Perak · 16 April 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 473 turns · 52,722 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 16 April 2025, jam 9.08 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Lafaz Ikrar Rukun Negara.
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya.
Memelihara satu cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
Menjamin satu cara satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia, berikrar dan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada raja dan negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan undang-undang. Kesopanan dan kesusilaan.
Terima kasih. Perkara yang kedua, Pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan Urusan Mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama sebelum kita memulakan urusan mesyuarat suka saya memberi maklum bahawa terdapat kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod tersebut dan menyemak Aturan Urusan Mesyuarat beserta senarai giliran soalan-soalan lisan. Seperti kebiasaannya, persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Setiap soalan lisan akan diberikan dua soalan tambahan. Soalan tambahan pertama akan diberikan keutamaan kepada Ahli Dewan Negeri yang bertanya manakala soalan tambahan kedua akan diberikan kepada mana-mana Ahli Dewan Negeri yang mempunyai soalan yang berkaitan dengan soalan asal. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang kedua, pada hari Selasa 15 April 2025, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk menyampaikan Titah Diraja dan seterusnya merasmikan mesyuarat. Usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seterusnya akan dibuka untuk perbahasan kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Perkara yang ketiga, berkenaan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian, terima kasih.
Membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Perkara yang ketiga. Membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari Bil.1/2025 hingga 5/2025 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 4 April 2025.
Bil. 1/2025 - Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara Perak 3/2024 dan Memorandum YB Pegawai Kewangan Negeri Perak serta Laporan Ketua Audit Negara Malaysia 3/2024 (Oktober 2024) Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri
Bil. 2/2025 - Penyata Tahunan Penerimaan Dan Perbelanjaan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022 Jabatan Perhutanan Negeri Perak Darul Ridzuan
Bil. 3/2025 - Laporan Tahunan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak Tahun 2023
Bil. 4/2025 - Penyata Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan
Bil. 5/2025 - Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Berkeliaran Negeri Perak
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, di kesempatan ini juga, Dewan ingin merakamkan setinggi-setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat sepanjang prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Liar Negeri Perak yang telah bermula sejak daripada Ogos 2024. Antaranya adalah Ahli-ahli Dewan Negeri, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Bahagian Kerajaan Tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Polis Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Ipoh dan Penghulu Besar Negeri Perak. Terima kasih diucapkan. Setiausaha Dewan.
Dato Yang di-Pertua, Point Order. Merujuk Perintah Tetap 30 (1)(p) dalam Perintah Tetap, saya ingin mengemukakan usul berkaitan Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak. Saya ingin mencadangkan supaya syor Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak yang telah dibentangkan berkenaan dengan cadangan tindakan ke atas Ahli Dewan Negeri Hulu Kinta iaitu (a) pertuduhan pertama Jawatankuasa mengesyorkan agar digugurkan dengan rujukan Perintah Tetap 76(2), (b) pertuduhan kedua Jawatankuasa mengesyorkan untuk menerima permohonan maaf secara bertulis Ahli Dewan Negeri Hulu Kinta dengan menarik balik penggunaan perkataan “penjilat” tanpa mengulangi tindakan tersebut di mesyuarat Dewan Negeri. Saya mencadangkan syor penyata Jawatankuasa ini diluluskan dan berkuatkuasa selepas mendapat kelulusan Dewan yang mulia ini. Dato’ Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua Rungkup menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Bercham dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada Dewan untuk diundi. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju bersuara bersetuju (setuju) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui.
Dato' Yang di-Pertua, Point of Order merujuk Perintah Tetap 30 (1)(p). Saya ingin mengemukakan usul berkaitan Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak. Saya ingin mencadangkan supaya syor Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak yang telah dibentangkan berkenaan dengan cadangan tindakan ke atas Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol iaitu (a) Pertuduhan pertama, Jawatankuasa mengesyorkan agar pertuduhan ini digugurkan dengan rujukan Perintah Tetap 76(2). (b) Pertuduhan kedua, Jawatankuasa menerima dan merekodkan permohonan maaf yang dibuat semasa prosiding Jawatankuasa pada Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Bil. 5 Tahun 2025 bertarikh 14hb April 2025 dan memberikan amaran kepada Dewan Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol agar tidak mengulanginya semula. (c) Pertuduhan ketiga, Jawatankuasa mengesyorkan Ahli Dewan Negeri Gunong Semanggol digantung daripada menghadiri Mesyuarat Dewan Negeri selama enam bulan. Penggantungan ini akan berkuatkuasa dari tarikh ketetapan Dewan Negeri. Saya mencadangkan syor penyata jawatankuasa ini diluluskan dan berkuatkuasa selepas mendapat kelulusan Dewan yang mulia ini. Dato' Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan.
Ada sokongan?
Dato' Yang di-Pertua Rungkup menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bercham dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul itu kepada dewan untuk diundi. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Lebih bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Ahli Yang Berhormat daripada Semanggol disebabkan oleh keputusan Dewan untuk menggantung Ahli Yang Berhormat selama enam bulan berkuatkuasa serta merta, saya minta Ahli Yang Berhormat daripada Semanggol untuk meninggalkan Dewan sekarang.
Ok terima kasih Yang Berhormat.
Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat
Saya minta sikit saja.
Ahli Yang Berhormat, Speaker cakap. Ahli Yang Berhormat, apabila Ahli Yang Berhormat telah digantung dan ianya berkuatkuasa serta-merta, maka Ahli Yang Berhormat daripada Semanggol bukan lagi sebahagian daripada Persidangan Dewan ini, ahli dari Persidangan Dewan ini. Jadi Ahli Yang Berhormat sudah tidak ada hak untuk berucap di dalam Dewan. Jadi, saya minta Ahli Yang Berhormat keluar daripada Dewan sekarang.
Terima kasih Yang Berhormat. Setiausaha.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang keempat, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Seperti biasa pantun dengan izin.
Di Ayer Kuning kita berlawan, Soalan Selinsing number one. Tapi kita tetap berkawan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Selinsing berkaitan dengan pembangunan institusi masjid. Untuk makluman Yang Berhormat Selinsing, Kerajaan Negeri telah mewujudkan garis panduan masjid sebagai Pusat Kegiatan Komuniti Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 2020 bagi memperkasakan peranan masjid sebagai hub pembangunan ummah. Masjid hendaklah memenuhi fungsi pusat kegiatan utama yang telah ditetapkan iaitu sebagai pusat ibadah dan dakwah, pusat sosial, pusat ekonomi, pusat teknologi dan informasi serta pusat generasi muda dan juga pembinaan insan.
Terdapat 3 kluster program yang telah dan sedang di jalankan menerusi Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) iaitu pendidikan, ekonomi dan kebajikan masyarakat setempat. Bagi kluster pertama iaitu pendidikan, terdapat 3 program pendidikan yang telah dilaksanakan iaitu pertama Sijil Pengajian Masjid yang berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah II selama 24 minggu pada setiap hari Sabtu merangkumi enam subjek iaitu aqidah, tasawwuf, fiqh, tafsir, hadis dan sirah dengan dibimbing oleh barisan pensyarah yang berwibawa. Pengajian ini adalah meliputi tiga tahap bagi tempoh tiga tahun. Pelajar yang lulus peperiksaan dengan cemerlang akan menerima sijil yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Penyertaan program terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan pelajar professional, suri rumah dan juga pesara.
Yang kedua ialah program kelas pengajian takmir yang diadakan di masjid dan surau di seluruh Negeri Perak. Kurikulum pengajian takmir ini adalah yang pertama di
Malaysia yang dibimbing oleh tenaga pengajar yang bertauliah. Program ketiga ialah kelas pengajian professional yang disampaikan oleh golongan professional dalam bidang selain keagamaan seperti kesihatan, kewangan, pertanian dan juga perbankan.
Kluster yang kedua iaitu kluster ekonomi. Program ekonomi melibatkan taklimat bantuan pertanian bagi tujuan komersial kepada masjid seluruh Negeri Perak telah diadakan pada 26 September 2024 yang membabitkan 5 agensi kerajaan iaitu Jabatan Pertanian Negeri Perak, Jabatan Perikanan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri dan juga Lembaga Nenas Negeri Perak.
Kluster ketiga iaitu kebajikan. Untuk makluman Yang Berhormat, masjid turut melaksanakan program kebajikan masyarakat setempat. Kita sering menyaksikan masjid berperanan sebagai pusat agihan bantuan sama ada yang diberikan oleh pihak jawatankuasa kariah masjid tersebut ataupun daripada penyumbang-penyumbang dari luar. Masjid-masjid di negeri Perak turut menawarkan tuisyen secara percuma kepada para pelajar sejak tahun 2019. Antara masjid yang menawarkan tuisyen secara percuma adalah pertama Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh. Kedua Masjid Ar-Rahmaniah Tronoh dan ketiga Masjid An-Nasriah, Sitiawan.
Selain itu, program, melalui program masjid sebagai pusat informasi maya, kelas literasi digital turut disediakan bagi meningkatkan kemahiran teknologi dalam kalangan masyarakat setempat. Kelas literasi digital ini telah dilaksanakan di beberapa buah masjid di negeri Perak seperti yang pertama, Masjid Imaniah Batu Gajah, yang kedua Masjid Sultan Idris Shah iaitu Masjid Negeri Ipoh, yang ketiga Masjid Al-Idrisiah Bukit Bertam, Selama dan yang keempat Masjid An-Naim Taman Seri Setia, Teluk Intan. Bagi menarik golongan muda beriadah dan mendekati masjid pada waktu yang sama, pada tahun 2024, Kerajaan Negeri melalui kerjasama JAIPk dan juga Jabatan Belia dan Sukan Negeri telah melaksanakan program e-Sport dibeberapa buah mesjid yang pertama Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh, yang kedua Masjid An-Nur Kampar, yang ketiga Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar.
Program Pemerkasaan Biro Belia Masjid telah dilaksanakan pada tahun 2024 untuk memberi peluang kepada belia mengembangkan kemahiran kepimpinan, kerohanian dan sosial mereka. Antara masjid yang telah melaksanakan program ini, pertama Masjid Muhammad Al-Fateh, Meru, yang kedua Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah, Seri Iskandar yang ketiga Masjid Al-Aula Simpang Empat, Hutan Melintang. Program ini akan diteruskan untuk memastikan masjid menjadi pusat pemerkasaan belia yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara dalam pelbagai aspek kehidupan. Terima kasih.
Selinsing.
Terima kasih atas penjelasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Soalan tambahan saya mohon penjelasan berkenaan dengan status empat orang imam yang dikatakan bersalah kerana tidak membaca khutbah yang disediakan oleh pihak JAIPk. Saya mendapat maklumat bahawa keempat-empat mereka ini telah dipecat daripada jawatan imam. Tidakkah tindakan ini agak keras dan tergesa-gesa dalam keadaan banyak masjid kekurangan imam apatah lagi dimaklumkan bahawa mereka bukanlah membaca khutbah yang dibuat sendiri tetapi khutbah itu dibuat oleh JAIPk juga cuma dia membaca yang tidak terkinilah dan ada yang membaca khutbah daripada JAKIM.
Jadi mohon penjelasan dan saya juga sebenarnya ingin mohon penjelasan kerajaanlah berkaitan dengan isu yang tular dalam media sosial berkenaan dengan seorang bekas Adun lah. Bekas Adun Kerajaan yang didapati berucap dalam sebuah program dalam sebuah Masjid di Kuala Kangsar. Jadi adakah perkara ini dibenarkan kerana peraturan kita jelas mengatakan bahawa semua ahli politik ini tidak kira kerajaan mahupun pembangkang tidak dibenarkan untuk berucap dalam Masjid. Jadi kita risaulah jika perkara ini berterusan berlaku tanpa sebarang tindakan, maka mungkin rakyat akan melihat ini sebagai satu double standard yang berlaku dan nanti mungkin mereka nak ucapkan selamat tinggal kenangan pula kepada peraturan tersebut. Jadi mohon penjelasan.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Selinsing. Yang pertama berkaitan dengan tindakan kepada imam-imam yang tidak membaca khutbah yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Perak. Seperti yang telah disebutkan di dada akhbar yang juga telah dimaklumkan, kita terikat dengan semua peraturan yang telah pun tertulis daripada Majlis Agama Islam atas nasihat Jabatan Mufti. Jadi semua imam kita terikat dengan peraturan tersebut cuma mana-mana imam yang telah mencabuli atau melanggar peraturan itu tindakan diambil. That's all.
Yang kedua, saya tertarik dengan soalan berkaitan dengan satu kes yang tular iaitu di mana ada bekas YB Chandan telah berucap. Sukacita saya maklumkan sekali lagi semua orang termasuk Menteri Besar kita terikat dengan Titah Tuanku supaya masjid dan surau tidak digunakan oleh mana-mana ahli politik. Jadi kepada mantan Ahli Yang Berhormat berkenaan saya pun telah maklumkan kepada dia bahawa kita terikat dan kita tidak boleh melakukannya. Walaubagaimanapun, Jabatan Agama Islam telah juga mengambil tindakan kepada Pengerusi dan juga Setiausaha Masjid yang berkenaan. Jadi tegasnya untuk makluman, tidak ada pilih kasih dalam tajuk ini termasuk Menteri Besar yang jadi Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam pun saya tidak menyampaikan ucapan dalam surau ataupun dalam masjid. Menjunjung titah Tuanku Sultan. Terima kasih.
Alor Pongsu.
Alor Pongsu.
Terima kasih Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Tentang tiga kluster itu, saya tidak ada complaint. Sedikit sahaja ada dua. Yang pertamanya masjid-masjid yg diberi peruntukan untuk pertanian tu. Bila pokok-pokok tu mati semua tu, pihak Pertanian kena pergi tengok baliklah. Buruk benar rupanya. Tapi satu yang penting iaitu di kawasan saya. Saya nak maklumkan kepada YAB Menteri Besar, Masjid Alor Pongsu, pewaris kepada pewakaf telah menjual tanahnya kepada bangsa lain ataupun direct lah kepada seorang berbangsa Cina menyebabkan Dewan Muslimat terpaksa dirobohkan. tempat wuduk terpaksa dirobohkan. Tembok dan sebahagian daripada kubur terpaksa dirobohkan. Masjid tak ada duit YB. Minta perhatikan benda ini.
Soalan?
Jadi soalannya adakah Kerajaan Negeri tahu masalah ini dan apakah tindakan seterusnya supaya kita dapat kembalikan balik Dewan Muslimat tu hilang terus? Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu. Terima kasih, YB.
Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Pongsu berkaitan dengan Jabatan Pertanian tu saya ingat Pengarah Jabatan Pertanian atau wakil ada sini dan bolehlah Pengarah atau wakil Jabatan Pertanian mengambil tindakan segera untuk pergi melihat apa yang telah berlaku di masjid-masjid yang telah kita anjurkan untuk mereka menggunakan kaedah fertigasi dan sebagainya dan saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian dan yang lain-lain kerana telah mengambil usaha tersebut. Cuma kepada semua jawatankuasa masjid, kita harap dia bukan setakat untuk bertanam tetapi dia kena bertanam mengikut kaedah yang betul supaya tujuan asal kita itu dapat kita capai.
Yang kedua, berkaitan dengan masjid yang dikatakan tadi pewakaf telah menjualkan tanah tersebut. Secara ikhlasnya, saya kena maklumkan saya tak tahu. Jadi Yang Berhormat boleh jumpa saya balik selepas ini kita bincang apa cara untuk kita menyelesaikan masalah itu. Terima kasih.
Terima kasih YAB Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Speaker. Soalan Chenderiang soalan nombor 2.
Exco, silakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Salam Perak Sejahtera 2030. Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada pagi ini. Yang keduanya, saya juga nak mengucapkan selamat Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin sempena Hari Raya Aidilfitri. Yang belum lagi puasa enam tu, teruskan supaya dapat raya kedua pula. Kepada Yang Berhormat daripada Chenderiang, projek jalan pintas daripada Jalan Persekutuan FT 001 ke jalan utama ke Jalan Persekutuan FT 59 daripada pekan Tapah nak pergi ke Cameron Highlands telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Perak di bawah peruntukan Pembangunan Negeri Perak tahun 2025 di mana agensi pelaksana bagi projek tersebut Insya-Allah adalah JKR Perak. Ini tak ada lain dah nak buat jalan JKR Perak. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang telah meluluskan peruntukan negeri bagi menyelesaikan masalah trafik di Pekan Tapah.
Anggaran kos projek ini adalah sebanyak RM17 juta. Perolehan oleh JKR akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada akhir bulan Mei tahun ini. Maknanya bulan depan, Insya Allah. Skop kerja bagi projek ini adalah membina jalan baru sepanjang
300 meter dengan piawaian R5 makna ada dua lorong. Ini standard JKR dua lorong R5 daripada Laluan Persekutuan FT 001 dan Laluan Persekutuan FT 59 yang mana melibatkan kerja-kerja geoteknik, pemasangan lampu jalan, membina sistem perparitan, pemasangan perabot jalan, pengalihan utiliti, pengambilan balik tanah dan juga lain-lain kerja yang berkaitan perabot jalan.
Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, pada awal bulan ini, kerja-kerja fasa pertama pembaikan trafik ini telah dilaksanakan dan 95% kerja-kerja pembaikan telah siap dengan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Menteri, Timbalan Menteri Kerja Raya RM21 juta. Kerajaan Negeri merakamkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Kerja Raya yang telah menyalurkan peruntukan bagi memberi khidmat yang baik kepada rakyat khususnya di kawasan Batang Padang dan juga di Pekan Tapah.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Chenderiang, saya suka juga menyatakan bahawa Majlis Daerah Tapah (MDT) sedang melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan pembaikan semula lot-lot parkir kereta di Pekan Tapah. Motosikal, garisan jalan juga lain-lain yang melibatkan kawasan di sekitar Bukit Baldwin menggunakan peruntukan MARRIS fasa yang pertama. Itu pihak Majlis Daerah, Majlis Perbandaran Tapah. Kerja-kerja pemulihan dan pembaikan ini telah pun bermula pada 12 April tahun ini, baru-baru. Makna baru ini selepas raya. Dari sudut kapasiti ruang parkir masih belum dapat dikenalpasti kerana kerja-kerja sedang dijalankan tetapi daripada sudut pemerhatian jabatan, bilangan lot parkir akan akan berkurangan kerana memberi ruang kepada penambahan laluan trafik kenderaan. Jadi sudah tentulah bila kita buat laluan sehala dalam pekan Tapah tu, maka jumlah parkir kereta agak berkurangan. Majlis Daerah Tapah juga akan memohon secara berfasa untuk kerja-kerja penyelenggaraan turapan jalan yang baru terlebih dahulu berbanding sistem longkang kerana memerlukan peruntukan yang tinggi jika ingin menyelesaikan kedua-duanya sekali. Oleh itu, pihak Majlis Daerah Tapah akan membantu supaya penyuraian jalan ini berjalan dengan baik ekoran kehendak semasa. Terima kasih kepada YB Chenderiang.
Soalan tambahan, sila.
Terima kasih saya ucapkan kepada YB Exco atas jawapan yg diberi. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Persekutuan dan semua agensi-agensi yang terlibat untuk menjayakan penyuraian trafik di pekan Tapah khususnya untuk JKR dan Pejabat Tanah dan Majlis Daerah Tapah. Suka saya maklumkan kepada semua yang ada di sini bahawanya Parlimen Tapah ada 2 Adun iaitu Adun Chenderiang dan 1 lagi Adun Ayer Kuning. Kita telah memperjuangkan untuk perkara ini selama 2 tahun saya bersama dengan arwah YB Ishsam dan ahli parlimen kita untuk bersama-sama untuk menjayakan penyuraian trafik untuk kita mencari satu penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di pekan Tapah.
Jadi inilah satu berita yg baik untuk warga Tapah dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM17 juta dan Kerajaan Persekutuan telah meluluskan sebanyak RM19.2 juta telah diluluskan untuk menjayakan penggunaan trafik di pekan Tapah ni. Jadi soalan tambahan saya, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawanya penjaja kecil yang sedia ada akan di tempatkan di satu tempat lagi yang lebih strategik untuk penjaja-penjaja yang sedia ada di pekan ini. Jadi saya nak tanya, bilakah penempatan semula penjaja akan dibuat di satu tempat yang lebih strategik di Pekan Tapah ini? Sekian, Terima kasih.
Terima kasih kepada Chenderiang soalan tambahan. Yang pertamanya, saya juga mengucapkan ribuan kasih kepada Kementerian Kerja Raya khususnya Timbalan Menteri yang sendiri datang ke pekan Tapah melihat penyuraian trafik dibuat oleh Jurutera Daerah Batang Padang ketika itu dan Alhamdulillah dengan kelulusan RM21 juta itu kita buat tiga fasa kerja. Fasa pertama, kerja-kerja pavement yang tu sedang dilaksanakan oleh JKR. Bagi fasa kedua, kerja-kerja bukan pavement. Maknanya nak buat curve dan sebagainya dan fasa ketiganya untuk RM2.1 juta itu adalah untuk kerja-kerja pencahayaan dan kerja-kerja perabot jalan yang lain.
Jadi, kita gunakan sepenuhnya bagi menyelesaikan sebahagian besar masalah yang dihantui oleh warga Tapah. Jadi dekat sini ini, bukan hanya pihak JKR terlibat, pihak MDT, Majlis Daerah Tapah juga terlibat. Jadi saya terima kasihlah pada YB Chenderiang sebab bahagian pekan Tapah ni seolah-olah dibahagi dua, sebahagiannya pergi ke Dun Ayer Kuning sebahagiannya Dun Chenderiang. Jadi arwah sebelum dia meninggal hari tu, dia memang terlibat dalam penyuraian jalan raya, penyuraian trafik di pekan Tapah itu sendiri. Jadi, kita ucapkan terima kasihlah kepada YB Chenderiang dan juga bekas Adun dahulu.
Berkenaan dengan projek kedua, fasa kedua ini, jangka panjangnya kita nak menyatukan supaya kenderaan daripada PLUS highway bila mereka menyeberang tol dan juga daripada daripada Cameron Highlands, dia tak payah pergi ke pekan Tapah dah. Jadi projek ini menelan belanja RM17 juta sebagaimana saya katakan tadi, dia akan menghubungi sepanjang 300 meter daripada daripada Persekutuan FT 001 sampai FT 59, Jalan Pahang sampai ke Kampar. Jadi dengan adanya slip-road ini, dia akan memudahkan kerana kenderaan-kenderaan yang banyak hujung minggu ni tidak payah masuk ke pekan Tapah. Dia terus pergi ke Kampar daripada Cameron Highlands daripada highway, Highway PLUS. Masalah yang kita hadapi hari ini ialah penjaja-penjaja yang hilang pendapatan mereka. Penjaja-penjaja kecil di pekan Tapah tu hilang pendapatan kerana tempat yang mereka berniaga dahulu, mereka berniaga di tempat lama, tempat tu diambil bila kita buat jalan, jalan penyuraian.
Untuk itu saya terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Besar kerana masa hari bertemu pelanggan baru ini kita buat di Ayer kuning, kita dah ada jalan penyelesaian dia. Maknanya, walaupun ada usaha daripada Majlis Daerah Tapah untuk menyediakan, menyediakan gerai-gerai tapi tidak diambilkira oleh mereka. Jadi, kita dapati hari ini ada sebidang tanah Kerajaan Negeri di belakang Jalan Baldwin itu dan kita nak tukar dengan jalan persekutuan yang dipunyai oleh PDRM. PDRM ada menggunakan tanah mereka betul-betul di jalan laluan FT 001 tapi dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan rosak, kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang bermasalah. Jadi kita hanya nak ubah supaya kita swap tanah itu dan peniaga-peniaga ni akan diletakkan di tempat yang jauh lebih elok, jauh lebih luas dan jauh lebih sempurna. Itu adalah usaha jangka panjang kita dan pengambilan tanah ini di antara Kerajaan Negeri dengan persekutuan sedang diusahakan sekarang.
Jadi kalau sekiranya ia jadi, maka penjaja-penjaja yang dahulunya menghadapi masalah bila kita buat penyuraian ini, mereka akan dapat lokasi yang baru. Lokasi betul elok tepi Jalan Baldwin dekat dengan FT Supermarket, dekat dengan jalan dekat dengan laluan ke Bidor. Itu adalah usaha dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah peniaga-peniaga kecil yang sepanjang-panjangnya mereka mengharapkan laluan itu, depa boleh berniaga. Itu penyelesaian kita Insya Allah jangka panjangnya. Sekian, Terima kasih.
Soalan tambahan, sila.
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya daripada Pengkalan Hulu. Sebelum itu, saya nak ucapkan tahniah lah kepada YB Chong dan seluruh rakyat dan pengundi di Ayer Kuning atas limpahan peruntukan projek-projek yang turun sempena PRU lah. Insya Allah, 26 haribulan ni. PRK 26 haribulan ni, maaf.
Soalan tambahan.
Soalan saya, adakah dilaksanakan diadakan kajian yang menyeluruh bagi menyurai dan menyelesaikan masalah yang berlaku di pekan Tapah ni? Sebab kebelakangan ini ialah sedia maklum semua Adun-Adun pun mungkin ada kat sana dan saya pun tak terkesan juga dengan aliran trafik, kesesakan yang berlaku di pekan Tapah ni dan saya harapkan memang isu ini selesai, masalah ini selesai dan apakah kerajaan telah melakukan kajian yang menyeluruh dan ada mekanisme-mekanisme atau cadangan yang boleh mengurangkan atau menyuraikan masalah kesesakan di pekan Tapah selain daripada peruntukan yang telah diluluskan baru-baru ni oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat lah. Terima kasih. Soalan Pengkalan Hulu.
Terima kasih Pengkalan Hulu kerana prihatin berkenaan apa terjadi dalam pekan Tapah. Sebenarnya kita buat kerja-kerja ini bukan kerana ada pilihan raya kecil di Ayer Kuning. Usaha yang dibuat oleh Jurutera Daerah Batang Padang sama-sama dengan Pengarah JKR seluruh negeri Perak ini dah dibuat pada tahun lepas lagi. Pertengahan tahun lepas kita dah buat kajian dan kita buat satu simulasi di sepanjang itu. Jadi kes yang menyebabkan kita buat tu bukan kerana Pilihan Raya Kecil. Secara kebetulan sahaja apa yang JKR buat apa yang kita laksanakan. Tiba-tiba ada kes Pilihan Raya Kecil di Ayer Kuning. Jadi untuk itu kita laksanakan kerja itu bersekali. Jadi Alhamdulillah hari ini kebetulannya ramai yang dulunya mengkritik Kerajaan Negeri tak buat apa apa, tapi Alhamdulillah penyelesaian tu hampir-hampir 95% hari ini selesai. Penyuraian trafik itu selesai.
Jadi saya terima kasihlah kepada YB Pengkalan Hulu sebab dia kadang-kadang dia banyak kali pergi ke pergi ke Bidor melalui jalan itu. Jadi dia juga prihatin. Pada hari raya hari ni baru ni, 1 haribulan April, saya telah berada di pekan Tapah petang tu dan saya rasakan kalau hari raya petang tu ada laluan kereta, maknanya kereta bergerak pada hari raya petang, dia tidak tersangkut sebagaimana terdahulu. Ini bermaknanya kerja-kerja penyuraian ini ada hasilnya dan hari ini dibuat thumbs-up oleh ramai warga Tapah. Kalau kita lihat Facebook Tapah Club, kalau dahulunya maki caci tapi hari ni depa buat thumbs-up, sebab apa? Sebab dapat menggerakkan kenderaan-kenderaan di seluruh pekan Tapah. Saya terima kasih kepada Pengkalan Hulu yang telah menggunakan jalan itu dan dia menikmati apa yang kita buat tu sebagai sebagai agen kepada bukan hanya duduk di Tapah tapi duduk di Pengkalan Hulu sana. Dia jugak menggunakan Tapah, Jalan Tapah dan merasainya ada hasil. Terima kasih banyak Pengkalan Hulu.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk mengemukakan soalan, sila.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera. Soalan saya soalan nombor 1.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (Bacaan doa). Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Yang Berhormat Kenering di atas soalan yang telah diajukan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Kerajaan Negeri Perak telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan pelbagai inisiatif terkini bagi memperkukuhkan daya saing sektor pertanian yang dilihat sebagai nadi utama ekonomi negeri. Kerajaan Negeri melalui pentadbiran tanah telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dikhususkan untuk tujuan pertanian selaras mendokong hala tuju Pelan Perak Sejahtera 2030. Itu agenda sekuriti makanan.
Sehingga kini Kerajaan Negeri telah meluluskan seluas 93.84 hektar bersamaan dengan 231.88 ekar kawasan untuk dirizabkan bagi tujuan zon keterjaminan bekalan makanan yang mana individu atau syarikat yang berminat boleh memohon pajakan tanah rizab kepada pentadbir tanah untuk memajukan tanah. Selain itu, terdapat kawasan-kawasan yang berpotensi dikenal pasti untuk dirizabkan bagi tujuan pertanian bersepadu yang juga boleh dimohon pajakan tanah rizab bagi menggalakkan pemajuan pertanian sebagai sumber ekonomi negeri. Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan kawasan-kawasan untuk dibangunkan Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN bagi membantu ekonomi rakyat berpendapatan rendah.
Usaha ini bertujuan untuk memastikan sektor pertanian negeri Perak tidak hanya dapat bersaing di peringkat nasional, malah di peringkat global sekaligus meningkatkan kesejahteraan rakyat. Perak SADC selaku agensi peneraju sekuriti makanan negeri Perak turut merancang dan melaksanakan beberapa inisiatif strategik. Di antaranya ialah projek penanaman bawang. Perak SADC mengusahakan penghasilan benih bawang dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran bawang tempatan, sekali gus memenuhi permintaan pasaran dan mengurangkan kebergantungan terhadap bawang import. Projek tanaman ini telah diusahakan di atas tanah seluas 2 ekar secara Green House di kawasan Ladang Intergrasi Lambor dengan bantuan peruntukan dana sebanyak RM1.0 juta dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak. Setakat ini, pembangunan infra projek telah siap dilaksanakan pada minggu kedua Mac 2025, termasuk pembinaan 15 unit Green House dan 1 unit rumah pengeringan dengan jangka hasil mampu mencecah sebanyak 6 tan bagi setiap dua musim.
Yang kedua projek kerang. Projek ini merupakan projek usahasama antara Perak Agro Akuakultur Sdn. Bhd. dan Simfoni Alam Sdn. Bhd. yang dilaksanakan di atas tanah seluas 60 ekar di Sungai Kerang, Terong. Projek ini telah mendapat pra kelulusan dana sebanyak RM2.27 juta dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk tahun 2025. Pengeluaran hasil dijangkakan bermula pada April 2025 dan sasaran projek sepanjang tahun 2025 adalah untuk menambah kawasan usaha seluas lebih kurang 100 ekar.
Yang ketiga projek tanaman nangka madu. Perak SADC telah melaksanakan projek penanaman pokok nangka madu ini di atas tanah seluas 200 hektar di Sungai Rui, Gerik. Daripada jumlah tersebut seluas 137 hektar telah bertanam sejak tahun 2022 dan jangkaan hasil dijadualkan pada tahun 2026. Untuk tahun 2025, Perak SADC telah menyediakan peruntukan sebanyak RM3.6 juta yang bertujuan untuk kerja-kerja pembangunan dan memperluaskan kawasan penanaman.
Yang keempat projek penanaman kelapa. Dalam mendokong hasrat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perak untuk menggambarkan industri kelapa di Malaysia dan Perak khususnya. Perak SADC bersedia untuk membangunkan projek tanaman kelapa di negeri ini. Ketika ini, Perak SADC dalam usaha bersama Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang sesuai bagi pembangunan projek tanaman kelapa. Perak SADC akan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Perak dalam memastikan variety benih kelapa yang ekonomik dan benih diperakui oleh Jabatan Pertanian. Ini adalah kesinambungan projek usahasama Perak SADC dan DOA Perak bagi geran projek tanaman semula kelapa daerah Bagan Datuk sebelum ini yang melibatkan 70.7 ekar pada tahun 2024.
Yang kelima Plant Factory. Projek ini adalah sebuah inisiatif rintis yang bertujuan untuk menilai kebolehjayaan secara holistik dalam melaksanakan Plant Factory dengan meneliti potensi penggunaan bangunan-bangunan tidak diguna pakai di negeri Perak. Projek pengkomersilan ini dilaksanakan secara usahasama dengan pihak MARDI dengan menggunakan teknologi fully controlled environment transition farming. Projek ini bakal dilaksanakan di Silibin dengan proses penanaman dijangka bermula pada April 2025. Antara tanaman yang akan diusahakan seperti baby kailan, sweet basil, selasih manis dan salad karang hijau.
Untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak telah memperkenalkan beberapa inisiatif terbaru untuk meningkatkan daya saing sektor pertanian sebagai pemacu utama ekonomi negeri. Antara langkah yang diambil adalah seperti berikut. Penggunaan teknologi dan pertanian pintar dalam penggunaan teknologi seperti sistem pengairan pintar, drone untuk pemantauan ladang dan pertanian berasaskan data IOT dan AI. Kedua, galakan kepada usaha Agropreneur Muda di mana dana khas dan latihan disediakan kepada belia yang berminat menceburi sektor pertanian. Yang ketiga, pembangunan infrastruktur dan keperluan pasca tuai bagi memastikan pengeluaran hasil yang optimum dan memberi pulangan hasil kepada petani. Yang keempat, pasaran digital dan jaringan jualan global iaitu inisiatif kerajaan ke arah meningkatkan akses petani kepada pasaran tempatan dan antarabangsa seperti melalui platform digital terbaru, sistem GeoTanaman.
Selain itu, program sokongan untuk produk pertanian berasaskan nilai tambahan seperti herba, buah-buahan, premium dan produk hiliran juga disediakan untuk kemudahan para petani. Dengan langkah-langkah ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian akan sentiasa berusaha memastikan sektor pertanian menjadi lebih berdaya saing dan mampan dalam jangka masa yang panjang. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA Negeri Perak juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan daya saing sektor pertanian di negeri Perak.
Bagi menjadi pemacu ekonomi negeri antaranya yang pertama, penganjuran program Jualan Agro Madani, FAMA telah menganjurkan sebanyak 459 program Jualan Agro Madani di Negeri Perak untuk mempromosikan produk pertanian tempatan dan meningkatkan akses pasaran bagi usahawan tempatan. Program ini telah melibatkan seramai 7,373 usahawan dan nilai jualan sebanyak RM10.9 juta. Ia juga memberi manfaat kepada lebih daripada 360 ribu isi rumah. Kedua, program Agropreneur Muda FAMA menyokong usahawan muda melalui geran Agropreneur Muda yang bertujuan memperkasa usahawan agro makanan dengan memperluaskan akses kepada rangkaian pemasaran yang lebih luas. Yang ketiga, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). FAMA telah menganjurkan pelbagai kursus untuk meningkatkan kemahiran usahawan dalam penggunaan teknologi AI. Memperkasakan mereka dalam meningkatkan jualan dan daya saing produk agro makanan di pasaran. Keempat, kerjasama dengan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan pelbagai jabatan dan agensi negeri memperkukuhkan lagi dalam memperluaskan akses pasaran dan meningkatkan daya saing produk tempatan melalui inisiatif-inisiatif yang dinyatakan tadi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Perak SADC, Jabatan Pertanian, FAMA Negeri Perak dan lain-lain jabatan dan agensi yang berkaitan berperanan penting dalam memajukan sektor pertanian negeri Perak meningkatkan daya saing produk tempatan dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negeri. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan sila.
Terima kasih diatas penjelasan jawapan daripada Yang Berhormat Exco. Soalan tambahan saya berhubung dengan Kenering diletakkan dalam Zon Industri Ekonomi. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana Kerajaan Negeri berusaha untuk memajukan sektor makanan di Dun Kenering. Bukan sekadar kalau sekiranya dimajukan zon pemakanan di Dun Kenering ini, dia juga akan membantu bukan sekadar membantu ekonomi Kerajaan Negeri tetapi juga menghasilkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana usaha Kerajaan Negeri untuk membangunkan khususnya Zon Kenering dan Hulu Perak dalam usaha industri pemakanan. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kenering di atas soalan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Penempatan Kenering dalam zon seperti makanan menunjukkan bahawa kawasan ini mempunyai potensi strategik dalam menyumbang kepada kestabilan dan kelestarian bekalan makanan negara. Oleh itu, terdapat beberapa usaha dan inisiatif yang biasanya diambil oleh kerajaan sama ada di peringkat negeri atau persekutuan untuk membangunkan sektor pemakanan di kawasan seperti di Dun Kenering. Usaha Kerajaan Negeri Perak melalui Pelan Perak Sejahtera 2030, Kerajaan Negeri telah menetapkan seperti makanan sebagai salah satu agenda utama. Langkah-langkah strategik telah diambil termasuk penglibatan agensi seperti Perak SADC dan Jabatan Pertanian untuk meningkatkan hasil pertanian.
Bagi memastikan Zon Kenering turut menikmati manfaat daripada inisiatif ini, beberapa langkah boleh dipertimbangkan. Di antaranya pembangunan infrastruktur pertanian, meningkatkan kemudahan asas seperti sistem pengairan dan jalan ladang untuk memudahkan aktiviti pertanian. Yang kedua, pemberian tanah kepada generasi kedua Felda. Mewujudkan skim pemilikan tanah bagi generasi muda untuk menggalakkan penglibatan mereka dalam sektor pertanian. Yang ketiga, latihan dan pendidikan pertanian. Menyediakan program latihan dan pendidikan kepada petani tempatan mengenai teknik pertanian moden dan lestari. Yang keempat, penglibatan dalam projek perladangan. Mengaktifkan semula projek perladangan yang terbengkalai dengan penglibatan komuniti setempat. Dengan pelaksanaan langkah-langkah ini, Zon Kenering berpotensi untuk menjadi penyumbang signifikan dalam memastikan seperti makanan di Perak dan negara secara keseluruhannya. Terima kasih.
Alor Pongsu.
Bagi Pengkalan Baharu dulu Alor Pongsu.
Pengkalan Baharu silasoalan tambahan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah berkaitan dengan industri keterjaminan makanan yang disebut tadi kerang iaitu Simfoni Alam di Sungai Kerang berhampiran dengan saya. Soalan saya adalah berkaitan dengan permohonan TOL, lesen menduduki sementara ternakan kerang. Jadi adakah Simfoni Alam ini dah memperolehi dan bagaimana dengan lain-lain pemohon yang ada mohon pada tahun 2021, 2022 sampai hari ini belum dapat lesen LMS ataupun TOL? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Baharu. Baik. Berkaitan dengan LMS ataupun TOL daripada pemohon-pemohon ternakan kerang bukan sahaja di kawasan Yang Berhormat tetapi di kawasan-kawasan yang lain. Jadi, saya telah dimaklumkan oleh pihak Pentadbir Tanah Daerah sebenarnya dalam proses pertimbangan dan laporan terperinci untuk dipertimbangkan untuk kelulusan bagi tujuan LMS ataupun TOL. Jadi memang Kerajaan Negeri amat prihatin dengan apa yang dihadapi oleh penternak-penternak kerang yang pada masa kini belum mendapat kelulusan TOL ataupun LMS. Jadi Insya Allah, saya yakin dan percaya bahawa dengan kadar masa yang agak sesuai pihak Pentadbir Tanah dan Daerah akan mengemukakan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk pertimbangan kelulusan LMS dan juga TOL kepada penternak- penternak yang telah memohon ladang-ladang kerang ataupun penternak kerang di Kawasan-kawasan yang berkaitan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk mengemukakan soalan. Silakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Astaka Soalan Nombor 4.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Astaka. Salam Sejahtera Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Perpaduan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menjawab soalan daripada Yang Berhormat Astaka berkaitan dengan status Klinik Sitiawan. Klinik Kesihatan Sitiawan adalah klinik jenis ketiga telah mula dibina pada 30 Ogos 2000 dan siap sepenuhnya pada 18 Disember 2001. Klinik ini telah mula beroperasi mulai daripada 17 Jun 2002. Klinik ini hanya berusaha lebih kurang 24 tahun dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, klinik yang tertua di Perak adalah Klinik Parit yang dibina dan mula beroperasi pada September 1956 iaitu hampir 70 tahun.
Balik kepada Klinik Kesihatan Sitiawan purata kedatangan pesakit harian adalah seramai 630 orang sehari. Manakala kedatangan tahunan pada tahun lepas, 2024 ialah sebanyak 151,200 pesakit setahun. Jumlah kakitangan seramai 104 orang. Pembahagian jawatan adalah seperti berikut. Pakar Perubatan Keluarga 3, Pegawai Perubatan 23 orang, Pegawai Farmasi 7 orang, Pegawai Sains Pemakanan seorang, Penolong Pegawai Perubatan 8 orang, Juruteknologi Makmal Perubatan 5 orang, Penolong Pegawai Farmasi 3 orang, Jururawat Kesihatan 21 orang, Juru X-ray 2 orang, Jurupulih Perubatan Fisioterapi 2 orang, Jurupulih Cara Kerja seorang, Jururawat Masyarakat 12 orang, Pembantu Khidmat Pelanggan seorang, Pembantu Tadbir 2 orang, Pembantu Perawatan Kesihatan 6 orang, Pembantu Kesihatan Awam seorang, pemandu kenderaan 2 orang dan Pembantu Awam 4 orang.
Pejabat Kesihatan Daerah Manjung sentiasa merancang bagi membina semula iaitu bangunan gantian Klinik Kesihatan Sitiawan di atas tanah Lot 25874 dengan keluasan 8 ekar yang terletak berhadapan klinik sedia ada. Perkara ini telah dibincang secara terperinci bersama Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah dan keputusan mesyuarat ini adalah tiada halangan untuk diteruskan sekiranya tanah tersebut adalah milik KKM.
Oleh itu, PKD Manjung dalam tindakan untuk memajukan kertas cadangan kepada JKN Perak untuk membina sebuah klinik kesihatan baru menggantikan Klinik Kesihatan Sitiawan yang sedia ada. Dijangkakan kertas cadangan ini akan dimajukan ke JPN Perak sebelum Jun tahun ini. Perbincangan juga telah dijalankan dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak di mana jabatan ini bersetuju bagi memberi laluan bagi kemukakan cadangan ini dalam permohonan Rolling Plan 3 dan RMK-13 dijangka pada tahun 2026. Mengambil kira perancangan pelan induk fasiliti jabatan tersebut. Cadangan klinik gantian yang baru menggunakan Pelan Piawaian (PAP) atau Pre-Approved Plans sedia ada yang memiliki komponen perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh termasuk klinik perubatan keluarga, kesihatan ibu dan anak, klinik warga sihat, pesakit luar, unit penyakit berjangkit, kecemasan, Klinik Pergigian Premier dan kepakaran promosi kesihatan komuniti, rehabilitasi, pengimejan, diagnosis, makmal, farmasi, rekod, perubatan dan pentadbiran.
Perancangan Klinik Kesihatan Jenis 2 yang baru ini mampu mengendalikan kehadiran pesakit sehingga 800 hingga 900 pesakit sehari, jauh lebih tinggi berbanding purata kehadiran sehari klinik tersebut semasa yang kini dalam 630 pesakit sehari. PKD Manjung juga sedang dalam proses mendapatkan tapak yang sesuai bagi pembinaan klinik kesihatan baru di Manjung sejak tahun 2023. Beberapa tapak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah dikenal pasti dan permohonan tukar guna dalam tindakan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Manjung. Isu pemilikan tapak baru dijangka selesai sebelum hujung tahun ini. Sekiranya isu pemilikan tapak baru selesai, pihak Jabatan Kesihatan berhasrat bagi mendirikan satu Klinik Kesihatan Jenis 3 yang baru di Manjung. Usaha ini bertujuan bagi mengurangkan ledakan pesakit di Klinik Kesihatan Jenis 3 Sitiawan yang sedia ada. Terima kasih.
Soalan tambahan, Astaka sila.
Terima kasih YB Exco, terima kasih Kerajaan Negeri dan usaha PKD yang nampak keperluan di Klinik Kesihatan Sitiawan yang perlu kita, dengan izin upgrade klinik yang sedia ada. Soalan saya berkenaan juga di daerah Manjung di mana kami menerima banyak aduan mengenai Hospital Manjung di mana apron slab dan longkang di sekeliling hospital tersebut sudah rosak. Soalan saya, apakah tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.
Terima kasih, Astaka. Hospital Seri Manjung dibina semula pada tahun 1994 dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1997 di atas tapak keluasan 46 ekar. Hospital yang berkapasiti katil sebanyak 305 ini mendapat satu lagi projek pembinaan blok tambahan dengan kos pembinaan sebanyak RM145.6 juta yang diserah pada tahun 2024. Dengan penambahan katil sebanyak 48, menjadikan jumlah katil rasmi adalah 353 pada masa ini. Kadar pengisian katil untuk hospital ini sentiasa melebihi 95%, menjadikan hospital ini antara salah satu hospital awam yang menerima kunjungan pesakit tinggi di negeri Perak dan adalah hospital pakar dan hospital kluster. Salah satu masalah kronik yang dikenalpasti di hospital ini adalah masalah pemendapan yang sering berlaku akibat struktur tanah berprofil berhampiran pantai. Keadaan ini menyebabkan isu runtuhan apron, bangunan yang nyata selain menyebabkan masalah kerosakan kepada struktur longkang.
Walaupun struktur bangunan utama masih kukuh kerana berada pada jajaran piling yang menyokong piling yang menyokong strukturnya namun permukaan sekeliling mengalami kerosakan. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak bersama Jabatan Kerja Raya meninjau ini dan berpandangan perlu ada kerja-kerja naik taraf bagi menangani isu ini kerana ia menjurus kepada masalah lain seperti mewujudkan tempat perlindungan haiwan berbahaya seperti biawak dan ular. Walaupun pihak Edgenta, syarikat konsesi kawalan penyelenggaraan masih cuba melakukan kerja-kerja rawatan namun masalah ini masih terjadi-jadi.
Perkara tersebut diangkat kepada perhatian Yang Berhormat Menteri Besar sewaktu lawatan beliau ke Hospital Seri Manjung pada 21 November 2024 dan dengan ehsan dan keprihatinan beliau, hospital ini menerima kelulusan peruntukan sebanyak RM800 ribu untuk fasa pertama, kerja-kerja naik taraf apron dan longkang yang terjejas sepatutnya akibat mendapan. Kelulusan peruntukan ini diterima pada Februari 2025 dan pihak hospital serta Jabatan Kerja Raya Manjung dalam tindakan melaksanakan proses perolehan kerja bagi melantik kontraktor untuk melaksanakan kerja penambahbaikan. Projek ini dijangka mula pada Jun 2025 dan selesai sepenuhnya pada hujung Oktober 2025. Jabatan Kesihatan Negeri Perak berhasrat bagi menyelesaikan baki kerja tambahan menjelang tahun 2026 melalui Peruntukan Pembangunan Butiran Projek, BP06 yang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2026.
Tambah daripada situ, Hospital Manjung juga telah menghantar satu permohonan kepada saya, dengan izin saya ingin bacakan dalam Inggeris, Application for Financial Assistance Purchase Medical Equipment for Nursing Hospital Seri Manjung. Ini adalah kebiasaan Kerajaan Negeri tidak akan memberi peruntukan untuk membeli peralatan tetapi apabila isu ini dibawa ke perhatian Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan daripada apa yang kita difahamkan ini adalah untuk wad kanak-kanak di mana justifikasi bagi alatan ini adalah satu lack of proper equipment led to significant complication in our premature baby, anak yang lahir kurang tempoh. Such as retinopathy of premature baby with retinal detachment. Two, large area of coverage to significant development in Manjung district on point for increase in population and birth rate in the district. Thus, increase in sick babies, intensive care service. Dan tiga, to ensure critical care services in nursing can be carry out effectively without compromising safety.
Jadi apabila saya bawa ini ke perhatian Dato’ Seri dan terus MMK telah meluluskan satu lagi peruntukan untuk membeli alatan ini iaitu fabian therapy evolution dengan nilai RM65 ribu dan RM65 ribu telah pun masuk ke dalam akaun hospital dan mereka akan dapat alat ini daripada Kerajaan Negeri. Terima kasih
Alor Pongsu.
Alor Pongsu, sila.
Terima kasih YB Exco, Timbalan Yang di-Pertua. Yang pertamanya saya nak tanya kepada YB Exco, status Klinik Baru Bagan Serai. Sidang lepas saya dah tanya, nak dipindahkan ke Matang Gerdu, ke Dun saya apa statusnya? Kemudian yang kedua, complaint utama sekarang perkhidmatan kesihatan di kawasan Alor Pongsu, Bagan Serai adalah tentang perkhidmatan ambulans. Di pagi hari raya, dua kanak-kanak di Kampung Matang Tengah Changkat Lobak telah dilanggar oleh kereta. Seorang meninggal dunia, yang cedera parah ambulans datang dekat satu jam YB. Saya nak tanya apakah status bilangan ambulans, perkhidmatan ambulans di Alor Pongsu dan Bagan Serai? Terima kasih.
Yang pertamanya berkaitan dengan status Hospital Bagan Serai. Menurut maklum balas yang saya terima, Hospital Bagan Serai…
Klinik. Klinik, YB Exco.
Klinik Bagan Serai. Yang kedua, yang berkaitan dengan ambulans saya terpaksa dapat maklum balas daripada klinik ini dan berkaitan dengan, boleh saya dapat balik soalan tentang klinik Bagan Serai?
