Perak · 15 April 2026
15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 494 turns · 55,678 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.
(Pembukaan)
Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Kedua, Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Rabu, 15 April 2026 pukul 9.07 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu bacaan doa.
SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.
Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.
Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.
Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.
Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam
Lafaz Ikrar Rukun Negara
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
IKRAR
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Terima kasih, Perkara yang kedua. Pengumuman Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak urus setia, para petugas media sekalian. Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman.
Perkara yang pertama. Sebelum kita memulakan urusan mesyuarat, suka untuk saya ingatkan bahawa terdapat kod QR yang diletakkan di setiap meja Ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mengimbas kod tersebut dan menyemak Aturan Urusan Mesyuarat berserta senarai giliran soalan-soalan lisan. Ahli-ahli Yang Berhormat serta wakil Jabatan juga dikehendaki untuk mendaftar kehadiran pada hari ini dan hari-hari seterusnya dengan mengimbas kod QR yang sama.
Seperti kelazimannya, persidangan kita pada hari ini akan dimulai dengan sesi soalan lisan. Setiap soalan lisan akan diberikan 2 soalan tambahan. Bagi soalan lisan yang tak sempat dijawab di dalam Dewan pada hari ini, akan dijawab secara bertulis melalui sistem e-Dewan.
Perkara yang kedua, salah satu usaha atau inisiatif penambahbaikan berterusan Institusi Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan, maka jawapan kepada soalan bertulis akan dibekalkan dalam tempoh persidangan ini juga. Tidak seperti amalan sebelum ini yang mana jawapan kepada soalan bertulis dibekalkan selepas 14 hari setelah tamat persidangan.
Perkara yang ketiga. pada hari Selasa 14 April 2026, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berkenan untuk menyampaikan Titah Diraja dan seterusnya merasmikan mesyuarat. Usul Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seterusnya akan dibuka untuk perbahasan kepada semua Ahli Yang Berhormat.
Perkara yang keempat berkaitan dengan hansard rasmi. Saya ingin memaklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat boleh membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam. Sekian, terima kasih.
Membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan
Perkara yang ketiga, membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Sekarang saya membentangkan Surat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan dari Bilangan 01/2026 hingga 03/2026 seperti yang telah diedarkan kepada semua Ahli Dewan Negeri pada 3hb April 2026.
Bil. 1/2026 Penyata Penerimaan Dan Perbelanjaan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2024, Jabatan Perhutanan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Bil. 2/2026 Laporan Ketua Audit Negara 1 Bilangan 1/2026 mengenai Aktiviti Jabatan Dan Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak.
Bil. 3/2026 Penyata Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap.
Soalan-soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions
Perkara yang keempat, soalan-soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Bagaimanapun, kita seperti menjadi kelaziman, ada kalanya ada topik-topik yang agak popular yang kita Dewan faham, maka Speaker akan benarkan lebih daripada 2 soalan tambahan sekiranya dianggap soalan itu terutamanya melibatkan isu-isu semasa, juga dengan kebenaran Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga Ahli-ahli MMK lah untuk menjawabnya. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kepayang untuk mengemukakan nombor soalan.
Salam Sejahtera Dato Seri Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Perpaduan bersatu-padu, Soalan Kepayang, nombor 1.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. Salam Malaysia Madani dan Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Dato Seri Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kepayang, terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Tahun Baharu Tamil bagi masyarakat Tamil dan juga perayaan Vaisakhi bagi masyarakat Sikh yang telah disambut semalam. Terima kasih Yang Berhormat Kepayang. Kerajaan Negeri sangat menghargai keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung implikasi konflik geopolitik yang sedang berlaku terhadap kesejahteraan ekonomi negeri dan kehidupan rakyat.
Untuk makluman, sebanyak 6 soalan lisan dan 3 soalan bertulis telah diterima menyentuh isu ini. Maka izinkan saya menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kepayang, Yang Berhormat Pasir Pinji, Yang Berhormat Trong, Pokok Assam, Ayer Kuning, Pantai Remis dan Behrang secara bersekali kerana ianya saling berkaitan.
Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, saya telah mendapatkan ulasan-ulasan dan pandangan-pandangan daripada semua Agensi Pusat dan Negeri untuk membolehkan Kerajaan Negeri memahami keadaan semasa dan mengambil tindakan-tindakan untuk jangkamasa pendek, jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang. Kerana itu, saya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan kepada Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang telah mengambil berat dan memberi respon yang segera kepada Kerajaan Negeri iaitu kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA), kepada (IDR) Institut Darul Ridzuan, kepada Perak Invest Management Centre (PIMC), kepada Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK), Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan juga Jabatan Perikanan yang telah memberi respon sehingga membolehkan bukan sahaja untuk menjawab soalan-soalan yang banyak ini tetapi juga Insha Allah menjadi program bagaimana kerajaan akan mengambil tindakan seterusnya.
Ahli-ahli Yang Berhormat, konflik di Asia Barat yang tercetus sejak Februari 2026 kini berkembang menjadi krisis geopolitik yang memberi kesan besar kepada ekonomi global secara menyeluruh. Walaupun pada awalnya kita dikhabarkan bahawa konflik ini menunjukkan tanda-tanda reda dan peperangan seolah-olah menuju ke penghujungnya tetapi perkembangan terbaharu membayangkan keadaan sebaliknya. Kita boleh mendapat maklumat daripada akhbar-akhbar dan juga daripada sumber-sumber rasmi kerajaan. Kegagalan rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran pada hujung minggu lalu yang berakhir tanpa penyelesaian konkrit telah meningkatkan semula risiko gangguan perdagangan berpanjangan. Keadaan ini melonjakkan semula harga minyak dunia dan memberi tekanan lanjut kepada kos tenaga serta logistik global. Ini sekaligus memungkinkan tekanan krisis tenaga global yang memberi kesan terhadap segenap aspek dalam rantaian ekonomi negara termasuklah Negeri Perak.
Semua sektor dijangka menerima tempias daripada ketidaktentuan ini. Penutupan dan gangguan laluan perdagangan memberi kesan langsung kepada input bahan mentah di peringkat global. Kenaikan kos penghantaran, premium insurans kapal dan perubahan haluan perdagangan antarabangsa menyumbang kepada kos pengeluaran yang lebih tinggi serta penurunan produktiviti. Antara sektor yang dijangka terkesan ialah pembuatan, perkhidmatan, pembinaan dan juga perumahan. Sektor pelancongan turut menerima tempias apabila pelancong luar negara mengambil pendekatan lebih berhati-hati atas faktor keselamatan dan peningkatan kos perjalanan. Terdapat juga di kalangan pelancong-pelancong Eropah yang telah membatalkan tempahan-tempahan mereka. Sektor pertanian juga tidak terkecuali apabila kenaikan kos input pertanian dan logistik memberi kesan terus kepada harga barang asas seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur dan hasil pertanian yang lain termasuk baja, sekaligus memberi tekanan kepadaketerjaminan makanan.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, kesan kepada sektor nelayan, pertanian dan penternakan. Kenaikan harga petrol dan diesel telah meningkatkan kos operasi secara ketara dalam sektor pengeluaran makanan. Dalam sektor penternakan, kos makanan ternakan, logistik dan operasi ladang meningkat sehingga 10 peratus hingga 30 peratus. Malah, situasi ini lebih membimbangkan kerana kebergantungan tinggi kepada import bahan mentah seperti jagung dan soya di mana lebih 90 peratus jagung bijirin negara adalah diimport. Dalam sektor perikanan, nelayan laut dalam khususnya Zon C2 (komersial) yang tidak mendapat bantuan subsidi petrol atau diesel berdepan peningkatan kos bahan api yang menjejaskan kekerapan ke laut serta hasil tangkapan ikan bernilai tinggi. Sektor akualkultur dan pembuatan makanan ternakan turut terkesan akibat peningkatan kos input import, sekaligus memberi tekanan kepada margin keuntungan dan kelangsungan operasi syarikat. Impak kepada pengguna di negeri Perak, peningkatan kos pengeluaran telah menyebabkan kenaikan harga makanan asas seperti ayam, daging, telur dan ikan. Penduduk negeri Perak berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat memandangkan perbelanjaan makanan merangkumi sekitar 30 peratus hingga 40 peratus daripada pendapatan isi rumah menurut Department of Statistics Malaysia. Keadaan ini memberi kesan lebih ketara kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Selain itu, pengurangan bekalan hasil laut menjejaskan kestabilan harga dan pilihan makanan sedangkan ikan menyumbang lebih 50 peratus sumber protein haiwan rakyat Malaysia berdasarkan data Food and Agriculture Organization.
Kesan kepada rantaian bekalan makanan, kenaikan harga bahan api menjejaskan keseluruhan rantaian bekalan makanan daripada pengeluaran hingga ke pasaran. Kos tenaga dan pengangkutan yang boleh menyumbang sehingga 30 peratus hingga 60 peratus daripada kos logistik makanan, meningkatkan tekanan harga di setiap peringkat rantaian. Pengurangan tangkapan laut dalam mengurangkan bekalan ikan dan menjejaskan industri pemprosesan. Manakala peningkatan kos bahan mentah import seperti jagung dan soya menimbulkan risiko gangguan bekalan input. Dalam masa yang sama, kadar sara diri bagi beberapa komoditi seperti daging lembu yang masih sekitar 20 peratus hingga 30 peratus menunjukkan kebergantungan kepada import sekaligus meningkatkan kerentanan terhadap kejutan global.
Dato' Seri Yang di-Pertua, cadangan dan peluang strategik. Situasi ini merupakan peluang untuk memperkukuh sektor makanan negeri melalui pengurangan kebergantungan kepada import dan peningkatan kecekapan. Pembangunan industri makanan ternakan tempatan seperti jagung, bijirin dan sumber alternatif perlu dipergiatkan lagi bagi menstabilkan kos pengeluaran. Penggunaan tenaga alternatif seperti solar dan biogas di ladang juga mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan api serta menjimatkan kos jangka panjang. Pengukuhan rantaian bekalan tempatan melalui pendekatan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran dalam negeri dapat mengurangkan kos logistik dan menstabilkan harga. Peralihan kepada akuakultur moden serta pemanfaatan teknologi digital bagi pemantauan bekalan dan harga turut berpotensi meningkatkan kecekapan pasaran. Secara keseluruhannya, pendekatan ini bukan sahaja membantu mengekang kenaikan harga makanan dan memastikan kestabilan bekalan, malah berpotensi mewujudkan ekonomi baharu berasaskan inovasi, nilai tambah dan sumber tempatan, sekaligus memperkukuh sekuriti makanan dan daya tahan ekonomi negeri dalam jangka masa panjang.
Dato' Yang di-Pertua, kita Kerajaan Negeri, kita sudah biasa menempuh beberapa krisis global. Yang terakhir ialah Covid-19. Saya percaya kerjasama dan komitmen semua seperti mana Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku semalam dituntut sama ada pihak kerajaan atau pihak pembangkang, kepada semua agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, kita perlu duduk bersama berbincang supaya membolehkan Kerajaan Negeri memantau perkembangan semasa dan bekerja rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk merangka strategi adaptasi bagi meminimumkan impak krisis ini kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Saya yakin dengan komitmen bersama ini, Insha Allah kita mampu untuk menanganinya dan ia harus diingat setiap sesuatu musibah yang datang kepada kita akan memberi ruang kepada kita untuk lebih kreatif dan lebih inovatif. Terima kasih.
Kepayang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Krisis tenaga global akibat daripada konflik Asia Barat. Kali ini berimpak besar dan magnitudnya sudah tentunya semua negara tidak akan terkecuali daripada tempiasan akibat daripada krisis tersebut. Di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI telah pun melakukan pelbagai langkah proaktif untuk melindungi kesejahteraan rakyat di bawah payung MADANI. Mana pertama, Kerajaan Persekutuan telah memastikan bekalan stok minyak, diesel, makanan cukup. Kedua, dengan BUDI RON95, BUDI MADANI, BUDI Diesel, kita kekalkan harga petrol antara yang paling murah di seluruh dunia. Ketiga, Kerajaan Persekutuan juga telah memberikan sumbangan wang tunai. Tahun ini Kerajaan Persekutuan telah sediakan RM15 billion untuk memberi bantuan kepada 22 juta rakyat menerusi STR dan juga SARA.
Saya nak bertanya kepada Kerajaan Negeri sebagai rakan strategik, adakah Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang budiman bersedia untuk membentangkan belanjawan tambahan pada bulan Jun memandangkan krisis tenaga global kini semakin meruncing dan saya nak ucap syabas, tahniah kepada Kerajaan Perpaduan empat tahun berturut-turut mencatat belanjawan lebihan surplus bajet. Duit yang telah pun kita jimat sepanjang masa ini. Saya, di mana saya faham adalah perlu bila rakyat, kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi fokus utama kerajaan hari ini. Maka saya nak cadangkan adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk membentangkan belanjawan tambahan berfokus kepada tiga aspek. Pertama keterjaminan makanan, food security negeri Perak. Kedua, membantu PIKS yang kini berada dalam keadaan yang terdesak dan yang kedua untuk pastikan kebajikan rakyat khususnya golongan M40, B40 diberikan bantuan selain daripada bantuan yang sedang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Maka ini termasuk cadangan untuk semua Ahli-ahli Dewan diberikan OG tambahan supaya duit itu dia dapat disalurkan khususnya membantu keluarga-keluarga asnaf yang miskin yang boleh kita jadikan mereka dapat sama-sama dengan semangat berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Kita dapat mengharungi cabaran krisis dunia yang sedang melanda negeri kita. Sekian terima kasih.
Menteri Besar.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Speaker, Yang Berhormat Kepayang. Seperti saya sebutkan tadi, kita ada pengalaman menguruskan krisis global semasa kita berhadapan dengan Covid-19. Pada pandangan saya untuk setakat ini ke depan kita kena lihat lain. Untuk setakat ini, krisis Covid-19 jauh lebih menderitakan kerana semua ruang untuk production ditutup. Semua supermarket ditutup, semua pengusaha-pengusaha PKNS ditutup, semua food court ditutup, pasar malam ditutup, pasar tani ditutup menjadikan rakyat lebih menderita. Maka pada waktu itu kerajaan mengambil inisiatif untuk menyampaikan bantuan makanan kering kepada mereka yang terkesan. Tapi kali ini kita terkesan seperti saya sebutkan tadi akibat daripada masalah harga minyak yang melambung ekoran daripada sekatan di Selat Hormuz. Tapi di dalam negeri Perak yang boleh saya cakapkan, rakyat masih boleh menjalankan perusahaan. Yang menoreh boleh menoreh, yang boleh pergi kebun masih boleh berkebun, yang ada dusun durian akan tunggu buah durian gugur. Cuma di peringkat Kerajaan Negeri, kita nak pastikan supaya mereka tidak terkesan sehingga menyebabkan kekurangan ataupun keputusan kehabisan barang makanan asas.
Jadi kerana itu dulu kalau kita dulu kalau kita ingat semasa saya jadi Exco Pertanian pun saya dah sebutkan dan semasa kita melancarkan Pelan Perak Sejahtera 2030. Di antara sembilan agenda itu, kita masukkan Keterjaminan Makanan, Food Security dan kita anjurkan kalau kita ingat kita sebutkan tanam apa yang kita nak makan. Makan apa kita tanam. Selebihnya kita boleh jual supaya rakyat negeri Perak khususnya tidak bergantung kepada sumber makanan yang diimport. Kebergantungan itu akan menyebabkan kita lebih menderita. Saya faham barangkali ada sebahagian daripadanya tak boleh ditanam. Kita tak boleh bertanam gandum untuk menghasilkan tepung nak makan roti canai, tapi kita boleh tanam padi. Ada orang tak mau tanam padi sebab takut lintah maka dia beli beras. Tapi takkan dia tak boleh tanam cili burung. Takkan tak boleh tanam cili takkan tak boleh tanam halia. Keperluan-keperluan asas itu kita dah sebut kerana kita katakan bahawa kita tidak mahu rakyat negeri Perak ini terlampau bergantung kepada sumber makanan daripada luar dan kita bercita-cita untuk menjadikan Perak sebagai pengeluar makanan negara. Sebab itu Exco Pertanian segala semua agensi yang berkaitan dengannya adalah terlibat secara langsung.
Sebelum saya dapat menjawab Yang Berhormat Kepayang, saya terlepas pandang tadi. Sebab Yang Berhormat Pasir Pinji dan yang Pokok Assam membangkitkan tentang kedudukan pelaburan asing. Saya perlu melaporkan bahawa berdasarkan pemantauan semasa senario pelaburan…senario pelaburan asing di Malaysia amnya dan negeri Perak khususnya masih kekal berdaya tahan. Impak kepada negeri ini setakat ini masih berada pada tahap minimum dan terkawal. Tiada pelaburan utama yang dibatalkan manakala projek projek sedia ada terus berjalan seperti yang dirancang. Malah, dari sudut peluang Malaysia termasuk negeri Perak ini berpontensi untuk mendapat manafaat daripada fenomena pengalihan rantaian bekalan apabila syarikat antarabangsa mencari destinasi pelaburan alternatif yang lebih stabil di rantau Asia. JP Morgan Chase & Co pada 27 Mac 2026 turut menyenaraikan Malaysia sebagai antara ekonomi yang masih berdaya tahan dalam mendepani tekanan krisis tenaga semasa. Manakala kumpulan Bank Dunia dalam kenyataan rasmi bertarikh 9 April 2026 mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia 2026 pada kadar 4.4 peratus berasaskan permintaan domestik yang masih kekal kukuh. Kita harap supaya ini akan berkekalan.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam mendepani keadaan yang serba dinamik ini, Kerajaan Negeri memilih untuk terus berpegang kepada pendekatan berpaksikan perkembangan semasa kerana landskap geopolitik dunia boleh berubah dengan pantas. Justeru, kerajaan tidak mahu membuat sebarang andaian awal atau jaminan yang bersifat spekulatif sebaliknya akan terus meneliti implikasi semasa dengan penuh tanggungjawab. Fokus kerajaan pada masa ini ialah memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap optimum termasuk dari sudut pemantauan ekonomi, penyelarasan maklumat bersama agensi berkaitan serta kerjasama rapat dengan Kerajaan Pesekutuan untuk memahami perkembangan semasa dan implikasinya kepada negeri.
Yang Berhormat Kepayang sebutkan tadi Kerajaan Persekutuan telahpun mengeluarkan bantuan-bantuan yang sewajarnya kepada rakyat Malaysia termasuklah rakyat di negeri Perak bagi membantu rakyat menghadapi situasi yang agak kritikal ini. Yang Berhormat Kepayang bertanya sama ada Kerajaan Negeri akan mengadakan sidang khas bagi Supplementary Budget pada bulan Jun. Saya telah bangkitkan perkara yang sama dalam mesyuarat Exco pada minggu lepas. Buat peringkat ini, kita sedang meneliti semua keperluan-keperluan itu supaya nanti bila kita buat keputusan, ia dapat menyelesaikan banyak masalah serentak.
