Perak · 5 December 2024
15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 175 turns · 21,255 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kelima, Mesyuarat Ketiga Tahun Kedua Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 5 Disember 2024 jam 9.03 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua. Pengumuman Yang Dipertua.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya. Izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, sebelum kita memulakan Urusan Mesyuarat, ingin saya memberi maklum bahawa bagi Aturan Urusan Mesyuarat dan soalan-soalan lisan Ahli Yang Berhormat boleh mendapatnya melalui imbasan kod QR yang atas meja Ahli Dewan Negeri.
Perkara yang kedua, berkenaan kehadiran semasa persidangan semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan dikehendaki untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR di atas meja masing-masing.
Perkara yang ketiga, berkenaan dengan sesi soalan lisan. Tempoh masa yang diperuntukan adalah selama satu jam. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang keempat berkenaan handsard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuatturun handsard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh 7 hari daripada handsard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan soalan sila.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera. Soalan Behrang nombor 1. Terima kasih.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Behrang mengemukakan soalan berkaitan dengan isu kawalan keselamatan dan kadar jenayah di Dun Behrang. Untuk makluman, Yang Berhormat Behrang, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Balai Polis Behrang yang berada di bawah Dun Behrang sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak jawatankuasa taman-taman Perumahan, jawatankuasa kampung dan sentiasa menjalankan rondaan bersama dalam usaha menurunkan kadar jenayah.
Langkah-langkah yang telah diambil termasuk yang pertama, berhubung secara berterusan dengan ketua komuniti, ketua kampung, ketua taman dan Tok Batin untuk mendapatkan maklumat serta mencegah sebarang kejadian jenayah. Yang kedua, melakukan rondaan yang lebih kerap di kawasan-kawasan perumahan dan kampung. Yang ketiga, mengadakan sekatan jalan raya pada musim perayaan dan 3 kali seminggu pada waktu yang berbeza untuk mengekang kemasukan penjenayah ke kawasan pentadbiran Balai Polis Behrang. Yang keempat mengadakan sekatan jalan raya pada musim perayaan dan 3 kali seminggu pada waktu yang berbeza untuk mengekang kemasukkan penjenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Behrang. Yang kelima, memastikan semua anggota sentiasa bekerjasama dengan masyarakat di kawasan sektor masing-masing bagi memperolehi maklumat dan membina kepercayaan penduduk setempat terhadap usaha-usaha PDRM dalam mengekang jenayah dan yang keenam, memohon penduduk setempat untuk terus memberi maklumat kepada pihak polis demi mengekalkan ketenteraman kawasan sekitar. Hasil daripada rondaan dan perancangan yang teliti ini, kadar jenayah indeks berjaya diturunkan sebanyak 2 kes iaitu daripada 15 kes pada tahun 2023 kepada 13 kes bagi tahun yang sama pada tahun 2024. Terima kasih.
Soalan tambahan, Behrang sila.
Yang Berhormat Dato' Seri, Bagaimanakah Kerajaan Negeri memanfaatkan teknologi seperti penggunaan cctv atau aplikasi pintar untuk memantau dan mengurangkan kadar jenayah di Negeri Perak khususnya dalam Dun Behrang, yang mana Dun Behrang kita ketahui sedang meningkat populasinya. Terima kasih.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, penggunaan cctv bergantung kepada keperluan, bergantung kepada lokasi yang sesuai dan bergantung kepada kemampuan kewangan bagi premis-premis yang berkenaan. Di mana-mana yang memerlukan bantuan peruntukan daripada Kerajaan Negeri termasuk PBT, kita akan cuba usahakan tetapi ia bergantung kepada tempat, lokasi dan keperluan untuk dipasang cctv.
Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk mengemukakan soalan. Sila. Mana Selama?
Selama buang air sekejap. Saya wakil soalan bagi pihak Selama soalan nombor dua.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Yang Berhormat Selama yang telah membangkitkan mengenai sektor tenaga boleh baharu dan perubahan iklim. Untuk makluman Yang Berhormat Selama, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) telah meluluskan 22 projek tenaga boleh baharu di bawah mekanisme tarif galakan bagi menyokong aspirasi peralihan tenaga negara. Tenaga boleh baharu daripada sumber biogas dan biojisim berjumlah 30.534 megawatt yang dihasilkan daripada projek itu akan membekalkan tenaga elektrik hijau kepada tenaga nasional seawal 2027.
Untuk makluman Dewan Yang Mulia, selaras dengan Pelan Peralihan Tenaga Negara, Kerajaan Negeri Perak juga selari dengan perancangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air iaitu (PETRA) dalam memastikan tenaga boleh baharu mencapai keperluan yang dihasratkan oleh pihak kerajaan. Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat 21 ladang solar yang berskala besar di Negeri Perak. Sebanyak 18 ladang solar telah beroperasi manakala tiga lagi masih dalam pembinaan. Jumlah kesemua kapasiti tenaga solar ini adalah 532 megawatt. Ketika ini Large Scale Solar Farm yang terdapat di Negeri Perak adalah seperti berikut. Gading Kencana Sdn. Bhd. dengan kapasiti 30 megawatt di Bidor. Sinar Kamiri Sdn. Bhd. dengan kapasiti 49 megawatt di Sungai Siput. Asia Meranti Solar (Kamunting) dengan kapasiti 9.9 megawatt. Asia Meranti Solar (Kampar) dengan kapasiti 9.99 megawatt. Asia Meranti Solar (Kinta) dengan kapasiti 9.99 megawatt. Coral Power Sdn. Bhd. dengan kapasiti 9.99 kilo megawatt di Manjung. Red Solar (M) Sdn. Bhd. dengan kapasiti 30 megawatt di Kerian. Kerian Solar Sdn. Bhd. dengan kapasiti 100 megawatt di Kerian. Bikam Energy Sdn. Bhd. dengan kapasiti 13 megawatt di Batang Padang. Suriamas Energy (Maritime) Sdn. Bhd. dengan kapasiti 25 megawatt di Manjung. Serimas Energy (Manjung) Sdn. Bhd. dengan kapasiti 12 megawatt di Manjung. Growth Land Sdn. Bhd. dengan kapasiti 17.36 megawatt di Perak Tengah. Solar Citra Sdn. Bhd. dengan kapasiti 10.95 megawatt di Kerian. GreenRE Sdn. Bhd. dengan kapasiti 15 megawatt di Larut Matang. Teja 1 Sdn. Bhd. dengan kapasiti 15 megawatt di Kampar. Carrie Energy Sdn. Bhd. dengan kapasiti 15 megawatt di Kinta. Teja 2 Sdn. Bhd. dengan kapasiti 10 megawatt di Kampar, dan yang ke 18, Asia Bina Solar Sdn. Bhd. dengan kapasiti 50 megawatt di Kerian.
Untuk jawapan bahagian 2, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan amat komited dalam melaksanakan aktiviti penanaman pokok melalui Program penghijauan Malaysia. Kempen penanaman 100 juta pokok dengan sasaran tanaman di seluruh Negeri Perak sebanyak 10 juta bagi tempoh 5 tahun bermula pada tahun 2021 hingga 2025. Pelaksanaan program ini adalah seiring dengan prinsip 7.1.3, kelestarian penggunaan sumber dan alam semula jadi di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Selain itu, bagi meningkatkan kawasan liputan hutan dan kepelbagaian biologi khususnya di Negeri Perak, pelaksanaan program ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesejahteraan masyarakat dan kepentingan kualiti ekosistem khususnya kualiti udara yang dapat mengurangkan impak perubahan iklim. Jabatan Perhutanan Negeri Perak dengan kerjasama pelbagai agensi baik kerajaan ataupun swasta, badan bukan kerajaan, pelajar-pelajar dan masyarakat awam di negeri Perak telah melaksanakan aktiviti penanaman pokok dengan pelbagai kaedah dan lokasi. Maklumat pencapaian penanaman pokok di Negeri Perak sejak tahun 2021 hingga 31 Oktober 2024 adalah berjumlah 9,552,767 pokok ditanam melibatkan keluasan kawasan 19,165 hektar.
Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga sentiasa mempromosi dan menggalakkan penglibatan serta kerjasama pelbagai pihak meliputi agensi kerajaan dan swasta dalam menjayakan Kempen Penghijauan Malaysia melalui Program Communication, Education, Participation & Awareness (CEPA). 78 program kempen kesedaran CEPA telah dilaksanakan sejak tahun 2021 hingga Oktober 2024, di mana sejumlah 64,645 pokok telah berjaya ditanam bawah program CEPA. Kerajaan Negeri juga melaksanakan pewartaan masuk hutan simpanan kekal sebagai langkah yang untuk menangani impak perubahan iklim. Sehingga 30 Jun 2024 keluasan keseluruhan hutan simpanan kekal di Negeri Perak adalah sejumlah 988,722.22 hektar yang merupakan 47% daripada keluasan negeri dan mewakili 96.4% daripada keluasan kawasan berhutan di Negeri Perak.
Selain daripada itu, untuk makluman Yang Berhormat ketika ini pelbagai usaha turut dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti udara dan menggalakkan pengusaha-pengusaha sektor industri untuk beralih daripada menggunakan diesel atau komposit bertetulang tandan kosong buah sawit iaitu empty fruit bunch kepada gas asli sebagai bahan bakar sumber tenaga. Penggunaan gas asli adalah jauh lebih baik kerana ianya merupakan sumber tenaga yang lebih bersih, stabil dan tidak tercemar. Justeru, bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kerajaan Negeri menerusi Invest Perak telah mengambil tindakan proaktif dengan mengadakan siri perbincangan bersama Suruhanjaya Tenaga iaitu (ST) dan Gas Malaysia Berhad bagi membina lebih banyak kemudahan jajaran paip gas asli di Negeri Perak. Antara projek jajaran terkini ialah melibatkan pemasangan paip gas dari Bidor ke Automotif High-Tech Valley (AHTV) yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2025. Kerajaan Negeri juga menggalakkan para pemain industri dan komuniti peniaga serta penduduk kawasan perumahan untuk menggunapakai tenaga solar bagi tujuan penjanaan sumber tenaga elektrik. Usaha ini adalah penting dan sejajar dengan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara. Selain daripada itu, JAS juga telah menjalankan program komuniti, Taklimat Pencegahan Pembakaran Terbuka, Pengurusan E-Waste, Kempen Hindari Plastik Sekali Guna dan Kempen Penguatkuasaan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberikan. Timbalan Speaker, berkaitan dengan soalan tambahan saya dan kita melihat tentang perancangan Kerajaan Negeri yang mensasarkan untuk tapak pelupusan sampah menjelang ataupun sifar tapak pelupusan sampah. Mensasarkan sifar tapak pelupusan sampah menjelang 2030. Antara teknologi yang ingin dibina adalah Thermal Waste yang boleh atasi masalah pencemaran bau dan menghasilkan komoditi biojisim, plastik dan logam yang boleh dipasarkan kepada industri. Apakah perkembangan cadangan pembinaan ini yang dijangka bermula pada Mac 2024 yang lalu sepertimana yang mana disebutkan? Kemudian berkaitan dengan kawasan tasik dan lombong yang banyak mungkin boleh diterokai dan digunakan sebagai ladang solar terapung. Jadi sejauh manakah Perak melihat peluang dan manfaat daripada kawasan ini? Adakah usaha, ada tak usaha untuk memanfaatkan kawasan-kawasan ni? Terima kasih, YB Exco. Mengharapkan jawapan lisan.
Untuk tapak pembuangan sampah itu, saya rasa dia di bawah bahagian PBT, okey. Jadi untuk ladang solar terapung hybrid di Perak ni. Seperti yang saya sebut semasa penggulungan semalam itu iaitu Perak ini dengan banyak tasik dan takungan air. Perak berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan Taman Solar Terapung. Inisiatif ini melibatkan pemasangan panel solar di permukaan badan air seperti tasik atau takungan. Penyelesaian ini sangat berkesan kerana ia tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas yang sering menjadi cabaran di kawasan yang sudah padat dan kawasan pertanian. Taman Solar Terapung menjana tenaga solar dengan cekap sambil memelihara ekosistem tanah. Selain itu, panel solar yang diletakkan di atas air adalah lebih sejuk berbanding yang diletakkan di atas tanah. Dengan ini ia dapat meningkatkan kecekapan penjanaan. PKNP pada 29 Ogos 2023 telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak TNB Genco bagi mengkaji potensi pembangunan projek solar terapung di sungai-sungai, empangan hidroelektrik dan kawasan tadahan SSJ, Sungai Perak. Dalam usaha memastikan pembangunan negeri yang bersifat lestari pada peringkat nasional dan antarabangsa. Cadangan pembangunan ini masih dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan oleh pihak TNB Genco. Selain itu, kumpulan PKNP melalui Maju Perak telah mengendalikan, yang ini ladang solar yang sedang berada di Keramat Pulai. Ok, itu sahaja daripada saya.
Pengkalan Hulu dulu, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan daripada Pengkalan Hulu, ketika dunia menyahut seruan penggunaan tenaga yang lebih mampan dan kurang karbon. Tenaga boleh baharu telah muncul sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga yang paling cepat berkembang dan tenaga boleh baharu muncul sebagai salah satu sumber penjanaan yang begitu kita lihat penggunaannya semakin lama semakin berkembang dan dijangka menjadi sumber tenaga terbesar pada 20, 30 tahun akan datang. Jadi soalan daripada Pengkalan Hulu, apakah langkah Kerajaan Negeri dalam usaha ke arah membantu menambah baik penghasilan tenaga boleh baharu ini? Dan bila kita lihat di luar sana, penglibatan dalam industri tenaga boleh baharu ini banyak dipelopori oleh pemain-pemain industri daripada luar. Jadi apakah langkah juga Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penglibatan pemain-pemain industri di dalam negara dan khususnya di dalam Negeri Perak ini? Terima kasih.
Terima kasih soalan daripada Pengkalan Hulu. Untuk menjawab mengenai bab tenaga boleh baru ni, halatuju saya rasa, buat masa ini negeri Perak dengan hidroelektrik, bekalan elektrik hidro daripada hidroelektrik itu memang satu tenaga hijau yang benar-benar. Jadi pada masa yang akan datang, kita juga dalam proses menggalakkan penjanaan kuasa elektrik daripada solar hidroeletrik mini yang saya sebutkan semalam dan pada masa yang sama waste to energy itu merupakan satu bab yang agak menarik jugak dan kita sedang berusaha ke arah tersebut. Terima kasih, sekian.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.
Terima kasih, Yang di-Pertua. Salam sejahtera buat semua. Soalan Hutan Melintang soalan nombor 3.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima Kasih kepada Yang Berhormat Hutan Melintang kerana telah membangkitkan isu yang berkaitan dengan portfolio saya. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Kerajaan Negeri sentiasa peka dan memberi tumpuan tentang pembangunan kemudahan internet, jalur lebar dan infrastruktur telekomunikasi terutamanya di kawasan luar bandar Negeri Perak termasuklah kawasan Dun Hutan Melintang. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa berusaha untuk memastikan kadar capaian internet yang baik dan pertingkatkan bagi semua kawasan berpenduduk terutamanya di luar bandar. Secara umumnya, pengukuran kadar capaian liputan internet mudah alih bagi kawasan berpenduduk dibuat di peringkat parlimen di mana bagi Parlimen Bagan Datuk, kadar capaian telah mencapai 99.75%, ini mencakupi kawasan bandar dan luar bandar termasuklah kawasan-kawasan dalam Dun Hutan Melintang. Bagi kawasan-kawasan di Dun Hutan Melintang sehingga September 2024, sebanyak 6 menara baru telah beroperasi iaitu Jalan Tepi Sungai, Taman Bagan Pasir, Kampung Seri Perkasa, Kampung Parit 4 Sungai Sumun, Parit 9, dan Parit 19.
Manakala satu lagi menara sedang dalam proses pembinaan iaitu di Ladang Jendarata dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2025. Sebanyak 38 stesen pemancar juga telah siap dinaiktaraf kepada rangkaian 4G bagi meningkatkan mutu dan kualiti liputan telekomunikasi sedia ada. Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula, sebanyak 2,915 daripada 3,378 premis telah tersedia dengan capaian gentian optik berkeupayaan gigabyte. Bagi pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di Perak, pihak DNB telah menyasarkan sebanyak 503 menara 5G akan dibangunkan di negeri Perak sehingga penghujung tahun 2024 dan daripada jumlah tersebut, 496 telah siap dan beroperasi bagi Dun Hutan Melintang setakat Oktober 2024, sebanyak 10 daripada 11 menara 5G telah dibangunkan dan beroperasi bagi memberikan capaian liputan 5G ke kawasan-kawasan sekitar. Baki sebuah lagi menara 5G masih lagi dalam pembinaan dan dijangka siap pada penghujung tahun 2024.
Soalan tambahan? Sila, Hutan Melintang.
Terima kasih kepada YB Exco. Soalan tambahan, walaupun perkembangan pesat dalam teknologi komunikasi, beberapa kawasan di luar bandar khususnya Hutan Melintang masih menghadapi cabaran dalam memperoleh akses internet yang berkualiti. Apakah cabaran yang dihadapi oleh kawasan luar bandar di Perak dari segi infrastruktur internet dan apakah penyelesaian yang sedang dipertimbangkan?
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hutan Melintang, sekali lagi membangkitkan soalan tambahan di bawah portfolio saya. Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa cabaran utama yang dihadapi oleh kawasan luar bandar di Perak dari segi infrastruktur internet adalah termasuk, yang pertama, keterbatasan akses jalur lebar. Kedua, Kepadatan penduduk yang rendah. Ketiga, topografi dan lokasi geografi dan keempat, ketiadaan infrastruktur elektrik yang stabil dan antara penyelesaian yang sedang dipertimbangkan, inisiatif yang pertama ialah Inisiatif pelaburan infrastruktur.
Kerajaan melalui pelbagai program seperti Pelan Jalinan Digital Negara ataupun kita kenali sebagai JENDELA dan Rangkaian Perkhidmatan Jalur Lebar atau pun NIB sedang meningkatkan dan memperluaskan liputan dalam menyediakan infrastruktur jalur lebar yang lebih baik. Kedua, penggunaan satelit dan teknologi tanpa wayar dalam kawasan yang lebih sukar dijangkau, teknologi satelit dan sistem komunikasi tanpa wayar seperti wifi desa atau menggunakan dron untuk menyediakan rangkaian sementara sedang dipertimbangkan sebagai penyelesaian untuk mengatasi cabaran geografi ini dan ketiga, kolaborasi dengan syarikat swasta. Kerjasama antara Kerajaan dan syarikat swasta juga sedang diperluas untuk meningkatkan ketersediaan internet yang lebih cepat di kawasan luar bandar melalui perkongsian kos dan juga sumber. Dengan usaha yang berterusan ini diharapkan masalah infrastruktur internet di kawasan luar bandar khususnya dalam Negeri Perak ini dapat diatasi dan kualiti perkhidmatan internet dapat dipertingkatkan. In shaa Allah.
Timbalan Speaker, Manjoi.
Soalan tambahan.
