeri Perak.
Sungai Manik.
Saya tak salahkan kerajaan...
Sungai Manik.
Sebab Simpang Pulai itu kuari ini dah wujud sebelum highway tu ada lagi cuma bagaimana kita nak meminimakan impak kepada negeri kita.
Sungai Manik saya celah sedikit.
Ya, ya.
Saya setuju dengan saranan Sungai Manik tentang yang Youtube ke apa semua tadi tu. Komen-komen yang tak bagus. Setuju tak Sungai Manik dengan saya bahawa pembangunan sebarang kemajuan pembangunan industri dan sebagainya di Negeri Perak yang kita nak blend dengan "Perak Sejahtera", kita juga kena blend dengan Pelan Induk Perindustrian Baru 2030 NIMP, dua tu. Dua syarat antara empat syarat NIMP, dua Kerajaan Negeri Perak mesti ikut dan mesti blend sama iaitu net zero, mesra alam.
Yang keduanya, ekonomi, sekuriti dan inklusif yang mana sebarang industri yang dibuat mesti menjaga keselamatan negara dan rakyat. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya amat-amat bersetuju. Dato' Yang di-Pertua, perkara selanjutnya yang ingin saya sentuh yang berkenaan dengan satu projek yang apabila dilancarkan suatu ketika dahulu menjadi gah dan membangkitkan semangat sebagai anak Perak iaitu projek Silver Village Lake. Silverlake Village Outlet. Oh, hebat. Sebut pun susah. Batu Gajah sebab nak orang putih sangat. Kita sambut tahun baru itu hari pun di situ. Tahun Baru 2024. Malam tahun baru tapi realitinya apa yang boleh kita saksikan di situ? Mungkin waktu dia merancang dulu dia nak buat Silverlake Village ni macam Valle De Paris, macam Bister Village di London. Dia punya idea tu tinggi masa tu sebab orang yang di belakangnya dulu memang suka pergi London kalau tak silap. Speaker pun kenal orang tu. Jadi mungkin idea itu timbul. Minta maaf Speaker. Jadi mungkin idea itu timbul nak buat macam itu tapi realitinya hari ini apa yang ada di situ.
Jadi, walaupun hari ini Kerajaan Negeri tidak ada terlibat secara langsung dalam projek ini sebab dia dah PFI atau pun dah dibagi pada pihak yang ketiga ataupun swasta dan sebagainya tetapi ia berada di Negeri Perak. Berada di Batu Gajah dekat dengan Rumah Lat. Jadi sepatutnya dia boleh membantu menarik kehadiran pelancong dan pengunjung. Harapan akhirnya berkecai lah pada saya, tak seperti yang kita harapkan dan ini perlu dilakukan sesuatu. Kalau hanya dengan bawa program-program ke situ tetapi habis program tempat tu kosong juga, makna nya tak menepati hasrat pada waktu kita nak membinanya. Justeru itu Kerajaan perlu mengambil peranan dan tanggungjawab. Kalau pihak syarikat ini tak mampu untuk merealisasikan hasrat yang dirancang peringkat awal dulu, tindakan perlu diambil. Tindakan perlu diambil untuk memastikan tempat ini akan tidak menjadi projek yang "Gajah Putih" yang boleh merosakkan pandangan, esok satu-satu rosak dan sebagainya dan akhirnya kita rugi dengan apa yang telah dirancang. Ini hanya menyebut sebahagian daripada projek-projek yang dirasakan pada waktu itu boleh memberi impak yang tinggi kepada Kerajaan Negeri. Sebenarnya banyak lagilah yang tersasar daripada perancangan. Justeru itu kita harapkan Kerajaan pada masa hari ini dan masa hadapan, apabila kita merancang sesuatu itu, kita perlu melihat atau pun menilai dengan sewajarnya agar ia perkara sebegini tidak berulang pada masa akan datang.
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan di atas kejayaan Perak Sejahtera 2030. Tapi Kerajaan campuran ini janganlah bangga. Rancangan Perak Sejahtera 2030 tu zaman saya sini menjadi Exco. Jadi menunjukkan hebatnya Kerajaan PN pada waktu itu. Sehingga boleh merancang dan hari ini boleh terus dilestarikan. Tak apa lah. Sebagai kerajaan tanggungjawab juga untuk meneruskan mana yang baik. Begitu juga di pihak kami. Kalau ada cadangan dan juga saranan daripada kerajaan itu yang boleh memberi manfaat dan boleh meningkatkan nama negeri, memakmurkan negeri, kita akan sokong. Seperti bajet yang lepas tak ada seorang pun di kalangan kami yang menentang, semua menyokong sebulat suara. Tak apa lah. Terima jugak lah RM300 ribu peruntukan. Terima juga. Terima kasih juga lah. Dapat jugalah pentadbiran dan sebahagiannya terima kasih.
Selaku Ketua Whip saya mengucap terima kasih. Tapi dalam dapat peruntukan tu ada madah berhelah pula dalamnya. Dulu Adun-Adun ni ada juga kuasa atau pun peranan untuk menilai setiap pemohonan. Tapi kali ini siapa-siapa boleh mohon. RM300 ribu untuk DUN Sungai Manik, siapa-siapa boleh mohon. ADUN pun tak tahu. Yang agak menariknya kelulusan pemberian Bajet kepada kawasan-kawasan pembangkang ni bermula zaman saya mula-mula jadi Exco kembali. 2021. Keputusan pertama yang dibuat waktu itu adalah untuk tak kira siapa juga Kerajaan kita akan pastikan wakil-wakil rakyat semua dapat peruntukan sama rata. Itu adalah keputusan PN tau dan waktu itu DAP, Amanah, PKR adalah pembangkang…
Yang Berhormat, panjang lagi? Sikit lagi ya. Simpulkan.
Itu satu lagi perkara yang yang terakhir. Saya dulu pernah sebelum menjadi wakil rakyat, pernah terlibat dalam penubuhan Tadika Islam yang di bawah MAIPk di Langkap. Waktu itu terpaksa menyewa satu tempat dan sebagainya. Itu cerita 20 tahun dulu lah. Tapi benda tu dah berlaku lama. Justeru itu, saya mencadangkan agar tadika-tadika Islam ini yang merupakan asas kepada tahap pembelajaran awal pelajar-pelajar dan kebanyakannya masih menyewa. Menyewa bangunan, menyewa tempat dan sebagainya. Di situ minta Kerajaan Negeri dapat membantu agar mereka dapat mempunyai bangunan sendiri untuk kemudahan anak-anak yang belajar di Tadika Islam.
Begitu juga dengan beberapa perkara yang ditimbulkan oleh rakan-rakan yang terlibat dalam penguatkuasaan agama. Iaitu mengenai jumlah penguatkuasa agama di Negeri Perak ini yang terlalu terhad di mana kalau dibuat perbandingan jumlah umat Islam di Negeri Perak ini, jumlah itu terlalu kecil. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan kepada mereka dan yang terakhir saya ingin mencadangkan agar Program KAFA Menengah Aiman yang jadi program Kerajaan Negeri. Sekarang ini adalah di bawah inisiatif JAIPk, Jabatan JPN dan juga Yayasan Perak. Yang saya nak diberi penekanan ialah isu kebajikan murid dan guru yang sangat minimum berbanding dengan peranan dan sumbangan yang mereka berikan untuk pendidikan. Jadi Yang Berhormat Dato' Speaker, saya rasa cukuplah setakat itu yang saya dapat sampaikan dalam sesi perbahasan menyokong usul Titah Ucapan Pembukaan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Jadi Sungai Manik menyokong. Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk memulakan perbahasan. 20 minit. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Ahli-ahli Yang Berhormat, para pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media dan mereka yang mengikuti perbahasan pada pagi ini melalui talian atas talian dan saya ingin merakamkan penghargaan di atas kesempatan untuk saya membahaskan usul Menyembah Ucapan Tahniah Dan Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Al-Maghfurlah kelmarin.
Saya ingin membuat respon langsung kepada Sungai Manik. Ingin mengucapkan tahniah kepada beliau di atas inisiatif mengadakan lawatan ke Parlimen untuk membuat benchmarking kepada tugas-tugas beliau selaku Pengerusi PAC dan diharapkan sebagai kedomakan saya ingin menyatakan sokongan kepada beliau supaya isu-isu yang dibangkitkan terutama oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Semanggol tadi dapat dinoktahkan seberapa yang segera yang mungkin. Oleh kerana kebanyakan kita termasuk Sungai Manik rasanya sudah veteran dalam Dewan ini dan sekejap sana, sekejap sini jadi kita pernah jadi kerajaan, pernah jadi pembangkang. Jadi apa yang penting ialah kepentingan dan keprihatinan rakyat dapat ditangani dan isu-isu yang melibatkan projek-projek yang sedemikian harus diselesaikan tak kira di mana pun kita berada.
Dato' Yang di-Pertua, walaupun Kebawah Duli Tuanku tidak menyebut secara jelas tetapi apa yang pasti ialah bahawa pencapaian cemerlang yang Baginda catatkan dalam Titah Perasmian kelmarin sebenarnya membayangkan kecemerlangan perkhidmatan awam kita. Yang saya fikir adalah merupakan sebenarnya dengan izin Unsung Heroes. Hero-hero yang tak didendang kerana jika tidak sudah pastilah kedudukan perkhidmatan awam yang merupakan faktor utama dalam Pentadbiran Negeri tidak dapat menghasilkan kewujudan atau pun kedudukan kewangan yang kukuh bagi Negeri Perak yang dicatatkan sebagai satu surplus sebanyak RM29.6 juta bagi tahun kewangan 2022 dan surplus sebanyak RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023. Begitu juga dengan kutipan hasil sebanyak RM1.21 billion bagi tahun 2023 dan sudah pastilah kita harus juga ucapkan tahniah kepada rakyat di atas kesedaran mereka untuk melunaskan tanggungjawab mereka supaya pembayar cukai.
Dato' Yang di-Pertua, perkhidmatan awam adalah elemen yang penting dalam pentadbiran negara kita. Apa pun warna dan politik kelompok yang memerintah dan membentuk kerajaan, perkhidmatan awam terus setia kepada negeri dan negara sebagaimana dilambangkan oleh raja dan istana. Ini tentunya akan terus dipertahankan oleh pentadbiran yang ada dan Pakatan Harapan khususnya DAP telah menyatakan komitmen untuk menjunjung dan mempertahankan institusi beraja sejak dari zaman Pakatan Rakyat lagi dan pada semalam, Perdana Menteri telahpun menyatakan dengan tegas bahawa semakan gaji perkhidmatan awam tidak akan ditangguhkan. Oleh kerana menurut beliau telahpun lebih 10 tahun perkara itu tertangguh. Jadi dengan kata lain, kita sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan perkhidmatan awam yang sebenarnya adalah tonggak kepada pentadbiran negeri dan negara.
Tebing Tinggi, Alor Pongsu. Alor Pongsu, Alor Pongsu. Saya nak celah sikit tentang, saya sependapat dengan Tebing Tinggi lah. Saya dan ucap tahniah pun kepada Jalong. Kita di tangga kelima dalam aspek pelaburan di negara Malaysia dan saya setuju titah Tuanku pada hari Jumaat itu hari. Kita juga setuju pendapatan collection untuk Negeri Perak memang hebat. Tapi setujukah Tebing Tinggi dengan saya kita masih lagi berhadapan dengan cabaran pengagihan, bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga pembangunannya yang sebab yang bahas yang lepas saya sebut gasing tu? Empat daerah yang utama steady. Manjung, steady. Macam mana dengan Alor Pongsu?
Masalah kemiskinan, kurang peluang pekerjaan, pendapatan. Setuju tak Tebing Tinggi kita perlu perbetulkan sedikit lagi.
Tak ada masalah. Cuma saya bukan kerajaan. Hanya penyokong kerajaan. Tak mengapalah. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh dan menyinggung kedudukan Islam yang diberikan perhatian oleh Duli Tuanku dalam para 21 pada halaman 21, 22 dan ini menyangkut soal keadaan masjid dan surau yang tidak kondusif untuk mencapai ideal yang dikatakan itu. Jadi saya berpandangan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak perlu mempastikan masjid dan surau itu dapat menjadi pemangkin kepada apa yang telah pun dititahkan oleh Duli Tuanku itu. Mungkin kita tidak mempunyai kemampuan untuk menjadikan masjid dan surau kita secantik dan seselesa. Masjid dan surau di Lembah Klang, Selangor tetapi sekurang-kurangnya biarlah tandas dan bilik airnya bersih untuk digunakan.
Selain itu, mungkin perlu juga dipantau dengan lebih tegas lagi. Sebelum ini, ada aduan yang diterima daripada kawasan saya tentang hal-hal yang kita kata atau kita anggap remeh dan kecil seperti akaun yang tak boleh dibaca. Jadi, perkara itu harus diberikan perhatian yang tegas oleh pihak yang berkenaan. Baik Exco ataupun Majlis atau pun JAIPk sendiri bahawa di kalangan jemaah ada yang prihatin dengan kutipan dengan perbelanjaan wang yang ada dalam tabung itu. Selain daripada itu, perkara-perkara seperti penambahbaikan, soal bagaimana pengurusan masjid dan surau menggunakan wang itu juga perlu diberikan perhatian dan mungkin sekiranya difikirkan perlu mereka diberikan kursus pengurusan yang sesuai untuk mempastikan bahawa ada ketelusan dan ada kebertanggungjawaban kepada dana yang dipegang oleh pihak jawatankuasa. Saya tidak ingin pukul rata tetapi nampaknya kalau dilihat daripada segi kehadiran jemaah di masjid dan surau, dia bertumpu kepada mereka yang boleh dikatakan melepasi usia 60 seperti saya. Six series. Mungkin orang tua ni takde pun payah nak tidur terutama waktu subuh dan anak-anak muda sibuk dengan perkara lain dan payah nak bangkit subuh tetapi apa yang saya ingin sampaikan ialah betapa perlunya kita mengambil perhatian kepada perkara ini.
Saya katakan tadi saya tak mahu pukul ratalah tapi pernah saya membuat sedikit sebanyak pemerhatian rambang saya dalam perjalanan daripada Ipoh ke Teluk Intan singgah di berapa beberapa buah masjid. Ada sebuah tu yang berdekatan dengan pekan Kampong Gajah. Ada tiga orang jemaah sahaja. Imam, muazzin dan saya sebagai musafir tetapi ada juga yang baik seperti di bandar universiti yang saya perhatikan. Ahli jemaah yang datang buat dhuha kemudian solat empat rakaat sebelum Zohor dan seterusnya. Jadi ertinya mungkin bergantung kepada kawasan kehadiran jemaah di masjid dan saya nampak ini ada kaitan yang langsung dengan kadar jenayah, dengan susun atur masyarakat di kawasan itu, keakraban mereka dan sebagainya lah.
YB, saya celah lagi sekali.
Jadi, ertinya pihak berkenaan ataupun pihak yang berwajib tidak harus membiarkan perkara itu hanya ditangani ataupun diberikan perhatian oleh masyarakat setempat. Makna pihak negeri sendiri perlu memberikan sedikit sebanyak perhatian untuk memperbaiki keadaan yang sedemikian dan kita sebagai wakil rakyat seharusnya juga memberikan contoh yang baik. Wakil rakyat, Pegawai Daerah, YDP, penghulu dan sebagainya dan kita harus peruntukkan masa untuk bersama-sama dengan rakyat yang di bawah rakyat marhain ini untuk sama-sama mengimarahkan masjid seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku.
Saya celah sekali lagi ye Tebing Tinggi. Apabila sebut tentang masjid ya. Tebing Tinggi hadir ke masjid ada orang, 3 orang katanya tadikan. Saya pernah pergi ke masjid. Saya buka pintu, saya azan, saya imam. Saya tak tau sampai ikut belakang. Jadi untuk membuktikan jawatankuasa masjid tu aktif tak aktif bagi saya, bukan sekadar jemaah sahaja. Tengok toilet dulu. Tapi masjid sekarang banyak toilet cantik-cantik. Ada satu masjid saya pergi toilet dia setaraf dengan McD. Tapi kotornya ya Allah ya tuhan dan setujukah Tebing Tinggi dengan komen-komen nakal. Sekolah-sekolah Cina swasta, sekolah-sekolah Cina swasta dapat ratus-ratus ribu. Sekolah-sekolah bantuan kerajaan dapat toilet yang bersih je. PMX bagi toilet yang bersih untuk sekolah-sekolah. Tapi adakah takat itu je? Itu komen nakal bukan komen saya.
Yang tu saya ingat kena dilihat secara holistik Yang Berhormat. Dia tidak boleh kita nak mengambil contoh untuk secara yang terpencil ataupun kita meng'higlight'kan aspek tertentu yang mungkin saya fikir tidak adil sebab sekolah-sekolah yang berkenaan iaitu sekolah-sekolah yang boleh dikatakan swasta dan tidak banyak menerima peruntukan kerajaan. Jadi itu harus dilihat secara yang lebih adil lagilah. Baik, apa pun daripada yang dititahkan oleh kebawah Duli Tuanku sudah ada sebenarnya suatu mekanisme ke arah memperbaiki apa yang kita katakan tadi iaitu Majlis Perundingan Masjid yang dirasmikan, diperkenankan oleh Tuanku ditubuhkan pada 30 Ogos 2023 yang mempunyai objektif, antara lain menerokai idea-idea inovatif, menyuntik nilai tambah, memperkenalkan program pengimarahan masjid yang lebih dinamik dan seterusnya. Jadi apa pun usaha menarik minat dan penyertaan belia di masjid dan surau seperti yang disuarakan oleh ke bawah Duli Tuanku itu amat penting dan saya melihat ini menjadi kekuatan kita di masa akan datang dan mungkin kita tidak harus ataupun tidak hanya semata-mata bercakap sahaja tetapi kita harus mengotakan apa yang kita kata ataupun melakukan apa yang kita kata.
Dato' Yang di-Pertua, dalam hal pertanian dan keterjaminan makanan bahawa Duli Tuanku bertitah, bersyukurlah kita kerana Malaysia ialah negara yang dikurniakan Ilahi dengan iklim tropika, bekalan air yang cukup dan tanah yang subur yang merupakan aset yang berharga untuk menjayakan program keterjaminan makanan. Apa pun, perangkaan daripada kerajaan sendiri menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak menggambarkan hasrat murni Kebawah Duli Tuanku itu. Secara mudah, kita lihat perbandingan negara kita dengan negara ASEAN yang lain. Yang pertama Thailand. Dia ada keluasan tanaman padi sebanyak 11.5 juta ekar, pengeluaran beras 34.3 juta metrik tan, tempoh matang padi 75 hingga 80 hari dan musim penanaman tiga hingga empat musim. Itu Thailand. Yang kedua Indonesia. Ada 10.5 juta hektar dengan 54.7 metrik tan dengan 75 hingga 80 hari musim penanaman dan akhirnya musimnya tiga hingga empat musim. Sama seperti Thailand. Yang ketiga Vietnam dengan 7 juta hektar, dengan 42.7 juta metrik tan, 80 hingga 85 hari penanaman dan tiga musim dan kita yang keempat dengan 637,935 hektar tak sampai sejuta pun dengan hasil pengeluaran 1.574 metrik tan, 110 hingga 120 hari tempoh matang padi dan dua musim sahaja itu mungkin banyaklah. Jadi itu belum disebut lagi soal apa nama sawah terbiar sawah padi yang ditukar menjadi kawasan perumahan dan sebagainya.
Jadi di sini dalam keadaan kita bercakap dan bertengkar soal padi tadi, jadi ini mungkin satu perkara asas yang perlu dilihatnya. Sebab kalau dilihat daripada segi kurniaan Ilahi dalam bentuk tanah, bentuk hujan dan sebagainya kita tidak kurangnya. Jadi di sana ada sesuatu yang yang yang yang perlu dilakukan dan mungkin kita boleh sebut juga di sini soal bagaimana kawasan Sekinchan itu boleh menjadi terbaik di Malaysia sedangkan daripada segi pengeluaran perhektar. Sedangkan Negeri Selangor dan Sekinchan bukan negeri yang besar berbanding dengan dua atau tiga negeri yang lain. Jadi di sini menunjukkan bahawa soal teknologi, soal kerja keras dan sebagainya itu penting untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi.
Malah Tuan Timbalan Yang di-Pertua meskipun pihak pembangkang mendakwa ekonomi masih gagal ditangani, kenyataannya ialah bahawa yang pertama kita melihat lebihan akaun semasa kekal 1.2% daripada KDNK. Yang kedua hutang negara yang menurun kepada 68.2% daripada KDNK. Yang ketiga pelaburan asing yang lebih tinggi dan minggu lepas dilaporkan hampir 400 bilion pada 2023 paling tinggi dalam sejarah dan akhir sekali, kadar pengangguran yang turun ke paras 3.3% yang boleh dikatakan sebagai sesuatu yang ataupun pencapaian yang dikirakan baiklah. Walaupun kecaman dan juga pelbagai kritikan yang pedas yang disuarakan itu begitu lantang sekali dan orang boleh sinikal dengan Perdana Menteri yang ke-10 yang kelmarin berkata antara ringgit jatuh dengan beban kepada rakyat, saya memilih untuk menyelamatkan rakyat dan siapakah yang sanggup untuk tidak ambik gaji atau menolak untuk menggunakan kereta super mewah yang ditempah oleh rejim terdahulu yang dipromosikan Bersih itu dan saya fikir kita juga perlu akur tentang beberapa fakta yang ia harus diambil kira dalam kita menilai dan juga menganalisis prestasi pentadbiran-pentadbiran yang ada sekarang dan sebelum ini.
Yang pertama kalau kita lihat di bawah pentadbiran Pagoh itu US Dollar itu RM4.24 tetapi ketika itu juga kadar inflasi berada pada tahap 4.7% dan kadar pengangguran pada tahap 4.6%, manakala kemasukan pelaburan hanya berjumlah RM193.7 billion belum dikira darurat belum dikira gantung Parlimen dan sebagainya. Kemudian di bawah pentadbiran Bera pula US Dollar pada RM4.75, inflasi pada tahap 4.7%, pengangguran pada tahap 3.8% dan pelaburan asing naik sedikit kepada RM264 billion tetapi kita juga mendengar ketika itu adanya beberapa pelabur yang terbesar yang besar yang memindahkan pejabat ataupun pusat operasi mereka ke beberapa buah negara ASEAN yang lain. Pada waktu ini, pentadbiran Perdana Menteri ke-10 kadar dengan US Dollar ialah pada RM4.79 tetapi kenyataannya ialah bahawa kadar inflasi lebih rendah yakni pada 1.5% manakala kadar pengangguran berada pada tahap 3.4% kembali kepada sebelum pandemik. Seperti yang telah pun kita sebutkan beberapa kali tadi, jumlah pelaburan telah pun berada pada tahap RM329.5 billion.
Yang saya katakan tadi minggu lepas mencecah hampir RM400 bilion yang tertinggi dalam sejarah negara. Jadi, kita harus melihat sesuatu ataupun keadaan ekonomi dalam kerangka yang yang holistik yang secara keseluruhan dan tidak boleh kita melihat atau kita petik satu, dua perkara yang kita rasa seronok dan kita belasah dan saya boleh buat aktiviti yang saya bangkitkan dengan apa ni dengan ketua pembangkang tadi, iaitu kenyataan yang disebut oleh pakar ekonomi Bank Dunia, Mr.
Apurva Sanghi yang minggu lalu melaporkan bahawa apa yang di ataupun menjadi masalah di Malaysia ialah persoalan dalaman beberapa soalan dalaman yang yang yang yang tidak diselesaikan dan beliau merujuk kepada krisis ekonomi Asia pada tahun 1997 dan dalam soalan itu saya menyebutkan saya tidak faham apa yang dikatakan oleh Semanggol tadi bahawa orang yang sama.
Orang yang sama bukan, bukan orang yang memimpin ataupun mengendalikan ekonomi pada tahun 1997, 98. Bahkan orang ini, Perdana Menteri ke-10 ini tercampak terpelanting oleh kerana beliau tidak bersetuju dengan orang itu. Orang itu sekarang menjadi pakar rujuk kepada sebelah sana. Jadi saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Semanggol. Mungkin hanya beliau nak geram nak melepaskan, melepaskan amarah kepada Perdana Menteri ke-10 yang mungkin mengongsi dengan apa yang berlaku ataupun yang yang yang berlaku kepada Marang. Saya pun tidak faham apa yang dia nak hentam sangat PM ke-10 ini.
Jadi dengan kata lain, dengan secara mudahnya, masalah yang kita hadapi ialah masalah yang berpanjangan dan sebahagiannya telah pun ataupun rejim yang yang memerintah ataupun yang mentadbir negara di antara Mac 2020 hingga November 2022 juga harus bertanggungjawab dan meninggalkan masalah yang ada. Kerajaan yang ada sekarang sedapat yang mungkin cuba untuk mengurangkan kebergantungan, mengurangkan perbelanjaan dan sebab itulah sedapat mungkin kita mengecilkan pentadbiran kita tidak memberikan jawatan kepada semua Ahli Parlimen ataupun menjadi paling tidak pun menjadi pengerusi, agensi dan GLC kerajaan. Itu tidak berlaku sekarang. Bukan mudah untuk mendapat jawatan. Jadi ini satu perkara yang yang telah pun dibuat untuk kita mempastikan bahawa kita berada pada track, pada landasan yang betul dan setengahnya kita, kita faham dan kita harus terima sesuatu yang pahit.
Jadi, sebab itu kita tidak harus mempermainkan ataupun melihat inisiatif seperti ini. Sebagai contoh, mengkaji skim pencen untuk kakitangan awam dan juga ahli politik secara dengan lensa rush. Satu perkara yang saya fikir satu yang tidak harus berlaku dan berterusan sehingga DAP dipersalahkan. Seolah-olah semuanya DAP. Semuanya DAP. Ada saja perkara yang digambarkan, dipusing, yang diceritakan sebagai anti-Melayu, anti-Islam semuanya DAP. Seolah-olah DAP tahu semua. Dia begitu pandai sangat. Agaknya mereka juga manusia. Saya juga sesetengah saya tak tahu. Jadi saya tidak nampak atau saya melihat satu perkara tidak adil apabila DAP dikambing hitamkan dan disebut kerajaan dan DAP seolah satu entiti yang berbeza. Jadi Ahli Yang Berhormat sekalian saya fikir satu perkara yang harus berubah dalam politik kita tidak, kita harus berbincang atau melihat isu secara secara rasional dan tidak hanya memberikan tumpuan kepada ras dan agama semata-mata.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta khususnya Tuan Meor Hezbullah, Pegawai Daerah kerana menganjurkan Bengkel Madani semalam tak silap saya dengan penceramah import saudara Kamil Munir Setiausaha Politik Perdana Menteri. Ini penting, saya lihat catatan Facebook beliau penting kepada pimpinan masyarakat di akar umbi ya, dan mereka faham dengan konsep ini kerana ia bukan sekadar gimik dan di sana buat pertama kali satu satu satu konsep satu satu soundbite kalau kata-kata yang mengandungi sharpstone yang penting termasuk hak asasi dan sebagainya dan untuk itu saya fikir saya bolehlah kata, saya tumpang bangga kerana Supol ini bekas pelajar saya di universiti.
Jadi saya merakamkan penghargaan dan mudah-mudahan lebih banyak lagi kursus seperti ini diadakan dan kita mengharapkan supaya Madani tidak dipermainkan sebab di kalangan orang Jawa, Madani, ini dikatakan sebagai atau sebahagian sebagai mengejek. Tapi itu bukan Madani bukan daripada bahasa Jawa. Dia lebih kepada bahasa Arab. Jadi saya tidak tidak fikir kita harus dilihat begitu dan untuk itu apa yang dilakukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kinta sangat baik dan seperti yang saya katakan tadi mungkin lebih banyak diadakan dan saya harap dapat dipastikan supaya penyampaian dan juga pendekatan yang diambil itu dapat difahami oleh pimpinan akar umbi supaya mereka dapat melihat bahawa ini satu perkara yang yang yang serius yang real dan tidak hanya slogan politik sebagaimana slogan-slogan yang ada sebelum ini dan saya fikir untuk itu kerajaan yang sekarang ada ada kredibiliti sebab kita telah pun cuba untuk walk to talk untuk melaksanakan apa yang kita cakap.
Jadi pembaziran ataupun perbelanjaan yang bukan-bukan sudah tidak ada lagi. Walaupun kita juga harus mengakui bahawa ada perkara dalam dalam politik yang tidak dapat dilakukan sekaligus sebab itu hanya menuduh ataupun ada perkara-perkara yang saya sendiri waktu saya berada dalam kerajaan. Mungkin yang berlaku yang saya tidak setuju tetapi oleh kerana kita terikat dengan apa nama prinsip kolektif responsibility, ia tanggungjawab bersama, maka kita diam. Tapi tidak bermakna kita setuju. Sebab itu saya ulangi tadi bahawa tidak adil untuk Gunong Semanggol menyalahkan apa nama Perdana Menteri yang kononnya adalah merupakan orang yang sama. Tidak beliau tidak bersetuju dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 dan beliau membayar harga itu dengan mahal dengan begitu mahal sekali masuk keluar penjara dan mengambil masa 25 tahun untuk sampai ke Pejabat Perdana Menteri dan beliau dapat menghabiskan penggal yang ada ini hingga akhirnya kita dapat menumpukan masa untuk mengadakan suatu landasan yang baik untuk masa depan negara kita. Jadi Puan Timbalan Yang di-Pertua Tebing Tinggi mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Tebing Tinggi. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Pembangkang, Ahli-shli Yang Berhormat, ketua jabatan, pegawai-egawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, para pemerhati, rakan rakan media khususnya hadirin dan hadirat yang mengikuti sidang Dewan pada hari ini. Yang Berhormat di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, saya dengan ini memulakan perbahasan ini dengan memetik firman Allah Subhanahuwata'ala. Sebagai peringatan kita semua. (Bacaan ayat Al-Quran) Surah An-Nahl ayat 90. "Sesungguhnya Allah menyuruh kalian berlaku adil dan berbuat kebajikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengerjakan dia mengajar kalian yang suruhan dan larangan yang ini supaya kalian mengambil peringatan dengan mematuhinya".
Patik menjunjung kasih di atas Titah Diraja Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ruang dan peluang yang diberikan membahaskan Titah Diraja dalam Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kali Yang Kelima Belas. Patik dengan rendah hati menginsafi dan memberi perhatian terhadap Titah Tuanku bahawa bangunan megah mencakar langit, tidak akan memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang mengikat perut, mencatu makan dan tidur berbumbung langit. Justeru, agenda menokahi kemiskinan tegar memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di bawah Perak Sejahtera 2030 mesti menjadi keutamaan kita semua.
Ukiran Terpahat Si Awal Larat, Hadiahkan Pengantin Seni Terikat, Derita Rakyat Usaha Diubat, Pemimpin Prihatin Dambaan Rakyat
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian ahli Dewan terhadap Titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang menyentuh berkenaan realiti semasa ekonomi negara. Ekonomi Malaysia yang mengalami pertumbuhan sederhana, pada hakikatnya menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia sedang bergelut, pertumbuhan tidak mencapai jangkaan ringgit, lemah dan cabaran menjulang di hadapan. Pertumbuhan ekonomi Madani, hakikatnya tersasar dari sasaran. Peniaga terkesan, rakyat terus terbeban sehingga media sosial yang menggambarkan penuh. Di media sosial yang menggambarkan tekanan rakyat dengan lambakan perkataan mahal dah nih. Mereka bukannya bergurau. Tapi itulah luahan sebenar isi hati rakyat. Kalau mereka nak zahirkan secara lebih lebihan daripada itu, mereka akan didatangi dengan pelbagai ugutan dan tekanan. Sedangkan kos untuk dapatkan khidmat guaman pun mereka tak mampu. Itulah stail kerajaan yang ada pada hari.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, jangkaan ekonomi Malaysia tumbuh antara 4%, 5% pada tahun 2023 meleset, apabila hanya merekodkan pertumbuhan sederhana pada kadar 3.7% berbanding 8.7% pada tahun 2022. Walaupun negara baru sahaja menuju ke era endemik. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sebelum ini, mengunjurkan ekonomi Malaysia akan tumbuh antara 4 hingga 5 % pada tahun 2023. Ekonomi Malaysia berkembang 3% pada suku keempat 2023. Suku ketiga 2023 3.3%, suku kedua 2023 29%. Disokong oleh perbelanjaan isi rumah dan pasaran pekerja yang baik manakala eksport kekal lemah antara faktor persekitaran luaran. Menurut Bank Negara, pertumbuhan Malaysia dijangka bertambah baik disebabkan oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan pemulihan permintaan luaran. Manakala inflasi dijangka kekal sederhana dan sangat dipengaruhi oleh perubahan dasar subsidi dan kawalan harga dalam negara. Walau bagaimanapun, itu secara makro.
Namun jika diperhatikan secara mikro, masih banyak keresahan, ekonomi dan kepayahan kewangan yang dihadapi sekalian rakyat, peniaga dan majikan akibat tekanan kos sara hidup, peningkatan kos bahan dan gangguan bekalan dalam pasaran yang masih belum diselesaikan melalui pendekatan ekonomi Madani.
Prospek ekonomi 2024 ini sangat berkait rapat dengan kedudukan ringgit. Kos sara hidup, subsidi bersasar, hutang isi rumah, sekuriti bekalan makanan dan saya perlukan tindakan yang konkrit bukan lagi retorik seperti yang dinyatakan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia. Ekonomi Malaysia sangat mudah terdedah kepada faktor luaran. Walaupun pengaruh kuasa luar mungkin di luar kawalan langsung kita. Kita tahu pengaruh kuasa luar mungkin di luar kawasan mungkin di luar kawalan langsung kita. Tapi dasar domestik berada dalam kawalan kita. Kita memerlukan dasar yang meningkatkan keyakinan pelabur, pemimpin yang menghormati tadbir urus bekerja keras dan jujur kepada orang ramai. Jawapan-jawapan yang jujur daripada pemerintah daripada kerajaan mesti walaupun ia menghadapi dengan pelbagai risiko sebagaimana yang diulas oleh ramai penganalisis-penganalisis politik dan sebagainya dan juga ahli-ahli ekonomi.
Alhamdulillah, kita tahu hasil negeri semakin bertambah. Saya juga terlibat di sebelah sana satu ketika dahulu bersama-sama dengan sahabat di sebelah sini. Sahabat sana turut terlibat dalam merancang dan merencanakan plan bagi memastikan kejayaan peningkatan hasil yang kita dapat lihat pada hari ini. Seperti yang disebut oleh Sungai Manik tadi, peningkatan hasil bukannya datang secara tiba-tiba pada tahun ini, tapi memerlukan usaha yang gigih daripada semua pihak. Semua pihak tidak kira siapa yang di sebelah sana dan juga di sebelah sini termasuklah mereka-mereka daripada agensi kerajaan, penjawat awam yang bertungkus lumus untuk meningkatkan hasil tersebut. Marilah kita pastikan apa jua hasil negeri yang diperolehi mesti dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana yang dititahkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak menitahkan agar kekayaan negeri diagihkan seadil-adilnya untuk dinikmati setiap rakyat. Hari ini isu kenaikan kos sara hidup menjadi perbualan hangat di kalangan rakyat baik di kedai-kedai kopi dan mamak membawa ke media sosial rungutan demi rungutan didengari. Ketika ini, kita mungkin sedang berbicara tentang kebajikan rakyat tetapi di atas kerusi yang empuk dan dewan yang berhawa dingin. Namun di luar sana ada rakyat yang terpaksa menjual buah potong di tepi jalan, ada yang tidur di dinding kotak, ada yang terpaksa menyatu makanan demi pendidikan anak-anak, ada yang berhempas pulas melakukan dua tiga kerja demi mencukupkan keperluan keluarga. Siang membawa ke malam masih lagi di atas kereta masih lagi di atas kenderaan masih lagi di atas basikal, pulang lewat untuk bertemu dengan keluarga.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut sedikit tentang teks khutbah baru-baru ini yang menyentuh tentang surah Al-Kahfi ayat 94 yang menyentuh tentang rakyat perlu membayar cukai perlu berkorban untuk negara supaya menambah hasil negara supaya menambah hasil negeri untuk membayar cukai dengan mendatangkan nas daripada surah Al-Kahfi ayat 94 yang bermaksud, mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi. Oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu dari hasil pendapatan kami dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?". Ertinya masyarakat penduduk pada masa itu mereka tertekan dengan kerosakan yang dilakukan oleh Yakjuj dan Makjuj pada masa itu. Mengadu kepada pemerintah pada masa itu, Raja…Raja-raja Zulkarnain. Kami sanggup bayar dengan bayaran ditetapkan asalkan kamu dapat membina tembok itu. Saya ternanti-nanti juga untuk, penulisan teks khutbah untuk siri yang kedua di minggu hadapan. Tapi belum ada lagi dan mungkin pada kali ini ataupun pada minggu hadapan atau pada minggu yang seterusnya boleh menyambung ayat yang ke 95 daripada Surah Al-Kahfi.
Sebab kebiasaannya, apabila membaca dan menafsirkan surah Al-Kahfi daripada 94 biasanya disamakan dengan disekalikan dengan ayat yang 95. Yang menyentuh yang bermaksud dia menjawab: "Kekuasaaan dan kekayaan yang Tuhanku jadikan kepadaku menguasainya lebih baik daripada bayaran cukai bayaran yang kamu nak berikan itu. Oleh itu, bantulah daku dengan tenaga kamu beramai ramai, aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. "Artinya Raja Zulkarnain telah menunjukkan keprihatinannya dengan melihat hasil yang lebih yang Allah berikan kepadanya, kekayaan yang Allah berikan kepadanya adalah lebih baik daripada cukai yang kamu nak berikan kepadaku ataupun kepada pemerintah ataupun kepada kerajaan ataupun yang disebutkan sebagai bayaran yang kamu nak bayar. Saya sebut cukai itu sebab diterjemahkan ataupun disebut dalam khutbah iaitu berkaitan dengan cukai. Ertinya dua ayat ini satu ayat rakyat perlu berkorban. Untuk rakyat boleh berkorban untuk membantu negara dan yang keduanya negara ataupun pemerintah negeri juga mesti membantu rakyat dengan keprihatinan daripada pemerintah tersebut. Jadi, perlu ada juga untuk sambungan ayat dalam khutbah yang akan datang supaya ada keprihatinan daripada pihak pemerintah.
Saya ingin mencadangkan dengan beberapa perkara, dalam membantu rakyat menangani kos sara hidup ini. Dalam pentadbiran sebelum ini, kerajaan pernah menyediakan beberapa inisiatif iaitu di antara kita bersamalah dengan Lintang, dengan Kota Tampan semasa kita bersama dahulu. Antara yang keprihatinan yang kita laksanakan ialah yang pertama melewatkan tarikh akhir pembayaran cukai tanah. Pengecualian sewa perumahan atau moratorium bertempoh bagi Rumah Perancangan Awam (RPA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang berkelayakan di bawah Lembaga Hartanah Awam (LPHP). Mungkin kalau sebelum ini kita boleh umum kewajipan membayar cukai, kita juga boleh umum keprihatinan kerajaan kepada rakyat itu sendiri. Yang ketiga memperkasakan pinjaman mikro kredit, Tabung Usahawan Yayasan Perak, SADC, PKNP dan STeP. Yang keempat diskaun bil air berperingkat bagi pengguna perniagaan dan industri dan juga rakyat itu sendiri terutama yang tertekan, pakej-pakej bantuan khas untuk pertanian, penternakan dan perikanan mengikut keperluan pasaran tempatan. Sebagai contoh, semasa kita mentadbir bersama dahulu peruntukan RM860 juta 60k untuk 285 petani berbentuk baja dan racun dan kempen bumi hijau bagi 10 ribu isi rumah sebanyak RM0.79 juta dan antara perkara yang besar yang kita lakukan dahulu bersama dengan Kota Tampan bersama dengan Lintang ialah memberi OG sama rata di antara sama ada dia itu Adun pembangkang ataupun Adun kerajaan.
