Perak · 27 February 2024
15th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 280 turns · 68,049 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Dato’ Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan, pada hari Selasa, 27 Februari 2024 jam 9.07 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua, Pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama suka untuk saya ingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua ketua jabatan diminta untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR yang terletak di meja masing-masing. Selain itu, Aturan Urusan Mesyuarat berserta senarai giliran soalan-soalan lisan turut boleh diperolehi dengan mengimbas kod tersebut.
Perkara yang kedua pada hari ini sesi perbahasan di atas usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja akan diteruskan lagi oleh semua Ahli Yang Berhormat yang sebelum yang belum berbahas semalam.
Perkara yang ketiga, saya ingin mengalu alukan kehadiran gabungan mahasiswa Perak GMP yang Bersama-sama dengan kita pada hari ini.
Perkara yang keempat, berkenaan hansard rasmi saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12 tengah malam hari yang berkenaan sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 90 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Soalan tambahan yang dua ini, kecuali soalan itu adalah seperti biasa, kalau yang soalan popular yang ada kepentingan rakyat yang lebih pada ketika ini, kita akan benarkan satu lagi. Ok, dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Selamat pagi kepada semua, soalan Simpang Pulai soalan 1.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai kerana telah tanyakan soalan berkenaan Program Perumahan Rakyat iaitu PPR. Untuk makluman Yang Yang Berhormat, secara umumnya kesemua 16 PPR di seluruh Perak ini yang membekalkan sejumlah 2,876 unit rumah mempunyai permintaan yang tinggi. Keadaan ini telah menyebabkan kebanyakan pemohon terpaksa dimasukkan dalam senarai menunggu. Setakat ini, jumlah pemohon yang masih berada dalam status calon simpanan adalah seramai 950 orang. Bagi mengekalkan PPR sebagai rumah transit untuk membantu lebih ramai rakyat dalam jangka masa panjang dan juga untuk sebagai usaha untuk memendekkan tempoh menunggu untuk berlaku adil kepada pemohon yang masih menunggu, keputusan telah dibuat untuk kenaikan kadar harga sewa setiap kali pembaharuan kontrak dibuat iaitu setiap dua tahun. Keputusan ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2024.
Soalan (b) bertanya tentang tunggakan sewa PPR. Sehingga 31 Disember 2023, tunggakan terkumpul bagi sewaan PPR di seluruh negeri Perak adalah sebanyak RM1,063,632,00. Bagi memastikan kelangsungan pentadbiran PPR, LPHP telah mewujudkan pasukan task force sebagai langkah untuk menangani penyewa yang culas membayar sewa. Apabila terdapat penyewa yang tidak endahkan notis-notis peringatan tunggakan sewa yang diedarkan, pasukan task force ini akan mengambil pendekatan untuk menjalankan sesi konsultasi secara bersemuka dengan penyewa terlibat. Tindakan terakhir yang akan diambil pula adalah dengan mengambil tindakan mahkamah terhadap penyewa. Pengalaman task force sebelum ini, terdapat sesetengah penyewa apabila dikeluarkan surat mahkamah dalam masa tempoh yang sangat pendek, telah jelaskan semua tunggakan sewa. Tidak tanpa perlukan bayaran secara ansuran. Ini membuktikan terdapat sesetengah penyewa yang tidak membayar sewa dengan atas sebab sikap masing-masing. Jadi pada tahun 2023, usaha ini dilihat membuahkan hasil di mana kutipan tunggakan meningkat kepada
RM1,628,920.00 berbanding dengan kutipan tunggakan pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM919,334.00.
LPHP sentiasa mengurus dan menyelenggara infrastruktur dan kemudahan asas yang disediakan di setiap PPR di Negeri Perak dengan tujuan meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan penduduk PPR. Bagi tahun 2023, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4.3 juta bagi LPHP untuk menguruskan PPR. Peruntukan ini melibatkan kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan utiliti, kontrak penyelenggaraan lif dan kontrak pembersihan PPR. Manakala Kerajaan Persekutuan melalui KPKT pula telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7,735,000.00 untuk program penyelenggaraan PPR. Ini meliputi kerja-kerja pembaikan infrastruktur utama PPR yang merangkumi kerja pembaikan jalan, bumbung, mengecat dengan jumlah RM2.9 juta dan peruntukan Lif Madani sebanyak RM4,835,000. Peruntukan Lif Madani ini juga telah membolehkan usaha penggantian 5 unit lif baru di Pangsapuri Sri Kepayang, Ipoh. Terima Kasih.
Simpang Pulai.
Terima kasih. Selain daripada penyelenggaran infrastruktur, apakah usaha LPHP dalam meningkatkan kesejahteraan sosial bagi penghuni PPR? Terima kasih.
Untuk makluman Yang Berhormat, di samping kerja penyelenggaraan kemudahan asas PPR, LPHP memang sentiasa adakan usaha untuk mewujudkan program sosial di PPR. Dalam usaha untuk membentuk penghuni PPR yang berdaya saing dan juga sejahtera. Sebagai contoh, pada tahun 2023 di PPR Sri Conolly telah dijalankan kerja menaik taraf gelanggang serbaguna yang dalamnya terdapat gelanggang futsal, gelanggang bola jaring dan gelanggang sepak takraw. Kerja ini dengan tujuan untuk menggalakkan penduduk PPR khususnya anak muda untuk mengamalkan cara hidup yang lebih sihat dan cergas. Pada masa yang sama, perpustakaan mini pula diwujudkan untuk menyediakan ruang membaca dan mengulangkaji bagi anak-anak dari rumah pangsa tersebut. Selain daripada itu, terdapat beberapa program dalam bentuk sosial yang sedang diberi perhatian termasuk kerjasama dengan NGO untuk mewujudkan tuisyen percuma kepada penduduk PPR. Mewujudkan pusat jagaan harian bagi kanak kanak di PPR dan juga menubuhkan Pusat Ekonomi Digital iaitu PEDi. Terima kasih.
Kamunting.
Terima kasih Yang di-Pertua. Ada satu kesalahan ataupun yang menyebabkan tidak disambung setelah dua tahun tak bayar, tak bayar sewa la. Dalam tempoh dua tahun itu, bolehkan ataupun apakah kesalahan yang boleh menyebabkan penghuni rumah PPR ini, rumah dia dirampas ataupun maknanya, di minta keluar lah? Itu soalan saya.
Terima kasih kepada YB Kamunting. Secara umumnya, terdapat beberapa kesalahan atau lebih kepada salahguna unit PPR yang boleh menyebabkan penghuni tersebut diusir daripada unit rumah. Sebagai contoh, ini termasuk tunggakan sewa yang saya sebut tadi dan juga kesalahan sebagai, seperti kes sewa atas sewa, dan sebelum ini juga pernah dilaporkan, contohnya, ada yang sewa kepada pihak ketiga, ada termasuk sewa kepada warga asing dan sebagainya. Ini semua kesalahan yang kalau diambil tindakan memang boleh diambil tindakan untuk pengusiran. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri selama ini memang jarang untuk menjadikan pengusiran itu sebagai opsyen untuk sebagai pilihan utama dalam menangani isu. Biasanya kita akan ambil langkah untuk memahami apa isu sebenarnya. Adakah sebarang cabaran dihadapi menyebabkan dia terdapat yang salahguna dan sebagainya. Khususnya isu berkenaan tunggakan sewa dan kami juga cuba ambil pendekatan dan cara untuk cari penyelesaian yang sebaiknya dan dengan itu juga, memang kita nampak sebab permintaan unit PPR itu sangat tinggi dan terdapat salah guna yang pada masa yang sama. Jadi memang sangat diharapkan supaya semua penyewa PPR dapat mengambil sikap yang lebih proaktif dan sikap bertanggungjawab supaya mematuhi peraturan yang ada untuk sama-sama kita gunakan manfaatkan kemudahan PPR ini untuk sebaik mungkin. Terima kasih.
Memandangkan soalan ini, topik ini sebenarnya banyak berlegar di masyarakat dan popular. Saya benarkan satu soalan lagi Lubok Merbau.
YB ENCIK AZIZI bin MOHAMED RIDZUWAN (LUBOK MERBAU) : Terima kasih Yang di-Pertua, YB Exco. Berapa banyak peruntukan bagi Program Perumahan Rakyat PPR ini yang telah dilaksanakan di Dun Lubok Merbau atau sekitar Kuala Kangsar. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Merbau. Seperti saya kongsikan tentang angka-angka peruntukkan, memang kita jalankan kerja-kerja penyelenggaraan ikut keperluan. Cuma pada ketika ini saya tidak mempunyai angka yang lebih tepat tentang peruntukan yang telah disalurkan untuk Dun Lubok Merbau. Jadi saya akan menjawab secara bertulis kemudian. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dari Lambor ke Kampung Tua, Soalan Bota nombor 2.
YB DATO' MOHD ZOLKAFLY BIN HARUN (LINTANG) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi, salam Perak Sejahtera 2030 dan salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Bota yang telah mengemukakan soalan bagi penjelasan oleh saya pada Dewan ini. Dato' Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, usaha penanaman padi lima kali dalam dua tahun jalan jelapang padi dan Jabatan IADA, Seberang Perak dalam proses mengenal pasti kawasan di dalam jelapang padi di Seberang Perak untuk dijadikan perintis. Perbincangan awal telah dilaksanakan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (JPS). Aspek penting dalam program lima kali setahun ini adalah infrastruktur air dan ketersediaan serta kecukupan air sepanjang tempoh penanaman padi berlaku bagi memastikan pengurusan sawah padi yang dilaksanakan adalah sentiasa bermatlamatkan kepada peningkatan produktiviti dan kualiti.
Walaubagaimanapun, kawasan Bota, Parit adalah kawasan luar jelapang dan di bawah seliaan Jabatan Pertanian Negeri Perak. Program tanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun ini telah mula dilaksanakan pada musim pertama 2023 di kawasan Lambor Kiri Daerah Perak Tengah dan pihak BERNAS sebagai syarikat peneraju. Program ini melibatkan 16 orang pesawah dengan keluasan sawah padi 99.37 hektar.
Untuk makluman Yang Berhormat kawasan ini di dalam proses untuk dimasukkan ke dalam jelapang padi IADA Seberang Perak. Untuk makluman Yang Berhormat juga usaha Kerajaan negeri memastikan benih-benih padi yang dibekalkan. Melalui Jabatan Pertanian yang telah dilantik sebagai agensi pengesah di bawah Skim Pengesahan Benih Sah (SPBP) bertujuan untuk memastikan benih padi yang dikeluarkan oleh pembekal benih padi yang dilantik adalah mengikut syarat dan piawaian yang telah ditetapkan. Antara elemen penting dalam pengeluaran benih padi ialah pemeriksaan ladang, pemeriksaan di loji dan pemeriksaan di makmal. Pemeriksaan pengesan ini bertujuan untuk memastikan benih padi yang dihasilkan adalah memenuhi piawaian seperti yang telah ditetapkan dalam dokumen standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM 2023). Sehingga 31 Disember 2023, Jabatan Pertanian Malaysia telah mengesahkan sebanyak 91,413.46 metrik tan benih padi bagi keperluan petani seluruh Malaysia yang mana jumlah pengeluaran yang mencukupi untuk keperluan penanaman bagi tahun 2023 dan awal tahun 2024.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pesawah dinasihatkan supaya tidak membeli benih padi yang tidak mendapat pengesahan daripada Jabatan Pertanian. Penggunaan benih tidak sah ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya isu berkaitan masalah padi angin, penyakit dan perosak yang boleh menjejaskan kualiti serta industri padi negara. Pesawah juga digalakkan untuk menempah benih padi dari kilang yang berada di negeri Perak. Bagi mengelakkan daripada pengurangan kualiti benih disebabkan faktor pengangkutan. Benih padi yang terdapat di Negeri Perak ialah Kilang Beras Bagan Serai Sdn Bhd terletak di Kerian dan Pusat Benih Padi Felcra Plantation Services Sdn Bhd di Seberang Perak. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Terima kasih Exco. Bota.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya, saya perlukan penjelasan atas masalah pengairan yang sering berlaku kepada pesawah-pesawah padi di Bota, Lambor yang menyatakan kemasukan air ke sawah padi tidak teratur. Pam-pam air yang tidak berfungsi kerana rosak, lambat dibaikilah. Begitu juga dengan ban-ban bendang yang tidak dibaiki. Saya mohon penjelasan atas perkara tersebut. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Bota. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak menyediakan dan menetapkan jadual kemasukan air sebelum air dibekalkan ke petak sawah. Walaubagaimanapun berlaku beberapa permasalahan seperti punca air utama Sungai Perak yang surut disebabkan musim kemarau membuatkan rumah-rumah pam tidak dapat berfungsi dengan baik. Pencerobohan tali air utama juga menyebabkan jumlah air yang dibekalkan berkurangan dan ketiadaan benih padi ketika waktu yang sepatutnya untuk menanam padi. Untuk makluman Yang Berhormat juga Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak sedang menjalankan satu kajian proses rekabentuk. Iaitu pembangunan infrastruktur mekanikal dan elektrikal untuk sistem pengairan serta kerja-kerja berkaitan di bawah Skim Pengairan dalam Daerah Perak Tengah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air untuk tanaman padi. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak JPS sentiasa komited dan membekalkan pam air tambahan kepada kawasan petak sawah yang mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi. Pihak JPS sentiasa berusaha sebaik mungkin dalam membaiki ban-ban yang pecah atau rosak bagi kemudahan dan keselesaan pesawah. Terima kasih.
Terima kasih Exco. Selinsing.
Terima kasih Yang di-Pertua. Dua soalan boleh, berkaitan. Famous-famous ni. Saya minat YB Dato' Zul. Soalan pertama kita mendapat makluman, ramalan daripada Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) berkenaan dengan jangkaan pada 2025 hingga 2035 akan berlaku kemarau panjang. Jadi apakah pelan ataupun langkah-langkah kontigensi dan mitigasi yang dirancang kerajaan bagi memastikan sekuriti makanan terutamanya pengairan padi ini dan juga kelestarian air bagi menghadapi fenomena ini. Kemudian soalan yang kedua itu dia berkait sebab berkenaan dengan air ini. Berlaku kekurangan menjejaskan hasil petani dan ditambah pula dengan masalah yang berlaku pada ketika ini iaitu serangan tikus yang cukup hebat. Ia belah Kerian lah dan juga kejadian tanah jerlus yang belum lagi dapat diselesaikan. Saya membawa luahan hati pesawah ni, luahan mereka saya bawa ke dalam Dewan ni sebab saya sangat kesian, jadi ada dak apa-apa pakej bantuan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya kalau boleh bagi benih padi pun jadilah. Depa kata macam tulah ya Dato'. Jadi itu soalan saya. Terima kasih.
Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan fenomena yang telah dinyatakan tadi yang akan berlaku kesan daripada kemarau 2024. Jadi pihak kerajaan sendiri sentiasa memberikan perhatian berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan pihak agensi dan jabatan akan sentiasa akan memberikan info dan maklumat, apakah yang perlu dilakukan, apa yang perlu tidak dilakukan semasa fenomena itu berlaku. Bagi berkaitan dengan tanah jerlus tadi, berkaitan dengan ancaman ataupun kerosakan perubahan tikus, ini memang menjadi keutamaan daripada pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat ini bagi mengatasi masalah tanah jerlus atau begitu juga dengan ancaman daripada tikus. Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk lawatan kerja ke Daerah Kerian. Ini bukan sahaja perkara yang baru tetapi telah berlaku pada tahun yang lepas dan apa yang telah tindakan yang telah diambil oleh pihak IADA, pihak IADA Kerian telah mengemukakan peruntukan khas bagi proses penyuburan semula tanah.
Tapi untuk tahun ini hanya 500 hektar sahaja dapat dipulihkan dapat dilaksanakan. Bagi keseluruhan lebih daripada 2000 hektar untuk tanah jerlus, IADA memerlukan lebih kurang RM45 juta. Dalam jangka masa tiga ke lima tahun untuk pemulihan tanah jerlus dan Insya Allah saya sendiri akan membawa perkara ini dan saya pun telah kemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan Insya-Allah, kita akan berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri untuk mencadangkan beberapa cadangan-cadangan alternatif bagi mengatasi hilang pendapatan semasa tanah jerlus tidak dapat dilaksanakan atau tidak dapat digunakan untuk penanaman padi, tetapi ini berkaitan dengan soal akta soal peraturan kawasan-kawasan jelapang padi tidak boleh diusahakan dengan tanaman yang lain melainkan penanam padi. Ini syarat daripada kementerian dan sebagainya. Tapi sebenar ini bukanlah perkara yang seperti al-Quran yang tidak boleh diubah dan sebagainya. Jadi melalui Kerajaan Negeri, Insya-Allah kita berusaha dengan sedaya upaya kita untuk membantu menanam padi khususnya menanam padi di daerah Jelapang Padi Kerian yang menghadapi tanah jerlus dan juga ancaman daripada tikus dan Insya-Allah sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. permudahkan segala urusan kita dan apa yang kita hasratkan Dato' Yang di-Pertua akan diterima oleh pihak kementerian dan juga kerajaan pusat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera. Memakai cincin batu geliga, soalan Behrang nombor tiga.
Assalamu'alaikum warahmatullahitaa’la wabarakatuh Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Behrang atas soalan berkaitan dengan kelulusan permohonan kursus NPQEL bagi Negeri Perak tahun 2023. Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Education Leaders (NPQEL) merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan yang bertujuan untuk membentuk kumpulan pemimpin pelapis yang bakal menerajui sekolah di seluruh Malaysia. NPQEL adalah kesinambungan daripada Kursus Kelayakan Profesional Pemimpin Sekolah atau dikenali NPQH yang telah dilancarkan pada 1 Jun 1999 yang lalu. Dari titik permulaan tersebut, NPQH telah mengalami perubahan kepada NPQEL pada tahun 2018. Bagi tujuan memastikan keselarasan dan pendokumentasian, mesyuarat Lembaga Pengajian bertarikh 23 Januari 2018 menetapkan bahawa nama program NPQEL dikekalkan dengan nama sedia ada walaupun pendekatan latihan adalah berbeza.
Program NPQEL adalah latihan menyeluruh atau total training yang merangkumi keseluruhan keperluan asas kompetisi, pengetua dan guru besar. NPQEL juga merupakan satu-satunya program berstruktur secara komprehensif bagi menyediakan barisan bakal Pengetua dan Guru Besar di negara ini. Pada tahun 2011, Institut Aminuddin Baki telah mengubah tempoh program NPQEL kepada lima bulan dan struktur pengajian dilaksana secara blended learning iaitu secara bersemuka, face to face dan e-Pembelajaran. Berdasarkan rekod kelulusan permohonan NPQEL bagi Negeri Perak adalah berdasarkan kepada kuota yang telah diluluskan oleh Institut Aminuddin Baki selaku organisasi yang melaksanakan latihan kursus NPQEL.
Kuota NPQEL 2023 yang diluluskan bagi Negeri Perak adalah 30 orang yang merangkumi 14 calon Pengetua Sekolah Menengah, 1 calon Guru Besar Sekolah Kebangsaan dan 15 calon Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Perincian bilangan calon NPQEL Negeri Perak mengikut Daerah, Bagan Datuk 1 orang daripada
Sekolah Menengah Hilir Perak seorang, Sekolah Menengah Kinta Selatan seorang daripada SJKC Kinta Utara 17 orang, 6 Sekolah Menengah 1 Sekolah Kebangsaan 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kuala Kangsar 2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Larut Matang Selama 5 Sekolah Menengah, 1 Sekolah Jenis Kebangsaan total keseluruhannya 6. Manjung 1 SJ Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Muallim Sekolah Menengah Seorang. Perincian mengikut Sekolah Menengah daripada 12 daerah, hanya 8 ini sahaja daerah yang diberi tawaran untuk mengikuti kursus pada tahun 2023. Kesimpulannya, NPQEL diharap dapat mengupayakan pemimpin di sekolah terutamanya di Negeri Perak sama ada dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan instruksional. Pemimpin sekolah perlu memiliki kompetensi dalam pelbagai aspek untuk tadbir urus sekolah dengan lebih berkesan. Pembangunan pemimpin sekolah yang kompeten serta berprestasi tinggi seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Induk Pendidikan Negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 merupakan wardah utama bagi mendepani cabaran globalisasi dalam pendidikan masa kini. Terima kasih.
Soalan tambahan Behrang sila.
Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat nyatakan syarat-syarat terkini seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk layak memohon NPQEL ini dan adakah kuota tertentu diberikan atau pun secara terbuka ataupun kuota diberikan mengikut daerah supaya guru-guru tempatan dapat mengisi kekosongan jawatan di daerah masing-masing, daerah mereka sendiri dan juga saya ingin bertanya bagaimana pula status guru-guru bergred DG48 di sekolah rendah yang tidak boleh membuat pengisian jawatan pentadbiran dan pergerakan mereka ini dibekukan. Terima kasih.
Terima kasih pada Yang Berhormat Behrang. Berkaitan dengan syarat-syarat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan untuk memohon NPQEL ini ada dua, yang pertama syarat umum iaitu syarat yang menjadi kebiasaan bagi sesuatu urusan kenaikan pangkat Kementerian Pendidikan Malaysia yang pertama mestilah telah disahkan dalam perkhidmatan yang kedua mencapai tahap prestasi yang ditetapkan sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi LNPT dan juga Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PB3P 3 tahun terakhir. Yang kedua yang ketiga, dia bebas daripada tindakan tatatertib, yang keempat telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun. Yang keenam lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, seterusnya bebas daripada senarai peminjam tegar Institusi Pendidikan Pinjaman Pendidikan Malaysia dan diperakukan oleh ketua jabatan atau ketua perkhidmatan.
Manakala bagi syarat khusus yang ingin menyertai kursus NPQEL ini yang pertama bagi pengetua telah dinaikkan gred ke DG48 bagi urusan pemangkuan atau telah dinaikkan pangkat ke gred DG 52 atau DG54 khas untuk penyandang bagi urusan penempatan setara ataupun hakiki. Bagi calon Guru Besar yang perlu berada sekurang-kurangnya 5 tahun di Gred 41 atau telah dinaikkan pangkat ke gred DG42, DG44, DG48 khas untuk penyandang. Kemudian mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu, Pengetua bidang umum manakala bagi Guru Besar bidang umum. Cina dan Tamil bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan juga Cina. Kemudian mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun berkhidmat sebagai Guru
Kanan mata pelajaran yang atupun dikenali sebagai Ketua Bidang, Penolong Kanan termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran di sekolah kurang murid ataupun sekolah Gred B jawatan-jawatan pentadbiran di Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi.
Yang seterusnya dia mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan Pengetua dan Guru Besar tertakluk kepada tarikh kekosongan. Yang terakhir. Dia mesti melepasi tahap pemeriksaan kesihatan yang memuaskan seperti Pekeliling Perenggan 9 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013 berkaitan dengan kuota pengisian jawatan hakiki di sekolah dan juga di daerah pengisian jawatan guru yang berjawatan seperti Penolong Kanan, Guru Kanan Bidang dan sebagainya bagi sesetengah adalah mengikut kekosongan di daerah masing-masing. Pejabat ataupun Pegawai Pendidikan Daerah akan melaksanakan temuduga dalam daerah untuk memilih calon-calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan guru berjawatan di daerah masing-masing. Soalan berkaitan dengan DG48. Seperti sedia maklum, DG48 ini tidak boleh bergerak dan tidak boleh dilantik menjawat jawatan yang berjawatan dan pihak Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan sedang membuat proses akhir untuk mengisi jawatan pentadbiran DG48 ke atas sebelum diangkat untuk kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam. Sehingga kini, status pentadbir DG48 tidak dapat dan tidak boleh digerakkan ke mana-mana jawatan sehingga dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, Alor Pongsu. Timbalan Yang di-Pertua, Alor Pongsu.
Sila. Alor Pongsu, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya berminat dan mengucapkan tahniah lah kepada pihak Exco Pendidikan kita. Sebenarnya NPQEL ini zaman saya dulu tak a da. Tapi apabila saya dah keluarkan ni, saya cuba nak faham. Cuba nak selami perasaan cikgu-cikgu. NPQEL ini dapat merangsang guru-guru. Tapi soalan saya yang pertama, sebab bila dikatakan pemilihan di peringkat PPD, PPD mesti merancang sesuatu. Berlaku di kawasan saya, di kawasan Kerian. Kekosongan enam. Semua diisi oleh orang kita. Yang saya dengar tadi, 2023, Kinta ada 17 orang. Kerian, sorang pun tak ada. Jadi saya minta, saya nak tanya pada YB Exco. Adakah pihak JPN akan kaji semula? Macam kuota yang Behrang sebut tadi supaya setiap daerah ada potensi. Ramai guru-guru di bawah sana kecewa. Bayangkan di Kerian, enam kosong, enam Kinta. Yang kedua tentang pelantikan juga. Adakah pihak JPN akan mengkaji pemilihan pegawai-pegawai di PPD. Berlaku pegawai-pegawai baru di PPD, baru mengajar tak sampai 10 tahun, datang sekolah menegur Guru Besar yang dah mengajar 30 tahun.
Alor Pongsu, soalan. Bukan perbahasan ini.
Sapa yang cakap tu. Tronoh? Sekarang ada Speaker baru ye.
Alor Pongsu. Sila.
Ok. Dah dua soalan tu dah. Dah dua soalan tu. Jadi saya minta YB Exco jawab dua soalan tadi lah. Terima kasih.
Terima kasih pada Alor Pongsu atas dua soalan. Yang pertama, berkaitan dengan kuota bagi setiap daerah. Sebenarnya untuk pengisian jawatan Pengetua dan Guru Besar, mereka yang berminat untuk menjadi Pengetua dan Guru Besar perlu mengisi permohonan secara online berdasarkan syarat khusus dan juga syarat umum seperti yang saya nyatakan tadi dan mereka yang telah pun disaring dalam sistem online itu akan menghadiri temuduga yang dibuat oleh Institut Aminuddin Baki, iaitu temuduga secara online, temuduga fizikal dan juga secara face to face dan di sinilah yang jadi isunya, kuota ataupun pencalonan daripada daerah-daerah yang dinyatakan oleh YB Alor Pongsu tadi seperti yang saya nyatakan hanya lapan daerah dalam Negeri Perak ini yang ada kuota kerana kuota ataupun calon-calon dari daerah-daerah yang sepatutnya ada itu, tidak menepati dan tidak melepasi syarat untuk pencalonan bagi menghadiri kursus NPQEL ini dan perkara ini memang saya faham. Bukan setakat Daerah Kerian, ada beberapa daerah seperti Perak Tengah sendiri pun ada guru-guru besar, pengetua yang dilantik daripada daerah-daerah lain yang mungkin dia juga mengambil satu inisiatif untuk melihat apa kekuatan dan kelemahan sekolah itu dalam proses yang agak lama kerana dia dianggap sebagai orang luar yang datang ke daerah itu dan perkara ini memang saya sendiri telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan supaya kuota ini kalau boleh kita kena ikut berdasarkan kekosongan perjawatan berkenaan di daerah masing-masing supaya pengisian itu boleh dilakukan oleh mereka yang berada di daerah berkenaan.
Berkaitan soalan kedua, pemilihan pegawai-pegawai ini juga, pegawai-pegawai yang layak berdasarkan syarat-syarat tertentu tadi, mereka ini akan membuat permohonan untuk menjadi pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah. Kemudian pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah akan membuat saringan dan juga proses temuduga. Kemudian, nama-nama ini akan diangkat untuk dilantik sebagai pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah berdasarkan kepada kuota dan kekosongan dan juga bidang-bidang tertentu. Saya cukup memahami memang ada di kalangan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah ini yang berkhidmat 10 tahun pergi ke sekolah menegur dan memberi pandangan kepada pengetua dan guru besar tetapi setiap pegawai itu dia ada kekuatan, dia ada kehebatan, dia ada kelebihan yang mungkin pengetua dan guru besar serta kepimpinan itu tidak mengetahui dan secara tak langsung mereka membantu mencemerlangkan sekolah dan menjadikan kebitaraan sekolah itu sebagai sasaran utama. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Behrang. Seterusnya saya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk mengemukakan soalan. Sila.
Bukannya mudah beristeri empat. Soalan saya nombor empat.
Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Speaker. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Sejahtera Perak 2030. Soalan berkaitan dengan keadaan kes Covid-19. Hasil daripada satu kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Dr. Zulkifli pada 23 Disember 2023, yang dikeluar dalam Astro Awani. Saya percaya inilah…untuk makluman Yang Berhormat jumlah kes Covid-19 pada tahun 2022 adalah sebanyak 109,277. Sehingga minggu epidemiologi ke-52 tahun 2023 iaitu bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 30 Disember 2023, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Negeri Perak adalah sebanyak 9,014 kes iaitu penurunan sebanyak 91.8% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022.
Bagi tahun 2024, sehingga 24 Februari 2024 iaitu sehingga Sabtu lepas, jumlah kes Covid-19 direkodkan adalah sebanyak 1,657. Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perak, usaha berterusan telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi meningkatkan kesedaran dan persediaan rakyat Negeri Perak untuk menghadapi peningkatan kes Covid-19 dengan menggalakkan orang ramai mengambil vaksin, melakukan kawalan kesihatan kendiri dan mengamalkan langkah pencegahan melalui platform media sosial. Dalam tempoh pertengahan November 2023 sehingga 15 Januari 2024, sebanyak 60 info grafik dan 5 video telah dikongsikan dan dimuatnaik di laman Facebook JKN dan Pejabat-Pejabat Kesihatan Daerah di Negeri Perak. Selain itu, penyampaian maklumat berkaitan pencegahan Covid-19 ini juga dijalankan melalui saluran radio. Melalui kerjasama dengan Jabatan Penyiaran, dua slot bual bicara di Radio Perak FM telah diadakan iaitu yang pertama Moh Cegah Covid-19 Bersama pada 26 Disember 2023. Yang kedua, kepentingan dos penggalak kedua pada 16 Januari 2024. Di samping itu juga, aktiviti-aktiviti lain juga diteruskan melalui platform sedia ada seperti satu, hebahan awam oleh Unit Bergerak Pendidikan Kesihatan. Dua, bacaan umum semasa perhimpunan atau aktiviti di sekolah.
Maklumat tambahan untuk Yang Berhormat, jumlah dan peratus keseluruhan penduduk Negeri Perak yang menerima vaksin Covid-19 adalah seperti berikut. Dos pertama sebanyak 2,025.795 orang atau 80.7% telah menerima dos pertama. Dos kedua 1,983,833 orang atau 79.1% telah menerima. Booster pertama 1,175,874 orang atau 46.9% dan booster kedua adalah hanya 42,838 orang atau hanya 1.5%. Yang kedua-dua dos dan kedua-dua penggalak diberi semasa Yang Berhormat jadi Exco Kesihatan. Itu adalah fakta. Bagi jumlah kes Covid-19 dan kes kematian di Malaysia. Bagi 2020 kes yang dicatatkan adalah 113,010 kes. Kematian adalah 516 kes. Bagi tahun 2021, jumlah kes yang dicatatkan adalah 2,645,076 kes kematian 31,064 orang. Bagi tahun 2022 jumlah kes yang dicatatkan menurun sikit 2,268,000 dan 591 orang. Kematian dicatatkan adalah 5313 orang. Pada tahun 2023 jumlah kes adalah 202,962 orang dan jumlah kes kematian adalah 400,017 kes. Bagi tahun 2024 sehingga 24 Februari 2024 seramai 46,028 kes telah dicatatkan, kematian adalah 35 orang. Jumlah kes Covid-19 dan kes kematian di Perak tadi adalah seluruh Malaysia. Ini di Perak. Bagi tahun 2020 jumlah kes yang dicatatkan adalah 3195, jumlah kematian adalah 316. Bagi tahun 2021, jumlah kes adalah 125,844 orang, kematian 1390 orang. Bagi tahun 2002 jumlah kes yang dicatatkan adalah 109,277 orang, kematian dicatatkan sebagai 716 orang. Bagi tahun 2023 9,014 orang, kematian adalah 60 dan bagi tahun ini sehingga 24 Februari 2024 Sabtu lepas, jumlah kes yang dicatatkan adalah 1,637 dan kematian adalah 6. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Soalan saya iaitu berkaitan dengan kematian yang dicatatkan sekarang ini iaitu tahun lepas atau pun tahun ini, adakah mereka itu terlibat mengambil vaksin dan yang keduanya mereka yang meninggal dunia Covid-19 itu, adakah dari kalangan mereka ini terdapat penyakit-penyakit yang kritikal atau pun tidak ada apa-apa penyakit disebabkan Covid-19 sahaja meninggal dunia? Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat Selama, yang soalan kedua, adakah kematian ini dari kalangan orang-orang berusia. Itu adalah betul. Kebanyakan kematian yang dicatatkan hampir semua bukan banyak, hampir semua kematian yang dicatatkan pada tahun ini adalah oleh pesakit-pesakit yang mengidap sakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. Bagi menjawab soalan pertama adakah ambil vaksin. Kerajaan Pusat terpaksa melupuskan vaksin khasnya penggalak kedua bernilai hampir RM500 juta sebab minda orang kita tak nak terima penggalak. Sekali mereka dah dapat dos pertama dan dua dos ketiga, mereka berpendapat dos penggalak ketiga dan empat adalah tak penting tetapi jumlah yang tak terima booster kedua booster pertama adalah hampir 50% lebih daripada 50%. Yang booster kedua ini hanya 1.7% saja. Saya tidak tahulah Ketua Pembangkang ada terima atau tidak, ada dapat booster ini atau tidak. Kalau tidak cepat-cepat pergi klinik. Dari itulah kedudukannya.
Pakcik meninggal dunia tapi adakah mereka, yang meninggal dunia tadi?
Soalan tambahan Buntong sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih kepada YB Exco yang memberikan jawapan yang begitu terang. Soalan tambahan saya adalah berkenaan kes denggi. YB Exco sila menjelaskan status kedudukan kes denggi di Perak. Saya faham bahawa usaha mengurangkan kes denggi atau mensifarkan kes denggi adalah tanggungjawab bersama rakyat dan juga agensi kerajaan. Bolehkah YB Exco juga menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh JKN untuk mengawal keadaan kes daripada meningkat lagi? Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Buntong. Betul juga kes denggi ini sekarang adalah dalam keadaan bahaya. Itu adalah fakta dan saya minta kerjasama daripada setiap wakil rakyat di sebelah sana dan sebelah sini bekerjasama dengan JPN atau pun dengan pejabat saya untuk membanteraskan keadaan ini. Pada minggu 8, 2024 sebanyak 233 kes denggi didaftarkan berbanding 87 kes pada minggu epik yang sama bagi tahun lepas. Terdapat peningkatan kes yang didaftarkan berbanding minggu sebelum iaitu sebanyak hanya 31 kes. Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun 2024 adalah 1,475 kes berbanding dengan tahun 2023 iaitu hanya 457 kes pada tempoh yang sama. Terdapat peningkatan kes sebanyak 222.8% iaitu 1,018 kes. Sebanyak 12 daerah telah dilaporkan dengan denggi pada minggu epik 8 iaitu Kinta sebanyak 164 kes iaitu kenaikan 70.39%, Manjung 29 kes kenaikan 12.45%, Kerian 11 kes, LMS 5 kes,
Bagan Datuk dan Hilir Perak masing-masing 4 kes, Batang Padang, Hulu Perak, Kerian, Muallim, Perak Tengah masing-masing 3 kes manakala Kampar 1 kes.
Dari segi daerah, kematian yang dicatatkan bagi tahun 2023 dan 2024 adalah 3 kematian dan ketiga-tiga kematian itu berlaku di Daerah Kinta iaitu 230. Jumlah kes bagi tahun 2023 adalah 231 kes dan jumlah kes di Kinta sahaja bagi tahun 2024 setakat ini adalah 1,063 kes. Jadi Adun-Adun di Daerah Kinta bagus memberi kerjasama sepenuhnya daripada langkah-langkah yang kita ambil. JPN telah mengaturkan beberapa program iaitu program membersihkan kawasan-kawasan tertentu yang kita berpendapat adalah hotspot. Jadi NGO seperti Combi dan pada saat ini saya ingin mengucapkan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada majlis tempatan dan juga Majlis Daerah kerana turun ke padang. Kita dalam usaha untuk menjelaskan dan kita akan teruskan usaha ini dan saya sekali lagi saya ucap terima kasih kepada Adun-Adun yang pernah memberi kerjasama. Kepada yang belum tolong...
Timbalan. Tadi soalan tak ada kaitan. Saya nak pasal covid tadi sebab soalan denggi tak ada kaitan. Saya nak tanya soalan. Boleh. Soalan ya?
Saya rasa soalan sudah...
Satu, satu je. Satu soalan sebab tadi Exco kata 500 juta vaksin covid ni dimusnahkanlah. Maknanya tak pakai, ok. Maknanya vaksin yang telah masuk dalam diri kita ni tempoh kalau saya, seingat saya daripada Pfizer punya vaksin daripada 88% imuniti pada badan kita akan kurang jadi 76%. Tak silap saya 68% daripada Sinovac 76% keberkesanan dia jadi jadi 27%. Itu dalam tempoh 3 ke 6 bulan.
Kamunting, soalan.
Maknanya dalam badan kita ni dah tak ada imuniti covid la. Vaksinlah. Maknanya kalau berlaku.
Kamunting, soalan.
Ini kalau berlaku akhirnya melanda semua kena vaksin baliklah. Maksud dia begitu. Itu soalan saya.
Terima kasih. Jawapannya senang sahaja. Selepas kajian demi kajian demi kajian. World Health Organization telah pun keluarkan vaksin-vaksin ini dan kerajaan kita telah menerima vaksin-vaksin tersebut untuk kebaikan warga Malaysia dan apakah sebabnya 99.3% tidak mahu terima vaksin ini. Jadi adalah di tangan kita wakil rakyat. Kita kena kempen di surau, di masjid, di kuil tetapi nampaknya golongan ini tak peduli. Jadi kalau kena, siapa nak jawab? Betul, saya setuju 3 hingga 6 bulan. Lepas tu, kita masuk ke dos dua. 3 hingga 6 bulan. Jadi, kebanyakan yang terima vaksin ini, jika kena lagi covid, tidaklah macam dulu.Tak serius macam dulu. Yang lebih kurang lima tahun, lima hari boleh sembuh tetapi dulu teruk yang terima. Jadi kita kena galakkan orang kita untuk terima ini.
Kenapa mereka kena terima? Adakah mereka dah puas hati dah dapat dos pertama dah cukup dah. Tak payah ambil dos kedua. Saya dah terima keempat-empat dos.
Mungkin silap faham. Tak macam saya dah terima dos penggalak semua tapi tempoh tu, dalam tempoh enam bulan dia, dia dah imuniti kurang.
Betul, betul.
Adakah contoh kalau saya nanti, maknanya tak ada apa la imuniti ibaratnya?
Soalan saya kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat adakah terima keempat empat suntikan atau tidak? Tolong jelas kepada...
Ok. Kalau yang keempat dia tahan lama mana dalam diri kita?
Ada terima atau tak terima? Oleh kerana Yang Berhormat yang bangkitkan soalan ini, soalan saya kepada Yang Berhormat sebelum saya dapat jawab, adakah Yang Berhormat sendiri ada terima keempat-empat suntikan ini atau tidak? Yes or no? itu sahaja soalan.
Jawab, jawab dulu.
Yes or no?
Jawab dulu.
Saya dah dapat jawapan dah. Terima kasih.
Exco kena jawab. Tak jawab soalan tak jawab soalan Exco.
Duduk. Yang Berhormat semua duduk. Semua sila duduk.
Bukan masalah sapa terima. Sekarang ni, kalau kata rakyat dah masuk dah tak ada imuniti, adakah rakyat akan disuntik balik? Itu tanya dia.
Timbalan Speaker, saya....
Yang Berhormat sendiri tidak bertanggung jawab.
Saya tak ada soalan.
Semua Yang Berhormat sila duduk. Alor Pongsu duduk. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan soalan. Sila.
Jangan pilih kasih.
Duduk semua.
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan sekalian. Soalan Menglembu soalan yang kelima.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Terima kasih Yang Berhormat Menglembu bangkitkan soalan dalam portfolio saya. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri sentiasa peka dan memberi tumpuan tentang pembangunan kemudahan internet, jalur lebar dan infrastruktur telekomunikasi terutamanya di kawasan luar bandar khususnya dalam Negeri Perak. Bagi meningkatkan capaian internet di Negeri Perak, pihak Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Komunikasi dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan bantuan Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai inisiatif. Ianya termasuk melaksanakan inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA yang telah melalui penambahbaikan liputan jalur lebar mudah alih dan sambungan gentian optik ke premis melalui Pelan Jalinan Digital Negara ataupun JENDELA. Bagi Dun Menglembu, sebanyak dua buah menara baharu telah siap beroperasi iaitu di kawasan Lahat dan Kampung Pasir Putih Tambahan. Bagi meningkatkan lagi kadar kualiti dan liputan perkhidmatan internet sedia ada di dalam Dun Menglembu, sebanyak 64 stesen pemancar pula telah siap dinaiktaraf. Dalam pada itu, sebanyak 12,111 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik berkeupayaan gigabait. Pencapaian ini adalah lebih daripada perancangan asal iaitu sebanyak 9,614 premis. Pencapaian yang dinyatakan di atas adalah setakat suku ketiga tahun 2023.
Dalam usaha menambah baik lagi perkhidmatan internet, rangkaian 5G juga telah dilaksanakan di Dun Menglembu dan sebanyak 12 tapak setakat Disember 2023. MCMC seterusnya akan sentiasa memantau liputan dan kualiti perkhidmatan telekomunikasi dan berusaha untuk menambah baik sistem telekomunikasi sedia ada di seluruh Negeri Perak dari semasa ke semasa. Selain itu, pihak Digital Perak yang mewakili Kerajaan Negeri Perak selaku agensi penyelaras infrastruktur telekomunikasi sentiasa melaksanakan sesi libat urus dengan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi memastikan semua kawasan yang menghadapi masalah liputan mudah alih terutamanya di dalam bandar diselesaikan melalui inisiatif penambahbaikan secara terus manakala di bawah inisiatif pembiayaan komersial, sebanyak tiga struktur telekomunikasi baharu telah dibina dan beroperasi sejak tahun 2019 meliputi kawasan Perusahaan Menglembu, kawasan Perindustrian Menglembu dan bandar Seri Botani.
Untuk makluman Yang Berhormat, selain itu, badan komersial seperti Telekom Malaysia ataupun TM sentiasa menyokong usaha dalam menyediakan liputan talian tetap internet berkelajuan tinggi di seluruh negara termasuklah di Negeri Perak dengan kesediaan servis yang bersesuaian kepada semua lapisan masyarakat. Sehingga bulan Disember 2023, 83 ibu sawat TM di Perak telah tersedia dengan perkhidmatan internet jalur lebar tetap ataupun yang kita kenali sebagai UNIFI. Sejumlah daripada 480 ribu port telah disediakan di seluruh Negeri Perak yang membolehkan liputan premis pas perkhidmatan diberikan kepada lebih dari 680 ribu premis kediaman dan perniagaan mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar tetap UNIFI. Berdasarkan kepada rekod TM sehingga Disember 2023, langganan bagi penggunaan internet jalur lebar internet UNIFI di kawasan Dun Menglembu telah mencecah lebih daripada 56% daripada jumlah port yang tersedia. Bagi kawasan kawasan yang masih belum mempunyai perkhidmatan tetapi mempunyai permintaan yang munasabah, pihak TM akan melihat potensi dan kesesuaian bagi menyediakan perkhidmatan melalui kajian pelaburan di kawasan tersebut dalam usaha meluaskan lagi rangkaian jalur lebar UNIFI di semua Daerah di Perak termasuklah di kawasan Dun Menglembu. Secara kesimpulannya, Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Pusat sentiasa menyokong aspirasi penggunaan platform digital dengan lebih cekap dengan menyediakan kemudahan talian yang bersesuaian. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan? Menglembu, sila.
Terima kasih jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Kita semua difahamkan bahawa infrastruktur telekomunikasi telah dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara. Soalan saya, apakah perancangan Kerajaan Negeri dan juga MCMC bagi mempercepatkan perluasan infrastruktur telekomunikasi ini?
Terima kasih Yang Berhormat Menglembu, sekali lagi membangkitkan soalan tambahan. Timbalan Yang di-Pertua, bagi mencapai sasaran yang ditetapkan dalam usaha mempercepatkan perluasan infrastruktur telekomunikasi, Kerajaan Negeri melalui bantuan pihak Persekutuan termasuklah MCMC bersama-sama wakil Kerajaan Negeri iaitu Digital Perak telah melaksanakan pelbagai pendekatan yang proaktif. Antara pendekatan yang digunakan termasuklah pertama, mengadakan sesi libat urus secara terus dengan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi sama ada penyedia rangkaian 4G seperti Maxis, Celcom, DiGi, U Mobile, Unifi Mobile atau YTL mahu pun pihak Digital Nasional Berhad selaku Penyedia Perkhidmatan Tunggal 5G dalam mengenalpasti LAN router syarikat seterusnya memantau status pelaksanaan dari masa ke semasa.
Kedua, memudah cara proses pembinaan struktur telekomunikasi baru melalui penambahbaikan kepada tempoh kelulusan permit di peringkat PBT dan PDT, TOL dan permit khas. Ketiga, menguatkuasakan kad laporan prestasi kepada semua Deployment Partner Telekomunikasi lantikan Kerajaan Negeri bagi memastikan pematuhan kepada polisi dasar semasa Kerajaan Negeri. Keempat, melaksanakan proses kelulusan khas di peringkat Kerajaan Negeri seperti kelulusan di bawah Laluan Khas Permit PBT dan Permit Khas PTG di bawah Program JENDELA dan 5G DNB dan terakhir yang kelima, melaksanakan program khas bersama pihak PBT dan agensi teknikal yang lain seperti program penggantian lampu jalan kepada struktur lampu jalan smart pole melalui sewaan dan penggantian lampu jalan sedia ada kepada struktur berintegrasi pemancar telekomunikasi yang turut menggabungkan elemen Smart City termasuk sensor dan juga IG.
Timbalan Speaker, Manjoi.
Manjoi, sila.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya kepada YB Exco, sahabat saya. Saya sering mendapat aduan yang terkini daripada penduduk di sekitar kawasan Meru Perdana. Khususnya mereka yang bekerja di atas talian dan juga yang bisnes. Jalankan bisnes menggunakan internet yang kuat dan juga pendidikan anak-anak. Pada waktu anak memerlukan internet yang kuat untuk belajar online. Masalah yang masih berlaku di kawasan Meru. Kediaman Meru Perdana 2, network coverage low yang sangat rendah. Jika boleh saya bertanya kepada YB Exco, adakah tindakan terkini di peringkat YB Exco dan juga agensi berkaitan untuk kita menangani masalah network coverage low di Laluan Meru Perdana 4, Meru Perdana 5, Meru Perdana 6, Laluan Meru Perdana 7, 8, 9 dan 10? Saya bagi spesifik ini sebab memang laluan ni saya turun dan memang kalau kita test handset kita sendiri dan juga kita punya Tab, internet di situ sangat-sangat lemah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco.
Terima kasih sahabat saya daripada Manjoi yang membangkitkan soalan tentang telekomunikasi, masalah network connectivity di Kediaman Meru Laluan 4, 5, 6?
Laluan Meru Perdana 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Ini laluan dia lah.
Saya ambil maklum tentang perihal ini. Kita akan minta pasukan daripada MCMC untuk turun padang sebab sepertimana kita tahu Meru ni kawasan yang pesat membangun. Jadi mungkin ada pemancar-pemancar kawasan tersebut perlu diselenggara dan dinaiktaraf dan sebagainya. Sebab dulu mungkin kapasiti penduduknya kurang. Kini mungkin bertambah. Tapi apa pun terima kasih YB Manjoi membangkitkan perihal ni. Saya akan minta daripada MCMC untuk turun padang. Kita test network, coverage dan sebagainya dan kalau perlu kita cari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah. Terima kasih.
Timbalan Speaker, saya mohon satu soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Seterusnya, duduk-duduk. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Pinji, soalan nombor 6.
Terima kasih Timbalan Speaker dan soalan daripada Pasir Pinji. Setiap Kampung Baru Cina di Perak sebenarnya mempunyai sejarah budaya dan warisan masing-masing yang berpotensi untuk dinaikkan ekonominya Dan Kerajaan Negeri sentiasa dalam usaha untuk bangunkan ekonomi kampung Baru. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mempunyai perancangan dalam bangunkan potensi Kampung Baru Cina disamping merancakkan ekonomi setempat dan juga membela kebajikan penduduk. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan membantu dalam melaksanakan dasar-dasar yang dibawa oleh KPKT dari semasa ke semasa dan untuk makluman semua, Kerajaan Negeri telah menggariskan 3 strategi utama dengan berpaksikan konsep place making iaitu naik taraf kemudahan asas, lengkapkan rangkaian ekonomi dan juga perkenalkan produk dan jenama Kampung Baru.
Untuk meningkatkan taraf hidup di Kampung Baru dan meningkatkan ekonomi Kampung Baru, usaha yang paling penting sekali adalah menaik taraf kemudahan asas. Kerajaan Negeri akan meneruskan hala tuju yang diperkenalkan oleh KPKT untuk tingkatkan infrastruktur asas Kampung-Kampung Baru Cina di Negeri Perak dan untuk makluman semua, Negeri Perak telah memperoleh limpahan yang cukup banyak sekali daripada KPKT pada tahun lepas. Dari projek naiktaraf kemudahan seperti jalan, longkang dan juga projek baik-pulih dan bina baru rumah sehinggalah pemasangan lampu solar. Jumlah peruntukan KPKT kepada 160 buah Kampung Baru Cina di seluruh Perak pada tahun lepas adalah hampir RM30juta iaitu sebanyak RM29,690,919.00 dan ini merupakan jumlah peruntukan Kampung Baru Cina yang paling tinggi dalam sejarah Perak dan tentang strategi kedua, iaitu melengkapkan rangkaian ekonomi Kampung Baru.
Sebenarnya, Kampung Baru Cina telah lama mengamalkan pelbagai aktiviti ekonomi seperti kegiatan pertanian, perladangan dan perikanan dan Negeri Perak ini sebenarnya mempunyai banyak Kampung Baru Cina yang unik dan memberikan sumbangan besar kepada pembangunan ekonomi Negara. Sebagai contoh, selepas Kampung Sekinchan, sebenarnya Kampung Baru Chui Chak yang berlokasi di kawasan Langkap merupakan tempat tanaman padi kedua terbesar di Negara kita. Dan untuk sebelah utara Perak, Kota Tampan, Padang Grus, Air Kala, Selat Pagar dan sebagainya sebenarnya tanaman durian di situ tidak akan kalah kepada Raub dan Bentong, Pahang dan Kampung Baru Kuala Kuang sekarang telah menjadi salah satu tapak tanaman jagung yang terkenal di seluruh Negara dan dalam bidang pertanian dan perikanan, Kerajaan Negeri dengan bantuan pelbagai agensi pakar tentunya akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada para pengusaha tempatan untuk meningkatkan hasil tanaman dan mencipta peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan saya rasa dan saya berpegang kalau rancangan sebegini dapat dilaksanakan secara mampan, Kampung Baru boleh memainkan peranan penting dalam membantu untuk menjamin keterjaminan makanan negara kita dan di samping itu, sesetengah Kampung Baru pun mempunyai sumber alam dan budaya yang unik.
Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk bangunkan industri tersebut dan mencipta peluang pekerjaan dan juga pendapatan bagi penduduk tempatan. Contohnya, kalau kita pergi ke Bagan Datuk, Kampung Sungai Burung, dia memiliki Blue Tears dan Sky Mirror yang merupakan sangat menarik dan menarik pelancong dari luar daerah atau pun dari luar Negara dan Kampung Baru Kuala Sepetang di kawasan LMS. Dia sebenarnya mempunyai jalan kereta api pertama di negara ini.
Selain itu juga mempunyai kawasan hutan bakau yang cukup indah dan seni pembuatan arang kayu yang bersejarah dan Kampung Baru Pasir Bedamar di Teluk Intan pula mempunyai Pulau Bangau di mana pelancong boleh menyaksikan pemandangan beribu-ribu burung bangau pulang ke pulau tersebut pada pukul 5 sehingga 6 petang dan sebagai Kerajaan Negeri, kami akan integrasikan semua pengusaha tempatan agar penduduk tempatan berpeluang untuk libatkan diri secara aktif untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan kampung secara langsung atau tidak langsung dan yang paling akhir sekali berkenaan dengan memperkasakan produk dan jenama Kampung Baru. Sebenarnya usaha ini kita akan berpaksikan prinsip.
Saya rasa kamera tersebut tidak menghala ke arah Exco. Kamera tu tunjuk ke kerusi kosong. Sekarang dah ada, Terima kasih.
Terima kasih Bercham. Saya teruskan dengan strategi ketiga tentang memperkasakan produk dan jenama Kampung Baru. Sebenarnya prinsip utama price making saya selalu sebut adalah memastikan komuniti tempatan yang ada di tempat itu boleh terlibat dan memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan pelbagai projek di bawah paying prise making dan oleh itu, selain merangka pelan pembangunan kampung baru tersebut, kita nak pastikan komuniti dapat menyertai secara menyeluruh dan supaya lebih banyak sokongan dan sumber sedia ada. Kita dapat diintegrasikan dengan lebih berkesan dan selepas itu baru kita menganalisis dan menetapkan industri atau sektor yang sesuai dengan kampung baru tersebut. Takkan kita pergi jadikan Kampung Baru perikanan sebagai Kampung Baru yang pergi menanam padi. Ini tak wajar dan seperti mana yang dinyatakan tadi, setiap kampung baru memang mempunyai kegiatan ekonomi yang berbeza dan unik dan itu sebab kita kena guna konsep prise making yang diguna pakai oleh negara Jepun dan Taiwan untuk memperkasakan produk dan jenama Kampung Baru masing-masing dan untuk makluman semua sebenarnya di Perak ini, banyak kampung baharu yang mempunyai jenama dan produk masing-masing yang memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti sos cili daripada Kampung Baru Koh, Biskut Hiong Piah daripada Kampung Baru Pasir Bedamar, Arang Kayu dari Kampung Baru Sepetang dan sebagainya.
Dengan ini, produk-produk dan jenama akan berkembang dan secara tidak langsung peluang pekerjaan akan jadi banyak dan ini akan buka kesempatan kepada anak-anak muda yang bekerja. Perantau yang terpaksa kerja di bandar untuk balik ke Kampung Baru untuk bekerja untuk cari ekonomi, cari rezeki dan sebagainya dan dalam pada itu, kerajaan juga akan membantu pengusaha tempatan untuk merancang strategi pemasaran mereka serta membantu mereka untuk promosikan produk mereka dan kita yakin dengan strategi-strategi sedemikian, tentunya kita mampu bangunkan ekonomi Kampung Baru dan tentunya kita akan naikkan ekonomi negeri Perak secara langsung. Sekian sahaja Terima kasih.
Soalan tambahan Pasir Pinji, sila.
Terima kasih atas jawapan oleh Exco. Kampung Baru memang mempunyai pelbagai makanan setempat yang enak dan juga unik seperti di Kampung Baru Pasir Pinji. Ia boleh dikenali sebagai food paradise. Jadi dengan pelbagai makanan yang sering dikunjungi oleh pengunjung dan tadi Exco pun anda katakan bahawa memang ada banyak produk di banyak kampung-kampung dan soalan saya secara terperinci apakah dan bagaimanakah penduduk setempat atau pengusaha setempat boleh bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan produk-produk makanan mereka untuk menjana lebih pendapatan dan merangsang ekonomi Kampung Baru? Sebab memang ada banyak penduduk setempat yang kecil-kecilan. Macam mana nak promosikan produk mereka.
Terima kasih soalan tambahan daripada Pasir Pinji. Saya rasa kalau kita nak jayakan usaha sedemikian yang melibatkan peniaga kecil-kecilan, supaya kita dapat merancakkan penjualan mereka dan sebagainya. Saya rasa ini memerlukan usaha bersama daripada wakil rakyat setempat daripada Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan dan untuk Kerajaan Negeri, dia bukan sahaja YB, Exco yang menjaga Kampung Baru. Ia mungkin kena melibatkan yang menjaga pelancongan yang menjaga kebudayaan dan sebagainya supaya kita dapat rancakkan usaha integrasikan apa yang kita ada contoh dengan kerjasama daripada Tourism Perak untuk viralkan dalam tiktok dan sebagainya supaya pelancong luar daerah dan luar negeri mereka tahu dan mereka akan datang dan tentunya ini akan merancakkan ekonomi setempat dan sebagainya. Sekian terima kasih.
Seterusnya, saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk mengemukakan soalan, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Soalan Ayer Kuning, soalan 7, terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ayer Kuning bertanyakan soalan yang berkaitan dengan program-program yang dilangsungkan di daerah Batang Padang dan khususnya bagi Dun Ayer Kuning berkaitan dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Sepertimana Yang Berhormat maklum, Perak Sejahtera 2030 merupakan satu pelan bersifat inklusif dalam merancang pembangunan semua daerah berdasarkan kepada potensi dan sumber termasuk Daerah Batang Padang.
Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Ayer Kuning berkaitan perancangan khusus dalam masa terdekat di Daerah Batang Padang terutamanya Dun Ayer Kuning. Pelbagai projek pembangunan telah dirancang dan sedang giat dibangunkan yang akan memberi limpahan ekonomi dan manfaat kepada masyarakat. Antara projek-projek tersebut adalah yang pertama, pembangunan Bandar Baru Tapah Road. Berdasarkan kepada Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 yang menjadi sebahagian skop Perak Sejahtera 2030, satu projek bandar baharu yang berkeluasan empat ribu ekar berhampiran UiTM, Tapah akan dibangunkan dan dijangka menjadi nadi pertumbuhan ekonomi baharu di dalam kawasan Dun Ayer Kuning.
Yang kedua, Kompleks Perniagaan Bidor Sentral. Projek ini merupakan projek pemangkin yang mana terdapat sebuah bangunan Terminal Bidor Sentral yang menyediakan perkhidmatan terminal bas, pusat boling, supermarket, dewan konvensyen, dewan badminton dan kemudahan sokongan lain. Projek yang dilaksanakan oleh Syarikat Perak Transit Berhad ini telah mencapai tahap 90% siap dan dijangka akan mula beroperasi tidak lama lagi. Yang ketiga, Bandar Integrasi Hub Getah Bidor atau Bidor Glove City. Bidor Glove City merupakan projek flagship dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 Penggantian dan telah pun diluluskan Kebenaran Merancang, KM. Bagi Fasa 1, 243.72 ekar dan fasa kedua 66.11 ekar. Keseluruhan tapak projek adalah berjumlah 846 ekar. Projek yang sedang dibangunkan ini adalah berkonsepkan perindustrian produk yang berasaskan getah, sarung tangan. Projek ini dilihat dapat menyokong kepesatan pembangunan dan keperluan industri serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan Dun Ayer Kuning.
Bagi sektor pelancongan pula, terdapat empat kategori produk pelancongan yang difokuskan di daerah ini iaitu eko-pelancongan, agro-pelancongan, pelancongan warisan dan budaya dan pelancongan makanan dan minuman seperti yang digariskan dalam rancangan tempatan Daerah Batang Padang, Dun Ayer Kuning yang berada di kluster keenam iaitu Tanjong Malim, Sungkai dan Tapah turut mempunyai perancangan dalam sektor pelancongan. Produk-produk pelancongan di lokasi tersebut dimasukkan di dalam peta pelancongan Negeri Perak dan dipakejkan untuk dipromosikan kepada pelancong. Ini bermakna Dun Ayer kuning secara tidak langsung akan dapat menerima limpahan ekonomi dari destinasi pelancongan di sekitarnya. Melihat kepada potensi Daerah Batang Padang yang dikenali masyarakat sebagai tumpuan pelancongan dengan keunikan aset sumber alam semula jadinya, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada produk pelancongan yang terdapat di daerah Batang Padang seperti Tasik Temoh, Lata Kinjang, Lata Iskandar, Kampung Pos Muso Che Lee, Hutan Rekreasi Kuala Woh dan Pusat Konservasi Hidupan Liar untuk dipromosikan sempena Tahun Melawat Perak 2024. Selain itu, penganjuran acara pelancongan seperti Family Day with bicycle in conjunction with world bicycle day, Pesta Berakit at Sungai Batang Padang, festival Orang Asli at Tapah dan sebagainya juga dapat menarik pelancong untuk berkunjung di kluster tersebut termasuklah di Dun Ayer Kuning, terima kasih.
Soalan tambahan. Ayer Kuning, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan yang telah diberi oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Manjada Wajjada. Jadi ucapkan terima kasih, tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas kerja keras untuk membantu meningkatkan bukan sahaja ekonomi di kawasan Ayer Kuning tetapi juga di Negeri Perak yang kita cintai ini. Terima kasih Dato’ Seri. Jadi soalan tambahan adakah projek-projek yang besar dalam Pelan Perak Sejahtera akan dibawa ke Kawasan Ayer Kuning? Kita tahu bahawa dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 khususnya Batang Padang dan Ayer Kuning difokuskan berkaitan dengan keterjaminan makanan, iaitu food security. Adalah menjadi kerugian jika kita tidak bangunkan dengan segera kerana di Daerah Batang Padang ini masih mempunyai banyak tanah-tanah kerajaan yang berpotensi untuk dibangunkan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, saya bersedia pada bila-bila masa untuk membantu untuk merealisasikan demi rakyat dan negeri yang tercinta ini. Terima kasih.
