Perak · 2 December 2025
15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 260 turns · 35,770 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang kita mulakan Persidangan Keenam, Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Selasa, 2 Disember 2025 dan 9.12 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Perkara yang kedua, pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan, pihak urusetia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Pertama, suka untuk saya ingatkan bahawa semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan diminta untuk mendaftar kehadiran dengan mengimbas kod QR yang berada di atas meja masing-masing. Selain itu, Aturan Urusan Mesyuarat dan soalan-soalan lisan pada hari ini boleh dimuat turun dengan mengimbas kod QR yang sama.
Perkara yang kedua, berkaitan soalan lisan. Tempoh masa diperuntukkan bagi sesi soalan lisan pada hari ini ialah selama 1 jam, 60 minit ya.
Yang ketiga berkaitan hansard rasmi, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urus setia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan. Sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut.
Yang seterusnya, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pagi ini saya ada menerima satu usul untuk merujuk Ahli Dewan Negeri Kawasan Pasir Bedamar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Ianya usul ini disampaikan oleh Yang Berhormat daripada Gunong Semanggol. Saya akan memaklumkan respon saya dan keputusan saya di akhir persidangan ini nanti. Akhir sekali, untuk makluman semua yang berada di dalam Dewan Negeri, pihak FAMA ada membuka reruai bagi mempromosikan buah-buahan tempatan. Sehubungan itu, semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan dijemput untuk mendapatkan barangan promosi yang disediakan oleh pihak FAMA di hadapan dewan makan. Kita bantu buah-buahan tempatanlah. Sekian terima kasih. Setiausaha Dewan.
Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang ketiga soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti mana yang saya nyatakan tadi, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, seperti biasa kelazimannya Dewan Negeri Perak ini, kita kalau ada topik-topik yang popular, yang ramai ahli Dewan nak tanya soalan-soalannya, kita sebagai Speaker kalau kita rasa ada merit dan soalan itu dan Exco pun nak jawab, kita akan benarkan lebih daripada dua soalan. Terima kasih. Sekarang saya menjemput…
Speaker.
Ya.
Standing order.
Standing order berapa?
14(2).
14(2) tu apa dia?
Saya nak… Manjoi nak bertanya kepada Dato' Speaker isu…
Tak 14(2) tu apa dia?
14(2) ini isu pemakaian.
14(2) pemakaian ok. Ahli boleh memakai pakaian kebangsaan, suit, urusan atau pakaian lain yang diputuskan oleh Yang di-Pertua. Ok.
Kalau dalam panduan pakaian ini suit, urusan lounge suit kita sebagai Ahli Dewan dan yang hadir ke Dewan ini, semalam Manjoi melihat Ahli Dewan Negeri Kepayang nak masuk ke Dewan ini tanpa memakai tali leher. Untuk jelasan-jelasan Dewan sebab sebelum ini seingat saya Dato' Seri Speaker pernah maklumkan etika pakaian di sini ialah kita lounge suit dan pakai tali leher. Adakah dibolehkan untuk Ahli Dewan negeri lain untuk tidak memakai tali leher dalam Dewan ini? Itu satu. Mohon penjelasan Speaker kerana ini sebagai contoh kepada kami dan tindakan pula dibuat oleh Adun Kepayang yang juga merupakan seorang Menteri KPKT. Terima Kasih Dato' Seri Speaker. Semalam. Semalam saya nak bangkitkan tak berkesempatan dan penegasan ini perlu diberikan kerana ini ialah berkaitan dengan dengan dengan aturan Perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Terima kasih Dato' Speaker.
Terima kasih. Seperti mana yang saya maklumkan daripada awal sidang Dewan Negeri kita ini, kita pemakaian kita ni ada kan ada kita bagikan kenyataan dan ada contoh pemakaian lounge suit ini adalah berkaitan sama dengan tali leher. Saya minta maaflah saya pun tak perasan. Kalau saya kata mungkin saya tak, I was dengan izin I was not carrying the session at time. Kalau share pun mungkin tak nampak kadang-kadang ya. Jadi perkara-perkara ini kalau nampak saya maklumkan. Selalunya kalau saya tak pakai tali leher ni kadang-kadang ada ketua jabatan masuk tak pakai tali leher pun saya hantar, saya tali leher saya ada lebih dalam bilik di dalam chamber saya. Saya hantar. Saya tak tegur pun dalam Dewan. Saya hantar tali leher tu slow-slow pada dengan izin daripada ketua jabatan berkenaan untuk pakai atau pun kepada Ahli Dewan yang berkenaan untuk supaya mematuhi pakaian dia. Tapi until today, hari ini peraturan ini masih kekal. Kita pakai lounge suit dengan tali leher. Ok. Itu apa itu runding sayalah. Ok sekarang saya menjemput, terima kasihlah pada Dun Manjoi bangkitkan ya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk mengemukakan nombor soalan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera. Soalan saya, soalan satu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kenering bertanyakan soalan berkaitan dengan tanah-tanah yang dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kenering, secara keseluruhannya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) memiliki seluas lebih kurang 17650.571 ekar tanah di seluruh Negeri Perak termasuk berstatus kelulusan prinsip merangkumi 8491.893 ekar di bawah inisiatif Strategic Land Value Proposition atau SLTP. Tanah-tanah ini terletak di lokasi yang berpotensi untuk pembangunan pelbagai sektor utama seperti pembangunan hartanah, industri berasaskan mineral, hospitaliti dan pelancongan, teknologi hijau, ekonomi digital serta pelabuhan dan logistik. Hartanah milik PKNPk yang berstatus syarat nyata pertanian adalah seluas lebih kurang 2,300 ekar daripada keseluruhan 17,650.571 ekar di seluruh Negeri Perak iaitu lebih kurang 13% di mana sebahagiannya telah mempunyai komitmen sewaan dan juga pajakan dengan pihak ketiga melibatkan kawasan seluas lebih kurang 1,361 ekar.
Pada dasarnya, PKNPk tidak menjalankan aktiviti pertanian sebagai fungsi teras. Namun demikian sebahagian daripada bank tanah PKNPk terdiri daripada tanah berstatus pertanian yang diperolehi melalui dasar pengambilan dan perancangan pembangunan negeri selaras dengan keperluan pengurusan aset yang berhemah. Tanah-tanah ini perlu terus diuruskan secara aktif untuk mengelakkan kemerosotan nilai atau pencerobohan serta liabiliti penyelenggaraan yang tidak produktif. Bagi memastikan tanah-tanah ini kekal teratur, bernilai dan berimpak positif sementara menunggu pelaksanaan pembangunan strategik, PKNPk melaksanakan penyewaan jangka pendek sebagai instrumen pengurusan aset interim. Pendekatan ini mengekalkan produktiviti minimum tanah tanpa menjejaskan fleksibiliti PKNPk untuk memulakan projek strategik yang dirancang di bawah roadmap transformasi dan aspirasi Perak Sejahtera 2030 apabila pembangunan dimuktamadkan. Terima kasih.
Kenering.
Soalan tambahan saya yang berhubung dengan di kawasan Kenering ini kebanyakannya ada tanah-tanah PKNPk. Saya ingin tahu sejauh mana khususnya tanah-tanah ini kawasan yang Air Bah dipajak kepada syarikat untuk penanaman musang king. Saya ingin tahulah sejauh mana pajakan tersebut dan adakah ia menguntungkan PKNPk sendiri. Terima kasih.
Tanah PKNPk ke SADC?
Di Air Bah itu.
SADC.
SADC.
SADC, bukan PKNPk. Dato' Seri, saya tak dapat nak jawab sebab ini soalan PKNPk. Terima kasih.
Terima kasih YAB Menteri Besar.
Soalan tambahan
Pengkalan Hulu.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Soalan tambahan daripada Pengkalan Hulu berkenaan dengan isu tanah di beberapa kawasan di Pengkalan Hulu. Pertamanya, di Wilayah Bukit Sejuk dalam Mukim Pengkalan Hulu yang diifahamkan terdapat kawasan yang berstatus tanah rancangan penempatan tersusun atau pun RPT dan tanah eko pelancongan. Namun begitu penduduk telah lama mengusahakan tanah tersebut. Ada yang sejak daripada tahun 1975-1980 sehinggalah sekarang dan penduduk baru ini telah menerima notis pengosongan daripada pejabat tanah dan bagi mendapatkan hak atau pun kelulusan untuk terus mengusahakan tanah tersebut. Jadi soalan saya kepada Yang Amat Berhormat, apakah mekanisma atau pun solusi untuk bawah portfolio Yang Amat Berhormat ni untuk bantu menyelesaikan perkara ini selain daripada mukim Wilayah Bukit Sejuk ini Yang Amat Berhormat, di Simpang Perak juga mengalami perkara yang sama telah diteroka oleh penduduk. Kita tahu penerokaan hutan ini adalah haram tapi ini adalah perkara yang telah dicadangkan…
YB, soalannya. Jangan panjang sangat.
Baik. Jadi apakah langkah untuk kita membantulah pekebun-pekebun orang kampung ini? Adakah dengan menggantikan tempat lain atau pun mungkin mereka boleh buat rayuan atau pun apa-apa cadanganlah mungkin daripada Yang Amat Berhormat Kota Tampan? Itu sahaja soalan daripada saya.
Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua. Kalau tanah itu tanah yang telah dimiliki oleh PKNPk, bermakna dia tanah PKNPk. Jika mana-mana orang yang ingin menyewa atau memajak daripada PKNPk maka kerana berurusan terus dengan PKNPk. Buat proposal dan jika PKNPk bersetuju untuk memajakkannya, dia akan pajaklah. Sebab itu tanah kepunyaan PKNPk. Yang kalau tanah itu masih tanah kerajaan terbuka kepada orang ramai untuk memohon secara rasmi kepada Pejabat Tanah dan Daerah di Pengkalan Hulu dan Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah akan membuat penilaian jika ia sesuai untuk diluluskan, akan diluluskan. Terima kasih.
Ok, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Tak ada soalan tambahan lagi ya. Ok, sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk mengemukakan nombor soalan.
Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan Rungkup soalan nombor dua.
Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang saya muliakan Dato' Seri Yang di-Pertua. Jawapan bagi soalan Yang Berhormat Rungkup adalah seperti berikut. Jangkitan influenza bermusim merupakan sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Secara umumnya, terdapat 4 jenis virus influenza bermusim iaitu virus A, B, C dan D di mana jenis A dan B adalah yang paling kerap menjangkiti pesakit. Kebanyakan individu yang dijangkiti oleh virus influenza akan sembuh sepenuhnya dalam tempoh seminggu. Namun begitu, golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu dengan penyakit kronik berisiko mendapat jangkitan yang lebih serius.
Komplikasi serius ini termasuk radang paru-paru atau pneumonia dan radang otak, encephalitis yang boleh mengakibatkan sakit yang teruk morbiditi atau kematian.
Jangkitan influenza tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342. Pemantauan penyakit influenza dibuat melalui Survelan Influenza Like Illness atau ILI dan Survey Acute Respiratory Infections atau SARI manakala laporan wabak dipantau melalui kejadian kluster ILI atau Influenza-Like Illness. Bagi mengekang penularan penyakit influenza khususnya di sekolah-sekolah, langkah-langkah berikut dilaksanakan agar penularan wabak ini dikawal sepenuhnya. Ibu bapa perlu memastikan anak tidak mempunyai gejala influenza iaitu seperti demam, selsema dan batuk sebelum menghantar anak ke sekolah. Sekiranya anak bergejala, ibu bapa dinasihatkan tidak menghantar anak ke sekolah dan segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.
(b), ibu bapa dinasihat memantau keadaan anak yang mempunyai gejala influenza. Sekiranya gejala bertambah teruk, pelajar disarankan mendapat rawatan ulangan dengan segera bagi mencegah berlakunya komplikasi.
(c), sebelum permulaan sesi persekolahan, guru dinasihatkan pelajar yang bergejala supaya tidak memasuki kelas dan perlu mendapat rawatan.
(d), guru disarankan untuk memperkukuhkan pendidikan kesihatan bagi mengalakkan kawalan kendiri dan tanggungjawab bersama melalui pemakaian pelitup muka dan kebersihan tangan, dan (e), pihak sekolah disaran membuat laporan awal kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan agar tindakan pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan.
Menjawab soalan kedua, bagi mengekang penularan penyakit influenza. Langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan. Ibu bapa perlu memastikan anak tidak mempunyai gejala influenza iaitu demam, selsema, batuk sebelum menghantar anak ke sekolah. Sekiranya anak bergejala, ibu bapa dinasihatkan tidak menghantar anak ke sekolah dan segera mendapatkan rawatan. Ibu bapa dinasihatkan memantau keadaan anak yang mempunyai gejala influenza. Sekiranya gejala bertambah teruk, pelajar disarankan mendapat rawatan ulangan dan (c), sebelum permulaan sesi persekolahan, guru nasihatkan pelajar yang bergejala supaya tidak memasuki kelas dan perlu mendapat rawatan.
(d), Guru disarankan juga untuk memperkukuhkan pendidikan kesihatan bagi menggalakkan kawalan kendiri dan tanggungjawab bersama selain memakai pelitup muka dan kebersihan tangan dan (e), pihak sekolah disarankan supaya melaporkan awal kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjutnya.
Bantuan dan skim sokongan kepada pelajar yang terjejas akibat influenza. Pada masa ini, tiada bantuan atau skim sokongan khususnya yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi keluarga atau pelajar yang terjejas akibat influenza. Namun begitu, semua fasiliti kesihatan kerajaan sedia memberi rawatan berdasarkan garis panduan KKM termasuk penilaian klinikal, rawatan simptomatik serta pemberian antiviral kepada kumpulan berisiko mengikut keperluan. Kerajaan negeri juga terus bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pemantauan situasi influenza di sekolah serta perlaksanaan langkah pencegahan seperti nasihat kesihatan, pengesanan awal dan kawalan jangkitan.
Menjawab soalan ketiga. Pemantauan penyakit influenza dibuat secara mingguan. Minggu epidemiologi melalui Surveilans Influenza-Like Illness, indikator yang di pantau adalah kadar konsultasi ILI yang dikira sebagai peratus bilangan pesakit ILI yang dilihat di klinik kesihatan berbanding dengan jumlah kedatangan keseluruhan ke klinik kesihatan. Formula pengiraan kadar konsultasi ILI iaitu bilangan kes ILI x dengan jumlah kedatangan klinik kesihatan x 100%.
Untuk negeri Perak terdapat 4 klinik kesihatan sentinel terpilih yang menjalankan pengumpulan maklumat kadar konsultasi ILI iaitu Klinik Kesihatan Simpang, Klinik Kesihatan Buntong, Klinik Kesihatan Jelapang dan Klinik Kesihatan Tanjong Malim. Pada tahun 2025, terdapat penularan kadar konsultasi berkaitan influenza di negeri Perak daripada (a) 8.91% pada minggu epidemiologi ke 42 iaitu dari 11 Oktober 2025 ke 17 Oktober 2025 dan (b) 8.13% bagi minggu epidemiologi ke 43 iaitu dari 8 Oktober 2025 hingga 24 Oktober 2025. Corak jangkitan influenza ini berbeza berbanding dengan tahun 2024. Pada tahun 2024 kes influenza memuncak pada minggu epidemiologi ke 25 iaitu mulai daripada 16 Jun 2024 hingga 22 Jun 2024 dengan kadar konsultasi mencapai sehingga 12.2%. Corak ini berlarutan sehingga 10% hingga 11% sehingga akhir tahun 2024.
Pada tahun 2025 pula, kadar konsultasi Surveilans Influenza Illness menunjukkan penurunan ke 6.4% pada minggu epidemiologi 1/2025 dan berada di paras sangat stabil sepanjang tahun sehingga terdapat peningkatan pada minggu epidemiologi ke 39 iaitu mulai dari 21 September 2025 hingga 27 September 2025 dan peningkatan ini berterusan sehingga minggu epidemiologi 40, 2025 iaitu 5.84% dan 9.95% bagi minggu epidemiologi 41, 2024. Walau bagaimanapun, kadar ini masih rendah berbanding dengan kemuncak jangkitan pada tahun 2024 iaitu 12.2%. Pada tahun 2025 iaitu sejak minggu epidemiologi 1/2025 hingga minggu 43/2025 iaitu sehingga 24 Oktober 2025, jumlah kumulatif kluster Penyakit Influenza Like Illness di Negeri Perak adalah 59. Sekolah menengah mencatatkan bilangan kluster tertinggi, namun telah menurun daripada 17 pada minggu 42, 2025 kepada 1 pada minggu 43, 2025. Pada minggu epidemiologi 43, 2025 iaitu dari 18 hingga 24 Oktober 2025, bilangan kluster ILI di Perak adalah sebanyak hanya satu kluster melibatkan pusat jagaan orang tua.
Untuk Daerah Bagan Datuk, sejak minggu 1/2026 hingga minggu 43, 2026 iaitu sehingga 24 Oktober 2025, jumlah kumulatif kluster penyakit ILI adalah lima. Pada minggu ini iaitu pada minggu ke 43, 2025 iaitu 18 hingga 24 Oktober 2025, tiada kluster ILI telah dilaporkan di Daerah Bagan Datuk. Tindakan kawalan dan pencegahan telah dilaksanakan oleh pihak pentadbiran melalui perbincangan dan kerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah dan penularan adalah terkawal. Terima kasih.
Rungkup. Ada soalan tambahan lagi? Ha, ok Pangkor. Ini topik ini popular sekarang ini. Kalau nak tanya banyak bolehlah saya benarkan.
Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. YB Dato' Exco, kita tahu kes influenza ini masih belum tamat kisahnya. Saya nak bertanya golongan manakah yang paling banyak yang dijangkiti? Adakah kanak-kanak, warga emas atau ada kumpulan lain dan sekiranya mereka ini adalah kumpulan berisiko, mungkin boleh dimaklumkan di manakah orang ramai boleh mendapatkan vaksin ini dan saya nak tahu juga pada tahun ini dah berapa ramaikah pesakit influenza dimasukkan ke hospital? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Pangkor. Jangkitan influenza tidak tertakluk kepada keperluan pelaporan atau notifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Namun, Jabatan Kesihatan sentiasa memantau trend aktiviti influenza mahupun kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan melalui sistem pelaporan sedia ada dan daripada lokasi-lokasi sentinel yang telah dikenal pasti di seluruh negara. Bagi negeri Perak sehingga 29 November 2025 iaitu minggu epidemiologi 1, 2025 hingga 48, 2025, sebanyak 65 kluster Influenza Like Illness telah dilaporkan di negeri Perak. Daripada itu, sebanyak 33 kluster adalah kluster jangkitan penyakit influenza. Terdapat trend peningkatan kluster ILI yang dilaporkan pada minggu epidemiologi ke 40, 2025 sehingga minggu epidemiologi 42, 2025.
Walaubagaimanapun, trend kluster ILI yang dilaporkan menurun daripada 17 kluster pada minggu 42, 2025 kepada 1 kluster sahaja pada minggu 43, 2025 iaitu penurunan sebanyak 94.1%. Tiada kluster ILI telah dilaporkan pada minggu 47, 2025. Bagi pemantauan Survelan Influenza Like Illness pada minggu 48, 2025 berbanding dengan minggu 42, 2025 di mana kadar konsultasi ILI di Perak turut merekodkan penurunan iaitu daripada 8.91% kepada 4.58%. Pada tahun 2025, majoriti kluster ILI yang telah dilaporkan melibatkan golongan kanak-kanak. Daripada pemantauan 65 kluster ILI yang telah dilaporkan sebanyak 23 kluster ILI atau 35.38% melibatkan kategori institusi pendidikan tahap sekolah menengah dan ke bawah. Manakala hanya satu kluster sahaja atau 1.54% melibatkan institusi penjagaan warga emas. Vaksin influenza disarankan untuk diambil setahun sekali oleh semua lapisan masyarakat terutama golongan yang berisiko tinggi untuk melindungi mereka daripada komplikasi serius akibat jangkitan influenza yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital ataupun kematian. Program Imunisasi Influenza Kebangsaan 2025 telah dimulakan pada 18 Februari 2025.
Melalui program ini, warga emas yang berumur 60 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya satu comorbid seperti darah tinggi, diabetes dan sebagainya boleh menerima vaksin influenza secara percuma di fasiliti kesihatan KKM. Orang awam yang lain yang ingin mendapatkan vaksinasi mendapatkannya di fasiliti kesihatan swasta. Daripada pemantauan kluster ILI yang telah dilaporkan daripada minggu 1, 2025 hingga minggu ke 48, 2025, pada tahun 2025, seramai 36 kes Influenza telah dimasukkan ke hospital. Terima kasih.
Ok. Memandangkan tak ada soalan tambahan lain sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk mengemukakan nombor soalan.
Dato’ Seri Yang di-Pertua. Changkat Jong soalan nombor empat.
(Bacaan doa) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Perak Sejahtera 2030. Terima Kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, terima kasih Changkat Jong di atas soalan yang dibangkitkan berkaitan bagaimana kita nak membantu usahawan dalam konteks peningkatan kos sara hidup.
Sebagaimana YB sedia maklum atau pun mungkin boleh saya berkongsi sedikit hasil idea tuntas dan usaha Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada tahun 2020 semasa beliau masih menjadi Exco Usahawan Negeri Perak, beliau telah mengilhamkan penubuhan Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan STeP ini diwujudkan sebagai Pusat Penyelarasan Dasar dan Program Keusahawanan dan Usahawan (PMKS) di negeri Perak. Ini kerana pada masa itu beliau melihat cukup ramai usahawan PMKS Perak yang terjejas dengan Covid-19 dan masalah ekonomi yang menghimpit usahawan Perak terutamanya usahawan informal dan mikro yang meliputi penjaja kecil, peniaga di rumah dan lain-lain yang jumlahnya cukup besar pada ketika itu. Maka negeri Perak perlu adanya satu penyelarasan di peringkat negeri untuk membantu golongan ini dengan memastikan agensi-agensi yang berkaitan dengan keusahawanan kita dapat selaraskan berkaitan dengan bantuan-bantuan.
Antara program pertama yang dilaksanakan pada masa itu adalah pemberian geran usahawan Perak (GeRUP) one off tunai diberikan berjumlah RM3 ribu kepada 1,115 usahawan mikro Perak yang terjejas di bawah pakej rangsangan ekonomi. Ini tidak termasuk bantuan khas kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas disalurkan melalui PBT pada masa itu. Yang Berhormat Sungai Manik juga sebagai Exco Usahawan kemudiannya menambah baik dan mempertingkatkan usaha bantuan kepada golongan penjaja, peniaga kecil ini dengan pelbagai inisiatif. Seiring peredaran masa dan perubahan landskap ekonomi negara dan dunia termasuk dasar yang diperkenalkan terhadap ekosistem keusahawanan yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Ekonomi dan pelbagai kementerian lain, beberapa penambahbaikan telah dibuat terhadap dasar dan kaedah pelaksanaan bantuan program keusahawanan oleh STeP terutama terhadap golongan penjaja dan peniaga kecil. Geran Usahawan Perak Sejahtera (GeRAK) diperkenalkan dan ditambah baik bermula tahun 2023 hingga 2025, geran GeRAK memfokuskan bantuan peralatan, sistem pemasaran dan juga peningkatan keupayaan perniagaan yang diberikan maksimum RM2,000 dan memberi fokus kepada usahawan informal mikro, peniaga dan penjaja kecil dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM200 ribu.
Fokus geran ini tidak lain adalah untuk membantu golongan ini berdaya tahan dan membantu mereka mengurangkan kos menjalankan perniagaan, meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos upah kerana kebanyakan peniaga golongan ini kurang berkemampuan mengambil pekerja yang ramai. Saya ingin berkongsi maklum balas yang diberikan oleh penerima Geran GeRAK tahun 2024. Perbandingan dan soal selidik yang diisi sendiri oleh semua penerima geran Ini dan dibuat berdasarkan pemantauan sebelum dan selepas menerima manafaat geran GeRAK ini. Daripada 713, penerima geran ini yang keseluruhannya adalah usahawan dalam kategori informal dan juga mikro termasuk penjaja dan peniaga kecil hampir 90% daripada mereka atau 629 usahawan memberikan maklum balas seperti berikut, 18 orang pendapatan meningkat lebih 100%. 41 pendapatan meningkat antara 51 hingga 99%. 146 pendapatan meningkat antara 21 hingga 50% dan juga 300 pendapatan meningkat antara 1 hingga 20%. Keseluruhan 505 orang atau 80% daripada penerima geran ini direkod meningkat pendapatan selepas mendapat bantuan geran ini. Manakala 79 penerima ataupun 12% direkodkan berlaku penurunan jualan dan selebihnya tiada perubahan pendapatan. Antara maklum balas mengapa berlaku penurunan jualan, antara maklum balas yang dicatat ialah 27 orang pelbagai isu, 22 orang persaingan tinggi, 20 orang harga barang naik, 8 isu peribadi, 2 kesilapan pengurusan kewangan.
Saya boleh kongsikan beberapa kisah kejayaan antaranya pemohon program e-Kasih di bawah bimbingan ICU Perak yang menerima geran ini iaitu Puan Hamsiah Mahmud mengusahakan produk makanan di Ipoh. Pendapatan beliau sebelum ini menerima geran dalam lingkungan RM5,000 bagi enam bulan pertama menerima bantuan pendapatannya meningkat ke RM15 ribu keseluruhan. Puan Zuriati Mohd Zabidi dari Taiping mengusahakan kambing perap pendapatan enam bulan sebelum RM125 ribu dan selepas enam bulan meningkat ke hampir RM170 ribu. Puan Nurfarahin Md Isa daripada Ipoh mengusahakan nasi lemak pendapatan enam bulan sebelum RM14 ribu dan selepas menerima bantuan geran iaitu peti sejuk, pemanas nasi dan periuk memasak nasi, pendapatan meningkat sekali ganda ke RM28 ribu. Banyak lagi kisah-kisah kejayaan lain sebenarnya yang dibantu oleh kerajaan negeri untuk golongan ini, boleh kita lihat di sini kenaikan harga barang bukanlah salah satu antara isu utama terhadap permasalahan yang dihadapi oleh penjaja dan peniaga kecil tetapi pelbagai isu lain juga mempengaruhi pengurusan dan masalah lain-lain seperti pengurusan aliran tunai, pemasaran, penetapan harga produk termasuk juga bagaimana kaedah untuk mereka mempromosikan produk-produk mereka juga telah mempengaruhi jumlah pendapatan yang dimiliki oleh usahawan-usahawan kita.
Maka di sini saya juga dengan bantuan UPEN dan tentulah STeP sebagai agensi penyelaras dan hampir 50 kementerian, jabatan dan agensi di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Perak (MPUP) yang diwujudkan sejak 2021 termasuk dengan kerjasama pelbagai NGO seperti Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Negeri Perak telah merancang dan melaksanakan pelbagai program khusus bagi golongan informal dan mikro di negeri Perak ini dengan mendepani bukan sahaja isu kenaikan kos sara hidup tetapi pelbagai isu lain seperti pemasaran, pendigitalan, pengurusan aliran tunai, pencukaian dan pelbagai peraturan dan manfaat lain termasuk pendaftaran KWSP dan Skim Khas Perkeso untuk peniaga kecil dan penjaja. Saya selaku Exco yang bertanggungjawab sememangnya sentiasa akan memberikan fokus terhadap golongan penjaja dan peniaga kecil ini. Acap kali apabila saya turun padang, saya pergi ke pasar malam ataupun berjumpa dengan usahawan-usahawan ataupun pergi ke pasar tani dan sebagainya. Walaupun kadangkala mungkin berlaku pertindihan fungsi antara saya dengan Exco PBT sebagai contoh, tetapi dalam konteks untuk kita memastikan kesejahteraan peniaga dan penjaja kecil ini, kita sama-sama memainkan peranan. Jadi, pentingnya kolaborasi bersama dan peranan rentas agensi untuk memastikan apa yang ingin kita capai bagi membangunkan usahawan daripada peringkat informal dan formal mikro kecil dan sederhana akhirnya kita boleh membawa usahawan kita ke peringkat peluasan pasaran produk ke luar negara.
STeP juga turut mempunyai sasaran tahunan iaitu minimum sekurang-kurangnya 1000 usahawan kategori informal dan mikro negeri Perak mendapat manfaat daripada pelbagai program, peningkatan kemahiran, latihan, bantuan kewangan, bukan kewangan dan juga keupayaan perniagaan berkaitan aspek pendigitalan perniagaan yang dianjurkan oleh STeP berkolaborasi dengan agensi-agensi lain sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat Negeri. Tekanan ekonomi ini dihadapi saban hari bukan sahaja oleh penjaja dan peniaga kecil tetapi keseluruhan sistem ekonomi bukan sahaja di Perak tetapi di Malaysia dan seluruh dunia. Sekretariat Usahawan Negeri Perak pada tahun ini bukan sahaja telah melaksanakan lebih daripada 50 program pembangunan usahawan di negeri Perak ini untuk sekretariat usahawan ya dan usahawan-usahawan juga kita buka kepada semua sektor dan golongan usahawan termasuk golongan penjaja dan peniaga kecil Perak.
Antara program yang boleh saya kongsikan adalah pelbagai program pementoran dan Business Coaching, Program Latihan AI dan Pendigitalan, Program Celik Kewangan terutamanya pengiraan kos dan harga produk dan barangan. Program ini dilaksanakan bukan sahaja oleh STEP tetapi dengan kerjasama pelbagai agensi seperti TEKUN, AIM dan juga pelbagai NGO usahawan Perak yang memanfaatkan lebih daripada 10,000 orang usahawan. Bantuan yang diperlukan oleh golongan ini sebenarnya bukan sahaja berbentuk kewangan seperti geran ataupun pinjaman, tetapi mereka ini memerlukan bantuan sokongan dan juga ilmu kepada usahawan-usahawan untuk menambahbaikan. Sebab itu kita memberi fokus kepada bimbingan, latihan, akses kepada pasaran dan lain-lain untuk membantu mereka. Ini meningkatkan jualan dan jenama produk dan juga perkhidmatan. Sebagai contoh penggunaan TikTok adalah satu kemestian dalam mempromosikan perniagaan walaupun hanya berniaga di pasar malam. Ingin sekali saya maklumkan usaha ini sememangnya dilihat belum cukup dan masih ramai peniaga penjaja kecil diluar sana tidak mengetahui pelbagai bantuan dan inisiatif bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban mereka.
Maka saya sekali lagi menyeru dan memohon bantuan YB semua yang ada di dalam Dewan ini untuk sama-sama kita membantu berkongsi maklumat-maklumat program yang berkaitan dengan keusahawanan yang disediakan oleh kerajaan negeri dengan meminta usahawan-usahawan untuk mendaftar di Sistem Maklumat Usahawan Negeri Perak ataupun boleh menghubungi STeP bila-bila masa melalui panggilan telefon dan pelbagai saluran media yang mana mereka saya kira sentiasa berlapang dada untuk membantu sebarang panggilan, bahkan mereka juga ada WhatsApp Group untuk usahawan-usahawan di negeri Perak ini. Jadi tag line saya seperti saya sebut dalam penggulungan saya semalam. Kepada usahawan-usahawan, tolonglah follow rapat-rapat agensi yang berkaitan dengan keusahawanan untuk memudahkan mereka dapat maklumat informasi dan bantuan boleh diberikan. Terima kasih banyak-banyak.
Terima kasih daripada YB Exco, Changkat Jong.
Soalan tambahan daripada saya. Sebagaimana yang sedia maklum, baru-baru ini, beberapa daerah telah pun dilanda banjir. Jadi sebahagian daripada mereka bergantung pendapatan daripada hasil pertanian sebagai seorang penjaja ataupun peniaga kecil, jadi saya melihat kerajaan negeri kena lakukan sesuatu kerana mereka hilang punca pendapatan ya. Kalau masuk minggu ini dah dua minggu mereka tidak mendapat hasil pendapatan. Jadi soalan saya, apakah insentif kerajaan negeri untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil ini yang terkesan disebabkan banjir dan juga adakah kerajaan negeri akan mewujudkan satu bantuan atau pinjaman khas kepada mereka yang terlibat untuk mereka memulakan perniagaan semula dan juga disebabkan hilang punca pendapatan tadi? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Changkat Jong di atas soalan yang dibangkitkan. Saya turut bersimpati kepada peniaga, penjaja kecil kita yang terlibat dengan banjir. Saya faham cukup terkesan ya dengan pendapatan yang cukup untuk menampung harian mereka dan mereka terputus punca pendapatan dan tentulah memberi kesan yang cukup besar kepada mereka. Saya juga menerima WhatsApp daripada usahawan-usahawan yang bertanyakan berkaitan dengan bantuan kepada mangsa-mangsa banjirlah ya. Jadi setakat ini memang tidak ada peruntukan khusus untuk kita membantu daripada STeP lah ya. Tiada peruntukan khusus untuk membantu peniaga-peniaga tetapi saya menggalakkan mana-mana peniaga yang terlibat dengan banjir ini untuk peruntukan Geran Gerak pada tahun hadapan, mereka membuat permohonan dan memaklumkan kepada kita supaya kami boleh mempermudahkan urusan mereka untuk mendapatkan kelulusan dan saya juga yakin dan percaya beberapa agensi juga sedang membantu. Sebagai contoh, kalau di bawah Perak SADC, Perbadanan Pertanian Negeri Perak ada pinjaman tanpa faedah yang disediakan oleh SADC kepada usahawan-usahawan dan kita memberikan kelonggaran kepada pembayaran yang dikenakan kepada mereka supaya mereka boleh membina perniagaan dahulu ataupun membetulkan balik masalah-masalah yang dihadapi. Jadi perkara-perkara itu juga boleh dibincangkan oleh agensi-agensi yang berkaitan dengan keusahawanan ini. Jadi, Insha Allah kita cuba melihat kaedah-kaedah untuk membantu usahawan yang terkesan dengan banjir melalui peruntukan yang disediakan di bawah portfolio saya pada tahun hadapan. Insha Allah terima kasih YB.