Ini pencapaian terbesar dalam sejarah yang pada masa itu yang tidak boleh dibuat lagi pada sesi ini apabila rakan saya di sebelah sana bersama dengan Tebing Tinggi dan lain-lain dan sebab apa saya sebutkan OG itu, kerana kami di pejabat kami cukup banyak sekali surat memohon sumbangan yang ada peruntukan tu ialah projek dan juga pembekalan. Banyak surat yang sampai daripada sekolah KAFA yang daifnya daripada apa PIBG nya daripada macam-macam yang sebelum ni kita boleh bagi sumbangan kerana kita ada OG. Jadi, kali ini tidak lagi ada. Jadi, mungkin boleh dipertimbangkanlah ataupun kalau tak boleh dipertimbangkan, tak apalah. Kami tak mahu teruskan dasar yang lalu, bagitau dan maklum kepada kita, kepada siapa OG tu diturunkan dan supaya kita maklumkan kepada rakyat. Kalau nak mintak peruntukan OG ataupun bantuan sumbangan boleh mohon kepada NGO yang tertentu atau pun mohon kepada pihak parti kerajaan di sebelah sana.
Maksudnya takpelah bagi tahu kepada siapa yang boleh bagi sumbangan kepada masyarakat yang terdesak pada hari ni banyak. Mereka-mereka pada masa ini mereka terdesak yang memerlukan segera wang tersebut. Tapi pada kali ini, kami menggunakan wang sendiri tapi tak ke mana sangat setakat seminggu dua minggu habislah. Jadi, kita perlu untuk dapat maklumat tersebut. Jadi itu antara pencapaian terbesar lah daripada pentadbiran kita pada masa itu dan seterusnya. Macam kotak makanan kan, diberikan kepada siapa tak ada masalah yang penting sampai kepada rakyat. Yang penting maklum kepada kami pusat pihak pusat khidmat kepada siapa yang diberikan itu supaya kita boleh war-warkan pergi mohon kotak makanan kepada pihak yang tertentu. Tak ada masalah nak bagi kepada siapa pun yang penting sampai kepada rakyat dan cuma maklum kepada kita siapa mereka yang dapat untuk berikan sumbangan kotak makanan tersebut.
Yang seterusnya berkaitan dengan alam sekitar. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak ada menyentuh bertitah berkaitan dengan perubahan iklim. Apabila membicarakan tentang peranan dan tanggungjawab memelihara alam sekitar, ia terkait rapat dengan perubahan iklim dunia. Perbincangan tentang perubahan iklim ini merupakan. Yang Berhormat Kota Tinggi.... Seadil-adilnya diberikan peruntukan yang diperjuangkan oleh Kota Tinggi jugak hari itu, Tebing Tinggi minta maaf tersilap sebut Tebing Tinggi…Tebing Tinggi. Apabila membicarakan tentang peranan dan tanggungjawab memelihara alam sekitar, ia terkait rapat dengan perubahan iklim. Perbincangan tentang perubahan iklim ini merupakan satu gagasan dan idea yang cukup tinggal 3 minit besar. Malaysia adalah antara negara yang mengambil berat dan mengenal pasti beberapa inisiatif ke arah pemuliharaan alam sekitar melalui rangka program dan projek seperti SDG ataupun Sustainable Development Goals dengan izin dan Green City dengan izin dan Smart City dengan izin.
Selaras dengan komitmen negara dalam Persidangan Iklim Paris 2015 bagi mengurangkan intensiti pelepasan karbon sehingga 45 peratus menjelang 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sekira kita telah menggagaskan Perak Sustainable Greenprint 2030 atau Perak Lestari sebagai pemandu arah jentera kerajaan dalam pembangunan negeri untuk tempoh 10 tahun akan dating dan kita harga beras pada masa itu diluluskan dalam mesyuarat Exco, diubah nama kepada Perak Lestari. Rumit pelan ini yang bersifat dinamik, realistik dan boleh capai itu merupakan kesinambungan kepada pelan-pelan pembangunan yang terdahulu seperti mengambil kira pelan-pelan pembangunan jangka masa sederhana dan panjang yang lain di peringkat persekutuan dan juga negeri. Antara inisiatif-inisiatif yang kita jalankan bagi menjayakan matlamat ini adalah yang pertama program penanaman pokok. Yang kedua pemasangan-pemasangan panel solar, penggunaan tenaga LED, melaksanakan kempen kesedaran masyarakat iaitu hari tanpa kenderaan, hari tanpa beg plastik, program kitar semula eWaste dan sebagainya pernyediaan laluan basikal dalam bandar, menggalakkan penggunaan perkakasan yang lebih efisyen khususnya di premis PBT.
Penggantian kemudahan pengangkutan awam kepada kenderaan elektrik di Pulau Pangkor merupakan tunjang utama perancangan jangka pendek oleh Kerajaan Negeri
Perak pada masa itu iaitu sejajar dengan hala tuju pembangunan di Pulau Pangkor bagi dijadikan sebagai Pulau Pintar, Smart Island menjelang 2030.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, namun apabila kita merujuk kepada UNCCR atau pun United Nation Climate Change Report, ia ada dengan izin ia ada menyatakan bahawa cara kehidupan kita dan cara bekerja di dalam komuniti itu sebenarnya dapat menyumbang kepada usaha-usaha untuk mengurangkan impak perubahan iklim. Justeru, saya mengesyorkan agar Kerajaan Negeri pada hari ini lebih agresif dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan agenda Perak Lestari. Mungkin kita boleh menyediakan insentif untuk pembangunan high kualiti dan juga energy efisien. sikit lagi sikit.
2 minit sila masuk perenggan yang terakhir. Sila.
Tunggu Tebing Tinggi bangun tak bangun bangun dan mungkin juga kita boleh menyediakan sejumlah pelaburan dan melaksanakan sustainable waste management secara menyeluruh. Tahniahla kepada pihak MBI atas usaha yang dirintis itu sebagai satu langkah pengurusan sampah sarap dan sisa pepejal isi rumah yang lebih cekap, cepat dan mudah serta memberi kegunaan tambahan setiap sisa yang dibuang. Amatlah baik sekiranya projek ini dapat dikembangkan di daerah-daerah lain di dalam negeri ini.
Menyentuh berkenaan usaha mencapai matlamat sifar bersih karbon 2050, beberapa siri pelan tindakan seperti NTER 1 dan juga 2 iaitu Nasional Transition Energy Roadmap bukanlah suatu perkara baharu dan menakjubkan tapi adalah kesinambungan kerajaan terdahulu bagi menjamin persekitaran dan juga ekonomi yang mampan yang dipacu oleh sektor tenaga yang bersih dan juga hijau. Pelan untuk meningkatkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui ini bukanlah satu perkara yang bermusim tapi ia perlulah dilaksanakan secara berterusan oleh mana-mana tampuk pemerintahan. Hal ini kerana kita maklum NTER 1 dan 2 merupakan pelan tindakan yang menggariskan beberapa siri rancangan untuk meningkatkan efisien tenaga sumber boleh diperbaharui hidrogen, hidrogen, tenaga biojisim, pengangkutan hijau dan penangkapan penggunaan dan penyimpanan karbon projek-projek berimpak tinggi ini telah memberi peluang kepada kerajaan persekutuan dan jugak kerajaan negeri untuk meluaskan bidang ekonomi sedia ada kepada projek yang lebih bersih dan juga maju hijau yang lebih bersih dan juga hijau.
Dalam pelan Perak Bumi Lestari, antara inisiatif yang dicadangkan adalah tenaga boleh baharu atau pun adalah tenaga boleh baharu yang telah dicadangkan untuk digerakkan. Jadi kita mencadangkan tenaga solar dan tenaga hidroeletrik masing-masing memerlukan kawasan yang besar dan beberapa faktor persekitaran yang lain. Kerajaan seharusnya meningkatkan kuota konsep Net Energy Metering (NEM), solar dari rumah dan juga konsep floating solar farming di kawasan tasik buatan yang dapat mengurangkan isu kawasan terhad. Kerajaan juga perlu menyuntikkan dana untuk penggantian penjana turbin di empangan elektrik yang sudah uzur yang kurang efektif agar dapat meningkatkan hasil kapasiti pengeluaran. 9 saat terima kasih diberi masa tambahan kepada saya. Terima kasih Timbalan. Dengan ini, Selama Selama menyokong Titah Duli Yang Maha Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.
Pohon gelam di tepi sawah, Dahan ara dikerat-kerat, Hasil alam melimpah ruah, Sama dipelihara di tuai cermat.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Selama. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri, pihak media juga kepada Ketua Srikandi Bersatu Perak bersama naibnya turut hadir dan mereka semua menyaksikan sesi perbahasan ini secara langsung dalam talian. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Perak 2030. Timbalan Yang di-Pertua terlebih dahulu izinkan saya dan bagi pihak rakyat Dun Pangkor menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan serta menjunjung kasih terhadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak di atas, titah ucapan baginda yang telah disampaikan tempoh hari. Titah ucapan Tuanku begitu menyeluruh dan cakna dalam menyentuh semua aspek khususnya pembangunan dan kebajikan rakyat di negeri Perak. Buah rambutan, buah pulasan. Manis isinya umpama gula. Giliran Pangkor membentangkan perbahasan membawa suara rakyat ke Dewan yang mulia.
Timbalan Yang di-Pertua, titah ucapan Tuanku banyak menyentuh tentang isu kemiskinan. Benar seperti mana titah Tuanku Sultan Perak, bangunan megah pencakar langit tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbungkan langit. Selagi ada rakyat yang miskin, maka wajib diteruskan agenda untuk noktahkan kemiskinan tegar. Seperti kita sedia maklum, membasmi kemiskinan menjadi salah satu matlamat di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan matlamat mengagihkan kekayaan negeri seadil-adilnya untuk dinikmati oleh setiap rakyat. Semasa sidang semasa sidang Dun yang lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak memaklumkan bahawa jumlah ketua isi rumah miskin tegar di Perak berkurangan daripada 9402 kepada 4816 setakat 18 November lalu iaitu penurunan sebanyak 51%.
Jelas beliau, penurunan itu susulan Program Kesejahteraan Rakyat yang diadakan di seluruh negeri dalam menyantuni golongan sasar berkenaan. Tahniah. Ini adalah petanda yang positif. Kita akui banyak inisiatif telah dilakukan kerajaan Negeri Perak termasuklah melalui agensi-agensi terlibat dalam menyantuni golongan sasar ini. Bantuan yang diberikan juga berbentuk pelbagai. Antaranya Program Pasukan Petugas Bergerak, Program Keusahawanan, Kursus Kemahiran Bantuan Perniagaan, Baik pulih atau bina baharu rumah dan sebagainya dalam mempastikan golongan ini dibantu bagi mengeluarkan mereka terus dari kumpulan miskin tegar. Kemiskinan lazimnya tidak datang bersendirian. Ia turut membawa bersama pelbagai masalah sosial lain yang menjadi sebab mengapa ia harus dibasmi. Dalam keadaan biasa, kemiskinan sering kali dikaitkan dengan sumber pendapatan walaupun jumlah pendapatan boleh dijadikan kayu pengukur, tetapi adakalanya ia tidak tepat. Ia kerana kayu pengukur kemiskinan, misalnya di bandar dan di luar bandar, apatah lagi di kampung tidak sama kerana kos kehidupan yang tidak serupa. Dengan kenaikan kos sara hidup yang berlipat ganda sekarang. Jurang kemampuan dan pendapatan rakyat semakin melebar. Bukan tidak pernah terjadi mereka yang tidak layak mendapat bantuan tetapi menjadi penerima barisan pertama, manakala yang layak pula tidak mendapat apa-apa. Kerap juga berlaku bantuan dan sumbangan dilonggokkan kepada kumpulan tertentu di tempat tertentu, manakala kumpulan lain di tempat lain berputih mata.
Sehubungan itu, fungsi pusat khidmat Dun atau pejabat wakil rakyat perlu dimainkan sebagai platform untuk membantu rakyat, golongan susah atau miskin tegar. Ini kerana pusat khidmat wakil rakyat adalah tempat pertama dikunjungi rakyat untuk mengadu masalah. Pusat khidmat Dun harus diberi kepercayaan dan dipertanggungjawabkan dalam apa jua usaha menangani kemiskinan di kawasan masing-masing. Pusat khidmat Dun adalah yang paling sesuai dan terbaik menjadi pusat sehenti kepada pelbagai perkara daripada menerima aduan sehinggalah pelaksanaan program-program membasmi kemiskinan dan penyelarasan misi-misi bantuan yang dikenal pasti. Peruntukan bantuan kepada semua Adun sama ada kerajaan atau pembangkang daripada Kerajaan Negeri amat membantu wakil rakyat dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan di kawasan masing-masing. Bagaimanapun, tidak seperti tahun seperti tahun lepas, Adun bukan kerajaan tidak lagi menerima peruntukan OG. Bagi Dun Pangkor misalannya peruntukan disediakan pusat khidmat lebih tertumpu kepada bantuan berkaitan pendidikan dan kebajikan.
Keutamaan diberikan kepada golongan kurang berkemampuan atau B40 untuk menerima sumbangan selain mempermudahkan urusan permohonan mendapatkan bantuan daripada agensi kebajikan seperti Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak serta Kebajikan Masyarakat. Dengan melibatkan peranan Pusat Khidmat Dun, usaha membasmi kemiskinan ini akan menjadi lebih teratur. Rakyat miskin tidak perlu menjadi bola yang ditendang ke jabatan itu dan ke agensi ini satu keadaan yang menyebabkan mereka merasa seolah olah menjadi pengemis untuk mendapatkan perhatian. Sebagai Adun, kita perlu jelas bahawa dalam soal menyantuni rakyat melangkaui fahaman kepercayaan dan warna kulit. Semua rakyat dipayungi demi satu matlamat.
Timbalan Timbalan Yang di-Pertua, peluang kepada belia, saya meminjam kata kata Presiden Pertama Indonesia, Sukarno, katanya. “Beri aku sepuluh pemuda pasti aku akan menggoncang dunia”. Nelson Mandela, Presiden Pertama Afrika Selatan pula berkata “pemuda hari ini adalah pemimpin masa hadapan”. Dua kenyataan di atas adalah pengiktirafan kepada kemampuan belia dalam mencorak perubahan bagi sesebuah negara. Ia bukan pernyataan kosong yang tidak membawa apa-apa kesan tetapi frasa tersebut berupaya membangkitkan kesedaran belia untuk memimpin perubahan atau melakukan islah demi masa depan yang gemilang dan berwawasan. Justeru itu, titah Sultan Perak supaya para belia diberikan peluang untuk mengambil tanggungjawab lebih besar dilantik menyertai pelbagai jawatankuasa dan pelbagai acara yang dianjurkan oleh kerajaan merupakan pandangan yang sangat bernas.
Ini juga bukan kali pertama Tuanku bertitah sedemikian. Hampir 40% penduduk di Perak merupakan golongan belia. Belia adalah aset kepada sesebuah negara dan negeri kerana mereka adalah penyambung kedaulatan dan ketamadunan sesuatu bangsa. Kelebihan fizikal dan intelektual yang ada pada mereka hendaklah digunakan untuk mencapai kebaikan dan manfaat buat semua. Mereka hendaklah diberikan pendedahan dan pengalaman dilatih dan dibimbing. Insentif Kerajaan Negeri Perak melaksanakan Dewan Belia Negeri Perak adalah contoh program yang diwujudkan sejak 2016 ini menyasarkan pembabitan anak muda negeri untuk menyumbang idealisme dan buah fikiran bagi membina serta memakmurkan negeri. Program ini bermatlamat melahirkan dan mengasah bakat baru kepimpinan negeri sebagai generasi pelapis kepimpinan masa depan. Ahli-ahli Dewan Belia Negeri bertanggungjawab menyuarakan serta mempastikan isu rakyat khususnya berkaitan golongan muda yang dapat dibahas. Ia juga platform bagi anak muda mengetengahkan cara baharu melihat sesuatu isu dan mempamerkan keterbukaan dalam membahaskan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan negeri.
Pusat Khidmat Dun Pangkor misalnya, sentiasa menyokong program-program belia yang dianjurkan oleh golongan tersebut seperti sukan, permainan, kegiatan sosial, program keagamaan, kebudayaan dan warisan serta aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, belia-belia dalam Dun Pangkor juga aktif dalam berpersatuan cuma sokongan ini sumbangan kewangan yang terhad. Bulan lepas, program gotong-royong bersama pemuda Batu 4, Segari telah diadakan mengumpulkan seramai 30 orang belia tempatan. Misi utamanya untuk mengeratkan lagi silaturahim dan hubungan bersama penduduk serta kariah surau. Antaranya kerja-kerja mengganti atap surau yang bocor sebagai persediaan untuk kegunaan pada bulan Ramadan nanti. Ini dapat memberi keselesaan kepada kariah. Turut dilakukan ialah membersihkan kawasan surau dan laluan masuk kampung serta membina ban untuk mengelakkan air yang melimpah ke atas jalan. Ini contoh bagaimana kita melibatkan belia dalam aktiviti kemasyarakatan bermula pada peringkat kampung atau komuniti kita mengasah bakat dan kepimpinan untuk mereka memimpin.
Timbalan Yang di-Pertua izinkan saya menyentuh beberapa permasalahan di dalam kawasan Dun Pangkor. Masalah gangguan air di Pulau Pangkor. Pulau Pangkor telah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai pada 1 Januari 2020 dan sehingga ke hari ini menerima limpahan pelancong dalam dan luar negara yang sangat memberangsangkan. Tahun lalu sahaja, satu juta pelancong datang ke Pulau Pangkor dan pada tahun 2024 dianggar dianggarkan kemasukan pelancong seramai 1.2 juta orang dengan pelbagai program dan aktiviti menarik yang telah dirancang bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Perak 2024. Namun begitu, beberapa beberapa perkara menjadi cabaran bagi pemain industri pelancongan di Pulau Pangkor dan turut memberi imej negatif kepada industri pelancongan di Pulau Pangkor. Masalah utama yang dihadapi oleh pemain industri dan penduduk Pangkor secara keseluruhan keseluruhannya ialah gangguan air yang sangat kerap berlaku dan kemuncaknya pada bulan ini apabila melibatkan hampir keseluruhan kawasan Pulau Pangkor. Gangguan ini kerap berlaku di kawasan tumpuan pelancongan di Teluk Nipah. Di sini lokasi aktiviti pelancongan seperti sukan air, memberi makan burung enggang dan keindahan pantainya. Selain itu, di sini juga menempatkan peniaga-peniaga makanan dan juga kraftangan serta kedai bebas cukai. Oleh itu, apabila pelancong datang ke Pulau Pangkor, Teluk Nipah menjadi tumpuan utama buat pelancong ini bermalam dan beraktiviti.
Pada tahun lalu, Majlis Perbandaran Manjung menerima 10 aduan bermula bulan Jun, manakala setakat bulan Februari telah menerima sebanyak tujuh aduan gangguan bekalan air sepanjang tiga hari perayaan Tahun Baru Cina menerima lebih banyak aduan gangguan air dan melibatkan keseluruhan Pulau Pangkor. Inisiatif untuk mengenalpasti masalah dan menyelaras penyelesaian bagi masalah gangguan ini telah diadakan pada 07 Februari 2024 di mana saya bersama pihak Lembaga Air, Lembaga Air Perak, Unit Pengurusan Bebas Pulau Bebas Cukai dan Persatuan Hotel dan Persatuan Pembangunan Hotel dan Resort Pulau Pangkor. Antara isu yang disuarakan adalah gangguan air yang yang semakin kerap berlaku dan masalah kebocoran saluran paip yang menyalurkan air ke seluruh Pulau Pangkor. Pihak LAP memohon supaya pengusaha hotel menyediakan tangki air simpanan kedua untuk mengelakkan gangguan air tetapi dimaklumkan bahawa pembinaan hotel dan chalet ini adalah mengikut ketetapan yang terdahulu di mana hanya satu tangki air diperlukan. Dimaklumkan juga LAP dalam proses untuk membina tangki air tambahan di Pulau Pangkor. Namun mengambil sedikit masa kerana perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kesediaan tanah untuk dibina tangki tersebut. Sepanjang tempoh cuti persekolahan, bermula daripada 10 Februari sehingga 12 Februari 2024 pihak penguasa, pengusaha telah mengalami kerugian berpunca daripada masalah ketiadaan bekalan air yang mencukupi. Anggaran kerugian ini lebih RM1 juta melibatkan pengusaha hotel, pengusaha teksi serta peniaga premis makanan. Pengusaha hotel mengalami kerugian hampir RM500 ribu berikutan ramai pelancong membatalkan tempahan bilik kerana isu tiada bekalan air tersebut. Ini juga memberi impak yang buruk kepada pengusaha teksi yang turut terjejas apabila pelancong membatalkan segala tempahan di saat akhir.
Pelancong-pelancong yang berkurangan turut menjejaskan pendapatan pengusaha teksi yang dianggarkan mengalami kerugian hampir RM150 ribu sepanjang tiga hari tersebut. Turut merasai impak berikutan isu ketiadaan air ini adalah peniaga-peniaga premis makanan yang bergantung kepada sumber air bersih untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Impak negatif ini yang diberikan bukan sahaja kerugian dari sudut wang ringgit, malah turut memberi kesan kepada imej industri pelancongan yang mana ramai pelancong merungut dan memohon supaya wang dikembalikan. Tidak kurang juga ada yang membatalkan percutian bersama keluarga selama tiga hari dua malam kerana ketiadaan air. Sepatutnya cuti persekolahan adalah masa yang terbaik untuk pemain-pemain industri ini menambahkan pendapatan ekonomi mereka. Selain itu, masalah gangguan air ini turut menyukarkan kehidupan seharian masyarakat tempatan terutamanya buat mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina serta menyambut kedatangan ahli keluarga yang pulang ke kampung. Ada yang lebih menyukarkan lagi apabila Klinik Kesihatan Pangkor turut memohon pertolongan untuk mendapatkan air bersih kerana pada musim percutian ini kadar kemalangan meningkat dan air bersih amat diperlukan.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak kerana di atas keprihatinan beliau menyumbang 50, 50 buah tong air kepada pengusaha-pengusaha yang terkesan dengan tekanan air yang rendah. Terkini, masalah gangguan bekalan air telah kembali pulih sepenuhnya susulan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh LAP termasuk membaiki kebocoran beberapa saluran paip, rentas dasar laut menjadi punca kepada isu berkenaan. LAP juga melaksanakan tindakan pengezonan semula bekalan di kawasan yang terlibat dengan gangguan. Paras kolam air di Pulau Pangkor juga telah meningkat. Manakala kawasan- kawasan yang sebelum ini mengalami gangguan bekalan air termasuk Teluk Nipah, Teluk Dalam dan Sungai Pinang Kecil dilaporkan telah pulih sepenuhnya. Bagaimanapun, pihak LAP perlu terus memantau bagi mengelakkan kejadian sama berulang terutamanya sepanjang kempen Tahun Melawat Perak. Kita perlu belajar dengan negeri-negeri lain misalannya Selangor dan Pulau Pinang sebagaimana bagaimana jentera pengurusan air mereka memberi respons setiap kali menghadapi isu gangguan bekalan air.
Merujuk kepada sesi perbahasan saya pada bulan Mei tahun lepas, saya telah membangkitkan tentang isu gangguan bekalan air ini di Pulau Pangkor. Saya difahamkan sistem perpaipan yang menyalurkan bekalan air ke Pulau Pangkor ini dibina pada era tahun 1960-an dan berusia lebih 60 tahun. Bermakna saluran paip ini perlu diganti. Jika tidak pembaikan yang dibuat seperti kebocoran tidak akan bertahan lama sebelum isu-isu sama berulang. Justeru itu, isu ini perlu diselesaikan secara menyeluruh dengan segera kerana lebih lama dibiarkan ia menyebabkan banyak kerugian serta merugikan Pangkor sebagai destinasi pilihan pelancong.
Timbalan Yang di-Pertua, perkhidmatan teksi, teksi merah jambu dengan izin, pink di Pulau Pangkor. Ia merupakan ikon di Pulau Pangkor. Sejak puluhan tahun mereka merupakan penduduk tempatan turut menjadi duta kecil memperkenalkan pulau, Pulau Pangkor semasa membawa para pelancong. Selepas pandemik industri pelancongan Pulau Pangkor kembali rancak. Teksi pink mengenakan caj serendah RM10.00. Manakala untuk mengelilingi pulau, pulau pula hanya RM100.00 untuk satu van. Harga ini mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Bagaimanapun, pemandu teksi pink kini mengeluh apabila mereka berdepan dengan masalah iaitu lambakan kereta dan motosikal sewa haram. Jika dahulu, pengunjung yang tiba di Jeti Pulau Pangkor akan mendapatkan khidmat teksi pink di luar jeti tetapi sekarang pengunjung didekati ulat yang menawarkan kenderaan yang…
Pangkor saya bagi dua minit lagi.
Last-last dua…
Ok, terima kasih.
Menawarkan kenderaan sehingga aktiviti tersebut menenggelamkan peranan pemandu teksi. Kewujudan kereta dan motosikal sewa haram perlahan-lahan membunuh sumber pendapatan utama lebih 100 pemandu teksi pink. Operasi kereta dan motosikal sewa haram menyebabkan pendapatan pemandu teksi merosot lebih 60%. Bermakna jika sebelum ini pemandu teksi boleh memperolehi pendapatan RM100.00 sehari, ia merosot kepada RM40.00 sehari. Dalam situasi hari ini, kos kenaikan sara hidup, jumlah tersebut sangatlah kecil. Selalunya musim cuti mereka boleh mendapat sekitar RM600.00 tetapi kini susah.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh masalah liputan internet juga berlaku tidak baik terutamanya di Pulau Pangkor, di Teluk Nipah, di Teluk Senangin. Sehubungan itu, saya mencadangkan Kerajaan Negeri supaya merangka satu pembangunan telekomunikasi bagi meningkatkan kadar liputan internet ini. Timbalan Yang di-Pertua baru-baru ini, Pulau Pangkor dikunjunginya lebih daripada 60,000 orang pengunjung dari luar bagi meraikan perayaan masi magam. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih penghargaan kepada anggota-anggota keselamatan dan semua agensi yang terlibat yang menjaga penyelarasan dan ketenteraman bekerja hingga lewat malam semasa sambutan Masi Magam pada 23 dan 25 Februari yang lepas di Pulau Pangkor. Mereka terdiri daripada anggota polis, Jabatan Laut, Kastam, RELA, Angkatan Pertahanan Awam, Majlis Perbandaran Manjung, Marina Island juga Duta Ferry Pan Silver dan semua agensi yang terlibat. Dengan itu sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam sesi perbahasan pada kali ini. Sekian terima kasih. Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pangkor seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Sila.
Bismillahirrahmannirrahim. (bacaan doa) Walau datang Malaysia ni Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia madani, Salam Sejahtera 2030, Salam Perpaduan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar serta Exco-Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat ketua-ketua jabatan, para petugas media para pemerhati di dalam Dewan mahupun secara langsung seterusnyanya, tuan tuan dan puan puan yang dikasihi sekalian. Sebelum bicara dimulakan mohon patik merafak sembah junjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Atas sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Patik juga merafak sembah ucapan setinggi tinggi tahniah atas diperkenan Tuanku sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Patik dan rakyat di Dun Behrang juga ingin menzahirkan rasa bertuah dan menjunjung kasih dapat bertemu mata dengan perkenan Tuanku ketika merasmikan Sekolah Menengah Proton City, Perasmian Balai Cerap Tan Sri Harussani di INSTUN di Behrang, Perasmian Masjid Al-Ikhwan Taman Bernam Baru di Tanjong Malim dan lawatan Pusat Hidupan Liar Kebangsaan di Sungkai dan beberapa lagi program yang Tuanku hadir. Patik dan sekalian rakyat Dun Behrang mendoakan semoga duli Tuanku serta seluruh kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahnya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh dengan kedaulatan. Daulat Tuanku.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada detik saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini, apa yang terlintas di dalam fikiran saya adalah menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas titah yang menzahirkan kecaknaan kepada kerajaan serta kebajikan rakyat dalam mengharungi tahun 2024 ini. Titah Baginda agar kita semua di sidang Dewan yang mulia ini untuk terus memberi penekanan berkaitan soal integriti pengurusan risiko bencana dan baginda turut menzahirkan kekhuatiran terhadap perpaduan dan kemakmuran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak ada sifat amanah dalam menguruskan hasil negeri. Bahkan, Tuanku Baginda Sultan meminta agar kita semua membantu membangunkan negeri dengan semangat bersatu teguh bercerai roboh.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, keprihatinan Tuanku terhadap rakyat Negeri Perak amatlah dihargai dan ia menjadi pembakar semangat kepada kerajaan bagi menangani cabaran-cabaran mendatang bagi tahun 2024 ini demi kesejahteraan rakyat dan Negeri Perak yang tercinta. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu. Saya yakin belanjawan yang dibentangkan dapat memacu pembangunan ekonomi dan sosial rakyat. Seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bahawa selama dua tahun berturut turut ini, kerajaan berjaya menutup akaun dengan surplus. Kutipan hasil RM1.21 billion pada tahun 2023 juga dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat di Perak tidak mengira kaum, agama mahupun jantina. Setahun Kerajaan Perpaduan menampakkan kejayaan dengan pentadbiran yang baik dan stabil sehingga mampu menarik pelbagai pelaburan dan menjana pendapatan negeri. Tahniah juga kepada seluruh kakitangan awam, agensi-agensi kerajaan yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang baik sehingga menyumbang kepada hasil Kerajaan Negeri yang tinggi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua menyambut baik titah Tuanku Baginda Sultan yang dengan jelas menyatakan pendidikan berperanan penting dalam usaha mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan dan menaikkan taraf kehidupan rakyat. Maka perkara pertama yang harus kita beri keprihatinan yang wajar adalah memastikan pendidikan berkualiti ini berterusan dan peningkatan kualiti prasarana dan infrastruktur sekolah agar bersesuaian dan selesa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Suka saya menarik perhatian sidang Dewan bahawa institusi pendidikan di Dun Behrang berdepan dengan isu kepadatan murid di sekolah rendah mahupun sekolah menengah terutamanya di kawasan Tanjong Malim seperti Sekolah Kebangsaan Proton City dan Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim. Di kedua buah sekolah ini, semua bilik khas telah digunakan semaksima mungkin sebagai bilik darjah, namun masih gagal menampung kebanjiran murid yang memerlukan penempatan.
Kekangan ini menyebabkan cadangan persekolahan terpaksa dibuat dalam dua sesi pagi dan petang meskipun menerima rintangan daripada ibu bapa, namun alternatif itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan sekolah-sekolah terlibat menjadi terlalu padat sehingga mengganggu proses pembelajaran murid. Saya mohon supaya isu kepadatan di sekolah-sekolah kebangsaan khasnya dipanjangkan kepada kerajaan pusat kerana antara langkah penyelesaiannya adalah adalah pembinaan sekolah di Kawasan-kawasan baru penempatan. Bagi pembinaan taman perumahan terutamanya yang berskala besar. Pemaju sepatutnya memastikan ada tapak sekolah, namun kita faham sekali pun tapak telah disediakan, pembangunan ini akan mengambil masa kerana peruntukan pembinaan adalah daripada kementerian dan kita tidak mahu membantutkan pembangunan lain semata-mata untuk menunggu peruntukan tersebut. Namun, kita perlu selangkah ke hadapan dalam pemetaan institusi pendidikan ini bagi memastikan tiada murid yang tercicir.
Begitu juga situasi Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah KAFA di kawasan Tanjong Malim turut berhadapan dengan isu kepadatan murid. Saya mengambil peluang di sini untuk berterima kasih buat Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih beberapa Sekolah Agama Rakyat dan
Sekolah KAFA di dalam Dun Behrang. Antaranya Sekolah Agama Rakyat di Kampung Poh, Kampung Guntung, Felda Sungai Klah, Slim Village dan Behrang, 2020.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bergelar seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah, namun menuntut kecekalan dan minat mendidik yang tinggi. Saya yakin ungkapan saya ini akan disokong oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Exco Pendidikan serta YB-YB di dalam Dewan ini yang pernah bergelar guru sekali menjadi guru selamanya ungkapan cikgu itu akan kekal di sanubari. Guru merupakan orang yang paling bertanggung jawab selepas ibu bapa dalam memberi didikan, pedoman dan bimbingan kepada anak bangsa. Dalam pada itu, pendidikan yang berkualiti tidak akan dapat dicapai tanpa perhatian yang mencukupi terhadap kesejahteraan guru, guru yang sihat dan bersemangat akan memberi impak positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mempunyai peluang yang luar biasa untuk mempengaruhi suasana pembelajaran murid melalui kebahagiaan yang mereka bawakan dalam diri mereka sendiri. Maka hari ini saya terpanggil untuk membawa isu yang diutarakan oleh guru-guru di Dun Behrang agar elemen kesejahteraan guru diberi perhatian sewajarnya. Ini termasuk dalam mengurangkan tekanan yang dialami oleh mereka. Menjadi seorang guru adalah tugas yang menuntut tanggungjawab yang besar terhadap pembelajaran dan perkembangan murid. Jika guru menghadapi tekanan atau stres yang berterusan, prestasi mereka dalam kelas akan terjejas. Oleh itu, amat penting untuk memberi sokongan selayaknya kepada guru untuk mengurangkan tekanan. Guru yang merasa dihargai dan didokong akan lebih cenderung untuk terus meningkatkan kemahiran mereka dan mengambil bahagian.
Dalam peluang pengajaran dan pembelajaran berterusan, ini akan memberikan impak positif kepada kemampuan untuk terus memberikan pengajaran yang berkualiti tinggi. Pastinya, pasti akhirnya modal insan Perak Darul Ridzuan ini akan menjadi tagline yang saya selalu gunakan semasa saya menjadi kakitangan kerajaan adalah seronok bekerja, maka setiap apa perkara yang kita lakukan susah atau senang, jika kita berseronok atau kita rasa seronok untuk bekerja, kita akan melakukannya dengan rasa ikhlas.
Alor Pongsu nak celah sikit boleh ke? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya bekas guru, saya tersentuh dengan statement daripada YB Behrang ini. Once you teacher, you die as a teacher. Terima kasih banyak. Setujukah Behrang sebab saya dapat maklumat mutu pendidikan ataupun listing pendidikan sekarang, kalau zaman saya dulu Perak sentiasa bawah pada 10. Sekarang ini di tangga ke belas belas. Adakah guru-guru stress? Terima kasih.
Mungkin itu sebahagiannya, itu yang saya bawa isu guru-guru stress ini di kawasan saya, di kawasan lain, saya tak pasti dan saya bawa lah. Ok saya teruskan. Yang Berhormat Timbalan. Owh, ada pantun satu.
Putik baru mekar di laman, Kembang kudup kumbang terikat, Hargai guru sepanjang zaman, Agar hidup beroleh berkat.
Tak gitu Cikgu Man?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua menjunjung Titah Tuanku Baginda Sultan, Pembangunan Automotive High Technology Valley (AHTV) di Proton City sememangnya akan menjenamakan bandar Tanjong Malim sebagai hub automotif global untuk kenderaan tenaga baru New Energy Vehicle (NEV) dengan izin, dengan jangkaan pelaburan asing bernilai RM40bilion. AHTV diyakini akan menjadi destinasi baru pelabur sektor automotif berteknologi tinggi yang akan memberi manafaat kepada generasi belia yang mempunyai kelayakan dalam latihan teknikal dan vokasional TVET. Dengan penerimaan pelaburan asing yang tinggi akan membuka peluang pekerjaan, namun cabaran kita pada hari ini adalah untuk menguruskan potensi pekerja berkemahiran ini. Peluang kerja harus diisi. Pekerja harus menjadi enjin yang menggerakkan ekonomi Negeri Perak. Maka saya cadangkan untuk menguruskan cabaran ini. Kita perlu sedaya upaya memberi ruang kepada semua institusi TVET yang bertapak di dalam Negeri Perak. Kita boleh memaksimakan kerjasama di antara UPSI, Politeknik Sultan Azlan Shah, Pusat Giat Mara di Tanjong Malim dan Kolej Vokasional di Slim River dalam menyediakan anak muda yang berpotensi dan mempunyai nilai kebolehpasaran bagi sektor automotif agar mereka mampu mengisi tenaga kerja yang diperlukan oleh para pelabur di AHTV ini. Kami rakyat di Dun Behrang menyambut baik atas kolaborasi strategik Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang sebagai hub latihan automotif Wilayah Selatan.
Bagi belia-belia orang asli yang kurang berminat untuk meneruskan pendidikan ke pusat pengajian tinggi, jika mereka diberikan latihan dan pendidikan TVET ini dengan kemudahan pendidikan yang lebih hampir di kawasan mereka, pasti mereka ini juga boleh memenuhi keperluan pekerjaan di syarikat-syarikat automotif di Tanjong Malim. Mungkin Pusat Giat Mara boleh diwujudkan di kawasan Ulu Slim, Behrang, khas untuk belia-belia orang asli. Percayalah bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi, kita memerlukan ramai tenaga kerja mahir. Bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam pasaran buruh ini memerlukan latihan TVET itu diperkukuhkan dan dimartabatkan. Insya Allah bidang fokus TVET ini akan menghasilkan modal insan berkemahiran bertaraf dunia yang di perlukan negeri, bahkan negara untuk mencapai negara maju serta menjana dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, peluang untuk mendapatkan khidmat kesihatan dan perubatan yang memerlukan keperluan serta memuaskan merupakan salah satu hak yang perlu ditunaikan oleh kerajaan kepada rakyat. Ini termasuklah menyediakan tenaga pakar perubatan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat. Dengan kadar pertambahan pesakit dan keperluan mendapat rawatan pakar, saya mohon mencadangkan supaya Hospital Slim River dinaik taraf menjadi hospital pakar. Buat masa ini, Hospital Slim River merupakan hospital berpakar minor iaitu hanya pakar-pakar utama sahaja ditempatkan. Buat masa ini, pesakit di Muallim terpaksa mendapat rawatan pakar di Hospital Teluk Intan mahupun di Hospital Raja Bainun di Ipoh. Kita semua sedia maklum kekangan fasiliti di hospital awam seperti peralatan yang tidak mencukupi dan wad yang sentiasa penuh menyumbang kepada kesesakan dan masa menunggu yang lama bagi mendapatkan rawatan.
Implikasinya turut dirasai oleh petugas kesihatan berikutan beban tugas mereka yang bertambah. Bagi memastikan sistem kesihatan yang saksama, perkhidmatan kesihatan perlu diberi berdasarkan keperluan kesihatan individu di mana rakyat mahukan perkhidmatan yang lebih berkualiti memenuhi keperluan beban penyakit dan lebih dekat dengan tempat mereka bermastautin. Dengan adanya hospital pakar di Muallim ini sudah pasti mendapat jaminan perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti dengan masa menunggu yang munasabah. Saya mendapat aduan daripada pesakit-pesakit kanser ya, mereka ni dalam keadaan sakit tetapi terpaksa berulang alik jauh ke Ipoh untuk mendapatkan rawatan susulan dan sebagainya. Jadi mohon perkara ini diberi perhatian.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, rakyat Dun Behrang amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak kerana berjaya meningkatkan nilai pelaburan melalui pembangunan dan pengkormersialan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Tanjong Malim. Pelaburan sehingga 2027 ini menyediakan lebih 15 ribu peluang pekerjaan buat anak-anak tempatan dan juga anak-anak Negeri Perak. Ini bagi memastikan mereka tidak keluar ke negeri lain. Dengan pertambahan penduduk di kawasan ini, di kawasan Tanjong Malim ini, sudah tentu penempatan akan menjadi isu utama. Rakyat Dun Behrang mengharapkan perumahan benar-benar mampu milik dalam erti kata yang sebenar. Bagi rakyat terutama B40 dan M40, mereka tidak mahu melihat rumah yang dibina dengan kuantiti yang banyak tetapi hanya mampu tengok kerana harga masih di luar kemampuan kewangan mereka. Rakyat kini sudah berpengetahuan luas. Maklumat sudah di hujung jari. Bagi mereka, kualiti perumahan termasuk keselesaan, keboleh binaan dan keboleh pasaran iaitu bukan sekadar mampu milik tetapi mampu juga diselenggara.
