Perak · 17 April 2025
15th Assembly, 3rd session, 1st meeting · 301 turns · 60,921 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 17 April 2025, jam 9.04 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama, sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, suka saya memberi maklum berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat dan giliran soalan-soalan lisan Ahli Yang Berhormat boleh mendapatnya melalui imbasan kod QR yang ada di atas meja Ahli Dewan Negeri.
Perkara yang kedua, berkenaan kehadiran semasa persidangan, suka untuk ingatkan semua Ahli Yang Berhormat dan Ketua Jabatan dikehendaki untuk mengisi kehadiran dengan mengimbas kod QR di atas meja masing-masing.
Perkara yang ketiga, pada hari ini, sesi perbahasan di atas usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja akan diteruskan lagi. Semua Ahli Yang Berhormat yang belum berbahas akan diberikan peluang untuk berbahas pada hari ini.
Perkara yang keempat, berkenaan handsard rasmi, saya ingin maklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian terima kasih.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua, soalan Tronoh soalan nombor 1. Terima Kasih.
Assalamualaikum Warahatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan nombor 1 daripada Yang Berhormat Tronoh yang berkaitan dengan perlombongan NRREE di negeri Perak. Untuk makluman, Yang Berhormat Tronoh, terdapat enam plot tanah milik yang telah diluluskan berdasarkan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling atau EIA bagi tujuan perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif iaitu NRREE di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak. Namun, hanya satu plot sahaja yang sedang beroperasi sebagai projek perintis bagi perlombongan NRREE ini. Baki lima plot akan diusahakan secara berperingkat bagi menjamin kelestarian alam sekitar selaras dengan agenda perlombongan bertanggungjawab di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 setelah kawasan plot perlombongan NRREE sedia ada ini ditamatkan operasinya.
Untuk makluman, Yang Berhormat juga berdasarkan kajian awal yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains atau JMG Malaysia, terdapat empat daerah yang berpotensi mempunyai sumber bahan mineral NRREE iaitu di Daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Daerah Kinta dengan jumlah rizab sebanyak kira-kira 1.7 juta metrik tan. Walaubagaimanapun, sebanyak 70% hingga 80% daripada kawasan yang berpotensi ini mempunyai rizab NREE yang terletak di dalam kawasan hutan simpan.
Sebagai makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak juga telah diperakukan kelulusan oleh Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek perintis aktiviti NRREE di dalam hutan simpan. Kejayaan projek perintis yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik mengikut Standard Operating Prosedure atau SOP telah membolehkan pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
memberi kepercayaan kepada negeri Perak untuk melaksanakan projek perintis NRREE di dalam Hutan Simpan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, terdapat tiga kes perlombongan haram NRREE yang telah ditangkap hasil kerjasama oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak dan juga pihak Polis Diraja Malaysia PDRM dari tahun 2019 hingga 2023. Kes tangkapan ini melibatkan perlombongan haram NRREE yang dilakukan di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hutan Simpan Kenderong dan juga Hutan Simpan Ulu Piah yang terletak di Daerah Hulu Perak. Sejumlah 31 individu melibatkan 10 warga tempatan dan 21 warga asing telah ditahan dan didakwa mengikut Akta Perhutanan dan juga Akta Imigresen. Terima kasih.
Soalan tambahan. Tronoh sila.
Terima kasih. Jawapan yang bernas daripada Yang Berhormat Kota Tampan dan saya juga ingin tahu selain daripada tapak yang sedia ada, adakah Kerajaan Negeri merancang untuk membuat kajian sumber mineral yang lain dan juga akan memetakan kawasan-kawasan yang mempunyai NRREE ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tronoh. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, mineral adalah merupakan sumber pendapatan baru bagi negeri Perak. Oleh kerana itu, kerajaan telah membuat keputusan untuk memohon peruntukan RM20 juta daripada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan JMG membuat kajian, membuat eksplorasi ataupun jelajah. Nak memastikan bukan sahaja taburan NRREE tetapi dimaklumkan ada banyak lagi mineral-mineral baru yang jika dapat dikenalpasti tempatnya, maka Insya Allah kita akan dapat menjadikan bukan sahaja NRREE tetapi sumber-sumber baru ini sebagai pendapatan baru untuk Kerajaan Negeri. Terima Kasih.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk mengemukakan soalan. Sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Yang Berhormat Keranji, soalan nombor 2.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima Kasih kepada Yang Berhormat Keranji atas soalan yang berkaitan dengan keciciran murid. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menjawab soalan daripada Yang Berhormat Keranji. Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah pun mengenal pasti jumlah murid yang tercicir di sekolah rendah dan di sekolah menengah di Perak dengan jumlah keseluruhan seramai 135 orang murid dari sekolah rendah dan 1,912 orang murid dari sekolah menengah dan pecahan mengikut umur seperti berikut. Bagi umur 7 tahun (tahun 1) - 12 orang, tahun 2 (8 tahun) - 19 orang, tahun 3 (9 tahun) - 21 orang, tahun 4 (10 tahun) - 21 orang, tahun 5 (11 tahun) - 26 orang, tahun 6 (12 tahun) - 36 orang. Dari segi jantina, lelaki seramai 82 orang manakala perempuan 53 orang.
Manakala bagi sekolah menengah bagi kelas peralihan, seramai lelaki -14 orang, perempuan -5 orang menjadikan jumlahnya 19 orang. Tingkatan 1 - 13 orang, 207 keseluruhan. Tingkatan 2 (14 tahun) - 314 orang, tingkatan 3 (15 Tahun) - 477 orang, tingkatan 4 (16 Tahun) - 484 orang, tingkatan 5 (17 Tahun) - 411 orang. Dari segi jantina, lelaki seramai 1,022 orang manakala perempuan 710 orang yang menjadikan jumlahnya 1,912 orang. Jumlah keseluruhan yang murid terlibat dengan keciciran ialah seramai 2,087 orang iaitu mewakili peratusan 8.71% daripada jumlah keseluruhan murid kita 357,963 orang.
Faktor-faktor yang melibatkan murid-murid ini tercicir terbahagi kepada 11 faktor. Yang pertama, faktor dibuang sekolah sebanyak 38.24%, tidak berminat ke sekolah 35.07%, berhenti sekolah atas faktor bekerja 12.13%, berhenti sekolah atas masalah keluarga 10.14%, berhenti sekolah atas faktor sakit kronik 1.91%. tindakan disiplin digantung sekolah 0.75%, berhenti sekolah-sukar ke sekolah 0.68%, berhenti sekolah-berkahwin 0.35%, berhenti sekolah - tiada kemudahan 0.25%, berhenti sekolah atas faktor takut hadir ke sekolah 0.2% dan yang ke sebelas berhenti sekolah atas faktor kemiskinan 0.23%.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Jabatan Pendidikan Negeri Perak sentiasa cakna dan prihatin serta mengambil perhatian serius tentang keciciran murid dan sentiasa berusaha dalam mengurangi masalah keciciran yang berlaku di sekolah-sekolah negeri Perak. JPN Perak, PPD, sekolah rendah dan sekolah menengah sentiasa bekerjasama untuk mempergiatkan dan membuat penambahbaikan termasuklah 4 program utama yang memberi impak yang tinggi seperti yang pertama, Program Jaulah ABC (Anak Yang Baik Lagi Cerdik). Program kedua, Program Outreach Murid Cicir. Yang ketiga, Program Ziarah Cakna dan program yang keempat Platform Kehadiran Murid atau dikenali juga Red Flag Risiko Cicir (RFRC). Bagi program Jaulah Anak Yang Baik Lagi Cerdik merupakan program kerohanian dan motivasi kepada murid yang berisiko cicir atau cicir secara berfokus mengikut daerah. Program Jaulah Anak Yang Baik Lagi Cerdik ini dijalankan di semua daerah di negeri Perak. Dapatan daripada program yang dijalankan ini, di sebuah sekolah di SMK Sultan Muhammad Shah, Parit menunjukkan trend peningkatan kehadiran selepas menyertai kem Jaulah (ABC) Anak Yang Baik Lagi Cerdik peringkat daerah pada Disember 2023. Alif Zakwan bin Zahid - kehadiran sehingga April 2024, 62 hari/62 hari persekolahan. Maksudnya tak ponteng lah. Mohd Afiq Hariz bin Mosa Kamal - 57 hari/62 hari persekolahan, Alif Noriman bin Arbain - 62/62, dan Mohd Danish Haikal bin Yusrizal - 57/62.
Program yang kedua, program Outreach Murid Cicir. Program ini bertujuan untuk menyantuni murid cicir bersasar untuk kembali bersekolah sehingga tamat sesi persekolahan. Program Outreach Murid Cicir telah dilaksanakan di tiga daerah bersasar iaitu di PPD Muallim pada 5 dan 6 Jun 2024, PPD Larut Matang dan Selama, 21 hingga 22 Ogos 2024 dan PPD Hulu Perak, 23 hingga 24 Oktober yang melibatkan 18 buah sekolah menengah kebangsaan dan 55 orang murid yang berisiko cicir. Impak daripada program ini menghasilkan 78.2% atau 43 orang murid kekal bersekolah dan baki 21.8% atau 12 orang murid telah bekerja, berpindah ke luar negeri dan berkahwin.
Yang ketiga, Program Ziarah Cakna. Program ini merupakan program menziarahi keluarga murid yang sering tidak hadir ke sekolah dan memberi bantuan agar murid dapat bersekolah dengan selesa dan aman. Program Ziarah Cakna ini dilaksanakan oleh semua sekolah sebagai salah satu intervensi mengatasi masalah keciciran. Program ini telah ditambahbaik dengan penglibatan agensi-agensi lain seperti Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Majlis Agama Islam Perak. Sebagai contoh, di Sekolah Kebangsaan Jernang di Daerah Batang Padang, analisa Program Red Flag Risiko Cicir (RFRC) menunjukkan peningkatan kehadiran dari 79.27% ke 83.60%. Dari intervensi tersebut menunjukkan sebanyak 30 kali, Program Ziarah Cakna telah dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam tempoh setahun.
Yang keempat, platform kehadiran murid atau dikenali sebagai Red Flag Risiko Cicir (RFRC). Penggunaan sistem RFRC ini untuk memantau dan mengawalselia kehadiran murid berisiko cicir agar tidak tercicir atau berhenti sekolah tanpa sebab yang munasabah. RFRC telah dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2023/2024 kepada 72 buah sekolah rintis dan diteruskan kepada semua sekolah di negeri Perak dengan 72 sekolah berfokus bermula sesi 2024/2025. Dapatan daripada platform kehadiran murid ini bagi sesi 2022/2023, peratus kehadiran 87.41% manakala sesi 2023/2024, 90.22% dan sesi 2024/2025, 91.17% berlaku peningkatan setiap tahun. Dari analisis tiga tahun kehadiran tersebut didapati peningkatan berlaku kehadiran murid hasil pengunaan platform RFRC ini. Program yang bersesuaian dengan lokaliti di daerah masing-masing turut dilaksanakan.
Semua program adalah sebahagian daripada ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas, Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2018 iaitu Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di sekolah. Penglibatan secara langsung dan tidak langsung daripada Ahli Jawatankuasa PIBG, Pegawai Perhubungan Sekolah ataupun di kalangan anggota PDRM, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan juga amat dialu-alukan dalam menangani isu murid cicir di negeri Perak ini. Terima kasih.
Soalan tambahan, Keranji sila.
Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Belanja. Soalan tambahan saya adalah, apakah perancangan atau strategi jangka panjang oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menangani isu keciciran murid di negeri Perak? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Keranji di atas soalan tambahan berkaitan dengan perancangan jangka panjang daripada Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah keciciran. Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan juga Yayasan Perak telah melaksanakan pendekatan RFRC itu bagi mengenal pasti murid-murid yang berisiko tercicir daripada sistem pendidikan awal. Program RFRC ini membolehkan tindakan intervensi awal seperti sesi kaunseling, lawatan ke rumah murid, program sokongan dijalankan secara sistematik dan bersasar.
Kerajaan Negeri juga turut menggalakkan kerjasama erat daripada semua komuniti setempat, kepimpinan masyarakat untuk memberi sokongan moral bagi memastikan murid-murid ini kekal bersekolah. Program yang kedua, kita juga menawarkan peluang pendidikan alternatif melalui TVET. Bagi murid yang kurang cemerlang dalam akademik atau yang tercicir Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan atau pendidikan latihan teknikal dan vokasional iaitu TVET. Inisiatif ini merangkumi penganjuran TVET, program pendedahan kerjaya serta padanan latihan kemahiran yang sesuai dengan minat dan potensi murid.
Yang ketiga, kita mengukuhkan potensi kepimpinan murid iaitu dengan mengadakan program latihan kepimpinan seperti Duta Sahsiah yang telah diperkenalkan di peringkat sekolah. Program ini akan dapat melahirkan murid yang lebih aktif dalam organisasi sekolah seterusnya meningkatkan motivasi dan daya tahan mereka untuk kekal dalam sistem pendidikan. Yang keempat, penyaluran bantuan persekolahan Kerajaan Negeri Perak melalui JPN Perak juga menguruskan pelbagai bentuk bantuan persekolahan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa. Inisiatif ini diyakini dapat mengurangkan risiko cicir murid akibat masalah kewangan. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hingga ke sekolah dalam memperkasakan tindakan menangani masalah keciciran mengikut lokaliti masing-masing. Kerajaan Negeri juga akan terus memberikan perhatian serius terhadap isu ini agar semua murid di negeri Perak akan dapat menikmati pendidikan yang sewajarnya tanpa sebarang halangan. Terima kasih
Soalan tambahan. Pengkalan Hulu, sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pada awal tahun lalu, kita dikejutkan digemparkan dengan satu jumlah keciciran lebih kurang dalam 8,076 murid SPM yang mana tidak ambil SPM tahun 2024. Jadi hari ini saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Exco, berapakah jumlah pelajar yang tercicir SPM tahun 2024 bagi negeri Perak dan apakah sebab mereka pelajar-pelajar yang cicir ini tidak menduduki SPM tahun 2024? Terima kasih.
Terima kasih pada Yang Berhormat Pengkalan Hulu berkaitan dengan masalah ketidakhadiran calon SPM 2024 bagi negeri Perak. Calon SPM Negeri Perak bagi tahun 2024 adalah seramai 27,943 orang. Daripada 27,943 orang itu terdapat 2,027 orang murid atau calon yang tidak hadir pelbagai mata pelajaran daripada 2,227 itu kalau mengikut daerahnya Daerah Kinta Utara paling ramai 587 orang, Larut Matang Selama 309 orang, Manjung 250 orang, Batang Padang 141 orang, Hilir Perak 135 orang, Kuala Kangsar 118 orang, Hulu Perak 117 orang, Kinta Selatan 107 orang, Kerian 102 orang, Bagan Datuk 55 orang, Perak Tengah 55 orang dan Muallim 51 orang yang berjumlah 2027 orang.
Antara sebab-sebab yang menyebabkan ketidakhadiran calon-calon SPM dalam peperiksaan tersebut yang paling tinggi faktor ketidakhadiran masalah keluarga seramai 1,516 orang. Yang kedua, masalah mereka calon-calon ini telah pun mempunyai pekerjaan iaitu seramai 477 orang, masalah kesihatan 132 orang, masalah pengangkutan 20 orang, masalah atau telahpun meninggal dunia 11 orang, kemalangan 10 orang, berpindah keluar negara 2 orang, tahanan pihak berkuasa 2 orang. Itulah antara faktor-faktor ketidakhadiran calon SPM 2024 yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak hasil daripada risikan dan juga kajian yang dilaksanakan dan ianya telahpun dipastikan agar jumlah angka 2027 ini dapat kita kurangkan untuk calon SPM 2025 ini, dengan program-program yang telah saya nyatakan tadi. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Slim soalan Nombor 3.
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil Alamin Wassolatu Wassalamu ala Ashraf Fil Anbia Mursalin Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima Kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Slim atas soalan yang dibangkitkan. Ada 2 soalan berkaitan dengan inisiatif untuk kawasan Slim dan adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan lebih banyak bantuan kewangan? Saya akan jawab.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Slim yang berkaitan dengan inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu usahawan tempatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui semakan data yang diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Perak, terdapat lebih daripada 160,000 usahawan ataupun peniaga yang mendaftar syarikat. Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) membuka ruang dan peluang kepada usahawan-usahawan ini bagi menyertai serta memohon bantuan juga latihan yang telah dilaksanakan dan dirangka oleh Sekretariat Usahawan. Antara program-program tersebut yang boleh diakses kepada semua usahawan Negeri Perak termasuklah usahawan dalam Dun Slim bagi membantu dan menyokong pembangunan dan perluasan PMKS ini ialah Program Siri Jelajah Hari Usahawan dan Koperasi Negeri Perak. Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2023 sehingga 2025. Program ini merupakan program turun padang ke daerah-daerah negeri Perak dengan mengumpulkan jabatan/agensi berkaitan keusahawanan dibawah satu platform dan program ini telah memberikan akses kepada usahawan mahupun bakal usahawan di daerah-daerah kepada jabatan dan agensi yang memberikan bantuan, geran dan pinjaman keusahawanan.
Selain itu, antara pengisian lain program ini adalah Lawatan Premis Usahawan, lawatan pemantauan di daerah-daerah ataupun sesi taklimat oleh agensi, Jualan Produk Usahawan Setempat dan juga Jualan Madani oleh koperasi. Melalui program ini, ia telah mencatatkan penyertaan sebanyak sekurang-kurangnya penglibatan 36 agensi dan jabatan keusahawanan di Negeri Perak sama ada di peringkat Negeri mahupun Persekutuan. Serta telah melibatkan lebih daripada 200 usahawan menyertai siri jelajah ini yang menerima bantuan, geran, lawatan, pemantauan dan jualan produk usahawan.
Untuk program yang kedua, Program Perluasan Pasaran Produk, Perkhidmatan & Eksport PMKS Perak. Program ini merupakan program yang menyediakan platform perluasan pasaran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada usahawan Perak. Program ini bukan sahaja program pasaran keluar negara tetapi juga perluasan pasaran di dalam negara. Komponen bagi program ini adalah seperti Program Padanan Perniagaan dengan pasar raya seperti AEON, HeroMart, Program Jaringan Perniagaan dan Program Pensijilan dan program-Program ini membantu usahawan untuk memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan dalam negeri dan juga luar negara. Melalui program ini, beberapa usahawan telah pun berjaya memasarkan dan meluaskan pasaran mereka ke pasar raya dan juga ke luar negeri Perak.
Program Glamour 2.0 Revolusi Digital Usahawan Perak 2025. Program ini dirangka dan akan dilaksanakan pada tahun 2025 dan program ini merupakan kerjasama dengan platform-platform pemasaran seperti Shopee, Tiktok dan Alibaba. Program ini memfokuskan latihan bimbingan advanced, memasarkan produk mereka menggunakan platform pemasaran atas talian. Sasaran bagi program ini adalah usahawan B40, usahawan wanita, usahawan informal & usahawan mikro. STeP mensasarkan program ini mampu membantu usahawan memperluaskan pasaran mereka dan meningkatkan pendapatan jualan usahawan. Melalui program ini juga STeP menyokong saranan kerajaan melalui LHDN penggunaan kaedah e-invois dalam perniagaan usahawan dan beberapa siri latihan telah dirangka bagi menggalakkan penggunaan e-invois dalam perniagaan usahawan.
Seterusnya ialah Program Geran GeRAK ataupun Geran Usahawan Perak. Geran ini telah dilaksanakan sejak tahun 2023 sehingga 2025. Geran ini merupakan bantuan one off maksimum RM2 ribu kepada usahawan sama ada dalam bentuk mesin, pemasaran, penjenamaan dan pembungkusan bagi tujuan meningkatkan kapasiti usahawan dan meningkatkan pendapatan usahawan. Geran ini dibuka kepada semua kaum dan PMKS di negeri Perak. Sejak pelaksanaan geran ini, geran ini telah mencatatkan seramai 771 penerima manafaat bagi tahun 2023 dan 713 penerima manafaat bagi tahun 2024. Bagi tahun 2025, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1.5juta untuk pelaksanaan geran GeRAK. Permohonan dibuka pada 7 April yang lalu sehingga 31 Mei 2025. Masih ada masa lagi dan boleh memohon secara atas talian di laman sesawang Perak SME D-Base.
Untuk makluman Yang Berhormat bagi Dun Slim, bagi tahun 2023 STeP telah menerima sebanyak 20 permohonan dan 14 permohonan telah diluluskan untuk kawasan Slim. Manakala bagi tahun 2024, sebanyak 25 permohonan daripada Dun Slim dan seramai 10 permohonan telah diluluskan dan usahawan telah menerima geran-geran tersebut. 15 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan seperti sebutharga tidak lengkap, tidak berdaftar SSM dan lain-lain yang berkaitan yang telah disyaratkan dalam borang permohonan. Antara kisah kejayaan yang mungkin boleh saya kongsi di sini ialah puan Rohayu Ahmad @ Muhammad yang mengusahakan produk batik, tanah liat dan pendapatan pada tahun 2024 mencecah lebih RM80 ribu. Usahawan ini turut menerima bantuan dan bimbingan daripada Felda Wilayah Trolak dan Kraftangan Perak. Program bantuan pelbagai agensi keusahawanan melalui bantuan dan pelbagai agensi usahawan Negeri dan Persekutuan seperti TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia, SME Corp, PUNB, SPW dan lain-lain telah banyak sebenarnya membantu usahawan termasuk koperasi di Slim. Sebab koperasi juga ialah sebahagian daripada usahawan.
Untuk makluman dan perkongsian, sebagai contoh, saya ingin bawakan dalam seisi Dewan, Koperasi Felda Gunung Besout 1 Sungkai Berhad yang telah mengusahakan stesen minyak dan perladangan telah diberikan geran bantuan pembangunan untuk ubahsuai dan menaik taraf stesen minyak BHP berjumlah RM50 ribu daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perak pada tahun 2024 dan koperasi ini tersenarai dalam 350 koperasi terbaik Malaysia. MARA sendiri telah membantu dengan memberikan pinjaman berjumlah RM250 ribu kepada sebuah klinik milik Doktor Hanafi yang beroperasi di Slim River dan kini telah berjaya mempunyai 2 buah klinik di Slim River. MARA juga telah membantu Puan Balqis Basir melalui pinjaman PUTRA untuk membolehkan beliau mengoperasikan sebuah bengkel motorsikal di Kuala Slim. Felda Wilayah Trolak sendiri turut memberikan pelbagai sokongan dan bantuan kepada usahawan yang beroperasi di tanah rancangan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti NCER, TEKUN dan Sekretariat Usahawan. TEKUN juga sebahagian daripada contoh agensi yang telah membantu Encik Yusof Lahman, seorang bekas tentera yang mengusahakan katering di Slim dan telah menerima 3 kali bantuan. Kini telah mempunyai tempat katering sendiri ini dan berjaya menggajikan ramai pekerja.
Ini segelintir kisah dari banyak lagi program bantuan yang disediakan oleh pelbagai agensi pemberi bantuan dan yang berkaitan dengan keusahawanan di Slim. Pucuk pangkalnya adalah usahawan itu sendiri perlu proaktif berjumpa dengan agensi-agensi dan mengikuti program-program yang telah dirancang. Selain, saya juga menyeru kerjasama pihak YB-YB untuk sama-sama mempromosikan skim-skim bantuan oleh agensi-agensi kepada masyarakat dan usahawan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing agar mereka tidak tertinggal daripada maklumat.
Sebab tu tagline saya mudah kepada usahawan-usahawan apabila saya mengadakan Program Open Mic with Kak Sal sebagai contohnya. Saya turun ke kawasan-kawasan yang kecil dalam skop dan skala yang kecil untuk memastikan usahawan-usahawan ataupun bakal usahawan, dia ada knowledge dengan izin ataupun pengetahuan berkaitan dengan keusahawanan dan juga kita memaklumkan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh agensi-agensi. Yang penting tagline saya ialah kalau menjadi usahawan, follow rapat-rapat agensi yang berkaitan dengan keusahawanan. Jangan kita follow orang lain. Sebab ini tidak akan membantu usahawan-usahawan kita dan negeri Perak sendiri ya kita Sekretariat Usahawan yang menyelaras, melaksana dan memantau program-program yang berkaitan dengan PMKS.
Berkaitan dengan soalan nombor 2. Alhamdulillah, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada tahun ini melalui bajet yang telah dibentangkan telah menambahkan peruntukan untuk Sekretariat Usahawan menjadikan pada tahun lepas RM1.3 juta untuk pengurusan daripada tahun ini, peruntukan yang diterima oleh Sekretariat Usahawan ialah RM3 juta termasuk dengan bantuan Geran Gerak iaitu RM1.5 juta dan seandainya ya atas kestabilan yang dicapai dalam pentadbiran Kerajaan yang ada sekarang ini, saya yakin dan percaya lebih banyak peluang-peluang pelaburan yang akan masuk yang akan menambahkan hasil Kerajaan Negeri yang memungkinkan pelbagai portfolio termasuk portfolio saya akan ditambah peruntukan untuk memastikan dalam konteks keusahawanan peruntukan dapat disalurkan dan kita akan dapat melakukan program-program latihan ataupun intensif-intensif ataupun inisiatif untuk kita bantu kepada usahawan-usahawan yang ada di negeri Perak termasuk dalam Dun Slim sendiri. Terima kasih.
Soalan tambahan.
Terima kasih kepada pihak Exco yang memberikan jawapan yang sangat baik dan saya lihat pemohon dan penerima yang di Dun Slim khususnya masih rendah kerana kita tahu kalau kita lihat usahawan-usahawan yang begitu ramai dan mungkin boleh kita lihat secara mendasar dan kita membantu mereka dan menggalakkan dan seperti yang disebutkan oleh Exco tadi, mungkin di kalangan mereka yang tidak dapat maklumat. Saya tertarik dalam satu usaha Dato' Rosnah ketika mana dia menjadi Adun Behrang dan dia merupakan Exco ketika itu dan dia membuat satu Project Ladies Lane yang mengumpulkan usahawan wanita yang berniaga dan usaha-usaha itu terhenti dan saya cuba repeat dan cuba rujuk di peringkat sahabat-sahabat di bawah. Dia kata memerlukan dana yang khusus juga untuk memulakan operasi tersebut.
Jadi, ia terhenti dan adakah di pihak kerajaan bersedia untuk memberi sokongan kepada usahawan-usahawan kita ini dari bentuk mempromosikan produk mereka melalui digital dan ia lebih meluas saya lihat. Kalau perniagaan secara berkelompok ini mungkin hari ini, trend hari ini orang lebih suka memilih secara online dan sebagainya dan ini adalah peluang-peluang yg kita lihat yg boleh Kerajaan usahakan dan saya lihat satu masalah yang berlaku adalah bila mana ada di kalangan usahawan-usahawan ni yang perniagaan mereka drop dan mereka terpaksa dan ada kes yang berlaku meminjam kepada Ah long. Kita sebut sebut Ah long lah. Tak boleh cara ini dan ia sangat bermasalah dan mereka dikejar dan jumpa kita dan kita cuba selesaikan dengan pihak PDRM dan ini adalah satu saya lihat masalah yang perlu kita atasi dan saya ucapkan tahniah dan mungkin diperingkat kami sebagai Adun juga bersedia untuk membantu dan bersama dalam promosikan usahawan-usahawan kita. Terima kasih.
Ok. Terima kasih Slim atas soalan ataupun pandangan yang diberikan berkaitan dengan usaha-usaha yang dibuat ya. Seperti saya maklum yang pertamanya usahawan itu sendiri. Dia mestilah ada effort untuk mengenalpasti agensi-agensi yang sesuai untuk bimbing ataupun memberi pandangan ataupun buah fikiran berkaitan dengan perniagaan yang dilakukan. Jadi tagline follow rapat-rapat itu memang akan sentiasa terpakai. Yang keduanya berkaitan program-program ini selain daripada mungkin program yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di bawah Sekretariat Usahawan untuk memastikan program-program ini sampai ke bawah, dah tentulah kita tidak boleh lari daripada konteks digital.
Sebab itu saya kira Sekretariat Usahawan telah mengambil satu inisiatif yang baik. Satunya semua program-program sama ada yang berkaitan dengan Sekretariat Usahawan ataupun agensi-agensi akan di paparkan ataupun dibuat posting ke Facebook atau page Sekretariat Usahawan. Bahkan mereka mewujudkan satu group whatsapp memasukkan semua usahawan-usahawan yang ada dekat negeri Perak ni untuk dimaklumkan program-program yang berkaitan dan usaha ini juga dilakukan oleh sebagai contoh, Sekretariat Wanita yang mengadakan program latihan digital melalui program e-Juwita dan untuk memastikan program-program yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ini sampai ke bawah ya. Itulah yang saya senaraikan tadi. Usaha-usaha yang dibuat oleh Sekretariat Usahawan kita turun padang. Kita adakan siri jelajah, saya adakan Program Open Mic with Kak Sal. Kita bekerjasama dengan agensi-agensi bahkan untuk Geran Gerak ini kenapa usahawan-usahawan kita tak ramai. Hatta ia bukan sahaja terkesan dekat Dun Slim ya.
Kalau saya telah bentangkan data-data ini pada sidang yang lepas. Ia juga bergantung kepada effort usahawan satunya. Satu lagi ia juga turut dibantu. Sebagai contoh lah, saya ambil adinda saya di Pengkalan Hulu. Antara penerima manfaat Geran Gerak yang paling tinggi pada tahun lepas kerana Pusat NADI di kawasan tersebut membantu usahawan-usahawan untuk mengisi dan memaklumkan program-program yang berkaitan ini. Jadi usaha-usaha ini boleh kita sama-sama ambil. Tak, saya rasa tak ada masalah kalau YB-YB sendiri membantu usahawan-usahawan untuk key-in di Pusat Khidmat YB untuk memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan.
Berkaitan dengan Ladies Lane ya. Saya ingat usaha yang dibuat oleh Dato' Rosnah yang dilakukan oleh satu NGO. Sebenarnya sekarang ini pun juga ada NGO-NGO yang berkolabrasi bersama dengan kita dan sebagai contohlah, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bahagian Pengurusan yang telah membenarkan Ikon Perak, Usahawan Ikon Perak untuk berniaga di SUK setiap bulan ya. Setiap bulan mereka diberi peluang kita sediakan platform di foyer untuk mereka memasarkan produk. Ini antara usaha-usaha yang kita cuba bantu ya. Mungkin banyak pandangan-pandangan yang ada oleh YB-YB tapi saya cuba merangka melalui Sekreteriat Usahawan. Kami bersama-sama dan juga agensi-agensi kita cuba merangka sebaik mungkin dengan kewangan yang ada untuk memastikan ia benar-benar dapat memberi manfaat kepada usahawan di negeri Perak. Terima kasih.
Alor Pongsu, Alor Pongsu
Sila, Alor Pongsu sila.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Exco ya. Saya selalu menyebut, menyebut bahawa daerah tertentu iaitu Muallim, Perak Tengah, Kinta, Manjung. Pendapatan menengahnya tinggi daripada yang diunjurkan oleh Kerajaan Negeri. Saya kalau bolehlah saya nak dapat sedikit pencerahan daripada YB Exco tentang perkembangan usahawan. Adakah perkembangan usahawan-usahawan juga tersentap di 4 daerah utama ni? Ataupun sama rata ataupun macam mana? Terima kasih.
Dah tentulah, terima kasih Alor Pongsu. Dah tentulah ya, berbeza daerah berbeza dari segi konteks usahawannya. Sebagai contoh, kalau nak ikutkan LMS antara usahawan-usahawan yang paling ramai berbanding dengan Daerah Batang Padang dan Muallim. Usahawannya tak berapa ramai kalau ikut pendaftaran dan kalau ikut kita turun program siri jelajah, ramai usahawan usahawan di sebelah LMS berbanding daripada Daerah Batang Padang. Ini dipengaruhi oleh mungkin beberapa faktorlah. Bagaimana produk-produk yang mereka pasarkan itu. Banyak usahawan-usahawan kita kadang-kadang dia memasarkan produk yang bukan permintaan. Dia membuat produk yang berdasarkan apa yang dia sukalah tanpa melihat market keseluruhan.
Sebab itu penting selain daripada kita hanya mahir membuat sesuatu, kita juga kena ada ilmu-ilmu keusahawanan bagi memastikan produk-produk ataupun perniagaan yang kita usahakan dapat sustained dalam tempoh masa yg panjang dan lama. Jadi usahawan kena ada ilmu. Pergilah kot mana pun ya kita buat usahawan, hatta berniaga nasi lemak, saya selalu ambik contoh kita berniaga nasi lemak, di barisan yang sama, empat orang peniaga nasi lemak. Semua peniaga nasi lemak tapi ada satu jualannya laris. Kadang-kadang kita cakap Oh! Inilah... kena ni lah dan sebagainya. Tetapi sebab apa? Antara empat-empat usahawan itu, sorang dia boleh memasak tetapi dia ada ilmu keusahawanan dari segi bagaimana dia market dan juga dia mengetahui kehendak pasaran setempat.
Sebagai contoh, saya ambil mudah. Saya kata market di situ nak makan nasi lemak sambalnya pedas tapi yang dibuat oleh ketiga-tiga usahawan yang lain tu nasi lemaknya sambal tak pedas sebab dia kata saya tak makan pedas. Jadi saya tak masak nasi lemak sambal pedas. Dah tentulah ya pembeli akan datang membeli nasi lemak yang sambal pedas sebab itu memenuhi tekak dan selera pembeli. Jadi sebab itu usahawan, sebenarnya tak kira daerah mana pun dia sama je, mana-mana pun, keseimbangan itu berlaku, satunya dah tentulah bergantung pada populasi dan sebagainya tetapi ia juga bergantung bagaimana produk itu dimarketkan dan usahawan itu ada ilmu yang menyebabkan perbezaan berlaku di daerah-daerah. Itu antara pandangan yang saya boleh berikanlah Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Soalan saya, soalan nombor dua.
Terima kasih Timbalan Speaker. Terima Kasih Yang Berhormat Pengkalan Baharu. Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Baharu, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat atau WCE merupakan laluan alternatif strategik untuk menghubungkan negeri Perak dengan negeri Selangor seperti namanya mengikut jajaran persisiran pantai. Jajaran ini merangkumi kawasan seperti Hutan Melintang, Teluk Intan, Manjung, Beruas sehinggalah ke Taiping. Sekaligus memberi kesan langsung kepada lima daerah utama iaitu Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung, Daerah Larut, Matang dan Selama. Pembinaan Lebuh Raya WCE bertujuan memperluas jaringan pengangkutan dan meningkatkan keterhubungan antara pekan serta daerah ke pusat-pusat pertumbuhan ekonomi yang berpotensi.
Melihat kepada impak besar yang bakal terhasil, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pertumbuhan Ekonomi di sepanjang jajaran WCE bagi merancang serta melaksanakan pembangunan menyeluruh yang mampu memaksimumkan limpahan ekonomi kepada rakyat. Impak sosial ekonomi yang dibawa oleh WCE amat besar dan positif khususnya dalam merancakkan pelbagai aktiviti ekonomi. Ketersambungan yang lebih baik ini memudahkan pergerakan barangan dan perkhidmatan seterusnya menggalakkan pertumbuhan sektor logistik dan penghantaran, memperkukuh perusahaan kecil dan sederhana atau PKS serta memperluas pasaran produk produk agriculture dan perikanan tempatan.
Secara tidak langsung, pembangunan ini turut berpotensi mencetuskan pertumbuhan bandar-bandar baru dan merancakkan sektor pelancongan di negeri Perak serta menghidupkan kembali bandar-bandar yang mungkin telah kurang tumpuannya pada masa ini. Antara kawasan yang lebih mendapat manfaat langsung daripada lebuh raya ini ialah Daerah Manjung yang kini menikmati akses yang jauh lebih efisien ke Kuala Lumpur dan Selangor. Perubahan ini telah membuka peluang besar kepada aktiviti ekonomi menjadikan kawasan ini lebih menarik kepada pelabur. Sehubungan dengan itu, beberapa inisiatif berimpak tinggi telah dilancarkan untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan lokasi strategik ini. Salah satu projek utama ialah Pembangunan Lumut Maritime Industrial City atau LuMIC. Hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau PKNPk dengan Port of Antwerp atau kita lebih kenali sebagai PoABI. Projek ini beraspirasi membina sebuah koridor perindustrian maritim bertaraf antarabangsa di Daerah Manjung yang dijangka bukan sahaja menjana pelaburan asing, malah mencipta ribuan peluang pekerjaan serta memperkukuh kedudukan Perak sebagai hub perindustrian maritim di rantau ini.
Selain itu, Perak Halal Industrial Park yang dibangunkan di Lekir oleh SADC turut menunjukkan potensi besar dalam memperkukuhkan ekosistem industri halal di dalam negeri ini. Taman perindustrian ini telah menarik minat pelabur asing yang berhasrat untuk membuka kilang pengeluaran gelatin halal. Langkah penting yang akan meletakkan Perak di barisan hadapan dalam industri halal global. Pembinaan lebuh raya WCE bukan sahaja membawa limpahan manfaat kepada sektor pelaburan, malah turut membuka peluang baru kepada pembangunan pelancongan di negeri Perak. Ketersambungan yang lebih baik dan akses yang lebih lancar. Ini meningkatkan keterlibatan dan kebolehcapaian kepada destinasi-destinasi pelancongan yang terdahulunya sukar atau kurang dikenali. Menyedari potensi ini, Kerajaan Negeri juga melalui Tourism Perak telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan mendirikan papan-papan tanda iklan atau billboard di sepanjang jajaran WCE untuk mempromosi produk-produk pelancongan utama negeri. Antara yang ditonjolkan ialah destinasi eko pelancongan seperti Ulu Licin yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan aktiviti rekreasi air. Usaha promosi ini akan terus diperluas ke kawasan-kawasan sekitarnya seperti Beruas yang menampilkan tarikan bersejarah seperti Muzium Beruas serta Bagan Datuk yang terkenal dengan produk agro berasaskan kelapa, hasil laut segar dan juga suasana kampung nelayan yang autentik.
Seiring dengan promosi, pelbagai inisiatif pembangunan dan penyelenggaraan kawasan pelancongan turut giat dilaksanakan. Antara kawasan yang sedang diberi nafas baru termasuk di Trong, Changkat Jering dan juga Kuala Sepetang. Antaranya termasuklah naik taraf Jeti Kelip-Kelip di Kampung Dew yang terkenal dengan pengalaman pelayaran malam menyaksikan kelip-kelip semulajadi serta kerja pemuliharan Makam Long Jaafar yang memiliki nilai sejarah penting kepada Daerah Taiping dan negeri kita. Tidak ketinggalan satu lagi projek pelancongan berasaskan sumber alam yang dirancang ialah Zon Aquaculture Daerah Hilir Perak. Program ini atau projek ini akan merangkumi sistem ternakan ikan sangkar secara moden dan tersusun di samping mempertengahkan atau memperkenalkan elemen pelancongan baru seperti restoran terapung dan penginapan terapung.
Secara keseluruhannya, pembinaan Lebuhraya WCE telah menjadi pemangkin utama kepada transformasi landskap sosio ekonomi negeri Perak. Ketersambungan yang lebih strategik bukan sahaja memudahkan aliran perdagangan dan menarik pelaburan berskala besar, malah turut memperkukuh sektor pelancongan dengan membuka akses kepada destinasi-destinasi menarik yang berpotensi tinggi.
Soalan tambahan. Pengkalan Baharu, sila.
Terima kasih Jalong kerana telah memberi jawapan yang panjang lebar. Cuma dalam soalan tambahan saya ni saya tidaklah bercakap soal pembangunan dari segi pelaburan kerana bila sebut Pekan Beruas ni saya fikir sukar untuk apa tuan masuk kerana balai bomba pun tak ada. Saya cuma nak kaitkan dengan hal-hal berkaitan dengan sejarah lama kerana Pekan Beruas ni kalau nak kira dulu ianya sangat besar dan sangat hebat, tetapi ianya telah hilang lenyap ditelan zaman. Kita ada Makam Raja-Raja Beruas, kita ada Makam Raja-Raja Beruas yang terletak di Kampung Kota. Mengikut carian saya di dalam media sosial, saya dapati ianya telah diwartakan sebagai Tapak Warisan oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 1980. Cuma soalan saya adalah apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menjadikan makam-makam raja di Kampung Kota dipelihara supaya menarik minat pelancong untuk datang ke Beruas? Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Baharu. Jadi untuk makluman seisi Dewan juga sebenarnya negeri Perak ini mempunyai banyak tapak-tapak sejarah dan juga warisan terutamanya makam-makam. Jadi cuma untuk waris untuk makluman rakan-rakan semua pihak muzium dan juga pihak warisan menjaga tapak-tapak yang telah diwartakan dalam sebagai tapak warisan dan juga makam-makam Sultan-Sultan Negeri Perak. Selain daripada itu mungkin juga timbul pelbagai pertanyaan di mana mungkin ada makam-makam orang kenamaan yang selainnya yang mungkin tidak termasuk dalam list tersebut. Jadi untuk makluman juga bahawa apa yang kadang-kadang berlaku juga ialah ada di antara tapak-tapak tersebut mempunyai waris mereka. Jadi apabila ini berlaku, waris yang bertanggungjawab terhadap tapak-tapak tersebut. Nama waris ini memang tidak terlibatlah dengan makam dengan Raja-Raja Beruas tadi. Saya ambil maklum tentang pandangan Yang Berhormat dan juga saya akan syorkan kepada pihak warisan dan juga muzium untuk melihat kepada apa yang boleh dilakukan atau dibangunkan di makam-makam tersebut. Terima kasih.
Alor Pongsu.
Astaka.
Alor Pongsu sila.
Terima kasih. YB Exco pertamanya ucapan tahniah kerana jawatankuasa tu tapi tajuk saya, saya nak sentuh sikit sebelum saya tanya ya, pisang jangan dibiarkan berbuah dua kali. PLUS Highway terpanjang from Tanjong Malim until Parit Buntar 40 years paip tu bawa air tapi tak bocor. Baru sekaranglah Cikgu Saarani kita bocorkan di KIGIP. Jadi saya bimbang ini another pipe. Perak hebat tau infranya. Another paip datang through pesisir pantai tapi pastikan jawatankuasa mesti make sure paip ni mesti dibocorkan supaya air tu sampai. Satu lagi YB Exco sebut banyak benda tadi. Pelaburan itu yang sedia ada tapi kita mesti sedar. Bagan Serai dulu kalau nak pergi Penang wajib lintas Bagan Serai. Sekarang siapa lintas Bagan Serai? Banyak pekan-pekan kecil akan mati. Saya pasti Beruas tak lama lagi akan mati. Saya nak pergi ke Manjung tak perlu Beruas lagi dah, saya guna WCE direct. Jadi saya minta jawatankuasa, soalan saya YB Exco dan jawatankuasa mesti pastikan yang pertama paip ni bocor cepat. Ni peluang tengah ada ni. Peluang tengah ada kerajaan madani ni. Bocor cepat. Jangan tunggu 40 tahun. PLUS Highway 40 tahun, Bagan Serai, Alor Pongsu tak bocor paip. Terima kasih.
Terima kasih kerana apa yang dikatakan oleh YB tadi lebih menyerupai statement daripada soalan jadi kami ambil maklum.
Soalan soalan ini soalan sebenar itu tadi bukan soalan dia pandangan banyak. Saya bagi soalan. Boleh Timbalan Speaker, berkaitan dengan WCE dan pelaburan juga. Boleh ya. Ok, soalan saya kepada YB Exco. Kita tahu sudah ada WCE tapi untuk pelaburan industri masuk ke contohnya daerah Manjung masih lagi mereka rasa kos pengangkutan itu masih tinggi kalau mereka nak buat eksport ke negara lain. So, soalan saya selain daripada WCE adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk tambah satu container port dengan izin container port di daerah Manjung untuk membantu merancakkan pelaburan di daerah Manjung? Terima kasih.
Terima kasih YB Astaka, Jawapannya ada.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manjoi untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.
Peruntukan harus diagih saksama. Soalan Manjoi nombor 5.
Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 saya ucapkan kepada semua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi yang telah tanyakan soalan berkenaan musibah kebakaran dan juga Balai Bomba. Jadi untuk jawab soalan pecahan A apabila jabatan bomba dalam menelitikan sebarang perancangan atau cadangan untuk wujudkan sebuah balai bomba yang baru terdapat beberapa pertimbangan dan antara syarat yang utama adalah bahawa pembinaan balai bomba yang baru itu dia tidak ada sebarang balai bomba sedia ada dalam radius 25 kilometer. Jadi untuk kawasan Kampung Gugusan Manjoi yang ditanyakan oleh Yang Berhormat buat masa ini terdapat 3 buah balai yang berhampiran dengan kawasan tersebut iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, jaraknya 5.2 kilometer, Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, jarak 8.3 kilometer dan juga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh yang jaraknya 10.3 kilometer. Jadi memandangkan dalam radius 20 kilometer yang sedia ada telah ada 3 buah Balai Bomba yang yang ada sedia ada, jadi buat masa ni tiada perancangan untuk wujudkan Balai Bomba yang baru di kawasan Kampung Gugusan Manjoi.
Berkenaan soalan pecahan B, memang kerajaan sentiasa usaha dan galakkan penubuhan bomba sukarelawan sebab ini memang sangat membantu untuk kita mewujudkan satu sistem untuk beri respon yang lebih cepat apabila berlaku musibah kebakaran. Jadi tentang cadangan untuk wujudkan bomba sukarela di kawasan Kampung Gugusan Manjoi saya difahamkan sebelum ini Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya juga pernah membuat perbincangan dengan Yang Berhormat sendiri tentang cadangan itu dan hasil daripada perbincangan tersebut terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil. Contohnya untuk kenalpasti masyarakat setempat yang memang berminat dan sedia untuk menubuhkan komuniti bomba sukarela dan dengan itu mereka perlu wujudkan menubuhkan pasukan bomba sukarela dan dengan sebuah organisasi yang lengkap dengan jawatankuasa ikut organisasi yang telah ditetapkan dan juga PBS ini perlu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk daftar secara rasmi dan selepas itu bolehlah kerjasama dengan Balai Bomba Meru Raya untuk jalankan kempen kesedaran latihan dan sebagainya. Jadi hasil daripada perbincangan tersebut saya rasa kalau semua pihak boleh sama-sama kerjasama untuk ambil tindakan susulan memang kita sangat mengalukan penubuhan nomba sukarela di kawasan Kampung Gugusan Manjoi.
Soalan pecahan 3 tanya tentang isu tekanan air pili bomba yg rendah. Jadi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak memang sentiasa kerjasama rapat dengan Lembaga Air Perak dalam isu ini. Jadi mana-mana kawasan yang dikenalpasti terdapat isu tekanan air pili bomba yg rendah memang akan buat tindakan untuk perbincangan untuk cadangkan penyelesaian dan tindakan yang sepatutnya. Jadi kami juga alu-alukan kalau wakil rakyat atau pun komuniti setempat dapat bantu kenalpasti ada isu yang berkenaan di kawasan masing-masing boleh ajukan pada pihak bomba untuk tindakan seterusnya yang sesuai. Terima kasih.
Soalan tambahan Manjoi sila.
Terima kasih YB Exco yang saya hormati. Saya ingin menyatakan di sini untuk soalan tambahan Gugusan Manjoi ni saya nak clearkan Gugusan Manjoi bukan hanya Kampung Manjoi. Dalam Gugusan Manjoi ni ada kurang lebih 40 ribu penduduk kurang lebih 40 ribu penduduk. Situ ada Kampung Manjoi, Kampung Manjoi Baru, Kampung Sungai Tapah, Kampung Tengku Hussien dan juga Kampung Dato' Ahmad Said. Yang saya nak bangkit di sini boleh ke disegerakan dan apakah tindakan kerajaan untuk kita menyelesaikan masalah selenggara pili bomba ni sebab point di sini Gugusan Manjoi pernah dikejutkan dengan satu peristiwa kebakaran yang sangat menyayat hati dan boleh dikatakan ini antara kebakaran yang terbesar di negeri Perak. Kebakaran Mydin Manjoi. Kita masih ingat lagi kurang lebih 2 tahun yang lalu. Seluruh Mydin Manjoi terbakar dan keliling Mydin Manjoi tu kawasan perumahan orang kampung dan waktu tu apa berlaku, saya tengok pili-pili bomba ini banyak yang tidak boleh digunakan. Rupanya mungkin tidak diselenggarakan atau pun boleh dilihat semula masalah tersebut dan saya dapati ada pili bomba yang yang kita letak jarak 1 meter setiap kawasan itu yang tersumbat dengan dengan pasir, problem tak boleh guna menyebabkan kebarakan itu tidak dapat diselesaikan dengan segera. Juga berlaku di Jalan Perwira dan juga Jalan Bunga Tanjung. Saya sebut ni data yang saya pergi dan tengok bila masalah tu berlaku Bomba datang nak gunakan paip tersebut kadang-kadang problem.
Ini antara benda besar dan jika peristiwa kebakaran Mydin Manjoi ni menjadi satu peristiwa yang yang besar kepada kami di Gugusan Manjoi dan Ahli Dewan pun lihat peristiwa tu. 2 hari 3 hari kebakaran masih lagi belum boleh dipadamkan dan saya mohon supaya jika boleh pihak-pihak Exco dan juga kerajaan negeri boleh kita segerakan benda ni. At least paling tidak selenggara lah dulu pili-pili ni dan kedua, isu berkenaan dengan tekanan pili bomba yang rendah. Tekanan air rendah. Bila tekanan air rendah ni bila bomba datang tekanan air rendah, jadi LAP terpaksa untuk naikkan tekanan air. Yang berlaku masalah di sini bila perkara itu berlaku menyebabkan berlakunya paip-paip pecah di bawah tanah di kawasan perumahan orang kampung. Buktinya di Jalan Juara. Ketika kejadian di kebakaran Mydin Manjoi waktu tu kita perlukan air yang sangat banyak dan waktu tersebut saya tengok ada banyak tempat yang paip pecah. Bila LAP naikkan tekanan air, maka paip pecah di kawasan orang kampung, timbul masalah lain pulak dan saya kira dua (2) masalah ini kalau pihak Kerajaan Negeri dapat selesaikan setidak-tidaknya boleh membantu segeralah isu ini. Sebab terakhir Timbalan Speaker, di tangan saya inilah data 2024-2025 daripada Balai Bomba Meru Raya, 31 kes kebakaran di Gugusan Manjoi. Dalam tempoh setahun, dalam gugusan kampung orang melayu terbesar di Malaysia ini berlaku kebakaran 31 kes. Dalam Dewan ni pun ramai orang Manjoi yang saya kenali. Di belakang saya pun ramai orang Manjoi. Saya rasa semua bersama dengan apa yang saya bawa pada pagi ini. Terima kasih banyak pada YB Exco yang saya hormati.
Terima kasih kepada Manjoi atas soalan tambahan yang ditanyakan. Ok, berkenaan dengan kalau cadangan untuk penubuhan balai bomba yang baru, seperti saya kongsikan tadi itu memang syarat secara umum. Cuma kita mengambil kira kalau ada kawasan tertentu dengan kepadatan penduduk yang memang sangat tinggi dan ada keperluan dari masa ke semasa kita akan ambil kira juga faktor-faktor ikut kawasan tertentu untuk dalam kita buat perancangan yang lebih baik dan juga saya ambil maklum isu-isu yang dibangkitkan. Contohnya bagaimana kita nak mengambil iktibar khususnya kejadian yang pernah berlaku di Mydin Meru. Bagaimana kita ambil iktibar untuk pastikan segala kelengkapan, prasarana dan sebagainya sentiasa dalam keadaan yang terbaik atau perlu diganti, ditambah baik itu supaya kita pastikan kita sentiasa lebih bersedia dalam menghadapi apa-apa keadaan. Juga isu pili tekanan pili air bomba. Seperti isu yang digambarkan tadi apabila LAP menaikkan tekanan dia menjadi isu pula kepada perumahan sebab pili air bomba memang dia kongsi guna sumber air yang sama dengan kawasan perumahan. Jadi kita ambil kira isu yang pernah berlaku dengan pengalaman yang ada oleh pihak bomba terus kerjasama dengan LAP untuk memastikan dalam keadaan yang optimum untuk kita hadapi isu kebakaran dan keadaan yang lain. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Simpang Pulai sila.
Ada? Kalau tak da, saya …
Simpang Pulai sila dulu.
Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua. Saya nak mohon tanya. Apakah jenis bantuan kewangan yang diberikan kepada pasukan bomba sukarela di Perak dan macam mana agihan geran ini dilaksanakan pada tahun 2025? Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Pulai. Untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) memang selain daripada latihan kelengkapan yang dibekalkan sedikit geran juga dibekalkan setiap tahun. Jadi buat masa ini di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, setiap pasukan bomba sukarela setiap tahun memang akan diberikan geran bantuan sekitar RM3,000.00 hingga RM5,000.00. Jadi ini berdasarkan kepada prestasi dan tahap keaktifan PBS tersebut dan secara khususnya untuk tahun 2025, pembayaran untuk fasa pertama iaitu sebanyak RM2,000.00 kepada 40 PBS di negeri Perak telah dibuat agihan pada bulan Mac 2025 dan selepasnya baki pembayaran akan dibuat dalam fasa kedua yang dijangka pada bulan Julai, di mana kita akan buat agihan ikut tahap keaktifan dan juga prestasi PBS yang yang terlibat. Terima kasih.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Setiausaha Dewan, sila baca Aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya.
Usul yang telah diberi notisMotion
Perkara yang keempat. Usul yang telah diberi notis. Usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah usul Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi, menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku. Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah pun mendapat sokongan. Sekarang masalah ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selama dua puluh minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Selamat pagi. Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani diucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian tidak kira sebelah sini ke sana, ketua-ketua jabatan dan juga kepada netizen yang sedang menonton secara lintas langsung menerusi YouTube. Terima kasih dan peluang diberi untuk saya mewakili kawasan saya Bercham untuk menjunjung kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk kali Dewan Persidangan Dewan yang kali ini.
Di sini sebelah saya dia tahu awak YB mantan Isham duduk sebelah saya dan hari ni walaupun saya berpakaian batik berlainan sedikit dengan pasukan saya tetapi kita ada saya perlu berkongsi sentimen sedikit. Sebab baju ini semasa saya bersama arwah bersama Timbalan Speaker dan Speaker pergi buat satu lawatan ke Benua Afrika. Kita sama-sama memakai baju yang sama. Jadi mengambil peluang ini, kita saya berasa walaupun kita baru berkenalan dua tahun setengah sahaja, ini hati saya memang merindui beliau. Kita harap semangat arwah ini semangat perjuangan yang apa yang diperjuangkan akan diteruskan oleh bakal-bakal YB yang akan dipilih di PRK nanti. Ok dan sebab kita tahu kebetulan arwah ini bekas pemain profesional dan beliau pun sentiasa aktif bersenam. Tapi mana kita tahu apa yang ditimpa oleh beliau adalah amat memilukan untuk kami.
Jadi kita harap dengan bantuan Exco kerajaan, kalau boleh tidak kira Adun-Adun tidak kira sebelah kerajaan ke sebelah pembangkang, kita boleh tawarkan satu pakej atau kita berbuat satu ujian darah dan pemeriksaan badan berkala untuk kami termasuk kepada ketua-ketua jabatan untuk memastikan kesihatan kami sentiasa terjaga, dijamin. Jangan lebih banyak kali lagi PRK, penat kita, kita lihat semalam Manjoi kata tiap-tiap hari pergi. Tiap-tiap hari bayar tol dalam pergi. Ok. Itulah saja pesanan saya minta Exco boleh pertimbangkan dan juga lagi kalau boleh dipertimbangkan buka lagi satu KK baru di kawasan Bercham lah. Itu lah. Ok dan tentang intipati yang dititah oleh Tuanku dua hari lepas, ada banyak-banyak point yang begitu baik dimana memandangkan had masa yang ada had, jadi saya memilih beberapa point sahaja untuk dibahaskan di Dewan yang mulia ini.
Berkenaan dengan e-Waste yang dibangkit oleh Tuanku pada point yang ke-23 di mana ada kilang-kilang haram e-Waste berlaku di kawasan Sungai Siput dan juga Tuanku pun ada memetik penggunaan plastik yang begitu banyak bilangannya di negeri kita. Jadi perlu perhatian oleh pihak kerajaan. Jadi e-Waste ini saya harap Pihak Berkuasa Negeri tidak kira negeri ke Persekutuan harus menunjukkan kesungguhan untuk menghindari kilang-kilang yang tidak bertanggungjawab ini untuk bertapak di negeri kita. Tidak kira mana-mana kawasan. Tidak kira kawasan pembangkang ke kerajaan, harus diberi perhatian yang begitu serius dan tentang penggunaan plastik, plastik ini semalam saya dengar Kamunting ada bangkit tentang, di boleh di biodegradable dengan izin.