Saya difahamkan klinik baru Bagan Serai dah dapat peruntukan ataupun telah mendapat kelulusan dan saya juga difahamkan disebabkan keluasannya tak cukup besar di pekan Bagan Serai, klinik itu akan dipindahkan ke Dun saya. Memang ada reserve yang besar di Kementerian Kesihatan di kawasan Matang Gerdu, saya nak tahu statusnya? Rakyat menunggu tu YB.
Saya mohon maaf saya tak dapat jawab soalan itu tetapi saya akan memberi jawapan bertulis. Terima kasih.
Terima kasih kepada YB Exco. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk mengemukakan soalan. Sila.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Trong soalan nombor 5.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Trong. Untuk makluman Yang Berhormat Trong, dalam usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi Kerajaan Negeri Perak melalui Perak Investment Management Centre atau Invest Perak telah membangunkan Pelan Perindustrian Perak ataupun P3 untuk 2021 hingga 2030 yang menggariskan pelan tindakan bagi menggalakkan lagi pelaburan berkualiti tinggi masuk ke Negeri Perak. Pelan Perindustrian Perak selari juga dengan New Industrial Master Plan 2030 atau NIMP 2030 yang dibangunkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia atau lebih dikenali sebagai MITI.
Antara lima sektor utama yang telah difokuskan dalam P3 adalah sektor Electricals dan Electronics atau lebih dikenali sebagai E&E, Automotive, Mineral-Based Industries, Halal and Biotech serta Digital Economy. Pemilihan sektor fokus utama ini adalah berdasarkan kajian ketersediaan ekosistem dan rantaian nilai yang ada di Perak serta negeri berhampiran yang mampu memberi impak positif kepada negeri Perak. Bagi memastikan pelaburan-pelaburan berkualiti yang dapat ditarik, pendekatan mesra pelabur telah diambil oleh Kerajaan Negeri Perak dengan memudahcara proses kemasukan pelabur ke negeri Perak dengan kerjasama Invest Perak, MIDA dan NCIA.
Malah, usaha negeri Perak serta rakan-rakan strategik untuk terus membangunkan lagi taman perindustrian yang mempunyai infrastruktur tersedia bakal melonjakkan lagi peluang untuk negeri Perak dalam mendapatkan pelaburan berkualiti ke negeri Perak. Usaha berterusan Invest Perak dalam melaksanakan aktiviti penggalakan pelaburan serta seperti penyertaan ke dalam pameran di peringkat domestik ataupun antarabangsa, misi-misi pelaburan bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar ataupun YB Exco, saya sendiri serta kerja-kerja komunikasi secara rapat tanpa perlu keperluan untuk keluar negara secara berterusan dengan pemain-pemain industri dan yang akan sentiasa diberi tumpuan dalam memastikan pelaburan berkualiti dapat terus ditarik bagi tahun 2025 dan tahun-tahun berikutnya.
Soalan tambahan?
Terima kasih sahabat saya daripada Jalong yang memberikan jawapan. Soalan tambahan ialah iaitu pada tahun 2023. Jadi, ada lawatan kerja Delegasi Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ke negara China yang mana di dalam delegasi ini, dikhabarkan Perak menerima pelaburan sebanyak RM2 billion yang mana daripada pihak daripada Syarikat Zhejiang Sinopont yang bakal untuk membina kilangnya di negeri Perak. Jadi saya mohon penjelasan, apakah status terkini kilang tersebut? Adakah sudah dibina dan beroperasi? Dan berapakah jumlah peluang pekerjaan yang disediakan untuk rakyat negeri Perak? Serta yang terakhir ialah selain daripada negara China, siapakah lagi pelabur-pelabur asing yang bakal masuk atau yang telah masuk di negeri Perak iaitu pada tahun 2025 ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Siapa yang bakal 2025? Jawapan dia dua. Satu, saya tak tahu lagi siapa yang nak masuk sebab kita tengah berunding. Dua, benda orang-orang yang tahu pun kita tak boleh nak buka sebab mereka ada perjanjian NDA dengan kita. So, itu kita tak boleh bagitahu. Tapi untuk Sinopont saya boleh bagitau Yang Berhormat, sebenarnya mereka telah masuk ke Ipoh pun. Cuma sektor yang mereka terlibat adalah berkaitan dengan sektor solar panel dan seperti yang kita tahu benda ni berlaku dan juga apa yang kita katakan perang dagang antara Amerika dengan China dan ia melibatkan satu sektor yang amat-amat sensitif. Jadi untuk data-data dan pergerakan mereka akan sentiasa berubah. Untuk data-data yang spesifik kita akan bagitahu secara terperinci kepada Yang Berhormat kemudian. Terima Kasih.
Terima kasih.
Manjoi, Timbalan Speaker?
Masa sudah tamat. Terima kasih kepada semua ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi Soalan Lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca Aturan Urusan Mesyuarat yang berikut.
Usul yang telah diberi notisMotion
Perkara yang kelima. Usul yang telah diberi notis. Usul Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku. Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Terima kasih.
Ada sokongan?
Timbalan Yang di-Pertua, Astaka menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu Usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku. Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah pun mendapat sokongan. Sekarang persoalan ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong Kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama 40 minit seorang. Manakala masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain adalah selama 20 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Perpaduan, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani kepada semua Adun, semua pegawai agensi, rakan media dan rakyat Negeri Perak yang tengah mengikuti siaran langsung atas talian. Timbalan Yang di-Pertua, saya berdiri hari ini dengan penuh rasa tanggungjawab untuk menyahut Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang telah bertitah dalam nada yang cukup berwibawa, makna yang mendalam, skop yang meluas di mana Tuanku telah menyentuh soal pembangunan, ekonomi, pendidikan, kelestarian, kesihatan, perpaduan dan kemanusiaan. Sarat dengan nasihat, teguran serta panduan Duli Yang Maha Mulia Baginda untuk kita semua memimpin negeri ini ke arah yang lebih sejahtera dan makmur. Sesungguhnya Titah Tuanku bukan sekadar ritual dalam pembukaan Dewan, tetapi merupakan cerminan harapan Tuanku terhadap masa depan negeri Perak dan suatu waqaf amanah yang harus kita hayati dan terjemahkan dalam bentuk dasar, pelaksanaan dan hasil yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, sebelum memulakan perbahasan saya, saya juga ingin merakamkan ucapan takziah atas pemergian sahabat kita, Allahyarham Yang Berhormat Ishsam Shahruddin, Adun Ayer Kuning. Sila izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.
Pergi berburu di Tanah rata, Singgah di denai mencari rusa, Ayer Kuning kehilangan permata, Disegani ramai dikenang jasa.
Pemergian beliau bukan hanya satu kehilangan buat Dewan ini tetapi kepada dunia sukan, kepada rakyat Perak dan kepada negara kita. Nama beliau kekal terpahat dalam ingatan rakyat sebagai pemimpin yang dekat di hati rakyat. Sesungguhnya sebagai wakil rakyat, kita semua memikul amanah besar bukan sahaja terhadap pengundi di kawasan masing-masing tetapi terhadap seluruh rakyat negeri Perak yang mahu melihat negeri ini terus stabil, maju dan membangun.
Timbalan Yang di-Pertua saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri atas pencapaian ekonomi yang membanggakan. Kutipan hasil negeri tahun 2024 mencatat angka RM1.33 billion meningkat lebih RM118.5 juta berbanding tahun sebelumnya. Timbalan Yang di-Pertua, pencapaian ini bukan satu kebetulan tetapi hasil usaha Kerajaan Negeri menyusun semula struktur kutipan hasil, meluaskan sumber pendapatan dan mengurangkan ketirisan. Yang lebih membanggakan, negeri Perak mencatatkan surplus bajet sebanyak RM45.6 juta. Bagi sebuah negeri yang tidak memiliki sumber asli seperti minyak dan gas, ini pencapaian luar biasa yang perlu kita raikan dan pertahankan. Sepanjang tahun 2024, Perak berjaya mencatat jumlah pelaburan melebihi RM8.74 billion, meningkat lebih 2.7% berbanding tahun sebelumnya. Ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri yang stabil dan mesra pelabur. Pelaburan ini bukan sahaja mencipta peluang pekerjaan malah membawa limpahan ekonomi kepada usahawan tempatan dan perusahaan kecil sederhana.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan ini berkenaan prestasi pelaburan ini dengan membuat perbandingan dengan negeri-negeri di bawah parti pembangkang khususnya Kelantan dan Terengganu yang di bawah pentadbiran parti pembangkang. Mengikut data MIDA tahun 2024, Kelantan dan Terengganu mencatatkan pelaburan jauh lebih rendah berbanding Perak iaitu di Kelantan RM2.15 billion dan Terengganu RM0.61 bilion, berbanding dengan Perak RM8.74 billion. Kenapa? Kerana Kerajaan Perpaduan Negeri Perak kita tidak terhenti mengatur langkah untuk memajukan negeri kita. Malah, negeri yang dipimpin oleh parti lain tidak fokus kepada pembangunan ekonomi. Mereka lebih sibuk dengan ceramah politik untuk mengapi-api, menakut-nakutkan rakyat dengan propaganda dan mencetuskan polemik kaum dan agama. Ini membuktikan bahawa pelabur tidak hanya menilai potensi geografi atau sumber negeri tetapi melihat kepada situasi politik, kecekapan pentadbiran dan kejelasan dasar di negeri tersebut. Kejayaan meraih pelaburan yang lebih banyak untuk negeri Perak ini adalah usaha-usaha Kerajaan Perpaduan mahupun di peringkat negeri atau pun peringkat persekutuan.
Timbalan Yang di-Pertua, kini negeri Perak sedang berada di tahun keemasannya untuk kita kembali membangunkan ekonomi negeri Perak sebagai negeri yang utama di negara kita. Dengan tokoh-tokoh pimpinan Kerajaan Perpaduan turut berasal dari negeri Perak seperti Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Ahli Parlimen Tambun, Timbalan Perdana Menteri 1 merangkap Menteri KKTW yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk, dua orang menteri iaitu Menteri KPKT yang merupakan Ahli Parlimen Teluk Intan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Ahli Parlimen Tanjong Malim. Maka Kerajaan Persekutuan diharapkan dapat membantu Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pelbagai projek dan inisiatif yang dapat merancakkan ekonomi negeri kita. Kerajaan Negeri telah pun melancarkan beberapa projek berimpak tinggi jangka masa panjang yang bakal menarik lebih banyak pelaburan ke negeri kita. Salah satu dengan izin game changer di negeri Perak ialah pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park ataupun dikenali sebagai KIGIP di utara Perak. Satu projek mega berimpak tinggi yang menjadi simbol komitmen Kerajaan Negeri terhadap ekonomi hijau dan perindustrian mampan. KIGIP dijangka dapat menjana pelaburan kumulatif lebih RM20 bilion menjelang tahun 2030. Menjadikan kawasan Kerian sebagai pintu masuk pelaburan ke utara Perak.
Di tengah negeri pulak terletaknya Silver Valley Technology Park (SVTP) di Khantan melibatkan pembangunan di kawasan seluas 730.2 hektar di tanah milik PKNPk yang bakal menyediakan 13,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Perak dengan anggaran nilai pembangunan kasar GDV sebanyak RM1.03 billion. Ia dijangka membawa pelaburan langsung asing, FDI dan domestik bernilai RM14 billion dalam tempoh antara 5 hingga 10 tahun. Di selatan Perak pulak kita ada Automotive High-Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim yang terus mencuri perhatian dunia automotif, khususnya dalam bidang kenderaan elektrik (EV). DRB-Hicom dan Geely telah mula memacu pembangunan ekosistem EV yang dijangka mewujudkan lebih 32,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung. Kejayaan pelancaran AHTV ini adalah satu langkah strategik yang mampu meletakkan Perak sebagai hub automotif utama negara. Di bahagian barat pula kita ada Projek LuMIC, Lumut Maritime Industrial City yang sedang dinanti-nantikan untuk dibangunkan sebagai hub maritim dan logistik antarabangsa. Walaupun baru dilancarkan, projek LuMIC ini dijangka dapat memanfaatkan kekuatan geografi Perak di sepanjang pesisir pantai barat dan meningkatkan…
Astaka. Terima kasih sebab saya Astaka. Saya tertarik dengan apa yang sebut Astaka berkenaan projek LuMIC. Projek yang sangat besar dan projek ini ialah projek pembangunan industri di Lumut. Penting untuk kita semua tahu di sini saya seingat saya, saya ada bangkit sebelum ni pada Menteri Besar supaya pihak PKNP dan Kerajaan Negeri, boleh tak buat satu taklimat dan pembentangan kepada kita semua Adun-Adun Kerajaan Negeri dan juga Pembangkang. Sebab ia melibatkan kepentingan awam dan saya tengok banyak perkara-perkara yang penting yang perlu kita tahu dan saya rasa rakan saya Astaka, orang muda berseteru dengan saya, supaya kita tidak mahu projek-projek besar di negeri kita ini berulang macam mana pernah berlaku di MAPS, Meru. MAPS dalam kawasan Manjoi. Hari ni MAPS telah pun roboh, telah pun ranap dan gajah putih. Kita tak mahu projek-projek besar macam ni hanya tinggal kenangan dan sebagai orang muda pelapis kepada negeri ini, sehingga benda penting untuk kitalah untuk masa depan dan saya desak supaya jika boleh Astaka bersetuju, PKNP boleh membentangkan kepada kami juga Adun Pembangkang untuk kita tahu apa yang berlaku terhadap projek LuMIC yang membelanjakan lebih berbillion-billion duit negeri kita. Terima kasih.
Saya percaya PKNPK memang bersedia kerana LuMIC ini masih baru lagi. Minggu yang lepas baru buat satu pelancaran presentation berkenaan dengan LuMIC dan saya rasa mesti PKNPk sedia untuk memberi maklumat yang lebih lanjut kerana saya sebagai Adun, saya juga sangat-sangat tahu, nak tahu tentang projek LuMIC yang akan dijalankan di kawasan saya daerah Manjung. Oleh itu, saya harap PKNPk bolehlah mengaturkan satu pembentangan untuk Adun. Saya meneruskan perbahasan saya. Ya saya sentuh tentang LuMIC di mana projek ini dijangka memberi kesan ekonomi rantaian yang besar kepada sektor pengangkutan, pembinaan kapal latihan maritim serta eksport barangan dan logistik.
Timbalan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh dasar dan pendekatan ekonomi yang inklusif ini yang memberi peluang kepada semua tanpa mengira daerah, kaum, agama mahupun latar belakang politik. Namun, saya juga ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri di mana pembangunan-pembangunan projek ini haruslah mengenengahkan satu timeframe dengan izin, di mana tahap kemajuan perlu diteliti dan dinilai semasa ke semasa untuk mengelakkan ia menjadi pengumuman kosong dan tidak membuahkan hasil seperti apa yang berlaku dahulu. Kita faham bukan senang bagi menarik pelaburan ke negeri kita. Negeri kita bukan sahaja berdepan dengan persaingan dari negara lain untuk menarik pelaburan, malah juga bersaing dengan negeri-negeri lain.
Oleh itu, kita kena tanya dengan izin why Perak? Kenapa Perak? Apa kelebihan kita berbanding dengan negeri lain? Apa insentif yg kita boleh tawarkan kepada pelabur? Oleh itu, Kerajaan Negeri harus terus memainkan peranan membantu dan bukan menyusahkan dengan izin facilitate not force faststreme. Sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri kita boleh sentiasa memastikan setiap jabatan dan agensi dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik, lebih efektif dan lebih laju. Kita jangan ada yang fail diserahkan, dihantar tetapi tidak gerak di jabatan-jabatan. Saya difahamkan ada juga kes penukaran syarat tanah mengambil masa dua tahun ke atas dan ini melambatkan proses permohonan di mana pelaburan datang ke negeri kita tapi tidak mendapat satu proses yang lebih cepat. Ini akan menjadi halangan kepada pelabur-pelabur terus melabur di negeri kita dan juga ada juga PBT yang mengenakan multiple licence dengan izin atau lesen berganda di mana charges multiple licence dikenakan kepada perniagaan dan juga ada permit kerja awalan dikenakan berpuluh-puluh ribu ringgit. Oleh itu, saya menyeru Kerajaan Negeri harus memperbaiki dan membantu menyelesaikan masalah-masalah teknikal ini supaya proses pelaporan lebih lancar dan teratur.
Timbalan Yang di-Pertua, semua perancangan jangkamasa panjang ini hanya boleh direalisasikan dengan satu syarat iaitu kestabilan politik dan kestabilan sosial. Tanpa kestabilan politik, kesinambungan dasar tidak akan berlaku dan tidak ada pelabur yang mahu menanam modal berpuluh-puluh juta ringgit. Tanpa kestabilan politik, perancangan jangka panjang ini tidak akan menjadi kenyataan. Lihat sahaja apa yang berlaku di negara kita pada tahun 2020 hingga 2022 ataupun negeri yang sering bertukar Menteri Besar atau dikuasai oleh gabungan rapuh. Ekonomi menjunam, pelabur lari, projek terbengkalai dan akhirnya rakyat menanggung akibatnya. Perak bernasib baik kerana memiliki kepimpinan yang jelas pentadbiran yang stabil dan hala tuju pembangunan yang konsisten. Ini menjadi faktor penarik kepada pelabur tempatan dan antarabangsa. Selain itu, kestabilan sosial turut amat penting kerana masyarakat yang aman dan harmoni akan menambah keyakinan pelabur asing kepada negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua, saya amat tertarik dengan Titah Tuanku menyentuh tentang bagaimana kesatuan dalam kepelbagaian menjadi kekuatan kita. Aidilfitri, Chingming, Ugadi, Vaisaki, semua perayaan ini diraikan dengan aman dan harmoni di negara kita. Seperti mana yang dititahkan oleh Tuanku, keamanan ini bukan mudah dicapai. Mesej ini turut saya kongsikan kepada komuniti-komuniti tempatan semasa saya mengadakan jamuan Sambutan Hari Raya di kawasan saya. Perpaduan yang kita telah capai, harus kita kekalkan dan pertahankan dengan sedaya upaya. Namun, segala keharmonian ini terancam apabila wujud kelompok yang terus meniup api kebencian. Golongan ini menjadikan agama sebagai alat politik dan kaum sebagai tembok pemisah. Mereka ingin menjadi hero, mereka ingin meraih undi. Malangnya, apabila kita berusaha menyatukan rakyat dan membina negeri, ada pihak seperti PAS yang terus mengamalkan politik fitnah...
Beri laluan.
…perkauman dan perpecahan. Ya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Astaka. Kita mintak beri penjelasan menyebut secara terang PAS menggunakan agama. Tolong jelaskan apa agama yang digunakan?
Ya, saya ingin merujuk kepada insiden pada pagi ini di mana Ketua Pembangkang kita, Gunong Semanggol telah digantung enam bulan. Sudah jadi umum. Beliau seorang pemimpin yang sudah kalah beberapa kes saman fitnah. Saya menyeru semua yang kita ada dalam Dewan ini, kita jangan lagi mengamalkan politik fitnah, perkauman atau pun perpecahan lagi.
Astaka. Manjoi. Astaka, saya nak mencadangkan supaya Astaka…
Sebagai seorang pemimpin….
…Astaka tolong refer Ahli Parlimen Raub. Hari ini Raub telah derhaka kepada Sultan. Raub derhaka pada Sultan, Raub langgar undang-undang… Astaka kena jelas…
…yang derhaka kita nampak di sana lebih ramai sikit.
Astaka, apa berlaku di Raub sekarang ni?
Ahli-ahli Yang Berhormat…
Jelaskan mana yang menggunakan agama tu…
Saya faham perasaan dan semangat Ahli-Ahli Yang Berhormat…
Kalau guna agama untuk orang Islam sahaja.
Kalau mempertahankan perkara-perkara….
…bukan non Muslim…
…Cuma saya minta…
Jangan main sentimen agama...
YB Astaka. Sila…
Jangan silap sebut.
Astaka sila…
Astaka you jangan sentuh isu orang Islam.
Kalau betul, tarik balik la…
You tengok apa yang berlaku di Raub hari ini.
Takde.
Yang Berhormat, duduk.
Melawan Sultan Pahang.
Saya tak bincang pasal agama pun.
Kalau berani sebut, berani tanggungjawablah.
Astaka main sentimen perkauman dalam Dewan.
Kita hanya bincang soal fitnah...
Astaka, jangan main isu perkauman dalam Dewan. Cuba tengok DAP yang mulakan sentimen perkauman....
Pihak sana pun yang kalah…
Ahli-ahli Yang Berhormat, semua duduk. Saya faham perasaan dan semangat Yang Berhormat yang punya perjuangan. Saya faham. Sila semua duduk dulu. Yang Berhormat, sila duduk dulu.
Timbalan Yang di-Pertua, saya tidak akan menarik balik...
Saya faham perasaan semua Ahli-ahli Yang Berhormat punya perjuangan. Saya faham.
Saya minta Speaker bila dengar macam tu kawal awal.
Timbalan Yang di-Pertua saya tidak akan menarik balik…
Bila sebut pasal agama tolong Speaker kawal...
Hak kita, agama kita, cakap tentang agama kita. Apa masalah?
Kita junjung Titah Tuanku dalam kesimpulan adalah memperkuatkan ekonomi dan keamanan dan juga kestabilan dan keharmonian. Kita tak jatuhkan Dewan mulia ini.
Timbalan Yang di-Pertua...
So, sila.
Saya minta Astaka tarik balik.
Yang lain…Yang Berhormat, sekarang…Yang Berhormat sekarang Astaka punya floor. Sila duduk.
Tarik balik lah Astaka. Tarik balik.
Yang makan cili dia yang rasa pedas la...
DAP derhaka Sultan. DAP derhaka pada Sultan, you tak mau sebut. MP Raub derhaka sultan, you tak mau sebut.
Duduk semua.
You punya parti masalah. You tak mau sebut. You mention PAS.
Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat duduk semua. Duduk.
Saya minta Timbalan Speaker suruh dia tarik balik.
Astaka, sila. Seterusnya…
Suruh dia tarik balik.
Sila sambung.
Tarik balik la.
Dia suruh PAS buat tuduhan DAP derhaka Sultan.
Astaka, sila.
Yang tahu, tahulah. Ok. Saya merujuk kepada Titah Tuanku kerana ini satu….
Tarik balik dulu. Tarik balik dulu.
Saya nak merujuk Titah Tuanku. Hormat boleh? Tadi kata derhaka. Saya nak merujuk Titah Tuanku…
Tak ada kompromi bab agama. Jangan mudah-mudah nak sebut. Ingat kami tak ada hati ke.
Saya nak merujuk kepada Titah Tuanku. Timbalan Yang di-Pertua, di perenggan 34…
Tarik balik lah dulu. Apa masalah?
…di mana Titah Tuanku mengatakan perkara mengenai agama dan kaum…
Itu Titah Tuanku, kita faham.
…semakin disensasikan. Semakin ditunggang oleh mereka yang mau diiktiraf sebagai wira kaum dan wira agama meskipun berpotensi...
Yang tunggang macam MP Raub.
Saya rasa ini cukup jelas…
Astaka. Astaka.
Saya tidak akan menarik balik dan saya ingin meneruskan saya punya perbahasan…
Kalau ada Perintah Tetap, sila baca. Mana?
Timbalan Speaker, Perintah Tetap. Titi Serong. Saya nak redakan keadaan sikit biar…
Sila baca. Mana?
Baik. 40(6). 40(7) seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli. Tadi jelas disebutkan sehingga berlaku kekacauan menyatakan PAS menggunakan agama, salah guna agama dan sebagainya. Jadi saya nak nyatakan beri bukti, beri bukti. Kalau tidak ada saya minta Timbalan Speaker boleh buat ketetapan sama ada tarik balik atau pun kita nak buat kenyataan usul khusus dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin…
Astaka, sila bagi penjelasan.
Ya, saya ulangkan satu lagi, sekali lagi. Mungkin nanti malam boleh check hansard juga. Saya mengulangkan satu lagi saya kata, malangnya apabila kita berusaha menyatukan rakyat dan membina negeri, ada pihak seperti PAS yang terus mengamalkan politik fitnah, perkauman dan perpecahan. Ini betul. Ini telah dibuktikan.
Apa yang salahnya…apa yang salahnya? Betullah tu.
Sudah dihakimi oleh Dewan yang mulia ini, Gunong Semanggol fitnah dan sudah dihakimi digantung 6 bulan lagi.
DAP lagi banyak fitnah la.
Apa salahnya, tadi siapa yang kata saya mengaitkan dengan agama…
Dengar betul-betul sebelum nak bantah. Tengok hansard dulu.
Minta maaf terus minta maaf kata saya mengaitkan PAS dengan agama. Saya tak sebut agama.
Boleh kita tengok balik. You kata sebelum ni banyak mainkan isu, bermain politik dan agama.
Cukuplah…cukuplah…cukuplah Astaka sila sambung yang tajuk lain. Sila.
Itu merupakan rujukan kepada titah Tuanku. Boleh check hansard.
Tronoh, Tronoh sila, ini Astaka punya floor. Yang lain semua duduk. Kalau ada apa boleh rujukan dalam hansard pada malam ini. Ok. Sila sambungkan.
Merujuk kepada ucapan Timbalan Yang di-Pertua.
Duduk, cukup. Semua cukup. Duduk. Yang Berhormat Astaka sila. Tronoh duduk. Tronoh.
Timbalan Yang di-Pertua terbuktilah apa yang dirisaukan oleh masih berlaku lagi dimana saya ingin lagi memetik di perenggan 35 titah Tuanku di mana Tuanku bertitah sangat mendukacitakan politik kebencian dijadikan pilihan dan dikhuatiri negara bakal menghadapi warga yang tidak lagi bersatu malah membenci dan memusuhi antara satu sama lain. Inilah sebab kenapa saya bangkitkan dalam perbahasan saya kerana ini jadi satu isu yang sangat-sangat serius dalam negara kita, dengan izin polarization kaum atau politik ini sangat serius di negara kita. Oleh itu, saya harap yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan. Harap-harap rakan-rakan di sebelah sana jangan belajar seperti mana Ketua Pembangkang yang sudah lakukan. Kita henti-hentikanlah politik kebencian ini. Saya meneruskan Timbalan Yang Di-Pertua kerana kemajuan negeri ini tidak akan bertahan sekiranya kita terus dibayangi oleh politik fitnah dan kebencian. Kita nampaklah sikap perangai pembangkang hari ini tidak membina, hanya ingin meruntuhkan, tidak menyumbang, hanya mencelah dan…
Tuduhan fitnahlah Astaka cukup. You banyak tuduh fitnah ni.
mereka seolah-olah tidak mahu negeri maju, jika tidak berkuasa…
DAP banyak DAP pun banyak fitnah.
Kita menyeru, saya menyeru.
Astaka you ni bahas betul-betul. You sentiment, you tarik panjang, DAP pun banyak kali. You jangan you suci. Sekarang ini apa berlaku di Raub.
Timbalan Yang Di-Pertua, banyak kacau nanti saya.
Lim Guan Eng pun sendirilah dalam kes rasuah.
Mahu tunjuk baik.
Isu tadi
Astaka sila sambung.
Timbalan Yang Di-Pertua…
Saya nak move on dah.
Timbalan Yang Di-Pertua sekat daripada dia membuat provokasi. Ucapan yang penuh dengan provokasi.
Maka rakyat di Ayer Kuning akan membuat pilihan
Ini ucapan kebencian ni. Tak ada nilai untuk negeri, ucapan you penuh provokasi.
Saya faham semua Yang Berhormat perasaan dan semangat Yang Berhormat saya faham.
Ucapan menyokong usul ni yang bawa kepada.
Kita kena junjung titah Tuanku.
Kita memperkuatkan ekonomi, keamanan, keharmonian.
Bukan macam Astaka.
…dan kestabilan. Sila, sila. Astaka sila sambung.
Bila saya sembang ekonomi tak ada pula banyak celah hanya saja Manjoi. Yang celah.
Fokus dalam titah Tuanku. Sila, sila yang lain duduk. Sila.
Saya menyeru rakyat di Ayer Kuning supaya memilih calon yang menyambung kesinambungan kestabilan dan kemajuan. Calon yang mewakili perpaduan, kesederhanaan dan kesungguhan bekerja untuk rakyat. Kita tidak mahu wakil rakyat yang hanya hadir semasa ceramah tetapi hilang bila rakyat susah. Kita tidak mahu ahli politik yang menjadikan agama.
Ok, saya skip lah nanti kawan saya dia bangun lagi. Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua saya juga ingin mengiktiraf usaha Kerajaan Negeri dalam menaik taraf kemudahan asas seperti jalan luar bandar, sistem saliran serta prasarana kesihatan dan pendidikan. Di Dun Astaka, Klinik Kesihatan Sitiawan diharap boleh dinaik tarafkan dari jenis 3 kepada jenis 2 kerana menghadapi bilangan pesakit yang semakin ramai setiap hari dan ruang yang terhad. Tadi kita telah mendengar berita baik daripada YB Exco dan kita berharap kelulusan peruntukan Kerajaan Persekutuan dapat disegerakan. Begitu juga dengan masalah banjir kilat di pekan Sitiawan, di mana hampir setiap kali apabila hujan lebat sesetengah kawasan perumahan akan berlaku banjir kilat. Kawasan yang terjejas lebih daripada 15 taman perumahan di mana setiap tahun mesti berlaku 2 hingga 3 kali banjir kilat.
Baru-baru sahaja pada 4 hari bulan April yang lalu banyak taman perumahan telah menghadapi lagi masalah banjir kilat walau pun hari tersebut dilanda dengan taburan hujan luar biasa namun setiap tahun berlaku 2-3 kali. Maksudnya sistem perparitan yang sedia ada memang tidak dapat menampung pengaliran atau discharge dengan izin air yang ada sekarang. Saya amat berharap pihak berkuasa dapat memberi peruntukan yang diperlukan bagi menaik taraf sistem perparitan yang semakin tidak dapat menampung keperluan. Di samping itu, dalam titah Tuanku turut telah menyentuh tentang dasar perumahan negeri yang mewajibkan 40% rumah mampu milik bagi setiap projek melebihi 20 ekar. Ini menunjukkan usaha Kerajaan Negeri membantu rakyat memiliki rumah, namun dasar tersebut mungkin harus ditambah baik. Ini kerana banyak pihak pemaju yang mengatakan bahawa dasar ini tidak adil kepada pemaju-pemaju yang kini didepani dengan pelbagai cabaran termasuklah pasaran hartanah kini yang masih sedang memulih dan kos pembinaan yang semakin melambung akibat daripada ekonomi dunia yang tidak menentu. Kos yang lebih tinggi itu akhirnya masih ditanggung oleh pembeli-pembeli rumah yang lain dengan harga rumah biasa meningkat. Sebaliknya terdapat keperluan yang tinggi untuk rumah kos rendah oleh golongan B40.
Oleh itu bagi mencapai situasi win-win dengan izin, Kerajaan Negeri harus terus mempertimbangkan untuk membuat jalinan usahasama atau pun joint venture dengan syarikat pemaju supaya dapat menawarkan lebih banyak projek-projek rumah kos rendah. Timbalan Yang Di-Pertua perancangan bandar ini adalah amat penting supaya keperluan asas rakyat untuk memiliki rumah yang aman dan damai dapat di realisasikan di kawasan saya. Beribu-ribu penduduk kini menghadapi satu dilema di mana kawasan perumahan mereka bakal dibina satu pusat latihan udara tentera TLDM. Sebelum ini zoning tanah tersebut telah ditukar kepada zoning perumahan dan susulan itu banyak taman perumahan telah dibangunkan tetapi tiba-tiba sekarang ia dipohon untuk kembali kepada zoning institusi bagi membina pusat latihan tersebut. Saya percaya semua pihak tidak menolak cadangan untuk membina pusat latihan udara tentera di daerah Manjung tetapi ia harus jauh daripada kawasan perumahan. Tempoh bantahan telah dilaksanakan dan lebih daripada 800 penduduk telah menghantar bantahan mereka kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
Antara sebab-sebab yang diutarakan termasuklah faktor keselamatan dan kacau ganggu yang akan disusuli selepas pembinaan pusat latihan udara tersebut. Kita belum lupa lagi pada tahun lepas ada satu insiden kemalangan dua helikopter di TLDM yang mengakibatkan kehilangan 10 nyawa. Penduduk-penduduk di sana amat khuatir kepada insiden yang sama akan diulangi dan membawa risiko kepada rumah- rumah, sekolah, tempat ibadat yang ada di kawasan-kawasan tersebut. Kita harus berlaku adil kepada pemilik-pemilik rumah sedia ada yang membeli rumah kerana kawasan tersebut yang tenang yang asalnya zoning adalah perumahan.
Selain itu, kawasan tersebut turut merupakan satu satunya tanah kosong yang tinggal berdekatan dengan pekan Sitiawan yang boleh dibangunkan sebagai bandar satelit pekan Sitiawan. Oleh itu, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula permohonan tersebut dan tanah Pusat Latihan Udara Tentera tersebut boleh dibuat penukaran tanah atau pun dengan izin land swap dengan tanah-tanah kerajaan yang lain yang sesuai supaya pusat latihan tersebut dibina ditempat jauh daripada kawasan perumahan dan tanah tersebut dibangunkan untuk mendatangkan hasil kepada Kerajaan Negeri.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam titah Tuanku turut menerangkan negeri Perak yang menjadi penyumbang utama makanan berasaskan ternakan di negara kita terutamanya daging ayam dan telur. Dalam usaha kita memperkasakan ekonomi dan menarik pelaburan, aspek perancangan bandar dan kesejahteraan hidup rakyat tidak boleh dipandang ringan. Sekali lagi, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu reban ayam dan ladang ternakan yang terletak terlalu hampir dengan kawasan perumahan yang menyebabkan kacau ganggu yang serius khususnya masalah serangan lalat yang masih lagi membimbangkan penduduk. Walaupun dalam Dewan yang mulia ini, kita telah meluluskan pindaan kepada Enakmen Perladangan Unggas tahun lepas dan satu Jawatankuasa Khas Menangani Lalat telah dibentuk baru-baru ini. Namun semalam sahaja Dato' Yang di-Pertua, saya lagi mendapat keluhan rakyat mengenai masalah lalat yang begitu berleluasa.
Astaka. Mohon celahan.
Ya. Alor Pongsu.
Terima kasih Astaka. Terima kasih Timbalan Speaker. Bila saya dengar tentang masalah banjir, masalah lalat dan semua, setuju kah Astaka dengan saya bahawa Sekretariat Pelan Perak Sejahtera, salah satu aspeknya adalah sejahtera sosial. Ini masalah-masalah itu patutnya dah boleh tackle awal oleh Sekretariat tersebut. Setuju ke Astaka?
Saya suka dengan style Alor Pongsu, matang, kita bincangkan isu dengan lebih matang untuk rakyat. Saya setuju bukan daripada bukan sahaja di peringkat Sekretariat Perak Sejahtera, malah setiap jawatankuasa setiap agensi kerajaan perlu memainkan peranan kerana contohnya untuk masalah kacau ganggu lalat banyak kali kita hanya rujuk kepada Jabatan Veterinar, tetapi sebenarnya agensi-agensi lain juga memainkan peranan yang penting. Contohnya PBT. Contohnya Jabatan Kesihatan dan lain-lain lagi. Pantai Remis.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Astaka. Ada tak Yang Berhormat setuju juga bagi satu langkah yang menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengatasi masalah lalat ini telah dirancang dan juga di mesyuarat pada dua minggu yang lepas, yang itu adalah salah satu langkah yang penting untuk kita sama-sama untuk tadi yang Alor Pongsu kata sosial syarikat adalah masalah sosial ini…
Sejahtera Sosial.
Ha, ya, kesejahteraan sosial ini adalah satu langkah yang penting bagi pihak kerajaan yang ambil serius tentang isu ini.
Ya, saya sangat setuju dan mohon masukkan dalam teks perbahasan saya, saya berterima kasih kepada usaha Kerajaan Negeri terutamanya YB Exco Lintang yang mempengerusikan jawatan kuasa tersebut dengan Sungkai. Saya percaya jawatankuasa ini akan memain satu peranan yang sangat penting untuk kita mengatasi masalah lalat ini.
Dato' Yang di-Pertua, kita harus pandang serius masalah ini kerana ini bukan sekadar isu bau atau pun gangguan kecil. Kajian kesihatan menunjukkan lalat boleh menyebarkan bakteria berbahaya dan ia akan menyumbang kepada masalah kesihatan awam seperti cirit birit, demam, malah jangkitan serius kepada kanak-kanak dan warga emas. Oleh itu, saya ingin...mohon lanjutkan sikit tadi banyak kacau ganggu juga. Saya ingin menyeru supaya bagi jangka masa panjang, perancangan bandar dan perlesenan tanah ternakan dikaji semula dengan penetapan zon penampan minimum antara ladang ternakan dengan kawasan kediaman serta penguatkuasaan piawaian kesihatan yang lebih ketat. Namun pada masa yang sama, kita perlu serta-merta melaksanakan pemantauan berkala oleh Pihak Berkuasa Tempatan memperketatkan penguatkuasaan, mewajibkan sistem pengusahaan sisa.
Ya, minta celah Sitiawan ya. Saya tertarik bila sebut isu lalat. Di tempat kita memang banyak lalatlah. Samalah. Ok, saya suka nak mencadangkan, setuju tak kalau saya buat cadangan begini. Sebenarnya lalat ini adalah disebabkan oleh kawalan. Kawalan daripada agensi. Agensi sepatutnya mengawal apa nama tuan-tuan punya penternak-penternak ini agar menjalankan semburan dan sebagainya sebelum ayam itu dikeluarkan. Jadi disebabkan oleh bila kita, kita pun tahu bilangan kakitangan Veterinar yang sedikit menghalang tugas mereka untuk mengawal 161 reban-reban ayam. Jadi setuju tak mereka menggunakan kaedah menghantarkan laporan selepas mereka keluarkan ayam itu kepada pihak Veterinar supaya lalat tidak terbang keluar.
Ya. Saya setuju kerana selain daripada penguatkuasaan, sebenarnya pemantauan itu sama penting kerana kita tak mahu apabila lalat itu sampai ke rumah atau pun kampung, baru kita nak pergi membuat penguatkuasaan. Pada masa itu, lalat sudah terbang ke rumah dan kita tak boleh kesan langsung mana ladang ayam yang sebenarnya bertanggungjawab. Oleh itu, saya juga cadangkan…
Astaka…
Saya ada masa yang sangat…
Isu lalat ni, isu lalat.
Selain Dato’…
Bukan isu politik. Isu lalat. Berkenaan lalat ni tuan-tuan Yang Berhormat sekalian, bukan isu dalam sebulan dua ni. Dia bertahun dah dan YB-YB atau pun Yang Berhormat kawasan-kawasan yang bermasalah dengan lalat ni dah utara dalam Dewan ni berpuluh-puluh kali dah. Dua penggal saya dalam sini mengutarakan lalat tentang lalat ni memang dah di… lalat ni hidangan hingga menutupkan hidangan kerana lalat yang banyak. Tuntasnya, kita nak tahu daripada Jabatan Veterinar, apakah tindakan yang tuntas sepatutnya dia bagi dan untuk menghalang lalat ni? Sebabnya apa isu dan juga penyelesaian yang disebut oleh YB-YB semua dah di utara sebelum ni. Tapi tindakan daripada Veterinar, tindakan daripada kerajaan dan tindakan daripada kepada pengusaha-pengusaha pekebun atau pun penternak ayam tak dak langsung. Apa komen daripada Astaka?
Ya. Bukan dua penggal sahaja Yang Berhormat. Sebenarnya masalah ni dah berlarutan lebih 15 tahun sekurang-kurangnya dan saya rasa memang sampai masanya kita mengambil tindakan yang lebih tegas bukan sahaja dari segi dasar kita melaksanakan tetapi penguatkuasaan tersebut harus lebih ketat dan saya cadangkan SOP penguatkuasaan tersebut harus diperbaiki. Berapa kali saya ikut Jabatan Veterinar pergi ke ladang ayam tetapi indeks lalat tu tak cukup walaupun di kawasan kediaman lalat sudah penuh. So, ini yg kita harus diperbaiki.
Dato' Yang di-Pertua, saya ada lima muka surat lagi tau. Saya nak teruskan. Yang seterusnya Dato' Yang di-Pertua, selain isu penempatan industri dan penternakan, perancangan bandar moden juga perlu diambil kira. Keperluan rekreasi rakyat sebagai elemen asas kesejahteraan sosial. Dalam era urbanisasi yang pesat ini, tidak kita tidak boleh hanya fokus kepada pembangunan komersial dan perumahan semata-mata tetapi mesti merancang ruang awam yang sihat dan hijau untuk kegunaan komuniti. Saya ingin memberi perhatian khusus kepada kawasan Sitiawan di kawasan saya yang sehingga hari ini masih kekurangan satu taman rekreasi berskala besar dan berkualiti untuk kegunaan penduduk setempat. Sitiawan merupakan antara kawasan yang padat penduduk dan terus membangun pesat dengan pelbagai projek perumahan. Saya menerima banyak aduan daripada penduduk Sitiawan yang menyuarakan kekesalan kerana tiada taman rekreasi yang sesuai untuk beriadah, bersenam, berbasikal atau sekadar bersantai bersama keluarga. Yang ada sekarang adalah sebuah padang yang dinamakan Padang Astaka yang sebenarnya merupakan satu lapangan terbang atau pun dengan izin Aerodrome yang dimiliki oleh Kementerian Pengangkutan tetapi digunakan untuk tujuan riadah. Tanah untuk Taman Rekreasi Sitiawan telah pun dikenalpasti dan harus diwartakan secepat mungkin. Sekiranya ini tidak ditangani segera, kita akan berdepan kekurangan ruang hijau dalam 5 hingga 10 tahun yang akan datang apabila padang astaka tersebut digunakan atau diambil balik oleh kementerian yang berkenaan.
Saya ingin juga memuji usaha Kerajaan Negeri dalam menoktahkan kemiskinan tegar kepada hampir 9 ribu keluarga. Bukan sahaja berjaya dari segi angka tetapi memperlihatkan komitmen sebenar terhadap kesejahteraan rakyat. Sebagai contoh, pelaksanaan Kad Perak Sejahtera yang memberi pelbagai manfaat kepada golongan B40 dan warga emas harus diperluas kepada OKU dan ibu tunggal dengan pendekatan yang lebih tersasar. Selain daripada bantuan Kerajaan Negeri, Kerajaan
Persekutuan juga melalui pelbagai inisiatif membantu untuk meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi kos sara hidup. Contohnya, Jualan Rahmah yang diadakan menjual barangan yang bersubsidi serta bantuan SARA yang mula disalurkan pada pada bulan April ini di mana lebih 60% isi rumah dapat menikmati bantuan ini.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan penganjuran Tahun Melawat Perak 2024 yang mencatatkan lebih 7 juta pelancong domestik dan antarabangsa. Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negeri, malah memberi kesan langsung kepada peniaga kecil, pengusaha homestay, pemandu pelancong dan ramai lagi pengusaha-pengusaha tempatan. Penaiktarafan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang hampir disempurnakan serta usaha-usaha promosikan produk pelancongan dan eko-pelancongan juga menunjukkan bahawa Kerajaan Perak sedang mengatur pelbagai usaha bagi mengangkat negeri Perak sebagai destinasi pelancongan yang utama kerana negeri kita memang mempunyai pelbagai daya tarikan unik yang boleh diketengahkan.
Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru bahawa nama Dun Sitiawan dikembalikan. Nama Dun ini telah ditukar kepada Dun Astaka sejak tahun 2018 tetapi perkataan Astaka ini tidak membawa maksud yang signifikan dari aspek lokasi ataupun geografi. Astaka seperti yang saya katakan tadi merupakan nama sebuah padang di Sitiawan yang mana nama ini juga digunakan di negeri-negeri lain seperti Selangor dan Terengganu untuk padang rekreasi di sana. Sebaliknya nama Sitiawan ini dikenali ramai dan mempunyai nilai sejarah, geografi dan makna yang tinggi. Sitiawan membawa maksud setia kawan yang berasal daripada satu kisah dua gajah berkenaan asal usul nama tersebut. Dari aspek politik, Sitiawan pernah menjadi nama kerusi Parlimen Dewan Rakyat dari tahun 1959 hinggalah tahun 1974. Oleh itu, Dun Astaka diharapkan kembali menjadi Dun Sitiawan kerana isu ini amat diambil berat oleh warga kawasan Dun saya dan suara hati mereka mesti saya bawa ke Dewan yang mulia ini untuk tindakan Kerajaan Negeri Perak dan SPR menjelang kajian semula persempadanan yang akan datang.
Dato' Yang di-Pertua, titah Tuanku pada tahun ini bukan sekadar pesanan, malah ia adalah seruan. Seruan untuk kita bekerja bukan berpolitik semata-mata. Seruan untuk kita bersatu bukan mencipta sengketa. Seruan untuk kita mengangkat semangat setia kawan, bukan hanya lawan. Negeri Perak sedang melalui fasa kebangkitan. Negeri ini pernah menjadi juara dalam pelbagai bidang tetapi sudah lama kita ketinggalan di belakang negeri-negeri yang lain. Kita tidak boleh benarkan pihak pembangkang yang hanya pandai berdrama untuk menggagalkan segala usaha ini. Saya ingin menegaskan bahawa pihak pembangkang mesti menjadi kuasa semak dan imbang yang konstruktif bukan menjadi batu penghalang dengan fitnah dan caci maki. Saya menyeru agar semua Ahli Dewan menyokong seruan...landing Dato' Yang di-Pertua. Saya menyeru agar semua Ahli Dewan menyokong seruan murni ini dan menolak politik sempit yang menyemai kebencian. Negeri Perak milik kita semua. Jangan biarkan ia rosak dalam tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Saya dengan ini menjunjung kasih atas Titah Tuanku dan menyatakan sokongan penuh terhadap Usul Menjunjung Titah DiRaja ini. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Astaka yang berbahas membawa usul tersebut, menyokong usul tersebut. Sekarang saya menjemput wakil Ketua Pembangkang iaitu Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan 45 minit. Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim. (bacaan doa) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan, puan-puan sekalian. Patik merafak sembah menjunjung kasih di atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang telah menyempurnakan Titah DiRaja pada Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas. Ampun Tuanku. Dato' Yang di-Pertua, penghargaan terima kasih saya ucapkan dan kini tibalah giliran saya untuk membahas Titah DiRaja sempena Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas.
Saya nak memulakan dengan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sahabat saya, Yang Berhormat Ayer Kuning, Tuan Haji Ishamudin Shahruddin. Saya rasa dalam Dewan ini yang boleh bercakap mengenai beliau ini, saya rasa sayalah sebab saya mengenali beliau sejak tahun 1985 sama-sama terlibat dalam dunia bola sepak. Sejak zaman lepas sekolah dan sebagainya sehinggalah bersama-sama dalam PAFA. Sayalah juga di antara orang, seorang rakan yang telah memberi peluang kepada beliau untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Melayu Perak selepas saya menjadi Presiden PAFA 2010, saya lepaskan kerusi itu kepada beliau untuk memimpin. Sebab orang yang amat mencintai bola sepak dalam sepanjang kehidupannya sehinggalah hari saat-saat terakhirnya juga berada di padang bola sepak.
Tambah terkesan lagi, kebetulan tiga hari sebelum arwah meninggalkan kita, kita bersama-sama dalam musabaqah, penutup musabaqah. Saya masih ingat lagi waktu itu sebelum, setelah tamat majlis, beliau mintak berselfie dengan gembiranya. "Bos", dia panggil saya bos sebab 2001-2004 saya Ketua Pemuda Negeri Perak, jadi semua orang panggil bos. "Bos jangan lupa datang masjid aku". Saya kata masjid mana, "masjid yang tepi tol Ampang tu". Oh dah jadi masjid rupanya. "Oh dah jadi masjid bukan surau lagi, dah cantik dah bos, cantik dalamnya, luarnya tu belum berapa cantik lagi, jangan lupa datang". Kemudian, dia juga mengajak saya bermain bola sebenarnya waktu itu, 19 hari bulan, hari Sabtu untuk main bola, sebab tak cukup player. Saya kata saya ada program di Hulu Langat. Tak boleh nak join. Jadi mungkinlah semuanya secara kebetulan, dengan semangat yang tinggi sebab ada pertandingan empat penjuru di antara 4 negeri, bekas-bekas pemain Perak. Jadi, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau. Semoga rohnya bersemadi dengan aman dan mendapat perlindungan dari Allah Subhanawataala. Al-Fatihah.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sahabat-sahaba, Ahli-ahli Yang Berhormat, mungkin agak pelik jugak tiba-tiba hari ni terpaksa mewakilkan ketua pembangkang untuk menyampaikan membahaskan Titah Ucapan Diraja dan perkara yang menarik perhatian saya, sebenarnya apa yang baru sahaja berlaku sebentar tadi sewaktu Astaka berbahas sebenarnya dapat dielakkan, apabila kita sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat tidak cuba membawa naratif ataupun membuat provokasi. Kita patutnya bercakap dalam skop yang kita wajar bercakap dengan kepelbagaian agama yang kita ada di negara kita ini, ada skop-skop tertentu, tak semua orang boleh bercakap soal agama ni, soal agama ni amat sensitif. Jadi bila tersentuh dia sebut nama parti, maka akan adalah orang-orang yang merasa diprovoke. Antara sebab Pakteh juga Pakteh pula, Yang Berhormat Semanggol terpaksa digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ni, inilah sebabnya provokasi. Biasalah dalam sidang Dewan ni masing-masing blok ada strategi. Kali ni kita nak ‘attack’ siapa? Eh saya dah empat penggal dalam nilah, kali ni kita attack ini, kali ni kita attack ni jadi mungkin Gunong Semanggol seorang yang kebetulan darah tinggi-tinggi dan emosi dan menjawab dengan keadaan tidak sedar. Tapi apa pun keputusan telah dibuat. Kita kena hormat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Speaker. Tapi dalam mana-mana proses pengundian kalau blok kita kurang blok sana lebih kita akan kalah. Itu hakikat, tetapi keputusan telah dibuat dan kita hormat rakan-rakan kita yang berada dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang dan kita anggap ianya satu proses untuk mematangkan kita dalam Dewan ini.