Kualiti perlu mengambil kira ciri-ciri seperti saiz dan jumlah bilik, struktur dan kemasan. Disebabkan rumah merupakan tempat berlindung dan ia seharusnya memberi keselesaan dan keselamatan. Justeru, harga pasaran kemudahan pinjaman dan bayaran balik pinjaman perlu diberi perhatian terutamanya mengikut lokasi dan kemudahan yang diperlukan. Apa guna harga rumah yang murah tetapi kos pengangkutan yang tinggi apabila dibina jauh daripada keperluan mereka. Ini bermakna pangkalan data penduduk dan keperluan perumahan mereka mengikut penempatan perlu disediakan bagi menentukan tahap keperluan serta kemampuan sebenar pembeli rumah. Tanpa data kependudukan tepat, sasaran, bilangan pembinaan rumah dan harga yang sesuai akan tersasar. Akibatnya, isu rumah, isu rumah mampu milik akan berterusan dan rakyat hanya mampu tengok. Apabila harga rumah melambung macam roket, rakyat hanya mampu meneropong dan melopong. Justeru, dicadangkan PBT dengan bantuan Kerajaan Negeri dan Persekutuan terutamanya KPKT perlu membina sistem maklumat perumahan yang lengkap untuk memastikan keharmonian data, permintaan serta penawaran rumah mampu milik boleh dipertanggungjawabkan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco Mohd Azlan Helmy, Exco Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO yang telah turun sendiri meninjau capaian internet dan telekomunikasi di Proton City dan UPSI. Namun sehingga hari ini saya masih mendengar keluhan rakyat mengenai capaian internet yang lemah di merata-rata tempat. Bukan sahaja di kampung-kampung, di taman-taman perumahan, malah mengejutkan di kawasan Tanjong Malim juga. Izinkan saya memanjangkan serangkap pantun daripada rakyat kawasan Dun Behrang.
Ikan ditangkap si anak tani, Enak dimakan bersama budu, Internet pembawa revolusi terkini, Sayangnya capaiannya selalu sendu.
Rangkaian 5G sudah lama diwar-warkan dalam negara kita. Namun isu capaian internet dan telefon terputus secara tiba-tiba masih menggusarkan rakyat di Dun Behrang. Tahun sudah berganti dan 2024 pun mengakhiri bulan kedua. Namun, capaian internet di disebahagian kawasan masih di takuk lama. Saya meninjau dan mendengar keluhan rakyat yang mengakui sangat kecewa dengan senario tersebut. Saya pohon kerajaan beri tumpuan kepada pembangunan dan peningkatan kemudahan digital di luar bandar dan pedalaman bagi memastikan kesamarataan akses kepada teknologi dan internet di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. selain daripada isu capaian internet, saya juga mempunyai isu tekanan air rendah dan isu bekalan air yang selalu terputus. Kita perlu memastikan masalah bekalan air terputus sehingga melebihi 24 jam serta tekanan air rendah terutamanya pada waktu kemuncak segera diselesaikan. Dengan pertambahan penduduk di Tanjong Malim. Keperluan menaik taraf sistem perpaipan di Tanjung Malim juga perlu menjadi keutamaan. Selain daripada itu, bagi masyarakat marhaen di DUN Behrang, 14 Kampung Orang Asli masih belum menerima air bersih terawat. Manakala 4 kampung tiada bekalan elektrik. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan lampu jalan bagi 7 kampung Orang Asli di daerah Muallim pada pembentangan bajet yang lalu. Namun pada hari ini saya mohon agar sistem penyaluran air terawat dan eletrik di kawasan Orang Asli dalam Dun Behrang dapat disegerakan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua minggu lalu, saya dan Dato' Yang di-Pertua Speaker sendiri terlibat dengan pameran Sustainability International Art Exhibition anjuran Institut Peradaban Melayu (UPSI) bersama Asian International Extreme, Tourism Perak dan PORT Perak yang membuktikan bidang seni juga membuka pintu kepada persepsi baru terhadap kreativiti dan kelestarian alam sekitar. Tahniah saya ucapkan kepada Naib Canselor UPSI, Profesor Dato' Dr. Md Amin Md Taff, warga UPSI kerana berjaya menampilkan karya-karya unggul dari pelbagai negara termasuk Brunei, Jepun, Indonesia, India, Mauritius, Filipina, Singapore dan Vietnam. Saya sendiri turut bersama dengan 60 orang pelukis dalam dan luar negara ini, merakamkan kawasan rekreasi Laman Rindu di Sungai Bil. Para artis ini amat teruja melihat ke alam semula jadi yang masih dipelihara, bahkan menyatakan kawasan air terjun ini amat cantik. Airnya masih jernih, batu-batan yang sangat cantik serta kehadiran mereka dalam on the spot painting ini dapat mempromosikan lagi kawasan rekreasi di sekitar Muallim di mata dunia.
Daerah Muallim kaya dengan flora dan fauna semula jadi dan berpotensi untuk dikomersialkan sebagai lokasi eko pelancongan yang unik dan menarik di Malaysia. Sesuai dengan pelbagai latar belakang demografi. Saya melihat gerak kerja Majlis Daerah Tanjong Malim dalam penjenamaan Adventure Muallim merupakan salah satu lagi usaha untuk mempromosi eko pelancongan sukan lasak yang terdapat di daerah Muallim. Besarlah harapan saya agar program-program pelancongan ini diberi sokongan dan bantuan daripada kerajaan dalam kos pelaksanaan dan penyelenggaraan program-program seperti Pesta Pau Muallim, Muallim Cross Country dan sebagainya. Terutama sempena Tahun Melawat Perak ini dan saya optimis pintu masuk ke negeri Perak dari selatan ini mampu menjadi daya penarik pelancong ke Negeri Perak. Sebagai sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin menutup perbahasan saya dengan memetik kesimpulan titah Tuanku. Negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan. Warga yang memiliki semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih untuk bersatu daripada berpecah. Maka marilah kita wakil-wakil rakyat yang berkhidmat sebagai wakil rakyat dan membawa perpaduan itu dengan keikhlasan dan kehambaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semoga ianya akan dipermudahkan dan disatukan hati-hati kita ini. Jadi, dengan itu saya pohon menyokong titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sekian Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari Behrang. Seterusnya di jemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolatu wassalamuala asrafil Ambia Walmursalin Wa'ala Alihi Wa Ashabihi Ajmain. Ashaduanla Ilaha Illallah Wa Ashaduanna Muhammadan Abduhu Wa Rasulluh. Allahummsalli ala Muhammad Wa ala Ali Muhammad. Allah Ta'ala Fil Quranil Azim. Auzubillah Minashaitan Nirajeem. وَ لَو أَن َأَه ل ال قُرَى آمَنُوا وَ ات قَو ا لَفَتَح نَا عَلَي هِم بَرَكَات َمِِّن ِالس مَاء ِوَ اْل َر ض Sadaqallahul azim. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya lebih kurang dan sekiranya penduduk di sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya akan kami limpahi ke atas mereka keberkatan daripada pintu-pintu langit dan pintu bumi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri, rakan rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, petugas-petugas media dan sidang hadirin di dalam Dewan dan di atas talian yang dihormati sekalian. Timbalan Yang di-Pertua sebelum meneruskan perbahasan Pasir Panjang ingin mengambil kesempatan untuk merafak sembah menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang telah menyempurnakan titah diraja bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Kelima Belas pada 23 Februari yang lalu. Pasir Panjang juga merafak sembah dan mengucap tahniah di atas pelantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Daulat Tuanku.
Seterusnya Pasir Panjang merakamkan ucapan terima kasih kerana diberikan peluang untuk turut serta dalam perbahasan titah diraja pada hari ini. Yang menyerlahkan keprihatinan, disayang serta kecintaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke atas sekalian rakyat di bawah pemerintahan baginda. Ucapan tahniah juga dipanjangkan ke seluruh anggota Kerajaan di atas kejayaan mengutip hasil bernilai RM1.21 billion pada tahun 2023. Merekodkan hasil tertinggi yang pernah diperoleh di Negeri Perak. Pasir Panjang yakin hasil negeri akan terus meningkat. Dengan penemuan nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) di beberapa lokasi baru di negeri ini. Begitu juga hasil-hasil baru yang akan diperoleh daripada sumber air dan industri perhotelan yang rang undang-undang berkaitan telah diluluskan pada tahun yang lepas. Timbalan Yang di-Pertua, Pasir Panjang ingin berkongsi beberapa cadangan konstruktif mengenai perancangan pembangunan infrastruktur dan kemanusiaan Negeri Perak yang menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan rakyat.
Kekuatan serta kestabilan sesebuah negeri. Pasir Panjang senada dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa tempat tinggal yang selesa dan kondusif sebagai faktor kesejahteraan hidup rakyat. Ia juga selaras dengan sabda Nabi S.A.W. bahawa kebahagiaan hidup seseorang itu bergantung kepada kediaman yang selesa selain jiran dan kenderaan yang baik. Timbalan Yang di-Pertua, isu berkaitan perumahan rakyat terutama sekali golongan miskin dan B40 adalah kritikal dan sangat membimbangkan. Hampir setiap hari kami wakil-wakil rakyat berhadapan dengan persoalan isu perumahan dan kebanyakan yang datang bertanya, tiada tanah milik sendiri untuk dibina rumah mereka. Mereka menumpang di atas tanah rizab kerajaan atau pemilik-pemilik tanah yang budiman yang membenarkan penempatan dibuat ke atas di atas tanah mereka. Bersetuju dengan Semanggol yang menyatakan bahawa perlu ada perlu ada suatu rancangan satu perancangan untuk diberikan kepada mereka tapak-tapak rumah untuk dibina rumah mereka sendiri. Akibat ketiadaan tanah milik sendiri, golongan ini tidak mendapat manfaat apa-apa daripada program yang diwujudkan seperti Program Sayangi Rumahku, Program Perumahan Rakyat, Program Perumahan Rakyat Termiskin kerana syarat kelayakan adalah tanah milik sendiri. Justeru, Pasir Panjang mencadangkan pihak kerajaan mengenal pasti lokasi tanah yang bersesuaian untuk dijadikan tapak rumah golongan-golongan ini terutama sekali kepada mereka yang dikategorikan sebagai miskin tegar.
Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan pelaksanaan Program Rumah Perakku Prihatin amatlah diharap pada tahun 2024 ini lebih ramai golongan B40 dapat memiliki rumah mereka sendiri Insya-Allah. Sepanjang menyambut baik insentif-insentif yang ditawarkan seperti pinjaman perumahan tanpa faedah dan skim sewa Perak Sejahtera yang mana kadar sewaannya 20% lebih rendah di pasaran diberikan kepada golongan sasar yang layak. Berkaitan dengan perkara ini, Pasir Panjang berharap faktor-faktor yang menghalang kemasukan mereka ke rumah yang siap dibina segera ditangani. Sijil pendudukan, rumah yang lewat dikeluarkan, permohonan pinjaman yang ditolak oleh bank komersial dan proses pemilihan pemohon yang panjang perlu ditangani segera untuk memastikan bahawa rumah-rumah yang dibina itu dapat diisi dengan pemohon-pemohon yang layak. Pasir Panjang ingin mengulangi peringatan bahawa Rumah Perakku Prihatin Batu 14 Lekir masih lagi kosong walaupun sudah hampir tiga tahun siap dibina. Saya mohon maaf sebab saya ulangi kerana apabila masa saya turun sahaja ke kawasan Lekir, mereka akan bertanya bila lagi YB bila lagi YB pun sudah bertukar daripada seorang YB, YB yang lain dan perkara ini sudah telah berlarutan sehingga tiga tahun.
Bagi tujuan Rumah Perakku Batu 10 yang dikhabarkan telah diambil oleh Perbadanan Menteri Besar perlu segera pembinaannya ditawar kepada warga Lekir yang layak. Kalau kita ke tapak pembinaan Rumah Perakku Batu 10 ini yang diambil alih ini, tidak ada sebarang pembinaan yang sedang berlaku. Walaupun lebih 30% rumah telah siap tapi terbengkalai dan warga Lekir minta supaya disegerakan dan diberikan ditawarkan kepada mereka yang layak. Ada yang layak walaupun kos rumah itu telah pun dinaikkan. Semoga pelbagai insentif yang diperkenalkan untuk memudahkan rakyat mendapat memiliki rumah sendiri dapat dilaksanakan dengan segera dan sebaik mungkin Insya-Allah.
Dato' Yang di-Pertua, Pasir Panjang melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang membiayai kos pembinaan Jambatan Sultan Nazrin Shah yang bukan sahaja memendekkan tempoh perjalanan Ipoh ke Bagan Datuk tetapi juga dilihat menjadi pemangkin ekonomi bagi beberapa kawasan dan kampung di Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang. Kampung Kayan umpamanya kini tidak sesepi dahulu. Sudah semakin ramai mereka yang mula berniaga di hanya satu-satunya medan selera yang ada di situ. Pasir Panjang mencadangkan peniaga-peniaga ini yang majoriti kaum wanita dibantu meningkatkan perniagaan mereka. Ditingkatkan pendapatan mereka dan selepas saya mendengar penerangan daripada Exco wanita tadi, saya nampak di sana ada potensi yang positif untuk mereka dibangunkan, dibangunkan ditingkatkan pendapatan mereka ke arah kehidupan yang lebih sejahtera Insya-Allah.
Jadi saya mohon sekretariat wanita untuk turun membantu mereka melihat peluang-peluang yang ada untuk meningkatkan pendapatan isi rumah ke arah menoktahkan kemiskinan di kalangan mereka Insya-Allah. Saya tahu Exco wanita sibuk turun ke sana sini tetapi kita harap apabila turun ke kawasan kita itu bagitahu kita, kita bawa ke tempat-tempat kepada mereka yang memerlukan di kampung-kampung. Mereka hendak meningkatkan pendapatan mereka tetapi tidak ada kemudahan, tidak ada maklumat, tidak ada akses untuk mereka mendapat kemudahan-kemudahan ini. Jadi sekiranya kita dapat bersama apabila Yang Berhormat turun, maka kita dapat salurkan maklumat-maklumat ini kepada mereka untuk kebajikan mereka Insya-Allah. Insya-Allah saya akan bantu, akan bantu Sekretariat Wanita Negeri untuk melaksanakan usaha ini dan populasi golongan muda di Kampung Kayan semakin kurang. Antara sebabnya apabia ditanya kenapa mereka berhijrah, kerana tidak ada pekerjaan, rumah pun tidak ada, perumahan pun tidak ada.
Jadi, justeru Pasir Panjang mencadangkan agar program sentuhan kasih KPKT seperti memberi kiosk penjaja bukan sahaja tertumpu di kawasan bandar tetapi juga di lebar luas kawasan-kawasan kampung. Bukan sahaja tujuan untuk mencari mata pencarian tetapi juga untuk mengurangkan kadar penghijrahan golongan belia keluar daripada kampung mereka. Kampung akan terus sepi apabila mana tidak ada perumahan, tidak ada pekerjaan apabila belia akan keluar tinggal lah pada mereka yang lanjut usia untuk mengawal mentadbir kampung. Selain itu, jambatan Sultan Nazrin Shah juga menjadi pemangkin kepada kegiatan ekonomi penduduk Lekir yang menyediakan pelbagai jenis makanan di restoran-restoran dan warung-warung di sepanjang jalan. Namun, kepesatan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut terjejas akibat kemudahan jalan raya yang kurang memuaskan. Sejak kebelakangan ini pula, gangguan bekalan air sering kali berlaku dan mendatangkan masalah kepada pengusaha-pengusaha restoran di kawasan tersebut. Justeru, Pasir Panjang menyeru memohon penyelenggaraan jalan raya dan bekalan air yang konsisten dan mencukupi perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan untuk kita menyemarakkan perniagaan mereka, sekaligus kita menyemarakkan Tahun Melawat Perak 2024 Insya-Allah.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut, LuMic yang bakal menawarkan pelbagai kemudahan dan infrastruktur berkualiti tinggi serta menawarkan lebih 50,000 peluang pekerjaan. Pada jangkaan tahun 2047 kini menjadi sedikit ancaman kepada penduduk sekitar yang kebanyakan nelayan pantai. Antara penduduk-penduduk yang terlibat adalah penduduk di Kampung Baru, penduduk Telaga Nenas dan penduduk Kampung Teluk. Akibat daripada pembangunan yang sedang berjalan, hasil tangkapan mereka menurun apabila pembiakan udang dan ikan terjejas. Pengorekkan Sungai Dinding berhampiran Kampung Baru menjejaskan pembiakan udang dan ikan. Apabila mana pengorekan berlaku, sungai Dinding dikorek untuk tujuan pembangunan LuMic akan keluar tanah dan selut yang akan mencemarkan merosakkan ekosistem dan juga akan menghalang pembiakan ikan dan udang yang pada satu ketika dahulu menjadi punca pendapatan yang utama kepada penduduk-penduduk di sini dan mereka juga mendakwa tidak ada pampasan diberikan kepada mereka. Mereka juga mendakwa tidak ada siapa yang turun ke sana untuk membantu mereka dan kita ingat kalaulah kita biarkan kumpulan ini yang terjejas teruk pendapatan ini, jika dibiarkan mereka akan menjadi golongan miskin dan kemungkinan besar juga akan menjadi golongan miskin tegar.
Bagi Pasir Panjang menjadi nelayan sudah tidak relevan lagi terutama kepada golongan muda. Mereka tidak mungkin dapat membina kehidupan yang baik sebagai nelayan. Kalau kawasan tangkapan pun sudah menjadi terhad. Bilamana pembangunan berlaku ekosistem pun telah rosak. Jadi kehidupan mereka, hala tuju mereka ini perlu diubah. Mereka perlu dibimbing untuk meneroka bidang-bidang lain seperti perniagaan ataupun bekerja di kilang-kilang, syarikat-syarikat swasta yang beroperasi di sekitar kampung mereka. Mereka perlu dibimbing dan dilatih serta diberi kemahiran yang bersesuaian untuk mengubah hala tuju mereka. Mungkin offer satu kawasan yang boleh dilawati oleh Exco Wanita, kalau ramai wanita. Ramai wanita yang menjadi nelayan, tak tau nak buat apa, kita cuba alih…alihkan aktiviti mereka daripada bergantung kepada menjadi nelayan kepada aktiviti-aktiviti lain yang bercorak perniagaan dan sebagainya. Secara ringkasnya, golongan nelayan kecil terutamanya golongan muda perlu dibantu tak kira di mana mereka berada. Rimba Panjang ini bukan di Kampung Baru atau arena saja. Di Kampung Sematang, semua dan banyak lagi kawasan-kawasan nelayan. Apabila kita turun ke sana memang susah.
Antaranya yang boleh kata mereka tidak ada bot sendiri. Kalau ada bot sendiri pun, lesen sekarang dibekukan, jentera mereka, bot mereka tak dapat ke laut dalam. Jadi, mereka terpaksa menangkap ikan di kawasan-kawasan berdekatan dengan pantai. Di sana pula ada Tenaga Nasional, ada ada janakuasa yang juga menjejaskan ekosistem di sana. Jadi kita nampak golongan muda ini, golongan nelayan muda kita tidak ada potensi untuk mereka membina kehidupan yang baik, yang sejahtera kalau mereka terus menjadi nelayan. Jadi saya harap dengan program-program yang ditawarkan oleh kerajaan, TVET dan sebagainya dapat mengalih pandangan mereka ke arah mencari mata pencarian dalam bidang-bidang yang lain. Pendapatan tidak menentu daripada aktiviti tangkapan yang rendah akibat peralatan yang terhad, tidak mungkin mereka membina kehidupan yang baik.
Dato’ Yang di-Pertua, Pasir Panjang ingin berbicara sedikit tentang kotak makanan. Difahamkan sebelum ini selama tiga bulan berturut turut, kita mendapat kotak makanan. Kita mendapat 50 kotak makanan. Daripada Adun pihak pembangkang pun kita mendapat 50. Adun daripada kerajaan mendapat 100. Tak apa. Kita sudah redha lah dengan keputusannya yang dibuat. 50, kita buat agihan. Memang tidak cukup. Pasir Panjang memang panjang. Kawasannya memang panjang, memang luas. Dulu kita masuk pilihan raya yang ke 15 dulu. Ada 62 ribu pengundi. Bawah sikit daripada Manjoi saja. Manjoi pun dapat 50 jugak. Tapi kita manage. Kita berjaya uruskan dengan tambahan-tambahan daripada peruntukan yang diberikan kepada kita. Jadi sebelum Ramadan yang lepas, kita mengagihkan lebih kurang 500 pek makanan yang diberi oleh kerajaan pada ketika itu. 50, dia tambah lagi 400 pek lagi. Bila kita tengok kampung-kampung, memang mereka sungguh-sungguh memerlukan. Nak puasa tapi tak ada beras, nak puasa tak ada gula, tak ada ikan, macam-macam.
Jadi difahamkan 100 kotak, 50 kotak kepada kerajaan, 50 kotak kepada pembangkang. Selepas tiga kali serahan, bulan Oktober ditarik balik akibat salah laku yang sangat kecik. Sebab ditarik balik, antara yang beritahu kepada kita ialah ada Adun-Adun daripada pembangkang dan juga daripada kerajaan yang melekatkan gambar mereka di situ. Mereka lekat gambar mereka di situ. Mungkin letak nombor telefon di situ. Bagi kita itu, perkara yang sangat kecil mungkin untuk memberitahu kalaulah perlu lagi boleh datang ke pejabat kita tetapi mungkin bagi pihak kerajaan ini sudah melanggar satu peraturan dan ditarik balik peraturan, ditarik balik kotak makanan tersebut dan diberitahu kepada kita diberikan kepada NGO. Tiga kali berturut-turut saya telefon NGO. Pada hari yang dikatakan, kami tak dapat lagi, saya telefon Yayasan Perak. Tidak dapat. Baru-baru ini, saya pun tanya lagi NGO mana yang dapat. Kerana apa? Kerana hampir setiap hari, setiap hari orang datang minta makanan. Jadi kalaulah kita tau NGO itu, mungkin kita boleh bagitahu mereka, NGO ini, NGO A, NGO B yang boleh mengagihkan makanan kepada tuan-tuan. Tapi kita tidak diberitahu sehingga hari ini. Jadikan kita terpaksa menggunakan peruntukan sendiri apatah lagi bila mana OG pool pun ditarik balik daripada kita.
Seterusnya tuan-tuan, saya ingin membawa permohonan dan harapan warga Pasir Panjang, yang pertama sekali, bekalan air bersih di kawasan tidak mencukupi dan sering berlaku gangguan akibat pertambahan penduduk. Kawasan perumahan meningkat, penduduk meningkat dan kita mohon pihak kerajaan mengambil tindakan untuk meningkatkan bekalan air di kawasan tersebut. Yang keduanya lif, almost setiap hari. Ada yang memberitahu saya lif di Hospital Manjung sudah tidak berfungsi lebih dua bulan dan bila kita hubungi Hospital Manjung, dia kata tunggu sehingga bulan Mei, barulah mereka boleh mendapat alat ganti untuk membaiki lif tersebut. Kerana apa, kerana lif itu sudah terlalu usang. Tidak ada lagi….
Saya tambah dua minit lagi.
..alat ganti daripada luar negara…
One minute. Sila masuk perenggan terakhir.
…dan dapat membantu mengusahakan untuk memperbaiki lif ini dengan secepat mungkin dan seterusnya adalah kesempitan, kesesakan, kerosakan jalan Kampung Permatang ke Pasir Panjang Laut semakin ketara. Saya ingin bertanya adakah JKR mempunyai perancangan untuk menaik taraf jalan ini? Jalan ini asalnya jalan luar bandar tetapi penggunaannya seperti mana jalan JKR, menjadi begitu sesak, begitu sibuk terutama sekali waktu-waktu puncak. Dia menghubungkan Lekir dan Pasir Panjang, menghubungkan Lekir dan Seri Manjung dan penduduk juga membina sebuah Kompleks Sukan di Dun Pasir Panjang dibina untuk menyemarakkan aktiviti warga Pasir Panjang ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial sepertimana yang dihasratkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Sebelum ini diberitahu kepada kita, sebidang tanah telah dikenal pasti, peruntukan pun dah turun tetapi dialih ke tempat lain atas fasa yang tidak diberitahu kepada kita. Jadi, kita harap ini dapat diangkat semula untuk merealisasikan hasrat penduduk dan akibat pertambahan populasi murid, penduduk mohon pihak kerajaan mengusahakan pembesaran Sekolah Kebangsaan Batu 8 atau dibina Sekolah Kebangsaan Baru bagi menampung permintaan pelajar di sekitar Kampung Batu 6, Batu 7 dan juga Lekir. Tanah rizab kerajaan pun sudah dikenal pasti. Tok Sidang mewakili saya sudah kenal pasti tanah rizab kerajaan untuk tujuan pemindahan tersebut dan seterusnya Pejabat Agama Daerah Manjung masih tiada bangunan sendiri. Kini beroperasi di bangunan PDT Manjung kerana Manjung adalah daerah yang besar. Ramai pelanggan berurusan setiap hari. Keadaan sesak. Jadi mohon pihak kerajaan mempertimbangkan bangunan baharu untuk Pejabat Agama Daerah Manjung.
Satu minit.
Mengimbas kembali perbahasan saya ketika Belanjawan 2024, saya menyebut pasal yakin belanjawan ini memberi semua, membuat semua lapisan rakyat tersenyum lebar kecuali kami di blok pembangkang kerana pada hari tersebut tidak diumumkan bagaimana peruntukan akan disalurkan kepada kami tetapi pada 26 Januari, surat keluar menerangkan mekanisme agihan tersebut. Contain nya agak mendukacitakan kerana RM300,000 peruntukan itu diberikan untuk seluruh warga Pasir Panjang dan dikongsi pula dengan JPKK, jabatan-jabatan dan juga NGO. Jadi, maknanya kan kita susah untuk buat perancangan. Kita sudah buat perancangan orang lain dah ambik dah. Jadi, kita tidak boleh kawal peruntukan yang ada dan kita juga berharap OG ini dapat dikembalikan untuk memudahkan kita dan kita pernah dengar ucapan respon Menteri besar bilamana ditanya kepada Menteri Besar kenapa Menteri Besar memberi peruntukan yang sama rata pada 2023. Jawapannya sungguh menerujakan kita sebab kita dengar MB pernah sebut dia pernah menjadi pembangkang. Dia pernah menjadi kerajaan dan dia tahu betapa peritnya, susahnya menjadi pembangkang yang tidak…menjadi wakil rakyat yang tidak ada bekalan dan inilah yang kita sedang hadapi pada hari ini. Jadi dengan sifat yang kita yakin MB akan pertahankan MB boleh mempertimbangkan untuk mengembalikan semula supaya kita dapat membantu seberapa ramai rakyat terutamanya yang hadir secara kecemasan. Tidak boleh kita nak hala ke agensi-agensi kerajaan kita bagi tetapi kalaulah ini tidak dapat, maka sebahagian daripada rakyat kita akan menderita akibat daripada ketiadaan OG ini.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua, saya ada sikit lagi tapi saya kumpulkan. Akhir kalam, my last word Pasir Panjang mendoakan sebuah negeri yang stabil, aman dan harmoni yang melimpah ruah keberkatan daripadanya supaya yang dihajati oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dapat direalisasikan. Jadilah kita warga yang memiliki semangat patriotik terhadap negara yang memilih untuk bersatu daripada berpecah seperti yang dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Pasir Panjang menjunjung kasih menyokong Titah Diraja 2024 yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 23 Februari 2024. Wabillahi Taufik Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih yang Berhormat dari Pasir Panjang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak pembangkang dan juga kerajaan, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, tuan-tuan, puan-puan yang mengikuti sidang Dun secara online serta sidang hadirin yang saya hormati sekalian. Ampun Tuanku, patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas pada hari Jumaat 23 Februari 2024.
Timbalan Yang di-Pertua, semenjak kebelakangan ini kita mendengar rintihan daripada rakyat dan juga aduan rakyat di pejabat Adun Changkat Jong. Yang Berhormat, harga barang dah naik. Pendapatan tak bertambah. Kesempitan hidup akan berterusan. Timbalan Yang di-Pertua, Sabtu lepas seperti biasa saya akan pergi ke pasar malam di Teluk Intan untuk membeli sedikit makanan bagi juadah makan petang. Sambil membeli sempat juga saya bertanya khabar kepada beberapa peniaga yang berniaga pada ketika itu. Katanya, hari ini ramai yang datang tapi kurang membeli. Katanya tak seperti dulu lagi. Saya pun menjawab mungkin ramai di kalangan mereka nak menjaga pemakanan sebab diet. Peniaga-peniaga tu kata bukan Yang Berhormat, sekarang ni ramai orang dah mula berjimat sebab nak dapat duit pun susah. Lagi-lagi barang dah naik harga. Bulan depan anak nak mula sekolah dan bulan 4 pula perayaan Aidilfitri akan menjelma. Ini memerlukan sumber kewangan yang kukuh untuk kita berbelanja.
Sebab itu atas keprihatinan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak pada perenggan 22, Baginda bertitah, bangunan megah mencakar langit tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbungkan langit. Ini mungkin berlaku di kawasan saya sendiri mungkin di kawasan Selinsing. Mungkin di kawasan Alor Pongsu. Sebab itu walaupun kita berbangga dengan surplus sebanyak RM29.6 juta pada tahun 2022, RM62.4 juta pada 2023. Surplus inilah yang perlu kita manfaatkan untuk kita membantu rakyat yang memerlukan di bawah. Ramai yang cuba memohon daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi garis panduan mereka seisi rumah cuma RM1128 tak silap saya sedangkan kalau kita ambil kira pada masa kini pendapatan satu keluarga seisi rumah RM1500, bayar sewa rumah dah RM600 tinggal RM900. Ada lima orang nak makan dalam rumah tersebut. Anak tiga orang bersekolah, satu di universiti, satu di sekolah tahfiz. Ini memerlukan kewangan sehinggalah mereka terpaksa mendapat simpati daripada saudara-saudara mereka untuk meneruskan kehidupan dengan memberikan sedikit sumbangan kepada yang memerlukan.
Justeru itu kita kena berpijak di bumi yang nyata. Kita tidak mahu apa yang dititahkan oleh Tuanku ini menjadi kenyataan. Sebab itu dengan pendapatan yang bertambah daripada NRREE ini yang pada dahulunya yang dijangka mencecah RM50 juta pada tahun 2024 mungkin kita boleh manfaatkan pada ketika ini sebab rakyat sudah mengeluh. Rakyat dalam keadaan kesusahan khususnya kepada B40 pada hari ini. Kalau Kerajaan Pusat tidak mampu membantu kita, Kerajaan Negeri kena initiate kena mulakan kerana kita mempunyai surplus dalam peruntukan tahunan. Bagi kami Adun pembangkang kalau tahun lepas Insya Allah juga kami boleh bantu kerana ada OG tetapi pada hari ini mengikut circulation atau pun edaran yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar peruntukan RM300 ribu itu adalah berbentuk pembekalan dan juga projek. Tidak ada OG. Jadi selepas ini sekiranya ada rakyat yang mengadu di pejabat Adun untuk mendapat sedikit peruntukan bekalan makanan dan sebagainya, ke manakah mereka harus kita cadangkan untuk pergi mendapat sumbangan tersebut. Mungkin lepas ni Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh menjawab perkara ini kerana kalau saya hantar atau pun saya cadangkan mereka ini pergi ke Pejabat Daerah, adakah Pejabat Daerah boleh membantu mereka ini dengan secara segera kerana mereka memerlukan segera kewangan tersebut. Tak apalah tak percaya pada Adun pembangkang tak ada masalah tetapi OG ini harus diserahkan kepada mereka-mereka yang dipercayai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk kita cadangkan kepada mereka yang memohon sumbangan ini pergi ke tempat berikut. Jadi saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri melihat akan perkara ini. Baru-baru ini kita pun lihat dah tahu dah.
Kalau dulu, beras SSI pada Ramadhan yang lepaslah sama dengan Pasir Panjang tadi. Saya beli lima (5) kilo cuma RM13.00 ringgit. RM13.00 ja. Tapi untuk Deepavali tahun lepas, saya terpaksa mengeluarkan duit sebanyak untuk lima (5) kilo juga RM21.00. Kenaikan lebih kurang 55%. Itu baru beras. Belum lagi tepung gandum dan kenaikan ini amat ketara jika dibandingkan daripada tahun Januari 2023 sehinggalah pada hari ini. Sebab itu, untuk kita membina bangunan pencakar langit ini, sebelum kita bina kita lihat rakyat kita dulu. Kita tidak mahu jurang kekayaan jurang pendapatan rakyat di Malaysia ini amat berbeza sekali. Jadi saya mengharapkan khususnya kepada JKM, YB Exco pun ada kat sini, lihatlah kepada mereka cubalah bantu pada pendapatan yang RM1,500.00 cubalah bantu. Tak dapat RM300.00 bantulah RM200.00 dan sebahagian setiap bulan untuk mereka menjalani kehidupan dengan cukup untuk menyara kehidupan mereka. Saya bersetuju juga dengan YB Semanggol yang menyatakan kita ada kecukupan beras 98% beras tempatan di Negeri Perak ini. Jadi untuk memenuhi keperluan Negeri Perak ini, kita gunakanlah beras ini sebelum kita hantar ke tempat-tempat yang lain khususnya kepada B40 tadi. Sebab beras tempatan sekarang macam biskut chipsmore. Kejap ada kejap tak ada dan bila Program Rahmah Jualan Rahmah, Program Jualan Rahmah beras tempatan ada pulak. Adakah beras tempatan ini hanya dipegang oleh sebuah pihak iaitu untuk Jualan Rahmah sahaja? Sedangkan beras tempatan ini boleh digunakan sebanyak 70% cukup untuk satu Malaysia.
Seterusnya, saya mencadangkan untuk mengawal harga makanan khususnya berasaskan makanan. GLC-GLC yang ada di Negeri Perak ini harus memainkan peranan. Kita perlu mengambil keputusan yang drastik. Mungkin kita menjadi pengimport berasaskan makanan supaya pengimport-pengimport swasta ini tidak mengawal harga yang mereka beli daripada luar negara. Sebab itu, ini bukan tuduhan tetapi agak pelik kenaikan harga semenjak Januari sampailah 2023 hinggalah 24 amat membimbangkan sehinggakan peniaga-peniaga yang berniaga, restoran dan sebagainya mereka amat bimbang dan ketika ini mereka mengekalkan harga yang dijual tetapi mengaut keuntungan yang begitu rendah sekali. Justeru itu, saya mintalah Kerajaan Negeri melihat secara ini dengan lebih terperinci lagi bagi memastikan titah Tuanku ini dapat kita hayati dan kita dapat gembirakan Tuanku ini supaya Tuanku dapat melihat rakyatnya cukup makan, selesa dan sebagainya.
Baik. Terima kasih kepada Changkat Jong. Saya ingin respon sikit dan mohon respon juga daripada Changkat Jong. Kita menghargailah usaha kerajaan dalam membantu rakyat. Contohnya seperti Jualan Rahmah dan sebagainya, tetapi adakah Jualan Rahmah ini mampu memenuhi kekurangan-kekurangan yang disebutkan oleh YB tadi sebab seingat sayalah di kawasan saya Jualan Rahmah ni baru sekali je? Setahun ada sekali. Jadi bagaimana yang sepatutnya Jualan Rahmah ini dibuat atau pun hanya sebagai satu yang merupakan melepaskan batuk di tangga sahaja? Yang Berhormat terima kasih.
Changkat Jong, tambah sikit. Kubu Gajah. Berkenaan juga Jualan Rahmah sesi lepas lima (5) bulan lepas, respon daripada Exco yang jaga berkenaan jualan-jualan Rahmah ini dia kata dia untuk yang akan datang ni untuk masuk ke kampung-kampung. Tapi macam Selingsing sebut tadi dalam tahun ni pun baru sekali. Jadi harap Exco dapat bagi kenyataan semula lah adakah Jualan Rahmah ini diperluaskan di semua kampung-kampung atau pun penjadualan yang lebih baik terutamanya di pedalaman-pedalaman lah atau di Selinsing, Selama, di Kubu Gajah, di Terong sebabnya itu jawapan sewaktu saya tanya dulu dijawab oleh Exco?
Ya, saya setuju dari Kubu Gajah dan juga Selinsing. Dato' Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, adalah menjadi hasrat setiap keluarga untuk memiliki tempat tinggal sendiri yang selesa dan kondusif khususnya di tempat saya di Dun Changkat Jong. Ada yang masih tinggal di kawasan setinggan, di kawasan-kawasan rezab kerajaan yang perlu kita tangani lebih kurang 300 orang 300 keluarga tak silap saya perlu kita angkat untuk mereka memiliki tempat tinggal sendiri dan ramai di kalangan mereka juga hampir tempat saya juga lebih kurang 2,000 ribu keluarga masih menyewa rumah-rumah di kawasan perumahan. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Lembaga Perumahan Hartanah Perak yang telah pun menyiapkan. rumah sebanyak 1,600 unit setahun bagi tempoh lima tahun daripada 2018 hingga 2023 berjumlah 8,000 lebih. Cuma di sini mungkin ada kemusykilan yang perlu saya bangkitkan.
Keperluan pada tahun 2030 rumah mampu milik ini adalah sebanyak 57,000 unit diperlukan. Kita ada lebih kurang tujuh (7) tahun Timbalan Speaker. Tujuh (7) tahun daripada sekarang sampailah 2030 kita ada tempoh tujuh (7) tahun. Jadi setiap dengan purata 8,500 unit kita kena bina setiap tahun rumah mampu milik ini sedangkan lima (5) tahun yang lepas mengikut data yang kita ada, kita cuma mampu membina 1,600 unit. Mudah-mudahan dengan keajaiban dengan rahmat Allah Subhanallah Ta'ala saya berdoa agar 57,000 unit ini dapat dilaksanakan tetapi mungkin saya mintak penerangan daripada kerajaan negeri selepas ini apakah mitigasi atau pun langkah-langkah yang telah dirancang untuk memenuhi permintaan
57,000 unit ini dibina dalam tempoh tujuh tahun daripada sekarang. Jadi saya mengharapkan. Saya bersyukur sekiranya pembinaan ini dapat dilaksanakan sebanyak 57,000 tetapi tumpuan perlu diadakan secara serius. Kita tidak mahu perkara-perkara lain didahulukan sedangkan keperluan rakyat B40 ataupun yang kurang berkemampuan ini kita kemudiankan. Inilah tanggungjawab kita bersama semua. Mudah-mudahan apa yang kita rancang sebelum ini dan akan datang akan menjadi kenyataan.
Setuju. Terima kasih Changkat Jong. Sedikit tentang perumahan tadi ni. Saya dah bangkitkan sebelum ini tentang kuarters-kuarters guru. Benda ini masalah teknikal lah tapi sekarang kita ni pun Perdana Menteri pun daripada Perak. Timbalan Perdana Menteri pun daripada Perak untuk melakukan perubahan dari segi dasar dan sebagainya untuk kalau dapat kuarters-kuarters guru yang terbiar ni yang kita kata merugikan aset Negeri dan Negara lah yang diberikan, dipermudahkan untuk diberikan kepada B40 yang tidak ada rumah ni saya rasa benda tu dapat menyelesaikan sebahagian masalah yang melanda sekarang. Setuju tak?
Changkat Jong, masa sudah tamat saya. Saya tambah 2 minit lagi, sila masuk perenggan yang terakhir. Sila.