Terima kasih.
Keranji minta soalan tambahan.
Minta bagi Keranji dahulu.
Baik
Terima kasih Dato Seri. Saya nak tanya apakah indikator kejayaan KPI yang digunakan bagi memastikan setiap inisiatif benar-benar membantu mereka bertahan dalam tekanan ekonomi? Terima kasih.
Terima kasih. Daripada soalan yang dibangkitkan seperti yang saya buat perkongsian sebentar tadi, sudah tentulah bantuan yang disalurkan kepada usahawan-usahawan kita tengok outcome dia bagaimana geran yang diberikan sebagai contoh, geran GeRAK dapat meningkatkan pendapatan kepada mereka. Jadi data saya telah berikan bagaimana kita mendapat respon balas daripada peniaga penjaja kecil ini yang menerima bantuan dan manfaat daripada kerajaan negeri. Indikator yang mudah ialah apabila ia berlaku peningkatan kepada pendapatan mereka secara bulanan. Indikator yang paling mudahlah, terima kasih
Kamunting, ini soalan ni popular orang nak tanya ni, terutama zaman sekarang. Sila Kamunting
Terima kasih kepada YB Dato’ Seri Speaker ok. Permasalahan penjaja yang saya jumpa adalah minyak masak. Sebab minyak masak hanya subsidi kepada orang rumah sahaja. Orang yang bukan peniaga. Mereka kena beli harga yang tidak bersubsidi. Jadi, saya lihat tak ada satu mekanisma untuk membantu mereka. Saya cadangkan kalau boleh kalau tak semua pun. Mereka ni berdaftar dengan PBT ada kupon ke ada ada mekanisme yang boleh dia tunjuk dan mereka dapat subsidi untuk untuk membeli dengan harga yang murah lah sebab minyak goreng apa semua tinggi dan mereka di situ mereka keluarkan duit banyak. Akhirnya mereka cuba untuk dapatkan yang subsidi ni pergi kedai sana beli apa apa semua dan sebagainyalah. Jadi adakah pihak Kerajaan Negeri Perak tidak ada inisiatif untuk membantu untuk membeli minyak dengan kadar yang lebih murah?
Dato' Seri Yang di-Pertua, mungkin soalan itu lebih kepada Exco KPDN ya tetapi saya cuba menjawab semampu yang boleh bagi saya, usaha-usaha dibuat oleh kerajaan negeri melalui kedai bergerak Yayasan Bina Upaya. Daripada KPDNKK juga ada Jualan Rahmah ya yang memberikan diskaun. Di bawah koperasi juga kita juga ada Jualan Koperasi Sejahtera Perak. Apabila kita melakukan siri turun jelajah, jadi ini antara usaha-usaha yang mungkin meringankan sedikit beban daripada peniaga-peniaga kecil untuk mereka mendapatkan bekalan dengan harga yang murah seperti minyak masak yang dibangkitkan oleh YB tadi.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Ok sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat daripada Kawasan Pokok Assam untuk mengemukakan nombor soalan.
Terima kasih Dato' Seri. Soalan Pokok Assam nombor lima. Maaf soalan Pokok Assam, nombor empat.
Terima Kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pokok Assam atas soalan yang menyentuh mengenai potensi bandar Taiping sebagai peneraju penggunaan tenaga boleh diperbaharui di negeri Perak. Selaras dengan usaha mengurangkan pelepasan karbon serta menangani impak perubahan iklim. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri melihat agenda tenaga hijau sebagai komponen penting dalam membina sebuah negeri yang berdaya tahan, inklusif dan berdaya saing dalam jangka panjang. Taiping pula merupakan antara bandar yang mempunyai potensi terbaik untuk menjadi model peralihan tenaga bersih di negeri Perak. Pada masa ini, beberapa projek dan inisiatif tenaga boleh diperbaharui, senang digerakkan secara aktif oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MPT dan pihak swasta di Taiping. Contoh yang terbaik ialah Toyo Tayar Malaysia Berhad di Kamunting yang telah melabur kira-kira RM30 juta bagi pemasangan lebih daripada 26 ribu panel solar di bumbung kilang seluas hampir 96 ribu meter persegi.
Projek ini dijangka memenuhi sebahagian besar keperluan tenaga operasi kilang sekaligus mengurangkan penggantungan kepada grid elektrik konvensional dengan penjimatan melebihi RM800 ribu setiap bulan. Langkah ini merupakan satu contoh jelas bagaimana sektor industri di Taiping turut menyahut seruan peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui. Inisiatif ini menandakan bahawa Bandar Taiping sedang bergerak aktif ke arah menjadi bandar rendah karbon dan peneraju tenaga hijau di Negeri Perak. Bagi menggalakkan sektor swasta, institusi pendidikan dan komuniti tempatan melaksanakan projek tenaga boleh diperbaharui, Kerajaan Negeri bersama Kerajaan Persekutuan menyediakan pelbagai galakan dan insentif. Yang pertama melalui Green Electricity Tariff. Pengguna boleh memilih untuk menggunakan elektrik rendah karbon yang dijana daripada solar berskala besar LSS dan hidro yang membantu meningkatkan pematuhan kepada standard ESG serta mengurangkan jejak karbon.
Yang kedua, insentif cukai melalui Green Investment Tax Allowance dan Green Income Tax Assumption yang memberi elaun cukai pelaburan kepada projek pemasangan solar, peralatan cekap tenaga serta pengecualian cukai kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan teknologi hijau bertauliah dan yang ketiga Green Technology Financing Scheme 2.0 membantu syarikat mendapatkan pembiayaan melalui subsidi kadar faedah selama tujuh tahun pertama dan jaminan kerajaan sehingga 60%. Keempat, melalui Low Carbon City Framework (LCCF) yang dikendalikan oleh MGTC, PBT, sekolah universiti serta komuniti diberi bimbingan, teknikal, pengiktirafan dan sokongan bagi melaksanakan inisiatif rendah karbon seperti solar, pengurusan tenaga, pengurusan sisa dan mobiliti hijau.
Yang Berhormat Pokok Assam, Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha untuk Taiping menjadi bandar contoh tenaga boleh diperbaharui, beberapa langkah strategik yang boleh diberi perhatian termasuk nombor satu pemasangan sistem solar di bangunan kerajaan dan kemudahan awam termasuk bangunan pentadbiran MPT, Pejabat Kerajaan Negeri dan kemudahan komuniti. Langkah ini dapat menjimatkan kos tenaga elektrik dan mengurangkan pelepasan karbon dan yang kedua perkembangan penggunaan tenaga solar di sekolah dan institusi pendidikan bagi mengurangkan kos elektrik sekolah serta meningkatkan kesedaran pelajar mengenai kepentingan kelestarian dan adaptasi perubahan iklim dan yang ketiga, integrasi dan infrastruktur hijau di ruang awam termasuk lampu jalan solar, taman rendah karbon, stesen pengecas EV serta penggunaan kenderaan elektrik dalam operasi PBT. Langkah-langkah ini meningkatkan kualiti hidup bandar dan menjadikan Taiping sebuah bandar hijau yang progresif. Keseluruhan strategi ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk menyokong aspirasi Low Carbon Cities Framework dan memastikan Taiping terus menjadi model rujukan kepada bandar-bandar lain dalam pembangunan rendah karbon di Negeri Perak. Sekian, terima kasih.
Pokok Assam.
Terima kasih Yang Berhormat Exco atas penjelasan yang telah diberikan. Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan Negeri merancang kerjasama strategik antara industri tenaga hijau dan institusi pendidikan di Taiping untuk tujuan R&D dan juga latihan tenaga mahir.
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Assam atas soalan tambahan tersebut. Kerajaan Negeri Perak melalui agensi-agensi berkaitan termasuk PKNPk, Maju Perak Holdings Berhad dan TNB Berhad telah menjalin kerjasama strategik dengan syarikat tenaga boleh diperbaharui dalam pelaksanaan projek solar, solar lalat dan solar terapung serta pembangunan infrastruktur tenaga hijau selaras dengan dasar hijau dan aspirasi negeri untuk memperkukuhkan kapasiti tenaga bersih. Pada masa yang sama di peringkat nasional wujud pelbagai program latihan dan pembangunan tenaga mahir dalam sektor tenaga solar dan photovoltage termasuk kursus yang diiktiraf oleh SEDA Malaysia bagi memastikan ketersediaan tenaga kerja kompeten bagi menyokong pertumbuhan industri tenaga boleh diperbaharui. Walaupun begitu, sehingga kini kerjasama rasmi yang melibatkan industri tenaga hijau dengan institusi-institusi pendidikan di Taiping khususnya untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan iaitu R&D atau latihan teknikal khusus masih belum wujud. Kerajaan Negeri menghargai cadangan ini dan menyokong usaha bagi mewujudkan mekanisme kolaborasi antara antara mereka dan kita akan usahakan dari sini. Sekian, terima kasih.
Ada soalan tambahan lain tak ada Kamunting ini, taiping ok.
Ada satu kes yang baru ni 2025 berkenaan dengan habuk hitam di Taiping. Hari tu saya tanya masih lagi dalam siasatan dan apakah kesudahan sebab ini juga adalah kalau ia mencemarkan udara, kita boleh menggunakan kaedah yang disebut tadi boleh baru untuk kilang-kilang ini. Mungkin kaedah biomass, biogas dan sebagainya. Jadi apakah tindakan yang telah diambil atau pun tidak ada apa- apa usaha lagi.
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Kamunting. Memang kes itu telah telah disiasat dan telah saya rasa laporan terakhir sedang disediakan dan saya akan jawab secara bertulis kepada Kamunting. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk mengemukakan nombor soalan.
Yang Di-Pertua, soalan saya soalan nombor lima.
Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kamunting yang tanyakan soalan tentang isu banjir di Taman Bestari 1 Kamunting. Untuk makluman Yang Berhormat, punca kejadian banjir di kawasan tersebut dikenalpasti berlaku apabila aliran air hujan dari kawasan tadahan telah melebihi kapasiti parit utama di kawasan rumah awam Taman
Kamunting Jaya. Keadaan ini seterusnya telah menyebabkan air melimpah dan membanjiri kawasan sekitar termasuk kawasan Taman Kamunting Bestari. Jadi aduan telah diterima oleh pihak Majlis Perbandaran Taiping dan tindakan serta merta iaitu sebagai penyelesaian jangka masa pendek telah diambil untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan sistem perparitan oleh syarikat konsesi mengikut jadual yang ditetapkan.
Bagi menjawab soalan pecahan kedua tentang kajian terperinci tentang sistem saliran di kawasan tersebut, untuk makluman Yang Berhormat, pihak Majlis Perbandaran Taiping turut menjalankan kajian dan telah mengemukakan beberapa cadangan dan tindakan untuk selesaikan masalah banjir untuk jangka masa panjang. Ini termasuk yang pertama cadangan utama adalah untuk membina jajaran baru sistem saliran bagi menampung aliran tambahan daripada kawasan tadahan dan kedua tindakannya seterusnya anggaran kos bagi cadangan tersebut adalah sebanyak RM500 ribu dan permohonan peruntukan telah pun dikemukakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak Majlis juga ambil tindakan untuk susulan untuk supaya apabila peruntukan ini diluluskan kerja-kerja dapat dijalankan dalam masa terdekat.
Soalan pecahan soalan ketiga tanya sama ada pembangunan baharu di sekitar Kamunting telah memberi kesan kepada keupayaan longkang dan parit yang sedia ada dan seterusnya menyebabkan banjir. Jadi untuk makluman Yang Berhormat setakat ini, tiada pembangunan baharu di kawasan sekitar Kamunting yang dikenal pasti menjadi punca kepada kejadian banjir kilat memandangkan setiap pembangunan taman baharu telah disyaratkan untuk menyediakan kolam tadahan air dan punca utama banjir yang berlaku setakat ini di kenal pasti banyak disebabkan oleh hujan lebat secara berpanjangan dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Terima kasih.
Terima kasih Exco. Kamunting
Terima kasih YB Exco. Maknanya tidak ada pembangunan baru. Jadi kesan adalah longkang yang telah lama. Maknanya longkang yang memang telah lama yang daripada rumah awam daripada belakang stesen bas dia mengalir ke ke Taman Bestari. Aliran dia cukup deras YB Exco jadi kesan daripada aliran deras banjir itu menyebabkan hakisan berlaku di di bawah-bawah rumah saya lihat sendiri sehingga ada lubang-lubang itu tempat biawak duduk binatang-binatang yang tidak ada kena mengenalah dan bila banjir tu saya tengok sendiri air tu dia naik daripada celah-celah daripada dalam tu. Jadi apakah kerajaan boleh untuk mengambil tindakan memperbaiki supaya tidak akan berlaku perkara yang lebih runtuh ke bangunan itu dan sebagainya menyebabkan kerugian lebih besar? Adakah pihak kerajaan boleh membantu dari segi menangani isu ini supaya dia tidak lebih orang kata merebak lah? Sekian.
Terima kasih. Memang betul setakat dalam beberapa tahun ni kita dapati kejadian termasuk tanah runtuh dan juga aliran bawah air bawah rumah dan sebagainya semakin meningkat. Ini ekoran daripada kejadian hujan yang lebat berpanjangan akibat daripada perubahan iklim dan untuk sebagai tindakan untuk selesaikan masalah untuk pastikan ia tidak merebak seterusnya atau pun sebagai pencegahan, pihak berkuasa memang dari masa ke semasa ambil tindakan termasuk untuk kita menjalankan pemeriksaan struktur dan tanah khususnya di kawasan hotspot banjir supaya kalau didapati terdapat kesan-kesan awal petanda tindakan seterusnya dapat diaturkan.
Contohnya, termasuk kerja untuk kita stabilkan tanah, kerja untuk bina dan bina tembok penahan dan juga untuk bina atau pun betulkan laluan aliran air. Jika jika didapati terdapat aliran yang telah menyebabkan boleh menyendatkan kawasan tersebut dengan masalah tanah runtuh dan sebagainya. Jadi itu, antara tindakan pembaikan dan juga pencegahan yang pihak berkuasa sedang ambil supaya kita dapat kesan masalah dengan lebih awal dan kita melambatkan proses daripada menjadi lebih teruk dan seterusnya pada masa yang sama merancang solusi teknikal untuk selesaikan masalah. Terima kasih.
Manjoi.
Soalan tambahan Hutan Melintang.
Haa sekejap sekejap ya. Sekejap ya sekejap. YB Exco soalan banjir dengan PBT dan banjir, banjir dan PBT ini soalan favourite. Jadi saya ambil soalan lebihlah ya. Haa takpe nanti satu-satu. Saya tengok yang mula Hutan Melintang bangun dulu lepas Hutan Melintang. Sabar sabar.
Terima kasih Dato' Seri.
Nanti kita bagi ok. Hutan Melintang dulu.
Terima kasih Dato' Seri. Ini ada soalan tambahan untuk YB Exco. Untuk makluman dan juga tindakan YB Exco, penyelenggaraan berkala bagi longkang-longkang di kawasan PBT yang terlibat dengan perniagaan pasar malam ini saya rasa haruslah dipertingkatkan. Ini cadangan mungkin dan juga tindakan dan soalan saya. Adakah kerajaan negeri bercadang menambahkan peruntukan khusus untuk penyelenggaraan berkala bagi jalan dan longkang di kawasan PBT? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Hutan Melintang. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini untuk kawasan di bawah PBT jika terdapat keperluan untuk menjalankan kerja menaiktaraf, menyelenggara atau pun untuk menaiktaraf sistem saliran dan sebagainya bawah kawasan PBT memang dari masa ke semasa PBT akan kemukakan permohonan. Jadi, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kewangan Negeri akan meneliti permohonan yang dikemukakan dan menyalurkan peruntukan. Contohnya, peruntukan MARRIS untuk kerja-kerja ini dilakukan dan jika ada keperluan tadi Yang Berhormat cadangkan untuk peruntukan tambahan memang kerajaan negeri akan meneliti keperluan keutamaan dan juga kemampuan PBT berkenaan untuk laksanakan kerja-kerja berkenaan dalam tahun semasa dan semua ini turut menjadi faktor pertimbangan sebelum permohonan diluluskan dan apabila dalam beberapa tahun ini, kita lihat kejadian banjir, perubahan iklim menjadi mendatangkan lebih banyak musibah, banjir dan masalah-masalah di peringkat komuniti.
Memang kerajaan negeri sedia untuk ambil kira keperluan ini dan meluluskan peruntukan ikut keperluan yang ada dan selain daripada itu juga kerajaan negeri melalui peruntukan dari Persekutuan, khususnya daripada KPKT juga kita sentiasa kemukakan permohonan untuk naik taraf sistem perparitan, sistem saliran dan sebagainya supaya turut mendapat sumber peruntukan yang cukup untuk bantu kita laksanakan dan di bawah Kerajaan Negeri juga terdapat Jawatankuasa Sumbangan Wang Sumbangan Saliran di mana ini turut menjadi satu sumber yang alternatif bagi membolehkan PBT kemukakan permohonan dan seterusnya jalankan kerja-kerja yang boleh bantu untuk kita mencegah kejadian banjir.
Terima kasih. Haa saya bagi Manjoi dulu lepas nanti lepas Manjoi baru saya bagi Changkat Jering ya.
Satu je satu je simple je.
Ye la bagi Manjoi dulu lepas tu baru Changkat Jering.
Changkat Jering.
Manjoi, Manjoi jalan.
Lepas Manjoi Changkat Jering. Dato' Speaker yang dikasihi dan YB Exco yang dihormati. Isu berkaitan dengan hotspot banjir. Manjoi tertarik dengan isu ini dan untuk makluman YB Exco di kawasan Manjoi ini ada isu yang besar. Mohon untuk diberikan keutamaan isu banjir kilat di Taman Chemor Idaman, Laluan Chemor Maju 4 berhampiran Surau Darul Ummah. Isu ini isu yang besar bagi kami di Manjoi. Sebab kawasan itulah kawasan yang sering berlaku banjir kilat menyebabkan air itu melimpah masuk ke dalam kawasan perumahan tersebut. Berhampiran dengan surau. Pihak MBI dah turun melihat dan ada buat ada apa kita buat apa ni MBI buat pencucian longkang tetapi masih lagi belum boleh selesaikan masalah tersebut.
Maknanya mohon jika boleh kita pihak PBT boleh besarkan longkang tersebut ataupun isu ini isu yang perlu diberi perhatian serius, melibatkan penduduk setempat. Kalau hujan lebat, memang kawasan tu akan banjir kilat dan saya pergi banyak kali lah dan saya seringlah datang solat di situ, walaupun bukan apa ni..dalam kawasan perumahan saya, tapi saya sering pusing surau-surau dalam Dun saya ini termasuk surau ini, memang saya tengok sendiri waktu hujan itu masuk dalam kawasan rumah tersebut. Memang naya kepada penduduk di situ dan saya mohon pihak PBT, MBI beri tumpuan khusus banyak kali saya sebut dan saya terpaksa sebut di sini.
Isu hotspot kedua ialah masalah banjir kilat di Laluan Desa Chemor 3, RPT Batu 9 Chemor. Tiada structure pembetungan dan pemparitan yang sempurna di kawasan ini dan dia hanya buat korekan longkang tanah yang tidak mampu menampung air apabila hujan lebat dan mengakibatkan limpahan air keluar, juga kesan kepada penduduk setempat di kawasan tersebut.
Terakhir, hotspot yang penting isu banjir kilat di Jalan Lebuh Rajawali, Kampung Dato Ahmad Said 2 dalam Gugusan Manjoi, hotspot banjir, Jalan Lebuh Rajawali Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2 dan Jalan Kedidi, pihak MBI dah buat kerja pencucian rutin longkang tertutup di Jalan Lebuh Rajawali, KDAS 2 ini. Walaubagaimanapun, longkang sedia ada masih tidak mampu menampung aliran ketika hujan lebat, menyebabkan kejadian banjir kilat berulang. Manjoi ingin bertanya, adakah PBT bercadang untuk menaik taraf sistem pemparitan di kawasan yang disebutkan tiga tadi dan mohon jika YB Exco boleh berikan tumpuan terhadap tiga tempat ini, dan saya yakin rakyat lepas ni akan gembira dan isu ini bukan isu baru, isu yang lama. Sejak jadi Adun dah masuk tahun ke tiga masuk tahun keempat ini isu ini saya nak cuba perjuangkan, supaya selesai kerana isu ini tidak selesai semenjak Adun sebelum ini lagi. Jadi mohon perhatian YB Exco yang saya hormati, terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manjoi dan juga kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang cukup prihatin tentang isu tentang kejadian banjir ini. Saya ambil maklum tentang isu tiga tempat yang dibangkitkan. Buat masa ni, saya tak dapat nak beri secara terperinci apa langkah yang telah disusun bagi setiap kawasan yang telah dibangkitkan. Tapi secara umumnya untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, memang SOP di PBT dan juga semua pihak berkuasa yang berkaitan terlibat dengan isu kejadian banjir. Memang komitmen kita apabila dilaporkan kejadian banjir, apabila kita dapati aduan, memang kita akan segeranya buat lawatan tapak untuk meneliti keadaan dan biasanya langkah yang segera yang untuk jangka masa pendek, kita cuba buat kerja cuci, penyelenggaraan supaya kita dapat mengurangkan risiko banjir tetapi bagi kawasan yang mungkin sama ada sistem perparitan yang uzur ataupun ada keperluan untuk meningkatkan kapasiti sistem saliran, ia akan dirujuk kepada jabatan teknikal berkenaan untuk buat perancangan dan seterusnya untuk buat permohonan peruntukan. Dan itulah antara proses-proses yang perlu dilalui dan pihak PBT memang kita sangat-sangat harapkan.
Setiap pemohon yang dikemukakan juga boleh dapat perhatian dan keutamaan yang sewajarnya supaya apabila peruntukan disalurkan, memang kerja akan dapat dijalankan supaya masalah dapat diselesaikan secara berkesan dan kita nampak pada hari ini, cabarannya, antaranya memang ada sesetengah kawasan isu dia sistem perparitan yang uzur atau sudah tidak dapat memenuhi, menampung kapasiti yang semakin meningkat. Tapi ada kalanya juga di kawasan yang berlaku banjir sebab memang dia berkait rapat dengan perubahan iklim di mana taburan hujan yang luar jangkaan, luar biasa, secara berpanjangan. Jadi itulah memang cabaran yang kita terpaksa hadapi pada hari ini dan walau bagaimanapun, memang pihak PBT akan sentiasa beri kerjasama dengan semua pihak, supaya kita boleh sama-sama buat perancangan yang lebih menyeluruh dan juga untuk kelulusan bagi projek pembangunan, projek perumahan dan sebagainya yang baru kita jugak akan buat gatekeeping dengan izin supaya kita nak selesaikan, kita nak memastikan perancangan yang diluluskan jugak dia dapat menampung keperluan dan juga dengan mengambil kira faktor perubahan iklim supaya isu banjir ini kita dapat menangani dengan lebih berkesan, terima kasih.
Changkat Jering haa.. tak lupa tak lupa. Changkat Jering ya.
Mesti tak lupa punya.
Astaka Dato' Seri.
Ok, terima kasih Dato' Seri er..YB Exco. Soalan saya simple saja. Berkenaan dengan perumahan-perumahan yang didirikan, adakah pihak kerajaan mewajibkan mengadakan kolam tadahan air? Tiap taman-taman yang didirikan sebab tempat saya ada yang tak ada, ada yang ada. Yang ada pun tak mampu nak menampung dengan kapasiti air. Adakah perkara ini diwajibkan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Changkat Jering. Memang kalau ikut peraturan yang ada sekarang termasuk garis panduan yang berkenaan, untuk bukan sahaja pembangunan di PBT dan juga kita ambil kira garis panduan untuk kita selaras dengan bandar rendah carbon dan jugak sebagainya. Memang kolam tadahan itu disyaratkan bagi setiap projek perumahan yang baru, tapi kadang kala dia jugak ikut skala yang ada. Mungkin walaupun sesetengah kalau mungkin yang skala lebih kecil, dia tidak disyaratkan untuk wujudkan satu kolam tadahan yang baru tetapi, faktor sistem pemparitan dan saliran turut akan diambil kira untuk pastikan kita ambil kira apabila wujudnya kawasan perumahan yang baru, ke mana air nak mengalir? Apa impak dia kepada kawasan perumahan yang sedia ada dan kawasan sekitar supaya dalam peringkat untuk mohon kebenaran merancang, semua faktor ini diambil kira dan kita ambil kira ulasan daripada agensi teknikal yang berkenaan untuk kita menjadikan sebahagian dari prasyarat yang berkenaan, supaya projek yang baru ini akan mematuhi segala syarat yang perlu untuk pastikan tidak mendatangkan masalah kepada kawasan yang sedia ada. Terima kasih.
Dato' Seri. Satu lagi, last berkaitan.
Sekejap..sekejap ya. Yang Berhormat Exco, Astaka last boleh ya..satu soalan. Ok boleh..boleh Astaka, sila. Last final question.
Ok, ya…ya Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Exco. Ada, kadang kala masalahnya mungkin taman kediaman di bawah PBT. Tapi sistem perparitan tu dia akan sambung kepada mungkin JKR, mungkin JPS punya parit mungkin taman perumahan yang lainlah. Ok macam mana kita nak, Kerajaan Negeri bercadang untuk selesaikan masalah antara agensi. Sebab kalau hanya PBT sahaja yang melakukan apa, mengambil langkah tetapi lepas tu mungkin dia sampai JKR ada covered yang sudah penuh kapasitinya dan selepas tu dia lalu lagi parit semula jadi di bawah JPS penyelenggaraan, ada tak kita adakan satu macam contohnya jawatankuasa ke, ada satu standco untuk semua agensi boleh duduk sekali untuk menyelesaikan masalah banjir kilat ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Astaka. Buat masa, memang saya setuju isu-isu banjir ni dia kadang kala dia jarang melibatkan hanya satu agensi sahaja. Itu sebab budaya kerja kita juga kita tidak menggalakkan kerja sebagai secara silo, kita perlukan kerjasama, kita perlukan usaha untuk selaraskan antara semua agensi supaya masalah dapat dilihat dengan gambaran yang lebih menyeluruh dan penyelesaian yang dirancang itu lebih berkesan. Jadi apabila berlaku, contohnya berlaku isu banjir, bukan sahaja PBT yang akan turun melihat, malah agensi lain yang berkenaan dalam lawatan tapak dan sebagainya juga turut akan turun bersama untuk lihat apa punca masalah, apa tindakan yang perlu diambil supaya agensi masing-masing boleh buat perancangan untuk mohon peruntukan dan sebagainya. Supaya tindakan yang bersepadu boleh diambil dan buat masa ini melalui platform Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, isu-isu seperti ini yang melibatkan lebih daripada satu agensi kerajaan, memang menjadi platform untuk dibincangkan supaya ada penyelarasan di antara agensi. Walau bagaimanapun selain daripada platform ini, kalau ada keperluan untuk sesuatu isu, contoh isu banjir dilihat secara menyeluruh dari masa ke semasa memang ada diwujudkan platform yang apa tu untuk berdasarkan isu yang berkenaan untuk di peringkat daerah dan sebagainya dipanggil mesyuarat, penyelarasan buat lawatan bersepadu yang bersama supaya isu itu dapat fokus daripada dan penyertaan daripada semua agensi yang berkenaan untuk kita merancang apa penyelesaian jangka masa pendek dan panjang, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Teja yang telah memberikan jawapan kepada, soalan-soalan dan penyampaian yang cukup komprehensif dan baik sekali. Terima kasih kerana terima soalan tambah-tambahan yang lebih. Maklumlah, sekarang musim banjir dan banyak apa dengan izin concern daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan kawasan masing-masing yang ada juga berkaitan dengan PBT dan penyelenggaraan banjir.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Sebelum saya meneruskannya, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk pertamanya mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu yang ada di galeri pemerhati pada ketika ini, iaitu Ketua Kampung Paya dan juga ahli jawatankuasanya, Ahli jawatankuasa KRT iaitu Rukun Tetangga Taman Palma, Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Mewah, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Yayasan, saya ucapkan bagi pihak Dewan mengalu alukan kehadiran mereka dan terima kasih. Seterusnya saya menjemput setiausaha dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikutnya.
Membawa Rang Undang Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026Bill
Perkara yang keempat membawa Rang Undang Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang adalah Rang Undang Undang yang bernama Enakmen Perbekalan 2026 dibaca kali kedua serta Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 telah disokong dan dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi penggulungan perbahasan di atas Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 pada hari ini akan dimulakan oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat serta diikuti oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Lintang. Masa yang diperuntukkan bagi setiap penggulungan ialah selama 45 minit. Seterusnya, Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan membuat penggulungan akhir. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungai Rapat untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
(Bacaan ayat Al-Quran) Surah Al-Hajj ayat 41. “Those who we have given them power to manage and administer this land. They use their power to establish prayers. They use their power to manage their zakat. They enjoin what is good and they forbid what is evil and the rest their affairs to the Almighty Allah”. Mereka yang diberikan kuasa sementara, mentadbir muka bumi ini. Mereka menggunakan kuasa itu untuk mendirikan solat, untuk mentadbir zakat, menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan mereka menyerahkan segala urusan mereka kepada Allah Subhanahu wa ta'ala. Chapter number 22 Al-Hajj verse number 41. Surah Al-Hajj ayat 41.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. (Bacaan doa) Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ex-officio, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang dan juga daripada kerajaan, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan pusat. Selamat hadir ketua pembangkang serta para para media dan rakan rakan dan pemerhati yang saya kasihi sekalian. Pertama pertamanya saya dengan penuh takzim, merafak sembah dan juga setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 7 November 2025 tahun ini yang lalu. “Dirgahayu Tuanku”.
Dikesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua di atas pengumuman Darjah Seri Paduka Mahkota Perak kepada Speaker Dewan Rakyat Negeri Perak, Dewan Negara Dewan Undangan Negeri Perak membawa gelaran Dato' Seri baru-baru ini. Tahniah. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada rakan rakan seperjuangan saya rakan sejawatan saya Exco iaitu YB Belanja dan YB Sungkai. Mereka ada di sini. Di atas penganugerahan darjah Dato' Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato'. Tahniah. Saya berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana negeri Perak terus mengekalkan kestabilan ekonomi meskipun berlaku ketidaktentuan di peringkat global. Ini dibuktikan dengan pencapaian pertumbuhan KDNK yang telah mencecah RM 86.2 billion dan pelbagai kejayaan yang dikecapi dalam tempoh tiga tahun ini di bawah Kerajaan Perpaduan. Antaranya nilai pelaburan berjumlah bertambah 74% kutipan hasil yang bertambah. Tahniah kepada Dato' PTG. Pengurusan kewangan yang mencatat lebihan atau surplus selama tiga tahun berturut-turut serta peningkatan penjanaan peluang pekerjaan. Tahniah Dato' Seri Kota Tampan di atas kepimpinan yang telah amat membanggakan.
Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen Tambun yang telahpun meluluskan hampir RM1.8 billion untuk manafaat rakyat Negeri Perak. Terima kasih Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah manfaat di bawah portfolio-portfolio saya iaitu INTAP, Infrastructure sebanyak RM2.5 billion bagi projek pembinaan jalan baru daripada Lebuh Raya Utara Selatan PLUS di kilometer 178 ke Simpang Pembangunan KIGIP daerah Kerian yang telah pun diumumkan dalam Belanjawan Persekutuan. RM37.9 juta bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Trong, Daerah Larut Matang Selama. YB Trong pun ada sini, RM5 juta bagi kerja awalan projek menaiktaraf laluan FT100 ke laluan FT3145, Pelabuhan Lumut, Daerah Manjung Fasa 5 Tanjong Malim-Pelabuhan Lumut ini juga telah dinyatakan. Yang keempat, RM5juta kerja kerja awalan pembinaan lorong tambahan Lebuh Raya Utara Selatan PLUS dari persimpangan bertingkat Slim River hingga ke persimpangan Ipoh Selatan. Ini juga diumumkan.
Hari ini daripada Slim River sampai ke Ipoh ni dia cuma ada dua lane kiri dan kanan. Tapi pertambahan sebanyak RM5 juta sebagai kerja awalan ini adalah daripada Slim River sendiri sampai ke Ipoh Selatan. RM5 juta, RM30.23 juta maaf bagi menggantikan Jambatan Sungai Beruas, Daerah Manjung. Ini di Pengkalan Baharu. RM19 juta bagi menggantikan jambatan di Sungai Sengat, Jalan Simpang Pulai Lahat Daerah Kinta dan yang ketujuhnya RM 350 juta bagi menggantikan taraf Lebuh Raya Timur Barat iaitu FT4 dari Seksyen 83 hingga Seksyen 198 daerah Hulu Perak. Ini YB Hulu Perak.