Bukit Chandan, sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Yang Berhormat Exco Digital, saya nak tahu capaian internet di kawasan saya masih lagi tak baguslah dan pihak Exco dan Digital Perak pernah turun ke kawasan saya buat ujian tentang capaian internet di kawasan saya dan pada masa tu, keputusannya sangatlah tidak menggalakkan capaian ia tu dan kita juga pergi ke kawasan Orang Asli di Ulu Bekor. Di sana, keadaan lebih teruk dan banyak aduan diterima, ada permohonan. Jadi saya nak tahu apa pelan perancangan selepas lawatan Yang Berhormat Exco ke kawasan saya hari tu? Terima kasih.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima Kasih Yang Berhormat Chandan, bertanyakan tentang permasalahan yang kita telah buat lawatan terdahulu di kawasan Dun Chandan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, setiap kali setelah lawatan kerja, bila kita dah turun padang ke sesuatu Dun, kita ada mewujudkan satu jawatankuasa telekomunikasi di peringkat Negeri Perak. Di mana jawatankuasa ini dipengerusikan oleh saya sendiri dan di urusetianya daripada MCMC dan barisan Ahli Majlis dalam mesyuarat ini terdiri daripada Telco-Telco penyedia perkhidmatan Celcom, Digi dan sebagainya. Jadi setiap permasalahan yang kita angkat setelah lawatan tersebut, kita akan bagi makluman kepada mereka dan kita minta tindak balas dan apa juga jalan penyelesaian, selain daripada jalan penyelesaian yang MCMC akan sediakan juga dan ada guideline yang kita berikan juga kepada pemain-pemain industri ini untuk mereka bantu. Tapi khususnya dari segi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi tentang lawatan kita ke Kampung Orang Asli dan ke kawasan pembuatan labu sayong ya, Yang Berhormat? Hari tu kita pergi? Ya. Itu pun tak selesai lagi, Ya. Jadi tak apa. Saya minta maaf Yang Berhormat.
Namun saya selepas habis je sidang Dewan ni saya akan berhubung balik dengan jawatankuasa saya dan saya akan review balik. Kalau perlu untuk kita turun balik, saya akan arahkan minta MCMC segera. Tapi tentang kawasan Orang Asli tu Yang Berhormat, keperluannya kita faham perlu satu Menara dan mungkin kita akan angkat cadangan ni kepada pihak KKD untuk mempertimbangkan MCMC sendiri untuk keperluan satu menara. Sebab waktu kita pergi tu memang keadaan capaiannya sangat teruk kerana geografi kawasan tersebut berbukit-bukit. Namun, saya akan In shaa Allah kita akan selesaikan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan Ayer Kuning, soalan nombor 3.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning yang telah mengemukakan soalan tentang pelaksanaan Bandar Pintar di Negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, Perak kini telah bergerak ke arah penguasaan era teknologi dan ICT menerusi Pihak Berkuasa Tempatan untuk memperkukuhkan pembangunan bandar melalui pendekatan bandar mapan dan pintar untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk bandar. Kerajaan Negeri di bawah Bahagian Kerajaan Tempatan yang berperanan sebagai jabatan penyelarasan utama pelaksanaan bandar pintar negeri
Perak akan melaksanakan Pelancaran Blueprint Smart City Negeri Perak 2040 sebagai langkah dalam mempromosi dan menarik pelabur dan pihak-pihak berkepentingan untuk melaksanakan inisiatif dalam pembangunan Bandar Pintar di peringkat PBT.
Di antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh PBT ke arah pelaksanaan Bandar Pintar adalah pertamanya, dengan mewujudkan dokumen Pelan Tindakan Bandar Pintar di peringkat PBT sebagai rujukan, panduan dan halatuju dalam memastikan perancangan pintar yang bersistematik agar mempersiapkan bandar-bandar dengan elemen pintar dalam pengurusan perbandaran di peringkat PBT masing-masing. Selaras dengan itu, sehingga kini beberapa PBT Negeri Perak telah pun menyediakan dokumen Pelan Tindakan Bandar Pintar seperti Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Daerah Perak Tengah, Majlis Daerah Kampar dan Majlis Daerah Kerian. Manakala beberapa PBT yang lain sedang dalam proses untuk menyediakan kajian dokumen Pelan Tindakan Bandar Pintar di peringkat PBT masing-masing.
Keduanya, inisiatif-inisiatif Bandar Pintar yang sedia ada dilaksanakan oleh PBT Negeri Perak yang merangkumi 7 komponen Bandar Pintar iaitu dengan izin, Smart Governance, Smart Economy, Smart Living, Smart Environment, Smart Mobility, Smart Digital Infrastructure dan Smart People serta antara inisiatif yang telah dilaksanakan adalah seperti Park@Perak, myPATIL, e-PBT, myMANJUNG, MyTiket@MBI, Sistem EzBooking MBI, Koha Integrated Library System, smart traffic light, smart parking, Sistem OSC 3.0 Plus, pengawasan pintar menerusi CCTV, sistem pengumpulan air hujan dan sistem Geographic Information System (GIS).
Ketiga, PBT juga turut memantau perancangan dan hala tuju pembangunan Bandar Pintar serta pelaksanaan inisiatif dan Program Bandar Pintar menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bandar Pintar di peringkat PBT masing-masing.
Keempat, adalah pembangunan Command Center atau Mini Dashboard di mana Majlis Bandaraya Ipoh telah menubuhkan Sistem Ipoh Integrated Operations Center (IIOC) iaitu pusat kawalan yang merupakan sistem bagi memudahkan dan melancarkan proses pengurusan pemantauan dan pengumpulan maklumat berasaskan web. Hasil daripada penjajaran inisiatif-inisiatif dan Program Bandar Pintar yang telah dilaksanakan oleh PBT, KPKT turut mengiktiraf pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar tersebut menerusi Anugerah Penarafan Bandar Pintar 2024 bagi kategori 'Early Adopter' yang telah diterima oleh Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Daerah Kampar termasuk plak, sijil penghargaan dan juga termasuk peruntukan khas insentif Bandar Pintar berjumlah RM400ribu. Majlis Bandaraya Ipoh dan Majlis Perbandaran Teluk Intan juga sebelum ini pada tahun 2023 pernah menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar yg sama, PBT yg berjaya ini juga telah menerima peruntukan khas sebanyak RM200 ribu bagi projek pembangunan iaitu Smart Ball bagi MPTI dan Smart Surveillance System atau CCTV bagi MBI.
Selain daripada itu, menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan juga telah mencapai persetujuan supaya semua PBT Negeri Perak bergerak untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap Early Adopter bagi tahun 2025. Jadi bagi tujuan itu, semua PBT akan diletakkan dalam kumpulan-kumpulan kluster yang bersesuaian dengan niche masing-masing dan menjadikan MBI sebagai focal point (IIOC). Terima kasih.
Soalan tambahan sila.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sebelum saya lontarkan soalan marilah kita bersama-sama berdoa mudah-mudahan Yang Berhormat Gunong Semanggol Ya. Masih sihat, saya diberitahu Gunong Semanggol tak sihat dan kita doalah mudah-mudahan beliau sihat sejahtera. Sama-samalah kita doa. Jadi soalan saya Yang Berhormat Exco ya dalam konteks kita mahu mewujudkan Bandar Pintar ataupun Smart City, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan penduduk luar bandar di Perak turut mendapat manfaat dan inisiatif Bandar Pintar dan soalan yang kedua terus sekali ya, apakah status terkini pelaksanaan Bandar Pintar dan apakah cabaran-cabaran yang dihadapi dan bandar manakah yang telah dikategorikan sebagai Bandar Pintar di Negeri Perak.? Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat. Untuk makluman, Yang Berhormat Kerajaan Negeri Perak turut mengambil beberapa langkah untuk kita memastikan penduduk luar bandar juga tidak ketinggalan dalam inisiatif Bandar Pintar. Jadi, salah satu langkah yang sangat penting ialah usaha berterusan untuk memperluaskan akses internet berkelajuan tinggi di kawasan bandar. Sebab ini sangat penting untuk memastikan di kawasan luar bandar juga dapat menyertai ekosistem digital dan turut membolehkan mereka untuk menikmati perkhidmatan seperti e-Kerajaan, aduan dalam talian dan urusan harian lain yang lebih efisien. Kerajaan juga sentiasa menggalakkan pelaksanaan program literasi digital untuk meningkatkan kemahiran teknologi di kalangan penduduk luar bandar. Program ini melibatkan bengkel latihan untuk mengguna aplikasi pintar seperti platform pembayaran bil, sistem aduan awam dan juga aplikasi kitar semula pintar.
Bagi sektor ekonomi pula, pengenalan teknologi pintar dalam pertanian memang sangat bantu untuk meningkatkan produktiviti dan juga pendapatan petani di kawasan luar bandar. Menerusi program kerajaan seperti Sejati Madani juga kita nampak memang sepanjang tahun ni banyak JPKK dan peringkat di peringkat komuniti. Banyak permohonan dan manfaat daripada program ini di mana dia juga bantu untuk realisasikan usaha pintar dalam melancarkan aktiviti dan menggunakan inovasi untuk manfaat kawasan luar bandar. Sebagai contoh, JPKK Kampung Tebuk Haji Dolah di kawasan Bagan Serai telah berjaya memohon peruntukan daripada Sejati Madani dan dengan pembelian drone untuk semburan racun di petak-petak sawah. Jadi ini antara usaha dan program yang memang sangat membantu dalam menjayakan usaha Kerajaan Negeri untuk laksanakan usaha inisiatif Bandar Pintar dan sebagai tambahan juga, Kerajaan Negeri dari masa ke semasa melaksanakan projek infrastruktur seperti lampu jalan pintar yang dilengkapi sensor untuk menjimat tenaga di kawasan luar bandar dan projek seperti ini bukan sahaja dapat bantu meningkatkan keselamatan, juga dapat menanam kepercayaan penduduk terhadap teknologi pintar, jadi melalui pendekatan yang inklusif, Kerajaan Negeri memang berusaha untuk memastikan semua lapisan masyarakat akan terlibat dan manfaat daripada usaha Bandar Pintar. Soalan kedua tadi tanya tentang cabaran utama.
Bandar manakah yang telah pun dikategorikan sebagai Bandar Pintar di Negeri Perak? Terima kasih.
Antara cabaran utama yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam kita nak melaksanakan inisiatif Bandar Pintar sudah pasti termasuk isu seperti kekangan peruntukan sebab kita faham untuk kita laksana untuk kita bina infrastruktur pintar dan teknologi sentiasa memerlukan peruntukan yang tinggi iaitu sebab kita perlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pihak swasta untuk kita mengatasi cabaran ini. Juga isu-isu seperti jurang digital dan juga literasi teknologi juga antara cabaran yang penting sebab kita perlu pastikan masyarakat bersedia dan mempunyai kesedaran dalam pelaksanaan dan juga menyokong usaha Bandar Pintar. Jadi itu antara isu-isu yang cabaran utama yang sentiasa dihadapi juga antara cabaran yang besar juga bagaimana dari segi data yang ada? Bagaimana kita integrasi untuk kita bantu kita buat keputusan yang penting. Seterusnya tentang bandar mana yang telah dikategori mencapai status Bandar Pintar. Setakat ni, memang kita ikut kepada sistem penarafan KPKT seperti yang saya sebut jadi buat masa ni ikut sistem penarafan Bandar Pintar di bawah KPKT, ia akan dibahagikan kepada Early Adopter, Developing Smart City dan sebagainya. Buat masa ini sehingga tahun 2024 di Negeri Perak, terdapat 4 buah PBT yang telah menerima status Early Adopter iaitu Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Majlis Perbandaran Manjung dan juga Majlis Daerah Kampar dan itu sebab kita sasarkan kesemua 15 PBT untuk turut mendapat status Early Adopter ini dalam tahun hadapan juga. Terima Kasih.
Alor Pongsu.
Alor Pongsu sila.
Ok, terima kasih Timbalan Speaker. Sebelum saya nak kemukakan soalan ni saya nak mintak saya nak zahirkan sesuatu. Saya bagi pihak mangsa banjir di Dun Alor Pongsu, 21 hari tu nak menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kepada Pejabat Daerah kepada agensi-agensi yang terutama yang ada di situ JKM, Cik Tipah, Puan Seri Azrin, PDRM, RELA nya, APM nya dan semua agensi ni. Terima kasih. Terima kasih daun keladi. Harap tahun depan tak jadi lagi. Ok. Soalan saya kepada YB Exco lah. Saya suka dengar PBT di Negeri Perak ni semua hebat. Ada berapa belas ni. Ni kemuncak ni saya tengok ada pintar pulak. Saya suka. Saya berbangga setiap kali PBT Perak dapat anugerah peringkat negeri dan peringkat nasional. Saya antara orang pertama saya tumpang berbangga. Tapi esoknya rakyat complaint satu benda yang tak menepati dengan apa yang dia dapat tu saya ingat Exco faham maksud saya kan? Kata pintar. Kami ni tumpang bangga dan saya bekas Ahli Majlis. Saya sentiasa bangga dengan PBT saya dapat anugerah saya akan post gambar banyak-banyak. PBT saya hebat hebat…hebat…hebat. Esoknya keluar dalam Facebook rakyat complaint satu benda yang tak menepati dengan anugerah tu, yang saya nak mintak ataupun saya nak soal kriteria untuk kita calonkan PBT tu. Saya tau tak boleh perfect tak mungkin sempurna. Tapi kita kena lebih berhati-hati supaya menepati dengan anugerah yang bakal PBT terima ni. Apa pun, terima kasih banyak PBT Majlis Daerah Kerian. Terima kasih.
Terima kasih Alor Pongsu untuk kategori untuk anugerah dan pengiktirafan yang diterima, sudah pasti di peringkat KPKT ataupun peringkat yang terlibat, dia mempunyai kriteria tertentu untuk menilai dan kita memang sentiasa cuba untuk memenuhi kriteria ni untuk ada pencapaian baru dan saya juga ambil maklum tentang isu-isu walaupun pada kita mendapat anugerah atau pengiktirafan yang baru pada masa yg sama masih di lapangan ada isu-isu yg belum dapat kita selesaikan dengan sempurna. Itu sebab saya rasa dengan pelaksanaan Bandar Pintar ni dengan penggunaan teknologi dan inovasi, dia akan membawa satu penyelesaian yang lebih menyeluruh dan dapat bantu kita untuk selesai isu-isu yg sebelum ni mungkin lebih susah untuk selesai. Jadi apa pun saya rasa kita PBT dan semua agensi yang terlibat di bawah pelaksanaan Bandar Pintar. Kita selalu terbuka untuk menerima pandangan, cadangan untuk kita sama-sama memperbaiki perkhidmatan yang ada dan sama-sama kita jayakan Bandar Pintar dan yg paling penting kita membawa perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahatera soalan Rakyat Trong soalan Nombor 5.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Timbalan Yang di-Pertua saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan Trong bersekali dengan soalan yang ditimbulkan oleh Kampong Gajah bersama-sama dengan soalan Yang Berhormat Chenderoh. Untuk makluman, Yang Berhormat, pihak LAP telah pun melantik perunding bagi melaksanakan projek pembinaan loji rawatan air ataupun LRA. Trong yang kedua, LRA Trong 2 yang baharu dan perunding sedang dalam peringkat menyediakan rekabentuk terperinci. Loji rawatan air Trong sedia ada akan digantikan dengan Loji Rawatan Air Trong kedua yang baharu dan ia akan mengatasi masalah loji tersumbat dan bekalan air domestik terganggu untuk jangka panjang. Insya-Allah. Selain daripada itu, pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Trong 2 bakal memberi manfaat kepada pengguna domestik dengan anggaran sebanyak 18 ribu pemegang akaun berdaftar di kawasan YB. Ianya juga turut selaras dengan hasrat pembangunan oleh Kerajaan Negeri yang dirancang terutamanya kesan langsung daripada pembinaan West Coast Highway dengan izin WCE yang bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi dan juga pembangunan setempat.
Kepada Yang Berhormat Kampong Gajah pula, berdasarkan perancangan LAP, Kampong Gajah adalah di dalam senarai keutamaan pihak LAP dalam meningkatkan sistem bekalan air ke kawasan tersebut. Pihak LAP telah melantik perunding bagi melaksanakan projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Kampong Gajah yang sedia ada dan perunding di dalam peringkat penyediaan rekabentuk terperinci dan penyediaan tender bagi projek tersebut. In shaa Allah akan ditenderkan oleh LAP sedikit lagi. Selain daripada itu, LAP juga dalam fasa perancangan bagi melaksanakan pembinaan loji rawatan Air Kampong Gajah Kedua yang baharu. Projek ini akan meningkatkan kapasiti air terawat untuk kegunaan kawasan Kampong Gajah dan kawasan kawasan sekitarnya. Pihak LAP dalam proses kerja ukur bagi tujuan pengambilan baik, pengambilan balik tanah LRA Kampong Gajah yang baharu. Ada sedikit masalah tebing tanah. Isu tanah.
Pihak LAP juga turut melaksanakan program penggantian paip berkala setiap tahun mengikut keperluan bagi keseluruhan Negeri Perak bukannya menggantikan paip paip yang lama, tetapi untuk menghilangkan atau mengurangkan NRW yang dihadapi oleh LAP sekarang ini. Sedikit penambahan berkaitan LAP yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chenderoh berkaitan bekalan air bersih ke Kampung Kelaung dan masalah bekalan air rendah di Kampung Jenalik. Kampung Kelaung terletak dalam kawasan Loji Rawatan Air Sauk dan setakat ini tiada paip retikulasi di kawasan Sauk. Kawasan ini telah dimasukkan dalam senarai cadangan projek bekalan air luar bandar ataupun BLA, BALB untuk penilaian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Kampung Jenalik pula memperolehi sumber bekalan air daripada Loji rawatan Air Rawatan Air Sauk yang kemudiannya disalurkan ke kolam reinforced concrete dengan izin (RC) Sauk dalam zon kawalan tekanan air bagi mengelakkan kekerapan paip pecah. Dalam keadaan normal purata bacaan tekanan air di kawasan di kawasan hujung dan di kawasan tinggi seperti di Kampung Jenalik Hulu dan Kampung Jenalik Hilir bacaannya adalah 10 meter. Maknanya elok sangat lah tu. Justeru itu, tekanan air adalah mencukupi jika paras kolam reinforced concrete Sauk tidak mengalami masalah. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan. Trong sila.
Terima kasih jawapan daripada kekanda saya Sungai Rapat, Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya ialah apabila berlaku terganggunya bekalan ayor lah di Trong ni ataupun dia seluruh Perak ni. Yang pertamanya, ialah baik pulih yang terancang, Maka akan keluar notis, tetapi apabila proses baikpulih yang tidak dirancang akibat paip pecah, maka saya, saya mohonlah supaya notis juga dikeluarkan untuk makluman. Sebab rakyat tanya saya kenapa…kenapa jadi sama ada baikpulih yang terancang ataupun pecah ataupun rosak. Saya harap ia dapat di dibuat notis oleh pihak LAP kepada rakyat. Yang kedua ialah bila berlaku terputus bekalan air kepada penduduk. LAP ada sediakan tanker. Jadi, saya mohon supaya sama ada tanker lori ataupun tanker statik ini sebenarnya berapa jumlahnya. Sebab kadang-kadang bila berlaku masalah di Trong, kita perlu lebih daripada satu tan lori tanker. Tapi bila dia tanya kita ada satu ja lori kena import daripada wilayah lain. Jadi, saya harap. Adakah satu wilayah satu tanker sahaja lori untuk supply bila berlaku terputus bekalan ayor kepada rakyat? Terima kasih YB.