Jadi, kerana itu Yang Berhormat, pengalaman kita Covid-19 kita tak buat supplementary budget kita hanya buat penjajaran-penjajaran semula dengan bajet yang sedia ada di Persekutuan pun dibuat penjajaran semula juga di mana ada projek-projek yang pada pendapat kita tak boleh dilakukan kerana peningkatan kos binaan yang meningkat. Barangkali kita jajarkan sahaja dalam bentuk bantuan lain untuk perbelanjaan lain. Itu satu-satu kaedah penjajaran tetapi jika dia sangat kritikal dan memerlukan kerajaan berbelanja lebih, kita akan teliti dan jika ia perlu, kita akan memanggil sidang khas untuk buat supplementary budget. Sebab saya katakan tadi kita ini lain padang lain belalang lain negeri lain cara dia. Insha Allah, kita akan cuba sedaya upaya untuk mempastikan keadaan ini selesa kerana ada beberapa kaedah kita boleh jalankan.
Saya dah bincang dengan Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, barangkali contoh, contoh barangkali kita boleh menangani masalah kos sara hidup. Sekarang ini kita ada beberapa kategori. Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan bantuan bulanan, MAIPk bagi bantuan bulanan. Dato’ Salbiah, ada kad Perak Prihatin. And then YBU menyalurkan bantuan kotak makanan dan juga KPDN serta YBU dan juga SADC ada menjalankan jualan harga murah. Tapi kita faham mereka akan terkesan sebab harga diesel mahal. Lori yang bawa barang itu barangkali menjejaskan. Tapi kalau Kerajaan Negeri bersetuju, kita ada wang. Maknanya kita boleh beri subsidi kepada lori-lori berkenaan untuk membolehkan mereka terus bergerak. Bukan sahaja bergerak ke lokasi yang sama tetapi menambah bilangan lokasi untuk jualan harga murah. Maknanya kerajaan bertindak untuk memberi subsidi kepada penggunaan diesel oleh lori-lori jualan murah itu sekali gus mereka akan kekal menjual harga barang pada paras yang sama walaupun harga diesel meningkat. Itu contoh jika diperlukan, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih, Semanggol.
Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat memberi jawapan dan begitu sensitif dengan keadaan yang berlaku pada masa ini dan macam mana yang kita mengetahui apabila berlaku krisis ekonomi, krisis tenaga ini automatik dia akan pergi kepada rakyat sepertimana kata inflasi akan meningkat. Apabila inflasi akan meningkat, kuasa pembeli kita akan turun. Jadi pendapatan kita seribu dulu boleh beli boleh…boleh cukup. Jadi seribu sekarang atau mungkin separuh daripada keperluan asas. Jadi disebut oleh Yang Berhormat tadi, salah satu yang memberi kesan adalah rantaian penghantaran makanan daripada production sampailah kepada pengguna.
Jadi pada pemerhatian saya dalam keadaan negeri Perak ini kan kita rantaian penghantaran makanan itu dah pun cukup dah pun sampai sampai ke kampung Orang Asli puak gemuk mana pun ada boleh dapat rantaian tu dan mesti kos ini kenaikan kos ini akan memberi kesan kepada pengguna akhir. Cuma saya nak tanya pandangan kerajaan dan pandangan kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Yang Berhormat. Cadangan daripada untuk menubuhkan MADANI Mart seolah-olah menubuhkan lagi satu rantaian untuk penghantaran makanan sedangkan rantaian penghantaran makanan ini dengan krisis ini sudah pasti akan akan memberi kesan yang teruk kepada mereka. Kedai runcit ada pekerja pembeli tak ada dia akan tutup. Kita pula nak tambah lagi satu kos untuk buat 1 MADANI Mart tak takut dia mengulang yang sama seperti mana Kedai 1 Malaysia yang…yang telah pun dilaksanakan dahulu dan diulang-diulang cetak dengan menukar MADANI Mart dalam keadaan krisis perbelanjaan yang dikatakan mencecah jutaan ringgit. Impak tak sampai kepada rakyat. Minta pandangan?
Terima kasih Yang Berhormat Gunong Semanggol. MADANI Mart ini adalah di bawah Kementerian KPDN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Sudah tentu semasa mereka membuat keputusan untuk menubuhkan MADANI Mart ini adalah juga berasaskan kepada pengalaman kerajaan atau agensi kerajaan turun ke bawah menjual barang-barang keperluan pada harga di bawah harga pasaran itu. Itu adalah asas kepada bagaimana idea itu datang untuk dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat memang ada kesannya kepada kedai-kedai runcit tetapi ini pilihan pengguna. Kalau kita tak buat MADANI Mart orang beli barang di kedai runcit, kedai runcit ini akan dapat barang pada harga pasaran daripada pemborong dan harganya lebih mahal. Harga lebih mahal kita kena akui harganya lebih mahal tetapi bila rakyat memilih untuk mencari kedai-kedai ataupun penjual-penjual pada harga jauh lebih murah, maka datanglah idea jualan harga murah yang dibuat oleh YBU oleh KPDN oleh HADC dan datanglah idea untuk membuka MADANI Mart yang jual barang pada harga yang berpatutan lebih rendah daripada harga kedai runcit. Kesannya Yang Berhormat amat saya setuju memang memberi kesan kepada peniaga-peniaga kedai runcit. Kedai runcit pun setengah tu tak setuju juga YBU jual barang runcit sampai ke kampung sebab menjejaskan dia. Tapi kita ada pilihan sebagai kerajaan, kita lebih utamakan rakyat supaya rakyat ada ruang ada pilihan untuk mendapatkan harga-harga barang keperluan harian pada kadar yang lebih rendah. Terima kasih.
Ok, terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk mengemukakan nombor soalan.
Manong soalan nombor 2.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh Salam Perak Sejahtera 2030. Salam Malaysia Madani. Pertamanya saya ingin ucapkan terima kasih kepada Manong yang cukup prihatin berkenaan dengan kualiti ayor di bukanya di kawasan Manong tapi di sekitar tempat di Manong itu sendiri. Jadi saya terima kasih pada Manong yang memang ambil berat berkenaan dengan kualiti ayor di situ. Bagi menjawab soalan Manong ni, saya nak sekalikan dengan soalan di tanya oleh YB Rungkup. Dia bertanyakan soalan yang akan-akan sama cuma agak beza sikit sahaja. Jadi saya nak jawab kedua duanya sekali.
Yang pertamanya Yang di-Pertua untuk makluman Yang Berhormat, loji rawatan Ayor di Manong adalah loji rawatan ayor secara full treatment. Jadi soalan yang YB Manong utamakan seolah-olah mengatakan bahawa loji rawatan ayor di Manong itu loji rawatan air yang half treatment. Tidak betul, ianya adalah full treatment ditingkatkan prestasi loji rawatan ayor Manong tu tahun 2008 lagi dah jadi bukan lagi half treatment tapi full treatment. Buat masa ini loji rawatan air di Manong masih mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan bekalan air setempat mengatakan bahawa loji rawatan ayor daripada Manong itu cukup untuk kegunaan di kawasan Manong. LAP juga komited menjalankan pemantauan aset secara berkala bagi memastikan kelancaran operasi serta kualiti bekalan ayor kepada pengguna. Itu memang kojer LAP. Musim tengkujuh ke musim kemarau ke dia akan kaji mutu ayor tu, sebab kita ada guideline daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, kita juga ada guideline daripada SPAN. Jadi, kedua dua ini memutuskan kualiti ayor tu mesti dipantau setiap masa. Itu dibuat oleh LAP di seluruh wilayah di Perak ini.
Berkaitan bacaan kualiti ayor pula, secara keseluruhannya, kualiti ayor di kawasan pekan Manong adalah mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan juga oleh SPAN, dia tidak lari daripada itu. Walaubagaimanapun, dari pemantauan pihak LAP didapati kualiti ayor mentah daripada Sungai Guar semakin merosot. Loji rawatan ayor Manong ni dapat ayor mentahnya daripada Sungai Guar. Jadi kalau sungai gua ni meragam loji rawatan air tu juga meragam. Tapi ini dipantau oleh LAP. LAP telah mengambil inisiatif menaiktaraf sistem pengesan bahan kimia. Apabila kita masukkan bahan kimia dalam ayor yang tidak dirawat itu, dia bagi kesan efektif bagi menangani isu kekeruhan ataupun dengan izin turbidity air mentah yang tinggi. Yang ini penting kerana kadang-kadang Sungai Guar ni bila hujan lebat di Ulu tu YB penuh orang orang yang menggunakan macam macam koje yang dibuat yang menyebabkan ayor-ayor tu mengalir ke sungai tu. Jadi kekeruhan sungai gua ni agak terlebih daripada sukatan biasa dia berkelodak atau berkeladak orang Perak kata berkodak. Perkara ini dikhuatiri berpunca daripada aktiviti penerokaan di bahagian upstream di Bahagian Ulu tu sungai sehingga menjejaskan kualiti ayor mentah.
Bagi menjawab soalan YB Rungkup, YB Rungkup ada di sini? Berkenaan dengan bekalan air daerah Bagan Datuk diperolehi daripada Loji Rawatan Ayor Hilir Perak di Batu 12, Teluk Intan. Secara umumnya, kawalan daerah Bagan Datuk kawasan daerah Bagan Datuk tidak mempunyai sebarang masalah gangguan bekalan ayor seperti yang dinyatakan. Namun, terdapat juga bekalan gangguan yang kadang kadang berlaku akibat kes kecemasan serta insiden di luar jangka LAP namun dapat di dapat dilaksanakan secepat mungkin. Jadi kita nak katakan bekalan air tu tak cukup di Bagan Datuk cukup. Cuma kadang-kadang berlaku suasana yang tidak di duga. Paip pecah paip bocor dan sebagainya itu dapat di selesaikan dengan segera. Kadang itu untuk mengenalpasti di mana paip tu bocor lepas kenal pasti buat kerja kerja tindakan nak repair nak baiki itu kadang kadang makan masa tapi akan buat secepat mungkin. Itu arahan kepada LAP less than twenty-four hours.
Secara umumnya, kawasan Bagan Datuk tidak mempunyai sebarang masalah gangguan bekalan air seperti yang dinyatakan berkenaan tempoh pemulihan bekalan air yang kadang kadang agak agak lambat. Kerja-kerja ini memerlukan sedikit pemerhatian dan meneliti di manakah masalahnya. Kadang-kadang paip yang pecah itu. Dia tersorok bukannya bawah tanah kadang kadang bawah ayor pun ada paip LAP duduk bawah ayor. Dia nak repair paip yang bawah ayor ni makan masa untuk kita kenalpasti apa kaedah paling baik sekali. Lembaga Air Perak merancang bina tangki ternaik atau elevated on the time dengan izin di Sungai Sumun untuk menambahkan kapasiti ayor bersama dengan tekanan supaya dia jadi stabil setiap masa. Itu kerja LAP rancangan menaikkan taraf ayor di Sungai Sumun dan juga Bagan Datuk.
Selain itu, pihak LAP juga telah akan memberi saranan kepada orang ramai. Ini adalah rancangan LAP di mana-mana ada rumah kita minta supaya nak mengelakkan gangguan air ini serta merta. Mereka ini kena ikut satu guideline atau garis panduan yang dibuat oleh SPAN. Setiap rumah kena ada tangki ayor, bila ada tangki ayor, manakala berlaku apa apa gangguan daripada paip utama. Dia masih ada bekalan tak kurang daripada satu hari. Maknanya kalau dia nak mandi, dia nak basuh dia ambil air sembahyang dia boleh lagi pakai tangki ayor di rumah dia. Jadi kalau kita buat Hari Bertemu Pelanggan hari tu pelanggan ni ramai orang komplain tu rumah dia tiada ayor macam orang kencing. Kadang-kadang orang kencing banyak lagi ayor katanya. Kena tanya yop rumah yop ni ada tangki ayor haram tau haram? Dia kata rumah dia memang tak ada tangki air. Bila takde tangki air bila berlaku apa-apa kecemasan rumah dia akan terjejas. Jadi LAP dengan SPAN memberikan panduan supaya rumah semuanya kena ada tangki ayor. Letakkan atas bumbung dapur ke atas bumbung mana-mana bilik air tu. Dia akan tahan satu hari manakala putus bekalan dia boleh 24 jam boleh ambil ayor sembahyang boleh mandi sebagainya. Jadi itulah saranan daripada LAP dan saya terima kasih kepada Manong dan juga kepada kepada Rungkup. Terima kasih.
Soalan tambahan? Sila.
Terima kasih Timbalan Speaker dan juga terima kasih kepada Exco atas jawapan berkaitan dengan Loji Rawatan Ayor Manong. Isu ini sebenarnya telah berlarutan bertahun-tahun tentang kekeruhan air di Manong dan saya telah mengadakan lawatan rasmi dengan pihak LAP sebanyak 3 kali dan pergi bersama-sama LAP di loji dan juga yang terbaru bersama dengan Jabatan Perhutanan membuat pemantauan dron dan pergi ke kolam takungan Sungai Guar dan peristiwa pada 12 Mac yang lepas, ketika orang tengah sibuk menyambut raya, loji ditutup dua hari kerana kekeruhan air yang terlampau sangat menyebabkan loji tak mampu nak jernihkan ayor ke paras NTU 50 ke bawah. Ribuan bacaannya adalah lebih 3 ribu NTU terlalu tinggi dan dimaklumkan oleh kakitangan di situ memang operasi terpaksa ditutup kerana loji tak mampu nak menapis air dan maklumat yang saya terima, mereka tetap menyatakan bahawa loji ini adalah half treatment dan perlu upgrade. Pandangan saya soalan saya, apakah langkah seterusnya di pihak agensi terutamanya LAP dan juga LPSA untuk mengelakkan supaya isu air keruh ini tidak berulang kembali kerana apa aktiviti di atas kita tidak pasti di hutan dan kekurangan itu mungkin berulang dan mungkin loji akan ditutup lagi 2, 3 hari dan ini memberi kesan kepada penduduk sekitar Manong? So, apakah tindakan langkah proaktif di peringkat LAP atau LPSA untuk menangani isu ini supaya tidak berulang lagi? Itu sahaja Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih pada YB. Manong kerana cukup prihatin sampai 3 kali berturut-turut dia pergi melawat Loji Rawatan Air Sungai Guar. Sebenarnya kekeruhan Sungai Guar ni agak lebih daripada sungai biasa. Jadi kalau setakat NTU dia bawah 100 yang itu kita boleh buat rawatan lagi. Tapi kadang-kadang kalau Sungai Guar ni musim hujan sampai 1000 NTU maknanya cukup bahaya. Kalau kita bagi dosage yang tinggi nak mengurangkan kekeruhan itu dia membahayakan kesihatan. Jadi kita tak buat. Tapi kekeruhan tu tetap berlaku. Cumanya kita buat pemantauan supaya pengusaha-pengusaha di hulu sungai tu tidak bercucuk tanam menggunakan baja yang agak bebas. Jadi membahayakan loji rawatan air di Manong itu sendiri. Tapi saya sendiri menyatakan bahawa kalau sekiranya dia melebihi daripada NTU yang dibenarkan, maka kita tak boleh sewenang-wenangnya buat dos yang tinggi itu membahayakan. Lagipun, kita tak cukup pengalaman berkenaan perkara demikian. Jadi NTU yang ada hari ini, kalau di bawah 100, kita boleh buat satu rawatan. Lebih itu membahayakan. Di Sungai Guar ni termasuk kategori sungai yang kelodaknya tinggi. Makna kalau kita buat ujian kepada dia punya turbidity atau dengan izin kekeruhannya itu ia melebihi daripada hadnya. Kita gunakan kita LAP ada alat dia. Kita panggil NTU meter turbidity meter disukat berapa banyak kekeruhan dan juga partikel dalam air. Bila melebihi daripada itu, kita kena buat satu pemantauan yang agak kerap. Jadi, saya terima kasih di atas prihatin nya YB Manong untuk melihat supaya orang Manong ni selamat minum ayor. Tak guguk ayor yang tak elok. Jadi itu adalah hak yang akan dibuatkan oleh kami LAP pastikan bahawa air itu selamat. Bukan hanya untuk minum, untuk buat lain-lain kegunaan harian. Terima kasih dan kita akan buat pemantauan. Kadang-kadang ada pengusaha-pengusaha ni di luar tu yang membuat tekanan air terjadi lebih mutu dia terjejas dia punya turbidity dia tu ataupun kekeruhan dia. Jadi saya terima kasih dan saya akan minta LAP di Wilayah Kuala Kangsar berikan perhatian yang jauh lebih kerap daripada apa yang berlaku sekarang khususnya bila hujan lebat dekat luar dekat Manong. Terima kasih pad YB
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco.
Soalan tambahan.
Pengkalan Hulu sila. Soalan berkaitan?
Ya berkaitan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Exco, walaupon Pengkalan Hulu berada di Hulu Perak tapi tak terlepaslah dengan isu bekalan air ini dan kami di Pengkalan Hulu ini rata-ratanya masih menggunakan sumber air bukit untuk kampung-kampung yang ada ini. Cuma soalan saya adakah terdapat pelan-pelan kontigensi seperti penyediaan bekalan air alternatif bagi kawasan yang terjejas dengan masalah bekalan air ini? Contoh seperti yang di Manong yang berlaku ini lah dan bagaimana pelaksanaan tersebut dipantau oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga pihak LAP. Itu soalan saya. Terima kasih, Yang Berhormat Exco.
Sebelum YB Exco jawab, boleh sikit sahaja sambungan daripada Pengkalan Hulu. Yang Berhormat Exco, berkenaan air. Saya nak singgung apa yang Exco sebut berkenaan dengan persediaan tangki. Kalau kita di rumah taman, rumah banglo okay dah siap tangki. Tapi masalah yang disebutkan ini bahawasanya rumah-rumah kampung rumah dah berusia 40 tahun, 50 tahun, 60 tahun, 70 tahun. Nak buat tangki di atas rumah, reban rumah yop. Nak buat tangki di bawah, bukan tangki. Jadi ada setengah rumah di atas bukit. Walaupun LAP dah selenggara paip pecah, nak tunggu tangki di rumah yang di bawah ini penuh makan masa berjam-jam. Tangki di rumah di bawah ni penuh baru dia naik ke rumah dia atas bukit. Mari masa 4 jam 5 jam. Ini yang dirungut oleh masyarakat kampung. Jadi apakah inisiatif daripada kerajaan. Bila pasang tekanan yang tinggi jadi paip pecah. Paip ini dah berusia berpuluhan tahun dan tanam lama dah dalam tanah. Jadi minta inisiatif yang lebih berkesan kepada kerajaan kerana sampai masyarakat sebut apa, LAP ini untung ratus juta bukan untung sikit untungnya ratus juta, tapi masyarakat menggunakan air terpaksa guna angkut air daripada masjid. Raya baru ni angkut air dari masjid untuk minum. Minta komen daripada kerajaan sikit. Wallahualam.