Saya setuju dengan Kampong Gajah tapi di Teluk Intan pun ada special juga. Ada kuartes guru yang ditinggalkan dan saya telah bangkitkan dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah. Malangnya, kuarters guru tersebut akan disewakan kepada sebuah badan NGO yang mana sampai hari ini masih belum selesai. Jadi, saya pun tak faham kerana bolehkah dasar kerajaan menyewakan bangunan kerajaan kepada NGO-NGO yang terpilih. Jadi akhir kata daripada saya, sebagaimana titah Baginda, bangunkan Negeri Perak ini dalam semangat menggabungkan kekuatan yang ada sesama kita. Menghayati semangat bersatu teguh bercerai roboh. Kalau tahun lepas, peruntukan sama rata. Itulah dia semangat menggabungkan kekuatan tetapi hari ini tahun ini kita dipisahkan secara nyata. Jadi saranan atau titah Baginda ini, Kerajaan Negeri perlu perhalusi, perlu pertimbangkan semula untuk kita berlaku adil sebagai Adun yang telah diiktiraf oleh rakyat di kawasan masing- masing. Sekian, Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Changkat Jong mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat dari Changkat Jong. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Sekian Sejahtera, Timbalan Yang di-Pertua, Adun-Adun Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan ketua Badan Berkanun Kerajaan, pengarah serta rakan-rakan media dan juga rakyat Negeri Perak yang sedang menonton sidang Dun Perak live di atas talian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dengan mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Pertama kali saya ingin merakamkan tahniah kepada Majlis Daerah Kampar kerana telah berjaya melaksanakan penaiktarafan Pasar Awam Kampar, pencahayaan di tempat parkir Pasar Awam Kampar dan Dataran Bandar Baru Kampar, menaik taraf Jalan Batu Sinar di Bandar
Baru Kampar kepada 4 lorong dan dapat menjalankan kesemua projek-projek yang telah dilulus oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam 2023. Jumlah projek yang telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah kawasan Parlimen Kampar pada tahun 2023 adalah 53 projek. Jumlah bernilai RM 5.66 juta telah siap dilaksanakan. Tahniah diucapkan kepada pihak Majlis Daerah Kampar dan semoga usaha ini boleh diteruskan pada tahun 2024 untuk membawa lebih banyak pembangunan di Kampar.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah memperuntukkan RM50 juta untuk membina 100 Taman Madani di seluruh Malaysia dan daripada itu RM 10 juta telah diperuntukan kepada Negeri Perak untuk membina 22 Taman Madani. Taman Rekreasi Madani ini dapat meningkatkan lagi mutu hidup penduduk Negeri Perak untuk menjadi lebih sihat dan sejahtera. Ia juga akan memberi satu kehidupan yang lebih seimbang dan juga satu tempat untuk sekeluarga menjalankan aktiviti bersama dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Timbalan Yang di-Pertua, tahun ini Kampar akan menjadi tumpuan Malaysia kerana bakal menganjurkan dua acara antarabangsa termasuk Motocross International Endurance 2024 pada bulan Mei 2024 dan International Geopark Run Series 2 pada Oktober 2024. Sehubungan itu, saya bersama Ahli Parlimen Kampar telah mengemukakan pelan perancangan Kampar 2040 dengan tiga misi utama untuk mentransformasikan Kampar kepada bandar yang paling sesuai diduduki. Bandar Pelancongan Perubatan, Medical Tourism dan juga Bandar Eco-Tourism dengan izin. Saya yakin dengan jumlah pembangunan infrastruktur pesat yang berlaku di Kampar, kami yakin untuk mencapai misi yang mentransformasikan Kampar sebagai bandar yang paling sesuai diduduki. Selain itu, dengan pembinaan Hospital baharu Kampar bersama dengan Hospital UTAR, Kampar berada dalam keadaan strategik untuk menarik banyak pesakit-pesakit dari dalam dan juga luar negara untuk membangunkan pelancongan perubatan ataupun Medical Tourism dengan izin.
Bulan lepas, Jabatan Pertanian Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kampar dan Adun Keranji juga telah membantu penduduk orang asli di Kampung Batu Berangkai untuk membuat cantuman dewasa 40 buah pokok durian di mana 10 durian Patron telah dicantum secara hands on dan 30 anak pokok Musang King. Kami berharap dengan projek ini, durian kampung orang asli dapat dicantum menjadi durian Musang King dan Patron untuk meningkatkan hasil dan pendapatan orang asli sekali gus menjadikan Kampar sebagai bandar pengeksport durian Patron dan Musang King yang terkenal dalam masa lima tahun. Timbalan Yang di-Pertua, Tahun Baru Cina 2024 tahun naga adalah Tahun Baru Cina yang paling meriah dalam sejarah Kampar. Pusat Khidmat Adun Keranji bersama Ahli Parlimen Kampar telah menggantung 3,630 biji tanglung di kesemua 14 buah Kampung Baru Cina dan pekan Kampar dan Pasar Awam Kampar dan juga Bandar Baru Kampar. Kami juga telah mengadakan reunion dinner dengan izin yang terbesar di Negeri Perak di mana 200 meja ataupun 2,000 orang menghadiri jamuan makan malam reunion dinner bersama-sama di Kampung Baru Warung untuk mencipta sejarah.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, reunion dinner merupakan makan malam yang paling penting dalam satu tahun bagi kaum Cina. Ia adalah diadakan sehari atau dua hari sebelum Tahun Baru Cina di mana kesemua saudara mara yang biasanya bekerja di luar kampung ataupun di luar negara dapat berkumpul bersama-sama dan makan malam reunion dinner sekeluarga. Ia merupakan tradisi dan makan malam yang paling penting pada seluruh Tahun Baru Cina. Tahun ini, pusat khidmat Adun Keranji telah melakar sejarah dengan berjaya menganjurkan reunion dinner yang paling besar di Negeri Perak dan saya berharap pada tahun akan datang, kami boleh memecahkan rekod ini dan menganjurkan reunion dinner yang paling besar di Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini penduduk Kampung Sultan dan Kampung Jalan Stesen telah dianugerahkan Notis 5A. Sebanyak 10 penduduk Kampung Sultan telah berjaya mendapat notis 5A setelah menduduki Kampung Sultan selama 50 hingga 70 tahun. Sebanyak 37 penduduk di Jalan Stesyen juga telah berjaya mendapat Notis 5A setelah sekian lama menduduki di kampung, Jalan Stesyen sebelum merdeka sebelum Malaysia merdeka. Ribuan terima kasih kepada kelulusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga bantuan daripada Pengarah PTG Perak, Dato' Fariz dan juga DO PDT Kampar, Tuan Nazrul. Penduduk kampung, Jalan Stesyen telah diberi diskaun atas premium tanah sehingga setiap rumah hanya dikenakan caj premium nominal iaitu RM5ribu untuk setiap penduduk tanpa mengira saiz tanah. Usaha-usaha ini menunjukkan Kerajaan Perak, Kerajaan Perak prihatin dan berusaha membantu penduduk yang sudah sekian lama menduduki di tanah kampung untuk diberikan geran kepada mereka yang layak. Saya juga mengalu-alukan komitmen daripada DO PDT Kampar, Tuan Nazrul untuk menyelesaikan masalah tanah di Jalan Labu, Kampung Baru Wah Loong tahun ini. Saya faham ini bukan satu perkara yang mudah untuk diselesaikan tetapi dengan bantuan dan komitmen daripada semua pihak agensi, saya yakin masalah tanah di Jalan Labu, Kampung Baru Wah Loong akan dapat diselesaikan dalam tahun ini. Saya sebagai wakil rakyat Adun Keranji bersama Ahli Parlimen Kampar, YB Tuan Chong Zhemin akan memberi komitmen sepenuhnya dan bekerjasama dengan PDT, PTG dan pihak Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu tanah yang belum dapat diselesaikan selama berpuluh-puluh tahun sebelum ini.
Di sini Keranji juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengiktiraf Kampung Jalan Stesyen sebagai Kampung Baru yang sah supaya peruntukan boleh disalurkan untuk meningkatkan infrastruktur kampung Jalan Stesyen. Oleh kerana sebelum ini, Kampung Jalan Stesyen tidak mempunyai geran, maka kampung ini tidak dapat diiktirafkan. Selepas Notis 5A dianugerahkan, maka saya berharap Kerajaan Negeri boleh mengkaji untuk mengiktiraf Kampung Baru Jalan Stesyen sebagai Kampung Baru ketiga dalam kawasan Dun Keranji. Seterusnya saya ingin mengalih ke isu Hospital Kampar. YB Exco Sungkai pada Sidang Lepas telah memaklumkan bahawa, telah memaklumkan dalam Dewan yang mulia ini bahawa pihak PTG telah disalurkan peruntukan untuk meneruskan dalam usaha mengambil-balik tapak Hospital Kampar. Ingin saya mendapatkan maklum balas tentang status pengambilan tanah Hospital Kampar ini dan bilakah pengambilan tanah ini dijangka akan siap supaya proses seterusnya boleh dijalankan untuk memulakan pembinaan hospital baru Kampar.
Timbalan Yang di-Pertua, Kampar adalah satu-satunya bandar utama di Perak yang tidak mempunyai akses ke lebuh raya. Lebuh raya PLUS yang dibina pada tahun 1997 tidak membina sebarang exit di Kampar dan hanya di Tapah dan Gopeng. Lebuh raya WISE yang bakal dibina juga hanya tamat di Gopeng dan tidak dipanjangkan ke Kampar. Oleh itu, terdapat satu keperluan yang mendesak untuk menaik taraf jalan raya dari Gopeng ke Kampar supaya memudahkan pengguna jalan raya untuk mengakses dan mendapat satu jalan yang lebar dan selesa ke Kampar untuk merancakkan lagi kegiatan ekonomi di Kampar. Saya cadangkan supaya jalan raya dari Gopeng ke Kampar dinaiktaraf dan dilebarkan dari 2 lorong ke 4 lorong dan siap dipasang dengan lampu LED supaya ia menjimatkan masa dan akses penduduk Kampar ke lebuh raya PLUS dan saya yakin ini akan merancakkan kegiatan ekonomi setempat Gopeng-Kampar. Kawasan Gopeng-Kampar merupakan lokasi yang strategik kerana terletak di Kinta Selatan dan pakat boleh dimajukan dan dibangunkan sebagai sebahagian daripada kawasan The Greater Ipoh atau pun Kinta Besar.
Timbalan Yang di-Pertua, usaha Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis TVET merupakan satu usaha yang mulia dengan membantu anak-anak muda yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran tinggi untuk menyertai program pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya mempelajari kursus vokasional yang amat berguna di mana mereka boleh mendapat placement atau pun pekerjaan di syarikat-syarikat besar. Ini juga membolehkan Perak mencapai sasaran menjadi pengeluar tenaga kerja mahir Negara menjelang tahun 2030. Di luar negara, TVET diiktiraf setaraf dengan pendidikan tinggi di universiti dengan cara alternatif dengan mempelajari program pendidikan dan latihan teknikal dengan membolehkan pelajar untuk terus mempelajari teknik-teknik dan ilmu secara hands on. Oleh itu, kami perlu meninggalkan pemikiran bahawa TVET merupakan jalan kedua jika pelajar tidak dapat tempat di universiti. Antara usaha awal Kerajaan Negeri Perak ialah menghantar 55 anak Perak ke Jerman dan China bagi menimba pengalaman serta mengikuti program TVET di luar negara. Di antaranya 5 pelajar akan dihantar ke Jerman di bawah PASAK dengan kerjasama Syarikat Study Germany. Berbanding dengan program Negara China, Program TVET Jerman atau pun akan memberi 1000 Europe atau pun RM5170.00 setiap bulan kepada setiap pelajar sepanjang program TVET ini dan ini akan mengurangkan kos bebanan pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyertai program TVET di luar negara. Saya berharap Kerajaan Negeri Perak akan memperuntukkan geran yang lebih tinggi pada tahun ini untuk menghantar lebih banyak pelajar dari Negeri Perak untuk menyertai program TVET di luar negara untuk menimba dan mempelajari lebih banyak pengalaman.
Timbalan Yang di-Pertua, dari segi pelaburan. Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah mencatatkan prestasi yang cemerlang dengan jumlah pelaburan RM22.3 billion pelaburan yang direalisasikan setakat Jun tahun lepas daripada 283 projek pembuatan dan mencipta 22,000 peluang pekerjaan. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak. Namun yang sama tidak boleh dikatakan berbanding kepada mantan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu. Pada tahun 2021, Kerajaan Pakatan Perikatan Nasional telah mengumumkan bahawa Kossan Rubbers akan melabur di Malaysia RM1.5 billion untuk membina Integrated City di Bidor. Namun, saya dimaklumkan bahawa projek ini telah pun dibatalkan atau pun ditangguhkan sehingga satu tarikh yang belum ditetapkan. Ini menunjukkan walaupun sesetengah pelaburan besar telah diumumkan, ia mungkin tidak dapat direalisasikan di masa akan datang. Oleh itu, Keranji mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pelaburan untuk memastikan kesemua pelaburan asing yang telah diumumkan dapat direalisasikan dan juga menyiasat punca pelaburan yang telah diumumkan tetapi tidak dapat direalisasikan seperti RM1.5 billion Kossan Rubbers yang telah dibatalkan.
Timbalan Yang di-Pertua, NR-REE merupakan sumber mineral baharu yang mampu menjana hasil negeri yang berdaya saing tinggi. Namun baru-baru ini saya difahamkan harga mineral NR-REE telah jatuh menjunam kerana terdapat bekalan NR-REE di serata dunia telah ditingkatkan. Saya memohon pihak Kerajaan Negeri supaya melakukan analisis sensitiviti harga NR-REE terhadap hasil royalti yang akan diterima oleh Kerajaan Negeri supaya kerajaan boleh lebih tepat dalam menganggarkan jumlah hasil NR-REE di Negeri Perak dan juga jumlah hasil royalti yang akan diterima. Timbalan Yang di-Pertua, sesebuah kerajaan yang stabil bukan sahaja dapat memajukan ekonomi dan membangunkan infrastruktur dan mutu hidup rakyat seperti Kerajaan Madani yang telah lakukan pada tahun 2023. Saya yakin jika terus berusaha gigih, Kerajaan Madani mampu memajukan ekonomi dan membangun yang lebih banyak infrastruktur dalam 4 tahun yang akan datang. Oleh itu, saya berharap semua pihak boleh memberi kerjasama penuh kepada Kerajaan Perpaduan untuk memajukan ekonomi dan membangunkan Negara dan jangan cuba memainkan isu-isu yang tidak akan memanfaatkan mana-mana pihak. Sekian, Keranji menyokong. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Keranji. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan.
Asslamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Setiusaha Perak yang dikasihi, Yang Berhormat pembangkang, Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi semua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri yang sangat berdedikasi sekalian, rakan media yang menjalankan tugas sepanjang sidang Dewan ini. Terima kasih kepada rakan media yang hadir membuat liputan. Tuan-tuan dan puan-puan yang berada dalam Dewan ini yang saya hormati dan tidak dilupakan kepada seluruh rakyat Negeri Perak yang dikasihi. Alhamdulillah waala Rasulillah. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Manjoi dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah berkenan menyampaikan titah diraja dan sempena pelantikan semula sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Digarhayu Tuanku.
Kini Manjoi mohon izin untuk menyampaikan ucapan perbahasan titah diraja. Manjoi mulakan dengan 2 potong hadis Nabi yang berbunyi (bacaan hadis) "Sebaik-baik manusia ialah orang yang bermanfaat bagi orang lain". (Bacaan hadis) "Orang yang paling dicintai oleh Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain". Sesungguhnya Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah mengandungi pernyataan yang jelas dan tepat betapa pentingnya Negeri Perak yang tercinta ini diurus tadbir sebaik mungkin oleh pemerintah yang adil kepada sekalian rakyat jelata. Pemerintah adalah payung yang melindungi rakyat. Menelusuri denyut nadi rakyat, mengubati kesukaran dan kepayahan rakyat. Memastikan rakyat sentiasa hidup dalam kesejahteraan bersama insan yang tersayang. Manjoi ingin memetik titah Tuanku Sultan titah diraja dalam perkara nombor 22 pada muka surat keempat belas, bangunan megah mencakar langit tinggi tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbungkan langit. Ya betul miskin tegar telah pun berkurangan menurun 58%, bila mana miskin tegar ni kurang, maka kategori orang miskin tu akan naik.
Maka meningkatlah kategori golongan miskin di negeri kita. Fakta kepada perkara ini, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan berlaku peningkatan daripada 7.3% kepada 7.5% bagi golongan miskin dan kita berbangga dengan surplus 67.4 pada tahun 2023, maka Manjoi ingin menyatakan kerajaan perlu lebih memperbanyakkan lagi bantuan kepada rakyat kita yang miskin dan susah. Takrifan miskin ini subjektif. Bukan hanya pendapatan isi rumah yang perlu diambilkira. Apatah lagi pasca covid-19 dan juga kita sedang berdepan krisis ekonomi dan krisis mata wang negara. Ia juga perlu dilihat daripada sudut kualiti dan kesejahteraan keluarga merangkumi kesihatan, pendidikan dan juga taraf hidup keluarga kita. Manjoi ingin memberikan cadangan atau pelan bantuan short-term ataupun jangka masa pendek dengan izin. Pertama, penerima kad sejahtera dan juga penerima kotak makanan, perlu ditambah di seluruh Negeri Perak kesemua 59 Dun di negeri ini kerana bila mana kita turun ke lapangan, rakyat berjumpa. Ramai rakyat yang sangat memerlukan kotak-kotak makanan yang dibicara oleh rakan-rakan Adun sebentar tadi. Kedua, Manjoi ingin menyatakan bahawasanya, kita perlu memberikan perhatian kepada rakyat kita ataupun masyarakat kita di negeri ini yang melakukan dua kerja pada satu masa. saya pergi fokus kepada golongan belia dan orang muda. Siang dia bekerja di sektor awam mungkin disektor swasta dan juga. Ada juga sektor awam yang kekadang dia buat dua kerja dalam satu masa. Walaupun kadang-kadang kita tak tahu tapi dia terpaksa lakukan.
Saya bagi contoh kepada golongan rider ataupun anak muda yang rider ni. Balik kerja kejap lagi dia orang akan mula sambung kerja petang sampai malam pula untuk menampung sara hidup keluarga, kos sara hidup yang tinggi ketika ini. Sidang Dewan sekalian, cuba bayangkan kalau satu famili ni keluarga muda dia ada anak-anak 5 orang anak sekolah tahun ini. Kita akan berdepan dengan tiga situasi pertama, sekolah dah nak bukak. Kata dia ada lima orang anak, maka dia perlu buat persiapan lima orang anak tersebut untuk masukkan ke sekolah. Yurannya, barang sekolahnya tuan-tuan daripada pakaian, kasut, beg semua tuan-tuan yang kadang-kadang perkara ini perlu kita lihat dengan penuh teliti. Kemudian kita berdepan dengan Ramadhan pulak yang akan tiba tidak lama lagi. Persiapan Ramadhan disusuli dengan persiapan hari raya. Maka cadangan luar kotak yang saya nak bawa ialah saya mohon supaya mungkin cadangan yang tidak didengari lagi. Jika boleh, kerajaan negeri perlu memberi bantuan inisiatif tunai bagi membantu situasi semasa yang sedang dilalui oleh orang muda belia di Negeri Perak pada ketika ini.
Kedua, satu cadangan juga untuk Kerajaan Negeri untuk membantu belia kita ataupun anak muda kita, mahasiswa mahasiswi kita yang sedang belajar di kampus ketika ini, di universiti ketika ini kerana kita semua di sini juga pernah belajar di kampus dan berada di IPT IPTS. Saat yang paling menyeronokkan kita, saat yang paling menyentuh perasaan kita bila mana kita nak balik pulang ke kampung. Sekarang ni anak kita sedang belajar di kampus dan masuk bulan puasa bulan Ramadhan. Ia mungkin anak-anak kita boleh mengikat perut boleh, boleh mereka control mereka punya perbelanjaan. Saya cadangkan jika boleh Kerajaan Negeri, waktu nak raya nanti jika boleh Kerajaan Negeri kita sediakan bas percuma kepada mahasiswa mahasiswi Negeri Perak yang belajar di luar Negeri Perak ni yang ingin pulang balik ke kampung. Kita boleh membantu mahasiswa itu dan juga mahasiswi itu dan juga kita boleh bantu ibu ayah yang sedang berdepan dengan isu kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
Kedua, saya memetik titah Tuanku Titah Diraja meningkatkan Negeri Perak merupakan pengeluar utama negara bagi tanaman-tanaman jagung manis, ubi keledek, sengkuang, mangga dan bendi. Sektor penternakan berperanan penting membekalkan sumber makanan berteraskan protein. Negeri Perak merupakan penyumbang utama sumber makanan berasaskan ternakan di negara ini. Saya ringkaskan perkara ini. Hasil sayur-sayuran yang terbanyak antaranya daripada kawasan bandar Ipoh ni. Di tiga tempat dalam kawasan Parlimen Tambun dan juga dalam kawasan Dun Manjoi, Kawasan Khantan, Changkat Kinding dan juga di Tanah Hitam. Jika sekian lama kita, selama ni kita makan sayur daripada kawasan-kawasan tersebut dan saya nak lontarkan di sini kepada Kerajaan Negeri kita boleh kembangkan lagi potensi ini di Bandar Meru Raya di kawasan dalam Dun Manjoi.
Jika sidang Dewan melihat di sana banyak kawasan tanah-tanah yang kosong yang masih lagi tidak dibangunkan dan kita kenal pasti tanah tentulah tanah-tanah milik Kerajaan Negeri yang masih lagi belum dibangunkan ketika ini banyak di bandar Meru Raya. Kalau kita naik apartment di Meru ni, kadang saya naik ke sana untuk tengok kawasan lapangan di sekitar Meru Raya ini banyak tanah-tanah yang belum dibangunkan. Saya ingin mencadangkan, Manjoi ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk kita bangunkan tanah-tanah ini tetapi kita pajakkan kepada mereka yang mampu untuk menghidupkan tanah-tanah ini. Kita boleh gunakan tanah ini untuk kita tanam sayur-sayuran atau pun kita hidupkan pertanian ataupun mungkin ternakan kecil-kecilan yang boleh kita buat. Fokus kita untuk sumber makanan ataupun untuk meningkatkan food security di Negeri Perak ini dan kita boleh bagi peluang pada orang muda kepada orang setempat, masyarakat kita yang sedang mencari peluang pekerjaan dan kita boleh menghidupkan pendapatan mereka dan Insya Allah kita boleh mengurangkan lagi kadar pengangguran yang ada di negeri ini. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dicadangan untuk membantu golongan tersebut melalui program dan projek-projek yang perlu disusun. Ini mungkin boleh diambil perhatian oleh Yang Berhormat, Exco kita, supaya program-program sebegini kita boleh bangunkan usahawan-usahawan muda dan juga kita boleh adakan projek-projek sosial supaya kita boleh tingkatkan mereka dengan berbakti berbudi kepada tanah. Maka Insya Allah, bila mana hasil itu ada, pendapatan negeri akan meningkat dan juga sumber makanan di Negeri Perak akan terjamin.
Jadi saya berharap, saya sendiri melihat kawasan Bandar Meru raya ini yang banyak tanah-tanah kosong yang belum dibangunkan, tolong segera dibangunkan. Dia mungkin ada pelan jangka masa panjang kerajaan negeri untuk bangunkan pelbagai pembangunan di situ tapi sebelum kita mulakan pembangunan-pembangunan hebat itu, maka kita boleh manfaatkan tanah-tanah yang terbiar kosong begitu sahaja untuk diberikan ataupun dipajakkan dibangunkan oleh kita sendiri, dibantu orang muda belia di tempat kita dan negeri kita ini.
Ketiga, isu yang sangat penting bagi saya yang dititahkan oleh Tuanku. Tempat tinggal yang selesa dan kondusif berperanan penting dalam menentukan kesejahteraan hidup rakyat. Rumah sangat penting dalam kehidupan insan. Menyediakan rumah mampu milik yang sangat diperlukan oleh rakyat berpendapatan rendah merupakan tanggungjawab fardu kifayah yang sangat dituntut untuk dipenuhi. Dua kelompok yang penting pertama, golongan B40 dan M40. Saya fokus pada golongan belia dan juga anak muda.
Golongan anak muda yang B40 sidang Dewan sekian, mereka tak mampu untuk memiliki rumah kerana pendapatan yang tidak setara dengan harga rumah. Kalau anak muda tu tidak ada pendapatan tetap maka mereka tidak akan dilayan oleh bank. Bank tidak akan konfiden untuk bagi pinjaman kepada mereka, mereka tak akan dapat pinjaman. Saya temui banyak orang muda sebegini. Yang tidak pendapatan tetap amat susah untuk memiliki rumah dan terpaksa hanya menyewa dengan harga yang tinggi dari semasa ke semasa. Saya fokus kepada dua kelompok besar. Golongan belia lepasan kampus, lepasan mahasiswa yang bekerja, anak-anak kita semua, adik-adik kita dan juga golongan belia pasangan muda yang baru berkahwin. Semua mereka berkehendak kalau boleh nak ada rumah. Mereka nak rumah, mereka nak beli rumah tetapi mereka tak mampu. Saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk kita buat satu pelan bantuan jangka masa pendek untuk golongan belia dan juga anak muda ini. Pertama rumah transit untuk golongan belia di bandar. Golongan belia ini ada dua kategori satu di bandar, satu lagi luar bandar. Di bandar saya cadangkan buat rumah transit dan kita pernah buat perkara ini dulu. Kerajaan negeri pernah laksanakan perkara ini dulu dan kita perlu buat semula kita kini.
Tujuannya untuk kita mempunyai tempat tinggal sementara kepada anak-anak muda kita dan belia kita. Kerajaan negeri perlukan pelaburan dan insentif Kerajaan Negeri sepertimana dana bayaran penalti lot bumiputera atau dana bayaran penalti kos rendah dan Kerajaan Negeri boleh mohon bantuan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Tadi kita dengar banyak. Kita perkenalkan KPKT yang banyak bantu Perak maka jika boleh dimasukkan idea ini bantu golongan muda yang perlu disusun di seluruh Negeri Perak.
Manjoi, Tronoh boleh? Ok. Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi kerana memberi ruang. Sebenarnya kalau kita lihat berkenaan dengan isu rumah transit ini, sebenarnya rumah transit ini pernah dibangunkan oleh kerajaan tetapi sering kali kita seringkali melihat ada perkara yang kurang elok di mana apabila mereka memasuki rumah transit ini sememangnya dia punya tempoh sementara tetapi dijadikan sebagai kekal. Jadi apakah cadangan ataupun cadangan daripada YB bagaimana sama-sama kita boleh mengatasi masalah?
Terima kasih kepada sahabat saya daripada Tronoh. Polisi dan juga tetapan yang perlu kita buatlah perlu lebih baik supaya anak muda kita boleh mendapat manfaat dan jika polisi tidak tersusun yang kita boleh buat untuk mereka mematuhi peraturan yang kita tetapkan. Saya menyambut pandangan tersebut, kita boleh tambah baik kekurangan yang pernah berlaku. Dua golongan belia dan bukan golongan belia yang berada di luar bandar. Sidang Dewan sekalian, tadi saya sebut di dalam bandar, ini di luar bandar. Di luar bandar di tempat lebih kritikal. Kerana apa? jarang diberi perhatian oleh kita dan diaorang jugak nak rumah. Mereka juga nak rumah macam mana belia-belia di bandar dan pemaju kebanyakan tak berminat dengan dengan luar bandar disebabkan kuasa membeli di luar bandar tu sangat rendah. Cadangan saya, usaha Kerajaan Negeri perlu dibuat kepada anak muda yang memerlukan rumah di luar bandar. Kenalpasti tanah tanah atau land bank melalui tanah kerajaan atau membuat pengambilan balik tanah-tanah di kawasan luar bandar dan pekan-pekan kecil di Negeri Perak dan manfaatnya peluang pihak kerajaan boleh bangunkan perumahan melalui kaedah sewa beli atau rumah transit untuk pasangan belia. Ruang ekonomi dan peluang kerja kepada kontraktor-kontraktor Melayu ataupun kontraktor kita di luar bandar yang sedang struggle ketika ini untuk mencari sumber pendapatan dan kita boleh mengurangkan migrasi penduduk luar bandar ke bandar dan kita boleh beri peluang golongan pesara-pesara untuk memiliki dan menetap di rumah kawasan luar bandar. Ini antara benda yang saya cadang kepada Kerajaan Negeri dan kerjasama yang perlu dibuat di antara GLC dengan Kerajaan Negeri yang kita boleh kerjasama antara kita dan dana yang ada di peringkat Kerajaan Negeri, GLC dan juga MAIPk, Majlis Agama Islam Negeri Perak juga ada dana wakaf mereka. Boleh kita usahakan untuk kita kerjasama dan saya kira Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) perlu mengetuai usaha ini.
Keempat saya nak sentuh berkenaan dengan Titah Diraja yang sangat penting. Ini saya tengok tak ada disentuh lagi sepanjang sidang pada hari ini. Dalam usaha memakmurkan negeri perlu diberikan perhatian, kesalingan hubungan kesihatan dan penentu sosial kesihatan yang bentuk kesejahteraan rakyat yang baik. Bukan sekadar ketiadaan penyakit tetapi keadaan holistik yang merangkumi kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Isu berkenaan yang mental health ataupun kesihatan mental. Statistik menyatakan Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 menunjukkan kemurungan dikalangan diperingkat nasional sebanyak 23%. Seramai setengah juta orang yang murung di negara kita. B40 lebih banyak mengalami kemurungan, yakni 2.7% berbanding M40, 1.7% dan T20, 0.5%. Sebab apa penting perkara ini sidang Dewan sekalian kerana kita nak beri kesan yang produk yang sayang, produktif ataupun kita nakkan pekerja yang boleh memberikan produktiviti yang baik di tempat kerja supaya kos serta, supaya mereka boleh memberikan tumpuan yang baik di tempat kerja masing-masing. Bila kesihatan mental baik, peningkatan ataupun produktiviti kerja akan menjadi lebih baik dan suasana kerja akan jadi lebih tenang dan lebih amal lebih harmoni. Cadangan yang saya nak bawa di sini ialah cadangan pelan yang boleh dibuat. Kerajaan Negeri Perak perlu mewujudkan polisi kesihatan mental di tempat kerja bagi organisasi dan agensi di bawah Kerajaan Negeri. Kita mulakan dulu peringkat Kerajaan Negeri. Kita boleh rujuk kepada Mental Health Policies and Programme In Work Place (WHO) berkenaan bagaimana polisi ini boleh dibangunkan dan modul langkah-langkah yang boleh dibuat, pertama analisa isu kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam. Kedua merangka polisi.
Ketiga merangka strategi untuk implement polisi tersebut dan contoh yang boleh saya nyatakan di sini. Contohnya, kita perlu tingkatkan kesedaran isu kesihatan mental, penjagaan kesihatan mental melalui program-program dan bengkel-bengkel yang perlu dibuat di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri. Sokongan buat pekerja yang berisiko mengalami isu kesihatan mental seperti pekerja yang mengalami kemurungan, anxiety. Ini nama-nama kesihatan mental dan perlu diberi sokongan kepada kelompok ini dalam konteks sokongan kaunseling atau sokongan dari sudut orang kata bantuan kepada mereka supaya mereka tidak bekerja dalam keadaan murung dan juga tak seronok bekerja. Wujudkan budaya kerja yang positif seperti dalam aspek komunikasi, agihan tugas serta sokongan sosial. Sistem mentor-mentee juga baik dan waktu kerja perlu fleksibel kepada kakitangan kita di Negeri Perak. Saya menjangkakan jika Perak boleh buat perkara ini, InsyaAllah Kerajaan Perak boleh menjadi role model ataupun Kerajaan Perak boleh menjadi kerajaan yang pertama di Malaysia ini yang mewujudkan polisi kesihatan mental di peringkat Kerajaan Negeri, Insya Allah yang dia boleh dicontohi oleh Kerajaan Negeri lain. Perkara ini penting kerana statistik ini sangat membimbangkan kita kerana hari ini isu berkenaan kesihatan mental ini tidak boleh kita kita pandang ringan walaupun kadang-kadang di luar kita tengok orang tu sempurna, orang tu elok tapi sebenarnya mereka sedang mengalami masalah di tempat kerja yang perlu diberi perhatian oleh kita.
Dato’ Yang di-Pertua berikan sedikit ruang lagi pada saya. Saya bawak sikit lagi isu yang perlu saya lontarkan di sini. Saya nak pergi kepada isu di kawasan Dun Manjoi. Di kawasan Zon Klebang, masalah paip kumbahan bawah tanah pecah di Klebang Prima. Saya bawa sini isu-isu besar yang tak boleh diselesaikan di kawasan yang perlu saya lontarkan ketika di sini. Saluran paip kumbahan bawah tanah pecah menyebabkan air kumbahan tersebut tidak masuk ke kawasan kumbahan utama. Saya mohon supaya Kerajaan Negeri pihak yang berkaitan boleh lihat perkara ini. Air kumbahan tersebut telah masuk kesaluran perparitan bawah tanah kawasan perumahan di laluan Klebang Prima 4 dan Laluan Klebang Prima 12, menyebabkan bau busuk yang sangat kuat dan juga nyamuk yang banyak mengganggu kawasan sekitar dan perkara ini perlu diambil tindakan segera oleh pihak berwajib.
Kedua, masalah banjir di Klebang Aman dan juga Klebang Tropika disebabkan masalah perparitan yang tidak sempurna dan struktur longkang tidak besar menyebabkan longkang tidak dapat menampung tekanan air yang kuat apabila hujan lebat berlaku. Ketika saya sebut tadi tentang laluan traffic light Medan Klebang Restu ini penting, saya sebut tadi berlaku kejadian accident menyebabkan seorang ayah dan anak 6 bulan meninggal dunia di tempat kejadian. Jika kita kena kuatkuasakan lagi, at least paling tidak ada sistem AES ataupun kita boleh tambahbaik di kawasan tersebut. Tempat ini sangat-sangat bahaya dan perlu diambil serius dan boleh pihak kerajaan dan JKR atau MBI boleh lihat perkara ini dengan lebih mendalam. Kemudian isu banjir di kawasan tadahan banjir di Sky Garden Klebang Restu perlu dilihat maklumat terkini kerana saya dimaklumkan telah ada kesan bajet kepada kepada projek tersebut. Tapi saya mohon untuk mengetahui bilakah tindakan yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk kita segera membaiki masalah tersebut? Untuk sikit lagi saya nak nyatakan di sini, berkenaan satu isu di kawasan Meru. Isu keselamatan laluan utama arah Meru Damai ke Laluan Meru Permai dicadangkan ada tambahan bonggol yang perlu dikaji semula. Saya dah bagi tahu pada JKR baru-baru ini dan mungkin tersebut di sini sebagai peringatan untuk diambil tindakan segera jika boleh dibantu dan juga disebut juga tadi berkenaan dengan masalah lalu lintas di depan KDN kepada Yang Berhormat Exco dan Network Coverage Low di dalam kediaman Meru Perdana 2, Laluan Meru Perdana 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Memang low coverage line di kawasan ini perlu diambil tindakan segera oleh kita. Terakhir…
Tekan mic.
Ok Dato'. Isu yang agak besar yang perlu saya dinyatakan disini. Isu banjir kilat di RKT Batu 10 Chepor Indah. Limpahan dari kawasan Bukit Kuari kepunyaan Tasek Simen ke kawasan perumahan berhampiran Persiaran Chepor Indah 1 dan isu ini menyebabkan masyarakat kita terkesan dan mohon diambil perhatian dan juga masalah jalan keluar masuk ke
Taman Chepor Raya dan Chepor Jaya berhadapan Sekolah Rendah Sri Al-Ummah Chepor. Cadangan agar laluan ini dikaji semula kerana penduduk Taman Chepor Raya dan Chepor Jaya sukar untuk keluar masuk ke arah Kampung Ulu Chepor dan juga pekan Chemor di RPT, Batu 10, Chemor. Tiada sistem perparitan di kawasan tersebut yang sempurna dan mohon di ambil tindakan segera sebagai penutup isu yang saya nak bawa isu-isu orang kampung di dalam Dun Manjoi ialah isu masalah banjir di jambatan Sungai Kati dalam Kampung Dato’ Ahmad Said Kerdas masalah jalan tidak rata menyebabkan air bertakung. Masalah sistem perparitan yang perlu diselenggarakan dan juga masalah perparitan. Ini saya kena sebut Dato' Yang di-Pertua dan juga Ahli Dewan kerana ini isu yang sangat lama. Kalau banjir lebat sikit, banjir kilat confirm dia akan naik dan kereta akan tenggelam di kawasan tersebut menyebabkan jem dan sangkut. Masalah perparitan di Jalan Intan, Kampung Sungai Kati. Masalah pembinaan saluran perparitan yang tidak sesuai mengakibatkan banjir kilat sering berlaku di kawasan ini. Jalan Keranji 3, Kampong Dato’ Ahmad Said 3. Tiada sistem perparitan yang sempurna sejak 30 tahun yang lalu dan kerap berlaku banjir akibat limpahan air dari tanah rizab yang terbiar.
Maka Dato' Yang di-Pertua itulah antara sisi yang ingin saya bahaskan pada petang ini dan saya, dengan ini, Manjoi menyokong dan menjunjung kasih atas Titah Diraja yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah dan Manjoi juga ingin mengambil ruang kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan jutaan terima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kinta dan juga pasukan kerjanya kepada MBI kepada JKR kepada JPS kepada LAP kepada Bomba dan semua agensi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang telah banyak membantu rakyat di Dun Manjoi untuk membantu kami menyelesaikan masalah yang telah saya lontarkan sebanyak kepada semua. Dengan ini, Manjoi menyokong. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wassalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat Adun Manjoi atas ucapan tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan selama 20 minit dipersilakan.
Bismillahhirrohmannirrohhim. Assalammualaikum, warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri, wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan yang sedang mengikuti perbahasan ini melalui siaran media sosial. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan memetik titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Perkara 22 yang tak banyak disentuh daripada pagi tadi. Fasal perkara kedua ni iaitu bangunan megah pencakar langit tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbung langit. Selagi ada rakyat yang miskin usaha membasmi kemiskinan wajib diteruskan. Agenda kemiskinan menjadi salah satu matlamat untuk menjamin kesejahteraan sosial rakyat. Tahap kemiskinan tegar menjadi tumpuan kerajaan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan matlamat mengagihkan kekayaan negeri seadil-adilnya untuk dinikmati oleh setiap rakyat. Saya ulang untuk mengagihkan kekayaan negeri seadil-adilnya untuk dinikmati oleh setiap rakyat. Dato'
Yang di-Pertua, sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, wakil rakyat adalah tempat di mana rakyat datang mengadu, macam-macam masalah, macam-macam kesulitan, macam-macam keluh kesah rakyat akan cari YB dulu wakil rakyat dulu. Dia akan datang ke pejabat Pusat Khidmat Dun untuk meminta bantuan. Macam-macam bantuan diperlukan.
Contoh seperti nak pergi ke hospital untuk mengambil rawatan untuk membuat rawatan susulan kat IJN, rakyat datang ke pejabat Dun untuk mintak bantuan tambah tambang untuk ke hospital dan perbelanjaan belanja lain untuk ke hospital dan juga anak-anak yang nak masuk sekolah. Nak masuk universiti pun cari wakil rakyat. Minta duit untuk nak sara permulaan masuk universiti. Untuk nak beli bagi baju ke angkut baju sebelum masuk asrama. Sebelum dapat bantuan daripada kerajaan pun cari wakil rakyat. Bagi mereka yang uzur dan tua, pun cari wakil rakyat nak beli pampers, nak beli susu dan ada juga pesakit yang cari wakil rakyat untuk sumbang kerusi roda, tongkat dan macam-macam lagi. Malah, ada juga rakyat yang putus bekalan makanan. Ada juga rakyat yang datang ke pejabat saya tak ada duit nak beli beras. Sampai begitu sekali keadaannya walau pun tak ramai tapi ada dan ada juga yang datang mengadu bil air dipotong. Bil api dipotong minta wakil rakyat tolong selesaikan masalah dan lain-lain masalah seperti atap empat, lima keping bocor dan bilik air yang daif dan licin, tile yang dah pecah yang boleh membahayakan kepada pengguna terutama warga tua. Selain daripada itu, ada juga NGO-NGO dan persatuan-persatuan datang mintak sumbangan untuk contoh macam aktiviti mesyuarat agong atau pun mesyuarat tahunan dan juga daripada pihak PIBG-PIBG sekolah dan ada juga kelab-kelab sukan dan rekreasi yang datang mintak bantuan nak buat program. Program bola sepak, program futsal, sepak takraw, badminton dan macam-macam lagi. Semua ini cari wakil rakyat dulu. Kita tak nafikan itu.
Selain dari itu ada juga masalah bencana macam kebakaran, ribut, rumah ditimpa pokok dan kematian. Semuanya memerlukan perbelanjaan cash, perbelanjaan tunai segera. Jadi pada tahun lepas, semua wakil rakyat diberikan peruntukan yang sama iaitu RM300 ribu dan peruntukan ini dibahagi dua, RM150 ribu dalam bentuk OG dan RM150 ribu lagi adalah dalam bentuk pembekalan dan pembangunan dan saya tak faham dan saya minta penjelasan kenapa pada tahun ini peruntukan diberi RM300 ribu semuanya di dalam bentuk pembangunan tanpa bekalan. Kenapa peruntukan dalam bentuk OG dihapuskan? Ini saya tak faham sebab peruntukan OG inilah yang membantu saya menguruskan masalah rakyat di kawasan saya. Saya tidak nafikan keperluan pembangunan untuk rakyat tetapi semua permasalahannya di atas memerlukan perbelanjaan tunai iaitu daripada duit OG. Memang pembangunan adalah untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat sama ada yang kaya dan yang miskin.
