Perak · 4 December 2024

15th Assembly, 2nd session, 3rd meeting · 463 turns · 68,028 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

Penolong Setiausaha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Keempat, Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 4 Disember 2024 jam 9.04 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Pertama, sebelum kita memulakan urusan suka untuk saya ingatkan sekali lagi berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat dan soalan-soalan lisan. Ahli Yang Berhormat boleh mendapatkannya melalui imbasan kod QR yang ada di atas meja Ahli Dewan Negeri.

Perkara yang kedua, berkaitan dengan kehadiran semasa persidangan. Suka untuk saya ingatkan sekali lagi semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan dikehendaki untuk mengisi kehadiran, attendance dengan mengimbas kod QR di atas meja masing-masing.

Yang ketiga, berkaitan dengan sesi soalan lisan, tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Bagi soalan lisan yang tidak sempat dijawab di dalam Dewan akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan pada hari yang pertama saya telah maklumkan bahawa telah datang kepengetahuan saya bahawa ada Ahli Yang Berhormat maklumkan bahawa dalam sidang-sidang yang lepas, ada soalan yang yang tak dijawab, tak sampai. Jadi maklumkan kepada, tolong maklumkan kepada Speaker. Saya akan maklumkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berkenaan supaya sampaikan soalan-soalan yang tidak dapat dijawab secara bertulis.

Perkara yang keempat, berkenaan hansard rasmi saya ingin maklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urusetia dalam tempoh tujuh hari daripada hansard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Penolong Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini seperti yang saya maklumkan tadi adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal, saya tekan lagi sekali ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Speaker boleh kata, Menteri Besar atau Exco tak perlu jawab soalan tersebut, ya, Ok. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tebing Tinggi untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Soalan satu Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Tebing Tinggi, Negeri Perak telah menerima kunjungan rasmi Tuan Yang Terutama Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia dan juga delegasinya pada 8 Oktober 2024 yang lalu. Sesi ini yang berlangsung selama hampir dua jam telah turut disertai oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India serta beberapa jabatan dan agensi yang berkaitan.

Di sepanjang sesi ini antara perkara yang telah dibincangkan adalah berkaitan dengan sektor ekonomi dan pelaburan dimana Kerajaan Negeri telah menekankan potensi dan peluang kerjasama pelaburan melibatkan projek-projek berkepentingan tinggi negeri seperti Silver Valley Technology Park, Automotive High-tech Valley, Lumut Maritime Industrial City, Perak Halal Industrial Park dan juga Kerian Green Integrated Industrial Park. Kerajaan Negeri juga mengambil peluang memberi penerangan ringkas berkenaan Pelan Tindakan Perak Industrial Blueprint atau P3 yang sedang dan akan memacu pertumbuhan sektor pembuatan, perkhidmatan dan ekonomi digital selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030. Turut dibincangkan ialah berkenaan ekosistem industri pelancongan di Perak yang menjanjikan pelbagai tarikan unik dan menarik dari sudut keindahan alam, sejarah dan budayanya. Tambahan lagi, mobiliti pengunjung dan pelawat dipermudahkan melalui akses penerbangan langsung Ipoh-Singapura sebanyak tiga kali sehari. Selain itu, Institut Darul Ridzuan telah membentangkan hasil usaha sama dengan Singapore University of Social Science atau SUSS dalam bentuk pelan atau projek atau program yang memfokuskan bidang-bidang utama seperti pertanian, digital, pendidikan dan juga infrastruktur. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Tebing Tinggi.

Dr. Abdul Aziz bin BariDAP · PHTebing Tinggi

Terima kasih YAB Menteri Besar. Saya ada dua isu yang saya nak tanya. Pertamanya dengan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN yang akan datang, apakah potensi yang seterusnya selain daripada Singapura untuk Perak dan negeri-negeri lain dalam Malaysia untuk meluaskan hubungan dengan negara-negara ASEAN yang lain? Yang keduanya, tidak berapa lama dahulu Kebawah Duli Tuanku ada juga membuat lawatan atau pun perbincangan dengan pihak Singapura. Adakah perkara ini disentuh dalam kunjungan aktiviti TYT Pesuruhjaya Tinggi? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Sebenarnya hubungan baik di antara Negeri Perak dengan negara-negara luar bukanlah asing kerana ia telah terjalin sejak sekian lama. Selain daripada hubungan baik dengan Kerajaan Negeri Singapura yang pada sejarahnya kebanyakan pemimpin mereka, datuk dan nenek moyangnya berasal daripada Negeri Perak. Jadi kebanyakan mereka datang berkunjung ke mari selain daripada berkunjung menziarahi rakan taulan dan juga keluarga, mereka juga membawa hubungan baik di antara pemimpin Kerajaan Negeri Perak dengan pemimpin Kerajaan Singapura. Selain daripada Singapura, kita ada IMT-GT. Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan IMT-GT ini bermesyuarat secara bergilir-gilir di antara Malaysia atau Singapura ataupun Indonesia dan di kalangan negeri-negeri yang bersempadan ini bergilir-gilir pula menjadi tuan rumah. Malahan Negeri Perak sendiri telah menjadi tuan rumah kepada IMT-GT pada tahun lepas. Baik, yang lainnya ialah seperti yang selalu kita sebutkan, kita mesti ada hubungan baik dengan jiran-jiran lain diluar daripada IMT-GT, negeri-negeri ASEAN yang lain kerana kita ada keperluan untuk berdagang dengan mereka, terutama bila kita ada hasil mahsul daripada bumi iaitu lantanida atau pun NREE. Maka keperluan untuk kita berdagang dengan negara-negara jiran adalah penting sebab kita telah buat keputusan tidak boleh eksport raw, raw NREE melainkan kita akan mengeksport end product seperti magnet electric vehicle dan sebagainya. Jadi, hubungan baik itu adalah merupakan satu keperluan di antara Negeri Perak dengan negara-negara lain dalam ASEAN. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih YAB Menteri Besar. Memandangkan tak ada soalan lain maka saya dengan ini menjemput Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Soalan Ayer Kuning, soalan Nombor 1. Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan daripada Ayer Kuning yang mengandungi tiga soalan. Terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning di atas soalan yang telah diajukan kepada saya.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak telah merangka dan melaksanakan beberapa program bagi menyokong Program Keterjaminan Makanan di Daerah Batang Padang. Salah satu program utama ialah perluasan kawasan projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Sungkai. Keluasan fizikal asalnya sebanyak 157.3 hektar telah diperluaskan dengan tambahan 165.45 hektar menjadikan jumlah keseluruhan kawasan tersebut kepada 322.75 hektar bersamaan dengan 806.8 ekar. Projek skim ini mengekalkan fokus kepada tanaman makanan dan tanaman kontan seperti sengkuang dan keledek. Selain daripada itu, tanaman jambu batu, jambu air, mangga dan juga limau nipis.

Untuk makluman sidang Dewan, Negeri Perak adalah pengeluar utama bagi sengkuang dan keledek. Kini, kadar sara diri (SSR) bagi kedua-dua komoditi telah melebihi keperluan rakyat Perak iaitu 305%. Maksudnya lebih pengeluaran ini, Negeri Perak boleh memasarkan, mengeksportkan sama ada dalam negeri atau pun di luar negara. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak turut menetapkan tanaman tumpuan bagi setiap daerah untuk memastikan kadar sara diri di negeri ini mencapai 100%. Tanaman tumpuan bagi Daerah Batang Padang adalah buah-buahan dan tanaman kontan. Dengan adanya tanaman-tanaman ini, agihan insentif kepada petani juga menjadi lebih bersasar dan menjurus kepada komoditi tanaman tumpuan bagi setiap daerah tersebut.

Dato' Yang di-Pertua, Daerah Batang Padang juga merupakan daerah pelopor untuk pengeluar pengeluaran bawang merah kecil di Malaysia. Sehingga November 2024, keluasan penanaman Bawang Perak telah dilaksanakan dengan keluasan 10 hektar atau pun bersamaan dengan 25 hektar yang mana sembilan hektar dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak dan satu hektar dilaksanakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Perak. Data hasil Bawang Perak yang telah dihasilkan sehingga kini di Daerah Batang Padang sahaja melibatkan dua fasa penaman adalah 8.8 metrik tan. Ini membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri dalam menjamin keterjaminan makanan di Negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat, penglibatan pemain industri skala besar dalam memastikan kejayaan projek keterjaminan makanan boleh memberikan impak yang signifikan dalam menyumbang kepada hasil ekonomi setempat. Pemain industri skala besar mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh serta akses kepada infrastruktur dan teknologi yang canggih yang membolehkan mereka menghasilkan tanaman makanan dengan lebih optimum berbanding pemain industri kecil. Dengan penglibatan industri besar, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dalam sektor pertanian, pemprosesan makanan dan logistik. Pekerjaan ini melibatkan pelbagai bidang termasuk buruh kasar, teknikal serta jawatan pengurusan yang memerlukan kepakaran khusus. Hal ini bukan sahaja dapat mengurangkan kadar pengangguran di kawasan tersebut tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan yang memberikan kesan positif kepada perkembangan ekonomi jangka panjang. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak telah menjalinkan kerjasama dengan FGV Tawai 3 untuk membangunkan tanaman makanan di kawasan tersebut. Seluas 1100 hektar tanaman kelapa, 79 hektar tanaman durian, 60 hektar tanaman nangka dan 74 hektar tanaman nanas telah ditanam di kawasan tersebut. Pelaksanaan projek agro makanan yang dijalankan oleh pihak FGV ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Agenda Sekuriti Makanan yang menyokong kepada Perak Sejahtera 2030.

Secara keseluruhannya, penglibatan pemain industri skala besar dalam projek keterjaminan makanan dapat memaksimumkan manfaat ekonomi setempat melalui peningkatan produktiviti, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi yang berterusan. Namun, kejayaan ini bergantung kepada kerjasama yang baik antara Kerajaan, pemain industri besar dan komuniti setempat dengan memastikan bahawa manfaat ekonomi yang dijana untuk dirasai oleh rakyat tempatan.

Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak amat prihatin dengan usaha pelaksanaan projek keterjaminan makanan di daerah Batang Padang. Pendekatan yang diambil termasuklah pelaksanaan pajakan tanah reserve bagi syarikat individu ataupun agensi yang ingin melabur dalam bidang pertanian, penternakan dan juga perikanan. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak menyatakan bahawa tujuan asal pajakan tanah reserve ini adalah untuk menterjemahkan keterjaminan makanan sebagai pemacu kepada pelaksanaan zon keterjaminan makanan bermula di Daerah Batang Padang, Chenderiang dan Kampar, Air Hitam, Labu sebagai pilot project. Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan dasar pajakan tanah rizab di bawah Seksyen 63 Kanun Tanah Negara, Akta 828 melalui Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Bilangan 6/2023. Pekeliling ini menyatakan bahawa permohonan pajakan tanah reserve (PTR) boleh dibuat di atas mana-mana tanah reserve yang telah diwartakan untuk kegunaan awam dan masih tidak digunakan sebagaimana maksud ia di'reserve'kan.

Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 242.284 ekar di kawasan Chenderiang, Daerah Batang Padang yang telah di khaskan sebagai tapak reserve keterjaminan makanan. Tanah ini boleh dimohon untuk diusahakan bagi pelbagai aktiviti pertanian, perikanan dan juga penternakan dalam skala yang besar. Sehubungan dengan itu, permohonan pajakan tanah rizab bagi aktiviti yang bertentangan dengan rancangan tempatan kawasan tersebut dan boleh menimbulkan bantahan awam adalah tidak digalakkan. Hal ini kerana tujuan utama pajakan tanah reserve ini adalah untuk memacu ekonomi setempat dan meningkatkan hasil Kerajaan Negeri. Selain itu, ia adalah usaha untuk mengoptimumkan kawasan tanah reserve kerajaan untuk kegunaan awam dan mengelakkan ia terbiar. Melalui projek serta jaminan makanan ini, ekonomi penduduk tempatan dapat dipertingkatkan melalui penawaran peluang pekerjaan. Pengusaha kecil boleh bekerjasama dengan pelabur besar dalam mengusahakan projek dalam zon keterjaminan makanan ini.

Untuk meningkatkan keupayaan ekonomi masyarakat setempat, pengusaha berskala besar dan kecil perlu memohon lesen pendudukan sementara (TOL) ataupun LPS di

PDT Batang Padang. Hal ini juga dapat mengelakkan isu penerokaan haram yang mengusahakan aktiviti pertanian dan perikanan di atas tanah kerajaan secara berleluasa. Sehingga Oktober 2024, terdapat lima syarikat yang telah diberi kebenaran masuk awal untuk memulakan projek mereka di atas tapak reserve keterjaminan makanan seluas 242.284 ekar di kawasan Chenderiang, Daerah Batang Padang. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Terima kasih Exco. Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Soalan tambahan Ayer Kuning. Bagaimana pula projek pembangunan industri bawang yang menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta ini mampu untuk menarik minat golongan muda dan yang keduanya, saya tertarik berkaitan dengan penggunaan tanah memainkan peranan penting. Apakah pajakan tanah reserve kerajaan ini akan diperluas gunakan dan dipermudahkan kelulusannya untuk menarik minat pelabur-pelabur ataupun pemain industri ini untuk datang melabur ke Negeri Perak.? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Kuning dalam soalan tambahan. Dato' Yang di-Pertua, subsektor tanaman makanan yang diterajui oleh Jabatan Pertanian sebagai agensi pelaksana utama dalam beberapa tahun ini telah memperlihatkan beberapa peningkatan dan perubahan dalam landskap pertanian, landskap pertanian di mana perubahan yang paling ketara adalah peningkatan penglibatan golongan belia dalam penghasilan bekalan makanan. Di Negeri Perak data merekodkan peningkatan ketara penglibatan belia yang baru menceburkan diri dalam subsektor tanaman makanan iaitu sejumlah 292 orang pada tahun 2023 berbanding 99 orang pada tahun 2021. Peningkatan sebanyak 195 peratus ini membuktikan bahawa segala dasar dan hasrat yang diutarakan oleh kerajaan diterima baik dan difahami oleh rakyat dalam mencapai misi dan visi kerajaan umumnya.

Projek pembangunan industri bawang merupakan projek baru yang sangat berpotensi untuk dibangunkan dan mempunyai peluang yang luas bagi mereka yang ingin mengambil peluang tersebut ke arah keterjaminan makanan yang sihat dan mencukupi. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak memperluaskan kawasan penanaman bawang Perak sehingga 10 hektar bagi fasa kedua penanaman sebagai usaha meningkatkan pengeluaran sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap import produk tersebut. Syabas dan tahniah kepada Jabatan Pertanian Negeri Perak. Kejayaan projek rintis seluas satu hektar di Kampung Kuala Bikam yang menghasilkan 3.3 tan metrik bawang pada tuaian pertama April lalu menjadikan titik tolak bagi usaha memperluaskan penanam bawang di daerah-daerah lain dalam skala yang lebih besar.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, inisiatif memperluaskan penanaman bawang itu dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan usahawan belia-belia yang berpotensi dengan pelaksanaan latihan semula dan pengukuhan yang berterusan. Pada masa ini, penanaman seluas 4 hektar telah dimulakan di Daerah Batang Padang dan empat hektar lagi di daerah Kinta selepas kejadian di Kampung Kuala Bikam dengan anggaran pengeluaran keseluruhan sebanyak 32 tan metrik. Tanaman rintis Kampung Kuala Bikam sudah memasuki fasa kedua dan secara keseluruhannya tanaman Bawang Perak seluas 10 hektar melibatkan projek di bawah selenggara Jabatan Pertanian dan termasuk Lembaga Pertubuhan Peladang dan juga SADC. Misi ini selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk memperkasakan serta jaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada import sebagaimana yang digariskan dalam pelan Perak Sejahtera 2030 dan berkaitan dengan pajakan tanah rizab, memang dasar Kerajaan Negeri Perak melalui Pejabat Tanah dan Galian akan mempermudahkan untuk pemberian samada kelulusan kepada mereka-mereka yang memohon, memohon tanah pajakan tanah rizab ini bagi tujuan keterjaminan makanan dan In shaa Allah, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama kepada pengusaha-pengusaha ataupun pemain-pemain industri berskala kecil dan besar untuk mendapatkan pajakan tanah reserve di daerah-daerah yang ada dalam negeri Perak ini, In shaa Allah. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Gunong Semanggol, sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Terima kasih kepada Yang Berhormat dan Exco yang telah memberi jawapan yang agak jelas mengenai dengan sekuriti makanan dan tahniah juga diucapkan kepada Jabatan Pertanian dan sepertimana yang kita maklum bahawa Negeri Perak ini hampir semua keperluan makanan telah mencapai SSR ataupun keperluan untuk digunakan dalam Negeri Perak ini melebihi daripada 100 peratus dan sebagaimana diketahui sebab itu makanan ini termasuk dalam sekuriti ataupun keterjaminan untuk membuktikan dan memelihara supaya apa-apa juga yang berlaku kepada dunia maka kita dalam Malaysia atau khususnya dalam Negeri Perak ini cukup untuk mendapat makanan dan tidak bergantung kepada luar. Ini dia punya apa dia punya achieve, dia punya matlamat. Sebab tu kita letakkan di bawah industri makanan. Cuma nak dapat penjelasan sebagaimana yang dibangkitkan dan menjadi menjadi berita umum bahawasanya kita Perak melebihi daripada 103 dalam industri makanan khususnya makanan asasi beras. Tapi apa tindakan-tindakan yang dibuat oleh Exco untuk memastikan bahawa makanan beras tempatan itu kita boleh memperolehi. Jadi seolah-olah dalam keadaan sekarang ni sampai 100% kita hanya bergantung kepada import sebab beras tak ada. Beras tempatan ni tak ada. Jadi seolah-olah kita bergantung kepada hundred percent kepada import. Jadi dapat penjelasan supaya rakyat tahu kalau tang ini kita boleh bantu. Minta Exco.

Terima kasih kepada Gunong Semanggol. Memang menjadi dasar Kerajaan Negeri Perak, apa jua tanaman dalam keterjaminan makanan bukan sahaja untuk rakyat Negeri Perak. Selaras dengan titah Tuanku Sultan Perak yang menyatakan bahawa dalam keterjaminan makanan ini apa yang kita lakukan, kita laksanakan bukan sahaja untuk rakyat Perak, bahkan kita menjadi pengeksport kepada negeri dalam Malaysia ini dan ke luar negeri Perak. Jadi dalam soalan Yang Berhormat Gunong Semanggol, Ketua Pembangkang, kita sedang berusaha, kita tidak berada dalam keadaan yang selesa dengan apa yang kita berjaya capai SSL dalam keterjaminan makanan ini samada dalam perikanan, dalam pertanian dan juga dalam ternakan. Dalam soal ini, pihak Kerajaan Negeri berusaha mempergiatkan usaha untuk menentukan bahawa keterjaminan makanan khusus yang saya sebutkan tadi menepati sasaran dan melebihi apa yang kita laksanakan sebagaimana Yang Berhormat Pangkor nyatakan tadi supaya kita tidak bergantung apa yang ada, tetapi kita berusaha kepada ke arah menjadi pengeluar yang utama di antara negeri yang ada di Malaysia ini. Sama dalam sektor perladangan, sektor pertanian, ternakan dan juga pemakanan, ternakan, pertanian dan juga perikanan kerana perikanan merupakan kita menjadi pengeluar utama pengeluar utama ikan di Malaysia ini. Lebih daripada 30% pendaratan ikan yang kita laksanakan di negara kita ini.

Jadi, saya penuh yakin dari dasar-dasar yang telah dijelaskan dalam dasar Pelan Perak Sejahtera 2030. Kalau kita ikuti dengan Pelan Strategik Perak Sejahtera 2030, saya penuh yakin kalau kita dapat melaksanakan perkara ini, kita boleh mencapaikan apa yang dihasratkan oleh apa yang dinyatakan oleh YB Pangkor tadi, In shaa Allah. Jadi, saya penuh yakin dengan pertolongan dari Allah SWT kita yakin bahawa Negeri Perak akan maju akan lebih berusaha ke arah melipatgandakan usaha-usaha penghasilan daripada apa yang kita peroleh pada hari ini akan mendatangkan peningkatan yang lebih besar di masa-masa yang akan datang. In shaa Allah. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Kereta Malaysia Proton Saga. Soalan Manjoi Nombor 3. Terima kasih.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Untuk makluman Yang Berhormat Manjoi, perkembangan atau pembangunan kawasan perindustrian telah dikenalpasti sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi bagi Negeri Perak. Selaras dengan itu, PKNPk telah menumpukan kepada pembangunan perindustrian di bawah bidang keutamaan hartanah di bawah pelaksanaan Roadmap Transformasi PKNP. Salah satu kawasan perindustrian yang dibangunkan oleh PKNP merupakan projek Silver Valley Teknology Park atau lebih dikenali sebagai SVTP yang terletak di Kanthan di mana pada asalnya merupakan tapak bagi perancangan Perak High-Tech Park atau PHTP yang telah dibangunkan selama lebih daripada 20 tahun, tetapi tiada penyelesaian oleh mana-mana pihak pada masa yang terdahulu. Kedudukan strategik SVTP yang terletak 15 km daripada pusat bandar Ipoh sekaligus telah menawarkan perhubungan logistik yang terbaik kerana mempunyai akses mudah ke lebuh raya, lapangan terbang, stesen kereta api dan juga pelabuhan darat.

Untuk makluman seisi Dewan juga, Perak Corp telah dilantik sebagai pemaju utama atau master developer bagi pembangunan hub perindustrian di tanah SVTP. Seterusnya pada 8 Januari 2024 Perak Corp telah diberi mandat untuk memajukan fasa 1 seluas 816 ekar telah memeterai perjanjian usahasama bersama rakan strategiknya iaitu Advancecon Development Sdn Bhd untuk membina, memaju dan memasarkan fasa 1 SVTP.

Berita baik buat rakyat Perak adalah pada 21 November 2024 di mana pihak PKNP bersama pemaju telah mengadakan satu acara penyerahan bayaran ex-gratia kepada para petani yang telah menduduki kawasan tersebut tanpa kebenaran selama berpuluh tahun. Sekaligus dengan majlis tersebut, pihak PKNP telah berjaya melaksanakan bimbingan melaksanakan apa yang dikehendaki dan juga bimbingan daripada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah tersebut yang berumur lebih 20 tahun ini tanpa insiden yang tidak diingini. Sehingga kini, pihak pemaju sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan tanah ke atas 325 ekar daripada kawasan fasa 1. Pihak pemaju juga telah melantik para perunding seperti kontraktor penyiasatan tanah, jurutera sivil dan struktur, jurutera ukur tanah dan jurutera mekanikal dan elektrikal bagi tujuan mengemukakan permohonan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Kerja-kerja penyiasatan tanah yang menjadi asas kepada kerja pembangunan telah siap dilaksanakan di atas keseluruhan fasa 1 oleh kontraktor yang dilantik. Pihak pemaju dijangkakan akan memulakan kerja-kerja awalan infrastruktur di tapak pada suku tahun pada suku pertama tahun 2025. Sektor perindustrian memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di Negeri Perak.

Merujuk kepada laporan pasaran harta yang diterbitkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta atau JPPH Tahun 2022 dan 2023, prestasi pasaran harta tanah di Negeri Perak adalah memberangsangkan bagi tahun 2023. Prestasi pasaran harta tanah di Negeri Perak menunjukkan trend pergerakan menaik dengan kadar pertumbuhan industri di Negeri Perak merekodkan 2.7 % pasaran berbanding pada tahun 2022 iaitu 1.4%. Pertumbuhan industri ini boleh dipertingkatkan lagi sekiranya halangan yang memperlahankan kadar pertumbuhan industri dapat diberi perhatian dengan teliti dan juga mendalam. Kerajaan Negeri juga sentiasa komited dengan menawarkan inisiatif-inisiatif yang dapat memacu ekonomi negeri. Antara penyelesaian-penyelesaian yang telah dijalankan dan ditawarkan oleh Kerajaan Negeri adalah di antara beberapanya adalah menyokong pemerkasaan infrastruktur untuk menaikkan kemudahan awam seperti jaringan jalan, sistem saliran dan saluran dan juga capaian jalur lebar dengan memohon peruntukan di bawah Rancangan Malaysia. Menawarkan insentif pelaburan seperti pengecualian cukai, kemudahan pembiayaan, subsidi tenaga, geran penyelidikan dan pembangunan atau R&D, inisiatif pendidikan dan latihan serta pusat perkhidmatan pelaburan seperti melalui agensi-agensi persekutuan dan juga agensi-agensi negeri seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA, NCIA dan juga Invest Perak.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengembangkan institusi pembangunan bakat dan kemahiran seperti Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK, Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja selain menyediakan peluang latihan yang berkualiti dan relevan dengan keperluan industri. Inisiatif ini juga dapat membekalkan tenaga mahir dan mendorong inovasi pembangunan komoditi, komuniti serta menggalakkan kerjasama industri. Melalui langkah-langkah ini, kita dapat memastikan pembangunan bakat dan kemahiran yang berkesan dan berdaya saing. Ini juga merupakan salah satu sebab mengapa Kerajaan Negeri Perak telah menawarkan dalam bajet untuk menaikkan peruntukan kepada PASAK kerana ada yang mempertikaikan kenaikan ini tetapi kenaikan ini sangat penting untuk memberikan anak-anak muda kita dua benda yang sangat penting. Satu itu adalah latihan, ilmu dan pengalaman untuk berhadapan dengan permintaan dan juga pasaran ekonomi dan juga perindustrian yang memerlukan skill-skill tertentu. Nombor dua ia juga adalah untuk menghubungkan sebab kadang-kadang di antara mereka yang ingin menggaji dan mereka yang ingin digaji, kadang-kadang tak bertemu dan kadang-kadang mereka tiada cara lain. Jadi PASAK merupakan agensi Kerajaan Negeri yang sangat penting dalam menghubungkan pasaran pekerja dengan pasaran orang kata pasaran permintaan industri juga dengan employers dengan izin.

Mesin promosi perdagangan dan pelaburan Kerajaan Negeri Perak ke China dan Taiwan yang dianjurkan di bawah Exco Kerajaan Negeri Perak, ni saya ini di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri Pelaburan dan Pembangunan Koridor bertujuan menarik pelaburan asing serta meningkatkan sektor ekonomi tempatan seperti pelancongan, industri dan juga mineral. Misi ini diselaraskan bersama oleh Invest Perak dengan entiti-entiti negeri yang lain turut melibatkan forum perniagaan di mana wakil-wakil Kerajaan Negeri Perak berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin industri dan agensi kerajaan di negara-negara yang terlibat bagi menarik banyak pelaburan ke Negeri Perak. Pada masa yang sama, pihak pemaju akan turut terlibat dalam merangka beberapa misi perdagangan dan pelaburan ke negara-negara lain seperti Jepun, Korea, negara-negara di Timur Tengah dan Eropah bersama agensi-agensi persekutuan yang lain-lain.

Selain daripada itu, Kerajaan Negeri kini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita mengambil inisiatif untuk mengambil langkah-langkah baru atau langkah-langkah yang tidak menjadi tradisi dimana amalan-amalan pentadbiran-pentadbiran terdahulu iaitu kita mengambil pendekatan yang kita selalu dengar. Kita perlu fikir out of the box. Kita perlu mengambil pendekatan out of the box tetapi setelah kita berkata begitu, adakah kita melakukannya. Jadi dalam sesi libaturus RMK ke-13 yang lalu, yang Berhormat Menteri Ekonomi sendirinya memuji Kerajaan Negeri Perak sebagai satu-satunya negeri yang memilih untuk memohon pinjaman sebanyak RM50 juta untuk pembangunan SVTP. Langkah ini berbeza dengan pendapat pendekatan negeri-negeri lain yang lebih cenderung untuk memohon peruntukan langsung. Ini menunjukkan ini menunjukkan di mana Kerajaan Negeri berkeyakinan dengan kemampuan SVTP dan juga untuk menjana ekonomi kepada Negeri Perak. Yang Berhormat Menteri Ekonomi juga menyatakan bahawa Kementerian Ekonomi berhasrat menjadikan Kerajaan Negeri Perak khususnya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak sebagai contoh dalam pengurusan negeri dan Perbadanan Kemajuan Negeri yang lain yang ditadbir dengan supaya boleh ditadbir dengan lebih cekap. Beliau menekankan pentingnya model perniagaan yang jelas dan lebih teratur sebagai asas untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran dan pembangunan ekonomi neger. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.Manjoi sila.

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih YB Exco yang beri jawapan yang bagi saya sangat padat dan tuntas. Terima kasih YB Exco. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar, YB Exco yang bertungkus-lumus dan berjaya menyelesaikan isu pembayaran pampasan kepada petani setinggan di kawasan tersebut dan saya mengira isu ini lama disebut YB Exco tadi sangat lama 20 tahun yang lalu berjaya kita selesaikan pada sesi kita. Tahniah saya ucap sekali lagi.

Cuma saya tertarik dengan laporan berita yang dipaparkan dalam media milik PKNP sendiri dan laman web Sinar Harian di mana pada 8 Mei 2023 tahun lepas, Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita telah merasmikan Majlis Pecah Tanah sebuah projek memproses pasir dari China iaitu Jinjing Silicon Teknology Park minta maaf Jinjing Silicon Technology Sdn Bhd di Silver Gate di Silver Valley Technology Park ini SVTP dengan anggaran pelaburan bernilai RM100 juta dan menurut laporan berita tersebut, projek ini sepatutnya siap dan mula beroperasi pada tahun ini. Walaubagaimanapun, ketika tinjauan dibuat projek ini nampaknya masih belum mula dibangunkan dan hampir mustahil untuk siap dan beroperasi pada akhir tahun ini. Jadi soalan saya, apakah status pembangunan projek ini sebenarnya? Mengapa projek ini masih belum berjaya disiapkan walaupun majlis pecah tanah telahpun disempurnakan oleh Menteri Besar kita pada Mei tahun lepas dan YB Exco yang saya hormati, sejauh manakah Kerajaan Negeri meletakkan sasaran untuk pembangunan SVTP ini yang boleh menerima kemasukan pelabur untuk faedah ekonomi negeri kita dan bolehkah Kerajaan Negeri senaraikan pelabur yang telah mula beroperasi di kawasan ini? Mohon pencerahan YB Exco yang saya hormati.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi, seorang Ahli Yang Berhormat yang saya sentiasa hormati kerana beliau mendepani Dewan ini dengan fakta dan bukannya dengan tohmahan dan sebagainya. Jadi untuk projek Jinjing ini adalah penting untuk kita pemahaman apabila kita mengatakan projek seperti ini, ia merupakan projek Jinjing ini adalah sebahagian daripada ekosistem untuk perindustrian solar dan untuk kita memahami ekosistem perindustrian solar pula panjang ceritanya. Ia berkaitan juga dengan perang pemerdagangan antara antara China dengan Amerika. Jadi mungkin ada benda-benda yang lebih sensitif kita nak mungkin kita tak nak ujarkan di dalam Dewan ini tetapi sebagai pendek katanya Malaysia terutamanya Negeri Perak menjadi antara negeri yang menjadi tumpuan kepada ekosistem. Apa dikatakan ekosistem kepada syarikat-syarikat yang membuat solar dan juga downstreamnya dan juga upstream termasuk yang membuat kaca, yang membuat cip dan sebagainya dan juga yang membuat filem dan sebagainya.

Namun, apabila syarikat-syarikat daripada China ini datang ke Malaysia, mereka beranggapan dan bertujuan untuk supaya boleh mengenepikan daripada apa yang dikatakan tidak berada dalam perang perdagangan antara China dengan Amerika tetapi walaubagaimanapun sedih dimaklumkan bahawa perkara itu menghadapi sedikit permasalahan. Kita boleh lihat di Perak ini walaupun ia telah diperlahankan. Saya ulangi diperlahankan tetapi masih berjalan tetapi di negeri lain yang saya tak nak sebut negeri mana keseluruhan syarikat yang beroperasi dalam ekosistem solar. Saya tak nak cakap dia buat apa sebab kalau saya tak cakap semua orang tahu dah. Syarikat tersebut yang merupakan antara syarikat yang gergasi dan juga peneraju dalam ekosistem solar di dunia ini telah tutup dan beralih keluar daripada Malaysia bukan disebabkan kelemahan negeri tersebut tetapi disebabkan perang pemerdagangan antara China dan Amerika. Ini meletakkan Malaysia kita sebagai negara yang berkecuali. Kita sebagai negara yang berkawan dengan semua. Kadang-kadang kita menggunakan ia sebagai kekuatan kita tetapi kadang-kadang kita juga tersekat umpama kita di berada di tengah-tengah dua gajah yang berperang. Itu nombor satu untuk jawapan di mana dikatakan Jinjing tadi. Nombor dua tadi ialah apa tadi.

YB Exco yang nombor dua sejauh mana Kerajaan Negeri meletakkan sasaran untuk pembangunan SVTP ini dan yang boleh menerima kemasukan pelabur untuk faedah ekonomi sasaran kita dan bolehkah Kerajaan Negeri senaraikan pelabur yang telah mula beroperasi di kawasan ini.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Inilah yang merupakan kepada salah satu pemahaman kepada Ahli-ahli Dewan. Mungkin ramai di sini merupakan pentadbir atau berada dalam jurusan lain tetapi saya rasa mungkin ada segelintir yang berasal daripada saya rasa kurang daripada golongan di mana berasaskan kepada marketing atau dengan pendek kata mungkin orang kata salesman dan sebagainya. Dalam dalam konteks sebegini, kebanyakan syarikat-syarikat yang berjumpa dengan kita, mereka memilih untuk dirahsiakan. Untuk dirahsiakan kehadiran mereka ke Perak. Banyak sebab antaranya antaranya kita tidak ingin membuat pengumuman apabila kita membuat pengumuman mengenai sesuatu projek tetapi akhirnya tidak berlaku maka sesiapa yang membuat pengumuman itu akan dipersalahkan. Ia ini berlaku di negeri-negeri lain jadi kita di negeri ini, kita harap kita tidak ingin membuat pengumuman kepada projek yang tidak akan dilaksanakan kemudian itu satu. Nombor dua ia juga berlaku atas apa yang dikatakan permintaan syarat-syarat ketat kepada syarikat-syarikat. Banyak di antara syarikat-syarikat yang datang ke Negeri Perak merupakan syarikat yang berada dan didaftarkan di dalam bursa saham. Boleh dikatakan di dalam bursa saham negara-negara mereka tersendiri. Setiap pergerakan mereka, setiap percakapan mereka walaupun di dalam Malaysia atau di antarabangsa akan setelah diketahui oleh pihak ketiga akan menyebabkan kenaikan atau penurunan syer-syer mereka. Jadi atas faktor demikian jugak, mereka tidak boleh diwar-warkan kepada orang ramai. Nombor tiga ada juga menyebabkan faktor nombor tiga iaitu faktor di antara negeri-negeri.

Umum mengetahui Perak, Malaysia merupakan salah satu destinasi utama untuk pelaburan sekarang tetapi apabila mereka datang ke Malaysia, Agensi Persekutuan tidak akan bawa mereka ke Perak sahaja. Agensi Persekutuan akan membawa mereka ke Malaysia dan apabila mereka ke Malaysia, mereka akan melihat apa yang ada di Penang. Mereka akan melihat apa yang ada di Selangor, di Kedah, di Kelantan, di Terengganu. Pendek kata seluruh Malaysia dan di antara persaingan setiap negeri dengan negeri yang lain maka kita tidak ingin mengatakan atau kita tidak boleh menyatakan kepada semua orang siapa yang datang kerana ini mungkin menyebabkan kita akan kehilangan advantage dengan izin. Jadi dengan itu, saya minta maaf kita tidak dapat untuk memberikan jawapan kepada.yang itu, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Soalan tambahan ada dua. Saya ingat penting benda ini saya nak minta sikit untuk soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan berkaitan? Sila bagi ringkasan, sila.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Soalan tambahan, sebagaimana yang kita tahu bahawa pelaburan ini adalah satu yang penting untuk sosioekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya dan saya ringkas sahaja dan nak minta jawapan juga yang ringkas lah, kalau boleh bagi kita tak payah pergi jauh-jauh fakta. Mengikut daripada pembentangan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang diluluskan oleh MITI, kemasukan pelaburan untuk tahun yang pertama, setengah tahun yang pertama ke dalam Negeri Perak ini adalah RM601.49 juta dengan 30 buah projek, ini diluluskan for the first, untuk setengah tahun yang pertama. Cuma saya nak tahu berapa banyak yang telah benar-benar masuk dan telah memulakan operasi. Itu sahaja.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih. Pendek kata, untuk soalan itu, kita tiada jawapan. Senang, sebab saya rasa Yang Berhormat merupakan mantan penjawat awam yang tinggi sepatutnya tahu sistem kerajaan. Nombor satu, pelaporan untuk benda ini merupakan dua benda yang berbeza. Satu pelaburan yang masuk, yang diluluskan. Dua, benda yang apa orang kata yang betul-betul on the land, di lapangan. Kita sekarang mempunyai sistem untuk pelaporan di mana kita katakan pelaburan yang diluluskan. Ke negeri mana-mana pun di dalam Malaysia, kita menggunakan sistem laporan tersebut. Kita tidak menggunakan sistem laporan di mana pelaburan yang ada di lapangan tetapi walau bagaimanapun, saya faham Kerajaan Persekutuan sedang mengusahakan untuk mengadakan sistem tersebut juga kerana ia dapat menunjukkan dengan lebih jelas perbezaan antara nombor satu, sama ada negeri itu dapat menarik pelaburan. Nombor dua pelaburan ditarik sama ada betul-betul ia berada di lapangan dan berada on the ground. Jadi itulah jawapan saya kepada Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya saya sebab masa masih tamat, ok. Saya nak minta Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan, sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Speaker. Dun Pengkalan Hulu belajar ilmu makrifat. Soalan Pengkalan Hulu, giliran nombor empat. Terima kasih.

Bismillahhirrahnirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh Salam Malaysia Madani. Salam 'Perak Sejahtera 2030'. Terima Kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua izinkan saya untuk menjawab persoalan yang telah diajukan oleh Yang Berhormat dari Pengkalan Hulu bersekali dengan soalan Yang Berhormat Kuala Sepetang dan Yang Berhormat Menglembu kerana ianya berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Hulu adinda saya dan juga Kuala Sepetang serta Menglembu yang bertanyakan beberapa persoalan yang terkait tentang. (a) Apakah usaha kerajaan untuk mempercepatkan proses penyaluran bantuan? (b) Apakah jenis sumbangan bantuan ataupun bencana alam yang disediakan oleh kerajaan dan seterusnya adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan kadar bantuan?

Sebelum itu, saya ingin menyatakan tanda simpati saya kepada semua mangsa banjir di negara kita termasuk dalam negeri kita ini yang mungkin kehilangan tempat tinggal dan juga kehilangan perkara-perkara lain. Di mana untuk makluman semua juga pada saat ini untuk negeri kita. Kita sedang ada saudara kita yang ditempatkan di PPS. Ada lima PPS yang melibatkan 33 keluarga dan 383 mangsa setakat ini untuk hari ini di negeri kita ini.

Menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Hulu berkenaan dengan persoalan penyegeraan bantuan wang ehsan kepada mangsa bencana. Untuk makluman, Yang Berhormat Kerajaan Negeri mengambil maklum berkenaan perkara ini dan sentiasa memperbaiki proses kerja yang ada bagi memastikan bantuan yang ada dapat disalurkan dengan kadar segera dan tidak membebankan. Walaubagaimana pun, bagi memastikan peraturan kewangan dipatuhi dan prosedur adalah teratur. Semua jenis bantuan sumbangan perlu dilampirkan bersama-sama dengan pengesahan daripada Penghulu ataupun APM beserta dokumen sokongan seperti laporan polis, salinan kad pengenalan, salinan penyata bank dan Borang Akuan Permohonan.

Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat juga bagi peruntukan di bawah Kerajaan Negeri, sumbangan diberikan dalam masa seminggu selepas dokumen lengkap diperolehi. Manakala bagi peruntukkan Kerajaan Persekutuan, semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam tempoh satu bulan selepas sesuatu bencana berakhir dengan dokumen yang lengkap dan tertakluk kepada semakan dan pengesahan oleh Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Kuala Sepetang dan Menglembu pula, sehingga kini terdapat tujuh kategori atau jenis bantuan wang ihsan di bawah peruntukkan Kerajaan Negeri iaitu seperti berikut kategori pertama iaitu Bantuan Ihsan Pengurusan Kematian melibatkan kadar RM2000 bagi setiap kematian yang berpunca daripada bencana. Kategori kedua ialah bantuan berpindah ke pusat pemindahan sementara kerana bencana yang bernilai RM300 setiap keluarga. Kategori ketiga iaitu bantuan kepada mangsa yang tidak berpindah atau berpindah selain daripada pusat pemindahan sementara berkadaran RM300 setiap keluarga. Kategori keempat merupakan bantuan ihsan sekiranya melibatkan kemusnahan rumah ataupun rosak akibat bencana yang mana kadaran merujuk kepada 4.1 keseluruhan rumah yang musnah kadarnya ialah RM2000 sahaja.

Sekiranya melibatkan kerosakan kemudahan asas rumah kerugian antara RM5001 hingga RM50,000 kadarnya ialah RM500 hingga RM800. Kerosakan perkakasan rumah, kerugian tidak melebihi RM5,000 kadar sumbangannya ialah RM200 sahaja. Kerosakan perkakasan rumah kerugian tidak melebihi RM1,000 berkadaran RM200 sahaja. Kategori keempat ialah bantuan ihsan hilang punca pendapatan dengan kadaran RM500 dan sekiranya melibatkan kecederaan. Kategori bantuan Ihsan kecederaan merujuk kepada dua kategori iaitu kecederaan menyebabkan hilang upaya, RM300 ataupun kecederaan ringan, RM150 dan kategori ketujuh iaitu bantuan ihsan tambahan peralatan persekolahan dirujuk kepada JKM dan Jabatan Pelajaran Negeri. Selain daripada itu, di peringkat Kerajaan Persekutuan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Jabatan Perdana Menteri turut memberikan sumbangan kepada mangsa bencana seperti berikut.

Untuk tempoh di musim Monsun Timur Laut Monsun Timur laut (MTL), November hingga Mac. Bantuan Wang Ihsan (BWI) diagihkan kepada KIR yang terkesan akibat bencana dan berpindah iaitu berkadaran RM1,000. BWI hanya boleh dituntut sekali sahaja oleh KIR yang ditimpa bencana semasa musim MTL, RM1,000 dan semasa musim MTL sekiranya melibatkan kematian, bantuan wang ihsan kematian bernilai RM10,000 akan diserahkan kepada waris mangsa semasa dalam musim MTL dan kategori kedua iaitu di luar MTL dalam bulan antara April hingga Oktober. Bantuan tunai diberikan kepada KIR yang terkesan akibat bencana dan berpindah ke PPS iaitu RM1,000 dan BWI hanya boleh dituntut sekali sahaja dalam tempoh tiga bulan oleh KIR yang ditimpa bencana di luar musim MTL. Manakala untuk bantuan wang ihsan kematian BWI kematian, bantuan tunai disalurkan kepada waris mangsa bencana yang meninggal dunia luar musim MTL dengan kadar RM10 ribu.

Selain dari itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyediakan bantuan kewangan kepada mangsa bencana terpencil yang tidak melibatkan jumlah skala yang besar seperti kebakaran, banjir, ribut melalui Skim Bantuan Pemulihan Bencana yang kita serahkan sekaligus yang menggunakan peruntukan kewangan negeri dengan kadar maksimum RM3000 kepada mangsa bencana yang layak. Penetapan kadar bantuan dan jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada pemohon selaku Ketua Isi Rumah (KIR) adalah berdasarkan kepada tahap kerosakan rumah serta bilangan ahli isi rumah. Permohonan boleh dibuat di Pejabat JKM Daerah tempat tinggal mangsa dengan mengisi borang permohonan dan mengembalikan borang yang dilengkapkan bersama dokumen sokongan dan seperti yang saya sebut, ini melibatkan bencana terpencil. Sekiranya melibatkan bencana dalam skala yang besar, kita akan menggunakan peruntukan di bawah bantuan bencana daerah.

Suka untuk saya kongsikan juga beberapa penambahbaikan dalam aspek pengurusan bencana bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti yang berikut. Yang pertama, penyediaan makanan dan minuman bermasak dengan kadar maksimum RM43 sehari seorang bagi penyediaan makanan 4 kali sehari berbanding kadar sebelum ini RM30. Pembekalan makanan siap dimakan atau pun retort food kepada mangsa-mangsa bencana di PPS sebagai makanan pertama sementara penyediaan makanan bermasak disediakan. Yang ketiga, penyediaan khemah kubikal secara bertutup bagi keselesaan mangsa bencana di PPS. Seterusnya, kita juga melaksanakan simulasi pengurusan PPS bagi meningkatkan kecekapan petugas daripada pelbagai agensi dan sukarelawan. Kelima, perkhidmatan psikologi dan kaunseling daripada pegawai psikologi kepada mangsa-mangsa yang memerlukan dan juga pengenalan dan penggunaan aplikasi Sistem Info Bencana JKM 3.0 yang boleh dimuatnaik oleh orang awam atau pun penduduk yang berada di kawasan berisiko bencana untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan bencana yang berlaku di seluruh negara.

Sistem ini juga membolehkan mangsa-mangsa bencana di PPS membuat pendaftaran kendiri dan seterusnya dapat mengelakkan kesesakan di meja pendaftaran secara manual. Bagi mangsa bencana yang terlibat dan melibatkan perpindahan ke pusat pemindahan sementara, selain daripada penyediaan makan minum kepada mangsa, JKM juga mengagihkan barang-barang keperluan asas seperti comforter, kain sama ada batik, pelikat, selimut, tikar hygiene kit dan juga refreshment kit. Suka untuk saya maklumkan juga bahawa akaun Amanah Tabung Bencana dan Bantuan Sosial di setiap daerah telah ditubuhkan bertujuan untuk memperakaunkan terimaan dari Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan, Badan Berkanun Negeri, syarikat swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan juga individu atau orang perseorangan. Serta pembayaran bagi kita gunakan bagi membiayai perbelanjaan usaha-usaha menyelamat, projek-projek sosial, pemberian bantuan wang ehsan serta pemberian bantuan sosial iaitu sumbangan dan projek di mana Kerajaan Negeri telah meningkatkan nilai apungan baru akaun amanah ini kepada RM100 ribu berbanding RM50ribu pada 21 Oktober 2022 menerusi keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak Bilangan 3/2022.

Dan bagi menjawab persoalan terakhir dari Yang Berhormat Kuala Sepetang dan Menglembu juga berkenaan adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menaikkan kadar sumbangan bencana kebakaran dan banjir kepada mangsa? Untuk makluman Yang Berhormat setakat ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menaikkan kadar BWI dan BWI Kematian. BWI masih dikekalkan dengan kadar RM1000 dan juga RM10 ribu untuk BWI Kematian mengikut kadar Persekutuan dan buat masa ini juga Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk menyediakan pakej pampasan bagi individu, keluarga, syarikat atau peniaga yang terkesan dengan banjir kilat yang berulang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Pengkalan Hulu. Sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan yang penuh dengan maklumat berkenaan dengan bantuan-bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan. Jadi, saya nampak maklumat-maklumat ini perlu diturunkan ke peringkat bawah sehingga ke peringkat JPKK supaya bila berlaku bencana atau pun apa-apa kejadian yang luar jangka. Maknanya JPKK di peringkat pimpinan-pimpinan di akar umbi, di bawah ini tahu channel mana atau saluran mana hendak disampaikan, nak disalurkan. Terima kasih Yang Berhormat. Cuma saya nak ucapkan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Exco bersama dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana sudi turun ke Dun Pengkalan Hulu pada bulan lalu pada 15 Oktober, seingat saya turun menyantuni mangsa-mangsa banjir bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan memberikan sedikit imbuhan dan saguhati kepada mangsa-mangsa banjir. Walaupun saya hanya sekadar turun dapat memberikan senyuman dan sedikit bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di dalam Dun saya.

Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat Exco. Cuma soalan tambahan saya, adakah Yang Berhormat Exco bersetuju Kerajaan Negeri menyediakan satu peruntukan bencana khas kepada seluruh Pusat Khidmat Ahli-ahli Dewan Negeri di seluruh Negeri Perak? Bagi kami ini wakil-wakil rakyat tidak kira di sebelah kerajaan mahu pun di sebelah pembangkang untuk kami bagi bantuan terus kepada mangsa-mangsa bencana. Tidak kira bencana banjir, tanah runtuh mahu pun bencana-bencana lain. Sebab umumnya kita tahu polisi kerajaan, polisikKerajaan dan SOP yang telah ditetapkan memerlukan tempoh satu tempoh masa. Jadi jika diperuntukkan kepada kami peruntukan khas bencana kepada wakil-wakil rakyat seluruh 59 wakil rakyat ini, kami akan dapat memberi bantuan terus kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat ini. Itu, adakah Yang Berhormat bersetuju dengan cadangan dan soalan saya ini? Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.

Terima kasih adinda Pengkalan Hulu. Kalau tanya orang, tak ada siapa yang nak tolak. Kalau tanya nak bagi duit, tak ada siapa pun yang nak menolak sekiranya nak disalurkan peruntukan. Tapi seperti yang saya bagi penjelasan sebentar tadi, bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri khusus membantu bencana. Tidak ada istilah dalam kurungan, kita memilih sama ada pembangkang atau pun kerajaan. Ya, maknanya komitmen Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Persekutuan fokus untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah ini diberikan kepada semua kawasan. Ini telah diperuntukkan. Jelas.

Ya. Jadi seperti apa yang dibangkitkan oleh adinda daripada Pengkalan Hulu itu ialah kaedah bagaimana kita ini wakil-wakil rakyat nak menyantuni pengundi kita? Ya? Sebab kalau dari segi bantuan, bantuan telah disalurkan oleh Kerajaan kita macam tadi disebut. Sekurang-kurangnya bantuan ini bukan semestinya dalam bentuk kewangan. Tadi kata senyum. Senyum. Itu saya ambil contoh. Tapi maksudnya ialah kita ada kaedah-kaedah lain untuk turun menyantuni pengundi kita.

Dengan kita turun pergi buat kerja-kerja kebajikan yang membantu mereka sekiranya mereka berada dalam masalah, membuat bantuan mencuci rumah atau pun membantu perkara-perkara yang memerlukan. Bantuan daripada kita tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Jadi, sebab itu saya nak tekankan sekali lagi kita kena fahamlah. Kalau bantuan daripada Kerajaan memang disediakan untuk semua tetapi apa yang dibangkitkan tadi lebih kepada bagaimana kita ini wakil-wakil rakyat nak menyantuni pengundi? Jadi nak menyantuni kita kena ada pelbagai kaedah untuk menyantuni pengundi yang disebut oleh Yang Berhormat daripada Pengkalan Hulu dan atas kesempatan ini, saya nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh agensi yang terlibat terutamanya yang membantu mangsa-mangsa bencana. Sebagai contoh PDRM, Bomba, APM, RELA, semua agensi-agensi yang berada di daerah mahu pun NGO-NGO yg terlibat setiap kali kita berlaku bencana begitu caknanya komitmen jabatan dan agensi untuk membantu rakyat. Jadi tak ada lah istilah hanya rakyat untuk rakyat. Sebenarnya rakyat dan kerajaan sentiasa memerlukan bersama untuk kita sama-sama menghadapi musibah. Tak kira lah musibah banjir ini. Itu sahaja. Terima kasih.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Soalan tambahan.

Soalan tambahan Tuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya bagi sebab siapa saya bagi Menglembu dulu Sebab ini soalan berkaitan Menglembu, sila Menglembu.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan saya, apakah tindakan yang lebih proaktif yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri dan jabatan berkaitan mengenai masalah gelandangan dan individu yang mengalami masalah mental yang merayau khususnya di kawasan bandar.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang Berhormat soalan tak berkaitan tadi.

Tronoh ada soalan yang berkaitan.

Timbalan Yang di-Pertua

Tronoh sila…sila.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ringkas sila.

Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Exco di mana pada 19 bulan 9 haribulan 9 telah berlakunya satu bencana ribut di Mukim Tronoh dan menerima aduan daripada mangsa-mangsa di mana kesemua kerja-kerja pembaikan rumah telah diberikan kepada satu kontraktor dan pada masa yang sama daripada tarikh bencana sehingga selepas 5 hari ok iaitu 24 haribulan 9 rumah mangsa masih tidak menerima pembaikan yang sewajarnya. Jadi, rumah tersebut hanya ditutup dengan kanvas dan pada pada pagi tersebut, rumah mangsa tersebut pula dimasuki dengan air disebabkan hujan. Jadi saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat sekiranya saya ingin mencadangkan sekiranya boleh, mungkin mangsa-mangsa bencana, setiap kontraktor itu hanya dibekalkan dua atau tiga rumah untuk kerja-kerja pembaikan. Jadi, saya ingin mendapat sedikit pandangan daripada Yang Berhormat Exco. Terima Kasih

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang Berhormat YB Exco. Tuan Timbalan Speaker sedikit sebelum Yang Berhormat Exco saya nak respon sikit yang tadi, boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

You nak tambah sikit soal berkaitan juga

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Ya

Timbalan Yang di-Pertua

Sila…sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Speaker dan YB Tronoh. Saya nak respon sedikit jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Exco berkenaan dengan penghargaan kepada kakitangan awam dan anggota keselamatan dan juga jawatankuasa bencana. Di sini ada satu cadangan yang mana saya rasa kakitangan awam, penjawat awam yang terlibat setuju dengan cadangan ini supaya disediakan saguhati ataupun imbuhan khas kepada kakitangan kerajaan yang mana terlibat dengan operasi bencana. Sebab kita tahu bencana ni bukannya hari-hari, bukannya tiap-tiap minggu, bukan tiap-tiap bulan, dia ada musim. Jadi, saya sendiri turun bersama dengan anggota APM dan anggota bomba. Mereka bertungkus-lumus membantu mangsa bencana tidak kira waktu tidak kira masa. Ada sampai 23… 24 jam 48 jam turun tanpa tidur sekejap-sekejap sahaja. Jadi saya rasa cadangan untuk Kerajaan Negeri menyediakan satu imbuhan ataupun peruntukan khas kepada mereka-mereka kakitangan awam yang terlibat dengan anggota-anggota keselamatan yang terlibat dengan misi bencana ni. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Sebab masa yang terhad, saya minta…

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Timbalan Yang di-Pertua Kuala Sepetang selalu terkena bencana ini. Jadi tadi nama Kuala Sepetang pun ada disebut soalan Kuala Sepetang.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya faham bagi soalan sebab masa yang terhad…

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Mungkin soalan saya berkaitan mungkin boleh jawab bersekali. Sedikit sahaja

Timbalan Yang di-Pertua

Tiga puluh saat. Sila.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Ok.

Timbalan Yang di-Pertua

Last ya ini.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Terima kasih Dato’, Exco. Ok. Saya cuma nak bangkitkan sedikit sahaja sebab isunya begini. Kalau bantuan yang mana contohnya banjir, ribut dan sebagainya, mereka meminta bantuan dan mengisi borang dan ada prosedur-prosedur tertentu yang perlu diikuti dan terima kasih tetapi masalahnya sekarang bantuan-bantuan yang perlu disegerakan. Contohnya, apabila hujan turun lebat, dia bersekali dengan angin yang kencang. Contohnya, di kawasan-kawasan di Kuala Sepetang ni di tepi laut ni kadang-kadang bumbung dia terbang 2 keping 3 keping. Jadi dia tidak, lambatlah kalau bantuan tu dia nak pegi report polis nak ambik gambar nak bawak lambat dan dia memang tidak mampu untuk menukar bumbung kerana dia memang seorang nelayan, pendapatan yang sedikit dan sebagainya. Saya berpandangan supaya kalau boleh adakan satu tabung letaklah di pejabat penghulu ke pejabat daerah dan sebagainya. Tak perlu letak di pejabat, pejabat saya supaya mereka ini dapat dibantu dengan segera, kerana kalau nak tunggu satu minggu musim hujan dan rumah dia akan banjir.

Baik, saya faham.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Ya, terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih. Berkaitan dengan soalan-soalan dan pandangan yang diberikan oleh sahabat-sahabat wakil rakyat ye yang berkaitan dengan isu satu kontraktor diberikan untuk pembaikan. Mungkin nanti kita akan panjangkan kepada pengurusan bencana Daerah Kinta untuk memperhalusi perkara ini. Saya yakin dan percaya mereka ada sebab-sebab untuk melakukan perkara itu tetapi sekiranya ia memberi kemudaratan kepada mangsa, saya yakin dan percaya pengurusan DO selaku Pengerusi Pengurusan Bencana Daerah akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Berkaitan dengan pengiktirafan penghargaan kepada sukarelawan kita dah tentulah tiada perkataan yang lebih baik daripada ucapan ribuan terima kasih tetapi saya sentiasa yakin dan percaya dan perkara ini juga berlaku setiap daerah sentiasa akan biasanya mereka akan mengadakan sedikit majlis meraikan tenaga-tenaga ataupun anggota-anggota jabatan dan agensi yang terlibat dengan bencana ini. Ya, biasanya mungkinlah mungkin tidak berupa dengan wang ringgit, tetapi kadangkala kita hargai dengan kita buat satu majlis makan malam ataupun makan meraikan petugas-petugas kita tetapi seperti yang saya sebut, tiada ungkapan yang lebih tinggi daripada setiap kita ialah ucapan ribuan terima kasih kepada wira-wira yang tidak didendang ini yang sentiasa berkorban untuk memastikan keselesaan, kesejahteraan mangsa-mangsa dapat ditangani dengan sebaik mungkin berkaitan dengan isu bantuan.

Tadi saya dah sebut dalam jawapan saya, kita ada Akaun Amanah Tabung Bencana dan Bantuan Sosial ya dan perkara ini telah diambil tindakan oleh semua Pengerusi

Bencana Daerah yang mana sekiranya berlaku kes sebegitu, penghulu ataupun ketua kampung akan maklumkan kepada Pengerusi Bencana Daerah untuk mengambil tindakan segera. Sebab saya pun melalui perkara itu, saya tak pastilah kalau di tempat lain tetapi DO di kawasan saya, kalau ada dua tiga atap yang perlu ni. Kalau kita wakil rakyat tak mampu, mereka akan ambil tindakan itu dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan memasang apa atap…atap…atap tersebut. Ini memang berlaku sekarang. Sebab itu kita tubuhkan Akaun Amanah Tabung Bencana dan bantuan sosial untuk menangani perkara tersebut. Terima kasih banyak banyak.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco memberi jawapan yang cukup jelas. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk mengemukakan soalan, sila.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua, Malim Nawar ingin membawakan soalan dewan yang bernombor 5. Terima kasih.

Dengan izin, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Soalan Yang Amat Berhormat Malim Nawar adalah berkaitan dengan kesihatan mental. Hampir kesemua 90, 89 klinik kesihatan di Negeri Perak menjalankan perkhidmatan kesihatan primer termasuk pemeriksaan kesihatan mental. Kesihatan mental ialah kesejahteraan emosi, psikologi dan social seseorang yang mempengaruhi cara mereka berfikir, merasa dan bertindak. Ia adalah elemen penting dalam kesihatan dan kesejahteraan seseorang individu. Pemeriksaan awal bagi kesihatan mental juga dikenali sebagai saringan minda sihat.

Berdasarkan rekod pesakit, gangguan mental paling banyak yang direkodkan di klinik kesihatan adalah dari kategori Mood Disorder seperti kemurungan Depression dalam kategori Neurotic Stress Related seperti kebimbangan or anxiety. Jabatan Kesihatan Negeri Perak komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan mental dan kempen mengurangkan stigma. Kempen dan advokasi kesihatan mental diadakan secara berterusan di pelbagai peringkat di mana topik-topik yang disampaikan meliputi pelbagai masalah kesihatan termasuk topik kesihatan mental. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah berusaha untuk menambah bilangan kaunselor di peringkat KKM dan juga di peringkat negeri. Sehingga November 2024 seramai 24 pegawai psikologi yang berkhidmat di fasiliti kesihatan di Negeri Perak. Seramai 14 orang iaitu 2 pegawai bertaraf tetap dan 12 pegawai bertaraf contract for services memberikan perkhidmatan di klinik kesihatan seluruh Negeri Perak. Bagi perkhidmatan rawatan susulan pesakit mental di klinik kesihatan terdapat 4,729 pesakit pada tahun 2022 dan survey seramai 4,988 pesakit pada tahun 2023 yang menerima rawatan di klinik kesihatan seluruh Negeri Perak.

Menjawab soalan kedua, pemeriksaan awal bagi mengenal pasti risiko kesihatan mental juga dikenali sebagai saringan minda sihat. Jumlah keseluruhan klinik kesihatan yang menjalankan saringan minda sihat di Negeri Perak adalah sebanyak 81 klinik kesihatan. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut. Di Daerah Batang Padang terdapat enam klinik yang membuat saringan minda sihat. Hilir Perak, 3 buah klinik. Hulu Perak, 5 buah klinik. Kampar, 4 buah klinik. Kerian, 9 buah klinik. Kinta, 13 buah klinik. Kuala Kangsar, 7 buah klinik. Larut, Matang dan Selama, 12 buah klinik. Manjung, 7 buah klinik. Muallim 2 buah klinik. Perak Tengah 8 buah klinik dan Bagan Datuk, 5 buah klinik keseluruhan di Negeri Perak adalah 81 buah klinik. Jawapan nombor 3. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak komited dalam mengukuhkan lagi aktiviti saringan kesihatan mental. Di antara inisiatif berterusan yang dijalankan adalah seperti saringan minda sihat dan dijalankan di klinik kesihatan di lapangan semasa program program kesedaran kesihatan dan di peringkat komuniti oleh sukarelawan KOSPEN dan yang yang kesihatan mental juga boleh dikaitkan dengan kes bunuh diri juga dan data-data bilangan kes bunuh diri di Negeri Perak sejak 2019, 2019, 42 orang telah membunuh diri. 2020 tambah kepada 56, 2021 seramai 112 orang membunuh diri dan ini adalah waktu pandemik dan 2022, 111 orang membunuh diri. 2023 seramai 80, 98 orang telah membunuh diri dan 2024 tahun ini dan mulai daripada Januari hingga September tahun ini seramai 94 orang telah bunuh diri. Jumlahnya mula daripada tahun 2019 hingga ke September 2024 seramai 513 orang telah membunuh diri. Ini adalah sumber data daripada Polis Diraja Malaysia. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Malim Nawar.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Dato’ Speaker terima kasih. Terima kasih kepada YB Exco dengan penjelasan yang padat. Soalan tambahan Malim Nawar adalah apakah jenis jenis perkhidmatan rawatan mental yang telah disediakan? Terima kasih.