Dato' Seri Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tampan kerana telah menambah peruntukan tahun 2026 tahun depan kepada JPS Perak dan juga serta JKR Perak. Kedua-dua agensi di bawah INTAP saya iaitu JPS dan JKR. Ini menunjukkan betapa pentingnya Kerajaan Negeri bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat di samping peningkatan belanjawan untuk Bas Perak Sejahtera. Jadi biasanya kalau kita dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, kedua dua isu ini dibawa ke tengah. Isu banjir JPS baru sahaja kita bincangkan dan isu jalan yang berlubang-lubang. Alhamdulillah, sepanjang persidangan kali ini, Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas pelbagai perkara dan isu yang berlaku di kawasan masing masing dan tidak ketinggalan melibatkan portfolio di bawah saya iaitu INTAP atau infrastruktur, tenaga air dan juga pengangkutan awam.
Antara antaranya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Keranji bersekali dengan Kuala Sepetang. Ada dua-dua sini. Sistem pengangkutan awam yang berkualiti dan sistematik menunjukkan iltizam kerajaan dalam menyampaikan penyampaian perkhidmatan pengangkutan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan menjadi nadi dalam menggerakkan aktiviti serta membantu merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri pengangkutan awam. Bagi memastikan mutu sistem pengangkutan awam yang sempurna, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan pengangkutan awam yang disediakan membawa transformasi dan juga kemudahan kepada rakyat. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Perak telahpun memperuntukkan inisiatif perkhidmatan awam melalui perkhidmatan Bas Perak Sejahtera yang memberikan fokus perluasan perkhidmatan ke beberapa daerah yang terlibat. Sehingga tahun 2025 tahun ini, perkhidmatan Bas Perak Sejahtera telah diperluaskan ke daerah Batang Padang di Chenderiang, khususnya daerah Kuala Kangsar, Manjung, Larut, Matang Selama dan juga di Muallim, Tanjong Malim.
Selaras dengan pelaksanaan program ini, beberapa laluan sosial telahpun dikenalpasti dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan pentadbiran daerah dengan mengambil kira keperluan bagi perkhidmatan ini terutamanya daripada kalangan warga emas, golongan B40, orang asli dan pelajar-pelajar sekolah, murid-murid sekolah. Perkhidmatan Bas Perak Sejahtera bertujuan menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar dengan lebih efisien melalui jadual masa yang telahpun ditetapkan agar dapat membantu penduduk setempat supaya lebih mudah berulang alik ke tempat kerja, ke hospital, ke sekolah, institusi pengajian tinggi dan juga berbagai-bagai lokasi yang lain.
Bagi Daerah Kampar, saya masih lagi menyentuh isu yang dibangkitkan oleh YB Keranji, bagi Daerah Kampar yang masih belum menerima manfaat daripada perkhidmatan ini, Kerajaan Negeri menyambut baik permohonan tambahan laluan tersebut sekiranya terdapat keperluan untuk memberikan manfaat kepada masyarakat setempat terutamanya kepada golongan pelajar daripada institusi pendidikan tinggi di daerah ini khususnya Universiti Tunku Abdul Rahman. Sebarang permohonan bagi tambahan laluan Majlis Daerah Kampar dan juga PDT Kampar perlu mengenal pasti laluan-laluan yang berkaitan dan mengemukakan permohonan bertulis kepada Kerajaan Negeri bagi tambahan laluan yang telahpun dikenalpasti. Yang ini hendaklah dimajukan kepada APAD juga sebab laluan ini akan diluluskan oleh APAD. Masalahnya kalau di Keranji itu daripada daripada Kampung Timah melalui Bukit Pekan, Tioh Hing Kong, Tronoh Mines sampailah ke Pekan Kampar hinggalah ke Gopeng. Itu memerlukan kelulusan daripada APAD juga, kita proseskan. Penyediaan perkhidmatan Bas Perak Sejahtera akan dipertimbangkan oleh kerajaan negeri tertakluk kepada keperluan setempat serta kemampuan kewangan Negeri Perak.
Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh Smart Mobility juga merupakan antara inisiatif bagi pengangkutan awam yang akan dilaksanakan secara berfasa oleh pihak berkuasa tempatan MBI di Negeri Perak termasuk juga Daerah Kampar. Ianya termasuk Inisiatif Pintar (Smart Terminal), Bas Pintar (Smart Buses) dan Perhentian Bas Pintar (Smart Bus Stop), dengan izin. Disokong oleh super aplikasi (super application), dengan izin yang mengintegrasikan tiket, pembayaran perancangan, perjalanan dan juga ganjaran keahlian. Inisiatif ini selalu dengan tema bandar pintar dan mobiliti hijau di mana Kerajaan Negeri melalui pelan pintar turut membangunkan rangka kerja digital untuk Negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan inisiatif-inisiatif daripada Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan pengangkutan awam di Perak. Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Rungkup. YB Rungkup ada sini iaitu berkaitan pengukuhan struktur ban. Ianya jajaran ban pantai di Sungai Tiang Selatan telah…telah diluluskan melalui peruntukkan Persekutuan dengan kos projek sebanyak RM13,142,000 iaitu projek pengawalan hakisan pantai di Sungai Tiang Selatan, Mukim Rungkup, Daerah Bagan Datuk. Projek ini sedang dalam pelaksanaan dengan pembinaan menaik taraf ban pantai sepanjang 2,790 meter dan dijangka siap pada 30 Jun 2027, tahun 2027.
Bagi jajaran Sungai Tiang Utara telah diluluskan melalui peruntukan persekutuan sebanyak RM10 juta dibawah Kementerian Peralihan Tenaga dan juga Transformasi Air ataupun PETRA. Bagi projek pengawalan hakisan pantai di Sungai Tiang Utara, Mukim Rungkup, Daerah Bagan Datuk, kajian rekabentuk terperinci akan dilaksanakan oleh pihak JPS Persekutuan bersama dengan JPS negeri. Bagi struktur ban di sepanjang garis pantai di Daerah Bagan Datuk telah diberikan keutamaan di dalam perancangan kerja dibawah perancangan perolehan kerja 2026 dengan menggunakan peruntukan belanja mengurus kerajaan negeri bagi kerja-kerja menaik taraf struktur ban dan yang berisiko mendap dan juga terhakis. Bagi jajaran struktur ban kawasan muara Sungai Perak, surat setuju terima telah dianugerahkan kepada kontraktor yang berjaya bagi projek pemuliharaan Sungai Perak sepanjang 3km dan daripada Teluk Penikam ke muara Sungai Perak. Tarikh mula projek adalah pada 26 November 2025 dan dijangka siap pada 26 November 2029, dua tahun akan datang dengan kos projek RM49,000,739.00.
Timbalan Yang di-Pertua, suka saya merespon isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Kuala Kurau. Kuala Kurau tiada di sini iaitu banjir yang berlaku di Kampung Tok Adam adalah disebabkan sistem saliran yang tidak terancang dan mencukupi untuk menampung aliran air hujan semasa. JPS mengambil inisiatif dengan melaksanakan kerja-kerja pengukuran bagi menyemak semula rizab simpanan tali air sedia ada untuk dinaik taraf supaya isu ini dapat diredakan. Selamat datang Kuala Kurau. Walaubagaimanapun, JPS mendapati rizab ini telah dicerobohi dengan binaan struktur oleh orang awam dan bangunan sekolah. Kekangan ini menyebabkan JPS sedang mencari langkah penyelesaian baru bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh YB Kuala Kurau.
Bagi penyelesaian jangka panjang JPS mencadangkan agar pengambilan tanah dapat diambil bagi menyediakan struktur sistem saliran yang lebih teratur dan terperinci. Dijangkakan kos ini akan mencecah RM4 juta. Bagi penyelesaian jangka pendek, JPS telah memohon dibawah wang caruman sumbangan saliran negeri bagi membersihkan semula sistem saliran sedia ada supaya dapat mengurangkan risiko besar, risiko banjir. Kita mohon juga kerjasama daripada PBT Kerian bagi mengurangkan kekangan dalam longkang-longkang yang menghala ke sungai. Pihak JKR juga mengambil maklum berkenaan kejadian banjir kilat, maaf di Kampung Tok Adam kerana longkang tersebut terletak di Jalan Persekutuan Kuala Kurau, Bagan Serai, FT147, Seksyen 05 hingga Seksyen 1.5. Itu kekangan yang akan dibantu oleh JKR.
YB Exco, Alor Pongsu pohon celahan sikit.
Ya, sila.
Bila sebut tentang banjir tu terima kasih dulu YB Dato’ Seri Exco, YB Tuan Speaker. Bila sebut tentang banjir tu, saya nak dapat sedikit pencerahan tentang cadangan yang dah lama untuk mengelakkan banjir termenung di kawasan saya, di kawasan Matang Tengah Changkat Lobak tu, tentang pembinaan mini dam tu yang RM300 juta lebih tu, adakah disambut cadangan itu disambut oleh pihak kerajaan negeri dan juga kerajaan pusat? Sebab saya tengok tidak ada penyelesaian. Kalau ikut daripada JPS yang dah pencen, yang masih bertugas kami bincang…bincang…bincang, itu sahaja penyelesaian yang ada. Yang keduanya, saya nak zahirkanlah bila agensi diberi peruntukan yang cukup dan agensi melaksanakan tugas dengan cukup baik. Tahun sebelumnya berlaku banjir kerana flap autogate tu tidak berfungsi walaupun gate tu gate baru siap dalam 3, 4 minggu. Tahun ini tak dengar kawasan saya kena banjir sebab JPS, agensi, ucap terima kasih kepada JPS lah. Flap gate tu semua berfungsi dengan baik. Ada lagi dua.
Satu lagi ini idea jurutera kedai kopi tentang jalan daripada Matang Tengah dengan Alor Pongsu tu kawasan tu banjir bila berlaku air pasang besar dan sebagainya. Penyelesaian sementara mengikut jurutera kedai kopi saya ni, tiang TNB 14 hingga 21. Situ sahaja sebenarnya yang tenggelam teruk. Kalau kita dapat tambak katanya di situ aje selesai masalah 60 tahun tu dan yang akhir sekali Dato’ Seri, pelamin dah siap bunga telur je tak ada lagi. Jalan dah cantik. Lampu jalan tolong tengok, simpang jalan Kampung Nibong Hangus, selekoh semua gelap gelita Dato’ Seri. Jadi kita ceriakanlah yang dah siap tu. Terima kasih Dato' Seri.
Terima kasih Alor Pongsu. Kirimkan salam saya kepada jurutera bawah pokok itu dan kita akan sediakan bunga telur secepat yang mungkin Insha Allah, supaya pelamin itu dapat diduduki secepat mungkin. Terima kasih Alor Pongsu. Itu berjenaka sahaja, ya. Memang kerajaan bersama-sama dengan agensi bagi memastikan masalah yang dihadapi oleh Alor Pongsu dan juga 3-4 kawasan lain dapat diredakan secepat mungkin. Sebab kita pun tahu bahaya bila air ni berendam lama, banyak pokok-pokok yang akan mati. Jadi itu masalah kita hadapi juga hari ini kita nak pastikan bahawa kerajaan bersama-sama dengan JPS, negeri dan PBT di situ bagi menyelesaikan dan meredakan masalah air yang termenung lama di situ. Itu janji dan akuan kami kepada YB Alor Pongsu.
Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Bota, ada Bota kat sini? Memandangkan agar pihak JPS dan JKR untuk melaksanakan perancangan awal bagi pelaksanaan kerja-kerja berjadual terutamanya melibatkan projekprojek yang perlu diselesaikan sebelum tiba musim tengkujuh. Sekarang ni pun dah masuk musim tengkujuh Yong. Jadi ada tempat yang dah tenggelam lama. Jadi untuk itu, kita akan berikan penekanan supaya JKR dan JPS kerjasama di Hilir di Perak Tengah tu. D.O Perak Tengah pun dekat sini. Jadi, kita akan bagi perhatian setiap kali ada mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah, kita kena address kan masalah banjir di tempat Yong di Bota tu.
JPS Perak telah mengambil inisiatif awal dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan dan mengurus di bawah peruntukan persekutuan dan negeri secara berfasa bagi memaksimakan aliran air banjir ke sungai sekali gus mengurangkan risiko banjir pada musim tengkujuh. Jadi yang itu tu usaha bagi memastikan bila musim tengkujuh akan datang mungkin air itu akan tersekat sedikit tapi dia tidak akan membanjirkan kawasan itu. Di samping itu, JPS Perak juga telah merangka perancangan kerja secara tahunan dengan mengambil kira rekod-rekod kawasan banjir yang terdahulu sebagai rujukan agar peristiwa banjir begitu tidak akan berulang lagi.
YB Hutan Melintang mohon mencelah.
Sila, Rungkup.
Terima Kasih YB Exco Dato' Seri. Banjir minggu lepas masalah bekalan air di daerah Bagan Datuk. Boleh tak Dato' Seri menerangkan apa yang telah berlaku dan bagaimana kita boleh mengelakkan dari masa-masa yang akan datang? Terima kasih.
Sungai Manik Sambung sikit?
Ya, Sila.
Terima kasih Yang Berhormat Exco, Timbalan Speaker. Saya melihat sejak mutakhir ini masalah banjir ni dia dah walaupun tak hujan hari ni tapi air dah termenung. Air dia tak turun. Antara isu yang saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai JPS, kita dah kekurangan kawasan retention pond ataupun retention basin, dah takde kawasan untuk tadahan ni, temporary. Saya ingat sudah sampai masanya kerajaan menerusi JPS kena merancang retention pond ni, retention basin ni supaya dapat menampung sementara air sebelum dia masuk ke sungai dan sebagainya. Ini sebab hari ini dah banyak pembangunan. Lombong-lombong pun dah banyak di…dimajukan. Jadi banyak kawasan-kawasan tadahan yang sepatutnya air ni dapat ditadah sementara di situ tak dapat dilakukan. Inilah menyebabkan hari ini walaupun tak hujan disebabkan air termenung, terpaksalah duduk di PPS sampai hari ini. Terima kasih Dato’ Seri.
Tambahan.
Terima kasih Sungai Manik.
Dato' Seri?
Hutan Melintang.
Terima kasih, terima kasih. Saya maklum kerja-kerja penyelenggaraan longkang-longkang ataupun parit-parit di di bawah JKR itu sebenarnya kita ada jadual. Tapi ini cadangan sayalah. Mungkin Dato' Seri boleh pertimbangkan dan juga boleh usahakan untuk memberi sedikit pendekatan kepada JKR akan dalam melakukannya sebagai satu board ataupun penerangan ataupun apa jualah ya, billboard ke apa untuk menyatakan jangka masa penyelenggaraan parit-parit atau longkang di bawah penyeliaan JKR supaya diadakan di kawasan seperti mana kita ada papan tanda ataupun pemakluman berkenaan dengan penyelenggaraan longkang ataupun parit di bawah PBT dan satu lagi juga cadangan berlaku bila musim banjir ini, kita dapati parit atau longkang di bawah penjagaan JKR ini, saya rasa pada masa ya musim tengkujuh macam ni, so digalakkan untuk mengadakan penyelenggaraan secara bersistem ataupun mungkin memandangkan kita akan mengalami musibah ni. So, penyelenggaraan longkang-longkang itu mungkin kita kena harus buatkan dengan, dengan kadar segeralah untuk mengelakkan daripada banjir-banjir, banjir termenung dan banjir di kawasan-kawasan perumahan dan juga kawasan kampung. Terima Kasih.
Hutan Melintang. Saya akan memberi pencerahan berkenaan dengan banjir yang berlaku di Hilir Perak baru ni pada 30hb November. Secara terperincinya, ia melibatkan juga kawasan di Hutan Melintang. Jadi untuk itu, saya akan berikan penjelasan yang agak terperinci berkenaan dengan soalan di dikemukakan oleh Rungkup tadi. Ada kawasan-kawasan Rungkup ini selepas berlaku hujan kuat pada 30 hari bulan itu, 30 haribulan November tu hari Ahad. Tapi maknanya ada tempat-tempat yang memang tidak ada air. Ada gangguan air. Sebab ini tindakan yang dibuat oleh LAP bagi mengelakkan musibah yang jauh lebih dahsyat daripada itu. Jadi, LAP telah menerima arahan supaya ditutup Loji Rawatan Air Hilir Perak. Jadi, loji rawatan air di Perak itu memberikan banyak bekalan kepada tempat-tempat yang termasuk Hutan Melintang.
Yang pertamanya, kawasan Taman Lagenda yang tu terlibat. Yang keduanya, seluruh kawasan Matang-Guntong termasuk Kampung Sungai Durian dan kawasan-kawasan sekitarnya YB. Kemudian sepanjang laluan Batu 5, Jalan Hutan Melintang hingga ke Simpang Empat, Hutan Melintang di kawasan sekitarnya. Yang ini termasuklah yang dinyatakan oleh YB Hutan Melintang tadi. Dari Simpang Empat, Hutan Melintang hingga ke Jalan Tepi Sungai, Hutan Melintang dan kawasan sekitarnya. Dari Simpang Empat Hutan Melintang hingga ke Kampung Sungai Manila serta kawasan sekitarnya sampailah ke, ke sempadan Selangor tu, ya. Seluruh kawasan Bagan Datuk termasuk Sungai Dulang dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Apa yang belaku Sungai Rungkup pada hari Ahad 30hb tu di Hilir Perak mengalami gangguan operasi kerana trash screen dengan izin, mana penghadang penghadang telah tersumbat nepu dengan dengan pasior. Boleh faham ya? Menepu dengan pasior. Jadi bermaknanya trash screen tu ayor dah tak boleh lalu dah terpaksalah LAP tutup air tu bagi pastikan dia tidak mencemarkan dalam pam-pam LAP tu sendiri. So, trash screen itu telahpun intake yang tersumbat dan menepu dengan timbunan pasir berpunca daripada hujan yang lebat menyebabkan aliran air mentah ke loji terhenti dan loji telah pun diarahkan untuk force shutdown dengan izin iaitu terpaksa LAP berhentikan air kemasukkan ke Loji Rawatan Air Hilir Perak pada jam lima, pada jam tiga setengah lima setengah petang, mana pada petang Ahad itu air dah tak masuk ke loji lagi dah kerana ditutup dia punya screen bersama dengan force shutdown tadi.
Untuk makluman YB Rungkup, loji beroperasi semula pada 1 Disember. Mana selepas sahaja ditutup mereka telah menyuci dan membuang pasir-pasir, pasior-pasior yang memenuhi trash screen itu sendiri. Pada, pada Disember 1hb iaitu hari Isnin jam 2.30 pagi menggunakan satu pam mentah dan jugak satu pam bersih berkapasiti rendah iaitu dia buat kerja tu pagi subuh pukul 2.30 pagi tu. Status semasa Loji Rawatan Air Hilir Perak selepas 6 tempat saya sebut tadi mengalami tiada ketiadaan air makna bekalan terganggu. Aliran telah masuk semula ke dalam main intake channel pada jam 3.30 petang pada 1 Disember iaitu hari Isnin. Petang tu kita dah mula masukkan air kepada LRA Hilir Perak. Pam air mentah telah beroperasi dengan kadar lebih kurang 1,100 meter cube per hour sejam.
Kerja-kerja pengorekan pasir dan pengepaman pasir masih dilaksanakan dan telah diberikan pemantauan. Jadi, ini akibat daripada pasir dibawa daripada sungai terus menyekat kemasukan air ke loji rawatan air. Itu air mentah. Maka LAP terpaksa menggunakan kreativiti mereka pastikan bahawa dapat dicuci secepat mungkin dan dimasukkan perlahan-perlahan air mentah ke loji rawatan air sebelum ianya dirawat. Jadi saya bagi pihak Kerajaan Negeri, mohon maaf kepada kawasan-kawasan yang saya sebutkan khususnya Hutan Melintang, Simpang Empat dan sebahagian kebanyakannya di Bagan Datuk sendiri kerana ada bekalan air terganggu pada 30 November hingga 1 Disember. Kini paras Kolam Simpanan Clear Water Tank 2.42 meter. Makna selamat garis panduan.
Bagi soalan yang dikemukakan oleh Sungai Manik, Sungai Manik berasa risau kerana bila berlaku air hujan yang lebat termasuk pasang air yang kuat di Teluk Intan itu, maka ketiadaan kolam tadahan merupakan masalah besar. Betul. Saya tidak menafikan dan kawasan di situ kita ketiadaan tanah kerajaan yang luas untuk dijadikan kolam tadahan sama ada sementara ataupun permanent. Jadi saya merayu dekat sini, kita ada Pegawai Daerah daripada Hilir Perak pun ada dekat sini. Cuba angkat tangan tengok. Jadi dia akan bantu untuk pastikan di manakah di Sungai Manik itu yang boleh kita tukar tarah-tanah kerajaan atau sawah-sawah yang tidak digunakan untuk jadi kolam sementara semasa hujan lebat dan dimasukkan air selepas itu baru kita buang keluar. Jadi, saya minta bantuan daripada Tuan D.O sendiri, Hilir Perak dan Perak Tengah, kalau ada untuk pastikan bahawa tidak ada tanah yang terbiar yang tidak dijadikan sebagai kolam tadahan untuk menampung air sewaktu hujan lebat. Terima kasih daripada Sungai Manik.
Timbalan Yang di-Pertua, menyalurkan air alternatif dengan menghantar bekalan air ini merupakan kerja yang dibuat oleh LAP. Di sepanjang satu hari setengah tiada air itu, LAP telah menghantar 3 tangki air ke Teluk Intan. Satu tangki air besar tu daripada ibu pejabat LAP Ipoh. Satu lagi kita ambil daripada Kuala Kangsar. Kita pinjam daripada Kuala Kangsar bawa air pergi Teluk Intan dan satu lagi dari Parit. Parit membekalkan satu tangki untuk dibawa air pergi ke Teluk Intan. Terima kasih kepada LAP Parit, LAP Kuala Kangsar dan juga LAP daripada ibu pejabat. Status perolehan terkini makna terkini ini isu bekalan air di Teluk Intan dah tak mandang dah. Makna mereka semua dapat air sekarang 100%. Makna boleh ingke, tau ingke? Orang Perak kena reti bahasa ingke makna seronok benor bila dapat ayor tu boleh mandi, boleh sembahyang tahajud banyak, ke begitu ustaz?
Saya bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat daripada daripada Pengkalan Hulu. Pengkalan Hulu membangkitkan soalan berkenaan dengan FT1157 yang melalui Felda Nenering dan Kampung Lalang, Kampung Air Panas serta Jalan A173 yang menghubungkan Kampung Kuak Luar dan Kampung Kuak Hulu. Bermasalah di situ kerana untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2024 pembaikan lampu-lampu jalan telah dilaksanakan di persimpangan laluan tersebut. Maknanya di situ kawasan itu dia ada gelap dan ianya sentiasa digunakan oleh haiwan liar. Jadi ini membahayakan pengguna dan juga membahayakan haiwan tersebut. Manakala pada tahun 2025, tempat yang sama, JKR telah melaksanakan penyelenggaraan terhadap lampu sedia ada yang dahulunya kita gunakan lampu yang asal tu jenis HON dan dia tak berapa terang sangat dan dia juga banyak menggunakan tenaga. Ditukar kepada lampu LED. Makna JKR menukar pulak LED bagi menerangi laluan tersebut. Cumanya lampu LED itu tidak mencukupi. Mana jumlah yang dipasang tidak mencukupi dan InsyaAllah kalau kita nak pasang lagi tambahan kemungkinan JKR akan tukar jadi lampu solar pula di kawasan tersebut untuk pengetahuan daripada YB Pengkalan Hulu. Pihak kerajaan juga telah menyediakan anggaran pemasangan baru lampu bagi tahun 2026 dan akan dilaksanakan setelah peruntukan diluluskan.
YB. Exco, Mohon mencelah.
Ya, Pengkalan Hulu.
Boleh ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Sedikit saya reverse sikit tadi berkenaan dengan bekalan air yang saya akan sentuh juga berkenaan lampu jalan. Untuk maklumat Yang Berhormat Exco, peruntukan bekalan air luar bandar adalah diluluskan di beberapa kawasan ataupun kampung di Dun Pengkalan Hulu, antara yang terlibat adalah Kampung Plang sebahagiannya, Kampung Pinggiran Rancangan Pelang, Kampung Alai yang saya bawa semalam…perbahasan minggu lepas, termasuk juga Kampung Pahit Tengah dan Kampung Pahit Dalam. Cuma sekarang ini dalam peringkat berunding dan saya dimaklumkan bertukar-tukar perunding dan menyebabkan projek untuk penyaluran air kepada orang kampung ini menjadi lewat.
Jadi saya nak mohon perhatian daripada Yang Berhormat Dato' Seri Exco untuk memberi perhatian supaya orang kampung ini dapat bekalan air dengan segera sebab diluluskan pada tahun 2023 dan satu lagi Yang Berhormat Exco, di Kampung Kuak Hulu turut juga diluluskan dengan jumlah yang agak besar tapi masih belum dilaksanakan lagi dan saya mohon perhatian juga dan sedikit saya sentuh tadi berkenaan dengan lampu jalan. Memang betul, saya ucap terima kasih atas pemasangan lampu jalan di Simpang Felda Lepang Nenering, Kampung Air Panas. Terima kasih banyak. Orang kampung puji kata cerah daripada Simpang Air Panas naik ke Jalan Felda. Cumanya yang saya nak fokuskan adalah di laluan yang saya bangkitkan baru-baru ini iaitu di mana seekor harimau, Harimau Malaya, Harimau Belang di langgar secara tidak sengaja oleh sebuah kenderaan yang hendak pergi ke Thailand. Jadi saya fokuskan di kawasan itu sehingga ke persimpangan di Kampung Lalang. Terima kasih Yang Berhormat Exco.
Terima kasih, Pengkalan Hulu.
Yang Berhormat Exco saya nak ingatkan tinggal 10 minit sahaja.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada warga di Kampung Plang, Kampung Pahit dan Kampung Alai. Saya menceritakan berkenaan dengan pencerahan jalan menggunakan dulunya lampu lama. Sekarang ni kita pakai tertukar LED nanti kita tambah dengan dengan solar pulak. Tapi soalan yang YB nyatakan tadi itu yang kedua tu berkenaan dengan air yang selamat, air bersih. Yang itu saya telah bincang dengan rakan Exco saya, Dato' Zul, Lintang bahawa ia akan address kan isu ini dalam penggulungan dia nanti. Kita bincang bersama bagaimana kita nak pastikan Kementerian Desa dan Wilayah dapat membantu supaya dipercepatkan kelulusan untuk pastikan bekalan air bersih di Plang dan juga di Pahit bersama dengan Alai…Kampung Alai. Kita akan pastikan ia dapat dilaksanakan pada tahun depan seawa-awal InsyaAllah. Jadi, YB Lintang akan menggulung dan akan menyentuh isu yang YB. bawa kan tadi. Terima kasih.
Jadi saya nak nyatakan bahawa Jalan Felda Lepang Nenering, Simpang masuk Felda Jalan Pagar Keselamatan seksyen 10 hingga seksyen 21 iaitu akan diperkemaskan oleh JKR dan kosnya telahpun kita peruntukkan sebanyak RM150 ribu untuk laluan yang saya sebut tadi dekat Felda. Bagi laluan kedua, Jalan Felda Lepang Nenering, Seksyen 10, kerja-kerja pemasangan baru bagi lampu jenis solar LED dan menelan belanja RM150 ribu yang itu juga ada diperuntukkan di bawah JKR. Insha Allah, kita akan terangkan kawasan-kawasan YB supaya tidak diserang dengan dengan Harimau Malaya dekat situ. Banyak Harimau Malaya.
Bagi menjawab soalan yang telahpun dibangkitkan Yang Berhormat Pasir Pinji, Pasir Pinji menyatakan bahawa JKR telah pun mempunyai pasukan rondaan melalui pihak konsesi yang telah dilantik. Pasukan Rondaan Routine Inspection atau Routine Inspector bagi memantau keadaan jalan di jalankan oleh konsesi bersama dengan JKR sebulan sekali atau seminggu sekali ataupun kadang-kadang kita tingkatkan dua minggu sekali. Maknanya dua kali dalam masa seminggu atau sekali seminggu. Iaitu oleh kerana kita dapati bahawa laluan itu mempunyai banyak kenderaan berat lalu dekat situ. Ya, daripada Lumut dan sebagainya. Bagi Jalan Persekutuan, rondaan dilaksanakan 2 kali seminggu manakala bagi jalan negeri, rondaan dilaksanakan 2 kali seminggu bagi jalan protokol dan sekali seminggu bagi laluan utama. Jadi ini adalah tabiat yang dibuat oleh JKR bersama dengan syarikat konsesi. Jalan persekutuan dan juga jalan negeri.
Tindakan pembaikan akan dilaksanakan serta merta bagi kerosakan kecil yang boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya. Maknanya dalam JKR sendiri ia ada piawaian dia. Jika bila kita jumpa dengan jalan yang akan membuka ruang yang lebih besar untuk port hole itu hendaklah ditampal jalan itu mengguna kaedah-kaedah tampalan yang betul dalam tempoh 24 jam. Yang ini, kita buat di baru-baru ni di Teluk Intan. Ada jalan tu yang berlubang, jadi kita nak mengelakkan jadi besar dan besar, maka ditampal secepat mungkin. Piawaian dia kena dibuat dalam tempoh 24 jam tak lebih dari itu. Selain dari itu, kerja-kerja penampalan port hole yang perlu dilaksanakan oleh pihak konsesi berkenaan dalam tempoh 24 jam. Bagi pembaikan yang tidak dapat dilaksanakan, laporan Notice of Defect (NOD) akan dikemukakan dan permohonan peruntukan akan dipohon. Itu kalau sekiranya kos untuk penampalan itu agak besar, maka kita akan buat peruntukan baru. Timbalan Yang di-Pertua.
YB Exco minta laluan sikit.
Sikit boleh. Ya boleh. Sila Selinsing.
Baik terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua dan juga YB Exco. Saya cuma nak menarik perhatian sedikit kalau tadi jalan-jalan negeri dan jalan persekutuan. Kita nak cerita berkenaan dengan jalan kampung ini YB. Jalan kampung ni jalan PLB ini sangat dekat dengan hati orang kampung terutamanya belah kami belah Kerian ni isu rosak, rebak ni terlalu, terlalu kerap sangat. Ada jalan tu yang saya tengok yang saya perhati, hitam lagi baru maknanya tar itu hitam lagi dah rebak semula dah. Jadi dia tak berhenti sepanjang tahun. Walaupun kita terpaksa buat laporan kepada PLB sepanjang masa, tapi dia menyebabkan jalan tu sentiasa rosak. Jadi, kita dimaklumkan bahawa jalan-jalan itu rosak kerana struktur dia itu bukan untuk laluan utama. Dia laluan untuk kenderaan bawa hasil tuaian dan sebagainya. Tapi bila banyak dah kereta dalam kampung, maka jalan jadi rebak. Itu antara punca yang tersebutlah.
Jadi kita nak mohon kepada pihak kerajaan supaya kalau boleh dibuatlah satu kajian secara menyeluruh. Kemudian kita sediakan satu kaedah yang boleh. Bila kita baiki tu dia tahan lama sikit. Kalau tidak, dia memang akan sentiasa rosak. Kalau tempat saya ni sampai hari ini pun ada lagi yang menghantar ni bagi tahu kampung mana yang rosak lagi jalannya dan bila hujan lagi teruklah keadaannya dan yang keduanya saya nak sebut berkenaan dengan ada satu jalan utama ni FT001 Jalan Taiping ke Bagan Serai berhampiran dengan Terusan Selinsing tu Terusan Selinsing tu. Bila air dalam ataupun penuh di terusan tu akan ada keluar air di permukaan jalan. Jadi kita risaunya sebab dah berlubang pula. Takut nanti bukan jalan itu saja rosak dengan jambatan tu hilang ke mana. Itu sahajalah. Terima kasih.
Ya, terima kasih Selinsing di atas perhatian. Selepas pihak bertanggungjawab mengetar jalan itu, tak lama lepas tu dia pun pecah balik dan berlakulah jambatan di Selinsing yang roboh semalam. Yang itu kita akan ambil tindakan dan kerjasama daripada JPS. Insha Allah. Suasana itu berlaku oleh kerana ada sebab-sebab tertentu. Mana-mana ada kerajaan buat jalan elok, buat pavement elok tak lama lepas tu dia pecah, rosak. Kita kena pastikan jalan tahan lama. Tapi di kawasan YB tu, kebanyakan jalan itu dibina di atas ban. Jadi kadang-kadang ban itu dia gegaran dia lebih daripada sepatutnya. Itu menyebabkan faktor menyebabkan jalan itu kurang tahan lama. Oleh kerana ban itu sendiri bergegar lebih daripada gegaran yang dibenarkan.
Jadi masalah itu berlaku banyak di sana dan kita gunakan peruntukan MARRIS untuk buat jalan secepat mungkin. Yang ini kita akan address kemudian secara terperinci dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah nanti. Tempat-tempat yang memang berlaku perkara-perkara macam itu kita nak elakkan supaya jalan itu tahan lama. Tapi oleh kerana faktor-faktor ini kita cuba nak check balik nak kesan dapat kurangkan. Justeru itu…
Kampong Gajah boleh?
Keperluan untuk rondaan serta rutin dan dilakukan oleh pihak tertentu mesti dibuat dengan dengan serius. Saya tak ada masa kalau Kampung Gajah boleh buat pendek je.
Pendek…pendek.
Pendek je jangan panjang benor yeob berjela-jela. Pendek udah.