Seterusnya saya ingin mengambil perhatian di atas Titah Diraja dalam beberapa perkara yang disentuh khusus oleh Paduka Seri Sultan Perak. Pertamanya mengenai projek projek yang menjadi gagasan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dalam mukasurat 6 Perkara 7, mengenai pelbagai inisiatif yang dirintis bagi kelulusan projek-projek yang berimpak tinggi. Sebagai contoh, Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) Tanjong Malim. Projek ini saya rasa Dato’ Speaker sendiri pun sedar sewaktu beliau menjadi Pengerusi Industri. Lama dah zaman menteri-menteri besar sebelum ini. Kita cuba nak bawaklah perpindahan Batu 3 punya Proton ni agak lama dah 15 tahun dulu dah kita gerakkan? Dan tak pernah timbul, kata pihak Pembangkang sentiasa menekan, tak menyokong, saya rasa setiap kali pembentangan bajet Yang Berhormat Menteri Besar, tak pernah dengar suara kita tak sokong di sini. Kita menyokong segala yang baik untuk Kerajaan Negeri. Memang saya bersetuju. dalam pada masa yang sama, kita juga memberi pandangan dan teguran. Saya yakin projek ini yang agak lama yang nak menjadikan Tanjong Malim sebagai Detroit Malaysia.
Jadi, kita perlu juga tahu setakat ini apakah perkembangannya? Berapa peratuskah perpindahannya? Daripada tak ada Geely dah ada Geely dah. Betul dia tak ada dah ada Geely. Dah cerita nak pindah ni kan dah berkali-kali dah dalam sidang Dewan dibangkitkan. Inilah perkara-perkara yang saya rasa perlu diberi perhatian. Sebab kita simpati Yang Amat Berhormat, tak kira lah sebelum ni Kota Tampan pun selalu umum dan akhirnya ia tak dicapai dan diteruskan oleh Menteri Besar seterusnya, tak dicapai jugak. Jadi, kita mahu apa juga keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan pihak-pihak yang berjanji perlulah laksanakan. Sebab ini perkara-perkara yang memberi satu perasaan kebanggaan pada rakyat negeri Perak. Bila projek-projek mega ini diumumkan. Kita tak mahu ianya menjadi sekadar satu pengumuman sahaja untuk meraih sokongan dan sebagainya, tambah kali ini kita nak menghadapi PRK di Ayer Kuning. Orang kata gunakanlah medium Dewan ni untuk mencari sokongan. Kadang kala kita tersilap platform. Sebenarnya dikatakan pihak pembangkang hari ini akan mengambil kesempatan nak gunakan ni sebagai medium untuk menarik sokongan PRK Ayer Kuning. Hey, kita ada masa berkempenlah ada dua minggu, tiap-tiap malam ahli-ahli parti pergi berkempen dan di sini bukan medium untuk kita bertengkar atas benda-benda yang tak memberi manfaat. Kita hari ni nak berbincang soal pembangunan negeri Perak. Soal yang lebih besar dari PRK Ayer Kuning. Jadi kita kena manfaatkan sidang dewan ni untuk perkara yang lebih besar daripada yang itu lagi.
Yang keduanya projek-projek High-Tech ni kalau nak disenaraikan cukup banyak. Dari pengumuman Yang Amat Berhormat Menteri Besar termasuklah Pengurusan Hijau Bersepadu Kerian, KIGIP dan juga pelaburan-pelaburan yang bakal masuk ke negeri Perak yang kalau dicampurkan lebih daripada RM100 billion sebenarnya. Tapi ianya adalah proses yang jangka masa panjang. Cuma saya mahu projek-projek ini bukan sekadar menjadi halwa untuk didengar. Ianya perlu dipastikan. Saya yakin kami di sini akan pastikan terus memberi sokongan agar apa yang dihasratkan oleh kerajaan khususnya pengumuman-pengumuman yang telah dibuat itu dapat kita capai demi kebaikan negeri dan juga rakyat dan bermanfaat. Sebab apabila pengumuman dibuat, dia akan cakap 15 ribu peluang, 16 ribu peluang, 40 ribu peluang pekerjaan.
Alhamdulillah, statistik ada menunjukkan peningkatan hampir 1600 jumlah rakyat negeri Perak yang bekerja daripada 1100 naik 1160. Jadi ini satu… satu keadaan yang baik dan kita akan bagi sokongan. Begitu juga projek-projek yang disalurkan menerusi agensi kerajaan sama ada MB Inc ke, sama ada SADC, PKNP, SSI khususnya yang hari ini akan menjayakan semula projek pembangunan Ipoh Sentral. Ipoh Sentral ni pun zaman Tuan Speaker juga lama dah dia orang kata boleh berkalih proposallah dan dah macam-macam ceritalah kita dengar dan akhirnya saya lihat dah dah sampai ke satu peringkat yang yang agak firm di mana SSI telah berjaya menjalinkan perkongsian yang pintar demi manfaat menjayakan projek ni, sebab Ipoh Sentral ni bukan zaman Kota Tampan. zaman itu. Kota Tampan adalah Exco Kerajaan Negeri jugak. Jadi ianya amat dekat di hati saya sebab kita tahu ianya penting sebab Ipoh ni merupakan satu lagi destinasi yang boleh memberi tarikan dan juga pembangunan yang lebih besar pada masa-masa akan datang.
Sungai Manik, saya celah sikit Sungai Manik.
Boleh.
Terima kasih Sungai Manik. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya setuju dengan Sungai Manik tadi bahawa tentang slogan-slogan ni Ketuk Gendang ni Dum Dum Dum Dum Perak Aman Jaya. Habis tempoh hilang slogan tu diganti dengan Pelan Perak Sejahtera. Slogan penting untuk menaikkan semangat saya semangat kita semua. Pembangkang ke kerajaan semua. Tapi setujukah Sungai Manik bahawa sebab bila tengok PRK Ayer Kuning ni, Pelan Perak Sejahtera ni peak lah melangit. Sekarang ni saya setuju usaha baik pembangunan yang baik tapi pelaporan yang saya tengok pelaporannya tak kemas. Bila tengok dashboard-dashboard Pelan Perak Sejahtera, kita yang ada kat sini pun tak tau projek apa. Projek apa? Apa salahnya kita dibekalka setakat projek yang telah diluluskan dijalankan satu. Yang kedua bila buat rombongan-rombongan pelaburan, berapa percent pelaburan yang telah diluluskan. Bukan tentu depa mai pun, depa bersetuju dengan syarat-syarat dengan kunjungan kita. Tapi berapa percent bagilah laporan yang kemas sikit supaya kami belah pembangkang ni dapat naik semangat juga setuju dengan Perak Sejahtera ni. Boleh tak kami sembang kat PRK Ayer Kuning kan bagi cantik. Terima kasih.
Saya setuju dengan Alor Pongsu dan dapat dikongsikan dalam teks perbahasan saya. Seterusnya saya juga nak menyentuh mungkin bukan projek megalah. Tapi satu projek yang dinanti-nantikan agak lama iaitu projek pemindahan air mentah daripada Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah. Dato’ Zul Exco projek ni zaman saya jadi Exco. Saya wakil Kerajaan Negeri dalam Majlis Mesyuarat Air Negara sewaktu Timbalan Perdana Menteri waktu ini mempengerusikan, Datuk Zahid sendiri mempengerusikan waktu itu. Diluluskan dah waktu tu dah hampir RM800 juta tetapi selepas 10 tahun hari ini, projek ini menjadi RM1.7 billion. Bayangkan kenaikan hampir 110% sedangkan waktu itu lagi kita dah perlukan sekarang ini. Sebab waktu itu JPS telah membuat kajiannya. Sebab itu waktu itu JPS telah buat kerja, keperluan mendesak dengan masalah pengairan pesawah-pesawah di Keriannya dengan masalah takungan tadahan air LAP nya. Saya agak knowledgeable dengan izin apa-apa juga projek-projek yang telah lepas kecualilah cadangan-cadangan baru yang telah ditimbulkan.
Begitu juga dengan projek yang disebutkan oleh Alor Pongsu tadi. Kita memang tak dapat informasi kita dengar last week ada taklimat LuMIC tetapi saya nak bagitahu kepada jabatan dan agensi, janganlah tunggu nak sidang Dewan baru nak buat taklimat sana, taklimat sini nak tunjuk kan ada perkembangan, ada perubahan, ada pergerakan nak menyedapkan Exco nak menyedapkan YAB Menteri Besar itu salah sedangkan umum tahun lepas lagi. Saya perhatikan daripada empat penggal ni bila timbul nak sidang Dewan nak mula jabatan semua sibuk nak, nak jaga bos nak jaga Exco senang jawab dalam Dewan nanti Exco jawab dah lulus sudah, baru je taklimat minggu sudah baru je diberi penerangan kepada ketua jabatan di daerah. Ini amalan yang saya rasa dah saya lali dah sepanjang 17 tahun berada dalam Dewan ni. Elakkanlah melakukan perkara ni hanya untuk ampu bos, bagi bos menjawab dengan baik dan sebagainya dan bila ada orang persoalkan, jadilah perdebatan yg tak berfaedah dan tak beri manfaat. Jadi saya bukan nak marah. Tapi saya nak terangkan berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sewaktu berada dalam Dewan ini.
Seterusnya saya nak berpindah kepada isu lain yang juga berkaitan dengan titah DiRaja ini iaitu berkaitan dengan PASAK yang lebih kepada program-program TVET. PASAK ni dulu namanya PEKA. Saya antara board pertama PEKA, Dato' Speaker, Pengerusi PEKA. Kami pengasas PEKA ni. Kemudian zaman YB seterusnya ditukar kepada PASAK dan alhamdulillah dia masih ada sehingga hari ini. Saya melihat kerjasama yang baik di antara PASAK dengan agensi-agensi pembekal program-program TVET. Saya nak menyentuh sedikit tentang kolej komuniti antara negeri yang banyak kolej komuniti kita ada 13 buah yang ada komoditi yang boleh dimanfaatkan. Cuma yang merisaukan saya ada dimaklumkan setengah-setengah program yang yang disalurkan itu tidak menepati kehendak semasa dan juga masalah masalah lain yang timbul. Di mana program program ini kurang mendapat perhatian dan menarik minat anak-anak Perak, anak anak muda Perak walaupun ianya merupakan institusi yang paling murah RM200 sebulan, masuk U berapa ribu nak bayar. Dengan kemudahan-kemudahan lain yang diberikan untuk belajar mendapat sijil dan boleh menaikkan nilai pasaran mereka ke dalam peluang pekerjaan. Jadi saya harap dengan jumlah kolej komuniti yang banyak ini kan, tolonglah fikirkan juga. Bincang juga agar kursus-kursus yang ditawarkan ini menjadi satu kursus yang relevan dan menjadi permintaan kepada industri.
Saya amat berharap TVET hari ini semakin popular. Memberi peluang kedua kepada mereka-mereka yang mencari pekerjaan dan sudah tentu kerjasama ini perlu dimainkan bersama-sama Jabatan Pendidikan sebab ramai lepasan SPM dan sebagainya tak semuanya pergi ke universiti, dengan 13 buah kolej komuniti yang ada ini agar dapat manfaatkan dan agak menyedihkan sebenarnya Tuan Speaker. Kemasukan walaupun kita dah ada kolej komuniti dalam daerah masing-masing untuk mencari pelajar. Ini adalah cabaran yang paling getir saya dimaklumkan oleh pengurusan kolej komuniti walaupun tak semua ada yang oversupply tawar 100 minta 200 yang memohon 200 tapi ada yang tawar 26, 46% yang ada isi makna 13 orang. Jadi kena lihat sama ada kursus itu sesuai ataupun ada sebab-sebab yang lain.
Saya nak bagi contohlah. Kolej Komuniti Teluk Intan, dia menawarkan Sijil Animasi 3D. Mak bapak di Teluk Intan, Teluk Intan termasuklah tapi dalam daerah saya kan. Dato’, anak saya ni habis sijil kerja animasi ni dekat mana. Ada ke peluang kerja animasi ni di Teluk Intan. Ini sebagai contoh, maknanya kena fikirkan kursus tu sesuai dengan kawasan tu. Jangan sekadar menyediakan peluang, menyediakan kursus, tetapi akhirnya mereka tak dapat memanfaatkan sijil yang mereka ada. Ini sebagai contoh, bukan saya kata tak bagus, animasi hari ni pun juga boleh memberi pendapatan yang lumayan tetapi bukan mungkin mungkin belum lagi di Perak lah dah kena keluar. Mungkin pergi ke di Kuala Lumpur mungkin pergi ke Pulau Pinang dan sebagainya tetapi rintihan ini diluahkan oleh ibu bapa khusus esok nak ke mana. Jadi, saya harap pihak PASAK dapat berbincang dengan pembekal-pembekal program-program TVET ini. Bukan sahaja kolej komuniti, apa jugalah agensi yang bersama-sama dengan pihak PASAK.
Seterusnya saya nak menyentuh juga mengenai perumahan, sebab ini sebenarnya bukan sahaja di kawasan saya, malah di Kawasan-kawasan semua Yang Berhormat Yang Berhormat juga. Isu ini menjadi isu yang besar. Nak cari tanah nak bagi tapak rumah dah tak ada lah. Yang dah ada pun tak dapat buat rumah dah. Kalau ada pun kebanyakkannya dah jual dah sebab masalah kehidupan. Kita bagi dengan premium rendah pun mereka jual mahal sebab masalah kehidupan, kita pun tak boleh nak salahkan mereka kenapa mereka jual dan sebagainya. Tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk menubuhkan LPHP adalah sebagai satu langkah yang hebat. Tahniah kepada Speaker. Antara orang yang ekspresif juga. Jadi saya nak sentuh mengenai peranan dan kerjasama yg perlu dimainkan. Hari ini saya lihat pemain utama ni bukan semata-mata PKNP sebab pakai PKNP sepatutnya menjadi pemain utama. Tapi saya dah tak ingat agensi-agensi lain termasuklah SSI juga sendiri yang menyelamatkan beberapa projek yang tertangguh, terbengkalai dan sebagainya dan saya harap agensi-agensi lain jugak dapat membantu LPHP bukan menyerahkan semata mata kepada LPHP untuk soal rumah kos rendah dan rumah mampu milik ni.
Walaupun setakat tadi ada bangkitkan ada, kadang-kadang pemaju ni memerlukan perhatian kerajaan bagi diskaun itu atau diskaun ini. Tapi saya lihat mutakhir ni agensi-agensi kerajaan tidak dilayan seperti itu. Tak ada lagi keistimewaan. Saya rasa, SSI terpaksa membeli harga pasaran juga seperti kontraktor-kontraktor lain. Jadi kalau SSI boleh, kenapa kontraktor-kontraktor di luar tak boleh? Layanan agak sama adil, tetap dululah at minimum kos premium dan sebagainya. Tapi hari ini saya dimaklumkan agensi kerajaan juga kena bayar pasal harga premium semasa. Jadi, janganlah mengambil alasan dulu boleh bagi alas an, SSI dapat premium rendah PKNP rendah. Tapi hari ini saya difahamkan itu tidak berlaku. Sebab itulah kita lihat ada peningkatan dalam kutipan hasil oleh PTG dan juga agensi PBT. Kalau tak dulu pun ramai DO-DO dan YDP ni pun menung jugak kan nak bagi diskaun 80% untuk agensi kerajaan. Hari ni mereka pun boleh senyum dah. Mereka memberi layanan yang seadil-adilnya kepada jabatan dan agensi mintak izin. Terpaksa minum jugak sebab batuk. Tahniah jugak kepada SSI, projek yang pernah diwar-warkan dulu untuk perumahan dan penjawat awam. Saya di maklumkan di Manjung telah siap di Muallim pun telah siap di Kerian dalam pembinaan. Untuk makluman di Kerian, penjawat awamnya dalam pembinaan. Betul.
Sungai Manik, bila sebut SSI itu saya nak tokok sikit la sebab saya rasa terpanggil lah bila Kampung Baru Cina nak digazetkan sebagai warisan UNESCO dan sebagainya. Saya pun nak jadi hero orang Melayu jugak. Di Alor Pongsu Kampung Baru Sungai Bogak, SSI dah dapat kelulusan. Tapi pada masa itu SSI kata tak ada duit. Tolong lah bela sama 105 orang bekas pekerja bangsa melayu, pekerja ladang tak ada tanah nak duduk. Tanah masih ada lagi tapi tergantung statusnya. Jadi saya pohon kepada melalui ucapan Sungai Manik kepada YAB Menteri Besar tolonglah tengok balik. Orang Sungai Bogak di luar sana menanti-nanti lagi, ketua kepada pemohon Kampung Baru Sungai Bogak ni sekarang ni tengah nazak di Hospital Parit Buntar. Saudara Rosli. Kurang-kurang sebelum dia menghembuskan nafas terakhir kita bagi lah berita baik kat dia. Terima kasih Sungai Manik.
Terima kasih Alor Pongsu. Ha, macam ni lah gunakan dewan sebab kita diperhati dan di lihat oleh penduduk di kawasan kita wakili. Nampak kita membawa isu masyarakat dan isu-isu rakyat. Ditanya secara terus dalam Dewan kepada Yang Amat Berhormat dan diharapkan ada jawapan yang konkrit yang boleh beliau bawa pulang ke kawasan nanti. Kalau kita masing-masing menggunakan platform ini sebaik-baik mungkin, sebenarnya banyak isu rakyat yang boleh sama-sama kita selesaikan.
Seterusnya Yang Berhormat Dato' Speaker, soal jelapang padi ni tak boleh lari dah dari Sungai Manik. Setiap kali saya diberi peluang perkara soal jelapang padi menjadi perkara yang perlu saya… saya tekankan. Kalau dulu saya sering membangkitkan perkara-perkara mengenai hasil dan sebagainya tetapi hari ini saya melihat daripada Titah Tuanku telah berlaku banyak peningkatan-peningkatan yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian. Ini menunjukkan satu perkara yang positif. Cuma saya bila lihat padi tu kurang jugak rasa sedih jugalah. Tapi apabila saya melihat statistik dan sebagainya, perkara yang menjadi kesan yang besar adalah sebab keluasan hari ini dah berkurangan. Dah berkurangan. Kalau di kawasan saya mungkin ratusan lah tapi keseluruhan negeri Perak hampir 1,000 hektar hilang, 2,500 ekar tidak lagi bertanam padi. Walaupun kita ada akta dan enakmen mengenai kesalahan menanam selain daripada padi bagi tanah-tanah ini tetapi perkara ini terus berlaku. Jadi, saya melihat ianya berkait dengan penguatkuasaan akta dan enakmen tersebut. Memanglah sebagai wakil rakyat, apabila rakyat datang mengadu dan sebagainya kan, kita pun rasa serba salah. Macam mana nak tanam Dato' ayor pun tak sampai. Dah berapa tahun dah naiktaraf perparitan ni terbengkalai. Setiap kali sampai musim menanam padi tak siap-siap lagi.
Di Dun Sungai Manik ada beberapa projek lah. Saya tak kata semua lah. Ada yang sampai 6 tahun 8 tahun belum siap-siap. Yang sepatutnya disiapkan dalam 2 tahun 3 tahun dah bertukar-tukar kontraktor. Mungkin juga berlaku di tempat-tempat yang lain. Tapi dalam masa pada masa begitu pun saya terkejut juga. Hasil musim lepas meningkat pula, jumlah keluasan pengeluaran hasilnya meningkat. Jadi inilah peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi yang membantu. Tambah menarik perhatian saya, kawasan-kawasan yang di luar jelapang juga tak kurang hebat yang dikawalselia oleh Jabatan Pertanian. Kadang-kadang menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sedangkan kita ada agensi khusus untuk kawasan-kawasan jelapang iaitu IADA. Mungkin ada perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk kita membantu pihak IADA ini.
Di kawasan saya, isu yang paling besar adalah perosak dan serangga. Macam-macam serangan lah. Haa. Sebab serangga ni pun dah immune dah semakin bagus ubat dia semakin musim akan datang dia semakin makin hebat. Haa jadi, kajian perlulah berterusan untuk mencari mekanisme atau pun ubatan-ubatan yang baru yang boleh menghalang serangga ini terus merosakkan serangan-serangan kepada padi kan. Selain daripada isu populasi tikus ya, memanglah ada ubat-ubat yang boleh mengelakkan atau pun memastikan padi dapat terus di tanam dengan baik tetapi perkara yang paling besar di kawasan saya adalah tanah jerlus. Mesin-mesin padi besar takleh masuk. Walaupun hari ni kita ada mesin penanam padi untuk menyemai benih dan sebagainya. Tapi ada kawasan-kawasan tertentu mesin tak boleh masuk. Nak cari orang potong dengan tangan mana ada dah. Siapa nak potong dengan tangan. Jadi terpaksalah waktu itu menggunakan mesin-mesin yang ringan tetapi berapa banyak mesin-mesin ini yang ada. Walaupun ada, kadang kala tak dapat menampung jumlah permintaan. Padi ni tak bolehlah ikut jadual 1 hari bulan kamu 30 hari bulan kamu. Haa mampuslah 30 hari bulan tuu. Ya. Jadi ini juga perlu dilakukan. Bantulah agensi-agensi seperti IADA ini menambah jumlah-jumlah mesin yang boleh dimanfaatkan oleh petani-petani bila musim pemotongan padi dan sebagainya.
Yang paling penting tentang jumlah keluasan tadi Dato' Speaker. Maknanya elemen penguatkuasaan perlu dilakukan. Perlu bantu Jabatan Pertanian. Saya rasa Jabatan Pertanian sendiri tak mampu nak mengawal jumlah-jumlah keluasan-keluasan tanah yang tidak lagi menanam padi dan sebagainya. Panjang ni statistik ni yang dibekalkan untuk saya buktikan bahawa ada perkara-perkara yang perlu perhatian khusus menerusi jabatan dan agensi. Begitu juga dengan masalah-masalah padi di Kerian dan sebagainya. Kawasan-kawasan jelapang padi ini perlu dilihat sebab kita sebagai penyumbang utama makanan utama di negara kita ini.
Satu lagi perkara yang paling menarik dalam Titah Paduka Sultan Perak iaitu mengenai pelaksanaan program keterjaminan makanan yang menjadi popular di kalangan anak-anak muda dan juga kariah-kariah masjid. Walaupun tak semua masjid terlibat tetapi dengan jumlah 19 masjid juga melibatkan hampir 199 orang. Ia dapat memberi informasi dan ilmu untuk mereka melaksanakan di premis masing-masing. Ya. Begitu juga dengan penglibatan Program Briged Muda Petani Moden, 729 orang yang terlibat dan ini hampir 1,000 lah dengan program masjidnya program penanaman buah-buahan dan juga Program Briged Muda ini. Ini memberi peluang hampir 1,000 untuk terlibat dan kita harapkan program seperti ini dapat diteruskan dan kita harap mereka yang 1,000 ini akan menjadi pemangkin kepada komuniti di setiap kariah masjid. Galakkan lagi, bantu lagi dan diberi peruntukan tambahan sebab jumlah yang ada ni hanya memanfaat hanya dapat menyelesaikan beberapa lokasi sahaja kalau berbanding dengan jumlah masjid dan surau yang ada di negeri Perak ni kan ramai lagi yang mintak. Tapi saya rasa Jabatan Pertanian pun tak mampu dah nak…nak…nak menerima permohonan ni. Setakat boleh terima permohonan tapis je la. Hari ni hanya ada 13 masjid 6 surau sahaja yang dapat peluang ni. Kalau dapat diperluaskan kepada masjid-masjid lain agar ianya boleh memberi manfaat kepada ahli kariah dan komuniti setempat.
Yang Berhormat Dato' Speaker, satu lagi perkara yang tak boleh lepas daripada perbahasan saya adalah mengenai sukan. Dalam titah Paduka Seri Sultan Perak juga banyak menyentuh tentang kejayaan kontinjen SUKMA kita ke Sarawak SUKMA 21. Jadi ini amat penting. Sukan seperti yang kita tahu adalah medium…medium yang boleh menjalinkan perasaan cinta dan sayang kepada negeri apabila mereka dipilih untuk mewakili negeri dan juga mewakili negara dan sebagainya. Apa yang menarik perhatian saya, isu ini adalah mengenai atlet-atlet yang telah mengharumkan negeri Perak mengharumkan negeri-negeri lain dalam SUKMA sebab had umurnya 21 tahun. Selepas itu, mereka perlu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi, mungkin menyertai kejohanan peringkat universiti ataupun Sukan SEA dan sebagainya. Kita di peringkat negeri tak mampu untuk meneruskan kos latihan, pemakanan dan sebagainya. MSN hanya memberi tumpuan kepada pembangunan sukan di peringkat pra atau pun peringkat pembangunan sehingga SUKMA yang selepas itu sepatutnya disambut oleh Majlis Sukan Negara ataupun Institut Sukan Negara di pusat. Sebab amat sayang mereka-mereka yang cemerlang di peringkat usia di bawah 21 tahun ini tidak dapat meneruskan minat dan juga sumbangan mereka kepada negara.
Walaupun begitu, pada masa yang sama, saya juga mengharapkan Kerajaan Negeri dapat juga membantu persatuan-persatuan di peringkat negeri kita sendiri. Baru-baru ini, Yang Berhormat dalam majlis sambutan Hari Raya dan juga Pelancaran Logo Baru MSN telah menyerahkan sumbangan pentadbiran kepada persatuan sukan. Saya yakin jumlah itu bukanlah begitu besar. Kalau dibahagikan lebih kurang RM2,000 je Dato’ Yang di-Pertua untuk satu persatuan, saya nak bagi contoh yang mudah sebab saya terlibat dalam sukan Muay Thai dan juga silat. Nak menghasilkan atlet, nak melahirkan atlet yang dapat emas, kosnya besar. Pengorbanan yang diberikan oleh persatuan, oleh jurulatih, oleh pengurusan besar. Saya tahu jurulatih-jurulatih ini juga mendapat elaun dan sebagainya tetapi sebenarnya elaun yang mereka terima tu tak mampu untuk mereka survive tu. Nak sewa rumah pun tak mampu, nak beli kenderaan pun tak mampu. Ini jurulatih ni. Tapi saya berterima kasihlah.
Sebagai contoh, ada agensi-agensi kerajaan, dulu MBI selalu ambik atlet-atlet. Sekarang ni MB Inc pun dah start ambil atlet-atlet takraw dan sebagainya, berkerja dan sebagainya. Mungkin boleh difikirkan mekanisma ini. Sewaktu dulu pun berlaku begitu. Mereka-mereka yang ada potensi dan sebagainya ni diberi peluang pekerjaan secara kontrak dan sebagainya dan akhirnya mereka dapat berlatih dengan tekun, fokus. Hal ini bukan mudah ni. Kita dapat 38, 37 emas kan. Dah tentu Pengarah MSN nak lebih hebat lagi tahun depan tetapi sekiranya beliau tak dapat menyelesaikan isu dikalangan jurulatih ni, mereka ni akan berpindah ke negeri lain. Hari ni sebenarnya atlet dah mula berpindah. Dah mula berpindah. Atlet silat Perak 3 dah negeri lain yang beli. Sana bagi berapa RM300, kita orang bagi RM800. Itu potensi emas. Saya tak mahu perkara ini juga berlaku dalam sukan yang lain. Jadi pada masa yang sama, saya harap walaupun hari ini sumbangan yang disalurkan dari bajet kepada MSN telah pun meningkat pada daripada tahap ke satu tahap tapi ianya perlu diperhebatkan lagi.
Sungai Manik mohon mencelah. Berkaitan dengan atlet, saya suka mencadangkanlah sebab kita ada banyak. Ya, kita ada banyak apa nama pelabur-pelabur ataupun investor yang datang ke tempat kita. Yang besar-besar macam di tempat kita, tempat saya di Manjung tu kita ada Vale, kita ada banyaklah. Kita arahkan mereka untuk menaja ataupun memberi dalam bentuk menggajikan mereka supaya menghalang mereka daripada bergerak ataupun berhijrah ke negeri lain. Sayanglah, saya setujulah, sayanglah bakat-bakat yang…yang ada yang kita dah didik dah pupuk tiba-tiba bila dah menampakkan arah nak kecemerlang berpindah kepada negeri lain. Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Baharu. Jugak orang bola, sama-sama. Inilah perkara yang perlu dilihat sebab bila Perak telah melakukan satu kejutan di Sarawak, sudah tentu banyak mata melihat atlet-atlet yang berpotensi ini. Saya tak nak mention negeri manalah. Daripada dulu lagi sebab mereka ada kemampuan, kerjanya beli atlet je. Tak payah buat pembangunan. Kita letih buat pembangunan ni. Buat pembangunan daripada umur 10 tahun, 7 tahun, 15 tahun tiba tiba orang ambik. Letih tu. Kesian, jurulatih pun patah semangat nak cakap apa mak bapak kata kan. Mana cukup nak…nak beli, nak top up handphone pun tak cukupkan. Jadi jangan, jangan…jangan melihat ini sebagai satu yang sinis tapi inilah realitinya. Kita satu Perak, hebat kita di Sukma Sarawak. Kita proud kita rasa bangga dan sebagainya. Tapi kita perlu bersedia kemungkinan-kemungkinan ini mungkin akan berlaku. Saya yakin pengarah MSN yang berpengalaman ini, dah duduk di bawah lima pengarah sebelum ni kan, hari ni dia jadi pengarah kan. Dia pun paham dan tahu dan alert benda ni, dapat melakukan sesuatu sebelum ianya menjadi satu perkara yang boleh menjejaskan persiapan untuk SUKMA pada tahun 2026 di Selangor nanti.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang sering menjadi perhatian saya mengenai usahawan sebab pernah jadi Exco ni banyak benda-benda yang boleh dirangkumkan daripada belia dan sukan, beri infra dan terakhir kepada usahawan. Saya nak menarik perhatian tentang isu-isu yang dihadapi oleh usahawan. Sedar atau tak sedar kita sebenarnya dah banyak kedai-kedai, cafe-cafe yang tutup di Ipoh ni, yang tak mampu nak survive ni. Nak cari 5, 6 orang minum kopi pun takde. Banyak dah sebenarnya. Memanglah antara isu yang paling besar tak mampu untuk menampung kos nak beli bahan mentah. Kalau kata beli bahan mentah mahal nak jual mahal, sapa nak makan. Setakat boleh maintain bayar gaji, bayar sewa, untung tak ada dah. Jadi, perkara ini juga perlu dilihat. Sebab apabila cafe atau kedai-kedai makan ditutup, maka ramailah pekerja-pekerja yang menganggur dan hilang mata pencarian.
Walaupun masih ada yang mampu bertahan tapi sebenarnya kalau kita lihat dengan mata kepala kita sendiri banyak dah tutup dah. Yang ada tu berupa sebilangan kecil yang mampu bertahan yang mungkin mengubah cara perniagaan dan sebagainya dan sudah tentu dengan kewujudan STeP yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang hari ini hampir 150,000 usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana yang beroperasi di seluruh Perak sama ada berdaftar ataupun tidak, majoriti mereka ini adalah usahawan yang home-based, beroperasi dari rumah. Penjaja, peniaga kecil yang kategori mikro yang saya sebut tadi adalah usahawan yang mungkin ada kafe, ada kedai makan mungkin dah tak bayar, tak mampu bayar sewa dan sebagainya. Tapi penumpuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri kepada usahawan mikro kecil dan sederhana ini bertepatan. Mungkin mereka boleh beralih daripada berkonsep kedai kepada home-based supaya tidak menanggung kos pengeluaran yang membebankan.
Sudah tentu dengan jumlah usahawan yang begitu besar di negeri Perak ini, kalau ikut rekodnya, kita nombor lima mempunyai bilangan usahawan yang berdaftar secara sah menerusi laporan Jabatan Perangkaan. Mereka ni ada berbagai-bagai jenis perniagaan dan berbilang bangsa. Sebenarnya, mereka juga mampu membantu Kerajaan Negeri untuk menyediakan peluang pekerjaan. Saya bagi contoh, sebelum Syawal ada satu mak cik buat peyek. Dia hantar peyek ke Kuala Lumpur tak jual kat Ipoh pun. Berapa, berapa balang sehari hantar, 50 je. Berapa jual, RM20. Sebab dia buat sorang je. Kalau ada pekerja, dia kata mungkin dia boleh buat 100. Kos tak efektif untuk hantar 50 balang je ke Kuala Lumpur. Tapi nasib baiklah pembeli tu dia ambil. Saya check pulak berapa dia jual di Kuala Lumpur, RM28. Bolehlah cover kos minyak dia ambil di Ipoh kan. Isu sebenar yang dihadapi oleh usahawan home-based ni adalah isu pekerja jugak. So, jangan kita ingat mereka yang ada kilang, ada kedai, agensi sahaja perlukan pekerja. Sebenarnya usahawan home-based ni juga memerlukan pekerjaan.
Justeru itu, PASAK juga perlu melihat isu usahawan-usahawan home-based ini. Mereka tak ada assistant. Asisstan mereka hari ini mungkin suami, mungkin anak. Itu pun sebelah malam. Sebenarnya mereka boleh meningkatkan pendapatan sekiranya mereka ada assistant, pembantu yang tetap dan produk-produk ini mampu dipertingkatkan jualan dan sebagainya. Selain daripada itu, STEP yang telah ditubuhkan pada tahun 2020 ini telah juga menyelaraskan banyak program yang diteruskan oleh usahawan, Exco usahawan hari ini cukup banyak program-program turun ke daerah dan sebagainya. Saya ucapkan tahniah dan syabaslah. Namun, satu perkara yang menyedihkanlah, STeP ini belum lagi dijadikan entiti penuh. Yang dan masih lagi bergantung kepada pinjaman daripada anak syarikat PKNP. Bos STeP tu sendiri pun dipinjamkan daripada SADC. Bayangkan agensi yang banyak membantu kita tapi bos sendiri pun takde body di situ. Body nya di tempat lain pinjam disitu. Staff nya pun takde body situ. Body tempat lain, pinjam situ. Bagaimana mereka nak berkerja dengan penuh bersungguh-sungguh. Mereka sendiri pun tak tahu apa status mereka di STeP ni. Jadi menyebabkan adalah perkara-perkara yang boleh menjejaskan semangat dan iltizam mereka untuk meneruskan usaha-usaha yang ingin dibawa oleh Kerajaan Negeri. Jadi sudah tentu perlu ada sasaran bila masa yang STeP ni dapat diangkat sama seperti dengan Jabatan dan agensi yang lain.
Di samping itu, berlaku juga pertindihan program-program ataupun sumbangan. Sebagai contoh, program yang memberi pinjaman dan juga program keusahawanan. antara STeP dan Yayasan Perak. Yayasan Perak pun ada program dia juga. Agensi lain pun ada program keusahawanan dia juga. Walaupun STeP menyelaras dan menggarap, merangkum semua Jabatan di bawah dia tapi perkara ini tidak dapat dielakkan sebab jabatan dan agensi ada KPI masing-masing yang perlu mereka mainkan. Terpulang kepada kebijaksanaan, STeP dan juga Exco lah yang telah menguruskan agar mereka ni dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama dan dapat memberi manfaat kepada usahawan-usahawan dan yang paling penting sekali kita mengharapkan usahawan-usahawan di negeri Perak ini dapat mendaftar dalam Sistem Maklumat Usahawan Perak supaya memudahkan perancangan sebab data itu amat penting sebagai rujukan dan juga perancangan. Saya cadangkan juga ditubuhkan...
Terima Kasih Sungai manik. Dato' Yang di-Pertua, di sini saya lihat memang agak menarik berkaitan dengan isu keusahawanan ini. Ada satu golongan lagi dalam negeri Perak ini apabila sebahagian mereka jatuh miskin segera, miskin tegar apabila antaranya dibuang kerja, kedai tutup dan sebagainya. Kalau dulu, kalau dulu mereka akan pinjam dengan kawan-kawan, jiran RM200-RM300 buka buh payung satu, jual kuih ataupun nasi lemak. Dia dapat keluarkan sekejap sikit daripada susah dia untuk belanja anak-anak dia dalam 2, 3, 4 hari ataupun sampai sebulan, dululah tapi sekarang mereka tak boleh lagi nak buat macam itu kerana mereka mesti dapatkan kiosk daripada PBT untuk meniaga di kiosk lepas tu kena bayar sejumlah lagi. Kemudian, mereka terpaksa untuk dapat lesen dulu baru mereka boleh meniaga sedangkan mereka tak dak apa nak makan esok. Lusa pun tak dak apa nak makan. Tiba-tiba sat gi dapat surat saman daripada pihak PBT kena sita dan sebagainya. Jadi macam mana golongan yang nak jadi usahawan ini untuk dia belanja dalam seminggu dua untuk anak isteri dia tu. Usahawan ini macam mana? Supaya pihak Kerajaan Negeri juga mempertimbangkan juga dalam keadaan ekonomi yang sangat membimbangkan sekarang ni. Terima kasih.
Terima kasih kepada Selama dapat juga dimasukkan dalam teks ucapan saya. Berbalik pada STeP tadi saya rasa pertindihan fungsi antara STeP dan juga Yayasan Perak ini juga perlu diberi perhatian sebab dua-duanya di bawah Kerajaan Negeri ya, agar tidak berlaku penyelarasan yang tidak tepat sebab masing-masing akan berebut-rebut untuk mensasarkan usahawan-usahawan dan sebagainya. Alangkah baiknya kalau di peringkat kerajaan yang memberi pinjaman usahawan ini dapat disatukan untuk memudahkan pengurusan dan sebagainya. Sebab kadang-kadang berlaku agensi ini bekerja dalam silo ataupun syok sendiri untuk mencapai KPI-KPI. Macam saya cakap tadi lah untuk untuk memberi keriangan kepada bos. Ini tak mencapai matlamat dan hasrat sebenarnya apa yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri sebab masing-masing dapat bajet negeri. Masing-masing dapat peruntukan negeri. Kalau bajet ini dilonggok ke satu lepas itu diletak STeP untuk tabung usahawan pinjaman mudah untuk diselaraskan.
Yang Berhormat.
Mudah untuk menguruskan. Ya.
Saya ingin mendapat sedikit info lah sekiranya boleh. agensi mana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat itu? Terima kasih.
Saya sebut tadi Yayasan Perak.
Sungai Manik, Last. Sebab bila sebut usahawan tadi saya tengok dan saya dapati kesungguhan tu. Jadi pihak YB Exco, pihak Kerajaan Negeri kena tengok sampai ke CEO pun dipinjamkan. Saya rasa moral dia orang tak berapa cukup kuat, tapi satu yang penting sekali, buat lah usahawan hebat macam mana pun, buatlah kafe hebat macam mana pun kalau kuasa membeli jatuh dan kurang di negeri Perak, peluang-peluang untuk menjana pendapatan tak ada. Kurang sangat. Usahawan walaupun Exco bertungkus lumus pagi, petang, malam pun jual kuih apa pun kalau kuasa membeli kurang, jadi yang ni balik kepada pelaburan semua lah. Macam mana kita nak bina supaya magnet tu supaya orang Perak ni dapat menjana pendapatan seterusnya depa dapat belilah kuih-kuih daripada usahawan, makan minum dan sebagainya ni. Ingat last, last punya last. Sana Selangor, sana Penang. Dua negeri yang hebat. Apa jadi kat Perak ni? Kita ni tenggelam ke? Tak kena tempias langsung ke. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih. Sebab itu lah saya cakap tadi kalau kita tak menimbulkan naratif atau provokasi tentu macam tadi bagi contoh Selangor dan Pulau Pinang tapi bila Astaka bagi contoh Perak, Kelantan dan Terengganu tak kenalah. Sebab itu pihak sini melenting. You buat comparison yang tak fair. Tiba-tiba Perak dibandingkan dengan pantai timur. Jadilah masalah. Sebab kita pun boleh cakap. Di sini pun boleh cakap tapi sebab tu saya kata jangan kita timbulkan benda-benda yang tak boleh memberi manfaat. Kita bagi fokus bagaimana kita nak bersama-sama membangunkan negeri Perak. Saya nak bersambung sikit tentang STeP ni. Saya tahu Kerajaan Negeri telah meluluskan bajet yang…yang besar jugak berbanding agensi yang lain tetapi saya ingat perlulah diberi penambahan-penambahan sebab banyak usahawan-usahawan yang tak dapat peluang. Tak semua dapat peluang sebab bila ada satu jumlah tertentu, hanya selected yang akan dipilih dan ramai lagi masih memerlukan sebab bukan mudah dalam keadaan pasaran ataupun keadaan hidup hari ini untuk mereka mendapat bantuan-bantuan pinjaman mudah seperti melalui agensi-agensi yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri.
Satu lagi perkara yang saya rasa perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri adalah untuk menambah kawasan industri kecil seperti hari ini macam di Tambun kita ada MARA Halal Park. Saya tahu ada rancangan untuk buat satu lagi halal di belah Lekir dan sebagainya tapi saya ingat setiap daerah perlu adalah sebab ada setengah-setengah produk ni kalau dia tak through halal punya saluran dia tak dapat nak pasarkan lebih luas. Walaupun kita tau benda tu halal, dibuat orang Islam dan sebagainya tapi sijil dan juga kelulusan itu perlu untuk memastikan produk ini dapat dipasarkan lebih luas sebab dah ada syarat-syarat untuk melayakkan dia masuk kontrak pembekalan dan sebagainya mesti ada sijil halal. Macam mana nak sijil halal kalau nak dapat sijil halal, kena semua hantar produk ke Tambun. Kena berada, premis itu berada dalam MARA punya Halal Hab. Takkan satu Perak semua nak kita hantar ke? MARA pun tak mampu dah nak menanggung berapa premis yang dia ada untuk letak usahawan di situ untuk memastikan mereka dapat memenuhi spesifikasi halal. Tak semua orang mampu nak buat mengikut syarat dan juga kelulusan yang boleh diberi oleh halal. Sekejap. Sikit je lagi.
Yang Berhormat, panjang lagi?
Dua point je lagi. Tak apalah, saya tinggalkanlah STeP ni. Saya rasa pihak Exco dapat membantu sebab dia merupakan Exco yang amat komited kepada usahawan.
Yang terakhir, isu ini pun saya tak boleh, tak boleh nak tinggalkan juga ni. PORT. PORT ni pun daripada awal penubuhan 2011. Saya antara final yang wujudkan PORT ni. Terima kasih kejap Kerajaan Negeri masih meneruskan apa yang diwujudkan dahulu yang kita lihat baik kita teruskan sehingga hari ini. PASAK, PORT. Apa yang menarik perhatian saya adalah baru-baru ini Kerajaan Negeri telah meningkatkan jumlah sumbangan untuk dana kreatif Perak daripada RM100 ribu pada tahun 2019, hari ini RM400 ribu, hampir 150 projek kreatif dalam dan luar negara untuk anak Perak untuk tahun 2025 ini dapat dilaksanakan. Saya mencadangkan lah agar bajet ini dapat ditambah sebab saya dimaklumkan ramai anak-anak kita yang mempunyai bakat sama ada seni dan sebagainya kreativiti untuk perlu dibantu sebab bidang seni dan kreativiti ini bukan kesemuanya berkonsepkan usahawan. Ada untuk tarikan pelancong dan sebagainya. Jadi, saya harap dapatlah ditambah peruntukan ini agar lebih ramai lagi anak-anak Perak dapat memperkembangkan kreativiti mereka dan satu perkara yang paling menarik saya rasa adalah selepas pengiktirafan Bandar Ipoh sebagai Bandaraya Kreatif UNESCO 2013.
Jadi sudah tentulah bertepatan dengan penarafan ini, kita juga perlu memastikan kreativiti anak-anak Perak ni tak keluar. Tak keluar dari Perak kan. Kadang-kadang kita sedih membaca tajuk-tajuk berita bila dia popular di negeri lain. Rupanya asalnya daripada Lintang, asalnya daripada Selama. Rupanya anak Perak tapi negeri lain yang dapat nama sebab mereka lihat tak ada peluang di negeri masing-masing. Jadi, apabila kita telah diberi pengiktirafan dengan usaha yang dilakukan oleh Majlis Bandaraya Ipoh ini, saya rasa PORT bertepatanlah untuk mengambil peranan dan tanggungjawab ini dan yang paling penting sekali, tolonglah hari ni satu bangunan PORT, Black House telah didapati oleh pihak JKR tidak selamat. Jadi, mereka menghadapi masalah untuk, minta maaflah saya pulak bagi laporan. Cikgu Din, mintak maaf lah sebab semua anak buah kita bila mengadu kita cuba lah sampaikan. Ini pun rakyat jugak.
Jadi, saya harap dapat diberi perhatian sebab tempat tu merupakan gabungan bangunan lama kerajaan. Jadi sudah tentu laporan yang diberikan oleh JKR itu kena mereka patuhi dan terpaksa memindahkan barang-barang ke satu tempat yang bangunan mereka ada dah sempit dan sudah sampai masanya Perak perlu melihat untuk mewujudkan satu Arkib Muzik Perak. Kita tak ada arkib apa-apa. Kita ada banyak bakat, yang yang pertama kali kita buat rumah Dato' Lat lah untuk menghargai sumbangan dan peranan dia mengharumkan negara dan juga negeri Perak. Saya rasa ramai lagi. Mereka juga memerlukan satu tempat ataupun satu destinasi yang dapat dituju untuk mereka mempamerkan produk-produk mereka, membina satu galeri dan mengumpulkan semua hasil-hasil seni anak-anak Perak ini dan sebelum saya mengakhiri perbahasan Titah DiRaja ini, saya juga ingin mengambil perhatian kepada sidang Dewan. Kita ada hasil baru, REE dan tahniahlah kepada MB Inc. yang dah tubuhkan satu lagi anak syarikat iaitu PML dan saya agak terkejut apabila dalam usaha saya mendapatkan pencarian tu, rupanya di Perak ni ini juga ada satu lagi agensi yang juga membuat kajian yang sama dah tubuh 2011 dulu. Mungkin Exco boleh lihat bagaimana kita boleh menjalinkan kerjasama dengan company ni yang bukan dia tak semata-mata REE lah, dia ada produk lain tapi maknanya kepakaran tu sebenarnya dah ada lama dah di Perak. Kenapa kita tak alert? Saya masih tak dapat nak mencari. Rupanya dah ada yang membuat kajian dan juga mengenai mineral ini di Perak. Jadi nanti saya boleh kongsikanlah.
Saya pun last tadi baru dapat info 2011 dah berada di Perak sedangkan MB Inc baru initiate nak buat. Jadi, saya harap hasrat dan matlamat kita mendapat pendapatan menerusi sumber baru ni tidak dibantutkan oleh Kerajaan Pusat. Ini tak boleh export la, stok dah banyak. Inilah akan menyebabkan elemen-elemen yang tidak sihat berlaku, seludup dan sebagainya. Kuari haram dan sebagainya. Sebab apabila ada sekatan-sekatan, janganlah bantutkan usaha Kerajaan Negeri Perak. Sedangkan Pusat dan Perak di bawah kerajaan yang sama. Bagilah kelonggaran, mudahkan urusan. Sebab REE ini kitalah pioneer. Kita dah buat tapak kajian dan sebagainya agak lama. Jadi macam saya cakap, yang baik kita akan sokong dan tak ada masalah.
Jadi, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih bagi mewakili Ketua Pembangkang, saya harap usaha-usaha yang sedang dilaksanakan diteruskan, dapatlah dikongsikan bersama seperti yang di bangkitkan oleh rakan-rakan saya dalam blok pembangkang ini. Kongsilah dengan kami apa informasi dan para paling penting jemputlah kami. Sebab ada cerita kata diarahkan kepada DO, YDP jangan jemput Adun ini. Saya rasa tak ada arahan rasmi yang keluar. Kalau ada arahan rasmi yang keluar pun mungkin di kalangan Adun Kerajaan di situ je yang tak suka tengok Adun Pembangkang datang. Majlis je. Ini ada majlis raya pun jangan jemput Adun Pembangkang. Apa ni? Saya rasa bukan arahan Yang Amat Berhormat Menteri Besar, bukan arahan Exco. Arahan Adun Kerajaan yang berada di situ. Apa takut sangat? Kata nak harmoni. Kata nak kerjasama. Datang majlis yang dibuat oleh jabatan dan agensi kerajaan pun menjadi satu kesalahan. Itu tak betul. Yang tak betul tak betul lah. Saya harap ada orang kerajaan jangan buat macam tu. Jangan suruh YDP jangan jemput ini. Takpe-takpe, saya dah nak gulung dah nak abis dah.