Terima kasih Ayer Kuning. Seperti, sebenarnya dalam NIC untuk Batang Padang, memang kita masukkan dia juga sebagai hub pertanian. Jadi oleh kerana Yang Berhormat Ayer Kuning mengatakan bahawa Yang Berhormat bersedia untuk membantu kerajaan, saya sebutkan di merata tempat bahawa Pelan Perak 2030 ini adalah pelan yang dinamik, tidak statik. Jadi Yang Berhormat boleh, masih boleh untuk memberi pandangan, komitmen supaya kita dari masa ke semasa dapat menyesuaikan kawasan-kawasan kita termasuk daerah supaya pembangunan itu pembangunan yang benar-benar memberi kebaikan kepada rakyat kita daripada masa ke semasa. Walaupun kita sebut Pelan Perak Sejahtera 2030, ia bukan bermakna terhenti setakat 2030. Ia boleh berterusan sampai bila-bila kerana ia adalah program yang dinamik, terima kasih.
Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan soalan, sila.
Timbalan Yang di-Pertua, soalan Tronoh soalan nombor 8.
Assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatu. Salam sejahtera, salam Perak Sejahtera 2030, salam perpaduan. Saya berterima kasih kepada YB Tronoh yang telah mengemukakan soalan berkenaan dengan jalan di khususnya di Tronoh. Bagi Jalan Persekutuan ataupun federal road, dengan izin dan jalan negeri atau state road di bawah seliaan JKR, Jabatan Kerja Raya, pihak JKR telah melantik konsesi penyenggaraan jalan dimana skop penyenggaraan rutin merangkumi penampalan pothole, lubang jalan, dengan izin mengikut spesifikasi yang telah pun ditetapkan. Selain itu, pihak JKR melalui program penyenggaraan berkala, pavemen juga mengenalpasti lokasi-lokasi mengikut keutamaan berdasarkan penilaian ditapak dan juga melaksanakan penyenggaraan tersebut secara berperingkat-peringkat.
Perancangan bagi penyenggaraan jalan dan juga penurapan semula jalan di Laluan Persekutuan khususnya di kawasan Dun Tronoh, Dun YB adalah seperti berikut, permohonan bagi kerja-kerja berkala, pavemen atau PP tahun ini, bagi Jalan FT 005, Jalan Jelapang – Ipoh - Ayer Keroh, kita memohon RM7.5 juta. Bagi laluan FT073 daripada Jalan Siputeh ke Batu Hampar, ianya berjumlah RM1 juta. Bagi jalan FT 3152 jalan Bemban, dia menelan belanja RM800 ribu. Keseluruhan pavemen ataupun keseluruhan berkala, pavemen berkala ini adalah RM9.3 juta. Manakala permohonan bagi kerja-kerja berkala atau berkala bukan berkala pavemen atau PPB tahun ini. Projek berkala bukan pavemen, FT 005, jalan Jelapang – Ipoh - Air Tawar menelan belanja RM2.05 juta. Bagi FT 073, jalan Siputeh - Batu Hampar ianya menelan belanja RM1.15 juta dan bagi FT 3152 permohonan daripada JKR pula, jalan Bemban adalah RM130 ribu. Jumlah keseluruhan BBP ini adalah RM3.33 juta.
Penyenggaraan jalan khususnya di kawasan jalan Majlis Bandaraya Ipoh telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pihak syarikat konsesi Puncak Emas Sendirian Berhad. Sepertimana yang telah dilantik sejak bulan Ogos 2019 lagi. Perancangan senggaraan jalan ini terbahagi secara rutin dan berkala seperti mana telah pun termaktub dalam perjanjian kontrak tersebut. Secara khususnya kemalangan disebabkan kerosakan jalan yang melibatkan jalan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh bagi tahun 2023 tahun lepas, adalah sebanyak 21 kes kemalangan. Yang ketiganya pelan perancangan bagi penurapan semula jalan semua jalan-jalan dalam kawasan jalan Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh telah mengambil kira perkara-perkara seperti berikut.
Yang pertamanya perancangan pelaksanaan adalah berdasarkan kepada hasil siasatan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh ataupun MBI, syarikat konsesi dan permohonan daripada pihak-pihak awam. Keutamaan diberikan bagi jalan bandaran serta jalan utama yang menunjukkan kadar bilangan pengguna jalan yang meningkat dan tinggi. Lokasi yang telah pun dikenalpasti bagi penurapan semula jalan untuk tahun 2024 tahun ini adalah seperti berikut, ini jawapan kepada YB Tronoh. Sebahagian Jalan Raja Ashman Shah, sebahagian Jalan Raja Ashman Shah, B kawasan pusat Perniagaan Greentown. C, sebahagian Jalan Sultan Azlan Shah, Sultan Azlan Selatan, Azlan Shah Selatan yang D Jalan Seri Botani Utama dan E Jalan Medan Ipoh II, Medan Ipoh Bistari. Majlis Bandaran Batu Gajah pula melaksanakan perkara-perkara berikut.
Oleh kerana Tronoh di bawah Majlis Bandaran Batu Gajah, maka inilah kerja-kerja yang telah dirancangkan. Pertama melaksanakan pemeriksaan secara berkala di lapangan oleh Majlis Bandaran Batu Gajah. Yang keduanya memperuntukkan bajet tahunan untuk kerja-kerja selenggaraan jalan. Yang ketiganya melaksanakan tindakan adhoc dengan membuat tampalan secara turapan coldmax, dengan izin dalam tempoh 24 jam. Ini mengikut piawaian-piawaian dikenakan oleh majlis bandaran. Yang keempatnya pada tahun 2023 tahun lepas dan sehingga kini, Majlis Daerah Batu Gajah tidak menerima aduan kemalangan yang disebabkan keadaan jalan yang tidak sempurna. Terima kasih Timbalan yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Tronoh sila.
Terima kasih kepada YB Exco atas satu jawapan yang agak konklusif dan seperti yang kita tahu di sini, saya sering kali melihat bahawa kemalangan yang berlaku di jalan raya ini. Jadi soalan saya adakah pihak yang berkenaan seperti JKR ataupun mana-mana pihak seperti PBT mempunyai punca kuasa untuk membuat tuntutan kerosakan perabot jalan daripada pihak insurans yang merosakkan perabot-perabot jalan tersebut dan soalan yang kedua adalah sekiranya ada mangsa-mangsa yang jatuh ataupun mempunyai kerosakan terhadap kenderaan beliau berkenaan dengan jalan berlubang ini, adakah mangsa tersebut boleh membuat tuntutan kos kerosakan kepada seperti kos menukar tayar dan sebagainya.
Terima kasih YB Tronoh. Soalan berkenaan dengan kerosakan perabot jalan akibat daripada perbuatan yang dibuat oleh orang awam ya. Pertamanya insuran kepada perabot jalan sendiri. Yang keduanya insuran kepada yang yang membuat laporan itu. Kita tidak boleh menghalang orang awam untuk membuat apa-apa laporan polis dan kemudiannya mengambil tindakan mahkamah tetapi di dalam perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Puncak Emas dikenakan Puncak Emas bertanggungjawab dalam apa jua kemalangan. Jadi kalau sekiranya dibawa ke mahkamah, jadi mereka sendiri dalam perjanjian itu perlu bertanggungjawab untuk melihat, menyiasat kemalangan tersebut dan kalau sekiranya ianya berpunca daripada kelalaian mereka, maka mereka bertanggungjawab. Jadi di sini adalah menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri juga bertanggungjawab memastikan kalau sekiranya ada kerosakan kepada perabot jalan, maka pihak mereka boleh menuntut kepada pelaku ataupun pelaku kalau sekiranya tidak menuntut sama ada kemalangan tersebut menyebabkan kerosakan kepada kenderaan dia iaitu itu ada termaktub dalam perjanjian tersebut. Jadi pihak Perak Kerajaan Negeri memberikan semua tanggungjawab itu kepada Puncak Emas apabila mereka menandatangani kerajaan dengan Kerajaan Negeri dengan perjanjian bersama-sama dengan majlis-majlis perbandaran yang lain. Sekian, terima kasih.
Bercham sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya ada dua-dua bahagian. Bahagian pertama adalah tentang lampu jalan. Di mana orang awam masih tak pasti sama ada lampu jalan tersebut adalah kawalselia oleh Puncak Emas, TNB atau pun JKR. Saya di sini kalau ada sebahagian besar daripada tiang lampu TNB mereka ada label tetapi bagi Puncak Emas dan JKR, JKR ada sikit. Tapi kalau Puncak Emas memang tak ada. Itu masuk tiang lampu bergalvani. Kalau boleh kami minta pihak kerajaan menggesa agar ketiga-tiga agensi ini untuk melabelkan ke semua lampu tiang lampu jalan tersebut menyenangkan agar wakil rakyat ataupun orang awam memberikan aduan agar tiang secara spesifik. Bahagian kedua pula berkenaan dengan kecuaian pemandu kenderaan. Di mana mereka memandu kereta melanggar tiang lampu, melanggar tiang lampu isyarat tetapi kebanyakannya dibiayai oleh pihak kerajaan sendiri untuk tanggung kerosakan tersebut. Adakah sebab kenderaan ini ada sebahagian mereka ada membeli insurans public liability dengan izin? Adakah pihak kerajaan mengenakan caj ataupun hukuman kepada mereka agar mereka membayar sebahagian daripada kerosakan tersebut sebab ini tidak adil kepada kerajaan? Terima kasih.
Terima kasih YB Bercham berkenaan dengan soalan. Dua soalan sebenarnya. Yang pertamanya apabila kenderaan awam melanggar perabot jalan, sama ada tiang ke papan tanda ke sebenarnya ada hak kuasa diberi kepada majlis bandaran untuk membuat saman. Kalau sekiranya dia boleh mengesan siapa yang melanggar itu. Tapi kebiasaannya YB bila melanggar, kebanyakan kes tu mereka lari. Pihak PBT akhirnya terpaksa tanggung repair untuk membaiki sama ada divider jalan ke sama ada papan tanda dan sebagainya. Kes itu memang biasa berlaku tapi biasanya kita tak dapat nak kesan siapa melanggar tersebut. Kecualilah kalau dia melibatkan nyawa melibatkan kemalangan yang tak dapat mereka lari yang itu tu kita boleh sama-sama berunding. Tapi nak beritahunya kalau sekiranya berkenaan lampu jalan yang gelap. Kalau ia di bawah majlis bandaran, maka tanggungjawab untuk menukar lampu itu adalah tanggungjawab majlis bandaran, tapi mana-mana jalan negeri dan jalan persekutuan. Kita dua konsesi dua syarikat yang bertanggungjawab tapi kebanyakan jalan-jalan berkenaan dengan lampu jalan. Ini adalah tanggungjawab bahagian JKR elektrik di JKR Elektrik akan memastikan siasatan. Kalau di majlis bandaran akan serahkan kepada majlis perbandaran. Tapi kalau jalan negeri dan jalan persekutuan, kita ada JKR elektrik yang akan berikan sedikit bantuan untuk memberikan pencahayaan ke jalan-jalan yang gelap. Itu sahaja, terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan, sila.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Jalan-Jalan ke Pulau Sembilan, Soalan Pengkalan Hulu nombor 0.
Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Hulu. Kerajaan Negeri cakna bahawa Pengkalan Hulu mempunyai kekuatan sebagai salah satu kawasan pelancongan berasaskan eko pelancongan dan warisan, di mana sektor ini sentiasa diberi penekanan yang khusus memandangkan ia merupakan antara empat fokus utama untuk menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 bersama dengan segmen kebudayaan dan astronomi. Terdapat beberapa tempat bersejarah di Pengkalan Hulu seperti Istana Raja Reman, Makam Permaisuri Che Ning, isteri kepada Raja Reman yang terakhir iaitu Tuan Jagung dan Memorial Tragedi Kroh-Betong. Oleh itu, Kerajaan Negeri bukan sahaja telah menyediakan bantuan insentif projek infrastruktur seperti membekal dan memasang papan tanda Fun Map di pintu-pintu sempadan yang terdapat di Pengkalan Hulu bagi menghebahkan mengenai kawasan eko-pelancongan dan warisan, malahan turut diaturkan program dan acara di kawasan Pengkalan Hulu untuk meraikan kepelbagaian warisan di sana. Dalam usaha merancakkan sektor pelancongan di Pengkalan Hulu, Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak telah menyenaraikan beberapa acara pelancongan di Pengkalan Hulu dalam kalendar acara pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2024 seperti pertandingan fotografi, pelancongan-pelancongan Pengkalan Hulu, Jom Makan Durian Kroh, Pengkalan Hulu, Karnival Pengkalan Hulu dan sebagainya. Usaha ini sudah semestinya mendapat sambutan dan membantu memberi nilai tambah kepada daerah juga dan mampu untuk menyumbang terus menyumbang kesejahteraan komuniti setempat terutamanya pengusaha-pengusaha di kawasan sekitar.
Untuk makluman semua bagi merancakkan pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2024, Kerajaan Negeri pada tahun 2023 telah meluluskan peruntukan seperti berikut dan kesemua projek ini telah siap dilaksanakan. Antaranya membekal dan memasang papan tanda tunjuk arah lokasi produk pelancongan di Pengkalan Hulu berserta gambar berjumlah RM60 ribu. Membekal papan tanda Fun Map di sempadan antarabangsa Perak, Thailand berjumlah RM35 ribu. Membekal papan tanda Fun Map di sempadan Pengkalan Hulu, Gerik RM35 ribu. Selain itu, terdapat projek-projek dalam pelaksanaan di Pengkalan Hulu iaitu Pembangunan Trail Pelancongan Pengkalan Hulu di bawah Rolling Plan Ke-3 tahun 2023 sebagai salah satu projek pembangunan kawasan sempadan di utara Semenanjung Malaysia untuk dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara.
Skop pembangunan meliputi pembangunan semula Tasek Takong, pembangunan Pusat Riadah Bukit Berapit, menaik taraf Crow Hot Spring and Riverside serta penyediaan dan pelaksanaan Program Latihan Pembangunan Modal insan. Garis masa pelaksanaan pembangunan bermula Suku Suku Keempat Tahun 2023 dan dijangka dapat diserahkan kepada Majlis Daerah Pengkalan Hulu pada suku kedua tahun 2025. Selain daripada projek-projek yang dikatakan infra tadi, kita juga menyediakan bantuan apabila kita menerima permohonan daripada pemain-pemain industri. Seperti baru-baru ini, saya telah meluluskan juga sebanyak RM20 ribu untuk Pesta Songkran yang merupakan antara yang terbesar di luar Thailand yang setiap tahun diadakan di Pengkalan Hulu.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan daripada Pengkalan Hulu. Selain daripada yang disebut oleh Yang Berhormat Exco berkenaan dengan Istana Raja Reman dan makam isterinya, ada satu lagi tempat sejarah di Pengkalan Hulu iaitu Gua Gendang, yang menjadi satu tempat dulu persembunyian ialah komunis dan juga Gua Gendang ini mempunyai keistimewaannya tujuh kegelapan malam. Gelap daripada malam lagilah. Jadi masalah di Gua Gendang ini kita masih belum ada kemudahan elektrik. Jadi mungkin Yang Berhormat Exco bolehlah dan dan saya ucapkan sebelum terima kasih kepada Yang Berhormat Exco kena turun pada tahun lalu pada 19 September tak ingat saya, walaupun saya tak dijemput bersama, tapi saya ucapkan terima kasih. Cuma soalan saya, adakah masalah ini akan diselesaikan akan diberi perhatian oleh Yang Berhormat Exco, tentang masalah di Gua Gendang ini? Masalah utama adalah masalah bekalan elektrik. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Saya difahamkan bahawa Gua Gendang memang telah mendapat perhatian dan sedang mendapat perhatian majlis dan juga majlis telah menyerahkan kepada operator. Cumanya dalam segi bekalan elektrik tu, mungkin pihak operator sendiri kena memohon daripada TNB. Itu salah satu antaranya yang kita perlu lihat. Keduanya juga cuma kita masuk topik Pengkalan Hulu ni. Ingin saya juga nak bawakan. Sebenarnya Pengkalan Hulu ni tidak boleh kita nak bangunkan secara sendirian kerana Pengkalan Hulu ni dia mungkin jauh daripada pusat kita di Ipoh tetapi dia mempunyai kelebihannya ialah Ia merupakan pintu masuk ke Negeri Perak. Ini salah satu dan dalam yang itu juga kita melihat ia perlu dibangunkan secara bersekali daripada jajaran Kuala Kangsar, Pengkalan Hulu di mana ia boleh disambungkan kepada pusat kepada pusat iaitu di Ipoh di Greater Ipoh iaitu di Kuala Kangsar sehinggalah ke pintu masuk. Kalau kita nak lihat sebenarnya kita tidak boleh berharap kepada rakyat Negeri Perak asyik keluar masuk ikut Kedah dan Perlis, seperti mana pada masa yang sama kita mempunyai pintu masuk kita tersendiri.
Jadi sebenarnya ia merupakan satu perancangan jangka panjang untuk Negeri Perak. Cumanya pada masa kini, kita tidak nampak lagi dengan mata kita secara fizikal. Seperti yang kita tahu dan maklum bahawa sekarang, Ipoh telah berjaya menjadi salah satu tarikan utama di Semenanjung Malaysia kepada semua pelancong-pelancong atau pelawat-pelawat yang datang ke negara atau negeri kita. Cumanya, selepas itu kita perlu membesarkan macam umpama perumpamaan kita selalu cakap. Kita tidak perlu berebut satu kek. Kalau semua nak berebut satu kek susah. Apa yang kita perlu buat adalah besarkan kek. Jadi kita, saya di sini, saya sentiasa bersikap terbuka dan saya ucapkan terima kasih kepada pentadbiran-pentadbiran terdahulu yang mempunyai wawasan dan pandangan yang jauh. Apabila kita sahaja bukan membuka kawasan Ipoh dan kita keluar ke Greater Ipoh dan kita tengok sekarang kita di mana secara fizikalnya mula kelihit kelihatan rancangan-rancangan tersebut berjaya dan diketengahkan di bahagian jajaran Gopeng ke Batu Gajah ke Tanjung
Tualang dan sebagainya. Jadi ia telah berjaya membawa pelancong ke satu destinasi baru.
Selain daripada kita merebut kek yang ada di Ipoh, kita membuka kek baru di daripada sana biar kita ada Gaharu la, kita ada Taman Herba ada Kellie Castle yang lama dengan yang baru termasuk Silverlake, Muzium Lat, TT5, Escape Park dan sebagainya tetapi kita tidak boleh berhenti di situ kita apabila kita sedang melihat fizikalnya, fizikal pandangan kita dah nampak ada hasil-hasil infra di sana. Kerajaan Negeri sebenarnya bermula daripada saya masuk ofis kita, kalau anda perasan kalau YB-YB atau semua yang dalam Dewan ni perasan, asyik kita cakap mengenai Utara Perak sahaja. Saya kebanyakannya masuk kepada Utara Perak sehingga di kawasan saya sendiri yang dikata, "Eh kenapa you asyik ke sana?". Tetapi kita boleh lihat jajaran baru penting untuk kita hubungkan daripada Thailand ke dalam pusat kita.
Jadi, jajaran baru yang akan dibangunkan selepas, selepas daripada Batu Gajah ni adalah Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik, Pengkalan Hulu. Jadi kita tidak boleh bangunkan satu-satu kawasan itu sendiri. Cumanya, masalahnya sekarang ialah perancangan dan pembangunan itu memerlukan sedikit masa. Kita tidak boleh katakan kita hari ni nak buat hari ni terus menjadi. Tapi walaubagaimanapun, saya bersetuju dengan YB Pengkalan Hulu. Sebenarnya Pengkalan Hulu merupakan satu tempat yang amat cantik, mempunyai tarikan-tarikannya yang tersendiri dan percayalah bahawa kerajaan sedang berusaha, dalam jangka panjang, ia akan menjadi tumpuan kita selepas Ipoh, selepas Gopeng ke, minta maaf selepas Gopeng ke Tanjung Tualang. Kita akan bergerak daripada Kuala Kangsar ke Pengkalan Hulu. Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat Exco memandangkan tak ada tiada soalan tambahan lagi. Jadi, terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.
Usul yang telah diberi notis, usul menyembah ucapan tahniah, serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Motion
Perkara yang keempat. Usul yang telah diberi notis, usul menyembah ucapan tahniah, serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah usul Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi, menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku, patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini. Merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan telah pun mendapat sokongan. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selama 20 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini, dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan. 20 minit dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Dato’ Speaker, yang mengizinkan Bercham untuk mengambil bahagian dalam menjunjung kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas dan merakam dan juga Xin Nian Kuai Le (Bahasa Cina) diucapkan kepada kaum-kaum Tionghua yang baru menyambut Tahun Baru Cina. Terima kasih sekali lagi dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat juga kepada para pemerhati dan juga kepada netizen yang menonton secara langsung menerusi youtube.
Dalam titah ucapan Tuanku pada Jumaat lepas, Tuanku yang begitu prihatin sekali dan atas isu-isu di dalam Negeri Perak yang kita sayangi ini dan juga memberikan pandangan-pandangan yang membina kritikan yang juga membina dan juga memberikan kata-kata semangat untuk Kerajaan Perpaduan ini untuk terus mentadbir negeri yang tercinta ini dan dalam titah ucapan Tuanku ini, dalam Tuanku ada memetik banyak-banyak isu di mana terkandung dalam teks ucapan Tuanku, dalam ni disebabkan oleh faktor masa. Saya cuma mampu untuk mewakili kawasan saya Bercham untuk memberikan pandangan saya untuk dalam sesi perbahasan kali ini dan juga kita nampak dalam perenggan, perenggan ke point yang ke-14, di mana Tuanku adakah memetik bahawa Kerajaan Tuanku untuk melindungi dan memelihara alam sekitar, di mana projek-projek pembangunan untuk menilai kesan-kesan negatif yang mungkin berlaku ke atas alam sekeliling dan dunia ini diancam dengan impak negatif ke atas alam sekitar akibat penggunaan plastik sekali guna dan juga, Tuanku pun ada beri memuji inisiatif MAIPk dan JAIPk untuk menerapkan budaya mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan ini menarik perhatian saya.
Disebabkan plastik sekali guna ini memang sudah jadi bukan topik untuk Negeri Perak sahaja, di mana seluruh dunia pun ada memetik tentang perkara ini. Exco pun ada dengar ya. Ok, sebab, dunia ini selain daripada ancaman daripada penggunan plastik sekali guna ini, tetapi ada banyak faktor lain juga menyumbang kepada penggunaan plastik sekali guna ini. Kita nampak selepas pandemik ini, pandemik ini sudah menggalakkan satu industri baru, di mana online purchase dengan izin. Online purchase ni, kalau kita nampak banyak penjual-penjual tu menghantar barangan bungkusan tersebut dengan courier service dilapik dengan banyak lapisan plastik, plastik hitam ada yang plastik polistirena, ada gunakan kadbod untuk melindungi produk yang dihantar kepada pembeli tersebut.
Jadi kegunaan yang begitu banyak di mana plastik-plastik tersebut setelah diterima oleh pembeli. Plastik seterusnya dibuang dalam tong sampah. Ini adalah menyumbang begitu banyak sekali plastik plastik-plastik yang sepatutnya boleh dikitar semula tetapi dibuang begitu sahaja. Ini kalau kita bandingkan dengan kegunaan plastik sekali guna, semasa kita membeli sesuatu di pasar raya ke, kedai runcit ke, ke pasar ni itu sekali saja tetapi kalau banyak kebanyakan ini trend ini anjak kepada online purchase ini dengan izin. Oleh itu, untuk cara saya ingin memberikan cadangan kepada syarikat-syarikat courier service ini agar menukar cara mereka penghantaran di mana memberikan semangat kepada penghantar penjual untuk memastikan produk-produk mereka tidak rosak atau tidak hancur atau terjaga sebab supaya penjual tersebut tidak perlu berlapik. Kadang kala saya beli satu barang katakan satu charger sahaja kecik tetapi datang dalam kotak besar dilapis 10 lapisan.
Ini adalah satu pembaziran barang. Juga memakan ruangan untuk penghantar tersebut sebab saya nampak ada penghantar membawa motosikal kadangkala mereka macam pertunjukan circus bawa barangan begitu besar membahayakan mereka sedangkan mereka nak meningkatkan trip mereka untuk penghantaran untuk mendapatkan gaji upah, jadi mereka hantar lebih banyak. Tidak mengira risiko tersebut. Jadi kalau boleh kurier tersebut menyediakan van ke ataupun ruangan motosikal dengan kotak yang lebih selamat agar mereka boleh memuatkan sebanyak banyaknya dan selamat untuk tiba ke pembeli tersebut. Ini akan mengurangkan penggunaan plastik dan kadbod. Ini adalah satu cadangan daripada saya. Yang keduanya tentang pemulihan alam sekitar ini tentang E-waste. E-waste ini saya tak banyak ada banyak perkakas elektrik, kipas ke peti sejuk ke TV boleh dijual monitor ke handset boleh jual tetapi kalau powerbank-powerbank ni agak sukar sikit powerbank ni saya sendiri jadi cuba nak untuk cara macam mana kita nak kitar semula selain dibuang. Saya cuba dapatkan daripada cadangan daripada PBT saya terdapat satu tetapi kekerapan mereka untuk mengutip powerbank tersebut lambat sebab pusat khidmat saya sudah ada seratus powerbank tertinggal.
Kenapa ada seratus powerbank sebab rumah saya dekat dengan MR.DIY. MR.DIY ini kadangkala powerbank ni tidak dapat dijual sudah lebih jangka hayat tamat mereka tak dapat jual buang. Lepastu abang saya jiran saya ternampak ambil balik kepada saya untuk mencari cara penyelesaian untuk menjual powerbank tersebut seratus powerbank. Jadi ini adalah satu cara-cara untuk mengendalikan barangan dan lagi satu cadangan daripada saya untuk mengurangkan kesan pembaziran untuk pembuangan yang tidak terkawal ini, saya harap penjual-penjual tersebut kalau barangan tersebut, kalau sudah hampir bukan hampir la kalau nak hendak dibuang jangan dibuang begitu sahaja bagi kepada agensi-agensi tertentu ataupun pihak Exco boleh merancang sesuatu agar semua penjual pasar raya ke MR.DIY ke mana-mana barangan mereka dihantar ke satu tempat agar barangan ini boleh diberi secara percuma ataupun beli secara atas ringgit pun boleh juga agar ini barangan ini tidak menambahkan bilangan sampah dan cadangan untuk memelihara alam sekitar ini mengurangkan sifar bersih karbon menjelang tahun 2050.
Saya perlu bercadangkan agar SUK ini ataupun bangunan-bangunan kerajaan menambah lebih banyak pengecas EV sebab SUK ini saya rasa tak ada kan Speaker rasa tak ada tak ada kan dalam bangunan SUK ini belum lagi. Jadi saya rasa untuk menggalakkan agar wakil rakyat ke kakitangan ke atau pun pengunjung kita ada kadangkala pengunjung kita pun bawa EV datang tapi nak tunggu untuk menunggu giliran mereka masa agak panjang agar bagikan ruangan mereka untuk mengecas sebab untuk mengecas ini kalau bandingkan dengan pam isi minyak-minyak ini lima minit sudah cukup tetapi EV ini perlukan empat puluh minit sejam ke dua jam untuk mengecas sepenuhnya kenderaan tersebut saya rasa SUK boleh jadi teladan untuk mendirikan satu ke dua ke pengecas EV ini dan juga ini perlu diperluaskan untuk bangunan-bangunan kerajaan seperti PBT ke agar menggalakkan pengguna-pengguna EV ini mempunyai tempat untuk mengecas kenderaan mereka dan juga kepada galakan kepada kalau katakan apa itu keadaan kewangan mengizinkan agar kenderaan rasmi untuk pihak kerajaan ditukar sebahagiannya kepada EV, Exco-Exco saya nampak ok tapi kalau bukan untuk exco sahajalah kalau katakan pengarah- pengarah sini banyak ketua-ketua jabatan kalau kenderaan anda percubaan untuk menggunakan EV tetapi EV ini saya tahu EV ini bukan jimat elektrik.
Caj untuk mengecas itu mahal tetapi untuk memelihara alam sekitar ini, kita terpaksa guna. Di sini saya juga menyeru agar pengeluar kenderaan tempatan termasuk Proton ke Perodua untuk menawarkan EV-EV yang harga lebih berpatutan untuk rakyat kita menggunakan EV tersebut dan juga lagi untuk memelihara alam sekitar ini, saya menggesa agar kerajaan untuk menggalakkan lebih orang pengguna menggunakan teknologi inverter di mana peti sejuk ke penghawa dingin ke atau pun ketuhar ke untuk menggunakan teknologi inverter ini agar menjimatkan elektrik dan ini saya kena masuk ke bab lain pula tentang
Bercham saya celah sikit saya setuju dengan Bercham tentang pelupusan macam mana nak hapuskan powerbank terbuang dan sebagainya. Setujukah saya Bercham dengan saya kita tengok pelupusan sampah di peringkat Dun kita contoh saya di Majlis Daerah Kerian, masih menggunakan pelupusan cara lama lagi. Ada satu mountain besar sampah dah tak pakai sekarang beli tanah baru nak buat lagi mountain. Maksudnya pelupusan secara manual lagi. Adakah kerajaan tak pentingkan benda ini?
Ya tentang tapak pelupusan ini. Cara lama ini memang tidak digalakkan agar diganti tetapi kalau isu kata katakan ada satu loji untuk pembakaran untuk sampah tersebut tetapi itu mengungkit isu lain pula. Ada NGO yang menentang tentang kaedah tersebut tetapi saya memang memang menggalakkan untuk mengurangkan apa yang digelar cakap oleh Alor Pongsu tadi di mana kalau kita ambil contoh di negara Jepun. Jepun mereka pengkhususan untuk pembuangan sampah ini sangat teliti. Kalau katakan satu mee segera noodle cup cup tersebut cawan tersebut dalam satu tong. Penutup tersebut satu tong. Sisa buangan satu tong. Lagi-lagi sup tersebut lagi satu tong. Kalau kalau cara macam ni kita saya pernah pergi melawat ke negara Jepun di mana kereta sampah mereka tak ada bau busuk. Ini adalah cara budaya kita tetapi kita harap kita mula dari sendiri daripada rakyat ataupun wakil wakil rakyat termasuk ketua-ketua jabatan marilah kita sama-sama gunakan pengkhususan pembuangan sampah ini.
Ok point yang 26 dipetik oleh Tuanku adalah tempat tinggal yang selesa dan kondusif berperanan penting dalam menentukan kesejahteraan hidup rakyat. Di mana rumah ini Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) menganggarkan 57407 unit rumah diperlukan menjelang tahun 2030 di mana 57000 unit ini memulakan satu masa perbelanjaan yang banyak dan ruangan yang begitu besar. Banyak tempat-tempat perlu diterokai untuk membina rumah-rumah tersebut. Ini saya ada satu cadangan untuk cadangan eksklusif untuk Dewan yang mulia ini di mana kita kalau saya dapat ilham daripada cara uber lepas tu kita datang ke zaman Grab. Grab dulu kita zaman teksi, teksi kita kena cari sumber pelanggan susah. Kadang kala teksi ini tak tentukan harga begitu tinggi tetapi kita boleh gunakan app tersebut sekarang ada Lalamove untuk penghantaran barangan. Kalau kerajaan boleh melakukan secara perintis untuk mengumpulkan kepada semua pemilik-pemilik rumah di mana rumah mereka terbengkalai terbiar begitu lama sekali tidak didiami. Mereka tak dapat dijual tak dapat disewa agar dikumpulkan dalam satu sistem app agar mereka yang yang nak sewa rumah ke beli rumah ke. Kadangkala sewa ini susah payah kita kena buat perjanjian dengan firma guaman untuk dapat itu sewa.
Jadi ini kalau dengan cara begini digunakan agar ini kalau rumah yang terbiar ini yang sedia ada boleh menyelesaikan masalah kediaman di negara negeri Perak ini, kita dapat menyumbang untuk untuk mengurangkan pembinaan sebab rumah belum sedia ada. Mana tempat pun tak ada. Saya rasa mana-mana Dun-Dun pun ada rumah terbiar di mana pemilik ini memiliki banyak rumah 10 rumah, tetapi beliau cuma mampu untuk duduk dua rumah saja. Maknanya baki lapan ni terbiar atau kadang-kadang saya tau sekarang ada ada Airbnb tetapi Airbnb dia cenderung kepada kawasan pelancongan, hotspot. Tapi kalau di tempat-tempat lain tidak menarik sukar untuk disewa. Jadi ini adalah cadangan saya untuk Dewan yang mulia ini untuk menandatangani masalah kediaman ini. Tinggal empat minit lagi ya. Jadi Speaker saya bermula dari minit 18 lagi boleh ke tambahan dua minit lagi ya. Ok dan juga point yang ke-33 di mana Tuanku berkata sukan berperanan untuk menyemarakkan semangat patriotik dan memupuk semangat perpaduan dalam di kalangan rakyat di mana sukan ini di samping menyuntik nilai-nilai disiplin, kesetiaan, semangat setiakawan dan semangat berpasukan.
Di sini saya ada satu cadangan kerana ada banyak fasiliti-fasiliti sukan di negeri ini yang kian lama. Terdahulu saya menduga setahu saya juga semasa kita mengadakan SUKMA Perak pada tahun-tahun lepas. Saya menduga agar fasiliti ini akan diperkembangkan atau diperbesarkan seperti Stadium Indera Mulia, indoor stadium ini kalau saya ingat ini akan diperbesarkan tetapi memandangkan faktor ekonomi ini tidak kesampaian tetapi saya harap pada masa depan agar kita meminta Kerajaan Pusat untuk menyuntik dana peruntukan untuk memperbesarkan Stadium Indera Mulia ini yang agak kecil. Sebab kalau stadium sukan ini kadang kala kita tidak mengadakan sukan sahaja. Kadang-kadang kita boleh mengadakan ekspo pelancongan, ekspo sukan, ekspo belia dan juga mengadakan konsert, konsert atau sidang lepas kita bincang tentang konsert.
Konsert ini saya ini memang menjadi tumpuan di mana sidang lepas saya ada berkata tentang artis Amerika, penyanyi Taylor Swift di mana beliau bulan depan akan datang ke Negara Singapura untuk mengadakan satu pertunjukan bersiri World Tour di Negara Singapura, di mana Kerajaan Singapura telah menyuntik peruntukan sebanyak 2, 2 ke 3 juta USD untuk pertunjukan tersebut. Sebab kalau berdasarkan kalau kita carian daripada google, Taylor Swift mampu untuk menyuntik sebanyak 4.6 billion consumer spending di mana untuk US di Negara US kalau Negara Singapura nampak potensi tersebut. Jadi mereka kerajaan mereka menyuntik peruntukan untuk menjana wang yang lebih banyak. Kalau kita tengok, Stadium Indera Mulia yang sedia ada ini cuma kapasiti dia cuba 4 ribu sahaja memang mustahil untuk mengadakan konsert Taylor Swift ini Stadium Perak bolehlah tetapi ini sudah terbuka. Kalau mampu kita ada buat kunjungan bersama dengan staff Planet Agent hiburan di Kuala Lumpur datang untuk membuat satu lawatan ke ICC di belakang bangunan MBI, di mana mereka mendapati tempat itu bersesuaian kapasiti lebih kurang 5 atau 6 ribu orang tetapi malangnya lif tersebut terlalu kecil muatannya cuma boleh seperti lif di SUK ini di depan pejabat MB.
Lif tersebut tidak mampu untuk membawa peralatan-peralatan seperti lighting atau PA sistem untuk naik ke tingkat atas ICC tersebut. Jadi saya minta kalau boleh ICC ini kerana lif itu diperbesarkan dan atau pun fasiliti lain ditambah dan lagi satu satu cadangan di mana satu tempat yang kontroversi tetapi tidak dibiarkan iaitu MAPS.
MAPS mewujudkan satu ruangan yang besar sekali. Sia-sia kita biar sana untuk memelihara nyamuk ataupun cacing saja dekat sana. Kalau kita bangunkan MAPS semula sebab MAPS ingatan saya ada banyak pentas atau pentas pertunjukan kereta kalau tempat tersebut digunakan semula. Saya rasa MAPS ini bekas tapak MAPS ini mampu diselamatkan. Saya harap ini tanggungjawab tidak hanya terletak kepada Kerajaan Negeri sahaja. Kalau Kerajaan Pusat untuk termasuk MAPS tersebut adalah merupakan kawasan PMX kita. Kita harap kerajaan kita boleh berunding agar kita sama-samalah membangunkan negeri yang tersayang ini dan juga saya ingin, tinggal 18 saat saja.
Ok dan juga saya ingin memberi point yang terakhir saya tentang isu-isu banjir kilat di kawasan saya di mana di Dun Bercham di Jalan Kuala. Ok faham-faham saya nak gulung dah. Ok di Kuala Kangsar, di mana ada dua banyak bahagian jalan tidak termasuk Dun saya sahaja termasuk Dun Kepayang, Dun Bercham sehingga ke Dun Manjoi pun terlibat juga. Di mana semasa hujan lebat untuk sejam sahaja, kedai-kedai sana akan mengalami banjir kilat. Saya harap pihak JKR akan meneliti masalah tersebut agar kawasan ini tidaklah sentiasa mengalami banjir kilat. Sebab ada di sana ada banyak tempat tempat pelancongan di mana pelancong ada satu kali berlaku dimana kereta letak, kereta ini dimasuk air sebab banjir kilat. Saya harap perkara ini tidak akan berlanjutan. Harap pihak JKR akan meneliti masalah tersebut dan juga tetapi termasuk lampu jalan yang saya diketengahkan kepada Exco tadi di mana lampu jalan ini memang orang awam sukar untuk meneliti tersebut. Kalau boleh lah mulai sekarang lampu-lampu jalan tersebut, kalau konkrit milik TNB kalau bergalvani diwarnakan agar orang awam boleh tentukan tiang lampu tersebut. Nampak saja tiang lampu jingga diselenggara oleh pihak PE warna hijau pasukan pihak sana lah, warna hijau diselenggara oleh JKR. Inilah cadangan saya.
Ini bukannya yang isu-isu yang sangat susah di mana masa depan untuk menyenangkan wakil rakyat ke pusat khidmat kami ke ataupun orang awam senang untuk mengenalpasti, sebab saya sampai sekarang berkali-kali saya menjelaskan perkara ini kepada orang awam tetapi mereka sukar, macam mana kenapa sebahagian jalan separuh ini daripada JKR separuh daripada PE? Kenapa PE pula tetapi bukan PBT ini kena kita jelaskan kalau kita tak jelaskan orang kata kita tak buat kerja. Itulah pesanan daripada saya memandangkan masa sudah terhad dan kini saya menyokong atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Saya menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Bercham. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Chenderoh untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Bismilahirohmanirohim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin Washolatu Wassalamu Ala Asrofil Anbiya-i wal mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain. Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Yang Berhormat, Dato’ Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, para pemerhati, rakan-rakan media dan seterusnya yang dikasihi seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang mengikuti sidang pada kali ini. Mengambil bahagian bagi menyokong dan menjunjung kasih
Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak minggu lalu. Saya ingin bawakan kepada seisi Dewan terutamanya pihak Kerajaan Negeri kepada perkara-perkara yang saya kira mustahak dan perlu diberi perhatian.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Pertama sekali, izinkan saya untuk memetik Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang telah disampaikan minggu lalu. Dalam perenggan terakhir, kita hanya telah menyatakan negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan. Warga yang memiliki kedewasaan untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki kelemahan di samping kekuatan tetapi warganya berminda pintar memilih untuk menggabungkan kekuatan dan tidak membesar-besarkan kelemahan. Maka perbahasan saya hari ini akan berpandukan petikan titah tersebut sebagai tunjang asas kepada perkara-perkara yang akan diperkatakan dan disampaikan.
Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, secara umum, kita mengetahui bahawa pertumbuhan ekonomi negara pada suku terakhir tahun 2023 berada pada kadar 3.0% menjadikan prestasi keseluruhan pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2023 adalah sekitar 3.7%. Terma yang digunapakai oleh kebanyakan laporan media adalah menyederhana meskipun secara realitinya, kita perlu akur bahawa prestasi pertumbuhan ekonomi negara telah merudum. Ketika pembentangan Belanjawan 2024 tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah mengunjurkan prestasi pertumbuhan ekonomi negara menjelang penghujung tahun 2024 adalah pada kadar 4.0% suatu unjuran yang saya kira realistik meskipun agak mengecewakan dan membimbangkan. Lebih membimbangkan, trend pertumbuhan ekonomi yang menguncup dan permulaan kadar 5.8% pada suku pertama 2023 ke 3.7% pada suku terakhir 2023 akan terus menjadi penyumbang kepada trend kadar pertumbuhan ekonomi bagi suku pertama 2024.
Jika trend ini berterusan, maka secara pemahamannya negara sebenarnya berada dalam kemelesetan ekonomi atau pun recession. Mengapa perkara ini penting kerana laporan prestasi ini akan memberi kesan kepada rakyat serta pentadbiran kerajaan di peringkat negeri. Meskipun laporan prestasi kewangan negeri bagi beberapa tahun kebelakangan kebelakangan ini dilihat begitu memberangsangkan tapi sedar atau tidak prestasi ini adalah tuaian hasil dari tunai benih yang ditanam oleh kepimpinan kerajaan terdahulu. Kedudukan kewangan negeri yang berada pada kedudukan surplus adalah hasil amalan urus tadbir atau dengan izin best practice yang telah diamalkan oleh kerajaan terdahulu. Ya, beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan bertukar bersilih ganti dengan kerap di mana kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan hari ini adalah sebahagian daripadanya. Keadaan ditambah lagi dengan kedudukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh gabungan yang sama iaitu Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Maka ia memberi kelebihan kepada Kerajaan Negeri hari ini dengan diberi keutamaan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan melalui penyaluran peruntukan Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12. Maka apa yang saya faham secara mata kasar adalah Kerajaan Negeri hari ini hanya bergerak di atas pentadbiran yang bersifat BAU singkatan bagi dengan izin bussiness as usual. Di mana tidak ada suatu inisiatif yang dapat dibanggakan. Hanya kelebihan yang ada hasil usaha terdahulu dan kelebihan di peringkat persekutuan. Visi Perak Sejahtera 2030 yang telah dilancarkan tahun lalu sehingga hari ini tidak secara jelas dibincangkan di peringkat jabatan-jabatan kerajaan, daerah mahupun rakyat bawahan tentang roh dan perjalanannya. Perkara ini tidak dirasai sehingga lubuk hati rakyat Negeri Perak. Saya percaya seisi Dewan juga ingin mengetahui apa arah tuju seterusnya serta pencapaian setakat hari ini dalam visi yang kita ingin capai. Adakah kita berada pada landasan yang betul.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, perkara yang dibangkitkan ini sudah tentu merunsingkan saya sebagai Ahli Yang Berhormat yang paling muda dalam Dewan ini. Sudah pasti saya ingin tahu dan ambil berat tentang masa depan Negeri Perak yang bakal diwariskan kepada saya dan rakan-rakan segenerasi. Dalam mengejar arus pembangunan, perkara-perkara asas melibatkan kebajikan rakyat yang menjadi penyumbang terbesar kepada perkembangan ekonomi dan sosial perlu diambil berat. Tiga perkara menjadi tunjang kepada kelestarian ekonomi dan sosial. Satu-satu negeri adalah atau negara adalah kualiti kesejahteraan hidup, jaminan keselamatan sosial dan perkhidmatan kesihatan yang baik. Hal ini sering seiring dengan titah yang telah disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk pihak Kerajaan Negeri memberi fokus menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.
Tiga tunjang kepada kelestarian ekonomi dan sosial bukan hanya ditunjukkan dengan pemberian kotak makanan secara bulanan. Ya, amalan pemberian kotak makanan ini yang mana pihak-pihak Adun pembangkang tidak dapat merasainya. Walaupun suatu pemberian kecil tapi besar maknanya kepada rakyat yang memerlukan tetapi ia adalah solusi jangka masa pendek. Data yang melaporkan jumlah miskin tegar di negeri ini telah menurun lebih separuh tidak menggambarkan keadaan sebenar di kawasan-kawasan luar bandar. Mungkin pemberian kecil ini dapat menyelesaikan masalah keperluan pada satu-satu masa tetapi sampai bila. Maka pada hemat saya pihak Kerajaan Negeri perlu mengembalikan inisiatif-inisiatif yang bersifat dengan izin revival atau membangkitkan semula. Kembalikan segala bentuk rangsangan kepada pelbagai kumpulan masyarakat di negeri ini. Pakej rangsangan ini bukan hanya boleh diberikan dalam bentuk bantuan barangan, tetapi dalam bentuk pemberian geran padanan, penyediaan latihan teknikal dan kemahiran insaniah.
Penyediaan doket kebajikan untuk rakyat miskin seperti Kad Prihatin Perak di mana saya difahamkan manfaat kesihatan dimansuhkan. Pengurusan pinjaman tanpa faedah untuk rumah pertama serta permulaan perniagaan dan banyak lagi. Sedikit sebanyak inisiatif-inisiatif ini dapat menjadi penyumbang kepada beberapa sasaran dalam visi Perak Sejahtera 2030 serta memenuhi keperluan-keperluan rakyat. Rekod data sektor makanan negeri telah menunjukkan pengeluaran hasil makanan sama ada dalam bentuk hasil tanah, hasil laut mahupun ternakan yang begitu memberangsangkan. Malah, Negeri Perak adalah antara penyumbang kepada keterjaminan makanan seperti sayur-sayuran, jagung, ubi, mangga, bendi ternakan ayam, telur dan hasil laut. Semua ini adalah hasil limpah kurnia Yang Maha Esa yang telah menganugerahkan tanah yang subur dan luas kepada Negeri Perak.
Maka kesempatan yang ada ini perlu diambil sebaiknya buka tanah baru untuk tujuan perkembangan hasil tani kritikal seperti padi, bawang, kacang dan banyak lagi. Jangan tumpukan kepada pertanian yang telah rancak seperti sawit. Kembangkan konsep ladang rakyat yang sedia ada sebagai sebahagian usaha rancak usaha merancakkan industri ini di samping menambahkan pendapatan rakyat dan negeri. Bagi memastikan hasil maksima infrastruktur terbaik dan terkini perlu disediakan serta dinaiktaraf. Malah sasaran pelaburan luar tidak seharusnya menumpukan kepada sektor industri, tetapi pelaburan-pelaburan luar juga boleh ditumpukan kepada sektor pertanian dan keterjaminan makanan. Dalam pada itu, pemberian subsidi kepada komponen pertanian dan ternakan seperti baja, dedak, hampas dan sebagainya perlu diteruskan. Subsidi bagi sektor ini tidak boleh dilihat sebagai belanja hangus kepada rakyat seperti subsidi-subsidi lain, tetapi ia perlu dilihat sebagai pelaburan kepada sektor makanan. Begitu juga keperluan kebajikan para petani, penternak serta seluruh peringkat sektor ini dalam haluan hingga ke hiliran perlu diambil kira. Kumpulan ini adalah pemacu kepada kerancakan sektor penghasilan bahan mentah yang akhirnya menjadi makanan di atas meja.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di peringkat Kerajaan Persekutuan, pelaburan yang diluluskan pada tahun 2023 dicatatkan berjumlah RM329.5 billion berbanding RM267.9 bilion pada tahun 2022. Tertinggi dalam sejarah negara. Namun secara realitinya, laporan yang dikeluarkan oleh Trading Economist menyatakan bahawa jumlah pelaburan langsung asing atau dengan izin Foreign Direct Investment adalah sekadar RM39.5 billion. Apa yang cuba saya sampaikan adalah untuk meminta pihak Kerajaan Negeri supaya tidak mengikat diri kepada keyakinan bahawa pelaburan yang diluluskan akan memberi gambaran kepada pelaburan sebenar. Memang benar bahawa pelaburan diluluskan adalah indikator keyakinan pemain industri terhadap kemampuan pertumbuhan ekonomi satu-satu negeri tetapi ia tidak memberi apa-apa makna atau impak kepada pertumbuhan ekonomi jika pihak Kerajaan Negeri tidak mengambil pendekatan untuk mengekalkan minat serta memberi kelebihan kepada pelabur.
Pelabur mempunyai pilihan untuk menarik diri pada bila-bila masa memandangkan perjanjian persefahaman yang ditandatangani tidak mengikat komitmen pelaburan. Penarikan diri pelabur dari terus menjalankan aktiviti perniagaan di negeri ini dengan keberangkalian akibat dari pelbagai faktor antaranya infrastruktur yang tidak baik dan tidak terkini. Penyediaan tenaga kerja mahir dan profesional yang kurang atau pakej ekonomi yang tidak menarik. Pendekatan penawaran diskaun premium tanah sebagai insentif kepada pelaburan yang diluluskan seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, industri pelaburan dan pembangunan koridor semalam adalah satu tindakan yang baik tetapi ia tidak seharusnya terhenti di situ. Tawaran insentif kepada pelabur perlu dipelbagaikan sebagai contoh, insentif pencukaian rendah bagi beberapa tahun pertama koperasi, insentif cukai yang rendah bagi beberapa tahun, insentif tawaran sumber manusia tempatan yang dengan subsidi upah dan apa-apa insentif yang di dalam kemampuan Kerajaan Negeri perlu dibentang dan dihidangkan kepada pelabur sebagai daya tarikan untuk terus berniaga di negeri ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, berbicara soal industri dan pelaburan saya ingin menyampaikan satu buah fikiran yang dibincangkan antara saya dengan sahabat saya berkenaan pelaburan langsung domestik atau dengan izin domestic direct investment. Secara lazimnya, pelaburan langsung domestik datang daripada pelabur pelaburan oleh syarikat multinasional atau antarabangsa milik Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Pelaburan langsung domestik ini pada kebiasaannya akan menjadi pihak yang membawa dengan izin private funding initiative bagi pembangunan infrastruktur atau perniagaan asas rakyat tempatan. Maka di sini kami ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk mula membincangkan dan mengkaji kemungkinan untuk mewujudkan wang bagi PFI yang boleh dilakukan di peringkat daerah dengan mewujudkan syarikat yang diperbadankan di bawah pejabat atau Majlis Daerah dengan pemantauan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Syarikat-syarikat ini boleh menjalankan operasi perniagaan yang memenuhi keperluan pelbagai industri daerah tempatan dari peringkat huluan hingga ke hiliran, dari peringkat perkilangan hingga ke peruncitan dengan perolehan modal melalui permodalan awam.
Cara ini dapat menarik rakyat tempatan yang mempunyai lebihan pendapatan persendirian untuk melabur secara dalam negeri dengan sasaran pulangan pelaburan yang lumayan. Untuk merealisasikan perkara ini beberapa enakmen seperti Enakmen Kewangan Negeri, Enakmen Permodalan Tempatan dan beberapa enakmen lain perlu digubal dengan cara kitaran ekonomi domestik dapat dirancakkan selain memenuhi keperluan infrastruktur seperti pusat rekreasi, jalan raya dan kemudahan dan perniagaan seperti kedai serbaneka, pusat hiburan yang tidak dapat disediakan oleh kerajaan negeri atau kerajaan tempatan dapat diselesaikan.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua dengan waktu yang berbaki ini, izinkan saya untuk menyentuh beberapa perkara melibatkan keperluan kawasan yang saya wakili. Pada sidang-sidang mesyuarat yang lalu saya telah membangkitkan beberapa keperluan infrastruktur untuk pihak Kerajaan Negeri ambil perhatian serta tindakan. Namun sehingga ke hari ini, tiada khabar atau tindakan yang dapat dilihat. Sebagai contoh, di jeti Chegar Galah, jeti ialah suatu kemudahan sosio ekonomi rakyat tempatan yang terlibat dalam aktiviti perikanan sebagai nelayan darat. Pada keadaan semasa, jeti ini berada dalam keadaan tidak begitu baik dan perlu dinaik taraf bagi melancarkan aktiviti-aktiviti penangkapan hasil sungai di sini. Keperluan naiktaraf ini juga perlu memasukkan pembinaan ruang bengkel bagi tujuan pembaikan selenggara bot nelayan memandangkan kemudahan tersebut tidak tersedia di Daerah Kuala Kangsar. Di kawasan yang sama, secara khususnya, Kampung Chegar Galah, saya telah mengemukakan permohonan untuk pembinaan jambatan bagi pihak kegunaan rakyat tempatan. Maka saya mohon perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri untuk tindakan.
Seterusnya pada tahun lalu, saya ada membangkitkan permohonan lampu-lampu bagi Jalan Negeri A11 dan A157, tetapi sehingga kini permohonan yang dikemukakan tiada tindakan pelaksanaan. Perkara ini melibatkan keselamatan nyawa pengguna jalan raya yang berdepan risiko kemalangan akibat keperluan infrastruktur tidak dilengkapkan. Di Kampung Kelaung Sauk pula, rakyat di sana masih lagi mengalami masalah tidak menerima bekalan air bersih. Hal ini disebabkan sambungan paip dan tangki yang tidak sampai ke kawasan kampung, diharap pada tahun ini, masalah di Kampung Kelaung dapat diselesaikan. Selain pada itu, Sekolah-Sekolah Agama Rakyat dalam kawasan saya ini juga mendambakan kemudahan kerusi meja baru untuk para pelajar memandangkan peralatan ini semua berada dalam keadaan daif dan rosak. Maka saya mohon perhatian dan tindakan pihak Kerajaan Negeri di atas perkara-perkara yang telah saya nyatakan melibatkan infrastruktur dan kemudahan asas buat rakyat Negeri Perak.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, akhir sekali izinkan saya untuk menyatakan isi yang terbuku jauh di lubuk paling dalam hati saya, sepanjang Kerajaan Negeri pada hari ini memerintah pihak pembangkang tidak sekali pun pernah melakukan perkara- perkara yang merumitkan pihak Kerajaan Negeri atau melampau dalam kata-kata terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar tetapi saya kesal dengan keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menghentikan pemberian peruntukan OG kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari barisan pembangkang bermula tahun 2024 berbanding yang telah diberikan pada tahun sebelum.
Saya berasa begitu hairan dengan keputusan ini kerana ia tidak menggambarkan janji yang budiman Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah diberikan serta kepatuhan kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada penggal pertama lalu yang menitahkan agar peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk diagihkan secara adil dan sama rata. Saya mohon. Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mempertimbangkan semula berkenaan perkara ini kerana peruntukan yang diterima akan dihabiskan untuk rakyat di kawasan kami masing-masing yang mana majoritinya adalah kawasan penduduk Melayu luar bandar. Adakah Yang Amat Berhormat Menteri Besar didesak atau diasak oleh mana-mana pihak untuk membuat keputusan ini? Saya hanya bertanya jika tidak dengan izin “if you are the man of the house show us that you are incharge”.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua sebagai penutup saya mohon apa yang telah diperkatakan dan dimohon untuk perhatian dan tindakan pihak Kerajaan Negeri dapat dipertimbangkan dan diambil tindakan. Semoga Allah Subhanahuwata'ala merahmati dan memberkati Negeri Perak dalam menghadapi masa depan yang mencabar. Dengan itu, saya menjunjung kasih diatas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Saya Chenderoh menyokong sekian Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikummussalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh selaku anak muda sesuaian dengan statusnya menyampaikan ucapan yang dan hujah bernas sangat dengan idea dan saya rasa tak terlambat bagi sebagai selaku speaker dan juga sebagai bagi pihak Dewan untuk mengucapkan selamat pengantin baru yang baru mendirikan rumah tangga pada hari Sabtu yang lepas dengan izin “you are the man”. Ahli-ahli Yang Berhormat saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk memulakan perbahasan dipersilakan 20 minit.
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah (bacaan ayat al-quran) terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua (bacaan ayat al-quran) Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui salahnya. Surah al-Anfal ayat ke 27. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Adun Kota Tampan, Ketua Pembangkang Negeri Perak, Yang Berhormat Adun Semanggol, seluruh Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Adun-Adun Kerajaan dan Pembangkang seterusnya pegawai-pegawai jabatan kerajaan sekalian.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Slim mengucapkan terima kasih kerana sudi memberikan peluang kepada Slim turut serta dalam membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan patik menjunjung kasih atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang prihatin terhadap rakyat jelata. Slim memulakan perbahasan pada hari ini dengan membaca ayat Allah Subhanahu wa Ta'ala tadi yang melarang untuk kita khianat maka perlu kepada kita amanah yang merupakan taqlif daripada Allah Subhanahuwata'ala. Maka sebagai tanggungjawab kita sebagai Adun ataupun ketua-ketua jabatan, maka perlu kita menyelesaikan atau mengambil berat berkaitan dengan masalah rakyat tidak mengira latar belakang politik, ideologi ataupun kaum. Maka pihak kerajaan perlu memberi contoh yang terbaik dalam mengimbangi keharmonian dan memberikan hak kepada rakyat dan semua wakil rakyat dengan sepatutnya.
Banyak di kalangan Adun-Adun wakil rakyat yang menyentuh tentang peruntukan OG dan kotak makanan yang tidak diberikan dan kita mengharapkan perkara ini diselesaikan di peringkat kerajaan negeri kerana ia merupakan hak rakyat yang perlu disalurkan. Andai kata disalurkan kepada pihak tertentu, maklumkan. Jika kotak itu, kita tahu kotak itu sampai kepada rakyat. Rakyat ini bukan boleh tutup mulut, dia maklum pada kita siapa yang memberi. Rakyat yang membekalkan kotak pun maklum kepada siapa mereka memberi. Kita tahu. Maka kita tak nak benda ini diberikan kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Kita mahu benda ini disampaikan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Sebab sebelum ini kita menguruskan hampir setahun dan kita tahu kita menguruskan tanpa mengira latar belakang politik. Ramai di kalangan rakyat kita yang sampai kotak tersebut. Alhamdulillah. Maka Slim ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa tindakan seumpama ini memberikan gambaran kepada rakyat bahawa kerajaan tidak bersungguh untuk membantu rakyat dan masih bermain politik murahan. Jangan kerana terlalu kuat berpolitik kepartian, menyebabkan rakyat di Dun yang tidak memilih kerajaan hari ini dianaktirikan.
Merujuk Titah DiRaja yang dinyatakan di dalam muka surat 19 berkenaan kadar sara diri, beras bagi negeri yang mencapai 98 % dengan peningkatan pengeluaran padi dari 269,790 tan metrik. Tahun 2022 menjadi 277,764 tan metrik pada tahun 2023. Data pengeluaran makanan menunjukkan situasi yang terkawal dan mencukupi bagi keperluan penduduk negeri Perak. Namun, malangnya situasi yang berlaku, kalau kita lihat pengguna menunjukkan perkara, sebaliknya, beras tempatan yang merupakan hasil tanaman dari negara sangat sukar didapati di pasaran. Kita lihat memang ada beras tersebut dijual dalam tempat-tempat tertentu. Jualan Madani dan sebagainya. Maksudnya beras itu ada. Tapi yang rakyat nak adalah beras itu berada di pasaran, di kedai-kedai di pasar-pasar untuk rakyat dapatkan secara terus. Bukan pada hari ini di buka gerai-gerai tertentu yang dibuka secara khusus. Dari sudut praktikalnya, kita nampak bila mana dibuka, kita kalau Dun ini banyak kampung dan banyak taman-taman. Bila bukak satu tempat sahaja, maka kita tahu berapa ramai lagi rakyat yang kita tidak dapat memiliki beras tersebut. Itu belum kita bincang atau kita bahaskan tentang orang yang ambil secara pukal dan sebagainya.
Dato' Yang Di-Pertua, pada sehingga ketiadaan yang digantikan dengan beras import. Hari ini kalau lihat beras import. Semua orang sudah pasti makan beras. Jadi kita akan cari beras yang makan beras import tu yang selalu tak apalah. Namun hari ini rakyat yang marhain yang biasa terpaksa cari beras. Maka bukan benda ini nak berlagak, tapi terpaksa membeli beras import kerana bekalan tempatan tiada di pasaran. Maka dia bukannya pilihan tapi adalah paksaan. Dengan ketiadaan kita semua sedang makan beras mahal. Saya nampak dari sudut yang lain bahawa sebelum ini kalau umat Islam diwajibkan untuk membayar kadar fitrah, zakat fitrah RM7 per kepala. Maka hari ini semua rakyat, kalau Jabatan Agama Islam meletakkan RM7 untuk makan beras biasa, maka ruji untuk RM14 untuk makan beras import atau pun beras wangi. Maka basmathi RM21, 7, 14, 21. Maka hari ini rata-rata rakyat perlu dikenakan zakat per kepala RM14 seorang. Itu yang perlu kita faham situasi mengikut harga barang, maka kadar zakat fitrah dia mengikut makanan asasi penduduk. Satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.6 kilogram. Maka beras kita makan sekarang berharga RM4, minta maaf, RM4 sekilogram. Maka kadar zakat fitrah kita berubah. Kalau ikutkan RM10.40. Maka kadar zakat kita pada tahun ini berubah, maka dah hampir kepada Ramadhan. Maka ini situasi yang berlaku perubahan. Maka kita ingin ingatkan lah Majlis Agama Islam akan mengingatkan kepada masyarakat ataupun umat kita sekalian. Mungkin ada perbahasan. Wallahualam. Setakat ini yang kita rasakan inilah yang sepatutnya kadar zakat yang sepatutnya.
Seterusnya dalam pada masa itu, penghasilan sumber protein seperti yang dititahkan oleh Tuanku pada muka surat 19 dan 20 juga menunjukkan pengeluaran yang lebih permintaan. Keperluan ikan, ayam dan telur merupakan tiga sumber protein asas makanan kita. Maka semua angka penghasilan tersebut menampakkan kita sebagai rakyat Perak tiada masalah untuk mendapatkan makanan. Cuma yang menjadi persoalan, apakah ianya dijual pada kadar yang munasabah. Pihak Exco Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu sentiasa memantau dan memastikan bekalan makanan sentiasa ada di pasaran pada kadar yang munasabah. Janganlah membiarkan pengusaha atau penjual membuli rakyat. Contohnya, telur gred C yang berharga RM0.41 sebiji, maka kehabisan stok. Kalau kita pergi tengok sentiasa tak ada. Terpaksa lah kita mengambil telur organik omega 3 yang berharga RM0.76 sebiji. Maka, yang itu yang itu yang ada, maka terpaksalah kita ambil tiada pilihan. Saya mencadangkan supaya kerajaan yang melaksanakan program-program yang menyeluruh kepada rakyat bagi mengurangkan kesan devotion the impact dengan izin, kenaikan kos makanan asas rakyat negeri Perak. Dengan peningkatan hasil Kerajaan Negeri dan kedudukan kewangan lebihan surplus dengan izin, saya percaya Kerajaan Negeri mampu melaksanakannya.
