Perak · 1 December 2025

15th Assembly, 3rd session, 3rd meeting · 467 turns · 56,987 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat Dato' Yang Di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kelima, Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan pada hari Isnin 1 Disember 2025 jam 9.07 minit pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan, pihak urus setia, para petugas dan wakil media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.

Perkara yang pertama, suka untuk saya ingatkan sekali lagi bahawa semua Ahli Yang Berhormat dan ketua jabatan diminta untuk mendaftar kehadiran dengan mengimbas kod QR yang berada di atas meja masing-masing. Selain itu, aturan urusan mesyuarat dan soalan-soalan lisan pada hari ini boleh dimuat turun dengan mengimbas kod QR yang sama.

Perkara yang kedua, tempoh masa sesi soalan lisan pada hari ini diperuntukkan selama satu jam sahaja.

Perkara yang ketiga, berkaitan hansard rasmi, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah menghubungi pihak urus setia dalam tempoh 7 hari daripada hansard yang dipaparkan sekiranya terdapat pindaan yang perlu dibuat atau dilakukan pada hansard tersebut.

Akhir sekali, Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum kita meneruskan agenda mesyuarat pada hari ini, saya turut bersama dengan kita pada pagi ini, 41 orang pelajar daripada Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Saya mewakili Dewan Negeri Perak mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar tersebut pada pagi ini. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga, soalan yang telah diberi notis. Soalan-Soalan Lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama satu jam. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada dua soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, seperti lazimnya untuk hari ini, kadang-kadang ada isu popular, ada soalan yang memerlukan penjelasan tambahan pada pertimbangan Speaker, kalau dibenarkan, Speaker boleh benarkan tambahan soalan lah ya. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk mengemukakan nombor soalan. Silakan.

PRN Sabah PH 1, PN pun 1, soalan saya nombor satu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Selama. Saya serba salah nak jawab dengan tak nak jawab sebab soalan ini soalan yang sama dah berkali-kali ditanya Yang Berhormat iaitu berkaitan dengan peruntukan khas kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari blok Pembangkang.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya konsisten dengan jawapan yang sama pada tiap-tiap kali disoal, iaitu peruntukan yang kita luluskan dalam Dewan ini, dalam perbahasan ini, kita akan luluskan peruntukan yang telah pun tercatat dalam buku ini. Peruntukan yang diluluskan nanti akan diuruskan oleh beberapa entiti. Ada peruntukan yang kita agihkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Ada peruntukan yang kita agihkan kepada Pejabat Kewangan Negeri. Ada peruntukan yang kita agihkan melalui Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah Daerah. Ada peruntukan yang kita luluskan melalui pejabat-pejabat PBT, majlis daerah, Majlis Bandaraya Ipoh dan ada sebahagian lagi wang itu diluluskan kepada Pejabat Menteri Besar.

Jadi, Pejabat Menteri Besarlah yang kemudiannya memberi kepercayaan amanah kepada pengurus-pengurus wang ini. Bagi kawasan Dun kerajaan, kita amanahkan kepada Adun-Adun berkenaan untuk menguruskan. Dia tak boleh lulus. Kalau dia pergi sekolah PIBG mohon kerusi meja, Adun berkenaan Adun Kerajaan berkenaan akan menulis kepada UPEN bagi pihak MB. Jika UPEN berpendapat bahawa permohonan-permohonan itu dalam ruang lingkup kriteria-kriteria yang dibenarkan, jadi UPEN akan luluskan. Kalau Adun Kerajaan tulis itu memohon peruntukan untuk baik pulih Pejabat UMNO, UPEN tak lulus sebab dia telah salahguna peruntukan itu untuk tujuan parti politik, tak boleh. Itu bagi Adun Kerajaan. Peruntukan dia sama RM300,000. Bagi kawan-kawan saya dalam kawasan Dun Pembangkang, wang itu diuruskan oleh Pegawai Khas Menteri Besar, nilai dia sama, cara dia pun sama, cara dia pun sama. Cuma Pegawai Khas Menteri Besar ini akan panjangkan Pejabat MB. Kami pun nilai. Jika Pegawai Khas meluluskan kepada pembinaan rumah persendirian untuk mak mentua dia, pun tak lulus sebab dia ada peraturan dan syarat. Jadi Yang Berhormat jangan bimbang tentang kaedah pengagihan itu kita bagi sama. Cuma pengurusnya sahaja yang berbeza. Jadi, soalannya sama ada, ada peruntukan khas, tak ada. Yang sama rata saya bagi RM10 ribu sebulan kepada semua pusat khidmat. Pusat Khidmat Adun Kerajaan, Pusat Khidmat Adun Pembangkang. Walaupun dalam perbahasan baru ini saya dengar ada ucapan-ucapan mengatakan tak cukup perbelanjaan, berapa pun tak cukup YB.

Saya dah sebutkan hari tu, dulu-dulu zaman saya jadi Adun dulu, tahun 1999 tak ada peruntukan untuk pusat khidmat. Tak ada. Kemudian zaman Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Zambry menjadi Menteri Besar, dia bagi 1 pusat khidmat RM5 ribu sebulan. Zaman saya jadi MB saya naik RM2,000 jadi 7 untuk urusan pusat khidmat. And then tahun ini saya tambah lagi RM3,000. Saya masih sebut di situ RM7 ribu untuk tujuan pusat khidmat, nak bayar elaun pekerja, nak bayar bil air, nak bayar sewa. But that RM3,000 itu boleh digunakan untuk tujuan nak sedekah, kenduri. Tujuan nak bagi bantuan, itu sama dapat sama ada kerajaan ataupun pembangkang. Baru ni saya sebut lagi semua pusat khidmat dapat RM20 ribu untuk BKK. Jadi maksudnya kita dah cuba sedaya upaya untuk berlaku adil kepada semua pusat khidmat. Bergantunglah bagaimana yang YB menguruskan itu supaya sampai kepada hati rakyat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Besar. Selama ini soalan satu lagi, kan satu, satu tadi. Tadi satu soalan, ini satu soalan lagi. Ha tu dia.

Kahwin tetap satu. Dato' Speaker dua la, MB satu. Baik, terima kasih Yang Amat Berhormat Kota Tampan dan juga Dato' Seri Speaker. Terima kasih atas jawapan yang diberikan. Persoalannya ialah, maksud saya ialah berkaitan dengan yang pertama OG yang kita minta supaya dapat samalah dengan Yang Berhormat daripada kerajaan. Yang kedua berkaitan dengan bantuan yang lainlah seperti Back to School, Aidilfitri yang dulu masa Yang Amat Berhormat menjadi Menteri Besar semasa zaman PN dan juga BN memerintah. Pada masa itu, Yang Amat Berhormat kata keperitan semasa menjadi pembangkang amat perit. Jadi dia kata kali ini, Yang Amat Berhormat kata nak bagi sama, sama ada di DAP ataupun sama ada daripada pembangkang ataupun pihak kerajaan. Jadi kita nak supaya dapat dipertimbangkan lah supaya peruntukan OG yang selain daripada yang RM10 ribu itu, yang di sebelah sana dapat dan juga yang kedua, Back to School, Aidilfitri dan lain-lain dan macam di sebut tadilah, kalau di sini merasa tak cukup, belah sana pun rasa tak cukup juga. Tapi kenapa di sana dilebihkan untuk OG. Ialah, kita fahamlah, contohnya yang mari pejabat kita macam-macam. Antaranya dia kata ulang alik hospital la, dia mari pejabat kita katanya ayah dia hanya ada motor nak hantar anak ke universiti, apa, nak sewa kereta nak tunggu bantuan Yayasan Perak lambat dapat sebab baru buat permohonan dan sebagainya macam-macam.

Jadi semua itu perlu kepada dana yang disebut sebagai OG la, dan adalah aktiviti-aktiviti yang bermanfaat yang kita nak buat, yang dulu kita boleh buat aktiviti dan program yang bermanfaat kepada rakyat yang tak ada tujuan politik pun dan dengan dana yang besar, sekurang-kurangnya sama dengan pihak kerajaan lah. Jadi...

Yang di-Pertua

Soalannya

Soalan dan akhirnya macam mana pandangan Yang Amat Berhormat untuk diberikan kepada wakil rakyat semua sekali tak kira mana-mana blok untuk sama rata dan setujukah Yang Berhormat untuk tambah lagi peruntukan tersebut terutamanya peruntukan OG itu lah. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat Selama. Dia tak puas hati, tiap-tiap kali buat soalan ini saja.

Tak, sayang tu.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Saya sebutkan sekali lagi Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, kita tidak mahu berlaku tidak adil kepada sesiapa pun lah. Yang penting semua peruntukan yang kita luluskan ini, yang esok kita akan undi untuk meluluskannya, kita nak belanjakan untuk seluruh rakyat. Saya akui ada rakan-rakan dalam Adun Kerajaan yang mendapat OG tetapi kawasan mereka tak dapat peruntukan untuk buat program sekolah agama rakyat. Sebab dia kawasan tak ada sekolah agama rakyat macam Canning, mana ada sekolah agama rakyat, macam Pasir Bedamar mana ada sekolah agama rakyat, so, dia tak dapat peruntukan itu, dia tak dapat peruntukan itu.

Ada kawasan-kawasan Adun kerajaan macam di Buntong, dia tak dapat peruntukan untuk surau dan masjid sebab dia tak ada masjid dan surau nak dibangunkan di situ. Tapi kawan-kawan saya 26 kawasan ini saya sebutkan, dulu saya ada sebutkan contoh saya kata, Adun Chenderoh tak pernah sokong saya pun, dia tak dapat OG tapi tahun ini saya RM1 juta untuk bangunan Sekolah Agama Rakyat Nurul Kamaliah di Kati. RM1 juta Yang Berhormat berbanding dengan duit OG yang didapati oleh Adun kerajaan. So, kalau kita nak bangkitkan yang itu yang ini saya tak nak dilihat kita tak berlaku adil. Saya kena bagi tahu rakan-rakan saya sebelah sini. Mereka tak dapat peruntukan besar untuk menggunakan wang bagi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat. Sebab kita faham siapa kawasan dia, macam di Pasir Bedamar, macam di Malim Nawar, dia tak ada, tapi wang itu kita salurkan kepada rakan-rakan kita di blok pembangkang. Sebab di Parit Buntar, di Larut, ada keperluan untuk saya luluskan peruntukan membina sekolah baru agama rakyat, membaik pulih surau dan masjid. Sebab itu kita tak bolehlah membandingkan hanya berasaskan kepada OG itu saja. Sebab whatever berapa duit pun yang kita belanjakan mesti sampai kepada rakyat kita di bawah sana. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Menteri Besar dah tanya tadi dah, tak ada soalan tambahan tak ada kat orang lain.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Keranji ada soalan tambahan.

Soalan lagi…

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Keranji ada seorang tambahan.

Yang di-Pertua

Tak apa Selama, saya beri Keranji pada Keranji. Terima kasih. Selama dah dapat tadi dah.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Terima kasih. Terima kasih Dato’ Seri Speaker, saya nak tanya MB selain daripada Adun, adakah Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kebajikan terus kepada jawatankuasa komuniti atau badan bukan kerajaan NGO di kawasan pembangkang dan jika ia bagaimanakah mekanismenya? Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato’ Seri Yang di-Pertua, ada permohonan-permohonan daripada NGO termasuk PIBG, Persatuan Belia, Karate, persatuan sukan bukan sahaja daripada kawasan kerajaan tapi juga daripada kawasan pembangkang dan kita mengambil kira jika permohonan itu adalah permohonan yang relevan, permohonan yang patut diluluskan maka kita luluskan. Kita tak ada masalah tentang itu. Mereka perlu buat surat kepada Pejabat Menteri Besar kita akan pertimbangkan. Jadi kita beri kelulusan itu sama kerajaan pun dapat, pembangkang pun dapat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Menteri Besar, sekarang saya menjemput …

Satu lagi…

Yang di-Pertua

Cukuplah dua. Dia…dia soalan dia tak habis dia tiap-tiap kali sidang Dewan tanya. Oklah itu dalam perbahasan pun tanya juga. Nanti masa perbahasan Menteri Besar gulung nanti besok boleh bangun celah tanya lagi cara berhemah beradab tak habis. Dia bukannya soalan ulang saya faham. Saya tahu dia, dia popular dan dia gelodak jiwa tu saya fahamkan. Tapi tak apa saya besok masa apa Yang Amat Menteri Besar menggulung boleh minta permisi daripada, minta kebenaran daripada Yang Amat Menteri Besar celah lagi tanya dengan baik lagi yang simpan dulu simpan dululah hari ni. Boleh Yang Berhormat Selamanya, Adun Selama. Takpa…takpa…

Kalau lupa, kalau lupa besok…

Yang di-Pertua

Ish tak lupa. Tulis, tulis, tulis kat depan tu ok. Terima kasih sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk mengemukakan nombor soalan. Silakan.

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan Astaka soalan nombor dua.

Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia, Salam Perak

Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Dato’ Seri Yang di-Pertua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Astaka atas soalan berkaitan dengan keselamatan pelajar-pelajar di sekolah.

Dato’ Seri Yang di-Pertua serta Ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi penekanan terhadap aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan di sekolah bagi menjamin kesejahteraan murid serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif. Usaha ini dilaksanakan secara menyeluruh di bawah penyelarasan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia yang berperanan menggubal dasar, menyediakan garis panduan serta menyelaras pelaksanaan pengurusan keselamatan sekolah di seluruh negara. Antara langkah utama yang dilaksanakan ialah pertama pelaksanaan dasar, garis panduan, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan surat siaran berkaitan aspek pengurusan keselamatan murid, merangkumi aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam dan juga di luar sekolah. Langkah kawalan penularan penyakit, jangkitan penyakit berjangkit, wabak serta penyakit tidak berjangkit.

Pemantauan keselamatan fizikal sekolah dan juga berkaitan kesiapsiagaan menghadapi bencana dan cuaca buruk. Yang kedua pelaksanaan program pengurusan 3K di sekolah. Melalui Jawatankuasa 3K secara bersepadu dengan penglibatan warga sekolah, PIBG, komuniti setempat dan juga agensi yang berkaitan merangkumi aspek keselamatan fizikal, psikologi sosial dan persekitaran sekolah berpandukan kepada buku panduan Pengurusan 3K. Yang ketiga, pengukuhan kawalan keselamatan fizikal sekolah melalui pemasangan CCTV sedang dilaksanakan di asrama-asrama. Pemantauan pematuhan terhadap tanggungjawab dan peranan pengawal keselamatan serta penyaluran peruntukan tambahan bagi baik kerja pulih, baik pulih infrastruktur dan keselamatan bagi sekolah-sekolah yang dikesan berisiko. Keempat, pemantauan dan audit keselamatan berterusan di mana pihak sekolah melaksanakan pengisian penarafan keselamatan kendiri melalui Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS) yang diisi pada setiap tahun bagi menentukan tahap keselamatan sekolah dengan menyenaraikan sebarang isu-isu kritikal terhadap berkaitan keselamatan yang telah dikenal pasti dan memerlukan tindakan selanjutnya di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Yang kelima, kerjasama dan kerjasama agensi dan pendidikan pencegahan melalui kolaborasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Sekolah diberikan latihan keselamatan, ceramah pencegahan kebakaran serta simulasi kebakaran bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah di samping memastikan keselamatan murid dan warga sekolah terjamin dan sentiasa siap siaga. Keenam, modul pendidikan pengurangan risiko bencana (DRR) yang mana modul ini telah dilancarkan pada 28 Oktober 2025 di Johor Bahru sempena pelancaran Bulan kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2025. Modul ini merupakan hasil kerjasama Kementerian Pendidikan bersama-sama dengan UNICEF, NADMA dan SEADPRI Universiti Kebangsaan Malaysia. Perluasan pelaksanaan modul DRR sedang giat dijalankan di seluruh negara dengan memastikan guru-guru diberi latihan berkaitan aspek pengurangan risiko bencana untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah ke arah memberikan pendedahan kepada murid tentang ilmu kesiapsiagaan menghadapi bencana bagi mengurangkan risiko apabila berhadapan dengan bencana dengan kaedah yang menyeronok dan berfokus. Dalam masa yang sama, murid-murid dan warga sekolah akan turut diberi pendedahan terhadap modul DRR bagi memastikan warga sekolah bersedia berhadapan apa jua situasi bencana pada bila-bila masa. Secara tuntasnya, di bawah teras pengurusan 3K yang dipantau oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia. Usaha kerajaan ini menzahirkan komitmen berterusan untuk memastikan setiap murid berada dalam suasana sekolah yang selamat, sihat dan sejahtera selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistik dan berdaya tahan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Exco memang sekarang menjadi satu dengan izin concern ibu bapa ataupun pelajar-pelajar. Kalau sekolah juga ada kes-kes berlaku seperti sebelum ini, ada kes jenayah. Jadikan sekolah satu tempat yang mungkin tidak selamat terutamanya sekarang juga ada bencana, contohnya banjir. So, macam mana Kerajaan Negeri untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar termasuklah seperti mana Exco sebutkan tadi. Sekarang juga musim peperiksaan SPM. Macam mana untuk memastikan keselamatan pelajar dalam sekolah? Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Astaka atas soalan tambahan berkaitan dengan situasi banjir dalam peperiksaan SPM 2025 ini. Untuk makluman, ada perubahan terkini berkaitan dengan pusat peperiksaan bagi SPM Negeri Perak akibat daripada bencana banjir yang terkini pada pagi ini yang pertama. Calon daripada SMK Datuk Abdul Rahman Talib, Teluk Intan. Seramai 67 orang calon sekolah dan 11 calon persendirian akan dipindahkan ke pusat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak. Yang keduanya, SMK Seri Kandi Teluk Intan, 59 calon sekolah akan mengambil peperiksaan di SMK Seri Setia manakala yang ketiga SMK Tun Perak, Selekoh Bagan Datuk ada 93 orang calon sekolah 20 orang calon persendirian akan hadapi ataupun akan mengambil peperiksaan di Dewan Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk. Yang keempat SMK Dato' Idris Pantai Remis, Manjung 56 calon sekolah yang akan mengambil peperiksaan di Pusat SMK Pantai Remis.

Keempat-empat perpindahan ini kerana pusat peperiksaan tidak selamat untuk dijadikan sebagai pusat peperiksaan manakala satu sekolah lagi di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Pangkor pun juga berpindah ke SMK Pangkor, seramai 20 orang calon kerana keadaan bangunan ataupun cerun yang agak kritikal dan tidak selamat dan 20 orang calon di SMTR Darul Ridzuan, Pangkor ini telah pun di tempatkan di pusat kokurikulum sebagai penginapan untuk langkah-langkah keselamatan. Dari segi kesiapsiagaan, pihak kementerian berkaitan dengan masalah banjir ini, kementerian melalui sektor peperiksaan dan pentaksiran telah pun melaksanakan Program Ops Payung. Ops Payung ini adalah satu program garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan yang melibatkan semua agensi daripada pihak kementerian, JPN, PPD dan sekolah yang melibatkan juga agensi agensi penyelamat seperti bomba, APM, jabatan daerah, pejabat daerah dan sebagainya dan situasi banjir yang dianggap sebagai mengancam kepada peperiksaan ini terbahagi kepada empat.

Untuk makluman yang pertama, hanya pusat peperiksaan sahaja yang terlibat banjir, sedangkan kawasan persekitaran kediaman calon dan jalan ke pusat pusat tidak banjir. Situasi kedua hanya jalan menuju ke pusat peperiksaan sahaja. Yang terlibat banjir sedangkan kediaman calon dan pusat peperiksaan tidak terlibat. Situasi ketiga pusat peperiksaan. Jalan menuju ke pusat peperiksaan dan persekitaran yang banjir dan yang keempat situasi keempat bilik kebal dan jalan menuju ke bilik kebal terlibat dengan banjir sedangkan kediaman calon dan pusat peperiksaan tidak terlibat. Maksudnya sebarang perubahan pusat peperiksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri berdasar kepada empat-empat situasi yang saya nyatakan ini. Dan apabila berlakunya perubahan pusat peperiksaan ini, maka pihak-pihak yang terlibat dengan bencana ini khususnya daripada Pejabat Daerah daripada Jabatan Bomba, APM akan membantu Menguruskan pergerakan calon calon ke pusat-pusat peperiksaan yang baharu dan ianya di selaraskan dan kita lihat pada hari ini. Kelima-lima pusat pusat itu telah pun berjalan dengan baik hasil kerjasama komitmen daripada pihak-pihak dalam memastikan urusan penghantaran dan juga pengambilan calon-calon ke pusat pesanan dapat berjalan dengan baik dan lancar. Terima kasih.

Soalan, Timbalan Yang di-Pertua

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Baik, Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Berhormat Exco ada soalan. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan satu peristiwa yang membuka mata pelbagai pihak, sama ada di dalam negara dan luar negara dan media banyak bagi perhatian kepada isu ini iaitu kematian seorang pelajar tingkatan satu Zara Qairina daripada SMKA Tun Datu Mustapha Papar, Sabah kan. Selain soalan yang dibangkitkan oleh tadi, Yang Berhormat sahabat saya daripada Astaka berkenaan dengan keselamatan di sekolah, kita perlu, perlu bagi perhatian juga bagi aspek keselamatan anak-anak ataupun adik-adik pelajar pelajar di asrama ini dan selain itu, keselamatan di dalam program ataupun aktiviti ko-kurikulum ataupun pendidikan jasmani. Jadi soalan saya kepada Yang Berhormat Exco, adakah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan garis panduan bagi menangani isu berkaitan keselamatan murid ketika aktiviti tersebut dilaksanakan sama ada di asrama segala aktiviti yang berlaku dalam asrama termasuk juga aktiviti semasa pendidikan jasmani iaitu aktiviti di luar kelas? Itu sahaja soalan daripada saya terima kasih.

Terima kasih sahabat saya daripada Pengkalan Hulu atas soalan berkaitan dengan keselamatan pelajar terutama aktiviti sukan, kokurikulum dan juga asrama. Seperti yang kita sedia maklum, faktor ataupun berkaitan dengan keselamatan ini, pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan garis panduan ataupun Surat Pekeliling Ikhtisas seperti Bilangan 9 tahun 2000 yang berkaitan dengan garis panduan yang di berikan oleh pihak kementerian kepada pihak sekolah khususnya guru-guru untuk memastikan keselamatan pelajar itu diutamakan.

Contohnya dari segi aktiviti ko-kurikulum ataupun aktiviti luar, apa program aktiviti yang dilaksanakan di luar ini perlu ada guru pembimbing, perlu ada pemantauan dan pengawasan daripada guru pembimbing. Yang kedua, kalau ianya melibatkan peralatan contoh peralatan sukan, ianya perlu dipastikan bahawa peralatan sukan itu selamat dan sesuai digunakan sebab kita tak hendak apabila digunakan tiba-tiba patah dan juga berbahaya kepada pelajar dan pihak guru kena pastikan aspek penyeliaan dan juga pemeriksaan kepada peralatan-peralatan tersebut perlu dibuat dari semasa ke semasa. Sebab setiap peralatan ada tempoh hayat dia. So, kalau kita gunakan peralatan yang mungkin telah tidak sesuai yang akhirnya akan memberi kecelakaan kepada anak-anak murid kita.

Yang ketiganya, kita juga kena pastikan kawasan untuk dilaksanakan program dan aktiviti ko-kurikulum atau luar bilik darjah itu perlulah dipantau dan dilihat dalam keadaan selamat. Tidak ada sebarang permasalahan dari segi permukaan tanah dari segi gangguan dan sebagainya. Yang ketiga, kita juga kena lihat kalau ada aktiviti air perlu ada guru yang mempunyai lesen atau mempunyai kelulusan dari segi sijil menyelamat khususnya melibatkan air dan sebagainya. Yang keempat adalah dari segi insuran, perlindungan diri dan Kementerian Pendidikan Malaysia memang telah mewajibkan setiap pelajar yang bernaung di bawah pendidikan mempunyai insurans takaful yang akan di cover akan akan di beri sepanjang 24 jam. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat

Satu soalan…

Satu soalan…

Manong.

Kamunting.

Timbalan Yang di-Pertua

Manong sila,

Manong.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan berkaitan sahaja.

Soalan berkaitan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan juga yang Exco masih lagi isu keselamatan berkaitan dengan kes bunuh yang berlaku di sekolah baru-baru ini yang sangat mengejutkan kita. Soalan saya ringkas sahaja. Apakah SOP yang ada di sekolah yang mungkin telah dikeluar oleh kementerian mahupun jabatan pendidikan berkaitan dengan SOP untuk menyemak ataupun memeriksa barang-barang yang dibawa oleh pelajar ke sekolah? Mungkin ada barang-barang yang berbahaya, senjata dan sebagainya, objek tumpul dan sebagainya seperti yang berlaku di sekolah berkenaan. Apakah SOP yang sedia ada ataupun siapa yang akan digubal oleh pihak sekolah ataupun pendidikan untuk memastikan memantau barang barang yang dibawa oleh pelajar ke sekolah? Itu sahaja, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Manong atas soalan berkaitan dengan pemantauan peralatan yang dibawa oleh pihak sekolah. Seperti yang kita sedia maklum dalam pekeliling Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan dengan disiplin ini, di mana semua guru adalah guru disiplin dan semua guru boleh melaksanakan aktiviti penyeliaan, pemeriksaan dan pemantauan kepada peralatan-peralatan yang dibawa oleh pihak pelajar tetapi kadang-kadang perkara ini, pihak guru menganggap ianya adalah tugas guru disiplin dan mungkin itu menyebabkan para pelajar ini agak mudah untuk bawa peralatan dan saya difahamkan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan untuk mengetatkan dari segi standard operasi dari segi SOP berkaitan dengan pemeriksaan kepada peralatan-peralatan yang dibawa oleh pihak sekolah. Kita tidak mahu kejadian seperti yang berlaku seperti disebut oleh YB Manong tadi berlaku pada masa-masa akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan soalan, dipersilakan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Menglembu, soalan yang ketiga.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Terima Kasih juga buat sahabat saya daripada Yang Berhormat Menglembu yang membangkitkan persoalan tentang di bawah portfolio saya. Assalamualaikum WBT, Salam Malaysia Madani, Salam Perak 2030. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah melancarkan Pelan Perak, Pelan Strategik Pendigitalan Perak 2022/2025 melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada tahun 2023. Di samping Pelan Tindakan Ekonomi Digital Negeri Perak 2030 serta Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040 pada 4 Jun 2025. Ketiga-tiga pelan ini merupakan pelengkap kepada Pelan Perak Sejahtera 2030 dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan ekonomi digital negeri. Pendekatan ini telah membuka laluan kepada penerapan teknologi AI dalam sektor strategik termasuk pentadbiran, perkhidmatan awam, ekonomi dan pembangunan bandar pintar. Untuk makluman Yang Berhormat, semasa Taklimat Belanjawan 2026 bersama Komuniti Madani & Taklimat Internet Selamat Negeri Perak pada 28 Oktober 2025, saya telah memaklumkan yang pihak Digital Perak sedang memulakan penyediaan kerangka strategik AI untuk negeri Perak. Langkah ini adalah selaras dengan pembangunan pesat infrastruktur digital di negeri Perak dengan mengambil kira aspek etika serta keselamatan data rakyat.

Sehubungan dengan itu, Digital Perak sebagai agensi pelaksana negeri telah memulakan gerak kerja pembangunan kerangka AI dengan kerjasama rapat agensi Persekutuan di bawah Kementerian Digital termasuk NAIO, DNB dan MDEC bagi memastikan setiap inisiatif yang bakal diwujudkan selaras dengan kerangka AI Nasional. Bagi menyokong usaha ini, Digital Perak juga bercadang menganjurkan beberapa sesi bengkel dan libat urus dengan penglibatan agensi Persekutuan dan Negeri serta pakar rujuk daripada pihak swasta bagi memastikan kerangka strategik AI negeri Perak dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh. Lanjutan itu, pihak Digital Perak telah memulakan gerak kerja membangunkan kerangka AI Negeri. Gerak kerja yang dilaksanakan mendapat kerjasama erat daripada agensi persekutuan di bawah Kementerian Digital termasuk Nasional AI Office atau NAIO, Digital Nasional Berhad (DNB) dan MDEC di mana setiap inisiatif atau program yang bakal diwujudkan di bawah kerangka tersebut selari dengan kerangka AI Nasional.

Selaku Exco yang bertanggungjawab, saya telah meminta agar segala perkara asas yang perlu diberi perhatian termasuk keselamatan data siber dengan izin Cybersecurity perlu dibentang dan diperhalusi semasa Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital atau MEDI yang dirancang akan diadakan pada 16 Disember 2025 ini. Kerajaan Negeri Perak komited memajukan pembangunan AI secara menyeluruh dan bertanggungjawab dengan mengemas kini pelan sedia ada bagi memasukkan elemen keselamatan siber dan etika AI demi melindungi data rakyat. Dasar ini menumpukan kepada empat perkara.

Yang pertama memperkukuh tadbir urus berasaskan data untuk keputusan strategik. Kedua, memodenkan operasi melalui automasi dan aplikasi AI seperti chatboard serta analitik ramalan. Ketiga, membangunkan kapasiti pegawai melalui latihan digital dan kerjasama dengan akademi serta industry dan yang keempat memastikan pematuhan keselamatan siber, etika AI dan perlindungan data. Pendekatan ini dijangka meningkatkan produktiviti jabatan, memodenkan perkhidmatan dan memacu tadbir urus digital negeri yang lebih cekap dan responsif.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, Kerajaan Negeri melalui Bahagian Digital, SUK Perak telah melaksanakan sistem chatbot berasaskan kecerdasan buatan AI pada 3 portal rasmi utama Kerajaan Negeri. Portal-portal tersebut ialah e-Penghulu, Sistem Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak dan Lembaga Muzium Negeri Perak. Pelaksanaan chatboard ini adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif digital Kerajaan Negeri untuk mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan yang akan membolehkan respon pantas dan memudahkan rakyat mendapatkan khidmat kerajaan tanpa perlu hadir ke kaunter fizikal. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan? Menglembu sila.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seiring dengan perkembangan pesat teknologi digital dan peningkatan penggunaan platform dalam talian, dalam urusan harian rakyat, isu keselamatan siber dan perlindungan data peribadi semakin mendapat perhatian serius. Ancaman seperti penyalahgunaan maklumat peribadi menuntut agar rakyat dilengkapi dengan pengetahuan dan kesedaran digital yang mencukupi. Sehubungan itu, saya ingin bertanya apakah pelan yang sedang dirangka oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pelan atau program khas kesedaran digital kepada rakyat bagi meningkatkan kefahaman tentang keselamatan dalam talian dan juga perlindungan data rakyat?

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya membangkitkan sekali lagi yang prihatin tentang Cybersecurity ini dan untuk makluman Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab bersama antara kerajaan dan masyarakat untuk memastikan tahap literasi digital rakyat terus diperkasa agar mereka mampu menggunakan teknologi secara selamat dan beretika. Bagi pentadbiran SUK Perak, perluasan dan penerapan AI dirangka melalui pelan strategik pendigitalan atau pun PSP 2026-2030 yang kini sedang berada di fasa akhir penyediaan. Bagi memastikan pelaksanaan teknologi ini dijalankan secara terancang dan selaras dengan keselamatan data rakyat Perak. Sejak April 2025, Kerajaan Negeri & MCMC telah melaksanakan siri program avokasi melalui Kempen Internet Selamat (KIS). Selain selain pelajar sekolah dan belia. Modul KIS ini turut memberi penekanan kepada golongan warga emas khususnya kawasan luar bandar. Fokus kempen meliputi keselamatan dalam talian, cara mengenal pasti penipuan siber dan langkah pencegahan apabila menerima panggilan atau mesej yang mencurigakan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk mengemukakan soalan, sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Pengkalan Hulu, soalan nombor empat.

YB DATO’ SERI Ir. MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (SUNGAI RAPAT): Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Kerajaan Perpaduan Madani. Saya terima kasih Yang Timbalan Yang di-Pertua kepada Pengkalan Hulu kerana bertanyakan soalan kepada pihak berkuasa berkenaan dengan kerja-kerja pavement yang berkala di FT076 dan FT078. Jadi saya mengharapkan soalan yang dikemukakan oleh Pengkalan Hulu dapat saya jawab beserta dengan soalan daripada Kamunting kerana dia menyentuh perkara yang sama. Untuk makluman Yang Berhormat Pengkalan Hulu, bagi memastikan infrastruktur jalan raya sentiasa berada di tahap selesa dan selamat kepada pengguna permohonan peruntukan untuk pembaikan ini telah pun dibuat secara bertulis melalui JKR Ibu Pejabat Malaysia setiap tahun bertujuan mengatasi masalah kerosakan di jalan tersebut.

Walaubagaimanapun, penyelenggaraan jalan tersebut dibuat mengikut peruntukan yang telah diluluskan sahaja. Kelulusan bagi tahun 2025 iaitu tahun ini adalah seperti jadual berikut. Pavement Berkala FT076 daripada Gerik ke Pengkalan Hulu telah pun diluluskan sebanyak RM13.6 juta dan digunakan oleh JKR untuk buat pavement berkala. Manakala untuk FT077 daripada Pengkalan Hulu ke Betong tiada kelulusan. Perihal kedua berkala bukan pavement bagi FT076 telah diluluskan sebanyak RM157 ribu. Manakala FT077 daripada Pengkalan Hulu ke Betong sebanyak suku juta. JKR negeri telah mohon kepada Kerajaan Persekutuan melalui cawangan selenggaraan fasiliti jalan bagi pembaikan laluan FT076 daripada Gerik ke Pengkalan Hulu dan FT077 daripada Pengkalan Hulu ke Betong, sempadan antarabangsa Malaysia Thailand bagi tahun 2026 tahun depan telah pun dimohon. Iaitu yang pertamanya bekalan berkala pavement jalan kos-kos FT076. Kami memohon sebanyak RM110 juta, manakala bagi FT077 dipohon sebanyak 10 juta bagi pavement yang bukan berkala bukan pavement pula dipohon daripada Kerajaan Persekutuan KKR sebanyak RM5.45 juta untuk FT076 daripada Gerik ke Pengkalan Hulu. Manakala FT077 daripada Pengkalan Hulu ke Betong adalah sejumlah RM1.2 juta iaitu dihasratkan bagi tahun 2026 tahun depan. Peruntukan pembaikan bagi tahun 2026 kini sedang menunggu maklum balas kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya. Buat masa ini, jalan laluan FT076 dan FT077 sentiasa dipantau dan diselenggara di bawah peruntukan rutin R01 iaitu patching pothole untuk memastikan laluan ini selamat dilalui oleh semua kenderaan.

Jadi JKR membuat analisa bahawa jalan FT076 ini, selalu digunakan oleh kenderaan berat yang bawa balak dan sebagainya. Jadi berlakulah lubang pothole di sepanjang jalan tersebut. Jadi peruntukan yang dipinta daripada kerajaan tahun depan adalah sebanyak RM100 juta untuk buat pavement sahaja. Manakala untuk jalan laluan daripada Pengkalan Hulu ke Betong, laluan itu hendaklah sama indah dengan laluan daripada Betong pergi ke Hatyai. Jadi hari ini kita buat permohonan itu supaya laluan itu tidak nampak beza bila orang masuk ke sempadan Malaysia, dia nampak jalan FT077 itu agak merekah dan begitu juga pelancong yang yang keluar daripada Malaysia nak pergi ke Betong, dia lihat bahawa mutu jalan di Betong nak pergi ke Hatyai tu adalah cantik. Jadi kita tidak mahu ada dua perumpamaan itu. Kita hendakkan supaya mutu jalan di Betong, Betong ke Hatyai sama dengan dari Hatyai atau pun Betong ke Pengkalan Hulu itu sama. Jadi tidak ada perbezaan. Jadi itu yang diharap hasratkan oleh JKR dalam kajian kita. Walau macam mana pun, usaha sedang dibuat supaya mana-mana kawasan yang biasanya ditempuhi oleh kenderaan berat yang menyebabkan lubang-lubang ini atau pun pothole ini dapat diberikan tindakan serta merta.

Manakala bagi soalan Kamunting pula, jajaran yang dimaksudkan merupakan laluan Persekutuan FT3146 yang dipanggil oleh Kamunting A2 tu 3146. Di daripada Tol Kamunting Utara nak menyampaikan kepada traffic light nak pergi ke Jalan Kamunting Jaya. Isu keselamatan pengguna jalan raya merupakan antara faktor utama yang dinilai bagi menaik taraf jajaran atau pun laluan yang berkaitan. Kita sedar bahawa masalah yang dihadapi di situ itu mereka menjadi jalan pintas nak menghantar anak-anak ke ke jalan ke Taman Ekspo. Dia ada Sekolah Menengah Taman Ekspo, Sekolah Rendah Taman Ekspo. Jadi mereka melanggar lampu isyarat itu dengan mengambil jalan pintas ke kiri. Ini amat merbahaya dan kerajaan hari ini tidak berhasrat hendak membuat jalan jalan susur ke situ. Sebabnya reason nya terlampau kecil. Jadi kita kena cari jalan kaedah yang lain yang lebih menyelamatkan.

Buat masa ini cuma kita pantau supaya traffic light itu tidak meragam tidak masalah pada traffic light itu. Berkenaan dengan tabiat orang suka melanggar traffic light kerana dia hanya nak pergi ke kiri sahaja. Dia bukan nak terus dia nak hantar anak dia pergi sekolah. Maka walaupun traffic light tu merah, dia lalu jugak ke kiri sebab dia cepat sampai ke sekolah. Oleh kerana dua sekolah itu merupakan tempat yang sibuk tapi usaha untuk menukar supaya laluan baru dibuat di persimpangan itu belum lagi ada kajian. Kita masih menyatakan bahawa traffic light itu kalau mengikut kaedah-kaedah yang selamat, ia selamat digunakan kerana ia telah digunakan banyak tahun. Pihak JKR akan melaksanakan kajian terhadap fasa lampu isyarat agar kitaran pergerakan persimpangan lampu isyarat dapat dioptimakan. Buat masa ini, tiada kajian dibuat di persimpangan tersebut berikutan lampu isyarat yang sedia ada itu masih berfungsi dengan baik.

Kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu supaya cadangan penambahbaikan terhadap jajaran sedia ada berdasarkan aspek teknikal dan mitigasi yang dilaksanakan merupakan penyelesaian terbaik demi keselamatan dan juga keselesaan pengguna jalan raya. Jadi, saya merayu dekat sini pengguna jalan raya khususnya di Jalan Kamunting Jaya nak pergi ke Taman Ekspo tu seboleh-bolehnya kena patuh kepada traffic light tersebut. Sebab kalau seorang diri melawan traffic light itu dia pergi langgar yang merah tu maka, di belakang dia mereka juga gunakan sama. Sebab dia kata cepat hantar anak ke sekolah tidak ada apa-apa kemalangan. Buat masa ini begitulah perangai dia. Tabiat kita macam ni sebab nak hantar anak tu sekejap sahaja nak kita nak lalu traffic light tu tak payah tunggu hijau merah pun lalu juga. Itulah tabiat kita hari ni. Jadi, saya mengesyorkan supaya jangan dibuat perangai begitu kerana ia merbahayakan. Sebab kadang-kadang tu ada kereta-kereta atau motosikal yang laju. Jadi tak dapat lah kita tahan. Jawapan kita kepada Kamunting terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan. Pengkalan Hulu sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco atas jawapan yang diberikan. Insha-Allah. Cuma sebelum saya bertanya saya nak ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri melalui JKR dan melalui Yang Berhormat Exco Dato' Seri. Alhamdulillah lah setelah dibangkitkan bertahun-tahun adalah perubahan penambahbaikan, naik taraf yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensi di bawah Dato' Seri. Saya ucapkan terima kasih atas tiga projek yang telah dilaksanakan iaitu di terutamanya di Pekan Pengkalan Hulu, Pekan Kroh yang keduanya di Gunung Paku. Sebelum ini jalan mendap. Alhamdulillah, dah selesai dibaik pulih dan seterusnya di Kampung Pahit yang dah lama juga tak dinaik taraf jalan tersebut. Dah ada dah sikit dan boleh gembirakan hati orang kampunglah, termasuk juga yang terbaru di Kampung Pahit ke Kampung Lalang. Terima kasih juga dan yang seterusnya daripada simpang apa Kampung Lalang ke Kampung Air Panas ya, FT1157 panjang jaraknya lebih kurang dalam 24 kilometer. Terima kasih atas peruntukan-peruntukan yang terus diluluskan.

Cuma soalan yang saya berfokus ni lebih sebenarnya kepada FT077 yang mana Dato' Seri terangkan tadi yang menjadi cerminan dan juga pintu masuk pelancong daripada Thailand. Seperti mana kita tahu daripada Thailand ni kalau ikut jalan dia empat lorong, dua-dua lah dan kita masih dua lorong. Jadi soalan saya adakah Kerajaan Negeri mahu pun Kerajaan Persekutuan ada perancangan untuk menaik taraf jalan FT077 ini untuk diselaraskan seperti mana jalan yang berada di sebelah Thailand dan rata-rata orang kampung termasuk juga pengunjung menggunakan laluan tersebut pada setiap minggu? Jadi adakah perancangan daripada kerajaan negeri untuk lebarkan lagi tambah lagi lorong dan naik taraf jalan tersebut. Insha-Allah? Itu saja soalan saya.

Terima kasih sahabat saya Pengkalan Hulu yang agak prihatin berkenaan dengan mutu jalan yang berada di tanah air kita. Dengan mutu jalan yang berada di tanah seberang di Thailand. Memang berbeza kerana mereka tu mutu jalan dia tu lebih elok daripada kita. Saya sendiri terasa bila saya melalui jalan daripada Pengkalan Hulu nak pergi ke Betong sebelum kita menyeberang tu jalannya agak…agak kita ada single line pastu dia agak agak rough. Tapi bila kita menyeberang ke sampai ke Betong ke Hatyai jalan dia cantik. Jadi bukan maknanya kita kena buat jugak jalan kita sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan Thailand sebab kos dia juga tinggi. Mereka buat macam tu kerana mereka dahulu ada pembangunan Hatyai. Dia ada International Airport. Maka mereka buat itu dia perancangan panjang mereka mengadakan jalan sampai ke sempadan Malaysia. Begitu dia punya sifat dia. Jadi kalau kita nak ikut style dia macam tu juga payah yop mau tanggal seluar.

Jadi untuk itu kita hanya pastikan lane yang kita ada hari ini nak sampai ke sempadan tu dijaga dengan elok. Berkenaan dengan lubang yang berlaku banyak di jalanan khususnya di Kampung Pahit itu. Yang ini kita kena pastikan bahawa jalan itu tidak digunakan oleh pembalak-pembalak ni yang mengangkut muatan lebih daripada beratnya. Jadi kalau dapat kita kawal benda tu, saya bersua dengan JPJ dapat kita elakkan, maka hayat jalan tu dapat kita panjangkan. Kalau tidak kerja-kerja bukan pavement ini terpaksa kita buat dari masa ke semasa dengan kos yang bertambah setiap kali dan Pengkalan Hulu juga kawasan yang sentiasa ada banyak cerun. Jadi cerun-cerun ini juga kena ambil kira untuk kita perbaiki termasuk juga musim-musim musim-musim tengkujuh sekarang ini Terima kasih.

Manjoi.

Kamunting, Kamunting sebab respon soalan ini.

Manjoi Timbalan Speaker.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Saya ada soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan.

Kamunting.

Manjoi.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Baharu sila.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Timbalan Speaker. Dalam soalan tambahan ini, saya suka nak mengemukakan apa yang saya lihatlah ya, di laluan FT05. FT05 ni Ipoh-Lumut lah ya, berdekatan dengan UTP dan di kawasan Bota ya, dekat Jambatan Sultan Idris. Adakalanya, kita lihat kerja-kerja penurapan semula ini dilakukan secara berulang. Saya tak pastilah sama ada kita sedari ataupun tidak. Saya ni err.. boleh katakan hari-hari memandu, tapi saya nampak kerja tu berulang, ya. Terutama di berhampiran UTP ya. Saya faham mungkin kerana permukaannya beralun, tapi pada saya kalau beralun kaedahnya mestilah kaedah macam lain. Tapi boleh tak JKR mengkaji perkara ni supaya tidak dilihat macam berulang, di tempat yang sama. Terima kasih.

Terima kasih Pengkalan Hulu kerana mendapati bahawa ada jajaran yang diperbaiki ataupun dibuat pavement baru itu seolah-lah dibuat dua tiga kali. Tapi sebenarnya kita buat itu sekali, kemudian dipantau. Kalau sekiranya yg kita buat dua kali itu kadang-kadang kebanyakannya bukan di seksyen yang sama, ia di seksyen yang lain. Jadi kalau boleh dekat sini ini saya nak syorkan supaya Pengkalan Hulu pastikan dengan mengambil beberapa gambar. Kalau sekiranya mereka buat kerja-kerja pavement atau pembaikan pothole itu di seksyen yang sama, tiba-tiba dua bulan dari yang sekarang ni mereka gunakan juga untuk pembaikan di side yang sama yang ini satu perkara yang agak mengganjilkanlah. Jadi saya nak syorkan supaya bila ada kerja-kerja buat pavement ataupun bukan pavement ini, maka dikenalpasti seksyen dia sendiri. Jadi kalau di Pengkalan Hulu, di Beruas itu sendiri, kadang-kadang kita buat. Tapi yang kita buat sekali itu adalah untuk keseluruhan seksyen dan kadang-kadang tu kita ulang untuk buat pothole yang dahulunya tak sempurna kita sempurnakan sahaja. Tu nampak kadang-kadang kerja tu dua tiga kali. Terima kasih banyak Pengkalan Hulu.

Timbalan Yang di-Pertua, satu respon.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan berkaitan?

Ya, berkaitan tadi Kamunting punya.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan ringkas, sila.

Ok, berkenaan dengan laluan susur masuk ke Kamunting Jaya, masalah problem dia YB Exco, adalah orang tempatan bila dihantar anak ke situ, dia memang kena tunggulah dan dorang kejar masa dan memang terlalu panjang waktu-waktu prime time tu memang panjang. Boleh tak buat satu kajian kalau kata tak boleh buat susur keluar, kita ada satu kaedah Smart Lane. Ada waktu-waktu tertentu, jalan tu adalah dibenarkan untuk lalu dan tidak salah. Sebab bila polis tunggu di situ memang salah dia orang ni adalah orang-orang yang B40 yang hantar anak kena saman dan sebagainya, kesian saya tengok bila datang pejabat dia orang minta duit, bila kena saman saya kesian lah. Jadi boleh tak buat kaedah Smart Lane waktu-waktu tertentu. Dia orang boleh lalu waktu sekolah, waktu kerja dan sebagainya dan mereka tidak salah ketika itu. Terima kasih.

Timbalan Speaker, tambahan Manjoi boleh sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya mohon YB Exco bagi jawapan dulu.

Ha..

Timbalan Yang di-Pertua

YB, sila duduk.

Terima kasih kepada Kamunting, sebab cadangan yang baik. Bermaknanya kalau mereka daripada Tol Kamunting tu sendiri, kalau dibenarkan lalu sentiasa tak kesah sama ada masa, peak ataupun bukan peak. Maknanya dia daripada Kamunting, A2 tu dia terus pergi ke Taman Ekspo. Tanpa ada halangan daripada traffic light tu merah tak merah. Dia anggapkan saya akan minta JKR kaji supaya laluan daripada A2 itu sendiri nak pergi ke Taman Ekspo tu di hijaukan sentiasa. Makna sama ada waktu puncak ataupun tak puncak, dia ada thoroughfare kat situ. Saya berterima kasih di atas kajian ataupun di atas cadangan Kamunting, saya minta JKR kaji sama ada, ada possibility tu kemungkinan tu ada. Maknanya mana-mana nak dilalu itu, traffic light tu sentiasa berikan laluan hijau selalu. Itu kajian.

Terima kasih YB Exco. Soalan yang berkaitan Timbalan Speaker, isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat di Dun Manjoi. Ni soalan yang paling banyak didapati oleh saya. Daripada Jalan Kuala Kangsar daripada Chemor ke Klebang Jaya, mohon jika boleh JKR atau pihak berkaitan untuk selenggara selalu lampu di kawasan tersebut, kerap berlaku kemalangan di depan kubur Batu 9 dan di situ lampu memang tidak diselenggara dengan baik. Kedua, di depan Taman Klebang Jaya. Taman tersebut telah pun dibina tahun 1987..1990. Maksudnya dah berpuluh tahun. Tapi kalau YB Exco dan seluruh Ahli Dewan pergi kawasan tersebut, di depan Taman Klebang Jaya masih tidak ada lampu jalan yang sempurna sangat gelap, kerap berlaku kemalangan dan sampaikan terbaru hampir dah dua bulan, traffic light depan simpang nak keluar Klebang Jaya tu masih lagi belum di..dibaiki. Di sini YB Exco, antara yang besar jugalah daripada jalan Taman Meru 2C nak menghala ke KDN, kalau perasan di dekat jambatan itu, Meru 2C nak menghala ke Meru ke Mydin tu, jambatan depan KDN itu, sangat sempit. Berlaku kerap kali bagi pengguna motosikal yang sangat menyedihkan, maka nak bawa balik anak sekolah naik motor terpaksa bersempit, bergesel dengan lori dan juga kenderaan besar dan yang menjadi masalah, motor deme ini terpaksa lalu atas kawasan rumput.

Timbalan Yang di-Pertua

Persoalan..soalan.

Jadi persoalannya, apakah Kerajaan Negeri punya tindakan untuk menyelesaikan masalah ini? Kerana inilah jalan kita semua dan demi kebaikan rakyat dan masyarakat kita. Terima kasih YB Exco dan terima kasih Timbalan Speaker.

Terima kasih Manjoi di atas aduan jalan ber..berkaitan. Saya merasakan bahawa kalau traffic light itu sentiasa meragam, maka perlu diberitahu secara cepat kepada pihak JKR atau pihak MBI sendiri supaya monitoring ini dapat kita pastikan supaya dia tidak berulang. Kadang-kadang tu, lampu isyarat ini dia ada putus fius, jadi kejap sahajalah kalau nak buat pembaikan. Tapi kadang-kadang tu ada masalah control dia, timer dengan yang lain-lain yang itu kena buat sedikit masa untuk dia perbaiki. Jadi kawasan yang telah dinyatakan oleh YB saya sendiri telah melawat kawasan itu memang ada masalah yang kita lihat. Khususnya di bawah jambatan nak pergi ke KDN itu memang sempit. Jadi kita nak menasihatkan supaya mereka yang bawa motosikal laju ini, jangan ikut budak-budak Grab ni, budak-budak Grab ni, dia hentam secepat mungkin. Tapi kalau dia bawa anak-anak sekolah melalui motor juga, dia tahu jalan itu sempit dan dia tahu juga, dia lihat ada kenderaan berat, janganlah dia pun nak berlawan juga. Maknanya kena bagi laluan pada kenderaan berat.

Jadi kalau ada tolak ansur, kita gunakan keselamatan tu. Untuk JKR untuk luaskan jambatan itu, tinggikan jambatan tu, iaitu satu masa..satu masalah yang besar, yang tak dapat diselesaikan dengan cepat hari ini. Dia memerlukan perancangan panjang. Tapi kita minta supaya peradaban menggunakan jalan raya, jalan raya terutamanya motosikal yang bawa anak ke sekolah atau ambil anak daripada sekolah ini, perlu ada sifat tolak ansur yang tinggi supaya dapat memberikan keselamatan kepada anak dia dan pada dia sendiri. Jadi saya syorkan supaya pejabat YB juga dapat memberikan satu nasihat supaya bila mereka laluan dekat Meru nak pergi ke KDN itu jangan ada berpusu-pusu di situ. Sebab kalau bagi laluan pada lori pun bukan lama dua tiga minit sahaja, tapi ia selamat akhirnya sampai ke rumah dia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Kawasan Behrang untuk mengemukakan soalan. Sila.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Merah terang isi delima, Delima dibeli di bandar pekan, Soalan Behrang nombor lima, Mohon YB Exco berikan jawapan.

Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan yang dikemukakan oleh Behrang. Yang berkaitan dengan pewartaan tanah adat dan kawasan rayau masyarakat orang asli di negeri Perak. Yang pertama, kerangka Undang-Undang Pewartaan Tanah Orang Asli. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pewartaan tanah masyarakat orang asli di Semenanjung Malaysia hanya boleh dilakukan, melalui dua peruntukan utama iaitu yang pertama, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) khususnya kewujudan kawasan orang asli seksyen 6 dan rizab orang asli, seksyen 7. Yang kedua, Kanun Tanah Negara 1965, seksyen 62 bagi tujuan kegunaan awam. Perlu ditegaskan bahawa istilah tanah adat dan kawasan rayau tidak diperuntukkan secara khusus dalam Akta Orang Asli, mahupun Kanun Tanah Negara. Tidak termaktub dalam perundangan tanah selepas merdeka.

Sebaliknya, konsep tanah adat hanya wujud secara perundangan di Sabah dan Sarawak, melalui Ordinan Tanah Sabah dan Kanun Tanah Sarawak 1958. Justeru itu, bagi Semenanjung Malaysia termasuk negeri Perak, sebarang perwartaan khusus bagi tanah adat ataupun kawasan rayau memerlukan pindaan terhadap Akta Orang Asli 1954 dan Kanun Tanah Negara 1965, satu proses yang kini berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Yang kedua, keutamaan pewartaan di negeri Perak. Walaupun begitu, Kerajaan Negeri bersama JAKOA memberi tumpuan terhadap pewartaan kawasan yang benar-benar kritikal kepada survival masyarakat orang asli iaitu yang pertama, kawasan penempatan sedia ada dan kawasan pertanian ataupun ekonomi yang sedang diusahakan. Warta ini sangat penting bagi memberi jaminan keselamatan sosio ekonomi melindungi hak pendudukan serta mewujudkan kepastian undang-undang kepada komuniti masyarakat orang asli. Yang ketiga, status pewartaan semasa setakat 31 Disember 2024.