Terima kasih kepada Pengkalan Hulu dan juga Kubu Gajah. Untuk menjawab soalan Pengkalan Hulu tu ada kawasan-kawasan di Pengkalan Hulu tu memang tidak ada paip LAP. Oleh kerana dahulunya kawasan itu, dia tidak ekonomik untuk sahaja nak buat paip LAP sebab tidak banyak pengguna dia. Tapi mereka menghadapi masalah ini sebab biasa menggunakan paip daripada gunung. Jadi, untuk itu, kita akan pastikan bahawa kalau ianya hampir dengan paip daripada utama dengan LAP kemungkinan boleh kita salurkan ke kawasan-kawasan tersebut. Yang pertama. Yang keduanya pula, kita pastikan kalau mereka menggunakan air gunung, keselamatan air juga perlu diutamakan. Jadi, pihak LAP merasakan kalau digunakan air yang tak selamat itu menjejaskan LAP juga dan juga pengguna-pengguna di Pengkalan Hulu. Itu saya akan minta LAP di bahagian Pengkalan Hulu untuk membuat kajian sama ada sekarang ini lebih ekonomik. Kalau kawasan perumahan itu telah bertambah, maka ada peluang untuk kita tambahkan paip-paip tambahan. Itu utama.
Soalan daripada Kubu Gajah tadi bahawa ada rumah-rumah yang di hujung tu, dia tak cukup bekalan ikut graviti dia. Jadi kalau mereka nak gunakan tangki ayor di bawah, dia kena pasang pam untuk automatik buat dia punya tekanan tu ke atas. Jadi untuk bawa air dari masjid bawah sampai ke atas saya rasa itu satu perkara yang agak susah bagi orang kampunglah. Jadi saranan kita nak buatkan tangki ayor tu bagi memudahkan mereka yang pertama. Yang keduanya, kalau dia dari tangki air yang sekarang ni, air tangki tu akan bertambah kalau sekiranya pengguna berkurangan, terutamanya waktu malam. Di waktu malam pukul 11.00 sampai pukul 4.00 pagi tu tangki tu akan digunakan oleh tekanan ayor yang agak tinggi pada waktu malam. Jadi dia ada ayor pagi esok. Walaupun rumah dia tinggi sikit daripada bawah. Jadi untuk itu, kita nak tekankan kenapa baiknya ada tangki tu kerana dia ada ayor tersedia satu hari. Kalau siang hari digunakan, mungkin macam meleleh ayor tu kan? Tapi kalau waktu malam tangki tu akan penuh. Kalau tidak ramai pengguna dan tekanan juga tinggi disyorkan kami daripada LAP dan SPAN supaya setiap rumah itu kena ada tangki ada manfaat dia banyak pada orang kampung itu sendiri. Tapi kalau kita tak kan pasal pam, nak tinggikan tekanan. Itu agak sukar sedikit dan costly, agak mahal. Itu jawapan saya dan jawapan LAP kepada Kubu Gajah. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk mengemukakan soalan, dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Behrang nombor 3. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, selamat pagi, Salam Perak Sejahtera 2030, salam Malaysia Madani. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan daripada Behrang. Terima kasih kepada YB Behrang atas soalan yang dikemukan bertepatan dengan cabaran semasa sektor agro makanan negara.
Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri bersetuju bahawa dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global pada hari ini, kebergantungan kepada makanan import bukan sahaja merupakan satu pilihan ataupun risiko, malah boleh menjejaskan keterjaminan makanan negeri sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh dan berstrategik. Justeru itu, penglibatan golongan belia dalam sektor pertanian moden seperti fertigasi, hidroponik dan pertanian pintar, smart farming merupakan satu keperluan strategik Kerajaan Negeri bukanlah satu pilihan, bukanlah satu pilihan lagi. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa pendekatan utama untuk menarik minat golongan belia menceburi sektor pertanian moden. Yang pertama, memperluaskan penggunaan teknologi dalam sektor pertanian moden. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Perak menggalakkan pelaksanaan smart farming berasaskan automasi, sensor dan Internet of Things ataupun IoT.
Selain penggunaan sistem fertigasi dan hidroponik berteknologi tinggi yang lebih efisien, proaktif, produktif serta kurang bergantung kepada tenaga fizikal. Pendekatan ini menjadikan sektor pertanian lebih moden, fleksibel dan selari dengan minat generasi muda masa kini. Yang kedua, menyediakan sokongan dan bantuan permulaan kepada belia. Antara inisiatif yang dimanfaatkan termasuk Program Agropreneur NextGen yang menyediakan geran sehingga RM30,000 kepada belia selain kemudahan pembiayaan melalui Agrobank serta sokongan teknikal oleh Jabatan Pertanian Negeri Perak bagi memastikan projek pertanian yang diusahakan lebih berdaya maju dan mampan. Yang ketiga, menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan yang berdaya saing. Kerajaan Negeri melalui kerjasama strategik bersama agensi persekutuan seperti FAMA memastikan hasil pertanian moden mempunyai akses pasaran yang lebih terjamin melalui pelaksanaan program ladang kontrak. Pendekatan ini memberi keyakinan kepada belia bahawa pertanian bukan sekadar aktiviti sara hidup, sara diri tetapi mampu menjadi kerjaya berpendapatan tinggi.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga tahun 2025 seramai 140 peserta Ladang Kontrak FAMA Negeri Perak terdiri daripada golongan belia. Yang keempat, memperkukuhkan ekosistem pemasaran dan pembangunan usahawan Agro. Kerajaan Negeri melalui kerjasama FAMA turut membantu belia dalam aspek pemprosesan produk, inovasi, pembungkusan, penjenamaan serta pematuhan pensijilan seperti Mesti atau MESTI, GNP, halal dan hardcore CCP bagi meningkatkan daya saing produk di pasaran. Di samping itu, perluasan penggunaan platform e-Dagang seperti Agrobazaar Online turut membuka peluang pasaran yang lebih luas kepada usahawan Agromuda. Sehingga tahun 2025, lebih daripada 21,000 usahawan telah berdaftar di platform tersebut di peringkat nasional. Kelima, mengubah persepsi pertanian sebagai kerjaya masa depan belia. Kerajaan Negeri turut memberi penekanan kepada pendekatan role-model melalui kerjaya usahawan muda dalam program seperti Pasar Tani, Agrobazar Rakyat, Usahawan RTC dan peserta ladang kontrak. Pendekatan ini membantu mengubah persepsi bahawa pertanian bukan lagi sektor tradisional, sebaliknya merupakan bidang keusahawanan moden yang fleksibel dan berpotensi tinggi.
Selain daripada itu, pendekatan pendigitalan pemasaran, fleksibiliti penglibatan secara sambilan atau berskala kecil serta peluang menembusi pasaran eksport melalui pelbagai program pembangunan usahawan turut menjadi antara faktor yang meningkatkan minat golongan belia terhadap sektor pertanian moden. Sehubungan itu Kerajaan Negeri yakin bahawa melalui pendekatan menyeluruh melibatkan latihan teknologi, pembiayaan, jaminan pasaran dan pembangunan keusahawanan agro. Lebih ramai golongan belia akan tertarik untuk mencebur diri menceburi sektor pertanian moden, sekali gus memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan di Negeri Perak secara berterusan dan mampan. Terima kasih.
Soalan tambahan, Behrang sila.
Yang Berhormat Dato, saya ingin bertanya untuk kita menarik minat golongan muda ini dalam bidang pertanian, kadang-kadang belia ni dia minat tapi tanah tu masalahnya, tanah tu. Jadi adakah Kerajaan Negeri menyediakan tapak ataupun bank tanah khusus bagi membantu golongan belia ini bagi memulakan projek pertanian moden? Selalunya tanah itu menjadikan masalah mereka, terima kasih.
Terima kasih kepada Behrang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri sememangnya menyedari bahawa antara cabaran utama golongan belia untuk menceburi sektor pertanian moden adalah kekangan daripada segi akses kepada tanah yang sesuai dan berskala ekonomik. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah serta agensi teknikal seperti Jabatan Pertanian sentiasa mengenalpasti kawasan tanah milik kerajaan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak projek pertanian moden khususnya melibatkan golongan belia. Jadi melalui Kerajaan Negeri, melalui Exco Kerajaan Negeri kita telah banyak meluluskan tanah-tanah berkaitan dengan sekuriti makanan dan sekuriti ekonomi makanan untuk boleh dibangunkan khususnya golongan belia yang berminat.
Selain pada itu, Kerajaan Negeri turut menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara fertigasi dan hidroponik berintensif tinggi yang tidak memerlukan keluasan tanah yang besar serta boleh dilaksanakan secara modular dan berfasa termasuk di kawasan pertanian sedia ada, tanah terbiar dan kawasan pertanian bandar. Selain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan agensi seperti Jabatan Pertanian, FAMA dan MARDI bagi memastikan bukan sahaja akses kepada tanah disediakan tetapi turut disokong dengan latihan khidmat teknikal serta bantuan permulaan bagi meningkatkan keboleh dayasaing usahawan tani muda. Antara inisiatif yang sedang dipertimbangkan termasuklah penyediaan lot-lot pertanian berskala kecil hingga sederhana yang yang dilengkapi dengan kemudahan asas serta memberi keutamaan kepada golongan belia yang berminat dan berpotensi dalam bidang agroteknologi, fertigasi, pertanian pintar dan lain-lain pendekatan moden.
Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah juga terbuka untuk mempertimbangkan cadangan pembangunan kawasan pertanian belia secara berkelompok sekiranya terdapat permohonan yang berdaya maju dan mempunyai sokongan teknikal daripada jabatan yang berkaitan. Pendekatan ini dilihat mampu memperluaskan peluang pernyataan belia dalam sektor pertanian moden secara lebih tersusun dan mampan. Kerajaan Negeri komited untuk memperkasakan penglibatan beliau dalam sektor pertanian sebagai satu kerjaya masa hadapan yang berdaya maju seterusnya menyumbang kepada keterjaminan makanan negeri dan juga negara. Terima kasih.
Alor Pongsu.
Sungai Manik.
Sungai Manik sila.
Terima kasih kepada Timbalan Speaker. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri khususnya Exco Pertanian yang dibangkitkan oleh Adun Behrang tentang peluang kepada belia. Saya akui ada program-program untuk belia dan sebagainya dan pernah ada peruntukan kawasan untuk belia. Cuma isunya, ada sebahagian mereka yang telahpun dapat bimbingan, bantuan dan telah mengusahakan apabila untuk memasarkannya, ini akan akan berlaku beberapa perkara yang luar kawalan. Kerajaan Negeri sendiri tak boleh mengawalnya. Jadi sudah tentu mereka tidak dapat harga yang terbaik dan akhirnya mereka kecewa nak meneruskannya sebab perlu menambah kos dan sebagainya. Yang keduanya, harga tak stabil. Mungkin silap time tanam ke dan sebagainya. So, apa peranan Kerajaan Negeri bagi mengawal perkara ini dan seterusnya mengekalkan momentum belia-belia ini untuk terus meneruskan usaha menjadi usahawan tani.? Yang kedua, dalam keadaan kita menghadapi isu global ini. Adakah Kerajaan Negeri telah merangka satu gerakan masa untuk berkenaan dengan food security. Sebab ini penting. Kita tak tahu apa yang akan berlaku dan apakah status food security di negeri kita di negeri Perak ni? Berapa lama dia mampu bertahan kan? Hari ini pesawah padi dah ramai tak nak tanam padi dah. Kalau biasa roto padi 3 kali, hari ni 2 kali jer. Apa kualiti hasil akan keluar nanti kan? Jadi ini saya harap ambil perhatian pada Kerajaan Negeri dan juga Yang Berhormat Exco.
Terima kasih Sungai Manik. Satu soalan yang amat baik kepada kita semua. Berkaitan dengan ketidaktentuan harga pasaran mungkin di luar kawalan kita. Sebagai contoh, ada yang usahawan tani sendiri yang direct ke pasar borong itu sendiri. Ada yang melalui ladang kontrak yang melalui proses FAMA itu sendiri. Jadi kalau pihak ini kita mengambil perhatian apa yang dibangkitkan oleh YB Sungai Manik supaya perkara-perkara yang dibangkitkan itu tidak akan terlibat, terjejas dalam konteks harga-harga pasaran yang diusahakan oleh para petani khususnya golongan belia untuk kekal momentum untuk terus menghasilkan apa ni sekuriti makanan sama ada sayuran, buah-buahan dan sebagainya dan dalam pada ini, pihak FAMA sentiasa meneliti dan mengkaji apakah kaedah dan bentuk bagi menentukan momentum harga pasaran ini dapat dikawal. Walaupun kita amat memahami bahawa kawalan harga ini bukan ditentukan oleh jabatan dan agensi tapi versi pemborong, pembekal dan sebagainya tetapi kita ambil perhatian sentiasa mengambil perhatian berkaitan dengannya. Kita amat sedar apa yang dibangkitkan oleh Sungai Manik tadi. Yang kedua berkaitan dengan food security. Ini memang menjadi fokus kepada kita. Pada saya, sendirilah berkaitan dengan rezeki bekalan, rantaian bekalan makanan, kos perbelanjaan dan sebagainya.
Dan untuk makluman Yang Berhormat, sebelum ini, saya pun telah berbincang sebelum kita mengadakan pelan strategik dan sebagainya. Saya telah pun bersama, berbincang mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian. Kita telah menyampaikan menyampaikan pelbagai cadangan, pandangan dan menerima maklumat-maklumat daripada Kementerian. Di antara salah satu perkara yang kita bincangkan ialah kesan kepada petani, pesawah dan juga nelayan. Sebagai contoh, Sebagai pesawah pembajakan kalau diberikan, diberikan bantuan geran sebanyak RM160 pembajakan 1 hektar. Tapi Kerajaan telah bersetuju menaikkan kepada RM300 per hektar dan kita mencadang perkara ini dan Kabinet minggu lepas telah pun bersetuju. Sebagaimana yang telah kita cadangkan bersama perbincangan kita dengan Ketua Setiausaha Kementerian. Begitu dengan soal bekalan makanan. Bekalan makanan, beras dan sebagainya. Buat setakat hari ini, untuk makluman Dewan, beras cukup untuk enam bulan yang akan datang. Ikan, Insha Allah dalam masa setahun dan kita telah pun mengenal pasti bahawa bagaimana untuk kaedah kita nak bawa ikan untuk bekalan untuk rakyat. Bukan di luar negara tapi melalui dalam negeri. Ia melalui Sandakan. Sebanyak telah mengenal pasti 200,000 metrik tan, kita akan bawak daripada Sandakan untuk bekalan ikan protein kepada kepada rakyat.
Jadi dalam soal ini kita bersama Kerajaan Negeri melalui jabatan dan agensi teknikal. Kita telah merangka dan telah membincang apakah kesan dan apakah pelan kontigensi sebagai dimaksudkan oleh Sungai Manik tadi untuk menentukan bahawa keadaan yang berlaku konflik yang berlaku di Asia Barat ini, kita dapat atasi walaupun dengan bukan secara ad hoc tetapi cara yang lebih cara jangka pendek dan juga jangka panjang, Insha Allah. Jadi dengan ada pandangan-pandangan dan cadangan, saya mengalu-alukan, pandangan-pandangan dan juga cadangan dan syor daripada Ahli-ahli Dewan untuk kita bersama-sama, bersama-sama untuk mengatasi berkaitan dengan sekuriti makanan ini untuk bukan sahaja untuk negeri Perak tetapi untuk negara kita. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk mengemukakan soalan. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua, soalan Kampong Gajah nombor 4.
Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Menjawab soalan pertama daripada Yang Berhormat Kampong Gajah. Jabatan Kesihatan Negeri Perak amat menitikberatkan kesejahteraan mental dan emosi para petugas kesihatan yang merupakan yang merupakan tulang belakang sistem penyampaian perkhidmatan awam di negeri Perak. Bilangan pakar psikiatrik, keseluruhannya di institusi dan hospital-hospital KKM di negeri Perak adalah seramai 39 orang seperti terperincian berikut. Di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, ada 14 orang pakar. Ini termasuk Pengarah Hospital dan Timbalan Pengarah Hospital Bahagian
Perubatan. Di Hospital Raja Permaisuri Bainun, ada 8 orang Pakar Psikiatrik. Hospital Taiping, 6 orang. Hospital Teluk Intan, 4 orang. Hospital Seri Manjung 4 orang. Hospital Slim River 3 orang. Bagi memastikan kesihatan mental mereka sentiasa berada di tahap optimum. Beberapa program sokongan psikososial yang komprehensif telah dilaksanakan secara berterusan.
Yang pertama adalah saringan minda sihat melalui projek KOSPEN atau Wellness of Workers atau WOW. Saringan kesihatan mental untuk mengesan keresahan dan kemurungan menggunakan ujian Get 7 dan boleh dilaksanakan secara tahunan kepada petugas kesihatan JKN, Perak. Dua, Intervensi Minda Sihat. Lanjutan daripada saringan tersebut, petugas kesihatan yang menunjukkan skor sederhana, teruk dan sangat teruk akan dirujuk kepada kaunselor atau pegawai psikologi atau pegawai perubatan atau pakar perubatan kesihatan keluarga atau pakar psikiatri untuk intervensi khusus. Intervensi umum seperti bengkel pengurusan stress, teknik relaksasi, pengurusan kemarahan, komunikasi berkesan dan penyelesaian masalah serta program kerohanian turut dilaksanakan secara berkala dan melibatkan seluruh petugas kesihatan bagi memperkukuh budaya kerja yang sihat serta meningkatkan daya tahan atau resilience, petugas kesihatan.
Ketiga, sudut minda sihat. Menyediakan sudut atau ruangan yang sesuai yang dilengkapi dengan kemudahan atau aktiviti bagi merehatkan minda petugas kesihatan di tempat kerja. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi melepaskan stress adalah senaman ringan, mendengar muzik, melakukan urutan leher dan bahu dan membaca bahan-bahan promosi berkaitan kesihatan mental.