Titah Tuanku juga keterjaminan makanan bukan sahaja untuk memastikan tiada rakyat yang tidur dalam kelaparan, tetapi memastikan setiap keluarga mempunyai akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat. Ini realiti yang berlaku di kalangan rakyat kita. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ini gambaran rakyat yang ada di kawasan-kawasan kita yang hadir ke pusat khidmat kita, yang mintak makanan, yang mintak duit untuk sarapan dan sebagainya. Kita yang melalui benda ini kita tahu kesusahan mereka dan kita bukannya senang sangat dan ia memerlukan kepada dana ataupun kos kepada pusat khidmat yang perkara ini tak menentu. Kemungkinan-kemungkinan apatah lagi kalau berlaku bencana.
Dato', Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, seterusnya berdasarkan Titah Raja nombor 20 pada muka surat 13. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan bertitah potensi REE dengan tidak harus tertumpu kepada pengeluaran dan pengeksportan sumber mentah semata-mata. Penerokaan teknologi memproses untuk nadir bumi REE sangatlah dialu-alukan. Ianya harus dimulakan dengan dasar menguasai ilmu mengenai REE. Kerajaan Negeri perlu menaja pelajar mempelajari ilmu berkenaan. REE yang setakat ini negara yang termaju dalam pemprosesan ini adalah Amerika Syarikat dan China. Maka Kerajaan Negeri, saya mencadangkan untuk menubuhkan satu pusat sains dan teknologi dengan kerjasama universiti awam bertujuan mengumpul saintis dan technologist dari serata dunia. Mereka boleh dijemput datang dan tinggal di negeri untuk membuat penyelidikan dan pembangunan bagi memajukan negeri ini membuat penyelidikan. Dengan cara ini, Perak boleh menjadi pusat kecemerlangan bagi memajukan bidang sains dan teknologi.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Tuanku bertitah bahawa pendidikan berperanan penting dalam usaha merubah landskap kemiskinan, mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan, menaiktaraf kehidupan rakyat. Saya melihat bahawa pendidikan merupakan fokus terpenting dalam memberi impak yang besar bagi sektor dalam negara, semua sektor. Namun, perkara yang sangat penting untuk diberikan perhatian adalah kemenjadian pelajar sama ada dari sudut kurikulum ataupun kokurikulum yang mencapai objektif membasmi kemiskinan dan menyumbang kepada pembangunan negara. Jika tidak, ia akan berlaku sebaliknya.
Pada 17 Oktober yang lalu, Exco Pendidikan menyatakan bahawa sekolah yang mempunyai kehadiran harian kurang 95% dan ada juga terdapat 80% kehadiran pelajar ke sekolah yang dikaji puncanya adalah sikap sendiri pelajar, masalah keluarga, pengangkutan dan pengaruh rakan sebaya. Maka selain menerima beberapa aduan daripada rakyat berkaitan dengan isu pendidikan antaranya keciciran pelajar yang tidak ada dokumen kelahiran. Isu ini beberapa orang pelajar. Dari sudut kita sebagai Adun, kita cuba menyelesaikan masalah pelajar tersebut. Kita ambil dan kita mengambil data mereka sudah pasti data mereka ada yang tak lengkap. Mak pun tak ada, anak pun tak ada. Maka sekolah yang mendapat kebenaran PPD membenarkan selama dua tahun sahaja untuk mereka berada di sekolah. Maka dengan tindakan kita, kita mengambil pelajar tersebut untuk masukkan ke sekolah swasta SRITI.
Secara khususnya, saya masukkan dulu dan kemudian kita masukkan beberapa orang lagi ke sekolah Maahad Tahfiz untuk mereka ni sentiasa dalam PDP. Maka saya mengharapkan ada tindakan daripada PPD. Mungkin ada perbincangan bersama dengan Jabatan Pendaftaran untuk menyelesaikan masalah ini dan ia akan berbangkit jika ia tidak diselesaikan kerana pelajar-pelajar ini akan sentiasa meneruskan pembelajaran dan mereka juga akan membesar selepas ini akan berkahwin, berumah tangga dan sebagainya. Maka masalah ini tidak akan diselesaikan. Maka seterusnya Slim mencadangkan dan membawa isu pelajar tercicir di sekolah KAFA. Kalau kita lihat data di Sekolah Kebangsaan dan sekolah KAFA ada berlaku jurang menunjukkan bahawa pelajar-pelajar kita yang bersekolah di sekolah arus perdana tidak masuk ke sekolah-sekolah KAFA. Dari sudut kita yang inginkan pelajar ini mendalami dan menerapkan ilmu agama kepada mereka. Maka saya mengharapkan ada tindakan daripada semua pihak untuk cari dan pelajar ini masukkan mereka ke sekolah agama KAFA.
Seterusnya, Titah Tuanku menyatakan masjid merupakan institusi penting dalam pembinaan tamadun dan peradaban umat manusia. Maka masjid tidak harus membatasi peranan sebagai tempat bersolat semata-mata tetapi hendaklah sebagai tempat menjana intelektualisme dan daya kreativiti masyarakat setempat. Masjid hendaklah dibangunkan menjadi tempat untuk pelbagai acara-acara pendidikan, ekonomi dan sosial. Maka peranan belia kalau kita lihat beberapa belia yang berperanan di komuniti kita, ada geng suraunya, ada sahabat masjidnya. Maka ini adalah berperanan menjadi imbangan kepada masjid, institusi masjid tersebut. Kemungkinan Ahli Jawatankuasa Masjid yang mungkin berumur, memerlukan kepada tenaga-tenaga belia ini untuk meningkatkan ataupun memajukan, mengaktifkan masjid-masjid ataupun surau. Maka banyak perkara yang boleh kita laksanakan dari sudut pendidikannya diterapkan kepada masyarakat ilmu-ilmu fardu ain, fardu kifayah, akidah, ibadah, munakahat, muamalat, janayat, tasawuf dan sebagainya. Maka itu adalah peranan yang perlu dimainkan. Seterusnya ekonomi untuk membangunkan ekonomi atau masjid sebagai one stop centre. Kalau kita lihat dari beberapa masjid yang berperanan untuk mesra kepada musafir, yang menyambut musafir, memberi makan dan sebagainya.
Seterusnya, Titah Diraja, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, tempat tinggal yang selesa dan kondusif berperanan penting untuk menentukan kesejahteraan hidup rakyat. Rumah sangat penting dalam kehidupan insan. Maka saya nak sebut dua perkara sahaja rumah di bawah LPHP dan rumah di bawah generasi Felda. Dua-dua ni saya sangat mengambil berat dan terima kasih kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang turun. Minta maaf. Mengarahkan untuk LPHP turun dan saya turut bersama dengan beberapa agensi dan respon sangat baik dan saya harapkan rumah itu diteruskan dan dipercepatkan kerana dia dah tertangguh untuk menyiapkan rumah tersebut. Begitu juga dengan rumah generasi Felda yang saya ikut secara rapat dan saya lihat beberapa masalah dan saya mengharapkan tertubuhnya task force yang menggerakkan untuk menyiapkan rumah yang terbengkalai belasan tahun ini untuk didiami untuk anak-anak generasi yang telah memohon. Seterusnya dalam Titah Tuanku jugak dalam tempoh lima tahun dari 2018 hingga 2023 banyak rumah yang mampu milik dibina yang disiapkan 8,000 unit, maka yang sedihnya Slim tak termasuk. Jadi, kita harapkan benda ini diberi perhatian.
Seterusnya kemiskinan Titah Tuanku bahawa bangunan pencakar langit tidak memberi makna sekiranya rakyat terpaksa mengikut, mengikat perut, mencatu makan dan membumbungkan langit. Ini adalah realiti rakyat yang pada hari ini perlu diberi perhatian. Seluruh wakil rakyat seluruh pemimpin negara melihat rakyat daripada bawah. Kadang-kadang rakyat ini dia susah, dia tak nak mengadu. Rakyat yang susah tak nak mengadu tetapi kita sebagai pemimpin perlu mengambil tahu daripada wakil-wakil kita.
Dato' Yang di-Pertua berkaitan dengan isu hari ini. Saya nak sebut untuk akhirnya Palestin yang hari ni makin lama makin hambar. Situasi yang berlaku kita cuba menyelami Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan menyentuh berkenaan konflik berpanjangan Palestin dan Israel yang bertambah berat yang sedang berlaku di Gaza. Hari ini sahaja telah masuk hari yang 144 serangan yang berlaku. Hampir 29,782 hampir 30,000 yang terbunuh dan 70,000 rakyat yang cedera. Sebanyak 2 juta kehilangan tempat tinggal. 157,000 pejabat Kerajaan musnah. 100 sekolah dan universiti musnah sepenuhnya. 304 sekolah, universiti separa musnah. Masjid, 208 buah musnah. 278 masjid separa musnah. 3 gereja menjadi sasaran yang dimusnahkan. 70,000 unit kediaman musnah sepenuhnya. Kita lihat secara umum bahawa berlaku peperangan hari demi hari dan di sana pihak Kerajaan dan kita mengambil Titah Diraja yang sangat tegas dalam konflik ini. Sultan memerlukan kepada majlis perundangan masjid berperanan sebagai forum dan platform untuk meneroka idea-idea baharu untuk memperkenalkan program-program mengimarahkan masjid yang lebih dinamik untuk keupayaan dan menarik minat belia. Maka isu kebajikan isu kemanusiaan yang terikat dengan persoalan ummah sejagat boleh diperhebat melalui pertubuhan belia masjid sebagai salah satu intipati dalam pengupayaan pemerkasaan belia.
Dato' Yang di-Pertua, maka peranan masjid juga kita bawa isu Palestin ini untuk menyedarkan semua bahawa sebenarnya kita juga tidak terlepas bila-bila masa jugak negara kita akan berlaku konflik Ukraine-Rusia dan sebagainya di Timur Tengah dan banyak tempat. Di tempat kita perlu kepada penyatuan dan perpaduan di kalangan kita menjaga sensitiviti di kalangan kita menghormati di kalangan kita. Kita mengharapkan itulah kerjasama yang boleh kita buat yang menjamin negara kita aman dan sentosa. InsyaAllah. Akhir sekali, Allah Subhana Wa Ta'ala berfirman. (bacaan ayat al-Quran) Bandar yang baik dan mendapat keampunan Allah. Islam dalam bentuk bandar yang baik, tidak menolak kaedah inovatif dan kreatif asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Perancangan Bandar Sejahtera perlu dilihat dalam konteks perpaduan kesepaduan sistem hidup Islam yang diterjemahkan dalam aktiviti kehidupan seharian masyarakat dan diterjemahkan ke dalam ruang dan reka bentuk fizikal. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Slim turut menyokong Titah Diraja. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Slim yang telah menamatkan perbahasannya dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan. 20 minit silakan.
Jika saya rasa hari ni, kamera ada masalah. Ada aduan tentang netizen kata tak nampak. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Bercham. Kita pihak urusetia, pihak Dewan sedang meneliti dari segi teknikal. Memang ada sedikit. Saya mohon maaf bagi pihak Dewan dan juga urusetia. Terima kasih.
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullatuhi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan daripada pihak pembangkang, ketua-ketua jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta rakan media. Seterusnya yang dikasihi semua rakyat negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan Negeri Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Kali Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Sebelum memulakan perbahasan. Saya ingin merakamkan bingkisan merafakkan sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang berbunyi seperti berikut. Patik merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Yasng Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Ampun Tuanku. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut membahaskan usul menjunjung kasih di atas titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas bertarikh 23 Februari 2024.
Terdahulu saya ingin merakamkan setinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia dan keredhaan-Nya jua dan membolehkan saya hadir di Dewan yang mulia ini bagi melunaskan tanggungjawab sebagai salah seorang Ahli Dewan Negeri Perak. Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi, negara dan negeri tercinta ini berada dalam keadaan aman dengan suasana yang sedemikian itu, kita boleh bergerak ke hadapan bagi mengisi matlamat mensejahterakan rakyat dan negara. Berkat kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak. Pelbagai projek telah sedang dan bakal dibangunkan. Sebagai Ahli Dewan dari kawasan Rungkup dalam Daerah Bagan Datuk, saya bagi pihak rakyat Dun Rungkup dan Daerah Bagan Datuk ingin merakamkan setinggi kesyukuran terhadap Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada pihak kerajaan atas pembinaan Politeknik Bagan Datuk yang telah disiapkan pada Oktober 2023. Selain daripada itu, Jambatan Sultan Nazrin Shah sepanjang 10.5 kilometer di Bagan Datuk yang juga dibiayai pembinaannya oleh Kerajaan Persekutuan. Selain menjadi mercu tanda daerah Bagan Datuk, jambatan ini turut memberikan lonjakan ekonomi setempat serta menjimatkan masa perjalanan.
Dalam kerangka yang lebih besar melalui Rolling Plan Ke-3 (RP3), Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM1.59 bilion pada tahun 2023 untuk membiayai pelbagai projek pembangunan di Perak. Daripada jumlah tersebut, RM1.34 bilion bersamaan 84% telah dibelanjakan sepanjang tahun 2023. Peruntukan tersebut bersekali dengan belanja pembangunan sebanyak RM461 juta yang disediakan oleh Kerajaan Negeri tentulah memberi impak yang positif dalam usaha membangunkan negeri Perak. Saya lontarkan penyertaan tersebut bagi mencerminkan peri pentingnya jalinan kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri di bawah payung Kerajaan Perpaduan. Hikmah kerjasama itu boleh diterjemahkan kepada usaha mensejahterakan rakyat jelata. Syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan Kerajaan Negeri meningkatkan kutipan hasil, sekaligus berjaya menutup akaun dengan RM1129.6 juta pada tahun kewangan 2022 dan RM1192.4 bagi tahun kewangan 2023.
Selain daripada itu, kutipan hasil RM1.21 bilion pada tahun 2023 merekodkan kutipan tertinggi melepasi sasaran RM1.13 bilion bagi tahun 2023. Yang ini bukan sahaja harus kita syukuri, malah perlu dijadikan testimoni tentang peri pentingnya suasana aman damai yang membolehkan urus tadbir Kerajaan Negeri berjalan lancar tanpa sebarang ganggu gugat. Marilah sama-sama kita pertahankan suasana aman damai ini demi kebaikan bersama. Soal perbezaan kecenderungan politik tidak harus dijadikan punca yang boleh menyebabkan pentadbir Kerajaan Negeri kucar kacir yang kelak merugikan rakyat jelata. Pelan Perak Sejahtera 2030, hanya tinggal kira-kira 6 tahun untuk direalisasikan. Setiap detik berlalu mendekatkan kita kepada tempoh itu. Sebarang pembaziran waktu akibat masalah yang tak diundang akan merencatkan kecapaian kita. Harmonian dan kestabilan adalah suluhan yang menerangi perjalanan kita menuju ke Perak Makmur Rakyat Sejahtera.
Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya memetik Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang berbunyi bangunan megah pencakar langit tidak memberi makna sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbung langit selagi ada rakyat yang miskin usaha membasmi kemiskinan wajib diteruskan. Begitulah cerminan betapa prihatinnya Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap nasib rakyat jelata. Sehubungan dengan perkara ini, saya ingin menyentuh tentang salah satu segmen atau kelompok dalam masyarakat yang saya istilahkan dalam keterpaksaan menjadi miskin. Golongan yang saya maksudkan ialah mereka yang makan gaji apabila pencen dengan tiba-tiba jatuh miskin kerana bayaran gaji kerana bayaran pencen yang mereka terima tinggal separuh daripada gaji asal. Golongan yang menerima gaji semasa bertugas pada jumlah kurang daripada RM4000.00 sebulan dengan tiba-tiba tergolong sebagai miskin tegar sebaik berpencen kerana bayaran pencen yang mereka terima tinggal separuh daripada gaji asal. Penjawat awam dalam gred yang rendah dan anggota keselamatan termasuk tentera dan polis dan mereka di sektor swasta yang tidak menerima bayaran pencen adalah di kalangan yang tiba-tiba jatuh miskin setelah tamat perkhidmatan dan dengan mereka ini bukanlah sedikit menokok kepada derita yang mereka alami ialah usia serta keterbatasan upaya untuk mendapatkan pekerjaan baru bagi menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.
Fenomena yang sedemikian mendorong golongan tertentu melabelkan para majikan sama ada pihak kerajaan ataupun swasta sebagai khilaf yang melahirkan golongan miskin. Menjadi lebih malang sekiranya golongan ini mewariskan derita kemiskinan mereka itu kepada generasi pelapis mereka. Jika keadaan ini berterusan berlaku, usaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar di kalangan masyarakat amat sukar dicapai. Sesungguhnya sistem dan struktur pengajian di negara ini telah sedemikian cirinya. Namun, usaha yang lebih realistik dan holistik perlu dicari supaya hasrat membasmi kemiskinan benar-benar tercapai. Ini termasuk di antara lain mewujudkan peluang dan ruang untuk golongan yang pencen atau warga emas diberi pekerjaan atau perniagaan yang sesuai untuk mereka menjana pendapatan. Sayugia diingat bahawa negara kita ini sedang menuju ke taraf negara tua apabila semakin ramai rakyat tergolong sebagai warga emas. Malahan Negeri Perak merupakan negeri yang paling ramai peratusan orang pencen dan warga emas. Sesuatu yang proaktif perlu difikirkan bagi menangani fenomena ini.
Dato' Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga menyentuh soal keterjaminan makanan, sekaligus menyatakan bahawa Negeri Perak sentiasa berusaha meningkatkan pengeluaran sumber makanan. Tersenarai dalam titah baginda itu, peningkatan pengeluaran hasil komoditi sayur-sayuran, tanaman kontan dan kadar sara diri negeri bagi beras berada pada paras 98%. Negeri Perak merupakan pengeluar utama dalam negara bagi jagung manis, ubi keledek, sengkuang dan bendi. Manakala dalam sektor ternakan pula, Negeri Perak merupakan penyumbang utama makanan berasaskan ternakan khususnya daging, ayam dan telur. Selain dari itu, Negeri Perak menghasilkan 300 ribu tan ikan laut meletakkan Negeri Perak sebagai negeri pengeluaran ikan tertinggi di Malaysia. Jika dilihat dari sudut statistik itu, tidak ada sebab yang munasabah rakyat Negeri Perak mengalami kegusaran dari segi keterjaminan makanan yang mungkin menjadi persoalan ialah faktor pemasaran dan agihan serta kawalan harga. Inisiatif yang diambil oleh badan-badan kerajaan dan GLC dalam usaha pengedaran terus secara langsung bahan-bahan makanan utama kepada golongan sasar patut diberikan pujian dan sanjungan. Selain dari itu, tindakan penguatkuasaan dan kawalan harga tidak harus terabai ataupun lalai. Turut diberi perhatian ialah paras keterlibatan rakyat dalam penghasilan bahan makanan. Meminjam kata-kata hikmah, Dato' Seri Menteri Besar tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam selebihnya dijual. Sememangnya boleh membantu dalam soal keterjaminan makanan, jangan sampai tanah di depan dan di belakang rumah tumbuh lalang dan semak samun. Manakala dalam masa yang sama kita merungut harga sayur tinggi.
Dato' Yang di-Pertua Negeri Perak bertuah, kaya dengan hasil bumi. Malah pada satu musim dahulu, Negeri Perak pernah dinobatkan sebagai negeri terkaya di Semenanjung Malaysia kerana keberadaan bijih timah. Pada masa ini sekalipun deposit bijih timah semakin mengalami kepupusan. Khazanah kurniaan Ilahi di bumi negeri bertuah ini mengandungi pelbagai bahan mineral yang berharga dari hasilan kuari dan juga perlombongan. Termasuk dalam senarai khazanah itu ialah bahan mineral bukan logam seperti batu kapur, limestone dolomite, granite, kalsium karbonat, kaolin, marble, silika, wellesley dan sebagainya. Selain daripada itu, masih terdapat bijih timah di kawasan-kawasan tertentu dan di akhir-akhir ini ditemui pula unsur nadir bumi bukan radioaktif NRREE yang berpotensi menjana hasil negeri serta peluang ekonomi kepada para pengusaha. Saya difahamkan Negeri Perak mengatasi negeri-negeri lain dari segi industri pengkuarian khususnya bagi produk berasaskan limestone, batu kapur. Dalam masa yang sama, saya juga difahamkan bahawa penglibatan Bumiputera dalam sektor ini amat kurang di mana juga amat kurang penglibatan bumiputera dalam sektor perlombongan bijih timah pada musim puncak dahulu.
Dalam konteks ini, elok kiranya kita kaji dimana salah dan silapnya supaya sumber kekayaan atau khazanah hasil bumi di negeri bertuah ini turut dinikmati oleh bumiputera secara adil tanpa terlalu tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja. Sesungguhnya soal tahap keterlibatan dalam sesuatu industri membabitkan aspek kepakaran, pengalaman, pelaburan, pemasaran dan sebagainya. Namun bukan bermakna sekali tertinggal, dibiarkan terus tertinggal dan terpinggir, manakala sumber kekayaan dibiarkan berlalu di depan mata. Begitu jugalah hendaknya dengan sumber kekayaan baharu dari nadir bumi (REE). Sekarang dijauhkan persepsi rakyat jelata bahawa REE hanya untuk golongan tertentu sahaja. Jangan harus ada garis pemisah di antara yang bertuah dengan yang bermaruah.
Seperti terkandung dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, hampir 42% penduduk di Negeri Perak terdiri daripada golongan belia. Ini bermakna hampir separuh penduduk Perak adalah golongan belia. Golongan ini sedang mencari arah tuju dalam kehidupan mereka di masa kini dan di musim-musim mendatang. Dua perspektif ini sering kontradik antara satu sama lain kerana desakan hidup masa kini sering dipengaruhi oleh persekitaran dan pengaruh teman-teman sebaya, manakala realiti kehidupan di musim mendatang menuntut persediaan rapi sebagai bekalan jangka panjang. Alam belia yang begitu dinamik sifatnya memerlukan perancangan dan tindakan yang juga dinamik. Apa yang sering berlaku ialah jaringan perancangan dan tindakan gagal mencakupi sebilangan golongan belia yang disasarkan. Ini bukan satu perkara luar biasa, malah boleh dikatakan universal.
Oleh hal yang demikian, elok kiranya sebarang perancangan mengenai belia dilibatkan penyertaan belia secara kolektif dan di peringkat pelaksanaan juga begitu. Faktor keanjalan perancangan dan pelaksanaan juga perlu diberi perhatian atas tuntutan aspirasi dan aspirasi belia yang tidak bersifat statik. Didikan yang cukup dan sepadan juga merupakan satu kemestian di alam belia. Golongan murid yang tidak meneruskan pengajian ke tahap seterusnya merupakan suatu fenomena yang perlu ditangani dengan berkesan. Pelbagai skim latihan yang diwujudkan seperti TVET dan sebagainya perlu dimanfaatkan sepenuhnya supaya golongan belia tidak tercicir dari arus pembangunan negara kerana belia adalah khazanah penting masyarakat dan pada belialah terletaknya masa depan negara. Di samping aspek keilmuan dan kepakaran di bidang-bidang tertentu, para belia juga perlu dibekalkan dengan nilai-nilai murni 3A iaitu adab, adat dan akhlak supaya mendapat suluhan dalam menjalani kehidupan masing-masing.
Dato’ Yang di-Pertua, pada kesempatan ini, saya ingin menyentuh isu-isu setempat iaitu kawasan saya di Dun Rungkup. Sekali lagi, saya ingin mengutarakan tentang isu banjir dan air termenung. Setiap kali musim hujan atau tengkujuh bertembung pula dengan fenomena air pasang besar, ini merupakan faktor utama berlakunya banjir air termenung khususnya di dalam kawasan Dun Rungkup yang saban tahun dihadapi oleh penduduk kampung. Keadaan ini memberi kesan kepada aktiviti harian pekebun-pekebun mengeluarkan hasil dan pengusaha-pengusaha ternakan seperti lembu, kambing dan ayam dalam aspek keselamatan. Ini termasuk keselamatan rumah yang terpaksa ditinggal sementara apabila diarah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara seperti yang berlaku pada tahun 2002. Kebiasaannya banjir termenung ini mengambil masa dua minggu untuk kembali normal dan adakalanya hampir sebulan kerana air tidak boleh keluar secara semula jadi. Ini pastinya memberi kesan yang tidak baik kepada penduduk-penduduk khususnya di Dun Rungkup.
Untuk rekod, di dalam Dun Rungkup mempunyai 13 lokasi kawalan pintu pasang surut. Lima di dalam Mukim Bagan Datuk dan tujuh di mukim Rungkup, manakala rumah pam pula terdapat 10 unit Rumah Pam. Tujuh unit di Mukim Bagan Datuk dan tiga di Mukim Rungkup. Ini merupakan inventori sistem pemantauan banjir dalam Dun Rungkup. Jumlah ini tidak termasuk di dalam kawasan Dun Hutan Melintang. Data yang bocor ini diperolehi daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Hilir Perak. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini, tiga perkara atau isu yang masih tergantung bagi mitigasi risiko banjir di daerah Bagan Datuk. Yang pertama berkaitan status iklan tender Projek Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk. Pada 31 Oktober 2023, Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengiklankan tender Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk tetapi telah dibatalkan oleh Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia pada 1 November 2023 iaitu sehari selepas ianya diiklankan. Saya mohon dipercepatkan oleh pihak Ibu Pejabat JPS serta pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, proses pengiklanan semula projek tersebut. Sehingga hari ini, pihak JPS Hilir Perak tidak menerima lagi tarikh bagi tujuan taklimat tender. Mereka masih lagi menunggu tindakan lanjut oleh pihak Ibu Pejabat JPS di Cyberjaya dan pihak pengurusan kementerian.
Keduanya berkenaan isu permohonan projek RMKe-12 RT4 2025 bagi Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk Fasa 2. Untuk makluman Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hilir Perak telah memohon projek RMKe-12 bagi Fasa 2 Rancangan Tebatan Banjir tersebut melibatkan menaiktaraf 10 buah rumah pam dan menaiktaraf 45 unit prosessing culvert dan struktur outlet yang telah dikenal pasti. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah pun menghantar kertas permohonan tersebut ke Ibu Pejabat JPS bagi tujuan penilaian dan kelulusan. Di sini, saya sekali lagi memohon pihak Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Kewangan untuk meluluskannya bagi mengatasi risiko impak banjir di daerah Bagan Datuk dalam jangka masa panjang dan yang ketiga adalah berkenaan isu perolehan tender bagi dua unit pam gerak berkuasa tinggi untuk daerah Bagan Datuk. Permohonan dua unit pam gerak telah dihantar ke Bahagian Pengurusan Mekanikal dan Elektrikal di Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Ibu Pejabat JPS Perak, perolehan tersebut dilaksanakan oleh agensi NADMA. Sehingga sekarang pihak JPS Negeri Perak masih tidak mengetahui status iklan tender tersebut oleh pihak NADMA. Semua perkara dan isu yang saya bangkitkan dan nyatakan tadi, saya mohon untuk dipercepatkan dan diselesaikan secara segera bagi tujuan mengurangkan risiko banjir dan menyelesaikan permasalahan banjir dan air termenung di daerah Bagan Datuk. Dato’ Yang di-Pertua, ternyata berpandukan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Negeri Perak tercinta ini sedang berada di atas landasan yang betul serta kukuh, masih mampu menjana pertumbuhan sederhana 3.7% pada tahun 2023 di peringkat negara. Kadar pengangguran menurun ke paras 3.3%. Kutipan hasil negeri meningkat kepada RM1.1 billion. Belanjawan Negeri bagi tahun 2024 yang tertinggi pada paras RM1.5 billion di mana Belanja Pembangunan RM421 juta yang juga tertinggi. Semua petunjuk ini menjanjikan masa depan yang meyakinkan meskipun ketidaktentuan di peringkat global masih belum menampakkan penghujung dalam masa yang terdekat. Dalam persekitaran yang amat mencabar itu, rakyat dan negara tidak mampu berdepan pula dengan ketidakstabilan politik dan keresahan sosial.
Oleh itu, sekalipun kita mempunyai kecenderungan politik masing-masing mengikut acuan dan agenda tertentu, eloklah dielakkan amalan yang boleh menjejaskan kemaslahatan kita sebagai negeri yang berdaulat di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak. Titah DiRaja pada Istiadat Pembukaan Rasmi Dewan Negeri pada 23 Februari yang lalu sarat dengan harapan dan suluhan. Semoga rakyat jelata dan Negeri Perak tercinta ini bergerak ke hadapan mengisi matlamat bersama Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Diwarkahkan di Dewan yang mulia ini, bahawasanya patik dan sekalian Ahli Dewan merakamkan setinggi junjungan kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku atas Titah DiRaja yang penuh bermakna sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas pada 23 Februari 2024.
Bukan selasih sebarang selasih, Selasih mekar di hujung taman, Tuanku kasih, rakyat pun kasih, Kasih segar sepanjang zaman.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Rungkup menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Rungkup. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan sekelian, ketua jabatan negeri dan juga persekutuan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut serta dalam sesi perbahasan menyembah usul titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membangunkan kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian seluas 2400 hektar sudah tentu akan memberikan kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi khususnya di Daerah Perak yang berjiran dengan Pulau Pinang dan juga di Kulim Kedah. Tahniah diucapkan kepada pentadbiran daerah dan juga Kerajaan Negeri yang berjaya mendorong Kerajaan Pusat untuk memberikan tumpuan kepada projek pembangunan di Daerah Kerian yang selama ini agak ketinggalan. Projek pembangunan kawasan perindustrian baru ini sudah tentu akan menjana ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya kepada golongan muda. Pembukaan kawasan industri baru ini juga akan membantu meningkatkan taraf infrastruktur dan juga kemudahan awam yang lebih baik seperti jaringan jalan raya, capaian internet, bekalan air dan elektrik, projek rumah yang baru, sekolah dan sebagainya dan apabila siap nanti projek pembangunan ini diharap Daerah Kerian akan bertukar wajah kepada kawasan industri yang termaju di Negeri Perak di samping dapat mengekalkan Daerah Kerian sebagai kawasan jelapang padi dan juga perikanan yang utama di Negeri Perak.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua berkaitan dengan masalah tanah jerlus di Daerah Kerian. Masalah tanah sawah yang jerlus pada musim menuai kali ini semakin serius terutamanya di kawasan Kerian laut yang meliputi Dun Kuala Kurau dan juga Dun Titi Serong. Berpuluh-puluh hektar padi yang telah masak ranum tidak dapat dituai akibat masalah tanah jerlus di mana mesin padi atau pun jentuai terbenam dan gagal memungut hasil. Para pesawah menanggung kerugian yang banyak mungkin puluhan ribu ringgit sejak dua tiga musim yang lalu akibat masalah tanah jerlus. Perkara ini telah disuarakan beberapa kali sama ada di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dalam sidang Dun dan juga oleh Ahli Parlimen juga malahan turut disuarakan oleh pesawah yang terlibat di dalam media massa. Namun sehingga kini belum ada apa-apa tindakan yang drastik diambil oleh sama ada oleh pihak kerajaan negeri atau pihak kerajaan pusat bagi menangani masalah ini. Pesawah yang terlibat juga memohon bantuan berupa wang ehsan atau pun apa-apa bantuan yang sesuai bagi menampung kerugian yang ditanggung. Kita bimbang jika masalah ini berlarutan dan tidak diatasi dengan segera mungkin banyak nanti tanah sawah akan akan menjadi terbiar atau bertukar kepada tanaman-tanaman yang lain seperti sawit, kebun sayur, kolam ikan, projek perumahan dan sebagainya.
Seterusnya berkaitan dengan isu bantuan pesawah. Bantuan khas BERNAS RM250 sekali bayar kepada para pesawah yang layak di seluruh negara seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian pada tahun lalu, saya difahamkan sehingga kini masih lagi belum diterima oleh pesawah-pesawah yang layak di Negeri Perak. Justeru oleh kerana kawasan saya sendiri di Kuala Kurau adalah kawasan jelapang padi yang membekalkan beras kepada rakyat adalah dimohon supaya pembayaran Bantuan Khas BERNAS ini dapat disegerakan kepada para pesawah di Negeri Perak yang terbeban akibat kenaikan kos sara hidup dan sebagai penghargaan kerajaan kepada para pesawah yang selama ini telah berusaha bersungguh-sungguh mengerjakan sawah dan ladang demi mencari sesuap nasi bagi menyara keluarga.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kaitan dengan masalah nelayan pukat kenka di kawasan saya. Saya masih lagi menerima banyak aduan oleh nelayan pantai Zon A mengenai masalah pencerobohan nelayan pukat kenka dua bot khususnya di perairan Kuala Kurau dan juga Tanjung Piandang. Nelayan pantai menanggung risiko kehilangan punca pendapatan dan kerosakan alat tangkapan seperti pukat dan sampan akibat zon tangkapan mereka sering diganggu oleh pencerobohan nelayan pukat kenka sejak sekian lama. Walau pun bukan semua nelayan pukat kenka terlibat namun sikap segelintir mereka yang mementingkan diri sendiri dan tamak haloba menyebabkan konflik antara nelayan pukat kenka dan nelayan pantai seperti tiada kesudahan. Kebanyakan pemilik bot-bot pukat kenka adalah tauke-tauke besar manakala nelayan pantai terdiri daripada penduduk tempatan yang sudah tentu serba kekurangan dan hanya memiliki sampan dan enjin yang kecil sahaja dan juga menangkap ikan secara tradisional. Adalah diharap kepada pihak agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perikanan dan Pasukan Polis Marin yang mempunyai pangkalan di Kuala Kurau dapat melipat gandakan usaha bagi membanteras isu pencerobohan bot pukat kenka bagi melindungi kepentingan nelayan pantai Zon A. Saya juga ingin bertanya berkaitan dengan status pengharaman lesen pukat kenka dua bot yang pelaksanaannya masih lagi tergantung walau pun saya dimaklumkan keputusan pengharaman lesen pukat kenka telah pun dibuat sejak beberapa tahun yang lalu oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian.
Khususnya berkaitan dengan isu peruntukan kepada Adun-Adun Pembangkang. Kami Adun-Adun pembangkang menyambut baik kesediaan Yang Amat Berhormat Menteri Besar menyalurkan peruntukan pembangunan berjumlah RM300 ribu pada tahun ini kepada kesemua 59 kawasan Dun. Walaupun kaedah penyalurannya yang mungkin berbeza di antara ADdun kerajaan dan juga Adun pembangkang, namun kami tetap menghargai sikap keprihatinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku peneraju Kerajaan Negeri dan kami juga sedia maklum bahawa penyaluran beberapa program bantuan yang diterima pada tahun lepas oleh Kerajaan Negeri seperti bantuan kotak makanan, Program Bantuan Back to School telah pun dihentikan pada tahun ini. Namun kami amat berharap supaya contohnya agihan lembu korban dapat terus disalurkan kepada Adun-Adun pembangkang pada tahun ini dan seperkara lagi kami mohon pertimbangan semula oleh Yang Amat Berhormat untuk menyalurkan sejumlah peruntukan OG atau pun outright grant kepada kami Adun-Adun pembangkang bagi membantu rakyat dengan lebih sempurna di kawasan masing-masing.
Kita sedia maklum bahawa realiti di bawah semua wakil rakyat sama ada daripada pihak kerajaan ataupun daripada pihak pembangkang akan menjadi tempat sandaran dan juga bergantung harap oleh rakyat yang mengalami musibah ataupun kesusahan. Contohnya apabila wakil rakyat turun padang jika berlaku bencana alam seperti banjir, ribut dan kebakaran sudah tentu ada sedikit sumbangan yang akan diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Wakil rakyat juga kerap menerima permohonan seperti sumbangan kerusi roda, katil hospital oleh pesakit yang tiada kemampuannya dan daripada pihak sekolah dan PIBG yang kerap mengadakan pelbagai program pemulihan kepada anak-anak muda yang aktif bersukan dan sudah tentu tidak lama lagi menjelang Ramadan lebih banyak permohonan sumbangan yang akan diterima daripada pihak surau-surau dan juga masjid bagi mengimarahkan kegiatan di sepanjang bulan puasa dan sebagai orang yang agak lama jugalah di dalam Dewan ini, saya hanya menyampaikan keluh kesah dan juga harapan oleh Adun-Adun pembangkang untuk menerima sedikit bantuan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Seterusnya berkaitan dengan pasar malam Jalan Pasola di Pekan Lama, Parit Buntar. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur Pasar Malam Jalan Pasola di Pekan Lama, Parit Buntar dan juga Majlis Daerah Kerian yang mana yang telah diadakan setiap hujung minggu sejak tahun yang lalu telah berjaya menghidupkan kembali suasana malam di Pekan Lama, Parit Buntar yang selama ini agak lesu dan juga suram. Konsep pasar malam yang dijenamakan semula seperti pasar malam di zaman dahulu kala telah menarik minat ribuan pengunjung yang hadir serta telah mendapat publisiti yang meluas oleh pihak media dan juga masyarakat. Para peniaga dan pengunjung yang hadir begitu sporting mengenakan busana zaman dahulu kala bagi memeriahkan suasana di situ. Jualan-jualan makanan tradisional termasuk kuih muih dan sebagainya memberi peluang kepada orang ramai merasai kenikmatan dan keenakan pelbagai juadah yang jarang- jarang diperolehi sekarang. Di samping itu juga ia menjana pendapatan dan sumber pekerjaan kepada penduduk tempatan di mana Pasar Malam Jalan Pasola kini telah menjadi satu produk pelancongan yang popularlah di bandar Parit Buntar dan juga di Daerah Kerian apatah lagi tahun ini telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Perak 2024.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya berkata dengan isu banjir kilat. Isu banjir kilat yang dihadapi oleh Klinik Kesihatan Kuala Kurau selama ini adalah dimohon kepada pihak JKR ataupun lain-lain agensi yang berkaitan agar dapat mencari satu kaedah penyelesaian yang segera kerana masalah ini telah menyebabkan perkhidmatan Klinik Kesihatan Kuala Kurau kepada masyarakat sekitar agak terjejas apabila berlakunya banjir kilat apabila hujan lebat. Saya mencadangkan supaya longkang tanah di hadapan Klinik Kesihatan tersebut dapat dinaiktaraf kepada longkang konkrit agar sistem saliran dapat bergerak lancar seterusnya bagi menghindari masalah banjir kilat. Saya juga memohon supaya sejumlah peruntukan dapat diluluskan segera oleh sama ada pihak Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan isu banjir kilat yang sering dihadapi oleh Klinik Kesihatan Kuala Kurau.
Seterusnya berkaitan dengan masalah lumba haram di kawasan Kuala Kurau dan juga di Daerah Kerian. Masalah lumba haram oleh golongan remaja di Daerah Kerian termasuk di Dun Kuala Kurau yang mana pada bulan lepas seorang remaja telah terkorban. Ia kerana aktiviti lumba haram yang berlaku pada yang berlaku di Kampung Batu 11, Jalan Pantai, Tanjung Piandang. Isu lumba haram adalah masalah negara dan ianya berlaku di mana-mana. Justeru, kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat dan pihak sekolah, pihak media dan sebagainya amat diperlukan. Bukan hanya kita meletakkan tanggungjawab kepada pasukan keselamatan semata-mata bagi membanteras gejala tersebut. Aktiviti lumba haram bukan sekadar membahayakan diri sendiri tetapi juga kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain serta orang ramai serta juga mengganggu ketenteraman awam. Di Daerah Kerian ada beberapa tempat yang menjadi lokasi panas kegiatan lumba haram di setiap hujung minggu. Justeru, adalah dipohon agar pihak keselamatan khususnya PDRM dapat meningkatkan pemantauan dan rondaan di kawasan-kawasan yang disebutkan sebentar tadi.
Seterusnya berkaitan dengan masalah kualiti air. Gangguan bekalan air dan kualiti air terawat untuk kegunaan isi rumah kerap berlaku sejak beberapa bulan yang lalu khususnya di kawasan Parlimen Parit Buntar yang melibatkan kawasan Dun Kuala Kurau dan juga Dun Titi Serong. Dari aduan yang diterima oleh orang ramai, bekalan air tersebut berkeladak dan berwarna coklat seperti air karat dan ini sudah tentu tidak sesuai untuk diminum ataupun untuk kegunaan seharian. Justeru, saya memohon penjelasan daripada pihak Lembaga Air Perak melalui Exco yang berkaitan. Apakah sebenarnya yang telah berlaku puncanya air berkarat dan apakah langkah-langkah penambahbaikan supaya masalah gangguan bekalan air dan masalah air berkarat tidak terlalu kerap berulang di masa hadapan khususnya di kawasan Parlimen Parit Buntar?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali berkenaan dengan isu pertukaran nama Hospital Parit Buntar kepada Hospital Bagan Serai. Saya telah difahamkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah bersetuju untuk menukar nama Hospital Parit Buntar yang ketika ini masih lagi dalam proses pembinaan di satu tapak projek di Simpang Lima kepada satu nama baru iaitu Hospital Bagan Serai, Bagan Serai atas alasan semata-mata kerana tapak projek tersebut berada dalam Parlimen Bagan Serai. Sehubungan dengan itu, saya selaku Adun kawasan Kuala Kurau yang berada di dalam kawasan Parlimen Parit Buntar mengambil pendirian tidak bersetuju dan membantah sekeras- kerasnya cadangan tersebut dan memohon agar Kerajaan Negeri mengambil pendirian yang sama dan dapat menyampaikan mesej ini kepada pihak KKM agar dapat dikaji semula keputusan tersebut dan seterusnya mengekalkan nama yang asal iaitu Hospital Parit Buntar. Saya ingin menjelaskan bahawa adalah benar tapak projek pembinaan hospital baru tersebut berada dalam kawasan Parlimen Bagan Serai. Namun kawasan tersebut sebenarnya adalah kawasan yang bersempadan antara Parlimen Parit Buntar dan juga Parlimen Bagan Serai. Untuk makluman juga, kawasan pembinaan projek hospital baru tersebut juga masih lagi dalam kawasan pentadbiran Pejabat Penghulu Mukim Parit Buntar.
Justeru, hujah dan alasan semata-mata kerana tapak hospital baru berada dalam Parlimen Bagan Serai adalah hujah yang lemah dan tidak, tidak juga relevan kerana sempadan pilihan raya boleh berubah-ubah mengikut keperluan. Namun, sempadan mukim biasanya akan kekal selama-lamanya. Saya juga telah berhubung dan berbincang dengan Yang Berhormat KSU Kesihatan tentang isu ini dan kami secara prinsipnya turut bersetuju, bersetuju bahawa nama asal Hospital Parit Buntar perlu dikekalkan atas alasan mengambil kira kepentingan dan kemudahan pengenalan kepada penduduk dan rakyat yang perlu diberikan keutamaan dan maklum balas daripada seluruh warga Hospital Parit Buntar juga hampir 100% tidak bersetuju, tidak bersetuju nama Hospital Parit Buntar ditukar kepada nama yang lain dan mahu nama yang asal dapat dikekalkan. Projek hospital baru yang sedang dalam proses pembinaan sekarang dari segi sejarahnya juga adalah projek hospital gantian kepada Hospital Parit Buntar yang ada sekarang dan akan berpindah apabila projek tersebut siap sepenuhnya dan dijangka pada tahun 2024 ataupun 2025.
Untuk makluman juga sebenarnya jarak hospital baru dengan Bandar Parit Buntar lebih hampir iaitu hampir hanya 5 kilometer sahaja berbanding jarak dengan Bandar Bagan Serai dimana lebih daripada 10 kilometer. Nama Hospital Parit Buntar juga telah digunakan sejak puluhan tahun yang lalu iaitu sejak hospital tersebut ditubuhkan dan ianya mempunyai nilai sentimental dan sejarah yang tersendiri dan nama tersebut telah terpahat erat dalam minda dan jiwa masyarakat terutamanya di kalangan penduduk Parit Buntar, Bagan Serai yang telah mendapat khidmat perubatan dan rawatan di hospital tersebut selama ini. Akhir sekali dengan mengambilkira akan perubahan tampuk kepimpinan selepas PRU yang ke-15 adalah sewajarnya keputusan untuk menukar nama Hospital Parit Buntar kepada Hospital Bagan Serai dapat dikaji semula dengan mengambilkira akan kepentingan rakyat yang sepatutnya menjadi keutamaan dan bagi menghindari pembaziran serta kerenah birokrasi yang tidak diperlukan. Jadi sekian saja ucapan daripada Kuala Kurau. Sekian, Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahitaa’la Wabarakatuh. Dengan ini, Kuala Kurau menyokong.
Terima kasih yang Berhormat dari Kuala Kurau. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada YB Timbalan Speaker kerana memberi peluang kepada saya Pengkalan Baharu untuk sama-sama berbahas dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas pada 23 Februari 2024 yang jatuh nya pada hari Jumaat lepas iaitu penghulu segala hari. Sesungguhnya patik dan seluruh penduduk di Dun Pengkalan Baharu merafak sembah menjunjung kasih di atas Titah Tuanku yang penuh bermakna bagi seluruh rakyat jelata di Negeri Perak. Ucapan tahniah juga dizahirkan di atas pelantikan sekali lagi sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sesungguhnya rakyat Perak amat bertuah dengan Tuanku sebagai payung kepada keseluruhan rakyat Negeri Perak yang kita cintai ini. Yang Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat, semua Ketua-Ketua Jabatan mahu pun anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri yang merupakan cerminan terhadap kejayaan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan Negeri Perak. Tidak ketinggalan semua yang berada di dalam Dewan atau pun yang sedang mengikuti secara langsung Sidang Dewan pada hari ini. Kepada penduduk dan pengundi di Dun Pengkalan Baharu khasnya di seluruh rakyat kawasan Parlimen Beruas amnya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia perbahasan saya yang menjadi wakil kepada anda semua di Dewan yang mulia ini. Insya-Allah saya akan menggunakan peluang yang ada ini dengan sebaik baik mungkin. Assalamu'alaikum Rahmatullahi Taala Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Madani. Salam Perak sejahtera 2030.
Saya terpanggil untuk berbicara soal permasalahan rakyat juga sama seperti rakan-rakan yang lain yang telah berbahas sebelum ini. Sama ada di sebelah sini atau pun di sebelah sana. Sering kita dengar keluhan berkaitan kos sara hidup yang meningkat naik sejak akhir-akhir ini. Isu berkaitan ketiadaan peluang pekerjaan, isu kemiskinan sering menjadi topik yang sering dibicarakan sama ada di dalam Dewan mahu pun di luar sana yang mendapat tempat di hati rakyat mahupun ahli-ahli politik. Apa yang menjadi kebuntuan saya ialah walau dihimpit pelbagai kesusahan, keresahan, ketiadaan wang, kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi, namun apa yang saya lihat terutama di jalan-jalan raya penuh sesak dengan deretan kenderaan. Apatah lagi dengan musim cuti persekolahan sekarang ini. Sampai ke R&R penuh dengan lautan manusia.
Tidak berakhir di situ. Malahan di Hatyai, di Songkhla, di Danok, Langkawi, Pulau Pangkor penuh sesak dengan kehadiran pelancong. Terutama orang-orang kita orang Malaysia yang berbelanja di sana. Persoalan saya, ada pulak duit? Bila kita sebut soal kesusahan ianya seolah-olah rakyat di bawah sana atau pun di luar sana sangat susah dengan apa yang berlaku pada hari ini. Di shopping complex juga ramai penuh dengan pelanggan. Begitu juga di kedai-kedai kopi, di kampung-kampung saya rasa tidak kurang menjadi tempat persinggahan dan tumpuan bagi pengunjung-pengunjung yang menjadikan kedai kopi sebagai satu tempat untuk mereka beramah mesra dengan penduduk tempatan dan sekarang ini pula ada satu trend baru orang-orang kita. Tak minum dah kopi-kopi yang dijual di kedai kedai kopi. Kebanyakannya kita minum kopi yang dijual dengan harga yang sangat mahal. Pada saya RM10 satu cup. Ini menunjukkan ada kemampuan dari segi berbelanja. Maknanya rakyat mempunyai wang untuk berbelanja di negara kita.
Walaupun dikatakan dalam keadaan yang sangat teruk, namun ianya sebenarnya menjadi lubuk emas bagi pendatang asing yang berpusu-pusu masuk ke negara kita terutama dalam sektor pertanian, perikanan. Yang datang daripada Indonesia, dari Bangladesh, dari Nepal, Rohingya, Vietnam dan sebagainya. Sedangkan mereka ini menjadi kaya-raya di tempat kita. Sedangkan kita pribumi sering mengadu berada di bawah paras kemiskinan. Seringkali Adun menjadi tempat untuk mendapat bantuan sehingga mereka beranggapan di pejabat Adun lah ada peti besi atau pun ada satu lampu ajaib yang boleh menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh rakyat di luar sana. Sebenarnya di bumi bertuah Malaysia ini, asalkan kita rajin berusaha, Insya-Allah kita tidak akan berada di dalam kesusahan. Dengan syarat kita rajin berusaha. Kita rajin bekerja sebagaimana pendatang asing atau pun orang-orang luar yang sanggup bergadai nyawa menyeberangi laut untuk mencari makan di tempat kita. Ianya semua bergantung kepada kita. Sama ada kita nak selesa dengan kehidupan yang ada atau pun kita nak berubah, nak meningkat supaya kita mendapat satu kehidupan yang lebih berkualiti.
Saya tidak nafikan berkaitan dengan kenaikan harga barang sekarang ini. Contohnya harga barang, harga beras, minyak masak, gula, tepung dan sebagainya. Angka atau pun jumlah ringgitnya jika dibandingkan dengan zaman dahulu agak besar sekarang ini. Namun, jika kita nak kira di zaman kita dulu, walaupun harga barangan nya murah, tapi kita tidak ada kemampuan untuk membeli. Kalau kita ingat lagi di zaman kita kecil kemungkinan ramai di dalam Dewan ini. Zaman saya kecil dulu harga minyak masak baru sekitar RM0.50 atau pun RM0.60 dalam sukatan kati ketika itu. Tapi kita tak mampu. Kita hanya mampu membeli dalam nisbah yang kecik. Kita mampu membeli dalam hanya sekitar 4 tahil saja. Tak sampai pun kita nak beli 1 kati pun tak mampu. Tapi berbeza dengan hari ini minyak masak kebanyakannya telah dibotolkan dalam 5 kilo, 10 kilo dan yang paket.
Kita faham dalam soal harga barang ini, rakyat rasa terbeban. Namun apa yang telah dilakukan sekarang ini oleh kerajaan melalui Skim Jualan Rahmah yang dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup. Ini di bawah federal lah. Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri Perak juga tidak ketinggalan menganjurkan Kedai Bergerak yang diterajui oleh Yayasan Bina Upaya dibantu oleh GLC sedia ada seperti SADC, MB Inc. yang setiap bulan pasti akan turun di dalam kawasan-kawasan kita mengikut jadual yang telah ditentukan. Mereka mengadakan jualan yang sudah tentu lebih murah dari apa yang dijual di pasar raya atau di kedai-kedai runcit. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah kerana setiap ringgit yang dibelanjakan oleh rakyat tanpa mengira siapa, tanpa mengira siapa, parti mana, kaum apa ianya akan diberi subsidi oleh wakil rakyat tempatan sebanyak 5%, Perak SADC 5%, dan MB Inc. 5%. Makna kita ada pengurangan di situ sebanyak 15%. Jika nak dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di pasar raya atau pun kedai-kedai yang ada di kawasan kita.
Setiap pembeli yang berbelanja sebanyak RM25 ke atas layak pula mendapatkan seekor ayam dengan harga RM6 seekor dan telur sepapan dengan harga RM10 dan ada kalanya Perak SADC bermurah hati mengadakan jualan daging tempatan, daging lembu tempatan daging segar dengan harga RM25 sekilo. Mana kita nak dapat dengan harga RM25 sekilo ni daging tempatan? Kalau ikut harga pasaran sekarang ini mencecah ke RM30 lebih. Cuma kita menggesa agar kekerapan kedai-kedai bergerak ini dapat ditambah dan diperluaskan lagi ke seluruh pelosok kampung-kampung yang ada di dalam Negeri Perak ini. Sepanjang tahun lalu, sebanyak 402 lokasi telah ke seluruh Negeri Perak telah didatangi oleh kedai bergerak ini. Dengan jualan sebanyak melebihi RM1.6 juta yang melibatkan seramai 32,480 pelanggan kerana pelanggan-pelanggan yang beli di kedai bergerak ini ianya direkod. Telah berkunjung di kedai bergerak ini dan menikmati diskaun yang telah ditaja oleh pihak tersebut tanpa mengira siapa. Jumlah tajaan tahun lepas adalah melebihi RM250 ribu. Ialah kita bahagilah RM250 ribu maknanya 5% daripada Adun, 5% daripada MB Inc dan 5% daripada Perak SADC. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga menyediakan Kad Perak Sejahtera yang membolehkan rakyat berbelanja di kedai-kedai terpilih sebanyak RM100 pada tahun 2024. Sebelumnya kalau tak salah saya RM80 ataupun RM70 atau RM70 ke RM80, juga bertujuan untuk membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup. Kepada warga emas pula, Kerajaan Madani juga menyediakan peruntukan di bawah Skim i-Sihat yang membolehkan warga emas mendapat rawatan kesihatan di klinik-klinik swasta yang terpilih dengan kadar kalau tak salah, saya berjumlah RM250 seorang dalam masa satu tahun.
Saya nak mencelah, boleh?
Silakan YB.
Terima kasih kepada jiran saya, Pengkalan Baharu. Saya ingin memaklumkan di dalam Dewan ini atau Yang di-Pertua bahawa sebenarnya untuk Skim Perubatan Madani ini baru sahaja dikeluarkan satu notislah kepada pada doktor-doktor panel pada Skim Perubatan Madani di mana skim perubatan ini akan dihadkan hanya kepada Daerah Kinta sahaja mulai 26 haribulan semalam. Jadi semua daerah selain daripada Kinta tidak akan dapat lagi menggunakan Skim Perubatan Madani. Jadi saya menarik perhatian lah pihak Exco untuk menimbangkan semula menimbangkan semula skim perubatan melalui Kad Perak Sejahtera itu sebagai tambahan lah kepada Pengkalan Baharu. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, Bota. Apa yang Bota maksudkan adalah Perak skim untuk Negeri Perak.
Maksud saya untuk di pihak Exco pertimbangkan semula lah ya.
Saya, sekiranya benda ini benar, saya juga berharap agar perkara ini diperluaskan ke daerah lain. Bukan orang Kinta sahaja yang yang nak sakit kut. Orang Bota, orang Pengkalan pun.
Tak, tadi maksud saya. Yang di-Pertua, saya ingin mencelah lagi maksudnya Skim Perubatan Madani yang dilaksanakan oleh peringkat Kementerian Kesihatan hanya dihadkan kepada Daerah Kinta sahaja. Jadi maknanya takkan daerah-daerah selain daripada Daerah Kinta tidak akan dapat lagi perkhidmatan Skim Perubatan Madani yang baru diumumkan pada tahun lepas. Jadi saya difahamkan pihak Exco telah memberhentikan skim kesihatan melalui Perak Sejahtera kepada seluruh rakyat Perak yang berkelayakan. Jadi selepas diberhentikan ini oleh kementerian, saya mengharapkan agar skim itu disambung semula untuk daerah-daerah lain kecuali Kinta sebab Kinta masih dapat lagi akses kepada Skim Perubatan Madani. Notis ini sebenarnya baru dikeluarkan semalam. Saya baru dapat lah. Saya maklumkan untuk perhatian pihak Exco lah. Wallahualam.
Jadi, benda ini saya ingat pihak Exco lah yang akan bertanggungjawab untuk memberikan perkembangan. Saya teruskan berkaitan dengan, selain daripada itu terdapat juga skim MySalam yang merupakan insurans yang memberi perlindungan kepada warganegara yang berkelayakan yang disediakan oleh kerajaan. Semuanya ini, semuanya ini disediakan oleh kerajaan demi memastikan tiada rakyat yang menderita seiring dengan titah Tuanku Sultan agar permasalahan kemiskinan rakyat perlu dijadikan agenda utama di samping merancakkan pembangunan ekonomi. Cuma apa yang disuarakan oleh kebanyakan Adun-Adun di sebelah sana ialah berkaitan dengan ketiadaan peruntukan berbentuk OG direct kepada Adun sebagaimana sebelum ini yang telah diperuntukkan kepada semua Adun-Adun. Tak kira di sebelah pembangkang ataupun kerajaan.
Bab ini, saya pun juga bersimpati dengan mereka kerana saya yakin dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya Adun Pangkor, Adun Pasir Panjang dan tadi sebentar Adun Slim kerana pada pandangan rakyat di luar sana Adun-Adun ini adalah segalanya. Adun adalah segala-galanya. Jika susah jumpa Adun, letrik kena potong jumpa Adun. Segala permasalahan jumpalah Adun sehinggakan geran tanah pun Adun lah menjadi tempat rujukan rakyat kepada penduduk di kawasan. Mereka beranggapan kitalah yang mempunyai peti besi. Dalam peti besi tu kita ada wang, ada geran kosong untuk kita isi untuk penuhi segala permintaan mereka. Nak buat macam mana kerana itulah pilihan kita kerana tiada orang tidak ada orang memaksa kita untuk menawarkan diri jadi wakil rakyat. Jadi kita terimalah segalanya apa yang kita ada.
Pengkalan Baharu, mintak mencelah sedikit. Terima Kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Pengkalan Baharu beri ruang. Cuma saya nak mintak penjelasan dan persetujuan daripada Pengkalan Baharu. Perkataan daripada Pengkalan Baharu tadi mengatakan bahawa Adun adalah segala-galanya bagi rakyat dan sebagaimana yang diketahui bahawa Pusat Khidmat Adun ini adalah menjadi tumpuan yang kita bangkitkan, apa juga permasalah atau permasalahan rakyat, ia akan dibangkitkan melalui Pusat Khidmat Adun dan telah sekian lama. Jadi saya nak tanya dengan Pengkalan Baharu saya tak tahulah adakah Pengkalan Baharu bersetuju dengan tatakelola yang diperbaiki oleh Kerajaan Perpaduan campuran ini menyekat kotak makanan yang menjadi salah satu daripada orang membuat aduan kepada pusat Adun kemudian diberi melalui NGO. Adakah Pengkalan Baharu bersetuju? Saya tak tahulah. Saya mewakili pihak pembangkang 26 ni memang kita tak dapat. Saya tak tahulah di pihak kerajaan. Dengar-dengar mungkin dapat tapi disalurkan melalui mana mungkin nak mintak penjelasan sikitlah. Kalau boleh setuju tak dengan tindakan itu dan jugak menyekat OG. Tidak ada peruntukan kepada kita. Saya tak tahulah daripada pihak kita tak dapatlah daripada Kerajaan Campuran ini mungkin pihak sana dapat. Jadi nak mintalah penjelasan sikit.
Faham soalan tu. Saya takut masa saya habis sebab saya pun ada banyak lagi. Ok, berkaitan dengan kotak makanan tadi sebenarnya di pihak saya di pihak sini pun saya sendiri pun saya pun tidak menerima kotak tersebut. Ianya disalurkan kepada NGO yang telah kita namakan dan merekalah yang memberi dan menyalurkan apa nama kotak-kotak makanan kepada orang yang memerlukan. Saya sebut di sini, saya ikutkan mereka yang memerlukan. Pada saya di Dun Pengkalan Baharu, saya semenjak daripada mula maknanya sebelum tahun 2024, 2023 dulu pun saya tidak memilih bulu ataupun memilih sesiapa untuk saya sampaikan kotak-kotak makanan tersebut. Kepada yang memerlukan boleh datang ke Pejabat Adun untuk tahun 2023 lah.
Pengkalan Baharu, saya celah sedikit.
Sila.
Saya memang tahu Adun Pengkalan Baharu ni memang tak pernah pilih bulu. Saya tahu pun peminat-peminat dia siapa di Pengkalan Hulu sana. Tentang kotak tadi, saya setuju dengan Pengkalan Baharu, sorry. Cuma pihak kami, kami setuju juga ok NGO bagi no problem. Cuma tidak dinamakan. Jadi kami tak tahu nak channel. Bila rakyat mari, kami perlu kotak yang macam YB bagi dulu. Kami tak tahu nak channel, kami tak dimaklumkan NGO mana yang dapat dan sebagainya. Saya rasa yang itu iaitu yang membezakan sikit kami dengan pihak belah sana. Pihak belah sana tahu NGO-NGO mana yang edarkan kotak tu. Kami tak tau, lintas depan mata. Ok Pengkalan Baharu ye.
Saya faham jugak soalan apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya, Adun Alor Pongsu. Memanglah ada perbezaan antara belah sini dan belah sana tu memanglah ada perbezaan kan. Cuma saya faham tadi, Cuma…
Pengkalan Baharu ada lima minit lagi.
Minta lah tambah, Timbalan Speaker. Saya 2 orang mencelah. Jadi berkaitan dengan kotak makanan tu, saya rasa boleh rujuk pada penghulu lah. Tanya penghulu untuk menentukan agensi mana ataupun NGO mana yang bertanggung jawab yang di dalam kawasan-kawasan selain daripada Dun kerajaan. Kepada Adun-Adun di sebelah sana, saya juga sarankan agar pandai-pandailah anda berusaha agar setiap aduan rakyat dapat ditangani dengan baik dan andai tidak mampu saya sarankan marilah kita sama-sama duk di sebelah sini.
Sikit nak tambah sikit boleh bagi. Pengkalan Baharu setuju tak apa pentadbiran dalam tempoh masa Perikatan Nasional juga berlaku adil kedua-dua pihak dan sekarang nampak ada sedikit perbezaan di antara Adun kerajaan dan Adun pembangkang. Setuju tak?