Setahu saya pengetahuan saya, biodegradable itu cuma menguraikan plastik tersebut ke bentuk yang lebih halus atau lebih mikro tetapi unsur plastik itu tetap ada walaupun dibuang dalam, ditanam bawah tanah ke, dibuang dalam laut ke, dalam sungai, dia cuma diurai bentuk kecil. Kalau ikan ke, ekosistem bawah, dalam air itu, ikan tetap akan di makan. Jadi dalam mengikut kitar makanan itu, kita mungkin termakan balik apa yang dibuang oleh kita. Jadi cadangan saya kepada pihak kerajaan agar plastik, penggunaan plastik ini masih boleh digunakan walaupun KK Mart ke, walaupun Econsave ke telah mengumumkan mereka tidak akan meneruskan penggunaan plastik, tetapi setahu saya, saya juga pelanggan, pengguna juga membeli barang, mereka pun masih menggunakan plastik kerana mereka nak kita tahu banyak makcik-makcik, pakcik-pakcik yang lebih gemar untuk tidak bawa beg plastik sendiri, tetapi menggunakan. Jadi mereka menggunakan baki plastik tetap digunakan. Jadi ini adalah terpampang kepada seruan kerajaan untuk mengurangkan usaha kita untuk mengurangkan penggunaan plastik.
Bercham, saya minta laluan untuk cakap tentang plastik ini boleh sedikit? Nak bagi tambahan.
Ok...ok.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang dibawa oleh Bercham tentang E-waste dan juga plastik. Saya suka nak mencadangkan sebagai tambahan kepada Bercham, mungkin kita boleh mencadangkan kepada kerajaan Perak untuk memberikan insentif kepada peniaga-peniaga yang beralih menggunakan pembungkus-pembungkus yang bukan daripada plastik ataupun yang mesra alam. Jadi saya tengok memang perkara ini saya dah sebut juga dalam sidang yang lepas. Kita ucapkan tahniah kepada Majlis Agama Islam Perak kerana berjaya membawa kempen ini ke sekolah-sekolah agama tetapi sebenarnya perkara itu tak cukup, tambahan pula semasa bulan Ramadan dulu, sepanjang pasar Ramadan sangat kuranglah insentif ataupun inisiatif yang dilakukan untuk kita menggalakkan pengguna-pengguna kita, pembeli-pembeli kita untuk membawa barang apa, membawa beg sendiri. Kalau nak beli barang makanan itu kita elok bawak bekal, bawa mangkuk tingkat ke apa ke untuk kita beli barangan. Jadi kalau usaha, kalau insentif, kerajaan menyediakan insentif kepada pekedai, saya rasa itu mungkin boleh menggalakkan. Itu yang pertama.
Yang kedua, lagi satu tentang e-Waste. e-Waste ini pun saya nampak kerajaan Perak tidak bersungguh-sungguh sebagaimana bukanlah saya nak memuji jugalah. Saya nampak kerajaan Selangor lebih advance tentang pengurusan tentang e-Waste. Jadi saya mengharapkan lah ya, e-Waste ini memang orang kata sampai tempat saya pun sampai mereka mintak tong-tong roro disediakan untuk pengurusan ataupun untuk pengumpulan barangan e-Waste ini. Jadi itulah harapan saya. Saya harap Bercham boleh mengambil apa yang saya cadangkan untuk dimasukkan dalam ucapan Bercham. Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua.
Terima kasih Bota. Apa yang dicadangkan oleh Bota tadi memang ada logiknya, tapi kalau memberikan bantuan dari segi kewangan kepada pengusaha itu melibatkan implikasi kewangan untuk kerajaan. Jadi kita harus menambahkan pengetahuan ataupun kesedaran untuk public terutama di bangku sekolah ke golongan pekerja ini, ada golongan warga emas ini, kita kena galakkan sebab saya nampak banyak mereka yang bungkus itu, air ke bungkus makanan polisterine ini di buang sewenang-wenangnya. Bagi mereka yang memandu motorsikal, makan-makan, habis makan, belum balik rumah sudah buang di tepi rumah. Nak rumah jadi bersih tapi tak jaga di tepi jalan. Jadi, kita harap mereka boleh bawa, kita nampak macam dekat Starbuck, Starbuck mereka kalau guna bekas mereka sendiri, mereka akan bagi tawaran lebih banyak sikit mungkin buy one free one ke macam mana. Ini adalah kita boleh pertimbangkan. Kita nak kurangkan penggunaan sebab bekas minum ini yang orang kita tapau ataupun bekas.
Jadi harap selain daripada penggunaan sendiri bag plastik kitar semula dan juga kepada pengusaha kitar semula ini, kita nak cadangkan sebab dalam SOP mereka, mereka cuma gunakan tangan untuk merasa apakah jenis plastik tersebut. Sebenarnya kalau plastik, kalau untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, plastik ini tergolong daripada enam tujuh jenis. Jenis nombor satu PP, nombor dua HDPE, nombor tiga PVC, LDP, PPPS dan lain-lain lagi. Jadi, mereka cuma menggunakan rasa sentuhan tangan sahaja.
Kalau bagi plastik yang boleh dikitar semula atau tidak. Mereka kebanyakannya buruh warga asing. Mereka cuma gunakan rasa tangan. Jadi, saya harap masa depan selain daripada plastik sahaja termasuk kaca ke termasuk lain-lain barangan termasuk e-Waste, mereka boleh kitar semula. Jangan cuma tergolong kepada surat khabar lama. Sebab surat khabar pun jarang orang baca sekarang kan? Semua tengok tetapi kertas ataupun kotak ke plastik ke logam ke, kita kena lebih terperinci sikit agar lebih kita boleh mengitar semula. Tambahan lagi, kita nak katakan kita nampak banyak kedai kedai bundle dekat gerbang malam, jual baju-baju lama, kasut-kasut yang lama. Tapi masa kita baju lama kita masa raya ke untuk masuk Tahun Baru Cina ke, Christmas ke, Deepavali ke, kita nak baju lama kita selain didermakan kepada badan kebajikan, tetapi tiadanya satu pusat mengutip semula dan dibayar sedikit wang untuk agar baju ke, seluar ke, kasut ke, boleh ada second life dengan izin. Ok, itu sahaja tentang plastik dan juga, berapa masa last, berapa minit lagi ya?
Ok, dan juga saya juga ingin memuji kepada pihak kerajaan, selain kita menjaga kepentingan dan kebajikan warga muslim, golongan kaum Islam tetapi juga menjaga hal ehwal bukan Islam juga dan mereka telah memberikan bantuan dari segi peruntukan kepada NGO-NGO ke tokong-tokong, gereja-gereja. Ini adalah menunjukkan satu kesempurnaan dari pihak kerajaan tidak kira Islam ke, Buddha ke, Kristian ke, kita sama-sama jaga dan juga terima kasih kepada pihak kerajaan turut menjaga sekolah menengah SUWA di mana mereka juga kadangkala sentiasa dibelenggu masalah kewangan dan sedikit sebanyak, tak banyak sangat, tetapi jumlah itu memadai untuk membantu status kewangan mereka.
Dan bab seterusnya, saya ingin masuk adalah tentang lawatan Presiden Negara China, Xi Jinping ke negara kita. Kalau boleh kita harap masa depan Presiden akan tidak sahaja ke Putrajaya ke Kuala Lumpur, Lembah Klang saja tapi boleh datang ke negeri Perak kita ini untuk membawa lebih banyak peluang pekerjaan untuk membawa lebih banyak pelabur-pelabur bertapak di negara kita. Kita nampak ada KIGIP, ada LuMIC banyak-banyak lagi. Kita ada ruang begitu besar tidak tergolong kepada kawasan itu sahaja. Walaupun di Ipoh, Ipoh pun perlu dibangunkan tetapi juga saya minta jasa baik pihak kerajaan, kawasan perindustrian seperti di kawasan saya IGB ke, Tasek ke, situ jalan itu agak teruk. Kalau boleh di turap semula elok-elok agar kita boleh menarik lebih ramai pelabur untuk datang. Kalau pelabur datang nampak jalan pun tak elok, tak cantik, nak jalan Hilux pun susah nak jalan, itu adalah payah sikit. Kita harap prasarana, infrastruktur kita diperbaiki agar kawasan kita lebih elok. Pelabur datang dengan lebih, lebih seronok dan tambahan lagi kita ada lapangan terbang yang telah di upgrade baru baru ini. Ini pun sebagai satu pemangkin untuk negeri kita untuk membangunkan negeri Perak ini dan Xi Jinping ni lawatan ni adalah tepat masanya sebab US telah mengenakan tarif reciprocal tarif di semua seluruh dunia dan semua Malaysia ni sudah negeri negara yang kecik ni ha. Tak tak tak asing kena jugak dan Presiden Xi Jinping. Dia datang ni telah membawa aura-aura yang begitu positif sekali untuk datang. Ini menunjukkan negara kita Xi Jinping ni lawatan ni pertama adalah datang ke negara Malaysia. Sebelum pergi ke negara lain pada hari ini jugak.
Jadi, kita harap aura ni yang dibawa ni kita diterima sama-sama tidak kira kita jangan kata negara China ni ada unsur komunis ke, tidak sekadar globalisasi ni kita perlu kawan tak kira mana mana kita boleh berkawan dengan negara Palestin boleh berkawan dengan US berkawan dengan Mexico. Mana-mana kita terima secara terbuka, harap membawa mendorong untuk memaju ekonomi negeri kita dan di samping itu satu senario saya…saya nampak semasa lawatan Presidency ke negara kita semasa di Istana Negara, saya nampak banyak orang kibar bendera Malaysia Jalur Gemilang tapi juga ada bendera negara China tetapi saya nampak isu itu tidak membawa apa-apa impak yang negatif. Kita ni menyambut dengan baik menyambut tak kira walau pun itu warganegara ambil negara China. Itu adalah tanda simbolik kita sebagai host yang begitu baik. Kita mengalu-alukan. Kalau katakan orang warga asing warga US warga negeri China ambil kibar Jalur Gemilang. Kita pun rasa seronok. Betul tak? Kalau kita lihat secara perspektif yang elok tidak memainkan isu, kalau di sudut yang sempit itu tak jadi isu.
Sikit sikit
Semalam you bagi saya, saya bagi you.
Terima kasih kepada Bercham yang kita pun sambut baik. Perdana Menteri China datang ke Malaysia. Mudah-mudahan hubungan antarabangsa di antara China dengan Malaysia lebih rapat. Dalam global, keadaan global yang agak yang sering di sebut oleh Alor Pongsu, semalam. Cumanya, saya buka Sinar Harian hari ni pagi ni sebelas jam yang lepas emoji gelak tu 9.4, emoji good tu 3.9 je dengan kedatangan Presiden China, minta komen sikit?
Boleh ulang sekali saya tak jelas YB. Boleh ulas sekali. Saya tak jelas.
Cumanya saya baca berita Sinar Harian dengan berkata Malaysia telah berkembang pesat dan mencapai kemajuan besar dalam pemodenan sejak kali terakhir beliau melawat negara ini 12 tahun yang lepas. Daripada netizen, netizen emoji gelak ni 9.4k emoji good 3.9k ni netizen daripada rata-rata rakyat Malaysia. Komen sikit.
Soal netizen itu saya tak dapat komenlah sebab banyak…banyak akaun palsu, banyak akaun muka dia, profil dia, kartun, pelawak, penyanyi, pelakon. Banyak ha termasuk ada labubu. Apa pun ada. Jadi saya tak nak komenlah pasal tu sebab netizen ni kita tak dapat pasti identiti beliau sebab kita nampaklah ha semalam, ketua pembangkang pun ada marah saya sama saya. Nampak cuma saya nampak banyak netizen bagi emoji yang marah. Tapi saya tak saya masuk tengok itu profil dia kosong takde gambar. Itu saya tak dapat pastikan identiti tersebut.
Laluan YB, laluan…
Saya habis…
Sikit je, terima kasih YB. YB sebut tadi situasi yang berbeza bila mana kibaran bendera sewaktu Perdana Menteri China hadir dengan yang berlaku di Teluk Intan ini adalah dia berbeza. Kita boleh rujuk balik Akta Lambang Kebangsaan Kawalan Mempamer 1949 rasanya mengibarkan di tempat awam ataupun di sekolah itu menjadi satu kesalahan. Jadi itu membezakan dua situasi. Bila berlaku kibaran sewaktu Perdana Menteri datang tidak ada masalah. Tidak ada orang bising pun. Tapi itu mungkin boleh memperbetulkan. Terima kasih.
Ini dalam point yang seterusnya. Saya akan bagikan kenapa saya bagi saya dia tak jadi masalah. Kalau kita pemikiran kita di perspektif yang aneh-aneh yang sudut-sudut tertentu kita nampak, katakan Kubu Gajah hari ini saya nampak handsome, kalau esok mungkin saya punya mood saya tak cantik. Saya nampak dia garang. Macam Slim, Slim hari ini senyum je besok saya nampak. Itu kita terpulang situasi kalau kita lihat secara terbuka hati terbuka seperti yang Titah Tuanku mintak kita seluruh negara kita berjiwa terbuka tidak sempit, Jadi tak jadi masalah. Kalau kita harap apa yang saya kata tadi, kalau katakan kita keluar ke luar negara. Walaupun kita pun bukan Presiden bukan Perdana Menteri Exco ke, keluar negara. Kalau orang ambil Mat Saleh ambil pegang Jalur Gemilang kita kita seronok apa-apa yang di jadikan di kena disensasikan. Tak jadi isu pulak? Ok, seterusnya saya…
Bercham, Manjoi sikit. Terima kasih kepada sahabat saya YB Bercham saya tertarik berkenaan dengan isu kedatangan Presiden China ke negara kita. Satu perkara yang positif dan mudah-mudahan mendatangkan kebaikan negara dan pelaburan yang begitu besar daripada daripada negara luar kepada negara kita. Ini satu perkembangan baik dan positif. Saya tengok gambar pun memang menarik dan memang saya kira dinantikan oleh oleh negara kita. Cuma yang saya nak bagi di sinilah berkenaan dengan semalam viral isu yang mungkin yang Bercham boleh bersetuju, macam mana Akhbar Sin Chew Daily ni dia boleh, dia boleh mengibarkan ataupun dia memaparkan bendera Malaysia tanpa bulan kuning. Sedangkan bulan kuning itulah simbol Agama Islam dan simbol Agama Islam, Agama Persekutuan dan juga Raja-Raja Melayu. Cuma tumpuan saya pada Bercham Sin Chew Daily ni minta maaf isu ini berulang kali dibuat oleh maaflah sensitif bila kedengaran orang Islam Malaysia, orang Islam dan Melayu Islam di negara ni minta maaf settle. Mintak maaf settle. Speaker pihak rakan-rakan sebelah sana pun kena bersuara isu ni dan kena tegas. Hingga hari ni Sin Chew Daily tak dapat apa tindakan dan hanya just minta maaf. Tapi tengok isu yang berlaku pada Radio Era baru-baru ini, mereka di disaman mereka diminta bayar denda yang begitu tinggi hingga menyebabkan penyampai tiga orang Melayu Islam dalam penyampai Radio Era tu digantung kerja.
Saya rasa pandangan saya rakan-rakan DAP khususnya kena bersuara isu ni. Sebab sebab kalau kami cakap mungkin orang kata main sentimen perkauman, tapi isu tidak ada tidak ada bulan kuning dalam simbol pada Malaysia ni sangat-sangat bertentangan dengan dengan Perlembagaan Negara. Saya minta Bercham bersetuju dengan Manjoi dalam hal ni. Terima kasih.
Tentang isu ini yang saya rasa. Saya rasalah pandangan saya ialah kesilapan-kesilapan teknikal dan ya, memang mereka sudah minta maaf tetapi itu saya bukan pihak berkuasa, saya cuma YB cuma wakili Bercham sahaja. Saya tak ada kuasa untuk sama ada nak mengenakan tindakan selanjutnya. Kita terserah kepada kebijaksanaan pihak berkuasa yang berkenaan untuk meneliti kes ini sebab kita kita selaku kita, walaupun saya ada latar belakang DAP ini soal yang telah dibangkitkan dan oleh Tuanku Agong sendiri, jadi saya terserah kepada kebijaksanaan pihak berkuasa. Saya rasa perkara ini tidak perlu disensasikan ataupun mana-mana tetapi selesai secara kebijaksanaan pihak berkuasa.
Ok, izinkan saya teruskan. Kalau melihat titah Tuanku menerusi point yang ke 33, 35 dan 37, di mana saya terpaksa bacalah apa sebab panjang dah kita ni Malaysia dalam sebuah negara yang aman dan sentosa dan hari-hari perayaan pelbagai agama, kaum dan adat dapat disambut dalam suasana riang ceria oleh rakyat pelbagai kaum yang menganut pelbagai agama dan mewarisi pelbagai budaya dan point ke 35 kita sedang berhadapan dengan mencari sarapan ajaib. Resipi berkesan untuk mengendalikan secara adil, saksama dan berkesan. Perselisihan dalam masyarakat yang pelbagai. Kita masih meraba dan dalam kesamaran mencari formula untuk memahamkan pelbagai pihak agar lebih rasional bersedia melihat sesuatu lensa, penyatuan dan perpaduan berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai keharmonian dan juga point yang ke 37, keamanan bukan sesuatu yang mudah dicapai. Keamanan bukannya pipih datang melayang. Keamanan ialah hasil perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang berusaha mengekalkan kestabilan, kestabilan dan kemakmuran negara. Rakyat perlu menghargai dan mengamalkan nilai perpaduan, saling hormat menghormati dan hidup dalam suasana bertoleransi dan keinsafan. Kestabilan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi memerlukan kerjasama seluruh negara.
Yang penting ni saya nak baca ni setiap individu yang ada tanggungjawab bersama dan setiap individu harus peka untuk menyelesaikan masalah secara bijak tanpa kekerasan tanpa persengketaan dan semangat yang menghargai pendamaian perdamaian. Ini adalah point yang begitu baik di mana walaupun kita ni negara kita ni tak serupa dengan negara Jepun. Jepun ni homogeneous semuanya warga Jepun. Bayangkan lah kita tahu ada golongan lain-lain. Tapi kalau kita negara Malaysia ni pelbagai kaum kita serupa dengan USA. Walaupun China dilihat cuma homogenous bukan China lebih banyak kaum berbanding dua kali ganda berbanding dengan negara kita. Jadi suasana untuk menghargai untuk menghayati sesama sendiri ni adalah penting. Kita lihat pelangi ialah pelangi kita tahu ada lambang suatu pelangi tu pelbagai warna. Kalau bayangkan suatu hari pelangi cuma satu warna sahaja warna warna biru ke warna merah ke warna hijau ke yang disukai oleh Selama tengok saya. Bayangkan apakah kebaikan kita cuma berharga menghayati sesama sendiri. Titi Serong pun senyum. Terima kan. Haha. Betul kita ni tidak perlu, kita ada semasa kalau kita bangkit saya walaupun saya saya berlatarkan politik DAP tak salah saya boleh kata tentang kalau seorang budak katakan budak Melayu, dia merajuk kepada mak dia saya bagi teguran. Kalau teguran dia kalau dilihat di sudut lain pula orang kata oi DAP ni dia ni mengajar orang Melayu. Ini tak baik dah. Ataupun dia gunakan AI penyalahguna AI rupanya saya tegur saja sudah jadi marah ataupun mengeluarkan kata-kata kesat. Itulah sahaja cara sensasikan dengan penyalahguna AI ini.
Sekarang AI pun pelbagai boleh buat Slim ke Selama ke boleh jadi pelakon Bollywood ke boleh jugak ha dan nak jadi Arnold Schwarzenegger pun boleh ha tetapi kita harus tahu semasa terutama ke kepada kakitangan kerajaan tetap kepada penguatkuasa. Kita tahu soal yang dibangkit seperti yang berlaku di semalam di Taman Rasi Jaya, di mana ada perselisihan faham antara penjaja dengan penguatkuasa MBI. Ini adalah perkara yang bagi saya tak perlu, tak patut berlaku tetapi semasa penguatkuasa untuk menjalankan tindakan penguatkuasa, kita harus ingat masa kita memakai baju lambang MBI itu melambangkan pihak PBT. Melambangkan kerajaan, jadi kita sebelum bertindak, kita harus ikut budi bicara kita. Sama ada kekerasan tu perlu ke tidak. Kekerasan tu bagi saya tidak perlu kita katakan ada tentangan yang begitu kuat. Kita cuba buat penguatkuasa untuk kali ke dua kali ke tiga. Cuba jadi untuk jadi satu point di mana ketenteraman boleh dilakukan. Kita pun…
Yang Berhormat lama lagi ke?
Dah.
Dua minit ya.
Ok, kita lihat penguatkuasa ni. Kita pun tak salahkan semuanya kepada penguatkuasa. Di mana penjaja pun ada kesilapan mereka sendiri. Tetapi cubalah kita nampak hari ini, Adun Jelapang dan Ahli Majlis telah bertungkus lumus untuk pergi menyelesaikan masalah ini. Damage is done dengan izin tetapi cara untuk mengendalikan kita lihat apa yang telah berlaku seperti apa yang berlaku ke atas abang belon tu. Apa yang terjadi sudah jadi tetapi damage control ini perlu dilakukan secara baik, secara teratur, secara perdamaian. Apa kan katakan oleh Titah Tuanku tu, kita rasa banyak persengketaan antara kita ni boleh terjamin. Kita harap dengan ini saya pun tak disebabkan masa sudah habis, jadi saya patik menyokong Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Sekian terima kasih dan juga kepada penganut Kristian esok adalah Happy Good Friday. Thank you selamat. Terima Kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Bercham. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
BismillahirahmaniRahim. (Bacaan ayat al-quran) Rabbi Yassir Wala Tu'assir. Selamat Pagi dan Salam Sejahtera. Terima kasih Dato' Speaker. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Exco-Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan di peringkat Negeri dan Persekutuan, pihak media yang hadir dan rakyat yang sedang mengikuti persidangan ini secara live melalui sosial media. Saya mulakan ucapan ini dengan ucapan takziah kepada Puan Rozita binti Abdullah, balu kepada arwah Yang Berhormat Ishsam Shahrudin dan dua anak Allahyarham Isnabil & Iszul Imadi. Semoga mereka diberikan ketabahan, redha menerima penentuan Illahi dan semoga roh allahyarham dilimpahi ihsan, rahmat Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan roh para solihin.
Dato' Yang di-Pertua, patik merafak sembah menjunjung kasih di atas Titah Tuanku Paduka Seri Sultan Perak yang telah bertitah mengenai fungsi perkhidmatan kesihatan di dalam menyatukan hubungan kaum di negeri ini. Tahniah kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan terutamanya kakitangan yang bertugas di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan yang telah memberikan tanggungjawab yang cukup baik untuk memupuk perpaduan kaum yang mewarisi pelbagai budaya, pelbagai bahasa serta berbeza status sosial dan ekonomi. Ada dua perkara yang hendak saya kongsikan di sini iaitu satu masalah pesakit dan satu lagi ialah masalah doktor-doktor. Masalah pesakit masih lagi tidak banyak perubahan.
Yang pertama masalah menunggu di hospital, di hospital kerajaan masih lagi lama menunggu untuk pendaftaran, menunggu untuk mendapat rawatan pemeriksaan doktor menunggu di makmal, menunggu untuk mengambil x-ray dan juga menunggu untuk mengambil ubat. Keseluruhan proses ini memakan masa boleh sampai pukul 8 sehingga pukul 2 dan mungkin juga boleh sampai satu hari suntuk untuk, untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Yang kedua masalah kesesakan di wad-wad hospital. Contoh di hospital HRPB masih lagi berlaku di mana pesakit-pesakit terpaksa menunggu. Ada yang dua hari ada yang tiga hari untuk dimasukkan ke wad-wad kerana tiada kekosongan katil-katil di wad-wad dan juga di ICU. Saya minta pihak yang berwajib memandang serius masalah ini dan supaya pesakit tidak terbiar lama di bahagian kecemasan hospital-hospital kerajaan yang ada di negara kita, di negara kita.
Masalah yang ketiga ialah masalah parking di hospital di kawasan-kawasan hospital. Kita sedia maklum masalah parking yang ada di hospital pun tidak cukup untuk menampung parking kereta-kereta kakitangan kerajaan. Jadi kenderaan kerap sakit terpaksa parking di luar kawasan hospital di sepanjang jalan. Di mana mereka-mereka ini bila-bila masa sahaja akan disaman oleh Polis Diraja Malaysia dan juga akan disaman oleh penguasa-penguasa majlis daerah. Ini akan membebankan pesakit keluarga pesakit. Kita sedia maklum mereka-mereka ini bukan orang senang, mereka ni orang susah orang kampung. Jauh datang untuk mendapat rawatan. Contoh daripada Gerik, daripada kawasan saya hendak ke Hospital HRPB Ipoh, parking tak ada parking di sepanjang jalan. Kena saman polis pagi petang kena saman oleh MBI. Jadi kita mintak perhatian pihak berwajib tentang masalah ini.
Perkara kedua ialah masalah petugas di hospital. Saya khususkan di sini ialah doktor-doktor sahaja. Sesebuah hospital itu tidak akan berfungsi sekiranya tiada doktor. Doktor adalah ibarat enjin atau jantung hospital yang memberikan khidmat 24 jam. Peranan dan tanggungjawab doktor amatlah berat untuk menyelamatkan nyawa. Tak kira siapa tak kira bangsa tak kira agama tak kira kaya atau miskin. Tak kira apa status sosial pesakit. Doktor menjalankan on call dan bertugas melebihi 24 jam dan ada yang melebih 30 jam. Dengan elaun on call yang rendah. Satu-satunya kakitangan awam yang tidak bekerja 8 jam sehari adalah doktor-doktor. Adalah sangat tidak wajar profesion kedoktoran ini diberikan jawatan secara kontrak dan bukannya berjawatan tetap dan berpencen. Jadi, tidak hairanlah ramai yang meninggalkan perkhidmatan awam dan beralih ke klinik swasta kerana merasa kecewa dengan masa depan tidak pasti sebagai pekerja kontrak.
Saya juga ingin menyentuh budaya yang tidak sihat. Walaupun sebelah kaki yang terlibat iaitu masalah buli di dalam hospital-hospital kerajaan. Buli disini bukannya buli dari segi fizikal tetapi buli dari segi mental. Doktor-doktor pelatih, doktor-doktor muda dibuli oleh doktor-doktor yang lebih senior dan juga doktor-doktor pakar. Di hadapan pesakit-pesakit dan keluarga pesakit, mereka ni selalu kena marah. Ada yang kena maki hamun semasa buat apa ni ward round. Perkara ni saya beranggapan serius kerana boleh menjatuhkan maruah seorang doctor, boleh memalukan seorang doktor di hadapan pesakit dan juga di hadapan saudara mara pesakit. Jadi, ramai doktor-doktor pelatih atau doktor-doktor muda ini berhenti dan menyertai bidang lain selain daripada bidang perubatan kerana tidak tahan dibuli. Ini adalah satu kerugian dari segi human capital kerana seseorang perlu menghabiskan masa selama 5 tahun untuk lulus dan mendapatkan ijazah sebagai doktor perubatan. Ada juga laporan doktor-doktor pelatih ini menghadapi tekanan yang sangat teruk dan terpaksa dirujuk ke unit psychiatrist untuk menerima rawatan dan ada juga satu dua kes di mana ada yang sampai membunuh diri. Saya berharap budaya buli ini dapat dihentikan dan satu persekitaran kerja dan pembelajaran yang lebih mesra di antara doktor-doktor senior dan doktor-doktor junior, ini boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit yang menerima rawatan.
Dato' Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM60 juta untuk projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Kos meliputi RM8 juta untuk fasa pertama dan bakinya RM5.2 juta untuk fasa kedua. Saya pernah mengajukan persoalan berkenaan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah ini sebanyak tiga kali di dalam soalan lisan dan juga soalan bertulis saya iaitu pada 22hb 5 tahun 2023 dan pada 23 bulan 2 tahun 2024 dan pada 29 hari bulan 11 tahun 2024. Saya berharap Kerajaan Negeri dapat menyegerakan projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Sultan Azlan Shah ini supaya boleh merancakkan industri pelancongan dan boleh menarik ramai pelabur untuk datang ke negeri Perak. Saya juga berharap akan ramai lagi pengendali-pengendali pesawat penerbangan antarabangsa yang akan menggunakan lapangan terbang ini di masa hadapan supaya kita supaya kita tidak perlu lagi ke KLIA atau ke Penang untuk pergi ke mana-mana destinasi pelancongan di dalam dan di luar negara.
Dato' Yang di-Pertua, mutakhir ini Malaysia menjadi antara destinasi utama lambakkan e-Waste global. Kebanyakkan kilang e-Waste di Malaysia menjalankan operasi secara haram. Membuka kilang memproses e-Waste tanpa permit merupakan perbuatan jenayah. Pada 15 Februari 2025 negeri Perak dikejutkan apabila barang bernilai RM1.3 billion disita atas sebuah kilang memproses e-Waste secara haram di Sungai Siput. Seperti yang kita semua sedia maklum, Sungai Siput ini adalah kawasan di bawah jagaan dua orang Exco Perak iaitu Dun Lintang dan juga Dun Jalong. Bagaimana perkara ini boleh terlepas pandang oleh YB-YB Exco dan lain-lain pihak yang berwajib? Saya juga tidak menafikan kawasan saya juga terdapat kilang e-Waste haram iaitu di Bekor. Tapi apabila saya dimaklumkan oleh penduduk akan ada kilang-kilang haram ini, saya dan pihak yang berwajib dengan pantas telah membuat pemeriksaan dan penyerbuan. Saya bimbang saya berasa bimbang dengan banyaknya kilang-kilang haram e-Waste ini akan merosakkan imej Kerajaan Negeri Perak.
Di sini, saya ingin mengambil perhatian pihak kerajaan negeri bahawa di kawasan saya terdapat kawasan perindustrian PKNP yang sah bukan haram yang sah. Satu kawasan perindustrian PKNP Kuala Kangsar dan satu lagi kawasan perindustrian IKS Simpang Lawin. Kawasan perindustrian di Taman Kuala Kangsar ini banyak telah memberhentikan banyak…telah memberhentikan operasi. Setakat ini, hanya ada tiga kilang sahaja yang masih beroperasi. Manakala kawasan perindustrian IKS di Simpang Lawin hanya ada infrastruktur atau prasarana yang telah terbiar begitu lama tanpa ada sebarang perancangan. Saya berharap pihak Kerajaan Negeri dapat memajukan semula kedua-dua kawasan perindustrian ini dengan membawa pelabur-pelabur membuka kilang-kilang di kawasan ini dan akan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di persekitaran. Saya juga ingin mengambil perhatian daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menyediakan atau memberi peruntukan khas landskap di sepanjang jalan dari Tol Kuala Kangsar sehingga ke kawasan Istana Iskandariah, Kuala Kangsar kerana ini adalah laluan utama untuk ke Bandar Diraja Kuala Kangsar dan Kuala Kangsar juga merupakan bandar destinasi pelancongan.
Dato’ Yang di-Pertua, ramai YB-YB yang telah menyentuh isu tentang pelantikan pegawai khas MB. Saya pun ingin menyentuh juga isu ini. Tidak pernah terjadi dan tidak ada mana-mana MB di negara ini yang mempunyai begitu ramai pegawai khas iaitu seramai 26 orang dan 6 orang di pejabat MB lah. Kalau tak silap saya ya. Jadi, jumlah semua seramai 32 orang untuk membantu MB mentadbir negeri Perak. Apakah ini menunjukkan ketidakmampuan MB untuk mentadbir negeri Perak dan memerlukan begitu ramai pegawai khas? Kalau pun betul ada keperluan untuk melantik pegawai khas MB, saya cadangkan lantiklah mereka-mereka yang berkelayakan, yang berkemampuan dan berintegriti supaya dihormati oleh rakyat dan bukannya melantik dari kalangan anggota Bahagian UMNO dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO yang kalah dalam PRU 15 yang lalu dan terang-terang telah ditolak oleh rakyat.
Di sini saya ingin memetik Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas pada 20 Disember tahun 2022 perenggan 7. Pemimpin telah dilantik. Kerajaan telah dibentuk, Mandat dan kepercayaan diberikan oleh rakyat untuk menjadi Ahli Dewan Negeri merupakan suatu amanah dan tanggungjawab berat yang perlu dipenuhi serta menuntut pengorbanan yang besar penuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan ikhlas, jujur, adil dan saksama berlandaskan perlembagaan berteraskan undang-undang.
Jauhi sifat-sifat angkuh dan bongkak jangan dengan tidak mengamalkan budaya menang, menang semua, di sebaliknya hendaklah bersifat adil, mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program saya ulang ya, sebaliknya hendaklah bersifat adil mengagihkan peruntukan dan melaksanakan program pembangunan secara saksama tanpa prejudis, tanpa diskriminasi, tanpa penindasan kepada mana-mana pihak kerana setiap pengundi adalah makhluk Ilahi dan setiap inci bumi di negeri ini terletak di bawah naungan takhta pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak. Oleh itu, rakyat jangan dihukum untuk menanggung kesusahan. Di sebaliknya dengan menjunjung semangat demokrasi, kepentingan dan kebajikan setiap rakyat jelata hendaklah berada di hati pemimpin dan sentiasa diutamakan.
Selepas titah ini dizahirkan pada tahun pertama, semua YB tak kira kerajaan atau pembangkang mendapat peruntukan yang sama rata iaitu cuma dapat program kotak makanan. Nombor dua peruntukan merayakan, perayaan RM10,000.00 setiap satu perayaan, OG sebanyak RM100,000.00 dan Program Back to School bernilai sebanyak RM25,000.00. Pada tahun kedua, program kotak makanan dan peruntukan perayaan telah diberhentikan manakala peruntukan OG diberi hanya RM50,000.00 dan Program Back to School dipotong separuh tinggal RM12,500.00 sahaja. Pada tahun ketiga peruntukan OG, pada tahun ini ya iaitu tahun ketiga peruntukan OG dan Program Back to School telah diberhentikan. Saya nak tanya Ahli-ahli Dewan terutamanya Ahli-ahli Berhormat dan pembangkang, adakah Yang Amat Berhormat MB telah mengingkari atau melanggar titah Tuanku Sultan?
Ini saya nak tanya. Setuju tak kalau saya kata YAB MB telah mengingkari dan melanggar Titah Tuanku. Sebab kalau setuju apa yang saya faham mengingkari atau melanggar Titah Paduka Seri Sultan, bermakna telah menderhaka pada Sultan. Peruntukan pembangunan Dun yang bernilai RM300,000.00 bukan lagi diuruskan oleh Adun tetapi sesiapa pun boleh membuat permohonan. Untuk membuat permohonan peruntukan ini, peruntukan ini Adun perlu mendapat kelulusan dari pegawai khas MB iaitu calon-calon Adun dari UMNO yang kalah pada PRU-15 yang lalu. Saya beranggapan perkara ini adalah sangat memalukan dan menghina kami Adun yang telah menang dan juga menghina pengundi-pengundi yang telah memilih kami.
Perintah Tetap Dato’ Yang Di-Pertua. 40(7), seseorang seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli lain. Tadi Bukit Chandan, kata MB derhaka kepada Tuanku. Saya mohon Bukit Chandan tarik balik kerana kalau kata peruntukan, peruntukkan masih disalurkan tetapi bukan melalui Adun ataupun ada cara-cara mekanisme yang, yang yang lain. Saya difahamkan masih boleh tulis surat permohonan kepada MB. So, itu tidak betul. Saya mohon Bukit Chandan tarik balik.
Dan saya...
Tarik balik, tarik balik. Tak betul tu.
Ok, saya boleh tarik balik. Sebelum saya tarik balik, saya nak jelaskan yang empat perkara. Yang pertama program kotak makanan, peruntukan perayaan yang RM10,000.00, OG…
Tarik balik lah. Tarik Balik. Kerana peruntukan masih disalur kepada rakyat lagi.
Sekejap…sekejap YB.
Cukup adil, saksama.
YB, YB, sekejap. YB Buntong sekejap. Bagi Chandan gulung, kemudian saya nak cakap. Kemudian saya cakap ok, Chandan.
Ok. saya tekan yang empat tu ok. Yang empat tu telah diberhenti. Itu saya kata yang telah dilanggar. Ok, saya tak nafikan peruntukkan pembangunan sebanyak 300. Saya tak abis lagi ucapan ni. Tapi kalau itu merupakan satu kesalahan saya…
YB Chandan, YB Chandan
Saya menarik balik la kenyataan.
Yang Berhormat…Yang Berhormat, Saya rasa dia kata bukan Tarik balik yang itu, dia kata tarik balik kata-kata penderhakaan yang kata itu, itu tarik balik. Ok.
Saya tarik balik kenyataan saya.
Sila teruskan.
Walaubagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada MB kerana telah menaikkan duit pengurusan pejabat dari RM7,000.00 kepada RM10,000.00. Itulah sahaja yang kami dapat pada tahun ini, kenaikan RM3,000.00. Ada banyak benda yang saya nak bangkitkan di sini, saya tengok masa tinggal 2 minit lagi. Jadi saya sentuh sajalah secara…secara ringkas. Pertama di kawasan saya masih lagi projek grand bazar di lembah masih lagi belum dimulakan. Kemudian projek pesisiran Sayong di bawah SSI masih lagi terbiar dan tiada pengurusan dan mengalami kerosakan. Kemudian, bangunan pasar lama masih lagi belum ada perancangan dan Kuala Kangsar khasnya di kawasan Dun saya memerlukan perumahan awam, perumahan mesra rakyat dan juga atau pun rumah Yayasan Perak.
Akhir sekali, saya ingin merakamkan rasa simpati kepada Gunong Semanggol dimana beliau telah digantung selama enam bulan dari menghadiri Dewan ini. Walaupun cara dan bahasa yang beliau gunakan agak keterlaluan, tetapi saya yakin hasrat beliau tidak lain hanyalah untuk mempertahankan kedaulatan negara, menjaga agama dan memartabatkan bangsa. Selain daripada itu, saya juga mengecam sekeras-kerasnya dan menggesa tindakan yang tegas dan berat diambil kepada syarikat akhbar Sin Chew yang telah mengubah bendera Malaysia dengan membuang lambang bulan iaitu lambang Islam. Mungkin ada pemberita Sin Chew yang mengikuti perbahasan ini, saya ingin berpesan sampaikan kepada management kamu jangan usik sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia ini. Akhir sekali, saya, akhir sekali dengan ini Bukit Chandan merafak sembah dan menjunjung kasih di atas titah ucapan Tuanku. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang saya muliakan Dato’ Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan menjunjung kasih ke atas titah kebawah Duli Tuanku Sultan Perak semasa majlis Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Saya ingin mendahulukan ucapan saya ini dengan isu-isu tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, isu di Taman Kamunting Jaya, satu perumahan yang sudah berusia hampir 50 tahun mungkin lebih, satu taman yang wujud sekian lama dan sewaktu dia diwujudkan, kawasan persekitaran tersebut belum pesat membangun. Tahun-tahun kebelakangan ini saya lihat ada rungutan daripada penduduk taman tekanan air yang sangat rendah yang menyukarkan kehidupan dan membebankan kehidupan penduduk di Taman Kamunting Jaya ini sehingga dikatakan mesin basuh pun ada ketika tertentu tak boleh untuk mengalirkan air masuk ke dalam mesin basuh. Jadi, saya mohon lah supaya pihak kerajaan dapat melihat keperluan menaiktaraf saluran air kepada penduduk Taman Kamunting Jaya ini.
Isu yang kedua yang Tuan Yang di-Pertua di Kampung Sungai Relung sering berlaku banjir kilat. Kalau hujan lebat sikit aje akan berlaku banjir kilat di jalan utama. Mudah sangat naik. Pihak penduduk maklumkan beberapa kali dah perkara ni ke Pejabat Daerah melalui pegawai dia. Saya haraplah pada tahun ni diberikan keutamaan dengan peruntukan yang ada. Jalan ni memang kritikal dan kalau berlaku hujan malam, pagi nak hantar anak memang akan bergelutlah dengan air hujan, anak nak berbasikal ibubapa yang naik motor dan sebagainya. Jadi suasana ni tidak perlu tak sebenarnya berlaku. Tak boleh berlaku sebab Sungai Relung ni bukan pedalaman. Dia hampir sangat dengan kamunting dan dekat saja dengan Taiping.
Yang ketiganya, isu yang dibangkitkan, saya bangkit sidang lepas saya bangkit dalam mesyuarat, saya bangkit tak selesai jugak jalan masuk Sekolah Menengah Bukit Jana dan Sekolah Rendah Bukit Jana. Jalan ni rosak, sempit satu lorong nak pergi 2 sekolah. Jadi ada ketika tertentu ada budak yang jatuh ke lubang, ada mak bapak yang berselisih bila hujan lebat pakat naik, berlaku perselisihan, berlaku pelanggaran, berlaku pergaduhan kecil. Saya harap dapat selesailah cepat. Dah lama sangat dan jalan ini adalah saya minta YB Exco Pendidikan lah sebab dikatakan jalan ini di bawah Kementerian Pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk titah Tuanku di muka surat 18, perkara 25 berkenaan ancaman plastik di sungai dan di laut. Kita sedia maklum bahawa terumbu karang memainkan peranan penting dalam menyokong kehidupan manusia terutamanya dari segi sumber makanan dan ekonomi. Dalam industri perikanan dan juga pelancongan terumbu karang ini sangat penting. Antara ancaman besar yang dihadapi oleh ekosistem terumbu karang ini ialah teknik penangkapan ikan menggunakan pukat harimau yang diseret ke dasar laut menangkap ikan. Bila diseret itu, semua akan masuk. Ikan ke, udang ke, penyu ke, paus ke, jerung ke semua akan masuk dan kalau yang tidak diperlukan itu, dia akan dilepaskan dan lazimnya yang dilepas itu akan mati lah. Penyu akan mati. Semua akan mati. Ini akan menjejaskan kehidupan laut dengan penggunaan pukat harimau.
Yang lebih tragisnya adalah apabila berlaku sekatan bila ditarik pukat harimau ini berlaku sekatan tak boleh tarik lagi diputuskan dan pukat ini akan terdampar di dasar laut. Ini dipanggil ghost net. Pukat hantu. Pukat hantu ni bahaya sebab dia tidak boleh terurai. Dia adalah kebanyakkannya dibuat daripada nylon dan juga bahan-bahan sintetik menyebabkan berlaku memusnahkan hidupan terutama terumbu karang yang menjadi pusat pembiakan ikan dan hidupan-hidupan laut atau pun mengancam ekosistem. Jadi menyebabkan hidupan marin itu akan terjejas lah. Jadi ini akan menyebabkan sumber atau sekuriti makanan di lautan akan terjejas.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya kerja-kerja pemetaan, pinkan di mana tempat-tempat yang terdapatnya pukat-pukat hantu ini dan kena ada satu gerakan untuk di mana dipinkan banyak pukat-pukat ini untuk dibersihkan supaya senang agensi-agensi terbabit atau pihak Kerajaan ataupun ada sukarelawan daripada NGO dan sebagainya yang nak tolong bantu kerana dia akan menjejaskan terutamanya kita nak jaga di kawasan Kepulauan Sembilanlah sebab ini tempat yang kita rasa sangat kita hargai dan sangat orang kata menjadi pusat sumber makanan kita yang terbanyak di sekitar situ dan apabila berlaku pemetaan ni mudahlah untuk kerja-kerja seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga merujuk titah Tuanku perkara yang seterusnya, Perkara 18, muka surat 12 berkaitan menoktahi kemiskinan. Jadi di Kamunting ni dia ada satu pasar. Pasar ini memang aktiflah. Pasar ini ada setiap pagi ada pasar pagi yang menjual barang-barang basah. Ada pasar malam setiap hari Rabu, hari Khamis dan hari Sabtu. Ada pasar pagi Ahad jadi aktif Kamunting ini. Ramai yang datang jiran-jiran berdekatan daerah datang untuk mendapatkan bahan-bahan keperluan dan ketika satu-satu masa, pasar ini menempatkan hampir 300 ke 400 peniaga dalam satu-satu masa. Di sinilah orang-orang Kamunting mencari rezeki. Golongan miskin tegar yang keluarkan dirinya daripada kemiskinan. Daripada pasar-pasar ini, mereka berniaga, ada yang meniaga kuih, ada yang meniaga apam balik, ada yang meniaga pucuk ubi, bunga kantan, apa orang kata barang-barang keperluan kampung terdapat di sini. Jadi mereka meniaga ni bukan nak cari, bukan nak kaya. Sekadar boleh hidup. Lepaskan kehidupan. Sara anak. Bayar sewa rumah. Kalau tak pergi meniaga sehari dua, mungkin akan terjejas. Kalau tambahan pula kalau motor rosak. Jadi inilah tempat mereka mencari rezeki dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi. Pasar ini juga pada saya, ianya membantu aliran ekonomi kepada penduduk Kamunting.
Cuma Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya didatangi oleh peniaga-peniaga pasar ini membuat bantahan rungutan kerana pengurusan baru. Jadi sebelum ni pengurusan diuruskan oleh satu koperasi. Jalan baik. Jalan lancar sepanjang saya menjadi wakil rakyat disitu. Tak ada rungutanlah. Biasalah yang kecil-kecil tapi kebersihan, kutipan dan sebagainya berjalan lancar. Hasil pendapatan koperasi ini dikongsi kepada ahli-ahli. Kebanyakan ahli-ahli ini adalah peniaga-peniaga di pasar ini juga. Tempoh perkhidmatan untuk koperasi ini tamat dan tender baru dibuka oleh Majlis Perbandaran Taiping dan proses temuduga ini dilaksanakan oleh Ahli Majlis dan keputusan pelantikan itu dilantiknya satu kelab untuk mengendalikan pengurusan pasar ini. Jadi, timbul rasa tak puas hatilah daripada kalangan peniaga.
Pertamanya, kelab ni tak ada kena-mengena pun dengan perniagaan. Tak pernah menguruskan perniagaan. Tak pernah menguruskan satu pasar yang besar dan yang lebih menariknya pulak aduan yang saya terima, pengerusi kelab ini adalah setiausaha kepada Ahli Majlis yang temuduga ini. Jadi, bantahan dibuat dan akhirnya sepatutnya mereka masuk untuk menguruskan pasar ini, kelab ini pada bulan satu itu telah ditangguhkan dan proses tender semula dibuat dan hasilnya bila tender semula dibuat ni dapat kat koperasi, dapat kat kelab ini juga. Jadi ni saya tak tahu la mekanisme apa yang digunakan. Kriteria apa yang digunakan menyebabkan peniaga-peniaga ini datang sekali lagi untuk membuat bantahan. Ramai-ramai datang ke pejabat Majlis Perbandaran Taiping berarak. Kemudian berarak pulak pergi ke Pusat khidmat Ahli Parlimen datang ke pejabat saya. Rasa tak puas hati. Jadi apa yang dizahirkan oleh mereka pertama, pihak kelab ini meletakkan satu syarat yang ketat. Saya buka. Saya bawak syarat dia. Syarat dia nak SSM. Kemudian ada akaun bank.
Kena ada sijil pengendali makanan. Saya bagitahu tadi peniaga-peniaga ni peniaga-peniaga kecil. Peniaga-peniaga yang datang berbasikal. Saya pernah tengok ada satu pak cik ini dia buat meja dia dengan buluh. Makna tak mampu sangat. Jadi, mereka mengadu mereka tak mampu dan syarat ini kalaulah mereka tak dapat penuhi, sudah tentu mereka tidak akan dapat meniaga di pasar tersebut. Jadi, saya bimbang bahawa akan wujud lagi, akan bertambah lagi miskin tegar di Kamunting dengan syarat-syarat yang ketat begini.
Saya mohonlah YB Exco atau pihak kerajaan lihat perkara ini. Saya tak mahu perkara ini akan membebankan rakyat Kamunting dan kerana soal makan minum soal fisiologi ini kalau dalam teori Maslow nya, fisiologi itu adalah satu keperluan makan minum, rumah. Kalau dalam Islamnya adalah Darruriyat, keperluan makan. Kalau ini terjejas, dia akan menimbulkan masalah-masalah sosial yang lain dan saya tak mahulah mereka datang pula. Kalau tak selesai, mereka akan datang pula ke Pejabat SUK nak jumpa Menteri Besar. Bawak ramai. Saya tengok ramai datang ke pejabat Majlis Perbandaran Taiping. Jadi saya mohon lah YB Exco atau pun pihak kerajaan selesaikan dan malam tadi saya tengok jugak pihak pengurusan baru tak boleh membekalkan eletrik. Sebelum ini eletrik cantik je. Mereka berniaga saya tengok di bawah lampu yang dibawa mereka sendiri. Ada yang datang seawal pagi lampu tak dak meniaga kuih. Malam saya tengok malam tadi yang yang mencuci kawasan pasar pagi ni pakai lampu macam lampu memotong getah tu. Jadi, pengurusan tidak sempurna dan pembekalan elektrik pun tak mampu. Saya mintaklah tolong selesaikan masalah ini dengan segera. Saya tak mahu perkara-perkara yang tidak baik berlaku kepada peniaga-peniaga yang ada di Kamunting ini kerana ianya akan menjejaskan ekonomi mereka. Walaupun pengurusan ini ada dapat keuntungan dan sebagainya tapi janganlah rakyat-rakyat marhaein ini di kata dianiaya. (Bacaan ayat suci Al-Quran), "Janganlah harta Itu berlegar hanya untuk orang-orang yang tertentu." Biarlah dikongsi kepada semua orang-orang yang miskin. Orang-orang yang tidak berkemampuan.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua adalah biasalah semua sebut pasal peruntukan dan sebagainya. Saya nak sentuh pada wakil rakyat. Wakil rakyat ni dia macam dialah bantu rakyat. Orang tengok wakil rakyat ini dia membantu rakyat. Menyelesaikan masalah rakyat. Masalah peribadi, masalah kewangan, masalah undang-undang, masalah pentadbiran awam dan sebagainya. Orang datang kumpulan-kumpulan tentu datang itulah dia diminta YB selesaikan dan kefahaman kita di Malaysia ini ialah YB itulah tempat dia mengadu. YB itu tempat mengadu. Dia tengok siapa yang bertanding. Saya didatangi borang untuk orang hantar. Borang Back to School. Dia kata, saya kata nak hantar borang back to school. Ada bantuan untuk back to school. Saya kata borang ni saya tak keluar dia datang dari mana. Rupanya alamat pegawai MB. Mereka tak kenal pegawai MB ni. Mereka datang. Jadi, saya terpaksa tunjuk la. Baik kita tunjuk datang hantar ke situ. Rakyat tak kenal. Rakyat datang kat kita kan.
Jadi YB ni juga adalah seumpama Ahli Majlis Bandaran. Itulah orang mengadu longkang. Itulah orang mengadu sampah, nak dapat meniaga dan sebagainya. Orang mengadu dekat YB. Sebab itulah YB ni, wakil rakyat ni kena ada dana. Dia nak buka pusat khidmat. Dia nak dia nak bantu rakyat datang mohon dan sebab itulah rungutan sahabat-sahabat saya sama ada wakil kerajaan, wakil pembangkang sama je urusannya. Jadi sebab tu peruntukan ni tak boleh beza, kena sama rata sebab mereka nak jaga rakyat dan rakyat ni dia tengok YB ni macam peti harta karun. Semua ada kat situ. Geran tanah ada kat situ. Mintak tanah, mintak semua dan sebagainya lah tuan-tuan. Ok, dan kita digemparkan, tiba-tiba digemparkan takde dalam bajet, takde dalam apa, tiba-tiba ada 26 pegawai Menteri Besar dilantik dan peranannya macam Adun jugak.
Jadi saya, saya meneliti lah, saya tengok ada daripada, daripada parti UMNO ada 18 kerusi tak silap saya. Daripada PKR ada 3 kerusi. Daripada parti Amanah ada 4 kerusi, 4 pegawai MB dan DAP 1. Jadi daripada cakap pimpinan-pimpinan saya dengar MB pun pernah cakap bahawa kuota untuk tanding pilihan raya nanti berdasarkan ranking nombor 2 dalam keputusan pilihan raya. tadi saya lihat, check-check tengok memang betul semuanya nombor 2 kedudukan dan diletakkan sebagai pegawai Menteri Besar. Satu lagi bahawa pihak kami tidak ada ketua kampung. Ada pegawai MB, kemudian ada ketua kampung yang diberi gaji dan elaun. Ada ahli majlis. Kita hanya ada peruntukan untuk satu pegawai khas, RM10 ribu itulah yang digunakan dan ada yang melantik pegawai-pegawai tambahan untuk serve aduan rakyat. Jadi apa guna pilihan raya juta-juta yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk melantik wakil rakyat.
Akhirnya, wakil rakyat yang dilantik ini dinafikan banyak perkara. Jadi bila pegawai khas ini dilantik, jadi saya lihat dan ramai yang lihat di bawah bahawa terlalu ramai pegawai khas sepertimana disebut oleh YB Chandan. Yang kedua, kerajaan menafikan pilihan rakyat yang dilantik dalam pilihan raya. Yang ketiganya, saya lihat satu pembaziran wang rakyat, sebab tadi lah. Saya tak tahu ke mana wang ini ataupun peruntukan ini dibelanja. Kita tidak ada data yang center. Kalau kita tahu siapa yang diberi oleh pegawai khas, jadi kita boleh bagi yang lain.
Mohon mencelah. Yang berhormat, Pantai Remis.
Ya.
Ok, terima kasih. Menurut dengan logik Yang Berhormat kata tadi, ini sebagai pembaziran kalau kita melantik lebih pegawai khas kepada MB tetapi sama ada saya mohon pandangan daripada Yang Berhormat, pada ketika 2020 hingga 2022, masa tu setiap kampung mempunyai 3 orang ketua kampung. Jadi samada logik kalau katanya, satu kawasan seorang wakil sahaja. Mengapa masa tu satu kampung ada 3 orang wakil daripada ketiga-tiga parti semasa itu?
Saya tak bicarakan ketua kampung. Itu untuk membantu. Cuma, saya cerita kepayahan dan kesusahan pihak-pihak kami. Peruntukan sama bagi. Peruntukan sama sahaja yang mana bentuknya…
Double standardlah. Double standard.
Yang Berhormat, berbanding dengan zaman kami yg sebagai pembangkang, sekarang peruntukan yang kepada pihak pembangkang lebih baik berbanding masa kami dan juga masa tu kami pada awalnya
2013 bagiaAllowance Adun seorang 4,000 lebih sahaja. Tak ada, masa tu. Tak ada peruntukan untuk pejabat.
Kamunting.
Dan akhirnya kita ada RM7,000 tapi dengan. Tak ada tak apa apa peruntukan lain…
Jangan kelirukan Dewan. Jangan kelirukan Dewan.
Jadi sila lah. Jangan apa-apa kerana you tak dapat. Peruntukan tu untuk kawasan. Bukan untuk Adun.
Kita tak benarkan mereka kelirukan Dewan.
Kamunting, sedikit.
Tiga orang dilantik pada masa itu YB., elaun mereka bertiga sama dengan malahan lebih daripada seorang ketua kampung yang ada pada hari ini.
Ya betul. Bahagi tiga. Seribu bahagi tiga.
Seorang ketua kampung pada masa itu hanya dapat dalam RM100 lebih atau RM200 lebih sahaja.
Tapi logik itu. Tadi yang kata lebih orang adalah bazir dan masa tu tiga orang ketua kampung tidak dapat bantu kerana ramai yang datang ke pejabat saya tanya mana satu ketua kampung yang mereka hendak jumpa.
Dari segi bajet, ketua kampung yang ada pada hari ini, lebih daripada elaunnya daripada tiga orang.
Mereka tak boleh selesai masalah walaupun ada tiga orang.
Jangan kelirukan dewan. Jangan kelirukan dewan.
Kamunting, Manjoi sikit Kamunting.
Tolong bercakap benar.
Saya salah seorang daripada ketua kampung tersebut. Bahagi 3. RM1000 bahagi 3 nak bagitau. Jangan mengelirukan Dewan. Terima kasih.
Saya tidak katakan dengan elaun ketua kampung. Saya dengan logik lebih wakil itulah adalah satu bazir.
Kemudian polisi pada masa itu adalah sangat baik ketika Menteri Besar bersama dengan kami. Menteri Besar pada masa itu adalah orang yang sama pada hari ini tetapi dari segi polisinya berlainan berbanding dia dengan kamu dan dengan kami dan kalau saya nak sebut satu persatu perbezaan itu Insya Allah, saya akan sebut dalam ucapan.