Cuma dapat menikmatinya tetapi peruntukan OG boleh membantu golongan yang betul miskin. Golongan miskin tegar yang tidak berkemampuan seperti permasalahan yang saya huraikan di atas tadi. Mereka ini tidak memerlukan pembangunan seperti jalan dan longkang yang baik. Apa yang mereka mahukan ialah kelangsungan hidup seperti membeli beras dan membeli pampers susu, belanja ke hospital, anak-anak yang nak masuk universiti dan lain bantuan kewangan daripada kerajaan. Saya tidak mahu golongan miskin ini dipinggirkan dan hak mereka dinafikan. 26 kawasan pembangkang adalah kawasan melayu iaitu kawasan luar bandar. Yang kita semua sedia maklum, masih ramai rakyat yang susah dan memerlukan bantuan sara hidup dari kerajaan. Apa makna kutipan hasil meningkat dan mengukuh kerajaan telah berjaya mengutip akaun surplus RM29.6 juta bagi tahun kewangan 2022 dan surplus RM62.4 juta pada tahun kewangan 2023 dan kutipan hasil RM1.21 bilion pada tahun 2023. Apa makna kutipan hasil yang tinggi sekiranya tidak disalurkan kepada rakyat dan rakyat tidak dapat menikmatinya?
Dengan keadaan ekonomi sekarang di mana wang jatuh dengan teruk, harga barang, makanan melambung tinggi, rakyat sangat terbeban untuk meneruskan kelangsungan kehidupan seharian. Kami wakil rakyat adalah ejen ya atau pemudah cara di antara kerajaan dan rakyat. Semua peruntukan diberi bukan untuk wakil rakyat tetapi untuk disalurkan kepada rakyat supaya sampai ke matlamat sasaran yang tepat. Wakil rakyat hanya menguruskan sahaja peruntukan dari kerajaan menyekat atau menafikan peruntukan kepada rakyat yang menjadi mangsa bukan rakyat tetapi rakyat marhain di mana tanggungjawab kerajaan untuk mengagihkan kekayaan negeri seadil-adilnya untuk dinikmati oleh rakyat. Janganlah sampai rakyat yang di dalam yang ada di dalam kawasan pembangkang bertambah miskin, tanpa pembelaan sedangkan rakyat di kawasan kerajaan hidup senang lenang. Politik seharusnya menguntungkan semua rakyat bukan menguntungkan segelintir rakyat sahaja.
Dato' Yang di-Pertua, saya nak ulang ya atau saya nak bacakan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang ke-15 iaitu pada 20 Disember 2020. Pemimpin telah dilantik, kerajaan telah dibentuk, mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Negeri merupakan suatu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipenuhi serta menuntut pengorbanan yang besar. Penuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan perlembagaan berlandaskan perlembagaan berteraskan undang-undang. Jauhi sifat angkuh dan bongkak dengan tidak mengamalkan budaya yang menang, menang semua. Sebaliknya hendaklah bersifat adil, mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis tanpa diskriminasi tanpa penindasan kepada mana pihak. Kerana setiap pengundi adalah makhluk ilahi dan setiap inci bumi di negeri ini terletak di bawah naungan takhta pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak.
Oleh itu, rakyat jangan dihukum untuk menanggung kesusahan di sebaliknya dengan menunjuk semangat demokrasi, kepentingan dan kebajikan setiap rakyat jelata hendaklah berada di hati pemimpin dan sentiasa diutamakan. Saya nak tanyakan soalan ini, apakah titah Tuanku ini sudah tidak terpakai lagi? Saya juga berharap pemberian kotak-kotak makanan untuk diagih agihkan kepada rakyat dikembalikan semula kepada wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat bukan melalui NGO atau parti politik. Apa yang saya lihat di facebook-facebook, kotak-kotak makanan ini diagih agihkan oleh ahli-ahli partinya saya tengok ada gambar Ketua Srikandi menyerahkan kotak-kotak makanan. Ada gambar ketua wanita bahagian menyerahkan kotak-kotak bahagian kotak-kotak makanan. Apa yang saya bimbangkan, kotak-kotak ini tidak sampai kepada sasarannya dan bimbang hanya ahli sahaja ahli parti yang berkenaan saja dapat dan bukan ahli parti tak dapat kotak kotak makan. Itu kemungkinan. Kemungkinan itu ada dan kita tahu kotak-kotak makanan ini adalah hak kerajaan ya, bukan hak parti ya. Jadi eloklah wakil-wakil kerajaan yang yang mengedarkan seperti wakil rakyat ya dan bukan parti yang mengedarkan kotak-kotak ini.
Selain pada itu, saya tengok elaun keraian seperti sebelumnya itu selalu sebelum Tahun Baru Cina, Hari Raya, Deepavali dan Krismas, setiap wakil rakyat diberikan peruntukan untuk kerana sebab bila nak Raya Cina macam-macam sumbangan datang mintak sumbangan datang nak buat jamuan Tahun Baru Cina, nak bagi limau mandarin cuma ni datang dari wakil rakyat untuk meminta sumbangan. Biasanya wakil pada tahun lepas, wakil-wakil rakyat diberikan peruntukan ini dan saya tak faham kenapa pada tahun ini peruntuk untuk peruntukan ni peruntukan ni dinafikan. Jadi ya, bila rakyat datang kepada saya mengadu mengadu masalah dan saya tidak dapat membantu rakyat. Saya minta pandangan tuan-tuan apa alasan yang patut saya bagi? Apa alasan nak saya nak bagi tahu pada rakyat tuan-tuan pikir sendiri eh.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga selain pada masalah yang tu, saya juga nak sentuh sedikit pasal Tahun Melawat Perak 2024. Kehangatan kempen Tahun Melawat Perak ini tidak dapat dirasakan ianya adalah hambar ya. Sudah dua bulan lalu, saya lihat tiada kempen-kempen yang serius untuk menarik pelancong-pelancong datang ke Negeri Perak. Masih tiada poster-poster atau billboard-billboard yang besar di sekitar Perak atau di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan. Baik begitu juga tidak terdapat promosi Tahun Melawat Perak di media-media sosial sedangkan peruntukan yang besar disediakan untuk Tahun Melawat Perak. Untuk kejayaan program besar seperti Tahun Melawat Perak ini adalah lebih elok dilibatkan sama kerajaan dan pembangkang. Pembangkang pun ada peranannya untuk membantu kerajaan menjayakan program Tahun Melawat Perak 2024.
Di sini saya ingin menyentuh juga, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah iaitu kemudahan pengangkutan melayu udara ini adalah sangat penting untuk menjayakan Program Tahun Melawat Perak ini dan juga untuk bertambah pesatkan lagi ekonomi di Negeri Perak. Saya berharap kerajaan serius untuk membangun dan menaik taraf lapangan terbang ini menjadi lapangan terbang antarabangsa supaya pelancong-pelancong boleh datang terus ke sini tanpa melalui KLIA atau Lapangan Terbang Pulau Pinang. Satu lagi produk pelancongan ialah Silverlake Outlet ya ini pun telah disebutkan dua tiga kali oleh YB-YB tadi. Saya pun telah dua kali pergi ke tempat ini sebenarnya, tapi sangat menghampakan. Prasarana sudah siap, tetapi peniaga tak ada. Di situ ada tulis macam-macam lah cuma dah booking, war-warkan juga tapi tak meniaga yang ada cuma Timberland je satu yang lain tu Rizalman sampai tiga pintu, macam-macamlah tapi tidak berniaga. Saya tak tahu kenapa pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu pun saya ke sana dan tengok ramai pengunjung datang, tapi nampak semuanya hampa dan kecewa kerana tidak ada apa-apa perniagaan di sana. Saya berharap projek Silverlake Outlet ini tidak akan menerima nasib yang sama seperti projek MAPs, MAPs ya di Meru.
Yang Berhormat Bukit Chandan. Tronoh. Saya…
Nanti saya bagi balik boleh tak. Sebentar lagi boleh?
Saya nak ambil peluang ini sebelum Yang Berhormat masuk ke topik yang lain.
Saya nak baca sikit lagi boleh.
Boleh. Saya nak cakap berkenaan dengan Silverlake. Boleh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Chandan. Saya tidak pasti bahawa kali terakhir Bukit Chandan melawat Silverlake ini kerana sememangnya saya sendiri telah pergi ke kawasan tersebut ok dan melihat ada pelbagai brand yang telah masuk seperti Puma, Coach bakal masuk, Timberland , Muck Boots dan lain lain lain. Jadi, saya tak pasti sama ada yang diutarakan oleh Yang Berhormat tadi ok sama ada adalah latest update atau tidak.
Yang saya masuk last pada tahun baru Tahun Baru Cina. Saya bawak dua, satu keluarga saya dua buah kereta ya untuk bershopping di sana tapi tak beli barang.
Saya rasa hujah-hujahan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat tu memang agak mengeliru mengelirukanlah.
Selepas Tahun Baru Cina, saya tak tahulah.
Kerana memang sememangnya memang dah beroperasi sejak bulan 12 tu. Kalau Yang Berhormat kata bulan dua Yang Berhormat masuk tu hanya ada Timberland saya memang rasa itu memang…
Tak gerai makanan ada tempat yang main main tu ada…
Memesongkan Dewan lah.
tapi shopping tak ada.
Ape?
Tempat makanan ada gerai makanan ada tempat yang main-main roller coaster tu ada tapi yang shopping tak ada.
Apa maksud shopping tak ada Yang Berhormat?
Ada kedai jual baju jual kasut takda.
Yang Berhormat kata ada Timberland.
Ada satu la.
Tapi tiba tiba kota shopping tak ada.
Maksud saya keseluruhannya tak ada yang ada Timberland sahaja buka.
Ada Timberland ada Puma ada Adidas
Duduk-duduk Tronoh biar Exco jawab nanti.
Jadi saya tak pastilah apa apa apa hasrat Yang Berhormat sama ada ingin memesongkan dewan ataupun tidak.
Ok…ok, kita bagi Exco jawab nanti.
Ok, Chandan sila teruskan.
Ok, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menaiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar dengan meluluskan peruntukan RM20 juta. Perlu juga diingat, walau secanggih mana pun Jabatan Kecemasan dan Trauma baru ini, permasalahan kesihatan masih tidak lagi selesai. Kita dapat bangunan baru mungkin lebih selesa ruang yang luas tapi bagi saya servis perkhidmatan dia tak akan banyak beza dengan yang lama. Maksudnya kalau pesakit yang datang ke unit yang baru ini bangunan baru ini setelah pemeriksaan dibuat dan masih di hantar zoom ke Taiping dan zoom ke Ipoh untuk mendapat rawatan lanjut. Cuma transit sekejap je. So, dari segi perkhidmatan saya rasa tidak banyak membantu sangat walaupun bangunan dia cantik dan baru. Kita juga sedia maklum Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh masih lagi mengalami kesesakan yang teruk seperti kekurangan katil di mana pesakit berhari-hari terlantar di bahagian kecemasan sementara menunggu kekosongan katil di wad. Saya pernah membahaskan permasalahan ini di sidang Dewan yang pertama tahun lepas tetapi masih belum diselesaikan. Saya pernah mencadangkan Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Sungai Siput dan lain-lain hospital daerah dinaik tarafkan menjadi hospital berpakar dengan cara ini dapat mengurangkan beban kerja di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan dapat mengurangkan kos perbelanjaan pesakit dan keluarga yang berulang alik untuk menjaga pesakit di hospital.
Dato' Yang di-Pertua, kadar sara diri bagi beras berada pada paras 98%. Pengeluaran padi meningkat dari 269,799 metrik tan pada tahun 2022 ke 272,364 metrik tan pada tahun 2023. Apa yang berlaku hari ini kita tidak dapat bekalan beras tempatan di mana-mana. Yang ada hanyalah beras import yang harganya jauh lebih tinggi. Dua hari lepas, saya pergi buat lawatan di TY Supermarket di Kuala Kangsar saya tengok di sana semua beras import semua harga RM40 yang murah pun RM39.90, beras tempatan memang tak ada. Berlaku juga kecelaruan harga beras yang tidak diselaraskan. Tapi masa keadaan ekonomi meleset ini dengan kejatuhan nilai ringgit, apakah apakah pelan jangka panjang kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan beras tempatan di negeri ini. Kita dikhabarkan daerah Kerian iaitu satu kawasan jelapang padi Perak akan di transform menjadi kawasan industri baru. Ini sudah tentu akan menjejaskan supply bekalan beras di negeri ini dan banyak sawah-sawah yang terbiar dan tidak diusahakan.
Saya harap Kerajaan Negeri ada perancangan untuk mengusahakan semula kawasan sawah padi ini sama ada secara penswastaan atau pun dengan memberi insentif khas kepada individu-individu yang berminat untuk menjadikan tanaman padi sebagai satu pekerjaan dan punca pendapatan untuk menyara diri dan keluarga. Kita jadikan pesawah-pesawah moden petani-petani moden. Dengan ini Bukit Chandan…
YB tekan dulu nak cakap yang yang last tu tekan mic tu ya.
Dengan ini, Bukit Chandan menyokong dan menjunjung kasih di atas titah Paduka Seri Sultan Perak. Saya sudahi dengan wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Bukit Chandan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Exco, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media dan semua yang sedang mengikut siaran langsung di atas talian. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030.
Terlebih dahulu, Dato' Yang di-Pertua saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tingginya penghargaan saya kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ke atas pelantikan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk kali ketiga serta menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku baginda di atas Titah Baginda di Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas. Kepekaan dan keprihatinan yang dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke atas kesejahteraan rakyat terutamanya dalam sektor ekonomi dan pembangunan negara dan Negeri Perak serta pujian Duli Yang Maha Mulia Tuanku baginda kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di bawah Kerajaan Perpaduan semestinya telah memberi satu galakan yang besar kepada semua Ahli-ahli dalam Kerajaan Perpaduan.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku baginda turut telah menzahirkan harapan dan pesanan baginda kepada kita semua dalam Dewan yang mulia ini bahawa hanya negara yang stabil, aman dan harmoni berupaya membangunkan negara yang makmur dan melimpahkan kemakmuran negara untuk manfaat rakyat jelata. Ini haruslah menjadi peringatan kepada semua Ahli-ahli dalam Dewan yang mulia ini mahupun di luar Dewan sana bahawa kestabilan politik adalah mustahak bagi negeri dan negara kita untuk menangani keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Nasib rakyat perlu diutamakan dan rakyat sudah muak dengan perebutan kuasa yang tidak habis kehabisan. Cukup-cukuplah dengan permainan politik yang tidak langsung membawa manfaat kepada rakyat. Kejap-kejap langkah Dubai kejap-kejap langkah Chow Kit nanti pemimpin PAS kata ada BERSATU pula kata tak ada whatsapp group pun tak ada ke. Tanpa menyedari kesan negative…
Langkah Kajang.
Langkah Chow Kit lah yang yang PAS sebut tanpa menyedari…
Langkah Port Dickson.
Kesan negatif yang dibawa oleh kenyataan-kenyataan ini. Contohnya lagi, ada pemimpin PAS yang kata konon-kononnya sudah tahu tarikh bila Kerajaan Perpaduan akan tumbang. Kita tanyalah macam mana pelabur asing kita akan ada keyakinan terhadap negara kita apabila konon-kononnya kerajaan akan dijatuhkan bila-bila masa. Kenyataan-kenyataan inilah yang telah menjahanamkan usaha-usaha Kerajaan Perpaduan untuk menarik pelabur asing ke negara kita. Hentikanlah perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini untuk kepentingan rakyat.
Astaka tadi sebut dua tiga kali berkenaan dengan PAS untuk gangguan kerajaan dan juga melarikan pelabur atau pelabur tak masuk ke Malaysia. Setuju kah Astaka apabila Perdana Menteri sendiri di podium-podium atau pun di dalam di atas pentas antarabangsa yang mengatakan negara Malaysia penuh dengan rasuah sehinggakan pelabur-pelabur luar takut untuk berada di Malaysia, bukannya pembangkang, bukannya daripada PAS yang merasuah membuktikan rasuah di Malaysia adalah Perdana Menteri sendiri berada di podium antarabangsa dalam negara luar negara.
Bab rasuah nanti saya akan masuk dan saya akan menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan untuk menangani isu rasuah.
Astaka… Astaka…
Teruskan.
Setujukah Astaka sekiranya satu keluarga tu ada dua orang anak seorang anak?
Ada masa yang terhad.
Bagi belanja bulanan yang seorang lagi tak bagi jadi adakah keluarga itu adalah keluarga yang bahagia?
Sekali lagi, apa bagi apa?
Apa nak cari menantu ke?
Sekiranya kita sebuah keluarga ada dua orang anak. Soal anak dibagi belanja, seorang anak lagi tak dapat.
Jadi menantu pergi mana.
Jadi keluarga tersebut keluarga bahagia?
Ok, alright saya rasa saya pun tak faham la adun-adun pembangkang ni banyak complaint dulu kata Kerajaan Perpaduan nak dirikan kawasan pembangkang tapi peruntukan tetap bagi tetapi buat keputusan bukan ahli pembangkang sahaja then mula start complaint. Itulah perangai pembangkang. Saya teruskan dengan perbahasan saya dulu. Saya menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Baginda di mana Tuanku berkenaan, titah Tuanku berkenaan bahawa Negeri Perak di bawah Pentadbiran Kerajaan Perpaduan, dan Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah berjaya menutup akaun dengan surplus sebanyak RM62.4 juta bagi tahun 2023. Kutipan hasil sebanyak RM1.21 bilion juga merupakan rekod yang tertinggi dalam sejarah Negeri Perak. Ini merupakan kejayaan Kerajaan Perpaduan yang amat membanggakan dan ini bukan satu-satunya rekod yang telah dicapai oleh Kerajaan Perpaduan. Bagi rekod dalam tahun 2023, Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan juga telah mencatatkan pelaburan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM329.5 bilion ataupun bersamaan dengan peningkatan sebanyak 23%. Jumlah pelaburan yang diluluskan itu membabitkan 5101 projek dan berpotensi mewujudkan lebih 127 ribu peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan negara. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan. Keduanya, kadar inflasi negara terus terkawal dan kekal pada paras 1.5 % yang juga menunjukkan Kerajaan Perpaduan efektif dan berjaya dalam mengawal harga barang.
Kita masih ingat lagi pada zaman pemerintahan Perikatan Nasional. Pada tahun 2021, kadar inflasi adalah setinggi 4.7% dan kini hanya pada 1.5%. Kos sara hidup tetap dipantau dan dibantu dengan pelbagai insentif dan bantuan di bawah payung rahmah seperti jualan rahmah, pakej rahmah, menu rahmah dan sumbangan tunai rahmah serta di Negeri Perak kita ada Kad Sejahtera dan sebagainya dan serta OPR ataupun kadar dasar semalaman kekal pada 3.0% supaya tidak menambah beban kepada ekonomi rakyat. Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi global yang terus mencabar seperti peningkatan kadar faedah di Amerika Syarikat dan prestasi ekonomi rakan perdagangan utama negara kita iaitu negara China yang tengah mengalami ekonomi lemah ataupun ekonomi slow down akan terus memberi kesan kepada negara kita. Oleh itu, kalau pembangkang tidak mahu membantu pun janganlah melakukan apa apa lagi Scheme of Things yang boleh menggugat kestabilan politik dan menjejaskan keyakinan pelabur asing kepada negara kita. Dato Yang Di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Baginda turut mentitahkan bahawa kepentingan tatakelola yang baik dan usaha pencegahan rasuah dalam membina keyakinan pelabur. Dalam hal ini, prestasi negara kita telah mendapat peningkatan yang baik selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih pada tahun 2022 di mana kedudukan World Transperency Indeks dengan izin atau Indeks Anti Rasuah Dunia untuk Malaysia telah meningkat dari tangga 63 kepada tangga 57 dengan jumlah markah melepasi 50 over 100.
Peningkatan sebanyak 5 kedudukan ini menampakkan ketegasan dan keazaman Kerajaan Perpaduan untuk membina negara yang bebas rasuah. Usaha menentang amalan rasuah ini haruslah terus diperkuatkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran negara kita. Tindakan harus diambil ke atas individu yang rasuah tidak kira lapisan, tidak kiralah yang terlibat itulah ialah Tun, Tan Sri ataupun sesiapa penjawat awam yang biasa kerana seperti pepatah kata 'Nila setitik rosak susu sebelanga. Dato Yang di-Pertua. Indikator-indikator lain juga menunjukkan…
Astaka…Astaka…Thank you Astaka. Astaka menyebut bahawa memanglah berdasarkan indeks rasuah itu menurun tetapi bagaimana dengan kes orang yang telah ada. Apa ni tuduhan di mahkamah. Sebanyak 40 dan ada prima facie tetapi terlepas pula. Terima kasih.
Bagi kes-kes yang telah berlaku itu ada adalah keputusan daripada Jabatan Peguam Negara dan kita semua telah dimaklumkan. Saya teruskan Dato Yang di-Pertua. Indikator-indikator lain juga menunjukkan negara kita sedang menuju ke arah yang betul. Contohnya dalam Indeks Daya Saing Global ataupun dengan izin IMD World Competitiveness Ranking Negara Malaysia telah berjaya meningkat ke tangga ke 27 dalam tahun 2023 daripada kedudukan asal ke 32. Indeks ini menunjukkan langkah-langkah pemulihan ekonomi negara kita adalah dalam landasan yang betul dan daya saing negara kita semakin bertambah baik. Kedudukan Freedom of Press ataupun kebebasan media oleh dengan izin Reporters Without Borders pula telah meningkat dari 130 ke tangga 109. Antara lonjakan yang paling besar.
Selain itu, indeks Demokrasi oleh Economist Intelligence Unit, UK dengan izin pula menduduki tangga teratas di Asia Tenggara iaitu di tangga 40 daripada 16 buah negara seluruh dunia. Tahniah dan Syabas sekali lagi kepada Kerajaan Perpaduan. Berkenaan dengan hutang negara tadi, Gunong Semanggol memberi gambaran bahawa seolah-olah Kerajaan Perpaduan yang telah gagal menguruskan hutang negara tetapi ini merupakan fakta yang salah. Fakta yang betul adalah semasa pemerintahan Perikatan Nasional pada 2020. Pada masa itu, hutang negara melambung tinggi bertambah lebih RM320 billion daripada RM686 billion ke RM1.04 trilion. Kerajaan perpaduan sebenarnya telah mewarisi sebuah negara yang telah berhutang lebih daripada RM1 trilion dan kini adalah menjadi tugas Kerajaan Perpaduan untuk mencari cara penyelesaiannya. Selain itu, info-info yang sesat dan terpesong juga cuba diberikan oleh Gunong Semanggol seolah olah Kerajaan Perpaduan tidak prihatin kepada rakyat dengan mengenakan pelbagai cukai-cukai baru itu, tidak betul dan cuba memesongkan Dewan yang mulia ini dan rakyat di luar sana.
Contohnya, apa yang saya bangkitkan tadi kepada Gunong Semanggol tidak dijawab iaitu berkenaan dengan Low Value Goods Tax dengan izin atau cukai barang bernilai rendah. Cukai ini hanya dikenakan kepada barang-barang yang dijual online, terutamanya barang yang harga rendah dari negara asing yang sudah lama menjadi persaingan yang tidak adil bagi perniagaan tempatan dan cukai ini membolehkan perniagaan tempatan memasarkan produk mereka dengan kualiti yang sama dengan harga jualan yang sama. Mengikut penganalisis ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr. Ahmad Razman Abdul Latif. Beliau berkata, cukai yang akan bermula pada 1 Januari 2024 ini akan membolehkan penstabilan harga antara barangan import dan barangan tempatan kerana Low Value Goods yang diimport pada masa ini tidak dikenakan sebarang cukai. Oleh itu, cukai LVG ini dapat melindungi usahawan-usahawan tempatan daripada saingan barangan import yang biasanya mendapat insentif harga daripada kuantiti pengeluaran yang banyak. Dato' Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat juga ditekankan dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Baginda dan ingin saya bangkitkan berapa isu yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat dalam Dewan yang mulia ini.
Saya celah sikit ya. Tahniahlah semangat berkobar-kobar sebagai orang muda. Sebagai orang yang lama sikit ni, ada dua tiga benda, saya rasa saya perlu tegur bukan tegur nak mengajar supaya kita sama-sama dapat perhatikan. Bila Astaka sebut tentang kadar inflasi yang semakin baik 1.5 tu, pakar ekonomi mengatakan selagi kadar inflasi positif tidak memungkinkan harga barang turun dan juga kadar inflasi yang rendah tidak bermakna kos sara hidup menurun. Berhati-hati, ada inflasi baik ada inflasi jahat. Ok yang kedua biar saya habis yang sekejap. Hari ini saya terbaca Penasihat Ekonomi Bank Dunia mengatakan kenapa kadar ringgit makin teruk kerana dua sebab. Yang pertama, kerana tiada kadar saingan yang berubah daripada dulu dan sekarang. Yang tu government kena jawab. Yang kedua 1MDB. 1MDB saya nak kabo satu benda je, your, your Atok ahh Tan Sri Lim Kit Siang kata “dont ever let the kleptocracy damage our country again”. Please take not you all young man you all kena jadi shield bend ani. Thank you.
Ya. Saya amat setuju sekali kalau kata kita boleh mengemukakan dalam kelola yang lebih baik, pasti kita akan mengembalikan keyakinan pelabur asing kepada negara kita dan saya ada banyak lagi saya akan teruskan dulu saya menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Baginda atas keprihatinan Tuanku baginda dalam usaha mengurangkan banjir kilat di daerah Manjung di mana rancangan Pelan Induk Sistem Saliran Lekir, Daerah Manjung serta Pelan Induk Sistem Saliran Pulau Pangkor bakal dilaksanakan. Rancangan Pelan Induk sistem saliran ini haruslah diperluaskan kepada semua kawasan utama di daerah Manjung terutamanya di pekan Sitiawan yang mempunyai kawasan perumahan yang banyak serta dengan kebun kelapa sawit di sekitarnya. Kawasan-kawasan ini kerap dilanda banjir kilat termasuklah Taman Sungai Baru 2, Taman Terus Maju. Taman Rasa Sayang 2, Medan Sitiawan dan banyak lagi kawasan lain. Saya menzahirkan ucapan terima kasih saya ke atas usaha Majlis Perbandaran Manjung dalam menangani isu banjir kilat tetapi rancangan pelan induk sistem saliran yang lengkap dan komprehensif adalah diharapkan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat dan seterusnya merancang sistem saliran dan perparitan yang lebih efektif pada masa yang akan datang.
Dato' Yang di-Pertua pada masa daerah Manjung terus menyumbang sebagai pengeluar utama sumber makanan berasaskan protein iaitu daging ayam di Negeri Perak. Penduduk-penduduk di daerah Manjung tidak harus menjadi mangsa kepada kegagalan industri ini untuk menangani masalah lalat. Kesejahteraan rakyat haruslah diberi tekanan yang cukup dan saya amat berharap selepas pindaan ke atas enakmen unggas itu dikuat kuasakan masalah kekurangan kakitangan penguatkuasaan yang dihadapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Manjung boleh turut ditangani. Ketiadaan pasukan penguatkuasaan di daerah Manjung haruslah diperbetulkan dengan serta merta. Pekan Sitiawan dan Pekan Warisan dan bersejarah Kampung Kok sekarang telah menjadi produk pelancongan yang terkini di daerah Manjung di mana projek pembinaan ajak setiakawan telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Adun kawasan Kepayang selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 10hb Februari yang lalu. Semakin ramai pelancong yang singgah di Sitiawan sebelum menuju ke destinasi di Pulau Pangkor ataupun Teluk Batik. Oleh itu, kebersihan ataupun dengan izin, hygiene sesuatu tempat pelancongan turut harus dijaga dan semestinya dalam Tahun Melawat Perak 2024 kita tidak berharap pelancong-pelancong yang datang ke daerah Manjung terkejut dengan masalah lalat di sana. Tahun Melawat Perak 2024 seharusnya menjadi satu peluang keemasan bagi pelancong-pelancong mengenali perak dan mengenali imej Negeri Perak yang baik.
Di samping itu, ia merupakan peluang bagi pengusaha-pengusaha sektor pelancongan di Perak untuk merancakkan ekonomi pelancongan terutamanya apabila kita berada di zaman pasca, pasca pandemik dan kejayaan Kerajaan Persekutuan dalam mencapai kemudahan bebas visa dua hala dan membuka pasaran yang besar untuk bisnes daripada pelancong-pelancong China. Gangguan air di Pulau Pangkor pada dua minggu yang lalu seharusnya menjadi satu iktibar kepada Lembaga Air Perak kerana sekali lagi kami melihatkan ketidaksediaan LAP dalam menangani krisis yang tidak terjangka. April tahun lalu, kebocoran paip di loji rawatan air di Teluk Kepayang telah menyebabkan gangguan air sepanjang lebih kurang seminggu di Pekan, Sitiawan, Air Tawar dan kawasan-kawasan sekitarnya tetapi pengurusan krisis adalah kurang memuaskan. Jadual pengagihan air tidak jelas dan bahagian penerangan kepada warga awam adalah tidak wujud langsung. Sehingga hari ini, banyak tempat di Sitiawan terutamanya di Kampung Koh dan Kampung Acheh masih mengalami tekanan air yang rendah.
Oleh itu, saya memohon agar pemeriksaan dan kerja penaiktarafan secara berkala haruslah dijalankan oleh LAP dan SOP dengan izin, pengurusan krisis perlu diperbaiki kerana bukan sahaja gangguan air yang berlarutan menjejaskan kehidupan seharian rakyat, malah juga menjejaskan imej negeri kita terutamanya di kawasan pelancongan. Ya, Dato' Yang di-Pertua saya menggulung. Dato' Yang di-Pertua sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tingginya penghargaan saya ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Baginda yang begitu baik dan menyeluruh dan Astaka menyokong sepenuhnya Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Baginda dengan mengharapkan agar setiap pihak dapat memainkan peranan masing masing dalam menjayakan usaha untuk merealisasikan matlamat Perak Sejahtera Perak Sejahtera 2030. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Astaka.Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Bota, Bote untuk memulakan perbahasan 20 minit. Sila Yang Berhormat.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Adun Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Adun Gunung Semanggol, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media, para pemerhati seterusnya rakyat Negeri Perak yang mengikuti perbahasan kita pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ini. Patik merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Sempena perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas yang telah berlangsung pada Jumaat yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, suka saya memulakan perbahasan titah Tuanku, dengan mengambil panduan dan pedoman daripada firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dari surah Ibrahim ayat 7. Bismillahirrahmanirrahim. (bacaan ayat al-quran) maksudnya dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah nikmat kepada kamu dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya sesungguhnya azab kubur sangatlah pedih.
Alhamdulillah, syukur kita kepada Yang Maha pemberi rezeki atas nikmat hasil negeri Perak yang semakin meningkat. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak serta seluruh jentera Kerajaan Negeri Perak sama ada yang dahulu dan kini kerana pencapaian status kewangan surplus dengan pendapatan melebihi daripada perbelanjaan bagi tahun 2022 dan juga 2023. Maka dengan ini pendapatan yang tinggi dan anugerah kekayaan hasil negeri sewajarnya diagihkan dengan seadil-adilnya untuk dinikmati oleh setiap rakyat termasuklah kami daripada pihak pembangkang. Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan Negara 2024 diumumkan peruntukan RM2.5 bilion bagi membina sebanyak 26 buah sekolah seluruh negara termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Universiti Iskandar yang terletak dalam kawasan kota Bota. Bota mengucapkan terima kasih atas keprihatinan terhadap keperluan sekolah di Seri Iskandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi ya. Bota berharap projek ini yang telah disenaraikan dalam RMK-12 dapat direalisasikan pembinaannya dengan segera kerana ia akan memberikan keselesaan pembelajaran kepada anak-anak di kawasan Bandar Universiti Seri Iskandar.
Menyentuh tentang titah Tuanku Sultan berkaitan kampus tetap Poly-Tech MARA Ipoh yang telah pun beroperasi pada November 2023, Bota ingin memaklumkan kerana ada menerima aduan daripada pelajar ya pelajar yang merupakan asal daripada Bota memaklumkan bahawa sebenarnya asrama penginapan yang sedia ada tidak mencukupi. Malah pelajar-pelajar yang akan memasuki semester dua tidak lama lagi telah diarahkan untuk mencari penginapan di luar. Umum mengetahui kos sewa rumah ataupun bilik penginapan di kawasan Bandaraya Ipoh ini sudah semestinya mencapai atau mencecah dengan aha dengan kos RM500 sebulan. Kos tersebut telah tentunya memberikan bebanan kepada pelajar-pelajar khasnya mereka yang datang daripada keluarga B40. Saya ingin menarik perhatian pihak yang berwajib khususnya Baitulmal ataupun Yayasan Perak untuk membantu mencari solusi kepada masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin menarik perhatian kepada titah Tuanku berkenaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam sangat bagus penyediaan panduan sebegini ini dan saya mengharapkan pelan induk seperti ini bukan sahaja dilaksanakan di kawasan Seri Manjung tetapi perlulah diperluaskan di seluruh Negeri Perak yang mempunyai sejarah banjir kilat dan juga di kawasan perumahan yang bakal dibina. Hal banjir kilat ini memangnya menjadi orang kata seperti apa ni darah daginglah kawasan saya ini yang Bota. Maknanya banjir ini bukan saja berlaku di kawasan kampung tetapi juga berlaku di kawasan bandar khasnya di Bandar Seri Iskandar di mana pada tahun ini sahaja telah berulang kali berlaku banjir kilat di kawasan perumahan Desa Seri Iskandar dan juga di kawasan perumahan Desa Iskandar kawasan perumahan Iskandar Perdana di kawasan perumahan Iskandar Perdana itu terdapat pelajar-pelajar UITM yang menyewa di rumah-rumah di kawasan sekitar dan mereka yang saya sempat menziarahi mereka ketika banjir di mana berlaku banjir kilat ya telah merosakkan buku-buku rujukan dan nota-nota pelajaran mereka yang ketika itu mereka sedang menghadapi peperiksaan. Sungai Seluang yang merentangi jalan masuk ke UiTM itu semakin tidak dapat menampung air hujan yang turun dari perumahan baru puncak Seri Iskandar. Aliran air yang banyak daripada Sungai Seluang itu ia memampan, ia menyekat aliran keluar saliran longkang daripada taman perumahan yang berdekatan. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menarik perhatian pihak Exco untuk membantulah pihak daerah kami untuk menyelesaikan masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua sepanjang perbahasan hari ini, kita telah mendengar yang ramai Adun-Adun ada membangkitkan isu perumahan begitulah juga saya ingin menarik perhatian tentang aduan rakyat yang saya terima di pusat khidmat saya. Saya sebenarnya setiap bulan saya mengadakan hari bersama rakyat di pusat khidmat saya dan diantara aduan-aduan mereka adalah berkenaan dengan rumah yang ada yang datang mengadu tadi pun Manong pun ada bagitau, Bukit Chandan pun ada bagi tahu masalah rakyat ya. Mereka datang mengadu bukan sahaja kerana tak ada rumah nak duduk, malah nak minta bantuan daripada kita untuk membaiki rumah-rumah yang bocor. Sebahagian mereka mungkin mewarisi rumah rumah orang orang tua mereka, tetapi rumah-rumah tersebut telah pun uzur dan mereka juga mengadu kepada saya bolehkah YB mencarikan rumah untuk kami dan kami tak mampu nak beli rumah yang mahal-mahal.
Jadi, saya ingin mengharapkan pihak Exco perumahan kita tadi kita ada dengar hari Jumaat lepas tentang apa ini Skim Sewa Perak Sejahtera yang dianjurkan oleh pihak kerajaan di mana dengan kadar sewa sebanyak RM520.00 sebulan ditawarkan kepada rakyat Perak. Tapi syukurlah saya ingatkan orang-orang Melayu kita khususnya di kawasan kampung yang nak bayar sewa RM500.00 ni tak mampu. Jadi, saya mengharapkanlah Exco Perumahan supaya memikirkan agar projek-projek TPR di masa akan datang boleh difikirkan untuk diadakan di kawasan Bota, di mana saya tengok kalau dalam laman web LPHP itu sekadar sewa yang dikenakan hanyalah di antara RM100.00 ke RM160.00 itu sahaja sangatlah berpatutan untuk golongan yang berpendapatan rendah ataupun golongan B40.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan tahniah kepada MAIPk dan JAIPk yang telah memulakan usaha meminimumkan penggunaan plastik sekali guna di sekolah-sekolah berasrama penuh di Perak, saya seronok ya sebab sekolah saya dulu pun sekolah bawah JAIPk di sekolah Taayah jadi tahniah kepada MAIPk dan JAIPk kerana telah mengadakan kempen tersebut dan saya rasa program tersebut telah dimulakan sejak Exco yang dulu. Pembudayaan tidak menggunakan plastik sekali guna perlu diperluaskan bukan sahaja kepada pelajar sekolah tetapi kepada semua lapisan masyarakat. Proses mendidik dan menyemai kesedaran perlu dimulakan dari rumah sekolah dan seterusnya ke dalam masyarakat. Kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar hasil daripada penggunaan plastik ini juga perlu dihebahkan kepada masyarakat. Untuk makluman sidang Dewan, saya sudah menyuarakan dan bertanyakan kepada Exco Kerajaan Tempatan tentang kempen kitar semula pada sidang Dewan Negeri tahun lepas yang tak lama lagi, lagi dua minggu lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan. Bulan Ramadan apabila tiba di bulan Ramadan, maka maka makin banyaklah bazar-bazar Ramadan akan di akan diadakan dan akan meriah di seluruh Negeri Perak.
Bota mencadangkan agar kempen bazar Ramadan tanpa beg plastik dilaksanakan sebagai usaha menggalakkan masyarakat menjaga kelestarian alam sekitar dan dalam hal ini kita boleh galakkan masyarakat membawa set ataupun membawa bekas makanan seperti mangkuk tingkat ataupun bawak beg guna semula ketika mereka membeli makanan di bazar Ramadan. Peniaga atau pembeli yang mengikuti saranan ini, kita raikan kita berikan hadiah, kita berikan insentif sebagai penghargaan kepada mereka di sini Pusat Khidmat Dun Bota sedia bekerjasama dengan pihak PBT jika perkara ini ingin dilakukan dan ia sangatlah mudah dapat dilakukan sekiranya Yang Amat Berhormat Menteri Besar terus menyalurkan Outright Grant kepada kami, Insya Allah.
Berdasarkan pemerhatian Bota, penggunaan bekas makanan polisterin masih berleluasa namun terdapat juga peniaga yang telah menggunakan produk biodegradasi ataupun plastik mudah terurai dalam perniagaan mereka. Ini bermaksud para peniaga sudah bersedia untuk melakukan perubahan. Melakukan anjakkan untuk menggunakan produk biodegradasi dalam perniagaan mereka. Justeru, Bota ingin menarik perhatian kerajaan, apakah status kempen larangan penggunaan polisterin di negeri Perak ini yang pernah kita yang pernah dianjurkan sebelum ini dan apakah perkembangannya setakat ini? Dan bagaimanakah status caj penggunaan plastik dengan nilai minimum 20 sen sehelai yang pernah dilakukan sebelum ini? Saya rasa yang kita pernah lihat bagaimana Selangor berupaya mengutip pendapatan daripada caj yang telah dikenakan kepada pengguna di negeri mereka. Jadi eloklah kiranya ya Negeri Perak melaksanakannya semula ataupun menguatkuasakannya semula bagi menambah pendapatan negeri Perak. Kalau kita adakah kita begitu serius untuk mengadakannya sehingga kita boleh menaiktarafkan kempen ini kepada menjadikannya sebagai undang undang kecil.
Harapan Bota usaha murni penjagaan alam sekitar mesti dilaksanakan secara berterusan dan bersungguh sungguh. Tak mahulah orang kata hanya hangat-hangat tahi ayam je tak perlulah MAIPk dan JAIPk sahaja yang buat kerja ini kena semua orang buat kerja. Bota ingin mengajak seluruh Ahli Dewan yang dalam ini mengajak menghayati hadis Rasulullah sallallahu alaihi Wassalam yang berbunyi (Bacaan ayat al-quran) maksudnya Jibrail alaihi salam memerintahkan kepadaku supaya mengutamakan golongan dewasa atau berusia. Tuan Yang di-Pertua sebagaimana yang telah ditekankan oleh titah di dalam titah Sultan Perak, Negeri Perak dijangka mencapai status negeri penduduk tua ataupun negeri menua ya dalam Malaysia ini ada lima buah negeri termasuk Negeri Perak yang akan mencapai status negeri menua lebih awal daripada dijangka iaitu menjelang tahun 2030 persediaan ke arah itu memerlukan komitmen pelbagai pihak. Tahap kesihatan yang baik yang merangkumi fizikal, mental dan sosial untuk warga ini juga memerlukan ekosistem yang baik. Fasiliti mesra warga emas, kita ni semua jadi bakal menjadi warga emas yang saya tak nafikan, fasiliti mesra warga emas dan persekitaran yang lebih selamat dan selesa perlu ditingkatkan.