Terima kasih Trong diatas soalan tu. Soalan pertama tadi bila masa ayor tu, kalau paip yang lama tu pecah di bawah, maka di atasnya nampak ayor melanyor lanyor yeop. Jadi kita tahu bahawa paip di bawah tu dah tentu pecah. Jadi kami daripada pihak LAP mintak dilaporkan secepat mungkin. Oleh kerana tidaklah ayor itu dibiarkan melanyor lanyor sepanjang panjang malam pertama dan keduanya, suasana sedemikian tidak dapat kita duga dan kita hanya dapat buat kerja-kerja pembaik, pembaikan secepat mungkin. Jadi ketika pembaikan itu, maka ada paip ada valve-valve yang besar lepastu kita tutup. Dalam proses itu, ada tempat-tempat yang memang air bekalan nya terputus. Jadi kita mintak pemahaman bahawa bila kita laksanakan kerja kerja pemulihan itu, maka suasana akan menyebabkan air terputus.
Sebabnya banyak rumah rumah LAP mencadangkan dia ada tangki di dalam rumah tu. Jadi kalau lah proses pembaikkan tu 2, 3 jam nak ganti paip baru atau nak repair buat welding. Sekurang kurangnya rumah dia tu 2, 3 jam je dia boleh bertahan. Itu suasana pertama.
Suasana yang kedua kita jugak dapati bahawa kerja kerja penyelenggaraan loji rawatan air dan mana mana valve yang bersangkutan tu dia tak buat hari hari dia dibuat berkala. Jadi kadang kadang tu loji rawatan air Trong tu tersumbat kerana ayor yang masuk nak pergi ke loji rawatan air tu ayor tu kita ambil dari sungai dan macam-macam barang macam macam sampah yang masuk. Walaupun kita tapis tapi ada terlepas juga. Jadi kadang-kadang kayu-kayu sampah-sampah, kadang kadang barang barang yang yang yang yang merosakkan, jadi kita terpaksa cuci dari masa ke semasa. Jadi, akibatnya, kadang kadang tu kita jugak mengalami masalah yang mana sampah ni berlebih-lebihan di mana kerja tu kena buat lebih lama daripada tu. Jadi tu masalah yang dihadapi oleh LAP. Cumanya saya nak bagitahu bahawa pemegang daftar air di Trong tu lebih kurang 18 ribu tu hendaklah bekerjasama dengan LAP sekurang kurangnya mana mana rumah yang belum ada lagi tangki, ada kan tangki. Jadi suasana loji rawatan air Trong kedua ini hajatnya adalah mengatasi masalah itu. Jadi bila loji rawatan air tu baru maka penapisan tu akan dibuat berkala dari masa ke semasa. Loji rawatan air yang lama ni adalah dah lama sangat ya jadi untuk itu tu banyak-banyak masalah walaupun kita buat rawatan senggaraan yang berkala. Tapi oleh kerana sampah sarap tu tak dapat di tapis keseluruhannya, maka masih lagi ada berlaku tersumbat. Jadi In shaa Allah, LAP akan berikan perhatian yang tinggi kawasan-kawasan Trong ni lebih lebih lagi bila ada WCE sekarang ni maka penggunaan air di kawasan Trong itu oleh pengguna jalan raya, pengguna lebuh raya ni agak kerap dan agak lebih. Sekian terima kasih.
Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jering untuk mengemukakan soalan sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Changkat Jering soalan yang nombor enam.
Terima kasih Timbalan Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat Changkat Jering, Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak telah mengambil inisiatif dengan menawarkan baucer pelancongan dengan #Promising Perak kepada pengunjung yang datang ke negeri Perak bermula daripada 1 Februari 2024 hingga 31 Januari 2025. Objektif perlaksanaan inisiatif ini adalah untuk memberi limpahan ekonomi kepada pemain industri pelancongan seperti agensi pelancongan dan pengembaraan hotel serta operator produk pelancongan. Selain daripada itu, masyarakat setempat, pemain sektor-sektor sampingan yang lain seperti makanan minuman, cenderahati dan lain-lain turut menerima manfaat daripada insentif ini. Sebanyak 3,920 keping voucher telah ditawarkan dalam program ini yang melibatkan seramai 65 pemain industri pelancongan. Seperti berikut, 20 agensi pelancongan dan pengembaraan dalam Negeri Perak dengan 66 keping setiap agensi yang bernilai RM150 sekeping. 20 pengusaha produk pelancongan dalam Negeri Perak dengan 80 keping setiap pengusaha yang bernilai RM30 sekeping. 25 pengusaha hotel dalam negeri Perak dengan 40 keping setiap hotel dengan nilai RM70 sekeping. Perlaksanaan bantuan khas voucher pelancongan ini secara tidak langsung dapat memberikan peluang baharu dan refresh market kepada pemain industri untuk meningkatkan pendapatan selain turut mempromosikan produk yang terlibat ke pasaran domestik dan antarabangsa. Inisiatif ini juga merupakan galakan kepada pelancong untuk datang ke negeri Perak dan menyumbang kepada peningkatan statistik kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Perak 2024.
Sepanjang Tahun Melawat Perak 2024 lebih daripada 120 acara rasmi telah dirancang dan dilaksanakan di seluruh negeri menjadikan jumlah ini yang terbanyak jika dibanding dengan inisiatif serupa di negeri-negeri lain yang juga menjalankan program tahun melawat masing-masing. Aktiviti ini melibatkan pelbagai segmen termasuk kebudayaan, kesenian, eko pelancongan, sukan dan sebagainya bertujuan untuk menarik pelancong tempatan dan antarabangsa. Penganjuran acara ini bukan sahaja meningkatkan daya tarikan Negeri Perak tetapi juga memberikan kesan limpahan ekonomi yang positif kepada pelbagai pihak. Berdasarkan, minta maaf kepada pelbagai pihak termasuk pengusaha pelancongan, peniaga kecil dan juga sektor perkhidmatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15 program telah terpilih di bawah 15 Pihak Berkuasa Tempatan yang telah berjaya menerima peruntukan dalam bentuk sumbangan untuk penganjuran acara. Peruntukan ini bernilai antara RM45 ribu hingga RM100 ribu bagi setiap program. Pelaksanaan acara di setiap daerah ini secara tidak langsung memberikan impak positif kepada komuniti setempat.
Sebagai contoh lagi di daerah-daerah masing-masing yang juga berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Pokok Assam. Termasuk juga Sambutan Ulang Tahun ke 150 Bandar Taiping…Sambutan ulang tahun ke 150 bandar Taiping sepanjang Januari hingga Oktober 2024 telah mencatatkan kejayaan yang membanggakan dengan 123 acara berjaya dianjurkan oleh MPT bersama dengan agensi-agensi dan juga pusat-pusat khidmat. Inisiatif ini memberikan impak positif yang ketara terutama dalam peningkatan statistik pelancongan. Berdasarkan data unit pelancongan, jumlah pelancong ke Taiping bagi Januari hingga Oktober 2024 mencatat 933,000 orang 507 orang, minta maaf 933,507 orang. Meningkat sebanyak 36,469 pelancong berbanding dengan 897,038 orang pada tempoh yang sama 2023. Sambutan ini juga meliputi menerima liputan meluas di pelbagai platform media menjadikan Taiping sebagai lokasi strategik untuk penganjuran acara bertaraf daerah negeri dan antarabangsa.
Selain daripada itu, pelbagai aktiviti sempena sambutan ini telah membawa manfaat langsung kepada penduduk setempat melalui peningkatan ekonomi dan juga peluang-peluang perniagaan. Di samping aspek ekonomi sambutan ini turut memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Taiping. Program yang namakan yang menekankan elemen sejarah dan warisan bandar ini bukan sahaja menambah pengetahuan penduduk tetapi juga memupuk rasa bangga terhadap sejarah di Taiping sebagai bandar yang tertua, unik dan sekaligus menjadikannya destinasi yang lebih menarik di mata pelancong domestik atau antarabangsa. Kerajaan Negeri juga melalui Tourism Perak sentiasa komited menyokong usaha dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Taiping sepanjang Sambutan 150 Tahun Taiping.
Sebagai persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, Tourism Perak akan terus mempergiatkan aktiviti promosi untuk memperkukuhkan kedudukan Taiping sebagai Bandar Warisan. Sebagai tambahan, Tourism Perak juga bersama Majlis Perbandaran Taiping akan terus mengemaskinikan produk-produk perlancongan yang terdapat di bawah Program Jejak Warisan Taiping. Bagi memastikan Taiping kekal sebagai satu destinasi pelancongan utama di dalam negeri Perak pada tahun hadapan Bahagian Korporat Perhubungan Awam dan Pelancongan di bawah Majlis Perbandaran Taiping juga akan menerbitkan kalendar acara pelancongan bagi tahun 2025. Kalendar ini dijadualkan siap dicetak pada Disember 2024 dan akan diedarkan kepada pelbagai entiti perlancongan termasuk Tourism Malaysia Wilayah Utara yang merangkumi negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis serta kepada hotel-hotel dan juga produk-produk pelancongan di sekitar Taiping. Tiga destinasi, minta maaf. Selain daripada sambutan di atas, contoh seterusnya adalah di kawasan Lenggong yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan juga Geopark. Turut menonjolkan pelbagai destinasi pelancongan yang mempunyai elemen sejarah dan alam semula jadi yang bernilai tinggi.
Pada data daripada Majlis Daerah Lenggong menunjukkan bahawa jumlah pelancong ke Lenggong sehingga Oktober 2024 mencatatkan sebanyak 126,494 orang meningkat sebanyak 50,125 pelancong berbanding 70,369 pelancong pada tempoh yang sama di 2023. Destinasi utama yang menjadi tarikan paling popular dalam kalangan pelancong adalah Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, seramai 26,328. Geotrail Tasik Raban, seramai 12,066. Taman Eko Rimba atau Lata Kekabu seramai 6,159 orang. Kerajaan Negeri melalui Majlis Daerah Lenggong turut aktif memainkan peranan untuk memastikan aset pelancongan ini terus terpelihara. Komuniti tempatan juga turut dilibatkan supaya usaha pemuliharaan dan pengoperasian tapak-tapak warisan dikekalkan nilai sejarahnya di samping memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk menjana pendapatan melalui aktiviti pelancongan. Ini adalah kesan limpahan daripada aktiviti-aktiviti tersebut melalui inisiatif yang merangkumi program pendidikan, latihan dan penyertaan langsung komuniti dalam pengurusan warisan.
Lenggong telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai program bertaraf antarabangsa yang berjaya menarik perhatian pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Antara program-program yang menonjol termasuklah Rimba Raid 2024 yang telah menyaksikan penyertaan seramai 30, sebanyak 13 negeri yang telah berdaftar. Minta maaf 13 negara yang telah berdaftar untuk program tersebut. Lenggong Ironbound Asia World Cup 2024 juga penyertaan daripada negara-negara dari dalam dan juga luar negara seperti UK, Australia, Filipina, Jepun, New Zealand, India dan sebagainya dan juga Rainforest Challenge atau 2024 edisi ke 27 dengan penyertaan melebihi 300 peserta tempatan dan juga luar negara. Program-program ini bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan Lenggong sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia tetapi juga memberikan kesan propaganda yang signifikan kepada ekonomi komuniti setempat sebagai contoh, peniaga kecil seperti penjual kebebe dan juga ikan pekasam mendapat peluang untuk memasarkan produk mereka kepada pengunjung.
Manakala pengusaha pelancongan tempatan dapat mempromosikan pakej pelancongan yang menonjol keunikan budaya dan alam semula jadi kepada Lenggong. Aktiviti secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan juga meningkatkan profil Lenggong sebagai salah satu destinasi atau juga lokasi pilihan pelancongan di negeri Perak. Sebagai contoh, mungkin kita katakan yang sebagai contoh-contoh tadi di mana ada Rimba Raid, Lenggong Ironbound dan juga RFC Challenge. Daripada jumlah mereka yang terlibat dalam apa dikatakan pelumba-pelumba tersebut mungkin cuma ribuan orang tetapi kalau kita lihat liputan daripada
YouTube dan juga sosial-sosial media di peringkat Malaysia dan juga antarabangsa, ia telah mengenengahkan daerah Lenggong ke mata dunia.
Jadi secara keseluruhan, inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen pihak Kerajaan Negeri serta pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan dan juga negeri serta NGO-NGO dalam mengintegrasikan pelancongan, warisan dan komuniti sebagai elemen penting dalam pembangunan mampan kawasan-kawasan di dalam Negeri Perak.
Soalan tambahan. Sila.
Terima kasih YB Exco di atas penjelasan yg panjang lebar. Soalan tambahan saya adalah, tadi dijelaskan kawasan destinasi yang popular. Jadi saya nak tahu jugalah paling popular sekali destinasi dalam suku tahun yangg pertama ni di Perak, destinasi mana dan yang kedua berapakah jumlah pelawat domestik dan juga luar negara dalam suku tahun yang pertama di NPerak dan juga dalam persiapan kita untuk…pasal Perak dah penghujung 2024 dan 2026 akan ada Tahun Melawat Malaysia. Apakah persiapan Perak untuk menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026? Seperti mana yang dimaklumkan, pihak pusat ada melancarkan iaitu Rapid KL iaitu MyTourist Pass. Kot-kot Perak ada apa-apa yang nak dilancarkan untuk menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026. Terima kasih.
Terima kasih Changkat Jering. Ok seperti yang telah saya tekankan berkali-kali dalam sidang Dewan kali ini adalah kita tidak lagi mempunyai data rasmi daripada DOSM. So, kebiasaannya data rasmi daripada DOSM akan dikeluarkan di penghujung suku pertama tahun hadapan. Jadi, untuk data rasmi tu saya tidak dapat bagi. Cuma data tidak rasmi saya telah berkali-kali cakap dalam sidang ni, cuma Yang Berhormat perlu check hansard dan nombor 3, tidak perlu kita nak tanya destinasi utama di negeri Perak. Sudah tentunya adalah Ipoh yang berada di tengah-tengah negeri Perak dan juga merupakan pusat pentadbiran dan juga pelbagai kegiatan ekonomi di negeri Perak dan yang keempat adalah di mana tadi dikatakan kerjasama itu sudah tentunya kita sebagai kerajaan Negeri perlu bekerjasama dengan Kerajaan Pusat. Itu kita tidak dapat lari dan saya rasa berbangga kerana Kerajaan Pusat telah memberi banyak bantuan dan juga sokongan yang telah kita terangkan berkali-kali dalam Dewan ini juga, sudah tentunya kita akan bekerjasama lagi dengan Kerajaan Pusat dan last sekali yang yang dibangkitkan tadi, dalam usaha kita memperkenalkan kita punya persiapan kepada 2026. Ya, kita telah mempersiapkan 2026 dan juga kita dapat lihat terdapat pertambahan peruntukan untuk kerja-kerja baik pulih atau kerja-kerja menaiktaraf semula ikon-ikon pelancongan yang telah uzur atau pun telah rosak.
Jadi, itu salah satu persiapan kita dan nombor dua dari segi konteks event yang kita bakal adakan. Baru semalam sahaja telah disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita, kita telah berjaya mendapatkan Rimba RAID yang merupakan satu satu-satunya acara sukan motor lasak bertaraf rally bertaraf dunia yang melalui Hutan Rimba Tropika, melalui Hutan Rimba Tropika, satu-satunya telah berjaya kita dapat untuk bertapak di Negeri Perak sekurang-kurangnya untuk tiga tahun iaitu bermula dari Tahun Melawat Perak sehingga Tahun Melawat Malaysia. Terima kasih.
Alor Pongsu. Soalan tambahan kedua.
Berkenaan?
Ya.
Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker.
Soalan ringkas ya.
Ya. YB Exco, saya hadir masa Tahun Baru di Silverlake. Tapi bila kita lalu sekarang, sebab masa di MAPS dulu saya juga hadir, yang MAPS dah jadi abu kan. Semua orang tahu. Saya nak tanya dua je. Apa khabar dinosaur di Batu Gajah. Apa khabar Orang Utan di Pulau Orang Utan di Bukit Merah, Lake Town. Terima kasih. Pulau Orang Utan. The only…
Bukit Merah? Di Bukit Merah?
Apa khabar dinosaur dan Pulau Orang Utan?
Nak tanya khabar tu saya rasa yang Amat Berhormat…Eh! Yang Amat Berhormat pulak. Mungkin bakal lah? Saya tak tahu bila Yang Amat Berhormat sekarang bersara kan? Ok, untuk tanya khabar tu Yang Berhormat mungkin kena tanya sendiri sebab saya tak tau bahasa dinosaur. Saya pun tak tau bahasa…apa nama…kata Orang Utan tu tapi the last I visit, mereka sihat-sihat belaka lah. Haa…itu aje. Tapi saya rasa mungkin apa yang...itu tersurat dan tersirat lainlah. Cumanya yang saya nak dikhabarkan kedua-duanya merupakan pengusaha tempatan. Kerajaan Negeri juga berusaha untuk bersama mereka tetapi pada penghujung harinya ia merupakan pengusaha tempatan. Minta maaf pengusaha persendirian. Jadi, ia terpulang kepada mereka untuk membuat marketing tersendiri. Cuma di pihak Kerajaan Negeri, kita cuba berusaha untuk membantu mereka di mana mereka perlu. Terima kasih.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.
Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025Bill
Perkara Yang Keempat membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama Enakmen Perbekalan 2025 dibaca kali kedua serta Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 telah disokong dan dibahaskan. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan dipersilakan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. (BACAAN DOA) Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang tak dapat bersama. Saya doakan semoga Allah memberikan kesembuhan kepada Yang Berhormat Semanggol yang dinasihatkan untuk berehat di hospital dua hari. Mudah-mudahan beliau akan mendapat kekuatan dan kesembuhan segera. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari yang saya kasihi sekalian. Saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan berkat kebesaran dan keagunganNya jua perjalanan Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua, Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan yang setakat ini sudah memasuki hari kelima berjalan dengan penuh tertib dan lancar iaitu simbol kesatuan hati-hati kita semua. Sebagai Ahli Yang Berhormat dalam memelihara, menjunjung dan meraikan semangat demokrasi di dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan sesi penggulungan ini dengan memetik firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syura Ayat 38 yang bermaksud. “Dan bagi orang-orang yang menerima iaitu mematuhi seruan Tuhannya dan mendirikan solat sedang urusan mereka diputuskan secara musyawarah diantara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka”. Mudah-mudahan mafhum ayat ini dapat menjadi panduan dan teladan kepada kita semua untuk menjadikan Dewan yang mulia ini sebagai pelantar bermusyawarah bagi mengumpul kebijaksanaan, mencakna kearifan dan menggembeling buah fikiran agar Belanjawan Perak 2025 akhirnya menjelmakan limpahan manfaat kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira sempadan kaum dan juga agama dan saya amat bersyukur kerana semangat itu terpancar sepanjang perjalanan perbahasan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 yang melibatkan 45 orang Ahli Dewan Negeri. Masing-masing 19 daripada wakil rakyat blok kerajaan dan 26 daripada blok pembangkang yang dimurnikan dengan pelbagai pandangan dan teguran yang membina sekaligus menyerlahkan kematangan kita di Negeri Perak ini untuk sentiasa meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan ideologi kepartian.