Timbalan Yang di-Pertua. Sehingga 31 Disember 2024, Kerajaan Negeri telah menyempurnakan pewartaan kawasan orang asli di bawah Akta 134 dan seksyen 62 Kanun Tanah Negara melibatkan keluasan lebih kurang 13,388 hektar dengan anggaran populasi orang asli negeri Perak seramai 62,000 orang. Angka ini menggambarkan komitmen konsisten Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan yang diduduki dan diusahakan oleh masyarakat orang asli diberi perlindungan dengan sewajarnya. Yang keempat, proses dan perancangan pewartaan baru. Pada masa ini, Kerajaan Negeri memberi keutamaan kepada pewartaan kawasan penempatan berdasarkan senarai kampung yang dikemukakan oleh JAKOA. Pewartaan hanya dapat dilaksanakan setelah yang pertama proses pengukuran oleh juru ukur bertauliah dilaksanakan. Yang kedua, sempadan kawasan dikenalpasti secara rasmi. Yang ketiga, laporan lengkap dikemukakan untuk kelulusan pewartaan. Usaha ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa prihatin memastikan komuniti orang asli menikmati jaminan pendudukan yang selamat dan bebas daripada sebarang bentuk pencerobohan ataupun gangguan pihak luar. Yang kelima, isu kawasan rayau. Mengenai tuntutan pewartaan kawasan rayau, Kerajaan Negeri amat memahami kepentingan budaya dan sejarah terhadap masyarakat orang asli. Namun, pelaksanaannya masih menunggu ketetapan dan tafsiran rasmi daripada kerajaan persekutuan. Memandangkan istilah tersebut belum diperuntukkan dalam undang-undang yang sedia ada. Kerajaan Negeri akan meneruskan libat urus secara rapat bersama Kerajaan Persekutuan, JAKOA dan kepimpinan komuniti orang asli bagi memastikan sebarang keputusan berhubung perkara ini dibuat secara teliti dan inklusif. Yang keenam, komitmen berterusan Kerajaan Negeri.

Timbalan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya Kerajaan Negeri tidak sesekali meminggirkan kepentingan masyarakat orang asli. Selain pewartaan tanah, Kerajaan Negeri sentiasa mengukuhkan pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi dan kebajikan komuniti ini sebagai sebahagian daripada rakyat negeri Perak yang wajib dilindungi. Kerajaan Negeri komited bahawa masa depan masyarakat orang asli harus diperkasakan dengan tanah yang dilindungi, hak yang diiktiraf dan pembangunan yang inklusif. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Behrang sila.

Yang Berhormat Dato', bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa pewartaan tanah adat ini bukan sahaja mengiktiraf hak komuniti orang asli, tetapi juga turut menyokong pembangunan sosio ekonomi mereka dan juga ianya tidak menjejaskan warisan budaya mereka?

Terima kasih YB Behrang di atas soalan tambahan tadi. Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan amat komited memastikan perwartaan tanah adat orang asli bukan sahaja mengiktiraf hak dan kepentingan komuniti tersebut tetapi turut menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio ekonomi mereka tanpa menjejaskan identiti serta warisan budaya yang diwarisi turun temurun. Untuk tujuan itu, Kerajaan Negeri melalui JAKOA melaksanakan beberapa pendekatan utama. Pewartaan dengan sempadan yang jelas dan berpandukan maklumat komuniti. Proses pewartaan dilaksanakan melalui pemetaan terperinci bersama JAKOA dan wakil komuniti bagi memastikan kawasan penempatan, tapak warisan, tanah perkuburan serta kawasan ekonomi tradisi seperti berburu, berladang dan meramu diiktiraf serta dipelihara.

Yang kedua, pembangunan berasaskan komuniti community-driven governance dengan izin. Sebarang program pembangunan hanya dijalankan selepas sesi libat urus dan persetujuan komuniti. Ini memastikan projek samada infrastruktur asas perumahan, pendidikan atau sosio ekonomi selaras dengan keperluan sebenar mereka serta tidak bercanggah dengan adat setempat. Yang ketiga, pemerkasaan ekonomi secara lestari. Kerajaan memperkenalkan cara latihan keusahawanan, sokongan, rantaian nilai pertanian serta pembangunan eko pelancongan komuniti yang tidak memusnahkan alam sekitar.

Model pembangunan ini memberi pendapatan tambahan sambil mengekalkan hubungan tradisional orang asli dengan tanah dan hutan. Yang keempat perlindungan warisan budaya dan sosial. Dalam setiap projek pembangunan penilaian impak sosial dan budaya dilaksanakan untuk memastikan budaya adat resam dan amalan tradisional tidak terjejas. Sokongan turut diberi melalui program pemeliharaan bahasa, seni, kraftangan dan tapak budaya. Yang kelima, kerjasama antara agensi dan penguatkuasaan berkesan. Selepas pewartaan agensi kerajaan termasuk JAKOA, pejabat tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan bekerjasama memastikan kawasan ini diwartakan dilindungi daripada pencerobohan, penerokaan haram dan pembangunan yang tidak dibenarkan.

Timbalan Yang di-Pertua, kesimpulannya, pewartaan tanah adat bukan sekadar proses pentadbiran tetapi merupakan asas penting bagi menjamin keselamatan kelangsungan budaya dan masa depan sosio ekonomi komuniti orang asli. Kerajaan akan terus memastikan pembangunan dan pemeliharan berjalan seiring, selaras dengan prinsip pembangunan yang inklusif dan lestari. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan.

Tak ada.

Timbalan Yang di-Pertua

Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk mengemukakan soalan. Dipersilakan.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Hutan Melintang, soalan nombor enam.

Salam sejahtera selamat pagi Salam Malaysia Madani Salam Perak Sejahtera 2030. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Hutan Melintang yang mengemukakan soalan berkenaan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang kemudiannya telah di jenama semula sebagai Program Residensi Rakyat (PRR). Untuk makluman Yang Berhormat sehingga Oktober 2025, terdapat sejumlah 843 pemohon PPR yang masih menunggu untuk menduduki. Bagi tahun 2025 sahaja permohonan baharu untuk menduduki PPR adalah sejumlah 378 pemohon. Ini menunjukkan permintaan yang sangat tinggi untuk menduduki PPR dan untuk perkembangan terkini bagi dua Projek Residensi Rakyat (PRR) baharu yang telah di luluskan di negeri Perak. Bagi PRR Lenggong, surat pelantikan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) sebagai agensi pelaksana pembangunan tersebut telah diterima daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Projek kini berada dalam proses penyelarasan dokumen dengan izin client brief of requirement. Anggaran kos awalan dan schedule of accommodation sebelum perolehan bagi lantikan kontraktor dapat dibuat secara tender terbuka. Manakala bagi PRR Tambun pula berdasarkan maklumat yang diterima daripada KPKT, taklimat tender bagi projek tersebut telah diadakan oleh pihak KPKT pada 23 Oktober 2025. Tarikh tutup tender ditetapkan pada 24 Disember 2025 dan proses penilaian tender akan dijalankan oleh KPKT dalam tempoh masa 60 hari selepas tarikh tutup tersebut. Secara keseluruhannya, kedua dua projek PRR ini kini berada di fasa pelaksanaan yang aktif dan merupakan inisiatif penting bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat di negeri Perak. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Hutan Melintang sila.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Saya arif tentang perlaksanaan PPR ini dan ada sedikit cadangan jugalah daripada kami di Hutan Melintang. Kami juga mengharapkan projek-projek begitu dapat dilaksanakan di Hutan Melintang dan saya juga berharap mungkin ada juga satu garis panduan kepada pemilik-pemilik rumah yang hendak menyewakan bangunan mereka. Ada satu polisi untuk mendapatkan market harga atau market rate setiap kawasan ataupun perumahan mereka yang mereka hendak menyewa. Itu satu. Kedua saya ada lagi satu soalan berkenaan dengan PRR ini juga di mana apakah program-program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan bagi meningkat kesedaran dan kemudahan sosial penduduk di PRR ini? Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, projek ini memang merupakan satu kerjasama hasil daripada Kerajaan Negeri-Persekutuan dan untuk cadangan bagi PRR yang baru memang Kerajaan Negeri mempunyai sikap yang terbuka dalam…dalam bab ini dan kita dari masa ke semasa akan meneliti cadangan yang ada di kawasan yang baru termasuk kesesuaian tapak yang ada dan daripada situ kita akan mengemukakan permohonan kepada peringkat Persekutuan melalui KPKT untuk dapatkan peruntukan sebelum kita boleh meluluskan sebarang PRR yang yang baru. Jadi cadangan Yang Berhormat untuk mengadakan PRR yang baru di kawasan Hutan Melintang juga kami akan telitikan sama ada terdapat kawasan tapak yang sesuai untuk kita jalankan proses penilaian yang seterusnya.

Selain daripada itu, untuk program yang dijalankan di kawasan PPR ini dari masa ke semasa, memang LPHP sebagai pihak pengurusan juga banyak kerjasama dengan persatuan penduduk dan NGO-NGO untuk jalankan program khususnya selain daripada menyediakan tempat kediaman kepada rakyat negeri Perak, kita juga mengambil kira kemudahan sosial kepada semua penduduk. Jadi antara program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini termasuklah program tuisyen percuma dan juga program anjuran bersama seperti pemeriksaan kesihatan, program penjagaan warga emas dan juga kerjasama dengan NGO yang lain dan di samping penganjuran program, LPHP juga sentiasa menyediakan infrastruktur asas bagi memenuhi keperluan, keperluan sosial penduduk. Cuma suka untuk saya kongsikan bahawa kebelakangan ini sering timbul isu saluran pembetungan yang tersumbat oleh kerana barang-barang yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam saluran pembentungan. Jadi ini memang berkait rapat dengan kesedaran sivik penduduk dan ia akan menjejas kesejahteraan penduduk di PPR. Jadi rentetan daripada itu, satu program bersama Indah Water Konsortium juga akan diadakan untuk memberi kesedaran dan penerangan kepada penduduk mengenai cara dan keperluan menjaga saluran pembetungan terutamanya yang melibatkan rumah bertingkat. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Kepayang sila.

Tuan Nga Kor MingDAP · PHKepayang

Salam Madani Puan Yang di-Pertua. Selaras dengan slogan Rumahku, Syurgaku Baiti Jannati di mana Kerajaan Madani sedang menaik taraf dan juga dari PPR menjadi PRR. PPR dulu adalah bangunan atas sendiri tapi kini adalah pembangunan bersepadu di mana ada pelbagai langkah untuk menambah baik PRR menjadi dia lebih moden, kondusif, berdaya huni, selamat dan selesa. Saya ingin ucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada Kerajaan Negeri Perak kerana sudi untuk menyerahkan tanah di kawasan Tambun untuk membina PRR pertama di negeri Perak yang bakal dilancarkan pada tahun depan dan ini merupakan satu mercu tanda baru yang akan menepati tahap piawaian antarabangsa supaya kita, PRR kita bukan lagi untuk tempat kediaman keluarga B40 tetapi dijadikan kebanggaan warga Perak dan saya nak tanya kepada Kerajaan Negeri, adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk kita terus kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dimana di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) sebenarnya KPKT dalam tempoh dua tiga tahun ini telah pun meluluskan ratusan juta ringgit kepada negeri Perak.

Saya bagi contoh semua bangunan di PRR dan PPR di kawasan Ipoh semua telah pun dicat semula. Lif sudah ditukar baru. Ini perkara yang tak pernah berlaku. Dan kini dasar mesra rakyat ini akan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain. Maka soalan saya adalah adakah LPHP bersedia untuk berganding bahu dengan Tabung Perumahan Penyelengaraan Malaysia, on the one 1 Ringgit, 1 Ringgit, one dollar to one dollar basis supaya bila KPKT bagi RM10 juta Kerajaan Negeri pun bagi RM10 juta, so, kita lipat gandakan impak untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. Sekian terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kepayang. Memang kita nampak dalam beberapa tahun ini, kerjasama yang baik di antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan memang banyak memberi manfaat kepada isu perumahan di negeri Perak khususnya. Secara khusus, kelulusan beberapa projek PRR yang baharu di mana kita lihat dengan jenama, penjenamaan baru kita nak pastikan di bawah projek ini kita bukan sahaja nak menyediakan satu unit perumahan unit kediaman kepada penduduk tetapi dengan komunitinya, satu kawasan yang kondusif dan mengambil kira keperluan sosial penduduk di PRR. Jadi Kerajaan Negeri memang dari masa ke semasa mengalu-alukan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan juga kita ingin merakamkan terima kasih kepada pihak Persekutuan, Kerajaan Persekutuan melalui KPKT yang dari tahun ke tahun banyak menyalurkan peruntukan untuk bantu Kerajaan Negeri untuk pastikan penyelenggaraan PPR dijalankan dengan baik dan sempat jugak kita menambah baik bukan saja menyelenggara tetapi menambah baik fasiliti-fasiliti yang ada dan juga saya. LPHP sentiasa sedia untuk kerjasama dari segi untuk permohonan untuk kerjasama pelaksanaan projek dan termasuk kalau ada cadangan untuk one to one untuk dana sekiranya, selagi dalam lingkungan kemampuan kewangan LPHP memang kita mengalu-alukan segala cadangan yang dapat memanfaatkan rakyat. Terima kasih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Timbalan Speaker sebab Kepayang Menteri ada, saya nak tambah.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan berkaitan?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ya, ya berkaitan. Terima kasih YB Timbalan Speaker. Kebetulan Kepayang ada hari ni saya nak sebut jugalah, yang pertamanya kawasan saya perkembangan kawasan industry KIGIP sedang berlaku. Banyak taman perumahan swasta naik macam cendawan sekarang. Tapi rakyat saya yg berpendapatan rendah tak mampu nak beli. Jadi saya mintalah KPKT pun dapat tengok area tu sebab kita…

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Alor Pongsu. Untuk maklumat beberapa projek PRR yang baharu yang sedang kita sebut yang dalam fasa permulaan untuk pelaksanaan sebenarnya mengambil juga masa bertahun-tahun untuk kita merancang, mengenal pasti tempat yang sesuai dan mendapat peruntukan daripada Pusat. Jadi memang ini mengambil masa perancangan yang panjang dan untuk tempat termasuk seperti kawasan Yang Berhormat di mana terdapat projek impak tinggi iaitu KIGIP yang baru dilancarkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Sudah pasti Kerajaan Negeri melalui LPHP juga mengambil kira keperluan perumahan yang dijangka akan meningkat dan buat masa ini dari segi perancangan untuk melancarkan lebih banyak projek perumahan sama ada swasta ataupun kerajaan khususnya rumah mampu milik dan termasuk cadangan Yang Berhormat tadi tentang PRR keperluan untuk ada projek PRR di kawasan Yang Berhormat juga kami akan ambil kira dan untuk kita mulakan proses untuk kenalpasti kawasan yang sesuai dan perancangan yang berkenaan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan pada hari ini. Dijemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang seterusnya.

Membawa Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat, membawa Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang adalah Rang Undang-Undang yang bernama, Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 dibaca kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Ahli-ahli Yang Berhormat, Sesi penggulungan perbahasan di atas Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 akan dimulakan oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar dan diikuti oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut portfolio masing-masing. Masa yang… masa yang diperuntukkan bagi setiap penggulungan ialah selama 45 minit. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat...

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Timbalan Speaker, dicadangkan...

Timbalan Yang di-Pertua

Kita akan tangguhkan sejam, kita balik di sini 11.30. Terima kasih.

[DEWAN DITEMPOHKAN SEKETIKA)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Ok, Dewan disambung semula. Dewan bersidang semula. Setiausaha Dewan.

Membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026Bill

Setiausaha

Perkara yang keempat membawa Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026.

Yang di-Pertua

Ahli-Ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah Rang Undang-Undang yang bernama Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 dibaca kali kedua telah disokong dan dibahaskan. Ahli-Ahli Yang Berhormat, sesi penggulungan perbahasan di atas Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 akan dimulakan oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pasir Berdamar dan diikuti oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut portfolio masing-masing. Masa yang diperuntukkan bagi setiap penggulungan ialah selama 45 minit. Saya berharap tempoh masa yang telah diperuntukkan ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Pasir Bedamar untuk menggulung perbahasan. Silakan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih. Salam Malaysia Madani dan selamat pagi. Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua agensi kerajaan, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Di sini, saya ingin memulakan sesi penggulungan Belanjawan 2026 dengan menyentuh segala yang berkaitan dengan portfolio saya iaitu KPDN dan Kos Sara Hidup, Kampung Baru Cina, Hal Ehwal Bukan Islam dan juga peruntukan Sekolah Persendirian Cina ataupun lebih dikenali sebagai SUWA. Sekiranya masa diizinkan, saya juga akan berikan ruang kepada YB-YB tak kiranya blok pembangkang atau kerajaan untuk mencelah dan bertanyakan soalan. Pertama sekali tentang portfolio KPDN dan kos sara hidup. Sebenarnya portfolio ini adalah sangat memerlukan kerjasama yang erat dan rapat antara kementerian tersebut di peringkat persekutuan dan juga pelaksanaan dasar di peringkat negeri dan juga di setiap kawasan masing-masing. KPDN sebenarnya adalah berpaksikan satu fungsi utama iaitu bantu untuk ringankan masalah kos sara hidup. Sehubungan dengan itu, sekarang saya akan menyentuh tentang aspek kos sara hidup yang merupakan minat utama ke semua YB-YB di sini. Bagi suku pertama hingga suku ketiga untuk tahun 2025, sebenarnya kadar inflasi adalah dari 1.3% hingga 1.5% jauh lebih rendah daripada rakyat terpaksa angkat bendera putih minta bantuan. Namun, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, saya tidak berniat untuk bersaing dengan yang tidak kompeten dan yang tidak baik. Malah, sebenarnya setiap kerajaan tak kira

Persekutuan atau Negeri harus berlumba-lumba untuk menjadi lebih baik. Sebenarnya untuk meringankan isu masalah kos sara hidup yang merupakan masalah global, sesungguhnya adalah penting untuk memastikan harga barangan keperluan tidak naik secara mendadak dan pendapatan boleh guna majoriti rakyat kena meningkat. Itu sebabnya Kerajaan Madani di peringkatPpersekutuan telah menaikkan gaji penjawat awam gred yang lagi rendah gaji naik lagi banyak. Selain itu, gaji minimum turut ditingkatkan. Saya faham kesemua ini masih tidak mencukupi tetapi sekurang-kurangnya kerajaan kini adalah dengan izin on the right track. Pada masa yang sama, beberapa usaha telah dilaksanakan atau dibantu selia oleh KPDN dalam membantu untuk meringankan kos sara hidup yang melanda penduduk tak kira kaum, agama dan latar belakang. Pertamanya, penguatkuasaan tegas terhadap peniaga yang tidak beretika dan sebagainya. Keduanya menambahbaikkan bekalan barangan kawalan dan bersubsidi. Ketiganya, mewujudkan skim harga maksimum musim perayaan untuk beberapa jenis perayaan dan yang keempatnya melalui pelbagai program yang dirangkumi di bawah payung rahmah seperti jualan rahmah dalam pelbagai bentuk, menu rahmah, Bazar Ramadan Rahmah dan sebagainya. Disebabkan kekangan masa, saya tidak dapat menyentuh semua tentang menu rahmah dan Bazar Ramadan Rahmah saya akan memfokuskan jualan rahmah. Untuk menu rahmah dan Bazar Ramadan Rahmah saya akan cuba bagi info yang lengkapnya pada tahun depan. Selain jualan rahmah yang biasanya kami jumpa dalam kehidupan seharian, sesungguhnya untuk makluman semua kini ada pelbagai jenis jualan rahmah. Jualan rahmah kampus yang lebih kepada alat tulis dan barangan penjagaan diri, jualan rahmah Back to School yang lebih kepada baju sekolah, kasut, beg dan alat tulis, jualan rahmah bertema perayaan yang menjual daging serta barangan persiapan raya dan juga jualan rahmah pasar yang menjual barangan basah dan barangan keperluan harian. Untuk makluman semua, ke semua jualan rahmah sebegini adalah menawarkan kadar subsidi dari 10% ke 30%. Saya difahamkan di negeri Perak, kampus yang menjalankan jualan rahmah kampus adalah seperti Politeknik Ungku Omar Ipoh, Kolej Komuniti Bagan Serai, Kolej Vokasional Kuala Kangsar dan juga Kolej Komuniti Bagan Datuk. Ada banyak lagi yang saya tak senaraikan. Untuk pasar pula yang anjurkan Jualan Rahmah Pasar adalah Pasar Tanjung Rambutan Ipoh, Pasar Awam Taman Kaya Taiping, Pasar Awam Parit Buntar dan Pasar Awam Padang Rengas. Untuk makluman semua, keempat-empat jenis jualan rahmah tersebut yang saya sebut tadi adalah merangkumi kesemuanya 437 lokasi di seluruh Perak. Syabas kepada pasukan KPDN Perak yang bertungkus lumus menjayakannya. Untuk jualan rahmah yang biasanya ke semua kami nampak di merata-rata, ingin saya bentangkan statistik yang berkenaan untuk tatapan umum. Bagi tahun 2023 telah dianjurkan sebanyak 508 kali di seluruh negeri Perak. Pada tahun 2024 telah dianjurkan sebanyak 945 kali jualan rahmah di seluruh negeri Perak. Pertambahan sebanyak 437 kali berbanding dengan tahun 2023. Saya sebagai Exco KPDN, saya berminat untuk cari balik hansard untuk tengok balik apa yang pernah diungkapkan oleh para YB berkenaan dengan jualan rahmah sepanjang Kerajaan Madani memerintah. Alhamdulillah, pada 2 Disember 2024 Kubu Gajah pernah mengucapkan terima kasih kerana ada kedai bergerak dan juga jualan rahmah. Ayatnya adalah, ini sedikit sebanyak boleh menolong orang-orang kampung. Siapa pun tak boleh menafikan.

Boleh refer handsard. Selinsing rakan saya pada 27 Februari 2024 juga dalam ucapannya mengatakan bahawa beliau menghargai usaha kerajaan dalam membantu rakyat. Bukit Chandan pada 2 Disember 2024 juga mengatakan bahawa jualan rahmah adalah sangat baik dan sangat berkesan dan sangat membantu kehidupan rakyat seharian. Pejabat pusat khidmatnya sentiasa mendapat maklumat dan jemputan khas setiap kali jualan rahmah diadakan di kawasan beliau. YB Bukit Chandan juga mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama tersebut dan Bukit Chandan pada 4 Disember 2024 juga sekali lagi puji jualan rahmah adalah bagus sebab beliau dapat kerjasama dan sambutan sangat baik. Pada masa yang sama, Sungai Manik pada 4 Disember 2024 menyatakan bahwa jualan rahmah hampir diadakan setiap bulan di kawasan Dun beliau. Bagi pihak KPDN yang bekerja keras selama ini saya ucapkan terima kasih kepada para-para YB yang pernah menghargai jasa dan sumbangan agensi tersebut. Sebagai Exco yang menjaga portfolio KPDN, saya amat menghargai usaha gigih daripada pasukan KPDN Perak yang mengikuti arahan saya supaya tidak meminggirkan mana-mana kawasan pembangkang. Sebab pernah ada tuduhan bahawa kononnya kawasan pembangkang dipinggirkan. Kalau tengok balik hansard pada 6 Disember 2023, Kubu Gajah pernah menyebut bahawa jualan rahmah tidak diadakan pada setiap bulan khususnya di kawasan pembangkang. Untuk makluman semua pada tahun 2024, tiga Dun yang menganjurkan jualan rahmah yang paling banyak dan kerap sekali adalah daripada Changkat Jong sebanyak 39 kali, Dun Perikatan Nasional,

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Pasir Panjang sebanyak 30 kali, Dun Perikatan Nasional dan Manjoi 29 kali Dun Perikatan Nasional. Apabila saya tengok balik semua info ini, saya rasa segan pula terhadap rakan-rakan Adun kerajaan. Sebab kawasan pembangkang lagi dijaga. Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Exco. Terima kasih Dato' Seri Speaker. Bila sebut tentang lokasi tu, saya tak ada complaint tentang jualan tu. Memang membantu rakyat saya. Satu sahaja. Dun Alor Pongsu luas. Sidang lepas pun saya complaint dah. Jualan rahmah Masjid Alor Pongsu, jualan rahmah Masjid Alor Pongsu. Jadi Dun Alor Pongsu bukan di Masjid Alor Pongsu sahaja, luas. Saya dah cadangkan dua, tiga tempat. Saya pun nak dapat respon daripada pihak YB Exco adakah tempat yang saya cadangkan yang lain tu tak sesuai? Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Alor Pongsu. Mengikut maklumat yang saya dapat YB cadangkan tiga tempat. Pekan Rabu Batu 5 Jalan Baru, betul? Dan tapak pasar malam Alor Pongsu dan juga pasar pagi Ahad perkarangan Masjid Matang Gerdu. Yang pertama sekali Pekan Rabu Batu 5, Jalan Baru itu difahamkan bukan tempat tumpuan dan ketua cawangan pun dah sampaikan kepada YB dan untuk tapak pasar malam Alor Pongsu sebenarnya telah diadakan jualan rahmah pada 25hb Mei 2025 dan untuk pasar pagi Ahad perkarangan Masjid Matang Gardu, program telah diadakan pada Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco yang Masjid Matang Gerdu tu memang dah slow down dah tak sesuai. Saya cuma nak request sangat-sangat Taman Serai Permai sebab ada dekat seribu pintu rumah di situ dan dikelilingi oleh banyak kampung. Taman Serai Permai. Please.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ok, terima kasih YB Alor Pongsu saya ambil maklum. Untuk tahun 2025 iaitu tahun ini, info keseluruhan tentang jualan rahmah belum ada lagi sebab hari ini baru 1 hari bulan Disember. Saya akan cuba bagi info rasmi pada tahun depan. Namun, untuk tahun ini sehingga November telah dianjurkan sebanyak 1,640 kali jualan rahmah di seluruh negeri Perak pertambahan sebanyak 695 kali berbanding dengan tahun 2024. Mengikut info yang dibekalkan KPDN Perak, setiap Dun tidak kira kerajaan atau pembangkang adalah dianjurkan sebanyak 2 kali dalam sebulan dan semua Dun berjaya mencapai sasaran bulanan. Setakat 30 November 2025, Dun yang mendapat juara kekerapan menganjurkan jualan rahmah adalah Dun Pasir Panjang iaitu sebanyak 44 kali. Tempat kedua dan ketiganya adalah 37 kali yang merupakan Dun Manjoi dan Dun Ayer Kuning. Saya masih ingat saya minta rakan-rakan YB blok pembangkang di sini untuk memberikan cadangan lokasi kepada pejabat saya tentang mana yang nak anjurkan jualan rahmah dan sebagainya.

Terima kasih kepada 14 rakan Adun yang memberikan cadangan. Dalam pada itu Kubu Gajah, Titi Serong, Kuala Kurau, Selinsing, Trong, Chenderoh, Sungai Manik, Kampung Gajah, Pasir Panjang, Pengkalan Hulu, Batu Kurau, Alor Pongsu, Lubok Merbau dan Slim. Syabas kepada 14 wakil rakyat ini yang lebih pentingkan kebajikan rakyat daripada wakil rakyat yang langsung tidak memberikan maklum balas tentang cadangan lokasi. Saya difahamkan kecuali Lubok Merbau yang memang lokasinya tidak sesuai kerana tiada sambutan bila pernah diadakan sekali pada tahun 2024. Cadangan 13 rakan Adun lain telah dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dengan mengikut kehendak YB-YB. Maksudnya bila tak bagi semua pun tak tolak semua. Sekurang kurangnya sekali. Saya ambil maklum apabila rakan saya YB Slim katakan bahawa cadangan beliau tidak dituruti. Bila saya semak balik YB Slim, sila betulkan saya kalau saya silap. YB Slim mencadangkan dua lokasi satunya di Felda Besout 4. Ini telah diadakan pada 21 April 2025 dan satu lagi cadangan iaitu Kampung Changkat Sulaiman telah ditukarkan penganjuran…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

YB Exco, boleh…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sekejap-sekejap…di Ladang Egi Green Kuala Bikam, Kampung Changkat Sulaiman pada 4 September 2025. Jaraknya adalah 2.1 km daripada tempat asal. Boleh sampai dalam 4 minit antara kedua-dua tempat. Saya faham YB Slim pada 27 November yang lalu pernah menyebut bahawa dah bagi 2 lokasi tetapi respon tak ada, hantar pun tidak. Saya rasa ini adalah tidak betul dan tidak adil kepada pasukan KPDN yang memang ikut dan turuti kehendak YB. Untuk kes di Slim memang dibuat di satu tempat yang dicadangkan dan satu lagi tempat berdekatan. Oleh itu, tidak wujud isu di mana respon tak ada, hantar pun tidak. Harap pencerahan ini memahamkan semua. YB Slim?

Terima kasih YB Exco.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Tadi saya mintak dulu tadi. Boleh? Awat? Tak berani kah?

Yang di-Pertua

Semanggol, dia bagi jalan kepada Slim.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya bagi Slim dulu. Saya bagi Slim dulu.

Yang pertama, sepatutnya kita yang berhubung, maknanya berhubung pada kita dan kita tak tahu maklumat tersebut, yang pertama. Yang kedua, Bikam bukan di kawasan Dun Slim. Dia di kawasan Sungkai. Jadi saya betulkan maklumat. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Terima kasih YB Slim. Sebab saya difahamkan antara jarak tu, dia macam kawasan Dun Changkat Jong dengan Dun Pasir Bedamar. Kadang kala ada orang yang duduk di sempadannya tapi sebenarnya penduduk itu kebanyakannya pengundi situ. Itu sebab kita buat jualan rahmah di tempat tu supaya dekat dengan penduduk. Apa apa pun saya hargai pandangan daripada YB Slim. Kita akan cuba rancakkan hubungan dan komunikasi. Sebab macam Bukit Chandan pernah sebut, sebenarnya setiap kali bila ada jualan rahmah diadakan, jemputan akan dibagi. Tak apa. Saya minta ketua cawangan untuk perbaiki dari segi itu. Selepas Sidang Dun sesi ini sekali lagi saya akan minta pegawai saya untuk berhubung dengan semua rakan Adun untuk memberikan cadangan lokasi penganjuran jualan rahmah. Sila berikan maklum balas ya. Sebab tahun ini ada 12 rakan Adun Pembangkang yang tidak memberikan maklum balas langsung. Jangan sia-siakan inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat, untuk beli barangan keperluan dalam harga murah. Saya dah semak pun tiada negeri yang berbuat sedemikian terhadap rakan-rakan Adun Pembangkang. Perak saja yang berbuat begini dan saya faham. Sebenarnya ada banyak suara kritikan terhadap jualan rahmah yang diadakan sepanjang 3 tahun ini dan saya cuba rumuskan secara ringkas kritikan tersebut mengikut apa yang saya peroleh dari hansard sejak akhir tahun 2022. Saya harap bila saya jawab balik kritikan tersebut dengan hujah saya, saya harap semua YB boleh sabar dan mendengar. Sebab bila YB-YB di sini bila lemparkan kritikan tersebut, biar pun saya duduk dalam Dewan saya pun dengar saja. Saya pun catat saja. Saya harap semua boleh bersabar. Kritikan pertama adalah bahawa jualan rahmah tidak dianjurkan secara kerap di kawasan Pembangkang. Kritikan kedua adalah bahawa jualan rahmah tidak diadakan di tempat, lokasi yang dicadangkan YB. Saya rasa kedua-dua kritikan ini telah saya jawab tadi dengan berpaksikan fakta. Jualan rahmah ada diadakan di setiap Dun sebanyak 2 kali dalam sebulan dan cadangan YB pun dituruti sekurang-kurangnya sekali. Ada juga kritikan yang soalkan, kenapa barangan di jualan rahmah lagi murah di kedai luar sana? Wahai YB-YB yang disayangi, niat kerajaan untuk mengadakan jualan rahmah adalah pastikan rakyat boleh beli barangan keperluan dalam kadar yang murah dan rendah. Itu sebabnya Kerajaan Persekutuan menyediakan satu bajet di bawah belanjawan tahunan untuk dijadikan subsidi agar barang-barang yang kita jual dalam jualan rahmah itu lebih murah daripada kedai di luar sana. Ini benda yang senang difahami dan saya rasa kalau ada mahasiswa tahun pertama jurusan ekonomi, bila dia tengok soalan ni, dia pun akan gelak. Takkan rakyat akan soalkan kenapa sayur sawi di Econsave lebih murah daripada Lotus? Rakyat akan soalkan? Rakyat cuma nak beli sayur sawi yang murah. Dia takkan peduli di mana dia beli. Kritikan seterusnya adalah bahawa jualan rahmah tidak dianjurkan di dalam kawasan pedalaman. Selain itu, jualan rahmah didakwa bahawa telah menyebabkan peniaga peruncit terkesan kerana sukar bersaing. Ya, YB?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Dato' Seri Speaker. Terima kasih Pasir Bedamar dan terima kasih kepada kerajaan yang menyediakan jualan rahmah untuk kebajikan rakyat. Cuma satu perkara yang nak dibangkitkan di sini, apabila ada jualan R\rahmah ini, maka ada pertama kedai kedai runcit yang terkesan. Itu yang pertama. Sekejap nanti nak bagi. Yang terkesan dan yang kedua. Oleh sebab jualan rahmah itu dibuat oleh satu agensi lain, maka tidak boleh diedarkan secara menyeluruh dan itu adalah terpilih lah. Terpilih kawasan-kawasan yang tertentu. Jadi, saya cuba mencadangkan kalau kita kata ada bajet daripada Kerajaan yang dikatakan tadi ada bajet daripada Pusat dan sebagainya. Kita ada satu peruntukkan jumlah barang-barang yang ada mengapa kita tidak appoint? Kita tidak melantik kedai-kedai runcit yang berada di seluruh kawasan dan di semua kawasan dimana kita meletakkan jualan rahmah...

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ya YB, saya tengah nak menjawab.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

So, di situ kedai runcit pun tidak terjejas dan penduduk-penduduk setempat pun boleh mendapat barang yang yang ditarik subsidi tetapi diberi subsidi secara ini secara menyeluruh di semua kawasan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tengah menyuarakan semua suara kritikan tersebut yang pernah dikumpul daripada awal lagi. Biar saya jawab. Biar saya jawab. Saya tadi dah sebut kritikan adalah bahawa jualan rahmah tidak dianjurkan di dalam kawasan pedalaman. Ini satu. Keduanya, jualan rahmah didakwa bahawa telah menyebabkan peniaga peruncit terkesan sebab sukar bersaing dan yang ketiga, penganjuran jualan rahmah kononnya lebih tunjukkan rakyat dalam kesusahan. Bukan dalam satu bukan kebanggaan. Jadikan rakyat seolah-olah pengemis di tanah air sendiri. Ini semua ayat-ayat saya petik daripada hansard. Saya akan cuba menjelaskan kesemua ini sekali gus. Sebab sebenarnya kritikan tersebut adalah bersambung antara satu sama lain dan pun berkonflik antara satu sama lain. Yang pertama sekali, kesemua kerajaan di dunia ini kena mengakui bahawa ekonomi sedunia adalah dalam keadaan tidak tentu. ”Uncertainty is the only certainty” dengan izin. Malah, menurut artikel yang disiarkan oleh World Economic Forum adalah disebut bahawa “cost of living crisis is having a global impact” dengan izin. Maksudnya kos sara hidup adalah masalah sedunia yang memberikan impak kepada semua. Tidak disebut lagi peperangan tarif yang dilancarkan Amerika Syarikat terhadap seluruh dunia. Oleh itu, sebagai kerajaan tak kiranya persekutuan atau Negeri, kami harus bertanggungjawab dan berdepan dengan masalah yang di depan mata kitaorang. Bukannya kita biarkan penduduk angkat bendera putih minta bantuan. Tak boleh ya kami sebagai kerajaan bersikap untuk sapu semua benda di bawah karpet dengan tidak berikan bantuan kebajikan kepada rakyat atas alasan bahawa atau takut retorik bahawa ini kononnya akan mempamerkan rakyat negara kita dalam keadaan susah.Tatkala negara seperti Finland sedang giat membekalkan segala inisiatif kebajikan kepada rakyat dari bayi sehingga keranda. Alhamdulillah, Kerajaan Madani tidak bersikap untuk sembunyikan isu kos sara hidup. Malah, kita lebih giat merancakkan penganjuran jualan rahmah untuk memastikan rakyat Malaysia dapat membeli barangan keperluan dalam kadar yang lebih murah. Apa salahnya kerajaan memberikan bantuan kepada rakyat melalui jualan rahmah? Biar saya petik satu contoh. Ketua Pembangkang Parlimen pun sebut bahawa keadaan kewangan fiskal kini membolehkan beliau untuk bagi bantuan RM500 sebulan. Setahun RM6,000 kalau Perikatan Nasional diberikan amanah untuk memerintah negara. Logik yang sama. Adakah itu bermaksud pertambahan bantuan sehingga ke RM500 menunjukkan susahnya rakyat? Menunjukkan itu bukan satu kebanggaan seperti mana yang pernah disebut Kamunting di Dewan ini pada 21 April 2025 atau pun tambahnya, bantuan sehingga RM500 itu seolah-olah melayan rakyat sebagai pengemis di tanah air ini? Seperti mana apa yang pernah disebut Lubok Merbau dalam Dewan ini pada 26 Februari 2024 dan 18 April 2025 atau pun Bantuan Prihatin Nasional RM500 itu hanya dianggap bantuan sekali sekala sahaja seperti mana apa yang pernah disebut Bota Pada 26 November 2025. Jawapannya tentu tidak kan? Saya akan mempertahankan Ketua Pembangkang Parlimen sekiranya ada insan-insan yang lemparkan tohmahan sebegini terhadap beliau. Sebab setiap bantuan adalah berniat untuk membantu rakyat. Untuk membantu penduduk. Sebagai ahli politik terutamanya sebagai kerajaan, harus kami bantu rakyat semaksimum, sebanyak dan sebaik mungkin melalui pelbagai inisiatif. Oleh itu, saya tolak retorik bahawa jualan rahmah bukan satu kebanggaan dan menunjukkan susahnya rakyat. Sebaliknya, jualan rahmah buktikan Kerajaan Madani adalah berjiwa rakyat dan rela membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan inisiatif ini patut diteruskan. Seterusnya, berkenaan dengan suara kritikan bahawa jualan rahmah tidak diadakan di kawasan pedalaman dan hanya diadakan di kawasan pekan. Ini adalah persepsi politik yang salah dan tidak adil kepada pasukan KPDN Perak khususnya Ketua-ketua Cawangan KPDN sedia ada yang memang bertungkus-lumus untuk melaksanakan jualan rahmah bergerak dengan gunakan lori dan untuk masuk ke pedalaman, untuk memudahkan urusan rakyat, untuk beli barangan keperluan.

Untuk mengadakan jualan rahmah di kawasan pedalaman, pelbagai faktor kita kena pertimbangkan. Satu, lokasi yang sesuai. Sama ada terdapatnya peniaga atau peruncit yang rela masuk atau pun urusan pengangkutan dan logistik dan sebagainya. Saya sokong segala usaha untuk memasuki pedalaman untuk menganjurkan jualan rahmah. Masalahnya cuba bayangkan kalau seluruh pasukan KPDN masuk ke satu kawasan pedalaman dan sesungguhnya langsung tiada sambutan, tidakkah ini merupakan satu pembaziran sumber? Bazir itu dilarang dalam setiap agama. Jangan lupa peruntukan kerajaan adalah duit rakyat. Jangan di sebabkan kita nak main politik sehingga membangkang demi membangkang tanpa memikirkan kesannya dan ini sebenarnya balik kepada isu bahawa jualan rahmah akan menjejaskan peniaga dan peruncit yang sedia ada sepertimana yang pernah dibangkitkan YB-YB dan Gunong Semanggol tadi.

Cuba bayangkan kalau kita orang buatkan jualan rahmah di kawasan pedalaman A, peniaga dan peruncit di kawasan pedalaman A tentunya terjejas perniagaannya kan?

Isunya nak buat atau tidak? Itu sebab tadi saya sebut bahawa dua hujah ini berkonflik antara satu sama lain di samping seru kerajaan masuk pedalaman, di samping pula katakan jejas pendapatan peniaga atau peruncit di dalamnya. Saya tahu. Persoalan seterusnya, kenapa kerajaan tak libatkan peniaga atau peruncit kecil sebagai rakan strategik KPDN dalam menganjurkan jualan rahmah? YB-YB yang sedia ada, yang pandai bercakap, yang pandai membaca, silalah pandai mendengar dan pandailah menjaga rakyat termasuk peniaga. Bantulah peruncit dan peniaga kecil di kawasan anda untuk mendaftar di laman sesawang jualan rumah. Saya dah cuba minggu lepas. Saya cuba pagi ini memang tak ada masalah untuk pendaftaran. Tidak susah ya untuk berbuat demikian. Setahu saya sudah melebihi 100 peniaga mendaftarkan diri sebagai rakan strategik KPDN untuk menganjurkan program-program bersama di bawah payung rahmah di seluruh negeri Perak. Bantulah peniaga. Bantulah peruncit kecil di kawasan YB untuk mendaftarkan diri. Ini penting supaya kalau sesi yang akan datang kerajaan layak memerintah, peniaga atau peruncit tersebut pun akan dapat manfaat. Contohnya saya bagi contoh beberapa peniaga kecil, Permata Viral di Taiping, Freenut Fida Niaga di Teluk Intan, Intan Nor Syatikah di Bagan Serai, Kedai Runcit Taman Intan Setia di Tanjong Malim dan Pasar Mini Jalal di Padang Rengas. Sebagai wakil rakyat, kita harus bersikap hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Pejabat saya sedia membantu YB-YB yang sedia ada kalaulah menghadapi masalah dalam pendaftaran untuk peruncit dan peniaga kecil. Selepas portfolio KPDN, saya akan masuk ke portfolio Kampung Baru Cina. Seperti mana yang saya pernah sebut disebabkan saya menjaga portfolio ini...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato'...Dato'...Dato' Seri Speaker.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Dan itu sebablah saya kena menyebut....

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Minta ni, mintak sebelum ubah topik ini. Baik.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya rasa masa saya terhad. Biar saya masuk isu Kampung Baru Cina.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sebab kita perlu...

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Tak apa. Tak apa. YB boleh manfaatkan ruang yang lain. Speaker, saya teruskan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita perlu memberi penerangan kepada rakyat, Speaker. Ni rakyat nak tahu jualan rahmah kita tak mau sebab kita tahu bahawa jualan rahmah dan bantuan cash, subsidi adalah untuk mengurangkan bebanan rakyat. Semua orang tahu. Tapi dikalihkan. Saya nak tanya pendapat Exco yang ada, apakah setuju kalau kita kembalikan subsidi barang beras dan sebagainya supaya kita tak timbul lagi masalah pengangkutan. Semua kedai semua orang boleh rasa dengan harga yang banyak. Jadi tak perlu kita nak mempolitikkan perkara ini kan? Kita boleh bagi satu subsidi semua seluruh Malaysia boleh rasa. Tak apa lah. Setuju ke tidak perkara ini?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

YB, saya setuju supaya jangan politikkan benda ini. Biarlah Kerajaan Madani terus memerintah untuk terus bagi subsidi kepada rakyat. Untuk terus mensejahterakan rakyat tak kira kaum. Selepas portfolio KPDN, saya akan masuk ke portfolio Kampung Baru Cina ini. Saya rasa minat utama sebab saya tengok banyak sidang media perbahasan pun mengenainya. Seperti mana saya pernah sebut disebabkan saya jaga portfolio ini dan itu sebablah saya kena sebut apa yang saya telah buat untuk Kampung Baru Cina sama seperti YB Lintang. YB Lintang jaga Kampung Tradisi. Itu sebab beliau kena ceritakan Kampung Tradisi. Takkan YB Lintang pergi ceritakan kampung India. Sama seperti YB Sungkai, beliau jaga kawasan Kampung India dan itu sebablah beliau kena ceritakan kampung India. Takkan YB Sungkai pergi ceritakan Kampung Baru Cina dan tidak harus ada sentimen zero-sum game dengan izin dalam kalangan kami. Tak kira kerajaan atau pembangkang bahawa apabila saya dah sebut peruntukan tentang Kampung Baru Cina, itu maksudnya kita orang ambil dari Kampung Tradisi. Kita ambik dari Kampung India. Itu tak betul. Itu persepsi yang sangat salah. Sebaliknya, harus kami ingat bahawa kesemua kampung di tanah air ini adalah milik bersama dan patut diberikan perhatian dan bantuan oleh setiap kerajaan tak kira siapa yang memerintah. Sebelum tahun 2022, saya rasa semua di sini dimaklumkan bahawa tiada Exco yang menjaga Kampung Baru Cina yang dikhususkan untuk menjaga Kampung Baru Cina. Biasanya dia parking dengan izin di bawah Exco PBT dan sebelum tahun 2022 pun tak ada jawatankuasa tetap atau pun standco dengan izin yang ditubuhkan di bawah kerangka Kerajaan Negeri untuk Kampung Baru Cina. Selepas PRU lepas, saya diamanahkan untuk jaga portfolio ini dan saya pun telah tubuhkan Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Masyarakat Cina negeri Perak. Dalam pada itu, ini merupakan kali pertama di mana urusan Kampung Baru Cina diiktiraf dan dibincangkan secara rasmi di bawah kerangka Kerajaan Negeri dan saya harap tidak kiranya apa-apa kerajaan yang memerintah pada masa depan, kita kena ketepikan faktor politik. Kita kena teruskan dasar murni ini tanpa mengira faktor politik. Di sini saya ingin mewakili 160 ketua Kampung Baru Cina merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebab sudi untuk menaikkan elaun ke RM 900.00 sebulan dan saya rasa pimpinan Menteri Besar merupakan satu-satunya MB di bawah beberapa Kerajaan Negeri di mana sudah naikkan elaun dua kali dalam tempoh ini untuk meningkatkan kebajikan para ketua kampung. Syabas kepada dan teladan yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan. Ucapan penghargaan juga harus dirakamkan kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan sebab melayan semua ketua kampung tak kiralah ketua Kampung Tradisi, Ketua kampung Baru Cina, Ketua Kampung India dengan sama rata di mana bantuan khas kewangan iaitu RM600.00 diberikan kepada semua tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang. Saya rasa ini tentunya akan mendorong para ketua kampung untuk lebih berusaha gigih demi menyediakan khidmat yang lebih baik untuk kampung masing-masing.

Untuk makluman semua, sebenarnya Kerajaan Negeri Perak sama dengan kerajaan negeri lain atau pun kebanyakan kerajaan negeri lain kita tak sediakan apa-apa bajet pembangunan untuk meningkatkan kemudahan awam dan prasarana di bawah

Kampung Baru Cina. Semua peruntukan pembangunan, penyelenggaraan dan penaiktarafan adalah berasal daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ini adalah berbeza dengan Kampung Tradisi yang memperoleh peruntukan MARRIS sebanyak berjuta-juta Ringgit Malaysia setahun untuk setiap daerah demi menjalankan projek-projek penaiktarafan di kampung masing-masing. Saya tahu ada pihak yang suka mainkan persepsi di mana kononnya Kampung Baru Cina lebih dijaga. Kampung India dipinggirkan. Kampung Tradisi diabaikan. Saya bagi satu contoh je di kawasan saya Hilir Perak, Teluk Intan. Biasanya setiap Kampung baru Cina akan menerima peruntukan sebanyak RM200 ribu untuk setiap kampung untuk jalankan projek penaiktarafan, penyelenggaraan atau pun mana-manalah projek peningkatan dan kalaulah KPKT ada bagi peruntukan, ada baki peruntukan, barulah mungkin kampung tersebut akan dapat satu lagi projek dan ini pun tentu boleh dapat lagi. Biasanya cuma satu sahaja. Maksudnya peruntukan untuk 14 Kampung Baru Cina di daerah Hilir Perak termasuk Parlimen Teluk Intan, Parlimen Pasir Salak, Parlimen Bagan Datuk, tiga parlimen hanya ada RM200 ribu x 14 kampung cuma RM2.8 juta saja tetapi untuk peruntukan MARRIS, Kampung-kampung Tradisi di Hilir Perak yang tidak termasuk Parlimen Bagan Datuk, saya difahamkan untuk tahun ini Hilir Perak telah pun memperoleh RM7.1 juta. Tujuan saya bagi statistik rasmi ini adalah untuk membetulkan persepsi politik yang cuba dimainkan oleh puak ekstrem dan konservatif bahawa kononnya Kampung Baru Cina lebih dijaga daripada kampung-kampung lain. Tak ada. Sebagai kerajaan, kami jaga semua dengan bajet pembangunan yang sedia ada. Semudah begitu sahaja. Sebagai Exco Kampung Baru Cina Negeri Perak, saya nak ucapkan terima kasih kepada KPKT di bawah pimpinan Adun Kepayang sebab memang sangat membantu untuk merancakkan...

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Pembangunan infrastruktur di Kampung-kampung Baru Cina Negeri Perak. Dah kali kedua. Dah kali kedua ya.

Nak tanya. Saya tanya-tanya. Terima kasih Dato' Seri Speaker. Saya nak tanya tentang pihak yang ekstrem yang disebut oleh Exco tadi boleh nyatakan di Dewan. Terima kasih.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak sebut nama kan? So, siapa yang makan cili siapa yang rasa pedas. Dato' Seri Yang di-Pertua, saya selalu utarakan konsep placemaking dengan izin dalam Dewan yang mulia ini untuk menghidupkan semula ekonomi kampung masing-masing dan ini penting untuk kita tarik anak-anak muda untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Penting untuk biar mereka anak-anak muda balik ke kampung untuk cari rezeki. Untuk merancakkan usaha placemaking ini, sebenarnya saya telah melaksanakan dua program. Dalam pada itu, pertamanya, saya telah menganjurkan Ekspo Kampung Baru Cina Negeri Perak di PALO 101 Ipoh pada Jun tahun ini. Ekspo Kampung Baru Cina Perak pada tahun ini telah menarik kehadiran melebihi 10 ribu pengunjung dan merupakan platform terbaik untuk membolehkan pengunjung yang asalnya bukan merupakan penduduk Kampung Baru untuk lebih mengetahui apakah sejarah Kampung Baru adalah untuk mengekang ancaman komunis ataupun produk pelancongan, apa biskut yang boleh dijual dan juga setiap tempat tarikan di setiap Kampung Baru.

Untuk makluman semua, Jawatankuasa Kerja Ekspo Kampung Baru Cina tersebut adalah ditunjangi oleh kumpulan anak muda yang berumur 20 tahun hingga 30 tahun dan ini merupakan bukti terbaik Kerajaan Madani adalah bersama dengan anak muda. Pejabat saya akan teruskan Ekspo Kampung Baru Cina Negeri Perak dengan terus berteraskan konsep placemaking pada tahun depan. Diharapkan ekspo ini akan terus menjadi pemangkin kepada usaha untuk menghidupkan semula ekonomi di kampung masing-masing dan yang penting sekali kita nak mempromosikan produk kampung masing-masing supaya anak-anak muda boleh balik ke kampung untuk janakan ekonomi. Program kedua yang dilaksanakan pejabat saya untuk merancakkan usaha placemaking adalah program pemerkasaan Kampung Baru Cina seperti mana yang saya sebut dua kali di di dalam Dewan yang mulia ini. Di bawah usaha ini, sebenarnya saya telah berikan peruntukan kepada enam entiti untuk menjalankan usaha pemerkasaan kampung baru masing-masing. Yang pertama sekali, JPKK Menglembu yang menganjurkan Pesta Tanglung. Keduanya, JPKK Bercham yang menganjurkan Bercham Run. Ketiganya, JPKK Matang yang telah menjanakan Lorong Madani dengan usaha menghidupkan satu lorong jalan ataupun lebih dikenali sebagai Old Street Revival dengan izin. Keempatnya, adalah JPKK Liman Kati Yang telah melukis mural di dalam gelanggang bola keranjang Kampung Baru Liman Kati yang mempamerkan perpaduan kaum dan juga mempromosikan produk Kampung Baru Liman Kati seperti durian, cempedak dan sebagainya. Kelimanya, penganjuran Pangkor Island Festival. Akhir sekali adalah penubuhan ruangan komuniti Kuala Sepetang Taiping iaitu dia adalah satu pusat, mirip muzium yang memang kita memperkenalkan sejarah warisan Arang di Kuala Sepetang, Taiping.

Pejabat saya telah memastikan keenam-enam program tersebut adalah mampu dilaksanakan dan mampu menjanakan impak terhadap komuniti setempat sebelum meluluskan peruntukan dan hasilnya, keenam-enam program tersebut telah menjanakan hasil. Pada tahun depan, pejabat saya akan terus melaksanakannya dan saya akan meletakkan satu syarat utama sahaja apabila meluluskan peruntukan iaitu kena pastikan program atau hasil yang kita jalankan itu mesti berpaksikan perpaduan kaum. Kita mesti tunjukkan perpaduan kaum sebagai keunikan dan kekuatan negara kita. Kita kena tunjukkan kepelbagaian dan kemajmukan sebagai keunikan negeri Perak dan dalam pada itu, saya ingin merakamkan tahniah khususnya kepada JPKK Matang dan JPKK Liman Kati sebab dua JPKK tersebut, mereka telah jayakan mural dan Lorong Madani di kampung mereka. Saya lawat kedua-dua kampung tu. Saya dapati semangat ketua kampung dan pimpinan JPKKnya sangat memberansangkan dan meyakinkan. Saya rasa ini patut dicontohi oleh setiap ketua kampung. Sehubungan dengan itu, untuk merakamkan penghargaan kepada ketua kampung yang berprestasi cemerlang dan penuh berdedikasi untuk berkhidmat demi rakyat dalam kampungnya, pada tahun depan, saya akan gunakan sebahagian daripada peruntukan Jawatankuasa Tetap saya standco untuk menyampaikan anugerah tertentu kepada ketua-ketua kampung yang memang berdedikasi berkhidmat demi rakyat. Saya akan saya umumkan lebih lanjut pada tahun depan. Yang penting sekali kita sebagai kerajaan, kita kena pastikan jentera kita di setiap kampung itu menjalankan amanah dengan baik dan kerajaan kini adalah bersama dengan semua ketua kampung. Dalam pada itu, selepas Kampung Baru Cina, portfolio yang saya akan sentuh seterusnya adalah mengenai hal ehwal bukan Islam ataupun lebih dikenali sebagai

HEBI. Untuk maklumat semua, sebenarnya HEBI di pelbagai negeri di Semenanjung tidak wujud secara rasmi sebelum tahun 2008 dan selepas tsunami politik berlaku pada tahun 2008, barulah HEBI mula ditubuhkan di beberapa negeri termasuk di Perak. Asalnya HEBI adalah bertujuan untuk menjaga rumah ibadat bukan Islam sahaja. Namun, melalui pelbagai usaha yang dijalankan sehingga kini, sekarang HEBI adalah terbuka untuk permohonan daripada masyarakat bukan Islam. Tidak kiranya entiti tersebut adalah rumah ibadat, persatuan, pertubuhan, JPKK ataupun kelab alumni sekolah. Oleh itu, HEBI dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif murni untuk menjamin kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Dato' Seri Yang di-Pertua, peruntukan yang dikhaskan kepada HEBI pada tahun 2026 adalah sebanyak RM12 juta sama seperti tahun 2025 dan sekiranya bergabung dengan RM10 juta yang diperoleh pada tahun 2024 dan juga RM6 juta yang diperoleh pada tahun 2023 saya rasa jumlah keseluruhan kalau saya tak silap adalah RM40 juta untuk beberapa tahun ini dan ini di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan, syabas kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan atas dasarnya yang melayan semua secara sama rata. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan Negeri Perak adalah merupakan sebuah kerajaan yang menjaga kemaslahatan komuniti di negeri Perak yang mempunyai kaum, agama dan latar belakang yang berbeza.