Kamunting, Manjoi sedikit. Kamunting, soalan berkenaan dengan isu pegawai khas MB ni. Saya bagi gambaran ginilah. Satu, tidak dibentangkan pada kita, berapa jumlah bayaran atau pun elaun yang diberikan kepada pegawai khas MB. Sebagai contohlah, saya dengar-dengar lah dari jauh tapi mintak di buktikan. Kalau kita ada 26 orang pegawai khas MB di 26 Dun pembangkang, kalau seorang tu katalah RM10 ribu. Kata lah elaun untuk dia RM5 ribu, elaun pusat khidmat RM5 ribu. RM10 ribu satu DUN. Kita ada 26 Dun. Sebulan kerajaan belanjakan RM290 ribu untuk pegawai khas MB sahaja. Kira-kira RM260 ribu kali dengan 12 bulan, RM3,120,000.00. Duit kerajaan habis. Duit rakyat habis, dihabiskan kepada pegawai khas MB. Sedangkan telah ada Adun-Adun yang efisien yang berkerja. Adun-Adun Perikatan Nasional di sini semua bekerja untuk rakyat. Dibuktikan, ini bukan cerita main-main. Semalam sehingga hari ni semua buat kerja. Kita tak pertikaikan isu tu tapi duit rakyat habis.
Yang menang pilihanraya.
Adakah Kamunting bersetuju, inilah satu pembaziran. Duit kerajaan duit rakyat dibayar dengan duit cukai rakyat. Bukan duit peribadi kita. Terima kasih.
Ok, Terima kasih.
Kamunting. Boleh buktikan parti mana yang suatu masa dahulu membantah lantikan politik teramai pada masa itu., yang membantah.
Yang bantahnya pihak daripada sana lah. Okey, masukkan ucapan sebagai ucapan daripada wakil sahabat-sahabat saya di dalam ucapan saya. Memang berlaku pembaziran dan satu lagi saya nak tegaskan bahawa saya lihat ranking nombor dua ni adalah design untuk pilihanraya. Makna inilah wakil-wakil yang akan bertanding pada pilihan raya yang akan datang. Bersetuju ataupun tidak? Mereka ni mungkin bakal-bakal yang akan bertanding sebab kuota apa pegawai khas inilah kuota parti saya tengok dan kalaulah berlaku pada pilihan raya ke 16, ini menunjukkan satu penyalahgunaan wang rakyat kerana promosi calon daripada awal. Jadi, saya mintak YB ataupun Yang Amat Berhormat jawab, betul atau pun tidak? Kalau tak betul, jawab tak betul. Kalau tak betul, lepas beri ucapan saya tarik balik. Sekian, saya menyokong penuh ucapan titah daripada Ke bawah Duli Tuanku.
Kamunting, Kamunting.
Ok, ada nak tanya, sila.
Minta, minta jangan bawak lah ke jawatankuasa kebebasan. Sat lagi siapa nak semak dan imbang.
Saya menjunjung dan menyokong titah diraja Seri Paduka Baginda Tuanku. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Walaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Kamunting yang berbahas dan tepat pada masanya dan sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan 20 minit, dipersilakan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada semua Adun untuk berbahas termasuk saya. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam perpaduan Tronoh ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli mesyuarat Kerajaan Negeri. Kesemua Ahli Dewan Negeri Perak, seluruh barisan pegawai kerajaan, para media, tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam Dewan ataupun yang sedang menonton siaran langsung.
Dato' Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerana memberi ruang kepada semua Ahli Yang Berhormat termasuk saya bagi menyembah ucapan tahniah dan menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Negeri Perak. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku amat menyentuh hati secara positif kepada warga negeri Perak dan turut disambut dengan amat positif oleh pengguna socmed sama ada anak Perak ataupun anak Negaraku. Saya yang memegang kad identiti dengan kod 08 berasa amat bertuah sekali dan bangga menjadi anak kelahiran negeri Tuanku kerana senantiasa mempunyai pemikiran yang luar biasa memberi pandangan yang bernas serta senantiasa menyatukan rakyat tidak mengira bangsa dan agama. Daulat Tuanku Dirgahayu Tuanku.
Dato' Yang di-Pertua, pada pagi yang mulia ini, Tronoh bangun bagi membahaskan Titah Diraja bagi membawa suara rakyat di kawasan Dun Tronoh. Sebagai satu penghormatan kepada seorang rakan seperjuangan saya, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Yang Berhormat Ishsam merupakan Adun Ayer Kuning. Sebagai rekod, saya ingin mengekalkan kenangan yang manis bersama beliau di mana saya diberi peluang untuk bermain bola sepak mewakili pasukan pilihan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak di padang yang sama melawan pasukan Perak melawan pasukan pilihan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. Beliau merupakan pemain Super Star bagi pasukan negeri Perak dan beliau tidak pernah sesekali bersikap angkuh terhadap rakan sepasukan, kawan ataupun masyarakat. Beliau merupakan seorang yang peramah, senang bergaul serta memberi keazaman sepenuhnya dalam tanggungjawab beliau. Dengan itu, saya berharap rakyat Dun Ayer Kuning dapat memberi ruang kepada penggantinya iaitu calon daripada Kerajaan Perpaduan yang bernama Dr. Ustaz Yusri Bakir bagi menyambung kerja-kerja hakiki yang belum disempurnakan sepenuhnya oleh arwah Ishsam. Dato' Yang di-Pertua merujuk kepada…
Tronoh…
Ekonomi Malaysia bakal diuji…
Tronoh…
Oleh pengumuman Presiden Amerika Syarikat yang mengenakan 24% tarif timbal ke atas Malaysia di mana negeri Perak turut akan terkesan serta merta. Dengan itu, saya percaya Kerajaan Negeri mempunyai strategi tersendiri. Pada masa yang sama, sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang amat penting dalam menyumbang ekonomi negeri Perak. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang telah menggerakkan usaha bagi menjayakan Tahun Melawat Perak 2024. Bermulanya awal tahun 2023 dan sebagai peringatan kita, kita harus mengekalkan momentum itu sehingga tahun 2027 kerana tahun depan iaitu tahun 2026 merupakan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Jalong yang merupakan Exco yang menjaga portfolio pelancongan dan juga pelaburan kerana sudi menjemput saya menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelancongan yang membincangkan inisiatif pelancongan yang dilaksanakan oleh semua PBT di dalam negeri Perak dan juga perancangan yang perancangan pada masa yang akan datang. Daripada mesyuarat tersebut, saya dapat melihat, saya dapat melihat kesemua PBT dan agensi yang berkait dengan pelancongan telah membuat persediaan yang amat rapi bagi Tahun Melawat Malaysia 2026. Tambahan kepada itu Tronoh ingin menjemput semua ke Memory Lane @Tronoh anjuran pejabat Adun Tronoh dan Persatuan Sukan Rekreasi Tronoh serta belia Tronoh pada penghujung setiap bulan dan pada bulan ini Memory Lane @ Tronoh akan diadakan pada 26 April 2025 bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Memory Lane @ Tronoh ini telah diadakan sejak Oktober 2024 dan motif utama untuk program ini adalah untuk menaikkan semula pekan koboi Tronoh yang dulu megah dan pesat semasa zaman perlombongan bijih timah. Dengan itu, saya pada hari ini telah menyediakan satu cenderahati yang turut saya hadiahkan kepada semua bagi mempromosikan Memory Lane @Tronoh ini.
Selain itu, bagi memesatkan sektor pelancongan di negeri Perak, MAHB turut membantu dengan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dan kerja-kerja penaiktarafan Fasa 1 hampir siap sepenuhnya. Tambahan kepada itu hasil daripada penyertaan mesyuarat tersebut, saya turut menerima info bahawa sesebuah syarikat penerbangan yang terkemuka sedang mencari-cari laluan penerbangan yang baru daripada laluan daripada Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh. Dengan itu, hari ini saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar laluan penerbangan yang baru iaitu Ipoh ke Hat Yai dan Hat Yai ke Ipoh yang tidak pernah ada sebelum ini. Saya percaya laluan penerbangan ini akan mendapat sambutan yang baik daripada seluruh rakyat negeri Perak dan pelancong yang datang ke negeri Perak.
Dato' Yang di-Pertua merujuk kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Perak merupakan salah satu penyumbang makanan berasaskan ternakan di negeri ini khususnya daging, ayam dan telur. Ternakan seperti lembu, kerbau, ikan dan babi turut menjadi penyumbang kepada keterjaminan makanan di negara. Tronoh hari ini juga ingin mengingatkan Manjoi bahawa ternakan babi turut menyumbang kepada keterjaminan makanan bagi mereka yang bukan beragama Islam. Saya dan Manjoi merupakan pemimpin bagi era yang baru. Sama-samalah kita mencari solusi secara yang mencari solusi yang mampan dan tidak lagi mengambil isu rakyat menjadi modal politik memecahkan rakyat antara Islam dan bukan Islam.
Tronoh bagi laluan Manjoi,
Biar saya habis dulu.
Lepas ini Tronoh boleh bagi…
Biar saya habis dulu. Berilah peluang kepada Tronoh untuk membentangkan isu dan cara menangani isu rakyat. Tronoh ingin mengingatkan semua bahawa kerajaan tidak akan menghalang mana-mana penternakan sekiranya semua aspek diuruskan dengan sebaik-baiknya oleh pemilik ternakan tetapi malangnya ada sesetengah pihak yang menjadi penternak lembu dan kerbau yang tidak bertanggungjawab dengan melepaskan ternakan mereka telah mendatangkan pelbagai kacau ganggu kepada penduduk di kawasan Dun Tronoh. Tronoh ingin menarik perhatian semua jabatan, agensi ataupun mana-mana pihak sahaja yang dapat membantu menguruskan masalah lembu dan kerbau yang berkeliaran untuk bekerjasama sebagai satu pasukan. Isu lembu dan kerbau berkeliaran menjadi topik perbincangan utama di kawasan Dun Tronoh khususnya saya memberikan tempat-tempat yang tertentu. Nombor 1, Taman Bemban Raya, Indian Settlement Batu Gajah, Taman Pusing Baru dan banyak banyak lagi tempat yang menjejaskan keharmonian penduduk di sana. Sebenarnya, seperti yang kita tahu lembu dan kerbau berkeliaran ini mempunyai tuannya tetapi dilepaskan daripada kandang dan mendatangkan pelbagai kacau ganggu kepada masyarakat. Apabila merujuk kepada pihak berkuasa, pihak berkuasa pula menolak tanggungjawab kepada satu pihak berkuasa yang lain.
Dengan itu, Tronoh ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Perak untuk mengkaji kaedah ataupun dasar yang telah diambil dan sedang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Dalam pengetahuan saya, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan agar melantik kontraktor yang berkaliber untuk menangani penangkapan lembu dan kerbau yang berkeliaran sekiranya tidak mempunyai kekuatan jentera untuk mengatasi masalah tersebut. Setahu saya, dasar tersebut telah disambut baik oleh warga di sana. Kaedah yang diambil adalah seperti contoh, Pihak Berkuasa Tempatan membayar setiap ekor lembu yang berkeliaran yang ditangkap oleh kontraktor sebanyak RM1500. Sebagai contohya. Sekiranya pemilik kepada lembu tersebut ingin menebus semula hasil penangkapan, pemilik tersebut perlu membayar denda sebanyak RM1500 seekor ataupun lebih tinggi dan sekiranya tiada pemilik yang datang menebus dalam masa 7 hari hasil tangkapan tersebut akan dilelongkan mengikut harga pasaran. Dengan cara ini, ia turut dapat meningkatkan hasil PBT dan membantu menyelesaikan masalah penduduk. Saya berpendapat ini adalah salah satu dasar yang amat baik bagi mengendalikan aduan penduduk di merata tempat negeri Perak kerana dengan cara ini kita juga boleh menambahkan hasil bagi setiap Pihak Berkuasa Tempatan.
Dato’ Yang di-Pertua, perubahan cuaca yang sedang berlaku di negara ini menjadi semakin mencabar dan susah untuk dijangka. Sekiranya mengikut tahun tahun sebelum ini, sepatutnya sekarang berada dalam musim yang panas dan kering tetapi sejak Januari 2025 sehingga sekarang penduduk di kawasan Dun Tronoh telah diuji dengan beberapa siri banjir kilat sehingga tempat yang sebelum ini bukan hotspot banjir pun telah menjadi tempat hotspot untuk banjir, hanya dalam tahun ini. Jalan Keretapi Kampung Gunung Hijau Pusing, Taman Medan Pusing, Kampung Piandang Siputeh, Taman Bemban Raya, Jalan Pusing Batu Gajah merupakan kawasan hotspot banjir sekarang. Baru-baru ini, tempat yang lama tidak mengalami banjir atau pun tidak pernah banjir turut mengalami banjir kilat seperti di Kampung Baru Nalla, laluan masuk Desa Tronoh Jaya, Lebuh Raya Ipoh-Lumut berdekatan Bahagian Tronoh dan Batu Gajah Perdana, laluan Jalan Kampung Bali Tanjung Tualang, Bahagian Medan Bali Emas turut mengalami banjir pada tahun ini.
Sememangnya kita semua di sini harus akur suka atau tidak tiada sesiapa yang boleh mengawal cuaca melainkan Tuhan tetapi kami sebagai insan yang kerdil dapatlah merancang cara-cara pencegahan yang sepatutnya diambil demi mengelakkan situasi bertambah buruk. Dalam hasil tinjauan saya, saya melihat beberapa faktor telah menyumbang kepada banjir kilat di beberapa kawasan. Antara contohnya, banjir kilat di kawasan Jalan Keretapi Kampung Gunung Hijau Pusing. Ia terdapat struktur haram di atas laluan air Sungai Menderus. Discharge outlet di bawah Lebuh Raya Ipoh-Lumut yang tidak dapat lagi menampung jumlah air hujan dan juga paras sungai yang cetek disebabkan tanah yang terkumpul dalam sungai.
Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPS kerana sudi menyediakan satu laporan kepada pejabat saya dan telah mencari punca-punca halangan tersebut. Dengan itu, saya memohon jasa baik semua pihak seperti Pejabat Daerah Kinta, JPS dan JKR bekerjasama menyelesaikan perkara tersebut yang telah saya bangkitkan tadi. Bagi kawasan Taman Medan pusing pula, saya ingin mencadangkan kerajaan memberi peruntukan agar kerja-kerja pembersihan kolam takungan banjir Taman Medan Pusing kerana saya turut dimaklumkan tiada peruntukan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan kolam takungan banjir yang sehingga hari ini kolam takungan banjir tersebut telah dipenuhi dengan semak serta saya juga ingin memohon peruntukan tersebut untuk menaiktaraf sistem perparitan monsoon drain di kawasan tersebut. Bagi kawasan Kampung Piandang Siputeh pula, saya mengesyorkan agar kerajaan berunding dengan penduduk di kawasan tersebut untuk berpindah dengan menyediakan tapak perumahan yang berisiko rendah banjir dan tempat tersebut diwartakan menjadi tempat takungan air Sungai Selinsing kerana di Kampung Piandang Seputeh ini, sebelum saya menjadi Adun pun, kawasan tersebut telah menghadapi banjir bagi banyak kali dan sebenarnya sebelum ini pernah ada rundingan untuk membeli tanah ganti tetapi ada juga sebahagian penduduk yang tidak memberi respon.
Tronoh, bagi saya ....
Ya, silakan...
Terima kasih kerana Tronoh kena bagi peluang kepada saya ya. Saya nak tanya, Tronoh bersetuju dengan saya atau tidak cerita banjir ni daripada tahun pertama kita jadi YB kita dah bincang macam-macam dah. Tapi isu yang terbaru ni saya rasa Tronoh pun banyak taman dan sebagainya macam saya, bila meletupnya saluran paip di Putra Height, perlu atau tidak pihak berkuasa terutamanya PBT, yang pertama, dia orang mesti ada masterplan. Dia orang mesti tahu di mana paip-paip itu dan berkala pantauan berkala mesti dibuat dan paling penting sekali kita sebagai YB sekurang- kurangnya ada info contoh di Tronoh, ada berapa taman, ada tak saluran paip bawah tu. Jadi tak mahulah bila dah meletup esok kita pun tercari-cari, PBT langsung tak tau apa. Setuju tak dengan saya?
Tronoh, bagi saya.
Sekejap, saya jawab Alor Pongsu dulu.
Bagi sikit ya hujung.
Terima kasih atas perkara yg dibangkitkan oleh Alor Pongsu. Sememangnya…sememangnya tidak dinafikan perkara itu harus dikenali oleh setiap Adun di kawasan tetapi kita harus akur di mana perubahan iklim pada hari ini memang tidak dapat dikawal oleh kami melainkan Tuhan saja yg tahu. Dengan itu, ya memang masterplan tu merupakan satu keperluan tetapi saya percaya sehingga hari ini semua agensi dan semua PBT ataupun Pejabat Daerah telah bertungkus lumus untuk mengawal keadaan banjir di setiap kawasan. Ya Manjoi.
Terima kasih kepada rakan saya, Tronoh. Saya tertarik bila Tronoh sebut Manjoi tadi saya bagi point sahaja untuk Tronoh apa ni lontarkan balik balasan. Yang disebut semalam adalah Kampung Tanjung Keramat, kampung majoriti Melayu. 98% orang Melayu Islam di situ. Kenapa ada kandang babi dalam kampung tersebut? Orang Melayu Islam bagi tahu ustaz tolong bangkitkan isu ini, isu yang sangat besar. Saya mohon Kerajaan Negeri untuk selesaikan isu ini sebab orang-orang Melayu Islam kita terdesak dan dia orang tertekan isu tersebut. Kenapa ada kandang babi dalam Kampung Melayu? Kedua, minta Astaka sekejap ya. Kedua, tolong semak balik kandang-kandang babi haram dalam Dun Ayer Kuning dan Tapah ini yang dibina di atas tanah kerajaan. Apa tindakan kerajaan? Tanah kerajaan itu tanah kita, kenapa dibiarkan kandang babi haram saya sebut yang haram bukan berlesen dalam tanah kerajaan. Ketiga, ini penting untuk kita semua isu berkenaan dengan alam sekitar. Jika dibebaskan najis-najis babi di dalam sungai-sungai di kawasan tersebut, ia menyebabkan pencemaran dan menyebabkan masalah besar kepada rakyat di kawasan Dun Ayer Kuning. Ini isu besar yang bukan main-main dan saya rasa ini isu kepentingan kita bersama. Terima kasih Tronoh.
Tronoh mohon mencelah. Tiba tiba, Manjoi sangat prihatin dengan Ayer Kuning. Semalam Sungai Mandi kata PRK kita ceramah dekat luar tapi gunakan sidang Dun. Tidak apa kita prihatin kepada rakyat juga. Untuk isu yang sama juga Tronoh, setujukah Tronoh bahawa isu penternakan babi itu sebenarnya sudah lama dan sebelum ini masa parti pembangkang jadi kerajaan pun tidak menyelesaikan masalah tersebut dan hanya mempermainkan isu ini semasa PRK yang akan datang?
Terima kasih kepada semua yang telah membangkitkan isu-isu yang tertentu dan ya sememangnya kami nampak apakah halatuju daripada sebelah sana untuk membangkitkan isu sempena adanya PRK di Ayer Kuning ini dan saya turut ingin menjawab kepada Yang Berhormat Manjoi. Pada hari ini, saya tidak, saya bukan Exco. Saya hanya Adun biasa. Saya tidak mempunyai apa-apa statistik ataupun tidak dapat mengesahkan sama ada perkara yang dibangkit oleh Adun Manjoi tersebut yang sepatutnya menjaga Manjoi, bukannya Ayer Kuning, ok. Saya tidak ada apa-apa data untuk kawasan tersebut tapi saya percaya Yang Berhormat Exco akan menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih. Dengan itu, Dato Yang di-Pertua saya sambung, nak landing dah. Kerajaan pada hari ini telah menyedia…
Tronoh, Julai tahun lepas 2024. Kita...
Kamunting sekejap, saya tak beri ruang kerana saya nak habis dah masa takde. Maaf.
Dia tak bagi, Kamunting dia tak bagi jalan.
Saya sudah bagi banyak ruang kepada ahli-ahli di sebelah sana. Kerajaan pada hari ini telah menyediakan suatu dana bagi membantu mangsa bencana yang dilanda banjir ataupun ribut. Bantuan wang ihsan yang disampaikan kepada penduduk berjumlah RM200 bagi setiap pemohon ataupun Ketua Isi Rumah. Saya ingin mencadangkan agar bantuan wang ihsan ini dapat dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM500 iaitu setaraf dengan Bantuan Khairat Kematian Negeri Perak kerana bantuan wang ihsan berjumlah RM200 itu adalah amat kurang bagi mangsa bencana. Dengan itu, saya berharap seperti inisiatif-inisiatif ini yang dicadangkan, yang baik ini turut mendapat sokongan daripada pihak sebelah sana. Dengan itu, saya mengakhiri ucapan perbahasan saya di sini. Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua dan selamat bersidang. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Tronoh. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk memulakan perbahasan. 20 minit dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim., atas nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan dari Persekutuan dan juga daripada negeri, tuan-tuan, puan-puan, rakan-rakan media yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah atas rahmat dan rahimnya. Kita dapat meneruskan perbahasan di Dewan yang mulia ini demi membangun negeri Perak yang tercinta ini.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Dato' Speaker yang memberi laluan kepada Kuala Sepetang untuk turut sama pada hari ini mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Tuanku. Semalam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah sudi mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Bagi Penggal Kelima Belas. Kuala Sepetang menjunjung kasih atas, Titah Tuanku yang menzahirkan kepedulian menyeluruh terhadap pembangunan negeri, kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kelestarian alam, keadilan sosial, kemajuan teknologi dan perpaduan rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, terlebih dahulu Kuala Sepetang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan negeri atas kejayaan meningkatkan kutipan hasil negeri kepada RM1.33 bilion pada tahun 2024 berbanding RM1.21 bilion pada tahun 2023. Ini adalah sesuatu peningkatan sekitar RM118 juta. Dato' Yang di-Pertua, kerajaan juga memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku bahawa peningkatan hasil ini telah membolehkan negeri mencatatkan lebihan belanjawan atau dengan izin budget surplus sebanyak RM45.62 juta. Namun begitu Dato' Yang di-Pertua, pengumuman tersebut telah menggugat ketenangan saya malam tadi. Ia amat misteri dan menimbulkan persoalan besar yang perlu diperjelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Izinkan saya mengimbau kembali fakta pembentangan Belanjawan Perak pada tahun 2024. Pada akhir tahun 2023, ketika itu Kota Tampan memohon kelulusan peruntukan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM1.35 bilion. Dalam pembentangan itu juga, Kerajaan Negeri menjangkakan hasil dan terimaan pembangunan sekitar RM1.2 bilion sekali gus membayangkan belanjawan defisit sebanyak RM67.5 juta. Namun hari ini kita dimaklumkan bahawa hasil sebenar negeri mencecah RM1.33 bilion oleh kerajaan, dan Kerajaan mengumumkan pula belanjawan lebihan buat tahun ketiga berturut-turut. Saya percaya dan yakin kemungkinan inilah kali pertama dalam sejarah negeri mahupun mungkin inilah kali pertama dalam sejarah negara apabila sesebuah kerajaan membentangkan bajet defisit tetapi kemudian mendakwa mencatat lebihan bajet meskipun hasil sebenar RM1.33 bilion itu masih kurang daripada anggaran perbelanjaan asal iaitu RM1.35 bilion yang diluluskan di dalam Dewan ini. Oleh kerana laporan bajet lebihan ini belum diaudit, maka dari sudut pengurusan fiskal semasa, ia masih wajar dikira sebagai belanjawan defisit kerana hasil yang diterima belum melepasi jumlah perbelanjaan yang diluluskan.
Dato' Yang di-Pertua, Kuala Sepetang khuatir bahawa Kerajaan Negeri tergesa-gesa mengisytiharkan lebihan demi menonjolkan kehebatan pentadbiran kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Walhal angka tersebut memerlukan semakan yang lebih teliti. Sekiranya angka surplus RM45.62 juta ini benar, maka ianya boleh dicapai sekiranya kerajaan tidak membelanjakan sepenuhnya bajet yang telah diluluskan di dalam
Dewan ini. Ini memberi maksud bahawa Kerajaan Negeri telah gagal melaksanakan program dan inisiatif seperti yang dijanjikan dan hanya membelanjakan sekitar RM1.284 billion iaitu lebih jauh rendah dari peruntukan asal. Maka ini bukan kejayaan fiskal, tetapi petanda kelemahan penyampaian ketidakefisienan pentadbiran dan kegagalan menjelmakan manafaat belanjawan kepada rakyat.
Dato' Yang di-Pertua, jalan berlubang, infrastruktur terbiar, banjir kilat yang berulang. Semua ini berlaku bukan kerana kekurangan bajet tetapi kerana bajet tidak digunakan secara tuntas. Awal tahun ini Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengan nada yang agak angkuh menyatakan bahawa beliau melantik pegawai khas di kawasan-kawasan Pembangkang kerana kononnya wakil rakyat pembangkang ini rata-ratanya gagal menjalankan tugas tetapi hari ini, siapa sebenarnya yang gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang cekap? Kegagalan membelanjakan bajet bukanlah penjimatan. Ia adalah kegagalan penyampaian dan ketirisan dari segi pelaksanaan dasar. Ini bukan rasuah tetapi ini adalah ketirisan kecekapan. Setiap sen yang tidak sampai kepada rakyat adalah hak rakyat yang telah disia-siakan. Dato' Yang di-Pertua, maka daripada melantik puluhan pegawai khas untuk menggantikan wakil rakyat pembangkang ini mungkin Menteri Besar yang perlu kita gantikan.
Dato' Yang di-Pertua, dalam segmen kewangan hari ini, Kuala Sepetang turut tertarik dengan punca peningkatan hasil negeri yang dilaporkan. Antaranya berpunca daripada penjualan tanah milik Kerajaan Negeri kepada Tenaga Nasional Berhad ataupun TNB. Ini menimbulkan persoalan besar. Apakah wajar Kerajaan Negeri melepaskan hak milik tanah kepada sebuah syarikat luar meskipun ia berkaitan Kerajaan Persekutuan? Berapa luas tanah yang telah dijual kepada TNB? Dan berapakah bayaran sebenar yang diterima oleh Kerajaan Negeri hasil penjualan ini? Maklumat ini penting dan wajib dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dan rakyat Perak keseluruhannya.
Dato' Yang di-Pertua, tanah adalah aset negeri yang tidak boleh diganti setelah kita lepaskan. Menjual tanah bagi menampung hasil semasa negeri bukan sahaja tidak mampan, malah mencerminkan kegagalan Kerajaan Negeri menggubal strategi hasil jangka panjang. Apakah kerajaan kini terlalu terdesak untuk menunjukkan angka lebihan dalam akaun kewangan negeri sehingga tergamak menjual harta rakyat? Selain penjualan kepada TNB, Kerajaan Negeri juga dilaporkan akan mengutip hasil yang lebih tinggi melalui premium tambahan bagi projek pembangunan dan pemajuan tanah industri serta perumahan berimpak tinggi. Ia kedengaran agak menarik tetapi bagaimana mekanisme dan penilaiannya?
Dato' Yang di-Pertua dan rakan-rakan Yang Berhormat sekalian, ukuran premium yang tinggi ini seringkali boleh dimanipulasi melalui cadangan kertas kerja dan rundingan terus. Hingga akhirnya jumlah yang dibayar kepada kerajaan adalah kecil berbanding dengan keuntungan besar yang dinikmati oleh pemaju. Ini mewujudkan ketirisan nilai yang sebenar kepada tanah-tanah kerajaan. Malah di beberapa daerah di Perak telah wujud lambakan projek perumahan dan komersial yang tidak dapat dijual, terbengkalai dan langsung tidak berpenghuni. Projek-projek ini bukan sahaja tidak memberi manafaat kepada rakyat, bahkan ia menjadi beban landskap pembangunan yang tidak berfungsi. Persoalannya, mengapa kerajaan terus meluluskan pembangunan baru kononnya berimpak tinggi sedangkan keperluan sebenar rakyat dan realiti pasaran tidak diambilkira? Adakah penjualan tanah dan kutipan premium ini benar-benar memberi manafaat kepada rakyat atau sekadar menguntungkan pemaju-pemaju tertentu?
Dato' Yang di-Pertua, oleh itu Kuala Sepetang mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperkenalkan mekanisme pelupusan tanah yang lebih telus dan berakauntabiliti termasuk melalui sistem tender terbuka bagi penjualan tanah-tanah di dalam negeri ini, khususnya untuk pembangunan perumahan dan juga komersial. Tanah bukan sekadar sumber hasil. Ia adalah lambang kedaulatan ekonomi negeri. Kita tidak boleh membenarkan Kerajaan Negeri terus menjual tanah semata-mata untuk mencipta naratif kewangan yang tampak indah di atas kertas, tetapi merugikan masa depan negeri dan rakyat di dalam diam.
Dato' Yang di-Pertua, isu kilang sisa elektronik haram. Kuala Sepetang Ingin turut membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semalam mengenai isu kilang sisa elektronik atau e-Waste haram di Sungai Siput. Jumlah barangan yang disita yang bernilai RM1.3 billion adalah amat mengejutkan. Nilai sebenar ini sudah tentu memerlukan tapak operasi yang luas dan sistematik. Ini menunjukkan kilang tersebut bukan baru sehari dua beroperasi. Mustahil sebuah kilang sebesar itu beroperasi dalam masa singkat tanpa diketahui oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah, Jabatan Alam Sekitar dan agensi-agensi yang berkaitan. Ini bukan hanya soal penguasa penguatkuasaan yang lemah tetapi tanda kecuaian sistematik dan kelemahan tadbir urus yang amat-amat serius. Operasi haram ini turut mengancam kesihatan awam kerana e-Waste mengandungi bahan toksid seperti plumbum, merkuri dan arsenik yang boleh menyebabkan kanser dan pencemaran kekal. Malaysia telah lama menjadi destinasi lambakkan e-Waste dari negara maju.
Laporan Greenpeace dan Interpol menamakan negara kita antara lima penerima sisa elektronik haram yang tertinggi di dunia. Banyak kilang beroperasi dengan memalsukan dokumen kastam dan lesen import. Menjadikan negara ini tong sampah elektronik dunia ketiga. Kuala Sepetang juga menyambut baik Titah Tuanku agar penguatkuasaan diperketat, namun Perak masih belum memiliki satu pelan strategik negeri, pengurusan sisa elektronik yang menyeluruh. Maka saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri membentuk pasukan tindakan khas dengan izin taskforce mengenai sisa elektronik untuk merangka dasar pengurusan sisa elektronik secara komprehensif dan proaktif. Dato' Yang di-Pertua jika isu ini terus ditangani secara ad hoc, maka kita bakal mewarisi bumi Perak yang rosak ini kepada anak cucu kita. Undang-undang juga mesti dikuatkuasakan dengan tegas terhadap pengendali kilang-kilang haram ini sebagai pengajaran kepada yang lain.
Dato' Yang di-Pertua, isu pencerobohan tanah dan penjenayah alam sekitar. Selain itu, perhatian juga harus diberikan terhadap penerokaan tanah kerajaan secara haram yang menyebabkan kerugian besar kepada negeri ini. Laporan Disember 2022 mendedahkan sebanyak 7,872.71 hektar tanah telah diceroboh. Majoritinya adalah untuk aktiviti pertanian, diikuti penternakan, perusahaan dan kediaman setinggan. Pencerobohan ini menimbulkan ketegangan sosial khususnya melibatkan tanah-tanah adat orang asli. Sebagai contoh, pada Mac 2025, masyarakat orang asli di Bidor mendakwa tanah adat mereka diceroboh. Tanaman dimusnahkan, malah tanah dipajakkan kepada anak syarikat kerajaan tanpa pengetahuan mereka. Mengapa ini terjadi? Mengapa anak syarikat Kerajaan Negeri pun boleh terlibat sama. Satu lagi insiden yang membimbangkan berlaku di Tapah apabila pencerobohan rizab paip air Lembaga Air Perak menyebabkan paip pecah dan lebih 50,000 pengguna terputus bekalan air.
Soalnya di sini, bagaimana kerja haram sebegini boleh berlaku dengan permit pembangunan yang sah? Adakah kerana tiada pemantauan atau berlaku rasuah atau pejam mata atas dasar hubungan politik? Mujur ia hanya paip air, bukan paip gas. Jika tidak, tragedi lebih besar mungkin berlaku. Walaupun Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Usaha Haram dan Setinggan, keberkesanan jawatankuasa ini perlu disemak semula. Kuala Sepetang mencadangkan mencadangkan dasar pajakan tanah dikaji semula. Penguatkuasaan diperketat dan hak komuniti orang asli dipertahankan dengan serius. Kita tidak boleh berkompromi dalam soal undang-undang dan kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.
Dato' Yang di-Pertua, Kuala Sepetang mengalu-alukan Titah Tuanku agar dicari jalan perpaduan dan keseimbangan antara kaum dan agama di negeri ini dan juga di negara ini. Sebagai orang Islam, kita dikehendaki Allah berbaik-baik sesama manusia. Firman-Nya dalam Surah Al-Mumtahanah, Ayat 8 yang bermaksud: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Perpaduan memerlukan pemahaman antara agama, tolak ansur dan juga kejujuran. Bagaimana usaha perpaduan pun akan gagal jika kerajaan gagal melaksanakan undang-undang dengan adil tanpa tunduk kepada mana-mana politik atau badan bukan kerajaan yang berkepentingan kelompok. Lebih berbahaya, kerajaan mengambil jalan mudah, menunding jari kepada parti politik Pembangkang sebagai punca perpecahan kaum dan agama. Segala-gala yang buruk, ditunding kepada Pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan yang tidak menyebelahi keputusan kerajaan. Sedangkan ketidakadilan Kerajaan dalam sesetengah perkara yang dilihat menyebelahi pihak yang salah sehingga mengecilkan hati masyarakat majoriti boleh menjadi seperti bara dalam sekam yang bakal membakar negara pada satu masa nanti. Keadilan bukan untuk siapa yang paling kuat, mengugut atau menjerit tetapi ia meletakkan sesuatu yang hak pada tempatnya.
Dato' Yang di-Pertua, Kuala Sepetang bukan berdiri di sini…Sikit lagi Dato'. Kuala Sepetang bukan berdiri di sini untuk menolak segala usaha Kerajaan tetapi berperanan menegur, menimbang dan menyeimbangkan pandangan-pandangan kerajaan. Titah Tuanku ialah ilham dan iltizam yang harus kita junjung dengan tindakan yang jujur dan ikhlas. Bukan hanya dengan tepukan pemanis majlis. Marilah kita utamakan kebenaran dan bukannya kepentingan. Marilah kita raikan perbezaan bukan permusuhan.
Dato' Yang di-Pertua, negeri ini terlalu berharga untuk digadai oleh perbalahan kecil dan kerakusan kuasa. Titah Tuanku, sekali lagi saya ulang ialah ilham dan iltizam yg harus dizahirkan dalam tindakan. Bukan sekadar tepukan pemanis majlis. Kepada rakan-rakan kerajaan, jangan alah ditegur, sebaik-baiknya pemimpin yang mendengar nasihat dan menerima kritikan secara terbuka. Yang baik itu sesungguhnya datang daripada Allah Subhanahuwata'ala dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan saya sebagai manusia biasa. Sekian Kuala Sepetang menjunjung kasih Titah Tuanku yang luhur. Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Walaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kuala Sepetang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk memulakan perbahasan 20 minit di persilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil alamin wassolatu wassalamu ala Asyraf al Anbiya wal Mursalin. Wa'ala Alihi Wasahbihi Ajmain Ammaba. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, letua-ketua jabatan, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan, para hadirin seterusnya rakyat Perak yang dirahmati dan dikasihi Allah Subhanahu Wata'ala. Terima kasih di atas ruang yang diberikan kepada Kampong Gajah untuk membahaskan perbahasan menjunjung kasih atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas. Dato’ Yang di-Pertua, sebelum Kampong Gajah memulakan perbahasan, ingin saya mengambil kesempatan pada tengah hari ini untuk mengucapkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa ribut di Kampong Gajah yang berlaku pada 13 April 2025 yang mengakibatkan lebih 100 buah rumah yang mengalami kerosakan teruk termasuk…sama ada yang melaporkan buat laporan polis mahupun yang tidak buat laporan.
Ketika mana saya turun melawat kawasan-kawasan kampung sempat di Kampung Sungai Timah, Kampung Sungai Kerang, Belia Sungai Pari, Seberang Perak, Kampung Seberang Perak, Bandar Tua, Pasir Generis, Kampung Biak, Kampung Teluk, Kampung Raja dan beberapa tempat lagi, keadaannya tidak boleh digambarkan kerana ada rumah yang bumbungnya habis terus, kuda-kuda rumah pun habis terus nampak langit. Ada gazebo atau pun tempat duduk berehat duduk di atas bumbung rumah orang. Kaki gazebo tu mengadap ke langit. Jadi keadaan ni, tak boleh kita nak gambarkan bagai mana kesedihan dan apa yang mereka harapkan tidak lain dan tidak bukan tentulah bantuan-bantuan yang akan diberikan yang Insya Allah dan saya amat mengharapkan daripada kerajaan bagi membantu mereka sama ada dalam baikpulih segera rumah mereka yang hilang terus atap, ada yang pokok, rumah ditimpa pokok, habis terus rumah.
Jadi, saya sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh Kampong Gajah oleh rakyat di Kampong Gajah amat-amat mengharapkan mohon pihak-pihak agensi yang terbabit untuk segera menyalurkan bantuan, kurangkan birokrasi bagi membolehkan mereka ini dapat duduk dalam keadaan yang selesa balik, dapat bumbung, dapat atap dan sebagainya. Begitu juga terlibat dua sekolah. Sekolah menengah, Sekolah Menengah Seberang Perak dan juga Sekolah Kebangsaan Seberang Perak. Terima kasih kepada YB Exco Tanjung Belanja turun melawat sendiri, yang saya dapatkan maklumat yang belum rasmi mungkin perbelanjaan untuk repair sahaja untuk sekolah menengah hampir RM700 ribu. Ha tu yang belum rasmi lagi. JKR belum datang lagi buat bacaan semua. Sekolah sendahnya RM300 ribu yang melibatkan kelas, melibatkan stor dan sebagainya. Ini juga perlukan juga mengharapkan kelulusan segera diberikan untuk keselesaan anak-anak murid untuk mereka belajar. Begitu juga keselesaan guru-guru untuk meneruskan P&P ataupun pembelajaran, sistem pembelajaran dan sebagainya.
Dato’ Yang di-Pertua, Kampung Gajah ingin memulakan perbahasan pada pagi ini dengan masalah-masalah di kawasan saya. Yang pertama, dalam Titah Diraja Tuanku bertitah, kerajaan ini perenggan yang ke-19, “Kerajaan Beta komited memastikan setiap rakyat dapat mendiami rumah sama ada melalui pemilikan mahupun sewaan. Kampong Gajah menyambut baik seruan ini yang perlu digalas oleh pihak kerajaan. Cuma perlu ditambah atau diberi perhatian pihak kerajaan, rumah yang cantik tidak memberi makna kalau bekalan air dan api tiada atau pun bermasalah. Kampong Gajah ceritakan di sini bahawa masalah air masih berlarutan di Kampong Gajah. Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak kerajaan. Pada Disember, pada sidang Dewan Disember 2023, saya dah bangkitkan masalah ini dan dijawab oleh Exco yang terlibat, yang berwajib mengatakan masalah air di Kampong Gajah sudah selesai. Tapi sebenarnya memang tak selesai-selesai. Setiap kali raya, ayor tak ada. Bila ayor tak ada, raya. Kadang-kadang tak raya pun, ayornya beso bilah gurih api apa je. Tak leh nak buat apa. Kenapa tidak diberikan keutamaan perkara ini sedangkan masalah air ini kadang-kadang menjadi modal politik. Di Kelantanlah, di Kedah lah, sedangkan di Perak, Kampong Gajah ni Perak. Walaupun YB dia pembangkang. Bukan masalah YB, bukan YB nya nak kena mengatorkan paipnya, pihak kerajaan kena fikirkan, perlu luluskan.
Saya yakin dan percaya LAP dia ada kepakaran. Mereka reti untuk menguruskan, menyelesaikan. Cuma perlukan kelulusan, perlukan tindakan daripada kerajaan dan agensi-agensi terbabit. Harap-harapnya raya tahun depan tidak timbul masalah. WhatsApp raya ni, raya tahun sudah…awal raya terus takde ayor dah. Raya tahun ni…toksah…lagi. WhatsApp datang pada handphone YB ni bukan ucap Selamat Hari Raya, cerita ayor mana? Jadi tolonglah selesai kan. Saya tak nak jawapan-jawapan politik manis tapi nak satu jawapan dengan serta tindakan yang dapat Insya Allah orang Kampong Gajah boleh senyum bila raya…ni sembahyang raya pun…muka, muka masam je. Nak kata tak mandi, mandi tapi kot mandi tebing barangkali. Pasal Kampung Gajah tepi sungai. Jadi tak logik lah.
Yang keduanya, masalah letrik. Rumah nak guna letrik. Begitu juga saya. Alhamdulillah, terima kasihlah pihak TNB. Projek RM200 ribu. Apa berlaku pada tahun sudah tapi masih lagi tidak selesai masalah low voltage. Homestay di Kampung Biak, buat homestay, habis biar orang datang duduk, lampu tak ada? Begitu juga di Geronggong, tempat yang masalah utama dibangkitkan. Saya terima kasih dengan projek ni tadi tapi tak dapat menyelesaikan masalah. Saya sembahyang Terawih di masjid surau Geronggong. Datang-datang berlaku ketika situ lampu terus gelap. Haaa ni la dia kata YB, kami kabor tak jadi lagi. Kami bagi tahu yang masalah elektrik ni, elok YB datang tengok sendiri. Tak terkata. Di Biak, minta Alhamdulillah. Terima kasih juga TNB hantar genset tapi tak cukup dengan itu cara penyelesaian. Saya amat mengharapkan perlu ada cara penyelesaian iaitu menaiktaraf sistem voltan yang menyeluruh kerana Kampong Gajah masih dalam keadaan sekarang ni kalau kita lihat seluruh di Kampong Gajah, banyak perumahan-perumahan yang dibangunkan yang tentunya menggunakan elektrik by elektrik yang tinggi dan begitu juga rumah-rumah sekarang udah pakai aircond. Jadi kena ada naik taraf yang berbentuk menyeluruh supaya di Kampong Gajah. Maksud sekarang dalam kawasan Kampong Gajah ni tidak ada lagi masalah-masalah eletrik.
Yang ketiga, merujuk kepada perenggan 10, antara peruntukan yang terbesar dan adalah 10 projek Rancangan Tebatan Banjir, nilainya ratusan juta. Alhamdulillah dan Kampong Gajah mengharapkan ia memang ada termasuk sebahagian daripada Kampong Gajah. Cumanya, satu masalah banjir yang tidak selesai yang dialami oleh penduduk kampung bertahun-tahun iaitu di kawasan Kampung Lubuk Keli, Sarang Tiong, Sungai Rebana, Permatang Guntong, Pengkalan Ara, Badak Berendam, Lubok Keli Tanjung, Sungai Nyior dalam Mukim Sungai Durian, Daerah Hilir Perak. Cadangan untuk mengadakan ban pencegah banjir dan air pasang bermula daripada Kampung Lubuk Keli sehingga Kampung Tanjung Sari perlu dibina dan saya dah masukkan suarakan perkara ini di dalam Mesyuarat Tindakan Daerah pada 2023. Sehingga sekarang, kalau tengok dalam minit, disebutnya masih menunggu kelulusan. Masih menunggu kelulusan peruntukan. Jadi, saya amat mengharapkanlah pihak kerajaan cuba meneliti dan menilai atau segera berikan kelulusan peruntukan yang telah dibawa oleh Daerah Hilir Perak untuk mengadakan ban daripada Kampung Lubuk Keli sampai ke Tanjung Sari. Kesian mereka kerana banjir ini dia bukan hanya melibatkan mereka kena pindah ke PPS atau sebagainya tapi dia melibatkan keselamatan, kesihatan, ekonomi penduduk. Jadi harap pihak kerajaan boleh mengambil cakna atau ambil berat perkara ini.
Yang keempat perenggan yang ke-30, Tuanku bertitah masjid perlu dinamik dengan program-program yang dapat menarik minat dan penyertaan lebih ramai golongan belia. Bagi saya bukan golongan belia. Perkara ini perlulah disambut dengan baik golongan belia dan seluruh golongan perlu dijadikan masjid sebagai tempat tumpuan. Cuma satu masalah yang saya bangkitkan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Kerang yang begitu uzur. Surat permohonan telah dihantarkan kepada YAB MB untuk diadakan ataupun dibina masjid baru bagi keselesaan dan bagi saya dia juga dapat kalau satu masjid yang baru yang selesa ia dapat merealisasikan untuk dinamikkan program-program dalam masjid ini tadi yang dititah oleh Tuanku. Penduduk sehinggakan keinginan untuk diadakan masjid untuk dibina masjid adakan kutipan. Kutipan dah hampir separuh daripada kos yang telah diletakkan. Maka dua perkara yang saya mohon di sini yang dibawa wakil daripada Sungai Kerang.
Yang pertamanya, kerajaan meluluskan peruntukan yang secukupnya bagi pembinaan Masjid Al-Hidayah Sungai Kerang. Yang keduanya kalau tak ada sangat-sangat bajet tadi tengok tinggi nilaian dan sebagainya, keuntungan dari segi ekonomi meningkat, tapi kalau tak ada nak diguna disalurkan tempat lain, tolong beri keizinan kepada penduduk Sungai Kerang untuk mereka membina masjid menggunakan hasil kutipan dan wakaf mereka sendiri. Yang kelima Bukit Tunggal di Kampung Gajah adalah tempat yang menarik dijadikan tempat rekreasi, hiking, jungle tracking. Dulu-dulu kita pernah dengar kisah di Kampung Gajah ni di Bukit Tunggal adanya larian Bukit Tunggal. Cuma sekarang ni trek untuk naiknya sudah tidak terjaga, tidak diselenggara. Walau pun begitu ramai juga orang yang naik ke Bukit Tunggal, cuma keadaan ni berbahaya dan tidak selamat. Saya harap agensi terbabit bolehlah pelancongan boleh untuk nak naikkan Bukit Tunggal menjadikan tempat tumpuan ramai untuk diselenggarakan, baik pulihkan trek. Trek tu kalau boleh di atas tu dah cantik dah. Orang lama dulu dah buat dah. Trek ada asas untuk diperbaiki supaya Insya Allah mudah-mudahan ia menjadi tempat yang menarik pengunjung-pengunjung dari luar Kampong Gajah datang Kampong Gajah.
Yang keenam saya mewakili suara PPK Seberang Perak untuk menyatakan beberapa hasrat PPK Seberang Perak bagi merealisasikan pihak PPK Seberang Perak membantu petani di kawasan tersebut. Hasrat pertama mereka ialah diberi pemilikan tanah di Lot 2755 di Mukim Bandar kepada mereka untuk mewujudkan ladang benih padi iaitu dengan ladang benih padi benih ini mampu untuk memenuhi kehendak keperluan petani setempat. Yang keduanya pemilikan dua lot bagi Lot 3049 dan Lot 3048 juga dalam mukim yang sama, yakni bagi kegunaan aktiviti-aktiviti pertanian yang juga tapak semaian kelapa sawit bagi membantu mereka untuk mendapatkan anak benih sawit yang berkualiti dan tentunya lebih murah Insya Allah.
Timbalan Yang di-Pertua berdasarkan perenggan 36, Islam menekankan aspek ihsan dan belas kasihan. Islam menganjurkan ummah untuk melakukan yang baik dan indah. Firman Allah Subhana Wata'ala, (bacaan Ayat Quran) sesiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun nescaya ia akan dilihat atau ditimbang. Orang Islam meyakini adanya hari pembalasan, adanya hari akhirat, adanya dihitung baik, adanya diberikan azab seksa bagi yang melakukan kejahatan. Kerana itulah Islam menganjurkan penganutnya untuk melakukan baik pada semua bukannya manusia, kepada binatang juga tidak boleh melakukan zalim. Zalim ni disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahu kalau dizalim orang yang dizalimi doanya terhadap Tuhan tidak ada hijab sama ada orang Islam walaupun orang bukan Islam. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (bacaan Ayat Quran) Sunnah Nabi iaitu maksud aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu pegang kedua-dua perkara ini dengan kukuh, tidaklah kamu akan sesat iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Islam adalah cara hidup. Bukan sekadar ibadat atau amalan ritual sahaja. Allah Subhana wa Ta'ala berfirman (bacaan Ayat Quran) disebut dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, Addin iaitu cara hidup yang diredhai Allah Subhana Wata'ala. Kerana itu dilihat Islam itu syumul menyentuhi seluruh aspek kehidupan kerana dialah cara hidup bukan hanya semata-mata ibadat sebagainya kita kena sembahyang, puasa dak.
Cara hidup kita mesti kena ikut Islam iaitu kerana itulah kita umat Islam perlu pegang sungguh dengan Islam sekuat mungkin. Biar digeluh leher-leher kita, biar dikerat leher- leher kita berpaling daripada agama Islam tidak sama sekali. Maka perlulah kita pegang pada Islam dengan berpolitik cara politik Islam, berekonomi dengan ekonomi Islam, beribadat dengan cara ibadat Islam. Begitu juga berakhlak dengan akhlak Islam. Tidak boleh dipisahkan antara dunia dan akhirat. Memisahkan urusan dunia dan agama iaitu fahaman sekular adalah bercanggah dengan ajaran Islam atau pun tidak boleh menyamakan semua agama kerana menyamakan semua agama ataupun dipanggil pluralisme agama juga tidak boleh dalam Islam. Kerana itu Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda (bacaan Ayat Quran), Islam itu paling tinggi tak ada yang lebih tinggi pada Islam. Kita mesti menjadikan Islam sebagai panduan kita pada setiap saat.
Saya tertarik bila semalam Astaka bagitahu tentang isu-isu yang dibangkitkan. Sebenarnya memang PAS menjadikan Islam sebagai panduan tetapi itu bukanlah sebab perpecahan. Memang dalam Perlembagaan PAS, Al-Quran Sunnah, Ijmak dan Qias dan PAS semampu mungkin untuk menjadikan corak politiknya mengikut politik Islam atau pun dipanggil siasah syar'iyyah. Semampu mungkin untuk menjadikan Islam itu sebagai panduan kerana politik Islam bukan politik kebencian dan permusuhan tetapi politik kasih sayang dan keharmonian. Politik Islam bukan politik menipu dan mengadu domba. Politik Islam ialah menjunjung kebenaran dan fakta. Kita tidak mengamalkan politik Machiavelli. Nak dapatkan sesuatu boleh buat apa cara tapi Islam mengajar kita (Al-Khair ya tu yar tu barru wasilah.) Matlamat tidak menghalalkan cara. Sebagai contoh kalau nak menang boleh rasuah tapi Islam tak bagi. Bab tu Alhamdulillah setakat ni pimpinan PAS bersih lagi kerana pegang kepada perlembagaan-perlembagaan. Kalau nak menang sanggup buat tuduhan palsu, membuat persepsi jahat, gelombang hijau, taliban dan sebagainya. Persepsi-persepsi ini sebenarnya tidak tepat.
YB ada berapa isu lagi?
Sikit lagi.
Masuk perenggan terakhir. Sila.
Tidak bertepatan dengan apa yang telah dibawakan oleh Islam. Alhamdulillah di Malaysia Islam merupakan negara merupakan agama negara. Kita sebagai orang Islam harus bersyukur. Kita sebagai orang Islam harus sedaya upaya memelihara nikmat yang diberikan kepada kita semua. Islam membawa rahmat kepada semua kerana rahmat Islam itulah kita semua dapat duduk dalam Dewan ini tanpa mengira bangsa tanpa mengira agama. Walaubagaimanapun perlu diingat dalam Islam adanya seruan jihad. Jihad Difai’, Jihad Futuhi iaitu mempertahankan akidah bagi mempertahankan nyawa bagi mempertahankan tanah air. Maka jangan ada di kalangan-kalangan kita yang melanggar garisan merah yang menyebabkan naiknya sentimen, naikkan kemarahan kepada orang-orang Islam seperti mana kalimah Allah pada stoking di mana kacaunya orang bukan Islam terhadap urusan orang Islam. Perkara inilah yang menimbulkan kerusuhan. Bukan politik yang menjadi bukan politik itu sendiri atau politik yang mengambil Islam itu sebagai garis panduan.
Untuk akhirnya, saya mengharapkan Jabatan Agama Islam dan agensi-agensi yang berkait dapat meneruskan penerangan dan penyebaran agama Allah dan agama Islam yang disebut Innaddina Indallahil Islam yang kita ingat, sesungguhnya penyebaran agama Islam ini merupakan tanggungjawab kita semua. Sebelum penutup, saya tertarik dengan perbahasan Manjoi. Saya tertarik dengan perbahasan Manjoi tentang kandang babi di Ayer Kuning. Saya kebetulan ditugaskan di Tanjung Keramat di kampung saya yang di yang dimaksudkan kandang babi di kampung saya ni. Saya tanya di situ penduduk di situ di antaranya perkara yang bawa ini adalah kumbahan itu najis itu dibawa ke dalam Sungai Batang Padang. Memang menimbulkan keresahan dan bukan ini sahaja, bukan waktu ini yang Manjoi bawa naik. Sebenarnya perkara ni dah di bawa naik sebelum ni. Lama dah disebut dua tiga kali di JPKK di bawa naik, mantan calon ada bawa naik tetapi tidak ada tindakan atau belum ada tindakan. Jadi menunjukkan keprihatinan Perikatan Nasional. Tak kita tak tahu perkara ini. Bukan kita jaga Ayer Kuning. Ayer Kuning sebelum ni orang lain jaga. Cuma tak di bawa naik ke dalam Dewan ni.
Di atas keprihatinan Perikatan Nasional kepada masyarakat di Ayer Kuning, Manjoi bangkit walaupun ditohmah kepada dia macam-macam hal. Jadi saya mengharapkan pihak kerajaan dapat juga menilai dan penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap apa yang dibangkitkan oleh YB Manjoi tadi bukan hanya semata-mata kerana PRK atau sebagainya dan kami di sini, mengharapkan insyaAllah Ustaz Muhaimin, kehadapan ni Ustaz Muhaimin, Insya Allah dia akan masuk Dewan dia akan bawa masalah-masalah rakyat insyaAllah. Ini berita baik Insya Allah untuk wakil daripada Ayer Kuning. Jadi untuk akhirnya, wabillahi taufiq hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pokok Assam untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi kerajaan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang dan mengizinkan saya untuk menjunjung kasih atas Titah Diraja Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Saya berasa amat bersyukur dan bangga dengan Titah Diraja yang menyatakan ekonomi Malaysia mencapai pertumbuhan 5.1% pada tahun 2024 berbanding pertumbuhan 3.6% pada tahun 2023. Prestasi pencapaian ini disokong oleh pengembangan aktiviti pelaburan yang kukuh, peningkatan berterusan eksport barangan dan perkhidmatan serta perbelanjaan isi rumah yang mampan. Inisiatif strategik Kerajaan Madani telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia yang memberangsangkan pada tahun 2024.
Rekod pelaburan yang diluluskan mencapai tahap tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM378.5 bilion. Ia meningkat sebanyak 14.9% dari tahun ke tahun dan jumlah pelaburan ini menjangkau 6,700 projek merentas sektor utama yang dijangka akan mewujudkan lebih 207,000 pekerjaan baru. Ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama. Susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat mengenakan 24% tarif timbal balik ke atas Malaysia, ia berpotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Namun Kerajaan Persekutuan tidak menjangkakan akan berlaku kemelesetan kerana ekonomi Malaysia akan kekal berdaya tahan, disokong oleh makro ekonomi yang kekal kukuh termasuk perbelanjaan isi rumah, pelaburan domestik dan penerimaan pelancong di samping pelaksanaan agenda reformasi dan perindustrian di bawah beberapa pelan induk negara. Kini, tiba masanya bagi semua pihak berganding bahu dalam membangunkan ekonomi negara tanpa terus terjerat dalam permainan isu perkauman dan agama.