Yang Berhormat,
Buat apa, saya dah tak berpeluang dah nak abis dah. Saya tak nak sentuh dah. u nak tanya sapa dah.
cuma saya tak nak tambah sedikitlah berkenaan dengan sambutan Hari Raya yang dianjurkan oleh peringkat negeri. Saya melihat hanya Yang Berhormat sendiri yang hadir selepas jemputan telah dihantar kepada semua. Tapi saya hanya nampak Yang Berhormat hadir sendiri pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada raya pertama. Jadi, saya tak pasti sama ada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain ke tak dapat nak hadir ke atau pun sengaja tak nak datang.
Ok. Sebab tu saya kata tadi, ada benda-benda yang perlu kita sebut, ada benda-benda yang tak patut. Macam benda ni, you saja nak menimbulkan satu provokasi. Tak perlu. Sesiapa lapang pergi, sapa-sapa free pergi. Mungkin masing-masing ada, biasanya kita ni di hari raya pertama ni masing-masing sibuk di rumah masing-masing anak cucu balik dan sebagainya. Saya mungkin, kalau nak cerita kebetulan hari tu saya balik rumah mentua. Bukanlah pula saya runsing duduk rumah mentua saya pergi jamuan raya. Jangan salah faham pulak. Dengar pak mertua, Oh, patutlah dia hilang. Jangan nanti pak mertua saya kata, sebab runsing duk rumah mertua pergi jamuan raya Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat, dah nak habis, habis dah pun. Lama dah habis ni.
Tentang jemputan raya. Sebenarnya saya dan rakan-rakan saya daripada Adun Pembangkang ni seminggu baru sampai. Lepas seminggu baru sampai surat jemputan.
Ok, ok. Takpe, takpe. Nanti, nanti bila berucap boleh bagi tau.
Sebenarnya benda ni ada dibangkitkan oleh rakan-rakan, sebab dalam WhatsApp Group ada yang bertanya, bila dapat jemputan? Ada yang dah lepas majlis baru dapat jemputan. Sebab tu saya kata tadi ini bukan salah MB, salah exco kan? Mungkin ada masalah-masalah teknikal yang lain. Selalu Alor Pongsu selalu tak dapat jemputan. Dia mesti tanya saya. Eh, besok tu program apa? Dia tanya je takde. Sebab ada beberapa Adun pun maklum saya, memang tak ada dapat jemputan.
Hebat Ketua Pembangkang yang baru.
Okey okey okey.
Yang, Dato' Yang di-Pertua, Sungai Manik menjunjung kasih dan menyokong titah ucapan. Sekian Wabillahi Taufik hidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wassalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Sungai Manik yang berucap mewakili Ketua Pembangkang. Banyak lebih dari 45 minit tu. Bagi perbahasan seterusnya, masa yang diperuntukkan adalah 20 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Buntong untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad, barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan seperjuangan, barisan kakitangan kerajaan negeri yang saya hormati, pihak media dan rakyat yang saya kasihi sekalian. Buntong merafak sembah menjunjung titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Buntong menjunjung sepenuhnya Titah Tuanku dan saya mewakili suara rakyat Buntong bangga dipimpin oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Dato' Yang di-Pertua, Buntong mengambil peluang ini mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang YB Ishsam. Semoga legasi kepimpinan beliau kekal di hati kita semua.
Buntong, minta betulkan bukan mendiang tapi Islam Almarhum ataupun yang lebih baik ucapan. Terima kasih.
Apa dia?
Tadi Buntung sebut mendiang bukan mendiang. Bagi kita Muslim disebut Almarhum atau Allahyarham. Lebih baiklah, bagi bahasa kami.
Buntung akan sentiasa terhutang budi kepada Ayer Kuning, bekas Adun Air Kuning, YB Ishsam atas segala bantuan yang beliau selalu sudi hulur apabila diperlukan. Banyak peluang-peluang di mana Buntong telahpun bekerjasama dan bantuan yang dihulurkan sangat-sangat bermakna. Jadi Buntong sentiasa terhutang budi kepada beliau. Dato' Yang di-Pertua, hari ini kita telah melihat salah satu padah fitnah di mana Dewan yang mulia ini telah menjunjung titah Tuanku tentang perbuatan fitnah dan secara terus terang memastikan bahawa setiap kenyataan fitnah di Dewan ini ada akibatnya. Malah, fitnah di mana-mana adalah perbuatan berdosa. Titah Diraja Tuanku di print di perenggan 35, kelihatan semakin subur budaya fitnah semakin sarat budaya yang merestui perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah lawan politik dan semakin luntur nilai-nilai keinsanan dan kemanusiaan.
Dato' Yang di-Pertua, Buntong terharu mendengar titah Tuanku yang menyentuh pelbagai aspek. Namun, pesanan yang paling kuat gemanya adalah pesanan tentang perpaduan dan persefahaman antara kaum yang akan membawa kestabilan dan keamanan kepada negeri yang kita semua kasihi. Kestabilan politik yang seringkali diambil ringan sebenarnya merupakan asas pembangunan ekonomi. Tanpa kestabilan dan keamanan, mana-mana ekonomi tidak dapat berkembang.
Dato' Yang di-Pertua, Buntong telah mendapat peluang pada bulan lepas menemani Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ke ibu kota India iaitu ke Mumbai untuk lawatan rasmi. Beliau berjumpa dengan pelabur-pelabur asing walaupun hanya untuk beberapa hari adalah ternyata daripada mesyuarat-mesyuarat yang disusun bersama Timbalan Menteri, prioriti utama para pelabur adalah kestabilan politik dan keamanan negeri dan negara yang menjadi destinasi pelaburan mereka. Pelabur mengutamakan kerajaan dan pemimpin yang fokus kepada realiti dan kebenaran serta mempunyai visi yang jauh memandang ke hadapan dan bukannya kolot serta tidak mampu berdaya saing. Oleh yang demikian, Buntong ingin mengambil peluang ini menyeru semua pihak mengambil berat talian persaudaraan yang wujud antara kita semua. Janganlah dipolitikkan semua isu. Sampaikan usaha kutipan derma untuk mangsa letupan gas pun boleh dipolitikkan oleh sesetengah pemuda parti politik di Tiktok bukan main. Usaha pemindahan kuil yang telah lama diselesaikan pun masih lagi dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Adakah kita semua mahu lemas dalam polemik perkauman sendiri? Adakah kita tidak sedar bahawa polemik-polemik perkauman yang dipupuk sendiri boleh melemaskan kita. Jangan sampai kita sendiri mengusir pelabur-pelabur yang berniat melabur di negara kita sekaligus dalam usaha kita sibuk dalam peperangan polemik untuk kekuatan politik masing-masing, kita menjadikan negeri kita padang pasir yang tidak subur dan jauh ketinggalan. Apakah pula nanti jawapan yang kita akan sampaikan kepada generasi akan datang? Fikirkanlah.
Dato' Yang di-Pertua, Titah Diraja Tuanku menyentuh pelbagai intipati kejayaan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan Buntong turut bersetuju bahawa negeri kita kini berada di landasan yang betul setelah sekian lama menuju ke arah pembangunan yang menyeluruh dan mampan. Kerajaan Negeri Perak telah mencatatkan kutipan hasil pada tahun 2024 yang telah melebihi sasaran mencecah RM1.3 bilion iaitu peningkatan berjumlah RM118.5 juta berbanding kutipan hasil tahun 2023. Sumber-sumber hasil negeri juga telah dipelbagaikan contohnya melalui Enakmen Sumber Air Perak dan Enakmen Hotel. Buntong juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri terutamanya bagi portfolio pelaburan atas kejayaan memperolehi nilai pelaburan lebih tinggi bagi tahun 2024 bernilai RM8.7 bilion meningkat 2.7% berbanding tahun 2023. Tahniah. Satu lagi bukti bahawa Kerajaan Negeri hari ini giat berusaha memastikan negeri Perak berada di landasan yang betul. Kerajaan Negeri Perak juga efisien menjalinkan hubungan kerja yang baik dengan Kerajaan Persekutuan di mana RM1.8 bilion telah diluluskan untuk negeri Perak di bawah Rolling Plan Kelima Rancangan Malaysia Ke 12 melibatkan 504 buah projek.
Contohnya, Kementerian Perumahan baru-baru ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan RM1.3 juta di Ipoh, RM2.0 juta di Taiping dan RM6.13 juta di Tapah melalui Program Sentuhan Kasih Kementerian KPKT. Selain itu, beberapa projek infrastruktur lain juga akan ditumpukan di Perak. Contohnya Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah telah dinaiktarafkan dan penaiktarafan ini akan diteruskan secara berfasa. Peruntukan bernilai RM60 juta telahpun diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan awal tahun ini dan impian kita untuk satu lapangan terbang antarabangsa mungkin dapat dicapai tidak lama lagi.
Dato' Yang di-Pertua, banyak lagi yang disentuh oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Tuanku Sultan Nazrin di dalam Titah Diraja baginda. Salah satu kandungan yang Buntong ingin mengangkat di Dewan yang mulia ini adalah kepentingan Artificial Intelligence (AI) dan perkembangan pendidikan khususnya jurusan TVET. Kedua-duanya berkait rapat. Kerjasama rapat dengan industri-industri besar, terutamanya yang melibatkan pemindahan teknologi. Technology transfer dengan izin mendapati kandungan sukatan pelajaran TVET kita serba ketinggalan. Buntung ingin membangkitkan persoalan apakah…
Buntong minta pencelahan sikit sebelum pergi jauh.
Boleh.
Yang pertamanya Kerajaan Negeri macam dah sediakan kereta Ferrari. Tapi kereta Ferrari kalau satu tayar yang menggunakan jenama Michelin yang mahal dan baik tetapi tiga tayar lagi botak tak stabil juga walaupun jenama kereta hebat, tayar hebat. Jadi saya rasa usaha yes saya setuju dengan Buntong. Usaha kerajaan negeri untuk menaikkan GDP kita hebat. Tapi keberhasilan belum lagi sebab tiga tayar lagi masih botak masih tak stabil lagi. Setuju tak Buntong dengan saya?
Saya tak tahulah pasal kereta Ferrari. Saya tak memiliki.
Itu contoh. Itu contoh.
Tapi saya pandu kereta Honda jazz je sekarang. Tapi saya nak balas sedikitlah ya kepada YB, Yang Berhormat. Semestinya setiap usaha yang diambil kerajaan hari ini akan mengambil masa. Kerajaan Perpaduan hari ini adalah kerajaan yang dibentuk hasil dari gabungan pelbagai pihak. Pelbagai parti politik dengan ideologi-ideologi yang berbeza tetapi dasarnya pada dasarnya impian kita adalah sama. Impian kita adalah sama
Saya tak sentuh dari segi politik gitu.
Saya habis dululah YB.
Saya tak sentuh dari segi politik. You don't get into politic.
I am not such touching on politics I'm just talking about the background with permission Dato' Yang di-Pertua. Saya pun tak sentuh politik. Saya cuma memberikan konteks kepada jawapan saya. Jadi, saya minta Yang Berhormat beri saya sedikit masa lah untuk jawab. Jadi saya rasa di sini apa-apa usaha pun akan ambil masa sebab setiap usaha yang kita ambil hari ini adalah persetujuan yang telah diperbaharui antara semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersama dengan YB-YB backbencher dan YB-YB kerajaan di sini. Jadi kita semua sedang berganding bahu untuk memastikan kita membawa kembali negeri Perak ke landasan yang betul dan pembangunan negeri atau negara cannot be done in a day tak boleh dilakukan dalam masa satu hari, dua hari, satu bulan, dua bulan. Malah lima tahun pun tak boleh. Tapi kita akan cuba berusaha untuk membawa kembali negeri Perak ke landasan yang betul supaya kita bersedia untuk menyahut cabaran-cabaran akan datang. Cabaran-cabaran akan dating, contohnya tarif-tarif yang diperkenalkan baru ni oleh Amerika Syarikat pasti akan memberikan impak yang negatif.
Jadi kerja-kerja Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama dengan barisan Exco dan kakitangan-kakitangan kerajaan the past three years selama tiga tahun yang lepas ini semenjak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan adalah usaha untuk membina the fundamentals. Asasnya, tunjang untuk negeri Perak boleh bergantung kepada apabila kita menyahut cabaran-cabaran yang akan datang. Jangan ingat lagi lima tahun akan datang kita akan berhadapan dengan masa-masa yang senang. Tidak. Masa-masa yang susah. Jadi saya hanya nak menjawab YB, I think that kita sedang melakukan apa yang terbaik untuk negeri kita. Semestinya kita tak perfect, kita tak sempurna. Malah, saya rasa mana-mana manusia pun takkan accept lah yang diri dia sempurna. Saya sendiri, YB sendiri, saya pasti kita sama-sama ada kekurangan dan kekuatan. Tapi negeri kita dalam proses membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dan kekurangan-kekurangan yang wujud dan memperkuatkan kekuatan kita mempertingkatkan lagi kekuatan-kekuatan kita yang sedia ada. Itulah jawapan saya.
Mohon mencelah, Yang Berhormat Speaker. Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhomat Buntong sebentar tadi, yang menyebut bahawa ingin membawa kembali Perak ke jalan yang betul. Pada saya, istilah itu tidak tepat atau pun kurang tepat. Adakah bermaksud kepimpinan Perak sebelum ini membawa jalan yang tidak betul? Saya setuju kalau Buntong menyebut ayat ingin membawa Perak lebih maju perkataan itu lebih sesuai daripada meletakkan satu terminologi bahawa nak bawa Perak ke arah yang betul seolah-olah yang sebelum ni dipimpin oleh kerajaan yang membawa Perak ke jalan yg tidak betul. Seolah begitu jauh pandangan saya Yang Berhormat. Terima kasih.
Terpulanglah kepada penterjemahan sendiri. Saya rasa, saya tak nak mengambil masa untuk komen perkara tu. Sememangnya saya rasa banyak lagi yang perlu dilakukan dan jika banyak lagi yang perlu dilakukan, maka perkara-perkara tersebut tidaklah dilakukan lagi. Jadi, kita haruslah mengambil saya rasa mengambilkira faktor-faktor yang berbeza hari ini. Hari ini, Kerajaan Negeri Perak senang dan giat bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan saya rasa Kerajaan Persekutuan pun sanggup turun padang melihat masalah-masalah di Perak dan hubungan ini membawa satu perubahan yang besar. Saya tadi dengar sebenarnya perbahasan YB Sungai Manik, kata "oh Ipoh Sentral ni telah lama wujudlah... Inilah... masa dialah..." banyaklah dia punya perbahasan. Saya setuju. Memang banyak antara projek-projek yang sering kami di sini bahaskan adalah projek-projek yang lama. Dato’ Yang di-Pertua pun tahu, arif tentang perkara-perkara ini.
Saya hanya nak tekankan pada hakikatnya Ipoh Sentral ni memang telah lama dibincangkan dan saya pun telah bertemu dengan Ipoh Central Sdn.Bhd. sebab projek ni banyak melibatkan kawasan saya. Saya sendiri telah bertemu dengan mereka dan mereka ada berkongsi dengan saya bahawa betapa pentingnya projek ini. Hakikatnya, baru sekarang menjadi realiti setelah kerajaan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar bersama dengan Kerajaan Persekutuan hari ini di mana Menteri Pengangkutan sendiri yang turun ke Ipoh menjayakan Ipoh Sentral ni. Jadi hakikatnya ini adalah pencapaian Kerajaan Perpaduan hari ini. Mungkinlah telah dibincangkan lama dahulu. Tapi it's not relevant sebab tak berjaya dengan izin Yang di-Pertua. Jadi today is success dengan izin. Kita bincanglah hari ini. Kita kena terimalah yang ini adalah kejayaan kerajaan hari ini. Itu sahaja point saya senang sahaja.
Jadi, Yang di-Pertua saya teruskan kepada hujah saya. Ok, terima kasih. Saya teruskan ya. Tadi saya berhenti pada aspek TVET. Jadi saya teruskan di sini kedua-duanya berkait ya. Perkembangan pendidikan dan perkembangan industri. Kerjasama rapat dengan industri besar terutama yang melibatkan pemindahan teknologi-teknologi transfer dan mendapati kandungan sukatan pelajaran TVET kita serba ketinggalan. Jadi di sini, Yang Berhormat Buntong ingin membangkitkan persoalan apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jurang ini? Adakah terdapat usaha-usaha untuk menaik taraf dan kualiti sukatan pelajaran TVET kita supaya memenuhi kehendak ataupun demand pihak industri, dengan izin Dato' Yang di-Pertua? Kita harus bertekad menggunakan ilmu sains untuk pembinaan negara. We must capitalise on Science for Nation Building, dengan izin Dato' Yang di-Pertua.
Dengan perkembangan pesat Automotif High-Tech Valley (AHTV) di Tanjong Malim dan taman-taman industri lain di Perak, kita harus bersedia dengan talent pool dengan izin yang sesuai dan mantap. Tambahan pula, penutupan Kilang Proton di Shah Alam dan pemindahannya kepada Tanjong Malim adalah langkah penting kepada pembangunan industri automotif negara dan kepada Perak dan Perak akan memainkan peranan yang jauh lebih penting kini moving forward dengan izin. Adakah infrastruktur dan ekosistem yang lengkap sudah diusahakan sepenuhnya di Tanjong Malim? Contohnya seperti pembinaan stesen bomba yang serba lengkap di Tanjong Malim supaya dia dapat melengkapi ekosistem pembuatan kereta-kereta ini. Selain daripada itu, adakah anak-anak Perak yang berkelayakan bersedia pulang ke Perak untuk menyahut peluang-peluang pekerjaan dalam industri automotif?
Dato' Yang di-Pertua, Titah Diraja Tuanku juga merangkumi hasil pertanian dan penternakan negeri Perak. Perak juga telah baru-baru ini dinamakan sebagai negeri yang menghasilkan paling banyak jagung manis mencecah 17,716 metrik tan yang dituai daripada daerah Kinta, Kampar dan Kuala Kangsar. Tambahan pula, pada tahun 2023 sahaja, Perak menyumbang 22.8% kepada jumlah keluaran perikanan negara dan angka ini meningkat sihat kepada 24.7% pada tahun 2024. Ini menunjukkan kekuatan negeri seperti yang saya sebut sebentar tadi dan Kerajaan Negeri harus membentuk visi yang lebih spesifik yang dapat meneruskan kejayaan ini. Buntong ingin menyeru Kerajaan Negeri untuk meneruskan fokus dalam bidang pertanian, perikanan dan penternakan. Tahniah kepada Kerajaan Negeri dalam pelancaran Hala Tuju Ekonomi Biru Perak dan kesediaan negeri untuk menjadi peneraju ekonomi biru di negara ini melalui kekayaan sumber sedia ada dalam sektor perikanan, pelancongan maritim, tenaga boleh diperbaharui dan bioteknologi marin.
Sememangnya jelas Kerajaan negeri membuktikan komitmennya kepada Pelan Perak Sejahtera 2030 di mana salah satu tunjang utama adalah sekuriti makanan. Namun, ini akan memakan pelaburan yang signifikan kerana keperluan pakar-pakar yang mempunyai kelayakan mengurus pemuliharaan marin dan Buntong berharap Kerajaan Negeri mempunyai perancangan terperinci di dalam Pelan Hala Tuju Ekonomi Biru. Pelbagai lagi pencapaian Kerajaan Negeri telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan pencapaian ini jelas membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk mengangkat negeri Perak sebagai negeri yang berjaya.
Dato’ Yang di-Pertua, Titah Diraja Tuanku merangkumi realiti buruk tentang krisis plastik yang melanda dunia dan juga sumbangan kita kepada krisis ini adalah sesuatu yang kita tidak dapat nafikan. Malaysia telah dikenalpasti antara lima negara tertinggi dunia menyalah urus sisa plastik. Statistik yang dijunjung Tuanku tentang berapa banyak plastik yang dibuang oleh setiap rakyat Malaysia iaitu 2.4 kilogram plastik setahun adalah sangat merungsingkan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan kukuh berkenaan pendekatan mengurangkan penggunaan plastik di negeri kesayangan kita?
Dato' Yang di-Pertua, Buntong adalah kawasan bandar yang rakyatnya dibelenggu masalah kemiskinan bandar. Walaupun Buntong sebahagian daripada Bandar Raya Ipoh, namun pembangunan infrastruktur di Buntong adalah work in progress, dengan izin. Buntong ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang bekerjasama dengan pasukan saya di Buntong untuk membawa pembangunan infrastruktur yang meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya kepada Pejabat Daerah Kinta dan Batu Gajah, kepada Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan pelbagai lagi agensi kerajaan yang sentiasa prihatin. Buntong juga ingin menghargai peruntukan-peruntukan yang diturunkan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Program Sentuhan Kasih kepada Buntong. Banyak lagi yang perlu dilakukan dan rakyat Buntong resah sama ada mereka akan dapat menikmati jalan-jalan yang diturap elok, sistem saliran yang efisien, padang-padang yang lengkap untuk tujuan rekreasi demi kesejahteraan hidup mereka dan keluarga. Buntong memohon kerjasama berterusan semua agensi kerajaan dalam menjamin pembangunan infrastruktur di Buntong terutamanya melalui pengurusan optimum peruntukan-peruntukan bagi projek-projek infrastruktur.
Di sini, Dato' Yang di-Pertua Buntong ingin merakamkan ucapan selamat datang kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh yang baharu, Tuan Zamakhshari Bin Hanipah, selamat datang Datuk Bandar MBI baru. Buntong, looking forward to work together with you, terima kasih dengan izin. Akhir sekali Dato' Yang di-Pertua, Buntong berhasrat berpantun sedikit sebagai penutup perbahasan.
Dari Tapah ke Ayer Kuning, Orkid berkembang indah berseri, Pilihan bijak rakyat seiring, Teruskan aman kekal muafakat.
Langit cerah selepas hujan, pelangi muncul indah bersinar, Kerajaan Perpaduan bawa kestabilan, Negeri Perak terus gemilang dan pintar.
Dengan ini, Buntong ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan kerajaan yang sentiasa memberikan kerjasama kepada semua barisan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan yang sentiasa peka kepada permintaan-permintaan Buntong dan dengan ini Buntong akan sentiasa memberi komitmen kepada Kerajaan Negeri Perak bekerjasama membawa negara kita ke persada yang lebih berjaya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Buntong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada semua. (Bacaan doa) Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang maksudnya lebih kurang, "dan sekiranya kamu ingin menghitung akan nikmat-nikmat Allah atas kamu, nescaya sekali-kali kamu tidak akan dapat berbuat demikian".
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan dan Negeri, pengamal media dan seterusnya para hadirin penonton dalam Dewan dan di atas talian yang saya hormati sekalian. Tuan di-Pertua, Pasir Panjang yang memulakan ucapan dengan merafak sembah menjunjung kasih merakamkan ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas Titah Diraja yang sarat dengan pedoman, panduan, nasihat serta seterusnya secara tidak langsung melakarkan hala tuju ke arah kegemilangan, kemakmuran dan keharmonian negeri Perak yang kita cintai. Pasir Panjang juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada sahabat kita, Almarhum Yang Berhormat Ishsam Shahruddin yang meninggalkan kita. (Bacaan doa) Semoga damai Almarhum di sana dengan limpahan rahmat-Nya yang berterusan Insya-Allah.
Tuan di-Pertua, beberapa perkara hasil daripada bacaan dan pengamatan Titah Diraja yang ingin Pasir Panjang sentuh pada hari ini. Yang pertamanya, Tuanku Sultan ada menyebut bahawa Perak direzekikan dengan rezeki yang agak luar biasa mencatat bajet RM45.6 juta. Sumber hasil negeri meningkat pada RM1.33 billion. Bersesuaianlah dengan ayat yang saya baca di awal tadi. Nikmat Allah ke atas kita ini terlalu banyak dan Allah mengharapkan pengagihannya juga dapat dilakukan dengan sebaik mungkin. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab supaya hasil yang dikurnia oleh Allah SWT ini dapat dinikmati oleh semua yang mendiami muka bumi ini khususnya di negeri Perak Darul Ridzuan.
Justeru itu, Pasir Panjang ingin mencadangkan supaya kita melihat ke bawah sana. Mereka-mereka yang berada di kampung-kampung yang daif, yang susah, yang menderita akibat daripada kurangnya sumber, sumber makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya. Jadi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab Pasir Panjang mengharapkan peruntukan-peruntukan kepada golongan ini, golongan asnaf, fakir dan miskin ini dan golongan yang ditimpa musibah. Baru-baru ini ribut, banjir dan sebagainya dapat dipertingkatkan dan dapat diperturunkan dengan segera bilamana banjir atau musibah berlaku. Mereka akan mengharapkan kita. Mereka akan datang ke pusat khidmat untuk memohon bantuan pertolongan tetapi bila mana kita kata kita tidak ada bantuan secara instant untuk diberikan, kecewa mereka dan kalau kita turun ke rumah-rumah mereka seperti mereka mendiami kubang. Air dalam rumah, bumbung yang bocor dan sebagainya dan golongan-golongan ini mereka tidak datang kepada kita selalunya sebab mereka tidak ada kenderaan, tidak ada kekuatan, sakit dan sebagainya. Jadi wakil-wakil rakyat yang turun untuk menjelajah kawasan kampung inilah yang akan mendapat berita-berita yang macam ini.
Dato' Yang di-Pertua kita juga perlu memberi perhatian kepada mereka yang menumpang tinggal di tanah rezab kerajaan, bernaung di rumah yang berlubang sana sini atapnya. Tidak cukup makanan, tidak cukup peralatan perubatan walaupun mereka mendapat bantuan daripada JKM, daripada Baitulmal tidak cukup. Akibat daripada kenaikan kos dan permintaan peralatan yang mereka perlukan itu juga meningkat dan mereka ini juga perlukan tanah. Mereka perlukan rumah yang sesuai untuk berteduh. Jadi, kita cadangkan kepada kerajaan untuk melihat perkara-perkara ini supaya mereka bukan sahaja dapat rumah untuk berteduh tetapi juga kebajikan mereka. Kebajikan harian mereka dapat juga kita bantu, contoh yang saya berikan bilamana kita turun ke kampung-kampung ini ada yang tidak ada makanan, mengharapkan kotak makanan, beg makanan daripada kita dan oleh kerana itulah bila kita ditarik balik kotak makanan daripada Adun-Adun bukan Kerajaan ini, ia menimbulkan kesukaran, kesusahan kepada kita untuk kita membantu mereka. Betul.
YAB MB mengatakan bahawa ditambahkan peruntukan RM3ribu kepada setiap Adun tetapi RM3ribu itu tidak sekali-kali mencukupi bilamana bencana berlaku terutamanya dan juga Pasir Panjang juga ingin memohon pertimbangan agar bantuan keatas mangsa bencana dipertimbangkan jumlah pembayaran. Pada hari ini mereka hanya mendapat wang ehsan sebanyak RM200 dan biasanya kos untuk membina semula, membaiki semula itu jauh lebih besar daripada RM200 dan mereka juga akan datang ke pejabat Dun untuk memohon bantuan tetapi kita mempunyai kesukaran bilamana terlantiknya Pegawai Khas Menteri Besar yang menguruskan perbekalan, projek, OG dan sebagainya, maka kita tidak dapat membantu. Orang berkata YB ada gaji. Gaji YB besar. Kita bagitau gaji kita RM11 ribu tetapi dengan jumlah penduduk yang ramai, Dun yang luas, perbelanjaan kita RM12 ribu. Inilah yang sedang berlaku. Jadi kita harap keharmonian bermula daripada sini.
Dengan menarik peruntukan, dialihkan peruntukan kepada Pegawai Khas MB ia mewujudkan suasana yang tidak harmoni di kalangan kita dan juga mereka di bawah sana. Kita terpaksa bagitahu mereka Tuan Yang di-Pertua. Kita tidak ada peruntukan seperti dahulu. Kita tidak ada OG lagi. Dan apa persepsi mereka? Persepsi mereka, Kerajaan tidak baik. Dan kita pun tak mahu digelar Kerajaan tidak baik. Sedangkan kita ada sumber untuk kita berikan kepada mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap suara saya ini didengari oleh MB terutamanya untuk kita laksanakan, untuk kita gunakan rezeki yang melimpah ruah dari Perak ini untuk kebajikan rakyat-rakyat di bawah sana Insya Allah yang memerlukan.
Perkara yang kedua yang disebut oleh dalam titah Tuanku ialah ancaman tarif 24% oleh Amerika Syarikat ke atas produk eksport tempatan. Chong Sabat yang jadi Naib Presiden YTY, pagi tadi dia menyatakan bahawa itulah senjata mereka untuk menaikkan kos kita, kos harga produk kita. Supaya kos kita tidak boleh tidak boleh bersaing dengan negeri-negeri lain yg tidak dikenakan tarif oleh Amerika Syarikat. Jadi, kita perlu merancang strategi-strategi yang berkesan, pelan strategik yang komprehensif untuk menangani perkara-perkara negatif yang akan berlaku ke atas produk-produk elektrik dan elektronik kita, ke atas produk sawit mentah kita, ke atas produk berasas kayu dan getah serta hasil laut yg kita eksport ke Amerika Syarikat kerana produk kita akan menjadi mahal dan Amerika Syarikat pasti akan mencari negara-negara lain yang rendah kosnya untuk mereka beli.
Jadi mereka akan cari alternatif yang lagi murah. Permintaan produk kita akan turun. Pendapatan kilang yang bergantung kepada eksport akan kurang operasi dan kemungkinan disebut oleh Naib Presiden YTY tadi, kemungkinan operasi akan dikurangkan dan juga terdapat besar kemungkinan untuk ditutup sebahagian daripada kilang-kilang mereka dan bilamana berlaku penutupan, pengurangan operasi, pasti pengangguran akan berlaku. Bila mana berlaku pengangguran, maknanya rakyat bertambah susah dan mana mereka nak pergi? Mereka akan datang kepada kita, kepada Kerajaan untuk membantu mereka. Jadi Pasir Panjang mencadangkan satu pelan strategik yang berkesan yang komprehensif perlu disegerakan. Pasir Panjang mencadangkan juga pasaran baru di rantau Asia Tenggara, China, India, Eropah, Timur Tengah, Latin Amerika perlu diteroka dan juga promosi dagang yang agresif perlu bermula sekarang. Saya tahu, kita tahu bahawa Kerajaan sudah ada langkah-langkah yang akan diambil untuk menangani masalah ini. Dan kita nak minta dalam Dewan ini, apakah langkah-langkah awal yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk berhadapan dengan ancaman ini?
Ketiga, perkara yang disebut dalam titah Tuanku ialah rumah adalah keperluan asasi. Rumah adalah keperluan. Terlalu kerap Pusat Khidmat Adun terima aduan dan permohonan berkaitan dengan perumahan. Datang sahaja, saya nak minta rumah, Saya tidak ada rumah, rumah saya bocor, rumah saya rosak dan sebagainya. Hampir setiap minggu. Ada mereka yang datang kepada kita. Tidak selesa didiami. Mohon dibaik pulih, rosak teruk, tak boleh langsung nak baik pulih. Mohon untuk buat binaan baru. Tuan Yang di-Pertua. 90% daripada permohonan aduan mereka tidak dapat kita bantu. Kerana apa? Kerana tidak memenuhi syarat. Rumah sedia ada, kalau kita tengok balik, berada di atas tanah rezab kerajaan. Tanah rezab agensi kerajaan dan kemudian bila kita tengok pulak yang lain pulak. Nama walaupun duduk situ dah lama dah. Daripada ibunya kepada diwarisi oleh dia tetapi tidak boleh juga diberi bantuan, bina semula ataupun baiki. Sebab apa? Sebab nama dia tidak ada dalam geran. Inilah kelemahan orang-orang kampung yang kita perlu bagi maklumat kepada mereka. Mesti waris.
Pertukaran nama atas geran itu perlu berlaku semasa mereka masih hidup. Tetapi bila dah meninggal dah, dia kata ni nama saya ada. Nama mak saya ada tetapi syarat begitu tidak diterima oleh agensi-agensi yang terlibat. Jadi kan kita dengan kekangan-kekangan yang ada ini dicadangkan kerajaan kenal pasti tanah yang bersesuaian untuk diberikan sebagai tapak rumah mereka ataupun cara-cara lain yang membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri yang selesa seperti PRR di bawah KPKT, PPRT di bawah KKLW patut disebar luaskan dan pihak agensi yang bertanggungjawab juga perlukan tindakan susulan yang segera setelah menerima aduan dan maklumat berkaitan dengan kesusahan golongan yang memerlukan ini.
Perkara seterusnya adalah tentang TVET dan PASAK. Semasa saya di Institut Pengajian Tinggi dulu yang menjadi antara punca graduan kami tidak dapat pekerjaan yang bersesuaian adalah ialah bidang pengajian, kursus kemahiran tidak selari dengan kehendak industri. Menjadi salah satu punca yang golongan belia terutama sekali graduan tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Kita menghargai dan kita mengucapkan syabas di atas usaha PASAK memperkasakan TVET di negeri Perak. Untuk memperkasakan TVET di negeri Perak untuk memastikan golongan belia terutamanya mendapat pekerjaan yang bersesuaian. Kita minta supaya untuk kita menghadapi peluang pekerjaan. Untuk mereka mendapat peluang pekerjaan dalam projek-projek mega yang sedang kita laungkan dalam Dewan ini dan di luar Dewan seperti Perak HIP (Halal Industry Park), KIGIP, Silver Valley dan sebagainya. Apakah sebenarnya keperluan-keperluan mereka? Sekarang ni mereka belajar. Mereka ambil kursus yang mereka pun tidak tahu dimana mereka boleh gunakan kursus itu. Apakah kursus yang mereka ikuti di TVET itu selaras dengan kehendak industri?
Itu perlu dilihat semula oleh PASAK supaya masa mereka pasti tidak terbuang begitu sahaja. Mereka tidak mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran dan juga bidang pengajian mereka. Jadi PASAK memainkan peranan yang penting dalam menyediakan tenaga kerja yang memenuhi kehendak dan syarat industri yang bakal wujud dan beroperasi di negeri ini seperti LuMIC. Apa LuMIC nak? Bidang apa yang diperlukan bila LuMIC beroperasi nanti? Bidang apa pula diperlukan oleh Silver Valley Technology Park, AHTV dan sebagainya dan PASAK perlu kerjasama membuat kerjasama dan hubungan yang erat antara industri untuk dimantapkan. Untuk memastikan kurikulum yang dianjurkan oleh PASAK selaras dengan kehendak industri.
Perkara seterusnya Timbalan Yang di-Pertua ialah perpaduan kaum. Tuanku sangat bimbang, perpecahan dan sebagainya yang berkaitan dengan titah Tuanku. Rakyat perlu menghargai dan mengamalkan nilai-nilai perpaduan, saling hormat-menghormati dan hidup dalam suasana bertoleransi. Dato' Yang di-Pertua, sebenarnya beginilah suasana keadaan yang menjadi idaman kita warganegara Malaysia. Inilah idaman kita. Kita tahu kita tidak boleh merubah apa yang telah ditakdirkan oleh Allah. Kita ada pelbagai bangsa, pelbagai agama dan berlainan ideologi tidak dapat, tidak dapat kita ubah tapi yang boleh ubah ialah sikap kita. Yang di sebut oleh Tuanku, saling hormat-menghormati dan dalam Dewan ini pun kita akan ada perbalahan. Kalau tidak ada provokasi tetapi provokasi, pelanggaran sempadan. Kita tidak dapat kenalpasti yang mana boleh kita sebut yang mana tidak boleh sebut, sebagaimana yang di sebut oleh Sg. Manik tadi dan kalau kita faham perkara demikian, tidak ada kita di barisan bukan kerajaan. Daripada PAS kita semua umat Islam.
Yang diajar sifat-sifat mulia ini. Inilah yang yang kita yang kita yang kita nak. Dan demi mewujudkan dan mengekalkan perpaduan keharmonian Pasir Panjang sukacita mencadangkan langkah-langkah berikut. Disebut tadi oleh Sg. Manik juga. Sebarang provokasi, elak sebarang provokasi. Sebab kita di sini ialah untuk pembangunan diri. Kalau awal-awal lagi kita bangun, kita mencetuskan provokasi, berlaku perselisihan, perbalahan. Apa yang boleh dicapai. Pembangkang ini jangan dilihat jahat. Pembangkang ini kita sudah meletakkan diri sebagai pembantu yang menjalankan kerja check and balance, semak dan imbang. Sebab tu ucapan-ucapan kita, kalau kita tengok teks tadi, teks semua teks tidak ada provokasi, teks yang baik. Teks yang menjurus kepada ajaran agama kita untuk kita memastikan bahawa segala yang dibincangkan ini dapat dilaksanakan. Sebab tu lah Pembangkang pada pada kali ini tidak pernah memulaukan majlis-majlis yang dianjurkan oleh kerajaan. Semua majlis kita hadir diarahkan oleh Ketua Pembangkang. Majlis-majlis kerajaan kita hadir. Jangan kita pulau sebab kita nak bersama-sama bangunkan diri dan kita juga akan hadir majlis-majlis yang dihadiri oleh wakil-wakil barisan Exco tetapi tetapi Timbalan Yang di-Pertua ada yang tidak untuk bersama sama.
Yang Berhormat masa sudah tamat. Seminit masuk perenggan yang terakhir.
Jadi, kita harap begitu tidak melakukan sesuatu yang bentuk penghinaan kepada sesuatu agama, bangsa dan juga adat resam. Kita elakkan. Insya Allah kalau kita elakkan tidak akan berlaku perselisihan dan sebagainya. Kita kena kenal had dan sempadannya dan kita orang Islam kita kena hadkan sempadannya dan kita sebut tadi, Sungai Manik pun ada sebut, provokasi lah yang menyebabkan yang menyebabkan Semanggol direhatkan. Provokasi. Kita harap ialah jangan melatah. Tapi terpandu kepada nasihat Tuanku iaitu saling hormat-menghormati dalam suasana yang toleransi. Isu tempatan. Bagi saya 5 minit Timbalan Speaker. 5 minit.
Minit.
5 minit ya. Isu tempatan.
2 minit cukup 2 minit.
Ok.
2 minit ya.
Isu-isu tempatan. Isu yang saya bawa sejak saya diangkat menjadi Adun Pasir Panjang. Isu Rumah Perakku Batu 14, tak settle sampai hari ini. Orang kampung jumpa saya YB, 4 kali Aidilfitri. Wakil rakyat dah bertukar 3, 4 kali. Yang dulu pun diusahakan untuk dimasukkan penghuni. Sampai hari ini tidak dapat diselesaikan. Jadi kita nak tau apa masalah dia. Kalau kita tau masalah dia mungkin kita juga boleh memberi cadangan penyelesaian. Tapi didiamkan begitu sahaja. Ada yang dah dah bayar kos guaman. Pejabat peguam diam macam tu sahaja. Bila pergi, pejabat peguam pun berkata kami tak dapat apa apa daripada Kerajaan Negeri untuk laksanakan. Begitu juga dengan Rumah Perakku Batu 10 ditinggalkan. Ditanya dalam sidang satu sidang Dun, dikatakan pemaju telah menarik diri. Diserahkan kepada MB Inc. dan saya mendapat maklumat pada baru-baru ini bawah MB Inc. tidak lagi terlibat dalam pembinaan. Jadi siapa yang terlibat? Jadi rakyat kata apa, Kerajaan membazir. Kita tak boleh dengar tu walaupun kita bukan kerajaan. Belum kerajaan tapi kita tak mahu Kerajaan kita dilable kerajaan yang membazir. Jadi saya nak tindakan diambil segera.
Yang last yang yang seterusnya ialah Tadika Islam Perak. Tadika Islam Perak di Felcra Gugusan Lekir. Kalau pergi tengok, satu ruang yang sempit. Ada 3 tahap pelajar. Ada 2 orang guru dan 30 orang pelajar. Dua orang guru. Guru mengambil giliran untuk bercakap. Guru sekali bercakap pelajar semua dengar. Guru yang cakap semuanya tidak kondusif langsung. Jadi, kita minta pihak kerajaan memberi perhatian untuk memindahkan, membaik pulih sebuah rumah yang ada di sana untuk di tempatkan pelajar-pelajar ini dan kemudian warga pendidik bertanyakan tentang Pejabat Pendidikan Daerah Manjung yang kini menumpang. Di Manjung ni banyak menumpang. Dulu Pejabat Agama Daerah menumpang. MB sudah bagi kelulusan untuk dibina. Sekarang ni saya nak tanya pula Pejabat Pendidikan Daerah Manjung menumpang Sekolah Kebangsaan Seri Selamat. Bila dijangka pembinaan akan bermula dan kemudian warga pendidik juga mohon saya sampaikan untuk kerajaan mempertimbangkan sebuah kolej Tingkatan 6 di daerah Manjung. Akhir sekali Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih penghargaan setinggi-tinggi kepada semua agensi kerajaan di bawah Dun Pasir Panjang di daerah Manjung yang memberi kerjasama yang begitu baik kepada kami untuk membantu rakyat. Semoga Allah merahmati semua yang telah telah…
Mic bagi mic
Menyokong Titah Diraja yang dipersembahkan, yang telah disampaikan pada 15 April 2025. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pasir Panjang. Selepas saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan. Di persilakan.
Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan negeri dan pihak media. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada wakil dari Pertubuhan Gerakan Satria Malaysia. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Salam Perak 2030. Terlebih dahulu saya merafakkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas titah ucapan baginda sempena pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Undangan Negeri Perak Kelima Belas. Titah ucapan baginda amat menyeluruh penuh dengan hikmah serta menggambarkan keprihatinan baginda terhadap kebajikan rakyat. Kemajuan negeri dan kestabilan politik di Perak Darul Ridzuan.
Walaupun persidangan Dewan kali ini bertembung dengan kempen pilihan raya kecil Ayer Kuning tetapi ia langsung tidak menjejaskan perjalanan sidang Dun. Bermula hari pertama pada semalam, kita akan membahas semua isu yang berkaitan dengan kehidupan harian rakyat jelata Perak. Semalam, Tuanku Sultan Perak bertitah bahawa plastik yang terkumpul di sungai dan laut sudah menguasai 40% permukaan laut. Satu krisis global yang wajib ditangani segera kerana ia bukan sahaja memberi kesan negatif kepada alam sekitar bahkan boleh mengakibatkan kepupusan hidupan marin lantas boleh menjejaskan sektor keterjaminan makanan. Jika tidak dilaksanakan, langkah kawalan yang bersungguh dan berkesan, para penyelidik meramalkan menjelang tahun 2050, jumlah sisa plastik di lautan dijangka melebihi populasi ikan.
Titah baginda, Malaysia dikatakan sebuah negara kecil tetapi menghadapi masalah plastik yang besar. Dikenal pasti antara lima negara tertinggi di dunia menyalah urus sisa plastik. Setiap rakyat Malaysia membuang secara sembarangan 2.4kg plastik setahun. Utility Bidder United Kingdom dengan izin, mendedahkan Malaysia mencemari lautan dengan 2.29kg plastik per kapita setiap tahun. Konsep pengguna dikenakan bayaran, user pay principal dengan izin, di premis-premis perniagaan bertujuan mengurangkan penggunaan plastik ternyata tidak berkesan. Langkah-langkah lebih tegas perlu diperkenalkan dan dilaksana secara bersungguh. Titah Baginda memang ada benarnya. Sebagai daerah pelancongan utama di negeri Perak, Dun Pangkor mempunyai pantai-pantai peranginan menjadi tumpuan iaitu di Lumut dan Pulau Pangkor.
Bagaimanapun, salah satu masalah yang kerap berlaku ialah sisa-sisa plastik dan sampah sarap termasuk yang dihanyutkan dari laut. Pada Disember 2023 misalnya, lebih 69 tan sampah hanyut akibat fenomena air pasang di sepanjang pantai Teluk Batik di Manjung, Pantai Teluk Nipah dan Pasir Bogak di Pangkor berjaya dibersihkan Majlis Perbandaran Manjung. Sampah yang dihanyutkan ombak itu menyebabkan berlakunya pencemaran pantai akibat dahan dan ranting kayu serta botol termasuk bekas minuman. Pantai Teluk Senangin sebagai contoh, kerap berdepan dengan isu sampah termasuk plastik. Minggu lalu, Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), sukarelawan pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Politeknik Ungku Omar Ipoh, di pantai peranginan Teluk Senangin telah mengumpul 216kg dalam masa tiga jam. Jika kita ingin bayangkan berapakah banyak jumlah berat ini di dalam bentuk fizikal. Program gotong-royong dengan Majlis Perbandaran Manjung ini sejajar dengan objektif bagi mempastikan elemen kelestarian alam dan isu alam sekitar berjaya memupuk kesedaran kepada masyarakat terhadap aspek penjagaan alam sekitar di kawasan tumpuan awam. Bagaimanapun, gotong-royong sahaja tidak berkesan sekiranya kesedaran dalam diri masyarakat masih kurang manakala penguat kuasaan undang-undang terhadap pelaku yang mengotori laut dan pantai tidak dilakukan bersungguh-sungguh. Kesedaran tentang kelasterian pantai ini harus bermula di rumah kerana didikan di rumah membentuk peribadi di luar.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berkisah banjir di Lumut di Pulau Pangkor. Pada 4 April lalu akibat hujan akibat berterusan sejak tengah malam Jumaat, beberapa kawasan sekitar daerah Manjung dan Pulau Pangkor telah mengalami banjir kilat dan kejadian pokok tumbang. Kira-kira 40 buah rumah di sekitar Lumut dan Setiawan turut terjejas dengan kejadian banjir kilat terbabit. Berdasarkan maklumat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung memaklumkan berlaku kejadian hujan lebat sekitar jam 12.00 tengah malam dan 3.00 pagi masing-masing di Mukim Sitiawan dan Lumut. Susulan itu, berlaku limpahan air dari longkang dan parit yang akhirnya mengakibatkan kejadian banjir kilat sehingga menjejaskan beberapa buah rumah. Sebanyak sembilan rumah iaitu masing-masing empat di Kampung Tiga dan lima buah di Kampung Batu Lima, Segari di Lumut, terjejas bencana alam ini. Malah, hujan lebat itu menyebabkan jalan utama menghubungkan Lumut ke Pantai Remis turut dinaiki air. Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara dibuka.
Namun begitu, petugas-petugas keselamatan sentiasa memantau keadaan sehingga paras air surut. Banjir yang berlaku ini dipanggil banjir jangka pendek kerana air tidak bertakung selama beberapa hari tetapi cuma dalam tempoh 24 jam sahaja. Mengenai banjir di Segari, petugas Pusat Khidmat Dun Pangkor dibantu para sukarelawan telah sama-sama membantu penduduk kediaman yang terjejas. Disebabkan SOP, bencana menetapkan syarat untuk PPS hanya dibuka apabila mangsa yang terlibat di sesebuah kawasan lebih daripada 10 buah rumah. Maka penduduk di Segari hanya dipindahkan sementara ke dewan orang ramai sebelum pulang ke rumah setelah air surut. Mengikut pihak berkuasa, keadaan ini adalah terkawal. Bagaimanapun, ingin saya kongsikan situasi banjir di Segari ketika itu, walaupun melibatkan kurang 10 buah rumah penduduk terjejas tetapi jumlah penghuni yang terkesan adalah ramai iaitu kira-kira 30 orang kerana setiap rumah mempunyai ramai penghuni termasuk ahli keluarga yang pulang bercuti di kampung semasa Hari Raya. Dengan keadaan rumah yang tidak terurus, sampah dan air bertakung, penduduk tidak sempat untuk menguruskan hal-hal keperluan harian lain terutamanya makan minum. Apatah lagi keadaan mereka ditimpa musibah semasa sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri semasa itu. Disebabkan PPS hanya dibuka sementara, maka keperluan seperti makan minum terutamanya tidak dapat disediakan oleh pihak berkuasa kepada mangsa banjir yang sepatutnya memerlukan bantuan tersebut.
Sebenarnya, walaupun banjir kilat berlaku sekejap tetapi kesan akibat banjir itu adalah berhari-hari seperti membersihkan rumah, mencuci dan membuang barang-barang yang sudah rosak. Tenaga kerja untuk membantu juga diperlukan. Bagi meringankan beban penduduk yang terjejas, Pusat Khidmat Dun Pangkor dan Pejabat Ahli Parlimen Lumut dengan dibantu oleh beberapa individu yang bersimpati telah menyediakan makanan kepada penduduk. Ya, perkara ini memang nampak kecil tetapi sebenarnya perlu mendapat pihak berkuasa kerana sekiranya bantuan asas seperti makanan siap dimasak atau makanan berbungkus dapat disediakan dan diagihkan. Ini benar-benar membantu dan meringankan kesan yang sedang dirasai mangsa-mangsa banjir jangka pendek ini.
Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar perkara seperti ini dapat diberikan perhatian oleh pihak berkuasa. Sementara itu, banjir juga menyebabkan 320 kediaman penduduk terjejas di Pulau Pangkor. Dikatakan ini merupakan kejadian banjir terburuk yang pernah berlaku di Pulau Pangkor. Sekali lagi, Pulau Pangkor dilanda banjir kilat iaitu pada 6 April lalu juga setelah dilanda hujan lebat. Beberapa rumah penduduk terjejas manakala beberapa laluan utama turut terkesan akibat kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh di sekitar pulau. Unit Landskap Majlis Perbandaran Manjung, Bomba, Polis, semua jabatan berkaitan, NGO serta para sukarelawan berganding bahu menjalankan kerja-kerja pembersihan dan menyelamat. Tentang kejadian banjir di Dun Pangkor ini, saya ingin berkongsi satu situasi yang berlaku. Seperti mana kebiasaan apabila sesuatu bencana menjadi kemestian untuk Pusat Khidmat Dun Pangkor mendapatkan maklumat jumlah penduduk yang terkesan atau berapa orang mangsa untuk tindakan sewajarnya. Saya telah menghubungi petugas di Pejabat Daerah Manjung menerusi Whatsapp untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa-mangsa banjir di Pangkor, Segari dan Padang Tembak.
Bagaimanapun, luar daripada kelaziman, saya diminta menulis surat permohonan rasmi ke Pejabat Daerah bagi mendapatkan maklumat tersebut. Hanya selepas menerima surat rasmi daripada saya, barulah mereka boleh merujuk kepada pihak atasan bagi mendapatkan maklumat mangsa-mangsa banjir. Alasannya kerana tidak memiliki data-data mangsa banjir dan perlu merujuk kepada pegawai atasan. Ini agak mengejutkan. Sepanjang hampir tiga tahun saya menjadi Adun Pangkor, sebelum ini perkara sedemikian tidak pernah berlaku. Malah, Pejabat Daerah memberikan kerjasama yang baik.
Akhirnya saya memperolehi juga data-data mangsa banjir ini di Pangkor melalui cara yang lain. Tidak perlu saya jelaskan di sini tetapi bukan dari Pejabat Daerah selaku Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Saya tidak ingin menuding jari kepada mana-mana pihak. Cuma saya merasa agak terkilan dengan jawapan diterima selaku wakil rakyat Pangkor. Justeru, di sini saya ingin tahu SOP baru yang ditetapkan ini. Apakah ini SOP baru yang ditetapkan kepada wakil rakyat apabila ingin mengetahui tentang jumlah mangsa bencana di kawasan sendiri? Adakah tindakan sama iaitu menulis surat kepada Pejabat Daerah juga dikenakan kepada semua wakil rakyat di negeri Perak atau adakah SOP ini hanya terpakai kepada saya sebagai wakil rakyat Pembangkang? Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ekoran kejadian banjir kilat yang berlaku di Lumut dan Pangkor ini juga, pihak Majlis Perbandaran Manjung mengeluarkan kenyataan meminta masyarakat turut bersama memainkan peranan dalam menjaga kebersihan persekitaran ini dengan mengelakkan membuang sampah ke dalam longkang atau sistem perparitan yang boleh menyebabkan saliran tersumbat yang boleh menjurus kepada risiko banjir kilat terutama musim hujan. Semasa turun padang ke Pulau Pangkor memang benar masalah sistem perparitan ini menghantui penduduknya menyebabkan mereka bimbang sekiranya berlaku hujan lebat.
Berdasarkan tinjauan saya bersama pengawal JPS ke sana selepas banjir, saya dimaklumkan bahawa pihak JPS telah mengeluarkan tawaran kerja taraf kawalan pam air di Pulau Pangkor yang bernilai lebih RM1 juta. Projek ini dilaksanakan pada 8 Jun 2023 dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2025. Kos projek menaiktaraf kawalan pam air di Pangkor ini adalah sebanyak RM4.798 juta. Saya mengambil maklum terdapat tiga unit pam yang disediakan oleh JPS yang mana sebuah pam berkapasiti 500 liter per saat dan 2 pam berkapasiti 1.520 per saat. Setelah pemantauan dilakukan bersama penduduk kampung dan JPS, saya dapati punca utama banjir di Pulau Pangkor berlaku di dua tempat iaitu Kampung Tengah dan Kampung Masjid. Keadaan longkang di sini kecil tidak pernah dinaik taraf manakala berdasarkan saiznya ia tidak cukup untuk menampung kemasukan air apabila berlaku hujan yang lebat pada satu-satu masa.
Di sini adalah situasi di Kampung Tengah. SAM utama intelek di titik tengah kampung menerima air yang tinggi dan tidak boleh menampung dengan kapasiti longkang atau SAM yang agak kecil dan setiap sudut dari seluruh Pulau Pangkor. Manakala situasi di Kampung Masjid terdapat longkang yang bersaiz besar sedalam 3 meter. Bagaimanapun longkang itu penuh dengan pasir dan tanah setinggi 2.5 meter. Longkang tersebut cuma mampu menampung air sebanyak 0.5 meter kerana pasir dan tanah yang tertimbus dan tinggi tidak dapat dibawa arus air. Lokasi longkang itu pula di kawasan rumah yang padat menyebabkan mesin pembersihan tidak dapat masuk untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Saluran longkang outlet ke pam utama pula terlalu kecil menyebabkan air yang banyak akan melimpah. Longkang kecil tersebut pula berada di bawah tapak masjid. Menerusi penjelasan saya difahamkan air mengalir dari Kampung Tengah ke Kampung Masjid barulah ke pam yang disediakan oleh JPS untuk dialirkan keluar ke laut. Air terhalang di Kampung Tengah dan Kampung Masjid menyebabkan pam air tidak dapat mengepam air keluar. Maka pam air yang dibina jadi sia-sia apabila air terhalang di tengah-tengah. Berdasarkan maklumat teknikal yang dikongsikan kepada saya merumuskan bahawa jika sistem kawalan pam diadakan dan sistem perparitan yang lama tidak dinaik taraf di bahagian darat, maka isu banjir tidak akan selesai. Sebaliknya masalah serupa akan berulang di Pulau Pangkor.
Sehubungan itu berdasarkan input-input yang diterima serta hasil tinjauan turun padang saya, maka saya memohon pihak YB Exco Infrastruktur, Tenaga Air dan Pengangkutan Awam serta agensi JPS negeri mengambil maklum dan mengambil tindakan susulan untuk mengkaji semula isu perparitan di Pulau Pangkor yang tidak dinaik taraf. Masalah air melimpah akibat banjir kilat kerana hujan lebat akan terus berlaku walau pun jutaan ringgit telah disalurkan dalam pembangunan jika isu asas ini tidak diselesaikan terlebih dahulu. Contoh Klinik Kesihatan di Jalan Pasir Bogak. Pembinaan klinik tersebut sudah siap kira-kira 70% tetapi sistem perparitan baru tidak dinaik taraf. Ini menyebabkan limpahan air yang berlebihan. Lebih-lebih lagi apabila pemaju yang akan melaksanakan projek pembangunan ini di kawasan tersebut akan menyebabkan isu banjir semakin teruk. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, masih lagi tentang isu banjir di Pangkor tetapi dalam perbahasan kali ini menyentuh tentang kerjasama dengan semua pihak demi kepentingan Dun Pangkor. Susulan banjir di Pulau Pangkor saya telah melawat mangsa-mangsa banjir di sana selain meninjau isu perparitan. Saya berterima kasih kepada jentera penyelamat seperti Bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan RELA yang telah memainkan peranan membantu penduduk di kawasan terjejas. Begitu juga kepada para sukarelawan yg lain. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada usaha yang dilakukan pelbagai pihak membantu mangsa banjir yang mengambil kira keperluan rakyat tanpa mengira ideologi politik kepartian.
Dalam hal bencana seperti banjir misalnya sememangnya telah ada koordinasi tindakan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah yang dipengerusikan Pegawai Daerah dan jawatan Pengerusi Bencana Negeri dan sememangnya mempunyai strategi terbaik dan mengkoordinasi pelaksanaan pengurusan bencana banjir di lapangan yang berlaku dengan berkesan. Pun begitu ada cakap-cakap mengatakan Adun Pangkor tidak melaksanakan tanggungjawabnya semasa banjir yang melanda di Pulau Pangkor. Ada yang membuat hantaran di media sosial, menyindir dan mengeluarkan kata-kata sinis tentang wakil rakyat Pangkor tidak berbuat apa-apa. Sebenarnya jejak kerja saya boleh sahaja diketahui umum menerusi laman Facebook saya yang dibuat pada status terbuka untuk tatapan sesiapa sahaja. Di situ terpampang seluruh aktiviti harian saya. Tentang kerja-kerja membantu mangsa banjir di Pangkor, saya akui lumrah pemimpin dari pihak kerajaan mendapat akses yang lebih untuk mendapat bantuan daripada pelbagai pihak berbanding apa yang diperolehi wakil rakyat pembangkang. Pada saya ini tidak menjadi masalah asalkan ada pihak yang membantu penduduk di satu-satu kawasan yang terjejas.
Misalannya, kehadiran sukarelawan pelajar dan staf Universiti Putra Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi melaksanakan misi bantuan pasca banjir selama dua hari di Kampung Masjid Pulau Pangkor baru-baru ini. Seramai 33 sukarelawan universiti itu menyertai misi yang memberi fokus kepada kerja-kerja pembersihan kawasan komuniti terjejas. Antaranya pembersihan rumah, membuang barangan telah rosak dan mencuci kawasan sekitar. Ini turut melibatkan pelajar antarabangsa, program gotong royong bencana pasca banjir di Pulau Pangkor turut dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Manjung yang berganding bahu bersama komuniti setempat. Cuma disebabkan Adun Pangkor tidak dimaklumkan, maka saya tidaklah dapat turut sama. Mungkinlah kehadiran saya tidak dialu-alukan. Apa-apa pun saya mengingatkan adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak di luar sana membeza-bezakan wakil rakyat pembangkang. Ini kerana sebagai Adun wakil rakyat dipilih oleh rakyat tidak kira daripada mana parti politik yang mereka wakili. Timbalan Yang di-Pertua seperti mana yang kita tahu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak melantik pegawai khas di setiap kawasan yang diwakili pembangkang termasuklah Dun Pangkor. Menurut Yang Amat Berhormat ia bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab pentadbiran Kerajaan Negeri. Namun ini bukan soal hendak bersaing siapa lebih baik dan siapa berkerja lebih kuat tetapi hampir dalam banyak perkara termasuk urusan hal-hal Dun telah di bayangi oleh Pegawai Khas MB. Walau pun…
YB cuma nak ingat tinggal tadi saya sudah bagi seminit.
Satu lagi.
One minute. Masuk perenggan terakhir, sila.
Ok. Walaupun ada pembangkang tetap menerima elaun wakil rakyat daripada Kerajaan Negeri, namun peruntukan-peruntukan lain tidak diterima seperti wakil rakyat kerajaan pengurusan pusat khidmat Adun sebanyak RM10 ribu sebulan. Bayangkanlah itulah nak bayar gaji staff, untuk nak bayar sewa pejabat dan banyak lagi perbelanjaan dan saya percaya Pegawai Khas Menteri Besar mempunyai peruntukan tersendiri. Mungkin lebih banyak lagi berbanding daripada Adun pembangkang. Akhir kata, sekali lagi saya merafakkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas titah Baginda yang penuh bernas dan menjadi panduan kepada kita semua dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat. Marilah kita Bersama merealisasikan hasrat dan harapan Tuanku demi kemajuan negeri Perak yang tercinta.
Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para, Andai seluruh masyarakat muafakat, Dun Pangkor damai rakyat sejahtera.
Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari Pangkor. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Timbalan Yang Di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua Badan Berkanun Kerajaan, pengkarya serta rakan-rakan media dan juga rakyat negeri Perak yang sedang menonton sidang Dun Perak live di youtube. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dengan mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.
Perdagangan antarabangsa sedang berubah susulan tindakan Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif dari 10% sehingga 105% ke atas negara China. Ekonomi sedunia pakat tergugat. Malaysia juga tidak dapat dikecualikan daripada dikenakan tarif sebanyak 24% untuk barangan yang dieksport ke Amerika Syarikat. Namun Amerika Syarikat telah mengumumkan 90 hari pos sementara rundingan diadakan dan tarif dikurangkan ke 10%. Malaysia masih mempunyai kelebihan memandangkan negara jiran dikenakan tarif yang lebih tinggi. Oleh itu, kerajaan patut lebih proaktif untuk menarik pelabur asing untuk membangunkan kilang di Malaysia. Memandangkan kos pekerja, sewa, utiliti yang rendah secara komparatif dan juga kadar tarif yang lebih rendah berbanding negara jiran. Malaysia berpotensi menjadi pemenang dalam perang tarif ini.
Namun, kita tidak dapat menafikan perang dan tentangan ini akan berpotensi membawa kepada kemelesetan ekonomi sedunia. Oleh itu, kerajaan juga patut bersedia untuk membantu rakyat menjana lebih pendapatan dan memastikan private consumption kekal pada paras yang tinggi untuk menjana pertumbuhan ekonomi. negeri Perak yang mempunyai kelebihan dalam tanah, air, elektrik dan bakal mempunyai potensi yang tinggi dalam menarik pelaburan ke dalam negeri Perak. Saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya menambah usaha dalam tahun setahun dua ini untuk mengambil peluang ini untuk menarik lebih banyak pelabur asing untuk membina kilang di negeri Perak. Usaha bersepadu mesti dipergiatkan untuk memastikan kadar pengangguran kekal rendah terutamanya dalam menghadapi risiko kemelesetan ekonomi global. Kerajaan perlu mengambil langkah proaktif termasuk memperkukuh program latihan semula dan penempatan pekerjaan bagi menampung perubahan pasaran kerja. Selain itu, bagi tempoh dua tahun akan datang, kerajaan disarankan mengekalkan kadar cukai sedia ada dan mengelakkan sebarang kenaikan cukai yang membebankan rakyat agar beban kos itu tidak bertambah dan daya beli isi rumah terus terpelihara.
Timbalan Yang di-Pertua. Saya ingin menegaskan keperluan mendesak bagi menambah baik jaringan pengangkutan awam di kawasan Parlimen Kampar khususnya di Kampung Tradisi dan Kampung Baru. Penduduk di situ selama ini terpaksa menanggung kos tambang tinggi dan menunggu masa perjalanan yang panjang semata-mata untuk ke pekan Kampar. Sehubungan itu, saya mengalu-alukan permohonan Perak Transit untuk membuka laluan bas baru bermula di Tanjung Tualang melalui Kampung Timah, Tronoh Mines dan Air Hitam Labu seterusnya ke pekan Kampar. Saya menyeru Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan laluan ini kerana perkhidmatan bas ini bukan sahaja mengurangkan kos dan masa perjalanan bagi penduduk Kampung Tradisi dan Kampung Baru. Malah, ia juga memudahkan akses kepada kemudahan perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perniagaan di pekan Kampar.
Selain daripada isu kos dan masa, laluan ini akan dapat merancakkan aktiviti ekonomi tempatan dengan meningkatkan aliran pengunjung ke pasar, kedai dan pusat perniagaan di Kampar. Lagi pun, ia juga mengurangkan kesesakan jalan raya dan jejak karbon dengan menawarkan alternatif pengangkutan awam yang efisien. Oleh itu, saya berharap kerajaan negeri dapat menilai secara menyeluruh cadangan laluan ini dan bekerjasama dengan Perak transit untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat demi kesejahteraan dan kemajuan masyarakat Kampar.
Selain itu, saya ingin bertanya tentang isu tanah Hospital Kampar baru. Pihak KKM telah memberi jawapan di Parlimen bahawa proses pengambilan tanah dijangka akan selesai pada penghujung tahun 2026. Saya ingin bertanya. Mengapakah proses pengambilan tanah ini mengambil masa yang begitu lama dan apakah yang boleh dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mempercepatkan proses ini? Untuk makluman Dewan, projek ini telah ditanggung terlalu lama. Saya menyeru agar Kerajaan Negeri mempercepatkan rundingan dengan kerajaan persekutuan supaya projek ini boleh bermula dengan secepat mungkin untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk setempat khususnya penduduk Kampar. Ini kerana pembinaan hospital baharu di Kampar memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat Kampar dan kawasan sekitarnya termasuk pertama, peningkatan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti. Hospital baharu Kampar akan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan moden. Ini akan memudahkan penduduk Kampar mendapatkan rawatan tanpa perlu pergi ke Ipoh.
Kedua, pembangunan ekonomi setempat. Ini mewujudkan Hospital Kampar dijangka merangsang aktiviti ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan perniagaan bergiatan seperti faktor ubat, restoran dan penginapan. Ketiga, pusat latihan dan pendidikan perubatan. Hospital seperti Hospital UTAR berfungsi sebagai hospital pengajar menyediakan tempat latihan bagi pelajar perubatan dan sains kesihatan yang seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan dan penyelidikan dalam bidang perubatan. Manakala Hospital Kampar boleh berkerjasama dengan Hospital UTAR dalam menjadi pusat latihan dan pendidikan perubatan. Kelima, peningkatan infrastruktur dan kemudahan awam. Pembinaan hospital baharu membawa kepada menambah baik infrastruktur seperti jalan raya dan pengangkutan ini yang memudahkan akses bukan saja ke hospital tetapi juga ke kawasan sekitarnya. Secara keseluruhannya, pembinaan hospital baharu di Kampar bukan sahaja meningkatkan taraf kesihatan penduduk tetapi ia juga menyumbang kepada pembangunan sosial ekonomi dan pendidikan di kawasan Kampar. Oleh itu, saya menyeru supaya Kerajaan Negeri boleh mempercepatkan proses pengambilan tanah hospital baharu Kampar supaya pembedahan Hospital Kampar boleh mula dengan secepat mungkin.
Timbalan Yang di-Pertua. Isu banjir di Kampar juga saya sering bangkit di Dewan sebelum ini. Saya menyeru supaya Kerajaan Negeri boleh mempercepatkan projek tempatan banjir Sungai Keranji dan cuba menyelesaikan masalah banjir di pekan lama Kampar di hadapan Maybank. Ini merupakan jalan utama di pekan lama Kampar dan ia amat membebankan penduduk setempat apabila banjir kilat berlaku. Pihak JKR telah memohon peruntukan sebanyak RM800,000.00 untuk menyelesaikan masalah banjir di pekan lama Kampar. Saya berharap peruntukan ini dapat diluluskan dengan secepat mungkin. Saya bersedia bekerjasama dengan kesemua agensi yang terlibat termasuk JKR, Majlis Daerah Kampar dan juga TM Net yang mempunyai kabel di bawah jalan untuk mencapai satu jalan penyelesaian kepada masalah banjir ini. Masalah banjir di pekan lama Kampar di hadapan Maybank ini telah berlarutan berpuluh-puluh tahun. Jika masalah ini dapat diselesaikan dalam penggal ini, ia akan merupakan satu pencapaian yang amat baik bagi kerajaan perpaduan.
Selain itu, saya juga ingin mengambil, saya juga ingin berterima kasih kepada pihak JPS yang telah meluluskan peruntukan RM50,000.00 untuk mengorek pulih sungai dalam sepanjang dua (2) kilometer. Projek ini telah bermula pada 19 Mac dan dijangka akan siap pada 23 April. Projek mengorek pulih sungai dalam akan melancarkan aliran sungai dan menyelesaikan isu banjir di Taman Aman Mambang Diawan yang telah dihadapi penduduk lebih daripada 20 tahun.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam cabaran ekonomi dan perang dagangan yang tidak menentu ini, Malaysia memerlukan satu pimpinan yang kuat dan untuk memimpin Malaysia menyahut cabaran ini. Pemimpin-pemimpin yang tidak tahu mentadbir yang hanya memainkan isu perkauman dan isu agama patut ditolak oleh rakyat. Malaysia di kedudukan yang unik dalam perang dagangan dunia ini. Jika kita dapat mengambil peluang ini, Malaysia akan dapat muncul sebagai pemenang dalam perang dagangan dunia ini. Malaysia khususnya negeri Perak boleh mengambil peluang daripada situasi perang dagangan atau perang tarif antara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China untuk menarik lebih banyak pelabur luar negara. Perang dagangan menyebabkan syarikat antarabangsa mencari lokasi alternatif yang stabil, kompetitif dan mesra perniagaan untuk memindahkan operasi mereka. Dalam hal ini, Malaysia boleh muncul sebagai destinasi strategik manakala Perak mempunyai potensi besar kerana kedudukannya yang strategik serta sumber tenaga buruh yang mencukupi. Untuk menarik pelabur asing, Kerajaan Negeri Perak boleh mempercepat pembangunan kawasan perindustrian seperti Silver Valley Technology Park dan Taman Perindustrian Automotif Tanjong Malim. Kawasan ini perlu dilengkapi dengan infrastruktur moden, logistik, efisien dan kemudahan digital seperti internet berkelajuan yang tinggi.
Di samping itu, penawaran insentif seperti pengecualian cukai, geran latihan serta proses kelulusan pelaburan yang cepat dan terus boleh menjadikan Perak lebih menarik berbanding negara lain di rantau ini. Perak juga boleh menonjollan kelebihan dalam sektor tertentu seperti teknologi hijau, automotif, semikonduktor, pertanian pintar dan pelancongan kesihatan. Promosi pelaburan perlu dipergiat melalui kerjasama dengan agensi persekutuan seperti MIDA, penyertaan dalam pameran pelaburan antarabangsa serta hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara-negara berpotensi tinggi. Dalam era ketidaktentuan global akibat perang dagangan, kestabilan politik, dasar mesra pelabur, tenaga kerja, kemahiran dan kos operasi yang kompetitif adalah faktor utama yang boleh menjadikan Perak pilihan utama pelabur asing.
Timbalan Yang di-Pertua, Perak perlu memfokuskan daya tarikan pelancong selepas kejayaan Tahun Melawat Perak 2024. Kerajaan Negeri Perak mempunyai banyak potensi untuk membangunkan sektor pelancongan khususnya di kawasan Kampar yang kaya dengan warisan sejarah alam semula jadi dan budaya tempatan. Untuk merancakkan industri pelancongan di Kampar, kerajaan negeri perlu memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur, promosi bersepadu dan penciptaan tarikan pelancong baharu ataupun landmark yang ikonik.
Pertama, Kerajaan Negeri boleh menaik taraf kemudahan asas seperti jalan raya, papan tanda pelancongan, pengangkutan awam dan kemudahan awam di kawasan tumpuan pelancong. Kemudahan ini penting untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung. Selain itu, perluasan kawasan penginapan seperti hotel bajet, inap desa dan resort eko-pelancongan juga dapat menarik lebih ramai pelancong untuk meneroka Kampar secara santai. Dari segi tarikan, Kampar sememangnya sudah mempunyai keunikan semula jadi seperti Gua Tempurung, Sungai Kampar yang sekarang popular dengan aktiviti white water rafting dan tinggalan sejarah perlombongan bijih timah. Untuk menarik lebih ramai, lebih banyak pelancong, kerajaan boleh membina kawasan landmark baharu seperti taman tema berasaskan sejarah perlombongan, Galeri Sejarah Kampar, Sky Walk atas Bukit Batu Kapur dan kompleks kebudayaan yang mempamerkan budaya Orang Asli dan masyarakat setempat.
Selain itu, kawasan rekreasi seperti Taman Botani, laluan eko-pelancongan, jambatan gantung dan menara pandang boleh diwujudkan di lokasi strategik yang menghadap keindahan alam semula jadi Kampar. Produk pelancongan baharu ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman pelancong tetapi ia juga memberikan nilai tambah kepada ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan perniagaan kecil. Akhir sekali, promosi pelancongan perlu dipergiat melalui media sosial. Laman web rasmi pelancongan Perak dan kerjasama dengan ejen pelancongan serta penyertaan dalam pameran pelancongan antarabangsa. Kempen seperti Tahun Melawat Kampar boleh diperkenalkan dengan pelbagai aktiviti dan festival yang menonjolkan keunikan kawasan tersebut. Dengan perancangan rapi dan pelaksanaan bersepadu, Kampar berpotensi menjadi salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia memerlukan kepimpinan yang bijaksana, stabil dan berpandangan jauh. Kita tidak boleh membiarkan pihak-pihak yang hanya menunggang isu perkauman dan agama menjejaskan kestabilan negara. Negeri Perak dan khususnya Kampar harus menjadi contoh kepada negara bahawa dengan dasar yang tepat, perancangan yang rapi dan kerjasama erat antara semua pihak, kita boleh melangkah maju bersama demi kesejahteraan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, Tuanku secara tepat menegaskan bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan-perayaan agama serta budaya yang lain seperti Ugadi, Qingming, Vaisakhi dan Easter adalah manifestasi keharmonian rakyat Malaysia. Ini adalah kekuatan kita. Kekuatan kepelbagaian yang diraikan dalam suasana saling menghormati. Perayaan bukan sekadar untuk dijual, tetapi ia menjadi jambatan yang menghubungkan hati rakyat pelbagai kaum dan agama. Namun, sebagaimana yang dizahirkan dalam Titah Tuanku, kita berhadapan cabaran yang membimbangkan. Terdapat suara-suara sumbang yang menjadikan isu agama dan kaum sebagai bahan sensasi dan modal politik. Peristiwa seperti permintaan kuil di ibu negara, walaupun telah diselesaikan secara rundingan, tapi dia masih dijadikan polemik yang meresahkan rakyat. Ia mencerminkan keperluan mendesak untuk mendidik masyarakat agar melihat isu melalui lensa perpaduan bukan kebencian. Perdamaian tidak berlaku secara automatik. Ia memerlukan usaha kolektif yang berterusan berpaksikan nilai-nilai murni seperti ihsan, belas kasihan, keadilan dan empati.
Seperti mana disebut dalam Titah Tuanku, kesemua agama menegaskan prinsip yang sama. Jangan lakukan kepada orang lain apa yang kita sendiri tidak mahu orang lain lakukan kepada kita. Ini adalah asas bagi masyarakat peradaban tinggi. Kita harus menolak budaya politik, kebencian, fitnah dan penghinaan yang menodai nilai kemanusiaan dan menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap institusi. Kompas moral kita sedang diuji. Inilah masanya untuk kita semua baik kerajaan mahupun pembangkang memikul tanggungjawab untuk mengangkat semula maruah politik negara agar selari dengan nilai perpaduan, keinsafan dan kasih sayang sesama insan. Saya amat tersentuh dengan kisah yang Tuanku sebutkan mengenai Masjid Al-Falah dan Kuil Sri Maha Kaliamman yang menjadi tempat perlindungan sewaktu bencana. Inilah contoh sebenar kepimpinan rohani dan nilai kemanusiaan sejagat. Ia memberi harapan bahawa perpaduan bukan hanya retorik tetapi satu realiti yang masih hidup dalam sanubari rakyat Malaysia. Pemimpin harus menjadikan tindakan ini sebagai contoh teladan dalam membina negara bangsa. Akhir kata marilah kita sebagai Ahli Dewan yang dipilih rakyat memperbaharui komitmen untuk memastikan negeri Perak kekal aman, makmur dan bersatu padu. Semoga kita menjadi suara yang menyatukan. Bukan bukan memecah belahkan. Semoga Perak Darul Ridzuan terus diberkati Allah dan rakyat hidup dalam rukun damai serta dinaungi rahmatNya. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Keranji, seterus saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahitaalahi Wabarakatuh. Alhamdulillah, Assolattuwassalam muala Rasulillah waba’. Terima kasih yang dirahmati. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Negeri Perak. Yang Berhormat Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli MMK yang saya hormati sekalian, seluruh ahli Yang Berhormat rakan-rakan pada bangkang kerajaan, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan juga negeri Perak. Petugas media yang hadir pada hari ini yang menyampaikan maklumat dengan sahih dan tepat dan seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang ahli dewan yang dikasihi sekalian. Saya mulakan dengan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Almarhum mantan Adun Ayer Kuning, sahabat kita, Almarhum Haji Ishsam Shahrudin yang telah kembali ke rahmatullah (bacaan doa) masih terkenang beliau berada di sana dan kekadang kami minum sekali di luar dan sering berseloroh dan bersembang tentang rakyat dan tentang peribadi dan beliau sedang tenang di sisi Allah Subhana Wata'ala.
Timbalan Yang di-Pertua saya ingin dengan penuh hormat dan takzimnya merafakkan sembah dan setinggi tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfur-Lah atas perkenan menyampaikan Titah DiRaja. Dirgahayu Tuanku. Dengan ini, saya memohon izin untuk menyampai ucapan ini selepas perbahasan titah diraja ini dengan memulakan dengan satu firman Allah Subhana Ta'ala yang berbunyi pada (ayat al-Quran) Tidak ada satu pun yang diucapkan oleh kamu, kata Allah melainkan pada sisi kamu adanya malaikat yang menjaga mencatat segala apa yang kamu sebut yang kamu katakan, yakni malaikat, Raqib dan Atid. Tertarik dengan titah Tuanku berkenan dengan perancangan bandar Smart City yang boleh dikaitkan dengan Dun saya. Manjoi, semua orang maklum di Dun Manjoi ada satu gugusan Manjoi. Kampung Manjoi, gugusan kampung Melayu terbesar di Malaysia bukan sahaja di Perak bakal di Malaysia.
Saya tertarik untuk membawa satu isu besar di Dun saya ini berkenaan dengan isu keselamatan yang menjadi isu besar ketika ini semua jika boleh kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan boleh membantu kami di Gugusan Manjoi dan Dun Manjoi berkenaan dengan penubuhan pasukan bomba sukarelawan di kawasan Gugusan Manjoi bagi menambahkan gerak kerja yang lebih baik dari sudut bagaimana untuk kita mengekang jika ada berlaku sebarang kejadian yang musibah berlaku di Gugusan Manjoi ini terutama isu kebakaran dapat kita settlekan segera mungkin. Kawasan Gugusan Manjoi yang luas dan punyai penduduk yang padat ini sangat sangat dikenali oleh seluruh negara. Kejadian kebakaran yang telah berlaku di Gugusan Manjoi dari tahun 2024 hingga 2025 setahun sahaja telah berlaku kurang lebih 31 kes kebakaran di Gugusan Manjoi. Di Gugusan Manjoi tak jauh sebelah daripada SUK sahaja dan data saya dapat daripada data Balai Bomba Meru Raya dan jika kita dapat duduk selesaikan isu ini, Insya Allah, tiga kebakaran yang berlaku di Gugusan Manjoi ini dapat kita selesaikan. Baru lagi dua hari lepas tiga hari lepas berlaku kebakaran yang yang tidak dapat diselamatkan rumah tersebut. Jadi, saya mohon supaya jika boleh pihak…pihak berwajib, pihak kementerian melihat perkara ini walaupun mungkin kita kata ni bomba dan sebagainya. Tapi saya nak sebut di sini saya kena bawa Dewan ni kerana ini isu yang besar yang berlaku dalam Gugusan Manjoi, kampung melayu terbesar di Malaysia dan mungkin jugak saya memerlukan kenderaan khas dan peralatan selengkapnya bagi mempermudahkan pasukan ini untuk memastikan perkara ini dapat kita selesaikan.
Kedua tertarik dengan isu titah Tuanku berkenaan isu Pendidikan. Di dalam Gugusan Manjoi terutama dalam Dun Manjoi di dalam Dun Manjoi, Ada satu sekolah dinamakan Sekolah Rendah Agama Rakyat Srar As-Sakinah, Taman Chepor Damai. Saya nak bagi isu tentang tentang sekolah ini. Jumlah pelajar sekolah ini sehingga kini telahpun mencecah lebih 200 orang merangkumi sesi pagi dan juga sesi petang. Sekolah Rendah Agama Rakyat kita ini dan pada sesi petang pula, darjah 1 hingga darjah 3 ni diorang terpaksa berkongsi kelas dalam satu kelas kerana kelas sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid yang ramai. Point saya di sini sekolah ni diwujudkan tahun 2006. Hari ni 2025 kurang lebih 20 tahun hampir. Cuba bayangkan tuan-tuan sekalian di Sekolah Rendah Agama Rakyat Srar Sakinah, Taman Chepor damai ini hingga hari ini anak-anak kita ketika ini yang sedang nak gi sekolah waktu ni sedang balik sekolah belajar di bangunan rumah kedai yang disewa. Saya pergi banyak kali bersimpati saya nak cuba tolong, saya kata saya bukan di pihak kerajaan saya cuba tolong. Saya cuba bercakap, cuba menyampaikan dan dalam Dewan ini saya seru selagi juga boleh pihak yang berkenan untuk kita melihat perkara ini dan dalam Dun Manjoi, inilah sekolah yang kita yang masih lagi kita…kita tempatkan anak-anak kita belajar di dalam bangunan rumah kedai. Kalau kita pergi sana pun tengok sedih diorang baca Quran, Baca Iqra, baca Muqaddam sampai melimpah keluar luar di kawasan luar di kawasan kedai agak memalukan dan agak menyedihkan dan mungkin ada jawapan dari pihak Kerajaan Negeri.
Ketiga isu infra yang saya sebutkan juga terdapat di titah Tuanku Sultan yang kita kasihi. Berkenaan dengan masalah kerosakan jalan berlubang dan tidak rata di Hala Jati Meru 12 berhampiran ILP Ipoh hingga ke Laluan Gerbang Meru Indah. Laluan ke highway saya yakin di sini ramai orang pernah lalu kawasan tersebut. Laluan ini salah satu laluan utama bagi penduduk setempat yang menghubungkan antara jalan di Gugusan Manjoi ke pusat Bandar Meru Raya dan ke highway. Dengan keadaan jalan yang rosak yg sangat teruk ini membahayakan pengguna yang lalu laluan ini kerana laluan ini akan sesak bila sampai waktu puncak dan banyak juga kes kemalangan yang berlaku di laluan ini. Saya sebut sekali lagi di hadapan ILP di hadapan ILP Ipoh itu, laluan utama yang menjadi masalah hingga hari ini. Kalau tuan-tuan tengok dalam Facebook dalam Tiktok dalam media, orang menegur kita dan saya membawa isu ini kepada peringkat ini kerana telah banyak kali saya bawa di peringkat-peringkat yang lain.
Ketiga, isu yang juga ingin saya sebut berkenaan dengan isu yang besar bagi kami ialah isu berkenaan dengan haiwan berkeliaran. Yang ini juga besar bagi penduduk di Taman Jati. Taman Jati antara benda yang saya search antara yang besar yang masih belum selesai isu berkenaan dengan kerbau berkeliaran di sekitar kawasan perumahan Taman Jati. Di situ ada Masjid Al-Fateh, masjid yang agak besar dalam Dun Manjoi yang sangat-sangat dikenali dan masjid tu buat program-program besar di dalam kawasan kita dan antara benda yang ada rungutan penduduk kerana menghadapi masalah kerbau liar yang berkeliaran dan mengganggu laluan kawasan perumahan terutama pada waktu malam mengganggu kawasan lalu lintas yang boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada penduduk. Najis-najis kerbau bertaburan di atas jalan dan mengeluarkan bau yang sangat busuk dan kejadian…kejadian ini bermula 2023 sehingga 2025 dan saya sebut ini antara isu yang besar bagi penduduk di dalam kawasan Taman Jati di dalam Dun Manjoi dan antara isu besar juga di dalam kawasan saya ialah berkenaan dengan isu perparitan dan saliran yang berlaku di di kawasan Desa Seri Chepor. Masalah banjir kilat yang kerap berlaku. Saya ucapkan terima kasih banyak pada semua agensi dalam Dewan ini.
Saya terus terang di Dun Manjoi, Alhamdullah syukur kepada Allah. Banyak agensi yang telah banyak membantu terima kasih banyak-banyak. MBI kemudian Pejabat Daerah Kinta, Pejabat Tanah, Pejabat Penghulu. Kemudian JPS kemudian kalau sesebut ni saya senaraikan banyak nak ucap terima kasih ni. TNB sekali JKR, LAP,
Indah water, IWK, Perhilitan, Jabatan Kebajikan, MAIPk, Jabatan Agama Islam di Negeri Perak, Yayasan Perak, Seketeriat Wanita Perak, Balai Bomba Meru Raya. Semua Balai Polis Adun Manjoi, Angkatan Pertahanan Awam (JPAM) ni semua memberikan kerjasama baik kepada saya di Dun Manjoi. Terima kasih, Alhamdulillah dan kalau tuan-tuan tengok tiktok saya tengok Facebook saya, tengok bagaimana saya bawak cerita masyarakat. Alhamdulillah, banyak selesai. Cuma antara yang belum selesai ialah isu-isu yang sudah cuba banyak peringkat tapi masih lagi belum diselesaikan. Kita cuba angkat ke sini. Isu kawasan ini memerlukan satu pembinaan pam air ataupun flap gate untuk menghadapi untuk mengatasi limpahan air Sungai Pari yang naik dulunya lebat. Masalah struktur laluan peparitan yang tidak sempurna di kawasan berhampiran Jalan Wira 4, Kampung Sri Desa. Kampung Desa Sri Chepor perlu dinaik taraf semula sesegera mungkin dan itulah isu-isu penting yang saya nak bawa kembali ke dalam isu dalam Dun saya.
Kedua, Timbalan Speaker yang saya hormati. Isu yang saya nak bawa pada sidang dengan isu berkenaan dengan yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat negeri kita. Isu kandang babi yang sangat besar yang sangat banyak di Dun Ayer Kuning. Isu ini isu kita semua isu rakyat. Timbalan Yang di-Pertua, saya membaca laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan pada tahun 2020...2020 Perak menjadi Negeri Perak menjadi negeri dengan jumlah penternakan babi yang paling banyak di negara ini Negeri Perak. Dun Ayer Kuning mempunyai komposisi pengundi Melayu - 61.6%, Cina - 21.79% & India - 16.6%. Namun dalam daerah Batang Padang, Muallim saja, ada 30 ladang ternakan babi yang diluluskan & berlesen oleh Kerajaan Negeri Perak. Namun, jika dicampur ladang haram, jumlahnya mungkin lebih banyak daripada ini. Tinjauan saya baru-baru ini mendapati banyak ladang ternakan haram yang tidak tersenarai dalam laman web Jabatan Veterinar Negeri Perak. Terdapat kawasan sensitif. Terdapat kawasan yang penduduk majoriti melayu seperti Kampung Tanjung Keramat yang mempunyai komposisi penduduk 98.9 % orang melayu namun mempunyai ladang ternakan babi. Peta saya bawa di sini tuan-tuan dan Dewan sekalian menunjukkan di dalam kawasan kampung melayu. Ada ladang ternakan babi yang sangat besar dalam kampung tersebut. Kampung 99% orang melayu dalam kampung tersebut. Tuan-tuan boleh refer di Kampung Tanjung Keramat.
Soalan saya, apakah rasional kerajaan meluluskan ladang ini di kawasan majoriti melayu Islam? Atau sekiranya ia adalah ladang haram, apakah tindakan penguatkuasaan oleh Kerajaan Negeri terhadap ladang-ladang atau terhadap kandang-kandang haram ini? Lambakan kandang babi di Dun Ayer Kuning ini menjadi satu masalah kepada penduduk sejak sekian lama. Tinjauan saya di lapangan penduduk di Dun Ayer Kuning sudah tidak tahan dengan pencemaran bau daripada ladang babi ini. Risiko penyakit juga merupakan satu ancaman kepada rakyat. Apakah kita sudah lupa dengan insiden demam babi Afrika yang melanda daerah Batang Padang pada tahun awal tahun 2023. Saya bawa keratan akhbar kes demam babi Afrika di Perak yang pernah berlaku di negeri kita juga. Adakah kita bimbang juga, apakah kita tidak bimbang dengan insiden virus nipah dan JE yang pernah menggemparkan negara dan mengancam nyawa rakyat Malaysia? Semuanya berpunca daripada kandang-kandang babi yang tidak terurus dan tidak terkawal. Saya mohon Yang Amat Berhormat Menteri Besar memberikan respon. Berapakah jumlah terkini ladang babi atau kandang babi haram dan berlesen dalam daerah Batang Padang, Muallim? Apa rasional lambakan kandang babi ini di kawasan majoriti melayu Islam yang tidak memberikan manfaat ekonomi kepada penduduk setempat yang majoriti melayu Islam. Saya buat ini kepada majoriti melayu Islam. Kalau ada ladang babi dalam kawasan kampung orang melayu Islam, apa manfaat ekonomi kepada mereka yang tinjauan saya dapat adalah mereka mengeluh, mereka marah, mereka tidak puas hati isu yang berlaku terlalu lama. Cuba bayangkan pagi-pagi diorang nak pergi ke ke surau ke masjid, mereka bau-bau yang sangat busuk yang sangat teruk sedangkan itu kampung mereka. Bagaimana dengan sungai tersebut? Mohon dilihat.
Yang Berhormat, Tronoh...
Saya juga memohon Yang Amat Berhormat Menteri Besar memindahkan ladang kandang babi berlesen di kawasan perkampungan Melayu dan menutup semua ladang babi haram ini. Kalau Kerajaan Negeri Pahang boleh bertindak tegas terhadap kebun durian Musang King haram.
Yang Berhormat...
Apakah Kerajaan Negeri Perak tidak berani untuk melakukan perkara yang sama kepada kandang-kandang babi haram di negeri kita ini.
Manjoi
Contohi lah Kerajaan Negeri Pahang.
Yang Berhormat boleh Tronoh mencelah
Sikit lagi lepas ni saya bagi Tronoh bagi saya habiskan.
Terima kasih.
Terima kasih. Saya juga memohon Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan juga Kerajaan Negeri memastikan agar ladang babi berlesen yang beroperasi dalam Negeri Perak ini menggunakan konsep moden yang mengeluarkan bau minima serta zero discharge ke dalam sungai. Ini point penting zero discharge ke dalam sungai. Perkara ni bukan perkara main-main isu ni isu yang sangat besar kepada rakyat kita. Walaupun isu ini kalau silap jangan menyatakan ini bukan dalam kawasan saya tetapi ini kawasan-kawasan yang perlu kita beri perhatian. Kalau tidak kita bercakap siapa lagi nak bercakap terhadap perkara ini. Silakan Tronoh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi kerana memberi ruang kepada Tronoh untuk bertanyakan beberapa soalan untuk mendapatkan sedikit pencerahan. Nombor 1, adalah di mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi berkenaan dengan ladang penternakan babi di Kampung Keramat kalau tak silap saya. Bagaimana Yang Berhormat tahu sama ada ladang itu mempunyai lesen atau tidak? Nombor 2, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat di mana sekiranya dalam satu kawasan tersebut merupakan kawasan yang yang penghuninya lebih ramai kepada masyarakat Cina ataupun India, adakah kawasan tersebut tidak patut menjadi satu ladang ternakan kepada lembu ataupun binatang ataupun haiwan-haiwan yang lain? Saya ingin mendapatkan sedikit pencerahan daripada Yang Berhormat kerana nombor satu, kadang-kadang ya, kami tahu di mana di kawasan tersebut, pembangunan di kawasan tersebut berkemungkinan suatu ketika dahulu ladang ternakan tersebut merupakan ladang ternakan yang paling dalam sekali tetapi sejak berlakunya pembangunan dari masa ke semasa, maka mungkin dia akan menjadi lebih dekat. Jadi, saya ingin mendapat sedikit pandangan daripada Yang Berhormat. Apakah pandangan Berhormat berkenaan dengan isu tersebut? Terima kasih.
Terima kasih kepada sahabat saya.
Manjoi, boleh tokok tambah sikit.
Sedikit tambah masa ya. Saya bagi laluan bagi kawan-kawan Bercham, Tronoh ini kawan-kawan baik ni. Silakan.
Ya, terima kasih Manjoi. Apa yang dikatakan oleh Tronoh tadi di mana penempatan mungkin pada masa dulu itu kawasan pedalaman memang tiada penempatan di majoriti oleh kaum melayu. Jadi kalau kita berdasarkan kebanyakannya sebab kita tahu kadar kelahiran anak kalau ikut suku kaum memang golongan melayu sekarang 2.4 berkeluarga. Golongan Cina sahaja 0.6. Kalau macam ni pertambahan golongan melayu ni akan bertambah banyak, jadi akan mengakibatkan komposisi ataupun penempatan kawasan tempat itu akan berubah akan menjadi majoriti mengikut suku kaum. Jadi adakah kalau perbandingan yang digambarkan oleh Manjoi tadi, katakan itu kawasan majoriti melayu, memang kita tahu sentimen golongan Melayu di sensitif sangat atas penternakan babi ni tetapi kalau gambaran YB tadi kalau lebih baik babi ini isu penternakan, pertanian kita kita kawal secara professional. Bagi mereka yang mengendalikan kalau ada bau busuk, kita cari jalan-jalan seperti zero discharge. Itu kan kalau kalau kita gambarkan melayu sana dengan penternakan babi di tengah-tengah kawasan perkampungan melayu ini akan memberi tekanan kepada penternak tersebut agar mereka nanti disensasikan pula nanti mereka akan merasa dendam kepada penternak tersebut. Kata ada YB sudah bangkit dalam Dewan ni. Saya rasa tidak. Kalau lebih baik kita handle perkara ni secara professional. Itu penternakan dan sensitiviti suku kaum tertentu. Terima kasih.
Saya jawab ringkas berdua sahabat saya. Pertama saya terus dari tinjauan saya dan juga pasukan kita turun ke dalam kawasan Dun Ayer Kuning dan isu ni isu besar ni saya bangkit isu ni isu besar kerana apa kerana point saya ialah pertama isu kandang babi yang mendapat kelulusan ada 30 kandang babi dan kita juga turun di kawasan tersebut. Ada banyak lagi kandang-kandang babi haram yang tidak mendapat kelulusan. Ini saya tuntut supaya Kerajaan Negeri supaya buat siasatan untuk kita lihat jika tidak dihandle dengan baik, maka di kawasan Dun Ayer Kuning dan Tapah menjadi kawasan yg terlalu banyak lambakan kandang babi dan kawasan itu juga kawasan majoriti kawasan juga kawasan majoriti orang melayu Islam yang sangat sensitif kepada orang melayu Islam.
Kedua, saya nak jawab soalan berkenaan dengan dengan isu yg disebut Tanjung Keramat tadi dan saya sudah tunjuk di peta ini memang kawasan disebut oleh YB tadi memang memang kawasan yang sebutkan ini ialah kawasan yang 98.9% orang melayu Islam di kawasan tersebut dan kawasan Tanjung Keramat ini dalam kawasan penduduk majoriti orang melayu Islam ini. Dalam kawasan tu ada kandang babi. Ada tanya saya kandang kandang tu kandang tu mendapat kelulusan ataupun tidak. Saya mintak tadi tolong tengok dan jika kandang itu kandang yang yang mendapat sijil atau mendapat kelulusan pun, saya kira tidak patut beralamat kawasan majoriti Kampung melayu Islam. Point saya.
Manjoi saya mencelah sikit, saya rasalah Manjoi mungkin sedikit tak sesuai nak jawab soalan tadi. Mungkin saya nak tanya melalui Manjoi supaya nanti jika ada ruang supaya Exco Pertanian jawab. Sekarang ni pengeluar penternakan babi yang terbesar di Negeri Sembilan. Adakah sekarang Perak jadi johan pulak? Adakah Ayer Kuning pula jadi pengeluar ternakan babi yang terbesar di negeri Perak. Biar Exco jawab. Itu jawapan rasmi. Setuju tak? Profesional. Manjoi jawab you all tak percaya you all jawab pun saya tak percaya. Saya jawab lagi saya tak percaya kita kena tanya Exco Pertanian. Kalau ada ruang jawab siapa johan sekarang nak tahu. Untung orang Ayer Kuning
Yang Berhormat lagi sikit saja. Jika point saya sampai dan saya nak pergi kepada point akhir saya. Timbalan Speaker
Yang Berhormat…
Kena tambah sikit masa untuk saya kerana ini perbahasan yang agak menarik.
Yang Berhormat,10 saat.
Berkenaan isu saya rasa isu ini saya dah landing. Saya nak bagi isu yang terakhir ni saya nak bawa pada petang ini. Isu paip pecah yang juga saya turun ke lapangan. Saya turun melihat isu ini sangat besar kepada penduduk di kawasan tersebut di mana juga di Ayer Kuning. Timbalan Yang di-Pertua negeri Perak dikejutkan oleh insiden paip air mentah negeri Perak dikejutkan dengan oleh insiden paip air mentah pecah sehingga menyebabkan gangguan ke 50 ribu akaun pengguna selama 2 minggu di daerah Batang Padang di daerah Hilir, Perak. Paip air mentah ini membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air Bukit Temoh. Pada 10 Februari 2025, Pengurus Besar LAP telah menegaskan atau mengesahkan bahawa kejadian paip pecah ini berpunca daripada pencerobohan tanah rizab milik Lembaga Air Perak (LAP).
Kesan penduduk terpaksa maksud saya bila berlaku isu paip pecah ni penduduk di sana terpaksa berdepan gangguan bekalan air selama 2 minggu apa berlaku? Ada yang terpaksa kena ambik cuti. Ada yang terpaksa anak anak tak bersekolah. Ada yang terpaksa orang terpaksa mencari rumah sewa yang lain kerana apa 2 minggu tak ada ayor menyebabkan mereka terganggu dengan masalah tersebut dan menyebabkan banyak…banyak orang kata masalah yang berlaku kepada mereka disebabkan air itu tidak dapat digunakan kurang lebih 2 minggu dan persoalan yang ingin saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, mohon pihak Kerajaan Negeri untuk menjawab adakah ketika pemaju ini memohon kebenaran merancang pelan yang diluluskan tidak menceroboh tanah rizab LAP ini dan ketika pembinaan telah berlaku mereka menceroboh. Ini point saya. Ini memang pemaju. Tuanku Sultan pun sebut tentang bagaimana kilang haram yang berlaku di Sungai Siput. Tentang isu ini hingga hingga baru kita dapat enforcement pengurusan baru dapat dapat dapat detect dan baru kita buat buat tangkapan. Isu ini telah merugikan negeri dan juga telah merugikan rakyat. Apakah tindakan majlis daerah yang bertanggungjawab memantau ketika pembinaan sedang berlangsung dan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pemaju tersebut. Ia telah menyebabkan berlaku musibah yang teruk kepada penduduk di kawasan Dun Ayer Kuning dan kawasan Tapah tersebut dan saya bawa di sini keratan…
Berapa isu lagi?