Keadilan tu ataupun adil tu pada pandangan saya adalah bukanlah sepuluh bahagi dua dapat. 5. Keadilan yang dimaksudkan ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Jadi saya menyarankan kalau kita nak apa yang agar bendanya sama. Saya suka untuk menyeru marilah kita sama-sama duduk di sebelah sini agar kita dapat dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat ataupun di kepada pengundi-pengundi kita di sebelah sana. Sesuai dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dalam sesi pembukaan sidang Parlimen yang diadakan semalam, Baginda bertitah…
Pengkalan baharu, nak tanya sikit. Kalau nak minta kami pi belah sana mana nak muat dah, mana ada kerusi dah belah sana. Kecuali kalau belah sana mai sini baru jadi.
Tak apa. Saya rasa Bahagian Dewan boleh perluaskan lagi. Ok, jadi tak apa, jadi kita teruskan apa nama. Saya nak teruskan dengan kita punya ni lagi dengan pelbagai inisiatif diberikan oleh Kerajaan Negeri sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam belanjawan tempoh hari, saya merasakan kita seluruh rakyat Perak wajib berterima kasih kepada Menteri Besar kerana beliau ini selama ini pernah menduduki kerusi yang menjaga hal ehwal kemiskinan dan saya rasa hal-hal berkaitan kebajikan, kemiskinan rakyat begitu dekat dengan hati beliau dan beliau sentiasa mengambil berat isu kemiskinan yang dialami oleh rakyat. Kita doakan agar bertambahnya hasil negeri, maka peruntukan bagi kepentingan rakyat akan juga meningkat dari masa ke semasa apatah lagi dengan adanya hasil bumi REE. Tahun 2023 sahaja, kita dapat setahun mencecah ke RM25 juta. Itu pada tahun 2023.
Timbalan Yang di-Pertua saya juga seperti rakan-rakan yang lain ingin juga bahawa isu-isu yang akan diketengahkan dalam sidang Dun ini. Isu pertama yang akan saya kaitkan dengan kesusahan dan keresahan yang dialami oleh rakyat tetapi menjurus kepada isu, bukan menjurus kepada isu kemiskinan sebagaimana yang dibangkitkan oleh kebanyakan Adun. Cuma apa yang saya nak menjurus kepada keresahan yang dialami oleh rakyat ialah berkaitan dengan banyak aduan ataupun banyak rungutan berkaitan dengan proses di pejabat tanah. Antaranya proses untuk mendapatkan geran tanah, proses permohonan TOL, proses untuk bicara kuasa, proses mendapatkan permohonan tanah dan segala-gala berkaitan dengan tanah yang mengambil masa yang agak lama. Yang ambil masa yang agak lama untuk mendapat satu-satu keputusan. Sedangkan kita ada sistem e-Tanah yang telah dibangunkan dalam semasa kerajaan sebelum ini sepatutnya membantu kita dalam mempercepatkan proses. Saya berharap agar kerajaan melihat semula isu-isu yang berkaitan dengan keresahan rakyat ini supaya rakyat di bawah sana akan lebih selesa dengan kehidupan mereka seharian. Ada kes-kes yang mereka telah melakukan pembayaran yang telah dibuat beberapa tahun, namun mereka masih lagi tidak dapat title ataupun kalau ada pun tidak, tidak didapat tidak di tidak dibubuh atau diletak batu untuk lot-lot yang mereka mohon. Saya faham ada lot-lot yang dinamakan lot-lot DM. Lot-lot DM ini menimbulkan masalah kerana lot-lot DM ini adalah yang telah diasaskan ataupun dibuat di zaman British dulu kerana di Negeri Perak ini adalah antara negeri yang pertama dalam dalam penentuan sekatan tanah sejak zaman dahulu lagi.
Jadi lot-lot DM ini biasanya tidak mempunyai batu sempadan walaupun proses pembayaran premium dan segala bayaran yang telah dibuat oleh pemohon terdahulu. Jadi pemohon sekarang ini yang mana lot-lot DM ni kena pergi ke Pejabat Tanah yang kena pergi Pejabat Tanah untuk mendapatkan semula ataupun meletakkan batu-batu sempadan. Semuanya ini memerlukan kerja mengukur dan menanda batu sempadan oleh dibuat PTD semula. Lot-lot DM ini biasanya tidak tepat dari segi saiz kerana ianya ianya tidak dinyatakan. Ianya tidak ada dinyatakan. Dia hanya tidak nyatakan sudut dan bearing suatu bidang tanah. Ia hanya tercatit dari segi jarak sahaja. Oleh itu, pemegang pemegang lot-lot DM ini perlulah berhubung semula dengan pejabat tanah untuk mendapatkan satu kepastian berkaitan dengan saiz sebenar tanah tersebut. Apa yang saya nak sebut, sentuh di sini adalah bilangan kakitangan yang terdapat di pejabat tanah khususnya di Pejabat Tanah Manjung. Bilangan kakitangan yang sangat penting. Bidang yang sangat penting adalah di bahagian SO atau Penolong Pegawai Tanah. Penolong Pegawai Tanah ini adalah frontliner atau yang pertama sekali yang untuk menguruskan sebarang permohonan-permohonan tanah, permohonan TOL, permohonan pecah milik dan sebagainya kerana merekalah yang akan turun ke lapangan untuk melakukan siasatan, untuk membuat laporan selain daripada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti JPS, JKR, pertanian dan sebagainya.
Jadi, saya berharap agar pihak pentadbiran Kerajaan Negeri Perak untuk melihat tentang apa nama kepentingan untuk menambah bilangan pegawai-pegawai di Pejabat Tanah supaya segala proses dapat berjalan dengan lancar. Maklumlah, di Perak Tengah jika dibuat perbandingan mempunyai ramai Pegawai Penolong Pegawai Tanah. Di Perak Tengah, apa yang saya tinjau, saya pergi, saya masuk, saya lihat sekiranya satu-satu di Pejabat Tanah Seri Iskandar ada 13 orang Penolong Pegawai Tanah dan di daerah kecil Kampong Gajah juga terletak dalam Daerah Perak Tengah terdapat sembilan orang. Jika dicampur 13 campur 9, 22 orang, tak begitu Alor Pongsu. 22 orang pegawai yang Pegawai Penolong Pegawai Tanah ataupun SO di Daerah Perak Tengah berbanding dengan 11 orang di Daerah Manjung. Jika nak dibandingkan dengan kepesatan pembangunan Daerah Manjung dan Perak Tengah, saya yakin semua orang akan bersetuju dengan saya di Daerah Manjung sangat pesat membangun. Jadi, saya menyeru agar bilangan pegawai-pegawai awam atau penempatan ini dilihat semula agar rakyat di bawah sana tidak mengalami keresahan menanti keputusan permohonan mereka.
YB Pengkalan Baharu tinggal 2 minit. Sila masuk perenggan terakhir, sila.
Ya. Ya. Mereka akan menjadi kesulitan bila tidak dapat sesuatu keputusan untuk mendapatkan nak buat pinjaman untuk perumahan Syarikat Perumahan Negara (SPNB) pun tak boleh untuk melakukan pinjaman bank nak sandar geran tanah pun sukar. Mereka kalau nak lakukan lesen yang memerlukan title pun menyulitkan ramai rakyat di luar sana. Bukan soal mereka lambat ataupun tidak cekap dalam melaksanakan kerja. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pentadbir tanah di Daerah Manjung, DO, Pegawai Daerah, Pentadbir Tanah, CADO ya ke semua saya mengucapkan tahniah dan Syabas tetapi mereka perlukan satu penempatan yang lebih supaya kerja yang mereka lakukan dapat lebih efisien lagi.
Untuk makluman semua tugas kalau kita lihat tugas pegawai tanah ini sangat-sangat banyak. Saya menyenaraikan lebih daripada 10 tugas mereka. Mereka kena membuat laporan, kena siasatan kerana hal-hal penting tentang TOL, tentang pembangunan tanah, skim perumahan, pecah sempadan, pecah bahagian, tukar syarat, bancian, kutipan hasil bahan mineral, penguatkuasaan pun mereka kena lakukan. Jadi, banyak tugas mereka yang mereka perlu buat. Lagi satu saya nak menyeru kepada kepada kerajaan untuk melihat keperluan bilangan anggota agar ianya dapat mempercepatkan proses rakyat supaya rakyat tidak resah menunggu sesuatu permohonan. Jika semuanya dapat disiapkan, maka kutipan hasil yang lebih tinggi sudah pasti akan dapat meningkat ekonomi ataupun kutipan hasil bagi Kerajaan Negeri. Jika segala proses yang berlaku.
Izinkan saya membawa isu yang kedua berkaitan dengan berkaitan dengan permasalahan ataupun rungutan banyak pihak berkaitan dengan keadaan ketidaksempurnaan permukaan jalan di kawasan saya di laluan FT60, FT71 dan FT73. Tadi saya dengar YB Exco ada menyebut tentang berkaitan FT73 dan saya berdoa agar FT73 tu termasuk di tempat saya kerana FT73 ni ianya bermula di Siputeh dan berakhir di Batu Hampar. Sepanjang FT73 saya berharap agar ianya tidak ketinggalan di dalam kawasan Dun saya terutama di FT60 dan FT73 serta 71. Saya faham sebagaimana yang telah dirungut ataupun yang telah diadu oleh rakyat diperingkat bawah seolah-olah wakil rakyat ini sebagaimana yang saya sebut tadilah, wakil rakyat Ini segala-galanya hal tanah, hal jalan yang menentukan siapa yang nak buat siapa yang laksana sehinggakan kita menjadi bahan makian ataupun cacian rakyat seolahnya kita ni buta, kita ni pekak, tuli tak ambil peduli. Jadi seolah-olah kita. Padahal semua ini dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan.
Contohnya, macam jalanraya dilakukan oleh JKR dan pihak konsesi yang bertanggungjawab Belati Wangsa. Juga saya juga menyeru agar memilihlah sub-sub kontraktor yang berpengalaman dan berkemampuan dalam melaksanakan tugas-tugas terutama dalam kerja-kerja penampalan jalan kerana apa yang kita lihat pada hari ini, tampalan jalan sangat tidak sangat menyakitkan mata memandang kerana ianya dilakukan seolah-olah kerja dibuat dengan sebelah tangan atau bertentangan dengan sebelah tangan kiri sahaja. Jadi bab-bab ini perlu diberi perhatian agar kualiti kerja-kerja tampalan dapat dipertingkatkan supaya apa yang hasil yang dinikmati oleh rakyat dapat dimanfaatkan dengan sempurna. Saya juga akan membawa isu yang ketiga iaitu berkaitan dengan peranan GLC yang berada dahulu.
Pengkalan Baharu ada berapa isu lagi.
Ada dua tiga isu lagi.
Dua minit masuk perenggan yang terakhir. Dua minit
Saya akan membawa isu ketiga iaitu berkaitan dengan peranan GLC. GLC ni anak syarikat Kerajaan Negeri sepatutnya turut sama membantu Kerajaan Negeri terutama dalam dalam sumbangan CSR ataupun dalam apa juga sumbanganlah terutama di tempat di mana mereka bertapak. Saya mengambil contoh di tempat saya di Daerah Manjung ada GLC yang begitu hebat, begitu kukuh sekali dalam dari segi perniagaannya sepatutnya lebih peka terhadap keperluan apa nama setempat. Saya bukanlah nak menafikan saya nak menggunakan macam kita nakkan sumbangan ini tidaklah hanya berbentuk sebagai van jenazah sahaja. Saya lihat GLC ni selalu beri van jenazah saja. Jadi seolah-olah, seolah-olah yang saya guna ayat Changkat Jering seolah-olah semalam ya, seolah-olah itu sahajalah sumbangan kita nak bagi van jenazah je.
Jadi, kita fikir bentuk-bentuk lain yang boleh kita bantu penduduk setempat, bantu kemajuan komuniti setempat. Janganlah kita fikir kita nak sumbang van jenazah kerana van jenazah ni banyak yang kita lihat di masjid, surau hanya tersimpan yang tidak membawa manafaat. Saya berharap GLC-GLC yang mengaut keuntungan di tempat di mana ianya berada dapat membantu. Kita di Manjung tu kita ada satu pasukan bola sepak yang dinamakan Manjung City yang bermain dalam Liga M3. M3 ni Liga Malaysia bukan sekadar liga kampung ataupun liga peringkat Ipoh, peringkat daerah. Sepatutnya team-team sebegini yang membawa nama Perak juga patutnya dibantu oleh GLC-GLC yang ada di dalam kawasan di dalam Daerah Manjung. Saya terima kasih kepada Vale yang telah mengeluarkan peruntukan CSR yang yang kepada saya satu jumlah yang besar kepada Daerah Manjung yang melibatkan Pekan Beruas berjumlah RM5 juta lebih dalam masa tiga tahun yang mereka akan belanjakan untuk CSR di dalam kawasan Daerah Manjung dan nikmat tersebut turut dirasai di kawasan saya iaitu di Pekan Beruas. Saya juga nak menyentuh tentang, tentang apa nama Bazar Ipoh yang sebelum ini dinamakan sebab yang sebelumnya kita dikenali sebagai Silveritage.
Pengkalan Baharu 30 saat sahaja.
Tambah 30 saat, terima kasih. Silveritage ni sinonim dengan apa nama satu tempat perniagaan. Kalau kita lihat di Ipoh ni kita lihat kita ada ni kita ada Gerbang Paloh, Gerbang Perniagaan Paloh kita ada pekan baru kita ada Little India yang terkenal dengan perniagaan berasaskan kaum. Kalau di di Pekan Baru tu dan di Gerbang Paloh tu banyak makanan-makanan tarikan kepada pelancong-pelancong. Biskut sakaime menjadi tarikan kepada pelancong-pelancong untuk datang berbelanja di situ dan saya harap di Little India juga banyak kedai-kedai yang dimonopoli oleh masyarakat India dan saya berharap di Bazar Ipoh, di Silveritage. Bila sebut bazar yang sinonim dengan satu tempat perniagaan Melayu. Kalau kita lihat di Kelantan, ada bazar Siti Khadijah dan sebagainya. Jadi, kita harap Bazar Ipoh akan menjadi satu hub pelancongan, satu hub untuk perniagaan, untuk membangunkan masyarakat Melayu di dalam bandar
Ipoh terutamanya ataupun di dalam Negeri Perak supaya pelancong-pelancong yang datang boleh datang dan masuk ke situ dan kita kena kita kena ada satu tarikan selain menggesa Maju Perak supaya menyediakan satu tarikan supaya bas-bas pelancong ataupun pemain-pemain industri ini dapat membawa masuk pelancong ke tempat tersebut. Ya bukan susah sangat saya rasa kita kena berkolaborasi dengan pengusaha bas dan membawa pelancong ini kalau kita lihat di Thailand, mereka akan bawak ke kedai-kedai yang menyediakan jualan dengan cara memberi sedikit imbuhan bagi tip kepada pemandu bas. Insya Allah, bas akan membawa pelancong masuk ke situ dan saya menggesa agar pihak yang menguruskan Bazar Ipoh akan melakukan sesuatu supaya Bazar Ipoh akan dapat dikenali di serata negeri supaya ianya tidaklah malap ataupun tidaklah hambar sepertimana yang kita lihat sekarang ini. Masalah tempatan pula yang saya nak bangkitkan di sini adalah masalah paip air di Kampung Pulau Meranti sering pecah…
Pengkalan Baharu YB, ada berapa isu lagi. Ada empat puluh minit saat tinggal, boleh ya, sila habiskan. Masa perenggan terakhir. Berapa kali saya bagi. Ha.
Ok, ok baik. Ini berlaku adakalanya, paip di repair pagi, petang pecah repair petang, malam pecah kerana apa kerana disebabkan paip yang sedia ada di kebanyakan tempat di negeri di dalam negeri kita ni kebanyakannya dah uzur dah dah mereput. Perlu diganti semula dan saya harap perkara ini dapat diberi perhatian oleh pihak LAP. Begitu juga pihak TNB. Saya menyeru agar pihak TNB ini janganlah cekap hanya untuk mengeluarkan bil dan untuk mengutip, perlulah melihat kepada lampu-lampu jalan di persimpangan Kampung Panchor. Saya lihat bila adanya lampu solar dipasang, lampu lama sedia ada dibiarkan di situ seolah-olah satu pesta yang berlaku situ mempunyai bilangan lampu yang begitu banyak. Apa salahnya bila lampu solar dipasang dan lampu-lampu lama itu dipindahkan ke tempat lain. Begitu juga dengan tiang-tiang yang ada di laluan FT 60 dipasang dua laluan tiang yang berasingan antara 11 KV dan 33 KV. Apa salahnya dijadikan satu tiang. Jadi tidaklah menyakitkan mata.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pengkalan Baharu. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Assalammualaikum warahmatullah hirwabarakatuh dan Salam Sejahtera Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri yang dihormati ketua-ketua dan wakil-wakil jabatan dan agensi. Penjawat-penjawat awam, pasukan media, para pemerhati sama ada yang dalam dewan ataupun sedang mengikuti secara live. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya memulakan bicara. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dan seluruh makhluk yang bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad s.a.w. Yang memberi pedoman kepada seluruh manusia. Jalan yang lurus dan mengajak manusia ke jalan kebaikan. Nauzubillah himinasysyaitonnirrojim. (bacaan ayat Al-Quran) "dan dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta-harta benda mereka dan juga tanah-tanah yang belum kamu menjejakinya. Dan ingatlah adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". Surah Al-Ahzab ayat 27.
Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah dan menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku menyentuh pelbagai isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam usaha memakmurkan Negeri Perak segala perancangan dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan, agensi GLC dan swasta perlu menjadikan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai rujukan dan panduan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasan pada pagi ini dengan merujuk kepada Perkara 26 berkaitan isu Perumahan rakyat. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan jelas menyatakan rumah sangat penting dalam kehidupan insan dan juga peringatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku terhadap kerajaan bertegas melaksanakan Program Perumahan Rakyat. Titah tersebut menjadi isyarat yang jelas supaya kerajaan memberi keutamaan pada pembinaan rempah rumah mampu milik, dinyatakan dalam tempoh 2018 sehingga 2023 hanya 8,030 unit rumah sahaja yang mampu dibina. Bermakna dalam tempoh tersebut, purata rumah yang mampu dibina dalam satu tahun hanya 1,338 unit sahaja. Kita lihat pula anggaran Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, LPHP yang menyatakan sebanyak 57,407 unit rumah perlu dibina menjelang tahun 2030.
Mulai tahun ini, ada tempoh masa 7 tahun untuk memenuhi keperluan tersebut. Ini bermakna, bermula tahun 2024, purata rumah yang perlu dibina dalam masa setahun adalah sekitar 7,000 ke 8,000 unit. Satu peningkatan yang cukup besar daripada jumlah 1,338 unit kepada lebih kurang 7,000 lebih unit perlu dibina dalam 1 tahun. Persoalannya, apakah perancangan, persiapan dan kesediaan kerajaan dalam memenuhi keperluan tersebut? Jika tidak ada satu pelan tindakan yang komprehensif, kita khuatir keperluan rumah mampu milik masih gagal dipenuhi menjelang tahun 2030. Mohon pihak kerajaan beri perhatian terhadap perkara ini.
Isu perumahan rakyat seterusnya, adalah berkaitan projek penempatan baru seperti PPRT dan RPT yang banyak telah diluluskan oleh pihak kerajaan tetapi masih tergendala pembangunannya, kerana difahamkan tiada peruntukan infrastruktur atau peruntukan infrastruktur yang tidak mencukupi. Perkara ini perlu ditangani dengan segera disediakan peruntukan yang mencukupi, supaya pembangunan rumah rakyat dapat dilaksanakan. Di kawasan Manong terdapat beberapa RPT masih tidak dapat dibangunkan kerana masalah kos infrastruktur yang tinggi. Antaranya antara RPT yang terlibat adalah RPT Guar dan juga RPT Ulu Kenas. Difahamkan, kedua-dua RPT ini mempunyai sekitar 200 lot. Untuk itu, mohon pihak kerajaan melihat perkara ini supaya penempatan baharu di kedua-dua RPT tersebut dapat dibangunkan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selain isu perumahan rakyat dan rumah mampu milik, Titah Duli Yang Maha Tuanku juga menyatakan, tempat tinggal yang selesa dan kondusif berperanan penting dalam menentukan kesejahteraan hidup rakyat. Dalam hal ini, ingin saya kemukakan berkaitan projek baik pulih rumah. Saya yakin semua Ahli Dewan Negeri, Tuan Pegawai Daerah, PBT, Bahagian
Pembangunan Pejabat Daerah dan juga Penghulu mempunyai pengalaman yang sama ketika turun padang, melawat dan melihat keadaan rumah rakyat yang miskin sangat daif keadaannya, rumah yang usang dan usur, usung, rumah yang usang dan uzur, dinding rumah yang retak dan reput menanti rebah. Atap bukan sahaja berlubang, tetapi bercorakkan langit dan awan. Keadaan rumah mereka yang ada. Kadang rumah mereka ada yang sangat tidak sesuai untuk didiami. Tambahan pula, bila bilangan isi rumah yang besar. Untuk itu, saya mohon kepada pihak kerajaan supaya menambah peruntukan baik pulih rumah sama ada diuruskan oleh pihak Pejabat Daerah, PBT atau agensi. Dalam masa yang sama, syarikat berkaitan kerajaan atau GLC, perlu memainkan peranan dalam menangani isu ini demi kesejahteraan hidup rakyat. Program CSR dengan izin Corporate Social Responsibility perlu diperbanyakkan lagi.
Untuk makluman pada tahun lepas 2023 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan, diberi kebenaran untuk mengurus peruntukan pembangunan P07 bagi kawasan saya, Manong. Separuh peruntukan P07 iaitu sekitar RM100,00.00 telah saya gunakan untuk baik pulih rumah. 10 buah rumah yang melibatkan Mukim Senggang dan Sayong, telah dapat dibaikpulih dengan kerjasama yang baik dari pihak UPEN dan Pejabat Daerah. Tahun ini peruntukan tidak disalurkan lagi kepada kami. Seperti tahun lepas. Sukar untuk kami beri jaminan kepada rakyat, yang memerlukan bantuan baik pulih rumah. Bukan kerana tiada peruntukan. Peruntukannya masih ada, tetapi berdasarkan pekeliling UPEN, kami perlu mengemukakan permohonan bertulis kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Lebih mencemaskan, Kami juga terpaksa bersaing dengan entiti-entiti lain seperti jabatan dan agensi yang juga boleh memohon peruntukan dari karung yang sama yang masing-masing akan berebut untuk mendapat peruntukan tersebut. Kami harap persaingan ini adalah persaingan yang sihat. Kami cuba positifkan isu ini. Mungkin inilah peluang kepada kami untuk kerap berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan akan mengeratkan lagi hubungan kami di antara kami dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kami berharap Yang Amat Berhormat Menteri Besar sedia berjumpa kami pada bila-bila masa yang sesuai. Kami juga berharap agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar mempertimbangkan semula peruntukan OG sebagaimana yang disebutkan oleh rakan-rakan saya yang lain supaya dapat kami memberi bantuan dan sumbangan kepada organisasi seperti KRT, Masjid, Surau, Persatuan, NGO, PIBG, Kelab dan lain lain.
Manong, mintak laluan. Terima kasih Manong. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Jadi menyentuh tentang delivery system ataupun sistem penyampaian dan pentadbiran kerajaan kepada rakyat. Memang diwar-warkan daripada dulu kerajaan memperbaiki sistem penyampaian kepada rakyat tu supaya lebih mudah rakyat akses dan juga lebih mudah untuk kita memberi perkhidmatan kepada rakyat dan kita lihat sebelum ini memang perjalanan dia dah nampak makin baik. Adakah Manong bersetuju dengan menolak apa, delivery system itu diubah kepada NGO dan diubah tidak adanya kuasa untuk kita wakil rakyat yang mendapat maklumat terus daripada rakyat, daripada yang perlu yang diubah oleh kerajaan sekarang ni menyempitkan lagi ataupun susah lagi delivery system ataupun memperbaiki. Berbanding dengan dulu dengan kerajaan sekarang. Mintak pandangan apa, Yang Berhormat.
Saya bersetuju dengan Gunong Semanggol dan isu delivery system mohon kepada pihak kerajaan kekalkan sebagaimana yang telah diamalkan pada tahun lepas iaitu melalui wakil rakyat yang sah yang dipilih oleh rakyat. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh iaitu Perkara 27 berkaitan keterjaminan makanan dari sudut akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat. Kebanyakan sayuran dan tanaman yang ada di pasaran adalah hasil dari ladang-ladang yang menggunakan baja dan racun kimia. Ini tidak menjamin sayuran dan tanaman tersebut benar benar selamat dalam tempoh jangka panjang maupun jangka pendek kerana kandungan bahan kimia yang ada dalam sayuran dan tanaman tersebut. Sayuran atau tanaman organik lebih memberi jaminan makanan tersebut selamat dan berkhasiat. Usaha untuk menggalakkan penanaman secara organik sama ada secara besar-besaran atau kecil-kecilan perlu digalakkan. Pihak kerajaan dan agensi perlu memainkan peranan dalam melipat gandakan usaha tersebut. Ladang Organik, Rumah Hijau dan Sistem Akuaponik merupakan antara bentuk penanaman yang boleh menghasilkan sayuran dan tanaman organik. Pihak kerajaan disarankan memberi satu insentif atau skim atau peluang kepada golongan asnaf B40 dan komuniti yang berminat untuk mengusahakan sayuran dan tanam organik secara kecil-kecilan atau sara diri melalui kaedah Sistem Akuaponik. Ini dapat menjamin rakyat mendapat akses makanan yang selamat, berkhasiat dan berprotein dengan lebih mudah melalui aistem akuaponik yang boleh disediakan di tepi rumah sahaja dengan keluasan yang kecil.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, memetik Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menyatakan Perak merupakan penyumbang utama sumber makanan asas, ternakan di negara ini. Saya suka nak sebutkan di sini berkaitan isu pemakanan ternakan. Menurut Pengarah Lembaga Pengelola MARDI, Dr. Azman Ibrahim, makanan ternakan memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemampanan industri ternakan tempatan dan global. Pemakanan ternakan yang baik dan mencukupi sangat penting untuk meningkatkan produktiviti ternakan. Perkara tersebut menjadi fokus utama perbincangan dalam Persidangan Antarabangsa Pemakanan Haiwan Ternakan, ICAN 2023 yang berlangsung pada bulan Oktober tahun lepas di Resort Bangi. Permasalahan yang kita hadapi berkaitan dengan penghasilan makanan ternakan adalah kita terlalu bergantung kepada bahan-bahan import sama ada bahan makro dan juga bahan mikro bagi menghasilkan makanan ternakan.
Situasi ini mengakibatkan kita terancam bila-bila masa dengan kenaikan harga dan bekalan tepung soya, tepung jagung, tepung ikan atau ikan baja, vitamin, mineral dan ubat-ubatan. Ini mengakibatkan kawalan terhadap harga ternakan sukar untuk kita lakukan kerana bahan-bahan pembuatan makanan ternakan diimport sepenuhnya dari luar. Banyak penyelidikan telah dibuat di antaranya oleh pihak MARDI dan UMS berkaitan alternatif makanan ternakan yang menggunakan bahan tempatan. Pun begitu, sehingga hari ini masih belum nampak hasil yang positif untuk menangani isu tersebut. Di pihak kerajaan perlu ada satu penyelesaian yang tuntas untuk menangani isu kebergantungan yang sangat tinggi terhadap bahan-bahan import yang akhirnya memberi impak kepada kenaikan harga ternakan dan bahan makanan. Perkara ini sangat penting untuk diberi perhatian oleh pihak kerajaan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, isu seterusnya berkaitan penggunaan wakaf tanah wakaf khususnya yang terbiar untuk dibangunkan dengan projek pertanian. Pembangunan tanah wakaf dengan pelbagai projek pertanian boleh menjadi aset yang sangat bernilai dalam melestarikan ekonomi dan sosial negara. Ia juga sangat bertepatan dengan falsafah tanah wakaf iaitu dibangunkan untuk manfaat masyarakat. Aspek kebenaran penggunaan tanah perlu dipermudahkan dan urusan birokrasi perlu diminimakan walaupun tidak dinafikan penggunaan tanah melibatkan soal hukum dan peraturan. Penggunaan teknologi sistem geotanaman, wakaf pertanian, sistem maklumat geografi GIS dan teknologi geospatial perlu dimanfaatkan bagi tujuan pengesanan tanah wakaf seterusnya penggunaan tanah wakaf secara efisien, efisien dan berkesan. Bersama di antara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM, Pejabat Tanah dan Galian PTG, Jabatan Pertanian, Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti perlu ditingkatkan supaya dapat diwujudkan data geotanaman wakaf pertanian yang tepat dan berkesan.
Selain tanah wakaf, tanah kawasan padang ragut yang terbiar atau sebahagian tanah yang masih belum diusahakan perlu dibangunkan dengan projek-projek pertanian. Beri peluang dan bantuan kepada jawatankuasa padang ragut yang masih aktif untuk mengusahakan padang ragut dengan pelbagai projek pertanian selain dari ternakan yang sedia ada. Kepada jawatankuasa padang ragut yang telah sekian lama tidak aktif sehingga kawasan padang ragut menjadi semacam hutan rimba, maka kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan segera sama ada menghidupkan semula jawatankuasa padang ragut sedia ada atau menukarkan kepada orang lain yang mampu dan berminat untuk menjaga dan membangunkan kawasan padang ragut. Selain isu berkaitan padang ragut.
Selain itu, isu berkaitan padang ragut ialah pengambilan sebahagian tanah padang ragut untuk tujuan penempatan seperti PPRT, RPT dan lain-lain. Dalam hal ini, saya berpandangan perlu dipastikan kawasan penempatan itu tidak melibatkan atau bertindih dengan kawasan yang sedang diusahakan aktiviti pertanian atau penternakan dan jika berlaku pertindihan seumpama itu, maka perlu diberi keutamaan kepada aktiviti pertanian dan penternakan kerana ia melibatkan isu keterjaminan makanan walaupun dalam masa yang sama, tidak dinafikan kawasan penempatan juga penting. Perkara ini berlaku di RPT Ketior dalam kawasan saya dan RPT tersebut dalam kawasan padang ragut Ketior dan mohon kerajaan beri perhatian terhadap isu ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku perkara 24 berkaitan peranan pendidikan dalam usaha mengubah landskap kemiskinan. Dalam dunia yang mencabar dan penuh dengan persaingan ini, pendidikan, kemahiran dan keusahawanan sangat penting untuk diberi perhatian. Dengan memiliki kemahiran tertentu, kerja boleh dicipta dan ditambah pula dengan ilmu keusahawanan yang asalnya untuk sara diri boleh melonjak menjadi bidang perniagaan yang berjaya. Ini dapat mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. Saya ingin berkongsi analisa data sebuah pusat latihan kemahiran di daerah Kuala Kangsar. Terdapat 10 daerah latihan. Terdapat 10 modul latihan disediakan kepada masyarakat awam khususnya anak muda sepanjang tahun. Antaranya 3 modul latihan yang mendapat sambutan iaitu pertama, katering dan sajian. Yang kedua, grafik dan multimedia dan yang ketiga, kecantikan dan dandanan. Satu perkara yang perlu diberi perhatian iaitu ke mana hala tuju peserta setelah tamat latihan.
Berdasarkan rekod peserta kursus tahun 2021, jumlah peserta seramai 427 orang yang berjaya menjadi usahawan seramai 69 orang sahaja iaitu 16%. Pada tahun 2022, jumlah peserta seramai 900 orang 906 orang yang berjaya menjadi usahawan seramai 108 orang iaitu 12% sahaja dan pada tahun 2023, jumlah peserta seramai 648 orang yang yang berjaya menjadi usahawan seramai 106 orang itu 16% sahaja. Berdasarkan berdasarkan analisa tersebut, tidak sampai 20% peserta yang tamat latihan kemahiran berjaya mencebur diri dalam bidang perniagaan atau menjadi usahawan. Satu kajian perlu dilakukan kenapa jumlah kenapa jumlah yang menjadi usahawan masih lagi rendah. Mungkin mereka kekurangan modal atau mungkin mereka kurang motivasi atau mungkin juga mereka kurang minat. Disarankan pihak kerajaan melihat perkara ini supaya modul latihan kemahiran yang diberi oleh mana-mana institusi dan agensi ada kesinambungan bimbingan dan pemantauan supaya dapat melahirkan usahawan yang berjaya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, satu lagi aspek pendidikan yang perlu diberi perhatian ialah pendidikan warisan. Warisan budaya mempunyai nilai yang sangat tinggi dan perlu dikekalkan kerana ia mempunyai identiti tersendiri yang melambangkan keperibadian setiap kaum yang ada dalam negara. Sebagai contoh, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik memberi gambaran keunikan dan kehalusan budaya dan budi pekerti bangsa. Ada banyak lagi warisan budaya dan sejarah yang perlu dipertahankan, diwarisi dan didedahkan kepada generasi baharu supaya setiap kaum mengenali jati diri, identiti dan budaya bangsa dan memahami sejarah negara. Saya menyokong penuh ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam majlis pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping pada 20 Januari 2024 yang menyebut kesedaran sejarah dalam kalangan masyarakat adalah penting untuk memastikan warisan itu bukan hanya menjadi tarikan pelancongan tetapi menjadi sumber kebanggaan dan kekayaan untuk setiap rakyat. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan supaya setiap daerah perlu ada satu jawatankuasa yang menangani dan membincangkan isu-isu warisan, budaya dan sejarah. Bagaimana wujudnya jawatankuasa, bagaimana wujudnya…
Saya bagi dua minit lagi
Bagaimana wujudnya jawatankuasa tindakan daerah, jawatankuasa bencana, Jawatankuasa Focus Group dan lain-lain jawatankuasa. Seterusnya, satu lagi isu pendidikan yang ingin saya lontarkan iaitu pendidikan kesedaran ancaman jenayah scammer. Masih ramai lagi di luar sana yang terus menjadi mangsa kelicikan scammer. Saban waktu saban hari kita dengar mangsa demi mangsa terhadap jenayah penipuan scammer. Satu modul pendidikan kesedaran perlu dirangka dan dalam masa yang sama di pihak kerajaan dan pemegang taruh perlu bekerjasama memanfaatkan teknologi IR 4.0 yang meliputi IOT dan juga AI untuk meningkatkan pemantauan dan analisa data dalam pencegahan penipuan scammer. Semoga dengan cara ini, kita boleh mengurangkan isu-isu penipuan melalui scammer. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Ruang yang diberikan untuk saya membahas titah ucapan Duli Yang Maha Tuanku. Akhirnya Manong merafak sembah menyokong titah Duli Yang Maha Tuanku. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Manong. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari Kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan sila.
Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pemerhati, kawan-kawan media. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana izinkan saya menjunjung kasih titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas pada hari Jumaat yang lepas.
Timbalan Yang di-Pertua, integrasi teknologi baru dan bantuan dalam reformasi tanah akan menambah baik sektor pertanian di Negeri Perak. Memastikan bekalan makanan negeri dan negara mencukupi serta menjamin keselamatan makanan. Negeri Perak sentiasa menjadi salah satu negeri yang utama dalam pembangunan pertanian dengan penanaman besar-besaran seperti padi dan juga sayur-sayuran dan buah-buahan dan tanaman komersial termasuk kelapa sawit getah dan sementara itu, sektor penternakan pula termasuk antaranya ialah ladang ternakan ayam yang merupakan ketiga terbesar di negara ini. Penternakan akuakultur serta tapak pembiakan benih ikan dan udang pada masa yang sama Negeri Perak juga merupakan salah satu pengeluar makanan laut yang paling banyak di Semenanjung Malaysia. Memastikan bekalan protein yang mencukupi untuk keperluan hidup rakyat. Kita semua bangga dengan Negeri Perak sebagai pusat pengeluaran makanan penting di dalam negara. Oleh itu, Kerajaan Negeri dalam perancangan undang-udang dan pembangunan pertanian perlu memberi bantuan kepada para pengusaha untuk membolehkan mereka memperluaskan operasi mereka.
Timbalan Yang di-Pertua, banyak tanaman makanan memerlukan tanah untuk penanaman dan ternakan. Maka sudah tiba masanya untuk memberi keutamaan kepada petani-petani yang telah menggunakan tanah selama beberapa dekad untuk mendapatkan hak penggunaan dan pemilikan tanah. Stabiliti tanah akan membolehkan mereka melabur secara menyeluruh termasuk mendapatkan pembiayaan untuk memperkenalkan teknologi baru dan peralatan automatik yang lebih banyak. Kita sangat gembira dengan pelaksanaan dasar baharu oleh Pejabat Tanah dan Galian Perak iaitu tempoh tanah untuk kegunaan pelantar dari lesen menduduki sementara LMS atau TOL kepada pajakan selama 30 hingga 50 tahun.
Pemanjangan tempoh penggunaan tanah ini akan membolehkan pemilik memohon pembiayaan dari bank boleh menaiktaraf infrastruktur pelantar menyempurnakan peralatan dan juga kapal nelayan mereka. Ini akan mendorong peluang untuk transformasi industri perikanan tradisi tradisional contohnya menggunakan tenaga baharu seperti kapal EV untuk masa depan. Ia akan mengurangkan kebergantungan kepada petrol dan diesel serta mengurangkan kos operasi sambil menjaga alam sekitar. Negeri Perak telah memulakan penubuhan kawasan teknologi automatik tinggi di Tanjong Malim untuk untuk pembangunan kenderaan elektrik baharu. Jika kita dapat menyertai juga dalam bidang teknologi kenderaan elektrik baru ini dalam pengangkutan laut dengan cepat dan tepat. Mungkin kita juga akan memimpin dalam industri perkapalan sedunia pada masa depan.
Reformasi penggunaan tanah juga termasuk dalam penanaman dan ternakan moden di bandar. Menurut panduan Jabatan Perancangan Malaysia, setiap kawasan dikelaskan zoning mengikut kegunaan contohnya kawasan perindustrian, kawasan komersial, kawasan pertanian, kawasan kediaman dan selain lainnya dan penggunaan tanah tertakluk kepada zoning yang ditetapkan. Petani dan penternak mesti melakukan aktiviti mereka di tanah pertanian. Jadi apabila kerajaan menggalakkan pertanian bandar urban farming dengan izin menggunakan teknologi teknologi penanaman dan ternakan baru, bangunan komersial seperti kedai-kedai dan pusat membeli belah yang terbiar tidak dapat digunakan untuk aktiviti pertanian kerana peraturan penggunaan tanah dan zoning kawasan yang ditetapkan. Oleh itu, kami berharap Kerajaan Negeri boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa rentas jabatan yang merangkumi Jabatan Pertanian, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perancangan Malaysia dan lain-lain jabatan yang terlibat untuk mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan seperti lesen sementara untuk penanaman dan ternakan untuk membolehkan lebih banyak ruang dikembangkan sebagai pusat pengeluaran makanan. Ini juga akan membantu mengurangkan food strim makanan dari kebun ke atas meja. Kami berharap Kerajaan Negeri dapat menjadi lebih proaktif dalam perbincangan rentas jabatan ini kerana peluang pelaburan penting seringkali berlalu begitu sahaja dan jika terlepas pembangunan industri akan terjejas secara signifikan.
Timbalan Yang di-Pertua, Perak memiliki liputan hutan yang sangat luas di mana dalam pasaran karbon sukarela Voluntering Carbon Market dengan izin VCM. Lebih banyak kredit karbon boleh dijual. Memastikan kawasan hutan dan pengurusan dipelihara dengan baik untuk menyerapan karbon yang berkesan. Selain itu, ini juga dapat memberi pendapatan yang lumayan kepada Kerajaan Negeri. Sebahagian daripada dana itu boleh digunakan untuk memperoleh lebih ramai pekerja untuk membantu Jabatan Perhutanan menjaga dan mengurus hutan. Dengan perubahan iklim yang berlaku. Jumlah pelepasan karbon dioksida global masih tinggi sebagai salah satu negara yang menandatangani Perjanjian Paris. Malaysia berikrar untuk mengurangkan pelepasan karbon menjelang akhir abad ke-21. Dalam usaha ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah merangka Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mempersiapkan ekonomi rendah karbon. Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga 2022 hingga 2040 NEP 2040 menetapkan enam bidang transformasi negara tenaga termasuk penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon. Bursa Malaysia telah memperkenalkan Verse Carbon Exchange VCX khusus untuk memulakan perdagangan kredit carbon sukarela oleh Volunteering Carbon Market dan mengkaji serta menetapkan asas pemantauan dan pengurangan pelepasan karbon membina pasaran terbuka dengan harga rujukan yang dapat diakses umum untuk membentuk pasaran kredit karbon.
Timbalan Yang Di-Pertua. Menurut peta hala tuju peralihan tenaga. Beberapa negeri telah merangka dasar dan undang-undang yang berkaitan dengan karbon kerana pengurusan tanah adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri dan negeri masing-masing boleh membuat persediaan untuk melibatkan dalam bidang kredit karbon. Contohnya, Sarawak dianggap sebagai negeri yang paling maju dan telah melaksanakan undang-undang perdagangan karbon, manakala Sabah sedang merangka undang-undang yang berkaitan. Pahang juga sedang mengkaji semula undang-undang untuk menyesuaikannya dengan perdagangan karbon. Jadi bagi Perak, adakah kita sudah sedia untuk perdagangan kredit karbon ini? Jadi dengan penggunaan bijak sumber hutan di Negeri Perak, ia akan meningkatkan nilai kredit karbon. Projek Hutan Kuamut di Sabah, sebagai contoh, mereka akan melancarkan pemberian kredit karbon iaitu jual dia punya stok kredit karbon dari hutan itu dalam masa yang terdekat, manakala Perak mempunyai liputan hutan yang luas, termasuk hutan Royal Belum yang boleh menghasilkan lebih banyak kredit karbon.
Dalam titah Tuanku yang telah menitahkan pihak Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif menjalankan pemetaan nilai stok karbon hutan menggunakan kaedah remote sensing dan Geography Information System (GIS). Walaupun ketersediaan ini untuk memperkayakan pengetahuan mengenai keupayaan jajaran hutan Perak sebagai zon penampan perubahan iklim dan memacu pembuat dasar ketika merangka strategi yang komprehensif dalam usaha menjadikan Negeri Perak sebagai sebuah negeri yang lestari. Manakala data ini juga penting untuk menentukan jumlah kredit karbon yang boleh diperolehi. Ini boleh membawa pendapatan yang tambahan kepada Perak jadi sangat-sangat saya berharap pihak Kerajaan Negeri bersedia untuk sektor kredit karbon ini.
Dalam sambutan tentang kesimbungan kredit karbon perbincangan tidak hanya terbatas kepada kawasan hutan sahaja, malah Kerajaan Negeri boleh mengambil langkah yang langkah lanjutan dalam perancangan bandar termasuk menetapkan jenis pokok yang ditanam ditanam dalam reka bentuk landskap bandar dengan menanam jenis pokok hutan dalam reka bentuk landskap bandar. Ia dapat membantu meningkatkan pelepasan oksigen dan seterusnya meningkatkan nilai kredit karbon. Selain kawasan hutan tropika yang luas dan kawasan konservasi hutan, kawasan paya bakau juga sangat penting untuk mengurangkan pelepasan karbon. Garisan pantai yang panjang di Perak, sungai-sungai utama dan anak sungai-sungai Perak dan semuanya memiliki sumber daya paya bakau yang melimpah. Namun dalam pembangunan bandar, kepentingan paya bakau sering diabaikan dan menjadi mangsa pembangunan. Oleh itu, dalam konteks jual beli kredit karbon, Kerajaan Negeri boleh memberi lebih banyak perhatian dan menjaga pengurusan penanaman paya bakau dengan lebih baik. Perubahan alam sekitar menyebabkan sebahagian kawasan paya bakau dan muara sungai mengalami kematian serta kemerosotan. Di muara Sungai Beruas yang berlokasi di Pantai Remis sejak tsunami pada tahun 2004, 20 tahun yang lalu, paya bakau telah telah mundur sejak 180 meter sekurang kurangnya akibat gelombang laut yang menyebabkan serangan langsung dan kerosakan terhadap pelantar. Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat untuk mengambil serius dan segera menjalankan kerja-kerja pemulihan bagi memastikan paya bakau dapat dipulihkan kepada keluasan asalnya dan pelantar tidak terjejas secara langsung oleh hempasan ombak.
Timbalan Yang di-Pertua, Perak terus kekal sebagai salah satu negeri yang paling menua di Malaysia. Ini adalah isu yang sangat lama saya bangkitkan dengan kadar penduduk warga tua yang telah mencapai 9.7% daripada jumlah populasi negeri. Walau bagaimanapun, dengan mengambil langkah yang tepat pada masanya, cabaran masyarakat yang menua dapat dikurangkan. Berdasarkan laporan anggaran penduduk Malaysia 2024 bukan sahaja Perak tetapi Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor telah menjadi negeri yang mengalami penuaan. Johor dijangkakan memiliki kadar penduduk penduduk warga tua sebanyak 7% pada tahun 2023. Di negeri Perak ramai pekerja muda berpindah keluar ke negeri-negeri lain untuk bekerja tetapi semasa akan bersara ramai yang memilih untuk kembali ke kampung halaman.
Fenomena ini telah berlaku untuk jangka masa yang lama. Selain itu, persekitaran yang baik untuk bersara dan gaya hidup yang santai di Perak turut menarik ramai orang dari negeri-negeri lain juga dari luar negara untuk menetap di sini semasa bersara.
Sebagai contoh, Taiping telah dianugerahkan sebagai salah satu dari tiga bandar raya paling baik untuk dihuni di dunia pada tahun 2019 dan juga disenaraikan sebagai salah satu dari 10 bandar paling bahagia di Malaysia. Ipoh juga yang dikenali sebagai bandar gunung dengan pemandangan gunung yang menakjubkan dan infrastruktur yang lengkap juga menjadi destinasi pilihan untuk pesara bagi ramai orang. Apabila ramai orang memilih Perak sebagai tempat persaraan, adakah kita sudah bersedia? Pada masa ini kami di Perak telah mula mengembangkan ekosistem penjagaan warga tua dari menyediakan kursus latihan penjagaan warga warga tua kepada penjaga profesional sehingga menubuhkan pusat penjagaan warga tua dan pusat jagaan waktu siang yang dilengkapi dengan peralatan yang lengkap. Di samping itu, dalam pembangunan perumahan, kita juga mula merangka rekabentuk dan menambah baik kemudahan untuk memenuhi keperluan golongan warga emas. Selain itu, kita juga perlu menyediakan lebih banyak pekerjaan dan aktiviti yang sesuai supaya golongan yang baru memasuki usia persaraan masih boleh terus bekerja dan menyertai aktiviti sosial. Ia akan memenuhi keperluan fizikal dan psikologi mereka. Oleh itu, kita perlu merujuk kepada bandar rakan sistem kita yang kaya pengalaman dalam dasar warga emas seperti Fukuoka. Adakah Kerajaan Negeri telah membuat kemajuan baru dalam hubungan dengan Fukuoka. Kita perlu lebih proaktif dalam memelihara hubungan antara kedua-dua wilayah dan membuka babak kerjasama yang baru.
Timbalan Yang di-Pertua, infrastruktur yang baik dan pengurusan yang berkesan adalah keperluan asas yang lama dituntut oleh penduduk dari pelbagai kawasan. Keselamatan jalan raya, sistem pengaliran lancar dan penyelenggaran harian jabatan adalah antara keperluan asas yang paling penting oleh rakyat kepada kerajaan. Mulai tahun 2023, setiap Kampung Baru menerima peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membaiki kemudahan asas yang lama dan rosak yang merupakan hasil daripada dasar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini merupakan perkembangan yang positif. Pada masa yang sama, masalah penyelenggaraan Jalan Persekutuan bukan sahaja di Negeri Perak malah di seluruh negara menghadapi masalah keadaan Jalan Persekutuan yang tidak baik, malahnya berisiko. Di kawasan Pantai Remis, contohnya FT 5 dan FT 60 yang akhirnya sambung ke Beruas telah lama tidak mendapat penyelenggaraan yang baik. Pada tahun lepas, malah perlu menggunakan peruntukan-peruntukan daripada Ahli Parlimen dan Adun untuk memperbaiki lampu jalan di persimpangan lampu isyarat. Banjir kilat telah menyebabkan kerosakan jalan dari Tebuk Yan ke Batu 12 yang sehingga kini belum dipulihkan sepenuhnya.
Selain itu, selepas menaik taraf FT60, lampu jalan di beberapa persimpangan lampu isyarat di Segari sering kali tidak berfungsi. Ia sangat bahaya kepada pengguna jalan. Saya sangat menghargai kerjasama dan penyelesaian yang diberikan oleh setiap jabatan selepas menerima aduan. Namun, yang lebih penting adalah perlunya kerjasama perbincangan dan penjajaran yang lebih rapat di antara setiap jabatan. Ini adalah kunci untuk memastikan kerja-kerja harian mencapai standard yang dikehendaki. Hanya dengan meninggalkan sikap mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan keperluan serta pandangan dari jabatan lain. Kita dapat menjadikan
Perak lebih maju dan lebih berjaya. Pantai Remis mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pantai Remis. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Batu Kurau untuk memulakan perbahasan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahhi Rahmannir Rahim. Alhamdulillahi rabbil Alamin. SolattulwaSalamullah Rasul Lil Amin, Sayyidina Maulana Muhammad wa Ala Alihi wasohbihi Ajmain. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan. Rakan media para pemerhati seterusnya yang dikasihi mereka yang sedang mengikuti sidang Dewan kali ini terutama melalui secara langsung sekarang ini. Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.
Sebagai permulaan, ingin saya mulakan perbahasan titah Tuanku Paduka Seri Sultan Perak pada hari yang mulia ini dengan firman Allah dalam Surah Al-Anfal Ayat yang ke-27 yang berbunyi. (Bacaan ayat al-quran) Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu mengkhianati amanah yang diberi kepercayaan kepada kamu sedangkan kamu mengetahui. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa tanggungjawab pemimpin untuk memastikan kehidupan rakyat sentiasa dijaga disamping merancang untuk meningkatkan tahap ekonomi yang kukuh dan stabil. Semuanya dilakukan dengan berlandaskan hukum syarak. Ketulusan, kesungguhan dan keikhlasan. Bagi menjamin sebuah keadilan kepada semua pihak termasuk orang kaya dan miskin, penjawat awam dan swasta, pemerintah atau pembangkang dan antara kemajuan desa dan bandar. Semuanya ini akan dilihat oleh rakyat dan lebih penting daripada itu ialah mencari keredaan Allah Subhanahuwata'ala.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ketika bertitah di istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Kelima Belas pada 23 Februari yang lalu, baginda Tuanku Sultan Perak juga telah menekankan berbagai aspek termasuk ekonomi, kesejahteraan rakyat, kemudahan asas mengembalikan fungsi masjid yang sebenar dan keharmonian kaum khususnya di Negeri Perak ini. Maka itu saya ingin menyentuh soal peranan masjid sebagai lambang perpaduan dan terlebih dahulu izinkan saya membaca satu lagi surah berkenaan dengan masjid (Bacaan ayat al-quran) yang membawa maksud sesungguhnya orang orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Mereka mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat dan sedekah. Mereka tidak takut kecuali kepada Allah Subhanahuwata'ala. Dan mereka hanya mengharapkan hidayah petunjuk daripada Allah Subhanahuwata'ala. Dalam soal ini, masjid bukan sahaja tempat beribadat, solat lima waktu, dan program-program pengajian agama tetapi perlu diperluaskan peranannya sejajar dengan peredaran masa dan teknologi terkini program-program seperti sukan yang bersesuaian, Kelas Cerdik IT, pusat teknologi maklumat, program untuk anak anak muda, program keselamatan, program kesihatan sebagai pusat menjana ekonomi setempat, kebajikan hinggalah program-program yang melibatkan kaum wanita seperti kelas jahitan dan memasak. Masjid hendaklah dijadikan pusat membentuk perpaduan antara kaum dan dan berbagai kaum di kawasan masing-masing.
Apa yang menjadi permasalahan di beberapa tempat ingin saya jelaskan di sini pentafsiran dan penjelasan yang berbeza di antara pegawai tadbir agama, pegawai penyelaras masjid dan pengerusi masjid tertentu terhadap larangan penglibatan Ahli Yang Berhormat atau pemimpin politik di masjid. Keadaan ini menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan ahli kariah itu sendiri. Sepanjang yang kami dimaklumi, larangan tersebut adalah penglibatan ahli politik dalam program-kuliah, ceramah, khutbah serta ucapan-ucapan yang dilakukan dalam masjid dan surau yang berdaftar. Saya mengambil satu contoh bagaimana berlaku kekalutan apabila pihak masjid pada mulanya tidak membenarkan seorang Ahli Yang Berhormat untuk mengimamkan solat jenazah ahli keluarga dan atas permintaan waris, akhirnya dibenarkan setelah ianya dirujuk kepada pegawai agama daerah terbabit. Hal ini sudah setentunya mewujudkan suasana tidak harmoni. Saya merujuk kepada jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika sesi persidangan yang lalu bahawa selain daripada larangan yang dikeluarkan tidak menjadi masalah untuk ahli politik menjadi imam, mengetuai talqin, tahlil serta majlis penyampaian hadiah tertentu yang diadakan di masjid tanpa sebarang ucapan, yang lebih mendatangkan tanda tanya bila ada pemimpin-pemimpin parti pemerintah bebas untuk apa saja program termasuk yang diadakan dalam masjid. Adalah diharapkan agar mereka yang diberi tanggungjawab dan amanah menjaga institusi masjid ini agar lebih bersikap bertolak ansur selagi tidak melanggar arahan larangan seperti yang dilaksanakan sekarang ini.
Timbalan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam menjamin agar rakyat di Negeri Perak ini sentiasa dalam kesejahteraan, Tuanku Baginda Sultan menzahirkan titah yang cukup cantik, titah baginda di para 22 muka surat 14 antara lain menyebut bangunan mencakar langit tidak memberi maknanya sekiranya masih ada rakyat yang terpaksa mengikat perut, mencatu makanan dan tidur berbumbungkan langit selagi ada rakyat yang miskin selagi itulah usaha untuk membasmi kemiskinan wajib diteruskan. Dalam hal ini, Pusat khidmat Adun-Adun akan menjadi tumpuan mereka yang memerlukan berbagai bantuan, rakyat di luar sana tetap beranggapan bahawa wakil rakyat mesti membantu rakyat sama ada kerajaan dan pembangkang. Mereka tidak kisah itu semua asalkan wakil rakyat boleh dikatakan tiap-tiap hari ada sahaja rakyat mengadu hal di pusat-pusat khidmat sepertimana yang disebutkan oleh Pengkalan Baru, sebentar tadi. PRU telah berlalu sekarang masanya kita berbakti kepada rakyat tanpa mengira fahaman dan parti, penarikan balik peruntukan kepada Adun terutama kewangan OG telah menyebabkan usaha membantu mereka yang susah dan amat-amat memerlukan bantuan segera. Ianya menjadi perkara yang terbantut dan menyusahkan mereka.
Banyak manalah sangat elaun yang kita terima sebagai wakil rakyat untuk berkongsi dengan mereka. Memang ada agensi-agensi yang tertentu boleh salurkan bantuan tetapi kadang-kadang mengambil masa yang lama untuk diluluskan. Maka mereka datang ke pejabat Adun untuk mendapatkan bantuan segera dengan penggantian seperti penggantian atap akibat angin kencang, kerosakan kecil akibat banjir, bantuan awal persekolahan ke menara gading dan lain-lain permohonan. Bagi saya agak kesian orang-orang kampung yang rata-rata miskin susah untuk mendapatkan bantuan secara segera ini. Sebelum ini dapat juga kotak-kotak makanan juga telah ditarik balik. Baru baru ini, Baitulmal pula telah mengeluarkan satu arahan beras Fidyah tidak lagi boleh disalurkan kepada pusat-pusat khidmat. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Ingatlah di kawasan kami bukan semuanya penyokong-penyokong kami.
Malah, mereka juga lebih banyak terdiri daripada penyokong parti pemerintah, bersikap adil dalam pemerintahan. Jika di Parlimen, saya jelaskan jika di Parlimen, syarat yang diberikan untuk mendapat peruntukkan daripada pihak pembangkang mestilah datang berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Maka saya rasa di Negeri Perak ini kami di pihak pembangkang ini rela dan bersedia rendah diri berbincang. Jika itu syaratnya. Ini bukan untuk kepentingan kami tetapi untuk rakyat. Kesianlah orang kampung. Jika tahun ini tiada lagi bantuan Ramadan untuk diagihkan kepada surau dan masjid. Kami mengharapkan agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan semula bantuan-bantuan walau tidak sebanyak yang diberikan pada tahun sebelumnya. Kami juga memohon rakyat di luar sana agar tidak bersangka buruk dan memarahi kami sekiranya permohonan anda tidak dapat ditunaikan. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha juga membantu tidak sebanyak yang dimohon dalam keadaan kami yang juga terbatas.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang betapa pentingnya ilmu dikalangan rakyat Negeri Perak ini. Ini sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al-Mujadalah ayat yang kesebelas apabila menafsirkannya “yarfa'il laahul lazeena aamanoo minkum wallazeena ootul 'ilma darajaat, Allah mengangkat orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan”. Dalam hal ini, Batu Kurau ingin memohon Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat berusaha merancang dan membina apa sahaja jenis pusat pengajian tinggi di Batu Kurau. Di saat tempat-tempat lain telah lama bergerak maju ke hadapan. Batu Kurau masih ketinggalan. Mungkin boleh membina politeknik, kolej, kemahiran atau apa sahaja yang bersesuaian. Dengan adanya pusat-pusat pengajian seumpama ini, sudah tentunya akan menaikkan imej dan nama Batu Kurau di persada antarabangsa. Insya Allah.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon agar pihak Lembaga Air Perak membuat pemeriksaan dan pembacaan meter sebulan sekali Yang Berhormat Dato' Seri, seperti yang dilakukan oleh TNB dan lain-lain. Sekarang ini LAP melaksanakan pembacaan meter sebanyak 2 bulan sekali dan agak menyusahkan penduduk-penduduk kampung yang tidak berkemampuan untuk membayar dua bulan sekali. Saya juga mencadangkan agar pemasangan meter dipasang berhampiran dengan pemilik rumah bukan dipasang di jalan besar yang jauh daripada tempat kediaman sesuatu rumah.
Timbalan Yang di-Pertua, di antara punca pendapatan orang kampung di Dun Batu Kurau adalah termasuk dari segi pesawah ataupun sawah padi. Namun berlaku beberapa masalah iaitu saliran air mengalami masalah tidak dapat disalurkan khususnya di dua kampung iaitu Kampung Titi Kasai dan di Kampung Jabi. Ini disebabkan oleh jentera JPS menghadapi masalah. Oleh itu, saya mohonkan agar pihak JPS berusaha dengan sedaya upaya mengatasi masalah ini demi menjamin nasib pesawah di kawasan terbabit dibela.Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin menyeru semua pihak yang pertama memahami firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 216 yang berbunyi. “Kutiba alaikumulqitaalu wa huwa kurhullakum wa 'asaaa an takrahoo shai'anw wa huwa khairullakum wa
'asaaa an tuhibbo shai'anw wa huwa sharrullakum; wallaahu ya'lamu wa antum laa ta'lamoon” yang membawa maksud "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu hal, padahal dia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu benci pada sesuatu hal, ianya mungkin baik buat kamu’. Dan yang kedua. Rasulullah SAW melarang umatnya membuat hukuman ketika dalam keadaan marah dan benci sepertimana sabda Rasulullah SAW. Seseorang hakim dilarang memutuskan antara dua orang yang bersalah ketika dalam keadaan marah, benci dan dendam. Hadis Riwayat Bukhari dengan mengambil kira renungan al-Quran dan hadis ini, Batu Kurau mohon menyokong. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Batu Kurau. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Hulu Kinta untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Terima Makasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Cikgu, Pembangkang, Ahli-ahli Dewan Negeri, wakil kerajaan, wakil rakyat pembangkang, barisan Exco dan pegawai kerajaan, pihak media, petugas-petugas keselamatan dan seluruh rakyat yang sedang memerhati sidang Dun secara live. Timbalan Yang Di-Pertua, syukur alhamdulillah diucapkan terhadap Allah SWT kerana dapat peluang Hulu Kinta berbahas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Ke Lima Belas.
Timbalan Yang di-Pertua, kita merujuk kepada Titah DiRaja perenggan ke-2, Tuanku betitah memaklumkan bahawa kutipan hasil yang tinggi serta status kewangan surplus yang dicapai melalui tadbir urus kewangan yang cekap dan kaedah kutipan hasil yang berkesan. Saya ulang, tadbir urus kewangan yang cekap. Tuanku memberikan ucapan syabas kepada kerajaan yang seperti mana disebut-sebut oleh Ketua Pembangkang Kerajaan Campuran DAP, kerajaan campuran DAP, maka kita terbukti kerajaan kita hari ini, Alhamdulillah dapat ucapan syabas daripada Tuanku sendiri atas urus tadbir kewangan yang baik, cekap.
Yang di-Pertua, dalam ucapan Ketua Pembangkang semalam, saya memerhati disebut pada permulaan ucapan beliau telah maklumkan soal ringgit jatuh, nilai ringgit jatuh berbanding dengan dollar Amerika. Seperti sedia maklum oleh semua, penjelasan, penjelasan dalam Parlimen, penjelasan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua menteri-menteri telah bergi jelasan yang sungguh cukup kepada rakyat dan negara, alasan yang kita sedia maklum adalah kejatuhan ringgit khususnya adalah masalah di luar, luar negara. Antaranya peperangan berlaku, Ukraine, Rusia, apa, Gaza dan juga kadar OPR yang dinaikkan oleh Amerika Syarikat sebelumnya. Tapi itu dalam ucapan beliau telah maklumkan bahawa jatuhan ringgit ini seolah-olah adalah ia melihat kepada kewangan apa urus tadbir dan juga soal status ekonomi kita di negara kita ada masalah, kononnya gambaran itu diberi begitulah.