Dalam Titah Diraja juga menyatakan bahawa kita sedang berhadapan cabaran di mana politik kebencian dijadikan pilihan oleh sesetengah pihak dan dikhuatiri negara bakal menghadapi warga yang tidak lagi bersatu, malah membenci dan memusuhi antara satu sama lain. Negara kita ini semakin disemai benih-benih kebencian secara keterlaluan sehingga terhakisnya kompas moral dan gugurnya empati apabila berurusan dengan pihak yang tidak sekata. Kelihatan semakin subur budaya fitnah, semakin sarat budaya yang merestui perbuatan menghina dan menjatuhkan maruah lawan politik dan semakin luntur nilai-nilai keinsanan dan kemanusiaan. Kebenaran bagaikan tiada lagi mempunyai nilai dan harga. Hanya dengan perpaduan, sikap saling menghormati dan tumpuan terhadap kemajuan bersama barulah Malaysia dapat melangkah lebih jauh sebagai sebuah negara maju, inklusif dan sejahtera untuk semua.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana telah berjaya mencapai matlamat Tahun Melawat Perak 2024 dan mempromosikan nama baik negeri Perak di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Negeri Perak telah meletakkan sasaran kehadiran 8 juta pelancong domestik dan 350 ribu pelancong asing pada sepanjang kempen-kempen Tahun Melawat Perak 2024. Kempen Melawat Perak 2024 telah merekodkan satu kejayaan melepasi sasaran kehadiran pelancong iaitu sebanyak 10.2 juta pelancong harian iaitu bersamaan dengan kelebihan 27.5% berbanding dengan sasaran, telah direkodkan masuk ke negeri Perak dan daripada jumlah itu, seramai lebih dari 940 ribu pelancong antarabangsa yang bersamaan dengan kelebihan sebanyak 168% daripada sasaran telah direkodkan melawat negeri Perak sepanjang tahun 2024. Perkembangan berkenaan membuktikan negeri Perak yang dilimpahi banyak khazanah dan keunikan mampu menarik ramai pelancong dalam dan luar negara. Sektor pelancongan mampu menyumbangkan lebih banyak pendapatan bukan sahaja untuk negeri tetapi juga untuk rakyat negeri Perak. Walau bagaimanapun, usaha untuk mempromosikan Perak harus diteruskan dan dipergiatkan sebagai persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026.
Timbalan Yang di-Pertua, untuk meningkatkan sektor pelancongan negeri, kerajaan perlu melaksanakan beberapa persiapan strategik yang lebih menyeluruh. Di sini, saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil perhatian. Kerajaan perlu membantu untuk memperbaiki dan membangunkan infrastruktur pelancongan seperti jalan raya dan pengangkutan awam yang lebih sempurna dan liputan wifi yang lebih meluas, pembangunan fasiliti pelancongan seperti pusat maklumat pelancong, tandas awam dan tempat penginapan yang selesa dan bersih untuk meningkatkan pengalaman pelancong. Selain itu, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak latihan dan kursus kepada tenaga kerja dalam…dalam industri pelancongan bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka terutamanya dalam bidang perkhidmatan pelanggan dan pengurusan pelancongan. Kerajaan boleh menawarkan insentif kepada individu atau organisasi yang melabur dalam latihan profesional untuk meningkatkan lebih banyak tenaga kerja mahir. Kerajaan juga perlu meningkatkan promosi pelancongan ke peringkat antarabangsa dan domestik melalui kempen pemasaran yang lebih inovatif menggunakan media sosial, iklan dalam talian dan kolaborasi dengan agensi pelancongan global. Untuk menarik pelancong yang lebih pelbagai pula, kita perlu menggalakkan pembangunan pelancongan berasaskan eko pelancongan, pelancongan budaya, pelancongan pengembaraan, pelancongan warisan dan juga makanan tempatan.
Membangunkan acara tahunan yang unik dan bertaraf antarabangsa juga akan menambah tarikan seperti festival seni dan kebudayaan, acara sukan ekstrem dan pertandingan antarabangsa. Kita juga perlu memperkenalkan penggunaan teknologi dan digitalisasi seperti aplikasi mudah alih untuk membantu pelancong merancang perjalanan mereka dan memberikan informasi terkini mengenai destinasi pelancongan. Selain itu, kita perlu memastikan pembangunan pelancongan tidak merosakkan alam sekitar dan sumber semula jadi. Program pelancongan mampan dan mesra alam perlu diperkenalkan untuk menjaga kelestarian destinasi pelancongan. Kita perlu menggalakkan pelancongan hijau yang memfokuskan kepada pelancongan yang memelihara biodiversiti dan landskap semula jadi. Peningkatan keselamatan dan kebajikan pelancong juga merupakan usaha yang perlu kita berikan perhatian kerana ia memberi kesan langsung kepada pengalaman pelancong dan reputasi destinasi. Kita perlu memastikan persekitaran yang selamat dan mesra untuk pelancong dengan meningkatkan sistem keselamatan, memberi latihan kepada pengusaha dan pekerja pelancongan mengenai protokol keselamatan serta menawarkan insuran perjalanan yang mencukupi dan menyediakan maklumat mengenai keselamatan pelancongan di semua platform termasuk dalam talian dan melalui pejabat pelancongan. Pelancong lebih cenderung memilih destinasi yang mereka rasa selamat dan terjamin. Keselamatan dan layanan yang baik akan memberikan imej positif kepada pelancong luar dan reputasi baik ini akan tersebar melalui media sosial, blog pelancongan dan mulut ke mulut yang secara tidak langsung menjadi promosi percuma.
Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan juga perlu menjalin kerjasama yang lebih erat dengan industri swasta dalam sektor pelancongan untuk memastikan pembangunan yang holistik. Ini termasuk penyediaan penginapan, restoran dan aktiviti pelancongan yang berkualiti tinggi serta menyediakan insentif atau pembiayaan untuk perniagaan pelancongan yang ingin melabur dalam pembangunan produk dan perkhidmatan pelancongan. Apabila pengusaha industri pelancongan melaksanakan penambahbaikan prasarana dan kemudahan yang ditawarkan bagi menarik minat pelancong, ini sekaligus akan meningkatkan jumlah kehadiran mereka. Dengan penglibatan aktif pihak swasta, produk dan perkhidmatan pelancongan dapat dipertingkatkan menjadikan Perak destinasi yang lebih menarik bagi pelancong domestik dan antarabangsa. Kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat memperkukuhkan usaha Kerajaan Negeri dalam mempromosikan Perak sebagai destinasi pelancongan utama termasuk melalui kempen seperti Tahun Melawat Perak. Gabungan dan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta ini membolehkan pembangunan pelancongan yang lebih efektif, efisien, kreatif dan berdaya saing. Dengan adanya langkah-langkah tersebut, kerajaan dapat memastikan sektor pelancongan negara berkembang secara mampan dan memberi manfaat ekonomi yang besar kepada komuniti tempatan.
Timbalan Yang di-Pertua, beralih kepada Bandar Warisan Taiping yang merupakan antara bandar tertua di Malaysia. Tahun 2024 menandakan satu detik bersejarah apabila Taiping menyambut ulang tahun yang ke-150 dengan meriahnya dan berjaya menarik lebih daripada satu juta pelancong. Ini membuktikan potensi besar Bandar Warisan Taiping untuk menjadi destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Menerusi pelbagai dasar dan usaha bersepadu pasukan Ahli Parlimen dan Adun kawasan Taiping bersama Majlis Perbandaran Taiping, Pejabat Daerah Larut Matang dan Selama serta agensi-agensi kerajaan yang lain dan komuniti Taiping dengan bantuan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri khususnya Pejabat Exco Pelancongan dan juga Tourism Perak telah menganjurkan sebanyak 154 program sepanjang tahun 2024. Program-program ini bukan sahaja dapat merangsang ekonomi tempatan, malah turut meningkatkan tahap keterlihatan Taiping di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sebagai persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026, baru-baru ini Bukit Larut telah dibuka semula kepada orang awam mulai 1 hb April 2025 selepas ia telah ditutup selama 5 tahun akibat kejadian tanah runtuh pada November 2019. Sepanjang tempoh penutupan pelbagai kerja pemulihan dan penambahbaikan telah dilakukan termasuk menaiktaraf jalan dan cerun oleh Jabatan Kerja Raya untuk memastikan keselamatan pengunjung dan pembaikan empat buah banglo iaitu Banglo Beringin, Banglo Angkasa, Banglo Tempinis dan Banglo Gunung Hijau. Sebenarnya saya berpandangan bahawa punca utama berlakunya tanah runtuh di Bukit Larut adalah disebabkan oleh cuaca yang semakin ekstrem dan kekurangan kerja penyelenggaraan. Tidak dapat dinafikan bahawa hujan lebat yang berpanjangan dengan curahan hujan yang tinggi akan mengakibatkan tanah menjadi tepu air dan kehilangan kestabilan, terutamanya di kawasan berbukit. Bukit Larut mempunyai cerun semulajadi yang curam dan struktur tanah yang mudah terhakis, menjadikannya mudah terdedah kepada runtuhan jika tidak diselenggara dengan baik, terutamanya saliran yang tidak berfungsi dengan baik. Kekurangan kerja penyelenggaraan menyebabkan sistem saliran lama di Bukit Larut sentiasa tersumbat dengan tanah dan daun-daun pokok menyebabkan air bertakung di lereng bukit dan menambah tekanan pada cerun. Air yang mengalir laju di permukaan atau bawah tanah boleh menghakis lapisan tanah dan akar tumbuhan menyebabkan tanah menjadi longgar. Jika tiada sistem saliran yang baik di lereng bukit, air akan terus terkumpul dan mempercepatkan proses ketidakstabilan cerun.
Dengan tenaga kerja hanya seramai 25 orang pekerja Majlis Perbandaran Taiping yang bertugas di kaki bukit dan di atas Bukit Larut serta kerja-kerja penyelenggaraan JKR yang bertanggungjawab ke atas jalan dari kaki bukit sehingga atas bukit hanya 2 kali setahun. Sebenarnya, Bukit Larut masih berisiko tinggi menghadapi masalah tanah runtuh sekiranya tiada usaha penambahbaikan kerja-kerja penyelenggaraan diambil selepas ini untuk mengurangkan risiko tersebut. Sepanjang penutupan Bukit Larut selama 5 tahun, peruntukan hampir RM20 juta telah digunakan untuk kerja-kerja pembaikan cerun dan jalan di Bukit Larut akibat kejadian tanah runtuh yang berulang. Sekiranya sebahagian peruntukan ini boleh digunakan untuk menambahbaik kerja-kerja penyelenggaraan dan menambah bilangan pekerja MPT di Bukit Larut, ia berkemungkinan besar dapat mengurangkan risiko dan kekerapan berlakunya tanah runtuh. Langkah pencegahan ini bukan sahaja akan membantu menjimatkan kos perbelanjaan untuk membaiki cerun dan jalan yang disebabkan oleh tanah runtuh. Ini juga boleh menambah kekuatan tenaga kerja di Bukit Larut untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan membantu menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan lebih sempurna.
Timbalan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan satu pusat penyelidikan biodiversiti dibangunkan di Bukit Larut sebagai langkah strategik yang selari dengan aspirasi negara untuk menjadi lebih mesra alam dan hijau. Bukit Larut yang kaya dengan kepelbagaian biologi menawarkan potensi besar untuk penyelidikan dan pemuliharaan. Bukit Larut merupakan habitat kepada 621 spesies tumbuhan tanah tinggi mewakili 20.4 % daripada keseluruhan spesis tumbuhan tanah tinggi di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kawasan ini juga menjadi rumah kepada 27 spesis mamalia, 227 spesies burung, sembilan spesis reptilia dan 56 spesis amfibia.
Kepelbagaian ini menjadikan Bukit Larut sebagai lokasi yang ideal untuk kajian biodiversiti dan pemuliharaan. Para penyelidik boleh mengenal pasti spesis tumbuhan dan haiwan yang terancam serta menjalankan kajian untuk melindungi ekosistem di kawasan tersebut. Hal ini penting agar khazanah alam terus terpelihara. Selain itu, pusat ini boleh menyumbang kepada penyelidikan saintifik dan mampu menarik minat para saintis dan penyelidik tempatan dan antarabangsa untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang sains dan alam sekitar. Bukit Larut mempunyai pelbagai spesis unik yang sesuai untuk dikaji dalam bidang perubatan, pertanian dan bioteknologi. Penemuan baru pastinya boleh dimanfaatkan untuk kemajuan negara. Pusat ini juga boleh dijadikan tempat pendidikan dan kesedaran alam sekitar. Pelajar dan masyarakat umum boleh didedahkan kepada kepentingan menjaga alam sekitar melalui lawatan dan program pembelajaran di sana. Pusat ini mampu menarik penyelidik dan pelancong yang berminat dengan alam semulajadi. Ini dapat menjana pendapatan penduduk setempat melalui aktiviti eko-pelancongan yang beretika dan lestari. Bukit Larut memiliki semua ciri yang diperlukan untuk dijadikan pusat penyelidikan biodiversiti yang berprestij. Keunikan alam semula jadinya, tahap pemeliharaan serta potensi untuk pembangunan penyelidikan dan pendidikan menjadikan lokasi ini sangat sesuai untuk menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti negara. Oleh itu, pihak oleh itu, kita perlu mempertimbangkan langkah untuk membangunkan Bukit Larut sebagai pusat penyelidikan biodiversiti yang berimpak tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana telah meluluskan satu peruntukan sebanyak RM10 juta untuk tujuan pemuliharaan dan penambahbaikan kemudahan di Taman Tasik Taiping. Saya ingin mencadangkan bahawa satu perancangan yang lebih teliti untuk menggunakan peruntukan ini supaya dapat memberi impak yang positif kepada komuniti dan pelancongan. Dengan adanya pelbagai usaha di Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping, saya juga ingin mencadangkan satu jejak Eco Pelancongan Bersepadu yang merangkumi tiga destinasi utama iaitu Bukit Larut, Taman Tasik Taiping dan Kuala Sepetang. Ketiga-tiga lokasi ini mempunyai keunikan tersendiri. Bukit Larut dengan kehijauan hutan tanah tinggi dan biodiversiti yang kaya. Taman Tasik Taiping sebagai taman rekreasi tertua di negara ini yang mendamaikan dan Kuala Sepetang pula terkenal dengan hutan paya bakau, kehidupan nelayan tradisional serta keindahan kelip-kelip di waktu malam. Ketiga-tiga inilah yang menjadi faktor utama Bandar Taiping dinobatkan anugerah bandar ketiga paling lestari di dunia pada tahun 2019. Dengan menggabungkan ketiga tiga dalam satu jejak atau laluan pelancongan, kita bukan sahaja dapat menawarkan pengalaman pelancongan yang menyeluruh, malah dapat merangsang ekonomi tempatan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan memperkukuhkan lagi usaha kita ke arah pelancongan mampan dan mesra alam.
Saya percaya dengan sokongan Kerajaan Negeri, kerjasama pihak swasta dan penglibatan komuniti setempat. Jejak eko pelancongan ini boleh menjadi satu model pelancongan unggul yang bukan sahaja memelihara alam tetapi juga memajukan masyarakat dan menjadi salah satu destinasi eko pelancongan utama di negara ini. Dengan persiapan yang sedang giat dijalankan oleh kerajaan Negeri Perak, kita mampu menjadikan Negeri Perak sebagai destinasi utama para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan negeri Perak pastinya dapat membantu Kerajaan Malaysia.
YB ada berapa isu.
Last. Negeri Perak pastinya dapat membantu kerajaan Malaysia mencapai sasaran untuk menarik 35.6 juta pelancong antarabangsa dengan jangkaan pendapatan sebanyak RM147.1 billion pada Tahun Melawat Malaysia 2026. Sekian perbahasan hari ini daripada Pokok Assam. Pokok Assam menjunjung kasih Tuanku. Pokok Assam mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pokok Assam. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan, Ahli-ahli Ex-Officio, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua agensi sama ada persekutuan mahupun negeri. Rakan-rakan media dan seluruh rakyat negeri Perak yang menyaksikan sidang ini secara atas talian khususnya rakyat di Dun Pengkalan Hulu yang amat disayangi dan dicintai. Insya Allah. Pengkalan Hulu menyokong usul menjunjung kasih atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas pada 15 April yang lalu. Pengkalan Hulu juga ingin menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Yang Berhormat Ishsam Shahruddin yang telah menyambut seruan Ilahi pada bulan lalu. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk turut serta dalam perbahasan pada tengah hari ini. Dalam perenggan ke 16 telah disebut berkaitan dengan TVET (Pendidikan Vokasional dan Teknikal). Justeru, saya ingin menyentuh isu yang amat penting kepada masa depan anak-anak muda belia-belia di negeri Perak yang kita cintai ini iaitu mengenai halatuju dan pelaksanaan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional iaitu TVET di negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua saya menyambut baik komitmen Kerajaan Negeri dalam menjadikan Perak sebagai koridor TVET negara menjelang 2030. Inisiatif seperti penubuhan Majlis TVET Negeri Perak. Penghantaran pelajar ke luar negara dan Program Jelajah TVET adalah langkah ke hadapan dan langkah ini patut dipuji. Namun, sebagai wakil rakyat daripada blok pembangkang, saya juga memikul tanggungjawab untuk menilai secara kritikal dan memberikan cadangan penambahbaikan demi memastikan matlamat ini benar-benar memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat di negeri Perak ini. Isu-isu dan cabaran semasa yang saya nak kemukakan, Yang pertama ketidakseimbangan akses di luar bandar khususnya di Dun sayalah di Dun Pengkalan Hulu yang nun jauh di sana. Banyak pelajar daripada kawasan luar bandar masih tidak mendapat maklumat yang jelas apatah lagi akses kepada program TVET yang ditawarkan. Perlu ada strategi komunikasi yang lebih menyeluruh dan inklusif. Yang kedua ketidaksesuaian program TVET dengan keperluan industri tempatan. Beberapa program TVET sedia ada tidak selaras dengan permintaan sebenar industri di kawasan perindustrian Perak. Akibatnya, ramai lepasan TVET menghadapi masalah mendapatkan pekerjaan yang setara dengan kemahiran mereka. Yang ketiga, ketiadaan skim insentif atau geran khas untuk graduan TVET. Golongan muda yang tamat latihan TVET memerlukan sokongan permulaan sama ada dalam bentuk geran bantuan peralatan atau inkubasi untuk memulakan kerjaya atau perniagaan teknikal.
Sesungguhnya saya ingin melontarkan beberapa cadangan. Yang pertama, menubuhkan pusat TVET satelit di setiap daerah yang ada di dalam negeri Perak ini. Usaha ini direalisasikan perlu dilakukan agar pelajar luar bandar tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mengakses pendidikan TVET. Ini juga boleh mengurangkan kos sara hidup mereka. Yang kedua, program TVET industry matching dengan izin dan di bawah Majlis TVET Perak. Satu sistem pemadanan kemahiran secara langsung antara institusi TVET dan syarikat industri setempat perlu digerakkan secara sistematik dan perlu dibuat penambahbaikan walaupun dah pernah dirancang sebelum ini. Penempatan praktikal wajib juga harus dijadikan sebahagian daripada modul latihan. Yang seterusnya yang ketiga, geran permulaan graduan graduan TVET Perak atau pun Gegar TVET. Saya mencadangkan Kerajaan Negeri mewujudkan dana permulaan khas untuk graduan TVET yang ingin memulakan bengkel ataupun perniagaan kecil dalam bidang kemahiran mereka. Ini akan mempercepatkan penjanaan pendapatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerjaan bergaji. Yang keempat, audit tahunan keberkesanan program TVET negeri. Satu laporan berkala harus dibentangkan kepada Dun pada Dewan yang mulia ini oleh Exco yang berkenaan, berkenaan dengan kadar kebolehpasaran graduan TVET. Tahap tahap kolaborasi dengan industri dan impak sosial program TVET terhadap komuniti setempat.
Timbalan Yang di-Pertua, kami daripada blok pembangkang tidak menolak pembangunan TVET yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dan kami menyokong penuh usaha-usaha ini dan saya terlibat dalam mesyuarat untuk penganjuran satu program TVET baru-baru ini di KPTM, Lenggong dan saya menyokong penuh apa yang telah direncanakan dalam program tersebut. Walaupun program tersebut diubah, dialihkan ke Parlimen Tapah pada hari Sabtu ni 19hb, tapi saya menyokong program tersebut dan perlu dilaksanakan berkala setiap tahun mengikut daerah atau zon-zon. Kalau dah buat di Tapah nanti, jangan lupa buat di Daerah Hulu Perak ataupun daerah di selatan negeri Perak kita ni, bagi yang menyeluruh.
Kami sangat berharap inisiatif TVET dalam Perak Sejahtera 2030 benar-benar berupaya memperkukuh daya saing tenaga kerja di negeri kita ini bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui kemahiran yang relevan dengan perkembangan industri. Kami mahu TVET bukan hanya gah pada slogan dan pelancarannya tetapi mampu mengubah nasib rakyat biasa yang mencari peluang kedua dalam hidup daripada biasa menjadi luar biasa. Kami mohon agar Kerajaan Negeri menerima cadangan ini dengan hati terbuka demi masa depan anak Perak khususnya golongan muda dan belia supaya mereka lebih progresif dan inklusif.
Timbalan Yang di-Pertua, saya mengambil peluang ini juga untuk menyuarakan pandangan rakyat dalam isu perumahan yang terdapat di dalam Titah Tuanku. Isu perumahan ini sangat dekat dengan kehidupan harian mereka terutamanya anak-anak muda golongan yang baru berkahwin. Iaitu isu perumahan dan pembandaran di negeri Perak. Kami dari pihak pembangkang memandang serius beberapa masalah besar yang terus menghantui sektor perumahan di negeri ini dan kami mendapati bahawa pelan pembangunan sedia ada masih gagal menangani isu-isu utama yang merencatkan kepercayaan rakyat terhadap dasar perumahan negeri. Isu yang pertama ialah isu projek perumahan terbengkalai. Yang mana menjadi beban kepada rakyat dan juga Kerajaan Negeri.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya tidak bercakap tentang pembangunan tetapi menyentuh isu projek perumahan terbengkalai yang semakin meruncing. Antara contoh yang jelas yang boleh saya sebutkan. projek perumahan di Seri Iskandar dan Taman Jemput Indah Jemur yang telah dilaporkan terbengkalai bertahun tahun lamanya. Pembeli rumah kebanyakannya golongan M40 dan B40 terperangkap dalam hutang pinjaman bank tanpa menerima rumah yang dijanjikan. Ini bukan sahaja melibatkan kerugian kewangan kepada pembeli tetapi juga memberi kesan buruk kepada landskap pembandaran menjadikan kawasan tersebut usang, terbiar dan tidak selamat. Apakah pelan pemulihan yang konkrit yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap projek-projek terbengkalai ini?
Yang kedua, isu yang kedua adalah rumah bernilai tinggi yang tidak selari dengan keperluan rakyat khususnya rakyat di luar bandar golongan asnaf golongan miskin dalam golongan B40. Kita sering mendengar pengumuman tentang pembangunan rumah baharu tetapi majoriti rumah yang dibina adalah rumah mewah bernilai RM300 ribu ke atas langsung tidak mampu dimiliki oleh rakyat marhain terutamanya di luar bandar. Contohnya, projek-projek perumahan di Bandar Meru Raya, Tambun dan Ipoh Selatan yang memfokuskan kepada pembangunan rumah Semi-D dan banglo. Sedangkan permintaan sebenar adalah kepada rumah mampu milik sekitar RM105 ribu...RM150 ribu dan ke bawah. Apa logiknya membina rumah di negeri yang berpendapatan median rakyatnya masih rendah dan kadar migrasi anak muda tinggi ke luar negeri? Yang ketiga, isu lokasi tidak strategik dan tiada akses kemudahan antara punca rakyat kurang berminat membeli rumah yang ditawarkan ialah lokasi yang tidak strategik dan tiada jaringan pengangkutan atau pun kemudahan awam.
Contohnya, perumahan di Trolak, Lambor Kiri dan Sauk yang dibina jauh dari pusat bandar dan kawasan pekerjaan. Walaupun harga rumah agak rendah, namun kos pengangkutan, tiada capaian internet serta tiada hospital atau RPT berhampiran menjadi projek yang gagal menarik pembeli. Termasuk jugalah di Dun saya di Pengkalan Hulu. Taman Tasik 1-Malaysia dulunya projek terbengkalai. Alhamdulillah dah diambil tindakan oleh pihak kerajaan dan pihak dilantik pemaju yang baru dan rumahnya dah siap. Tapi isunya sama seperti mana yang saya sebutkan ini, tiada akses jauh daripada pekan. Jauh daripada kemudahan-kemudahan awam. Lebih menyedihkan, beberapa projek dibina di atas kawasan bekas ladang atau kawasan rendah yang mudah dinaiki air. Wujudnya risiko banjir kepada penghuni yang seterusnya yang keempat dan terakhir gagal menyediakan perumahan anak muda dan belia. Statistik menunjukkan bahawa kadar pemilikan rumah dalam kalangan belia di negeri Perak amatlah rendah antara terendah di Malaysia.
Ini bukan kerana anak muda tidak mampu membeli rumah tidak mahu membeli rumah tetapi kerana harga yang tidak mampu dimiliki oleh golongan ini. Lokasi jauh dari pusat pekerjaan. Tiada insentif atau skim khas yang betul-betul relevan dengan keupayaan anak muda dan belia terutama yang dah berkahwin baru membina hidup. Jika perkara ini tidak diatasi, kita akan melihat lebih ramai anak muda ataupun beliau terutama yang telah berkahwin akan berhijrah ke negeri lain dan meninggalkan bandar-bandar kecil, gelita, sunyi dan tidak berkembang dan yang seterusnya cadangan kami supaya diadakan reformasi menyeluruh dasar perumahan negeri. Oleh itu, kami di pihak pembangkang mencadangkan agar Kerajaan Negeri menyenaraikan semua projek perumahan terbengkalai dan pengumuman pelan pemulihan dengan garis masa yang jelas.
Yang kedua, memperuntukkan pembangunan rumah mampu milik ditambah terutamanya di kawasan permintaan tinggi seperti di Dun sayalah di Dun Pengkalan Hulu, di Ipoh juga di Seri Iskandar, di Parit Buntar dan di Teluk Intan. Ketiga, pelan pembandaran baharu perlu merangkumi jaringan pengangkutan awam, akses kepada kemudahan asas, sekolah, klinik dan akses kemudahan internet juga zaman sekarang ni zaman internet perlu...perlu ada jugak yang terbaik. Contohnya, perkenalkan Skim Perumahan Anak Muda Perak termasuk rebet pembelian rumah pertama, Skim Sewa Milik Khas untuk graduan dan pekerja muda. Kerjasama dengan agensi Persekutuan seperti Prima yang dahulunya RUMAWIP dan LPPSA dan lain-lain lagilah.
Timbalan Yang di-Pertua, rumah bukan sekadar bangunan tetapi asas kepada kehidupan kita. Jika dasar perumahan kita gagal menjawab keperluan rakyat, maka pembangunan yang dibanggakan itu hanya akan menjadi hiasan kosong ataupun bangunan kosong. Kami berharap Kerajaan Negeri mengambil serius isu ini dan tidak terus membiarkan rakyat menjadi mangsa kepada projek terbengkalai, rumah mahal dan lokasi yang tidak relevan. Perumahan untuk rakyat bukan sekadar statistik.
Timbalan Yang di-Pertua, di Dewan yang mulia ini saya juga ingin mengutarakan beberapa isu di kawasan saya. Pertamanya, Pengkalan Hulu adalah sebuah daerah kecil di utara negeri Perak yang mempunyai keluasan kira-kira 40 kilometer persegi. Sehubungan dengan itu, proses pembangunan atau pembandaran di Pengkalan Hulu kian rancak berjalan seiring dengan kepadatan penduduk yang sedang bertambah. Apabila kerancakan seperti ini berlaku, perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, kemudahan internet dan lain-lain dan lain lain lagi perlulah berada di tahap yang baik termasuk juga perkhidmatan pengangkutan.
Hal ini di sebaliknya berlaku di kawasan Pengkalan Hulu apabila berlaku kekurangan perkhidmatan ambulans bagi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat. Ini disebabkan ambulans di kawasan Pengkalan Hulu di Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu ni dipinjamkan kepada KK Lawin & KK Lenggong. Masalah ini disebabkan oleh perolehan ambulan baru untuk KK Lenggong & KK Lawin ni. Dema dah mohon tapi tak dapat-dapat lagi. Jadi saya utarakan dalam dewan yang mulia ni supaya dipercepatkan perolehan ambulan baru kepada KK Lawin dan KK Lenggong ni. Saya tolong bantu Dun sebelah Dun Kenering jugak Dun Kota Tampan sebab apa terpaksa ambil ambulans Pengkalan Hulu pinjamkan di sana.
Jadi, saya juga ingin menyuarakan supaya angkatan pertahanan awam yang mana memerlukan peruntukan bagi menambah kenderaan operasi di Pengkalan Hulu. Haaa. Saya tengok APM di Pengkalan Hulu ni naik pajero buruk je. Pergi ke sana ke hulu ke hilir kan. Jadi eloklah Kerajaan Negeri bagi perhatian untuk bawa cadangan ni untuk diberi kenderaan khas operasi atau pun ambulans. Haa senang boleh guna boleh bantu apa klinik kesihatan jugak jika ada berlaku kemalangan atau pun isu-isu apa yang libatkan pesakit di dalam Dun saya ni. Jadi…
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pengkalan Hulu. Cuma saya nak minta penambahan kalau lihat isu ambulans ni di pihak kerajaan sama ada negeri atau pun KKM perlu memberi satu penjelasan yang tuntas kepada masyarakat di bawah. Kalau hari ini masyarakat di bawah menanti-nanti untuk mendapatkan ambulans dan hari ini bila mana kita mendengar jawapan daripada Exco mungkin mudah kata akan dapat. Tapi bila kita dengar di bawah di peringkat daerah, mereka menyatakan banyak kawasan-kawasan yang tertentu yang memohon dan di sana banyak kawasan-kawasan pedalaman yang sangat memerlukan. Saya pun semalam di kawasan masih lagi ada orang accident dan dia menyatakan bahawa kalau ada ambulans lebih cepat akan sampai orang yang sakit tersebut. Jadi, saya rasa mungkin penjelasan perlu diberikan secara tuntas kepada seluruh sampai ke rakyat bahawa bagaimana kedudukan ambulans yang sebenarnya? Andai kata dia perlu berada di daerah, adakah di klinik kesihatan di pedalaman ni ta tidak perlu ada ambulans tersebut. Saya tak pasti sebab dia melibatkan zon yang saya dengar. Jadi mungkin penambahan atau penjelasan. Terima kasih.
Terima kasih pada Yang Berhormat Slim boleh masukkan ucapan dan pertanyaan yang Yang Berhormat Slim tu dalam ucapan Yang Berhormat nilah Pengkalan Hulu. Baik. Seperkara lagi, yang saya nak bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini berkenaan isu jalan raya. Penambahbaikan jalan raya di dalam kawasan saya di Dun Pengkalan Hulu. Ada dua jalan persekutuan iaitu FT 076 dan FT 077. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada Yang Berhormat Exco kerana ambil perhatian pada tahun lalu bagi sedikit peruntukan untuk lampu jalan. Dah cerah dah sikit. Terima kasih. Cumanya, saya ingin memohon lagi lah lagilah peruntukan untuk penambahbaikan naik taraf jalan daripada Pekan Pengkalan Hulu atau pun Pekan Kroh hingga ke pekan ke Gerik ke Gerik yang mana memerlukan lagi tambahan peruntukan. Saya boleh sebutkan beberapa hotspot lah kemalangan yang pertamanya di Simpang Kampung Padang Stang, Kampung Plang. Memang teruklah bergegar kepala lalu lah situ. Hari-hari lalu saya lalu yang keduanya di Gunung Paku. Jalan tak tak rata dan baru-baru ini tahun lalu berlaku mendapan jalan. Dah hampir empat bulan lah dan perkara ni saya percaya JKR daerah Hulu Perak dah pun buat permohonan dan diangkat ke Pusat. Cuma setakat ni masih belum lulus lagi. Jadi daripada tiga lorong di Gunung Paku tu hanya tinggal satu lorong. Jadi amat berbahaya kepada pengguna lalu lintas di situ lah terutama masyarakat dan rakyat di Dun Pengkalan Hulu termasuk juga pegawai-pegawai kerajaan yang melalui kawasan laluan tersebut. Termasuk jugak di FT 077 yang perlu di beri perhatian. Ni…ni laluan antarabangsa daripada pekan. Mohon sikit tambahan.
2 minit.
Page, page akhir.
Ha, ok.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Ok. Satu lagi yang saya mohon diberi perhatian oleh kerajaan negeri melalui JKR Negeri. Laluan FT 077 ini laluan antarabangsa yang mana menghubungkan negeri Perak dengan sempadan Malaysia Thailand. Daripada pekan Pengkalan Hulu hinggalah ke Bukit Berapit, sempadan Malaysia Thailand. Saya ucap terima kasih jugak atas tambahan lampu solar pada tahun lalu kepada Yang Berhormat Exco. Cumanya sama jugak masalahnya seperti tadi lah lampu dah cerah tapi jalan pulak tak rata. Jadi minta Yang Berhormat Exco ambil ambik perhatian lah tengok turun tak leh turun pon hantar pegawai turun laluan daripada pekan Pengkalan Hulu hingga ke simpang Kampung Kuak Luar atau pun Kampung Bukit Seradang. Laluan ni laluan antarabangsa tapi keadaan jalan yang tidak rata dan perlu dibuat penambahbaikan. Dan laluan ini jugaklah selalu berlaku kemalangan. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan ada kemalangan di laluan ni. Mujur tak ada nyawa yang hilang lah kan? Tapi takkan lah kita nak tunggu ada nyawa yang hilang dulu baru kita nak ambik tindakan. Apa pun, saya harapkan perhatian daripada Yang Berhormat Exco lah untuk ditambah baik laluan ni dan yang terakhirnya, isu yang sedikitlah berkenaan jalan perhubungan desa dan jalan pertanian yang perlu diberi perhatian jugak di dalam Dun saya terutamanya di Kampung Kuak Tengah, Kampung Kuak Hulu, Kampung Tasik yang mana memiliki ladang durian yang terbesar di negeri Perak ni hampir 5,000 ekar dan saya mohon Kerajaan Negeri tambahkan peruntukan untuk jalan-jalan pertanian, jalan perhubungan desa yang ada di kampung-kampung. Boleh landing haa Timbalan Speaker.
Perenggan terakhir kan? Ha sila. Seminit.
Perenggan terakhir. Terima kasih Timbalan Speaker kerana beri masa tambahan dan saya harap jalan-jalan ini diberi perhatian ditambah peruntukan supaya dapat memberi keselesaan kepada masyarakat dan rakyat di Dun saya dan sedikit lagi saya ingin mengambil perhatian Kerajaan Negeri berkenaan dengan permohonan jambatan baru di Kampung Pelang yang menghubungkan laluan utama Kampung Pelang menghubungkan Kampung Keledang yang sudah pun dibuat permohonan oleh pihak haa apa pejabat daerah dan masih belum diluluskan lagi sebab orang kampung terpaksa bawa bila berlaku kematian terpaksa pusing jauh untuk hantar ke kubur. Sedangkan ada laluan shorcut atau pun laluan pintas tapi laluannya sempit. Guna guna titi gantung. Jadi di Pengkalan Hulu ni di Dun Pengkalan Hulu ni ada lagi titi gantung. Jadi kalau nak tengok titi gantung boleh pergi ke Pengkalan Hulu. Baik.
Untuk yang terakhirnya sedikitlah. Teguran saya kepada Kerajaan Negeri untuk ke arah good governance pentadbiran yang baik. Kita dalam era tengah berkempen untuk Ayer Kuning. Jadi, saya mencadangkan mengharapkan Kerajaan Negeri tidak menggunakan jentera kerajaan untuk membantu kempen di Ayer Kuning. Dan saya harapkan jugak jika ada tolonglah pantau. Tolonglah kawal. Mungkin terlepas. Jadi saya harapkan semoga kita dapat berkempen dengan elok dan dapat kerajaan yang baik dan kita dapat naikkan demokrasi negeri kita ni dalam dewan yang mulia ni dan diluar juga. Insya Allah. Jadi yang akhirnya, jangan kita semua leka membilang bintang di langi, tapi kita buta pada kilauan intan segenggam yang ada di tangan, permata yang sedia untuk dihadiahkan kepada rakyat tercinta. Sebagai seorang Muslim, saya bersandarkan kepada kitab suci.
Tadi masa sudah tamat. Sedikit lagi.
Sedikit je.
Last ya 30 saat.
Ok, baik. Dalam Surah al-Qasas ayat 84 Allah Subhanallah Wata'ala telah berfirman membawa maksud. Siapa yang datang membawa amal baik, maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya. Maka berbuatlah kita kepada kebaikan pada sidang kali ini jadikanlah dewan ini sebagai saksi bahawa kita semua dapat berdamai walaupun seketika berjabat tangan demi melindungi masa depan rakyat dan negeri. Jadikanlah dewan mulia ini bergema dengan suara kita. Sehati senada memberi sokongan padu menjadikan niat ini satu kenyataan satu kebenaran satu realiti.
Dengan ini saya dengan rendah hati dengan penuh tawaduk selaku Ahli Dewan Negeri Pengkalan Hulu, saya merafak sembah menjunjung kasih atas titah nasihat Tuanku dan saya menyokong usul ini seterusnya mengakhiri kalam dengan lafaz yang mulia. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pengkalan Hulu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan untuk dari kawasan Changkat Jering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahirrahmanirrahim. (Ayat Al-Quran). Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, walaupun beliau tiada di dalam Dewan ini dan saya percaya beliau mengikutinya dalam talian. Seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan dan pembangkang serta ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri. Semua para hadirin yang mengikuti dalam talian sekalian. Allah berfirman, (Ayat Al-Quran) yang ertinya, dan kami tidak mengutus seorang rasul pun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia dapat memberikan penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dia dikehendaki dan memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dialah tuhan yang maha kuasa lagi maha bijaksana. Surah Ibrahim ayat 4.
Timbalan Yang di-Pertua, Changkat Jering ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap beberapa perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat khususnya di kawasan Changkat Jering. Yang pertama, isu perumahan rakyat. Walaupun pelbagai skim telah diperkenalkan, Prima, PPR, rumah mampu milik dan sebagainya, namun, hakikatnya ramai masih gagal memiliki rumah yang selesa terutamanya golongan B40 dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Changkat Jering mohon supaya KPKT menyemak semula kriteria kelayakan serta memperkenalkan skim pinjaman alternatif untuk rakyat luar bandar yang tidak dilayan oleh institusi kewangan konvensional.
Alhamdulillah, ucapan Titah Tuanku kelmarin menitik beratkan rumah mampu milik dan rumah kos rendah serta mewajibkan pemaju menyediakan rumah mampu milik sebanyak 40% bagi keluasan projek yang melebihi 20 ekar dan Skim Sewa Perak
Sejahtera. Yang kedua, Changkat Jering ingin menyentuh isu penyelenggaraan rumah PPR. Kita lihat di Kuala Lumpur di bawah pentadbiran DBKL, banyak rumah PPR menghadapi masalah. Lif-lif rosak berbulan-bulan, sistem paip bocor, bumbung yang usang. Malangnya, peruntukan penyelenggaraan ini seolah-olah terpinggir. Jika di ibu kota, pun begitu, bagaimana pula nasib rakyat di luar bandar seperti di Changkat Jering.
Yang ketiga, Changkat Jering. ingin membangkitkan perihal pengurusan PBT. Di sesetengah tempat, tindakan penguatkuasaan PBT kadang kala terlalu keras. Penjaja kecil dirobohkan gerainya tanpa solusi tetapi dalam masa yang sama projek-projek hiasan jutaan ringgit seperti gerbang dan bunga musiman terus mendapat bajet yang besar. Kita tak mahu perkara ini berjangkit ke PBT-PBT lain di negeri ini. Yang keempat, Changkat Jering ingin menggesa KPKT menilai semula sistem kompaun tempat letak kereta yang membebankan rakyat. Jika di Kuala Lumpur, rakyat mengeluh tentang kadar kompaun yang tidak munasabah. Biarlah di negeri ini, kita tampil sebagai model keadilan sosial. PBT kita harus lebih prihatin dan tidak hanya menjana pendapatan melalui kompaun. Kalau di Kuala Lumpur pun, rakyat mengeluh dan merana di bawah tadbir DBKL, saya mohon kita di Perak belajar dari kelemahan itu dan tidak ulangi kesilapan yang sama. Jangan biar rakyat luar, jangan biar rakyat luar bandar merasa mereka warga negara kelas dua.
Timbalan Yang di-Pertua, menyentuh Titah Tuanku point 23, tentang isu e-Waste dan tadbir urus alam sekitar. Tadbir urus e-Waste merujuk kepada pengurusan sisa elektronik secara sistematik dan mampan bagi mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Sisa elektronik ini termasuk barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak digunakan lagi atau sudah ketinggalan zaman seperti komputer, telefon bimbit, peti sejuk, televisyen dan sebagainya.
Berikut ialah elemen-elemen penting dalam tadbir urus e-Waste. Yang pertama, dasar dan perundangan. Negara perlu mempunyai undang-undang dan dasar khusus untuk, yakni mengawal pengeluaran dan pelupusan e-Waste. Menetapkan tanggungjawab pengeluar melalui pendekatan Extended Producer Responsibility (EPR) dan memberi lesen kepada pengurusan e-Waste yang sah. Contohnya, Malaysia telah pun mempunyai peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mengawal sisa terjadual termasuk e-Waste. Ianya perlu diperkasakan. Yang kedua, pengumpulan dan pemisahan. Perlu ada sistem pengumpulan e-Waste yang efisien seperti pusat pengumpulan collection centre dengan izin, kiosk atau program buyback. Seterusnya pengasingan awal di sumber, di sumber seperti rumah atau pejabat. Penting untuk memudahkan proses kitar semula. Yang ketiga, kitar semula dan pemulihan bahan e-Waste mengandungi logam berharga seperti emas, perak, tembaga dan logam nadir bumi yang boleh dipulih semula. Perlu ada fasiliti yang mengikut standard keselamatan, yakni ataupun SOP dan alam sekitar untuk memproses bahan ini. Yang keempat, pendidikan dan kesedaran awam. Masyarakat perlu dididik mengenai bahaya membuang e-waste sembarangan.
Kempen kesedaran program di sekolah dan universiti dan kerjasama dengan NGO dapat membantu memperluaskan pemahaman. Apa yang berlaku di atas sebuah kilang memproses e-Waste yang beroperasi secara haram di Sungai Siput dengan barangan bernilai RM1.3 bilion disita. Insiden ini mengundang persoalan dari segi penguatkuasaan. Ianya beroperasi tanpa disedari PBT, JAS dan agensi-agensi keselamatan. Bagaimana ianya terlepas pandang sedangkan dah bertahun-tahun kewujudannya? Mungkin ada lagi kilang-kilang yang beroperasi seperti ini di tempat-tempat lain. Perkara ini perlu dipandang serius apatah lagi ianya telah diutarakan dalam titah ucapan Tuanku kelmarin. Cadangan Changkat Jering yang pertama, wujudkan Jawatankuasa Khas Negeri untuk menyiasat kelemahan penguatkuasaan. Kedua, laksanakan pemantauan satelit-satelit GIS untuk kawasan industri terpencil. Yang ketiga, pemantauan bersepadu terhadap aktiviti pelupusan haram dan pengimportan e-Waste dari luar negara. Yang keempat, penguatkuasaan undang-undang dengan tegas terhadap syarikat atau individu yang tidak mematuhi peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua, alam semesta dan sekitar yang terbentang luas dan terpampang luas. Ini merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Namun, oleh kerana terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia, manusia semakin lupa dan leka akan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar. Antara yang terjejas teruk akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab adalah sungai. Oleh yang demikian, punca-punca yang menyebabkan terjadinya pencemaran ini perlulah dikenalpasti dan ditangani bagi mengelak sungai dan air kita semakin tercemar.
Baru-baru ini, berlaku lagi pencemaran sungai di kawasan Bukit Berapit, Dun Changkat Jering di mana setiap kali hujan lebat berlaku aduan demi aduan dibuat orang awam di pusat khidmat kami berkenaan dengan isu ini. Changkat Jering berharap ianya dapat diselesaikan seberapa segera. Sudah lebih setahun projek tersebut dilaksanakan tetapi tiada sebarang pembangunan atau projek pertanian yang dicadangkan mengikut perjanjian tuan rumah iaitu antara Perbadanan Aset Keretapi dengan pihak Pertubuhan Perkemas Malaysia. Dalam perjanjian tersebut dinyatakan tujuannya adalah untuk pertanian dan kem motivasi. Dalam pelan perjanjian tersebut juga perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti pastikan tiada berlaku sebarang pencemaran sepanjang operasi dan mematuhi syarat JPS, Alam Sekitar dan sebagainya. Dalam sidang DUN yang lepas, saya ada bangkitkan isu ini dan bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang projek tersebut. Adakah dalam pengetahuan Kerajaan Negeri? Jawapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ianya dalam siasatan. Pada sidang kali ini, Changkat Jering meminta Yang Amat Berhormat Nyatakan apakah projek sebenar yang dijalankan di tempat tersebut kerana ianya masih berjalan sehingga ke hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua, pada 1 April 2025, sebuah kemalangan industri besar berlaku di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Apabila saluran paip gas milik Petronas bocor lalu mengakibatkan letupan dan kebakaran yang besar. Kebakaran yang bermula pada waktu pagi bertepatan dengan hari kedua sambutan Aidilfitri menghasilkan api sepanjang kira-kira 500 meter yang boleh dilihat dari jarak jauh. Insiden itu menyebabkan 219 rumah terjejas dan kecederaan melebihi 145 individu dan 104 daripadanya memerlukan kemasukan ke hospital serta memerlukan pemindahan kecemasan di Daerah kediaman sekitar. Changkat Jering amat bersimpati atas kejadian yang berlaku. Walaupun punca sebenarnya ia masih dalam siasatan. Changkat Jering bangkitkan isu ini adalah kerana kita perlu ada persiapan atau pun persediaan menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sebab kita pun ada jaringan paip gas asli terutama untuk kawasan-kawasan industri sedia ada seperti di Parit Buntar sejauh 8 km, Taiping 46 km, Setiawan 38 km, Teluk Intan 27 km dan Lembah Kinta sejauh 140 km. Walaupun paip-paip gas tersebut, tekanannya tidaklah seperti di Putra Heights tetapi kita perlu waspada dari sebarang kemungkinan.
Timbalan Yang di-Pertua, di Perak terdapat 12 daerah dan didalamnya terdapat 92 mukim dan mempunyai 829 Ketua Kampung. Baru-baru ini, Kerajaan telah memberi peruntukan kepada setiap Ketua Kampung JPKK dengan peruntukan RM100,000. Bukan Changkat Jering nak pertikaikan peruntukan tersebut, ianya baik untuk komuniti orang-orang kampung tapi isunya bagaimana pelaksanaan projek tersebut yang asalnya untuk manfaatkan orang-orang kampung tetapi ada yang berkepentingan individu-individu dan kroni-kroni serta projek yang dilaksanakan semata-mata hendak kelulusan peruntukan sahaja. Walaupun difahamkan permohonan melalui sistem JPM-ICU dipantau dan diaudit oleh Pejabat Daerah. Bajet disalur terus ke akaun JPKK. Diharap pihak berkenaan perlu memantau sebelum dan selepas projek-projek yang telah dilaksanakan agar ianya memenuhi matlamat yang sebenar.
Timbalan Yang di-Pertua, bagi projek pembangunan seperti infrastruktur jalan raya. Saya nak jelaskan di sini para hadirin sekalian, di Changkat Jering ada tiga jalan raya yang mempunyai jambatan. Jambatan itu adalah jambatan yang dibina sejak British lagi. Ada tiga jalan. Dah la dah lama. Sempit pulak dan ianya telah dibaiki beberapa kali oleh pihak JKR dan ada satu jambatan bukan sekadar dibaiki. Dah diganti dengan jambatan sementara yang disebut sebagai Jambatan Bailey. Tuan tuan nak tau Jambatan Bailey. Mungkin ada yang kurang jelas apa yang nama Jambatan Bailey. Jambatan Bailey inilah dia punya instructor, infrastructure dia adalah besi semua. Frame dia besi. Atas besi, ni besi. Lantai pun dia besi, tuan-tuan. Yang menjadi masalahnya adalah disebabkan lantai besi bila hujan lebat, lantai tu licin, tuan-tuan. Beberapa kali kemalangan berlaku di atas jambatan ini. Jambatan Bailey ini terletak di Jalan A 105, Jalan Bukit Gantang, Changkat Ibol. Jalan itu ada tiga jambatan yang lama dan dua, satu dah diganti dengan Jambatan Bailey dan yang dua lagi belum diganti lagi. Jadi saya mintaklah pihak JKR dan yang berkenaan untuk mengambil tindakan yang serius terutama Jambatan Bailey ini sebenarnya asalnya ialah sementara Jambatan Bailey. Dah lebih lima tahun dah jambatan ini beroperasi. Banyak aduan-aduan yang saya terima. Kemalangan-kemalangan boleh dikatakan kerap berlaku di atas jambatan sebab dia punyai lantai dia lantai besi. Licin, tuan-tuan.
Dan satu lagi jalan untuk A 136, Jalan Jelutung, Changkat Ibol lebih kurang 3 km dengan jalan itu memiliki tiga jambatan juga. Jambatan ini pun memang dibuat semasa zaman British lagi. Jalan tu, jambatan tu dah sempit. Tu kata tadi dah dibaiki berapa kali dah. Jalan itu dilalui oleh lori-lori yang besar yang membawa tanah dan juga pasir melalui kawasan sahabat di Trong. Melalui jalan itulah yang tayarnya ketentuan lebih kurang 40, hampir 50 tayar satu lori. Tuan-tuan bayangkan berapa besarnya lori yang melalui laluan tersebut dan laluan itu dah jambatan sempit. Dia akan mengganggu dan juga orang kata dari segi keselamatan terutama penduduk-penduduk dan juga pengguna-pengguna yang melalui jambatan tersebut. Dan baru-baru ini saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak JKR Daerah Larut, Matang dan Selama dan juga JKR Ipoh kerana dah dapat pemasangan lampu di tiga-tiga...
Yang Berhormat, saya nak ingatkan tinggal seminit sahaja.
Uish, banyak lagi lah. Boleh YB bagi tempoh sikit. Ok, begitu jugak dengan Jalan A109 Changkat Jering-Air Kuning memerlukan jambatan yang baru. Jadi saya ringkaskan sedikit. Minta maaf, saya mintak masa sikit. Seterusnya Timbalan Yang di-Pertua, air merupakan keperluan asas yang penting bagi setiap kehidupan. Masalah air di Dun Changkat Jering sama juga seperti Kampong Gajah. Bila hari-hari perayaan, hujan lebat, air takdak. Kadang-kadang sampai makan masa 2 hingga 4 hari baru selesai bab air. Begitulah tadi. Bukan hantar ucapan selamat hari raya. Ucapan untuk bagaimana YB nak selesaikan masalah air di kampung, di Bukit Gantang, di beberapa buah kampung yang terlibat dengan permasalahan air. Jadi, saya haraplah pihak yang berkenaan untuk ambil bagaimana cara alternatif ataupun solusi hendak selesaikan masalah ini. Sebenarnya dibangkit banyak kali dah. Sampai sekarang ini masih belum dapat penyelesaiannya.
Timbalan Yang di-Pertua, Ketua Audit Negara pada 2019 mengeluarkan kenyataan Tanah Rizab Melayu di Perak, 3400 hektar dipindah kepada bukan Melayu. Tanah masih lagi berstatus rizab melayu tetapi penama di dalam geran bukan rizab melayu. Tanah Rizab Melayu ini kemudian ditukar pemegang saham kepada bukan Melayu. Dahlah ditukar tanah Melayu, dipecahkan lot-lot pula sebanyak 682 hektar dan dipindah milik kepada bukan melayu hanya melalui borang 14A di Hutan Melintang, difahamkan. Perhatian, Tanah Rizab Melayu dipindah kepada bukan melayu menggunakan perintah mahkamah yang dikatakan palsu dan berpindah pula kepada pihak ke tiga. Tanah rizab melayu tidak sama dengan tanah lain tuan-tuan. Dia tidak boleh dipindah milik hanya disaksikan oleh peguam. Contohnya, kalau kita beli tanah biasa, kita boleh menggunakan borang 14A, boleh disaksikan oleh peguam. Tapi Tanah Rizab Melayu tidak boleh menggunakan borang 14A dan ia perlu berlaku di hadapan pentadbir tanah. Tapi mengapa masih wujud pindah milik Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu hanya melalui peguam?
Kita bukan bercakap mengenai isu bangsa. Kita bercakap mengenai isu yang ada dari segi undang-undang. Bagaimana Tanah Rizab Melayu yang ada enakmen yang khusus berkaitan dengannya di bawah Seksyen 19, di mana tanah rizab melayu yang mengatakan bahawa sebarang pindah milik tanah rizab melayu, sebarang pajakan, sebarang sewaan, apa sahaja transaksi kepada bukan Melayu, dia terbatal dengan sendirinya. Mengapakah tidak digunakan pada agensi-agensi tertentu untuk melakukan sitaan dan melucutkan hak dan mengembalikan Tanah Rizab Melayu yang berpindah milik kepada bukan melayu secara prop, yakni dengan izin kembali kepada kerajaan. Kita mahu tanah rizab melayu yang telah dipindah milik secara fraud kepada bukan Melayu yang bertentangan dengan Enakmen Tanah Rizab Melayu perlu dikembalikan.
Yang berhormat, Yang berhormat? Saya bagi seminit. Sila masuk perenggan terakhir.
Tak sampai. Setengah minit lagi. Bagaimana nak dikembalikan? Ianya boleh digunakan mengikut Akta Kanun Tanah Negara. Kanun Tanah Negara memang ada peruntukan undang-undang yang mana kuasa PTG untuk melakukan pembetulan. Akhir sekali, kita perlu memantau dua perkara. Yang pertama, memantau Tanah Rizab Melayu yg perlu digantikan lagi walaupun ada diganti dengan tanah lain, tetapi amat malang tanah yang digantikan itu bukan tempat strategik, pedalaman dan tiada potensi untuk membangun. Yang kedua, kita perlu memantau dan mendapatkan kembali tanah rizab melayu kembali Tanah Rizab Melayu yang telah dipindah milik kepada bukan Melayu menggunakan cara undang-undang. Dengan ini, Changkat Jering mengutarakan isu ini. Mohon penjelasan dan pengesahan dari pihak kerajaan. Sekian Changkat Jering, menjunjung kasih ucapan Tuanku. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Changkat Jering. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk memulakan perbahasan, di persilakan.
Selamat Sejahtera. Salam Perak Sejahtera 2030 dan salam sejahtera bersama. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran kerajaan negeri, petugas-petugas media, para pemerhati dan tidak dilupakan seluruh masyarakat negeri Perak yang menyaksikan sidang dewan secara langsung atau pun melalui atas talian, khasnya masyarakat kawasan Dun Chenderiang yang saya hormati lagi saya kasihi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya memulakan dengan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga sahabat saya, Allahyarham Yang Berhormat Tuan Haji Ishsam Shaharudin. Allahyarham merupakan rakan seperjuangan saya dan telah berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan sentiasa bekerja keras demi keseluruhan masyarakat di kawasan Dun Ayer Kuning. Pemergian Allahyarham pastinya satu kehilangan besar bagi warga Dun Ayer Kuning. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut sama membahaskan usul menyampai ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena istiadat pembukaan rasmi tahun ketiga, Dewan Negeri Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Saya juga ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di atas titah yang mendasari denyut nadi sekalian rakyat negeri Perak. Tuanku Sultan sebagai payung rakyat sentiasa mengambil berat serta memikirkan kepentingan diri, kebajikan rakyat Perak akan sentiasa dipelihara dan terbela. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ekonomi adalah merupakan tunjang utama kepada setiap kehidupan rakyat. Tanpa ekonomi yang kukuh, kehidupan rakyat akan melarat dan tidak menentu.