Keempat, promosi dan advokasi. Pertama, pasukan mental health dan psycososial support. Pasukan ini mewujudkan di setiap 15 hospital dan 12 Pejabat Kesihatan Daerah di seluruh negeri Perak. Antara peranan utama mereka termasuk intervensi krisis iaitu memberi bantuan awal psikologi atau psycological first aid. Sekiranya melakukan kejadian trauma atau bebanan kerja luar biasa di sesuatu fasiliti. Kedua, sesi briefing and di briefing kepada pasukan mobilisasi. Turut dilaksanakan sebelum dan selepas petugas kesihatan diarah menjalankan tugasan luar kawasan seperti membuat mangsa bencana banjir di Kelantan dan membantu pasukan Covid-19 di Sabah dan Sarawak bagi memastikan kesiapsiagaan mental. Perkongsian pengalaman serta pengurusan emosi yang lebih berkesan. Ketiga, perkhidmatan talian sokongan psikososial. Talian Heal 15555. KKM menyediakan talian sokongan khusus ini yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi dan Kaunseling. Talian ini memberi ruang kepada petugas kesihatan untuk meluahkan tekanan kerja dan masalah peribadi secara sulit dan profesional tanpa perlu merasa stigma. Kerajaan Negeri juga melalui JKN Perak komited untuk memastikan tiada petugas kesihatan yang terabai dari sudut kebajikan mental mereka. Pemantauan berkala akan terus dijalankan bagi memastikan persekitaran kerja di hospital dan klinik kesihatan seluruh negeri Perak kekal kondusif dan menyokong kesihatan holistik setiap petugas kesihatan.
Bagi jawapan kedua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah sedia maklum akan keperluan optimum bilangan pegawai perubatan yang diperlukan di negeri Perak berdasarkan maklum balas keperluan sumber manusia dan penghantaran rating perjawatan secara bulanan yang dikemukakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Penambahan bilangan pegawai perubatan di semua hospital khususnya hospital pakar diperlukan setiap tahun bagi memenuhi peringkatan peningkatan beban kerja akibat pertambahan populasi kompleksiti penyakit dan perluasan perkhidmatan perubatan di dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan kemudahan rawatan bagi komuniti. Setiap tahun negeri Perak menerima penambahan waran jawatan hakiki dan penempatan secara kontrak bagi pegawai perubatan di hospital-hospital di KKM. Namun, ia masih tidak dapat memenuhi keperluan optimum. Isu ini dihadapi di semua negeri dan agihan penempatan pegawai perubatan bagi setiap negeri diputuskan oleh KKM mengikut had kelulusan sumber manusia yang diluluskan kepada KKM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada setiap tahun. JKN Perak akan terus berusaha dan berbincang dengan pihak KKM agar penambahan bilangan pegawai perubatan di Perak berada di tahap maksimum yang boleh dicapai pada setiap tahun khususnya di hospital pakar.
Sehingga hujung Februari 2026, 106 kekosongan jawatan hakiki pegawai perubatan di hospital-hospital KKM di Negeri Perak merujuk kepada. Health Facts 2025 terlibat Pusat Informatik Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Nisbah doktor kepada pesakit di Malaysia adalah sebanyak seorang doktor untuk 403 orang bagi setiap 1,000 populasi. Di negeri Perak, nisbah doktor kepada 1,000 populasi penduduk adalah seorang doktor bagi 466 orang. Perincian data menunjukkan negara Malaysia dan Singapura berada pada tangga teratas. Secara perbandingan, kadar nisbah di negara-negara jiran seperti berikut: yang pertama, Singapura. Seorang doktor untuk 350 orang. Kedua Malaysia, seorang doktor untuk 403 orang. Ketiga, Vietnam, seorang doktor untuk 700 orang. Keempat, Thailand seorang doktor untuk 900 seorang. Kelima, Filipina seorang doktor untuk 1,250 orang dan keenam adalah Indonesia, seorang doktor untuk 1,400 orang. Terima kasih.
Soalan tambahan. Terima kasih.
Tronoh.
Soalan tambahan.
Soalan tambahan.
Sila ringkas.
Ok, terima kasih. YB Timbalan Speaker. Pertamanya sebelum saya soal seperti biasalah saya nak zahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada JKN Negeri Perak. Terima kasih kerana Hospital Parit Buntar beroperasi dengan cantik walaupun pada awalnya ada bocor dan sebagainya dan yang terkini bilik pembedahan. Walaupun pembedahan kecil telah mula beroperasi yang mana pakarnya datang berkala mengikut jadualnya dan tahniah juga kepada Pengarah hospital yang baru tu pro-aktif. Servis bagus. Soalan saya, apakah rancangan Kerajaan Negeri terutamanya JKN untuk mengatasi giliran menunggu untuk dapatkan pemeriksaan yang agak lama? Walaupun rakyat dah terima, macam kawasan saya, OPD-OPD dah pergi ke PKD, Klinik Kesihatan, tapi depa kena tunggu agak lama dan pernah juga saya pergi kawasan menunggu itu sampai ke parking lot. Panas lah kan? Sebab di hospital baru tak ada OPD ada casualty saja. Kemudian satu lagi benda yang penting iaitu kebelakangan ini rakyat saya yang mana kebanyakannya yang menghidapi sakit kanser. Bila pergi saja bila doktor pakar nak buat rawatan perlukan pemeriksaan radiologi, scan dan sebagainya kena pergi ke swasta. Kena hantar ke Manjung. Kenapa berlaku macam ini? Jadi saya nakkan jawapan itu. Adakah alatan di hospital contohnya di Taiping lah kami, Taiping tak cukup, rosak, perlu dibeli baru? Jadi saya pohon jawapan dari pihak Exco. Terima kasih.
Terima kasih, Alor Pongsu. Bagi menjawab soalan pertama berkaitan dengan giliran menunggu yang lama, Jabatan Kesihatan Negeri Perak sedar dan prihatin berkaitan isu menunggu lama bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara amnya, bagi kes-kes kecemasan, pesakit akan dimasukkan ke wad atau dirujuk segera ke hospital berpakar bagi memastikan rawatan yang optimum dapat diberikan. Namun bagi pesakit dalam kategori kes bukan kecemasan dan stabil, mereka akan diberi temujanji, rujukan ke klinik-klinik pakar di hospital untuk rawatan atau susulan. Pesakit yang dirujuk ke klinik-klinik pakar di hospital, tempoh temujanji akan diberikan berdasarkan kepada keutamaan dan keadaan pesakit pada masa itu. Manakala bagi rawatan kanser yang terdiri pelbagai jenis kanser iaitu adalah berpandukan Garis Panduan Klinikal Kebangsaan ataupun negeri yang merangkumi saringan diagnosa dan rawatan. Jika keadaan pesakit menyebabkan temu janji perlu segera, maka tarikh temu janji akan diberikan lebih awal dan sebaiknya.
Antara langkah-langkah yang diambil oleh KKM dan JKN Perak dalam mengatasi giliran menunggu yang lama adalah yang pertama, pengukuhan temujanji berperingkat melalui program pendidikan dan kesedaran kepada para pelanggan untuk mematuhi masa temujanji berperingkat yang ditetapkan. Kedua, menaik taraf ruang kerja klinik pakar dan peralatan perubatan terkini agar bilangan pesakit dapat ditambah dalam satu-satu masa. Ketiga, pengamalan Lean Healthcare dalam usaha menambah baik proses kerja sedia ada di klinik-klinik pakar. Keempat, pemantauan ke atas waktu menunggu konsultasi oleh doktor di klinik-klinik pakar melalui Key Performance Indicator yang berkaitan. Kelima, pelaksanaan Hospital Services Outsourcing Programme di bawah berkaitan HSOP iaitu Hospital Service Outsourcing Programme seperti menghantar ubat-ubatan kepada rumah pesakit dan sebagainya. Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia diteruskan bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital KKM. Kedua, mengurangkan tempoh menunggu pesakit bagi prosedur terpilih dan ketiga meningkatkan kualiti perkhidmatan hospital kepada rakyat.
Antara prosedur radiologi yang boleh dijalankan dalam program Hospital Outsourcing Programme yang mana pesakit boleh mendapatkan rawatan di fasiliti swasta daripada menunggu giliran di hospital kerajaan adalah ultrasound, CT scan dan MRI ini adalah untuk golongan yang boleh mampu bayar. Fasiliti klinik kesihatan di Klinik Kesihatan (KKM) melaksanakan pelbagai langkah bagi mengurangkan tempoh menunggu pemeriksaan dan rawatan khususnya bagi kes kanser termasuk memperkukuhkan program saringan awal di fasiliti kesihatan bagi memastikan pengesanan awal. Sekiranya keputusan saringan menunjukkan abnormaliti, makmal akan memaklumkan segera kepada fasiliti berkaitan dan pesakit akan dihubungi dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya. Bagi pemeriksaan radiologi, penjadualan janjitemu dilaksanakan berdasarkan keutamaan klinikal dengan mengambil kira tahap kecemasan, simptom serta risiko pesakit dan rujukan dibuat oleh doktor yang merawat mengikut keutamaan kes. Walaubagaimanapun, sekiranya pesakit berkemampuan dan memilih untuk menjalankan pemeriksaan radiologi di fasiliti swasta terlebih dahulu, keputusan tersebut boleh dikemukakan kepada doktor yang merawat untuk mempercepatkan proses penilaian dan rujukan seterusnya. Rujukan lanjut akan dibuat berdasarkan kepada radiologi serta keadaan klinikal pesakit kepada jabatan berkaitan mengikut jenis penyakit dan tahap keutamaan. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Exco.
Satu soalan tambahan Bukit Chandan boleh?
Masa sudah tamat. Sila Yang Berhormat sila duduk. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Seterusnya, saya menjemput Setiausaha Dewan bagi membaca aturan urusan mesyuarat yang berikut.
Usul yang telah diberi notisMotion
Perkara yang kelima. Usul yang telah diberi notis. Usul menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon izin mengemukakan usul yang berbunyi Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan.
Ada sokongan?
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Behrang menyokong.
Ahli-ahli Yang Berhormat di hadapan kita ada satu usul yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua Dewan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih di atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah pun mendapat sokongan. Sekarang persoalan ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan penyokong kerajaan dan Ketua Pembangkang adalah selama 45 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Seterus saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Behrang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi rabbil alamin Wassolatu Wassalamu ala asyrafil Ambia iwal Mursalin wa ala Alihi Wasahbihi
Ajmain. (Bacaan doa) Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, para pengamal media para petugas seterusnya para pemerhati yang saya hormati sekalian. Behrang dengan penuh takzim menjunjung kasih kehadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas Titah Diraja yang telah dizahirkan sempena Pembukaan Rasmi Dewan Negeri Perak. Sesungguhnya titah Tuanku bukan sekadar ucapan pembukaan tetapi satu panduan yang jelas menyentuh realiti semasa serta menggariskan hala tuju negeri dalam mendepani cabaran ekonomi, sosial dan pembangunan yang semakin kompleks.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dizahirkan Tuanku, ekonomi negara pada tahun 2025 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.2% dengan kadar pengangguran serendah 2.9% dan inflasi sekitar 1.4%. Ini adalah petunjuk bahawa asas ekonomi negeri masih kukuh. Di peringkat negeri pula, Perak berjaya menarik pelaburan sebanyak RM15.7 bilion ringgit melibatkan 560 projek serta mencatatkan hasil negeri hampir RM1.494 bilion ringgit malah mengekalkan lebihan kewangan selama 4 tahun berturut-turut. Atas pencapaian ini, Behrang ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad serta barisan Exco atas kepimpinan yang berjaya memacu Kerajaan Negeri sehingga mencapai prestasi yang membanggakan ini. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kekuatan dasar dan tadbir urus negeri, malah membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan demi kesejahteraan rakyat.
Behrang tolong mohon pencerahan sikit. Saya terpanggil bila Behrang sebut kerajaan pelaburan masuk RM15.7 bilion tu yang pertama ada dua soalan. Kalau nak jawab lah yang pertama daripada sumber mana agensi mana yang keluarkan Perak berjaya menarik RM15.7 bilion. Yang kedua bila tarikh terakhir data ini dikeluarkan? Terima kasih.
Ok, saya tak ada data itu sekarang nanti boleh check kemudian ya. Saya teruskan. Yang Berhormat Dato' Seri, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ekonomi dan ketidaktentuan global, titah Tuanku mengingatkan kita bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mencetuskan krisis ekonomi dunia khususnya melalui peningkatan kos logistik dan gangguan rantaian bekalan. Kesan ini bukan lagi sekadar unjuran ia sudah mula dirasai oleh rakyat di bawah. Hari ini, rakyat semakin berhati-hati dalam berbelanja. Mereka menyusun kehidupan dengan penuh cermat apabila harga bahan api meningkat. Kesannya menjalar ke seluruh rantaian ekonomi. Kos pengangkutan meningkat kos perniagaan meningkat dan akhirnya harga barangan turut meningkat. Dalam keadaan ini, Behrang melihat bahawa kekuatan angka ekonomi mesti diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat yang sebenar.
Dalam keadaan ini, muncul pula segelintir peniaga yang mengambil kesempatan. Ada yang menaikkan harga barang tanpa justifikasi yang munasabah. Ada yang menyembunyikan barangan bagi mencipta kekurangan palsu dan ada yang menjadikan keadaan semasa sebagai alasan untuk memaksimumkan keuntungan. Pepatah Melayu ada menyebut ambil kesempatan di air keruh atau pun menangguk di air keruh. Inilah yang berlaku hari ini dalam keadaan rakyat berjimat dan berusaha menyesuaikan diri menyesuaikan hidup ada pihak yang memilih untuk mengambil kesempatan. Perkara ini bukan sahaja menekan rakyat tetapi merosakkan kepercayaan terhadap sistem pasaran. Oleh itu, Behrang berpandangan bahawa penguatkuasaan mesti lebih tegas dan konsisten melalui pemantauan berterusan di pasar, kedai peruncit dan pusat pengedaran serta mewujudkan sistem aduan pantas yang membolehkan tindakan segera diambil terhadap peniaga yang melanggar peraturan tanpa kompromi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Behrang mengambil maklum bahawa seramai 11,648 Ketua Isi Rumah berjaya dikeluarkan daripada senarai miskin melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Malah kemiskinan tegar berjaya dinoktahkan sepenuhnya. Namun, Behrang ingin memberi peringatan, cabaran sebenar adalah kemunculan golongan miskin alaf baru. Kos hidup, hutang dan tekanan ekonomi boleh menyebabkan ada golongan baru yang terperangkap dalam kitaran kemiskinan tanpa kita sedar. Takrifan kemiskinan hari ini juga telah merentasi sempadan kategori pendapatan. Golongan M40 semakin terhimpit, malah sebahagian daripada golongan T20 juga mula merasa tekanan yang sama. Suami isteri bekerja, kedua-duanya mempunyai pendapatan tetapi komitmen kehidupan mereka semakin meningkat. Pinjaman rumah, ansuran kenderaan, kos pendidikan anak-anak, kos penjagaan kesihatan dan perbelanjaan harian yang terus meningkat menjadikan ruang untuk bernafas semakin sempit. Behrang ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap kegusaran ketua keluarga dalam isu perumahan yang berkali-kali telah dilaungkan. Namun, sehingga hari ini masih belum menemui penyelesaian yang benar-benar tuntas. Di kawasan seperti Pekan Trolak dan Behrang, projek Rumah Perak Ku Prihatin di bawah Kerajaan Negeri wajar diberi perhatian khusus. Terdapat unit yang kini semakin usang sedangkan rumah bukan sekadar tempat berteduh tetapi asas kepada kesejahteraan sesebuah keluarga. Apabila rumah yang dibina atas nama keprihatinan mula tidak mencerminkan kualiti dan keselesaan yang sepatutnya, maka keyakinan rakyat terhadap dasar perumahan juga akan mula terhakis. Behrang memohon agar isu ini dapat diselesaikan supaya kebajikan rakyat terus terpelihara.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, Behrang tidak boleh menutup mata terhadap nasib pembeli rumah di Taman Malim Putra, Tanjong Malim. Walaupun projek ini diuruskan oleh pihak swasta, rakyat tidak melihat sempadan tersebut. Bagi mereka apabila berlaku kegagalan, harapan tetap diletakkan kepada kerajaan untuk tampil membantu. Ramai pembeli terdiri daripada golongan biasa. Mereka menandatangani perjanjian dengan impian untuk memiliki rumah pertama. Bukan semua memahami sepenuhnya terma-terma dan risiko tetapi yang mereka tahu mereka mahu sebuah kehidupan yang lebih stabil. Namun, akhirnya rumah tidak disiapkan, bayaran pinjaman tetap berjalan, manakala mereka terpaksa terus tinggal di rumah sewa dan pemaju yang gagal seolah-olah tidak berdepan dengan tindakan yang tegas. Pembeli terus menanggung bebanan dalam keadaan yang mereka sendiri tidak mampu kawal.
Behrang mengambil maklum usaha yang telah dilaksanakan di peringkat Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam menangani isu projek perumahan sakit dan terbengkalai. Sejak tahun 2023, sebanyak 1333 projek perumahan sakit telah berjaya dipulihkan termasuk 34 projek Prima yang melibatkan lebih 22 ribu pembeli rumah di seluruh negara. Ini membuktikan bahawa dengan tindakan yang tegas dan penyelarasan yang berkesan, isu yang sekian lama membelenggu rakyat sebenarnya boleh diselesaikan. Namun begitu, persoalan yang dibangkitkan oleh Behrang, sejauh mana pendekatan yang sama dapat dipercepatkan dan diperluaskan bagi kes-kes yang berlarutan di kawasan seperti Taman Malim Putra, Tanjong Malim dan beberapa projek lain yang terus membebankan pembeli. Adakah bentuk apakah bentuk intervensi Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini. Adakah terdapat mekanisme untuk menyelamatkan projek terbengkalai ini? Atau sekurang kurangnya tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pemaju yang culas.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Behrang juga ingin membangkitkan isu birokrasi melibatkan agensi-agensi berkaitan yang sering menjadi kekangan dalam pembangunan perumahan. Proses kelulusan khususnya melibatkan CCC didapati berdepan dengan perubahan syarat yang tidak konsisten. Ada projek yang telah diluluskan pada peringkat awal, namun kemudiannya dikenakan syarat tambahan oleh syarikat...oleh agensi yang berbeza. Keadaan ini bukan sahaja melambatkan proses penyiapan projek, malah meningkatkan kos yang akhirnya ditanggung oleh pembeli. Dalam keadaan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup, perkara asas seperti ini tidak sepatutnya menjadi beban tambahan. Sehubungan itu, Behrang berpandangan perlu ada penyelarasan yang lebih jelas antara agensi, garis panduan yang konsisten serta tempoh kelulusan yang lebih telus dan terikat masa. Behrang berkata begini kerana contohnya di kawasan Behranglah, contohnya projek pemajuan kawasan PPK di Ulu Slim. Ini projek kerajaan di bawah FELCRA Berhad. Dimulakan pada 2 Januari 2020 di bawah RMK-11, RP3. Kini mencapai 90% siap, tetapi kerana masalah penyambungan air dengan syarat ataupun tambahan-tambahan syarat ditetapkan oleh LAP menyebabkan projek ini berlaku kelewatan. Ada 2% lagi nak siap tapi disebabkan syarat yang berubah, permintaan...sekejap minta paip 200mm, tukar kepada 1200mm kemudian tukar balik kepada 200mm tetapi surat kelulusan tidak dikeluarkan segera untuk membolehkan projek ini disiapkan segera dan penduduk-penduduk ni...Baru-baru ini saya pergi beraya pun asyik bertanya, "YB bila boleh masuk rumah ni...YB bila boleh masuk rumah ni.." Dah dua kali raya tak dapat masuk. Jadi, kita harapkan perkara ini dapat diberi perhatian.