Pada tahun ini, pejabat saya telah sekali lagi memanfaatkan dana di bawah HEBI untuk menganjurkan Kejohanan Gendang 24 musim peringkat sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah negeri Perak. Pada tahun lepas, pejabat saya juga menganjurkannya buat kali pertama. Kejohanan ini sebenarnya adalah penting dalam memupuk bakat anak muda di sekolah-sekolah. Lantaran acara gendang 24 musim ini bukan sahaja disertai anak-anak berbangsa cina sebenarnya pun banyak anak-anak keturunan melayu, anak-anak india, malah ada orang asli untuk menyertainya. Kejohanan ini sebenarnya merupakan satu platform penting untuk membolehkan anak-anak muda kita terus berjuang untuk menunjukkan kebolehan masing-masing di pentas persembahan.

Oleh itu, pejabat saya akan terus melaksanakannya pada tahun depan untuk terus memperkembangkan acara tersebut. Cuma pertandingan itu, saya akan jadikan sebagai Pesta, Pesta Gendang 24 musim. Pejabat saya akan buat pengumuman dari semasa ke semasa mengenainya. Sebelum saya menutup tirai untuk HEBI saya juga ingin ambil peluang untuk memberikan penghargaan kepada Persatuan Buddhis Liman Kati. Lantaran persatuan tersebut merupakan salah satu persatuan yang sangat proaktif dalam menyediakan laporan status kewangan mengenai penggunaan dana kerajaan. Maksudnya, setiap kali Persatuan Buddhis Liman Kati akan menghantar laporan kewangan kepada pejabat saya dulu sebelum pejabat saya minta pun. Saya rasa ini adalah satu contoh dan teladan yang harus dicontohi oleh semua entiti yang memohon dana kerajaan.

Portfolio terakhir yang saya akan sentuh adalah tentang peruntukan sekolah SUWA. Untuk makluman, semua antara semua Perdana Menteri, PMX merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang menjejaki sekolah SUWA iaitu Sekolah Jit Sin Bukit Mertajam pada awal tahun ini untuk menyampaikan peruntukan SUWA kepada 63 buah sekolah SUWA di seluruh negara. Ini menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Madani adalah meraikan kepelbagaian dan kemajmukan. Di negeri Perak peruntukan yang diberikan Kerajaan Negeri Perak kepada sekolah SUWA telah berterusan sepanjang 4 tahun iaitu dari tahun 2023 hingga tahun 2026 dan saya berharap sekali lagi setiap kerajaan yang akan memerintah pada masa depan jangan kita politikkan sekolah, kita kena teruskan dasar sedemikian sebab setiap aliran sekolah adalah wajib dijaga demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara kita. Seperti mana tahun-tahun lepas, Kerajaan Negeri Perak akan memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta di bawah Bantuan Khas Pendidikan untuk menyalurkan peruntukan kepada 9 sekolah SUWA di negeri Perak dengan mewakili 9 buah sekolah SUWA ingin saya rakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar sebab sekali lagi telah meluluskan peruntukan sebanyak sebegini kepada setiap sekolah SUWA untuk meringankan beban kewangan sekolah-sekolah tersebut.

Untuk makluman semua pejabat saya telah tetapkan garis panduan untuk gunakan peruntukan tersebut daripada RM200 ribu yang diberikan kepada setiap sekolah kebajikan guru dan pelajar adalah diutamakan. Selama ini sebenarnya perhatian dan penghargaan kurang diberikan kepada para pendidik di sekolah SUWA. Bermula tahun lepas wang penghargaan sebanyak RM500 daripada peruntukan tersebut telah diwajibkan untuk diberikan kepada setiap pendidik iaitu guru di setiap sekolah SUWA dan pada tahun ini, jumlah wang penghargaan tersebut telah ditingkatkan kepada RM600 setahun dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri adalah cukup berkomited demi menjaga kebajikan para guru.

Selain wang penghargaan kepada guru sekolah SUWA, sejumlah RM50 ribu daripada peruntukan RM200 ribu tersebut turut dikhaskan kepada para pelajar sekolah SUWA untuk tujuan biasiswa kepada golongan pelajar cemerlang. Tak sekadar kami bantu pelajar cemerlang, kami pun sediakan bantuan pendidikan kepada golongan miskin yang memerlukan bantuan dan ini penting supaya golongan pelajar yang berpendapatan rendah dapat teruskan pelajaran. Selain mengkhususkan wang penghargaan kepada guru dan biasiswa serta bantuan pendidikan kepada pelajar, kegunaan baki peruntukan adalah ditentukan oleh pihak sekolah. Yang nak buat pertandingan peringkat daerah, teruskan jer. Yang nak selenggara bangunan lama, buatkan jer dan yang anjurkan Kem Sains dan Matematik, anjurkan jer. Pejabat saya akan terus menetapkan garis panduan sebegini atas semangat berjiwa pendidik dan pelajar agar peruntukan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan tahniah dan penghargaan kepada Sekolah Menengah Nan Hwa di bawah daerah Manjung. Lantaran kejayaan sekolah tersebut untuk menganjur untuk melaksanakan program tindakan tanggungjawab sosial sekolah, social responsibility. Dalam program tersebut, Sekolah Menengah Nan Hwa telah menggerakkan 11 persatuan murid di dalam sekolahnya untuk pergi ke 8 buah sekolah rendah di bawah daerahnya untuk mendidik murid-murid sekolah rendah tentang kemahiran masing-masing. Contohnya, ada main catur, ada kelab catur, ada kelab menari, ada kelab menyanyi, kelab gendang 24 musim dan sebagainya. Saya rasa ini membolehkan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar terus meningkat dan penglibatan mereka dalam masyarakat setentunya dapat di tingkatkan dalam pada itu. Saya telah berikan peruntukan RM15 ribu kepada sekolah tersebut atas penganjuran program sedemikian yang memang saya rasa bersifat jangka panjang dan saya akan membantu lagi pada tahun depan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, memandangkan dah masuk isu sekolah ingin saya berikan maklum balas tentang tuduhan tidak berasas daripada beberapa rakan terhadap saya berkenaan dengan kemasukan saya ke kawasan sekolah untuk menyerahkan peruntukan. Sekarang saya akan manfaatkan masa yang sedia ada. Saya tengok ada masa lagi yang saya kena jawab tohmahan ataupun fitnah yang tidak berasas yang pernah dilemparkan kepada saya. Saya berharap sekali lagi apabila saya menjawab nanti semua boleh kekal tenang, semua boleh bersabar, semua boleh dengar dulu. Saya tidak pernah mengganggu YB-YB yang sedia ada bila berbahas. Bila maki saya, bila marah saya. Biar pun saya dipanggil kata-kata kesat. Walaupun dah ditarik balik dan minta maaf kemudiannya. Kalau kita nak berpolitik secara matang, kita jangan sesekali bersikap double standard dengan izin.

Beberapa soalan yang saya nak ajukan kepada blok Pembangkang. Satunya adakah sekarang rakan-rakan blok Pembangkang tahu bahawa Ahli Parlimen Beruas, Adun Astaka dan saya telah memasuki SMJK Air Tawar pada bulan Julai. Tentunya tahu kan? Kalau tak, takkan buka isu. Keduanya, adakah rakan-rakan mengakui bahawa telah buka sidang media pada 27 November 2025 tentang isu ini. Tentu ada kan? Kalau tak ada mana ada berita. Yang ketiga, dalam sidang media tersebut, saya baca, saya tahu ada YB-YB yang minta ada tiga pihak untuk ambil tindakan terhadap saya sebab saya masuk sekolah. Satu KPM, satu MB, satu polis dan yang keempat saya rasa blok Pembangkang situ rasa tindakan saya untuk masuk sekolah adalah tidak sewajarnya dan tak betul. Saya rasa ini beberapa persoalan yang memang bangkit dalam minda semua di sini. Sekarang saya akan tunjukkan betapa hipokritnya kita mengamalkan double standard dalam isu ini. Kita kena gunakan cermin dan tengok balik apa yang pembangkang sebenarnya buat sewaktu sebagai kerajaan dalam isu ini. Saya bagi satu-satu. Pada 24 Jun 2020, Adun Kubu Gajah selaku Adun Kerajaan memasuki Sekolah Menengah Khas Redang Panjang dan Sekolah Menengah Kubu Gajah. Pada 3 Julai 2020 Adun Gunung Semanggol selaku Exco Kerajaan Perak memasuki Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai. Pada 15 Julai 2020, Adun Gunong Semanggol selaku Exco Kerajaan Perak memasuki Sekolah Kebangsaan Gunong Semanggol. Pada 21 Julai 2020, Adun Gunong Semanggol selaku Exco Kerajaan Perak memasuki Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin. Pada 27 Julai 2020, Adun Gunong Semanggol selaku Exco Kerajaan Perak memasuki Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. Pada 18 Ogos 2020, Adun Gunong Semanggol selaku Exco Kerajaan Perak memasuki Sekolah Kebangsaan Kampung Tua, Semanggol. Pada 17 September 2020, Adun Selama memasuki Sekolah Kebangsaan Simpang Pulai. Pada 24 September 2020, Adun Gunong Semanggol selaku Exco Kerajaan Perak memasuki Sekolah Menengah Kubu Gajah, Sekolah Menengah Model Khas Redang Panjang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang. Pada 20 Mac 2021, Adun Selama pun memasuki Sekolah Menengah Dato' Haji Hussein. Saya rasa bila PAS sebagai Kerajaan masuk sekolah tak ada isu. Tak jerit DAP, DAP, DAP. Tak keluarkan sidang media. Sekarang…

Masa tu semua Adun boleh masuk sekolah.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Kubu Gajah…Kubu Gajah.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sekarang bila kami sebagai kerajaan info salah. Takpe takpe

Semua Adun kita benarkan masuk sekolah masa tu tak kira Pembangkang ataupun Kerajaan.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Waktu itu, pekeliling kot.

Isunya pada hari ini hanya Kerajaan sahaja, yang pembangkang tak boleh. Sedangkan kita…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Jangan koyak, jangan koyak.

Duduk dulu.

Sabar…sabar.

Saya nak cerita kepada semua. Dulu Kerajaan adil.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak berikan laluan.

Kepada semua Pembangkang ataupun Kerajaan. Semua boleh masuk sekolah hari.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Betul ke, betul ke?

Kalau kita DAP buat salah. Mana boleh macam ni.

Bukan. Dulu DAP nak masuk sekolah pun boleh. Kita benarkan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Betul ke? Betul ke? Jangan tipu.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Dulu DAP Pembangkang, boleh je masuk sekolah. Kenapa tak masuk.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tunjuk bukti? Tunjuk bukti siapa tak bagi pergi, siapa tak bagi tunjuk bukti. Sekarang siapa yang tak bagi.

Ok boleh masuk ke. Kalau boleh masuk ok. Kita semua sama saja.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Mohon saja, kami nak masuk pun kena mohon. Sama je.

Dak, takde masalah, betul. Saya akui memang kita masuk sekolah dalam masa yang sama dibenarkan kepada mana-mana pihak untuk menghantar kek atau…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

YB…YB…YB…YB sabar dulu.

Haa tunjuk bukti dulu.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tak pernah kan? Saya masuk sekolah pun kena mohon. Sekolah mana yang tak benarkan pihak Pembangkang untuk masuk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato' Seri Speaker

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

YB…YB biar saya terangkan dulu. Dato' Seri Speaker ini ini floor saya.

Yang di-Pertua

Sekejap. Jap…jap. YB semua tu…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita tak mau rakyat di sana ada persepsi yang salah.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat…Semanggol Jap. Dia tengah berucap. Dia kalau dia celah, kalau minta celah tak boleh dia tak bagi kena duduklah dia punya floor.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak bagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok.

Yang di-Pertua

Dia tak bagi.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sebab saya tak pernah bangun mengganggu waktu YB-YB tengah bahas.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato' Seri Speaker,

Yang di-Pertua

Dengar…dengar Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya nak saya nak jelaskan pada dia

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ikut peraturan. Gunung Semanggol ikut peraturan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Perkara ini dia timbulkan satu persepsi negatif kepada pihak kita.

Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Cuma kita, itu nak kena jelas.

Yang di-Pertua

Saya faham.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sebab dia sebut…

Yang di-Pertua

tapi Yang Berhormat dah bercakap dah berucap dalam dalam minit, time Yang Berhormat.

Pembangkang pun sama saja.

Yang di-Pertua

Sekarang duduklah.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ini tidak adil. Persoalan apabila

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak bagi laluan Gunung Semanggol…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sangat disayangi…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Yang Berhormat dengar-dengar ni. Bagi Speaker bercakap. Kalau tak dengar Speaker bercakap, macam mana nak ni. Semasa Yang Berhormat berucap, Yang Berhormat ada sentuh apa semua, orang dengar je, kan. Takde apa yang. Kalau mencelah pun dia mencelah cara ni kemudian jawab balik duduk. Sama la juga masa ni time dia. Bila dia berucap, his floor dengan izin.

Speaker…

Yang di-Pertua

Kita dengarlah. Kita kena kita kena kita kena akurlah perbahasan. Kalau semua orang nak bercakap pada waktu yang sama macam mana. Jadi kena dengarlah juga. Kena dah mencelah, okay, duduk. Kemudian bagilah dia, floor dia.

Speaker peraturan mesyuarat.

Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Cuma satu sikit ja.

Yang di-Pertua

Semanggol duduk. Kamunting, Kamunting sebut peraturan mesyuarat. Semanggol tak sebut kena duduklah.

Yang di-Pertua

okay 40 (7), sekejap.

Seorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli lain. Jadi YB Exco telah menyebut secara spesifik ahli-ahli yang ada ini dengan perkara-perkara yang lepas

Yang di-Pertua

Yang Berhormat

Menimbulkan kekeliruan.

Yang di-Pertua

Ok…ok…ok…ok duduk-duduk.

Jadi sebab tu benda

Yang di-Pertua

Ok saya buat rulling kan? Eh, Yang Berhormat hari tu sebut dengan dia, sentuh dia, tuduh dia berkaitan dia masuk sekolah, dia sekarang dia buat jawapan. Tapi bila dia bagi jawapan Yang Berhormat guna pulak ni dengan izin that’s an abuse of the process. Tak boleh lah macam tu. Yang Berhormat sebut boleh boleh sebut dia, apa-apa kelakuan dia selaku ADUN dan EXCO. Kemudian bila dia buat jawapan, walaupun jawapan itu kita tak suka dengar tapi kita kena dengarlah. Itulah sebahagian daripada apa. Yang Berhormat tak bolehlah guna it does abuse of process. Saya minta maaf. Ok, sila Pasir Bedamar, masa tinggal.

Itu sikap hipokrit.

Dato' Speaker, YB EXCO.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

YB biar saya gulung. YB biar saya gulung.

Sikit sikit

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

waktu YB-YB tengah berbahas saya tak nak ganggu.

Yang di-Pertua

Selama

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya tak nak kacau

YB Exco.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya dengar saja walaupun saya dipanggil kata-kata kesat, saya dengar saja.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Selama respects the floor, dengan izin, respect the floor.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Tak ganggu

Ok. Sikit sahaja sikit saja.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sila jangan ganggu. Sebagai bekas Exco, jangan ganggu.

Kita bersetuju YB nak melawat sekolah apa semua, bersetuju.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Bukan Pasir Bedamar yang larang YB-YB nak masuk sekolah. Bukan Pasir Bedamar bukan Pasir…kami tak larang YB-YB untuk masuk sekolah. Jangan salah floor. Pergilah Parlimen tu tanya KPM atau Menteri…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat…

You boleh bagi tau…

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya bagi contoh saja untuk buktikan saya tak salah.

Yang di-Pertua

Ok, dengar. Yang Berhormat, ini bukan Exco Pendidikan. Ok. Yang Berhormat nak tanya proses masuk, prosedur masuk, macam mana peratuan masuk, tunggulah bila tuan rumah dia bercakap, dengan izin. Saya nak cakap ni, janganlah silap tanya. Ini jawapan dia kepada bila menyentuh perkara yang dalam perbahasan-perbahasan Yang Berhormat. Dia menjawab apa yang telah Yang Berhormat bangkitkan. Sebab itu kita kena tahu masa dia, macam mana peraturan perbahasan, kita guna peraturan dan sebagainya. Jadi, Pasir Bedamar, sila habiskan.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Ok, saya akan landing dalam tiga minit macam itu. Sebenarnya saya tahu selain isu masuk sekolah, saya pun tahu ada tuduhan yang berkenaan dengan kononnya saya masuk untuk berkempen. Dalam video tersebut minit, 1 minit 24 saat, apa yang saya sebut adalah mudah difahami sahaja. Nasihat saya kepada rakan-rakan blok pembangkang, gunakan khidmat terjemahan yang lebih baik. Jangan guna MCA atau Gerakan. Pertamanya, saya sebut, saya masuk sekolah untuk sampaikan peruntukan kepada pasukan brassband sekolah. Satu. Keduanya, saya memperkenalkan orang di sebelah saya iaitu Ahli Parlimen Beruas. Saya pun rasa segan terhadap Adun Astaka sebab saya tak perkenalkan dia. Ketiganya, saya terangkan apa itu peruntukan sebab pelajar memang tak tau apa itu peruntukan. Keempatnya, saya juga bagi tahu pelajar-pelajar supaya menggantikan kami di pihak kerajaan kalau rasa kami sebagai pihak kerajaan tak perform pada masa depan. Saya minta anak-anak untuk gantikan kita orang. Adakah ayat-ayat ini dianggap sebagai kempen di mata wakil rakyat PAS? Saya tak masuk borang keahlian DAP ke sekolah, saya tak minta mereka isi borang. Saya tak minta mereka agung-agungkan pemimpin kita sebagai wakil tuhan. Saya tak minta.

Rakan-rakan saya di sebelah sana, jangan lupa anak-anak muda di luar sana mempunyai kuasa mengundi pada 18 tahun. Apa salahnya saya bagi pengetahuan am kepada kesemua mereka. Apa salahnya saya mendidik apa itu Ahli Parlimen, apa itu peruntukan, apa itu sistem demokrasi. Kalau saya minta pelajar gantikan kita orang, kalau kita tak buat dengan baik, apa masalahnya. Dalam mata PAS satu benda yang sama boleh je double standard. Saya bagi satu contoh. Pihak PAS rasa PMX tak perform. Buat himpunan turunkan PMX, tak salah. Pasir Bedamar masuk sekolah, bagi peruntukan, minta pelajar gantikan kita orang, kalau kita tak perform, Pasir Bedamar salah. Nampak tak betapa hipokritnya logist begini. Saya amat setuju dengan podcast Keluar Sekejap iaitu apa yang disebut Shahril Hamdan, aset terbesar PMX bukannya kabinetnya. Aset terbesar PMX adalah Perikatan Nasional sebab Perikatan Nasional tak berfungsi sebagai pembangkang yang memainkan peranan semak dan imbang. Bukan sahaja tak berfungsi di Parlimen, malah di sidang Dun Perak sama juga. Ada sebabnya Pesuruhjaya PAS Perak ditukarkan calon lain.

Apa yang tak berfungsi, Pasir Berdamar?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Sekian saja daripada Pasir Bedamar.

Apa yang tak berfungsi, Pasir Bedamar?

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Pasir Bedamar menggulung dan menyokong Belanjawan 2026. Sekian terima kasih.

Pasir Berdamar.

Duduklah Manjoi.

Tak. Apa yang tak berfungsi Pasir Berdamar.

Ruling YB Speaker. Jangan sebut tak ada….

DAP buat boleh. Orang lain buat tak boleh. Itu prinsip DAP.

YB Speaker dah buat rulling. Jangan sebut benda-benda di luar masuk dalam ni

Yang di-Pertua

Standing Order berapa?

Tak dengar ke? Ruling Speaker itu. Saya rujuk minggu lepas supaya benda-benda yang luar…

Penghujung buat tuduhan. Begini level Exco. MB tukar Exco macam ni tak layak. Tak professional. Tuduhan. Speaker tengok. Bila dia kata tuduhan, attack terus kepada parti. Ini isu luar dibawa masuk ke dalam. Bila kami cakap isu luar ke dalam dia tegur.

Yang di-Pertua

Ok…ok

Ini level Exco kerajaan negeri.

Saya minta YB Bercham lah lagi berhemah bercakap.

Yang di-Pertua

Ok. Terima kasih ok…ok.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Jangan guna taktik yang kotor ya untuk namakan saya.

Yang di-Pertua

OK Pasir Bedamar.

Cadangan, saya bagi cadangan

Yang di-Pertua

Your floor Pasir Bedamar. Landing.

Encik Woo Kah LeongDAP · PHPasir Bedamar

Saya mohon menggulung dan menyokong Belanjawan 2026. Sekian sahaja daripada saya. Sekian terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Pasir Bedamar. Ya Semanggol. Semanggol berdiri pasal apa Semanggol? Dah habis dah berucapnya.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ya, tak apa…nak abih, saya nak sambung sikitlah sebab…

Yang di-Pertua

Tak boleh sambung. Macam mana boleh sambung? Sekarang ni orang lain nak berbahas pula.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dak…dak..sikit…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Sudah setengah tahun tak masuk sudah lupa. Lupa undang-undang.

Puan Bavani a/p VeraiahDAP · PHMalim Nawar

Semanggol harus disekolahkan sekali lagi lah.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Saya nak minta kepada Dato’ Seri…

Yang di-Pertua

Tak boleh. Semanggol nak cakap pasal apa. Atas dasar apa.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Duduklah. Duduk…duduk…Sudah setengah tahun tak masuk dewan sudah lupa ke Perintah tetap.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nak minta yang pertama…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Nak keluar lagi ke?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang pertama buat ruling untuk hal ni. Saya nak minta nak keluar lagi ke buat ruling sikit mengenai dengan etika berpakaian. Kan. Saya pernah masuk dalam dewan tu siap…

Yang di-Pertua

Sekejap…saya… Speaker cakap. Kita ni ada Aturan Urusan Mesyuarat. Dalam Aturan Urusan Mesyuarat, bila masa tanya soalan, kita tanya soalan. Apabila kita kena masa berbahas, kita berbahas. Bila berbahas, kita ada peraturan berbahas. Siapa floor dia, masa dengan izinnya floor dia, giliran dia berbahas, dia berbahas. Kalau orang nak mencelah, dia kena bangun mencelah, minta permission, minta kebenaran daripada orang yang berbahas itu untuk dia mencelah. Kalau dia tak bagi kebenaran untuk mencelah, dia tak bagi mencelah dan kena kebenaran Speaker. Speaker kena benarkan sama. Kalau bukan kepada waktu dia, tidak ada apa-apa soalan, sesi soalan ataupun pada sesi perbahasan, kita nak bangun nak bercakap, kita guna Standing Order. Sebab itu saya kata kalau nak bercakap, kalau tidak kita ganggu Aturan Urusan Mesyuarat. Kalau Yang Berhormat Gunung Semanggol nak bangun bercakap, dia kena ada basis itu, atas Standing Order berapa, atas Perintah Tetap berapa dan kita semua terikut pada itu. Speaker akan buat ruling sama ada boleh atau tak boleh.

Kadang-kadang Speaker dengan izinnya, apa Yang Berhormat semua faham, kadang-kadang saya bagi kelonggaran sedikit. Saya bagi. Saya bagi leeway untuk…untuk…untuk berbahas kerana kita tak nak perbahasan itu terjadi dengan izin very dry, dia kering sangat dia, dia kontang sangat, tak ada content tak ada tapi kita bagi. Tapi janganlah dengan izin too much theatrical. Theatrical ini banyak berlakon. Lebih lah tu. Jadi, dia, dia ganggu kita punya Aturan Urusan Mesyuarat. Saya bukan tak benarkan. Boleh. Tapi kita tak boleh lah bangun terus bercakap macam tu je. Kita dalam sidang Dewan ini, pelajar-pelajar sekolah ada di atas sana, daripada pelbagai sekolah yang ada, yang melihat macam mana Yang Berhormat-Yang Berhormat semua beraksi dalam Dewan ini mengikut peraturan yang ada ini kerana kita terikat dengan Undang-Undang Tubuh dan juga Standing Order dengan Perintah-Perintah Tetap. Sebab tu tak boleh main bangun bercakap. Kalau macam tu susah, kita bukan bersidang dalam Dewan orang ramai, kita bersidang dalam Dewan Negeri, kita bersidang dalam legislative. Itu yang penting sekali. Ok terima kasih. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Tualang Sekah untuk menggulung perbahasan. 45 minit. Silakan.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. Salam Malaysia Madani. Salam Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli

Yang Berhormat, anggota-anggota pentadbiran Kerajaan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti lintas langsung kita pada hari ini.

Alhamdulillah, kerana sekali lagi kita diberikan ruang dan kesempatan berhimpun di Dewan yang mulia ini untuk bersama mencari kearifan akan hal-ehwal urusan negeri. Selawat serta salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW beserta keluarga, sahabat dan seluruh umatnya yang setia mengikuti petunjuk beliau hingga akhir zaman. Pada kesempatan ini, saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Marghfur-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda bagi tahun 2025. Dirgahayu Tuanku. Didoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan, dilimpahi kerahmatan dan keampunan Allah SWT serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan berjumlah RM1.61 bilion merupakan belanjawan tertinggi dalam sejarah negeri Perak. Daripada jumlah tersebut, RM1.045 bilion diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus manakala RM568 juta disediakan untuk Perbelanjaan Pembangunan. Keseluruhan peruntukan ini bukan sahaja mencerminkan keupayaan fiskal negeri malah menunjukkan kesungguhan kita untuk memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, di dalam fokus yang pertama kesejahteraan rakyat, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan sebanyak RM1.0 juta bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti bersama badan bukan kerajaan atau NGO. Sokongan ini penting kerana NGO merupakan rakan strategik yang membantu kerajaan dalam menggerakkan inisiatif kemasyarakatan, pembangunan komuniti serta advokasi sosial di peringkat akar umbi. Melalui peruntukan ini, kita berharap kerjasama antara kerajaan dan NGO dapat diperkukuh dalam memastikan program pembangunan sosial dapat disampaikan lebih efektif kepada golongan sasar. Bagi fokus kedua pula, tadbir urus projek berkepentingan negeri, kerajaan negeri memperuntukkan RM0.42 juta kepada Digital Perak Corporation Holdings bagi tujuan penyelenggaraan portal jabatan-jabatan negeri. Langkah ini untuk memastikan platform digital kerajaan sentiasa berfungsi dengan baik terkini dan responsif selari dengan keperluan urus tadbir moden dan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, syabas dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat atas penyertaan dalam perbahasan Belanjawan 2026. Saya juga menghargai segala isu yang dibangkitkan serta cadangan yang dikemukakan berkaitan portfolio komunikasi dan multimedia.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Petua, Yang Berhormat Sungai Manik telah membangkitkan isu berkenaan capaian internet dan cadangan bagi pembinaan menara pemancar liputan internet di kawasan Dun Sungai Manik. Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA oleh SKMM telah memberikan impak ketara kepada peningkatan liputan internet di seluruh negeri Perak. Sehingga Oktober 2025, terdapat dua menara komunikasi baru telah berjaya disiapkan dan beroperasi sepenuhnya. Setakat ini, sebanyak 38 stesen pemancar yang telah beroperasi dan juga telah dinaiktaraf kepada liputan 4G di Dun Sungai Manik. Manakala, sebuah menara komunikasi baru masih di dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap beroperasi pada suku pertama 2026. Manakala untuk liputan 5G di Dun Sungai Manik kini, sebanyak 5 buah pemancar 5G telah berjaya disiapkan dan beroperasi sepenuhnya iaitu di Kampung Langkap, SMK Dato' Sagor, Kampung Sungai Batu, SK Dato' Yahya Subban dan Chenderong Balai. Seterusnya, SKMM pula dalam kerangka melaksanakan Projek Jendela Fasa 2 yang kini berada di peringkat akhir dimuktamadkan butiran terperincinya projek. Berdasarkan perancangan, Projek JENDELA Fasa 2 ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan menggunakan kaedah penyelesaian yang sesuai atau dengan izin fit for purpose solution untuk menyediakan capaian internet ke kawasan berpenduduk yang masih belum mendapat perkhidmatan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Dalam memastikan perkhidmatan liputan selular yang lebih baik, Kerajaan Persekutuan bersama-sama pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi selular dalam proses pelaksanaan perkhidmatan peluasan melalui Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat atau pun dikenali sebagai USP yang dikendalikan oleh pihak SKMM sekiranya menepati syarat kelayakan. Cadangan penempatan lokasi baru, struktur telekomunikasi baru turut dimajukan kepada rakan strategik atau pun dengan izin Diplomat Partner, Kerajaan Negeri untuk dikemukakan kepada pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi tujuan cadangan penempatan struktur telekomunikasi komersial. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Yang Berhormat atau pengguna di kawasan Sungai Manik dialu-alukan boleh mengemukakan sebarang aduan berkaitan liputan menerusi portal rasmi SKMM di aduan.mcmc.gov.my atau terus kepada MCMC Negeri Perak ataupun boleh terus kepada pejabat saya juga. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kubu Gajah telah mencadangkan tambahan peruntukan untuk infrastruktur digital peruntukan khas bagi mempercepatkan…

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Sebab dah masuk Kubu Gajah ni, Sungai Manik dah lepas dah…

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Silakan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih diatas penjelasan Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Memang terdapat beberapa pencawang baru yang sedang telah dipasang tapi coverage nya tidak memuaskan. Masih berlaku macam satu kawasan yang saya dah sebut dalam sidang Dewan inilah. Daripada persimpangan network sehingga ke Kampung A/C Belt memang takde coverage. Di situ ada Sekolah Menengah Dato' Yahya Subban dan ada penduduk-penduduk dan semalam saya berada di situ, di kampung saya ada satu program sekolah agama rakyat. Mereka pun mengadu Dato' kenapa sini tiada line? Di sekolah tu sendiri tiada line. Saya pun cuba nak hubungi memang tak boleh hubungi. Jadi ini antara perkara-perkara yang dah saya kemukakan daripada awal sidang Dewan. Tunggu Yang Berhormat nak datang bila nak datang? Saya nak tunjukkan tempat ni. Bila kita lalu je kita tengah call dia akan drop call. WhatApps takkan lepas dia dok roll…roll sedangkan kawasan tu ada kawasan penempatan yang agak padat. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Yang Berhormat Sungai Manik yang cakna dan prihatin terhadap pemasalahan di kawasan Yang Berhormat. Insha Allah Januari saya datang tempat Yang Berhormat dan seterusnya kita akan pergi ke tempat Yang Berhormat yang lain yang.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya teruskan. Yang Berhormat Kubu Gajah telah mencadangkan tambahan peruntukan untuk infrastruktur digital peruntukan khas bagi mempercepatkan pelaksanaan Projek LEO di luar kawasan, perluaskan latihan digital ICT kepada golongan rentan dan mewujudkan hub digital peringkat daerah di bawah Digital Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, pembinaan infrastruktur digital seperti infrastruktur telekomunikasi sekiranya ianya di bawah inisiatif komersial oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi, pembiayaannya adalah secara terus di bawah pemilik struktur NFP dengan Izin Network Facility Provider, pihak NFP akan menyewa sebahagian infrastruktur ini kepada penyedia perkhidmatan bagi tujuan penempatan antena pemancar. Bagi perluasan liputan internet mengguna pakai teknologi Low Earth Orbit atau pun LEO, ianya juga merupakan inisiatif swasta yang bersifat komersial di mana pihak penyedia perkhidmatan akan menyediakan pakej langganan kepada komuniti sekitar yang boleh menikmati liputan internet tersebut.

Antara penyedia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan LEO adalah MESSAT melalui inisiatif CONNECTme dan Starlink. Terima kasih Yang Berhormat Kubu Gajah atas cadangan untuk perluaskan latihan digital ICT kepada golongan rentan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebanyak 73 lokasi di perkampungan Orang Asli telah disediakan dengan sambungan jalur lebar internet, teknologi satellite yang menggunakan Starlink di bawah projek Broadband Wireless Access. Antara projek-projek di bawah Pelan JENDELA bagi menambah baik liputan telekomunikasi dan kesalinghubungan digital di kawasan-kawasan pedalaman di seluruh negeri Perak. Kesemua usaha ini dilaksanakan oleh SKMM melalui peruntukan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan memastikan setiap kawasan Dun mempunyai sekurang-kurangnya satu NADI yang dapat digunakan oleh komuniti setempat dan sehingga 31 Oktober 2025, sebanyak 90 NADI telah siap dan beroperasi di seluruh negeri termasuklah di Dun Kubu Gajah yang mana telah terdapat tiga nadi yang telah beroperasi iaitu NADI Felda Ijok, NADI Pekan Kubu Gajah dan NADI Kampung Masjid Ijok. Semua NADI ini menyediakan akses internet bersama ruang latihan yang sesuai dan kemudahan komputer tanpa bayaran serta menawarkan latihan di bawah inisiatif perkhidmatan pintar yang meliputi lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan. Pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada September 2024 di semua pusat NADI bagi membolehkan rakyat mengikuti latihan yang relevan dengan keperluan digital masa kini. Semua golongan dalam komuniti terutamanya golongan rentan, peniaga kecil, warga emas dan golongan muda disaran mengambil peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan ICT, menambah baik pendapatan serta taraf hidup serta mampu memanfaatkan sistem digital kerajaan dengan lebih baik.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Digital Perak Corporation Holding sentiasa giat melaksanakan inisiatif pemerkasaan dan pembangunan literasi digital serta kesedaran tentang transformasi digital untuk semua golongan masyarakat. Usaha-usaha ini dijalankan dalam bentuk latihan dan kursus di Hub Inovasi dan Multimedia atau pun dikenali sebagai HIM yang bertempat di Mydin Mall, Meru Raya Ipoh dan ianya selaras dengan teras-teras strategik yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan Ekonomi Digital Perak 2030 iaitu teras strategik ekosistem perniagaan rancak dipacu pendigitalan dan teras strategik masyarakat diperkasa pendigitalan. Antara pelaksanaan yang telah dan sedang dijalankan adalah seperti berikut. Yang pertama pelaksanaan

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Mohon mencelah.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Program Kursus Inovasi Rakyat…

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

YB Exco, mohon mencelah.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Sikit lagi. Antara pelaksanaan yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti yang pertama pelaksanaan program Kursus Inovasi Rakyat atau KIR 4.0, yang kedua Program Peningkatan Usahawan Digitalisasi, ketiga peranan HIM sebagai pusat latihan digital dan keempat pelaksanaan Program Digital Outreach di peringkat daerah. Silakan sahabat saya.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Bila sebut NADI tadi saya suka juga nak membangkitkan di tempat saya NADI Pengkalan Baharu dan NADI Pantai Remis. NADI Pengkalan Baharu terletak di Kampung Pengkalan Baharu. NADI Pantai Remis terletak di pekan Pantai Remis. Jarak antara kedua-dua NADI tersebut tak sampai 10 kilo di sempadan. Apa kata kalau dapat kita pindahkan NADI Pengkalan Baharu itu ke Pekan Beruas yang terletak lebih kurang 30 kilometer dari Pengkalan Baharu. Jadi maknanya dapat juga dimanfaat oleh masyarakat di luar dari Kampung Pengkalan Baharu dan Pantai Remis sebab dah ada di Pantai Remis tu NADI Pantai Remis. Itu satu.

Saya rangkumlah bila dah dapat peluang begini berkaitan dengan liputan atau capaian internet dan telco untuk coverage signal untuk telefon. Di kawasan saya tu ada yang mengatakan bahawa bila kita mengadu, bila kita buat aduan lagi, bila kita buat aduan, lagi teruk dia punya liputan coverage dia. Di Kampung Bakar Bata terdapat satu pencawang, di Kampung Kedah ada dua pencawang berhampiran tapi liputan atau pun coverage tak ada. Di Kampung Banjar tak ada, Kampung Tengah, Kampung Dendang dan juga Kampung Pengkalan Baharu baru siap satu pencawang baru, di Kampung Hulu Beruas siap satu pencawang tapi coverage memang tak ada. Jadi saya minta untuk dilihat semula perkara ni. Jadi SKMM ni ada janji nak turun. Katanya dua haribulan. Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Pengkalan Baharu yang membangkitkan dua isu saya lihat tadi. Yang pertama ialah isu NADI. Insha Allah saya akan berbincang dengan SKMM dan minta diadakan sesi perbincangan dengan pihak Yang Berhormat. Kedua isu satu structure tower dan masalah liputan di kawasan tersebut. Yang itu kita akan ambil tindakan juga tapi ada dalam perbahasan saya. Saya akan sebut tindakan yang telah kita ambil terhadap perkara-perkara yang terjadi dalam Perak menggusarkan kita tu. Terima kasih

Yang Berhormat, saya teruskan. Timbalan Yang di-Pertua saya teruskan ucapan saya. Secara keseluruhannya inisiatif ini bertujuan memastikan rakyat Perak memperoleh akses kepada kemahiran digital dan seterusnya meningkatkan keupayaan mereka dalam menggunakan perkhidmatan digital Kerajaan Negeri dengan lebih cekap dan efektif. Kerajaan Negeri menyambut baik sebarang cadangan yang memberi impak positif kepada kadar literasi digital dalam kalangan rakyat dan akan turut mempertimbangkan keperluan cadangan ini sewajarnya demi kesejahteraan digital rakyat Negeri Perak. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya berterima kasih atas cadangan Yang Berhormat daripada Kuala Sepetang agar semua pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah melaksanakan reformasi digital penuh, integrasi data pembayaran dalam talian, status masa nyata dan dokumentasi automatik bagi memastikan ketelusan, kecekapan serta memudahkan urusan rakyat dengan jabatan kerajaan. Untuk maklumat Yang Berhormat, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian atau pun PTG Negeri Perak sentiasa memberi komitmen yang terbaik dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan melalui peningkatan urusan yang lebih cekap, pantas dan berintegriti.

Dalam usaha ini sudah pastinya Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Perak juga akan terlibat dalam merealisasikan proses ini. Antara tindakan yang telah dilakukan oleh PTG adalah dengan terlibat di dalam projek reformasi kerenah birokrasi atau pun dikenali sebagai RKB Wilayah Utara pada tahun 2025. PTG telah menyiapkan tiga urusan yang ada dalam RKB iaitu pertama, urusan pendaftaran pengguna, semakan dan pembayaran cukai tanah petak di negeri Perak melalui aplikasi mobile e-Tanah, kedua mempercepatkan tempoh masa penyediaan laporan tanah di lapangan bagi semua jenis permohonan pembangunan tanah melalui Sistem i-Siap dan ketiga pengurusan ulasan teknikal tanah melalui Sistem e-Tabs. Penglibatan PTG dalam projek ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa sehinggalah digitalisasi penuh tercapai. Dari segi integrasi data sistem e-Tanah telah dilaksanakan dengan jabatan-jabatan lain seperti JUPEM, JKPTG, LHDN, SSM dan JPN dan lain-lain bagi memastikan proses permohonan dan semakan dapat dibuat secara telus dan cepat di atas talian. Bagi integrasi jabatan-jabatan lain adalah bergantung kepada ketersediaan jabatan-jabatan tersebut untuk melaksanakannya.

Pembayaran atas talian juga telah diperkenalkan melalui online banking portal awam e-Tanah, portal rasmi PTG Perak & Mobile Apps e-Tanah. Segala urusan serta permohonan yang diterima di sistem terutamanya dari online akan merekodkan tarikh dan masa transaksi dilaksanakan bagi semakan pejabat dan juga pemohon. Dalam usaha memudahkan pencapaian maklumat dokumen rujukan, panduan dan soalan lazim disediakan, PTG Perak juga di dalam pelaksanaan membangunkan AI Chatbot PTG yang akan menjadi perantara terbaik dalam membantu memberikan jawapan kepada pelanggan secara tepat dan pantas. PTG juga menyediakan perkhidmatan secara dalam talian dan berinteraksi dengan rakyat secara digital secara end to end dengan izin dan dapat mengurangkan perkhidmatan di kaunter fizikal. Pada masa ini jumlah urusan yang telah dilaksanakan secara e2e ini adalah berjumlah 36 urusan. Janaan dan paparan dokumentasi secara automatik melalui sistem atas tujuan semakan serta pengeluaran dokumen rasmi dapat dibuat secara terus dan teratur. Manakala manual pengguna dan panduan permohonan melalui video telah disediakan di Portal Awam e-Tanah untuk membantu pengguna atau pemohon memahami cara permohonan mengikut urusan-urusan yang terlibat. Semua usaha PTG secara berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan ketelusan proses di PDT dapat ditingkatkan dan ketelusan dalam perkhidmatan di samping memudahkan urusan rakyat bersama jabatan kerajaan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menglembu mencadangkan penambahan Kelas Latihan Digital Keluarga Malaysia di Menglembu agar anak muda mendapat ruang latihan yang lebih lengkap, mudah diakses serta pelbagai pilihan kelas yang sesuai dengan minat mereka. Untuk makluman Yang Berhormat di Dun Menglembu telah terdapat satu NADI yang telah beroperasi iaitu NADI Taman Bukit Merah. Pelaksanaan latihan dan kursus digital turut dijalankan melalui Digital Perak Corporation Holdings di Hub Inovasi dan Multimedia (HiM) yang menawarkan program berstruktur dengan yuran yang sangat berpatutan bagi memastikan akses yang inklusif untuk seluruh rakyat Perak. Hub Inovasi dan Multimedia (HiM) menyediakan pelbagai latihan digital yang selaras dengan minat dan keperluan anak muda seperti program latihan digital berkualiti pada harga yang berpatutan dengan fasiliti lengkap untuk pembelajaran digital. Bagi memastikan lebih ramai belia dapat mengikuti latihan digital, Digital Perak giat melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti kolaborasi dengan sekolah, dewan komuniti dan NGO tempatan untuk penganjuran latihan digital untuk anak muda meliputi bidang reka bentuk digital, videografi, kandungan kreatif dan pemasaran digital.

Sekali lagi saya mengambil maklum berkaitan dengan saranan daripada Yang Berhormat Menglembu dan maklum balas berkaitan perkara tersebut yang diterima daripada agensi berkaitan di mana saya dapat simpulkan bahawa terdapat kelompongan. Dalam isu komunikasi dan hebahan bagi program yang bakal dianjurkan oleh agensi. Sehubungan dengan itu, pihak saya akan mencadangkan supaya setiap program yang akan dianjurkan oleh agensi tersebut pada masa depan akan dibuat hebahan yang meluas termasuk kepada semua pejabat Yang Berhormat, Yang Berhormat Adun dan pihak-pihak lain yang berkaitan sekiranya program yang bakal dianjurkan bakal melibatkan komuniti di kawasan tersebut.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ayer Kuning atas cadangan supaya program Literasi Digital diwujudkan melalui Pusat Komunikasi Digital seperti NADI supaya golongan miskin bandar dapat memanfaatkan teknologi untuk pendidikan, pekerjaan dan perniagaan. Untuk maklumat Yang Berhormat, SKMM sehingga 31 Oktober 2025, sebanyak 90 NADI telah siap dan beroperasi di seluruh negeri Perak termasuklah di Dun Ayer Kuning yang telah terdapat dua NADI yang beroperasi iaitu NADI Kampung Tersusun Ayer Kuning dan NADI PPR Sri Bidor. Semua NADI menyediakan akses internet bersama dan kemudahan komputer tanpa bayaran. NADI juga menawarkan latihan di bawah inisiatif perkhidmatan pintar yang meliputi tiga teras, lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan. Pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada September 2024 di semua NADI bagi membolehkan rakyat mengikuti latihan yang relevan dengan keperluan digital masa kini.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, Alor Pongsu mencelah sikit.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Silakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Boleh ya YB Exco. Terima kasih YB Exco, terima kasih Timbalan Speaker ya. Saya suka dengarlah semangat dan program-program yang dijalankan oleh NADI dan saya sempat google sikit tadi. Di kawasan Dun Alor Pongsu kita ada 2 NADI. Semangat, kelengkapan, tuitor ke apa semua itu, saya salute. Memang kemas. Tapi bila depa mai ke NADI itu, depa dapat ilmu, depa dapat latihan, depa dapat macam-macam di situ. Tapi masa mereka banyak di rumah. Contoh saya ambil NADI di Taman Kurau Lestari. Dia orang datang situ dapat segala-galanya, ilmu dan sebagainya. Tapi dia balik je rumah, rumah dia tak ada coverage internet. Ini yang tak balance itu. Saya nak minta Kerajaan Negeri lah melalui YB Exco, kita NADI kita dah cantik dah. Tapi backup dia itu. Dia datang 2 jam dapat ilmu dan sebagainya, 6 jam yang dia habiskan di rumah dia itu, di rumah tak ada coverage. NADI Kurau Lestari, Parit Haji Napis, Parit Haji Amin, Parit Sungai Dungun almost zero coverage. Jadi saya minta kita tallykan. Terima kasih banyak YB Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih kekanda saya daripada Alor Pongsu, sentiasa membangkitkan tentang isu-isu liputan di kawasan Yang Berhormat. Saya mohon lepas ini nanti saya jumpa Yang Berhormat kita dapatkan detail, insha Allah kita akan bantu untuk selesaikan isu-isu ini. Saya teruskan dengan perbahasan saya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ayer Kuning juga telah membawa isu keperluan capaian internet di kawasan seperti Changkat Petai, Sungai Kurong, Kampung Kenangan dan Tapah Road. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kawasan-kawasan yang dinyatakan di Changkat Petai telah terdapat dua menara telekomunikasi sedia ada yang memberi liputan internet di kawasan tersebut. Manakala satu lagi menara telekomunikasi masih baru di peringkat pelaksanaan dan dijangka beroperasi pada September 2025 di bawah Pelan JENDELA. Sementara itu, di Sungai Kurong telah terdapat dua menara telekomunikasi sedia ada dan di Kampung Kenangan terdapat satu menara telekomunikasi. Manakala di sepanjang Tapah Road terdapat tiga menara telekomunikasi sedia ada yang telah memberi liputan internet bagi kawasan sekitar dengan satu lagi menara telekomunikasi baru masih di peringkat pelaksanaan dan dijangka beroperasi pada Disember 2025. Untuk makluman Yang Berhormat, pihak SKMM telah menjalankan audit liputan telekomunikasi di kawasan Dun Ayer Kuning, di kawasan Ayer Kuning. Hasil daripada audit tersebut, satu notis pematuhan telah dikeluarkan di bawah seksyen 51 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1958 [Akta 588] kepada pemberi perkhidmatan kerana tidak patuh MSQOS ataupun standard wajib kualiti perkhidmatan atau mandatory standard for quality of service di kawasan yang terlibat. Pengeluaran notis pematuhan ini adalah sebagai satu langkah yang konstruktif dan seimbang bertujuan memberi isyarat yang jelas kepada semua penyedia perkhidmatan agar lebih peka terhadap keperluan pengguna serta komited mematuhi piawaian MSQOS.

Yang Berhormat Exco mohon mencelah. Terima kasih Timbalan Speaker.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Ya, silakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Yang Berhormat Exco. Berkaitan dengan notis yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Exco kepada pembekal-pembekal perkhidmatan atau telco, ada satu dua perkara yang saya bangkitkan. Pertamanya, berapa banyakkah notis yang pernah dikeluarkan kepada pembekal telco ini, pembekal perkhidmatan di seluruh Perak. Berapa banyak notis yang telah dikeluarkan? Mungkin kerana prestasi perkhidmatan itu tidak baik. Yang kedua daripada notis yang dikeluarkan itu, apakah tindakan yang telah diambil oleh pembekal perkhidmatan. Adakah mereka mengambil tindakan segera untuk memperbaiki kualiti talian di situ ataupun syarikat telco ini diambil sikap tidak kisah tidak endah? So, mohon penjelasan kepada Yang Berhormat Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya daripada Manong yang bertanyakan tentang notis tadi. Kerajaan Negeri sentiasa cakna bersama dengan MCMC Perak, sentiasa cakna melakukan pemantauan dan turun padang apabila kita menerima sebarang aduan berkaitan isu liputan telekomunikasi. Saya percaya di dalam Dewan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat menghadapi masalah yang sama membangkitkan kerap acap kali masalah liputan di kawasan tersebut dan untuk itu, kita tak panggil, kita tak pandang ringan terhadap masalah ini.

Oleh itu, kalau kita sebut pasal notis tadi, ini adalah notis apabila dia gagal mematuhi standard yang ditetapkan tadi, MCMC akan mengeluarkan notis ini dan penyedia perkhidmatan perlu menjawab notis ini dengan, pertama, pelan penambahbaikan connectivity di kawasan ini sama ada mengoptimumkan stesen pemancar yang sedia ada atau menaikkan stesen pemancar yang baru dan soalan yang kedua tadi berapa banyak notis yang telah kita keluarkan SKMM. Kita telah keluarkan sehingga 1 September 2025. Notis 51 (2) sebanyak 130 notis yang melibatkan 335 lokasi di seluruh negeri Perak kepada penyedia perkhidmatan. Ini menunjukkan di peringkat kerajaan negeri kita mengambil serius perkara ini yang melibatkan connectivity untuk masyarakat, untuk rakyat di kawasan kita dan kita mengambil serius kerana pada saya komuniti connectivity pada kali ini, pada waktu ini adalah satu keperluan yang amat sangat untuk seluruh masyarakat tak kira apa lapisan sekalipun. Izinkan saya tambah balik, sambung balik Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua...

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Exco, ada sikit.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Ok baik.

Encik Rahim bin IsmailPAS · PNChangkat Jering

Terima kasih YB Exco, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Di sini saya nak tanyalah pada YB Exco yang pertamanya, liputan di seluruh Malaysia termasuk di Perak yang telekomunikasi ada 9 syarikat setakat ini yang saya nampak iaitu Maxis, Celcom, U Mobile, Unifi, Yes, RedOne, Tune Talk, XOX, Time.Com. Dalam kesemua dalam 9 ini, hampir 7 supply untuk telefon ataupun rangkaian mudah alih jalur lebar. Masalahnya sekarang mana dinyatakan Exco tadi lah, liputan jalur lebar ini terhad kepada kawasan masing-masing dan saya setakat yang difahamkan kesemua yang mempunyai di rangkaian mudah alih jalur lebar ini mempunyai frekuensi dengan izin gelombang yang berbeza. Jadi bila dah berlaku kepada pengguna-pengguna khususnya, kebanyakan pengguna ini dia tak menggunakan satu company saja. Yakni guna Celcom, yang ini guna U Mobile, yang dia ini XOX, yang ini Time.Com. Jadi makna perkara ini akan berlaku bila dia pergi kepada tempat satu tempat itu, hanya Celcom Digi saja yang dia punya, orang kata signal strength, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Jadi masalah bagi pengguna.

Jadi adakah kerajaan merancang bagaimana hendak mengatasi masalah yang orang kata aduan para pengguna ini? Contohnya kalau kita boleh grooming frekuensi-frekuensi berkenaan makna dia, pengguna menerima samada Digi ke Celcom ke XOX dan sebagainya. Adakah kerajaan merancang? Saya kata kalau selagi tak ada orang kata cara grooming frekuansi-frekuansi yang macam ni, mungkin perkara ini rasanya berpanjangan. Tak dapat nak diselesaikan walaupun tower-tower dengan izin. Binalah banyak mana tower pun tapi ia mempunyai frekuensi yang berbeza. Jadi, penerimaan dan trend dengan izin makna tak dapat memenuhi kepada pelanggan. Jadi, saya minta adakah ada cadangan untuk bagaimana kita nak rundingkan untuk selesaikan masalah pengguna-pengguna? Terima kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya Changkat Jering yang turut mengutarakan cakna tentang isu permasalahan yang ramai hadapi. Untuk makluman, Yang Berhormat Program JENDELA yang lepas, kita telah memulakan mengguna pakai satu alat yang baru di menara pemancar iaitu alat tersebut bila diguna pakai, dia menggabungkan beberapa telco di dalam satu, cuma nama spesifik dan sebagainya secara teknikal, mungkin saya boleh bantu Yang Berhormat melalui MCMC boleh bantu tapi kita dah mula ke arah itu. Maknanya kalau kita masuk kampung A tak adalah jadi lagi Maxis ada Digi tak ada, tak ada. Kita dah selaraskan Yang Berhormat ada alat tersebut dah diguna pakai dalam JENDELA yang baru ini dan seterusnya kita akan mulakan alat ini dengan alat. Cuma yang lama-lama tu kita kena kena pantau dan juga minta telco untuk upgrade balik Yang Berhormat. Saya teruskan dengan perbahasan saya.