Justeru itu, menjunjung Titah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkaitan dengan kutipan hasil negeri Perak yang telah meningkat selama tiga tahun berturut-turut. Kutipan hasil pada tahun 2024 merekodkan anggaran melebihi sasaran mencecah RM1.3 bilion, meningkat RM118.35 juta berbanding kutipan hasil tahun 2023. Kerajaan Negeri Perak berjaya menutup akaun hasil disatukan dengan kedudukan surplus, mencatatkan surplus RM4.56 juta pada 31 Disember 2024. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri yang telah berjaya melonjak pendapatan negeri Perak yang amat membanggakan walaupun dalam keadaan ekonomi dunia dan negara ketika ini amat tidak menentu tetapi berkat kebimbingan
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak telah dengan trend Pembangunan Perak Sejahtera 2030 telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Situasi ini menunjukkan betapa kerajaan ini telah berjaya membawa ekonomi negeri Perak ke tahap yang amat membanggakan serta berjaya mewujudkan peluang ekonomi dan pekerjaan untuk rakyat negeri Perak khasnya.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menjunjung Titah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, pelbagai inisiatif dirintis untuk mempercepatkan kelulusan projek berimpak tinggi di negeri Perak. Inisiatif yang diperkenalkan telah berjaya meningkatkan keyakinan pelabur. Pada tahun 2024, nilai pelaburan yang diperolehi berjumlah RM8.7 bilion, meningkat 2.7% berbanding tahun 2023. Diunjarkan lebih empat ribu pekerjaan baharu bakal diwujudkan. Pasaran buruh mencatat prestasi positif. Kadar pengangguran di negeri Perak turun daripada 3.3% pada tahun 2023 kepada 3.1% pada suku tahun ketiga 2024. Penyataan tenaga buruh menunjukkan peningkatan seramai 1,011,000. orang buruh bekerja berbanding 1,000,093 orang pada tahun 2023.
Usaha Pembangunan Automotif High Technology Valley (AHTV) di Proton City, Tanjong Malim sebagai Hub Automotif Global yang untuk kenderaan elektrik dengan izin dengan jangkaan pelaburan asing bernilai RM4.0 bilion. AHTV diyakinkan akan menjadi destinasi baharu untuk pelabur sektor automotif berteknologi tinggi yang akan memberi manfaat kepada generasi belia yang mempunyai kelayakan dalam latihan teknikal dan vokasional TVET. Dengan menerima pelaburan asing yang tinggi di DRB Hicom dan Geely telah mula memacu membangunkan ekosistem ini yang dijangka mewujudkan lebih 30,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung. Namun, cabaran pada hari ini adalah untuk menguruskan potensi pekerjaan berkemahiran ini. Peluang pekerjaan harus diisi, pekerjaan harus menjadi enjin yang menggerakkan ekonomi negeri kita. Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi membina sebuah Institut Pusat Latihan Automotif Wilayah Selatan di Tapah sebagai hab industri khusus untuk belia-belia tempatan yang kurang berminat untuk meneruskan pendidikan ke pusat pengajian tinggi. Jika mereka diberikan latihan dan pendidikan TVET ini dengan kemudahan pendidikan yang lebih hampir di kawasan mereka, pasti mereka ini juga boleh memenuhi keperluan pekerjaan di syarikat-syarikat automotif di AHTV Proton City, Tanjong Malim. Percayalah bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dan berkemahiran tinggi, kita memerlukan ramai tenaga kerja mahir bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan pasaran buruh. Ini memerlukan latihan TVET itu diperkukuhkan dan dimartabatkan.
Dalam mengupayakan golongan belia masyarakat orang asli yang baru menamatkan pelajaran peringkat sekolah menengah, saya mencadangkan kerajaan untuk merangka program yang komprehensif dan telus untuk jangka masa panjang. Ini bertujuan menjadikan golongan ini sebagai golongan yang berilmu, berinovasi dan kreatif serta sentiasa sensitif dengan pembangunan yang berlaku di sekeliling mereka. Justeru, saya ingin mencadangkan kepada PASAK (Pusat Aspirasi Anak Perak) akan dapat memperbanyakkan lagi program-program berorentasikan TVET kepada masyarakat belia supaya mereka dapat meningkatkan kemahiran diri dan memberi pendedahan kepada keperluan permintaan pasaran industri di negeri Perak.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, meneliti dan menjunjung Titah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkaitan pendidikan. Pendidikan berperanan penting dalam usaha mengubah landskap kemiskinan, mengeluarkan rakyat daripada kepompong kemiskinan dan menaik taraf hidup rakyat. Oleh hal demikian, saya ingin mengambil kesempatan ini agar pendidikan di negeri Perak sewajarnya dijadikan agenda utama dalam pembangunan modal insan. Tahniah dan syabas juga kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak khususnya dalam Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 yang menjadikan pendidikan dalam usaha membawa keluar masyarakat agar dapat mengubah kehidupan masyarakat seperti Program Tuisyen Cikgu Saarani, Hub Pendidikan di Perak Tengah dan banyakkan pembinaan institusi TVET dan institusi kemahiran membolehkan rakyat di negeri Perak khususnya terdedah dengan kemahiran dan mempunyai kepakaran yang amat diperlukan oleh pihak industri.
Sehubungan dengan itu, sewajarnya Kerajaan Negeri Perak akan terus memperuntukkan perbelanjaan yang besar dalam bidang pendidikan khususnya bidang kemahiran agar masalah kekurangan tenaga mahir dalam industri dapat di atasi sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Macam mana masyarakat, pembangunan modal insan berazam dan berusaha untuk melahirkan lebih ramai insan kelas pertama yang akan menjanjikan sebuah tamadun yang cemerlang dalam erti kata lain, modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat khasnya di negeri Perak ini. Oleh hal demikian, pembangunan pendidikan secara holistik perlu ditekankan merangkumi pemulihan pengetahuan dan kemahiran atau modal intelek termasuk keupayaan keusahawan, pengetahuan sains dan teknologi dengan izin, IT dan bidang kecerdasan buatan AI dengan izin perlu dimanfaatkan dalam pendidikan di negeri ini agar lahir insan yang memiliki sikap nilai dan etika positif dan progresif melalui pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Tenaga muda yang progresif ini akan pasti menjadi tulang belakang dalam memacu Perak, negeri yang kita cintai ini. Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 perlu terus diberi kepercayaan dan usaha membawa dan menjadi Perak negeri maju.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di sebabkan faktor muka bumi dan kawasan penempatan masyarakat orang sli yang jauh di pedalaman, saya ingin bertanya apakah status perkembangan lanjut dari pihak kerajaan bagi projek menambak baik jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa di kawasan penempatan orang asli di kawasan Dun Chenderiang terutamanya jalan laluan ke Kampung Pos Musuh yang sering berlaku tanah runtuh. Laluan Kampung Pos Musuh adalah laluan perhubungan untuk penduduk mendapatkan rawatan kesihatan di luar bandar dan juga memudahkan kepada petugas-petugas kesihatan membuat pemeriksaan kesihatan di kawasan perkampungan. Selain memudahkan khidmat kesihatan kepada masyarakat orang asli ia juga dapat memudahkan tenaga pengajar dan pelajar-pelajar di Sekolah Kebangsaan SK Pos Musuh dan membantu masyarakat orang asli mengeluarkan hasil Musuh dengan mudah dan cepat serta dapat menjualnya secara terus kepada pembeli.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, setiap kali musim tengkujuh tiba hati kita tidak pernah tenang. Apa sahaja kisah duka rakyat yang terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara kerana rumah dinaiki air. Kerugian dan kerosakan harta perlu ditanggung sampai dua tahun susulan kejadian banjir yang seolah-olah tidak berpenghujung. Banjir kilat sering melanda di kawasan Dun Chenderiang seperti
Kampung Baru Chenderiang, Kampung Baru Pahang, Kampung Sami dan taman-taman perumahan yang dikenalpasti berpunca dari sistem saliran dan sungai. Ini telah menyebabkan kerugian kepada masyarakat setempat dan menjejaskan usaha dan urusan harian mereka. Oleh itu, saya ingin bertanya bilakah projek-projek kecil tebatan banjir dapat dilaksanakan dan menaik taraf sistem saliran perparitan dan sungai di sekitar kawasan yang sering dilanda banjir kilat di kawasan Dun Chenderiang.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, untuk maklumat Kerajaan Negeri ketika ini terdapat peningkatan populasi penduduk di kawasan daerah Batang Padang serta peningkatan kes yang kompleks di Hospital Tapah. Penempatan pakar perubatan dalaman dan pakar perubatan kecemasan sangat diperlukan di wad kecemasan. Pada sidang Dewan yang lepas, saya telah mencadangkan agar penempatan pakar perubatan kecemasan dapat disediakan di Hospital Tapah untuk memastikan perkhidmatan kecemasan lebih cekap dan menyeluruh di Hospital Tapah. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawanya telah mengumumkan KKM akan menempatkan pakar perubatan kecemasan di Hospital Tapah mulai 1 Mei tahun ini dan saya ingin bertanya apakah perkembangan lanjut perancangan pembinaan bangunan baru Hospital Tapah dan kantin Hospital Tapah?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Lembaga Air Perak, negeri-negeri yang menghantar lori bekalan air semasa kejadian insiden tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan atas kerjasama dan sokongan dalam memastikan air dapat dipulihkan dengan kadar segera di semua kawasan selepas insiden ini berlaku. Sebelum ini, pihak Majlis Daerah Tapah telah memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri bagi kajian bencana tanah runtuh. Saya memohon kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar agar dapat mempertimbangkan permohonan peruntukan ini demi keselamatan penghuni di taman ini.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pembangunan yang baik dapat membantu menjana keharmonian rakyat termasuk rakyat di kawasan Dun Chenderiang. Dalam konteks ini, pembangunan merujuk kepada proses pengembangan infrastruktur, fasiliti serta pengembangan sosio ekonomi yang mempengaruhi kualiti hidup masyarakat. Keharmonian rakyat dapat diukur dari kelancaran perhubungan antara masyarakat, kesejahteraan sosial yang semakin tinggi dan peningkatan kualiti hidup. Bagi menjana keharmonian rakyat di kawasan Chenderiang, beberapa langkah perlu dilakukan antaranya perkembangan sosio ekonomi dengan memperkuatkan ekonomi keluarga, meningkatkan kemampuan ekonomi masyarakat dan membangun Program Pengembangan Sumber Daya Manusia akan membantu membaiki kesejahteraan sosial dan meningkatkan hubungan dalam masyarakat kita. Perlulah penganjuran dan pengawasan yang ketat dari pemerintah akan memastikan bahawa pengembangan dilakukan dengan telus, keadilan dan memperhatikan secara keseluruhan. Dengan melakukan hal-hal ini, pembangunan dapat membantu menjana keharmonian rakyat di kawasan Chenderiang dan memperbaiki kualiti hidup mereka.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, projek bantuan rumah sering disuarakan oleh masyarakat di sekitar kawasan Dun Chenderiang khususnya orang masyarakat asli. Antaranya masalah adalah sesebuah kediaman mereka didiami sehingga tiga atau empat keluarga. Maka saya ingin bertanya sejauh manakah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk mempertimbangkan cadangan pembangunan perumahan bagi generasi kedua masyarakat orang asli di negeri Perak ini? Justeru, saya juga ingin mencadangkan supaya penempatan masyarakat penempatan perumahan di kawasan masyarakat orang asli ini dimasukkan dalam PPK Projek Pemajuan Kawasan yang boleh kita majukan selebihi daripada 1 unit dalam satu kawasan yang akan ditentukan oleh JAKOA itu sendiri di mana kawasan tersebut dapat memberikan lebih banyak lagi pembinaan rumah-rumah bagi masyarakat orang asli seperti apa yang telah dilaksanakan PPK di luar bandar kampung-kampung tradisional kita. Akhir sekali, saya dan seluruh warga Dun Chenderiang menjunjung kasih di atas titah ke bawah Duli Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sekian Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Chenderiang mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Chenderiang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua yang memberikan keizinan untuk Kuala Kurau menyertai perbahasan pada petang ini. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri Perak sekalian. Seterusnya, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Kuala Kurau turut menyokong usul bagi menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang Ke 15. Kuala Kurau juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham mantan Adun Ayer Kuning iaitu Yang Berhormat Haji Ishsam Shahrudin yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Februari yang lalu.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk untuk menyentuh beberapa isu di kawasan saya pada sempena perbahasan pada kali ini. Yang pertama berkaitan dengan pusat ekonomi digital ataupun lebih dikenali sebagai NADI yang mana ia adalah merupakan antara inisiatif pihak kerajaan untuk membuka ruang dan peluang kepada masyarakat luar bandar agar tidak tercicir dalam arus pemodenan, teknologi serta ekonomi digital. NADI diwujudkan bagi menyediakan akses kepada kemudahan internet, latihan kemahiran ICT dan sokongan kepada usahawan mikro tempatan dalam usaha memperkasakan ekonomi setempat. Namun begitu, di sesetengah kawasan terdapat beberapa aduan bahawa pusat-pusat ini tidak berfungsi secara optimum, kurang aktiviti dan juga gagal bagi menarik penyertaan yang aktif daripada komuniti sasaran.
Justeru, hal ini menimbulkan persoalan sama ada NADI adalah benar-benar memainkan peranan seperti yang dihasratkan atau sekadar menjadi satu lagi projek fizikal yang tidak memberikan kesan berpanjangan di kalangan komuniti setempat khususnya kepada penduduk-penduduk kampung lah ya yang menjadi sasaran NADI. Adakah pusat NADI benar-benar digunakan sebagai cara aktif oleh komuniti tempatan dan apakah inisiatif serta perancangan pihak kerajaan ke dalam perkasakan semula peranan NADI agar ia benar-benar menjadi pemangkin pembangunan komuniti dan keusahawanan tempatan selari dengan aspirasi dasar digital negara?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan isu projek pembinaan dan pembaikan ban pantai di Kampung Nelayan, Kuala Kurau. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JPS Kerian, JPS Perak dan juga JPS Malaysia atas kelulusan projek pembinaan dan pembaikan ban pantai di Kampung Nelayan Mukim Kuala Kurau yang bernilai lebih daripada RM11 juta yang kini dalam proses pelaksanaan oleh kontraktor yang telah dilantik iaitu Syarikat Coral Triangle Sdn. Bhd. dan akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun untuk disiapkan. Projek pembinaan ini sangat-sangat penting kerana projek yang sepanjang 1.6 km ini dijangka akan memberikan impak yang sangat besar kepada penduduk sekitar kerana ban hakisan yang sedia ada sekarang telah mengalami kerosakan yang sangat kritikal dan sekiranya berlaku bencana ataupun musibah sama ada ban tersebut pecah ataupun runtuh ini akan berlaku banjir, banjir kilat akibat limpahan air laut yang sudah pasti akan menjejaskan banyak pihak antaranya hampir 160 hektar kawasan termasuk kawasan tanaman padi akan terjejas. Hampir 300 buah rumah juga akan terjejas dan akan melibatkan lebih kurang 1,200 orang penduduk.
Antara kawasan yang paling berisiko adalah Kampung Nelayan Kuala Kurau, Kampung Batu 14, Kampung Parit Mat Ali, Taman Kurau Murni, Taman Kurau Permai dan lain-lain lagi. Justeru, projek ini amatlah dialu-alukan dan dinantikan oleh penduduk tempatan dan diharap projek ini akan berjalan dengan lancar dalam tempoh pembinaan dan akan mencapai objektif yang diharapkan bagi membaik pulih dan juga menaik taraf ban pantai di Kampung Nelayan, Mukim Kuala Kurau. Cuma ada satu isu yang berkaitan dengan ban hakisan di Kampung Nelayan, Kuala Kurau iaitu ada satu tempat di belakang kampung nelayan ataupun lebih dikenali sebagai Kampung Nelayan B ini ada lebih kurang beberapa belas buah rumah penduduk tetapi tidak dimasukkan dalam jajaran untuk pembinaan ban pantai kerana masalah adanya rumah kediaman dan juga penduduk yang sudah sekian lama tinggal di situ.
Jadi adalah diharapkan kepada pihak Kerajaan Negeri dan juga kerajaan pusat agar dapat mencari jalan bagaimana untuk menambah peruntukan bagi melengkapkan projek pembinaan ban pantai di Kampung Nelayan, Kuala Kurau. Mungkin pada masa akan datang, Kerajaan Negeri boleh memikirkan bagaimana untuk memindahkan rumah-rumah dan juga penduduk situ ke suatu tempat yang lain. Mungkin boleh dibuka satu seperti macam RPT atau Rancangan Perumahan Tersusun di kawasan berhampiran. Setelah pihak kerajaan berbincang dengan penduduk dan penduduk bersetuju mungkin boleh diusahakan pemindahan dan diharapkan usaha ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan kalau boleh diadakan perbincangan dan juga libat urus di antara semua pihak terlibat.
Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya adalah berkaitan dengan Projek Gerai Kabin di Laman Piandang di Tanjung Piandang, Perak. Projek ini termasuk di dalam kawasan saya dan pada minggu yang lalu saya sempat membuat tinjauan dan lawatan setelah mendengar beberapa aduan dan rungutan daripada peniaga-peniaga dan juga pengunjung-pengunjung yang mana sekarang ini gerai-gerai kabin yang terletak di Laman Piandang dekat Tanjung Piandang telah mengalami kesuraman akibat kekurangan peniaga dan juga pengunjung. Ini adalah kerana projek gerai kabin ini tidak ada bumbung yang kekal dan ia terdedah kepada cuaca panas dan juga hujan dan tidak adanya kerusi dan meja yang kekal sebab pada peringkat awal cadangan berkaitan dengan projek ini, PBT telah mencadangkan satu konsep ataupun gerai perniagaan yang agak moden iaitu projek pembinaan gerai kabin yang mana gerai-gerai ini hanya sebagai orang kata apa macam dia pandu lalu lah ya. Lebih kepada untuk beli secara bungkus dan sebagainya tetapi oleh kerana kita di kampung-kampung ini, realitinya budaya tempatan yang lebih suka kepada tempat untuk yang ada kerusi meja untuk mereka bersantai-santai, berbincang-bincang. Mereka memerlukan tempat yang lebih selesa.
Jadi oleh kerana sekarang ini tidak ada bumbung dan juga kerusi meja yang kekal, Jadi kuranglah para pengunjung dan ini menyebabkan peniaga-peniaga ramai yang telah tak dapat berniaga dan terpaksa tutup kerana tidak dapat menanggung kerugian. Jadi, saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Pusat agar dapat mempertimbangkan cadangan dan juga meluluskan sejumlah peruntukan bagi menambah baik dengan mengadakan sedikit perubahan kepada gerai-gerai kabin di Laman Piandang Indah ini supaya kita tidak mahu projek yang bernilai hampir RM1 juta ini yang telah dibina sejak beberapa tahun yang lalu menjadi projek yang membazir ataupun projek gajah putih. Itulah kita harapkan pertimbangan daripada pihak Kerajaan Negeri, Insya Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya adalah berkaitan dengan isu tandas di Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau. Saya juga telah menerima banyak aduan dan rungutan berkaitan keadaan tandas di Masjid Jamek Pekan Kuala Kurau yang telah mengalami banyak kerosakan yang agak sekian lama dan baru-baru ini semasa musim perayaan Aidilfitri, ramai golongan perantau yang balik kampung termasuk juga penduduk tempatan yang telah memberikan aduan kepada saya tentang masalah tersebut. Sebab masjid ini terletak di dalam pekan Kuala Kurau dan ini adalah masjid yang menjadi tumpuan dan ramai jemaah-jemaah yang hadir termasuk orang-orang awam yang kadang kala menumpang untuk menggunakan tandas di masjid tersebut dan baru-baru ini juga saya telah dihubungi oleh wakil jawatankuasa masjid yang berkenaan bertanya kepada saya di mana peruntukan yang boleh dimohon untuk melaksanakan projek membina sebuah tandas yang baru. Sebab bila saya buat tinjauan saya melihat kalau kita nak baiki, memang tak praktikal dan adalah lebih baik kalau dapat dibina sebuah tandas baru yang mungkin dalam anggaran kos dalam RM100 ribu atau RM150 ribu.
Justeru, saya mohon kepada pihak yang berwajib seperti pihak Kerajaan Negeri melalui peruntukan Yang Amat Berhormat Menteri Besar ataupun kalau ada peruntukan daripada Majlis Agama Islam Perak ataupun pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah ataupun pihak ICU dan sebagainyalah. Mungkin ada Exco yang berkaitan juga kalau boleh mempertimbangkan kelulusan untuk membina sebuah tandas yang baru kepada Masjid Jamik Pekan Kuala Kurau bagi keselesaan para jemaah serta orang ramai yang sering menggunakan kemudahan tersebut di samping juga bagi menjaga imej agama dan juga nama baik masjid yang yang berkenaan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya teruskan isu-isu yang selanjutnya iaitu berkaitan dengan masalah jalan-jalan kampung yang mendap dan rebak khususnya di kawasan Dun Kuala Kurau dan juga di kawasan Parlimen Parit Buntar. Masalah jalan mendap ini sekarang ini sudah menjadi semacam satu fenomena. Bukan sahaja berlaku pada satu-dua kampung tapi banyak kampung-kampung yang terlibat. Antaranya Kampung Parit Sungai Burung, Kampung Parit Tanjung Piandang, Kampung Parit Haji Wahab, Kampung Parit Haji Abdul Rahman. Banyaklah kalau saya nak sebutkan dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kerian, pihak JKR, pihak JPS yang telah berusaha untuk membantu menyelesaikan dan juga membaik pulih jalan-jalan kampung yang telah mendap dan juga jerlus.
Namun oleh kerana peruntukan yang agak terbatas, masih banyak lagi jalan-jalan kampung yang tak dapat dibaiki dengan cepatlah. Malahan ada sesetengah tempat itu hampir lebih setahun tak dapat dibaiki. Kerana keadaan yang berlaku sekarang, kalau kita baiki secara biasa, maksudnya kita tampal, letakkan sasaran atau turap semula, dia tidak akan dapat mengukuhkan jalan tersebut sebab masalah tanah yang dia berada di bawah itu telah mungkin telah lembut dan sebagainya dan ia memerlukan satu cara atau pun kaedah yang lebih sesuai, namun memerlukan kos yang tinggilah. Jadi, saya mohon supaya pihak yang berwajib agar dapat memberikan tambahan peruntukan bagi mengatasi masalah tanah jerlus di kawasan Adun Kuala Kurau dan juga di kawasan Parlimen Parit Buntar termasuk di kawasan Dun Titi Serong dan juga kepada pihak agensi yang berwajib agar dapat menyegerakan projek-projek yang berkenaan sekiranya telah mendapat kelulusan. Kerana contohnya macam baru-baru ini sempena sambutan Aidilfitri. Ramai yang balik kampung yang tak dapat melalui jalan-jalan kampung kerana masalah jalan yang mendap, jerlus, runtuh dan sebagainya.
Seterusnya isu berkaitan dengan permohonan untuk membaiki sebuah jambatan konkrit ataupun titi jejambat konkrit di Kampung Parit Haji Manan. Di Kampung Parit Haji Manan, Mukim Kuala Kurau. Jadi isu ini telah pun saya bawa masalah ini dalam sidang yang sebelum ini dan juga telah saya usulkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa di peringkat daerahlah dan antara jawapan yang diberi adalah tentang masalah peruntukan kerana jambatan tersebut agak panjanglah dan agak panjang dan agak lebar dan kerana ini adalah laluan, bukan sahaja laluan untuk penduduk-penduduk tetapi juga adalah laluan untuk jentera-jentera pertanian, khususnya mereka-mereka yg mengusahakan sawah padi yang membawa hasil-hasil pertanian. Jadi, jambatan ataupun jejambat Parit Haji Manan ini sangat penting. Jadi, saya mohon dan merayu kepada pihak Kerajaan Negeri agar dapat meluluskan sejumlah peruntukan supaya sebuah jambatan baru dapat dibina di kawasan tersebut. Saya pun dah tak larat dah nak dengar rungutan-rungutan, aduan-aduan daripada penduduk kampung dan saya panjangkan lagi sekali di dalam Dewan yang mulia ini agar permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri. Ada masa lagi?
Habis. Saya bagi 2 minit. Sila.
Ok, last sekali. Yg akhir sekali isu berkaitan dengan masalah di Pasar Awam Kuala Kurau. Pasar Awam Pekan Kuala Kurau. Saya telah mendapat aduan dan juga rungutan-rungutan daripada para peniaga kerana sekarang ini jualan mereka di Pasar Awam Pekan Kuala Kurau telah mengalami kemorosotan yang sangat ketara. Ini adalah akibat pembukaan sebuah Pusat Jualan Hasil-Hasil Laut di Bagan Seberang, Kuala Kurau.
Yang mana saya difahamkan baru-baru ini pusat jualan tersebut telah pun mendapat notis daripada Majlis Daerah Kerian untuk dia hentikan operasinya. Namun, hari ini saya masih lagi mendapat aduan daripada para peniaga. Mereka mendapat maklumat bahawa pusat jualan hasil laut tersebut masih lagi dibuka dan ini menimbulkan bantahan kepada para peniaga di Pasar Awam Kuala Kurau kerana mereka membayar sewa dan lesen untuk meniaga, namun hasil jualan mereka dari sehari ke sehari telah mengalami kekurangan lah.
Jadi, saya mohon kepada pihak Majlis Daerah Kerian dan juga mungkin kepada Exco yang berkaitan agar mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. Sebab ialah pusat jualan tersebut menawarkan jualan hasil laut dengan harga yang lebih rendah, mungkin yang lebih murah kerana mungkin mereka mendapat bekalan yang banyak daripada bot-bot yang besar. Tapi kalau kita nak bandingkan dengan harga di pasar awam sebab ini adalah, kita orang kata apa, dua-dua pihak ini mendapat situasi win-win lah ya. Maknanya peniaga di Pasar Awam Kuala Kurau mendapat pembelaan dan juga mungkin pusat jualan tersebut juga mungkin ada. Tak taulah macam mana kaedahnya kalau nak benarkan dia terus buka pusat jualanlah. Saya ingat itu sajalah ucapan perbahasan saya pada kali ini. Jadi, Kuala Kurau menjunjung kasih dan menyokong Titah Ucapan Tuanku. Sekian terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Kuala Kurau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, yang dihormati ketua-ketua atau wakil-wakil jabatan dan agensi, penjawat-penjawat awam, pasukan media, para pemerhati sama ada di dalam Dewan ini atau yang sedang mengikuti secara live. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya mulakan bicara. Segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam dan seluruh makhluk yang bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad s.a.w yang memiliki keperibadian yang unggul menjadi contoh dan ikutan seluruh manusia.
Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelia Belas. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku perlu dijadikan asas dan pedoman untuk sama-sama kita memakmurkan bumi Perak ini. Seterusnya ucapan takziah saya rakamkan kepada isteri dan juga keluarga Allahyarham Ishsam Shahruddin. Moga-moga Allah kurniakan rahmat dan juga ditempatkan beliau bersama roh orang-orang yang soleh dan beriman.
Dato' Yang Di-Pertua, saya memulakan perbahasan Titah Tuanku pada tengah hari ini dengan mengemukakan isu yang pertama iaitu berkaitan dengan kecerdasan buatan atau AI dengan izin Artificial Intelligence. Hari ini semua orang bercakap tentang AI dan perkembangan pesat AI membawa perubahan besar sama ada kita sedar atau pun tidak dalam kehidupan kita, khususnya kesannya terhadap dunia pekerjaan dan kita sedang berada dalam Revolusi Industri 4.0 dan nak masuk atau dah masuk pun pada Revolusi 5.0 dan penggantian pekerjaan oleh AI telah menjadi trend yang tidak dapat kita elakkan. Sama ada kita suka atau tidak. Sama ada kita berpengetahuan atau pun tidak. Trend itu terus berkembang. AI bawa banyak manfaat. Kepada kehidupan dan pekerjaan kita. Boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan. AI boleh mengurangkan kos operasi kerana pekerja dikurangkan.
AI boleh mengurangkan kesilapan manusia human error. Kerana AI telah diprogramkan untuk melakukan sesuatu program itu dan dia patuh kepada arahan yang diprogramkan kepadanya. Walau bagaimanapun, cabaran penggunaan AI dan kesan sosial dan ekonomi dalam masyarakat kita tidak boleh dinafikan dan tidak boleh sama sekali kita abaikan. Cabaran AI banyak dan kita perlu melakukan persiapan berhadapan dengan trend penggunaan AI. Antara isu-isu yang perlu kita beri perhatian sebagai cabaran dalam dunia AI ini iaitu isu pengangguran dan ketidakstabilan pekerja kerana trend automasi & robotik telah berkembang iaitu AI. Keduanya, ketidakseimbangan ekonomi yang mahir dalam AI, teknologi akan terus mendapat tawaran tetapi yang kurang pengetahuan ilmu berkaitan dengan teknologi akan berada di belakang. Jurang akan terus melebar. Yang ketiganya, kehilangan sentuhan manusia. AI ni tak ada simpati. AI ni tak ada empati. AI tak ada emosi dan AI tak ada budi bicara. Ini cabaran yang sedang kita hadapi. Di mana AI hilangnya sentuhan manusia. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil oleh semua pihak khususnya Kerajaan dalam menangani atau berdepan dengan isu penggunaan AI. Pertamanya, meningkatkan kemahiran pekerja. Keduanya, pendidikan secara menyeluruh dalam teknologi dan juga inovasi dan ketiganya mewujudkan polisi dan undang-undang yang mengawal selia penggunaan AI.
Seterusnya, isu yang kedua yang ingin saya lontarkan adalah berkaitan dengan pengeluaran makanan dan ternakan yang telah disentuh dalam Titah Tuanku. Dinyatakan dalam titah Tuanku, pengeluaran komoditi sayuran, buah-buahan dan tanaman dilihat meningkat. Begitu juga peningkatan pengeluaran daging, ayam, telur dan susu juga meningkat sehingga mengatasi keperluan negeri. Tahniah saya ucapkan kepada pengeluar tanaman sayuran, daging, ayam, telur dan juga susu segar. Walau bagaimanapun, peningkatan ini tidak memberi impak yang berkesan kepada rakyat. Teori ekonomi yang kita belajar. Teori asas ekonomi. Supply and demand dengan izin penawaran dengan permintaan. Penawaran lebih penawaran permintaan lebih. Melebihi penawaran akan boleh memberi impak kepada harga. Boleh memberi impak kepada penurunan harga tetapi hakikat yang berlaku walaupun pengeluaran meningkat, harga masih berada pada trend menaik. Harga harga barang makanan, barang sayuran, tanaman. Telur harganya turun naik. Maknanya peningkatan, pengeluaran, tanaman, pertanian dan sebagainya. Tidak tidak memberi impak kepada rakyat. Tidak terpakai teori ekonomi asas itu. Mengapa berlaku begitu?
Maka pihak Kerajaan perlu melakukan sesuatu. Boleh terus meningkatkan pengeluaran tetapi dalam masa sama bagaimana harga barang boleh dikawal dengan peningkatan pengeluaran. Tambah pula, peningkatan melebihi daripada permintaan.
Sepatutnya berlakulah teori asas ekonomi itu dan sebenarnya rakyat tidak peka, tidak begitu peka kepada jumlah ratusan ribu metrik tan pengeluaran. Rakyat tak peka pun. Yang rakyat peka dan rakyat tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti ialah bila barang nak turun. Bila barang harga barang nak turun. Dia tak kisah pun atau tan metrik. Ikan ke, kerang ke tetapi rakyat kisah adalah harga barang.
Maka titah Tuanku ini perlu dilihat oleh kerajaan sebagai satu saranan untuk melakukan inisiatif yang sungguh-sungguh supaya peningkatan pengeluaran makanan, tanaman dan sebagainya memberi impak kepada penurunan harga. Ini yang rakyat tunggu. Walaupun kita memahami kalau pengeluaran dilakukan secara tidak terkawal, akhirnya berlaku lambakan lebihan produk dan ini boleh memberi kesan yang tidak baik kepada pengeluar. Merugikan pengeluar. Kita akui, oleh itu, kerajaan perlulah melakukan satu perancangan yang teliti supaya pengeluaran dapat seimbang dengan permintaan dan akhirnya memberi impak kepada rakyat dalam konteks penurunan harga barang. Dalam masa yang sama, Kerajaan juga perlu melakukan sesuatu terhadap kebimbangan Tuanku berkaitan pengeluaran padi yang menurun. Apakah faktornya adalah adakah kerana keluasan padi semakin berkurangan? Ataupun adakah kerana varieti padi yang digunakan? Ataupun ada masalah pekerja? Ataupun teknologi yang digunakan, teknologi jentera lama dan sebagainya? Perlu dikaji dan dicari solusi supaya penurunan padi tidak berada pada trend menurun.
Dato' Yang Di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang Akademi Sekuriti Makanan Perak. Satu inisiatif yang terkandung dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. Suka saya bacakan sedikit kronologi berkaitan dengan Akademi Sekuriti Makanan Perak. Pertamanya, Memorandum Persefahaman Penubuhan Akademi Sekuriti Makanan Perak telah termeterai di antara USAS dan SADC pada 29 Oktober 2022. Kedua, laporan berita 17 Februari 2023, SADC memperuntukkan konsep dana endowmen atau wakaf berjumlah RM20 juta dalam pembangunan Akademi Sekuriti Makanan. Ketiga, laporan berita 9 Januari 2024 bertajuk Akademi Sekuriti Makanan USAS, Kawal Pengeluaran dan Harga juga dinyatakan dalam laporan berita tersebut, akademi ini akan dibangunkan di kawasan tanah seluas 101 ekar di kawasan Manong. Sebab tu saya peka dengan akademi ini kerana ia dicadangkan dalam kawasan Manong.
Dalam Pelan Sejahtera Perak 2030 dinyatakan akademi ini sebagai flagship Lembah Bakul Makanan. Akademi Sekuriti makanan ini juga dijenamakan dengan nama USAS Agriculture Industry Lab singkatannya UAIL atau Makmal Industri Pertanian USAS. Sebagai mana jawapan Exco terhadap soalan lisan saya semalam yang dijawab secara bertulis. UAIL atau makmal ini dirancang sebagai pusat inkubasi pertanian bagi menyokong agenda sekuriti makanan negeri Perak. Dalam masa yang sama, UAIL ini juga berperanan sebagai pusat penyelidikan inovasi teknologi pertanian, pembangunan usahawan tani dalam sektor agro industri. Bahkan UAIL juga dijangkakan berperanan penting dalam pengeluaran makanan berskala besar. Meneliti jawapan-jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Exco, Yang Berhormat dalam jawapan kepada saya oleh Yang Berhormat Exco betapa besarnya peranan UAIL ini dalam konteks keterjaminan makanan negeri Perak.
Walau bagaimanapun, hari-hari saya lalu kawasan itu, walaupun di Jerlun, kawasan yang agak ke dalam sedikit, kita tak nampak apa-apa pembangunan lagi. Ianya masih lagi dalam peringkat perancangan walaupun perkara tersebut telah disebut, dirancang, ideanya dan sebagainya. Gerak kerjanya pada 2022. Maka saya ingin kemukakan beberapa persoalan dan saranan kepada kerajaan berkaitan dengan akademi atau UAIL ini. Pertama, berapa lama lagikah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu permohonan kebenaran merancang atau KM dan permohonan pertukaran status zoning yang sehingga hari ini belum diselesaikan lagi? Difahamkan, masih lagi dalam proses konsultansi dan penyediaan belanjawan. Bilakah jangkaan atau sasaran isu ini akan dapat diselesaikan? Agenda sekuriti makanan tidak boleh ditangguh-tangguhkan. Ianya sangat penting dalam konteks negara dan juga negeri. Yang keduanya berapakah peruntukan yang disediakan untuk tempoh lima tahun? Tak lama lagi, lima tahun lagi, 2030.
Untuk merealisasikan UAIL sebagai game changer Bandar DiRaja Kuala Kangsar dan juga untuk melaksanakan 9 sektor utama dalam UAIL ini, sudah pastilah gagasan yang besar ini memerlukan peruntukan yang besar daripada Kerajaan Negeri. Yang ketiganya, saya mohon dan mencadangkan satu peruntukan awal perlu disediakan sebagai kick off dengan izin ataupun sepak mula untuk pelaksanaan projek-projek berskala kecil dalam konteks komuniti. Setidak-tidaknya sebelum projek berskala besar, dah ada projek berskala kecil untuk merealisasikan penghasilan pengeluaran tanaman atau makanan dan juga ternakan. Walaupun berskala kecil dan boleh diurus bersama komuniti. Yang kebanyakannya saya cadangkan juga agar pelan induk UAIL yang mengandungi 9 projek sektor utama yang besar yang telah dirangka oleh pihak USAS dimasukkan dalam sebahagian daripada dokumen Pelan Perak Sejahtera 2030 secara lebih terperinci.
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya isu yang ketiga berkaitan dengan Program Kesejahteraan dan Keselesaan Hidup Rakyat. Saya nak lontarkan satu isu iaitu berkaitan dengan di kawasan saya, sebenarnya berada di bawah kawasan Kuala Kangsar. Berkaitan dengan isu selenggara longkang dan rumput. Melalui taklimat yang diberikan kepada kami dalam bulan Januari dalam mesyuarat JTPD menyatakan bahawa skop keluasan kawasan selenggara longkang dan rumput oleh syarikat kontraktor Puncak Emas Infra telah dikurangkan skopnya, dikecilkan skopnya. Maka apa yang berlaku. Ini kerana kontrak baru kontraktor dengan Kerajaan Negeri, dikecilkan skop keluasan selenggara. Maka kesannya banyak kawasan-kawasan penempatan-penempatan tidak lagi diselenggara oleh kontraktor. Jawapan PBT ataupun MPKK menyatakan bahawa kawasan-kawasan yang tidak diselenggara oleh kontraktor akan diselenggarakan oleh pihak PBT. Tapi isunya PBT tidak cukup tenaga kerja. Maka berlakulah kawasan-kawasan tertentu, lama tidak diselenggarakan longkang dan juga rumputnya.
Satu contoh yang saya boleh beri Kampung Melayu Jalan Kenas, hampir enam bulan rumput tidak diselenggara dan ada kawasan-kawasan lain juga mengalami nasib yang sama. Maka ingin saya bertanya kepada Kerajaan Negeri, apakah sebenarnya faktor menyebabkan keluasan kawasan selenggara dan skop kerja kontraktor ini dikurangkan atau pun dikecilkan? Adakah kerana kekangan kewangan atau ada faktor-faktor yang lain? Mohon perhatian dan penjelasan pihak kerajaan berkaitan isu ini demi keselesaan hidup penduduk dan juga sara hidup rakyat.
Dato’ Yang di-Pertua, isu yang seterusnya berkaitan dengan penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan, PBT dan juga Pejabat Daerah dan Tanah. Saya memohon kepada semua PBT dan PDT tidak khusus sahaja di kawasan saya supaya peka kepada sebarang operasi atau pun aktiviti-aktiviti tidak sah yang berlaku di kawasan masing-masing. Sama ada aktiviti itu melibatkan perniagaan ataupun melibatkan perkilangan ataupun aktiviti pertanian, industri, pembinaan bangunan dan lain-lain. Perlu peka. Kita tidak mahu isu Putra Heights, pembinaan kuil di Kuala Lumpur, kebun haram di Pahang, sisa e-Waste di Sungai Siput berulang kembali dan ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak. Sebagaimana Titah Tuanku menyebut bahawa semua insiden itu mengundang persoalan. Mengundang persoalan bagaimana pelbagai pihak berkuasa terlepas pandang tentang kewujudan dan operasi setiap aktiviti yang bertahun-tahun lamanya dijalankan?
Dalam dunia cyber hari ini kita tidak dapat menyekat pelbagai persepsi masyarakat awam terhadap integriti penjawat awam. Pemantauan dan pengawalan di peringkat awal perlu dilakukan oleh PBT dan juga PDT supaya tidak timbul tidak berlaku isu yang lebih besar dan mendatangkan mudarat yang lebih besar melibatkan isu-isu sensitif. Semua pihak perlu akur dan tidak boleh mengatasi peraturan dan kita tidak mahu ada pihak-pihak yang cuba berlagak menjadi hero membela pencerobohan tanah-tanah kerajaan sehingga mengenepikan Titah Tuanku Sultan. Dato’ Yang di-Pertua, mohon sikit tambahan masa Yang di-Pertua.
Isu seterusnya adalah berkaitan dengan penebangan pokok. Berbahaya dan juga rumpun-rumpun tumbuhan yang berada di kiri kanan jalan. Perkara ini pernah saya kemukakan dalam mesyuarat JPBD. Perkara ini perlu dikawal daripada awal. Perlu dikawal daripada awal. Kita tidak mahu bila berlakunya musibah pokok tumbang kena rumah, kena jalan, kena masjid, kena surau dan sebagainya, barulah Pihak Berkuasa Tempatan akan tebang dan sebagainya. Sepatutnya perlu dilakukan pengawalan daripada awal. Pokok-pokok yang dilihat merbahaya dan boleh mengancam keselamatan perlu ditebang lebih awal. Di dalam kampung ke, di jalan negeri ke, jalan persekutuan ke, banyak. Dalam kawasan penempatan taman dan kampung, perlu ada satu solusi dan koloborasi di antara pelbagai agensi untuk menangani isu ini dan juga perlu melibatkan agensi utiliti TNB, Telekom, LAP kerana di kiri kanan jalan tu ada kabel, ada tiang utiliti, ada paip air, maka semua perlu bekerjasama untuk menangani isu pokok-pokok merbahaya yang boleh membawa kepada risiko dan juga keselamatan.
Akhirnya saya ingin bawa isu berkaitan dengan keamanan, keharmonian dan perpaduan. Titah Tuanku menyebut keamanan bukan suatu yang mudah dicapai. Keamanan bukannya pipih datang melayang. Kunci kepada keamanan, keharmonian dan perpaduan adalah sikap toleransi dan menghormati di antara satu sama lain. Ini adalah kunci utama dan kita diikat juga dengan Rukun Negara. Inilah kunci yg boleh mengikat kita untuk hidup dalam toleransi dan saling hormat menghormati. Kita hidup dalam negara yg ada pelbagai agama, bangsa dan negara. Kita hidup dalam negara yang ada perlembagaan dan undang-undang. Kita hidup dalam negara yang ada sejarah dan warisannya yg perlu dihormati oleh semua pihak dan kita hidup di bawah satu lambang dan bahasa yang sama sebagai simbol penyatuan. Bangsa kita akan kekal sebagai bangsa kita. Melayu akan kekal sebagai Melayu, Cina akan kekal sebagai Cina, India akan kekal sebagai India. Saya dilahirkan Melayu tak mungkin akan bertukar kepada bangsa Cina. Mereka yang dilahirkan dalam bangsa Cina tak mungkin akan jadi bangsa Melayu dan adat dan budaya kita tetap terus berbeza tetapi kita boleh mempunyai bahasa yang sama iaitu Bahasa Malaysia. Kita boleh mempunyai simbol yang sama iaitu bendera Malaysia.
Kedua-dua ini boleh menyatukan kita semua. Perkara-perkara yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian perlu kita elakkan. Kita amat terkejut dan kesal dengan isu akhbar Sin Chew Daily bertarikh 15 April 2025 memaparkan ilustrasi atau visual bendera kebangsaan tanpa bulan sabit. Walau pun Sin Chew Daily telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan menyatakan ini adalah kesilapan teknikal tetapi ia tetap menimbulkan pelbagai persoalan. Mudah untuk minta maaf tapi kesannya besar kepada keharmonian negara. Semalam Yang di-Pertuan Agong telah bertitah kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit boleh mencetus sensitiviti tidak boleh diterima.
Akhirnya saya menyentuh tentang sejahtera politik sedikit sahaja sebagai penutup Dato' Yang di-Pertua. Sebentar tadi saya sempat lari ke kawasan di Lempor kawasan Manong menghadiri jamuan Aidilfitri di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti PPDK Lempor. Orang OKU semua di situ. Latihan kepada OKU. Jadual asal saya diberi slot untuk berucap dan merasmikan majlis tersebut. Sampai saya di sana bisik-bisik kata tak ada ucapan perasmian daripada YB dan saya bersembang dengan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat dia mohon maaf kepada saya kerana dia tak boleh buat apa-apa. Katanya ada arahan. Arahan mana wallahualam. Mungkin arahan langit menyebabkan saya tidak boleh berucap walaupun di depan OKU, walaupun di depan anak-anak istimewa yang kerap saya datang bermesra dengan mereka tidak di benarkan saya untuk berucap di hadapan mereka. Saya tidak salahkan JKM Kuala Kangsar kerana saya faham mereka sangat rapat dan baik dengan saya. Mungkin ada pihak tertentu yang memberi arahan. Wallahualam. Berucap depan OKU pun tak dibenarkan. Inilah wajah politik sejahtera negara kita. Saya sudahi dengan akhirnya terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Manong merafak sembah dan menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat daripada kawasan Manong. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk memulakan perbahasan 20 minit. Dipersilakan.
Terima kasih Dato' Yang Di-Pertua. Salam Sejahtera dan selamat petang saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang berada di dalam Dewan yang mulia ini dan tidak lupa juga ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada saya dengan mengizinkan saya untuk menjunjung kasih atas Titah Diraja sempena perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak dan menyertai sesi perbahasan dalam Persidangan Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas pada dua hari yang lalu. Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua individu yang merayakannya sepanjang bulan Syawal ini.
Dato' Yang di-Pertua terlebih dahulu bagi pihak rakan-rakan yang berada dalam kawasan di bawah kawal seliaan Majlis Bandaraya Ipoh dan juga seluruh warga Ipoh, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Zamakhshari bin Hanipah yang baru dilantik sebagai Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Ipoh dan saya yakin beliau akan dapat meneruskan usaha untuk membangunkan kawasan Ipoh yang semakin pesat membangun. Pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baru ini pastinya akan menyuntik semangat kerja yang tinggi di kalangan pegawai dan anggota perkhidmatan awam untuk menggubal dasar-dasar baru, memacu pertumbuhan baru dan terus menjana pembangunan di dalam kawasan Ipoh. Dalam Titah Diraja Tuanku bertitah bahawa keamanan bukan sesuatu yang mudah dicapai. Keamanan bukannya pipit datang melayang. Keamanan dalam sesebuah komuniti itu juga penting. Sesungguhnya dunia kita dilanda pandemik wabak Covid-19 sebelum ini, kerajaan negeri buat masa itu mengambil inisiatif Perintah Kawalan Pergerakan untuk memperkasakan penggunaan pembayaran tanpa tunai.
Antara inisiatif-inisiatif kerajaan negeri sewaktu pandemik, agensi-agensi pembayaran tanpa tunai diperkenalkan ke pasaran di negeri kita dan kerajaan bukan sahaja memberi tumpuan kepada pengurus perusahaan kecil dan sederhana iaitu SME tetapi juga ke peringkat akar umbi termasuk penjaja dan peniaga kecil di pasar-pasar awam dan tapak penjaja awam. Saya masih ingat banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai sepanjang tempoh pandemik. Akan tetapi dengan kadar penggunaan pembayaran tanpa tunai yang semakin tinggi, maka kes jenayah penipuan pun melambung dan menurut satu kajian selidik yang dijalankan oleh beberapa institusi serta universiti-universiti yang baru-baru diumumkan hampir 40% daripada responden dengan kajian selidik tersebut pernah berdepan dengan percubaan penipuan seperti laporan yang telah diumumkan baru-baru ini. Data-data yang menunjukkan jenayah penipuan kini adalah berada di tahap scamdemic dengan izin menurut pakar di Pusat Penyelidikan Sosial dan Polisi Universiti.
Penipuan melalui pembayaran tanpa tunai bukan sahaja disebabkan ketamakan seseorang kerana ia berlaku di mana-mana sahaja termasuk pembelian harian seperti membeli makanan di atas talian dan juga tanpa mengira seseorang individu itu daripada kategori T20 atau pun B40. Mungkin antara kita yang berada dalam Dewan yang mulia ini pun pernah berdepan dengan risiko atau pun pengalaman percubaan penipuan. Sungguh pun kawalan ke atas kes jenayah penipuan ini adalah di bawah Kerajaan Persekutuan dan pihak PDRM, namun kita sebagai Kerajaan Negeri yang bakal menuju ke arah sebuah bandar atau pun negeri pintar seperti apa yang telah disebut dititah oleh Tuanku semasa Titah Diraja dua hari yang lalu. Saya berpendapat bahawa Kerajaan nNegeri ada tanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran orang awam supaya orang awam menyedari dan mahir dalam penggunaan teknologi yang terkini iaitu pembayaran tanpa tunai.
Selaras dengan blueprint Bandar Baru 2040 saya mencadang supaya lebih banyak tumpuan dan usaha dapat diberikan dalam mempertingkatkan tahap penggunaan perantis elektronik atau pun pintar, pembayaran tanpa tunai, penempahan e-hailing dan lain-lain aplikasi teknologi. Golongan akar umbi yang tidak mengambil inisiatif untuk mengguna aplikasi teknologi terkini sebahagian besar daripadanya adalah disebabkan mereka bimbang terperangkap atau pun tertipu oleh lubuk penipuan. Kelas-kelas ringkas boleh disediakan di pusat-pusat NADI di kebanyakan komuniti khususnya kepada golongan warga emas di mana mereka tidak tahu macam mana bermulanya penggunaan perantis pintar kerana anak-anak mereka mungkin sibuk keluar mencari rezeki dekat luar dan tidak ada masa yang mencukupi untuk menunjuk ajar kepada mereka supaya macam mana kita boleh guna dan menguasai aplikasi teknologi yang terkini.
Dato' Yang di-Pertua, satu kes di mana saya pun menarik perhatian adalah sepasang warga emas gagal membeli makanan di restoran fast food dengan izin kerana mereka tidak tau macam mana nak menggunakan kioks penempahan restoran elektronik tersebut di restoran tersebut. Ini merupakan kes yang amat kasihan dan jenayah penipuan pasti akan menggugat kestabilan ekonomi dan memperlahankan usaha Kerajaan Negeri atas pelaksanaan pembayaran tanpa tunai dan menuju ke arah negeri pintar. Kita harus mengambil langkah proaktif dalam membanteras jenayah penipuan dengan mempertingkatkan kesedaran rakyat negeri Perak yang kita kasihi.
Dato' Yang di-Pertua, pembangunan infrastruktur pejalan kaki iaitu walk ability dan accessibility dengan izin adalah mustahak di negeri Perak bagi memupuk tabiat yang baik untuk pejalan kaki dan kurangkan jejak karbon. Saya merakamkan penghargaan dan juga terima kasih kepada beberapa Pihak Berkuasa Tempatan yang telah banyak berusaha mempertingkatkan tahap infrastruktur pejalan kaki dalam masa beberapa tahun ini. Walau bagaimanapun, terdapatnya ruang penambahbaikan lagi yang boleh dilaksanakan demi kebaikan rakyat negeri Perak. Kebanyakan rumah kedai yang mempunyai kaki lima yang berfungsi sebagai laluan pejalan kaki berbumbung bagi membenarkan orang awam berjalan di atas kaki lima tanpa khuatiri dengan cuaca panas atau cuaca hujan. Namun ada banyak antaranya susah diakses dengan sebab ketidakrataan laluan pejalan tersebut antara setiap premis. Pejalan kaki harus berwaspada terhadap tahap jalan atau pun road level dengan izin yang berlainan ketinggiannya antara premis dan ia juga menjadikan satu masalah kepada warga berkerusi roda atau pun pelancong dengan bagasi mereka kerana tidak dapat akses melalui kaki lima berbumbung tersebut dan harus terpaksa berjalan di atas jalan raya. Perkara ini disebabkan ada premis yang mempunyai reka bentuk tersendiri berdasarkan kehendak pemilik buat masa dulu yang mana bukan kesalahan mana-mana pihak.
Saya berpendapat bahawa sekiranya kesemua kaki lima yang menghadapi masalah tersebut dapat diselaraskan dengan ketinggiannya atau pun membina tanjakan antara kaki lima yang berlainan ketinggiannya, maka jumlah panjang laluan pejalan kaki yang mampu di jalan atau pun workable dengan izin, maka negeri kita pasti akan mencapai satu tahap baru. Usaha ini sebenarnya tidak melibatkan sejumlah bajet yang besar dan Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan untuk memberi insentif kepada pemilik-pemilik atau pun pengusaha-pengusaha bagi premis yang menghadapi masalah tersebut yang sudi menjayakan projek tersebut bersama dengan kerajaan. Dengan cadangan tersebut, saya percaya ia bukan sahaja boleh mendatangkan keselesaan antara pejalan kaki dan warga berkerusi roda tetapi ia juga turut akan menjadi satu kejayaan dan tonggak pencapaian kepada negeri Perak dalam pembangunan infrastruktur pejalan kaki. Jadi, antara semua ini tidak disambungkan melalui infrastruktur yang memenuhi keperluan bagi mereka yang berjalan kaki atau pun menunggang basikal. Sekiranya tempat-tempat yang tersebut tadi dapat disambungkan dengan wujudnya laluan pejalan kaki atau pun laluan basikal yang berbumbung atau pun dengan lintasan lampu isyarat pejalan kaki yang selamat, saya yakin ramai penduduk sekawasan terutamanya golongan warga emas, pelajar-pelajar dapat dimanfaatkan kerana laluan berbumbung itu dapat mengatasi masalah cuaca panas atau pun hujan dan yang penting ia boleh mengurangkan jejak karbon seperti apa yang diamalkan dalam negara-negara maju.
Yang Berhormat Tuan Speaker, berkenaan dengan TVET, satu pendidikan sepanjang hayat yang dilihat sebagai pemacu pembangunan insan dan ekonomi. Saya juga ingin menyentuh soal pendidikan sepanjang hayat khususnya pengiktirafan kemahiran bagi pekerja-pekerja mahir di kampung seperti mekanik, tukang kayu, tukang besi, tukang masak. Mereka ini memiliki kemahiran serta pengalaman yang bertahun-tahun, tetapi sering terhalang kerana tiada sijil yang diiktiraf. Selama ini, Kerajaan Negeri mungkin lebih menumpukan kepada pembelajaran TVET secara biasa di kolej-kolej atau pun di institusi latihan. Namun, kita perlu mengiktiraf bahawa ramai pekerja mahir memperoleh kemahiran melalui pembelajaran tidak formal iaitu melalui pengalaman kerja, kebimbingan orang lama dan latihan dan pengalaman di tempat kerja. Apakah ada inisiatif daripada Kerajaan Negeri untuk mengiktiraf atau mempersilakan mereka yang berkemahiran ini? Saya ingin membawa satu situasi. Bayangkan contohnya Ali, Ah Chong dan Mutu. Mereka bertiga ini tidak dapat belajar kemahiran sepuluh (10) tahun yang lalu atau pun lima (5) tahun yang lalu tetapi tiga (3) orang ini telah berkerja di workshop bekerja dengan keluarga tetapi tidak ada sijil. Tidak ada sijil dengan pengalaman lima (5) hingga sepuluh (10) tahun mereka ini telah mahir tetapi tidak ada sijil dan sukar mendapat perkembangan yang lebih baik dan maju.
Sepatutnya dengan adanya program yang baik ini iaitu Program Pencapaian Pengiktirafan Pencapaian terdahulu d ibawah program Sijil Kemahiran Malaysia, mereka ini layak untuk mendapat SKM 1, SKM 2, SKM 3, malahan layak untuk mendapat diploma juga. Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri memperluaskan atau pun mengkaji program ini supaya ia dapat dijalankan dibawah satu program mempersijilkan belia-belia yang berkemahiran di luar. TVET bukan lagi sekadar satu pilihan alternatif kepada pendidikan arus perdana tapi juga merupakan satu bentuk pendidikan strategik yang berpotensi tinggi dalam melonjakkan daya saing negara di peringkat global. Untuk membangunkan sesebuah negara, kita memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja ramai malah berkemahiran tinggi dan kompeten. TVET memainkan peranan utama dalam melahirkan individu yang mempunyai kemahiran praktikal dan teknikal yang amat diperlukan dalam pelbagai sektor ekonomi seperti kejuruteraan, automotif, pembinaan, teknologi maklumat, hospitaliti, pertanian moden dan sebagainya.
Melalui laporan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia sehingga kini, kira-kira 70% pekerjaan di Malaysia memerlukan kemahiran teknikal. Namun hanya sebilangan kecil tenaga kerja kita dilatih secara khusus dalam bidang tersebut. Di sinilah TVET memainkan peranan penting. Ia menutup jurang antara permintaan industri dan kebolehan graduan. Satu lagi aspek penting yang yang perlu kita tekankan iaitu peranan TVET dalam mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia. Masalah pengangguran lepasan universiti sering dikaitkan dengan ketidaksesuaian antara bidang pengajian dan juga kehendak pasaran kerja. Namun, graduan TVET biasanya dilengkapi dengan latihan industri dan pengalaman praktikal menjadikan mereka lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan sebaik tamat pengajian. Sebagai contoh, banyak institusi TVET seperti Giat Mara, Politeknik, Kolej Komuniti dan juga Institut Latihan Perindustrian telah mencatatkan kadar kebolehpasaran graduan melebihi 90%. Suatu pencapaian yang membanggakan dan menunjukkan keberkesanan pendekatan TVET dalam menyediakan laluan kerja yang jelas dan kukuh. Dalam era revolusi industri 4.0, TVET bukan sahaja tertumpu kepada kemahiran asas, malah telah berkembang untuk meliputi bidang-bidang baharu seperti automotif, kecerdasan buatan, daya asas, data asas dan reka bentuk digital. Ini menunjukkan bahawa TVET juga menjadi pemangkin kepada transformasi teknologi dan inovasi di negara ini.