Antaranya mungkin menyediakan kerusi atau bangku rehat yang sesuai, konsep persekitaran bebas halangan dan lain lain. Hal ini termasuklah kemudahan mesra warga emas di tandas-tandas awam ya bangunan-bangunan kerajaan, pasar raya dan sebagainya. Oleh itu, dalam menghadapi negeri menua, apakah persediaan atau langkah untuk mengimbangi jurang tahap umur yang ketara ini? Menurut laporan Sosio Ekonomi Perak kadar kelahiran kasta merekodkan penurunan daripada 12.7% kepada 12.2% maknanya orang Perak ni dah tak nak bersalin dah ya YB Exco maknanya kita perlu, saya rasa perlu juga dengan kerjasama Kementerian Kesihatan ataupun LPPKN untuk kita buat kempen, buat kempen untuk menambah bilangan penduduk bagi kita mengimbangi jumlah penduduk yang akan menua dengan jumlah kelahiran. Jadi Insya Allah, kalau kita ada kempen untuk meningkatkan jumlah penduduk, kita kena ingat penduduk kita yang ramai ini merupakan aset yang penting untuk negara. Ya, merupakan modal insan yang akan berbakti kepada negeri dan negara kita, Insya Allah.
Jadi menyedari keadaan ini Bota suka membuat cadangan, pihak PBT bolehlah menyediakan kemudahan rekreasi mesra warga emas. Saya mencadangkan kalau kat kawasan saya boleh buat projek rintis untuk membaik pulih taman rekreasi berdekatan pusat Konservasi Hidupan Tuntung Bota Kanan. Saya dah highlightkan perkara, Pusat Konservasi Tuntung ini, saya dah tinggal di Bota ini 30 tahun. Dulu-dulu masa saya baru pindah ya, Pusat Konservasi Tuntung di Bota Kanan ini sangat meriah dan sangat dikunjungi oleh orang ramai. Tapi pada hari ini tuan-tuan dan puan-puan ya, para hadirin sekalian ya, Pusat Konservasi ini sudah tidak mendapat, kuranglah tarikannya, apatah lagi dengan taman rekreasi yang berada di depannya pun, dah keadaannya pun agak menyedihkan. Jadi, saya sangatlah mengharapkan kerjasama Majlis Daerah Perak Tengah untuk sama-sama kita membaik pulih taman rekreasi yang berdekatan menjadikan taman rekreasi mesra warga emas. Sesuailah di pekan Bota kerana ramai orang-orang yang telah yang telah berumur. Bota telah menyemak dalam portal Tourism Perak Malaysia dan berasa agak terkilan dan sedih kerana pusat konservasi yang dulunya memang sangat terkenal menjadi tempat kunjungan ataupun kunjungan para pelancong tidak termasuk dalam senarai lokasi menarik Tahun Melawat Perak 2024. Lepas ini tuan-tuan bolehlah semak ya, kita punya media sosial, boleh semak, media sosial tentang Pusat Konservasi Tuntung.
Selain daripada itu, Bota juga ingin mencadangkan satu tempat yang menarik juga boleh dimajukan iaitu Padang Koba, Teluk Bakong merupakan lokasi pelbagai aktiviti riadah yang menarik untuk dibangunkan. Kawasan yang luas di tepi Sungai Perak dengan panorama yang indah matahari terbenam. Ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem Mat Kilau. Pengunjung melakukan pelbagai aktiviti santai seperti berkelah, bermain layang-layang, bergambar, kenangan dan pelbagai lagi. Padang Koba sesuai dijadikan pusat rekreasi warga emas dengan pelbagai kemudahan yang selesa. Di samping itu juga, Bota ingin menarik perhatian supaya disediakan pengangkutan khas untuk warga emas khasnya mereka yang akan pergi dan membuat rawatan ke pusat-pusat kesihatan ataupun di hospital. Kemudian ia, saya juga nak menekankan tentang pentingnya tadi tentang membangunkan perumahan mesra warga emas. Baru-baru ini dalam sesi saya ziarah penduduk di kawasan Bota. Saya bertemu dengan seorang bekas tentera. Umur 60 tahun dengan seorang isteri dan dua orang anak muda. Beliau ada dua orang anak, seorang anak OKU, seorang lagi telah pergi bekerja tetapi apa yang menyedihkan saya, warga emas ini tinggal di sebuah rumah yang dibayar sewanya RM100, rumah yang tanpa ada bilik. Di situlah tempat tidurnya, di situlah tempat dia menyambut tetamu, di situlah tempat dia memasak. Bayangkan tuan-tuan dan puan-puan. Bagaimana seorang bekas tentera ya. Dia kata, saya jumpa dia, marilah kita bantu, saya nak bantu tolong untuk mohon rumah di bawah Skim Perumahan bawah Baitulmal. Dia kata, saya dah mohon dah, wakil rakyat itu dah mohon dah YB. Tak berjaya. Jadi saya kata, kena cuba lagi untuk mohon. Inilah masalah yang berlaku dalam dalam kawasan kita. Balik-balik kepada cerita menua tadi. Populasi menua ini telah lama berlaku dan sewajarnya diberi perhatian dan tindakan. Untuk jangka masa panjang, populasi menua warga emas ini akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara. Hal ini perlu diurus sebaik mungkin. Kita tidak mahu warga emas terpinggir daripada arus pembangunan negara dan hilang peluang untuk menikmati keselesaan hidup hari tua.
Tuan Yang di-Pertua, dengan pelbagai gambaran positif keadaan ekonomi dan usaha-usaha membangunkan negeri, Bota sangat bersyukur dan berharap ianya dapat dinikmati oleh semua rakyat Perak tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa. Ia jadi, sebagai akhirnya, ha tak panjang dah Alhamdullillah.
Daun nipah disiat-siat, Di tepi banir sambil berkelah, Nikmat melimpah dilihat rakyat, Syukur terzahir adil terserlah.
Pokok durian lebat bunganya, Orang Bota tak boleh lari daripada durian.
Pokok durian lebat bunganya, Jatuh ke tanah di tepi lembah, Agihan kekayaan buatlah seadil-adilnya, Berkat pemerintah nikmat bertambah.
Selaku orang yang boleh bercakap dalam Dewan ini, saya merasa bertanggungjawab untuk mengingatkan kita semua sama ada di pihak pembangkang ataupun pemerintah, marilah kita laksanakan tugas kita dengan sebaik mungkin, dengan seadilnya. Kalau saya tak cakap, saya bersalah, saya akan ditanya di akhirat nanti. Hari ini Bota menjunjung kasih atas Titah Tuanku. Sekian lah dahulu, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Bota yang telah menamatkan perbahasannya sebentar tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan, 20 minit dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media, rakan-rakan yang menonton siaran langsung di atas talian. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 dan selamat petang kepada semua. Terima kasih kerana Simpang Pulai diberi peluang untuk membahaskan usul menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Mohon izinkan Simpang Pulai untuk membangkitkan beberapa perkara yang sangat penting untuk pembangunan kawasan saya serta untuk negeri Perak. Saya harap Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian sepenuhnya atas perkara-perkara berikut.
Dato' Yang di-Pertua, isu pertama, penternakan lembu dan kerbau secara bertanggungjawab harus dipandang serius. Merujuk kepada ucapan Titah DiRaja, sektor ternakan, berperanan penting untuk membekalkan sumber makanan berasaskan protein dan industri ternakan lembu tenusu mengeluarkan hampir 1,200 liter susu daripada keperluan negeri Perak setiap tahun, setahun. Akan tetapi, penternakan secara bertanggungjawab dan isu-isu lembu dan kerbau berkeliaran bukanlah isu yang baru di negeri itu. Isu ini kerap berlaku di kawasan-kawasan pinggir bandar di seluruh Malaysia. Isu haiwan berkeliaran ini bukan sahaja membawa impak negatif terhadap kebersihan kawasan perumahan tetapi juga mengancam keselamatan pengguna jalan raya terutamanya kepada penunggang motosikal. Boleh kita kata hampir setiap bulan akan berlaku satu kes kematian, langgar lembu atau kerbau di Malaysia. Simpang Pulai juga selalu terima aduan mengenai najis lembu dan kerbau di kawasan Bandar Sri Botani. Walaupun pusat khidmat saya bekerjasama dengan pihak MBI dan veterinar swasta untuk membuat tangkapan beberapa kali, tetapi isu ini masih berterusan dan tanpa penyelesaian yang berkesan. Ini adalah sebab tiada enakmen di Negeri Perak memberi kuasa kepada kerajaan untuk menangani isu ini terutamanya untuk mengenal pasti pemilik lembu dan kerbau dan menternak lembu dan kerbau dalam kawasan yang dibenarkan dan tanggungjawab pemilik jika haiwan ternakan mereka membawa kesulitan kepada orang ramai.
Sebenarnya kaedah pengenalan haiwan telah lama diperkenalkan di Malaysia. Terdapat tujuh negeri lain sudah mempunyai enakmen pendaftaran lembu dan kerbau termasuklah Perlis, Kedah, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan. Pelbagai kaedah pengenalan telah dilaksanakan termasuklah penggunaan tag, tanda cacah, tindik telinga dan kacip telinga. Di negeri Pahang pula, kerbau dan lembu tidak kira mana-mana kategori kelas atau jenis semua dilarang berada, dipelihara, disimpan, dialih atau dipindahkan dalam kawasan larangan. Manakala kawasan larangan juga telah jelas ditafsirkan dalam enakmen Pahang iaitu permukaan jalan, kawasan dalam lingkungan 20 meter dari bahu jalan dan semua tempat awam. Ini adalah untuk mengelakkan kacau ganggu kepada orang awam dan memelihara kebersihan, kesihatan dan keselamatan awam. Jadi saya harap enakmen yang baru dapat digubalkan untuk negeri Perak supaya isu lembu kerbau ini dapat diatasi secara berkesan. Sementara waktu, saya juga berharap semua pihak kerajaan dan agensi yang terlibat termasuklah Jabatan Veterinar dan pihak berkuasa tempatan PBT dapat berganding bahu untuk melaksanakan penangkapan lembu dan kerbau secara berkala untuk mengelakkan kemalangan berlaku di kawasan perumahan dan jalan raya. Saya juga berharap Jabatan Veterinar dapat turunkan kuasa kepada pihak PBT seperti pembekalan ubat pelali, mewujudkan jawatan pegawai veterinar dalam PBT ataupun kuasa untuk bekerjasama dengan pegawai veterinar swasta dengan kadar secepat mungkin. Jadi kerja penguatkuasaan dapat dijalankan lebih efektif. Simpang Pulai juga bercadang kerajaan harus mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pemilik-pemilik lembu dan kerbau yang tidak bertanggungjawab. Supaya perkara ini tidak diingini dapat dielakkan termasuklah meningkatkan kompaun, mengenakan fee penyimpanan dan tangkapan sebelum haiwan tangkapan disita serta memendekkan tempoh masa tuntutan selepas tangkapan dibuat.
Dato' Yang di-Pertua, isu kedua kepentingan untuk mewujudkan garis panduan penggunaan kawasan gua batu kapur. Dalam kawasan gua batu kapur mempunyai penemuan arkeologi sejak zaman prasejarah. Sejak penemuan rangka manusia iaitu Perak Man di Gua Gunung Runtuh, Lembah Lenggong, Hulu Perak pada tahun 1991. Bukan sahaja tapak tersebut diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2012, banyak kawasan gua batu kapur di Lembah Lenggong juga menjadi kawasan kajian dan penemuan artifak bersejarah yang penting. Lembah Lenggong juga telah berkembang menjadi produk pelancongan warisan utama negara Malaysia dan juga tempat pelancongan arkeologi yang terkenal di dunia. Inilah titik permulaan untuk kita berbicara dengan cara memelihara dan memulihara kawasan gua-gua batu kapur ini supaya dapat mempromosikan kepentingan dan keunikan warisan arkeologi secara lestari dan berterusan.
Untuk makluman semua kawasan batu kapur juga merupakan keunikan Perak yang unggul dan penting di kawasan Lembah Kinta. Menurut laporan Kinta Valley yang dikeluarkan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia pada tahun 1991, jumlah gua-gua batu kapur di Negeri Perak melebihi 65 buah. 45 daripadanya terletak di kawasan Lembah Kinta dalam lingkungan radius 13 kilometer dari pusat Bandaraya Ipoh sahaja, terdapat lebih 30 buah bukit batu kapur dengan pelbagai saiz dan ketinggian antara 120 meter hingga 520 meter. Keindahan di sekeliling alam sekitar gua-gua batu kapur di Lembah Kinta, telah menjadi daya tarikan pelancongan yang disukai ramai seperti Geopark Lembah Kinta, Gua Tempurung, Tasik Cermin dan sebagainya. Kawasan batu kapur ini juga mempunyai nilai budaya dan sejarah yang penting untuk masyarakat setempat seperti tempat beribadat telah dibina lebih daripada seratus tahun seperti Kek Lok Tong, Sam Poh Tong, Nam Thean Tong dan sebagainya.
Kesemua tempat tarikan pelancongan ini adalah sumber sektor ekonomi yang penting di Negeri Perak. Selain daripada industri pelancongan memang dalam hari ini, Simpang Pulai banyak kali disebut untuk aktiviti kuari. Kawasan Bukit Batu kapur memang aktif dengan aktiviti pengkuarian yang menyumbang dalam bidang pembinaan. Industri kuari batu kapur juga menjadi fokus orang ramai supaya selalu dipantau dan dikawal selia supaya tidak mengganggu ekosistem alam sekitar. Akan tetapi di bawah prinsip-prinsip dan agenda-agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 atau Sustainable Development Goals dengan izin. Pendekatan secara holistik harus dilakukan supaya pengurusan sumber asli negeri dan negara harus diurus dengan mampan dan lestari untuk mencapai matlamat pembangunan mampan dan lestari untuk semua dan menjamin generasi masa depan supaya mereka mampu untuk mendapat semua keperluan asas yang diperlukan. Jadi atas prinsip-prinsip SDG tersebut kita harus menetapkan satu garis panduan yang jelas untuk pengurusan yang lebih mampan atas semua jenis aktiviti-aktiviti ekonomi di kawasan batu kapur. Semua aktiviti-aktiviti di kawasan batu kapur, termasuklah sektor perlombongan, pelancongan dan kegiatan komersial, rumah ibadat semua harus dibenarkan kalau dapat memenuhi syarat pengurusan yang mampan dan lestari. Tidak patut ditolak hanya dengan faktor keselamatan padahal hanya perlombongan diizinkan. Setakat ini, Geopark Lembah Kinta adalah di kawal selia bawah Akta Taman Negara 1980. Manakala pengendalian Lembah Lenggong tertakluk di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Manakala pelombongan atau pengoperasian kuari dikawal selia di bawah Enakmen Mineral Perak 2003 dan Akta Pembangunan Mineral 1994. Bukit Batu Kapur merupakan keunikan perak yang kaya dengan pelbagai sumber asli. Jadi haruslah kita memelihara memulihara dan dibangunkan atas bawah garis panduan dan standard dengan izin dan boleh digunakan merentasi semua ekonomi. Aktiviti-aktiviti ekonomi yang dapat menjana pendapatan kepada Negeri Perak. Pada yang sama pembangunan secara lestari untuk kebaikan semua. Ini juga bertujuan untuk melindungi sumber semula jadi serta warisan geologi yang tidak ternilai di seluruh Negeri Perak.
Dato' Yang Di-Pertua isu yang ketiga, infrakstruktur yang berkualiti dan selamat. Merujuk ucapan Titah Diraja sebanyak 942 projek pemuliharaan kemudahan-kemudahan awam telah diperuntukkan pada tahun 2023. Infrastruktur yang berkualiti akan meningkatkan keyakinan kepada pengguna-pengguna infrastruktur seperti jalan raya yang bebas daripada berlubang, sistem pencahayaan yang mencukupi. Papan tanda lalu lintas yang jelas dan kerja-kerja penyelenggaraan yang kerap dilakukan. Ini semua bukan sahaja menjaminkan kesejahteraan dan meningkatkan kualiti hidup penduduk-penduduk tetapi juga untuk menjamin keselamatan penggunaan jalan raya. Simpang Pulai sudah banyak kali mengangkatkan isu mengenai infrastruktur. Saya harap menarik perhatian sekali lagi atas dasar perancangan, pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur di bawah Pihak Berkuasa Tempatan. Simpang Pulai selalu menerima aduan daripada penduduk Bandar Seri Botani bahawa kerosakan lampu jalan yang sering berlaku walaupun kerja pembaikan pantas dilakukan oleh pihak PBT tetapi kerosakan ini tetap akan berulang selepas hujan lebat. Kalau isu ini berlaku, satu dua kali ini adalah biasa, tapi kalau isu ini berulang banyak kali, ini berkait rapat dengan dasar dan polisi pihak Kerajaan.
Kekerapan kerosakan lampu jalan adalah disebabkan masalah serangan kilat ke atas tiang lampu jalan terutamanya pada musim hujan. Sistem perlindungan kilat dan sistem pembumian harus diwajibkan dimasukkan ke dalam semua permohonan pelan lampu jalan pihak PBT. Satu kajian ke atas tanggungan kos untuk pembaikan lampu rosak berbanding dengan pelaksanaan polisi sistem perlindungan kilat dan sistem pembumian juga harus dijalankan. Saya percayalah kos pencegahan akan jauh lagi jimat berbanding dengan kos pembaikan kemudian. Isu lampu jalan yang rosak juga telah membawa impak yang negatif terhadap kawasan komersial dan perumahan di sekitarnya. Ia juga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya kepada penunggang motosikal. Untuk memastikan negeri kita mempunyai infrastruktur yang kukuh dan berkualiti kita perlu cuba mengelakkan masalah daripada berlaku dari awal dalam perancangan. Pihak PBT seharusnya memastikan semua bahagian komponen sistem pelindungan kilat dan sistem pembumian. Yang dipasang dan berfungsi pada peringkat yang lebih awal.
Dato' Yang di-Pertua, isu yang keempat meningkatkan prestasi ekonomi Perak dengan penggunaan sumber yang sedia ada dengan efektif. Kita sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan prestasi ekonomi negeri Perak demi kebaikan semua. Akan tetapi negeri kita sebenarnya mempunyai banyak sumber yang dapat memanfaatkan kita jika dipergunakan dengan baik. Contohnya, bangunan Megoplex yang berdekatan dengan kawasan Simpang Pulai merupakan bangunan terbiar yang telah dikosongkan sejak tahun 2017. Menurut jawapan soalan lisan yang dikemukakan pada tahun lepas, pihak pengurusan bangunan megopleks iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak PKNP akan melaksanakan proses Request for Proposal (RFP) dengan izin bagi mengenalpastikan cadangan baru daripada pihak swasta yang berminat untuk menyewa di bangunan tersebut. Saya harap pihak PKNP dapat bertindak secepat mungkin terutamanya dalam tahun pelancongan negeri Perak 2024 ini. Salah satu undang-undang semula jadi dalam dunia komersial ini adalah bertindak pada masa yang tepat. Kami perlu memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur yang berminat terhadap projek ini serta bersama-sama untuk membangunkan ekonomi tempatan.
Selain itu, Kompleks Silveritage yang berdekatan dengan bangunan Megopleks juga telah menempatkan pelbagai usahawan yang terdiri daripada usahawan kraftangan serta produk makanan yang terkenal di Negeri Perak. Sebanyak 45 lesen telah dikeluarkan oleh MBI dan sebanyak 26 lesen berkait dengan makanan, manakala yang lain pula merupakan kedai butik, peralatan tradisional dan cenderamata. Usaha pelbagai pihak termasuklah pengurusan Silveritage iaitu Maju Perak Holdings Berhad amat dihargai. Saya juga harap kompleks ini boleh dijadikan sebuah pusat kreatif yang mesti dikunjung oleh pelancong-pelancong dari negeri yang lain. Ini haruslah berbeza dengan pusat beli-belah komersial yang lain tetapi untuk mempromosikan produk yang pelbagai membawa persembahan atau pameran yang lebih menarik yang dapat menunjukkan keunikan negeri Perak. Oleh itu, pelancong-pelancong bukan sahaja dapat menikmati budaya makanan kita tetapi dapat membawa balik cenderahati dan kenangan pelancongan yang terbaik di Perak dan Malaysia. Akhirnya semua isu-isu yang Simpang Pulai bangkitkan hanya dapat diselesaikan hanya dengan semangat menggabungkan kekuatan yang ada sesama kita seperti dalam ucapan titah diraja. Dengan semangat bersatu teguh bercerai roboh dengan kerjasama semua pihak, baharu kita dapat membangunkan negeri Perak yang lebih makmur dan membina negara yang lagi kuat. Dengan ini, Simpang Pulai ingin memohon menyokong usul. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai yang telah menamatkan perbahasan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan 20 minit daripada sekarang silakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Tampan selaku Menteri Besar Perak. Ketua Pembangkang daripada Gunong Semanggol. ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan negeri, team media dan seluruh Yang Berhormat yang berada dalam Dewan. Mudah-mudahan kita semua diberkati oleh Allah S.W.T. Terima kasih Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada kali ini. Saya mewakili penduduk Dun Kubu Gajah menjunjung kasih atas penzahiran titah ucapan Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena perasmian sidang sempena perasmian sidang Dun pada kali ini. Dato' Yang di-Pertua, secara umumnya menzahirkan kesyukuran atas penekanan beberapa perkara yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak terutama dalam perkara yang melibatkan kemiskinan, pendidikan dan juga perumahan. Allah s.w.t berfirman dalam Surah Adzariyat ayat yang ke-19 yang berbunyi وَ فِي اَم وَ الِهِم حَق ِلِِّلس اۤىِٕل
ِوَ ال مَح رُو م yang bermaksud daripada harta mereka. Ada hak untuk orang yang miskin yang meminta dan orang yang miskin yang tidak meminta.
Dato' Yang di-Pertua, dalam ayat ini, Allah s.w.t menyebut sifat-sifat orang yang bertaqwa diantaranya adalah orang-orang yang meyakini bahawasanya hak fardu Afaq ada dalam setiap harta yang mereka miliki. Oleh kerana itu, jika mereka menginfakkan harta mereka untuk kaum tua Afaq itu bukan hibah ataupun pemberian melainkan itu adalah hak mereka sendiri. Pada perenggan yang ke 22, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak telah menyentuh, untuk Kerajaan Negeri memberi tumpuan sebesar mungkin tentang usaha menoktahi kemiskinan tegar di negeri Perak. Umum mengetahui golongan tegar golongan miskin tegar merujuk kepada individu yang berpendapatan bulanan isi rumah kurang daripada pendapatan garis kemiskinan PJK. Terkini purata pendapatan garis kemiskinan PJK ialah ditetapkan berpendapatan di bawah RM2589.00 dan bagi negeri Perak pula PJK adalah RM2297.00. Secara umumnya, kemiskinan relatif mengikut kumpulan etnik isi rumah menunjukkan sebanyak 16 peratus kemiskinan dalam kalangan Bumiputera. Hal ini memanggil saya sebagai wakil rakyat Dun Kubu Gajah untuk mengajak pihak kerajaan negeri memberi tumpuan bagi membasmi kemiskinan di negeri Perak. Kalau boleh bermula daripada Dun Kubu Gajah yang peratus bumiputera yang tinggi yang agak tinggi.
Saya berharap pihak kerajaan dapat memberi penumpuan yang khas kepada penduduk kawasan Kubu Gajah kerana kawasan ini boleh dikatakan antara mempunyai penduduk B40 antara yang paling tinggi dalam Negeri Perak. Dato' Yang di-Pertua, satu keluarga yang saya rasa cukup-cukup perlu diberi perhatian untuk YB Exco bawah kebajikan. Ini gambar dia tiada rumah duduk dalam pondok di Kampung Kelian, Gunung Ijok. Saya sudah bawa pusat khidmat saya sudah bawa kepada baitumal tetapi dia mempunyai beberapa masalahlah dengan keluarga sendiri. Perebutan di antara walaupun rumah mereka sudah dapat dengan rumah Felcra tetapi ada sedikit masalah dengan keluarga tetapi tidak dapat penyelesaian dan mereka juga tidak mendapat bantuan daripada bulanan daripada JKM ataupun daripada daripada Baitumal dan saya harap Exco, sahabat juga daripada Temenggor dan juga Yang Berhormat daripada Menteri Besar boleh buat lawatan. Bila-bila masa pun boleh diiklan gunung boleh hubungi JPKK yang dilantik oleh kerajaan untuk pergi melawat rumah mereka. Ayahnya seorang yang agak lemah anak kategori OKU dan mempunyai lebih kurang 5 orang anak yang duduk hanya di bangsal sudah beberapa tahun. Ini bukan miskin tegar sudah ini miskin Allahu a'lam saya hendak sebut macam mana Yang Berhormat Dato' Speaker kerana kita nak menoktahi satu kemiskinan bukan satu usaha yang mudah. Bukan satu yang mudah memerlukan satu gembleng kuasa yang agak segera.
Dato' Yang di-Pertua, yang kedua berkenaan dengan satu lagi keluarga yang tiga tahun lepas mereka ini berada di atas rizab sungai. Di dalam Dun Kubu Gajah di Batu 20, sewaktu mana bah ataupun banjir tiga tahun lepas, separuh daripada dapur mereka telah runtuh dalam sungai sewaktu kita berada waktu itu kami berada dalam kerajaan dan kita buat untuk memohon rumah Baitumal. Alhamdulillah, telah diluluskan cumanya bermasalah tentang tanah dan kita telah merujuk Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama dan beliau telah pun membayar premium tanah tersebut. Tetapi sampai sekarang belum diselesaikan lagi kerana masalah pelan daripada MPT dan Saya baru dapat jawapan daripada Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama baru diluluskan pelannya dan saya mengharapkan keputusan ataupun dapat segerakanlah dapat surat 5A Borang 5A untuk Encik Najimuddin berada di Batu 20 untuk diselesaikan bersama dengan bantuan rumah Baitumal.
Dato’ Yang di-Pertua, Bagi merancakkan ataupun menoktahkan sedikit kemiskinan, saya mencadang dan juga mensarankan kepada pihak kerajaan boleh merancakkan industri pelancongan berteraskan sumber alam di dalam kawasan Dun Kubu Gajah kerana kawasan ini sudah menjadi kawasan pelancongan dan perkelahan yang mampu menarik pelancong daripada luar. Satu kisah baru ini dalam dua bulan lepas, ada pelancong daripada Australia dan juga daripada Jepun. Dia datang daripada Ipoh cross melalui Kuala Kangsar dan naik Bukit Sumpitan dan dia dan berkhemah di Lata Putih. Lata Putih di antara lata yang agak cantik di dalam Dun Kubu Gajah di Mukim Selama dan mereka berkhemah di Lata Putih tersebut dan mereka berjalan kaki turun daripada Lata Putih hinggalah ke pekan Kubu Gajah dan mereka nak pergi ke Pulau Pinang, nak cross melalui Alor Pongsu dan tidak ada kenderaan melainkan hanya menahan simpati daripada orang-orang awam. Untuk makluman, untuk di dalam Dun Kubu Gajah kalau di pekan Ijok tu, kalau nak bawa orang sampai ke Alor Pongsu agak rumit. Tapi Alhamdulillah ada sahabat-sahabat yang kita yang menolong. Dia boleh menarik pelancongan daripada pelancong daripada luar kerana di kawasan tersebut dengan keindahan alam sekitar, alam semula jadi. Saya mengharap bahawa perancangan ini sekaligus dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat. Cuma dengan syaratnya, saya mengharapkan bahawa rancangan-rancangan yang akan dilakukan mestilah bersifat pembangunan pelancongan bertunjangkan komuniti setempat. Kita tak nak mengimport orang luar bagi membangunkan kawasan tersebut kerana akhirnya limpahan ekonomi tidak kembali kepada masyarakat setempat.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga tertarik ingin menyentuh perenggan 24 dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak iaitu berkaitan dengan pendidikan. Seperti mana yang dititahkan, Kerajaan Negeri Perak perlu melaksanakan inisiatif untuk membantu memastikan kadar kehadiran murid ke sekolah dalam keadaan yang sehabis baik. Ini rungutan daripada seorang guru kepada saya baru-baru ini sebelum SPM. Kalau saya boleh sebut sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jelai. Rungutan seorang guru, dia terpaksa pergi ke rumah seorang, rumah ke rumah-rumah, hampir belasan rumah dia pergi dalam Dun Kubu Gajah dan juga sekitarnya kerananya anak murid tingkatan lima yang akan ambil SPM tidak pergi ke sekolah. Bila cikgu ni pergi, cikgu disiplin dia pergi, dia hanya tidur dan tidak memberi apa-apa alasan. Maknya ada di rumah, ayahnya ada di rumah, tidak boleh kata apa dah. Cikgu ni tunggu sampai dia…budak ni bangun daripada tidur pukul 10.00 pagi, 11.00 pagi. Saya rasa ini satu petanda yang cukup tidak baik untuk sistem pendidikan kita. Perlu ada satu penegasan dan kaunseling yang efektif untuk bagi ruang kepada murid-murid kita…
Boleh?
Boleh.
Kejap.
Dua minit.
Seminit pun boleh.
Dua saat. Sila.
Terima kasih YB. Tadi YB ada kata tentang seorang pelajar, candidate untuk SPM. Tak pergi ke sekolah hingga cikgu nak pergi ke rumah. Kena tunggu dia bangun. Saya rasa ini tanggungjawab daripada ibu bapa pun penting jugak sebab kalau ibu bapa tidak menunjukkan satu teladan baik, tidak menunjukkan disiplin untuk anak-anak, kalau anak tak pergi sekolah, ibu bapa acuh tak acuh, saya rasa itu pun ibu bapa kena ambil tanggung jawab bukan kerajaan saja. Kalau kerajaan menyeru bagi kalau bagi ganjaran balik ke sekolah, saya rasa pun tak membantu. Terima kasih.
Terima kasih Jalong. Ini kita bercakap…ah Bercham. Terima kasih. Tersilap. Jalong Exco. Terima kasih di atas pandangan tersebut, Bercham bakal Exco, YB Selama kata. Ya betul. Pendidikan bermula daripada rumah. Tapi walau bagaimanapun, kalau kita tengok situasi daerah pedalaman yang mana kesedaran keluarga tersebut, ibu bapa tersebut, dia bukan macam berada di bandar. Bukan berada macam di Dun Manjoi, bukan di Hulu Kinta. Tak. Tapi di pedalaman. Bukan saya nak mengata orang pedalaman, orang kampung, yang ni dia IQ dia rendah tapi itulah realiti yang ada di kawasan pedalaman contohnya dalam Dun Kubu Gajah sendiri terpaksa sampai guru pergi bukan sebiji rumah tau…belasan rumah. Bukan sebiji, belasan rumah di dalam Dun Kubu Gajah ini. Perlu kepada perhatian kaunseling. Memang ada kaunseling, sudut kaunseling di sekolah tapi perlu ditingkatkan lagi memberi kesedaran kepada pelajar kerana empayar masa depan adalah empayar minda. Kalaulah mereka ini tidak disedarkan dengan ilmu, tahap pemikiran mereka, tahap ekonomi mereka, sentiasa...apa yang ada di rumah mereka. Dato’ Yang di-Pertua, dan saya yakin apa yang dimaksudkan dalam Titah Tuanku, ini bukan hanya bermakna kehadiran murid ke sekolah kebangsaan semata-mata, malah, kerajaan perlu meletakkan satu indikator jelas bagi memastikan murid dan anak Negeri Perak ini berdaftar dan hadir dalam pembelajaran di kelas Al-Quran dan Fardu Ain, yakni KAFA. Tugasan ini adalah satu kefarduan kepada kita bagi memastikan anak-anak Perak mendapat pengajian fardu Ain bagi benar-benar mengenal Islam dan mempraktiskan Islam dalam kehidupan.
Di samping memahamkan anak Negeri Perak mengenai sumber wahyu dan pedoman hidup yang bersumberkan Al-Quran bagi menepis ideologi-ideologi luar seperti hedonisme, pluralisme, liberalisme ataupun ajaran yang menolak konsep ketuhanan dan toleransi sesama agama. Seperti yang kita maklum, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak merupakan ketua bagi agama Islam. Maka Kerajaan Perak perlu tegas untuk melakukan penambahbaikan terutamanya memastikan anak Perak berdaftar dan belajar dalam keadaan yang cukup sempurna. Biar mereka faham bahawasanya mereka dipayungi oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Maka sekali gus jika ada anasir yang cuba menyahkan konsep kesultanan di Malaysia, maka anasir itu berjaya kita kuburkan.
Kubu Gajah.
Sila.
Adakah Kubu Gajah bersetuju ataupun pandangan Kubu Gajah, Manjoi ingin melontarkan di peringkat Jabatan Agama, dia ada satu program namanya, AIMAN. AIMAN ni KAFA menengah. Jadi dibahaskan tentang berkenaan dengan isu anak-anak kita di sekolah menengah yang mungkin mereka tidak mendapat pendidikan agama yang lebih mendalam. Setakat ini kita hanya bergantung kepada KAFA rendah. Tapi di Perak ini ada AIMAN. AIMAN di peringkat Jabatan Agama, ada bekerjasama dengan JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) dan juga dengan masjid-masjid. Jadi, adakah Kubu Gajah bersetuju supaya program AIMAN ini, kita jadikan program peringkat negeri. Jadi, Kerajaan Negeri kena jadikan program AIMAN sebagai program yang diselaraskan semua kawasan. Macam mana kita buat program Tuisyen Cikgu Saarani. Program tuisyen ni bagus. Saya tengok ada kesan kepada anak-anak kita. Tapi untuk AIMAN jugak, kalau boleh kita buat macam mana program Tuisyen Cikgu Saarani kita boleh. Kita boleh tengok kesan yang baik kepada anak-anak sekolah menengah ni sebab bagi saya sekolah menengah ini satu segmen anak-anak perlu kita bagi tumpuan dan kita yakin mereka yang berpegang teguh kepada agama, Insya Allah mereka tidak akan melakukan benda-benda yang mungkar dan mereka boleh membantu negeri kita untuk masa akan datang. Terima kasih Kubu Gajah.
Terima kasih masukkan dalam ucapan saya. Pendidikan Islam di sekolah rendah merangkumi satu subjek sahaja, Dato’ Yang di-Pertua. Namun, pendidikan Islam yang diajar di sekolah KAFA lebih meluas dan menyeluruh dan saya yakin kita yang beragama Islam pasti khuatir jika anak kita tidak terlepas jika anak-anak kita terlepas ataupun terabai daripada mendapat pendidikan fardu ain yang sebaiknya. Selain isu yang telah ditekankan iaitu kehadiran murid dan pelajar ke sekolah. Antara perkara yang penting kerajaan perlu ambil perhatian yang serius adalah isu fasiliti di sekolah. Yang ini telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tadi dalam soalan lisan berkenaan dengan fasiliti. Saya harap dapat Kerajaan Negeri Perak khususnya Jabatan Agama Islam dapat memantau sekolah-sekolah agama rakyat yakni KAFA yang saya rasa di antara yang daif jugalah. Dalam Dun Kubu Gajah tu, ada sampai sekolah dia, meja guru lapik dengan bata dan Alhamdulillah, DO, Yang Berhormat dah luluskan peruntukan melalui pejabat daerah.
Yang keduanyaYang Berhormat ada sebut tadi Yang Amat Berhormat Menteri Besar RM200 ada yang dibayar oleh Jabatan Agama Islam kepada guru-guru asatizah yang mengajar KAFA. Sejak bila RM200 ini. Sejak bila, rasanya dah bertahun dah perlu diupgrade atau pun perlu ditambah nilai RM200 kepada RM400 atau pun RM500 di samping kita dah dapat rezeki yang Allah Ta'ala bagi pada kita surplus RM26 juta setahun untuk tahun ini dan kita perlu pandang serius kepada pendidikan agama kepada anak-anak kita. Saya sokong dan puji usaha kerajaan memberi bantuan menaik taraf tandas awam di sekolah. Walau pun pada saya dia seakan-akan dasar pukul rata namun saya tidak mahu mengulas isu ini secara panjang kerana dia masih ada lelehan agihan kepada sekolah. Seperti mana yang disebut oleh sahabat-sahabat kita tadi, ada sekolah yang dapat RM300 ribu, RM200 ribu. Ada sekolah hanya dapat tandas sahaja. Dapat tandas saja. Pihak kerajaan perlu lihat capaian internet yang ini agak walau pun tiada respond daripada Exco tapi masih saya nak ulas berkenaan dengan jalur lebar. Capaian jalur lebar terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar seperti dalam Dun Kubu Gajah amat mengecewakan, amat mengecewakan.
Hakikatnya di kawasan saya capaian internet boleh dikatakan merangkumi banyak kawasan tapi sekolah masih dalam keadaan yang benar-benar menyedihkan. Walau pun baru ini MCMC dapat memasang pencawang di beberapa kawasan kampung namun masih terdapat aduan-aduan daripada pihak sekolah dan juga orang ramai yang mengatakan bahawa capaian internet mereka di sekolah dan juga di kampung dalam keadaan yang agak mendukacitakan. Dato' Yang di-Pertua kita bangga mengatakan hasil kerajaan mencapai surplus tapi apa gunanya jika rakyat tidak dapat kemudahan yang penting iaitu salah satu adalah capaian internet. Capaian internet amat penting bagi medium komunikasi, medium pembelajaran bahkan sepatutnya selepas dilanda Covid-19 baru-baru ini, kerajaan lebih serius melihat kepentingan internet bagi memastikan pembelajaran alam maya dapat dinikmati bagi pelajar-pelajar luar bandar. Jika perkara ini tidak dapat diendahkan atau dipandang serius kelak kita akan melahirkan jurang yang besar kepada pelajar celik IT antara murid bandar dan juga luar bandar. Pembelajaran alaf baru ini yang sepatutnya menyeronokkan tapi akhirnya membuat pelajar-pelajar terbelenggu dengan masalah internet dan akhirnya pembelajaran menjadi tidak terurus semasa dan akhirnya murid tidak hadir ke sekolah. Di antara punca ini juga yang rugi adalah murid-murid terutama adalah murid-murid daripada kalangan Bumiputera. Selain daripada internet pihak kerajaan juga perlu mendapat maklum balas tentang infrastruktur di lain-lain sekolah, mengenai kerusi meja, keadaan bilik darjah supaya kita dapat berkolaborasi dengan Menteri Pelajaran Malaysia bagi memastikan murid-murid di Perak mendapat hak yang sebaiknya.
Dato' Yang di-Pertua, isu perumahan bukan satu isu baru yang berlaku. Kerajaan perlu tegas dalam memastikan rakyat yang berada dalam negeri ini mampu memiliki rumah bagi yang benar-benar memerlukan. Kita perlu menangkan rakyat jangan terlalu menangkan keuntungan pemaju iaitu lari daripada Titah Tuanku. Kerajaan perlu melihat kembali pelan pembangunan perumahan di setiap daerah. Kerajaan perlu memastikan setiap taman perumahan yang dibuka oleh pemaju benar-benar tersusun dan memenuhi keperluan rakyat setempat. Hal ini kita dapat lihat laporan dikeluarkan bahawasanya lebih kurang 200,312 unit rumah tidak terjual di Negeri Perak. Hal ini kerana pembinaan rumah tidak mengikut demand setempat. Jika ada pemaju yang meletakkan rumah yang harga yang mampu tengok di kawasan saya dalam Dun Kubu Gajah tak ada perumahan taman-taman tapi di Batu Kurau, limpahan di Batu Kurau, limpahan di Selama banyak.
Di kawasan Batu Kurau sahaja pun sekarang ni hampir RM300 ribu satu unit rumah. Mana rakyat marhain mampu beli seperti yang disebut oleh Manjoi, disebut oleh beberapa orang sahabat tadi dan mereka sukar untuk membuat pinjaman. RM300 ribu yang harga mampu tengok. Jika meletakkan rumah mampu milik pula kadang-kadang kita lihat rumah itu agak kecil dan lokasi yang tidak strategik. Saya juga menekan spefikasi rumah. Antara cadangan saya pihak kerajaan perlu meletak garis panduan rumah yang akan dibina untuk penduduk setempat antaranya rumah mesra muslim iaitu dapur tidak kelihatan terus daripada luar. Ada spek rumah yang orang beli ruang tamunya terus dengan dapur. Yang ini rasanya tidak mesra muslim. Daripada ruang tamu tu bukak je pintu daripada gate pintu nampak dapur terus. Ini spek yang bukan mesra muslim kerana ini bagi menjaga privasi terutamanya bagi wanita, bagi kaum ibu yang berada di rumah. Ini mungkin kerana kelihatan remeh namun ia memastikan kesejahteraan dan kepuasan pembeli rumah maka kita sebagai wakil rakyat perlu mengambil sebagai perkara yang serius.