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Merbau yang membawa isu dan cadangan berkaitan capaian internet yang lemah di kawasan Perkelahan Kongsor dan cadangan agar Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dengan pembekal rangkaian untuk menyediakan internet, hotspot atau wifi percuma. Bukan hanya di bangunan kerajaan tetapi juga di bangunan komuniti penduduk balai raya dan masjid. Untuk makluman, Yang Berhormat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa komited dalam usaha memperluaskan liputan internet dan telekomunikasi serta kesalinghubungan digital di seluruh negara termasuk ke kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ramai dan pelancongan di kawasan perkelahan Ulu Kongsor, kini terdapat satu menara baru di bawah Pelan JENDELA telah siap beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2025 yang dapat memberi liputan internet mudah internet jalur lebar mudah alih di kawasan perkelahan tersebut dan untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menyambut baik akan cadangan Yang Berhormat untuk menyediakan internet, hotspot, wifi percuma di bangunan komuniti penduduk balai raya dan masjid.

Namun begitu, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan SKMM bagi akses internet percuma melalui NADI bagi Dun Lubuk Merbau telah terdapat satu NADI yang telah beroperasi. Semua NADI dapat menyediakan akses internet bersama dan kemudahan komputer yang secara percuma. NADI juga menawarkan latihan di bawah inisiatif perkhidmatan pintar yang meliputi lima teras iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan. Pelaksanaan inisiatif ini telah bermula pada September 2024 di semua pusat NADI bagi membolehkan rakyat mengikuti latihan yang relevan dengan keperluan digital masa kini. Pusat-pusat NADI ini memberikan akses internet yang lebih stabil, pantas dan berkualiti kepada rakyat termasuk di kawasan-kawasan kampung di luar bandar.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sejak kebelakangan ini, isu lurang terbuka semakin berleluasa di Perak terutamanya di daerah Kinta. Statistik hingga bulan Oktober 2025 terdapat 193 kes kecurian kabel dan 505 kes lurang Telekom Malaysia terbuka. Pihak Kerajaan Negeri cakna tentang isu kecurian kabel dan lurang TM terbuka. Oleh yang demikian, untuk menangani isu ini, pihak TM telah menjalankan beberapa inisiatif seperti berikut. Yang pertama inisiatif patri penutup lurang, seal manhole dengan izin seal manhole and pemasangan lapisan kedua lurang dengan izin second manhole cover.

Tujuan inisiatif ini adalah untuk menutup penutup lurang bagi menghalang atau menyukarkan akses kepada pencuri pihak dan pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehingga kini, 711 aktiviti mematri penutup lurang telah siap dan pihak TM akan meneruskan aktiviti mematri penutup lurang dengan mensasarkan kepada kawasan-kawasan kerap berlaku kecurian kabel dan ruang terbuka. Untuk makluman ada sebahagian lurang yang dipatri telah dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam cubaan mencuri kabel. Kedua langkah diambil oleh Unit Keselamatan TM dan kerjasama rondaan dari pihak polis bertujuan membuat rondaan berkala di kawasan panas kecurian kabel dan memantau kawasan kritikal seperti laluan kabel lurang dan kabinet untuk mengesan aktiviti mencurigakan dengan lebih awal. Inisiatif mengeluarkan kabel copper bawah tanah oleh pihak TM, TM Perak sedang melaksanakan aktiviti pengeluaran kabel copper bawah tanah yang sudah tidak digunakan lagi secara berperingkat. Ini sejajar dengan inisiatif Transformasi Rangkaian TM dalam menggunakan teknologi terkini termasuk menggunakan talian fiber sepenuhnya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mengurangkan kadar kerosakan talian.

Sehingga kini, TM Perak telah menjalankan aktiviti pengeluaran kabel bawah tanah sepanjang 1107 kilometer. Aktiviti mengeluarkan kabel bawah tanah kebiasaannya akan dijalankan pada waktu malam sebelum aktiviti dijalankan pihak TM akan memaklumkan perkara berkenaan kepada balai polis yang terdekat untuk pemantauan bersama dari PDRM. Ini adalah standard operasi TM apabila melaksanakan kerja-kerja pada waktu malam, dan standard operasi ini dilakukan bagi mencegah sebarang aktiviti penyamaran. Silakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih YB Exco, sikit sahaja. Bila YB Exco sebut tentang upgrade kabel TM masuk bawah tanah tu, saya pujilah itu tindakan yang baik walaupun banyak kena curi tapi satu benda saya rasa satu Perak atau satu Malaysia sekarang ni yang mencacatkan pemandangan di tepi jalan adalah wayar-wayar Telekom tu yang lama tu dibiarkan terlondeh sana terlondeh sini. Kena cari satu jalan tuntaslah kalau nak buang, buanglah ataupun kalau nak bagi rakyat jual kat keling botol tu bagi tak kita bagi kebenaran. Tak cantik sangat dan saya takut kalau ada unsur-unsur bahaya sebab macam baru-baru ni satu kampung buat terkejut, dia kata kabel lintas atas jalan takut anak dia kena lektrik dan sebagainya. Check-check rupanya kabel telekom. Saya rasa TM kena ambil tanggungjawab ni dah tak cantik sangat dah kabel-kabel yang berjuntai di tepi-tepi jalan tu. Terima kasih YB Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Nanti saya minta pihak TM untuk lihat perkara ini mungkin ada kawasan-kawasan tertentu yang menghadapi masalah ini. Saya minta pihak TM hubung terus untuk kita selesaikan masalah ini.

Timbalan Yang di-Pertua, saya sambung perbahasan saya, kerjasama dengan PBT, pihak polis, Adun, ketua kampung menyediakan saluran komunikasi pantas antara TM dan pihak yang berkaitan bagi memudahkan penyaluran maklumat dari pihak berkuasa dan orang ramai berkaitan keadaan rangkaian kabel dan kes lurang TM yang terbuka. Manakala kerjasama dengan pihak polis pula, TM bekerjasama rapat dengan pihak polis dalam menjalankan rondaan dan sering bertukar maklumat sekiranya terdapat kes-kes yang berkaitan dengan kecurian kabel dan penutup lurang terbuka. Untuk kes lurang terbuka, ianya berlaku di sebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam cubaan mencuri kabel bawah tanah. Aktiviti yang tidak bertanggungjawab dan bermoral ini berpotensi membahayakan orang ramai terutamanya pengguna-pengguna jalan raya.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya ingin menegaskan bahawa bukan semua lurang atau manhole yang telah dibuka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini mengandungi kabel copper seperti yang mereka sangkakan. Di beberapa lokasi terutamanya di kawasan bandar dan pekan TM telah lama beralih daripada penggunaan copper kepada rangkaian fiber optik. Justeru, apabila pencuri membuka manhole dan mendapati tiada copper di dalamnya terdapat kes di mana mereka bertindak merosakkan atau memotong kabel fiber tersebut kerana kecewa. Sebagai contoh, insiden yang berlaku di Kampar pada 27 November 2025 amat membimbangkan kita. Lurang TM telah diceroboh dan lapan kabel fiber telah dipotong, menyebabkan gangguan internet kepada lebih 4 ribu pengguna serta menjejaskan operasi lapan pemancar rangkaian yang mudah alih. Ini bukan saja menjejaskan perkhidmatan malah menimbulkan risiko keselamatan terutama bagi pengguna yang bergantung pada akses komunikasi untuk kecemasan. Perbuatan memotong mencuri atau mensabotaj kabel tidak kira sama ada copper atau fiber adalah perbuatan jenayah yang mesti kita pandang serius.

Ia bukan saja merosak harta benda awam, malah menjejaskan kelangsungan ekonomi, ekonomi digital, negeri, perniagaan setempat, pembelajaran pelajar dan urusan harian rakyat. Tambahan pula, penggunaan perkhidmatan Streamyx yang berasaskan copper kini semakin berkurangan dan hanya tinggal di sebahagian kawasan luar bandar sahaja. Data semasa menunjukkan kita sedang bergerak pantas ke arah rangkaian fiber di seluruh negeri. Ini bermakna motif kecurian kabel copper semakin tidak relevan. Namun, perbuatan vandalisme ini masih terus berlaku akibat ketamakan atau kekecewaan pihak tertentu. Kita mesti menghentikan budaya sabotaj ini sebelum.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Exco banyak lagi. Ok sila.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Sebelum lebih banyak rakyat dan perniagaan menjadi mangsa. Infrastruktur telekomunikasi adalah nadi pembangunan negeri. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak, mana-mana tindakan yang merosakkan. Diharapkan dengan inisiatif yang dinyatakan di atas dan kerjasama daripada orang ramai dan pihak berkuasa. Kes-kes kecurian kabel dapat ditangani dengan lebih efektif sekiranya terdapat kes-kes lubang terbuka dan kes kecurian-kecurian kabel, sila laporkan segera ke balai polis berhampiran atau hubungi TM di talian 100. Yang Berhormat Dato' Seri, Yang Berhormat Timbalan

YB Exco sikit, Manjoi.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya nak ingatkan YB Exco tinggal seminit sahaja. Kalau nak bagi dia, saya tak nak bagi saya tak nak bagi, Manjoi sila duduk, kalau tak bagi boleh, satu minit sahaja.

Isu keselamatan isu, isu, isu manhole boleh

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Saya nak landing dah.

Timbalan Yang di-Pertua

Boleh satu minit sahaja.

Speaker. Isu ini isu yang besar dan saya ke dalam dapatan saya maklumat dari Exco di sidang Dun yang lalu tarikh 11 Julai telah kurang lebih sama jawapan yang diberikan. Cuma sekali isunya ialah rakyat kita betul-betul terkesan di bawah kawasan kitalah, baru-baru ini Pasir Pinji sebut kawasan-kawasan kami ini. Isunya rakyat makin, makin banyak terkesan dan saya rasa YB Exco bagi tumpuan balik tentang sindiket yang cuba melindungi geng-geng kaki curi kabel ini. Bukan cerita kecil dan isu ini besar dan macam mana nak settle kes ini. Kalau kata nak buat panggilan talian 100 kemudian nak isu nak nak hubungi TM ini. Sekarang ini di bawah berlaku rakyat sendiri yang selesaikan. Rakyat sendiri yang tutup-tutup manhole tersebut rakyat yang buat kerja itu. Memang kita semua terlambat dan kita gagal dalam perkara ini dan sebab itulah Speaker lagi banyak nyawa rakyat terkesan. Lagi ramai orang yang cedera dan lebih marah rakyat kepada kerajaan dalam isu ini. Saya mohon supaya tindakan segera diambil dan denda yang diberikan kepada pencuri kabel yang dikaitkan kesalahan ini perlu ditingkatkan. Kalau boleh penjara-penjara boleh jadi satu satu, satu apa ni, satu bukti kepada rakyat. Keseriusan kita membasmi geng-geng curi kabel ini, terima kasih YB Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Sahabat saya daripada Manjoi. Saya faham kita semua geram marah akibat perbuatan-perubatan seperti mana saya sebut tadi mensabotaj, kecurian dan sebagainya. Namun, kita minta, pihak yang berkuasa untuk, untuk lebih menekankan perkara ini dan kita minta TM juga untuk segera menyelesaikan perkara ini. Jikalau ada lagi saki baki yang kabel tersebut.

Yang Berhormat, Timbalan Yang di-Pertua saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta seluruh jentera pentadbiran negeri yang telah bekerja dengan komitmen yang tinggi dalam memastikan belanjawan 2026 dirangka secara teratur. Usaha mereka mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk terus memperkukuh daya saing serta menjamin keselamatan negeri dalam jangka masa panjang. Belanjawan 2026 ini menggariskan hala tuju yang jelas memperkukuh struktur ekonomi, menaik taraf kecekapan perkhidmatan awam dan memastikan setiap pelaburan dasar kerajaan memberikan nilai yang optimum kepada rakyat. Pendekatan ini bukan sahaja menyeimbangkan pembangunan dan kesejahteraan kejahatan sosial tetapi juga memperkukuhkan ketahanan negeri terhadap risiko dan cabaran masa depan.

Timbalan Yang di Pertua dalam ruang, dalam ruang ini, saya menzahirkan solidariti dan doa kepada seluruh rakyat serta kawasan yang terjejas akibat bencana banjir. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan perlindungan dan ketabahan kepada mereka yang menghadapi situasi yang mencabar ini. Saya yakin Kerajaan Negeri akan terus memastikan tindakan segera dan koordinasi efektif dilaksanakan secara berfokus dan menyeluruh dengan penuh harapan. Saya berdoa agar segala perancangan dan ikhtiar kita diberkati serta dipermudahkan oleh Allah SWT. Akhir kata marilah kita bersama mengangkat, tekad dan iltizam untuk menjayakan Perak Sejahtera 2030, agar negeri ini terus, terus melakar masa depan yang lebih makmur dan sejahtera. Sekian Wabillahi taufiq walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, Tualang Sekah menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Belanja untuk menggulung perbahasan dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030 yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan, para pemerhati dan penonton di atas talian, seterusnya saudara saudari tuan tuan puan puan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah subhanahu wata'ala, tuhan semesta alam, selawat dan salam kesejahteraan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat. Di kesempatan ini, saya dengan hormat dan takzimnya, merafak sembah dan setinggi tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda bagi tahun 2025. Dirgahayu Tuanku.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menggulung berkaitan dengan Portfolio Pendidikan Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan pada hari ini. Saya juga ingin menzahirkan rasa terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Dewan yang memberikan pandangan, kritikan, nasihat dan peringatan terhadap banyak perkara yang melibatkan portfolio di bawah jagaan saya. Insha Allah saya sentiasa mendengar dan mengambil kira setiap pandangan dan kritikan daripada sahabat-sahabat ahli Dewan. Pepatah Melayu ada menyatakan.

Besar periuk, Besarlah keraknya Besarlah amanah, maka besarlah tanggungjawabnya.

Justeru, setiap titipan soalan dan pandangan yang dilontarkan saya cuba menjawab bagi memastikan dasar-dasar negeri terus memacu kecemerlangan rakyat negeri Perak.

Rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dalam mengemudi agenda pembangunan modal insan kita berlandaskan kepada seluruh strategi pendidikan dan pembangunan belia yang digerakkan oleh Kerajaan Negeri Perak dan bahawa perubahan hanya berlaku apabila adanya usaha iltizam dan kesungguhan di bawah payung Pelan Perak Sejahtera 2030 sektor pendidikan dan pendidikan pengajian tinggi sentiasa menjadi keutamaan. Sama ada melalui program di Sekolah, Pembangunan TVET. Kolaborasi strategik bersama institut pengajian tinggi dan pihak industri. Memetik kata pujangga Arab. “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang malas.” Maka segala inisiatif yang dirangka bertujuan menyalakan cahaya ini dalam diri setiap anak Perak tanpa mengira latar belakang.

Sepertimana pembentangan Yang Amat Berhormat Kota Tampan pada minggu yang lalu, sebanyak RM15.95 juta diperuntukkan bagi tujuan bantuan pendidikan yang meliputi beberapa inisiatif yang bertujuan untuk melonjakkan pendidikan dan pengajian tinggi khusus untuk anak-anak perak Bagi maksud belia dan sukan pula, kerajaan negeri terus komited menyediakan ruang dan ekosistem yang kondusif untuk mencungkil bakat, memupuk nilai kepimpinan dan melahirkan generasi yang bukan sahaja cerdas akal tetapi juga kuat jati diri serta berdaya saing dengan peruntukan sebanyak RM100.59 juta bagi pembangunan modal insan dan belia. Umpama pesan tokoh bangsa, belia hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Jika kita tidak, jika kita membina mereka dengan benar. Kita membina negeri yang teguh. Oleh yang demikian, segala usaha pembangunan belia dan sukan negeri adalah pelaburan jangka panjang untuk masa depan negeri Perak.

Yang Berhormat Timbalan di-Pertua, saya pergi kepada portfolio yang pertama Pendidikan. Beberapa tahun kebelakangan ini, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah meletakkan negeri Perak dengan peningkatan peratus kelulusan mahupun pencapaian bilangan pelajar yang mendapat 'A'. Jika tidak kerana pengorbanan guru-guru, pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta disokong oleh kerajaan Negeri Perak melalui agensi seperti Yayasan Perak, Yayasan Bina Upaya dan agensi-agensi terlibat mana mungkin kejayaan itu dapat direalisasikan. Hasil komitmen bersepadu ini prestasi pasaran awam utama negeri bagi tahun 2024 iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang konsisten, stabil dan memberangsangkan. Untuk makluman seisi Dewan, melalui kerjasama strategik inilah kita memperkasakan pembangunan pendidikan negeri secara menyeluruh merangkumi aspek akses pendidikan, kualiti pembelajaran, kecemerlangan akademik dan kebajikan murid khususnya di kalangan murid B40 dan murid berkeperluan khas.

Bagi peperiksaan SPM tahun 2024, negeri Perak mencatatkan peratus kelayakan sijil sebanyak 93.86% berbanding 92.55% pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 1.31%. Peningkatan ini membuktikan keberkesanan pelaksanaan program pemulihan pembelajaran, pengukuhan literasi dan numerasi serta dimensi akademik berfokus murid berisiko. Dari aspek prestasi keseluruhan negeri gred purata negeri bertambah baik kepada 4.63 pada tahun 2024 berbanding 4.75 pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 0.12 mata.

Peningkatan gred purata negeri ini membuktikan bahawa kualiti pencapaian calon-calon SPM Negeri Perak semakin meningkat secara berterusan sejak tahun 2022. Seramai 27,459 calon telah hadir untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2024. Daripada jumlah tersebut, negeri Perak mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kelompok kecemerlangan seperti berikut. Jumlah calon cemerlang A+, A dan A- meningkat daripada 772 pada tahun 2023 kepada 937 pada tahun 2024 iaitu peningkatan seramai 165 calon bersamaan 0.58%. Bilangan calon yang memperoleh semua A+ meningkat daripada enam kepada sembilan orang sekaligus mencerminkan peningkatan pencapaian pada tahap kecemerlangan tertinggi. Bilangan calon lulus semua mata pelajaran meningkat daripada 15,900 pada tahun 2023 kepada 16,483 orang pada tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 1.70 %. Dari segi prestasi mata pelajaran pula daripada 80 mata pelajaran yang diduduki oleh calon sebanyak 39 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi. Manakala 9 mata pelajaran mengekalkan prestasi.

Keputusan ini menggambarkan keberkesanan pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru serta pemantauan berterusan oleh pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah. Bagi peperiksaan STPM tahun 2024 seramai 3,088 orang calon daripada 58 buah sekolah telah menduduki peperiksaan tersebut. Dari segi prestasi keseluruhan Purata Nilai Gred Kumulatif Negeri Perak meningkat kepada 2.85 pada tahun 2024 berbanding 28.3, 2023 peningkatan sebanyak 0.02 mata. Peningkatan ini membuktikan berlakunya penambahbaikan berterusan dalam kualiti pencapaian akademik pelajar Pra-Universiti Negeri Perak. Dari kadar kelulusan penuh Negeri Perak mencatatkan pencapaian 99% bersamaan 3,057 orang calon meningkat daripada 98.21% iaitu 3,021 orang pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 0.79%. Ini menunjukkan hampir keseluruhan calon STPM Negeri Perak menamatkan pengajian dengan jayanya.

Dari sudut kecemerlangan tertinggi, bilangan calon yang memperoleh PNGK 4.0 turut meningkat secara signifikannya iaitu daripada 82 orang calon pada tahun 2023 kepada 106 orang calon pada tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 29.27%. Pencapaian ini membuktikan keupayaan sistem pendidikan pra-universiti di negeri Perak untuk melahirkan pelajar bertaraf cemerlang di peringkat nasional. Selain itu, bilangan sekolah yang merekodkan kelulusan 100% STPM turut meningkat daripada 35 buah sekolah kepada 43 buah sekolah iaitu peningkatan sebanyak 22.86%. Hal ini mencerminkan keberkesanan kepemimpinan sekolah, pemantauan akademik yang sistematik serta komitmen guru-guru Tingkatan 6 di seluruh negeri Perak.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih Yang Berhormat Exco, Timbalan Speaker. Saya nak menyentuh tentang keputusan-keputusan SPM dan STPM ini memanglah cemerlang tetapi kita nak lihat dari segi urusan pendaftaran pelajar-pelajar yang ingin mengambil peperiksaan contohnya

SPM. Sebab ada guru maklumkan saya Dato', ujian lisan pun dah 3 orang tak hadir. Jadi ketidakhadiran ini mungkin bukan sahaja berlaku di Sungai Manik, mungkin di seluruh negeri Perak. Ini akan menjejaskan prestasi keseluruhan pencapaian negeri. Pandangan yang saya terima dibuat oleh guru-guru ini. Mereka pernah mengutarakan tapi suara mereka ni mungkin tak sampai mungkin Yang Berhormat Exco boleh kemukakan kepada Menteri KPM sendiri. Dibuat semakan semula. Kebanyakan mereka ni mendaftar peperiksaan awal tahun. Tapi sehingga nak sampai bulan 8 pun tak dapat dikesan. Bila sampai nak ujian lisan dah tak hadir. Belum apa-apa lagi sekolah tu dah takde 100% kehadiran yang ambil peperiksaan. Ini akan bagi kesan jangan dalam dalam pencapaian kesuluruhan peringkat negeri. Apa pandangan Yang Berhormat Exco?

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Sungai Manik atas berkaitan dengan ketidakhadiran calon walaupun telah mendaftar sebagai calon SPM atau peperiksaan awam, tetapi pada hari peristiwa atau kejadian ujian-ujian tersebut mereka ini tidak mengikuti. Kalau mengikut rekod, ada beberapa faktor yang menempatkan calon ini tidak hadir. Ada antara mereka ini telah pun bekerja atau pun tidak berminat untuk sekolah dan sebagainya. Cuma proses pendaftaran bagi menduduki peperiksaan awam ini telah dibuat pada awal tahun contoh pada bulan Mac dan peperiksaan bermula pada bulan November.

Proses dalam masa 5-6 bulan itu mungkin ada pelajar-pelajar ini tidak berminat ke sekolah dan memang dia akan menjejaskan prestasi sekolah dan untuk makluman bagi negeri Perak kita hampir 300 orang tidak menduduki peperiksaan ujian lisan dan bertutur pada kali ini dan ini akan menyebabkan sasaran dan KPI yang diletakkan oleh JPN Perak agak mustahil untuk dicapai dan saya dalam mesyuarat bersama dengan YB Menteri tempoh hari ada mencadangkan supaya senarai ataupun mereka yang telah dikenalpasti oleh sekolah yang tidak hadir ke sekolah mengikut tempoh masa ditetapkan, disenaraikan bukan sebagai calon sekolah tetapi sebagai calon persendirian dan pihak kementerian mengambil pandangan saya itu untuk dibuat kajian supaya prestasi dan juga seperti apa yang disebut oleh Sungai Manik tadi segala pengorbanan penat lelah guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah tidak dihalang dengan faktor-faktor yang sebabkan ketidakhadiran pelajar pada masa itu. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Manik.

Secara keseluruhannya, pencapaian SPM dan STPM Negeri Perak pada tahun 2024 jelas menunjukkan trend peningkatan yang stabil, menyeluruh dan amat memberangsangkan sama ada dari segi kelayakan sijil, kualiti pencapaian bilangan calon cemerlang, kadar kelulusan penuh mahupun prestasi sekolah. Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha bersepadu Kerajaan Negeri Perak bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir sekolah, para guru serta sokongan ibu bapa dan komuniti telah membuahkan hasil yang signifikan.

Kejayaan ini juga selari dengan aspirasi negeri untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing, berkualiti tinggi dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta sosial negeri Perak secara mampan. Bagi memastikan kecemerlangan ini dapat diteruskan di peringkat Pejabat Exco dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta Pejabat Pendidikan Daerah. Kita turut mengadakan Dialog Strategi Wanted Height pada September 2025 yang lalu. Dialog ini melibatkan 231 pengetua sekolah yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori fokus 81 buah sekolah. Kategori cemerlang 85 buah sekolah dan kategori sederhana 85 buah sekolah. Dialog ini memberi tumpuan kepada lonjakan prestasi sekolah-sekolah selain mengelakkan pengulangan kelemahan. Ia juga menjadi medan untuk mengenal pasti cabaran dan merangka intervensi berimpak tinggi bagi melonjakkan pencapaian sekolah. Untuk makluman Ahli Dewan, di bawah Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri kita turut menyusun beberapa program sokongan dan berimpak tinggi bagi memastikan kecemerlangan pendidikan ini berterusan.

Ini termasuklah program Bantuan Cermin Mata atau YP Eye Sinar yang merupakan inisiatif bantuan cermin mata kepada murid sekolah rendah dan menengah yang menghadapi masalah penglihatan khususnya daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Program ini bertujuan memastikan setiap murid yang berkelayakan memperoleh cermin mata yang bersesuaian bagi menyokong proses pembelajaran mereka di dalam kelas serta meningkatkan tumpuan dan prestasi akademik mereka. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah. Dalam pada itu, Program Hijrah Insaniah turut diperkenalkan pada tahun ini sebagai satu inisiatif transformasi sosial berteraskan konsep penempatan semula murid luar bandar berpotensi tinggi ke sekolah asrama harian di kawasan bandar. Program ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada anak-anak Perak daripada keluarga B40 yang cemerlang dalam bidang akademik agar mereka dapat belajar dalam persekitaran yang kondusif, progresif dan menyokong pembangunan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui program ini, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak menanggung sepenuhnya semua kos berkaitan pendidikan meliputi yuran penginapan dan makan di asrama, yuran PIBG serta pelbagai keperluan persekolahan yang lain.

Seramai 30 orang pelajar yang dipilih sebagai anak angkat dan dibimbing secara berterusan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 meliputi aspek akademik, disiplin, sastriah dan pembangunan jati diri ke arah melahirkan modal insan holistik yang berakhlak berdikari dan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi. Program ini menekankan prinsip hijrah bukan sekadar dari sudut lokal lokasi tetapi juga transformasi minda, potensi dan persekitaran daripada kehidupan luar bandar yang terhad kepada persekitaran bandar yang mencabar dan berdaya saing bagi membina kekuatan diri dan character pelajar. Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, 4 buah sekolah asrama harian di Bandar Raya Ipoh telah dikenalpasti dan dipilih bagi penempatan para pelajar berkenaan iaitu Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Izzuddin Shah, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Ipoh. Di kesempatan ini mewakili Kerajaan Negeri Perak, ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada 5 GLC seperti LAP, SADC, MB Inc, PKNPk & SSI yang saban tahun memberikan sumbangan melalui Program Bantuan Makanan Percuma Peperiksaan Awam di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani. Terima kasih daun keladi kerana pada tahun ini nilai sumbangan berkenaan telah meningkat kepada RM3.96 juta yang diletakkan di bawah Tabung Didik Sejahtera.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco. Alor Pongsu. Saya nak minta celah sikit. Terima kasih YB Exco, terima kasih Timbalan Speaker ya. Saya macam tadi jugalah saya suka dengar tentang peningkatan tentang semangat cikgu-cikgu semua saya pun bekas guru juga. Tapi saya ada satu sedikit kemusykilan.

Bila saya dapat satu maklumat ni tentang Gred Purata Negeri SPM tahun sudah. Di sebalik kecemerlangan semua tu, kenapa Perak duduk di tangga yang ke 13? Nombor 4 daripada bawah Gred Purata Negeri SPM. Saya rasa tak berapa menarik sikit keputusan tu. Betul ke maklumat tu saya nak tahu, saya tak pasti terima kasih YB Exco.

Terima kasih kepada rakan saya YB Alor Pongsu. Nilai Gred Purata setiap negeri diukur berdasarkan kepada pencapaian kelulusan mengikut subjek dan bilangan calon yang mengambil. Kalau di Perak ni kita ada lebih kurang 27,000 calon SPM tahun lepas jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain seperti Perlis, seperti Putrajaya. Mungkin bilangan calonnya agak kecil yang memberi ruang dan peluang nilai gred purata negeri tu lebih kecil sebab nilai purata gred negeri ini semakin kecil semakin baik dan Perak ini bilangannya agak besar kerana jumlah calon. Saya kata tadi jumlah calon yang tidak layak mendapat sijil ini agak tinggi. Ditambah pula dengan jumlah ketidakhadiran ketika menduduki peperiksaan. Itulah antara faktor yang menyebabkan Gred Purata negeri ini berada di ranking seperti yang disebut oleh YB Alor Pongsu tadi tetapi dari segi peningkatan 2022, 2023, 2024 kita ada peningkatan, cuma peningkatan kita itu di langkaui oleh Gred Purata Negeri yang juga meningkat saban tahun. So, inilah cabaran yang perlu kita kongsi bersama untuk kita melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negeri kita.

Program Bantuan Makanan Percuma ini telah bermula sejak 5 tahun yang lalu dan bagi pelaksanaan kerajaan tahun 2025, Kerajaan Negeri telah setuju untuk memanjangkan atau melanjutkan tempoh penyediaan makanan percuma daripada 20 hari pada tahun sebelumnya kepada 25 hari untuk tahun 2025 dan memberi manfaat kepada 27,399 pelajar daripada kalangan calon SPM, STPM dan STAM. Program ini bukan sahaja memperkukuhkan sokongan sosial dan akademik kepada pelajar berkeperluan tetapi juga membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan GLC dalam memperkasakan kesejahteraan pelajar serta memastikan keberhasilan akademik mereka.

Program-program lain seperti inisiatif Buku Rujukan Tambahan SPM, YP Smart Target, Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak, Biasiswa Menteri Besar, Program Jelajah Nyalaan Bara Api serta Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak 2030 merupakan antara usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan agenda pendidikan untuk anak-anak negeri Perak. Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan National STEM Association bagi memperkasakan Sains Teknologi Engineering dan Matematik di kalangan para pelajar sekolah menengah. Sebanyak 10 buah sekolah telah dipilih bagi program ini sejak tahun 2024 yang bertujuan untuk mengasah pengetahuan STEM berdasarkan minat, meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti, pemikiran inovatif dan penyelesaian masalah serta penghasilan inovasi. Antara sekolah yang terlibat ialah SMK Seri Muara, Bagan Datoh, SMK Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar, SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong, SMK Sultan Muhammad Shah, Parit, SMK Jati, Ipoh, SMK Sri Perak, Kuala Kurau, SMK Bandar Behrang 2020, SMK Raja Shahriman, SMK Pangkor dan SMK Seri Iskandar.

Dalam pada itu, dalam pada kita usaha dan meningkatkan pencapaian bagi peperiksaan awam Kerajaan Negeri Perak turut mengambil berat akan prestasi anak-anak murid di sekolah rendah. Melalui Dialog Strategi Literasi dan Numerasi Perak

Wanted Height Guru Besar Sekolah yang bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman, penyelarasan dan pelaksanaan strategik peningkatan literasi dan numerasi di peringkat sekolah rendah. Dialog ini juga turut menyentuh dan melihat prestasi murid, murid-murid sekolah rendah bagi kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang merupakan kunci kepada pendidikan dan pembelajaran mereka.

Di kesempatan ini, di kesempatan yang terhad ini, saya mewakili Kerajaan Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Pengarah Pendidikan Negeri Perak Yang Berbahagia Dato' Safuan Raba'ai di atas segala jasa dan komitmen beliau selama ini dan selamat datang kepada Yang Berusaha Encik Zulkafly Mohamed Mokhtar selaku Pengarah Pendidikan Negeri Perak yang baharu. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi respond berkenaan beberapa soalan dari Ahli Dewan dalam perbahasan mereka pada minggu yang lalu. Bagi menjawab soalan YB Pasir Panjang berkenaan pembinaan Sekolah Berasrama Penuh di Manjung, Bahagian Pengurusan Sekolah Asrama Penuh (BPSBP) Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa buat masa ini tiada perancangan untuk menambah bilangan sekolah berasrama penuh baharu di seluruh negara. Penetapan pembinaan Sekolah Berasrama Penuh adalah berdasarkan unjuran keperluan nasional, kapasiti sedia ada serta jumlah permohonan kemasukan ke SBP secara keseluruhan dan bukan berdasarkan keperluan setiap daerah secara individu.

Sehubungan itu, tidak semestinya setiap daerah memerlukan sebuah sekolah berasrama penuh atau Maktab Rendah Sains MARA kerana keupayaan institusi sedia ada masih mencukupi untuk menampung keperluan akses pendidikan berasrama penuh bagi negeri ini. Bagi konteks cadangan tapak di Segari. Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi telah memohon agar tapak tersebut dipertimbangkan untuk pembinaan sebuah politeknik baharu dan cadangan itu sedang diperhalusi oleh kerajaan kerana perlu memastikan pembangunan tapak tanah kerajaan memberi manfaat optimum mengikut sektor pendidikan, keperluan sektor pendidikan secara menyeluruh termasuklah pendidikan teknikal dan vokasional yang turut menjadi tumpuan negeri dan negara. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi dalam memastikan setiap pembangunan pendidikan dibuat berdasarkan keperluan sebenar.

Dengan strategi jangka panjang, serta kemampanan penggunaan aset kerajaan. Yang Berhormat Pasir Panjang juga turut mencadangkan bahawa anak-anak Perak yang terlalu cemerlang di dalam SPM, yang mendapat keputusan 10A+ diberi biasiswa dan diberikan perjanjian untuk berkhidmat di negeri Perak mengikut kelayakan masing-masing tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan kelayakan ibu bapa. Perkara ini perlu diteliti dan diperhalusi kerana perlu mengambil kerana perlu diambil maklum bahawa jumlah kekosongan jawatan di negeri Perak adalah sangat minimum dan boleh memungkinkan berlakunya perjanjian pelantikan yang tidak dapat ditunaikan berikutan kekangan tersebut. Jika perjanjian ini melibatkan jabatan-jabatan persekutuan di peringkat negeri, nyatanya jabatan tersebut berada di bawah atau di luar kawalan kerajaan negeri. Selain itu, suka dikongsikan bahawa semua urusan pengambilan yang dilaksanakan di bawah Suruhanjaya adalah berdasarkan merit iaitu kelayakan masing-masing tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Manakala mengenai kelayakan ibu bapa hendaklah diambil maklum bahawa pengisian perjawatan di bawah pengurusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak adalah khusus kepada rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak iaitu mereka yang lahir di negeri Perak atau bapa lahir di negeri Perak atau menjadi anak angkat yang didaftarkan secara sah kepada bapa angkat yang lahir di negeri Perak sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kerakyatan Negeri Perak 1992 Enakmen Bilangan 1 Tahun 1952. Yang Berhormat Batu Kurau pula membangkitkan...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Err.. Timbalan Speaker, err.. Exco. Minta mencelah sikit mengenai dengan asrama penuh, dulu cadanglah kalau boleh dimasukkan sebab di Kerian ni, kan walaupun keputusan SPM dalam negeri Perak ini dia ada number lah. Tapi satu sekolah asrama penuh pun tak ada di sebelah Kerian. Dulu masa saya diberi peluang jadi Exco dulu, pendidikan memang dicadangkan untuk diadakan satu sekolah asrama penuh di Kerian, itu yang pertama kalau boleh dipertimbangkan untuk diadakan satu sekolah asrama penuh di Kerian. Tak ada satu pun. Tempat lain ada di Bagan Datuk pun sampai berapa orang, di mana tempat-tempat lain dia Kerian ni malang, tapi budak-budak cerdik, alhamdulillah ada nombor, itu yang pertama dan yang kedua, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian di bawah Kerajaan Negeri kan, memang dia selalu dalam top five keputusan SPM dalam top five. Tapi pada masa saya tak tengoklah sekarang pada masa tu haritu ada pergi melawat ke situ, tempat nak hafal Quran tu dalam surau yang amat terhad. Jadi kalau boleh ditengok untuk diperluaskan dan diberi kemudahan untuk di asrama. Kalau dulu tangki air pun air selalu bermasalah.

Jadi kalau boleh pergi tengok satu dan yang ketiga sekalilah saya saja rangkum sekali ya, yang ketiga, kalau boleh diperhatikan sebab kita tengok memang sekolah di negeri dengan sekolah di KPM ni nampak berpisah, kan? Kita tengok kalau boleh kita memikirkan sesuatu untuk way moving forward. Budak-budak sekolah ni kadang-kadang pagi, err.. habis sekolah, kemudian bergegas-gegas pula nak kena pergi sekolah KAFA, sekolah KAFA yang duduk ada yang dengan bangunan yang tak teratur dan sebagainya tak lengkap sebagainya. Macam mana kalau kita boleh collaborate? Sebab satu sekolah, satu kementerian, satu untuk memberi pendidikan macamana kita boleh satu sesi..sekolah dari pagi sambungkan KAFA dua jam sahaja. Budak emm..ibu-ibu pun tak payahlah nak pergi hantar balik kelam-kabut nak mandi, kemudian nak pergi hantar pulak sekolah pergi dua jam patah balik dengan sekolah KAFA. Kalau kita boleh integrate sekali di antara KPM dengan sekolah-sekolah yang ada, kelas yang dok ada di sekolah tu pun kita boleh guna. Cikgu-cikgu kita hantar boleh tambah kan? Ni kita tambah peruntukan, benda yang sama tapi kita buat dua sistem yang ni. Saya rasa kalau kita boleh buat ni, Perak memang maju ke depan, insha Allah. Ini saya cadangkan kalau boleh Yang Berhormat Exco, tak pelah esok kalau tak sempat selesai pun kami akan selesaikan belah ni, ok insha Allah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya..saya..sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya ingatkan YB Exco tinggal 5 minit err.. 15 minit sahaja

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Timbalan Speaker, boleh saya err.. Exco, beri saya jelas sikit. Err, terima kasih kepada Exco yang memberi perhatian kepada soalan saya. Cuma saya nak bagi tahu bahawa cadangan saya untuk kita mengambil pelajar-pelajar cream of the cream ini, err bukan untuk perjawatan negeri dan perjawatan persekutuan, tapi untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan di peringkat err..tinggi dalam industri-industri yang kita akan bangunkan di negeri Perak ini. Kita ada LuMIC, kita ada AHTV dan kita ada Perak HIP dan sebagainya. Itu..Itu maksud saya bukan untuk mengisi jawatan-jawatan negeri ataupun persekutuan. Jadi, mohon beri perhatian kepada perkara tersebutlah tuan Exco.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, saya sambung daripada ketua pembangkang tadi eh. Masa PRU-13 eh, Kerajaan Parlimen Yang ke-13, saya membantu Ahli Parlimen. Sebenarnya, kementerian dah luluskan Sekolah Sains Berasrama penuh di Semanggol. Ok. Jadi kami balik pun duk reka nama yang sedap-sedap, tiba-tiba peruntukan itu dibawa ke yang saya maklum dibawa ke Bagan Datuk. Qada baliklah kalau boleh. Benda yang kedua, penting ni.. Sekolah Menengah Alang Iskandar, bukan Dun saya, tapi penduduk saya, pengundi saya, anak-anaknya banyak di Sekolah Menengah Alang Iskandar. 2026 dijadikan Kolej Tingkatan 6. Terima kasih banyak, memang kami perlukan. Tapi saya nak sampaikanlah bahawa pengundi-pengundi saya yang tingkatan satu tak boleh masuk situ, dua, tiga, empat pun tak boleh masuk situ sebab dah jadi kolej Tingkatan 6. Mereka protes sebenarnya. Terima kasih YB Exco.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ada tiga lagi portfolio yang belum disentuh. So mohon diberi keizinan untuk masa yang agak lebih kepada saya. Berkaitan dengan pandangan daripada Yang Berhormat Gunong Semanggol berkaitan dengan sekolah asrama penuh di Kerian, insha-Allah kita akan lihat kembali keperluan dan juga ke kemestian untuk dilaksanakan. Saya faham ada beberapa daerah yang..yang sering mengungkit yang sering menyebut tidak ada sekolah berasrama penuh ataupun MRSM seperti Manjung dan juga Kerian tetapi dari segi pencapaian bagi murid-murid di Manjung dan Kerian, prestasi mereka dalam peperiksaan awam cukup baik. Berada di top five bagi daerah. So, ini satu komitmen yang cukup baik.

Berkaitan dengan cadangan daripada YB Gunong Semanggol supaya digabungkan antara kelas bawah Kementerian Pendidikan dan mungkin di bawah JAKIM dan sebagainya ini perlukan kajian dan juga mungkin kita perlu membuat sesi libat urus yang lebih baik dan jitu. Berkaitan dengan SMK Alang Iskandar, kita akan lihat perkara ini sebab apabila wujudnya tingkatan 6, dia akan berlakulah penyuraian bagi pelajar di sekolah menengah rendah ini. Tingkatan satu, dua, tiga yang perlu pergi ke sekolah lain dan akhirnya menyebabkan ada rasa ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat khususnya ibu bapa. Yang Berhormat Batu Kurau pula membangkitkan isu berkenaan keselamatan murid sekolah. Secara prinsipnya, penyediaan pondok menunggu struktur perlindungan dan infrastruktur fizikal luar pagar sekolah adalah di bawah bidang kuasa Pihak Tempatan PBT, Jabatan Kerja Raya atau agensi teknikal yang berkaitan. Walau bagaimanapun, JPN, Jabatan Pendidikan Negeri memainkan peranan penting sebagai penyelaras, pemantau dan pihak yang mengemukakan keperluan sekolah kepada agensi tersebut.

Berkaitan dengan cadangan Pembinaan Sekolah Model Komprehensif (K11) di Batu 10 Jalan Pahang oleh Yb Chenderiang, kita mengambil maklum akan perkara itu. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang telah mengenal pasti sebidang tanah yang bersesuaian seluas 14 ekar di Batu 10, Jalan Pahang untuk membuat pengambilan bagi tujuan pembinaan sekolah baharu. Ulasan daripada agensi teknikal seperti JKR, JMG, JAS dan JPPH telah diperolehi bagi mulakan proses perolehan. Permohonan peruntukan bagi tujuan pengambilan tanah ini akan dimasukkan dalam RMK13 (RP2) tahun 2027 dan ianya tertakluk kepada kelulusan peringkat Pusat.

YB Behrang membangkitkan berkenaan masalah di Sekolah Pos Bersih dan Pos Jernang yang mencetuskan kebimbangan dan keciciran pembelajaran di kalangan murid orang asli. Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri telah mengambil maklum bahawa Program (K9) telah dimulakan di SK Jernang dan SK Pos Bersih dengan kemudahan infrastruktur yang sedia ada. Untuk makluman Dewan, projek bangunan tambahan untuk Program Komprehensif, (K9) telah diluluskan dalam Rolling Plan 4 (RP4) di SK Jernang dan RP5 DSK Pos Bersih dalam RMK-12 yang lalu. Pelaksanaan projek ini di bawah Jabatan Kerja Raya dan masih di peringkat pra bina. Prasarana yang bakal dibinakan, yang bakal dibina, dijangka dapat menampung jumlah enrollment murid sehingga ke tingkatan lima apabila siap kelak. Berdasarkan kajian, kedua-dua sekolah ini tidak memerlukan asrama tambahan, memandangkan jarak dari kampung penempatan adalah tidak jauh dan sesuai berulang-alik ke sekolah. Berkenaan guru mengikut opsyen dan tenaga pengajar, Jabatan Pendidikan Negeri Perak akan mengeluarkan unjuran terbaru apabila projek bangunan tambahan ini siap kelak. Sebagai makluman, sehingga 27 November 2025, unjuran perjawatan guru bagi SK Pos Bersih dan SK Jernang adalah mencukupi seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Yang Berhormat Pasir Pinji mencadangkan kerjasama semua GLC berkaitan program CSR untuk pelajar sekolah…

Boleh saya tanya sikit. Agak agaknya bila dijangka siapnya pelaksanaan sehingga K-11 kerana untuk tahun hadapan ini pelajar pelajar K-9 yang bermula daripada tiga tahun lepas sekarang nak masuk form four. Jadi nak masuk form four ni mereka akan disuraikan ke sekolah sekolah lah macam kalau Pos Jernang ke Sungkai, Pos Tenau, Bersih dan sebagainya ke Slim River, jadi agak jauh. Jadi agaknya bila berapa lama agaknya boleh nak siap ke K-11 tu terima kasih?

Terima kasih kepada Yang Berhormat Behrang. Seperti yang saya maklum tadi, pelaksanaan projek ini adalah di bawah JKR dan masih dalam proses pra bina. So, saya tidak dapat maklumat detail bila bangunan ini akan dijangka siap. Insha Allah akan saya maklumkan secara bertulis kepada Yang Berhormat Behrang. Pasir Pinji mencadangkan supaya kerjasama GLC berkaitan program CSR untuk pelajar sekolah. Secara peribadi, saya menyambut baik cadangan ini dan ia bukan sekadar terhad kepada bantuan makanan percuma. Kita…kita sentiasa bersikap terbuka kepada perkara ini dan juga cadangan cadangan baharu serta menilaikan keperluannya selagi mana ia memberi manfaat kepada kebaikan anak anak kita di sekolah. Secara tidak langsung ia mampu memperkukuhkan hubungan antara komuniti dan institusi pendidikan.

Yang Berhormat Gunong Semanggol turut membangkitkan berkaitan larangan ahli politik berada di sekolah. Untuk makluman, Ahli Dewan yang mulia institusi pendidikan adalah kawasan berkecuali dan tidak boleh dijadikan sebagai medan politik kepartian.

Prinsip ini telah diperincikan secara jelas melalui beberapa dasar dan peraturan yang masih berkuat kuasa. Suka saya maklumkan bahawa asas peraturan dan pekeliling berkaitan larangan politik di sekolah iaitu di bawah Akta Pendidikan 1996 Akta 550 yang menetapkan bahawa sekolah kerajaan adalah institusi awam bagi tujuan pendidikan dan tidak boleh digunakan bagi aktiviti mengganggu ketenteraman keselamatan dan fokus pendidikan termasuklah kegiatan politik, kegiatan politik kepartian. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2023 iaitu garis panduan undangan dan lawatan orang kenamaan dan ahli politik ke institusi pendidikan di bawah kementerian pendidikan masih berkuat kuasa. Semua pihak luar termasuk pemimpin masyarakat atau ahli politik hanya boleh memasuki sekolah dengan tujuan bukan politik dan mesti mendapat kelulusan bertulis daripada Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan pendidikan untuk program yang melibatkan tokoh politik atau pemimpin kerajaan. Garis panduan ini menegaskan program yang dibenarkan mestilah bersifat pendidikan kebajikan, keselamatan, motivasi dan pembangunan insan dan tidak mengandungi elemen kempen politik atau promosi parti.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato' Timbalan Speaker Dato' takpa minta bagi panjang sikit sebab perkara ni nak menyentuh tentang pekeliling tadi sebab banyak yang disentuh. Bukan kita nak berpolitik. Tapi cerita telah pada masa hujahan yang dibuat oleh apa mana tadi mengenai dengan peraturan masuk sekolah itu sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Exco apa Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan larangan berpolitik ataupun orang politik masuk sekolah itu dikeluarkan pada tahun 2023. Zaman kerajaan yang ada pada hari ini tapi apa yang dibangkitkan oleh Pasir Bedamar tadi disebut Semanggol masuk ini Semanggol masuk ini. Untuk pengetahuan rakyat semua pada masa itu patik Exco Pendidikan. Kita masuk dengan program-program kerajaan dan begitu juga dengan rakan rakan kita masuk dengan program program kerajaan sikit nak masuk. Tapi pekeliling ini selepas ini selepas daripada tarikh tersebut 2023 yang kita bangkitkan kita nak pergi hantar kek pun tak boleh nak masuk baca Yasin pun tak boleh. Nanti kejap nanti nak cerita ni sikit saya nak…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Exco tinggal enam minit saja kalau nak bagi bahas.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Masalah saya nak cerita…

Timbalan Yang di-Pertua

Sekarang sesi penggulungan Exco. Saya minta Exco…

Saya faham macam mana…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nak jawab…

Biar saya jawab. Bagi ruang untuk saya jawab.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Gunong Semanggol sila duduk bagi…

Saya tak izinkan saya nak bagi jawapan dah…

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi Exco jawab dulu boleh. Sila duduk sila duduk

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Lagi nak cerita…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Semanggol, hormat la Timbalan Speaker

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Yang Berhormat yang lain semua sila duduk. Saya minta Exco sambungkan. Duduk. Saya cakap duduk bagi dia jawab dulu. Sekarang sesi pergulungan. Duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

You kena adil lah.

Timbalan Yang di-Pertua

Duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

You lah kena adil.

Timbalan Yang di-Pertua

Sekarang cokmar di depan saya you nak cabar saya tak.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Eh, dia…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, you nak cabar saya? Are you challenge me?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kementerian Pendidikan…

Timbalan Yang di-Pertua

Are you challenge me Yang Berhormat?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Inilah undang-undang yang ada di negara saya macam ni ni…

Timbalan Yang di-Pertua

I mintak YB jawab dulu apa masalah sekarang?

Ok Yang Berhormat Gunong Semanggol…

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Saya akan jawab…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok bagi peluang…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Potong…

Timbalan Yang di-Pertua

Tak ada masa lagi

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nanti saya nak cerita keadilan mesti berlaku. Itu saya nak minta.

Gunong Semanggol yang pertama, saya nak perbetulkan berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 Tahun 2023. Betul tapi sebelum Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4, 2023 Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan empat surat pekeliling berkaitan perkara yang sama. Saya baca Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 14,1988. Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Raja atau Timbalan Yang di-Pertua Negeri melalui majlis rasmi sekolah. Surat bilangan Iktisas Bilangan 3, 1991 mengundang orang orang kenamaan ke upacara sekolah institusi pendidikan bertarikh 16 Mei 1991. Yang ketiga, Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9, 1991 mengundang orang-orang kenamaan ke upacara sekolah institusi pendidikan bertarikh 12 September 1991 dan yang keempat Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan ,3 2008 mengundang orang orang kenamaan ke upacara sekolah dan penggunaan premis sekolah oleh pihak luar bertarikh 31 Mac 2008.

Bermakna sebelum Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4, 2023, Kementerian Pendidikan telah pun mengeluarkan empat surat pekeliling iktisas berkaitan dengan undangan ataupun kebenaran untuk orang berpolitik atau orang kenamaan hadir ke sekolah. Cuma saya nak mengambil maklum. Siapa pun boleh masuk ke sekolah dengan syarat memohon kebenaran kepada Ketua Pendaftar iaitu, Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah Pendidikan. Kemudian apabila proses itu kena dilaksanakan dalam masa 30 hari sebelum program dilaksanakan dan apabila telah buat perkara itu sudah pastilah pihak sekolah pula kena mohon mengisi borang-borang tertentu untuk menyatakan kebenaran untuk mengundang tokoh-tokoh berkenaan. Maksudnya dua pihak yang berkenaan tokoh politik atau orang kenamaan kena mohon kepada pihak yang berkenaan iaitu jabatan pendidikan atau kementerian pendidikan kemudian pihak sekolah juga kena memohon untuk kebenaran menjemput dan dalam borang-borang ini tertera antara perkara perkara yang boleh dilakukan.

Antaranya sebagai perasmi, penyumbang lawatan dan lain lain yang berkaitan. Bermakna proses untuk memohon kebenaran ini perlu kita lakukan waima saya sebagai Exco pendidikan pun sekolah yang nak jemput kena mohon kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Itu proses. So, saya mengharapkan rakan-rakan wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, kita kena mengikut peraturan yang telah disediakan. Sebab kalau ada berlakunya pelanggaran sama ada dari segi prosedur dari segi percakapan dan sebagainya, sebagainya kita perlu membuat laporan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri supaya mereka boleh membuat siasatan dan melakukan apa tindakan tindakan yang sewajarnya. So, saya cakap cukup setakat itu untuk saya jelaskan perkara ini. Insha Allah saya akan kongsikan surat pekeliling 4 2023 kepada tuan tuan dan puan puan untuk lihat dan jadikan ia sebagai panduan dan pedoman kita bersama.

Yang Berhormat Dato' Yang Dato' Seri Yang di-Pertua, saya pergi ke portfolio yang kedua. Saya mohon keizinan untuk saya teruskan berkaitan dengan pengajian tinggi. Pada tahun 2026. Yang Amat Berhormat Kota Tampan telah mengumumkan sebanyak RM4 juta bagi bantuan sara diri dan kecemasan mahasiswa anak Perak. Bantuan ini telah memberi manafaat kepada pada tahun 2025. Bantuan ini telah memberi manafaat kepada 5954 mahasiswa anak anak Perak yang mana 5924 bagi sara diri dan 30 mahasiswa bagi bantuan kecemasan. Bantuan one off ini tertakluk kepada mahasiswa yang berada di semester kedua ke atas PNGK 3.0 ke atas…

Yang Berhormat Exco mohon mencelah.

Berkaitan apa?

Kaitan dengan pendidikan tadi.

Saya dah lepas jawablah.

Satu satu pasal pekeliling pekeliling.

Saya dah jawab tadi pasal pekeliling.

Pekeliling satu je pekeliling saya dulu saya bagi je sapa nak ni…

Yang di-Pertua

Dia tak kira lah dia…

Satu je satu…

Saya kalau jawab tu nanti saya takkan jawab untuk portfolio lain. Saya ada tiga lagi…

Ok berkaitan dengan pekeliling Yang Berhormat Exco…

Yang di-Pertua

Yang Berhormat Yang Berhormat Exco dia kata sudah lepas

Dato' Seri ni kes serius…serius…serius.

Yang di-Pertua

Tadi tak tanya kenapa tak tanya masa tu tak nak tanya.

Tak, nak bagi habis pendidikan tu tadi baru saya nak bangun.

Yang di-Pertua

YB Exco nak bagi jalan ke tak bagi jalan.

Saya nak teruskan Dato’ Seri.

Yang di-Pertua

Exco tak bagi jalan.

Saya kena selesaikan.

Sikt je Dato’ Seri.

Yang di-Pertua

Tak apa macam ini. Kalau hujung nanti ada masa, kalau Exco benarkan Yang Berhormat masuk mencelah.

Sebab nak bagi masuk dalam hansard. Sebab isu besar.