Walau bagaimanapun, walaupun kita mengiktiraf kelebihan TVET, namun saya juga ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan agar impaknya lebih menyeluruh. Yang pertama sekali, meningkatkan imej dan persepsi masyarakat terhadap TVET. Masih ramai sebenarnya yang menganggap TVET ini sebagai pilihan kedua. Kempen kesedaran yang berterusan perlu digiatkan oleh kerajaan negeri. Menambah baik infrastruktur dan fasiliti latihan. Institusi TVET perlu dilengkapi dengan peralatan moden selari dengan teknologi industri. Kerjasama erat dengan sektor industri. Kurikulum TVET perlu terus relevan dengan kehendak pasaran semasa melalui penglibatan pemain industri secara langsung.
Seterusnya, saya ingin membahaskan satu isu yang semakin membelenggu warga penduduk di kawasan saya iaitu Mengelembu khususnya di sekitar pekan Menglembu iaitu kesesakan lalu lintas dan juga kekurangan tempat letak kereta. Isu ini bukan sahaja mengganggu kelancaran aktiviti harian malah memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat dan juga pertumbuhan ekonomi setempat. Lazimnya, pekan-pekan kecil di negeri Perak ini dulunya digambarkan sebagai tenang dan mudah diakses. Namun realitinya sekarang telah berubah. Peningkatan jumlah kenderaan peribadi, pertambahan penduduk dan juga pembangunan pesat, perancangan mobiliti yang efisien pada masa dahulu telah menyebabkan pekan-pekan ini menghadapi masalah lalu lintas yang kronik dan kekurangan ruang parking yang mencukupi. Isu ini bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar, ia juga turut melanda beberapa pekan seperti dalam negeri Perak. Maka sudah sampai masanya kita merangka penyelesaian yang lebih menyeluruh dan proaktif.
Dato' Yang di-Pertua, kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta memberi kesan langsung kepada kelancaran ekonomi. Apabila sebagai contoh, banyak peniaga di kawasan pekan kecil mengadu bahawa pelanggan enggan singgah kerana tidak mahu bersusah payah mencari ruang-ruang parking yang sempit ataupun terpaksa berjalan jauh seperti meletak kereta di kawasan yang tidak selamat. Apabila tempat letak kereta tidak mencukupi, sesetengah pemandu terpaksa meletakkan kenderaan secara haram di pusat, di bahu jalan ataupun di hadapan premis. Sekaligus mengganggu aliran trafik dan juga membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Fenomena double parking dengan izin meletak kenderaan di simpang jalan dan kenderaan besar yang parking tanpa kawalan menjadi punca utama kesesakan. Ini bukan sahaja menyusahkan pemandu lain, malah meningkatkan risiko kemalangan dan melambatkan pergerakan kenderaan kecemasan seperti ambulance dan bomba. Masalah ini sebanyak sedikit berpunca daripada kelemahan dalam perancangan bandar pada masa dahulu yang terlepas pandang akan pertambahan populasi dan juga perubahan gaya hidup sesebuah komuniti.
Pada masa dahulu, kebanyakan pekan dibina di mana keutamaan diberi kepada pembangunan komersial dan juga perumahan tetapi tidak disertakan kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi atau sistem trafik yang sistematik. Sebagai contoh, premis-premis perniagaan baru tumbuh bagai cendawan selepas hujan tetapi tempat letak kereta tidak ditambah. Malah ada yang mengubah kawasan pejalan kaki menjadi ruang parking haram. Bagi menangani isu ini dengan berkesan, saya mencadangkan beberapa pendekatan strategik dan bersifat jangka panjang. Pertama sekali, kita perlu membina tempat letak kereta bertingkat di kawasan strategik dalam pekan. Ini boleh menjimatkan ruang dan juga memberi lebih kapasiti parking. Syabas diucapkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga Majlis Bandaraya Ipoh kerana membina bangunan parking bertingkat di Pekan Lama Ipoh bagi memudahkan warga Ipoh serta pengunjung-pengunjung meletak kenderaan masing-masing dengan tambahan kapasiti sebanyak 400 petak parkir baru di sekitar Pekan Lama Ipoh. Yang kedua menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan bas mini pekan dengan jadual tetap dan tambang berpatutan. Syabas sekali lagi diucapkan kepada kerajaan negeri atas pelancaran Program Transformasi Bas Berhenti-Henti dua bulan lalu yang disambut baik oleh rakyat negeri Perak.
Bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas serta masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar pekan Menglembu, saya mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya dengan segera mengkaji dan mengaktifkan semula kawasan parking terbiar ataupun lot kosong, lot tanah kosong milik kerajaan sebagai ruang parking sementara. Selain daripada itu, kerajaan harus mengkaji keberkesanan dengan menambah baik sistem laluan sehala dan petunjuk arah trafik khususnya di jalan besar ataupun di jalan utama pekan Mengelembu agar aliran kenderaan lebih lancar terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan.
Dato' Yang di-Pertua, isu kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta mungkin kelihatan kecil di mata sesetengah pihak, namun ia merupakan masalah yang memberi kesan harian kepada rakyat biasa. Ia menjejaskan masa, emosi, keselamatan dan ekonomi. Justeru, kerajaan tempatan, pemaju dan juga masyarakat perlu berganding bahu mencari solusi yang mampan. Saya percaya dengan perancangan yang lebih baik, lebih bijak dan pelaksanaan yang lebih tegas pada masa akan datang, pekan-pekan di Malaysia boleh menjadi lebih tersusun, selesa dan mesra pengguna tanpa dibelenggu dengan kesesakan atau pun kekurangan ruang parking.
Sebelum saya menggulung, saya ingin menyeru kepada seluruh pengundi kawasan Ayer Kuning supaya keluar mengundi pada 26hb April nanti kerana Pilihan Raya Kecil ini merupakan satu lagi peluang terbaik untuk seluruh rakyat Ayer Kuning demi suara perpaduan, kestabilan politik dan juga pembangunan yang inklusif dalam negeri Perak. Akhir sekali, patik sekali lagi menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atas penzahiran Titah DiRaja pada sidang kali ini. Dengan itu, Mengelembu mohon menyokong. Sekian terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Menglembu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Batu Kurau untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan. 20 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillahi (Bacaan Al-Quran). YB Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, ketua-ketua jabatan dan wakil, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang mendengar dan mengikuti persidangan ini di dalam atau di luar Dewan yang bersejarah ini. Batu Kurau menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku Sultan yang telah menzahirkan Titah DiRaja sempena Perasmian Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas pada 15 April yang lalu. Sebelum itu, Batu Kurau ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi dan keluarga Almarhum, yang Berhormat Haji Ishsam Shahrudin di atas pemergian mereka bertemu Sang Pencipta, mudah-mudahan roh mereka dicucuri rahmat.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Titah Baginda Tuanku merangkumi berbagai-bagai aspek seperti ekonomi, keharmonian kaum, pelancongan, alam sekitar, peranan masjid dan lain-lain lagi. Segala pandangan dan cadangan seperti menaikkan taraf ekonomi, soal pelancongan sudah banyak disentuh oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada blok kerajaan dan juga pembangkang. Kita sama-sama berusaha dan berazam untuk memajukan negeri dan memakmurkan rakyat di bumi bertuah ini. Tidak perlu sesama kita bercakaran sesama sendiri di antara kita masing-masing ada peranan dan tanggungjawab. Percakaran hanya membawa kemusnahan dan kehancuran. Di antara ciri-ciri sesebuah negeri itu makmur ialah, yang pertama meletakkan niat yang benar dan ikhlas untuk mencari keredaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Mengingati bahawa tugas adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah di hari akhirat kelak. Kedua elakkan permusuhan yang keterlaluan sehingga merencat kestabilan politik dan ekonomi. Ketiga, saling hormat menghormati di antara pemimpin dan rakyat. Ingatlah bahawa sikap ego pentingkan diri sendiri susah menerima teguran adalah di antara punca perpecahan. Yang keempat, menjaga dan mengamalkan segala perintah Allah. Yang kelima, perkongsian secara adil dan saksama dalam mengagihkan segala bentuk bantuan kepada rakyat dan yang keenam, jauhi sikap dendam, iri hati, dengki, merasakan diri lebih hebat sehingga begitu mudah meremehkan orang lain.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Baginda Tuanku Sultan telah menekankan soal peranan masjid. Batu Kurau ingin menjelaskan bahawa masjid perlu diberi nafas baru contohnya sebagai pusat ekonomi. Sudah sampai masanya AJK masjid meneroka bidang ekonomi seperti menubuhkan koperasi, memiliki kedai runcit tanah wakaf yang banyak perlu dimajukan ditanam dengan tanaman-tanaman seperti kelapa sawit yang pastinya mendatangkan pendapatan kepada sesebuah masjid. Daripada Jabir bin Abdullah pernah berkata "Aku pergi bertemu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ketika baginda berada di masjid selepas baginda menyuruh aku mengerjakan solat dua rakaat, baginda membayar hutangnya kepadaku dan memberi lebihan wang sedikit kepadaku. Ini menunjukkan bahawa ekonomi Rasulullah membina di masjid.
Masjid tidak perlu berbangga dengan jumlah pendapatan dan simpanan yang banyak sedangkan aktiviti memakmurkannya tidak dilaksanakan. Apabila sesebuah masjid bijak merancang soal ekonomi, ia pasti dapat membantu anak qariah dari segi perubatan, asnaf, kebajikan, kecemasan, pelajaran dan lain-lain lagi. Masjid sebagai interaksi sosial Rasulullah sallallahu wasallam dan para sahabat sering berkumpul di masjid berbincang, bersembang sesama mereka, termasuk para sahabat yang bersembang tentang kisah-kisah mereka berada di zaman jahiliah dahulu. Yang menyebabkan kadang-kadang Rasulullah tersenyum dan ketawa mendengar apa yang dibicarakan oleh para sahabat. Lihatlah betapa masjid melalui solat berjemaah mengajar kita tentang adab seperti cara imam yang salah. Teguran yang berhemah oleh makmum. Kesediaan imam menerima teguran tidak memberatkan makmum dengan surah-surah yang panjang. Imam keluar secara tertib dan sopan bila didapati terbatal solatnya. Hebatnya hidup bermasyarakat melalui himpunan solat berjemaah dan akhirnya berdoa Bersama-sama selepas solat. Dan akhirnya bersalam sama-sama jemaah.
Dalam hal ini, izinkan saya membaca sepotong ayat suci Al Quranul Karim. Surah Taubah ayat yang ke 18. (Bacaan Al-Quran) Orang orang yang memakmurkan masjid itu mereka adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat mereka mendirikan solat mengeluarkan zakat. Mereka tidak takut kecuali Allah. Mereka hanyalah berharap mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Yang Berhormat Dat’ Yang di-Pertua, Rasulullah Shollallahu alaih wasallam telah bersabda al Islam yang al-wala alaih, maka itu Islam perlu diletakkan di tempat yang tinggi dan utama sesuai dengan negeri Perak yang meletakkan agama Islam sebagai agama negeri seharusnya menonjolkan pemerkasaan Islam dari semua sudut seperti institusi pendidikan kebajikan pembangunan ummah. Pemerkasaan dan peningkatan kualiti Guru Kafa dan imam juga perlu dinaik tarafkan. Pemerkasaan pusat pengajian pondok dan kelas-kelas Fardhu Ain yang masih tertinggal dan serba kekurangan. Tanah wakaf dan ekonomi Islam perlu dimajukan melalui langkah-langkah peningkatan pembangunan seperti perumahan, pertanian, pembangunan komuniti dan lain-lain lagi. Adalah disarankan Dato’ Yang di-Pertua, agar diwujudkan dana wakaf ekonomi untuk menjaga ummah khususnya Islam di negeri Perak ini.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Baginda Tuanku Sultan juga bertitah soal kecanggihan teknologi seperti talian telefon dan internet. Sehubungan dengan itu, masih terdapat beberapa kawasan dan kampung di Batu Kurau khususnya yang menghadapi masalah mutu talian yang perlahan malah tidak ada langsung. Di antara kawasan tersebut ialah Kampung Repoh, Kampung Paya Sepanjang Batu 10 hingga Batu 13, Kampung Anak Kurau dan Kampung Sempeneh. Adalah diharap pihak kerajaan dapat mengatasi masalah ini yang sudah lama dihadapi oleh penduduk-penduduk setempat.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua sebagai sebuah mukim yang sedang pesat membangun dengan taman-taman perumahan baru, sudah semestinya sebuah bank perlu diwujudkan di Batu Kurau. Pihak kerajaan dimohon berusaha dengan mana-mana pihak bank di negara ini di negeri ini supaya kemudahan ini dapat diwujudkan di Batu Kurau kerana sekarang ini hanya sebuah institusi bank sahaja iaitu Bank Simpanan Nasional yang ada di Batu Kurau.
Yang Berhormat Dato’ Yang Di-Pertua, Batu Kurau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya terutamanya yang telah memasang lampu solar sebahagian jalan utama ke Batu Kurau. Namun begitu, adalah dimohon agar penambahan pemasangan lampu ini perlu dilakukan terutama dari laluan Kota Wira ke kampung Changkat Larah. Begitu juga dengan beberapa kawasan daripada Ulu Sepetang ke Pekan Batu Kurau.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Batu Kurau juga menghadapi masalah binatang-binatang peliharaan terutamanya lembu. Tindakan lebih tegas dan bersepadu perlu dilakukan oleh jabatan-jabatan berkenaan bagi mengelakkan kematian dan kecederaan terus berlaku di sekitar Jalan Ulu Sepetang ke Batu Kurau dan Pekan Batu Kurau ke Kampung Perak. Majlis Perbandaran Taiping, PDRM, Pejabat Daerah, Jabatan Haiwan, Jabatan Perhilitan perlu duduk semeja bagi menghadapi dan berbincang tentang masalah ini kerana ianya telah lama berlalu dan berbagai-bagai usaha telah dilakukan tapi masih lagi berlaku bencana-bencana ataupun kemalangan yang menyebabkan kematian dan kecederaan.
Batu Kurau ingin memohon agar Jabatan Kesihatan dapat menambah sebuah lagi kenderaan ambulans di Klinik Kesihatan Batu Kurau. Diharap pihak berkenaan dapat memberi pertimbangan terhadap permohonan ini demi kebajikan dan keselesaan rakyat Batu Kurau.
Sekali lagi saya memohon pihak Jabatan Kerja Raya atau Majlis Perbandaran Taiping dapat berbuat sesuatu masalah longkang daripada pekan Selasa Batu Kurau ke Masjid Al-Kurauwi yang tidak diselenggara dengan baik menyebabkan jemaah Masjid menghadapi masalah bau yang sangat teruk.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu arahan Pendaftar Pertubuhan, Pendaftar Pertubuhan Peladang yang dibuat secara tergesa-gesa yang telah menimbulkan keresahan kepada peladang-peladang khususnya di negeri Perak ini. Tanpa berniat untuk mencampuri urusan kementerian, saya bagi pihak peladang merayu agar arahan pendaftar ini ditangguh-ditangguhkan buat sementara waktu sehingga ianya dapat diselesaikan secara baik di antara para peladang dan penggubal akta supaya nasib peladang dapat dibela.
Saya juga berharap kepada Jabatan Perhilitan di mohon bersungguh-sungguh agar melakukan sesuatu seperti memasang perangkap untuk menangkap monyet sepanjang jalan di Ulu Sepetang ke Batu Kurau yang semakin banyak termasuklah di Bukit Forest dan taman-taman yang berdekatan yang bukan sahaja mengganggu lalu lintas tetapi sehingga memasuki rumah-rumah kediaman. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, baru-baru ini berlaku tiga kemalangan dalam masa satu hari yang sama di Persimpangan Ulu Sepetang. Beberapa kali saya telah mengemukakan beberapa cadangan seperti menyegerakan pemasangan lampu isyarat dan surat juga telah saya ajukan kepada Yang Berhormat Exco Kerja Raya. Mungkin dalam perhatian Dato’ Seri. Permohonan ini juga perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan kematian dan kecederaan yang berterusan di kawasan tersebut. Ianya perlu diberi keutamaan. Diharap juga pihak JKR dapat lakukan sesuatu dalam masa jangka pendek ini sebelum pemasangan lampu isyarat agar buat sesuatu cara atau pun kaedah bagi mengurangkan kemalangan di kawasan tersebut sebagai perhatian atau pun berhati-hati pengguna di kawasan tersebut.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya berkongsi kata-kata hikmah Imam Syafie untuk renungan kita bersama.
Apabila aku memaafkan seseorang dan aku tidak berdendam, Diriku direhatkan daripada kegelisahan permusuhan, Sesungguhnya aku menyapa musuh ku, Ketika bertemu dengan menegurnya, Kejahatan akan terbuang dari jiwaku.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Batu Kurau menjunjung kasih titah ucapan Tuanku. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Waalaikumusallam. Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Batu Kurau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Slim untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismilahirahmanirohim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, (Bacaan ayat al-quran) tiap tiap diri akan merasai mati. Terima kasih kerana memberi Slim peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, seluruh Exco Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Peringkat Kerajaan di pihak pembangkang, seluruh Ketua-ketua jabatan kerajaan dan seluruh masyarakat khusus Dun Slim dan seluruh pemerhati yang dirahmati Allah swt.
Dato' Yang di-Pertua, Slim mulakan perbahasan ini dengan membaca ayat al-Quran juga dibaca oleh Tuanku dalam titah memberi peringatan kepada kita bahawa kematian itu pasti. Cukuplah kematian sebagai nasihat untuk menjadi insan yang berintegriti, bertanggungjawab dan yang baik. Slim juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan salam takziah kepada Almarhum Ishsam Shaharuddin yang merupakan mantan Adun Ayer Kuning yang telah kembali ke rahmatullah. Allahumma Firlahu Warhamhu wa Afi Wafa anhu. Firman Allah swt juga La Yukallifiullah Hunafsan Illa Wus’aha. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya atau kemampuannya.
Ayat ini menjadi panduan dalam menggubal dasar dan membuat keputusan supaya setiap yang dilaksanakan oleh kerajaan mampu dirasai manfaatnya oleh rakyat biasa sama ada di kalangan anak-anak muda ataupun golongan marhain. Ingatan bersama dalam dewan yang mulia ini. Kita bertanggungjawab dan kita mesti membawa kepentingan dan masalah rakyat, tidak kira fahaman politik, kaum, agama dan latar belakang. Pihak kerajaan sepatutnya menjadi contoh terbaik dalam mengimbangi keharmonian dengan memberi hak kepada rakyat dan semua wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Slim juga ingin menjelaskan kepada rakyat di kawasan khusus Adun pembangkang di kawasan Slim khususnya bahawa Adun pembangkang tidak diberikan peruntukkan khas. Pemberian terus OG keraian setiap perayaan bantuan kembali ke sekolah dan lain-lain hanya peruntukan operasi pusat khidmat sahaja yang diberikan itu tidak dinafikan. Justeru menjadi pandangan negatif rakyat kepada Adun pembangkang kerana tidak dapat tunaikan sepenuhnya hak rakyat. Maka kita menyatakan maafkan kami. Slim ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa tindakan seumpama ini menggambarkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak bersungguh untuk membantu rakyat dan masih bermain politik kepartian yang menyebabkan rakyat menerima kesannya.
Dato' Yang di-Pertua, Titah Tuanku kali ini menyentuh pelbagai dimensi dari ekonomi, pelaburan, pendidikan, kesejahteraan rakyat, teknologi hingga kepada nilai perpaduan dan kemanusiaan. Sebagai anak muda yang mewakili Dun Slim, saya ingin menyambut titah ini dengan semangat progresif dan segar. Tuan Yang di-Pertua, Tuanku bertitah bahawa Perak berjaya mencatat kutipan hasil melebihi RM1.3 bilion dan mencapai lebihan bajet selama tiga tahun berturut-turut. Ini satu pencapaian yang baik namun rakyat Slim ingin tahu bagaimana angka ini benar-benar diterjemahkan kepada kualiti hidup mereka. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia di DOSM, kadar kemiskinan relatif di Perak masih sekitar 11.9 % pada tahun 2022 lebih tinggi daripada kadar nasional sebanyak 8.2 %. Jadi pertumbuhan mesti inklusif bukan eksklusif kepada elit pelabur. Saya ingin tumpukan kepada projek mega Automotive High-Tech Valley (AHTV) yang dijangka membawa RM32 billion pelaburan dan 370 ribu peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung dalam dekad akan datang. Sebagai wakil kawasan Slim yang terletak bersebelahan dengan Tanjong Malim, kita nak bertanya adakah penduduk tempatan benar-benar akan dapat pekerjaan berpendapatan tinggi atau sekadar menjadi security guard & operator kilang sahaja? Dan kita mahu rakyat kita rakyat tempatan yang berkelayakan berada di posisi yang penting. Apakah perancangan melibatkan TVET yang pernah kita bangkitkan Universiti Penyelidikan Geely dan pelan pendidikan masa depan untuk anak muda khususnya di Dun Slim & Dun Batang Padang yang berhampiran. Bagaimana infrastruktur yang diperkasa yang dijangkakan 50 ribu penduduk baharu yang akan masuk Tanjong Malim menjelang 2027. Sudahkah kita bersedia dari sudut elektriknya, jalannya, sekolahnya, hospital, air dan sebagainya. Kita sambut pelaburan tetapi jangan gadai peluang anak negeri sendiri.
Dato' Yang di-Pertua, Tuanku menyentuh kepentingan dasar perumahan untuk B40 dan M40. Skim Sewa Perak Sejahtera dan Pinjaman Perumahan tanpa faedah merupakan langkah yang baik. Namun, realitinya harga rumah semakin tidak masuk akal. Menurut kajian separuh penggal RMK ke-12 dan data Bank Negara Malaysia, harga rumah median di Malaysia adalah RM300 ribu dalam perumahan saya pun ada sebelah hampir RM400 ribu lebih rumah. Pendapatan isi rumah adalah RM5,209.00 menyebabkan indeks keboleh capaian rumah berada pada paras 4.1 % melebihi paras ideal 3.0 %. Lebih separuh anak muda Malaysia sekitar 57% tidak mampu membeli rumah pertama mereka, mampu tengok menurut data Property Guru.
Saya cadangkan dana khas subsidi silang antara pelaburan AHTV dan penyediaan rumah pekerja mampu bilik dan rasanya dalam mesyuarat JKPD di Muallim pernah membincangkan berkenaan dengan ini. Mandat kepada PKNP dan LPHP untuk utamakan pembinaan kos rumah kos rendah berhampiran zon industri. Anggaran harga pasaran terkini rumah kos rendah yang perlu diletakkan tambahan pada hari ini. Kalau kita boleh sebut dalam LPHP berkaitan dengan rumah di Trolak pekan tu dah lama. Kalau tengok data setiap bulan kita tengok data dalam mesyuarat JKPD 78% tu tak bergerak, berbulan-bulan tak bergerak hanya jadi kita dah turun padang bersama dengan semua agensi dan kita melihat bagaimana progresnya dan hari ini hanya mampu lihat dan masih tidak berjalan jadi perlu perhatian. Kalau saya lihat 68 unit rumah ini, andai kata diselesaikan satu Kampung Trolak pekan itu mampu diselesaikan banyak masalah dari sudut penduduknya, kliniknya banyak masalah boleh diselesaikan. Rumah cantik rumahnya besar sangat cantik tapi di mana kesilapan kita dan begitu juga dengan rumah Felda yang 102 unit dan saya mengikuti daripada awal delaynya belasan tahun. Rumahnya saya lihat rosak banyak dan saya bila kita turun bersama dengan agensi satu agensi pun hampir 40 masalah satu agensi. Baru LAP melihat rumah tersebut.
Kita pusing rumah tersebut spek yang tak mengikut pelannya dan saya membawa satu masalah ini ke mesyuarat PKPD dan dibentangkan oleh FIC, Felda Investment Corporation. FIC ini dibentangkan kepada kita bagaimana perjalanan rumah tersebut dan perlu dimuhasabah. Kenapa rumah siap 102 buah rumah tetapi status tanah masih tidak diselesaikan. Maka saya ucapkan terima kasih kita bersama dengan pejabat tanah membawa kepada MMK dapat diselesaikan dengan baik. Cuma saya minta sungguh keprihatinan pihak kerajaan untuk mempermudahkan urusan pembayaran premium kepada pihak kerajaan. Ini pihak FELDA kena selesaikan. Tapi kalau premium ni tak di selesaikan, saya rasa progres rumah ini akan terus ditangguhkan dan lambat. Jadi, saya nampak kaedah dah cantik dan mungkin sikit lagi untuk pihak kerajaan untuk permudahkan.
Tuan Yang di-Pertua anak muda Slim tak minta bulan dan bintang, mereka cuma mahu peluang peluang belajar, peluang kerja, peluang miliki rumah dan saya mohon kerajaan negeri tunjukkan pelan konkrit pembangunan Slim dan Tanjong Malim atau pun zon sekitar tersebut pertumbuhan baharu. Dedahkan statistik sebenar penempatan pekerjaan dan program latihan TVET. Jadikan pembangunan ekonomi bukan sekadar data indah tapi hidup rakyat lebih senang khusus kalau saya boleh lihat penjaja. Kalau dimaklumkan projek KPKT ni menyediakan banyak stall-stallnya. Saya nampak saya shoot ambik gambar saya bagi kepada YDP majlis. Sebab saya nampak seronok banyaknya stall ni peluang kepada mereka yang berada di bawah untuk berniaga. Tapi di Slim satu pun takdak. Di Slim satu pun takdak. Di Batang Padang sangat banyak. Kalau tempat saya tengok tak sesuai. Ha. Ada tempat yang tidak sesuai diletakkan stor tersebut. Jadi, saya harap kerajaan mengkaji semula. Rugi. Itu adalah harta rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Dato' Yang di-Pertua saya tertarik kepada petikan Tuanku keamanan bukan pipih datang melayang, ia hasil perjuangan dan pengorbanan. Kalau Bercham kita jumpa tadi, dia tanya kenapa semalam marah sangat? Ya, kita marah kerana menyentuh sensitiviti kita. Mana mungkin kita tidak marah kalau ia berkaitan dengan agama kita. Maka tukarlah pakaian kalian dengan kain jenazah kalau kita tak terasa dengan perkara tersebut dan begitu jugak dengan perkara ternakan babi. Saya secara peribadinya, saya telah turun dengan SU KASA Dr. Zuhdi Marzuki pada 2022. Kita turun di lokasi tersebut dan kita lihat aliran pengairan babi tersebut dan saya tak pasti apakah progres di atas kematian alam sekitar yang perlu kita minta respon di atas dan saya lihat sendiri realitinya dan kita jumpa penjuduk dan itulah realiti yang berlaku. Jadi itu sensitif juga bagi kita dan keamanan juga terancam bila simbol negara seperti jalur gemilang dimanipulasi haa minta maaf. Seperti yang berlaku dalam akhbar Sin Chew Daily. Yang benda ni kalau kita lihat sangat mudah. Sebab apa bila mana mengganggu kita bersama mempertahankan tidak ada yang membangkang. Sebab benda ini terang-terang salah dan saya ingin memetik pandangan Dr Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah yang pakar visual semiotik...
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Yang menegaskan bahawa ketiadaan bulan sabit dalam visual jalur gemilang itu bukan kecuaian biasa.
Tronoh boleh.
Ya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Slim. Saya amat tertarik dengan apa yang di sampaikan oleh Yang Berhormat tadi dimana saya hanya nak minta pandangan lah Yang Berhormat sendiri. Apakah pandangan Yang Berhormat sehingga ada ada penyokong daripada sebelah sana ok memutarbelitkan bahawa lagu negeri Perak ini telah diubah suai oleh DAP. Jadi, saya harap saya harap Yang Berhormat boleh menjelaskan kenapa tak ada pun seorang daripada sebelah sana mempertahankan maruah negeri Perak ini. Terima kasih.
Terima kasih. Dia dah minta maaf pun mungkin tu salah dia. Dia dah memohon maaf secara terbuka dan kita takkan tak terima dah minta maaf. Baik saya teruskan. Ini boleh dibaca sebagai satu.
Yang Berhormat yang saya maksudkan takde pun ada tak ada pun Adun ada pun tak ada pun seorang Adun Perak daripada sebelah sana yang mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk mempertahankan maruah negeri Perak.
Dia mohon maaf secara pantas. Dia buat salah dan terus mohon maaf. Apa kita nak ambil lagi? Kan. Dah rasa dia dah buat maaf cepat. Dia salah mohon maaf. Itu kita rasa kalau itu salah. Ya.
Bukan, yang saya maksudkan Adun daripada negeri Perak. Adun PAS daripada negeri Perak
Ok,. Dia bukan daripada negeri Perak dan kita tidak ada statement...
Nak minta melutut ke?
Lagu tapi lagu negeri Perak kenapa tak...
Nak mintak melutut ke?
Alor Saya ada baca tau Facebook tu.
Teruskan Slim teruskan Slim.
Dalam 5 minit dia dah padam balik. Dia dah minta maaf. Ya. Kalau kita nak lawan minta maaf lah. You pun kena mintak maaf banyak kat kitorang tu. Tak payah lah 0...0 lah.
Yang Berhormat, kami bukan kami bukan kata tak mintak nak mintak...
Slim teruskan Slim. Banyak isu lagi.
Tapi apa apa yang saya maksudkan adalah...
Saya tegur dalam Facebook saya, saya tegur apa lagu negeri Perak. Itu bukan lagu negaraku.
Mengapa tiada seorang pun ahli Adun daripada sebelah sana mempertahankan maruah negeri Perak?
Apa yang awak sensitif sangat?
Kat sana ada pertahankan?
Haa kita dah banyak mempertahankan. Ok...ok Tuan Yang di-Pertua saya teruskan. Visual yang bendera China yang dipaparkan lengkap berkibar tegak. Manakala bendera Malaysia yang tidak lengkap seolah menggambarkan Malaysia sebagai rakan yang kurang utuh dari sudut identiti dan dalam hubungan dua hala. Jadi ini satu muhasabah dan rasa ini sangat berat. Perkara ini perlu diberi perhatian. Kita juga mesti tegur kerajaan bila prinsip demokrasi dicemari bila berlaku dalam PRK Ayer Kuning hari ini tiba-tiba projek pembangunan RM6.13 juta diumumkan sedangkan isu air, isu lampu jalan dan isu dewan orang ramai tidak selesai-selesai. Jadi adakah ini adalah politik yang matang atau politik gula-gula yang kita perlu sampaikan kepada rakyat dan rakyat mungkin fikir perlu kepada kawasan itu dikosongkan ADUN baru mereka akan dapat benefit-benefit?
Yang Berhormat, jangan jangan sesekali Yang Berhormat memutarbelitkan fakta yang ada. Yang Berhormat sendiri kata isu-isu tak selesai. Tapi sekarang peruntukan diberi untuk selesaikan masalah rakyat Yang Berhormat pula complaint. Apa lagi Yang Berhormat nak?
YB, Yang Berhormat YB nanti saya jawab duduk dulu. Ya. Kita sebut banyak masalah kita sebut banyak masalah tetapi difokuskan benda yang tidak sepatutnya.
YB Slim, Manjoi mohon izin
Nak umum...
Terima kasih kepada YB Slim. Saya tertarik bila isu berkenaan dengan jentera kerajaan digunakan di PRK Ayer Kuning. Saya mendapat keluhan daripada penjawat awam yang menyatakan agensi kerajaan di negeri Perak ini digunakan untuk turun berkempen di Dun Ayer Kuning. Di Ayer Kuning ketika ini PRK Ayer Kuning ialah parti vs parti bukan parti vs kerajaan. Jadi apa yg saya dapat bila saya dapat keluhan penjawat awam diorang terpaksa turun kerana mungkin arahan bos saya mohon mungkin pihak KSN sendiri dan juga
Dato SS boleh tengok perkara ini sensitif dan bila sebut tentang isu ni isu integriti penjawat awam. Stratcomm. Saya pernah menjadi Pengarah Stratcomm Kerajaan Negeri sebelum ini saya tahu tentang Stratcomm. Ni Stratcomm buat rakaman boleh boleh rakam ucapan saya. Kita tak pernah menggunakan Stratcomm untuk kepentingan peribadi dan kepentingan parti politik kita. Kita profesional waktu bekerja kita bekerja betul-betul. Tapi dalam kempen di Ayer Kuning Stratcomm dilihat menggunakan jentera Stratcomm ini untuk turut berkempen di Ayer Kuning ada logo Barisan Nasional, logo parti bertanding disana. Ini tidak adil. Ini jentera kerajaan. Diorang dapat elaun daripada kerajaan. Duit kerajaan diorang pergi dengan elaun kerajaan. Claim dan sebagainya tapi berkempen untuk parti tak adil. Saya juga dapat keluhan daripada pihak Yayasan Perak mengadakan Seminar Keibubapaan Seminar Keibubapaan Murid Orang Asli di Dun Ayer Kuning ketika ini. Ini juga boleh dikatakan dekat dengan dengan kempen di Dun Ayer Kuning juga agensi kerajaan. Saya search juga ada maklumat daripada Perak SADC jualan sejahtera...Jualan Sejahtera Rakyat...
Yang Berhormat, Yang Berhormat Manjoi sekiranya program itu telah dirancang lebih awal.
Sabar ini Ini floor saya Tronoh. Sabar...sabar Tronoh.
Apakah masalah? Ini floor Slim? Ok.
Slim, Slim bagi pada saya. Tronoh, point saya point saya...
Sekiranya program itu telah dirancang lebih awal...
Slim point saya...
Manjoi, Bagi Manjoi dulu.
Sekiranya program ini telah dirancang lebih awal dan dilaksanakan pada tempoh ini saya apakah masalah dia?
Point saya kenapa menggunakan jentera dan agensi kerajaan untuk turun berkempen di Ayer Kuning. Boleh ke turun program kerajaan boleh ke program kerajaan gunakan bendera parti. Tronoh boleh jawab. Boleh jawab tak Tronoh?
Ok Slim. Ok Slim...Slim..Slim.
Boleh jawab Tronoh program kerajaan guna boleh gulna guna logo parti, tak adil.
Maaf sila ulang Yang Berhormat.
Dah. Dah. Ok terima kasih. Slim
Ok, terima kasih kepada Manjoi
Slim tinggal seminit Slim satu minit lagi.
Ya takpa kita tambah boleh sikit lagi. Tiba tiba masalah yang sekian lama dapat diselesaikan. Akhirnya tempoh dalam sekejap tempoh pilihan raya. Jadi kita tak mahulah rakyat kata, kita doakan wakil rakyat kita mati. Sebab apa? Akan dapat banyak lagi peruntukan. Itu kita tak nak.
Dato’ Yang di-Pertua, Slim ingin menyentuh sedikit berkenaan isu yang dihadapkan kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang tempoh hari. Ya, kita terima dengan keputusan yang diberikan. Namun, Slim ingin tekankan bahawa asasnya kita berhadapan dengan soal mempertahankan kedaulatan negara itu dikenakan kepada beliau. Jadi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun, saya nak membicarakan tentang korum yang ada di dalam jawatankuasa tersebut. Tidak adillah kalau di sana ada empat dari sana, sudah pasti kita tidak mampu untuk membenarkan orang tersebut. Jadi kebebasan yang menggambarkan neraca keadilan yang sebenar kalau berdasarkan korum sekarang sudah tentulah apa jua isu yang dibangkitkan oleh jawatankuasa akan menjurus kepada hukuman kepada pihak kami. Jadi itu perlu dipertimbangkan dan perlu dilihat secara mendasar dan Slim mengharap mengucapkan terima kasih kepada seluruh agensi yang sangat banyak membantu dari setiap masalah yang berlaku di Dun Slim.
Alhamdulillah, dan rakyat dibawah sangat berterima kasih dan sudah pasti kita menyebut agensi-agensi yang memberikan khidmat yang terbaik dan juga kita mengharapkan janganlah menghalang Adun-Adun pembangkang, saya sudah pasti, saya pernah masuk dalam AADK bertemu dengan sahabat-sahabat saya yang menghisap dadah dan kita tahu siapa mereka. Saya masuk kenal siapa yang daripada umurnya sekian, sekian. Kita kenal mereka. Kalau saya nak masuk diorang segan sebab apa dia kenal kawan dia. Tapi jangan halang, halang saya nak masuk mereka kata minta maaf tak boleh masuk dah. Saya jumpa kita bagi motivasi pada mereka yang hisap dadah pegang, touch mereka kita peluk dorang bagi semangat. Sebab apa benda ni penting wakil rakyat untuk bertemu dengan mereka dan saya bagi harapan pada mereka. Mereka ni sangat diperlukan selagi mana nyawa dikandung badan mereka diperlukan. Negara memerlukan mereka. Jangan sisihkan mereka. Tapi saya disekat, saya tak diberikan ruang untuk bersama dengan mereka. Jadi, saya harap di pihak kerajaan perlu profesional, perlu berjiwa besar untuk kami juga bersama dengan agensi kerana mereka ni bekerja, mereka menunaikan menjalankan tugas dengan baik. Jangan tekan mereka.
Saya sebut kita kena hormatlah kita sesama manusia. Saya cakap pada pihak polis pun sama. Minta maaf tuan. Saya bekerja hari ini beberapa tahun di dalam Adun. Saat ini saya tidak ada tekanan. Tidak ada orang yang memegang saya, tidak ada orang yang menekan saya, tidak ada orang yang kita berkepentingan pada orang, kita tidak ada masalah kita dan ugutan-ugutan itu berlaku secara direct dengan kita. Jadi kita nak pesan pada kerajaan tolong, tolong terbuka, tolong berjiwa besar profesional. Jangan kita mengambil semua program yang sekecil-kecil program kita mengambil mileage politik itu kita melihat terlalu beratlah. Program budak-budak pun menghalang kita. Jadi tolong jangan halang kita, bekerjalah dengan sihat. Insya Allah rakyat menilai kita. Jadi saya menyokong usul ini dengan penuh hormat disulami teguran dan cadangan yang membina. Sekian Slim menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Slim yang telah menamatkan pembahasan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Madani dan Salam Perpaduan dari saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, barisan Ahli-ahli Yang Berhormat, barisan anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, rakan-rakan media, sahabat-sahabat yang sedang mengikuti sidang Dun Perak ini di atas talian, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan penuh rasa rendah hati dan setulus jiwa, izinkan Malim Nawar membuka bicara dengan lafaz syukur atas limpah kurnia dan perkenannya untuk rakyat dan Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta kerana kita dapat bersidang di dalam Dewan yang mulia ini. Malim Nawar ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ruang yang diberikan untuk turut berbahas bagi sesi sidang Dewan Negeri Perak petang ini serta Malim Nawar dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah menjunjung kasih titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas pada 15 April 2025. Malim Nawar menyokong penuh hasrat mulia Tuanku Sultan agar kerajaan negeri dan rakyat terus memperkukuh perpaduan, keharmonian dan kedaulatan agama sebagai asas kemajuan. Sebagaimana ditekankan dalam titah Diraja, perpaduan adalah tunjang kejayaan.
Justeru, kita perlu menjauhi politik perkauman dan sentimen sempit, sebaliknya mengutamakan dialog inklusif bagi menjamin kestabilan negeri. Setiap titah dan saranan yang penuh kebijaksanaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan sentiasa dijunjung ke arah menambah baikkan lagi pentadbiran Kerajaan Negeri dan keselesaan rakyat jelata negeri Perak dan seluruh rakyat Dun Malim Nawar khususnya. Dirgahayu Tuanku. Sebelum Malim Nawar meneruskan perbahasan pada petang yang mulia ini, izinkan Malim Nawar terlebih dahulu merakamkan ucapan takziah yang sedalam dalamnya kepada Allahyarham Ishsam Shahruddin, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning. Pemergian beliau bukan sekadar kehilangan seorang wakil rakyat tetapi gugurnya sebutir bintang yang pernah bersinar demi perjuangan rakyat dan negeri. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehin. Tidak dilupakan, Malim Nawar juga ingin merakamkan setulus takziah kepada keluarga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dikenang sebagai seorang pemimpin berjiwa lembut, namun teguh pendirian. Dalam keheningan kepimpinan beliau terpantul khidmat, hikmah dan ketulusan dalam senyapnya terpancar kesungguhan. Kehilangan beliau adalah suatu duka buat negara tetapi legasi kepimpinan beliau tetap hidup dalam lipatan sejarah tanah air.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya sebagai wakil kepada suara rakyat, suara hati rakyat di Malim Nawar. Bumi yang subur dengan semangat dan mendambakan kemakmuran, kesejahteraan dan keharmonian. Menyulam warkah harapan dan membentangkan naskhah perjuangan demi rakyat yang sentiasa mendamba sinar. Sesungguhnya sebagai wakil kepada suara rakyat yang berkhidmat di bawah panji Madani, gagasan luhur yang menjunjung enam teras utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Begitu juga dengan seruan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dan saf Kerajaan Kerajaan Perpaduan Negeri Perak agar semua pihak berganding bahu memacu agenda Perak Sejahtera 2030.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, dengan izin Malim Nawar ingin membuka lembaran perbahasan di dalam sidang ini dengan menyelami denyut nadi rakyat Dun Malim Nawar. Pada kesempatan ini, Malim Nawar dan warga Dun Malim Nawar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri KPKT di atas peruntukan dan Majlis Daerah Kampar sebagai pelaksana projek-projek yang membawa kepada kesejahteraan warga Dun Malim Nawar seperti penyelenggaraan kolam-kolam takungan dan menaik taraf sistem perparitan yang telah membantu dalam mengurangkan kesan kejadian banjir kilat di Malim Nawar dan Mambang Di Awan, menaik taraf beberapa jalan yang rosak untuk keselesaan pengguna jalan raya serta menyediakan pejalan kaki di hadapan SMK Malim Nawar dan menaik taraf Pasar Awam Mambang Di Awan dan pembinaan tandas awam bagi para penjaja dan pengunjung pasar. Serta menaik taraf tapak kiosk untuk peniaga-peniaga tempatan untuk meneruskan sumber hasil pendapatan mereka dengan lebih selesa.
Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Dun Malim Nawar yang terletak di tengah tengah wilayah yang strategik dihuni oleh insan-insan gigih yang saban hari menabur peluh. Namun masih banyak impian mereka. Udah lari insan-insan gigih yang saban hari menabur peluh. Namun, masih banyak impian mereka belum terpahat pada batu kenyataan. Bak kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan. Berdasarkan Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak yang menekankan keperluan untuk mengukuhkan perpaduan antara pelbagai kaum. Malim Nawar percaya bahawa pembangunan infrastruktur yang berfokus pada kemudahan awam adalah penting dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan-kawasan kampung.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di dalam Kampung Bukit Pekan terdapat 4 buah kampung iaitu Kampung Bukit Pekan, Kampung Kurnia, Kampung Tengah dan Kampung Tersusun, Tronoh Mines yang masih ternanti-nanti sebuah dewan serbaguna yang mampu memayungi aktiviti sosial, budaya dan sukan rakyat. Bayangkanlah betapa ceria dan sejahteranya komuniti jika mereka memiliki sebuah ruang yang bukan sekadar bangunan batu dan besi tetapi medan menyemai perpaduan. Gelanggang menyalur bakat dan pentas menzahirkan aspirasi. Gelanggang takraw dan badminton, ruang rehat dan dewan kenduri semua ini bukan kemewahan tetapi keperluan. Keperluan untuk membina masyarakat yang sihat, bersatu padu dan aktif menyumbang.
Dalam peruntukan Belanjawan Perak 2025 lalu yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar iaitu sejumlah RM5.9 juta telah diperuntukan untuk pelbagai program dan projek luar bandar manakala RM4.1 juta diperuntukkan untuk 828 kampung tradisional. Maka dengan rendah hati, Malim Nawar memohon sebahagian kecil daripada dana ini diperuntukan untuk membina dewan serbaguna dan menaik taraf padang sukan di Kampung Bukit Pekan tersebut. Malim Nawar juga ingin menggunakan ruang ini untuk menyatakan keadaan padang takraw yang sedia ada di Kampung Bukit Pekan kini ibarat baju lusuh yang dipakai saban hari. Penuh nostalgia tetapi semakin lusuh dimamah waktu. Padang ini yang terletak di tepi jalan utama Kampung Bukit Pekan merupakan tumpuan utama anak-anak muda untuk bermain dan bersukan. Anak-anak muda masih bersorak di situ meskipun kemudahan tidak menggalakkan dan hanya diselenggara melalui usaha JPKK Kampung Bukit Pekan bersama penduduk kampung melalui aktiviti bergotong-royong.
Dalam usaha memupuk potensi anak-anak muda, Malim Nawar amat menghargai kalau Kerajaan Negeri dapat menyediakan satu peruntukan untuk pembangunan sukan di kawasan itu. Oleh itu, Malim Nawar memang mohon agar sebahagian kecil peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf kemudahan sukan di Malim Nawar seperti padang takraw dan gelanggang serba guna agar anak-anak muda tidak jadi hanya penonton kejayaan tetapi pencipta kejayaan. Maka Malim Nawar memohon agar padang ini dinaik taraf disertakan dengan lampu solar, bangku penonton dan pagar keselamatan supaya harapan anak muda tidak padam dalam gelap. Biarlah mereka tahu Kerajaan Negeri tidak sekadar menadah telinga tetapi sudi menggenggam tangan dan membina masa depan mereka.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, tiada nilai yang lebih agung daripada nyawa dan keselamatan insan. Hingga ke saat ini, Dun Malim Nawar masih bergantung kepada khidmat balai bomba luar daerah yang terletak di pekan Kampar. Jauh dari jangkauan segera ketika detik cemas melanda. Dengan anggaran penduduk sekitar 45,000 hingga 50,000 orang termasuk kawasan bersempadan iaitu Dun Tualang Sekah. Keperluan sebuah balai bomba yang lengkap dan berfungsi bukanlah satu kemewahan tetapi suatu keperluan mutlak. Ini juga adalah keperluan memandangkan cadangan tapak pembinaan Hospital Kampar serta kemungkinan pembangunan baharu yang lain akan dinaikkan juga di kawasan berdekatan dengan rizab tapak rizab balai bomba di Malim Nawar ini. Setiap detik dalam kecemasan adalah garis halus antara hidup dan maut. Antara selamat dan musnah. Kelewatan respon bukan sahaja menggadai harta malah mengorbankan nyawa yang tidak ternilai. Malim Nawar dengan ini memohon membawa hasrat dan harapan penduduk Malim Nawar untuk ke dalam Dewan ini untuk bahawa pembinaan balai bomba di Dun Malim Nawar akan menjadi perisai keselamatan bukan hanya untuk kawasan ini tetapi juga di jiran sekitarnya. Disebabkan itu, Malim Nawar memohon agar pembinaan balai bomba di Dun Malim Nawar diberikan keutamaan. Seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan sediakan balai sebelum terbakar.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Dun Malim Nawar tidak asing daripada kegiatan ekonomi tempatan. Di celah deretan rumah kampung dan pekan kecil terdapat ratusan pengusaha IKS yang tekun menjalankan perniagaan daripada pengusaha kerepek, pengusaha cendawan, tukang jahit, penjaja dan berbagai-bagai. Namun, usaha mereka sering terhalang oleh kekurangan modal, pengetahuan teknologi dan ruang niaga yang sesuai. Malim Nawar rasa terharu kerana Kerajaan
Negeri telah memperuntukan sebanyak RM3.0 juta kepada Sekretariat Usahawan Perak (STeP) diikuti pula RM2 juta untuk program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan dan RM1 juta lagi untuk pembangunan koperasi. Oleh itu, Malim Nawar memohon agar program-program ini dipastikan sampai kepada akar umbi terutama di pekan kecil seperti Dun Malim Nawar. Dalam pada itu juga, Malim Nawar ingin membawa keluhan pemilik-pemilik deretan rumah kedai di sekitar bandar Kampar Putra yang sedang menghadapi masalah occupancy dengan izin dan aset mereka terbiar diduduki burung-burung merpati yang membawa masalah ke atas bangunan mereka. Malim Nawar ingin memohon Kerajaan Negeri untuk melakukan satu intervensi dan memainkan peranan penting sebagai jambatan di antara pemegang taruh IKS dan pemilik premis- premis tersebut bagi meningkatkan kegiatan ekonomi yang juga saya percaya akan jadi spill over effect dengan izin di kawasan perumahan yang kurang penduduk kerana kurang penghuni di kawasan ini. Pepatah Melayu menyebut, "yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek". Jadi, usaha mesti disertai sokongan.
Dato' Yang di-Pertua, izinkan Malim Nawar menyentuh tentang sektor pertanian di Dun Malim Nawar seperti yang terakam dalam lembaran sejarah Tanah Perak. Bumi ini subur bak dituang baja dari langit. Airnya mengalir jernih dari punca yang tidak pernah kering. Maka tidak hairanlah Perak digelar potensi menjadi Lembah Bakul Makanan Malaysia. Di Malim Nawar terbentang luas tanah-tanah pertanian yang masih segar dan subur menjadi tempat berteduh benih harapan petani kecil. Sehubungan dengan ini, Malim Nawar memohon dengan rendah hati supaya Dun Malim Nawar juga diberikan peluang untuk memainkan peranan dalam perancangan strategik tanah pertanian kekal. Rakyat tidak mendambakan pencakar langit dibawa di sawah atau kompleks di atas batas. Apa yang mereka harapkan hanyalah tanah yang kekal menjadi sumber rezeki. Mereka mahu menanam dan menuai, bukan menunggu dan rugi. Dengan rendah hati namun suara yang teguh, Malim Nawar merayu atas agar status tanah pertanian sedia ada dijamin dan dipelihara. Biar tanah ini terus menjadi hamparan rezeki terutama buat anak-anak muda yang kini kembali memandang ladang dan kebun sebagai tapak masa depan. Ramai yang sudah bersedia menyingsing lengan. Yang mereka perlukan hanyalah tanah untuk mula menabur harapan. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Maka janganlah kita biarkan potensi pertanian Malim Nawar terbiar begitu sahaja.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di sebalik derap langkah pembangunan yang kita pacu, janganlah kita alpa akan denyut halus kehidupan yang lahir dari rahim seorang ibu. Di sanalah bermula segala harapan, segala impian dan segala ketentuan masa hadapan bangsa. Maka sebagai seorang ibu, naluri keibuan tidak pernah padam walau di mana pun saya berdiri. Klinik Desa Mambang di awan merupakan satu satunya klinik ibu dan anak di sekitar Mambang Di Awan hingga ke Tronoh Mines menjadi pelindung dan pembimbing kepada ibu-ibu muda yang hadir saban minggu bersama bayi yang dibedung dengan harapan dan kasih sayang. Dalam seminggu lebih 30 orang ibu membawa si kecil ke klinik ini, namun amat mendukacitakan apabila tiada satu pun ruang penyusuan bayi disediakan buat mereka. Bayangkanlah betapa risaunya seorang ibu. Ibu muda yang ingin susukan anaknya di tempat awam, sedang kaum bapa turut berada dalam premis itu. Di situlah pentingnya ruang yang tertutup dan selesa. Bukan semata-mata menyusukan anak, tetapi juga untuk memberi ruang kepada ibu beristirehat dan mengurus keperluan bayi mereka dalam suasana yang tenang. Maka dengan penuh rendah hati, Malim Nawar memohon perhatian Kerajaan
Negeri serta Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan cadangan penambahan bilik penyusuan bayi di klinik Desa Mambang di Awan ini. Kemudahan kecil ini mungkin kelihatan remeh pada pandangan sesetengah pihak tetapi bagi seorang ibu yang mendukung masa depan negara di pangkuannya, ia adalah simbol kasih sayang kepada rakyatnya. Yang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Maka sewajarnya kita menyediakan segala prasarana yang mampu menyokong pertumbuhan anak bangsa dari detik pertama mereka melihat dunia.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, di tengah-tengah arus kemajuan yang kita laungkan, janganlah kita alpa bahawa bumi ini bukan sekadar tempat berpijak tetapi warisan yang harus dijaga. Justeru, Malim Nawar ingin mengangkap satu, mengangkat satu inisiatif yang wajar diberi perhatian iaitu cadangan pembinaan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTReC) di bawah seliaan Majlis Daerah Kampar. Inisiatif ini bukan sekadar urusan mengumpul sisa tetapi lambang kemajuan lestari, menggabungkan teknologi kesedaran rakyat dan kepedulian kerajaan dalam satu gerak kerja yang berfokus dan efisien. Dengan sistem kutipan automatik pemantauan CCTV serta transaksi atas talian, ADTReC diyakini dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual, melancarkan operasi serta mempertingkat kadar kitar semula ke arah sasaran nasional 40% menjelang tahun 2025. Kejayaan kutipan hampir 5.7 tan barangan kitar semula sepanjang kempen yang lalu membuktikan bahawa rakyat Kampar termasuk warga Malim Nawar telah bersedia untuk bergerak ke arah amalan hijau. Yang mereka perlukan kini hanyalah sokongan dan kemudahan. Maka dengan rendah hati Yang Berhormat Dato’ di-Pertua, Malim Nawar memohon agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pemberian insentif khas kepada Majlis Daerah Kampar untuk merealisasikan penempatan ADTReC sebagai sebahagian daripada agenda Perak Sejahtera 2030 khususnya di bawah teras kelestarian alam dan bio-diversiti. Bak kata pepatah, 'hendak seribu daya tak hendak seribu dalih'. Maka marilah kita menjadi kerajaan yang tidak sekadar berkata tetapi turut menyahut dan bertindak demi bumi, demi generasi masa depan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, dalam lembaran pembangunan luar bandar dan pertanian negeri, izinkan Malim Nawar membawa ke dalam Dewan yang mulia ini satu kisah harapan yang telah lama disemai di bumi Malim Nawar iaitu Kisah Rancangan Pertanian Berkelompok Bukit Pekan di Mukim Kampar. Di tanah warisan Kampung Bukit Pekan di Mukim Kampar yang terletak di dalam kawasan Dun Malim Nawar, sejarah perjuangan rakyat kecil menuntut hak ke atas tanah yang telah lama mereka usahakan akhirnya mendapat pembelaan. Rancangan Tanah, Rancangan Pertanian Berkelompok Bukit Pekan yang mula dicadangkan sejak tahun 2008 melibatkan kawasan…. Mohon tambah masa Dato' di-Pertua? So, RPB Bukit Pekan yang mula dicadangkan sejak tahun 2008 melibatkan kawasan seluas 866.878 ekar yang diteroka penduduk tempatan tanpa mengira bangsa dengan tanaman kelapa sawit demi kelangsungan hidup dan rezeki keluarga. Setelah melalui pelbagai proses termasuk dasar, pengeluaran mineral dan kerja-kerja pemutihan, sebanyak 170 pengusaha pertanian akhirnya menerima notis 5A pada 8hb Mac 2024 menandakan kejayaan memutihkan tanah yang dulunya dianggap haram menjadi hak yang sah dan diiktiraf undang-undang.
Malim Nawar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri serta Pejabat Daerah dan Tanah Kampar yang telah memainkan peranan yang amat penting dalam memudahkan proses ini sekali gus menjunjung prinsip keadilan tanah kepada rakyat yang memerlukan. Sesungguhnya inilah wajah sebuah kerajaan yang bukan sahaja mendengar denyut nadi rakyat tetapi juga menyuburkan tanah dengan harapan dan menyemai masa depan dengan keadilan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan Malim Nawar untuk menyentuh satu perkara yang amat dekat dengan hati Malim Nawar iaitu keadaan kawasan Ayer Kuning yang merupakan kawasan kejiranan saya. Walaupun Ayer Kuning bukanlah kawasan yang Malim Nawar wakili di Dewan yang mulia ini, tetapi Malim Nawar berdiri di sini sebagai seorang wakil rakyat yang memahami bahawa kebajikan rakyat adalah tanggungjawab bersama tanpa mengira sempadan, kawasan atau perbezaan politik. Malim Nawar ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Perak yang tetap menunjukkan keprihatinan terhadap kawasan Ayer kuning. Keprihatinan ini bukan sekadar janji yang diukir pada batu nisan pidato tetapi terbukti melalui kelulusan dan pelaksanaan beberapa projek pembangunan dan kemajuan fizikal yang sedang berjalan di tanah Dun tersebut.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, segala bicara yang Malim Nawar utarakan hari ini bukan demi pangkat mahupun sanjungan, tetapi demi rakyat yang mengharap dan setia menanti sinar Harapan daripada kita para pemimpin. Marilah kita menyahut seruan Titah Diraja dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya, wakil rakyat Malim Nawar berdiri teguh menyatakan dukungan padu terhadap intipati Titah Diraja yang telah menitahkan satu nasihat yang begitu mendalam maknanya kepada kita semua. Sesungguhnya politik itu bukan medan menabur benih-benih kebencian, tetapi jambatan yang menyatukan jiwa-jiwa yang berbeza latar demi kesejahteraan yang sejagat. Politik merupakan wadah untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan, memakmurkan ekonomi dan memperkukuhkan struktur sosial demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Namun realitinya? kita, namun realitinya, sebenarnya amat menyedihkan. Apakah warisan yang ingin kita tinggalkan jika racun perkauman dan api keagamaan terus membara?