Akhir dan saya bawa di sini Timbalan Speaker dan seluruh Ahli Dewan keratan akhbar daripada Sinar Harian, Insiden tanah runtuh Tapah. Pemaju didakwa ceroboh tanah rizab LAP pemaju didakwa ceroboh Tanah Rizab LAP. Bagaimana pemaju boleh buat perumahan di bawah kawasan tanah rizab LAP sehingga menyebabkan boleh pecah paip air ayor LAP di bawah tanah tersebut? Dalam gambar ni ada gambar Pengurus Besar LAP, gambar Exco kita dan juga orang yang berkaitan. Sebab tu saya nak sebut ini bukan isu kecil. Isu ini isu besar yang saya sebut ini saya turun ke Ayer Kuning hampir setiap hari dan bersungguh isu rakyat di sana sangat banyak sangat banyak isu masyarakat yang ditimbulkan dan hari ini saya bawa dua isu besar di Dun Ayer Kuning yang sehingga Kerajaan Negeri wajib untuk menyelesaikan dan wajib untuk menjawab setiap persoalan yang bukan daripada saya sahaja tetapi daripada rakyat di Dun Ayer Kuning yang menuntut pembelaan dan menuntut suara mereka diangkat dalam dewan ini. Insya Allah. Sebab itu daripada Dun Manjoi dan dengan ini Manjoi dengan sepenuh hati menyokong titah Tuanku Sultan yang kita kasihi sekali itu. Assalamualaikum Warahmatullahi taala Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari Manjoi. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Speaker. Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani. Dengan rendah diri saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua Undangan Negeri Perak, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, rakan-rakan Yang Berhormat daripada pro kerajaan dan pembangkang. Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan, rakan-rakan media dan seterusnya, para perhatian pemerhati dan penonton yang sedang mengikuti sidang Dewan atas talian. Timbalan Yang di-Pertua Kerajaan Madani menggariskan lima perkara dalam agenda rakyat sebagai tunjang. Termasuklah pertama, tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat. Kedua galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar dan lain-lain. Rakan-rakan Yang Berhormat dan Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan kita selaku pihak yang di amaran di amaran kan oleh rakyat haruslah mengutamakan prinsip semak dan imbang dalam merealisasikan agenda-agenda tersebut. Dalam hal yang demikian, saya ingin membangkitkan empat isu pada hari yang mulia ini dengan penuh hasrat mendapat perhatian pihak berkepentingan.
Pertama, masalah cadangan kenaikan tarif air oleh SPAN dan air tidak berhasil dalam negeri (NRW). Cabaran besar tentunya adalah dalam mengekang impak kos sara hidup yang semakin meningkat. Fenomena ini banyak dikaitkan dengan faktor luar negara yang tidak mampu dielakkan dalam pasca era covid. Lebih- lebih lagi sekatan kerajaan Amerika Syarikat dalam sektor kewangan dan perdagangan terhadap individu dan entiti-entiti dijangka akan memberi kesan lagi ketara kepada ekonomi negara. Baru-baru ini, rancangan untuk menaikkan tarif air di seluruh negara sedang dalam perbincangan antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), pengendali air dan Kerajaan Negeri. Menurut informasi yang diterima oleh media, cadangan kenaikan dijangka pada purata 30%. Sungguh pun tarif air Malaysia dinamakan antara terendah di Asia. RM1.02 meter cube di Perak. Di Perak berbanding dengan RM6.50 meter cube di Singapore. Namun, adakah langkah ini wajar bagi menstabilkan industri air atau ia membimbangkan rakyat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Pelarasan cukai taksiran baru-baru ini di samping pemakluman peningkatan tarif asal elektrik mulai Julai 2025 telah menjadi perbincangan hangat masyarakat. Jika kerajaan menaikkan lagi tarif air isi rumah pendapatan rendah dan pengusaha perniaga kecil tetap berasa tertekan. Persoalan saya adalah adakah kelayakan tarif air merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah kos kenaikan harga tenaga, bahan kimia, rawatan air dan penyelenggaran infrastruktur lama? Sedangkan netizen mengkritik peningkatan tarif utiliti selalunya tidak selaras dengan jaminan peningkatan kualiti perkhidmatan.
Oleh hal yang demikian, saya percaya bahawa mengurangkan air tidak berhasil adalah cara yang lebih berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut berbanding dengan kenaikan tarif air. Perak masih dikenali sebagai salah satu negeri yang mengalami masalah NRW yang tinggi. Jelasnya ini merupakan satu isu kritikal yang memberi kesan kepada kemampanan air dan kewangan uniliti. Merujuk kepada laporan tahunan Lembaga Air Perak kata, NRW dicatatkan setinggi 30.3% pada 2022/2023. Katakan pengeluaran air harian ialah 2,000 juta liter dalam negeri, ini bermaksud 606 juta liter isi air yang mampu menampung sekurang-kurangnya keperluan 3 juta orang penduduk telah hilang setiap hari. Ini memberi implikasi bahawa kaedah yang digunakan untuk merawat NRW perlu mencapai tahap optima. Saya mencadangkan teknologi baharu dengan elemen AI harus digunapakai untuk memantau, mengesan dan merekod tekanan air serta kebocoran dalam masa nyata untuk menyelesaikan punca agar secara holistik. Saya percaya bahawa cadangan saya adalah selaras dengan titah Tuanku iaitu satu inisiatif pemantapan, pengurusan serta penguatkuasaan pengurusan sumber air.
Kedua, masalah penjaja jalanan dan kawasan terbiar. Isu perniagaan jalanan yang mengganggu lalu lintas dan penyalahgunaan kawasan awam di Taman Pertama Ipoh serta masalah rumah pangsa kos rendah yang terbengkalai memerlukan tindakan pihak berkuasa. Saya percaya isu ini bukan sahaja berlaku di kawasan N31 dan situasi ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan penduduk tetapi juga bertentangan dengan slogan Ipoh Bestari Sejahtera. Penduduk setempat tidak puas hati di mana penjaja meletakkan...meletakkan gerai di atas jalan raya dan tempat letak kenderaan sungguhpun kawasan kursus telah ditetapkan. Ini bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah meningkatkan risiko kepada pengguna jalan. Persoalan saya ialah adakah PBT mempunyai cara penyelesaian dan perancangan dalam menangani isu ini secara berperingkat sambil mengambil kira dari segi penjaja?Kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk mencari lokasi yang sesuai untuk penjaja ini meneruskan perniagaan mereka sambil pengkuatkuasaan undang-undang.
Tambahan pula, rumah pangsa kos rendah yang terbiar menjadi sarang aktiviti jenayah dan longgokan sampah. Masalah Rumah Pangsa Taman Pertama dan Taman Silibin yang takuk lama memerlukan pendekatan holistik iaitu gabungan penguatkuasaan, pembangunan semula dan kerjasama komuniti. Oleh hal yang demikian, pendekatan pelan...pelan tindakan khas komuniti merupakan satu inisiatif yang baik yang mana penyelesaian dibina berdasarkan keperluan sebenar penduduk. Bukan lagi top down approach, suaranya loker dijadikan sebagai penggerak utama kepada pihak-pihak berkepentingan untuk bertindak proaktif serta mentransformasikan kawasan-kawasan yang kurang berfungsi kepada zon yang teratur, selamat demi menyumbang kepada kecemerlangan Perak sebagai negeri sejahtera. Penglibatan pemimpin komuniti berintegriti, berpengetahuan dan sebagai jambatan antara penduduk setempat dan pihak berkuasa termaktub sebagai pendekatan yang berkesan dalam perlaksanaan pelan ekonomi mikro di seluruh dunia. Antara contoh kejayaan global ialah Upu Tehe iaitu...
Jelapang, saya mohon mencelah sikit boleh tak? Sikit. Setuju tak atau boleh saya katakan
Kalau you komen saya okay sebab saya takut saya tak cukup masa.
Jelapang bagi laluan ke tak bagi.
Boleh.
Daripada keluhan-keluhan Jelapang tadi, saya rasa sedikit simpatilah. Setuju tak dengan saya dari sudut sejahtera sosial iaitu Pelan Perak Sejahtera, saya dapati Dun Jelapang ini kurang sejahtera dari segi sosial, boleh tak saya sebut macam tu.
Ini sebab kurang sejahtera saya menjalankan ini projek.
Kurang sejahtera, kurang sejahterakan. Kena tengok sikit la YB. Tengokla sikit Jelapang.
Jangan kurang kasih sayang je.
Saya melalui ini PTKK, so menyelesaikan masalah rujuk lama. Ok, terima kasih. Iaitu sebuah program pembangunan komuniti yang dilaksanakan di Rwanda telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 15% dalam lima tahun. Di samping meningkatkan kualiti hidup penduduk miskin.
Timbalan Yang di-Pertua, ketiga, pencemaran udara oleh kilang dan ketidakefesien perancangan Perak, perancangan badan air bandar. Isu pelepasan asap dan bau sengit dari kilang berhampiran kawasan perumahan seperti di kawasan N31 bukan sekadar aduan tempatan tetapi jarak sistemik yang mendedahkan kegagalan perusahaan ruang bandar dan penguatkuasaan alam sekitar. Penduduk menjadi mangsa pencemaran udara yang berulang sementara kilang didakwa berselindung di sebalik kelemahan pemandangan. Isu ini selalu dijadikan topik perbincangan masyarakat. Sama ada kerajaan lebih mementingkan mengutamakan kesihatan rakyat atau kepentingan industri. Sungguhpun kita memahami bahawa zon bercampur merupakan akibat Pelan Pembangunan Labuh seperti rancangan tempatan 1980an atas pertimbangan untuk menjana pekerjaan pada masa itu.
Namun persoalan saya ialah adakah SOP sedia ada telah ketinggalan zaman? adakah SOP kuatkuasa yang berasaskan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengambil kira kemampuan teknologi moden, pencemaran mikro dan pelepasan waktu malam dengan sepenuhnya? Masalah pencemaran udara yang disebabkan oleh kilang tidak boleh diabaikan seperti dinyatakan dalam titah Tuanku, sindiket menggunakan modus operandi yang memalsukan dokumen mengisytiharkan kargo secara tidak tepat perlu mendapat perhatian pihak berkuasa. Dalam hal ini, selain mengambil tindakan keras berdasarkan undang-undang sedia ada, agensi kerajaan yang berkaitan juga harus melaksanakan penilaian alam sekitar mandatori (EIA), mengawal ketat zon penampan perindustrian dan kediaman. Tali pinggang hijau dan barangan penyulingan udara disenaraikan sebagai elemen wajib apabila merangka rancangan pembangunan. Ini penting untuk membentuk garis pertahanan semula jadi bagi memperlahankan penyebaran bahan pencemar ke kawasan kediaman. Di samping itu, kelemahan SOP yang sering dikaitkan dengan konflik agensi perlu dibaiki jika terdapat tanggungjawab bertindih antara agensi kerajaan. Pembaharuan untuk mengintegrasikan SOP dinamik dialu-alukan. Masalah data tidak sistematik dalam agensi masing-masing perlu dibaiki agar kes hilang dalam birokrasi dapat dielakkan.
Keempat, tanah kosong dan lot terbiar sebagai masalah kebersihan dan kesihatan. Tanah kosong dan lot kedai yang terbiar di kawasan perindustrian serta komersial sering menjadi tempat tumbuhnya semak samun, longgokan sampah dan sarang haiwan perosak. Keadaan ini bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi juga mengancam kesihatan awam serta keselamatan komuniti. Persoalannya, apakah tindakan proaktif yang telah dan akan diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk menangani isu ini secara berkesan? Situasi semasa ialah tanah terbiar kerap diabaikan. Pemilik menyebabkan masalah sekunder seperti pembuangan sampah haram dan tempat pembiakan nyamuk. Aduan masalah masyarakat biasanya menjadi pencetus tindakan bukan pemeriksaan rutin. Tambahan pula, kebanyakan PBT mempunyai rekod tetapi tidak sistematik atau sukar diakses awam.
Data kerap terpisah antara jabatan. Contohnya Jabatan Kesihatan dan Unit Penguatkuasaan. Persoalan saya ialah adakah pangkalan data terpusat sedia ada digunakan secara optima? Bagaimana pihak penguatkuasa menangani kes pemilik yang tidak dapat dikesan? Nyatanya masalah tanah terbiar memerlukan gabungan penguatkuasaan tegas teknologi dan kerjasama komuniti. PBT harus baharu dari sikap reaktif iaitu bertindak serapat aduan kepada PBT iaitu pencegahan melalui pemeriksaan rutin dan cara data driven. Sebagai penyelesaian jangka panjang, kita boleh mencontohi pendekatan insentif dan denda yang mana potongan cukai untuk pemilik yang mengekalkan tanah kosong dengan baik manakala denda progresif bagi pengurangan kesalahan. Kerjasama komuniti juga boleh dipertimbangkan seperti program "A Top Lot" untuk membenarkan NGO atau usahawan tempatan menggunakan lot terbiar sementara. Untuk projek Kebun Komuniti dengan pendekatan holistik, kawasan terbiar boleh diubah dari beban kepada aset produktif untuk komuniti. Akhir kata, tidak dapat dinafikan bahawa sign off effect masih wujud dalam Kerajaan Negeri jika...
Jelapang, tinggal...
Sikit, one minute.
Boleh, sila.
Jika pihak-pihak yang diamanahkan seperti kita memainkan peranan dengan penuh tekad dan integriti, matlamat Rancangan Struktur Negeri Demi Perak Sejahtera 2030 pasti dapat direalisasikan. Sekian, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Jelapang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil Alamin (Bacaan ayat suci Al-Quran). Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak muda yang mengikuti siaran langsung persidangan ini secara atas talian. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Changkat Jong bagi mengikuti sesi perbahasan titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Patik dengan penuh takzim menjunjung kasih setulus hati atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku.
Sesungguhnya titah tersebut bukan sekadar adat istiadat pembukaan Dewan semata-mata tetapi merupakan suatu wadah yang menyuluh arah dan membimbing kita semua dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemegang amanah rakyat. Setiap bait titah Tuanku sarat dengan nilai kepimpinan, kesepaduan dan kasih sayang terhadap rakyat jelata. Patik mewakili rakyat di kawasan Dun Changkat Jong merafak sembah menjunjung kasih di atas kebijaksanaan dan keprihatinan Tuanku yang menyentuh secara menyeluruh isu-isu yang mencakupi aspek kestabilan politik, kemajuan ekonomi, pembangunan insan, kesejahteraan sosial serta kelestarian alam sekitar. Titah Tuanku memberi ilham dan arah kepada kita dalam merangka dasar dan pelaksanaan yang dapat dimanfaatkan oleh warga Perak, Insya Allah. Sebagai peringatan kepada diri saya dan juga sidang Dewan sekalian. (Bacaan ayat suci Al-Quran). Yang bermaksud; "Wahai orang orang yang beriman, kalau kamu membela Agama Allah SWT, nescaya Allah SWT membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
Timbalan Yang di-Pertua, dalam kemeriahan slogan yang gah dicanang oleh Kerajaan Negeri untuk mencapai sifar setinggan, izinkan saya untuk membawa suara yang mungkin tidak bergema di ruang media tetapi bergema kuat di hati rakyat iaitu isu penempatan setinggan khususnya di kawasan Changkat Jong dan juga Hilir Perak. Berdasarkan maklumat semasa, terdapat tidak kurang daripada 782 keluarga yang masih menetap di kawasan setinggan dan lebih memilukan ada di kalangan mereka yang telah menghuni tapak-tapak tersebut sejak lebih 20 tahun yang lalu, mewarisi tapak kediaman ini daripada generasi sebelumnya. Persoalannya, jika 20 tahun pun belum cukup untuk diberikan keadilan pemilikan tanah maka berapa puluh tahun lagikah yang mereka perlu tunggu untuk dilihat sebagai warga negeri yang sah di mata Kerajaan Negeri?
Saya pernah bangkitkan perkara ini dalam sidang dewan yang lepas. Namun, sehingga hari ini tiada tindakan konkrit yang diambil. Jikalau slogan sifar setinggan ini sekadar cantik untuk laporan tahunan dan bahan media, maka rakyat akan jadi penonton kepada wayang dasar yang tidak berpijak pada bumi yang nyata. Saya mendesak agar Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif bukan sekadar mengangkat sepanduk perancangan, tetapi benar-benar menyelami nasib rakyat. Kaji semula status tanah-tanah tol ini atau rizab yang boleh diselaraskan, diberikan hak milik atau penempatan semula yang lebih bermaruah. Jangan biarkan rakyat terus menjadi pelarian di tanah tumpah darah mereka sendiri hanya kerana kertas dasar lebih memikir angka daripada manusia yang mengisi angka tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua, sebagaimana isu rumah setinggan, saya di sini juga bangkitkan sebentar tadi begitulah juga halnya dengan nasib penduduk Lorong Mesra, Changkat Jong di kawasan Changkat Jong di kawasan saya yang masih menanti sinar harapan daripada janji-janji Bantuan Khas Perumahan yang telahpun dijanjikan sebelum ini. Berdasarkan maklumat rasmi yang telah diterima, difahamkan bahawasanya sejumlah RM3,940,000.00 telahpun diluluskan oleh pihak kerajaan terdahulu melalui Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) pada tahun 2020. Daripada jumlah itu, RM875 ribu telahpun disalurkan kepada syarikat pemaju pada 4 September tahun 2020. Namun, seperti mana nasib rakyat yang sering dipermainkan, wang yang diperuntukan itu pula berakhir dengan pelbagai episod yang mendukacitakan. Daripada jumlah tersebut, hanya RM400,400.00 digunakan bagi kerja-kerja mitigasi banjir. Akhirnya peruntukan RM476,600.00 digunakan pada 23 Mei 2024. Lebih malang, pemaju yang sepatutnya membina masa depan rakyat ini dilaporkan telah menarik diri pada 24 Jun 2021 kerana masalah kewangan. Sejak itu, tiada satu pun kerja-kerja pembinaan tapak dimulakan dan apabila tempoh peruntukan tamat pada 31 Disember tahun 2021, pihak NADMA pula tidak menyambung tempoh sah laku dana tersebut. Maka akhirnya penduduk Lorong Mesra menjadi mangsa keadaan.
Walau bagaimanapun, melalui Jawatankuasa Tindakan Daerah, Pejabat Daerah sedang berusaha memohon semula peruntukan ini. Namun begitu, saya ingin mendesak sekali lagi agar Kerajaan Negeri turut campur tangan dan mengambil tanggungjawab ini bagi mempercepatkan proses penyediaan rumah kekal kepada penduduk-penduduk Lorong Mesra dan mereka kini menumpang di kediaman sementara PPR Jalan Laksamana, Teluk Intan semenjak tahun 2023 September dan setiap bulan mereka mengadu masalah ini. Bila YB boleh Kerajaan Negeri bagi rumah kepada kami yang telah dijanjikan. Mereka bukan orang yang berada, bahkan majoritinya tergolong daripada golongan rentan yang saban hari bergelut dengan kos kehidupan sebagai mana yang telah Jelapang terangkan tadi. Mereka pernah diberi harapan tetapi kini mereka menuntut agar janji itu dapat ditunaikan. Sebagai wakil rakyat di kawasan Dun Changkat Jong, saya tidak mahu terus melihat masyarakat yang menjadi mangsa kelemahan sistem yang sedia ada dan kegagalan pentadbiran kita. Ini bukan soal politik tetapi soal maruah sebuah janji dan tanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua, tidak dinafikan usaha Kerajaan Negeri dalam peningkatan kutipan hasil negeri pada tahun 2024 perlu diberi pujian. Namun, dalam usaha kerajaan menumpukan peningkatan dan pengembangan ekonomi, jangan dilupakan tentang masalah kehidupan rakyat yang semakin tersepit. Rata-rata masyarakat hari ini termasuk golongan M40 terpaksa melakukan lebih daripada 2 pekerjaan. Situasi ini juga bakal dizahirkan lagi melalui beberapa perancangan dan dasar di peringkat Kerajaan Persekutuan yang dikatakan bakal merombak semula subsidi bahan api dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap kehidupan seharian mereka. Hal ini belum lagi diikuti dengan kos-kos lain yang perlu ditanggung. Golongan M40 ini ibarat berada dalam lorong yang sempit yang tiada ruang untuk mengelak, tidak layak menerima bantuan bersasar seperti B40.
Namun, masih bergelut memenuhi memenuhi keperluan hidup dalam suasana ekonomi yang mencabar ini. Justeru, suara mereka perlu kita angkat dan didengari dengan lebih serius dalam dasar dan pendekatan Kerajaan Negeri hari ini. Kerajaan negeri wajar meneliti kaedah-kaedah intervensi yang lebih inklusif dan bersifat responsif terhadap realiti sebenar kehidupan mereka. Kita tidak mahu sebuah kerajaan yang hanya gah di persidangan pelaburan tetapi gagal membela nasib rakyat pertengahan yang semakin mengecil ruang hidupnya. Sedang mereka inilah yang selama ini menjadi tunjang kepada pemacuan ekonomi negeri, membayar cukai, memacu perniagaan kecil dan menyumbang tenaga kerja. Golongan ini bukan mahu simpati tetapi mereka menuntut keadilan dalam perhatian. Justeru, cadangan saya kepada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula tentang bentuk bantuan yang bersesuaian dalam meringankan bebanan golongan rakyat M40 bagi membantu mereka pada hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua, negeri Perak kini mencatat jumlah permohonan sumbangan tunai STR yang tinggi dengan sebanyak 876,315 permohonan telah direkodkan pada tahun 2025 menjadikan negeri ini berada di tangga ke-5 tertinggi di Malaysia. Situasi ini mencerminkan realiti sosio-ekonomi yang memerlukan perhatian serius daripada semua pihak. Jumlah permohonan STR yang tinggi menunjukkan bahawa sebahagian besar rakyat Perak masih dalam kelompok berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan kewangan secara langsung untuk menampung kos kehidupan. Namun, tatkala Kerajaan Negeri sibuk menabur angka pelaburan yang kononnya mencanak naik, angka permohonan bantuan tunai mendedahkan sisi sebenar rakyat yang masih tertiarap dalam kelompongan ekonomi. Rakyat bukan meminta bulan dan bintang. Mereka hanya mahu kehidupan yang mampu dibayar tanpa menggadai maruah. Jika benar pelaburan itu mengalir masuk dengan banyak ke dalam negeri, mengapa pula rakyat masih beratur panjang untuk mengisi borang STR atau mungkinkah pelaburan itu hanya terapung di langit wacana tanpa menitis ke bumi yang nyata?
Malangnya, Kerajaan Negeri tampak lebih ghairah mengejar naratif kejayaan di media sosial berbanding meneliti denyut nadi rakyat di lapangan, di warung kopi, di ladang-ladang dan lorong sempit bandar yang menyimpan cerita sebenar realiti hidup mereka hari ini. Negeri yang kaya dengan sumber asli dan sejarah gemilang, kini menjadi antara jaguh kebangsaan dalam permohonan bantuan. Suatu pencapaian yang tentunya tidak tercatat dalam laporan rasmi pelaburan. Lebih malang, ada yang menyangka jumlah tinggi permohonan bantuan ini sebagai petanda sistem sokongan yang efisien sedangkan hakikinya ia menyerlahkan kelemahan dalam pengagihan kekayaan negeri. Tidak hairanlah di sebalik megahnya sidang pelaburan dan ekspo ekonomi, namun pasar malam dan gerai tepi jalan menjadi pentas sebenar rakyat untuk mencari sesuap nasi.
Yang Berhormat boleh saya mencelah?
Boleh.
Terima kasih yang ruang yang diberi oleh daripada Changkat Jong. Saya cuma ingin bertanya kepada Yang Berhormat sama ada Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa pimpinan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan telah menganjurkan Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan dalam setiap daerah di negeri Perak sejak 2022 dan sejak Kerajaan Perpaduan mentadbir negeri Perak ini. Jadi, saya ingin bertanya sama ada bahawa Yang Berhormat sendiri ada tak pernah mengajak mereka-mereka yang memerlukan bantuan ini untuk menghadiri dan juga berjumpa dengan semua agensi yang telah diaturkan oleh Yang Amat Berhormat sendiri untuk menyertai Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak. Terima kasih.
Hari bertemu pelanggan setiap daerah? Saya tak dapat jemputan.
Maaf. Ya Yang Berhormat?
Saya tak dapat jemputan.
Tak dapat?
Jemputan.
Tak dapat jemputan. Okay kerana ini adalah merupakan salah satu platform yang terbuka kepada semua. Jadi sekiranya daripada kami, kami juga tidak menerima jemputan tetapi atas inisiatif sendiri, kami menghadiri program tersebut.
Ok. Apalah ertinya kemegahan angka-angka kutipan hasil dan pelaburan jika rakyat di bawah masih mengeluh, tidak cukup makan terpaksa menangguhkan rawatan. Ini bukan cerita kosong tau ini realiti. Kepada mereka, rakyat di kawasan saya mengadu datang kawasan ke pusat khidmat saya. Bukan saya mereka cipta ya atau menolak peluang pendidikan, ada kerana kekangan kewangan. Jangan sampai rakyat menilai kerajaan ini ibarat tukang silap mata yang hebat di pentas angka, namun kosong di gelanggang rasa.
Timbalan Yang di-Pertua, di sini juga saya ingin mengangkat suatu persoalan yang cukup panas dan bakal mengguris rasa kewarasan pentadbiran yang sebahagian daripada rakan-rakan saya telahpun membawanya sebentar tadi iaitu pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di kesemua 26 kawasan Dun pembangkang. Jika alasan pelantikan ini adalah untuk menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri, maka izinkan saya bertanya apakah selama ini pegawai-pegawai Daerah, penghulu-penghulu, ketua-ketua kampung yang dilantik dan agensi kerajaan, bukankah cukup setia untuk melaporkan realiti rakyat di bawah. Lebih pedih lagi, ini merupakan kali pertama dalam sejarah politik tanah air seorang Menteri Besar memiliki berpuluh-puluh Pegawai Khas, berpuluh-puluh Pegawai Khas yang dilantik secara rasmi. Persoalannya, dari mana datangnya sumber kewangan untuk membayar elaun mereka ini?
Langkah ini menimbulkan persoalan besar adakah ini mencerminkan satu bentuk hilang kepercayaan terhadap ketua-ketua Kampung, tok-tok penghulu dan pegawai-pegawai kerajaan yang sedia ada. Adakah Yang Amat Berhormat Menteri Besar sendiri tidak yakin terhadap struktur pentadbiran negeri yang digerakkan oleh penjawat awam di kawasan pembangkang? Dan lebih parah lagi, tindakan ini seolah-olah menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Perak tidak hanya hilang arah tetapi juga hilang percaya kepada sistemnya sendiri. Lalu diletakkanlah mata-mata politik untuk memantau kawasan pembangkang. Akhirnya rakyat melihat ini bukan suatu tindakan yang memperkukuh khidmat tetapi satu langkah yang menodai semangat demokrasi. Kerajaan sepatutnya memimpin dengan percaya kepada sistem yang sedia ada dan keluhuran penjawat awam dan saya ingin tegaskan hari ini, rakyat hari ini ialah rakyat yang berilmu dan berpendidikan.
Mohon mencelah Yang Berhormat. Mohon mencelah.
Ok
Saya nak ingatkan YB tinggal seminit sahaja.
Sekejap saja.
Dan saya ingin tegaskan rakyat hari ini berilmu dan berpendidikan. Timbalan Speaker tak bagi. Mereka tahu menilai antara pembelaan dan permainan politik. Mereka sedang menanti bilakah pemimpin akan mula berfikir dengan waras dan memimpin dengan jujur bukan menambah watak dalam drama kekuasaan yang semakin hambar?
Yang Berhormat, Yang Berhormat…
Timbalan Yang Dipertua, sebagai penutup Changkat Jong merafak sembah dan menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang penuh hikmah.
Saya percaya apa yang diungkitkan oleh Yang Berhormat itu haruslah merujuk kepada Ketua Pembangkang yang berada di Dewan ini yang merupakan pemimpin utama.
Saya tidak bagi laluan, duduk.
YB sekejap, sekejap…duduk. Ini slot Alor Pongsu kalau dia tidak bagi sila semua duduk. Bagi ke tak bagi? Duduk. Tronoh…Tronoh…Tronoh, sila duduk. Alor Pongsu sambung
Alor Pongsu, Changkat Jong.
Alor Pongsu ke? Terima kasih, terima kasih…terima kasih.
Changkat Jong.
Sila duduk please, Tuan Speaker…
Tronoh sila duduk Tronoh
Sebagai penutup Changkat Jong merafak sembah dan menyanjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang penuh hikmah dan menjadi panduan buat kita semua. Moga segala yang dibangkitkan harini dapat menjadi pencetus kepada dasar yang lebih mesra rakyat dan benar-benar memberi manfaat kepada semua golongan. Sejajar dengan hadis Rasulullah Sallahu salam yang bermaksud. Ketahuilah setiap kalian adalah pemimpin. Kesemuanya bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Imam adalah pemimpin ke atas orang ramai dan dia bertanggung jawab telah apa yang dia...
Changkat Jong ada beberapa isu lagi.
Sekian wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Changkat Jong. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak, pengamal media dan penonton di media sosial yang saya hormati sekalian. Sebelum saya meneruskan perbahasan ini, saya dengan penuh takzim merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas penzahiran titah DiRaja Sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas pada 15 April 2025 yang lalu. Ternyata ia adalah titah yang inklusif serta menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat di negeri Perak yang kita cintai ini. Setiap ahli dalam Dewan ini harus mengambil tanggungjawab untuk merealisasikan titah baginda yang telah dizahirkan.
Sembah takzim juga saya zahirkan kepada baginda Sultan kerana kesudian merasmikan Masjid Tuminah Hamidi, Masjid Terapung Bagan Datuk pada 10 Februari 2025 yang kini tersergam indah yang menjadi tumpuan pengunjung memenuhi keperluan masyarakat, memudahkan para musafir dan sekaligus menyemarakkan lagi ekonomi setempat.
Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun yang mewakili rakyat di negeri Perak, pastinya isu-isu rakyat negeri Perak dan isu-isu berkaitan sebagai perkara utama yang yang perlu diberi perhatian seiring dengan Titah Diraja yang telah dizahirkan. Sesungguhnya Titah DiRaja tersebut adalah dokumen dasar negeri yang menyatukan hala tuju pentadbiran dengan nilai nilai kemanusiaan, kelestarian dan perpaduan. Sebagai wakil rakyat kawasan Hutan Melintang, saya ingin membawa perspektif rakyat akar umbi terhadap titah tersebut dan bagaimana ia boleh diterjemahkan secara praktikal dan berimpak di kawasan luar bandar seperti Hutan Melintang. Pencapaian pertumbuhan ekonomi negeri Perak mencapai RM1.33 billion pada tahun 2024 melepasi sasaran dan mencatatkan lebihan belanjawan lebih RM45 juta. Sebahagian besar sumbangan ini hadir daripada sektor perindustrian, pelaburan asing dan pengurusan hasil bumi termasuk NREE.
Namun begitu, kawasan seperti Hutan Melintang masih belum menikmati limpahan pembangunan secara langsung walaupun mempunyai kedudukan yang amat strategik berhampiran pesisir pantai dan muara Sungai Perak. Kedudukan ini meletakkan Hutan Melintang sebagai kawasan yang ideal untuk pembangunan ekonomi biru sekaligus membuka potensi besar dalam sektor perikanan, pelancongan lestari dan inovasi ekosistem. Bagi memastikan pembangunan yang mampan dan inklusif, pendekatan yang menggabungkan ekonomi biru dan hijau perlu dirancang secara menyeluruh agar manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh komuniti setempat. Antara cadangan utama ialah pembinaan Urban Rain Garden and Community Ecopark dengan izin di kawasan mudah dilanda banjir. Taman hujan ini akan menggunakan tumbuhan tempatan bagi menyerap dan menapis air secara semula jadi, sekali gus membantu mengurangkan risiko banjir kilat. Di samping fungsi ekologi, taman ini juga akan menjadi tarikan eko pelancongan bandar lengkap dengan laluan pejalan kaki, papan maklumat, wakaf rehat serta menara pemerhatian burung untuk aktiviti rekreasi dan pendidikan. Ia juga berpotensi menjadi lokasi pilihan bagi lawatan sekolah, fotografi alam dan aktiviti riadah komuniti sekaligus memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar.
Selari dengan itu, pemulihan tebing sungai di Hutan Melintang perlu dilaksanakan secara berperingkat menerusi penanaman semula bakau, nipah dan tumbuhan riparian yang mampu mencegah hakisan dan memulihkan habitat akuatik. Tebing sungai yang dipulihkan ini boleh dibangunkan sebagai lokasi pelancongan baru melalui pembinaan floating market dengan izin yang unik, lengkap dengan laluan terapung, gerai mesra alam dan bot pelancong berlampu solar. Pasar ini akan menampilkan produk tempatan seperti hasil kraftangan, makanan tradisional, produk organik serta hasil perikanan lestari sekaligus menjadikan sungai sebagai nadi ekonomi dan budaya komuniti setempat.
Lebih penting lagi, Hutan Melintang mempunyai kekayaan biodiversiti laut yang belum diterokai sepenuhnya. Penemuan spesis Kerapu Titik yang lazimnya ditemui di Australia dan Papua New Guinea tetapi direkodkan buat pertama kali di perairan ini pada tahun 2019 yang menunjukkan potensi besar kawasan ini bagi memperkukuhkan jaringan ekologi dan rekreasi. Cadangan mewujudkan Blue Green Corridor dengan izin perlu diberi perhatian. Koridor ini akan menghubungkan sungai, taman dan tasik di kawasan Hutan Melintang ke dalam satu sistem bersepadu bagi pengurusan air dan aktiviti riadah, laluan berbasikal, track jogging dan perkhidmatan teksi air boleh dibina di sepanjang zon penampan banjir. Tambahan pula, zon perhatian pertanian bandar dan kebun komuniti boleh diwujudkan bagi menyokong keselamatan makanan dan keterlibatan masyarakat dalam usaha penghijauan bandar. Aktiviti sukan lestari seperti berkayak dan memancing rekreasi turut boleh dijadikan tarikan pelancong sambil menyokong gaya hidup sihat.
Timbalan Yang di-Pertua, di samping itu, saya juga ingin membawa perhatian Dewan yang menyentuh serta khusus peranan PASAK dan bantuan kepada lebih 6 ribu pelajar anak Perak. Hutan Melintang mempunyai jumlah lepasan SPM yang tinggi tetapi ramai tidak dapat menyambungkan pelajaran kerana faktor kewangan dan kekurangan akses latihan kemahiran. Saya mencadangkan penubuhan Kampus Satelit PASAK, Hutan Melintang dengan penekanan dalam bidang automasi, aquaculture, pemprosesan makanan laut, automatif asas dan kemahiran binaan. Lokasinya boleh dirancang di kawasan yang strategik dan mudah diakses. Modul yang akan ditawarkan hendaklah dibangunkan bersama industri dan kemasukan pelajar dibuat secara subsidi yuran penuh bagi anak anak dari keluarga B40. Dengan sistem pengambilan 2 kali setahun dan fokus latihan industri, kita akan melahirkan lebih ramai teknokrat kampung yang bersedia untuk membina kerjaya atau mengusahakan perusahaan sendiri. Selain itu, saya juga mencadangkan agar sistem Bantuan Siswa Anak Perak diberi keutamaan kepada pelajar dari Dun luar bandar seperti Hutan Melintang di mana data menunjukkan tahap pendapatan isi rumah jauh lebih rendah berbanding purata negeri.
Timbalan Yang di-Pertua, Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang membangkitkan isu yang penting dalam konteks perumahan di negeri Perak khususnya bagi golongan B40 yang menegaskan komitmen kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik dan skim sewaan bersasar kepada rakyat. Namun, di kawasan seperti Hutan Melintang, realitinya masih menyedihkan. Masih wujud rumah-rumah daif yang dihuni oleh warga emas secara bersendirian serta keluarga muda yang terpaksa menyewa rumah kecil dengan kadar sewa yang tinggi dan tidak setimpal dengan pendapatan mereka. Sebagai langkah penyediaan ataupun langkah penyelesaian, saya mencadangkan agar kerajaan membina sekurang kurangnya 200 unit rumah mampu milik melalui Program Rumah Perakku. Antara usaha meningkatkan jumlah penempatan di Hutan Melintang, pelaksanaan projek perumahan harus menggunakan pendekatan pembinaan modular cepat siap agar rakyat tidak lagi perlu menunggu bertahun tahun untuk memiliki rumah sendiri.
Selain itu, Skim Sewa Perak Sejahtera yang sedia ada wajar diperluaskan ke kawasan luar bandar seperti Hutan Melintang dengan pemberian subsidi sewaan secara terus kepada tuan rumah serta insentif baikpulih untuk penyewa. Sebagai contoh, keluarga yang berpendapatan bulanan di bawah RM2500.00 sepatutnya layak mendapat potongan 30% daripada kadar sewa atau maksimum RM200 sebulan. Pendekatan ini akan membantu mengurangkan beban kos hidup sekaligus memastikan kelangsungan tempat tinggal yang selamat dan bermaruah untuk semua lapisan masyarakat. Bagi memastikan kualiti perumahan di luar bandar sentiasa terpelihara, saya juga mencadangkan penubuhan sebuah unit pemantauan khas yang bertanggungjawab untuk mengawasi pemaju-pemaju swasta. Ini penting kerana terlalu banyak projek perumahan terbengkalai akibat kegagalan pemaju menepati garis masa dan spesifikasi. Unit ini perlu berperanan aktif dalam memastikan ketelusan pematuhan teknikal dan perlindungan hak pembeli rumah di kawasan pedalaman.
Timbalan Yang di-Pertua dalam konteks perumahan moden yang selari dengan perubahan iklim kawasan luar bandar seperti Hutan Melintang juga boleh menjadi perintis kepada infrastruktur hijau dan pintar. Melalui pendekatan Green Infrastructure for Villagers dengan izin, kampung-kampung boleh dilengkapi dengan jalan turapan berliang, sistem biofuel dan kemudahan tadahan air hujan bagi menjamin kelestarian sumber dan daya tahan iklim. Dalam masa yang sama, pembinaan Eco Lodge daripada buluh dan bahan kitar semula serta program Homestay Eko-pelancongan yang melibatkan penduduk tempatan sebagai pemandu hutan, aktiviti Bird Watching dengan izin dan pakej hidup seperti orang tempatan mampu menjana pendapatan alternatif kepada komuniti desa sambil memelihara warisan semula jadi.
Timbalan Yang di-Pertua, manakala dari sudut pengurusan air dan kebersihan bandar, inisiatif Smart Drainage and Green Route Incentives dengan izin boleh dilaksanakan bagi mengawal limpahan air dan mengurangkan kesan pulau haba. Sistem saliran pintar berasaskan IOT boleh dipasang untuk memantau dan meramal banjir secara masa nyata. Kerajaan juga boleh menawarkan insentif cukai atau geran kepada pemilik rumah dan premis perniagaan untuk pemasangan bumbung hijau dan tangki tadahan air. Ini bukan saja mencantikkan kawasan malah membantu pengurusan air secara lestari. Sebagai nilai tambah bandar-bandar kecil boleh menganjurkan lawatan Green City Tour dengan izin yang mempamerkan inovasi seperti saliran pintar, kebun atas bumbung dan panel solar. Ini akan mewujudkan bekerjasama dengan syarikat pemula tempatan dalam membangunkan ikon eko pelancongan berasaskan teknologi hijau. Gabungan antara keperluan asas perumahan, kemampanan infrastruktur dan teknologi hijau ini akan memastikan pembangunan yang inklusif, berdaya tahan dan berimpak tinggi kepada rakyat Hutan Melintang bukan sekadar untuk hari ini tetapi untuk masa depan generasi akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua dalam mengambil kira keperluan untuk menjaga alam sekitar, Tuanku membangkitkan isu kilang ewaste haram di Sungai Siput. Ancaman serupa ini boleh berlaku di kawasan Hutan Melintang lebih lagi dengan kewujudan berhampiran sempadan negeri, lot perindustrian kecil yang tidak dikawal dengan rapi. Saya mencadangkan penubuhan Unit Tindak Alam Sekitar Bagan Datuk yang bertindak sebagai pasukan pantas pemantauan bersama yang akan melibatkan Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Tempatan dan NGO-NGO yang berada di kawasan tersebut. Unit ini akan melakukan pemeriksaan berkala dan menyediakan sistem pelaporan awam digital kepada orang ramai.
Timbalan Yang Di-Pertua, masjid dan sekolah juga harus diiktirafkan sebagai eco agents dengan izin yang boleh menjalankan kempen pengumpulan e-Waste. Mempromosikan pengasingan sisa plastik dan memberikan kesedaran mengenai kesan pencemaran. Program seperti ini telah berjaya di laksanakan di negeri Johor dan Selangor dan boleh diperluaskan ke sekolah menengah, sekolah agama dan sekolah kebangsaan khususnya di Hutan Melintang.
Timbalan Yang di-Pertua, Tuanku mengingatkan tentang bahayanya retorik perkauman dan ekstremisme agama. Hutan Melintang merupakan kawasan yang dihuni masyarakat Melayu, India, Cina yang hidup harmoni sejak sekian lama. Saya ingin menonjolkan satu kejayaan bersama rakyat iaitu penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Sambutan Ponggal, Deepavali dan Krismas bersama rakyat yang telah dilangsungkan setiap tahun menghimpunkan lebih 2 ribu penduduk tanpa mengirakan mengira latar belakang. Tambahan pula, kita di Hutan Melintang secara konsisten merayakan hampir semua perayaan utama melalui anjuran Pusat Khidmat Masyarakat dengan sokongan komuniti setempat. Apa yang membanggakan barisan sukarelawan bagi semua program ini bukan didominasi oleh satu kaum sahaja tetapi merupakan cerminan masyarakat Hutan Melintang yang harmoni terdiri daripada orang Melayu, Cina dan India yang bekerja dalam satu pasukan. Inilah bukti bahawa rakyat boleh hidup bersatu jika tidak diganggu oleh unsur politik perkauman. Saya mencadangkan agar acara ini dijadikan acara tahunan di setiap daerah dengan peruntukan tetap dari Kerajaan Negeri dengan penglibatan agensi kebudayaan serta pelancongan.Di samping itu, saya juga mencadangkan pelaksanaan program masjid, tokong, kuil, sahabat komuniti di bawah seliaan bersama Malaysia Hindu Sangam dan Persatuan Tokong Cina Perak untuk menggalakkan perkongsian program kebajikan, kesihatan, derma darah dan kelas tuisyen merentasi rumah ibadat bagi memupuk semangat kerjasama antara kaum di bumi Perak khususnya.
Timbalan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat saya menyahut Titah Duli Yang Maha Mulia ini dengan penuh komitmen untuk membawa suara rakyat luar bandar ke arus utama pembangunan. Biarlah dari bumi Hutan Melintang lahirnya bukti bahawa dasar negeri yang bijaksana mampu menyentuh setiap akar umbi rakyatnya. Saya mengajak semua untuk merenung sejenak apa erti kemajuan sekiranya tidak disertai dengan keikhlasan, keadilan dan kasih sayang. Adakah kita bersedia untuk mewarnai masa depan dengan inovasi kreativiti dan semangat para pahlawan bangsa yang tidak pernah gentar menghadapi cabaran? Dengan berpegang kepada semangat Titah Duli Yang Maha Mulia, marilah kita menggenggam harapan, menebar benih kebaikan dan merangka laluan kejayaan yang mampu dicontohi oleh generasi akan datang. Akhir kata, sebagai penutup ucapan saya pada hari ini, izinkan saya menyampaikan satu pantun yang diharapkan akan menjadi simbolik kepada semangat perpaduan dan harapan kita bersama.
Bekelayang burung di langit biru, Terpaut janji mesra di hati, Bersama kita ukir sejarah baru, Maju bersama negeri rukun berseri.
Sekian, saya menyokong. Daulat Tuanku.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Hutan Melintang. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
(Bacaan Doa) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Dewan sama ada daripada blok pembangkang ataupun kerajaan, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan dan Negeri, rakan-rakan media dan seluruh rakyat negeri Perak yang menyaksikan sidang media ini secara atas talian. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana pada hari ini dapat saya bersama-sama berkumpul di dalam sidang kali ini.
Saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Bota bangun menyokong usul menjunjung kasih atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas pada 15 April 2025. Patik merafak sembah menjunjung kasih atas titah penuh hikmah serta nasihat yang berpandangan jauh dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang telah menegaskan pelbagai isu penting berkait pembangunan ekonomi, penjanaan hasil baharu, perumahan mampu milik, perancangan bandar dan smart tv, infrastruktur pendidikan, kesihatan, keterjaminan makanan, pembangunan sosial, kelestarian alam, perpaduan nasional serta aspek kerohanian yang mendasari jati diri insan Perak.
Sebelum saya pergi lebih jauh lagi dalam perbahasan saya, saya ingin mengajak seluruh ahli sidang merenungi Firman Allah s.w.t. Daripada surah at-Taubah ayat 105. (Bacaan Al-Quran). Maksudnya "Katakanlah Nabi Muhammad s.a.w.: Bekerjalah maka Allah s.w.t., Rasul dan orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu. Kamu akan dikembalikan kepada Yang Mengetahui, Yang Ghaib dan Nyata. Lalu dia akan memberitakan kepada kamu, apa yang selama ini kamu kerjakan." Ayat ini secara ringkasnya mengingatkan kita semua bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan akan dilihat oleh Allah s.w.t. baik yang tersembunyi ataupun yang nyata. Oleh itu, kita perlulah melaksanakan amanah ini. Tanggungjawab ini dipikul dengan sebaiknya demi kesejahteraan ummah sejagat.
Selain itu, semua perkara yang ingin kita lakukan mestilah diteliti, dinilai dengan penuh teliti apakah objektifnya. Bukan hanya berdasarkan mata kasar ataupun dorongan hawa nafsu. Kita perlu menilai semula dengan lebih meluas dan mudah dan mudah untuk kita laksanakan dan kita boleh menilai apakah impak baik dan buruknya memilih jalan yang baik dalam setiap keputusan tanpa mengenepikan kepentingan agama Islam kerana agama Islam ini bukan sekadar anutan bersifat peribadi, tetapi Islam is the way of life, dengan izin. Setiap urusan dalam kehidupan ini boleh merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Semoga bermanafaat untuk kita semua yang ada berada dalam Dewan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku, Baginda menyentuh kepentingan pengukuhan ekonomi Negeri termasuk pelaburan bernilai RM8.7bilion dan surplus bajet sebanyak RM45.6juta. Kita mengiktiraf pencapaian ini, namun kita tidak harus leka dengan angka semata-mata. Pencapaian yang baik ini sewajarnya dinikmati oleh seluruh rakyat tetapi hingga kini kita sedar rakyat masih terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi akibat kenaikan harga diesel, kos perkhidmatan rawatan perubatan yang makin meningkat, harga sewa rumah. Semua ini memberi kesan kepada kesejahteraan kehidupan rakyat. Rakyat masih lagi mengharapkan bantuan-bantuan yang diberikan oleh agensi kerajaan. Malah di Pusat Khidmat saya, tidak kurang daripada 50 pek makanan yang saya sediakan secara purata setiap bulan.
Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah meningkatkan sumbangan kepada Pusat Khidmat daripada RM7ribu kepada RM10ribu tetapi jumlah ini apalah sangat jika nak dibandingkan dengan rayuan daripada rakyat. Bukan sahaja rakyat datang mengadu tentang masalah tak cukup makan, tetapi mereka merayu tentang masalah sewa rumah, masalah bayaran utiliti, masalah nak pergi ke hospital, masalah nak bawa anak pergi follow up di hospital dengan kos tambangnya, kos nak bayar bil hospital. Semuanya datang mengadu kepada pusat khidmat. Terima kasih juga kepada Dato' Yang Amat Berhormat Menteri Besar kerana telah menempatkan tambahan Pegawai Khas Menteri Besar dalam semua Adun-Adun Pembangkang 26 orang. Ya, 26. Mudah-mudahan pusat khidmat yang diberikan oleh Pegawai Khas juga dapat memberikan khidmat yang terbaik, lebih baik mungkin daripada kami. Sebab diberikan peruntukan juga ya.