Terima kasih Malim Nawar. Rawatan perkhidmatan kesihatan mental merangkumi perkhidmatan saringan, advokasi kesihatan mental, perkhidmatan rawatan penyakit mental, kaunseling dan program pemulihan psikososial. Bagi individu yang menghadapi masalah kesihatan mental mereka boleh hadir secara walk-in di mana mana klinik kesihatan yang berdekatan. Penilaian awal akan dilakukan oleh pihak klinik kesihatan. Seterusnya, individu tersebut akan dirujuk kepada pegawai perubatan atau pakar perubatan keluarga. Bagi kes-kes yang memerlukan khidmat kaunseling, pegawai, pegawai perubatan atau pakar perubatan keluarga akan merujuk kes tersebut kepada pegawai kaunselor. Kaedah kaunseling yang hendak diterapkan sama ada menggunakan terapi individu ataupun berkumpulan bergantung kepada penilaian dari pegawai kaunselor. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Sungai Manik. Lupa dah tua.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Exco. Sebelum saya nak tanya soalan saya nak bagi sedikit ataupun nak menyatakan sedikit penghargaan kepada Yang Berhormat Exco yang bertanggungjawab kesihatan dan juga Exco KPKT yang membantu menyelesaikan projek LPHP di kawasan saya Kampung Datuk Nazri. Saya mohon maaflah tak dapat hadir pada hari tu hari penyerahan kunci projek yang tertangguh hampir 10 tahun. Terima kasih. Soalan saya. Apakah antara punca ataupun sebab peningkatan ataupun kadar kes bunuh diri yang begitu tinggi? Memang kita tahu lah dari sebab tekanan mental dan sebagainya. Tapi mesti ada beberapa kriteria tertentu atau faktor-faktor yang menjadi penyebab tadi Exco cakap masa pandemic tinggi now pun tinggi jugak. Average 100 every…every year dah walaupun bukan masa pandemic covid tapi still tinggi jugak. Mesti ada sebab-sebab tertentu yang mungkin boleh di highlight kan untuk kita bagi penerangan untuk kita sama-sama menjaga isu ini tidak meningkat lagi lah. Dan yang keduanya, apakah langkah langkah jabatan dan agensi dalam menangani isu ni nak kurangkan ke macamana dan sebagainya dan adakah keseluruhan kawasan yang dinyatakan tadi menawarkan perkhidmatan kaunseling atau perkhidmatan nasihat itu 81 itu semuanya terdiri daripada pakar-pakar ataupun sekadar mengambil maklumat dan laporan sahaja. Ok terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik. Sebelum saya meneruskan jawapan saya. Ini adalah dapatan daripada WHO tentang keadaan Malaysia. Di Malaysia menurut data Global Health Estimate oleh WHO pada tahun 2019. Kadar kematian akibat bunuh diri di Malaysia adalah 5.8% per 103 orang itu adalah 2019 di mana kadar kematian akibat bunuh diri ini adalah lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Hampir 500 ribu masyarakat Malaysia berumur 16 tahun ke atas mengalami kemurungan dan mereka yang mengalami kemurungan adalah berisiko tinggi, 20 kali ganda mempunyai tingkah laku bunuh diri dan di Malaysia, kita ada beberapa akta yang yang untuk memastikan bahawa golongan ini dapat beri perhatian. Memang kita ada rawatan yang secukupnya dan pakar pun walaupun pakar ini berkurangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memohon untuk lebih ramai pakar dalam bidang ini dan dua akta yang saya ingin bawa ke perhatian Dewan yang mulia ini adalah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 kerana jumlah penduduk kita adalah lebih kurang 35 juta dan jumlah pekerja kedua di perkhidmatan swasta dan perkhidmatan awam adalah lebih kurang 17 juta. Jadi ini adalah satu golongan yang besar yang memang menghadapi masalah seperti ini di tempat kerja.

Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 juga tujuan akta ini adalah salah satu tujuan yang terpenting adalah mengadakan suasana tempat kerja selamat dan sihat iaitu bersesuaian dengan kehendak fizikal dan mental pekerja. Jadi yang ini terjatuh di bawah Jabatan Keselamatan dan dan Keselamatan dan dan Kesihatan. Jadi jabatan ini ada jabatan khas untuk kendalikan masalah ini tetapi ada satu lagi rang undang-undang iaitu Akta Kesihatan Mental iaitu dah wujud sejak 2001 yang telah dipinda pada tahun lepas dan Akta ini khasnya dipinda bertujuan meminda Akta adalah susulan pemansuhan kesalahan mencuba diri di bawah Seksyen 308 Kanun Keseksaan. Sebelum itu ada di bawah Seksyen 308, 309 Kanun Keseksaan. Tapi itu telah dimansuhkan. Jadi kerajaan telah bawa masuk perkara itu di bawah akta ini untuk memberi pembelaan kepada mangsa-mangsa sakit mental tetapi yang yang balik kepada soalan punca. Punca, adalah tertakluk kepada 4 perkara yang saya maksudkan tadi dan 4 jenis penyakit yang saya sentuh dalam jawapan saya tadi. Iaitu yang pertama adalah mood disorder. Mood disorder seperti kemurungan atau depression dan neurotik atau stress. Stress di tempat kerja, tekanan daripada pegawai atasan dan sebagainya dan ada satu lagi anxiety disorder dan juga limb seperti bipolar disorder. Jadi ada banyak, jadi kalau kita nak kenalpasti dan bagi satu jawapan khas khusus untuk semua ini susah. Hanya pakar dan doktor yang tahu tentang hal ini boleh bagi jawapan dan itu tertakluk kepada case by case. Pesakit demi pesakit. Terima kasih.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Speaker saya tambah sikit boleh?

Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Boleh Chandan, satu soalan last.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Saya nak bagi penjelasan sikit. Kesihatan mental ni adalah di bawah unit psychiatrist. Kebanyakan bila seseorang tu ada masalah macam kemurungan, anxiety apa semua ni. Diorang ni tidak berapa mahu untuk ambil rawatan kepada psychiatrist ataupun tak mahu dirujuk kepada psychiactrist. Sebab dia ada stigma dari situ. Maka bila dia mendapat rawatan daripada psychiatrist, dia akan dilabel dia ni adalah mempunyai penyakit mental ataupun penyakit psychiatrist. Ini akan menjejaskan peluang dia. Contoh kalau nak kerja ke, nak kahwin ke, dia ada ada stigma dalam masyarakat. Ini masalahnya masalah mental ni. Bukan semua yang boleh dapat rawatan yang tepat dan orang yang betul-betul layak untuk merawati pesakit mental ni ialah unit-unit psychiatrist je dan di hospital memang ada klinik-klinik psychiatrist. Tapi di pusat-pusat kesihatan atau klinik-klinik kesihatan. Tidak terdapat pakar-pakar psychiatrist. Itu pun kalau dia tahu daerah ada psychiatrist yang datang. Apa kita panggil, lawatan satu kali atau dua kali satu bulan sahaja. Jadi siapa saya nak maklumkan kat sini, banyak pesakit-pesakit mental adalah di bawah treatment. Tidak mendapat rawatan yang betul. Satu disebabkan stigma. Satu lagi disebabkan kekurangan pakar-pakar psychiatrist. Dia yang sepatutnya kita rujuk pesakit sakit mental ni ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Tapi bukan semua sanggup dan mahu pergi ke Hospital Tanjung Rambutan. Inilah masalah yang kita hadapi dengan pesakit-pesakit mental yang ada pada hari ini. Terima kasih.

Ok, Yang Berhormat Bukit Chandan, dan saya setuju stigma yang dikatakan oleh Bukit Chandan dan ini yang kita hadapi masalah. Sebab pesakit-pesakit ini tidak akan datang terus apabila dah kena kali pertama datang ke klinik. Kalau pada awalan mereka datang senang kita nak rawat dia. Jadi namun demikian, namun demikian, kerajaan akan menganjurkan beberapa sesi atau program-program untuk berkaitan dengan kesihatan mereka. Tahun-tahun akan datang dan pakar-pakar akan dipanggil dan program ini terbuka kepada semua Yang Berhormat daripada kerajaan ataupun pembangkang dan Yang Berhormat boleh datang ke program-program ini dan selepas itu Yang Berhormat pun tahu apa nak buat. Kalau terdapat aduan berkaitan dengan sakit seperti ini di kawasan masing-masing. Jadi adalah tugas untuk yang cermat menasihatkan keluarga mereka untuk hantar mereka untuk rawatan awalan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan-Aturan Urusan Mesyuarat yang berikutnya.

Membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025Bill

Penolong Setiausaha

Perkara yang keempat membawa Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang adalah rang undang-undang yang bernama Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 dibaca kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi penggulungan perbahasan di atas Enakmen Perbekalan 2025 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2025 akan dimulakan oleh Ahli Yang

Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar dan diikuti oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut portfolio masing-masing. Masa yang diperuntukkan bagi setiap penggulungan ialah selama 45 minit. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat digunakan dengan sebaik baiknya. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar untuk menggulung perbahasan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Dato' Speaker. Salam Malaysia Madani dan selamat pagi Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua agensi kerajaan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Di sini saya ingin memulakan sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2025 dengan menyentuh segala yang berkaitan dengan portfolio yang saya pegang yakni Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos sara Hidup Kampung Baru Cina, Hal Ehwal Bukan Islam dan juga peruntukan sekolah persendirian Cina ataupun lebih dikenali sebagai Sekolah SUWA. Saya akan sebaik mungkinnya memberikan maklum balas kepada setiap Yang Berhormat yang pernah bangkitkan isu yang berkaitan dengan saya sejak pagi semalam.

Pertama sekali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang semirip dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di peringkat Persekutuan. Ingin saya nyatakan di sini bahawa pejabat saya telah bekerjasama rapat dengan KPDN Perak untuk melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung rahmah sejak tahun 2023. Maka sehubungan dengan itu, saya di sini saya mengambil peluang untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada setiap seorang daripada KPDN Perak khususnya cawangan dari Parit Buntar sehinggalah ke selatan Perak yang telah banyak memberikan kerjasama, bantuan penuh dalam menjayakan kesemua program yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat khususnya golongan berpendapatan rendah di Negeri Perak.

Dato' Yang di-Pertua, inisiatif Rahmah adalah satu usaha daripada Kerajaan Madani untuk membantu rakyat dalam mengurangkan dan meringankan kos sara hidup. Untuk makluman semua, Kerjaan Madani bukanlah sebuah Kerajaan atau pentadbiran yang kejam, sehingga memaksa rakyat untuk meminta bantuan dengan mengangkat bendera putih. Malah, Kerajaan Madani tidak pernah mengetepikan kesejahteraan rakyat, tidak mengira kaum, tidak mengira latar belakang dan membantu rakyat dengan pelbagai inisiatif, khususnya di bawah Payung Rahmah. Di dalam Dewan yang mulia ini, saya dah pernah menyebut pelbagai inisiatif yang terkandung di bawah Payung Rahmah termasuklah Menu Rahmah yang dilengkapi dengan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan minuman yang hanya dijual dengan RM5 sahaja dan saya pun pernah sebut tentang Kad Diskaun Khas Menu Rahmah yang ditawarkan kepada pengusaha makanan yang sediakan Menu Rahmah. Kita nak bantu orang yang nak makan, kita pun bantu orang yang sediakan makanan dan pada masa yang sama kita pun ada Bazar Ramadhan Rahmah yang memanfaatkan selain pengunjung kita pun pastikan ada bisnes pergi ke peniaga bazar.

Oleh itu, saya tidak memanjangkan kesemua ini sekali lagi untuk mengoptimumkan masa yang diberikan kepada saya untuk menggulung. Saya tahu bahawa antara semua inisiatif rahmah yang pernah kita bincang dengan hangat, dengan panjang sekali di sini adalah Jualan Rahmah. Jualan Rahmah mendapat perhatian umum dan mendapat perhatian yang paling ramai dalam kalangan semua Ahli Dewan Negeri.

Sepertimana jawapan saya semasa sesi soalan lisan semalam, Perak telah mengadakan sebanyak 1296 program Jualan Rahmah bermula Januari tahun 2023 sehingga 18 November 2024 dan statistik ini adalah merupakan antara yang terbanyak sekali dalam kalangan semua negeri di seluruh negara. Saya ingat bahawa semalam ada pertanyaan berkenaan dengan mekanisme untuk memperbaiki cara Jualan Rahmah diadakan, cara Jualan Rahmah dianjurkan, demi kebaikan manfaat komuniti, peniaga dan sebagainya termasuklah persoalan penglibatan peniaga setempat dalam sama-sama menganjurkan Jualan Rahmah. Sila izinkan saya untuk membuat sedikit pencerahan di sini tentang sejauh mana kita boleh libatkan peniaga setempat, peniaga tempatan dalam sama-sama kita jayakan Jualan Rahmah yang memang banyak membantu rakyat.

Untuk makluman semua, sebenarnya program Jualan Rahmah adalah dilaksanakan dengan penglibatan semua pihak ataupun kita lebih dikenali sebagai peruncit. Apa itu peruncit. Peruncit itu bukan kedai runcit sahaja. Peruncit itu termasuk hypermarket dengan izin, pasar raya besar, pasar raya biasa, pasar raya mini ataupun kedai runcit dan untuk menjimatkan kos peruntukan yang diturunkan agar kita boleh mengadakan Jualan Rahmah lebih banyak lagi, lebih kerap lagi. Sebenarnya KPDN Perak, seluruh pasukannya dari utara sehingga ke selatan adalah lebih cenderung untuk mengadakan Jualan Rahmah di dalam premis berbanding dengan kawasan terbuka ataupun luar premis. Hal ini disebabkan bila kita buatkan Jualan Rahmah di kawasan terbuka ataupun luar premis, akan wujudlah pelbagai kos susulan seperti khemah, logistik, pengangkutan dan sebagainya. Namun begitu, KPDN tetap banyak menjalankan Jualan Rahmah di kawasan terbuka khususnya di dua tempat, kawasan luar bandar dan juga kawasan kampung.

Berbalik kepada persoalan sejauh manakah peniaga tempatan melibatkan diri dalam sama-sama menjayakan Jualan Rahmah. Sebenarnya langkah baik ini telah dijalankan bermula tahun ini dengan libatkan banyak peniaga tempatan dalam pada itu. Di sini sila izinkan saya untuk bagi beberapa contoh. Antaranya termasuklah Kedai Runcit Intan Nor Syafikah di Alor Pongsu, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad di Kampong Gajah, Azrina Enterprise di Kuala Sepetang, ABM Rezeki Maju Enterprise di Changkat Jering, Pasar Mini Jalau di Lubok Merbau dan Taqwa Mart di Trong. Ingin saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa telah ada sebanyak 40 peniaga setempat yang telah bekerjasama rapat dengan KPDN pada tahun ini bila dianjurkan Jualan Rahmah.

Namun, ingin juga saya mengambil kesempatan ini, mengambil peluang ini, dalam Dewan ini, untuk fahamkan semua bahawa sebenarnya bila kita anjurkan Jualan Rahmah, semua barangan semua perkhidmatan yang kita jual adalah diberikan pengurangan harga ataupun kita lebih dikenali sebagai diskaun sebanyak 10% hingga 30% dan kalaulah peniaga nak kerjasama dengan KPDN untuk mengadakan Jualan Rahmah, untuk mengadakan program sebegini besar, peniaga pun harus berkongsi secara sama rata kadar diskaun tersebut. Contoh, saya bagi satu contoh yang senang. Kalau ikan? Kalau kita jual ikan ada potongan harga sebanyak 30%. Maka 15 % akan ditanggung oleh KPDN dan kos sara hidup dan baki 15% tu akan ditanggung oleh peniaga tersebut. Oleh itu, ingin saya sarankan kepada semua peniaga setempat agar supaya menghubungi pejabat KPDN cawangan yang berbeza untuk sama-sama kita mengadakan Jualan Rahmah. Saya faham mungkin ada sesetengah peniaga yang akan fikir kalau saya adakan Jualan Rahmah dengan kerajaan, kadar keuntungan saya menjadi rendah. Asalnya, saya boleh untung RM5 daripada barang tu. Tapi lepas saya adakan Jualan Rahmah, kadar keuntungan tu jadi RM4 lebih jadi RM3 lebih. Ingin saya fahamkan semua, mungkin kadar keuntungan akan berkurangan untuk sesetengah produk.

Namun saya yakin dengan kuantiti barangan yang dijual ketika berlangsungnya Jualan Rahmah yang memang kita boleh menjamin kehadiran yang memberangsangkan. Peniaga tentunya akan dapat balik keuntungan dengan jualan yang lebih banyak dan dalam pada itu, saya juga menyambut baik cadangan Ahli Dewan Negeri untuk cuba meminimumkan kekerapan untuk mengadakan Jualan Rahmah di tempat yang memang bersebelahan dengan kedai runcit kecil yang memang melibatkan peniaga tempatan yang memang tak untung banyak sehari pun. Namun, ingin saya ketengahkan sekali lagi memang adalah hak rakyat untuk cari barangan yang murah dan kita tak boleh persalahkan rakyat. Kalau dia memang tegas nak beli barang yang murah dengan pergi Jualan Rahmah untuk dapatkan beras yang murah.

Pasir Berdamar, boleh bagi laluan. Terima kasih Timbalan Speaker dan YB Exco. Sedikit persoalan daripada Trong iaitu Jualan Rahmah yang diadakan di Taqwa Mart Trong ni diadakan tiga bulan sekali. Sedangkan rakyat beli barang tiap-tiap bulan. Jadi saya mohon kepada YB Exco untuk menilai semula Jualan Rahmah terutamanya beras. Beras tempatan hanya ada tiga bulan sekali di Trong. Jadi macam mana rakyat nak dapat harga. Bagaimana rakyat nak dapat beras tempatan. Kalau boleh tiap-tiap bulan ada Jualan Rahmah. Baru ada beras tempatan. Jadi mohon penjelasan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada persoalan daripada Yang Berhormat Trong. Untuk makluman YB Trong, sebenarnya selain daripada Taqwa Mart pun pernah diadakan Jualan Rahmah di Iman Trong, di perkarangan SMK Permatang Raja, di perkarangan Sekolah Agama Rakyat Islahiah, Perkarangan Pejabat Penghulu Trong, Dewan Orang Ramai Kampung Air Terjun dan Taqwa Mart seperti yang saya sebut tadi. Untuk makluman semua, memang saya faham ada sesetengah pihak yang cenderung untuk mainkan isu beras tempatan dan sebagainya. Tapi ingin saya maklumkan kepada semua seperti jawapan saya semalam, kita telah adakan 780 kali Jualan Rahmah tak termasuk yang diadakan selepas 19 November. Cuba bayangkan kalau kita berjaya adakan 800 lebih Jualan Rahmah pada seluruh tahun 2024 dan setiap kawasan Dun sebenarnya pun diadakan Jualan Rahmah dan mereka dapat membeli beras biar pun beras import atau beras tempatan dengan harga RM15 untuk lima kilo, mana dia boleh dapat harga serendah sedemikian. Oleh itu, saya sarankan kepada semua Yang Berhormat tidak kira pembangkang atau kerajaan, kita kena sama-sama bantukan rakyat untuk libatkan dalam Jualan Rahmah. Kalau dah tahu situ ada Jualan Rahmah, bagitahu mereka supaya mereka boleh beli barangan keperluan selain daripada beras sebab saya difahamkan memang ada banyak barangan keperluan yang dijual di situ. Sila Sungai Manik.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Exco. Saya ucap terima kasih lah di atas program Jualan Rahmah yang hampir setiap bulan ada di Dun Sungai Manik. Cuma macam juga YB yang lain juga mengharapkan Jualan Rahmah ini kalau boleh ada hari-hari juga. Adakah jumlah tertentu yang diperuntukkan oleh kementerian kepada Negeri Perak. Mesti target dia kata 1000 saja Jualan Rahmah setahun untuk keseluruhan dalam negeri. Kalau kita lihat, kalau setiap Dun boleh diadakan setiap bulan sekali pun, 59 Dun, hampir 6000 sebenarnya, 6000 program. Dari segi itu, saya rasa kementerian tidak ada kemampuan sebab pegawai biasanya di tempat saya, dia akan check “Dato’, tarikh ini dia kosong, tarikh ini dia kosong”. Maknanya dia ada kekangan. Pegawai dia tidak mampu untuk untuk menguruskan kesemua. Jadi tadi YB bagitau ada pengusaha-pengusaha tempatan yang dah mula terlibat. Why not kita appoint lebih ramai anchor. Sekarang ni siapa anchor? Jadi kita appoint lebih ramai anchor. Saya rasa di Perak pun ada anchor-anchor yang mampu lah untuk menjadi anchor dalam program Jualan Rahmah sekian terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya menyambut baik saranan daripada Ahli Dewan Negeri Sungai Manik. Inilah cara pembangkang yang kita nak, tanya soalan secara profesional dan bukannya beremosi dengan melemparkan fitnah. Kita kena belajar daripada Sungai Manik dan untuk makluman, di bawah Dun Sungai Manik, nanti saya jawab Sungai Manik dulu. Di Sungai Manik sebenarnya telah diadakan 13 juara rahmah seperti mana yang diungkap oleh Ahli Dewan Negeri Sungai Manik tadi boleh dikatakan tiap-tiap bulan pun ada. Saya pun menyambut baik saranan untuk kita libatkan banyak peniaga tempatan dan untuk makluman Sungai Manik untuk Sungai Manik kita telah libatkan banyak peniaga tempatan. Untuk makluman Econsave dia merupakan pasar raya yang saya rasa berskala besar dan Segi Cash & Carry Sdn Bhd, Junjung Luhur Sdn Bhd, Koperasi Ukhwah Sepakat Manjung Bhd.

Saya rasa ini semua adalah peniaga tempatan yang memangnya kita nak bantu mereka untuk rancakkan ekonomi dan di samping kita nak pastikan rakyat dapat manfaat peniaga pun dapat manfaat seperti yang disarankan oleh Ahli Dewan Negeri Sungai Manik tadi dan saya pernah membuat makluman secara rasmi di Dewan yang mulia ini bahawa pejabat saya adalah rela bekerjasama dengan semua pihak khususnya blog pembangkang dalam isu membantu rakyat dan itu sebabnya saya minta pegawai saya untuk berhubung dengan setiap YB daripada blok pembangkang pada awal tahun ini demi mencarikan tempat terbaik untuk diadakan jualan rahmah di kawasan YB masing-masing. Dalam kalangan YB yang dihubungi ada yang membalas mesej, ada yang tak membalas mesej, ada yang rela dan sangat baik berkomunikasi baik-baik dengan ketua cawangan KPDN untuk cari tempat terbaik, untuk selaraskan jualan rahmah tapi ada juga yang saya difahamkan tak pernah turun ke jualan rahmah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco saya celah sikit ya. Bila YB Exco sebut hubungan saya dengan ketua cawangan amat baik, whatsApp selalu semua tapi sekali pun tak pernah tanya soalan tu dan saya tak pernah dimaklumkan di mana Jualan Rahmah. Rakyat yang bagitahu saya YB datanglah ada Jualan Rahmah esok. Saya tak pernah dimaklumkan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Untuk maklumat Alor Pongsu…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kenapa jadi macam tu?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dun Alor Pongsu telah diadakan kalau tak silap saya 17 kali jualan rahmah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ya. Sekali pun saya tak pernah tahu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dan pegawai saya telah berhubung dengan YB untuk dapatkan tempat atau lokasi yang terbaik. Mohon YB untuk bagi maklum balas kalau dihubungi lagi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB tak pernah YB. Minta dia hubungi saya.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Memang ada hubungi. Mungkin YB Alor Pongsu tercicir message. Kubu Gajah.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Terima kasih kepada YB Exco, untuk Kubu Gajah ada pegawai daripada Exco hubungi dan kita bagi kerjasama yang baik. Cumanya pendapat saya berkenaan dengan beras, isu beras lah. Macam sahabat-sahabat sebut tadi isu beras kerana ia makanan asasi. Pada pendapat saya kalaulah dalam Jualan Rahmah yang boleh menjual sampai ribuan kampit dan kerajaan boleh mendapat ribuan kampit untuk khusus Jualan Rahmah. Apa kata kerajaan ambik dan juga mohon daripada Kerajaan Pusat dengan jumlah yang lebih banyak dan salurkan kepada peruncit-peruncit kerana apa ini yang macam saya sebut dalam perbahasan inilah mata rantai perjuangan dan juga perniagaan untuk dan peruncit-peruncit ni bukan nak ambil untung banyak pun bukan RM5. Satu kampit kalau kerajaan boleh jual pada peruncit RM15, peruncit jual pada rakyat RM16 mata rantai tu ekonomi tu berjalan dan yang kedua persoalan saya tanya adakah dalam Jualan Rahmah ni kerajaan atau pun pihak Exco mengambil keuntungan dalam Jualan Rahmah? Kalau ada keuntungan daripada jumlah ribuan program yang dibuat oleh pejabat Exco berapa keuntungan kesemuanya? Wallahu A'lam.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada soalan daripada Kubu Gajah. Untuk beras tu saya akan sampaikan saranan YB kepada kawalselia beras yang di bawah Kementerian Pertanian tapi saya rasa kalau cadangan tu bagus, memang kita harus laksanakan dari semasa ke semasa demi manfaat rakyat tak kira kaum dan yang kedua untuk jumlah jualan tu sama ada ada keuntungan kepada KPDN saya rasa KPDN memang tak akan dapat apa-apa keuntungan sebab kita manfaatkan peruntukan daripada kerajaan untuk anjurkan Jualan Rahmah demi memastikan rakyat dapat membeli harga barangan yang lebih murah dan untuk jualan tu mungkin saya akan cuba maklumkan YB dalam bentuk bertulis sekiranya saya dapat jumlah jualan yang dalam bentuk wang Ringgit Malaysia supaya saya boleh menjawab soalan daripada YB Kubu Gajah dan sekali lagi saya balik kepada isu tadi saya ingin meneruskan tradisi sedemikian dengan tidak mengambil latar belakang politik. Saya akan mengarahkan pejabat saya untuk sekali lagi berhubung dengan semua pejabat YB-YB blok pembangkang agar kita boleh memperoleh lokasi, tempat, premis terbaik untuk mengadakan Jualan Rahmah sebab kalau anda YB di kawasan tersebut tentu anda tahulah mana lokasi yang paling sesuai untuk diadakan Jualan Rahmah Tapi saya minta sangat responlah sebab dalam kalangan 26 yang kita cuba mesej yang kita cuba berhubung cuma 13 saja yang bagi maklumbalas dan kita susah untuk bagitahu ketua cawangan KPDN sama ada nak jalankan ikut arahan pejabat Adun ke macam mana. Oleh itu saya mohon semua untuk bagi kerjasama supaya kita sama-sama bekerjasama dalam isu membantu rakyat. Dato' Yang di-Pertua…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB, saya baru check handphone saya. Last saya dihubungi oleh ketua cawangan 8 April 2024. WhatsApp saya kosong. Mungkin dia salah nombor kot.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

YB Alor Pongsu, saya minta pegawai saya yang bernama Badrul Hisham untuk menghubungi YB semua di blok pembangkang saya rasa pada awal tahun nanti.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya menanti dengan tangan terbuka.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya akan menghubungi sekali lagi. Mohon respon. Dato' Yang di-Pertua sebenarnya adalah tidak tepat dan tidak adil kepada pasukan KPDN setempat yang kerja keras yang bertungkus lumus. Kalau ada YB di dalam Dewan ini yang katakan bahawa hanya diadakan sekali atau dua kali Jualan Rahmah diadakan di kawasan Parlimen pembangkang. Ini adalah tidak betul, ini adalah tidak benar dan tak adil kepada pasukan KPDN.

Untuk menangkis persepsi yang tidak benar dan memburukkan imej kerajaan Malaysia Madani saya boleh bagi satu contoh yang paling baik disini iaitu kawasan utara Perak. Saya akan bandingkan antara 3 Parlimen. Parlimen Taiping, Parlimen Larut dengan Parlimen Bagan Serai. Untuk makluman semua di bawah Parlimen Taiping, Dun Pokok Assam, Dun Aulong adalah dimenangi Kerajaan Perpaduan. Dun Kamunting adalah dimenangi blok pembangkang dan malah di bawah Parlimen Taiping, ada seorang Timbalan Menteri Persekutuan dan juga ada seorang Exco negeri tetapi untuk makluman semua, kesemua 3 Dun tersebut telah diadakan 8 kali Jualan Rahmah masing-masing dan keseluruhannya adalah 24 kali sahaja sehingga hari ini.

Di bawah Parlimen Larut juga ada 3 Dun. Parlimen Larut dan 3 Dun adalah dimenangi blok pembangkang, Dun Selama ini telah menganjurkan sebanyak 9 kali, Dun Kubu Gajah 8 Kali, Dun Batu Kurau telah mengadakan sebanyak 11 kali dan keseluruhannya adalah 28 kali, 4 kali lebih banyak daripada Parlimen Taiping dan di Parlimen Bagan Serai pula 1 kerusi Parlimen dan 3 kerusi Dun juga dimenangi blok pembangkang. Selinsing telah mengadakan sebanyak 7 kali, Gunong Semanggol telah mengadakan sebanyak 8 kali, Alor Pongsu sepertimana yang saya sebut tadi telah berlangsungnya sebanyak 17 kali dan keseluruhan Jualan Rahmah yang diadakan di bawah Parlimen Bagan Serai adalah sebanyak 32 kali. 8 kali lagi banyak daripada Parlimen Taiping. Semua data dan statistik ini yang saya baca di sini adalah info rasmi daripada KPDN Perak dan tujuan saya menerangkan di sini adalah satu sahaja iaitu kita nak bagitau penduduk di luar sana yang mungkin terima berita palsu atau info palsu bahawa Kerajaan Madani sebenarnya tidak pernah meminggirkan kawasan pembangkang dan malah melayannya lagi baik daripada kerajaan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco saya tarik balik sebab check handphone ni. Pegawai khas YB ada hubungi saya pada 4 Mac dan memang saya tak respon. Saya terlepas pandang. Saya tarik balik tapi ketua cawangan tak pernah hubungi saya. Pegawai khas Badrul. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya mohon YB untuk bagi maklumbalas. Kita akan bekerjasama rapat dalam isu membantu rakyat. Dato' Yang di-Pertua ingin saya meneruskan penggulungan saya dengan terus menyentuh peruntukan sekolah persendirian Cina atau pun lebih dikenali sebagai Sekolah SUWA. Sebenarnya…

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

YB sebelum tu saya nak tanya mengenai kedai bergerak boleh? Kedai bergerak. Selain daripada Jualan Rahmah kita ada satu lagi kedai bergerak kan. Minta YB Exco ulas sikit keberkesanan dan kekerapan kedai bergerak ni sebab di kawasan saya di Bukit Chandan saya tak pernah dimaklumkan ada kedai bergerak ni dan saya tak tahu ada buat ke tak ada buat. Yang Jualah Rahmah tu saya pujilah itu bagus sebab saya memang dapat kerjasama dan sambutan sangat baik. Saya tanya sekarang berkenaan kedai bergerak. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada soalan daripada Bukit Chandan. Rasa saya jawab semalam ketika soalan tambahan. Saya tak pasti Slim atau pun Sungai Manik di mana kedai bergerak adalah di bawah portfolio YB Exco Dato' Zul dan saya tak ada data atau statistik. Tapi saya rasa kedai bergerak tak ada bercanggah dengan Jualan Rahmah. Kita sama-sama boleh bantu untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Contoh kalau kita ada seorang anak, kalau ibu dah bagi ganjaran, bapa pun boleh bagi ganjaran. Takde masalah. Oleh itu, saya akan bergerak ke aspek yang seterusnya iaitu Sekolah Persendirian Cina. Oh ada lagi?

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum Yang Berhormat pergi ke topik yang lain, saya cuma nak menyentuh sedikit tentang satu perkara di bawah KPDN yang diminta oleh kawan-kawan yang berniaga di gerbang malam. Peniaga-peniaga yang berniaga secara konvensional ini menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan mereka-mereka yang berniaga di atas talian khususnya tiktok ya contohnya. Memang mereka ni tak boleh nak bersaing kerana bila meniaga secara konvensional ni mereka perlu bayar lesen, perlu bayar sewa, perlu ada pekerja dan sebagainya. Jadi, saya kira mereka ini perlu dibantu Yang Berhormat supaya mereka ini boleh bersaing dengan mereka-mereka yang berniaga di atas talian. Berhubungkait pulak dengan mereka-mereka yang berniaga di atas talian ini saya rasa KPDN dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia perlu melihat kepada iklan-iklan yang dibuat di atas talian. Saya secara peribadi sebenarnya merasa malu melihat iklan-iklan ini kerana ada di antaranya terlalu lucah. Jual ubat kuat. Malam tadi beberapa lama dengan suami, beberapa kali dengan suami. Saya rasa perkara ini perlu di pantau oleh Kementerian KPDN dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana ianya terang-terang bertentangan dengan ajaran agama kita, adat resam kita dan juga tatasusila kita. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih persoalan daripada YB Rungkup. Saya akan menyampaikan hasrat ini dalam Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri dan juga kebangsaan yang akan di pengerusikan oleh YBN, KPDN dan kos sara hidup.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Terima kasih YB Exco. Cuma sedikit cadanganlah. Saya tengok rata-rata di Jualan Rahmah, terima kasih lah di Kampong Gajah yang terakhir 30 hari bulan 11 Jualan Rahmah. Cuma bila saya lihat tu bila ada jualan murah ni penduduk ni depa akan datang ramai dia akan jadi panjang. Yang kesian tu yang udah kata kita udah-udah berumur sikit la udah tongkat bagainya. Depa nak juga beras tu tadi bak kata Trong tadi. Dok beras tak cukup bagainya. Beras tempatan takde. Jadi beratur banyak. Kalau dapatlah lepas ni di perbaikkan cara tu makna ada dua, tiga kaunter ke supaya barisan tu tak panjang sangat.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Boleh. Saya menyambut baik saranan daripada YB Kampong Gajah di mana kita kena perbanyakkan kaunter dari semasa ke semasa untuk mengelakkan masalah tersebut daripada berlaku lagi.

YB Exco. Saya nak tanya satu ya. Macam mana KPDNK boleh dapat beras tempatan ni. Di pasar raya takder apa semua. Kalau boleh kongsi, boleh la sebab kami pun ada bagi beras dekat beli beras. Jadi nak tunggu Jualan Rahmah tu la, kadang-kadang musim-musim perayaan memang cepat abis. Boleh bagi rahsia macam mana boleh dapat beras kongsi kat pusat khidmat kami boleh turun.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih soalan daripada YB Kamunting. Saya rasa KPDN sebagai agensi kerajaan bersama dengan Kementerian Pertanian, kawal selia beras dan sebagainya, bila kita nak bantu rakyat, kita kena cari jalan untuk tawarkan harga barangan yang murah dan untuk beras, kalau sewaktu Jualan Rahmah, kita tak dapat bekalkan kepada rakyat setempat untuk beli dengan harga yang murah, maka tak ada maknanya untuk kita adakan Jualan Rahmah dan kita akan cuba untuk perbanyakkan Jualan Rahmah lagi yang membanyakkan penjualan beras supaya rakyat yang berpendapatan rendah memang boleh dapatnya pada masa dari semasa ke semasa.

Sila izinkan saya untuk masuk aspek kedua. Kalau tidak saya kena mintak extra time dengan Dato' Speaker sebab saya ada banyak belum sentuh lagi. Saya akan sentuh tentang Sekolah Persendirian Cina atau pun lebih dikenali sebagai Sekolah SUWA. Sebenarnya untuk makluman semua, Kerajaan Persekutuan mahu pun beberapa Kerajaan Negeri termasuk Sarawak, Sabah turut memberikan peruntukan kepada sekolah-sekolah SUWA. Cuma jumlahnya berbeza-beza. Untuk Negeri Perak, julung kali diberikan peruntukan SUWA adalah pada tahun 2019 dan diteruskan pada tahun 2023 dan 2024. Dengan mewakili 9 buah sekolah SUWA, ingin saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar lantaran telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.8 juta di bawah Bantuan Khas Pendidikan dan ini tentunya dapat membantu semua sekolah untuk meringankan beban kewangan masing-masing dan Dato' Seri Menteri Besar pun sangat prihatin pun peruntukan RM2 juta untuk bantu sekolah, agama dan sebagainya.

Untuk makluman semua, pejabat saya telah mewujudkan garis panduan untuk sekolah-sekolah SUWA pada tahun ini. Dalam kalangan RM200 ribu yang akan dibagi kepada setiap sekolah SUWA, 50% ataupun RM100 ribu adalah di khaskan untuk kesejahteran warga pendidik dan staf sekolah dan wang penghargaan sekurang-kurangnya RM500 adalah diberi kepada setiap warga pendidik di sekolah tersebut demi menunjukkan keprihatinan kerajaan MADANI terhadap para pendidik. Manakala 25% ataupun RM50 ribu adalah digunakan untuk memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan selain kita jaga yang cemerlang, kita pun jaga yang miskin. Kita pun bagi bantuan pendidikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Dan 25% yang paling akhir sekali yang berjumlah RM50 ribu pula digunakan untuk mengadakan pelbagai program untuk manfaat warga sekolah.

Contoh, kursus sains, kursus matematik dan sebagainya. Bukan program makan, minum, main dan dalam pada itu, saya juga hendak merakamkan tahniah kepada sembilan (9) buah sekolah SUWA di Negeri Perak yang memang telah menghantar laporan perbelanjaan kepada pejabat saya pada dua bulan yang lepas dan ini sebenarnya merupakan contoh yang patut dicontohi oleh semua entiti yang menerima peruntukan kerajaan. Sebab peruntukan kerajaan adalah peruntukan yang untuk rakyat dan patutnya kita transparency kan semua benda ini dan pejabat saya juga akan meneruskan garis panduan sedemikian yang memanfaatkan warga sekolah pada tahun depan untuk pastikan setiap sen peruntukan kerajaan, kita dapat dimanfaatkan, dapat dioptimumkan demi kesejahteraan warga sekolah khususnya guru-guru dan murid-murid. Harus kita ingat bahawa semua anak murid dibawah semua aliran pendidikan negara kita adalah aset negara kita dan merupakan pelapis masa depan. Tidak kira kaum, tidak kira latar belakang, tidak kira warna kulit. Sesebuah kerajaan yang baik adalah membantu semua tanpa mengira warna kulit dan latar belakang dan Kerajaan Madanilah adalah kerajaan sedemikian.

Dato' Yang di-Pertua, aspek seterusnya yang saya akan sentuh adalah berkenaan dengan Kampung Baru Cina. Sebagai Exco yang menjaga portfolio Kampung Baru, adalah menjadi kewajipan untuk saya selalu sebut Kampung Baru Cina untuk selalu perhalusi apa yang kita harus buat demi memastikan saya menjalankan amanah yang ditugaskan. Bukannya saya sengaja special kan Kampung Baru Cina seperti tuduhan sesetengah pihak. Untuk makluman semua, sesungguhnya Perak mempunyai 160 buah Kampung Baru Cina dan merupakan yang paling banyak sekali di satu Malaysia. Dahulunya untuk Perak, tidak pernah ada Exco yang dikhaskan untuk menjaga Kampung-Kampung Baru dan yang dulunya Kampung-Kampung Baru Cina hire parking dengan izin di bawah Exco PBT. Namun, di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang berjiwa rakyat bukan sahaja telah di khaskan Exco untuk menjaganya, malah, layanan sama rata tidak kira pertambahan elaun, bayaran khas kewangan ataupun insentif telah diberikan kepada semua ketua kampung tanpa mengira berasal dari Kampung Tradisi, Kampung Baru Cina ataupun Kampung India. Sehubungan dengan itu, saya ingin mewakili 160 orang Ketua Kampung Cina untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan selaku Menteri Besar atas keterbukaan beliau dalam melaksanakan dasar negeri dan melayan semua secara sama rata.

Selain aspek kebajikan, Kampung Baru Cina turut diiktiraf secara rasmi di bawah Kerajaan Negeri melalui penubuhan Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Hal

Ehwal Masyarakat Cina (SANCO) di mana semua Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) yang dilantik secara rasmi oleh KPKT telah dilibatkan dalam pada itu ini merupakan kali pertama urusan Kampung Baru Cina dibincangkan secara begitu rasmi dalam Bahasa Melayu dalam bahasa kebangsaan dengan menggunakan platform Kerajaan Negeri dan ini sewajarnya diteruskan pada masa depan walaupun Exconya bertukar orang. Dalam pada itu, pejabat saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dipimpin oleh Ahli Dewan Negeri Kepayang. Lantaran telah memberikan peruntukan pembangunan yang begitu banyak sekali untuk menaiktaraf prasarana untuk menaik taraf kemudahan dan untuk bantu rakyat. Selain itu, saya difahamkan KPKT juga telah menganjurkan Ekspo Kampung Baru Kebangsaan yang melibatkan negeri-negeri di sebelah utara pada seminggu yang lalu di Ipoh dan ini sebenarnya telah menyediakan dan mewujudkan satu platform, satu medan yang cukup baik kepada pengusaha atau peniaga dalam Kampung Baru Cina untuk menjenamakan produk mereka di pasaran yang lebih besar. Dato' Yang di-Pertua…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Exco, terima kasih laluan diberi. Bagi pendapat saya itu Kampung Baru telah bila dia ditubuh, ia merupakan satu kawasan penempatan masa kemerdekaan lepas kita ancaman komunis, Kampung Baru merupakan satu penempatan tetapi telah ada evolusi hingga hari ini dan mereka telah menyumbang kepada KDNK memberi, mencungkil pelbagai bakat-bakat dalam industri dan melahirkan anak-anak yang berpengalaman dan juga pelbagai. Kita nampak sampai sekarang ada tahap ekspo dijalankan baru-baru ini. Jadi adakah cadangan saya adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk ataupun Menteri Besar menubuhkan satu agensi untuk pengurusan kampung ini agar tanggungjawab tidak hanya dipikul oleh Exco seorang sahaja ataupun penolong-penolong sahaja agar kita boleh membawa bungkusan sistem pengurusan Kampung Baru ini naik ke tahap yang lebih tinggi untuk menyumbang kepada negeri kepada negara kita. Sekian terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih soalan daripada YB Bercham. Saya rasa cadangan ini bagus. Tapi untuk masa ini memang kita telah dikhaskan bajet untuk Jawatankuasa Tetap Kampung Baru Cina dan saya tidak menolak kemungkinanlah untuk kita adakan agensi sedemikian pada masa depan yang akan datang.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Tuan Yang di-Pertua mohon lalu. Terima kasih YB Exco di atas penjelasan tadi dan saya Malim Nawar ingin bertanyakan kepada YB Exco. Adakah YB Exco bersetuju bahawa beban kerja pemimpin-pemimpin komuniti ini iaitu semua ketua-ketua kampung yang semakin bertambah dari sehari ke sehari khususnya ketika musim hujan dan bencana alam dan di sini, mohon YB Dato' Speaker dan YB Exco memberikan ruang kepada Malim Nawar untuk mempertimbangkan cadangan saya kepada Kerajaan Negeri iaitu supaya meneliti dan mengkaji elaun-elaun pemimpin komuniti kerana Malim Nawar berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin kampung di Malim Nawar dan di seluruh Negeri Perak adalah penggerak perubahan di mana mereka memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan projek negeri dilaksanakan dengan lebih cekap dan menyeluruh. Terima kasih Dato' Speaker dan YB Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya setuju dengan dengan dengan pandangan Yang Berhormat Malim Nawar di mana kerja untuk ketua kampung tak kira yang Kampung Tradisi, Kampung Baru Cina atau Kampung India. Memang berat sangat dan memang Kerajaan Negeri Perak ada menambahkan elaun pada tahun lepas dan saya rasa adalah antara satu-satunya Kerajaan Negeri yang menambahkan elaun pada tahun ini. Dia umumkan pada belanjawan tahun lepas dan kita memang sentiasa bersedia untuk menaiktarafkan aspek kebajikan ketua kampung sebab mereka memang bersusah payah tidak kira di kampung apa pun dan saya rasa saya menyambut baik cadangan tersebut.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco saya mencelah bab yang tu saya setuju mesti perkasakan ketua kampung tak kiralah ketua kampung baru ke kampung semua. Saya setuju sangat tetapi perlu diambilkira juga performance dia. Macam saya, kawasan Dun Alor Pongsu ada dua dan saya tak sebut nama kampunglah. Yang sorang tu dia duduk di kampung lain dan main judi online, all the way. Yang sorang itu dia duduk di rumah, sembahyang Jumaat pun tak pernah datang Masjid. Orang macam ni tak payah naik elaunlah. Kita pilih yang terpilih sahaja. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya, saya terima pandangan daripada Yang Berhormat Alor Pongsu. Sepatutnya kita kena sediakan perkhidmatan yang paling baik demi rakyat dan kita kena dari semasa ke semasa kita kena take aware ketua kampung yang memang kalau betul betul tak boleh perform demi manfaat rakyat dan Dato' Yang di-Pertua, saya selalu mengutarakan konsep...

Laluan Exco, Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco dan Dato' Yang di-Pertua, satu persoalan daripada saya. Kita tahu bahawa DAP memperjuangkan untuk status pegangan 999 tahun untuk tanah Kampung Baru. Jadi sama ada perjuangan itu diteruskan atau pun memperjuangkan status pegangan freehold itu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih soalan daripada Slim. Walaupun Slim adalah sahabat saya. Saya rasa ini adalah satu fitnah yang besar-besaran di mana DAP dengan Pakatan Harapan tak pernah letakkan ini sebagai manifesto dalam pilihan raya yang lepas yang baru berlangsung pada 2022.

Dato' Yang di-Pertua, saya hanya tanya. Tak ada unsur fitnah unsur fitnah itu. Saya sekadar bertanya jadi tolong betulkan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya rasa…

Saya minta Exco tolong betulkan saya tak nak fitnah kerana saya hanya bertanya.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

sebab DAP tak pernah berhasrat dalam PRK yang lepas…

Ok, maksudnya Exco hanya terangkan tak perlu kata saya fitnah.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dan saya harap dewan ini tidak dipenuhi dengan fitnah. Kita kena baca info yang sahih dan Dato' Yang di-Pertua, saya selalu mengutarakan konsep placemaking dalam usaha menghidupkan semula kampung-kampung yang telah lama lenyap aktiviti mereka. Tujuan placemaking saya dah lama teranglah adalah untuk memastikan kegiatan ekonomi dihidupkan semula dan akhirnya orang muda tidak perlu lagi menjadi perantau di bandar besar dan sebaliknya boleh balik ke kampung halaman sendiri untuk mencari rezeki dan sebagainya. Untuk merancakkan lagi usaha placemaking ini, pejabat saya akan melancarkan Program Pemerkasaan Kampung Baru Cina Perak pada tahun depan. Tujuan utamanya satu sahaja, kita nak mengekalkan ataupun memulihara keunikan setempat dan kepelbagaian budaya yang wujud dalam kampung tersebut untuk merangsangkan perkembangan budaya, ekonomi dan pelancongan di tempat tersebut. Pejabat saya akan mengubah pendekatan dasar daripada top down dengan izin kepada bottom up dengan izin untuk memastikan kelestarian jangka panjang. Maksud top down adalah pejabat turunkan arahan dan semua di bawah terpaksa ikut dan pendekatan bottom up pula adalah berlainan di mana penduduk kampunglah yang akan menentukan apa yang kampung tersebut nak apa yang kampung tersebut hendak buat dan apa dilaksanakan dan saya rasa cara atau pendekatan ini tentu dapat menggalakkan lebih ramai orang tempatan khususnya warga kampung untuk menyertai Program Pemerkasaan Kampung Baru Cina yang berteraskan konsep placemaking dan juga pembangunan komuniti.

Untuk fasa pertama, pejabat saya akan memilih 5 kampung yang paling sesuai dijadikan projek perintis dan akan buka kepada sama ada NGO atau JPKK dalam kampung tersebut untuk menyertainya.

Yang di-Pertua

YB Buntong nak tanya.

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada YB Exco atas semua kandungan yang baru dikongsikan bersama. Buntong ingin tanya pendapat YB Exco berkenaan dengan pembudayaan yang dilakukan ataupun Preservation of Culture and Integration of Nationalisme Patriotisme dalam Kampung Kampung Baru Cina di Perak. Saya rasa di Buntong, saya hanya boleh bawa pandangan daripada Buntong. Buntong ada satu Kampung Baru Cina sahaja tetapi pada kali ini kami bekerjasama dengan Kampung Baru Cina dengan JPKK mengadakan Perayaan Pesta Tanglung dan juga menggabungkan elemen-elemen Pesta Tanglung bersama dengan Hari Malaysia dan kami ada mengadakan perarakan di Kampung Baru Cina menggunakan tanglung dan juga menggunakan bendera Malaysia Jalur Gemilang dan itu menunjukkan satu elemen di mana Kampung Baru Cina juga memupuk semangat patriotisme di Malaysia dan di Perak. Apakah pandangan YB Exco?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya memang setuju sebenarnya tak kira Kampung Baru Cina, Kampung Tradisi ataupun Kampung India. Sebenarnya warga kampungnya adalah berarah ke arah untuk memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan kaum. Cuma ada sesetengah ahli politik yang sengaja memainkan isu sehingga merosakkan perpaduan dalam pelbagai kaum yang memang menjadi tunjang kepada masyarakat kita dan susulan daripada apa yang saya katakan tadi untuk kita memperkasakan Kampung Baru Cina Perak, saya akan tubuhkan satu jawatankuasa kecil yang untuk membuat penilaian dan disusuli oleh pemberian dana, pemberian peruntukan untuk kita melaksanakan usaha pemerkasaan kampung. Sebab untuk kita perkasakan kampung, kita pun perlu ada satu garis panduan dan oleh itu pejabat saya akan mengeluarkan garis panduan pada awal tahun depan untuk kita perincikan setiap terma supaya setiap kampung yang menyertai program ini tidak akan terpesong daripada fokus utama. Sepertimana yang diumumkan pada awal tahun ini, pejabat saya terus bertekad untuk mengadakan Ekspo Kampung Baru Cina Perak pada akhir tahun 2025 demi meneruskan usaha untuk menghidupkan semula kampung-kampung yang bersejarah.

Dato' Yang di-Pertua, aspek terakhir yang saya akan sentuh dalam penggulungan adalah tentang Hal Ehwal Bukan Islam atau pun lebih dikenali sebagai HEBI. Sebenarnya peruntukan HEBI telah mula diperkenalkan pada tahun 2008 iaitu ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak. Pada tahun 2019, peruntukan HEBI telah dinaikkan ke RM10 juta setahun. Apabila kerajaan mengambilalih pada akhir tahun 2022 draf belanjawan yang telah disediakan awal-awalnya adalah peruntukan RM6 juta bagi HEBI untuk tahun 2023. Pada tahun 2024 peruntukan tersebut telah ditingkatkan sekali lagi kepada RM10 juta setahun dan ini sebenarnya telah banyak membantu rumah ibadat, persatuan, pertubuhan, komuniti bukan Islam. Dalam pada itu, takkanlah semua ingat RM10 juta adalah kemuncak untuk HEBI. Yang Amat Berhormat Menteri Besar memang sangat berbesar hati untuk menerima pandangan ahli MMK untuk menaikkan jumlah peruntukan HEBI ke RM12 juta setahun demi menampung keperluan masyarakat yang bertambah. Ingin saya nyatakan di sini bahawa sesungguhnya peruntukan HEBI Perak sebanyak RM12 juta adalah paling banyak sekali dalam kalangan semua negeri di Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukan sebanyak RM28 juta dari tahun 2023 hingga 2025 demi masyarakat bukan Islam juga yang terbanyak antara sekali sekiranya berbanding dengan negeri lain di Semenanjung Malaysia. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Pejabat saya bersama dengan pejabat Sungkai akan terus melipat gandakan usaha untuk membantu Kerajaan Negeri dalam menjamin kesejahteraan masyarakat bukan Islam di negeri ini. Selain membantu rumah ibadat, persatuan ataupun komuniti pada tahun depan, pejabat saya akan mengkhususkan sebahagian dana daripada HEBI untuk melancarkan Dana Impian Kreativiti Budaya dengan bertujuan utama untuk memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Pejabat saya pada Julai yang lalu telah menganjurkan pertandingan Gendang 24 bagi sekolah rendah dan menengah bagi peringkat Perak dan sambutannya adalah sangat menggalakkan. Malah, terdapat banyak juga anak murid berbangsa Melayu, berbangsa India yang merupakan sebahagian daripada pasukan gendang. Saya akan memanfaatkan dana HEBI untuk menganjurkan program sedemikian yang boleh melahirkan bakat muda tidak mengira kaum yang menyumbang kepada bidang seni kreatif dan budaya yang selama ini sejujurnya bukan merupakan arus utama negara kita. Pejabat saya juga akan memperhalusi segala terma yang berkaitan dan akan mengumumkannya pada tahun depan dan saya sangat berharap satu ekosistem kebudayaan yang substantif yang berunsur kreativiti dapat diwujudkan.

Dalam pada itu, Dato' Yang di-Pertua, saya memang setuju dengan kenyataan Menteri Besar yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri tidak pernah melupakan tanggungjawab untuk menjaga Hal Ehwal Masyarakat Bukan Islam dan yang paling sekali keharmonian masyarakat adalah asas kepada kesejahteraan negeri. Saya memang berharap semua Yang Berhormat di sini betul-betul meneliti intipati dan isi tersurat mahu pun isi tersirat yang terkandung dalam ayat-ayat tersebut. Sebagai Exco yang menjaga hal ehwal bukan Islam, saya berasa amat kesal apabila Ketua Pembangkang Perak, Gunong Semanggol yang ada beberapa kes mahkamah di saman fitnah yang kalah pun telah cuba pun menaburkan fitnah yang tidak berasas kepada masyarakat berbilang kaum khususnya kepada saya sendiri. Saya tahu biar saya jawab dulu. Saya tahu banyak yang akan katakan kes-kes mahkamah itu tidak berkaitan dengan sini. Namun, saya sebagai seorang peguam yang biasa pergi mahkamah ingin saya nyatakan fakta di sini bahawa Gunong Semanggol merupakan seorang yang kredibilitinya dicabar. Ada masalah lantaran kes-kes saman fitnah yang telah kalah.

Point dia Yang di-Pertua. Exco. Saya tertarik dengan berkenaan dengan keharmonian kaum yang diterangkan oleh YB Exco dan YB Exco bertanggungjawab di atas peranan. Jadi ada satu kejadian dia panas dia sebab ada satu kejadian berlaku di Teluk Intan. Jadi…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

YB Kamunting ada soalan atau pun standing order tak? Kalau tak ada saya proceed.

Akta…Akta Lambang Kebangsaan Kawalan Mempamer 1949 Akta 193 saya kira

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

YB Kamunting saya bukan pihak berkuasa. Biar pihak berkuasa yang jawab saya akan teruskan dengan perbahasan saya. Speaker saya tak benarkan. Saya tak benarkan mencelah…

Tak. Macam mana nak nak harmoni kaum macam ni? Dengar dulu. Kalau tidak YB Exco

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Tak, saya tak benarkan mencelah.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Dengar dulu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak benarkan mencelah.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Dengar dulu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Biar saya jawap dulu sebab saya dilemparkan fitnah. Saya kena jawab dulu.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Kata orang fitnah dengar dulu.

Fitnah dia sebut dari tadi dia sebut fitnah ada sebut fitnah.

Gunong Semanggol dekat mana kalau Gunong Semanggol nak bela diri datanglah sendiri. Kenapa orang lain nak nak campur? Ha, nak bela tuan? Tetapi Gunong Semanggol sentiasa tak ada. Bila kita sebut Gunong Semanggol memang tak ada dekat Dewan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Speaker, saya tak bagi celah

Yang di-Pertua

Ok Kamunting dia tak bagi celah Kamunting.

Dia takut…

Dia nak memusingkan fakta tak payah.

Mengibarkan bendera secara banyak negeri China salah dalam Perlembagaan. Tapi dia ini yang menyebabkan keharmonian kaum. Isu ni yang panas.

YB Exco…YB Exco.

Yang di-Pertua

Kamunting… Kamunting.

Dato’ Speaker, kalau dia cakap fakta kita jawab secara fakta.

Yang di-Pertua

Bukan, bukan perlembagaan tapi akta.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Takut, takut dia masuk dulu.

Kita tak takut kita nak cakap secara fakta. Kejadian berlaku di Teluk Intan Kalau kita nak main isu tersebut cakap fakta.

Mana perlembagaan perkara mana kata.

Haa Ketua Pembangkang dah masuk. Boleh jawap kot. Nak tak

Saya nak tanya perlembagaan perkara mana?

Takpe, takpe Gunung Semanggol sudah masak bagi dia jawab.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Speaker, Speaker biar saya terangkan dulu…

Yang di-Pertua

Pasir Berdamar…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sebab saya gentleman saya takkan tak bagi laluan macam Gunong Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sebab tadi nama saya disebut dan dipanggil.

Yang di-Pertua

Biar dia jawab dulu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Duduk dulu…duduk dulu…duduk dulu. Ini floor saya.

Yang di-Pertua

Sekejap Semanggol, Adun-Adu yang lain duduk semua. Exco kata bagi dia bagi penjelasan dulu dia duduk dulu lepas dia bagi penjelasan dia kata gentleman nanti dia bagi dia bagi Semanggol bercakap bagilah dia cakap dulu. Ok. Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih kepada Dato' Speaker yang bersikap adil berkenaan dengan kes kibar bendera China, saya sendiri telah banyak kali disebut nama tidak kira di luar sana atau dalam Dewan ini walau pun nama pun disebut salah Pandamar. Nasib baik bukan Pandamaran di Klang dan khususnya oleh Gunong Semanggol dan tambahan pula, sebagai Exco yang menjaga Hal Ehwal Bukan Islam, saya ada kewajipan untuk membuat satu maklum balas yang rasmi di Dewan yang mulia ini demi menutup segala pembohongan dan fitnah jahat yang dilemparkan demi kepentingan politik jahat. Sekarang adalah floor saya dan saya yang telah banyak kali difitnah akan memperjelaskan segala yang di sini dan Gunong Semanggol, sila dengar baik-baik. Nanti saya akan bagi floor untuk tarik balik atau minta maaf.

Permulaannya Gunong Semanggol buatkan fitnah bahawa tindakan kibar bendera China yang berlaku pada 24 Oktober adalah bersamaan dengan Program Pesta Tanglung yang diadakan pada 13 September. Ini memang buta huruf dan buta tarikh. Saya masih tunggu permohonan maaf daripada Gunong Semanggol kepada seluruh AJK Pesta Tanglung Teluk Intan dan juga rakyat Teluk Intan. Satu. Duduk dulu. Kedua Gunong Semanggol, cuba kaitkan keterlibatan Kepayang dan saya dengan insiden kibar bendera China yang berlaku di Menara Condong. Malah, dalam kenyataan media, beliau yang bertarikh 25 Oktober yang disiarkan oleh PAS Perak telah membuat tohmahan bahawa kedua-dua Kepayang merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan dan saya menghadiri program tersebut ketika bendera China dikibarkan. Bila Kepayang dan saya pernah hadir? Fitnah lagi. Saya masih tunggu permohonan maaf. Ini kedua. Ketiga, lepas dibongkarkan pembohongan pula katakan ada gambar kedua-dua YB di sepanduk program tersebut. Saya nak tanya di sini banyak juga sepanduk di bawah zaman PM yang letakkan gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin juga. Adakah itu bermaksud dia kena bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Contoh, kalau ada program oleh YB Gunong Semanggol yang tukarkan minyak hitam untuk penunggang motorsikal di kawasan Gunong Semanggol dan adanya orang yang rempit di situ mengakibatkan kemalangan. Adakah Gunong Semanggol nak bertanggungjawab atas insiden tersebut. Ini logik, ini munasabah yang senang kita faham.

Keempat, biar saya jawab dulu. Adalah lumrah, adalah kita letak gambar dan muka YB setempat untuk program setempat. Bila nak mohon maaf, yang paling keempat lepas itu Gunong Semanggol pula sebarkan fitnah terbaru dalam Dewan yang mulia ini dengan katakan bahawa ada bukti terbaru yang tunjukkan ada warga negara Malaysia yang kibarkan bendera China. Ingin saya ingatkan Gunong Semanggol bahawa bukannya semua bendera merah itu bendera China. Ada yang merupakan bendera tokong. Perbaikilah pengetahuan awam sebelum membuat tuduhan dan tohmahan, Gunong Semanggol. Bacalah kenyataan media Ketua Polis Perak yang bertarikh 26 Oktober. Ketua Polis Perak dah kata, warga negara China, China adalah lain dengan Cina. Jangan buta huruf, jangan buta apa pun. Pergi buat tohmahan terhadap masyarakat Cina di Malaysia. Hanya warga negara China yang terlibat dalam insiden kibar bendera China. Adakah Gunong Semanggol nak cabar PDRM ataupun Gunong Semanggol nak bertindak sebagai pihak berkuasa. Kalau ada bukti dedahkan terus dan serah kepada pihak berkuasa. Bukannya gunakan omong kosong dan terus taburkan fitnah. Ini kali keempat saya tanya bila nak mohon maaf. Kalau nak mohon maaf nak tarik balik saya bagi floor. Kalau nak terus sebarkan fitnah, saya tak bagi floor.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak bagi masa saya sebab terlalu panjang perkara ini diulas. Yang pertama mengaitkan bahawa…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Gunong Semanggol, saya nak dapatkan pencerahan tarik balik atau mohon maaf. Kalau tak saya tak bagi floor. Ini floor saya.

Terlalu Panjang. Selalu buat fitnah. Ada masa sekarang pulak tak ada masa

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Tarik balik atau mohon maaf.

Apa pula Gunong Semanggol ni. Buat fitnah ada masa…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Tarik balik atau mohon maaf.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

No, sekarang saya nak tanya dalam Dewan kenapa FB selama dua jam membuat kita…

Dengarlah dulu.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ini sikap pembangkang yang memang suka taburkan fitnah dan rakyat semua boleh jawab.

Jangan ubah topik. Gunung Semanggol. Berani jawab. Kalau jantan jawab. Kalau Gunung Semanggol jantan jawab.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Siapa yang di belakang yang membawa…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ini floor saya. Ketua Pembangkang, siapa yang bawa sia bertanya kepada pihak berkuasa. Ketua pembangkang, sila bertindak secara professional.

Ketua Pembangkang sedang bagi jawapan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Duduk, saya tak benarkan, pemfitnah…

Ketua Pembangkang sedang bagi pencerahan.

Yang di-Pertua

Ok, semua duduk. Ok, cukuplah tu. Sat, dia floor ni floor Exco. Dia yang nak benarkan dia jawab, dia jawab. Dia benarkan.

Kita tak benarkan dia fitnah kita dato’ Speaker.

Yang di-Pertua

Takpe, takpe, takpe. Takpe. Itu dengar dulu, Ok duduk. Semanggol.