Maka saya ingin memberikan sedikit, nak...nak, saya ingik memperbetulkan kenyataan ataupun ucapan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang dalam Dun semalam. Kita nak lihat soal perspektif ukuran ekonomi ini bukan sekadar bergantung kepada ringgit sahaja, kejatuhan ringgit. Tapi kita kena lihat soal apa, inflasi. Kadar inflasi di negara kita dan juga soal apa pengangguran yang juga kalau kita tengok soal kejatuhan ringgit ini, kita kena banding negara-negara yang utama, mata wang utama negara ini. Antaranya kita kena tengok bandingan, adakah negara lain nilainya jatuh atau tidak, berbanding dengan Amerika Syarikat? Adakah negara kita, ringgit negara kita Saja yang jatuh ataupun seluruh dunia mengalami masalah yang sama ialah masalah global. Saya ingin maklumkan data di sini bahawa kalau banding dengan negara kita jatuhan dari sudut peratusan berbanding dengan Amerika Dollar ini adalah 2.9%. Kalau banding dengan mata-mata wang dunia. Soal apa nilai mata wang Won Korea. Peratusan dia, kejatuhan dia 3.3%. Kita tadi 2.9%, Won Korea Selatan jatuh kepada 3.3%. Ya negatif dan juga Dollar Australia, 3.6%. Begitu juga Baht, Thailand, ya, Baht, Thailand, negara jiran kita, jatuhan dia -3.7%. Begitu juga Yen, Jepun, -4.0%. Maknanya apa yang dinyatakan semalam ia seolah-olah memberi gambaran, buruknya, kononnya, ringgit sahajalah jatuh di dunia ini, seolah yang apa tiada masalah di global. Maka apa yang saya nyatakan di sini bahawa bukanlah kejatuhan ringgit ini bukan masalah dalaman sahaja. Itulah dipengaruhi masalah-masalah luar negara, global ya. Atas asas saya sebut tadi, kalau kita bandingkan negara yang mata wang dunia, Jepun pun boleh jatuh ke -4.0%. Kalau banding dengan Malaysia negara kita 2.9% jauh lebih baik daripada negara-negara yang saya sebut tadi saudara sekalian.
Kepada Timbalan Yang di-Pertua, begitu juga soal pengangguran, pengangguran kita kalau data, kalau melihat pada data 2023 November ya. November dan Oktober, Oktober adalah trend dia menurun. Contohnya pada Oktober, kita kadarnya adalah 3.4%. November 2023, 3.3% dan terus menurun. Ini yang tadi saya sebut tadi soal matawang bagi negara yang utama di dunia ini. Kedua soal pengangguran. Ketiga kita fikir soal inflasi. Inflasi Timbalan Yang di-Pertua, kalau bandingkanlah Ketua Pembangkang sebut, apa soal ekonomi. Itu kita kena ukur melihat inflasi amat penting dalam salah satu faktor penting untuk mengukur ekonomi negara kita. Antaranya kita tengok di kedudukan negara kita dalam inflasi adalah yang terbaru adalah satu perubahan 5% Timbalan Yang di-Pertua. 1.5% banding dengan bawah kepimpinan Kerajaan yang ditadbir oleh Perikatan Nasional iaitu Parti Ketua Pembangkang itu sendiri jauh lebih besar, maknanya tinggi. Lebih daripada 4% dan 5%. Maka kalau banding sekarang bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dah terbukti mengurus tadbir yang baik, apa ada kebolehan dan mengawal inflasi di negara kita dengan capai 1.5% setakat ini yang terbaru dan bagaimana kita nak mengukur juga soal inflasi ini adakah 1.5% ini antara terbaik atau pun tidak. Kenapa ada yang kita lihat ada barang-barang yang meningkat harga dan sebagainya? Tapi kita kena banding juga dengan negara yang apa di dunia ini, negara utama. Saya nak bandingkan kadar inflasi kita dengan negara-negara luar, yang utama. Antaranya saya nak maklumkan sentuh soal inflasi Amerika Syarikat USA. Iaitu kadar inflasi di negara USA adalah yang terbaru 3.1%. Kita 1.5%. Amerika 3.1%. Begitu juga Filipina, angka dia 2.8% inflasi di negara Filipina. Begitu juga Korea Selatan, 2.8% yang terbaru.
Begitu juga Zon Euro, Zon Euro yang ekonomi yang antara terbesar di dunia pun, untuk makluman Timbalan Yang di-Pertua, kadar inflasi mereka Zon Euro ini pun adalah 2.8% banding kita 1.5%. Maka begitu juga yang negara jiran kita, 2.6% iaitu negara Indonesia, yang sekarang ini memang memang satu negara yang sedang memaju, bagi mereka pun menghadapi masalah inflasi 2.6% yang terbaru. Tapi kita pula banding dengan ke apa negara kita jauh lebih baik. Jauh lebih baik berbanding dengan negara saya sebut tadi, itu membuktikan bahawa tadbir urus di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan ini berjaya dan juga yang penting adalah soal kita dah berjaya ni, kita telah mencapai inflasi dan sebagainya. Semuanya adalah bergantung dengan soal rasuah, soal rasuah. Sejauh mana kerajaan benar-benar melawan rasuah terbukti mengurangkan rasuah di negara kita. Itulah segala ibunya bagi sama ada kita nak mencapai matlamat ataupun boleh kita menang dalam cabaran yang besar ini. Antara kita nak sebut soal apa soal rasuah ini Timbalan Yang di-Pertua, kita melihat data yang dikeluarkan oleh global bahawa sebelum ini selepas di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim, kita nampak trend yang lebih baik berbanding sebelum ini. Contohnya, sebelum ini tangga kita adalah 61, sekarang ini 57. Ini adalah satu pencapaian terbaik. Ini membuktikan di mata dunia bahawa kita terbukti kerajaan ini memang lawan rasuah serius menangani masalah rasuah bukan seperti mana Ketua Pembangkang pun sebut semalam, perlu berikan apa peransangan-peransangan ekonomi yang seperti mana mereka lakukan. Ya mereka lakukan untuk antara contohnya Jana Wibawa.
Saya dah sebut dulu sebelum ni pun, Jana Wibawa adalah perangsang ekonomi adalah tapi akhirnya kita lihat terbukti hari ini, puluhan orang didakwa. Puluhan orang Timbalan Yang di-Pertua didakwa di mahkamah sekarang ini kerana, kerana apa sakau duit rakyat. Melalui perangsang ekonomi kepada rakyat kononnya. Tapi mereka sakau duit rakyat dan inilah hasil kita nampak rakyat tak dapat apa-apa di bawah. Maknanya tapi pada masa yang sama mereka bagi perangsang ekonomi benda tu kita nampak sangat dan pada masa yang sama soal inflasi tinggi ketika itu. Pengangguran tinggi bukan seperti kita, kita dah trend global soal apa, soal rasuah ni dah meningkat yang terbaik mata di dunia, mata dunia dan jugak kita dapat kurangkan inflasi. Tekanan yang terendah 1.5% dan juga kadar penganggur pun turun. Ini adalah inilah apa trend ataupun pengukur yang sebenarnya yang perlu kita lihat soal sejauh mana kedudukan ekonomi kita di trend ataupun di landasan yang betul atau tidak bawah kepimpinan Kerajaan apa Kerajaan Madani atau Kerajaan Perpaduan ini.
Timbalan Yang di-Pertua dan seterusnya kita lihat soal kadar kenaikan harga air dan banyaklah Ketua Pembangkang sebut sebab saya nak maklumkan bahawa sebab apa Timbalan Yang di-Pertua sebelum saya nak pergi ke air ini kerana perkara ini ialah ada banyak dia bangkitkan semalam, contohnya antaranya soal tax dia kata banyak tax yang kena sekarang ini menyusahkan rakyat dan apa membebankan rakyat. Tapi saya nak maklumkan hari ini selepas saya nak beri penjelasan ini, berikan input kepada Dewan ini khususnya daripada rakan-rakan daripada pembangkang pun boleh menilai sejauh mana ucapan Ketua Pembangkang ini sangat terlalu ngecek dalam Dun ini. Saya berpegang kepada fakta dan data. Isunya Ketua Pembangkang ini beza sikit. Dia selalunya dia kata masalah-masalah, contohnya, dia kata kadarnya naik, tax nya naik, tapi dia tidak pernah bagi data dan dia tak faham. Apa yang saya nampak semalam, Timbalan Yang di-Pertua, perkara serius, sebab apa soal tax tu sangat memesongkan Dewan semalam. Sangat memesongkan Dewan, sebab apa yang disebut, Low apa Value Goods ya Low-Value Goods Tax. Dia maklumkan bahawa membebankan rakyat. Saya melalui ucapan itu, kita faham bahawa ucapan yang ditulis sebab panjangnya teksnya itu adalah mungkin copy paste daripada apa daripada whatsapp-whatsapp group. Nampak sangat benda tu kerana tengok walaupun Hulu Kinta tiada teks, ini jer yang kita pakai selalu, maka tiadalah kita tak ada data, kita ada data, kita ada fakta dan sebagainya. Tapi saya nak maklumkan kepada Dewan, Low Value Goods Tax ini adalah bukan untuk produk tempatan, adalah pembelian daripada online.
Pembelian online pun produk yang daripada import, produk import bukan daripada negara kita ya, bukan dibuat daripada negara kita. Produk import daripada luar negara yang masuk ke dalam negara. Itu yang kita kenakan tax, maka di mana susahnya rakyat. Di mana masalah kepada rakyat. Untuk makluman, Timbalan Yang di-Pertua, selepas kerajaan perkenalkan Low Value Goods Tax ini, Pengerusi SME negara kita ini, dia kata tindakan yang terbaik. Persatuan menyambut baik, maka apakah ekonomi kata tindakan yang terbaik kerana ini menguntungkan apa SME ataupun pengusaha-pengusaha negara kita. Pengusaha-pengusaha kecil kerana apa saya hendak bagi penjelasan dan apa akan manfaatkan oleh negara kita kepada pengusaha-pengusaha kita, kepada apa-apa produk-produk negara kita ini kerana apa contohnya lah ada satu produk A. Ada dalam buatan dalam negara diletak dalam platform online. Ada juga daripada produk daripada China. Produk yang sama tetapi buat di China dengan Malaysia contoh di negara kita. Dua-dua pun masuk dalam platform yang sama untuk jualan. Katalah kita jual produk tu RM10.00 buatan Malaysia, produk yang sama daripada China dia jual RM8.00. So rakyat akan beli mana RM8.00 ke RM10.00? Untungnya kepada siapa? Syarikat luar negara. Keuntungan itu satu.
Kedua, produk-produk pengeluar-pengeluar produk kita, pengusaha-pengusaha kita khususnya majoriti orang Melayu di sini barang mereka tidak dapat jual kerana dapat lebih murah daripada luar negara China mereka tidak pedulikan pasal apa kualiti. So melalui tax Low Value Goods Tax ini supaya diberikan kelebihan kepada pengusaha-pengusaha dalam negara kita menguntungkan pengusaha-pengusaha kita produk kita. Maka di mananya ketua pembangkang sebut akan menyusahkan rakyat? Saya tidak faham di mana. Satu, mungkin ada rakan-rakan pembangkang boleh membantu tiada masalah saya tidak nampak, maka benda ini membawa manfaat dikata menyusahkan rakyat. Saya nampak sangat benda itu tidak dibincang langsung. Maknanya sebelum hendak bawa ke Dun, sebelum bawa ke Dun sebagai ketua pembangkang, harus dia melihat teliti melihat apakah dibawa ini ada manfaat di rakyat atau tidak data-data fakta-fakta. Masalahnya dia copy paste tidak tahu siapa yang buat teks dia ke entah orang lain dia baca di sini mana yang tidak ada satu perkara yang kita nampak macam memesongkan dewan. Satu perkara yang memesongkan dewan maka, perkara ini amat membimbangkan kerana apa dia mislead. Satu memberikan maklumat salah kepada dewan, ini bukan yang adalah ini bukan markas PAS untuk menyebar fitnah ini bukan markas PAS ini ialah Dewan yang mulia Timbalan Yang di-Pertua, maka kena tegas, Dun kena tegas, Speaker kena tegas, Timbalan Speaker kena tegas.
Soal selepas ini kalau adalah dapatkan mana-mana wakil rakyat sama ada apa tidak kira sebelah mana pun, khususnya ketua pembangkang kena jadi contoh kepada orang lain, anak buahnya. Kalau beliau pun sahaja tembak begitu sahja, langsung tidak pegang pada fakta tidak jelaskan kepada rakyat yang benar, apa jenis macam ini saya tidak faham. Maka kalau adalah akan datang berlaku yang benda sama Hulu Kinta akan usulkan apa, ketua pembangkang perlu rujuk kepada apa jawatankuasa hak dan kebebasan untuk ambil tindakan supaya jadi pengajaran, pengajaran supaya dalam Dewan yang mulia ini, janganlah kita apa sahaja kita hendak tembak, tembak sahaja tidak boleh. Rakyat bukan bodoh, pegawai-pegawai bukan bodoh. Dengar-dengar begitu sahaja. Maka ini satu perkara yang penting kita kena ambil secara serius. Akan datang biarlah pegang pada fakta yang apa yang dinyatakan dalam apa ucapan beliau adalah tidak betul dan tidak langsung dia memesongkan Dewan dan mengelirukan rakyat. Itu salah itu satu, itu adalah Low Value Goods. Begitu juga beliau soal menyatakan High Value High Value Goods Tax. High Value Goods Tax ini itu pun dia kata menyusahkan rakyat. Saya tidak faham kerana apa high value goods ini apa bendanya. Antaranya adalah berlian, berlian juta-juta beb ada juta-juta Tuan Timbalan Speaker. Ada puluhan juta kita nampak ada orang beli di Malaysia ada. Yang kita ada ada ada orang beli puluhan juta. Apa salahnya orang yang kaya-raya ini beli berlian puluhan juta, dia bayar 5 ke 10 peratus taxnya apa masalah? Apa masalahnya ketua pembangkang? Adakah mereka pertahankan apa kroni-kroni orang-orang kaya seperti mana dipertahankan yang sebelum ini. Begitu juga apa lagi barang-barang high value, high value, high value dia apa lagi. Contohnya emas, berlian, beg tangan, beg tangan ada yang orang beli had ratusan ribu RM40,000.00 RM50,000.00 rakyat di bawah hendak beli susu pun tidak larat.
Hulu Kinta. Masa sudah tamat saya bagi dua minit sila masuk perenggan terakhir.
Tidak boleh tidak boleh. Banyak lagi.
Berapa isu lagi?
Ada ada ada.
Beberapa isu?
Ada banyak lagi. Sekejap.
Saya bagi tiga minit habiskan. Cepat. Sila.
Tidak cukup tidak cukup hendak tambah. Tidak cukup hendak tambah. Baru ini ada beberapa perkara penting ini Timbalan Speaker bagi ruang sedikit supaya rakyat dapat maklumat yang tepat. Pembangkang dapat 40 minit semalam, ketua pembangkang bukan teks ini Hulu Kinta terlebih teks bagi la sedikit lebih sedikit. Maka hendak jelaskan soal apa high value goods tadi itu. Ada ramai yang beli beg ratusan ribu pun ada orang hendak beli susu pun tidak larat. Apa salahnya orang beli ratusan ribu itu dia bayar tax kepada kerajaan apa masalah? So, duitnya dia datang balik kepada kerajaan dia salurkan kepada rakyat bawahan. Tiada isu pun. Tiada isu. Di mana masalah kepada rakyat biasa? Tiada. So, inilah high value goods tax yang dikenakan begitu. Maka ini adalah dua tax yang disebut semalam. Maka ini tiada langsung apa memberikan masalah di bawah kepada rakyat yang susah B40 dan sebagainya Timbalan Speaker.
Begitu juga disebutkan soal kenaikan harga, harga tarif air, ketua pembangkang tanya pada menyoal Yang Berhormat Cikgu minta penjelasan adakah Perak akan naikkan harga air. Tarif air di Perak ini? So, saya tanya soalan kepada pembangkang, tahu tidak mulai 1 Februari 2024, tarif air di Kelantan naik 23 sen. Tidak pernah bantah pun. Kelantan sendiri. Tidak pernah saya dengar pun dia keluarkan kenyataan. Kalau apa standard yang betul jangan ada double standard, kalau pendapat pendirian yang jelas, apa sepatutnya dilakukan oleh ketua pembangkang? Dia akan keluarkan kenyataan. Saya tidak setuju dengan cadangan Kerajaan Kelantan menaikkan tarif air. Itu baru betul tidak reti nak kawal.
Tidak boleh hendak apa bila-bila naik harga air, 23 sen apa semeter padu, itu tidak di apa soal tidak ditanya pun, tapi kononnya masuklah dalam Dewan kononnya tunjuk pada rakyat bahawa pembangkang ini sangat positif. Pembangkang ini sangat prihatin. Pembangkang ini sangat ambil tahu soal air, air naik air. Harga air naik, maka saya hendak tanyalah apakah tindakan pembangkang. Sebab apa sebelum selepas diumum oleh kerajaan di Kelantan, NGO-NGO Kelantan, penduduk-penduduk buat memorandum menghantar kepada Kerajaan Kelantan merayu mereka kata tolonglah jangan naikkan harga air. Sana ayak kan. Ayor sana Kelantan air ? Air juga. Kita ayor. Mereka merayu. Speaker tiba-tiba tukar Speaker. Tadi Timbalan Speaker. Selamat datang. Speaker Yang di-Pertua mereka merayu, merayu dia kata janganlah naikkan harga air ini sebab apa air di sana bukan air macam teh tarik. Dikeluarkan bukannya keluar air keluar air teh tarik. Keluar teh tarik pun mereka naikkan 23 sen yob tetapi duduk dalam Dun seolah menjadi juara hendak menyuarakan hak rakyat tanya soal kita pula adakah apa naikkan harga air di Perak ini akan bebankan rakyat Ya allahu Akbar? Tidak boleh cakap apa.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Kinta. Tronoh. Saya terbaca satu kenyataan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan menyatakan pelarasan tarif air domestik tidak bebankan rakyat. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Ya isunya memang la tidak ubah garis sebab yang keluar sana itu bukan air, teh tarik faham tidak ? Ada beza. Soalan pun tidak betul-betul itu. Dia kalau air tak apalah dia keluar air tarik apa teh tarik keluar buka itu teh tarik keluar. Maka peringkat yang boleh keluar air teh tarik pun dorang boleh naikkan 23 sen. Bukan senang. Tapi itulah soal kenaikan harga ayor ni...kenaikan harga ayor ni, SPAN dah melakukan mesyuarat. Negeri-negeri di seluruh negeri di Malaysia ini memang dia minta untuk menaikkan atas alasan pengurusan dan sebagainya. Itu terpulang kepada negeri-negeri masing-masing nak naik atau tidak kan. Itu terpulang tapi masalahnya di peringkat Kelantan memang naik..menaik. Mereka walaupun rayu ke tak rayu ke, entah la depa tak peduli. Akhirnya dengan berjayanya 1hb Februari 2024, Kerajaan Kelantan telah menaikkan harga tarif ayor di Kelantan. RM0.23 sen bukan ditanggung. Bermakna kalau benarlah Ketua Pembangkang ini berjiwa rakyat, tolonglah bersuara daripada sekarang keluarkan kenyataan, katalah beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan Kelantan sebelum menyoal kerajaan Perak. Inilah kita nak jawab. Maka, ada banyak lagi lah tapi Ketua Pembangkang pun tak dak.
Yang di-Pertua, kita dalam ucapan Titah Tuanku ini, soal-soal sekolah, saya sangat sentuh di mana MAIPk bersama dengan Jabatan Agama Islam Perak telah mengarahkan Sekolah-Sekolah Agama Berasrama, telah mengarahkan bahawa tidak boleh digunakan barangan plastik yang sekali guna itu. Saya rasa satu tindakan sangat-sangat bijak dan terbaik kerana masalah global warming dan sebagainya yang kita hadapi sekarang ini. Tindakan itu memang sangat baik kerana dia datang daripada sekolah untuk mendidik anak-anak daripada sekolah. Maka kita nak mintak daripada Exco Pendidikan juga sebab kebetulan Yang di-Pertua, pada hari Jumaat tu lepas sidang, ada pertemuan dengan Menteri Pendidikan. Beliau pun sedia maklum perkara ini. Dia menyambut baik, menyambut baik. Dalam perbincangan tu Insya Allah kalau boleh Exco Pendidikan berbincang dengan Menteri Pendidikan supaya selaraskan bagi daerah di Perak ini, sekolah menengah, sekolah rendah apa pun, kita boleh keluarkan arahan, kerajaan perlu keluarkan arahan supaya seperti mana dicadangkan ataupun telah dilaksanakan oleh sekolah-sekolah agama bawah Jabatan Agama Islam juga MAIPk.
Begitu juga soal kemiskinan, kemiskinan tegar di peringkat Negeri Perak ini Yang di-Pertua, kita tengok dalam ucapan Titah Tuanku memang jelas menyatakan bahawa rekod-rekod sebelum ini di mana data rekod miskin tegar di negara kita sangat berkesan dengan usaha-usaha kerajaan telah mengurangkan sebanyak 50 tak silap saya 59% telah kurang di peringkat di Negeri Perak ni dan saya ucap tahniah dan syabas kepada Exco berkaitan. Exco Temengor. Temengor selaku Exco Kebajikan Negeri Perak ini telah berikan satu komitmen dan usaha yang terbaik untuk mengurangkan kadar soal angka miskin tegar di negeri kita ini. Pada masa yang sama juga kita kena fokus soal miskin tegar ini masih lagi kita perlu ambil tindakan yang lebih drastik, buat penyelarasan yang terbaik untuk membasmi terus. Maknanya tapi memanglah mana-mana di dunia ini mana-mana negara tak boleh basmi lah. Memang tak boleh basmi soal kemiskinan ini. Cuma kita boleh mengurangkan ke kadar yang terendah di negeri kita menjadi contoh negeri yang terbaik di negara kita. Seterusnya saya nak ucapkan saya ucap terima kasih kepada Yang di-Pertua dan juga Hulu Kinta Menjunjung Kasih Titah DiRaja. Wabillahi taufik. Assalamualaikum wbt.
Terima kasih Yang Berhormat dan kepada kawasan Hulu Kinta yang memberikan ucapan dan hujah yang begitu komprehensif sekali. Saya yang dekat luar tadi tu pun berkejar masuk dalam Yang Berhormat bila dengar suara Yang Berhormat tadi, sembahyang Zohor pun tak berapa nak kusyuk. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Trong untuk memulakan perbahasan. 20 minit. Silakan.
Assalamualaikum wbt. Sebelum saya nak memulakan ucapan. Saya ingin membuat sedikit pembetulan Tuan Speaker. Dalam hansard yang dikeluarkan jam 12 malam tadi. Saya ditulis tidak hadir. Sebenarnya, semalam saya hadir dalam sidang dewan iaitu di sesi petang. Terima kasih.
Ok noted. Minta Setiausaha Dewan betulkan.
Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan seluruh Ahli Dewan Negeri. Yang Berhormat Ex-Officio, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan dan seluruh rakyat
Negeri Perak Darul Ridzuan yang kita sayangi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW dan kita berhimpun pada hari ini dengan penuh kesyukuran untuk sama-sama, kita membahaskan Titah Tuanku dalam sidang buat kali ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana mengizinkan saya untuk membahaskan Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah dalam persidangan buat kali ini. Saya ingin memulakan perbahasan ini iaitu dengan membaca sepotong ayat al-Quran. (BACAAN QURAN). Yang bermaksud “Dan jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami itu, maka Kami siksa mereka dengan disebabkan perbuatan mereka”.
Trong menyokong penuh Titah Tuanku bahawa kutipan hasil semakin meningkat mengukuhkan lagi kerajaan tetapi dalam masa yang sama, saya ingin mengajak kepada kita semua supaya bersyukur kepada Allah SWT, nescaya dengan kesyukuran ini, Allah Taala akan menambahkan nikmatnya. Di mana Allah Taala (BACAAN QURAN) “Dan kita juga hendaklah sentiasa menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT supaya mendapat berkat yang akan dikurniakan oleh Allah SWT.” Peningkatan hasil dan keuntungan belum tentu mendapat keberkatan. Kita mestilah berusaha mencari keberkatan di sisi Allah Taala. Istilah berkat ada di dalam Islam. Berkat bermaksud ziyadatul khair. Mohon izin bertambah kebaikan. Bukanlah satu keberkatan apabila jurang ekonomi di antara golongan yang kaya dengan miskin terlalu jauh.
Bukanlah satu keberkatan apabila si kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. Bukanlah suatu keberkatan apabila hasil padi tempatan semakin meningkat tetapi beras tempatan semakin hilang di pasaran dan bertambah mahal menjadi beras putih mahal Dhani. Bukanlah satu keberkatan apabila hasil pengeluaran sawit meningkat banyak tetapi harga sawit minyak sawit pasaran kegunaan harian semakin meninggi dan bukanlah satu keberkatan apabila petani dan nelayan yang menghasilkan tanaman dan hasil perikanan, mereka terus dihimpit kemiskinan sedangkan peraih dan pemborong terus rakus menjadi orang tengah yang meraih keuntungan besar bukanlah satu keberkatan apabila hasil ternakan ayam itik di dalam negeri kita semakin bertambah tetapi jiran tetangga, ladang ayam dan itik mendapat mudarat dari bau busuk dan gangguan lalat. Bukanlah satu keberkatan apabila ternakan lembu kerbau semakin meningkat tinggi menghasilkan sumber makanan tetapi mendatangkan mudarat tanaman kepada tanaman jiran tetangga dan menjadi sebab kemalangan jalan raya. Bukanlah satu keberkatan apabila nilai matawang semakin jatuh pendapatan rakyat semakin tidak meningkat. Bukanlah satu keberkatan apabila peningkatan hasil keuntungan LAP semakin melonjak tetapi tarif air ingin dinaikkan sehingga boleh membebankan rakyat marhaen dan bukanlah satu keberkatan apabila pelombong yang kaya mengaut hasil tanah liat di Trong tetapi rakyat Trong terus miskin. Bukanlah satu keberkatan apabila pelombong…
Yang Berhormat
NRREE…
Tronoh mohon mencelah
Karai Raya tetapi penduduk mukim Trong terus miskin.
Yang Berhormat Trong.
Sekejap ya. Bukanlah keberkatan apabila nilai indeks persepsi rasuah semakin baik sehingga Ogos 2023 oleh TIM tetapi orang kena tuduh (OKT) berprofail tinggi dilepaskan tanpa bebas DNNA pada bulan September 2023 dan pesalah rasuah berprofil tinggi kes rasuah antarabangsa SRC diringankan hukuman pada bulan Februari 2024. Ya sila satu minit.
Yang Berhormat Trong. Terima kasih atas laluan yang diberi kepada saya. Jadi saya amat teruja dengan perbahasan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Trong tadi mengatakan bahawa kenaikan tarif air ini seolah-olah membebankan rakyat tetapi kenyataan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan yang tarif air dia naik sebanyak 23 sen. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan pun kata tak membebankan rakyat. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat daripada parti yang sama?
Ok terima kasih. Insya Allah jika ditambah 10 minit saya akan jawab soalan. Dato’ Yang di-Pertua, minta sikitlah.
Kalau boleh Yang Berhormat jawab dulu.
Trong banyak menyentuh tentang keberkatan dan ayat yang dibacakan tadi. Kalau kita bertakwa maka Allah akan memberi keberkatan. Jadi kita tengoklah sepanjang kita tempoh pemerintahan dan sebelum ini kita tengok rakyat tidak menderita sepertimana yang diadu pada hari ini. Apakah kemungkinan hilang keberkatan ini kerana kita tengok dalam tempoh 30 bulan ini kita tengok penyeksaan atau pun tindakan terhadap rakyatnya secara terpilih yang mana menyokong kita lepaskan, yang mana tidak menyokong walaupun kes lama kita ambil bawa kita angkat atau pun berkemungkinan kerana kerajaan yang pendek ini kita ambil dan kita menggalakkan maksiat dengan seluas-luasnya termasuk dengan malam Nisfu Syaaban pun dia mengadakan konsert dan sebagainya dan apakah dalam tempoh terdekat ini kita melihat mereka betul-betul melanggar dan kerajaan yang ada paling berani melanggar hukum Allah maka hilanglah keberkatan? Minta ulasan Trong.
Yang Berhormat ni seolah-olahnya macam merepeklah.
Terima kasih Gunong Semanggol dan saya minta masukkan ucapan Semanggol dalam ucapan saya. Dato’ Yang di-Pertua kejayaan sesebuah negeri bukan hanya dinilai dari status kewangan surplus dan pembangunan kebendaan semakin meningkat sahaja tetapi mestilah bersama-sama dengan pembangunan insan. Kejayaan negeri bukan hanya berjaya mengurangkan kadar kemiskinan harta benda tetapi mestilah juga mengurangkan kemiskinan jiwa yang ada di dalam masyarakat. Persoalannya adakah dari tahun 2023 berbanding dengan tahun 2022 kadar jenayah harta benda semakin meningkat. Kadar jenayah narkotik semakin meningkat. Kadar jenayah seksual semakin meningkat. Kadar kelahiran anak luar nikah semakin meningkat. Kadar penceraian semakin meningkat. Kadar penderaan anak semakin meningkat. Kadar ponteng peperiksaan dan berhenti sekolah juga semakin meningkat.
Yang Berhormat
Sebagai contoh.
Mohon celah.
Sebagai contoh, saya dah bagi tadi sila duduk. Sebagai contoh peningkatan kes permohonan cerai di Mahkamah Syariah Negeri Perak pada tahun 2022 ialah sebanyak 2861 permohonan. Permohonan pada tahun 2022 2861 kes berbanding dengan tahun 2023 jumlahnya meningkat kepada 4697 kes. Daripada 2800 kepada 4600 iaitu melibatkan lafaz talak di luar mahkamah, melibatkan lafaz talak persetujuan Bersama, takliq, faraq dan fasakh. Jika kadar penceraian semakin bertambah seiring dengan kemajuan ekonomi maka kita perlu cari jalan penyelesaian. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan juga di sini bahawa penurunan kadar kemiskinan tegar yang disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuk pentadbiran daerah dan agensi kerajaan yang memberikan bantuan kepada rakyat. Saya ingin sebutkan bahawa selain agensi kerajaan termasuk juga adalah pusat khidmat wakil rakyat yang memberikan bantuan kepada rakyat sehingga kadar kemiskinan semakin menurun. Ini tidak boleh dinafikan. Namun setelah Kerajaan Negeri Perak membuat polisi baru pada tahun ini, kita bimbang kadar kemiskinan akan semakin meningkat pada tahun 2024. Oleh yang demikian, saya menyerulah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga barisan Exco untuk memikirkan kembali baik buruk polisi baru peruntukan kepada pembangkang kerana kita Negeri Perak kita bukan Kelantan Hulu Kinta, kita Negeri Perak kita mengharapkan amalan politik matang dan sejahtera dan politik aras tinggi.
Trong…
Kita jangan balik ke belakang politik lama. Kita jangan ke belakang, kita maju ke hadapan. Kita Negeri Perak kita kena maju ke hadapan.
Trong tahu tak, sikit saja
20 saat,
10 saat cukup. Yang Trong sebut tadi kadar jenayah meningkat, kadar dadah meningkat, kadar luar nikah meningkat di seluruh Malaysia meningkat betul saya setuju tapi tahu tak antara negeri yang paling tinggi tahu tak di mana? Kelantan. Antaranya kes dadah yang paling tinggi di negara kita adalah Negeri Kelantan.
Ok terima kasih, dah dua puluh saat, dua puluh saat, sila duduk.
Apa pendapat Trong?
Tuan Yang di-Pertua yang saya kasihi. Kemudian titah Tuanku berkenaan masjid hendaklah dibangunkan menjadi tempat untuk pelbagai acara pendidikan dan ekonomi. Saya nak menyeru bahawa kita perlu mengimarahkan masjid, surau dan kami wakil rakyat pembangkang memang ingin mahu mengimarahkan masjid dan surau. Kalau di sebelah sana kerajaan ada lawyer. Setelah pilihan raya walau pun menang dalam pilihan raya tugas lawyer masih boleh dilaksanakan dengan profesional dalam bidang masing-masing. Seorang teknokrat, seorang jurutera setelah menang pilihan raya boleh bertugas sebagai jurutera tetapi saya berasa sedih, saya selaku pemegang Ijazah Pengajian Islam dan Pemegang Tauliah Negeri Perak, tauliah mengajar agama setelah menang pilihan raya seolah-olah saya dihukum untuk tidak boleh mengajar masjid dan surau. Saya memohon kepada Jabatan Mufti, kepada Jabatan Agama untuk menilai kembali iaitu menilai kembali apa keputusan Jawatankuasa Kajian Pengawasan Syariah supaya memberikan peluang kepada kami untuk berkhidmat kepada rakyat.
Tuan Yang Berhormat Speaker, saya sehingga menyentuh persoalan masalah rakyat di Dun Trong. Yang pertamanya ialah dalam muka surat 26 muka surat 17, Baginda bertitah perlunya rakyat mendapat tempat tinggal yang selesa dan kondusif dan bahkan menjadi satu fardu kifayah. Persoalan yang saya hadapi ialah bagaimana rakyat mahu memiliki rumah sedangkan permohonan pemilikan tanah mereka belum selesai sejak puluhan tahun? Saya pernah bertanya kepada Yang Amat Berhormat pada sidang yang lepas tentang beberapa masalah permohonan tanah rakyat untuk dimiliki. Yang pertama, RTB Changkat Batu. Yang Kedua, RTB Kampung Salak Baru. Yang ketiga, RTB Kampung Kelubong. Yang keempat, RPT Kampung Wawasan, yang Kelima, RPT Sungai Kerang Tambahan. Yang keenam, RPT Simpang Temerloh. Semua RPT ini masih berhadapan dengan proses birokrasi yang menyebabkan mereka belum mendapat pemilikan tanah sehingga pada hari ini. Ini tidak termasuk rakyat saya yang tinggal di rizab jalan, yang tinggal di rizab sungai, yang tinggal di rizab warta tanah kubur. Saya amat berharap supaya Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga pihak Pejabat Daerah Larut Matang & Selama, Majlis Perbandaran Taiping agar menyegerakan semua proses permohonan ini. Selain itu, saya memohon agar Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak menjadikan Dun Trrong sebagai salah satu lokasi pembangunan perumahan di bawah projek LPHP. Saya mohon pihak Lembaga untuk memilih Dun Trong sebagai salah satu lokasi rumah untuk projek rumah rakyat demi kemaslahatan rakyat Trong.
Yang kedua, dalam muka surat 29, surat kepada perkara 29, muka surat 19. Tuanku bertitah tentang pentingnya sektor ternakan membekalkan sumber protein dalam Negara. Saya ingin sebutkan di Dun Trong terdapat 14 ladang ayam, itik pedaging dan penelur. Memandangkan keluasan tanah di Trong ini sesuai untuk kegiatan membekalkan makanan kepada rakyat. Namun sekali lagi saya menegaskan bahawa industri ini mestilah menjaga kesejahteraan dan kesihatan rakyat dan juga mestilah menjaga kelestarian alam. Jangan hanya menghasilkan keuntungan yang banyak bila keluar, bila harvest, rakyat terpaksa hidup bersama lalat. Makan bersama lalat. Minum di kedai bersama lalat dan juga bau najis menyelinap masuk ke rumah kampung dan juga taman perumahan. Bahkan yang lebih berat lagi sisa najis dibuangkan masuk ke dalam sungai. Saya amat berharap Jabatan Alam Sekitar dan Veterinar dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap masalah ini.
Perkara dalam perkara 29 muka surat 20, Baginda bertitah, kawasan perairan sungai yang banyak menghasilkan 300,000 tan metrik ikan di Negeri Perak termasuklah di Trong. Dun Trong adalah sebahagian daripada pengeluar ikan di Negeri Perak. Terdapat sekurang-kurangnya 8 buah jeti perikanan yang menjadi laluan para nelayan masuk ke laut. Majoriti nelayan masih di bawah paras kemiskinan. Masih ada yang belum memiliki lesen vesel dan mereka perlu kepada lesen ini. Saya amat berharap supaya nelayan-nelayan, saya amat berharap supaya nelayan-nelayan ini diberikan bantuan yang sewajarnya oleh pihak LKIM dan juga Pejabat Perikanan dan di antara satu masalah besar iaitu saya mohon agar pihak Jabatan Perikanan untuk membuat pemutihan yang terancang agar nelayan yang tulen sahaja diberikan lesen. Masalahnya hari ini ada nelayan yang tidak tulen dapat bantuan, dijual enjin bot sangkut tetapi nelayan yang original tidak mendapat bantuan kerana dia tidak mendapat lesen yang telah dibekukan dan saya juga berharap supaya pihak kerajaan melalui LKIM dapat menyediakan jeti bot nelayan yang kukuh dan kondusif. Ini menjadikan nelayan tidak perlu lagi merempat di tanah rizab sungai yang tiada jaminan keselamatan dan tiada kebenaran sementara TOL oleh Pejabat Tanah dan Daerah. Saya harap berita gembira buat nelayan Trong daripada pihak LKIM.
Yang keempat, usaha titah Tuanku dalam perkara 22, halaman 14 menyebutkan usaha pembasmian kemiskinan bukan sekadar memberi fokus kepada pendapatan tetapi turut mengambil kira kualiti kehidupan kesejahteraan hidup. Antara faktor kesejahteraan hidup rakyat termasuk jaringan jalan raya yang baik. Rakyat Dun Trong memerlukan jalan raya yang selamat dan sekarang ada tiga masalah besar di Dun Trong. Yang pertama, jalan raya Persekutuan Taiping-Beruas FT 60, dari Seksyen 54 hingga 82. Jalan raya dari Batu 9 sehingga Batu Hampar seperti litar lumba yang mempunyai lima selekoh maut di mana kerap berlaku kemalangan. Saya mencadangkan agar pihak JKR merancang dalam jangka masa yang panjang agar selekoh-selekoh maut ini dihapuskan dan diluruskan semua jalan-jalan ini sebagaimana jalan raya di Manong daripada pekan Kuala Kangsar ke Manong lurus. Asalnya bengkang-bengkok. Ini permohonan rakyat Trong supaya jalan raya ini diluluskan dengan mengadakan pengambil alihan tanah dan memerlukan bajet yang besar. Yang kedua, ialah pelan jangka masa pendek. Saya amat berharap supaya sementara belum ada jalan yang lurus, lima selekoh jalan raya ini mestilah dipasang dengan lampu-lampu solar. Saya telah buat permohonan empat puluh lampu solar. Saya difahamkan lulus sebelas. Alhamdulillah, terima kasih. Saya berharap kelulusan ini diberikan kepada Dun Trong kerana lima selekoh maut ini dalam keadaan gelap gelita di waktu malam menyebabkan rakyat di bawah saya berhadapan dengan risiko kemalangan terutama bila haiwan rayau melintas.
Tuan Yang Berhormat Speaker dan saya juga ingin memohon agar jalan raya persekutuan di FT60, dari Seksyen 81 hingga 82 iaitu di Sungai Rotan ke Simpang Batu Hampar agar diturap semula dengan baik. Jalan raya ini sangat teruk sehingga kerap kali berlaku tayar bocor pecah akibat jalan berlubang yang banyak dan tidak cukup sekadar membuat tampalan yang bersifat sementara bagi menyelesaikan masalah ini.
Yang kelima, yang panas dari dulu iaitu selain penternakan lembu tenusu, penternakan lembu pedaging sangat penting. Lembu dan kerbau pedaging sangat penting untuk menjamin, untuk memastikan keterjaminan makanan di Negeri Perak. Namun penternakan lembu kerbau di Dun Trong ini mendatangkan masalah pula kepada rakyat kerana mereka merayau, haiwan yang merayau memusnahkan tanaman dan menyebabkan berlaku kemalangan. Punca masalah ini antaranya adalah para penternak tidak mempunyai kawasan penternakan yang sesuai dengan kapasiti jumlah haiwan yang semakin banyak. Saya ingin mencadangkan supaya agar pihak Kerajaan Negeri dapat mengatur satu pengurusan ladang ternak yang terancang bagi para penternak di Dun Trong. Kerajaan melalui Jabatan Veterinar perlu menyediakan tanah rizab padang ragut yang luas dan sesuai untuk penternakan lembu kerbau. Padang ragut ini ditanam dengan pokok napier, pokok jagung dan apa-apa pokok yang sesuai sebagai sumber makanan haiwan ini dan di samping itu, Kerajaan juga mewajibkan pendaftaran kepada semua pengusaha dan mewajibkan penandaan- penandaan pemilik bagi setiap haiwan rayau.
Saya sangat bimbang Tuan Speaker, hari ini, haiwan rayau ini berlaku kemalangan di Jalan Persekutuan daripada Trong sampailah ke Beruas. Haiwan rayau ini juga menyebabkan kemalangan daripada Trong, Kuala Trong sampailah pergi ke arah Jalan Pantai Remis. Saya bimbang selepas ini apabila Lebuh Raya WCE ia dibuka, lembu dan kerbau ini akan masuk ke lebuh raya dan sewaktu pembinaan WCE ini ada kenderaan WCE yang kemalangan dengan lembu-lembu rayau ini. Tolong ambil perhatian terhadap masalah yang berlaku ini. Mudah-mudahan cadangan saya dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dan saya berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Taiping dan juga Jabatan Veterinar yang banyak bekerjasama dengan kami dalam mengatasi masalah haiwan rayau ini dan akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di daerah Larut Matang dan Selama kerana memberikan kerjasama yang baik kepada kami di pusat khidmat. Alhamdulillah, terutamanya Pejabat Daerah dan Tanah, Majlis Perbandaran Taiping, JKM, Baitulmal, Polis Diraja Malaysia, JPAM, TNB, JKR, JPS dan apa yang saya tak sempat nak sebut pada petang ini. Terima kasih atas kerjasama yang baik demi untuk memberikan khidmat yang terbaik bukan hanya daripada pihak agensi kerajaan, bahkan khidmat kepada rakyat melalui wakil-wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, membantu mereka menjadi warganegara yang baik. Akhir sekali Trong menjunjung kasih atas Titah Tuanku dan menyokong penuh pandangan dan saranan Tuanku yang sangat cermat dan berhemat dalam Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Trong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk memulakan perbahasan. 20 minit. Dipersilakan.
Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan serta barisan pembangkang, Yang
Berusaha ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media dan seterusnya pemerhati-pemerhati dan penonton atas talian.
Dato' Yang di-Pertua Dewan Negeri, ekoran daripada pembentangan Belanjawan dalam Sidang Dewan yang lepas, saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan Perak dalam mencatatkan surplus RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023 dan kutipan hasil yang tertinggi dalam rekod RM1.21 billion. Ini jelas menunjukkan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang mampan. Hasil-hasil negeri yang diperoleh pula akan dibelanjakan demi kemanfaatan dan kesejahteraan rakyat Perak. Pada petang yang mulia ini, saya ingin membahaskan 2 perkara yang berharap akan dapat perhatian serius daripada semua pihak. Beberapa inisiatif yang bermatlamat untuk menggerakkan dan menyemarakkan ekonomi Perak telah dibentangkan dalam Sidang Dewan yang lepas. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam merangsangkan ekonomi kita terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan jurang pendapatan di kalangan masyarakat serta mengukuhkan industri negara. Sektor pembuatan pula merupakan tunjang ekonomi negara kita. Baik PKS mengurangkan ketagihan kita terhadap barang-barangan import mahu pun menggerakkan pengeksportan demi aliran masuk wang.
Pembangunan PKS tempatan harus dititik-beratkan. Sedangkan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan tanah agar matlamat pembangunan negeri dapat direalisasikan secara holistik. Saya telah memulakan tinjauan yang telah dirancang lama atau lebih dikenali sebagai SME 'Toe to Toe' Survey sejak bulan Disember yang lalu. Untuk makluman Dato' dan rakan-rakan, pasukan saya telah menemu bual 116 pengusaha tempatan yang terdiri daripada 55% Cina, 25% India dan 20% Melayu di sekitar kawasan N31. Melalui temu bual fizikal, masalah-masalah dan cabaran-cabaran utama pasca era Covid-19 mampu dikenal pasti. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih terhadap kerjasama pengusaha-pengusaha yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi pendapat, pendirian secara rasional seterusnya menyumbangkan kepada kesahihan statistik ini. Menunjukkan kepada statistik yang dikumpul, pekerja yang berumur 45 tahun ke atas telah melebihi 50%. Tatkala ramai pengusaha yang menghadapi masalah pengupahan pekerja tempatan budak. Khususnya golongan separuh mahir dan mahir tetapi masih terdapat ramai graduan yang masalah mendapat pekerjaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa produktiviti PKS berkait rapat dengan kecepatan, kecekapan pekerja dan dapatan awal survey ini mencerminkan satu risiko yang berpotensi mengganggu-gugat perancangan dan pelaksanaan ekonomi Negeri Perak. Usaha untuk mendepani isu ini bukan sahaja memerlukan tumpuan daripada semua pihak tetapi juga solusi yang berkesan. Secara amnya, dapatan survey juga mendapati kekurangan pendedahan kepada teknologi terkini yang boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti boleh diulaskan sebagai isu utama dalam kalangan PKS. Tenaga kerja yang tidak cekap untuk membantu PKS mengenal pasti bidang penambahbaikan agar menjadi lebih berdaya saing juga merupakan isu terkemuka. Tambahan pula, sebahagian besar daripada PKS masih bergantung kepada pengurusan data secara manual yang sering disoalkan tentang ketepatan dan kredibiliti.
Oleh hal yang demikian, pengusaha-pengusaha tidak dapat menggunakan data yang dikumpul secara efektif dengan menukarkannya kepada maklumat-maklumat yang berguna demi penambahbaikan bisnes mereka. Lebih-lebih lagi sebilangan daripada pengusaha PKS yang uzur bercadang untuk mengurangkan kewangan atau berat hati untuk terus mengembangkan perniagaan mereka atas pertimbangan tiada pewaris, persaingan sengit dari luar negara dan kekurangan daya saing. Gejala ini adalah tidak sihat serta tidak sejajar dengan sasaran negara. Kebanyakan mereka belum memahami polisi baru serta bantuan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri mahu pun Persekutuan. Mereka rasa tertekan atas ketidak pastian dan kekurangan informasi semasa cuba mendapat konsultasi daripada pihak-pihak atau pun agensi-agensi peringkat negeri. Banyak urusan dengan agensi-agensi negeri berkaitan PKS adalah secara atas talian.
Namun masih terdapat rungutan isu-isu yang dihadapi oleh PKS tidak dapat diselesaikan di sebabkan arahan yang tidak jelas yang dikongsikan di dalam talian. Manakala kaunter khidmat pelanggan agensi kurang fasih dalam memberi panduan. Dato' Yang di-Pertua Dewan Negeri, persoalan di sini adalah adakah mesej-mesej daripada kerajaan dapat dibantukan kepada khalayak sasaran. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membendungkan masalah penyampaian perkhidmatan dan maklumat secara atas talian ini dari berterusan? Adakah sebarang perancangan jangka pendek untuk membantu memudah cara permohonan lesen PKS di negeri ini? Jika nya adakah jangka ditetapkan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini? PKS adalah tulang belakang pembangunan ekonomi Perak. Atas kekhuatiran PKS akan menjadi industri sunset atas kemerosotan pasukan daya saing. Pertama sekali saya ingin melanjutkan saluran penyampaian maklumat kerajaan patut diperkasa. Kerajaan harus mengekalkan ketelusan dan keterbukaan maklumat dengan memaklumkan maklumat penting kepada orang ramai dalam masa yang tersingkat khususnya perubahan dasar dan penyertaan acara awam. Inisiatif ini adalah penting agar imej kerajaan Madani adalah persamaan dengan kreativiti dan kos apabila disebut oleh mana-mana pihak. Pada masa yang sama kerahsiaan dan keselamatan maklumat harus diutamakan apabila menghantar maklumat sensitif. Dalam era AI ini, kebocoran informasi dan penyalahgunaan maklumat semakin menjadi jadi kerana keselamatan siber kita masih kurang memuaskan. Kedua, kesedaran tentang teknologi kepada KPS dan ketersediaan latihan vokasional set kemahiran yang betul harus diperkasa sebagai solusi unggul dalam mengurangkan jurang sumber manusia yang ada pada industri masing-masing.
Dato' Yang di-Pertua Dewan Negeri, program Tahun Melawat Perak 2024 telah dilancarkan secara komprehensif. Dengan adanya projek-projek pelaburan baru yang diumumkan di sekitar Kinta kebelakangan ini termasuklah pengambilan Hotel Syuen oleh YTL Hospitaliti, IEIT. Pembangunan perbandaran bersepadu Sunway City yang dilengkapi dengan pusat perubatan dan pusat beli belah serta pembinaan hotel baru di bandar raya Ipoh. Syabas. Namun, isu bangunan-bangunan terbiar selalu dijadikan buah mulut orang ramai sehingga seringkali kita terdengar mengapakah kerajaan tidak menguruskan bangunan-bangunan tinggi terbiar ini. Kerisauan ini dibuat atas pertimbangan bangunan terbiar ini selalunya digunakan sebagai gudang menyimpan barang curi dan tempat perlindungan sementara. Setinggan dan gelandangan di kawasan sekitar boleh membawa kepada masalah selanjutnya yang mana jenayah dan tingkah laku anti-sosial akan berlaku kerana individu-individu ini kemungkinan besar terlibat dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penggunaan data atau kecurian. Aktiviti-aktiviti haram juga akan menarik jenayah kekerasan yang menyebabkan penduduk dan pemilik perniagaan berdekatan berisiko. Oleh hal yang demikian, kita tidak dapat menafikan bahawa bangunan terbiar ialah cerminan negatif dan merupakan penyebab sakit mata.
Untuk maklumat saudara-saudari, terdapatkan 2 buah rumah pangsa terbiar di kawasan N31. Rumah pangsa Taman Pertama dan Rumah Pangsa Taman Sri Pin. Persoalan di sini, apakah perancangan negeri dalam menangani masalah tanggungan bangunan terbiar ini? Adakah perancangan pengenalpastian pembangunan semula kawasan profil yang ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar, perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia masih diteruskan secara aktif di negeri ini. Sebaliknya, penduduk Kongres kesatuan Pekerja dalam perkhidmatan awam, penjawat awam sering mengalami masalah kekangan kewangan terutamanya veteran unit pertahanan awam yang tidak mempunyai gaji atau pencen yang mencukupi untuk memiliki rumah kediaman sendiri. Sememangnya kita berasa amat dukacita dengan nasib menimpa veteran-veteran di negara ini. Oleh yang demikian, N31 ingin mengetengahkan dua cadangan sebagai penyelesaian masalah bangunan terbiar dan prasyarat pemilikan rumah sendiri secara sekali gus. Pertama sekali, memandangkan senarai menunggu PPR bertambah dari masa ke semasa. Manakala pembinaan PPR memerlukan perancangan dan jangka masa yang agak panjang. Saya ingin mencadangkan agar agensi-agensi kerajaan memberi dan mengambil alih pentadbiran bangunan terbiar seperti di Rumah Pangsa Taman Pertama lalu menyewa kepada mereka yang memerlukan.
Kedua, berusaha sama dengan swasta untuk mentransformasikan bangunan-bangunan terbiar ini kepada inkubator golongan budak bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri. Ini juga adalah salah satu inisiatif pergerakan usahawan muda. Yang di-Pertua Dewan Negeri, dalam titah tuanku, peningkatan kitaran teknologi permintaan luaran yang lebih kukuh dan sektor pelancongan yang bertambah baik akan memberikan sokongan kepada eksport Malaysia. Oleh itu, SME to Tutor Survey ini masih diteruskan agar N31 boleh membantu menjayakan Perak Sejahtera 2030. Akhir kata, kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kesetiaan orang Cina dan India kepada negara adalah tidak mencukupi. Ini adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan kaum Cina dan India. Kedua-dua kaum India dan Cina dan India telah menyumbang kepada pembangunan sosial, ekonomi dan politik Malaysia. Retoriknya yang memecah belahkan mungkin membahayakan masyarakat kita yang berbilang kaum. Dia menghasut, prasangka dan kebencian tanpa mengambil kira akibatnya dan orang ramai sudah bosan dengan kata-kata yang kata-katanya yang penuh kebencian. Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum dan Perlembagaan Persekutuan juga menampakkan bahawa tiada undang-undang boleh mendiskriminasi warganegara Malaysia atas dasar agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina melainkan perlembagaan sendiri secara nyata memberi kuasa kepada mereka. N31 ingin menyeru beliau untuk menghenti menghasut sebaliknya kita memerlukan masyarakat yang bersatu padu, aman damai, berharmoni demi kemantapan dan kelestarian negara. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Jelapang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan, 20 minit dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dato' Yang di-Pertua, sahabat-Sahabat, YB-YB, Adun-Adun sekalian, ketua-ketua jabatan yang saya kasihi yang sentiasa memberi kerjasama yang cukup baik kepada saya dan rakan-rakan, rakan-rakan media seterusnya, rakyat Alor Pongsu yang mengikuti secara langsung perbahasan pada petang ini. Terima Kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk merafak sembah, menjunjung kasih atas titah Tuanku pada hari Jumaat yang lepas. Maaf, suara ganggu sikit. Saya jika merujuk kepada titah Tuanku, saya nak lebih menumpukan kepada para 2 dan juga para 11. Para 2 iaitu tentang pendapatan Tuanku juga menzahirkan pujian kepada kerajaan perpaduan yang dapat buat collection yang baik. Pendapatan yang baik. Saya juga nak solute yang itu. Maknanya tata kelola dah semakin baik. Macam Hulu Kinta sebut tadi mungkinlah tak ada rasuah, makin hampir hilang rasuah. Dia pula tak ada kat sini. Tapi saya nak bagitahu Hulu Kinta jugak walaupun dia tak ada di sini, jangan lupa senikata lagu Hoi Ya Hoi. Jangan lupa rentak lagu tu. Sebab lagu tu ditujukan kepada parti mana? Rasanya bukan untuk kami sebelah sini. Tapi saya tahu yang dia tuju kepada siapa semua orang tahu. Tapi yang terpilih yang ada kat Dewan ini the choosen one, 9 orang termasuk Pengkalan baharu, ini orang baik-baik ni. 26 lagi Jadi Pengkalan Baharu dan Ayer Kuning mesti stay punya. Saya tahu, ini orang baik dua orang. Ok, bila sebut tentang surplus tadi, saya suka nak imbas balik tentang perbahasan saya semasa belanjawan yang lepas.
Saya suka menyebut tentang pelaburan, pendapatan dan sebagainya. Pendapatan semua orang dah tahu, surplus. A plus. Tapi dari segi agihannya, saya tetap dengan pendirian saya bahawa agihan perlu lagi diperhalusi dan diperbetulkan. Saya suka balik ke kawasan Dun saya. Dun Alor Pongsu saya rasa tak banyak berubah lagi. Peluang pekerjaan yang baik kurang, pendapatan rendah, pelaburan luar hampir tak ada. Jadi pihak Kerajaan Perpaduan kena pastikan pengagihan ini berlaku dengan adil, dengan lebih baik. Itu cabaran yang belum selesai lagi. Kemudian tentang pentingnya, selain daripada collect pendapatan, macam mana kita nak besarkan lagi pelaburan dan pendapatan yang masuk ke Negeri Perak. Kerajaan Negeri kena mencari sumber atau pertumbuhan yang lebih mampan, mesti lebih inklusif. Inklusif maksudnya rakyat yang mendapat manfaat. Lebarkan peluang supaya rakyat dapat manfaat. Perak Sejahtera dulu saya dah sebut dah kena inline lagi. Walaupun peruntukan ada diganggu gugat sikit macam kawan-kawan saya sebut tu. Tapi dihati kami Perak Sejahtera nombor satu. Kami sentiasa bersama dengan Kerajaan Negeri. Kami nak sejahterakan rakyat Negeri Perak.
Jadi bila kita sebut tentang nak sejahtera dan bila kita sebut tentang Titah Tuanku yang kedua, yang saya nak sentuh iaitu para 11. Iaitu menukar wajah Jelapang Padi Kerian kepada Kerian Hi-Tech, Perak iaitu perindustrian tinggi. Memanglah ada orang sedih sikit sebab kita juga menjaga sekuriti makanan. Tapi mungkin inilah masanya untuk berlaku perubahan. Untuk perubahan supaya orang di Kerian, di utara yang selama ini saya ingat sangat dah setahun saya bercakap, saya dah bersuara setahun. Saya anggap saya datang dengan kosong. Tapi hari ini dah boleh jadi impian dan impian yang telah disebut sebut oleh pemimpin-pemimpin. Saya rasa impian ini bukan sahaja orang Alor Pongsu, orang Kerian boleh bermimpi. Kita mesti jadikan kenyataan dan saya tahu pihak Kerajaan Negeri pun sama. Saya dah sembang dengan Exco Pelaburan, Jalong. Dia bersetuju dengan saya. Apa sahaja yang baik untuk Negeri Perak kita tetap bersama. Kerajaan Persekutuan telah lancarkan empat pelan. Pelan
Ekonomi Madani, Pelan Perindustrian Baru (NINP) 2030. Kemudian kajian separuh penggal RMK-12 dan juga NTER yang melibatkan Tenaga Nasional. Persoalannya, pelan apa yang Kerajaan Perak buat sekarang? Terutamanya tumpuan kepada KTHP ini, Kerian Technology High Park ini. Saya juga nak tahu. Walaupun di sebalik hujan emas kami di Alor Pongsu sekarang ini, kami rasa macam hujan emas naik turun walaupun guruh baru berbunyi.
Tapi saya yakin. Kalau YB, PMX dah sebut dalam Belajawan 2024, YAB Menteri Besar dah sebut, Exco dah sebut dan kemuncaknya Duli Yang Maha Mulia Tuanku dah sebut hari Jumaat lepas, saya dah bagi 60% la kot. Saya rasa jadilah dan saya nak bagitahu rakyat Alor Pongsu yang ikut ini, kita kena bersedia dan Kerajaan Negeri juga kena bersedia. Kita nak tau pelan dia. Yang mana sebagai wakil rakyat Dun Alor Pongsu yang bawa suara dia daripada kosong dan yang boleh bermimpi sekarang saya bertekad sebagai wakil rakyat kawasan, saya akan bersungguh-sungguh menyokong Kerajaan Negeri dalam usaha menjadikan Kerian Technology High Park ini. Seperti yang saya sebut berkali-kali dalam setahun. Kawasan Kerian dan khususnya Dun saya infra asas dah ada semua. Apa yang tak ada lagi. Jalanraya, highway, landasan kereta api, pelabuhan dekat, exit tol dah ada dan kalau perlu saya nak sebut, mungkin ramai yang tak dengar dulu kita pelan di tapak tu UMAT, Utara Malaysia Airport Terminal. Mungkin selepas ini saya nak sebut pulak yang tu, ada kawasan perindustrian mesti ada pulak lapangan terbang dan bagi kawan-kawan yang berhampiran jangan risau, tempias akan berlaku. Kita akan wujudkan secular ring road iaitu Bukit Merah, Alor Pongsu, Taiping, Bukit Gantang dan sebagainya dan begitu juga daripada Alor Pongsu, Bandar Baru masuk ke Kedah dan sebagainya. Semua tempias ini akan berlaku. Payah sangat tekan minyak sikit 20 minit sampai Cherok Tok Kun. Laungan Cherok Tok Kun kan, orang muda tahu Cherok Tok Kun apa dia. Astaka, Tronoh, Cherok Tok Kun tu apa dia? Kampung PMX, 20 minit tau daripada Alor Pongsu. Jadi penting. Jadi daripada apa yang saya sebut tadi, ramuan-ramuan semua dah ada dah. Bila ramuan semua ada, kita mesti jadikan ia resepi yang baik.
Resepi yang baik ini, kita kena relay dengan chef yang baik. Chef yang tinggi tu. Jadi saya rasa YAB Menteri Besar tak ada, YAB Menteri Besar patut jadi chef untuk pembentukan kawasan industri ini. Walaupun YAB Menteri Besar kita badan dia tak berapa besar. Kita tinggikan topi dia. Tinggikan topi supaya dia dapat jadi chef yang baik untuk adunkan ramuan-ramuan ini. You all jangan senyum tau. Short people concur the world. Napoleon Bonaparte badan kecik, Hitler, badan kecik, YAB Menteri Besar juga badan kecik. Macam tik tok yang ada sekaranglah. Saya orang Kedah. Saya tak sebut air, saya sebut ayaq. Teman orang Perak, nak sebut kat MB, teman orang Perak akai panjang. Jadi sebagai chef yang mendahului kita, saya rasa saya yakin Menteri Besar, YAB Menteri Besar dapat bawa ini. Seiring dengan pelan-pelan yang telah diperkenalkan di peringkat persekutuan, kita hanya perlu berfokuskan kepada pelan utama yang saya sebut empat tadi. Bukan sahaja pemilihan kawasan industri yang mampan, kita mesti juga memilih industri yang tepat ikut semasa dan juga kalis masa depan. Waterproof, timeproof. Tersalah pilih industri, selang 10 tahun esok naik lalang macam MAPs, tepi Tol Jelapang. Masa tu pilih tapi tak fikir kalis masa depan.