Jadi Bota ya masih ingat lagilah pada tahun 2023, setiap Adun tidak kira pembangkang atau Kerajaan telah menerima kotak makanan yang disediakan oleh Yayasan Perak. Perkara ini tidak lagi berlaku untuk tahun 2024, apatah lagi untuk tahun 2025 ini. Pusat Khidmat Adun Bota juga pernah cuba mendapatkan informasi daripada Yayasan Perak tentang NGO yang bertanggungjawab ataupun yang menguruskan kotak makanan tetapi kami tidak diberikan info tersebut. Jadi bila kita tak dapat info, kita susah jugalah nak menyalurkan rakyat yang datang mengadu. Suka atau tak suka mahu atau tak mahu kami menyediakan dengan sebaik mungkin. Apa yang diharapkan oleh rakyat khususnya untuk Bota. Sukalah Bota mencadangkan agar kotak Yayasan Perak ini disalurkan semula memandangkan hasil Kerajaan Negeri pun dah bertambah. Bagilah balik pada semua tak kiralah Adun Kerajaan ataupun Adun pembangkang. Kami tak pernah ya, sayalah ya, saya tidak pernah memilih ataupun dekat depan pintu masuk itu tanya. Ni parti mana datang ni? UMNO ke PAS ke Amanah ke DAP ke? Tak tanya. Kita tak tanya. Ya. Alhamdulillah.
Tuan Yang di-Pertua, suka Bota menarik perhatian semua apa yang telah dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia pada perkara nombor 17: Titah Baginda di mana Duli Yang Maha Mulia Sultan telah mengingatkan bahawa rakyat masih dibelenggu kemiskinan. Jurang sosial masyarakat akan semakin melebar jika isu kemiskinan ini gagal ditangani. Perkara ini akan lebih serius lagi apabila sebahagian mereka diuji dengan pelbagai bencana ataupun kesakitan. Pada hujung minggu lepas, satu kejadian ribut yang besar telah melanda sebahagian rakyat Perak Tengah iaitu di Dun Kampong Gajah, jiran kepada kawasan Bota. Malah, seminggu sebelum itu juga ada juga ribut berlaku di kawasan Bota yang telah melibatkan sebuah rumah ataupun seorang rakyat Bota kehilangan total loss, dengan izin rumah beliau ya. Jadi pelan tindakan bantuan segera yang sedia ada perlulah dinilai semula dan dipertingkatkan jumlah bantuan sejajar dengan peningkatan kutipan hasil negeri Perak seperti yang dilaporkan.
Di samping itu, Bota juga ingin menarik perhatian Exco dari Temenggor yang telah banyak melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memajukan para usahawan, ibu tunggal dan kaum wanita khasnya. Program Pusat Sehenti yang sedang berlangsung sekarang. Suka juga Bota mencadangkan agar program ini dilaksanakan di tempat yang lebih dekat dengan rakyat. Di mana Bota rasa masjid-masjid yang ada dalam satu-satu daerah boleh dipilih untuk dilaksanakan Program Pusat Sehenti di bawah Exco Temenggor. Dengan adanya program seperti ini, bolehlah diperkasakan lagi peranan masjid sebagai One Stop Center. Masjid yang mempunyai halaman yang luas boleh dipilih seperti kalau di kawasan Bota, ada Masjid Bandar Universiti, ada Masjid Seri Iskandar, Masjid Daerah Seri Iskandar. Masjid boleh dijadikan sebagai tempat berhimpunnya rakyat dari pelbagai latar belakang. Begitu juga pemimpin. Sama ada pemimpin peringkat negeri ataupun pemimpin tempatan, mereka akan lebih dekat dengan masjid. Kalau kita ni dekat dengan masjid, Insya Allah, saya yakin dan percaya kita akan buat kerja yang terbaik sebab masjid tu berada di hati kita. Sirah Nabi telah mengajar kita bagaimana sewajarnya kita menjadikan masjid sebagai pusat sosial yang boleh yang boleh menyatukan rakyat. Masjid bukan hanya tempat ibadah. Di situ boleh menjadi pusat membina ekonomi, pusat kebajikan, pusat pendidikan dan sebagainya. Pagi tadi pun Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menghuraikan peranan masjid ketika sesi menjawab soalan pagi tadi. Di samping itu juga, Bota juga ingin mengharapkan Program Pusat Sehenti Setempat yang sedang dianjurkan ini boleh juga mempelawa atau membuka kaunter khidmat guaman percuma yang boleh memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan. Saya rasa ramailah rakyat kita khususnya para wanita sangat memerlukan khidmat kaunseling khidmat guaman kerana permasalahan yang berlaku dalam keluarga masing-masing.
Tuan Yang di-Pertua, Bota ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri tentang isu tanah pekebun-pekebun yang pernah dibangkitkan dalam Persidangan yang lepas. Semua sedia maklum bahawa tanah seluas 1040 hektar yang terletak di Seri Iskandar kini telah pun dimiliki oleh sebuah syarikat swasta. Tanah tersebut asalnya milik Perbadanan Kerajaan Negeri Perak dan sebahagian tanah tersebut pernah dicadangkan untuk pembinaan lapangan terbang baharu di Seri Iskandar dan saya juga difahamkan Exco daripada daripada, lupa Exco Bahagian Infrastruktur ataupun pengangkutan pernah juga memaklumkan bahawa telah melantik satu pasukan khas untuk membuat siasatan membuat kajian tentang tanah tersebut sama ada sesuai ke tidak lapangan terbang ya. Tapi hingga kini kita tidak mendengar lagilah laporan tersebut. Jadi pada hari ini, tanah tersebut telah pun dipindah milik dan difahamkan pihak Koperasi Pekebun-Pekebun Sawit telah pun menerima sejumlah bayaran sagu hati selain mereka ditawarkan tapak alternatif di Mukim Pasir Panjang Hulu tidak jauh dari Kampong Gajah.
Tuan Yang di-Pertua. Bota ingin mengambil kesempatan ini bertanya tentang satu projek pelabur, pelaburan, industri elektrik dan elektronik yang akan dibangunkan di atas tanah yang dijual itu ya. Seri Iskandar merupakan kawasan strategik dalam negeri Perak. Projek pelaburan ini adalah satu projek yang besar tetapi saya musykil kenapa cadangan projek pelaburan industri E&E ini tidak dimasukkan di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030? Saya mendapat tahu tentang cadangan projek ini di dalam mesyuarat JTPD baru-baru ini di Seri Iskandar. Bota mohon penjelasan. Apa yang saya terkilan, projek ini dibuat di atas tanah yang telah diambil daripada pekebun-pekebun kelapa sawit yang berhempas pulas bermandikan keringat membuka tanah tersebut. Pelaburan ini dikatakan mampu mampu menawarkan lebih 10,000 peluang pekerjaan.
Namun demikian, bagi memastikan kejayaan pelaburan ini benar-benar manfaat kepada rakyat. Sudahkah Kerajaan mempersiapkan prasarana asas seperti jalan raya, bekalan utiliti serta jaringan telekomunikasi. Usaha yang terancang mestilah disusun bagi memastikan tenaga kerja tempatan dapat dimanfaatkan dengan memastikan anak-anak Perak dibantu untuk mendapat kemahiran yang sesuai ya di semua institusi TVET yang ada di Seri Iskandar. Kita tidak mahu bila ada pelaburan asing masuk ke negeri kita. Mereka membawa masuk sekali dengan pekerja-pekerja asing bagi mengisi kekosongan kekosongan jawatan tersebut. Selain daripada itu, Bota ingin menarik perhatian tentang kelestarian alam sekitar mestilah diutamakan sebagaimana ya Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak menzahirkan kebimbangan terhadap pembuangan sisa toksik yang tidak betul dan tidak selamat. Semua projek pelaburan mestilah mematuhi penilaian impak alam sekitar dan tidak mengancam keseimbangan ekologi.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan dasar perumahan dan komitmen Kerajaan Negeri terhadap rumah mampu milik. Bota ingin menarik perhatian Dewan kepada satu isu yang sudah lama menghantui penduduk di Perak Tengah, khususnya kepada pembeli rumah projek…Projek Program Khas Perumahan Perwira Negeri Perak atau pada awalnya dikenali sebagai Rumah Penempatan Tersusun Perwira Negeri Perak ya. Projek ini telah dikategorikan sebagai projek sakit dan projek itu, laporan tentang projek tersebut telah dibentangkan. Ada terdapat dalam Laporan Ketua Audit Negara 3/2024. Di mana pada muka surat 169 dinyatakan ya, Projek Perumahan Taman Perwira ini, di ringkaskan, saya ringkaskan sebagai Projek Perwira di Seri Iskandar ya. Ada 3 fasa ya. Sehingga kini Fasa 1 sehingga laporan inilah, laporan ini ditulis, 67% fasa 1, 67% berbanding 82% lewat selama 163 hari mengikut jadual sebenar pelaksanaan projek. Fasa 2, 20% mengikut jadual. Pembinaan Fasa 2 didapati tertumpu kepada pembinaan 28 unit kedai komersial milik komponen pemaju. Fasa 3, 4% berbanding 15% lewat selama 79 hari. Maknanya di sini ya, kita ni di Perak ni banyak sangatlah ya projek-projek perumahan yang lewat, projek-projek perumahan yang sakit ya. Di mana yang menjadi mangsanya adalah kepada pembeli-pembeli ya. Pembeli ada datang mengadu di pusat khidmat saya di mana mereka telah pun memulakan pembayaran pinjaman kepada bank sedangkan mereka tak boleh duduk lagi rumah yang mereka beli. Mereka terpaksa keluar kos lagi untuk bayar sewa rumah yang mereka duduk sekarang. Jadi saya haraplah ya, projek ini perlulah dilihat secara, bolehlah Kerajaan Negeri mencari solusi yang terbaik bagi membantu rakyat negeri Perak.
Selain daripada itu juga, saya nak bangkitkan juga sebab saya dah cakap perkara ini dalam, dalam sidang yang lepas, tapi sehingga kini masih belum lagi dapat diselesaikan. Projek Perumahan Amanjaya di Lot 7475 & Lot 7572 Mukim Bota di Felcra Nasaruddin ya. Dijanjikan siap pada 28 Februari 2025. Sekarang kita berada pada bulan April. Masih lagi belum diduduki oleh…oleh…oleh mereka yang telah bersetuju untuk membelinya. Jadi Bota mendesak agar satu penyelesaian yang konkrit diumumkan segera. Tadi pun ramai sahabat-sahabat kita sama ada kerajaan ataupun pembangkang banyak mengutarakan masalah perumahan yang mampu milik yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan lah. Saya harap ya Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dapat memikirkan solusi terbaiklah untuk membantu rakyat Perak ya.
Dari sudut yang lain juga Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih atas ucapan Tuanku berkaitan perkhidmatan kesihatan dan rawatan perubatan. Bota tertarik dengan Titah Tuanku yang menggambarkan hospital sebagai pusat tarbiah atau pendidikan. Sememangnya para pengamal perubatan ataupun doktor memberikan perkhidmatan tanpa mengambil kira siapakah pesakit tersebut. Semuanya disantuni sebaik mungkin ya. Begitulah saya yang saya masih lagi merupakan pengamal perubatan berdaftar ya. Apa yang saya amalkan dalam amalan perubatan saya bahawa dalam amalan saya sebagai Adun Bota di mana saya seperti yang saya katakan tadi saya menerima aduan dan juga melayan semua rakyat yang datang tidak mengira latar belakang.
Dalam pada itu, saya nak jugalah menarik perhatian Exco Kesihatan daripada Sungkai ya di mana, terima kasih kerana telah berusaha bertungkus-lumus membantu rakyat di Perak Tengah mendapatkan sebuah hospital baru. Tapi hospital baru memanglah ya macam-macam lagi kekurangannya dan saya difahamkan lagi satu pada hujung tahun, pada awal tahun depan, kita akan mendapat pakar lah yang akan berikan perkhidmatan di hospital tersebut tetapi disebabkan Hospital Seri Iskandar, dia tidak ada membuka di jabatan pesakit luar, jadi menyebabkan rakyat ataupun mereka yang memerlukan perkhidmatan sama ada rawatan yang biasanya bulanan ataupun rawatan yang acute, maksudnya yang sakit demam, batuk, selsema perlu ya datang ke klinik-klinik kesihatan yang berada di dalam Perak Tengah ya. Mereka berlaku lambakan pesakit di klinik-klinik kesihatan. Mereka terpaksa beratur panjang dan menunggu lama. Saya merasa simpati kepada penduduk sekitar Bota Kanan, Bota Kiri, Lambor Kanan, Lambor Kiri yang berhadapan masalah ini. Mereka juga mengadu kesukaran mereka untuk ke Hospital Seri Iskandar yang memerlukan kenderaan yang lebih sesuai. Jika dahulu mereka boleh bermotorsikal. Jika dahulu mereka boleh bermotorsikal sahaja untuk mendapatkan rawatan ke Hospital Changkat Melintang tapi kalau nak pergi Hospital Seri Iskandar agak bahayalah sebab terpaksa melalui jalan-jalan macam jalan lebuh raya jugalah. Lebuh raya Ipoh-Lumut tu yang yang banyak kenderaan besar yang memerlukan kenderaan yang lebih baiklah untuk mereka mendapatkan rawatan. Jadi saya, saya harap pihak kerajaan akan menjalankan kajian yang terperinci bagi memastikan perkhidmatan jabatan…perkhidmatan kesihatan dapat diwujudkan di bangunan lama Hospital Changkat Melintang yang mana boleh dimanfaatkan. Hospital tu masih ada, masih boleh digunakan untuk kita bukalah Jabatan Pesakit Luar ataupun Klinik Kesihatan diadakan di premis Hospital Changkat Melintang yang ada tu ya.
Tuan Yang di-Pertua, Tuanku juga bertitah berkaitan Rolling Plan Ke5 RMK12 melibatkan 504 projek. Disebut juga bahawa 115 projek bernilai RM2.1 billion diluluskan di bawah Kementerian Pendidikan. Antaranya 3 sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bagan Datuk, Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Botani dan Sekolah Menengah Meru Raya. Bota rasa macam agak hairan ke manakah perginya projek yang sepatutnya diadakan ni dibuat di Seri Iskandar di mana sebelum ini pernah menjanjikan untuk membina Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Universiti Seri Iskandar memandangkan pertambahan penduduk yang amat ketara di Bandar Seri Iskandar ya. Rakyat Seri Iskandar merayu, merayu supaya sekolah ini disegerakan dan sekolah ini telah pun diumumkan di dalam Bajet Belanjawan 2024. Untuk apa ni Kerajaan Malaysia kan? Jadi, saya harap ya dapat perhatian daripada pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat pihak pembangkang, saya ingin menegaskan bahawa peranan kami bukanlah untuk menentang secara membuta tuli tetapi untuk menjadi suara semak dan imbang kepada Kerajaan Negeri demi kebaikan rakyat. Kita akan menyokong segala dasar yang membawa manfaat kepada rakyat dan pada masa yang sama akan terus lantang menegur sebarang kelemahan, penyelewengan atau kecuaian. Kita tidak mahu apa yang berlaku di Putra Heights, berlaku di Perak. Di Perak ini khususnya di Perak Tengah ada saluran paip gas yang bergerak, yang orang kata yang disalurkan daripada kawasan Manjung hinggalah ke Lembah Kinta lalu di Perak Tengah. Lalu tak jauh daripada rumah saya. Jadi saya pun agak khuatir lah juga ya. Boleh tak Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri memberikan apakah inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Perak supaya apa kejadian ngeri yang berlaku di Putra Heights itu tidak berlaku di negeri Perak. Saya nak satu jawapan yang konkrit daripada pihak kerajaan.
Akhirnya walaupun, nak sentuh jugalah yang ini. Sikit je. Walaupun peruntukan sebanyak RM300 ribu telah disediakan bagi pembangunan dan projek kecil untuk semua Adun khususnya Adun Pembangkang. Ya kami tahu. Tak tahulah di pihak kerajaan dapat berapa tapi kami pihak pembangkang dapat surat daripada UPEN memaklumkan bahawa ada peruntukan RM300 ribu. Boleh mohon untuk pembangunan dan projek kecil tetapi masalahnya proses permohonan telah dirumitkan dan mengambil masa yang lama dan kami ni nak buat permohonan kena melalui Pejabat Pegawai Khas Menteri Besar. Kalau kita hantar direct ke Pejabat Menteri Besar, semua akan patah balik. Jadi maknanya seolah-olah menambahkan lagi birokrasi dalam proses permohonan projek kecil dan pembangunan untuk kawasan-kawasan kami. Jadi hal ini akhirnya, ya mungkinlah. Kalau ikut sejarah saya pada tahun 2023, Alhamdulillah berjaya projek. Orang kata dapat guna dengan baik. 2024 pun saya juga dapat melaksanakan projek yang telah saya mohon dan diluluskan oleh Menteri Besar. Jadi kenapa untuk tahun 2025 perlu menyusahkan pula kan? Ada birokrasi banyak yang melambat-lambatkan lagi dan permohonan tu, bajet tu bukan sahaja boleh dipilih, boleh dimohon oleh kami, boleh dimohon oleh semua agensi yang ada dalam kawasan.
Justeru, saya mintaklah prosedur ini dapat disemak semula agar lebih efisien tanpa menjejaskan aspek integriti dan tadbir urus. Akhir kata, saya merafak sembah, menjunjung kasih atas Titah nasihat Tuanku dan saya menyokong usul ini dengan penuh harapan agar Titah ini bukan sahaja diraikan di dalam Dewan tetapi diterjemahkan secara nyata kepada dasar dan tindakan yang memberi impak langsung kepada rakyat khususnya bagi Dun Bota yang saya wakili. Akhir kata…
Ayer Kuning jadi gelanggang, Ramai berlakon, rakyat terhibur, Cukuplah wayang dan gendang perang, Yang penting aman bukan takbur.
PRK Ayer Kuning semakin panas, Janji dan ugutan datang bertali. Kakitangan awam janganlah cemas, Yang benar tetap akan berdiri.
PRK Ayer Kuning hangat terasa, Gelora semangat membara di dada, Akhir kata penuh bermakna, Saya mohon undur diri seadanya.
Sekianlah dulu. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.
Waalaikumussalam wbt. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Bota. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media, rakan-rakan yang menonton siaran langsung di media sosial. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 dan selamat petang kepada semua. Terima kasih kerana Simpang Pulai diberi peluang untuk membahaskan usul menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Simpang Pulai ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kelulusan projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Botani di bawah RMK12. Saya juga harap permintaan bagi perkhidmatan perubatan yang mendesak di kawasan yang sama iaitu membina sebuah klinik kesihatan di tapak yang sesuai turut juga diberi keutamaan. Selain itu, saya ingin membangkitkan beberapa perkara penting yang berkait rapat dengan pembangunan Simpang Pulai dan negeri Perak dan mohon agar kerajaan negeri memberi perhatian sepenuhnya terhadap isu-isu yang berikut.
Dato’ Yang di-Pertua, pertama tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Perak atas usaha mengembangkan sektor ekonomi biru di bawah Inisiatif Halatuju Ekonomi Biru, Membangunkan Bandar Pintar Perintis serta merancang taman-taman perindustrian demi kemajuan ekonomi negeri Perak. Sudah tentu pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas adalah keutamaan untuk memastikan kesaling hubungan yang lancar, perkhidmatan yang efisien dan menarik pelaburan strategik ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif. Namun, kelewatan pelaksanaan projek-projek pembangunan infrastruktur menimbulkan kebimbangan dan boleh menjejaskan keyakinan pelabur terhadap prospek pelaburan di Perak. Salah satu cabaran utama dalam pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur di negeri Perak adalah ketiadaan pelan utiliti yang lengkap dan sentiasa dikemaskini. Dalam mana-mana projek sama ada pembinaan jalan, sistem saliran, perumahan atau pemasangan kabel, pelan utiliti ibarat pesta kehidupan bagi sesebuah bandar. Tanpa pelan utiliti yang tepat, risiko kemalangan amat tinggi.
Sebagai contoh, kontraktor yang menjalankan kerja-kerja penggalian tanpa merujuk kepada pelan utiliti akan bekerja dalam keadaan buta. Akibatnya, mereka berisiko merosakkan saluran pembentungan paip air, saliran gas, kabel eletrik, kabel komunikasi dan sebagainya. Situasi sebegini bukan sahaja meningkatkan kos pembaikan, malah mengancam keselamatan pekerja dan penduduk setempat. Dalam kes yang lebih serius, kerosakan utiliti boleh menyebabkan runtuhan infrastruktur dan kemalangan maut serta menyukarkan operasi mencari dan menyelamat. Malah, ia boleh mencetus bencana yang berskala besar seperti insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India ataupun letupan saluran kes di Putra Heights baru baru ini. Adakah sesiapa dalam Dewan yang mulia ini tahu di mana laluan gas pipe di kawasan perumahan masing-masing? Saya sendiri hanya menyedari kewujudan papan tanda kuning yang menandakan laluan paip gas di Simpang Pulai selepas berlakunya tragedi Putra Heights. Seiring pembangunan pesat di kawasan Simpang Pulai, saya amat harap isu berkaitan laluan utiliti ini dapat diberi perhatian serius supaya kemudahan awam tidak menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk setempat. Sebagai contoh, di kawasan Simpang Pulai, terdapat projek pembangunan infra yang sudah mengalami kelewatan sehingga beberapa bulan dan antara punca adalah ketiadaan pelan utiliti yang tepat. Malangnya, bukan semua agensi pengurusan utiliti dapat menyediakan maklumat yang lengkap berkaitan lokasi paip atau kabel mereka sendiri.
Jadi, tanpa maklumat yang mencukupi, kerja yang sepatutnya senang menjadi rumit. Akibatnya, kontraktor terpaksa berulang kali mendapat pengesahan daripada pihak berkaitan sebelum kerja dapat diteruskan untuk memastikan keselamatan para pekerja di tapak. Maka tidak hairan kita sering dengarlah tentang kelewatan projek-projek pembangunan di merata tempat. Jadi saya menyambut baik langkah proaktif Kerajaan Negeri Perak yang telah melancarkan Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) sebagai satu inisiatif penting bagi menyelaras pengurusan infrastruktur utiliti secara lebih sistematik, tersusun dan selamat di Perak. Usaha ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menangani isu ketiadaan pelan utiliti lengkap yang selama ini menjadi salah satu punca kelewatan projek. Ketirisan bajet dan yang paling kritikal risiko terhadap keselamatan nyawa. Melalui pelaksanaan KUDR, perancangan dan pemasangan paip air, saluran gas, kabel elektrik dan telekomunikasi kini diselaraskan di bawah satu sistem berpusat.
Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan sistem permohonan Permit Penggalian Utiliti secara dalam talian melalui KUDR, Koridor Utiliti Darul Riduan Applications for Tranching dengan izin yang telah beroperasi sejak April tahun lepas. Inisiatif ini bukan sahaja mempercepatkan proses kelulusan tetapi yang lebih penting mewajibkan agar data utiliti dikemaskini dan diseragamkan di peringkat negeri. Walau pun KUDR merupakan satu langkah besar ke depan saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri Perak dapat memperluaskan lagi skop pangkalan data ini dengan mewajibkan setiap projek pembangunan, menyerahkan pelan utiliti lengkap serta lukisan siap bina express plan dengan izin untuk dimuat naik ke dalam sistem data KUDR secara automatik dan dibuka akses kepada orang awam. Ini adalah untuk memastikan semua pihak termasuk PBT, kontraktor berdaftar dan orang awam dapat mengakses maklumat dengan mudah, tepat dan terkini sekali gus meningkatkan tahap ketelusan iaitu transparensi dalam pengurusan data utiliti di negeri ini. Pelan utiliti bukan sahaja mungkin tidak kelihatan di atas tanah namun ketiadaannya pasti akan terasa ketika jalan runtuh, ketika gas meletup, ketika nyawa melayang. Justeru saya memohon agar Kerajaan Negeri Perak meletakkan pengukuhan dan pelaksanaan sistem KUDR sebagai salah satu agenda utama dalam perancangan bandar dan pembangunan negeri. Ini kerana keselamatan rakyat bukan satu pilihan tapi satu tanggungjawab.
Dato' Yang di-Pertua, isu yang kedua seperti yang dizahirkan dalam titah Tuanku amat sedih apabila Malaysia telah menjadi destinasi utama lambakan sisa elektronik e-Waste global. Apabila kebanyakan e-Waste ini diproses secara haram di negeri Perak pencemaran udara menjadi berterusan dan semakin membimbangkan. Isu ini telah kian lama membelenggu kawasan Dun Simpang Pulai. Penduduk di beberapa lokasi dalam Dun Simpang Pulai ini termasuklah Kampung Baru Simpang Pulai, Taman Muda, Taman Bersatu dan sekitar Bandar Seri Botani telah berulang kali membuat laporan masalah bau busuk yang menjejaskan kesihatan serta kualiti hidup harian diganggu. Namun sehingga hari ini kita masih belum dapat menemui satu penyelesaian yang menyeluruh dan berkesan. Menurut statistik Alam Sekitar Negeri Perak bagi tahun 2023, Jabatan Alam Sekitar memantau kualiti udara negara melalui 65 stesen pengawasan yang ditempatkan di seluruh negara bagi mengawasi dan mengesan sebarang perubahan kualiti udara yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Manakala di negeri Perak sendiri hanya dapat 5 stesen pengawasan iaitu di Taiping, Seri Manjung, Pegoh, Tasek dan Tanjung Malim.
Malangnya tiada satu pun stesen ini di tempatkan di kawasan Simpang Pulai sedangkan penduduk di sini telah bertahun-tahun menghadapi kesan pencemaran yang serius walau pun Pusat Khidmat Adun Simpang Pulai pernah mengambil inisiatif bekerjasama dengan pihak Jabatan Alam Sekitar untuk memantau kualiti udara di kawasan tersebut. Pada tahun 2023 pemantauan dapat dijalankan di beberapa lokasi tumpuan iaitu Kampung Baru Simpang Pulai dan Bandar Seri Botani tetapi ini tidak dapat dijalankan secara berkala disebabkan kerosakan peralatan penganalisasi pelbagai gas pada ketika itu. Pada bulan Ogos 2024, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB Nik Nazmi juga turut turun padang bersama saya dengan Ahli Parlimen Gopeng, YB Tan Kar Hing melawat ke sebuah kilang pemprosesan e-waste yang gagal mematuhi syarat-syarat lesen. Yang itu sudah dikenakan tindakan penguatkuasaan yang tegas pada hujung tahun. Saya juga pernah meninjau kawasan pembakaran yang haram bersama dengan pegawai-pegawai agensi kerajaan akan tetapi saya amat menghargai segala usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak JAS dan agensi-agensi lain.
Namun walau pun pelbagai tindakan telah diusahakan, isu pencemaran udara ini masih belum dapat dihentikan sepenuhnya. Malah sejak Februari tahun ini sehingga ke hari Isnin yang lalu tahap pencemaran semakin membimbangkan dan puncanya masih gagal dikesan sehingga ke hari ini. Justeru saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang lebih praktikal. Pertama, Kerajaan Negeri Perak perlu memperketatkan proses pengeluaran lesen serta kawalan pemantauan terhadap operasi kuari khususnya di kawasan sensitif yang berhampiran dengan penempatan awam. Kedua, saya mencadangkan agar stesen pengawasan udara berskala kecil dipasang di kawasan tumpuan hotspot dengan izin bagi membolehkan pemantauan kualiti udara yang lebih dekat dan teliti. Ketiga, penguatkuasaan bersepadu perlu dilaksanakan ke atas kes pembakaran terbuka dan pembuangan sampah haram melalui kerjasama antara PBT, JAS, Polis Diraja dan agensi yang berkaitan sebab ini penting bagi mengenal pasti serta mengambil tindakan tegas terhadap para pelaku. Keempat, saya menyeru agar dasar zon pemampan buffer zone dengan izin diwajibkan dalam semua pelan perancangan bandar bagi memastikan kawasan industri tidak terlalu dekat dengan kawasan kediaman dan menghadkan aktiviti berat dalam radius tertentu dari penempatan awam. Kelima, penggunaan teknologi AI yang sesuai juga harus diwajibkan sebagai sebahagian daripada penyelesaian jangka masa panjang. Kita boleh hidup tanpa telefon pintar tapi kita tak boleh hidup tanpa udara yang segar. Isu pencemaran ini bukan sekadar isu teknikal. Ini adalah isu hak rakyat. Hak untuk hidup sihat dalam persekitaran yang bersih dan selamat. Saya mohon supaya Kerajaan
Negeri Perak mengambil tindakan yang tegas, strategik dan berkesan dalam menangani isu ini. Bagi penduduk Simpang Pulai kesabaran mereka terlalu lama diuji dan sekarang adalah masa untuk bertindak.
Dato' Yang Di-Pertua, saya ingin ucapkan tahniah atas usaha kerajaan dalam meningkatkan pengeluaran makanan khususnya melalui peningkatan pengeluaran komoditi buah-buahan sebanyak 3.1%, sayur-sayuran sebanyak 7.6% dan tanaman kontan sebanyak 7.1%. Walau pun terdapat penurunan dalam pengeluaran padi, saya menyambut baik beberapa langkah penting yang telah diambil oleh kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta pihak swasta dalam usaha meningkatkan bekalan makanan dan mengoptimumkan sumber pertanian. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah penubuhan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) pelaburan dalam penternakan ayam, penternakan dan pengeksportan produk udang harimau serta hasil laut, penternakan ikan tilapia dalam sangkar, penternakan ikan sturgeon malahan sayur menggunakan sistem rumah hijau serta pembangunan pusat pengumpulan pemprosesan dan pembungkusan hasil pertanian dan pelbagainya.
PPPNP turut berkolaborasi dengan Universiti Sultan Azlan Shah serta menjalin usaha sama bersama agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pemain-pemain industri agro makanan bagi menubuhkan Akademi Sekuriti Makanan. Penubuhan akademi ini bertujuan untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang pertanian berteraskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET di samping menjalankan kajian merumuskan polisi dan mengubah dasar berdasarkan berkaitan sekuriti makanan di negeri Perak. Akan tetapi pengeluaran makanan yang mencukupi masih merupakan cabaran yang harus sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Perak kerana negara kita masih bergelut untuk mencapai tahap pengeluaran yang stabil dan mencukupi berdasarkan Indeks Sekuriti Makanan Global, Global Fruit Security Index 2022 Malaysia berada pada kedudukan ke 41 daripada 113 buah negara.
Kedudukan ini menunjukkan bahawa tahap sekuriti makanan negara kita masih berada dalam paras sederhana dan pelbagai inisiatif perlu terus dilaksanakan bagi menjamin sekuriti makanan secara berterusan. Cabaran asas dalam memastikan sekuriti makanan akan terus berulang iaitu isu tanah. Isu ini sering menjadi topik utama dalam setiap perbincangan bersama para petani, pengusaha mahu pun penghubung dasar, pengubah dasar. Tanpa tanah yang stabil dan dijamin untuk pengeluaran makanan adalah sukar untuk mewujudkan pasaran pertanian yang kukuh dan mampan. Tambahan pula, Kerajaan Negeri juga menghadapi cabaran untuk mengimbangkan keperluan pembangunan perumahan dan taman perindustrian yang juga penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Oleh itu, perancangan guna tanah yang lebih teliti dan seimbang perlu dilaksanakan agar projek-projek pembangunan tidak menjejaskan kestabilan pengeluaran makanan dalam jangka masa panjang.
Satu lagi cabaran yang sedang kita hadapi adalah krisis tenaga kerja dalam sektor pertanian. Di kawasan saya, Ampang Baru, kawasan dengan jumlah petani yang paling ramai di Simpang Pulai, tiada lagi anak muda yang terlibat dalam bidang ini terutamanya disebabkan isu ketidakstabilan berkaitan dengan tanah. Kalau anak- anak muda tidak dibimbing dan tidak diberi peluang untuk menceburi bidang pertanian, kita akan berhadapan masalah besar dari segi kesinambungan pengeluaran makanan dan masa depan sektor pertanian negeri. Dalam situasi ini, saya percaya pendekatan kita tidak seharusnya hanya tertumpu kepada mengurangkan gangguan dalam pasaran. Yang penting ialah mewujudkan satu ekosistem pertanian yang inklusif, lestari dan terbuka kepada semua peringkat daripada petani kecil hingga pengusaha berskala besar.
Dasar yang kita bina hari ini sepatutnya mendorong lebih ramai rakyat untuk kembali menghargai hubungan antara manusia dan tanah. Kita perlu pupuk kesedaran bahawa pertanian bukan sekadar satu pekerjaan tetapi nadi kepada masa depan negara. Sehubungan itu, saya mengusulkan beberapa langkah yang wajar dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri Perak. Pertama, terus melindungi zon pertanian strategik dengan dasar perlindungan tanah yang diperkukuh agar pengeluaran makanan tidak terjejas akibat pembangunan tidak terkawal. Kedua, mempergiat Program Pertanian Pintar (Smart Farming) dengan izin dengan sokongan modal bimbingan teknikal dan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk menarik minat golongan muda. Ketiga, memperluas inisiatif seperti Program Food Bank dan Kebun Komuniti di kawasan sesuai bagi membina daya tahan komuniti dan mendidik masyarakat tentang kepentingan keterlibatan dalam ekosistem makanan bermula dari rumah sendiri.
Sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan makanan bukan isu pertanian tetapi isu ekonomi, sosial dan kesihatan. Perak berpontensi menjadi contoh negeri lain dan membina sistem makanan yang mampan dan inklusif. Sebuah kerajaan stabil dan dasar yang konsisten adalah kunci kepada jaminan sekuriti makanan untuk semua lapisan rakyat. Akhirnya, segala isu yang saya bangkitkan hari ini bukanlah asing bagi Kerajaan Negeri Perak dan semua pihak berkepentingan namun cabaran-cabaran ini hanya dapat diatasi melalui semangat kebersamaan dan kerjasama yang erat. Dengan iltizam bersama, kita mampu membina perak yang lebih makmur, berdaya tahan dan menyumbang ke sebuah negara yang kukuh dan sejahtera demi generasi yang akan datang. Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan satu pantun yang berkaitan dengan Ayer Kuning.
Tepuk ramai-ramai, Nira dalam padi, Jom ramai-ramai, Pengundi Ayer Kuning jom balik undi.
Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Simpang Pulai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan, 20 minit dipersilakan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin kepada semua pihak Kerajaan, pihak Pembangkang, ketua-ketua jabatan yang saya kasihi seterusnya rakyat terutamanya rakyat saya di Alor Pongsu mengikuti persidangan pada hari ini.
Saya terpanggil untuk fokus perbahasan saya hari ini kepada Pelan Perak Sejahtera. Sebab sekarang ni zikir Pelan Perak Sejahtera. Pergi kanan, pergi kiri, pergi kedai, pergi Ayer Kuning, dalam Dewan semua berzikir Pelan Perak Sejahtera, Pelan Perak Sejahtera. Jadi saya nak fokuskan yang itu. Yang pertamanya saya nak kembalikan kita semua. Ramai dah lupa ni. Bila dilancarkan. Hah. Bila dilancarkan YB? 15 Jun 2022. Pelan Induk Pembangunan Negeri yang diwar-warkan, yang ditanamkan dalam fikiran kita semua terutamanya anak-anak muda, satu pelan yang saya nak ucap tahniah. Pelan ini untuk bangunkan secara terancang secara sistematik. Ada teras, ada agenda, ada inisiatif, pelaporan kurang baik sikit dan juga pemantauan rapi. Kita mesti lebih teliti. Gagasan lapan (8) tahun ini, di mana kita sekarang? Ada yang kata tadi sabaq sat pelan-pelan. Tak boleh pelan-pelan. 2022-2030. Sekarang PPS (Pelan Perak Sejahtera) dah 3 tahun. Tahun depan dah empat (4) tahun. Kita mesti lebih teliti.
Saya berpeluang meneliti dashboard Pelan Perak Sejahtera. Ramai yang tak dapat tengok. Kelabu sikit tak apa. Tiga (3) pelannya, Sejahtera Politiknya, Sejahtera Sosialnya dan Sejahtera Ekonominya. Saya nak fokus kepada sejahtera ekonomi sebab banyak YB yang dah bahas sebelum saya dah banyak cerita pasal Sejahtera Politik dan Sejahtera Sosial. Banyak juga yang tak puas hati ni. YB Pembangkang dalam tanpa sedar menyebut banyak lagi masalah. Yang banyak juga tak ikuti secara rapat. Yang ni salah urusetia. Saya nak tegur. Pelaporan tak rapi. Kami YB-YB pun tak ada pelaporan. Dikatakan Pelan Sejahtera Politik ada 102 projek, Sejahtera Sosial ada 109 projek. Apa benda ni? YB kerajaan pun banyak yang tak tahu. Tambahlah Pegawai-Pegawai Khas MB. Saya dok kira kerusi riuh. Ada cukup lagi 26 MB ada. Ke depan kita jemput depa MB. Depa kena faham MB. Depa bawa wajah MB di kawasan Dun. Saya suka depa ada YB MB. Dun saya ada dua (2) orang la ni. Kiri kanan kiri kanan. Ayaq Kuning esok undi PN. Dapat Pegawai Khas MB sorang sikit. Tambah lagi. Tak lah. Saya cuma bukan apa. Saya mengharapkan Pegawai Khas MB berwibawa, bawa wajah MB, bawa amanah MB dan mereka mesti faham terutamanya Pelan Perak Sejahtera.
Mohon celah.
Kalau Pegawai Khas MB YB-YB tak faham susah. Ok sekejap. Saya hujah nanti saya bagi lima (5) minit last saya bagi.
Tadi bagi masa pun saya tanya…
Kali ini saya tak bagi. Ok. Saya paling risau tentang ekonomi sebab Sejahtera Politik, Sejahtera Sosial menterjemahkan perlu diterjemahkan kepada Sejahtera Ekonomi. Sebab ekonomi adalah bit of the country. Jantung kita. Tapi dalam dashboard Pelan Perak Sejahtera, Sejahtera Ekonomi baru 16.4%. Awal sangat lagi kah? Lagi empat (4) tahun tau. Jadi saya risau. Conclusion nya…
5 tahun…5 tahun.
Sekarang baru tahun ketiga nak pi kelapan (8) tahun. Hayat PPS (Pelan Perak Sejahtera) sekarang mengikut kiraan saya 37.5%. Dashboard mengatakan 30% dah siap. Tapi saya tetap risau YB MB. 16.4% Sejahtera Ekonomi dah siap. Tu slow perlahan sangat. Kita tak ada masa nak brisk walk tak da masa lagi dah. Dah nak masuk tahun keempat ni. Saya ingat lepas ni YAB MB dengan Kerajaan Negeri kena start jogging dah. Kerana kami ni cikgu senaman ni. Saya dengan Pengkalan Baru ni kena dah start jogging dah. Dulu saya ditegur sabaq sat Alor Pongsu. MB tegur seronok tak tegur dulu sidang yang lepas. Mana boleh kahwin hari ni beranak besok. Saya bimbang jangan mengandung lama sangat. Satgi tak dan lapan (8) tahun dibuatnya Pilihan Raya datang tau tukaq MB, hancoq lah sekali lagi. Dulu dah hancoq Perak Sejahtera. Takkan Perak Sejahtera kali ni saya ada dalam Dewan ni. Saya tak mau tengok Pelan Perak Sejahtera hancur. Saya bersama jiwa saya, ada bersama dengan semua yang ada di sini
Mai...mai...mai...mai pindah sini pindah sini.
Kemudian tentang, jangan, jangan kacau dulu ya, sekejap ya. Kemudian tentang bahagian kedua, Ekonomi Perak. Saya juga suka nak mengangkatkan sekali lagi betapa petunjuk ekonomi membawa perhatian yang serius. Pelaburan kita ke peringkat Putrajaya perlu lebih rapi. Ini teguran. Pelabur nak masuk Malaysia, semua orang sebut tadi, banyak pelaburan nak masuk Perak. Bagus, pelaburan bagus. Pergilah lagi, Kerajaan Negeri, pergilah lagi, pergilah cari pelaburan. Balik cari kelulusan walaupun jangka masa yang panjang tetapi kita mesti ingat, pelabur bila dia datang teropong kita ini macam teropong anak dara nak cari bini ini. Gadis ini mesti cantik mesti comel, tapi kalau laporan kita, pelabur tengok GDP kita, tengok kadar kemiskinan kita, kadar pertumbuhan pendapatan negeri Perak, saya takut pelabur break tengah jalan. Pelabur dia guna angka itu. Dulu Tronoh kata dekat saya jangan percaya DOSM apa semua. Ini adalah angka-angka rasmi kerajaan. Jangan menidakkan ini walaupun dia keluar 3 tahun sekali. Saya bercakap atas dasar 2022, saya rasa kalau saya salah cakap, pihak Kerajaan Negeri kena bekalkan kepada Perangkaan dan Putrajaya data-data yang baru supaya bila pelabur tengok kita, terpikat terus. Nak terpikat macam mana kalau Selangor ada lebih kurang RM400 juta pertumbuhan pendapatannya. Penang ada RM100 juta lebih. Perak ada RM82.6 juta. Apa nak jadi dengan kita ini. Pertumbuhan pendapatan kita rendah sangat sekarang. Sedarlah tuan-tuan yang ada di negeri Perak ini.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada Perintah Tetap.
Kita berada di tahap yang ketiga. Ok
Saya ingin merujuk kepada Perintah Tetap.
Owh, salah ya.
Perintah Tetap berapa?
Ok boleh.
Perintah Tetap 3(a). Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Tadi Yang Berhormat Alor Pongsu mengatakan bahawa Tronoh memanggil untuk tidak percaya kepada data yang dibekalkan oleh DOSM. Dengan itu, saya ingin merujuk kepada ayat yang dikatakan oleh Alor Pongsu tersebut bahawa saya tidak pernah menyatakan sedemikian. Jadi, saya memohon Alor Pongsu untuk menarik balik kenyataan tersebut.
Ok Alor Pongsu.
Ok saya tarik balik kalau saya silap. Tapi seingat saya, Tronoh ada sebut.Tak boleh percaya dekat DOSM DOSM DOSM. Saya ini dah 60 lebih, pelupa. Kalau salah saya tarik balik.
Ok la tu, salah tarik balik.
Ok, terima kasih.
Minta maaf, saya tarik balik. Ok, sitdown sitdown. Ok, kita tidak boleh menafikan Perak Glory State. Kita dulu hebat tak boleh nafi fakta-fakta ini, sebelum merdeka selepas merdeka,Pperak di mana? Saya ulang balik apa yang saya cakap dalam sidang yang lepas. Fakta sukar dinafikan. Dalam naskhah DiRaja oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku, "Globalization: Perak's Rise, Relative Decline, and Regeneration" nukilan Tuanku Regeneratif, Kembalikan Perak kepada Gloria State balik dan saya tahu Kerajaan Negeri memang nak sahut yang itu. Jadi inilah saya nak bagitau kami di pihak pembangkang juga nak sahut yang itu. Perak sekarang berada di tangga ketujuh dalam 14 negeri. kita sumbang 5.3 dari KDNK. Tapi penduduk kita 7.6% daripada penduduk Malaysia. Tally ke tak tally. Itu sebab kadar kemiskinan kita masih 7.5 iaitu kita, pertumbuhan ekonomi kita rendah, masih rendah lagi 2.7% rendah daripada Malaysia iaitu 36 peratus. Momentum pertumbuhan masih tak jelas. Walaupun pasca covid 3.3 2022, 4.6 dan laporan yang terkini belum keluar lagi.
Tapi saya masih bimbang bagaimanakah kita di Perak nak memperbaiki kedudukan tahap pendapatan dan kemiskinan di negeri kita. Yang ini Kerajaan Negeri kena fikirkan. Kami ikut dekat belakang. Ya, kami ikut dekat belakang. Banyak yang sebut tadi, saya pun sebut sama juga, Manjung hebat, Kinta hebat, Muallim hebat, Perak Tengah hebat, semua tinggi daripada purata pendapatan negeri. Sedih. Saya orang Kerian 3396. Tempiasnya kadar kemiskinan masih tinggi. Kami di Alor Pongsu, saya berani sebut hari ini mewakili penduduk Alor Pongsu, Kami tak berapa sejahtera. Sejahtera orang Alor Pongsu senang depa ambil, berapa duit dalam poket depa? Berapa peluang pekerjaan, berapa peluang pendapatan, jadi konklusinya bukan kami lebih tengok kepada keberhasilan. Walaupun masih dalam perjalanan. Apa dia hasil yang dapat kepada orang-orang Alor Pongsu. Jalan raya masih banyak rosak dan berlubang.
Mohon celah.
Duduk kejap.
Sikit sahaja.
Bekalan air, saya dapat whatsapp hari-hari nak mandi junub pagi pun, Tok Imam pun terpaksa tuang pergi masjid. Air meleleh. Menara telekomunikasi, pakai handphone canggih pun, tak ada coverage. Duduk dalam masjid "E". Baru dapat satu Dato' Seri, katanya, nak dapat dua. Mana Exco Komunikasi. Kemudian peluang pekerjaan masih kurang, usahawan banyak dah lari. Terima kasih banyak Dato' Seri dan PMX. Kilang benih padi dah beroperasi. Harga turun RM2. Bagi saya bukan perbodoh, RM2 pun turun juga. Tapi masalahnya, mana Exco Pertanian? Dia dah mai ke tempat saya, saya salute dia, dia datang tengok. Benih padi turun nak tanam di mana kalau tanah jerlus, bendang rosak. Exco Pertanian datang, ayaq di ban besar kami ini asidnya amat tinggi. Apa tindakan seterusnya untuk sejahterakan kami Dato' Seri? Kena buat sesuatu. Asid itu tinggi dalam ban yang mengalir ke sawah-sawah menyebabkan tanah rosak, padi rosak dan sebagainya. Tapi kot mana pun terima kasihlah perjuangan saya terlibat sama. Perjuangan 10 tahun untuk dapat kilang benih padi dah ada Dato' Seri, steady, buat lagi. Banyak lagi benda depa nak mintak itu.
Jadi akhir sekalilah, masa ada masa lagi, sabar sat na, nanti saya bagi masa dekat hampa. Bila Trump isytihar 24 % tarikh global, melompat semua orang. Orang Alor Pongsu yang tak berapa reti pasal tarikh pun, alhamdulillah. Tapi kita kena ingat perang dagang antara USA dengan China berterusan. Tempias pasti akan kena. Amerika berjuta-juta trillion. Negara trillion, negeri ratus juta yang kita RM82.6 bilion ini kecik sangat. Gajah dengan gajah bertempur, kancil kita jadi tengah. Ini pesan Abang Mat Sabu, gajah dengan gajah bertempur kita ini tinggal kecil saja. Saya lebih bimbang kerana 70% daripada ekonomi negara kita bergantung kepada pasaran global. 63 eksport kita kepada negara-negara Asia. Negara-negara Asia inilah yang Presiden Trump nak buat ini. Nak buli depa, depa kena, depa tak beli barang kita. Apa nak jadi dengan kita? Kita buat kilang, kita pecah tanah. YAB Dato' Seri banyak pecah tanah. Lagi. Saya nak tahu juga laporan keberhasilan daripada 20 ke 30 yang YAB Menteri Besar pecah tanah itu, berapa kilang dah buka? Yang itu saya nak tahu. Kemudian baru-baru ini saya dapat tengok Masterplan KIGIP kawasan saya. Saya rasa ada kurang relevant sikit. Kita kena sediakan bukan sahaja peluang pekerjaan tetapi tenaga kerja yang bersedia untuk menyambut pekerjaan di kawasan industri hijau. Mana dia? LuMIX saya rasa steady sikit la, mungkin depa awal sikit kot. Di kawasan Muallim saya tak pasti. Tapi saya nak cerita pasal KIGIP. Dalam masterplan itu saya tegur awal sebelum benda ini jadi. Dato' Seri, kena ada institusi pendidikan yang menyediakan anak-anak muda Alor Pongsu untuk menghadapi, menerima tawaran pekerjaan industri hijau ini.
Jadi bila sasaran Trump tentang taarif ini, saya pasti Perak terkesan Dato' Seri. Persoalan pentingnya, dengan aturan baru global ini. Sejauh manakah Perak terkesan? Better kita prepare daripada sekarang sebab 3 mega pelaburan yang kita banggakan. KIGIP kawasan saya. Automatif High-Tech Valley Mualim, LuMIC. Kita terima atau tidak kenyataan ini. Ketiga-tiga kawasan mega pelaburan ini terikat dengan global. Jangan menidakkan itu, kita larilah kuat mana sekali pun kita buatlah apa sekalipun kita sediakan tenaga kerja, kita sediakan semua infra yang ada. Macam saya kata kat Buntong tadi naik Ferrari tayar Michelin sebijik, tiga lagi tayar botak bergegar.
YB tayar satu lagi adalah kestabilan politik.
Saya tak bagi lagi, nanti sekejap lepas ni saya bagi sekejap sekejap last last.
Itulah saya sebut tadi YB.