Dalam hubungan itu, saya mengambil kesempatan dalam sesi penggulungan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat di atas dokongan sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang yang rata-ratanya senada menyokong Belanjawan 2025 yang telah saya bentangkan pada 29 November yang lalu. Saya dimaklumkan oleh Urusetia Dewan Undangan Negeri bahawa sebanyak 246 isu yang direkodkan telah dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan dan sebahagian besarnya sudah pun disentuh dan juga dijawab oleh rakan-rakan Exco semalam. Saya akan mengambil peluang ini untuk menggulung perbahasan yang menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, kewangan, keselamatan, tanah, sumber asli, perancangan ekonomi dan juga GLC. Pun begitu saya mohon maaf sekiranya saya tidak sempat untuk memberi maklumbalas satu persatu kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Bagaimanapun setiap isu yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat akan tetap diberi perhatian pertimbangan dan tindakan dimana perlu, terutamanya isu-isu atau permasalahan yang boleh diselesaikan secara pentadbiran. Berkenaan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kerajaan Persekutuan pertimbangan boleh dibuat agar ia dapat dipanjangkan dalam platform-platform yang bersesuaian. In shaa Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua izinkan saya meneruskan sesi penggulungan dengan memberi maklumbalas terhadap beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rungkup berkenaan pembangunan Lumut Maritime Industrial City atau ringkasnya LuMIC. Untuk makluman Yang Berhormat Rungkup projek ini dirancang melibatkan 7 lokasi strategik iaitu LuMIC 1, LuMIC 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 yang terletak di sepanjang jajaran Daerah Manjung dan Bagan Datuk. Kawasan ini bakal dilengkapi dengan kemudahan terminal pelabuhan, sektor maritim serta logistik yang disasarkan untuk memenuhi keperluan pemain industri. Untuk makluman Dewan yang mulia ini projek LuMIC kini berada di peringkat kajian kebolehlaksanaan atau feasibility study. Penyelidikan dan kajian ini sedang dijalankan dengan kerjasama Port of Antwerp-Bruges International yang merupakan salah satu pihak antarabangsa berpengkalan di Belgium yang berpengalaman dalam pembangunan pelabuhan bertaraf dunia. Kerajaan Negeri sangat yakin setelah kajian kebolehlaksanaan yang sedang dilaksanakan pada masa ini dimuktamadkan, cadangan pembangunan LuMIC 6 secara serentak seperti yang diusulkan oleh Yang Berhormat Rungkup akan dapat dipertimbangkan. Pertimbangan ini akan mengambilkira pelbagai faktor bagi memastikan pembangunan tersebut dapat memberikan limpahan manafaat dan kemakmuran kepada rakyat secara menyeluruh dan penduduk di kawasan Bagan Datuk secara khususnya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya mohon memberikan pencerahan berhubung saranan Yang Berhormat Titi Serong supaya Kerajaan Negeri membentangkan laporan penelitian dan kajian struktur tanah di kawasan pembangunan Kerian Intergrated Green Industrial Park atau KIGIP bagi memastikan pelancaran projek mega ini dapat berjalan dengan lancar. Untuk makluman Yang Berhormat pihak SD Guthrie bersama dengan Permodalan Nasional Berhad atau PNB selaku pemaju projek sedang dalam proses melantik perunding untuk menjalankan kajian lanjut mengenai struktur tanah di tapak yang dicadangkan bagi pembangunan ini. Kajian ini bertujuan untuk memastikan semua aspek berkaitan tanah termasuklah kestabilannya dan kesesuaiannya untuk pembangunan dapat diteliti secara mendalam. Hasil kajian tersebut kelak akan dibincangkan secara menyeluruh bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Kerajaan Negeri serta agensi teknikal berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan. Perbincangan ini bertujuan memperincikan strategi pelaksanaan projek dengan mengambil kira impak kepada alam sekitar dan kesejahteraan penduduk tempatan serta manafaat kepada ekonomi setempat. Langkah ini penting untuk memastikan pembangunan KIGIP dapat direalisasikan dengan pendekatan yang mampan dan juga seimbang.
Kerajaan Negeri juga memahami keprihatinan Yang Berhormat Pengkalan Hulu yang telah menyentuh mengenai isu pembangunan kawasan sekitar Kompleks ICQS Bukit Berapit, Pengkalan Hulu. Untuk makluman Yang Berhormat pembinaan kompleks yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 ini dijangka menjadi pemangkin aktiviti ekonomi dan pelancongan di sempadan Pengkalan Hulu Betong. Buat masa ini Kerajaan Negeri memfokuskan kepada urusan perizaban tanah sedia ada dan perizaban cadangan tapak baharu agar perpindahan kompleks ICQS hampir dengan garisan sempadan antarabangsa dapat direalisasikan. Kerajaan Negeri perlu memastikan isu keselamatan sempadan dan kedaulatan negeri diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum merancang pembangunan semula kawasan sekitar kompleks termasuk bangunan-bangunan sedia ada yang terhenti sementara pembinaannya kerana berada dalam kawasan sasaran penting dan kawasan larangan tempat larangan.
Mohon mencelah. Sikit. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Manjoi ingin ulang sedikit ke belakang berkenaan dengan projek LuMIC. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, projek LuMIC ini memakan kos RM72 billion, satu kos yang sangat besar dan bagi Manjoi ia melibatkan kepentingan rakyat tanah dan juga rakyat. Cuma apa yang Manjoi ingin utarakan daripada projek tersebut daripada RM72 billion yang dinyatakan itu, berapa billionkah projek dari luar negara yang dah masuk ke LuMIC? Itu yang pertama dan kedua Manjoi ingin mencadangkan projek yang sebesar ini yang memberikan satu impak yang besar kepada negeri dan berikan kesan yang besar kepada negeri bolehkah diberi pembentangan atau pun dilibatkan semua Adun-Adun dalam negeri ni. Jika boleh pihak PKNP boleh membentangkan kadar terkini projek dan beritahukan kepada kami supaya setiap Adun-Adun di pihak kerajaan dan pembangkang kita boleh tahu perjalanan projek yang besar ini kerana ini tentang masa depan negeri kita dan kita perlu tahu secara terperinci sumbangan yang sedang berlaku di dalam negeri kita. Ini cadangan dari Manjoi. Terima kasih kepada Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Kerajaan Negeri bersedia untuk mengadakan sesi khas bagi kita memberi taklimat kepada semua Ahli Yang Berhormat berkaitan bukan sahaja dengan LuMIC, perkembangan berkaitan dengan AHTV, berkaitan dengan KIGIP dan semua program-program yang berkaitan dengan perindustrian mengindustrikan Kerajaan Negeri Perak.
Timbalan di-Pertua saya juga terpanggil untuk memberikan maklumbalas terhadap cadangan diketengahkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Baharu supaya diwujudkan satu perbandaran baharu di Daerah Manjung iaitu di Dun Pengkalan Baharu seluas 1741 ekar. Berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2030 dalam kandungan dalam (Penggubahan 3) yang telah diluluskan di dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri bil. 2153 pada 28 Ogos 2024. Kawasan ini terletak di blok perancangan kecil atau BPK 4.3 Panchor ke Kampung Batu Hampar, Mukim Pengkalan Baharu yang akan dibangunkan dengan cadangan komponen pembangunan terdiri daripada perumahan, perniagaan, industri dan kemudahan awam. Tapak baharu ini sangat berpotensi dan strategik bagi meningkatkan fungsi serta peranan Pekan Pantai Remis ke Pangkalan Baharu sebagai sebuah pusat penempatan kecil di Daerah Manjung. Saya memahami niat baik Yang Berhormat Pengkalan Baharu apabila mencadangkan diwujudkan sebuah lagi bandar baharu di kawasan Kampung Kota Dun Pengkalan Baharu bagi memacu ekonomi setempat. Bagaimana pun Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk membangunkan dua bandar baru di Daerah Manjung sebaliknya akan kekal dengan cadangan sedia ada di blog perancangan kecil 4.3 Panchor Kampung Batu Hampar yang telah pun diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 28 Ogos 2024. Yang Berhormat Pengkalan Baharu kita teruskan berdoa dan berjuang bersama-sama. Setelah selesai pembangunan tempat ini, kita boleh berpindah ke tempat lain. In shaa Allah.
Yang Berhormat Slim ketika sesi perbahasan ada bertanyakan sama ada kerajaan negeri bersedia mewujudkan latihan dan pendidikan dalam bidang automotif selepas pihak Geely berhasrat membuka universiti di Tanjong Malim. Dalam hubungan ini Kerajaan Negeri yakin kewujudan universiti berkenaan kelak akan menjadi pemangkin dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir dan separuh mahir dalam bidang automotif sekaligus dapat memenuhi permintaan pasaran pekerjaan dalam industri berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat Slim dan Dewan ini, pada masa ini terdapat tiga buah sekolah di Negeri Perak yang menyediakan kursus dalam bidang automotif di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia 2 atau SKM iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak, Batang Padang, Sekolah Menengah Kampung Datuk Ahmad Said, Ipoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana Kamunting. Selain itu juga terdapat 5 buah Kolej Vokasional yang menawarkan jurusan automotif iaitu Kolej Vokasional Kuala Kangsar, Kolej Vokasional Lebuh Cator, Kolej Vokasional Seri Iskandar, Kolej Vokasional Slim River dan juga Kolej Vokasional Taiping. Di peringkat pengajian tinggi, Politeknik Sultan Azlan Shah yang terletak di Behrang, menawarkan program dalam bidang Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan. Kerajaan Negeri yakin dengan adanya penawaran pengajian yang berkaitan automotif di negeri Perak dapat menampung keperluan tenaga kerja di AHTV. Berhubung dengan persoalan Yang Berhormat Slim mengenai persediaan kemudahan infrastruktur di kawasan projek AHTV, sukacita saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan negeri memberikan tumpuan terhadap aspek jaringan jalan raya di kawasan berkenaan supaya selari dengan perancangan Kerajaan Negeri seperti yang terkandung dalam Rancangan Struktur Negeri 2040 dan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Muallim 2035.
Kerajaan Negeri juga amat menghargai kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan projek menaiktaraf Lebuh Raya Tanjong Malim ke Lumut Fasa 1, menaiktaraf jalan Tol Tanjung Malim ke Politeknik Sultan Azlan Shah FT001 dari Seksyen 468.8 hingga Seksyen 483 bagi kerja awalan reka bentuk dan pengambilan tanah di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke-12. Sebagai menjawab persoalan Yang Berhormat Slim mengenai perincian jumlah dan jenis pekerjaan yang akan wujud susulan pelaksanaan AHTV, sukacita saya memaklumkan bahawa pembangunan bandar automotif itu dijangka memerlukan kira-kira 25 ribu tenaga kerja dalam industri utama seperti automotif dan juga pembuatan kenderaan. Keperluan tenaga kerja turut bertambah di kawasan Tanjong Malim dan daerah berhampiran seiring pertumbuhan industri huluan seperti pembinaan bangunan kilang, pengeluaran bahan mentah dan pengeluaran peralatan serta industri hiliran seperti penjualan kenderaan, servis kenderaan dan juga penjualan alat ganti kenderaan. Peluang pekerjaan yang bakal diperlukan dalam sektor perkilangan dan pembuatan kumpulan tenaga kerja mahir adalah seperti jurutera dan penyelia industri, juruteknik, pembuatan, jurutera automotif, juru elektrik dan elektronik, juru pandu jentera berat dan juga kren.
Bagi kumpulan tenaga kerja separa mahir, pekerjaan yang ditawarkan pula adalah seperti operator pengeluaran, juru kimpal perkeranian, promosi dan jualan, kumpulan sokongan logistik dan kumpulan sokongan perkhidmatan. Manakala bagi kumpulan pengurusan dan profesional, antara jenis pekerjaan yang bakal disediakan adalah penganalisis data, pegawai penyelidik pentadbiran, pengurusan dan juga pencipta digital.
Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan hujah beberapa wakil rakyat Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) yang kini menjadi sumber kekayaan baharu negeri. Bagaimanapun, sangat saya menghargai sifat cakna beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Kamunting yang bimbang kebarangkalian wujud impak negatif susulan perlombongan NRREE.
Untuk makluman Yang Berhormat Kamunting, aktiviti perlombongan NRREE adalah berdasarkan kepada pematuhan sepenuhnya Standard Operating Procedure atau SOP NRREE Negeri Perak yang telah disediakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam setelah pelbagai perbincangan dan perundingan dilaksanakan dengan agensi kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan. Dua tahun lamanya, Kerajaan Negeri dan Persekutuan menggunakan masa untuk mengadakan bengkel perbincangan untuk menentukan SOP yang berkaitan sebelum kita mulakan projek itu di Mukim Kenering. Dokumen ini merupakan penanda aras kepada syarat-syarat teknikal yang perlu mendapat kelulusan penuh sebelum pengoperasian boleh dibenarkan di lapangan. Dalam konteks ini, pematuhan kepada agensi teknikal adalah meliputi keperluan terhadap kelulusan daripada agensi teknikal yang berkaitan termasuk Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling, Environmental Impact Assessment (EIA) dan Pelan Pengurusan Alam Sekitar, Environmental Management Plan (EMP) daripada Jabatan Alam Sekitar Putrajaya. Sekiranya projek perlombongan NRREE ini didapati tidak mematuhi sebarang parameter atau syarat yang telah ditetapkan oleh agensi teknikal berkaitan atau terbukti membebaskan radioaktif, maka operasi perlombongan boleh dikenakan perintah berhenti serta-merta. Selain itu, pemeriksaan secara berkala akan dilakukan oleh agensi teknikal seperti JMG dan juga JAS bagi memastikan pematuhan sepenuhnya penggerak projek ke atas syarat-syarat yang ditetapkan.
Unsur nadir bumi NRREE yang dihasilkan daripada lombong NRREE di Kenering Gerik berasal daripada sejenis lempung atau tanah liat hasil daripada luluhawa batuan granit. Kajian dan analisis ke atas tanah liat dan karbonat unsur nadir bumi yang dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menunjukkan bahawa kandungan bahan radioaktif dalam kedua-dua bahan adalah sangat rendah iaitu di bawah satu becquere per gram, kandungan yang rendah itu menyebabkan ianya tidak tertakluk kepada Akta Pelesenan Jabatan Tenaga Atom dan dipanggil unsur nadir bumi bukan radioaktif NRREE. Walaupun risiko pencemaran radioaktif tidak timbul, Kerajaan Negeri tetap mengambil pendekatan proaktif dalam memantau industri ini. Pematuhan kepada protokol keselamatan dan keperluan alam sekitar akan sentiasa dipantau dan dikuatkuasakan dari masa ke semasa untuk memastikan kelestarian aktiviti perlombongan ini.
Bagi menjawab persoalan Yang Berhormat Keranji, Yang Berhormat Pengkalan Baharu, Yang Berhormat Kenering mengenai situasi terkini dan perancangan masa hadapan Kerajaan Negeri dalam industri NRREE, sukacita saya memaklumkan bahawa pelbagai perancangan telah disusun bagi menjamin kesinambungan kejayaan yang telah dicapai sekaligus meletakkan Perak sebagai peneraju industri tersebut bukan sahaja dalam negara tetapi juga di rantau ini.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sepanjang tempoh Februari 2023 hingga April 2024, projek perlombongan NRREE telah menghasilkan jumlah eksport yang dianggarkan sebanyak 13,103 tan metrik bahan mentah NRREE ke negeri China. Prestasi cemerlang ini telah menjana pendapatan bernilai RM257.35 juta dengan pulangan royalti sebanyak RM45.878 juta kepada Kerajaan Negeri. Larangan pengeksportan bahan mineral NRREE yang bermula pada 1 Januari 2024 oleh Kerajaan Pusat telah menyebabkan lambakan stok REC yang telah diekstrak di bawah PML 06/2021 PT 1761 yang tidak dapat dieksport keluar dan menyebabkan royalti eksport REC tergendala buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan pada 26 September 2024 telah meluluskan semula permit eksport atau AP kepada penggerak projek bagi mengeksport lambakan stok REC yang sedia ada yang menyumbang kepada nilai keseluruhan royalti sebagaimana yang saya nyatakan sebentar tadi.
Bagi menyahut seruan Kerajaan Persekutuan agar sumber hasil baharu ini mengalami proses tambah nilai didalam negara dan tidak hanya bergantung kepada pengeksportan bahan mentah semata-mata. Maka Kerajaan Negeri Perak telah merangka langkah proaktif jangka masa panjang melalui pembangunan Central Processing Plant (CPP) secara Proof of Concept atau (POC). Langkah ini dibuat berikutan pendirian negara China yang melarang sebarang pemindahan pengetahuan dan teknologi berkaitan pengasingan (REE) kepada negara luar. CPP POC ini dibangunkan menerusi kerjasama di antara MB Inc. Menteri Besar Incorporated bersama sebuah syarikat kepakaran tempatan. CPP POC ini berpotensi menjadi turning factor untuk pengembangan industri pertengahan dan industri hiliran NRREE di Negeri Perak dan secara tidak langsung menarik prospek pelaburan dari negara luar untuk melabur di dalam Negeri Perak serta mengurangkan kebergantungan Negara Malaysia kepada negara China dalam industri tersebut. Kerajaan Negeri turut mengambil pendekatan strategik dengan merancang eksplorasi kawasan-kawasan potensi NRREE yang baharu bagi memastikan kelangsungan ekosistem pembangunan industri NRREE di Negeri Perak dapat diteruskan. Bagi mencapai hasrat tersebut, Kerajaan Negeri telah memohon peruntukkan sebanyak RM20 juta ringgit kepada Kementerian Kewangan Malaysia bagi menjalankan eksplorasi terperinci bertujuan menentusahkan reserve sebenar deposit NRREE yang boleh diterokai.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya sangat menghargai sifat prihatin ramai ahli Yang Berhormat terhadap isu bencana yang sering membayangi kehidupan rakyat termasuk masalah banjir. Yang Berhormat Keranji, Pantai Remis dan Pasir Pinji misalnya mahu peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ditingkatkan. Manakala Yang Berhormat Menglembu, Hutan Melintang, Manjoi, Kampung Gajah, Bukit Chandan dan Gunong Semanggol pula mencadangkan jumlah bantuan kepada mangsa bencana juga ditingkat dan diperluaskan.
Dato' Yang di-Pertua, isu banjir ini adalah antara perkara yang saya sentuh dalam pembentangan Belanjawan Perak 2025 apabila JPS menjadi antara jabatan yang menerima pertambahan peruntukan yang besar, sama ada dari Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah meminta supaya JPS membuat perancangan yang rapi bagi menangani isu banjir secara menyeluruh selain menyiapkan segala projek tebatan banjir serta kerja-kerja menaiktaraf sistem pengairan yang telahpun dirancang. Kerajaan Negeri amat prihatin dengan musibah yang menimpa semua mangsa banjir. Justeru, selain daripada bantuan bencana diberikan kepada mangsa yang berpindah ke PPS iaitu pusat pemindahan sementara. Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan kebajikan mangsa ketika dan selepas bencana diberi perhatian yang sewajarnya. Bantuan disalurkan berdasarkan kepada Garis Panduan NADMA Bilangan 1 Tahun 2023 Pindaan tahun 2024. Bantuan juga diberikan menerusi Akaun Amanah Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak yang ditubuhkan di bawah Subseksyen 9 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957, iaitu Akta 61.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Akaun Amanah Tabung Bencana dan Bantuan Sosial di setiap daerah telah diwujudkan bertujuan untuk memperakaunkan terimaan dari Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan juga individu perseorangan. Ia juga dimanafaatkan bagi perbelanjaan usaha-usaha menyelamat projek-projek sosial, pemberian bantuan wang ehsan serta pemberian bantuan sosial iaitu sumbangan dan juga projek. Mengenai cadangan Yang Berhormat Manjoi supaya kadar apungan Tabung Bencana Daerah dinaikkan. Sukacita saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan nilai apungan tabung berkenaan kepada RM100 ribu berbanding hanya RM50 ribu sebelum ini. Diharapkan langkah ini dapat membantu pemberian wang bantuan kepada mangsa dapat disegerakan terutamanya di daerah-daerah yang sering berlaku bencana.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya juga sangat menyanjung tinggi sifat prihatin Yang Berhormat Bota mengenai isu pembinaan Masjid Al-Ghufraniah, Titi Gantong Bota yang dikatakan sudah tertangguh sejak bertahun-tahun lamanya. Untuk makluman Yang Berhormat Bota, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM20 ribu pada tahun 2018 selepas jawatankuasa khariah masjid tidak berjaya untuk mengumpulkan dana daripada penaja-penaja yang telah menarik diri atau tidak dapat dikesan. Walaubagaimanapun, semasa kerja awalan dijalankan, terdapat isu tanah yang melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan raya utama Ipoh - Lumut dan hanya selesai di peringkat JUPEM, Putrajaya pada tahun 2022. Kerja-kerja awalan dan meroboh telah selesai dilaksanakan pada Mac 2024 dengan kos keseluruhan RM241,599.10 berdasarkan kelulusan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak bertarikh 4 Oktober 2012.