Terima kasih. Saya cuma nak mengalihkan sektor Dato' Seri untuk di WCE di Kampung Gajah. Jalan WCE itu baru juga iaitu daripada Lekir ke Batu 5 Teluk Intan, Jalan melalui di Sungai Ranggam semua tu dia dah berlubang-lubang. Banyak. Jalan itu jalan besar jalan WCE dan kita dapat dah ada dua tiga yang eksiden, motor jatuh dalam itu yang kereta rosak terus sport rimnya dan sebagainya. Saya harap dapat tindakan segera lah untuk mengambil tindakan.
Terima kasih kepada Kampong Gajah. Saya telah selesai sebaik-baik sahaja dapat maklumat itu. Saya telah hubungi pengurusan WCE sendiri bahawa laluan daripada Lekir tu ke Batu 5 tu lubang port hole dia agak lebih agak banyak. Jadi saya minta pengurusan West Coast Expressway ini beri perhatian di situ. Adakah sebabnya ada gegaran yang banyak di kawasan itu ataupun tidak? Jadi, mereka juga akan mengkaji kenapa di kawasan yang disebut oleh YB tadi berlaku banyak port hole, lorong-lorong jalan. Insha Allah, saya telah pun beritahu kepada mereka dan kita menunggu apakah yang nak dibuat tindakan oleh WCE sendiri.
Yang Berhormat Pantai Remis, memohon agar menaik taraf Jalan A719 dari Pantai Remis ke Sungai Batu dan menaikkan aras jalan ke kawasan Taman Pantai Wang. Ini dibangkitkan dalam perbahasan baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, pihak JKR akan membuat kajian terperinci terhadap cadangan menaik taraf jalan tersebut secara menyeluruh dan semua aspek teknikal. Kita dapati kawasan itu daripada Pantai Remis ke Kampung Batu itu, jumlah pelancong nak pergi ke kolam mandi ataupun air terjun kat situ ramai. Jadi kat situ kita nak pastikan jalan yang akan dinaik. Cadangan Pantai Remis dinaikkan jalan itu akan dikaji oleh JKR di Bahagian Manjung. Pihak Majlis Bandaran Manjung pula mengambil maklum cadangan meninggikan aras jalan di Taman Pantai Wang dan akan membuat semakan dan kajian lanjut. Itu kajian daripada Bahagian Majlis Bandaran. Cadangan kerja ini juga akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam senarai cadangan projek keutamaan MPM bagi permohonan peruntukan akan datang.
Yang Berhormat Pengkalan Baharu minta menyemak semula kadar harga yang ditetapkan oleh JKR agar sesuai pemakaiannya dengan agensi lain. Ini satu cadangan yang baik. Sebab kadang-kadang kita gunakan BQ yang dikeluarkan oleh JKR. Jadi, kebanyakan jadual harga ini berteraskan kepada apa telah disempurnakan oleh JKR. Jadi cadangan daripada Pengkalan Baharu supaya agensi-agensi lain menggunakan kadar harga yang sepatutnya dipakai oleh JKR secara rasmi. So, BQ JKR ni merupakan asas dia dan Insha Allah kita akan pastikan Majlis Bandaran, JPS dan lain-lain agensi menggunakan kadar yang sama supaya tidak akan dipersoalkan besok. Jadual kadar-kadar harga ini merupakan piawaian spesifikasi tinggi bagi memastikan kualiti keselamatan dan juga keutuhan jalan dapat disempurnakan. Jabatan atau agensi lain termasuk jugalah PBT menggunakan piawaian yang sama menggunakan BQ ataupun jadual harga yang sama boleh menggunakan BQ yang telahpun disediakan oleh JKR dengan merujuk kepada Jabatan Kerja Raya di daerah masing-masing.
Jadi tindakan kita akan ada guideline atau garis panduan nak gunakan jadual yang telah pun digunakan lama. JKR bersetuju bahawa penyesuaian kadar harga adalah penting untuk pastikan perolehan kerja-kerja awam adalah efektif, berkesan dan juga ianya standard. Tidak ada yang tinggi naik di kawasan yang sama. Pejabat Daerah Manjung menyambut baik cadangan YB Pengkalan Baharu yang bagi penilaian semula harga kadar harga di setiap tempat mengikut kadar harga telah pun ditetapkan oleh JKR. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kadar harga ini menghalang penyesuaian kadar. Hal ini kerana jika terdapat item yang terlalu tinggi, kadang-kadang itu sebut harga daripada kontraktor ini, dia sangat tinggi kadar dia. Jadi kita ada justifikasi untuk mohon supaya dia dapat dikurangkan. Ini sememangnya diamalkan dalam projek-projek daerah terutamanya bagi yang melibatkan kerja-kerja kecil ataupun keadaan di mana skop kerja terlibat adalah di luar batas. Untuk makluman, Jabatan Pengairan dan Saliran juga telahpun dikeluarkan kadar harga yang seakan-akan sama di buat oleh JPS Malaysia kepada semua warga JPS.
Timbalan Yang di-Pertua, respon kepada Yang Berhormat Changkat Jering bersekali dengan Yang Berhormat Trong berhubung isu kekurangan bekalan air bersih yang berikan kesan kepada penduduk di seluruh Dun Changkat Jering ekoran penutupan Loji Rawatan Air Trong bila monsun timur laut ini berlaku. Jadi, saya tidak nafikan bahawa ada gangguan bekalan air di kawasan Changkat Jering dan Trong. Bila ada gangguan kepada loji rawatan air di situdi Trong seharusnya. Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama telah mengenal pasti beberapa syor tindakan segera dan jangka panjang seperti berikut. Sekiranya berlaku gangguan kepada loji rawatan air, Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Bersih bagi melibatkan agensi-agensi di daerah tersebut. Ini termasuklah penghantaran tangki-tangki air mengikut keperluan kawasan tersebut yang tidak ada bekalan air. Penyelarasan agihan lori tangki akan dibuat dari masa ke semasa bersama dengan LAP, bersama dengan Jabatan Tanah di Larut, Matang dan Selama.
Bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan Trong, LAP akan melaksanakan pembinaan loji rawatan air baru iaitu LRA Trong II. LAP ada perancangan untuk membina sebuah lagi loji yang dipanggil sebagai Loji Rawatan Air Trong kedua. Berkapasiti 18mlpd makna million litters per day di kawasan Sungai Tinggi yang masih dalam peringkat penyediaan dokumen tender. Projek ini dijangka boleh siap pada tahun 2028. Bagi jangka masa pendek sementara menunggu LRA Trong II siap sepenuhnya, pihak LAP akan menjalankan kerja-kerja pemasangan paip bersaiz 300 mm jenis DI/Ductile Iron sepanjang 3km daripada Simpang Batu 8, Trong ke Simpang Changkat Ibol yang mana bekalan air di kawasan Trong dan sekitarnya akan dapat dibekalkan melalui loji rawatan air, Air Terjun. Dan satu lagi Loji Rawatan Air Terjun namanya. Di situ akan digunakan semaksimanya.
Bagi Yang Berhormat Chenderoh juga membangkitkan Yang Berhormat Chenderoh membangkitkan isu bekalan air bersih di Kampung Kelaung dan perkara itu di dalam senarai Projek Bekalan Air Luar Bandar (PLB) oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada tahun ini. Saya difahamkan oleh Kementerian bahawa masalah di Kampung Kelaung itu akan di address kan pada tahun hadapan oleh Kementerian KKDW. Status terkini bagi projek ini adalah di peringkat rekabentuk dan Jurutera Perunding telah pun dilantik oleh KKDW. Ada masa lagi YB?
Tinggal 4 minit.
Ok.
Banyak lagi?
Ada sikit lagi. LAP mengesyorkan agar setiap premis kediaman mempunyai tangki simpanan air mereka sendiri. Itu berkali-kali kita beritahu kepada banyak rumah-rumah di kampung. "Pasang tangki ayor, Yong". "Pasang tangki ayor, Yeop. "Kume tak berduit," kata dia. Maknanya hari ini masalah itu dihadapi oleh mereka bila ada musim-musim perayaan.
Timbalan Yang di-Pertua, mohon mencelah. YB Exco?
Ye, YB. Sila. Cepat-cepat sikit. Pendek sikit.
Sebab masa dah nak habis. Sebab Beruas belum sebut. Ok, saya suka nak melontarkan cadangan tadi lah. Cadangan jadual kadar harga yang YB Exco sebut tadi. Saya nampak macam satu-satu indent kerja ni yang biasa kita tawarkan dalam Tawaran Terus. Dia bukan Sebut Harga. Tawaran Terus ni memang boleh bawah RM20 ribu, bawah RM50 ribu. Pada saya, satu Tawaran Terus tu boleh buat 2 kali kerja. Maknanya satu tahun kerja cuci parit tu kita boleh buat 2 kali dengan satu indent. Itu lah ungkapan yang saya nak sebut, yang saya nak maksudkan. Jadi kita dapat selesaikan masalah. Sebab cuci parit ni dia lebih kepada kita macam cukur janggut je. Kita cukur bulan ni bulan depan, 2 hari tumbuh. Sama juga macam cuci sungai atau pun parit. Kalau setahun sekali, kita cuci bulan 6, bulan 11 kita akan ada masalah. So, boleh buat 2 kali dengan satu indent. Ok yang kedua yang saya nak sebut tadi. Tak apalah, cukuplah kerana masa dah pendek. Terima kasih.
Terima kasih Pengkalan Baharu di atas cadangan yang akan mengurangkan kos JPS. Saya suka dengan analogi cukur janggut tu. Sebab kalau 3-4 hari tak cukur, dia tumbuh balik. 3 hari tak cukur, dia tumbuh balik. Kalau tak cukur? Jenuhlah. Jadi untuk itu, LAP juga akan sentiasa memantau bekalan air di kawasan Kelaung dan kawasan-kawasan berhampiran. Projek Membina Sistem Retikulasi Bekalan Air Luar Bandar atau BALB di negeri Perak tahun 2024 di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan
Wilayah turut melibatkan daerah Kuala Kangsar. Kawasan Lintang Lagi. Projek ini meliputi sebanyak 13 buah kampung dan penempatan serta salah satunya ialah Kampung Kelaung, Kampung Sauk di Mukim Chegar Galah dan bilangan rumah yang terlibat itu adalah 8 hingga 9 buah rumah. Iaitu akibat mereka tidak dapat air yang bersih. Pihak KKDW telah membentangkan taklimat serta kemajuan projek BALB kepada Pentadbiran Daerah Kuala Kangsar pada bulan Oktober dan memaklumkan bahawa Jurutera Perunding telah mengemukakan rekabentuk konsep kepada KKDW untuk bulan November 2025 untuk mengenal pasti dan mendapat kelulusan.
Jadi, usaha ini telah pun dibincang di peringkat yang tinggi, di peringkat daerah Kuala Kangsar bersama dengan KKDW sendiri dan Insha Allah akan dapat diselesaikan masalah mendapat air bersih di Kampung Kelaung dan juga di Chegar Galah tersebut. Manakala Juruukur Tanah akan memulakan kerja-kerja topografi setelah rekabentuk konsep diluluskan. Seterusnya, rekabentuk terperinci dirangka dimulakan pada Februari 2026. Dijangka awal memulakan pembinaan, adalah pada akhir tahun 2026 sendiri. Selain dari itu, masalah tekanan air masih rendah turut dikenal pasti berkala-kala di Kampung Jenalik, Kampung Padang Ampang, Kampung Ribu serta penempatan di sekitar Sungai Chempias. Saya baru ni pergi melawat Sungai Chempias. Bahawa masalah itu masa saya lihat itu dia telah pun dapat diatasi dan diredakan. Tapi baru-baru ni bila musim hujan lebat, dia akan kembali semula dan mereka juga mengalami tekanan air rendah di Kampung Kelaung, Kampung Chempias. Kejadian tekanan air rendah paling kerap berlaku pada awal pagi dan pada lewat petang. Kita pun hairan juga. Air ini tekanan rendah bila subuh pagi. Maknanya ramai sangat orang sembahyang subuh, solat subuh. Baguslah. Kemudian petang, makna ramai sangat juga orang sembahyang maghrib Ya. Jadi ini satu petanda yang elok kerana apa? Kerana dia memberikan kesan yang positif kepada kawasan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon maaf jika sekiranya ada soalan-soalan yang dibangkitkan, tidak dapat saya jelaskan di sini. Tapi saya mengalu-alukan soalan itu bertulis kepada pejabat saya. Insha Allah sebaik-baiknya saya akan cuba jelaskan dengan jawapan bertulis kepada soalan-soalan yang tidak dapat saya kepentingan untuk memberikan jawapan di sini. Jadi akhir kalam Wabillahi Taufiq Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullah Warahmatullah Wabarakatuh. Sungai Rapat menyokong Belanjawan.
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Rapat. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Lintang untuk menggulung Perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum WBT. Bismillah. (Bacaan ayat Al-Quran). Yang bermaksud, 'Firman Allah s.w.t. sekiranya penduduk Negeri ini atau Negeri itu beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka pintu pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan juga di bumi. Tetapi mereka mendustakan Rasul Kami lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.' (Surah Al-A'raf ayat 96).
Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, yang saya hormati lagi saya kasihi Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, rakan-rakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua ahli anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media sosial, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Saya memulakan Sesi Penggulungan saya dengan membaca sebaik-baik ayat Al Quran, telah mengingatkan kepada semua seisi Dewan bahawa kemakmuran dan keberkatan sesebuah Negeri tidak boleh diukur hanya melalui usaha manusia semata-mata. Ia bersandarkan dengan keimanan, ketakwaan dan kesyukuran kita terhadap setiap nikmat dan kurniaan Allah s.w.t ketahuilah setiap inci pembangunan yang terhampar di hadapan mata kita, setiap titis kesejahteraan yang dinikmati oleh rakyat, setiap peluang keemasan yang terbuka luas semuanya adalah rahmat Allah yang dipinjamkan kepada kita buat sementara. Rahmat ini adalah amanah yang mesti kita pelihara, kita hargai dan kita manfaatkan dengan penuh integriti dan bijaksana. Jika kita alpa, leka dan mengambil mudah, percayalah keberkatan itu akan hilang dan tidak kembali tetapi apabila kita sentiasa bersyukur dan kita bertindak dengan penuh tanggungjawab dan amanah, Insha Allah, rahmat dan keberkatan akan terus mengalir melimpah ruah ke atas negeri yang kita cintai ini.
Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk turut merafak sembah menjujung kasih dan setinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 7 November 2025 yang lalu. Patik dengan penuh rasa syukur dan taat setia merafak sembah dan mendoakan agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Raja Permaisuri dan seluruh kaum kerabat diraja sentiasa dikurniakan Allah SWT dengan keafiatan, kerahmatan, keberkatan yang melimpah ruah serta kemuliaan yang berkekalan. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus memayungi negeri Perak Darul Ridzuan dengan kebijaksanaan demi kemakmuran, kesejahteraan negeri dan rakyat jelata. Dirgahayu Tuanku. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati pemerintahan duli Tuanku.
Timbalan Yang di-Pertua, susulan sesi banjir yang sedang melanda beberapa negeri kita ketika ini khususnya di negeri Perak, marilah kita seisi Dewan mengambil iktibar dan serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat negara juga seluruh mangsa yang terjejas. Limpahkanlah kepada mereka kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. Penghargaan juga dizahirkan kepada petugas barisan hadapan terutamanya Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan seluruh agensi yang bertungkus lumus dalam membantu mangsa banjir.
Dalam kesempatan ini, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas komitmen berterusan yang memastikan kejayaan penganjuran Perak Agrofest tahun 2025. Penganjuran edisi kali ini yang membawa tema, "Lestari Agro, Perak Makmur" selama 3 hari telah mencatat kejayaan yang luar biasa dengan kehadiran lebih 400,000 pengunjung dan nilai jualan yang mencecah RM4 juta.
Kejayaan penganjuran yang melibatkan pelbagai laman dan pameran interaktif ini telah menjadikan Agrofest 2025 digambarkan sebagai Mini MAHA. Gambaran ini menunjukkan kesiapsiagaan dan keyakinan negeri kita menghadapi kemahiran pertanian, pameran pertanian, hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) Tahun 2026. Justeru itu, kejayaan ini adalah cerminan paling jelas terhadap komitmen Kerajaan Negeri dalam menjamin keterjaminan makanan sekali gus memperkukuhkan pembangunan sektor pertanian yang mampan, berdaya saing dan mampu menyumbang secara konsisten kepada kesejahteraan rakyat. Sekalung penghargaan khas turut diucapkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak atau pun Perak SADC, FAMA serta semua jabatan dan agensi lain yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan Perak Agrofest pada tahun ini.
Syabas dan tahniah diucapkan khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas pembentangan Belanjawan Negeri Perak tahun 2026 yang meneruskan tema, "Perak Makmur, Rakyat Sejahtera" pada 25 November 2025 yang lalu. Belanjawan ini merupakan manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta mencapai inklusif yang dihasratkan. Inisiatif dan perancangan yang dibentangkan bukan sahaja mencerminkan dedikasi Kerajaan Negeri malah menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus bekerja keras demi masa depan negeri Perak yang lebih mampan, lebih sejahtera dan lebih berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak yang telah memberikan komitmen dan bertungkus lumus siang dan malam dalam memastikan kutipan hasil dan terimaan pembangunan mencecah RM1.518 bilion bagi tahun 2025 iaitu satu peningkatan sebanyak RM80 juta berbanding belanjawan tahun 2025. Syabas dan tahniah seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri. Sebagaimana pembentangan belanjawan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Belanjawan Negeri Perak tahun 2026 berjumlah RM1.61 bilion menjadikan ia belanjawan terbesar dalam sejarah negeri ini. Daripada jumlah RM1.045 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala manakala RM 568 juta disalurkan kepada perbelanjaan pembangunan. Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan pembangunan yang menyeluruh dan berdaya saing sekali gus memastikan Perak terus berada di landasan kemajuan yang stabil dan juga mampan.
Selain itu, sebanyak RM73.06 juta telah diperuntukan bagi jabatan dan agensi di bawah tanggungjawab saya termasuk pelbagai program dan aktiviti yang dirancang. Justeru itu, saya bersama jabatan dan agensi yang terlibat akan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi menyokong pencapaian aspirasi Belanjawan 2026, "Perak Makmur, Rakyat Sejahtera". Melalui perancangan dan pelaksanaan yang teliti, kita berharap kerajaan ini dapat dicapai demi masa depan yang lebih baik bagi semua. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas keprihatinan dan kematangan sepanjang perbahasan khususnya berkaitan usaha memperkasakan industri makanan dalam sektor perladangan, pertanian dan juga perikanan. Seramai 13 Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan 17 isu di bawah portfolio saya dan semua pandangan, saranan serta teguran yang membina telah diambil maklum oleh agensi berkaitan demi penambahbaikan yang berterusan.
Timbalan Yang di-Pertua, sesi penggulungan ini merangkumi isu keterjaminan makanan, jelapang padi dan pesawah, perikanan dan nelayan, pembangunan orang asli serta perkara-perkara yang lain dalam portfolio saya. Berkaitan isu keterjaminan makanan, terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik yang telah menyentuh soal justifikasi sasaran sekuriti makanan Perak serta kelewatan laporan kemajuan. Kerajaan Negeri menyambut baik pelaksanaan dasar sekuriti makanan negara. Bagi agenda sekuriti makanan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 di bawah flagship lembah bakul makanan Malaysia, Beberapa inisiatif utama sedang dilaksanakan seperti Hub Daging Halal Antarabangsa, Perak International Agrofest, Hub Agro Pelancongan dan Akademi Sekuriti Makanan. Pelan tindakan sekuriti makanan pula memberi tumpuan kepada tiga sasaran utama, sejahtera pertanian, sejahtera perikanan dan sejahtera penternakan. Setakat ini, 40 projek telah didaftarkan dalam dashboard Perak Sejahtera 2030. 14 projek telah pun siap, 24 dalam pelaksanaan dan 4 dalam perancangan. Laporan Kemajuan turut diterbitkan setiap tahun.
Antara projek utama oleh Perak SADC termasuk pembangunan infrastruktur padi luar jelapang yang memberi manfaat kepada lebih 300 usahawan padi serta pembangunan benih bawang dengan kerjasama MARDI yang kini diperluaskan di Lambor. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan turut melaksanakan projek kebun kerang di empat daerah, ternakan ikan marin dalam sangkar polar circle di Kuala Kurau serta ternakan ikan air tawar di Tasik Temenggor. Perak kini merupakan pengeluar ikan terbesar negara pada tahun 2024 dengan 514,443 tan metrik bernilai RM4.6 bilion, manakala pengeluaran kerang mencecah 14,912 tan metrik yang tertinggi di Malaysia. Semua aktiviti ini akan terus dipantau melalui Dashboard Pelan Perak Sejahtera 2030 bagi memastikan keberkesanan dan ketelusan pelaksanaan. Semua inisiatif ini akan terus dipantau melalui Dashboard Pelan Perak 2030 memastikan keberkesanan dan ketelusan pelaksanaan.
Menjawab kebimbangan Yang Berhormat Kamunting mengenai peruntukan Pembangunan 2026, Kerajaan Negeri ingin menegaskan bahawa keterjaminan makanan kekal menjadi keutamaan. Pengekalan peruntukan dibuat berdasarkan kemampuan fiskal semasa dan penstrukturan semula keutamaan program dengan tumpuan kepada projek berimpak tinggi dan berdaya pulangan jelas. Antara usaha yang dilaksanakan termasuk perluasan kawasan pengeluaran padi dan tanaman kontan melalui pemetaan semula tanah serta teknologi moden, program integrasi tanaman dan juga ternakan. Kerjasama rapat dalam agensi dengan agensi Persekutuan dari segi kewangan, kepakaran dan juga sokongan teknikal. Kerajaan negeri turut memperkukuhkan mekanisme pemasaran terus dari ladang termasuk platform digital dan pasar tani serta pengupayaan koperasi agromakanan bagi memperkukuhkan kuasa tawar menawar pengeluaran tempatan. Cadangan wujudkan hub agro makanan amat dialu-alukan. Hal ini akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan. Pusat logistic rantai sejuk serta Pusat pelaksanaan penyelarasan bekalan bagi mengoptimumkan rantaian bekalan dan mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah. Pengurangan peruntukan pembangunan Jabatan Veterinar pula merupakan hasil penyusunan semula projek matang.
Mencelah. Kampong Gajah.
Ya.
Terima kasih YB Exco. Saya cuma bila sebutkan tentang padi sawah tadi kita semua rasanya semuanya setujulah. Padi ini merupakan satu perkara keterjaminan makanan dan kita di peringkat negeri sepatutnya kita beri galakan kepada petani-petani di bawah saya 2-3 hari ini dalam sidang Dewan ini, ramailah yang di tempat saya di Seberang Perak mereka petani-petani pekebun lah ada dua masalah sawah ini. Pertama sebab risiko dengan banjir baru ini banyak yang menyebabkan yang…yang rosak bila padi mereka tenggelam dengan ayor jadi rosak padi itu mati. Yang keduanya yang mana udah yang lepas yang nak potong…potong padi, potongan di BERNAS dan kilang-kilang 24% swasta pun tu di BERNAS pun begitu walaupun padi tu elok dia letak pukul rata mana 24% kat atas boleh jadi 30% apa yang petani dapat apa yang pesawah dapat. Jadi hat ni kalau dapat kerajaan cuba fikirkan untuk bawa peringkat ke atas kementerian sebagai untuk dijadikan kalau turun bawah sikit potongan tu menafas lah sikit petani dan depa ada semangatlah untuk nak terus demi nak menjamin keterjaminan makanan tadi. Terima kasih.
Terima kasih Kampong Gajah. InsyaAllah pihak kawal selia padi akan mengambil perhatian di atas cadangan ataupun usul yang dikemukakan oleh Kampong Gajah dan pihak saya pihak Kerajaan Negeri akan sentiasa berhubung dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengenal pasti dan mengatasi masalah yang disebutkan tadi. Insha Allah.
Pengurangan peruntukan pembangunan Jabatan Veterinar mula merupakan hasil penyusunan semula projek matang dan pengalihan fokus kepada program yang lebih memerlukan sokongan termasuk kawalan penyakit ternakan strategik serta peningkatan pengeluaran daging dan susu tempatan. Kesimpulannya, kerajaan negeri komited memperkukuhkan keterjaminan makanan melalui peningkatan pengeluaran. Pengukuhan rantaian bekalan serta kolaborasi erat bersama agensi dan pemain industri.
Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri memahami kebimbangan Yang Berhormat Kamunting berhubung peningkatan kos makanan dan kepentingan memperkukuhkan pengeluaran makanan. Secara asasnya, kenaikan kos makanan dipengaruhi peningkatan kos pembangunan dan sektor pengeluaran. Keutamaan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian ialah memastikan bekalan makanan mencukupi dan selamat. Indikator utama yang dinilai ialah tahap kadar sara diri (SSR) dan semua program pembangunan jabatan yang disasarkan ke arah meningkatkan SSR. Pada tahun 2024, Perak mencatat SSR yang amat memberangsangkan bagi beberapa komoditi utama. SSR Beras mencapai 93% manakala 7 daripada 10 sayur-sayuran utama mencapai lebih daripada 100%, SSR termasuk bendi 350%, kacang panjang 240%, timun 233%, terung 237%, bayam 176%, sawi 137% dan salad 110%. Bagi memastikan peningkatan pengeluaran. Boleh…
Terima kasih Timbalan Speaker dan Terima Kasih YB Exco, nak rujuk kepada SSR kepada makanan utama rakyat Malaysia khususnya beras kita sebagaimana yang dimaklumkan tadi dah mencapai tahap SSR beras ini 93%. Dalam erti kata 100 orang nak makan 93 orang dah boleh makan daripada beras negeri Perak. Itulah kan yang maksud dia lebih kurang dia punya kadar SSR tu dan saya nak rujuk kepada yang pertama meningkatkan kadar pengeluaran. Sebab kalau beras ini di kawasan Kerian lah kita tengok kalau banding dengan kadar pengeluaran ataupun kadar keberhasilan untuk satu metrik tan untuk…untuk…untuk 1 hektar. Kalau kita tengok di MADA dia sampai 5 tan ada Kedah. Sekinchan dia sekitar 8 hingga 12 metrik tan. Kalau di IADA Selangor 7 metrik tan. Pulau Pinang 5 metrik tan. Tapi hasil daripada apa yang saya tengok di Kerian khususnya dalam sekitar 2 hingga 3 metrik tan perhektar jauh lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain.
Jadi kalau kita tumpukan untuk menaikkan berdasarkan kepada pencapaian di kawasan-kawasan lain, saya rasa yang pertama kita boleh capai 100%. Ini satu sebab itu yang pertama, saya nak kata. Yang menjadi masalah di Kerian ini adalah air kan air punca yang menjadikan bahawa dan juga kesuburan tanah dan juga perataan tanah. Perkara ini telah dibangkitkan beberapa kali dan kalau boleh yang pertama minta Yang Berhormat Exco dan Kerajaan Negeri, tumpukan kepada untuk meningkatkan keberhasilan per hektar di kawasan itu. Itu yang pertama. Balik perataan, perbajaan dan yang kedua dulu kita dicadangkan saya ambil masa sebab sekali cakap yang ni kan untuk ini. Kita cadangkan untuk kita mengeluarkan satu beras kan beras negeri Perak kan sebab kita kata kita dah dapat 93 orang boleh makan daripada beras keluaran negeri Perak kan kalau kita boleh keluar negeri Perak 93 orang dengan harga beras tempatan RM2.60 kupang, 1 kilo lebih kurang 10 kilo RM26 kan dulu RM6 tapi sekarang ni beras tu tak ada jadi bebanan kepada rakyat. Itu kalau boleh kita tumpukan balik dan yang kedua mengenai dengan input yang kita katakan kita ke jelapang padi salah satu yang kedua yang terbesar dalam…dalam Malaysia ni kan sebab tu kita kata saya tak tahu perkembangan sekarang ni dulu, kita mencadangkan supaya negeri Perak mengeluarkan benih padi sendiri dan meletakkan harga sebab tiba tiba musim nak buat padi tu tak dapat benih padi dan harga benih padi tu tak stabil. Dulu kita telah menetapkan 140 per guni. Jadi nak tanya macam mana perkembangan yang cadangan kita untuk mengadakan pengeluaran benih padi untuk negeri kita sendiri untuk negeri Perak.
Jadi dua perkara kalau kita boleh tumpu tiga perkara tadi boleh tumpukan. Yang pertama kesuburan tanah untuk meningkatkan hasil. Yang kedua kita nak mintakkan kalau boleh keluarkan beras tempatan untuk rakyat marhaen negeri Perak ini dapat 93% dan yang ketiga water transfer…
Yang Berhormat banyak lagi? Banyak lagi? Cadangan banyak lagi.
Exco bagi dak sikit cadangan sekali cakap.
Sikit ah ringkas. Sila.
Janganlah interupt. Tak payah interupt kalau Exco…
Saya bukan interupt saya nak. Saya nak minta Yang Berhormat banyak lagi Saya nak mengingatkan Yang Berhormat Exco ada 30 minit lagi.
Tambahlah masa sebab kita mesyuarat ni bukan.
Sila sila cepat sikit. Ringkas.
Itu yang kita nak mintak supaya water transfer ni kalau boleh kita bagi, sejauh mana projek tu sekarang. Sebab ini dah lama sangat. Kalau boleh kita jadikan insha Allah, saya rasa penduduk-penduduk, peladang apa, peladang-peladang di Kerian tu boleh meningkat hasil pertanian dan boleh menyumbang SSR lebih daripada 100% untuk negeri Perak. Terima kasih, syabas Exco, syabas Yang Amat Berhormat sahabat saya, Kota Tampan.
Terima kasih Gunong Semanggol. Sebelum ni dia merupakan mantan Exco Pertanian juga. Tahu masalahnya dan masalah yang di bangkitkan oleh Gunong Semanggol tadi yang juga Ketua Pembangkang. Ini masalah yang kita sedang berusaha ke arah peningkatan. Peningkatan kepada SSR pengeluaran padi dan juga beras. Dan Insha Allah saya akan jawab secara detail ke depan Yang Berhormat. Semua dah ada lengkap, saya akan bagikan pengetahuan, bukan sahaja kepada Gunong Semanggol tetapi kepada seluruh Ahli Dewan yang ada pada hari ini. Apa pun, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan bukan sahaja sayur-sayuran, padi, beras dan sebagainya dan pelbagai lagi, kita akan pertingkatkan. Di mana ada kekurangan-kekurangan yang pengeluaran kepada SSR itu kita akan mempertingkatkan. Ini ada pelan dan perancangan yang kita sedang usahakan melalui jabatan dan agensi Kerajaan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Gunung Semanggol. Kerajaan Persekutuan turut melaksanakan subsidi benih padi. Minta maaf ya. Saya.
Yang Berhormat Kubu Gajah mencadangkan penambahan dana untuk pertanian pintar serta pengukuhan program usahawan tani muda dan dana sekuriti makanan termasuk subsidi benih padi. Timbalan Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Pembangunan Perak 2026-2030. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian memperkenalkan Program Pembangunan Pertanian Pintar dengan peruntukan khas bagi teknologi IOT dan geran padanan. Mesin ini menyokong peralihan sektor pertanian ke arah teknologi tinggi bagi meningkatkan daya saing dan mengurang kos pengeluaran. Kerajaan Persekutuan turut melaksanakan subsidi benih padi sebanyak RM1.03 per kilogram atau RM20.60 per bag. Subsidi ini menurunkan harga benih padi daripada RM72.60 per bag kepada RM52.00 per bag. Sekali gus meringankan kos pesawah dan meningkatkan pengeluaran padi negara. Melalui RMK ke-13 Program Usahawan Tani Muda di bawah IADA Kerian meliputi Briged Tani dan Farmers Free School (FFS). Melahirkan pesawah muda berkemahiran serta mampu mengadaptasi teknologi moden melalui latihan hands on di sawah. Program ini secara langsung mengukuhkan sekuriti makanan negeri dan menetapkan Kerian sebagai hub pengeluaran padi yang berteknologi tinggi.
Selaras cadangan menambah dana, IADA Seberang Perak melalui RMK ke-13 RP 1 hingga RP5, turut merancang program berkaitan benih, mekanisasi dan latihan bagi pesawah padi, pesawah muda. Bagi Fasa RP 1 tahun 2026, RM472,000.00 diperuntukkan bagi perkhidmatan mesin gen tanam ataupun jentera tanam. Merangkumi 590 hektar dan 245 pesawah. Kerajaan turut merancang perolehan mesin gen tanam baharu bernilai RM440,000.00. Keadaan ini mampu mengurangkan penggunaan benih 30% hingga 40% berbanding tabur terus. Sekali gus menurunkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan pesawah. Sebanyak RM600,000.00 juga diperuntukkan untuk latihan, kursus dan seminar bagi memperkukuhkan kemahiran pesawah dalam teknologi pintar dan amalan pertanian lestari. Secara keseluruhan, Timbalan Yang di-Pertua, program yang dirancang membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan pertanian pintar, memperkasakan pesawah muda dan memastikan sekuriti makanan negeri kekal kukuh sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kubu Gajah.
Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Manong menegaskan bahawa peruntukan pembangunan ternakan 2026 masih rendah. Untuk meningkatkan kadar, Kadar Sara Diri (SSR) daging Perak. Serta mencadangkan program pertanian mampan dan pendidikan penggunaan baja kimia. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sentiasa memahami keperluan pembangunan sektor ternakan. Khususnya dalam menyokong agenda keterjaminan makanan. Permintaan terhadap pembangunan jabatan terus meningkat sejajar usaha Kerajaan memperkukuhkan rantaian bekalan makanan negeri. Skop tugas JPV merangkumi kesihatan dan kawalan penyakit haiwan, biosekuriti, keselamatan makanan, pembangunan baka dan pembiakan, latihan penternakan, pengurusan bencana melibatkan ternakan, pengurusan rumah sembelih serta pembangunan makanan ternakan tempatan. Walaupun berdepan kekangan peruntukan, JPV tetap melaksanakan program strategik berimpak tinggi dengan fokus kepada peningkatan SSR daging lembu dan kambing. Kawalan penyakit utama seperti Foot and Mouth Disease (FMD), Lumpy Skin Disease (LSD), Avian Influenza (AI) serta pembangunan penternak melalui latihan dan peningkatan kapasiti. Sokongan dana Persekutuan serta kerjasama sektor swasta turut diperkukuhkan. Dari Projek Integrasi Ruminan, pembangunan baka dan peningkatan kapasiti pemprosesan. Kerajaan Negeri juga mengoptimumkan aset sedia ada bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program. Kerajaan Negeri komited bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan dasar dan segi keterjaminan makanan dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat.
Berkaitan pertanian mampan, Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian terus memberi penekanan kepada pelaksanaan amalan pertanian, mampan, bagi memastikan pembangunan sektor pertanian dijalankan secara lestari dan tidak menjejaskan alam sekitar. Amalan Pertanian Baik (APB,) MyGAP terus dipromosikan sebagai sistem pengurusan ladang yang memastikan hasil berkualiti, selamat dimakan dan mesra alam. Merangkumi pengurusan ladang keselamatan pekerja dan kelestarian alam sekitar. Sehingga 2024, sebanyak 553 sijil MyGAP dikeluarkan melibatkan 849.19 hektar untuk komoditi buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman kontan dan padi, mencerminkan komitmen petani terhadap pertanian mampan. Melalui Rancangan Pembangunan Perak (RTP)
Exco.
Program Pra Skim Pensijilan (APB) telah memberi manfaat kepada 1,923 petani sejak 2021 dan akan diteruskan sehingga 2030 dengan skop yang diperluas bagi menjamin pengeluaran makanan selamat dan sihat.
YB Exco, mohon. Terima kasih, Timbalan Speaker. Terima kasih kepada YB Exco, Dato' Zol. Ni ada dua persoalan saya, yang pertama apakah perancangan panjang Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kehilangan tanah pertanian akibat daripada pembangunan dan bagaimana memastikan zon pertanian ini terus kekal dan tidak ada penukaran guna tanah yang tidak terkawal dan kedua, soalannya. Apakah strategi yang berimpak tinggi yang sedang dirancang oleh Kerajaan bagi menarik minat belia dalam menyertai sektor pertanian moden dan bagaimanakah keberkesanan yang diukur dari sudut penambahan tenaga muda? Terima kasih.
Tak sempat YB dalam soalan lisan ye. Saya jawab dalam penggulungan ini. Yang pertama. Soalan tambahan soalan yang dikemukan oleh Yang Berhorma, sebenarnya Kerajaan Negeri mempunyai beberapa pelan jangka panjang bagi mengurangkan kehilangan tanah pertanian akibat tekanan pembangunan. Antara langkah utama yang sedang dan akan terus dilaksanakan ialah yang pertama pengukuhan penetapan Penguatkuasaan Zon Pertanian Kekal (ZPK). Kerajaan Negeri sedang memperluas, keluasan zon pertanian kekal serta mengkaji semula sempadannya bagi memastikan kawasan pengeluaran makanan strategik tidak terjejas oleh pembangunan yang lain. Mana-mana cadangan penukaran guna tanah dalam ZPK akan melalui tapisan ketat dan hanya dipertimbangkan sekiranya tidak menjejaskan keselamatan makanan negeri.
Yang kedua, perancangan guna tanah berasaskan data dan kajian impak. Kajian meteri anah pertanian sedang dipertingkatkan bagi memastikan maklumat yang berkaitan, kesesuaian tanah, produktiviti serta potensi masa depan dijadikan asas dalam kelulusan pembangunan. Ini termasuk penerapan teknologi GRS Pemetaan Digital bagaimana pasti kawasan yang kritikal untuk dipelihara. Yang ketiga, pemerkasaan Dasar Keselamatan Makanan Negeri. Kerajaan Negeri mengintegrasikan keperluan keselamatan makanan dan ke dalam proses perancangan fizikal dan pembangunan. Tanah pertanian bernilai tinggi terutamanya bagi tanaman makanan, industri ternakan dan perikanan darat akan diberikan keutamaan untuk dilindungi melalui dasar ini. Yang keempat, pendekatan balance development bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Setiap permohonan penukaran guna tanah akan melalui penilaian menyeluruh termasuk komponen impak sosial, ekonomi dan ekologi. Kerajaan Negeri juga memastikan sasaran pembangunan tidak mengorbankan tanah pertanian produktif dengan menggalakkan pembangunan bertingkat dan penumpuan pembangunan di kawasan grown field. Yang kelima, program pembangunan pertanian bernilai tinggi sebagai insentif pemindahan tanah dengan memperkenalkan projek industri makanan, teknologi pertanian moden (smart farming) dan agro tourism. Tanah pertanian akan menjadi lebih bernilai untuk dikekalkan berbanding ditukarkan kepada penggunaan yang lain. Yang keenam, penglibatan pemilik tanah dan komuniti. Kerajaan turut meningkatkan program libat urus dengan pemilik tanah bagi memastikan mereka memahami kepentingan mengekalkan tanah pertanian termasuk penyediaan insentif seperti sewaan tanah pertanian, geran kecil-kecilan serta sokongan teknikal kepada pengusaha yang berkaitan.
Untuk rancangan untuk menambah minat belia di sektor pertanian moden, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan beberapa strategik berimpak tinggi bagi menarik lebih ramai belia menceburi sektor pertanian moden. Di antaranya adalah pemodenan dan pendigitalan pertanian, memperkenalkan teknologi seperti IoT, automasi rumah hijau, dron, penggunaan data analitik dan sistem fertigasi pintar. Strategi ini menjadikan sektor pertanian lebih menarik, berteknologi tinggi dan berskala komersial selari dengan minat belia terhadap pekerjaan berasaskan teknologi. Program latihan berstruktur dan inkubasi usahawan belia, menyediakan latihan intensif melalui Pusat Latihan Agro Teknologi, Program Perantis Ladang Komuniti Moden dan Skim Inkubator Agropreneur Muda. Program ini bukan sahaja memberi pendekatan teknikal tetapi juga membantu belia membangunkan model-model perniagaan yang mampan, akses pembiayaan dan geran permulaan, menawarkan skim mikro kredit, geran permulaan dan pembiayaan mesin untuk mengurangkan halangan modal permulaan bagi belia yang ingin memulakan projek pertanian. Timbalan Yang di-Pertua, Jabatan Penerangan turut melaksanakan 487 kursus dan bengkel seperti MyGAP, pertanian organik dan pengurusan sisa ladang bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan tanah, air dan udara serta penggunaan baja dan racun secara terkawal.
Yang Berhormat Ayer Kuning turut mencadangkan agar Smart Agro Hub dikukuhkan sebagai pusat demonstrasi teknologi untuk membantu petani kecil serta menjadikan Ayer Kuning sebagai kawasan penanaman kopi. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan ini yang selaras dengan usaha mempercepatkan transformasi sektor agro makanan melalui teknologi moden, automasi dan inovasi. Ayer Kuning memiliki potensi untuk diteroka sebagai kawasan pembangunan industri kopi negeri. Pihak SADC telah pun melaksanakan inisiatif sokongan teknologi seperti pinjaman usahawan SADC tanpa faedah bagi pembelian mesin, jentera, dron dan sistem pertanian moden. Melalui dana pembangunan urusan padi 2022/2023, SADC turut menyokong pembelian dron semburan, jentera moden dan aksesori sokongan. Program Urban Farming juga digalakkan melalui penggunaan teknologi moden seperti fertigasi, hidroponik dan akuaponik bagi meningkatkan produktiviti petani kecil dan SSR negeri. Kerajaan Negeri kekal komited memperkukuhkan penggunaan teknologi dalam pertanian selain memastikan sektor ini terus menyumbang kepada ekonomi dan keselamatan makanan Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, Jabatan Pertanian Negeri Perak juga terus komited menyokong pembangunan teknologi moden bagi meningkatkan kapasiti dan daya saing petani. Semua kursus berkaitan diberikan secara percuma di empat Pusat Latihan Pembangunan Pertanian iaitu Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak dan juga Larut, Matang dan juga Selama. Sejak 2022 teknologi moden seperti Internet of Things (IoT) telah diperkenalkan melalui program pembangunan industri sayur- sayuran. Sebanyak 32 projek IoT telah dibangunkan termasuk 15 unit di bawah TKPM Lekir, Titi Gantung dan Degong yang kini berpotensi menjadi pusat rujukan teknologi pintar. Bagi industri kopi Perak, bagi mengukuhkan industri kopi, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian melaksanakan strategi komprehensif bagi melestarikan rantaian kopi serta melaksanakan promosi produk kopi tempatan. Pusat Pemprosesan Kopi Perak di Tapah yang pertama di negeri ini telah pun dibuka sebagai pemangkin keyakinan petani dan operator industri. Perak kini berpotensi muncul sebagai pengeluar utama kopi Liberica. Keluasan penanam kopi pada tahun 2025 ialah 29.41 satu hektar dan disasarkan meningkat kepada 50 hektar menjelang 2030. Kerajaan mengalu-alukan penyertaan lebih ramai petani dan usahawan tani dalam industri yang semakin berkembang ini.
Kerajaan Negeri melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menghargai cadangan untuk memperkukuhkan Smart Agro Hub sebagai pusat demonstrasi teknologi bagi membantu petani kecil mengadaptasi pertanian moden. Pelaksanaan program Akses Pendapatan Rakyat (IPR) oleh LPP juga membuktikan keberkesanan teknologi moden dalam meningkatkan pendapatan B40. Projek PPR Bukit Merah seluas 12 ekar dengan 28 ribu polybag dan 16 peserta disokong oleh peruntukan RM2.75 juta menunjukkan potensi besar teknologi fertigasi. Kerajaan Negeri bersetuju bahawa Smart Agro Hub merupakan langkah ke hadapan. Namun, memerlukan kajian kebolehlaksanaan bersama agensi seperti Perak SADC termasuk kos, modal operasi dan manfaat jangka panjang kepada petani. Cadangan ini dilihat seiring dengan usaha memperkukuhkan ekosistem pertanian moden negeri dan akan dinilai secara menyeluruh agar dapat disepadukan dalam strategi pembangunan agro makanan selaras dengan pelan Perak Sejahtera 2030.
Berkaitan Tabung Bencana Peladang, Yang Berhormat Kuala Kurau mencadangkan penubuhan Tabung Bencana Peladang bagi bantuan segera kepada peladang petani, penternak dan nelayan yang terjejas. Untuk makluman Yang Berhormat, tabung seumpama ini telah diwujudkan di peringkat persekutuan dengan peruntukan RM25 juta pada tahun 2025 bagi membantu golongan sasaran memulihkan aktiviti pertanian. Bantuan diberikan secara one-off dalam bentuk input atau barangan bukan pampasan. Kerajaan Negeri sedar bahawa golongan pengeluar makanan berhadapan risiko tinggi akibat bencana alam, tekanan ekonomi dan ketidaktentuan pasaran. Justeru itu, tabung ini melambangkan sokongan kerajaan kepada mereka sebagai tulang belakang sektor agro makanan. Pada masa kini, Kerajaan Negeri masih belum mempunyai mekanisme tabung bencana sendiri. Namun, cadangan ini akan dikaji secara mendalam dengan mengambil kira dasar sedia ada kemampuan kewangan dan keberkesanan pelaksanaan.
Timbalan Yang di-Pertua, isu jelapang padi dan pesawah. Yang Berhormat Titi Serong membangkitkan keperluan menyelaras pembayaran insenti pesawah bersama Kerajaan Persekutuan agar disegerakan. Kerajaan negeri amat menghargai keprihatinan terhadap kebajikan pesawah memandangkan insentif bukan sahaja membantu kewangan tetapi juga menjadi dorongan moral untuk meningkatkan pengeluaran padi. Beberapa insentif telah dilaksanakan melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) seperti Insentif Pembajakan Kepada Pesawah (IPKT), Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST) dan Bantuan Khas Padi BERNAS.
Bagi IPKP, musim penamaan…penanaman pertama 2025, RM100 per hektar telah dibayar kepada pembajak dan RM60 per hektar kepada pesawah. Pembayaran pembajak selesai pada Oktober 2025, manakala pembayaran kepada 17,041 ribu pesawah sedang disalurkan. BKST sebanyak RM600 per musim telah dibayar bagi tahun 2023 dan 2024, namun tiada peruntukan bagi tahun 2025. Bantuan khas padi benar bagi musim kedua 2024 berjumlah RM145.00 seorang kepada 15,863 penerima telah diselesaikan pada Oktober 2025. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan semua insentif disalurkan dengan tepat dan teratur. Ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan negeri menyokong pesawah memastikan mekanisma bantuan sentiasa dipertingkatkan serta menjamin kelangsungan sektor padi negeri.
Yang Berhormat Kubu Gajah menyentuh isu penurunan pengeluaran padi Perak daripada 281,000 tan metrik kepada 260,000 tan metrik serta punca kemerosotan tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat, angka ini merujuk kepada data 2024 dan penurunan tersebut memang berlaku akibat beberapa faktor utama yang menjejaskan keseluruhan hasil padi.
Pertama, serangan penyakit dan perosak seperti tikus, ulat pengorek batang, ulat gulung daun karah, bacterial panicle blight (BPB) dengan izin dan bacterial life blight (BLB) merupakan faktor terbesar menyebabkan penurunan hasil antara 6.7% dan hingga 8.8% di dalam jelapang dan sehingga 10.9% di luar jelapang. Kedua persaingan rumpai seperti padi angin, keladi agar dan sambau turut menjejaskan hasil padi melibatkan 15,319 hektar atau 20% kawasan bertanam. Pelbagai langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan termasuk kawalan perosak, pengurusan rumpai serta pemantauan tanah dan juga cuaca. Ketiga, cuaca tidak menentu terutama hujan berlebihan mengurangkan fotosintesis, menjejaskan pengisian bulir dan melambatkan penuaian. Perak Tengah dan Hilir Perak terjejas seluas 1,793 hektar dan 1,874 hektar. Keempat masalah tanah jerlus di Sungai Manik menyebabkan 150.8 hektar tidak dapat dituai pada tahun 2024. Di Kerian, isu ini telah ditangani melalui peruntukan RM12 juta bagi menaik taraf petak sawah di Kerian Laut.
Timbalan Yang di Pertua, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian dan Agensi KPKNE telah melaksanakan pelbagai program lapangan seperti Program Pengurusan Teknologi Tepat, peningkatan kesuburan tanah dan Pengurusan Perosak Bersepadu atau pun IPM. Pesawah turut dibimbing menggunakan teknologi moden melalui mekanisasi, automasi, kejuruteraan ekologi serta program rise check atau pun risk trace ability bagi membantu membuat keputusan berdasarkan standard Malaysia. Bagi tahun 2025, pengeluaran padi dijangka meningkat kepada 277,142 tan metrik hasil program peningkatan produktiviti, pemantapan pengurusan ladang dan tindakan bersepadu agensi yang berkaitan.
Yang Berhormat Selinsing turut menekankan keperluan memastikan bekalan makanan stabil walaupun hasil padi menurun dan kos sara hidup yang meningkat. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dan IADA Kerian sentiasa mengambil perhatian terhadap kos input yang meningkat, kesan cuaca ekstrem serta cabaran pesawah selaras dengan Pelan Perak Jangka 2030. Yang pertama insentif untuk pengurangan kos input bagi pesawah luar Jelapang termasuk naik taraf parit, pengapuran, perataan sawah serta bantuan baja dan juga racun. Kedua memastikan keluasan penanaman padi dikekalkan melalui pewartaan Kawasan Padi 2021 dan pembukaan tanah terbiar. Pada tahun 2025, seluas 12 hektar di Hulu Perak dibangunkan semula dengan bantuan RM100,000.00. Ketiga kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri, Persekutuan, sektor swasta dan institusi penyelidikan seperti LPP, MARDI, Bernas, PLAN Malaysia dan PTG bagi meningkatkan hasil tanaman. Prinsip ini memastikan pesawah mendapat akses teknologi moden, sokongan teknikal, pasaran kompetitif dan menyumbang kepada kestabilan makanan negeri.
Timbalan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu perikanan dan juga nelayan. Yang Berhormat Pantai Remis memohon peruntukan khas untuk membantu penternak ikan Manjung yang terjejas akibat bencana dan risiko terhadap bekalan akuakultur. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan telah memantau kesan banjir dan melaporkan data lengkap kepada KPKM untuk tindakan bantuan segera. Pihak persekutuan kini melaksanakan Tabung Bencana Pertanian (TBP) yang menyediakan bantuan inkind seperti peralatan ternakan, benih ikan, makanan, pam air dan alat pengudaraan bagi meringankan impak bencana. Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.14 juta…
Timbalan Yang di-Pertua,
Untuk pembangunan perikanan…
Yang Berhormat mohon celah.
Ya.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco tadi kata bagi melalui pihak perikanan dan juga jabatan berkaitan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang menghadapi kerugian. Saya mohon dengan bantuan ini, saluran dan juga cara tu lebih boleh tak kita lebih cepat dan info-info ini boleh terus bagi tahu kepada pihak berkenaan dan juga kepada Pusat Khidmat Adun di kawasan berkaitan? Terima kasih.
Terima kasih YB Pantai Remis. InsyaAllah pihak jabatan dan agensi yang berkaitan akan ambil tindakan yang sewajarnya seperti yang diberi pandangan atau pun cadangan daripada Yang Berhormat. Insha Allah. Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.14 juta untuk pembangunan perikanan termasuk RM0.97 juta khusus menyokong usahawan ternakan ikan. Namun, Kerajaan Negeri belum mempunyai mekanisme bantuan bencana sendiri. Cadangan peruntukan khas bagi penternakan ikan Manjung akan diteliti dari segi dasar, kewangan dan keberkesanan pelaksanaan. Banjir masih berterusan dan kerugian sebenar sedang disahkan. Manjung menyumbang 9.2% bersamaan dengan 7,056 tan metrik, pengeluaran akuakultur negeri sehingga 30 November 2025, dua pengusaha terjejas dengan kerugian RM2.2 juta. Angka dijangka meningkat. Jabatan Perikanan akan terus memantau situasi dan merangka strategi pemeliharaan…pemulihan bagi menjamin sekuriti makanan negeri.
Yang Berhormat Selinsing turut menekankan kekurangan infrastruktur jeti serta mencadangkan peningkatan bantuan pukat tiruan untuk nelayan tradisi. Kerajaan
Negeri menghargai perhatian terhadap isu ini kerana ia berkait dengan kelangsungan ekonomi komuniti nelayan. Infrastruktur Jeti Nelayan Laut berada di bawah LKIM. Manakala Jeti Nelayan Darat di bawah Jabatan Perikanan Negeri. Peruntukan negeri hanya mencukupi untuk struktur asas sebelum operasi diserahkan kepada komuniti setempat. Kemudahan tambahan seperti tandas dan bilik sejuk beku memerlukan peruntukan tambahan serta kelulusan tanah.
Isu pukat sorong dan bubu naga ditangani melalui penguatkuasaan. Pada tahun 2025, sebanyak 2 tangkapan rawa sorong dan 1,419 bubu naga dirampas. Buat masa ini tiada program kursus bantuan pukat bagi nelayan. Namun bantuan bencana melalui Tabung Bencana Pertanian merangkumi pukat, jaring bubu, sampan dan enjin bot bagi nelayan darat manakala bantuan harian laut melalui LKIM. Sebanyak tujuh jeti telah dibina naik taraf di Dun Selinsing antara 2009 hingga 2024, termasuk Jeti Sungai Petani, Kuala Gula dan Sungai Pinang. LKIM sedar kepentingan penyediaan tandas di jeti, namun kos bil bulanan perlu ditanggung komuniti nelayan kerana LKIM tidak mempunyai dana operasi tersebut.
Yang Berhormat Pengkalan Baharu turut membangkitkan isu risiko eksploitasi benih kerang di Panchor dan Jerung Emas. Berdasarkan SOP 2019, tapak ternakan kerang yang mengalami kejatuhan benih tiga tahun berturut-turut boleh diisytiharkan sebagai kawasan kejatuhan benih semula jadi dan lesen Sistem Kultur Laut (SKL) dibatalkan.
Titi Serong.
Ya…
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Exco, Timbalan Speaker. Saya kebetulan Yang Berhormat tengah menjawab berkaitan dengan nelayan. Jadi saya teringat satu beberapa isu yang berkait dengan nelayan dan juga pesawah ini. Untuk makluman Dewan sebahagian daripada pesawah-pesawah kita, para nelayan kita tidak mempunyai skim keselamatan diri. Mereka tak mencarum SOCSO dan dah pun terjadi dalam beberapa kes nelayan dan juga pesawah anak muda yang terlibat dengan kemalangan nyawa. Malangnya keluarga mereka itu yang menjadi isunya ialah persaraan yang tak ada dan sebagainya. Cuma saya nak bertanya adakah pihak kerajaan ada buat kempen-kempen di kalangan para nelayan dan juga pesawah ini untuk mereka turut mencarum SOCSO sejumlah tak silap saya tak sampai RM100 pun setahun.
Kalau tak ada saya cadangkanlah supaya digiatkan kempen ini di kalangan para pesawah dan juga para nelayan dan yang kedua Yang Berhormat, saya ada bangkitkan beberapa kali di kebetulan Yang Berhormat memegang pembangunan luar bandar dan saya ada bangkitkan beberapa kali di dalam Mesyuarat JKTD berkaitan dengan sebuah struktur jambatan yang digunakan oleh penduduk kampung yang kecil yang mana jambatan tersebut telah pun mengalami kerosakan pemegang besi semuanya dah reput dan saya hantar kepada JPS. Saya sangka itu JPS dan saya telah pun menerima makluman beberapa kali daripada pihak JPS mengatakan untuk naik taraf atau pun dan sebagainya berkaitan dengan struktur jambatan tersebut perlu diberi tanggungjawab kepada pihak PLB atau pun IADA. Jadi dah beberapa kali di antara pihak agensi pun bertolak-tolak jadi saya bangkitkan dalam Dewan ini supaya mungkin pihak Yang Berhormat boleh ambil tindakanlah supaya jangan takut berlaku apa-apa insidenlah. Baik terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat. Yang pertama berkaitan dengan SOCSO atau pun…Jadi memang kita galakkan nelayan, pesawah ke petani ke mengambil insurans. Ini sebenarnya untuk kebaikan untuk mereka sendiri secara sukarela. Walaubagaimana pun jabatan agensi akan ambil perhatian berkaitan dengan pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat. Berkaitan dengan jeti tu Yang Berhormat boleh terus kepada sayalah hantar cadangan dan permohonan kepada saya dan Insha Allah kita akan kemukakan kepada pihak yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah apa yang dihadapi. Terima kasih.
Berdasarkan SOP 2019, tapak ternakan kerang yang mengambil benih itu tiada peraturan hanya terpakai kepada tapak yang mempunyai status sah LPS, LMS atau rekod Buku Hijau. Setelah diisytiharkan sebagai Natural Space Hall Area permohonan permit mengutip benih dibuka kepada nelayan berlesen setempat termasuk bekas pemilik tapak SKR. Kerajaan Negeri menasihatkan semua penternak memastikan status tapak jelas dan berlesen dan mengingatkan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pencerobohan. Kerajaan Negeri menyeru semua pihak bekerjasama memastikan kelestarian industri ternakan kerang selaras dengan agenda keterjaminan makanan negeri.
Timbalan Yang di-Pertua, akhir sekali berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan hal ehwal orang asli. Yang Berhormat Chenderiang dan Behrang mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengutamakan pembangunan perumahan asli melalui pembinaan rumah baru dan baik pulih rumah sedia ada bagi memastikan kediaman yang selamat dan selesa. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak JAKOA sememangnya menyediakan peruntukan setiap tahun bagi pembinaan rumah baru serta kerja-kerja baik pulih rumah untuk masyarakat orang asli. Namun demikian jumlah peruntukan yang diterima adalah terhad dan tidak mampu menampung keseluruhan permohonan yang tinggi daripada masyarakat di seluruh negeri Perak yang melibatkan 258 buah kampung orang asli yang diiktiraf. Berdasarkan data pelaksanaan semasa bagi tahun 2025 peruntukan diagihkan kepada Daerah Batang Padang adalah sebanyak 2unit sahaja bagi kerja baik pulih manakala tiada peruntukan bagi pembinaan rumah baru.
Sehubungan itu JAKOA Daerah Batang Padang sedang menjalankan proses tapisan terhadap semua permohonan diterima dengan memberi keutamaan kepada kes yang paling mendesak high priority untuk dipertimbangkan bagi pelaksanaan kerja baik pulih tersebut. Kawasan yang telah diwartakan sebagai rizab orang asli merangkumi kawasan penempatan dan tanah pertanian orang asli di mana kawasan tersebut telah pun dibangunkan dengan rumah dan semua infrastruktur serta projek sosio-ekonomi. Kawasan rizab orang asli sedia ada sudah tidak lagi mampu menampung pertambahan jumlah rumah yang banyak untuk generasi baru kerana kawasan sedia ada yang sesuai untuk projek perumahan sudah terlalu padat. Faktor utama terhadap perkara ini adalah bentuk muka bumi kawasan penempatan orang asli yang berbukit serta berhampiran atau pun berada dalam hutan simpan. Oleh itu cadangan dari Yang Berhormat Dun Behrang boleh dipertimbangkan dengan pembukaan kawasan penempatan baru di dalam tanah Kerajaan Negeri atau tanah yang lain bersesuaian agar masyarakat orang asli generasi baru dapat menikmati kemudahan rumah yang lebih sistematik dan teratur.
Untuk makluman Yang Berhormat Behrang juga Chenderiang, saya telah mencadangkan dalam Mesyuarat MEXCLUB dan perkara ini telah dicadangkan dan syorkan kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk dijadikan pilot projek bagi projek PPK yang seperti yang dilaksanakan di kampung tradisional di luar bandar. Kalau ini dapat dilaksanakan oleh kementerian, kita dapat menyegera dan mempercepatkan pembinaan rumah yang lebih banyak dan khususnya kepada generasi muda iaitu di kalangan masyarakat orang asli.
Yang Berhormat Behrang turut menyentuh berkenaan peruntukan bagi kos pemasangan pendawaian elektrik di rumah orang asli dalam projek bekalan elektrik luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program PLB Bekalan Elektrik Luar Bandar, penyambungan bekalan elektrik adalah sehingga ke meter sahaja setakat hari ini. Semakan dengan Ibu pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mendapati bahawa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) sedang dalam proses mendapatkan kelulusan bagi pelaksanaan pendawaian dalaman di rumah masyarakat orang asli. Kerajaan negeri amat menekankan komitmen untuk memastikan setiap inisiatif bekalan elektrik luar bandar dapat dilaksanakan dengan baik demi meningkatkan kualiti kehidupan komuniti masyarakat orang asli. Kerjasama antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, agensi yang berkaitan dan komuniti setempat adalah penting bagi memastikan projek ini memberi manfaat maksimum kepada rakyat.
Yang Berhormat Pengkalan Hulu turut mendesak kerajaan agar menyegerakan pelaksanaan projek bekalan air luar bandar 2023 bagi penduduk Kampung Alai yang masih bergantung kepada air bukit. Untuk makluman Yang Berhormat Projek Bekalan Air Luar Bandar atau BALB sistem retikulasi negeri Perak pada tahun 2021 telah diluluskan di bawah Rolling Plan RP1 RMK-12 dengan kos asal sebanyak RM8 juta. Projek ini melibatkan enam kampung di daerah Hulu Perak iaitu Kampung Bongor, Kampung Pecah Batu, Kampung Plang, Kampung Alai, Kampung Pahit dan Kampung Kuak Hulu termasuk kampung-kampung rangkaian yang berkaitan. Hasil reka bentuk konsep yang disediakan oleh perunding menunjukkan bahawa kesemua kampung ini terletak di kawasan tinggi dan memerlukan rumah pam dan tangki agihan baru kerana air tidak dapat disalurkan secara graviti.
Setelah dikaji semula perunding telah menganggarkan bahawa projek ini memerlukan tambahan kos sebanyak RM8 juta menjadikan kos keseluruhan dianggarkan sekitar RM16 juta hingga ke RM18 juta. Sehubungan itu satu projek baru bagi pembinaan sistem BALB atau pun Bekalan Air Luar Bandar di daerah Hulu Perak telah diluluskan pada tahun 2024 dengan peruntukan berjumlah RM24 juta. Perunding baru telah dilantik oleh kementerian bagi penyediaan reka bentuk yang melibatkan jajaran paip retikulasi dari Kampung Jong ke Kampung Lalang, Kampung Pahit serta Kampung Alai dan kampung-kampung yang lain.
Pelaksanaan projek BALB ini bukan sahaja mengambil kira keperluan semasa tetapi juga pembangunan masa hadapan termasuk pertambahan rumah dan infrastruktur lain. Oleh kerana itu projek ini tidak dapat dilaksanakan serta merta memandangkan terdapat proses teknikal reka bentuk yang perlu diteliti, diperhalusi dan dimuktamadkan bersama Pihak Berkuasa Air Negeri iaitu Lembaga Air Perak. Pelaksanaan projek ini akan mengikut tatacara perolehan dan prosedur pelaksanaan projek yang ditetapkan oleh peringkat persekutuan. Bagi memastikan kelancaran projek perunding yang dilantik kini sedang bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak bagi penyediaan reka bentuk terperinci. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2031 dengan tempoh pesanan selama 96 bulan. Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan Negeri amat memahami keperluan mendesak penduduk Kampung Alai yang masih bergantung kepada air bukit. Kami sedar betapa sukarnya kehidupan harian tanpa bekalan air bersih yang mencukupi dan Kerajaan Negeri komited memastikan setiap rakyat tanpa mengira lokasi mempunyai akses kepada air bersih yang selamat dan juga berterusan.
Timbalan Yang di-Pertua, di akhir kalam penggulungan saya, saya menyeru dan mengajak kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam Dewan yang mulia ini untuk sama-sama kita menyokong sepenuh-penuhnya kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita dan berganding bahu bekerja dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan bertanggungjawab bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030 untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat. Akhir kata saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi jutaan penghargaan kepada semua Ahli Dewan yang telah memberikan pandangan dan cadangan dengan penuh harmoni serta penuh dengan sifat kematangan sebagai Ahli Dewan yang mulia.
Timbalan Yang di-Pertua, bagi isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya, saya akan mengambil perhatian dan tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab, Insha Allah pada kali ini kita akan menjawab secara bertulis. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Lintang menyokong. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat Lintang. Sekarang saya mempersilakan Yang Amat Berhormat Menteri Besar untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. (bacaan doa). Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, para pegawai, rakan-rakan media, para pemerhati, tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, pemilik segala aturan, penentu setiap ikhtiar yang mengizinkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Tahun Ketiga Dewan Negeri Kelima Belas berjalan dengan penuh teratur dan penuh tertib sekaligus menzahirkan wibawa institusi legislatif dalam membangunkan negeri.
Sudah menjadi kelaziman dalam perbahasan ada perkara-perkara yang kita berbeza pandangan dan juga berbeza jalur pemikiran. Namun dalam mengurus perbezaan pandangan, kita sentiasa dituntut untuk mengangkat adab dan kesantunan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 83 mengingatkan kita dan “ucapkanlah kepada manusia dengan perkataan yang baik”. Manakala Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga pernah menegaskan bahawa Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dalam semua perkara.
Dato' Seri Yang di-Pertua, Alhamdulillah perjalanan sesi perbahasan Belanjawan 2026 Negeri Perak yang telah bermula pada hari Rabu yang lalu berjalan dengan begitu baik. Walaupun sesekali ada hujah yang nadanya tinggi, ada perdebatan yang menghangatkan suasana, namun keseluruhannya ia masih dipandu oleh ketertiban bermusyawarah dipasakkan oleh adab dan juga hikmah. Begitulah kematangan kita di negeri Perak yang berhujah dengan suluh ilmu berbicara dengan tegas tapi penuh pertimbangan dan memutuskan dengan kewarasan agar maslahah negeri sama-sama dijadikan keutamaan. Moga-moga kematangan kita mendatangkan sebaik-baik manafaat kepada rakyat dan juga negeri.
Dalam hubungan itu, saya mengambil kesempatan dalam sesi penggulungan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat atas dokongan sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang yang rata-ratanya senada menyokong Belanjawan 2026 Perak yang telah saya bentangkan pada 25 November yang lalu. Saya dimaklumkan oleh urus setia Dun bahawa sebanyak 268 isu telah dibangkitkan di sepanjang sesi perbahasan dengan sebahagian besarnya sudah pun dijawab dan disentuh oleh rakan-rakan Yang Berhormat Exco dalam sesi penggulungan yang telah bermula semalam dan berakhir oleh Yang Berhormat Lintang, sebentar tadi.