Yang di-Pertua

Sekarang ni dah masuk yang lain. Tapi kalau Exco tak benarkan macam mana.

Saya kesuntukan masa sebab saya ada lagi banyak lagi perkara yang perlu saya jelaskan.

Yang di-Pertua

Duduk dulu duduk. Yang Berhormat duduk dulu. Kemudian nanti bila dia ada ni mintak balik dengan Exco, minta ihsan dia. Ye.

Dato’ Seri saya sambung. Bantuan one-off ini tertakluk kepada mahasiswa yang berada disemester kedua dan ke atas, PNGK 3.0 ke atas bagi semester semasa, pelajar sepenuh masa, pendapatan isi rumah dibawah RM5,000.00 dan berada di peringkat pengajian diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan doktor falsafah. Berkenaan soalan Yang Berhormat Lubok Merbau berkaitan dengan bantuan Insentif Siswa Negeri Perak. Saya ucapkan terima kasih atas cadangan tersebut dan saya bersetuju dengan Lubok Merbau akan saranan ini seiring dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat. Untuk makluman Dewan, bagi inisiatif siswa di bawah Yayasan Perak untuk mahasiswa dalam dan luar negara sehingga November 2025 ianya telah memberi manfaat kepada 7,259 mahasiswa anak Perak yang melanjutkan pengajian diperingkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda dengan kadar RM300.00, RM500.00 dan RM1,000.00.

Bagi tahun 2026, satu peruntukan baru telah diumumkan iaitu Program Jelajah Siswa dan Moh Ngopi Siswa dengan RM 0.15 juta. Insha Allah kita akan mendekati mahasiswa anak-anak Perak dan secara tidak langsung mendengar aspirasi mereka serta menjadi jambatan penghubung kepada persatuan mahasiswa-mahasiswa anak Perak, institusi pengajian tinggi. Selain itu juga, peruntukan bagi program Pengupayaan Mahasiswa sebanyak RM0.4 juta terus memberi manafaat kepada mahasiswa anak Perak dari institusi pengajian tinggi menerusi program-program yang bersesuaian dan berimpak. Untuk makluman sidang Dewan pada tahun ini, kita telah menyalurkan RM5,000.00 kepada 21 persatuan mahasiswa anak Perak yang membelanjakan kos RM110,000.00.

Untuk makluman, untuk makluman Ahli Dewan, bantuan baucar buku mahasiswa anak Perak diteruskan lagi pada tahun 2026 dengan nilai RM0.75 juta dan memberi manfaat kepada 5,000 mahasiswa anak Perak dengan nilai baucer sebanyak RM150.00. Yang ketiga berkaitan dengan belia. Bercakap soal belia Negeri Perak, Majlis Belia Negeri Perak telah selesai bermesyuarat pada bulan November yang lalu dan mengadakan pemilihan jawatankuasa yang baru. Tahniah kepada kepimpinan baru Majlis Belia Negeri Perak yang diketuai oleh saudara Muhammad Naim Al Amin selaku Presiden dan barisan saf jawatankuasa. Sebagai badan induk yang memayungi persatuan-persatuan belia di peringkat negeri, saya mengharapkan Majlis Belia Negeri Perak akan lebih agresif dalam memahami serta menjuarai isu-isu orang muda dan bersedia untuk menyediakan pemimpin-pemimpin pelapis. YB Manong dalam perbahasan pada minggu lalu membangkitkan isu kesihatan mental dikalangan anak muda dan turut mencadangkan beberapa pendekatan yang sesuai dalam usaha mengurangkan masalah ini.

Untuk makluman YB Manong, pelan strategik kebangsaan untuk Kesihatan Mental 2020-2025 telah menggariskan beberapa keperluan dan pendekatan yang melibatkan beberapa pemegang taruh termasuklah Jabatan Pendidikan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Dalam bidang pendidikan, guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan penting sebagai penghubung utama antara ekosistem sekolah iaitu murid, guru dan ibu bapa dengan rangkaian sokongan kesihatan mental di sekolah termasuklah kaunselor, profesional, NGO dan program belia setempat. Jabatan Belia dan Sukan Negeri bersama rakan strategik telah mengambil langkah positif dalam menangani isu kesihatan mental di kalangan belia. Sebagai contoh, indeks kesihatan mental belia Malaysia, kajian yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Malaysia, Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Kementerian Kementerian Belia & Sukan dan UNISELF.

Selain itu, sebagai platform kesenian dan budaya yang progresif, People of Remarkable Talent atau PORT turut menyediakan ruang selamat dan inklusif untuk remaja mengekspresikan diri melalui pelbagai program kreatif. Program seperti bengkel seni, persembahan muzik, pameran seni, dialog kreatif serta festival kesenian memberi peluang kepada remaja untuk berehat daripada tekanan harian dan mengalihkan tumpuan kepada skrin dengan aktiviti yang lebih bermakna. Sebagai contoh, Kem Belia Kreatif menawarkan peluang keemasan untuk remaja meneroka prestasi, potensi diri melalui bengkel seni fotografi, muzik dan seni persembahan. Bagi memperkasakan golongan belia Negeri Perak melalui program-program yang bermanafaat dan sesuai dengan kehendak orang muda.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Tampan di atas pengumuman sebanyak RM0.4 juta untuk program pembangunan belia, RM0.6 juta untuk Dewan Belia, Jom Healling Orang Muda RM0.36 juta bagi tahun 2026. Dewan Belia Negeri Perak akan menganjurkan Pemukiman Dewan Belia Perak 2025 yang turut melibatkan penyertaan dari 13 Dewan Belia dari seluruh negara bagi membincangkan isu berkaitan orang muda. Program seumpama ini merupakan kali pertama diadakan pada 19 hingga 21 Disember 2025. Tahniah dan syabas kepada Dewan Belia Perak kerana menjadi pelopor kepada program seumpama ini. Program Jom Healing Orang

Muda dan Karnival Mesra Anak Muda atau KAMU terus menjadi jenama popular di kalangan anak anak muda seluruh Negeri Perak. Saya akui masih ada ruang dan peluang bagi menambah baik program-program ini supaya ianya benar-benar menepati aspirasi anak anak muda negeri Perak.

Portfolio yang terakhir sukan. Kerajaan Negeri Perak melalui Majlis Sukan Negeri sentiasa memastikan peningkatan prestasi dan pembangunan sukan negeri berada pada tahap yang optimum. Kerajaan Negeri sentiasa komited membangunkan industri sukan melalui pelbagai bentuk bantuan agar atlet dapat terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Penganjuran temasya Sukan Malaysia Selangor 2026 yang akan diadakan pada tarikh 15 hingga 24 Ogos 2026 dengan pertandingkan sebanyak 30 sukan wajib dan tujuh sukan pilihan yang mempertandingkan sebanyak 474 acara. Majlis Sukan Negeri Perak sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan persiapan dan persediaan kontinjen negeri Perak telah merancang pelbagai aktiviti dan program pelaksanaan yang berimpak tinggi bagi memastikan kontinjen dapat mencapai pingat yang disasarkan dan merealisasikan hasrat seluruh rakyat Negeri Perak. Merujuk kepada Road Map 2025 & Perancangan 2026 di mana ia melibatkan persiapan dari segi fizikal, mental, penghargaan, program pengukuhan pasukan dan sebagainya.

Antara perancangan dan pelaksanaan program serta aktiviti ialah pelantikan dan penyambungan jurulatih, perpindahan atlet long list fasa 1, fasa 2 dan fasa 3, penyertaan atlet ke luar negara dan dalam negara, penganjuran kejohanan dalam dan dalam negara, 3 fasa ujian kecergasan fizikal, program santai atlet sepenuh masa, program khas atlet podium, program atlet podium wanita, latihan pusat mingguan, medical scanning session, sports specific testing dan rehabilitasi, Karnival Sukan Perak, karnival sukan kombat, perjumpaan bersama tenaga pakar bagi pembentangan performance. Lawatan kunjung mesra ke Sekolah Sukan Malaysia, Majlis Anugerah Sukan Negeri Perak, majlis perasmian kolam hidroterapi Majlis Sukan Negeri Perak, Kem Belang Tarung Tiga Warna untuk atlet sukma, Kem Bos Gaurus untuk atlet pelapis dan bakat kem jurulatih Perak Projek Master Mind dan Team Building Majlis Sukan Negeri Perak, Kem Behind the Champions. Pelaksanaan dan objektif program yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Perak adalah untuk menilai tahap prestasi penyertaan dan pencapaian atlet Negeri Perak semasa kejohanan berlangsung serta dapat mengumpul maklumat terkini mengenai trend, dasar dan strategi pembangunan sukan seluruh negara bagi memperkukuhkan dasar pembangunan sukan negeri Perak.

Untuk makluman Ahli Dewan, sempena Sukan SEA yang akan berlangsung pada 9 hingga 20 Disember ini di Thailand, seramai 92 orang atlet negeri Perak akan membawa cabaran negara Malaysia. Antara sukan-sukan yang terbabit adalah hoki, akuatik, judo, olahraga, badminton, sepak takraw, menembak dan taekwondo. Tahniah dan syabas kepada atlet negeri Perak yang membawa cabaran negara Malaysia. Pada tahun ini juga, pencapaian atlet Perak di kejohanan kebangsaan dan antarabangsa turut membanggakan dan mengharumkan nama Negeri Perak. Ini termasuklah pasukan Perak Bison yang mengungguli Sepak Takraw League dan turut menerima insentif khas daripada Kerajaan Negeri berjumlah RM50,000.00. Sukan karate menerusi atlet Arif Hafizi, pasukan kriket lelaki dan wanita, Low Wan Seng dan Gino Rekening, sukan skuasy, Alina dan Izzat Syamil, sukan boling padang, Nadia Lim, sukan renang, Mitsuki Leong sukan tenis dan Nur Liyana sukan tenpin bowling.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, walaupun pasukan Perak tidak lagi bersaing di Liga Super, tetapi pasukan bola sepak Perak yang bermain di Liga A1 menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan ketika ini menghuni kedudukan ketiga liga daripada 16 pasukan yang bersaing. Semoga dengan suntikan RM2 juta daripada Kerajaan Negeri dapat membantu Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) untuk merancang dan meningkatkan prestasi sukan bola sepak di negeri Perak khususnya bagi program pembangunan akar umbi, di peringkat akar umbi. Bagi menjawab soalan YB Kuala Sepetang berkenaan Suruhanjaya Reformasi Bola Sepak Perak, saya akan panjangkan saranan ini kepada Kesatuan Bola Sepak Negeri Perak dan Majlis Sukan Negeri Perak. Saya faham kita semua hari ini memang sayangkan sukan bola sepak negeri Perak dan mahukan pasukan bola sepak kita kembali digeruni seperti dahulu.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Selinsing dan YB Chenderiang berkenaan kemudahan sukan di kawasan masing masing, ianya bergantung kepada lokasi dan kesesuaian tapak bagi proses pengambilan tanah. Untuk maklumat Yang Berhormat Selinsing, pembinaan baharu gelanggang pelbagai guna telah diluluskan oleh pihak ICU di Kampung Tersusun Jalan Gula dan akan dilaksanakan pada tahun 2026. Berkenaan cadangan YB Chenderiang, suka saya cadangkan agar dibuat permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan memandangkan di daerah Batang Padang telah pun terdapat kompleks sukan milik Jabatan Belia dan Sukan di Bandar Tapah Road yang sesuai dibina trek larian dan ianya bersesuaian dengan kompleks sukan tersebut yang mempunyai kawasan yang luas. Bagi merancakkan aktivit sukan di Perak, sebanyak RM0.6 juta bagi program sukan dan sukan orang kurang upaya dan sebanyak RM0.4 juta untuk Program Sport Tourism dengan izin bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Yang Berhormat Pengkalan Baharu dalam perbahasannya tadi turut membangkitkan agar GLC atau pelabur-pelabur lain untuk membantu dan memberi sokongan kepada pasukan Manjung City FC untuk aksi di Liga A1 bagi memajukan pembangunan bola sepak di daerah Manjung dan mempromosikan jenama negeri di peringkat kebangsaan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, pasal bola sikit, boleh celah sikit je. Saya rasa Perak FA macam dulu-dulu di zaman kegemilangan, ada YB Adun yang lead dia. Kali ni saya tengok takdak ni. Semua YB-YB kalah ada kat situ. Jadi saya rasa ni Yb Pengkalan Baharu ni, dulu Pengurus Perak FC. Bagi dia jadi presiden. Kita tambah lagi RM2 juta lagi, pasti dia boleh bawa bola sepak Perak ke zaman Syed Ahmad dulu. Terharu saya, terima kasih.

Terima kasih kepada Yb Alor Pongsu atas pandangan berkaitan dengan kepimpinan Perak FA. Benda itu diputuskan dalam mesyuarat atau Kongres Tahunan dan Pemilihan PAFA. So, sesiapa yang nak bertanding kena mengisi borang pencalonan dan sebagainya. Bagi maksud tersebut, perlu ada perbincangan teliti dan penilaian daripada pihak-pihak yang berkenaan khususnya GLC mahu pun pelabur. Saya menyokong usaha Yang Berhormat Pengkalan Baharu dan bersedia untuk membantu dan menjadi jambatan penghubung.

Dato' Seri Yang di-Pertua dan Ahli Dewan, suka saya maklumkan bahawa segala perancangan dan program di bawah portfolio ini digerakkan dengan semangat kebersamaan dan sokongan semua pihak. Saya percaya bahawa sebatang lidi mudah dipatahkan tetapi segenggam lidi menjadi kekuatan. Mengakhiri penggulungan saya pada hari ini, saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Dewan di atas keprihatinan terhadap isu yang berkaitan dengan pendidikan pengajian tinggi, belia dan sukan. Semoga apa yang kita bincang dan rancang pada hari ini akan memberi manafaat kepada seluruh rakyat negeri dengan sokongan seluruh Ahli Yang Berhormat, agensi, pendidik, anak muda serta masyarakat dan sentiasa dipermudahkan oleh Allah Subhana Wata'ala. Belanja menyokong. Wabillahi Taufik Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Walaikumsalam WBT. Terima kasih Yang Berhormat Exco daripada Kawasan Belanja. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Teja untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua Dewan, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media, petugas-petugas dewan, tuan-tuan dan puan-puan yang mengikuti lintas langsung sidang Dewan pada hari ini. Saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2025. Dirgahayu Tuanku.

Dato' Seri Yang di-Pertua, saya ingin memulakan penggulungan ini dengan berkongsi perkembangan terkini, usaha dan juga pencapaian bagi Kerajaan Negeri dalam tahun 2025 melalui Portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang saya galas tanggungjawab ini di mana ini juga sedikit sebanyak akan menyentuh isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan. Di bawah portfolio perumahan pada tahun 2025, Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah berjaya memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan iaitu CCC bagi empat projek perumahan dan hartanah melibatkan 146 unit rumah serta 32 unit kedai pejabat seperti berikut; Pertama, Taman Tualang Baru Fasa 3 melibatkan 86 unit rumah Perakku 1. Ke 2, Taman Perakku Batu 14 Lekir. Sebanyak 60 unit rumah Perakku 2. Ketiga, Bandar Baru Tambun (Uplands) 3 fasa 1 melibatkan 22 unit kedai pejabat dan juga keempat Perwira Batang Padang fasa 2 melibatkan 10 unit kedai pejabat. Bagi tahun 2026, LPHP menyasarkan 10 projek yang akan memperoleh CCC merangkumi pembinaan sebanyak 1,790 unit rumah dan 28 unit kedai di Daerah Larut Matang Selama, Kinta, Perak Tengah, Batang Padang dan juga Muallim. Sasaran ini dijangka meningkatkan pemilikan hartanah dan merancakkan pertumbuhan sektor perumahan di negeri Perak.

Pada tahun 2025 pula, LPHP turut mengadakan 4 perjanjian usaha sama JPA yang baharu yang akan menyediakan sebanyak 1,330 unit rumah dan 63 unit kedai di daerah Kinta, Muallim dan Hulu Perak. Kerajaan negeri melalui LPHP terus memperkukuh Skim Sewa Perak Sejahtera (SSPS) yg menawarkan kadar sewaan sekitar 20% lebih rendah daripada harga pasaran bagi membantu golongan sasar. Pada tahun 2025, sebanyak 10 unit baharu di Taman Perwira, di Taman Perwira Jaya,

Batang Padang dan 41 unit di Rumah Pangsa Jalan Syed Thauphy Kerian telah ditambah. Sejak diperkenalkan pada tahun 2024 dengan 12 unit di Manjung, SSPS kini telah berkembang kepada 63 unit merangkumi daerah Manjung, Kerian dan Batang Padang. Skim ini bukan sahaja memenuhi keperluan sewaan jangka pendek tetapi turut menjadi platform persediaan bagi penyewa beralih kepada pemilikan rumah yang lebih stabil dan mampan pada masa hadapan. Dalam memastikan agenda perumahan rakyat terus diperkukuh, kerajaan negeri melalui LPHP komited menyediakan perumahan sosial yang lebih berkesan dan holistik menerusi Program Perumahan Rakyat. Program ini memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah khususnya mereka yang berpendapatan di bawah RM3,860 dan tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Sehingga, sehingga hari ini, sebanyak 2,857 unit PPR telah disediakan di 16 lokasi di seluruh negeri Perak. Bagi memenuhi keperluan perumahan sosial yang masih tinggi, kerajaan persekutuan turut melulus, meluluskan dua projek baharu di bawah penjenamaan semula PPR iaitu Program Residensi Rakyat PRR. Dua Projek PRR yang telah diluluskan adalah seperti berikut; yang pertama melibatkan 180 unit kediaman teres satu tingkat di Kampung Chain, Lenggong dengan peruntukan sebanyak RM48 juta dan kedua 500 unit kediaman berstrata di Chemor, Ipoh dengan peruntukan sebanyak RM148 juta. Bagi projek 180 unit kediaman di Lenggong, LPHP telah dilantik sebagai agensi pelaksana, pembangun dan pembangunan dijangka bermula pada suku keempat tahun 2026, manakala bagi projek di Chemor, ia akan dilaksanakan di bawah KPKT dan dijangka pembangunan akan bermula pada suku kedua tahun 2026. Kerajaan Negeri menaruh harapan agar pembangunan ini bukan sahaja menyediakan tempat tinggal tetapi turut merangsang ekono, aktiviti sosial ekonomi setempat dan meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Dato' Seri Yang di-Pertua, bagi memastikan kawasan projek perumahan rakyat di negeri ini terus menawarkan persekitaran kediaman yang selesa, selamat dan berdaya huni. Kerajaan Negeri melalui LPHP telah membelanjakan RM6.7 juta pada tahun 2025 untuk kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan. Peruntukan ini meliputi kerja pembersihan, penyelenggaraan lif serta pembaikan infrastruktur bagi memastikan kemudahan di kawasan PPR sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Pada masa yang sama, KPKT turut menyalurkan sebanyak RM4.1 juta bagi menyokong pengurusan berterusan PPR termasuk penyelenggaraan aset dan fasiliti. Sokongan ini mencerminkan usaha bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam mempertingkat kualiti hidup penduduk PPR serta memastikan persekitaran perumahan yang lebih berkualiti, terurus dan mampan.

Bagi Projek Penempatan Semula Nelayan PSN Teluk Baharu di Pulau Pangkor, sukacita saya maklumkan bahawa sebanyak 20 peserta baharu yang disahkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah diterima bagi melengkapkan pengisian projek ini. Majlis penyerahan kunci kepada ke semua peserta tersebut akan diadakan pada 11 Disember tahun ini. PSN Teluk Baharu yang merangkumi 139 unit kediaman telahpun diduduki oleh peserta fasa 1 dan projek ini terus memberi manfaat kepada golongan nelayan yang belum memiliki rumah. Dengan penyertaan peserta fasa kedua seramai 22 buah keluarga ini, pengisian projek ini dapat diperkukuh dan manfaatnya dapat disampaikan secara lebih menyeluruh kepada komuniti sasaran.

Sepanjang tahun 2025, Kerajaan Negeri melalui LPHP telah memulakan gerak kerja kajian penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2.0. Melalui kajian ini, beberapa siri pembentangan dan perbincangan bersama agensi-agensi berkaitan iaitu LPHP, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, PlanMalaysia@Perak, KPKT, Jabatan Perangkaan Malaysia, Institut Darul Ridzuan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), wakil institusi pengajian tinggi awam dan REHDA Negeri Perak telah diadakan bagi membincangkan beberapa fokus utama seperti kawalan harga rumah, syarat peratusan komponen pembinaan, isu pembiayaan perumahan dan penetapan spesifikasi rumah PerakKu yang dilihat sangat penting untuk memastikan rumah PerakKu yang disediakan memenuhi keselesaan penghuni dan pada masa yang sama tidak membebankan pihak penyedia perumahan terutamanya pihak pemaju. Hasil kajian ini telah dimuktamadkan dan dijangka akan dibentangkan pada awal 2026 untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri. Di samping itu, pada 29 Oktober 2025, satu majlis pertukaran Memorandum persefahaman antara Lembaga Perumahan Hartanah Perak dan CIDB Malaysia telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre dengan izin sempena penganjuran International Construction Week & Build Expo Malaysia 2025.

Pertukaran MoU ini menandakan permulaan kerjasama strategik antara LPHP dan CIDB Malaysia bagi memperkukuh pembangunan sektor perumahan serta meningkatkan kecekapan industri pembinaan di negeri Perak. YB Slim ada mencadangkan pembangunan dashboard perumahan negeri Perak. Untuk makluman Yang Berhormat, LPHP telah memulakan gerak kerja pengumpulan maklumat perumahan daripada semua PBT sejak bulan Mei 2024. Hasil daripada pengumpulan data ini, LPHP telah memurnikan dan menganalisa data tersebut untuk diterjemahkan ke dalam suatu bentuk pelaporan digital. Bagi merealisasikan platform digital ini, LPHP telah bekerjasama dengan Perak GIS, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak dan berjaya membangunkan Dashboard Perumahan Negeri Perak yang dikenali sebagai Hartanah@Perak. Platform ini memaparkan pelbagai data berkaitan perumahan termasuk kelulusan perancangan perumahan daripada PBT, stok perumahan serta maklumat projek-projek terbengkalai. Pelancaran Hartanah@Perak akan diadakan pada 3 Disember 2025 iaitu dua hari lagi oleh Yang Amat Berhormat Kota Tampan sempena Program Aspirasi Geospatial Negeri Perak 2025. Kerjasama ini melambangkan usaha berterusan LPHP dan Perak GIS dalam memperkukuh pengurusan data perumahan negeri serta memperluas penggunaan data raya bagi menyokong perancangan dasar yang lebih berkesan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri melalui LPHP sentiasa cakna terhadap isu pengagihan perumahan kepada golongan sasar. Bagi memperkukuh kawalselia, LPHP akan melaksanakan prosedur kawalan pindah milik rumah kawalan Perak yang sebelum ini meliputi rumah kos rendah dan kini telah diperluaskan kepada unit kos sederhana. Melalui prosedur ini, setiap pindah milik bagi rumah kawalan Perak wajib mendapatkan kebenaran LPHP terlebih dahulu sebelum urusan diteruskan di pejabat tanah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan dasar perumahan negeri dipatuhi dan jualan rumah terkawal mengikut syarat yang ditetapkan dan langkah ini juga bertujuan untuk menjamin rumah terkawal terus dinikmati golongan sasar dan tidak dijadikan bentuk pelaburan. Langkah ini juga bertujuan untuk melindungi faedah subsidi kerajaan memandangkan subsidi tinggi telah disalurkan untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana ini. Prosedur ini dijadualkan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 sebagai komitmen Kerajaan Negeri memastikan akses perumahan yang adil dan teratur untuk rakyat.

Bagi mencapai aspirasi Kerajaan Negeri agar lebih ramai rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah memiliki rumah di negeri Perak, LPHP akan mewujudkan satu skim pinjaman perumahan yang dinamakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah Bumiputera Negeri Perak yang akan diselia oleh Koperasi Koop Bank Pertama Malaysia Berhad. Cadangan penubuhan skim ini telah diluluskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 20 Ogos 2025 dan telah diangkat untuk mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan Negeri melalui Akaun Amanah Hartanah Bumiputera telah meluluskan suntikan awal dana berjumlah RM6.0 juta yang dikhususkan kepada golongan bumiputera bagi tujuan pembelian rumah kos rendah sahaja. Suntikan dana ini akan disalurkan melalui LPHP manakala pengurusan pinjaman akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Co-opbank Pertama Malaysia Berhad. Skim ini dijangka akan dilaksanakan bermula tahun hadapan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, bermula bulan Mei 2024, LPHP telah memulakan pemantauan bulanan ke atas kemajuan projek perumahan terbengkalai iaitu D'Aman Residensi dengan mengadakan mesyuarat dan lawatan tapak yang melibatkan pelbagai agensi teknikal bagi mendalami isu dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pemaju dan pembeli. Saya sendiri bersama-sama LPHP juga turut mengadakan beberapa sesi perjumpaan bersama pembeli projek ini bagi mendengar keluhan dan memberikan komitmen kerajaan dalam memastikan projek ini akan dapat disiapkan sepenuhnya. Diakui terdapat beberapa isu teknikal berbangkit yang menyebabkan sasaran awal penyiapan projek ini iaitu Disember 2025 tidak dapat dicapai. Namun begitu, pemaju komited untuk menyiapkan projek ini dalam suku pertama tahun 2026. Sementara itu, bagi projek perumahan sakit di Mukim Sungai Terap, Daerah Kinta oleh pemaju Smart Jani Sdn. Bhd., saya juga telah mengadakan sesi perjumpaan bersama pihak pembeli bagi mendengar aduan secara terus. LPHP telah mengadakan beberapa mesyuarat pemantauan dan lawatan tapak bagi membincangkan dan mencari solusi ke atas permasalahan yang timbul. Pemaju turut memberi komitmen untuk menyiapkan projek ini pada suku pertama tahun 2026.

Selaras dengan reformasi tadbir urus GLC Kerajaan Negeri Perak, LPHP sedang menyediakan pelan strategik LPHP 2026 ke 2030 sebagai hala tuju lima tahun akan datang. Pelan ini digubal bagi memastikan LPHP beroperasi dengan lebih strategik dan berkesan dalam pembangunan serta kawal selia perumahan dan hartanah negeri. Penyediaannya turut diselaraskan dengan Perak Sejahtera 2030, RMK13 dan Kerangka Ekonomi Madani. Tumpuan utama pelan ini merangkumi pengukuhan tadbir urus, peningkatan keupayaan sumber manusia, pendigitalan operasi serta pemantapan kedudukan kewangan dan daya saing LPHP.

Hasil jangka panjangnya adalah untuk membentuk LPHP sebagai organisasi yang cekap, tangkas dan inovatif seterusnya menyumbang secara bermakna kepada kesejahteraan rakyat Perak. Bagi memperkukuhkan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan berhemat dalam kalangan rakyat di negeri Perak, LPHP akan memperluaskan pelaksanaan program literasi kewangan pada tahun hadapan. LPHP akan meneruskan dan memperkukuh kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi berkaitan melalui penganjuran siri Jerayawara Kesedaran Awam mengenai Akta Pelaporan Kredit serta kepentingan rekod kredit yang baik. Penganjuran ini akan turut melibatkan institusi perbankan dan AKPK bagi membolehkan lebih ramai belia mendapatkan khidmat nasihat kewangan dan membuat semakan laporan kredit secara percuma.

Selain itu, LPHP merancang untuk menganjurkan satu program literasi kewangan berskala besar khususnya untuk belia melibatkan pakar kewangan sebagai penceramah jemputan. Inisiatif ini dipertingkatkan untuk dijangka memberi manfaat yang lebih signifikan kepada golongan muda dalam memperkukuh ketahanan kewangan serta mengurangkan risiko keberhutangan seterusnya meningkatkan peluang untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kerajaan Negeri Perak terus menunjukkan komitmen dalam menyokong usaha LPHP menguruskan perumahan awam di negeri ini. Dalam Belanjawan 2026 Negeri Perak yang diumumkan pada 25 November lalu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM2.5 juta iaitu penambahan sebanyak RM0.5 juta ketimbang peruntukan bajet 2025.

Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan perumahan sosial yang ditawarkan adalah berkualiti dan berdaya huni. Sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi pengurusan rancangan perumahan awam (RPA) khususnya bagi membantu urusan proses pemindahan milik pemindahan hak milik kepada peserta yang telah selesaikan bayaran. Selain itu, Kerajaan Negeri turut mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR). Sokongan ini membantu meringankan beban kewangan LPHP memandangkan kutipan sewa PPR tidak mencukupi untuk menampung kos operasi keseluruhan.

Dato' Seri Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih ke portfolio kerajaan tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan adalah institusi penting dalam menguruskan pembangunan dan perkhidmatan setempat. PBT berfungsi sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri dan komuniti bagi memastikan dasar kerajaan dilaksanakan secara berkesan. Pada tahun 2025, Pihak Berkuasa Tempatan negeri Perak telah menunjukkan prestasi yang konsisten dan membanggakan melalui pelbagai pencapaian dan pengiktirafan. Ini menggambarkan usaha berterusan PBT dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap tindakan berpaksikan profesionalisme dan kesejahteraan rakyat sejajar dengan

Yang Berhormat…

…aspirasi Kerajaan Negeri…

Titi Serong. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat. Terima kasih kepada Dato' Seri. Memandangkan Yang Berhormat ada sentuh berkaitan dengan PPR tadi saya nak sentuh satu lah isu berkaitan dengan PPR. PPR Parit Haji Wahab Fasa 2. Saya dapat maklumat daripada penduduk di sana berkaitan dengan penyelenggaraan pengurusan penyelenggaraan IWK (Indah Water Konsortium). Saya dimaklumkan penyelenggaraan berkaitan dengan IWK di sana itu, dia tidak tidak secara berkala dan ada konflik yang berlaku di sana. Penyelenggaraan itu sama ada di bawah MDK ataupun di pihak SUK. Saya tak pasti sehingga menyebabkan sebahagian daripada penduduk terpaksa mengurus secara manual penduduk sendiri yang terpaksa mengurus secara manual. Jadi saya mohon pihak Yang Berhormat untuk pastikan perkara ini dan ambil tindakan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Tuan Yang di-Pertua…

Saya akan susuli dengan surat untuk lebih detail.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Yang di-Pertua. Minta…minta laluan. Saya tunggu juga tadi. Bila sebut rumah terbengkalai tadi. Di tempat saya ada satu projek perumahan, Projek Perumahan Taman Limau Mas di Beruas. Saya rasa dah lebih 40 tahun rasanya terbengkalai takut dapat diambilalih oleh LPHP untuk memulihkan keadaan Taman Limau Mas tersebut. Di harap ianya masuk dalam rancangan LPHP.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Titi Serong, yang bangkitkan isu tentang sistem kumbahan di PPR. Untuk makluman Yang Berhormat, isu itu memang telah pihak berkuasa ambil maklum dan satu lawatan sebenarnya telah dijadualkan dalam bulan Disember melibatkan LPHP, IWK dan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan untuk kita meninjau keadaan di tapak seterusnya untuk merancang penyelesaian yang sesuai untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk. Seterusnya untuk Yang Berhormat Pengkalan Baharu buat masa ini memang LPHP ambil maklum semua projek sakit dan terbengkalai yang telah didaftarkan di bawah Sistem Teduh di bawah KPKT iaitu semua projek yang telah secara rasminya diumumkan sebagai projek sakit dan terbengkalai dan kita cuba ambil tindakan dari masa ke semasa. Cuma kalau melibatkan sesetengah projek terbengkalai yang terlalu lama melibatkan dari segi hak milik pemaju dan pembeli dia juga susah dikesan. Itu memang merupakan antara cabaran utama dalam kita nak mengusahakan sebarang pemulihan. Walau bagaimanapun, saya ambil maklum tentang isu yang dibangkitkan dan juga kita akan terus mencuba untuk adakan penyelesaian yang dapat bantu selesai keadaan di lapangan. Terima kasih.

Baik saya teruskan, antaranya Anugerah Kepimpinan Terbaik KPKT…antaranya Anugerah Kepimpinan Terbaik PBT oleh KPKT merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada barisan kepimpinan utama dalam PBT yang telah menunjukkan keupayaan luar biasa dalam menerajui pentadbiran PBT masing-masing terutamanya dalam memperkukuh integriti, meningkatkan kecemerlangan operasi dan memastikan kecekapan respon terhadap keperluan masyarakat. Penerima Anugerah Kepimpinan Terbaik PBT 2025 dari negeri Perak termasuk Tuan Zairul Akmal bin Kasim sebagai YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori YDP Perbandaran. Tuan Muhammad Amzari bin Azami sebagai YDP Majlis Daerah Lenggong juga telah diangkat menjadi pemenang tempat kedua bagi kategori YDP Majlis Daerah. Manakala untuk kategori Setiausaha PBT, Tuan Mohd Helmi bin Ariffin selaku SU Majlis Perbandaran Manjung telah memenangi tempat kedua.

Seterusnya anugerah PBT Cemerlang pula diberikan sebagai penghargaan kepada PBT yang mencapai kecemerlangan dalam tadbir urus, pengurusan dalaman dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Untuk Anugerah PBT Cemerlang 2025 bagi kategori perbandaran, Majlis Perbandaran Teluk Intan telah muncul sebagai pemenang tempat kedua. Manakala Majlis Daerah Batu Gajah pula meraikan tempat ketiga bagi kategori Majlis Daerah. Selain nama-nama yang telah disenaraikan terdapat banyak lagi anugerah, pengiktirafan dan sumbangan yang telah dicapai oleh PBT seluruh negeri Perak pada tahun 2025 yang tidak sempat saya huraikan setiap satunya. Kerajaan Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua PBT atas komitmen kerja keras dan dedikasi mereka sepanjang tahun. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan dan dipertingkat pada tahun akan datang demi penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, inovatif dan berimpak kepada rakyat negeri Perak.

Dato' Seri Yang di-Pertua, Akta Kerajaan Negeri, Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu Akta 171 mewajibkan PBT menyediakan senarai nilaian baharu setiap lima tahun bagi memastikan rekod pegangan dan kutipan cukai taksiran sentiasa dikemaskini. Namun selama ini PBT di negeri Perak masih menggunakan aras nilaian tahun 1980 an. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada pada 10 Jun 2020 telah meluluskan pelaksanaan senarai nilaian baharu di semua PBT. Jurang masa hampir 40 tahun ini membawa kepada peningkatan nilai pegangan yang ketara berbanding nilaian asal. Jadi bagi mengelakkan rakyat terbeban, MMK pada 11 Disember 2024 telah memutuskan pelaksanaan had kenaikan cukai dengan izin capping yang telah ditetapkan pada maksimum 25%. Majlis Daerah Kerian merupakan PBT pertama menguatkuasakan senarai nilaian baru mulai 1 Januari 2025 diikuti Majlis Bandaraya…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, disebut Kerian boleh saya bangun mencelah sikit? Ok. Perkhidmatan Majlis Daerah Kerian marvellous. A Plus saya bagi. Tapi saya nak sedarkan juga, baru-baru ni bila berlaku ribut, Taman Serai Jaya dan Taman Serai Permai, dah 30 tahun pokok-pokok depan rumah penduduk dah macam balak besar boleh boleh melibatkan nyawa manusia. Tapi saya kesian dekat Majlis Daerah, dia takde strength. Dia takde kren. Dia takde semua. Mereka perlukan perbelanjaan yang lebih. Jadi sekarang ni pokok-pokok yang sabung nyawa manusia ni masih banyak di 2 taman ni. Jadi minta perhatian Exco la supaya dapat tengok sikit supaya Majlis Daerah Kerian. Sebelum Taman Serai Jaya, 3 balak ni kalau runtuh satu surau mati YB. Minta tindakan. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Pongsu. Isu yang dibangkitkan akan kami ambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Saya sambung semula penggulungan. Diikuti Majlis Bandaraya Ipoh pada 1 Julai 2025. Fasa kedua bermula 1 Januari 2026 pula melibatkan 5 PBT iaitu Majlis Perbandaran Teluk Intan, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Batu Gajah, Majlis Daerah Perak Tengah dan Majlis Daerah Gerik. Secara keseluruhan Nilai Tahunan bagi 5 PBT berkenaan telah menunjukkan peningkatan di antara 124.58% sehingga 1274.58% daripada nilai tahunan sedia ada. Manakala cukai taksiran pula meningkat antara 89.26% sehingga 442.25%. Walau bagaimanapun, dengan arahan daripada Kerajaan Negeri dan kaedah penetapan had kenaikan cukai, semua PBT yang berkenaan telah melaksanakan pelarasan kadar cukai serta capping supaya kenaikan tidak melebihi 25% bagi memastikan tiada kenaikan mendadak kepada pembayar cukai. Penguatkuasaan, senarai nilaian dan kadar cukai baharu merupakan langkah penting untuk memastikan pematuhan Akta 171 dan juga untuk mengemaskini rekod pegangan dan menstrukturkan kadar cukai yang lebih realistik. Kutipan hasil PBT dijangka meningkat secara munasabah sekali gus mengukuhkan kedudukan kewangan PBT dan membolehkan peningkatan mutu perkhidmatan perbandaran yang lebih baik kepada rakyat.

Kerajaan Negeri melalui PBT telah melaksanakan perkhidmatan kutipan sampah di luar kawasan operasi PBT sejak 2021 sebagai inisiatif khas bagi mengurangkan pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka khususnya di kawasan luar bandar. Sehingga kini,, sebanyak 174 kampung menerima perkhidmatan ini dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM14,266,084.50 merangkumi penyediaan tapak kutipan, pembelian tong sampah dan kos operasi di seluruh negeri. Selepas 5 tahun, pelaksanaan program ini diteruskan dengan mengekalkan jumlah kampung sedia ada sambil memberi tumpuan kepada penambahbaikan operasi seperti menaiktaraf tong sampah dan penyelarasan operasi kutipan. Kerajaan Negeri turut menambah baik dasar program ini melalui pewujudan garis panduan Program Kutipan Sampah di luar Kawasan Operasi PBT yang diluluskan oleh MMK pada bulan Julai tahun ini bagi memastikan pelaksanaan yang lebih teratur melalui kerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah. Dato' Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri sedang melaksanakan...

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Minta laluan. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, Dato' Seri. Berkaitan tempat kutipan sampah di luar kawasan ini. Di tempat saya itu ada satu tempat. Saya tak pasti. Saya rasa dah mungkin ada masalah menyebabkan kawasan tersebut di tutup. Kemungkinan ada masalah di kawasan Pengkalan Baharu. Cuma ialah ada satu kampung di Kampung Changkat Chermin. Kampung Changkat Chermin ini bersempadan antara Daerah Manjung dan Daerah Perak Tengah. Jadi orang sempadan ni kadang-kadang untung dan kadang kadang rugi. Untungnya kadang-kadang dua-dua PBT boleh bantu. Tapi sebenarnya di situ sekarang ini mereka memerlukan tempat pembuangan sampah yang mereka sangat mengharapkan dapat diletakkan di situ sebagai gantian seandainya satu tempat di Pengkalan Baharu tersebut telah ditutup. Di bawah PBT Daerah Manjung. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat. Dengan ada sebelum ini dalam pelaksanaan selama 5 tahun, memang kita perhatikan isu-isu yang timbul di lapangan. Jadi dengan adanya garis panduan baru yang saya sebut tadi memang telah ditetapkan SOP nya. Bagaimana prosedur untuk kita mengenal pasti tapak yang sesuai? Apa yang kita bagaimana kita menilai? Bagaimana kita selesai masalah yang ada dalam kutipan sampah? Dan juga termasuk untuk kalau terdapat tapak yang perlu dipertimbangkan untuk penutupan. Jadi ada garis panduan yang lebih jelas dan juga ada penglibatan peranan dengan JPKK dan juga Pejabat Daerah di mana kita nampak kerjasama yang erat ini akan bantu kita untuk uruskan isu kutipan sampah di luar bandar dengan lebih tersusun. Kerajaan Negeri Perak sedang melaksanakan Pembangunan Bandar Pintar melalui Blueprint Bandar Pintar Negeri Perak 2040.

Selaras dengan Agenda Nasional Bandar Pintar di bawah RMK-12. Blueprint ini menetapkan pendekatan people centric iaitu untuk memastikan teknologi tapi dipilih berdasarkan keperluan masyarakat bukan semata-mata penawaran teknologi. Pencapaian ini turut dibuktikan melalui Anugerah Penarafan Bandar Pintar 2025 di mana Majlis Daerah Kerian, Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Daerah Perak Tengah telah dianugerahkan status Smart City Early Adopter dengan izin semasa sambutan

Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan pada 20 Oktober yang lalu. Dengan itu, Perak kini mempunyai 7 PBT yang berstatus Bandar Pintar Early Adopter. Kerajaan Negeri komited untuk memastikan semua PBT mencapai status Smart City Early Adopter menjelang 2026 melalui kerjasama rapat antara PLAN Malaysia Perak, PBT, BKT, IDR serta pihak berkepentingan. Sinergi ini penting untuk kita mengukuhkan Perak sebagai negeri progresif dan inklusif. Bagi menyokong pelaksanaan Bandar Pintar Negeri Perak, Kerajaan Negeri melalui PlanMalaysia@Perak telah membangunkan GeoSilver Ai @ Mr. TPr (Town Planner) di bawah inisiatif GeoSilver Nexus yang dilancarkan pada 4 Jun 2025 oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. Aplikasi chatbox ini berfungsi sebagai pembantu digital yang menyediakan rujukan pantas kepada agensi profesional, pelajar dan orang awam yang menawarkan maklumat tentang perancangan fizikal dan guna tanah serta menjawab pertanyaan mengenai piawaian, garis panduan, perundangan dan prosedur perancangan bandar khususnya untuk negeri Perak.

Pembangunan Negeri Perak turut disokong dengan pencapaian Anugerah Bandar Mampan 2024 di mana semua 15 PBT memperoleh status bandar mampan dengan peningkatan skor kepada 94.9% berbanding 91.5% sebelumnya. Penilaian ini telah dibuat melalui MURNInets 2.0. Status Bandar Mampan diukur melalui 51 indikator yang mengambil kira elemen SEG dan untuk tahun ini Majlis Daerah Kerian telah dianugerahkan Bandar Paling Mampan 2025. Manakala 14 PBT yang lain mengekalkan status bandar mampan dengan purata markah melebihi 90%.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, sebab sebut Kerian saya nak sentuh lagi sekali. Bandar Mampan, Anugerah Bandar Mampan, Anugerah Bandar Pintar. Macam saya sebut dulu. Kerajaan Sejahtera, adakah rakyat sejahtera bila PBT nak dicalonkan? Walaupun Kerian saya tahu, dia deserve it. Tapi boleh tak panel penilaian tu, rakyat juga bagi pendapat? Sebab saya takut tak tally nanti. Dapat Anugerah Bandar Mampan, Bandar Pintar, rakyat cebik muka di bawah. Saya rasa tak berapa kenalah. Minta dipertimbangkan syor saya. Terima kasih.

Terima kasih kepada cadangan yang berikut. Saya rasa kita boleh panjangkan kepada pihak yang berkenaan yang uruskan Panel Anugerah berkenaan untuk pertimbangan. Dato' Seri Yang di-Pertua, saya seterusnya ingin teruskan penggulungan untuk menjawab isu-isu yang dibangkit oleh Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi Perbahasan. Yang pertamanya, Yang Berhormat Behrang telah membangkitkan isu Projek Rumah PerakKu Hulu Bernam Timur dan Trolak, Pekan serta Taman Malim Putra di Tanjong Malim. Untuk makluman Yang Berhormat bagi Projek Rumah PerakKu di Hulu Bernam, Timur dan Trolak, Pekan, kelewatan berlaku akibat pakar runding asal gagal melaksanakan skop kerja. Jadi kontrak mereka telah ditamatkan dan perunding yang baru telah dilantik pada 3 Julai untuk memulihkan projek. Terkini, isu-isu teknikal dan dokumen tambahan berkaitan peruntukan tambahan RM 6.55 juta bagi kedua-dua projek telah diselesaikan. Jadi sebagai status ringkas projek bagi Hulu Bernam Timur, kerja tapak kini telah sedang diselaraskan semula setelah isu anjakan tapak dikenalpasti dan penyelesaian teknikal telah dicapai dan pemaju dijangka akan masuk semula ke tapak pada dalam bulan Disember tahun ini.

Bagi Trolak Pekan pula, kerja-kerja fizikal telah berjalan semula termasuk pembinaan tembok penahan, sistem pembentungan serta kerja-kerja kecemasan, kekemasan.

Kemajuan tapak kini kembali mengikut jadual pemulihan manakala untuk Taman Malim Putra, projek ini dikategorikan sebagai projek sakit kerana beberapa isu teknikal yang menjejaskan kelulusan. Projek kini dipantau rapat oleh Majlis Daerah Tanjong Malim dan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Projek Sakit Negeri pada 29 Jun 2025.

Isu kuota bumiputera telah dibangkit oleh Yang Berhormat Manjoi. Untuk makluman Dasar Kuota Bumiputera yang diguna pakai pada hari ini bukan dasar baharu tetapi ia adalah sebahagian daripada Dasar Perumahan Negeri Perak yang telah berkuat kuasa sejak 2019. Namun, Kerajaan Negeri pada hari ini menyedari keperluan untuk menambah baik pelaksanaannya agar lebih teratur, relevan dan seimbang untuk semua pihak. Jadi pada sejak tahun 2023, LPHP telah memulakan kajian menyeluruh melibatkan bengkel penambahbaikan pada 14 Mac 2023 yang turut melibatkan PTG, Penasihat Undang-Undang Negeri serta Lembaga Perumahan dari Selangor dan Johor. Tujuannya ialah untuk memastikan dasar ini lebih teratur, inklusif dan selaras dengan pembangunan perumahan semasa. Hasil dapatan tersebut telah dibentangkan dalam mesyuarat LPHP Bilangan 1/2024 dan telah diluluskan dengan pindaan. Antara cadangan utama adalah untuk penetapan kuota bumiputera seragam 30% untuk seluruh negeri menggantikan kaedah lama yang mengikut kawasan Dun. Cadangan ini kemudiannya telah dibawa ke MMK pada 16 Jun 2025 dan dipersetujui secara dasar. Pada masa yang sama, MMK turut meminta supaya kajian lanjut mengenai caj sumbangan pelepasan dibuat agar pelaksanaannya lebih teratur dan tidak membebankan mana-mana pihak. LPHP kini berada pada fasa akhir penyediaan kertas mesyuarat untuk diangkat semula ke MMK bagi keputusan muktamad.

Yang Berhormat Pasir Pinji membangkitkan isu pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka. Untuk makluman Yang Berhormat, perbuatan membuang sampah merata-rata atau membakar sampah secara terbuka adalah dilarang di bawah Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah digubal di bawah Akta 171. Mana-mana individu yang melanggar peruntukan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1,000.00 dan jika didakwa di mahkamah, denda sehingga RM 2,000.00 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya. Kerajaan menyeru orang ramai untuk mengurus dan melupuskan sampah di lokasi yang disediakan dan dibenarkan demi menjaga kebersihan dan mengelakkan kacau ganggu kepada komuniti. Selain itu, pindaan Akta Kerajaan Tempatan 2025 telah dibuat bagi mewujudkan perkara berkaitan perintah khidmat masyarakat. Pindaan akta ini telah diluluskan di peringkat Parlimen dan bagi negeri-negeri yang tidak mengguna pakai Akta 672 termasuk negeri Perak, pihak KPKT sedang mengaturkan sesi libat urus bagi tujuan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat di peringkat negeri.

Yang Berhormat Pangkor telah membangkitkan isu tapak Loji Insinerator Mini Pulau Pangkor. Untuk makluman, Kerajaan Negeri dan JPSPN telah meneliti pengoperasian Insinerator Teluk Cempedak yang kontraknya tamat pada Disember tahun ini. Berdasarkan teguran Jabatan Audit Negara serta semakan dalaman KPKT, loji ini didapati tidak lagi ekonomik dan tidak praktikal untuk diteruskan. Sehubungan itu, selaras dengan peranan JPSPN sebagai pemilik aset, Kerajaan Negeri bersetuju agar pengurusan insinerator dikekalkan di bawah tanggungjawab JPSPN termasuk apa-apa keputusan berkaitan penutupan pelupusan loji. Bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada rakyat, JPSPN telah memohon kerjasama Majlis Perbandaran

Manjung untuk melaksanakan pengurusan sementara pelupusan sisa domestik dan sampah pukal bagi tempoh tiga bulan sebelum diserahkan sepenuhnya kepada JPSPN. Sepanjang tempoh ini, pelupusan dilakukan di tapak pelupusan APM akan dijalankan mengikut kapasiti yang tersedia. Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa pengurusan sisa di Pulau Pangkor tidak akan terjejas dan penyelesaian jangka panjang sedang diselaraskan bersama pihak Kerajaan Persekutuan.

Yang Berhormat Buntong dan Manong telah membangkitkan isu pemantauan terhadap projek pembangunan serta pemaju dan kontraktor. Untuk makluman Yang Berhormat, semua pembangunan di negeri Perak tertakluk kepada mekanisma kawal selia yang ketat selaras dengan garis panduan bandar rendah karbon dan adaptasi perubahan iklim. Setiap pelan saliran dan perparitan wajib diperakui oleh JPS dan PBT sebelum kelulusan diberikan. Semasa pembinaan, PBT melaksanakan pemeriksaan berkala dan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pemaju mematuhi syarat teknikal dan elemen mitigasi iklim yang ditetapkan. Sekiranya pembangunan memberi tekanan kepada saliran sedia ada, pemaju diwajibkan membina atau menaiktaraf sistem saliran baharu sebagai syarat kelulusan dan CCC hanya dikeluarkan apabila semua infrastruktur disiapkan mengikut standard berdaya tahan iklim. Kerajaan negeri komited memastikan setiap pembangunan bukan sahaja mematuhi piawaian kejuruteraan tetapi turut menyokong matlamat Perak Sejahtera 2030 dalam membentuk bandar yang lebih selamat, resilient dan bersedia menghadapi perubahan iklim.

Yang Berhormat Exco, mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Speaker. Berkaitan dengan banjir kilat yang sering berlaku di kawasan bandar dan juga perumahan seperti yang saya bangkitkan dalam perbahasan. Saya kira ada satu peraturan yang perlu lebih tegas kepada pemaju perumahan dari sudut penyediaan kolam takungan dan juga monsoon drain dengan izin kerana banyak perumahan-perumahan yang dah siap. Saya tidak pastilah bagaimana peraturan itu. Tiada disediakan retention pond atau kolam takungan dan tiada juga monsoon drain maka berlakulah banjir kilat bagi perumahan yang telah siap. Bukan perumahan baru. So, bagaimanakah pelaksanaan kewajipan dan sudut penegasan pihak PBT dan Kerajaan Negeri terhadap pemaju-pemaju perumahan yang baru atau pun yang lama dari sudut dua perkara yang sangat penting untuk mengurangkan risiko banjir kilat iaitu retention pond atau kolam takungan dan juga monsoon drain? Itu saja. Terima kasih.

Baik, terima kasih. Seperti saya sebut tadi memang dalam permohonan untuk kelulusan bagi mendapat kelulusan untuk pembangunan memang isu-isu termasuk sistem saliran dan tekanan projek yang baharu ini kepada sistem saliran dan perparitan yang sedia ada akan dikaji supaya kita mensyaratkan jika ada keperluan untuk membina atau naik taraf sistem saliran yang sedia ada dan ini akan menjadi sebahagian daripada syarat dan apabila pada waktu ini kita lihat dengan perubahan iklim memang di peringkat di bawah PLAN Malaysia, PBT dan sebagainya. Pelbagai garis panduan telah diadakan dan kita akan pastikan dipuncanya iaitu apabila dalam permohonan untuk kelulusan kita pastikan isu-isu ini diambil kira dan menjadi syarat yang ketat untuk semua pemaju dan kontraktor patuhi sebelum pembangunan dapat diluluskan atau pun mendapat sijil CCC.