Kawasan berlaku tempat dia.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nama saya disebut terlalu banyak satu usul berunsur fitnah juga disebut. Tuan Speaker dan Yang Berhormat Speaker patut bagi masa…

Yang di-Pertua

Apa yang disebut? Apa isu fitnah yang disebut?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Itu yang dia sebut mengatakan saya mengaibkan 15hb

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya perjelaskan semua isu yang dibangkitkan, isu fitnah yang dilemparkan oleh YB Gunong Semanggol. Mana saya fitnah.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Itu bukan fitnah, betul.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Gunong Semanggol patut bermuhasabah. Jangan fitnah. Gunung Semanggol sendiri buat tak mengaku. Ini floor saya. Ketua Pembangkang, kalua Ketua Pembangkang tak gentlemen tak bagi laluan, jangan celah orang lain, duduk. Duduk, duduk, ini floor saya. Ini floor saya. Ini floor saya.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang membawa budaya cina…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Pemfitnah…pemfitnah.

Speaker…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ni bukan penghina. Kita nk tengok orang Perak… Siapa yang bersekongkol dengan mereka dengan membawa budaya asing dalam negara kita.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Siapa yang bawa?

Yang di-Pertua

Okey. Itu dah isu lain dah tu. Itu dah isu lain. Dah, dah, sudah, sudah. Dah. Ok, semua. Duduk semua. Duduk. Semua duduk. Ok, semua duduk. Ok, semua duduk. Ok, semua duduk. Tak habis lagi? Ok, Ok, Ok, sudahlah tu. Semanggol dah…dah…dah sudah. Tak apa, tak apa. Nanti akan dapat peluang. Nanti akan dapat peluang, duduk sudah. Sudah, sudah. Ok. Nanti akan ada peluang. Speaker bagi peluang nanti ye. Ok, Exco tamatkan perbahasan. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih Dato’ Speaker. Oleh itu, saya memang setuju sangat dengan pandangan

Dato’ Speaker.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak bagi celah, sila duduk Selama.

Peraturan Tetap Dato’ Speaker. Peraturan Tetap Dato’ Speaker.

Yang di-Pertua

Dah…dah…dah. Selama…Selama no,no. Saya minta Exco tamat perbahasan dia. Nanti saya bagi peluanglah kepada Semanggol nanti. Ok.

Timbalan Speaker boleh mengamuk ke dalam Dewan?

Yang di-Pertua

Dia Adun, dia Adun Canning. Dia di situ Adun Canning.

Speaker, saya nak tanya Speaker.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Dia sekarang ni Adun Canning.

Saya tak biasa lagi tengok Timbalan Speaker mengamuk.

Yang di-Pertua

Ok lah tu dia Adun Canning waktu tu? Sekarang ni dia Adun Canning Ok duduk…duduk semua. Ok. Sudah Ok. Tak…Terima kasih Terima kasih. Ok duduk…duduk…duduk. Sila. Okey faham…faham…faham. Ok Manjoi, Selama, Kamunting, tahulah. Dah duduk duduk. Duduk. Duduklah. Oklah tu. Sekarang dia Adun Canning. Duduk, duduk. Takpa…takpa...takpa. Ok, Ok. Faham, faham duduk. Ya. Ok, Ok. Itu isu lain. Duduk eh. Selama, Selama dah. Canning ok. Selama duduk, Manjoi, no…no…no. Tak jalan. Speaker tak bagi Ok. Exco, tamatkan.

Dato’ Speaker Peraturan Tetap. Saya tetap nak nak nak bangkit jugak Peraturan Tetap 40 (11) (b), Peraturan Tetap 40 (11) (b), adalah menyalahi peraturan menggunakan perkataan-perkataan yang membawa maksud hasutan. Saya nak Gunung Semanggol tarik balik siapa yang bawak Abu Chin Peng. Ini tidak parliamentary. Apa maksud Gunong Semanggol? Saya nak dia tarik balik dulu.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Memang bawa balik hari tu, tabur kat Malaysia.

Tarik balik sajalah.

Tarik balik.

Yang di-Pertua

Ok saya paham benda perkara tu. Tak apa, itu boleh buat cara yang lain tak payah bergaduh masa sekarang duduk dulu. Nanti ada time. Ada, ada ruang nanti, ada platform nanti untuk Semanggol untuk pertahankan diri bersama dan sampaikan tak apa. Itu sahaja, saya tak mahu saya tak benarkan nanti dia berlarut lagi. Masa dah habis dah tak ada. Tak ada tak ada. Saya tak benarkan siapa pun kecuali Exco untuk tamatkan perbahasan. Manjoi sila duduk. Ok lah tu. Ok, Ok Exco tamatkan perbahasan.

Timbalan Speaker pun jangan provoke.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sebelum saya menggulung seterusnya ingin saya bagi sedikit pencerahan pengetahuan awam. Timbalan Speaker yang merupakan Ahli Dewan Negeri Canning sebenarnya pun merupakan ahli legislatif sini. Dia berhak untuk bersuara demi penduduk kawasan dia. Ini adalah pengetahuan awam yang kita sepatutnya tahu sejak zaman sekolah menengah.

YB Exco, saya nak tanya soalan YB Exco. Speaker…

Yang di-Pertua

Dia nak landing dah tu…dia nak landing dah tu.

Bagi saya ruang…

Yang di-Pertua

Saya tak benarkan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Tutup…tutup…tutup.

Tentang portfolio Exco…tentang portfolio Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak benarkan.

Portfolio Exco.

Yang di-Pertua

Ok Manjoi.

YB Exco saya professional sikit, saya nak tanya tentang data dan fakta.

Dudukla Manjoi, duduk.

Yang di-Pertua

Sudah, sudah, sudah. Dia nak landing dah. Masa masa pun dah habis. Manjoi please, Selama no, sit down. Tak boleh, tak benarkan. YB Exco, tamatkan perbahasan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Oleh itu, berikutan dengan insiden tadi memang saya setuju dengan pandangan beberapa Yang Berhormat semalam yang nak merujuk Gunong Semanggol ke jawatankuasa...

Tutup…tutup.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Cukup la. Cukup la.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Jangan bakar lagi.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Landing… landing…landing.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Jangan ulang. Jangan provoke.

Bila orang tanya, you jangan provoke. Bagi orang jawab.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Sudah tanya, provoke.

Yang di-Pertua

Ok…Ok…Ok. Sudah…sudah…sudah. Semua duduk. Last sekali semua duduk, please. Dah…dah…dah. Please duduk semua. Semua duduk. Ok, Exco. Kesimpulan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Paling last sekali, kadang kala saya hairan betul dengan prestasi dan kematangan yang ditonjolkan antara Ketua Pembangkang Selangor dengan Ketua Pembangkang Negeri Perak.

Cukuplah Exco. You ni nak mula balik.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Hai, orang kata landing. Orang kata landing. Orang kata landing.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tengah gulung.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Landing.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Orang mahu bagi fakta you takut.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Speaker kata landing. Landing, you boleh landing.

Yang di-Pertua

Ok…Ok…Ok…Ok, dia nak land. Bagilah dia landing sikit. Bagilah. Bagilah dia bernafas sikit. Bagi dia bernafas sikit. lepas itu, kita habiskan ya. Ok…Ok…Ok…Ok. Betul, betul. Ok…Ok…Ok. Ya…Ya. Ok…Ok…Ok…Ok, Exco. Ok, Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Itu sebab tadi saya kata saya hairan betul bila Ketua Pembangkang, saya tak sebut nama. Saya tak sebut nama apa-apa di sini. Sila bertenang. Sabar. Bila saya dengar ketua pembangkang Selangor, dia katakan pengiktirafan sijil UEC tak ada masalah. Dia buat ketika dia pegang Selangor tapi ada seorang Ketua Pembangkang, saya tak sebut nama. Siapa yang makan cili, siapa rasa pedas.

Cukup la. Speaker, you tengok ni Speaker.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Pengiktirafan akan ancam kuasa melayu?

Dia main sensitiviti.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Cukuplah. You Kerajaan bukan you pembangkang nak provoke.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

You tu Kerajaan. You jangan provOkeye orang.

You jawab soalan saya boleh?

Kita mintak tukar Exco ni la saya ingat.

Yang di-Pertua

Kejap, kejap, kejap. Sekejap, sekejap, sekejap saja. Duduk, duduk, duduk. Sekejap, sekejap, sekejap. Ok. Ok. Sekejap, sekejap. Duduk, duduk, duduk. Duduklah. Duduk. Sabarlah. Sabarlah. Sabarlah. Duduk, duduk, duduk, duduk. Ok. Ok. Faham. Faham. Tak apa, tak apa. Ya, saya nak bagitahu satu perkaralah. Saya…saya...walaupun saya Speaker sekarang, saya bukan Ahli Dewan

Negeri yang terpilih dari segi menang dalam pilihan raya. Tak ada kawasan mana-mana tapi saya pernah juga jadi Ahli Dewan Negeri. Kerajaan, Pembangkang dan juga Ahli Exco. Kadang-kadang kita dalam Dewan ni, bila kita berucap kita…kita kritik the opposite member dengan izin opposite member tu kalau kita Kerajaan kita, kita, kita, kita bantai orang dengan izin la tapi bila orang kritik kita sometimes we must take the body hit dan kita bila kita thick the body heat tu kita dia baru kita ada apa orang kata wisdom dalam Dewan ini. Kita hit orang, kita kena terima juga body heat. Bila dah sampai masanya nanti kita dengar. Baru perbahasan ini dapat kita jalankan dengan baik dengan hujah tapi kadang-kadang tu walaupun kadang pedih tapi kita kena terima juga body hit ni. Tapi Speaker, eh, Exco. Tersasul dah. Exco, please finish it now. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih, Dato Speaker. Sepertimana saranan Dato' Speaker tadi, we need leaders to unite all dengan izin bukannya pemfitnah yang rosakkan perpaduan. Alhamdulillah, MB Perak bukanlah Gunong Semanggol. Maka dengan ini saya tamatkan penggulungan saya dengan menyokong Belanjawan 2025. Sekian, terima kasih.

Mohon celah. Mohon celah, YB. YB Exco. YB Exco, mohon celah.

Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima Kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Pasir Bedamar yang telah menggulung perbahasannya. Sebelum saya memanggil Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berikutnya untuk menggulung perbahasan, suka saya nak memaklumkan bahawa ada pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 4, anak-anak kita daripada 4 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Klian Pauh, Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jambu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik. Ni Taiping lah. Orang Taiping yang ada di kawasan bilik pemerhati. Jadi bagi pihak Dewan Negeri dan bagi pihak pak cik-pak cik yang ada dalam Dewan ini mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar yang hadir ke dalam Dewan Negeri ini. Saya nak maklumkan bahawa Dewan Negeri kita bila pelajar-pelajar datang ni kita ada buat jamu makan sikit untuk pelajar-pelajar ni di bawah. Jadi saya jemput Ahli-ahli Dewan Negeri seperti kelaziman dan tradisinya Ahli-ahli Dewan Negeri yang terbabit, Ahli Dewan Negeri Aulong, Pokok Assam dan juga Kamunting untuk samalah menyantuni pelajar-pelajar yang berkenaan. Just say hello dengan izin ya kepada pelajar-pelajar supaya mereka feel welcome walaupun dalam Dewan ni dia nampak dekat atas tu nampak panas sikit. Adun Changkat Jering dia senyum je. Nanti kita cari sekolah daripada Adun Changkat Jering. Terima kasih. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Speaker, saya nak minta, nak minta dulu la. Tadi Yang Berhormat Dato’Speaker kata nak bagi ruang kepada saya.

Yang di-Pertua

Tak apa, tak apa.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tak adil. Tak adil. Saya minta masa sikit.

Yang di-Pertua

Saya faham tapi...Tapi ruang itu saya yang bagi nanti. Masa dia nanti saya bagi la tapi bukan sekarang. Tak apa nanti kita akan...saya, saya...Kita akan ada platform la.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya merayu, saya minta. Nanti jadi isu lain.

Hormat…hormat Speaker.

Disiplin la sikit. Ada budak kat sini.

Yang di-Pertua

Ok, semua bawah ni emotional tapi Semanggol saya kata nanti akan ada platform untuk Ahli Yang Berhormat daripada Semanggol untuk hadir, untuk untuk mempertahankan diri dan untuk menyampaikan hujah-hujah dengan berkesan. Ada masa dia. Ini Speaker punya. Korang kena hormat juga lah Speaker. Takkan tak boleh hormat Speaker. Speaker cakap. Ok, terima kasih, Semanggol. Duduk. Saya nak panggil, saya nak panggil Exco yang berikut ni.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Duduklah, Duduk. Duduk. Duduk. Cukup. Hormatilah Speaker. Duduk.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Darah tinggi ada sudah la.

Jadi teladan yang baiklah, Gunong Semanggol. Jadi teladan yang baik.

Yang di-Pertua

Ok, sudah lah tu. Yang lain pun sudahlah. Cukup…cukup tu. Ok…Ok…Ok. Changkat Jering, duduk, Ok…ok, terima kasih. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan. 45 minit. Terima kasih Yang Berhormat Tualang Sekah.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Dato' Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Anggota-Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas Dewan, tuan-tuan, puan-puan yang mengikuti lintas langsung kita pada hari ini. Alhamdulillah kerana sekali lagi kita diberikan ruang dan kesempatan berhimpun di Dewan yang mulia ini untuk bersama mencari kearifan akan hal ehwal urusan negeri. Selawat serta salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW berserta keluarga, sahabat dan seluruh umat-Nya yang setia mengikuti petunjuk beliau hingga ke akhir zaman.

Pada kesempatan ini, saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda pada 1 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Didoakan Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah SWT serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dengan penuh rasa duka dan empati, saya ingin merakamkan juga ucapan takziah kepada semua mangsa banjir yang telah terkesan. Saya berdoa agar mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Semoga semua mangsa banjir dipermudahkan urusan mereka serta kawasan terjejas segera pulih dengan keadaan yang lebih baik, Aamin. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya zahirkan ucapan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025. Terima kasih juga kepada Ahli Yang Berhormat yang amat prihatin dan telah menyentuh isu berkaitan komunikasi dan multimedia.

Belanjawan 2025 yang telah dibentangkan dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM1.52 bilion merupakan belanjawan tertinggi dalam sejarah Negeri Perak dengan peruntukan belanja mengurus sebanyak RM981.8 juta dan peruntukan belanja pembangunan sebanyak RM538 juta menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan yang berterusan dan kesejahteraan rakyat. Sebahagian besar daripada belanjawan ini juga diperuntukkan untuk program-program yang memberi impak langsung kepada rakyat termasuk RM1 juta untuk program dan aktiviti NGO serta RM0.2 juta untuk program membasmi penyalahgunaan dadah dengan kerjasama mencegah dadah Malaysia ataupun PEMADAM. Selain itu, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sejumlah RM0.5 juta kepada Digital Perak Corporation Holding bagi operasi penyelenggaraan portal Jabatan Negeri Perak agar ia dapat berjalan dengan lancar serta dapat memperkukuhkan lagi sistem tadbir urus digital di Negeri Perak.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebanyak enam isu berkaitan portfolio saya telah dibangkitkan semasa perbahasan Belanjawan 2025. Saya percaya isu-isu yang dibangkitkan ini adalah bagi memantapkan kualiti kita dalam memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Perak. Yang Berhormat Pangkor, Yang Berhormat Kuala Kurau, Yang Berhormat Batu Kurau telah membangkitkan isu berkaitan masalah liputan talian telefon dan internet di kawasan masing-masing. Yang Berhormat Bercham telah bertanya isu ketagihan gajet dan cadangan memperkasakan Pejabat Daerah Dan Tanah serta Pihak Berkuasa Tempatan dan Yang Berhormat Jelapang telah mencadangkan sebuah pusat inovasi AI ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri. Bagi pertanyaan Yang Berhormat Pangkor berkaitan masalah talian selular dan internet di Teluk Senangin, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan kadar capaian internet yang baik terutama bagi semua kawasan berpenduduk termasuk kawasan-kawasan pelancongan.

Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, terdapat dua struktur telekomunikasi yang telah dibina dan sedang beroperasi di kawasan peranginan Teluk Senangin iaitu di Kampung Kedah dan Teluk Senangin yang memberi liputan kepada kawasan sekitar peranginan berdekatan. Walaubagaimanapun, saya mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pangkor di mana liputan telekomunikasi yang dipancarkan oleh pemancar tersebut mungkin tidak mencapai kadar capaian yang maksimum disebabkan keadaan geografi dan bentuk muka bumi di sekitarnya. Tindakan penambahbaikan telah dikaji dan disusun dalam perancangan masa depan oleh agensi yang terbabit.

Namun begitu, saya akan meminta pasukan MCMC turun untuk meneliti permasalahan ini dan dalam masa yang sama pihak Kerajaan Negeri bersama-sama dengan MCMC sentiasa mengadakan perbincangan bersama-sama semua pemberi perkhidmatan bagi mendapatkan perancangan penambahbaikan kualiti liputan secara komersial bagi memberi kualiti liputan terbaik di kawasan tumpuan pelancong seterusnya melaksanakan pemantauan kemajuan secara berkala bagi tujuan pemantauan kualiti. Dalam masa yang sama…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, sikit je. Sebab saya minta…

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

YB, sikit je. Satu perenggan, satu perenggan…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Supaya kerajaan pertimbangkan, bila YB Exco sebut kawasan peranginan, terasa seronok di tepi laut semua. Ni kawasan banjir termenung di Alor Pongsu ini susah ni. Priority yang ni dulu. Terima kasih YB Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Baik. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Alor Pongsu. In shaa Allah, perkara tersebut kita akan gerakkan jugak MCMC untuk di kawasan-kawasan banjir khususnya untuk kita pasang temporary punya pemancar telekomunikasi, In shaa Allah. Cuma nanti saya mintak YB Alor Pongsu untuk bagi maklumbalas di mana lokasi-lokasi yang terlibat, insyaAllah. Saya teruskan, Dato’ Speaker. Dalam masa yang sama, saya menggalakkan juga masyarakat di luar sana yang menghadapi masalah talian selular dan capaian internet agar terus boleh terus boleh membuat aduan kepada pautan laman web aduanmcmc.gov.my. Maklumat aduan yang lebih terperinci akan membantu melancarkan usaha menambah baik kualiti capaian internet sedia ada.

Yang Berhormat Kuala Kurau telah membangkitkan isu berkaitan apakah perancangan kerajaan bagi membantu meningkatkan tahap capaian Internet di Kampung, Kampung Parit Haji Wahab, Kampung Parit Tok Hin, Kampung Parit Sungai Burung dan Kampung Parit Haji Ali Darat? Untuk makluman Yang Berhormat, secara keseluruhan di Dun Kuala Kurau sehingga 30 September 2024, sebanyak 1 menara baru telah beroperasi iaitu di Tanjung Piandang, manakala satu lagi menara sedang dalam proses pembinaan iaitu di Kampung Nelayan dan dijangka siap pada akhir tahun 2024. Sebanyak 38 stesen pemancar juga telah siap dinaiktaraf kepada rangkaian 4G bagi meningkatkan mutu dan kualiti liputan telekomunikasi sedia ada. Bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap pula sebanyak 2,915 daripada 3,378 premis yang telah tersedia dengan capaian gentian optik berkeupayaan gigabite. Manakala di kawasan-kawasan yang diutarakan, terdapat 2 buah menara telekomunikasi di Kampung Parit Haji Wahab, 4 di sekitar Kampung Parit Tok Hin, 1 di Kampung Parit Sungai Burung dan 2 di Kampung Parit Haji Ali Darat. Seterusnya dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa dalam keadaan yang optimum, pihak MCMC akan menjalankan audit kualiti secara berkala bagi memastikan pematuhan berterusan oleh syarikat pemberi perkhidmatan terhadap standard mandatori kualiti perkhidmatan atau dikenali sebagai MSQOS yang telah ditetapkan.

Yang Berhormat Batu Kurau telah memohon untuk menaiktaraf talian Internet dan talian telefon di Kampung Repoh dan Laluan Batu 10 ke Batu 13 jalan utama ke Batu Kurau. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sebuah menara telekomunikasi yang telah beroperasi di Kampung Repoh dan juga sebuah menara telekomunikasi yang telah beroperasi di antara laluan Batu 10 ke Batu 13. Walaubagaimanapun, saya mengambil maklum dengan aduan yang diutarakan oleh Yang Berhormat dan saya telah meminta pihak MCMC untuk mengkaji balik sama ada liputan tersebut mencapai kualiti yang telah ditetapkan ataupun tidak. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bercham telah bertanyakan, bertanya peranan NGO bagi melaksanakan program mengelakkan ketagihan gajet di kalangan golongan muda?

Yang Berhormat Exco, boleh mencelah? Sebelum masuk kepada tajuk NGO.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Baik, baik

Terima Kasih Yang Berhormat Exco dan terima kasih kepada Dato' Speaker. Masih lagi berkaitan dengan talian internet tetapi bukan dalam kawasan sayalah. Soalan ini pernah saya bangkitkan dalam sidang DUN yang lepas iaitu kawasan di Terowong Menora. Kalau kita menghala ke utara tu turun bukit tu lah lebih kurang jarak 1 ke 2 kilometer memang di situ tiada line dan kawasan tu kerap berlaku kemalangan dan sukar bagi mereka-mereka yang kemalangan untuk membuat panggilan kecemasan. Apakah perancangan? Mungkin dah ada perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk menambah menara di sekitar kawasan Terowong Menora di situ? Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya daripada Manong yang bertanya kerana prihatin terhadap apa yang dihadapi oleh pengguna-pengguna terutamanya pengguna Jebuh Raya Plus. Di pihak Kerajaan Negeri, kita sedia maklum Yang Berhormat tentang masalah yang dihadapi di Terowong Menora akibat daripada ada kerosakan di struktur pemancar di kawasan tersebut. Namun, saya telah dimaklumkan MCMC dalam minggu lepas. In shaa Allah, dalam masa terdekat saya akan turun ke sana dan telah dibaiki. Begitu juga telah diletakkan alat-alat sebagai pemancar kecil di dalam terowong tersebut supaya kita perbaiki talian liputan supaya tidak terjadi putus connectivity khususnya di dalam terowong. Jadi, In shaa Allah Yang Berhormat dalam masa terdekat kita akan selesaikan isu ini dan kita akan maklumkan kepada rakyat Negeri Perak, In shaa Allah. Terima kasih Yang Berhormat

YB Exco. Timbalan Speaker. Terima kasih YB Exco sahabat saya. Saya nak bertanya, Adakah saya nak tau perkembangan terkini, saya pernah bertanya sebelum ini cuma mungkin ada maklumat lebih latest berkenaan dengan coverage handset kita. Mobile kita dan juga online kita punya internet rumah di kawasan Meru Valley. Di kawasan Meru Valley ini kawasan yang agak atas belakang sikit kalau kita pergi kawasan saya Dun Manjoi tu ada satu kawasan nama Meru Height. Meru Valley ni mungkin sebahagian penduduk Meru Valley juga di sini. Antara yang saya masih dapat respon ialah dia punya coverage handset tu slow dan payah dan ada ke kalau setakat ini yang satu Celcom lah, Celcom agak lemah. Ataupun kita sendiri boleh cadang pada penduduk di sana supaya boleh tukar kepada plan lain sebab kan nak coverage tu. Keduanya isu ini berbangkit kerana bila mana diorang nak buat internet banking kan bila kita buat internet banking, kita perlukan OTP dan kita punya handset ni. Jadi bila nak tunggu OTP itu sangat problem dan kadang-kadang diorang perlu buat pada waktu malam mungkin YB Exco boleh dapat pencerahan berkenaan isu tersebut di kawasan Meru Valley dalam kawasan Meru Dun Manjoi. Terima kasih YB Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya. Sungai Manik. Ok.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Exco. Saya cuma nak menarik perhatian EXCO tentang apa yang saya laporkan dalam sidang Dewan yang lepas iaitu masalah coverage untuk jajaran antara Pusat Latihan Pertanian Degong dan kawasan Kampung Sungai Kucing yang saya bagitahu liputan agak lemah dan berlaku kawasan tu drop call. Kalau pakai apa handphone pun akan tiba-tiba akan putus. Minta, minta perhatian lah sebab dah yang Dewan yang baru jer.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Dato' boleh ulang balik nama tempat Dato'?

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Di antara Pusat Pertanian Degong dan Kampung Sungai Kucing.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Baik Terima kasih. Baik.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Exco, Alor Pongsu sikit. Saya masalah sama je. Tak mau ulang apa masalah dia. Cuma saya nak sebut bagi rakyat saya dengar kat luar sana. Parit Sungai Dungun, Sungai Bogak, Lebai Kadir dan Kampung Beriah. Terima kasih YB Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Jadi saya ambil maklum saya ulas sikit tentang daripada sahabat saya YB Manjoi dahulu. Jadi daripada YB Manjoi, saya rasanya dalam sidang lepas yang lepas kita dah arahkan MCMC. Cuma saya minta untuk mereka berhubung dengan YB. Tapi apa pun saya akan dapatkan balik feedback tersebut. Kalau mengikut YB tadi Celcom Digi yang bermasalah kawasan tersebut. Tapi tak apa kita akan buat Running Speed Test di kawasan tersebut. Sebab ialah mungkin ada resistance yang menyebabkan connectivity tersebut dan gelombang tersebut tak sampai dan terbatas mungkin. Apa pun, saya akan minta nanti pasukan untuk turun ke kawasan nilai dan libatkan YB Manjoi dalam lawatan tersebut, In shaa Allah.

Untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Manik, saya akan panjangkan perkara ini sama juga kepada pasukan saya. Begitu juga dengan sahabat saya, Alor Pongsu, permasalahan tadi yang di utarakan tadi kita ambil berat masalah-masalah ini dan kita minta MCMC untuk hadir untuk turunkan pasukan untuk kita lihat bagaimana. Kadang-kadang Yang Berhormat ada beberapa perkara mungkin melibatkan talian yang sedia ada itu terganggu dan sebagainya. Kadang-kadang pertambahan penduduk di kawasan tersebut menyebabkan bandwidth yang sedia ada tak mampu untuk menampung dan sebagainya. Apapun, terima kasih kepada Yang

Berhormat tadi telah membangkitkan persoalan dan kita akan turunkan pasukan untuk penilai. Kita akan maklum balik kepada pihak-pihak Yang Berhormat untuk kita tambah baik pemasalahan tersebut.

Jadi, saya teruskan Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bercham telah bertanyakan peranan NGO bagi melaksanakan program mengelakkan ketagihan gajet di kalangan golongan muda. Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil pendekatan holistik dalam usaha untuk memberi kesedaran dan pendidikan keselamatan internet termasuk penggunaan gajet multimedia kepada pengguna pelbagai peringkat umur termasuk warga emas menerusi pelaksanaan inisiatif keselamatan dalam talian, Klik@Bijak Klik Dengan Bijak (KDB) di sekolah rendah dan menengah, agensi kerajaan dan swasta, institusi pendidikan tinggi dan dalam komuniti melalui Pusat Sebaran Maklumat NADI di seluruh negara. Guru-guru sekolah turut dilatih melalui inisiatif Sukarelawan ICT Malaysia untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keselamatan ketika menggunakan internet dan gajet. MCMC turut bekerjasama dengan agensi dan organisasi yang lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kesihatan untuk meluaskan skop audience KDB dan MIDE.

Yang Berhormat Bercham juga telah mencadangkan supaya pihak Pejabat Daerah dan Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan menyediakan perkhidmatan bil hardcopy ataupun salinan keras cukai taksiran dan cukai tanah bagi golongan yang memerlukan. Untuk makluman Yang Berhormat, pemilik tanah berdaftar, pemilik berdaftar tanah bertanggungjawab untuk membayar sewa tahunan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 94 Kanun Tanah Negara Akta 828. Oleh itu, menjadi kewajipan pemilik tanah untuk menjelaskan bayaran cukai tanah walaupun bil cukai tidak lagi disediakan dalam bentuk cetakan ataupun hardcopy. Proses pendigitalan yang dilaksanakan adalah sebahagian daripada usaha modenisasi kerja di mana bil cukai tanah negeri kini dihantar melalui e-mel ataupun boleh disemak melalui laman sesawang portal awam e-Tanah. Portal ini menyimpan sejarah lengkap berkaitan pemilihan tanah pemilikan e-Tanah yang boleh dijadikan rujukan pada masa hadapan.

Oleh itu, bil cukai tanah tidak lagi akan dicetak memandangkan Kerajaan Negeri Perak menghadapi kos-kos pengeposan yang semakin meningkat setiap tahun. Walau bagaimanapun, pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menyambut baik cadangan Yang Berhormat berhubung penyediaan bil cukai tanah secara cetakan untuk golongan tertentu yang memerlukan. Dalam konteks ini, pihak PTG akan menjalankan kajian terhadap kadar bayaran yang munasabah bagi mencetak bil cukai tanah. Sekiranya kadar ini diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, pindaan akan dibuat ke atas kaedah 20 Kaedah- Kaedah Tanah Perak 1966 di bawah Seksyen 14(1) Kanun Tanah Negara Akta 828 dengan menambah fi bagi salinan bil cukai Tanah. Yang Berhormat, pengurangan kertas menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar, menjimatkan kos operasi, meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta menggalakkan digitalisasi. Namun bagi mereka yang kurang mahir, mereka masih lagi boleh hadir ke Pihak Berkuasa Tempatan PBT masing masing untuk mendapatkan cetakan fizikal cukai tafsiran bagi tujuan semakan dan juga pembayaran. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelapang telah mencadangkan…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih laluan diberi. Terima kasih atas penjelasan diberikan. Diterangkan oleh Exco untuk dua bahagian soalan saya semasa perbahasan saya, isu pertama tentang penggunaan smartphone ataupun laptop peralatan digital yang kurang kawalan dihadapi oleh anak-anak kita termasuk sekali kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini disebabkan oleh isu pandemik di mana masa tempoh itu pelajar terpaksa menggunakan perkhidmatan katakan dengan izin. Google Classroom, Zoom, Google Meet pada masa pandemik. Itu dalam suasana terpaksa, tetapi sekarang kita sudah kembali ke peringkat normal. Jadi banyak telah kembali ke pangkuan sekolah. Belajar secara manual. Dididik oleh cikgu-cikgu tetapi kadang kala disebabkan ada cikgu-cikgu yang terlepas pesan kerja rumah mereka letakkan kerja rumah ataupun beri pesanan secara menerusi telegram kepada ibu bapa. Jadi anak-anak mereka ni menggunakan alasan tersebut katakan saya nak check sama ada kerja rumah ke atau ada apa-apa pesanan daripada cikgu, saya kena guna balik handset, handphone ke laptop ke.

Jadi sebenarnya check status tu cepat sahaja 5 minit dah habis. Tapi mereka guna alasan tersebut untuk guna. Lepas tu tengok Tiktok, YouTube tak henti-henti menjadikan masalah ketagihan. Jadi kita nak Exco Pendidikan ada kita nak beri cadangan kepada cikgu kita gunakan ruang masa sebaik-baiknya masa di sekolah bagi pesanan ataupun ada kerja rumah ke ataupun pesanan. Kita gunakan sebaik-baiknya di ruangan sekolah. Jangan gunakan bukan janganlah cuma saya kurangkan kurangkan. Saya tahu teknologi ini kini kita kadang terlupa sesuatu kita boleh saat-saat akhir kita bagi pesanan itu sudah jadi menyumbang kepada kecenderungan untuk pelaja-pelajar atau murid-murid ini menggunakan handset seperti anak sayalah contoh. Ok dan kedua pula tentang isu pencetakan kita nak men digitalize. Kita nak isu kita nak menjaga apa itu alam sekitar penggunaan kertas yang lebih kurang tetapi kadangkala ada sekumpulan kecil daripada golongan warga emas. Di mana mereka ni telah biasa telah terima notis-notis ataupun bil untuk bayar jelaskan cukai tanah ke cukai taksiran. Jadi mereka bukan tak nak bayar mereka nak bayar, cuma mereka tak terima, sudah jadi budaya begitu lama. Jadi kena anak-anak sepatutnya yang celik IT ni boleh membantu ibu bapa untuk menjelaskan bil tetapi kalau mereka tetap nak saya sudah ada sebut semasa perbahasan saya seperti TM, TM ada bagi optional kalau tak terus terima notis tersebut secara bil kita boleh gunakan kadar bayaran dengan minima. Katakan gunakan pos ini juga membantu Pos Malaysia membantu status kewangan mereka ataupun menggunakan courier service pun murah tetapi ini kena dibiayai oleh pemilik hartanah tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya daripada Bercham yang bertanyakan tentang dua persoalan dibangkitkan tadi. Saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh YB Bercham yang pertama tadi tentang anak-anak. Kita sedar dalam kemajuan dan juga negara ke arah pendigitalan. Tentulah ini antara cabaran besar. Saya yakin kebanyakan ibu bapa dan juga masyarakat menghadapi cabaran ini dimana untuk kita mengawalselia anak-anak kita daripada terlibat dengan gejala yang tidak baik di media sosial dan sebagainya. Namun, In shaa Allah ada perkara yang perkara-perkara seperti ini memang kita ada bangkitkan di peringkat kementerian untuk berbincang dengan Menteri Komunikasi dan juga kita bawa juga kepada Menteri Digital supaya ada satu mungkin larangan ataupun satu guideline untuk anak-anak ini untuk kita kawal daripada terlibat daripada gejala-gejala yang tak baik khususnya di media sosial.

Tapi Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain ini adalah cabaran untuk kita semua sebenarnya dalam mendepani era digital. Nak tak nak kita kena lalu perkara ini tapi dalam keadaan yang kita harap kerajaan boleh bantu dalam inisiatif yang lain. Tentang perkara yang dibangkitkan tentang pos tadi mungkin dapat membantu pejabat pos dan sebagainya melalui kaedah dan fi tersebut kos tersebut diletakkan kepada pemilik tadi. Mungkin ini akan kita angkat dalam mesyuarat dan kita mintak kepada mesyuarat untuk putuskan sama ada kita boleh teruskan atau tidak. Terima kasih Yang Berhormat

Saya teruskan ucapan saya Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jelapang telah mencadangkan supaya Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk menubuhkan Pusat Inovasi AI di Perak sebagai Pusat Penyelidikan dan Aplikasi Teknologi AI tempatan. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri percaya pendedahan teknologi kecerdasan buatan atau AI dan pembelajaran mesin dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di samping membantu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui penggunaan teknologi secara sistematik. Selaku salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap peranan tersebut, Digital Perak telah merangka dan menjalankan program berkaitan melalui unit di bawahnya iaitu Hub Inovasi dan Multimedia atau lebih dikenali sebagai HIM. Pelbagai inisiatif dan program telah dilaksanakan dalam membantu kepada pembudayaan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan AI kepada golongan sasaran khususnya kakitangan kerajaan, usahawan dan komuniti. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk latihan pendedahan kecerdasan buatan AI kepada kakitangan kerajaan. Seminar pendedahan kecerdasan buatan kepada usahawan digital. Kursus penggunaan AI di dalam media sosial TikTok dan taklimat kesedaran AI secara berkala kepada komuniti dan sekolah terpilih berkaitan peranan dan masa depan kecerdasan buatan atau AI tadi.

Pada bulan Ogos 2024, pihak MCMC dan Microsoft Malaysia telah menganjurkan AI TEACH. Program Peningkatan Kemahiran Digital untuk rakyat Malaysia yang telah dilaksanakan dengan kerjasama Digital Perak. Program AI berteraskan pemerkasaan peluang kerjaya melalui AI telah mendapat sambutan yang memberangsangkan melalui penglibatan pencari pekerjaan, para pelajar IPT dan agensi yang berkaitan. Hasilnya, seramai 208 orang peserta golongan B40, OKU dan penganggur telah mengikuti program pembangunan kapasiti AI yang berlangsung selama dua hari di Hub Inovasi Multimedia Universiti Teknologi Petronas Pusat Sebaran Maklumat Nasional atau NADI di Dato' Ahmad Said Tambahan 2 dan Pusat Sebaran Maklumat NADI Klebang Utama. Jadi melalui segala aktiviti yang telah dirancang adalah diharap dapat membantu menangani jurang literasi dan pemahaman AI di kalangan masyarakat seterusnya menyokong kepada peningkatan kualiti hidup rakyat melalui penggunaan aplikasi Teknologi AI. Segala perancangan ini secara tidak langsung dapat mempercepatkan transformasi Negeri Perak menjadi sebuah negeri yang berteknologi tinggi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri penggulungan saya, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta semua pasukan penjawat awam Negeri Perak yang telah berusaha keras merangka dan menyediakan Belanjawan 2025 ini. Belanjawan ini bukan sahaja mencerminkan visi yang jelas dan tindakan yang berstrategi tetapi juga membuktikan komitmen tinggi dalam Kerajaan Negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri yang mampan. Semoga segala usaha dan perancangan ini mendapat restu dan perkenan daripada Allah SWT serta membawa kejayaan berterusan untuk Negeri Perak tercinta. Diharapkan segala inisiatif dan langkah yang diambil dapat memberi impak yang positif kepada semua lapisan masyarakat demi memastikan Negeri Perak terus makmur dan rakyatnya sejahtera. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya sekarang yang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Belanja untuk menggulung perbahasan dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahita’ala Wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 Auzubillah Minashaitan Nirajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin Wassalatu. Wassalamu 'Ala-Asyarafil Anbiya'e Wal. Mursalin Wa'ala Alihi. Wasahbihi Ajma'in. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dan agensi, para pemerhati penonton di atas talian tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah Subhana Wata'ala Tuhan semesta alam, selawat dan salam kesejahteraan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para keluarga, sahabat dan para tabi'in serta seisi Dewan yang mulia ini. Di kesempatan waktu ini dengan hormat dan takzim merafak sembah dan strategi tinggi. Ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2024. Dirgahayu Tuanku. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menggulung bagi portfolio Pendidikan Pengajian Tinggi Belia dan Sukan pada hari ini. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan yang berikan pandangan, kritikan, nasihat serta peringatan terhadap banyak perkara yang melibatkan portfolio dibawah jagaan saya. In shaa Allah saya sentiasa mendengar dan mengambilkira setiap pandangan dan kritikan daripada sahabat-sahabat Ahli Dewan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Bajet Negeri Perak yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada 29 November yang lalu memberikan gambaran bahawa Kerajaan Negeri Perak hari ini sentiasa bersikap bertanggungjawab dan memberikan sepenuh komitmen bagi melonjakkan potensi sedia ada tanpa mengenepikan pembangunan modal insan yang sudah tentulah merupakan satu pelaburan jangka panjang. Pengumuman-pengumuman bajet yang berkaitan portfolio saya iaitu Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan sudah pasti mengambil kira impak yang bersifat inklusif serta holistik. Bajet-bajet sedia ada dikekalkan serta dipertingkatkan dan ada juga beberapa program atau bajet baru yang turut diperkenalkan untuk tahun 2025 kelak. Sudah tentu saya menzahirkan rasa syukur serta terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri khususnya kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Pejabat Kewangan Negeri serta Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) di atas bajet negeri yang terus bersifat memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat jelata dan yang paling penting ianya akan memberi manfaat kepada rakyat negeri khususnya kepada mereka yang betul-betul memerlukan. Saya juga akan memberi respondan maklum balas kepada pertanyaan sahabat-sahabat Adun yang telah dibangkitkan dalam perbahasan mereka sebelum ini.

Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, saya mulakan penggulungan saya dengan menyentuh portfolio yang pertama iaitu pendidikan. Merujuk kepada teks belanjawan Yang Amat Berhormat Kota Tampan, sejumlah RM15.95 juta telah diperuntukkan di bawah portfolio pendidikan untuk meningkatkan aras pencapaian kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid bagi memacu sistem pendidikan yang terbaik kepada anak-anak sama ada di sekolah rendah mahupun menengah di Negeri Perak. Ini termasuklah mengekalkan peruntukan di bawah program pemantapan pelajar sekolah rendah yang akan memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas 3M ataupun isu yang sering dilontarkan iaitu defisit pembelajaran sebanyak RM0.24 juta.

Untuk maklumat sidang Dewan berdasarkan data, pelajar yang masih kurang atau berada defisit pembelajaran, data pada bulan Mac sebanyak 3,185 orang manakala data bulan Oktober apabila dilakukan proses program dan sebagainya, ia menurun kepada 2,145 orang. Manakala tiga daerah yang mempunyai kadar kurang kemahiran penguasaan 3M, Kinta Utara sebanyak 538, Larut Matang Selama 300 orang dan Manjung sebanyak 239 orang. Selain itu juga, RM0.24 juta juga turut disediakan bagi program pemantapan pelajar sekolah menengah khususnya dalam persiapan untuk menghadapi peperiksaan awam di bawah satu program yang kita panggil Program Pro-Pulih. Program Pro-Pulih melibatkan seramai 1,887 orang murid.

Berdasarkan data kutipan awal pada Jun 2024 yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga yang juga ada masalah penguasaan kemahiran asas. Pada bulan Ogos, kutipan data kedua setelah sekolah melaksanakan pelepasan atau Program Pro-Pulih yang terlibat hanya tinggal 1,565 orang dan menunjukkan pengurangan sebanyak 322 orang pelajar. In shaa Allah bagi data bulan November, ianya akan berlangsung sehingga 5 Disember 2024. Program gerak kerja pro-pulih ini adalah koloborasi antara Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersama dengan Yayasan Perak, merangkumi perkara-perkara berikut iaitu yang pertama, penggunaan bahan sokongan iaitu jurnal bacaan Pro-Pulih, sesi libat urus bersama Timbalan PPD Pembelajaran dan Penyelaras Daerah, sesi libat urus dan kunjung bantu kepada sekolah-sekolah fokus. Yang keempat, bimbingan bersiri kepada sekolah yang terlibat dan yang kelima, pelaksanaan aktiviti yang melibatkan PPD fokus iaitu PPD Manjung, PPD Kinta Utara, PPD Kinta Selatan, PPD Larut, Matang Selama dan PPD Hulu Perak. Usaha dan perancangan di bawah program "Tuisyen Cikgu Saarani" akan terus ditambahbaik serta dipergiatkan pada tahun 2025. Keberhasilan yang ditunjukkan melalui inisiatif "Tuisyen Cikgu Saarani" atau TCS yang mula digerakkan pada tahun 2020 adalah daripada idea Yang Amat Berhormat Kota Tampan sendiri telah telah membuahkan hasil dan memberikan impak yang positif. Hal ini dapat dilihat melalui pemberian insentif bantuan makanan percuma kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STAM dan STPM pada tahun 2024.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco.

Sekejap, saya habis dulu. Nanti saya bagi ruang. Ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada 5 GLC utama yang saban tahun menyumbang bagi Program Bantuan Makanan Percuma Peperiksaan Awam di bawah "Tuisyen Cikgu Saarani". Perak SADC, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Lembaga Air Perak, MB Inc. dan SSI merupakan 5 GLC yang telah menyumbang sebanyak RM3.42 juta bagi program berkenaan yang memberi manfaat kepada 27307 orang pelajar yang terdiri daripada 24,240 pelajar calon SPM, 2,947 pelajar STPM semester tiga. Calon Sijil Tinggi Agama 75 orang dan calon SPM di Kolej Vokasional seramai 25 orang. Sila, Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Exco. Bila YB Exco sebut tadi macam mana YAB Menteri Besar bagi apa support makan kan bila tuisyen semua. Saya baru terima whatsapp daripada seorang guru besar mengatakan RMT telah dihentikan. Saya pun tak tahu detail dia. Betul ke? Kenapa? Mulai minggu ini dihentikan.

Terima kasih kepada sahabat saya YB Alor Pongsu. RMT ini adalah Rancangan Makanan Tambahan yang diberikan kepada pelajar yang berada di golongan B40 di sekolah rendah. Ianya adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dan dia ada bilangan hari-hari tertentu yang diperuntukkan berdasarkan peruntukan. Kalau tak silap saya sekarang ini untuk 1 orang pelajar RM2.50 seorang bagi Rancangan Makanan Tambahan. Cuma untuk makluman YB Alor Pongsu, saya tak dapat info berkaitan dengan pemberhentian perkara tersebut. Mungkin saya akan buat semakan selepas ini kepada pihak Jabatan Pendidikan.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2024 sebanyak RM0.6 juta juga telah diperuntukkan untuk sumbangan pendidikan yang memberi manfaat kepada sekolah-sekolah bagi program-program kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan juga peningkatan akademik dan sebagainya dan jumlah yang sama juga telah diberi dalam Bajet 2025. Pada tahun 2024, sebanyak 148 permohonan telah diluluskan yang terdiri daripada sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah melalui PIBG yang telah mendapat manfaat bagi sumbangan pendidikan ini. Berkaitan dengan persiapan untuk SPM 2024, saya juga memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, saya sendiri telah berkunjung dan membuat engagement bersama pentadbir sekolah di tiga zon iaitu di zon tengah di Seri Iskandar pada 26 September. Di selatan, di Bagan Datuk pada 14 Oktober dan di utara pada 8 Oktober di Taiping yang melibatkan 237 buah sekolah yang kita beri penumpuan khusus kepada sekolah yang berprestasi sederhana dan rendah dalam peperiksaan percubaan SPM 2024 sebagai persiapan memastikan persiapan dan juga kesiapsiagaan sekolah dapat ditambahbaik menjelang SPM 2024.

Kita turun ke bawah, kita kenal pasti masalah dan kita cuba atasi masalah ini bersama dan menggarap idea-idea yang dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah-sekolah berkenaan. Untuk makluman, keputusan SPM 2023 yang lalu telah menunjukkan peningkatan yang positif dan antara yang terbaik bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Pencapaian layak sijil SPM bagi tahun 2023 telah meningkat berbanding tahun sebelumnya iaitu daripada 90.10% kepada 92.55% untuk SPM 2023. Bagi peperiksaan STPM pula, Purata Nilai Gred Kumulatif atau PNGK meningkat daripada 2.75 pada tahun 2022 kepada 2.83 pada tahun 2023.

Manakala bagi Sijil Tinggi Agama juga meningkat daripada 3.29 kepada 3.18. Sudah tentulah ia merupakan satu keputusan yang patut diraikan dan ianya tidak akan terjadi tanpa kerjasama dan cakna Kerajaan Negeri Perak, komitmen dan perancangan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, warga pendidik dan pentadbir sekolah yang sentiasa bertungkus-lumus memastikan agenda pendidikan ini terus diperkasakan dan akhirnya memberi manafaat kepada anak-anak Negeri Perak baik di bandar mahu pun di luar bandar.

Bagi memastikan peperiksaan awam terus dipertingkatkan pada tahun ini, buat julung-julung kalinya Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seluruh Negeri Perak telah mengadakan Program 'Jelajah Nyalaan Bara Api Bersama Cikgu Saarani'. Program motivasi ini bertujuan untuk menyuntik semangat bagi mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik bagi calon-calon peperiksaan SPM yang bakal tiba. Pelajar-pelajar ini turut diberikan pendedahan terhadap teknik-teknik pecutan akhir yang berkesan dan melibatkan 6 ribu pelajar atau calon SPM di 12 daerah seluruh Negeri Perak iaitu sebanyak 24 siri dan mereka ini terdiri daripada kumpulan pelajar potensi cemerlang dan juga potensi lulus.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri juga tidak pernah melupakan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan bantuan Sekolah Pendidikan Khas sebanyak RM0.2 juta. Bantuan sekolah pendidikan khas ini merangkumi program-program di bawah Jabatan Pendidikan Negeri khususnya untuk pelajar-pelajar murid berkeperluan khas. Bagi tahun 2024, antara program yang telah dijalankan adalah Program 'Perak Special Education Got Talent' pada 29 Jun, 'Perak Special Education Day 2024 Stand Together', 'Perak Sejahtera' 8 hingga 10 Oktober, 'Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Malaysia dan Sejarah' bagi murid calon berkeperluan khas pada 16 dan 17, Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas 20-21 Mei dan juga Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Perak pada 13 hingga 15 Ogos.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin merespon kepada Yang Berhormat Kuala Kurau berkenaan Sekolah Menengah Pelangi Perdana. Untuk makluman Kuala Kurau dan seluruh Ahli Dewan, projek pembinaan sekolah baru, 36 bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SMK Pelangi Perdana, Parit Buntar telah diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua RMK Ke-11 dengan kos keseluruhan sebanyak RM52,793,444.33. Tarikh siap asal adalah pada 27 Julai 2020, berdasarkan tempoh milik tapak pada 9 April 2018. Namun begitu, akibat daripada kekangan dan kesukaran dalam melaksanakan kerja-kerja rawatan tanah, projek tersebut dijangka akan disiapkan pada awal tahun 2028. Kemajuan fizikal projek ini bersatus projek sakit berdasarkan tafsiran di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, Tatacara Pengurusan Projek Sakit dan Pelantikan Kontraktor Penyiap bagi Projek Sakit akan mengalami kelewatan melebihi 2 bulan atau 20%, mana yang terdahulu berbanding jadual ditetapkan dalam kontrak dan kontraktor adalah tidak berupaya untuk memperbaiki prestasinya di mana sehingga 31 Oktober 2024 kemajuan fizikal adalah sebanyak 25% berbanding jadual asal sebanyak 100%.

Justeru itu, Pejabat Pembangunan Negeri Perak, PPN Perak selaku agensi pemantau projek-projek di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan telah mengambil beberapa tindakan awal termasuk mengadakan beberapa siri lawatan serta mesyuarat intervensi. Laporan berkaitan status projek ini juga turut dilapor dan dibincangkan di pelbagai platform seperti Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta Mesyuarat

Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Perak yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Berkaitan berkenaan pertanyaan Manjoi mengenai cadangan memperkasakan Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN). Suka saya memaklumkan sehingga tahun 2024 seramai 694 murid dan 30 orang guru terlibat dalam program ini. Guru ini merupakan guru sambilan tidak terlatih yang dilantik oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak. Pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan kepada pihak Jabatan Agama Islam bagi pembayaran elaun guru berjumlah RM600 sebulan yang merangkumi 12 kali kelas sebulan. Bagi tahun 2025 Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak masih mengekalkan peruntukan berjumlah RM50 ribu. Ia berkaitan dengan perancangan program-program yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan (AIMAN) yang terdiri daripada pegawai Jabatan Agama Islam dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Namun demikian, Jawatankuasa akan meneliti dan mengkaji keperluan program dari semasa ke semasa bagi manafaat kepada murid-murid AIMAN.

Berkenaan biasiswa Yang Amat Berhormat Menteri Besar di bawah penyeliaan Yayasan Perak bagi tahun 2025, kita mensasarkan seramai 926 orang penerima berbanding pada tahun 2024 sebanyak 875 dengan peruntukan yang sama sebanyak RM1 juta. Sementara itu, bagi Program Simpanan Pendidikan Anak Perak atau pun TASPEN, terdapat penambahan bajet dari tahun sebelumnya iaitu RM1 juta berbanding RM0.6juta pada tahun ini iaitu peningkatan sebanyak RM0.4juta. Bantuan ini merupakan insentif tabungan jangka masa panjang bagi setiap anak-anak kelahiran baru Negeri Perak yang telah memenuhi syarat. Bantuan ini dilaksanakan bersama PTPTN sebagai rakan strategik yang telah menyediakan satu skim simpanan di bawah Akaun Simpanan SSPN Prime sebagai satu galakan kepada ibu bapa untuk menanggung bagi tujuan pendidikan masa depan anak-anak. Setiap kelahiran baru yang diluluskan layak menerima RM200 sebagai tabungan permulaan di bawah skim tersebut. Bagi tahun 2024 peruntukan diluluskan sebanyak RM0.6 juta telah memberi manafaat kepada 3 ribu bayi dan kanak-kanak dari seluruh Negeri Perak. Bagi tahun 2025 peruntukan sejumlah RM1.0 juta dijangka memberi manafaat seramai 5 ribu bayi kelahiran baru dan kanak-kanak yang layak menerima tabungan permulaan ini pada tahun hadapan. Sebagai rekod, sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2010, seramai 35,651 bayi dan kanak kanak telah menerima manafaat Insentif ini melibatkan peruntukan kewangan sejumlah RM7,130,200.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya terus kepada portfolio kedua iaitu pendidikan tinggi atau pun mahasiswa. Berkenaan pertanyaan Yang Berhormat Kuala Sepetang bagi maksud Bantuan Baucar Buku Mahasiswa, suka saya maklumkan bahawa ini merupakan satu program baharu bagi membantu meringankan beban mahasiswa anak-anak Perak khususnya bagi kategori B40. Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Anak-Anak Perak ini akan memberi manafaat kepada 5 ribu penerima dengan nilai baucar RM150 seorang dan melibatkan peruntukan sebanyak RM0.75 juta. Kita akui kita tidak mampu untuk memberikan kepada semua mahasiswa anak-anak Perak tetapi memberi fokus kepada mereka yang kurang berkemampuan dan menepati syarat-syarat permohonan.

Yang kedua, Bantuan Sara Diri Dan Kecemasan Mahasiswa Anak-Anak Perak. Yang ini merupakan bantuan yang sangat popular di kalangan para mahasiswa. Atas keprihatinan Kerajaan Negeri Perak, bantuan ini telah dinaikkan sekali ganda dengan nilai RM4 juta berbanding RM2 juta pada tahun-tahun sebelumnya. Untuk makluman, Dewan Yang Mulia pada tahun 2023, bantuan ini telah memberi manfaat kepada mahasiswa anak-anak Perak seramai 3,482 penerima. Manakala bagi tahun 2024 pula, telah membantu seramai 3,846 penerima iaitu pertambahan sebanyak 364 orang penerima. Cuma pada tahun lalu atau pada tahun 2023, kita telah membuka permohonan bagi dua fasa, namun bagi tahun 2024 hanya mampu membuka permohonan pada fasa pertama sahaja kerana kehabisan peruntukan. Seperti yang saya maklumkan tadi, bantuan ini sentiasa dinanti-nantikan oleh mahasiswa anak-anak Perak. Saya akui berlaku sedikit kelewatan bagi pembayaran kepada mahasiswa.

Akan tetapi kita sentiasa menambahbaik kaedah pelaksanaan bantuan ini bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada mahasiswa. Kerajaan Negeri juga telah menaikkan sumbangan bagi tujuan insentif mahasiswa dalam dan luar negara daripada RM0.62 juta kepada RM0.69 juta pada tahun hadapan. Insentif ini diselaraskan di bawah Yayasan Perak dan bakal memberi manafaat kepada 9,100 untuk penerima dalam negeri dan 104 orang penerima bagi insentif luar negara. Sebanyak RM0.4 juta juga bagi program pengupayaan mahasiswa agar program-program yang dijalankan oleh IPTA, IPTS, kolej dan juga IPG akan memberi nilai tambah kepada mahasiswa dan mahasiswi khususnya dalam meningkatkan kualiti kecemerlangan akademik serta kemahiran insaniah bagi potensi modal insan yang kompetitif pada masa hadapan.

Saya terus kepada portfolio yang ketiga iaitu belia, sejumlah RM0.6 juta telah diperuntukkan untuk pelaksanaan Program Dewan Belia sebagai sebuah platform kepada perwakilan terpilih untuk mencadang dan membahaskan usul berkaitan isu-isu belia semasa, juga ianya sebagai pentas melahirkan pemimpin pelapis berwibawa dari segenap pelusuk Negeri Perak yang cakna dan seterusnya menyumbang kepada input untuk formulasi polisi Kerajaan Negeri Perak. Program yang telah diperkenalkan sejak tahun 2015 ini telah terbukti keberkesanannya apabila telah melahirkan ramai belia yang berkebolehan dan menyumbang kembali kepada pembangunan belia dalam negeri. Justeru itu, saya juga mengambil kesempatan untuk menjemput anak-anak muda yang ingin menyertai pemilihan baru Perwakilan Dewan Belia Perak yang akan dijangka berlangsung pada suku pertama tahun 2025. Beberapa perkara akan ditambahbaik dan juga diperbanyakkan program-program yang dekat dengan jiwa orang muda, menepati fungsi dan keberadaan mereka dalam tempoh mereka memegang jawatan.

Untuk makluman, Dewan Belia Perak menjadi rujukan Parlimen Malaysia bagi kaedah pelaksanaan dan juga fungsi Dewan Belia Parlimen. Yang Berhormat Chenderoh turut membangkitkan berkenaan peruntukan untuk Dewan Belia sebanyak RM0.6 juta berbanding Program Pembangunan Belia sebanyak RM0.4 juta. Peruntukan Dewan Belia disediakan bagi membolehkan pelaksanaan perancangan program bagi membolehkan belia berpotensi dipilih dan dilatih untuk terlibat dalam program Dun Belia meliputi program-program pembangunan belia. Manakala peruntukan pembangunan belia pula lebih terbuka kepada cadangan program yang akan dikemukakan oleh persatuan atau kelab belia itu sendiri.

Saya terus kepada agenda atau portfolio yang seterusnya iaitu sukan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas di atas kejayaan atlet yang mewakili Negeri Perak dalam Temasya SUKMA ke-21 Sarawak 2024 yang telah berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos 2024 dan juga Kejohanan Para SUKMA yang berlangsung pada 22 hingga 28 September 2024. Di Temasya Sukan Malaysia pada kali ini, kita telah berjaya meraih 129 pingat keseluruhan iaitu 35 pingat emas, 38 pingat perak dan 56 pingat gangsa. Bagi para SUKMA, Atlet Perak telah meraih 67 pingat secara keseluruhan iaitu 25 pingat emas, 22 pingat perak dan 20 pingat gangsa. Sehubungan itu, atlet-atlet yang telah berjaya telah diraikan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri pada 9 Oktober 2024 yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Terima kasih dan setinggi penghargaan juga kepada Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Chef De Mission dan Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri selaku Deputy Chef De Mission untuk Kontinjen SUKMA Negeri Perak. Tidak lupa juga kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak selaku Chef De Mission bagi kontinjen para SUKMA Negeri Perak.

Penghargaan saya dan Kerajaan Negeri Perak khususnya kepada para atlet, jurulatih, pengurus, persatuan sukan, ibu bapa, atlet dan tidak lupa kepada warga kerja Majlis Sukan Negeri Perak yang diketuai oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak yang sememangnya komited dan tidak mengenal lelah bagi memastikan kejayaan di SUKMA Sarawak. Untuk makluman, jumlah keseluruhan insentif kemenangan yang diberikan adalah sebanyak RM1.102 juta bagi kesemua para pemenang pada temasya tersebut. Kerajaan Negeri juga sangat berterima kasih kepada rakan-rakan strategik daripada jabatan agensi dan syarikat GLC Negeri Perak yang dilantik sebagai agensi angkat dan memberi tambahnilai sebaik mungkin kepada pencapaian atlet SUKMA Negeri Perak. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang turut banyak membantu pasukan-pasukan baik sebelum, semasa dan juga selepas temasya SUKMA di Sarawak tempoh hari. Tambahan pula lagi, Majlis Sukan Negeri Perak telah mula giat melakukan persiapan menuju SUKMA 2026 di Selangor.

Perancangan persiapan atlet turut meliputi aspek kemudahan latihan dan psikologi yang akan bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui peruntukan sebanyak RM0.3 juta. Aplikasi sains sukan yang diterapkan ketika latihan dan pertandingan dapat melahirkan atlet yang cukup stamina daripada segi fitness. Selain jurulatih sedia ada, kita juga mempunyai jurulatih strength and conditioning untuk memastikan atlet dalam keadaan memuaskan dan terus dipantau bagi maksud itu agar kecemerlangan ini dapat diteruskan, Kerajaan Negeri Perak menerusi Majlis Sukan Negeri Perak akan meneruskan program Belang Tarung 3 Warna Extended Version 2.0, 2025 dengan peruntukan sebanyak RM0.5 juta. Bagi memastikan kejayaan dan keberkesanan program ini, beberapa pendekatan dan perancangan strategi bermula dari pemilihan atlet hinggalah ke elemen peningkatan prestasi atlet ke tahap yang lebih optimum bagi mencapai objektif program tersebut.

Antaranya ialah projek khas iaitu Projek Atlet Podium Perak dan atlet potensi penumpuan sukan sasaran seperti sukan kombat, sukan teknikal dan sebagainya. Penyertaan kejohanan luar negara, attachment atau izin dengan izin latihan luar negara, kem motivasi, pemilihan jurulatih berkaliber, analisis data, khidmat sokongan pengurusan dan sains sukan dan untuk makluman atlet yang bertanding di Sarawak yang masih layak lagi bertanding di SUKMA 2026 bagi sukan wajib adalah seramai

262 orang atlet yang masih layak lagi bertanding di SUKMA Sarawak 2026. Inilah kekuatan yang perlu kita garap supaya mereka boleh memberi kecemerlangan ketika SUKMA 2026. Antara sukan-sukan yang mempunyai bilangan atlet yang masih layak bertanding di SUKMA 2026 seperti akuatik renang 12 orang, memanah 15 orang, olahraga 26 orang, judo 14 orang dan silat 15 orang.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih dan atas pandangan dan juga saranan daripada sahabat saya, YB Sungai Manik berkenaan pengupayaan kepada persatuan sukan. Tahniah juga kepada YB Sungai Manik kerana Sukan Muay Thai di bawah jagaan YB Sungai Manik telah menyumbang 5 emas untuk SUKMA Sarawak tempoh hari antara penyumbang emas terbanyak kepada kontinjen Perak. Pengiktirafan kepada Persatuan Sukan Negeri yang cemerlang telah diambil perhatian yang sewajarnya melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Majlis Sukan Negeri pada 29 September 2024 yang telah dipengerusikan oleh saya sendiri. Mesyuarat berkenaan telah bersetuju untuk memberi pemberian insentif khas kepada semua persatuan yang telah berjaya mencapai sasaran pingat yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak pada SUKMA Sarawak.

Insentif ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Perak terhadap usaha dan komitmen berterusan persatuan dalam memajukan sukan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh persatuan sukan negeri dalam mencapai sasaran serta membina budaya prestasi, prestasi tinggi yang lebih komprehensif. Insentif khas ini akan diberikan berdasarkan pencapaian dalam acara SUKMA. Sekiranya atlet dibawah persatuan, persatuan tersebut memenangi pingat emas di temasya SUKMA, pemberian insentif akan diberikan mengikut kategori bilangan pingat emas yang dimenangikan seperti berikut. Kepada persatuan sukan yang memenangi 1 hingga 3 pingat emas insentifnya RM5 ribu. Yang menenangi 4 hingga 7 pingat emas RM10 ribu dan 8 pingat emas ke atas RM15 ribu. Kerajaan Negeri Perak juga sentiasa cakna dan menghargai jasa bekas.