Saya telah menerima laporan…saya telah menerima permohonan daripada Jawatankuasa Khariah Masjid pada Jun 2024 dengan anggaran kos pembinaan berjumlah RM6.89 juta dan telah mengarahkan Pejabat Daerah Perak Tengah untuk melakukan penilaian kos pembinaan masjid tersebut sebelum dikemukakan kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini memandangkan bagi tujuan projek bina baharu, naiktaraf, serta baik pulih masjid dan surau, Jabatan Agama Islam selaku pihak berkuasa agama negeri perlu mengemukakan permohonan ke Pejabat Perdana Menteri dan seterusnya Pejabat Pembangunan Negeri akan menyediakan ulasan-ulasan pelaksanaan projek untuk pertimbangan dan kelulusan Perdana Menteri.
Mengenai permohonan penduduk Bandar Universiti bagi pembinaan Surau Taman Tasik Indah, Seri Iskandar seperti diutarakan oleh Yang Berhormat Bota. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan rasmi surau berkenaan sudah diterima oleh Pejabat Menteri Besar pada 18 September yang lalu dan telah dipanjangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri bagi penyediaan ulasan untuk dipertimbangkan. Berhubung dengan cadangan pembinaan Surau Taman Larah Aman, Batu Kurau seperti yang disebut, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kurau, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Perak belum menerima sebarang permohonan bagi pembinaan surau berkenaan. Oleh itu, jawatankuasa pembinaan surau dimohon untuk mengemukakan permohonan rasmi bersurat melalui sistem I-Khariah Perak untuk dibentangkan ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bagi mendapatkan perakuan dan seterusnya dipanjangkan ke Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak untuk kelulusan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Kampong Gajah yang membangkitkan cadangan supaya Kerajaan Negeri menyediakan tapak khusus untuk Sekolah Agama Rakyat yang masih menyewa di rumah kedai atau menumpang di masjid. Untuk makluman, Yang Berhormat, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak sedia bekerjasama membantu pihak Jawatankuasa Sekolah Rendah Agama Rakyat bersama Jabatan Agama Islam dan juga Pejabat Daerah dan Tanah dalam mengenalpasti tanah serta lokasi yang sesuai untuk pembangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat berkenaan. MAIPk bersedia untuk mengemukakan terlebih dahulu permohonan pemberimilikan yang tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Saya juga menghargai keprihatinan Yang Berhormat Kampong Gajah mengenai kebajikan guru-guru KAFA. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil berat dan prihatin kepada kebajikan guru-guru KAFA. Lebih lebih-lagi dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat. Pada masa ini, pemberian elaun tambahan sebanyak RM200.00 disediakan setiap bulan kepada 3210 orang guru KAFA yang disalurkan terus oleh Kerajaan Negeri dengan jumlah peruntukan berjumlah RM 8.8 juta. Untuk makluman Yang Berhormat Kampong Gajah juga, semua kursus bengkel dan latihan yang melibatkan guru-guru KAFA adalah menggunakan peruntukan tahunan di bawah Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukan sejumlah RM60,800 setahun bagi tujuan penganjuran kursus pembangunan guru KAFA lantikan baru dan juga Bengkel Penggubalan Soalan Percubaan UPKK. Cadangan melibatkan peruntukan khusus untuk kursus guru KAFA akan diperhalusi oleh Jabatan Agama Islam Perak untuk dipertimbangkan pada masa akan datang. Kerajaan Negeri juga melalui Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyambut baik cadangan untuk menaikkan elaun tambahan kepada guru-guru KAFA dan akan memperhalusi syor berkenaan dengan mengambil kira kedudukan kewangan Jabatan Agama Islam Perak.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya juga amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Merbau atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai pembinaan Masjid Al Muttaqin di Taman Puncak Bougainvillea, Kuala Kangsar. Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan masjid ini yang dianggarkan menelan kos RM7.5 juta adalah menggunakan peruntukan daripada dana wakaf dan infaq orang ramai. Kutipan yang berjaya dikumpulkan melalui sumbangan orang ramai adalah sebanyak RM4 juta dan daripada jumlah itu, RM2 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan dan pembinaan yang telah dimulakan pada bulan Mac 2024. Pembinaan masjid ini ditadbir urus oleh Persatuan Jawatankuasa Pembinaan dan Pembangunan Masjid Al-Muttaqin dan di luar pemantauan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu pihak jawatankuasa masjid untuk menampung sebahagian perbelanjaan pembinaan berdasarkan kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Kerajaan Negeri mengesyorkan supaya permohonan 70% daripada keseluruhan kos pembinaan diangkat untuk kelulusan ICU JPM terlebih dahulu sebelum Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan penyaluran 25% daripada kos pembinaan.
Penghargaan juga saya tujukan kepada Yang Berhormat Lubok Merbau, Yang Berhormat Kenering, Yang Berhormat Behrang yang mengutarakan permohonan untuk menambah baik prasarana institusi pendidikan agama seperti sekolah-sekolah tahfiz, pondok-pondok dan Sekolah Agama Rakyat di kawasan masing-masing. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan khusus bagi kemudahan asas sekolah termasuk penambahan bilik darjah dan pembinaan dewan serba guna serta penyediaan peralatan teknologi. Kerajaan Negeri pula memperuntukan sebanyak RM5 juta untuk pembangunan Institusi Pendidikan Islam manakala RM10 juta diperuntukan bagi maksud bantuan khas Pendidikan Islam. Sehubungan itu, Yang Berhormat telah mengemukakan, sehubungan itu, Yang Berhormat boleh mengemukakan terus permohonan menaik taraf atau membaik pulih infrastruktur Institut Pendidikan Tinggi Islam melalui Jabatan Agama Islam Perak di kawasan masing-masing.
Saya turut menghargai keprihatinan Yang Berhormat Ayer Kuning yang melontarkan pelbagai saranan dan pandangan membina dalam usaha meningkatkan kemudahan asas sekolah-sekolah tahfiz selain mengesyorkan agar Kerajaan Negeri mencari jalan untuk meningkatkan kebajikan pegawai-pegawai masjid di negeri Perak. Beberapa syor yang di utarakan termasuk mengenai pembinaan dewan utama dan dewan surau Sekolah Menengah Tahfiz Batang Padang sememangnya sudah menjadi perhatian Kerajaan Negeri. Manakala segala saranan yang dilontarkan mengenai pemerkasaan institusi masjid akan diberi perhatian yang sebaiknya oleh Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Panjang, ketika sesi perbahasan ada memohon supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan pembinaan bangunan baharu Pejabat Agama Islam Daerah Manjung. Memandangkan pejabat, pejabat sedia ada kini menumpang di bangunan pejabat daerah dan tanah sudah terlalu padat berikutan peningkatan jumlah pelanggan. Untuk makluman, Yang Berhormat Pasir Panjang, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama Islam Negeri telah merancang untuk membangunkan Kompleks Pejabat Agama Islam Daerah Manjung yang baharu secara integrasi. Kini, kita sudahpun mempunyai tapak yang bersesuaian untuk pembinaan kompleks ini iaitu di atas tanah seluas 2 ekar di wilayah Pundut, Mukim Lumut. In shaa Allah, sekiranya kita memperolehi dana yang mencukupi, pembinaan ini dijangka dapat dimuktamadkan pada tahun hadapan.
Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menggulung beberapa isu yang dilontarkan oleh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh hal ehwal tanah. Yang Berhormat Changkat Jong dalam sesi perbahasan meminta Kerajaan Negeri memberikan tapak rumah bersesuaian kepada keluarga yang masih menduduki rumah setinggan. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod Jawatankuasa Penyelesaian Setinggan Negeri Perak, terdapat seramai 14,280 setinggan kediaman yang telah dikenal pasti di seluruh negeri. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,493 setinggan kediaman telah diberi hak mana telah diberi hak milik. Manakala baki sebanyak 6,787 setinggan lagi diberikan lesen menduduki sementara (LMS) kerana terletak di dalam kawasan rizab kerajaan seperti rizab jalan dan rizab sungai, yang mana memberi pemberian hak milik kekal tidak dapat diberikan.
Melalui inisiatif Program Setinggan Sifar yang telah dilaksanakan bermula tahun 2010, Pihak Berkuasa Negeri meluluskan pemberian LMS dengan sepuluh kali pembaharuan selama 10 tahun bagi setiap kediaman di atas tanah rizab kerajaan dan pada tahun 2020, Kerajaan Negeri juga telah meneruskan inisiatif pemberian LMS dengan lima kali pembaharuan selama lima tahun dengan menurunkan penurunan kuasa kepada Pentadbir-Pentadbir Tanah negeri Perak. Terbaharu bermula pada tahun 2024, Pihak Berkuasa Negeri telah melaksanakan inisiatif pemberian pajakan rizab di atas tanah rizab kerajaan. Ini membolehkan penduduk-penduduk kediaman setinggan di atas tanah rizab kerajaan untuk memohon pajakan rizab tanah kerajaan dengan tempoh 10 hingga 20 tahun dengan mematuhi syarat dan proses yang dinyatakan di dalam perjanjian pajakan rizab tersebut. Kesemua langkah ini mencerminkan ikhtiar kerajaan negeri untuk menyantuni isu setinggan secara berhemah dan rasa bertanggungjawab. Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa segala pertimbangan yang dibuat mestilah bersandarkan kepada keperluan Kerajaan Negeri membuat perancangan masa hadapan yang lebih tersusun di sesuatu kawasan.
Dato' Yang di-Pertua, saya menghargai sifat cakna Yang Berhormat Manong, apabila menyuarakan cadangan pembinaan bangunan baru Pejabat Penghulu Mukim Sayong. Memandangkan pejabat sedia ada dikatakan terlalu kecil sehingga menyukarkan orang awam berurusan. Untuk makluman Yang Berhormat Manong, perkara tersebut sememangnya sudah dalam perhatian Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Malah, Pejabat Pentadbiran Tanah Daerah Kuala Kangsar telah mengenalpasti satu tapak baru yang sesuai di Mukim Sayong bagi tujuan pembinaan Kompleks Pejabat Penghulu Sayong dan kertas pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) akan diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan perizaban tanah, tapak tanah tersebut. Setelah urusan tapak selesai, permohonan projek akan dikemukakan kepada UPEN untuk pertimbangan dan juga kelulusan. Saya terpanggil untuk turut mengambil perhatian terhadap cadangan yang baik, yang dilontarkan oleh Yang Berhormat Trong supaya diwujudkan dasar, satu keluarga satu lot rumah bagi membolehkan rakyat memiliki rumah sendiri.
Secara prinsip, Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan berkenaan, namun ia tertakluk kepada ketersediaan tanah kerajaan. Pada masa sekarang sememangnya pertimbangan diberikan kepada semua rakyat di Negeri Perak yang memohon memiliki tanah sama ada di dalam Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) atau mana-mana tapak yang masih lagi merupakan tanah kerajaan. Selain daripada permohonan tanah bagi tujuan kediaman, rakyat Negeri Perak turut diberi keistimewaan untuk memiliki rumah kediaman melalui inisiatif Rumah Perakku di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) yang mana skim perumahan terancang di bawah Program Rumah Perakku ini dikawal selia bagi pembangunan melibatkan pemaju swasta yang membina projek perumahan di atas tanah hak milik pemaju dengan mengenakan syarat pembinaan komponen agar golongan sasaran dapat memilik rumah dengan harga serendah RM95,000.00 bagi Rumah Perakku, maaf Rumah Perakku 1. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri cakna berkaitan isu pendudukan di atas rezab jalan, rizab sungai dan rezab tanah kubur. Bagi maksud itu, pertimbangan boleh diberikan melalui pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi tujuan bangunan kediaman atau pajakan tanah rizab bagi tapak yang telah diwartakan tertakluk kepada ulasan jabatan teknikal dan mematuhi peraturan keselamatan bagi tapak yang melibatkan rizab sungai atau jalan.
Dato Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk menjawab isu dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Gunong Semanggol mengenai isu pencerobohan atau penerokaan tanah kerajaan oleh sebilangan pengusaha tanaman kelapa sawit, pokok limau dan durian di atas rezab kolam tadahan Bukit Merah seluas kira-kira 200 ekar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan ini, Kerajaan Negeri tidak pernah berniat untuk menganiaya sesiapa pengusaha terbabit. Malah, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kerian telah mengadakan pertemuan dengan mereka untuk memaklumkan tentang perancangan kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut. Pihak pejabat daerah juga telah memaklumkan bahawa pencerobohan berkenaan adalah satu kesalahan besar apatah lagi kawasan berkenaan perlu dibangunkan untuk memperkukuhkan struktur dan fasiliti empangan-empangan tebatan banjir bagi menangani isu banjir yang sering menghantui ratusan malah ribuan penduduk.
Malah, pihak Pejabat Daerah Kerian juga telah mengeluarkan notis Seksyen 425 KTN iaitu Akta 428 sebanyak 3 kali iaitu pada 25 Julai 2024, 5 Ogos 2024 dan 6 Ogos 2024 bagi mengosongkan kawasan rezab kolam tadahan air yang telah diceroboh sejak sebegitu lama. Namun, arahan dan notis tidak diendahkan malah meminta supaya tanah tersebut diberi hakmilik kepada mereka. Keadaan ini memaksa operasi tindakan penguatkuasaan iaitu Akta 428 dan 426A(C) Kanun Tanah Negara iaitu Akta 828 dijalankan pada 20 Ogos 2024 melibatkan beberapa jabatan dan agensi penguatkuasaan seramai 100 orang anggota yang terdiri daripada Pejabat Daerah Kerian, PTG, JPS, Polis Diraja Malaysia dan juga Jabatan Pembangunan dan Kemajuan Kampung. Operasi penguatkuasaan hanya dilaksanakan ke atas tanah rezab JPS yang bersempadan dengan tanah milik yang mana melibatkan tindakan pemusnahan dan penebangan pokok kelapa sawit seluas 50 ke 80 ekar. Kerja-kerja pembersihan bagi baki kawasan tersebut sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor yang telah dilantik oleh JPS negeri bermula bulan September 2024. Oleh itu Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak berniat menzalimi sesiapa. Semua pihak perlu sedar bahawa kawasan kolam tadahan ini merupakan aset penting bagi bekalan air dan pengairan aktiviti pertanian di kawasan Kerian. Yang Berhormat Gunong Semanggol sedia maklum isu banjir dan isu pengairan telah membayangi kehidupan penduduk Kerian sejak bertahun-tahun lamanya. Kita tidak boleh membiarkan pencerobohan sebegini merencatkan usaha kerajaan untuk menjamin keperluan bekalan air di kawasan berkenaan.
Yang Berhormat Gunong Semanggol juga membangkitkan isu tanaman sawit yang diusahakan oleh 600 anggota Koperasi Pembangunan Sungai Tumboh, Seri Iskandar Berhad (KPST) di atas tanah di Seri Iskandar. Yang Berhormat Gunong Semanggol menggambarkan kerajaan bertindak zalim apabila membiarkan tanaman sawit yang diusahakan anggota koperasi ini selama 10 tahun diratakan oleh pemilik tanah berkenaan. Saya mengikuti isu ini yang turut diviralkan dimedia sosial. Kalau dibaca komen-komen dalam media sosial memang cukup tajam dan keras. Saya digambarkan sebagai Menteri Besar yang zalim. Ada pula yang menggelar saya sebagai penggadai tanah rizab Melayu. Ada juga yang menuduh saya sebagai Menteri Besar yang tidak berhati perut kerana tidak berbuat apa-apa untuk membantu.
Dato’ Yang di-Pertua, oleh itu, izinkan saya menyebut sedikit membuat sedikit sebanyak pencerahan berkenaan kronologi kepada peristiwa ini. Pertama, tanah yang dimaksudkan itu adalah dua plot tanah iaitu PT 600 dan PT 32509, yakni dalam kategori tanah bagi kegunaan perindustrian. Berdasarkan semakan terkini, ia bukan tanah rizab melayu seperti yang didakwa. Kedua, tanah tersebut adalah sebahagian daripada tanah milik PKNPk yang dicadangkan asalnya untuk pembinaan lapangan terbang baru negeri Perak sebelum ini, sebelum pilihan raya 2018 tetapi ia telah dijual kepada sebuah syarikat pelabur oleh kerajaan sebelum ini menerusi perjanjian jual beli SPA bertarikh 28 September 2018 dan saya dimaklumkan pelabur berkenaan telahpun membuat pembayaran penuh. Yang Berhormat Gunong Semanggol tahu bahawa pada tahun 2018, saya belum lagi menjadi Menteri Besar malahan menjadi Ketua Pembangkang pada waktu itu. Saya tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak pentadbiran terdahulu tetapi melihat kepada tohmahan-tohmahan yang dilemparkan, saya perlu memberi pencerahan untuk bersikap adil termasuklah kepada anggota koperasi terbabit. Bermakna tanah yang telah diteroka itu asalnya tanah kepunyaan PKNP yang kemudian telah dijual kepada seorang pelabur, maka tanah itu sekarang adalah milik pelabur.
Walaupun tanah tersebut sudah berpindah milik, Kerajaan Negeri tidak pernah bersikap lepas tangan dalam hal ini. Sebagai kerajaan yang prihatin, saya sendiri telah meminta PKNPk mengambil inisiatif untuk bertindak sebagai pemudah cara di antara koperasi tersebut (KPST) dan pemilik tanah berunding melalui beberapa sesi libat urus yang disertai oleh Pengerusi Koperasi, Setiausaha Koperasi, Bendahari, Ahli Lembaga Koperasi, sebahagian ketua blok dan wakil ahli yang terlibat. Hasil inisiatif Kerajaan Negeri itu, maka pada 2 Oktober 2024, pihak pemilik tanah dan KPST telah mencapai persetujuan bersama untuk menandatangani perjanjian di mana pemilik tanah bersetuju membuat bayaran sagu hati kepada pihak KPST. Maksudnya pemilik tanah yang telah membeli tanah daripada PKNP bersetuju untuk bayar sagu hati kepada penceroboh tanah mereka. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri dimaklumkan wujud kemelut dalaman dalam koperasi berkenaan sehingga menyebabkan sebahagian daripada ahli-ahlinya mendakwa persetujuan yang telah dicapai bersama pemilik tanah tersebut adalah tidak sah. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri sudah melakukan segala yang wajar untuk membantu menyelesaikan isu kebajikan koperasi berkenaan.