Jadi sekarang ni apa yang disebut teras utama pelan ini menjadi satu checklist untuk pelaburan bakal berlabuh di Kerian nanti. Jadi pelan ini perlu dihalusi betul-betul. Kena pelan betul-betul dengan Perak Sejahtera. Kita kena wujudkan industri dan city atau kepadatan yang complimentary kepada abang kita, Bayan Lepas dan juga Kulim Hi-Tech. Kita bukan nak bunuh depa. Kita bukan nak tutup depa tapi kita nak jadi complimentary tempias tu tempias tu datang kita gabungankan depa last -last Kerian lagi besar. Saya dah sebut 15 tahun sudah, bila EPU umumkan The Golden Triangle of the North. Masa tu cita-cita kami nak jadikan Dun Alor Pongsu, Cyberjaya of the North Golden Triangle. Jadi kita kena pilih industri yang betul. Menteri MITI Tengku Zafrul berkali-kali sebut tentang renewable energy iaitu green energy dan saya rasa saya dah sebut tahun yang lepas betapa sesuainya dengan pancaran cahaya matahari dan sebagainya. Mungkin tepat bagi yang plan yang keempat iaitu Tenaga Nasional (NETR) dan juga trend ekonomi semasa. Sebab pelabur-pelabur daripada luar sekarang cukup minat dengan mesra alam lestari dan sebagainya dan suka saya nak katakan saya dah dapat berhubung dengan satu JV Company daripada China yang JV dengan Amerika Syarikat antara pengeluar teknologi terbesar di dunia. Kita dah dapat connect yang saya tak boleh bayangkan apa akan jadi kepada Alor Pongsu. Kemudian juga suka saya cadangkanlah iaitu minimum birokrasi dan scronding pelaburan. Kita kena start revised balik polisi kita. Kita kena jadikan pembentukan kawasan industri ini mudah pelaburan. Kita jangan susahkan mana-mana pihak. Kita kena check daripada sekarang kuasa Kerajaan Negeri, kuasa PBT untuk memudahkan segala-gala kerja, pengambilan tanah, lesen dan sebagainya. Review prosesnya lebih awal, jangan tunggu…
Alor Pongsu mintak laluan kita sama-sama kawasan Kerian minta sikit ja ya minta pandangan. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua dan saya juga berasa impresiflah cukup tertarik dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Alor Pongsu ataupun menjadikan Kerian kawasan yang satu lagi kawasan perindustrian. Cuma nak mendapat sedikit ni pandangan Alor Pongsu. Kita tahu bahawa Kerian ini adalah satu kawasan jelapang padi dan ada satu dasar di situ bahawa tanah jelapang padi itu tak boleh diubah. Statusnya mesti dibuat sebagai jelapang padi sebagai menjaga industri makanan-makanan negara. Tapi apabila kerajaan campuran dengan DLP ini tiba-tiba memilih Kerian untuk menjadi satu kawasan industri, saya jadi konfius. Nanti-nanti…
Terima kasih .............
Nanti nanti sekejap saya nak tanya.
Tapi lama sangat 5 minit lagi…
Tak apa dia, kita bagi tambah bagi tambah. Saya jadi konfius fokus kerajaan sekarang ini. Kerian Utara ni kita nak jadikan kawasan pertanian ataupun kawasan perindustrian. Saya bimbang kalau bajet yang ada tiba-tiba bajet ada untuk kawasan perindustrian sedangkan pembangunan pertanian itu tertinggal. Jadi mungkin kita nak dapat pandangan kita takut jadi jack of trick masa of none, saya nak pandangan.
itu sebab masa. Ok saya faham saya faham. Saya pun risau tapi saya tak risau bila saya kata chef yang topi tinggi tu. Wat pi lah tau nak buat apa dia tau nak buat apa. Jangan risau kerana dia tahu nak buat apa. Mungkin antara industri-industri yang ada dalam kawasan tu jugak ke arah pertanian moden. Kita gunakan kelebihan-kelebihan yang ada tu. Sebab saya difahamkan pengambilan tanah yang berlaku yang pertama tak libatkan kawasan pertanian. Yang jelapang padi ni tak terlibat. Tapi saya lebih tertarik kepada teknik teknologi yang akan dibawa masuk. Yang kita boleh tab untuk pertanian. Kali ni tak yah pi jauh dah ada depan mata. Mungkin petani dan petani dapat buat dua kerja. Bila ada masalah pertanian yang sebagainya, tiada jaminan pekerjaan dan sebagainya. Terima kasih.
Kemudian yang ketiga yang paling penting sekali yang selalu dilupakan oleh Kerajaan Negeri dan juga pentadbir mentadbir iaitu tentang menubuhkan majlis inklusif untuk memastikan manafaat sebarang bentuk pembangunan dapat dirasai oleh rakyat. Selalu bila federal buat, state sambut bila pergi ke daerah, orang daerah ni telan ayer liyorlah. Tak dapat menikmati. Jadi saya sarankan kepada Kerajaan Negeri kita tubuhkan awal majlis inklusif ni. Sebab majlis inklusif ni sebenarnya adalah pengukur kerajaan. Buatlah kilang macam tuanku titah itu lagi buat rumah setinggi langit dan sebagainya. Kalau tak ada manfaat, saya pun tak mau. Kalau takat Alor Pongsu pi tepuk tangan saja. Masa hang pa potong reben dan sebagainya tak boleh buat. Sebab majlis inklusif penting. Mungkin chef kita akan set benda ini panggil pakar-pakar ini semua ketua-ketua jabatan semua hebatnya semua ada pandangan dan idea masing-masing. Panggil lagi apa pihak-pihak yang pemegang taruh semua masuk. Untuk makluman Dewan dalam seminggu dua lagi saya akan buat majlis insklusif di Dun Alor Pongsu. Saya dah panggil cerdik-cerdik pandai anak-anak Alor Pongsu punya ramai. Ada Timbalan Naib Canselor, ada yang Jurutera Kanan di JKR ada di semua tempat ada. Saya akan gerakkan benda tu. Supaya bila majlis inklusif negeri bercakap majlis insklusif di Dun. Saya juga akan kita tebukan, cari yang terbaik. Solusi yang terbaik. Kita kena gunakan kepakaran anak-anak tempatan. Ada ramai rupanya baru saya tahu ramai jadi untuk itu, saya cadang jugak satu lagi pengkalan data sosial ekonomi daerah Kerian. Mungkin Tuan DO ada sini, YDP Majlis ada sini, kita kena tahu tingkat mana sosial ekonomi penduduk daerah Kerian yang bakal menerima pembangunan ini.
Kita kena buat checklist dia tu. Apa qualification orang Kerian. Apa pekerjaan? Apa taraf hidup dia? kemudian daripada situ kita dapat satu titik aras untuk kita menentukan detail keperluan industri apa yang kita nak bawak. Biarlah padu, cara padulah. Kalau padu boleh buat peringkat nasional. Kali ni kita buktikan di peringkat daerah juga kita boleh buat. Kita bangunkan keupayaan penduduk tu. Di Bagan Serai la ni bila sebut tentang TVET, saya risau juga. Tapi tak apalah saya nak sebut ada dah walaupun cara kecik. Giat Mara ada, Kolej Komuniti ada dan baru-baru ni mai satu kolej swasta di Sungai Bogak. Kawasan dekat-dekat yang kita nak ambik tanah, Kolej Segartronik walaupun swasta, tapi cara diorang fikir ya menggunakan peruntukan-peruntukan daripada MITRA. Tapi sayang sekali, sorry maaf untuk masyarakat India. Saya dah fight all out MISTRA is fund for masyarakat India. Nak dapat 20 orang setengah mati. Bayangkan kalau tumbuhnya kawasan industri di Kerian. Berapa ribu orang yang akan datang. Berapa buah kereta yang perlu diperbaiki. Siapa dia mekanik-mekanik tu, ini yang penting TVET dan sebagainya. Jadi saya rasa cukup saya cakap tentang itu. Akhir sekali, saya tak mahu masyarakat Alor Pongsu jadi penonton.
Dato' Speaker, saya nak tambah sikitlah tentang dalaman bola apabila isu utama rakyat Alor Pongsu yang ada di yang tengok Youtube, isu utama di Alor Pongsu sekarang adalah jalan raya. Saya nak isytiharkan hari ini. Jalan Raya Alor Pongsu adalah jalan maut. Kenapa saya kata Jalan maut? Chinese New Year baru ni, seorang ibu bawak anak naik motor. Kereta tak boleh kawal sebab jalan jongkang jongkit, langgar motor tu anak terjatuh bawah motor mati lemas dalam parit. Jalan maut nama ni. Saya terima kasihlah, ada dak Dato' Pengarah JKR saya solute you. Terima kasih banyak. Terima kasih juga YB Exco yang jaga jalan. Saya call Dato' Pengarah pukul 1.00 pagi. Nak menangis saya. Pukul 8.00 pagi mesin semua sampai dah. Alhamdulillah, Pengkalan Baharu ni saksi hidup saya ni, baru je dia lintas kat jalan maut tu. Betulkan Pengkalan Baharu kan. Goncang sana goncang sini. Cukup merbahaya. Tolonglah. Kalau jalan daripada Gerik pi Jeli ka. Bawak TPM turun semua turun yang mati pun saya ingat gajah je banyak mati kat situ. Saya pada Exco pada YB bawa lah suara ni ke atas. Sebab ini jalan federal, saya paham bukan jalan negeri.
Bawa lah TPM turun. Saya pun nak bisik kat TPM jugak kebetulan TPM tu kawan sekolah saya. Dia boleh turun di apa, di Jeli di Gerik Jeli, turun di Alor Pongsu dan untuk rakyat Alor Pongsu hari ini juga saya nak umumkan jemputan saya secara rasmi kepada YAB Menteri Besar, YB Exco Jalan, saya jemput mai kita rasa sama-sama jalan macam mana. Entahlah. Saya tahu baru ni Tuan Dato'-Dato', YB semua datang untuk apa, temu pelanggan dan sebagainya. Saya faham. Tapi alangkah baiknya kalau saya bawak kereta MB duduk sebelah, Exco duduk belakang bersama sama rasa macam mana. Jadi saya rasa jalan bukan setakat itu yang jalan kampung. Saya dah tulis surat berpucuk-pucuk kepada PLB. Mungkin Pegawai Daerah tahu cerita ni. Mesyuarat Tindakan Daerah pun saya sebut. Jalan memang teruk dah sekarang ni. Saya faham, bajet memang keadaan kewangan sekarang macam ketua pembangkang sebut tadi nak tumpu yang mana, tapi itu kebijaksanaan pemimpin. Saya faham kalau boleh dapat pendapatan yang tinggi, banyak benda boleh, buat lampu jalan sama jugaklah ya banyak tak terang lagi. Tapi saya dah jenuh cakap bab tu lah.
Hari ini saya memang berazam nak bercakap tentang Kerian Technology Hi-Park. Ini impian saya dah 20 tahun. Alor Pongsu sudah gelap 60 tahun. Saya pernah duduk Shah Alam. Ya Allah Ya Tuhanku, kalau Alor Pongsu jadi Shah Alam, saya tak boleh bayangkan. Tuanku sebut fasa pertama dah berlaku pengambilan tanah lebih kurang 400 hektar. Saya rasa fasa pertama saya sempat tengok kot. Tapi inilah perjuangan kita untuk anak cucu kita. Walaupun benda ini akan berlaku lama lagi dan sebagainya. Tapi kalau tak bermula, tak ada pengakhiran. Jadi, saya ucap terima kasih kepada Dato' di-Pertua, kerana bagi peluang kepada saya hari ini dan juga kepada barisan kepimpinan negeri. Kami pembangkang, kami ni pembangkang yang baik. Kami dah datang nak check and balance. Tak ada terniat langsung. Taktau lah kot, pihak sana nampak ada yang berniat. Atas saya, saya tak ada niat langsung. Selagi you all lakukan benda yang terbaik, saya akan sokong 110 peratus. Walaupun puji saya ditarik dan sebagainya. Tak apa, yang penting sasaran sampai. Sebab tanggungjawab kita berat, dunia ni sementara saja. Jadi wakil rakyat lagi sementara. Saya pun tak tau boleh cross umur ke tidak boleh cross ke PRU-16 ke tidak.
Pendek sangat nikmat kita ini, yang kita nak jawab di akhirat nanti. Bila kita nak jawab di akhirat nanti, yang penting apa saja bantuan daripada pihak kerajaan, lalu tak lalu saya tak apa. Yang penting sasaran sampai. Bagi saya. Sebab persoalan saya kena jawab dengan pengundi saya. Saya buat kerja ke tak buat kerja. Walaupun dalam Facebook harini depa kata, Adun Alor Pongsu tidoq. Alor Pongsu semua biaq pi lah. Yang tu biasa, standard lah. Yang lama-lama lagi, lagi tahu cerita. Saya telinga kadang tak berapa nak tahan. Tu saya telefon Pengarah JKR pukul 1 pagi. Tak boleh tidoq, Dato'. Ok. Jadi, bila benda ni banyak ditarik balik semua ada hikmah dia. Saya faham macam tu je. Dalam jadi pembangkang pun jalan Dato’ Seri Exco, dekat RM8 juta sampai tu. Saya kena bersyukur kepada kehadrat Allah Taala. Rakyat Alor Pongsu yang dengaq ni kena bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wakil rakyat hangpa ni pembangkang. Tapi Allah kurniakan RM8 juta. Dato' Pengarah bisik kat saya 2024 ni Dato' Seri Exco, RM5 juta lagi settle. Nanti kita bisik kat tepi dia. Pelan-pelan la kita cari. Jadi, macam tulah keadaannya. Macam tulah keadaan yang kita nak bawak. Kalau saya kehilangan hak atas peruntukan, peruntukan saya diambil oleh siapa sahaja. Kalau peruntukan diluluskan oleh Pejabat MB, MB kena jawab berjuta manusia dalam Perak ni. Untuk Dun Alor Pongsu, saya serah kat MB.
Di dunia pun MB jawab, di akhirat pun MB jawab. Ringan sikit galas saya, kan. Kalau itu hak. Tapi saya tahu, pihak negeri ni, siapa nak tengok rakyat menderita. Cuma cara pelaksanaan. Mungkin bila kami jadi kerajaan, kami cara kami pulak. Mungkin pada awal kami tak bagi kuota. Mungkin pada awal lagi kami tak bagi peruntukan. Ini politik. Yalah, mungkin ada yang kata salah guna kuasa politik, tapi that's the game. The art of the game. Jadi saya pohon maaf kepada semua, sebab harini cakap saya agak ni. Cakap dah jadi rojak, saya faham. Sebab saya tak mau perindustrian, Kerian Technology Hi-Park ni jadi rojak. Tak boleh. Takmau, minta maaflah. Kita kena fokus betul-betul kali ini. Bagi jadi betul-betul, bagi terang betul-betul. Bagi rakyat Alor Pongsu tak payah berhijrah ke lain, rakyat Kerian tak yah berhijrah ke lain. YDP DO, DO pun bunyi macam nak tukaq ke lain dah saya dengaq cerita. Dapat, dapat rasa suku dia pun jadi lah Tuan DO sayang. Harap-harap tak jadi tukaq lah, marah pulak dia. Jadi saya ucap terima kasih kepada semua. Saya mintak doa pada semua. Doa pada yang Adun-Adun ada dalam Dewan ni. Doa daripada Dato' Speaker. Doa daripada barisan pembangkang, Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan. Tolong doakanlah Kerian, Kerian Technology Hi-Park ini menjadi kenyataan. Kenyataan. Sekian, saya menyokong titah Tuanku. Terima kasih, Dato'.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Alor Pongsu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk memulakan perbahasan 20 minit daripada sekarang.
Salam Sejahtera. Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Tahun Melawat Perak 2024. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Happy Anniversary to you and Yang Berbahagia, Datin. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, Anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, petugas-petugas media, malah pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut serta mengambil bahagian di dalam perbahasan, menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan.
Saya juga ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di atas titah yang mendasari denyut nadi sekalian rakyat Negeri Perak. Tuanku Sultan sebagai payung, rakyat sentiasa mengambil berat serta memikirkan kepentingan dan kebajikan rakyat Perak agar sentiasa dipelihara. Yang Amat Berhormat Dato' Yang di-Pertua, ekonomi adalah merupakan tunjang utama kepada setiap kehidupan rakyat. Tanpa ekonomi yang kukuh, kehidupan rakyat akan melarat. Justeru itu, menjunjung titah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, berkaitan dengan kutipan hasil Negeri Perak yang telah meningkat selama 2 tahun berturut-turut. Bagi tahun kewangan 2022, Kerajaan Negeri Perak berjaya menutup akaun dengan surplus RM29.6 juta dan surplus RM62.4 juta untuk tahun kewangan 2023. Hasil kutipan tertinggi adalah sebanyak RM1.21 bilion pada tahun 2023, merekodkan kutipan tertinggi yang pernah dikutip oleh Negeri Perak. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya merancang pendapatan Negeri Perak yang amat membanggakan.
Walaupun keadaan ekonomi, dunia dan negara ketika ini amat tidak menentu tetapi berkat kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030, telah membawa hasil yang amat membanggakan. Situasi ini menunjukkan betapa kerajaan ini telah berjaya membawa ekonomi Negeri Perak ke tahap yang amat membanggakan serta berjaya mewujudkan peluang ekonomi dan peluang pekerjaan untuk rakyat Negeri Perak khasnya. Saya juga ingin berharap bahawa Pelan Pembangunan Perak 2030, yang telah dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat diteruskan dan saya amat mengalu-alukan cadangan dalam Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang mencadangkan agar Asean Agrotech Distribution Centre diteruskan bagi kategori pembangunan wilayah selatan di daerah Batang, Dewan Undangan Negeri Chenderiang yang mempunyai kawasan yang luas bagi tujuan pertanian dan ia boleh membantu sebagai feeder dengan izin kepada hab pertanian ini. Justeru itu, masalah bekalan makanan dapat dipertingkatkan dengan adanya program ini. Oleh hal yang demikian, program-program berasaskan pertanian haruslah dilaksanakan bagi memberikan galakan kepada rakyat untuk bercucuk tanam dan memperkasakan pertanian sama ada di bandar lebih-lebih di kawasan luar bandar yang mempunyai kawasan pertanian yang masih belum diteroka dan dimajukan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, meneliti dan menjunjung Titah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkaitan pendidikan. Pendidikan berperanan penting dalam usaha mengubah landskap kemiskinan mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan dan menaik taraf hidup rakyat. Oleh hal yang demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini agar pendidikan di Negeri Perak sewajarnya menjadi agenda utama dalam pembangunan modal insan. Tahniah dan syabas kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar khususnya dalam Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang menjadikan pendidikan dalam usaha membawa keluar masyarakat agar dapat mengubah kehidupan masyarakat sebagai Tuisyen Cikgu Saarani. Hab pendidikan di Perak Tengah dan banyaknya membina institusi TVET dan industri institusi kemahiran membolehkan rakyat di Negeri Perak khususnya terdedah dengan kemahiran dan mempunyai kepakaran yang amat diperlukan oleh pihak industri. Sehubungan dengan itu, sewajarnya Kerajaan Negeri Perak akan terus memperuntukkan perbelanjaan yang besar dalam bidang pendidikan khususnya bidang kemahiran agar masalah kekurangan tenaga mahir dalam industri dapat diatasi sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, masyarakat pembangunan modal insan berazam dan berusaha untuk melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama yang akan menjadi sebuah tamadun yang cemerlang dalam erti kata lain, modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat dan khususnya Negeri Perak ini. Oleh hal demikian, pembangunan pendidikan secara holistik perlu ditekankan melangkaui pemerolehan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek, termasuknya keupayaan keusahawan dan pengetahuan sains dan teknologi perlu dimantapkan dalam pendidikan di negeri ini agar lahir insan yang memiliki sikap nilai etika positif dan progresif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Tenaga muda yang berpotensi ini akan pasti menjadi tulang belakang dalam memajukan Perak ini. Syabas dan tahniah Perak Sejahtera 2030 perlu terus diberi kepercayaan dan usaha membawa dan menjadi Perak negeri maju.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pembangunan yang baik dapat membantu menjana keharmonian rakyat khususnya rakyat di Chenderiang. Dalam konteks ini, pembangunan merujuk kepada proses pengembangan infrastruktur, fasiliti serta pengembangan sosio ekonomi yang mempengaruhi kualiti hidup masyarakat. Keharmonian rakyat dapat diukur dari kelancaran hubungan antara masyarakat, kesejahteraan sosial yang semakin tinggi dan peningkatan kualiti hidup. Bagi menjana keharmonian rakyat Chenderiang. Beberapa langkah perlu dilakukan antaranya pengembangan sosio ekonomi dengan memperkuatkan ekonomi local, meningkatkan kemampuan ekonomi, masyarakat dan membangun program pengembangan sumber daya manusia akan membantu membaiki kesejahteraan sosial dan meningkatkan hubungan dalam masyarakat Chenderiang. Perlunya pengaturan dan pengawasan yang ketat dari pemerintah akan memastikan bahawa pengembangan dilakukan dengan telus, keadilan dan memperhatikan secara keseluruhannya. Dengan melakukan hal ini, pembangunan dapat membantu menjana keharmonian rakyat Chenderiang dan memperbaiki kualiti hidup mereka.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa beberapa isu di kawasan saya. Isu ini telah berlanjutan sekian lama namun jalan penyelesaian masih tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Pertamanya disebabkan faktor muka bumi yang dan kawasan penempatan kawasan penempatan masyarakat orang asli di jauh di pedalaman, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek menaik menambah baik jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa di kawasan penempatan masyarakat orang asli di kawasan Dun Chenderiang. Terutamanya jalan laluan ke Kampung Pos Musuh yang sering berlaku tanah runtuh. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kawasan Kampung Pos Musuh adalah satu tempat pelancongan yang telah tengah dibangun oleh masyarakat orang asli di sana dan laluan Pos Musuh ini adalah laluan perhubungan antara untuk penduduk mendapatkan rawatan kesihatan di luar kawasan dan juga memudahkan kepada petugas-petugas kesihatan membuat pemeriksaan kesihatan di kawasan pedalaman. Jadi selain memudahkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di sana, ia juga dapat menggunakan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar di sekolah SK Pos Musuh dan membantu masyarakat orang asli mengeluarkan hasil Musuh dengan mudah dan cepat serta dapat menjualnya secara terus kepada pembeli. Walaupun masyarakat orang asli tinggal di kawasan pedalaman, namun mereka juga tidak ketinggalan dalam arus kemodenan.
Saya berharap Kerajaan Negeri tidak meminggirkan masyarakat orang asli terutama di kawasan Dun Chenderiang bagi kemudahan infrastruktur yang sempurna, akses jalan masuk ke kampung yang baik, akses liputan talian telefon dan perkhidmatan jalur lebar dapat disediakan di penempatan masyarakat orang asli. Saya dimaklumkan pada tahun ni JAKOA Daerah Batang Padang hanya dapat kuota baik pulih rumah sebanyak 20 unit sahaja. Jadi saya berharap kepada pihak kerajaan supaya boleh menambah peruntukan untuk program baik pulih rumah kepada masyarakat orang asli kerana mereka amat memerlukan. Sekarang di kampung kalau pihak kerajaan tahu satu rumah dikongsi dengan beberapa kelamin jadi saya rasa untuk program bina baru rumah atau pun program baik pulih rumah kepada masyarakat amat amat memerlukan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, banjir kilat sering melanda bandar Tapah, Kampung Baru Chenderiang, Kampung Baru Pahang, Kampung Sami dan taman-taman perumahan yang dikenal pasti punca dari sistem pengaliran dan sungai. Ini telah menyebabkan kerugian kepada masyarakat setempat dan menjejaskan urusan harian mereka. Oleh itu saya memohon kepada Kerajaan Negeri supaya projek-projek kecil tebatan banjir dapat dilaksanakan khususnya di Kampung Baru Chenderiang dan menaik taraf sistem saliran perparitan di sungai di sekitar yang sering dilanda banjir kilat.
Selain itu, saya juga ingin membangkitkan isu kacau ganggu haiwan ternakan terutamanya di kampung-kampung baru khususnya di Chenderiang, Kampung Sungai Lah, Kampung Lubok Mas. Isu ini telah mengganggu gugat hidupan masyarakat sehingga menyebabkan berlaku kemalangan. Isu ini telah berlanjutan sekian lama namun jalan penyelesaian masih tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Sehubungan itu, Chenderiang berpendapat supaya satu perundangan yang komprehensif dapat digubal dan dikuatkuasa agar masalah ini dapat diselesaikan agar ianya dapat memberi kelegaan kepada masyarakat Negeri Perak khasnya.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya amat berharap agar kita Ahli-ahli Yang Berhormat akan terus menyokong dan berprinsipkan kepada mahu untuk memajukan negeri dan mensejahterakan rakyat serta memainkan peranan yang lebih terbuka. Bagi bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan kita mempunyai tanggungjawab yang besar serta Ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang harus memainkan peranan sebagai pihak semak dan imbang dan juga menegur kepada kerajaan serta turut sama menyumbang idea kerana kita telah pun diberi mandat oleh rakyat untuk membina negeri yang lebih cemerlang pada masa yang akan datang. Kita ibarat aur dengan tebing. Perlu dan amat memerlukan di antara satu sama lain. Kesimpulannya, kita harus kembali menjunjung titah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang meminta agar kita semua bertanggungjawab untuk memelihara kemuliaan Dewan ini dan menjadikannya Dewan yang paling penting lagi dihormati serta menjadi institusi yang menghasilkan idea-idea bagi pembangunan dan kesejahteraan rakyat Negeri Perak yang tercinta. Akhir sekali, saya dan seluruh warga Dun Chenderiang menjunjung kasih di atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sekian. Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, Chenderiang mohon menyokong.
Terima Kasih Yang Berhormat daripada Chenderiang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada Kawasan Kampong Gajah untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain. (bacaan ayat al-quran) Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, tuan-tuan, puan-puan yang dirahmati sekalian. Dato' Yang di-Pertua terima kasih kerana memberi peluang kepada Kampong Gajah mengambil bahagian membahas titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah sempena Istiadat Perasmian Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Kelima Belas yang telah berlangsung pada hari Jumaat yang lalu.
Dato' Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan saya ingin mengambil kesempatan pada petang ini mengucapkan takziah kepada mangsa ribut di Sungai Galah, Kampong Gajah yang melanda pada hari Ahad lalu. Beberapa rumah rosak, bumbung terbang dan sebagainya. Jadi saya amat-amat berharap kerajaan dapat menyalurkan bantuan dengan segera mungkin agar mereka dapat memulih kerosakan atau memperbaiki kerosakan yang dialami, lebih-lebih lagi dalam menyambut kehadiran bulan Ramadan yang tidak lama lagi. Memetik titah Tuanku pada perenggan yang ke 22 berkenaan usaha membasmi kemiskinan. Saya mulakan dengan firman Allah Subhanahuwata'ala (bacaan ayat al-quran) apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya iaitu Muhammad dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang. Maka adalah ia tertentu bagi Allah dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat dan anak-anak yatim dan dan orang-orang miskin serta orang-orang musafir. Ketetapan yang demikian supaya harta itu tidak hanya beredar diantara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dalam ayat ini menggambarkan bahawa limpahan hasil bumi sesebuah negara atau negeri mestilah diagihkan secara adil kepada mereka yang berhak dan memerlukan supaya ia tidak berpusing dan berputar di kalangan orang-orang kaya menyebabkan orang kaya terus kaya yang miskin terus dihimpit dengan kemiskinan.
Dato' Yang di-Pertua, dalam usaha menoktahkan ketua isi rumah, KIR berstatus miskin tegar di Perak. Kejayaan menurun jumlah KIR miskin tegar dari 9402 kepada 3911 amatlah signifikan dengan angka peratusan yang memberangsangkan iaitu 58 %. Kita sedia maklum, kemiskinan di negeri kita mempunyai tiga jenis iaitu kemiskinan tegar, kemiskinan mutlak, kemiskinan relatif. Definisi kemiskinan tegar adalah merujuk kepada nilai pendapatan garis kemiskinan makanan pada dua 2022 iaitu pendapatan yang kurang dari RM1198 bagi nasional manakala di Perak, nilai yang lebih rendah iaitu pendapatan kurang dari RM1084. Nilai PJK ini adalah dari Laporan Survey Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Manakala miskin mutlak ia merujuk kepada isi rumah yang memperolehi PJK kurang dari RM2589. Di peringkat nasional dan di peringkat negeri Perak RM2297, sementara miskin relatif itu pengukuran ialah berpendapatan kurang dari RM3169. Dato' Yang di-Pertua, antara penurunan bilangan KIR miskin tegar ini perlu saya nyatakan pada pandangan pada pendapat saya ialah hasil daripada kajian semula Perintah Gaji minimum 2020 oleh Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei 2021.
Kerajaan Persekutuan yakni keluarga Malaysia pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri kemudiannya mewartakan perintah Gaji Minimum 2022 pada 27 April 2022 untuk dilaksanakan bermula 1 Mei 2022. Bagaimanapun, bagi majikan yang mempunyai kurang dari 5 orang pekerja ia hanya berkuat kuasa pada 1 Januari 2023. Gaji minimum RM 1500 inilah yang telah melonjakkan ramai KIR miskin tegar melepasi PJK makanan RM1198 di peringkat nasional dan dan RM1084 di peringkat Negeri Perak. Mereka beroleh mereka beralih dari kategori miskin tegar ke kategori miskin mutlak. Menurut Laporan Survey Pendapatan dan Perbelanjaan isi Rumah 2022. Perak mencatat 0.2 % miskin tegar, 7.5 % miskin mutlak dan 13.5 % miskin relative, Bermakna lebih 21 % penduduk Negeri Perak masih memerlukan bantuan dan penumpuan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri tidak boleh berasa selesa dengan pencapaian penurunan golongan miskin tegar sahaja. Perancangan dan insentif perlu terus dibuat bagi membantu golongan miskin mutlak dan miskin relatif di Negeri Perak.
Dato' Yang di-Pertua, bak kata pepatah bila anda beri seorang ikan, maka anda memberinya makan untuk satu hari, tetapi jika anda beri seorang itu pancing, maka anda telah memberinya makan seumur hidup. Oleh itu, diharapkan pihak kerajaan terus memberi sokongan dan membantu rakyat-rakyat ataupun golongan miskin mengikut kesesuaian lokaliti dan kehendak rakyat. Kami telah memerhati di kawasan dan Kampong Gajah memohon iaitu Kampong Gajah sudah beberapa kali mengutarakan tentang kebajikan nelayan darat yang mereka ini kalau kita lihat pergantungan mereka kepada hasil daripada lombong sungai. Mereka amat memerlukan sebuah jeti yang cukup yang memudahkan mereka turun naik mencari rezeki supaya mereka dapat melepaskan diri mereka daripada kemiskinan dengan bantuan jeti ataupun tempat mereka naik turun untuk mencari rezeki. Ini dapat memudahkan mereka turun ke mencari ikan atau pun ke sungai dan sebagainya. Kawasan yang saya maksudkan di sini, jeti yang kita mohon dan juga daripada komuniti para nelayan mohon kepada Jabatan Perikanan pada 20 pada 30 Julai 2021. Di kawasan Kampung Kepala Pulau dalam Mukim Pasir Salak. Saya amat berharap pembinaan jeti ini dapat dilakukan dapat disegerakan.
Yang keduanya, saya juga mendesak kerajaan menyegerakan pewartaan lombong di kawasan Sungai Galah dalam Mukim Kampong Gajah ini juga untuk nelayan darat kerana kita risau satu hari nanti lombong-lombong ini mungkin diterokai oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan sebagainya. Sekarang ini pula kita dah di Kampong Gajah di kawasan perlombongan ini dan mula hendak melaksanakan satu projek daripada MB Inc iaitu projek perlombongan dan mengambil sebahagian daripada tempat mereka mencari ikan mencari rezeki di situ. Kita takut akan dating setelah diambil lagi kawasan-kawasan lombong ini mereka ni tidak ada lagi tempat untuk mencari rezeki bagi nafkah buat keluarga mereka. Dato' Yang di-Pertua, perlu juga diberi perhatian kepada pesawah padi agar mereka dapat menghasilkan padi yang berkualiti selain pada bekalan air bendang yang mencukupi. Kawalan serangga yang berkesan benih padi yang baik dan mempunyai daya tahan amat diperlukan. Saya turun ke kawasan bersembang dengan pesawah-pesawah di antara aduan yang dibuat di antaranya, Encik Zulkifli bin Abdul Rahman mengenai variety padi MR297 yang digunakan oleh sebahagian besar pesawah blok A Bukit Chawi. Yakni kurang daya tahan dan kena serangan BPB, BLB dan BLS. Yang mana berkemungkinan penggunaan variety yang sama terlalu lama. Jadi kita mohon pihak kerajaan buat kajian, kajian semula bagi mewujudkan variety padi yang mempunyai daya tahan terhadap serangan BPB ini dan menukar variety setiap dua musim.
Dato' Yang di-Pertua merujuk kepada titah diraja, nombor 26. Tempat tinggal atau rumah yang selesa dan kondusif berperanan penting dalam menentukan kesejahteraan hidup rakyat. Setakat ini kita belum ada data pemilikan hartanah atau kediaman bagi golongan miskin ini sama ada mereka tegar mutlak atau relatif. Adakah mereka ada memiliki rumah kos rendah atau mendapat tawaran memiliki Rumah Perakku, atau pun atau pun mereka menyertai Skim Sewa Rumah Perak Sejahtera yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri. Pada pandangan saya, Skim Sewa Perak Sejahtera yang menawarkan harga sewa 20% rendah dari harga pasaran tidak mampu menyelesaikan masalah kelayakan pembiayaan bagi golongan miskin ini untuk memiliki rumah. Ini hanya langkah kosmetik yang tidak membawa apa-apa perubahan jika rumah yang ada di pasaran berharga lebih RM200,000.00 manakala kos rendah yang berharga RM70,000.00 hingga RM90,000.00 sangat kurang dibina. Namun jika Kerajaan Negeri dan LPHP mempunyai mekanisme bagi mengimbangi permintaan dan penawaran antara pembeli.
Contohnya, rumah kos rendah berharga RM70,000 hanya hanya boleh dibeli golongan yang berpendapatan di bawah PJK miskin mutlak. Manakala rumah berharga RM70,000.00 ke RM140,000.00 bagi golongan berpendapatan menghampiri RM5000.00 maka, bolehlah cadangan tersebut dijayakan. Perkara yang sama inilah yang berlaku di generasi kedua iaitu Felcra Seberang Perak. Anak peserta FELCRA Seberang Perak di Gen2 Changkat Lada, yang mana ramai di kalangan mereka yang masih sekarang ini belum diserahkan rumah yang difahamkan di antara sebab tak dapat diserahkan rumah antaranya tersekat dalam kelayakan untuk membuat pinjaman di bank kerana kelayakan mereka. Jadi, kita harap pihak kerajaan cuba meneliti dan melihat kita tepikan ketepikan sedikit biokrasi supaya mereka ini dimudahkan untuk memiliki rumah. Kalau kita nak melihat orang-orang miskin ini dapat rumah.
Dato' Yang di-Pertua, apalah gunanya jika rumah yang cantik tetapi bekalan elektrik terganggu ni di kawasan Kampong Gajah. Cukup kuat gangguan bekalan elektrik kerana bekalan elektrik yang tidak mencukupi. Aduan telah dilakukan di Kampung Biak, di Kampung Geronggong, Kepala Pulau, Kampung Tersusun Changkat Lada dan beberapa kawasan lain. Pihak TNB sudah tahu sudah maklum dan ada datang turun pusing tak tahulah setakat mana proses. Setakat mana proses kenal pasti punca atau sebagainya. Cuma saya di sini amat memohon pihak TNB dan kerajaan menggesa pihak TNB supaya segera mengambil tindakan bagi menaik taraf bekalan elektrik bekalan elektrik ini agar dapat dilakukan sesegera mungkin sebelum menjelang Aidilfitri. Ini bukan rumah orang lain rumah saya pun jatuh je trip…trip…trip je jadi susah kita nak buat kerja nak pergi lihat masalah rakyat lagi. Jadi dapat kalau dapat disegerakan, alhamdulillah.
Dato' Yang Di-Pertua, seterusnya tempat tinggal yang selesa dan kondusif tidak akan tercapai kalau masalah permasalahan kera yang mengganggu ketenteraman penduduk kampung dan memusnahkan hasil tani juga menjadi tajuk utama perbualan penduduk setempat di kedai-kedai kopi. Masalah kera ni dekat mana mesyuarat pun, kalau mesyuarat tindakan daerah pun semua akan dibangkitkan masalah ini. Masalah yang tidak dapat diselesaikan yelah bagi saya setakat ini. Baru-baru ini kita dapat terima lagi aduan daripada warga emas seorang wanita daripada Kampung Pulau Besar daripada Kampung Bandar Tua, Pasir Jenderis, Hujung Rintis semua masalah kera yang bukan hanya mengganggu tanaman, tetapi dia udah mula masuk selongkar rumah. Haa udah masuk selongkar rumah dan kadang-kadang kalau anak-anak kecil ini dah jadi bahaya. Haa dia boleh walaupun kita mungkin tak dengar kes lagi. Tapi takkan kita nak tunggu kes dulu baru kita nak mengambil tindakan. Bahkan dirumah saya pun bukan tempat lain, kampung saya di rumah saya sendiri ada kena serangan-serangan daripada kera tadi ini haa kerana mereka bila kera ni dah banyak mereka ni jadi kumpulan samseng lah manusia pun lari. Kita sergah dia sergah balik kita halau dia dia halau dia apa dia dia nyerang balik joget kita balik kan haa. Jadi kita walaupun berani sebagainya bila tengok udah ramai rope tu undur balik.
Mencelah, boleh mencelah. Cerita pasal kera tu saya, saya teringat. Terima kasih kepada sahabat saya dan juga Dato' Yang di-Pertua. Bila bercerita pasal tentang kera tadi, saya teringat dalam perbahasan sulung saya jadi wakil rakyat dahulu saya pernah bangkitkan isu ini. Saya, seingat saya berdasarkan perbincangan-perbincangan peringkat kawasan sebelum ni, saya difahamkan jumlah senapang tidak cukup. Bilah senapang di satu daerah Kerian lah contoh sekitarnya seingat saya dalam 3, 3 senapang atau pun 5 senapang sahaja yang pegawai terpaksa nak ke hulu ke hilir nak ambik tindakan. Ini antara puncalah. Cuma saya nak dapatkan respon daripada Yang Berhormat Exco sejauh mana progres perkembangan setelah setahun lebih kita bangkitkan isu ni lah tak selesai-selesai. Saya pun dah bawak peringkat daerah jelah. Terima kasih.
Terima kasih Titi Serong memasukkan keterangan di dalam ucapan saya. Cuma saya mengharapkan dan begitu juga rakan saya, Titi Serong dan saya rasa semua Ahli Undangan Negeri, wakil rakyat semuanya mungkin akan menerima aduan yang sama di pejabat dan sebagainya. Sampaikan ada di kedai kopi tu deme macam nak marah kita pulak macam kita nak kerja nak kena tangkap kera pula ye dak. Haa kerana mereka dah tak tahan dengan kehidupan mungkin tertekan kerana rumah diselongkar dan sebagainya. Ni bukan di kawasan Kampong Gajah je emak saya dok Kamunting. Kamunting Kawasan…Kawasan…kawasan bandar tu pun kita takut satu hari nanti kera-kera menguasai kerajaan kita pulak. Ok tuan-tuan, jadi saya amat berharaplah fikir, kaji, carikan jalan penyelesaian untuk mudah-mudahan akan datang tidak ada lagilah masalah kera ini berlaku.
Yang seterusnya. Dato' Yang di-Pertua, masa dua minit lagi ni saya inginlah menutup perbahasan saya. Cuma saya ingin sentuh sedikit tentang kotak makanan yang rakan-rakan daripada sebelah pembangkang selalu bangkitkan tanya minta senarai NGO minta senarai NGO yang ini tanya minta senarai NGO supaya kita senang-senang kita nak suruh rakyat atau pun pengadu pergi mengadap kepada NGO yang berkenaan. Kalau melihat kepada jawapan daripada jawapan daripada MMK kepada Lubuk Merbau pada 01.12.2023 dia kata mula-mula Oktober 2023 agihan kotak makanan kepada golongan sasar yang yang memerlukan di seluruh Negeri Perak telah disalurkan melalui badan bukan kerajaan. Pengagihan kotak makanan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik. Cuma saya nak ngaborlah pada kawan-kawan haa bila hari ini saya pun peliklah kerana realitinya bila kata NGO cuma terbangkit dalam Facebook. Pemuda Padang Rengas, Pemuda Padang Rengas. Apa tulisnya, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Rengas hadir bersama UMNO Bahagian Padang Rengas di dalam program Penyerahan Bantuan Kotak Makanan Yayasan Perak yang disampaikan oleh Dato’ Arif Majid, Ketua Timbalan Ketua Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas. Apakah sudah diputuskan kotak-kotak yayasan ini memang nak disalurkan kepada UMNO…UMNO bahagian? Kalau betul kita cakap terus terang declare bagitahu dalam Dewan ini senang kami di kawasan bila orang datang kita kabor kotak ni ada dekat pejabat UMNO dan memang kotak-kotak ini dihantar di dalam pejabat di Pejabat UMNO bahagian. Kalaulah benda ni berlaku amatlah kita kata seolah-olah nak kata munafik karang marah pulak, cakap lain buat lain, cakap tak serupa bikin lah cakap tak serupa bikin untuk. Untuk menutup perbahasan saya negara yang stabil aman negara yang stabil, aman dan harmoni yang diharapkan oleh Tuanku diakhir titahnya akan terzahir apabila semua rakyatnya dan negeri menjadikan Islam sebagai panduan pentadbiran dan cara hidup. Insya Allah kita akan dianugerahkan Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur. Sekian sekelian Kampong Gajah menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Kampong Gajah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Pantun untuk Dato’ Yang Dato’ Speaker.
“Buah ceri buah manga, Happy Anniversary Dato’ Speaker.”
Terima kasih.
Tahniah 26 tahun yang indah.
Terima kasih. 20 minit juga ya.
Alhamdulillah, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamulaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam sejahtera. (Bacaan ayat al-quran) Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, seluruh Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan mahupun negeri, rakan-rakan pengamal media seterusnya yang dikasihi seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang mengikuti perbahasan ataupun persidangan pada hari ini Saya mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan juga menjunjung kasih di atas titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang dizahirkan tempoh hari.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua sebagai mukadimah, saya bacakan satu ayat daripada Surah An-Nur. Ayat 55 (Bacaan Ayat al-quran) hayati maksudnya dan Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh dalam kalangan kalian wahai umat Muhammad bahawa dia yakni Allah akan menjadikan umat Muhammad ini berkuasa di atas muka bumi. Sebagaimana dia menjadikan orang-orang sebelum mereka yang berkuasa. Dan sesungguhnya dia akan meneguhkan bagi mereka agama Islam yang diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan mengubah keadaan mereka dalam ketakutan dengan ancaman musuh kepada keamanan. Dalam konteks ayat Al-Quran yang saya baca suka saya menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian bahawa ini adalah merupakan janji daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Rasul-Nya shallallahu alaihi wasallam. Bahawa dia akan menjadikan umat-Nya sebagai orang yang berkuasa di bumi. Yakni menjadi para pemimpin manusia dan penguasa manusia. Dengan membawa maksud bahawa sesebuah negeri akan menjadi baik dan semua hamba Allah akan tunduk kepada mereka dan Allah akan menukar keadaan manusia sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa dan menjadi penguasa ke atas manusia.
Merujuk kepada ayat ini sudah tentulah jawatan yang disandang sebagai pemimpin untuk memimpin rakyat merupakan satu tanggungjawab yang berat serta amanah yang perlu digalas dengan baik oleh setiap satu daripada kita. Menurut Imam al-Mawardi, beberapa perkara berkaitan kewajipan bagi seorang pemimpin terhadap rakyatnya adalah seperti memperkasa hal ehwal agama berdasarkan manhaj tertentu yang dipegang olehnya ataupun mengikut ‘uruf kebiasaan setempat, kemudian memastikan ibadah-ibadah umat Islam seperti solat Jumaat, solat hari raya dan juga peristiwa-peristiwa penting mengikut takwim Islam dapat dilaksanakan. Kemudian memelihara kebajikan rumah-rumah ibadah, memastikan keamanan di setiap tempat dalam negeri memelihara harta rakyat dan menegakkan hukum-hakum hakam Allah Subhanahu wata'ala. Ini menunjukkan bahawa tanggungjawab utama bagi pemimpin adalah menguruskan hal ehwal rakyat di bawahnya melalui aspek-aspek keagamaan, aspek ekonomi, aspek kebajikan, aspek keselamatan dan sebagainya. Maka dengan ini adalah menjadi tanggungjawab kita semua bagi memastikan perkara-perkara ini dapat dilaksanakan dengan sistematik dan telus berlandaskan garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam serta mematuhi undang-undang yang terbina dalam negara dan negeri.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua merujuk kepada Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas berkaitan dengan pendidikan. Baginda bertitah bahawa pelaburan dalam bidang pendidikan merupakan satu pelaburan untuk kesihatan dan kemakmuran rakyat. Saya sangat tertarik untuk membahaskan tentang pendidikan dan peranannya dalam memacu rakyat Negeri Perak ini untuk meningkatkan kualiti hidup seharian di atas dasar ilmu aqli dan ilmu naqli kerana semestinya pendidikan yang baik mampu menyediakan tamadun manusia yang bijak dalam mengatur kehidupan dan membuat keputusan yang menguntungkan masyarakat sejagat. Allah Ta'ala dalam Surah Az-Zumar. (Bacaan ayat al-quran) Dalam ayat ini Allah Taala menceritakan tentang perbezaan di antara orang yang ada ilmu dan orang yang tidak ada ilmu. Firman-Nya adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?
Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Ayat ini secara kronotasi menggambarkan penghargaan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada orang yang berilmu dan berpendidikan melalui kalimah Ulul Albab, di mana ia ditafsir sebagai golongan para ulamak, para cendekiawan para intelektual serta sesiapa sahaja yang dia gunakan hati dan akal. Memerhati dan memikirkan semua kejadian di muka bumi beserta dengan hikmahnya. Maka dengan itu adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menjadi entiti misali serta memastikan rakyat negeri ini dibentuk dan direformasi ke arah golongan Ulul Albab yang mementingkan nilai pendidikan dalam kehidupan. Oleh yang demikian, saya amat menyambut baik segala usaha kerajaan yang optimis membawa ke arah hub pendidikan terbaik terutama apabila ia dibina di atas tarbiyyah di atas ta'lim dan ta'dib seperti yang digariskan oleh Islam.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa peruntukan yang telah disediakan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi memaksimumkan manfaat kepada institusi pendidikan adalah amat baik. Namun, ingin saya menyarankan agar peruntukan yang melibatkan institusi pendidikan juga berfokus kepada pelan pembangunan dan aktiviti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SABK dapat ditingkatkan. Berdasarkan kutipan hasil negeri yang semakin meningkat dan kewangan yang kukuh, adalah sewajarnya untuk peningkatan hasil tersebut dapat membantu menyelesaikan isu kekurangan sumber kewangan bagi kos operasi SABK ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian, Kurikulum Bersepadu Dini merupakan kurikulum baru yang dibina secara bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPMM) bersama dengan Lembaga Penasihat Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dan Jabatan Agama. Berdasarkan kurikulum agama yang sedia ada dikenali sebagai Kurikulum Azhari dan telah dilaksanakan di sekolah-sekolah agama di Malaysia termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Rakyat. Kurikulum Dini ini diangkat menjadi kurikulum kebangsaan manakala kurikulum Azhari di bawah JAIPk.
Walaupun penyelarasan bagi tujuan penambahbaikan terhadap kurikulum ini telah dibuat, namun terdapat rungutan daripada pihak sekolah bahawa mereka terpaksa menanggung kos-kos tertentu berkaitan bayaran sumber tenaga pengajar guru Azhari dengan biaya mereka sendiri terutama bagi sekolah yang tidak mempunyai guru-guru yang mencukupi. Kurikulum mazhab ini walaupun tidak wajib tetapi sekiranya digugurkan oleh pihak sekolah disebabkan bebanan kewangan, pastilah dia menjadi satu kerugian kepada seluruh rakyat negeri ini. Pelajar akan hilang peluang untuk mendapatkan Sijil A'dadi. Akan hilang peluang untuk dapatkan Sijil Empat Senawi. Kalau dahulu, seingat saya, Sijil Empat Senawi ini dah boleh jadi guru dah, standard dia itu. Kalau nak menikah tak payah, tak payah kursus nikah lagi dah. Tapi sekarang kena susah sebab dia dah ada peraturan lain dah. Jadi kalaulah disebabkan masalah ini, maka pihak sekolah berasa terbeban, maka mereka menggugurkan Kurikulum Azhari ini, maka rugilah kita kerana ada 23 buah sekolah SABK dan 2 sekolah rendah SABK ini. Sangat ingat mungkin dalam, saya tak pasti. Tapi kalau satu sekolah 200 orang pun, dekat 5000 pelajar akan terjejas. Ini termasuk juga kos bagi mengadakan kelas-kelas tambahan, penyediaan alat bantuan mengajar kursus motivasi pelajar dan sebagainya yang berkaitan dengan Kurikulum Azahari ini.
Selain itu, terdapat juga rungutan berkaitan bebanan kewangan apabila pihak SABK ini juga perlu terlibat dengan kokurikulum sukan sekolah agama dan juga kokurikulum akademik. Koko sukan dan juga koko akademi ini penting kerana ia memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat merit dalam sistem PAJSK. Sistem, saya pun pening banyak sangat sistem. Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kurikulum, yang mana merit dalam sistem ini akan membantu anak-anak kita, pelajar-pelajar kita ini untuk mudah masuk ke universiti. Jadi, sekiranya kos-kos terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah, kos antaranya, kos latihan bila nak masuk pertandingan sukan kena ada latihan. Bila nak masuk ko akademik, pertandingan bersyarah dan sebagainya, kena ada latihan, kena ada kejurulatihan, kena ada mobilisasi, pengangkutan dan lain-lain lagi. Maka dengan inilah saya sangat mengharapkan supaya pihak Kerajaan Negeri dapat membantu memberikan peruntukan kepada pihak SABK yang disalurkan khas bagi menyelesaikan isu ini ataupun sekurang-kurangnya kajilah semula keputusan menamatkan pemberian wang bantuan perkapita yang sebenarnya dapat meringankan bebanan kewangan SABK. Kiranya atas dasar ilmu, kerajaan pusat telah pun memberi peruntukan walaupun kepada sekolah persendirian. Maka apalah kiranya pihak Kerajaan Negeri berilah bantuan kepada Sekolah SABK ini.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Saya ada 20 minit tadi ya. Ada panjang. Saya mohon izin untuk membahaskan tentang dasar alam sekitar yang telah dititahkan oleh Baginda Tuanku. Di mana kita sedia maklum, alam sekitar ini merupakan satu sumber ekonomi dan biologi yang perlu dijaga sumber udara dan air bersihnya kerana ia sangat signifikan untuk kecergasan dan kesihatan rakyat. Saya suka nak selitkan satu hadis daripada Ibnu Majah. Nabi bersabda "Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan, kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas daripada keimanan". Maka itu sebenarnya Islam sangat mementingkan kesihatan. Suka untuk saya sentuh isu berkaitan dengan pembuangan sampah di kawasan-kawasan kampung terutamanya di kawasan saya di mana terdapat aduan oleh penduduk kampung, apabila saya membuat pemantauan, tidak ada tempat pembuangan sampah yang sistematik bagi membuang sampah harian.
Oleh yang demikian, berlakulah pencemaran alam akibat pembuangan sampah sarap yang tidak terurus dengan serius. Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa pengurusan sampah di kawasan bandar dan perumahan berada di bawah kawasan operasi PBT manakala secara prinsip kawasan kawasan kampung tradisi, bagan-bagan dan tempat-tempat yang tidak termasuk di dalam kawasan operasi PBT, tidak diberikan perkhidmatan pengurusan sampah. Oleh itu, saya mencadangkan lah pihak kerajaan supaya dapat mewujudkan satu mekanisme khas bagi pengurusan sampah bagi menyediakan perkhidmatan pengurusan sampah bagi kawasan kampung tradisi, bagan-bagan dan kawasan yang tidak terjangkau di bawah PBT ini. Jadi di Selinsing, banyak tempat lah yang sebegini. Maka dengan itu adalah diharap agar dirangka model ataupun langkah baharu bagi PBT untuk menguruskan sampah di kawasan kampung agar masalah ini dapat diselesaikan. Penggunaan inovasi teknologi hasil kerjasama dengan institusi pendidikan mahupun unit penyelidikan dan pembangunan adalah amat-amat dialu-alukan untuk kita menjaga kebersihan kampung-kampung kita, Insya Allah.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. 3 minit. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan dengan menyentuh berkenaan dengan usaha melaksanakan proses dinamik bagi menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum, integrasi kaum melalui sukan. Sebab Allah Taala dalam sebuah ada dalam satu ayat. Maksudnya "wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kalian daripada kalangan lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kalian dalam pelbagai bangsa dan bersuku suku supaya kalian saling kenal mengenal. Sesungguhnya semulia-mulia manusia, dalam kalangan kalian, di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa di antara kalian bukan yang lebih dari sudut keturunan ataupun bangsanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu. Surah Al Hujurat ayat 13.
Maka matlamat yang dibawa oleh Islam ialah menjayakan agenda besar perpaduan ummah dan kaum dalam kalangan mereka yang mempunyai persamaan konsep perpaduan. Bukan hanya terhad kepada golongan tertentu atau kaum tertentu, apatah lagi semata-mata untuk kepimpinan untuk kepentingan orang tertentu. Sehubungan dengan itu, saya ingin menekankan di sebalik rasa senang hati dengan usaha-usaha yang dijalankan bagi membangunkan sukan berprestasi tinggi, saya melihat bahawa kita masih kurang memerhatikan potensi penyatuan kaum dan semangat perpaduan yang lahir dari satu bidang baru iaitu eSukan ataupun sukan elektronik ataupun eSport. Untuk makluman, eSukan ini sebenarnya mempunyai nilai sosial yang tinggi kerana ia bukan sekadar dijalankan secara maya, tetapi terdapat banyak pertandingan-pertandingan sukan yang dijalankan secara fizikal yang memerlukan kehadiran para pemain, jurulatih, penyokong, penonton di satu tempat khas saban tahun apabila mereka mengadakan.
Walaupun begitu, saya percaya ia masih kurang mendapat perhatian malah kekurangan bantuan serta peruntukan khas bagi mengurus sesebuah pasukan serta organisasi eSukan itu sendiri. Suka saya menyarankan untuk Kerajaan Negeri Perak kerjasama dengan semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia Esport Federation, pemain industri Esport dan pemain tournament sendiri, bagi mencapai objektif Esport sebagai sukan untuk semua kaum tanpa mengira umur dan latar belakang. Kalau kita melihat kepada rekod yang dikeluarkan oleh MIDA, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia pada 2018, industri eSukan menyumbang 100 juta US Dollar. Hasil kepada Malaysia. Kemudian pada 2023 diunjurkan 168 juta US Dollar akan dihasilkan untuk negara kita. Maka saya sangat mencadangkan agar Perak mengambil peluang daripada keuntungan tersebut. Maka dengan itu adalah amat diharapkan supaya bidang eSukan di Negeri Perak ini dapat dibangunkan dengan pesat. Memandangkan ia sudah bertapak di atas proses integrasi nasional yang jelas. Pengumuman rasmi bahawa Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) M6 World Championship terbesar dunia yang bakal berlangsung pada November 2024. Seharusnya menjadi model kepada eSukan di Perak dalam usaha yang telus bagi membina fasiliti eSukan negeri Perak. Pembentukan peruntukan kewangan khas bagi menyokong organisasi eSukan serta pasukan-pasukan yang bernaung di bawahnya dan pelan kerjasama rasmi antara Kerajaan Negeri dengan pihak-pihak terlibat dalam memperkasakan perpaduan melalui sukan ini perlulah diwujudkan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri perbahasan saya. Saya ingin baca maksud sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, yang diriwayatkan oleh At-Tabrani. Nabi sebut: Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang kamu masukkan ke hati seorang mukmin atau engkau hilangkan kesusahan dia atau engkau membayarkan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya. Sadaqa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Jadi mengambil pengajaran daripada hadis ini, suka saya mengulang sebut apa yang dah disebut dah. Disebut oleh semua, saya rasa iaitulah berkaitan dengan peruntukan-peruntukan segera seperti peruntukan OG, Outright Grant dan kotak makanan, bantuan perayaan. Kalau boleh dapatlah disalurkan semula kepada Adun-Adun bukan kerajaan kerana mereka juga dipilih secara sah oleh rakyat. Rakyat yang berdepan dengan kesukaran dia tanpa mengira parti politik hadir ke pusat-pusat Khidmat Adun. Mengharapkan bantuan segera terutama yang berkaitan dengan kos kehidupan harian, makanan, minuman, rawatan, pendidikan. Walaupun kami boleh merujuk kepada agensi-agensi Kerajaan terlibat tetapi kos menunggu tu, kos menunggu sebab dia nak segera itu, yang terlibat perlu kami selesaikan. Inilah yang amat diperlukan oleh rakyat dan perlu diselesaikan oleh Adun. Saya percaya semua Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini amat memahami situasi ini kerana semua pihak yang ada dalam Dewan ini pernah menjadi pihak bukan kerajaan. Maka pada hemat saya adalah wajar dipertimbangkan cadangan ini. Akhirnya saya mohon maaf di atas segala salah bicara dalam perbahasan ini. Saya mohon menyokong Titah Diraja dan sudahi dengan Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Selinsing yang menyampaikan perbahasan dengan baik tadi. Bukan pasal mula-mula tapi bagi pantun. Saya mengikutinya dengan penuh tekun tadi. Terima kasih. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan. 20 minit daripada sekarang. Dipersilakan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan saya muliakan, ketua-etua Jabatan, kakitangan Kerajaan, para pengamal media, para pemerhati serta mahasiswa-mahasiswa yang datang daripada Gabungan Mahasiswa Perak yang saya muliakan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Yang Di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan sempena Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas.
Dato' Yang di-Pertua, Hutan Melintang juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang prihatin mengenai kesejahteraan rakyat dalam meluluskan projek RP4. Rancangan Malaysia ke-12 seperti berikut : Pelebaran Jalan FT069, Seksyen 5 hingga Seksyen 28. Pembinaan flyover di Hutan Melintang, Klinik Kesihatan (Jenis 3) Hutan Melintang, jalan baharu ke RPT Sungai Ipil dari FT069 ke Jalan Sungai Dulang Sungai Ipil, Tanjung Balai Asahan. Maaf. Maaf maaf ada. Antara projek lain adalah pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu yang melibatkan RTB Bagan Datuk yang akan menyelesaikan masalah banjir kilat dan banjir termenung di Hutan Melintang dan Dun Rungkup, kawasan sahabat saya. Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk sempena lawatan ke Dun Hutan Melintang semasa Program Siri Jelajah Parlimen Bagan Datuk. Lawatan tersebut telah menjadi titik bermulanya operasi sebuah permata baru di Dun Hutan Melintang iaitu Pelabuhan Bagan Datuk.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Pelabuhan Bagan Datuk terletak di muara Sungai Bernam dan berlesen untuk beroperasi sebagai pintu masuk antarabangsa untuk penumpang-penumpang feri dan juga barang kargo. Pintu masuk antarabangsa Bagan Datuk atau Bagan Datuk International Gateway adalah satu-satunya Terminal Feri Antarabangsa di utara Semenanjung Malaysia dan menawarkan perkhidmatan feri antara Bagan Datuk Perak dan…
YB, do you need time? Kalau perlukan izinnya. Kalau perlu masa, saya boleh jemput Yang Berhormat dari Kenering untuk sampaikan ucapan. Kemudian saya, lepas itu saya jemput pulak balik saya jemput balik Yang Berhormat daripada Hutan Melintang sambil selepas, mungkin Yang Berhormat perlu masa sedikit untuk susun nota-nota perbahasan.
Thank you, thank you, thank you, terima kasih Dato'.
Terima kasih Yang Berhormat Hutan Melintang. Terima kasih nanti saya jemput saya minta nanti Speaker akan jemput balik Yang Berhormat Hutan Melintang selepas telah susun balik nota-nota perbahasan ya. Yang Berhormat Kenering, sekarang saya jemput Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk perbahasan. 20 minit dari sekarang. Terima kasih.
Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah Wahidinahad. Alfardhi Somad. Allazilamyalid Walam Yulad. Walam Yakullallahu Kufuan Ahad. Ashadualla Ilaha Illallah Washaduanna Muhammadan Abduhu Wa Rasullu. Allahumma Salim Wasalim Ala Sayidina Muhammad Wa Ala Alihi Waashabihi Wattabii Nattabii Nalahum Biihsani Ilaiyaumiddin Ammabak. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua. Saya mulakan dengan satu firman Allah Subhanahu Wa Taala. Auzubillahi Minashaitan Nirajeem. َّإِنَّٱللَّهَيَأۡمُرُكُمۡ أَنتُؤَدُّواْٱۡلۡ َمََٰ نََٰتِإِلَىَٰٰٓأَهۡ لِهَاوَ إِذَاحَكَمۡ تُمبَيۡنَٱلنَّاسِأَنتَحۡ كُمُواْبِٱلۡعَدۡ ِلِإ ِن ٰٓٱللَّهَنِعِمَّايَعِظُكُمبِهِۦ َّإِن َ َّٱّلل َكَان سَمِيع ًۢا بَصِ ير ًۭ ا maksudnya Sesungguhnya Allah s.w.t. Menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan apabila kamu menetapkan hukuman di antara manusia, hendaknya kamu melengkapkan dengan adil seadil-adilnya. Sesungguhnya Allah S.W.T. sebaik-baiknya memberi pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. Terlebih dahulu Kenering memulakan ucapan perbahasan dengan merafak sembah dan menjunjung kasih atas penzahiran titah ucapan Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Di atas titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak sempena perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Kelima Belas yang telah berlangsung pada Jumaat yang lalu.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya merujuk kepada perkara 31 daripada titah Tuanku Sultan, berhubung dengan institusi masjid. Masjid tidak harus membatasi peranan sebagai tempat solat semata-mata tetapi hendaklah berperanan sebagai penjana intelektual dan daya kreatif masyarakat setempat. Saya ingin menarik perhatian khususnya Jabatan Mufti, Jabatan Agama, berhubung dengan permohonan tauliah guru agama. Ia mengambil masa yang agak lama, mengambil masa yang agak panjang. Pemohon yang telah melalui pemeriksaan yang telah melalui peperiksaan terpaksa menunggu selama setahun untuk mengetahui keputusan daripada peperiksaan yang mereka lalui daripada Jabatan Agama Islam sama ada lulus ataupun tidak. Pemohon akan melalui tempoh masa 1 tahun selepas ujian bertulis. Jika gagal subjek yang mereka periksa tambah lagi setahun. Kalau lulus subjek baharulah dipanggil untuk temuduga secara lisan. Selepas setahun baharulah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Jika lulus, Alhamdulillah boleh mula mengajar di masjid dan surau. Jika tidak lulus, pemohon terpaksa menunggu dan mengambil masa selama setahun lagi untuk mengambil semula peperiksaan bagi mendapatkan tauliah guru agama. Saya mencadangkan, supaya tempoh masa yang agak lama ini diambil. Tempoh masa yang agak lama ini yang diambil oleh pemohon untuk mendapatkan tauliah supaya Jabatan Mufti yang ini unit Bahagian Tauliah, melakukan pemprosesan kelulusan atau proses menduduki semula peperiksaan ataupun permohonan disemak dan dapat dipercepatkan urusan berkaitan dengannya sekurang-kurangnya dari setahun bagi melahirkan kurang daripada setahun bagi melahirkan lebih ramai para guru agama dan anak-anak kariah yang bakal menjadi ilmuan agama yang dapat mengimarahkan masjid dengan majlis-majlis pengajian di masjid-masjid di Negeri Perak ini.