Sekejap…sekejap. lLast…last. Jadi bila kita bersifat global, kita ni, tunggulah kalau masin mulut saya, kalau Trump teruskan perang ni dan dia isytihar balik tarik 24% kepada negara Malaysia, kita akan jadi slow motion. Jangan naik lalang sudah gigit saya sebut banyak gigit lah sebab Alor Pongsu nak dengar. Saya takut yang tu. Itu ketakutan saya. Tapi saya tahu mungkin Dato’ Seri dengan team Kerajaan Negeri dengan Exco-Exco yang hebat ni mungkin dah bersedia. Tolong bersedia sekejap ya seminit lagi saya bagi dan saya nak tegur sikitlah ada beberapa tadi YB Sungai Manik ada sebut fokus tentang GLC-GLC kita ni. Yayasan Perak tumpu betul-betul kepada kerja-kerja Pendidikan jangan dok bertindih dengan pihak lainlah, ya. Pertanian contohnyakan kita fokuskan sikit bab kerja ni kalau kita nak rengau semua tak jadi kerja MB pun lantik 26 orang baru jadi kerja, Pegawai Khas baru rasa kejap kan. Ada orang dia, petik je ada orang, petik ada orang dia, macam tu jugak dengan agensi-agensi kerajaan. Pegawai kerajaan, saya tak pertikai you all ada ilmu, you all telah diletakkan di tempat yang betul. You all hanya pelaksana buat keputusan jugak bos-bos kan tapi pelaksana yang buat saya respect kerajaan. Kerjasama yang diberi kepada pembangkang pun steady. Exco-Exco pun steady bukan tak steady. Cuma kadang-kadang main politik sikit. Dan last sekali saya nak tanya la saya mintak jawapan masa penggulungan. Apa perancangan awal untuk menyerap kemungkinan ekonomi global yang dijangka akan memperlahankan semua kerja-kerja yang kita dah buat dia penat kita tuan-tuan, penat kita YB-YB semua, kita dah berlari sana berlari sini naik kapal terbang sana naik kapal terbang sini. Rakyat Alor Pongsu dok menunggu tiba-tiba bila Trump datang dengan cerita-cerita macam ni, bila saya pulak saya bukan nak cerita yang buruk, saya cuma nak sebut tentang apa benda yang akan berlaku. My Last finally minit. Ok, Buntong Silakan?
Terima kasih YB. Sedap je YB berucap saya dengar berirama lagi. Memang sedap.
Saya rasional saya colour blind.
Saya faham. Cuma mungkin saya memohon pencerahan sedikit ye ataupun ada point-point yang YB bentangkan tadi bahaskan tadi berkenaan satu adalah pegawai khas yang
Saya puji ooo…
Ya YB
Saya suka tau.
Ya.
Terima kasih.
Saya pun nak puji ini. Saya pun nak puji
Saya datang sini Pegawai Khas jaga Dun tau. Dia datang Ipoh, saya jaga Dun. Rakyat saya tidak pernah terabai dengan adanya dua pegawai di sini. Satu YB, satu Pegawai Khas.
Betul, itulah point saya pun. Cuma saya nak tanya jugaklah YB. Tadi YB Changkat Jong ada membahaskan bahawa seolah-olah pelantikan pegawai-pegawai khas ini adalah sesuatu yang dilakukan di luar sistem itu yang disebut oleh YB Changkat Jong sebentar tadi.
oo Changkat Jong, Changkat Jong, bukan saya.
Bahawa ini adalah tidak adil seolah-olah beliau sendiri yang mengawal sendiri YB sendiri yang mengatakan bahawa tidak ikut…
Ok soalan-soalan. Apa soalan you?
tidak ikut sistem dan tidak melalui agensi-agensi kerajaan. Tapi saya nak saya nak saya nak bahaskan di sini atau bentangkan di sini bahawa sebenarnya semua pun mengikut sistem yang ada. Projek-projek yang dilakukan sama ada di kawasan pembangkang ataupun kawasan kerajaan dilakukan melalui agensi-agensi kerajaan. Betul tak?
Yang tu yang tu sepatutnya oklah terima kasih atas pandangan. You patut cakap dengan cakap Changkat Jong tadi bukan kat saya. Saya kalau…
Dia tak bagi sebab tu YB tanyakan pegawai khas, saya…saya bangkitkanlah.
Nanti saya tanya dia. Habis ni. Saya keluar dan saya tanya dia sebab rambut sama hitam hati lain-lain
Keluar tak boleh di dalam Dewan kena tanya YB.
Dia dah bahas.
Direkodkan dalam hansard.
Dia dah bahas. Saya pun tak tanya tadi. Saya harap you yang tanya tadi. You tak tanya. Mana Tronoh tadi. Oh ya, Tronoh sudah lari. Saya ada masa lagi tu tau rugi ni kalau tak cakap. Kalau tak ada saya ni ya Pantai Remis ya yes.
Saya mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Tadi saya nak tanya tentang pandangan Yang Berhormat tadi Yang Berhormat kata dengan apa-apa rancangan atau apa-apa matlamat tujuan semuanya Yang Berhormat setujukan kita nak sama-sama untuk bangunkan negeri tetapi kalau ada pandangan Yang Berhormat kalau hanya kita keluarkan dengan semua komen-komen yang negatif. Bukan sahaja angka itu akan menakutkan pelabur tetapi dengan komen-komen yang negatif, Perak kini berapa teruk macam tu sini teruk macam tu. Memang kita faham kita ada peluang dan ruang untuk kita tambah baik tetapi boleh tak pihak semua sekali kita keluarkan komen yang positif tentang kita usaha. Sekarang apa yang kita sedang lakukan untuk kita menarik pelabur dan juga menambah keyakinan daripada semua komuniti terhadap kerajaan. Terima kasih.
Terima kasih. Saya boleh jaga mulut saya saja nak jaga mulut ramai orang susah. Saya tetap dengan pendirian saya. Pelan ini bagus tapi banyak perlu diperbetulkan. Kalau nak align sikit terutama dari segi pelaporannya supaya pelabur daripada luar supaya geng-geng Putrajaya nampak kita ni betul-betul buat kerja. Jangan melapor semberono macam tu saja semberono ni kita syok sendiri. Macam saya kata tadi, ketuk gong tadikan Perak Aman Jaya. Perak Aman Jaya akhirnya tak ke mana.
Takpa Alor Pongsu saya mintak celahan sikit.
Yang ni kena saya kena bagi sebab nama sama.
Bukan tadi saya nak balik kepada tempatan punya isu lah. Tapi lepas Alor Pongsu dah bawak ke global semuakan, saya nak tanya setuju tak Alor Pongsu berkaitan dengan bendang petani peladang kita di sebelah Kuala Kurau di sebelah Tanjung Piandang, Sungai Manik sebelah sana tu hasil padi mereka dah memang dah bertahun-tahun dah merosot. Jadi apakah rancangan yang perlu kita buat patut kita rasa nak ada YB?
Terima kasih YB Pengkalan Baharu, dia ni orang belah Kuala Kurau orang belah saya ni, so, dia duduk yang buas. Ok lah saya setujulah keterjaminan makanan ni satu sektor yang penting ni. Eh, macam Exco pulak saya jawab ni eh takpe berlatih untuk jadi Exco kot. Ya YB Sungai Manik.
Boleh jadi Ketua Pembangkang dulu.
Jawatan tak penting. Petani memang susahlah terutamanya untuk YAB MB petani susah sangat sekarang. Saya pun tak paham dan saya mintak sangat-sangat pada Kerajaan Negeri kepada ketua-ketua Jabatan. Kesian Petani-Petani di kawasan saya di Kawasan Kerian. Bila kos operasi diesel naik, benih padi naik RM23.00. Mula nak ungkit balik. Turun RM2.00. Dapat benih padi nak serak tang mana. Tanah jerlus, ayaq pulak bekalan ayaq daripada Sungai Perak ke Bukit Merah bila nak siap? Banyak masalah. Saya tahu kalau kami jadi kerajaan pun kami pun sakit kepala jugak. Tapi tak apalah kita sama-sama kerja, sama-sama fikirkan supaya Perak menjadi negara yang sejahtera. Akhir sekali, saya merafak sembah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak, atas Titah Tuanku. Saya menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu yang menamatkan perbahasan beliau sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Bismillahhirrohmannirrohim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah (Bacaan Doa). Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kepemimpinan akan dipertanggungjawabkan di atas kepemimpinan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker yang handsome. Yang Berhormat Menteri Besar Kota Tampan yang juga tak kurang handsomenya, seluruh Yang Berhormat daripada Kerajaan dan juga pembangkang, seluruh pengerusi ataupun Pengarah Jabatan Persekutuan dan juga Negeri dan seluruh yang mendengar mengikuti secara langsung perbahasan Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Kelima Belas. Terima kasih Yang di-Pertua di atas kesempatan untuk membahas dalam usul Menjunjung Kasih Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah AlmarhumLah. Patik menjunjung kasih di atas segala titah yang disampaikan oleh Tuanku Sultan dan sewajarnya Ia dijadikan sebagai panduan utama dalam memastikan Perak menjadi sebuah negeri yang maju dan sejahtera, Insya Allah. Yang di-Pertua, peranggan yang ke-17 Titah Tuanku berkenaan dengan hari ini masih terdapat rakyat yang dibelenggu kemiskinan. Ketidakupayaan keluar daripada kepompong kemiskinan akan memberi kesan besar terhadap kesejahteraan dan kualiti hidup. Jurang sosial masyarakat akan semakin melebar jika isu kemiskinan gagal di tangani secara bermakna dan dikhuatiri berpontensi mengancam kestabilan politik dan negara.
Tuan Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua, bagi Dun Kubu Gajah terdapat satu program pembangunan masyarakat setempat pada tahun 2005 dan juga ada PPRT Bukit Kayangan kampung Sangkut yang dibina pada tahun 1979 seusia dengan saya. Rata-rata mereka ini adalah miskin tegar dan juga miskin yang diberi perhatian oleh kepimpinan yang lepas. Lalu dibinalah PPRT, Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan juga PPMS, Program Pembangunan Masyarakat Setempat di Sungai Manik dan PPRT di Kampung Sangkut. Ini masalah kepada kemiskinan. Saya merujuk kepada dua entiti yang di bawah kerajaan Negeri Perak ataupun Pusat. Bahawasanya mereka ini adalah berkumpul di kalangan mereka mereka yang miskin tegar. Sampai hari ini, tuan-tuan, Yang Berhormat Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ada di kalangan PPRT Kampung Sangkut satu rumah terdapat dan saya sebut dah yang lepas sampai 38 orang duduk satu rumah yang kecil PPRT tau lah. Mungkin ada daripada sambung sikit-sikit sehari masak 5 kilo sekali masak 5 kilo beras sekali masak. Ini isu kemiskinan. Mungkin JKM bawah Exco kita boleh tengok perhatikan semula dan kita tengok kalau kita pergi PPRT kampung aku kita tengok perumahan dia macam mana kawasan yang kecik kawasan yang tidak infrastruktur yg cukup yg cukup kita tengok Allahuakbar dengan jambatan yang senget dengan jalan nak masuk yang tidak diberi kebenaran. Kita cuba akses dengan jalan lain yang tak dapat peruntukan.
Saya perhatikan bahawa itu yang ditekan oleh Duli Yang Maha Mulia supaya kemiskinan tegar atau kemiskinan menoktahkan kemiskinan ini menjadi satu yg priority ataupun keutamaan bagi Kerajaan Negeri supaya apa supaya hasil mahsul yg kita dapat yg kita banggakan dalam ucapan Titah Tuanku yang penuh kita buat cukup bangga hasil mahsul dalam negeri Perak yang cukup banyak pada hari ini dan tidak melatah kepada kepada rakyat. Yang keduanya tuan-tuan, Yang Berhormat yang dirahmati Allah Subhana Wata'ala adalah isu air khususnya. Saya dah hantar surat 2 kali rasanya kepada exco yang berkenaan. Tapi daripada pejabat, saya tidak menerima apa apa jawapan. Isu yang pertama adalah isu air di Kampung Kelian Cini. Kalau Kampung Kelian Chini Sungai Ara ni dah siap, saya bawa dua tiga kali dah isu berkenaan dengan tanah yang belum selesai lagi. Walaupun generasi yang ke tiga dah duduk di Kelian Chini, Kampung Sungai Ara, tapi isu tanah masih belum selesai 100% sampai hari ini dan isu kedua adalah mereka baru ni sebelum pilihan raya ke 15, kita masuk main paip untuk LAP dalam dalam kawasan tersebut. Lebih kurang 111 rumah. Kalau tak salah saya 111 rumah. Tapi sampai hari ni tak boleh masuk lagi penyambung paip ke rumah masing-masing kerana apa. Daripada kontraktor yang memasang paip, dia menuntut sampai RM2,300.00 satu rumah.
Yang anehnya tuan-tuan yang dirahmati Allah Subhana wata'ala sampai ada sumbangan untuk LAP maksimum sampai RM700.00 dan benda ni saya hantar hantar surat pada Exco yang berkenaan dan saya mohon penjelasan sungguh-sungguh. Penjelasan sungguh-sungguh supaya benda ini selesai dengan segera supaya apa masyarakat tidak lagi minum air yang tidak berkualiti dan mereka hanya menanggung ataupun menerima air daripada paip masyarakat. Yang ketiga, isu tempatan juga berkenaan sepertimana yang disebut oleh YM Manjoi tadi berkenaan dengan haiwan liar. Tuan-tuan dirahmati Allah Subhanahu Wataala. Ini yang terbaru. Terbaru. Langgar Lembu.
Tak nampak tak nampak.
Tak nampak.
Share dalam grouplah.
P. Ramlee ada sebut siapa tak nampak hahaha P Ramlee dah sebut ni. Ni tengok dibelah perut ni daripada atas sampai ke pusat buang limpa. Kerana apa? Langgar lembu. Dato’ Yang di-Pertua daripada perut daripada atas sampai ke pusat buang limpa dan dia hidup tanpa limpa dan setiap tahun dia perlu cucuk untuk dapat kesihatan yang baik. Isu adalah dan isu ini kita bangkit dengan YDP Majlis kawasan di Larut Matang dan Selama, yakni Selama dan kita bincang. Cumanya kebertanggungjawaban ke atas Veterinar. Isu tersebut ada yang pengembala ataupun membela lembu ni ada yang tanpa lesen yang berlesen 93. Itu pun bila panggil mesyuarat tak datang tak siapa nak bertanggungjawab dan isu ni adik ni berumur 21 tahun. Takdak sapa beri pembelaan. Dia tak dapat mana-mana sumbangan ataupun malah dia kena bayar lagi untuk kos rawatan tu. Tuan-tuan ini isu yang agak saya rasa agak penting untuk saya sebut dalam ruang yang terhad ini iaitu isu tempatan.
Dato' Yang di-Pertua iaitu 3 daripada isu tempatan yg saya sebut mungkin boleh ambil perhatian bagi Yang Berhormat Exco. Sekuriti makanan bersandarkan pertanian di negeri Perak di beri penekanan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan pengeluaran makanan yang stabil di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan peruntukan RM65.41 juta bagi tujuan keterjaminan makanan. Namun, sejauh mana matlamat ini dicapai untuk Pelan 2023 Perak Sejahtera. Dasar Pembangunan Pertanian Makanan, walaupun berhadapan dengan tiga permasalahan iaitu fokus perubahan daripada negara pertanian kepada perindustrian, kebergantungan kepada pengimportan makanan dan juga perubahan iklim yang mampu mengancam sekuriti makanan. Jabatan Perangka Perangkaan Malaysia (DOSM) sudah membanci 22.3 % penguasa dalam sektor pertanian meliputi aktiviti tanaman ternakan, perikanan serta perhutanan dan pembalakan di negeri ini. Perak menyumbang pada tahun 2023 yang lalu, sebanyak 15% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar KDNK negeri ini bernilai RM82.6 bilion berdasarkan laporan sosioekonomi Perak 2023.
Persoalannya, bagaimana perancangan dan pelan tindakan daripada pihak kerajaan untuk dan juga mempastikan dan juga memastikan isu-isu seperti serta keterjaminan bekalan makanan dalam menghadapi perubahan iklim dan memastikan kebertanggungjawaban import makanan di negeri Perak dapat diatasi dan juga diselesaikan. Tuan-tuan isu ini, isu isu yang besar kerana apa dengan soal kemiskinan sekiranya kita tak jaga sekuriti makanan kita takut hilangnya dua tahun lebih kurang dua tahun beras tempatan. Kita takut lepas ni banyak lagi benda yang hilang baru selesai masalah beras tempatan baru ada walau pun jarang-jarang nak jumpa. Alhamdulillah, penyelesaian Kerajaan Madani terpaksa ambil masa 2 tahun. 2 tahun lebih untuk selesaikan masalah-masalah beras sahaja. Kita tidak mahu jika berlaku satu bencana alam seperti kemarau panjang dan ada rekod daripada DOSM dan juga kajian bahawasanya negara kita akan mengalami kemarau yg panjang, gempa bumi, nauzubillah dan sebagainya menjadi sebagainya menjadi kita sudah terhantuk baru tergadah.
Saya difahamkan satu Jawatankuasa Besar Dasar Sekretari Makanan Negeri Perak. Persoalannya, sejauh manakah pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang daripada jawatankuasa ini telah berbincang dan merangka satu pelan kontigensi backup…backup plan ataupun untuk menghadapi isu-isu yang dibangkitkan bagi menjamin bekalan dan juga ketersediaan makanan di negeri Perak dan adakah jawatankuasa ini melibatkan blok pembangkang?
Yang di-Pertua, atas prinsip menghormati demokrasi kami daripada blok pembangkang menerima keputusan pada awal pagi tadi. Kepada Yang Amat Berhormat…Yang Berhormat Ketua Pembangkang walaupun saya yakin masih ada ruang yang sepatutnya diberikan kepada Ketua Pembangkang untuk mempertahankan hujahnya di dalam Jawatankuasa Hak Kebebasan Dewan. Namun suka saya tegaskan di sini bahawasanya kesalahan yang disabitkan terhadap beliau secara asasnya masih bersifat teknikal dan juga sangkaan. Hakikatnya, isu teras yang dibangkitkan beliau lebih sepatutnya menjadi perhatian Dewan Negeri yang mulia ini bukan sekadar mendiamkan Yang Berhormat Ketua Pembangkang daripada bersuara mewakili rakyat negeri ini dalam mempertahankan kedaulatan negara berlandaskan lunas perlembagaan dan undang-undang. Di sini juga, saya mencadangkan penambahan ahli Jawatankuasa Hak Kebebasan bagi sama rata melibatkan kerajaan dan juga pembangkang yang dapat membahas secara adil. Sekiranya terdapat sama undi, dia akan diputuskan secara holistik daripada pandangan dan juga idea yang bernas daripada Pengerusi atau pun daripada Yang Berhormat Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini Perak secara amnya dan Tapah serta Ayer Kuning masih menjadi tumpuan negara kerana pilihan raya kecil yang sedang berlangsung bererti demokrasi dalam negeri ini dan juga dalam negara ini berjalan melewati denai. Namun seharusnya prinsip demokrasi ini berjalan seiring dengan amalan pentadbiran yang lebih terbuka dan menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat. Rakyat memberi mandat kepada setiap wakil rakyat yang ada dalam persidangan pada hari ini untuk mewakili suara mereka. Apa yang menghairankan, ada pihak yang menggunakan jalan yang agak sendat atau pun jalan belakang yang secara zahirnya telah membelakangi mandat rakyat tersebut. Saya tidak pasti jika seorang menteri besar perlu memiliki sehingga 26 pegawai khas untuk menguruskan di kawasan-kawasan dimenangi oleh pihak pembangkang. Walaupun saya yakin Yang Amat Berhormat ajar ada jawapan. Contohi apa negeri-negeri KPKT kata daripada Pasir Berdamar. K - Kelantan, P - Perlis, K -Kedah, T -Terengganu. Tapi malangnya Terengganu tak ada pembangkang. Mungkin itu jawapan daripada Yang Amat Berhormat nanti. Contohi tengok Kedah. Kedah pun lantik tapi tak sepatutnya kerana Kedah negeri di diperintah oleh pembangkang. State boleh bantu atau pun federal boleh bantu. YB-YB yang berada belah pembangkang di negeri Kedah.
Apakah mandat yang diberi oleh rakyat dalam sistem demokrasi negara ini? Tidak ada ertinya untuk kerajaan negeri ini. Apakah ia melambangkan ketidak kecekapan & ketidakefisyenen seorang menteri besar untuk mentadbir negerinya sehingga memerlukan sehingga 26 orang pegawai sokongan di kawasan yang kalah atau ia menggambarkan mandat rakyat tidak ada nilai di sisi kerajaan yang ada sekarang. Tuan-tuan, sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Allah SubhanalahWata'ala. Isu yang dibangkitkan sahabat-sahabat betul. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat kerana naikkan daripada RM7,000 peruntukan untuk pusat khidmat kepada RM10,000. RM3,000 kenaikan dan Yang Amat Berhormat menjawab RM3,000 ni boleh lah bagi untuk pergi orang ziarah- ziarah ke RM3,000 tuan-tuan Yang Berhormat sekalian RM3,000 untuk digunakan kalau dalam Dun, saya hampir 30,000 orang yang ada. Itu belum dikira kemiskinan tegar yang saya sebut lagi dua dua dua dua dua ada dua PPRT kan RM3,000 tuan-tuan nak guna sebulan untuk santuni masyarakat untuk santuni orang sakit untuk santuni mereka-mereka yang yang asnaf.
YB, boleh?
Satu saat.
Jangan satu saat satu minit pun cukuplah.
Ok, saya ada empat minit lagi. 30 saat.
Tadi YB kata ada pertambahan RM3,000 kepada RM10,000 kan tetapi tahukah kita selaku blok kerajaan, kita pun terima amaun yang sama jugak. Tambahan lagi, saya punya Dun lagi besar selain yang duduk sebelah YB lah Manjoi itu lebih besar daripada saya yang kedua adalah saya. Saya pun saya pun tak merungut jugak saya kawasan pun saya ada orang miskin orang yang mangsa- mangsa tragedi, kemalangan ke ada ribut ke banjir kilat ke saya pun tetap akur jugak. Saya rasa ok. Cuma cara nak mengendalikan kewangan anda di pusat. Kalau tak tau, saya boleh ajar. Terima kasih.
Ok terima kasih. Untuk raya baru ni Bercham dapat berapa? Raya baru ni Bercham dapat berapa untuk asnaf budak baru untuk raya. Raya cina baru ni
Haa. jujur jujur cakap.
YB Bercham dapat berapa?
YB ENCIK MOHD HAFEZ BIN SABRI (MANJOI) Kongsi sikit kongsi sikit.
Bangun jap bangun jap. Saya tanya
Kongsi sikit peruntukan-peruntukan ni kongsi sikit Bercham dengan kawan-kawan kita Bercham kongsi dengan Manjoi tak dapat apa apa
Kongsi lah untuk hari raya baru ni untuk baju raya untuk anak…anak…anak…anak…anak…anak…anak orang Melayu dapat berapa?
Tu program Exco yang bantu sahaja.
Memanglah. Itulah yang kita nak. Kenapa tak bagi pada kita sama. Kenapa tak bagi? Mana. Bercham ingat Yang Berhormat Menteri Besar dulu jadi menteri besar waktu tu Bercham dok di sini kalau tak silap saya Bercham dapat jugak betul tak? Bercham dapat. Pasir Pinji dapat. Pasir Pinji yang lama. Buntong dapat Buntong yang lama. Semua dapat. Tapi sekarang ni pasai apa tak dapat. Yang ni kami nak. Yang ni kami nak supaya apa? Kesaksamaan. Walaupun kalau keadilan tu tak payah nak guna kesaksamaan supaya apa tidak terpinggir. Memang memang tak pinggir bagi kepada 24 pegawai khas, tapi masih ada yang mari merungut daripada pejabat pusat khidmat. Berapa ramai yang mari kepada pusat khidmat nyatakan kami tak dapat di bagi pada kroni. Cuba check, tak dak masalah.
Tapi kesaksamaan kalau kita banding dengan negara Kedah jiran. Adakah pembangkang terima yang amaun yang sama?
Itu saya sebut tadi? Adun Pembangkang di negeri-negeri yang Kerajaan Perikatan Nasional memerintah dia orang mendapat daripada federal daripada Kerajaan Pusat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat Kubu Gajah Titi Serong nak mencelah sikit. Boleh.
Ya boleh. Sikit. Sikit lagi masa saya ada sikit lagi.
Baik, terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Terima kasih Kubu Gajah atas laluan yang diberikan. Semalam saya baru turun bersama di kempen di Ayer Kuning bersama dengan Yang Berhormat daripada Kelantan. Saya tanya kepada Yang Berhormat Kelantan. Saya tanya kepada Yang Berhormat di sana kalau blok kawasan-kawasan yang dilantik penyelaras Dun daripada kerajaan macam mana peruntukan diuruskan. Beliau memaklumkan kepada saya YB kami di Kelantan, kami lantik penyelaras Dun di kawasan-kawasan pembangkang. Peruntukan dia dapat sama dengan peruntukan YB yang dilantik oleh rakyat sama. Daerah Dun dapat sama pembangkang pun dapat sama rata di Kelantan.
Boleh checklah.
Checklah
Terima kasih boleh masukkan dalam ucapan saya. Kita mahu politik yang matang, Kerajaan mahu pembangkang. Itu hasrat yang terpikul bersama. Malangnya apa yang berlaku di lapangan tidak mencerminkan hasrat yang dikongsikan bersama. Seorang menteri yang juga merupakan salah seorang Adun di sini. Kepayang semalam ada nampak hari ni tak nampak sibuk di kementerian mengumumkan pengagihan lebih RM1.63 juta melibatkan tiga-tiga projek Parlimen Tapah dan Dun Ayer Kuning pada 12 April 2025. Persoalan ke? Persoalannya, adakah ini kebetulan? Pengumuman RM3.05 juga melibatkan 16 projek infrastruktur awam. Adakah juga kebetulan? Pengumuman RM1.87 juta melibatkan 10 projek di Kampung Baru Cina. Kebetulan. Pengumuman RM798 ribu untuk Taman Malaysia Tapah. Kebetulan. Semua ini semua kebetulan-kebetulan ini ada dalam era Madani. Jika tidak sudah lama dimomokkan dengan tohmahan rasuah pilihan raya. Yang kedua, tuan-tuan yang dirahmati Allah subhanallahiwataala. Saya baru scroll page STRATCOMM yang mempromosikan PASAK. Mereka sedang berkampung di Tapah, Ayer Kuning. Sampaikan dalam promosi mereka, temple, tersebut adalah lambang dacing. Background belakang depa tampal ada nampak separuh lambang dacing. Tu agensi mana tu agensi UMNO atau pun agensi DAP ataupun agensi daripada Amanah. PASAK bawah STRATCOMM. Cuba tengok balik buka dalam dalam dalam page STRATCOMM.
Tuan-tuan boleh buka yang mana dalam ni tengok secara jelas lapik meja tu ada lambang dacing. Mana? Tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT. Adakah ini kaedah politik yang matang yang mahu ditunjukkan kepada negeri-negeri lain. Kita nak jadi politik, politik Negeri Perak sebagai contoh. Nak jadi politik Perak sebagai contoh. Rasuah pilihan raya jadikan amalan yang tidak bersempadan. Hari tu kita dah masa Hoi ya Hoi… Hoi ya Hoi. Kita dah tak nak dah ni rasuah politik dan amaran keras daripada PMX, jangan umum projek-projek sebelum pilihan raya. Kalau nak umum projek pergi umum kepada negeri KPKT tu yang tak ada banyak projek. Kedah, Kelantan, Terengganu, pergi umum sana. Ataupun umum Negeri Perak, bukan di Tapah, bukan di Ayer Kuning. Umum di negeri KPKT atau negeri-negeri yang mundur. Negeri Kedah, negeri yang mundur, negeri Kelantan negeri mundur, negeri Terengganu negeri mundur, pergi umum sana. Tidakkah kita merasa terpukul dengan cara berpolitik sedemikian. Yyang terakhir Yang di-Pertua, isu pencerobohan tanah negeri, Kerajaan Negeri di salah sebuah negeri di Malaysia sedang hangat didebatkan di media sosial dan sebagainya. Terakhir Yang di-Pertua,
Berapa lama?
1 minit.
Ok. 1 minit.
Pihak yang menceroboh, isu pencerobohan tanah milik Kerajaan Negeri di salah sebuah negeri di Malaysia sedang hangat didebatkan di media sosial dan sebagainya. Pihak yang menceroboh berusaha menegak benang yang sedia basah. Sudahlah tanah diceroboh dan dimakan hasilnya puluhan tahun, undang-undangnya juga mahu diceroboh sedangkan mahkamah telah memutuskan bahawa mereka penceroboh yang akan dikenang sepanjang zaman. Saya rasa kita berhak bertanya apakah hutan simpanan di negeri kita negeri Perak yang kita sayangi benar-benar terpelihara daripada usaha pencerobohan daripada pihak-pihak tertentu. Apakah usaha di peringkat pentadbiran daerah mahupun Jabatan Hutan Negeri bagi memastikan tragedi yang berlaku di Daerah Raub tidak berlaku dalam Negeri Perak yang kita cintai. Terima kasih kepada Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan sahabat-sahabat daripada Adun Pembangkang dan mudahan kita semua diberkati Allah SWT dan menjunjung kasih Titah Tuanku. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam wbt. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Kubu Gajah. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan 20 minit. Silakan.
Terima kasih kepada Dato’ Yang Di-Pertua. Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan pengamal media, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang berada di dalam Dewan yang mulia ini. Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada Dato Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya terutamanya sekali terima kasih kerana izinkan saya menjunjung kasih atas titah diraja sempena perasmian Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada hari pertama sidang kali ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan menyebut pencapaian Kerajaan Pusat dimana pertumbuhan ekonomi Malaysia mencapai 5.1%. Ekonomi bertumbuh dua tahun berturut-turut.
3.6% pada tahun 2023 dan 5.1% pada tahun 2024 menunjukkan Kerajaan Madani menepati janji untuk merangsang ekonomi Malaysia. Barisan kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mewujudkan polisi-polisi yang baik dan dengan keadaan faktor politik yang stabil, ekonomi kini bertambah baik. Akan tetapi tarif timbal balik yang diperkenalkan berisiko melambatkan pertumbuhan ekonomi kita. Saya rasa tadi Alor Pongsu pun ada mention untuk tarif ini dan kita sebagai rakyat sepatutnya bersatu padu untuk mengatasi cabaran ini.
Hakikatnya, ini memberi amaran kepada kita bahawa kita tidak patut terlalu bergantung kepada negara-negara lain. Pada bila-bila masa sahaja mereka boleh sentiasa menukar polisi dan memberi tamparan kepada pengusaha-pengusaha negara kita. Oleh itu, dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat mengenakan 24% tarif timbal balik di mana ia memang tak setimpal berdasarkan pengiraannya mengikut perbezaan nilai dagangan, eksport dan import antara negara. Kita perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan perang perdagangan global. Tarif ini bukan sahaja terpakai kepada Malaysia sahaja, malah rakan baik Amerika Syarikat, negara Vietnam juga dikenakan tarif timbal balik sebanyak 45%, dua kali ganda parah berbanding kita. Jadi lewat ini kita nampak pelbagai kritikan di mana lontaran kepada Kerajaan Madani di laman web dan media sosial, kita nampak seolah olah Kerajaan Madani tidak mampu mengatasi krisis-krisis secara pantas dan berkesan tetapi apabila kita tengok apa yg berlaku pada Vietnam, kawan baik Amerika Syarikat yang dikenakan tarif yang lebih tinggi. Baik, saya fikir ia lagi tak munasabah. Oleh itu, saya seru rakan-rakan di sebelah sana dan seluruh rakyat Malaysia untuk memberi sokongan padu kepada Kerajaan Madani untuk menangani krisis ini. Ini adalah masalah yang akan membawa kesan yang amat serius terhadap seluruh negara, ekonomi negara apatah lagi pengusaha tempatan.
Jadi, kita tidak patut ikut cara lama, untuk tunggu telefon, untuk menelefon Amerika Syarikat. Saya rasa kita patut dengan izin, thinking outside the box. Kita patut mencari jalan alternatif untuk berdepan dengan masalah ini supaya kita tidak terikat bila-bila masa nak tukar tarif, kita kena ikut. Kita kena takut bila dia akan…akan…akan naikkan tarif. Jadi, saya rasa kita, ini bukan sahaja kepada Malaysia sahaja semua negara lain. Selain daripada Amerika, saya rasa Amerika Syarikat sendiri pun terkena dengan kesan-kesan tarif ini. Jadi saya rasa Malaysia rakyat Malaysia patut bersatu padu untuk berhadapan dengan masalah ini. Bukan sahaja kerajaan. Jadi sebagai rakyat Malaysia, ayuh kita bersama-sama mempertahankan kepentingan negara kita.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam perenggan ketiga, Titah Diraja kutipan hasil pada tahun 2004 melebihi sasaran dengan RM1.3 bilion meningkat jauh lebih tinggi sebanyak RM118.5 juta, sekali gus menunjukkan kecekapan barisan pimpinan Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Saya fikir kita dah cipta rekod terbaik surplus untuk 3 tahun berturut-turut. Syabas kepada Kerajaan Negeri Perak. Untuk tahun ini, peruntukan bajet merupakan bajet yang tertinggi dalam sejarah, tetapi dengan usaha Kerajaan Negeri Perak, kita boleh jangka perkembangan perindustrian yang mendatangkan kutipan hasil yang lebih kepada negeri tercinta ini.
Dato’ Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Perak bagi tumpuan pada 5 kawasan perindustrian. Yang pertamanya, Projek Lembah Teknologi Tinggi Automotif yang atau lebih dikenali sebagai AHTV dan Kerian Integrate Green Industrial Park (KIGIP),
Taman Industri Halal Perak (KIPS), Silver Valley Technology Park (SVTP) dan akhir sekali, LuMIC. Dalam bab ini, kita memang dalam landasan yang betul dan tepat. Projek-projek ini merupakan rancangan jangka masa panjang akan ambil masa bertahun-tahun untuk melekat melengkapkan kesemua lot-lot industri. Terus terang, saya kata ini bukan kerja senang. Nak capai perjanjian dengan pelabur memang banyak yang perlu dilakukan terutamanya rundingan demi rundingan. Saya amat kagum dengan agensi-agensi yang terlibat untuk mendapatkan pelabur. Bila kita dik emuncak ini, saya seru warga Perak untuk sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerajaan. Sebab apa, kerana pelabur akan pilih kita bila mana keadaan politik kita jadi semakin stabil. Sama juga dengan rakan di sebelah. Ayuh kita bersama membangunkan ekonomi negeri dan sekiranya ada bantahan, bantahlah dengan cadangan yang bernas dan progresif. Jangan bangkang sebab nak bangkang semata-mata.
Selain prestasi kutipan hasil negeri yang cemerlang, prestasi sektor pelancongan juga amat memberangsangkan. Tahniah dan syabas kepada Exco Pelancongan, Tourism Perak dan semua agensi-agensi yang terlibat. Sepanjang tempoh kempen Tahun Melawat Perak 2024, negeri Perak telah mencatatkan pencapaian luar biasa dengan menerima kunjungan 10.2 juta pelancong domestik dan 940,938 pelancong antarabangsa sekaligus melepasi sasaran asal di mana iaitu 8 juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa. Pecah rekod lagi. Kejayaan ini adalah bukti jelas kepercayaan para pelancong terhadap kekuatan produk pelancongan negeri Perak. Syabas juga kepada sektor swasta dan seluruh komuniti pelancongan dalam memastikan kempen ini memberi kesan yang mendalam.
Dato' Yang di-Pertua, tiga daerah utama yang menjadi penyumbang tertinggi kepada jumlah ketibaan pelancong iaitu Daerah Kinta dengan 3.72 juta pelawat, daerah Manjung dengan 2.68 juta pelawat dan daerah Larut, Matang dan Selama dengan 1.55 juta pelawat. Syabas kepada mereka yang bertungkus-lumus bersama dengan pihak kerajaan untuk mencapai sasaran dengan pelbagai tempat melancong dan jenis pelancongan yang unik. Kita dah berjaya tarik pelancong untuk melawat semula ke Perak. Oleh itu, saya cadangkan semua agensi pelancongan dan semua PBT boleh bekerjasama bukan sahaja mempromosi pelancongan di kawasan sendiri sahaja tetapi saling membantu mempromosikan pelancongan di seluruh Negeri Perak. Sebagai contoh, kalau muzium-muzium dalam Perak, semua PBT bekerjasama untuk mendapatkan tandatangan satu pakej di mana semua muzium ada dia punya keunikan dan bukannya semua muzium sama sahaja performance dia.
Jadi saya rasa ini boleh membantu supaya semua yang melancong ke muzium-muzium ini dia dapat different field dengan izin bila dia pergi melancong. Jadi dia akan datang membolehkan pelancong datang balik ke Perak untuk pergi ke tempat-tempat yang berlainan sebagai contoh. Dengan perkembangan teknologi sekarang dah tentulah lebih senang untuk kita saling membantu antara PBT berbanding dengan 20 tahun yang lalu. Sektor pelancongan ini memerlukan acara-acara mega untuk menarik minat pelancong untuk singgah di Perak. Promosi iklan, hebahan dan sepanjang tahun kempen TMP 2024 sebanyak 122 acara pelancongan telah dianjurkan termasuk 32 acara bertaraf Antarabangsa seperti Rainforest Challenge, Rimba Trail Lenggong dan Malaysia Ultra-Trail By UTMB. Penganjuran acara- acara ini memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi setempat serta pembangunan komuniti. Hebat rasanya bila nama Perak dikenang- kenang di peringkat global dan pada pandangan saya Ipoh sebagai Bandar Muzik, saya menanti-nantikan lebih banyak acara bersifat muzik diadakan termasuk konsert yang dapat menjana pulangan ekonomi yang lumayan kepada pengusaha setempat.
Dato' Yang di-Pertua, walaupun Negeri Perak masih setapak dua tapak di belakang Pulau Pinang dan Melaka tetapi data-data yang menunjukkan potensi negeri Perak pada landasan yang betul maka kita harus siapkan diri untuk menarik minat pelancong untuk melawat ke Perak sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 termasuklah menaik taraf infrastruktur, penyediaan penginapan, menjaga kebersihan dan sebagainya. Dalam bahasa lainnya, kita perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk menjayakan matlamat kita untuk memperkembangkan sektor pelancongan dan saya di sini juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negeri, pejabat daerah dan tanah serta barisan rakan strategi TMP termasuk Grab Car, SOS Media, Check Hup, Cactus, Ho Yan Hor, PKH Enterprise, Kacang Putih dan Canon Sdn. Bhd. Tidak dilupakan juga dengan NGO pelancongan komuniti setempat serta para penggiat media yang sentiasa menyokong dan memainkan peranan penting dalam mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan negeri ini secara berterusan.
Dato' Yang di-Pertua, untuk perenggan ke-15 Titah Diraja, saya amat setuju dengan kegunaan kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai AI. Saya setuju yang tranformasi perlulah dibuat secepat mungkin. Dalam era ini semuanya bergerak cepat. Dalam 20 tahun kebelakangan ini, segala senario dan teknologi yang hanya muncul dalam filem-filem sains fiksyen kini satu-satu menjadi kenyataan. Sekiranya kita tidak dapat mengikut trend dan mengejar langkah laju dunia bergerak, kita akan tersingkir dan kita tidak mungkin dapat menjadi Negara maju. Kita akan kehilangan daya saingan. Oleh itu, Kerajaan Negeri mahupun pusat perlulah bersedia untuk menyediakan ruang dan menyokong pekerjaan yang menggunakan AI. Dulu kalau ingat lagi Kita tidak perlu memiliki telefon bimbit pun. Ia adalah pilihan semata-mata tetapi hari ini telefon bimbit sudah menjadi satu kemestian. Kita guna telefon bimbit bukan hanya berhubung dan hiburan tetapi juga untuk menguruskan urusan seharian dan juga urusan kerja. Sama juga dengan teknologi AI di mana tidak lama lagi ia akan menjadi satu kewajipan untuk semua sektor pekerjaan dan kehidupan harian kita. Baik mula sekarang daripada terlambat.
Dato' Yang di-Pertua, saya dengan rendah hati ingin mencadangkan bahawa agensi-agensi kerajaan perlulah dilengkapi dengan teknologi AI dahulu supaya kita menjadi contoh kepada yang lain. Dapatlah kita meringankan sedikit beban para penjawat awam dalam mendokumentasi dan meningkatkan kecekapan dalam Jabatan dan agensi kerajaan. Bukan sahaja masa dijimatkan tetapi penjawat awam dapat mengurangkan kesilapan dan memberi respons dengan lebih pantas dalam perkhidmatan awam dan sebagainya. Kecekapan dalam jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan membolehkan polisi-polisi Kerajaan Negeri dan pusat boleh dilaksanakan dengan lebih efisien. Akan tetapi dalam tempoh ini, transformasi daripada kegunaan tenaga buruh ke AI akan membawa kesan terhadap kehidupan rakyat. Tidak dinafikan bahawa akan ada yang hilang kerja disebabkan kerja-kerja mereka diambil alih. Kerajaan perlu memberi tumpuan untuk menggalakkan mereka untuk memperkasakan diri melalui TVET supaya mereka juga lengkapkan diri dengan pengetahuan AI supaya tidak tertinggal.
Dato' Yang di-Pertua, AI ini ada manfaat dan juga jahatnya. Benda-benda baik kita boleh guna AI untuk memudahkan urusan seharian kita. Kalau benda-benda jahat ini boleh menjadi senjata untuk jenayah dan penipuan. Kerajaan perlu bersedia untuk menggubal undang-undang untuk menyekat dan menghukum mereka yang nak gunakan AI untuk tujuan jahat. Sama macam teknologi yang berkembang, penjenayah sudah juga sudah maju. Penjenayah sekarang melakukan kes jenayah melalui teknologi AI. Penipuan, scam, menyunting gambar dan sebagainya. Seperti kes terkini yang berlaku di sekolah, pelajar berumur 16 sahaja sudah mampu menggunakan teknologi AI untuk menyunting dan menjual gambar lucah. Oleh itu, kawalan dan undang-undang perlu diperkukuh supaya teknologi AI ini digunakan untuk membantu perkembangan negara dan kemudahan kehidupan tetapi bukannya untuk jenayah.
Untuk perenggan 25 Titah Diraja. Masalah sisa plastik merupakan masalah yang serius. Walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan NGO, kita sudah susah nak nampak kesan positif yang ketara. Memanglah kita rajin buat kempen kesedaran, program pembersihan dan sebagainya tetapi tak menang tangan kalau ada semakin banyak buangan sisa plastik terutamanya plastik sekali guna, maka saya ingin mencadangkan bahawa Kerajaan perlu memperketatkan penguatkuasaan untuk menghukum mereka yang menyumbang kepada pencemaran. Kuatkuasa sahajalah cara yang boleh menyokong kempen-kempen kesedaran ini sebab masih ada kelompok manusia yang degil dan buruk. Dah tentu saya faham rakyat mungkin tidak dapat menyesuaikan diri untuk tidak menggunakan plastik. Memang payah. Saya sendiri pun beli barangan rumah di 99 Speedmart, mereka beritahulah tak ada plastik. Jadi saya memang payah tapi itu bukan alasan untuk kita ambil sambil lewa. Jadi kita mungkin cakap ala, saya pakai 1 beg plastik je. Jadi takkan la boleh buat apa-apa kesan terhadap alam sekitar tapi kalau dah 10,000 orang kata benda yang sama memang alam kita akan sengsara. Oleh itu, kita perlu lebih berusaha sama ada dari segi kempen atau penggubalan undang undang untuk mengurangkan penggunaan dan pembuangan plastik. Kalau kita gagal ini…
Yang Berhormat, boleh sedikit.
Boleh.
Kita dengan masalah plastik ini semua di pasar raya di kedai-kedai besar ataupun di kedai-kedai yang mana pasar raya ataupun Speedmart, semua kerajaan yang bawa pelabur masuk. Semua kerajaan bawa pelabur masuk dan mereka inilah yang memperkenalkan plastik kepada rakyat. Bila rakyat yang guna, rakyat dipersalahkan. Apa betul benda ini? Bila mana pelabur di bawa masuk oleh kerajaan, kerajaan bagi sukatan pada pelabur tersebut. Jangan guna plastik. Tak boleh guna plastik. Selesai masalah. Setuju tak dengan pandangan ini?
Jadi penggunaan plastik ini memang kerajaan bawa masuk tapi bukan Kerajaan Madani yang bawa masuk. Kerajaan sebelum ini. Kerajaan saya sebutkan…
Saya sebut kerajaan. Sebab tu saya sebut kerajaan.
Sebab tu saya kena terangkan dulu supaya tidak salah faham. Jadi, kerajaan-kerajaan dahulu pun kena guna plastik. Tapi sejak 60 tahun dan sekarang kita belum lagi buat undang-undang. Jadi saya rasa memang betul kita perlu kuatkan undang-undang supaya plastik ini kurang digunakan dan I think sekarang Speedmart kalau Yang Berhormat ada pergi Speedmart pun tau memang tak ada guna plastik dah memang semua Speedmart tak boleh guna plastik. Kalau tak pernah pergilah, pergi cuba. So saya rasa kerajaan memang ada buat tetapi usahanya perlu lebih lagi.
YB, Saya mohon mencelah ya. Saya, Buntong rasa YB tadi sebut penggunaan plastik yang terlalu tinggi. Tapi saya rasa point yang YB sebelah sana mungkin silap faham adalah bukan kita nak salahkan rakyat. Saya rasa bukan itu tujuan isi kandungan yang dibawa oleh di dalam perbahasan oleh YB Pasir Pinji. Dia cuma menggunakan titah di-Raja Sultan yang menggunakan statistik kajian yang menunjukkan berapa kilogram yang digunakan oleh seorang rakyat ataupun penggunaan plastik perkapita. Itu adalah pengukuran. Ia adalah satu salah satu cara pengukuran berapa banyak plastik yang diguna, itu sahaja YB. Bukan dia nak salahkan rakyat. Kita tak salahkan rakyat. Kitalah yang harus menjadikan the war against plastic sebagai teladan YB.
Ok, terima kasih.
Pasir Pinji, saya ada satu soalan. Jadi oleh kerana disentuh oleh Tuanku berkenaan dengan penggunaan plastik yang berleluasa dan mengancam kepada ekosistem di laut, di sungai dan sebagainya dan kita ada sebenarnya ada inovasi baru bio-degradable. Kenapa pihak kerajaan tidak mempelopori industri ini? Jadi kilang-kilang plastik boleh proses bio-degradable ni. Jadi dak akan keluarlah plastik ni yang boleh terurai dalam masa yg singkat. Setuju tak YB supaya pihak kerajaan menerokai benda ini memberikan peluang yang luas kepada ataupun promosi yang begitu luas kepada kilang-kilang plastik untuk keluarkan bio-degradable. Saya nak sebut plastik tak boleh, dia sebab bio-degradable.
Ok, saya rasa itu juga kena bekerjasama dengan pihak swasta jugak untuk sama nak melabur tak untuk buat produk-produk tersebut dan saya memang nak apa menegaskan bahawa sekurang-kurangnya kerajaan madani kita buat, kita ada buat kerja, kita ada buat polisi. Jadi kita hentikan, cuba sedaya hentikan kegunaan plastik tapi bila PN jadi kerajaan untuk 2-3 tahun tak pernah ada polisi untuk kurangkan kegunaan plastik pun. Jadi saya rasa bila jadi kerajaan tak buat polisi, takyahlah kalau bila jadi pembangkang baru kata nak buat polisi.
So, salah kerajaan PN lah. Salah kerajaan PN lah.
Saya teruskan ya. Jadi kalau kita gagal hari ni, setiap benda yang kita buang ke alam sekitar, akhirnya akibat buruk akan timpa balik terhadap kita. Kita yang akan kehilangan punca dan sumber makanan dan juga persekitaran yang selesa. Dato' Yang di-Pertua, ada masa berbaki ini, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan dan MOF kerana meluluskan projek tebatan banjir sebanyak hampir RM900 ribu untuk menaik taraf sistem perparitan dan pembersihan longkang, tanah untuk pencegahan banjir kilat. Akan tetapi saya ingin meminta jasa baik pihak MBI untuk menurap lebih banyak jalan di kawasan Pasir Pinji, terutamanya Taman Simpang, Taman Kampar, Taman Chateau dan sebagainya sebab ada yang dah berpuluh-puluh tahun tidak diturap. Jadi sebelum saya undur diri, saya ingin tegaskan bahawa budaya fitnah tidak patut wujud dalam Dewan yang mulia ini. Saya harap 6 bulan nanti bila kita sambut Semanggol di pintu Dewan, beliau bolehlah ubah perangai sikit. Tidak lagi mengeluarkan ucapan-ucapan berunsur fitnah
Tuduhan, tuduhan,
…dalam Dewan ini.
…tuduhan.
Sama-sama kita bincang polisi dan selesaikan masalah rakyat. Benda-benda politik pilihan raya
Tuduhan…
Kita buat di luar dewan. Dengan ini, saya mengakhiri perbahasan saya dengan menyokong titah Tuanku. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Pasir Pinji yang tamatlah perbahasan pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum saya menangguhkan Dewan ini, saya suka nak mengingatkan bahawa esok hari Khamis. Jadi, Ahli-ahli Dewan dan juga pegawai-pegawai yang hadir sama ke dalam persidangan dewan hari esok, bolehlah berbusana batik, berbaju batik datang menghadiri sidangDdewan. Tapi saya suka nak mengingatkan bahawa kalau sebaik-baiknya, dasar pemakaian batik ini ialah sebenarnya untuk membantu memajukan industri batik negara. Sebaik-baiknya, bukan sebaik-baiknya, kalau saya ingatkan bahawa kalau boleh janganlah pakai batik Afrika ke atau ada yang lain-lain tapi pakai batik Malaysia. Pakai batik Malaysia, jangan pakai batik, batik Amerika. Jangan pakai batik England. Jangan pakai batik Sweden. Jangan pakai batik Hawaii, tapi batik Malaysia. Itu sahaja pesanannya. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Khamis, 17 April 2025 jam 9.00 pagi. Terima kasih.