Malah, dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah PKNPk yang saya pengerusikan pada 26 September yang lalu, PKNPk bersetuju untuk menawarkan tapak alternatif di Mukim Pasir Panjang Hulu, Daerah Perak Tengah kepada koperasi tetapi sehingga tamat tempoh tawaran selama 14 hari, pihak koperasi tidak membuat maklum balas penerimaan dan Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa pertikaian dalaman koperasi berkenaan masih berlanjutan sehingga hari ini. Semalam saya mendapat surat daripada pejabat peguam yang berkenaan. Dia minta supaya Kerajaan Negeri menangguhkan usaha-usaha kerja-kerja membersihkan tanah tersebut. Itu tak dapat dilakukan sebab tanah itu bukan tanah kerajaan lagi. Tanah itu kepunyaan orang tertentu, syarikat tertentu. Terpulang kepada dia lah nak buat apa atas tanah tu. Maka Kerajaan Negeri tak boleh mencampuri lagi walaupun mereka telah menggunakan pejabat peguam. Jadi saya nak sebutkan di sini bahawa kita faham, ketua pembangkang. Saya pernah jadi ketua pembangkang.
Kita faham Ahli-ahli Yang Berhormat sering kali menerima aduan, menerima rayuan, menerima hasutan sesetengah tu supaya kita bawa isu-isu dalam Dewan. Saya nasihatkan kepada diri saya dan kita semua. Study dulu, kaji dulu. Kalau betul ia perlu dibawa dan diajak untuk kita bincang cara penyelesaian bawalah. Kalau tidak ia akan menjadi gurauan semata-mata atau pun ia akan menjadi hanya bahan ucapan kita di sini kerana kita tidak meneliti atau mentelaah mengkaji terlebih dahulu. Ini pesanan untuk saya dan kita semua. Supaya bila kita datang kemari, kita berhujah, kita bawa isu yang benar-benar dapat membantu dan menyelesaikan masalah rakyat. Kalau kita mengkaji, memahami firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 12 yang jelas maksudnya, "Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukmin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan mengapa tidak berkata ini adalah suatu berita bohong yang nyata."
Saya selama ini cuba mengambil sikap berdiam diri dan memujuk hati supaya bersabar. Lebih-lebih lagi isu yang dimainkan cukup sensitif kerana melibatkan hal ehwal tanah dan juga hal ehwal agama Islam tetapi gelombang fitnah di luar sana benar-benar menguji kesabaran. Bayangkan dalam kesungguhan Kerajaan Negeri berusaha membantu menyelesaikan isu-isu tanah ini ia sekilas dipadam dengan fitnah dan tohmahan bagi menambah perisa fitnah. Ia dikaitkan pula dengan isu tanah rizab melayu di Setiawan. Sedangkan Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri mengetahui saya pernah jawab dalam Dewan ini. Ia tidak berlaku dalam pentadbiran saya sebagai Menteri Besar...
Boleh celah, Menteri Besar? Ayer Kuning. Terima kasih Yang Berhormat. Saya nak nukilan dalam Dewan yang mulia ini kerana Yang Amat Berhormat saya terlibat secara langsung dalam menyelesaikan isu ini bersama dengan koperasi dan kita telah pun berusaha sungguh-sungguh untuk membantu pihak koperasi ni. Jadi, kita berharap lah dalam Dewan yang mulia ini supaya pihak koperasi yang mungkin mereka mungkin tersilap ya. Tersilap. Supaya memikirkan semula bagaimana Kerajaan Negeri dah membantu, cuba membantu kepada mereka dan saya sendiri dah berjumpa dengan mereka dan pada asalnya mereka dah setuju dan pihak syarikat pun telah pun bersetuju untuk bayar kepada koperasi ni sebanyak RM4 juta dan juga menyelesaikan berkaitan dengan penanaman sawit dan juga kerja-kerja awalan kepada koperasi ni. Baik, mereka dah setuju sebenarnya tetapi mungkin ada gangguan-gangguan ataupun ada pihak-pihak yang mungkin tidak mengetahui secara panjang lebar ceritanya. Maka jadilah kisah ni. Jadi dalam Dewan ni, saya berharap lah dengan jasa baik yang telah ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk membantu koperasi ini dan saya juga terlibat secara langsung memohon supaya mereka mengkaji semula berkenaan perkara-perkara ini. Terima Kasih.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Ayer Kuning. Yang Berhormat Ayer Kuning adalah salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah PKNPk yang kita amanahkan untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Saya ucap terima kasih kerana beliau telah pun berjaya untuk membantu untuk memandu penceroboh-penceroboh berkenaan untuk akhirnya menerima cadangan kerajaan tapi seperti biasalah akan ada orang yang menjadi peracun atas sebab-sebab tertentu menjadikan sebahagian besar daripada ahli koperasi tersebut akhirnya menarik balik sokongan dan mereka cuba untuk mencari jalan untuk membatalkan perjanjian. Saya nak maklumkan bahawa perjanjian tak boleh dibatalkan. Tanah itu telah pun dijual. PKNP pun telah dapat duit. Telah tukar milik maka ia merupakan kepunyaan mutlak kepada pelabur yang telah membeli tanah itu. Jadi, ahli-ahli koperasi yang berkenaan kena akur bahawa keputusan telah dibuat dan ianya adalah muktamad. Terima kasih, Ayer Kuning. Malah, tanah berkenaan tidak pernah dipindah milik melalui Pihak Berkuasa Tanah iaitu Pejabat Tanah dan Negeri sebaliknya diperolehi oleh syarikat bukan Melayu melalui penjualan syer saham syarikat melayu. Ini berkaitan dengan rezab tanah melayu Setiawan yang pernah dibangkitkan, Ditohmahkan seolah-olah saya telah merelakan pindah milik tersebut. Ia tidak berlaku di zaman saya tetapi saya telah cuba sedaya upaya malahan PTG boleh mengesahkan di zaman ini kita menambah keluasan bagi tanah-tanah rezab melayu di Negeri Perak ini.
Walau bagaimana pun, Yang Berhormat Gunong Semanggol telah memilih untuk membangkitkan lagi sekali dalam perbahasan ini Isnin lalu. Dengan dendangan fitnah yang berterusan ini, maka berduyun-duyunlah cacian dan tohmahan. Saya diberikan segala macam gelaran termasuk dituduh sebagai perampas dan penggadai tanah rezab melayu dan sebahagian komen-komen juga ada singgah di akaun-akaun media sosial milik Ahli-ahli Yang Berhormat. Ada antara rakan-rakan di sebelah sana, saya pernah menjadi kerajaan bersama saya. Sahabat saya Selama, sahabat saya Sungai Manik, Gunong Semanggol. Yang Berhormat tahu. Yang Berhormat tahu cara saya. Malah Yang Berhormat sudah mengenali hati budi saya. Jadi saya dengan rendah diri mahu bertanya di hadapan rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, pernahkah dalam mana-mana ketika saya merampas atau menggadai walau seinci mana tanah-tanah rezab melayu di Negeri ini. Jika ada saya mohon sila nyatakan kepada Dewan yang mulia ini. Cabaran ini saya lontarkan kerana saya tahu apa yang saya buat dan saya ingat janji saya, sumpah saya bahawa saya tidak boleh melakukan perkara-perkara yang akan menyebabkan kerosakan kepada orang melayu, kepada orang Malaysia dan juga kepada agama Islam. Pernahkah dalam mana-mana ketika saya sebagai menteri besar bertindak zalim, kejam atau menindas orang melayu? Kalau mohon juga boleh dinyatakan. Saya berterima kasih sebab dalam Dewan ini tak pernah ditimbulkan tetapi di luar sana dalam mana-mana ceramah, dalam mana-mana ruang orang menggunakan platform tersebut untuk membuat fitnah kepada saya dan juga kerajaan yang saya pimpin. It is unfair. Kita boleh berkempen, kita boleh berhujah, kita boleh mencari pengaruh tetapi elakkanlah daripada membuat fitnah sebab fitnah itu boleh membunuh sebenarnya. Begitu juga
Dato' Yang di-Pertua, dalam soal hal ehwal agama Islam dalam pembentangan Belanjawan Perak 2025, saya menghuraikan secara panjang lebar dan terperinci ikhtiar Kerajaan Negeri yang saya pimpin untuk menyebar luaskan syiar Islam. Peruntukan untuk jabatan-jabatan agama bukan sahaja meningkat, peruntukan untuk Jabatan Agama Islam termasuk Jabatan Kehakiman Islam bukan sahaja meningkat, malah perbelanjaan untuk memperkasa institusi agama termasuk surau dan masjid juga meningkat berkali ganda pada setiap tahun. Malah, peruntukan bagi Program Pemerkasaan Agama Islam di kawasan-kawasan yang diwakili oleh Yang Berhormat
Pembangkang rata-ratanya meningkat setiap tahun. Saya nak bagi contoh Ahli Yang Berhormat kawasan Parlimen Larut. Ada tiga kawasan Adun pembangkang di situ. Ada Selama, ada Kubu Gajah, ada Batu Kurau. Itu kawasan orang melayu kawasan orang Islam.
Ada masjid, ada surau, ada sekolah agama rakyat, ada ma'had tahfiz di situ. Ini peruntukan kerajaan yang diamanahkan kepada menteri besar untuk dibelanjakan bagi tujuan syiar Islam itu banyak kita hantar ke Batu Kurau, Yang Berhormat. Kita hantar ke Selama. Kita hantar ke Kubu Gajah termasuk jugak kawasan Parlimen Parit Buntar. Itu kawasan orang Melayu orang Islam. Saya tidak boleh tidak mesti membelanjakan wang yang di amanahkan untuk tujuan sekolah agama rakyat, masjid dan surau ke kawasan-kawasan yang berkenaan yang secara kebetulan diwakili oleh rakan-rakan pembangkang. Jadi, sebab itu saya terima kasih sebab Ahli Yang Berhormat tidak menyebutkan di sini tapi tolonglah, tolonglah. Di luar sana, jika ada orang berkata bahawa menteri besar ini sejak berkerajaan dengan DAP, dengan Pakatan Harapan ini telah terseleweng, telah tergelincir menyebabkan orang melayu dan orang Islam di Perak ini terancam. Yang Berhormat-Yang Berhormat, tolong betulkan dan bagitahu kepada mereka berapa Dun Batu Kurau dapat duit untuk bina masjid, berapa surau di Bota dapat untuk bina sekolah agama rakyat. Berapa juta dibelanjakan untuk kawasan di Titi Serong untuk saya buat surau dan sebagainya. Nak perincian saya boleh bagi. Isytihar.
Dato' Seri, Batu Kurau mohon mencelah. Terima kasih banyak ada dua tempat di Batu Kurau, di Kampung Jabi dan juga di kampung Changkat Larah. Mereka itu sebenarnya menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri terus tanpa melalui Adun. Tapi bila sampai dekat Dato' Seri, Dato' Seri menggunakan peruntukan Adun itu untuk memberikan kelulusan kepada mereka. Tak apa, itu itu hak Dato' Seri. Cumanya, tidak dimaklumkan kepada kami lebih awal mengatakan peruntukan tu digunakan peruntukan untuk Dun pembangkang. Jadi surat mereka itu tidak melalui saya sebagai sebagai Adun. Tapi saya ucap terima kasih dan saya akui bahawa banyak perkara yang Dato' Seri buat untuk Agama Islam di negeri Perak. Syabas dan tahniah.
Terima kasih. Pilihan raya ni lambat lagi 2027. Jadi dalam tempoh ini, janganlah kita racun orang. Jangan kita racun orang. Dalam ceramah saya di luar pun, bila orang cakap tentang UMDAP, UMNO dan DAP. Saya kata dulu ada PASDAP, PAS dan DAP. Lepas tu ada BERSADAP, BERSATU dengan DAP. So, what's wrong. As long as kita diberi amanah untuk tubuh kerajaan dengan amanah itu kita bangunkan negeri, kita suburkan agama kita, kita suburkan perpaduan kita, it's ok. Tunggu 2027 pilihan raya lain.
Ok, satu lagi sahabat saya walaupun dia berada di hospital, barangkali dia dengar. Saya nak terima kasih kepada Yang Berhormat Semanggol kerana di awal perbahasan itu telah membangkitkan mengenai isu laporan kewangan dan laporan tahunan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Malahan itu menjadi isu juga yang memanaskan dewan apabila perbahasan oleh Yang Berhormat Hulu Kinta. Pertamanya Dato’ Yang di-Pertua, adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa PKNPk tidak menghantar penyata kewangannya setiap tahun. Untuk makluman Yang Berhormat, PKNPk telah menghantar laporan kewangan kepada Audit Negara setiap tahun. Malah untuk pengetahuan Yang Berhormat juga sejak 2021, PKNPk telah menerima sijil bersih daripada Audit Negara untuk penyata kewangannya yang menjadi cerminan akan kejujuran dan komitmen pengurusan semasa.
Perkara yang menjadi isu ialah apabila PKNPk menghantar 5 laporan tahunan secara serentak iaitu bagi tahun 2018 hingga tahun 2022 dan itulah yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol kerana katanya tak sempat nak baca. Dia kata kerajaan pun tak sempat baca. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kali terakhir laporan PKNPk dihantar adalah bagi tahun laporan 2017 yang akhir sekali. Ketika itu, ketika saya menjadi Menteri Besar pada tahun 2020, Kerajaan Negeri telah melantik Dato' Redza Rafiq. Minta maaf saya sebutkan namanya. Dato' Redza Rafiq Abdul Razak untuk menerajui PKNPk mulai tahun 2021. Tak adil kita menyalahkan dia kerana dia masuk tahun 2021. Buku laporan yang tak disiapkan itu tahun 2018, 2019, 2020. Dia masuk 2021, saya paksa dia untuk uruskan 3 tahun itu. Terima kasih Dato' Reza dan team dia daripada PKNPk. Rambutnya berguguran kerana memikirkan kaedah bagaimana…
Kerana minum coke, coca-cola.
Minta maaf, ya. Jadi dia kena sediakan itu. Cuma masalah kita ialah nak menyiapkan buku laporan itu, dia perlu dimasukkan penyata kewangan. Nak menyiapkan penyata kewangan ini bukanlah begitu mudah kerana PKNPK ini ada anak-anak syarikatnya yang didaftarkan di listing, disenaraikan di Bursa Malaysia. Dia ada prosidur yang kena ikut. Saya tidak menjelas. Untuk itu, saya tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pentadbiran sebelum ini, tetapi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol, kita perlu bersikap adil bukan semata-mata bersikap adil kepada saya sebagai Pengerusi PKNPk yang masuk pada tahun 2021, tetapi jauh lebih penting untuk bersikap adil kepada Dato' Redza dan pasukannya yang telah bekerja keras untuk memulihkan PKNPk sebagai antara pemacu pembangunan ekonomi negeri dan hendak melakukan pemulihan itu tidaklah mudah. Sebagai salah seorang Exco Kerajaan Negeri pada waktu itu, Yang Berhormat Gunong Semanggol waktu itu. Yang Berhormat Semanggol, Yang Berhormat Sungai Manik, Yang Berhormat Selama juga pastinya sedar bahawa hendak menyiapkan senaskhah buku laporan tahunan bukanlah mudah. Apatah lagi untuk menggabungkan laporan tahunan yang tertunggak sehingga tiga tahun lamanya kerana untuk menyediakan satu buku laporan tahunan, pihak pengurusan PKNPk perlu menyiapkan pelbagai perkara penting masuk penyata kewangan pada setiap tahun dan hendak menyediakan penyata kewangan pula bukan kerja yang mudah kerana PKNPk perlu menyediakan laporan kewangan yang sendiri, tetapi juga perlu menggabungkan laporan daripada anak-anak syarikatnya yang sebahagiannya adalah merupakan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Maka sudah tentu PKNPk pikir menghadapi cabaran getir dalam memenuhi garis masa enam bulan untuk penghantaran laporan kewangan setiap tahun. Pihak pengurusan bukan sahaja perlu tertakluk kepada garis masa dan pematuhan yang ketat, malah laporan yang disediakan mestilah teratur dan sistematik serta memenuhi piawaian dan standard tadbir urus dan ketelusan yang tinggi. Jadi laporan lima tahun yang dihantar itu bukan sekadar longgokkan buku-buku seperti yang disimpulkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol. Ia adalah helaian-helaian yang mencerminkan setiap kerja keras dan kesungguhan pentadbiran semasa PKNPk untuk memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri ini dapat kembali bangkit sebagai penyumbang penting kepada pertumbuhan negeri dan kerja keras mereka ini berbaloi. Terbukti daripada mengalami kerugian RM36.46 juta pada tahun 2020, PKNPk berjaya kembali mencatat keuntungan sebanyak RM3.51 juta pada tahun 2021. Kedudukan kewangan PKNPk terus pulih dengan keuntungan sebanyak RM21.59 juta pada tahun 2022 dan juga RM26.32 juta pada tahun 2023.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya amat tersentuh dengan keprihatinan Yang Berhormat Kuala Sepetang yang mencadangkan nama program Tuisyen Cikgu Saarani diubah kepada nama lain kerana khuatir ia akan dilihat sebagai kosmetik bagi mencari populariti politik. Saya mahu bersangka baik dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Sepetang dan saya percaya ia dilontarkan atas niat yang ikhlas. Untuk makluman Yang Berhormat nama TCS atau Tuisyen Cikgu Saarani itu bukan idea saya sebenarnya. Sebaliknya cadangan dari pihak pentadbiran Pejabat Menteri Besar sebelum pilihan raya umum yang ke-15. Namun setelah perkara ini dibangkitkan, saya telah mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri. Jika ia dilihat sebagai salah guna kuasa, salah guna peruntukan untuk populariti diri, maka saya tak ada masalah jika nama itu ditukar. Yang penting ialah sumbangan itu sampai kepada mereka yang sepatutnya dapat dan pelajar-pelajar kita dapat meningkatkan keputusan mereka dengan baik dan terima kasih Dato' Penasihat Undang-Undang mengatakan ia tidak melanggar peraturan atau menyalahi undang-undang kerana ia bersifat terminologi. Secara kebetulan, saya cikgu. Kalau Cikgu Mat menjadi Menteri Besar, mungkin nama dia Cikgu Mat. Cikgu Mat Kuala Sepetang. Tapi secara kebetulan saya Cikgu Saarani menjadi MB maka dinamakan Tuisyen Cikgu Saarani.
Pun begitu suka untuk saya menjelaskan bahawa program tuisyen cikgu ini bukan alat politik. Tidak sama sekali. Pelbagai program yang diatur di bawah inisiatif ini tidak lain dan tidak bukan untuk mempertingkatkan prestasi kecemerlangan pendidikan dan kemenjadian anak-anak kita. Saya masih ingat saya masih ingat bagaimana kita mula mencetuskan idea untuk Tuisyen Cikgu Saarani. Itu namanya terminologi iaitu apabila Covid-19 berlaku sehingga ke penghujung tahun 2020, Kementerian Pelajaran telah menangguh tarikh peperiksaan SPM daripada kebiasaan dibuat pada bulan November, Disember ditangguhkan ke bulan Mac 2021. Jadi bila sekolah dibuka pada awal Januari 2021, maka pengetua sekolah-sekolah menengah telah minta guru-guru subjek untuk mengadakan kelas gentian, bukan kelas tambahan, kelas gantian kerana kebanyakan guru tak sempat menghabiskan silibus akibat sekolah-sekolah ditutup akibat Covid dulu. Jadi pelajar pagi bersekolah, petang sekolah gantian untuk guru-guru menyelesaikan silibus sukatan pelajaran kerana kalau tak selesai silibus, sudah tentu pelajar tak boleh jawab soalan periksaan. Jadi kita tahu bahawa ada sekolah yang mengadakan kelas pagi sambung kelas petang. Laporan yang saya terima sebab saya pernah jadi guru saya laporan saya terima kelas petang bilangan pelajar yang hadir sangat kurang. Tak sampai 50%. Kita buat penyelidikan mendapati bahawa pelajar-pelajar tak datang kelas petang kerana mereka tak ada makan tengah hari, kantin tak buka.