Justeru, Malim Nawar mencadangkan langkah proaktif, haruslah kita ambil sebagai barisan kepimpinan negeri ini. Politik tidak sepatutnya dijadikan bara yang membakar perpaduan tetapi lilin yang menerangi masa depan. Janganlah kita biarkan demokrasi menjadi alat manipulasi yang menebar kebencian hingga memudaratkan keharmonian masyarakat dan melumpuhkan akar ekonomi negara. Bak kata pepatah, 'Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa'. Suasana per, satu lagi minit Dato' Yang di-Pertua? Mohon maaf. Jadi suasana perbahasan dalam Dewan mulia ini harus dijadikan medan intelek bukan gelanggang sindiran dan fitnah yang melampaui batas. Biarlah Dewan yang mulia ini menjadi taman ilmu dan hikmah bukan medan sengketa yang penuh noda. Sebaliknya, marilah kita insafi bahawa semua agama di dunia ini sama ada Islam, Kristian, Hindu, Buddha mahupun kepercayaan yang lain berkongsi intipati yang sama dan suci iaitu mengajar manusia untuk saling menghormati dan mengasihi sesama insan. Maka politik juga seharusnya menjunjung nilai yang sama membina bukan menghina. Menyatu bukan memecah. Memperkasa dan bukan meruntuh. Malim Nawar menegaskan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa mana-mana pihak, mana-mana pihak kerajaan atau pun pembangkang yang meniup api perkauman dan agama demi kepentingan politik wajar dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi dengan meniup…
Berapa minit lagi ni?
Last One, last Call, Last call Dato' Yang di-Pertua.
Ok. I give you another two Minutes.
Thank you Dato' di-Pertua. Wow, yes. Jadi seperti yang mana saya katakan janganlah kita meniup sentimen agama dan kaum, membakar semangat kebencian dan menghakis nilai-nilai kemanusiaan. Jangan diberi muka, jangan bertolak ansur. Biarlah undang-undang menjadi pagar kepada akhlak dan kebenaran menjadi tiang kepada bangsa sebagaimana tuanku bertitah dah jangan lah kita menjadi masyarakat yang rela menobatkan pembohongan dan menjatuhkan keinsanan. Negara ini milik semua milik bersama yang harus dijaga, dipupuk dan diwariskan dalam keadaan harmoni. Mengakhiri bicara, saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada segenap pegawai pentadbiran Negeri Perak, jabatan serta agensi yang gigih mencurah keringat dalam menjayakan agenda negeri.
Tidak saya lupakan juga kepada para Ahli Majlis, ketua kampung dan warga pejabat saya, nadi yang setia, tulang belakang yang tidak pernah rapuh yang bersama saya menggalas amanah menyulam harapan menjunjung masa depan bumi Malim Nawar dengan jiwa yang cekal dan hati yang luhur. Ayuh kita bangkit sebagai negarawan sejati bukan sekadar pemain politik yang menjadikan Titah Tuanku bukan sekadar bacaan tahunan tetapi panduan perjuangan harian. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, mengakhiri ruang perbahasan saya Malim Nawar menjunjung kasih titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas penzahiran Titah Diraja pada sidang kali ini. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Malim Nawar mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar. Saya ucapkan terima kasih dan saya juga nak ucapkan tahniah kerana saya sendiri agak terhibur dengan ucapan daripada Malim Nawar yang macam dalam kelas Bahasa Malaysia dan saya rasa saya cukup tertarik. Saya sendiri, saya rasa tak boleh nak berucap menggunakan bahasa Malaysia seindah dan sebaik itu dengan peribahasa-peribahasanya. Tahniah sekali lagi. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Malim Nawar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan. 20minit.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. ((Bacaan Al-Quran). Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Selingsing mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala dan menjunjung kasih di atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Shah Al-Maghfur-Lah yang dizahirkan tempoh hari. Selinsing juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarga Almarhum Ishsam Shahruddin, Adun Ayer Kuning yang telah pulang ke Rahmatullah pada 25 Februari yang lalu. Jadi marilah sama-sama kita mendoakan semoga Almarhum diletakkan bersama dengan golongan orang-orang yang beramal soleh dan bertakwa. Insya-Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai muqoddimah suka saya mulakan perbahasan saya dengan membacakan sepotong firman Firman Allah Ta'ala dalam Surah Ar-Rum ayat 30. yang bermaksud; Maka hadapkanlah dirimu Wahai Muhammad dan juga pengikutmu ke arah ugama yang jauh daripada kesesatan. Turutlah terus ugama Allah iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia dengan keadaan manusia itu bersedia secara fitrah atau secara semulajadinya untuk menerima ugama itu. Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu. Itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Intipati daripada ayat ini sebagai satu seruan peringatan kepada diri saya dan seluruh ahli Dewan yang mulia ini. Islam adalah ugama kesejahteraan. Islam adalah ugama keamanan. Perkataan Islam itu sendiri maksudnya aman maksudnya selamat maksudnya sejahtera.
Pada hakikatnya seluruh manusia itu diciptakan oleh Allah dengan sifat suka kepada keselamatan. Suka kepada kesejahteraan dan suka kepada kebahagiaan. Tidak suka kepada kecelakaan. Tidak suka kepada penipuan, pembohongan. Tidak suka kepada kegelisahan. Inilah fitrah kejadian manusia atau dengan kata lain kita katakan inilah sifat semula jadi manusia. Fitrah adalah sunnatullah. Sesuatu ketetapan daripada Allah. Oleh itu, selagi mana umat manusia itu menuruti amalan fitrah seperti yang dituntut oleh Islam, selagi itulah mereka terpandu ke arah kebenaran dan terpandu kepada kebaikan terpandu kepada kesejahteraan kerana Islam adalah agama fitrah. Sayugia saya menyeru agar kita semua dalam Dewan ini meletakkan Islam yang panduan utamanya adalah al-Quran dan as-Sunnah menjadi rujukan tertinggi kita dalam mengurustadbirkan negeri Perak ini. Semoga dengannya kita semua beroleh keselamatan beroleh kesejahteraan, beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 282 yang membawa maksud; dan janganlah kamu berasa jemu menulis segala urusan itu sama ada ianya kecil atau besar hingga sampai tempohnya. Yang demikian itu lebih adil di sisi Allah. Lebih menguatkan keterangan serta lebih menghilangkan keraguan di antara kamu. Ayat ini menekankan pentingnya ketelusan. Pentingnya kesungguhan dalam urusan muamalah termasuklah dalam urusan ekonomi negara atau negeri. Apabila berlaku goncangan ekonomi tanggungjawab kita bukannya sekadar berdoa tetapi tanggungjawab kita ialah menganalisa, merancang dan bertindak demi kesejahteraan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua menjunjung Titah Tuanku dalam Perkara 2, berkenaan dengan impak perang dagang antara Amerika dan China, khususnya tarif balas ke atas Malaysia oleh Presiden Amerika, Selingsing ingin menyatakan kebimbangan terhadap kesan jangka sederhana dan jangka panjang kepada ekonomi negeri ini khususnya industri berkaitan eksport seperti semikonduktor dan pertanian bernilai tambah. Sekali pun pihak Kerajaan Pusat telah menjangkakan ekonomi Malaysia masih berdaya tahan tapi kita tidak boleh leka. Kita tidak mampu sekadar bersandar kepada retorik daya tahan ekonomi sedangkan rakyat bawahan semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Maka Selingsing mohon untuk mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya yang pertama menubuhkan satu Unit Tindak Balas Ekonomi Global Negeri Perak. Mungkin boleh diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menilai impak dasar luar ekonomi ke atas sektor pekerjaan dan pelaburan negeri.
Yang kedua Selinsing juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri merancakkan diplomasi ekonomi dengan negara-negara rantau Asia Barat, Asian & Afrika sebagai pasaran alternatif khususnya bagi hasil pertanian dan makanan dari Perak dan yang ketiga, Selinsing juga ingin mencadangkan agar mewujudkan dana sokongan industri kecil yang terjejas bagi membantu pengusaha kecil yang bergantung kepada rangkaian bekalan import eksport. Selinsing ingin berpesan, jangan kita menjadi kerajaan yang reaktif iaitu hanya tunggu bila krisis menjelma. Selinsing menyeru agar pendekatan kita lebih bersifat antisipatif. Biar rakyat nampak bahawa kita prihatin dan bersedia. Ekonomi ini umpama perahu. Umpama perahu di laut kalau hanya dikayuh sebelah tangan, pasti hanyut.
Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan sekuriti makanan, Selinsing nak bawa satu cerita lah. Dalam keadaan yang santai daripada satu cerita yang cerita benar seorang makcik yang kami santuni di pasar pagi Bagan Serai. Cerita ni dah agak lama. Dia kata kepada saya, dulu masa muda makcik buat bendang. Sekarang dah tua makcik tak buat bendang dah. Anak makcik pula buat bendang. Tapi buat bendang ni teruk, katanya. Hasil kurang. Kadang-kadang terpaksa berhutang pulak untuk buat modal musim hadapan, katanya. Walau pun, saya tahu apa yang dia nak ceritakan tetapi saya layan dia. Saya tanya kepada dia kenapa boleh jadi begitu makcik? Dia jawab, dia kata padi tak berapa jadi. Air kadang sat ada sat tak dak, kena serang pulak dengan tikus. Elok padi nak keluaq kena serang pulak dengan ulat daun dan sebagainya.
Kemudian upah bajak, upah meracun, upah tuai padi semua naik YB. Bukan itu saja, beli benih padi pun harga naik YB. Yang tak naik harga padi je tak naik-naik, katanya. Harap subsidi je lah. Dia termenung. Lepas tu dia tambah lagi. Dia kata, tapi hak teruk YB nak beli beras tempatan pun jenuh. Kena beli beras import. Harga mahal YB. Kita ni dok di jelapang padi. Tapi takdak beras tempatan. Kena beli harga RM39 YB sekampit. Sampai hati depa buat kami pesawah ni macam ni noh. Itu lebih kurang. Makcik ni tinggal di Bagan Serai. Duduk di kawasan jelapang padi. Tapi kena beli beras import harga RM39 sekampit. Satu ironi yang sangat menyakitkan hati. Tapi, Alhamdulillah pada hari ni ada dah beras RM26 tu. Walaupun kita tahu bahawa beras itu seperti yang dimaklumkan oleh pihak kerajaan akan ada sampai bulan 8 sahaja. Kita doa supaya dia akan berterusan supaya memudahkan rakyat, insya Allah.
Timbalan Yang di-Pertua, Titah Tuanku dalam Perkara 20 menyebut bahawa pengeluaran padi menurun daripada 281,955 kepada 260,828 metrik tan. Ini satu penurunan yang mencetuskan kebimbangan. Data laporan sosial ekonomi juga menunjukkan kadar sara diri SSR ini, beras Malaysia hanyalah 56.2% menurun daripada tahun sebelumnya. Sedangkan sasaran kita ialah 75% menjelang 2025. Apa ertinya semua ini? Ini maksudnya kita hanya mampu hasilkan sekitar separuh sahaja daripada keperluan beras rakyat dalam negara ini. Selebihnya, kita terpaksa import daripada luar. Kita bergantung kepada import. Bayangkan kalau tiba- tiba berlaku konflik serantau. Berlaku perang di Ukraine. Makanan ayam dah naik. Kalaulah berlaku konflik serantau, negara pengeksport beras sekat bekalan. Apa nasib rakyat kita? Nak makan apa kita? Mungkin makan ubi kayu. Justeru, Selinsing ingin mencadangkan. Yang pertama, perkasakan program tanah terbiar khususnya di Bagan Serai, di Semanggol, di Tanjung Piandang. Kalau ada tanah tinggal yg boleh diusahakan, anak muda ramai yg sanggup cuma mereka perlukan sokongan.
Kemudian, kita juga cadangkan supaya tingkatkan subsidi kepada petani. Bukan sekadar baja. Bukan sekadar racun tapi juga untuk dron sembur baja, irigasi pintar dan pengurusan bendang bersepadu. Kita juga cadangkan supaya tubuhkan Pusat Pengedaran Beras Negeri. Pastikan bekalan beras tempatan sampai dulu kepada rakyat di Perak kerana kita ada jelapang padi terutamanya kawasan pengeluar. Jangan biar beras tempatan lesap ke tempat lain sedangkan rakyat asal jadi pengemis di tanah sendiri. Kita juga cadang supaya insurans tanaman padi wajib dilaksana dan diperluaskan kerana banjir pada ketika ini bukan lagi bermusim. Bahkan sepanjang tahun boleh berlaku banjir. Petani perlu perlindungan minimum bila berlaku musibah. Dalam keadaan berlaku musibah inilah maka hasil jadi kurang, maka mereka terpaksa berhutang untuk nak membuat padi pada musim yang seterusnya.
Kita juga cadangkan supaya berikan geran R&D padi tahan lasak yang guna air kurang tapi hasilnya tinggi sangat sesuai dalam menghadapi cuaca ekstrem yang ada pada hari ni. Kita juga cadangkan kalaulah ada tanah kerajaan sewakan kepada anak-anak muda untuk penternakan lembu, kambing, ayam. Berikan mereka sewa tanpa bayaran untuk dua tahun. Beri mereka alat dan bimbingan. Bukan hanya ceramah. Bukan hanya edar poster sahaja. Ini bukan soal data semata-mata. Ini soal perut rakyat. Perut rakyat, bila dapur sejuk, rumah akan bergolak. Bila makanan tak cukup keamanan pun akan diuji. Ini terbukti Allah berfirman dalam al Quran “Yang telah memberikan makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka daripada ketakutan”. Lapar dan rasa tidak selamat ini dua perkara yang jika berlaku serentak akan menggegarkan mana-mana tamadun. Maka kerajaan mesti bertindak bukan menangguh.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pendidikan dan modal insan. Selinsing menjunjung Titah Tuanku dalam Perkara yang ke 16 yang menyebut tentang usaha meningkatkan pencapaian anak-anak Perak serta transformasi pendidikan melalui TVET dan integrasi teknologi. Selinsing menyambut baik komitmen ini. Mesti ada banyak yang nak disampaikan tapi tinggal 4 minit sahaja. Jadi Selinsing terpaksa tengok tetapi rasanya sangat rugi bila Selinsing tak dapat nak sampaikan apa sebenarnya yang nak disampaikan. Kalau boleh diberi masa lebih sikit boleh lah. Bolehkah? Negeri kita ini bercakap tentang industri masa depan - EV, AI, NRREE, Pusat Data Teknologi Hijau dan Pengurusan halal. Tapi siapa yang akan mengisi peluang ini kalau anak-anak Perak sendiri tidak dibekalkan dengan kemahiran yang relevan? Jadi dalam menghadapi era AI ni, modal insan adalah aset negeri kita. Data Perak Poket Stats 2024 pada suku tahun keempat 2024 menunjukkan kadar pengangguran semasa masih 3.3%. Tak ada perubahan yang signifikan.
Maka Selinsing menyarankan yang pertama, Kerajaan Negeri selaraskan usaha bersama universiti-universiti tempatan dan pemain industri melalui Program khas Bridging the Talent Gap. Ini bukan slogan. Ini keperluan. Kemudian, Selinsing juga ingin mencadangkan supaya USAS perlu tampil ke depan. Wujudkan program sarjana Muda atau Diploma dalam pengurusan industri halal selari dengan Projek Perak Halal Industrial Park. Jangan lepaskan peluang ini kepada negeri lain. Begitu juga Selinsing mencadangkan supaya satu pengkalan data Talent Map Perak perlu diwujudkan supaya senarai graduan mengikut bidang dan lokasi supaya pelabur terus boleh terus padankan keperluan dengan bakat sedia ada yang ada di negeri kita. Jangan biar anak-anak Perak ini jadi penonton dalam pembangunan teknologi sedangkan peluang pekerjaan datang bertalu-talu.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Selinsing juga terpanggil untuk merujuk kepada Titah Tuanku, Perkara yang ke 37 yang sangat menyentuh hati. Tuanku bertitah, keamanan bukan pipih datang melayang. Kestabilan negara bukan hanya tanggungjawab kerajaan tetapi memerlukan kerjasama seluruh rakyat. Sangat tepat apa yang Tuanku titahkan. Kestabilan ini tidak boleh lari daripada ketidakadilan. Tidak boleh lari daripada kestabilan ini, tidak boleh lahir daripada diskriminasi. Tidak boleh lahir daripada sistem yang diskriminasikan kelompok tertentu. Contohnya, diskriminasi terhadap wakil rakyat hanya kerana wakil rakyat itu duduk di bangku sebelah sini. Setiap Ahli Dewan Negeri ini datang hasil mandat rakyat. Bukankah ini intipati sistem demokrasi berparlimen dan amalan first-past-the-post yang negara kita anuti sejak merdeka. Maka persoalannya kenapa Adun bukan kerajaan tidak diberi peruntukan sebagaimana rakan-rakan di sebelah sana. Kenapa selepas PRU-15 Kerajaan Negeri lantik Pegawai Khas Menteri Besar untuk kawasan yang tewas sedangkan wakil rakyat yang sah dipilih rakyat nampak dipinggirkan? Kalau kerajaan mahu angkat semangat perpaduan, kenapa pula memperkukuhkan budaya peminggiran? Kalau selepas ini, contohnya Dun Ayer Kuning dimenangi oleh pihak belah sini, adakah akan wujud pula pegawai khas tambahan untuk nak imbang? Betul tak? Jadi apakah ini budaya demokrasi yang adil dan matang? Tak perlu kita nak banding dengan Negeri A, Negeri B, Negeri C, hatta E sekali pun kerana pada hakikatnya kita negeri Perak ini kita ada cara kita sendiri. Bahkan pernah satu masa kita berikan keadilan kepada semua. Kenapa tidak teruskan amalan baik itu?
Yang Berhormat tinggal seminit lagi. Ada beberapa isu?
Ada sedikit sahaja lagi.
Sikit ya?
Baik. Bagi seminit lagi. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mengikuti kita punya perbahasan ini dan sebenarnya saya sangat bersetuju dengan banyak yang kata tidak boleh. Memang Tuanku dah titah tidak bolehlah kita ada politik sempit, politik yang tidak baik dan sebagainya. Amat menyedihkan dalam negara kita ini sebenarnya timbul pelbagai isu yang menggoncang yang menyebabkan kegusaran masyarakat termasuklah isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam dilakukan oleh pelbagai pihak. Pelbagai pihak ini banyak yang tidak bertanggungjawab melakukan perkara ini bukannya kita dalam ini pun. Tapi malangnya ada pihak yang letakkan kesalahan itu seolah-olah pada kami sahaja. Pada pihak PAS sahaja, maka saya cuma nak bertanya. Saya cuma nak bertanya. Macam isu terkini gambar bendera Malaysia tanpa bulan sabit yang melambangkan Islam, Agama Persekutuan. Rasa saya semua orang tahu. Sehingga menyinggung perasaan Yang di-Pertuan Agong. Adakah itu media PAS? Adakah itu Harakah Daily? Bukan. Kalimah Allah tertulis pada stokin, jualan ham halal yang dikatakan halal yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Adakah itu peniaga PAS? Bukan. Begitu juga.
Yang Berhormat Selingsing. Celah sikit, kalau ikut logik Slim tadi mereka sudah minta maaf. So, kalau sudah minta maaf, biarlah mereka kita kena maafkan mereka. Slim betul? Betul tak Slim?
Saya nak betul kan balik. Itu isu lain tu. Jangan main-main…
Kejap-kejap saya tak bagi siapa-siapa pun, saya nak habis dah ni
Minta maaf.
Itu isu...
Timbalan Yang di-Pertua saya nak abis dah. Saya cuma nak tanya kan? Nak tanya supaya kita tidak menuduh sesama kita. Itu saja. Sebenarnya sama-sama ada buat salah pergi.
Yang Berhormat Selinsing, saya bagi dua minit. Sila masukkan perenggan yang terakhir.
Ok, baik. Semua perkara ini dan banyak lagi isu menimbulkan ketidaktenteraman awam. Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Selinsing berdiri di sini hari ini bukannya untuk berlawan, bukannya untuk menentang, tetapi kita nak memperingatkan sesama kita supaya dalam deretan angka dan istilah yang megah yang kita sebut. Jangan kita lupa bahawa ekonomi itu bukan hanya tentang ringgit dan billion. Pertanian bukan hanya tentang hasil per metrik tan. Pendidikan bukan hanya tentang pelan dan sistem dan keamanan dan perpaduan itu bukan hanya slogan, tetapi ia lahir daripada keadilan yang sebenar-benarnya. Selinsing hanya mahu satu, supaya negeri Perak menjadi negeri yang adil menjadi negeri yang bersedia dan tidak lupa rakyat kecil yang membanting tulang demi tanah ini. Akhirnya, Selinsing memohon maaf di atas segala salah bicara dalam perbahasan ini. Selinsing mohon menjunjung kasih dan Selinsing sudahi dengan Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Selinsing. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Terima kasih kepada Yang Dipertua. (Bacaan Doa). Tuan Timbalan Yang di-Pertua saya mengambil kesempatan dalam perbahasan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi junjungan terima kasih kepada Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas. Pelbagai nasihat dan teguran yang dititahkan oleh Tuanku Sultan yang perlu diambil perhatian dan keutamaan oleh semua pihak demi memastikan impian membina Perak Sejahtera 2030 dapat digembleng bersama. Insya Allah. Firman Allah SWT, (Bacaan Ayat Suci Al-Quran) "Sesungguhnya kami menjadikan kematian dan kehidupan itu sebagai ujian untuk melihat siapakah di kalangan kamu yang paling baik amalannya”.
Tuan Timbalan Yang di-Pertua, Kenering juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan Salam Takziah kepada ahli keluarga Almarhum Ishsam Shahruddin, Adun Ayer Kuning yang telah kembali kerahmatullah pada 25 Februari yang lalu.
Marilah sama-sama kita doakan semoga Allahyarham diletakkan bersama-sama golongan orang-orang yang beramal soleh dan bertaqwa di sisi Allah SWT.
Kenering memulakan perbahasan Titah Diraja Sultan ini dengan menyebut isu-isu yang berkaitan dalam Dun Kenering khususnya. Yang diamanahkan kepada saya sebagai wakil rakyat di Dun Kenering. Pertamanya saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas bajet yang dibentangkan pada sesi yang lalu yang telah diperuntukkan RM70 juta lebih kepada Jabatan Saliran Air untuk daerah Hulu Perak. Namun saya tak pasti berapa juta yang diperuntukkan untuk Dun Kenering. Bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Dun Kenering. Kenering nama daripada diambil daripada sungai. Sepanjang Dun Kenering ini dipenuhi dengan sungai, maka musim-musim yang tertentu bila berlaku hujan yang lebat sudah pasti akan berlaku banjir. Dengan peruntukan yang besar ini dan mungkin peruntukan yang besar juga diberikan kepada Dun Kenering. Insya Allah semoga ianya memberi manfaat dapat mengatasi akan suasana banjir yang kerap berlaku di Dun Kenering.
Keduanya, saya mengucapkan berbanyak terima kasih juga kepada JKR yang banyak memberi peruntukan kepada membaik pulih jalan raya perhubungan di antara Lenggong dan Gerik yang merupakan isu yang pertama-tama saya sebut setelah saya diangkat menjadi Yang Berhormat bagi Dun Kenering. Saya istilahkan pada waktu itu dengan 'lopak-lopak yang berlubang-lubang ditampal seolah-olah seperti kain pelikat'. Tapi Alhamdulillah. Peruntukan yang besar yang diturunkan untuk jalan antara Lenggong dan Gerik. Hampir keseluruhannya mengalami perubahan yang baik. Namun begitu, untuk akhir-akhir ini kembali semula tampungan-tampungan kain pelikat itu berlaku kembali. Jadi, saya mengharapkan pada tahun ini diperturunkan juga peruntukan yang untuk membaik pulih, penurapan semula jalan-jalan yang memang ketara kita melihat kerosakan yang amat teruk.
Ketiganya untuk Dun Kenering adalah projek sakit yang merupakan projek sebelum saya jadi YB lagi iaitu Pembinaan Kompleks Sukan Di Dataran Lawin. Kompleks yang memiliki padang trek dan juga yang disebut ada gelanggang tinju dan tomoi. Tapi projek ini tidak dapat dijalankan. Pagar projek ni pun dah runtuh. Tender dibuka kerana apa? Kontraktor tidak mampu untuk memasuki tender, beranggapan bahawa peruntukan tidak cukup untuk buat. Namun begitu, saya beranggapan bahawa kompleks ini perlu dilaksanakan di atas keperluan semasa terutama menyediakan padang trek larian kerana di daerah Hulu Perak ni tiada. Pernah dibangkitkan oleh wakil PPD daerah, untuk latihan persediaan kepada pelajar-pelajar yang mewakili daerah dalam majlis sukan di peringkat negeri ataupun negara. Tempat untuk buat latihan pun tak ada. Terpaksa menumpang bagi daerah yang lain. Sebab itu keperluan. Di atas dana projek yang tidak cukup, kita rasakan bahawa tak perlulah menyempurnakan kompleks tersebut. Dengan dana yang ada, kita sediakan dengan kadar yang ada. Sediakan keperluan asas yang amat-amat diperlukan iaitu padang trek larian tersebut dan ianya memungkinkan manafaat yang besar untuk daerah Hulu Perak itu nanti.
Yang keempat. Isu jalan juga yang melibatkan hotspot kemalangan…hotspot kemalangan. Kawasan yang kerap berlaku kemalangan. Saya mengharapkan JKR, Bahagian Exco Infrastruktur untuk melihat iaitu jalan yang berhampiran dengan stesen minyak Shell di Malau ataupun Lawin yang perlu diperluaskan dan perlu ada pembahagi jalan kerana yang sering berlaku kemalangan di situ ialah bila mana pengguna jalan raya daripada Gerik untuk masuk ke stesyen minyak tersebut. Oleh kerana jalan yang sempit, tidak ada pembahagi jalan dan selalulah berlakunya kemalangan tersebut. Malahan saya dapati bahawa bahu jalannya pun semakin hari semakin runtuh. Sekarang ini ditutupi dengan kanvas. Saya rasa perkara ini dah lama berlaku dan saya rasa pun semenjak saya bila angkat menjadi bila dipilih menjadi Yang Berhormat untuk DUN Kenering. Kita tidak nampak usaha-usaha untuk membaik pulih ataupun memperbaiki bahu jalan tersebut. Sebab itu saranan saya bila dinaiktarafkan jalan di hadapan stesyen minyak tersebut perlu dengan bahu jalan tersebut juga boleh disertakan baik pulihnya. Insya Allah.
Yang kelima. Mungkin menyentuh Exco Pelancongan kerana Lenggong, kerana Kenering terletak dalam Parlimen Lenggong dan Lenggong adalah bakal diisytiharkan sebagai Taman Warisan Dunia dan Kenering sebahagian daripadanya dan mungkin akan melebar ke kawasan Gerik. Tidak lama lagi Lenggong akan diisytiharkan sebagai Taman Warisan Dunia dan proses-proses untuk mengisytiharkan itu sedang dalam penelitian UNESCO. Namun begitu, saya melihat usaha-usaha untuk menambah baikkan yang kita sebut sebagai Lenggong sebagai Lembah Warisan Dunia ini, ada beberapa perkara yang tidak diambil peduli. Saya pernah menyebut dengan Pegawai Daerah Lenggong, Pegawai Daerah Gerik tentang Kenering duduk kawasan Gerik, Pentadbiran Gerik. Sebahagian nya. Signboard atau pun tugu Geopark di kawasan Kenering ini ada berapa tugu yang buat signboard tanda Geopark. Kawasan-kawasan yang terletak di bawah Geopark. Tanda signboard atau pun tugu tersebut yang dibina dengan simen tumbang dah menyembah bumi. Ada yg menyembah parit pun ada. Yang tersandar di tiang-tiang elektrik pun ada. Tidak dibaik pulih kan.
Sebab tu, bagaimana kita Geopark diletakkan sebagai di antara perkara-perkara untuk memajukan agensi pelancongan, kita memajukan di sudut pelancongan. Jadi benda-benda yang sepatut itu perlu diberi perhatian. Seterusnya Kenering ingin menyebut tentang isu yg telah dinyatakan oleh Paduka Raja Sultan tentang isu membasmi kemiskinan. Miskin tegar. Daerah Hulu Perak bakal menjadi miskin tegar sifar. Saya terlibat dijemput untuk hadir sama dalam Mesyuarat Focus tersebut. Namun, apa yang saya dapati bahawa perbincangan ataupun keputusan-keputusan yang dibuat untuk menjadikan seseorang itu terlepas daripada miskin tegar, kurang menepati kehendak yang sebenar. Dia dinilai berdasarkan kepada pendapatan perkapita. Bagaimana untuk mengatasi kurang pendapatan perkapita ini? Dengan menambahkan bantuan. Sebab itu saya berpandangan bahawa cara tersebut, tak berapa praktik. Sepatutnya kita berusaha bagaimana untuk menambah pendapatannya dengan kita memberi ruang ataupun peluang pekerjaan untuk dia usahakan. Seorang yang dapat bantuan dengan kewangan sebenarnya memberi peluang kepada dia untuk dia malas lagi bekerja.
Sepatutnya kita bagi pancing bukan bagi umpan. Kita bagi pancing dan umpan untuk dia berusaha bagaimana dia nak menambah pendapatan. Tapi kita bagi umpan, dia makan umpan je. Sebab itulah ada di kalangan. Rakyat yang ada di bawah Dun Kenering ni yang mari pejabat saya mengadu. YB bulan ni pendapatan tak tara mana. Dia menoreh tapi hujan. Hujan pendapatan tak tara mana. Saya kata jangan tumpu pada satu pekerjaan. Kalau hujan tak boleh menoreh jangan tidur. Carilah pekerjaan yang lain yang boleh menambahkan pendapatan. YB bulan ni ikan tak berapa ada. Sebulan dah pendapatan teruk bulan ni. Ada dapat RM200…RM300 je sebulan. Saya kata jangan tunggu kerja hanya untuk tangkap ikan. Cuba cari kerja yang lain.
Perbanyakkan usaha untuk. Sebab itu untuk membasmi kemiskinan ini dalam istilah Islam. Dalam istilah islam, dia tak ada miskin tegar. Tiada miskin, tiada miskin tegar. Dia ada fakir dan miskin. Bila kata fakir untuk kupasan yang mudah. Dia pendapatan dia, dia berusaha untuk dapat dalam sehari tu hanya dalam RM30.00. RM30.00 tetapi keperluan kehidupannya RM50.00, itu fakir. Maknanya terpaksa berhutang, fakir. Miskin, bila mana pendapatan dia, dia berusaha. Dia dapat RM30.00. Dia juga hanya memerlukan RM30.00, cukup-cukup makan orang kata. Itu miskin tetapi kalau dia berpendapatan, dia berusaha berpendapatan. Usaha dia, dia mendapat RM50.00. Dia hanya memerlukan RM30.00 untuk kehidupan dia seharian, itu kaya. Itu kaedah dalam syarak.
Sebab itu saya menyarankan supaya Kerajaan Negeri bukan menambahkan bantuan peruntukan kewangan kepada seseorang itu kerana dengan pekerjaan yang ada tapi cuba untuk memberi peluang dan ruang kepadanya untuk berusaha dengan pendapatan yang lain. Supaya boleh mempertingkatkan lagi pendapatan dia dan Insya Allah dengan usaha yang dia buat itulah rezeki yang diberkati. Itulah rezeki yang berkat. Yang keduanya saya nak menyentuh tentang apa yang disebut oleh Tuanku Sultan ialah berhubung dengan Perkara yang ke-36 iaitu Islam menekankan aspek ihsan dan belas kasihan. Islam menganjurkan ummah untuk melakukan yang baik dan indah. Bila kata ihsan setiap penganut yang beragama Islam, perlu mempertingkatkan dirinya dan bukan dengan hanya semata-mata dengan amalan Islam dan iman yang diperintahkan oleh Allah Subhanawataala. Dia mesti ada gabungan ketiga-tiga ini. Islam, Iman dan Ihsan. Apa yang dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam. Ketika mana ditanya oleh Malaikat Jibril Alaihissalam? Akhbirni Anil Ihsan. Apa ihsan? Rasulullah menjawab ihsan dan telah disimpulkan oleh para ulama. Apa itu ihsan?
Yang Berhormat Kenering mengingatkan hanya seminit lagi.
Insya Allah saya landing. Sebab apa ada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dengar ucapan saya Insya Allah. Dia memahami apa hasrat saya. Apa ihsan? Imam Ghazali sebut secara ringkasnya maksud ihsan itu kita memperbaiki amal kita dengan sesuatu yang lebih baik. Amal dah baik dan kita memperbaiki amal kita yang baik tu dengan yang lebih baik. Semoga amal yang lebih baik itulah yang melahirkan sifat taqwa kita dengan Allah Subhanawataala. Ihsan orang yang sampai pangkat ihsan amalnya, dia seolah-olah merasai pada dirinya Allah sedang, Allah sentiasa memerhati akan dirinya. Allah sentiasa memerhati akan dirinya, apa yang ia amalkan, apa ia. Itulah tahap yang membawa seseorang itu meletakkan dirinya hampir dengan Allah Subhanawataala. Sebab itulah bila mana disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang peruntukan, daripada RM7,000 ke RM10,000 itu ihsan lah, tambah baik. Tak, tetapi jangan lupa di awal tahun saya jadi Yang Berhormat dan sahabat sahabat yang lain, peruntukan lebih besar daripada tu Yang Berhormat beri. Tapi semakin setahun semakin kurang. Itu tidak ihsan lah, tidak ihsan. Jadi, saya berharap supaya Yang Amat Berhormat dan Kerajaan ada ihsan dengan wakil-wakil rakyat di sebelah sini. Insya Allah. Sekadar itulah ucapan saya. Dengan ini saya menjunjung tinggi akan titah Tuanku Sultan.Wabillahi taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari Kenering. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera. Yang Berhormat Kota Tampan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan, Persekutuan dan Kerajaan Negeri, media-media, tuan-tuan, puan-puan yang berada Dewan, di dalam Dewan ataupun di luar Dewan. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan, ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Ishsam Shahruddin yang merupakan sahabat saya. Kebetulan di dalam Dewan ini pun tempat duduknya di belakang saya dan sering saya mengingati beliau sepanjang perjalanan sidang Dewan ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesempatan ini diberikan kepada saya dalam turut sama membahas titah junjung kasih semasa Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga Sidang Dewan Kelima Belas yang telah disempurnakan oleh Tuanku Sultan Perak pada hari Selasa lepas. Sesungguhnya Titah Tuanku mencerminkan keprihatinan dan kebijaksanaan dari seorang pemerintah yang benar-benar mengutamakan kesejahteraan rakyat, kestabilan negeri dan kelestarian pembangunan demi masa depan rakyat Perak lebih makmur pada masa kini dan masa akan datang.
Timbalan Yang di-Pertua, bercakap soal pembangunan, saya menyokong penuh rancangan saranan Tuanku agar segala usaha merancakkan pelaburan dan perusahaan kecil dan sederhana wajar diperkasakan apatah lagi dengan kesan yang akan kita alami akibat dari penetapan tarif sebanyak 24% tarif timbal balik ke atas negara kita oleh Amerika. Kita perlu bersedia dengan beberapa strategi bagi menangani isu ini supaya kita tidak terkesan dengan pelaksanaannya nanti. Perlu kita lebih meningkatkan lagi penghasilan sumber dalam negeri, pengunaan sumber tempatan dan pengeluaran domestik, domestik. Mencari pasaran baru negara-negara jiran berhampiran dengan kita. Kurangkan dari kebergantungan bahan import dan meningkatkan penggunaan produk tempatan. Dijangka boleh membantu kita mengelak dari terkesan dengan teruk apabila tarif untuk dikuatkuasa nanti. Pelaburan yang inklusif dan lestari adalah kunci utama mengimbang pembangunan antara bandar dan desa.
Saya juga berharap agar Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang berada berhampiran dengan tempat saya iaitu di Titi Gantung dapat meningkatkan peningkatan hasil-hasil pertanian supaya kita tidak terlampau bergantung dengan sumber-sumber daripada negara luar. Titah Tuanku juga menekankan peri pentingnya kestabilan politik dan pentadbiran yang telus. Marilah kita semua sebagai Wakil Rakyat merapatkan saf dan mengetepikan perbezaan dan mengutamakan rakyat di dalam setiap kita membuat keputusan sama ada dalam menggubal dasar yang kita gubal.
Berkaitan dari segi hasil peningkatan hasil, Kerajaan Negeri Perak yang kita sedia maklum bahawa peningkatan hasil pada tahun lepas meningkat dan memberangsangkan pada dua tahun berturut-turut dan dengan adanya sumber kekayaan baru kita seperti NREE, ekonomi biru, penempatan pemantapan pengurusan sumber air, penguatkuasaan enakmen hotel akan meningkatkan lagi nilai tambah hasil. Begitu juga dengan pemberi milikan tanah kerajaan di tapak hidro TNB juga akan memberi nilai tambah kepada peningkatan hasil Kerajaan Negeri pada tahun ini. Begitu juga dengan projek pembangunan dan pemaju tanah perindustrian serta perumahan berimpak tinggi turut menambah hasil kepada Kerajaan Negeri.
Namun kita berharap agar pihak kerajaan tidak hanya melihat kepada kejayaan pencapaian sebahagian daripada ini sahaja kerana apa yang lebih penting ianya juga perlu turut dirasai oleh para penduduk dan rakyat negeri Perak yang berada di luar sana juga ingin merasa satu peningkatan dari segi hasil ataupun ekonomi mereka sendiri. Di dalam soal ini, Pengkalan Baharu merasakan penantian rakyat yang terlibat dengan penerokaan ekonomi biru seperti kegiatan ternakan kerang, ternakan ikan dalam sangkar tidak perlu menunggu terlalu lama bagi mendapatkan kelulusan berkaitan dengan permohonan mereka untuk mendapatkan lesen (LMS) Lesen Menduduki Sementara bagi tujuan mereka menjalankan kegiatan seharian mereka agar mereka juga boleh hidup serta kerajaan juga akan mendapat hasil daripada kegiatan mereka. Apa yang saya bangkitkan….
Pengkalan Baharu, saya mencelah sikit sebelum pergi jauh. Saya pun suka dengar bila Kerajaan Negeri cipta sejarah dapat collection hasil yang banyak di peringkat apa tu disebut surplus apa. Setuju tak dengan saya, bila kita sebut di sini, kita sebut dalam Dewan, kita sebut di peringkat negeri, sepatutnya rakyat di Dun kita bukan sekadar halwa telinga je dapat menikmati nikmatnya. Tapi dah depa seronok je. Seronok dengar je. Setuju tak YB?
Terima kasih Alor Pongsu. Pada saya, memanglah. Itu yang saya sebutkan tadi. Saya juga berharap agar nikmat ini dirasai oleh penduduk di luar sana. Jadi bukanlah kita hanya menumpukan kepada sumber pendapatan baru itu hanya untuk kerajaan sahaja. Malahan mereka yang ternanti-nanti dengan kegiatan ekonomi mereka sendiri seperti kegiatan ternakan kerang yang saya sebut tadi. Mereka nak menjalankan kerja, mereka nak berniaga tetapi mereka nak memohon Lesen Menduduki Sementara, lambat untuk mendapat kelulusan. Jadi orang kampung ni terutama orang-orang nelayan ni mereka bukan mempedulikan sangat berkaitan dengan undang-undang ni. Kalau kita tak bagi pun mereka jalan juga kerja.
Jadi yang ruginya kerajaan sebab kerajaan tak akan mendapat hasil. Jadi, saya juga berharaplah jadi apa nama permohonan-permohonan mereka ini akan dapat dipercepatkan supaya masing-masing mendapat keuntungan. Bukan sahaja kerajaan mendapat untung, mereka juga akan mendapat untung. Apa yang saya sebut tadi sekiranya mereka tidak mempunyai lesen, sekiranya mereka tidak mempunyai lesen, mereka juga tidak akan memperolehi apa yang disebut sebagai SKL ataupun sistem SKL, dengan ketiadaan SKL ini, mereka seolah-olah mereka tidak dilindungi sekiranya ternakan mereka ditimpa bencana ataupun disebabkan oleh apa nama kerosakan benih kerang ataupun ternakan ikan mereka mati. Jadi mereka tidak boleh untuk mendapatkan bantuan kerana tidak ada SKL ni. Tidak ada SKL disebabkan oleh tidak mempunyai Lesen Menduduki Sementara. Begitu juga kalau ternakan mereka, hasil yang mereka ternak ini dicuri ataupun dicuri oleh orang, jadi mereka nak buat report polis pun mereka tak boleh nak membuktikan bahawa kawasan tersebut adalah dimiliki oleh mereka kerana syarat Lesen Menduduki Sementara itu, tak ada. Jadi, saya berharap perkara ini dapat dilihat supaya kaedah menang menang ini dapat diperolehi oleh mereka.
Seterusnya, saya akan menyentuh berkaitan dengan Skim Perumahan Mampu Milik yang telah diwar-warkan oleh kerajaan. Saya rasa terdapat lima skim yang telah kita utarakan berkaitan dengan apa nama Projek Perumahan Mampu Milik agar diperjelaskan supaya rakyat di bawah sana tahu bagaimana kaedah untuk mereka mendapat skim-skim yang telah disediakan oleh kerajaan. Kita sedia maklum, setiap pemaju perumahan, setiap pemaju yang akan membuka kawasan perumahan melebihi 20 ekar, mereka terpaksa menyediakan 40 peratus Rumah Perakku 1, Perakku 2, Perakku 3 yang harganya lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Jadi sebenarnya rakyat di bawah sana tidak dapat penjelasan atau pun tidak dapat…maklumat ini tak sampai. Bila maklumat ini tidak sampai, jadi rakyat tak tahu bagaimana cara untuk mendapat apa nama peluang untuk memiliki rumah-rumah yang saya sebutkan tadi. Jadi, saya berharap agar perkara ini dapat diperjelaskan, dapat dihebahkan supaya rakyat mengetahui apa yang kerajaan sedang buat kepada mereka. Ada lima skim. Lima skim yang saya sebutkan tadi ialah Skim RMR, Skim Sewa Perak, Projek Rumah Perakku, Bantuan Sayangi Rumahku dan Perumahan Rakyat Sejahtera. Jadi skim-skim ini nampak memang cukup baik kerana Skim Sewa Perak ini saya difahamkan ianya menawarkan kadar sewaan 20% lebih rendah daripada harga sewaan semasa di sesuatu tempat. Jadi ini pada saya cukup baik untuk rakyat di luar sana mengetahui dan bagaimana cara untuk mendapatkan benda ini. Pengkalan Baharu juga ingin mendapat penjelasan berkenaan dengan Skim Sewa...yang saya sebut tadi lah.
Isu seterusnya yang telah disentuh di dalam Titah Ucapan Tuanku ialah berkaitan dengan memperkasakan masjid dan surau. Jadi peranan masjid dan surau ini perlu dipertingkatkan bukan hanya sebagai satu tempat beribadah semata-mata dan ianya perlu dijadikan sebagai satu tempat untuk kegiatan masyarakat supaya banyak perkara boleh diadakan di masjid dan surau dan apa yang saya nak sebut bila sebut memperkasakan masjid dan surau ini bukanlah hanya kepada dari sudut program pengisian ilmu sahaja, tetapi ianya juga berkaitan dengan pembangunan ataupun infra masjid dan surau ini dapat dipertingkatkan. Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan masjid dan surau di tempat saya, di dalam kawasan Dun saya sahaja terdapat lapan buah surau yang tidak mempunyai sijil pendaftaran. Ini masalah bila tidak dari segi pendaftaran, maka masjid dan surau mengalami kesukaran untuk memohon peruntukan atau pun mendapatkan bantuan daripada Pejabat Menteri Besar, daripada agensi-agensi lain.
Saya sebutkan ini supaya pihak MAIPk dapat melihat kembali kerana ada yang mengemukakan permohonan semenjak 2017, ada yang mohon 2019. Antara surau-surau tersebut ialah Surau Al Insadiah di Kampung Matang Acheh, Surau Nurul Hidayah di Kampung Tengah Beruas, Surau Nurul Naim di Gelung Pepuyu Beruas, Surau Al Hidayah di Kampung Tualang Beruas, Surau Al Anin di Kampung Changkat Beruas, Surau Ishaniah di Kampung Buruk Bakul Beruas, Surau Tuan Guru Haji Mat Zin di Jalan Sitiawan Beruas, Surau Nur Hidayah di Kampung Tengah Panchor, Surau Nurul Iman di Taman Cempaka Sitiawan, Surau Darul Iman di Kampung Tebuk Permatang Raja Sungai Tinggi, ini saya sebutlah jiran saya di Trong kerana Trong ni dengan tempat saya ni sempadan. Jadi bila saya sebut di kawasan saya, saya juga kena sebut di kawasan di Dun Trong surau tersebut berhampiran dengan saya. Itu yang saya dapat tahulah. Saya harap pihak JAIPk dapat melihat perkara ini supaya menyegerakan proses sijil pendaftaran surau-surau tersebut. Terdapat juga sebuah surau di Kampung Paya Nibong iaitu Surau Diri Jumaat, Surau Ar-Raudah. Surau ini mempunyai tanah seluas 6 ekar atas nama wakaf perkuburan. Jadi masalahnya mereka tak memerlukanlah seluas itu dan mereka hanya memerlukan sekitar dua ekar sahajalah untuk dijadikan tapak perkuburan. Selainnya lebih dijadikan wakaf am.
Seterusnya adalah berkaitan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Yang ini adalah berkaitan dengan yang kita sebut beras tempatan. Apa yang saya dapat maklumat berkaitan dengan beras tempatan ni ialah sebenarnya di kawasan Felcra Seberang Perak kita semua mengetahui bahawa lebih 3000 ekar ditanam dengan padi tetapi untuk makluman padi-padi yang ditanam di Seberang Perak tu kebanyakkannya adalah untuk menghasilkan benih padi kerana benih padi ni sebenarnya saya difahamkan kalau kita jual benih padi ni lebih untung daripada kita proses padi menjadi beras tetapi apa yang lebih penting ialah untuk menjadikan beras perlu mendapat lesen daripada daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Jadi inilah yang menjadi kekangan yang saya dapati pengeluaran lesen ini agak lambat atau pun mereka belum memperolehi. Jadi di sinilah terjadinya kita sebut beras tempatan ada kita keluarkan padi tetapi padi tersebut tidak boleh dijadikan beras.
Program kedai bergerak ini kedai bergerak ini memang perlu dipertingkatkan lagilah. Ianya dapat membantu banyak masyarakat kampung untuk membolehkan mereka berbelanja dengan harga yang lebih murah. Memanglah sebagai wakil rakyat kita pun nak rakyat kita dapat berbelanja dengan dengan lebih jimat lagi. Apatah lagi dalam keadaan yang disebut ramai wakil rakyat atau pun ramai kita di sini menyebut bahawa dalam keadaan ekonomi sebegini rakyat susah tetapi yang menghairankan kita dalam kita menyambut Aidilfitri baru-baru ini tak boleh tidur malam kita pun fikir kadang-kadang ini Tahun baru Cina atau pun dengan bunyi mercunnya sejak daripada lepas Isyak tu sampailah lewat malam. Maknanya ada pula rakyat kita mempunyai wang. Apa yang saya nak sebut seterusnya adalah berkaitan dengan isu lampu jalan. Lampu jalan ni di tempat saya dan di merata tempatlah di dalam negeri Perak ni kalau kita lihat lampu-lampu jalan terutamanya di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) samada federal atau pun negeri. Lampu-lampu jalan ni kebanyakannya pacak. Kalau kita lalu siang hari kita nampak penuh tiang-tiang lampu yang terdapat di sepanjang jalan persekutuan dan jalan-jalan negeri di jejantas. Cuma apa yang kita kesal ialah berkaitan dengan penyelenggaraan. Jika lampu tersebut tidak menyala ianya mengambil masa yang lama.
Kita berharap agar kerajaan melihat terutama Kerajaan Persekutuan melihat dari segi bajet perlu dibekalkan kepada pihak JKR supaya bila berlakunya kerosakan ianya dapat diperbaiki segera. Tak perlu nak menunggu dalam kaedah dalam jangka masa yang terlampau panjang. Jadi rakyat hanya melihat tiang-tiang lampu terpacak tapi lampunya tidak menyala. Jadi begitu juga kalau lampu-lampu tersebut dilanggar oleh kenderaan. Biasanya kalau kita lihat lampu-lampu tersebut dilanggar oleh kenderaan ianya akan jatuh di situ atau pun terbiar di situ dalam jangka masa beberapa hari. Mungkin memakan masa bulan. Apa yang saya nak sebut ni kadang-kadang kabel elektrik tu ditinggalkan di situ dan ianya amat merbahaya pada sayalah kalau mungkin pemotong rumput atau pun kalau berlaku banjir kilat apa semua. Ya, jadi saya harap ada lampu-lampu, tiang-tiang yg telah tumbang di sebabkan oleh kemalangan dapat di
Tinggal seminit saja.
Pengkalan Baharu.
Sila…sila.
Sebab lambat sangat sebut ni saya nak tuju terus ni. Sebab pagi tadi saya tanya Exco yang kelam kabut tu pasal WCE. Boleh tak saya sebut Pengkalan Baharu ni antara YB yg bertuah. Baru term yang pertama dapat highway, dok tepi highway. Saya ni memanglah term baru juga tapi highway saya dah umur 40 tahun. Saya tak mahu 40 tahun akan datang YB Pengkalan Baharu sebut macam saya sebut. Jadi kalau highway saya gambarkan sebagai paip kita minta Kerajaan Negeri Perak tebuk air keluar Pengkalan Baharu dah sedia timba tak nak tadah air tu. Terima kasih.
Terima kasih Alor Pongsu kerana dia agak apa nama bersimpati atau pun mengingatkan sayalah tapi sebenarnya apa yang saya buat di Pengkalan Baharu ni kita tak nak macam tu lah kita hendak daripada bila adanya highway kita dapat manfaat daripada wujudnya highway ni tempat saya di lebuh raya WCE walau pun Alor Pongsu ada sebut akan mati tadi pun saya rasa saya Insya Allah berusaha supaya ianya tidak akan mati dengan membuat sesuatu supaya menjadi menarik orang datang ke tempat saya. Kalau tidak memanglah mungkin akan jadi apa yang macam Alor Pongsu sebutlah. Bukan saya sahaja, jiran saya pun samalah Pantai Remis dan saya teruskan satu isu yang saya rasa cukup besar di tempat saya dan saya rasa tempat lain pun mungkin ada. Berkaitan dengan JUPEM, JUPEM ni Jabatan Ukur dan Pemetaan. Ini kes ini adalah berkaitan dengan pemasangan batu-batu sempadan di tanah-tanah milik di Kampung Pulau Meranti dekat Beruas ni mereka telah membayar premium dan mendapat hakmilik lebih 10 tahun tetapi malangnya tanah-tanah mereka tidak ditanda dengan batu sempadan. Batu- batu sempadan tersebut belum diletakkan. Jadi bila saya bangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat Tindakan Daerah mereka mengatakan bahawa hal-hal berkaitan batu sempadan ni adalah di bawah JUPEM. Jadi saya berharap ianya dapat disegerakan. Begitu juga dengan satu kes pengambilan tanah untuk dijadikan kawasan perkuburan di kariah Masjid Taman Dinding yang berlarutan lebih 4 tahun. Saya difahamkan juga disebabkan oleh JUPEM yang belum menyelesaikan masalah hakmilik sambungan. Jadi saya berharap perkara ini dapat dilihat supaya tidaklah rakyat ternanti-nanti lama sangat menunggu dan saya sangat simpati dengan satu orang tu namanya Tuan Haji Hassan dah lebih satu minit dua minit lagi menunggu.
Sila
Dan dia sekarang pun dalam keadaan nazak dan selalu menelefon saya bertanyakan tentang status tanah perkuburan di Taman Dinding Ayer Tawar. Jadi saya berharap perkara ini dapat diselesaikan. Saya juga nak maklumkan juga di sinilah saya rasa saya berada di pihak disini dan di pihak sana saya rasa mungkin di pihak sana lagi lebihlah. Kami semua ini adalah wakil-wakil rakyat ini samada sebenarnya adalah dahagakan kerja. Kami sanggup bekerja. Jadi jangan bimbanglah kalau nak mengajak kami untuk turun bekerja turut sama membantu anda-anda semua kerana saya rasa saya dan mereka yang berada di dalam Dewan ini semua bersedia jika dilibatkan dalam sesuatu kerja yang melibatkan kepentingan masyarakat. Jadi perkara ini sebenarnya saya cukup seronok kalau ada pegawai kerajaan menghubungi kita untuk bertanya sesuatu jadi kita merasa dihargai dan kita yang paling penting masalah yang kita nak panjang itu sebenarnya adalah masalah rakyat setempat. Jadi ekoran daripada itu saya berharaplah semua pegawai-pegawai kerajaan gunalah kami dan kami tidak akan minta bayaran dan insya-Allah kami akan memberi apa nama pandangan dan maklum balas di peringkat akar umbi kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Jadi jangan ragu-ragu dengan susah dan saya buat di kawasan saya sebenarnya kalau seorang technician nak datang ke tempat saya, saya tak bagi dia datang. Biar sahaja saya kata tuan tunggu kat sana saya pergi ambil. Saya pergi ambil dah tentu dia berada dengan saya. Jadi itulah teknik dan strategi yang telah saya gunakan di tempat saya. Alhamdulillah, dalam minggu ni kalau di tempat saya tu banyak pujianlah kepada saya kerana pihak JKR telah menerangi di kawasan-kawasan selekoh merbahaya di tempat saya dengan lampu solar. Lebih 45 batang tiang telah dipasang di tempat saya dan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada JKR Daerah Manjung dan kepada KKR yang telah meluluskan permohonan ini. Jadi menyokong. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pengkalan Baharu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Bacaan Al-Quran). Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli-ahli Dewan, seluruh ketua-ketua jabatan dan seluruh rakyat negeri Perak yang dicintai. Trong menyokong penuh usul menjunjung kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Saya teruskan perbahasan saya dengan memulakan perbincangan berkenaan perpaduan dan integrasi nasional. Al-Quran ialah sebuah kitab suci yang menjelaskan petunjuk Allah Subhanahu Wa Ta'ala, kitab yang membawa agenda perpaduan umat manusia seluruhnya yang bersifat majmuk kerana kesemua manusia berasal daripada satu ciptaan makhluk yang pertama iaitu Nabi Adam Alaihissalam. Islam pula membawa risalah sejagat dengan menugaskan manusia agar berperanan di alam dunia sebelum dihisab di alam akhirat kelak. Inilah keimanan setiap penganut Islam yang berpegang teguh dengan petunjuk Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada kitab suci Al-Quran dan teladan daripada Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam.
Tonggaknya adalah berdasarkan firman Allah " (Bacaan Firman Allah SWT). Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kamu kepada Tuhan kalian yang telah menjadikan kalian bermula daripada diri yang satu yakni Nabi Adam dan dijadikan daripada Adam iaitu pasangannya Hawa dan juga yang membiakkan daripada seluruh kedua-dua zuriat ini keturunan lelaki dan perempuan yang ramai dan bertaqwalah kepada Allah yang kalian selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati mengawasi sekalian. Ayat di atas menunjukkan seluruh manusia merupakan satu keluarga besar yang berasal daripada Nabi Adam yang berbangsakan bangsa manusia dan beribukan hawa. Setelah itu zuriat berkembang ke seluruh pelosok dunia berbentuk berbagai-bagai bangsa, berbagai agama dan budaya. Firman Allah Ta'ala. (Bacaan Firman Allah SWT). Wahai umat manusia, sesungguhnya kami menciptakan kalian daripada lelaki dan wanita dan kami jadikan kalian berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kalian saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kalian. Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Mengetahui dalam dengan lebih mendalam pengetahuannya.