Baik, seterusnya Yang Berhormat Selama telah menyentuh isu naik taraf kemudahan asas bagi pasar Pagi Sungai Bayor. Pasar pagi Sungai Bayor di Selama telah diiktiraf sebagai pasar pagi terpanjang di Malaysia oleh Malaysia Book of Records pada 5 September 2025. Sejak itu, jumlah pengunjung telah meningkat secara signifikan setiap minggu sekali gus memberi impak besar kepada ekonomi setempat. Jadi bagi menampung pertambahan pengunjung, Majlis Daerah Selama telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan termasuk untuk kawalan trafik RELA mulai 24 Oktober tahun ini dan juga menambah dua unit tandas bergerak sejak 3 Oktober. Pada masa yang sama, permohonan peruntukan sebanyak RM 200 ribu bagi menaiktaraf prasarana termasuk tandas baharu juga sedang dalam proses kelulusan dan Majlis Daerah Selama juga telah menerima peruntukan sebanyak RM50 ribu daripada KPKT untuk menyelenggara tandas sedia ada dan menbenda…membina mercu tanda dan pelaksanaan dijangka mulai bulan September ini. Seterusnya, perancangan parking dan papan tanda baharu secara teratur melalui kolaborasi agensi serta permohonan dana tambahan pada tahun 2026 juga sedang diusahakan dan Majlis Daerah Selama komited menjadikan Sungai Bayor sebagai tarikan pelancongan utama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Yang Berhormat Tronoh membangkitkan…

YB Exco, terima kasih atas usaha daripada pihak kerajaan untuk membantu pasar pagi di Sungai Bayor Selama. Arhh berkaitan dengan parking ada beberapa pemilik tanah yang mereka tawarkan untuk tanah mereka dijadikan tempat parking di sekitar Sungai Bayor. Jadi mungkin boleh bekerjasamalah dengan pihak Majlis Daerah untuk menjadikan tempat mereka sebagai tapak parking. Jadi semua saya tak pastilah mungkin dia nak ambil bayaran ataupun tidak itu mungkin boleh adakan rundingan dengan penduduk tersebut. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih, pihak majlis akan apa tu meneliti cadangan tawaran tapak yang sesuai yang ada supaya untuk kita buat kajian dan memastikan tapak yang paling sesuai dan pihak yang boleh kita bekerjasama. Seterusnya, Yang Berhormat Tronoh membangkitkan isu penambahbaikan kaedah pembayaran di kaunter perkhidmatan Majlis Daerah Batu Gajah. Untuk makluman Yang Berhormat, pembayaran tanpa tunai di Majlis Daerah Batu Gajah telah dilaksanakan sejak tahun 2007 dan terus diperkasa selaras dengan sasaran Kerajaan Madani mencapai 95% perkhidmatan digital menjelang tahun 2030. Bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Oktober 2025. Pecahan transaksi di bawah Majlis Daerah Batu Gajah adalah adalah seperti berikut iaitu transaksi tunai mencapai sebanyak RM31,887.00 iaitu sebanyak 50.41% dan transaksi tanpa tunai adalah sebanyak RM31,370.00 iaitu sebanyak 49.59%. Data ini menunjukkan pembayaran tanpa tunai telah melebihi kutipan tunai dan Majlis Daerah Batu Gajah menyasarkan peningkatan transaksi tanpa tunai kepada 60% pada tahun 2026 melalui promosi dan juga pemudah cara yang berterusan dan ini juga satu usaha yang selaras di bawah Bandar Pintar Negeri Perak. Dato' Seri Yang di-Pertua setakat ini sahajalah penjelasan saya yang dapat…

YB Exco. Terima kasih pada YB Exco dan Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya Manjoi tertarik dengan beberapa pembentangan daripada YB Exco dan jawapan berkenaan dengan pembangunan di bandar Ipoh dan isu kaitan sampah berkait rapat dengan isu yang saya nak bangkitkan dan mohon penjelasan YB Exco di kawasan kita ini isu yang masih lagi besar dan tak salah isu anjing liar…anjing liar yang yang terbiar ataupun anjing peliharaan yang tidak dijaga dengan sempurna. First ialah sekarang ini isu kebersihan memang sangat teruk kotor di kawasan kita bila banyaknya anjing liar ini kawasan perumahan orang kampung kita ini terdedah dengan masalah tersebut. Kedua, saya boleh buktikan di kawasan saya sendiri di dalam zon Gugusan Manjoi, Klebang, Meru, Chepor, Chemor. Terbaru, masih lagi terdapat isu anjing liar mengejar penduduk kita. Terbaru di Taman Tawas Mewah ada seorang anak dan dan opahnya balik pada sekolah dikejar anjing liar dan cedera anak itu jatuh patah tangan dan opah itu cedera kemudian di area terbaru Kledang Raya 14, juga berlaku kes yang sama dan juga terbaru di Taman Chemor Idaman dan saya dah pergi ke rumah-rumah tersebut ziarah mereka dan melihat bagaimanakah kesan daripada masalah anjing liar ini.

Cuma yang saya nak bangkitkan kepada YB Exco sebelum ini kita pi peringkat negeri kita ada wujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Berkeliaran, saya sendiri dipilih menjadi salah seorang ahli jawatankuasa tersebut termasuk YB Dato' Seri Speaker dan beberapa orang adun-adun di sini di pihak pembangkang dan juga kerajaan satu satu gabungan sangat baik untuk settlekan isu ini. Cuma persoalan sana saya penyata yang telahpun kita siapkan bersama itu telah kita serah kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan kepada Menteri Besar dan penyerahan itu pun kita bagi bersama dan isu yang saya nak tanya di sini, apakah tindakan kita ke arah kita mewujudkan enakmen berkaitan isu tersebut? Sekiranya isu anjing liar ini bukan lagi isu yang kecil isu ini isu besar dan kalau kita bicara tentang kebersihan bicara tentang sampah bicara tentang pembangunan di kawasan bandar Ipoh ini. Tapi kalau isu anjing liar ini masih lagi menjadi masalah utama rakyat satu apakah yang perlu kita selesaikan. Saya mohon saya menuntut supaya satu tindakan yang segera untuk kita memastikan kewujudan enakmen ini perlu disegerakan. Terima kasih YB Exco.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Keranji minta mencelah sikit.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Nak satu soalan boleh?

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Selain daripada anjing liar, kerbau dan…dan kerbau, lembu pun agak bahaya di atas jalan raya. Jadi saya pun nak tahulah apa tindakan?

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Satu soalan YB Exco boleh? Saya nak tanya. Pihak KPKT bagaimanakah sambutan ataupun kejayaan Program store yang berharga RM25 ribu itu di Perak. Store…store yang KPKT sediakan tu. Apa kiosk…kiosk ahh kiosk? Sebab saya tengok di kawasan PBT saya saya tak nampak satu pun. Tak ada satu pun saya tengok di kawasan lain saya tak pasti. Jadi pada keseluruhannya di Perak ni adakah program ini berjaya ataupun gagal? Minta KPKT bagi penjelasan. Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

YB?

Tronoh boleh? Ok Bercham dulu Bercham dulu.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok terima kasih. Tentang apa dibangkitkan oleh Manjoi tadi memang saya akur ada masalah anjing liar termasuk di sekitar rumah saya pun ada buat aduan kepada MBI. Cuma masalah dia tentang isu anjing liar ini kita ada pihak yang tidak suka perkara ini. Di mana anjing liar mengejar orang mengejar pekerja grab motorsikal atau basikal tetapi ada kumpulan lain pula yang pencinta anjing liar. Di mana semasa kita ambil tindakan untuk menangkap anjing, kumpulan pencinta anjing ni akan pergi menyelamat. Jadi isu ini tak ada macam katakan win-win situation.

Yang di-Pertua

YB. YB bercakap ini pada Exco kan?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ya…Ya…Ya…Ya…Ya…Ya…Ya. Cuma saya. Ok…ok.

Bercham ada gaya macam Exco Bercham.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok ok. Jadi jadi harap pihak Kerajaan Negeri kita kena berhati hatilah tentang isu ini. Kalau pendirian kerajaan kita kata ambil tindakan tegas kepada anjing liar ni nanti datang feedback balik dari pencinta anjing liar ni sebab mereka pun ada buat demonstrasi aman dekat Ipoh ni. Memang kita pun khuatir perkara ni kena kawal dengan sebaik-baiknya. Itu cadangan saya ialah terima kasih.

Yang Berhormat. Terima kasih kepada Speaker untuk memberi ruang. Jadi, saya ingin menambah sedikit berkenaan dengan cara pembayaran di MDBG itu dimana sebenarnya kalau saya sendiri telah pergi ke MDBG beberapa banyak kali dan ada juga penduduk yang kata apabila mereka nak bayar dekat MDBG, sekarang ramai yang pakaikan mobile untuk pembayaran. Ia juga adalah cashless. Ok, tetapi sistem yang ada dekat MDBG sekarang di mana tiada QR code payment yang disediakan di…di MDBG jadi kebanyakan mereka sekiranya mereka terlupa nak bawa nak ambil kredit kad ke ataupun nak ambil cash ke kaunter mereka harus berjalan balik ke satu tempat parking itu yang agak jauh sedikit jadi mereka mencadangkan supaya sekarang berlandasan dengan pembangunan teknologi terkini, maka adanya sistem QR ini di MDBG itu sahaja. Terima kasih.

Baik, terima kasih saya ambil maklum tentang cadangan daripada Yang Berhormat Tronoh di mana dalam kita melaksanakan cashless itu selagi boleh kita perlu memperbanyakkan platform yang boleh diterima supaya untuk memudahkan pengguna dan seterusnya menggalakkan lebih ramai yang menyahut untuk penggunaan cashless ini. Jadi, saya ambil maklum dan juga saya ambil maklum tentang cadangan dan peringatan daripada Yang Berhormat Bercham. Berkenaan My Kiosk untuk yang untuk pengetahuan Yang Berhormat My Kiosk ni KPKT dia buat agihan dan kelulusan berdasarkan permohonan. Jadi PBT masing-masing akan melihat keperluan dan juga sama ada terdapat tapak yang sesuai untuk menempatkan My Kiosk tu. Jadi mungkin di PBT yang berlainan di kesemua 15 PBT di negeri Perak. Jumlah yang diterima memang tidak sama sebab ia bergantung kepada permohonan. Jadi mungkin ada di sesetengah kawasan dimana PBT tersebut mungkin buat masa ini tiada permintaan untuk menempatkan My Kiosk atau belum ada tempat yang tapak yang sesuai. Jadi mungkin permohonan itu akan berkurang dan sebagainya dan setakat ini memang saya lihat disemua PBT My Kiosk yang diterima telah dimanfaatkan. Ada yang digunakan untuk menempatkan sebelum penjaja yang sebelum ini di tepi jalan mungkin di tempat yang agak bahaya dan kurang sesuai dan juga ada tempat-tempat yang digunakan untuk jenamakan My Kiosk ini supaya menjadi satu tempat kunjungan komuniti tempatan untuk membeli-belah dan juga satu peluang yang baru kepada penjaja. Dan saya difahamkan di bawah KPKT, My Kiosk 3.0 juga akan di buka permohonan pada tahun hadapan. Jadi kalau untuk kawasan Yang Berhormat sebelum ini belum terima atau belum mohon My Kiosk tapi ada permintaan, kita juga boleh minta PBT yang berkenaan untuk lihat dan mengemukakan permohonan. Baik.

Yang Berhormat, tambah sedikit. Saya ingin menambah bahawa sekiranya boleh di kawasan dataran Batu Gajah Perdana itu, terdapat masih terdapat ramai penduduk di kawasan sana yang ingin meminta untuk menambahkan kiosk-kiosk di kawasan tersebut. Maka saya berharap daripada pihak Kerajaan negeri bolehlah membantu rakyat di kawasan Dun Tronoh ini untuk menyelaraskan permohonan ini bagi menambahkan My Kiosk ini di kawasan Dun Tronoh. Terima kasih.

Baik terima kasih. Saya ambil maklum dan saya akan pastikan PBT berkenaan untuk kemukakan permohonan selaras dengan permintaan dan kehendak komuniti di kawasan. Seterusnya, ok untuk jawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Manjoi. Memang kita faham isu haiwan jalanan ini, isu sebenarnya isu masyarakat sebab ini melibatkan isu kebersihan, keselamatan dan sebagainya dan puncanya adalah isu manusia di mana ada pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab, tidak menjalankan pemandulan. Apabila anak anjing dilahirkan dibuang begitu sahaja. Itu yang menyebabkan berlambaknya haiwan jalanan di di komuniti kita dan ini seterusnya telah menyebabkan pelbagai isu termasuk isu kacau ganggu, keselamatan dan sebagainya dan untuk jangka masa pendek dari masa ke semasa, memang PBT-PBT apabila terima aduan tindakan operasi penangkapan akan dibuat supaya dalam masa terdekat kita mengalihkan haiwan jalanan yang ada di komuniti supaya tidak terus menggugat keselamatan atau menyebabkan kacau ganggu.

Walau bagaimanapun, untuk jangka masa sederhana dan panjang, memang pelbagai usaha Kerajaan sedang jalankan di bawah Perak Pawsitive Initiative seperti saya kongsikan sebelum ini di mana setiap tahun kita secara konsistennya menjalankan kempen pemandulan bersubsidi dengan harapan apabila kerajaan memberi subsidi, kita akan menggalakkan lebih ramai pemilik haiwan yang ada kesedaran untuk memandulan untuk memandulkan haiwan peliharaan supaya kita nak selesai masalah di puncanya dan kerajaan juga sedang dalam untuk menelitikan cadangan untuk kita buat microchipping dan sebagainya dan sebelum ini juga ada kita umumkan usaha untuk kita buat feeders mapping di mana kita nak mengenal pasti mereka-mereka yang merupakan pencinta haiwan di peringkat komuniti supaya untuk bantu kita untuk kita boleh ada satu data yang menyeluruh supaya isu ini dapat ditangani dengan perancangan yang lebih menyeluruh dan baru ini, minggu lepas juga saya telah meluncurkan risalah kesedaran yang mulai tahun depan kita akan edarkan kepada semua pemilik anjing yang memohon atau memperbaharui lesen supaya mereka turut faham peruntukan Akta dan juga Undang-undang Kecil yang berkuatkuasa supaya mereka menjadi seorang pemilik yang bertanggungjawab dan sama-sama bantu kita untuk menangani isu ini.

YB Exco, cuma saya sedikit YB Exco, saya nak tanya. Kalau bagi penduduk kita atau rakyat kita yang yang cedera kemalangan disebabkan isu anjing liar ni, bagaimanakah mereka nak menuntut gantirugi ataupun nak…nak menuntut keadilan terhadap isu tersebut. Contoh pernah berlaku di kawasan saya di Gugusan Manjoi, ada seorang makcik ini telahpun kembali ke rahmatullah meninggal dunia disebabkan dikejar anjing di hadapan perumahan kawasan kilang. Lepas balik hantar cucu juga, accident meninggal dunia disebabkan anjing kejar. Ada bukti CCTV semua complete. Tapi sehingga hari ini hak mereka tidak terbela. Point saya kepada siapa nak kita ajukan? Boleh saya bagi tahu pada penduduk, kalau berlaku juga sebabkan anjing liar ni, kita boleh tuntut kepada PBT ke, kepada MBI ke, kepada pihak yang berkaitan. Sebab bila berlaku ni biasanya penjaga anjing liar atau pencinta anjing liar ini mereka lepas tangan dan mereka tak peduli yang yang yang kita bincang isu nyawa rakyat yang kita sebut sini. Jadi, saya mohon supaya ada satu solution supaya rakyat ini tidaklah dibiarkan adu-aduan begitu. Terima kasih YB Exco.

Terima kasih. Isu sebegini memang sesuatu yang kita…kita mengambil perhatian dan bukan sahaja berlaku di Perak. Jadi, saya rasa isu ini termasuk apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat kita akan terus bawa ke platform yang bersesuaian. Sama ada di peringkat negeri mahupun di bawah KPKT untuk kita bincangkan dan ada perancangan sama ada untuk kita mengetatkan undang-undang dan ada kempen-kempen yang bersesuaian yang dapat selesaikan masalah ini dengan lebih berkesan. Yang Berhormat Keranji, bangkitkan isu tentang haiwan ternakan. Baik, jadi di bawah punca kuasa PBT, kita mengendali isu-isu aduan tentang kacau ganggu apabila haiwan ternakan berkeliaran di kawasan kediaman, di bawah kawasan operasi PBT. Di mana kita akan ambil tindakan untuk penangkapan tetapi untuk jangka masa panjang, saya rasa isu ini juga perlu diselesaikan daripada puncanya di mana buat masa ini tiada pengenalan sama ada cip atau sebagainya untuk ternakan haiwan-haiwan ternakan dan sebelum ini saya perhatikan di peringkat Persekutuan juga Menteri Pertanian turut sebut isu ini dan bangkitkan kajian dan usaha untuk menelitikan cadangan untuk ada cara pengenalan termasuk mikrocip yang akan ada pada ternakan.

Di mana saya melihat ini merupakan satu penyelesaian yang lebih menyeluruh sebab daripada kita buat operasi menangkap yang merupakan tindakan reaktif, memang kita perlukan penyelesaian jangka masa panjang di mana untuk ternakan ada perundangan yang lebih ketat. Kita pastikan penternak memang menjalankan aktiviti penternakan ikut peraturan dan tidak mendatangkan masalah dan isu dan bahaya kepada penduduk sekitar dan untuk enakmen yang telah sebelum ini, Jawatankuasa Enakmen tentang cadang jawatankuasa tentang isu haiwan berkeliaran yang telah dihantar kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sebab isu ini dan enakmen ini melibatkan beberapa jabatan dan juga portfolio yang berlainan. Saya percaya isu ini akan ditelitikan oleh pihak Kerajaan Negeri dan saya tidak dapat untuk memberi jawapan tentang pendirian buat masa ini. Cuma laporan daripada jawatankuasa akan diteliti dan dimanfaatkan supaya bantu Kerajaan Negeri dalam perancangan akan datang. Supaya tindakan yang lebih holistik dapat dibuat untuk selesaikan isu ini lebih dengan lebih berkesan. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, jadi setakat ini sajalah sempat saya jawab soalan, mana-mana isu yang tidak sempat saya sentuh, akan saya jawab secara bertulis. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat dan saya akan mengambil perhatian serta tindakan ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan.

Pagi hari memetik kenanga, Disusun rapi di dalam raga, Amanah rakyat tetap kita jaga, Terus berbakti tanpa kira siapa.

Dengan itu Teja menyokong sepenuhnya Enakmen Perbekalan 2026. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Aulong untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai Dewan Negeri, pegawai pegawai kerajaan, para pemerhati dalam Dewan dan atas talian, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Pada kesempatan ini dengan penuh hormat dan takzim, patik merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghful-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 9 November lalu.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar atas pembentangan Belanjawan 2026 Negeri Perak Darul Ridzuan. Kesemua ini adalah hasil tekad usaha dan komitmen seluruh pasukan yang terlibat dalam menggarap Belanjawan 2026 yang menjadi satu manifestasi tanggungjawab kita bersama untuk membina Perak di mana setiap rakyat mempunyai peluang untuk maju, makmur dan sejahtera bersama. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 yang merekodkan sejarah baru bajet negeri Perak.

Penghargaan ikhlas juga daripada saya kepada semua yang telah memberi cadangan dan pandangan, syor dan rujukan. Belanjawan negeri yang dibentangkan setiap tahun sentiasa ditunggu-tunggu oleh segenap masyarakat seluruh pelosok negeri Perak dengan bertemakan “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera” mencerminkan pendekatan yang inklusif selaras dengan kesinambungan pelaksanaan pelan berkenaan yang berteraskan kepada lima fokus utama sebagai paksi utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan. Fokus keempat dalam Belanjawan Perak Sejahtera 2026 iaitu kelestarian alam sekitar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM75.98 juta menunjukkan iltizam dan keseriusan Kerajaan Negeri. Keseluruhan peruntukan ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri memandang serius agenda kelestarian alam sekitar sebagai satu pelaburan strategik demi kesejahteraan rakyat serta kelangsungan pembangunan negeri Perak dalam jangka masa panjang.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, kita juga harus melihat usaha kelestarian perak ini dalam konteks cabaran global yang semakin getir. Perubahan iklim, ketidaktentuan rantaian bekalan tenaga dunia, peningkatan suhu global, bencana alam yang semakin kerap serta tekanan terhadap sumber air dan makanan. Semua ini bukan lagi isu masa hadapan tetapi realiti yang sedang kita hadapi hari ini. Oleh sebab itu, pendirian Kerajaan Negeri Perak adalah jelas bahawa pembangunan tidak boleh lagi berasaskan keuntungan jangka pendek semata-mata sebaliknya mesti berpaksikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, kelestarian alam dan keadilan sosial untuk rakyat. Dalam hal ini, segala dasar yang dirangka di bawah kelestarian alam sentiasa diselaraskan dengan dasar di peringkat Persekutuan termasuk Dasar Tenaga Negara, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta komitmen Malaysia terhadap Perjanjian Paris. Perak tidak bergerak bersendirian, sebaliknya bergerak seiring dengan arus dasar nasional dan komitmen antarabangsa.

Timbalan Speaker, izinkan saya menyentuh peranan strategik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak melalui pelaksanaan inisiatif strategik GreenTech Perak 2025. Ia merupakan inisiatif strategik di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 yang diterajui oleh PNPK untuk membawa Perak ke arah ekonomi rendah karbon dan berasaskan inovasi. Inisiatif ini bukan sahaja menekankan teknologi hijau dan teknologi boleh diperbaharui, malah mengangkat prinsip ESG yang selaras dengan SDG bagi memastikan pembangunan negeri terus mampan dan rakyat menikmati kesejahteraan jangka panjang. GreenTech Perak 2025 berfungsi sebagai platform untuk mempercepat Transformasi Ekonomi Hijau Perak dengan mempamerkan inovasi terkini mempromosikan penyelesaian tenaga bersih dan ESG serta menggalakkan kerjasama rapat antara kerajaan, industry, akademi dan komuniti.

Usaha ini turut merangsang pelaburan baru dan kerjasama strategik yang memposisikan Perak sebagai ekonomi masa depan yang berfokuskan kelestarian. Program ini berasaskan lima teras utama, kesedaran dan pendidikan, penglibatan komuniti, kepimpinan ESG negeri, pembangunan kapasiti serta kolaborasi dan rangkaian. Kelima-lima teras ini secara kolektif, meningkatkan pemahaman ESG dan SDG, memupuk tanggungjawab bersama terhadap amaran lestari serta mengukuhkan kolaborasi merentas sektor. Secara keseluruhannya, rangkaian program ini mengukuhkan GreenTech Perak 2025 sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan lestari.

Seterusnya, menyokong aspirasi pembangunan jangka panjang negeri Perak. Yang Berhormat Timbalan Speaker Negeri Perak terus mencatat perkembangan pesat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui khususnya projek solar berskala besar iaitu LSS, tenaga hidro berskala kecil. Mini hidro dan janakuasa biogas. Perkembangan ini disumbang oleh Dasar Tenaga Negara, kemasukan pelaburan swasta dan dasar negeri yang menyokong pembangunan tenaga hijau secara mampan. Sehingga tahun 2025, Perak mempunyai sebanyak 28 projek Large Scale Solar (LSS) yang telah beroperasi atau sedang dibangunkan dengan kapasiti keseluruhan berjumlah 1441.3 megawatt. Ini menjadikan Perak antara negeri yang mencatat kapasiti solar terbesar di Semenanjung.

Untuk makluman Dewan yang mulia, seterusnya, saya akan menyampaikan perkembangan kemajuan enam projek Teknologi Hijau bawah urusan PKNPk. Pertama Program HLEPP iaitu Hydro Life Extension Program bagi stesen Janakuasa Hidro Temengor, Bersia, Bersia, Kenering dan Chenderoh sedang dilaksanakan oleh TNB Power Generation Sendirian Berhad iaitu TNB Genco sebagai salah satu inisiatif strategik negara dalam memperkukuhkan keupayaan tenaga boleh baharu serta memastikan kesinambungan bekalan elektrik yang stabil, berdaya tahan dan mampan untuk jangka panjang. Pelaksanaan program ini dirancang untuk tempoh lapan tahun meliputi kerja-kerja penaiktarafan dan pemodenan aset di keempat-empat stesen berkenaan.

Program berskala besar ini bertujuan memanjangkan jangka hayat aset hidro melalui penaiktarafan komponen kritikal. Pemodenan sistem kawalan, pengukuhan aspek keselamatan empangan serta peningkatan kecekapan operasi penjanaan. Pelaksanaan ini dijangka memastikan bahawa aset tenaga hijau negeri Perak terus beroperasi secara optimum dan menyumbang secara konsisten kepada grid nasional untuk sekurang-kurangnya tiga dekad akan datang. Selain manfaat teknikal, pelaksanaan HLEP turut memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri melalui pengwujudan peluang pekerjaan, penglibatan kontraktor tempatan, peningkatan aktiviti sokongan industri serta pengukuhan pemindahan teknologi strategik ke dalam ekosistem tenaga negeri. Inisiatif ini juga berperanan menyokong agenda teknologi hijau negeri dan negara di samping memberi impak ekonomi positif kepada PKNPk dan kerajaan negeri secara tidak langsung. Yang kedua perkembangan projek Hydro Hybrid Floating Solar iaitu HHFS. PKNPk bersama TNB Generation Sdn Berhad iaitu TNB Genco telah menandatangani memorandum persefahaman pada 29 Ogos 2023 bagi meneroka potensi pembangunan projek Hydro Hybrid Floating Solar dengan kapasiti sehingga 570 megawatt di empangan-empangan utama sepanjang Sungai Perak termasuk Temenggor, Bersia, Kenering dan Chenderoh. Projek ini mengintegrasikan solar terapung dengan infrastruktur hidro elektrik sedia ada selaras dengan dasar peralihan tenaga negara yang menyasarkan 70% kapasiti tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2050.

Sepanjang tahun 2024, projek rintis di Tasik Chenderoh dengan cadangan kapasiti sehingga 70 megawatt telah melalui beberapa fasa penting meliputi kajian teknikal, penilaian potensi tenaga, proses tender EPCC serta libat urus agensi berkaitan. Namun, hasil penilaian semula dari segi kos, risiko dan strategi pelaburan menunjukkan keperluan untuk menangguhkan projek di Chenderoh buat sementara waktu bagi memberi keutamaan kepada Tasik Temenggor sebagai lokasi perintis baru yang lebih strategik dan berdaya maju. Pada masa ini, projek Hydro Hybrid Floating Solar di Tasik Temenggor senang dimuktamadkan melalui penyediaan Laporan Akhir Kajian Teknikal dan Penilaian Pelaburan di samping proses libat urus intensif bersama pihak berkuasa tempatan dan agensi teknikal bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap dasar dan keperluan pembangunan negeri. Projek ini disasarkan untuk menyertai bidaan LSS6 dengan kapasiti cadangan sekitar 400 megawatt menjadikannya projek rintis hidro solar hybrid berskala besar pertama di Perak.

Selain Temenggor, dua lagi lokasi berpotensi turut dirancang sebagai fasa pengembangan masa hadapan iaitu Empangan Bersia 50 megawatt dan Empangan Kenering 50 megawatt tertakluk kepada kejayaan pelaksanaan projek rintis

Temenggor. Secara keseluruhannya, inisiatif Hydro Hybrid Floating Solar ini bakal memperkukuhkan kedudukan Perak sebagai peneraju tenaga hijau berasaskan sumber hidro dan solar hybrid di samping menyumbang kepada pembangunan tenaga lestari, peluang ekonomi baru termasuk pelaburan dan penciptaan pekerjaan dan kesejahteraan sosial serta alam sekitar jangka panjang. Yang ketiga, perkembangan projek mini hidro elektrik iaitu Hydro 2. Pada 23 Januari 2025, PKNPk telah memeterai kolaborasi agreement, Collaboration Agreement bersama KAB Energy Holding Berhad bagi pembangunan loji tenaga boleh baharu di negeri Perak meliputi projek ladang solar dan mini hidro elektrik. Dalam kerangka ini, PKNPk bertindak sebagai agensi penyelaras bagi pihak Kerajaan Negeri termasuk menguruskan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan, Pejabat Tanah dan Galian serta agensi teknikal yang berkaitan.

Melalui kerjasama strategik ini, PKNPk dan KAB Energy telah berjaya memenangi 2 bidaan projek hidro kuasa kecil di bawah Skim Feed in Tariff (FIT 2.0) yang dikendali oleh SEDA. Pengumuman rasmi kejayaan ini dibuat oleh SEDA pada 18 Julai 2025 di bawah inisiatif Hydro 2. Kedua-dua projek ini akan dilaksanakan di lokasi milik Kerajaan Negeri Perak yang telah dikenalpasti iaitu Sungai Pulau daerah Hulu Perak dan Sungai Woh daerah Batang Padang. Secara keseluruhan, projek ini melibatkan pelaburan bernilai RM102.32 juta dan dijangka menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh agenda tenaga boleh baharu negeri Perak. Keempat, perkembangan projek ladang solar berskala besar di Mukim Kampong Gajah. PKNPk telah diberi mandat melalui ketetapan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan MMK Perak bertarikh 15 Julai 2025 sebagai agensi penyelaras pembangunan tenaga boleh baharu di Kampong Gajah dan Pasir Panjang Hulu daerah Perak Tengah. Selaras dengan mandat tersebut, Kerajaan Negeri telah merizabkan 2826.71 ekar untuk plot satu dan 102.47 ekar plot 2 untuk pembangunan renewable energy hub oleh PKNPK. Proses pewartaan rizab tanah ini sedang berjalan bagi melaksanakan agenda ini

PKNPk telah menjalin kerjasama strategik dengan KAB Energy bagi pembangunan projek ladang solar berskala besar. KAB Energy Holdings Berhad kini sedang menjalankan kajian kebolehan kebolehlaksanaan di sebahagian besar plot 1 seluas kira kira 631.023 ekar merangkumi penilaian potensi tenaga, kemampuan teknikal dan daya maju projek. Berdasarkan anggaran awal, pelaburan pembangunan ladang solar ini berjumlah sekitar RM726 juta. Setelah kajian kebolehlaksanaan disah berdaya maju, PKNPk dan KAB Energy akan memeterai perjanjian terperinci meliputi Operational Agreement, Shareholders Agreement dengan izin serta perjanjian berkaitan sebelum pelaksanaan projek dimulakan. Projek ini dirancang melalui skim CRESS iaitu Corporat Renewable Energy Supply Scheme untuk menyediakan bekalan tenaga hijau kepada pelanggan korporat seperti green consumer atau optikal.

Yang kelima, status terkini cadangan pembangunan ladang solar di Mukim Chenderiang daerah Batang Padang. Cadangan pembangunan ladang solar berkapasiti sekitar 60 megawatt di atas tanah milik PKNPk di Mukim Chenderiang telah dirangka dengan kerjasama Maju Perak Holding Berhad bersama VSD Automation Sendirian Berhad sebagai rakan pemaju. Projek ini dirumus bagi menyokong agenda negeri dalam memperkukuh tenaga boleh baharu dan menyediakan bekalan elektrik hijau kepada pelanggan korporat serta sektor industri. Namun, projek tersebut tidak berjaya di bawah inisiatif bidaan LSS5 tambahan kerana tarif yang ditawarkan oleh VSD Automation sebanyak RM16.08 sen kilowatt hour tidak kompetitif berbanding purata tarif pembida yang berjaya iaitu sekitar RM0.13 kilowatt hour. Keputusan ini membuka ruang kepada PKNPk dan Maju Perak untuk menilai semula pendekatan yang lebih sesuai dengan dinamik pasaran semasa dan keperluan strategik tenaga negeri.

Sehubungan itu, PKNPk dan Maju Perak kini menyusun semula pelaksanaan projek melalui skim CRESS iaitu Corporat Renewable Energy Supply Scheme yang menawarkan model yang lebih fleksibel dan berdaya maju. Penilaian keberhasilan sedang dijalankan bagi tapak di Mukim Chenderiang termasuk kajian teknikal, kesesuaian tanah serta analisis potensi penjanaan tenaga bagi memastikan projek dapat dilaksanakan secara optimum dan mampan dan yang keenam, prestasi pendapatan operasi ladang solar Keramat Pulai. Ladang solar Keramat Pulai dibangunkan oleh PKNPK Perak melalui anak syarikatnya Maju Perak sejak tahun 2013 dengan kapasiti terpasang 1.5 megawatt. Sejak beroperasi pada tahun 2015 ladang solar ini terus menjadi sumber pendapatan mampan bagi kumpulan PKNPk melalui penjanaan tenaga boleh baharu. Bagi tempoh operasi dari 2015 hingga Oktober 2025, jumlah pendapatan operasi terkumpul adalah sebanyak RM19,535,912.42 menunjukkan keupayaan projek ini menjana pulangan berterusan serta menyumbang kepada agenda tenaga hijau negeri. Penjanaan tenaga ini telah menyumbangkan kepada pendapatan tahunan kepada Maju Perak bagi tahun 2024 sebanyak RM1,771,366.58, tahun 2025 setakat Oktober RM1,565,157.49. Dari segi prestasi tahun semasa pendapatan operasi bagi Januari hingga Oktober 2025 mencatat peningkatan 3.1% berbanding tempoh sama pada tahun 2024. Peningkatan ini didorong oleh usaha berterusan meningkatkan kecekapan operasi termasuk pelaksanaan penyelenggaraan pencegahan iaitu preventive maintenance dengan izin bagi mengurangkan down time serta kerja pencucian panel solar secara berkala untuk memastikan penjanaan tenaga berada pada tahap optimum. Secara keseluruhan prestasi ladang solar Keramat Pulai mengesahkan keberkesanan strategi operasi dan komitmen PKNPk melalui Maju Perak dalam memperkukuhkan pembangunan tenaga boleh baharu di negeri Perak seterusnya menyumbang ke arah kelestarian ekonomi dan alam sekitar.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Jabatan Perhutanan Negeri Perak sangat komited dalam usaha memelihara dan memulihara hutan simpanan kekal termasuk kepelbagaian biologinya. Sehingga November 2025 beberapa pencapaian telah diperolehi seperti berikut. Pertama kejayaan pewartaan Hutan Simpanan Kekal yang baru seluas 887.24 hektar yang dinamakan sebagai Hutan Simpan Ulu Slim di daerah Hutan Perak Selatan seluas 846.36 hektar dan Hutan Simpan Bakau Kuala Gula seluas 40.88 hektar di daerah Hutan Larut Matang. Pewartaan ini telah menjadikan keluasan keseluruhan Hutan Simpan Kekal Negeri Perak seluas 988,412.84 hektar.

Bagi mengukuhkan pengurusan hutan di Hutan Simpan Bakau Kuala Gula, Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menyediakan Pelan Pengurusan Hutan Simpan Kuala Gula bagi tempoh 2026 hingga 2030. Yang kedua berdasarkan peruntukan yang diterima pada tahun 2025, Jabatan Perhutanan Negeri Perak juga telah menyelaraskan aktiviti penanaman pokok bagi meningkatkan kualiti kawasan berhutan yang miskin dan yang ketiga selain itu Jabatan Perhutanan Negeri Perak bersama pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi serta masyarakat setempat komited dalam melaksanakan program penghijauan

Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kawasan berhutan di negeri Perak. Sehingga November 2025 sebanyak 11.27 juta pokok telah berjaya ditanam di seluruh negeri Perak. Pencapaian ini telah melebihi sasaran tanaman iaitu sebanyak 10 juta pokok sehingga tahun 2025.

Selain itu, pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd telah melaksanakan audit pemantauan bagi pengurusan hutan secara berkekalan pada September 2025 yang lalu. Hasil pengauditan tersebut mendapati pensijilan pengurusan hutan di negeri Perak dikekalkan sehingga 31 Mei 2029. Pengekalan pensijilan ini membuktikan bahawa hutan simpanan kekal di negeri Perak telah diurus di bawah sistem pengurusan hutan secara berkekalan dan mengikut amalan piawaian antarabangsa. Selain itu wakil kerajaan natural juga telah melaksanakan lawatan kerja Programme for the Endorsement of Forest Certification dan Timber Procurement Assessment Committee dengan izin bagi menilai pensijilan pengurusan hutan secara lestari di Malaysia pada Februari 2025 yang lalu. Negeri Perak merupakan salah satu lokasi lawatan kerja tersebut selain Sarawak. Hasil penilaian tersebut mendapati kerajaan Netherlands berpuashati dengan pensijilan pengurusan hutan secara lestari yang dilaksanakan dan telah mengemukakan surat penghargaan kepada pihak yang terlibat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menurut laporan Jabatan Perhilitan Negeri Perak, walau pun tahun 2025 merupakan tahun yang amat mencabar pelbagai kejayaan telah dicapai. Ia telah dibuktikan dengan komitmen, keberanian dan kesungguhan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Negeri Perak serta hasil yang membanggakan. Izinkan saya untuk berkongsi kejayaan yang telah dicapai dalam penguatkuasaan Akta Pemuliharaan 2010 iaitu Akta 716 Konservasi Hidupan Liar Pelaksanaan Program Pendidikan dan Kesedaran Awam. Pertama…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

YB Exco, saya tunggu lama dah tajuk Perhilitan. Celah sikit. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bila sebut tentang Perhilitan, kawasan saya Dun Alor Pongsu bab solar bab apa tadi perhutanan kami tak minat yang itu. Masalah utama yang melibatkan Perhilitan di kawasan saya gangguan monyet terrible. Gangguan yang ni saya nak sebut ni, saya baru terlibat dengan satu operasi, saya tak tahu nak sebut babi hutan ke khinzir hutan. Saya join pegawai-pegawai itu. Sebelum ini kalau kita nak buat operasi senapang ada peluru tak ada. Kami YB Adun terpaksa cari duit. Yang terbaru ni saya pergi bawa senapang, satu pegawai dapat 8 biji peluru je. Babi gelak sorry. Khinzir gelak je tengok. Jadi saya minta YB Exco pastikan, saya tahu peruntukan naik. Pastikan supaya perangkap untuk perangkap monyet ni ditambah, dibaik pulih dan peluru mencukupi. Terima kasih YB Exco.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu. Masalah yang dihadapi itu diambil maklum dan kita akan menangani dengan secepat mungkin. Pertama saya sambung balik penggulungan saya. Pertama dalam aktiviti penguatkuasaan jenayah hidupan liar, jabatan telah melaksanakan 148 operasi penguatkuasaan termasuk operasi bersepadu, khazanah, pemeriksaan premis perniagaan dan pameran, sekatan jalan raya, operasi pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand, operasi jerat dan rondaan musim perayaan. Sebanyak 19 tangkapan telah dibuat, 1 tangkapan melibatkan pesalah warganegara asing. Seramai 3 individu berasal daripada Indonesia yang terlibat dalam pemburuan haram dan pemilikan tidak sah spesis terancam. Lebih 189 dilindungi dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716 telah diselamatkan daripada aktiviti haram termasuk Harimau Malaya, kijang, ular, kura-kura, beberapa spesies burung terancam serta pelbagai spesies hidupan liar eksotik. Ini menunjukkan bahawa alam sekitar negeri Perak tidak diperalatkan oleh kegiatan haram dan bahawa pegawai kita sentiasa berada di barisan hadapan untuk melindungi hidupan liar. Kedua, dalam konservasi dan pemuliharaan, jabatan telah melaksanakan 11 operasi membasmi musuh tanaman di daerah Hulu Perak, Lenggong, Kerian, Perak Tengah, Teluk Intan dan Selama bagi menangani keresahan penduduk dengan kehadiran kera dan babi hutan yang merosakkan tanaman harta benda dan menimbulkan ketakutan. Saya rasa ini termasuk juga yang

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

YB Exco.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

...dibangkit Oleh Alor Pongsu kan tadi.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

YB ada sebut tadi berkenaan untuk membenteras ataupun mengatasi khususnya kera lah. Cuma sedikit pertanyaan daripada Perhilitan, adakah ada bajet untuk sangkar dan 1 PBT ataupun daerah dapat berapa sangkar tersebut dan bagaimana dia beroperasi? Adakah dia kekal pada satu kawasan atau tiada akan di rotate benda itu? Ok terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih kubu Gajah. Untuk makluman Kubu Gajah bajet tahun ini, tahun depan telah memperuntukkan RM1 juta kepada Perhilitan. Saya rasa sebahagian besar itu akan digunakan untuk membuat...membina sangkar yang baru untuk operasi-operasi yang akan datang. Ok. Saya teruskan dengan penggulungan saya. Yang kedua melaksanakan 13 operasi translokasi gajah liar...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Timbalan Speaker, YB Exco minta laluan sikit mengenai dengan hidupan liar. Ok, yang lain tengok dia sebab penting sebab malam ada bangkit mengenai dengan pagar gajah khususnya di kawasan...

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ha ini saya nak masuk gajah ini.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Lenggong kawasan Yang Amat Berhormat juga. Cuma nak bagi tahu, cuma sekarang ini semua kampung-kampung di seberang Sungai Perak itu, Kampung Beng, Kampung Luat, Kampung Cepor tak boleh nak tanam dan disitu ada pagar gajah, pagar untuk jaga gajah. Yang hairannya bila pagar gajah itu ada, gajah itu di dalam pagar ini.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Nanti akan di...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nanti sat nak bagi tahu. Jadi kalau boleh,

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Bukan, nanti saya akan maklumkan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita tengok macam...

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Dah ada, belum sampai lagi...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Belum sampai. Ok.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ok terima kasih Gunong Semanggol dan saya teruskan. Nombor 2, melaksanakan 13 operasi translokasi gajah liar di Gerik dan Sungai Siput dengan melibatkan perpindahan sebanyak 33 ekor gajah liar dan yang ketiga memantau 4 kawasan rizab hidupan liar, memastikan ekosistem negeri kekal seimbang dan lestari. Kejayaan ini bukan sahaja memulihkan memulihkan populasi spesies terancam tetapi juga menegaskan bahawa Perak komited menjadi negeri yang memelihara biodiversiti dan kekayaan alamnya. Nampak tak, kita kena ada satu titik keseimbangan pada masa kita menjaga tanaman usahawan-usahawan kita itu, kita kena jaga juga, ok binatang, haiwan-haiwan liar ini dan memastikan mereka ditempatkan pada tempat yang sesuai.

Ok, yang ketiga, pendidikan dan kesedaran awam adalah tonggak kejayaan jangka panjang. Sepanjang tahun ini, jabatan telah menganjurkan 41 program kesedaran awam melibatkan lebih 3,400 peserta termasuk sekolah, komuniti kampung dan organisasi belia. Melalui lawatan sambil belajar, ceramah-ceramah, bengkel bersama pemegang taruh dan kem komuniti. Masyarakat kini lebih sedar prihatin dan terlibat secara aktif dalam pemuliharaan hidupan liar. Ini membuktikan bahawa perubahan bermula daripada kesedaran rakyat sendiri dan keempat, sokongan Kerajaan Negeri Perak adalah asas kejayaan ini. Peruntukan kewangan melalui peruntukan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation dan pembangunan sebanyak RM572 ribu telah disalurkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tahun ini dan tahun depan dalam bajet seperti yang disebut dalam bajet, ia melibatkan jumlah sebanyak RM1 juta. Dengan peruntukan ini, pelaksanaan pemeliharaan fasiliti kenderaan, operasi, perolehan, peralatan serta kelengkapan dan latihan pegawai telah dilaksanakan bagi memastikan jabatan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap dan berkesan. Berhormat Timbalan Speaker. Taman Negeri Royal Belum berjaya mencatat...

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Timbalan Speaker, mohon mencelah.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ok.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Sekejap saja. Tadi sebut, kita sebut sangkar tadi kan untuk menangkap monyet tadi ini ke monyet ini. Cuma saya nak tahu la selepas tangkap itu ke mana kita nak letak. Sebab banyak orang cakap tangkap dekat Gunong Semanggol hantar dekat Taiping, hantar dekat Taiping, hantar dekat sini. Jadi apakah kaedah yang sesuai kerana kita, saya rasa dapat halangan dari pencinta-pencinta haiwan ini. Jadi apakah solution nya dalam berkaitan cadangan ini?

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Ok saya rasa untuk jawapan ini, saya perlu jawab secara bertulis kepada Pengkalan Baharu. Ok, Yang Berhormat Timbalan Speaker, Taman Negeri Royal Belum berjaya mencatatkan julat sifar iaitu zero snare untuk tahun 2025 sehingga bulan November. Ini merupakan komitmen dan hasil usaha daripada pegawai-pegawai penguatkuasaan Taman Negeri Royal Belum. Projek Stampede WWF Malaysia, Unit Rondaan Menraq (RIMAU), Renjer Komuniti Jabatan Perhilitan Operasi Bersepadu Khazanah, Komuniti Orang Asli setempat dan penaja-penaja termasuk Yayasan Sime Darby. Kejayaan julat sifar juga dicapai pada tahun 2024, menunjukkan komitmen dan usaha konsisten dalam anti pemburuan haram. Pada bulan Ogos 2025, Perbadanan Taman Negeri Perak menganjurkan sambutan Hari Harimau Sedunia di Gerik dengan sokongan Majlis Daerah Gerik, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan Lenggong Geopark, WWF Malaysia, RIMAU Malaysia Nature Society, The Habitat Foundation, Amanah Lestari Alam, TRCRC, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Pelancongan Tasik Temenggor gred warna, Koperasi Orang Asli, Sungai Tiang dan rakan-rakan kerjasama. Program yang bertema Lindungi Harimau, Hutan Lestari, Komuniti Sejahtera dengan tujuan memberi kesedaran mengenai usaha konservasi yang dijalankan di Hulu Perak dan faedah servis, ekosistem dan limpahan ekonomi kepada komuniti.

Program ini berjaya menarik penglibatan 3,000 orang melalui pelbagai aktiviti pertandingan dan pameran. Pada bulan Ogos 2025, satu program perkongsian pengetahuan telah dianjurkan di Taman Negeri Royal Belum oleh Perbadanan Taman Negeri Perak sempena Hari Renjer Sedunia dengan tema Memupuk Profesional Pasukan Renjer di Barisan Hadapan Konservasi. Program ini disertai 45 renjer dari agensi-agensi kerajaan iaitu Taman Negara Johor, Taman Negeri Terengganu, Taman Negeri Pahang, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan dan badan-badan bukan kerajaan termasuk WWF Malaysia, Nature Based Solution, Wildlife Conservation Society, Pantai Ria serta 2 kawasan perlindungan di Thailand yang bersempadan dengan Taman Royal, Taman Negeri Royal Belum iaitu Taman Negara Bang Lang dan Sanctuary Hidupan Liar Hala-Bala.

Untuk makluman Dewan yang mulia sepanjang tahun 2025, 1,800 sorry, maaf. 1,085 kilo sampah berjaya dikumpul melalui aktiviti pembersihan pantai Pulau Lalang, Pulau Rumbia dengan kerjasama daripada Renjer Komuniti Royal Belum dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam. Manakala pukat hantu seberat 1,308 kilo berjaya dibersihkan melalui lima siri pembersihan yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Perak, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim serta badan bukan kerajaan Nature…Nature and Ocean…Ocean Graphic Advocation Society dan pada Ogos 2025, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan mencemar duli ke Taman Negeri Pulau Sembilan sempena Program Melabur Tukun dan Konservasi Pulau Sembilan yang merupakan kolaborasi Perbadanan Taman Negeri Perak dan Jabatan Perikanan Negeri Perak. Aktiviti yang telah dijalankan adalah pembersihan pantai, pembersihan pukat hantu dan melaburkan sebanyak 12 tukun tiruan di perairan Kumpulan Perairan Kepulauan Sembilan oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak. Dalam aspek konservasi marin pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Segari dan Teluk Ketapang Pangkor di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia, negeri Perak terus memainkan peranan penting dalam usaha pemuliharaan dan pengurusan lestari populasi penyu di negeri ini.

Sepanjang 2025 sejumlah keseluruhan kedua-dua pusat telah berjaya mengeramkan sebanyak 3708 biji telur penyu dengan selamat di bawah jagaan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu. Selain itu, program pelepasan penyu ke perairan negeri Perak juga dilaksanakan sebagai usaha peningkatan kelangsungan hidup spesies ini.

Sebagai contoh, pada 16 Ogos 2025 Jabatan Perikanan Perak telah melepaskan dua ekor penyu agak dewasa yang berumur 20 tahun yang telah dilekatkan bersama Sea Turtle GPS Tracker. Data satelite menunjukkan penyu yang dijaga oleh pusat konservasi dan penerangan penyu telah bergerak jauh sehingga ke perairan Medan dan Kepulauan Natuna, Indonesia bagi mencari makanan. Rekod ini penting bagi memastikan penyu tersebut mampu menerusi kelangsungan hidup di habitat liar. Jabatan Perikanan turut melaksanakan program memburu ikan asing di beberapa lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kritikal. Pada tahun 2025, sebanyak tiga siri program telah dilaksanakan dan telah berjaya mengeluarkan sebanyak 9.4 tan metrik metrik tan ikan asing terutamanya dengan penangkapan sebanyak 34,379 ekor. Ikan asing terutamanya ikan bandaraya dan baung ekor merah daripada perairan umum negeri Perak. Timbalan Yang Berhormat Timbalan Speaker, lima minit lagi. Ok.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Yang Berhormat Timbalan Speaker, berhubung…berhubung pengurusan e-Waste oleh oleh Jabatan Alam Sekitar sebanyak 11 premis berlesen dipantau secara berkala manakala premis haram telah dikenakan tindakan tegas sepanjang 2025, 88 pemeriksaan 10 penahanan operasi dan sembilan kertas siasatan telah dilaksanakan. Sebanyak 167 program pengukuran e-waste melibatkan 138 tan sisa elektronik turut dijalankan bersama sekolah, masjid dan komuniti. Isu kemasukan e-Waste dari luar negara turut diberi perhatian serius. Melalui operasi bersepadu bersama pelbagai agensi penguatkuasaan yang diketuai oleh PGA iaitu Pasukan Gerakan Am. Dalam soal penguatkuasaan, Kerajaan Negeri mengambil pendirian yang tegas dan tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk pencemaran sama ada melibatkan e-Waste, sisa industri pembalakan haram atau pencerobohan kawasan sensitif.

Menjawab isu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Pengkalan Hulu bahawa penubuhan agensi Alam Sekitar di Hulu Perak merupakan satu cadangan yang bernas dan selaras dengan hasrat untuk memperkukuhkan tadbir urus alam sekitar di kawasan berisiko tinggi. Namun demikian, cadangan ini memerlukan penelitian yang komprehensif khususnya dari segi kesesuaian mekanisme pelaksanaan struktur pentadbir urus, keperluan penjawatan dan implikasi kewangan dan juga perundangan sebelum dapat dipertimbangkan secara menyeluruh oleh Kerajaan Negeri. Buat masa ini sebelum penubuhan mana-mana entiti baru dimuktamadkan, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa keutamaan adalah untuk memperkukuh pendekatan The Whole-of-Government approach iaitu pelaksanaan yang melibatkan kerjasama bersepadu antara pelbagai agensi teknikal, penguatkuasaan dan pihak berkuasa tempatan. Pendekatan ini diyakini dapat memastikan isu pencemaran, penguatkuasaan alam sekitar serta pemeliharaan ekosistem di Hulu Perak ditangani secara lebih terancang, efektif dan berimpak tinggi.

Berhubungan konflik hidupan liar pula, kerajaan negeri melalui Perhilitan dan Jabatan Perhutanan melaksanakan pelbagai langkah mitigasi termasuk pagar elektrik, perangkap, pemantauan elektrik, elektronik, pemantauan elektronik dan pendidikan komuniti. Sistem pembalakan yang diamalkan pula adalah secara selektif Management System dengan pemantauan ketat kepada EIA dan Reduce Impact Logging. Pemantauan Satellite Zone dan rondaan bersepadu sentiasa dijalankan bagi memastikan habitat hidupan liar dilindungi. Rangkaian Central Forest Spine seluas lebih 54,000 hektar turut menjadi benteng ekologi bagi mengurangkan konflik manusia dan hidupan liar.

Demi kelestarian alam segala usaha ini dilaksanakan dengan komitmen penuh bahawa Kerajaan Negeri Perak tidak akan berganjak daripada agenda kelestarian sejajar dengan Aspirasi Perak Sejahtera 2030 serta selaras dengan titah Tuanku Sultan agar alam sekitar negeri ini terus terpelihara untuk generasi akan datang. Kejayaan yang dicapai adalah hasil kerjasama kerajaan, jabatan NGO, sektor swasta dan rakyat. Kita mesti melihat agenda kelestarian ini bukan sekadar sebagai satu polisi pentadbiran lima tahun tetapi sebagai amalan amanah antara generasi. Apa sahaja keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan kualiti kehidupan anak dan cucu kita pada masa hadapan. Jika kita gagal menjaga hutan sungai, laut dan udara hari ini, maka generasi akan datang terpaksa menanggung akibatnya dalam bentuk bencana alam, kekurangan sumber dan kos pemulihan pemulihan yang jauh lebih besar. Justeru, Kerajaan Negeri memilih untuk membuat keputusan yang mungkin sukar dalam jangka pendek tetapi betul dan bertanggungjawab dalam jangka panjang. Marilah kita teruskan komitmen bersama untuk memastikan Perak kekal sebagai negeri yang hijau, lestari, selamat dan sejahtera.

Dengan ini, saya mengakhiri penggulungan ini sekali lagi saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang amat prihatin terhadap isu-isu Belanjawan 2026 di bawah sains alam sekitar dan teknologi hijau. Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius dalam segala cadangan yang telah dikemukakan dan akan menambah baik perkara-perkara yang telah dibangkitkan. Saya mengakhiri dengan Aulong menyokong Belanjawan 2026. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada YB Exco. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Temengor untuk menggulung perbahasan, dipersilakan.

Auzubillah minashaitan nirajeem. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, rakan-rakan Exco, Ahli-Ahli Yang Berhormat sama ada di pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang, rakan-rakan media, ketua-ketua jabatan yang ada pada petang ini. Terima kasih saya ucapkan di atas komitmen semua.