Oleh sebab selepas Covid kantin belum beroperasi seperti biasa, dia tak ada wang untuk membeli makanan dan kalau dia balik ke rumah, dia takkan datang dah sebab melibatkan tambang baru. Maka atas inisiatif itu kita buat keputusan kita biaya RM5 satu pelajar untuk kantin menyediakan makan tengah hari pada setiap hari kelas tersebut. Jadi laporan kita dapat sejak kita mula memberi makanan tengah hari percuma kepada calon-calon SPM, calon STPM, calon STAM. STAM yang ambil peperiksaan tu kita bagi semua. Dilaporkan bahawa bilangan pelajar yang datang ke kelas gantian sebelah petang itu meningkat besar jauh dan akhirnya keputusan peperiksaan pada tahun itu tahun-tahun berikutnya meningkat. Jadi nampaknya ada kesan positif daripada penyaluran wang tersebut. Oleh kerana itu, Kerajaan Negeri membuat keputusan kita meneruskan program tersebut.
Saya ucapkan terima kasih kepada semua GLC kepada LAP, kepada PKNPk kepada MB. Inc kepada SSI, Lembaga Air dan mereka ini kerana datang wang ini datang daripada sumbangan CSR bagi GLC-GLC ini. Itulah asal usulnya Tuisyen Cikgu Saarani bukan bermakna saya mengajar. No. Bukan saya tolong buat tuisyen tidak. Namanya sahaja, terminolojinya saja. Saya harap kita dapat teruskanlah nama ini. Mudah-mudahan ia dapat memberikan kebaikan kepada anak-anak pelajar kita. Bukan Cikgu Shaari. Cikgu Saarani bukan Cikgu Shaari dan pelaksanaannya pulak tidak bersifat selektif. Ia dibuka kepada semua anak Perak tanpa mengira kaum dan agama ataupun ideologi politik boleh diikutinya. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri mendapat banyak maklum balas dari yang positif daripada ibu bapa, para guru dan pelajar-pelajar. Program Tuisyen Cikgu Saarani ini berjaya mengurangkan beban kewangan keluarga calon peperiksaan dan meningkatkan kehadiran murid kelas peperiksaan ke kelas tambahan dan mengikuti persediaan intensif peperiksaan STPM, SPM dan juga STAM. Malahan tahun lepas kita kena keluarkan peruntukan 2 kali awal tahun sekali akhir tahun sekali lagi sebab tarikh peperiksaan telah di bawa ke bulan November dan Disember. Malah, Jabatan Pendidikan Negeri mengakui program ini menjadi antara penyumbang kepada peningkatan prestasi bagi peperiksaan utama. Alhamdulillah.
Dato' Yang di-Pertua ada sedikit muka surat lagi. Saya teruskan dengan menyentuh salah satu perkara yang paling popular dan banyak dibangkitkan dalam perbahasan terutamanya oleh rakan-rakan di sebelah sana iaitu berkenaan peruntukan kepada Adun. Rata-rata mahu peruntukkan untuk Adun kerajaan pembangkang di beri secara sama rata. Saya nak ingatkan kepada kita semua peruntukan tersebut bukan peruntukan untuk Adun. Peruntukan tersebut, peruntukkan untuk kawasan Adun-Adun cuma diuruskan oleh Adun Pembangkang, Adun Kerajaan. Pengurusan peruntukan untuk kawasan Adun Kerajaan, Adun-Adun Kerajaan memohon terus kepada UPEN. UPEN membuat tapisan jika setuju diluluskan. Adun Pembangkang special dia tak hantar kat UPEN. Adun pembangkang hantar terus ke Pejabat MB dan Pejabat MB biasanya akan tanya pejabat daerah buat BQ jika ia bersesuaian kita pun lulus. Jadi tak ada timbul masalah sebab tak ada pilih kasih.
Cuma berapa banyak ni berapa pun tak cukup. Sejuta pun tak cukup sebab orang di bawah sana di luar sana dia tahu Adun ada sejuta, dia akan mintak sejuta, kalau dia tau ada RM10 juta, dia mintak RM10 juta. Kalau dia tahu ada RM300 ribu, RM300 ribu lah .Walau bagaimanapun peruntukan untuk rakyat dalam kawasan Adun tidak terikat hanya kepada peruntukan RM300 ribu sahaja. Sebab saya katakan tadi ada peruntukan yang juga, contoh, peruntukkan bagi sekolah-sekolah agama rakyat, peruntukan bagi masjid dan surau ia di luar daripada konteks itu. Jadi ada nilai ataupun tambah lain. Peruntukan untuk jalan raya membaiki jalan bawah peruntukan MARRIS. Jadi semua kawasan tak kira ada peruntukan MARRIS yang kita keluarkan untuk membaik pulih, menyelenggara jadi tak terikat. YB sekalian, ada YB yang tanya saya mengapa tak diberi secara adil? Semalam saya tanya Dato' Pengarah Jabatan apa maksud adil? Dia kata adil ini meletakkan sesuatu yang betul pada tempatnya.
Jadi kalau kita ada dua orang anak sorang gemuk sorang kurus. Kalau bagi RM300, yang kurus dapat tiga helai baju yang gemuk dapat sehelai. Dari segi nilai wang sama banyak. Tapi dari segi kegunaan kita yang kurus dapat tiga helai yang gemuk dapat sehelai. Yang gemuk akan complaint mengapa dapat tiga helai dia kurus. Jadi memberi wang RM300 ribu atau sama rata ini bukanlah adil sebenarnya. Yang kedua, kalau nak ikut adil betul-betul kena bilang kepala pengundi. Kepala penduduk. Adun A yang penduduknya 10 ribu akan dapat peruntukan lebih kurang daripada ADUN C, Adun B yang penduduknya 20 ribu. Jadi kita katakan adil ini very subjective sebab itu sedaya-upaya saya katakan Yang di-Pertua, kita akan melayani permohonan. Kita akan melayani permintaan. Kita akan cuba sedaya-upaya untuk menyelesaikan permintaan dan tuntutan itu asalkan dia baik dan memberi kebajikan dan kebaikan kepada rakyat tak kira dalam kawasan pembangkang ataupun dalam kawasan kerajaan. Jadi jangan dibangkitkan soal itu kalau kalau masih ingat lagi lah. Kalau masih ingat lagi saya pernah tanya. Kita nak contoh negeri mana negeri A kah. Negeri B kah. Jadi Yang Berhormat Selama kata jangan contoh mana-mana kita ikut acuan kita sendiri Yang Berhormat, maka apa yang kita buat selama ini mengikut acuan negeri Perak sendiri. Ok jangan bimbang bab itu Yang Berhormat gaji tak
Menteri Besar. Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Khusyuk kami mendengar daripada awal tadi cukup baiklah boleh jadi contoh bagi wakil wakil rakyat sekalian. Saya nak sentuh tentang apa yang saya sebutkan. Kita yang saya ingatlah. Kita nak supaya MB membuat satu polisi iaitu kaitan dengan negeri kita sendiri iaitu sebagaimana yang ketika PAS, BERSATU dan UMNO dalam kerajaan. Maksudnya pada masa itu bagi kami penilaian yang dibuat oleh MB pada masa itu iaitu Kota Tampan sendiri adalah sangat adil pada masa itu dan disokong oleh pihak pembangkang pada masa itu. Jadi, kita tak nafikan bahawa apa yang dia buat ini tidak ada unsur-unsur keadilan. Cuma saya rasa apa yang saya tampilkan, saya sampaikan ialah nak supaya dinampakkan adalah lebih adil. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan segala sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan selama ini.
Menteri Besar, Yang Berhormat. Saya ingin merakamkan sikit dalam Dewan ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam banyak-banyak Dun di Perak ini, Dun Manjoi yang paling banyak penduduk dan yang paling ramai pengundi. Pengundi pun dah mencecah 86 ribu dan dijangkakan PRU-16 mungkin 100 ribu. Jadi besar harapan kami untuk Yang Amat Berhormat melihat perkara ini terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat semua. Saya sebutkan tadi keadilan ini sangat subjektif. Kadang-kadang kita tak mengaku yang kita kita marah kepada Tuhan. Kita tak berani marah tapi apabila hujan turun orang tanam padi gembira. Dapat air. Orang menoreh getah marah sebab hujan turun. Dia tak boleh menoreh. Apabila musim panas. Orang menoreh gembira sebab dia boleh menoreh. Orang sawah pula marah sebab dia tak cukup air. Jadi tuan-tuan dan puan-puan berapa pun saya bagi orang yang tak puas hati tak puas hati lah kita pun saya tak ramai anak lapan saja. Saya tak fikir saya boleh memberi keadilan kepada mereka semua. Macam mana pun dia akan complaint nak buat macam abang lahir dulu. Tentu dapat banyak dulu. Abang dilahirkan dulu. Tentu dia dapat lebih dulu. So, minta maaf tapi saya berjanji sedaya upaya saya kita akan menunaikan amanah ini untuk dibelanjakan kepada rakyat dalam kawasan kita. Yang Berhormat Bota.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar kerana memudahkan segala urusan daripada Bota dalam soal menguruskan peruntukan yang telah disalurkan pada tahun 2024. Cuma saya nak mintak mohon sekiranya ada apa-apa lagi untuk tahun 2025, cara pengurusan untuk meluluskan Dun disegerakan sebab saya ingat permohonan saya tu dibuat pada bulan Februari tetapi hanya dapat dilaksanakan hampir kepada bulan Oktober. Jadi saya mintak sekiranya ada lagi untuk tahun 2025 ni dipermudahkan, dipercepatkan sebab ini adalah untuk rakyat bukan untuk kami pun. Wallahu A'lam. Harapan saya sekian kasih.
Terima kasih ini berkaitan dengan pentadbiran lah ya Dato' Yang di-Pertua ya. Baik sebagai Menteri Besar, saya selalu mahu memastikan setiap lapisan rakyat tanpa mengira kawasan kerajaan mahupun pembangkang akan dapat merasai hasil peruntukan yang kita salurkan. Oleh itu, saya telah meminta pihak UPEN untuk menyediakan satu garis panduan khusus bagi memastikan tatacara pengagihan peruntukan bagi kawasan kerajaan, kawasan pembangkang pada tahun hadapan dapat dilakukan dengan baik dan tersusun. Dato' Yang di-Pertua saya mendengar ucapan perbahasan, walaupun tak ada dalam ini, tapi saya dengar melalui kaca televisyen dan sebagainya. Saya nak ucapkan terima kasih. Masalah saya ini saya ada dua wayar yang sudah putus, satu wayar merajuk, satu wayar memujuk. Jadi dia tak makan merajuk pun tak pandai, pujuk pun tak pandai. Jadi apa pun dikatakan saya ambil terima kasih kepada yang telah memuji. Terima kasih kepada yang telah menyokong. Yang mana ada kelemahan itu kita akan sama-sama perbaiki.
Semasa saya mengumumkan BKK dua bulan gaji pada 29 November yang lalu, saya tidak menyebutkan BKK untuk Adun-Adun. Walaupun saya faham Adun-Adun dalam whatsapp group bertanya dan berbincang tapi saya minta maaf kali ini saya tak dapat berikan kepada Adun-Adun sebagai gantinya, Dato' Yang di-Pertua, saya bersetuju untuk menyalurkan BKK kepada pusat khidmat. Bukan BKK Adun. BKK Pusat Khidmat. Pusat Khidmat akan dapat 2 bulan elaun pusat khidmat. Bermakna kita akan bayar RM14 ribu kepada pusat khidmat Adun masing-masing. Dengan harapan dengan tambahan itu, Dato'-Dato', YB-YB dapat meneruskan khidmat baik kepada ahli-ahli, pengundi-pengundi, penyokong-penyokong dan rakyat di bawah sana terutama pada musim banjir ini. Dato' Yang Di-Pertua. Speaker? Tak pasti Speaker ada pusat khidmat ke tak?
Dato' Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan tahniah dan syabas khusus kepada Dato' Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, kepada petugas-petugas Dewan, kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan Negeri, kepada seluruh tenaga kerja yang telah berjaya untuk menyelesaikan dan menguruskan pentadbiran kita dalam tempoh seminggu ni. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang dan Kerajaan, kita doakan semoga Allah akan terus memberikan kepada kita rezeki yang baik untuk kita kekalkan keamanan, kebaikan dan juga kemakmuran negeri kita. Wabillahi Taufik Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wa Barakatuh. Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025, dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. (Ahli Yang Berhormat Bersuara Setuju), dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah selesai dibaca bagi kali kedua.
MB.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu diserahkan kepada Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri untuk menimbang rang undang-undang itu dari fasal ke sefasal.
Ada sokongan?
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Bercham menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan bertukar diri menjadi sebuah Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri untuk menimbang rang undang-undang itu dari sefasal ke sefasal. __
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
[DEWAN BERTUKAR MENJADI JAWATANKUASA]
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekarang saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk membaca butir-butir di dalam jadual.
Maksud B01, Dewan Negeri RM22,865,000.00. Maksud B02, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri RM1,653,000.00. Maksud B03, Raja-
Raja dan Orang-orang Besar RM7,418,000.00. Maksud B04, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri RM90,055,600.00.
Masalahnya bahawa Maksud B01, RM22,865,000.00. Maksud B02, RM1,653,000.00. Maksud B03, RM7,418,000.00. Maksud B04, RM90,055,600.00 di perintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Kalau tak ada, saya teruskan.
Sekarang saya mengemukakan bahawa Maksud B01, RM22,865,000.00. Maksud B02, RM1,653,000.00. Maksud B03, RM7,418,000.00. Maksud B04, RM90,055,600.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju, sila bersuara setuju (Ahli Yang Berhormat Bersuara Setuju) dan yang tidak bersetuju. Sila bersuara, tidak. Semua bersuara setuju, maka jadual itu di persetujui. Setiausaha Dewan.
Maksud B05, Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang RM9,127,400.00. Maksud B06, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung RM10,416,000.00. Maksud B07, Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak RM10,748,000.00. Maksud B08, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak RM13,254,000.00. Maksud B09, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta RM19,582,000.00. Maksud B10, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian RM8,713,000.00. Maksud B11, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar RM14,267,000.00. Maksud B12, Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama RM15,134,000.00. Maksud B13, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah RM14,781,000.00. Maksud B14 Pejabat Daerah dan Tanah Kampar RM7,389,000.00. Maksud B15, Pejabat Daerah dan Tanah Muallim RM6,660,000.00. Maksud B16, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk RM5,328,300.00.
Masalahnya bahawa maksud B05, RM9,127,400.00. Maksud B6, RM10,416,000.00. Maksud B7, RM10,748,000.00. Maksud B8, RM13,254,000.00. Maksud B09, RM19,582,000.00. Maksud B10, RM8,713,000.00. Maksud B11, RM14,267,000.00. Maksud B12, RM15,134,000.00. Maksud B13, RM14,781,000.00. Maksud B14 RM7,389,000.00. Maksud B15, RM6,660,000.00. Maksud B16, RM5,328,300.00 di perintah menjadi sebahagian daripada jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.
Sekarang, saya mengemukakan bahawa maksud maksud B05, RM9,127,400.00. Maksud B06, RM10,416,000.00. Maksud B07, RM10,748,000.00. Maksud B08, RM13,254,000.00. Maksud B09, RM19,582,000.00. Maksud B10, RM8,713,000.00. Maksud B11, RM14,267,000.00. Maksud B12, RM15,134,000.00. Maksud B13, RM14,781,000.00. Maksud B14 RM7,389,000.00. Maksud B15, RM6,660,000.00. Maksud B16, RM5,328,300.00 di perintahkan menjadi sebahagian daripada jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara, setuju (Ahli Yang Berhormat Bersuara Setuju) dan yang tidak bersetuju. Sila bersuara, tidak. Semua bersuara setuju, maka jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.
Maksud B17, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian RM22,559,000.00. Maksud B18, Jabatan Agama Islam Perak RM105,044,200.00. Maksud B19, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak RM2,350,000.00. Maksud
B20, Jabatan Mufti RM4,543,200.00. Maksud B21, Jabatan Kehakiman Syariah RM16,126,000.00. Maksud B22 Pencen Siasah dan Saraan Rahim. RM274,700.00.
Masalahnya bahawa Maksud B17 RM22,559,000.00 Maksud B18 RM105,044,200.00 Maksud B19 RM2,350,000.00 Maksud B20 RM4,543,200.00 Maksud B21 RM16,126,000.00 Maksud B22 RM274,700.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.
Sekarang, saya mengemukakan bahawa Maksud B17 RM22,559,000.00 Maksud B18 RM105,044,200.00 Maksud B19 RM2,350,000.00 Maksud B20 RM4,543,200.00. Maksud B21 RM16,126,000.00 Maksud B22 RM274,700.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara, Setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara, Tidak. Semua bersuara Setuju. Maka Jadual itu dipersetujui.
Maksud B23 Jabatan Pertanian RM27,881,000.00 Maksud B24 Jabatan Pengairan dan Saliran RM111,530,000.00 Maksud B25 Jabatan Perhutanan RM45,799,300.00 Maksud B26 Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM20,440,000.00 Maksud B27 Jabatan Kerja Raya RM96,923,000.00 Maksud B28 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa RM7,623,000.00.
Masalahnya bahawa Maksud B23 RM27,881,000.00 Maksud B24 RM111,530,000.00 Maksud B25 RM45,799,300.00 Maksud B26 RM20,440,000.00 Maksud B27 RM96,923,000.00 Maksud B28 RM7,623,000.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.
Sekarang, saya mengemukakan bahawa Maksud B23 RM27,881,000.00 Maksud B24 RM111,530,000.00 Maksud B25 RM45,799,300.00 Maksud B26 RM20,440,000.00 Maksud B27 RM96,923,000.00 Maksud B28 RM7,623,000.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara, Setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara, Tidak. Semua bersuara Setuju. Maka Jadual itu dipersetujui.
Maksud B29 Jabatan Kebajikan Masyarakat RM45,938,000.00 Maksud B30 Jabatan Mineral dan Geosains RM839,000.00 Maksud B31 Pejabat Kewangan Negeri RM8,947,000.00 Maksud B32 Pelbagai Perkhidmatan Am RM156,391,300.00 Maksud B33 Peruntukan Kepada Kumpulan Wang Terkanun RM501,000,000.00.
Masalahnya bahawa Maksud B29 RM45,938,000.00 Maksud B30 RM839,000.00 Maksud B31 RM8,947,000.00 Maksud B32 RM156,391,300.00 Maksud B33 RM501,000,000.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.
Sekarang, saya mengemukakan bahawa Maksud B29 RM45,938,000.00 Maksud B30 RM839,000.00 Maksud B31 RM8,947,000.00 Maksud B32 RM156,391,300.00 Maksud B33 RM501,000,000.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara, Setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara, Tidak. Semua bersuara Setuju. Maka Jadual itu dipersetujui.
Maksud P01 Jabatan Kerja Raya RM103,000,000.00 Maksud P02 Jabatan Pengairan Dan Saliran RM14,000,000.00 Maksud P03 Jabatan Pertanian RM8,000,000.00 Maksud P04 Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM3,000,000.00 Maksud P05 Jabatan Perhutanan RM10,500,000.00 Maksud P06 Pejabat Daerah dan Tanah RM23,315,000.00 Maksud P07 Pejabat Setiausaha Kerajaan RM224,815,900.00 Maksud P08 Pelbagai Projek RM151,369,100.00.