Terima kasih Yang Berhormat Exco saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Exco dan Kerajaan Negeri di atas pelbagai usaha untuk mengiktiraf Persatuan Persatuan Sukan Negeri. Insentif-insentif yang diberikan itu saya pasti akan menjadi satu motivasi kepada Persatuan Persatuan Sukan Negeri untuk melahirkan lebih ramai atlet atlet yang berpotensi untuk kita memenangi pingat di SUKMA yang akan datang. Saya selaku Naib Presiden Kesatuan Olimpik Malaysia ingin mencadangkan supaya sumbangan urus tadbir untuk Persatuan Persatuan Sukan Negeri ini ditambah kerana RM100 ribu yang diperuntukkan itu pada hemat saya adalah sangat terhad. YB Exco sendiri yang menerajui Persatuan Bola Baling Negeri Perak, saya rasa sangat faham bahawa urusan pentadbiran persatuan sukan negeri ini memerlukan sumber kewangan yang banyak dan mereka bukanlah mudah untuk mendapatkan sponsorship daripada syarikat-syarikat dan sebagainya. Jadi saya mohon untuk Kerajaan Negeri mempertimbangkan supaya sumbangan urus tadbir kepada persatuan persatuan sukan negeri ini dapat ditambah. Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Terima kasih YB Rungkup atas pandangan berkaitan dengan bantuan pengupayaan kepada persatuan sukan negeri. Untuk makluman, kita ada lebih kurang 45 persatuan sukan yang bernaung dengan Majlis Sukan Negeri dan ini merupakan julung-julung kali kita memberi sumbangan kepada pengupayaan kepada urus tadbir persatuan sukan negeri dan In shaa Allah ianya akan menjadi titik permulaan untuk kita mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk diberi peruntukan yang lebih kepada pengurusan sukan. Seperti kata YB Rungkup, YB Sungai Manik, pengurusan persatuan sukan ini adalah kerja sukarela dan In shaa Allah saya pun telah berbincang dalam mesyuarat pengurusan Majlis Sukan Negeri untuk kita letak rating kepada persatuan sukan ini supaya persatuan yang aktif dan mengikut lunas lunas peraturan oleh pesuruhjaya sukan kita akan letak di rating 1 atau rating A supaya proses penyaluran peruntukan itu berdasarkan rating dan melihatkan kemampuan pengurusan persatuan sukan untuk mengurus tadbir sukan-sukan tersebut.

Sebagai menghargai bekas bekas atlet Negeri Perak yang ada di antara mereka berada dalam keadaan keperitan keuzuran saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah memperuntukkan sebanyak RM0.05 juta bagi tujuan sumbangan kepada mereka yang terbabit yang akan diselaraskan oleh Majlis Sukan Negeri Perak sebab ada di kalangan bekas-bekas atlet Negeri Perak yang sekarang ini terlantar tidak boleh menguruskan diri dan sebagainya dengan adanya sedikit sumbangan ini, secara tidak langsung kita boleh meringankan dan juga menghargai segala pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan semasa mereka ini mewakili Negeri Perak. Beberapa soalan berkenaan kemudahan sukan daripada Pasir Panjang, Batu Kurau dan juga Ayer Kuning iaitu berkaitan dengan pembinaan kompleks sukan yang tertakluk kepada lokasi dan hak milik tanah untuk dinilai kesesuaiannya.

Perkara ini perlu diangkat melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pejabat Belia Sukan Daerah dan akan dinilai oleh Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan. Kalau di Manjung sendiri sudah ada Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung yang serba lengkap dan Kompleks Belia dan Sukan Tapah turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan yang merangkumi gelanggang futsal, bola tampar, badminton, sepak takraw dan gelanggang bola jaring untuk digunakan oleh komuniti setempat sebagai pilihan untuk beriadah dan bersukan. Berkenaan baikpulih gelanggang futsal yang dibangkitkan oleh Batu Kurau. Berdasarkan rekod Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, terdapat empat buah gelanggang futsal yang telah dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan di dalam kawasan Dun Batu Kurau. Keempat empat gelanggang ini telah diserahkan kepada pemilik-pemilik tanah sejak tahun 2019 dan 2020 yang lalu. Walau bagaimanapun, pihak kementerian akan meneliti dan menilai permohonan naik taraf atau baik pulih ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 berpandukan keutamaan serta justifikasi yang kukuh. Syarat syarat naik taraf fasiliti sukan dan juga peruntukan semasa yang diperolehi. Yang Berhormat Timbalan di-Pertua saya ingin juga menjelaskan berkaitan dengan PORT ataupun People of Remarkable Talents…

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat seperti baru-baru ini kita dapat melihat pelbagai kes serangan sakit jantung khususnya di gelanggang-gelanggang yang indoor. Jadi saya ingin bertanya kepada Berhormat, Yang Berhormat sama ada pada masa yang akan datang, kita akan mewajibkan untuk memasang AED dalam setiap gelanggang indoor? Apakah pandangan Yang Berhormat? Terima Kasih.

Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Baru ni saya dah menguruskan satu permohonan naiktaraf dan baipulih tiga gelanggang futsal di Dun Trong ni dan saya dah bagi respon melalui borang yang disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan. Jadi, saya harap supaya permohonan naik taraf tiga gelanggang sukan yang saya pernah pohon daripada pihak YB Exco ni dapat dimasukkan dalam apa, apa perancangan untuk tahun depan.

Terima kasih kepada YB Tronoh berkaitan dengan pemasangan LED.

AED.

Ini satu cadangan yang cukup baik dan kita akan fikir dan cari kaedah yang sesuai bagi memastikan tahap kesihatan para penggiat sukan dapat kita jaga dan memastikan semuanya berada dalam keadaan sihat sebelum menjalankan aktiviti-aktiviti sukan khususnya yang melibatkan kegiatan fizikal dan sebagainya. Berkaitan dengan YB Trong tadi, In shaa Allah saya akan masukkan dalam senarai yang kita akan hantar kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Yang Berhormat. Satu lagi berkaitan dengan sebelum Yang Berhormat masuk kepada topik PORT tadi tu berkaitan dengan juga pembangunan sukan iaitu pembangunan sukan bola sepak. Saya merujuk kepada kenyataan YB dalam STRATCOM pada 6 November yang lepas berkaitan dengan galakan menubuhkan akademi bolasepak oleh milik persendirian, swasta atau NGO. So, apakah Yang Berhormat sebut dalam kenyataan tu menggalakkan lah dan bantuan akan diberi kepada penubuhan mana-mana pihak untuk menubuhkan akademi bola sepak, academy soccer kids dan sebagainya. So, dalam dalam bajet kita tak nampak satu yang signifikan. Mungkin ada perancangan daripada Yang Berhormat Exco. Bagaimana bantuan yang boleh diberi kepada mana mana pihak yang nak menubuhkan atau dah menubuhkan akademi bola sepak? Termasuklah academy soccer ni. Terima kasih.

Terima kasih Manong berkaitan dengan penubuhan academy atau soccer kid di kalangan masyarakat merupakan antara yang cukup popular pada masa kini dan selalunya pihak pengurusan soccer kid…soccer kid ni akan memohon peruntukan untuk membuat kursus, kejurulatihan untuk buat pertandingan dan selalunya kita akan beri menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada saya pejabat Exco di bawah program sukan. Maknanya kepada mereka yang terlibat dengan soccer kid untuk tahun 2024 ni hampir 10 ke 11 program soccer kid yang memohon dan kita salurkan peruntukan berdasarkan kepada kedudukan dan juga amaun yang mereka rasakan sesuai berdasarkan aktiviti dan program yang disusun. In shaa Allah kita sentiasa menggalakkan tambah pula, bola sepak merupakan sukan popular bagi negeri kita.

Tuan Timbalan Yang di-Pertua berkaitan dengan PORT tadi. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kerana meneruskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi PORT meneruskan program-program yang sememangnya mendapat sambutan yang hebat dan menggalakkan daripada mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti kreatif sama ada seni budaya dan sebagainya. Antara program-program yang disusun oleh PORT antaranya, Kem Belia Kreatif. Ini antara satu program yang cukup popular. Ipoh International Art Festival, Ipoh Music Simposium, Dana Kreatif Perak. Ini kita beri dana kepada pengkarya-pengkarya seni yang berumur 18 hingga 50 tahun untuk mereka mendapat sumbangan daripada Kerajaan Negeri berkaitan dengan karya dan juga hasil-hasil seni berdasarkan kepada kreativiti mereka. Kemudian kita ada Arkib Muzik Perak, Podcast, Projek Panggung, Port School dan juga portfolio. Ipoh International Art Festival merupakan sebuah Festival Seni Kontemporari yang melibatkan pelbagai jenis seni, di mana penggiat seni dalam dan luar negara dijemput untuk menyertai dan mempamerkan kreativiti dan idea masing-masing di bandar raya Ipoh.

Beberapa komponen seni seperti seni visual, seni muzik dan seni persembahan akan melibatkan para penggiat seni terkenal dan terpengaruh di dalam dunia seni. Ipoh Muzik Simposium atau IMS dianjurkan untuk mengumpul input dan pelbagai perspektif, berkaitan bidang muzik melalui sesi pembentangan makalah bagi membuka perbincangan mengenai kesan seni muzik ke atas masyarakat khususnya generasi muda dari sudut sosial, politik, sejarah, estetik, budaya, agama dan ekonomi. Antara program yang diaturkan adalah pembentangan makalah oleh para akademik dan pemegang taruh industri muzik, penganjuran bengkel, pameran, forum dan persembahan pentas.

Izinkan saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Kota Tampan berkaitan dengan peruntukan RM3 juta kepada Perbadanan Perpustakaan Negeri Perak bagi tujuan menaiktaraf kemudahan sedia ada dan mewujudkan Perpustakaan Digital atau Digital Library, Seiring dengan kepesatan dan perkembangan teknologi maklumat. Digital Library ni adalah satu pendekatan ilmu yang baru di mana kita bukan setakat mendapat ilmu daripada perpustakaan tetapi melalui meneroka teknologi-teknologi tertentu dan kita boleh access secara elektronik kepada masyarakat dari segi aspek pendidikan, sosial, ekonomi dan juga perkara-perkara yang boleh memberi pengalaman khususnya kepada anak-anak kita dalam mengaplikasikan perkara-perkara berkaitan dengan STEM, TVET melalui teknologi terkini yang disediakan. So, mengakhiri penggulungan saya pada hari ini saya menzahirkan ucapan…

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Exco ada satu soalanlah. Pertama sekali Exco, kaitan dengan kompleks sukan lah yang kita mohon untuk diwujudkan di kawasan Lekir. Setahun dah di Manjung dah ada satu. Tapi di Lekir ni kan satu jarak antara Lekir dengan Manjung agak jauh dan kemudian penduduk ni dah terlalu ramai di Lekir akan bahawa akan jadi bandar satelit di Lekir tu dan permohonan untuk kompleks sukan atau padang awam ni dibuat dah begitu lama Exco. Semasa saya ingat rakan YB Pasir Panjang dulu pun dia dah pernah mohon dan kemudian selepas itu pun dan sekarang ni kita minta lah pertimbangan yang sewajarnya daripada Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah kompleks sukan di Mukim Lekir. Yang keduanya yang saya terlepas tadi ialah tentang satu penjelasan daripada YB Exco berkaitan dengan permohonan warga Daerah Manjung untuk mendapatkan sebuah sekolah berasrama penuh ataupun MRSM yang pecah tanah pernah dibuat oleh Yang Amat Berhormat pada tahun 2021 dan ni pula dia orang kata pula kan, kita dok tunggu…tunggu…tunggu tengok-tengok yang mendapat rezekinya ialah Bagan Datuk, SMKA. Jadi kita belum ada lagi. Jadinya minta lah YB Exco bagi satu jaminan ataupun berita yang baik bagi warga Daerah Manjung. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih sahabat saya Pasir Panjang, berkaitan dengan yang pertama tentang kemudahan sukan atau kompleks sukan di Lekir. In shaa Allah kita akan bincang bersama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung untuk kita lihat keperluan berkaitan dengan pewujudan kompleks sukan di Lekir tu yang berkaitan dengan yang kedua berkaitan dengan sekolah asrama penuh di Manjung, memang kita sentiasa angkat dan mohon kepada pihak Kementerian Pendidikan khususnya Bahagian Sekolah Berasrama Penuh. Cuma kita faham bukan satu yang mudah untuk diberi tambahan pula di Perak ni kita ada tujuh, sudah ada tujuh sekolah berasrama penuh yang di antara negeri yang paling banyak sekolah asrama penuh dan In shaa Allah kita akan memahami hasrat dan juga impian warga Manjung berkaitan dengan pengwujudan sekolah asrama penuh. Cuma untuk makluman Manjung ni cuma dapat bangunan PPD baru iaitu PPD Manjung akan dapat bangunan baru mengatasi masalah kesesakan di PPD lama. Itu memang dah…

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Cuma YB di semua daerah dalam Negeri Perak ni ada sekolah tu tapi Manjung tak ada lagi. Jadi pelajar-pelajar kita anak-anak kita yang hebat-hebat ni pergi ke daerah lain untuk mengharumkan daerah tersebut dan Manjung ni kurang harum bila mana kita kita dapat keputusan peperiksaan dan sebagainya. Jadi itulah harapan warga Manjung. Terima kasih.

In shaa Allah saya cukup memahami. Bukan Daerah Manjung tak ada SBP, Daerah Perak Tengah pun tak ada sekolah asrama penuh. Tapi ada MRSM, MRSM lain. Dia MRSM di bawah Kementerian Desa dan Wilayah. Manakala sekolah berasrama penuh ni di bawah Kementerian Pendidikan. Dua benda yang berbeza. In shaa Allah saya cukup memahami. Saya cukup memahami kehendak dan juga impian rakyat Manjung, khususnya dalam pengwujudan sekolah berasrama penuh ini.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

YB Exco terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Changkat Jering ada satu kalau boleh permohonanlah. Adakah baik pulih padang di bawah Exco juga? Sebab padang ni terletak di belakang orang kata sub komuniti yg ada gelanggang futsal, ada tempat permainan. Padang itu adalah terletak dalam kompaun yg sama dan padang tersebut memang dah lama tak boleh digunakan. Sebab padang itu bila hujan memang banjir dan juga memang tak bolehlah nak digunakan komuniti hampir 5, 6 tahun memang tak boleh. Jadi, dia perlu dibaikpulih. Kalaulah ianya di bawah pihak bawah Exco saya haraplah agar dibaik pulih kan padang itu yang terletak di pekan Bukit Gantang. Depan tu adalah gelanggang futsal dan taman permainan kanak-kanak dan di belakang itu adalah padang yang perlu dibaikpulih. Terima kasih.

Terima kasih kepada YB Changkat Jering. Saya mohon diberi perincian berkaitan dengan situasi padang di pekan Bukit Gantang ni. Minta tolong untuk kita lihat dan juga buat semakan dan sebagainya. Mengakhiri penggulungan saya pada hari ini, saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Dewan di atas keprihatinan terhadap isu yang berkaitan dengan pendidikan pengajian tinggi, belia dan sukan. Semoga apa yang kita bincang dan rancang pada hari ini akan memberi manafaat kepada seluruh rakyat negeri Perak. Wabillahi Taufiq Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Teja untuk menggulung perbahasan. Sila.

Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas Dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti lintas langsung sidang Dewan pada hari ini. Saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah, sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 1 November lalu. Dirgahayu Tuanku. Didoakan Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan dilimpahi kerahmatan dan keampunan Tuhan serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan Negeri Perak 2025 bagi Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas. Terima kasih juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang amat prihatin dan telah menyentuh isu-isu berkaitan perumahan dan kerajaan tempatan.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan penggulungan pada hari ini dengan menyentuh mengenai portfolio perumahan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2024, sebanyak empat projek LPHP telah berjaya memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dengan jumlah keseluruhan 957 unit rumah yang terdiri daripada Taman Tualang Baru 233 unit Rumah Perakku 3, Perwira Batang Padang 596 unit Rumah Perakku 2, Taman Datuk Nazri 28 unit Rumah Perakku 1 dan juga Taman Kerian Putra Dennis Town 100 unit Rumah Perakku 1. LPHP turut mensasarkan sebanyak 9 projek perumahan untuk memperolehi CCC pada tahun 2025. Projek-projek ini melibatkan sebanyak 1733 unit rumah dan 28 unit kedai pejabat. Kerajaan Negeri melalui LPHP telah mewujudkan Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit dan Pemulihan Projek Terbengkalai yang berperanan memantau projek sakit dan terbengkalai mulai tahun ini. Jawatankuasa ini memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu pemantauan rapi terhadap pembangunan perumahan bermasalah, pengumpulan data serta maklumat teknikal yang komprehensif, selain usaha pemulihan projek terbengkalai secara sistematik dan juga efisien. LPHP juga telah mewujudkan Program Skim Sewa Perak Sejahtera (SSPS) sebagai inisiatif untuk membantu golongan sasar untuk menyewa kediaman pada harga yang lebih rendah dari nilai pasaran.

Tujuan SSPS dilaksanakan adalah untuk menyediakan perumahan buat golongan yang masih belum berkemampuan untuk membeli rumah sendiri atau tidak layak mendapat pembiayaan kewangan bagi membeli rumah. SSPS menawarkan diskaun 20% daripada kadar semasa sewaan di sesuatu kawasan. Bagi tahun 2025, tambahan sebanyak 41 unit SSPS akan ditawarkan di Daerah Kerian dan 31 unit di Daerah Batang Padang. Timbalan Yang di-Pertua, pada tahun 2024 LPHP turut memperkenalkan satu inisiatif khas bagi membantu penduduk setinggan yang berpendapatan rendah dan tidak layak mendapat pembiayaan perumahan daripada institusi kewangan. Inisiatif ini dinamakan sebagai Pinjaman Perumahan Perak Sejahtera (PPPS). Seramai 30 orang penduduk setinggan Sungai Kerian telah menerima manfaat melalui inisiatif ini di mana ia melibatkan peruntukan berjumlah RM4.5 juta. Tempoh bayaran adalah selama 25 tahun tanpa sebarang faedah. PPPS ini turut berperanan untuk melengkapkan ekosistem perumahan iaitu dengan izin availability ketersediaan, affordability mampu milik dan accessibility kemudahan pembiayaan.

Seiring agenda Perumahan Sejahtera di bawah Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030, LPHP turut bertanggungjawab menyediakan perumahan sosial untuk disewa oleh golongan berpendapatan rendah. Sebanyak 14 projek PPR yang merangkumi 2,842 unit disediakan di seluruh Negeri Perak dengan kadar sewa serendah RM40 sehingga RM120 sebulan. Untuk tahun 2024, bagi memastikan keselesaan dan daya huni yang kondusif di setiap PPR, LPHP telah membelanjakan sebanyak RM4.7 juta bagi kerja-kerja penggantian lif baru di PPR Pangsapuri Seri Kepayang, penyelenggaraan lif di PPR Simpang Perdana Taiping, pangsapuri penempatan semula nelayan Pangkor dan mengecat semula bangunan, menurap jalan serta perkhidmatan kebersihan bagi kesemua projek tersebut. Bagi memenuhi permintaan PPR yang sangat tinggi di Negeri Perak, Kerajaan Madani telah meluluskan dua buah projek PPR baharu iaitu PPR Lenggong dengan peruntukan sebanyak RM48 juta dan PPR Tambun dengan peruntukan sebanyak RM148 juta. Dengan pertambahan dua projek ini sudah pasti akan meningkatkan bilangan unit kediaman PPR dengan sebanyak 680 unit di negeri Perak. PPR baru ini merupakan berita baik buat warga Negeri Perak terutamanya setelah sekian lama kita menantikan kelulusannya. Pembinaan PPR ini akan memberi peluang yang baru kepada rakyat negeri Perak yang memerlukannya dan akhirnya membawa harapan yang dinanti-nantikan untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Selain itu, LPHP turut memberi perhatian kepada aspek kesejahteraan sosial bagi penduduk PPR dengan memperkenalkan beberapa inisiatif pada tahun ini. Ini termasuk program tuisyen Bahasa Inggeris percuma di PPR Simpang Perdana, Taiping. Program ini telah mula dilaksanakan pada Januari 2024, di mana seramai 20 orang pelajar yang merupakan anak-anak penduduk PPR telah menerima manfaat tersebut. Selain itu, pusat jagaan kanak-kanak di PPR Pangsapuri Seri Kepayang, Ipoh juga diusahakan kerja pengubahsuaian premis pusat jagaan tersebut telah disiapkan pada tahun ini dan akan mula operasi pada Februari 2025. Pusat ini bukan sahaja dapat menempatkan seramai 28 orang kanak-kanak penghuni PPR dan pusat jagaan ini juga menawarkan kadar yuran penjagaan yang lebih rendah dari harga pasaran. Pusat jagaan ini bertujuan untuk menyediakan penjagaan kanak-kanak yang lebih selamat dan berkualiti, pada masa yang sama juga memberi peluang kepada suri rumah untuk bekerja dan menambah pendapatan isi rumah. LPHP akan terus berusaha untuk melaksanakan inisiatif yang sama di PPR yang lain dari masa ke semasa.

Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui LPHP sentiasa berusaha untuk memainkan peranan yang lebih proaktif sebagai peneraju pembangunan perumahan Negeri Perak. Pada tahun 2024, LPHP telah memeterai satu memorandum persefahaman dengan Jabatan Perumahan Negara bagi membela kepentingan pembeli rumah yang terjejas dengan projek-projek perumahan swasta yang sakit atau terbengkalai. Selain itu, LPHP juga telah menjalin kerjasama dengan Perak GIS bagi tujuan membangunkan dashboard perumahan Negeri Perak.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Minta laluan. Selinsing. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan juga Teja. Sedikit persoalan berkenaan dengan harga rumah. Kalau ikut kepada Indeks Harga Rumah Malaysia 2023, untuk Perak dia meningkat 3.5%. Jadi harga purata rumah di Perak ni dia sekitar RM265 ribu ke atas lah untuk rumah mampu milik. Jadi, soalan dia bagaimana pihak Kerajaan Negeri sama ada melalui LPHP ke, bagaimana kita nak supaya dia dikekang lah. Kalau tidak ramailah yang tidak mampu. Masalah ketidakmampuan ni... satu, masalah tak mampu nak bayar apa ni…walaupun ada bank yang dia bagi tanpa deposit dan sebagainya. Tapi kelayakan dia, dari segi kelayakan. Itu menyebabkan ramai yang tak mampu disebabkan harga rumah ni lah. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Selinsing. Untuk menangani isu daripada kenaikan kos untuk pembangunan perumahan beberapa usaha telah dijalankan termasuk untuk kita mengkaji kesesuaian untuk gunakan teknik IBS dan memperkenalkan sebab ini dinampakkan satu teknik di mana dia boleh menjimat kos dan dari segi masa juga dapat dipendekkan dan juga kita ada wujud Jawatankuasa Tetap Perumahan di mana dari masa ke semasa kita cuba lihat dan bantu untuk memudah cara dari segi kelulusan, dari segi keperluan untuk utiliti dan sebagainya untuk pastikan kita memendekkan holding cost dengan izin yang ada pada pemaju dan seterusnya dapat kita menjimat kos yang dapat kita cuba elak. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat…

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Sikit lagi boleh. Isu rumah mampu milik ni kadang-kadang itulah lokasi dia dan juga kualiti dia. Jadi bagaimana kadang-kadang lokasi yang jauh menyebabkan dia jadi tidak menarik. Kemudian masalah itu tadilah kebanyakannya kategorinya lewat siap atau pun sakit. Jadi yang ni yang kita mohon supaya diberi perhatianlah.

Terima kasih. Secara logiknya dari segi harga jualan dan lokasi memang dia ada hubungan kait yang sangat rapat. Itu sebab dalam baru ni kita meninjau isu tentang rumah tidak terjual. Kita juga memberi satu pesanan kepada pemaju-pemaju supaya buat kajian yang menyeluruh supaya lokasi yang dipilih itu sesuai dan ada sambutan dan juga bersesuaian dengan permintaan dan kemampuan masyarakat setempat dan juga memang saya rasa dengan tertubuhnya jawatankuasa kecil untuk pemantauan projek terbengkalai dan sakit Kerajaan Negeri dapat memantau perkembangan dan juga usaha pemulihan isu-isu projek sakit dan terbengkalai dengan lebih menyeluruh dan lebih berkesan khususnya dengan kerjasama beberapa agensi dan juga pihak swasta. Terima kasih.

Saya ingin teruskan bahawa LPHP telah menjalinkan kerjasama dengan Perak GIS bagi tujuan membangun dashboard Perumahan Negeri Perak. Sistem ini merupakan satu platform berasaskan maklumat geospatial untuk memantau pelaksanaan pembangunan perumahan secara lebih perinci. Dashboard ini dijangka akan siap untuk diguna pakai pada tahun 2025 dan boleh dicapai oleh pelbagai pihak berkepentingan termasuk PBT, pemaju, agensi pelaksana, perumahan dan orang awam dan usaha untuk wujudkan dashboard perumahan ini juga satu usaha untuk kita pastikan bagaimana bukan sahaja kita dapat menguasai data dan statistik yang terkini tentang pembangunan perumahan, juga kita dapat memantau dari segi perkembangan projek perumahan dan isu-isu yang ada supaya tindakan dapat diambil dengan secepat mungkin.

LPHP juga telah menjalin kerjasama strategik bersama Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC) cawangan Perak bagi mengenal pasti projek dan pemaju yang terlibat dengan isu lambakan rumah siap tidak terjual. Maklumat yang diperolehi ini seterusnya dikongsi dengan pihak REHDA bagi mendapatkan kerjasama daripada pemaju-pemaju untuk memastikan isu property overhang dengan izin diberi perhatian serius. Pada tahun 2025 pula, LPHP akan mengadakan MoU bersama beberapa rakan strategik yang baru seperti CIMB dan Prima. Memorandum bersama CIDB akan memberi fokus kepada penyeragaman rekabentuk dan mendapatkan pra kelulusan pelan bangunan Rumah Perakku daripada PBT. Manakala MoU dengan Prima pula adalah usaha untuk membantu meningkatkan penjualan unit-unit yang dibina oleh pihak Prima dan dalam masa yang sama mengurangkan bilangan rumah yang tidak terjual di Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua, pada tahun 2025 LPHP telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu pengeluaran hakmilik strata di Rumah Pangsa Taman Bersatu, Kampung Boyan, Taiping yang telah berlarutan selama 30 tahun. Seramai 310 keluarga yang menghuni rumah pangsa tersebut akan mendapat dokumen hakmilik strata sebagai bukti pemilikan. Urus niaga ke atas unit rumah serta urusan pewarisan hartanah dapat dilaksanakan oleh pemilik-pemilik tersebut. Hakmilik petak ini juga akan menjana hasil daripada Kerajaan Negeri melalui pengenaan cukai petak dan cukai taksiran. Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam ucapan belanjawan bagi tujuan penyelesaian isu ini.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Minta laluan sekali lagi. Terima kasih. Saya patah balik ke yang perumahan tadi. Saya cuma nak merekodkan di sini sebab di kawasan sayalah berkaitan dengan masalah mungkin isu tidak mengikut peraturan. Di Taman Serai Perdana di Bagan Serai terdapat isu lavelling yang tidak mengikut spesifikasi akhirnya menyebabkan masalah banjir. Kalau sebiji dua saya ok lah tapi ini melibatkan sampai hampir ke 90 biji rumah yang mana setiap kali berlaku banjir dia akan naiklah. Terima kasih kepada pihak MDK yang telah pun memberikan kerjasama yang baik untuk nak cuba menyelesaikan masalah ini tetapi lawatan saya yang terbaru musim banjir ni pihak penduduk masih lagi belum berpuas hati kerana tindak balas atau pun pembaikan daripada pemaju sangat lambat dan perjanjian untuk dia sama ada dibaiki atau pun dia membayar ganti rugi masih belum diselesaikan. Jadi saya masukkan ke Dewan ini untuk perhatian pihak Exco lah. Terima kasih.

YB Exco Manjoi nak tambah sikit. Terima kasih kepada YB Exco. Saya ingin menarik perhatian sikit berkenaan isu perumahan ini. Saya sebut ini. Pertama terima kasih kepada YB Exco yang saya kira dari sudut komitmen yang tinggilah untuk membantu rakyat kita khususnya berkaitan dengan isu-isu berkenaan dengan rumah projek terbengkalai, projek sakit. Saya rasa YB Exco pun tahu dan boleh rasa apa yang saya nak sebut. Saya kena sebut sekali lagi sebab saya sejujurnya memang sampai hari ini kita saya sendiri terus mendapat kata luahan dari rakyat. Baru-baru ini pun belum ada di sini ada satu pasangan tu yang membeli rumah di apartment di Aman Residensi apartmen 15 tingkat di Meru ini. Dia daripada 2017 hingga ke 2024 ini mereka masih lagi belum dapat CCC untuk masuk rumah tersebut. Itu yang pertama.

Cuma yang saya nak ambil supaya kita lebih mempercepat lagi usaha ini atau pun kita kena segerakan sebab saya baca sebelum ini Kerajaan Negeri cuba untuk selesaikan pada Disember 2024. Cuma saya nak tahu apakah progress terkini. Kalau kita kata mungkin kita akan siapkan 2025. So, katalah bulan 5, 2025 so, rakyat kita di bawah memang diorang ikuti dan mereka pegang benda tersebut. Sebelum ni saya kata In shaa Allah dah maklum kepada kita akan cuba selesai Disember 2024 tapi mungkin YB Exco boleh bagi maklumat terkini supaya kita boleh bagi penjelasan kepada mereka dan saya nak tutup dengan satu perkara yang YB Exco dan kita semua kena menginsafi. 2017 mereka beli rumah tersebut. Sekarang 2024. Waktu tu mungkin anak masih kecil. Sekarang ni anak mereka dah besar dan Allah rezekikan tambah 2-3 orang anak. Saya jumpa satu family baru ni isterinya bekerja sebagai cleaner dan suaminya bekerja waktu siang macam kita orang-orang kerja biasa dan petang kena buat kerja tambahan. So, dengan gaji atau pun dengan duit tersebutlah mereka berkongsi untuk mereka bayar duit apartment yang mereka beli masih tak boleh duduk ni. Saya tanya siapa bayar. Dia kata yang duit apartment ni saya bayar. Duit cleaner ni bukanlah banyak mana. Gajinya mungkin seribu lebih sahaja. Dia kata saya bayar. Untuk rumah sewa suami bayar. Anak-anak pun dah makin besar. Rumah sendiri tak boleh lagi duduk. Jadi sekarang in shaa Allah pihak negeri sedang membantu. Saya punya usaha saya bagitahu komitmen Kerajaan Perak sangat-sangat positif untuk membantu. Cuma minta kita tunggu sedikit masa lagi. Mungkin YB Exco boleh lihat perkara ini kerana perkara ini menjadi tekanan yang kuatlah kepada rakyat kita di sana masih.

Terima kasih. Saya ambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selinsing dan kita akan buat semakan supaya tindakan seterusnya dapat diambil dan juga saya nak untuk isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manjoi. Sememangnya seperti yang saya sebut semasa menjawab soalan lisan beberapa hari yang lepas. Untuk isu D'Aman Residence dari segi usaha pemulihan memang dari segi perkembangan terkini ada mengalami sedikit kelewatan di mana asalnya sasaran untuk mendapat CCC adalah bulan Disember tahun ini. Walaubagaimanapun, atas faktor-faktor dan juga isu dalaman di pihak syarikat yang terpaksa diselesai dahulu sebelum boleh mula sambung kerja, dia memang mengambil sedikit masa dan walau bagaimana pun pemantauan sentiasa dijalankan di mana saya difahamkan mesyuarat bulanan yang akan datang akan diadakan dalam minggu ni. Jadi kita harap dari masa ke semasa akan dapat info terkini supaya kita pun boleh sampaikan maklumat pada pembeli untuk kurangkan kebimbangan dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua, sepanjang perbahasan saya banyak perhatikan bahawa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang sentuh isu tentang bank liberty dengan izin dimana masalah yang pembeli tidak dapat mendapat gagal mendapat pinjaman kewangan ini menjadi salah satu isu dimana kita tak dapat nak meningkatkan lagi pemilikan perumahan. Jadi, bagi memastikan kefahaman yang lebih jelas di kalangan rakyat terhadap dasar perumahan negeri dan juga pelaksanaan projek perumahan mampu milik, LPHP pada tahun 2024 telah melaksanakan kempen kesedaran melalui pelbagai platform seperti di radio Perak FM, media sosial, pembukaan reruai di IPTA, pejabat kerajaan dan premis perniagaan komersial. Untuk tahun 2025 pula, LPHP akan memberi fokus kepada kempen untuk meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Negeri Perak.

Berdasarkan maklum balas daripada pihak institusi kewangan dan pemaju, didapati punca utama kegagalan mendapatkan pembiayaan adalah pengurusan kewangan individu yang lemah, dan tahap kemahiran pengurusan kewangan yang rendah ini merupakan faktor utama kepada isu kegagalan untuk mendapat pinjaman. Rakan strategik bagi program ini terdiri daripada pelbagai agensi kewangan dan perbankan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Bank Negara Malaysia. Kumpulan sasar bagi program ini adalah pelajar-pelajar IPTA, belia, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan mereka yang baru memasuki alam pekerjaan. Program ini adalah sebagai langkah awal sebelum LPHP melaksanakan penambahan syarat kelayakan permohonan Rumah PerakKu di mana keutamaan akan diberi kepada pemohon Rumah PerakKu yang mempunyai markah credit rating dengan izin yang lebih tinggi. Ini bagi mengurangkan kadar kegagalan permohonan pembiayaan perumahan oleh institusi kewangan.

Selain itu, pada tahun 2025 LPHP juga akan memperkenalkan Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0 bagi memastikan polisi dan ketetapan berkaitan pembangunan perumahan di Negeri Perak sentiasa relevan, praktikal, holistik dan mesra pembangunan. LPHP menyedari bahawa industri hartanah mempunyai sifat yang sangat dinamik. Justeru memerlukan keanjalan polisi yang sepadan. Input dan pandangan daripada semua pihak yang berkepentingan seperti agen-agensi kerajaan yang berkaitan, pemaju, institusi pengajian tinggi dan golongan pakar adalah sangat penting ke arah mewujudkan polisi yang menyeluruh dan praktikal.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih untuk menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan kerajaan tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan memainkan peranan penting dalam pembangunan kawasan dengan mengurus perkhidmatan dan infrastruktur tempatan. PBT bertindak sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri dan masyarakat memastikan dasar kerajaan dilaksanakan dengan berkesan. Tanggungjawab utama PBT termasuk perancangan bandar, penyediaan kemudahan awam, kebersihan dan penguatkuasaan undang-undang tempatan serta memperkasakan ekonomi tempatan, menyediakan perkhidmatan sosial dan menjaga kelestarian alam sekitar. Bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara, Kerajaan Negeri juga memberi perhatian besar terhadap fungsi dan prestasi PBT. Beberapa pencapaian dan pengiktirafan utama pada tahun ini termasuk Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan di mana pada tahun ini sebanyak 11 PBT telah menerima Anugerah Penarafan Lima Bintang Pihak Berkuasa Tempatan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Selain itu, 9 PBT telah menerima Sijil Bersih Penyata Kewangan Tahun bagi Sijil Audit Ketua Audit Negara Tahun berakhir 31 Disember 2023 yang telah diaudit dan dibentangkan pada tahun 2024. Ini mencerminkan mutu perkhidmatan dan pengurusan yang berkualiti PBT Perak. Di samping itu, beberapa anugerah turut diterima oleh PBT di Negeri Perak. Di antaranya Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima Anugerah Tinjauan Kehormat UN-Habitat, Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Daerah Kampar telah menerima Anugerah Malaysian Urban Planning Awards 2024 Kategori Anugerah Smart City Early Adopter dengan izin, Majlis Perbandaran Taiping telah menerima Anugerah Asian Clean Tourist City Standard 2024 hingga 2026, Majlis Daerah Lenggong telah menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia di Malaysia bagi tahun 2024.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menarik perhatian Dewan ini tentang isu haiwan jalanan yang sentiasa menjadi perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat. Kerajaan Negeri Perak sentiasa mengambil serius isu haiwan jalanan dengan usaha berterusan untuk memastikan penyelesaian yang berkesan…

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih YB Exco. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak menyentuh tentang tempat-tempat riadah dan juga taman kanak-kanak serta dewan yang berada di kawasan terutama di kawasan taman-taman, berkenaan dengan penyelenggaraan. Kita tengok tempat-tempat ini ada taman-taman dan juga tempat-tempat riadah ini yang tidak diselenggara dengan baik, dia terbiar dan kadang-kadang tu orang kata kita tengok memang agak usang. Dan satu lagi ada dewan yang bukan di bawah PBT, dia adalah di bawah KRT yakni rukun tetangga. Begitu juga dengan taman-taman kanak-kanak di bawah KRT. Jadi apakah tindakan pihak Exco untuk nak mengatasi masalah ini yang terbiar yang tak disenggara makna agak, kita tengok memang agak tengok mata pun orang kata sakit mata macam tu lah? Jadi apakah tindakan pihak kerajaan terutama Exco untuk mengatasi masalah ini? dan yang kedua saya nak tanya status tentang bangunan Pasar Minggu Changkat Jering. Jadi bangunan ni dah lama dah tak beroperasi. Sehingga hari ini masih kosong dan ia didiami oleh sarang burung merpati. Jadi saya nak mintak penjelasan dari pihak Exco apakah setakat ini status bangunan tersebut yang memang tersergam indah tetapi itulah, nak mencerminkan bagaimana situasi yang berada di dewan tersebut? Jadi, saya harap pihak Exco mengambil tindakan yang segera lah sebab benda ni lama dah. Aduan daripada terutama pihak orang kata penduduk-penduduk di sekitar di Changkat Jering ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Cuma ingatan kepada YB Exco, hanya 20 minit sahaja. Sila.

Baik terima kasih. Saya ambil maklum isu Yang Berhormat Changkat Jering bangkitkan. Maksudnya dewan atau pun padang yang bukan di bawah PBT di bawah pengurusan pihak lain contohnya KRT dan sebagainya.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Dia bukan Exco. Dia sebenarnya, saya dah jumpa dah dengan orang kata komuniti taman tersebut. Dia kata bangunan dan dewan dan padang itu seolah-olah macam hak KRT dan seorang sahaja individu yang boleh, seolah macam berkuasa penuh lah. Jadi orang lain tak boleh nak kacau, nak ambil alih pun tak boleh. Sedangkan bangunan tu memang besar boleh buat gelanggang badminton dulu selamanya. Sekarang ni taman kanak-kanak tu pun dah memang boleh katakan dah hancur lah. Macam tu lah lebih kurang. Jadi apa kah kita pihak Exco ambil

Baik. Kalau mana-mana aset termasuk dewan yang berada di bawah hak milik PBT, memang menjadi amalan biasa untuk di peringkat komuniti kita serah kepada pihak NGO ataupun badan komuniti untuk menguruskan. Cuma memang dengan syarat perlu diuruskan dengan baik dan perlu sentiasa respon kepada penduduk dan masyarakat tempatan yang perlu guna dan juga mengurus dengan baik. Jika ada timbul isu-isu seperti yang dibangkitkan yang di mana pihak yang diberi amanah untuk menjaya, menjaga, menguruskan dewan ataupun aset tersebut tidak dilakukan tanggungjawab dengan baik kita akan tinjau balik dan lihat sama ada perlu kita batalkan sebarang kerjasama yang ada untuk beri kepada pihak lain yang beri yang dapat uruskan dengan lebih baik dan juga untuk isu yang pasar di kawasan Changkat Jering. Sebelum ni memang ada beberapa usaha dan juga cadangan untuk menempatkan peniaga yang sesuai ke dalam memang setakat ni kita nampak belum ada satu penyelesaian yang baik. Cuma walaupun kita sangat-sangat teringin masalah itu dapat selesai dengan cepat, tapi memang kita perlu untuk tunggu dan mencari untuk apa penyelesaian yang nampak sesuai dan praktikal sebelum kita dapat ambil tindakan yang seterusnya. Jadi memang kita pun cuba dengan agensi kerajaan yang lain dengan pihak swasta dan sebagainya untuk lihat apa option yang ada untuk kita dapat selesaikan masalah bangunan yang siap bina tapi dia terbiar begitu sahaja. Terima kasih.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Sikit lagi nak tambah.

Masa tak banyak la.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Sikit boleh. Jadi banyak aduan-aduan kepada saya, dia tanya YB apa status bangunan tu tadi dah dijelaskan. Cuma kalau boleh bagi guideline dia sekurang-kurangnya tahun depan kah 2025 ataupun 2026. Boleh diselesaikan masalah ini. Bolehlah saya jelaskan kepada pihak aduan. Terima kasih.

Terima kasih ambil maklum. Ok tadi isu haiwan jalanan baik. Peraturan mengenai pengurusan dan kebajikan haiwan telah diperuntukkan dengan jelas di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 atau dikenali sebagai Akta 772. Jabatan Perkhidmatan Veterinar memainkan peranan penting yang seperti yang digariskan dalam akta tersebut dengan kerjasama pelbagai pihak untuk terus memperkukuhkan dan memastikan isu berkaitan dengan haiwan jalanan dapat ditangani dengan menyeluruh. Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan untuk menyelaraskan peranan antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Pihak Berkuasa Tempatan dan jabatan lain dalam menangani isu ini. Mesyuarat tersebut juga meneliti peruntukan dalam Akta 772 dan mendapati keperluan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan serta meningkatkan kesedaran pemilik haiwan tentang tanggungjawab mereka bagi mencegah masalah haiwan jalanan. Sejajar dengan keputusan mesyuarat tersebut, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengambil tindakan untuk menubuhkan Jawatankuasa Kebajikan Haiwan Peringkat Negeri Perak. Jawatankuasa ini akan menjadi platform utama untuk membincangkan isu yang berkaitan haiwan terbiar bersama pejabat daerah dan tanah, PBT serta jabatan dan agensi yang berkaitan untuk menetapkan halatuju dan perancangan pengurusan haiwan terbiar.

Memandangkan aduan berkaitan gangguan haiwan jalanan terutamanya anjing seding sering diutarakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Beberapa usaha dan pendekatan baru juga telah dilaksanakan oleh PBT seperti berikut. Bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab orang awam khususnya pemilik haiwan peliharaan, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pelbagai pihak telah melancarkan Program Perak Positif Inisiatif yang memberi fokus kepada Kempen Pemandulan Anjing Bersubsidi. Projek perintis telah dijalankan di kawasan Majlis Daerah Kampar pada 27 hingga 29 September tahun ini. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam dan khususnya pemunya anjing peliharaan tentang kepentingan penjagaan dan pemandulan haiwan peliharaan bagi mencegah penambahan populasi secara tidak kawal. Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan pemandulan di 93 ekor anjing peliharaan dan anjing jalanan.

Program Perak positif seterusnya juga telah diadakan di majlis kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim pada 19 Oktober di mana program ini berjaya memandulkan 200 ekor kucing dan program ini merupakan usaha untuk menangani isu jalanan haiwan jalanan dari puncanya. Susulan daripada Program Perak Positif Initiative, pihak kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk mewajibkan pemandulan anjing sebagai syarat permohonan lesen anjing seperti yang telah dilaksanakan di negeri lain termasuk Negeri Sembilan. Pihak PBT juga sedia bekerjasama dengan pejabat daerah dan tanah untuk menjalankan operasi penangkapan anjing terbiar di luar kawasan PBT serta mendapatkan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pengurusan haiwan terbiar yang tidak dituntut. Kerjasama strategik sesama PBT juga diwujudkan bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan sebagai contoh, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Batu Gajah dan Majlis Daerah Tapah telah memeterai memorandum persefahaman bagi melaksanakan operasi bersepadu haiwan merayau.

Kerjasama ini membolehkan PBT yang terlibat berkongsi pandangan, tenaga kerja dan perkhidmatan kepakaran dalam mengendali isu-isu ini. Kerajaan Negeri sedar bahawa NGO memainkan peranan penting dalam menangani isu haiwan jalanan. Oleh itu, beberapa langkah telah dirangka untuk memperkukuhkan peranan NGO dan memperluaskan kerjasama strategik. Pertamanya, komuniti pencinta haiwan di setiap daerah digalakkan untuk menubuhkan NGO supaya tindakan pengurus pengurusan haiwan jalanan dapat dilakukan secara terancang dan tersusun. NGO yang berfungsi secara tempatan juga dapat menjadi rakan strategik utama bagi PBT dan Lembaga Kebajikan Haiwan. Keduanya, kerajaan membuka peluang kepada NGO yang memerlukan tapak bagi pusat perlindungan haiwan atau shelter untuk memohon tanah kerajaan dengan kos nominal. Langkah ini bertujuan menyokong usaha NGO dalam membina infrastruktur dengan mengurangkan beban kewangan dan mengiktiraf sumbangan pihak NGO. Kerajaan Negeri juga menggalakkan NGO dan komuniti untuk terus memainkan peranan aktif dalam kempen kesedaran kempen adopsi dan penganjuran Program Perak Positif Inisiatif di mana Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk memperluaskan kepada semua daerah. Ahli-ahli Yang Berhormat turut disarankan untuk menyokong usaha dan kempen ini dengan bekerjasama dengan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

YB Exco sikit lagi. Minta maaf. Cuma kacau ganggu lalat. Adakah bawah YB ataupun kesihatan? Boleh sekali ya. Baik ini isu kacau ganggu lalatlah. Jadi binatang berkeliaran jadi apa jadi area Semanggollah terutama bila dah kena dengan banjir ni. Dia bermula daripada memang kita ada Enakmen Perladangan Unggas yang kita telah lulus pada 2023. Kita pinda dan pihak kerajaan beri masa 3 tahun untuk semua yang yang pelihara ayam, reban ayam ni untuk buat secara tertutup. Tapi sementara menunggu 3 tahun tu sekarang ni semalam atau kemarin dulu pihak apa ni orang kampung pun dah buat himpunan aman kerana apa kerana di kawasan tersebut memang kalau kita letak je apa yang lekat lalat tu penuh dan masalahnya, bukan setakat itu orang yang berniaga yang nak meniaga nak cari sedikit pendapatan pun terjejas di kawasan tersebutlah. Jadi sementara nak tunggu 3 tahun tu semua orang buat dalam bentuk yang tertutup. Mohon tindakanlah daripada pihak kerajaan. Terima kasih.

Terima kasih. Masa yang ada tak banyak lagi. Cuma isu lalat tu dia melibatkan Jabatan Kesihatan dan juga kadangkala PBT juga terlibat sebab termasuk untuk kelulusan KM untuk ladang ayam dan juga PBT turut mengambil bahagian dalam tindakan untuk mungkin sembur, ubat dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya ambil maklum isu yang dibangkitkan dan mungkin saya minta agensi yang berkenaan untuk menjawab beri jawapan seterusnya secara bertulis.

YB Exco Astaka nak tanya sikit, tadi YB Exco sebut tentang KM sebab kita tahu banyak tempat yang jadi ladang penternakan ayam mereka dapat KMT maksudnya Kebenaran Merancang Terhad di mana mungkin syarat tanah belum ditukarkan lagi dan seperti mana yang disebutkan oleh YB tadi di Manjung juga banyak yang ladang penternakan ni dia fokus di satu kawasan yang menyebabkan gangguan lalat yang cukup banyak. Adakah kita boleh PBT- PBT kita boleh kaji balik KMT yang dikeluarkan kerana KMT ini bukan dia kekal ataupun permenant tetapi boleh dikajikan semula.

Terima kasih cadangan YB Astaka. Memang kalau kita cuba untuk memberi KMT tu untuk memudahkan sementara mereka belum melengkapi semua memenuhi syarat sepenuhnya. Walaubagaimanapun, kalau didapati memberi KMT tu menimbulkan isu memang kita sedia untuk lihat balik dan kalau ada keperluan untuk menarik balik supaya isu tu tidak berlarutan. Baik. Saya teruskan dan juga Kerajaan Negeri komited memperluaskan program Trap Neuter Return (TNR) kepada Trap Neuter Return Manage (TNRM) dengan sokongan NGO. Pendekatan ini untuk memastikan pengurusan haiwan jalanan lebih teratur dan berterusan serta mengurangkan impak haiwan jalanan terhadap masyarakat melalui kawalan populasi yang berkesan.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang hala tuju bandar pintar Negeri Perak. Diharap boleh memberi sedikit masa sebab tadi banyak isu yang dibangkitkan. Kerajaan Negeri Perak komited menjadikan pembangunan bandar pintar sebagai keutamaan utama dalam memperkasakan ekonomi digital memantapkan tadbir urus dan merancakkan perkembangan teknologi. Langkah ini selaras dengan agenda kedua Perak Sejahtera 2030 iaitu ekonomi digital yang bertujuan menjadikan ekonomi digital sebagai sumber baharu penjanaan hasil negeri. Keutamaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan bandar pintar adalah untuk memberikan manfaat nyata kepada rakyat termasuk untuk memudahkan urusan harian rakyat untuk meningkatkan efisiensi pentadbiran dan untuk mengurangkan jurang akses kepada perkhidmatan kerajaan serta menyokong pembangunan ekonomi. Pendekatan ini bukan sahaja memberi fokus kepada inovasi tetapi juga memastikan rakyat merasai kesannya secara langsung dalam bentuk perkhidmatan yang lebih pantas, keputusan yang lebih telus dan kehidupan harian yang lebih mudah. Sehingga kini, 4 daripada 15 PBT di negeri Perak telah menerima penarafan bandar pintar Tahap 1 iaitu early adopter dengan izin iaitu Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Daerah Kampar. Sementara itu, Majlis Daerah Perak Tengah kini dalam proses mendapatkan penarafan tersebut.

Untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan ini, Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan telah menyarankan agar setiap PBT mengenalpasti kluster fokus bandar pintar masing-masing untuk menyesuaikan pelan dengan keperluan setempat. Melangkah ke depan sasaran sehingga tahun 2040 adalah untuk memastikan setiap PBT mencapai tahap penarafan bandar pintar yang lebih tinggi iaitu dengan izin Majlis Daerah mencapai tahap kedua Developing Smart City. Majlis Perbandaran mencapai tahap tiga Leading Smart City dan Majlis Bandaraya mencapai tahap keempat Visionary Smart City. Langkah ini bukan sahaja bertujuan membangunkan bandar pintar yang progresif tetapi juga untuk memastikan pembangunan yang inklusif dimana semua lapisan masyarakat dapat merasakan manfaatnya. Bandar pintar ini bukan hanya tentang teknologi tinggi tetapi bagaimana teknologi itu digunakan untuk membawa perubahan nyata kepada kehidupan rakyat. Dengan pelaksanaan ini, kita akan melihat kerajaan lebih responsif, urusan yang lebih cepat dan keputusan yang lebih tepat berdasarkan data. Kerajaan Negeri juga amat berbesar hati untuk mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama daripada sektor swasta, institusi akademik, NGO dan komuniti setempat dalam menjayakan pelaksanaan inisiatif bandar pintar ini. Sinergi antara kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan amat penting untuk memperkukuhkan Perak sebagai negeri yang progresif dan inklusif.

Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum isu berkaitan nilaian tahunan baharu dan cukai taksiran yang telah menjadi topik perbincangan hangat di kalangan masyarakat mahupun sepanjang perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya amat memahami kebimbangan yang timbul mengenai perkara ini. Oleh itu, izinkan saya untuk memberikan penjelasan agar perkara ini dapat difahami dengan lebih jelas dan menyeluruh. Senarai-senarai nilaian adalah satu rekod rasmi yang mengandungi maklumat lengkap semua pegangan atau hartanah yang dikenakan cukai taksiran dalam kawasan PBT. Setiap PBT adalah dikehendaki menyediakan satu senarai nilaian bagi membolehkan cukai taksiran dikenakan atau di kutip. Di bawah Seksyen 17 137(3) Akta Kerajaan Tempatan 1972 1976. PBT diwajibkan mengemaskini senarai nilaian setiap 5 tahun. Namun, hakikatnya PBT di Negeri Perak mahupun PBT di beberapa negeri yang lain tidak melaksanakan penilaian semula ini sejak berdekad-dekad lamanya. Sebagai contoh, senarai nilaian Majlis Bandaran Ipoh bermula pada tahun 1982. Manakala Majlis Perbandaran Taiping adalah pada tahun 1993. Kegagalan menyemak semula senarai nilaian bukan sahaja menimbulkan isu-isu undang-undang, malah mengakibatkan nilai hartanah yang direkodkan tidak mencerminkan keadaan pasaran semasa serta menjejaskan keupayaan PBT untuk mengenakan cukai terhadap pegangan baharu ataupun perubahan status hartanah. Sebagai contoh, Mahkamah Tinggi Ipoh pernah memutuskan bahawa Majlis Daerah

Tapah tidak dapat mengenakan cukai ke atas pegangan baharu kerana gagal menyediakan senarai nilaian terkini.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco. Banyak lagi? Banyak lagi isu?

Isu terakhir.

Timbalan Yang di-Pertua

Ok. Sila, sila.

Terima kasih. Situasi seperti ini jelas menunjukkan keperluan untuk memastikan kita patuh kepada undang-undang dan mengemaskini rekod hartanah kita memandangkan terdapat keperluan kepada penyediaan senarai nilaian baru Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 10hb Jun 2020 telah bersetuju telah bersetuju agar PBT Negeri Pelak, Perak melaksanakan kerja-kerja penyediaan senarai nilaian baru pegangan mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan. Penting untuk difahami bahawa penyediaan senarai nilaian tahunan baharu ini tidak hanya semata-mata mengenai kutipan cukai sahaja. Sebaliknya, ia penting untuk mencerminkan nilaian sebenar hartanah kita yang semakin meningkat. Sebagai pemilik hartanah ini membawa beberapa manfaat termasuk nilai hartanah yang lebih terkini dan tepat akan memberi kelebihan kepada pemilik untuk tujuan pinjaman bank atau pelaburan. Kedua, pasaran hartanah yang lebih stabil dan terus memberikan keyakinan kepada pelabur tempatan dan asing dan seterusnya, rekod hartanah yang dikemaskini memudahkan urusan jual beli serta pewarisan hartanah dengan nilai yang jelas dan terkini. Saya yakin bahawa kita semua boleh mencapai kata sepakat bahawa peningkatan nilaian tahunan ini adalah satu tanda positif yang mencerminkan pertumbuhan ekonomi serta memberikan manfaat kepada pemilik hartanah terutamanya dalam meningkatkan nilai aset dan akses kepada peluang kewangan seperti pinjaman dan pelaburan.

Persoalan seterusnya apabila hampir 40 tahun kita tidak pernah buat penilaian semula, ia sememangnya melibatkan satu jumlah nilai jumlah yang sangat tinggi. Kerajaan Negeri sedar bahawa penyediaan senarai nilaian baharu selepas 40 tahun akan membawa perubahan besar dalam nilaian hartanah dan ini boleh memberi kesan kepada cukai taksiran seterusnya. Oleh itu, saya sangat faham dan setuju dengan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kerajaan perlu memastikan bahawa tiada kenaikan cukai taksiran yang mendadak. Sememangnya itulah peringatan dan arahan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kepada saya sendiri dan juga kepada semua PBT Perak agar mengambil langkah untuk memastikan pelaksanaan dijalankan secara berhemah dan munasabah.

Usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan termasuk yang pertama penurunan kadar cukai. Sebagai contoh di Majlis Bandaraya Ipoh, kadar cukai untuk pegangan kawasan bandar dan taman kediaman telah dicadangkan untuk diturunkan dari 16.5% kepada 9%. Manakala pegangan bangunan di Rancangan Perkampungan Tersusun dan Kampung Baru diturun dari 8.5% kepada 6%. Penurunan kadar cukai ini adalah bertujuan untuk mengimbangi peningkatan nilaian hartanah selepas 40 tahun. Kedua, pene penempatan penetapan had kenaikan atau dikenali sebagai capping. Kaedah ini diperkenalkan bagi memastikan sebarang perubahan berlaku secara terkawal dan munasabah. Sebagai contoh, MBI telah menetapkan capping 15% bagi kawasan kediaman. Ini bermakna kenaikan cukai bagi pegangan berkenaan tidak akan melebihi 15%. Ketiga, kemudahan rebat dan bayaran ansuran untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan. Pihak PBT juga ada menggunakan kaedah diskaun atau rebat dan akan mempertimbangkan option bayaran secara ansuran bagi meringankan beban golongan yang berkeperluan. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, pelaksanaan senarai nilaian baru di Majlis Daerah Kerian telah mencatat peningkatan nilaian tahunan sebanyak 285.44%. Namun, melalui langkah penurunan kadar cukai dan pelarasan yang teliti, peningkatan cukai taksiran yang berjaya dapat dihadkan kepada sekitar 10.41% bagi memastikan ia tidak membebankan pemilik hartanah.

Timbalan Yang di-Pertua, keperluan untuk mengemaskini senarai nilaian baru ini juga berkait rapat dengan kemampuan PBT untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Saya seterusnya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memahami kedudukan kewangan dan cabaran yang dihadapi PBT di Negeri Perak pada hari ini. Berdasarkan kepada penyata kewangan tahun berakhir 31 Disember 2023, jumlah pendapatan bagi PBT Perak adalah sebanyak RM1.073 bilion, manakala, manakala perbelanjaan adalah sebanyak RM1.107 bilion, di mana menunjukkan jumlah perbelanjaan PBT adalah melebihi pendapatan sebanyak RM33.95 juta dan sementara itu, sebanyak 11 daripada 15 PBT mencatat defisit kewangan. Tambahan pula…

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

YB Exco nak tanya sikit. Keranji nak tanya yang capping itu akan, untuk berapa lama. Yang capping, capping itu untuk cukai PBT untuk cukai taksiran.

Kita tidak ada set tempoh tahun. So, capping tu selagi kalau tiada cadangan untuk kaji semula, dia akan terus dengan capping yang sama. Terima kasih. Tambahan pula, cabaran seperti kenaikan tarif elektrik ICPT…

Yang Berhormat. Tronoh. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada kempen ini akan diguna pakai oleh semua PBT di Negeri Perak atau setakat ini hanya di apply kepada Majlis Bandaraya Ipoh?

Setakat ni yang mendapat kelulusan di peringkat negeri untuk mula melaksanakan ini adalah Majlis Daerah Kerian dan juga Majlis Bandaraya Ipoh. Mengambil kira PBT yang berlainan mempunyai keperluan yang berlainan, jadi sebelum ini tiada satu dasar untuk menyamakan cara masuk capping dan seterusnya tetapi mengambil kira pengalaman pelaksanaan di Kerian dan Ipoh, pihak Kerajaan Negeri akan terus mengkaji bahawa kalau ada cara yang sesuai, contohnya penempatan, penetapan capping dari segi peringkat negeri untuk selaraskan itu juga akan diambil kira.

Yang Berhormat, saya cuma ingin mendapatkan, menambah sedikit di mana sekiranya boleh saya ingin mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri untuk bahawa capping ini apply kepada semua PBT di Negeri Perak. Ini kerana saya nampak khususnya di kawasan saya seperti di kawasan Majlis Daerah Batu Gajah, sekiranya capping ini tidak dilakukan dalam Majlis Daerah Batu Gajah maka dia akan menjadi satu rakyat terpaksa untuk membayar satu cukai yang agak tinggi berbandingkan tahun ini, OK. Jadi, saya berharap untuk menjaga semua rakyat di Negeri Perak ini, saya berharap kerajaan negeri dapatlah membuat satu pertimbangan untuk mengadakan capping ini kepada semua PBT di dalam Negeri Perak. Terima kasih.

Terima kasih cadangan Yang Berhormat Tronoh. Tambahan pula, cabaran seperti kenaikan tarif elektrik ICPT, penstrukturan semula subsidi diesel dan pelarasan gaji penjawat awam terus memberi tekanan kepada kewangan PBT. Namun, langkah langkah ini merupakan reformasi penting yang akan memberikan manfaat besar kepada kedudukan kewangan negara dan kerajaan dalam jangka masa panjang. Ini termasuk kenaikan tarif elektrik bertujuan untuk menyokong usaha peraliran, peralihan negara ke arah tenaga boleh diperbaharui. Penstrukturan semula subsidi diesel untuk memastikan subsidi hanya dinikmati oleh golongan yang layak dan mengurangkan penyalahgunaan dan pelarasan gaji penjawat awam bertujuan untuk menjaga kebajikan penjawat awam dan menarik bakat yang lebih kompeten ke sektor awam. Sebagai organisasi yang bukan bertujuan keuntungan, PBT hanya mempunyai sumber kewangan yang terhad tetapi perlu menangani keperluan yang semakin meningkat. Dalam tempoh 40 tahun yang lalu beban kerja PBT semakin meningkat dengan ketara seiring perkembangan populasi, urbanisasi dan teknologi. Tanggungjawab PBT kini merangkumi pengurusan sisa pepejal yang lebih kompleks, penyelenggaraan infrastruktur yang lebih meluas dan pelaksanaan teknologi pintar untuk memenuhi tuntutan masyarakat yang semakin canggih.

Sepanjang perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya perhatikan ramai juga menyatakan hasrat agar isu kawasan dan kemudahan infrastruktur di kawasan masing-masing dapat ditambah baik oleh PBT. Saya juga setuju dan saya sudi. Memang harapan saya jika selagi mampu kita nak PBT untuk laksanakan semua penambahbaikkan, projek menaik taraf dan juga selesai isu yang isu-isu yang ada. Cuma keadaan pada hari ini apabila kita hadapi kekangan kewangan yang sangat terhad, PBT terpaksa untuk fokus kepada dan memberi keutamaan kepada tugas-tugas yang paling asas, yang paling kritikal. Dengan kedudukan kewangan yang lebih kukuh, PBT akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Sebagai contoh, seringkali ditimbulkan persoalan daripada penduduk, banyak kawasan perumahan mempunyai tanah rezab untuk taman rekreasi tetapi tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana isu kekurangan bajet. Jadi ini juga antara isu kalau kewangan PBT dapat dikukuhkan lebih banyak projek dan juga pembangunan yang dapat dilaksanakan. Ini juga sama untuk infrastruktur penjaja supaya boleh membina pusat penjaja baru untuk menyokong ekonomi tempatan dan meningkatkan daya saing Seterusnya pengurusan sisa pepejal untuk menyediakan sistem pengangkutan sampah yang lebih cekap untuk kebersihan komuniti.

Timbalan Yang di-Pertua

Peringatan kepada YB Exco sebab saya bagi sudah extra 20 minit.

Ok, terima kasih Yang Berhormat. Jadi, saya ingin memberi sedikit cadangan kepada Yang Berhormat dimana bagaimana kita boleh jimatkan sedikit perbelanjaan khususnya kepada majlis kerana saya nampak kadang-kadang apabila sampai ke akhir tahun, kami menjalankan projek-projek seperti penurapan jalan tetapi apabila kami menjalankan projek-projek penurapan jalan pada akhir tahun, ia adalah musim tengkujuh, maka kadang-kadang apabila kami baru turap esok sudah hujan, maka jalan itu tak kering sepenuhnya. Maka dia punya kualiti itu mungkin akan tidak tahan lasak. Jadi, saya ingin mencadangkan sekiranya boleh saya berharap semua, semua majlis bolehlah menyempurnakan projek-projek penurapan jalan mungkin pada pertengahan tahun atau pun dalam suku yang ketiga. Itu sahaja yang saya ingin cadangkan. Terima kasih.