Dato' Yang di-Pertua, saya berharap pihak kerajaan dapat melihat Titah Tuanku pada perenggan yang ke-7 dengan lebih serius. Hal ini jika dilihat dalam kawasan Ijok kawasan saya, tahun lepas dua kali banjir. Dua kali banjir dalam seminggu naik sampai melimpah ke pekan Ijok. Walau bagaimana pun, dalam musim kemarau ini Alhamdulillah saya mengharapkan Jabatan Pengairan dan Saliran dapat memberi tumpuan yang lebih kepada khususnya di pekan Ijok dan juga Bendang Luas dan juga Kota Raja Bersiong di antara saliran-saliran yang cukup sensitif bila mana hujan melebihi kadar atau pun hujan yang lebat yang akan menyebabkan rumah penduduk di kawasan tersebut akan dilimpahi air.
Timbalan Yang di-Pertua saya berharap di akhir daripada saya seperti mana saya dijawab oleh Lintang pada pagi tadi berkenaan dengan keluasan atau pun limpahan ekonomi kepada penduduk Dun Kubu Gajah kerana Kubu Gajah terdapat tanah-tanah yang banyak di bawah SADC. Begitu luas ladang ragut, banyak terlalu banyak keluasan tersebut dan masih belum lagi beroperasi apa pun. Saya mengharapkan boleh. Macam kita sekarang kena import bawang daripada India yang harga bawang sekarang ni berbelasan ringgit satu kilo. Saya rasa boleh kita untuk naikkan ekonomi atau pun usahawan muda seperti mana disebut oleh Manjoi tadi. Kita boleh tanam walau pun kita mungkin ada sedikit kajian perlu kepada perbelanjaan, perlu kepada kos yang agak tinggi, hantar kepada kursus, hantar untuk mereka kursus di mana-mana peringkat pun untuk tanam bawang, untuk tanam apa-apa juga untuk kita manfaatkan tanah yang ada kerana kalau kita tidak manfaatkan tanah yang kita ada ekonomi kita, ekonomi penduduk setempat macam yang ada sekarang dan untuk mengubahkan kepada mensifarkan, menoktahkan kemiskinan dia bukan menjadi realiti dia hanya menjadi angan-angan di atas kayangan. Dengan itu, Kubu Gajah menyokong. Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullah Hiwabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kubu Gajah yang telah menamatkan perbahasan sebentar tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk memulakan perbahasan 20 minit dari sekarang. Silakan.
Terima Kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani, salam hormat dan sayang daripada rakyat Buntong, kepada seluruh warga dewan, barisan pegawai kerajaan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dan wakil-wakil media. Sebelum meneruskan perbahasan saya ingin mengambil kesempatan ini merekodkan ucapan tahniah kepada dua orang atlet wanita negara kita, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosli yang telah meraih pingat emas dan gangsa masing-masing dalam kesukanan Asean Tracks Cycling Championship 2024 yang berlaku di New Delhi sekarang. Tahniah kepada atlet-atlet wanita kita yang sentiasa mengangkat semangat patriotisme dan cintakan negara.
Dato’ Yang di-Pertua, Buntong merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan adalah menjadi satu penghormatan yang amat bermakna buat Buntong berkhidmat di bawah perkenan Tuanku yang berwibawa dan pemurah. Daulat Tuanku. Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Sultan Nazrin pada 23 Februari 2024 mengandungi intipati yang memainkan aspek-aspek pentadbiran kerajaan yang menjadi prioriti kepada Tuanku dan kerabat diraja Negeri Perak.
Titah Diraja Tuanku mencerminkan bahawa Tuanku memberikan prioriti kepada unsur-unsur perpaduan dalam kalangan ummah. Perpaduan antara ummah dengan rakyat bukan Islam, kestabilan politik demi pembangunan negeri serta apresiasi Tuanku terhadap projek-projek infrastruktur di Negeri Perak yang secara langsung menguntungkan rakyat negeri Perak. Malah, perpaduan dalam kalangan pemimpin di Perak membentuk Kerajaan Perpaduan demi menjamin kesejahteraan rakyat adalah bukti kukuh bahawa pemulihan ekonomi dan kemajuan negeri diutamakan. Kesemua aspek yang ditekankan bersimpul kepada satu matlamat bersama iaitu meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat. Selaras dengan titah Tuanku, salah satu inisiatif baru terbaru yang baru sahaja diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan dua hari yang lalu sahaja ialah Kerajaan MADANI akan menanggung caruman PERKESO untuk lebih daripada 50,000 pemandu teksi dan bas sekolah mulai bulan depan. 35,000 pemandu teksi dan 18,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan mula menikmati manfaat itu bermula bulan Mac yang akan datang. Inilah ciri ciri sebuah kerajaan yang prihatin dan berusaha setiap hari untuk mengurangkan beban hidup rakyat serta mengutamakan kebajikan rakyat.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula telah membuat satu pengumuman yang juga sangat bermakna buat rakyat baru-baru ini iaitu peruntukan berjumlah RM10 juta untuk membina 22 taman rekreasi awam di Perak di mana kerja-kerja pembinaan akan disiapkan dalam tahun ini juga. Kementerian Pendidikan Malaysia pula telah memastikan atas dasar kesaksamaan dan akses kepada pendidikan, bantuan awal persekolahan diberikan kepada semua murid pada kadar RM150.00 tidak kira pendapatan ibu bapa. Sebelum ini, bantuan ini dihadkan kepada murid dengan pendapatan ibu bapa tidak melebihi RM3,000.00 tetapi pada tahun ini, bantuan ini diberikan kepada semua.
Jumlah bantuan pada tahun 2023 bernilai RM765 juta tetapi peruntukan ini telah dinaikkan kepada RM788 juta pada tahun ini di mana Perak sahaja telah menerima RM48.7 juta. Pencapaian Kerajaan Persekutuan yang paling signifikan bagi mendapat untung adalah jumlah pelaburan diluluskan pada tahun 2023 yang bernilai RM392.5 bilion iaitu peningkatan 23% berbanding tahun 2022 dan daripada jumlah ini, 57.2% adalah daripada pelaburan asing. Ini satu indikator bahawa pelabur asing yakin dengan kepimpinan kerajaan hari ini. Buntong sedar bahawa ada sahaja pihak yang ingin menyerang pencapaian ini dengan mengatakan bahawa nilai ini adalah jumlah pelaburan yang diluluskan sahaja dan bukan direalisasikan. Namun begitu, Buntong ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini, mengikut statistik, selalunya 80% daripada jumlah pelaburan diluluskan akan direalisasikan. Oleh itu, lebih besar nilai pelaburan yang diluluskan lebih banyaklah pelaburan sebenar yang akan dicatatkan.
Dato' Yang Di-Pertua, Tuanku juga telah memuji pentadbiran kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan atas usaha-usaha dan inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan yang memberikan kesan langsung yang positif kepada taraf hidup rakyat. Antaranya adalah projek projek infrastruktur yang telah pun dilaksanakan oleh kerajaan hari ini yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Perak mencipta satu ekosistem simbiosis yang memberi manfaat terus kepada rakyat. Antara hasil pelaksanaan dan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan adalah Jambatan Sultan Nazrin Shah, kerja-kerja penyelenggaraan tandas sekolah dan kemudahan di 795 buah sekolah di Perak, projek naiktaraf Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar, projek-projek di bawah Program Sentuhan Kasih Kementerian KPKT yang bernilai RM95 juta termasuk penaiktarafan pasar awam dan penambahbaikan kemudahan rumah pangsa di Negeri Perak.
Dato' Yang Di-Pertua, elemen perpaduan yang menjadi tunggak pengoperasian kerajaan hari ini sama ada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan membuktikan bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan hari ini komited menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat setiap hari. Contohnya, Program Lif MADANI di bawah Kementerian KPKT telah memberikan manfaat kepada penduduk di Negeri Perak juga di mana lif yang usang di perumahan awam berstrata kos rendah boleh diganti dengan lif yang baru. Kerjasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan turut melihat projek penyediaan tiga projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu di tiga kawasan Parlimen di Perak. Kerajaan telah mengenal pasti kawasan Parlimen Tambun, Lenggong dan Teluk Intan sebagai kawasan pembinaan ketiga-tiga Projek Perumahan Rakyat yang dijangka memberi manfaat kepada 6,000 isi rumah di Perak membabitkan pembinaan 1,200 unit PPR. Usaha-usaha seperti ini mencerminkan usaha kerajaan negeri selaras dengan prioriti di hati dan minda Tuanku yang mementingkan aspek-aspek peningkatan taraf kehidupan rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, ramai daripada rakan-rakan saya telah pun memberikan pendedahan yang secukupnya sebentar tadi kepada projek-projek perindustrian di Negeri Perak.Silver Valley Technology Park dan (AHTV) Automatif High Technology Valley di Proton City masing-masing akan membawa nilai pelaburan melebihi RM14 bilion dan RM30 bilion. Buntong juga ingin memuji Kerajaan Negeri yang sedia memberikan diskaun premium tanah kepada pemaju dan pemohon yang berminat membuat pelaburan ke negeri ini. Diskaun antara 10 hingga 30% itu diberikan ke atas semua projek yang menepati kriteria yang telah pun ditetapkan. Namun begitu, aspek yang paling penting yang perlu ditekankan dalam mana-mana pelaburan asing adalah setakat mana dan berapa banyak dengan izin technology transfer yang dapat diekstrak daripada bakat ilmu dan pengetahuan yang dibawa oleh negara asing kepada negara kita. Begitu juga dengan unsur nadir bumi bukan radioaktif. Potensi di dalam bidang ini tidak harus hanya tertumpu kepada pengeluaran dan pengeksportan sumber mentah kerana ini tidak mampan dan menguntungkan negara kita dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah masa yang kritikal bagi kita berganding bahu bertumpu kepada perkembangan sains dan teknologi termasuk artificial intelligence dengan izin supaya Negeri Perak dan Negara Malaysia tidak tercicir dalam pembangunan global. Kita harus merebut peluang ini untuk memastikan kepakaran dipelajari. Sesungguhnya Buntong yakin Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mengelolakan inisiatif ini dengan efisien.
Dato' Yang di-Pertua, apakah kegunaan pelaburan asing yang melambung, pemulihan ekonomi yang baik dan matang serta polisi-polisi kerajaan dan penaiktarafan infrastruktur yang cekap jika populasi penduduk kurang sihat dan dibebani penyakit kronik. Titah Diraja Tuanku di perenggan 22 hingga 24 merupakan aspek titah Tuanku yang secara asasnya merupakan tunjang kesejahteraan rakyat seperti yang diperkenankan oleh Tuanku. Pelaburan dalam bidang pendidikan ialah asas dalam membentuk kesihatan yang baik. Rakyat yang berpendidikan bukan sahaja berupaya membuat pilihan kesihatan yang bermaklumat tetapi berupaya memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan negara. Pendidikan berperanan penting dalam usaha mengubah landskap kemiskinan. Oleh itu, pelaburan dalam bidang pendidikan merupakan pelaburan untuk kesihatan dan kemakmuran rakyat. Buntong menyokong penuh titah Tuanku di peringkat 20 di Perenggan 24 di mana Tuanku dengan kukuh menitah bahawa kerajaan negeri Perak juga boleh melaksanakan inisiatif untuk membantu memastikan kadar tinggi kehadiran murid ke sekolah dan menyediakan pelbagai insentif untuk menarik murid agar terus berada di bilik darjah.
Apakah insentif yang dirancang yang dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk menyahut titah Tuanku untuk memastikan kehadiran murid ke sekolah kekal tinggi dan menyediakan insentif yang memastikan minat murid kekal berada di bilik dan apakah peranan Kerajaan Negeri dalam melengkapkan usaha Kerajaan Persekutuan dalam usaha ini? Buntong menyokong penuh titah Tuanku berkaitan hubung kait kesihatan dan pendidikan adalah penting bagi sebuah komuniti memahami keputusan harian dengan izin lifestyle decisions setiap hari yang boleh menentukan kemampuan mereka untuk menjamin satu kehidupan yang sejahtera. Salah satu masalah kritikal yang selalu dilihat di pejabat saya adalah beban hidup yang terpaksa ditanggung oleh sebuah keluarga apabila salah seorang daripada ahli keluarga menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan penyakit jantung. Yang paling kerap adalah penyakit kencing manis yang mampu mencacatkan keseluruhan keluarga dari segi aspek kewangan terutama apabila penyakit sudah beransur kepada peringkat dialisis. Oleh itu, Buntong meminta Kerajaan Negeri dan Persekutuan memastikan agensi kerajaan seperti klinik-klinik kesihatan tempatan dan desa diperkasakan dengan modal insan dan kepakaran yang secukupnya dan peruntukan yang wajar bagi memastikan masyarakat diberi pendedahan dan kesedaran-kesedaran terhadap pilihan hidup setiap hari. Pusat diabetik yang boleh diwujudkan di setiap klinik kesihatan boleh dioptimumkan sebagai pusat pendidikan kepada masyarakat.
Dato' Yang di-Pertua, Perak juga mempunyai populasi penduduk menua yang paling tinggi di mana 65% daripada populasi di Negeri kita berumur 65 tahun ke atas. Di sini, penggubal undang-undang Kerajaan Negeri serta PBT-PBT berkaitan harus melaksanakan polisi-polisi yang berkaitan supaya kita sedia menghadap realiti yang membimbangkan ini. Pembangunan infrastruktur yang dirancang harus sentiasa memberi perhatian kepada unsur kapasiti populasi terutama populasi menua yang tercabar secara fizikal. Ini adalah realiti masyarakat yang harus diambil kira dalam setiap rangka pembangunan.
Dato' Yang di-Pertua, Buntong juga ingin memasukkan dalam perbahasan saya, klarifikasi yang perlu dikemukakan di Dewan yang mulia ini supaya fakta yang betul dapat dipersembahkan kepada rakyat. Saya mengangkat dengan izin adopt, ucapan rakan saya Astaka berkaitan dengan hujahan beliau terhadap YB Gunong Semanggol. Buntong juga terpanggil menjawab tuduhan tidak betul Gunong Semanggol terhadap kerajaan hari ini yang dikatakan mengenakan cukai-cukai baharu yang membebankan rakyat. Semestinya YB Gunong Semanggol tahu bahawa cukai dikenakan untuk mendapatkan hasil untuk kerajaan supaya rakyat miskin dapat dijaga dan oleh itu, cukai high value goods tax dan capital gains tax dikenakan atau akan dikenakan dan cukai-cukai ini dikenakan kepada golongan kaya dan golongan korporat sahaja dan bukannya rakyat biasa. Buntong menyeru supaya isi kandungan ucapan haruslah tepat dan tidak memesongkan Dewan yang mulia ini.
Dato' Yang di-Pertua, Buntong ingin merekodkan ucapan penghargaan kepada pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Jabatan Pengairan dan Saliran Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua agensi-agensi kerajaan yang sentiasa komited membantu keperluan rakyat Buntong dan mengangkat keperluan Buntong ke peringkat pembuat keputusan. Akhir kata, Dato' Yang di-Pertua, Buntong memohon menyokong usul. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Buntong. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Saya muliakan Dato' Seri Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas pada petang ini. Merafak sembah dan menjunjung kasih serta menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas titah ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak semasa Majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan yang berlangsung pada hari Jumaat yang lalu. Saya memetik satu kaedah fiqh yang sering digunakan dalam bidang Siyasah Syar'iyyah ( تصرف اإلمام على الرعية منوط بالمصلحة). Polisi dan tindakan pemerintah mestilah tertakluk kepada maslahah terhadap rakyat.
Justeru itu, pihak kerajaan mestilah berlaku adil dalam memastikan bantuan sampai kepada rakyat sebagaimana titah Tuanku pada perkara 3. Apa juga hasil negeri yang diperolehi akan dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat. Juga perkara 22 menoktahi kemiskinan tegar menjadi tumpuan kerajaan Beta di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan matlamat mengagihkan kekayaan negeri seadil-adilnya untuk dinikmati oleh setiap rakyat. Belanjawan 2024, Kerajaan memperuntukan RM 5 juta untuk program kotak makanan kepada rakyat yang diedarkan melalui Yayasan Perak. Saya terkilan semenjak bulan Oktober 2023, Kerajaan menghentikan penyaluran kotak makanan sebanyak 50 kotak kepada pusat khidmat tanpa alasan yang munasabah. Sekarang kotak makanan disalurkan melalui NGO. Keputusan ini bukanlah satu tatakelola yang baik kerana NGO bukanlah saluran rasmi rakyat. Jika begitu, Buat sahaja pemilihan untuk NGO di setiap kawasan Dun supaya kita boleh tahu NGO mana yang diamanahkan mengedarkan kotak makanan ini. Pusat khidmat akan salurkan permohonan ke pejabat NGO terbabit.
Sebelum ini, Adun pembangkang dapat RM100,000 (OG) dan RM200,000 untuk perbekalan dan projek untuk kesejahteraan rakyat kami. Untuk tahun 2024 ini. Kesemua peruntukan ini dikategorikan sebagai perbekalan. Tiada peruntukan OG. Sumbangan segera tidak dapat diberikan lagi oleh pusat khidmat. Ada yang datang kerana bayaran bil yang dipotong. Ada rakyat yang keputusan makanan. Ada yang minta untuk dibayarkan deposit bil air, elektrik rumah yang tertunggak. Ada yang datang suami masuk penjara tinggalkan anak. Susu anak perlu dibeli. Sewa rumah tertunggak dan kita tidak dapat memberi bantuan sementara kerana peruntukan ini tidak ada lagi pada tahun 2024 ini.
Peruntukan perbekalan pun kami tiada keistimewaan untuk mengagihkannya seperti mana yang telah disebutkan juga oleh rakan-rakan pembangkang. Lainlah Adun-Adun daripada pemerintah. Apa lagi yang kami ada untuk melayan rakyat kami yang susah dan dihimpit dengan kehidupan yang menekan dengan kos sara hidup yang tinggi. Juga organisasi tertentu yang memerlukan penajaan program bagi merancakkan lagi program mereka PIBG sekolah, KRT, Kelab-Kelab Sukan. Saya memetik kembali kata-kata Menteri Besar yang keluar di Malaysia Gazette pada 21 September 2021. Ketika MB memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah. Apa kata MB ketika itu apabila ditanya oleh wartawan. Masa jadi kerajaan, kita ada kuasa halang pembangkang. Mungkin takut kalau diberi peluang, mereka akan popular daripada kita and then bila kita jadi pembangkang, Kerajaan baru hukum benda yang sama. Tak dapat peruntukan. Tak jadi. Nak jerit kat mana? Dia ikut polisi yang sama. Fikir. Fikir kenapa buat begini? Yang rugi rakyat.
Tidak bagi peruntukan, tidak dapat bagi pada rakyat. Saya bersetuju sangat ketika itu pendirian Menteri Besar. Satu paradigma baru yang dilakukan. Saya merayu demi rakyat yang kami wakili berilah peruntukan seperti tahun yang sebelum ini. Kerajaan ini akan dilihat prihatin, matang dan berwibawa. Saya rasa semua hampir keseluruhan Adun-Adun pembangkang merayu supaya diberikan peruntukan ini. Jadi kalau tak bagi jugak, saya pun tak tahulah. Mungkin saya teringat satu ungkapan skrip daripada satu filem Gila-Gila Remaja, "Roy, Roy. Hati kau keras."
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada perkara 35: Titah Tuanku berkenaan dengan pengiktirafan kepada Majlis Perbandaran Taiping sebagai Best Muslim Friendly Nature Destination. Untuk perhatian sidang Dewan sekalian, satu kajian terperinci yang dibuat oleh (IAP) International Advisory Panel yang diketuai oleh Dr. Omar Bal-Haj, Venture Capitalist Singapore telah mengenal pasti bahawa keunikan pembangunan berlandaskan kegemilangan kebudayaan terdapat di bandar Taiping sebagai Bandar Warisan, hanya terdapat di Masjid Melayu Taiping yang dibina pada tahun 1893. Masjid ini telah diasaskan oleh pedagang India Muslim, mengikut sumber dari Tan Sri SOK Ubaidullah. Nama seperti Nawab Din datang ke Taiping pada tahun 1886 merupakan taikun tekstil yang membekalkan uniform kepada tentera dan polis ketika itu. Anaknya, Datuk Seri Razak yang membina bangunan Majlis Perbandaran Taiping berkonsepkan Istana Kuning, Kuala Kangsar.
Ini antara orang yang terawal berada di Taiping. Tan Sri Profesor Emeritus Khoo Kay Kim menyatakan Bandar Taiping adalah Bandar Raya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1892, setahun sebelum terbinanya masjid melayu ini. Dengan ini difahamkan bahawa pada tahun 1893 masjid ini adalah Masjid Ibu Negara Persekutuan Tanah Melayu yang pertama. Sebenarnya masjid ini telah pun wujud sekitar 1800-1893 hasil penemuan beberapa petunjuk yang ditemui. Masjid yang diasaskan oleh India Muslim ini telah ditukar kepada masjid lama kerana kaum India ramai yang berpindah ke entry port Pulau Pinang, menjadikan masyarakat Melayu sebagai kaum majoriti di Taiping ketika itu.
Timbalan Yang di-Pertua, hasil penelitian dan maklumat semasa, harta Masjid Melayu dianggarkan ketika ini RM70-RM90 juta yang melibatkan jalan utama seperti Jalan Taming Sari, Jalan Kota dan Jalan Masjid. Pembangunan dari Sumber (JAWHAR) Jabatan Wakaf dan Haji di bawah Jabatan Perdana Menteri bersama Majlis Agama Islam Perak di tanah milik Masjid Melayu. Pembangunan seperti perhotelan ini sangat signifikan dengan pengiktirafan yang diberi sempena Majlis World Islamic Tourism Award 2023. Justeru itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Perak melakukan pemuliharaan bangunan Masjid Melayu ini dengan kadar segera kerana terdapat kerosakan yang ketara pada struktur asal masjid. Struktur asal masjid ini juga perlu dipelihara dan dikekalkan seperti Masjid Melayu Pulau Pinang yang terletak di Lebuh Acheh, selaras dengan fatwa yang diwartakan pada 12 Mac 2009 Bilangan 293. Khazanah dan rekod-rekod lama masjid ini perlu dikumpulkan dan dipelihara agar ianya dapat menjadi rujukan generasi akan datang. Betapa pentingnya warisan sejarah ini seperti kata Sejarawan Buyong Adil yang berasal dari Teluk Intan. "Hapus Sejarah; Hilang Bangsa".
Timbalan Yang di-Pertua, pada Perkara 24: Titah Tuanku. Tuanku juga amat mengambil berat berkenaan pendidikan yang menjadi asas kepada pembangunan negara. Saya ingin menarik perhatian kepada produk Jabatan Agama Islam Perak iaitu Tadika Islam Perak. Ianya adalah satu program pendidikan khusus bagi anak-anak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun di seluruh Negeri Perak yang telah bertapak semenjak tahun 1973. Sehingga kini, jumlah kelas dan murid semakin bertambah dengan jumlah 76 buah, 168 orang guru dan 12 orang penyelia Tadika Islam. Persoalan di sini ialah status jawatan terutama penyelia Tadika Islam dilantik secara sementara. Dengan pembayaran elaun bulanan oleh Kerajaan Negeri, status sementara tidak berubah hampir 50 tahun yang lalu. Walaupun kebanyakan guru dan penyelia mempunyai kelayakan akademik yang amat mencukupi, namun sehingga kini masih belum diluluskan sebarang perjawatan.
Justeru itu, amatlah tidak wajar para guru dan penyelia Tadika Islam Perak ini dibiarkan tanpa pembelaan dalam menghadapi kehidupan dan kos sara hidup yang mencabar ketika ini. Isu juga disebut tadi oleh Sungai Manik yang mana bangunan premis operasi pun masih disewa. Sehubungan dengan itu, amatlah wajar agar para penyelia dan guru-guru Tadika Islam Perak dipertimbangkan untuk diberikan tawaran perjawatan tetap dalam perkhidmatan awam negeri memandangkan jasa bakti mereka yang tidak mampu dinilai melalui nilaian dunia bagi menyediakan pelapis kepimpinan Negeri dan Negara pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga 15 Januari 2024 data di laman sesawang Jabatan Agama Islam sebanyak 95 buah pusat tahfiz yang telah berdaftar dan masih terdapat sekitar 20 ke 30 buah lagi yang belum didaftarkan. Apakah halangan kepada maahad tahfiz ini untuk didaftarkan? Apakah syarat-syaratnya tidak dapat ditunaikan? Saya kira faktor terbesar mengapa pusat tahfiz tidak berdaftar ialah kerana masalah kewangan. Difahamkan terdapat 4 elemen prosedur untuk ditempuhi sepanjang proses pendaftaran di bawah Jabatan Agama Islam iaitu agensi Bomba, PDRM, Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kos yang tinggi bagi memenuhi keempat-empat elemen ini, antaranya ialah keselamatan laluan murid sekiranya berlaku kebakaran, penyediaan alat pemadam api, kos penyediaan kelulusan pelan daripada pereka bangunan dan lain-lain kos yang perlu ditanggung bagi memenuhi kesemua elemen prosedur pendaftaran ini.
Bagi menyelesaikan masalah ini saya mencadangkan agar Jabatan Agama Islam turun memantau, melihat, membantu dan memberi suntikan dana segera bagi menyelesaikan pendaftaran ini. Tambahan juga pusat tahfiz menjadi tumpuan ibu bapa menghantar anak-anak mereka kerana kuota di sekolah-sekolah kerajaan kebanyakannya penuh. Saya mencadangkan juga satu bentuk insentif galakan Huffaz diwujudkan untuk menghargai para Huffaz ini. Skim Galakan Al-Quran yang pernah diperkenalkan oleh Yayasan Perak satu ketika dahulu perlu diteruskan. Kerajaan wajar juga meraikan graduan Huffaz 30 juzuk di seluruh Negeri Perak. Saya mencadangkan diadakan Majlis Konvokesyen Huffaz Negeri Perak setiap tahun sebagai satu pengiktirafan kepada mereka. Insya Allah mereka ini tidak berada di tempat tempat maksiat, di konsert yang lagho dan sebagainya. Kita suburkan 'Budaya Cintakan Al-Quran'.
Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan Titah Tuanku pada perkara 15: Berkenaan penggunaan plastik segala guna yang banyak meninggalkan kesan negatif kepada alam sekitar. Saya mencadangkan kerajaan mula memperkenalkan satu inovasi baru dalam melestarikan alam sekitar iaitu penggunaan produk biodegradasi di kalangan masyarakat. Pengurangan penggunaan plastik sekali guna sangat penting untuk melestarikan alam seperti mana titah Tuanku. Hal ini diburukkan lagi apabila plastik ini bercampur bersama sisa sampah yang lain menyebabkan tindakan kimia berlaku dan akan menyebabkan berlaku pencemaran seperti pencemaran tanah, kebakaran dan ancaman hidupan akuatik. Sikap masyarakat yang tidak peka juga akan keburukan penggunaan plastik sekali guna punca lambakan plastik ini. Apabila hampir setiap hari individu menggunakan plastik dalam aktiviti seharian. Penggunaan produk biodegradasi dapat membantu kita mengurangkan penggunaan plastik sekali guna sesuai dengan komitednya kerajaan dalam pelaksanaan Program Perak Lestari dan hasrat Tuanku bagi memastikan kelestarian bumi sentiasa terjaga untuk generasi akan datang. Kerajaan juga perlu bekerjasama dengan persatuan, pertubuhan masyarakat untuk menjadi ejen penggerak dan sebaran kepada masyarakat tentang kepentingan penggunaan produk biodegradasi ini. Kebaikan penggunaan produk biodegradasi ini akan mengurangkan penyakit berjangkit dari menular seperti denggi dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu tempatan. Saya mengambil kesempatan sedikit di mana satu taman, Taman Bestari Kamunting yang berada di Pekan Kamunting dibina sekitar tahun 80an. Ketika ia dibina, sistem perparitan dan aliran air tiada masalah dan sesuai untuk keadaan ketika itu. Perkembangan pembangunan pesat Pekan Kamunting hari ini menyebabkan sistem perparitannya tidak dapat menampung air hujan yang lebat. Banjir kilat kerap berlaku dan ini menyebabkan banyak berlaku kemusnahan harta benda awam. Tambahan pula, Taiping ialah kawasan yang mempunyai kekerapan hujan yang banyak. Justeru itu, saya mencadangkan agar sistem perparitan di Taman Bestari Kamunting ini diperbaharui agar sesuai dengan perkembangan pembangunan hari ini. Keadaan kos sara hidup yang tinggi hari ini menyebabkan kerosakan dan kemusnahan harta penduduk awam sangat membebankan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, laluan jalan sepanjang Batu 5 iaitu Sungai Long menuju Taman Lela sering berlaku kemalangan dan diibaratkan sebagai laluan maut. Laluan terlalu sibuk apabila waktu pagi di mana ketika itu orang keluar untuk bekerja dan anak-anak ke sekolah. Penduduk Batu 5 Sungai Relong yang mahu melintas untuk ke Kamunting sementara sama ada untuk bekerja dan menghantar anak ke sekolah amat berbahaya kerana jalan sesak dan kenderaan bergerak dengan laju. Ramai juga yang menggunakan laluan Kampung Sungai Relong untuk ke sekolah menengah dan Sekolah Rendah Kamunting dan bekerja sekitar kawasan Perindustrian Kamunting menyebabkan berlaku kesesakan di waktu-waktu tertentu. Laluan ini di waktu malam pun agak gelap kerana tiada lampu jalan. Saya amat berterima kasih kepada beberapa tindakan pihak JKR yang telah membuat line kuning trend Bus Bar. Namun begitu, ianya tidak mengubah pendirian pemandu untuk memandu dengan laju.
Pada 22 Januari 2024 keluar berita di Astro Awani yang menyatakan keadaan laluan ini. Saya mohon pihak kerajaan membuat sesuatu tindakan untuk memastikan tiada lagi kemalangan dan permasalahan rakyat ini dapat diatasi kerana ianya boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Untuk terakhir, saya mohon supaya jalan masuk dari jalan utama ke Sekolah Menengah Bukit Jana dan Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Jana diturap. Jalan yang sedia ada begitu uzur, berlubang dan sempit. Sering berlaku kemalangan di kalangan pelajar dan juga ibu bapa. Juga kedapatan ibu bapa yang bertengkar kerana salah menyalahi antara satu sama lain akibat kemalangan. Saya mohon perhatian dari pihak kerajaan akan isu ini. Saya difahamkan permohonan telah pun dihantar kepada pihak yang berkenaan dan mohon tindakan segera pihak kerajaan menjelang pembukaan sekolah sesi 2024 ini. Akhir kalam, saya menyokong penuh titah Duli Tuanku perak Darul Ridzuan. Sekian, Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kamunting. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya terutama sekali terima kasih kerana izinkan saya menjunjung kasih atas titah diraja sempena perasmian Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada hari pertama sidang kali ini. Timbalan Yang di-Pertua, penzahiran Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan menyentuh beberapa prestasi Kerajaan Pusat dan Negeri yang menunjukkan pertumbuhan positif sepanjang tahun 2023. Hala tuju Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri adalah betul dan tepat bagi tahun kewangan 2023. Kerajaan Negeri berjaya menutup akaun dengan surplus RM62.4 juta pada waktu yang sama merekodkan kutipan hasil tertinggi satu kejayaan kerajaan perpaduan yang menunjukkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus kewangan. Walaupun peruntukan belanjawan untuk tahun ini mencecah satu per empat bilion ringgit Malaysia, jumlah tertinggi dalam sejarah kita, tapi saya yakin dengan kaedah Kerajaan Negeri yang sedia ada, kita mampu mencapai surplus bila tutup akaun 2024 nanti.
Bagi perenggan 10 Titah Diraja, saya juga ingin melafazkan penghargaan kepada usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kurungan dalam melaksanakan pelbagai projek di Negeri Perak. 942 projek yang bernilai sebanyak RM95 juta telah membantu menyelenggara fasiliti dan membaik pulih serta menaik taraf kemudahan-kemudahan awam yang memberi manfaat dan menjamin keselamatan para penduduk. Tambahan pula, Pasar Pasir Pinji juga mendapat peruntukan sekurang kurangnya RM12 juta daripada KPKT untuk kerja-kerja bina semula. Terima kasih kepada KPKT. KPKT prihatin dengan keperluan rakyat Negeri Perak. Sehubungan ini, sekali lagi saya nak rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPKT yang bertindak pantas mempertimbangkan peruntukan khas untuk kerja-kerja membina semula Pasar Pasir Puteh yang telah mengalami kebakaran pada 12 Februari yang lepas. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Pejabat Tanah, Majlis Bandaraya Ipoh, Syarikat Konsesi Puncak Emas dan Persatuan SUJI kerana telah bersama dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ipoh Timur dan pusat khidmat saya untuk memberi bantuan kecemasan bernilai RM2,500 kepada setiap penjaja dalam masa kurang daripada 34 jam. Tindakan dan keputusan pantas ini telah memberi keyakinan kepada para penjaja dan rakyat untuk percaya dengan kepimpinan kerajaan perpaduan. Pasar yang berusia 67 tahun ini adalah tempat penting untuk penduduk yang tinggal berdekatan untuk membeli makanan dan keperluan harian serta merangsang pertumbuhan ekonomi kedai-kedai sekitar. Oleh itu, saya minta jasa baik semua pihak agensi yang terlibat untuk berusaha bersama-sama membina semula Pasar Pasir Puteh dalam masa yang paling singkat.
Timbalan Yang di-Pertua, perenggan ke-9 Titah Diraja merupakan berita yang baik kepada para anggota polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang selama ini bertugas di pejabat yang berusia dan usang. Saya percaya inisiatif naik taraf ini akan menggalakkan pasukan polis untuk berkhidmat dengan lebih baik, lebih selesa kepada rakyat dan negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta pertambahan bilangan anggota polis di Ipoh. Ipoh mempunyai populasi lebih daripada 2.26 juta dan bilangan anggota polis seramai 1,803. Nisbah anggota polis adalah 1:1,258 dan sebagai perbandingan. Nisbah piagam piawaian polis antarabangsa 1:225 atau 450 penduduk. Jauh ketinggalan kapasiti polis di Ipoh dan ini membebankan anggota polis untuk menjaga kawasan yang mempunyai populasi yang begitu ramai dan tentu mereka tidak dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Selain itu, sejak akhir-akhir ini banyak kes pecah masuk rumah telah berlaku di kawasan Ipoh Timur seperti Taman Setiu, Kampung Baru, Pasir Pinji dan Taman Ipoh Timur, Canning. Yang paling teruk sekali ada tiga mangsa pecah rumah telah cedera teruk di bahagian kepala dan tangan dan dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan. Oleh itu, memang ada keperluan untuk tambah bilangan polis seramai 3,000 anggota di Ipoh untuk menjamin keselamatan penduduk dan meringankan beban anggota polis yang sedia ada.
Timbalan Yang di-Pertua, perenggan 8 Titah Diraja amat mustahak. Perlu menjadi projek keutamaan untuk diselesaikan. Tebatan banjir merupakan satu cabaran besar untuk Kerajaan Negeri. Banjir ini bukan sahaja memusnahkan infrastruktur, merosakkan harta benda rakyat, malah membawa risiko menyebabkan kecederaan penyakit dan boleh membawa maut. Kerja-kerja tebatan banjir bukannya bergantung kepada JPS sahaja. Ianya memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, kerajaan tempatan malahan penduduk sendiri perlu memainkan peranan penting. Kerja-kerja tempatan akan menjadi lebih senang sekiranya semua pihak bekerjasama. Sebagai contoh, dua bulan lepas melalui usaha pihak majlis dan ahli-ahli majlis untuk mencari punca banjir kilat di kawasan Pasir Pinji. Pihak MBI dah kenal pasti satu longkang tanah sepanjang 400 meter yang tersumbat dan ini menyebabkan risiko banjir kilat bertambah.
Oleh itu, saya meminta sangat bantuan pihak MBI untuk mengenal pasti longkang tanah yang lama terpinggir terutamanya di kawasan luar bandar dan memulakan kerja-kerja pembersihan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mengurangkan risiko banjir kilat dengan lebih berkesan. Saya juga seru pihak Kerajaan Negeri dan kerajaan tempatan untuk mengenakan tindakan undang-undang dan hukuman supaya mereka yang terlibat dalam pembuangan sisa atau bahan buangan ke dalam longkang dapat hukuman yang setimpal dari segi undang-undang. Mereka bukan sahaja menyusahkan para pembersih tetapi juga mengakibatkan banjir kilat yang dapat mendapatkan kerosakan dan kerugian yang lebih serius untuk Kerajaan Negeri dan juga penduduk. Kesedaran juga perlu disampaikan kepada para penduduk terutamanya dibangku sekolah untuk memupuk amalan dan sikap yang baik. Semua pihak yang disebut di atas perlu sentiasa memainkan peranan mereka supaya usaha-usaha membanteras banjir akan berjaya secara menyeluruh dan bila kita kata dengan banjir teringat dengan air. Jadi bila ada air saya ada sikit tambahan untuk pihak LAP dimana paip pecah kerap berlaku di Taman Ipoh Selatan dan tekanan air selalunya rendah. Isu ini memberikan kesulitan kepada penduduk setempat kerana ia menyebabkan bekalan air terganggu. Jadi, saya ingin dapatkan jawapan daripada LAP sama ada LAP mempunyai sebarang solusi untuk jangka masa panjang bagi mengatasi masalah ini. Dan apakah langkah-langkah jangka masa panjang yang boleh diambil untuk menyelesaikan masalah kumbahan enap cemar melimpah dari manhole, dengan izin dari manhole Indah Water yang kerap berlaku di Taman Ipoh Selatan.
Dalam perenggan 16, saya amat bersetuju untuk meminimumkan penggunaan plastik dan ia perlu dimulakan dengan agensi kerajaan untuk menjadi teladan dan contoh kepada rakyat Negeri Perak. Rakyat dah tentu akan merungut dan marah kalau mereka diseru untuk tidak menggunakan beg plastik, tetapi agensi dan jabatan kerajaan pula masih menggunakannya. Amalan tidak menggunakan beg plastik dah tentu tidak dapat dicapai dalam masa singkat kerana ia telah menjadi sebahagian daripada kegunaan seharian dan sukar untuk rakyat berhenti untuk menggunakan beg plastik berhenti dan menggunakan beg kitar semula secara tiba-tiba. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri perlu memberi tumpuan untuk mengadakan kempen kesedaran, memberi insentif atau sebarangan galakan melalui pendidikan dan sebagainya untuk mengajar para rakyat untuk mengurangkan penggunaan plastik secara perlahan-lahan. Pendidikan di sekolah juga sangat penting dan sekiranya kempen ini dapat memupuk murid-murid, maka sudah tentu penggunaan plastik akan berkurangan dan ia bukan sahaja setakat manfaat dari segi mesra alam tetapi juga membantu mengurangkan pelbagai masalah seperti banjir kilat, longkang tersumbat dan masalah sampah haram.