Oleh itu, saya akan mengambil peluang ini untuk menggulung perbahasan yang menyentuh perkara-perkara berkaitan hal ehwal agama Islam, kewangan, keselamatan, tanah, sumber asli, perancangan ekonomi dan juga GLC. Pun begitu, saya memohon maaf sekiranya saya tidak sempat untuk memberi maklum balas satu persatu kepada perkara-perkara yang dibangkitkan. Walau bagaimanapun, setiap isu yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat terutamanya dalam hal-hal yang menyentuh maslahah rakyat secara langsung akan tetap diberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Begitu juga permasalahan atau isu yang boleh diselesaikan secara pentadbiran. Ada juga perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kerajaan Persekutuan yang Insha Allah akan diusahakan supaya dapat dipanjangkan dalam platform-platform yang bersesuaian.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, panjang teks perbahasan ini. Panjang teks penggulungan ini. Tapi sebelum saya membaca teks, saya nak menarik perhatian Dato' Seri Yang di-Pertua, diri saya sendiri, rakan-rakan sebelah kerajaan dan juga pembangkang bahawa Dewan ini dikatakan Dewan yang mulia, ini Dewan perundangan. Maksudnya kita tidak boleh berbahas dengan menggunakan perkara-perkara yang tidak benar. Maknanya kita tidak boleh berhujah dengan menggunakan perkara-perkara di luar fakta sebenar. Ini Dewan Undangan Negeri. Setiap keputusan yang kita buat dia menjadi undang-undang.
Sebab itu kita ada buku Perintah Tetap ini Dato' Seri Yang di-Pertua, Perkara 40(3)(a) menyebutkan bahawa seseorang Ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Dia masuk di sini dan jika degil juga 40(3)(b) pula menyebutkan jika mana-mana Ahli melanggar peruntukkan perenggan (a) yang saya bacakan tadi, bolehlah seseorang Ahli lain dengan persetujuan Pengerusi mencadangkan satu usul yang tidak dikehendaki dikeluarkan pemberitahuan terlebih dahulu untuk merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri untuk pertimbangannya dan melaporkan semula kepada Dewan Undangan Negeri cadangan itu.
Buku ini mengikat kita sebab ini Dewan perundangan bukan dewan orang ramai, bukan pasar malam, bukan pekan sehari, bukan pentas ceramah. Saya minta maaf Dato' Seri Yang di-Pertua, saya enam penggal di sini, saya belajar banyak. Buku ini pun dah bertukar. Saya nak sebutkan apa, walaupun saya ucap terima kasih kita berbahas dengan baik, tapi kesan ada beberapa orang penghujah yang memberi fakta yang salah, berbohong berbaur fitnah, tanpa niat untuk mencederakan sesiapa. Contoh. Saya ada hansard yang saya baca. Sebagai ketua kerajaan nak gulung akhir, saya tak boleh semborono. Saya baca hansard sebelah malam, siang saya tengok video rakaman untuk mempastikan saya tidak tergelincir daripada menggulung perkara yang benar.
Contoh, minta maaf Dato' Yang di-Pertua.Yang Berhormat adik saya, Adun Kenering. Yang Berhormat bercakap dan viral dalam media sosial sekarang mengatakan bahawa ada satu projek PPRT di Kampung Tawai, Gerik dalam kawasan Dun Kenering yang katanya telahpun mendapat kelulusan RM50 juta tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada bantahan orang kampung dan Ahli Parlimen Lenggong juga turut membantah. Tuan Yang di-Pertua, Kampung Tawai tu di Gerik, dalam kawasan Parlimen Lenggong. Saya ni Ketua UMNO Bahagian Lenggong. Saya tak akan biarkan perkara itu berlaku sebab itu saya rujuk saya telefon D.O. saya cari maklumat benar. Saya telefon Dato’ Seri Shamsul, saya telefon orang Tawai. Adakah dakwaan dibuat oleh Adun Kenering ini benar? Tidak benar. Kerana pertama namanya bukan projek PPRT Yang Berhormat, namanya PPK (Program Pembangunan Kawasan). Jauhkan beza PPRT dengan PPK.
Peruntukan daripada KKDW belum pun diluluskan. Pejabat Daerah baru hantar cadangan permohonan kepada UPEN untuk masuk dalam Rolling Plan 1 RMK13 baru masuk, belum lulus. Memang betul ada bantahan orang Kampung Tawai sebab tempat itu sudah pun ada cadangan nak dibuat RPT. Rancangan Perkampungan Tersusun. Pentadbiran daerah mengambil kira bantahan itu, maka nak diubah tempat lain, bukan dibatal dan ahli Parlimen tidak membantah sama sekali. Tapi dalam ucapan ini dalam hansard ini, kalau saya menipu mana-mana Ahli Yang Berhormat boleh bangun untuk menyanggah saya.
Saya baca hansard ini, Dato’ Seri Speaker, Kenering menyebutkan isu yang saya ingin bangkitkan ialah isu perumahan rakyat termiskin PPRT. It is wrong PPK. Yang dicadangkan akan dibina di Kampung Tawai dalam Dun Kenering di atas tanah milik Kerajaan Negeri yang dirancang oleh Bahagian Pembangunan, Pejabat Tanah dan Daerah Gerik yang telah mendapat kelulusan sebanyak RM50 juta. It is wrong. Belum lulus lagi, baru mohon, saya sambung lagi. Saya turut hadir dalam program lawatan tapak tersebut bersama pegawai-pegawai pejabat tanah dan wakil kementerian. Namun, projek ini gagal untuk dilaksanakan dengan sebab bantahan daripada beberapa penduduk Kampung Tawai itu sendiri. Malahan termasuk Ahli Parlimen Lenggong itu sendiri adalah satu kerugian yang amat besar kepada penduduk Lenggong khususnya penduduk Dun Kenering, khususnya juga kepada penduduk persekitaran Kampung Tawai di mana perancangan ini adalah untuk membangunkan 50 buah unit rumah PPRT. Dah ada dah kampong PPRT di Tawai tu, dah ada dah. Ada padang, ada padang permainan ada dewan ada surau tetapi telah digagalkan dengan sebab bantahan daripada Ahli Parlimennya sendiri. Dua kali dah sebut ni. Seolah-olah tidak ada perbincangan persefahaman antara pentadbiran daerah yang mewakili Kerajaan Negeri dengan Ahli Parlimennya sendiri. Amat malang bagi penduduk sekitar Dun Kenering. Saya simpati dengan peristiwa tersebut.
Dato’ Seri Yang di-Pertua kalau bukan fitnah, ahli-ahli Bahasa, pakar-pakar bahasa kalau bukan fitnah apa? Minta maaf saya cikgu, saya dilatih Batu Kurau. Kita ini kalau boleh jadi wakil rakyat di dunia masuk syurga di akhirat. Bukan jadi wakil rakyat di dunia masuk neraka di akhirat tak mahu tak mahu tak nak kita jadi wakil rakyat dengan cara buat fitnah, hebah pun dah tak betul masuk neraka di akhirat. Minta maaf, saya bukan pendakwah. Saya bukan seorang ulama tapi saya belajar. Nak masuk syurga dengan rahmat Allah Subhanahuwataala. “Barang siapa di atas Siratul Mustaqim nanti timbangan pahalanya lebih banyak daripada dosanya, maka Allah persilakan masuk syurgaNya dengan rahmat Allah”. Lebihkan pahala kurangkan dosa. Saya tak pernah jumpa dalam mana-mana ajaran Islam berbohong dan buat fitnah itu satu pahala. No.
Dalam Quran disebut surah Al Baqarah ayat 217. ‘Ingatlah bahawa membuat fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh. Dosanya lebih besar daripada membunuh. Barangsiapa dosanya lebih besar tempatnya di neraka bukan di dalam syurga’. Kalau tak percaya carilah hadis pula yang mengatakan barang siapa yang tidak masuk syurga, orang-orang yang membuat fitnah. Minta maaf saya bukan pendakwah, saya bukan ulama besar, saya cuma nak tegur adik saya ni umur sebaya dengan adik saya ni, YB ni. Tapi saya nak bagi tahu YB sebut diviralkan merata orang telefon saya. Is it true? Adakah benar hujah Adun Kenering mengatakan bahawa sebuah program PPRT digagalkan oleh kerana bantahan daripada Ahli Parlimen Lenggong itu sendiri. Tiga kali. Tiga kali YB Kenering sebut. Kalau bukan fitnah, apakah istilah yang paling baik nak saya sebutkan?
Dato’ Seri Yang Di-Pertua, saya tak tertariklah untuk menggunakan 40(3)(b) untuk buat usul penggantungan. Tak ada makna kalau gantung enam bulan tiap-tiap hari buat fitnah. Habislah. Cuma sekadar nak ingatkan untuk diri saya, rakan-rakan saya kerajaan dan pembangkang. Yes, kita boleh berbeza pendapat, kita boleh berbeza pandangan, kita boleh mengkritik tetapi jangan berbohong, jangan berdusta, jangan buat benda salah, jangan buat fitnah. Sila Yang Berhormat.
Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua atas dan Yang Amat Berhormat Menteri Besar di atas laluan kepada saya. Saya mohon maaf jika segala fakta-fakta yang tersebut itu bersalahan dengan apa yang yang sebenarnya. Ya, saya akur dengan apa-apa jawapan yang telah diberikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Terima kasih.
Minta maaflah saya, orang tua bukan nak mengajar hanya mengingatkan kalau boleh semua kita jadi YB di dunia masuk syurga di akhirat. Insha Allah. Yang kedua Dato’ Seri Speaker, minta maaf suara tinggi tak marah, hati baik. Sahabat saya Kuala Sepetang. Minta maaf sekali lagi saya dididik “lainsyakar tum la azidanakum, wa la'ing kafartum inna ‘adzâbî lasyadîd". Saya miskin saya bukan orang kaya. Kami dilatih supaya sentiasa bersyukur di atas nikmat Allah walaupun dapat sekupang. Barang siapa dalam Dewan ini ada RM999,999,90 sen tak cukup sekupang. Orang tak panggil jutawan. Orang panggil orang kurang sekupang jutawan. How to Get. Macamana nak jadi jutawan, dia ambik duit sekupang baru jadi sejuta. Maknanya Dato’ Seri Speaker, RM1 pun rezeki, RM50 pun rezeki, sekupang pun rezeki, lima duit pun rezeki. So, jangan kita pertikaikan. Ucapan Yang Berhormat Kuala Sepetang minta maaf dengan niat atau tidak tapi saya baca. Saya bimbang kalau ucapan itu diikuti diakui oleh rakyat Perak, kita tidak bersyukur di atas nikmat Allah ‘wallah in Kharfartoum” barang siapa kufur nikmat ku amaran Allah “innaa adzabi lasyadid” sesungguhnya azabku amatlah pedih.
Dato’ Seri Speaker saya masuk Dewan Negeri Perak Tahun 1999, Yang Amat Berhormat Menteri Besar waktu itu, duduk di meja ini membentangkan bajet RM700 juta. Tak ada pusat khidmat dibayar, elaun YB RM4,000 YB Kepayang, ni orang yang sama masuk dengan saya. Yes RM4,000. Peruntukan untuk YB-YB dulu peruntukan RM75 ribu setahun. Sekarang berapa, Ahli Yang Berhormat, elaun RM11,000 berbeza dengan RM4,000, RM7,000 kenaikan itu maksud ayat tadi. Syukur dengan nikmat Allah daripada RM700 juta kepada RM1.6 bilion, ini rahmat, ini nikmat jangan kita pertikai dan berdebat ini Yang Berhormat Alor Pongsu. Jangan kita bandingkanlah dengan negeri lain. Yang Berhormat nak bandingkan pelaburan Perak dengan negeri Kedah, Pulau Pinang sebagainya.
Mengapa Yang Berhormat tak bandingkan pembentangan belanjawan kita, negeri yang kononnya ada berbilion-bilion ringgit pelaburan, berapa dia bentangkan bajet dia? Yang Berhormat, berapa dia bagi duit BKK kepada rakyat dia? Yes, pelaburan lebih tinggi daripada kita. Itu rezeki dia, buat apa kita nak berdengki dengan dia. Mengapa nak kita bandingkan dengan negeri kita yang pelaburan RM11.7 juta? Mengapa kita tak sebut Alhamdulillah? Walaupun pelaburan kita RM11.7 juta berbanding dengan negeri lain, RM48 juta dan sebagainya. Mengapa tak sebut? Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Kerajaan Negeri Perak dapat surplus 3, 4 tahun berturut-turut. Mengapa tak sebut alhamdulillah sekurang kurangnya kita dapat bentang RM1.61 billion berbanding dengan negeri yang berkenaan? Bentang lebih rendah daripada kita. Mengapa tak sebut sekurang-kurangnya kerajaan bagi RM10,000 sebulan kepada YB-YB pusat khidmat. Sebuah negeri Y, D Pantai Timur tak bagi, tak bagi. Sebuah negeri X di utara bagi RM2 ribu sebulan untuk pembangkang. So…
Minta laluan. Terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan Terima Kasih Dato Seri Speaker. Saya pun tak faham apabila nama saya disebut Kuala Sepetang, Saya rasa saya tak tahu ialah tak apalah. Terima kasihlah sebab sebut nama tu. Sebab kita sama-sama cikgu. Saya juga dididik sebagai seorang pendidik dan sama juga Kota Tampan juga berasal daripada seorang guru dan bagi saya di dalam perbahasan ini antara pembangkang dan juga kerajaan sudah menjadi perkara biasa di dalam pandangan yang berbeza.
Jadi kalau saya tak tahu di mana salah saya. Tapi walaubagaimanapun, Itu pandangan saya dan saya rasa Kota Tampan juga ada pandangan dan bagi saya kita raikan pandangan ini dan kita cuba cari titik persamaan bukan titik perbezaan. Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker, saya cuma merujuk kepada hansard ini, Yang Berhormat Kuala Sepetang sebut. Soalan saya berapa lama lagikah kita mahu berselindung di sebalik istilah pelaburan masa depan? Saya check teks ucapan ini. Saya baca teks ucapan ini. Saya karang teks ucapan ini bersama dengan pegawai. Tak ada satu perkataan pun saya guna pelaburan masa depan. Jadi Yang Berhormat bercakap bukan fakta, di luar konteks menjadikan saya keliru, Bila Yang Berhormat sebut tentang bagaimana yang kita buat ini akhirnya tidak memberikan apa-apa. Saya nak baca Yang Berhormat ya. Gambaran indah dalam ucapan, itu perli sayalah? Tak apalah, MB kena perli perkara biasa, dan gambaran indah dalam ucapan, tetapi realitinya begitu getir di peringkat bawahan. Point saya yang pertama, Dato’ Seri Yang di-Pertua, Belanjawan RM1.61 bilion tetapi kesejahteraan rakyat masih tertinggal. Eh, saya baca buku ni balik semula dua tiga muka surat. Bercakap tentang Jabatan Kebajikan Masyarakat yang saya tambah RM6 juta, penerimanya bertambah ramai. Duit banjir kita tambah. Eh, itu bukan sejahtera kah. Kalau itu bukan kesejahteraan rakyat, apa dia? Tetapi kesihatan rakyat masih tertinggal.
Dato’ Yang di-Pertua, Ya, kerajaan mempersembahkan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri kita RM1.61 bilion tetapi persoalan asasnya yang rakyat tanya tetap sama. Apa yang lebih besar, angka belanjawan ataupun masalah rakyat? Eh, takkanlah saya tak tahulah kalau Yang Berhormat semua tak baca text ini. Panjang cerita, kisah kesejahteraan rakyat ni, panjang.
Sebab itu minta maaf Dato' Seri Speaker, minum lagi, minta maaf. Saya tak marah cikgu Mat. Dont worry. Cuma saya sebutkan, Lain syakartum ( لَئِن شَكَر تُم). Batu Kurau, kalau saya silap betulkan saya. Lain syakartum" ( لَئِن شَكَر تُم) Barang siapa yang bersyukur di atas nikmat ku, dia janji. la\'aziidannakum َلَ َزِ يدَنَّكُم dan Dia janji dia kembali lagi rahmat tu. Eh janganlah kita complain bab ni. Janganlah, mengapa tak, kita balik nanti bagi tau, walaupun belanja yang dibuat oleh Kota Tampan itu RM1.61 billion walaupun pelaburan yang datang ke Perak ini kurang daripada negeri X di hujung. Tapi Alhamdulillah, YB pun dapat 2 bulan BKK pusat khidmat, dalam dunia ni negeri mana yang bagi Yang Berhormat, dalam dunia ni negeri mana yang bagi macam Perak bagi. Tu saya sebutkan tadi. Janganlah ada وَ لَئِن كَفَر تُم walainkafartum. Barang siapa kufur nikmat. Sebab amaran itu jelas َّإِن عَذَابِى لَشَدِيد ina azabila sa'adi sesungguhnya azab aku amat pedih. Kalau rakyat semua tak nak bersyukur dapat 2 bulan gaji pun, argh mengapa tak 3, eh, eh, eh sekupang pun aku bagi lah tau. Apatah lagi dua bulan gaji. Jangan, jangan merungut sebab ini janji Allah dalam Al Quran. Jangan kufur nikmat.
Itu sahaja nak sebutkan, supaya kita tidak terjerumus dalam ini. Rakyat di luar sana kena faham kita ada kekangan. Yang Berhormat sahabat saya, Kuala Sepetang selalu bercakap tentang surplus dengan defisit. Yang Berhormat, perkara ini mudah sahaja. Kita nak buat kenduri kahwinkan anak, kita telah di bajetkan kita perlu RM100,000, duit ada RM90,000, maka bajet kenduri itu defisit RM10,000. Tapi pada hari kenduri, ramai orang datang, bawa envelope, pakat bagi duit RM5, RM6 masuk poket Yang Berhormat. Hujung kenduri tu bilang-bilang dapat RM105,000, maka bajet itu jadi surplus RM5,000 tu saja. Saya mintak tolong minta maaf saya di sini lama, Yang Berhormat sekalian, cerita bab surplus-defisit ni, sekali saya sebutkan terima kasih pegawai kewangan. Terima kasih rakan-rakan penjawat awam yang bekerja keras. Tahun ini, Insha Allah. Insha Allah sebab semalam, semalam kita dapat lagi rezeki datang kepada kita. TNB mari hantar duit kepada kita. FELCRA hantar duit kepada kita. PLUS hantar duit kepada kita RM60 ke RM70 juta. RM70 juta. Tu. So, doa. Ketua-ketua jabatan semua DO-DO, terima kasih banyak. I Love You All.
Satu lagi Dato’ Seri Yang di-Pertua. Rakan saya adik saya di Pengkalan Hulu. Macam manalah Yang Berhormat Pengkalan Hulu boleh bertanya dan berhujah ketiadaan peruntukan khusus bagi penyelenggaraan dan naik taraf Sekolah Agama Rakyat. Uish, terkejut saya rasa sangat berdosa kalau saya gagal untuk melunaskan peruntukan itu. Saya dah sebut banyak kali. Tak apalah Yang Berhormat nihaa nak baca kot Yang Berhormat kata saya tipu ni viral sat gi ni. Orang Pengkalan Hulu dengar ni ni ni. YB tulis di sini baca di sini terima kasih Dato’ Seri di-Pertua, namun persoalan yang Pengkalan Hulu ingin bangkitkan berkenaan ketiadaan peruntukan khusus yang diberikan untuk pembangunan dan penyelenggaraan sekolah Rendah Agama Rakyat (SRA). Pegawai saya menyediakan sebuku ni. Ni budak saya baca besok tak abis. Saya bacalah sikit-sikit supaya menjadi bukti. Saya pun nak masuk dalam hansard juga nak masuk dalam video juga. Orang pun nak tengok juga saya cakap macam mana. Contoh yang Yang Berhormat Pengkalan Hulu, Madrasah Tarbiah Islamiah Kenayat Gerik RM100 ribu, Maahad Tahfiz Pondok Air Jernih RM10 ribu, Sekolah Rendah Agama Rakyat Ar-Rahmaniah RM700 ribu…RM700 ribu. Sekolah Rendah SR Sekolah Rendah Agama Rakyat Madrasah Nurul Kamaliah Al Islamiah RM996,700.00. Eh panjang Speaker panjang. But please. Pengkalan Hulu? Berjuta ni macam mana Pengkalan Hulu boleh tak tahu cerita ni. Yang Berhormat Pengkalan Hulu ada sebut tu ada sekolah di Pengkalan Hulu tak dapat, tak mohon, tak mohon tak bagi lah. Kalau mohon kita bagi Tuan Speaker,
Minta maaf Ketua Pembangkang kena sebut jugalah sebab awal-awal sekali dia bergurau tapi bergurau tu telah menyebabkan luka hati. CEO PKNP kerana Yang Berhormat sebut bahawa PKNP tak bentang penyata kewangan. Yang Berhormat Gunong Semanggol. Penyata Kewangan bagi tahun 2020 hingga 2022 telah dibentangkan tahun lepas. Tahun lepas Yang Berhormat tak baca ke? tahun lepas. Manakala bagi penyata kewangan tahun 2023 dan 2024, PKNP telah menerima penyata kewangan beraudit bersama Sijil Ketua Audit Negara masing-masing pada 20 Februari 2025 dan 10 November 2025 dan mereka telah dapat 5 kali berturut turut Sijil Bersih. Bukan nak kata sahabat saya adik-beradik, keluarga tapi nak cakap yang tadi Dewan ini bukan kedai kopi, Dewan ini bukan pasar malam, Dewan ini bukan pentas ceramah, dewan ini dewan perundangan. What ever you say say here menjadi undang-undang. Please so, siapa-siapa termasuk diri saya sendiri. Sebab tu sebelum saya datang saya baca handset, saya tengok video nak pastikan saya tidak berbohong dalam Dewan yang mulia ini sebab dia menjadi undang-undang. Minta maaflah Speaker kalau saya terkasar bahasa. Baru sampai masa nak membaca teks ucapan…
Sikit Dato' Seri Speaker. Terima kasih sahabat saya cuma nak betulkan sikit fakta yang dibangkitkan oleh Dato' Seri tadi melalui Surat Dewan yang lepas kita hanya menerima sehingga tahun 2002. Memang betul 2002…2003…2022…2023…22…2023 dengan 2024. Walaupun saya dah berjumpa dan telah memberi jawapan kepada saya. Penyata kewangan itu ada tetapi tidak dikemukakan dalam Dewan. Kita tak dapat. Saya bercakap berdasarkan kepada Surat Dewan yang kita terima. Kita tak terima penyata kewangan 2023 dan 2024 di mana mengikut enakmen itu 6 bulan selepas daripada penutupan akaun mesti dibuat dan sepatutnya 2023, 2024 hari tu kita dah dapat dan 2024 ni patut masuk Dewan ini kita dah dapat. Tapi saya tak terima sebab tu bertanya dalam Dewan ini iaitu saya nak menjelaskan ok.
Penjelasan diterima.
Hah…
Penjelasan diterima.
Sebab saya ni berasaskan kepada hansard. Saya pun tengok tadi pukul 10.30 tadi saya pi tengok video ayat itu menyebutkan bahawa minta maaf Yang Berhormat saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Kota Tampan saya lah tu kan tu saya jawab. Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan mohon kepada Dewan Yang Berhormat Kota Tampan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah PKNP menjelaskan satu agensi yang paling penting kenapa sudah 2 dua tahun PKNP tidak mengeluarkan penyata kewangan 2 years. Cakap bahasa orang putih tu tak ada penyata kewangan. Ya, tak tahulah kalau saya miss yang last ingat pada tahun 2022. Tahun lepas tak bentang jadi Yang Berhormat terlepas tahun lepas tu 2022, penyata 2022 tu dibentang tahun lepas tu maksudnya Yang Berhormat. Tapi kalau salah faham tak apalah. Yang mungkin nak kena bentang dan PKNP pun dia ada kekangan sebab dia ada listed company, listed company ni ada aturan-aturan SC dia yang perlu dipatuhi sebelum dia membentang. Cantuman dan gabungan seluruh itu anak-anak syarikat yang listed atau tak listed itu hendaklah dicantumkan untuk menjadi buku pelaporan yang dibentangkan dalam dewan ini. Itulah saja penjelasan saya, terima kasih Yang Berhormat Semanggol. Jangan marah nanti darah tinggi. Hulu Kinta ada tak? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kota Tampan. Cuma sedikitlah pencerahan. Saya ini bukan nak berlawan dan…dan mood saya dalam perbahasan pun bukanlah mood untuk merendahkan siapa-siapa. Cuma pencerahan sikitlah, sebenarnya saya yang saya bangkitkan itu bukanlah peruntukan khas yang yang Yang Amat Berhormat turunkan kepada sekolah-sekolah agama rakyat. Sebaliknya, peruntukan kepada seluruh Sekolah Agama Rakyat di dalam buku Belanjawan. Kalau ikut kepada saya punya perbahasan, saya menyebut angka-angka bermula daripada 2024, 2025. 2024, 7.2, 2025, 69 dua tahun berturut-turut. Ini peruntukan-peruntukan ini yang saya persoalkan bukan peruntukan yang diberikan terus oleh Yang Amat Berhormat oleh Pejabat Yang Berhormat. Memang saya akui Dun saya ada terima dua tahun lepas, dua buah sekolah terima di bawah peruntukan Dun Pembangkang. Yang Amat Berhormat sebut tadi, RM20 ribu untuk Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Agama Kampung Air
Panas dan juga RM20 ribu untuk sekolah rendah di Kampung Pelang. Itu peruntukan khusus Yang Amat Berhormat masukkan tadi. Cuma yang saya masukkan tu peruntukan yang dimaksud dalam buku belanjawan. Itu je, itu saya nak bagi pencerahan kepada Yang Amat Berhormat. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Terima kasih peruntukan-peruntukan itu termasuk dalam peruntukan RM5 juta untuk membaik pulih institusi pendidikan Islam. Dia tak ada tajuk khusus Sekolah Agama Rakyat. Yang Berhormat, takde tajuk itu tapi di bawah RM5 juta peruntukan membaik pulih dan menaik taraf institusi pendidikan islam. Ok baik dah. Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua, berapa lama. boleh jalan ke? Saya nak menyentuh dan memberi maklum balas kepada segala permintaan, segala rintihan, segala ucapan, hujah-hujah yang telah disampaikan dalam berbagai tajuk. Walaupun sepatutnya dalam ruang ini, kita berbahas berkaitan dengan kewangan sebab dia bajet. Tapi ramai orang sentuh merata habih cerita benda tu antara langit dengan bumi. Saya kena bagi keutamaan dulu kepada kepada yang berkaitan dengan kewangan. Tuan…tuan. Tak apalah.
Baik Yang Berhormat Pasir Pinji memohon supaya peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditambah agar tumpuan khusus juga boleh diberi kepada kebajikan golongan memerlukan termasuk warga emas. Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan bagi JKM sememangnya menyaksikan pertambahan saban tahun. Bantuan Am JKM misalnya, dinaikkan dua tahun berturut-turut pada tahun 2023 dan 2024. Daripada hanya RM300.00 sebulan sebelum ini kepada RM500.00 sebulan. Memahami himpitan yang dirasai golongan memerlukan susulan situasi ekonomi yang kian mencabar, Kerajaan Negeri menambah lagi peruntukan kepada JKM pada tahun hadapan iaitu RM37 juta berbanding hanya RM31 juta pada tahun 2025. Ini membolehkan kebajikan golongan memerlukan termasuk warga emas diberi perhatian sewajarnya. Dana ini melengkapi bantuan warga emas iaitu BWE yang sedia ada daripada Kerajaan Persekutuan yang diselaras oleh JKM. kadar BWE ini juga telah ditingkatkan daripada RM300.00 sebelum ini kepada RM600.00 pada tahun 2025.
Yang Berhormat Sungai Manik pula melontarkan persoalan mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan pendapatan melalui kutipan hasil khususnya bagi tanah tanah berstatus pertanian tetapi dibangunkan dengan bangunan kediaman dengan mengubah syarat nyata tanah iaitu pertanian kepada kediaman. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan prosedur semasa mana-mana pembangunan bagi tujuan skim perumahan di atas tanah berstatus pertanian hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Proses kelulusan ini melibatkan rujukan pelan perancangan kepada jabatan-jabatan teknikal melalui Unit pusat setempat atau OSC di setiap PBT di mana pembangunan tersebut juga hendaklah selaras dengan zoning kawasan di dalam rancangan tempatan serta mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan. Setelah permohonan bagi maksud pembangunan skim perumahan ini mendapat kelulusan PBT…PBN, sorry Pihak Berkuasa Negeri, bayaran premium tanah mengikut nilaian semasa serta cukai tanah tahun pertama akan dikenakan pada mana-mana pemaju yang berkenaan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Kaedah Tanah Perak yang mana bayaran bagi kedua-dua perkara ini akan menjadi hasil kepada kerajaan negeri.
Kerajaan Negeri juga turut akan memperoleh hasil secara konsisten melalui cukai tanah berulang bagi lot-lot kediaman yang dibangunkan di atas tanah tersebut yang akan disandarkan kepada syarat nyata kediaman bagi skim perumahan yang dibangunkan. Berbeza pula dengan keadaan di mana hak milik yang diwarisi melalui pelaksanaan pusaka dan perkongsian yang pada asalnya status tanah-tanah tersebut adalah merupakan kategori pertanian dengan syarat nyata yang berorientasikan aktiviti penanaman. Di dalam situasi ini walaupun terdapat struktur bangunan kediaman di atas tanah di atas hak milik tersebut, status tanah berkenaan kekal sebagai tanah pertanian apabila perintah pusaka didaftarkan di atas hak milik secara perkongsian syer dan kemudian ditamatkan kepada pemilikan individu. Ini selaras dengan seksyen 115, Kanun Tanah Negara Akta 88 yang membenarkan pembinaan kediaman di atas tanah pertanian. Pemilik tanah boleh mendirikan sebuah rumah untuk kegunaan sendiri secara sah.
Namun, ianya adalah tertakluk dengan syarat binaan kediaman tidak melebihi 1/5 daripada kawasan keseluruhan tanah tersebut atau pun 2 hektar mengikut mana yang lebih kecil. Bagi tujuan penyelarasan dengan keadaan semasa di atas tanah yang boleh diklafikasikan sebagai pelanggaran syarat nyata hak milik. Permohonan untuk tukar syarat tanah hendaklah dikemukakan oleh pemilik tanah kepada pentadbir tanah di daerah yang berkaitan. Permohonan ini akan membolehkan peningkatan hasil negeri melalui kutipan premium tanah dan penggubahan kategori serta syarat-syarat nyata tanah termasuklah pengenaan cukai tahunan yang lebih tinggi mengikut usaha sebenar di atas tapak. Pendekatan ini perlulah dilaksanakan seiring dengan tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 129 Kanun Tanah Negara, Akta 828. Secara keseluruhannya, tindakan bersepadu di bawah semua kaedah yang terpakai di bawah KTN ini berupaya meningkatkan pendapatan hasil negeri Perak Darul Ridzuan.
Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kamunting pula bertanya apakah langkah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan jumlah akaun belum terima (ABT) seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Ketua Audit Negara yang dilaporkan melonjak daripada RM187.74 juta pada tahun 2023 kepada RM380.7 juta pada tahun 2024. Untuk makluman Yang Berhormat, lonjakan itu berpunca oleh tunggakan caj air laut, tiga syarikat janakuasa di daerah Manjung. Ini adalah susulan daripada caj air mentah selaras dengan kadar 11 sen atau pun RM0.11 setiap meter padu seperti termaktub dalam peraturan sedia ada. Bagi menangani isu ini. Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kewangan, UPEN, Pejabat Penasihat Undang-Undang, Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah Manjung telah melaksanakan tindakan mengeluarkan notis peringatan mengadakan sesi libat urus bersama syarikat menyediakan kemudahan bayaran ansuran serta menawarkan pengurangan caj bersyarat.
Selain itu, terdapat juga akaun belum terima yang melibatkan hasil cukai tanah merangkumi tunggakan cukai serta tunggakan denda di bawah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian. Pelbagai usaha kutipan telah digerakkan seperti pembukaan kaunter luar setiap minggu, pelaksanaan operasi Visit and Pay serta tindakan penguatkuasaan melalui notis 6A dan 8A. Kemudahan bayaran ansuran melalui akaun deposit tunggakan cukai tanah turut disediakan kepada pemilik yang menghadapi kekangan kewangan. Kerajaan negeri juga mengambil langkah tegas dengan mengsyorkan agar pemilik tanah mengembalikan tanah yang mempunyai liabiliti tunggakan dan yang tidak berkemampuan untuk dibangunkan supaya diserahkan semula kepada Kerajaan Negeri. Ini termasuk tanah yang dikurniakan bagi tujuan penyelesaian dan pemutihan pendudukan peneroka namun tidak dilaksanakan. Kerajaan Negeri juga menyarankan agar tanah- tanah tersebut dilepaskan supaya urusan pemutihan dapat dilaksanakan oleh pentadbir tanah melalui pengeluaran lesen menduduki sementara dan pajakan tanah rizab di bawah seksyen 63, Kanun Tanah Negara. Baki tunggakan yang masih belum dijelaskan turut dipohon agar dapat diselesaikan oleh pemilik tanah tanpa kompromi bagi memastikan bayaran penuh dapat dibuat.