Terima kasih cadangan Tronoh. Saya faham memang semua inginkan PBT laksanakan tugas dengan baik dan semua pun harap sama-sama kita dapat memberi perkhidmatan yang baik pada rakyat. Secara kesimpulannya, saya sedar bahawa langkah seperti pelaksanaan senarai nilaian tahunan ini tidak sentiasa popular tetapi saya yakin kami di sini bukan semata-mata untuk menjadi popular. Kami di sini untuk membuat keputusan yang bertanggungjawab demi kepentingan masa depan negeri dan rakyat Negeri Perak. Saya juga ingin sekali lagi dengan rendah diri menyatakan komitmen pihak Kerajaan Negeri bahawa kita akan mengambil segala langkah untuk melindungi rakyat daripada beban yang tidak wajar. Pelaksanaan ini mungkin tidak mudah atau selesa diterima pada hari ini. Saya berharap kita dapat melihat perkara ini dengan pandangan yang lebih luas dan hati yang terbuka. Matlamat kita bukan sekadar untuk memastikan PBT patuh kepada undang-undang atau untuk menambah hasil sahaja tetapi juga untuk memastikan pembangunan dan perkhidmatan yang lebih baik dapat dilaksanakan untuk semua lapisan masyarakat.

Timbalan Yang di-Pertua, bagi isu-isu yang tidak sempat saya jawab, saya jawab secara bertulis dan sebagai penutup, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua. Marilah kita semua Ahli-ahli Yang Berhormat terus berganding bahu untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat dan juga saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak khususnya pasukan pentadbiran Kerajaan dan juga semua Agensi dan pihak yang berkenaan atas komitmen dan usaha dalam sama-sama kita merealisasikan Perak Sejahtera 2030 dan Malaysia Madani. Saya ucapkan terima kasih kepada semua dan semoga usaha yang baik ini dan kerjasama yang baik dapat diteruskan pada tahun hadapan. Untuk sama- sama kita memenuhi harapan rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Aulong untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Yang Berhormat Timbalan Speaker. Salam sejahtera dan selamat petang. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bersama rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai-pegawai kerajaan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang bersama dalam dewan atau mengikuti secara atas talian yang saya hormati. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030.

Dalam Dewan yang mulia ini dengan penuh hormat dan takzim, patik merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan

Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda ke-68 pada 1hb November lalu. Semoga Duli Tuanku dianugerahkan Keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.

Seterusnya setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YAB Menteri Besar di atas pembentangan Belanjawan 2025 Negeri Perak Darul Ridzuan dengan RM 1.52 billion. Peruntukan terbesar dalam sejarah negeri kita. Bertemakan Perak Makmur, Rakyat Sejahtera; belanjawan pada kali ini mencatatkan peningkatan sebanyak RM 170 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun 2024. Belanjawan 2025 berteraskan lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus, projek berkepentingan Negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan. Dirangka berdasarkan unjuran hasil dan terimaan pembangunan yang hampir mencecah RM1.438 bilion menerusi hasil cukai dan bukan cukai, terima bukan hasil dan terimaan. Pembangunan berdasarkan perkembangan semasa, kutipan hasil akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan sektor ekonomi.

Dato' Yang Berhormat Timbalan Speaker. Kita semua sedia maklum bahawa Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan konsep Malaysia Madani. Sebuah visi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan kelestarian alam sekitar. Ia adalah sebuah visi yang berteraskan nilai-nilai murni termasuk kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Bertepatan dengan visi Malaysia Madani pada peringkat Negeri Perak, Pelan Perak Sejahtera 2030 merupakan pelan tindakan strategik yang bertujuan untuk menjadikan Perak sebagai sebuah negeri yang maju, makmur dan berdaya saing. Marilah kita sama-sama bertekad untuk menjadikan Malaysia Madani dan Perak Sejahtera 2030 sebagai realiti. Semoga usaha kita bersama akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada generasi kini dan akan datang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, beliau berjaya bangkit kembali kederasan kemajuan dengan KDNK negeri merekodkan momentum pertumbuhan 3 tahun berturut-turut daripada defisit RM78 juta dan RM6.59 juta pada tahun 2020 dan 2021 ketika memerangi Covid-19, kini, kita kembali mencatat surplus untuk dua tahun berturut-turut iaitu RM29.6 juta pada tahun 2022 dan RM62.4 juta pada tahun 2023 iaitu angka tertinggi pernah direkodkan dalam sejarah Negeri Perak. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri tahun 2023 telah menunjukkan peningkatan prestasi kutipan hasil yang ketara iaitu RM1.2 bilion dengan peningkatan 10.97% berbanding tahun 2022. Tambahan pula, Laporan Ketua Audit Negara, Bilangan 3 tahun 2024 menunjukkan penyata kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 menerima Sijil Ketua Audit Negara tanpa teguran. Bagi tahun 2024 pula, Perak sekali lagi mencipta sejarah apabila seawal bulan Oktober, Perak sudah pun mencapai kutipan hasil mencecah RM1 bilion. Sehubungan itu, pada 28 November 2024, kerajaan Negeri Perak telah berjaya merekodkan kutipan hasil dan terimaan pembangunan sebanyak RM1.199 bilion.

Berbalik kepada fokus keempat dalam Belanjawan Negeri Perak 2025 iaitu kelestarian alam sekitar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM69.79 juta menunjukkan iltizam dan keseriusan Kerajaan Negeri dalam menjaga kelestarian alam merangkumi beberapa pecahan fokus di bawah kelestarian alam sekitar. Pada kesempatan ini, izinkan saya menyampaikan usaha-usaha di bawah Portfolio Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau setakat ini.

Yang Berhormat Timbalan Speaker. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak pengurusan Bahagian Dewan Negeri dan MMK atas usaha menitikberatkan penggunaan kaedah mesra alam dalam dekorasi Majlis Pelancaran Portal Dewan Negeri Perak baru-baru ini. Mungkin Yang Berhormat, tuan-tuan dan puan-puan terlepas pandang terhadap pada 8.30 pagi di ruang legar Bilik Jamuan, Dewan Negeri Perak pada hari Jumaat lalu yang menggunakan bunga dan tumbuh-tumbuhan yang berunsurkan alam semula jadi dengan tema kelestarian. Lazimnya, dekorasi ini kini dipenuhi dengan bahan-bahan plastik atau getah yang tidak mesra alam dan susah atau rumit untuk dikitar semula seperti bola, belon dan sebagainya. Oleh itu, semoga setiap langkah kreatif ini akan dijadikan teladan dan titik permulaan usaha mesra alam bagi Negeri Perak agar sentiasa peka dan cakna dalam setiap aktiviti dan usaha harian yang bakal mencetus impak yang besar kepada kelestarian alam sekitar.

Pihak Berkuasa Negeri melalui perjumpaan Majlis Mesyuarat Kerajaan, Bilangan 2149 pada 17hb Julai 2024 telah meluluskan cadangan penubuhan Sekretariat Kelestarian Alam Perak berkuatkuasa mulai 15hb September 2024 di bawah pemantauan Unit Perancangan Ekonomi Negeri iaitu UPEN Perak Darul Ridzuan. Penubuhan Sekretariat Kelestarian Alam Perak adalah selaras dengan cadangan yang dibentang oleh Yayasan Hasanah semasa taklimat mengenai pembangunan potensi projek kredit karbon di Negeri Perak seiring komitmen Malaysia di peringkat global bagi memerangi perubahan iklim dunia. Peranan kerajaan negeri adalah kritikal untuk sama-sama membantu kerajaan persekutuan merealisasikan komitmen tersebut. Malaysia telah commit untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas hijau gas rumah hijau sebanyak 45 peratus pada tahun 2030 berbanding tahun 2005 dan turut berhasrat mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih melalui pelaksanaan strategi pembangunan karbon rendah jangka panjang. Selain itu, di bawah pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR), Malaysia merancang untuk menyah karbon, sektor tenaga dan industri dalam negara dengan meningkatkan sumbangan tenaga boleh baharu dalam kapasiti terpasang tenaga dari 25% kepada 70% pada 2050.

Dalam usaha menyokong hasrat kerajaan agar bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) diberikan tumpuan untuk mencipta bakat seiring dengan kepesatan pembangunan sains, teknologi dan inovasi. Kerajaan Negeri bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah bekerjasama menganjurkan Karnival Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perak bersama Malaysia Techlympics peringkat Zon Utara, Malaysia pada 7 dan 8 Oktober yang lalu di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. Penganjuran Minggu Sains Negara membawa objektif untuk memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM dalam usaha membina bakat kemahiran tinggi seterusnya memenuhi keperluan industri khususnya dalam sektor teknologi membangun seperti AI iaitu kecerdasan buatan, internet kebendaan, robotik, data raya dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030, sebanyak 13 booth pameran berkaitan sains, teknologi dan inovasi daripada jabatan dan agensi kerajaan serta institusi pendidikan telah disediakan. Pelbagai aktiviti dan pertandingan turut dijalankan dengan penglibatan murid-murid sekolah berhampiran. Pelaksanaan karnival ini terbukti dapat memupuk minat murid serta memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman dengan lebih dekat berkaitan bidang sains, teknologi dan inovasi.

Ini terbukti apabila seramai lebih kurang 2,812 orang pengunjung yang terdiri daripada murid prasekolah, murid sekolah rendah dan sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan serta orang awam telah menghadiri karnival yang berlangsung selama dua hari ini. Sejak sekian lama, keindahan alam semula jadi seperti hutan, gunung, tasik, gua, gua batu kapur dan keunikan budaya menjadi identiti warisan bagi negeri Perak. Kesemua khazanah berharga ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menjamin kelangsungan ekosistem alam yang amat berkait rapat dengan pembangunan sosio-ekonomi negara. Konsep keseimbangan sering diutamakan dalam memajukan ekonomi yang berteraskan kelestarian alam semula jadi. Kerajaan Negeri Perak komited dalam menggerakkan inisiatif menangani perubahan iklim dengan merealisasikan agenda 'Program Penghijauan Malaysia' melalui kempen penanaman 100 juta pokok yang dilancarkan pada 5hb Januari 2021. Setakat ini berakhir 30 November 2024, sejumlah 9.55 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh Negeri Perak. Jumlah ini telah menghampiri sasaran yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menanam sejumlah 10 juta pokok sehingga 2025 di Negeri Perak.

Selain itu, Kerajaan Negeri Perak juga amat komited dalam memelihara dan memulihara kawasan berhutan. Sehingga 30hb November 2024, keluasan hutan simpan kekal Negeri Perak adalah seluas 988,722.22 hektar atau 47 peratus daripada jumlah keluasan tanah Negeri Perak. Terdapat peningkatan seluas 18.59 hektar daripada keluasan Hutan Simpan kekal pada tahun 2023. Keluasan ini mengiktirafkan Perak sebagai negeri yang mempunyai keluasan hutan simpan simpanan kekal tertinggi di Semenanjung Malaysia berbanding keluasan negerinya. Dalam melestarikan pengurusan hutan Negeri Perak, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak bilangan 2109 bertarikh 16hb Jun 2023 telah meluluskan cadangan pelaksanaan Skim Akreditasi Pemuliharaan Standard Harimau atau Conservation Assured Tiger Standard iaitu CATS di empat hutan simpanan kekal dengan berkeluasan 221,619.36 hektar melibatkan Hutan Simpan Amanjaya, Hutan Simpan Gerik, Hutan Simpan Banding dan Hutan Simpan Temenggor.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pada tahun ini, JAS telah menjalankan satu pertandingan pengumpulan e-Waste yang melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah serta IPTA dan IPTS dalam Negeri Perak. Program ini adalah kerjasama erat antara JAS, JPN Perak dan KPT. Program ini telah dilaksanakan selama 4 bulan bermula daripada 13 Mei 2024 hingga 13 September 2024. Hasil daripada pertandingan ini telah berjaya menghasilkan jumlah kutipan sebanyak 29 metrik tan. Sebanyak 25 sekolah rendah, 19 sekolah menengah dan 5 IPTA telah menyertai pertandingan pengumpulan sisa e-Waste ini. Dari pecahan tersebut, sebanyak 612 individu telah mengambil bahagian dalam usaha mengurus e-Waste secara lebih mampan dengan menyerahkan sisa e-waste kepada kontraktor yang berlesen. Para pemenang juga telah diraikan semasa sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2024 peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan yang telah diadakan di AEON Mall, Seri Manjung pada 26hb Oktober yang lepas. Tempat pertama bagi kategori sekolah rendah adalah Sekolah Kebangsaan Rapat Setia. Pemenang kategori Sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yakub dan pemenang bagi kategori IPTA adalah Politeknik Sultan Azlan Shah.

Selain itu, JAS Perak juga turut meneruskan aktiviti kutipan pengumpulan e-Waste sepanjang tahun 2024. Sehingga bulan Ogos 2024, sebanyak 213.52 metrik tan telah berjaya dikumpul serta diuruskan secara berhikmah melalui pengurusan buangan terjadual yang teratur. Acara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan sisa e-Waste yang terdapat dalam Negeri Perak. Inisiatif ini secara tidak langsung dapat menyokong visi 'Perak Sejahtera 2030' untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa yang lebih mampan dan mesra alam. Jabatan Alam Sekitar turut terlibat dalam pendidikan kelestarian melalui program 'Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar' atau lebih dikenali sebagai SLAAS. Sebanyak 10 sekolah terbaik dalam Negeri Perak iaitu lima buah menengah dan lima sekolah rendah di iktiraf kerana mempromosikan amalan kelestarian secara menyeluruh. Program ini mencerminkan usaha kerajaan dalam mendidik generasi muda untuk menjadi pelindung alam sekitar.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penguatkuasaan alam sekitar adalah salah satu elemen kritikal dalam memastikan pematuhan terhadap undang-undang alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. JAS Perak sering melakukan pemeriksaan terhadap punca-punca di bawah bidang kuasa yang telah diperuntukkan seperti premis industri dan projek-projek yang tertakluk dengan laporan EIA. Sehingga 22hb November 2024, sebanyak 1,110 pemeriksaan industri telah dijalankan dan 94 pemeriksaan telah dilakukan terhadap projek yang tertakluk keperluan Laporan EIA. Dari jumlah tersebut, sebanyak 156 kompaun telah dikeluarkan, 258 notis arahan telah diberikan dan sebanyak 10 mempunyai kes mahkamah. Hal ini menunjukkan pihak Jabatan Alam Sekitar sangat serius dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Selain itu, JAS juga telah melaksanakan Operasi Bersepadu Kawalan Pencemaran yang telah menyaksikan sebanyak 39 operasi yang berjaya dijalankan sepanjang tahun. Ini merupakan kerjasama yang baik antara pihak JAS, PDRM, JPJ dan AADK. Program ini sememangnya membantu dalam mengurangkan pelepasan bahan pencemar seperti asap hitam daripada kenderaan diesel. Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan kualiti udara yang baik bagi masyarakat Negeri Perak.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara merupakan sebuah agensi utama yang melaksanakan usaha konservasi hidupan liar melalui pengurusan dan tadbir urus yang baik dalam memastikan hidupan liar negara tidak pupus untuk generasi akan datang. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhilitan termasuk melalui program konservasi secara in situ dan ex situ. Di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai pada ketika ini mempunyai sebanyak 70 ekor rusa sambar dan 12 ekor seladang. Pada tahun 2024, sebanyak 10 ekor anak rusa sambar dilahirkan dan 3 ekor anak seladang dilahirkan. 3 ekor rusa sambar telah berjaya dilepaskan kembali ke Taman Negara Terengganu manakala tiada seladang dilepaskan pada tahun ini. Bagi spesies burung pula, terdapat 4 ekor anak kuang cermin, tiga ekor anak kuang raya, 1 ekor anak merak hijau, lapan ekor merak pongsu dan lima ekor ayam pegar berjaya dilahirkan. Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan pula berfungsi sebagai pusat pembiakan tuntung secara dalam kurungan atau ex-situ. Secara keseluruhannya, jumlah tuntung yang ada yang ada di PKHL Bota Kanan adalah sebanyak 600 ekor meliputi 97 ekor tuntung dewasa dan 503 ekor anak. Sebanyak 210 ekor tuntung telah dilahirkan pada tahun 2024 dan 200 ekor tuntung telah berjaya dilepaskan kembali ke habitat asal. Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) menempatkan 15 ekor harimau belang jantan dan

8 ekor harimau belang betina sehingga kini. Pada tahun 2024, sebanyak 6 ekor harimau belang telah berjaya diselamatkan. Spesies lain yang berjaya diselamatkan pada tahun 2024 adalah spesies harimau kumbang iaitu sebanyak 3 ekor dan 1 ekor beruang matahari.

Sehingga Oktober 2024, Jabatan Perhilitan Negeri Perak telah menerima aduan konflik kera sebanyak 2,280 aduan. 2,282 aduan, aduan babi hutan sebanyak 161, aduan harimau belang sebanyak 112, aduan harimau kumbang sebanyak 58 aduan, harimau dahan sebanyak 13, aduan gajah liar sebanyak 333, aduan beruang sebanyak enam dan 211 aduan bagi lain-lain spesies. Jumlah keseluruhan aduan yang diterima adalah sebanyak 3,176 aduan bagi tempoh ini dan dianggarkan nilai kerugian akibat konflik hidupan liar adalah RM1,526,166. Ancaman konflik dari spesis kera dan babi hutan merupakan spesies utama yang sering diterima oleh pihak Jabatan Perhilitan. Sejumlah 14,350 ekor kera dan 224 ekor babi hutan telah berjaya dilupuskan pada tahun ini menerusi kawalan konflik hidupan liar. Bagi tahun ini, sebanyak 13 operasi translokasi gajah liar telah dilakukan oleh pihak Jabatan Perhilitan negeri Perak.

Secara kumulatif, sebanyak 33 ekor gajah liar telah berjaya ditangkap pindah pada tahun ini. Untuk menambah baik usaha konservasi sebuah santuari gajah akan diusahakan. Cadangan tapak penubuhan Santuari Gajah Perak terletak di Batu 11, Lebuh Raya Timur-Barat, Gerik berhampiran Tugu Peringatan Pembinaan Lebuh Raya Timur Barat. Secara umumnya, Kerajaan Negeri Perak telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 79.74 hektar atau 197 ekar bagi tujuan penubuhan santuari ini yang akan diuruskan oleh Jabatan Perhilitan. Dianggarkan seluas 10 hektar akan dibangunkan dengan infrastruktur seperti pejabat, kuarters, bilik interaktif, kandang gajah dan lain-lain kemudahan. Konsep utama pembangunan santuari ini adalah konservasi gajah dan eko pelancongan bertemakan gajah. Buat masa ini, Jabatan Perhilitan telah melantik perunding bagi memberi cadangan pembangunan. Beberapa bengkel dan mesyuarat dengan Jabatan Kerja Raya telah dilakukan bagi membincangkan pelaksanaan yang dijangka dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 pada tahun depan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker sehingga November 2024 Jabatan Perhilitan telah melantik seramai 309 orang Renjer Komuniti bagi Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di Negeri Perak. Program ini merupakan sebuah program kerjasama yang melibatkan pelbagai agensi-agensi lain seperti Perbadanan Taman Negeri Perak dan NGO seperti WWF, Pelindung dan RIMBA di 40 buah pos. Renjer Komuniti yang dilantik merupakan anggota veteran ATM, Orang Asli dan orang awam dengan pecahan seramai 41 orang veteran ATM, 19 orang awam dan 249 Orang Asal. Program BP3 ini dijalankan bagi tujuan membanteras pencerobohan pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar oleh warga tempatan dan warga asing di kawasan perlindungan Jabatan Perhilitan dan Hutan Simpanan Kekal yang terlibat. Sebanyak 150 operasi penguatkuasaan telah dilakukan sehingga November 2024, termasuk pemeriksaan premis dan pameran sekatan jalan raya, operasi pembasmian jerat dan rondaan di musim cuti perayaan. Sebanyak 16 tangkapan telah dilakukan serta 16 kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan pendakwaan oleh jabatan. Daripada 16 tangkapan ini, terdapat 3 tangkapan melibatkan warga asing iaitu 5 orang warga Indonesia dan 3 orang warga Cambodia.

Bermula daripada Januari hingga November 2024 juga sebanyak 11 operasi bersepadu khazanah dengan singkatan OBK telah dijalankan dengan baki satu lagi operasi pada bulan Disember kelak. OBK juga merupakan salah satu aktiviti di bawah Biodiversity Protection dan Patrolling Program. Sehingga November 2024, sebanyak 123 utas jerat telah dimusnahkan semasa OBK dan didapati terdapat tiga jenis jerat yang selalu dijumpai iaitu jerat tali, jerat nilon dan jerat dawai sebagai perbandingan, sebanyak 122 jerat telah dimusnahkan pada tahun 2023. Terdapat sedikit pertambahan bilangan jerat yang dimusnahkan kerana bilangan laluan semasa operasi dijalankan telah ditambahkan pada tahun ini.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, dalam menghadapi cabaran perubahan iklim global dan keperluan mendesak untuk melindungi kelestarian alam sekitar, Perak telah mengambil langkah-langkah penting untuk meletakkan dirinya sebagai peneraju dalam pembangunan tenaga bersih dan amalan mesra alam. Saya ingin menarik perhatian kepada empat inisiatif utama yang sedang diterokai dan dilaksanakan oleh Perak dalam usaha menuju masa depan yang lebih hijau dan lestari. Projek Mini Hyde. Projek Mini Hydroelectric, penetapan Net Energy Metering, Ladang Solar Hybrid Terapung dan konsep zero waste dalam sektor perindustrian.

Projek mini hydroelectric dengan adanya sumber air yang berterusan seperti sungai dan takungan air, Perak memiliki peluang yang besar untuk menjana tenaga bersih dan lestari melalui projek hydroelectric mini. Tenaga hydroelectric yang digunakan secara meluas di banyak negara merupakan salah satu bentuk tenaga boleh baharu yang paling bersih namun, cabaran utama bagi projek hydroelectric berskala besar adalah impak alam sekitar terutamanya dalam pembinaan empangan besar. Di sini kita melihat kelebihan projek mini hidro adalah sistem yang lebih kecil dan lebih efisien untuk menjana kuasa daripada aliran air sedia ada tanpa memerlukan pembinaan empangan besar. Melalui projek mini hidro, impak alam sekitar dapat dikurangkan dengan ketara sambil memanfaatkan potensi sumber air. Inisiatif seperti itu turut menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi tempatan dengan penubuhan dan penyelenggaraan stesen hidroelektrik, kami menjangka akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan dan adalah selaras dengan matlamat Perak untuk menjadikan negeri yang lebih hijau dan lestari selaras dengan komitmen negara untuk mengurangkan emisi karbon.

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) sebagai badan pentadbir, Kerajaan Negeri komited untuk menyokong inisiatif yang memberikan impak besar seperti yang digariskan dalam pelan. Seperti yang satu usaha sama dengan dalam satu usaha projek hidro 2. Satu usaha sama dengan Kangsar Hidro Sdn Berhad menggunakan pendekatan owner operator bagi projek hidro mini di sungai-sungai yang dikenalpasti di Perak. Projek ini dijangka akan mewujudkan 400 hingga 500 peluang pekerjaan baru dalam bidang berkaitan. Strategi mencari sumber juga telah diterima pakai untuk menarik pelabur dalam pembangunan industri ini. Seterusnya, kita akan membincangkan NET Energy Metering yang dikenali sebagai meter pintar. Peralihan global kepada tenaga boleh diperbaharui memerlukan sistem pengurusan tenaga yang lebih cekap dan pintar. Di Perak, kita menyedari kepentingan menggunakan teknologi terkini untuk mengurus penggunaan tenaga dengan lebih baik. Pelaksanaan inisiatif ini telah membawa pelbagai manfaat. Ianya menyediakan real time data mengenai penggunaan tenaga, membolehkan penggunaan pengguna mengurus penggunaan tenaga mereka dengan lebih efisien dan mengurangkan pembaziran serta membolehkan kita mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui.

PKNP melalui anak syarikat Maju Perak sedang dalam proses pelaksanaan beberapa projek pemasangan sistem panel solar berbumbung melalui Skim NET Energy Metering bagi menyokong pengurusan tenaga yang lebih efektif. Contohnya, pemasangan panel solar PV 100 kilowatt di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dengan penjimatan RM57 ribu setahun. 200 kilowatt di bumbung AA Tech Factory Batu Gajah dengan penjimatan sebanyak RM133 ribu setahun dan 300 kilo 308 kilowatt di Bazar Ipoh dengan penjimatan sebanyak RM55 ribu setahun. 20 buah Masjid Daerah Zon 2 Negeri Perak juga terlibat dalam projek ini dan 3 majlis daerah seperti berikut iaitu 109 kilowatt di Majlis Daerah Perak Tengah dengan penjimatan sebanyak RM20 ribu setahun. 67 kilowatt di Majlis Daerah Pengkalan Hulu dengan penjimatan RM14 ribu setahun dan 32 kilowatt di Majlis Daerah Selama dengan penjimatan RM10 ribu setahun. PKNP juga melalui anak syarikatnya, Perak Corp juga telah melaksanakan pemasangan Panel Solar Photovoltaic PV melalui Skim Net Energy Metering. Di mana sebanyak 706 panel solar photovoltaic telah dipasang di atas bumbung Pusat Konvensyen Casuarina dan tempat letak kereta yang akan mempunyai kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 416.54 kilowatt. Penjimatan yang dianggap dianggarkan bagi tahun pertama adalah sebanyak RM135,882.

Timbalan Yang di-Pertua, satu lagi inovasi menarik yang senang diterokai di Perak adalah ladang solar terapung hibrid dengan banyak tasik dan takungan air Perak berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan taman solar terapung. Inisiatif ini melibatkan pemasangan panel solar di permukaan badan air seperti tasik atau takungan. Penyelesaian ini sangat berkesan kerana ia tidak memerlukan penggunaan tanah yang luas yang sering menjadi cabaran di kawasan yang sudah padat dan kawasan pertanian. Dalam solar terapung menjana tenaga solar dengan cekap sambil memelihara ekosistem tanah. Selain itu, panel solar yang diletakkan di atas air adalah lebih sejuk berbanding yang diletakkan di atas tanah yang meningkat di mana ia akan mendapat meningkatkan kecekapan penjanaan. PKNP pada 29 Ogos 2023 telah menanam dan menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak TNB Genco bagi mengkaji potensi pembangunan projek ladang solar terapung di sungai-sungai, empangan hidroelektrik dan kawasan tadahan SSJ, Sungai Perak. Dalam usaha memastikan pembangunan negeri yang bersifat lestari pada peringkat nasional dan antarabangsa. Cadangan pembangunan ini masih dalam peringkat kajian kebolehlaksanaan oleh pihak TNB Genco.

Selain itu, PKNP melalui Maju Perak telah mengendalikan ladang solar di Pulai Kinta yang telah beroperasi sejak 2015. Selain itu, tambahan pula sebagai sebahagian daripada rangka tindak tindak peralihan tenaga tenaga negara, Rangka tindak peralihan tenaga negara NETR Maju Perak telah mengemukakan bidaan untuk projek ladang solar berkapasiti 60 megawatt di bawah Skim LSS5 dan senang juga menerokai potensi untuk taman solar berskala besar di Perak seperti Centralized Solar Park dengan kapasiti 100 megawatt di Seri Iskandar. Usaha kerjasama bersama TNB Renewables Sdn. Bhd. Yang keempat konsep zero waste dalam industrial park. Saya ingin membincangkan konsep zero waste dalam industri di Negeri Perak seiring dengan pesatnya, pertumbuhan sektor perindustrian. Pengurusan sisa telah menjadi satu isu yang semakin kritikal. Konsep zero waste bertujuan untuk menghapuskan sisa dengan menggunakan semula bahan-bahan dan mengitar semula sisa yang dihasilkan sepanjang proses pengeluaran. Di Perak, kita komited untuk menggalakkan industri tempatan supaya mengamalkan prinsip sekular ekonomi dengan merekabentuk produk supaya lebih mudah untuk dikitar semula atau diguna semula. Kita dapat mengurangkan sisa dan pengantungan terhadap sumber baru. Sebagai contoh, dalam industri pembuatan bahan mentah boleh dikitar semula dalam proses pengeluaran.

Seterusnya, mengurangkan kos pelupusan dan menambah nilai kepada bahan yang tidak digunakan. Konsep ini juga meningkatkan daya saing industri perak di peringkat global dengan semakin banyak negara yang mengutamakan kelestarian dan pengurusan sumber yang cekap. Industri Perak yang mengamalkan amalan zero waste akan membina reputasi yang lebih kukuh dan meningkatkan daya saing mereka di pasaran antarabangsa. PKNPk sebagai peneraju rantaian nilai mineral Asia Pacific telah mengenal pasti sektor mineral terutamanya aktiviti huluan dan hiliran sebagai bidang bernilai tinggi yang sejajar dengan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2023. PKNP juga telah menjalin kerjasama dengan sektor swasta dalam usaha sama untuk pengeluaran mineral dan pembinaan loji pemprosesan mineral yang akan beroperasi mengikut konsep zero waste.

Yang Berhormat Timbalan Speaker beralih kepada isu-isu perbahasan. Di sini saya mengambil peluang ini merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 yang merekodkan sejarah baharu Bajet Negeri Perak. Penghargaan ikhlas juga daripada saya kepada semua yang memberi cadangan, pandangan, syor dan rujukan khususnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh terhadap isu berkaitan sains, alam sekitar dan teknologi hijau. Yang Berhormat Pangkor dan Yang Berhormat Kampong Gajah, mengenai masalah kacau ganggu kera. Mengikut rekod Jabatan Perhilitan Perak sepanjang tahun 2024 dari Januari hingga November, aduan gangguan kera di Teluk Batik diterima pada 21 Mei 2024. Manakala kawasan sekitarnya iaitu Kampung Padang Tembak dan Kampung Teluk Muruh sebanyak tiga aduan diterima, Jabatan Perhilitan Perak Tengah telah melakukan operasi pelupusan di mana sepanjang 2024, sebanyak 26 ekor telah dilupuskan. Manakala mengikut rekod sepanjang tahun 2023 sebanyak 28 ekor telah dilupuskan. Jabatan Perhilitan bekerjasama rapat dengan pihak Majlis Perbandaran Manjung bagi menangani isu gangguan kera di pantai ini. Untuk melakukan operasi basmi…

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Exco, Kampung Gajah.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Sekejap lagi. Untuk melakukan operasi basmi iaitu tembak. Tidak sesuai dilakukan di Teluk Batik atas faktor keselamatan. Mengikut rekod, Jabatan Perhilitan telah mengenal pasti 3 koloni kera yang berkeliaran di kawasan tersebut. Oleh itu, Perhilitan Perak Tengah telah merangka cadangan operasi OPS Basmi Kera di kampung berhampiran pada Januari 2025 iaitu Kampung Padang Tembak dan Kampung Teluk Muroh di mana secara tidak langsung akan mengurangkan populasi dan konflik kera di Teluk Batik kerana ia dari kumpulan yang sama kita. Silakan.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Saya pernah bangkitkan. Terima kasih. Terima kasih YB Exco. Saya bangkitkan iaitu satu kampung yang mana kerana kacau, kacau kera…

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ada, ada. Kampung Gajah? Menjawab pertanyaan Yang Berhormat Kampung Gajah, kerajaan melalui Jabatan Perhilitan sentiasa komited dalam menangani konflik gangguan hidupan liar seperti beruk, kera dan babi hutan. Kerajaan Negeri Perak amat menyedari akan kepentingan pengurusan konflik manusia, hidupan liar dalam mencapai keseimbangan melaksanakan pembangunan ekonomi Negeri Perak dan tanggungjawab memuliharakan.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh, sila.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Timbalan Speaker minta sedikit masa lagi dan tanggungjawab memulihara khazanah alam sekitar agar kesinambungan fungsi hutan akan terus berkekalan dan terjamin. Bagi tahun 2024, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sebanyak RM247,330 bagi menampung keperluan usaha konservasi Jabatan Perhilitan Negeri Perak. Sebahagian daripada itu telah dibelanjakan sebanyak RM15,000 untuk pembelian peluru sebagai usaha untuk membantu jabatan dalam menyelesaikan masalah konflik hidupan liar di sekitar Negeri Perak. Memandangkan aduan gangguan kera yang tinggi direkodkan pada tahun ini iaitu sebanyak 2,282 aduan pihak Jabatan Perhilitan akan terus berusaha untuk meminimumkan masalah konflik hidupan liar.

Yang Berhormat Kamunting ingin mengetahui tentang hala tuju Kerajaan Negeri dalam memperluaskan kempen sifar penggunaan beg plastik. Mulai bulan Jun 2023, semua PBT di Negeri Perak telah melaksanakan kutipan caj pencemaran melalui syarat-syarat tambahan di dalam lesen perniagaan iaitu pengenaan caj pencemaran dengan nilai RM0.20 bagi setiap helaian beg plastik yang diberikan kepada pengguna di kaunter perniagaan premis yang berdaftar dengan PBT. Bagi permohonan baru atau pembaharuan lesen perniagaan di bawah peruntukan Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976, premis perniagaan yang telah disahkan tidak membekalkan beg plastik kepada pengguna akan diberikan Sijil Premis Bebas Beg Plastik Negeri Perak dan sijil ini perlu diperbaharui setiap tahun oleh premis perniagaan setelah ianya tamat tempoh.

Untuk makluman Yang Berhormat Kamunting buat masa ini untuk setiap, seminggu sehari sahaja, jumlah kutipan caj pencemaran penggunaan beg plastik yang dilaporkan oleh semua PBT di Negeri Perak mulai Jun 2023 sehingga Oktober 2024 ialah RM739,612.20. Semua hasil kutipan terkumpul yang disalurkan ke Akaun Amanah atau Tabung Khas yang ditubuhkan di setiap PBT seperti yang diluluskan oleh MMK pada 10 Ogos 2022 bagi tujuan program-program kemudahan awam atau tertakluk kepada Jawatankuasa Akaun Amanah atau Tabung Khas berkenaan. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) yang merupakan pemegang dasar dan penggerak pelaksanaan inisiatif Kempen Kesedaran Tiada Beg Plastik telah mengambil banyak inisiatif untuk memperkasakan kempen ini.

Antaranya menyertai Karnival Sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada 28 hingga 30 April 2024 dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan Institut Darul Ridzuan (IDR) di Bulatan Amanjaya Meru bagi membawa matlamat yang berkaitan Kempen Kesedaran Tiada Beg Plastik di Negeri Perak. Membuat eco-bag kepada rakyat melalui medium penganjuran program-program Kerajaan untuk menyemai kesedaran dan menggalakkan penggunaan eko bag bagi menggantikan beg plastik sekali guna. Kerajaan Negeri berharap usaha serta pendekatan yang telah diambil dapat memperluaskan penggunaan alternatif mesra alam lain kepada beg plastik sekali guna, bergerak ke hadapan memandangkan kesediaan premis perniagaan dalam Kempen Sifar Beg Plastik Sekali Guna. UPEN sedang dalam proses untuk meningkatkan keberkesanan kempen tersebut dengan cadangan pengenaan caj pencemaran unsur setiap hari dan pada caj yang lebih tinggi dengan tujuan semua pengguna akan membawa beg bungkusan mesra alam sendiri demi mencapai sifar plastik sekali guna dengan lebih efektifnya.

Saya juga mengambil peluang ini untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pantai Remis dan Yang Berhormat Changkat Jering yang menyentuh mengenai aktiviti konservasi penyu di Segari. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Negeri Perak telah menjalin kerjasama dengan pihak Universiti Malaysia Terengganu dan sedang dalam proses pelaksanaan kajian pemuliharaan dan pemeliharaan penyu Negeri Perak bermula 13 Jun 2024 sehingga 30 Ogos 2025. Untuk makluman, kajian ini meliputi data pendaratan penyu, kesihatan penyu, pemetaan dasar perairan pantai, pengenalpastian habitat pemakanan penyu, kesan pembangunan pesisir pantai terhadap habitat persarangan penyu dan hubungan pewartaan terhadap sosio-ekonomi masyarakat di kawasan pantai. Dato' Speaker, minta 2 minit lagi. Buat masa ini, ukur halus bagi mewarta pantai pendaratan penyu sepanjang 7 km dari muara Sungai Gelam sehingga Pulau Batu Langsuir yang meliputi Pantai Pasir Panjang, Teluk China, Tanjung Gemuk, Sungai Puyu dan Tanjung Hantu telah dilakukan dan kawasan yang bakal diwartakan akan diselaraskan dengan penemuan kajian yang sedang berlangsung.

Akhir sekali, Yang Berhormat Hutan Melintang telah bertanya tentang isu kelestarian alam sekitar melalui pemeliharaan hutan paya bakau. Bagi kawasan hutan paya bakau di daerah Bagan Datuk, Jabatan Perhutanan telah membuat perancangan bagi tahun 2025 untuk menggunakan peruntukan pembangunan Negeri bagi melaksanakan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan paya laut dan pesisir pantai di daerah Bagan Datuk. Begitu juga, Jabatan Perhutanan akan turut melaksanakan Program Communication Education Participation & Awareness iaitu CEPA yang melibatkan komuniti setempat dan sekolah-sekolah sekitar Bagan Datuk. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah penanaman pokok dan Program Kesedaran Kepentingan Hutan Paya Bakau Dan Pesisir Pantai Negara. Jabatan Perhutanan telah mewartakan kawasan seluas 269.67 hektar hutan paya laut di Bagan Datuk melibatkan 2 hutan simpanan kekal iaitu Hutan Simpan Bakau Sungai Nipah seluas 146.27 hektar dan Hutan Simpan Paya Bakau Beting Beras Basah seluas 123.4 hektar yang antara lainnya bertujuan untuk memelihara hutan, paya, laut dan pesisir pantai di Daerah Bagan Datuk. Yang Berhormat Speaker, kelestarian alam sekitar merupakan agenda penting…

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah. Ya. Terima kasih Yang Berhormat Exco dan juga Dato' Yang di-Pertua. Berkaitan tentang hutan paya bakau ini saya mohon juga bagi pihak Kerajaan dan pihak Jabatan Perhutanan lihat semula dan secepat mungkin untuk mewartakan kawasan paya bakau di Changkat Keruing yang sebelum ini telah diterokai secara haram boleh dimasuk dan diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Paya Bakau dan berkaitan tentang pesisiran pantai yang diwartakan sebagai Pesisiran Pantai Perlindungan juga di Pasir Panjang untuk tempat mendarat penyu tu, saya berharap dengan kajian yang sedang di jalankan boleh juga libatkan kami untuk sama-sama dalam perbincangan tersebut. Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Pantai Remis yang sentiasa prihatin terhadap bab alam sekitar. Point-point yang telah disampaikan itu akan diambil, dicatat dan segala yang bagus akan dilaksanakan. Dato' Yang di-Pertua, kelestarian alam sekitar merupakan agenda penting mana-mana pihak dan menjadi tanggungjawab setiap individu dalam menjaga anugerah berharga ciptaan Yang Maha Esa. Menyedari Kerajaan Negeri komited dalam memastikan kelestarian alam sekitar menjadi tonggak kepentingan Negeri. Mengakhiri penggulungan ini, sekali lagi saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang amat prihatin terhadap isu-isu Belanjawan 2025 di bawah Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau. Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius terhadap segala cadangan yang telah dikemukakan dan akan menambah baik perkara-perkara yang dibangkitkan. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco Adun daripada kawasan Aulong. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Temengor, Temengor? Temenggor? Temengor untuk menggulung perbahasan. Saya selalu silaplah.

Temengor.

Yang di-Pertua

Temengor ya, yang betul? Bukan Temenggor?

Ya tak, Temengor.

Yang di-Pertua

Temenggor.

Temengor.

Yang di-Pertua

Temengor, sila.

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu wassalamu ala Asyraf ahlil anbia wa mursalin wa ala alihi wasohbihi Ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat di pihak kerajaan mahu pun pembangkang, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri mahu pun Persekutuan, dato', tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, saya mengangkat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana berkat dan limpah rahmat dan kasih sayangnya, kita semua dapat berkumpul bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini untuk berbahas dan saling bertukar-tukar pandangan dalam membincangkan Belanjawan 2025 Negeri Perak Darul Ridzuan yang telah dibentang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak selaku Adun Kota Tampan pada 29 November yang lalu.

Pada kesempatan ini juga saya dengan penuh hormat dan takzimnya, merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Almaghfur-Lah sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 1 November yang lalu. Dirgahayu Tuanku. Didoakan Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah s.w.t. serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Dato' Yang di-Pertua, izinkan untuk saya turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar selaku Adun Kota Tampan dan seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Perak di atas kejayaan mengemudi Kerajaan Negeri dengan cukup baik dan cemerlang apabila menyaksikan ekonomi Negeri telah merekodkan momentum pertumbuhan secara konsisten untuk 3 tahun berturut-turut dan mencatat surplus untuk 2 tahun berturut-turut dan tahun ini mencatat RM62.4juta surplus iaitu angka tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah. Hasil iltizam, kesungguhan dan kerja buat yang tanpa henti oleh seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Alhamdulillah, Belanjawan tahun 2025 telah mencipta sejarah baru kepada Negeri Perak apabila menjadi belanjawan terbesar dalam sejarah negeri iaitu anggaran RM1.52 bilion. Tahniah dan Syabas saya ucapkan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, pucuk paku di hujung titi, tumbuh segar di pinggir kali, kestabilan politik asas negeri, sejahtera sosial kekal harmoni. Sejak kerajaan ini ditubuhkan, Kerajaan Negeri Perak telah mengekalkan agenda kesejahteraan rakyat sebagai tiang seri utama dalam belanjawan negeri iaitu bagi tahun 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM628.65 juta iaitu hampir separuh daripada keseluruhan belanjawan negeri untuk dibelanjakan bagi tujuan kesejahteraan rakyat. Inilah gambaran dan cerminan yang jelas lagi nyata bahawa kerajaan ini akan sentiasa meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat terbanyak sebagai keutamaan negeri ini.

Secara keseluruhannya di bawah portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menerima peningkatan belanjawan yang begitu signifikan dan untuk dua tahun berturut-turut telah berlaku kenaikan bagi Bantuan Am di bawah JKM Negeri Perak dari RM300 kepada RM400 sebulan pada tahun 2024 dan kini Alhamdulillah telah dinaikkan sekali lagi ke kadar yang baru bernilai RM500 sebulan yang akan memberi manfaat kepada 6,100 penerima manfaat. Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri terus memastikan kesejahteraan dan kebajikan wanita, warga emas, kanak-kanak dan masyarakat terus terpelihara dengan meningkatkan peruntukan untuk tahun 2025 kepada RM9.9 juta bagi dijalankan pelbagai program bantuan. Turut meningkat adalah aspek pembangunan keusahawanan dan koperasi yang telah meningkat kepada RM4 juta berbanding RM2.3 juta pada tahun lalu. In shaa Allah berkat kepercayaan ini, kami dari seluruh pasukan beriltizam akan cuba sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan setiap peruntukan yang disalurkan akan memberi manfaat yang sebaiknya kepada rakyat terbanyak.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, meneruskan ucapan penggulungan saya, ingin saya ucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam sesi perbahasan belanjawan selama dua hari ini iaitu melibatkan 20 orang Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya. Bagi sesi penggulungan hari ini, saya akan cuba sehabis baik untuk memberi respon dan maklum balas terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan serta menjelaskan isu-isu dasar mengikut beberapa tema. Perkara- perkara spesifik dan operasi akan diumum dirumus secara umum bagi menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, semua isu yang dibangkitkan akan diberi perhatian oleh pihak saya dan jawapan bertulis akan dikemaskinikan di dalam sistem yang disediakan. Dato' Yang di-Pertua, bermula dengan isu kebajikan masyarakat dan pembasmian kemiskinan. Isu ini saya yakin begitu mendapat perhatian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang diumumkan JKM Negeri Perak telah diperuntukkan sebanyak RM45.94 juta meningkat sebanyak RM3.14 juta berbanding dengan peruntukan yang diterima pada tahun 2024 bagi melaksanakan program-program kesejahteraan rakyat. Peningkatan ini adalah terkait dengan peningkatan kadar RM500 sebulan merujuk kepada Skim Bantuan Am Negeri Perak.

Yang Berhormat Kubu Gajah, Bota, Bukit Chandan telah membangkitkan persoalan berkenaan isu pembasmian kemiskinan tegar dan adakah penambahan RM100 kepada Bantuan Am Kebajikan Masyarakat mampu mengeluarkan penerima bantuan dari kemiskinan. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin betulkan sedikit pandangan berkenaan Skim Bantuan Kewangan Negeri, Skim Bantuan Am adalah diwujudkan bagi meringankan beban penerima bantuan dan seterusnya mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna. Dalam masa yang sama, mana-mana penerima bantuan yang masih produktif yang berusaha melaksanakan pekerjaan bagi menampung kehidupan dan tidak semata-mata bergantung kepada bantuan JKM atau lain-lain agensi sepenuhnya. Berdasarkan kadar baharu Skim Bantuan Am RM500 sebulan mulai Januari 2025 membolehkan penerima yang berkaitan terkeluar daripada kategori miskin tegar dan meneruskan kelangsungan hidup.

Dalam usaha membasmikan kemiskinan, kita perlu faham bahawa pelbagai agensi telah memainkan peranan penting dan tidak hanya tertumpu kepada bantuan JKM semata-mata. Ini kerana JKM hanya menyediakan bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban dan sebagai sumber kewangan sebag sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup. Salah satu syarat kelayakan bagi pertimbangan bantuan kewangan JKM adalah pendapatan isi rumah di bawah RM1,198 ataupun pendapatan perkapita di bawah RM322 sebulan. Syarat kelayakan bagi kelulusan bantuan kewangan JKM lebih tinggi berbanding dengan pendapatan isi rumah miskin tegar Negeri Perak, RM1,084 ataupun pendapatan perkapita miskin tegar Negeri Perak RM312. Bermakna mana-mana individu yang menerima bantuan kewangan JKM terkeluar daripada kategori miskin tegar. Berdasarkan data pada Oktober 2024, seramai 50,707 orang rakyat Negeri Perak sedang menerima manfaat daripada Skim Bantuan JKM iaitu melalui Skim Bantuan Persekutuan dan Skim Bantuan Negeri.

Dato' Yang di-Pertua, seperti semua sedia maklum, Kerajaan Negeri pada masa kini memberi tumpuan kepada agenda menoktahkan kemiskinan terutamanya kemiskinan tegar. Usaha ini akan diteruskan pada 2025 melalui program One Stop Centre

Sejahtera Sosial yang diperuntukkan RM0.6 juta pada tahun hadapan. Penganjuran program One Stop Centre Sejahtera Sosial Negeri Perak adalah bertujuan untuk mengumpulkan pelbagai agensi pemberi bantuan di bawah satu bumbung. Kedua, penyelesaian kes ataupun bantuan yang bersesuaian kepada peserta eKasih dan golongan sasar secara in-situ. Ketiga, memudahkan capaian perkhidmatan oleh golongan peserta eKasih dan golongan sasar ke atas bantuan yang diperlukan dan seterusnya penyelarasan bantuan kepada peserta yang terlibat bagi mengelakkan pertindihan bantuan, dalam menangani isu kemiskinan sistem eKasih digunakan sebagai sumber data kemiskinan utama bagi maksud penentuan status kemiskinan sebuah keluarga. Sistem e-Kasih menggunakan pengukuran berdasarkan pendapatan, garis kemiskinan PGK makanan dan bukan makanan bagi setiap isi rumah.

Sesebuah isi rumah dianggap berada dalam kategori miskin apabila pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang daripada PGK keseluruhan. Manakala sesebuah isi rumah dianggap berada dalam kategori miskin tegar apabila pendapatan bulanan isi rumah tersebut adalah kurang dari PGK makanan iaitu pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan isi rumah tersebut memenuhi keperluan asas dari segi nutrisi makanan yang minimum yang membolehkan setiap ahlinya mempunyai tubuh badan yang sihat. Bagi Negeri Perak, pendapatan perkapita semasa bagi miskin tegar ialah RM312 bagi bandar dan luar bandar, manakala kategori miskin ialah RM708 di bandar dan RM623 di luar bandar. Usaha-usaha pihak kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan trend yang positif di mana sehingga 2 Disember 2024 seramai 8,977 Ketua Isi Rumah (KIR) di Negeri Perak telah berjaya dikeluarkan dari kepompong kemiskinan tegar. Usaha ini telah disumbang oleh kerjasama sinergi yang telah gerakan melalui taskforce, gerak kerja pembasmian kemiskinan tegar negeri Perak yang telah dibentuk melibatkan semua agensi pemberi bantuan bersama pentadbiran Daerah seluruh Perak serta pelaksanaan inisiatif One Stop Center Sejahtera Sosial yang telah menghimpunkan semua agensi yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan.

Dato’ Yang di-Pertua dan ahli sidang untuk makluman sehingga 1 Disember 2024, sebanyak 9 daerah telah selesai pelaksanaan program One Stop Center Sejahtera Sosial dan In shaa Allah dua lagi daerah iaitu Kampar dan Batang Padang serta Muallim akan selesai pada pertengahan bulan ini. Saya juga ingin tegaskan di dewan yang mulia ini bahawa inisiatif digerakkan bagi menyantuni rakyat miskin tegar tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Bukan itu sahaja, kebanyakan daerah yang menjalankan program ini turut kita jemput Yang Berhormat di daerah tersebut. Contoh yang hadir YB Alor Pongsu, YB Manong, YB Chandan pun antara yang saya ingat hadir sewaktu program One Stop Center. Cuma jika yang di Yang Berhormat Bota ada membangkitkan isu tidak dijemput. Jelas saya nak menyatakan di sini ia tidak akan mengurang walau pun sedikit rasa kebertanggungjawapan kami terhadap rakyat di kawasan Yang Berhormat Bota.

Walau bagaimanapun, data kemiskinan adalah bersifat dinamik yang mana jumlahnya boleh bertambah dan berkurang dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, setakat Disember 2024 terdapat 53 KIR berstatus miskin tegar di Negeri Perak yang perlu dinoktahkan. Ini inisiatif Kerajaan Negeri melalui FGV, FGN ya Focus Group Negeri untuk mengguna data untuk tahun ini sekali lagi seperti tahun lepas kita lock data, data yang kita lock setiap tahun berbanding tahun lepas kita lakukan data setahun sekali tetapi untuk makluman Ahli Yang Berhormat penambahbaikan telahpun dibuat. Yang mana untuk tahun ini data yang kita kunci setiap 2 bulan sekali. Sebagai contoh, pada tahun ini, 2024 Februari 2024, data yang kita lock ialah 8,128 dan diselesaikan pada Mei dan pada 15 Julai, kita lock data baru dan diselesaikan pada September dengan KIR 653 dan yang paling terkini iaitu 15 Disember, 15 Oktober kita ada 205 KIR dengan jangkaan kita cuba untuk sifarkan pada 15 Disember dan pada ketika ini rekod kita masih ada 7 KIR yang perlu kita santuni. Ketahuilah bahawa usaha menoktahkan kemiskinan ini kita lakukan tanpa ada noktahnya. Ia sentiasa menjadi komitmen kerajaan negeri bagi memastikan rakyat di Perak ini dapat di sejahterakan.

Dato Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan sidang dewan menyentuh berkaitan soal pembangunan wanita dan masyarakat. Seperti semua sedia maklum, Seketeriat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Wanita Perak telah diperuntukkan RM3.3 juta iaitu peningkatan RM1.59 juta berbanding peruntukkan tahun 2024. Tahun 2024 telah menyaksikan pencapaian signifikan oleh Seketeriat Wanita Perak dalam usaha memperkasakan wanita di negeri ini. Program program yang dilaksanakan bukan sahaja memberikan manafaat langsung kepada wanita tetapi juga meningkatkan kesedaran mengenai peranan penting mereka dalam masyarakat. Justeru, portfolio wanita telah menumpukan perhatian kepada aspek pendidikan, ekonomi, kesihatan dan keterlibatan komuniti sepanjang tahun 2024. Antara program yang telah berjaya dilaksanakan di bawah portfolio ini adalah. Pertama, antara contoh WIN Perak, program ini telah menyaring 60 wanita untuk menjadi ahli meja Rundingan wanita Negeri Perak yang akan mula berfungsi pada Januari 2025. Inisiatif ini bertujuan memperkukuhkan suara wanita dalam proses pembuatan keputusan di peringkat negeri.

Untuk makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat, Program Wanita Inspirasi Negeri Perak WINP ini telah mencapai fasa penting dengan pemilihan 60 peserta akhir yang berpotensi tinggi yang telah berjaya disaring dan dipilih. Para peserta ini akan menjalani latihan intensif di dalam bengkel, Bengkel Perkasa WINP yang akan diadakan pada 14 dan 15 Disember ini melalui modul kepimpinan, komunikasi dan perundingan serta secara langsung dilantik sebagai ahli meja rundingan wanita Perak yang dirancang berlangsung pada Januari 2025. Program ini akan menyediakan platform kepada Wanita Perak untuk memainkan peranan aktif dalam membincangkan dasar-dasar pembangunan wanita, ekonomi dan kesejahteraan sosial serta memperkukuhkan platform advokasi wanita memperkasakan peranan wanita dalam pembangunan negeri. Saya mengalu alukan sokongan dari semua pihak dalam menjayakan meja rundingan wanita Perak sebagai langkah bersejarah ke arah memperkukuhkan peranan wanita dalam dasar pembangunan negeri. Yang kedua, program BizNITA Perak.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Exco. Yang Berhormat Exco. Saya telajak sikit dekat JKM tadi dalam persoalan perbahasan saya…saya ada sebut berkenaan yang dapat 6,100 penerima daripada JKM ada tak inisiatif lain daripada JKM selain hanya mendapat bantuan sahaja. Mungkin ada program program yang untuk mengeluarkan mereka dari kemiskinan. Sebabnya di antara di antara yang penerima tersebut hanya mengharapkan dapat bantuan RM500 tu sahaja. Kalau ada bentuk inisiatif lain, ada program program yang lain untuk keluarkan mereka dari kemiskinan. Nyatakan. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih atas soalan yang dibangkitkan. Saya kira saya, saya telah pun menyatakan sewaktu awal tadi menyentuh soal bantuan JKM yang mana ini JKM adalah sebahagian daripada agensi yang memberi bantuan. Kita ada banyak lagi agensi agensi yang akan membantu untuk mengupayakan masyarakat kita dengan memberi latihan kemahiran program program pengupayaan. Yang ini sebenarnya yang kita harapkan bagi mana mana rakyat kita yang masih produktif yang saya sebut dalam ucapan saya sebentar tadi yang masih produktif agar mereka jadikan bantuan itu sebagai satu asas untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup dengan kita itulah antara program yang seperti One Stop Center. Kita himpunkan semua agensi-agensi kita bagi akses kepada kumpulan sasar untuk mereka mendapatkan bimbingan, latihan dan bantuan, bantuan seperti bantuan bentuk keusahawanan dan sebagainya. Jadi, bukan hanya JKM semata mata. Ok, saya sambung berkaitan dengan WINP. Program ini akan menyediakan platform kepada wanita Perak untuk memainkan peranan aktif dalam membincangkan dasar dasar pembangunan wanita, ekonomi dan kesejahteraan sosial serta memperkukuhkan platform advokasi wanita. Mintak maaf saya dah terulang. Yang kedua, ya. Terima kasih juga Manjoi sebenarnya bagi ruang kepada saya untuk minum air tadi. Yang Program BizNITA Perak.

Program ini menumpukan kepada pengupayaan ekonomi wanita untuk memastikan kelangsungan hidup mereka. Ini antara juga program yang saya menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB Manjoi. Seramai 300 wanita telah mengambil bahagian dalam Program Transformasi Usahawan Wanita dan 120 wanita berjaya menerima bantuan peralatan dari BizNita memperkukuhkan perniagaan mereka. Yang ketiga, ialah program gadis hebat dan perisai gadis. Program ini telah meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja wanita mengenai Kesihatan Reproduktif dan Kesedaran Seksual. Lebih daripada 3000 pelajar wanita yang berusia 15 hingga 18 tahun telah disantuni pada tahun 2023 dan 2024. Selain daripada itu, pendekatan merentas agensi yang diterapkan dalam program ini memastikan impak positif yang lebih meluas melalui kerjasama strategik antara agensi.

Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian isu keganasan rumahtangga dan wanita. Program Hentikan Keganasan terhadap wanita (EVAW). Pelaksanaan program EVAW ini merupakan satu usaha kerajaan negeri melalui wanita Perak dalam mengurangkan keganasan serta melindungi hak dan kesejahteraan wanita khususnya. Program ini kita lakukan bersama sama dengan JPW. Program EVAW ini telah berjalan dijalankan pada 23 November yang lepas yang telah melibatkan hampir 300 orang peserta dari pelbagai latar belakang. Melalui program ini telah diberikan pendedahan pendidikan dan kesedaran tentang bentuk bentuk keganasan yang berlaku dalam persekitaran yang perlu dipandang serius oleh setiap masyarakat. Selain itu, penting bagi setiap masyarakat mengambil tahu fungsi agensi yang berkaitan. Terdapat pelbagai agensi dan organisasi yang terlibat dalam usaha menangani keganasan khususnya terhadap wanita, kanak-kanak seperti JKM, PDRM, Jabatan Kesihatan, NGO dan sebagainya. Ini dapat membantu laporan disalurkan dengan tepat supaya tindakan dapat tindakan kolektif dapat diambil dengan cepat. Dalam konteks keganasan rumah tangga, istilah Protection Order dengan izin (PO), Interim Protection Order (IPO) dan Emergency Protection Order (EPO) dapat merujuk kepada jenis perintah perlindungan yang diberikan oleh mahkamah atau pihak berkuasa untuk melindungi mangsa daripada pelaku keganasan. Ini adalah perkara penting dalam menangani keganasan rumah tangga. Membantu mangsa untuk mendapatkan perlindungan dan keselamatan yang mereka perlukan. Dengan pencapaian ini, Sekretariat Wanita Perak terus komited untuk memajukan agenda memperkasakan wanita di negara ini. Memastikan mereka mendapat peluang dan sokongan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam semua aspek kehidupan.

Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada Kad Perak Sejahtera. Kad Perak Sejahtera yang telah menerima peruntukan sebanyak RM24 juta yang memberi manafaat kepada 20 ribu orang penerima manafaat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat selepas usaha pemutihan dan semakan semula kini penerima semasa bagi Kad Perak Sejahtera adalah 18,950 orang. Oleh itu, masih ada kekosongan yang boleh di manafaatkan sebaiknya. Yang Berhormat Bota, Bukit Chandan, Manjoi, Selinsing, Selama, Lubuk Merbau mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengembalikan bantuan manafaat kesihatan sebanyak RM100 setahun khusus untuk para penerima kad bantuan ini dan dilebarkan juga kepada perkhidmatan pergigian, farmasi dan rawatan mental. Di samping itu, Kerajaan Negeri dicadangkan agar tempoh kelulusan bagi permohonan bantuan KPS ini dapat disingkatkan dan jumlah penerima juga ditambah.

Untuk makluman, Ahli-Ahli Yang Berhormat pemansuhan manafaat kesihatan dilakukan kerana ketika itu Kerajaan Negeri melihat kepentingan memanafaatkan program Kesihatan Madani oleh Persekutuan. Ketika keputusan pemansuhan bantuan ini dilakukan oleh Kerajaan Negeri, beberapa faktor juga telah dipertimbangkan antaranya trend penggunaan perbelanjaan oleh penerima yang sangat rendah. Ini saya bercakap atas fakta bukan auta. Berdasarkan rekod antara tahun 2019 hingga 2023, secara purata, perbelanjaan adalah antara 11% hingga 20% setahun. Maknanya mereka tidak menggunakan sepenuhnya manafaat kesihatan itu. Ya ada tapi jumlahnya terlalu kecil. Ini bermaksud jika yang ditawarkan sebanyak RM150 setahun sebelum ini tidak didapati tidak dimanafaatkan sepenuhnya oleh penerima kad KPS. Justeru itu, walaupun dimansuhkan, penggunaan kad kesihatan Kerajaan Negeri pada ketika itu telah pun menambah jumlah manafaat Kad Makanan dari RM90.00 kepada RM100.00 yang mana secara purata lebih 90% penerima akan membelanjakan kad mereka setiap bulan.

Bagi manafaat pergigian, farmasi dan rawatan mental seperti yang dicadangkan, ianya memerlukan kepakaran khusus. Hasrat semasa pelaksanaan Kad Kesihatan adalah untuk membantu para penerima mendapatkan rawatan asas di klinik-klinik panel. Bagi persoalan proses permohonan KPS pula, pihak Jawatankuasa (MJKPS) ya Majlis Jawatankuasa Pelaksana Kad Perak Sejahtera telah pun membuat kelulusan segera kepada semua permohonan di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dalam Sistem eKasih. Bagi permohonan dari kategori lain, siasatan yang lebih terperinci akan dibuat bagi memastikan ini benar-benar sampai kepada kumpulan yang disasarkan. Oleh itu, saya mengalu-alukan kerjasama dari semua Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mengenal pasti KIR miskin tegar yang tercicir untuk didaftarkan di pejabat Penghulu mukim masing-masing. Tanyalah kepada Adun Manjoi, Adun Pengkalan Hulu, saya kira pejabat Wanita Perak sentiasa menyantuni sekiranya mana-mana Ahli-ahli Yang Berhormat pergi untuk bertanyakan soalan ataupun mendapatkan borang, tetapi ia masih lagi tertakluk dengan keputusan kita apabila kita melakukan mesyuarat Majlis Jawatankuasa Kad Perak Sejahtera.

Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat bagi mencadangkan jumlah penerima Program Kad Perak Sejahtera ditingkatkan.

Namun, jika kita memahami seluruh konteks belanjawan tahun ini, bantuan untuk kesejahteraan rakyat sangat luas meliputi pelbagai bentuk bantuan lain termasuk dalam bentuk latihan kemahiran pengupayaan, bantuan pendidikan, bimbingan dan mentoring. Maka bantuan KPS ini lebih kepada bantuan yang melengkapi keseluruhan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan setakat ini jumlah penerima KPS sedia ada adalah pada jumlah yang wajar. Saya minta maaf agak kering tekak.

Dato' Yang di-Pertua saya beralih sedikit berkenaan isu warga emas yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Antaranya ialah Yang Berhormat Malim Nawar. Untuk makluman Yang Berhormat RM0.2 juta yang diperuntukkan bagi tujuan warga emas dan PAWE merupakan peruntukan yang diturunkan setiap tahun. Sebagai contoh, tahun ini separuh daripada peruntukan ini, kita telah salurkan ke Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri (JPWEN) dan peringkat daerah yang dipengerusikan oleh semua Ketua Penolong Pegawai Daerah di peringkat daerah yang Bahagian Pembangunan Masyarakat. Bahagian Pembangunan dan selebihnya pula dikhususkan kepada PAWE dan penggerak komuniti yang menjalankan program pengupayaan warga emas. Sebagai makluman, Ahli-ahli Yang Berhormat setakat ini, sebanyak 11 PAWE telah beroperasi penuh dan bagi tahun 2024, 6 tambahan PAWE lagi telah berjaya ditubuhkan iaitu Beruas, Lawin Selatan, Lasah, Sungai Klah, Besaut dan Gerik. InsyaAllah Kerajaan Negeri Perak menyasarkan kesemua 24 Parlimen di Perak mempunyai PAWE masing-masing kerana peruntukannya daripada Kerajaan Persekutuan.