Timbalan Yang di-Pertua, selepas pandemik, kita patut memberi tumpuan sepenuhnya ke dalam sektor ekonomi dan sektor ekonomi sepatutnya lebih terbuka mengikut trend semasa. Kita perlu tarik seberapa banyak peluang untuk rangsang ekonomi negara kita. Seperti sektor pelancongan, kita perlu sediakan tarikan yang dapat menarik perhatian pelancong. Kalaulah kita tak nak berubah dan kekal dengan cara pemikiran lama atau tidak kreatif, maka kita akan gagal untuk menarik pelancong untuk datang berbelanja datang berhabis duit. Dengan Bandaraya Ipoh yang kini telah berada dalam peta muzik setelah menerima pengiktirafan UNESCO pada tahun lepas, kita ada tanggungjawab untuk terus memberi tumpuan dalam sektor muzik. Awal bulan ini, kita ada anjurkan konsert open air, dengan izin di Taman Dr. Terima kasih dan tahniah kepada Pusat Khidmat Adun Kepayang dan MBI. Dua hari lepas, ada satu NGO juga membuat rumah terbuka dan konsert ditempat yang sama. Kedua-dua konsert ini telah menarik beribu-ribu pengunjung dan merangsang kegiatan ekonomi lain seperti penjual makanan dan minuman, mainan, penginapan dan lain lain. Rupa-rupanya Ipoh ni ada banyak tempat-tempat yang berpotensi untuk menganjurkan pelbagai aktiviti dan hiburan untuk ditawarkan kepada pelancong dan penduduk setempat sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Pihak Kerajaan Negeri dan tempatan perlu gigih buat publisiti dan menarik minat sektor hiburan sama ada dalam negara atau dari luar negara untuk menawarkan aktiviti-aktiviti hiburan, kebudayaan, kesenian yang menarik perhatian pelancong Ipoh dan merangsang ekonomi kita. Untuk tahun 2023 sahaja Pejabat Exco Pelancongan dah dapat peruntukan sebanyak RM31.56 juta daripada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf infrastruktur, mempromosikan tempat tarikan produk-produk setempat. Ini adalah satu kejayaan yang amat besar yang dicapai oleh kerajaan negeri yang baru sahaja setahun dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Bagi perenggan 37 Titah Diraja, saya juga ingin mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang sentiasa bersama dengan pihak kerajaan. Baik Kerajaan Pusat ataupun Kerajaan Negeri.
Atas usaha semua, kadar inflasi pada tahun 2023 adalah 1.5% berbanding dengan 4.7% kadar inflasi pada tahun 2021 dan tahun 2022 di bawah kerajaan PN, Perikatan Nasional. Kita perlu nampak ada kerajaan mana yang lebih proaktif, berkesan dan berkhidmat untuk rakyat. Kadar pengangguran juga berkurangan berbanding tahun 2021 dan tahun 2022. Tambahan pula, dengan kemasukan pelaburan RM329.5 bilion berbanding dengan zaman Perikatan Nasional pada tahun 2021 yang hanya dengan kemasukan pelaburan baru sebanyak RM193.7 billion sahaja. Dah jelas, terang lagi, bersuluh pelabur lebih yakin dengan Kerajaan Perpaduan yang stabil berbanding dengan Kerajaan Perikatan Nasional yang pada masa itu langsung tiada apa-apa dasar untuk menarik minat pelabur. Antara ringgit jatuh sedikit dengan beban kepada rakyat, saya pilih untuk menyelamatkan rakyat daripada kedudukan ringgit merupakan petikan apa yang disebut oleh Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 13 Julai 2023 dan dengan kadar inflasi serendah 1.5% menunjukkan ini bukan sahaja visi Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan tetapi ia pun telah dilaksanakan dan bukan cakap kosong sahaja seperti pemerintahan Perikatan Nasional yang dikatakan berkhidmat untuk rakyat tetapi data-data yang ditunjukkan tidak seperti yang dikatakan.
Oleh tu, saya tak setuju dengan sikap wakil pihak pembangkang yang menyalahkan Kerajaan Perpaduan tetapi saya amat bersetuju bahawa punca ekonomi merosot adalah disebabkan tindakan pihak yang sentiasa cuba menggugat kestabilan kerajaan yang membawa kepada ketakutan pelabur untuk melabur tetapi sekarang, Titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada pembukaan Mesyuarat Parlimen pagi tadi mengingatkan bahawa baginda tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat, menganggu gugat kestabilan politik negara. Ini dah tentu akan sekali lagi meyakinkan para pelabur untuk terus melabur di negara yang tercinta ini. Biar pun tomahan sana sini daripada pihak pembangkang saya masih degil untuk menyeru pihak pembangkang untuk bersama-sama membantu kerajaan untuk merangsang perkembangan ekonomi dalam negeri terutamanya dalam usaha kerajaan untuk mempromosikan pelancongan Perak sempena Tahun Melawat Perak ini.
Tiba masanya untuk kalian berhenti cubaan menukar kerajaan, sebaliknya dan sepatutnya YB-YB pembangkang perlu memberi cadangan kepada pihak kerajaan untuk menyempurnakan lagi dasar-dasar kerajaan untuk kebaikan rakyat. Kenalah belajar untuk membantah dengan cadangan yang lebih baik bukannya membantah takkan setakat melawan semata-mata. Biarlah kita berpolitik menjelang pilihan raya bukannya masa sekarang waktu semua nak buat kerja. Walaupun di sebelah sana pembangkang tapi kalian semua tetap dipilih oleh pengundi dan diberikan mandat untuk bersuara. Jadi gunakanlah ruang ini untuk memudahkan kehidupan mereka, bukannya mengganggu kestabilan kerajaan dan menyusahkan rakyat untuk agenda politik.
Pasir Pinji, sikit je.
Dan mengambil semangat perpaduan yang disarankan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, bersatu teguh bercerai roboh, saya ingin mencadangkan apakah salahnya. kalau Dato’ Seri Menteri Besar melihat kepada semua Adun diberi OG, sebagai contoh, mungkin RM50,000.00 atau lebih.
Setuju sangat tu.
Dengan ini saya mengakhiri perbahasan saya. Saya minta menyokong usul ini. Sekian terima kasih.
Boleh tambah ke?
Seterusnya, saya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Assalamualaikum wbt. Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillahirabbilalamin. Solatuwasalam, asyrafilambiya iyalmussolim waalaalihiwasohbihiajmain. (Bacaan doa). Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker yang memberi saya peluang dalam sesi perbahasan kali ini. Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media untuk seluruh rakyat Perak yang mengikuti perbahasan ini. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi kesyukuran dan penghargaan terima kasih kerana mendapat kesempatan untuk turut serta dalam perbahasan usul menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Kelima Belas membuka kalam petang ini. Suka saya membawa satu firman Allah Subhanahu Wata'ala bagi kewajipan pemimpin berlaku adil demi kesejahteraan rakyat Perak Darul Ridzuan. Firman Allah Subhanahuwata'ala. Syahiddah Allah (bacaan Al-Quran). “Bahawasanya tiada Tuhan melainkan dia yang berhak disembah yang sentiasa mentadbirkan seluruh alam dengan keadilan dan para malaikat serta orang-orang yang berilmu mengakui dan menegaskan juga yang demikian. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan dia Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”. Surah Al-Imran ayat 18.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, menyentuh Titah Diraja pada muka surat 12,18 sehingga 21. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak di atas peningkatan penjanaan pendapatan Kerajaan Negeri berkaitan mineral sebanyak 28% lebih tinggi pada tahun 2023 berbanding tahun 2022. Dianggarkan terdapat 1.69 juta tan metrik deposit nan radioaktif rare earth element (NRREE) dengan izin, dianggarkan RM40 bilion. Mengikut Pelan Perak Sejahtera 2030, Kerajaan Negeri telah menggariskan beberapa pelan pembangunan pelombongan lestari yang mampu meningkatkan pelaburan serta keuntungan serta limpahan rahmat kepada rakyat Negeri Perak. Namun begitu, tidak berguna pendapatan yang tinggi diraih dalam sektor mineral. Namun, rakyat sengsara akibat tiada perancangan dan kajian Environment impact assessment (EIA) dengan izin yang telus dilaksanakan sehingga menimbulkan banyak impak negatif terhadap alam sekitar. Saya ingin bertanya adakah Yang Berhormat Exco dan Menteri Besar sedar tentang satu kes yang berlaku di kawasan hak milik Keretapi Tanah Melayu, yakni KTM di Bukit Berapit dalam Dun saya Changkat Jering baru-baru ini. Di mana berlaku kemungkinan pencerobohan haram yang telah menyebabkan pencemaran sungai sekitar akibat perlombongan tersebut. Titah Tuanku Sultan Perak pada pembukaan Dewan Negeri Perak baru-baru ini seolah-olah menjadi satu wakeup call yang ini dengan izin terhadap Kerajaan Negeri Perak yang alpa berkenaan penguatkuasaan yang tegas dan perlulah dilaksanakan dengan lebih kerap terutamanya di kawasan panas yang berpotensi berlaku pencurian atau perlombongan haram daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab. Meneliti kes kemungkinan-kemungkinan haram di kawasan saya.
Saya telah meninjau kawasan yang berkenaan dan hasil pertemuan saya dengan kontraktor berkenaan menunjukkan beliau tiada sebarang dokumen kebenaran. Saya mintak borang ataupun dokumen kebenaran seperti LA iaitu Letter Award dengan izin dan juga signboard pun takdak menakutkan. Begitu juga dengan pelan-pelan projek yang telah dilaksanakan. Saya juga telah berhubung dengan pihak pejabat daerah bagi mendapatkan maklumat lanjut tapi pejabat daerah pun memaklumkan maklumat tiada maklumat tentang projek tersebut. Jadi saya syaklah projek itu adalah projek haram. Sebab itulah selepas tempoh 24 jam saya buat laporan polis untuk siasatan kes tersebut kerana saya syak ianya adalah perlombongan haram. Tapi sehingga ke hari ini saya tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Saya buat laporan itu pada 3 Januari 2024 dan selepas daripada hari beberapa hari dimaklumkan dan saya sendiri pergi kembali ke tempat tersebut dan didapati semua peralatan terutama jentera berat yang telah saya pergi mula-mula ada di situ.
Contohnya macam kapal korek tapi pada saya pergi kembali untuk kali yang kedua. Jentera berat tersebut telah dikeluarkan dan tiada kesan-kesan baru projek seolah-olah dia dah berhenti dah projek tu. Oleh yang demikian, terdapat beberapa persoalan kepada Exco dan pihak berkaitan mengenai isu ini. Yang pertama apakah laporan saya dan saluran mana atau bahagian mana yang sepatutnya bertanggungjawab dalam kes perlombongan seperti ini? Kerajaan perlu rangka tindakan yang konkrit bagi menangani isu perlombongan haram. Yang kedua, apakah status jawatankuasa pemantau perlombongan terutama hasil nadir bumi ini yang melibatkan kerajaan negeri dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan perubahan iklim yang dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar pada sesi sidang yang lepas. Seterusnya menyentuh juga isu NRREE dan Alam Sekitar di Negeri Perak, Changkat Jering juga ingin bertanya kepada kerajaan Negeri Perak berkenaan dengan status terkini projek perintis perlombongan NRREE di Hulu Perak? Apakah projek perintis sebelum ini sama ada berjaya ataupun tidak?
Adakah akan dilaksanakan kepada kawasan-kawasan strategik dan kaya hasil bumi di kawasan Negeri Perak yang lain ataupun adakah projek ini sekadar perintis tanpa kesudahan. Seterusnya mengikut satu laporan EIA yang dikeluarkan pada 7 Julai 2021 yang bertajuk Proposed Mining and Mining Operations off Lanthanide Element Iron and Adoption Deposit in Mukim Kenering dengan izin. Setelah tiga tahun berlalu, adakah terdapat penilaian semula setelah projek ini dilaksanakan? Adakah projek terkini memberi kesan negatif terhadap alam sekitar apabila menggunakan in-situ letting mining method dengan izin? Seterusnya adakah kawasan Changkat Jering mempunyai taburan mineral yang tinggi? Adakah sesuai untuk dilaksanakan projek perintis kedua Negeri Perak yang mematuhi Standard Operation Procedure yakni SOP yang akan memberi peluang jajaran baru untuk ekonomi di Bukit Gantang? Seterusnya, apakah strategi dan dimanakah tempat cadangan kerajaan Negeri Perak bagi memproses REE yang sudah di lombong setelah Kerajaan Persekutuan Malaysia telah memperkenalkan dasar larang eksport RE. Semua yang diberikan oleh Allah Subhanahuwata'ala perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya tanpa memberi kesan buruk terhadap alam sekitar yang bakal kita warisi pada anak cucu kita. Lombong dengan lestari bukan lombong dengan rakus (bacaan Al-Quran) yang bermaksud "janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang membuat kerosakan (Al-Qasas 77).
Timbalan Yang di-Pertua seterusnya berkaitan Majlis Agama Islam Perak. Usaha untuk meningkatkan ekonomi umat Islam juga merupakan suatu jihad yang tidak boleh dipandang ringan oleh MAIPk. Umat Islam yang mempunyai kerajinan dan semangat yang tinggi untuk mengusahakan sesuatu perniagaan yang berdaya maju, wajarlah diberi kemudahan dan bantuan yang sesuai. Pada ketika ini, permohonan untuk mengusaha dan memajukan tanah-tanah wakaf mengambil masa yang agak lama untuk diberi kelulusan. Terdapat banyak tanah-tanah wakaf yang tidak diusahakan. Seharusnya tanah wakaf sedia ada perlulah dimanfaatkan dengan sebaiknya dan mungkin cara memaksimumkan Tanah Wakaf Am sedia ada adalah dengan menggunakan bagi sektor pertanian kontan atau penanaman tidak kekal. Perkara 24 permohonan mauquf yakni kurungan satu dan kurungan dua. Di dalam Enakmen Wakaf Perak 2015 membenarkan tanah wakaf diusahakan selagimana tidak melanggarkan syarak dan mendapat kebenaran majlis. Sebagai contoh, Changkat Jering mencadangkan agar Kerajaan Negeri melaksanakan projek rintis penanaman kontan bawang merah di kawasan wakaf-wakaf yang terbiar bagi meningkatkan penghasilan bawang merah domestik dan mengurangkan kebergantungan bawang merah import. Ini selari dengan hasrat Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menumpukan fokus melalui penanaman bawang merah.
Yang berhormat Timbalan Yang di-Pertua, mengikut statistik Department of Statistic Malaysia, DOSM menunjukkan jumlah penduduk Islam di Negeri Perak melebihi 58% daripada keseluruhan penduduk Negeri Perak. Sebagai orang Islam, pegangan agama adalah sumber kekuatan untuk kita berhadapan dengan apa jua suasana dan cabaran di pelbagai peringkat, institusi agama khususnya Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam Perak akan memainkan peranan dominan dalam memastikan apa yang disebut sebagai sumber kekuatan sentiasa terus terpelihara dan diperkukuhkan lagi di kalangan rakyat jelata. Menyentuh point 31 muka surat 21, patik menjunjung titah Tuanku, bahawa masjid bukanlah semata-mata tempat untuk beribadah sahaja, bahkan mencakupi pelbagai aspek kerohanian, ekonomi dan sosial. Majlis Agama Islam Perak haruslah sentiasa lebih peka dan bersedia membuat perancangan yang lebih sesuai dan berkesan mengikut cabaran dan persekitaran mencabar sejak akhir akhir ini. Lebih berat lagi apabila penguatkuasaan undang-undang yang telah digubal Kerajaan Negeri semata-mata untuk menghalang umat Islam melakukan perkara yang dilarang oleh Allah tidak dapat dilaksanakan hanya semata-mata disebabkan ianya bertindih dengan Undang-Undang Persekutuan.
Saya mencadangkan Kerajaan Negeri perlu mewujudkan task force yakni dengan izin bagaimana hendak menangani masalah masalah seperti ini. Kita buat undang-undang untuk orang Islam sahaja pun itu tidak dibenarkan. Di manakah kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tuan-tuan boleh rujuk Perkara 3 (1) di mana Islam adalah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Apa yang berlaku sekarang ini seolah-olah agama Islam tidak boleh diamalkan dengan aman dan damai. Timbalan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang akan saya kemukakan dalam Dewan yang mulia ini berkenaan dengan harta berbeku yang tidak dituntut atau pusaka yang berpusat.
Changkat Jering, Mohon bagi laluan.
Setakat ini.
Mohon bagi laluan. Mohon bagi laluan Changkat Jering.
Mohon elok-elok
Dia tak bagi duduklah.
Changkat Jering.
Duduk-duduk
Tronoh duduk.
Changkat Jering mohon bagi laluan
Saya banyak lagi banyak nak sampai satgi tunggu masa sikit ya dan ini sudah sekian lama menjadi masalah kepada masyarakat…
Sudah tak bagi duduklah.
Tronoh sila duduk, dia tak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua, kenyataan yang dibuat itu memang tidak berasas memang tidak berasas langsung.
Ekoran dari kes yang meningkat setiap tahun akibat dari itu, maka timbulah pelbagai…
Duduk-duduk
Isu yang memberi kesan yang amat negatif kepada pihak-pihak yang terlibat khususnya ahli waris. Terdapat banyak faktor serta punca yang membawa kepada berlakunya keadaan ini. Yang pertama, sikap acuh tidak acuh atau sambil lewa masyarakat dalam pengurusan harta pusaka milik mereka. Selain itu, ketidakfahaman masyarakat tentang kaedah dan cara serta prosedur yang perlu dilakukan untuk menguruskan harta pusaka juga merupakan…
Timbalan Yang di-Pertua, perintah tetap.
Faktor penyumbang kepada berlakunya isu harta pusaka yang tidak dituntut semakin bertambah di Malaysia, keadaan ini tidak boleh dibiarkan…
Timbalan Yang di-Pertua.
Changkat Jering. Changkat Jering.
Kaedah dan mekanisma…
Tronoh sila baca.
Untuk menyelesaikan kemelut ini dari terus berlarutan.
Timbalan Yang di-Pertua, Yang di-Pertua saya ingin merujuk kepada perintah tetap.
Tak dapat dinafikan bahawa ukur
Changkat Jering. Changkat Jering dia bagi dia guna Perintah Tetap. Bagi dia baca dulu. Sila.
Perintah Tetap Changkat Jering. Henti. Perintah Tetap.
Changkat Jering sila duduk dulu.
Perintah tetap hormat perintah tetap.
Bahawa Hukum Faraid sememangnya sudah…
Tronoh sila baca perintah tetap
Kena beri laluan perintah tetap bukan.
Perintah Tetap 3A. Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab…
Perintah tetap. Changkat Jering perlu bagi laluan. Perintah tetap. Bukan dia mahu celah.
atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Dengan itu saya tadi mendengar apa yang diutarakan oleh Changkat Jering mengatakan bahawa seolah-olahnya Agama Islam tidak dapat tidak boleh diamalkan di di negara ini. Oleh itu, saya percaya kenyataan itu sememangnya tidak berasas dan saya memohon beliau untuk menarik balik kenyataan tersebut.
Penjelasan dari Changkat Jering…
Ya seolah-olah itu…
Penjelasan.
Bukan saya tak memang tak ini seolah-olah tentang perumpamaan cakap bahasa Melayu seolah olah bukan semestinya…
Speaker buat ruling speaker buat ruling.
Dengan itu, saya memohon speaker kerana itu memang memesongkan Dewan.
Saya katakan.
Perkara itu tidak tidak pernah berlaku sekali dalam negara ini tidak pernah.
Contohnya, saya boleh bagitahu sekarang ini enakmen yang baru sudah diluluskan untuk melibatkan orang Islam sahaja.
Itu tidak termasuk dalam perkara ini.
Dak. Maksud dia…
Tidak. Jangan jangan memesongkan Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat jangan sekali-sekali memesongkan Dewan yang mulia ini.
Ok sekarang ni nak tanya, Yang Berhormat…
Jangan sesekali memesongkan Dewan yang mulia ini.
Tronoh kena baca balik Perlembagaan Persekutuan yang sebenarnya. Apa yang dimaksudkan rujukan Perkara 31. Baca yang tu dulu bagitahu dengan saya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua..
Tronoh duduklah.
Saya merujuk kepada…
Dah dijelaskan apa masalahnya.
Yang dibuat oleh Yang Berhormat tadi…
Saya nak teruskan. Yang Berhormat Tronoh tolong baca artikel...
Changkat Jering, Changkat Jering penjelasan.
Ya.
Penjelasan. Sila jelaskan tadi rakyat tu perkataan.
Saya dah jelaskan tadi.
Apa yang ingin Yang Berhormat menjelaskan?
Ok saya jelaskan tadi maksud dia perkara sekolah agama yang tidak boleh diamalkan dengan aman dan damai seolah olah sama juga seolah olah dengan bukan orang Islam. Contoh dia macam ni agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Jadi kena faham istilah dia punya maksud dalam Perkara rujuk 13. Boleh rujuk kepada
Yang Berhormat tak pernah jadi seolah olahnya agama Islam tidak dapat diamalkan di negara ini. Tak pernah. Tak pernah benda ini berlaku. Jadi Yang Berhormat sedang memesongkan dewan yang mulia ini. Jadi saya memohon Yang Berhormat untuk tarik balik tarik balik.
Speaker . Speaker buat ruling la.
Dengan aman dan damai.
Tarik balik. Yang Berhormat sila tarik balik kenyataan yang dibuat tu.
Speaker buat ruling la you bukan buat ruling you sudah sebut…
Dan bukan Agama Islam tidak boleh diamalkan dengan aman seolah-olah kena faham ayat seolah-olah tapi itu saya bubuh seolah-olah…
Tronoh, Tronoh sila duduk dulu. Saya akan merujuk kepada hansard pada malam ini. Ok. So, sila.
Changkat Jering Saya celah sikit.
Apa yang tepuk-tepuk ni.
Saya cadangkan. Terus saya sambung dengan hukum faraid. Saya cadangkan pihak kerajaan perlu sediakan sekurang kurangnya seorang pegawai sebagai perunding mahir dalam hukum-hukum faraid bagi setiap daerah untuk kemudahan orang ramai berurusan. Selain itu, kewujudan berbagai bagai bidang kuasa secara tidak langsungnya telah menyebabkan orang awam merasakan ia amat rumit dan mengelirukan untuk menguruskan pembahagian harta pusaka ini. Lebih teruk lagi bagi mereka yang tinggal di pedalaman. Mereka hanya mempunyai pengetahuan yang terbatas ekoran daripada kurangnya pendedahan tentang hal yang berkaitan dengan pengurusan harta pusaka.
Oleh itu, sistem pengurusan dan pembahagian harta pusaka ini menjadi kurang berkesan kerana ramai yang terkeliru kerana seharusnya mereka memulakan permohonan pembahagian harta pusaka ini. Kesukaran inilah yang menyebabkan hilangnya motivasi diri pada diri mereka untuk membuat dan menguruskan pengagihan harta pusaka dalam kalangan mereka. Selain daripada itu, tempoh proses pengurusan pembahagian harta pusaka yang mengambil masa yang panjang dan lama. Saya berharap pihak kerajaan ada perancangan atau mekanisme-mekasnisme yang boleh menyelesaikan masalah ini yang berlanjutan sekian lama dan bertambah dari masa ke semasa.
Seterusnya, Timbalan Yang di-Pertua melestari isu sekitar kawasan Changkat Jering. Isu sewa yang terlalu mahal di kawasan laman Changkat Jering sebelum ini telah melesukan kerancakan ekonomi komuniti sekitar apabila peniaga tidak dapat menyewa akibat kos operasi terlalu tinggi. Saya memohon pihak berkuasa tempatan dan Exco menilai dan semak semula sewa yang berpatutan bagi merancakkan kembali ekonomi setempat di laman Changkat Jering. Saya juga mencadangkan agar kawasan ini diceriakan semula dengan kemudahan dan fasiliti yang baik demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat di Changkat Jering. Mural atau wall painting dengan izin di kawasan ini juga boleh dilakukan bagi menceriakan dan mempromosikan melawat Tahun Melawat Perak 2024 di Changkat Jering.
Timbalan Yang di-Pertua, kejayaan Malaysia Madani pimpinan PMX telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara NTER dengan izin fasa satu dan dua. Ini sangat sesuai dan selari dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar greenhouse gas (GHG) dengan izin pada 2030 sebanyak 50%. Kerajaan Negeri Perak telah membangunkan kawasan perindustrian baru berteknologi tinggi Kerian yang akan merancakkan kadar pulangan negeri pada masa akan datang yang memfokuskan bidang bio tenaga, pertanian dan elektronik. Tahniah saya ucapkan. Saya juga mengesyorkan pada pihak Kerajaan Negeri Perak untuk meneroka kawasan-kawasan yang strategik di kawasan Changkat Jering untuk dibangunkan ladang-ladang solar yang boleh membantu dan menggunakan tanah yang terbentang di Changkat Jering dengan sebaiknya dan pada masa yang sama menyumbang kepada ekonomi peralihan tenaga.
Kawasan Larut Matang dan selama juga antara kawasan yang mempunyai taburan pokok kelapa sawit yang tinggi. Saya mencadangkan kepada pihak MITI dan pihak bertanggungjawab untuk membangunkan kilang pemprosesan kelapa sawit dan minyak masak premium di Changkat Jering. Cadangan ini tidak lain tidak bukan akan meningkatkan pelaburan meningkatkan pelaburan Negeri Perak dan membuka peluang pekerjaan. Sisa sawit yang diproses juga boleh digunakan untuk pengeluaran tenaga melalui pelan biojisim yang mungkin boleh dilaksanakan di sana serta membantu realisasikan idea NTER yang digagaskan yang digagaskan Malaysia Madani. Lokasi Changkat Jering dan jaringan baru lebuh raya WCE sangat sesuai dan lokasi strategik bagi kemudahan akses supply chain dengan izin ke seluruh Malaysia. Mohon perhatian pihak kerajaan Negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, sejarah membuktikan bahawa orang melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak merupakan pemilik tunggal di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Penjajahan barat yang melangkaui jangka masa lebih 500 tahun telah mengubah corak politik dan sosial di bumi Melayu ini. Berdasarkan Titah Diraja Tuanku, saya mengucapkan tahniah di atas kadar pengangguran menurun ke paras sebelum pandemik iaitu 3.3%. Namun begitu, orang Melayu telah diketepikan pelbagai hak oleh pihak penjajah untuk maju sama ada dalam bidang perniagaan, pertanian dan pendidikan kerana ingin mengekalkan kuasa tanpa tentangan oleh penduduk asal bumi bertuah ini. Maka sewajarnya segala usaha ini untuk mengenepikan hak orang Melayu dengan cara mengubah fakta sejarah perlu kerana setelah sekian lama…
Changkat Jering, Changkat Jering satu minit lagi.
Menderita dan dinafikan hak oleh penjajah. Semua kena sedar mengapa bumi ini dinamakan Persekutuan Tanah Melayu oleh Inggeris. Kiranya bumi ini pemiliknya bukan dalam kalangan orang Melayu. Jangan sesekali bermain api dengan cuba menafikan kedudukan orang Melayu. Sedangkan terlalu banyak toleransi yang diberikan khususnya dalam persepakatan antara kaum sebelum ini. Akhir sekali. Pada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, kami dari Adun pembangkang mohon agar peruntukan OG diberikan juga kepada kami memandangkan pusat khidmat kami adalah tumpuan pertama bantuan segera sekiranya apa-apa musibah yang berlaku iaitu seperti banjir, kebakaran dan lain-lain bantuan yang bantuan yang diperlukan seperti mana pembahas-pembahas dari sahabat saya pihak pembangkang sebelum ini. Sekian saya junjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terima kasih. Wallahuaklam.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Changkat Jering. Seterusnya saya menjemput pembahas yang terakhir pada pagi pada hari ini, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Malim Malim Nawar untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Terima kasih yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, para pengamal media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas limpah kurnia dan perkenannya untuk rakyat dan Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta dan dianugerahkan rahmat dan kesejahteraan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Malim Nawar ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ruang yang diberikan untuk berucap bagi sesi sidang Dewan Negeri Perak pada petang ini serta berbesar hati untuk menjunjung Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfurlah. Setiap titah dan saranan yang penuh kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan sentiasa dijunjung ke arah penambahbaikan lagi pentadbiran kerajaan negeri dan keselesaan rakyat jelata negeri Perak dan seluruh rakyat Dun Malim Nawar khususnya.
Yang Berhormat Timbalan Speaker sebelum Malim Nawar masuk ke dalam perbahasan, saya ingin merakamkan simpati kepada mangsa ribut dan angin kencang di sekitar Dun Malim Nawar semalam dan beberapa hari lalu dan ucapan terima kasih kepada semua agensi JPKK dan orang awam yang telah turun padang membantu mangsa-mangsa ini. Terima kasih. Timbalan Speaker, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran berada di tangga ke-12 teratas dunia bagi Indeks Daya Saing Global dalam tempoh sepuluh tahun seperti yang digariskan dalam kerangka ekonomi Madani. Selain kerangka ekonomi madani, kerajaan juga telah melancarkan beberapa pelan lain termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga negara NETR sekaligus dianggarkan membawa peluang perniagaan menjangkaui 1.8 trilion sehingga tahun 2050. Maka kita harus mengakui bahawa tahun ini merupakan tahun untuk kita melaksanakan dasar dan pelan ekonomi yang telah dirancang sebelum ini bagi memantapkan ekonomi untuk berdepan dengan pasaran global yang tidak menentu. Maybank Investment menjangkakan KDNK negara akan berkembang 4.4% pada 2024 berbanding jangkaan pertumbuhan 3.9% pada tahun 2023, dipacu perbelanjaan pengguna yang utuh, peningkatan penggunaan kerajaan dan pelaburan swasta. Ekonomi Malaysia juga dijangka mendapat sokongan daripada pemulihan dalam perkhidmatan berkaitan perdagangan dalam industri perkhidmatan dan pembuatan iaitu pelancongan dan elektronik.
Pelaksanaan dasar gaji progresif dan langkah belanjawan 2024 yang mesra pengguna seperti bonus RM2,000.00 untuk kakitangan perkhidmatan awam dan pesara yang telah dibayar pada Februari 2024 dan peruntukan yang tinggi lebih tinggi untuk program bantuan kewangan untuk individu atau isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana merupakan bukti betapa ekonomi dan kewangan negara berada di landasan yang betul. Malah, kerajaan juga telah meningkatkan usaha untuk memastikan sektor ekonomi digital berada di landasan yang betul bagi mencapai sasaran menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK negara. Sektor itu ketika ini menyumbang kira-kira 23.3 % kepada KDNK dan menyasar menaikkan paras tersebut kepada 25.5 % menjelang 2025. Ekonomi Negeri Perak juga tidak terkecuali daripada memberikan fokus kepada kesejahteraan rakyat selaras dengan tema Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Ekonomi Negeri Perak mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang melalui pemodenan sektor pertanian, peningkatan industri pembuatan, pemaksimuman, potensi sektor pelancongan dan penekanan pada digitalisasi negeri ini dapat mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Oleh yang demikian, Timbalan Yang di-Pertua Malim Nawar berpendapat bahawa kejayaan ini perlu disertai dengan usaha-usaha dalam menangani cabaran-cabaran yang dihadapi. Memberi tumpuan kepada pembangunan yang seimbang, inklusif dan lestari bagi menjadikan ekonomi Perak satu yang dinamik dan berdaya maju.
Dalam konteks ini, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Malim Nawar mohon mencadangkan untuk mewujudkan mini UTC ataupun sebuah kawasan yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan di Kampar Barat. Contohnya Jabatan Imigresen Negara, KWSP, Perkeso, Lembaga Tabung Haji, Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain lain agensi yang berkaitan ditumpukan di satu kawasan di Dun Malim Nawar untuk memudahkan urusan harian rakyat, sekali gus menghidupkan ekonomi lokal di kawasan berkenaan termasuk mewujudkan peluang pekerjaan. Ketika ini, penduduk Kampar terpaksa mendapatkan sebahagian perkhidmatan kerajaan sama ada di Ipoh, Tapah atau pun sejauh ke Teluk Intan yang dilihat sudah tidak bersifat mampan lagi. Malim Nawar mohon Kerajaan Negeri melihat cadangan ini sebagai satu usaha dalam menyepadukan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Selain itu, Timbalan Speaker Malim Nawar ini juga mencadangkan pelaksanaan projek pembangunan Jalan Asas RPT iaitu pembinaan jalan alternatif RPT Batu Putih ke bandar agar siap sejauh hampir satu kilometer dan pembinaan jalan dari Kampung Air Itam Labu ke bandar Agacia sepanjang 5 km di daerah Kampar. Jalan ini akan menghubungkan beberapa kampung dan taman perumahan dengan memberikan manfaat kepada hampir 11 ribu orang penduduk ke pekan Kampar sekaligus mengurangkan kesesakan dan kepadatan kenderaan di jalan utama ke Bandar Baru Kampar.
Dalam konteks pembangunan ekonomi desa pula, Timbalan Speaker dengan membawa suara rakyat dari Kampung Bukit Pekan. Malim Nawar ingin memohon mencadangkan untuk mempergiatkan pengusahaan anyaman mengkuang yang telah diusahakan semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu dan wajarlah kita mengembalikan era kegemilangan penggunaan produk-produk anyaman mengkuang. Ini akan menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat tempatan terutamanya dari golongan wanita, ibu tunggal dan juga para belia yang menceburi pemasaran digital. Namun, hasrat dan semangat penduduk tempatan masih berkobar untuk menaikkan industri anyaman mengkuang ini. Jika para pengusaha dilengkapkan dengan sebidang kawasan bagi penanaman mengkuang yang berkualiti serta beberapa kemudahan-kemudahan asas seperti mesin dan menaiktaraf bangunan yang sedia ada. Maka saya percaya industri kraftangan dalam desa ini dapat berkembang serta ia berpotensi untuk melahirkan tenaga pengajar yang ramai. Kampung Bukit Pekan juga akan menarik pelancong dari dalam mahupun luar negeri.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, sebagai seorang ibu, pastinya motherly instint dengan izin akan sentiasa terserlah di mana sahaja saya berada terutamanya di kawasan awam ataupun dalam bangunan-bangunan untuk memastikan terdapatnya kemudahan yang lengkapi terutamanya bagi seorang ibu yang masih menyusukan bayi. Klinik Desa Mambang Di Awan adalah satu satunya klinik ibu dan anak di sekitar kawasan Mambang Di Awan sehingga ke Tronoh Mines, Daerah Kampar. Dalam seminggu anggaran minima 80 orang ibu akan melawati Klinik Desa Mambang Di Awan ini bersama bayi mereka. Klinik ini dilengkapi dengan bilik rawatan, bilik penyimpanan ubatan, bilik jururawat serta doktor. Namun, ketiadaan bilik penyusuan bayi menyukarkan para ibu menyusu bayi mereka. Memandangkan kadang-kadang kaum bapa juga akan berada di premis itu kerana membawa atau menemani para isteri dan anak untuk tujuan rawatan perubatan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Malim Nawar di sini ingin mohon mencadang serta amat mengharapkan berita baik daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan melibatkan syor untuk membina satu ruangan khas bilik penyusuan bayi di Klinik Desa Mambang Di Awan. Kemudahan ini akan membolehkan para ibu menyusukan serta menguruskan kelengkapan bayi dengan tenang dan selesa.
Timbalan Yang di-Pertua. Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai lembangan sungai yang luasnya meliputi 70 % daripada keluasan Negeri Perak iaitu 20.343 kilometer persegi, manakala terdapat 800 batang sungai termasuk anak sungai dan 11 lembangan sungai utama dengan 48 SAP lembangan. Peranan dan tanggungjawab jabatan yang semakin bertambah di mana JPS telah menerima tambahan peruntukan pembangunan yang besar terutamanya bagi melaksanakan projek-projek di peringkat Negeri dan Persekutuan. Dengan peningkatan peruntukan ini, komitmen dan tanggungjawab akan meningkat kepada bahagian dan JPS daerah kerana jumlah pegawai yang akan menguruskan proses pelaksanaan projek masih sama. Sehubungan dengan itu, Timbalan Yang di-Pertua dengan pertambahan beban dan komplisiti tugas ini, maka jabatan perlu menambah jawatan sedia ada bagi memastikan pegawai tidak terbeban dan bebanan tugas yang sangat tinggi. Bagi merealisasikan pelaksanaan pengurusan projek yang berkualiti serta menepati arahan kerajaan yang berkuat kuasa. Pertambahan jawatan ini sangat penting dalam memastikan pegawai dapat melaksanakan tugas dengan lebih fokus dan efisien dalam memastikan projek projek dapat berjalan dengan lancar, teratur dan kemas. Selain itu, JPS juga berperanan dalam menyelia projek-projek daripada jabatan lain bertepatan dengan arahan Perbendaharaan AP1 iaitu sebagai Jabatan Teknik selain daripada Jabatan Kerja Raya.
Dalam hal ini, kerajaan telah mempertanggungjawabkan JPS sebagai agensi pelaksana untuk semua projek pembangunan fizikal bagi pihak kerajaan. Antara agensi yang mendapatkan khidmat bantuan JPS sebagai Jabatan Teknik adalah Perhilitan, Jabatan Mineral Geosains, FRIM dan Felda. Seperti pihak jabatan, Malim Nawar juga berprihatin diatas kekangan tenaga kerja dan kewujudan stress kepada staf-staf JPS dengan bebanan tugas sedia ada dengan rasa keprihatinan ini. Yang Berhormat Timbalan Speaker Malim Nawar mohon mencadang untuk kerajaan memperkukuhkan struktur organisasi JPS Negeri Perak yang sedia ada terutamanya bagi jawatan-jawatan fleksi bagi mengurangkan tekanan stress di tempat kerja di kalangan warga JPS disebabkan bebanan tugas sedia ada dapat dikurangkan seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang efisien dan sistematik serta melicinkan proses perkhidmatan lantas memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan rakyat.
Speaker, ingin Malim Nawar membawakan salah satu perkara yang dekat di hati saya di dalam Dewan yang mulia ini. Negeri Perak kita dengan keindahan landskap semula jadi warisan sejarah dan kekayaan sumber alam memainkan peranan penting dalam usaha menjaga kelestarian alam sekitar. Walau…walaupun negeri kita menyimpan keunikan ekosistem yang besar, namun cabaran yang dihadapi dalam menjaga kelestarian alamnya tidak dapat diabaikan. Peluang untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar di Perak terletak pada kesedaran dan tanggungjawab kita sebagai masyarakat dan penglibatan komuniti. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2023 telah melancarkan Program Kemampanan Komuniti Bandar. Pelaksanaan Program Kemampanan Komuniti Bandar juga adalah untuk mencapai objektif di bawah tiga matlamat pembangunan Mampan dengan izin Sustainable Development Goals iaitu SDG III memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan pada semua peringkat umur. SDG 11 menjadikan dan penempatan manusia sebagai menyeluruh, selamat, berdaya tahan dan mampan serta SDG 16 menggalakkan masyarakat yang aman dan menyeluruh untuk pembangunan mampan menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan menyeluruh pada semua peringkat.
Sehubungan dengan itu, Timbalan Yang di-Pertua, Malim Nawar mohon mencadangkan supaya program Komuniti Sifar Sisa diperluaskan di Negeri Perak dengan menjadikan Dun Malim Nawar sebagai perintis kepada pelaksanaan program ini. Program Komuniti Sifar Sisa oleh KPKT ini adalah selaras dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa dunia kini diancam dengan impak negatif ke atas alam sekitar akibat penggunaan plastik sekali guna, single use plastik yang tidak terkawal. Usaha ini bertepatan dengan nilai teras Malaysia Madani iaitu kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya, ilmu dan kepelbagaian pandangan yang selari dengan KPKT dan kerajaan negeri Perak. Timbalan Yang di-Pertua, Malim Nawar ingin merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, Pejabat Daerah dan Tanah Batu Gajah, Kinta, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Batu Gajah, JPS, JKR, JKM, TNB, Telekom, Jabatan Bomba, Pejabat RELA, Belia, Pejabat Belia dan Sukan Kampar dan semua agensi yang telah memberikan komitmen dan bekerjasama dalam pembangunan Dun Malim Nawar demi kesejahteraan rakyat sepanjang tahun 2023.
Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan Malaysia, sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik, budaya dan agama telah berjaya membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang inklusif serta mengamalkan prinsip keadilan dan tiada kebencian sesama rakyat. Kedudukan institusi beraja yang diangkat tinggi dalam Perlembagaan Persekutuan menjadi bukti bahawa kesejahteraan negara ini tidak akan dapat diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Memetik Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan. Warga yang memiliki kedewasaan untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki kelemahan di samping kekuatan tetapi warganya berminda pintar memilih untuk menggabungkan kekuatan dan tidak membesar-besarkan kelemahan. Warga yang memiliki semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih untuk bersatu daripada berpecah melalui prinsip keadilan, Timbalan Speaker. Kerajaan Perpaduan hari ini berjaya membina masyarakat yang damai dan sejahtera bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat dan saya percaya rakyat dan Negeri Perak akan terus selamat, aman, makmur dan maju. Sekian perbahasan Malim Nawar. Yang Berhormat Timbalan Tuan Speaker, Malim Nawar mohon menyokong. Terima kasih.
TIMBALAN YANG DI-PERTUA Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Malim Nawar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa, 27 Februari 2024 jam pada 9.00 pagi.