Begitu juga contohnya juga kawasan saya, saya dapat aduan dua, tiga berkaitan dengan penyambungan air ini. Di Trolak Timur, ada peneroka yang tidak mempunyai bekalan air bersih. Baru-baru ini mereka mohon untuk pemasangan paip ataupun pemasangan meter. Alhamdulillah, dah dua tahun mereka mohon tapi Alhamdulillah baru-baru ini ya dengan orang kata kerjasama, saya minta tolong daripada Exco Infrastruktur, Tenaga dan Air ini. Ya, dalam tempoh seminggu dapat pun masuk paip tu. Alasannya mudah saja nak ubah daripada paip tu daripada sebelah sini tak sampai dua meter nak ubah pemasangan paip. Dengan alasan hanya nak ubah paip permohonan mereka ditolak. Jadi, saya harap agensi-agensi ini membantu kerajaan sebenarnya untuk menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Begitu juga permohonan-permohonan dari perumahan-perumahan. Ada lagi di Kampung Balun juga ada memohon, mengambil tempoh masa yang lama daripada LAP. Saya harap mungkin Yang Berhormat Exco boleh tengok. Mungkin LAP di selatan sana perlu dilihat supaya dapat membantu menyelesaikan beberapa isu berkaitan dengan penyambungan air.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, Behrang ingin menegaskan bahawa isu perumahan bukan sekadar soal pembangunan fizikal, ia adalah soal kehidupan, maruah dan masa depan rakyat. Rakyat tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu sebuah rumah yang siap, selamat dan boleh didiami dengan tenang. Justeru,
Behrang berharap agar Kerajaan Negeri dapat mengambil pendekatan yang lebih proaktif, menyeluruh dan berani dalam menangani isu ini supaya tidak ada lagi rakyat yang terpaksa menanggung beban akibat kelewatan, kegagalan projek atau kelemahan sistem yang sepatutnya melindungi mereka.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Tuanku telah menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh berpeluk tubuh sebaliknya perlu merintis langkah proaktif untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil serta beralih kepada tenaga alternatif dan ini adalah satu peringatan yang sangat jelas. Malaysia walaupun merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak juga tidak terkecuali merasai kesan kenaikan harga bahan bakar ini. Kenaikan mendadak harga bahan api ini telah melonjakkan perbelanjaan subsidi kerajaan. Sebagai rekod sebelum berlakunya konflik anggaran kos tanggungan kerajaan terhadap subsidi bahan api adalah sebanyak RM0.7 billion sebulan. Namun selepas berlakunya konflik kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi sekitar RM6 billion sebulan. Hal ini jika tidak ditangani dengan cermat, dibimbangi akan menjejaskan dasar fizikal negara serta merencatkan kestabilan ekonomi jangka panjang. Dalam konteks ini Behrang berpandangan bagi menangani isu ini kerajaan perlu fokus kepada root cause atau punca utama kepada permasalahan yang berlaku di mana segala-galanya adalah berpunca daripada kenaikan bahan api dunia. Maka sekiranya kerajaan mahu mengurangkan bebanan subsidi bahan api, setiap usaha menggalakkan pengurangan kepada penggunaan bahan api tersebut perlu disegerakan. Dengan kata lain lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan bahan api, maka lebih banyaklah subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan begitulah sebaliknya.
Justeru langkah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar mengumumkan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi penjawat awam negeri selaras dengan pekeliling Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa mulai 15 April 2026 merupakan salah satu langkah yang penting bagi mengurangkan penggunaan bahan api di kalangan rakyat. Walaubagaimanapun langkah tersebut tidak memadai dan hanya bersifat sementara, di mana pihak kerajaan seharusnya melaksanakan dasar dan tindakan yang lebih komprehensif dan bersifat jangka panjang. Dalam hal ini antara cadangan penting yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan adalah dengan menggalakkan rakyat tempatan menggunakan kereta elektrik EV di mana ianya sejajar dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan. Sebagai rekod berdasarkan data rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) jumlah pendaftaran EV di Malaysia sepanjang tahun 2025 adalah sebanyak 44813 unit. Angka ini menunjukkan lonjakan sebanyak 105.7% berbanding tahun 2024 yang mencatatkan 21789 unit. Peningkatan memberangsangkan ini adalah susulan daripada dasar kerajaan yang mesra EV di mana pengecualian cukai penuh bagi EV import sepenuhnya atau CBU (completely built up) diberikan oleh kerajaan bagi menggalakkan penggunaan di kalangan rakyat tempatan.
Walaubagaimanapun pengecualian cukai ini telah tamat pada 31 Disember 2025 yang lalu di mana bermula 1 Januari 2026 struktur cukai baharu telah mula dikuatkuasakan. Sehubungan itu bagi menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan api menerusi penggunaan EV maka pihak kerajaan dicadangkan untuk melanjutkan tempoh pengecualian cukai tersebut sekurang-kurangnya setahun lagi di mana cadangan pengecualian cukai ini juga perlu diperluaskan ke atas lain-lain kenderaan komersial seperti bas dan lori yang menggunakan bahan api diesel. Serentak dengan itu kerajaan juga perlu segera membina lebih banyak stesen pengecas EV di seluruh negara bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada penggunaan EV.
Selain daripada pengecualian cukai kerajaan juga perlu menggalakkan lebih banyak kemasukan kenderaan EV jenama asing ke dalam negara seperti BYD. Selain menggalakkan saingan ianya juga membantu meningkatkan minat rakyat untuk menggunapakai EV menerusi pelbagai pilihan dan model yang ada dengan harga yang berpatutan. Tidak dinafikan usaha menggalakkan pembelian EV jenama tempatan perlu diberi perhatian serius. Namun dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan kegawatan harga bahan api yang melonjak tinggi maka pihak kerajaan harus menggalakkan lebih banyak kemasukan jenama dan model EV sebagai usaha mengurangkan kebergantungan rakyat kepada penggunaan kenderaan bahan api.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pelaburan BYD lonjakan strategik untuk Muallim. Seperti yang dititahkan Tuanku di peringkat negeri pencapaian pelaburan sebanyak RM15.7 bilion melibatkan 560 projek adalah sesuatu yang membanggakan. Data ini untuk menjawab Alor Pongsu saya dah dapat sikit maklumat. Ok. Data rasmi yang diumumkan oleh MITI pada 6 Mac 2026, tempoh pelaburan Januari hingga Disember 2025. Ya Alor Pongsu. Ok, seperti yang dititahkan Tuanku di peringkat negeri pencapaian pelaburan sebanyak RM15.7 bilion melibatkan 560 projek adalah sesuatu yang membanggakan. Sektor pembuatan sahaja menyumbang kepada RM9.38 billion manakala hasil negeri meningkat kepada RM1.494 billion dengan lebihan dicatatkan selama 4 tahun berturut-turut menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Negeri Perak semakin kukuh. Namun…
Behrang.
Ya.
Sebab dah bagi confirmation yang kali kedua tu 15.7 billion tu daripada MITI ya.
Ya…ya.
6hb 3, 2026. Cuma saya nak tanya pelaburan itu pelaburan yang kita baru masukkan atau telah diluluskan?
Ini tempoh pelaburan Januari hingga Disember 2025.
Telah diluluskan. Ini beza tau. Pelaburan ni ada 2 jenis. Kerajaan Negeri team pelabur boleh sebut kita dah dapat RM100 juta tapi MITI tak lulus lagi.
Ada sebahagiannya.
Jadi adakah dia telah pasti telah diluluskan?
Kalau ikutkan laporan sini Januari hingga Disember 2025. Mungkin contohnya macam BYD. BYD ni ada isu sikit. Ini saya akan sentuh. BYD ni ada isu sikit disebabkan MITI telah menukar.
Yang Berhormat Behrang, mungkin saya mencelah sikit. Mungkin Yang Berhormat Alor Pongsu boleh rujuk kepada Titah DiRaja. Memang dah sebut di sini perenggan ketiga Negeri Perak mencatat pelaburan berjumlah RM15.75 billion. Semua ada di sini mungkin Alor Pongsu kena bacalah Titah Tuanku ni. Semua details ada dekat dalam dengan izin.
Astaka…Astaka.
Maklumat semua ada. So,…
Saya dah baca.
…saya rasa kita tak payah nak pertikaikan isu angka yang disebutkan oleh Tuanku inilah.
Saya bukan pertikai Titah Tuanku. Saya pun dah baca dalam titah Tuanku itu.
Biasanya Titah Tuanku ni tentulah dah disemak dan sebagainya.
Cuma bila Behrang sebut yang saya difahamkan dalam Dewan bila kita sebut angka-angka tu kita kena bertanggungjawab. Jadi yang saya nak pastikan tahniahlah baguslah dah naik. Cuma nak pastikan dia ada 2 jenis tau bila kita nak sebut angka pelaburan ni. Satu pelaburan yang usaha kita yang kita masukkan pada MITI dan satu lagi pelaburan yang telah diluluskan oleh MITI. Dia tak sama. Jadi kalau tak dapat bagi pencerahan tak apa. Saya terima la yang itu. Ok terima kasih.
Ok, saya rasa Alor Pongsu ni saja je nak bercakap kan? Ok tak apa. Nanti maklumat-maklumat nanti disalurkan ya tapi saya rasa apa sahaja yang telah dititahkan oleh Tuanku tentulah maklumat-maklumat itu adalah maklumat yang semestinya tepat ya. Jadi saya sambung saya nak sentuh BYD tadi saya cakap tadi pasal BYD. BYD ni mungkinlah itu sebahagian daripadanya ya. Kita dah dapat menarik pelaburan tetapi belum diluluskan itu saya terangkan di sini. Ok, Behrang sambung. Behrang ingin menegaskan bahawa kejayaan ini tidak hanya boleh diukur melalui angka. Kejayaan sebenar adalah apabila rakyat di bawah turut merasai manfaatnya melalui peluang pekerjaan, pembangunan kawasan dan peningkatan taraf hidup.
Dalam konteks ini, isu pelaburan BYD di Tanjong Malim ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih besar, bukan sekadar satu projek tetapi sebagai satu langkah strategik negeri dalam membina masa depan industri automotif berteknologi tinggi di negeri Perak. Kalau kita teliti kronologi projek ini, jelas bahawa pelaburan ini bukan datang secara kebetulan tetapi hasil usaha tersusun yang bersungguh-sungguh Kerajaan Negeri Perak melalui Invest Perak bersama agensi berkaitan. Saya difahamkan juga ya usaha daripada Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan pengangkutan awam yang telah berusaha memastikan kita dapat tarik pelaburan ini ke negeri Perak. Ada usaha-usaha beliau sehingga terpaksa menunggu pelabur di airport untuk menarik mereka bawa masuk ke negeri Perak.
Seawal Oktober 2024, delegasi negeri sendiri turun ke Shenzen, China bertemu BYD dan membawa naratif Tanjong Malim sebagai lokasi strategik. hasil daripada banyak lokasi termasuk negeri lain seperti Selangor dan Negeri Sembilan, syarikat ini memilih Mualim bukan kerana kebetulan tetapi kerana kekuatan ekosistem kita sebagai Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) yang lengkap dengan rantaian bekalan automotif. Lebih penting, Kerajaan Negeri bukan sekadar menunggu tetapi bertindak pantas. Projek ini diberikan laluan fast track, kelulusan dipercepatkan dan pelbagai penyelarasan dibuat dalam tempoh yang singkat. Ini menunjukkan kesungguhan sebenar negeri dalam menarik pelaburan berimpak tinggi. Behrang juga faham bahawa dalam ekosistem pelaburan nasional, terdapat dasar dan keperluan yang ditetapkan oleh pihak MITI dan MIDA bagi memastikan kepentingan industri tempatan terpelihara. Behrang melihat perkara ini bukan satu halangan semata-mata tetapi sebagai ruang untuk kita memperkukuhkan keseimbangan antara pelaburan asing dan pembangunan industri tempatan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kehadiran BYD ini bukan sekadar sebuah kilang. Ia berpotensi menjadi ankle tennon yang akan menarik lebih banyak vendor, mewujudkan peluang pekerjaan mahir serta membuka ruang kepada vendor tempatan untuk masuk ke dalam rantaian bekalan global. Behrang sendiri menjadi saksi betapa cepatnya pembangunan kawasan ini. Tahun lepas, tahun lepas, Alhamdulillah saya dijemput mengerjakan haji, dijemput Allah mengerjakan haji. Sebelum saya pergi kawasan ini on the Way nak pergi Tanjong Malim daripada Behrang tu masih kebun kelapa sawit. Saya nak pergi haji itu saya lalu kebun kelapa sawit lagi. Tiba-tiba saya balik dan terang, dah terang. Tengok ai! Apa pulak diorang nak buat kat sini? Sebulan je saya tak ada dah terang. Jadi betapa cepatnya proses ini sebenarnya. Jadi sebenarnya ia bukan sekadar pembangunan fizikal tetapi perubahan masa depan ekonomi anak-anak kita di Muallim. Jadi Behrang memang tidak menafikan kebimbangan Kerajaan Pusat terhadap industri automotif tempatan tetapi dengan persaingan yang sihat seperti ini sebenarnya menjadi pemangkin untuk meningkatkan kualiti, inovasi dan daya saing kereta nasional kita. BYD sendiri sebenarnya memfokuskan kepada segmen EV dan tidak secara langsung bersaing dengan kereta nasional malah membuka ruang kolaborasi teknologi dan pembangunan bakat tempatan. Persoalannya, sama ada kita mahu pelaburan ini atau tidak tetapi sejauh mana kita bersedia memanafaatkan peluang ini untuk membina eko-sistem automotif masa depan yang lebih kukuh, inklusif dan berdaya saing.
Sehubungan itu, Behrang berharap agar kerajaan Persekutuan khususnya MITI dan MIDA dapat mempertimbangkan secara tuntas dan merealisasikan projek ini dengan segera agar segala usaha dan kesungguhan yang telah digerakkan di peringkat negeri tidak terhenti di tengah jalan dan manfaatnya dapat dirasai oleh rakyat khususnya di Behrang dan kawasan sekitarnya. Behrang juga berharap agar sesi perbincangan dan rundingan di antara BYD dan Kerajaan Persekutuan khususnya MITI dan MIDA dapat diteruskan supaya projek ini dapat direalisasikan di Tanjong Malim tanpa halangan demi pembangunan ekonomi dan rakyat khususnya di daerah Muallim. Janganlah nanti pula ya, kita dah usaha keras menarik pelabur akhirnya dengan syarat-syarat yang terlalu ketat terutamanya dalam keadaan krisis tenaga dunia ini, nanti orang Perak terutamanya orang Tanjong Malim berputih mata, berputih mata bila kita lihat BYD ini dibawa ke negeri lain ataupun mereka tarik pelaburan bawa pula ke negara lain selepas kita telah bersusah payah cuba menarik pelaburan ini.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan melalui RMK ke-13 telah meluluskan sebanyak 479 projek pembangunan di negeri Perak dengan nilai RM29.38 bilion. Ini termasuk projek dalam sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan infrastruktur. Ini adalah peluang besar untuk negeri Perak bergerak lebih jauh. Behrang ingin mengingatkan pembangunan ini tidak boleh tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Kawasan luar bandar dan pinggir bandar juga mesti menikmati limpahan pembangunan ini seperti yang dititahkan oleh Tuanku. Isu keselamatan infrastruktur tidak boleh dipandang ringan. Statistik kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat yang mencatatkan 413 insiden, 26 kematian dan 27 kecederaan parah adalah sesuatu yang amat membimbangkan.
Behrang, saya nak mencelah satu lagi sebab saya terpaksa ikut Behrang dengan rapat sebab Behrang sedang mengalami pembangunan industri dan sebagainya, sebab kawasan saya KIGIP jadi saya nak warm up pagi-pagi ni bagi panas sikit supaya saya dapat ikut apa step yang Behrang buat. Ok, sebelum pergi jauh lagi tadi dah pergi ke jalan raya pulak ni. Saya nak tanya, sepanjang industri di Behrang City dan sebagainya ni, apa institusi TVET yang dah bertapak di situ dan bergerak? Sebab sekarang ni kita tengok Giat MARA dah tak berbunyi dah serupa tak ada. Kolej komuniti bangunan di Bagan Serai berjuta ya, budak ada tiga belas orang kut empat belas orang ja. Jadi saya nak contohi Behrang.
Ok, saya faham. Ok, kalau di Behrang, di Behrang kita ada politeknik, kita dah ada politeknik yang kita dah khususkan untuk mereka mengadakan latihan-latihan yang akan memenuhi tuntutan-tuntutan industri yang akan ada di Behrang. Kita ada Giat MARA juga yang yang mengkhususkan kepada automotif juga, ya dan banyak lagi pusat-pusat lain sebenarnya, ada sebenarnya ada. Di Behrang ada. Ok, tadi saya masuk tentang jalan raya. Tragedi yang meragut 15 nyawa mahasiswa UPSI, ya. Itu satu luka yang tidak boleh dilupakan. Semasa kejadian saya berada di tanah suci ya, memang saya tak dapat bersama-samalah mereka. Walau bagaimana pun kami di sana tetap mengadakan Yasin dan sebagainya untuk pelajar-pelajar tersebut. Alhamdulillah, Ya peruntukan RM350 juta bagi menaik taraf laluan tersebut amat kita alu-alukan. Namun, isu infrastruktur bukan sekadar jalanraya yang melibatkan keseluruhan sistem termasuk jambatan, longkang dan saliran. Dalam tempoh tidak sampai setahun, dalam kawasan Behrang dan sekitarnya telah menyaksikan sekurang-kurangnya 6 kejadian jambatan runtuh. Tahun 2024-2025. Pada 23 Ogos 2024, berlaku kejadian kepala air yang menyebabkan 4 jambatan runtuh serentak termasuk jambatan lama Sungai Slim yang merupakan laluan utama rakyat. Kejadian ini bukan sahaja memutuskan hubungan antara kampung, menjejaskan perjalanan seharian penduduk termasuk murid ke sekolah, pekerja ke tempat kerja dan pelbagai lagi urusan.