Dalam hal ini, semalam kita berjumpa dengan pengurusan TNB, mereka mengesahkan akan membayar sebahagian daripada hutang itu sebelum akhir tahun ini Insha Allah kita akan dapat. Seterusnya saya ingin memberikan maklum balas terhadap syor Yang Berhormat Chenderoh supaya lebih banyak peruntukan disalurkan kepada JKR Daerah Kuala Kangsar memandangkan daerah itu mempunyai …
Dato, Yang…Yang Amat Berhormat Dato'.
jaringan jalan lebih panjang berbanding daerah lain.
Boleh…boleh Dato' Seri. Pasal sebelum habis isu tanah ni pasal banyak tanah tu memang nak bangkit. Kalau boleh kita lakukan sesuatu sebab di Kampung Selamat di Semanggol tu Kampung Selamat di Semanggol. Jadi dia duduk di kawasan kata tanah-tanah JPS. Tanah JPS ada 47 buah rumah. Dah duduk 40 tahun dan status dia tak tahu sampai sekarang tak boleh. Kalau kita kata nak kalau kalau kita boleh buat pemutihan TOL at least ada sedikit hasil ada dua dan sekarang ini mereka anak orang tempatan takdak takdak nampak dan takdak penyelesaian. Itu yang pertama tu yang kedua, ingat isu lama yang kita bangkit juga tanah JPS juga dia orang usaha buat buat ladang pernah dibangkitkan di sini buat ladang sawit. Kemudian dikatakan JPS nak mendalamkan tempat-tempat itulah dan terlibat dengan tanah-tanah itu kemudian disekatlah tak boleh masuk. Kita buat perundingan dengan JPS dengan apa. Sebelum pembangunan itu sampai kepada kebun dia bolehlah dia ambil dulu sebab itu pencarian dia dah 20-30 tahun. Kesilapan daripada kita sebab kita tak ambil asal. Kemudian apa sekarang dia tak boleh masuk so dia orang tak boleh ambil yang menghairankan sekarang ada orang ambil boleh dia pegi ambik tak boleh. Saya ingat kita tengoklah perkara ni sama-sama, masalah kita ni ok Insha Allah kalau boleh dimasukkan. Terima kasih Dato' Seri Speaker, terima kasih Yang Amat Berhormat.
Ok terima kasih Gunong Semanggol. Pejabat Daerah dan Tanah Kerian eh, DO eh, ambil maklum itu dan kita sediakan taskforce untuk membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol sebentar tadi. Jadi tadi, Chenderoh, Yang Berhormat Chenderoh dia pergi ukur jalan di merata tempat ini, menyebabkan dia kata di Kuala Kangsar yang paling banyak jaringan jalan. YB cuba pi Batang Padang lagi banyak merata Felda ada. Tak apalah sebab Yang Berhormat dalam daerah Kuala Kangsar, dia kata di Kuala lah yang paling banyak. Jadi dia syorkan supaya peruntukan diberikan lebih banyak kepada JKR Kuala Kangsar. Dengor di JD lain marah, setuju? Ok. Untuk makluman Yang Berhormat Chenderoh, penyaluran peruntukan kepada JKR..JKR Daerah akan diselaraskan oleh JKR Ibu Pejabat. Berdasarkan keperluan sebenar di daerah masing-masing, JKR Negeri Perak akan menerima peruntukan sebanyak RM250.3 juta pada tahun 2026. Peruntukan ini meliputi RM105.8 juta di bawah Belanja Mengurus dan RM144.5 juta di bawah Belanja Pembangunan. Daripada jumlah peruntukan pembangunan tersebut, RM40 juta diagihkan untuk pelaksanaan projek jalan dan juga jambatan.
Mengenai isu perjawatan Penolong Jurutera di JKR Kuala Kangsar, yang masih belum diisi seperti dibangkitkan oleh Yang Berhormat Chenderoh. Bagus YB ni, merata pejabat masuk. Berapa orang penjawat di JKR pun dia tau. Sukacita dimaklumkan bahawa jawatan tersebut sudahpun diisi. Yang Berhormat, dah isi. Bagaimanapun terdapat kekosongan jawatan Jurutera Jalan sejak Julai 2024. Sehubungan itu, JKR Perak telah memohon kepada Ibu Pejabat JKR untuk ia diisi segera. Mudah-mudahan sebelum sidang tahun depan diisi lah,nanti dia tanya balik. Ok.
Kerajaan Negeri menyanjung tinggi sikap keperihatinan beberapa Ahli Yang Berhormat yang mencadangkan agar imbuhan kewangan yang diumumkan dalam Belanjawan 2026, turut dipanjangkan kepada beberapa segmen masyarakat yang lain. Yang Berhormat Chenderiang, misalnya mencadangkan elaun bulanan Tok Batin Orang Asli juga dinaikkan. Manakala Yang Berhormat Selama pula mencadangkan agar Bantuan Khas BKK turut dipanjangkan kepada Tok Batin Islam Orang Asli. Yang Berhormat Trong pula mengesyorkan agar Kerajaan Negeri menawarkan peruntukan sagu hati secara one-off kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari masjid yang banyak berjasa kepada masyarakat. Dalam intipati persebahasannya, Yang Berhormat Selama turut mengutarakan cadangan supaya Guru Tadika Islam juga diberi kenaikan elaun seiring dengan kenaikan yang dinikmati Guru KAFA, ’Idadi dan jugak Sanawi.
Ini untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, elaun bulanan Tok Batin Orang Asli pada masa ini ialah RM900, daripada KKDW. Sementara elaun Ketua Kampung Tradisional dan Ketua Kampung Cina pula berjumlah RM800 sahaja. Iaitu RM500 daripada KKDW, RM300 daripada kerajaan. Deme kata mana aci, Tok Batin dapat RM900. Ketua kampung orang melayu, ketua kampung cina dapat RM800. Sebab itu tahun ni kita cadangkan naik RM100 untuk ketua kampung tradisional dan ketua kampung cina, ketua kampung india supaya semua mereka ni ketua kampung ni, melayu, cina, india, orang asli dapat RM900 sebulan. To be fair to everybody, ok? Haa doalah kalau dapat rezeki lagi, kita tambah lah empat-empat agensi tu, kan? Benda tu saya sebutkan tadi, kita berdoa kalau datang rezeki melimpah ruah kepada kita...
Dato' Seri, boleh saya mencelah? Terima kasih Dato' Speaker. Err…saya dapat aduan minta saya panjangkan kepada pengetahuan Dato' Seri, sebab diorang pun tahu Imam…ape ni ketua kampung semua dapat kenaikan elaun. Jadi er…deme minta saya panjangkan elaun imam RM850 dibayar oleh JAKIM setiap bulan secara online, elaun bilal dan siak RM300 kerajaan bayar melalui masjid setiap bulan tetapi elaun pengerusi masjid dibayar setahun sekali bila nak raya, dibayar RM1,500 untuk 15 orang jawatankuasa. Kiraannya pengerusi terima, RM100 setahun. Err..jadi AJK terima RM8.30 sen, logik ke bayaran elaun seperti ini? Jadi minta perhatian, pertimbangan Yang Amat Berhormat. Terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat, Bukit Chandan ni.
Ya.
Bukit Chandan ya. Saya pun mendengar dengan teliti dan saya rasa ini akan diambil kira oleh JAIPk dan jabatan berkaitan untuk lihat. Kita tak mungkin dapat melayani semualah. Saya katakan tadi, kita ada kekangan kewangan. Jadi kalau kita bagi kepada semua orang, nanti ada peruntukan lain terpaksa ditarik. Ok jadi kerana itu, tapi err..complaint itu, ramuan itu, kita ambil kira Yang Berhormat eh, baik. Mengenai cadangan kenaikan elaun Guru Tadika Islam, sukacita saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan perjawatan Guru Tadika Islam dalam bentuk perjawatan berskim bagi memastikan kesinambungan kebajikan yang telah terjamin. Semasa saya ada, saya buat sesi libat urus dengan JAIPK berkaitan dengan cadangan untuk naik elaun Guru KAFA, guru yang ’Idadi tu, kita dah sebut perkataan Guru Tadika Islam tetapi JAIPk bagitahu bahawa mereka sedang dalam proses kajian nak menaik taraf Guru Tadika Islam tu, jadi bila naik taraf gajinya jauh lebih tinggi daripada yang kita nak cadangkan. Sebab itu kita tunggu dulu skim yang berkenaan, jadi guru-guru berkenaan berdoalah supaya Allah akan melorongkan kepada kita rezeki yang baik untuk kita menyediakan skim, gaji yang lebih baik kepada Guru Tadika Islam.
Kota Tampan. Er.. apa yang..terima kasih Kota Tampan, terima kasih Dato' Seri Speaker. Apa dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Chandan, Bukit Chandan, err..saya masih ingat err..berkaitan dengan elaun err.. pengerusi masjid, jawatankuasa kariah yang ada beberapa orang itu. Dia RM1500 sebulan ehh setahun dan itu pun diberi bukan bantuan raya, dia beri daripada duit daripada zakat. Mereka ini dikira sebagai asnaf err..amil kalau tak silap masa itu, dan dia ambil RM1500 dan diberikan kepada jawatankuasa masjid lah termasuk pengerusi. Itu pun bukan disebut jawatankuasa masjid, disebut jawatankuasa je lah. Err..berkaitan dengan asnaf jelah, saya tak tau tak berapa ingat dah. Cuma yang saya er..boleh cadangkan, saya bersetuju dengan cadangan itu. err..supaya kalau nak pertimbangkan, bukan sahaja jawatankuasa masjid itu diberi sekurang-kurangnya setahun sekali. Tak semestinya ditambah RM1500 err..lagi. Err..mungkin boleh dipertimbangkan jugak, sebab ni ada..saya masih ingat pada masa itu banyak rungutan daripada penggali kubur. Jadi saya sebut lah sini, penggali kubur yang cukup berjasa di kampung dan satu lagi team mandi jenazah. Haa ini yang rungutan yang masa saya ingatlah pada masa itu. Terima kasih Menteri Besar.
Banyak elaun kena tambah ni Dato' Seri Speaker. Banyak lagi duit kena cari, kena kerja kuat kita semua. Dato' Seri Yang di-Pertua, izinkan saya meneruskan penggulungan ini dengan memberi maklum balas terhadap isu yang paling banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam sesi perbahasan iaitu mengenai bencana banjir. Yang Berhormat.
Yang Berhormat minta sikit sebelum habis, kewangan tu. Err.. Dato' Seri Speaker, mengenai dengan kewangan itu pertama, supaya masuk dalam hansard, saya bagi pihak pembangkang ucap terima kasih, kata Yang Amat Berhormat bagi RM20K tu. Dan diucap tahniah juga terima kasih kepada penjawat awam yang negeri Perak dapat dua bulan katanya. Jadi, baru ini terimalah sedikit rungutan daripada pegawai-pegawai di Persekutuan kalau boleh dipertimbangkan. Sebab Johor dia dapat, dia bagi dua bulan gaji kepada kakitangan awam untuk Negeri dan Persekutuan dia dapat RM500 . Apa kiranya, sebab mereka juga menyumbang kepada pembangunan negeri kita. Itulah, sokong saya. Ok terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya mengambil maklum apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang, Pegawai Kewangan Negeri ada sini, rakan-rakan lain ada. Kita mengambil kira dan berbincang, cuma bilangan Pegawai Persekutuan dalam negeri Perak ini, 89 ribu, 89 ribu. Kalau bagi seorang RM100, RM8.9 juta. Bagi sorang RM500, RM40 juta. Sebab sebab itu, minta maaflah barangkali di tempat lain itu bilangannya rendah. Kita kena ambil kira yang dikatakan penjawat awam persekutuan ini not only pegawai-pegawai persekutuan ni polis, askar, nurse, doctor, bomba ni oh banyak ok 89 ribu orang. So, saya minta maaf kepada rakan-rakan penjawat awam persekutuan jangan terasa hati dengan saya. Berdoalah semoga Allah akan membuka rezeki kita untuk tahun-tahun akan datang.
Yang Berhormat tadi sebut tentang pemberian BKK saya takut saya terlupa Dato' Seri Speaker. Masa saya bentang hari tu saya sebut dipanjangkan kepada beberapa entiti. Ada yang tercicir Yang Berhormat. Speaker pun tercicir. Batuk kuat dia jadi Insha Allah kita panjangkan juga RM20K itu kepada pejabat Speaker dan juga ada dapat laporan kepada saya mereka-mereka yang terasa dipinggirkan. Barangkali saya tersilap saya minta maaf sebab saya katakan dipanjangkan kepada penjawat-penjawat awam di bawah MySPA di bawah SPA. Rupanya ada sebahagian daripada guru-guru agama kita di bawah JAIPk jadi macam tak sebut pula. Kerana itu saya nak sebutkan di sini sesudah menimbang dengan teliti suara dan cadangan banyak pihak dengan penuh rasa penghargaan, saya mengumumkan bahawa BKK ini akan turut dipanjangkan kepada guru tadika Islam, guru aiman dan guru dakwah yang ditadbir urus oleh JAIPK pada kadar RM400. Juga kepada pegawai dan kakitangan berstatus lantikan Contract for Service CFS pada kadar dua bulan gaji dan juga tidak lupa kepada guru sandaran tidak terlatih GSTT di bawah tanggungan Kerajaan Negeri pada kadar dua bulan gaji jugak.
Jadi itulah bendanya yang kita ambil kira di atas segala isi perbahasan Yang Berhormat sebutkan tadi kerana dalam ruang lingkup yang kita ada kemampuan InsyaAllah kita akan berbelanja bagi tujuan pegawai pegawai kerajaan. Adun dah bagi kepada pusat khidmat rakyat jadilah. Ok Tadi saya dengar Yang Berhormat Sungai Rapat telah pun bercakap panjang memberi respon panjang berkaitan dengan kaedah untuk kita menangani masalah banjir. Yang Berhormat Temengor pun telah bercakap berkaitan dengan banjir. Saya tak pakai masa untuk berulang ulang sebut benda yang sama cuma kita bersimpati dengan semua mangsa banjir. Sehingga sekarang, hari ini masih lagi ada PPS yang belum ditutup sebab masih ada air termenung dan saya sempat pergi ke Pangkor melihat bagaimana berlaku landslide termasuklah di lereng bukit di sebelah Sekolah SMT Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan di Pangkor dan juga retakan jalan raya dalam Pangkor. Jadi JKR ada buat kajian lebih kurang RM19.9 juta diperlukan untuk membaik pulih itu. Kita ucap terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang telah bertungkus lumus untuk bersama sama menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir.
Dato' Seri Yang di-Pertua, seterusnya ialah berkaitan dengan NRREE. Yang Berhormat Gunong Semanggol dalam sesi perbahasan ada mengutarakan mengenai Agreement on Reciprocal Trade (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan bertanya implikasinya terhadap negeri Perak khususnya yang menyentuh sektor unsur nadir bumi REE. Perlu ditegaskan bahawa perjanjian ini adalah kerangka perdagangan antara kedua-dua negara dan bukan perkongsian eksklusif. Oleh itu, walaupun ART membuka ruang perdagangan dengan Amerika Syarikat, ia tidak menghalang Malaysia daripada terus berdagang dengan pasaran antarabangsa yang lain.
Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri Perak teguh dengan pendirian bahawa sebarang perjanjian perdagangan yang melibatkan sumber mineral strategik negeri Perak termasuk REE mestilah berpaksikan kepentingan rakyat dan kelestarian ekonomi negeri. Sebab REE itu state right. Mengenai penglibatan entiti asing termasuk Amerika Syarikat seperti dipersoalkan oleh Yang Berhormat Gunong Semanggol, Kerajaan Negeri berpendirian bahawa penglibatan negara tersebut adalah terhad kepada peranan sebagai rakan dagang dan tidak melibatkan kawalan langsung ke atas pengeluaran REE di Perak. Walaupun rundingan perdagangan dua hala ini diuruskan di peringkat Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta kementerian berkaitan kerajaan negeri dari masa ke semasa akan merujuk kepada saluran rasmi berhubung sebarang implikasi langsung terhadap sektor REE negeri. Bagi butiran kontrak dan pecahan pulangan royalty, terma kontrak perdagangan antarabangsa adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan. Namun dalam konteks negeri Perak, royalti mineral ditentukan di bawah Enakmen Mineral Perak 2003 dan Kerajaan Negeri sentiasa memastikan ketelusan serta pematuhan undang undang termasuk pecahan royalti bagi pembangunan negeri, sokongan industri hiliran dan pelaburan tempatan.
Dari segi pasaran dan harga pula, ART tidak memberikan hak eksklusif kepada Amerika Syarikat. Malaysia masih bebas memasarkan REE kepada pembeli lain di pasaran antarabangsa dan Kerajaan Negeri akan memastikan REE Perak diperdagangkan secara telus, adil dan kompetitif dengan kepelbagaian pasaran dijadikan strategi utama bagi mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara tunggal. Dari perspektif undang-undang, ART adalah perjanjian antarabangsa yang memerlukan mandat Jemaah Menteri di peringkat Persekutuan. Namun, permit dan lesen lombong REE kekal di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Perak termasuk kuasa mengeluarkan lesen mencari gali, pajakan melombong dan pengurusan royalti. Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri juga diperkuatkan melalui Akta Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Perak 2003 bagi memastikan pengurusan sumber mineral dilakukan secara strategik, teratur dan berstruktur. Sekiranya dilihat dari sudut yang positif, pelaksanaan ART ini berpotensi membuka ruang kepada negeri Perak untuk memajukan industri REE melalui pemindahan teknologi, kemasukan pelaburan berkualiti tinggi serta penjanaan nilai tambah di dalam negara.
Dato' Seri di-Pertua, Yang Berhormat Gunong Semanggol juga bangun membahaskan berkaitan dengan isu lama membabitkan kerugian projek Teh Lenggong. Teh Lenggong ini cerita lama Yang Berhormat. Kita pun tahu. Saya belum menjadi YB lagi. Teh Lenggong ini telah ditutup.
YAB MB, saya nak sebelum pergi jauh saya nak celah sikit ya. Yang pertama tentang REE tadi sebab saya tengok REE ini dah jadi macam satu kita iktiraf lah dia jadi satu sumber kepada Kerajaan Negeri dan saya rasa sepanjang perdebatan ni saya tengok kurang sikit pengiktirafan kepada MB Inc. MB Inc. Yang jaga REE ini. Ini pahlawan yang tidak didendang. Saya cakap sebab saya keluar tadi saya terkejut. Sekarang MB Inc. dah ada Amanjaya Travel, dah ada Cura Batik ni kata nak ambil KD Hang Tuah. Kapal TLDM tu kan nak buat muzium pulak. Err. Jadi baguslah anak-anak muda yang ada kat MB Inc. ni otak depa cergaslah. Kemudian sebut tentang yang belakang tadi taskforce untuk Semanggol tanah tu. Saya rayu dan minta sangat-sangatlah.
Kalau habis Semanggol tu mai kita singgah Changkat Lobak minta Pejabat Daerah dan Tanah Kerian mai kita berkampung tengok di situ. Apa dia apa nak jadi sebab undang undang manusia buat, mungkin boleh ubah mungkin boleh rombak dan sebagainya. Kemudian lagi sikit pasal ucapan terima kasih tu. Kadang-kadang ni Dato' Seri body language kami pun kami ingat Dato' Seri faham kan body language, apa-apa yang kami tuturkan dan hujung sekali saya rasa semua pembahas sebelah sini sebut kami menyokong Belanjawan Perak. Jadi terima kasihlah atas apa saja pun, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Jangan lupa pengerusi MB Inc. itu MB.
Ingat tu yang sebut tu?
Gurau ya, bergurau. Jangan dijadikan cerita pulak. Kita pun terima kasih kepada, tahniah kepada pengurusan MB Inc. Mereka berfikir di luar kotak. Dia bukan setakat galian, sekarang dia buat batik. Dia buat batik daripada galian juga sebab tanah liat itu adalah merupakan sebahagian daripada unsur galian. Yang Berhormat Gunong Semanggol tadi berkaitan dengan ladang teh. Ladang teh ini dahulunya dahulu, long time ago dibangunkan oleh Perak SADC. Di Lenggong, dibawa pekerja-pekerja daripada Sri Lanka untuk menguruskannya dan peringkat awal ia kelihatan cantik kerana hasil teh yang baik tetapi apabila tiba masanya didapati bahawa perbelanjaan mengurus itu lebih tinggi daripada keuntungan yang diperolehi. Jadi SADC tiada pilihan melainkan terpaksa tutup. Tak ada apa nak kita banggakan dengan jenama Ladang Teh Lenggong itu kalau SADC terus menerus menanggung kerugian. Jadi YB, macam YB sebutlah kita ni masa tu Yang Berhormat dalam Kastam lagi. Saya cikgu masa tu. Dia nak cerita panjang pun tak boleh sebab kita berada di luar daripada masa itu YB, minta maaflah ya. Baik, seterusnya Gunong Semanggol.
Inilah mungkin dua, isu rentetan daripada isu itu berpunca daripada kita nak cari alternatif hasil lain daripada negeri bergantung kepada hasil tradisional. Salah satu sumbangannya adalah GLC dan GLC yang banyak kita kata PKNP lah. Jadi ditimbulkan kita tak mahu jadi pelaburan kita berulang seperti MAPS dan seperti Teh Lenggong. Sebab itu dia tanya kita tidak ada feasibility study ke apa. Kajian boleh dilaksana, cuma tak boleh tak, kita nak supaya tidak akan berulang. Kita tak mahu nanti akan ulang lagi perkara yang sama. Kemudian kita negeri kita. Saya tahulah sebab kita nak kita nak masa depan supaya dapat satu hasil yang baik. Macam kita tadi sumber hasil tadi gist sajalah. Terima kasih banyak kita faham keadaan ini, kita faham.
Terima kasih Yang Berhormat Gunong Semanggol. Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Gunong Semanggol juga dalam perbahasan itu telah mengutarakan persoalan berkenaan dengan status projek-projek pelaburan berimpak tinggi yang dilaksanakan di negeri Perak termasuklah yang digerakkan oleh pihak PKNPk. Cuma minta maaf sekali Yang Berhormat saya sebutkan tadi Yang Berhormat kena buat homework sikit tajuk ni sebab cerita tentang kemajuan-kemajuan bagi projek-projek berimpak tinggi ini seperti AHTV-Automotif High-Tech Valley di Tanjong Malim, LuMIC-Lumut Maritime Industrial City, KIGIP-Kerian Integrated Green Interest Park, HIP ataupun Perak Halal Industry Park dan juga Silver Valley Technology Park ini sudah pun dimasukkan dalam buku pelaporan.
Dalam buku Pelaporan Kemajuan Tahun Ketiga Perak Sejahtera 2030, mana-mana YB yang hadir mendengar pelaporan dua jam saya berdiri di Kolej Kemahiran Tinggi Mara 30 Jun melaporkan perkembangan ini. Jadi kalau YB tanya sekarang berapa orang pekerja dah ada? Belum ada, kita baru pecah tanah. Berapa pelabur dah masuk, belumlah kita baru pecah tanah. Tapi laporan itu ada di sini kalau Yang Berhormat membaca dan saya minta urusetia boleh edarkan sekarang kepada semua YB, baca laporan ini sebab tiap-tiap tahun kita akan membuat Laporan Perak Sejahtera 2030 untuk kita mengkaji kedudukan kita dan tujuannya ialah untuk kita tambah baik ataupun kita mencari kaedah untuk menyelesaikan masalah, jika ada masalah yang timbul. Ok.
Seterusnya, Yang Berhormat, terima kasih di atas rasa peduli kepada Ahli Yang Berhormat kerana membangkitkan mengenai isu pencemaran sungai yang dikaitkan dengan aktiviti perlombongan termasuk industri unsur nadir bumi. Yang Berhormat Gunong Semanggol misalnya menuntut kepastian berhubung fenomena air biru di Sungai Perak manakala Yang Berhormat Manjoi menyatakan kebimbangannya mengenai kenyataan Jabatan Alam Sekitar bersabit aktiviti melepaskan efluen tidak terawat sekaligus melanggar syarat Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). Turut dibangkitkan kebimbangan awam susulan laporan media mengenai bacaan radiasi di tapak projek melombong REE yang dikatakan melebihi 13 becquerel berbanding had 1 becquerel yang ditetapkan dalam laporan EIA. Begitu juga kebimbangan yang disuarakan oleh Yang Berhormat Kenering dan Ahli Yang Berhormat Pengkalan Hulu berhubung laporan berlaku pelanggaran SOP oleh syarikat perlombongan sehingga diarah menghentikan operasi buat sementara.
Dalam hal ini, Yang Berhormat semua saya sekali lagi selaku ketua kerajaan ingin mengulangi pendirian tegas kerajaan negeri bahawa keselamatan rakyat tidak akan sesekali dikompromi. Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak menghentikan aktiviti perlombongan di kawasan berkenaan jika terbukti ia mengancam kesihatan awam. Cuma saya minta kita semua kena bersabar sedikit. Kajian keseluruhan masih belum ada hasilnya, sehingga satu waktu kita akan umumkan hasil kajian yang dibuat oleh jabatan-jabatan teknikal yang berautoriti. Yang susah sikit ni sebab semua orang mengaku dia autoriti. Orang ni cakap sini, yang orang ni cakap sini, sat warna biru, sat warna oren menjadikan orang lebih bertambah keliru.
So, rayuan saya, untuk makluman Setiausaha Kerajaan Negeri bersama dengan teamnya pada hari Jumaat yang lepas telah mengetuai delegasi Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan turut disertai ketua-ketua jabatan teknikal termasuk pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Pertemuan ini cukup penting untuk kerajaan negeri mendapatkan kepastian berhubung isu-isu yang telah dibangkitkan. Alhamdulillah, pertemuan itu sedikit sebanyak merungkaikan beberapa perkara yang memerlukan pencerahan. Satu, pertama, penyebab mutlak berlakunya fenomena air biru belum dapat dimuktamadkan dan tidak ada bukti yang dapat mengesahkan kaitannya secara langsung dengan aktiviti perlombongan. Orang Kampung Chepor di Lenggong, YB Semanggol, adik-beradik kita ada destinasi pelancongan namanya Telaga Biru. Telaga Biru. Jadi dalam hubungan ini sedikit masa diperlukan untuk membolehkan jabatan-jabatan teknikal ini membuat kajian.
Berdasarkan kepada rekod fenomena air sungai menjadi biru pernah dilaporkan berlaku pada tahun 2018 di kawasan yang hampir sama. Ketika itu, industri perlombongan REE belum pun beroperasi di negeri Perak. Didapati fenomena tersebut berlaku ketika taburan hujan luar biasa. Pihak JMG, Jabatan Mineral dan Geosains juga mengesahkan kawasan Hulu Perak sememangnya kaya sumber mineral yang tinggi seperti bijih timah, tembaga, mangan, arsenik dan pyrite. Setiap kali hujan, mineral-mineral yang berada dalam tanah boleh dibawa bersama ke sungai. Dengan taburan hujan yang luar biasa tinggi pada masa ini, lebih banyak tanah yang mengandungi mineral ini boleh dibawa ke dalam sungai. Jadi kehadiran mineral yang tinggi dalam sungai menyebabkan larutan mineral seperti ferum sulfat dan juga tembaga sulfat boleh juga menampakkan air berwarna biru.
Kedua, bacaan 13 becquerel yang dilaporkan sebelum ini diyakini menggunakan pengukuran Instrument Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry atau ICPMS yang hanya berkeupayaan menganalisa kepekatan mineral satu elemen dalam unit micural part per million (PPM) ataupun part per billion (PPB) dan ia bukan mengukur kadar radioaktif sesuatu bahan. Alat yang digunakan itu bukan untuk mengukur kadar keradioaktifan tetapi kadar kepekatan bahan tersebut. Sedangkan analisa sebenar bagi menentukan keradioaktifan sesuatu elemen atau bahan sepatutnya menggunakan instrument seperti Neutron, Activation, Analysis, Alfa, Spektrometri atau Gamma Spektrometri seperti yang lazim digunakan untuk mengukur tahap sebenar radioaktif. Pihak kementerian juga sependapat bahawa hanya Jabatan
Tenaga Atom atau Atom Malaysia merupakan pihak berautoriti yang boleh mengesahkan sebarang aktiviti tenaga atom termasuk bahan radioaktif selaras dengan tafsiran seksyen 3 dan 8, Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984. Team ini sekarang sedang berada di site untuk membuat kajian bagi menentukan kebimbangan kita itu berasas ataupun tidak. Satu taskforce telah, maaf minta maaf.
Susulan itu, beberapa perkara penting juga telah diputuskan dalam pertemuan berkenaan. Antaranya ialah satu taskforce telah ditubuhkan di peringkat kementerian yang turut disertai semua jabatan teknikal bagi meneliti, menyiasat dan mencari justifikasi teknikal serta fakta lapangan terhadap semua isu yang timbul. Siasatan lanjut sedang diteruskan dan tindakan tegas akan diambil. Sekiranya disahkan berlaku pelanggaran SOP atau peraturan di bawah Enakmen Mineral Perak 2003 atau Pembangunan Mineral 1984 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Jabatan Tenaga Atom akan membuat analisa komprehensif untuk mengukur tahap sebenar keradioaktifan di tapak projek perlombongan REE. Ketetapan juga dibuat agar semua pihak dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang salah faham dan kekeliruan sehingga mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri mengambil sikap terbuka dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan menghormati sebarang ketetapan yang akan diputuskan kelak. Kerajaan Negeri menyedari pentingnya industri tersebut kepada kelangsungan ekonomi negeri tetapi mempunyai pendirian yang jelas bahawa keselamatan rakyat dan kelestarian negeri adalah garis yang tidak boleh dilangkaui.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menyambut baik setiap cadangan yang dilontarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung ketegasan terhadap SOP perlombongan, pemantauan berkala dan aktiviti tersebut selain penguatkuasaan dan kawal selia rapi di tapak operasi perlombongan. Dalam pada itu, Jabatan Perikanan juga telah diminta menjalankan pemeriksaan kualiti air secara in-situ, mengambil sampel air dan ikan untuk dianalisa di makmal dan mengemukakan laporan penilaian kepada pihak berkuasa sebagai input dalam menangani kes-kes kematian ikan yang memberi kesan kepada komuniti nelayan. Kerajaan Negeri berkongsi pendirian yang sama dengan Yang Berhormat Gunong Semanggol, Yang Berhormat Kenering agar nasib nelayan yang mungkin terjejas pendapatan akibat isu tersebut diberi perhatian yang sewajarnya. Cuma, dia hantar kat Ketua Pembangkang. Nampaknya Ketua Pembangkang kena tolong selesai tu. Nelayan tu hari itu dihantar kepada Ketua Pembangkang. Jadi ketua pembangkang la kena selesai.
Bagaimanapun, siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk meneliti sejauh mana isu tersebut memberi kesan langsung kepada komuniti nelayan di kawasan berkenaan. Yang Berhormat Gunong Semanggol. Banyak Ketua Pembangkang ini, juga meminta penjelasan mengenai hasil sebenar yang diterima oleh negeri daripada pengeluaran REE dan kaedah pengiraan royaltinya serta bertanya tentang proses pemilihan syarikat dan pemberian konsesi bagi perlombongan REE di negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat Gunong Semanggol, jumlah kutipan royalti bahan mineral REE yang terkumpul daripada permulaan pengeksportan Rare Earth Carbonate atau REC pada bulan Februari 2023 sehinggalah Julai 2025 adalah sebanyak RM71,583,781.07 bersamaan dengan 20,336.8 metrik tan REC. Kerajaan Negeri mengenakan kadar royalti sebanyak 12 peratus daripada nilai jualan REC dan kadar ini adalah lebih tinggi berbanding dengan bahan mineral yang lain yang dieksport. Memandangkan bahan mineral REE mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dunia dan pengiraan royalti adalah berdasarkan kepada berat bahan mineral REC yang dieksport di dalam metrik tan.
Seterusnya, bagi menjawab soalan kedua Yang Berhormat, terdapat 7 lesen melombong tuan punya yang telah didaftarkan bagi tujuan perlombongan REE. Kesemua pemegang lesen melombong tuan punya ini merupakan agensi Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang memegang 6 lesen melombong tuan punya dan juga Perbadanan Menteri Besar Negeri Perak, MB Inc. yang memegang 1 lesen melombong tuan punya. Buat masa ini, hanya 1 operator perlombongan REE sedang sedang melaksanakan operasi perlombongan berdasarkan keupayaan dan kepakaran syarikat yang telah terbukti di dalam bidang perlombongan REE ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui PTG akan menambah baik satu kertas mesyuarat berkaitan hala tuju pembangunan bahan mineral REE dan kertas ini turut memasukkan kriteria pemilihan syarikat bagi melaksanakan aktiviti perlombongan REE di negeri Perak. Keutamaan akan diberi kepada syarikat tempatan yang mempunyai modal pelaburan kukuh, ada tenaga pakar mencukupi, teknologi perlombongan dan pemprosesan REE yang lestari, rangkaian pasaran luar negara yang luas serta berkeupayaan menghasilkan produk akhir untuk eksport.
Seterusnya, MB Inc. akan diberi peranan sebagai agensi yang bertanggungjawab memproses dan menilai permohonan perlombongan REE berdasarkan garis panduan penilaian syarikat dan carta alir proses pemilihan operator. Langkah ini bagi memastikan hanya syarikat tempatan yang benar-benar berkeupayaan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar diberi peluang melaksanakan perlombongan REE di negeri Perak.