Tuan Yang di-Pertua, usaha untuk membasmi kemiskinan yang dirintis oleh kerajaan berdasarkan data e-Kasih, jumlah kemiskinan tegar yang dikunci pada 31 Januari 2023 ialah seramai 9402 orang ketua isi rumah. Berdasarkan sumber data yang sama sehingga 31 Disember 2023, jumlah tersebut telah menurun kepada 3911 ketua isi rumah menunjukkan penurunan 58%. Saya berterima kasih kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Hulu Perak di atas usaha ini dan saya ingin menyatakan bahawa rakyat yang berada di kawasan Dewan Undangan Negeri Kenering yang dikenalpasti masih lagi, masih ramai lagi yang berada di bawah garis kemiskinan dan masih tidak berdaftar dengan e-Kasih yang dikendalikan oleh Pejabat Daerah dan Pejabat Penghulu Mukim. Kebanyakkan golongan ini bekerja di kampung dan masih tinggal menumpang bersama ibu bapa ataupun ibu mentua dan ataupun di rumah-rumah sewa.
Saya mengharapkan agar kerajaan melalui Pihak Berkuasa Tempatan mengenalpasti jumlah rumah PPRT yang tidak dihuni atau disewa kepada orang lain. Tanpa pengetahuan pihak-pihak yang berkuasa dibuat tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Dibuat pemutihan dengan segera supaya kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat yang benar-benar berhak menduduki mendapat hak mereka. Di samping itu, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan, kalau sesi yang lalu saya berucap YB Kota Tampan ada di hadapan saya. Petang ini tidak ada, rasa lemah sikitlah. Selaku Menteri Besar apakah halangan ataupun masalah yang dihadapi oleh kerajaan berhubung dengan projek Agro Valley bermula daripada Kampung Bukit Sapi sehinggalah ke Kampung Beng melalui SADC yang sepatutnya kerajaan siapkan, yang sepatutnya kerajaan siap menyediakan kawasan perumahan dan ladang rakyat dan juga projek agropolitan di bawah agensi RISDA bermula daripada Kampung Tawai hingga ke pedalaman penempatan kampung orang-orang asal Sungai Dala di Dun Kenering gagal dilaksanakan dan perkara ini juga telah saya sebut dalam sesi perbahasan saya pada sidang Dewan yang lalu. Sekurang-kurangnya saya mendapat jawapan daripada pihak kerajaan berkaitan isu dan permasalahan projek Agro Valley dan projek agropolitan yang merupakan sekiranya ianya berjaya dilaksanakan, ia di antara sumber ekonomi masyarakat setempat untuk menghasilkan pendapatan mereka.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Timbalan Yang di-Pertua, negara yang stabil, aman dan harmoni yang akan berupaya membangunkan negara makmur dan melimpahkan kemakmuran negara untuk manafaat rakyat jelata. Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan tatakelola agihan kotak makanan, bantuan kerajaan dan peruntukan khas di kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang khususnya. Perkara ini sepatutnya boleh diselesaikan di peringkat pentadbiran. Tidak perlu dibawa ke Dewan yang mulia ini, tetapi oleh kerana tidak bertemu jalan penyelesaian, maka perkara ini dibawa ke Dewan yang mulia ini. Pertama, semua orang tahu bahawa pusat khidmat Adun adalah tempat rujukan pengaduan daripada seluruh rakyat di kawasannya. Sebagai contoh, tiada belanja untuk perubatan, belanja untuk makan harian, tambang ke hospital, bil elektrik, bil air tertunggak dan sama ada bil air atau bil air bil api yang hendak yang telah dipotong, perbelanjaan bayaran yuran kemasukan pelajar ke universiti dan lain-lain. Peruntukan kewangan (OG) disalurkan melalui pejabat Adun tanpa membezakan di antara Adun daripada blok pembangkang ataupun kerajaan. Sebagaimana yang dilaksanakan pada tahun yang lalu. Dengan tujuan membantu rakyat yang terdesak bagi meringankan peruntukan bagi meringankan beban yang mereka hadapi. Tambahan pula, isu peruntukan kepada Adun blok pembangkang seperti OG dihentikan.
Tuan Timbalan Speaker, Timbalan Yang di-Pertua kami saf pembangkang tidak ada masalah dan sentiasa menyokong kerajaan hari ini. Sekiranya apa yang dilakukan membawa negeri ke hadapan dan menguntungkan rakyat, tindakan kerajaan dalam mengubah tatakelola agihan kotak makanan yang dahulunya melalui proses pusat khidmat Adun, sekarang dikatakan agihan itu masih ada tetapi dibuat melalui NGO. Walaupun tindakan ini agak terbelakang dan tidak dapat difahami apa agendanya, Insya-Allah kami di blok pembangkang yang mewakili kawasan melayu miskin akan terus membela dan menegakkan keadilan berlandaskan perlembagaan demi kesejahteraan rakyat dan kecintaan kami kepada negara. Kepercayaan kerajaan kepada NGO-NGO dengan memberi tugas untuk menyampaikan kotak makanan bantuan kerajaan secara langsung telah mengecilkan peranan wakil rakyat terhadap rakyat yang diwakilinya.
Dalam pembaharuan tata kelola seperti ini, kami di blok pembangkang mohon kerajaan memberi senarai NGO-NGO yang diamanahkan tugas mengagih kotak makanan yang dibekalkan kerajaan seperti apa yang telah dinyatakan supaya kami dapat arahkan rakyat yang memerlukan bantuan kotak makanan ke pejabat NGO-NGO yang telah diamanahkan. Sebagai wakil rakyat kami di pusat khidmat ada senarai-senarai penerima yang telah dikenal pasti kelayakannya. Mereka ini walaupun penerima program B40 tapi kami maklum mereka ini masih lagi memerlukan bantuan tambahan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Daerah Hulu Perak yang boleh dikatakan masih mundur berbanding dengan daerah-daerah lain. Alhamdulillah, kita patut bersyukur kerana Allah SWT telah mengizinkan NRREE yang dikeluarkan daripada perut bumi di Mukim Kenering telah menghasilkan pendapatan kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM25.2 juta bagi tahun 2023. Dalam tahun 2024 Kerajaan Negeri mensasarkan perolehan royalti melalui sumber mineral baru ini akan mencecah RM50 juta. Timbalan Yang di-Pertua, besarlah harapan Kenering agar limpahan kekayaan hasil bumi bersumberkan NRREE ini di Negeri Perak ini dapat dikongsi oleh rakyat di daerah Hulu Perak khususnya di dalam kawasan Dun Kenering yang masih dihimpit oleh bebanan kemiskinan sekaligus Hulu Perak menjadi contoh daerah pertama yang mencapai misi untuk menoktahkan kemiskinan dan mencapai matlamat Perak Sejahtera tahun 2030. Di samping tidak menafikan hak dan keadilan yang sama kepada daerah-daerah lain di Negeri Perak. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan ini Kenering mohon menyokong Titah Ucapan DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wbt.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kenering. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Exco-Exco Kerajaan dan Ahli-Ahli Dewan, Ketua-Ketua Jabatan, kakitangan kerajaan, para pengamal media, para pemerhati serta mahasiswa-mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Perak yang saya muliakan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan sempena Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas.
Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan agenda di dalam Dewan yang mulia ini, saya dengan penuh takzim, merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah atas pelantikan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong kali ketiga serta penzahiran Titah DiRaja semasa Perasmian Sidang Dewan Negeri pada 23 Februari 2024 yang lalu. Ternyata ia adalah titah yang inklusif serta menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat di Negeri Perak yang kita cintai ini. Setiap ahli dalam dewan ini harus mengambil tanggungjawab untuk merealisasikan titah yang telah baginda zahirkan. Sembah takzim juga saya zahirkan kepada baginda Sultan kerana kesudian merasmikan Jambatan Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk pada 7 Oktober 2023 yang kini tersergam indah yang menghubungkan daerah-daerah yang sekitarnya yang sedikit sebanyak menjadi tumpuan pengunjung dan sekaligus menyemarakkan lagi ekonomi setempat. Siapa yang belum sempat ke Jambatan Sultan Nazrin Shah, jemputlah datang. Serangkap pantun saya sajikan untuk semua yang berada di Dewan mulia ini.
Dewan gemilang ahli bijaksana, Meriahkan diskusi demi negeri, Beradab sopan, bahas bersama, Perak sejahtera aman harmoni.
Timbalan Yang di-Pertua, Hutan Melintang juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang prihatin mengenai kesejahteraan rakyat dalam meluluskan RP4 Rancangan Malaysia Ke-12 seperti berikut :-
1) Pelebaran Jalan FT 069, Seksyen 5 hingga Seksyen 28 2) Pembinaan flyover di Hutan Melintang
3) Klinik Kesihatan Jenis 3 Hutan Melintang 4) Jalan baru ke RPT Sungai Ipil dari FT 069 ke Jalan Sungai Dulang dan Sungai Ipil.
Antara projek lain adalah Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) yang melibatkan RTB Bagan Datuk yang akan menyelesaikan masalah banjir kilat dan banjir termenung di Hutan Melintang dan Dun Rungkup, kawasan sahabat saya. Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya tujukan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk sempena lawatan ke Dun Hutan Melintang semasa Program Siri Jelajah ke Parlimen Bagan Datuk. Lawatan tersebut telah menjadi titik bermulanya operasi sebuah permata baru di Dun Hutan Melintang iaitu Pelabuhan Bagan Datuk. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, Pelabuhan Bagan Datuk terletak di muara Sungai Bernam dan berlesen untuk beroperasi sebagai pintu masuk antarabangsa untuk penumpang-penumpang feri dan juga barang kukuh. Pintu masuk antarabangsa Bagan Datuk atau Bagan Datuk International Gateway adalah satu-satunya terminal feri antarabangsa di utara Semenanjung Malaysia dan menawarkan perkhidmatan feri antara Bagan Datuk Perak dan Tanjung Balai Asahan, Sumatera yang menyeberangi Selat Melaka. Jeti kargo menerima barang-barang perdagangan dalam bentuk brickfall dengan izin perikanan diproses segar atau beku, bahan kayu diproses dan sebagainya seperti yang diluluskan oleh pihak-pihak berkuasa dari Malaysia, Indonesia, Negara Thai dan Myanmar. Perkhidmatan lain yang ditawarkan di PBD merangkumi pembekalan diesel dan air, kren, bilik sejuk dan bilik sejuk beku, logistik dan sebagainya. Pelabuhan ini juga mempunyai pejabat pihak berkuasa dan agensi kerajaan seperti berikut iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, MAQIS, Jabatan Laut, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.
Dato’ Yang di-Pertua dan ahli-ahli yang saya muliakan, sebagai seorang Ahli Undangan Negeri yang mewakili rakyat di Negeri Perak, pastinya isu-isu rakyat Negeri Perak dan isu-isu berkaitan adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian seiring dengan Titah Diraja yang telah dizahirkan. Pencapaian pertumbuhan ekonomi di Negeri Perak telah menjadi fokus utama sepanjang pentadbiran kerajaan perpaduan, lebihan pendapatan kerajaan selama dua tahun berturut-turut membuktikan bahawa kerajaan ini harus dikekalkan dan diberi sokongan tidak berbelah bagi oleh semua ahli dewan. Oleh itu, setiap Ahli Dewan ini harus berkhidmat dengan ikhlas dan sepenuh hati. Kecekapan dalam mengurus ekonomi akan membuka lebih banyak peluang dan ruang kepada rakyat untuk mengecapi kemajuan sama ada di bandar ataupun desa. Kecekapan ini hasil dari tata kelola dalam pentadbiran yang baik, penyaluran data yang tepat dan pelaksanaan yang berkesan. Setiap sektor-sektor utama ekonomi negeri seperti pertanian, perlombongan, perindustrian.
Timbalan Yang di-Pertua, isu pertama berkaitan rakyat yang ingin saya bahaskan hari ini adalah mengenai isu kesihatan di mana tempoh menunggu untuk menjalani pembedahan di Jabatan Oftalmologi, Hospital Teluk Intan mengambil masa hingga enam bulan. Walaupun hospital ini bukan di kawasan saya tetapi rakyat di kawasan saya mengalami kesulitan ketika berurusan dan saya harus mengambil berat tentang perkara tersebut. Keadaan ini tidak hanya mencerminkan kekurangan dalam pengurusan sistem rawatan kesihatan, malah membawa kesan negatif terhadap kualiti hidup pesakit yang memerlukan perkhidmatan tersebut. Sebagai wakil rakyat, saya harus bertanggungjawab untuk memberi saranan kepada Exco Kesihatan dan Kementerian Kesihatan supaya mengkaji semula keseluruhan proses ini untuk memastikan perkhidmatan lebih cepat dan efisien dapat disalurkan kepada rakyat. Di samping itu saya juga ingin membawa perhatian dewan terhadap keperluan pembinaan sebuah hospital daerah di Bagan Datuk. Pembinaan hospital ini adalah penting untuk memenuhi keperluan kesihatan rakyat bukan sahaja di daerah Bagan Datuk malah akan memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan Perak Tengah dan kawasan sekitar yang akan menepati kehendak rakyat serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem kesihatan negara.
Selain itu dengan kepadatan penduduk di Negeri Perak seramai 2.5 juta orang dan fasiliti kesihatan sebanyak 14 hospital, 88 klinik kesihatan serta 35,000 kakitangan yang bekerja di jabatan kesihatan dan hospital namun peruntukan tahunan yang disalurkan hanyalah sebanyak RM200,000 untuk tujuan fasiliti, pembangunan dan peralatan bagi seluruh Negeri Perak. Penyaluran peruntukan bagi program kesihatan tidak diberikan kepada Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah serta jabatan-jabatan berkaitan kesihatan yang lain. Peningkatan kes-kes berkaitan kesihatan awam, penyakit berjangkit, kesihatan mental sangat membimbangkan. Namun ketiadaan peruntukan ini menyebabkan program-program kesedaran penyakit yang berkenaan tidak dapat diadakan secara berkala dan tersusun termasuk penyelenggaraan hawa dingin yang tidak kesampaian. Oleh itu amatlah wajar untuk Kerajaan Negeri Perak di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi menjamin tahap kesihatan rakyat berada pada tahap maksimum.
Timbalan Yang di-Pertua, menyentuh Program Sentuhan Kasih anjuran KPKT seperti mana yang dititah oleh Baginda Sultan Perak, Hutan Melintang ingin memohon supaya pembinaan pasar awam dapat disegerakan mengikut SOP dan peraturan ditetapkan. Pasar awam yang moden akan memberi impak positif kepada ekonomi tempatan dan memudahkan rakyat mendapatkan keperluan harian mereka. Melalui kementerian ini juga perhatian serius terhadap Projek Perumahan Rakyat di Hutan Melintang harus diutamakan. Perkara ini telah saya bangkitkan pada sidang Dun yang lalu. Setiap warganegara harus memiliki dan disediakan kediaman yang sempurna. Saya menggesa pihak berkaitan dengan bantuan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri untuk memastikan permohonan ini dapat dikaji bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat di kawasan Hutan Melintang. Setelah kedua-dua perancangan tersebut berjalan dengan sempurna, jaringan pengangkutan awam perlu ditingkatkan dengan membina Terminal Hentian Bas Hutan Melintang bagi melengkapi jalur ekonomi di Hutan Melintang dan limpahan kegiatan ekonomi, sosial dan pendidikan di daerah itu.
Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Exco Pendidikan, Belia dan Sukan, terdapat pusat latihan guru dalam perkhidmatan dan kuarters guru di Hutan Melintang yang lama terbiar dan usang. Saya mencadangkan supaya kawasan tersebut dibangunkan sebagai pusat aktiviti belia untuk aktiviti lasak atau sebarang aktiviti yang bersesuaian. Bangunan kuarters tersebut tidak sesuai untuk dihuni atas faktor keselamatan akibat kerosakan struktur yang tidak dapat dibaiki. Kawasan tersebut terletak berdekatan dengan Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Jamrah, Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Perpustakaan Desa dan Pejabat Penghulu Mukim Sungai Sumun yang sedang dalam pembinaan. Maka amatlah sesuai sekiranya kawasan tersebut dibangunkan untuk kegunaan rakyat setempat. Saya memohon kepada Yang Berhormat Exco untuk mengambil perhatian serius terhadap perkara ini bagi mendokong titah Tuanku terhadap golongan mulia sebagai khazanah penting masyarakat dan tabung kekayaan masa depan negara.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam mengambil kira keperluan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan untuk masyarakat di kawasan Hutan Melintang, saya mengusulkan pembangunan kawasan industri kecil dan sederhana sebagai inisiatif strategik bagi memperluaskan struktur ekonomi kawasan dalam pelbagai sektor. Pengwujudan kawasan industri ini akan memberi pelbagai kelebihan yang boleh memberi kesan panjang kepada komuniti tempatan dan sumbangan yang ketara kepada peningkatan, pendapatan dan taraf hidup serta mengimbangi peningkatan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk. Pembangunan taman industri ini juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan ekosistem perindustrian yang dinamik di Bagan Datoh sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
Oleh itu, saya mencadangkan Hutan Melintang menjadi hab tenaga hidrogen melalui hidrogen economy and technology roadmap dan international energy transition roadmap. Usul ini adalah berasas kerana terdapat beberapa syarikat telah menyatakan minat terhadap perkara tersebut dan saya akan memanjangkan perkara ini kepada Exco yang berkaitan. Sekiranya cadangan ini berjaya dilaksanakan ia akan menyumbang kepada pendapatan negeri dan menjadikan Perak sebagai peneraju industri tenaga boleh diperbaharui iaitu RE. Perancangan dan pelaksanaan industri ini akan melibatkan konsultansi secara terbuka bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui entiti yang akan yang akan menjamin sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan hidro elektrik.
Timbalan Yang di-Pertua dan Dewan yang saya muliakan, syabas dan tahniah juga kepada Kerajaan Negeri Perak yang julung kali memberi perhatian terhadap masyarakat India di Negeri Perak yang telah mewujudkan portfolio hal ehwal masyarakat India. Memandangkan portfolio ini tidak diwujudkan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri yang lain mahu pun Kerajaan Persekutuan, ia juga diiktiraf dalam semua PDT dan diterima baik oleh masyarakat India dalam menangani masalah yang dihadapi oleh mereka dari segi pendidikan, penempatan dan juga hal ehwal kuil sekaligus. Penyelesaian masalah masyarakat ini tidak hanya dibincangkan pada hari bertemu pelanggan sahaja malah mengadakan hari pertemuan masyarakat India khusus oleh Exco Kerajaan Negeri. Pengundian di tanah Kerajaan Negeri yang tidak mendapat kelulusan yang sekian lama dengan lebih spesifik dalam lingkungan 40 tahun ini berjaya mendapat penyelesaian kampung penempatan masyarakat India di beberapa tempat termasuk Sungai Timah di kawasan Dun Hutan Melintang. Saya turut bersama dengan Yang Berhormat Sivanesan dalam beberapa program di bawah portfolio beliau yang mendapat sambutan yang luar biasa tetapi besarlah harapan saya jika peruntukan tambahan dapat diberikan agar hal ehwal dan kebajikan masyarakat India akan lebih terjamin memandangkan ketua kampung dan ketua bahagian mendapat peruntukan dari sumber sedia ada dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku membangkitkan isu yang penting dalam konteks pendidikan di Negeri Perak khususnya bagi golongan B40. Pemberian insentif kepada pelajar B40 bukan sahaja merupakan galakan untuk menghadirkan diri ke sekolah tetapi juga satu langkah strategik yang dapat memberikan impak positif dalam meningkatkan akses pendidikan dan mengurangkan jurang pendidikan di kalangan golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan jumlah droper yang berlaku di Bagan Datuk keseluruhannya.
Antara usaha meningkatkan sensibiliti pendidikan adalah dengan menyediakan insentif seperti bantuan kewangan bulanan atau elaun sekolah yang boleh membantu keluarga B40 mengatasi cabaran kewangan bagi menampung kos pengangkutan di kawasan kampung dan pendalaman serta kawasan ladang. Insentif dapat diarahkan ke program bimbingan dan tuisyen percuma bagi membantu pelajar B40 dalam meningkatkan pencapaian akademik. Ini akan memberi mereka akses kepada bimbingan tambahan dan bahan pembelajaran yang mungkin tidak tersedia untuk semua peringkat umur. Melibatkan insentif dalam program pendidikan, kesihatan dan kesedaran bagi pelajar dan keluarga B40 ini termasuk penyediaan perkhidmatan kesihatan di sekolah atau kempen kesedaran untuk meningkatkan pemahaman tentang kepentingan pendidikan dan pengangkutan. Pembelajaran secara berteknologi interaktif menggalakkan penyediaan peralatan teknologi seperti komputer atau tablet kepada pelajar B40 bagi menyokong pembelajaran dalam talian. Ini dapat mengurangkan ketidaksetaraan akses kepada teknologi dalam kalangan pelajar. Membina kerjasama dengan pihak swasta dan organisasi kerajaan untuk menyokong untuk melibatkan persediaan penyediaan biasiswa ataupun sumbangan dari sektor korporat. Pemberian insentif bukan hanya satu tanggungjawab sosial tetapi juga satu pelaburan jangka panjang dalam pembangunan insan dan kestabilan sosial negara.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengajak setiap wakil rakyat untuk terus bekerja secara sinergi merentasi sempadan politik untuk mencapai keharmonian dan kemajuan. Kejayaan kita tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama dan tekad bersama dalam wujudkan kebaikan bagi semua. Semoga segala usaha dan tekad untuk membawa Negeri ini ke arah yang lebih baik akan kita kecapi jika kita bersatu. Serangkap pantun lagi dari saya untuk Ketua Pembangkang yang saya hormati.
Bukit Subur kini di kayangan, Gunung kemarau menunggu air; Bukit sudah diisytihar sokongan, sekali lagi.
Bukit sudah isytihar sokongan, Gunung bolehlah fikir-fikir.
Dengan ini hutan melintang menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Hutan Melintang. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan selamat petang saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang berada di dalam Dewan yang mulia ini dan tidak lupa juga ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati dan tuan-tuan dan puan- puan sekalian. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada saya untuk dengan mengizinkan saya untuk menjunjung kasih atas Titah Diraja sempena Perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak dan menyertai sesi perbahasan dalam persidangan tahun kedua, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas pada petang ini. Terlebih dahulu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah melancarkan Skim Perubatan Madani dan Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan beberapa bulan lalu di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya.
Sektor kesihatan dan pendidikan akan terus menjadi keutamaan dan tumpuan Kerajaan Madani. Seperti belanjawan sebelum ini, kedua-dua sektor tersebut mendapat peruntukan terbesar berbanding kementerian lain dan inisiatif ini akan diteruskan. Tumpuan juga diberikan kepada usaha membina dan menyiapkan klinik kesihatan, klinik desa serta di klinik serta di hospital-hospital Kerajaan dan juga isu kesihatan terutama klinik-klinik akan diberi keutamaan termasuk masalah kesesakan di hospital-hospital Kerajaan. Mungkin kesesakan itu sudah bertahun dihadapi tetapi kerana tindakan itu tidak pantas dan peruntukan tidak cukup, maka masalah tersebut menjadi begitu rumit sehingga sekarang. Oleh itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pastikan dan berbincang dengan Jemaah Menteri dan juga pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan bahawa fokus harus diberi ke atas kemudahan kesihatan bagi tahun 2024. Dalam perkembangan yang sama, Skim Perubatan Madani merupakan satu inisiatif penting dasar Malaysia Madani bertujuan menyediakan akses sama rata perkhidmatan kesihatan yang berkualiti untuk memenuhi keperluan kesihatan golongan B40 dalam penjagaan kesihatan primer akut iaitu rawatan pesakit luar kes-kes akut. Program Madani Afiat merupakan cetusan idea Menteri Kesihatan Malaysia dalam merakyatkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan merupakan agenda- agenda reformasi kesihatan yang menyarankan peralihan fokus merawat pesakit kepada paradigma baharu iaitu daripada set care kepada Health Care dengan izin.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan juga setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak dalam usaha memberi bantuan kepada Sekolah Persendirian Cina (SUWA) secara berterusan dengan mengagihkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta kepada 9 buah Sekolah Persendirian Cina (SUWA) bagi membantu mengurangkan kekangan kewangan yang dihadapi oleh pengurusan sekolah di samping memastikan kebajikan guru-guru serta pelajar-pelajar dapat dijaga. Agihan di bawah bantuan Sekolah Persendirian Cina (SUWA) adalah sebahagian daripada peruntukan yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Perak bagi usaha pembangunan sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh, vernakular dan juga sekolah SUWA. Dengan bantuan ini, setiap sekolah SUWA menerima peruntukkan sebanyak RM 200,000 dan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 guru dan pelajar sekolah SUWA seluruh negeri. Dalam suasana pandemik Covid-19 yang menjejaskan sistem persekolahan selama ini, peruntukan ini sedikit sebanyak dapat membantu pengurusan sekolah dalam membiayai program pendidikan khususnya demi kebaikan guru dan pelajar. Ini adalah satu komitmen berterusan Kerajaan Negeri sejak bertahun-tahun untuk membantu sekolah persendirian Cina. Syabas diucapkan kepada Kerajaan Madani Negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, semasa penzahiran Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Tuanku menghargai perhatian yang diberikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membantu usaha-usaha menyejahterakan penduduk di kawasan Perak melaksanakan program Sentuhan Kasih menerusi projek-projek pemuliharaan kemudahan- Kemudahan awam di kawasan-kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Dalam tahun 2023, RM95 juta telahpun diperuntukan untuk membiayai 942 projek. Antaranya menaik taraf Pasar Besar Teluk Intan, membina semula Pasar Awam Taiping, menaik taraf sistem pencahayaan Bandar Seri Manjung dan Lumut, menyelenggarakan kolam tadahan air Taman Muhibah Jaya, Kuala Kangsar dan juga membina kiosk penjaja di Jalan Gapis, Seri Manjung.
Ini juga telah meluluskan melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak peruntukan sebanyak RM5.8 juta bagi penambahbaikan kemudahan rumah pangsa di Negeri Perak. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Madani Negeri Perak yang ada pada hari ini mempunyai tugas yang berat yang perlu dilunaskan. Kestabilan dalam berkerajaan mesti sentiasa dipelihara. Enjin ekonomi mesti kembali diperkuatkan. Kebimbangan rakyat yang masih merasai hambatan pandemik Covid-19 dan juga kemerosotan ekonomi mesti selalu diberi keutamaan. Percambahan peluang pekerjaan mesti dijana sebagai agenda penting Kerajaan Negeri. Polisi-polisi pelaburan mesti segera disegar, digilap dan diurus dengan baik agar mampu memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur yang berpotensi untuk melabur dalam Negeri Perak. Kecekapan pentadbiran jentera kerajaan kita perlu sentiasa kita perkukuhkan.
Timbalan Yang di-Pertua, memasuki tahun yang baharu tahun 2024, kita perlu memperkuatkan asas ekonomi bagi mendepani ketidaktentuan ekonomi. Saya yakin kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa mencipta langkah-langkah progresif untuk merangsang ekonomi dalam negeri selain meningkatkan kecekapan kutipan hasil. Sasaran hasil dan perbelanjaan telah dipertingkatkan bagi tahun semasa bagi memastikan Kerajaan Negeri terus meningkatkan fokus untuk kutipan hasil yang lebih baik supaya pelaksanaan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur seperti yang dirancang. Saya juga ingin mengingatkan bahawa daya saing pelaburan mesti selalu kita pertingkatkan. Cabaran dan halangan seperti birokrasi yang rumit, penawaran tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang terhad dan kekurangan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lengkap ataupun kerosakan infrastruktur perlu segera diatasi dan ditambah baik. Ini penting kerana persaingan pasaran dalam merebut kehadiran pelabur menjadi begitu sengit. Kita perlu lebih berani untuk bersaing terutamanya dengan negeri-negeri jiran kita. Kita mesti ada ekosistem pelaburan yang kondusif. Kerjasama di semua peringkat perlu dijana supaya kita mampu menyediakan prasarana yang lengkap bekalan elektrik, air dan gas asli yang mencukupi serta sistem telekomunikasi yang cekap dan pantas.
Timbalan Yang di-Pertua, tahun 2024 khususnya Tahun Melawat Perak juga merupakan satu tahun yang begitu penting sekali bagi kita sebagai anak Perak supaya kita sama-sama menggerakkan Tahun Melawat Perak 2024 secara aktif, di samping membantu sektor-sektor yang terjejas. Sektor pelancongan khususnya yang sebelum ini terjejas teruk akibat daripada pandemik covid mesti segera dipulihkan agar kembali menjadi penyumbang penting kepada ekonomi negeri. Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan Tahun Melawat Perak 2024 pada bulan Mei yang lalu dengan tambahan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi merangsang ekonomi, promosi dan pengiklanan serta projek-projek kecil infra pelancongan di seluruh Negeri. Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2024, peruntukan sebanyak RM10 juta telah pun diperuntukkan kepada Tourism Perak bagi menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 yang merangkumi kos pengurusan, penganjuran pelbagai acara domestik dan antarabangsa serta pelbagai aktiviti promosi dan pemasaran.
Namun sehebat mana pun perancangan, sebanyak mana pun peruntukan yang dibelanjakan, ia tidak akan pernah memadai tanpa kerjasama semua pihak yang menjayakan. Apa yang penting sekali, setiap daripada kita sebagai anak Perak perlu bersama-sama menggembleng ikhtiar untuk menjayakannya. Kita adalah jurucakap yang menghebahkan mengenai pesona keindahan dan keunikan negeri kita. Kita semua adalah Duta Negeri yang akan mempromosikan Perak sebagai destinasi pilihan pengunjung. Rakyat Perak dapat memanfaatkan sepenuhnya platform media sosial untuk berkongsi kisah menarik, gambar, video atau pun juga medium yang boleh menggamit kehadiran pelancong. Kongsikan mengenai kelazatan makanan, keunikan, kegiatan budaya serta program-program menarik yang disusun sepanjang Kalendar Pelancongan Tahun 2024. Kita sebagai wakil rakyat bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, kita ada tanggungjawab untuk mengingatkan warga Perak supaya sentiasa menjaga keamanan dan juga kebersihan negeri. Ingatlah kebersihan dan keselamatan sentiasa meninggalkan kesan positif kepada para pelancong.
Menglembu, boleh beri ruangan sikit? Ok, terima kasih. Tentang isu Pra Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024. Baru-baru ini saya ada ternampak gambar YB sendiri bersama dengan Menteri KPKT dan Exco daripada Pasir Bedamar untuk melawat ke Gua Guanyin. Di mana merupakan semasa Chap Goh Meh. Yang mana saya nampak begitu ramainya pelancong untuk datang. Ini merupakan satu acara tahunan yang begitu eksklusif sekali untuk kawasan Ipoh ini. Setujukah YB Menglembu untuk kita membantu agar gua-gua batu kapur ini agar kita pihak kerajaan membantu agar mereka untuk penambahbaikan dari segi infrastruktur agar boleh menarik lebih ramai dan juga Kerajaan Perak pun boleh bersama-sama wakil rakyat tempatan. Termasuk juga dengan kawasan saya pun ada gua-gua Perak agar kita boleh membantu atau pun membantu dari segi teknikal sebab gua-gua ini dikatakan tidak selamat. Agar pihak kerajaan untuk membantu dari segi memberikan kaunseling untuk segi menjaga keselamatan agar pelancong datang tanpa was-was. Setujukah YB Menglembu? Terima kasih.
Terima kasih YB Bercham. Saya memang setuju sebab sekadar malam itu Chap Goh Meh, saya dapati jumlah orang yang hadir tak silap sebanyak lebih kurang 30,000. So, memang KPKT telah pun memberi peruntukan sebanyak RM220 ribu kepada Perak Kwan Yin Tong kerana ini untuk membantu mereka sebagai satu pengurusan atau pun menambah baik dari segi infrastruktur dan juga pengurusan dalam tempat tersebut dan saya juga setuju bahawa gua-gua ini harus…
Saya celah sikit, boleh? Berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh Bercham. Ayer Kuning setuju sangat berkaitan dengan penggunaan atau pun buat gua batu kapur yang ada. Yang ada, yang boleh dimanafaat untuk tarikan pelancong. Jadi kalau boleh, kalau boleh Pihak Berkuasa Negeri mungkin boleh memberi kelonggaran kepada mereka yang mahu memajukan kawasan-kawasan batu kapur kerana ia, saya nampak ia ada satu tarikan baharu kepada pengunjung. Terima kasih.
Ya setuju. Saya setuju sebab gua-gua ini di Ipoh memang, memang terkenal. Apabila menjelang perayaan khususnya perayaan orang Cina, gua-gua ini memang dipenuhi dengan pelancong. Memang dapat menjana pendapatan dalam ekonomi tempatan. Walaupun sempena Tahun Melawat Perak Tahun 2024, saya yakin bahawa dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Perak, ia akan dapat menggamit sasaran 8 juta pelancong domestik dan 350 ribu pelancong asing. Atau pun lebih daripada itu untuk datang ke Negeri Perak kerana Negeri Perak pernah mencatatkan kedatangan pelancong domestik tertinggi bagi tahun 2019 iaitu seramai 10.1 juta pelancong. Walaupun penurunan ini berpunca akibat daripada pandemik, namun langkah-langkah yang berkesan kepada strategi menarik kehadiran pelancong perlu sentiasa dimantapkan agar kita dapat mengembalikan reputasi Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan utama di negara kita. Suka tak suka, kita perlu menerima hakikat bahawa media sosial menjadi platform untuk rakyat mengadu isu melingkari kehidupan mereka. Saban hari kita mendengar pelbagai rungutan dan juga keluhan termasuklah yang menyentuh kemudahan dan infrastruktur, jalan, pengurusan sampah, penyelenggaraan longkang-longkang, lampu jalan, pokok dan sebagainya. Bagi saya, ia bukan semata-mata kayu ukur kepada prestasi kita dalam memberi perkhidmatan. Namun ia mencerminkan betapa ruang untuk rakyat bersuara sudah menjadi semakin luas dan pantas terutamanya melalui aplikasi media sosial.
Apa yang penting ialah untuk kita mengurus aduan aduan ini melalui acuan sinergi antara jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan agar apa jua isu yang diutarakan dapat kita tangani dan diselesaikan secara objektif dan efektif. Saya memahami sebahagian daripada rungutan rakyat itu berkisar isu-isu yang berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebab itulah Sesi Bertemu Rakyat Bersama Pegawai Pentadbiran Kerajaan Negeri adalah satu inisiatif yang baik Kerajaan Negeri untuk isu-isu dipanjangkan oleh rakyat terutamanya beberapa perkara yang sering dibangkitkan oleh rakyat termasuklah menyentuh isu jalan rosak, penyelesaian isu banjir dan juga kemudahan infrastruktur yang lain. Dalam Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri menggariskan pelbagai program-program khususnya bagi mengupayakan sara diri rakyat dalam mendepani situasi ekonomi yang tidak menentu. Selain bantuan sosial melalui jabatan-jabatan dan agensi-agensi kebajikan, pelbagai program dan inisiatif disediakan oleh kerajaan termasuk pemberian Kad Perak Sejahtera, Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak, pemberian kotak makanan serta skim-skim bantuan perumahan dan sebagainya. Cabaran kita ialah untuk memastikan semua bantuan ini benar-benar sampai kepada golongan sasar. Saya menyarankan supaya inisiatif Kedai Bergerak Negeri Perak yang dilaksanakan bersama oleh bersama Kerajaan Negeri dengan beberapa agensi-agensi kerajaan dapat diperluaskan agar lebih ramai lapisan rakyat terutamanya di luar bandar dapat membeli barang makanan dan keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.
Selain itu, Perak juga perlu bersiap sedia mulai sekarang untuk menghadapi fenomena penuaan penduduk di negeri ini. Menjelang tahun 2030 Negara Malaysia bakal menghadapi status sebagai negara tua, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. Hal ini kerana jumlah individu warga emas atau mereka yang berumur 60 tahun ke atas dijangka meningkat secara drastik kepada 5.3 juta orang berbanding 3.7 juta orang di Negara ini. Namun demikian, terdapat segelintir golongan warga emas yang diabaikan kebajikan dan kehidupan mereka. Oleh kerana hidup sebatang kara atau tidak dijaga oleh keluarga. Pelbagai faktor yang telah menyumbang kepada berlakunya situasi ini tidak mengira latar belakang masyarakat sama ada golongan kaya ataupun yang miskin.
Timbalan Yang di-Pertua, anggota masyarakat perlu mengelak daripada menjadi seperti kacang lupakan kulit kerana tanpa kewujudan golongan terdahulu ini, kita mungkin tidak dilahirkan dan dibesarkan dengan aman dan selesa pada ketika ini. Lantaran itu, mustahak untuk kita bincangkan langkah-langkah mengatasi masalah pengabaian warga tua di Malaysia untuk manfaat bersama. Salah satu langkah untuk mengatasi polemik ini adalah dengan memperkasakan institusi penjagaan warga tua. Situasi ekonomi yang menekan pada masa ini telah menyebabkan ramai golongan dewasa terpaksa menumpukan kerjaya mereka dan segelintir di antara mereka mengabaikan ibu bapa mereka.
Kesannya, mereka akan dihantar ke pusat jagaan orang tua bagi yang berkemampuan. Sehingga hari ini, pusat penjagaan warga tua kebanyakannya adalah perusahaan swasta yang dibangunkan mengikut prosedur sendiri. Kerajaan Negeri seharusnya merencana sebuah garis panduan dalam pengurusan pusat penjagaan warga tua sebagai piawai yang wajib dipatuhi. Sebagai contoh, setiap pusat penjagaan hendaklah mempunyai bangunan ataupun infrastruktur yang selamat dari pelbagai aspek khususnya keselamatan. Selain itu, memastikan pekerja ataupun jururawat yang diupah mempunyai pengiktirafan atau latar belakang akademik yang menepati kehendak sesebuah institusi penjagaan warga emas. Dengan memastikan pusat jagaan warga emas selesa, kondusif dan juga selamat untuk didiami, nescaya warga emas yang menghadapi pengabaian akan sukar untuk tinggal di salah satu rumah warga tua. Selaras dengan usaha di atas, penyediaan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh dari aspek fizikal dan mental untuk warga tua adalah langkah yang harus dilaksanakan. Tidak dinafikan, institusi kesihatan awam di Malaysia adalah sangat berpatutan dan wajar dipuji. Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan sentiasa diberi dana yang secukupnya adalah satu inisiatif yang baik bagi menambah baik program kesihatan warga tua.
Sebagai contoh, inisiatif PEKA B40 yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah langkah yang sangat baik dan membantu golongan warga emas yang kurang berkemampuan untuk mengesan sebarang masalah kesihatan. Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan pula boleh menghantar sukarelawan untuk melakukan khidmat bantu di rumah warga-warga emas ini. Ia secara langsung dapat membantu keluarga yang memerlukan dan warga emas yang kurang upaya atau menghadapi masalah kesihatan. Perkhidmatan kaunseling juga mustahak untuk ditawarkan agar membantu golongan tua yang menghadapi trauma ataupun masalah psikologi, tegasnya...
Menglembu, saya bagi dua minit lagi.
Satu minit lagi. Tegasnya dengan perkhidmatan kesihatan yang lengkap dan berpatutan jika ditawarkan kepada warga emas, pasti kebajikan mereka terjamin dengan baiknya. Secara kesimpulannya, dengan menyedari keperluan semasa dan cabaran masa hadapan, saya yakin
Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi agensi kerajaan yang lain akan memainkan peranan yang penting dan sentiasa proaktif dalam memperkasakan golongan warga emas dengan merencanakan pelbagai perkhidmatan dan program sejajar dengan keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan hidup golongan warga emas. Akhir sekali, Menglembu sekali lagi menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atas penzahiran Titah DiRaja pada sidang kali ini. Sekian, terima kasih Menglembu mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Menglembu. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunong Semanggol. Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan serta rakan rakan Yang Berhormat dari pihak pembangkang, Yang Berusaha ketua-ketua jabatan, para pemerhati, para pengamal media dan seterusnya tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekian.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai permulaan suka saya memulakan perbahasan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Seri Paduka Baginda Sultan Perak pada hari ini dengan membaca Firman Allah Subhanahuwata'ala (bacaan ayat al-quran) yang bermaksud, "Wahai orang orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri, yakni orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu kemudian jika kamu berbantah-bantah berselisih dalam suatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab yakni al-Quran dan Sunnah RasulNya, jika kamu benar benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya", Surah An-Nisa ayat 59. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kepada hadrat Allah Subhanahuwata'ala kerana dengan izin-Nya kita masih diberi kesempatan untuk bersemuka, berbahas dan berbincang dalam persidangan pada hari ini. Mudah-mudahan dengan keberkatan bulan Syaaban yang mulia, persidangan ini diberkati dan dirahmati Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sekalung penghargaan saya ucapkan kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada petang ini. Saya memulakan ucapan perbahasan saya dengan merafak sembah dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Kelima Belas yang telah berlangsung pada Jumaat yang lalu. Segala Titah Tuanku, Insya Allah akan patik jadikan sebagai keutamaan dan panduan sepanjang bergelar wakil rakyat di Dun Lubok Merbau, Insya Allah. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan terhadap Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang menyentuh berkenaan realiti ekonomi dan prestasi kewangan Negeri Perak. Kami di pihak pembangkang menyokong penuh penegasan Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Perak bagi memastikan kesejahteraan rakyat menjadi agenda utama dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh jentera Kerajaan Negeri di atas prestasi kewangan negeri yang semakin mengukuh dan bertambah baik sejak beberapa tahun ini. Sudah tentulah kejayaan ini adalah hasil usaha dan pengorbanan dari pelbagai pihak khususnya penjawat awam yang komited bagi memastikan urusan kewangan dan perbendaharaan di negeri ini berjalan lancar dan telus. Namun suka saya tegaskan kepada pihak kerajaan supaya tidak sewenang-wenangnya mewujudkan cukai baru atau menaikkan cukai demi meningkatkan hasil pendapatan negeri. Dalam erti kata lain, kerajaan janganlah sekali-kali ada mentaliti bebanan ekonomi negeri. Harus dipundakkan atas bahu rakyat. Sebaliknya, berusahalah mencari sumber pendapatan yang lain kerana Perak adalah bumi yang bertuah, yang kaya dengan segala sumber hasil bumi. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di sebalik prestasi kewangan Kerajaan Negeri yang semakin mengukuh. Isu utama yang perlu difikirkan pihak kerajaan adalah bagaimana memastikan kekayaan dan hasil mahsul bumi Perak ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat di segenap peringkat. Kita tidak mahu kerajaan semata-mata bermegah dengan angka-angka statistik. Namun realiti sebenar rakyat di bawah sangat menderita. Hanya mereka yang benar-benar terjun dalam masyarakat sahaja yang tahu hakikat sebenar kehidupan rakyat sekarang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya di Dun Lubok Merbau hampir setiap hari menerima aduan dan rintihan rakyat yang yang terus dihimpit dengan masalah kemiskinan. Ada yang memohon bantuan bayar bil, ada yang memohon bantuan pengajian anak dan ada yang merintis untuk sesuap nasi. Yang lebih meluluhkan dan menyakitkan hati apabila sebahagian aduan yang diterima sebenarnya berpunca dari pengabaian oleh anak-anak mereka. Justeru di Dewan yang mulia ini, saya menyeru dan merayu kepada seluruh rakyat jelata Negeri Perak, khususnya anak-anak muda jadilah anak yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap ibu bapa, kasihanilah mereka dengan penuh kasih sayang. Jagalah mereka bagai menatang minyak yang penuh, sementara ibu bapa masih ada. Rentetan isu yang sama, saya memohon pihak agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal dapat memikirkan satu mekanisme yang terbaik bagi memastikan golongan ibu bapa yang terabai ini kerana kita sedia maklum pihak agensi kebiasaannya akan menolak permohonan bantuan golongan ini disebabkan keberadaan anak-anak yang bekerja. Maka saya berharap dan mengharap pihak agensi dapat menangani dengan berhikmah sekiranya berhadapan dengan kes-kes sebegini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan sekalung penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak yang telah menyediakan peruntukan khas bagi tujuan projek perbekalan sebanyak RM300,000.00 untuk setiap Dun pembangkang. Sudah pastilah peruntukan ini sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada kami dalam usaha menjayakan agenda kesejahteraan rakyat. Namun, saya ingin menyatakan sedikit kekecewaan apabila peruntukan Outright Grant (OG), dengan izin sudah dimansuhkan pada tahun ini. Begitu juga peruntukan bagi setiap hari perayaan yang tidak diberikan kepada pihak pembangkang. Begitu juga peruntukan kotak makanan yang telah disebut oleh rakan-rakan pembangkang saya terutamanya daripada Kubu, Kampong Gajah tadi yang telah menyatakan bagaimana kotak makanan itu diberikan oleh Pemuda Umno. Cuma persoalan sekarang adakah Umno sekarang telah bertukar menjadi NGO dan saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri Perak akan terus menjadi contoh yang terbaik kepada negeri-negeri yang lain. Sekiranya peruntukan ini dikembalikan dan diagihkan dengan seadil-adilnya. Rasulullah SAW bersabda, yang diriwayatkan oleh Abi Mas’ud Al-Ansari RA, (ayat Al-Quran). Maksudnya, barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan, maka dia mendapat pahala sama seperti orang yang melakukan. Riwayat Muslim.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum, negara Malaysia kini dilanda krisis kejatuhan nilai ringgit yang mencecah RM4.80 berbanding satu dolar Amerika iaitu rekod terburuk dalam tempoh 26 tahun sejak tahun 1998. Penyusutan nilai ringgit ini sudah pasti menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup terutamanya pada sektor yang bergantung kepada barangan import. Para peniaga khususnya sudah ramai yang mengeluh dengan kenaikan menggila harga barang. Terutamanya menjelang Ramadan dan Syawal nanti. Harga daging beku contohnya mengalami kenaikan sampai empat kali dalam sebulan. Harga bawang kini sudah mencecah sampai RM9 sekilo. Ini belum dikira lagi dengan isu bekalan beras yang sampai sekarang tidak nampak jalan penyelesaiannya. Yang dibanggakan hanyalah Jualan Rahmah yang seolah-olah menjadi rakyat sebagai pengemis di tanah air sendiri. Maka soalan saya kepada pihak kerajaan, apakah langkah dan dasar yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan B40 ini khususnya para peniaga dan golongan bagi menghadapi krisis ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga menzahirkan penghargaan atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya pihak Kerajaan Negeri menitikberatkan soal pendidikan. Sebagai bekas seorang guru yang telah berkhidmat puluhan tahun, sesungguhnya dunia pendidikan sangat dekat di hati saya. Kita semua meyakini bahawa jalan ampuh untuk menoktahkan kemiskinan adalah melalui pendidikan. Namun saya melahirkan kebimbangan dengan isu anak-anak keciciran pendidikan yang sebahagiannya berpunca daripada belenggu kemiskinan di dalam Dun Lubok Merbau sendiri. Saya ada menghadapi beberapa kes sebegini. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak Baitumal yang ada menyediakan bantuan pendidikan untuk anak-anak di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Saya merayu dan menyeru kepada semua pihak, termasuk agensi dan jabatan, komuniti, masyarakat, masjid-masjid, badan-badan NGO supaya memperbanyakkan skim bantuan pendidikan seumpama ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga melahirkan kebimbangan terhadap trend ibu bapa yang semakin tidak mengambil berat tentang pendidikan kelas asas Fardu Ain (KAFA) terutamanya pasca pandemik Covid-19. Saya yakin dan percaya banyak sekolah KAFA dalam dilema untuk diteruskan pengoperasiannya disebabkan oleh bilangan pelajar yang merosot teruk. Bilangan pelajar yang sedikit sudah pasti memudarkan semangat warga sekolah dan menyukarkan dari sudut kos operasinya. Maka saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat membantu sekolah KAFA di Negeri Perak supaya sekolah-sekolah ini dapat terus beroperasi dan bersaing di dalam dunia pendidikan. Infrastruktur sekolah-sekolah KAFA juga hendaklah dibantu dan diselenggarakan sebaiknya. Contohnya, Sekolah KAFA Al-Falahiah Kampung Buaya yang memerlukan kerusi dan meja yang telah uzur. Sekolah KAFA Zainalbiah Padang Asam perlu kepada penyelenggaraan yang baik. Begitu juga kebajikan para guru KAFA yang hendak dijaga dan diambil berat oleh pihak agama dan pihak Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri yang tampak bersungguh-sungguh dalam usaha mewujudkan gerak kerja dan tatakelola yang baik dalam pentadbiran Kerajaan Negeri. Ia selaras dengan apa yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Tuanku pada Jumaat yang lalu. Tatakelola yang baik ini juga yang selalu dilaungkan dan diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Namun, suka saya ingatkan bahawa tatakelola yang baik tidak cukup dengan membenteras rasuah semata-mata bahkan lebih daripada itu. Budaya kronisme, budaya diskriminasi, budaya memberi tekanan kepada penjawat awam, budaya memberi bantuan ataupun projek kepada kuota parti pemerintah, budaya menyekat hak kebebasan bersuara penjawat awam. Ini semua adalah budaya negatif yang wajib ditentang habis-habisan. Ingatlah firman Allah Ta'ala, (ayat Al-Quran). Maksudnya, sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah Ta'ala memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Ta'ala maha mendengar lagi maha melihat. Dalam masa yang sama, dimohonkan amalkan budaya kerja yang mesra pelanggan. Tidak menyusahkan birokrasi. Budaya berhikmah dan bertoleransi hendaklah diperbanyakkan dalam gerak kerja Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menitahkan negara yang stabil, aman dan harmoni. Mampu membangunkan negara yang makmur. Kekuatan negara kita terletak kepada sejauh mana rakyat memahami teras pembinaan negara. Rukun Negara menjadi terasnya manakala Perlembagaan Negara menjadi pasaknya. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Seharusnya perkataan Islam itu dilihat dari maksud yang sebenar, yakni perspektif Islam sebagaimana yang disebut oleh Al-Maududi Islam is the waste of life dengan izin. Islam sebagai cara hidup dan tatakelola.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita baru-baru ini digemparkan dengan satu keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah. Keputusan tersebut adalah hasil petisyen yang dikemukakan oleh seorang peguam iaitu Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman. Kes ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari tokoh-tokoh akademik, pengamal pengamal undang-undang dan termasuk rakyat awam khususnya umat Islam. Kes ini secara tidak langsung telah menyebabkan wujudnya konflik bidang kuasa di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di negara ini. Justeru, besar harapan saya bagi menangani konflik berkaitan undang-undang Syariah di peringkat negeri. Khususnya Enakmen Jenayah Syariah Negeri, saya mencadangkan agar satu jawatankuasa khas diwujudkan bagi meneliti dan memperkasakan Perundangan Syariah di peringkat Negeri Perak.
Jawatankuasa ini mestilah melibatkan pengamal undang-undang. Pakar perlembagaan, alim ulama, agensi-agensi agama, NGO Islam dan mana-mana pihak yang dirasakan layak dan perlu. Perkara ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan. Bagi mengelakkan kes pertindihan kuasa seumpama ini berulang lagi pada masa hadapan. Yang lebih membimbangkan, kes seumpama ini akan mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan rakyat yang sudah sememangnya berlatar belakangkan pelbagai bangsa dan agama.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini juga digemparkan dengan satu kes penahanan seorang lelaki yang dikenali sebagai Hot Daddy dengan izin serta enam orang perempuan yang dikaitkan dengan perkhidmatan persundalan di laman sosial. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak berkuasa yang telah berjaya melakukan tangkapan dan membongkarkan kes ini. Saya menggesa supaya pihak berkuasa terus memburu golongan ini kerana saya sangat yakin kegiatan keji dan jijik ini sebenarnya sudah bertapak dan semakin meluas di kalangan anak-anak muda kita. Apa yang lebih membimbangkan, ada pihak yang seolah-olah mahu mewujudkan gerakan normalisasi maksiat yang jelas bertentangan dengan saranan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan bertentangan juga dengan adat dan tatasusila yang merupakan salah satu Rukun Negara kita. Ini terbukti apabila individu lelaki terbabit tanpa segan silu dijemput sebagai panel dalam satu program podcast di dalam sesawang baru baru ini. Anak-anak muda kita tanpa segan silu dan ramai yang memberi sokongan terhadap lelaki ini. Inilah yang disebutkan sebagai usaha-usaha menomalisasikan maksiat yang sedang menular termasuklah di dalam program-program kerajaan. Termasuklah juga penganjuran konsert artis penyokong LGBT pada malam Nisfu Syaaban, baru baru ini. Mana-mana orang Islam yang ada iman, sudah pasti akan sangat marah…
Dua minit lagi.
…yang mencemarkan kemuliaan malam Nisfu Syaaban. Justeru, saya mengingatkan kepada Kerajaan Negeri jika mahukan keharmonian rakyat terus terpelihara, maka elaklah perkara-perkara sensitif sebegini jangan diulang kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya akhiri perbahasan saya dengan sepotong hadis Nabi s.a.w yang berbunyi (bacaan hadis) yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah Azzawajalla pada hari qiamat dan paling dekat tempat duduknya di sisi Allah, adalah pemimpin yang adil, sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah pada hari qiamat dan paling keras siksaannya adalah pemimpin yang zalim" hadis Riwayat Ahmad. Mudah-mudahan hadis ini menjadi peringatan kepada kita supaya melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan Ifqon adil dan amanah. Sekian. Lubok Merbau menjunjung kasih titah Tuanku. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Merbau seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi kerajaan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan mengizinkan saya untuk menjunjung kasih atas Titah Diraja sempena perasmian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada sidang kali ini.
Saya berasa amat bersyukur dapat bersidang di Dewan yang mulia ini bagi Tahun Yang Kedua, Dewan Negeri yang Kelima Belas setelah diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat dari kawasan Pokok Assam. Setelah lebih dari setahun kita membentuk Kerajaan Perpaduan dan setelah sekian lama, kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memerintah negara kita.
Keadaan politik negara kita sudah semakin stabil dan kini tibanya masa untuk kita semua bersama-sama berusaha untuk memberikan sepenuh perhatian dalam usaha membangunkan ekonomi negara. Dengan syarat keadaan negara yang stabil, aman dan harmoni kita akan berupaya membangunkan negara yang makmur dan melimpahkan kemakmuran negara untuk manfaat rakyat jelata. Negara yang stabil, aman dan harmoni akan dapat membangunkan warga yang kuat untuk membina negara yang kuat. Negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan. Warga yang memiliki kedewasaan untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki kelemahan disamping kekuatan tetapi warganya berpindah pintar memilih untuk menggabungkan kekuatan dan tidak membesar-besarkan kelemahan. Warga yang memilih semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih bersatu daripada berpecah.
Timbalan Yang di-Pertua, hubungan antara kestabilan politik dan pembangunan ekonomi sangat erat dan saling mempengaruhi. Kestabilan politik akan membantu kita mencipta lingkungan yang kondusif untuk pembangunan ekonomi jangka panjang. Contohnya dalam pelaburan dan pembangunan perniagaan. Kestabilan politik akan mencipta kepastian bagi para pelabur dan pengusaha kerana perniagaan cenderung lebih suka beroperasi dalam lingkungan yang tidak terganggu oleh konflik politik atau tidak kepastian undang-undang supaya perniagaan dapat dijalankan dengan lancar dan berpotensi untuk dibangunkan dengan konsisten. Selain itu, keselamatan politik yang kukuh juga boleh meningkatkan keyakinan pelabur mendorong pelaburan asing dan domestik. Pencapaian pelaburan antarabangsa yang lebih tinggi pada tahun 2023 iaitu 6.6% daripada (KDNK) Keluaran Dalam Negara Kasar adalah buktinya. Dalam Dasar Ekonomi pula kestabilan politik membolehkan kerajaan melaksanakan dasar ekonomi jangka panjang tanpa gangguan atau perubahan yang drastik. Dasar fiskal dan monetari yang konsisten dapat menyokong pertumbuhan ekonomi dan kestabilan harga. Dari segi infrastruktur dan pembangunan pula, kestabilan politik dapat mencipta syarat yang lebih baik untuk perancangan dan pelaksanaan projek infrastruktur jangka panjang. Pembangunan infrastruktur yang baik pula boleh meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos logistik dan meningkatkan daya saing ekonomi suatu negara. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kestabilan politik boleh mempengaruhi keyakinan pengguna dan perniagaan. Jika masyarakat dan ahli perniagaan, yakin akan kestabilan politik, mereka cenderung lebih optimis untuk berbelanja dan melabur. Kestabilan politik juga dapat menyokong pembangunan sumber manusia, melalui pelaburan dalam pendidikan dan latihan.
Seterusnya, tenaga kerja yang terampil dan terdidik boleh meningkatkan produktiviti dan daya saing ekonomi. Apa yang lebih penting adalah pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Kestabilan politik adalah syarat syarat asas yang membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan dasar ekonomi jangka panjang yang menyokong pertumbuhan yang berterusan. Kestabilan politik juga merupakan asas keselamatan negara. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memberitahu, Ahli Parlimen dari pihak kerajaan mahupun pembangkang bahawa Baginda tidak akan melayan sebarang permintaan untuk menjatuhkan kerajaan. Dalam Titah Baginda semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen, Parlimen Kelima Belas, Baginda berpesan agar semua pihak perlu menghormati Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk. Ini adalah untuk memastikan kestabilan politik negara tidak tergugat dan kesejahteraan lebih 33 juta rakyat Malaysia diutamakan. Daulat Tuanku.
Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Malaysia mencatatkan jumlah pelaburan diluluskan tertinggi dalam negara dalam sejarah negara Malaysia, iaitu sebanyak RM329.5 bilion pada tahun 2023 iaitu 23% lebih tinggi, berbanding dengan tahun 2022. Daripada jumlah pelaburan tersebut, pelaburan asing adalah penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2% berbanding dengan pelaburan domestik 42.8%. Prestasi yang cemerlang ini disokong oleh peningkatan sebanyak 35.1% bagi pelaburan domestik dan sebanyak 15.3% bagi pelaburan asing. Secara tidak langsung, ini merupakan satu petanda bahawa dasar mesra pelaburan dan mesra perniagaan yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan Perpaduan telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur. Jumlah pelaburan yang diluluskan ini juga telah membabitkan 5,101 projek dan berpotensi mewujudkan lebih 127,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat dan negara. Sektor perkhidmatan merekodkan pelaburan tertinggi dengan menyumbang lebih daripada separuh iaitu sebanyak 51.1% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, iaitu RM168.4 bilion. Ini diikuti oleh sektor perkilangan sebanyak RM152 bilion iaitu bersamaan dengan 46.1% dan sektor utama sebanyak RM9.1 bilion ataupun 22.8%.
Ini merupakan satu petanda kebangkitan semula ekonomi. Landskap pelaburan negara yang memperlihatkan prestasi yang amat memberangsangkan. Ini juga mencerminkan pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi negara sepanjang lebih setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kejayaan ini sebenarnya adalah hasil daripada usaha berterusan pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang turut disokong oleh kerajaan-kerajaan negeri yang terbabit, yang terlibat. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, walaupun jumlah pelaburan yang diluluskan ke Malaysia bagi dua tahun kebelakangan ini amat memberangsangkan, namun pelaburan yang masuk ke Negeri Perak masih tidak begitu ketara. Iaitu sebanyak RM6.6 bilion pada tahun 2022, manakala jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan ke Negeri Perak pada tahun 2023 masih belum diperincikan. Kita dapat melihat manfaat pelaburan besar yang dibawa oleh MITI dan MIDA ke Malaysia lebih banyak dinikmati oleh negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang dan Selangor berbanding dengan Negeri Perak. Itu belum lagi jika kita mengambil kira data pelaburan yang masuk ke kawasan bandar Taiping yang mampu yang mempunyai satu kawasan perindustrian yang telah dibangunkan sejak tahun 60an lagi.
Mungkin masih banyak lagi perkara yang perlu dipertingkatkan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Perak secara umumnya dan rakyat Pokok Assam dan Taiping secara khususnya. Justeru, inisiatif-inisiatif yang lebih agresif dan tangkas perlu diambil secara bersama oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kita tidak dapat menafikan bahawa semakin banyak syarikat telah mula melihat ke arah kawasan Perindustrian Kamunting di bandar Taiping, malah ada syarikat dalam sektor semi, semikonduktor dari Pulau Pinang yang telah mula masuk melabur ke Kawasan Perindustrian Kamunting.