Timbalan Yang di-Pertua, konsep perpaduan yang dilaksanakan bermula dengan menyatukan umat Islam terlebih dahulu yang terdiri daripada kalangan penganut Islam dalam penyatuan ummah. Hal yang demikian kerana mereka bertanggungjawab untuk memimpin negara dan masyarakat majmuk. Rujukan terbaik perpaduan umat manusia adalah Kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah Sallallahu'alaihi Wasallam yang mana masyarakat majmuk pada waktu itu terdiri daripada agama Yahudi, agama Kristian, agama Islam, agama nenek moyang bangsa Arab Jahiliah. Negara Islam Madinah ini diasaskan melalui proses mewujudkan Perlembagaan Madinah yang dipersetujui oleh semua kaum, semua puak, semua ugama dan semua bangsa berjanji untuk taat setia dengan Perlembagaan Madinah tetapi ada juga sekelompok Yahudi yang telah melanggari dan mengkhianati Perlembagaan Negara Madinah dan akhirnya diambil tindakan kerana mencetuskan ketegangan dan provokasi terhadap perpaduan umat manusia di bumi Madinah. Negara kita di Malaysia adalah terbina dengan asas Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) menyatakan agama Islam adalah Agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perpaduan Negara kita juga merujuk kepada prinsip Rukun Negara dan tujuh (7) Wasiat Raja-Raja Melayu.
Saya ingin juga mengingatkan kepada seluruh rakyat supaya menghormati permuafakatan dan kontrak sosial yang diasaskan pada tahun 1955. Saya ingin mengajak seluruh rakyat negeri Perak untuk mengukuhkan perpaduan integrasi nasional. Setiap rakyat hendaklah mengelakkan diri daripada mencipta sengketa dan permusuhan dan pihak kerajaan mestilah segera mengambil tindakan yang tegas kepada mana-mana pihak tanpa memilih bulu untuk mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang bagi pihak yang mencetuskan yang menjadi punca provokasi perkauman di dalam negara kita. Semua pemain media, pemimpin politik, NGO-NGO kita kena mengelakkan daripada mengeluarkan kenyataan, tindakan, tuntutan yang boleh menimbulkan pelbagai konflik. Kita berpegang dengan keluhuran perlembagaan dan juga kedaulatan undang-undang. Sebagai contoh iaitu pernah berlaku di dalam negara kita isu penjualan stokin yang mengandungi kalimah Allah dan ada isu juga penggunaan logo halal palsu pada sandwich dengan label khinzir yang mencabar sensitiviti agama Islam. Kedua isu ini dilakukan oleh syarikat yang sangat sama seolah-olah sengaja mengulangi cabaran kepada sensitiviti umat Islam di dalam negara kita.
Oleh itu, tindakan kepada pihak syarikat tersebut mestilah diambil dengan tegas kerana ia telah melanggari kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011 dan tindakan undang undang yang tegas mestilah diambil oleh pihak kerajaan. Yang kedua, ada juga perbuatan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengibarkan bendera asing tanpa tujuan dan kebenaran. Ia bercanggah dengan Akta Lambang Kebangsaan 1949 Seksyen 3 yang ini bercanggah dengan undang-undang negara. Kita kena berpegang dengan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dan ada juga pihak yang cuba menterbalikkan Jalur Gemilang dan yang terbaru ada pihak yang menghilangkan logo bulan daripada Jalur Gemilang yang boleh mencetuskan provokasi kepada rakyat yang cintakan negara ini dan kita mohon supaya hukuman paling maksimum mestilah dikenakan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam insiden kesilapan bendera Jalur Gemilang seperti mana yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ini.
Kita kena ingat bahawa Jalur Gemilang bukan sekadar simbol, ia adalah satu lambang kedaulatan, lambang perpaduan dan ia adalah identiti nasional negara kita yang wajib dihormati dan dimartabatkan. Simbol bulan adalah bermaksud Islam sebagai agama Persekutuan. Perbuatan itu adalah biadab. Satu kebiadaban kepada negara juga kepada prinsip yang dipegang oleh seluruh rakyat negara ini. Kebiadaban ini adalah dosanya lebih besar daripada dosa individu kepada individu. Walaupun disebut tadi bahawa, disebut sudah ada surat tunjuk sebab, sudah ada disebut bahawa dia mohon maaf, tak cukup. Sin Chew Daily tak cukup membetulkan portalnya sahaja dan memohon maaf. Macam mana pula akhbar cetak yang disebarkan di seluruh negara, mesti dia tarik balik. Permohonan maaf juga kepada seluruh rakyat negara terutamanya Raja-Raja Melayu yang menaungi Islam sebagai Agama Persekutuan.
Jadi kita mohon, kita minta pihak bertanggungjawab, pihak kerajaan supaya mengambil tindakan yang tegas. Ini selaras juga dengan pandangan seorang pakar bahasa dan perpaduan negara, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, permohonan maaf sahaja tidak memadai dan ia sangat memalukan, perbuatan itu sangat memalukan dan mencetuskan provokasi kepada rakyat di dalam negara ini. Ia bercanggah dengan Akta Lambang dan Nama 1963. Kalau pihak Era Fm dihukum denda RM250 ribu takkan ini hanya dengan perbuatan meminta maaf dah selesai. Paling tidak sejuta hukuman. Denda kepada pihak yang bertanggungjawab membuang simbol bulan daripada Jalur Gemilang.
Yang ketiga, terdapat juga cadangan pemimpin politik yang melantik, yang mencadangkan agar melantik pakar perlembagaan di kalangan orang bukan Islam untuk menggubal Undang-Undang Islam. Ada juga pemimpin yang mencadangkan supaya memecahkan portfolio Menteri Agama kepada Hal Ehwal Islam dan bukan Islam. Ini semua contoh-contoh kenyataan-kenyataan yang meresahkan umat Islam. Meresahkan kami sebagai orang Islam seolah-olah ia perbuatan ingin mencampuri urusan hal ehwal Islam dan ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Penganut agama lain berhak mengamalkan agama masing-masing dengan aman dan damai tanpa perlu mencampuri urusan hal ehwal umat Islam. Saya ingin mengajak juga seluruh rakyat, hentikanlah semua perbuatan dan kenyataan yang merosakkan perpaduan di kalangan rakyat negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin sebutkan yang keempat ialah iaitu bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan status rumah ibadah yang sedang panas dibahaskan oleh netizen termasuklah isu kuil di Hospital Taiping. Kerajaan kena bertindak pantas untuk mengharmonikan keadaan dengan menjemput semua ketua-ketua agama dalam negeri Perak ini untuk menjelaskan undang-undang berkaitan dengan tanah rezab kerajaan, berkaitan dengan undang-undang macam mana nak bina rumah ibadat. Saya yakin banyak juga ketua-ketua agama, pemimpin masyarakat yang tak faham undang-undang. Di mana yang rasa nak bina surau, nak bina kuil, nak bina gereja, nak bina tokong, dia rasa nak bina, dia bina. Ini tanah rezab kerajaan dia nak bina, tak boleh. Kita kena bagi penjelasan kepada semua ketua-ketua agama ini, iaitu undang-undang negara kita ini ada undang-undang. Negeri kita ada undang-undang. Kalau masjid surau nak bina kena melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam, kena diwakafkan dulu tanah itu. Dia ada undang-undang dia. Kita harap satu jawatankuasa mesti ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan semua masalah ini. Kita tak mahu ada rakyat dalam negara kita ini membina rumah ibadah di tempat yang tak selamat tanpa kelulusan daripada pihak PBT.
Akhirnya buat struktur-struktur baru yang sehingga mendatangkan bahaya terutamanya di dalam gua, di ceruk-ceruk tempat yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengunjung. Jadi kita mohon pihak kerajaan ambil tindakan yang sebaiknya. Alhamdulillah, kalau kita tengok di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, mereka di sana aman damai sejahtera pelbagai kaum tidak timbul sebarang isu-isu perpaduan dan ketegangan kaum, apatah, iaitu mereka berada di bawah pemimpin kerajaan Perikatan Nasional dan PAS. Tidak timbul sebarang isu-isu perkauman di empat buah negeri ini. Bahkan sewaktu Peristiwa 13 Mei, Kelantan dipimpin oleh Kerajaan PAS, tidak berlaku 13 Mei ini di dalam negeri Kelantan. Itulah suasana aman damai yang dibawa oleh kerajaan yang dipimpin oleh Islam.
Mohon celah.
Ya, sila.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Seperti Yang Berhormat yang kata tadi sangat aman damai di negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional. Saya ingin mohon pandangan Yang Berhormat tentang hak-hak bagi orang bukan Islam yang duduk di sana dengan polisi-polisi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional, tentang, bukan, bukan kita kata kita galakkan untuk minum, bukan kita galakkan untuk apa, tetapi dengan polisi-polisi yang diadakan telah mengambil alih dengan hak-hak bagi orang bukan Islam di negeri-negeri tersebut.
Ok terima kasih atas soalan. Tindakan kerajaan untuk mengawal, membendung rakyat daripada terlibat dengan perkara yang memudaratkan rakyat. Ini kita lihat bagaimana kemalangan yang berlaku melibatkan kematian kerana pemandu mabuk. Berapa banyak rakyat negara kita ini meninggal dunia kerana dilanggar oleh pemandu yang mabuk. Kalau tak kena kepada YB ok la, rakyat negeri di Trong dan juga di tempat lain banyak yang, yang terlibat dengan perkara-perkara yang timbul daripada kemudharatan arak ini. Contoh. Ok terima kasih YB.
Timbalan Yang di-Pertua dan seluruh Ahli Dewan, yang kedua saya ingin membicarakan tentang pemerkasaan Mahkamah Syariah. Pemerkasaan Mahkamah Syariah merupakan usaha yang yang mesti menyeluruh melibatkan perubahan perundangan, penambahbaikan prosedur serta peningkatan kompetensi pengamal undang-undang dan hari ini, Kerajaan Negeri Perak telah mengumumkan bajet, bukan hari ini ya. Pada bajet yang lepas mengumumkan bajet sebanyak RM17.4 juta untuk Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak. Saya ingin mencadangkan beberapa perkara kerana Mahkamah Syariah Negeri Perak ini telah dinaikkan tarafnya daripada 3 hierarki mahkamah menjadi empat hierarki. Kita sudah ada Mahkamah Rendah Syariah. Kita sudah ada Mahkamah Tinggi Syariah. Kita sudah ada Mahkamah Rayuan Syariah. Kita sudah ada Mahkamah Utama Syariah, sama seperti Sarawak dan Terengganu. Namun walaupun hierarkinya sudah bertambah sudah baik tetapi beberapa kekurangan yang mesti diambil tindakan untuk penambahbaikan. Yang pertama, Kerajaan Negeri dicadangkan untuk menambah jumlah Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Setakat hari ini, Mahkamah Tinggi Syariah cuma ada tiga. Cuma ada tiga orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mengendalikan sembilan buah mahkamah. Tiga orang Hakim Mahkamah Tinggi ini kena pusing sembilan buah mahkamah syariah. Ini adalah satu perkara yang amat kita dukacita. Kita berharap lambakkan-lambakan kes yang mesti dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dapat diselesaikan dengan lebih sempurna jika Hakim Mahkamah Tinggi Syariah diramaikan. Mahkamah Rendah Syariah ada sembilan, ada sembilan dan semua Mahkamah Rendah Syariah ini ada hakim. Mahkamah Tinggi cuma ada tiga orang hakim. Ini kena ditambah. Kadang-kadang sampai pukul 6.30 petang baru selesai kes Mahkamah Tinggi Syariah ini.
Ini suatu perkara yang mesti kita perbaiki dan gred Hakim Mahkamah Tinggi Syariah terkini ialah LS13. Saya cadangkan supaya dinaikkan gred kepada LS14 dan ke atas sesuai dengan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang diberikan bebanan tugas yang berat yang dipikul oleh mereka. Yang kedua, Alhamdulillah kita ada tujuh buah Mahkamah Syariah di negeri Perak. Sebaik-baiknya kita nak melengkapkan lagi Mahkamah Syariah di dua buah daerah. Saya mencadangkan agar disegerakan terbinanya Mahkamah Syariah Teluk Intan dan Mahkamah Syariah Gerik dengan bangunannya sendiri. Sekarang dua-dua mahkamah ni menumpang di Pejabat Agama Islam Daerah. Ini harap dapat disegerakan.
Kemudian yang ketiga antara penambahbaikan yang perlu dilaksanakan ialah menambah jumlah kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah. Terkini, jumlah staf yang ada sekitar 145 orang seluruh negeri Perak. Untuk mengendalikan sembilan Mahkamah Syariah Rendah dan juga empat hierarki mahkamah. Sewajarnya jumlah kakitangan tersebut ditambah berdasarkan populasi penduduk dan kes yang semakin bertambah. Bagi jawatan Pendaftar, Penolong Pendaftar, Pembantu Pendaftar Syariah, bahkan jawatan hakim-hakim serta pegawai suluh yang tak cukup. Perjawatan ni perlu ditambah perlu ditingkatkan supaya berbaloi dengan sesuai dengan jumlah populasi penduduk dan juga bebanan tugas yang semakin meningkat. Yang keempat saya ingin mencadangkan supaya perjawatan hakim di Mahkamah Rayuan Syariah diambil daripada hakim hari ini yang berlaku pada jawatan hakim Mahkamah Rayuan Syariah diambil daripada hakim syariah negeri lain, ni Mahkamah Rayuan. Di Perak cuma ada Pengerusi Mahkamah. Pengerusi bagi Hakim Mahkamah Rayuan…
Yang tinggal seminit sahaja.
Manakala hakim, hakim lain dibawah Mahkamah Rayuan ini diimport daripada luar. Jadi, kita amat berharap supaya pengisian hakim-hakim rayuan Mahkamah Syariah ini. Mahkamah Rayuan Syariah ini dapat diisi, bahkan semua hakim-hakim yang sudah berkhidmat lebih daripada lima belas tahun di Mahkamah Rendah Syariah dinaikkan supaya menjadi hakim di Mahkamah Tinggi Syariah. Hari ini hakim-hakim yang diimport dibayar elaun RM2000.00 untuk mendengar kes. Alangkah baiknya kalau elaun ini diberikan kepada hakim yang tetap di dalam negeri Perak yang tercinta ini dan yang kelima tak tambah masa…
Berapa isu lagi?
Tak tambah masa orang lain tambah tiga minit. Yang kelima saya juga amat berharap agar bidang kuasa Mahkamah Syariah ditingkatkan. Sesuai dengan penaiktarafan empat hierarki Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta Mahkamah Syariah, Akta 355 supaya bidang kuasa hakim di Mahkamah Syariah dapat diluaskan mengikut standard yang ada. Hari ini bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil jauh bezanya. Mahkamah Syariah hanya boleh menghukum tiga tahun penjara, denda RM5000.00 dan enam kali sebatan. Jauh beza dengan Mahkamah Sivil. Jadi ini juga perlu ditambah baik dan alangkah baiknya sekiranya Mahkamah Syariah di negara kita ini dapat diseragamkan seluruh negeri dan alangkah indahnya syariat Islam kalau dapat ditegakkan sepenuhnya. Alangkah baiknya Mahkamah Syariah diperkasakan demi memelihara Islam sebagai Agama Persekutuan dan teguh menjaga kedaulatan undang-undang negara yang tercinta ini.
Timbalan Speaker dan seluruh isi Dewan. Di kesempatan masa yang ada hari ini, saya ingin mencadangkan pemerkasaan bagi kegiatan dakwah. Yang pertama, saya cadangkan guru-guru takmir supaya kembali boleh mengajar di surau-surau. Hari ini, guru takmir dihadkan hanya boleh mengajar masjid dan surau diri Jumaat. Surau-surau ni tinggal kosong pengajian. Sedangkan surau tak mampu nak tanggung pengajian, masjid dengan surau diri Jumaat dia ada kewangan. Saya mohon Jabatan Agama Islam supaya melihat kembali cadangan saya ini supaya guru-guru takmir ni mengajar di surau-surau biasa, yang tidak ada guru mengajar. Yang kedua saya ingin mencadangkan agar guru-guru dakwah yang hari ini guru dakwah di negeri Perak ni memang aktif melaksanakan tugas dakwah tetapi elaun mereka sekali keluar aktiviti cuma RM60.00 Alangkah baiknya elaun mereka sama macam guru takmir. Mereka sekali keluar menyampaikan agama Islam RM100.00. Naikkan guru dakwah ni kepada setiap kali pengajaran, aktiviti ni naikkan elaun kepada RM100.00 Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada seluruh Ahli-ahli Dewan dan juga seluruh rakyat jelata negeri Perak dan dengan ini, saya selaku Adun, Ahli Dewan Negeri Trong, menyokong penuh usul menjunjung kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Sekian, akulihaza waastagfirullah Halliwallakum. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Seterusnya sambil jemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderoh untuk memulakan perbahasan di sini.
Bismillahirrahmanirrahim (Bacaan Doa). Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan salam hormat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, para pemerhati, rakan-rakan media dan seterusnya. Yang dikasihi seluruh rakyat negeri Perak Darul
Ridzuan yang mengikuti sidang pada kali ini mengambil bahagian bagi menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah Al-Maghfur-Lah. Kali ini saya bawakan perbahasan dengan satu tema iaitu Pemberdayaan Sumber Negeri. Sebelum memulakan perbahasan hari ini, izinkan saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Allahyarham Yang Berhormat Ishsam Shahruddin yang masing masing telah kembali ke rahmatullah pada awal minggu ini dan pertengahan Februari yang lalu. Saya mendoakan semoga kedua-dua Allahyarham di tempatkan bersama orang orang yang beriman.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, secara umumnya, data perangkaan negeri melaporkan aspek-aspek pencapaian negeri bagi tahun 2024-2025, dengan boleh dianggap memuaskan antaranya peningkatan kutipan hasil negeri kepada RM1.3 bilion. Akaun Hasil Disatukan ditutup pada kedudukan surplus bagi tiga tahun berturut turut. Peningkatan nilai pelaburan walaupun hanya pada kadar 2.6%. Pengurangan kadar pengangguran dalam negeri sebanyak 0.2% dan beberapa aspek lagi penting untuk kita hayati bahawa prestasi ini tidak boleh dijadikan penyedap hati ahli-ahli pentadbiran negeri dan seisi Dewan dengan menyatakan ia sudah cukup baik. Meski dinyatakan dinyatakan bahawa pada tahun 2024, pihak kerajaan telah berjaya, menoktahkan kemiskinan lebih 8000 isi rumah tetapi apakah laporan tersebut memberi gambaran keadaan sebenar berkaitan kesejahteraan rakyat di negeri ini? Jika ya, mengapa masih ada lagi rakyat yang datang kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin kawasan, pertubuhan-pertubuhan dan agensi-agensi?
Jika ya, mengapa masih banyak lagi rakyat bergantung harap kepada bantuan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. Jika ya, mengapa jumlah penerima dan jumlah yang diagihkan kepada asnaf dan penerima bantuan kebajikan Masyarakat terus meningkat dari satu tahun ke satu tahun. Maka tiada apa yang nak dibanggakan dengan kedudukan surplus negeri jika ia tidak mampu diagihkan kepada rakyat
Asas kepada kesejahteraan rakyat ke arah pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan ditunjangi antara lain-lain komponen berikut. Makanan tersedia di atas meja, pendidikan dan ilmu pengetahuan yang berkualiti dan berguna. Pekerjaan atau ruang untuk menyara diri dan keluarga. Yang keempat, rumah atau tempat tinggal yang selesa. Jika empat komponen ini dapat disediakan dengan baik dan cemerlang percayalah bahawa secara automatik dan semula jadi pertumbuhan ekonomi dan kemajuan akan dirasai sedikit demi sedikit. Hal ini terbukti buat ratusan tahun baik kuasa besar, baik negara kecil jatuh bangunnya ditentukan melalui empat komponen asas yang saya nyatakan tadi. Maka pihak kerajaan tidak perlu takut untuk berbelanja untuk rakyat. Sediakan sebanyak mungkin program rangsangan atau Stimulus Programme dengan izin untuk rakyat. Tingkatkan lagi jumlah penerima Kad Perak Sejahtera. Sasaran 20 ribu penerima perlu dicapai. Program ini yang dulunya adalah program Kad Prihatin Perak telah terbukti berkesan dalam menangani masalah kebajikan rakyat di samping merangsang rantaian ekonomi tempatan kerana kuasa berbelanja rakyat adalah tinggi.
Begitu juga dengan aspek pendidikan. Jangan berhenti pada Program Insentif Siswa Yayasan Perak, Bantuan Khas Pendidikan Perak dan Tabung Simpanan Anak Perak. Saya minta kita perluaskan lagi bantuan pendidikan ini. Tambah jumlah biasiswa atau pinjaman boleh ubah. Galakkan anak negeri ini untuk sambung belajar. Seimbangkan kumpulan profesional melalui Sijil Bachelor Degree, Master Degree, PhD dengan kumpulan berkemahiran tinggi melalui Sijil Kemahiran TVET. We need a lot of brain and workers to develope Perak dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua, di Kuala Kangsar secara spesifiknya di Chenderoh sebuah syarikat bernama Minsawi Industri Sdn Bhd menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence AI dengan izin bernama Smart Palm Oil Mill bagi memaksimakan dan membantu proses pengeluaran minyak sawit. Teknologi Smart Palm Oil Mill dibangunkan oleh syarikat tempatan bernama Airei Sdn Bhd. YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Peladangan dan Komoditi telah menceritakan ketika sesi pergulungan menteri pada sidang dewan yang lalu berkenaan kecanggihan dan kelebihan penggunaan teknologi ini. Teknologi Smart Palm Oil Mill antara antara lain dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manusia terutamanya pekerja asing yang lazimnya kita gunakan di ladang ladang. Teknologi ini juga dapat menjimatkan kos operasi termasuk penggunaan elektrik, air dan penyelenggaraan dengan pengurangan kos operasi dan peningkatan kecekapan proses pengeluaran kilang dapat menjana keuntungan bersih tambahan sehingga RM 2 juta setahun.
Sekali gus ia akan membantu mempercepatkan pulangan modal yang dilaburkan untuk menggunakan teknologi ini dalam masa kurang lebih dua tahun. Smart Palm Oil Mill ini mampu memantau proses pengekstrakan secara masa mengesan kegagalan sistem awal dan mengurangkan kesan kehilangan minyak sawit ini. Ini membantu meningkatkan kadar perahan minyak secara lebih efisien dan konsisten. Saya tertanya-tanya adakah pihak Kerajaan Negeri telah mengambil sepenuh kesempatan untuk mempelajari, meneroka peluang, melabur dan melibatkan diri bersama kedua-dua syarikat ini untuk mengembangkan potensi industri pertanian, penternakan dan perladangan di negeri Perak? Bayangkan berapa banyak hasil yang dapat dipungut kecekapan yang terhasil. Pengetahuan yang diperolehi jika kita memaksimakan pengetahuan dan penglibatan bersama syarikat-syarikat ini. Maka saya fikir saya perlu senada dengan Menteri Perladangan dan Komoditi agar kilang-kilang sawit terutamanya di Negeri Perak untuk mengadaptasi teknologi ini yang berpotensi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing dan memperkukuh daya saing industri sawit negara.
Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC) boleh menjadi pelapor yang seterusnya kepada pengadaptasian teknologi Smart Palm Oil Mill bagi operasi kilang sawit yang dimiliki. Melalui pengadaptasian teknologi Smart Palm Oil Mill. Ia adalah selari dengan prinsip 2, 3 dan 4 dalam prinsip Perak Sejahtera 2030. Laburlah sikit jangan takut dengan risiko. Saya percaya SADC mempunyai kemampuan kewangan dan kepakaran. Kalau tidak mungkin Kerajaan Negeri boleh ambil sedikit surplus yang diumumkan untuk melabur di sini. Bak kata orang Chenderoh, peluang dah ada depan mata ambiklah apa yang ditunggu lagi nanti melepas.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya memang gemar bercerita tentang pasal teknologi Sains AI. Jadi ada perkara yang ingin saya bangkitkan lagi dalam topik yang sama. Dalam era digital yang semakin pesat membangun, penguasaan ilmu dan pengetahuan dalam bidang teknologi e-dagang dan kandungan digital menjadi aset penting kepada generasi muda untuk bersaing di peringkat global. Di negara China, subjek-subjek pembelajaran berasaskan teknologi digital dan AI telah mula diwajibkan dipelajari seawal peringkat negara. Peringkat negeri kita tidak mempunyai bidang kuasa ke tahap mengubah silibus pembelajaran dan pengajaran sekolah.tetapi rugi jika peluang dan ruang yang ada tidak digarap dan diambil sebaiknya bagi merealisasikan agenda Perak Sejahtera 2030. Justeru, pendekatan strategik dan berfokus amat diperlukan bagi memastikan anak muda tidak hanya menjadi pengguna kepada teknologi tetapi turut menjadi pencipta inovasi dan usahawan digital. Sehubungan itu, saya tertanya-tanya pusat nadi nadi digital yang diwujudkan sebagai platform inklusif yang mampu mencungkil potensi belia serta membimbing mereka ke arah ekonomi digital yang mapan akan digunakan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menarik minat dan menyediakan peluang kepada anak muda dalam bidang teknologi, bidang dan kandungan digital. Mungkin pihak Exco boleh jawab ketika penggulungan nanti. Insya Allah.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, di awal perbahasan sebentar tadi saya ada nyatakan beberapa komponen yang menunjangi pembangunan ekonomi dan sosial yang mapan buat sesebuah kerajaan. Namun di Perak rata-rata dalam hampir 800 ribu belia umur 30 tahun ke bawah, berapa ramai yang mampu untuk membeli rumah. Golongan anak muda lanjutan umur 30 hingga 40 tahun juga kebanyakan tidak mempunyai rumah sendiri. Dengan tekanan kos sara hidup yang dilalui hari ini, kemampuan kumpulan belia untuk mempunyai rumah menjadi lebih sukar. Kita sedia maklum, banyak rumah-rumah yang tidak terjual di negeri ini boleh jadi kerana harganya yang agak tinggi atau mungkin lokasinya tidak bersesuaian atau sebab-sebab yang saya juga tak pasti tetapi jika kita ingin mencapai sasaran matlamat Perak Sejahtera 2030, pihak kerajaan perlu memikir kaedah yang lebih baik bagi menangani masalah perumahan terutamanya bagi golongan muda di negeri ini. Di awal usia muda atau yang adult adalah tempoh kritikal untuk golongan muda menentukan hala tuju kehidupan mereka.
Di sini keputusan untuk bekerja apa, bekerja di mana, tinggal di mana. Berkahwin dengan siapa akan dibuat. Jika suatu tempat daerah atau negeri itu dirasakan tidak sesuai untuk mereka menjalani kehidupan yang berkualiti, maka mereka akan keluar ke tempat yang lebih baik. Perkara ini penting kerana ia melibatkan kesan rantaian jika negeri kehilangan sumber manusia di sesuatu daerah atau Kawasan atau mungkin juga negeri ini juga negeri ini sendiri yang menyebabkan daya tahan ekonomi dan daya boleh guna jatuh dan merudum. Saya mohon agar pihak Kerajaan Negeri dapat melihat secara serius berkaitan hal pemilikan rumah ini. Bantu golongan muda untuk mendapatkan rumah. Bermula dengan yang bujang bekerja bekerjaya sehingga yang dah berkahwin. Kediaman yang selesa sangat penting bagi yang berkahwin. Privasi antara suami isteri diperlukan dengan pemilikan rumah sendiri. Bantulah mereka memiliki rumah sendiri. Setidak tidaknya bantulah mereka ini mendapatkan rumah pertama untuk perkahwinan pertama perkahwinan seterusnya tak perlu pun tak apa.
Saya sedar banyak inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Perak, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak dan beberapa agensi dilakukan bagi menangani masalah pemilikan rumah tetapi inisiatif-inisiatif yang dilakukan masih tidak mempunyai, masih tidak mampu menyelesaikan masalah pemilikan rumah dalam kalangan golongan anak muda. Sebagai contoh, bagi platform Rumah PerakKu Prihatin di bawah Yayasan Perak. Syarat untuk mempunyai tanah sendiri atau tanah seluas 3600 kaki persegi perlu mempunyai penjamin dan bergantung kepada keadaan kewangan yayasan adalah ibarat syarat- syarat untuk meminang Puteri Gunung
Ledang bagi setengah-setengah golongan orang muda pada usia 25 tahun di mana mereka nak dapatkan tanah. Siapa yang rela nak jadi penjamin. Bagaimana nak tahu kedudukan Yayasan Perak? Begitu juga dengan Skim Sewa Perak Sejahtera Unit yang ditawarkan begitu terhad di samping persaingan bersama golongan rentan lain dalam negeri ini menyukarkan lagi kemampuan untuk mendapatkan tempat berteduh yang selesa. Maka saya minta agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan saya seperti berikut. Yang pertama bagi setiap program pemilikan rumah di peringkat kerajaan negeri wujud kuota bagi kumpulan bukan hanya belia bawah 30 tahun, tapi juga golongan muda bawah 40 tahun. Yang kedua, wujudkan skim perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dengan kaedah Rent to Own secara meluas dari sini, kesungguhan penyewa untuk melunaskan sewa dan menjaga rumah tersebut akan dapat dilihat. Yang ketiga, meterai perjanjian dengan mana-mana bank sebagai panel bagi pinjaman perumahan anak muda yang dijamin oleh pihak Kerajaan Negeri. Dengan cara ini, saya yakin pihak kerajaan negeri tidak lagi perlu mewujudkan skim pinjaman sendiri. Pinjaman pula boleh menjadi kerajaan negeri sebagai penjamin dengan syarat-syarat dipersetujui.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, masalah keperluan belia atau anak muda di negeri Perak ini bukan hanya berkaitan dengan hal berkaitan pemilikan rumah yang mampu milik. Dalam Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak ada memperincikan pencapaian negeri berkaitan sektor pertanian dan keterjaminan makanan. Orang Perak ni ramai suka bertani dan menternak. Pencapaian sudah pasti mempunyai keterlibatan golongan belia dan anak muda dalam memastikan hasil keluaran komoditi, pertanian dan ternakan mencukupi, Malah melebihi keperluan. Adil untuk saya katakan bahawa penglibatan golongan belia dan anak muda dalam sektor asas tani ini adalah begitu signifikan dan penting. Tidak kiralah sebagai pembantu, pengurus mahu pun pemilik di ladang tersebut. Semua hal pemilikan rumah tadi saya mohon untuk pihak Kerajaan Negeri untuk pertimbangkan skim yang sesuai untuk golongan seusia saya bagi mengembangkan lagi industri komoditi pertanian dan ternakan negeri. Benar, hasil tani dan ternakan negeri melebihi keperluan. Tapi, jika kita pandang dari satu sudut yang lain, ia dapat dijadikan industri yang boleh menyumbang kepada hasil dan pendapatannya. Sekali lagi, saya fikir peluang ini perlu digarap dan diambil sebaiknya. Tak perlu takut tak perlu segan. Laburlah untuk orang muda. Surplus kan ada.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua saya ingin sentuh sedikit berkenaan isu serbuan dan sitaan pihak berkuasa Februari lalu ke atas sebuah kilang memproses e-Waste yang beroperasi secara haram di Sungai Siput. Dalam hal ini, saya tidak bercadang untuk mempersalahkan atau menghentam pihak kerajaan negeri tetapi saya berpendirian pihak kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab yang besar untuk mengenal pasti siapa dalang serta apakah ke hadapan sebagai usaha mengelakkan dari adanya operasi kilang haram. Begitu juga perihal yang hampir sama dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manjoi semalam berkenaan kandang babi. Pihak kerajaan perlu menyiasat secara mendalam berkenaan isu-isu yang berbangkit antaranya bagaimana kandang babi yang dianggap suatu yang sensitif kepada masyarakat Melayu dan Islam boleh beroperasi di kawasan majoriti Melayu dan Islam.
Kedua adakah kandang-kandang ini semua beroperasi secara sah dan berlesen. Jika ya siapa yang melulus dan membenarkan? Pada pandangan saya dalam hal seperti ini jika dan bila saya jadi kerajaan negeri, pendekatan yang kreatif dan memanfaatkan peluang. Apa maksud saya? Seperti isu kilang haram e-waste. Jika urusan kawal selia atau orang Chenderoh kata regulatory dijalankan secara business oriented dengan izin sudah pasti jumlah kilang yang beroperasi secara haram akan berkurang. Rampasan yang diperolehi dari sitaan adalah sekitar RM1.3 billion. Besar jumlahnya jika peluang ini diambil dengan proses kawal selia yang membantu kilang haram ini dijadikan operasi sah dengan arahan pentadbiran yang patut, penyediaan maklumat operasi yang jelas, penyediaan fasiliti yang baik dan pakej pelaburan yang menarik. Sudah pasti kilang haram ini dapat ditukarkan menjadi kilang yang sah dan mendatangkan pendapatan kepada kerajaan. e-waste memang mengeluarkan bahan kimia dan mempunyai kesan kepada alam sekitar yang berbahaya. Tetapi dengan panduan prosedur dan kawal selia yang baik e-Waste boleh dijadikan satu produk hiliran yang berguna yang boleh dijual bernama graphy.
Hal ini samalah seperti lambakan sampah di tapak pelupusan sampah yang membukit boleh juga diproses menjadi graphene. Graphene adalah bahan yang sesuai diguna untuk oleh industri dalam pembuatan bahan elektrik dan elektronik. Bayangkan berapa banyak pendapatan yang boleh diperoleh dalam hal kandang babi pula kawal selia yang ketat berkenaan keberadaannya perlu dilakukan. Hasil ternakan babi ini juga adalah pendapatan negeri. Maka saya terbuka untuk perkara itu wujud tapi perlu dikawal selia dan prosedur standard yang jelas dan ketat. Saya masih teringat Tuan Ahmad Saidi, mantan Adun Changkat Jering yang lalu ketika menjadi Exco Alam Sekitar. Beliau mencadangkan agar kumbahan najis babi yang telah melalui proses purification dengan izin supaya tidak dilepaskan ke dalam sungai atau mana-mana sistem air tetapi air yang telah diproses itu jika diyakini bersih dan bebas kotoran digunakan semula dalam sistem kandang dan orang dalam pengurusan kandang itu sendiri.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dengan waktu yang berbaki ini, izinkan saya menyentuh untuk beberapa perkara melibatkan keperluan kawasan yang saya wakili. Pada sidang-sidang mesyuarat.
Yang Berhormat tinggal seminit sahaja.
Tambahan Timbalan Yang di-Pertua.
Ada beberapa isu?
Last…last.
2 minit.
Ok. Thank You. Pada sidang-sidang mesyuarat yang lalu, saya telah membangkitkan beberapa keperluan infrastruktur untuk pihak kerajaan negeri ambil perhatian secara tindakan. Namun sehingga ke hari ini, tiada khabar atau tiada tindakan yang dapat dilihat. Di kawasan Kampung Jenalik Hulu dan Hilir, masalah tekanan air rendah masih berlaku. Perkara ini berlaku bila tiba setiap musim perayaan. Ada penduduk yang terus tak dapat air pada hari raya. Bayangkan bagaimana penduduk kampung nak meraikan hari raya yang ceria meraikan kemenangan bulan Ramadan. Jika masalah air ini tidak boleh diselesaikan. Apabila saya merujuk dengan Lembaga Air Perak, antara isu yang didapati berpunca dari tangki air bocor di Penjara Satelit Kuala Kangsar. Begitu juga di Kampung Ribu. Tekanan air juga tidak memuaskan. Tempoh hari Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak datang ke Kampung Ribu beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri untuk menyaksikan Pesta Pelita dan Panjut. Saya takut dan risau tahun-tahun ke depan rakyat hilang sabar. Terus lapor kepada Tuanku berkenaan hal air ini. Di Kampung Kelaung lagi dahsyat. Air bersih tak sampai langsung. Kita sudah berada di tahun 2025. Patutnya isu air bersih ni tak tak sampai ni tak ada di sekitar jalan-jalan utama di Chenderoh juga banyak selekoh gelap sebab tiada lampu. Banyak kemalangan berlaku di kawasan ini. Saya merayu sangat. Takkanlah 10-15 batang lampu setahun tak boleh buat dekat Chenderoh.
Perkara ini saya dah bangkitkan sejak 2023 lagi. Kalau letak letak sikit, Insya Allah masalah ini akan selesai. Akhir sekali, saya saya meminta akhir sekali, saya mohon kepada Kerajaan Negeri untuk memantau kualiti kerja-kerja syarikat-syarikat konsesi selenggaraan dan senggaraan infrastruktur jalan di jalan negeri atau pun jalan persekutuan. Banyak kerja-kerja yg tidak memuaskan jalan-jalan yang tampal hari ini esok dah rosak. Kawasan-kawasan yang dah dipotong rumputnya hari ini esok nampak sama macam semalam. So, saya harap Kerajaan Negeri boleh bagi perhatian berkenaan isu GLC-GLC yang melaksanakan kerja-kerja selenggaraan jalan-jalan negeri dan persekutuan. Sehubungan itu, saya merayu pihak kerajaan terutamanya Exco Infrastruktur untuk mengambil perhatian khusus ke atas apa yang telah saya bangkitkan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutup marilah sama-sama kita hayati dan dan junjungi Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak secara menyeluruh melalui akal yang waras, hati yang suci dan jiwa yang tenang. Tidaklah ia digunakan untuk semaian kebencian kepada mana-mana pihak termasuk pembangkang atau kesempatan untuk menekan. Insya Allah sama sama kita bangunkan negeri Perak dalam suasana yang harmoni dan saling menghormati. Semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala merahmati dan memberkati Negeri Perak dalam menghadapi masa depan yang mencabar. Dengan itu, saya Chenderoh menjunjung kasih diatas Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Sekian Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih kepada YB Chenderoh. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua Jabatan, para pemerhati, rakan-rakan media. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Terima kasih kerana izinkan saya menjunjung kasih, Titah ucapan Tuanku Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga Dewan Negeri Yang Kelima Belas pada hari Selasa yang lepas. Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya mulakan perbahasan, saya ingin merakamkan ucapan takziah atas pemergian seorang rakan sejawat yang dihormati Ahli Dewan Negeri Ayer
Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada Negeri Perak dan negara.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua bagi hala tuju ekonomi biru dan sektor perikanan pada masa depan di Perak. Ekonomi biru merujuk kepada penggunaan sumber laut dan perairan secara mampan untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan mata pencarian dan penciptaan pekerjaan sambil memelihara kesihatan ekosistem marin. Perak berusaha untuk menjadi hab utama ekonomi, ekonomi biru di Malaysia dan Asian dengan mengoptimumkan sumber laut secara mampan. Kawasan pesisir seperti Kerian, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak merupakan antara penyumbang utama sektor perikanan di Malaysia. Ia telah menyumbang 22.8% daripada pengeluaran perikanan negara pada tahun 2023 dengan nilai pendaratan ikan laut mencecah RM2.53 bilion.
Ini menunjukkan bahawa sektor perikanan memainkan peranan yang signifikan dalam ekonomi negeri Perak. Di bawah prinsip pemeliharaan sumber laut dengan mengelakkan daripada aktiviti penangkapan, penangkapan ikan secara berlebihan, Jabatan Perikanan telah merangka pelbagai dasar untuk memastikan pembangunan sektor perikanan yang mampan. Dalam proses ini perlu dicari satu titik keseimbangan antara dasar kerajaan dan kelangsungan hidup nelayan. Baru-baru ini, isu kelewatan dalam pembaharuan lesen bot nelayan serta penggunaan enjin bot yang telah lama digunakan tetapi dikatakan tidak menepati keperluan kuasa kuda seperti yang ditetapkan oleh peraturan telah menyebabkan lesen tersebut tidak diluluskan dan nelayan tidak dapat turun ke laut. Keadaan ini telah menarik perhatian pelbagai pihak. Konflik utama disini ialah pindaan terhadap undang-undang dan peraturan memerlukan tempoh kajian dan perbincangan yang panjang sedangkan nelayan yang bergantung kepada hasil laut setiap hari tidak mampu menunggu kelewatan tersebut. Kelewatan pihak berkuasa boleh menyebabkan pembangunan ekosistem perikanan terhenti daripada kerosakan bot tidak dapat membayar pinjaman bank sehingga kehilangan tenaga kerja, semuanya akan menjadi kerugian besar kepada para pengusaha industri ini.
Oleh itu, tempoh pembaharuan lebih fleksibel atau dilanjutkan sementara menunggu kelulusan rasmi adalah cadangan kepada pihak perikanan supaya hidupan nelayan juga terjamin. Sistem proses pembaharuan lesen melalui sistem digital yang digunakan sekarang perlu juga lebih mesra pengguna. Selain itu bercadang juga menambah bilangan pegawai yang berkuasa meluluskan permohonan di peringkat daerah negeri hingga Ibu Pejabat Jabatan Perikanan bagi memastikan tiada permohonan yang tertangguh disebabkan oleh ketiadaan pegawai berkenaan atas urusan lain. Selain perikanan laut, akuakultur moden di negeri Perak memainkan peranan yang semakin penting dalam merancak pembangunan ekonomi biru dan menjamin keselamatan makanan negara dengan kadar sara diri hasil perikanan mencapai 98% jauh lebih tinggi berbanding purata kebangsaan.
Daerah Hilir Perak merupakan kawasan teras bagi akuakultur di negeri di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan jumlah pengeluaran tahunan mencecah 296,440 juta metrik bernilai kira-kira RM6.8 juta. Daerah Manjung pula, aktiviti penternakan ikan dan udang semakin berkembang disertai dengan mewujudkan, kewujudan pusat penetasan benih ikan yang lebih berteknologi tinggi. Dengan pelaksanaan projek LuMIC, industri akuakultur dijangka akan menerima sokongan infrastruktur dan dasar yang lebih mantap, sekali gus berpotensi menjadikan Perak sebagai hab penting dalam industri maritim negara. Namun begitu, pembangunan industri akuakultur berdepan pelbagai cabaran termasuk isu kelestarian alam sekitar seperti pengurusan sisa ternakan, kawalan penyakit dan penggunaan antibiotik yang semuanya memerlukan penguatkuasaan undang-undang serta penerapan teknologi dan kaedah pengurusan yang lebih mesra alam.
Pembangunan ini juga menuntut pelaburan tinggi dari segi teknologi dan peralatan. Justeru, kerjasama erat diantara kerajaan dan sektor swasta amat penting untuk menyediakan bantuan kewangan serta sokongan teknikal. Selain itu, isu penggunaan tanah juga turut menjadi kebimbangan utama dalam kalangan pengusaha ternakan kerana ketidaktentuan dasar tanah boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan skala pengeluaran mereka. Sebagai sebuah negeri pertanian utama, Perak wajar menggubal dasar tanah yang lebih mesra petani bagi menjamin hak milik dan penggunaan tanah sekaligus mewujudkan industri yang lebih stabil dan jaminan bekalan makanan yang mampan untuk jangka panjang.
Timbalan Yang di-Pertua, dari buaian hingga ke liang lahad, ekonomi penjagaan diangkat dalam dasar negara. Menurut laporan dan kajian daripada Institute of Strategic and International Studies (ISIS), dengan izin pada 19 Jun 2024 telah mendapatkan ekonomi penjagaan mempunyai potensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi. Sekiranya kerja penjagaan yang terhasil di rumah-rumah di Malaysia pada setiap hari dinilai dalam angka KDNK nilainya adalah sekitar RM379 bilion iaitu menyumbang satu perlima daripada sektor perkhidmatan. Dengan menghapuskan kekangan penjagaan yang menghalang penyertaan dalam tenaga buruh, Malaysia dapat membolehkan 3.2 juta pekerja untuk terlibat dalam pekerjaan bergaji dan mampu membuka potensi sebanyak 4.9 mata peratusan daripada pertumbuhan KDNK pada tahun 2022.
Semasa sesi libat urus RMK-13 bersama Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Menteri Ekonomi telah menyatakan bahawa sebagai persediaan menghadapi status negara tua pada tahun 2044, agenda negara menua akan menjadi antara fokus utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13. Rancangan Malaysia Ke-13 bakal menjadi pelan pertama yang memberi tumpuan khusus kepada agenda tersebut. Memandangkan 16% daripada populasi Malaysia dijangka terdiri daripada golongan pesara menjelang tahun berkenaan. Dalam era ekonomi outlook 2024 yang telah dibincangkan tahun yang lepas, kerajaan telah kenal pasti beberapa cabaran dalam usaha menggiatkan sektor pelancongan, penjagaan warga emas ataupun ‘Age Care Tourism’ serta ekonomi penjagaan yang juga dikenali sebagai purple economy. Kerajaan Negeri sedar bahawa sektor ini perlu diberikan perhatian melalui pelbagai inisiatif sosial yang menyeluruh.
Berdasarkan maklum balas dan dapatan daripada program itu, Kerajaan Negeri telah mula mengambil langkah ke hadapan untuk membangunkan ekonomi penjagaan sebagai sebahagian daripada perancangan ekonomi Perak. Kini sedang teliti langkah langkah yang bersesuaian supaya potensi besar dalam sektor ini dapat direalisasikan. Tahniah Kerajaan Negeri telah tetapkan ekonomi penjagaan sebahagian daripada perancangan ekonomi Perak. Kursus Penjagaan Warga Emas (PYGO) SKM Tahap 3 telah dilaksanakan sejak Oktober 2021 oleh PASUKE seramai 274 pelajar telah mengikuti kursus penjagaan dan 184 orang daripada mereka telah berjaya menamatkan pengajian.
Pada waktu yang sama pihak YB Exco Temenggor juga melalui Program Santuni Kasih bekerjasama dengan PASAK menjalankan kursus tersebut dan menerima sambutan yang baik dari komuniti. Pelaksanaan kursus Latihan Penjagaan Profesional merupakan salah satu komponen penting dalam penjagaan warga emas. Hanya dengan melatih bilangan penjaga profesional yang berkualiti dapat dikembangkan ke seluruh lapisan masyarakat dan iktiraf sebagai satu kerjaya profesional yang penting. Selain membantu warga emas, perkembangan ini juga merupakan membebaskan wanita daripada peranan tradisional sebagai penjaga tidak rasmi yang terpaksa meninggalkan kerjaya mereka untuk kembali ke rumah.
Walaupun seseorang itu mungkin berkelulusan dengan ijazah PHD tanpa latihan profesional, dia tetap tidak dapat menjadi penjaga yang berkelayakan. Ini boleh mengakibatkan kecederaan kepada warga emas yang dijaga, malah penjaga itu sendiri juga terdedah kepada risiko kecederaan. Menurut statistik, penjaga tanpa latihan profesional mempunyai 30% risiko untuk meninggal dunia lebih awal daripada individu yang mereka jaga. Malah, kadar kematian mereka adalah 63% lebih tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang tidak menjalankan kerja penjagaan.
Penjaga profesional diperlukan oleh semua lapisan masyarakat daripada penjagaan jangka pendek semasa pemulihan sehinggalah penjagaan jangka panjang bagi warga emas. Dengan peningkatan bilangan penjaga profesional ini dapat membantu meringankan beban bagi generasi sandwich. Di antara kita adalah kumpulan golongan pertengahan umur yang menanggung tanggungjawab berganda dalam penjagaan. Kita perlu menjaga ibu bapa yang telah lanjut usia sambil perlu menyara anak-anak yang masih kecil. Fenomena ini semakin ketara di Malaysia sejajar dengan penuaan populasi dan peningkatan kos sara hidup. Golongan ini berdepan tekanan ekonomi, emosi dan masa yang semakin meningkat. Dengan adanya penjaga profesional, ia dapat mengurangkan keperluan mereka berulang alik dari antara tempat kerja, rumah dan hospital demi tanggungjawab penjagaan. Ini yang sering menjejaskan kecekapan kerja malah memaksa sesetengah individu untuk berhenti kerja. Sebaliknya, berbanding dengan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak dan rumah warga emas, ia telah pun mempunyai kerangka yang jelas dari segi peruntukan undang-undang kementerian yang bertanggungjawab serta Agensi pelaksana yang mana semuanya terletak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Namun, dalam bidang penjagaan khususnya penjagaan warga emas masih belum wujud penetapan yang jelas mengenai agensi bertanggungjawab ataupun peruntukan undang-undang yang khusus. Segalanya perlu dibangunkan dari awal termasuklah menentukan pihak pelaksanaan yang sah supaya ekonomi penjagaan ini dapat berkembang secara teratur dan berlandaskan garis panduan yang jelas. Proses ini perlu dijalankan dengan cepat. Untuk membina ekonomi penjagaan yang menyeluruh dan saksama dari buaian hingga ke liang lahad, Malaysia perlu melaksanakan pendekatan yang lebih komprehensif dengan merangka serta menilai semula penjagaan sebagai barang awam. Pendekatan kitaran hayat bagi penjagaan perlu diterima sambil memastikan semua kumpulan pendapatan mempunyai akses kepada garis asas penjagaan sosial. Saya amat berharap agar Kerajaan Negeri Perak dapat mengambil pendekatan yang lebih proaktif dalam menghadapi cabaran ini. Melibatkan diri secara aktif dalam ekonomi penjagaan. Negeri Perak berpotensi untuk berkembang pesat sebagai peneraju dalam ekonomi penjagaan. Menjadi pusat latihan profesional penjagaan, destinasi pilihan utama untuk persaraan dan penjagaan warga emas, penjagaan warga emas dalam dan luar negara. Hub utama pengeluaran peralatan perubatan dan bantuan yang berteknologi tinggi serta dari pusat persidangan bertemakan penjagaan Di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Negeri Perak harus merebut peluang ini untuk menukar cabaran penuaan penduduk kepada pemangkin pertumbuhan ekonomi dan seterusnya menjadi salah satu tonggak ekonomi Negeri.
Timbalan Yang di-Pertua, Kajian Integrated River Basin Management (IRBM) dengan izin untuk Lembangan Sungai Beruas sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran dan syarikat Perunding G&P Profesional Sdn. Bhd. adalah syarikat perunding untuk kajian ini. Proses ini adalah proses penyelarasan pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan air, tanah dan sumber-sumber berkaitan merangkumi pelbagai sektor di dalam sesebuah lembangan sungai dengan tujuan untuk memaksimumkan manfaat ekonomi dan sosial yang diperolehi dari sumber air secara saksama di samping mengekalkan dan memulihkan ekosistem air tawar. Yang pentingnya objektif utama kajian ini adalah bagi memastikan lembangan ini mempunyai air yang bersih, mengurangkan risiko banjir, mempunyai sumber air yang mencukupi dan seterusnya meningkatkan pemuliharaan alam sekitar. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada JPS kerana mendapat peruntukan Persekutuan untuk menjalankan kajian ini. Sejak sekian lama Jabatan Pengairan dan Saliran telah berusaha untuk menyelesaikan masalah banjir di Sungai Beruas dan beberapa kali telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf infrastruktur pengairan dengan harapan dapat menyelesaikan isu banjir secara menyeluruh. Namun begitu, dalam situasi perubahan iklim dan peningkatan taburan hujan pada masa kini, seluruh dunia juga sedang berdepan dengan cabaran kejadian banjir kilat yang semakin kerap berlaku.
Kajian yang sedang dijalankan ini akan membantu mengemas kini maklumat terkini mengenai aktiviti sosial, ekonomi dan pertanian di sepanjang aliran Sungai Beruas serta kesannya terhadap sungai tersebut sebagai asas untuk pelaksanaan kerja-kerja naik taraf pada masa yang akan datang. Pantai Remis yang terletak di bahagian hilir Sungai Beruas bergantung kepada ekonomi perikanan. Kedalaman dasar sungai serta kestabilan hutan paya bakau di kawasan muara mempunyai kesan langsung terhadap aktiviti perikanan. Bahagian Hilir Sungai Perak telah sekian lama tidak dibersihkan. Saya pernah bangkitkan isu ini dalam Dewan sebelum ini di mana kawasan muara yang bersambung dengan Selat Melaka kini mengalami masalah mendapan lumpur. Ketika air surut keadaan ini menjejaskan laluan keluar masuk bot nelayan. Situasi yang sama turut berlaku di muara Sungai Batu yang berdekatan. Oleh itu, saya berharap agar kerja-kerja pembersihan mendapan di muara dapat dijalankan serentak dengan kajian tersebut. Selain itu, kemerosotan hutan paya bakau di kawasan muara juga menyebabkan kawasan muara semakin melebar apabila berlaku ribut dan hujan lebat. Ketiadaan perlindungan daripada hutan paya bakau menyebabkan ombak laut menghakis dan merosakkan struktur pelantar dan kemudahan nelayan di pesisiran pantai dan di sepanjang alir aliran atas dan bawah Sungai Beruas serta beberapa anak sungai, penanaman kelapa sawit merupakan aktiviti pertanian utama.
Salah satu cabaran besar adalah memastikan sungai kekal bersih dan tidak tersumbat. Bagi aliran sungai semulajadi yang melalui tanah pertanian milik persendirian, JPS tidak mempunyai kuasa untuk memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran pemilik tanah. Tambahan pula, ladang-ladang berskala besar yang menyimpan air dalam jumlah banyak akan melepaskan air semasa hujan lebat bagi mengelakkan banjir di dalam kawasan ladang. Namun, tindakan ini sering menyebabkan banjir berlaku di kawasan lain. Jumlah air yang besar dari ladang telah menyebabkan kapasiti sungai sedia ada tidak mampu menampung aliran sehingga berlaku limpahan dan menenggelamkan kebun dan kawasan perumahan. Oleh itu, saya berharap kajian ini dapat memberi tumpuan khusus terhadap amalan pelepasan air dari ladang besar serta mencadangkan penyelesaian yang efektif.
Timbalan Yang di-Pertua, point yang last berkaitan isu perlombongan di tepi pesisiran pantai. Baru-baru ini, nelayan di Sungai Batu telah melancarkan satu petisyen bagi mendesak kerajaan negeri agar menghentikan aktiviti perlombongan di kawasan muara sungai tersebut. Tujuannya adalah untuk melindungi ekosistem dasar laut serta menjamin kelangsungan hidup para nelayan tempatan. Menurut Pejabat Tanah dan Galian, syarikat perlombongan berkenaan masih belum menerima kelulusan lesen perlombongan. Saya juga telah bangkit, membangkitkan isu ini dalam mesyuarat JTPD Manjung dan dimaklumkan bahawa pihak daerah tidak menyokong perlombongan dijalankan di kawasan terbabit. Aktiviti perlombongan dan pengambilan batu di kawasan pesisiran sungai dan pantai bukanlah perkara baru dan telah memberi kesan kepada kehidupan penduduk setempat dalam pelbagai cara. Jadi, bagi perlombongan di kawasan muara ini, impaknya amat jelas. Para nelayan yang biasa menangkap ikan di sepanjang pesisiran ini terpaksa mengelak kawasan perlombongan dan pergi lebih jauh ke tengah laut untuk menangkap ikan sekaligus meningkatkan kos operasi dan perlombongan dasar laut juga telah merosakkan kawasan pembiakan ikan, udang dan hidupan laut lain lalu menjejaskan hasil tangkapan nelayan. Dalam jangka panjang, aktiviti seperti ini membawa kesan negatif yang ketara kepada pembangunan sektor perikanan tempatan. Situasi yang sama turut berlaku di Segari, Perak, satu-satunya kawasan di negeri ini di mana penyu masih datang mendarat. Malangnya, di kawasan pendaratan penyu ini juga terdapat aktiviti perlombongan yang sedang dijalankan.
Justeru, saya sekali lagi menyeru bahawa kerajaan negeri segera mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan perlindungan pantai. Sebahagian kompartmen Hutan Simpanan Kekal Segari Melintang yang berhampiran juga harus diwartakan sebagai Taman Hutan Negeri bagi memastikan tiada aktiviti industri dijalankan di Sekitarnya termasuk projek LuMIC yang akan datang. Kawasan pembangunan yang diluluskan perlu mengelak sepenuhnya daripada menceroboh kawasan perlindungan ini.
Kita tidak menolak pembangunan Timbalan Yang di-Pertua, malah kita mengalu-alukan projek-projek pembangunan yang membawa manfaat ekonomi kepada masyarakat tempatan. Namun pada masa yang sama, kita perlu memastikan bahawa pembangunan tersebut tidak menjejaskan mata pencarian rakyat dan sumber alam semula jadi yang bernilai tinggi. Terutamanya dalam isu penyu, sikap kita tidak seharusnya bersandarkan kepada bilangan yang sedikit biarlah. Sebaliknya kerana ia semakin pupus, kita wajib melipatgandakan usaha perlindungan. Kita perlu memastikan kawasan ini kekal sebagai habitat yang sesuai untuk penyu terus kembali. Ini kerana apabila penyu kembali ke laut, pantai inilah satu-satunya tempat yang akan tetap menjadi tanah tumpah darahnya untuk kembali bertelur selepas 30 tahun lamanya. Terima kasih Timbalan Tuan Yang di-Pertua. Pantai Remis Menjunjung kasih titah ucapan Tuanku. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada pembahas yang terakhir pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan dan Dewan akan bersidang semula pada hari Jumaat, 18 April 2025 jam 9.00 pagi.