Belum pun pulih sepenuhnya, pada April 2025 pula, semasa kita sidang Dun, Jambatan Sungai Liat Sungai Klah, Sungkai pula runtuh. Sekali lagi menyebabkan laluan utama terputus yang menghubungkan Felda Residence Hot Spring pusat pelancongan, Kampung Orang Asli, satu kampung susah nak keluar serta Buyung Emas Sanctuary Campsite. Kejadian ini turut mengakibatkan 136,000. 136 individu. Bukan ribu ya. 136 je. Individu termasuk 81 pelajar dari politeknik yang sedang berkhemah di Buyung Emas Century campsite ini terkandas ya. Jadi ada pelancong terperangkap ya. Penduduk kampung tak boleh keluar tetapi dalam keadaan genting ini, kecekapan pasukan keselamatan benar-benar terserlah ya, dengan bantuan pihak Bomba pelajar berjaya dipindahkan dibawa menyeberang sungai ya. Pelancong-pelancong berjaya dibawa keluar melalui jalan alternatif dan terima kasih ya saya nak ucapkan kepada tindakan pantas pihak JKR apabila jambatan sementara bailey berjaya dibina dalam tempoh seminggu, sekaligus membolehkan pelancong-pelancong yang keretanya terpaksa ditinggalkan di hotsprings, Sungai Klah Hotsprings itu boleh ambil kereta. Terima kasih juga atas keprihatinan pimpinan pusat melalui Yang Berhormat, Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya yang telah turun padang meninjau sendiri lokasi kejadian pada 22 April. Dalam pada masa yang sama, Kerajaan Negeri melalui YB Dato' Seri Ir Haji Mohamad Nizar Bin Jamaluddin selaku Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Perak telah mengambil tindakan pantas dan akhirnya jambatan bailey dibuka kepada orang ramai pada 29 April, sekali gus membolehkan akses penduduk yang terputus sebelum ini. Gabungan tindakan segera Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri jelas mencerminkan keprihatinan serta kecekapan dalam menangani situasi cemas, situasi kecemasan yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, namun begitu, sampai bila rakyat di kawasan ini perlu bergantung kepada jambatan sementara setiap kali berlaku bencana. Behrang melihat isu ini sebagai petunjuk jelas bahawa infrastruktur luar bandar kita masih belum cukup tahan terhadap perubahan cuaca dan bencana alam. Jika perkara ini tidak ditangani secara menyeluruh, kita akan terus berada dalam kitaran yang sama. Rosak kita baiki. Rosak kita baiki sementara dan akhirnya sekali lagi rosak dan kita baiki lagi.
Sehubungan itu, Behrang memohon agar Kerajaan Negeri memberi perhatian khusus untuk yang pertama membina semula jambatan-jambatan ini secara kekal dengan spesifikasi yang lebih kukuh dan tahan bencana. Dah dua tahunlah jambatan-jambatan ini. Setahun lebihlah jambatan-jambatan bailey ini dibina. Ada empat Jambatan Bailey di negeri Perak ini terletak di kawasan Behrang. Ada dua jambatan lagi yang runtuh yang boleh dibaiki secara membuat laluan sementara. Yang kedua, menjalan kajian menyeluruh terhadap struktur jambatan sedia ada di kawasan yang berisiko tinggi bukan sahaja di Behrang termasuk juga di kawasan-kawasan lain. Yang ketiga, mempercepatkan peruntukan dan pelaksanaan projek baik pulih agar tidak terlalu bergantung kepada penyelesaian sementara. Bukan hanya untuk jambatan, termasuk juga jalan-jalan yang dilaporkan rebak yang pada bila-bila masa menanti bencana runtuhan. Kita dah laporkan beberapa jalan yang rebak tetapi masih orang kata menunggu. Menunggu untuk dibaiki dan dibaik pulih. Jika laporan yang dibuat tidak diambil tindakan segera bukan sahaja mengundang bahaya tetapi juga akan meningkatkan kos pembaikan jika rebakan menjadi runtuhan yang lebih besar. Behrang tidak meminta sesuatu yang luar biasa. Rakyat hanya mahukan laluan yang selamat, kekal dan boleh diharap setiap hari. Bukan hanya ketika dalam keadaan baik kerana bagi rakyat, jambatan bukan sekadar struktur, ia adalah nadi kehidupan yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.
Seterusnya, Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, pendidikan dan anak orang asli. Behrang menjunjung kasih atas Titah Tuanku yang menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak negeri ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam mengelakkan keciciran dalam kalangan pelajar. Seperti yang dizahirkan dalam titah baginda, pendidikan bukan sekadar akses ke sekolah tetapi memastikan setiap anak mampu kekal dalam sistem sehingga ke penghujungnya. Behrang mengambil maklum bahawa pencapaian SPM 2025 negeri Perak menunjukkan peningkatan yang membanggakan apabila gred purata negeri bertambah baik dari 4.49 berbanding 4.63 pada tahun sebelumnya dengan kadar kelulusan mencapai 94.44%. Pencapaian ini wajar diberi penghargaan kepada semua pihak yang berusaha meningkatkan kualiti pendidikan di negeri Perak ini. Namun begitu, seperti yang dizahirkan dalam Titah Tuanku bahawa tiada pelajar yang harus tercicir daripada arus pendidikan. Behrang Ingin menarik perhatian bahawa angka kejayaan ini hanya mencerminkan mereka yang berjaya sampai ke peringkat peperiksaan daripada lebih 27,000 calon yang menduduki SPM di negeri Perak hanya sekitar 650 orang terdiri daripada murid orang asli. Ini menimbulkan persoalan yang lebih besar iaitu berapa ramai sebenarnya yang tidak berjaya sampai ke tahap ini. Lebih membimbangkan dalam kalangan masyarakat orang asli terdapat kajian yang menunjukkan bahawa setiap 100 murid yang memulakan persekolahan, hanya sebahagian kecil sahaja yang berjaya menamatkan pendidikan sehingga tingkatan lima.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, di kawasan Behrang, kita mempunyai dua buah sekolah model K9 iaitu Sekolah Kebangsaan Jernang dan Sekolah Kebangsaan Pos Bersih. Inisiatif ini amat baik dan selari dengan hasrat Tuanku untuk mengurangkan keciciran khususnya dalam fasa peralihan ke sekolah menengah. Namun begitu, cabaran sebenar masih berlaku selepas tingkatan 3 apabila murid-murid ini perlu berpindah ke sekolah lain untuk menyambung ke tingkatan 4. Di sinilah risiko keciciran kembali meningkat. Faktor jarak, kesesuaian persekitaran dan keengganan tinggal di asrama menjadi kekangan utama. Sehubungan itu, Behrang berpandangan bahawa untuk benar-benar menyahut Titah Tuanku, pendekatan sedia ada perlu diperkukuh dengan memastikan kesinambungan daripada K9 kepada K11 dapat direalisasikan segera. Walaupun perancangan pembinaan tambahan bagi tujuan ini telah dalam perancangan, pelaksanaannya perlu dipercepatkan agar anak-anak ini tidak terus terpinggir hanya kerana kekangan struktur sistem. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, jika kita benar-benar ingin menjunjung hasrat Tuanku bahawa tiada anak yang tercicir daripada arus pendidikan, maka ukuran kejayaan kita bukan hanya kepada peratus kelulusan tetapi kepada berapa ramai yang berjaya kita bawa hingga ke garisan penamat kerana dalam pendidikan yang tercicir itulah sebenarnya yang paling memerlukan perhatian kita.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, golongan belia adalah aset negeri. Behrang menjunjung penzahiran dalam Titah Tuanku memberi penekanan terhadap keterjaminan makanan serta penglibatan komuniti dalam pertanian sebagai satu keperluan strategik negeri. Seperti yang dizahirkan sehingga tahun 2025, program keterjaminan makanan telah melibatkan sebanyak 118 buah masjid sebagai pusat penggerak komuniti di samping 223 komuniti lain termasuk kawasan perumahan, sekolah dan tanah terbiar dengan peruntukan berjumlah RM3.23 juta yang memberi manfaat kepada hampir 84,900 rakyat. Angka ini menunjukkan bahawa pendekatan berasaskan komuniti yang digerakkan melalui institusi seperti masjid, bukan sahaja relevan malah telah terbukti memberi impak secara langsung kepada kesejahteraan rakyat. Namun begitu, Behrang berpandangan bahawa usaha ini perlu diperkukuhkan agar tidak sekadar kekal sebagai program tetapi berkembang menjadi satu ekosistem yang berdaya tahan dan mampu menjamin keterjaminan makanan negeri dalam jangka panjang khususnya dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu seperti yang turut dizahirkan dalam Titah Tuanku.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, satu aspek yang perlu diberi perhatian serius ialah penglibatan golongan belia. Walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan, hakikatnya sektor pertanian masih belum menjadi pilihan utama dalam kalangan generasi muda. Ini bukan kerana kurangnya peluang tetapi kerana kurangnya pendedahan, sokongan dan laluan yang jelas untuk mereka terlibat secara serius dalam bidang ini. Hakikatnya, sektor ini telah berkembang menjadi satu bidang berasaskan teknologi yang memerlukan kemahiran tinggi melibatkan agroteknologi, mekanisasi, automasi serta pengurusan rantaian bekalan makanan.
Behrang, undur sikit. Bagi cool down sikit. Tentang pendidikan tadi. Sebab daripada sebab you pembahas yang pertama. Saya nak nyatakan di sini bagi semua orang terutama kepada YB Kota Tampan, SPM yang lepas hebatlah Perak kan? Tapi kita kena sebut juga sekolah terbaik di Negeri Perak. Kali ini bukan sekolah asrama penuh tau. Bukan MCKK, bukan STAR. Bukan semua. SMKA TMUA di Gunong Semanggol, SMKA Kerian. Tapi saya dapati, tengok MCKK baru ni. Bila Perdana Menteri turun, dia pastikan dia pergi ke MCKK. SMKA TMUA ni, dia ni nombor 10 terbaik dalam Malaysia. Dan mereka ni anak-anak yang berjaya SPM dan 100% Huffaz al-Quran. Hebat anak-anak ni. Jadi saya cadangkanlah setuju kalau Behrang setuju dengan saya, saya jemput Kota Tampan dalam masa terdekat ni turun sat nak bagi hadiah ke bagi puji depa sikit. Nombor 10 terbaik dalam Malaysia dan sekolah yang terbaik di Negeri Perak. SMKA TMUA (Maahad Tahfiz Model Ulul Albab). Minta Behrang kata setuju. Tentu Kota Tampan turun.
Setuju. Setuju. Saya setuju pengiktirafan, penghargaan kita beri kepada anak-anak yang berjaya ni. Saya setuju. Saya percaya sebenarnya Exco Pendidikan, Yang Berhormat Menteri Besar sendiri ada dalam perancangan mereka. Insha Allah adalah tu dan sebenarnya kejayaan sekolah-sekolah luar bandar ini kerana usaha daripada kerajaan melalui Yayasan Perak. Kita ada pelbagai program sebenarnya untuk memastikan sekolah-sekolah luar bandar ini kita pastikan mereka mendapat kejayaan. Ada program-program yang diaturkan melalui Yayasan Perak...
Tambah sikit ya Behrang. Locker asrama budak-budak tu hancur. Kota Tampan tolong tengok ya.
Ok, saya sambung. Dah masuk bidang pertanian, dia patah balik pendidikan. Jadi saya sambung ya. Kita perlu beri perhatian serius terhadap penglibatan belia dalam sektor pertanian ini. Kerana bukan kurangnya peluang. Saya ulang sikit tadi ya tetapi kerana kurangnya pendedahan, sokongan dan laluan yang jelas untuk mereka terlibat secara serius dalam bidang ini. Hakikatnya, sektor ini telah pun menjadi satu bidang yang berasaskan teknologi dan memerlukan kemahiran tinggi melibatkan agroteknologi, mekanisasi, automasi serta pengurusan rantaian dalam bekalan makanan. Justeru, Perak ingin mencadangkan ingin mencadangkan agar TVET pertanian ataupun TVET agroteknologi diberi penekanan yang setara dengan bidang teknikal lain. Jadi sekarang ini kerajaan menumpukan dalam bidang TVET teknikal. Jadi kita harapkan TVET pertanian juga diberi perhatian. Ini termasuk membuka lebih banyak laluan latihan kepada belia dalam bidang pertanian pintar seperti fertigasi dan hidroponik, penggunaan dron, IoT dalam pertanian serta keusahawanan agro. Ini pun tadi dalam jawapan Yang Berhormat Exco ada menyebutkan. Maknanya Exco Pertanian kita juga telah memberi perhatian. Tapi ini sebahagian daripada cadangan-cadangan saya. Langkah ini bukan sahaja membuka peluang baru, peluang kerjaya baru kepada anak muda malah mampu mengubah persepsi bahawa pertanian adalah pilihan terakhir. Sebaliknya, ia boleh menjadi kerjaya masa depan yang berpendapatan tinggi dan berdaya saing. Dalam masa yang sama, pendekatan ini juga menyumbang secara langsung kepada agenda keterjaminan makanan negeri dan negara. Dan dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, keupayaan kita menghasilkan makanan sendiri adalah satu kelebihan strategik yang tidak boleh dipandang ringan.
Behrang percaya jika TVET Pertanian ini dirancang secara tersusun dan dipacu dengan teknologi, kita bukan sahaja melahirkan tenaga mahir tetapi juga melahirkan usahawan agro yang mampu menjadi pemacu ekonomi baharu di peringkat Negeri. Sehubungan itu, Behrang Perak ingin mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh dipertimbangkan. Pertama, mewujudkan Program Inkubator Pertanian Belia berasaskan komuniti dengan menjadikan masjid sebagai pusat penyelarasan. Belia yang berminat boleh diberi latihan praktikal, akses kepada tanah berskala kecil serta bimbingan berterusan sehingga mampu menjana pendapatan sendiri. Kedua, memperluaskan penggunaan teknologi dalam pertanian melalui program latihan khusus seperti IoT, automasi, fertigasi dan akuaponik agar sektor ini dilihat sebagai bidang moden yang setanding dengan industri lain dan lebih dekat dengan minat generasi muda. Ketiga, menyediakan jaminan rantaian pasaran seperti yang dibangkitkan oleh Sungai Manik tadi. Rantaian pasaran bagi hasil pertanian tanpa jaminan pasaran melihat minat belia akan terbantut.
Kerajaan Negeri boleh memainkan peranan sebagai pemudahcara dengan cara menghubungkan hasil Ini, mungkin ke sekolah, institusi awam ataupun dalam program-program bantuan makanan. Keempat, memperkasakan peranan masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah tetapi sebagai pusat pembangunan komuniti yang aktif termasuk menjadi hab pengumpulan hasil, pusat latihan dan platform keusahawanan kecil bagi penduduk setempat. Kelima, menggalakkan penglibatan sekolah melalui program keterjaminan makanan yang telah dilaksanakan supaya minat terhadap pertanian dapat dipupuk sejak awal selari dengan usaha yang telah dirintis dalam program inovasi di peringkat sekolah.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, jika usaha ini dapat kita gerakkan secara tersusun, menggabungkan kekuatan komuniti, peranan institusi masjid dan tenaga belia, Behrang yakin hasrat Tuanku untuk memperkukuhkan keterjaminan makanan bukan sahaja dapat direalisasikan malah mampu menjadi satu model pembangunan masyarakat yang lestari, inklusif dan berdaya tahan. Kerana akhirnya keterjaminan makanan bukan sekadar soal bekalan tetapi soal keupayaan kita membina masyarakat yang mampu berdiri di atas kekuatan sendiri.
Sebagai penutup menjunjung kasih titah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Behrang berdiri menyokong penuh segala dasar dan perancangan yang telah digariskan dengan harapan agar setiap satu daripadanya benar-benar diterjemahkan kepada kesejahteraan yang dapat dirasai oleh rakyat kerana pada akhirnya ukuran sebenar kejayaan bukan pada angka dan laporan tetapi kepada kehidupan rakyat yang menjadi lebih baik, lebih terjamin dan lebih bermaruah. Ini bukan masa untuk kita berpolitik secara sempit, sebaliknya Inilah masa untuk kita bekerja dengan hati yang jujur, mencari titik temu, menyelesaikan masalah rakyat secara bersama. Bak kata Pepatah, "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing." Behrang berdiri dengan pendirian yang jelas menyokong setiap usaha yang membawa kebaikan dan menegur dengan penuh tanggungjawab demi penambahbaikan. Seperti firman Allah Subhana Wata'ala dalam Surah Al-Haj ayat 18 yang mengingatkan agar setiap kita melihat apa yang telah kita sediakan untuk hari esok. Maka amanah ini bukan milik kita tetapi milik rakyat yang kita wakili. Dengan itu Behrang sekali lagi menzahirkan sokongan terhadap titah Tuanku dan komited untuk terus bekerja demi Negeri dan rakyat.
Pohon meranti tegak berdiri, Tempat berteduh di tengah halaman, Amanah dipikul sepenuh hati, Demi rakyat, jadi keutamaan.
Behrang menyokong usul Titah Tuanku. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahita’ala Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Behrang yang memulakan perbahasan tadi. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Gunong Semanggol untuk memulakan perbahasan. 45 minit, dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selamat pagi. (Bacaan doa) Terima Kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Adun Kota Tampan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan dan para pegawai persekutuan dan negeri, para pemerhati dan rakan-rakan media dan seterusnya yang dikasihi kepada seluruh rakyat Negeri Perak yang mengikuti dan tidak mengikuti siaran ini.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, terima kasih atas ruang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini. Izinkan saya memulakan ucapan ini membawa suara rakyat bagi memastikan rakyat terbela, negara sejahtera. Suka saya memulakan perbahasan dengan membawa pedoman daripada Allah Subhanahu Wataala dalam Quran dari surah Al Baqarah ayat yang ke 120 yang berbunyi. (Bacaan ayat Al-Quran) Yang bermaksud, Orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju ataupun suka kepada kamu sehinggalah kamu menurut agama mereka yang telah terpesong itu. Katakanlah kepada mereka “Sesungguhnya petunjuk Allah Agama Islam adalah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya, jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya wahyu petunjuk daripada Allah SWT, pengetahuan itu kepada kamu tentang kebenaran, maka tiada lah engkau akan peroleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada kamu. Shodaqallahul'azim. Mudah mudahan petunjuk Allah yang hak yang benar ini masuk ke jiwa kita dan kita boleh praktikkan dalam kehidupan kita. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh Ahli Dewan, penjawat awam dan seluruh rakyat negeri Perak, belum terlewat lagi. Namun dalam masa yang sama, kita sedar bahawa Aidilfitri pada tahun ini disambut dalam keadaan rakyat yang sedang bergelut dengan krisis ekonomi yang melanda dunia. Tahniah dan takziah kepada keseluruhan kakitangan kerajaan federal dan pusat, federal pusat dan juga negeri yang terpaksa mengikut Government of the Day kerajaan semasa walaupun kadang kala bertentangan dengan kehendak dan pemikiran kita.