Alhamdulillah, saya ingin menzahirkan rasa setinggi tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat dan limpah rahmat dan kasih sayangnya, kita semua dapat berkumpul bersama-sama di dalam Dewan yang mulia ini untuk saling bertukar pandangan dalam memperhalusi Belanjawan 2026, Negeri Perak Darul Ridzuan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada 25 November yang lalu. Pada kesempatan ini juga izinkan saya dengan penuh hormat dan takzimnya, merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda. Didoakan Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa beroleh keafiatan dilimpahi kerahmatan dan keampunan

Allah SWT serta dikurniakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk terus memayungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya untuk turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak daripada Kota Tampan dan seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Perak di atas kejayaan mengemudi Kerajaan Negeri dengan cukup baik dan cemerlang apabila menyaksikan ekonomi negeri telah merekodkan momentum pertumbuhan secara konsisten untuk tiga tahun berturut-turut dan mencatatkan surplus dan tahun ini mencatatkan RM62.4 juta surplus iaitu angka tertinggi yang pernah direkodkan dalam sejarah. Hasil iltizam, kesungguhan dan tatakelola yang cekap oleh seluruh jentera pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Kota Tampan, alhamdulillah, Belanjawan Tahun 2026 telah mencipta sejarah baru lagi kepada Negeri Perak apabila menjadi belanjawan terbesar dalam sejarah negeri dengan anggaran RM1.62 bilion yang saya kira cukup baik dan tahniah saya ucapkan.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat meneruskan ucapan penggulungan, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam sesi perbahasan belanjawan selama tiga hari minggu lalu. Seramai 16 orang ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan portfolio saya. Bagi sesi penggulungan hari ini, saya akan cuba sehabis baik untuk memberi respon dan maklum balas terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan serta menjelaskan isu-isu dasar mengikut beberapa tema. Perkara-perkara spesifik dan operasi akan dirumus secara umum bagi menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, semua isu yang dibangkitkan akan diambil perhatian oleh pihak saya dan jawapan bertulis telah pun dikemaskini di dalam sistem yang disediakan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat saya memulakan penggulungan untuk menjawab persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ayer Kuning berkenaan Pusat Sehenti. Untuk makluman, Yang Berhormat Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program One Stop Centre Sejahtera Sosial Negeri Perak yang telah melaksanakan pendekatan bersepadu merentas semua agensi kerajaan bagi membasmi kemiskinan tegar dan mengelakkan isu rumah-rumah miskin yang akan jatuh daripada kategori miskin tegar. Pelaksanaan One Stop Centre dipacu oleh taskforce Pejabat Daerah yang bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri dan ICU Perak. Pasukan ini menyelaras data menjalankan verifikasi rumah ke rumah dan menilai keperluan sebenar setiap keluarga. One Stop Centre telah diadakan di 24 mukim yang telah dikenal pasti mempunyai bilangan miskin tegar atau miskin yang tinggi. Pada tahun ini, pendekatan ini dibuat apabila kita fokus kepada mukim-mukim ialah untuk memastikan tiada keciciran, tiada pertindihan bantuan dan setiap keluarga menerima intervensi yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Jadi program-program One Stop Centre ini kita lakukan semenjak 2023 lagi. Kita turun ke daerah-daerah dan kita beri penekanan kepada kumpulan sasar kita untuk memastikan mereka diberi ruang yang secukupnya sama ada untuk mendapatkan bantuan, padanan latihan, intervensi yang berkaitan dengan peluang-peluang yang disediakan oleh mereka. Kita bawakan banyak agensi untuk turun untuk memudahkan kumpulan sasar kita mendapat akses yang sepatutnya. Seterusnya, saya turut akan menyentuh berkenaan persoalan-persoalan berkenaan isu warga emas yang menjadi antara topik penting oleh Yang Berhormat daripada Kamunting. Pantai Remis, Malim Nawar dan juga Pokok Assam. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Kamunting, Kerajaan Negeri amat menyokong segala usaha ke arah penjagaan komuniti iaitu community based. Usaha ini mampu direalisasikan hasil usahasama erat daripada pihak NGO, JKM dan agensi kesihatan untuk kita mewujudkan pusat jagaan harian, pusat aktiviti warga emas serta program lawatan komuniti-komuniti outreach dan inisiatif ini membolehkan warga emas mendapatkan sokongan asas tanpa perlu ditempatkan di pusat jagaan penuh dan jawapan pun saya telah berikan pada sidang yang lepas pada minggu lepas kepada isu yang dibangkitkan berkaitan dengan penjagaan warga emas ini.

Sekreteriat Pembangunan Wanita dan Masyarakat turut menyokong pelaksanaan inisiatif ini melalui program Santunan Kasih yang merangkumi komponen latihan penjagaan Cagiva Training, Ziarah Kasih Warga Emas, Pembangunan Modal Insan di Pusat Aktiviti Warga Emas PAWE serta Program Warga Emas WE FIT dengan kerjasama bersepadu pelbagai agensi kerajaan, swasta dan juga badan bukan kerajaan. Bagi cadangan berkenaan insuran kepada warga emas yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pantai Remis pula. Untuk makluman, Yang Berhormat, cadangan mengenai insurans penjagaan jangka masa panjang merupakan satu inisiatif yang bernilai dan relevan selaras dengan perkembangan demografi serta peningkatan keperluan penjagaan warga emas di negeri Perak ini. Isu ini telah pun disentuh dalam beberapa perbincangan dasar turut diangkat dalam analisis ataupun analisa berkaitan kesejahteraan sosial seperti yang digariskan dalam Perak Economic Outlook serta perbincangan mengenai rangka Society Safety Net Negeri Perak di dalam retreat di Sabah pada tahun 2024.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung pelaksanaan atau model skim ini. Kerajaan Negeri bersedia untuk meneliti cadangan ini dengan lebih rapi dan strategik sebelum sebarang keputusan dipertimbangkan pada peringkat dasar. Yang Berhormat dari Malim Nawar pula telah bertanyakan berkenaan penubuhan pusat asuhan warga emas di Malim Nawar. Untuk makluman, Yang Berhormat Kerajaan telah menyediakan satu pusat bagi warga emas yang dikenali sebagai Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas yang melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan, NGO dan untuk makluman Yang Berhormat sehingga tahun ini terdapat 23 buah PAWE yang telah ditubuhkan di seluruh negeri Perak dan salah satu daripadanya adalah PAWE Kampar yang dijangka akan beroperasi pada Disember 2025 dan konsep PAWE bukanlah konsep dijadikan pusat penjagaan kepada warga emas. Ia lebih kepada pusat untuk beraktiviti sosial dan sebagainya bagi kita menangani isu-isu warga emas yang tidak disantuni ya. Kita berikan program-program. Program-program bersifat kerohanian dan sebagainya. Selain itu juga untuk maklumat Yang Berhormat, Kompleks Ehsan yang menempatkan khusus bagi warga emas terlantar sedang disiapkan di Slim dan dijangka beroperasi pada tahun 2027.

Saya beralih kepada persoalan yang diajukan oleh Yang Berhormat daripada Pokok Assam yang bertanyakan berkenaan usaha Kerajaan Negeri mengukuhkan infrastruktur dan perkhidmatan kepada masyarakat warga emas. Sekretariat Wanita Perak menyambut baik cadangan ini dan menyatakan sokongan penuh terhadap usaha mengukuhkan infrastruktur serta perkhidmatan bagi warga emas. Sekretariat Wanita Perak juga turut menggalakkan pelaksanaan program-program Kesihatan Komuniti di kawasan yang mempunyai populasi warga emas yang tinggi seperti di Taiping, di Kampar yang dikategorikan sebagai Friendly City yang berbentuk sokongan terhadap warga emas. Sehingga November 2025, Sekretariat Wanita Perak melalui Program Warga Emas Fit atau WE FIT telah berjaya menyantuni 1417 orang warga emas di 9 lokasi yang terpilih di seluruh Negeri Perak. Dan inisiatif ini merupakan komitmen berterusan STW dalam mempromosikan penuaan sihat, kesejahteraan aktif dan penyertaan sosial warga emas melalui usaha-usaha yang dibuat oleh Sekretariat Wanita dan akan terus memperluaskan program ini dan juga mempertimbangkan lokasi-lokasi tambahan bagi memastikan lebih ramai warga emas dapat menerima manfaat secara inklusif dan berterusan menjelang tahun 2026.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya beralih pula kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Trong berkenaan kebajikan bagi OKU dan warga emas di PPS. Sebelum itu, izinkan saya juga turut untuk menzahirkan ucapan takziah kepada semua rakyat yang telah menjadi mangsa banjir dalam tempoh yang getir minggu lalu dan minggu ini. Bahkan pada hari ini kita masih ada lagi lebih kurang tiga puluh PPS yang dibuka di lima daerah. Semoga setiap dari mangsa dan juga ahli keluarga tabah dalam menghadapi ujian yang berat ini dan saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, kepada NGO-NGO pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya yang sentiasa cakna untuk membantu PPS terutamanya ada yang membangkitkan isu-isu makan. Kenapa dekat PPS ini dapat makan lebihan? Kenapa PPS ini yang tak dapat makan lebih itu saya nak merakamkan ucapan ribuan terima kasihlah kepada NGO-NGO atau orang perseorangan syarikat yang turut sama menyumbangkan makanan walaupun secara asasnya dimana-mana PPS yang dibuka JKM kita akan sediakan 4 kali makan dengan peruntukkan lebih kurang RM42 untuk 4 kali makan sehari dan untuk makluman Yang Berhormat Peranan Jabatin Jabatan Kebajikan Masyarakat PPS adalah mengikut Peraturan Tetap Operasi PPO Bencana 2018 merangkumi penerimaan dan pendaftaran mangsa. Pembekalan makanan serta barang keperluan bantuan bencana, penyaluran bantuan kepada mangsa berpindah dan tidak berpindah termasuk mangsa yang terkandas, terkepung ataupun terputus hubungan. Pelaksanaan intervensi krisis dan juga sokongan psikologi sosial. Penyediaan aktiviti di pusat pemindahan, pengurusan sukarelawan JKM serta mobilisasi pegawai dan kakitangan kita lakukan sehabis dan semampu yang mungkin. Kerajaan Negeri mengambil maklum akan cadangan YB berkaitan penyediaan fasiliti, warga emas dan OKU di pusat pemindahan sementara PPS.

Pemilihan premis untuk dijadikan PPS mengambil kira beberapa faktor seperti kesesuaian lokasi, keselamatan serta kemudahan asas yang disediakan. Terdapat PPS yang dijadikan PPS yang mempunyai kemudahan tandas OKU bergantung kepada struktur premis tersebut. Ada ada PPS yang telah pun fasilitinya lengkap untuk kemudahan OKU dan sebagainya. Selain itu juga, penyediaan katil untuk warga emas akan dilihat berdasarkan kesesuaian dan keperluan. Terdapat juga pelbagai pihak yang turut memberi sumbangan menyediakan kemudahan tersebut terutamanya syarikat swasta, NGO dan orang perseorangan.

Usaha-usaha ini dilakukan mengikut pentadbiran-pentadbiran daerah dan saya mohon kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya ada kes-kes tertentu yang menyebabkan ada di kalangan warga emas yang pada dasarnya tidak boleh untuk berada di atas toto yang disediakan dan sebagainya, maklum kepada pentadbiran daerah dan kita akan usahakan untuk memastikan sehabis dan semampu yang boleh keselesaan diberikan. Bahkan, saya mengucapkan ribuan terima kasih sebagai contoh, usaha yang dibuat oleh Puan Pegawai Daerah Hilir Perak menempatkan warga emas di penempatan yang selesa sebab kita kena cuba untuk menyesuaikan dengan keadaan apabila berlaku bencana dalam tempoh yang sama di beberapa tempat, kita menghadapi beberapa kekangan dan ini secara peribadi saya nak ucapkan ribuan terima kasihlah kepada pegawai-pegawai daerah yang menjadi Pengerusi Bencana Daerah sehabis baik semampu yang boleh menyelaraskan bersama-sama dengan agensi untuk memastikan keselesaan dapat diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir terutamanya di PPS.

Seterusnya, Yang Berhormat Pasir Pinji telah bertanyakan adakah bantuan orang kurang upaya orang kurang upaya OKU boleh ditukarkan kepada bantuan warga emas kepada mereka yang mencecah usia 60 tahun boleh, tetapi ia tidaklah berlaku secara automatik. Ya, ia perlulah dibuat permohonan untuk kita, kita tukar skim daripada skim bantuan kepada OKU kita tukar skim kepada bantuan warga emas. Untuk makluman, Yang Berhormat JKM telah menyediakan 3 skim bantuan khusus untuk OKU iaitu bantuan OKU tidak bekerja, elaun pekerja orang kurang upaya dan juga bantuan penjagaan orang kurang upaya terlantar dan Jabatan Kebajikan boleh mempertimbangkan sekiranya seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Pinji berkaitan dengan warga emas OKU itu telah menjadi warga emas dan mungkin bantuan dalam bentuk skim warga emas itu lebih tinggi. Ia boleh orang kata berlaku tetapi tidaklah berlaku secara automatik.

Timbalan Yang di-Pertua, saya beralih pula kepada portfolio pembangunan wanita dan masyarakat. Yang Berhormat daripada Bota telah bertanyakan berkenaan adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan Pelan Tindakan Wanita dan Keluarga Negeri Perak? Untuk maklumat Yang Berhormat Bota, Kerajaan Negeri Perak kini dalam proses menggubal dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Sosial Negeri Perak iaitu sebuah kerangka yang menyeluruh merangkumi semua aspek sosial termasuk pembangunan wanita, keluarga, komuniti, perlindungan sosial serta kesejahteraan masyarakat secara holistik. Elemen berkaitan wanita dan keluarga akan diberi penekanan selari dengan keperluan semasa negeri, dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Sejahtera Sosial Negeri Perak ini telah pun berada di peringkat fasa akhir iaitu peringkat pemurnian dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat termasuklah Ahli Yang Berhormat daripada pembangkang iaitu Yang Berhormat Bota sendiri, Manjoi, Alor Pongsu yang telah menjadi responden kepada kami untuk melengkapkan kajian dasar tersebut .

Yang Berhormat Bota juga menyentuh berkenaan penubuhan taska di tempat kerja. Melalui Persidangan Wanita Negeri Perak pada Februari 2025, Kerajaan Negeri telah menerima syor agar penyediaan taska di tempat kerja dapat diperluaskan bagi menyokong penyertaan wanita dalam tenaga kerja. Pihak Kerajaan Negeri ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak LPHP di atas tanggungjawab sosial korporat LPHP untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak harian PPR, PSK dengan kadar caj yang berpatutan di PPR Pangsapuri Sri Kepayang. Begitu juga dengan Lembaga Air Perak dan juga Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sendiri yang telah turut mewujudkan taska sendiri dan Insha Allah, Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan agensi dan GLC-GLC negeri terutamanya untuk turut melakukan perkara yang sama bagi memberi peluang kepada wanita-wanita untuk terus bekerja dan dalam masa yang sama mereka merasakan kebajikan keluarga mereka terutamanya anak-anak dapat dijaga dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan subsidi yuran pengasuh RM180 sebulan kepada kanak kanak di bawah umur 4 tahun yang layak di mana taska yang berdaftar dengan JKM. Usaha ini ialah untuk memastikan, ini adalah usaha usaha tambahan dalam menggalakkan supaya ibu dapat pergi bekerja terus bekerja dan juga dapat mengurangkan kos sara hidup. Jadi dengan adanya subsidi yuran daripada kerajaan itu setidak-tidaknya beban yang ditanggung oleh ibu ataupun keluarga yang ada anak-anak perlu dihantar ke taska dapat dikurangkan. Yang Berhormat Bota juga turut menyentuh berkenaan isu keganasan rumah tangga yang menjadi kegusaran ramai…ramai pihak. Kita sentiasa mendengar kes-kes berkaitan isu keganasan apatah lagi sebagai seorang wanita, ibu kita melihat bila berlaku bukan sahaja secara mental tetapi bila berlaku secara fizikal, saya rasa sepatutnya perkara-perkara itu dengan kemodenan yang telah kita lalui ini sepatutnya perkara-perkara itu tidak lagi berlaku tetapi ia untuk makluman Yang Berhormat Kerajaan Negeri Perak sentiasa komited, kita komited untuk memperkukuhkan ekosistem sokongan terhadap wanita dan keluarga melalui pendekatan berasaskan komuniti dan juga penglibatan rentas agensi.

Usaha-usaha sedang giat digerakkan untuk memperkasakan peranan pelbagai NGO dan pusat khidmat masyarakat agar mereka mampu berfungsi sebagai barisan hadapan dalam membantu dan melindungi mangsa sekiranya berlaku kes-kes keganasan terhadap wanita. Dalam konteks pelaksanaan di lapangan, Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui pegawai pelindungnya bekerjasama rapat dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), LPPKN, hospital dan juga NGO bagi memastikan tindakan tindakan segera dapat dilakukan untuk kita memberikan perlindungan sementara dan juga bantuan psikososial dapat diberikan kepada mangsa. Pejabat Ahli-ahli Yang Berhormat juga tidak terkecuali dan boleh turut menjalankan fungsi yang sama iaitu dengan memberi sokongan awal dan juga merujuk kes ini kepada pihak-pihak yang berwajiblah.

Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah menganjurkan Program Hentikan Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Perak. Program ini bertujuan menekankan kepentingan keselamatan, kesejahteraan dan juga maruah wanita. Selaras dengan pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030 di bawah Sasaran Sejahtera Sosial. Isu realiti berkaitan keganasan terhadap wanita ini merupakan pelanggaran hak asasi manusia yang serius yang sepatutnya tidak berlaku. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Perak sahaja, 842 kes dilaporkan pada 2024 dan meningkat kepada 425 kes dalam tempoh empat bulan pertama 2025 dan peningkatan ini menunjukkan sama ada wanita telah pun didedahkan dengan hak-hak mereka dan mereka berani untuk tampil membuat laporan.

Namun, masih lagi ramai wanita yang terperangkap dalam kitaran penderaan akibat rasa malu dan juga takut takut malu untuk berkongsi isu-isu ini kerana mungkin ada di kalangan mereka yang tiada punca pendapatan sekiranya berlaku keganasan dan berlaku perceraian mereka tidak tahu di mana tempat untuk mereka tuju untuk mereka meneruskan kehidupan untuk membesarkan anak-anak. Akhirnya mereka mengambil pendekatan untuk berdiam diri tetapi apabila kita melakukan program-program advokasi, intervensi, kita memberi pendedahan kepada wanita-wanita sekiranya berlaku perkara ini selain mereka boleh berhubung dengan talian Selamat 15999 mereka juga ya boleh untuk berjumpa dengan kaunselor-kaunselor kita untuk berkongsi apa yang berlaku dan tindakan-tindakan yang sewajarnya boleh kita sama-sama tangani.

Saya beralih pula berkenaan program Kad Perak Sejahtera yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Slim. Untuk maklumat Yang Berhormat, untuk maklumat Yang Berhormat terdapat sebanyak 6,414 permohonan yang telah diterima pada tahun 2024 dan 2025 sehingga Oktober. Dari jumlah itu, sebanyak 5186 bersamaan dengan 80.85% permohonan telah pun berjaya diselesaikan. Manakala sebanyak 624 permohonan pada tahun 2025 tidak dapat diproses kerana tidak lengkap serta tidak memenuhi syarat kecukupan dokumen dan sebagainya. Baki permohonan tersebut sedang dalam proses oleh pihak urus setia kerana permohonan diterima adalah pada bulan Oktober dan juga November.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya beralih pula kepada persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hutan Melintang berkenaan pengupayaan ibu tunggal. Untuk makluman Yang Berhormat Sekretriat Wanita Perak melalui kerjasama strategik bersama NADI dan kolej komuniti telah melaksanakan program Pengupayaan Ibu Tunggal secara berterusan. Melalui NADI, ibu tunggal diberikan tatihan ekonomi digital merangkumi pemasaran atas talian, penggunaan whatsapp bisnes, penghasilan kandungan media sosial serta pendigitalan perniagaan kecil. Latihan ini bertujuan memperkukuhkan keupayaan peserta mempromosi dan memasarkan produk secara lebih berkesan serta berdaya saing. Sementara itu, melalui kolej komuniti, ibu tunggal dibimbing dalam aspek pemprosesan makanan, pembungkusan dan pelabelan mengikut piawaian termasuk latihan pengendalian makanan. Pendedahan ini membolehkan mereka menghasilkan produk yang selamat, berkualiti dan bersedia untuk dipasarkan secara teratur.

Yang Berhormat daripada Pasir Pinji telah bertanyakan tentang isu gelandangan di pasar di Pasar Pasir Putih. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan mengambil orang papa berdasarkan peruntukkan Orang Papa 1977 Akta 183 yang memperuntukkan mengemis sebagai apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah sama ada atau tidak terdapat apa- apa perbuatan berpura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan dan sebagainya dan setakat ini di negeri Perak, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah mewujudkan Anjung Singgah yang beralamat di Nombor 12 Jalan Medan, Istana 1, Bandar Ipoh Raya, Ipoh, Perak sebagai pusat rujukan intervensi bagi golongan gelandangan dan menyediakan kemudahan secara percuma tu sebelah je dengan SUK Perak. Kita menyediakan YKN menyediakan tempat penginapan sementara, khidmat kaunseling sama ada secara individu atau pun secara berkelompok.

Kita juga memberikan makanan bantuan kebajikan diperlukan oleh gelandangan dengan kerjasama dengan agens-agensi. Bahkan ada di kalangan gelandangan-gelandangan itu yang kita cuba match kan dengan pekerjaan-pekerjaan yang sesuai untuk memastikan mereka ada pekerjaan dan mereka tidak lagi menjadi gelandangan. Dengan adanya tempat penempatan ini, golongan gelandangan di beri peluang untuk memperbaharui kehidupan mereka mengembangkan kemahiran dan juga menyumbang semula kepada masyarakat. Suka untuk saya kongsikan juga hasil dari segi libat urus berterusan portfolio saya bersama dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Ipoh. Kita juga ada sesi engagement dan akan berterusan untuk melakukan engagement. Antaranya secara tidak rasminya saya berkongsi di sini. Ya. Kita cuba untuk mewujudkan satu zon khas di pekan Ipoh yang khusus untuk semua NGO-NGO atau pun pertubuhan sukarela yang berkepentingan ingin menyampaikan segala bentuk sumbangan dan bantuan kepada gelandangan. Kita pusatkan ya kita letakkan di satu tempat dan usaha ini juga bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini dan satu bentuk kawalan pemantauan juga dapat dilakukan. Jadi, saya syorkanlah agar NGO-NGO juga kita dapat facilitate untuk memastikan apabila mereka nak menyalurkan bantuan-bantuan kepada gelandangan ini, kita akan permudahkan. Cuma bagi mengelakkan dilihat bandar raya Ipoh ini terutamanya menjadi tempat gelandangan. Kita cuba bantu facilitate NGO-NGO untuk memberikan bantuan di satu tempat berpusat ya supaya kalau yang betul-betul gelandangan ini, mereka boleh untuk pergi mendapatkan bantuan atau pun makanan di tempat yang kita akan tentukan kelak. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Bandar yang sama-sama untuk berkolaborasi dengan portfolio saya dan beberapa agensi untuk kita cuba menangani isu gelandangan ini.

Yang Berhormat Ayer Kuning juga turut bertanyakan berkenaan intervensi komuniti untuk menggalakkan kesihatan mental dan kesejahteraan rakyat. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat melalui kerjasama rakan strategik termasuk LPPKN, NGO dan institusi pendidikan telah melaksanakan beberapa program intervensi kesihatan mental di seluruh negeri Perak. Antara program yang telah dijalankan ialah yang pertamanya, Program My Support Group daripada penat ke hebat seni mengurus emosi edisi khas yang kita lakukan dilaksanakan sebanyak lima siri meliputi daerah Kinta, Batang Padang, Larut, Matang dan Selama serta Kerian yang telah melibatkan penyertaan lebih daripada 300 orang wanita. Keduanya iaitu Program Kasih Keluarga Family Psikologi Family Psikologikal First Aid Modul Kumpulan Sokongan My Therapeutic Family anjuran SPW dengan kerjasama LPPKN negeri yang kita libatkan 150 orang peserta daripada komuniti dan juga Pengerusi-Pengerusi NGO. Yang ketiganya ialah program Pemulihan Emosi dan Minda Reset Diri Rehat Minda 2025 anjuran SPW dengan kerjasama Puspanita Daerah Larut Matang dan Selama yang telah melibatkan 450 orang peserta. Yang keempat, Program Kesedaran Seksual dan Kesihatan Mental Remaja, Titik Noktah dari Trauma ke Harapan anjuran SPW bersama Persatuan Amal Wardah dan juga Kolej Poly-Tech MARA Ipoh melibatkan 250 orang pelajar. Program ini memberi fokus kepada kesedaran seksual berasaskan nilai, pencegahan risiko, eksploitasi serta pemulihan emosi dan juga trauma bagi remaja. Semua program ini memberi penekanan kepada pemulihan emosi, teknik relaksasi, pengurusan tekanan, pemupukan semula kesejahteraan mental di kalangan peserta kita terapkan agar mereka dapat manage ataupun dapat kawal err.. sekiranya mereka berlaku gangguan emosi dan err.. sebagainya lah.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya beralih pula berkenaan isu pembasmian kemiskinan. Yang Berhormat dari Lubok Merbau telah mencadangkan agar Kerajaan Negeri, membangunkan Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Perak yang menghimpunkan data secara bersepadu daripada semua agensi seperti JKM, MAIPK, ya.. Jabatan Zakat, Pejabat Daerah dan Tanah serta agensi-agensi yang berkaitan dengan pemberi bantuan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tiada keperluan untuk membangunkan Pangkalan Data Kemiskinan di negeri Perak kerana pangkalan data kemiskinan negara ini telah dibangunkan pada tahun 2008 yang dikenali sebagai Sistem e-Kasih.

Sistem e-Kasih ini merupakan sistem pangkalan data Kemiskinan Nasional yang boleh diakses oleh pegawai-pegawai di pejabat daerah yang terlibat dengan gerak kerja pembasmian kemiskinan seluruh negeri Perak. Sistem ini turut boleh diakses oleh penghulu-penghulu bagi membolehkan mereka membuat semakan silang terhadap sebarang bantuan yang telah diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) ataupun Ahli Isi Rumah (AIR) dari pelbagai agensi pemberi bantuan bagi mengelakkan berlakunya pertindihan bantuan. Kita juga ada mesyuarat focus group ya, yang diselaraskan untuk memastikan tidak berlaku er..pertindihan-pertindihan bantuan dan kita dapat integrate data-data yang kita ada. Saya juga ingin respon terhadap perbahasan Yang Berhormat Kampong Gajah yang menyatakan, bahawa segala perbelanjaan besar Kerajaan Negeri iaitu RM32.1 juta untuk pelbagai program berbentuk Bantuan Khas terus kepada rakyat membuktikan dan melambangkan bahawa kerajaan masih gagal membasmi kemiskinan dan miskin tegar Negeri Perak. Seperti semua sedia maklum, Kerajaan Negeri pada masa kini memberi tumpuan kepada agenda menoktahkan kemiskinan, terutamanya kemiskinan tegar.

Pelbagai usaha bersepadu telah digerakkan bersama secara tuntas oleh agensi-agensi rentas agensi melalui taskforce di peringkat daerah sehingga ke mukim. Kita juga menggerakkan program One Stop Centre, kita turun ke mukim untuk menyantuni secara terus mereka yang tersenarai dalam data kita. Selain itu juga, kita juga melakukan usaha-usaha pendekatan yang dibuat oleh kerajaan, bagaimana kita turun padang ya, penghulu-penghulu turun padang bersama dengan ketua-ketua kampung, mendekati secara terus, melakukan program-program pemutihan. Bahkan pada tahun ini kita lock data figure untuk miskin tegar kita setiap bulan. Bila dapat data baru, kita cuba..kita lakukan intervensi kita lakukan usaha-usaha untuk memastikan kumpulan yang berada dalam miskin tegar ini dapat dikeluarkan daripada miskin tegar ini. Setiap bulan kita lock data, berbanding pada tahun-tahun sebelum ini kita buat 6 bulan sekali kita buat kuota 4 bulan sekali.

Tapi pada tahun ini, kita buat usaha setiap bulan, setiap daerah, sampai je data, masuk je dalam senarai.. mereka akan terus turun untuk menyantuni kumpulan sasar kita yang berada dalam list miskin tegar ini dan suka saya nak ingatkan dan berpesan kepada Yang Berhormat Kampong Gajah, bantuan yang pelbagai dan banyak ini bukan tanda kegagalan kerajaan. Bantuan ini ialah tanda kerajaan ini masih ada hati dan berjiwa rakyat, masih ada perasaan dan rasa tanggungjawab dan masih menjaga dan melindungi rakyat yang paling lemah. Itu yang kita lakukan, dan ini juga untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri makin lama makin berkemampuan untuk menyuntik pelbagai inisiatif-inisiatif baru untuk membantu rakyat yang dalam kumpulan sasar kita.

Jadi cukup dangkal lah tohmahan yang mengatakan kalau ada bantuan, maknanya kita gagal untuk menangani. Sebab Yang Berhormat, satu dunia, mana-mana negara hatta Amerika Syarikat sendiri pun tidak boleh membasmi kes..kemiskinan hundred percent. Adakah sekiranya negara jiran kita seperti Singapura, melakukan pemberian subsidi....bantuan subsidi, apa rumah dan sebagainya, kita nak katakan Singapore gagal untuk membangunkan negaranya? Jadi perspektif itu, saya kira cukup dangkal dan hanya ingin memberikan konotasi yang buruk kepada Kerajaan Negeri ini, yang gagal itu apa?

YB Exco. Terima kasih kepada YB Exco. Saya nak reverse sikit tadi terlepas berkenaan dengan isu gelandangan dan di kawasan kita ini di...

YB saya dah lepas ni.

Ha. Di..di bandar Ipoh ni memang tidak dinafikan memang isu gelandangan ni masih lagi banyak di kawasan kita. Cuma persoalan yang Manjoi ingin bangkitkan, adakah Kerajaan Negeri bercadang mewujudkan Pusat Transit Gelandangan 24 Jam di Ipoh ini, seperti mana bandar-bandar besar yang lain dan jika ya, YB Exco..err..bila kita boleh buat dan jika tidak mengapa Kerajaan Negeri masih belum menyediakan kemudahan asas tersebut? Kerana ini keperluan mendesak, dan sedikit soalan tambahan. Adakah Kerajaan Negeri bersedia meletakkan secara khusus, contohnya mengurangkan gelandangan Ipoh sebanyak 30% dalam tempoh dua tahun berbaki ini? Kalau sempat dua tahunlah..dan jika tidak, apa alasan Kerajaan Negeri untuk meletakkan sasaran yang boleh kita buat. Mungkin satu soalan boleh..boleh tambah baik perancangan YB Exco. Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Memang ada usaha-usaha ke arah itu kita bahkan pun turun pergi melihat Pusat Transit Gelandangan di Pulau Pinang. Bagaimana usaha yang dilakukan oleh... Kerajaan Negeri menyediakan tempat, tetapi bantuan bantuan diberikan oleh NGO-NGO. Kerajaan Negeri hanya menyediakan tempat dan membayar er.. elaun pekerja.. err..gaji, menyediakan kakitanganlah untuk menguruskan. Tetapi dari segi bantuan, makanan, penyediaan tempat, semuanya daripada NGO-NGO, pertubuhan, company dan sebagainya menyalurkan bantuan terus. Itu yang saya sebut tadi, sewaktu isu gelandangan dibangkitkan, YB dah terlepas ke belakang sikit. Kita cuba untuk mulakan dengan er.. Pusat Sehenti untuk memberi bantuan.

Jadi kita galakkan dan nanti ada perbincangan bersama saya, dengan er.. Datuk Bandar dan juga beberapa agensi yang terlibat untuk kita kenalpasti tempat yang sesuai. Kita facilitate NGO-NGO yang nak beri bantuan ni, kita tempatkan di satu tempat supaya kita dapat menangani isu-isu gelandangan yang berlaku ini. Memang ada usaha ke arah itu, YB ya, terima kasih atas cadangan. Cumanya bila itu berlaku saya tak dapat nak memberikan jawapanlah. Tapi memang usaha ke arah itu, sedang berlaku dan kita akan mengikut kesesuaian di negeri kita. Yang keduanya, adakah err..kita ada sasaran? Dah tentulah ya, kalau nak bercakap kita cuba Bandaraya Ipoh sendiri. Saya kira, usaha untuk sifar gelandangan itu memang berlaku.

Jadi kita melakukan, kadang-kadang agensi-agensi melakukan secara berkala, turun ke beberapa tempat hotspot untuk memastikan gelandangan-gelandangan dan ada di kalangan mereka itu bukanlah orang yang tidak ada tempat tinggal. Ada, ya er...ada di kalangan yang dikatakan gelandangan itu ada rumah yang berhampiran, tetapi mereka lebih selesa duduk di satu-satu tempat sebab yang macam saya sebut tadi antaranya mungkin dia fit dengan makanan ya, depa mudah untuk dapat makan dan sebagainya. Tak salah ya, kita menerima bantuan daripada NGO-NGO cuba untuk bagi memastikan Bandaraya Ipoh ini terutamanya berada dalam pandangan yang elok, baik kita cuba wujudkan satu pusat sehentilah untuk facilitate bantuan-bantuan yang diberikan oleh NGO. Terima kasih banyak YB Manjoi.

Saya nak pergi juga kepada isu yang dibangkitkan oleh Kampong Gajah. Saya nak tanya lagilah Kampung Gajah, adakah kita gagal, ya? Apabila kita melakukan usaha-usaha yang berterusan untuk membantu rakyat kita. Bagi saya yang gagal itu ialah apabila kita tidak buat apa-apa untuk membantu rakyat yang memerlukan. Itu dikira gagal tetapi, dengan inisiatif-inisiatif yang disediakan oleh kerajaan di bawah portfolio saya sama ada di peringkat negeri atau pun usaha-usaha yang dibuat di peringkat federal secara berterusan kita cuba untuk membantu rakyat kita yang memerlukan. Dengan inisiatif-inisiatif itu naik lagi peruntukan pada tahun ini kepada saya sebagai contoh Kad Perak Sejahtera, daripada RM24 juta pada tahun lalu menjadi RM24.5 juta. Ialah tujuannya untuk memastikan mereka yang memerlukan di bawah ini dapat kita bantu semampu mungkin. Kalau tak bantu itu baru dikatakan gagal. Sebab, dalam dunia ini, semua negara tak ada yang mencapai 100% berjaya untuk membasmi kemiskinan. Jadi saya nak pergi kepada perkara-perkara lain. Ya, saya ada berapa lima minit lagi. Saya lima minit saya tak sentuh lagi soal usahawan dan koperasi. Jadi, saya harap ya kadangkala untuk mungkin saya tak pasti adakah kita nak populariti nak menggambarkan kerajaan ini kita mengeluarkan perkataan-perkataan yang yang tidak…tidak elok seperti itulah ya.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat saya beralih pula dengan soalan soalan berkaitan pembangunan usahawan dan koperasi. Izinkan saya memberikan jawapan bagi cadangan yang telah dilontarkan oleh Yang Berhormat Keranji berkaitan isu pembangunan usahawan dari sudut pendigitalan, pemasaran dan pembungkusan produk. Sememang memang sememangnya ketiga tiga aspek yang telah dibangkitkan ini merupakan isu dan cabaran yang membelenggu para usahawan PMKS Perak. Bukan setakat di Kampar, namun di seluruh negeri. Justeru, Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) giat melaksanakan kerjasama untuk mendaftarkan seramai mungkin usahawan Perak melalui 90 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negeri termasuk di Kampar. Kerajaan Negeri melalui Digital Perak di Hub Inovasi dan Multimedia (HiM) yang bertempat di Mydin Mall, Meru Raya, Ipoh menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang secara langsung menyokong pembangunan usahawan khususnya dalam aspek pendigitalan dan pemasaran produk. HiM menawarkan fasiliti lengkap seperti makmal komputer dan juga menyediakan latihan digital antaranya penggunaan Canva untuk reka bentuk, bahan promosi, fotografi dan videografi asas untuk pengembangan produk pemasaran digital, pengenalan e-Dagang serta penjenamaan asas bagi membantu usahawan meningkatkan daya saing produk mereka.

Sepanjang tahun 2025 usaha pendigitalan dan penjenamaan produk usahawan Perak dilaksanakan secara sinergi bersama agensi yang lain melalui program-program sebagai contoh, ini, saya sebut sebagai contoh satu simulasi sosial, media marketing, HRP Corp dan AIM. Yang kedua, lima siri program kewangan dan pemasaran digital STeP dan juga TEKUN Nasional iaitu kita namakan Program Jom Kopi STeP x TEKUN Nasional. Ketiga, kursus dan latihan agro marketing melalui penggunaan kecerdasan buatan AI bersama dengan Lembaga Pertubuhan Peladang. Keempat, program insentif penambahbaikan pembungkusan dan pelabelan produk bersama dengan FAMA.

Seterusnya, Yang Berhormat Bota membangkitkan isu pelan tindakan negeri Perak bagi meningkatkan hasil usahawan tempatan melalui modal pusingan patuh syariah dan pemasaran produk secara meluas. Untuk makluman kekanda Yang Berhormat Bota, Kerajaan Negeri melalui pembentangan Bajet 2026 telah pun memperuntukkan RM2 juta bagi tujuan tabung pinjaman usahawan tanpa faedah kepada Yayasan Perak dan skim pinjaman yang ditawarkan oleh Yayasan Perak adalah patuh syariah tanpa faedah dan terbuka kepada semua golongan usahawan mikro. Selain itu, pelbagai skim pinjaman mikro patuh syariah ditawarkan oleh agensi seperti TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia dengan sedikit caj pengurusan yang juga bertujuan untuk menjaga kebajikan peminjam seperti insuran dan lain lain yang berkaitan. Kerajaan Negeri melalui STeP turut mewujudkan bantuan geran peralatan Geran GeRAK Usahawan Perak secara one off dengan kadar maksimum berjumlah RM2 ribu sejak tahun 2023. Syarat utama permohonan geran ini adalah usahawan negeri Perak yang berdaftar dengan SSM serta mempunyai nilai jualan tidak lebih dari RM150 ribu setahun dan geran ini memberi manafaat kepada usahawan dalam golongan B40 penjaja mikro kecil dan juga yang informal jugalah.

Jadi saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Bota atau mana mana Ahli-ahli Yang Berhormat, setiap kali mungkin sidang Dun bila kita membentangkan bajet tengok usaha-usaha atau inisiatif yang ada seperti geran GeRAK ni pada tahun depan boleh lah Yang Berhormat Bota juga turut terlibat untuk menggalakkan usahawan usahawan di tempat Yang Berhormat Bota untuk buat permohonan geran GeRAK. Sebab kadang-kala bila kita buka permohonan dan bila dah nak tutup sehari dua hari lagi baru nak tutup memang orang kata kenapa kami tak tahu? Jadi tag line saya selalu saya cakap kepada usahawan yang terlibat dengan usahawan bakal usahawan tolong follow rapat rapat agensi yang berkaitan dengan keusahawanan. Kita kena cari circle yang betul. Circle yang betul akan guide kita kepada maklumat maklumat yang betul.

Jadi kalau nak jadi usahawan cari circle usahawan, kenalpasti agensi-agensi yang berkaitan dengan usahawan. Daftar dekat Perak SME di based oleh Sekretariat Usahawan. Maka mudah usahawan-usahawan kita tahu apa inisiatif-inisiatif yang ada disediakan oleh agensi seperti Sekretariat Usahawan. Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi telah menyediakan platform bagi membantu usahawan memasarkan produk ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, penyertaan Kerajaan Negeri melalui STeP ke pameran MIHAS 2025 Selangor International Business Summit (SIBS) berjaya membantu usahawan Perak memasarkan produk mereka ke pelbagai pasar raya seperti ST Rosyam Mart, Pasar Raya Hero Mat, Pasaraya NSK, pelbagai stesen minyak dan lain lain dan program ini dilaksanakan secara berterusan terbuka kepada semua kategori usahawan.

Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, seterusnya Yang Berhormat Lubok Merbau turut menyuarakan keprihatinan berhubung cabaran yang dihadapi oleh usahawan dalam kategori B40 khususnya yang dihimpit oleh ketidaktentuan ekonomi semasa. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap golongan ini dan telah melaksanakan pelbagai program latihan, bimbingan serta khidmat nasihat bagi membantu mereka menguruskan kos perniagaan dengan lebih berkesan serta memperkukuhkan daya saing melalui pendekatan pendekatan baru seperti pemasaran digital penggunaan teknologi ialah bagi memastikan usahawan kita ada knowledge ada ilmu dan juga bantuan-bantuan yang berbentuk skala kecil seperti geran GeRAK Biznita, kita bagi ada makcik yang meniaga nasi lemak sebelum ni dia meniaga letak atas meja lipat macam tu tak cantik. Orang pun tak tertarik nak datang kita bagi bantuan peralatan, ada sebahagian mungkin dapat kiosk dan sebagainya.

Jadi bila perkara-perkara bantuan walaupun sekecil kecil bantuan itu setidak tidaknya kita upgrade sikit pandangan dan persepsi pembeli-pembeli kepada usahawan ataupun peniaga tersebut. Jadi kalau kata kat makcik tu sebagai contoh, ada dekat Changkat Jering tu makcik Siah tu dia dapat bantuan Biznita daripada Sekretariat Pembangunan Wanita kita bagi set periuk bertingkat apa semua dulu dia boleh masak nasi lemak sikit je sekarang dah boleh masak nasi lemak dalam kuantiti yang yang agak banyak. Kononnya tempat dia kita bagi kiosk yang agak cantik, jadi orang pun tengok berselera orang kata nak datang nak beli. Jadi setidak tidaknya usaha itu juga dapat meningkatkan potensi jualan kepada usahawan kita walaupun kecil.

Untuk makluman Yang Berhormat juga ya STeP dengan kerjasama TEKUN Nasional telah melaksanakan lima siri program kewangan dan juga pemasaran digital sepanjang tahun ini dan program ini menyasarkan penyertaan 50 usahawan informal dan mikro bagi setiap siri dengan objektif untuk membantu mereka memahami strategi pengurusan kewangan, teknik pemasaran digital serta kaedah pengurangan kos operasi perniagaan. Melalui usaha ini, Kerajaan Negeri berhasrat untuk melahirkan kelompok usahawan yang lebih berdaya tahan adaptif dan juga mampu bertahan menghadapi cabaran ekonomi masa kini dan akan datang. Selain itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut memainkan peranan penting dalam memperkasakan golongan usahawan B40 melalui pelaksanaan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang diberikan kepada usahawan daripada kumpulan B40 dan juga pelajar institusi pengajian tinggi awam dan juga swasta. Dalam masa yg sama, SSM juga melakukan skim 1 OKU 1 perniagaan iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma khusus untuk golongan orang kurang upaya yang berdaftar dengan JKM. Melalui skim ini, pengecualian fi pendaftaran dan juga pembaharuan tahunan diberikan bagi satu perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan bagi menggalakkan penyertaan aktif golongan OKU dalam bidang keusahawanan.

Seterusnya, izinkan saya juga menjawab pertanyaan Yang Berhormat Sungai Manik yang telah mencadangkan agar diwujudkan satu geran insentif khas kepada para usahawan negeri Perak yang menyertai program promosi dan peluasan pasaran ke luar negara. Selain itu, Yang Berhormat turut membangkitkan isu berkenaan penyertaan usahawan negeri Perak bagi program program peluasan pasaran antarabangsa dengan mendakwa ada berlaku sekatan dan sebagainya. Yang Berhormat untuk makluman, para usahawan yang menyertai program peluasan pasaran antarabangsa di bawah Pavilion Negeri Perak telah menerima tajaan penuh daripada Kerajaan Negeri bagi kos penyertaan reruai. Bagi tahun 2025 sahaja, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM620,268.58 sen bagi 58 juta minta maaf RM620,268.58 sen bagi tujuan tersebut yang melibatkan penyertaan usahawan Perak di dalam dan luar negara.

Untuk makluman Yang Berhormat bagi tahun 2026, Kerajaan Negeri Perak tekad untuk memperkukuh dan memperluaskan lagi inisiatif bantuan serta tajaan bagi tujuan peluasan pasaran ke luar negara. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan mengekalkan tajaan kepada kos penyertaan reruai di luar negara bagi usahawan yang mengambil bahagian di Pavilion Negeri Perak terutamanya usahawan-usahawan yang mungkin dan beberapa kali pergi bersama dengan kita untuk program peluasan pasaran dan produk. Tapi untuk penambahbaikan juga, kita cuba galakkan kepada usahawan-usahawan yang baru. Jadi Kerajaan Negeri akan turut menanggung separuh daripada kos logistik khusus bagi usahawan yang pertama kali menyertai program peluasan pasaran antarabangsa ini. Jadi kita cuba bantu sebab kita nak galakkan ramai lagi usahawan-usahawan baru sebab setengah daripada mereka, mereka tak mampu pun nak keluarkan perbelanjaan.

Walaupun kita dah bagi rerurai free, tetapi mereka perlu menanggung kos pengangkutan, makan minum, penginapan di negara-negara yang kita pergi. Jadi, kita cuba untuk tengok kaedah-kaedah yang sesuai. Mungkin ada kos-kos yang kita akan tanggung kepada usahawan-usahawan yang baru pertama kali nak menyertai dalam mempromosikan produk Perak ke pentas antarabangsa. Bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri turut proaktif membantu usahawan mendapatkan dana tambahan di peringkat Kerajaan Persekutuan khususnya melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan. Ok, masa dah cukup? Berhubung dengan dakwaan sekiranya ada berlaku perkara-perkara yang ini kita dalam pemakluman dan kita akan sentiasa. Tujuannya STEP diwujudkan ialah untuk facility usahawan-usahawan, membantu usahawan semampu yang boleh sekiranya ada kes-kes yang berlaku dari masa ke semasa kita akan buat penambahbaikan untuk memastikan ekosistem keusahawanan di negeri Perak ini dapat dibangunkan dengan sebaik mungkin. Hubungan antara kerajaan negeri dengan usahawan setakat ini cukup baik. Jadi saya selaku Exco yang bertanggungjawab akan cuba semampu yang boleh untuk memastikan usahawan-usahawan di negeri Perak ini dibantu.

Akhir sekali ringkas, saya juga untuk turut menyentuh berkenaan permohonan Koperasi Negeri Perak yang menyaksikan peningkatan peruntukan sebanyak RM723 ribu peruntukan telah disalurkan tahun ini dan impak yang signifikan dapat dilihat hasil daripada peruntukan yang telah disalurkan dimana lebih daripada 350 koperasi merangkumi lebih 60,000 anggota koperasi di seluruh negeri Perak. Selain itu, dapat dilihat peningkatan perolehan Gerakan Koperasi Negeri Perak secara keseluruhan daripada RM706 juta Disember 2024 kepada RM800 juta anggaran perolehan sehingga Disember 2025 dan perkara ini memberi gambaran bahawa program-program yang dianjurkan di bawah peruntukan Kerajaan Negeri Perak bukan sahaja membantu meningkatkan prestasi perniagaan dan pengurusan koperasi sedia ada malah mempromosikan koperasi sebagai platform untuk meningkatkan sosio ekonomi rakyat Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua, sebagai penutup, izinkan saya menegaskan bahawa setiap dasar, program, inisiatif, yang dilaksanakan di bawah portfolio ini bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi cerminan kasih, tanggungjawab dan amanah Kerajaan Negeri kepada rakyat negeri Perak. Sebagai penutup, izinkan saya menegaskan bahawa setiap dasar, program dan inisiatif yang dilaksanakan di bawah portfolio saya ini bukanlah hanya sekadar untuk kita menyata atau membentangkan bajet, oh kita bentangkan bajet untuk membantu usahawan, koperasi atau wanita, tetapi kita sentiasa memberi tumpuan kepada outcome yang dapat. Bagaimana kalau kita membantu usahawan, kita nak tengok apa outcome yang membantu koperasi, apa outcomenya. Sentiasa menjadi agenda utama oleh agensi-agensi dibawah portfolio saya ini. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan ribuan terima kasih kepada semua jentera kerajaan negeri, pegawai perkhidmatan awam, agensi pelaksana, NGO, pemimpin komuniti serta Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan kerjasama, teguran dan pandangan membina sepanjang perbahasan ini. Insha Allah dengan semangat kebersamaan, saya sentiasa yakin kerja buat bersama akan menghasilkan impak yang cukup berbeza dan yang baik. Integriti dan keikhlasan dalam berkhidmat, kita akan terus dapat mengorak langkah menuju kepada sebuah negeri Perak yang lebih sejahtera, makmur dan berdaya saing menjelang 2030. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh. Temengor menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Jalong untuk menggulung perbahasan. Dipersilakan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan dan agensi yang berada di dalam mahupun di luar Dewan, para pemerhati, rakan-rakan media, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Selamat petang, salam sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Speaker, terlebih dahulu saya dengan penuh hormat dan takzim merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke atas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda bagi tahun 2025. Dirgahayu Tuanku. Semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam limpahan rahmat kurniaan segala kebaikan serta kesejahteraan berpanjangan untuk terus menaungi Negeri Perak Darul Ridzuan yang dikasihi. Patik dengan penuh rasa taat setia menjunjung setinggi tinggi penghargaan ke atas titah pedoman yang telah dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sesungguhnya bantuan dan wawasan baginda menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuhkan pentadbiran negeri dalam merealisasikan agenda Perak Sejahtera 2030 dengan jayanya.

YB Timbalan Speaker, tahun lepas merupakan pelaksanaan kempen Tahun Melawat Perak 2024 yang memainkan peranan penting dalam merancakkan industri pelancongan. Salah satu penyumbang utama kepada pembangunan sosio ekonomi dan pertumbuhan negeri. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan warisan budaya sejarah yang unik, keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian produk pelancongan. Kempen ini telah menjadi platform strategik untuk mempromosikan Perak di peringkat domestik dan antarabangsa. Berteraskan tema dan semangat Promising Perak, kita berjaya mencetuskan gelombang baru dalam memperkukuh landskap pelancongan negeri. Kempen ini telah berjaya mencatatkan pencapaian cemerlang dengan menerima kehadiran 10.2 juta pelancong domestik dan 170,611 pelancong antarabangsa sekaligus jauh melepasi sasaran yang ditetapkan serta memecahkan rekod 13 tahun bagi jumlah kunjungan pelancong domestik dan antarabangsa. Walaupun kempen Tahun Melawat Perak 2024 telah berakhir, semangat Promising Perak akan terus kita bawa ke tahun ini dan seterusnya kita tidak akan berhenti di sini.

Sebaliknya, kita akan meneruskan momentum ini sebagai persiapan menghadapi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Perak akan terus bersaing di pentas pelancongan antarabangsa dengan strategi yang lebih tersusun, penjenamaan yang lebih mantap serta kerjasama yang lebih erat di antara semua pihak berkepentingan. Tahun 2026 akan menjadi langkah besar dalam memastikan negeri Perak kekal sebagai destinasi pelancongan pilihan utama. Merujuk kepadaSsurvey Malaysia Hotel Guest yang dibuat oleh Tourism Malaysia tahun 2025 juga menunjukkan perkembangan dan trend positif berbanding tahun lepas. Sehingga Jun 2025, kedatangan pelancong domestik dicatatkan peningkatan sebanyak 0.9% atau 18,627 orang iaitu seramai 2,065,675 orang berbanding dengan tahun 2024 iaitu seramai 2,047,048 orang pelancong domestik. Bagi pelancong antarabangsa pula sehingga Jun 2025 terdapat peningkatan seramai 2.5% atau 9,881 orang dan seramai 406,929 orang berbanding pada tahun 2024 iaitu seramai 397,048 orang.

Usaha mempromosikan negeri Perak terus dipergiatkan di peringkat domestik dan antarabangsa seperti di antaranya program pelancongan Thailand International Travel Fair (TITF) 2025, pameran Pelancongan Astindoor 2025 dan sesi Engagement Jakarta-Indonesia, Program Pameran ITB China 2025 dan Program ITB China 2025 di Shanghai dan Ekspo FAM Trip Delegasi pelancongan seluruh Indonesia ke Negeri Perak bersama MATTA Perak Chapter, Tourism Perak dan juga Axiata. KOL daripada China together bersama dengan China Southern Airlines dan juga FAM Trip, Thailand Global Travel Meet ASEAN Way FAM Trip juga, program kerjasama promosi bersama KTMB untuk kad komuter link edisi khas KTM komuter bersama juga Bichi-Mao serta Kempen Komuter Challenge dan sebanyak hampir 100 program dan acara di peringkat domestik dan antarabangsa juga terus diadakan sepanjang tahun 2025 bagi memastikan negeri Perak terus dikenali sekaligus menarik penyertaan serta kehadiran pelancong ke acara-acara yang berlangsung di negeri ini seperti Alta-Trail by UTMB 2025, World Triathlon Regional Development Cup and Asia Triathlon Junior Cup 2025, Ipoh Music Simposium 2025 dan sebagainya. Dato' Seri Yang Dipertua, bagi meningkatkan perkhidmatan dan hospitaliti kepada pelancong, kursus seperti kursus ketrampilan dan komunikasi, penggiat industri pelancongan bagi daerah Batang Padang Daerah Hilir Perak, daerah Muallim telah diadakan dan dianjurkan di Tanjung Malim juga pada tahun, minta maaf pada 21 April 2025.

Selain daripada itu, pembangunan modal insan juga diteruskan terutama dalam pemasaran melalui media sosial. Beberapa program kursus pemasaran digital telah dianjurkan oleh Tourism Perak di Gerik pada 18 Ogos 2025 dan di Perak Tengah pada 18 November 2025. Kursus Jurumudi Bot atau Mualim telah dianjurkan dengan kerjasama bersama Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK pada 20 April 2025 di

Kerian dan 29 Jun 2025 di Bagan Datuk telah diadakan untuk memastikan jurumudi bot atau Mualim mengambil kira semua aspek seperti lesen keselamatan dan lain lain semasa melakukan aktiviti pelancongan di sungai dan laut.

Selain itu, Perak Fingers yang merupakan direktori pelancong turut di terbitkan bagi memudahkan pelancong mendapatkan maklumat serta menghubungi operator bagi sebarang urusan. Ia akan diterbitkan dalam 2 medium iaitu cetakan dan digital bagi memudahkan proses kemaskini. Turut disertakan bahan terbitan lain oleh Tourism Perak yang boleh dimuat turun melalui sesawang rasmi Tourism Perak. Untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyediakan peruntukan khusus bagi melaksanakan pelbagai acara pelancongan di setiap daerah.

Malahan, Kerajaan Negeri turut bekerjasama dengan pemain-pemain industri pelancongan bagi memperkasakan pelancongan negeri Perak. Usaha ini bukan sahaja akan memeriahkan suasana menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, malah mampu merangsang ekonomi tempatan serta menarik kehadiran pelancong ke seluruh pelosok negeri. Setiap PBT juga telah menyediakan peta pelancongan bagi daerah masing-masing sebagai inisiatif mempromosikan tarikan pelancongan tempatan. Inisiatif ini bukan sahaja membantu pelancong dalam mendapatkan maklumat lokasi-lokasi menarik di daerah-daerah tersebut malah turut menyokong usahawan tempatan dengan menonjolkan premis, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam komuniti setempat. Peta pelancongan ini telah menjadi antara medium promosi yang efektif dalam merancakkan lagi sektor pelancongan domestik khususnya dalam kalangan pelancongan dan juga segmen keluarga dan juga generasi muda.

Kerajaan Negeri sentiasa mempromosikan negeri Perak di peringkat domestik dan juga antarabangsa melalui penyertaan hampir 45, 40 pameran dan juga ekspo pelancongan di dalam dan luar negara termasuk di Indonesia, China, Thailand dan pelbagai destinasi lain pada tahun ini. Usaha ini berterusan bertujuan memperkukuh kedudukan Perak sebagai destinasi pilihan utama oleh pelancong domestik dan juga antarabangsa. Dato' Seri Yang di-Pertua, sebagai persediaan awal menghadapi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Negeri melalui penglibatan pihak berkuasa atau pihak berkuasa tempatan atau PBT, pejabat daerah dan tanah (PDT), agensi-agensi yang telah melaksanakan sebanyak 34 projek bagi memastikan kesiapsiagaan infrastruktur perlancongan negeri Perak berada pada tahap yang baik, selesa dan selamat.