Dato' Yang di-Pertua, beralih kepada program Meriah Beraya Sejahtera Bersama Hari Raya Aidilfitri merupakan inisiatif Kerajaan Negeri meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah untuk menyediakan keperluan pakaian bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.35 juta bagi tujuan ini dan akan memberi manafaat kepada 9,000 orang yang menerima. Izinkan saya untuk menjawab kenyataan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Pasir Panjang. Sebab dia terngiang-ngiang jer dalam gegendang telinga saya ini. Ayatnya ya, ayatnya telah kehilangan RM22,500 dari peruntukan perbekalan Ahli Yang Berhormat ke telah diambil oleh seseorang. Saya rasa jelas dalam Bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada tahun lepas. Peruntukan yang disalurkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang hanya RM50,000 untuk tujuan uji yang selebihnya digunakan untuk kawasan Dun Ahli-ahli Yang Berhormat dan permohonan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja untuk kepentingan Dun masing-masing dan seseorang itu ialah agensi di bawah portfolio saya Wanita Perak. Jadi saya agak sedikit terkilanlah kenyataan itu seolah menggambarkan duit hilang diambil oleh seseorang.

Kita ni Ahli-ahli Yang Berhormat ya, seeloknya kalau kita tak tahu kita boleh bertanya tetapi janganlah kita menimbulkan syak wasangka yang menyebabkan orang-orang lain memberi pandangan yang negatif kepada Kerajaan Negeri. Program Meriah Beraya merupakan program Kerajaan Negeri yang diuruskan oleh Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat, dan senarai penerimanya telah diambil dari senarai yang turut dicadangkan oleh JPKK dan Pejabat Penghulu dan kepimpinan setempat. Jadi adakah ini bermakna apabila senarai itu tidak dapat daripada pejabat Ahli-Ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat nak menyatakan bahawa penerima itu semuanya tidak layak. Tak, yakin dan percayalah ia, peruntukan yang disalurkan itu kita gunakan kepada orang yang tepat. Jadi, saya harap kalau tak tahu boleh bertanya. Pejabat saya ada di tingkat satu sana…

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Dato' Yang Di-Pertua, Exco, sebab kita tidak dapat penjelasan. Bila tanya penjelasan ni semua orang dari blok pembangkang bertanya sebab jumlah tu besar. Jumlah tu RM22,500 x 26. Banyak…dan bila kita tanya di kawasan kita, dia kata tak terima. Jadi kita tanyalah. Itu sahaja…

Ya, tapi sebab tu ayat saya. Seperti yang saya maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, saya kata tanya saya secara elok, saya akan jawab secara elok. Tetapi bila ayatnya telah hilang dari perbekalan dan diambil oleh seseorang, itu memberikan tanggapan yang negatif. Itu saya nak betulkan itu je…ok.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Ok saya…

Saya ingat kita selesaikan berkaitan perkara ini.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Kalau YB Exco….

Dato’ Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu…

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Saya tarik balik. Tak apa saya tarik balik yang melukakan hati Yang Berhormat.

Baik. Okay YB, peruntukan untuk Adun pembangkang setakat ini RM50 ribu OG. Yang selebihnya apa-apa YB boleh rujuk kepada Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Ya.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Ok, ok. Saya faham.

Baik, terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya beralih pula ke portfolio saya yang seterusnya iaitu usahawan dan koperasi yang turut mendapat perhatian yang cukup baik oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Seperti yang telah diumumkan, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang diperuntukkan RM3 juta dengan peningkatan RM1.7 juta berbanding tahun 2024 dan akan memberi fokus kepada Program Bantuan Kewangan dan Bukan Kewangan, Program Perluasan Pasaran Produk, Perkhidmatan dan Eksport PMKS Perak, Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan Usahawan Negeri Perak serta Program Pembudayaan Keusahawanan Negeri Perak. Selain itu, usaha memperkasakan sektor koperasi di negeri Perak telah mendapat sentuhan yang signifikan pada tahun 2024 apabila peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM620 ribu kepada pembangunan dan kawal selia gerakan

Koperasi Negeri Perak memberi impak yang sangat positif. Hasilnya, lebih 700 koperasi di Negeri Perak telah menerima manfaat tersebut secara langsung dan tidak langsung yang merangkumi lebih 35 ribu anggota koperasi seluruh Negeri Perak.

Limpahan manfaat juga turut dinikmati oleh rakyat Negeri Perak terutamanya bagi program Jualan Madani Koperasi dan Usahawan yang mana program ini bermatlamatkan kepada usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat Negeri Perak dengan pemberian diskaun sehingga 30% ke atas barang-barang keperluan harian serta kita juga cuba untuk mengupayakan koperasi yang kita bagi untuk membekalkan barang-barang keperluan tersebut dalam setiap program yang kita lakukan. Selain itu, kesan daripada peruntukkan yang dibuat julung kalinya disalurkan secara rasmi kepada Gerakan Negeri Perak pada Gerakan Koperasi Negeri Perak pada tahun 2024 telah meningkatkan perolehan gerakan koperasi secara keseluruhan daripada RM694 juta Disember 2023 kepada RM750 juta anggaran perolehan sehingga Disember 2024 dan Alhamdulillah tahun ini peruntukan akan diteruskan lagi dengan peruntukkan untuk koperasi dan usahawan di bawah portfolio saya berjumlah RM1 juta. Yang Berhormat Changkat Jong, Yang Berhormat Jelapang dan Yang Berhormat Hutan Melintang telah membangkitkan berkaitan isu Pembangunan Usahawan Belia. Berdasarkan data yang diperolehi daripada Sekreteriat Usahawan Negeri Perak sehingga bulan Oktober 2024, terdapat 23 program yang telah dilaksanakan oleh pelbagai agensi yang memfokuskan kepada belia dan memberi manfaat kepada 2280 usahawan belia.

Dengan peningkatan peruntukan sejumlah RM1.7 juta kepada STeP untuk tahun 2025 saya yakin lebih banyak usaha dan perancangan khusus untuk para belia sudah pasti akan digerakkan. Program-program yang dijalankan sudah pasti akan merangkumi kumpulan peringkat sekolah rendah, sekolah menengah, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS seluruh Negeri Perak. Dari data yang dikongsikan kepada saya pada tahun 2024 sehingga bulan Oktober 2024, terdapat 23 program yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi fokus kepada belia dan kita mengharapkan bantuan-bantuan seumpama ini dapat dimanfaatkan oleh belia-belia yang terlibat dalam keusahawanan di negeri Perak. Sepanjang tahun 2024, STeP telah menyelaras dan melaksanakan secara bersama tiga program Pembudayaan Keusahawanan di peringkat sekolah menengah, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS seluruh negeri Perak. Kesemua program ini dilaksanakan dengan inisiatif Pejabat Exco Wakeup dengan kerjasama pelbagai pihak seperti Jabatan Pendidikan Perak, Perak SADC, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak, UiTM Seri Iskandar, Politeknik dan Kolej Komuniti. Bagi menuju sasaran Perak Sejahtera 2030 dan membantu melahirkan lebih ramai usahawan muda dan mempelbagaikan produk dan perkhidmatan perniagaan baru serta merancakkan inovasi perniagaan setiap tahun, Program Pembudayaan Keusahawanan ini dilaksanakan dengan pelbagai pengisian dan modul-modul khas dengan penglibatan pihak akademik dan industri. Tiga program yang telah kita laksanakan adalah Program VistaTAP Polisi C negeri Perak 2024, Program Asas Keusahawanan Anak Remaja Akar 2024 dan Program Perak Enterpreneurship Scholars Advancement dengan izin PERKASA 2024.

Keseluruhan seramai 666 pelajar sekolah menengah, pelajar Kolej Komuniti, Politeknik dan IPTA serta IPTS dari seluruh Negeri Perak menyertai ketiga-tiga program ini. Pelbagai bakal usahawan baru berjaya dilahirkan daripada program ini di samping inovasi produk baru berjaya dihasilkan. Adalah diharapkan melalui program ini akan dapat melahirkan kelompok usahawan baru muda Perak yang berdaya saing, berinovasi dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri secara keseluruhan. Program fokus kepada keusahawanan belia ini akan diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2025 dengan pengisian yang lebih menarik dan penglibatan pelajar dan belia yang lebih ramai. In shaa Allah. Seterusnya, Yang Berhormat Bota telah membangkitkan isu bantuan keusahawanan dan kesukaran peniaga kecil untuk mendapatkan bantuan kerana masalah pendaftaran SSM. Seperti semua sedia maklum, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi pelaksanaan geran usahawan Perak Sejahtera (GERAK) bermula pada tahun 2023 dan Insya Allah akan diteruskan untuk tahun 2025.

Melalui geran ini, usahawan kategori informal dan mikro dengan jualan tahunan tidak lebih RM200 ribu layak untuk memohon bantuan geran bantuan peralatan dengan nilai tidak melebihi RM2000 untuk membantu mereka meningkatkan kapasiti pengeluaran, mengurangkan kos operasi, peningkatan aspek pemasaran, pendigitalan dan automasi perniagaan. Walau bagaimanapun, saya nak maklumkan jugak lah dekat sini saya ni nak kata buta warna jugalah dalam kita menyelesaikan isu-isu keusahawanan dan membantu usahawan-usahawan kita melalui pecahan bantuan geran GERAK mengikut Dewan Undangan Negeri. Saya nak maklum, 10 yang tertinggi permohonan yang telah diluluskan hanya dua daripada kawasan Adun kerajaan. Saya nak baca 10 yang tertinggi tu. Pangkor 62, Pengkalan Hulu 57, Hulu Kinta 51, Kamunting 35, Pasir Panjang 34, Batu Kurau 32, Manjoi 31, Bota 28, Kota Tampan 16, Changkat Jong 16 dan Temengor yang menguruskan perkara tersebut berada di tangga yang ke-13. Jadi, tak ada isu kalau sekiranya satu-satu bantuan diuruskan oleh Kerajaan Negeri, kita statekan kat situ..oo ini daripada PAS, ini daripada UMNO, ini daripada PKR, ini daripada GERAK. Kita tidak memilih siapa yang kita nak bantu melainkan kumpulan sasar yg memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri. Berkaitan dengan isu SSM, saya sedar walaupun wujudnya perasaan takut untuk para peniaga kecil mendaftar SSM kononnya akan menjejaskan peluang mereka untuk menerima bantuan kewangan dari kerajaan.

Saya ingin menafikan pandangan ini tidak benar. Jika daftar SSM secara automatik akan hilang kelayakan untuk mendapatkan bantuan kerajaan. Seseorang peniaga itu tidak layak menerima bantuan hanya kiranya jika pendapatan hasil di LHDN melebihi paras atau had kelayakan yang ditetapkan. Maka bagi bantuan geran GERAK ini, syaratnya, asasnya, permohonannya adalah pemohon wajib mempunyai pendaftaran Sijil Pendaftaran bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Malahan bagi menggalakkan para peniaga mendaftar perniagaan mereka dengan SSM. Pihak SSM Perak telah menjalankan inisiatif galakan seperti Skim Pendaftaran Perniagaan percuma khusus kepada usahawan B40, OKU dan pelajar secara percuma.

Seterusnya Yang Berhormat Bota dan Yang Berhormat Hutan Melintang telah membangkitkan isu peruntukan kepada usahawan wanita. Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memastikan pengagihan bantuan dan peruntukan bagi usahawan wanita sentiasa diutamakan. Sebagai contoh melalui Geran Usahawan Perak, Geran Gerak Tahun 2024 daripada 732 penerima manafaat kategori mikro dan informal yang diluluskan sejumlah 404 orang atau pun 55% penerima bantuan adalah usahawan wanita. Selain itu kerajaan juga akan meneruskan inisiatif e-Juita pada tahun 2025 yang merupakan latihan khusus bagi aspek pendigitalan, pemasaran dan kewangan khusus untuk usahawan wanita yang akan digerakkan oleh Sekreteriat Wanita atau pun Wanita Perak. Dah tentu kita akan melakukan program ini merentasi portfolio bersama dengan adinda saya yang memegang portfolio digital.

Seterusnya Yang Berhormat Changkat Jong & Yang Berhormat Selama mengutarakan cadangan untuk menyediakan program latihan intensif khusus kepada usahawan IKS dari sudut pendigitalan, pemasaran, kewangan, perakaunan, perundangan dan pasaran antarabangsa. Yang Berhormat pendigitalan keusahawan sememangnya aspek yang sangat penting dan menjadi trend semasa zaman ini dan kita memang memberi fokus kepada keusahawanan pendigitalan dan kita nak tekankan kepada usahawan-usahawan yang enggan atau pun tidak mahu mendigitalkan perniagaan mereka, mereka akan jauh tertinggal dengan usahawan-usahawan lain. Cukup kalau kita melihat bagaimana tiktok kepada usahawan-usahawan yang menggunakan platform itu berbanding dengan usahawan yang tidak menggunakan media sosial untuk memasarkan produk mereka.

STeP sepanjang tahun 2024 terlibat secara langsung dalam melaksanakan dan bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi melaksanakan program latihan, kesedaran dan bimbingan. Sebagai contoh program yang telah dilaksanakan seperti sesi klinik pembiayaan untuk teknologi usahawan meneroka peluang pembiayaan dan penyelesaian kewangan dan program Jiwa SME 2024 pendigitalan usahawan bersama Astro. Saya juga ingin menyatakan komitment yang sama. In shaa Allah dengan peruntukan yang telah meningkat ini usaha-usaha ke arah pendigitalan para usahawan akan diteruskan dengan penumpuan seperti aspek artificial intelligence creation for tiktok business, kursus reka bentuk dan infografik perniagaan, penyediaan poster produk dan kursus Canva dan Digital Marketing akan digerakkan. Ada masa lagi Dato' Yang di-Pertua.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang Berhormat Exco. Sikit celahan. Terima kasih Yang Berhormat Exco. Dato' Yang di-Pertua, bila Yang Berhormat Exco bentangkan data jumlah kelulusan geran GERAK daripada STeP, jadi Pengkalan Hulu terpanggillah kerana menjadi antara yg tertinggi kelulusan yg telah diberikan oleh STeP melalui Yang Berhormat dan Kerajaan Negeri. Cuma saranan daripada Pengkalan Hulu kepada seluruh rakan-rakan wakil rakyat selain daripada kita membawa isu dan masalah yang melibatkan pembangunan infrastruktur di dalam kawasan kita, peranan kita juga perlu membantu juga usahawan-usahawan dan juga peniaga-peniaga kecil di kawasan kita. Saya ingin berkongsi juga sedikit kenapa Pengkalan Hulu boleh menjadi yang tertinggilah. Saya mendapat maklumat secara langsung daripada STeP dan juga melalui inilah maklumat-maklumat yang berkaitan berkenaan dengan pelan-pelan atau pun bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh melalui portfolio Yang Berhormat Exco. Jadi perkara ni wakil-wakil rakyat rakan-rakan semua tolong ambil peluang dan tolong sebarkan ke kawasan masing-masing supaya apa bantuan-bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan ni dapat sampai ke peringkat bawah. Itu sahaja. Mungkin selepas ini kawasan-kawasan lain jugak boleh menjadi ranking yang atas. Terima kasih Yang Berhormat Exco.

Terima kasih adinda Pengkalan Hulu. Tahniahlah adinda Pengkalan Hulu. Ini yang tadi di Pengkalan Hulu pun sebut ya. Kadang kala bukan kewangan yang menjadi ukuran untuk kita bantu rakyat. Itu cara kaedah kita menyantuni. Kita nak raih sokongan pengundi kita kena ada cara kaedah. Senyuman diberikan bantuan menggerakkan bantuan-bantuan yang ada kita jadi orang perantara. Itu antara kaedah yang boleh kita lakukan. Jadi terima kasih adinda daripada Pengkalan Hulu atas respon yang diberikan.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bertanyakan soalan serta memberi pandangan dan cadangan terhadap isu-isu berkaitan pembangunan wanita, keluarga, kebajikan masyarakat, pembangunan usahawan dan koperasi Negeri Perak atau pun saya singkatkan kepada Wake Up. Ini membuktikan keprihatinan perhatian dan sokongan berterusan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap perkara-perkara berkaitan portfolio saya. Bagi soalan-soalan yang tidak sempat dijawab dalam penggulungan ini, jawapan tersebut akan dihantar secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya bersama pasukan sentiasa terbuka menerima pandangan, cadangan, kritikan mahu pun cemuhan. Untuk terlibat secara langsung dalam sesi perbincangan bersama Ahli-ahli Yang Berhormat serta pemegang taruh dalam setiap perkara berkaitan pembangunan wanita, keluarga, kebajikan masyarakat, pembangunan usahawan dan koperasi Negeri Perak.

Dengan peningkatan belanjawan yang signifikan dari sudut kesejahteraan sosial di Perak, saya bersama ketombokan pasukan akan memastikan setiap peruntukan yang disalurkan akan digunakan dengan penuh rasa amanah dan bertanggungjawab. Nilai integriti dan ketelusan dalam penggunaan peruntukan ini akan menjadi keutamaan pihak saya agar pemilik sebenar belanjawan ini iaitu rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan memperolehi manafaat yang optimum. Pentadbiran ini juga akan meneruskan usaha dan proaktif dalam mengendalikan semua situasi yang dihadapi. Semoga setiap niat dan tugasan kita yang menjaga kumpulan sasar ini mendapat keberkatan dan balasan yang baik daripada Allah Subhana wa Ta'ala. Akhir kalam sekalung ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya zahirkan kepada semua pegawai-pegawai agensi di bawah portfolio saya yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh keazaman yang tinggi sepanjang tahun 2024. Marilah kita sama-sama untuk meneruskan iltizam yang sama untuk tahun 2025 ini.

Pergi ke pasar membeli lokan, Lokan dimasak bersama gelama, Belanjawan negeri demi kebaikan, Membangun Perak sejahtera bersama.

Sekian Wabillahi taufiq Walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam Warrahmatullah Hiwabarakatuh. Terima Kasih Yang Berhormat Exco daripada Adun Kawasan Temengor. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Jalong untuk menggulung perbahasan Yang Berhormat Exco dari kawasan Jalong. Silakan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang sedang melihat di dalam TV, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai yang ada di dalam dewan, pegawai-pegawai kerajaan dan agensi di luar dewan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Selamat petang salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurllah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2024. Dirgahayu Tuanku. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam limpahan rahmat kurniaan segala kebaikan serta kesejahteraan berpanjangan untuk terus menaungi negeri Perak Darul Ridzuan yang dikasihi. Patik dengan penuh rasa taat setia menjunjung setinggi-tinggi penghargaan ke atas titah pedoman yang telah dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sesungguhnya bantuan dan wawasan baginda menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan pentadbiran negeri dalam merealisasi agenda Perak Sejahtera dengan jayanya.

Dato' Yang di-Pertua, saya mohon bermula dengan menjawab semua soalan-soalan atau perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat sekalian, ada yang telah saya cantumkan bersekali kerana terlalu banyak soalan. Jadi saya mulakan dengan Yang Berhormat Pangkor. Cadangan Yang Berhormat untuk memberi penekanan kepada eko-tourism ini merupakan antara 4 segmen utama fokus kerajaan negeri dalam Tahun Melawat Perak 2024. Contohnya pentadbiran ini telah mengangkat cadangan projek. Naik taraf Galeri Hutan Paya Bakau Bandar di pekan Lumut ke peringkat MOTAC dan telah diluluskan bagi projek tahun 2025. Ia dijangka mampu menyokong pembangunan eko-pelancongan setempat. Pada masa sama, pihak MPM telah merangka acara tahunan bersama pelbagai pihak seperti Hari Tentera Laut Diraja Malaysia, Pangkor Island Festival dan lain-lain yang menggunakan Jeti Lumut sebagai laluan utama. Pada masa yang sama, pihak MPM sentiasa memperkukuhkan penceritaan sejarah dan warisan Lumut dan juga Pangkor serta perihal kepentingannya dalam sejarah negeri Perak. Dalam pada itu pula, pihak-pihak seperti JPKK juga dilihat mampu menjana perkembangan positif seperti aktiviti-aktiviti sewaan kelong memancing, sewaan sampan, bot memancing, cruise menyelusuri Sungai Manjung dan juga Sungai Segari dan juga lain-lain aktiviti. Untuk Yang Berhormat Simpang Pulai pula, sebenarnya saya rasa jawapan ini semua kena setitik sahaja pada saya tetapi sebahagian besarnya lebih berkaitan dengan pertanian.

Tapi walau bagaimanapun, memandangkan agensi telah menyalurkan kepada saya, jadi untuk perhatian Yang Berhormat, Limau Tambun merupakan salah satu produk pelancongan berasaskan pertanian yang dipromosikan oleh Tourism Perak. Ia juga dipromosikan dalam peta pelancongan Ipoh oleh Tourism Perak. FAMA juga membantu mempromosikan aktiviti agro pelancongan berasaskan Limau Tambun melalui integrasi produk dalam pameran dan juga program pelancongan tani. Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Perak sedang merangka untuk menyiapkan dokumentasi permohonan mengangkat semua variati limau bali di kawasan Tambun dan juga Ampang untuk di ceritakan di bawah Perbadanan Hak Cipta Intelek Malaysia atau MyIPO sebagai Limau Tambun. Dalam ini, Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan pihak universiti dan juga institusi untuk membuat kajian dan juga memperkenalkan kaedah-kaedah penanaman baru, penggunaan teknologi, pemulihan tanah atau membangunkan produk-produk baru walaupun produk-produk berasaskan limau bali telah lama wujud tapi bukan dalam kuantiti yang besar.

Untuk Yang Berhormat Chenderiang pula, untuk makluman, kerajaan Persekutuan Negeri minta maaf kerajaan Persekutuan melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara atau NCIA telah membelanjakan sebanyak RM3 juta bagi tujuan pembangunan sosial ekonomi secara holistik untuk penduduk orang Asli Lata Kinjang yang merangkumi pembangunan modal insan, penambahbaikan dan pembangunan infrastruktur serta penubuhan Koperasi Orang Asli Lata Kinjang sebagai entiti perniagaan untuk menguruskan operasi Taman Eko-Rimba Lata Kinjang. Antara komponen naik taraf yang dilakukan melibatkan pembangunan kemudahan seperti surau, tandas, gazebo, ruang parkir dan jambatan gantung yang memberi lebih keselamatan serta keselesaan kepada pengunjung. Kerajaan Negeri akan terus komited untuk membantu komuniti setempat untuk terus terlibat dalam sektor pelancongan melalui promosi dan juga hebahan berterusan melalui Tourism Perak dan juga Majlis Daerah Tapah dan agensi-agensi yang berkaitan. Untuk makluman YB juga, pihak JAKOA juga turut membantu Taman Eko Rimba Lata Kinjang dengan membaik pulih jambatan serta picture sport yang rosak akibat banjir atau insiden kepala air yang berlaku baru-baru ini. JAKOA turut menyumbang idea serta kepakaran sehingga wujudnya Galeri Senoi Discovery Centre di Taman Eko Rimba Lata Kinjang sebagai salah satu tarikan di Lata Kinjang yang dapat menarik ramai pengunjung datang serta meningkatkan pendapatan Koperasi Orang Asli Lata Kinjang selaku koperasi yang mengurus taman tersebut.

Untuk Yang Berhormat Chenderiang juga, Taman Tasik Temoh atau Timur, saya tak tahu nak sebut Temoh atau Timur tapi Temoh atau Taman Tasik Temoh atau Timur ini merupakan salah satu lokasi pelancongan yang juga diketengahkan di dalam peta pelancongan yang telah disediakan oleh Majlis Daerah Tapah. Ini akan menggiatkan kedatangan pelancong atau meningkatkan kedatangan pelancong dari aspek aktiviti rekreasi. Ianya boleh dipakejkan bersama-sama dengan produk pelancongan lain seperti Lata Kijang dan juga produk-produk di sekitarnya bagi menarik lagi pelancong-pelancong untuk datang ke Tapah. Selain daripada itu juga, penganjuran acara merupakan salah satu kaedah untuk mempromosikan destinasi tersebut sebagai salah satu tarikan untuk menggalakkan pelancong mengadakan aktiviti yang boleh mempertingkatkan ekonomi komuniti setempat. Antara penganjuran acara yang telah diadakan adalah seperti Tasik Timur Half Marathon yang telah diadakan pada Jun 2024, Karnival Tasik Temoh 2.0 yang diadakan pada Oktober 2024 melibatkan aktiviti seperti pameran, khemah jualan, permainan alat kawalan jauh dan lain-lain untuk menarik orang ramai ke lokasi tersebut juga termasuk juga aktiviti yang diadakan adalah seperti Tasik Temoh Swim Test yang telah diadakan juga pada bulan Oktober 2024.

Selain itu, kawasan ini juga telah dimasukkan dalam Rancangan Pembangunan Berfasa oleh MPT di mana sehingga tahun 2024 beberapa peruntukan daripada kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT telah disalurkan untuk menyediakan kemudahan serta menaik taraf fasiliti sedia ada. Sebagai contoh, pada tahun 2021 sejumlah RM400 ribu telah diperuntukkan untuk fasa satu (1) pembangunan Taman Tasik Temoh yang melibatkan elemen hard scape dan soft scape. Antara komponen yang telah dilaksanakan termasuk laluan pejalan kaki, pelantar viewing deck, elemen arca, tandas awam serta beberapa komponen lain.

Justeru, cadangan Yang Berhormat untuk pembangunan dan promosi kawasan ini akan dipertingkatkan lagi dan dipertimbangkan lagi bagi merancakkan lagi destinasi pembangunan pelancongan di bawah seliaan MDT. Pada 30 hari bulan 2022, kelulusan juga untuk permohonan kerja-kerja pemulihan, pemuliharaan, ubah suai dan naik taraf di bawah PPUN di bawah peruntukan pemerkasaan sektor pelancongan, kebudayaan, seni dan warisan bagi tahun 2023 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atau MOTAC bagi Projek Pencahayaan Bandar Tapah, pada 16 November 2023 untuk kelulusan cadangan projek pembangunan fizikal bagi sektor pelancongan di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke 12 bagi tahun 2025 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia bagi Projek Kesinambungan Projek Pembangunan Kawasan Pelancongan Taman Tasik Temoh, pada 27 September 2024, satu pembentangan kertas kerja di MOTAC HQ telah dijalankan. Walau bagaimanapun, kertas-kertas kerja tersebut tidak diluluskan untuk tahun ini. Bagi pihak MDT, pihak MDT akan mengemukakan permohonan-permohonan lain pada tahun hadapan. MDT telah menerima peruntukan bagi laluan pejalan kaki trek atau jogging pada tahun 2023 dan daripada Kementerian Ekonomi bagi Pembangunan Asas dan Pencahayaan bagi tahun 2024.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Exco, boleh celah sikit, Ayer Kuning dalam Parlimen Tapah. YB Exco ya. Ada dua (2) lagi destinasi pelancongan yang mungkin kita boleh majukan iaitu yang pertama adalah Kuala Woh, Kuala Woh dan satu lagi adalah Lata Iskandar. Dua-dua destinasi ni adalah destinasi yang mereka akan pergi ke Cameron Highland. Jadi saya melihat bahawa Kuala Woh dan juga Lata Iskandar ini kalau ada peruntukkan daripada Kerajaan Negeri boleh kita majukan sebagai satu lagi destinasi. Sebenarnya Kuala Woh dan Lata Iskandar ini destinasi yang dah lama tapi kalau kita marketing kan dia, saya yakin dan percaya ia juga jadi destinasi yang menarik untuk orang luar pelancong-pelancong datang ke Negeri Perak.

YB ENCIK LOH SZE YEE Terima kasih Yang Berhormat. Saya yakin dan percaya pegawai-pegawai daripada UPEN dan juga MPT telah merekodkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dan langkah-langkah susulan akan diambil untuk memastikan kawasan-kawasan tersebut akan diberi perhatian pada masa yang kelak. Jadi untuk perhatian Yang Berhormat Pinji, beberapa beberapa apa yang dikatakan data yang kita terima, antaranya adalah seperti yang diminta oleh Yang Berhormat Pinji perbandingan antara Negeri Perak dengan negeri-negeri lain. Jadi, cuma kita akan ambil beberapa negeri yang mengadakan tahun melawat negeri masing-masing dan juga peruntukan yang digunakan berbanding dengan apa yang dilakukan. Jadi am untuk Perak keluasan Negeri Perak adalah 21,146 km persegi. Dengan populasi seramai 2.54 juta dan kita mempunyai 12 daerah.

Pada masa yang sama, kita telah mengadakan satu 120 acara dan tengah sasaran kita 8 juta pelancong domestik dan 350 ribu pelancong antarabangsa. Jadi untuk pembahagian peruntukan yang kita terima tahun lepas selepas tambahan bajet untuk tahun lepas adalah 18. Adalah 18 juta RM18.2 juta di mana kalau kita bahagikan kita katakan, faktor yang kita katakan semalam adalah mengikut saiz negeri. Jadi kalau dibahagikan mengikut keluasan negeri adalah RM860.70 per km persegi berbanding dengan Melaka yang di mana keluasannya cuma 1664 kilometer persegi di mana ia mempunyai 4 daerah dan telah mengadakan 70 acara dan di mana sasaran mereka adalah 15 juta sehingga 18 juta pelancong domestik dan juga antarabangsa dan di mana kita telah melihat peruntukan yang telah didaftarkan atau yang telah kita dapat mencari di atas talian dan sebagainya merupakan RM20.1 juta peruntukan yang jauh lebih tinggi daripada Perak.

Disebabkan keluasan negeri Melaka yang agak kecil, jadi perbelanjaannya adalah RM12079.30 untuk setiap km persegi. Berbanding dengan Negeri Perlis yang cuma mempunyai 819 kilometer persegi. Tiada daerah cuma 22 mukim dan telah mengadakan 50 acara di mana target mereka adalah cuma 3.5 juta pelancong. Dengan peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri sebanyak 7.87 juta. Jadi secara efektifnya perbelanjaan setiap km persegi bagi Negeri Perlis adalah RM 9609.30. Menjadikan Negeri Perak, negeri yang mempunyai peruntukan ringgit per km persegi yang paling rendah di antara ketiga-tiga negeri ini.

Untuk Yang Berhormat Jelapang. Saya ingin menjawab soalan dari Yang Berhormat Jelapang secara bersekali iaitu perkara yang menyentuh kepada pengoptimuman rantaian bekalan atau supply chain optimization dan juga inovasi industri atau industrial innovation. Kerajaan Negeri menyambut baik usaha pemain industri dalam menggunakan teknologi terkini dalam operasi mereka agar mereka dapat kekal kompetitif. Sokongan kukuh daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan tetap terhadap penggunaan elemen inovasi dan teknologi terkini dapat dilihat dengan tawaran insentif-insentif serta matching grant oleh pihak MIDA, NCIA dan juga Malaysian Technology Development Corporation. Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation. Dan banyak lagi tawaran-tawaran insentif serta matching grant ini diberi dalam usaha untuk menggalakkan lagi pemain pemain industri untuk beralih kepada penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan automasi dalam pengoperasian, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan juga elemen Internet of Things serta elemen artificial intelligence dalam operasi yang dijalankan oleh syarikat.

Dengan adanya insentif serta geran daripada kerajaan seperti ini, peralihan ke arah perindustrian lebih moden serta berteknologi tinggi akan lebih cepat dicapai kerana sebahagian amplifikasi kos akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi memastikan kejayaan usaha ini dalam jangka masa panjang, pihak industri juga harus mengambil inisiatif sendiri dalam pelaburan ke atas pemodenan operasi syarikat seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Pihak industri percaya seharusnya pihak industri sendiri seharusnya sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi serta inovasi terkini dan mengambil langkah proaktif serta inovatif untuk mengemas kini teknologi yang diguna pakai oleh syarikat sama ada dari segi software atau hardware kerana pada akhirnya yang bakal mendapat manfaat daripada penggunaan teknologi terkini dalam operasi syarikat tersebut adalah syarikat itu sendiri. Walaupun dengan adanya program-program penggalakan penggunaan teknologi dan inovasi terkini sama ada oleh pihak kerajaan, pihak swasta mahupun persatuan-persatuan perniagaan.

Namun kerajaan tidak boleh memaksa pemain industri untuk menggunakan atau mengguna pakai teknologi terkini kerana kerajaan tidak boleh mencampuri pihak syarikat untuk membuat keputusan. Pihak pemain industri sendiri harus melihat ke arah pelaburan bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dan inovasi terkini sebagai satu keperluan untuk mereka kekal kompetitif dengan menggunakan bantuan bantuan yang telah dibekalkan oleh pihak kerajaan. Pihak Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara atau NCIA mengambil langkah aktif untuk menyokong pihak industri dalam meningkatkan teknologi dan inovasi menerusi program dibawah Inisiatif NCIA, Teknology Innovation Center atau NTIC. Melalui geran yang diperuntukan menerusi program NTI, syarikat syarikat yang berkelayakan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran pekerja pekerja mereka melalui latihan teknikal yang memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja mahir terutamanya dalam bidang yang memerlukan kemahiran pada tahap sederhana hingga tinggi atau semi skill high skill.

Selaras dengan misi ke 3 Dalam NIMP 2030 ke arah Net Zero atau House for Zero atau kos NET Zero. Pelaksanaan inisiatif hijau dan amalan mampan akan dapat mengurangkan pengeluaran karbon dan memacu ekonomi hijau. Kementerian Pelaburan, perdagangan dan juga Industri atau MITI menyokong perlaksanaan strategi pelaburan hijau untuk menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memacu pembangunan sosial ekonomi yang mampan. MITI akan berpusat pada 7 teras utama dalam usaha menarik pelaburan hijau bagi merealisasikan sasaran pelepasan karbon sifar seawal tahun 2050 seperti digariskan dalam NIMP 2030 dan juga peta hala tuju peralihan tenaga negara. Inisiatif hijau termasuk galakan cukai teknologi hijau seperti elaun cukai pelaburan hijau atau GITA dan juga pengecualian cukai pendapatan hijau atau GITE juga boleh atau telah dilanjutkan tempoh galakan sehingga 31 Disember 2026.

Di samping itu, bagi menggalakkan syarikat mengadaptasi proses automasi, kerajaan menyediakan insentif elaun modal automasi bagi memacu penggunaan automasi di kalangan syarikat syarikat perkilangan terutamanya dalam industri yang berorientasikan buruh. Manakala Kerajaan Persekutuan melalui Malaysia Industrial Development Finance Berhad atau MIDF menyalurkan pembiayaan dengan kadar tetap serendah 4 peratus untuk membantu industri berkembang. Mendorong penglibatan usahawan tempatan dan peningkatan teknologi termasuk IR4.0 dan digital. Memandangkan jawapannya terlalu panjang, saya akan serahkan yang ini kepada Yang Berhormat jawapan kepada Yang Berhormat Jelapang untuk kegunaan Yang Berhormat.

Menjawab kepada pertanyaan Yang Berhormat Buntong, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA telah memperluaskan rangkaian bekalan industri semikonduktor di Negeri Perak. Kerajaan Negeri Perak bersama Kerajaan Persekutuan melalui agensi seperti MIDA Perak dan kerjasama kementerian seperti sedang melaksanakan pelbagai perancangan strategik untuk memperkukuhkan semikonduktor atau sektor semikonduktor di negeri ini. Usaha ini bertujuan untuk menarik pelaburan baru memperluaskan rangkaian bekalan atau supply chain dan mewujudkan Perak sebagai hab pengeluaran semikonduktor utama di Malaysia. Usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan termasuk A, pembangunan taman industri atau taman perindustrian berfokuskan teknologi tinggi. Jadi, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan taman-taman perindustrian baru dan direka khusus untuk menyokong industri semikonduktor seperti Silver Valley Teknology Park atau SVTP atau Kerian Integrated Green Industrial Park, Ipoh Raya Integrated Park dan juga B pelaburan insentif, pelaburan Insentif cukai di mana syarikat dalam industri semikonduktor layak untuk pelbagai insentif seperti pengecualian cukai pendapatan, elaun pelaburan semula dan juga galakan untuk R&D.

Kemudahan infrastruktur menyediakan utiliti berkualiti tinggi merupakan tumpuan utiliti-utiliti seperti bekalan elektrik yang stabil dan juga jalur lebar berkemampuan berkelajuan tinggi C. Fasilitasi pelaburan. Kerajaan Persekutuan melalui MADA telah memperkenalkan program seperti Supply Chain Program untuk memberikan peluang kepada pelabur domestik bekerjasama dengan MNC. Kerjasama dengan TNB juga memastikan kapasiti bekalan tenaga mencukupi termasuk untuk projek-projek pelaburan yang seterusnya. Begitu juga kepada jawapan yang terlalu panjang dan masa yg tidak mengizinkan, saya akan serahkan ini kepada Yang Berhormat Buntong kemudian. Untuk menjawab soalan atau penekanan yang diberi oleh Yang Berhormat Chenderoh.

Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Chenderoh berkaitan dengan tumpuan kepada pelaburan langsung domestik atau Domestic Direct Investment atau DDI. Pihak Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa pihak Kerajaan Negeri sentiasa terbuka dalam usaha menarik pelaburan baru ke negeri Perak. Tiada timbul isu melebihkan sama ada Pelaburan Langsung Asing (FDI) atau Pelaburan Langsung Domestik atau (DDI). Walau bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Chenderoh untuk merujuk kepada data pelaburan yang diluluskan oleh MIDA di mana data menunjukkan pelaburan yang masuk Negeri Perak memang dipelopori oleh Pelaburan Langsung Domestik atau (DDI) kita rujuk bagi tahun 2022. Pelaburan yang diluluskan adalah sebanyak RM6.6 bilion di mana Pelaburan Langsung Domestik (DDI) adalah berjumlah RM4.3 bilion, manakala Pelaburan Langsung Asing FDI adalah cuma bernilai RM2.3 bilion.

Bagi tahun 2023 pula, pelaburan yang diluluskan adalah sebanyak RM8.5 bilion di mana Pelaburan Langsung Domestik (DDI) adalah berjumlah RM6.4 bilion manakala Pelaburan Langsung Asing (FDI) adalah sebanyak RM2.1 bilion. Agensi Penggalakan Pelaburan Negeri Perak iaitu Invest Perak sentiasa berusaha keras dalam memastikan program-program pelancongan minta maaf, pelaburan di serata Malaysia akan terus mempromosikan negeri Perak sebagai salah satu destinasi pilihan pelabur. Antaranya bekerjasama dengan Malaysia Chamber of Commerce and Industry France atau di mana kita mengadakan dialog session with agencies di Northen Region di Pulau Pinang pada 22 2024 bulan Oktober. Selangor International Business Summit 2024 townhall bersama pemain industri di bawah Proton Vendor Association atau PBA, Invest Perak, Investor Appreciation Dinner. Program Invest Series bersama MIDA di Kuala Lumpur dan juga banyak lagi. Kita juga difahamkan bahawa PKNP juga mengadakan siri-siri Coffee Talk atau Coffee Table Talk. Siri-siri kopinya di mana mereka bertemu dengan pemain-pemain industri bersama seperti MRCCI, FMM, FMM dan juga lain lain.

Jadi, Negeri Perak ini bertuah dengan adanya syarikat-syarikat tempatan yang besar dan pelbagai sektor yang menyumbang ke arah pembangunan industri serta kerancakan ekonomi. Menjawab kepada Malim Nawar, Kerajaan tidak pernah berat sebelah dalam usaha untuk menarik pelabur ke Negeri Perak. Walau bagaimana pun, para pelabur sentiasa mempunyai spesifikasi atau keperluan tersendiri bagi projek pelaburan mereka seperti kapasiti kapasiti bekalan elektrik, kapasiti bekalan air, sambungan gas asli, ketersambungan jalan raya, keupayaan logistik, keupayaan keupayaan lain-lain termasuk keupayaan daripada segi buruh, keadaan geografi dan lain-lain lagi. Buat masa ini, kawasan berhampiran dengan Malim Mawar yang sedang membangun dalam sektor perindustrian adalah kawasan perindustrian Gopeng yang jaraknya dalam lebih kurang 20km atau 25 minit masa pemanduan. Antara syarikat besar syarikat UNISEM Berhad sedang membangunkan fasiliti kilang baru di Kawasan Perindustrian Gopeng. Pembangunan fasiliti kilang ini akan dibangunkan dalam beberapa fasa. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia. UNISEM Malaysia Berhad membina kilang pengeluaran semikonduktor barunya di tanah perindustrian seluas 11.53 hektar di Gopeng, Perak. Pembangunan fasa 1 kilang berkenaan membabitkan kos anggaran dalam lebih kurang RM300 juta dan pihak syarikat akan terus membangunkan fasa-fasa berikutnya dalam masa terdekat. Selain itu, satu lagi taman perindustrian yang kini dalam perancangan pembangunan oleh syarikat MRCB di Simpang Pulai yang dinamakan Ipoh Raya Integrated Park juga di mana jaraknya daripada Malim Nawar adalah lebih kurang 25 km dan jarak pemanduan adalah lebih kurang 30 minit.

Dalam masa yang sama, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Malim Nawar. Pelaburan tidak sepatutnya hanya dipandang dari sudut sektor perindustrian sahaja. Kita juga harus melihat pelaburan dalam segi konteks sektor perkhidmatan. Kita dapat melihat pembangunan kampus Universiti Tunku Abdul Rahman atau UTAR di Kampar dan juga TARUMT juga adalah satu pelaburan yang berjaya menghasilkan peluang pekerjaan kepada pendapat kepada penduduk setempat serta merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan Kampar dengan pelbagai perniagaan komersial yang kian bertambah apabila meningkatnya kemasukan pelajar-pelajar ke UTAR dan juga TARUMT di kawasan Kampar. Malahan UTAR telah pada tahun lepas telah menyiapkan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman dan mula beroperasi. Dengan adanya pusat pengajian hospital swasta seperti ini, vendor-vendor setempat dapat meraih peluang seperti pengusaha kantin dan kafe, syarikat pembekalan, syarikat kawalan keselamatan, syarikat dobi dan juga lain-lain dan kita percaya pertumbuhan ekonomi secara organik akan berlaku dengan adanya player UTAR di kawasan Kampar dan juga Malim Nawar.

Dato' Speaker, di sini, saya ingin memaklumkan saya meminta kebenaran untuk memaklumkan kepada Ahli-ahli dewan, sebenarnya Kerajaan Perpaduan Negeri Perak merupakan kerajaan yang fokus untuk memperbetulkan keadaan di Negeri Perak. Kami tidak mengamalkan politik balas dendam. Malah, kami cuba sedaya upaya dengan kemampuan yang mungkin untuk memperbaiki kehidupan semua warga negeri tanpa mengira latar belakang, warna kulit, agama, umur atau pun sokongan politik masing-masing. Tumpuan kami adalah untuk menjana keputusan yang positif kepada Negeri Perak. Dalam usaha yang kami cuba buat sehabis baik ini. Kami melibatkan semua pihak termasuk kerajaan pusat dan agensi-agensinya, kerajaan tempatan, pihak swasta serta semua pemegang TARUMT.

Sebagai contoh, menyedari kami perlu membangunkan seluruh pelusuk Negeri Perak, kami telah melakukan beberapa perancangan dan juga pengusaha-pengusaha kita untuk membangunkan Negeri Perak. Sebagai contoh, nombor 1, di tengah-tengah Negeri Perak atau di tengah-tengah Lembah Kinta, Perak telah berkali kali Kerajaan Negeri bersama agensi-agensinya bermesyuarat memohon melobi Kerajaan Persekutuan dan akhirnya kami mendapat pinjaman sebanyak RM50 juta untuk pembangunan SVTP bagi mengadakan infra-infra asas sebuah taman industri yang holistik sesuai dengan permintaan zaman ini. Malah, dengan libat urus yang penuh dengan kesabaran, cubaan dan juga dugaan kerajaan negeri melalui SVTP dan juga

PKNP dan Advancecon telah menyelesaikan masalah pendudukan lebih daripada dua puluh tahun oleh petani-petani yang telah menduduki kawasan tersebut. Masalah ini tidak selesai lebih daripada 20 tahun tetapi ia memerlukan pengorbanan daripada semua pihak.

Ingin saya merekodkan di dalam Dewan ini dan kepada sesiapa yang mendengar kepada apa yang telah berlaku di dalam dewan sekarang, ingin saya merekodkan dengan rasminya pengorbanan yang telah dilakukan bukan sahaja daripada pihak Ahli-ahli MMK terutamanya Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berpenat lelah untuk menjayakannya. Bukan sahaja daripada agensi-agensi Kerajaan Negeri bukan sahaja daripada pegawai-pegawai tetapi kita perlu mengiktiraf pengorbanan para petani yang menduduki kawasan tersebut kerana selama lebih 20 tahun mereka menduduki, pelbagai pentadbiran berlalu, tiada keputusan dan mereka hidup setiap hari dalam kebimbangan sama ada mereka akan dihalau sama ada mereka akan disaman sama ada tiada keputusan dan sebagainya tetapi setelah berunding dengan Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi, kita dapati ada yang telah mengambil tanah yang di yang disyorkan oleh Kerajaan Negeri dan di mana mereka mendapat galakan daripada agensi Kerajaan Negeri untuk mempunyai tanah pertanian baru dengan syarat-syarat yang tertentu tetapi ada juga yang ingin, tidak ingin untuk berpindah tetapi mereka mengambil langkah pengorbanan mereka demi Negeri Perak yang tercinta ini, mereka memilih untuk tidak mengambil tindakan ke atas Negeri Perak melalui agensi-agensi tetapi mereka mengundur diri untuk membenarkan SVTP ini diadakan dan ini.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada semua pihak yang berjaya melakukan ini. SVTP melalui PKNP juga merupakan satu satunya PKNP yang mendapat pujian secara terus menerus daripada Yang Berhormat Menteri Kementerian Ekonomi ke atas usaha dan juga dasar out of the box yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dalam seluruh Malaysia ini melalui PKNP Negeri Perak sahaja yang dipuji oleh Yang Berhormat Menteri kerana kita mengambil langkah out of the box. Kita tidak asyik meminta duit dari Kerajaan Persekutuan sahaja kerana kita faham daripada sudut mata kepimpinan, sudut mata pentadbiran Kerajaan Persekutuan mereka risau sekiranya duit ini diberi kepada Kerajaan Negeri ditadbir urus dengan tidak betul, maka hancurlah, hilanglah dana tersebut tetapi apabila Kerajaan Persekutuan melihat usaha gigih Kerajaan Negeri, kita sanggup bukan minta apa, apa geran secara terus, kita meminta pinjaman kerana kita sanggup mempertaruhkan kita akan kerja bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan SVTP. Jadi, dengan ini kita mendapat pujian dan sekarang kita ucapkan syabas kepada PKNP, kena tepuklah kerana PKNP akan dijadi contoh, PKNP Perak akan dijadikan contoh kepada PKNP semua PKNP dalam negeri dalam Malaysia ini.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mana Gunong Semanggol?

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Jangan cari gaduhlah. Di Barat Perak, usaha untuk menaikkan pesisiran pantai dari Lumut ke Bagan Datuk dan menghala ke dalam pedalaman di mana daripada sejauh sehingga ke mana ke Perak HIB atau Halal Industrial Park yang dibangunkan oleh SADC di Lekir sehingga ke ECK Industrial Park di Perak Tengah. Usaha ini bukan merupakan usaha seorang dua. Ia memerlukan usaha semua pihak daripada agensi perseorangan, daripada pihak-pihak swasta. Bukan sahaja usaha orang-orang politik dan penjawat awam sahaja, malah usaha ini telah disuntik dan juga diterajui dengan keyakinan oleh pihak yang lebih tinggi daripada pemain-pemain politik yang ada di sini. Usaha menyeluruh ini cuma boleh berjaya dengan bantuan ini dapat mewujudkan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dengan European Union atau EU sekaligus menempatkan Perak dalam radar pembangunan European Union atau EU. Usaha ini cuma satu tujuannya satu matlamatnya iaitu supaya warga Perak memperolehi kehidupan yang lebih baik dan taraf hidup yang lebih tinggi.

Selatan Perak, Dato’ Yang di-Pertua, ceritanya lebih membakar semangat. Di AHTV pula terdapat cerita yang lebih membakar semangat warga Perak. Menyedari kekangan Kerajaan Negeri dan juga Negeri Perak dalam menarik pelabur dengan, dengan salah satu faktornya adalah ketersediaan tanah industri plug and play. Seorang hartawan kelahiran Perak, mengambil inisiatif untuk memohon Kerajaan Negeri menebang ladang menebang ladang sawitnya yang berjumlah lebih seribu, lebih seribu ekar, 1300 ekar di mana ladang sawitnya mendapat pendapatan yang tak berhenti. Ladang sawit, buahnya tak berhenti tetapi beliau sanggup mengambil inisiatif untuk menebang ladang sawitnya melalui syarikat di bawah kawalannya untuk dijadikan kawasan industri holistik yang berkonsepkan plug n play demi kejayaan kawasan AHTV untuk apa? Demi menjayakan industri pelaburan dan juga industri yang berkaitan ekosistem yang berkaitan di Tanjong Malim. Cerita-cerita pengorbanan ini amat membakar semangat kerana tindakannya yang sanggup mengambil risiko demi keinginannya melihat Perak menjadi negeri yang berjaya. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya Kerajaan Negeri Perak tidak dapat meyakinkan segala lapisan masyarakat. Keseriusan dan tumpuan kerajaan negeri bergerak sehati sejiwa untuk mengubah Perak ke aras yang lebih tinggi dari segi taraf hidup atau pun daripada martabatnya.

Dato’ Yang di-Pertua, Ahli dewan yang ada di dalam dan juga yang sedang menonton di luar, di Utara Perak, KIGIP di Utara Perak juga merupakan dan juga mempunyai cerita pengorbanannya yang tersendiri untuk kita semua lihat, hargai dan kita hayati supaya kita sama-sama berusaha ke arah Perak yang lebih sejahtera di masa depan. KIGIP di Utara Perak mempunyai cerita pengorbanan dan juga tekad usahasama semua pihak demi menjayakan Negeri Perak. Seawal penggal ini, pentadbiran negeri terkini gigih berusaha bersama semua agensi, biar di negeri atau pun agensi-agensi sokongan untuk memohon dan memastikan di Utara Perak terdapat satu kawasan industri yang moden dan holistik untuk dijadikan pusat E&E berpaksikan kepada ekosistem, E&E dan juga semikonduktor yang ada di Utara Semenanjung. Selepas usaha tidak mengenal penat lelah termasuk daripada agensi- agensi, daripada pegawai-pegawai, daripada pihak-pihak pusat telah bersetuju untuk mengadakan kawasan tumpuan E&E baru di Utara Perak. Walau bagaimanapun, perbincangan untuk projek ini atau lebih dikenali sebagai KIGIP juga dibincangkan secara bersama dengan projek bekalan air di Utara Perak. Projek ini dijangka bukan sahaja menyelesaikan masalah air di Perak, malah juga dilihat sebagai penyelamat kepada masalah kekurangan air di Negeri Pulau Pinang terutamanya untuk kegunaan industri di negeri tersebut.

Bagi Negeri Perak, saya ingin menekankan, kami melihat ia sebagai satu projek yang bersekali dengan KIGIP dan tidak boleh dipisahkan supaya rakyat Perak mendapat hak-hak yang sepatutnya. Jadi demi itu saya ingin membawa disini, sama-samalah kita bergerak kearah politik yang lebih matang. Kita bergeraklah, janganlah kita bergerak ke politik gaduh. Tuduh-menuduh. Kita boleh memilih sama ada kita memilih untuk kita ke arah politik membina, kita ke arah pentadbiran membina atau kita ke arah politik meroboh atau pentadbiran meroboh. Jadi dengan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana Dato Speaker telah memberi masa kepada saya untuk mendengar hujah-hujah saya dan juga kepada seisi Dewan dan juga kepada semua. Saya harap semua pihak di dalam Negeri Perak ini mengambil keputusan sama seperti kepimpinan yang ada dalam negeri sekarang bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Pilihlah jalan ke arah politik membina di mana rakyat kita, di mana anak cucu kita mendapat Perak yang lebih positif. Janganlah kita kembali kepada politik meroboh yang telah kita lalui selama ini. Dengan itu, sekian, terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco dari kawasan Jalong yang telah menggulung perbahasan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat, mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungkai untuk menggulung perbahasan. Terima kasih.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam Sejahtera dan selamat petang. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang, ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, ketua-ketua agensi para petugas dewan negeri dan rakan-rakan media sekalian. Pertama sekali saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua Dewan kerana telah memberi ruang kepada saya pada hari ini bagi sesi penggulungan di bawah portfolio Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan hal ehwal masyarakat India. Pada kesempatan ini juga saya ingin merafak sembah ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda. Tidak dilupakan sekalung penghargaan diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pihak pembangkang yang telah memberi idea serta cadangan membina bagi kesejahteraan rakyat di Negeri Perak.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah memperuntukkan sejumlah RM18.95 juta di bawah portfolio saya. Dalam meneruskan kesinambungan dan perancangan yang telah dirancang bagi tahun 2025. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya akan mulakan penggulungan saya dengan menyentuh fokus yang pertama iaitu pembangunan kesihatan di Negeri Perak. Merujuk kepada teks belanjawan Yang Amat Berhormat Kota Tampan di muka surat 27, perenggan 77, sejumlah RM0.5 juta telah diperuntukkan di bawah portfolio kesihatan untuk pelbagai program kesihatan yang sudah pasti peruntukan ini akan digunakan sepenuhnya bagi mensejahterakan kesihatan pekerja dan rakyat di Negeri Perak melalui penganjuran program-program kesihatan yang menyeluruh.

Memahami perhatian yang diberikan oleh Yang Berhormat Sungai Manik berkaitan tempoh waktu menunggu yang lama di hospital. Untuk makluman, KKM yang telah memperkenalkan beberapa kaedah yang sesuai untuk mengurangkan masa menunggu di klinik kesihatan seperti menggalakkan sistem temujanji melalui aplikasi MySejahtera. Perkhidmatan konsultasi maya iaitu virtual consultation, sistem digitalisasi dan penambahan sumber manusia di fasiliti kesihatan. Seterusnya menjawab respon perbahasan daripada Yang Berhormat Bercham berkaitan cadangan pembinaan klinik kesihatan di Bercham. Pada masa kini, penyampaian perkhidmatan kesihatan di kawasan Bercham disampaikan oleh Klinik Komuniti Bercham, Klinik Kesihatan Tanjong Rambutan dan Klinik Kesihatan Simee. Dalam masa yang sama, sebuah klinik kesihatan Jenis 2 telah dicadangkan untuk dibina di atas tapak yang diwartakan untuk kegunaan pembinaan klinik kesihatan di Bercham. Permohonan itu dimajukan dalam RP1 RMK-13 yang akan datang.

Bagi menjawab respon perbahasan daripada Yang Berhormat Bota di atas penutupan Hospital Changkat Melintang yang berpindah ke Hospital Seri Iskandar. Pesakit-pesakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis dirujuk secara berperingkat ke klinik kesihatan yang berdekatan. Bagi penduduk di Bota, rawatan pesakit luar boleh diteruskan di Klinik Kesihatan Bota Kiri yang berjarak kira-kira 7 km dari Hospital Changkat Melintang. Dengan penilaian ini, tiada keperluan untuk KKM membangunkan fasiliti klinik kesihatan baru di kawasan ini memandangkan pembinaan Hospital Seri Iskandar mampu untuk menampung keperluan pesakit di sekitar Perak Tengah.

Bagi menjawab isu perbahasan Yang Berhormat Bukit Chandan. Pembinaan Blok Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Kangsar bermula pada 16 Ogos 2023 dan dijangka siap sepenuhnya pada 10 Februari 2026. Projek yang bernilai RM20.3 juta diluluskan dalam RP4 iaitu RMK-10. Sehingga 27 November 2024, kemajuan fizikal mencapai 26% berbanding dengan jadual 34% iaitu kelewatan 8%. Sehingga kini projek tersebut telah menerima satu EOT atau Extension of Time dan sedang dalam fasa pemulihan. Pihak kontraktor diarahkan bagi menjalani beberapa intervensi pemulihan status kerja dengan menambahkan bilangan pekerja agar jadual kerja dipatuhi seperti mana yang ditetapkan. Saya juga akan melawat Hospital Kuala Kangsar untuk meneliti status pembinaan projek bagi memastikan kerja pembinaan berjalan seperti yang telah dirancang dalam jadual kerja. Yang Berhormat Bukit Chandan juga akan dijemput untuk hadir bersama-sama bagi sesi lawatan tapak ini.

Bagi menjawab isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai berkaitan dengan pembinaan klinik kesihatan baru pada masa ini. Penduduk Bandar Seri Botani menerima perkhidmatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Gunung Rapat sejauh 5km dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Pulai sejauh 3.6 km. Jabatan Kesihatan Negeri Perak sedang mengenal pasti tapak di kawasan Bandar Seri Botani untuk didirikan sebuah klinik kesihatan. Cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 atau Jenis 4 akan dikemukakan kepada KKM selepas proses tersebut dimuktamadkan.

Bagi mengulas respon perbahasan Yang Berhormat Behrang, Hospital Slim River merupakan sebuah hospital pakar minor yang mempunyai perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran dengan pakar tetap iaitu residents specialist bagi bidang-bidang perubatan am, kecemasan dan trauma, pediatrik, psikiatri dan pembedahan am. Namun begitu, di atas kekangan sumber kepakaran, terdapat beberapa bidang kepakaran dan sub kepakaran tidak dapat disediakan di hospital ini tetapi dilaksanakan melalui kunjungan berjadual oleh pakar lawatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun dan Hospital Teluk Intan.

Seterusnya, Yang Berhormat Behrang juga ada membangkitkan mengenai perkhidmatan kesihatan mental. Untuk makluman Yang Berhormat, aktiviti kempen kesihatan ceramah termasuk ceramah kesihatan mental dan fizikal dan aktiviti fizikal di komuniti di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah dilaksanakan melalui klinik-klinik kesihatan. Sehingga September 2024, sebanyak 92 aktiviti telah dilaksanakan merangkumi kempen awam berkaitan kesihatan mental di komuniti, sekolah serta agensi oleh pejabat kesihatan daerah dan klinik kesihatan.

Menjawab respon Yang Berhormat Slim, penubuhan klinik desa dibangunkan untuk memberi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak. Namun begitu, perkhidmatan yang lebih komprehensif termasuk perkhidmatan primer telah menjadi tumpuan dengan pembinaan klinik kesihatan. Penutupan sementara Klinik Desa Trolak, Pekan pula akan disebabkan faktor keselamatan dan keadaan bangunan yang uzur, yang dikhuatiri akan membahayakan pengguna. Ketika ini semua ibu hamil dan postnatal serta penjagaan kesihatan kanak-kanak mendapat perkhidmatan yang komprehensif di Klinik Kesihatan Slim River. Klinik Kesihatan Slim River juga memberi perkhidmatan lain termasuk perkhidmatan pesakit luar yang terletak di 7km dari Trolak, Pekan. Berkenaan isu penerimaan ambulans di Klinik Kesihatan Gunung Besout...

Yang Berhormat, mohon mencelah. Saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri atau pun Exco Kesihatan ada perancangan untuk kita memohon tambahan bangunan baru di Hospital Slim River supaya kita dapat orang kata menaiktarafkan Hospital Slim River itu menjadi hospital berpakar penuh. Untuk tambahan, satu blok bangunan lagi yang boleh orang kata menampakkan menambah jumlah kerusi dan menawarkan khidmat pakar penuh.

Isu berkaitan menukarkan Hospital Slim River sekarang separuh pakar untuk penuh pakar ini akan ambil, akan dilakukan tetapi bukan sekarang sebab kita faham bahawa Pekan Tanjong Malim akan membangun dengan pesat dan kita anggarkan dalam 10 tahun daripada sekarang lebih kurang kita perlu 30,000 pekerja di Proton City sahaja dan perkara ini masih dalam perbincangan dan kita akan ambil satu tindakan dan saya setuju kita perlu hospital pakar di selatan Perak. Penutupan sementara. Berkenaan isu penerimaan ambulans di Klinik Kesihatan Gunung Besout dirancang pada bulan November 2024. Namun, dijadual semula untuk tahun 2025. Saya baru difahamkan bahawa kemungkinan besar ambulans ini akan dibekalkan. Dalam pertengahan tahun 2025. Walau bagaimanapun, penerimaan satu unit ambulan tetap akan di berikan kepada Klinik Kesihatan Gunung, Gunung Besout.

Bagi menjawab isu berkaitan Klinik Kesihatan Pasir Pinji oleh Yang Berhormat Pasir Pinji, kekangan dari segi keluasan tanah sedia ada dan peruntukan semasa telah menghadkan keupayaan untuk melaksanakan penambahbaikan secara menyeluruh. Sebagai langkah jangka panjang, KKM sedang mengkaji dan mencari tanah yang lebih sesuai untuk pembinaan KK baru bagi memenuhi keperluan penduduk Pasir Pinji. Selain itu, KKM juga telah melaksanakan usaha seperti berikut; A, penambahan ruang di bilik rawatan, makmal dan kecemasan yang telah bermula pada 21 Oktober 2024 dan dijangka siap pada 6 Disember 2024 dan B, menaiktaraf bangunan klinik ibu dan anak dengan peruntukan sebanyak RM250 ribu yang telah bermula pada 2 April 2020 dan siap sepenuhnya pada 1 Januari 2020. Dah siap pun.