Pada hemat saya, pengumuman kenaikan harga minyak dalam tempoh perayaan seperti ini amatlah tidak wajar dan saya mewakili blok pembangkang juga merafakkan sembah dan menjunjung kasih ke atas penzahiran Titah DiRaja di bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan bersempena dengan Pembukaan Dewan, Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan yang Kelima Belas. Titah Tuanku adalah suatu amanat besar ia bukan sekadar peringatan moral tetapi satu arahan urus tadbir yang jelas membawa tema akauntabiliti, integriti dan juga mengangkat denyut nadi rakyat negeri yang tercinta ini.
Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, memetik kepada noktah utama dalam ucapan Titah DiRaja Tuanku Sultan Perak berkaitan dengan geopolitik dan juga kestabilan. Saya dengan ini berdiri sebagai wakil daripada blok pembangkang dan mengajak seluruh Ahli Dewan dan semua yang berada dalam Dewan ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat dan Israel yang memulakan serangan dan jenayah perang terhadap Republik Iran. Saya juga mencadangkan agar Dewan Negeri Perak yang mulia ini dengan tegas mengutuk keras agenda Amerika dan Israel yang mencetuskan peperangan seperti yang berlaku pada masa ini. Nafsu serakah Amerika Syarikat dan Israel untuk menguasai dunia tanpa peri kemanusiaan hampir semua negara teluk telah pun dikuasai dan terakhir sebagaimana kita mengetahui Venezuela negara pengeluar minyak juga turut mereka kuasai. Mereka tidak mampu memusnahkan Iran dalam jangka masa yang mereka rancang. Rahsia keutuhan Iran adalah kerana tidak mampu menjalankan agenda pecah dan perintah Divide and Rule sepertimana mereka berjaya lakukan di negara-negara lain. Ciptaan naratif Sunni dan Syiah tidak termakan oleh rakyat Iran dan mereka cuba membawa kembali kuasa Syah Iran ke negara Iran juga tidak mampu memecahkan rakyat Iran. Sebab itulah Iran boleh bertahan sehingga hari ini.
Dato' Seri Yang di-Pertua, hal yang sedemikian patut kita ambil iktibar dan pelajari selaras dengan perintah Tuanku menyeru rakyat dalam negeri ini supaya bersatu. Kecilkanlah ruang perbezaan di antara kita. Saya menyeru diri saya dan semua supaya kita bersatu atas prinsip kebenaran bukan atas kepentingan yang berasingan, mencipta dan mereka naratif menjustifikasikan tindakan walaupun bertentangan dengan kefahaman konvensyen demi mencapai cita-cita terpencil hendaklah kita bersama elakkan.
Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, sudah pasti kita semua faham multiplier effect ataupun kesan berganda hasil daripada peperangan dan konflik yang berlaku di Asia Barat. Apabila konflik berlaku di rantau yang menjadi nadi pengeluaran minyak dunia, maka harga minyak mentah akan melonjak dan terus menyumbang kepada kenaikan kos penghantaran rantaian bekalan daripada pihak pengeluar kepada pihak pengguna. Dalam erti kata lain, inflasi juga akan terus meningkat. Kuasa-kuasa pembeli pengguna akan menurun dan lebih membebankan lagi kepada rakyat adalah apabila ini berlaku dalam negara kita subsidi RON 95 kepada rakyat Malaysia yang telah dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter. Lebih menekankan...lebih menekankan lagi MyKad untuk dapat fasiliti ini tidak boleh diguna, keluarga tidak boleh diguna.
Dato' Seri Yang di-Pertua, sepatutnya di dalam keadaan ini, kerajaan perlu memikirkan untuk mengambil dan menggunakan seluruh simpanan ataupun rizab yang ada. Difahamkan, rizab dalam negeri Perak ada lebih daripada setengah bilion dan rizab ini boleh kita gunakan untuk membantu rakyat. Kerajaan MADANI Perak kalau benar-benar prihatin dalam penderitaan rakyat, hendaklah kita mencari jalan bagaimana untuk mengguna dan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat pada masa ini. Kita telah mengalami sebagaimana yang dikata kitalah mengalami musibah Covid-19, Kerajaan Perikatan Nasional. Masa itu saya bersama sama dengan kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang menerajui kerajaan pada masa itu. Kita berjaya menangani walaupun pada masa itu krisis ini adalah lebih serius sebab sebagaimana yang dikatakan seluruh industri tidak boleh bergerak. Kita tidak boleh keluar rumah, orang tidak boleh bekerja tapi kita menggunakan semua keupayaan yang ada untuk meringankan beban rakyat dan di atas rasa tanggungjawab bersama, saya meminta Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Yang Berhormat Kota Tampan, tolong tangani isu ini dengan serius. Kami sedia membantu dan sebelum langkah yang diambil. Saya juga memohon supaya Yang Amat Berhormat Kota Tampan yang sudah pasti menjadi anggota utama kerajaan dalam menentukan dasar polisi dan boleh memberi pandangan kepada pusat, Kerajaan Pusat Federal di bawah kerajaan yang sama untuk memberi menyumbang idea bagaimana untuk mengurangkan beban rakyat terutama sekali yang berpunca daripada kenaikan minyak dan juga diesel. Dengan itu, saya memohon…
Gunong Semanggol, Gunong Semanggol sikit pasal nak sentuh…
Kejap nak habis ni sikit, masuk sambung saya terima ok. Jadi, saya memohon sebab keputusan ini sudah pasti keputusan yang bersama. Saya memohon untuk dapatkan maklumat yang tepat untuk kami gunakan daripada blok pembangkang menyampaikan kepada rakyat. Kenapa harga minyak di negara kita ini naik begitu melambung sekali? Kita minta penerangan sudah pasti Yang Amat Berhormat dapat maklumat ini, kita tidak ada sebab kita tidak akses kepada proses-proses pembuat keputusan. Jadi, saya mohon kepada Yang Amat Berhormat yang pertama menjelaskan kepada kita menjelaskan kepada rakyat negeri Perak sebagaimana yang kita maklum pada tahun 2008. Tahun 2008, harga minyak dunia 148 USD Dollar Amerika. Harga diesel di pam RM2. Harga 1 minyak 148 US harga di pam RM2. Sedangkan pada masa ini harga minyak dunia sekitar 100 US Dollar, Betong boleh check dia paling tinggi pergi 120. Sekarang turun lagi 80. Yang menghairankan apa justifikasi yang dibuat menyebabkan harga di pam RM6.72 sen. Kami tak faham. Kami tak ada maklumat. Kami tak mau juga rakyat terkeliru dengan ini. Jadi tolong jelaskan kepada kami. Kami sama-sama boleh bantu kerajaan bantu ini sebab dia, dulu 148, RM2, sekarang RM100.00, RM6.70 sen. Tolong jelaskan yang pertama dan yang kedua sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri PMX, Kerajaan MADANI dan juga termasuk menjadi Perdana Menteri kami, mengatakan ada hubungan baik dengan Iran dengan satu telefon mengatakan bahawa kapal Malaysia boleh lalu Selat Hormuz tanpa tol. Apa kesannya kepada harga minyak kita. Kalau boleh lalu tak seperti negara-negara lain. Jadi kenapa kesan ini melonjakkan padahal harga minyak negara kita. Kami tak faham, kami tak mahu dibelit-belitkan. Kita kena jelas. Kalau dah kapal tak boleh lalu telah Hormuz. Orang lain tak boleh lalu. Orang lain…lain keluar lalu kena tol kemudian boleh lalu sampai kat kita harga kita mahal tak boleh nak jawab dengan akal kita dan yang ketiga kita kena nyatakan bahawa kita pengeluar minyak kelas tertinggi kelas yang baik. Kelas dengan pasaran kita adalah ke Jepun dengan negeri China tidak melalui Selat Hormuz.
Dengan kenaikkan harga minyak dunia ini, sudah pasti kita tidak mendapat rintangan. Sudah pasti kita menjana daripada Petronas ni harga yang tinggi, keuntungan yang tinggi ke mana keuntungan itu, kenapa keuntungan yang besar itu tidak boleh dikongsi dengan rakyat yang menderita pada hari ini, kita minta Yang Amat Berhormat sebagai anggota, saya faham telah pun dipanggil oleh PMX untuk bincang bersama hal ini, kami tak ada maklumat? Kenapa perkara ini berlaku? Berapa kenapa keuntungan ini tidak boleh digunakan dan lebih-lebih lagi yang kita pun tak boleh nak jawab tak dapat nak jawab terima akal? Bagaimana di bawah pemerintahan yang sama negeri yang sama, kita RM6.72 sen 1 liter diesel. Sabah dan Sarawak masih kekal dengan harga yang sama RM2 lebih. Apa ni? Tolong terang, bukan kita nak menyalahkan. Mungkin kerajaan ada reason dia, tapi akal yang waras rakyat tak boleh terima tak boleh terima. Tolong terangkan kami nak tolong ini kami nak tolong. Betul tak kawan-kawan? Ya kita nak tolong kan.
Kota Tampan,
…dan juga…
Kota Tampan…
Saya memohon Yang Berhormat sangat nak habis ni satu ada satu lagi Yang Berhormat Kota Tampan menerangkan kita. Berita yang berlegar-legar kita tak tahu sama ada betul ke tidak. Juta liter minyak daripada Malaysia dihantar ke Filipina dalam keadaan yang kita memerlukan minyak ini. Siapa yang buat untung? Malaysia, kata tidak? Filipina, kata Ya. Pembohongan apa yang dibuat ni? Filipina, kata Yes, kita dapat minyak daripada Malaysia. Owh Malaysia, kata dok lepas tu pulak cerita hok hak hok hak. Jadi kita nak minta jelas supaya rakyat semua kena faham ini reason dia. Kita dapat untung yang banyak. Kita nak buat apa jadi ok kita bagi peluang…
Sudah jelas tapi Gunung Semanggol yang tak faham
eh mintalah jalan dulu Saya dulu saya dulu…
Saya mohon mencelah, Kementerian sudah menjelaskan…
Astaka duduk.
Itu bukan minyak daripada negara Malaysia mereka daripada sini kita pergi ke Filipina sahaja.
Astaka…Astaka.
Gunong Semanggol bagi Kubu Gajah.
Gunong Semanggol yang tak faham.
Mintak izin dulu ada
YB ENCIK MOHAMAD FAKHRUDIN BIN ABDUL AZIZ (KAMUNTING) Tak da disiplin dia ni.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang berkenaan dengan kes Covid hari tu masa Covid hari tu kita salurkan. Alhamdulillah dengan kerjasama kerajaan dan juga pembangkang pada waktu itu kita bagi beras free makanan free semua free tapi selepas Covid beras hilang di…di di pasaran, beras hilang di pasaran selama bertahun juga beras hilang. Jumpa dalam banjir pun ada hilang. Ini jadi krisis yang kedua dunia. Saya takut Yang Berhormat Ketua Pembangkang bila berlarutan krisis di Asia Barat setahun dua tahun kita tak tahu tempoh dia. Bila penghujung dia, hilang pula beras makanan asas kita. Tiba-tiba, bila ada naik balik harga, dia jadi yang 5 kilo jadi RM23-RM25. Apa pendapat daripada Yang Berhormat? Yang keduanya Yang Berhormat yang tadi yang kata Selat Hormuz tadi PM kata kena bayar 2 million USD tapi Iran kata bagi tol free. Yang mana satu betul?
Kota Tampan mohon izin, setujukah Yang Berhormat Kota Tampan Ya. Maaf Semanggol Dah tertukar dah. Mungkin lepas ni…
Semanggol nak ganti Kota Tampan ke?
Insha Allah akan bertukar lepas ni. Terima kasih Tuan Speaker, setujukah Yang Berhormat Semanggol bahawa kenaikan diesel minyak diesel yang sudah melebihi 200% semenjak Kerajaan MADANI yang memerintah daripada RM2.15 sen. Sehingga hari ini, RM6.72 sen sudah 200% lebih kenaikan harga minyak yang membebankan pengguna diesel. Yang kedua Yang Berhormat Semanggol…
Yang Berhormat harga minyak ini bukan Malaysia saja yang naik satu dunia pun naik.
nantilah dulu…
Ehh. Minta izinla, minta izin.
Sabar…sabar izin, minta izin, minta izin.
Yang Berhormat, kalau nak berbahas biarla berfakta.
Sabar…sabar, minta izin,
Betul tak?
Janganlah kacau lagi bagi dia cakap dulu.
Lepas ni minta izin cakap pandai takpa jangan koyak. Semanggol, Yang Berhormat Semanggol. Yang kedua setujukah Semanggol bahawa Rakyat di Sabah dan Sarawak, pengguna diesel menikmati subsidi minyak diesel sehingga mereka…mereka mendapat harga diesel hanya RM2.15 dan saya rasa sayalah mewakili rakyat negeri Perak dan juga negeri-negeri lain sepatutnya rakyat di Semenanjung juga menikmati subsidi yang sama dengan harga RM2.15 sen. Subsidi ini perlu kembali kepada rakyat bukan hanya kepada setengah-setengah negeri sahaja. Terima kasih Semanggol.
Yang Berhormat Gunung Semanggol, Tronoh tambah sikit je.
Ini Astaka tak ada fakta punya.
Hanya ada satu soalan sahaja. Satu soalan sahaja. Sama ada wakil rakyat daripada PAS di Sabah itu setuju atau tidak? Untuk samakan harga minyak…
Sekarang ini bagi dekat Alor Pongsu ke bagi dekat Tronoh ni?
Tronoh Semanggol tak bagi jalan, jadi biar…
Saya tak bagi. Yang pertama…
Hak Semanggol kan…
Apa yang disarankan…
Biar semanggol jawab.
Dato’ Yang di-Pertua,
Trong tadi…
Mereka cuba memesongkan Dewan yang mulia ini.
Tak pa…tak pa nanti Tronoh dapat peluang.
Mintak masuk dalam ucapan saya dan mengenai dengan beras hilang dan sebagaimana yang kita mengetahui bahawa zaman MADANI ni pelik-pelik sangat yang amat Berhormat Dato’ Seri, Dato’ Seri memang pelik sungguh kan mengenai keberahiran keperluan. Tapi sampai sekarang tak terjawab sebab kita duduk di Kerian. Kilang ni semua padi keliling ni di sini kilang sebelah tu buat masuk padi yang diambil.
Yang Berhormat sekurang kurangnya Kerajaan MADANI
Kemudian…
…ni dia tak tutup parlimen.
Sabo dulu, sabo dulu.
Tronoh minta izin Tronoh Kamonlah gentlemen lah
Belum lagi lah. Sikit hari lagi tutupla parlimen.
Kemudian, kilang di…di Bagan Serai tu keluar beras import. Kita pun heran. Dok…dok…dok duduk di Kerian kan? Kemudian tak dapat harga beras tak dapat harga beras tempatan RM2 lebih yang dapat RM4 lebih. Inilah kepelikan yang berlaku. Minta maaf saya tak bagi Dato’ Seri Yang di-Pertua…
Dato’ Seri Yang di-Pertua…
…kisah kegagalan…
Perintah Tetap Dato’ Seri Yang di-Pertua…
Semanggol…
Speaker kena block la.
Semanggol, Semanggol,
Kita lupakan sekejap.
Semanggol…
Kita balik kepada…
Semanggol…
Peraturan… peraturan Semanggol.
Semanggol…Semanggol, Standing Order…Standing Order berapa? Takpe takpe dia dah clause Standing Order.
Gunong Semanggol bukan Speaker dengar Dato’ Seri Speaker bagi laluan ini Perintah Tetap
Gunong Semanggol ini peraturan tetap.
Perkara 40. Perkara 43(a) Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya. Tadi Kubu Gajah kata…
Jap…jap 43 apa?
43(a). Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya.
Ok apa yang salahnya?
Tadi Kubu Gajah, kata PMX, kata kena bayar RM2 bilion ke RM2 bilion.
Ok...ok takpe.
Tapi sebenarnya kementerian sudah kata kapal Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz tanpa tol. Saya tak tahu Kubu Gajah dapat fake news dengan izin dari mana.
Ok
Kalau…kalau salah saya mohon Kubu Gajah tarik balik, jangan memesongkan...
Tarik balik…tarik balik.
Astaka saya dengar tadi tak apa itu Semanggol punya floor, yang Kubu Gajah pun dia buat dalam bentuk soalan tadi sama ada option takpe. Semanggol sila continue.
Terima kasih Dato’ Seri Speaker.
Chandan…
Dato’ Seri sekejap…
Standing Order berapa Chandan?
Perintah Tetap Perkara 41(a) dan (b). Tiada ahli boleh mencelah ahli yang sedang berucap kecuali dengan berdiri di tempatnya dan mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Pada masa itu, Ahli yang sedang berucap itu hendaklah duduk dan ahli yang mencelah itu hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikemukakan untuk pengetahuan mesyuarat dan menyerahkan perkara itu kepada pengerusi untuk keputusannya. Maksudnya di sini kalau nak mencelah kena bangun minta izin diizinkan oleh pengerusi baru boleh cakap. Bukan bangun terus berucap. Bukan bangun terus bantah.
Ok Chandan terima kasih take note. Terima kasih. Peringatan kepada semua la ya. Ok…ok Semanggol sila proceed.
Ok. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua sebab ini isu-isu kita bersama kita prihatin kepada rakyat. Kita duduk di bawah menderita. Sebab itu kita nak tengok tak mahulah mencelah celah hanya nak tak nak…nak mengganggu ucapan. Dato’ Seri kita lupakanlah dulu kegagalan pusat. Kami tak ada hak untuk untuk untuk memberi idea. Sebab itu kita nak minta Yang Berhormat Dato’ Seri sebagai ketua kerajaan. Kita gunakanlah kuasa yang ada ruang lingkup dan negeri kita ini. Sumber yang ada dalam negeri kita ini untuk kita membantu lihat mata mata rakyat dalam negeri kita ini. Biarlah kegagalan Pusat itu kita stop di sana dulu. Kita sini dalam bidang kuasa Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita nak tangani dalam keadaan yang ada yang sudah pasti ini gejala daripada negeri daripada krisis tenaga ini akan merebak dan menjadi teruk. Sebab itu saya ingin mencontoh negeri Selangor telah melihat keadaan ini lebih awal. Sebab itu lebih awal dia telah mengumumkan bahawa untuk menubuhkan satu jawatankuasa bagi menangani krisis. Pasukan Petugas Khas telah dibuat. Kita bangga sebab anak negeri Perak di jemput. Kita tahu yang anak negeri Perak adik kapada ni haa Alor Pongsu, Tan Sri Nor Azlan diaorang semua semua non anak Azlan Noor Azman Noor Azmi. Dia seorang yang tak dak lain. Semua Datuk Tan Sri menjadi menjadi penasihat. Sebab dia dah nampak nak krisis ini akan menjadi teruk. Salah seorang daripada yang dilantik, kita tak gunakan kepakaran ini dan kita lihat masih berlegar legar ni. Kita tak nampak apa proses. Sebab tu saya kita minta krisis ini, pihak Dato’ Seri yang Yang Amat Berhormat saya minta kerajaan yang ada kita tubuhkan jawatankuasa segera untuk menangani isu ini kita panggil semua. Saya rasa ada kepakaran seni. Ada kepakaran untuk kita menyumbang. Ini bukan soal politik. Ini bukan soal untuk siapa mengekalkan kuasa.