Oleh yang demikian, saya amat berharap sokongan penuh dapat diberikan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui agensi-agensi penggalakan pelaburan seperti InvestPerak, MIDA dan NCIA dalam memastikan pelaburan-pelaburan ini dapat dipermudah cara kan dan disokong dengan tawaran insentif-insentif yang lebih menarik. Hal ini amat penting kerana syarikat-syarikat semikonduktor sama ada dari peringkat antarabangsa atau peringkat domestik, memang sangat memfokuskan kawasan koridor utara iaitu kawasan perindustrian di Pulau Pinang, Kulim Hi-Tech Park dan termasuk juga Kawasan Perindustrian Kamunting. Malah kawasan Perindustrian Kamunting yang berhampiran dengan radius ekosistem industri semikonduktor koridor utara mempunyai kelebihannya yang tersendiri dari segi harga tanah serta kos menjalankan perniagaan yang lebih kompetitif berbanding dengan Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech Park.
Oleh hal yang demikian, saya berharap usaha penggalakan pelaburan yang dijalankan oleh Yang Berhormat Jalong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pelaburan Industri dan Pembangunan Koridor yang sentiasa disokong oleh InvestPerak, MIDA, NCIA akan terus dipertimbangkan dari masa ke semasa. Langkah langkah proaktif yang dilakukan ini akan memastikan Perak kekal kompetitif menarik pelabur dan pemain-pemain industri untuk terus menyokong asas ekonomi negeri Perak. Saya juga ingin mencadangkan agar 1 siri seminar khas penggalakan pelaburan dapat diadakan, khususnya di Kawasan Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang bagi menghimpunkan pemain-pemain industri di kawasan tersebut supaya kita dapat memperkenalkan Negeri Perak terutamanya kawasan utara Perak sebagai satu destinasi pelaburan kepada pemain-pemain industri. Selain itu, saya juga mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri Perak dapat mempertimbangkan usaha kerjasama bersamaan bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk saling melengkapi keperluan industri. Saya percaya setiap negeri mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing. Tidak ada satu negeri yang mampu memiliki segala-galanya.
Maka kita perlu bekerjasama untuk saling melengkapi demi pembangunan ekonomi masing-masing yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Bagi projek yang tidak sesuai untuk dibangunkan di Pulau Pinang sama ada dari, dari segi kekangan saiz atau tidak selari dengan sektor fokus Pulau Pinang. Projek-projek seumpama ini dapat disalurkan ke Negeri Perak melalui kerjasama antara dua negeri, di mana perkara ini dapat menguntungkan kedua-dua negeri melalui pengukuhan ekosistem dan rantaian bekalan industri, lantas secara tidak langsung memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negeri melalui perkembangan aktiviti ekonomi dan pengwujudan lebih banyak peluang pekerjaan.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Kerajaan Negeri Perak kerana telah banyak berusaha untuk mempromosikan produk pelancongan negeri demi menjayakan Tahun Melawat Perak 2024. Bagi Bandar Warisan Taiping yang sedang menyambut ulang tahun ke-150 pada tahun ini, banyak usaha dan bantuan dari kerajaan negeri khususnya Pejabat Exco Pelancongan dan Tourism Perak amat dihargai. Majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri baru-baru ini telah diadakan di Bandar Warisan Taiping sempena ulang tahun yang ke-150 disambut baik dan telah menjadi satu kebanggaan warga Taiping kerana dapat meraikan satu majlis sambutan yang begitu besar dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Sultan Perak Darul Ridzuan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, pegawai-pegawai dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri dan pusat. Murid-murid sekolah dari sekitar Bandar Taiping telah diberikan kesempatan untuk membuat persembahan di atas pentas yang besar.
Ini telah menjadi satu titik kenangan yang sangat bermakna lebih-lebih lagi tahun ini merupakan ulang tahun yang ke-150 Bandar Warisan Taiping dan sudah tentunya ada banyak lagi acara yang akan berlangsung sepanjang tahun ini. Dalam kalendar Majlis Perbandaran Taiping, sekurang-kurangnya akan ada 150 program sepanjang tahun ini dengan usaha dari semua pihak termasuk masyarakat tempatan. Setakat ini, kesemua program yang telah dijalankan pada bulan Januari dan Februari telah mendapat sambutan yang sangat baik bukan sahaja warga tempatan, malah ramai yang datang dari luar Taiping. Sambutan yang amat menggalakkan ini merupakan satu petanda yang cukup baik dalam usaha kita menjayakan Tahun Melawat Perak 2024 dan sambutan ulang Tahun ke-150 Bandar Warisan Taiping. Akan tetapi pada masa yang sama apabila kita sedang berusaha untuk mempromosikan Tahun Melawat Perak.
Selain menawarkan produk-produk pelancongan, kita juga harus menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur yang lebih sempurna untuk menyambut baik kedatangan pelancong-pelancong. Sebagai satu destinasi pelancongan yang utama di bandar Taiping, Taman Tasik Taiping yang menyambut kedatangan ribuan pengunjung setiap hari menghadapi masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat parkir menyebabkan suasana yang kurang mesra pelancong. Keadaan tasik dan pokok hujan-hujan yang kekurangan kos penyelenggaraan turut mencalarkan kecantikan taman tasik. Kekurangan lampu jalan di sekitar laluan pejalan kaki, kerosakan alat senaman dan alat permainan kanak-kanak juga merupakan masalah yang patut diselesaikan sebelum kita dapat menyambut lebih ramai pelancong dengan keadaan yang lebih bersedia. Masalah-masalah kerosakan dan kekurangan kos penyelenggaraan penyelenggaraan juga berlaku di tempat-tempat pelancongan yang lain seperti Zoo dan Night Safari Taiping, Bukit Larut dan lain lain lain lain lagi.
Selain itu, keadaan jalan raya di sekitar Bandar Taiping juga masih kurang memuaskan walaupun banyak projek penurapan semula telah dijalankan sejak tahun yang lalu. Masih banyak lagi jalan di taman-taman perumahan berada dalam keadaan yang perlu diperbaiki dengan segera. Sebagai sebuah bandar yang pernah dinobatkan sebagai Bandar Ketiga Terbaik Dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia pada anugerah Peringkat Antarabangsa bagi Pelancongan Lestari Dunia 2018 bukan sahaja pelancong-pelancong dari luar, warga Taiping teringin sangat untuk merasai makna sebenar dan keadaan yang sepatutnya sebuah bandar lestari dengan keadaan kemudahan asas seperti jalan raya dalam keadaan yang lebih baik. Maka saya ingin memohon agar masalah jalan raya dan kemudahan asas yang lain perlu diperbaiki dengan segera sempena ulang tahun ke-150 Bandar Warisan Taiping dan juga Tahun Melawat Perak 2024.
Sebelum mengakhiri perbahasan saya pada petang ini, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri Perak atas kutipan hasil negeri yang semakin meningkat dan kedudukan kewangan negeri yang semakin kukuh. Kerajaan Negeri telah berjaya mencatatkan surplus sebanyak RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023 iaitu peningkatan sebanyak RM32.8 juta berbanding dengan tahun 2022. Manakala kutipan hasil pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1.21 billion merekodkan kutipan hasil tertinggi yang pernah diperolehi di negeri Perak mengatasi 7% sasaran RM1.13 bilion yang diunjurkan. Kutipan hasil yang tinggi serta status kewangan surplus dicapai melalui tadbir urus kewangan yang cekap dan kaedah kutipan hasil yang berkesan. Hasil negeri yang di perolehi ini akan dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat. Dengan kedudukan kewangan yang kukuh ini telah mengupayakan Kerajaan Negeri Perak yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Dato' Seri Saarani Mohamad membentangkan belanjawan negeri tertinggi dalam sejarah. Dewan ini telah meluluskan peruntukan belanjawan sebanyak RM1.4 bilion bagi tahun 2024. Semoga kita semua.
Dua minit lagi.
Semoga kita semua yang berada di dalam Dewan yang mulia ini akan terus berusaha dan bekerja bersama-sama terus meningkatkan usaha menambahkan hasil di samping mengamalkan langkah belanja berhemah dengan mengamalkan budaya berjimat cermat serta budaya tidak membazir demi negeri Perak yang lebih makmur dan sejahtera. Sekian terima kasih. Pokok Assam mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat dari Pokok Assam. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim alhamdulillahi rabbil alamin, wassalatu wassalamu ala asrofil anbiya-i wal mursalin wa ala alihi washahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato' Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, ADun Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Adun Gunong Semanggol, barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat Ex Officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat rakan-rakan pihak pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media, para pemerhati seterusnya seluruh rakyat Perak yang mengikuti perbahasan pada petang ini khususnya rakyat di Dun Pengkalan Hulu. Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah Subhanahuwata'ala di atas limpahan rahmat dan kasih sayangNya kepada kita semua yang juga selawat serta salam ke atas utusan paling mulia Nabi Muhammad Shollallahu alaihi wasallam yang menjadi rahmat bagi semesta dan seluruh alam.
Terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada Pengkalan Hulu untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada hari ini. Pengkalan Hulu merafak sembah dan menjunjung kasih atas penzahiran Titah Ucapan Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Pertama Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas. Tahun 2023 telah kita lewati dengan pelbagai asam garam yang asam garam yang telah dirasa. Pengalaman menjadi pembawa suara rakyat ini sepatutnya telah mengajar kita untuk mentransformasikan diri ke arah lebih baik melakukan transformasi diri ke arah kecemerlangan memerlukan kita semua untuk mempunyai jiwa besar lagi kental. Pengalihan ataupun transformasi diri memerlukan kekuatan dan sokongan. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Ini adalah undang-undang dan sunnah yang ditetapkan oleh Allah Subhanahuwata'ala seperti firmanNya bermaksud 'sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila dikehendaki oleh Allah, keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya. Surah Al-Alaq ayat 11.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pelaburan pendidikan adalah pelaburan untuk kesihatan dan kemakmuran. Pendidikan adalah kunci utama pengeluaran atau hasil kehidupan. Pelaburan dalam pendidikan yang bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat pendidikan tertinggi mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup seseorang. Pendidikan, kesihatan dan kemakmuran adalah saling berkaitan. Apabila masyarakat berilmu, biasanya tahap kesihatan mereka lebih baik. Apabila masyarakat sihat, maka mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti dan berdaya saing dalam pelbagai bidang hingga ke tahap kemakmuran negara. Namun demikian, fasiliti untuk pendidikan mestilah sempurna, disediakan dan selesa untuk proses pembelajaran yang berkesan. Memastikan kadar kehadiran tinggi ke sekolah atau memastikan murid masuk kelas. Seperti mana sahabat saya daripada Kubu Gajah pernah membangkitkan hal berkenaan dengan kehadiran anak ke sekolah. Jadi Pengkalan Hulu juga tertarik untuk berbahas berkenaan dengan kehadiran anak ke sekolah adalah yang mana penting bagi memastikan mereka menjadi warga yang berilmu.
Namun demikian, terdapat beberapa kekangan dalam kalangan masyarakat yang menyumbang kepada ketidakhadiran anak-anak bersekolah. Masalah ekonomi sesebuah keluarga ibu bapa yang terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga, meninggalkan anak-anak di rumah tanpa penjagaan hinggakan anak-anak terabai, tidak dan tidak ke sekolah. Begitu juga dengan keluarga yang bermasalah. Perceraian ibu bapa menagih dadah hingga menyebabkan anak-anak terbiar di terbiar untuk ke sekolah. Dalam pada masa itu, terdapat juga anak-anak sekolah menengah yang bekerja separuh masa bagi menampung dan membantu kewangan keluarga. Namun, terdapat juga yang bekerja, adik-adik dan anak-anak di luar sana bekerja demi mendapatkan wang saku sendiri. Untuk topup telefon bimbit ataupun menukar gajet dan lain-lain lain lagi kepada keperluan peribadi mereka. Mereka ini tidak hadir ke sekolah kerana keletihan dan mengantuk. Jadi perkara ini haruslah dipandang oleh pihak Kerajaan Negeri. Akan jadi luar bandar ini kita lihat anak-anak ada yang membantu ibu bapa mereka di kebun, ada yang membantu ibu bapa mereka di menoreh dan ada juga yang membantu ibu bapa mereka berniaga sama ada di dalam waktu persekolahan ataupun luar waktu persekolahan. Jadi apa yang kita kena lihat apabila mana anak-anak ataupun pelajar-pelajar murid-murid sekolah ini yang tidak pergi ke sekolah tapi duduk bersama dengan ibu atau penjaga bekerja untuk menambah kewangan keluarga.
Dengan pendidikan boleh dengan pendidikan boleh atasi pewarisan kemiskinan sebenar. Umum mengetahui ramai anak dari keluarga yang miskin telah berjaya dengan kesabaran dan kesungguhan ibu dan ayah. Memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik dan berjaya mengubah taraf hidup mereka. Justeru, Pengkalan
Hulu bersetuju dengan ilmu melalui pendidikan yang holistik, memperbaiki tahap kesihatan dan kemakmuran rakyat. Pengkalan Hulu ingin menyarankan yang pertama program motivasi pelajar dan ibu bapa perlu diperbanyakkan dan tepat pada sasarannya dan kedua bantuan bantuan ataupun skim galakan pendidikan dipelbagaikan dan capai sasaran. Ketiga meningkatkan peranan atau menggerakkan komuniti PIBG sekolah, agensi pendidikan dan pihak pihak yang berkaitan dan bersesuaian untuk sama-sama kita memainkan peranan bagi memastikan anak-anak ke sekolah dan belajar.
Saya ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional ataupun TVET adalah memenuhi keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja yang cekap dalam bidang-bidang tertentu khususnya bidang teknikal dan bidang kemahiran. Dalam mengarus perdanakan pendidikan TVET ini. Pengkalan Hulu juga tersenarai dalam koridor TVET Malaysia. Besar harapan Pengkalan Hulu agar ia diusahakan supaya dapat menarik lebih ramai anak-anak dalam aliran teknikal dan kemahiran ini. Aliran TVET tidak dianggap pilihan terakhir dalam aliran pendidikan. Ini kerana lepasan aliran ini amat diperlukan dalam industri. Suka juga untuk saya mencadangkan agar penyertaan TVET ini digiatkan ke kawasan-kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Pengkalan Hulu ataupun kawasan-kawasan lain yang tidak mempunyai akses ataupun tidak dapat disampaikan maklumat secara terus. Mungkin jika perlu kepada agensi yang berkaitan untuk turun padang dan turun padang turun ke kampung-kampung, memberi penerangan ataupun membuka kaunter buka kaunter, selain daripada kita mengiklankan secara maya. Walaupun sekali zaman dah canggih, semuanya di hujung jari boleh dapatkan boleh kita tengok iklan di website ataupun di media sosial. Tapi peranan kita peranan tambahan kita sebagai kerajaan dan juga sebagai wakil rakyat kita turun ke kampung-kampung. Bagi pengetahuan iklankan promosi kepada anak-anak kampung yang mungkin tidak tahu maklumat ini ataupun tercicir di kampung-kampung. Saya melihat perkara ini perlu diusahakan dengan proaktif supaya anak-anak lepasan SPM ini contohnya kurang terdedah dengan aktiviti sosial dan negatif.
Jadi, anak-anak, pelajar-pelajar yang tercicir ini mereka ada ada peluang lagi untuk mereka belajar walaupun bukan dalam bidang akademik. Tapi di dalam bidang TVET dan saya, saya melihat ia satu potensi yang tinggi agar didirikan sebuah pusat kemahiran belia di Pengkalan Hulu seperti Giat Mara ataupun IKM dan lain-lain lagilah yang bersesuaian dengan keadaan bentuk geografi Pengkalan Hulu ini sedia maklum di Daerah Hulu Perak ini ada Gerik dan Lenggong. Gerik ada Giat Mara dan di sebelah negeri di sebelah Kedah. Di Kedah di Baling, ada juga Giat Mara. Tapi di Pengkalan Hulu, tiada lagi pusat kemahiran dan pusat kemahiran contohnya seperti Giat Mara tadi yang disebutkan tadi. Mengikut maklumat yang terdapat lebih kurang 300 orang murid lepasan SPM daripada sekolah-sekolah menengah di sekitar kawasan Pengkalan Hulu pada setiap tahun.
Jadi mungkin percentage ada pada sebahagian daripada jumlah tersebut mungkin pergi melanjutkan pelajaran ke IPTA ataupun IPT. Tapi ada sebahagiannya duduk di kampung dan sebahagiannya duduk di kampung. Jadi kita kalau wakil pihak kerajaan turun ke kampung membuat buka kaunter menyampaikan maklumat ajar mereka bagi pendedahan berkenaan dengan peluang-peluang dalam dalam kemahiran Insya Allah. Mungkin anak-anak, murid-murid ini dorang habis belajar daripada latihan mungkin dia boleh berniaga atau boleh buat buka bengkel cari pendapatan dengan sendiri tanpa perlu menunggu untuk mendapat pekerjaan. Dan tidak semua daripada kalangan mereka ini mampu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, dengan cadangan penubuhan pusat kemahiran untuk belia ini akan mampu menyasarkan manfaat kepada golongan ini dan dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat di Negeri Perak. Cadangan ini berdasarkan beberapa siri maklum balas yang dibuat bersama penduduk setempat dan jika kawasan lain ada pusat kemahiran Pengkalan Hulu juga perlu ada juga pusat kemahiran sekurang kurangnya Giat Mara.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dengan sukan. Selain daripada kesihatan sukan dapat membina semangat patriotik dan memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Ia juga membina pelbagai nilai positif dalam masyarakat yang berbilang kaum di samping membentuk individu yang berdisiplin. Perak telah melahirkan ramai atlet ataupun ahli sukan yang berpotensi dan berbakat hingga ke peringkat antarabangsa yang Pengkalan Hulu tidak terlepas juga, kami ada wakil dalam sukan memanah. Kami juga ada wakil daripada sukan sepak takraw yang pernah mewakili Malaysia. Jadi kepada Exco Sukan, saya jemput ke Pengkalan Hulu. Insya Allah kita boleh jumpa kita tengok apa peluang-peluang yang ada di Pengkalan Hulu dalam bidang sukan untuk kita bawa ke peringkat yang lebih tinggi. Ini amat-amatlah membanggakan. Namun demikian, dalam pelbagai usaha mewujudkan prasarana sukan yang berteknologi dan naik taraf kompleks sukan di beberapa daerah. Saya ingin bertanyakan berkaitan persediaan atau pun plan pembangunan atlet oleh Majlis Sukan Negeri dalam menghadapi sukan-sukan peringkat dalam dan luar negara seperti SUKMA dan lain-lain yang mana melibatkan atlet Perak dan apakah insentif-insentif yang disediakan bagi memotivasikan dan menjaga kebajikan atlet kita ini? Perak telah melaksanakan dasar pembangunan sukan orang kampung, sukan orang kurang upaya atau pun OKU. Sejauh manakah fasiliti kondusif untuk pembangunan sukan bagi golongan OKU telah dilaksanakan? Adakah telah dibangunkan fasiliti sukan yang mesra OKU di daerah-daerah? Kita mahu semua peringkat masyarakat menikmati kemudahan sukan yang disediakan dan saya pernah membangkitkan berkenaan dengan kemudahan sukan di dalam Adun saya pada sesi sidang yang lepas Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Exco berkunjunglah ke Pengkalan Hulu untuk melihat beberapa kemudahan dan fasiliti sukan yang masih belum di baik pulih oleh pihak Yang Berhormat pihak Kerajaan Negeri atau pihak yang berkaitan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua isu seterusnya berkenaan isu, isu beberapa isu di dalam Dun. Yang pertama berkenaan dengan Border Gateway. Border Gateway yang terdapat di dalam Pelan Perak Sejahtera. Program ini dilihat masih kurang mencapai matlamatnya berdasarkan kepada senario ekonomi di kawasan ini. Terdapat bangunan yang telah dibina yang masih terbiar terbengkalai dan sudah tentulah memburukkan pandangan dan apakah dibiarkan mereput begitu sahaja? Apakah ada alternatif lain untuk membangunkan semula kawasan ini? Pihak kerajaan seharusnya memberi perhatian serius akan hal ini dan berusaha bagi membolehkan ia dibangunkan semula. Kompleks perniagaan di sempadan bangunan selatan north gate Kerajaan Negeri perlu digesa untuk merancakkan inisiatif pembangunan di kawasan pintu masuk Malaysia-Thailand yang terletak di Bukit Berapit. Ianya sangat penting bagi mengaktifkan semula sektor pelancongan yang semakin suram selepas bazar sempadan dirobohkan dan dalam masa dalam masa yang sama, isu keselamatan sempadan yang turut menjadi punca berlakunya keadaan ini.
Maka, suka saya mencadangkan agar peruntukan yang khusus perlu dijana bagi pelaksanaan gerak kerja untuk membangunkan semula kawasan ekonomi ini. Usaha giat mempromosi kawasan ini perlu diperluas dan dipertingkatkan serta memaksimumkan kawalan keselamatan di kawasan ini agar menjamin keselamatan pengguna dan pengunjung di kawasan ini. Seterusnya berkenaan dengan isu penyelenggaraan Jalan Persekutuan FT 076 Grik-Pengkalan Hulu. Isu kerosakan jalan yang tiada yang belum ada penyelesaian masih berlaku. Jalan-jalan berlubang, garisan jalan yang kian pudar, lorong-lorong jalan yang tidak mencukupi dan perlu diatasi dengan segera. Keadaan jalan raya yang melewati Gunung Paku juga menjadi hotspot kemalangan maut.
Terdapat juga garisan jalan yang bertindih dan memerlukan kerja-kerja pembaikan. Baru-baru ini berlaku juga satu kemalangan maut melibatkan anggota keselamatan di Jalan Hulu Sempadan Baling dan saya dimaklumkan jalan itu sudah lama tidak diselenggara dan dibuat penambahbaikan. Jadi, saya memohon kepada pihak Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) menyalurkan peruntukan kepada Dun Pengkalan Hulu agar jalan-jalan ini dapat diselenggara dengan baik bagi mengelakkan kejadian-kejadian kemalangan perkara yang tidak diingini berlaku dan kemalangan maut berlaku. Begitu juga dengan keadaan jalan raya daripada Pekan Pengkalan Hulu ke sempadan Malaysia, Thailand ke sempadan Thailand iaitu terletak di Bukit Berapit di sepanjang jalan lampu-lampu jalan yang masih tidak mencukupi. Penduduk Pengkalan Hulu sangat berharap perkara-perkara yang dibangkitkan diberi perhatian dan diambil tindakan oleh pihak kerajaan negeri. Berlaku juga pernah insiden di mana anggota keselamatan juga terlibat dalam kemalangan di antara anggota RELA dan anggota tak silap saya anggota kastam yang mereka dalam perjalanan menuju ke tempat kerja dan kemalangan di kawasan tersebut.
Jadi, saya berharap kerajaan negeri dapat berikan perhatian terhadap masalah ini. Jadi yang seterusnya yang terakhirlah, masalah isu serta isu yang yang terakhir yang berkaitan dengan kelahiran bayi daripada kawasan Pengkalan Hulu. Dalam kawasan Pengkalan Hulu, tiada kemudahan wad bersalin. Maka dengan itu kebanyakan ibu-ibu yang melahirkan anak akan ke negeri Kedah akan ke Baling Hospital Baling untuk melahirkan anak-anak dan bersalin kerana Hospital Baling jaraknya hanya 11 kilometer daripada Pusat Pekan Pengkalan Hulu berbanding Hospital Gerik yang mempunyai jarak yang sangat jauh iaitu 45 kilometer berbanding Hospital Betong, Thailand. Tapi tak ada lah nak pergi apa bersalin di Hospital Betong pulak kan yang hanya mempunyai jaraknya 15 km dekat lagi Hospital Baling. Jadi, anak-anak di Pengkalan Hulu ini banyaknya dilahirkan di negeri…
Dua minit lagi.
Ok. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bayi yang lahir akan mempunyai kod kelahiran 02 iaitu kelahiran di Negeri Kedah dan anak saya sendiri pun terpaksa dilahirkan di Negeri Kedah. Tak sempat nak bawak ke Hospital Gerik jauh sangat, kita terpaksa bawak ke Negeri Kedah haa sebab apa sebab tiada wad bersalin di Pengkalan Hulu dan ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada pertumbuhan penduduk menurun kerana daftar kelahiran adalah mengikut tempat kelahiran. Menurut statistik kelahiran hidup di daerah Pengkalan Hulu berlaku penurunan daripada 1664 ataupun seribu enam ratus enam puluh empat bagi tahun 2019 menjadi menurun kepada 1528 bagi tahun 2020. Mungkin keadaan inilah yang yang turut menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran. Jadi dalam pada masa itu, secara tidak langsung ia memberi kesan kepada peruntukan perkapita bilangan penduduk Perak. Wad bersalin sangat diperlukan oleh rakyat Pengkalan Hulu. Justeru, saya berharap pihak kerajaan akan mengusahakan kewujudan wad bersalin dalam kawasan Pengkalan Hulu. Saya pohon supaya permohonan wad bersalin ataupun hospital bagi daerah Pengkalan Hulu diangkat kepada Kementerian Kesihatan. Rakyat pastinya gembira dengan hasil negeri yang meningkat dan bertambah. Semoga rakyat Pengkalan Hulu tidak terpinggir daripada menikmati hasil kemakmuran negeri. Bak kata peribahasa, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah. Kepadamu Ya Allah kami tawakal dan berdoa supaya negeri ini sentiasa di bawah naungan keredhaan Allah subhanahuwata'ala. Dengan ini Pengkalan Hulu menjunjung kasih titah di atas titah Tuanku. Sekian. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Hulu. Seterusnya di jemput Yang Berhormat dari kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam sejahtera. Segala puji kepada Allah, pencipta dan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Seruan Allah subhanahu wata'ala di dalam surah Al-A'raf ayat 96 yang berbunyi, (bacaan ayat al-quran) yang bermaksud sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan rasul kami lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan yang mereka telah usahakan.
Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Barisan Exco kerajaan negeri, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan juga barisan kami pembangkang, petugas media dan hadirin di dalam dewan dan di atas talian yang dihormati sekalian. Timbalan Yang di-Pertua sebelum meneruskan perbahasan Titi Serong ingin mengambil kesempatan merafak sembah menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah yang telah menyempurnakan Titah Diraja bersempena istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak kali yang ke lima belas pada Jumaat yang lalu.
Titi Serong juga merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan Titah Diraja pada tahun ini yang menyerlahkan keprihatinan dan kasih sayang Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke atas sekelian rakyat di bawah pemerintahan baginda. Patik juga ingin merakamkan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan dan pelantikan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Patik Menjunjung Kasih Tuanku. Timbalan Yang di-Pertua, isu keterjaminan makanan adalah diantara perkara yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di dalam titah Diraja seperti yang direkodkan pengeluaran hasil tanaman mencatatkan peningkatan untuk tahun 2023 dan begitu juga dengan tanaman padi. Jumlah keluaran hasil padi meningkat daripada 269,790 metrik tan tahun 2022 kepada 272,764 metrik tan pada tahun 2023 satu pencapaian yang sangat baik dan sewajarnya menjadi contoh dan kebanggaan kita buat rakyat di Negeri Perak.
Sebagai rujukan untuk kami pesawah padi di daerah Kerian terutamanya saya Dun Titi Serong di Kerian Laut yang paling hujung. Saya ingin memohon kepada Yang Berhormat Exco untuk perincikan rekod pengeluaran mengikut pecahan kawasan-kawasan di seluruh Negeri Perak. Hal ini kerana untuk memudahkan buat pihak kami di Kerian, laut ini khususnya untuk mengenal pasti kawasan tanaman padi di manakah yang terbaik di Perak ini untuk kami jadikan contoh. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia bulan Februari ini dah masuk musim kelima hasil padi tidak dapat dituai disebabkan bencana tanah jerlus terutamanya di kawasan Dun Titi Serong begitu juga di Dun Kuala Kurau, sebahagian yang di Dun Selinsing. Musim yang lepas rekod tanaman padi yang terjejas akibat jerlus sekitar 565 hektar. Manakala untuk musim kelima baru ini, bulan dua ini isu yang sama berlaku dan sebenarnya keadaan ini lebih teruk lagi daripada musim-musim yang lalu.
Ada maklumat yang saya terima dan saya mohon kepastian dan juga pembetulan daripada Yang Berhormat Exco di dalam penggulungan esok kalau dulu hampir 600 hektar yang terjejas akibat jerlus dan juga sebahagiannya di sebabkan penyakit dan juga tikus, terbaru ini musim yang kelima ini rekod yang tidak rasmi yang dapat hampir 1,500 hektar, satu kali ganda lebih yang terjejas. Jadi saya mohon untuk perincikan dan betulkan maklumat ini jika salah. Tapi hakikatnya Timbalan Yang di-Pertua dan Dewan yang yang dimuliakan kalau kita turun di belah Kerian kalau kita bersembang berbual dengan petani-petani boleh saya katakan majoriti akan mengeluh dan meluahkan rasa kecewa terhadap apa yang mereka hadapi dan alami hampir lima musim lima musim di laut ini terutamanya bermula tahun 2022, 2023 dan ini tahun 2024 saya sebagai wakil rakyat akan bertemu dengan pesawah kita nak bertanya hasil padi kita takut. Kita takut sebab mereka ini tengah ada yang marah, ada yang kecewa, ada yang mula nak menuding jari ke sapa-sapa saja nak masuk kita sebagai wakil rakyat, kita takut nak tanya takut disalahkan, YB,YB buat apa? Jadi pada hari ini, saya suarakan suara-suara pesawah seluruh Kerian terutamanya di Kerian Laut daerah Dun Titi Serong untuk saya bawakan pada hal ini untuk menjadikan perhatian kita semua utamanya pihak kerajaan untuk kita fikirkan Bersama-sama apakah langkah yang terbaik untuk kita membantu mereka ini? Kita sedia maklum mereka sedang kecewa beban hutang daripada pinjaman peribadi, broker pinjaman kawan makin beban.
Sebahagian daripada pesawah ni ada yang ada yang dah mula angkat tangan. Sebahagian lagi yang ada sikit simpanan ataupun mereka buat lagi pinjaman depa korek tanah saya ingatkan bila saya dok round mereka dok korek parit ladang tapi depa tengah korek untuk buat tanaman sawit. Ini makin jelas terlihat di daerah Kerian terutamanya di kawasan-kawasan yang terjejas seperti di Dun Titi Serong. Bila dah berlaku banyak sawit yang tidak akan mula gak isu-isu yang berbangkit yang lain. Ia akan mengakibatkan masalah parit, ladang, terkambus dan sebagainya bendang orang. Kemudian, dia akan menyebabkan merebaknya binatang-binatang liar babi pun makin seronok duduk di ladang sawit, ular dan sebagainya, termasuk juga serangan-serangan tikus ialah kesan-kesan dia yang perlu kita beri perhatian buat para pesawah kita di negeri Perak ini terutamanya.
Timbalan Yang di-Pertua berbalik dan masih lagi berkaitan isu sawah padi ini. Kita sedia maklum sebelum sebelum ini kita dah pun berhadapan dan sedang berada di dalam musim cuaca yang ekstrim akibat pemanasan global kita sedia maklum, dan untuk makluman dan kita semua dah tahu bulan 3 dan 4 ini adalah satu fasa cuaca iklim kita lebih ekstrim daripada sebelum sebelum ini. Kita akan berhadapan pula selepas ini berkaitan dengan isu penggunaanaAir yang mana kita sedia maklum kami di Kerian ini kami hanya bergantung kepada kolam tadahan Bukit Merah dan untuk pengetahuan musim baru yang keenam ini akan bermula pada hujung Mac ini. Hujung Mac ni dah nak mula. Saya difahamkan dan dimaklumkan 20 Mac adalah tarikh awal pembukaan laluan air untuk kami di Kerian Laut ni di hujung sekali sempadan Pulau Pinang nak terima 20 Mac kita ada lebih kurang sekitar dalam empat minggu sahaja lagi dan persoalan saya seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Exco pada sidang Dun yang lalu berkaitan dengan yang dinyatakan terhadap pesawah yang terjejas 595 hektar yang lalu yang kita nak bagi bantuan berkaitan dengan korek, parit dan parit ladang dan juga bantuan perataan. Bilakah bantuan ini nak dimulakan? Kerana air dah nak masuk ke sawah dan sebahagian pesawah tertanya-tanya dan saya juga bertanya pada hal ini dan mereka ramai yang bimbang.
Jadi saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Exco untuk nyatakan bilakah bantuan ini akan turut membantu rakyat-rakyat kita terutama pesawah di Kerian? Itu untuk pesawah yang terjejas pada musim yang kelima tetapi yang kita sedia maklum pada hari ini musim yang musim kelima iaitu yang keempat, ia musim kelima kalau dulu dekat 600 hektar kali ni dah naik satu kali ganda. Ini adalah satu persoalan dan kebimbangan buat kita semua. Macam mana pula kita nak santuni yang mai lagi satu kali ganda yang terjejas ini. Saya minta pihak kerajaan boleh bincangkan dan carilah kaedah bagaimana untuk nak bagi semangat balik kepada petani-petani kita ni agar terus bertani. Kita takut nanti pakat tukar sawit ataupun tanaman-tanaman lain isu tak cukup ini akan kita hadapi sekali lagi dan lebih teruk daripada apa yang kita hadapi sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan juga dengan isu padi dan juga persediaan musim kemarau yang bakal kita hadapi tak lama lagi dan sedang kita hadapi ni untuk pengetahuan sumber air di Bukit Merah untuk dibekalkan kepada sawah padi ini hanya 70% manakala 30% lagi petani terpaksa bergantung antaranya melalui hujan. 70% ini adalah waktu biasa sebelum-sebelum ini menjadi persoalan kepada kita, bagaimana untuk kita berhadapan pada musim kemarau yang bakal lebih teruk lagi daripada tahun-tahun yang lalu. Sudah pasti lagi tidak mencukupi. Oleh yang demikian, saya mencadangkan di sini agar penggunaan air di kalangan pesawah ini perlu diuruskan dengan baik, dengan kita mewujudkan kumpulan pengguna air di kalangan para pesawah yang mana kumpulan penggunaan air ataupun KPA ini bertujuan untuk memupuk kesepaduan untuk diselaraskan gerak kerja di kalangan pesawah terutamanya berkaitan penggunaan air agar penggunaan air dapat dijimatkan dan diagihkan dengan sebaiknya di petak-petak sawah.
Untuk makluman, Timbalan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan, pengunaan air ini, kalau KPA ini ada bukan perkara yang baru di Negeri Perak. Hasil perbincangan di pelbagai peringkat dan ada hasil dapatan maklumat KPA ini kita telah pun wujud dulu, dan kita telah pun berjaya dan tak silap saya, Negeri Perak pengurusan KPA penggunaan air untuk sawah padi ini telah pun menjadi salah satu contoh sebenarnya suatu ketika dahulu dan selepas itu sebahagian daripada pegawai-pegawai kerajaan yang mengusahakan perkara ini telah pun berpindah sebahagiannya ke Terengganu dan negeri lain. Mereka telah pun menjayakan pulak pengurusan penggunaan air ini di Negeri Terengganu dengan baik dan kemudian kita seolah-olah macam hilang arah dan ini sebenarnya menjadi punca sebahagian besar daripada pesawah-pesawah kita ini tidak ada kesepakatan di antara mereka. Bagaimana cara nak guna air dengan baik? Bagaimana untuk nak membedak-bedak air dengan baik? Bagaimana untuk nak meracun bendang dengan baik, yang mana mengakibatkan hasil tanaman padi itu terganggu dan juga merosot. Timbalan Yang di-Pertua, oleh itu saya tegaskan sekali lagi pengurusan untuk memupuk kesepaduan untuk memperkasakan kembali KPA ini perlu menjadi agenda yang diutamakan bermula pada tahun ini lagi.
Timbalan Yang di-Pertua, mengimbas kembali perbahasan ketika Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada persidangan yang lalu, Titi Serong menyokong seperti mana yang disebutkan oleh Pasir Panjang semalam yang menyatakan belanjawan itu membuat semua lapisan rakyat tersenyum lebar kecuali kami di blok pembangkang dan juga rakyat di bawah Dun kami yang tidak putus-putus datang ke pejabat untuk memohon sumbangan. Baru-baru ini, Adun dari blok pembangkang sepertimana yang kita semua maklum menerima penjelasan melalui surat rasmi pihak kerajaan yang mana kandungannya agak kurang mesra berbanding tahun 2023 yang lalu. Jumlah RM300 ribu disediakan kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri pembangkang, akan tetapi perlu berkongsi dengan JPKK, jabatan, agensi, NGO dan juga entiti-entiti yang lain yang timbul dan tanda tanya dan tanggapan yang buruk. Siapakah entiti-entiti yang lain itu, dan kita sedia maklum, sebahagian daripada sahabat-sahabat saya pada hari ini telah pun menunjukkan bukti entiti lain itu adalah sebahagian dari daripada parti parti politik?
Sudah pasti ini sebenarnya akan berlaku persaingan dengan pihak-pihak lain dan sikit sebanyak sebenarnya dia akan mengeruhkan keharmonian di kalangan pesaing yang terdiri daripada rakyat Perak semuanya. Kita tidak jangka sebenarnya akan menerima keputusan sebegini kerana Yang Amat Berhormat Menteri Besar pernah memberi respon yang membuat kita sangat teruja apabila ditanya tentang pemberian peruntukan sama rata pada tahun yang lalu dan juga rekod keadilan pembahagian peruntukan ketika kita sama-sama membentuk sebuah kerajaan sebelum ini. Kita tidak jangka Yang Amat Berhormat sendiri pernah menyatakan betapa perit dan sukarnya untuk memberi khidmat kepada rakyat jika tanpa peruntukan kewangan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua, contohilah kerajaan di bawah Parti Islam SeMalaysia (PAS) seperti Kedah, Perlis, Terengganu dan juga Kelantan yang meraikan secara adil terhadap wakil rakyat lawan daripada DAP, AMANAH dan juga UMNO. Semoga Yang Amat Berhormat Menteri Besar dapat membuat pertimbangan seadil-adilnya demi kebaikan untuk rakyat Perak semuanya. Untuk makluman pada Dewan yang mulia pada hari ini, baru sahaja berlaku jam 3.00 petang tadi di Dun Titi Serong, sebuah rumah mengalami kebakaran seratus peratus hangus. Persoalannya di sini, saya sebagai wakil rakyat bagaimana nak turun membantu. Mangsa adalah bernama Taruma Raja, minta maaf kalau salah. Taruma Raja A/L Thani Malai. Seratus peratus hangus. Sudah pasti jawapannya kita kena bantu. Siapa yang akan membantu. Yang nak kena bantu adalah semua masyarakat, semua entiti. pejabat tanah, pejabat tanah. JKM cara JKM, Baitulmal cara Baitulmal. Rakyat sekeliling, rakyat sekeliling dan kita sebagai wakil rakyat pun kita turut membantu. Macam mana kita nak bantu kalau peruntukan-peruntukan ini disekat dan disorok dan sebagainya. Ini sangat-sangat menyusahkan, bukan saya sebenarnya, ia menyusahkan rakyat di negeri Perak ini sebenarnya.
Timbalan Yang di-Pertua. Seterusnya saya masuk kepada isu yang seterusnya. Yang selalu saya bangkitkan di dalam persidangan-persidangan yang sebelum ini iaitu berkaitan dengan judi online yang semakin hari semakin mendapat tempat di dalam masyarakat seolah-olah dia bukan lagi perkara yang haram dan kononnya menjadi kerja sampingan untuk menampung sara diri dan keluarga tetapi dia yang pejudi itu terlupa, judi online inilah yang merosakkan hubungannya di dalam keluarga dan penyebab utama menjadikan diri tidak cukup cukup berbelanja serta penyebab kemiskinan. Sebenarnya isu judi online yang membarah inilah secara tak langsung menyumbang kepada masalah sosial seperti mencuri, pecah amanah, samun, penyumbang kepada kemiskinan rakyat di dalam negara. Bercanggah dengan saranan Titah Tuanku Sultan, seperti di perenggan 37 yang menyentuh soal kestabilan dan juga keamanan dan juga keharmonian. Satu persoalan yang mungkin kita bertanya-tanya kenapa kaki-kaki judi ini dah kalah berkali-kali tetapi tetap juga nak berjudi. Hasil dapatan kajian daripada seorang pakar psikologi di Stanford University, California berkaitan isu ketagihan judi ini yang dilakukan kajian terhadap 5500 orang penjudi mendapati ketagihan berjudi ini terhasil daripada perasaan termotivasi untuk menang besar. Seterusnya, barulah dia pergi kepada perasaan kedua iaitu rasa seronoknya untuk berjudi. Apa yang dapat dilihat sekarang Timbalan Yang di-Pertua, perasaan begini sedang menghantui jiwa pejudi-pejudi di dalam kawasan-kawasan kita terutamanya berkaitan dengan judi online. Ini adalah satu penyakit yang perlu diubati.
Jadi sebagai kerajaan yang mempunyai kuasa di tangan, di sini saya ada cadangan, tiga perkara yang perlu dilakukan sebagai langkah untuk mengubati sekaligus untuk mengurangi dan membanteras ketagihan judi online ini. Yang pertama saya cadangkan agar pihak kerajaan dapat mengadakan kempen dan yang kedua, mendidik dan yang ketiga dengan penguatkuasaan. Saya cadangkan di sini di bawah Jabatan Agama Islam agar dapat memainkan peranan kempen dengan sebaik-baiknya untuk membentuk kesedaran dan juga amaran. Jadikan tahun ini sebagai tahun banteras judi. Adakan kerjasama dengan AJK Masjid, JPKK, NGO-NGO dan agensi yang berkaitan untuk berbincang, bentuk kempen apakah yang sesuai dan siapakah sasaran-sasarannya dan lain-lain lagi. Seperti contoh manfaatkan dengan sebaiknya fungsi masjid seperti yang dititah oleh Tuanku Sultan di perenggan 31 yang berbunyi, "Masjid hendaklah dibangunkan menjadi tempat untuk pelbagai acara pendidikan, ekonomi dan sosial". Contoh yang boleh dibuat seperti pemakluman atau kuliah khas sebelum Jumaat berkaitan dengan.
Dua minit, sila masuk perenggan terakhir.
Saya pun dah, semuka saja lagi. Terima kasih Timbalan Speaker. Manfaatkan masjid, ambil masa, kuliah khas ataupun pemakluman sebelum Jumaat berkaitan dengan bahaya judi di masjid setiap minggu ataupun setiap bulan. Sasarkan kepada golongan belia di pelbagai peringkat dan wanita sebagai sasaran kempen. Beri pendedahan akan betapa bahayanya judi ini untuk kehidupan rumah tangga agama dan juga negara dan lain-lain lagi. Jaga betul-betul generasi belia ini. Seperti yang dititahkan oleh Tuanku, beliau ialah khazanah penting masyarakat dan tabungan kekayaan masa hadapan negara. Seterusnya giatkan skuad rondaan di bawah Unit-Unit Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam dengan kerjasama skuad-skuad relawan tempatan. Kerapkah rondaan di kawasan-kawasan yang panas. Hal ini setidaknya dapat menggugat rasa bebas dan selesa, bermain dan juga berjual beli terhadap pemain-pemain dan tauke-tauke judi. Seterusnya tindakan undang undang di bawah Mahkamah Syariah juga boleh disabitkan terhadap salah laku kegiatan yang tidak sihat ini.
Dato' Timbalan Yang di-Pertua, langkah-langkah ini dan juga isu kelestarian alam dan hak-hak rakyat yang dibincangkan oleh kita semua di persidangan ini sebenarnya merupakan elemen-elemen yang sangat penting untuk menjemput rahmat dan keberkatan daripada Allah Subhanahuwata'ala. Seperti ayat al-Quran yang saya bacakan di awal mukadimah itu tadi. Timbalan Yang di-Pertua akhir kalam, Titi Serong mendoakan sebuah negeri yang stabil, aman dan harmoni. Melimpah ruah keberkatan daripada-Nya seperti yang dihajati oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dapat direalisasikan. Insya Allah. Jadilah kita warga yang memiliki semangat cintakan perpaduan sesama kita dan memilih untuk bersikap adil antara satu sama lain. Seperti yang dititah oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Titi Serong Menjunjung Kasih dan menyokong sepenuhnya Titah Diraja 2024 yang disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Tuanku Perak Darul Ridzuan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Titi Serong. Seterusnya saya menjemput pembahas yang terakhir pada pada hari ini. Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk memulakan perbahasan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Sebelum saya teruskan. Saya ada teka-teki. Tapi sebenarnya saya nak bagi kepada Yang Di-Pertua tapi Yang Di-Pertua rest saya bagi kepada Timbalan ataupun Ahli-ahli Yang Berhormat. Makan Pisang Buang Kulit, Makan Kulit Apadia. Satu. Yang kedua ibu tunggal ada persatuan, bapa tunggal ada tak? Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wa solatu wa solah muala asrafil anbia iwal mursalim waala Alihi wasahbihi Ajmain. Khaulah Robbisodri sadri sadri wayasirli amri wahlul udatan milisani Yakahu Khauli La hawlawala Quwwata illa Billahilaliul azim. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua, pegawai-pegawai jabatan dan agensi persekutuan dan egeri, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, khususnya rakyat-rakyat Ayer Kuning yang mengikuti perbahasan pada hari ini. Memulakan kalam bicara. Patik dengan sepenuh ikhlas, merafak sembah dan menjunjung kasih di atas penzahiran Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas dengan sempurna. Di kesempatan ini juga, patik merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas diperkenankan Tuanku sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong. Dirgahayu Tuanku.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Sultan Perak. Sebelum itu, izinkan saya membuat sedikit mukadimah. Membuka tirai bicara berkaitan satu ayat al-Quran daripada surah Ra'd ayat 11. Auzubillah Minasyaitan Rajiim. َّاِن َ ٰاللّ َل ُيُغَي ِر مَا بِقَوْ م حَتٰى يُغَي ِرُوْ ا مَا ِبِاَنْفُس ْهِم (innal laaha laa yughaiyiru maa biqawmin hattaa yughaiyiroo maa bianfusihim) yang bermaksud Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di antara tindakan Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam ketika baginda berhijrah ke Madinah adalah dengan mendirikan masjid yang menjadi prioriti baginda dengan tujuan ianya berfungsi sebagai satu medium kepada umat Islam ketika itu. Peranannya sangat hebat di mana seluruh umat Islam, dari segi politik, ekonomi, pendidikan dan sosial bercambah dan diuruskan disitu. Fungsi ini memang berkurangan apabila suasana dunia berubah apabila struktur pemerintahan dan pentadbiran semakin berkembang luas. Fungsi masjid dilihat semakin mengecil dan hanya berorientasikan hal-hal keagamaan. Sejajar dengan fungsi dan perkembangan terkini adalah perlu bagi kita untuk terus memperkasakan dan memberikan nilai tambah yang tinggi kepada fungsi masjid ini sejajar dengan Titah Paduka Seri Sultan Perak. Penganjuran program seperti Multaqa adalah amat mustahak bagi merealisasikan tujuan yang sangat mulia ini. Kefahaman dan daya tindakan pengurusan masjid, surau diri Jumaat dan surau-surau seharusnya lebih cekap dan kompeten.
Ahli-ahli Jawatankuasa Kariah dan pegawai-pegawai masjid serta surau perlu didedahkan dengan tatakelola yang mampan dan berinovasi. Atas hikmah dan mengambil langkah inisiatif ini, pusat khidmat Dun Ayer Kuning dengan kerjasama Pentadbir Daerah Agama Daerah Tapah telah menganjurkan satu program Multaqa yang melibatkan Jawatankuasa Pengurusan Kariah dan Pegawai Masjid serta surau diri Jumaat. Pada 15 haribulan yang lalu dengan hasrat dan harapan untuk memperkasakan visi dan misi masjid berfungsi dengan lebih efisien dan terkehadapan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, rentetan masjid tidak dapat dipisahkan dengan fungsi pendidikan Islam. Justeru itu, adalah wajar usaha-usaha mengatasi isu dan menaikkan taraf Pendidikan Islam khasnya Sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak yang dirasmikan oleh Ayer Kuning pada 18 November 2023 telah menyatakan beberapa isu yang perlu diketengahkan agar mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya daripada pihak yang berkepentingan. Pihak guru-guru Sekolah Agama Rakyat berterima kasih atas sumbangan dan bantuan daripada kerajaan yang membolehkan mereka meneruskan pengurusan sekolah tersebut dengan baik. Walaupun isu besar yang mendepani dan membelenggu mereka ialah berkaitan dengan struktur gaji di kalangan mereka yang terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah. Adalah diharapkan pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menyalurkan sumbangan dana kepada mereka dengan sewajarnya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, fungsi dan dasar kerajaan adalah memastikan makanan asas mencukupi bagi kesejahteraan rakyat. Sudah pasti fokus bagi memantapkan usaha-usaha keterjaminan makanan ataupun food security ini menjadi keutamaan masa kini. Sebagaimana Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Negeri kita merupakan pengeluar utama negara bagi tanaman-tanaman jagung manis, ubi keledek, sengkuang, mangga dan bendi. Dari segi ternakan pula, Perak mempunyai 315 ladang ayam pedaging dengan kapasiti maksimum 26,360 juta ekor ayam. 21 ladang ayam penelur yang menghasilkan 2.1 billion biji telur setahun. Ditambah lagi dengan ternakan lembu tenusu yang menghasilkan 6,918 juta liter susu segar setahun serta kawasan pengairan yang luas telah mendaratkan 300,000 tan metrik ikan menjadikan Negeri Perak sebagai pengeluaran ikan tertinggi di Malaysia. Atas inisiatif ini Ayer Kuning telah meninjau dan membuat kaji selidik proses operasi penghasilan makanan seperti sayuran-sayuran di kawasan Lojing, Kelantan dan Cameron Highlands, Pahang. Bersama dengan Dato' Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak serta Pegawai Daerah Batang Padang pada 27 Januari yang lalu dengan harapan ianya dapat dilaksanakan di lokasi yang bersesuaian di daerah Batang Padang.
Di dalam Dewan yang mulia ini, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Pengarah PTG Negeri Perak dan terima kasih kepada pegawai daerah yang telah pun bersama-sama untuk merealisasikan supaya hasrat ini tercapai pada masa-masa yang akan datang. Justeru itu, Ayer Kuning mengucapkan terima kasih kepada Dato' Pengarah PTG dan Pegawai Daerah Batang Padang dalam merealisasikan agenda keterjaminan makanan dalam Perak Sejahtera 2030, terlaksana dengan jayanya di daerah Batang Padang. Ayer Kuning juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Exco yang telah pun turun ke daerah Batang Padang khususnya di Dun Ayer Kuning pada 29 Januari yang lalu dalam sesi lawatan kerja bagi meninjau beberapa projek dalam kategori keterjaminan makanan di mana saya telah bersama-sama melihat perusahaan tanaman nenas dan jambu batu berskala besar bagi memenuhi keperluan semasa di dalam Negeri Perak di kawasan Dun Ayer Kuning, terima kasih kepada Exco pertanian. Daripada sesi lawatan kerja tersebut, Ayer Kuning dapat melihat bagaimana perusahaan rumput napier yang mampu menghasilkan makanan bernutrisi haiwan ternakan seperti lembu dan kambing untuk bekalan penguasa-penguasa, pengusaha-pengusaha haiwan ternakan tempatan. Ayer Kuning juga ingin mengesyorkan kepada kerajaan agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang meneroka tanah secara tidak sah yang menyebabkan kerugian yang sangat besar dari segi hasil kepada Kerajaan Negeri serta tindakan juga perlu diambil kepada mereka yang menceroboh beribu-ribu ekar tanah rizab Melayu.
Perkara ini seharusnya kita mengambil pendekatan yang cukup serius di dalam Dewan yang mulia ini, saya berharap supaya Pihak Berkuasa Negeri akan terus dapat melaksanakan supaya kita dapat mengambil semula tanah-tanah untuk kita usahakan sebagai iaitu visi kerajaan untuk keterjaminan makanan. Menginsafi kejadian ini agar tidak berulang, Ayer Kuning ingin mengesyorkan agar Kerajaan Negeri serta agensi yang berkaitan untuk membuat bancian serta audit tanah-tanah yang berkenaan dan diambil semula untuk dibangunkan dalam program keterjaminan makanan yang menjadi visi kerajaan di negeri ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menjadikan masyarakat atau rakyat sentiasa sihat dan bersatu padu amatlah penting. Sudah pasti salah satu faktor yang menjadi asas adalah melalui program kesukanan. Pastinya sukan dan rakyat berpisah tiada. Menerusi strategi meneruskan tradisi membangunkan sukan adalah menjadi agenda yang utama. Sukan sebagai budaya di dalam kehidupan. Atas limpah hikmah, Ayer Kuning berusaha menyemarakkan kegiatan sukan melalui penubuhan Akademi Bola Sepak Ishsam Shahruddin yang mencungkil bakat-bakat baru bola sepak yang merangkumi pelbagai lapisan kaum. Ditambah juga sudah dipastikan satu tapak dikenalpasti bagi mewujudkan semula padang golf yang baharu untuk membolehkan pelbagai lapisan masyarakat menggunakannya kelak. Bagi merancakkan program kesukanan adalah diharapkan juga satu mini stadium yang lengkap dengan berkualiti bagi kemudahan semua lapisan penduduk di daerah Batang Padang. Sukan adalah manifestasi kepada kehidupan yang sihat dari segi fizikal dan mental. Boleh digarapkan bahawa berbelanja dalam kemudahan sukan adalah lebih utama berbanding berbelanja bagi tujuan perubatan dan terapi yang kian meningkat. Ayer Kuning memahami bahawa kekangan kewangan yang menyebabkan pembangunan sukan sukar untuk dilaksanakan secara sekaligus di seluruh Negeri Perak tetapi boleh dilaksanakan secara berperingkat mengikut keutamaan khususnya di Ayer Kuning.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam merealisasikan Pihak Berkuasa Tempatan yang berfungsi secara efisien dan kondusif, prasarana serta kemudahan yang ada perlu ditingkatkan semaksimum mungkin. Dahulu, daerah Batang Padang tergolong dalam kategori daerah yang luas merangkumi Tapah, Slim River dan Tanjong Malim. Apabila daerah kecil Slim River dan Tanjong Malim ini dijadikan daerah penuh iaitu Daerah Muallim dan PBT mereka ada mempunyai sebuah bangunan pentadbiran sendiri. Namun yang sedihnya, Majlis Daerah Tapah masih menumpang bangunan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Batang Padang. Apakah kerajaan tidak sedih? Dan apakah kerajaan tak prihatin dengan nasib Majlis Daerah Tapah? Satu-satunya PBT yang tidak mempunyai bangunan pentadbiran sendiri. Kasihan kami. Ayer Kuning berharap dan merayu agar Kerajaan Negeri membantu merealisasikan supaya kewujudan bangunan Majlis Daerah Tapah apatah lagi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan datang dari Negeri Perak. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, satu lagi adalah berkaitan dengan Rumah Rehat Tapah yang menjadi ikon dan kebanggaan penduduk Tapah satu ketika dahulu. Siapa tidak tahu semua orang tahu Rumah Rehat Tapah menjadi tumpuan transit para pelancong dalam luar dan luar negara satu ketika dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highland. Ayer Kuning berharap supaya Kerajaan Negeri memberi perhatian yang khusus supaya Rumah Rehat Tapah ini dapat berfungsi semula sebagaimana kewujudannya sebelum ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bajet 2024 yang dibentangkan adalah bajet yang tertinggi dalam sejarah Negeri Perak. Tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh jentera pentadbiran negeri, Ayer Kuning berterima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah pun melulus peruntukan sebanyak RM300,000.00 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri Perak iaitu dalam bentuk projek dan bekalan. Di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin mengusulkan agar sebahagian dari peruntukan tersebut diagihkan sebanyak RM250,000.00 dalam bentuk projek dan bekalan sementara RM50,000.00 lagi diberi dalam bentuk sumbangan outright grant ataupun OG dengan izin. Justifikasi kepada usulan ini adalah bertujuan memberi kemudahan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi urusan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Dalam 2 hari ini saya duduk di sini, rakan-rakan duduk sini, ini nampak merupakan isu yang amat popular yang diperkatakan oleh pihak pembangkang. Jadi dalam Dewan yang mulia ini.
Ayer Kuning boleh sat.
Ya. Ok sila.
Terima kasih Ayer Kuning, Timbalan Dato' Speaker. Saya hendak tanya pihak kerajaan ada dapat tidak OG peruntukan. Itu sahaja terima kasih.
Dalam ucapan saya mana tadi Changkat Jering. Changkat Jering mungkin tidak dengar ataupun tidak mengikuti ucapan saya boleh saya ulang? Saya sudah bagitahu bahawa Ayer Kuning berterima kasih kepada Kerajaan Negeri khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah pun meluluskan peruntukan RM300 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri. RM300,000.00 dalam bentuk projek dan bekalan. Tidak ada pun saya cakap dalam bentuk OG. Juga dalam Dewan yang mulia ini, saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar supaya diberi OG ataupun outright grant ini sebanyak RM20,000.00 kepada kita semua. Itupun kalau Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersetujulah saya cuma mengesyorkannya lah Insya-Allah kita rasa mudah-mudahan lembut hati beliau.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam membasmi kemiskinan dan memastikan rakyat mempunyai kediaman mampu milik yang selesa, Ayer Kuning ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Lembaga Perumahan Hartanah Perak LPHP yang telah berjaya bina dan menyiapkan kira-kira 1800 unit rumah mampu milik di Daerah Batang Padang yang merangkumi Dun Ayer Kuning dan unjuran dua tahun akan datang Insya Allah Daerah Batang Padang akan memiliki sejumlah 1661 unit rumah mampu milik lagi. Terima kasih kepada LPHP. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ayer Kuning menghargai segala usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berkaitan dengan prasarana dan kemudahan awam di Tapah khususnya di kawasan Dun Ayer Kuning. Pusat Khidmat Dun Ayer Kuning yang menjadi tumpuan pengaduan rakyat berkaitan dengan ketidakselesaan jalan raya, kemudahan lampu jalan dan perparitan yang tidak sempurna merangkumi jalan dari Pekan Ayer Kuning sehingga Tanjung Keramat dan Simpang Tiga Bidor sehingga ke Kampung Koh Slim, kemalangan yang berpunca daripada haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau yang berkeliaran bebas serta jalan yang gelap kerap berlaku di kawasan tersebut. Perkara ini telah Ayer Kuning bangkitkan di dalam Dewan yang mulia ini pada siding-sidang yang lepas.
Namun masih tiada lagi jalan penyelesaian jangka pendek mahupun jangka panjang. Walaupun usaha telah dilaksanakan oleh agensi berkaitan dan Ayer Kuning juga berharap agar pengusaha dan penternak haiwan ternakan tampil sama-sama membantu menyelesaikan isu haiwan ternakan yang berkeliaran. Di dalam Dewan yang mulia ini, Ayer Kuning mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Daerah Tapah yang telah mengambil inisiatif untuk mengkompaun pengusaha-pengusaha berkaitan dengan pelarian tapi masih lagi belum ada penamatnya. Insya Allah, kita berharap dalam ucapan saya ini, dalam Dewan yang mulia ini, saya berharap supaya mereka-mereka ataupun yang dapat ataupun pengusaha penternak haiwan ini dapat tampil sama-sama membantu untuk menyelesaikan isu ternakan haiwan peliharaan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Akhir kalam Ayer Kuning menjunjung Titah Paduka Tuanku bahawa negara yang stabil, aman dan harmoni akan berupaya membangunkan negara yang makmur dan melimpahkan kemakmuran negara untuk manfaat rakyat. Negara yang stabil, aman dan harmoni akan dapat membangunkan negara yang kuat, membina negara yang kuat, negara yang kaya, kuat dan ialah negara warga negara.
Ada satu lagi tertinggal mana dia ye. Iaitu berkaitan dengan kesesakan lalu lintas di pekan Tapah. Tadi saya tengok ada whatsapps daripada rakyat yang mengatakan bahawa…dimaklumkan bahawa penyuraian trafik ditangguhkan disebabkan terdapat beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Jadi di dalam Dewan yang mulia ini, saya memohon supaya berkaitan dengan penyiaran ataupun penyuraian trafik ditangguhkan adalah kerana disebabkan kos yang diperlukan lebih kurang RM300 ribu iaitu RM250 ribu iaitu kos melibatkan papan tanda, kos penghadang jalan dan pelebaran jalan untuk pusingan U akan disambung pada April ini. Ini adalah ditangguh kerana kos tidak dapat diadakan. Jadi di dalam Dewan ini, saya harap supaya peruntukan sebanyak ini dapat disalurkan supaya kita dapat menyelesaikan masalah berkaitan dengan kesesakan lalu lintas di pekan Tapah yang sentiasa menjadi kerumitan kepada masyarakat di pekan Tapah.
Jadi, saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ataupun pada masa yang akan datang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, negara yang stabil, aman harmoni akan dapat membangunkan warga yang kuat untuk membina negara yang kuat. Negara yang kuat ialah negara yang warganya memiliki kematangan untuk menerima kelainan dan perbezaan. Warga yang memiliki kedewasaan untuk menerima hakikat bahawa setiap warga memiliki kelemahan di samping kekuatan tetapi warganya berminda pintar memiliki semangat patriotik terhadap negara dan bangsanya akan memilih untuk bersatu daripada berpecah. Bangunkan lah Negeri Perak ini dalam semangat menggabungkan kekuatan yang ada sesama kita. Menghayati semangat bersatu teguh, bercerai roboh. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, tanya berkaitan dengan saya punya teka teki tadi. Boleh jawab ke tak boleh. Makan pisang buang kulit. Makan kulit? Tak tahu. Sapa yang tahu?
Saya tahu.
Sila. Jawab.
Buang tabiat lah.
Ha..terima kasih. Betul. Jadi makan pisang buang kulit, makan kulit, buang tabiat. Jadi sapa yang makan kulit tu macam buang tabiat. Jadi terima kasih kerana dapat jawab soalan. Jadi Ayer Kuning menyokong. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum wbt.
Terima kasih Yang Berhormat dari Ayer Kuning.
Yang bapa tunggal tu kita kat luar…tanya.
Tahniah dan syabas kepada semua Yang Berhormat terlibat dalam perbahasan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Rabu, 28 Februari 2024 jam 9.00 pagi.