Bagi mengulas respon perbahasan Yang Berhormat Behrang berkaitan inisiatif menggalakkan gaya hidup sihat, antara langkah-langkah pencegahan penyakit yang telah di jalankan adalah seperti berikut. Pertama, saringan kesihatan. Perlaksanaan inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan atau NHSI di bawah Program Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANHMS. Saringan NHSI ini mensasarkan individu berumur 18 tahun dan ke atas dengan sasaran 91,530 individu pada tahun 2024 sehingga 11 Oktober 2024. Sejumlah keseluruhan saringan yang telah dijalankan adalah sebanyak 120 ribu, 123,802 iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. Kedua, Program Pencegahan Kanser. Program Pencegahan Kanser Kolorektal telah dilaksanakan di klinik-klinik Kesihatan yang bagi individu berumur di antara 50 hingga 75 tahun yang telah mempunyai apa-apa gejala iaitu simpton somatik di klinik kesihatan dengan pegawai perubatan. Program Pencegahan Kanser Serviks pula meliputi saringan kanser serviks melalui ujian DNA dan HPV dan ujian Papsmear bagi wanita berumur 30 hingga 65 tahun serta pemberian imunisasi HPV kepada murid perempuan di tingkatan satu. Ketiga, promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan. Memperkenalkan agenda Nasional Malaysia Sihat yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 7 Ogos 2020. ANHMS meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui amalan hidup sihat seperti makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat, hidup aktif serta kebersihan diri dan kebersihan persekitaran dan keempat penganjuran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) merupakan sambutan tahunan yang disambut pada bulan September setiap tahun.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah; A, mewujudkan sukarelawan kesihatan di kalangan komuniti yang dikenali sebagai My Champion yang terdiri daripada COMBI, KOSPEN, duta kenali ubat anda, ikon gigi dan panel kesihatan klinik kesihatan yang dikenali sebagai My Champion. Pembudayaan hidup sihat melalui program HePiLI iaitu 'Health Promotion and Learning Institution' yang dilaksanakan seawal peringkat prasekolah atau tabika sehingga institusi pengajian tinggi bertujuan mendedahkan generasi muda dengan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan, membentuk sikap serta amalan kesihatan yang baik. C, perkhidmatan Wellness Hub yang merupakan pusat sehenti 'One Stop Center' yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat. D, Inisiatif Wellness on Will atau WOW bagi menyediakan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara mobil yang mudah diakses dan dekat untuk komuniti bagi aktiviti jangkau luar atau…

Mohon laluan YB Exco. Terima kasih kepada YB Exco. Terima kasih Timbalan Speaker. Tadi, Sebenarnya saya nak betulkan apa ni harapan sayalah daripada Bota. Tadi ada YB Exco menyatakan bahawa saya memohon untuk membina baru klinik kesihatan. Dalam hansard pun dalam ucapan saya, saya tidak menyatakan untuk membina baru. Kita nak fasiliti yang ada di Hospital Changkat Melintang dengan adanya bilik-bilik konsultasi yang ada sebelum ini boleh dimanafaatkan semula tetapi kita buka klinik kesihatan di premis yang sama. Bukan nak buat bangunan baru iaitu saya nak betulkan, itu satu. Jadi yang kedua, saya nak mintak tadi YB Exco ada sentuh tentang Wellness hub. Jadi sebenarnya saya ada kemukakan soalan dalam soalan saya tapi mungkin tempat di bawah tidak dijawab di dalam Dewan tapi ada di jawapannya dalam hansard. Cumanya, saya dapati di Perak ni hanya baru ada 1 sahaja wellness hub. Jadi saya nak mintak lah kesungguhan daripada Kerajaan Perak melalui Exco Kesihatan untuk kita memperbanyakkan wellness hub untuk Negeri Perak. Itulah harapan saya. Sekian, terima kasih kepada YB Exco dan juga YB Timbalan Speaker.

Terima kasih YB Bota. Saya setuju dengan cadangan kedua dan akan diambil dalam perhatian walaupun yang pertama iaitu berkaitan dengan Klinik Changkat Melintang. Saya percaya semasa Yang Amat Berhormat Menteri Kesihatan datang untuk dalam dalam majlis penyerahan Hospital, Hospital Seri Iskandar, Yang Berhormat juga telah memberi memorandum dan saya percaya dalam memorandum itu terkandung cadangan Yang Berhormat. Jadi, saya harus follow up dengan menteri. Sebab keputusan muktamad adalah di tangan menteri, terima kasih dan yang akhir, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Perak juga turut mengadakan kempen perangi Gula iaitu 'War on Sugar' dan kempen ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 September 2024 sempena 'Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera', Peringkat Kebangsaan 2024. Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Perangi Gula di Pantai Batu 1, Port Dickson. Bagi mengukuhkan lagi kempen Perangi Gula atau War on Sugar, Pejabat Setiausaha Negara Malaysia juga turut mengeluarkan surat pengukuhan pelaksanaan penyajian hidangan sihat semasa Mesyuarat Dalam Perkhidmatan Awam bertarikh 9 September 2024, di mana hidangan dalam semua mesyuarat dan majlis kerajaan persekutuan akan dikurangkan penggunaan gula sebanyak 50% mulai daripada 1 Ogos 2024.

Di peringkat Negeri Perak, jumlah pesakit diabetes sehingga 27 November 2024 adalah seramai 86,157 orang pesakit dengan pecahan umur 44 tahun ke bawah adalah sebanyak 7.3 peratus, 45 point, sorry. 45 hingga 64 tahun sebanyak 43.8 peratus dan 65 tahun ke atas sebanyak 48.8 peratus. Selain itu, kempen perangi gula di peringkat negeri juga telah dilancarkan pada 19 November 2024 di Hospital Teluk Intan. Kerajaan Negeri Perak akan menumpukan perhatian terhadap pelaksanaan inisiatif yang lebih agresif di laksanakan di peringkat Negeri Perak. Sehubungan itu, satu kertas kerja yang diperakui oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan Kempen Tanpa Gula atau zero sugar di dalam program-program jabatan kerajaan mahupun agensi negeri yang akan menjadi Perak sebagai juara melaksanakan kempen zero sugar.

Untuk makluman, kempen ini telah pun dimulakan di peringkat kerajaan negeri pada majlis sambutan Hari Deepavali pada tahun 2024 tahun ini Negeri Perak yang dihadiri oleh lebih kurang 8 ribu orang awam pada 23hb November 2024 di Stadium Indera Mulia yang memberi penekanan kepada gaya hidup sihat tanpa gula. Hidangan dalam majlis tersebut hanya menyediakan makanan yang mengandungi paras gula terendah selain mengelakkan minuman yang mengandungi perasa tiruan atau pewarna. Minuman panas yang disediakan tanpa susu kondensasi selain gula diasingkan bagi menggalakkan pengguna gula yang berlebihan. Selain itu, dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri juga telah mula menyediakan makanan sihat tanpa gula berlebihan di setiap hidangan yang disediakan dengan kadar gula yang terendah. Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar nilai dan mesej perangi gula yang hendak disampaikan bukan sekadar amalan atau budaya tetapi dijadikan pegangan hidup seumpama pegangan kita kepada nilai agama tercinta. Hasrat kita adalah kesedaran menjaga nilai kesihatan diri perlu disanjungi.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, oleh kerana kekangan waktu yang diceburi, saya tidak mempunyai cukup masa bagi memberi respon ke atas beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Namun begitu, perhatian sewajar akan diberikan oleh saya dalam kesejahteraan rakyat di Negeri Perak bagi dan dari sudut pembangunan manusia sumber manusia. Bagi mengukuhkan lagi aspek pembangunan modal insan di Negeri Perak, sebanyak RM10.5 juta telah diperuntukkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di bawah fokus tiga iaitu pembangunan modal insan dan belia seperti yang dinyatakan melalui ucapan belanjawan di dalam muka surat 44 perenggan 118 hingga 119. Dengan peningkatan sebanyak RM1.5 juta kepada Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK dan Technical Vocational Educational Training atau TVET sudah pasti ianya akan dapat memacu pertumbuhan aspek pembangunan modal insan untuk dimanfaatkan oleh anak Negeri Perak. Selaras dengan agenda Perak Sejahtera 2030, saya yakin dan percaya pelaburan jangka panjang dalam sumber tenaga manusia ini akan mengubah landskap guna tenaga di Negeri Perak melalui program-program yang telah dirancangkan dengan penglibatan strategik daripada Perak daripada pihak Jabatan Pendidikan, Institut Latihan Industri dan agensi di peringkat negeri mahupun di peringkat persekutuan.

Untuk makluman, sidang Dewan saya amat berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh PASAK yang mencapai usia 13 tahun penubuhan sejak ditubuhkan pada tahun 2011. Untuk rekod, penubuhan PASAK yang dulunya dikenali sebagai Pusat Kerjaya atau PEKA yang fokusnya pada ketika itu sebagai pusat sehenti padanan pekerjaan. Dengan permulaan peruntukan sebanyak RM2.0 juta PASAK telah menunjukkan prestasi yang memuaskan dalam membantu pembangunan modal insan di Negeri Perak dengan pelaksanaan program program kerjaya, haluan, kerjaya, pemutihan kerjaya, pembangunan insaniah dan lain-lain program sumber manusia yang dijalankan.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua, terima kasih pada Yang Berhormat Exco. Saya ada pertanyaan. Baru-baru ini saya hadir ke satu program motivasi pelajar SPM. Jadi di sana, ibu bapa bertanya sebab saya cakap pada mereka tentang peluang-peluang yang kerajaan akan adakan. Komuniti di daerah Manjung kita ada HEP dan LuMIC. Jadi berapa sangat tertarik dengan perancangan kerajaan ini dan bertanya bagaimana mereka nak menyediakan anak-anak mereka untuk mengisi peluang-peluang yang akan ditawarkan oleh MB sendiri bahawa 5% ribu peluang pekerjaan di LuMIC dan lebih 300 peluang pekerjaan di HEP. Jadi apakah ada perancangan kerajaan selain daripada apa yang dilaksanakan oleh PASAK? Adakah kita ada kolaborasi dengan universiti tempatan untuk kita menyediakan tenaga-tenaga professional untuk kita mengisi jawatan-awatan peluang-peluang pekerjaan yang akan ditawarkan di HEP dan juga di LuMIC. Terima kasih.

Terima kasih YB Pasir Panjang dan kesemua maklumat-maklumat yang diperlukan oleh anak-anak kita terkandung dalam laman web PASAK. Jadi masuk sahaja laman web ada semua butiran di situ. Kalau masih hendak butiran lanjutan, boleh hubungi pejabat saya atau pun terus ke pejabat PASAK. Ada staf-staf untuk membantu mereka. PASAK juga telah mengorak langkah menjadi agensi penting kerajaan negeri dalam merancakkan pembangunan kemahiran apabila diberi tanggungjawab untuk memacu agenda TVET negeri dengan peruntukan sebanyak RM3.0 juta untuk latihan kemahiran. Di atas perhatian yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam menekankan aspek bidang TVET sebagai salah satu aspek penting dalam pelaburan jangka panjang. Beliau telah meningkatkan peruntukan TVET daripada RM3 juta kepada RM6.4 juta.

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco, Alor Pongsu berdiri.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya minta maaf lah saya terlepas sikit bab kesihatan tadi sebab saya berada di luar. Saya nak patah balik sikit. Saya nak tahu status iaitu Klinik Kesihatan Bagan Serai. Di katakan lokasi itu tidak sesuai sempit dan sebagainya. Jadi adakah betul bajet itu tak dibawa balik ke KKM tetapi lokasi klinik yang baru dipindah ke Dun saya di Matang Gedung. Itu yang sumber yang saya dapat saya nak minta kepastian lah benar atau tidak. Terima kasih.

Terima kasih YB. Biar saya jawab. Berkaitan dengan Klinik Kesihatan Bagan Serai, biar saya terus terang. Saya tidak mempunyai apa-apa maklumat pada masa ini tetapi saya akan ambil dalam perhatian. Mungkin saya akan bagitau ya ok.

Terima kasih YB Exco saya pun dok tunggu jugak apa persoalan ataupun respon daripada YB Exco tentang perbahasan saya semalam berkenaan dengan klinik kesihatan. Nampak dah terlepas. Saya ingat kot adalah respon. Jadi saya nak bangkitkan kembali. Berkenaan dengan Klinik Kesihatan Changkat Jering. Ikut sesi yang lepas pun saya ada bangkitkan berkenaan dengan…

Timbalan Yang di-Pertua

Tekan mic off dulu. Tekan…tekan sila tekan mic tu. YB tekan itu mic.

Berkenaan dengan Klinik Changkat Jering ikut sesi lepas saya dah bangkitkan iaitu berkenaan staf cleaner untuk pembersihan Klinik Changkat Jering. Setakat ni sampai hari ni masih belum ada lagi dan pekerja tu adalah pekerja klinik sendiri yang membuat kebersihan untuk klinik tersebut yang saya bangkitkan semalam. Jadi, saya minta dengan jasa baik YB Exco untuk dapatlah segera penyediaan untuk cleaner pembersihan klinik ini. Jadi seperti saya katakan semalam lah makna dengan keadaan kapasiti staf yang 63 orang dengan orang kata penduduk melebihi 40 ribu orang. Jadi makna situasi agak sibuk lah dan kesianlah kepada staf dan yang keduanya saya tanya juga lagi, difahamkan, Klinik Changkat Jering dah dapat satu tapak baru untuk perpindahan sebab saya rasa dan dimaklumkan pun tak sesuai dengan situasi klinik yang sekarang ni. Jadi saya nak tanyalah mana tapak baru yang dapat tu bila cadangan untuk nak dibangunkan, klinik itu sahaja? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan Klinik Changkat Jering, Changkat Jering. Jadi, saya juga akan mendapat maklum balas daripada Jabatan Kesihatan dan akan maklumkan kepada Yang Berhormat. Begitu juga dengan tapak satu lagi saya akan check status dia. Di bawah Majlis TVET pula. Memahami kepentingan pertukaran kemahiran di negara-negara pelopor TVET, Kerajaan Negeri telah melangkah ke depan dengan menghantar anak-anak Negeri Perak ke Negara Jerman, China dan tahun hadapan ke Negara Jepun bagi meningkatkan kemahiran anak negeri seiring dengan perkembangan dan keperluan industri di peringkat antarabangsa.

Program ini amat penting dalam memberi pendedahan kepada anak-anak negeri agar tidak ketinggalan dengan arus perubahan teknologi industri yang berkembang pentas pantas khususnya perluasan bidang Artificial Intelligence atau AI sebagai salah satu bidang dalam TVET. Menjawab respon kepada Yang Berhormat Changkat Jong, berkaitan pemerkasaan TVET. PASAK sebagai Sekretariat Majlis TVET Negeri Perak sentiasa menjalani hubungan erat bersama institusi pengajian tinggi bagi membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan antaranya yang pertama melibatkan 32 institusi kemahiran awam dan swasta di Negeri Perak bagi sesi suai padan bersama pelajar tahun akhir yang mengambil jurusan automotif di bawah kluster pengangkutan untuk disalurkan kepada industri. Untuk itu, Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang telah dijadikan hab latihan automotif atau training ground dengan perkongsian tenaga pengajar daripada institut institusi dan industri bagi merangka kursus latihan yang lebih terperinci berdasarkan mesin, teknologi, SOP serta keperluan industri. Dua selain itu, pada 22 dan 23 Oktober 2024, satu bengkel kolaborasi industri akademik atau IAC telah diadakan di Travelodge, Ipoh. Bengkel ini bertujuan membangunkan keperluan serta mengimbangi penawaran dan permintaan dalam industri.

Program ini dianjurkan bersama oleh Talent Corp, Politeknik Tunku Azlan Shah dan PASAK dan ketiga tambahan kepada usaha ini, satu data berpusat akan dibangunkan di bawah Majlis TVET Negeri Perak melalui kerjasama institusi latihan bagi mendapatkan maklumat pelajar bermula semester satu sehingga semester akhir untuk dipadankan ke dalam industri sama ada bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Merujuk kepada perbahasan Yang Berhormat Kubu Gajah dan Yang Berhormat Kenering, secara keseluruhannya sebanyak 151 kursus latihan telah dijalankan melibatkan seramai 2,780 orang peserta yang telah mengikut program TVET bagi tahun 2024. Daripada jumlah peserta tersebut, sebanyak 69%, 69.71% atau 1,938 orang daripada jumlah keseluruhan 2,780 orang peserta TVET sepanjang tahun 2024 telah memperolehi pekerjaan setelah tamat kursus latihan dengan kadar pendapatan di antara RM1,500 hingga RM40 ribu.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Sepetang berkenaan Program Malaysia China Youth TVET Training, saya ingin betulkan fakta kepada Yang Berhormat. Untuk makluman jumlah 5,000 yang dihantar oleh Kerajaan Persekutuan adalah meliputi kuota yang diberikan kepada peserta daripada seluruh negara melalui belia mahir. Dengan nisbah ini, Kerajaan Negeri telah mengambil langkah signifikan dengan menghantar tambahan anak Negeri Perak bagi mengikuti kursus MCYTT ini dalam penyediaan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang Electric Vehicle atau EV dan Autonomous Vehicle atau AV khususnya bagi pasaran kerja AHD Proton Tanjung Malim.

Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Behrang dan Yang Berhormat Chenderiang, salah satu program TVET adalah skim latihan TVET Orang Asli yang dikhususkan kepada golongan Orang Asli di seluruh Negeri Perak bagi meningkatkan bilangan pekerjaan separa mahir atau semi skilled dalam kalangan Orang Asli di Negeri Perak. Sepanjang tahun 2024, sebanyak 10 kursus TVET Orang Asli telah dijalankan melibatkan seramai 125 orang peserta daripada 16 perkampungan yang mengikuti program kemahiran TVET. Dengan program TVET, Orang Asli yang telah dijalankan masyarakat Orang Asli dapat meningkatkan kemahiran mereka bagi menembusi pasaran pekerjaan atau janaan pendapatan menerusi peluang keusahawanan.

Menjawab perbahasan daripada Yang Berhormat Rungkup. Untuk makluman Yang Berhormat, aspek pembangunan latihan Artificial Intelligence atau AI akan menjadi bidang baru yang akan difokuskan bagi tahun 2025 dengan melihat kepada paradigma, perubahan dan keperluan penggunaan AI dalam industri ini yang tentang integrasi nasional. Yang hormat Dato' Yang di-Pertua, semangat perpaduan dan integrasi nasional adalah salah satu tunjang dalam Pelan Perak Sejahtera 2030, yang harus dihayati dan dipupuk dalam penyatupadukan rakyat Negeri Perak.

Sudah tentu melalui petikan ucapan Yang Berhormat Kota Tampan dalam muka surat 27 perenggan 76 akan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri yang kita cintai ini. Menjawab respon perbahasan daripada Yang Berhormat Manong. Untuk makluman Yang Berhormat, atas keprihatinan kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM0.2 juta telah disediakan bagi tambahan kepada peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi program-program integrasi kaum di Negeri Perak. Sudah tentu peruntukan ini akan digunakan sebaik-baiknya bagi meningkatkan tahap integrasi antara kaum di Negeri Perak melalui program yang dirangka bagi tahun 2025. Mengakhiri penggulungan saya pada petang ini, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas kepemimpinannya yang cemerlang dalam merangka Belanjawan Perak tahun 2025. Sebagai pentadbir dan sebagai seorang sahabat, Dato' Seri bukanlah seorang yang biadab seperti yang dikatakan sesetengah pihak tetapi dia sosok dan mementingkan kebajikan dan kepentingan rakyat melebihi kepentingan beliau sendiri.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dan Yang Berhormat Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri yang sudah pasti secara bersama terlibat dalam penyediaan belanjawan kali ini iaitu belanjawan bersejarah. Tidak dilupakan kepada barisan pegawai-pegawai sama ada daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) serta Pejabat Kewangan Negeri yang bertungkus-lumus dalam penyediaan belanjawan berteraskan lima fokus yang telah berjaya menghasilkan satu belanjawan yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan negeri dan rakyat. Oleh itu, saya akhiri penggulungan ini dengan serangkap pantu pantun.

Pagi indah berjalan di titi, Melihat ikan bermain tenang, Hindari gula hidup berkualiti, Cegah penyakit hidup riang.

Sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Audzubillahiminasyaitonirojim. BismillahirohmanirohimKuntum (bacaan ayat Al-Quran). Dengan izin. You are the best community ever raised among mankind you enjoy what is good and you forbid what is evil and you believe in Almighty Allah. Kamu adalah sebaik-baik manusia. Dijadikan dia kalangan manusia ini menyeru kamu kepada makruf mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah S.W.T. Surah Al-Imran 110. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Kahawi chacia sia woohoo, seneteley senetaley vanakhem marry bahiotrukal marry bahio. Alhamdulillah, Wa Syukurillah Wassolatu Wassalamu Ala Rasulillah S.A.W. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Mesyuarat Yang Berhormat, Ex-Officio agensi-agensi serta kakitangan kerajaan GLC, rakan-rakan media sekalian, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah yang saya hormati sekalian. Saya dengan penuh takzimnya, merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 1 November 2024 yang lalu, Dirgahayu Tuanku.

Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar yang menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri dengan jayanya bagi merealisasikan Pelan "Perak Sejahtera 2030" yang berbaki kurang lebih 5 tahun sahaja lagi serta menterjemahkan lima visi baharu Perak yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan yang telah pun dinukilkan dalam buku baginda. Alhamdulillah, Negeri Perak akan meneruskan momentum peningkatan dari semua segi terutamanya yang melibatkan kesejahteraan rakyat di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan terutamanya di Negeri Perak. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian pertumbuhan KDNK yang telahpun mencecah RM 82.6 bilion.

Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Yang Berhormat Tambun yang mana telah meluluskan 500 projek untuk manfaat rakyat Perak di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia yang ke-12 (RMK-12). Dato' Yang di-Pertua, ini termasuk manfaat di bawah portfolio saya sendiri, INTAP. Projek penyaluran air dari Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan utara Negeri Perak, Tasik Merah. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Sama Gagah, Daerah Kerian. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kinta Fasa 2, Daerah Kinta dan Kampar, meningkat menaik taraf Lebuh Raya Tanjong Malim – Lumut fasa kedua, fasa pertama daripada Jalan Tol Tanjuong Malim ke Politeknik Sultan Azlan Shah (FT001) dari Seksyen 446.8 sehingga Seksyen 483. Membina persimpangan baru Lebuh Raya Utara-Selatan PLUS di KM 178.3 di daerah Kerian. Projek naik taraf infrastruktur tersisir serta kerja-kerja berkaitan di kompartmen C, Rancangan Pengairan Kerian dan program pengurusan mengatasi masalah tanah jerlus jelapang padi di kawasan Kerian Laut.

Timbalan di-Pertua, saya ingin meneruskan dengan menjawab beberapa isu yang telah pun dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan di antaranya adalah seperti berikut. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Sepetang, saya nyatakan, suka saya nyatakan di sini bahawa bagi permohonan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Jabatan Pengairan dan Saliran Perak (JPS) telah merancang untuk membuat dua permohonan di tebatan banjir iaitu pertamanya, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Trong, Daerah Larut Matang Selama dengan anggaran kos sebanyak RM35 juta. Yang keduanya, Rancangan Tebatan Banjir Pekan Kuala Sepetang Daerah Larut, Matang dan Selama dengan anggaran kos sebanyak RM55 juta. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bercham pula. JPS menerima peruntukan melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan negeri di bawah bajet mengurus dan juga bajet pembangunan bagi kerja-kerja seperti berikut. Penyelenggaraan sungai dan kolam takungan secara berkala. Menaik taraf infrastruktur saliran di bawah JPS. Menyediakan kajian pelan induk saliran. Pelan IRBM dan sistem amaran banjir antaranya sistem siren dan juga telemetri. Pembinaan struktur tebatan banjir antaranya ban pencegah banjir, sistem pam dan kolam takungan banjir. Peruntukan ini digunakan bagi mengurangkan impak kejadian banjir yang berulang dan memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat di negeri Perak. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah besar peruntukan pembangunan dan mengurus bagi tujuan penyelenggaraan kepada JPS. Maka menjadi harapan kerajaan negeri agar perancangan dan pelaksanaan dapat dilaksanakan oleh JPS demi manfaat rakyat.

Jumlah peruntukan belanja mengurus dan juga pembangunan JPS tahun 2025 adalah berjumlah RM111.5 juta. Meningkat sebanyak RM7.2 juta bergabung juga dengan dana dari Kerajaan Persekutuan terutamanya Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun PETRA dalam menangani masalah banjir di Perak. Di kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak di atas peningkatan peruntukan ini dan juga kepada Kerajaan Pusat yang perihatin dengan rakyat di Negeri Perak. Saya meneruskan dengan menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Pulai. Untuk makluman, Yang Berhormat sebanyak dua kerja mengorek pulih Sungai Pari, Sungai Pinji maaf sedang dilaksanakan oleh pihak JPS di kawasan Taman Cempaka dan Taman Pengkalan Bandaraya melibatkan kos RM250 ribu. Untuk makluman, kerja-kerja tersebut telah siap dilaksanakan sebanyak 70% dan membantu untuk menyelamatkan persekitaran Sungai Pinji daripada kejadian banjir yang berlaku pada 1.12.2024 tahun ini, JPS bersedia untuk merangcang kerja-kerja berikutnya melibatkan lembangan Sungai Pinji mengikut peruntukan yang diterima. Yang Berhormat Kampong Gajah pula bertanya berkaitan struktur tebatan banjir. Untuk makluman YB, pihak JPS daerah sentiasa melakukan pemantauan secara berkala terhadap semua struktur tebatan banjir yang dibina bagi memastikan kefungsian struktur tersebut dapat berfungsi dengan baik.

Sebarang kerosakan yang dilakukan terhadap struktur tebatan banjir yang telah dibina akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa bagi memastikan kejadian merosakkan struktur tersebut tidak berlaku dengan lebih kerap. Terdapat sebahagian kawasan yang tidak dibina ban pencegah banjir semasa pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Kampung Gajah Fasa 1 iaitu sepanjang 5 KM daripada Kampung Pasir Garam, Kampung Pasir Garam dan juga ke Kampung Pulau Tiga. Ini adalah kerana terdapat bantahan daripada sebahagian penduduk jajaran di dalam isu pengambilan tanah merupakan masalah yang menyebabkan ianya agak lewat. Walaubagaimanapun, pelaksanaan 5 KM ban tersebut akan dimasukkan di dalam skop kerja RTB Kampung Gajah fasa 2 yang masih dalam proses reka bentuk terperinci pihak perunding. Diharapkan dengan adanya pembinaan baki ban di kawasan tersebut, dapatlah ianya melengkapkan struktur tebatan banjir di kawasan Kampong Gajah. Kepada Yang Berhormat Bota, berkenaan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera, Kerajaan Negeri Perak telah mempertingkatkan inisiatif perkhidmatan awam melalui perkhidmatan Bas Perak Sejahtera. Sehingga tahun 2024 perkhidmatan Bas Perak Sejahtera ini telah diperluaskan ke beberapa kawasan dan daerah iaitu Daerah Larut, Matang dan Selama, di daerah Manjung, Kuala Kangsar serta Daerah Batang Padang. Beberapa laluan sosial telah diperkenal dan kenal pasti dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dengan mengambil kira keperluan bagi perkhidmatan ini terutamanya daripada kalangan warga emas, golongan B40, Orang Asli dan pelajar-pelajar sekolah.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

YB Exco, Selinsing. Terima kasih kepada YB Exco, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Dalam saya punya ucapan, sebab dah terlepas dah RTB, RTB tadikan. Dah masuk tajuk yang baru, untuk Bagan Serai. Seperti dalam saya punya ucapan saya ingat YB Exco pun hari tu dah pernah jawab dah pernah datang tengok, kalau kita tak angkat RTB untuk Sungai Kurau tu, maka kita tidak menyelesaikan lah isu banjir kilat dan sebagainya di Pekan Bagan Serai tu sendiri termasuk di taman-taman yang berdekatan lah. Taman Serai Perdana, Taman Serai Emas dan banyak lagi lah. Jadi saya mohon sangat lah pada YB Exco untuk melihat supaya mungkin boleh diangkat satu, dibawa ke RMK-13 lah kot untuk RTB Bagan Serai lah. Terima kasih.

Terima kasih kerana prihatin berkenaan dengan banjir di kawasan Sungai Kurau itu sendiri. Saya berkesempatan lebih kurang sebulan setengah yang lepas sewaktu banjir tersebut, telah bersama dengan Jurutera Daerah daripada JPS, Mohd. Fisham melihat bagaimanakah kita nak memastikan supaya kampung tidak tenggelam lama air. Alhamdulillah, kita telah pasang 2 set pam bergerak untuk mengeluarkan air dari kampung tu ke Sungai Kurau. Jadi kerja-kerja tu telah pun telah dilaksanakan. Kita akan buat terus untuk pastikan Lembangan Sungai Kurau tu, tebatan banjir tu diteruskan kerja-kerja tambahan dan saya minta wakil JPS daripada Kerian sendiri akan mengutamakan kerja tu. Terima kasih banyak kepada Bagan Serai dan jalan daripada Bagan Serai nak pergi Selama tu juga tenggelam ketika itu. Perkhidmatan ini.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB.

YB DATO’ SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Program Bas Perak Sejahtera. Saya sambung .... Merupakan tambahan daripada perkhidmatan bas henti-henti sedia ada oleh pengendali bas di Negeri Perak. Perkhidmatan ini dijangka bagi memastikan penumpang memperoleh perkhidmatan bas sepanjang laluan sosial yang dahulunya kurang mendapat perhatian di samping mengurangkan pertindihan laluan bas agar liputan perkhidmatan tersebut mencapai tahap optimum. Melalui program ini, Kerajaan Negeri akan memberikan subsidi kepada kadar yang bersesuaian kepada pengendali bas yang terpilih dan caj tambang yang dikenakan kepada penumpang adalah pada kadar RM1 bagi setiap perjalanan.

Berhubung akses perkhidmatan bas Perak Sejahtera bagi daerah Perak Tengah pula, sehingga kini perkhidmatan Bas Perak Sejahtera belum diperluaskan ke daerah Perak Tengah kerana tertakluk kepada keperluan setempat dan permohonan dari PBT dan PDT serta kemampuan kewangan Negeri Perak. Alhamdulillah. Kerajaan Negeri telah pun mengumumkan peningkatan peruntukan untuk Program Bas Perak Sejahtera sebanyak RM1.6juta menjadikan ianya sebanyak RM36juta.

Pengumuman ini disambut baik bagi meneroka laluan baru termasuk yang disambut oleh Dun Bota hari itu. Kami akan berbincang dengan APAD, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Perkhidmatan Darat berkaitan perkhidmatan dan juga laluan baru secepat mungkin supaya pada tahun 2025 yang dipohon oleh YB Bota baru-baru ini diharapkan akan ada laluan baru, termasuk juga laluan daripada, bukan sahaja Bota tapi daripada Lambor, daripada Teluk Kepayang. Maklumlah oleh kerana deme nak pergi ke Hospital Baru Seri Iskandar. Jadi laluan itu laluan yang kita rasakan agak penting, perlu dikaji dan saya akan berbincang dengan APAD untuk memberikan kita laluan jalan yang dinyatakan oleh YB Bota tersebut. Paham sangat. Tambahan kepada persoalan Yang Berhormat Bukit Chandan. Ini soalan berkenaan dengan Bas Sejahtera tadi. Berkenaan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera bagi tahun 2024 sehingga Oktober 2024 jumlah penumpang yang telah pun menikmati perkhidmatan Bas Perak Sejahtera bagi setiap daerah adalah seperti berikut. Manjung ada 4 laluan, digunakan oleh 66,849 penumpang. Larut, Matang dan Selama ni ada 2 laluan, dinikmati oleh 37,210 orang. Kuala Kangsar ada 2 laluan, dinikmati oleh 27,514 orang dan Batang Padang 1 laluan sahaja, dinikmati oleh 564 dari Pekan Tapah ke Chenderiang. Sebagai makluman tambahan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera di daerah Batang Padang bermula 1 September 2024 dan sememangnya wujud keperluan untuk penyediaan bagi perkhidmatan Bas Perak Sejahtera ini.

Timbalan Yang di-Pertua, Pentadbiran Pejabat Daerah Tanah Larut, Matang dan Selama mengambil maklum akan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Dun Kamunting. Kamunting ada di sini? Laluan ini berkenaan dengan jambatan Kampung Sungai Ranting adalah merupakan laluan utama oleh ramai orang, menghantar anak ke sekolah dan pergi bekerja ke kawasan perindustrian Kamunting. Laluan ini merupakan laluan alternatif ke Batu Kurau. Hasil tinjauan dan juga aduan yang diterima jambatan ini telah agak uzur. Terdapat hakisan di bawah jambatan dan menggugat struktur asas jambatan. Penghadang jambatan telah pun patah akibat dilanggar oleh kenderaan berat. Yang itu kita akui. Kerja-kerja pembaikan jambatan berkenaan pernah dilaksanakan satu masa dahulu tahun 2023 dengan nilai sebanyak RM40ribu. Namun begitu, penghadang jambatan kembali rosak akibat dilanggar oleh kenderaan berat juga. Bagi tujuan pembaikan penghadang jambatan dan struktur asas jambatan, Pejabat Daerah dan Tanah Larut dan Matang akan mengemukakan permohonan peruntukan baru pada Pejabat Kewangan Negeri pada tahun 2025. Jadi In shaa Allah oleh kerana awal tahun ini, kita masih lagi baru, maka perhatian terutamanya akan diberi di Sungai Ranting untuk membaiki jambatan yang agak uzur, rosak dan membahayakan. Jadi, kita perlu pastikan bahawa Kerajaan akan berikan perhatian kepada pembaikan jambatan di sungai Ranting. Terima kasih YB.

Berkenaan jalan Kampung Batu 5 pula permohonan baru akan dilakukan di bawah Projek MARRIS tahun 2025 dengan nilai sebanyak RM50ribu untuk jalan sepanjang 300 meter. Itu di Kampung Batu 5. Isu kebocoran paip bawah tanah yang dibangkitkan oleh Kamunting, Lembaga Air Perak akan menyiasat dan mengambil tindakan pembaikan sekiranya berlaku kebocoran pada paip di Jalan Ibrahim 1 sehinggalah Jalan Ibrahim 4 tersebut. Jadi, pihak LAP apabila dapat laporan itu, dia buat kajian di antara Ibrahim 1 sampai Ibrahim 4.

Yang Berhormat Pantai Remis mencadangkan pembukaan jalan baru daripada Sungai Batu ke Changkat Cermin. Cadangan ini amat baik sekali dan Kerajaan Negeri melalui agensi yang berkaitan perlu membuat kajian kebolehlaksanaan projek terlebih dahulu daripada segi justifikasi teknikal, impak sosial serta lain-lain keperluan bagi memastikan penduduk sekitar mendapat kesan positif dan impak besar dari pembangunan yang dilaksanakan. In shaa Allah. Perkara ini perlu diperhalusi dari segi laluan yang akan melalui tanah milik ladang dan kesesuaian jalan ini jika digunakan kerana akan melibatkan pengambilan tanah milik, kebanyakannya ladang sawit serta memerlukan kos pembinaan yang tinggi termasuk kos pengambilan tanah. Pejabat Daerah Tanah Matang di Manjung sedia membantu daripada segi pengambilan tanah, cadangan laluan beserta dengan bajet yang akan diluluskan. Terima kasih YB Pantai Remis. Permohonan projek baru.

Dalam kes ini, pembinaan jalan baru perlu diangkat ke dalam Rolling Plan RMKe-13 yang akan datang dan Kementerian Kerja Raya adalah agensi teknikal bagi melaksanakan projek pembinaan jalan baru yang dicadangkan oleh YB Pantai Remis tadi. Yang Berhormat Slim. Pelaksanaan RTB Sungai Trolak Daerah Muallim hanya melibatkan jajaran Sungai Trolak yang bermula di Trolak Selatan hingga ke Trolak Pekan. Hingga ke Trolak Pekan dan juga Sungai Terar/Sungai Rambai. Namun demikian, bagi kawasan Kampung Kelah Baru, JPS Negeri Perak telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri bagi Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam atau pun PISMA. Kampung Kelah Baru, Sungkai. Sungka? Sungkai pun dia. Sungka pun dia. Tak kisah lah. Dia dimasukkan di bawah Rolling Plan 5 RMKe-12. Dengan adanya Pelan Induk Saliran Mesra Alam ini, ianya dapat menjadi rujukan dan panduan terutamanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk merancang pembangunan pada masa hadapan yang lebih sistematik dan mampan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut terutamanya di Pekan Trolak itu sendiri.

Isu besar yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Astaka iaitu perlombongan Bitcoin adalah menjadi amalan lazim pembekal utiliti seperti TNB. Untuk menjalankan pemeriksaan dan pengujian pemasangan meter yang berada di premis pengguna berdaftar bagi memastikan meter merekodkan penggunaan yang tepat berdasarkan bekalan elektrik yang telah pun disalurkan oleh pihak TNB. Tuntutan yang dibuat oleh TNB adalah bagi kerugian hasil yang telah pun dialami oleh TNB akibat pengusikan yang berlaku melibatkan akaun pengguna berdaftar yang terlibat. TNB juga menasihatkan pemilik premis pengguna berdaftar yang menyewakan premis mereka kepada pihak ketiga untuk membuat permohonan penukaran nama. Berdaftar kepada nama penyewa. Yang berlaku isu Bitcoin di Manjung ni, mereka menyewakan premis di atas nama sendiri dan penyewa menggunakan premis itu menggunakan bekalan elektrik.

Di sinilah berlakunya angkara penyalahgunaan menggunakan isu Bitcoin ini. Pihak ketiga tersebut supaya sebarang tuntutan melibatkan akaun di dalam tempoh penyewaan termasuklah melibatkan tunggakan bil elektrik dan tuntutan kerugian hasil, akibat usikan pepasangan meter dibuat oleh TNB terhadap pihak ketiga tersebut selaku pengguna berdaftar. Perjanjian awalnya di antara pengguna asal dengan TNB bila disewakan kepada ketiga, mereka menyalahgunakan untuk tujuan Bitcoin tersebut dan perkara ini banyak berlaku di Manjung dan di tempat tempat lain jugalah. Di kesempatan ini juga, saya merakamkan jutaan terima kasih di atas peningkatan berjumlah RM11.8 juta pada tahun 2025 tahun depan, menjadikan keseluruhan sebanyak RM199.9 juta.

Yang Berhormat, celah sikit boleh?

Astaka. Ya. Yang Berhormat, kaitan dengan isu Bitcoin ni adalah satu beban yang cukup besar kerana mereka sebagai tuan rumah mereka menyewakan rumah ataupun kedai kepada penyewa tanpa pengetahuan bahawa bitcoin mining ini dijalankan, ada kadang kala ataupun sentiasanya sebabnya mereka curi elektrik tidak melalui meter tapi tap pick. Oleh itu, adakah itu munasabah bahawa tuntutan itu ditujukan kepada tuan rumah.

Terima kasih kepada YB Astaka. Dia hanya akan dikenakan bayaran kalaulah mereka mencuri bekalan tu melalui meter tuan asal rumah tersebut. Tapi kalau tuan rumah asal itu menyewa pada penyewa baru dan penyewa itu menggunakan kaedah-kaedah yang mereka boleh lepasi meter yang ada tu tanpa rekod. Maka tu TNB pun tak dapat nak baca tetapi kebanyakan yang berlaku ni dia menggunakan meter yang ada, meter yang ada tu digunakan untuk perkara-perkara melombong Bitcoin. Di sinilah berlaku masalah kerana daftar daripada meter itu menyebabkan tuan punya asal yang ada kontrak dengan TNB terpaksa bertanggungjawab membayar bil yang digunakan oleh penyewa dia. Saya beri nasihat tadi supaya bila sekiranya ada premis-premis yang nak disewakan kepada penyewa, maka hendaklah terdahulunya mengubah nama tu pendaftaran daripada dia yang asal kepada penyewa baru. Jadi bermaknanya kita dapat mengurangkan kes-kes perlombongan Bitcoin ini kerana mereka berasakan mereka bayar bil tu atas nama dia. Banyak kes-kes di Selangor yang mana pihak TNB bila bawa perkara ni ke mahkamah, pihak TNB menang. Ya, kerana apa kerana ada perjanjian di antara TNB dengan tuan punya yang asal, dia akhirnya tuan punya asal ni bertanggung jawab untuk membayar hasil yang di pungut oleh penyewa dia. Tapi tidak pergi ke TNB. Jadi TNB berasakan bahawa ini adalah penyalahgunaan, maka hendaklah dibayar hasil itu oleh tuan punya premis tersebut. Itu dia punya…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, Alor Pongsu. Ya, Terima kasih YB Exco ya. Yang pertamanya saya nak ucap terima kasih banyak lah. Saya masih terharu sampai sekarang, masa banjir 21 hari tu YB Dato' Seri datang sebenarnya hilang lelah dan bila Dato' Seri datang baru datang paip-paip besaq tu datang banjir termenung settle dalam masa satu minggu, terima kasih Dato' Seri dan saya faham sekarang ni, sebelum ni di Casuarina, Eh Menteri Madani datang. Dia kata cara kerja depa datang sekali banyak selesai. Dato' Seri datang ke Alor Pongsu itu hari, jalan selesai JPS selesai, LAP selesai. Jalan dua tahun seventy percent done tak payah tunggu 20 tahun yang lepas lepas saya buat dua tahun je tapi Dato' Seri yang tolong saya tau, JKR Kerian A, JPS respon cukup bagus. TNB pun A juga macam JPS, LAP sebelum ni nak mandi wajib buat ayaq macam ayaq kencing ja. Tapi sekarang dah dapat tau dah lulus berjuta ringgit paip besaq dari Bagan Serai nak pi ni.

Tapi yang penting sekali Dato' Seri saya nak mintak melalui portfolio Dato' Seri iaitu banjir termenung. Pak Aji di Sungai Semambu kata dulu, kini selamanya kami dok dalam banjir termenung. Tapi bila menteri formula Madani datang Casuarina baru ni dia bagi jaminan pengairan daripada Sungai Perak tu akan selesai banyak benda. Jadi saya nak mohon melalui Dato' Seri, kena buat transit dam nak mintak dekat YAB Menteri Besar benda tu RM300 juta. Banyak sangat. Jadi KIGIP ni dia bagi RM2 billion untuk pengairan tu mintak Kerajaan Negeri mintak YB Dato' Seri Exco selitkan transit dam tu. Dia boleh hilang tak payah tutup jalan tak payah pindah, KIGIP pon tak payah berenang dalam ayaq dah. Jadi terima kasih banyak Dato' Seri.

Terima kasih Alor Pongsu. Saya jugak berterima kasih Alor Pongsu kerana bila kita sampai ke tempat banjir tu, Alor Pongsu bersedia dengan scrambler dia. Dia tahu jalan tu penuh ayaq. Dia naik scrambler. Kita ni pakai Camry masuk dalam tu tak boleh u-turn, maka kena reverse lebih kurang 3km. Bayangkan bawak Camry reverse 3km kena tengok belakang depan tak boleh nak buat u-turn tak boleh. Jadi terima kasihlah pada Alor Pongsu yang telah pun menjelmakan diri dia dalam suasana yang cukup-cukup prihatin berkenaan dengan berkenaan dengan penderitaan orang kampung. Ayaq dah jadi hitam dah kerana apa lama sangat dah termenung dah jadi hitam. Dan yang paling mengharukan kata orang kampung tu dia kata YB sungai depan tu Sungai Kurau ni, dia kata ada buaya. Ada buaya. haha.Ya. Maknanya kita nak habaq kat sini. Sungai Kuala Kurau tu walaupun depa berikan masing-masing banjir ni ada ada buaya. Kena berhati hati YB. Terima kasih kepada YB Alor Pongsu yang agak prihatin berkenaan dengan penderitaan rakyat dia yang tenggelam lama sehingga hari ni. Jadi dikesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kerana JKR Perak kita mendapat keseluruhan sebanyak RM199.9 juta kepada JKR Negeri Perak pertambahan sejumlah RM11.8 juta.

Ini bermakna saya bagitau mana-mana rakan tadi bahawa kalau sekiranya ada mana-mana jalan negeri yang dahulunya ada hujah mengatakan duit dah habis dah kering hujung-hujung tahun. Jadi awal-awal tahun ni kalau boleh kita nak utarakan balik permohonan-permohonan yang masih lagi belum diselesaikan. Jalan-jalan yang bermasalah, lampu-lampu ataupun yang gelap itu kita akan beri keutamaan supaya kita dapat gunakan peruntukan yang telah pun diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada JKR negeri ini bersama-sama dengan bersama-sama dengan syarikat konsesi InsyaAllah kita akan usulkan. Saya berharap dengan peningkatan peruntukan ini menjadikan JKR Negeri Perak lebih efisien dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat Negeri Perak keseluruhannya.

Jadi sebelum saya menutup saya cuma nak memperingatkan diri saya di atas apa yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, selaku Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak semasa perasmian Konvension Barisan Nasional Negeri Perak, baru-baru ini, dia menyatakan dia didatangi oleh Ahli Parlimen daripada pembangkang. Dia sebut dalam dalam ucapan tu, saya tak sebut dekat sini untuk menawarkan dia sebagai jawatan Perdana Menteri dan bawa UMNO meninggalkan meninggalkan Pakatan Harapan kerajaan yang ada hari ni dah buat kerajaan baru sama-sama dengan rakan-rakan daripada

Sarawak dan Sabah. Saya cuma nak bertanya dekat sini bahawa kita telah dua setengah tahun telah dibagi oleh Allah menikmati kerajaan yang stabil yang dihormati oleh rakan dan lawan seluruh dunia. Masih lagi kalau ada unsur-unsur elemen yang nak menjatuhkan kerajaan yang ada melalui tingkap ke melalui bocor bumbung ke atau melalui langkah-langkah Sheraton.

Saya nak beritahu itulah sebenarnya pengkhianat. Sebab apa. Sebab Presiden Barisan Nasional mengatakan saya ini berpegang teguh berprinsip. Saya tidak mengkhianati rakan dia. Itu pengakuan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Presiden UMNO dan juga Timbalan dia juga Pengerusi Barisan Nasional. Mana mungkin dia kata dia mengkhianat rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Mengkhianat dalam rakan-rakan di Sabah, Sarawak semata-mata kerana ditawarkan jawatan Perdana Menteri. Maka saya nak mengingatkan diri saya, marilah sama-sama kita jelmakan kerajaan yang ada, kita berikan banyak tumpuan dan juga banyak pengalaman kita menjadikan Perak ini sebagai negeri yang yang boleh kita hidup berharmoni. Tak ada unsur-unsur nak jatuh kerajaan. Langkah-langkah sheraton tidak wujud dah saya dengar dalam perbahasan baru-baru ini ramai di antara rakan-rakan sebelah sana. Kawan-kawan saya juga memuji berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Kenapa. Kenapa yang dia buat tu membaikkan rakyat. Takkanlah bila puji baik tu tiba-tiba ada usaha nak menjatuhkan dia menjatuh kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Maka saya nak ingatkan diri saya kalau ada unsur-unsur tu di sebelah sana, maka lupakanlah rakyat hari ni dah agak getik nengoknye bukan getik memain getik yang dah teruk sangat. Kalau komer masih lagi nak bermain politik macam ni bukan cara dia. Kita hari ni melihat kepada ke depan. Saya pun ada perbezaan masa saya bersama sama dengan dengan Barisan Nasional untuk buat kerajaan Pakatan Harapan Perpaduan.

Tapi kita lupakan segala perbezaan itu demi rakyat negeri Perak. We have we have forgotten all of our past differences. Kita sekarang ni bertunjang kepada nak pamerkan Perak ini adalah negeri yang beri perhatian kepada Kerajaan Pusat dan kita boleh bekerjasama semuanya di antara pembangkang dan kerajaan supaya kita boleh jadikan negeri kita negeri yang hebat. Kerajaan kita kerjanya stabil. So that is my special request daripada Exco INTAP yang kita boleh capai matlamat kita. We have to remember; we have to remember that Perak use to be the richest state in the hall of Peninsular. Dengan izin. Negeri yang paling kaya di keseluruhan Semenanjung Malaysia ketika namanya Perak iaitu adalah tahun 30 tahun lepas. Hari ini kita kembali balik dengan anugerah Allah. Dia berikan kita hasil, hasil maksud yang jauh lebih hebat daripada bijih timah. 30 tahun lepas kita hebat kerana kita ada bijih timah. Bila bijih timah telah longgar, sistem perlombongan dia telahpun tidak teratur. Tinggalkan bijih timah. Jadi kita merudum ketika itu. Hari ini tanpa kita boleh duga hasil NRREE. Ini memberikan banyak manfaat kepada Kerajaan Perak. Jadi kalau hasil ini diurus dengan cara yang baik, maka manfaat dia sampai ke pelosok negeri kita. Tu kepada kami di Exco sekarang ni dari DAP, PKR, Amanah dan juga Barisan Nasional. Kita tidak kira kawasan mana mana kawasan yang perlu diberikan habuan yang baik kita berikan. Bermakna kawasan perlu perhatian kita pergi ke sana. Rasa nak berdoa dekat sini. Mudahan tidak ada elemen elemen.

YB Exco, YB Exco. Terima kasih kepada YB Exco Yang Dihormati, berkebetulan dengan lontaran YB berkenaan dengan pembelaan kita terhadap isu rakyat dan tidak membezakan antara kawasan pembangkang dari kawasan kerajaan. Saya nak bawa alih sikit isu kepada saya menunggu tentang isu berkenaan masalah jalan dan sebagainya. Tapi YB Exco telah dah macam dah di penghujung. Saya ambil kesempatan ni untuk menyatakan satu masalah yang besar di kawasan Dun Manjoi. Laluan utama yang sangat sesak pada waktu puncak. Semenjak kita ada Jalan Klebang Meru yang disebut Klemeru tu. Kalau YB perasan, kita akan sampai ke Simpang 4 Meru perdana. Meru perdana 1, Meru Perdana 2. Daripada Meru Perdana 1 dan 2 itu kita akan terus menghala ke hadapan Laluan Meru Prima. Di situ memang sangat sangat sesak pada waktu puncak. Memang saya dapat banyak aduan dan juga keluhan masyarakat dan terutamanya pada waktu mereka nak nak pergi hantar anak ke sekolah dan pergi kerja dan waktu macam ni la. Ni waktu nak balik. Ni waktu orang nak balik pulang kerja dan bawa balik anak ke sekolah. Laluan bas sekolah kemudian van sekolah dan antara benda yang saya nak sebut di sini jika bagi bagi kita meringankan atau selesaikan masalah ni buat seketika ini, adakah pihak kerajaan setidak tidaknya kita perasan pada bulan Ramadan sebelum ini? Ni nak lagi 2 bulan bulan Ramadan.

Kita ada tugaskan anggota polis trafik pada waktu puncak. Setidak tidaknya jika boleh melancarkan perjalanan laluan tersebut. Ini cadangan Manjoi kepada pihak Kerajaan Negeri. Kalau kita boleh besarkan lagi lorong tersebut atau luaskan jalan tersebut. Paling tidak ada satu alternatif sebab perkara ini menjadi menjadi bualan masyarakat dan saya kira perkara jika kita dapat selesaikan ataupun kita dapat bantu In shaa Allah. Yang Berhormat Exco antara benda yang sangat…sangat di diingati oleh rakyat kita. Jadi mungkin YB Exco boleh lihat perkara ni sebab saya kira di sini pun ramai dalam Dewan ini, bahkan ada di kalangan YB-YB kita yang tinggal di kawasan tersebut. Saya ingat sekali lagi di depan Meru Perdana 1 Meru, Perdana 2 lalu ke depan Laluan Meru Prima tersebut dan itu antara cadangan yang boleh di ambil berat oleh YB Exco yang saya hormati. Terima kasih.

Terima kasih Manjoi.

YB Exco boleh saya, Trong.

Ya, sila

Terima kasih Yang Berhormat. Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Exco tadi. Kita memerlukan kerajaan yang kuat. Kerajaan yang stabil tidak digugat oleh mana mana pihak. Soalan saya ialah sewaktu Yang Berhormat menjadi Menteri Besar Kerajaan Negeri Perak tahun 2008-2009. Yang amat. Yang Berhormat hanya sempat jadi Menteri Besar selama 11 bulan. Lalu kerajaan jatuh jadi kerajaan tak stabil. Siapa yang menjatuhkan Yang Berhormat sewaktu itu? Ya Terima kasih.

Terima kasih Kampong Gajah. Saya tidak berhasrat berbalik balik history sejarah sejarah yang lama tu. Tapi di situlah perbezaannya. Oleh kerana kita hari ini melihat ke depan kita lupakan perbezaan tu ya. We have actually forgotten all our past doctrines and historical differences. We looking forward to make Perak lively and a rich state. Jadi tak payahlah kita nak ungkit ungkit cerita lama tu sudahlah. Tapi kita lihat ke depan hari ni tu apa yang kita nak nak nak buat di negeri Perak, In shaa Allah dan dalam masa 2 tahun setengah tu hubungan diantara Kerajaan Negeri Perak dengan Kerajaan Pusat cukup intim. Di mana di manakah Kampong Gajah melihat bahawa Perdana Menteri Yang Amat Berhormat datang ke Perak ni. Kadang kadang tu 3 kali sebulan. Lebih lebih lagi Manjoi dia akan pergi ke Tambun.

Ini perhatian yang amat tinggi, jadi kita kena pastikan segala segala infra Manjoi yang dinyatakan jalan yang sibuk di Meru tu kita nak pastikan dia beri keutamaan sebagaimana kita buat menyelesaikan masalah yang sibuk di Tambun ketika itu, Alhamdulillah dapat diselesaikan. Jadi kawasan ni adalah kawasan yang mana kita akan bekerjasama di antara infra JKR dan juga konsesi bersama dengan MBI. Kita ada kerjasama tu supaya dapat kita selesaikan masalah yang buntu hari ni kawasan tu lebih lebih lagi kalau musim musim percutian. In shaa Allah awal…awal tahun ni saya akan beri arahan yang berhemah kepada JKR bersama syarikat konsesi dan MBI untuk melihat keseluruhan kawasan tu. Adakah ruang-ruang yang kita boleh kita boleh kembangkan jalan? Adakah perkara perkara AI yang kita boleh masukkan supaya lampu dekat situ dapat di AI kan? Ya banyak lampu-lampu di Perak lampu-lampu yang tengin. Jadi kita dah cerdik kan lampu tu. Jadi supaya masalah-masalah yang dihadapi oleh Manjoi ini dapat kita legakan sedikit. Boleh begitu. In shaa Allah. Itu janji saya. Awal…awal tahun ni oleh kerana peruntukan tu agak baru fresh, jadi kita boleh gunakan kepada Kawasan-kawasan yang dulunya bermasalah kuat. Jadi kita beri keutamaan kepada Manjoi. In shaa Allah. Tempat…tempat PM.

YB Exco. Terima kasih YB Exco. Oleh kerana YB Exco dah penghujung. Saya tengok apa yang saya minta dalam ucapan ada beberapa perkara yang tidak direspon oleh Exco. Satu banjir yang tak selesai di Kampung Expo. Hat yang Kampung Sungai Relong tu ada perubahan dan ribuan terima kasih kepada pihak JPS. Dia ada buat 2 takungan dan baru ni ada selenggara takungan dan membantulah untuk menghindarkan banjir di Kampung Batu 5 dan tapi Kampung Expo pun masih lagi tak selesai. Laluan air daripada jalan kolam 8 tu dia tidak masuk ke takungan Kampung Expo tu dia direct terus ke sungai. Jadi menyebabkan dia bila dia pergi di sungai ranting tu. Saluran untuk keluar kat sungai tu kecik. Pam ada dua pam tu pun tak boleh support air tu keluar. Jadi saya mohon supaya laluan keluar tu sama. Dengan yang datang supaya air cepat. Dia banjir kilat setiap kali akan banjir di situ. Tu satu.

Kemudian yang kedua tadi respon pasal Kampung Batu Lima yang saya maksudkan, ada ada paip besar, LAP di bawah jalan. Kalau boleh ubah paip tu di bahu jalan. Sebab bila rosak tu bila berlaku kebocoran sebab lori masuk jadi menyebabkan jalan tu di korek. Ditampal di korek ditampal itu yang jadi rosak. Ni jalan di Kampung Batu 5. Kalau boleh LAP dia ubahkan paip tu ke tepi bahu jalan. Yang ketiganya YB Exco kalau kita masuk daripada tol Kamunting, dia ada fly over kan sampai ke Kamunting tu laluan belah kiri untuk masuk ke Kamunting Jaya tu setiap pagi dia menjadi sesak. Saya dah dalam mesyuarat di KPPD saya mohon pihak JKR supaya buat satu laluan tanpa menunggu traffic light. Dia boleh terus sebab saya tengok ada ruang lagi. Sebab kalau tunggu sini dia penuh ibu bapa nak hantar anak sekolah ke Kamunting yang nak keluar dia menjadi sesak. Dia punya fly over tu dia ada keluar ke kiri, masuk Jalan Kemunting Jaya tanpa perlu untuk traffic light. Tu saya mohon supaya masukkan di dalam. Had tu memang saya sebut dalam ucapan. Tapi kali ni saya sebut minta respon nanti daripada pihak

Terima kasih Kamunting. Saya akan cuba pastikan yang tiga tadi tu, kita akan bekerjasama dengan MPT sebab ada sebahagiannya juga tanggung jawab MPT, tak semesti semua tu adalah jalan negeri. InsyaAllah kita akan cuba cari laluan supaya dapat kita kembangkan sikit jalan tu untuk melegakan kesesakan di situ. Yang keduanya juga kita akan pastikan,

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco sebab Bercham berdiri.

Saya jawab Kamunting. Sebelum tu Jalan Ibrahim 1 dan Jalan Ibrahim 2 tu, memang dia laluan tu panjang. Dia paip di bawah tu dalam kajian dalam kajian LAP. Adakah ianya berpunca pecah paip di bawah antara jalan Ibrahim 1 dan Jalan Ibrahim 2. Yang pertama tadi berkenaan dengan Kampung Expo. Expo itu sendiri. Saya sendiri mengambil, mengambil satu prihatin kerana ianya risau takut Masjid Expo tenggelam. Jadi sebab kita berikan perhatian, In shaa Allah saya akan arahkan JPS Larut Matang Selama untuk berikan sedikit perhatian kepada Kampung Expo, khususnya Sungai Ranting itu sendiri. Kita akan pastikan ianya dibesarkan supaya tidak ada ruang kalau hujan lebat pun dia akan ke air meluah keluar. Terima kasih Kamunting. Berkenaan dengan Manjoi tadi, sikit lagi. Makna saya akan bekerjasama dengan MBI kerana sebahagian tanah tu sebahagian jalan tu adalah kawasan mereka. Jadi In shaa Allah kita akan cuba cari jalan awal-awal tahun ini untuk kita elakkan supaya laluan di situ agak teruk. Soalan ini sering dibangkitkan oleh penghuni Manjoi ketika kita ada Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia. Mereka bawa kepada pengetahuan saya masalah yang sama. Jadi sudah tentulah ianya memberikan satu suasana yang boleh kita berikan perhatian, In shaa Allah. Terima kasih Manjoi, Ya Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Rapat. Sebentar baru tadi Yang Berhormat ada memetik tentang kesesakan jalan di Jalan Tambun masa bahagian dekat Sunway telah diselesaikan. Sebab tiada lampu isyarat digantikan oleh u-turn telah menyelesaikan banyak masalah mulai daripada Hospital Pantai, Pantai ke Sunway. Jadi adakah perancangan kalau boleh cadangan saya, agar Jalan Kuala Kangsar di mana berdekatan dengan SUK sini ke Chemor sampai ke kawasan Manjoi lah ataupun di bahagian Jalan Tasek di mana pun, bermula daripada Jalan Kuala Kangsar ke Hospital Pantai. Di mana kita gunakan contoh bahagian di Jalan Tambun tu untuk di jadikan macam ni agar boleh menyelesaikan kesesakan lalu lintas untuk dua jalan ni. Yang mana agak kritikal. Sebab kadang-kala ada lampu isyarat dia, dia sekali dia dia punya selang masa dia berbeza. Ada dia, dia cuma lima kenderaan lalu saja dia tukar lampu merah. Jadi waktu puncak akan teruk. Apakah pandangan daripada YB?

Tu yang saya bagitahu tadi masalah sama…

Timbalan Yang di-Pertua

YB Exco hanya 1 minit, tinggal 1 minit sahaja.

Terima kasih. Sebelum kita ubah suai Tambun hari tu, itulah masalah yang dihadapi. Kenapa? Kerana traffic light yang ada kat situ, lampu isyarat tu semuanya tengin-tengin belaka. Jadi hari ni kalau kita buat AI kan lampu tu, In shaa Allah kita akan dapat legakan kesesakan yang dihadapi di sepanjang Jalan Kuala Kangsar sampai ke Kampung Tasik tu. Kita ada tak kurang 4 traffic light kat situ. Jadi kalau kita dapat cerdikkan traffic light ni supaya dia boleh baca jumlah kereta yang nak melalui ke kiri kanan dengan jumlah kereta daripada Selatan-Utara lebih maka dia bagi masa yang lebih kepada kenderaan yang panjang tu. Itu kena menggunakan AI dan lampu isyarat yang cerdik. Lampu isyarat yang cerdik sikit. Kebanyakan lampu isyarat hari ni kalau yang tengin-tengin. Ikut timing, kalau timing dia 40 saat, 40 saatlah. Ada kereta takde kereta 40 saat. Tu namanya tengin. Kita nakkan dia cerdik sikit. Terima kasih banyak YB Bercham. Jadi sangat, saya berterima kasih di atas pandangan nasihat daripada semua. Mana-mana yang tak sempat jawab, saya akan jawab semasa bertulis. Cumanya, saya nak terima kasih pada semua yang telah memberikan kerjasama sepanjang dua tahun setengah tu kita akan ada tiga, hampir tiga tahun lagi maka berilah sokongan supaya kita dapat tadbir urus negeri ni dengan cara terbaik dengan cara terhormat. Mengambil kira semua kawasan-kawasan…

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah.

Sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Sungai Rapat menyokong, menyokong usul bekalan ini supaya Belanjawan 2025 dapat di dapat dilaksanakan. Saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah. Selamat menyambut Tahun baru. Selamat menyambut Tahun Baru dan selamat menyambut Krismas pada hujung tahun ini. Sekian Wabillahi taufiq Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Yang Berhormat, aiyaa dah habis. Ada sedikit berkaitan dengan portfolio Yang Berhormat, boleh saya tambah sikit saja? Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak LAP dan juga SPAN telah bantu untuk selesaikan isu air paip di Bagan Panchor dan tahun ini telah kita pasang paip baru. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco dan sekarang masalah ada lagi yang tentang bahagian paip lama tu saya berharap bagi pihak SPAN dengan LAP boleh kerjasama cepatkan proses untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang ada masalah tu. Supaya dengan paip lama itu boleh selesai juga dan selepas itu dengan jalan yang semakin tenggelam itu boleh dapat diturap semula. Ok kerana selalu air pasang, jalan tu semua banjir. Ini adalah hasrat daripada penduduk kawasan tu. Terima kasih. Ini isu di jiran saya Pengkalan Baharu.