Kesemua projek tersebut telah dilaksanakan meliputi 16 projek yang berjumlah RM2 juta bagi projek pembangunan kemudahan pelancongan selaras dengan keperluan konsep Age Friendly City. 7 Projek yang berjumlah RM1 juta bagi projek naik taraf ikon-ikon pelancongan di lokas-lokasi strategik di seluruh negeri dan 11 projek yang berjumlah RM1 juta bagi projek pembangunan infrastruktur luar bandar di kawasan tumpuan pelancong. Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri turut meluluskan peruntukan projek infrastruktur berjumlah RM2.6 juta di bawah Belanjawan Negeri Perak 2026 untuk disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan. Peruntukan ini merangkumi RM1 juta bagi projek pembangunan infrastruktur luar bandar di kawasan tumpuan pelancong, RM1 juta bagi projek naik taraf ikon-ikon pelancongan serta penyelenggaraan kawasan pelancongan dan RM0.5 juta bagi kerja-kerja menaik taraf papan tanda penunjuk arah dan juga mercu tanda serta RM0.1 juta untuk penganjuran Pesta PANJUT 2026 di daerah Kuala Kangsar. Langkah ini juga mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Sejajar dengan pengumuman Tahun Melawat Malaysia 2026, Kerajaan Negeri turut menyahut kempen promosi tersebut dengan memperuntukkan RM18.67 juta oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan pelbagai program serta projek pembangunan pelancongan dan kebudayaan. Peruntukan-peruntukan ini merangkumi pelaksanaan program promosi dan penganjuran acara pengenalan produk serta perkhidmatan pelancongan baru, pemerkasaan keunikan dan kepelbagaian budaya selain meneroka pasaran baru bagi memperluas potensi sektor pelancongan negeri. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan peruntukan berjumlah RM13.5 juta di bawah Rolling Plan pertama RMK-13 bagi 2026 untuk 2 buah projek iaitu RM10 juta bagi projek menaik taraf kemudahan pelancongan di Teluk dalam, Pulau Pangkor daerah Manjung dan RM3.5 juta bagi pembangunan kemudahan serta infrastruktur eko-pelancongan Lata Putih di daerah Larut, Matang dan Selama.

Sebagaimana yang diumumkan pada 22 September lalu, Batik Air Malaysia turut mengumumkan penambahan satu lagi laluan baru iaitu Penerbangan Ipoh-Singapura yang akan beroperasi mulai Disember 2025. Laluan ini akan menggunakan pesawat Boeing 737 Max sekaligus menjadikan Perak sebagai dua laluan terus ke Singapura. Langkah ini dijangka membawa lebih ramai pelancong antarabangsa ke negeri Perak dan seterusnya merancakkan sektor pelancongan, peningkatan perbelanjaan pelawat serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada warga negeri Perak.

Untuk maklumat rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini, secara keseluruhannya sehingga Oktober 2025 sebanyak RM5.8 juta telah dikutip di bawah cukai perkhidmatan tempatan atau CPT yang memberikan hasil baru kepada kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, usaha pemutihan masih lagi dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan semua penyedia premis penginapan pelancongan berdaftar di bawah CPT. Peruntukan kepada Tourism Perak juga dalam masa yang sama peruntukan kepada Tourism Perak juga menunjukkan trend penurunan apabila jumlah RM10 juta pada tahun 2024 berkurang kepada RM6 juta pada 2025 dan hanya RM6.5 juta pada tahun, minta maaf RM6.5 juta pada 2026 meskipun tahun depan merupakan Tahun Melawat Malaysia. Pergerakan ini menggambarkan keperluan untuk mengoptimumkan perbelanjaan dan strategi promosi yang lebih berfokus dan juga berimpak tinggi. Cabaran tahun hadapan adalah lebih berat berbanding 2024 atau 2025 bagi sektor pelancongan. Sasaran kedatangan pelancong pada 2026 sebanyak 10.5 juta pelancong domestik dan 1.1 juta pelancong antarabangsa merupakan angka yang realistik berdasarkan pada trend kedatangan pelancong pada 2024 dan juga 2025. Dato' Seri Yang di-Pertua, beralih ke tajuk pelaburan…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato Seri Yang di-Pertua, YB Exco minta laluan.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dato' Seri, Saya minta saya habiskan ni, nanti saya akan bagi peluang.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dak, untuk…untuk.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya habiskan ni saya bagi peluang. Kalau kita gaduh macam ni tak cukup masa tebal lagi. Saya bagi peluang.

Yang di-Pertua

Ha, bolehlah tu Semanggol nanti…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ni untuk…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Saya bagi peluang sebab saya ada lagi 5, 5 topik untuk untuk jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan semasa penggulungan YB-YB untuk industri dan juga 12 untuk pelancongan. Jadi…

Yang di-Pertua

Soalannya pasal ape?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Dato’ Seri…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Kalau gaduh macam ni memang tak ada masa.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Yang di-Pertua…

Yang di-Pertua

Kejap la, sekejap kejap saya tanya ni.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Patut ni soal perbincangan. Kena bagi peluanglah sebab nak habis topik nak masuk topik lain.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ada, ada dekat sini ada lagi 12, ada lagi 12 soalan pelancongan.

Yang di-Pertua

YB, takpe. Bagi dia bercakap dulu, dia kata habis dia cakap tu nanti dia bagi peluang…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

nanti topik lain dia lari lain. Ni pelancongan…

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Ada. Dah cakap 3 kali ada.

Yang di-Pertua

Ada. Sabarlah, ok.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Dato' Seri, beralih kepada pelaburan. Perjalanan pelaburan negeri Perak sejak 2024 hingga separuh pertama 2025 menunjukkan perkembangan yang amat memberangsangkan dan menjadi bukti nyata terhadap keyakinan pelabur terhadap dasar ekonomi serta kestabilan pentadbiran negeri ini. Bagi tahun 2024, negeri Perak telah mencatatkan nilai pelaburan sebanyak RM8.74 billion dengan 335 projek yang diluluskan, manakala bagi tempoh Januari hingga September 2025, pelaburan telah diluluskan sehingga kini bernilai RM11.77 billion dengan 303 projek dan 9,127 peluang pekerjaan. Pelaburan yang diluluskan bagi sehingga suku ketiga 2025 merupakan peningkatan sebanyak 74% daripada kelulusan pelaburan pada tempoh yang sama tahun sebelumnya iaitu berjumlah RM6.77 bilion dengan 249 projek dan 3,165 peluang pekerjaan. Peningkatan ini menegaskan bahawa negeri Perak masih berdaya saing dan mampu menarik peminat-peminat, pelabur- pelabur ke destinasi pelaburan yang menarik di Malaysia dan rantau ini.

Bagi tempoh Januari hingga September, 2025 pelaburan daripada sektor pembuatan adalah merupakan tulang belakang kepada ekosistem pelaburan negeri menyumbang lebih kurang RM7.89 bilion atau 67% daripada jumlah keseluruhan pelaburan di negeri Perak. Peningkatan ini amat ketara berbanding hanya RM3.11 juta, minta maaf RM3.11 billion pada tempoh yang sama pada tahun 2024 iaitu peningkatan lebih kurang 2 kali ganda. Pertumbuhan ini didorong oleh subsektor strategik seperti sektor perkilangan makanan dengan nilai pelaburan yang diluluskan sebanyak RM1.5 bilion, sektor peralatan pengangkutan sebanyak RM4.46 bilion, sektor elektrik dan elektronik sebanyak RM1.13 bilion yang merupakan sektor ekonomi yang berkait rapat dengan agenda Perak Sejahtera 2030 di samping menyokong pengukuhan kluster sektor automotif di Lembah Teknologi Tinggi Automotif atau AHTV Tanjong Malim dan ekosistem kenderaan (EV) di peringkat nasional.

Dato' Seri Yang di-Pertua, di samping itu, bagi tempoh Januari sehingga September 2025, sektor perkhidmatan mencatatkan pelaburan berjumlah RM3.86 bilion diterajui oleh subsektor hartanah, perkhidmatan sokongan dan utiliti. Manakala sektor utama kembali mencatat pelaburan baru berjumlah RM13.5 juta selepas ketiadaan projek itu pada tahun sebelumnya. Secara keseluruhannya bagi negeri Perak, trend pelaburan sehingga kini menunjukkan bahawa pelaburan domestik atau pelaburan oleh pelabur sedia ada terus mendominasi kemasukan pelaburan bagi tempoh Januari sehingga September 2025, pelaburan domestik mendominasi sebanyak 66% atau RM7.79 bilion daripada jumlah keseluruhan pelaburan negeri. Sementara pelaburan asing mencatat nilai pelaburan sebanyak RM3.99 bilion yang merupakan peningkatan 1,345% daripada nilai yang dicatatkan pada tempoh yang sama di tahun sebelumnya.

Pertumbuhan pelaburan domestik yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan khususnya pemain industri yang sudah bertapak di negeri ini masih menaruh keyakinan tinggi terhadap potensi ekonomi negeri Perak manakala peningkatan pelaburan kemasukan pelaburan asing menunjukkan usaha kerajaan negeri bersama kementerian atau agensi kerajaan Persekutuan seperti MITI dan MIDA dalam menarik pelaburan bernilai tinggi berteraskan teknologi dan inovasi serta berasaskan projek-projek pembangunan mega seperti AHTV, KIGIP dan juga berita Tanjong Malim yang telah menunjukkan hasilnya. Oleh itu, amatlah penting bagi Kerajaan Negeri serta agensi-agensi termasuk agensi-agensi Persekutuan di negeri ini untuk terus memberi fasilitasi yang terbaik agar dapat menarik pelaburan baru serta mengekalkan pelabur sedia ada supaya mereka melaksanakan pelaburan baru, pembesaran dan juga kekal berdaya saing di negeri Perak. Kerajaan negeri berserta agensi-agensi yang berkaitan hendaklah berterusan, meningkatkan strategi dan juga usaha untuk memastikan ease of doing business dengan izin kepada para pelabur baru dan lama di negeri ini.

Dato' Seri Yang di-Pertua, kejayaan ini bukan dicapai secara kebetulan tetapi hasil daripada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Perak dengan Kerajaan Persekutuan melalui pelbagai program dan dasar pelaburan yang diselaraskan secara menyeluruh. Antara inisiatif utama yang telah digerakkan termasuklah penyediaan dana infrastruktur oleh MIDA yang digunakan bagi menaiktaraf kemudahan-kemudahan asas di kawasan-kawasan perindustrian seperti AHTV di Tanjong Malim, kawasan perindustrian Parit Buntar dan juga kawasan perindustrian Taman Teknologi Seri Iskandar. Selain itu, pelaksanaan projek mega AHTV di Tanjong Malim merupakan bukti nyata keberhasilan pendekatan bersepadu antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan juga syarikat swasta seperti MITI, MIDA, DRB-Hicom, Geely dan sebagainya dalam membentukkan atau membangunkan kluster automotif dan mobiliti pintar negara secara holistik dan berimpak tinggi. Projek ini bukan sahaja berfungsi sebagai enjin pertumbuhan baru di Perak Selatan, malah membuka ruang luas kepada ratusan vendor tempatan dan pelabur baru dalam sektor automotif, semikonduktor dan tenaga yang boleh diperbaharui. Sejajar dengan itu, Kerajaan Negeri turut memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan tenaga kerja teknikal melalui inisiatif TVET Cikgu Saarani yang menghubungkan institusi latihan teknikal, politeknik dan universiti dengan keperluan sebenar industri. Usaha ini selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 serta hala tuju National Master Plan atau minta maaf National Industrial Master Plan 2030 dalam membangunkan tenaga kerja mahir kompetitif dan berdaya saing.

Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam aspek promosi pelaburan pula, selain daripada mengekalkan hubungan baik dengan pelabur-pelabur atau pengusaha-pengusaha sedia ada di Perak, Invest Perak dan MIDA terus memperkukuhkan kerjasama melalui pelaksanaan misi pelaburan seperti ke negara-negara luar seperti China, Eropah, Korea Selatan dan Jepun. Hasil daripada lawatan ke Shanghai, Qingdao, Paris, Brussels dan Osaka telah membuka peluang pelaburan baru dalam sektor EV, inovasi mesin dan juga peralatan bahan binaan bangunan kimia berasaskan mineral dan juga teknologi hijau yang dijangka memberi kesan limpahan ekonomi jangka panjang kepada negeri ini. Segala kejayaan ini membuktikan bahawa strategi dan dasar Pelaburan Negeri Perak berada di landasan yang tepat melalui pendekatan bersepadu yang menggabungkan kekuatan dasar Persekutuan dengan keupayaan pelaksanaan di peringkat negeri Perak kini bukan sekadar destinasi pelaburan alternatif tetapi semakin muncul sebagai pusat pertumbuhan industri strategik yang berdaya saing, lestari dan inklusif. Kerajaan Negeri akan terus komited untuk mempercepatkan penyediaan infrastruktur dan utiliti di kawasan perindustrian mengukuhkan kerjasama dengan sektor swasta, memperluas promosi pelaburan antarabangsa serta memastikan tenaga kerja tempatan dilengkapi dengan kemahiran masa depan. Dengan sokongan berterusan daripada kerajaan Persekutuan, agensi pelaburan dan semua pihak berkepentingan, saya yakin Perak akan terus menjadi destinasi pelaburan utama di antara negeri-negeri di Malaysia menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat di negeri ini terutamanya.

Justeru, saya ingin tegaskan di sini bahawa sudah sampai masanya kita semua bersama-sama bergerak ke arah politik yang lebih matang dan beradab. Marilah kita menjauhkan diri daripada politik gaduh, tuduh-menuduh dan sikap saling menjatuhkan. Sebaliknya, kita harus memberikan tumpuan kepada usaha membina negeri Perak ke arah yang lebih maju dan sejahtera. Kita perlu menghargai komitmen penjawat awam dan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja keras melaksanakan dasar dan pembangunan negeri. Dengan semangat kerjasama semua pihak, pemimpin agensi kerajaan, masyarakat, rakan-rakan di akar umbi dan juga ahli-ahli politik saya yakin kita mampu membawa Perak ke tahap yang lebih cemerlang dan berdaya saing. Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya balik kepada soalan- soalan ataupun tajuk-tajuk pelancongan yang dibawa oleh rakan-rakan seperti dijanjikan Adun Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok, terima kasih Dato’ Seri Timbalan, bukan Dato’ Seri, Timbalan Speaker, terima kasih YB Exco Jalong. Cuma untuk produk pelancongan tadi saya nak mintaklah nak minta kerajaan yang pertama nak menambahkan produk pelancongan dan telah beberapa kali dibangkit dalam Dewan ini untuk dijadikan Gunong Semanggol itu sebagai satu produk pelancongan dan memang menjadi destinasi untuk penggemar-penggemar mendaki gunung yang boleh naik ke atas. Tapi apabila Kerajaan Negeri memperkenakan untuk naik itu kena ada prosedur, minta dan sebagainya maka perkara itu telah menjadi mundurlah sikit. Sebab tu berapa kali kita minta supaya prosedur tu dibuat macam naik Bukit Maxwell. Itu satu dan yang kedua, dulu kita ada sebab nak jadikan Gunong Semanggol tu sebagai pusat paragliding yang buat dan kita telah try dan masa tu ada diluluskan peruntukan tapi kemudian ditarik balik. Jadi kalau boleh kita nak minta supaya kerajaan ini menjadikan Gunong Semanggol tu sebagai satu produk pelancongan sebab dengan itu boleh menarik sebab dihujungnya tak ada produk. Jadi bila orang mari dia boleh tinggal di sana naikkan homestay dan sebagainya. Ada kegiatan ekonomi itu. Kalau boleh Kerajaan Negeri mempertimbangkan sebab dah halfway kita dah pergi halfway. Itu saya mintalah. Terima kasih banyak. Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih YB Exco.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya mengambil maklum cadangan Yang Berhormat tetapi dengan sedikit pengetahuan saya mengenai kawasan tersebut saya sebenarnya pernah berbincang dengan PBT, PDT dan juga lain-lain pegawai di kawasan tersebut. Saya difahamkan ia mempunyai beberapa masalah seperti tanah di bawah hutan and then juga takungan dan sebagainya. Saya tidak menghalang sebenarnya. Bagi saya lagi banyak produk pelancongan di negeri Perak, semestinya saya lagi suka. Cuma saya rasa sebenarnya Yang Berhormat boleh berbincang dengan PBT dan PDT supaya kita mempunyai satu mekanisme di mana kita dapat memajukan aktiviti pelancongan di kawasan Yang Berhormat. Ok, beralih kepada isu yang dibawa oleh Pasir Pinji, ADun Pasir Pinji, YB Pasir Pinji mencadangkan agar peruntukan disediakan bagi pemasangan pencahayaan moden di bandar-bandar utama di negeri Perak.

Untuk makluman Yang Berhormat Pasir Pinji, Kerajaan Negeri Perak mengambil maklum dan amat menghargai cadangan YB Pasir Pinji berhubung penyediaan peruntukan bagi pemasangan pencahayaan dan moden di bandar-bandar utama negeri. Kerajaan Negeri komited untuk meneliti dan melaksanakan inisiatif ini kerana ia seiring dengan usaha memperkukuh sektor pelancongan khususnya pelancongan malam yang semakin menjadi perhatian. Kerajaan juga bersetuju bahawa potensi setiap daerah adalah berbeza-beza dan juga wajar diketengahkan. Oleh itu, komitmen kerajaan adalah untuk memperluaskan pertimbangan peruntukan ini kepada pihak berkuasa tempatan supaya setiap kawasan dapat merancang konsep pencahayaan moden yang sesuai dengan identiti dan juga keistimewaan masing-masing. Namun, saya juga ingin memberi ingatan kepada YB Pasir Pinji bahawa sebenarnya pencahayaan sepatutnya di bawah Bahagian Kerajaan Tempatan dan bukannya di bawah pelancongan. Cuma untuk produk projek pelancongan, ia perlulah mempunyai konsep-konsep yang apabila kita membuat sesuatu projek itu, biarlah pencahayaan atau apa pun projek itu berlandaskan bahawa apabila siap projek itu, ia akan menarik pelancong ke situ dan bukannya pencahayaan semata-mata. Mungkin ada orang ada lampu oren kita pun nak lampu oren.

Jadi saya rasa itu mungkin defeat the purpose dengan izin dalam konteks pelancongan. Merujuk kepada Adun Kamunting pula yang merujuk kepada tapak bersejarah di Kamunting, dicadangkan agar dilaksanakan satu inisiatif oleh jabatan agensi kerajaan untuk meneroka pelaksanaan pemuliharaan yang lebih mendalam di kawasan kajian awal Persatuan Warisan Taiping dan juga The Habitat Foundation Penang. Kewujudan-kewujudan tapak bersejarah, perlombongan bijih timah kuno yang dipinggirkan. Untuk makluman Yang Berhormat Kamunting berhubung dengan cadangan pemuliharaan tapak-tapak bersejarah, perlombongan bijih timah kuno di kawasan Kamunting, Kerajaan Negeri Perak mengambil maklum dan menghargai penemuan serta kajian awal yang telah dijalankan oleh Persatuan Warisan Taiping dan juga The Habitat Foundation Penang. Nilai sejarah yang dikenalpasti ini berpotensi besar dalam memperkukuh identiti Taiping sebagai bandar warisan serta menyumbang kepada pembangunan pelancongan negeri Perak. Namun turut ditegaskan bahawa Tourism Perak bersedia membantu dari aspek promosi setelah tapak-tapak ini disahkan dan disediakan mengikut standard pemuliharaan. Kerajaan negeri komited dalam bekerjasama dengan semua agensi terlibat demi memastikan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan.

Kepada Yang Berhormat Bukit Chandan pula yang menekankan Perak mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan terutamanya pelancongan warisan eko pelancongan. Yang Berhormat Bukit Chandan mencadangkan supaya Kerajaan Negeri dapat melihat semula kepada beberapa perkara agar dapat mengembalikan kegemilangan Kuala Kangsar sebagai kawasan pelancongan di negeri Perak. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Bukit Chandan berhubung dengan cadangan ingin memperkukuhkan pelancongan di warisan di Kuala Kangsar, dimaklumkan bahawa pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan oleh MPKK serta agensi-agensi berkaitan selaras dengan perancangan di bawah Pelan Tempatan Daerah Kuala Kangsar 2025 dan juga Pelan Perak Sejahtera 2030. Perancangan untuk memartabatkan Kuala Kangsar sebagai Bandar Diraja Warisan Dunia turut merangkumi pembangunan pelan pelancongan Warisan Diraja termasuk Heritage Trail yang menghubungkan Bukit Chandan dengan bandar-bandar bersejarah lain di Perak. Laluan-laluan warisan di sekitar Bukit Chandan melibatkan Istana Kayangan, Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan juga Galeri Sultan Azlan Shah telah diketengahkan kepada pelancong dan seiring dan sering juga dijadikan laluan rasmi serta sukan kepada acara-acara sukan serta maraton, kayuh basikal dan lain-lain di kawasan tersebut.

Untuk Yang Berhormat Kuala Sepetang pula, pelancongan negeri banyak berpotensi tetapi hanya sedikit pergerakan. Menurut Yang Berhormat Kuala Sepetang, pelancongan negeri Perak banyak dan yang berpotensi hanya sedikit digerakkan yang sedikit gerakan yang dibuat. Jadi untuk makluman Yang Berhormat Kuala Sepetang,

Kerajaan Negeri Perak mengambil maklum dan amat menghargai cadangan YB Kuala Sepetang berhubung Tourism Sport Negeri bekerjasama dengan sektor kerajaan dan juga sektor swasta. Cadangan ini dilihat dapat membuka beberapa potensi besar boleh dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri Perak dan juga Tourism Perak serta pengukuhan ekosistem kerjasama kerajaan dan swasta. Selain itu, peruntukan sebanyak RM0.5 juta di bawah Belanjawan Negeri Perak 2026 bagi projek menaik taraf papan tanda penunjuk arah mercu tanda dan juga RM1.0 juta untuk projek-projek pembangunan infrastruktur luar bandar di kawasan tumpuan pelancong serta RM1.0 juta untuk menaik taraf ikon-ikon pelancongan turut boleh menyokong usaha-usaha mempromosi Perak sebagai destinasi pelancongan.

Untuk Adun Hutan Melintang. Minta maaf untuk Adun Chenderiang yang merujuk kepada pelancongan Taman Eko Rimba Lata Iskandar yang menanyakan adakah Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak mempunyai perancangan untuk mengangkat Taman Eko Rimba Lata Iskandar sebagai destinasi pelancongan utama negeri Perak dengan pembinaan Arena Square yang merangkumi gerai-gerai jualan produk buah-buahan serta produk tempatan. Jadi untuk maklumat Yang Berhormat Chenderiang Taman Eko Rimba Lata Iskandar merupakan salah satu destinasi pelancongan di Batang Padang di dalam daerah Batang Padang yang merupakan laluan utama yang menghubungkan Tapah ke Cameron Highlands. Kawasan pelancongan ini terletak di bawah kawal selia Jabatan Perhutanan Negeri Perak bagi menyokong pembangunan dan juga menambah baik keceriaan di Taman Eko Rimba Lata Iskandar. Pada 2025 pejabat Daerah dan juga Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan telah membantu melaksanakan projek di bawah tajuk Penyelenggaraan dan Pemuliharaan Tapak, kemudahan pelancongan termasuk pemuliharaan di Taman Eko Rimba Lata Iskandar yang terdiri daripada komponen-komponen menaik taraf tandas yang berjumlah RM50 ribu di bawah peruntukan Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Kerja-kerja tersebut merupakan susulan daripada produk projek infrastruktur kawasan Pelancongan bagi Tahun Melawat Perak 2024 yang pada 2023. Beralih kepada soalan-soalan atau isu-isu yang dibangkitkan dalam portfolio industri. YB Kamunting sekali lagi telah membangkitkan apakah langkah dan juga tindakan dalam memberi nafas baru kepada tapak perindustrian yang sedia ada serta menarik pelabur baru ke Kamunting. Untuk makluman Yang Berhormat Kamunting berhubung isu penyelenggaraan dan juga pembangunan di kawasan Perindustrian Kamunting dimaklumkan bahawa pelbagai tindakan telah dilaksanakan oleh agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, keselesaan serta daya tarikan kawasan berkenaan terus dipertingkatkan.

Dari aspek selenggaraan jalan laluan FT, Laluan Persekutuan FT 3146 yang diselia oleh JKR telah menerima beberapa kerja penaiktarafan pada tahun 2025. Sebanyak lima kerja berkala pavement berjumlah RM5,253.000.00 serta lima kerja berkala bukan pavement berjumlah RM2,205.000.00 telah dilaksanakan melibatkan baik pulih kerosakan jalan, perabot jalan dan juga menaik taraf longkang. Permohonan anggaran penyelenggaran jalan bagi tahun 2026 juga telah dikemukakan bagi menampung kerja-kerja di seksyen-seksyen yang belum disentuh.

Merujuk kepada Yang Berhormat Astaka yang mencadang agar dilaksanakan pembinaan bersama Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan LuMIC sebagai salah satu kawasan Special Economic Zone seperti di JS-SEZ, Johor untuk menarik minat lebih ramai pelabur di kawasan ini. Untuk makluman Yang Berhormat Astaka, cadangan untuk menjadikan Lumut Maritime Industrial City atau LuMIC sebagai Special Economic Zone merupakan salah satu agenda utama yang dicadangkan dan dibincangkan oleh Pengurusan Tertinggi LuMIC, yang mana ia merupakan salah satu inisiatif yang memberi nilai tambah yang ketara kepada perkembangan ekonomi serta potensi pembangunan di kawasan tersebut. Langkah seperti ini berupaya menarik lebih banyak pelaburan strategik di samping membuka ruang kepada pertumbuhan sektor industri yang lebih kompetitif. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Adun Kuala Sepetang pula, Adun Kuala Sepetang memaklumkan bahawa Negeri Perak ini tiada fokus yang jelas. Menurut Adun Kuala Sepetang, tiada fokus yang jelas terhadap pelaburan industri yang turut mempersoalkan identiti industri negeri.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan agar Pelan Ekonomi Perak 2040 difokuskan kepada bidang Agroteknologi, Maritim dan Logistik dan Pelancongan, Eko-Warisan dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Sepetang, negeri Perak telah melancarkan Pelan Perindustrian Perak 2030 sebagai garis panduan bagi memperkembangkan industri negeri Perak terutamanya bagi sektor pembuatan. Pelan tersebut menyasarkan sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK Negeri menjelang 2030 sebanyak 25%. Untuk makluman sektor ini, sektor-sektor yang diberikan penekanan di dalam Pelan Perindustrian Perak atau P3 merupakan sektor-sektor berikut. Seperti E&E atau Elektrikal dan Elektronik, Automotive Parts and Machinery Related Industries dengan izin. Downstream, Mineral Based Industry dengan izin. Biotechnology and Halal Industry dengan izin, Digital Economy and Manufacturing Related Services dengan izin. Sektor-sektor yang dinyatakan di atas adalah selari dengan hasrat negeri dalam menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Bagi mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri mempunyai anak-anak syarikat, jabatan-jabatan yang berkerjasama dalam membangunkan kawasan-kawasan industri baru bagi memenuhi keperluan pelaburan yang disasarkan tersebut. Selain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pemain-pemain swasta. Sebagai contoh, pembangunan kawasan industri baru oleh KLK TechPark di Tanjong Malim. Sektor-sektor ini juga diberi penekanan dengan mengambil kira analisa data-data pelaburan negeri Perak dan juga pembangunan industri. Kepada isu yang dibangkitkan oleh YB Pokok Assam, YB Pokok Assam memohon penjelasan daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai perkembangan terkini kemasukan pelaburan BYD ke negeri Perak. Bilakah operasi ini akan bermula, memandangkan potensi pelaburan ini mampu menjadi pemangkin utama kepada ekosistem perindustrian masa depan negeri Perak?

Untuk makluman Yang Berhormat Pokok Assam, seperti yang diumumkan sebelum ini Syarikat BYD Automotive Malaysia Sdn. Bhd. atau singkatannya BYD telah bersetuju untuk menjadi pelabur utama di KLK TechPark, Tanjong Malim. Untuk makluman, permohonan lesen pengilang BYD telah diluluskan oleh MIDA, sekali gus membolehkan syarikat memulakan perancangan penubuhan kemudahan pemasangan kenderaan pelbagai model di Malaysia. Pada masa ini, perbincangan lanjutan secara intensif antara BYD bersama Kerajaan Persekutuan khususnya MITI dan MIDA bagi melangsung atau sedang berlangsung bagi memuktamadkan skop pelaburan, pemilihan model yang akan dipasang serta syarat-syarat perlaksanaan yang perlu dipatuhi bagi memastikan kelancaran projek dan juga penjajaran dengan dasar perindustrian negara.

Perincian lanjut akan dimuktamadkan dalam fasa seterusnya setelah rundingan teknikal dan komersial selesai. Dalam konteks KLK TechPark pula, ia adalah sebuah Taman Perindustrian yang dimajukan oleh KLK atau KLK Land iaitu sebuah syarikat subsidiari Kuala Lumpur Kepong Berhad. Dibangunkan untuk melengkapi pembangunan industri automotif di Lembah Teknologi Automotif atau AHTV Tanjong Malim. Pembangunan Projek KLK TechPark ini dianjurkan akan menjana nilai pembangunan kasar atau GDV sebanyak RM3.5 bilion dan mewujudkan antara 10-20 ribu pekerjaan dalam tempoh sedekad yang akan datang. Pelaburan oleh BYD dan pembangunan KLK Tech adalah selari dengan agenda automotif negara. Strategi AHTV bukan sekadar menarik pelaburan daripada pengeluar peralatan asal atau OEM tetapi juga berfokus untuk pembangunan rantaian nilai lengkap dan menyeluruh.

Untuk makluman Yang Berhormat, apabila kita berkata mengenai konsep AHTV sebenarnya ia merujuk kepada satu kawasan pembangunan yang dahulunya dinamakan Proton City. Kawasan itu sahaja yang dikontekskan sebagai AHTV. Jadi kawasan-kawasan yang bersebelahan yang ada dipunyai oleh PKNPk dan juga agensi-agensi lain termasuk KLK TechPark tidak tergolong dalam AHTV tetapi kawasan-kawasan industri tersebut adalah termaktub atau terletak di dalam Kawasan Perindustrian Tanjung Malim.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Exco, tinggal 5 minit sahaja.

Encik Loh Sze YeeDAP · PHJalong

Tinggal 5 minit? Tak apalah. Itu sahajalah. Terima kasih.

Yang Berhormat Exco?

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Exco boleh?

Timbalan Yang di-Pertua

Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Sungkai untuk menggulung Perbahasan. Dipersilakan.

Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan, Ahli-ahli Yang Berhormat Kerajaan dan Pembangkang, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, ketua-ketua agensi, para petugas Dewan Negeri, para pemerhati dan rakan-rakan media sekalian. Pertama sekali saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan kerana telah memberi ruang kepada saya pada petang ini bagi sesi Penggulungan di bawah Portfolio Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India. Merafak sembah ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada 7 November 2025 yang lalu dan didoakan Kebawah Duli sentiasa dilimpahkan rahmat bagi memayungi rakyat di tanah bertuah ini. Dirgahayu Tuanku. Tidak dilupakan sekalung penghargaan diucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada daripada pihak Kerajaan mahupun Pembangkang yang telah memberikan pandangan serta cadangan membina sepanjang 3 hari perbahasan berlangsung. Khususnya berkaitan dengan portfolio saya demi kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat di negeri Perak.

Pada kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana telah memperuntukkan sejumlah RM19.35 juta di bawah ringgit di bawah portfolio saya dalam meneruskan kesinambungan dan perancangan yang telah dirancang bagi tahun 2026 selaras dengan agenda Perak Sejahtera 2030. Saya akan memastikan peruntukan yang telah diberi digunakan sepenuhnya demi pembangunan dan kemakmuran rakyat di negeri Perak tanpa mengira latar belakang agama, budaya mahu pun kaum. Berkaitan dengan pembangunan kesihatan di Negeri Perak, izinkan saya memulakan Penggulungan saya dengan menyentuh fokus yang pertama iaitu Pembangunan Kesihatan Di Negeri Perak. Merujuk kepada teks Belanjawan Yang Amat Berhormat Kota Tampan, sejumlah RM0.5juta telah diperuntukkan di bawah portfolio kesihatan untuk pelbagai program kesihatan yang sudah pasti peruntukan ini akan digunakan sepenuhnya bagi mensejahterakan kesihatan pekerja-pekerja dan rakyat di negeri Perak melalui penganjuran program-program kesihatan yang menyeluruh.

Menjawab respon perbahasan daripada YB Keranji berkaitan status terkini pembinaan Hospital Baru Kampar. Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM telah memuktamadkan tapak di Changkat Baru seluas 28.535 ekar yang melibatkan lot nombor 400863, lot 24059, lot 13861 & lot 100350 mukim Kampar sebagai tapak cadangan pembinaan Hospital Kampar baru. KKM juga telah memperoleh laporan serta ulasan daripada semua agensi teknikal dan kesemuanya mengesahkan bahawa tapak tersebut sesuai dan berdaya laksana atau visible untuk pembangunan hospital. Yang pertama, penyediaan penilaian semasa oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. Yang kedua, kerja-kerja demarkasi persempadanan semula tapak. Ketiga, prosiding perbicaraan oleh JKPTG untuk menentukan amaun pampasan kepada pemilik tanah. Keempat, pembayaran pampasan yang perlu diselesaikan oleh Kementerian dan Jabatan Pengguna sebelum Borang K dikeluarkan dan lima, setelah Borang K dikeluarkan, permohonan pemberimilikan akan dikemukakan oleh Kementerian dan Jabatan Pengguna sebelum projek boleh dipohon untuk kelulusan Kementerian Ekonomi.

Bagi mengulas respon perbahasan Yang Berhormat Changkat Jering berkenaan kekurangan petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Changkat Jering. Kerja-kerja pembersihan di Klinik Kesihatan Changkat Jering dilaksanakan oleh kakitangan secara penggiliran dan berjadual mengikut skop tugas masing-masing. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama sedang mempertimbangkan untuk membuat permohonan penyumberluaran kontraktor pembersihan bagi Klinik Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Memahami perhatian yang diberikan oleh Yang Berhormat Chenderiang berkaitan status terkini permohonan Projek Pembinaan Klinik Kesihatan Mukim Chenderiang dan Pusat Hemodialisis, Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang sentiasa mengambil perhatian terhadap keperluan memperluaskan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di mukim Chenderiang.

Secara keseluruhan, Dun Chenderiang mempunyai sebuah klinik kesihatan jenis tujuh iaitu Klinik Kesihatan Batu 17 serta empat buah klinik desa iaitu Klinik Desa Chenderiang, Klinik Desa Batu Enam, Klinik Desa Batu Melintang dan Klinik Desa Kampung Jambai. PKD Batang Padang telah mengenal pasti satu tapak yang sesuai bagi pembangunan Klinik Kesihatan baru Mukim Chenderiang. Permohonan tapak tanah tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan seluas 9.761/meter persegi bagi cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Jenis empat, Chenderiang. Berdasarkan laporan Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, tapak tersebut yang dikenali sebagai Plot A berkeluasan 2.41 ekar terletak di persimpangan Jalan Persekutuan Kampar, Tapah dan Jalan Chenderiang. Tinjauan mendapati kawasan berkenaan mempunyai bentuk muka bumi yang rata, lapang dan hanya ditumbuhi semak samun. Jabatan Kesihatan Negeri Perak menilai tanah tersebut sesuai untuk pembangunan fasiliti dari aspek geografi.

Walau bagaimanapun, bagi pembinaan bangunan fizikal, kajian komprehensif dan ulasan teknikal lanjut diperlukan daripada Jabatan Kerja Raya termasuk laporan kajian tanah serta ulasan daripada Jabatan Penilaian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Daerah dan Tanah serta penyedia utiliti iaitu TNB, LAP dan TM. Dalam Pelan Induk Fasiliti Kesihatan, JKN Perak telah menetapkan bahawa pembangunan Klinik Kesihatan Jenis empat Chenderiang dirancang untuk dimohon di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-13. Perancangan ini penting bagi memberi ruang kepada penyelesaian urusan perolehi tanah memandangkan tapak yang dicadangkan merupakan tapak Kerajaan Negeri. Sehubungan itu, fokus utama bagi tahun 2026 adalah untuk memastikan isu perolehan dan pemberimilikan tanah dapat diselesaikan sepenuhnya. Penubuhan Klinik Kesihatan jenis empat Chenderiang kelak akan menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan premier termasuk klinik pesakit luar, klinik ibu dan anak, perkhidmatan pergigian, perkhidmatan kecemasan, pengimejan digital, farmasi, klinik demam dan klinik penyakit berjangkit selain dilengkapi peralatan perubatan yang bersesuaian. Kos pembinaan dianggarkan sehingga RM 40 juta dengan tempoh pembinaan sekitar 36 bulan bagi menyediakan sebuah fasiliti kesihatan moden, selesa dan selamat.

Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat Chenderiang, pihak KKM tidak menyediakan insentif bantuan kewangan kepada pesakit hemodialisis swasta. Namun, bantuan kewangan kepada pesakit hemodialisis swasta akan disediakan oleh agensi-agensi seperti JPA, Baitulmal, PERKESO, veteran ATM, Pusat Pengajian Tinggi, TNB, Bank, Felda, NGO dan lain-lain. Setiap daerah di Perak mempunyai sekurang- kurangnya satu pusat hemodialisis dengan jumlah keseluruhan bagi negeri Perak adalah sebanyak 17 buah. Pusat-pusat hemodialisis ini kini memberikan perkhidmatan kepada 712 orang pesakit. Pada masa ini, penambahan slot hemodialisis di bawah fasiliti KKM adalah agak mencabar disebabkan keperluan tambahan sumber manusia, peralatan, peruntukan bagi pembelian ubat-ubatan dan barang pakai buang serta mungkin melibatkan naik taraf fasiliti. Pihak kerajaan cakna dan mengambil berat akan perkara ini yang mana permohonan tambahan di atas telah pun diangkat ke peringkat KKM. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dibuat secara berfasa berdasarkan kelulusan peruntukan daripada KKM dan penempatan kakitangan.

Bagi menjawab respon soalan daripada Yang Berhormat Lubok Merbau berkaitan pengangkutan untuk mendapatkan rawatan ke luar bandar. Perkhidmatan kesihatan primer disediakan melalui rangkaian klinik statik terdiri daripada klinik kesihatan yang dirancang pembinaannya untuk setiap 20,000 penduduk di kawasan operasi masing-masing. Perkhidmatan klinik bergerak adalah salah satu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan primer secara saksama kepada golongan masyarakat yang tinggal jauh dari fasiliti kesihatan statik terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan penempatan orang asli. Selain itu, pada 27 November 2025, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membekalkan sejumlah 17 unit ambulans Jenis B kepada 17 klinik kesihatan terpilih yang dianggap mempunyai keperluan kritikal serta keadaan ambulan sedia ada yang usang. Dari segi latar belakang bekalan ambulans ini perlu dilaksanakan di bawah tender pusat yang sepatutnya bekalan tiba pada tahun 2024. Namun demikian, atas beberapa isu perolehan yang tidak dapat dielakkan, tarikh bekalan tertunda sehingga ke tahun 2025 serta yang telah saya nyatakan tadi dengan adanya kenderaan ambulans baru ini, tempoh masa respon bagi setiap panggilan kecemasan dapat dicapai berdasarkan piagam dan garis panduan yang sedia ada. Selain itu, kemudahan ini juga membuka peluang kepada membaiki mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk negeri Perak khususnya yang berada di luar bandar.

Senarai klinik kesihatan yang telah menerima ambulan adalah seperti berikut. Pertama, Klinik Kesihatan Tanjong Malim, Klinik Kesihatan Gunong Besout Tanjong Malim, Klinik Kesihatan Gunung Rapat, Klinik Kesihatan Batu 17, Klinik Kesihatan Kota Baru, Klinik Kesihatan Menglembu, Klinik Kesihatan Lawin, Klinik Kesihatan Lenggong, Klinik Kesihatan Kuala Gula, Klinik Kesihatan Teluk Medan, Klinik Kesihatan Tanjong Piandang, Klinik Kesihatan Trong, Klinik Kesihatan Buntong, Klinik Kesihatan Hutan Melintang, Klinik Kesihatan Sungai Sumun, Klinik Kesihatan Ayer Tawar dan akhir sekali, Klinik Kesihatan Parit. Pihak pejabat kesihatan daerah dan jabatan kesihatan negeri akan memantau perkembangan dan pembangunan semasa untuk memastikan akses terhadap perkhidmatan kesihatan oleh penduduk setempat diperolehi melalui klinik statik yang dapat memberi rawatan yang lebih komprehensif dengan kemudahan peralatan perubatan yang moden.

Berkaitan dengan pembangunan sumber manusia. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan lagi aspek sumber manusia di negeri Perak, sebanyak RM 11.4 juta telah diperuntukan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar di bawah fokus tiga iaitu pembangunan modal insan dan belia seperti yang dinyatakan melalui ucapannya, ucapan belanjawan di dalam muka surat 48 perenggan 126 hingga 127. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kota Tampan di atas perhatian yang diberi kepada peningkatan peruntukan sebanyak RM0.9 juta kepada Pusat Aspirasi Anak Perak atau PASAK dan Teknikal Vokasional Education and Training atau TVET yang sudah pasti ianya akan dapat memacu pertumbuhan aspek pembangunan modal insan untuk dimanfaatkan oleh anak negeri Perak selaras dengan Agenda Perak Sejahtera 2030. Dasar Kerajaan Negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan, program latihan kemahiran dan softskill kepada rakyat di negeri Perak secara tidak langsung telah membuka ruang yang lebih luas kepada golongan belia dan tenaga kerja tempatan untuk meningkatkan kapasiti memperkukuhkan kebolehpasaran serta jaminan pendapatan yang lebih stabil.

Bagi menjawab respon kepada cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kamunting, Yang Berhormat Changkat Jong, Yang Berhormat Pasir Panjang, Yang Berhormat Slim dan Yang Berhormat Chenderoh berkaitan penyelarasan latihan TVET bagi menepati keperluan industri semasa. Kerajaan Negeri sentiasa menitikberatkan keperluan serta perubahan industri khususnya dalam perbadanan tenaga kerja berkemahiran tempatan di negeri Perak selaras dengan projek berkepentingan negeri. Di antara usaha yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertama, sesi libat urus industri akademia collaboration yang melibatkan pihak PASAK, TalentCorp, institusi latihan automotif negeri Perak, pihak Proton dan pemain industri dalam sektor automotif dalam melihat potensi bakat dan keperluan tenaga kerja yang diperlukan samada dalam masa jangka pendek atau panjang.

Dapatan bengkel ini adalah penting bagi melihat keperluan tenaga kerja yang diperlukan industri dalam sektor automotif agar rangka keperluan tenaga kerja ini dapat disediakan mengikut perancangan pembangunan projek khususnya AHTV di Tanjong Malim. Kedua penubuhan Jawatankuasa Pekerja Wilayah Selatan (JBWS) di mana jawatankuasa ini terdiri daripada pihak majikan daerah, Majlis Daerah Tanjung Malim, PASAK, pihak Proton, Persatuan Vendor, Institusi Kemahiran dalam bidang Automotif, Jabatan Pendidikan Negeri, Perkeso, Invest Perak dan IDR bagi melihat keperluan kemahiran tenaga kerja semasa mahupun jangka panjang agar keperluan tenaga kerja ini dapat diisi oleh rakyat di negeri Perak. Ketiga, jalinan kerjasama strategik bersama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran atau belia mahir dalam melaksanakan program TVET Exchange Malaysia China Youth TVET Training di negara China melibatkan bidang New Energy Vehicle atau NEV, Artificial Intelligence (AI) dan Artificial Intelligence in Manufacturing Automation (AIMA) bagi mendokong persediaan tenaga mahir berkemahiran tinggi. Keempat, libat urus bersama institusi kemahiran TVET yang menawarkan kursus kimpalan, welder dan fitter bagi menampung keperluan tenaga kerja mahir dan pelan perancangan Lumix melibatkan lapan institusi kemahiran seperti niat akademik, Institut Kemahiran MARA Lumut dan Institut Latihan Perindustrian Ipoh.

Hasil dari libat urus ini, seramai 1,845 pelajar yang sedang mengikuti pengajian dalam kursus kimpalan telah dikenalpasti bagi persediaan peluang pekerjaan yang akan dibuka kelak. Lima, perlaksanaan 156 kursus latihan jangka pendek berdasarkan Industri Need Driven telah dilaksanakan bagi fasa pertama dan fasa kedua tahun 2025 meliputi latihan modular industri, latihan mahir kerja, TVET OKU, TVET Orang Asli, TVET Anak Yatim yang melibatkan seramai 2,374 peserta. Di bawah latihan modular industri seramai 890 peserta telah menyertai latihan serta ditawarkan pekerjaan oleh majikan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan. Keenam, jalinan kerjasama strategik dengan pihak PERKESO bagi membangunkan profil landskap pasaran buruh dan sosioekonomi negeri. Inisiatif ini bertujuan memantau prestasi program TVET serta menganalisis kan statistik tenaga buruh secara komprehensif.

Tumpuan utama diberi kepada pemitihan, penawaran dan permintaan. Supply and demand mapping. TVET merentas lima nod pertumbuhan atau growth node utama di Perak. Ketujuh, memperluaskan agenda satu warga satu skill melalui empat siri Jelajah MTVET With Cikgu Saarani dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak bagi mempromosikan TVET sebagai bidang kerjaya dengan melibatkan 10 ribu murid sepanjang jelajah dilaksanakan sehingga September 2025 dan yang kelapan perlaksanaan dua program berteraskan TVET melalui Program

Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dan Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Program ini menawarkan kemahiran asas seperti sebagai subjek tambahan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 bagi menekankan kepada kemahiran yang diiktiraf industri melalui pensijilan seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan peluang pekerjaan. Sebanyak 92 buah sekolah telah dipilih mengikut program ini iaitu 60 sekolah MPV dan 32 sekolah MP PVMA di negeri Perak serta 2,915 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang terlibat untuk tahun 2025.

Bagi menjawab soalan perbahasan Yang Berhormat Behrang cadangan penstrukturan semula penjawatan JPS telah diluluskan peringkat Jabatan Perkhidmatan Awam. Yang surat kelulusan perjawatan SKP telah ditandatangani oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada 10 November 2025. Sebanyak 107 pewujudan perjawatan baru dan 6 perjawatan yang telah dinaik taraf hasil daripada pemansuhan penjawatan Pembantu Khidmat Am sebagai sebanyak 153 perjawatan. Terdapat penambahan 5 daerah baru diwujudkan dan menjadikan 12 daerah secara keseluruhan termasuk pewujudan JPS Daerah Muallim. Tujuan penstrukturan semula ini diadakan adalah untuk menangani keperluan cabaran baru berkaitan iklim dan bencana, meningkatkan kecekapan operasi menangani kekesanan kekangan sumber manusia dan mempertingkat tadbir urus jabatan.

Menjawab soalan perbahasan Yang Berhormat Ayer Kuning berkenaan perkasa pemerkasaan TVET bagi KRI rakyat miskin bandar. Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak sememangnya sedang memperkasakan program latihan kemahiran TVET dan mensasarkan penyertaan dari golongan belia asnaf yang terdiri daripada ketua isi rumah atau anak-anak asnaf. Bagi tahun 2025, Majlis Agama Islam telah melaksanakan program TVET yang merangkumi 23 bidang yang disertai oleh 1,064 belia asnaf. Mereka ini diberi latihan dan seterusnya dijamin penempatan kerjaya di industri yang telah ditetapkan.

Langkah Majlis Agama Islam Perak dengan menawarkan peluang pekerjaan berdasarkan latihan yang telah dipelajari, berjaya membantu dan mengeluarkan golongan belia asnaf daripada risiko kemiskinan. Latihan keusahawanan juga dijalankan oleh Majlis Agama Islam Perak dengan meneroka bidang perkhidmatan yang berasaskan TVET. Mereka dilatih seterusnya dibekalkan bantuan modal dalam bentuk peralatan perniagaan untuk memulakan perniagaan secara mikro. Hasil pemantauan mendapati usahawan yang dibangunkan oleh MAIPk memperolehi hasil melebihi pendapatan minima minimum, malah ada yang telah berjaya mencapai pendapatan tinggi sehingga mampu mengeluarkan zakat.

Menjawab soalan perbahasan daripada Yang Berhormat Selama berkenaan keperluan pelajar tahfiz dalam bidang kemahiran. Majlis TVET Negeri Perak telah melaksanakan inisiatif inisiatif TVET Tahfiz. Yang mula diluncurkan pada tahun ini. Program ini merupakan latihan kemahiran jangka pendek yang difokuskan kepada pelajar tahfiz sebagai tambahan kemahiran dalam bidang teknikal. Latihan dilaksanakan melalui kolaborasi antara Giat Mara dan Kolej Komuniti di pusat tahfiz yang didaftar melibatkan seramai 80 orang pelajar tahfiz. Manakala di peringkat Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak jalinan kerjasama dengan 13 buah Kolej Komuniti Negeri Perak telah dijalankan. Bagi melaksanakan TVET tahfiz secara berkredit di bawah program Micro Credential

Standard Alone. Melibatkan 13 kursus latihan di antara pembangunan aplikasi mudah alih, teknologi retort dan penyelenggaraan unit penyaman udara domestik.

Menjawab respon perbahasan oleh Yang Berhormat Chenderoh, negeri Perak memegang kedudukan penting dan sentiasa berkembang dalam kerangka ekonomi negara Malaysia. Perak menyumbang sebanyak 5.2% kepada KDNK negara pada tahun 2024. Hasil daripada asas ekonomi negeri yang pelbagai dan kedudukan lokasi geografi yang strategik. Ekonomi Negeri telah menunjukkan kebangkitan yang cemerlang dengan kadar pertumbuhan KDNK negeri melonjak daripada 2.7% pada tahun 2023 kepada 4.4% pada tahun 2024. Prestasi ini meningkatkan jumlah output ekonomi Perak daripada RM82.6 bilion pada tahun 2023 kepada RM86.2 bilion pada tahun 2024. Menandakan trajektori ekonomi dan daya tahan ekonomi negeri yang semakin meningkat. Momentum positif ini turut dicerminkan oleh pasaran buruh negeri. Tenaga buruh berkembang sebanyak 2.7% kepada RM1.15 juta pada tahun 2023. Manakala kadar pengangguran menunjukkan prestasi yang positif dan konsisten di mana penurunan daripada 4.4% pada tahun 2022 kepada 3.9% pada tahun 2023 dan seterusnya kepada 3.6% pada tahun 2024. Gabungan peningkatan pesat pertumbuhan ekonomi negeri dan kadar penunjuk (tour indicator). Pekerjaan yang semakin baik di negeri Perak memberikan naratif yang positif untuk para pelabur menunjukkan Perak sebuah negeri yang berada di laluan ekonomi yang sedang meningkat, kukuh dan mampan.

Berdasarkan laporan prestasi Pelaburan Negeri Perak, yang pertama, prestasi pelaburan Perak untuk tempoh Januari hingga September 2025. Menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024 merentasi semua petunjuk utama. Kedua, jumlah projek yang diluluskan meningkat daripada 249 projek pada Januari hingga September 2024 kepada 303 projek pada Januari hingga September 2025 yang mewakili pengembangan 22% dalam aktiviti pelaburan. Penciptaan peluang pekerjaan daripada projek-projek pelaburan yang dilulus meningkat mendadak daripada 3,165 pekerjaan pada Januari hingga September 2024 kepada 9,127 pekerjaan pada Januari hingga September 2025. Iaitu peningkatan sebanyak 5,962 pekerjaan atau 199% dan kelima, secara keseluruhan, jumlah pelaburan, pelaburan diluluskan di negeri Perak meningkat daripada RM6.77 billion kepada RM11.77 billion. Iaitu peningkatan sebanyak RM5 billion atau 74% menunjukkan penyertaan pelabur yang lebih kukuh, saiz projek yang lebih besar dan daya saing, daya saing yang bertambah baik bagi ekosistem industri dan perkhidmatan negeri.

Berkenaan cadangan pelantikan pegawai khas kepada Adun-Adun secara kontrak, yang juga dibangkitkan oleh Chenderoh. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau SPA akan melaksanakan urusan pengambilan sekiranya jawatan-jawatan berkenaan telah diwujudkan dan permohonan pengisian dipanjangkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Yang Berhormat Timbalan Speaker, sebagai penutup, saya mengakhiri penggulungan saya ini. Sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak atas kepimpinannya yang cemerlang dalam merangka Belanjawan Perak tahun 2026 dengan mementingkan kebajikan dan kepentingan rakyat melalui kepentingan diri sendiri melebihi kepentingan diri sendiri.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Dato' Pegawai Kewangan Negeri dan Yang Berhormat Dato' Penasihat Undang-undang Negeri yang sudah pasti secara bersama terlibat dalam penyediaan Belanjawan ini. Tidak dilupakan kepada barisan-barisan pegawai sama ada daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri serta Pejabat Kewangan Negeri yang bertungkus-lumus dalam penyediaan belanjawan berteraskan lima fokus utama yang telah berjaya menghasilkan suatu belanjawan yang mampu memberi impak positif kepada pembangunan negeri dan rakyat negeri Perak. Oleh itu, saya akhiri penggulungan ini dengan serangkap pantun.

Perahu kecil berlayar ke hulu, Membawa bekalan untuk dimakan, Musibah banjir datang menderu, Kebajikan rakyat kita utamakan.

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Selasa, 2 Disember 2025, jam 9.00 pagi.