Dato' Seri Yang di-Pertua, saya juga terpanggil untuk memberi maklum balas kepada cadangan Yang Berhormat Batu Kurau supaya kerajaan negeri mengiktiraf Batu Kurau sebagai sebuah daerah kecil agar kawasan itu dapat membangun dengan lebih pesat. Yang ini kena runding dengan YB Selama dulu. Sebab sejak zaman berzaman, sejak zaman berzaman masa dia jadi Exco dia yg memulakan menuntut supaya daerah Selama itu menjadi daerah besar. Betul tak Semanggol? Kena usunglah sampai dapat. Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kurau, cadangan untuk mengiktiraf Batu Kurau sebagai sebuah daerah kecil boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Negeri sekiranya bersesuaian, bergantung kepada pematuhan kriteria-kriteria pengwujudan daerah kecil. Antara kriteria yang perlu dilihat adalah aspek ekonomi di mana sebuah daerah kecil perlu mempunyai potensi pertumbuhan dan sumber daya yang kukuh.
Selain itu, kriteria demografi seperti taburan penduduk dan keperluan sosial seperti keselamatan, kesihatan, pendidikan dan pembangunan komuniti perlu dilihat bersama agar saling melengkapi. Begitu juga penyediaan keperluan infrastruktur asas seperti rangkaian jalan raya yang berkesinambungan, bekalan air dan elektrik yang perlu diambil kira. Keperluan mewujudkan pentadbiran dan pengurusan seperti fasiliti kerajaan iaitu kena ada Pejabat Daerah dan Tanah Kecil. Kena ada majlis daerah dan lain lain jabatan dan agensi kecil juga perlu diambil kira di mana-mana akan melibatkan pewujudan perjawatan baharu dan memberi implikasi kewangan dan perundangan kepada kerajaan negeri. Bolehlah ambil pengalaman kepada YDP Majlis Daerah Pengkalan Hulu, YDP Majlis Daerah Gerik, YDP Majlis Daerah Lenggong, YDP Majlis Daerah Sungai Siput. Minta maaf, saja tengok tidur ke dak nya, ok...Tadi dia melibatkan tanggungan kewangan. Saya, sedikit ada pengalaman kerajaan yang terdahulu. Bila kita menubuhkan daerah baru di Muallim dan juga di Bagan Datuk, dia banyak keperluan-keperluan yang perlu kita yakinkan kepada pihak berkuasa termasuk kabinet bahawa keputusan itu keputusan muktamad kerana penubuhan jabatan-jabatan kerajaan ini diluluskan oleh JPA ya Yang Berhormat ya. Tapi tidaklah kita pandang enteng Yang Berhormat punya cadangan cuma kena pakat dengan Selama, dia setuju tak? Ok.
Dato' Seri Yang di-Pertua, ada berapa minit lagi? Boleh ya? Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Manik yang membangkitkan mengenai cadangan pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) di kawasan Sungai Manik dan Kubu Gajah memandangkan ia telah diluluskan sebelum ini. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Manik, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri bertarikh 4 September 2024 telah membatalkan semua keputusan terdahulu berkaitan penubuhan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan baharu di negeri Perak dan mengekalkan hanya 5 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan sedia ada iaitu Manjung, Kerian, Batang Padang, Lenggong dan juga Tambun. Keputusan ini dibuat setelah meneliti secara mendalam keupayaan kewangan semasa Kerajaan Negeri memandangkan kos pembinaan dan penyelenggaraan sesebuah sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan semakin meningkat saban tahun.
Kita ambil contoh kos pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Tambun. Siling asal projek tersebut yang dimulakan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM34.55 juta. Anggaran kos pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan baharu pada tahun 2025 pula dijangka akan mencecah RM42 juta selaras dengan kadar kenaikan kos tahunan yang dianggarkan sebanyak 3.28%. Manakala kos tahunan bagi pengoperasian bagi kelima-lima Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan sedia ada yang merangkumi emolumen, penyelenggaraan dan lain-lain kos operasi berkaitan adalah berjumlah RM17.6 juta. Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut mengambil kira keperluan mendesak untuk terlebih dahulu melengkapkan pembangunan infrastruktur dan kemudahan sokongan utama di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan sedia ada. Ini penting bagi memastikan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan sedia ada ini iaitu lima buah itu mampu untuk memberi persekitaran pembelajaran yang kondusif. Ada SMTDR yang belum ada dewan, yang belum ada kantin, yg belum ada surau dan pelbagai facilities termasuk makmal. Jadi, kita kena lengkapkan yang ini dahulu.
Ketetapan ini juga dibuat setelah mengambil kira keperluan bagi mengisi kekosongan tempat di SMTDR yang sedia ada. Sehingga kini, purata kadar pengisian pelajar lelaki dan perempuan bagi ke semua Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan berada pada tahap 78.4% melibatkan 604 orang pelajar daripada kapasiti keseluruhannya 770 orang. Maksudnya 5 buah itu masih ada ruang kosong yang boleh diisi. Itu jauh lebih baik daripada kita membina sebuah SMTDR yang baru. Masih terdapat 166 kekosongan yang belum diisi meliputi 153 kekosongan pelajar laki-laki dan 13 kekosongan pelajar perempuan. Bagi Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan,
Tambun, enrolmen semasa ialah 58 orang pelajar daripada kapasiti 150 orang bersamaan 38.7% kadar pengisian. Penambahan pelajar dijangka perlu secara beransur-ansur sehingga mencapai kapasiti penuh menjelang tahun 2028.
Selain itu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) juga diminta menilai semula keberkesanan dan kebolehupayaan pengoperasian Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan sedia ada serta membentangkan pelan hala tuju yang merangkumi aspek kurikulum dan penawaran aliran khusus di peringkat menengah atas. Pengekalan jumlah enrolmen pelajar, pengisian perjawatan dan tahap kompetensi tenaga pengajar, keupayaan kewangan jangka panjang serta jaminan kesinambungan pendidikan pelajar ke peringkat tertiari dan juga laluan kerjaya profesional. Saya juga terpanggil untuk memberi pencerahan kepada isu yang dibangkitkan oleh...
Yang Amat Berhormat sedikit pasal isu pelajaran yang nak pergi sekolah. Kalau boleh diambil perhatian sikit sekolah KAFA di Taman SRAI Al-Faizin. Sekarang ini dia buat dalam masjid. Cuma dalam masjid duk ganggulah dan tanah dah dapat, tapi belum ada sebarang proses pembangunan. Kalau boleh dapat perhatian Yang Amat Berhormat lah untuk buat pembinaan. Terima kasih.
Ada orang whatsapp ke tu? Tengah dok bahas tajuk sekolah tahfiz masuk tajuk KAFA balik. Ada orang whatsapp ke tu? Yang Berhormat, macam saya jawab semalam, mana-mana yang berkaitan, sila buat permohonan bertulis kepada Menteri Besar dan kita akan hantar team kita untuk turun melihat dan menilai. Pejabat Daerah akan bantu jika dalam kapasiti kita untuk membantu membiayainya, kita akan biaya. Tapi peruntukan tahun ini sudah habis. Kena peruntukan tahun depan, ok.
Saya juga terpanggil untuk memberi pencerahan terhadap isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manjoi. Kaedah perjawatan di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang menyaksikan kerap berlaku kekurangan guru kerana wujud kecenderungan guru berpindah dengan memohon jawatan tetap di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam hal ini, kita tak nafikan berikutan perjawatan guru Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan berstatus kontrak. Terdapat kecenderungan di kalangan guru untuk memohon dan menerima tawaran penjawatan tetap di bawah Kementerian Pelajaran. Bagi menangani isu ini, Jabatan Agama Islam dengan kerjasama erat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Perak (SPA) Perak sentiasa melaksanakan usaha untuk memastikan kekosongan jawatan guru dapat diisi dengan cekap dan secepat mungkin bagi mengekalkan kelancaran pengajaran dan pembelajaran di sekolah berkenaan.
Selain daripada itu, daripada 5 buah sekolah menengah tahfiz itu, 4 buah iaitu Kerian, Batang Padang, Manjung dan Lenggong telah pun diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada tahun 2022 untuk didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika ini diperolehi, jika ini dipersetujui, diluluskan oleh Kementerian Pelajaran, maknanya gaji guru-guru skim perkhidmatannya diuruskan oleh Kementerian Pelajaran.
Berhubung dengan cadangan untuk membina sebuah bangunan Pejabat Agama Daerah Manjung yang dibangkitkan oleh YB Pasir Panjang. YB. Pasir Panjang, dia bagus Speaker. Dia pergi kempen di Tawau jumpa isteri MB. Dia tangkap gambar hantar kat saya. Dengan isteri Lintang. Jabatan Agama Islam Negeri Perak perlu memperhalusi dengan mengambil kira semua aspek yang berkaitan memandangkan setiap cadangan bina baharu bangunan adalah tertakluk kepada keutamaan projek-projek berkepentingan negeri selain kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat telah diadakan bersama-sama agensi seperti MAIPk, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung dan juga JAIPk yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Manjung dan juga OBJ Manjung, Orang Besar Daerah Manjung bagi membincangkan perkara ini. Maknanya kita dah ambil tindakan untuk mengadakan mesyuarat.
Berdasarkan mesyuarat tersebut, pihak MAIPk telah memaklumkan kepada pihak UDA Wakaf agar mengutamakan pembinaan Kompleks Pentadbiran Agama Islam Manjung sepertimana kelulusan merancang (KM) yang telah diluluskan. Dalam tempoh pembinaan kompleks pentadbiran ini, pihak Pejabat Agama Daerah Manjung telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk disewa dan dijadikan pejabat sementara. Pihak Pejabat Agama Daerah Manjung juga telah memohon penilaian dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan setelah menerima laporan penilaian daripada pihak JPPH, JAIPk akan memanjangkan permohonan tersebut kepada Kerajaan Negeri bagi pertimbangan permohonan sewaan. Dijangka pada suku tahun kedua tahun 2027 pejabat baharu yang saya sebutkan tadi akan mula beroperasi tertakluk kepada kelulusan peruntukan untuk sewaan pengubahsuaian dan kelengkapan pejabat.
Dato' Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri juga menghargai sikap cakna Yang Berhormat Kuala Sepetang yang membangkitkan beberapa isu berhubung pengurusan sekolah tahfiz termasuk soal prestasi akademik, pemantauan berkala, penetapan standard keselamatan akademik, audit kewangan serta latihan profesional kepada tenaga pengajar dan pelajar. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini negeri Perak mempunyai 5 buah sekolah maahad tahfiz yang berada di bawah tadbir urus dan kelolaan Kerajaan Negeri. Manakala berdasarkan rekod, terdapat 93 buah maahad tahfiz swasta yang berdaftar di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Perak. Enakmen ini telah menetapkan bahawa semua institusi sama ada maahad tahfiz di bawah kelolaan Kerajaan Negeri mahupun maahad tahfiz swasta adalah terikat dan tertakluk kepada kawalan prosedur tadbir urus dan tatakelola yang telah ditetapkan. Setiap pendaftaran mana-mana sekolah maahad tahfiz hanya akan diluluskan sekiranya mematuhi empat kriteria utama iaitu keselamatan, premis, kesihatan, status bangunan dan tapak tanah serta tapisan keselamatan ahli jemaah pengurusan.
Bagi memastikan pelaksanaan enakmen ini berjalan seperti ditetapkan, pihak JAIPk turut bekerjasama dengan agensi seperti Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pihak Berkuasa Tempatan dan Polis Diraja Malaysia. Pihak JAIPk telah mengadakan sesi naziran secara berkala terhadap semua tahfiz berdaftar melibatkan semakan fail-fail pengurusan dan aspek tatakelola kewangan bagi memastikan pengurusan kewangan institusi tahfiz mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pejabat Kewangan Negeri.
Menjawab soalan Yang Berhormat Kuala Sepetang berkaitan prestasi dan pencapaian para pelajar tahfiz JAIPk ada menyediakan laporan yang terperinci. Tetapi kalau saya ambil ruang untuk jawab di sini akan jadi panjang. Kalau yang perlu kita akan hantar secara bertulis Yang Berhormat.
Yang Berhormat kalau ikut jam saya hampir 3 jam dah ni.
Habis berapa jam?
Dah 3 jam dah. Jadi Yang Berhormat saya boleh bagi.
Habis habis habis habis dah habis dah. Saya kena skip sebahagian daripadanya yang tak sempat jawab ni kita akan ambil tindakan. Dato' Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat pun nampak macam dah mengantuk atau lapar.
Nanti kejap. Boleh hantar jawapan bertulis pun yang lain.
Dato' Seri Yang di-Pertua, saya belajar tentang kaedah bagaimana kita berucap di khalayak ramai. Ada petua tiga muka. Jika muka pertama jika kita sedang berucap, orang tengok muka kita bolehlah terus berucap. Kalau terus berucap orang tengok muka jam sedialah untuk berhenti. Kalau terus juga berucap, orang nak tengok muka pintu wabillahitaufik. Yes.
Dato' Yang di-Pertua saya rasa saya telah sampai kepada penghujungnya. Jadi kerana itu saya nak mengambil kesempatan Dato' Yang di-Pertua untuk menutup. Akhir kata, sebagai penutup saya nak mengajak kita semua untuk sama-sama mendoakan mudah-mudahan berkat kesungguhan dan tekad kita dalam memberi sebaik-baik khidmat bakti Belanjawan 2026 akan dapat menerangi kehidupan sekalian rakyat negeri Perak. Moga setiap perancangan kita menjadi asbab kebaikan. Moga setiap usaha kita menemui jalan keberkatan. Moga setiap langkah kita sampai ke titik kejayaan. Sebelum mengakhiri sesi penggulungan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pegawai Kewangan Negeri Perak, Unit Perancang Ekonomi, ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, urusetia Dun dan semua pihak yang bekerja keras secara langsung atau tak langsung untuk menyediakan bahan-bahan bagi memberi sebaik-baik pencerahan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat Ahli Yang Berhormat sepanjang persidangan kali ini.
Saya dan seluruh barisan kepimpinan kerajaan menadah tangan memohon restu daripada Allah Subhana Wata'ala semoga dipermudahkan segala urusan pelaksanaan Belanjawan Negeri Perak 2026. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, demikianlah ucapan penggulungan saya. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Wassalam Warahmatullahi Wabarakaatuh. Terima kasih yang diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Setiausaha.
Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali kedua.
Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua saya mohon mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang yang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu diserahkan kepada Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri untuk menimbang Rang Undang-Undang itu dari sefasal ke sefasal.
Ada sokongan?
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Pasir Pinji menyokong.
[DEWAN BERTUKAR DIRI MENJADI SEBUAH JAWATANKUASA]
Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan bertukar diri menjadi sebuah Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri untuk menimbang rang undang undang itu dari sefasal ke sefasal. Sekarang saya mempersilakan Setiausaha Dewan untuk membaca butir-butir di dalam Jadual.
Maksud B01, Dewan Negeri RM23,380,300.00. Maksud B.02, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri RM1,854,900.00. Maksud B03, Raja-Raja dan Orang-Orang Besar RM7,798,730.00. Maksud B04, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri RM101,279,259.00.
Masalahnya bahawa Maksud B01, RM23,380,300.00. Maksud B02, RM1,854,900.00. Maksud B03, RM7,798,730.00. Maksud B04, RM101,279,259.00 di perintah menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada? Sekarang, saya mengemukakan bahawa maksud B01, RM23,380,300.00, RM1,854,900.00, Maksud B03, RM798,730.00. Maksud B04. RM101,279,259.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. (Ahli Dewan setuju) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka Jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.
Maksud B05, Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang RM10,228,593.00. Maksud B06, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung RM12,177,450.00. Maksud B07, Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak RM12,499,499.00. Maksud B08, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak RM15,465,838.00. Maksud B09, Pejabat Daerah dan Tanah Kinta RM23,075,012.00. Maksud B10, Pejabat Daerah dan Tanah Kerian RM10,220,587.00. Maksud B11, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar RM16,224,436.00. Maksud B12, Pejabat Daerah dan Tanah Larut, Matang dan Selama RM17,257,808.00. Maksud B13, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah RM16,569,175.00. Maksud B14, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar RM8,653,177.00. Maksud B15, Pejabat Daerah dan Tanah Muallim RM8,465,041.00. Maksud B16. Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datok RM6,163,130.00.
Masalahnya bahawa Maksud B05, RM10,228,593.00. Maksud B06, RM12,177,450.00. Maksud B07, RM12,499,499.00. Maksud B08, RM15,465,838.00. Maksud B09, RM23,075,012.00. Maksud B10, RM10,220,587.00. Maksud B11. RM16,224,436.00. Maksud B12, RM17,257,808.00. Maksud B13, RM16,569,175.00. Maksud B14, RM8,653,177.00. Maksud B15, RM8,465,041.00 Maksud B16, RM6,163,130.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk Perbahasan sekiranya ada. Sekarang, saya mengemukakan bahawa Maksud B05. RM10,228,593.00. Maksud B06, RM12,177,450.00. Maksud B07, RM12,499,499.00. Maksud B08, RM15,465,838.00. Maksud B09, RM23,075,012.00. Maksud B10, RM10,220,587.00. Maksud B11, RM16,224,436.00. Maksud B12, RM17,257,808.00. Maksud B13, RM16,569,175.00. Maksud B14, RM8,653,177.00. Maksud B15, RM8,465,041.00. Maksud B16, RM6,163,130.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. (Ahli Dewan setuju) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka Jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.
Maksud B17, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian RM25,451,635.00. Maksud B18, Jabatan Agama Islam Perak RM123,859,794.00. Maksud B19, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perak RM2,727,790.00. Maksud B20, Jabatan Mufti RM5,535,090.00. Maksud B21, Jabatan Kehakiman Syariah RM17,712,888.00. Maksud B22., Pencen Siasah dan Saraan Rahim RM286,400.00.
Masalahnya bahawa Maksud B17, RM25,451,635.00. Maksud B18, RM123,859,794.00. Maksud B19, RM2,727,790.00. Maksud B20, RM5,535,090.00. Maksud B21, RM17,712,888.00. Maksud B22, RM286,400.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Sekarang, saya mengemukakan bahawa Maksud B17, RM25,451,635.00. Maksud B18, RM123,859,794.00. Maksud B19, RM2,727,790.00. Maksud B20, RM5,535,090.00. Maksud B21, RM17,712,888.00. Maksud B22, RM286,400.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju. (Ahli Dewan setuju) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka Jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.
Maksud B23, Jabatan Pertanian RM30,923,636.00. Maksud B24, Jabatan Pengairan dan Saliran RM116,891,000.00. Maksud B25, Jabatan Perhutanan RM48,357,075.00. Maksud B26, Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM23,591,417.00. Maksud B27, Jabatan Kerja Raya RM105,796,709.00. Maksud B28, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa RM8,679,774.00.
Masalahnya bahawa Maksud B23, RM30,923,636.00. Maksud B24, RM116,891,000.00. Maksud B25, RM48,357,075.00. Maksud B26, RM23,591,417.00. Maksud B27, RM105,796,709.00. Maksud B28, RM8,679,774.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk Perbahasan sekiranya ada. Sekarang, saya mengemukakan bahawa Maksud B23, RM30,923,636.00. Maksud B24, RM116,891,000.00. Maksud B25, RM 48,357,075.00. Maksud B26, RM23,591,417.00. Maksud B27, RM105,796,709.00. Maksud B28, RM8,679,774.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju. (Ahli Dewan bersuara setuju) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka Jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.
Maksud B29, Jabatan Kebajikan Masyarakat RM47,339,527.00. Maksud B30, Jabatan Mineral dan Geosains RM923,500.00. Maksud B31, Pejabat Kewangan Negeri, RM10,083,338.00. Maksud B32, Pelbagai Perkhidmatan Am RM144,757,592.00. Maksud B33, Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun, RM531,000,900.00.
Masalahnya bahawa maksud B29, RM47,339,527.00. Maksud B30, RM923,500.00. Maksud B31, RM10,083,338.00. Maksud B32, RM144,757,592.00 Maksud B33, RM531,000,900.00 diperintah menjadi sebahagian daripada Jadual dan dibuka untuk perbahasan sekiranya ada. Sekarang, saya mengemukakan bahawa maksud B29, RM47,339,527.00. Maksud B30, RM923,500.00. Maksud B31, RM10,083,338.00. Maksud B32, RM144,757,592.00. Maksud B33, RM531,000,900.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Jadual. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju, sila bersuara setuju.(Ahli Dewan bersuara setuju) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka Jadual itu dipersetujui.
Maksud P01, Jabatan Kerja Raya, RM144,500,000.00. Maksud P02, Jabatan Pengairan dan Saliran RM14,000,000.00. Maksud P03, Jabatan Pertanian RM8,000,000.00. Maksud P04, Jabatan Perkhidmatan Veterinar RM2,500,000.00. Maksud P05, Jabatan Perhutanan RM10,000,000.00. Maksud P06, Pejabat Daerah dan Tanah RM20,353,000.00. Maksud P07, Pejabat Setiausaha Kerajaan RM234,495,584.00. Maksud P08, Pelbagai Projek RM134,151,416.00.
Masalahnya bahawa maksud P01, RM144,500,000.00. Maksud P02, RM14,000,000.00. Maksud P03, RM8,000,000.00. Maksud P04, RM2,500,000.00. Maksud P05, RM10,000,000.00. Maksud P06, RM20,353,000.00. Maksud P07, RM234,495,584.00. Maksud P08, RM134,151,416.00 diperintahkan menjadi sebahagian daripada perbelanjaan pembangunan tahun 2026. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju (Ahli Dewan bersuara setuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju. Lebih semua bersuara Setuju, maka Jadual itu dipersetujui. Setiausaha Dewan.
Fasal 1, Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Fasal 2, Anggaran Perbelanjaan Pembangunan.
Masalah bahawa Fasal 1 dan Fasal 2 menjadi sebahagian daripada Rang Undang-Undang. Jika tiada perbahasan, dengan ini saya membuka ruang kepada Yang Berhormat sekiranya ingin berbahaslah. Dia pakai jawatankuasa ini. Jika tiada perbahasan dijemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju, sila bersuara setuju (Ahli Dewan bersuara setuju) dan yang tidak bersetuju, sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui. Menteri Besar...
Yang Berhormat Dato' Seri Pengerusi, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bil. 26/2025 yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan dengan serta-merta.
Ada sokongan.
Dato' Seri Pengerusi, Pasir Pinji, menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang bahawa Rang Undang- Undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bil. 26/2025 telah dipersetujui oleh jawatankuasa ini dimaklumkan kepada Dewan. Ahli-Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju, (Dewan bersuara setuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju maka usul itu dipersetujui. Dewan bersidang semula.
[DEWAN BERSIDANG SEMULA]
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah pun ditimbang telah pun ditimbangkan dari sefasal ke sefasal dalam Jawatankuasa Seisi Dewan Negeri dan dengan ini saya mohon izin mengusulkan bahawa Rang Undang-Undang ini sekarang dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan.
Ada sokongan?
Dato' Seri Yang di-Pertua, Pasir Pinji menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya mengemukakan bahawa Rang Undang-Undang yang bernama suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibaca bagi kali yang ketiga dan diluluskan. Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju sila bersuara setuju, (Dewan bersuara setuju) dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka Rang Undang-Undang ini dibaca bagi kali ketiga dan diluluskan. Setiausaha.
Suatu enakmen bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah selesai dibaca bagi kali ketiga dan telah diluluskan. Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya mohon izin memaklumkan bahawa jawatankuasa yang dilantik untuk menimbang cadangan-cadangan tersebut dalam Kertas Dewan Bil. 26/2025 hendaklah diluluskan. Dato' Seri Yang di-Pertua saya mohon mengusulkan bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bil. 26/2025 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang RM568 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2026. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan.
Ada sokongan?
Dato' Seri Yang di-Pertua, Pasir Pinji menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya sekarang ialah bahawa butir-butir yang ditetapkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Kertas Dewan Bil. 26/2025 adalah dengan ini diumumkan menjadi tujuan yang mana Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 boleh digunakan. Bahawa perbelanjaan sejumlah wang sebanyak RM568 juta yang ditunjukkan dalam penyata tersebut adalah dengan ini diluluskan bagi tahun 2026. Seterusnya jumlah wang yang ditunjukkan berhadapan dengan tiap-tiap butir dalam penyata itu adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud-maksud yang ditetapkan telahpun dibahaskan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju. Setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul itu dipersetujui dan diluluskan.
Usul Melantik Ahli Jawatankuasa PilihanMotion
Perkara yang kelima, Usul Melantik Ahli Jawatankuasa Pilihan.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lintang untuk mengemukakan usul.
Terima kasih Dato. Dato' Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 75 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap yang mengandungi Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Dewan Negeri seberapa segera dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi, Yang Berhormat Dr Abdul Aziz bin Bari, Tebing Tinggi - Ahli, Yang Berhormat Wong May Ing, Pantai Remis – Ahli, Yang Berhormat Encik Goh See Hua, Pasir Pinji – Ahli, Yang Berhormat Encik Khalil bin Yahya, Kubu Gajah – Ahli, Yang Berhormat Dr. Najihatussalehah binti Ahmad, Bota sebagai Ahli, Yang Berhormat Dr Hashim bin Bujang, Bukit Chandan sebagai ahli.
Adalah menjadi kewajipan jawatankuasa ini untuk menimbang dari masa ke semasa dan mengemukakan penyata kepada Dewan Negeri berkenaan dengan perkara-perkara berkaitan dengan Perintah-Perintah Tetap yang dirujuk oleh Dewan Negeri kepadanya bagi dipertimbangkan termasuk juga sebarang usul yang melibatkan apa-apa cadangan bagi pindaan-pindaan perintah tetap. Dato' Seri Yang di-Pertua, semua ahli-ahli yang dicadangkan adalah difikirkan layak dan sesuai untuk menjadi ahli-ahli ahli jawatankuasa tersebut. Dengan demikian, saya sekali lagi memohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap seperti yang dicadangkan.
Ada sokongan?
Dato' Seri Yang di-Pertua Sungai Rapat menyokong.
Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Lintang dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan sekiranya ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Lintang yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 75, hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap bagi Tahun Pertama Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang di-Pertua, Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi, Yang Berhormat Dr Abdul Aziz bin Bari, Tebing Tinggi – Ahli, Yang Berhormat Puan Wong May Ing, Pantai Remis – Ahli, Yang Berhormat Encik Goh See Hua, Pasir Pinji - Ahli, Yang Berhormat Encik Khalil bin Yahaya, Kubu Gajah – Ahli, Yang Berhormat Dr. Najihatussaleh Salehah binti Ahmad, Bota – Ahli, Yang Berhormat Dr Hashim bin Bujang, Bukit Chandan - Ahli . Tiada perbahasan dan Ahli
Yang Berhormat dijemput mengundi, yang bersetuju sila bersuara setuju. Setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara. Tidak. Semua bersetuju, maka usul ini dipersetujui. Setiausaha.
Usul Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan KebebasanMotion
Usul Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungkai untuk mengemukakan usul.
Dato' Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 76. Hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mengandungi Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam orang ahli-ahli lain yang dilantik oleh Dewan Negeri seberapa segera dan ahli-ahli terdiri daripada Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi, Yang Berhormat Dato' Shahrul Zaman bin Yahya, Rungkup – Ahli, Yang Berhormat Puan Thulsi Thivani A/p Manogaran, Buntong - Ahli. Encik Yang Berhormat Encik Chaw Kam Foon, Menglembu – Ahli, Yang Berhormat Dato' Abdul Yunus bin Jamahri, Kuala Kurau – Ahli, Yang Berhormat Encik Mohd Fakhruddin bin Abdul Aziz, Kamunting – Ahli, Yang Berhormat Encik Nadziruddin bin Mohamed Bandi, Ahli, Changkat Jong.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebarang perkara yang menyentuh kuasa hak dan kebebasan Dewan Negeri hendaklah merujuk kepada jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mempertimbangkan sebarang perkara yang dirujuk kepadanya dan mengemukakan penyata di atas perkara itu kepada Dewan Negeri. Dato' Seri Yang di-Pertua saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang disebutkan tadi adalah didapati sesuai untuk menjadi ahli jawatankuasa tersebut. Dengan demikian, saya sekali lagi mohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan seperti yang dicadangkan. Terima kasih.
Ada sokongan?
Dato' Seri Yang di-Pertua Temengor menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat dari kawasan Sungkai dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Sungkai yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 76 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mengandungi Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Dewan Negeri seberapa segera dan ahli-ahlinya terdiri daripada Yang di-Pertua Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi, Yang Berhormat Dato' Shahrul Zaman bin Yahya, Rungkup – Ahli, Yang Berhormat Puan Thulsi Thivani A/p Manogaran, Buntong – Ahli, Yang Berhormat Encik Chaw Kam Foon, Menglembu - Ahli Yang
Berhormat Dato' Abdul Yunus bin Jamahri, Kuala Kurau – Ahli, Yang Berhormat Encik Mohd Fakhruddin bin Abdul Aziz, Kamunting – Ahli, Yang Berhormat Encik Nadziruddin bin Mohamed Bandi, Ahli, Changkat Jong. Tiada perbahasan dan Ahli Yang Berhormat dijemput mengundi yang bersetuju sila bersuara setuju. Setuju dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua suara bersetuju, maka usul itu dipersetujui. Setiausaha.
Usul Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Kebajikan AhliMotion
Usul Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Kebajikan Ahli.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jalong untuk mengemukakan usul.
Dato' Seri Yang di-Pertua saya mohon izin mengusulkan usul yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 77 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kebajikan Ahli yang dilantik pada awal setiap penggal persidangan untuk mempertimbangkan dan menasihatkan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan keperluan dan kebajikan ahli. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan tidak melebihi 5 ahli-ahli ahlinya hendaklah terdiri daripada YB Yang di-Pertua, Pengerusi, YB Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi. YB Bercham, Encik Ong Boon Piow, YB Ayer Kuning, Dr. Mohamad Yusri bin Bakir – Ahli, YB Pengkalan Hulu, Encik Mohamad Amin bin Roslan - Ahli. YB Chenderoh, Tuan Syed Lukman Hakim bin Syed Mohd Zin – Ahli, YB Changkat Jering, Encik Rahim bin Ismail - Ahli.
Dato' Seri Yang di-Pertua saya ingin memaklumkan bahawa mereka yang disebutkan tadi adalah didapati sesuai untuk menjadi Ahli Jawatankuasa tersebut. Dengan demikian, saya sekali lagi mohon izin mencadangkan supaya Dewan melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Kebajikan Ahli seperti yang dicadangkan.
Ada sokongan?
Dato' Seri Yang di-Pertua, Aulong menyokong.
Ahli Yang Berhormat, di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Berhormat daripada Jalong dan telah mendapat sokongan. Sekarang saya akan mengemukakan usul ini kepada Dewan untuk dibahaskan jika ada. Masalahnya sekarang ialah usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Jalong yang berbunyi bahawa menurut Perintah Tetap 77 hendaklah ada sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kebajikan Ahli yang dilantik pada awal setiap penggal persidangan untuk mempertimbangkan dan menasihatkan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan keperluan dan kebajikan ahli. Jawatankuasa ini hendaklah mengandungi Yang di-Pertua sebagai Pengerusi, Timbalan Yang di-Pertua sebagai Timbalan Pengerusi dan tidak lebih daripada lima orang ahli dan ahli-ahlinya hendaklah terdiri daripada YB Yang di-Pertua, Pengerusi, YB Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Pengerusi, YB Encik Ong Boon Piow, Bercham – Ahli, YB Dr Mohamad Yusri bin Bakir, Ayer Kuning – Ahli, YB Encik Mohamad Amin bin Roslan, Pengkalan Hulu – Ahli, YB Tuan Syed Lukman Hakim bin Syed Mohd Zain, Chenderoh -Ahli. YB Encik Rahim bin Ismail, Changkat Jering -Ahli. Tiada Perbahasan dan ahli
Yang Berhormat dijemput mengundi. Yang bersetuju, sila bersuara setuju dan yang yang setuju sila bersuara setuju. (setuju) Dan yang tidak bersetuju sila bersuara tidak. Semua bersuara setuju, maka usul ini dipersetujui.
Sebelum Menteri Besar, sekejap. Sebelum Menteri Besar mengemukakan usul untuk menangguhkan Dewan. Saya suka nak memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bahawa seperti mana yang saya nyatakan dalam ucapan di awal tadi bahawa saya telahpun menerima satu usul daripada Yang Berhormat Gunong Semanggol untuk merujuk Ahli Dewan Negeri kawasan Pasir Bedamar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak di bawah Peraturan Mesyuarat 40(1), 40(3)(a)(b), 40(7) dan 40(11)(b) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya telah mengamati ucapan-ucapan yang dinyatakan dan perkara-perkara yang dinyatakan di dalam di dalam usul tersebut dan saya telah melihat sendiri hansard yang ada yang telah ini dan saya dapati ianya tidak memenuhi satu syarat iaitu tidak prima facie yang ada. Oleh itu, saya menolak usul itu dengan baik. Terima kasih.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, saya mohon izin mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan.
Ada sokongan.
Lintang menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat kawasan Lintang. Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri Besar mencadangkan bahawa Dewan ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang tidak ditetapkan dan telah pun mendapat sokongan. Maka dengan ini saya tangguhkan Dewan ini kepada suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Dewan ditangguhkan.