Terima kasih Pantai Remis. Itu usaha kita berikan penghargaan kepada LAP sendiri. Kalau masalah tu berpanjangan sekian lama. Sehingga dibawa ke dalam Dewan Rakyat jugak. Tapi Alhamdulillah buat masa ni dapat diselesaikan hampir 90%. Ada lagi 5, 6% yang YB Pantai Remis beritahu tadi untuk di indahkan, diperelokkan. Termasuk jugak jalan-jalan tu kena di pavement dan turap jalan baru. Sebab bila kita buat, kita buat paip baru dah tentu banyak masalah-masalah yang menyebabkan jalan tu kena diturap semula, itu yang pertama. Yang keduanya masih lagi ada satu ataupun dua, mereka yang menyalahgunakan paip-paip baru ini untuk melaksanakan kerja- kerja yang tak elok tu. So, yang tu, kalau boleh YB Pantai Remis beri nasihat pada mereka, khususnya pengusaha-pengusaha air ini, sebab ada usaha masih lagi nak mencuri air dari LAP. Jadi untuk itu, kita nak pastikan bahawa ini diambil tindakan secepat mungkin. LAP juga akan mengambil tindakan lapor pada polis supaya angkara yang lama dahulu tidak berulang semula. Terima kasih Pantai Remis. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat EXCO. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Lintang untuk menggulung perbahasan. Di persilakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, selamat petang, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah Rabbil Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Ashrafi Ambia wal Mursalin waala Alihi Wasahbihi Ajmain. Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fissamai wahuwas sami'ul 'alim. Wallah Wa Ta'ala. (bacaan ayat Al-quran) yang membawa maksud : Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, Muhammad dan Ulil Amri, pemegang kekuasaan dan di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah, Al-Quran dan Rasul, sunnahnya. Jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya. An-Nisa ayat 59.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, yang dikasihi Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Saya memulakan sesi penggulungan saya dengan membaca sebaik-baik ayat Al-Quran dalam mengingatkan kepada kita semua seisi Dewan. Islam mengajar mentaati pemerintah pada setiap perkara yang makruf. Ini kerana arahan pemerintah selagi mana ia menyeru kepada kebaikan dan kemaslahatan rakyat secara umum hendaklah didengar dan ditaati. Oleh itu memberikan taat setia kepada pemerintah dalam setiap perkara makruf, merupakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai seorang rakyat. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA yang bermaksud “Wajib bagi setiap Muslim patuh dan taat kepada pemimpin pada apa yang dia suka dan dia benci selagi mana dia tidak diperintahkan melakukan maksiat. Justeru, apabila dia diperintahkan melaku maksiat, maka tiada lagi kewajipan untuk patuh dan taat”. Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Setiap pemimpin adalah manusia biasa yang tidak maksum dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan sewajarnya ditegur atau atas kesalahan tersebut. Walaupun demikian, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah memberi teguran mahupun nasihat dengan pendekatan yang penuh hikmah, bil hikmah dan berhemah dengan tidak mencaci cela serta membuat tohmahan yang tidak berasas sesuai dengan peringkat dan darjat seseorang individu tersebut agar tujuan nasihat dan teguran tersebut tidak menyinggung hati dan perasaan seseorang dan ini menepati firman Allah SWT (BACAAN AYAT AL-QURAN) Surah An-Nahl ayat 125 ertinya “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran atau pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa tersesat dari jalannya dan dialah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk”.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan penuh takzim, saya merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 1 November 2024 yang lalu. Patik dengan penuh rasa syukur dan taat setia merafak sembah dan mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Raja Permaisuri dan seluruh kaum kerabat diRaja sentiasa dikurniakan Allah SWT dengan keafiatan, kerahmatan, keberkatan yang melimpah ruah serta kemuliaan yang berkekalan. Semoga Duli Yang Mulia Tuanku terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan dengan kebijaksanaan demi kemakmuran, kesejahteraan negeri dan rakyat jelata. Dirgahayu Tuanku. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati pemerintahan Duli Tuanku.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, susulan situasi banjir yang sedang melanda beberapa negeri ketika ini termasuk Negeri Perak, marilah kita seisi dewan mengambil iktibar serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat negara juga seluruh mangsa yang terjejas. Limpahkanlah kepada mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Penghargaan juga dizahirkan kepada petugas barisan hadapan terutama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan seluruh agensi yang bertungkus-lumus dalam membantu mangsa banjir. Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Yang Berhormat Dato’ Pegawai Undang-Undang di mana Perak berjaya dinobatkan sebagai Pavilion Laman Idol MAHA 2024 dalam penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2024) pada September 2, 2024 yang lalu dan mengekalkan kejuaraan kali keenam berturut-turut sepanjang penganjurannya.

Sekalung penghargaan juga kepada UPEN, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (FAMA) dan lain-lain jabatan serta agensi yang berperanan besar dalam menjayakan acara dwi tahunan ini. Keberhasilan penganjuran MAHA 2024 tidak dapat dipisahkan daripada usaha, komitmen dan dedikasi yang tidak mengenal penat lelah daripada pihak petugas. Pelbagai cabaran dalam mempromosikan sektor pertanian dan industri makanan telah dapat diatasi dengan baik sekaligus memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk lebih memahami kepentingan sektor pertanian, keusahawanan dan pelancongan dalam menjamin kestabilan ekonomi negara khususnya di Negeri Perak. Sekali lagi, tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan semoga penganjuran MAHA terus menjadi sumber inspirasi dalam mencapai matlamat Malaysia sebagai negara yang mampu menyediakan makanan yang berkualiti, selamat dan mencukupi untuk rakyat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak atas pembentangan Belanjawan Negeri

Perak Tahun 2025 yang bertemakan Perak Makmur Rakyat Sejahtera pada 29 November Jumaat, 2024 yang lalu. Belanjawan ini merupakan manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta mencapai inklusif yang dihasratkan. Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan dedikasi Kerajaan Negeri tetapi juga memberikan inspirasi kepada kita semua untuk terus berusaha ke arah kemakmuran bersama. Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera pentadbiran kerajaan negeri yang telah memberikan komitmen dan bertungkus-lumus siang dan malam dalam memastikan kutipan hasil dan terimaan pembangunan mencecah RM1.199 bilion sehingga November 2024. Syabas. Tahniah seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri. Dalam ucapan pembentangan Belanjawan, Yang Amat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, senario ekonomi negari turut disentuh khususnya sektor pertanian yang menghadapi penyusutan negatif sebanyak 2.6% pada tahun 2022. Walau bagaimanapun, sektor ini mula menunjukkan pemulihan dengan pertumbuhan 1.9% pada tahun 2023. Prestasi positif ini didorong oleh sub sektor tanaman dan sub sektor perikanan yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan pemulihan ekonomi negeri.

Dengan jumlah keseluruhan RM1.52 bilion, Belanjawan 2025 Negeri Perak merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah Negeri Perak ini. Belanjawan ini merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM538 juta. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan yang menyeluruh dan berdaya saing. Selain itu, sebanyak RM28.485 juta telah diperuntukkan bagi jabatan dan agensi di bawah tanggungjawab saya termasuklah pelbagai program dan aktiviti yang dirancang. Justeru itu, saya bersama jabatan dan agensi yang terlibat akan terus komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi menyokong pencapaian aspirasi Belanjawan 2025 Perak Makmur Rakyat Sejahtera. Melalui perancangan dan pelaksanaan yang teliti, kita berharap kejayaan ini dapat dicapai demi masa depan yang lebih baik bagi semua.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat di atas keprihatinan dan kematangan yang ditonjolkan semasa perbahasan dengan membangkitkan isu-isu yang berkaitan memperkasakan industri makanan dalam industri perladangan, pertanian dan perikanan di kawasan masing-masing. Seramai 20 Ahli Yang Berhormat dan 23 isu telah dibangkitkan bagi portfolio saya dan seluruh agensi yang berkaitan mengambil maklum segala pandangan, saranan, teguran yang cukup membina demi penambahbaikan yang berterusan.

Timbalan Yang di-Pertua, sesi permulaan saya hari ini akan terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu yang berkaitan dengan isu keterjaminan makanan, pertanian, pembangunan luar bandar dan pembangunan Orang Asli serta isu-isu lain yang berkaitan dengan portfolio saya. Isu keterjaminan makanan. Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunong Semanggol menyentuh isu kadar sara diri SSR, keperluan pengeluaran beras tempatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan makanan rakyat Negeri Perak. Antara fokus dan tumpuan kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak terhadap tanaman padi ialah meningkatkan purata pengeluaran hasil padi daripada 3.7 tan per hektar pada tahun 2023 kepada 4.5 tan per hektar yang disasarkan menjelang tahun 2025. Matlamat ini adalah untuk memastikan kadar sara diri SSR bagi tanaman padi mencapai 100% sekaligus memenuhi keperluan rakyat Negeri Perak. Pengurangan kebergantungan kepada beras import adalah perkara yang melibatkan dasar di peringkat persekutuan dan juga kementerian. Bagi mengukuhkan pengeluaran beras tempatan pada tahun 2024 sebanyak RM1.9 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan tanaman padi di luar jelapang kepada 222 orang pesawah berdaftar di Negeri Perak dengan keluasan 1112 hektar atau pun 2780 ekar. Dalam program ini pesawah akan diberikan insentif berupa input pertanian seperti baja, racun dan infrastruktur ladang termasuk perataan pengapuran serta menaik taraf parit ladang mengikut keperluan di lapangan.

Program ini dapat membantu pesawah mengimbangi aliran tunai mereka dan seterusnya meringankan beban kos input pertanian yang diperlukan dalam aktiviti pertanian. Bagi perancangan jangka masa panjang beberapa inisiatif telah diambil di bawah Rancangan Fizikal Negara Keempat RFN4 iaitu pengezonan kawasan pertanian terutamanya kawasan penanaman padi. Cadangan Jabatan Pertanian Negeri Perak untuk mengezonkan dan mewartakan secara rancangan tempatan. Kawasan penanaman padi telah diterima dan diluluskan pada tahun 2021. Langkah ini diambil untuk memelihara dan mengekalkan kawasan bagi menjamin dasar sekuriti makanan negeri dan negara. Kawasan penanam padi dalam dan luar jelapang Negeri Perak telah dizonkan secara rancangan tempatan bagi memastikan kawasan tersebut tidak diganggu oleh aktiviti lain selain daripada aktiviti penanaman padi. Tambah lagi melalui Lembaga Pertubuhan Peladang LPP turut mengadakan program jualan Agro Madani secara bersasar bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP serta jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Asas yang dijual tahun ini sebanyak 23 kali pengairan jalan Agro Madani dilaksanakan. Ini tidak termasuk melalui kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya, penjualan secara kedai bergerak dan juga jualan rahmah yang kita telah dapat laksanakan. Program ini bertujuan untuk memudahkan akses masyarakat kepada barangan asas dengan harga yang berpatutan sekali gus membantu meringankan beban kos sara hidup mereka.

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kamunting pula menyentuh menekankan apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri menghadapi kemarau 2025, mengatasi krisis sekuriti makanan terutama isu kekurangan beras tempatan. Kerajaan Negeri melalui IADA Seberang Perak terlibat dalam kajian penentu usahaan setempat atau pun local verification trial LVT bagi pembangunan tanaman padi yang bersedia menghadapi perubahan iklim untuk jaminan makanan di Malaysia Development of Climate Ready Rice for Sustaining Rice Food Security. Kajian ini memberikan tumpuan kepada pembangunan variety padi yang rintang kemarau dan berkualiti tinggi bagi menangani isu perubahan iklim. Di samping itu pihak IADA Kerian juga telah menyediakan sebanyak 37 unit pam pelbagai saiz digerakkan ke lokasi-lokasi terjejas dan telah mempertingkatkan penggunaan sumber air bawah tanah dengan melaksanakan 4 projek sedia ada untuk mendapatkan sumber air daripada punca air bumi. Pada tahun 2023 dua pembinaan tiub air telah dibuat di Parit Ban Abu Hassan dan Alor Setanggok. Manakala pada tahun ini projek serupa dilaksanakan di Teluk Peribu dan Tebuk Haji Dolah. Kos pembinaan infrastruktur tiub air bagi keempat-empat lokasi ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta. Tambahan pula kerjasama bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM akan melaksanakan operasi pembenihan awan bagi mengatasi masalah kekeringan empangan pada musim kemarau.

Selain pada itu Bahagian Pengairan dan Saliran Putrajaya serta Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah melaksanakan projek menaik taraf Rumah Pam Padang Lalang dan Terusan Utama Rancangan Pengairan Kerian daripada sumber alternatif Sungai Kurau. Langkah ini diambil untuk meningkatkan sumber pengairan sawah di Kompartmen D, A dan F Bagan Serai. Yang Berhormat Rungkup mencadangkan agar untuk mengenal pasti kawasan yang bersesuaian di Dun Rungkup untuk penanaman bawang bagi mengurangkan kebergantungan pada import luar. Untuk penanaman bawang yang berkesan tanah yang mempunyai saliran baik tidak bertakung air namun masih menyimpan kelembapan dan nutrien adalah yang terbaik. Tanah mineral, gambut dan berpasir adalah ideal jika mempunyai saliran yang baik. Bagi tanah berpasir jumlah mikro berfaedah perlu ditingkatkan dengan menggunakan baja organik membolehkan akar menyerap nutrien dengan lebih baik. Sehingga ini Pejabat Pertanian Daerah Bagan Datuk masih belum menerima sebarang permohonan daripada peserta yang berminat. Jabatan Pertanian amat mengalu-alukan sebarang permohonan serta maklumat berkaitan kawasan yang sesuai untuk penanaman bawang di kawasan Rungkup dan di daerah-daerah yang lain. Terima nasihat teknikal daripada Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Jabatan Pertanian akan menjalankan siasatan tanah terlebih dahulu bagi mempastikan kesesuaian tanah untuk penanaman bawang di lokasi yang dipohon.

Yang Berhormat Hutan Melintang dan Yang Berhormat Malim Nawar mencadangkan supaya mewujudkan pusat pengumpulan hasil pertanian dan perikanan yang lebih cekap dan sistematik serta mewujudkan program latihan usahawan agro golongan muda dan insentif petani dan nelayan untuk meningkatkan pendapatan yang mampan. Untuk makluman Yang Berhormat pusat pengumpulan hasil ladang PPHL adalah tempat yang sangat sesuai untuk pemasaran hasil pertanian. Terdapat beberapa PPHL sedia ada telah dibina oleh pelbagai agensi di kawasan ini. Penambahan bilangan PPHL bergantung kepada keaktifan petani tempatan memanfaatkan kemudahan sedia ada dan bantuan untuk menaik taraf pusat adalah sangat disyorkan. Setiap tahun Jabatan Pertanian Negeri Perak akan menganjurkan program untuk golongan muda melalui program seperti kursus yang dianjurkan di Pusat Latihan Pertanian, Program Hands on Pertanian Bandar di komuniti terpilih dan program Kursus Upskilling Agropreneur Muda.

Antara tajuk-tajuk kursus yang dijalankan ialah seperti Kursus Sistem Fertigasi, Kursus Teknologi Hasilan Herba dan loji pelbagai hasilan rempah, sistem hidroponik sayuran berdaun, kursus Pembuatan Baja Organik, Kursus Mekanisasi Pemanduan Traktor dan lain-lain lagi. Kursus-kursus yang dijalankan adalah mengikut kepada keperluan semasa dan membantu mereka dalam menambahkan sumber pendapatan sedia ada. Mereka dalam membantu mereka dalam menambahkan sumber pendapatan sedia ada. Di samping itu pemberian insentif baja organik diberi secara pakej bersama infra ladang kepada petani yang memohon. Pada tahun 2024 jumlah peruntukan yang disalurkan di kawasan Hutan Melintang adalah sebanyak dalam peruntukan tersebut, 2.3 hektar keluasan tanaman seperti kelapa, sayuran dan herba menerima insentif serta tiga (3) orang usahawan tani telah menerima manfaat. Pada tahun 2024, seramai 6,847 orang penerima manfaat daripada program kursus yang pihak Jabatan Pertanian telah laksanakan. Permohonan untuk mengikuti kursus ini adalah secara atas talian atau pun terus ke pejabat pertanian yang terdekat.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu pertanian. Yang Berhormat Manong mencadangkan agar mewujudkan kerjasama antara jabatan dan agensi dalam memajukan industri pertanian organik dan akuaponik di Negeri Perak. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian sentiasa menyokong dan memperkenalkan pelbagai kaedah penanaman sama ada secara organik atau konvensional bagi memastikan peningkatan pengeluaran demi menjamin sekuriti makanan rakyat negeri ini. Untuk memperluaskan kaedah pertanian organik, promosi perlu dijalankan secara giat bagi memupuk kesedaran dan membuka minda usahawan tani serta pengguna tentang manfaat dan kelebihan produk organik. Sehingga kini terdapat 40 ladang organik dengan keluasan 160.26 hektar yang telah direkodkan menjalankan projek tanaman makanan dan berdaftar dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak.

Sejak tahun 2011, seramai 22 usahawan tani di Negeri Perak telah memperoleh pensijilan My Organik. Jabatan Pertanian sentiasa komited dalam membantu para usahawan tani dengan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan hasil pengeluaran demi menjamin sekuriti makanan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Sejak tahun 2019, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) telah mengambil inisiatif yang proaktif dalam memajukan industri pertanian hidroponik melalui program Urban Farming Komuniti. Program ini direka untuk menggalakkan pertanian di kalangan masyarakat khususnya di kalangan komuniti yang menghadapi kekurangan sumber tanah. Objektif utama program ini termasuk menggalakkan penanaman sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri, menjana ekonomi, mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam bidang pertanian. Sehingga Oktober 2024, sebanyak 189 komuniti termasuk sekolah, surau, masjid, komuniti taman perumahan dan persatuan telah menerima manfaat melalui sumbangan sistem teknik filem nutrien empty hidroponik, teknik filem nutrien empty aquaponic dan fertigasi dengan jumlah kos sebanyak RM3,000,000.00. Sumbangan ini telah memberikan impak yang signifikan dalam meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan komuniti yang terlibat. Dato' Yang Di-Pertua, minta izin minum.

YB Exco. Sementara minum air tu. Terima kasih YB Exco. Saya bangkitkan berkenaan dengan kemarau dijangka tahun 2025. Jadi, satu tadi dah sebut pasal planmutif dan pembenihan awan. Tapi ada satu yang saya lihat di Selangor iaitu takungan air pinggiran sungai. Maknanya jelas dia takung air sebelum ke laut untuk bantu. Di situ ada proses rawatan dan dia bantu untuk kemarau dan sebagainya. Adakah di Perak ni ada projek takungan air di pinggiran sungai? Satu. Kemudian ada tak berfikir seperti mana sebab saya tengok jangkaan dia sepuluh tahun kalau kemarau tu berlaku. Ada tak berfikir seperti mana negara-negara maju, dia menyahgaram air. Jadi itu juga satu perkara kalau benda tu menjadi satu alternatif boleh difikirkan walau pun kosnya tinggi lah. Sekian terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco. Tambah sikit lah ya. Pertamanya terima kasihlah untuk IADA Kerian bawah potfolio YB Exco ya. Di Sungai Bogak, 30 petani tu dah ambil keputusan tak mau buat bendang dah. Nak serak tak boleh. Ayaq paras pinggang. Tapi pegawai-pegawai YB Exco IADA Kerian ni pun A plus ni. Dia datang bawak pam kemudian JPS tiba-tiba ada duit nak beli starter untuk pam kekal tu. So, settled. Tapi YB Exco dengan saya ada hutang dengan orang Parit Haji Napis yang lepas kita janji nak pi tengok di tepi loji Batu 5 LAP tu, tanah tu semua dah tak boleh tanam padi dah. Ada masalah di loji tu. Tapi kita nak pi tengok kita janji, nanti kita kena tunai na. YB na. Terima kasih.

Terima kasih pada rakan-rakan Yang Berhormat dan perkara apa yang berkaitan yang dibangkitkan tadi menjadi perhatian kepada kerajaan dan khusus dari pihak Kementerian KPKM sendiri dan In shaa Allah saya akan menunaikan janji saya akan pergi ziarah ke Alor Pongsu ya, In shaa Allah jika ada ruang dan diizinkan…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Parit Haji Napis, Parit Haji Napis Alor Pongsu.

Satu lagi YB Exco. Sebentar tadi YB Exco ada sebut tentang projek hidroponik komuniti, 189 komuniti terlibat dengan belanja yang cukup besar RM3 juta dan bila saya tinjau di tempat saya ialah kawasan Manong, kawasan lain saya tidak pasti. Kebanyakan komuniti yang mendapat sumbangan hidroponik itu hanya tinggal peralatan sahaja tanpa diusahakan kembali masjid, surau dan sebagainya dan beberapa komuniti, peralatan yang diterima tu tinggal. Ia tidak disambung semula. Hanya harvest dalam satu, dua pusingan sahaja. Selepas tu, alat tu ditinggalkan begitu saja dan saya kira satu kerugian besarlah kepada wang kerajaan. So, apakah tindakan untuk supaya mereka boleh mula kembali hidroponik tu? Mintak pandangan Exco.

Terima kasih YB Manong, dan apa yang dibangkit oleh Manong menjadi perhatian kepada saya yang telah pergikan kepada komuniti, masyarakat dan sebagainya, kita berhasrat supaya apa yang diberikan oleh kerajaan ini bukan sahaja dalam jangka pendek tetapi usaha ini mestilah dilaksanakan berpanjangan dan berterusan. In shaa Allah, perkara ini saya mengambil perhatian yang serius di masa yang akan datang In shaa Allah. Terima kasih YB. Aquaponik adalah satu sistem pengeluaran makanan yang menggabungkan aquaculture, penternakan ikan, udang dan siput dengan hidroponik, penanaman tumbuh-tumbuhan di dalam air. Dalam sistem ini air yang kaya dengan nutrien dari aquaculture digunakan untuk membaca tanaman secara hidroponik, menjadikannya satu pendekatan yang holistik dan mampan. Standard Persijilan bagi aquaculture organik telah dibangunkan sejak tahun 2013. Good Organic Aquaculture yang menggariskan panduan khusus untuk Pensijilan Aquaculture Organik.

Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua, Yang Berhormat Pantai Remis juga mencadangkan agar insentif kewangan untuk pengusaha pertanian dalam memacu transformasi teknologi dan peningkatan hasil. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak telah mengambil beberapa inisiatif pembangunan yang berpotensi menarik lebih ramai usahawan tani di dalam bidang teknologi pertanian moden. Antara inisiatif yang ditawarkan ialah geran padanan bagi pembangunan pertanian vertikal dan persekitaran terkawal. Geran yang ditawarkan adalah nisbah 50:50 bagi perolehan mekanisasi, automasi atau teknologi pintar seperti dengan had maksimum RM50 ribu bagi setiap peserta. Untuk pertanian vertikal persekitaran terkawal yang melibatkan tanaman bernilai tinggi, geran padanan dengan nisbah 40:60 dan had maksimum RM200 ribu ditawarkan kepada syarikat yang layak dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam usaha untuk menyokong usahawan tani di Negeri Perak termasuk petani, penternak, peladang, nelayan serta usahawan industri makanan, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) telah memperkenalkan Program Pembangunan Usahawan Perak SADC.

Program ini merupakan inisiatif penting yang bertujuan untuk memupuk pertumbuhan dan perkembangan perniagaan pertanian di negeri ini. Salah satu komponen utama program ini adalah skim pinjaman usahawan tanpa faedah. Skim ini menyediakan pembiayaan bagi aset modal perniagaan, membolehkan usahawan mengembangkan dan memperbaiki operasi mereka tanpa bebanan bayaran faedah. Untuk tahun Perak SADC telah memperuntukkan dana khusus untuk skim pinjaman tanpa faedah ini menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong sektor pertanian tempatan. Di bawah skim ini, usahawan boleh meminjam sehingga RM100 ribu dengan tempoh pinjaman maksimum 5 tahun bergantung kepada jumlah pinjaman dan jenis usaha untuk melayakkan diri mendapatkan pinjaman pemohon mesti memenuhi beberapa kriteria termasuk menjalankan perniagaan di Negeri Perak. Telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan dalam bidang yang dipohon serta menjalankan perniagaan di tanah atau premis yang sah dengan dokumen pemilikan sewaan ataupun pajakan. Dengan menawarkan skim pinjaman tanpa faedah ini, Perak SADC berhasrat untuk mengurangkan cabaran kewangan yang dihadapi oleh usahawan tani sekaligus membolehkan mereka melabur dalam aset modal yang penting. Ini dijangkakan dapat memacu pertumbuhan dan kelestarian perniagaan pertanian di Negeri Perak yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

Tambah lagi, FAMA menumpukan bantuan secara in-kind kepada pengusaha pertanian. Antara bentuk bantuan ditawarkan termasuk penyediaan infrastruktur sokongan seperti pembinaan rumah, pembungkusan, stor simpanan sejuk dan pusat pengumpulan hasil pertanian. Pemadanan teknologi ini juga dilakukan oleh FAMA untuk memperkenalkan dan menyesuaikan teknologi pertanian moden dengan keperluan pengusaha kecil dan sederhana. Kerajaan Negeri percaya bahawa insentif dan sokongan ini dapat membantu meningkatkan produktiviti dan daya saing para pengusaha pertanian di Negeri Perak. Kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama bagi mempastikan impak yang berkesan kepada golongan sasar. Bencana banjir yang berlaku pada masa kini di kawasan Kampong Gajah bukan hanya melibatkan rumah kediaman sahaja tetapi juga menjejaskan kebun-kebun yang merupakan punca utama pencarian penduduk. Oleh itu, Yang Berhormat Kampong Gajah mencadangkan agar dipertimbangkan urusan bantuan bencana bagi pekebun yang terkesan.

Untuk makluman Yang Berhormat di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM, sejumlah peruntukan telah disediakan iaitu di bawah Tabung Bencana Tanaman Padi (KTBT) dan Tabung Bencana Tanaman (KBP) bagi menjaga kebajikan petani yang terkesan akibat bencana alam seperti banjir ataupun ribut yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan infra ladang dan tanaman. Melalui Jawatankuasa Tabung Bencana Tanaman Padi (KBTP) dan Tabung Bencana Tanaman (KBP) bagi tanaman selain padi, Jabatan Pertanian Perak telah menjalankan siasatan dan mengangkat permohonan serta menyalurkan bantuan kepada pertanian terkesan akibat kejadian bencana ini. Pada tahun 2023, sebanyak 13 orang petani dengan keluasan terlibat dengan bencana sebanyak 26.90 hektar telah menerima bantuan berjumlah RM46,482. Sehingga akhir Oktober 2024, seramai 758 orang petani yang memohon bantuan dengan keluasan sebanyak 347.79 hektar yang terjejas akibat bencana. Nilai permohonan adalah sebanyak RM1.182 juta dan nilai bantuan sebanyak RM164,767.96 telah disalurkan kepada petani dan selebihnya dalam proses permohonan ke peringkat Kementerian. Walau walaubagaimanapun, bantuan yang diluluskan yang dapat disalurkan bergantung kepada peruntukan yang ada di bawah kawalan Kementerian KPKM.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Changkat Jering dan Yang Berhormat Pengkalan Hulu turut menekankan kepentingan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempromosikan durian kampung serta memperluaskan eksport ke negara-negara luar. Untuk menambah nilai durian kampung Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian telah menetapkan satu standard kualiti buah yang boleh dipromosikan di pasaran luar melalui kempen durian Kampung Premium ataupun DKP. Kempen ini memperkenalkan durian kampung melalui ciri-ciri yang ditetapkan dalam DKP seperti buah bertangkai segar, bebas kotoran dan tidak busuk, berbentuk sempurna, isi krim kuning dan jingga serta ketebalan isi melebihi 10 mm. Manakala isinya juga manis, berlemak dan sedikit pahit serta berat buah melebihi satu kilogram. Selain itu, kerajaan melalui Jabatan Pertanian dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Perak SADC telah mengambil langkah-langkah tambahan dalam mempromosikan durian variasi kampung dan variasi lain dengan membuat promosi pada setiap program anjuran Jabatan seperti Hari Ladang, Pesta Durian Agrofest dan juga di MAHA.

Program pengeksportan durian segar ke Negara China baru sahaja bermula dan telah mendapat sambutan yang luar biasa. Oleh itu, pemantapan program ini perlu dibuat terlebih dahulu dan pada masa yang sama promosi eksport ke negara lain juga perlu diusahakan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. Pelbagai jenis durian termasuk durian Kampung Premium berpotensi untuk dieksport. Namun, keperluan…

Yang di-Pertua

YB Exco Simpang Pulai mencelah.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Simpang Pulai sebelum ini bahawa isu bahas supaya Limau Tambun di bawah sebagai hasil unik hasil pertanian ikon kepada Perak. Adakah akan bawah dalam sebab kita bincang durian tapi limau Tambun adalah sebenarnya wakil buah-buahan yang untuk Ipoh. So, ini memang mendapat menarik lagi pelancong datang ke sini untuk mengunjung dan sebab sebelum ini I nampak Exco pelancongan yang jawab soalan saya dan saya harap Exco YB Lintang boleh mohon.

Satu cadangan yang baik YB. Terima kasih dan In shaa Allah kita berikan perhatian dan dimasukkan dalam program dalam memasarkan Limau Tambun bukan sahaja di peringkat negeri tetapi di peringkat ke peringkat luar negara. Pelbagai jenis durian termasuk Durian Kampung Premium berpotensi untuk dieksport, namun keperluan sanitari pengeksportan seperti ladang yang mempunyai sijil MyGAP perlu dipatuhi untuk memastikan durian kampung boleh dieksport secara segar ke China. Selain itu, strategi promosi akan merangkumi beberapa inisiatif seperti penganjuran festival durian di pelbagai lokasi untuk menarik pelancong domestik dan juga antarabangsa. Melalui pendekatan yang komprehensif ini Kerajaan yakin dapat meningkatkan pendapatan petani memajukan ekonomi luar bandar dan mempromosikan Negeri Perak sebagai destinasi pelancongan makanan yang unik.

Berkaitan dengan isu jelapang padi, Yang berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Manik menasihatkan atau memberi cadangan agar keperluan kajian dalam masalah ketidak seimbangan pengairan kawasan-kawasan jelapang padi. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengambil tindakan jangka pendek dengan menambahkan bilangan pam air bagi mengepam air dari sumber air berdekatan masuk ke sawah. Ketika musim kering Jabatan Pengairan dan Saliran juga memanfaatkan sumber air lain selain daripada Sungai Batang Padang termasuk penggunaan semula air yang telah digunakan dari lot sawah dengan menggunakan pam. Jabatan Pengairan dan Saliran juga merancang untuk menjalankan kajian lanjut bagi menyelesaikan masalah pengairan di jelapang padi. Ganjaran dicadangkan ini akan menilai keadaan infrastruktur seperti tali air, pintu kawalan, kawasan muka sauk ataupun Intake dan aspek-aspek lain yang berkaitan untuk memastikan keupayaan bekalan air mencukupi untuk tanaman padi.

Hasil kajian ini akan digunakan untuk memohon pelaksanaan langkah-langkah yang dapat meningkatkan keupayaan bekalan air dan hasil tanaman padi. Tambahan lagi, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM di bawah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian PPSP telah melantik perunding untuk melaksanakan kajian Pengurusan Sumber Air Pertanian di Skim Pengairan dan Saliran Air dan Kerian, Perak pada awal tahun 2024 serta terkini pihak perunding telah mengeluarkan Laporan Intersection Report No One. Pelaksanaan kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menilai keberkesanan pengurusan sumber air pertanian di kawasan tersebut serta mencari penyelesaian terbaik untuk meningkatkan kecekapan pengairan bagi tanaman padi.

Isu kacau ganggu lalat dan Enakmen Perladangan Unggas. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Astaka dan Yang Berhomat Pengkalan Baharu mencadangkan penubuhan unit penguatkuasaan dan penambahan pemantauan khas untuk menangani masalah lalat dari ladang-ladang ayam. Langkah ini bertujuan untuk memahami keadaan sebenar dan mengambil tindakan yang lebih tepat dan berkesan. Kerajaan Negeri Perak memandang serius isu gangguan lalat yang sering dihadapi oleh penduduk-penduduk terutamanya di kawasan Manjung dan kawasan-kawasan yang lain. Jabatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri telah menetapkan penguat penguatkuasaan sistem reban tertutup sepenuhnya menjelang Januari 2027 bagi semua ladang ayam di negeri Perak. Selain pada itu, Kerajaan Negeri juga telah meminda Enakmen Perladangan Unggas (EPU) dengan mengenakan denda atau kompaun yang lebih tinggi kepada ladang-ladang unggas berlesen yang melanggar peraturan Enakmen bermula 01 Julai 2024. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pemilik ladang mengambil serius isu kebersihan dan tidak mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menguruskan sisa ladang dengan betul. Melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus memastikan bahawa semua ladang ayam sama ada yang sedia ada atau yang baru mematuhi standard amalan perladangan yang baik. Pemantuan berkala dan penguatkuasaan yang tegas akan dilakukan untuk memastikan kebersihan kawalan pencemaran dan pengurangan kacau ganggu lalat dijaga dengan rapi.

Setakat ini, Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan untuk menubuhkan unit khusus bagi penguatkuasaan dan pemantuan yang turut yang turun ke ladang-ladang ayam untuk mengetahui keadaan sebenar masalah lalat yang terlalu banyak yang berpunca daripada ladang-ladang ayam. Walau bagaimanapun, tugas berkaitan pelesenan, pemantauan dan penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas masih dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk kawal selia ladang unggas di seluruh negeri. Bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Penambahan kakitangan untuk mengisi kekosongan pegawai yang sedia ada amat diperlukan oleh pihak jabatan.

Selain itu, Yang Berhormat Astaka juga mencadangkan supaya permit kelulusan (PMT) untuk pembukaan ladang-ladang ayam perlu dikaji semula. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, (PBT) telah meneliti prosedur sedia ada bagi mendapatkan pendekatan mesra industri khususnya dalam menguruskan syarat dan proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) bagi tujuan pembangunan sistem reban ayam tertutup. Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah terpilih untuk uji kaji memproses permohonan KM ladang ayam dari terbuka kepada tertutup. Melalui inisiatif uji kaji permohonan kebenaran merancang ladang ternakan ayam moden. Tangkas oleh Perbadanan Produk Produktiviti Malaysia atau pun (MPC).

Melalui inisiatif uji kaji permohonan kebenaran merancang ladang ternakan ayam moden tangkas Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mula menerima permohonan ladang ayam secara terbuka dan proses kelulusan hingga sijil C1 untuk kebenaran merancang (KM) dikeluarkan mengambil masa 21 ke 22 hari. Bagi pelan bangunan, tempoh masa hanya 30 hari berbanding piagam 41 hari yang ditetapkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia MPC. Semua ladang semua ladang ternakan ayam baru perlu mengemukakan permohonan kelulusan Kebenaran Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Melalui Unit Pusat Setempat (OSC) dan ia tertakluk kepada garis panduan perancangan ladang penternakan ayam Negeri Perak. JPP Lentera yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri dan Enakmen Perladangan Unggas Negeri (Pindaan) 2023. Berkaitan dengan isu padang ragut. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manong menekankan keberkesanan padang ragut dalam pengeluaran daging tempatan…

Yang Berhormat Exco. Astaka. Terima kasih celah sikit. berkaitan dengan masalah lalat. Saya amat berterima kasih kerana Kerajaan Negeri memandang serius dan akan memperketatkan penguatkuasaan untuk menyelesaikan masalah gangguan lalat di daerah Manjung terutamanya. Tapi saya ingin mencadangkan atau pun memberi satu maklum balas kerana penguatkuasaan masih dijalankan secara berkala di daerah Manjung tetapi juga Jabatan Veterinar menghadapi satu masalah di mana selepas penguatkuasaan mereka memberi cadangan untuk mengeluarkan kompaun. Proses itu mengambil berbulan-bulan. Maksudnya dua…tiga bulan baru kompaun itu akan dikeluarkan. Itu tidak cukup cekap dan saya ingin memberi cadangan bahawa ini harus di kita panggil dan di pendekkan tempoh itu supaya sesiapa yang mengakibatkan gangguan lalat ini dia dapat surat kompaun dengan lebih cepat. Terima kasih.

Terima kasih YB Astaka satu pandangan yang baik dan ini kita menjadikan satu pemerhatian yang serius dalam tindakan kita mengawal kacau ganggu lalat khususnya di kawasan Manjung. Yang Berhormat Manong menekankan keberkesanan padang ragut dalam pengeluaran daging tempatan dan pengurusan lembu di tanah 10 ribu ekar serta saranan memastikan kawasan padang ragut aktif. Padang ragut merupakan komponen penting dalam sektor pertanian negeri Perak. Sebanyak 83 padang ragut dengan keluasan keseluruhan 4,636.3 hektar atau pun 11,852.5 ekar yang digunakan oleh seramai 1,134 ahli atau pun penternak. Keseluruhan padang ragut ini menampung sebanyak 6,222 ekor lembu pedaging. Menjadikannya penyumbang utama kepada pengeluaran daging di negeri ini. Pada tahun 2024, jumlah pengeluaran daging dianggarkan mencapai 281.30 33 tan metrik dengan jumlah jualan ternakan sebanyak 1,745 ekor. Padang ragut ini juga menempatkan ternakan lain seperti rusa 2,106 ekor, kambing 1,674 ekor, biri-biri 938 ekor, kerbau 1,596 ekor, lembu tenusu 688 ekor dan kambing tenusu 164 ekor. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak, dalam usaha untuk membangunkan rizab haiwan padang ragut dengan mengenal pasti status pengusaha ternakan yang menggunakan padang ragut sama ada aktif atau pun tidak aktif. Dari keseluruhan 83 padang ragut yang ada 69 adalah aktif dan diusahakan secara berkelompok dengan sejumlah 93 kumpulan…

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

YB Exco. Boleh celah sikit. Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Ayer Kuning.

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Saya tertarik berkaitan dengan padang ragut. YB Exco, untuk pengetahuan YB Exc0, di Ayer Kuning ada padang ragut. Ayer Kuning iaitu berkeluasan 94.29 hektar kawasan padang ragut di Ayer Kuning tetapi saya telah bangkitkan dan bertanya berkaitan dengan padang ragut ini kerana padang ragut ini diberitahu bahawa ia di monopoli oleh seseorang. Maknanya fungsi padang ragut ini sebenarnya adalah untuk kita membantu penternak-penternak supaya mereka boleh menggunakan padang ragut ini. Maknanya fungsi padang ragut ini saya rasa ada setengah-setengah tempatnya perlu dikaji semula oleh pihak veterinar dan dalam mesyuarat pembangunan daerah baru lagi, yang amat mengecewakan saya adalah apabila saya mohon dan minta pihak veterinar untuk mengadakan satu lawatan ke kawasan tersebut untuk melihat. Tapi sampai sekarang tak ada respon daripada pihak veterinar.

Jadi kita melihat bahawa kita nak menyesaikan isu berkaitan dengan masalah haiwan berkeliaran. Masalah kacau ganggu dan melibatkan banyak kemalangan-kemalangan jiwa ya di tempat pertama sekali di kawasan Ayer Kuning. Jadi, kita lihat bahawa padang ragut ini sebenarnya telah pun diwujudkan untuk membantu pengusaha-pengusaha pertanian-pertanian berkaitan dengan masalah tadi. Jadi, saya mohon pihak Exco untuk kita menyelesaikan masalah padang ragut ni dan sebenarnya apakah padang ragut itu keperluan kepada ternakan-ternakan dan juga pengguna-pengguna berkaitan dengan haiwan ini pada masa akan datang. Terima kasih.

Yang Berhormat Exco. Boleh? Saya ingin menambah sedikit daripada Yang Berhormat Ayer Kuning tadi di mana di kawasan saya Kampung Piandang Seputeh turut turut ada satu padang ragut tetapi seringkali menerima aduan daripada penduduk. YB, padang ragut ni ada penghuni dia ke tak? Kenapa tak ada? Tapi apabila kami ada yang berminat untuk memohon tetapi sering kali diberitahu padang ragut itu telah ada pemohon dia, telah ada. Jadi saya di sini juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Exco supaya selaraskan perkara ini sama ada ada kesilapan mana-mana ke atau ada mana-mana senarai yang tak di kemaskini. Jadi, saya berharap Yang Berhormat Exco sekiranya boleh datanglah melawat padang ragut di Kampung Pandan, Seputeh. Terima kasih.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Dato’ Speaker. Exco boleh, sikitlah. Lanjutan daripada apa yang disebut oleh Ayer Kuning dan Tronoh. Kita juga mendapat aduan yang ada padang ragut yang disalahgunakan. Maknanya pada awalnya padang ragut tetapi kemudian dah kandang masih ada, tapi lembu dah tak ada, ditanam dengan sawit dan sebagainya dan ada juga kita dapat laporan, aduan yang padang ragut tu dijadikan dan disewa untuk dijadikan kebun-kebun sayur. Jadi adakah pihak dari negeri maklum akan perkara ini dan kalau tak apakah ada tindakan yang telah diambil ataupun akan diambil? Kalau belum lagi diambil.

YB, YB Exco. Behrang. Di kawasan saya juga ada kawasan padang ragut tetapi masih belum diwartakan. Jadi adalah beberapa permohonan ke atas kawasan tersebut. Jadi, saya harap pihak vaterinar dapat mewartakan kawasan-kawasan tersebut dan kawasan-kawasan padang ragut ini supaya tidak diceroboh dan sebagainya dan digunakan oleh pihak-pihak ataupun peserta-peserta yang yang menternak. Satu, kita dapat mengurangkan ialah haiwan-haiwan terbiar. Haiwan liar ni lah merayap merata-rata. Terima kasih.

Ada lagi soalan? Tak ada ye. Berkaitan dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh rakan rakan Yang Berhormat, In shaa Allah saya akan ambil perhatian dan In shaa Allah saya akan membuat lawatan, lawatan dengan seawal yang boleh di kawasan Ayer Kuning, di Slim, YB Siputeh…

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

Kena ambik tindakan serius YB.

Terima kasih banyak In shaa Allah ini akan menjadi perhatian…

Dan boleh bawa perhatian kepada saya sendiri. Untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, untuk memastikan tiada lagi padang ragut dianggap sebagai milikan turun temurun, Jabatan Perkhidmatan Veterinar bekerjasama dengan agensi lain terutamanya pejabat daerah dan tanah untuk menyewa atau memajak padang ragut mengikut kaedah yang telah disyorkan oleh kerajaan negeri. Langkah ini diambil untuk memastikan pengurusan padang ragut lebih efisien serta mengelakkan amalan penguasaan tanah secara warisan. Berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan pembangunan orang asli, YB Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kampong Gajah menyeru, menyeru Kerajaan Negeri keperluan mempercepatkan pembinaan jalan masuk Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Changkat Lada dan Bakar Arang.

Untuk makluman Yang Berhormat Kampong Gajah, Pejabat Daerah Perak Tengah telah menjalankan kajian terperinci dan membuat anggaran kos bagi menyediakan infrastruktur asas bagi kedua-dua Rancangan Perumahan Tersusun (RPT). Untuk Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Generasi Kedua Changkat Lada, sejumlah peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM15.138 juta. Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan pembinaan jalan, longkang, kemudahan bekalan air dan kemudahan bekalan elektrik. Manakala bagi rancangan Perumahan Tersusun Bakar Arang di Sungai Ranggam, jumlah kos yang diperlukan untuk pembinaan infrastruktur asas juga adalah sebanyak RM15 juta. Impian ini akan digunakan untuk membina jalan, longkang, bekalan air dan juga bekalan elektrik. Pihak Berkuasa Negeri komited dalam membantu menyelesaikan isu pembinaan infrastruktur asas di kedua-dua rancangan perumahan tersusun dan di daerah-daerah yang lain. Dalam mesyuarat Max Club baru-baru ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KKDW, saya juga memohon kepada KKDW termasuk Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak sendiri telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat iaitu mengangkat kelulusan kepada menteri untuk penyediaan peruntukan pembangunan infrastruktur asas RPT termasuk mengecualikan dasar dan syarat 30% penduduk, penduduk-penduduk RPT yang disyaratkan oleh KKDW.

Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT. Semoga Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri dan Timbalan Menteri, Menteri KKDW akan memberikan, akan memberikan respon yang amat baik diatas cadangan daripada Kerajaan Negeri Perak. Kami yakin dengan sokongan dan kerjasama yang kukuh, projek pembinaan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberikan manfaat besar kepada penduduk setempat. Usaha ini juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan setiap rakyat mendapat kemudahan asas yang sepatutnya sejajar dengan matlamat pembangunan negara.

YB Dato’ Yang di-Pertua, YB Changkat Jering menyeru kepada Kerajaan Negeri menyelesaikan segera isu perparitan dan jalan tidak sempurna di Rancangan Perumahan Tersusun Jelapang Jaya. Untuk maklumat Yang Berhormat Changkat Jering, Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama telah mengenal pasti Kawasan-kawasan berisiko banjir di RPT Jelapang Jaya dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan parit dan longkang. Sehingga kini, sejumlah 3 projek telah dilaksanakan oleh pentadbiran ini di kawasan RPT Jelapang Jaya dengan nilai sebanyak RM131,000 bagi tahun 2024 iaitu penyelenggaran jalan Kampung Jelapang Jaya, Mukim Matang dan kerja penyelenggaraan parit tanah di Jalan Persiaran Utama, Kampung Jelapang Jaya, Mukim Matang dan yang ketiga kerja selenggara longkang parit tanah di Kampung Jelapang Jaya, Mukim Matang. Projek penyelenggaran parit di kedua kawasan tersebut telah berjaya meminimumkan kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan sekitar berkenaan.

Hasil semakan mendapati bahawa RPT Jelapang Jaya mempunyai keluasan 113.3 hektar dan terdiri daripada 922 lot di mana 837 lot daripadanya telah dikeluarkan hak milik. Manakala bilangan rumah di tapak kini adalah berjumlah 326 unit. Selain itu, pentadbiran ini turut mendapati bahawa hanya kurang lebih 30% daripada keseluruhan kawasan kampung telah dibangunkan dengan sistem infrastruktur jalan longkang yang sistematik. Justeru itu, Pejabat Daerah LMS ini telah merancang projek pembinaan sistem perparitan dan jalan di kampung tersebut untuk dilaksanakan secara berfasa dengan kos fasa 1 adalah sebanyak RM2.5 juta, fasa kedua RM1.5 juta dan fasa ke 3 berjumlah RM1 juta. Untuk makluman, permohonan peruntukan secara berfasa ini juga telah dikemukakan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat Kewangan Negeri (PKN). Semasa sesi semakan dan pembentangan Bajet 2025 pada 27 Jun 2024 yang lalu untuk pertimbangan kelulusan. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah mengemukakan permohonan peruntukan pembinaan longkang di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW pada 7 Februari 2024 yang kini masih dalam pertimbangan pihak KKDW. Tertakluk kepada peruntukan kewangan yang mencukupi dan juga berdasarkan kepada senarai keutamaan.

YB Slim pula menggesa penyelenggaraan segera isu bekalan air bersih di Kampung Orang Asli Changkat Ramu dan Sungai Teras. Untuk makluman, Yang Berhormat Slim, Kampung Changkat Ramu dan Kampung Sungai Teras kampung adalah termasuk dalam projek Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan telah tersenarai dalam Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kampung Orang Asli Negeri Perak Tahun 2022 di bawah RMK yang ke-12. Perunding yang telah dilantik oleh kementerian sedang dalam proses untuk memuktamadkan rekabentuk konsep dan projek ini dijangka akan bermula pada awal 2026, tertakluk kepada perkara yang berkaitan dengan isu tanah, jajaran paip serta tapak tangki yang memerlukan penyelarasan daripada pihak kerajaan negeri. Buat masa ini, pihak perunding turut bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Muallim dalam menyelaraskan isu-isu tersebut. YB Changkat Jering turut mencadangkan agar hal ehwal kampung tersusun dan kampung tradisional diletakkan di bawah tanggungjawab Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersesuaian.

Untuk makluman, Yang Berhormat Changkat Jering. Hal Ehwal Kampung Tersusun dan Kampung Tradisional di bawah portfolio saya dalam pembangunan luar bandar termasuk dalam pemerkasaan pelaksanaan dan hala tuju baharu Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung bagi kampung Tradisional di Perak serta mekanisme pelaksanaan dasar dan tatacara pengurusan institusi pentadbiran peringkat kampung di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Yang Berhormat Trong memohon penjelasan bagi isu pemilikan tanah yang melibatkan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) di RPT Kampung Wawasan, RPT Kampung Salak Baru, RPT Kampung Nelayan Sungai Kerang, RPT Changkat Batu, RTB Kampung Kelubong dan RPB Kampung Berjaya, Batu Hampar. Untuk makluman Yang Berhormat, Isu pemilikan tanah yang melibatkan RPT Kampung Wawasan memerlukan proses pengubahan zoning selesai diwartakan iaitu daripada zon industri kepada perumahan. RTB Kampung Salak Baru dan Mukim Bukit Gantang pula, Pejabat Daerah LMS telah menjalankan proses temuduga kepada baki peserta dan baki 55 peserta telah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan Tanah Daerah (JKTD) untuk pertimbangan kelulusan. Untuk RPT Kampung Nelayan Sungai Kerang pula terdapat baki empat peserta yang masih belum dapat ditempatkan di RPT Kampung Nelayan Sungai Kerang berikutan baki lot yang tinggal perlu ditambak kerana keadaan tapak yang rendah dan berada dalam lot sungai.

Kerja-kerja tambakan akan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Luar Bandar, PDT LMS setelah menerima peruntukan bagi kerja-kerja infrastruktur di RPT ini. RTB Changkat Batu, Mukim Sungai Tinggi. Untuk makluman Yang Berhormat Proses

Kelulusan bagi RTB Changkat Batu Mukim Sungai Tinggi ini belum dapat diselesaikan berikutan isu penyediaan dan pengesahan pelan yang masih belum dimuktamadkan. Siasatan oleh Pejabat Daerah LMS dengan syarikat juruukur tersebut mendapati kerja-kerja ukur dan penyediaan pelan dilaksanakan oleh pihak yang menggunakan nama syarikat juru ukur tersebut. Sehubungan itu, pihak syarikat tidak dapat membuat pengesahan ke atas pelan yang dikemukakan. Berdasarkan pelan yang dikemukan terdapat 398 lot di dalam kawasan RTB tersebut. Pejabat Daerah LMS telah mengadakan perbincangan…

Encik Ishsam bin ShahruddinUMNO · BNAyer Kuning

YB Exco Ayer Kuning celah sikit. Nak bagi cadangan. Terima kasih, Dato' Speaker. Berkaitan dengan RPT ni, saya ada sikit cadangan dalam Dewan yang mulia ini. Isu-isu berkaitan dengan infrastruktur yang berkaitan dengan RPT yang tak dapat kita buat kerana kekurangan sumber kewangan. Jadi, saya cadangkan dalam cadang saya di Dewan yang mulia ini supaya Kerajaan Negeri melalui LPHP, Lembaga Perumahan Hartanah Perak agar hasil bayaran penalti, hasil bayaran penalti pelepasan lot bumi jika boleh digunakan. Jika boleh digunakan untuk kita bangunkan prasarana, jalan raya, longkang dan sebagainya kepada RPT-RPT yang melibatkan lot-lot bumiputera. Itu cadangan saya dalam mesyuarat. Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Yang Berhormat Exco. Sekejap. Tambah sikit kepada Ayer Kuning. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Saya menyokong apa yang Ayer Kuning cadangkan dan saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Exco berkenaan dengan kelulusan 20.1 ekar bagi pelaksanaan RPT B40 di Kampung Selarong di Dun Pengkalan Hulu. Kerajaan telah mengeluarkan hak milik sebanyak 123. 123 hak milik yang telah dikeluarkan kepada peserta pada tahun 2021 dan kerajaan juga telah membelanjakan RM 1.5 juta untuk kerja-kerja infrastruktur di kawasan tersebut. Cuma saya pernah tanya daripada dalam sidang yang lepas, berkenaan dengan tambahan peruntukan yang berjumlah RM2 juta untuk menyelesaikan isu sebanyak 123 hak milik peserta RPT B40 di Kampung Selarong di dalam Dun Pengkalan Hulu. Saya mohon perhatian daripada Yang Berhormat Exco. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Last, last, YB Exco. Alor Pongsu. Saya nak sebut tentang Kampung Baru Sungai Bogak. Kampung yang ada alamat posmen cari tak jumpa. Tak wujud. Jadi hari ini saya nak kepastian adakah Kampung Baru Sungai Bogak ni kita nak delete terus? Saya nak balik bagitau kat orang Alor Pongsu ni yang dok berangan dan dok bermimpi tu. Tutup buku. Saya nak kepastian.

Kampung Sungai Bogak? Kampung Baru Sungai Bogak? Ada JPKK? Ada JPKK?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ada.

Ada JPKK tak?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

JPKK di Sungai Bogak.

Sungai Bogak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kampung Baru Sungai Bogak ni dalam Sungai Bogak. Di awang-awangan. Posmen Cari tak jumpa.

Terima kasih. Saya ambil perhatian dan beberapa pandangan daripada Ayer kuning dan juga Pengkalan Hulu akan menjadi pertimbangan kepada Kerajaan Negeri. Terima kasih. Pejabat Daerah LMS telah mengadakan perbincangan bersama wakil peserta dan Penghulu Mukim pada 7 April 2022 dan hasil perbincangan bersetuju agar kerja-kerja pengesahan sempadan pelan dan bancian peserta dilaksanakan oleh Unit Teknikal, PDT LMS. Walau bagaimanapun, susulan kekangan tenaga kerja, bebanan kerja dan masa serta keluasan RTB yang terlalu besar seluas 435.846 hektar ataupun 1077 ekar. PDT LMS ini mempunyai kekangan untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut. Walaupun pun, pihak pemimpin tempatan telah menawarkan khidmat untuk melantik syarikat juru ukur bagi menyelesaikan isu pengesahan pelan dan peserta bagi RTB ini.

Namun, jumlah kos kerja-kerja sukat semula yang terlalu tinggi menyebabkan pelantikan juru ukur tidak dapat dilaksanakan. PTG Negeri Perak bersama pentadbiran daerah akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak bagi menjalankan kerja kerja sukat usaha secara taskforce bagi menyelesaikan isu ini. RTB Kampung Kelubong Mukim Sungai Tinggi. Kerja kerja pengukuran mengikut usaha peserta telah diselesaikan. Namun, pihak jurukur dalam tindakan mendapat surat akuan sumpah peserta yang bersetuju bahawa pemilikan tanah hanya akan dipertimbangkan kepada pengusaha asal tapak berkenaan sahaja memandangkan lot yang akan diberi milik adalah merupakan tanah pertanian bagi lot-lot yang mempunyai lebih daripada sebuah rumah atau pun seorang peserta. Terdapat peserta yang masih belum mengemukakan surat akuan tersebut. Akhir sekali, RPT Kampung Berjaya Batu Hampar. Pihak Jurukur telah mengadakan sesi perbincangan bersama semua peserta dengan kerjasama PDT Larut Matang dan Penghulu Mukim pada 16 Oktober 2024. Kesemua peserta telah diminta untuk membuat penandaan sempadan kawasan yang diteroka melalui penandaan kayu pancang. Pihak jurukur akan mengadakan perbincangan semula bersama semua peserta pada 18 Disember 2024 bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja ukur dan penyediaan pelan.

Yang Berhormat Chenderiang mencadangkan agar pihak JAKOA dapat melaksanakan pemasangan lampu solar LED dan program lampu jalan kampung yang akan memberikan manfaat kepada masyarakat Orang Asli di kawasan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa melalui program pemasangan lampu jalan kampung (LGK) bagi tahun 2022 Semenanjung Malaysia dan Sabah, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah selesai memasang 1938 lampu jalan Kampung LGK melibatkan 22 Parlimen pada tahun 2024. Selain daripada itu, pihak Kementerian juga sedang dalam penyelarasan dan telah memperuntukkan 1000 unit LGK Jenis solar LED bagi Negeri Perak sahaja yang dijangkakan akan dilaksanakan pada tahun 2025 melibatkan semua daerah. Sehubungan itu, Yang Berhormat dipohon agar mengemukakan cadangan lokasi pemasangan LGK jenis solar LED kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk tindakan penyelarasan selanjutnya. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa semua permohonan dikemukan akan dipertimbangkan mengikut garis panduan pelaksanaan projek pemasangan dan penyenggaraan lampu-lampu jalan kampung LGK di luar bandar. Yang Berhormat juga bertanyakan status perkembangan lanjut dan kajian bagi permohonan pembinaan jalan baharu untuk menyelesaikan masalah laluan masyarakat asli di Batu 17, Serkam Dam, Jalan Pahang, Tapah. Untuk makluman Yang Berhormat, JAKOA Daerah dan Negeri Perak telah mengadakan lawatan bersama JKR Tapah untuk cadangan membuka laluan baru bagi Kampung Orang Asli Sekam Dam, Batu 17 di Jalan Pahang pada 6 November 2023. Sehubungan itu, hasil daripada lawatan tersebut, pihak JKR telah membuat anggaran kos bagi projek ini berjumlah RM35 juta. JAKOA Negeri Perak telah mengemukakan permohonan kepada KKLW peruntukan berjumlah lebih kurang RM30 juta untuk pertimbangan dan kelulusan di bawah RMK ke-13.

Sebagai penutup Dato' Yang di-Pertua, saya menyeru Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini untuk sama-sama kita menyokong sepenuh-penuhnya kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan bersama-sama kita berganding bahu bekerja dengan penuh ikhlasan, kejujuran dan bertanggungjawab bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi jutaan penghargaan kepada semua Ahli Dewan yang telah memberikan pandangan dan cadangan dengan penuh harmoni serta penuh dengan sifat kematangan sebagai ahli dewan yang mulia. Dato' Yang di-Pertua, bagi isu-isu berkaitan dengan portfolio saya, saya akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara yang telah dibangkitkan. Saya memberi jaminan bahawa mana mana pertanyaan tidak dapat dijawab oleh saya pada kali ini, saya akan menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat-Berhormat yang berkaitan. Maka dengan itu, saya sekali mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah dapat mengadakan persidangan dengan yang terbaik sekali sepanjang cadangan dilaksanakan. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Lintang menyokong. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Lintang.

Dato' Yang di-Pertua, Perintah Tetap.

Yang di-Pertua

Ya, YB Astaka.

Perintah Tetap peraturan 40(3)(A) Dato' Yang di-Pertua. Peraturan 40(3)(A) "Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Dalam kurungan B, Jika mana-mana ahli melanggar peruntukan perenggan A, bolehlah seseorang ahli lain dengan persetujuan pengerusi mencadangkan satu usul yang tidak dikehendaki dikeluarkan pemberitahuan terlebih dahulu untuk merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri untuk pertimbangannya dan melaporkan semula kepada Dewan Negeri dengan cadangannya. Dato' Yang di-Pertua, saya Ahli Dewan Negeri Astaka, dengan ini mencadangkan satu usul di bawah Peraturan 40(3b) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berbunyi seperti seperti berikut; "Bahawa Dewan ini membuat ketetapan untuk merujuk Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana beliau telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar, bersangka buruk kepada ahli lain membawa maksud hasutan dan menimbulkan perasaan sakit hati atau permusuhan antara kaum dalam Malaysia.

Dato' Yang di-Pertua, pada 2 Disember 2024, Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol telah mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dalam Dewan yang mulia ini yang menyifatkan warganegara Malaysia telah mengibarkan bendera negara China di Teluk Intan pada 24 Oktober 2024. Berdasarkan kenyataan media dan pengumuman daripada pihak PDRM telah mengesahkan bahawa adalah 16 peserta warganegara China yang terlibat dalam sambutan Guanggong Sedunia Station Malaysia dan mengibarkan bendera asing ketika perarakan di Menara Condong Teluk Intan. Oleh itu, Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol telah pun menyalahi Peraturan 40(3A) iaitu seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya.

Selain itu, Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol juga dalam kenyataannya membuat sangkaan buruk kepada Ahli Dewan Negeri Kepayang dan Ahli Dewan Negeri Pasir Berdamar di mana beliau cuba mengaitkan Ahli Dewan Negeri Kepayang dan Ahli Dewan Negeri Pasir Berdamar dengan program yang didakwa mengibarkan bendera negara China di Teluk Intan pada 24 Oktober 2024. Ini kenyataan beliau dan kita nampak gambar ada dua orang Ahli Parlimen Teluk Intan iaitu Adun Kepayang dan juga Ahli Dewan Undangan Bedamar meletakkan dengan jelas. Ini ada bukti. Untuk makluman Dato' Yang di-Pertua, kedua-dua Ahli Dewan Negeri Kepayang dan Ahli Dewan Negeri Pasir Berdamar, langsung tidak pernah hadir atau terlibat dalam program pada 24 Oktober tersebut. Justeru itu, Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol telah pun menyalahi Peraturan 40(7) Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri di mana seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli lain.

Seterusnya, Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol juga telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dalam Dewan yang mulia ini yang berbunyi; "Sebab itu saya kata dalam ucapan saya, yang mata yang macam saya, kulit yang macam saya, darah yang macam saya, sudah pasti ramai yang sini macam saya. Betul tak? Sebab itu saya minta supaya kita sama-sama bangun menentang pengkhianat yang membawa orang asing mengibar bendera dan negara dalam negara kita. Dato' Yang di-Pertua, kenyataan tersebut telah menyalahi Peraturan 40(11B) dan (C) di mana adalah menyalahi peraturan menggunakan perkataan-perkataan yang membawa maksud hasutan dan C perkataan-perkataan yang membawa maksud menimbulkan perasaan sakit hati atau bermusuhan antara kaum dalam Malaysia. Seterusnya pada 4 Disember 2024, Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol juga mengeluarkan kenyataan yang berbunyi seperti berikut, "Siapa yang bawa masuk Abu Chin Peng? Kenyataan tersebut telah diulangi dalam Dewan yang mulia ini dan ini telah menyalahi Peraturan 40(11B) di mana adalah menyalahi peraturan menggunakan perkataan-perkataan yang membawa maksud hasutan. Justeru itu, Dato' Yang di-Pertua, saya dengan ini mengusulkan di bawah perintah Tetap 40(3B), Yang Amat Berhormat Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah melanggar Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Yang di-Pertua

Ada sokongan?

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Yang Berhormat Dato' Tuan Yang di-Pertua, Pantai Remis menyokong.

Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul dan bersandarkan kepada Standing Order 40(3) dan dalam kurungan A dan dan dan B. Pengerusi merasakan ada merit kepada usul tersebut dan bersetuju dan dengan ini Yang Berhormat Gunong Semanggol dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian, sebelum saya menangguhkan dewan ini pada hari ini, sukalah saya mengingatkan pada esok ialah hari Khamis dan Ahli-ahli Dewan dan juga pegawai-pegawai kerajaan, tetamu-tetamu yang hadir ke sidang Dewan ini esok dibenarkan untuk memakai pakaian batik jika mahu. Saya suka mengingatkan bahawa pakaian batik esok ini biarlah kita pakai batik Malaysia. Jangan pakai batik Ethiopia ke, Uganda ke atau negera-negera lain. Sebaik-baiknya kalau boleh pakai baju batik Perak lagilah baik. Itu sahaja peringatan daripada peringatan mesra daripada Speaker.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Dato', Kalau ada permintaan daripada Bercham. Kalau pakaian batik, penghawa dingin di Dewan ini dan persekitaran dinaikkan suhunya, sebab agak freezer dalam Dewan ini.

Yang di-Pertua

Kita akan cuba. Kita ambil pertimbangan tu. Terima kasih, terima kasih kita akan pertimbangkan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis 5hb Disember 2024 jam 9.00 pagi. Terima kasih