Masalahnya bahawa Maksud P01 RM103,000,000.00 Maksud P02 RM14,000,000.00 Maksud P03 RM8,000,000.00 Maksud P04 RM3,000,000.00 Maksud P05 RM10,500,000.00 Maksud P06 RM23,315,000.00 Maksud P07 RM224,815,900.00 Maksud P08 RM151,369,100.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin tahu bagi Maksud P04 dan P05 Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Perhutanan. Mengapa bajet yang disediakan pada tahun depan lebih kurang daripada tahun ini? Terima kasih.
Terima kasih. Menteri Besar?
P04 dan P05?
Ya. P04 dan P05. P04 ialah Jabatan Veterinar, P05 Jabatan Perhutanan.
Betul ke ia berkurang? Mengapa berkurang? Selain daripada. Saya sedang menunggu talian hayat kejap.
Jap jap jap. Ya?
Selain daripada peruntukan Pembangunan, peruntukan Mengurus.
Menteri Besar ada ni? Yang Amat Berhormat Kota Tampan?
Ada jawapan nya saya baca jap.
Dato' Yang Di-Pertua,
Ya
Kalau boleh saya tambah sikit.
Ya.
Ya
Ya Astaka.
Saya juga mengambil perhatian Jabatan Perkhidmatan Veterinar P 04 di mana peruntukan telah berkurangan. Sebenarnya cadangan saya adalah tambah peruntukan untuk Jabatan Veterinar terutamanya saya, Pengkalan Baharu, Pantai Remis dan juga ingin bantu Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah lalat di mana kalau kita boleh kita tambah peruntukan untuk Jabatan Veterinar untuk tambah satu unit penguatkuasaan supaya boleh membuat pemantauan di daerah Manjung secara khasnya untuk menyelesaikan masalah gangguan lalat. Kalau ada kesempatan. Ini cadangan daripada Astaka. Terima kasih.
Maknanya Astaka cadangkan P04 tu bahagian 001 la industri ternakan. Yang sini
Betul.
Bahagian, Menteri Besar.
Dato' Yang di-Pertua, soalan YB Pantai Remis
Pantai Remis
Ok. Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebagai agensi yang menguruskan aspek keterjaminan bekalan makanan. Walau bagaimana pun, peruntukan RM3,000,000.00 juta yang diluluskan kepada Jabatan Veterinar pada tahun 2025 adalah mengambil kira kemampuan jabatan untuk merancang dan melaksanakan pakej projek yang berkaitan di bawah pembangunan industri ternakan, latihan dan promosi, bangunan dan infrastruktur serta pembangunan ladang info ternak. And then berkaitan dengan perhutanan, perhutanan ini dia ada peruntukan dibawah EFT daripada Kerajaan Persekutuan. Seterusnya justifikasi penurunan Jabatan Perhutanan secara keseluruhannya, kita menyedari untuk menjaga kelestarian alam sekitar serta kepentingan pengurusan hutan di negeri ini. Walaupun terdapat penurunan RM2.1 juta iaitu 16.7% bagi maksud pembangunan, namun bagi peruntukan mengurus, terdapat pertambahan RM4.5 juta pada tahun 2025, menjadikan jumlah keseluruhan maksud mengurus ialah RM45.8 juta. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri turut meluluskan beberapa peruntukan lain yang berkaitan dengan kelestarian alam sekitar iaitu RM4.54 juta untuk pelaksanaan projek-projek EFT dan RM1.4 juta untuk pelbagai program Perak Lestari dan Teknologi Hijau. Terima kasih.
Terima kasih Menteri Besar. Ada lain? Ok. Kalau tak ada sekarang saya mengemukakan bahawa maksud P01 RM103,000,000 juta. Maksud P02 RM14,000,000.00 juta. Maksud P03 RM8,000,000.00 juta. Maksud P04 RM3,000,000.00 juta. Maksud P05 RM10,500,000.00 juta. Maksud P06 RM23,315,000.00 juta. Maksud P07 RM224,815,900 juta. Maksud P08 RM151,369,100.00 juta di perintahkan menjadi sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan tahun 2025. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju, dan yang tidak bersetuju. Sila bersuara. Tidak. Semua bersuara setuju. Maka Jadual itu dipersetujui. Sila Setiausaha Dewan.
Fasal 1, Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Fasal 2 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan.
Masalah bahawa Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada rang undang-undang. Dengan ini, saya buka ruang kepada Ahli Yang Berhormat sekiranya ingin berbahas, hanya 5 minit diberikan untuk ahli berbahas. Sekiranya ada. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju, sila bersuara setuju, dan yang tidak bersetuju. Sila bersuara tidak. Semua bersetuju. Maka usul itu dipersetujui.
Dato' Pengerusi. Saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 yang dibentangkan sebagai kertas Dewan Bilangan 25/2024 yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada dewan dengan serta merta.
Ada sokongan?
Dato' Pengerusi Bercham menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 yang dibentangkan sebagai kertas Dewan Bilangan 25/2024, telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa ini dimaklumkan kepada dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju, dan yang tidak bersetuju. Sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.
___________________________________________________________________
[JAWATANKUASA BERTUKAR DIRI SEMULA KEPADA DEWAN]
___________________________________________________________________
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah pun ditimbangkan dan dari se Fasal ke se Fasal dalam Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya minta izin mengusulkan bahawa rang undang-undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Bercham menyokong.
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa rang undang-undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju, dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju. Maka rang undang-undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Setiausaha.
Suatu Enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2025 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah selesai dibaca bagi kali ketiga dan telah diluluskan.
Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin memaklumkan bahawa jawatankuasa yang dilantik untuk menimbang cadangan-cadangan yang tersebut dalam kertas Dewan Bilangan 25/2024 hendaklah diluluskan. Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mengusulkan bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas Dewan Bilangan 25/2024 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM538,000,00.00 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2025. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud maksud yang ditetapkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua, Bercham menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai kertas Dewan Bilangan 25/2024 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, boleh digunakan bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM538 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2025. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud maksud yang ditetapkan. Telahpun dibahaskan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju, dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Alhamdulillah, semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui dan diluluskan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan agenda yang berikutnya, saya ingin maklumkan bahawa ada pelajar-pelajar, pelajar-pelajar daripada tiga buah sekolah di galeri pemerhati iaitu satu daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar. Nombor dua daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar dan yang ketiga daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tasik Ipoh. Ianya melibatkan Dun Bukit Chandan, Manong dan juga Bercham. Jadi seperti biasalah kalau nanti ada masa boleh menyantuni pelajar pelajar tersebut. Ok Setiausaha Dewan, silakan.
Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia
Perkara yang kelima, pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ di-Pertua saya mohon izin mencadangkan usul yang berbunyi. Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia. Dato’ di-Pertua mengikut Perkara 45(1)(A) Perlembagaan Persekutuan akan berlaku satu kekosongan kerusi dalam Dewan Negara untuk ahli yang dipilih oleh Dewan Negeri Perak kerana akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 19 Disember 2024. Justeru itu, saya memohon izin supaya Dewan Negeri dapat membuat pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia pada hari ini. Terima kasih.
Ada sokongan?
Dato’ Yang di-Pertua Sungai Rapat menyokong.
Berdasarkan Jadual ke 7 Perlembagaan Persekutuan. Apabila semua penamaan telah diterima, pegawai pengerusi hendaklah mengumumkan nama orang yang dinamakan itu mengikut susunan abjad dan kemudiannya hendaklah mengemukakan nama mereka mengikut susunan itu untuk diundi. Sekarang di jemput calon pertama Tuan Haji Ismail bin Ariffin untuk dibawa ke hadapan. Dimohon pencadang Tuan Haji Ismail bin Ariffin. Dimohon pencadang Tuan Haji Ismail bin Ariffin untuk mengemukakan cadangan dan memperkenalkan calon kepada Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua adalah saya Ahli Dewan Negeri kawasan Selama, mewakili Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol dengan ini mengemukakan cadangan pencalonan sebagai Ahli Dewan Negara iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Ariffin. Beliau merupakan AJK Perikatan Nasional untuk Negeri Perak dan merupakan bekas Pengerusi Persatuan Kesatuan Bank Simpanan Nasional Negeri Perak selama 15 tahun dan juga merupakan juruaudit dalaman koperasi dan beliau juga merupakan Bendahari PAS di Negeri Perak. Oleh yang demikian, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon mencadang.
Terima kasih. Ada sokongan?
Sungai Manik menyokong.
Terima kasih. Sekarang saya mempersilakan calon yang kedua Dato’ Shamsuddin bin Abdul Ghafar untuk dibawa ke hadapan. Dimohon pencadang Dato’ Samsudin bin Abdul Ghafar untuk mengemukakan cadangan dan memperkenalkan calon kepada Dewan yang mulia ini.
Yang Amat Berusaha Dipertua, saya Adun Kota Tampan dengan ini mencadangkan Dato’ Shamsuddin bin Haji Abdul Ghafar untuk mewakili negeri Perak sebagai Ahli Dewan Negara. Beliau berusia 75 tahun memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat dan adalah merupakan penyandang jawatan Ahli Dewan Negara Negeri Perak yang telahpun memegang jawatan ini selama satu penggal bermula 2021. Dengan itu, saya mohon mencadangkan.
Ada sokongan?
Dato’ Yang di-Pertua Sungai Rapat menyokong. Terima kasih.
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan terdapat dua pencalonan, maka saya akan menjalankan undian secara bersurat. Saya mohon kepada petugas dewan untuk mengedarkan kertas undian kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sekali sekala bagi senator belah sini pula. Sekali sekala tolong. Tolong YB.
Hulu Kinta selepas ni laa Hulu Kinta.
Bercham kelebek apa Bercham?
_________________________________________________________________________________
[SESI UNDIAN SEDANG DIJALANKAN]
___________________________________________________________________
Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita memulakan proses kiraan undi, saya mohon seorang wakil dari pihak Kerajaan dan seorang wakil dari pihak Pembangkang untuk hadir di hadapan. Wakil kepada calon yang bertandinglah, ada dua calon. Jadi minta satu wakil daripada calon Tuan Haji Ariffin dan satu lagi wakil calon daripada Dato', Yang Berhormat Dato' Samsudin.
Adun Manjoi wakil.
________________________________________________________________________________
[KIRAAN UNDIAN SEDANG DIJALANKAN]
___________________________________________________________________
Ok. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Suka saya nak memaklumkan dalam Usul Pemilihan Calon Ahli Dewan Negara bagi Dewan Negeri Perak ialah yang baru kita laksanakan sebentar tadi. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan 58 ya. Ada 59 Adun, Ahli Dewan Negeri. 58 kertas undi yang kita keluarkan. Ada satu Ahli Dewan (Adun) yang tidak mengundi. Jumlah kertas undi yang dikembalikan juga 58. Kertas undi rosak tiada. Saya suka nak mengumumkan sekarang keputusan pengundian tersebut. Calon yang pertama, Tuan Haji Ismail bin Ariffin, 25 undi dan calon yang kedua Yang Berhormat Dato’ Shamsuddin bin Abd Ghaffar, 33 undi. Oleh itu, saya ingin mengesahkan dan mengumumkan bahawa Yang Berhormat Dato’ Shamsuddin bin Abdul Ghafar terpilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Dewan Negeri Perak. Terima kasih. Untuk makluman semua, nama Ahli Dewan Negara Malaysia yang telah dipilih akan dikemukakan dengan seberapa segera kepada Pejabat Setiausaha Dewan Negara bertujuan untuk menjalankan pelantikan selanjutnya yang akan diuruskan dan disempurnakan oleh Urusetia Dewan Negara Parlimen Malaysia. Yang Berhormat Titi Serong ada berjumpa dengan saya awal sebelum ini dan menyampaikan satu usul.
Ya. Perintah Tetap. Yang di-Pertua.
Perintah Tetap berapa?
40(3)a. Seseorang Ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya dan 40(3)b. Jika mana-mana Ahli melanggar peruntukan perenggan (a), bolehlah seseorang Ahli lain dengan persetujuan pengerusi mencadangkan satu usul yang tidak dikehendaki dikeluarkan pemberitahuan terlebih dahulu untuk merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri untuk pertimbangannya dan melaporkan semula kepada Dewan Negeri dengan cadangannya. Ok Yang Berhormat. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya Ahli Dewan Negeri Perak kawasan Titi Serong dengan ini mencadangkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 40(3)b Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan seperti berikut:-
Bahawa dengan ini membuat ketetapan untuk merujuk kepada Ahli Dewan Negeri kawasan Hulu Kinta kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyalahi fakta di atas kenyataan yang mengelirukan, mengelirukan Dewan di bawah Peraturan 40(3)a iaitu seseorang Ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya dan juga bertentangan dengan 40(7) di dalam ucapan beliau. Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana Ahli yang lain di dalam Persidangan Dewan pada 3 Disember 2024 seperti mana yang dilaporkan dalam Penyata Rasmi, bilangan 3 muka surat 44 pada Selasa 3 Disember 2024 iaitu saya petik, beliau ada menyatakan “Contohlah. Untuk inilah saya nak minta Ketua Pembangkang bagi betulkan negeri-negeri sendiri dulu lah ya”…negeri yang diperintah oleh parti sendiri. Merujuk kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seterusnya beliau juga ada menyambung dengan ayat “pajakan tidak dilaksanakan mengikut tempoh ditetapkan dalam perjanjian menyebabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Terengganu kehilangan hasil yang dianggarkan berjumlah RM78.1 juta menyebabkan Perbadanan Kemajuan Negeri Terengganu menanggung kerugian dalam pelaburan berjumlah RM203.0 juta. Ini jelas…ini jelas ada unsur-unsur rasuah. Ini orang panggil bukan tata kelola tetapi tata kelaut”. Dato’ Yang di-Pertua, kenyataan tersebut adalah jelas terdapat sangkaan buruk dan jahat terhadap kerajaan semasa negeri Terengganu yang dipimpin oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS). Saya nak bacakan Laporan Audit berdasarkan Laporan Audit Negara Tahun 2019 Siri 2, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Terengganu, Bahagian Pengurusan Hartanah Pelaburan 2019. Satu perjanjian pajakan yang menetapkan kadar asal pajakan yang dikenakan adalah RM10 setiap per ekar. Kemudian dinaikkan kepada kadar RM26 seekar.
Yang Berhormat, saya pun ada yang daripada petikan… daripada… panjang dia punya tu. Itu semua tu boleh dijadikan nanti bahan-bahan dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Ok, baik.
Boleh terus ke Perenggan 4 tak? Kemudian Ya.
Ok baik. Dato’ Yang di-Pertua. Tadi sikit lagi yang point yang tadi sikit lagi. Apa yang dilakukan adalah kerajaan seterusnya pada tahun 2011 hingga tahun 2020 mendapat teguran Audit Ketua Negara Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan kertas kerja bagi pindaan perjanjian tersebut dan dibentangkan dalam mesyuarat. Apa yang saya nak masukkan di sini adalah Kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini Parti Islam SeMalaysia PAS tahun 2020 mereka mula membuka semula dan mula menyelesaikan. Ini bukan rasuah dan ketirisan seperti yang dituduh sangkaan buruknya terhadap Kerajaan Negeri Terengganu sekarang ini dan yang point yang keempat yang seterusnya secara spesifiknya juga beliau juga menuduh bersifat sangkaan jahat dan menimbulkan perasaan sakit hati yang melanggar peraturan 40(7) yang berbunyi seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli kepada Ahli Dewan Negeri dan juga melanggar juga fasal 40(11)c yang menyatakan perkataan Ahli-ahli menyalahi peraturan menggunakan perkataan-perkataan yang membawa maksud menimbulkan perasaan sakit hati dengan mengatakan beliau sebagai penjilat. Beliau ada mengatakan saya quote kata katanya, ini menunjukkan bahawa bila ada jawatan seolah macam penjilatlah, penjilat cuba sebut terang, penjilat sebab apa kerana ada jawatan senyap, ada jawatan buta ada jawatan jadi apa pekak.
Oleh itu kenyataan Ahli Dewan Negeri kawasan Hulu Kinta tersebut adalah jelas mempunyai unsur yang menyalahi fakta dan mempunyai unsur sangkaan jahat dan mengelirukan Dewan ini yang menyalahi peraturan mesyuarat 43A dan 40(7) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak dan juga 40(11)C. Maka saya Ahli Dewan Negeri Titi Serong dengan ini mengusulkan supaya Ahli Dewan Negeri kawasan Hulu Kinta dibawa dan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di atas perbuatannya untuk menentukan dan mempertimbangkan hukuman sewajarnya kepada beliau atas kenyataan yang menyalahi fakta dan bersifat sangkaan buruk terhadap Ahli Dewan Negeri yang lain. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Titi Serong. Ada sokongan.
Assalamualaikum, Adun Slim menyokong.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, ada satu usul di bawah 43A dan 43B yang disampaikan Ahli Dewan Negeri kawasan Titi Serong dan disokong oleh Yang Berhormat daripada kawasan Slim yang merujuk ahli secara ringkasnya merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Seperti mana yang kita sedia maklum semalam Ahli Yang Berhormat dari kawasan Semanggol telah pun dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan Dewan memperkenankannya atas persetujuan Dato' Yang di-Pertua. Standing Order 43A dan 43B ini tidak perlu dibahas, ia perlu hanya dengan persetujuan Speaker untuk dirujuk seperti mana tidak perlu diundi tetapi seperti mana kita kerana Dewan ini kita Speaker kita try to be seen be fair dengan izin kita mesti ada right to be heard apabila satu-satu ahli dewan itu telah pun Dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Semalam Ahli Yang Berhormat Kawasan Semanggol tak ada dalam Dewan, jadi tak boleh panggil dia nak tanya komen dia tapi kerana hari ini Yang Berhormat dari Hulu Kinta ada dalam dewan tapi tak boleh digunakan untuk berbahas. Saya nak minta komen sikit sahaja. Not more than one minit. Ya. Ok sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, semalam kita faham semalam Adun kerajaan merujuk Ketua Pembangkang ke Jawatankuasa Hak. Oleh kerana itu pembangkang pun dalam keadaan terpaksa kerana merujuk seseorang. Oleh kerana tu memilih Hulu Kinta tiada masalah. So, saya tak nak ujar cuma ringkas, Hulu Kinta sentiasa pegang fakta. Saya tidak akan tarik. Saya akan pergi ke Jawatankuasa Hak. Dengan ini Hulu Kinta menghormati Dewan dan akan hadir prosiding Jawatankuasa Hak untuk membuktikan apa yang dibawa pembangkang ialah satu apa kedangkalan pembangkang akan dibuktikan dalam prosiding Jawatankuasa Hak nanti. In shaa Allah. Sekian Wabillahi Taufik. Assalamualaikum Warahmatullah.
Terbaik Hulu Kinta.
Terima kasih Adun Hulu Kinta. Ok. Berdasarkan kepada Standing Order 43A dan 43B, Dato' Yang di-Pertua berpandangan ada merit kepada usul yang dibawa itu. Maka oleh yang demikian dengan persetujuan Speaker untuk merujuk Ahli Dewan Negeri Hulu Kinta ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Seterusnya dipersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Dato' Yang di-Pertua, saya mohon izin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
Ada sokongan.
Dato' Yang di-Pertua, Sungai Rapat menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Kawasan Sungai Rapat. Ahli-ahli Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.