Krisis ini yang akan dihadapi oleh rakyat ini paling kesan. Saya tak yakin perang ini akan tamat dalam masa yang terdekat. Effect kesan dia, kita akan rasa bulan 11-12 kita akan rasa Dato’ Seri yang saya tak mahu pergi mana Yang Berhormat Yang di-Pertua saya ingin membawa Dewan ini untuk melihat realiti kehidupan rakyat dalam negeri Perak. Dengan realiti keadaan semasa, kalau kita tengok pengangguran 37%, namun lagi, fokus adalah sebenarnya kita nampak 30% pengangguran. Hakikat yang sebenarnya dalam negeri Perak ini kalau kita dengar ada 35% under employment, memang orang akan bekerja keluar universiti takkan dia nak menganggur dia lagi kerja pam minyak. Dia dikira bekerja. Tapi under employment 37%, 35%, yang dia bekerja tidak setaraf dengan kelulusan yang dia bekerja dengan gaji rendah terpaksa bekerja. Bekerja dengan kontrak tak ada perlindungan sosial 35%. Rekod menunjukkan hanya 3% sebab mereka ni bekerja. Ini kita. Ini realiti kehidupan kita dan juga dalam negeri Perak, kita tengok daripada kadar kenaikkan gaji sekitar 2% inflasi 4%.
Yang Berhormat Dato’ Seri naik RM2, perbelanjaan meningkat RM4 tiap-tiap tahun rakyat kita miskin, kita tak nampak sebab kita duduk dalam ni cukup. Ni di luar sana. Ini realiti ekonomi negeri Perak dan baru ini juga dinyatakan bahawa telah disebut 40% lagi pada harga perubatan akan meningkat. Tak lagi kos-kos lain. Kita tengok kesan ekonomi realiti kehidupan rakyat dalam negeri Perak yang ada pada hari ini. Apa kata kalau perkara ini terus memanjang dan terus inflasi ini terus meningkat kadar sekarang boleh perbelanjaan boleh guna terus menguncup. Pendapatan boleh guna terus menguncup. Rakyat miskin akan bertambah.
Dato’ Seri Yang di-Pertua. Kalau kita lihat pula GDP dalam report, memang kita boleh sebut…sebut angka. Tapi kita tak boleh perbandingan GDP negeri Perak pengeluaran negeri Perak RM8.9 billion, besar. Kita nampak oo besar RM8.9 GDP negeri Perak. Tapi kita sedar tak GDP negeri Perak ini kita hanya menyumbang 5.2 peratus kepada GDP negara. Terlalu kecil berbanding dengan infrastruktur yang cukup lepas bumi yang cukup luas hanya menyumbang 5.2 peratus kepada GDP negara. 89 peratus GDP yang kita keluar adalah kecil kerana berbanding dengan negeri-negeri lain dan kita tahu di antara sector-sektor yang mengeluarkannya adalah di antaranya adalah industri pertanian yang menyumbangkan kepada GDP, yang mana kita tahu dengan krisis yang berlaku sekarang ini yang mula terkesan adalah pertanian. Sebahagian besar pekerja-pekerja yang ada dalam negeri Perak dan penduduk-penduduk adalah sawit. Harga input naik seperti mana kita tahu baja daripada Terusan Hormuz akan naik. Production lain, diesel akan naik sawit tak boleh nak dikeluarkan. Pembeli akan berkurang dan akan mereka terkesan. Berapa ribu orang pekerja yang akan effect daripada ini dan apa tindakan yang akan kita buat.
Yang Berhormat…
Realiti. Tunggulah dahulu. Ada fakta nak beritahu.
Saya nak tanya satu soalan. Boleh?
Tunggu la dulu dan yang kedua, kita nak bagi sebab-sebab kesan. Kesan daripada padi, industri padi. Ini amat terkesan. Sebelum ada krisis pun kita dah menghadapi berbagai-bagai masalah kan. Yang pertama kita kata hampir setiap sidang. Saya, Kerian yang berada di Kerian YB Kerian, Titi Serong, Selinsing, Alor Pongsu membangkitkan isu padi ini. Isu beras. Isu-isu pesawah ini dan permasalahan sampai sekarang tak boleh…Pengairan dan juga perparitan tidak sempurna. Kos input baja jentera terus meningkat. Semua orang tahu. Kan? Pemotongan hasil tidak menentu. Sampai sekarang tak ditangani. Dalam tempoh ini Yang Berhormat Dato' Seri, baru sampai sebulan saya dah tiga kali turun berjumpa dengan pesawah tengok muka, tengok air mata pesawah. Kos pengeluaran meningkat daripada sehingga RM2,000 ke RM3,000 per hektar. Harga yang ditetapkan oleh kerajaan RM1,500. Tiap-tiap kali pengeluaran, mereka mengalami defisit.
Yang Berhormat,
YB TUAN HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA (GUNONG SEMANGGOL) …sehingga
Yang Berhormat, Tronoh.
Persatuan Pesawah-Pesawah
Yang Berhormat, Tronoh…
…buat… membuat kenyataan.
Semanggol,
Kalau begini…
Semanggol, Tronoh nak mencelah boleh ke?
Tak bagi. Tak bagi. Kalau begini diteruskan, tak ada fakta...
Tronoh, dia tak bagi celah.
tak ada fakta... saya tak bagi. Ini bukan ada fakta. Pengacau.
Nak tanya cadangan bukan pengacau. Nak tanya cadangan, apa cadangan Yang Berhormat?
Setiap kali dia buat bendang, dia akan mengalami kerugian. Jentera-jentera yang tolong buat bagi hutang kat depa bila takdak hasil mereka tak boleh bayar hutang. Mereka juga berhenti daripada menjalankan perkhidmatan. Akhirnya mereka membuat keputusan. Baru buat kenyataan dengan jelas persatuan-persatuan. Kalau tidak ada
Yang Berhormat…
…intervention daripada kerajaan, mereka akan…
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
…berhenti buat bendang…
Yang Berhormat.
Kalau berhenti buat bendang,
Bagila peluang Tronoh.
apa kesan kepada negeri Perak? kita tak sah tengok lain kita tengok negeri Perak.
Bagi peluang Tronoh. Tronoh nak tanya satu soalan saja.
Dua kali jumpa,
Tronoh, dia tak bagi, duduk…duduk.
Saya ajak ahli Parlimen kita turun, ketua pembangkang sama turun kita berjumpa. Saya tak nampak rombongan kereta hitam, Exco dan Menteri Besar turun berjumpa dengar masalah rakyat.
Tak apa, Ketua Pembangkang pun dah tukar dah.
Alor Pongsu...
Belum nampak. Laporan nampak cantik.
Cuba cari reset-reset.
Semalam saya tengok macam mana kami nak buat? Yang dok ada pun tak boleh nak selenggara
Yang Berhormat.
Parit yang ada air tak boleh lalu.
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Saya pergi ke sana, dia kata apa.
Yang Berhormat.
Isu rakyat ni. Relek la dulu. Isu rakyat ini.
Dia tak ada bajet perkara yang telah ada.
Yang Berhormat
Alor Pongsu.
Dato' Yang di-Pertua…
Alor Pongsu geng dia bagi.
Yang ni saya bagi. Sana tak ada fakta. Kalau yang lain saya bagi. Yang ni tak dak yang ni pengacau.
Terima kasih.
Tak boleh. Macam ni.
YB Semanggol eh. Biar saya cakap sekejap ya. Nanti dia bagi kebenaran bangun. Bila saya bahas nanti saya bagi you. Ok. Semanggol setujukah dengan saya, kali ni dengan apa cerita minyak semua Semanggol dah sebut dah ramai dah sebut dah tentang padi ni saya rasa untuk kawasan sayalah Bagan Serai ni YB Exco Pertanian bertongkat datang. Terima kasih. Cool ya. Belakang Loji Batu Lima bendang dah boleh buat dah. Tapi dengan masalah padi kali ini, kalau Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen 1 Malaysia turun mai Bagan Serai mai Alor Pongsu, kali ni sekali lagi lah tadi SMKA. Kali ni saya mohon, saya cabar, YB Kota Tampan kita turun sekali. Kita berdepan dengan petani kita dengar betul-betul. Tak nak Exco kali ni. Exco dah buat kerja dia dah. Kota Tampan, tolonglah datang kita berdepan kita dengar. Walaupun dah tahu, saya tahu Kota Tampan dah tahu masalah ini.
Alor Pongsu, ni dah mencelah Semanggol punya ni.
Tapi kita minta lagi sekali dan last. Yang dua lagi saya nak cakap Semanggol ya tentang Selat Hormuz. Saya tak berapa nak faham sebab tadi ada yang kata tol dan sebagainya. Kalau Iran tutup Selat Hormuz, PMX boleh telefon. Sekarang semalam, Tok Mat Hasan, Menteri Luar kata Amerika pulak sekat lagi senang PMX nak telefon kan? Dan satu lagi yang
Semanggol sebut tadi tentang Kota Tampan. Minta maaflah YAB. Kami tak berdepan dengan PMX di Putrajaya. Satu-satunya orang Perak yang berdepan dengan PMX pasal masalah minyak ni Kota Tampan. Jadi cerita habis-habis kat kami dalam Dewan ni supaya kami dapat bantu dan bila kita buat macam Selangor buat bila ada taskforce komuniti non partisan tak dak parti sebab dah sebut adinda saya tadi saya nak sebut kat YB Semanggol, saya pesan kat adinda saya jangan letak logo parti kat dahi hang. Selamatkan negara selamatkan negeri dulu. Ok, terima kasih.
Mohon mencelah Gunong Semanggol. Soalan-soalan memang bernas.
Saya tak bagi.
Tronoh nak tanya berkenaan padi juga.
Yang Berhormat, sebab itu…
Nak tanya berkenaan padi juga. Isu yang sama.
Yang dibangkit oleh…
Tadi Selama minta saya masuk.
Yang Berhormat, saya minta dimasukkan sahabat saya dari Kubu Gajah.
… akan isu yang sama.
Saya masuk, takkan tak boleh…ketua pembangkang, sekarang saya mohon masuk…
Tadi pasal padi sahaja.
Rungkup boleh bangkit. Saya boleh bagi. Anu sahabat saya bangkit. Ini saya tak tahu dia dari mana.
Titi Serong dia about Standing Order tu.
Ok... ok
Boleh bagi dia cakap.
Standing Order, ni pun penipu ni.
Saya masuk tadi.
Terima kasih.
Standing Order berapa?
Terima kasih Speaker, Standing Order 41(a), 41(b). Yang Berhormat Dato’ Speaker, saya bangkitkan Standing Order 41(a) dan (b) juga ini berkaitan dengan tatatertib ketika perbahasan. Saya tengok dah berlanjutan beberapa minit sampai bila nak macam ni. Bila Yang Berhormat Gunong Semanggol tak bagi Tronoh dan juga Astaka duduk bangkit…bangkit, saya rasa dia lebih kepada macam nak mengganggu perbahasan. Saya cadangkan kepada Tronoh dan Astaka nanti akan ada tiba giliran anda sedang berucap maka masukkanlah perkara yang nak dibangkitkan itu.
Ok. Terima kasih Titi Serong. Ok sila Semanggol.
Dato' Yang di-Pertua, kami cuma ingin perbetulkan kenyataan Titi Serong itu.
Malang…malang…malang Dato’ Seri.
Kami tidak pernah kacau pun. Kami cuba nak dapatkan penjelasan sahaja.
Faham…faham. Ok takpe takpe. Semanggol sila.
Dah nak habis penggal tak faham peraturan Dewan.
Semanggol tak berani ambil soalan ke? Dua soalan saja.
Nak…nak menyentuh…
Ok…ok.
Takpe…takpe. Ketua dia kata Titi Serong tu penipu. Tak per. Tak per
Yang Berhormat…Yang Amat Berhormat. Saya menyarankan kepada Yang Amat Berhormat Kota Tampan sebagai ketua pentadbiran negara, kita pastikan dulu pengeluaran beras dalam Negeri Perak
Titi Serong tutup mic.
(GUNONG SEMANGGOL): untuk menangani ekonomi yang ada semasa ini. Sekurang-kurang beras keluar negeri Perak, orang Perak dapat membeli harga beras tempatan dengan RM26. Kita pastikan yang ini ada dulu. Sebab itu saya pernah mencadangkan kita buat apa Perak keluarkan beras sendiri. Tapi kita dalam negeri Perak SSR negeri Perak beras dah 90% dah, bererti hanya 10 orang saja yang kena import kan. Dato' Seri apa semua tu memanglah tak makan beras ni yang itu tak apalah terkecuali 90% orang dapat. Tapi kalau 90% orang Perak boleh beli harga dengan RM26 bukan RM36. Banyak kita boleh selesaikan dalam keadaan ekonomi semasa ini. Saya ingat boleh tak beri perhatian ni dulu kan? Yang kedua, kita nak menyentuh bahawa kesan daripada krisis…krisis kuasa ini yang akan terkesan adalah industri perkhidmatan. Perkhidmatan menyumbang kepada GDP dalam negeri Perak ini 63% besar, yang kita tahu akan mula seperti Covid dulu, hotel akan tutup, restoran akan tutup, penerbangan akan tutup, jumlah pekerjaan mereka ini amat ramai. Jumlah pekerja dalam industri ini amat ramai. Kalau kita tidak ambil tangani daripada sekarang, apa akan jadi kepada mereka. Di mana mereka nak cari makan, mereka akan diberhentikan. Sebab itu kita minta perkara ini dilakukan dengan serius untuk menangani punca dan multiplier effect juga akan merebak kepada industri pembuatan. Kilang-kilang akan tutup orang tak beli barang tak dak kemampuan. Kita tak tahu berapa lama kalau berhenti dalam masa cepat. Alhamdulillah. Tapi kalau dia prolong? Kan? Nih… apa akan terjadi? Ini kita minta supaya ditangani perkara ini. Serius kita tubuhkan lah kita cadangkan…
Dan Yang Berhormat Kota Tampan, saya nak masuk topik lain pulak dah. Ni panjang tau topik ni kita jawab dan semua kita tahu kesan dia mesti ditangani dengan serius. Tolong libatkan kami. Apa juga keputusan kerajaan bagi kami boleh terima dengan akal yang waras. Rakyat boleh terima dengan akal yang waras. Ini naik minyak sepertimana dia katakan harga minyak dunia naik 30%, kita naik 80%. Kalau kita beli barang harga RM1, sekarang saya beli barang dah jadi RM3.00, RM1.35. Patut untung saya, saya naik RM1.35 sahaja sebab keuntungan dah ada dalam. Dak, harga barang naik RM0.35, saya ambil sampai 185 sen ini Madani apa ni? Kita perlu ambil seriuslah perkara ni. Ok yang, takpalah kita lupakan kegagalan itu, kita tangani dan seperti mana yang dicadangkan tadi Yang Berhormat Kota Tampan, kita tubuhkanlah jawatankuasa untuk menangani apa, apa gejala yang akan menimpa kepada rakyat negeri Perak ini seberapa segera yang mungkin dan cuba carilah dana-dana yang mana ada untuk kita membantu rakyat. Ini dipanggil disaster, ini yang dipanggil musibah. Kalau kita ada simpan tiba-tiba musibah, oh tak boleh duit ni simpan. Kita hadapilah. Tak boleh kita keluarkan simpan itu. Esok masa depan kita tangani cerita lain. Lepas tu kita bangkit. Kalau kita bangga dengan result negeri Perak ada lebih kurang setengah billion tak termasuk dengan aset-aset lain-lain lagi ada, setengah billion ini kita rangkul dalam keadaan kita untuk menangani bebanan rakyat. Sebab itu kita minta turun. Memang saya hormat ini sahabat saya YB Kota Tampan. Tapi kita turun dengan escourt penuh, orang kampung takdan nak mai jumpa. The real problem tak sampai. Ceplos-ceplos dengan penjilat-penjilat ni penuh. Kita turun. Yang Berhomat kita turun dengan saya, kita turun jumpa, jumpa rakyat. Ok yang kedua kita nak bagitau isu lama, mengenai dengan tatakelola dan akauntabiliti.
Yang Berhormat, saya merujuk kepada Titah Tuanku Sultan Perak mengenai dengan tadbir urus dan hubungan rakyat. Dewan ini adalah tempat untuk kita semak dan imbang. Saya nak tarik jugalah perhatian bukan nak mengungkit perkara lama.
Penggulungan yang lalu Yang Berhormat Menteri Besar menyebut beberapa perkara kononnya kita fitnah, keluar fakta dan sebagainya. Nanti sibuk panjang perkara ini dan saya menyebut pada itu menyatakan dalam Dewan ini meminta dan menyatakan bukan kita nak mana nak mengesahkan fakta. Sebab itu saya mengatakan bukan nak, nak, nak kondem atau nak mengatakan mengenai dengan PKNP kan, meletakkan dengan jelas ini audit dalam audit perintah ini bukan saya kata. Ini saya minta ceritakan dalam ni saya baca baliklah. Yang menulis ini yang tandatangan ini Datuk Wan Suraya bin Wan Fadhli, Ketua Audit Negara d ibahagian ini. Saya ingin menarik perhatian terhadap perkara berikut. Subseksyen 22.3, Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Perak bilangan 3 tahun 1967 menyatakan perbadanan hendaklah dalam masa enam bulan selepas hujung setiap tahun kewangan mengadakan akaunnya diaudit dan dihantar kepada Menteri Besar dengan satu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau Juruaudit yang dilantik ke atas apa-apa juga penyata atau ke atas akaun-akaun Perbadanan Pentadbiran Kemajuan Negeri Perak telah pun mengemukakan penyata kewangan belum beraudit yang lengkap kepada saya 26 Oktober 2023 iaitu selepas 6 bulan berakhir tahun kewangan.
Jelas mesti dihantar 6 bulan selepas tahun kewangan 2023. Saya menyatakan dalam tu, saya menerima penyata hingga tahun 2022 sahaja, persidangan yang lain dan sehingga saat ini kita nak minta Yang Berhormat kita tak payah pusing lain, kenapa penyata itu selepas daripada tahun 2022, saya tak terima lagi. Saya tak tahulah atau tersilap pandang. Mungkin kawan-kawan ada terima. Ada terima Penyata kewangan PKNP 23, 24, 25, 26, jawab itu sahaja. Kalau tak ada, cerita tak dak. bukan nak belit. Sebab ini penyata penting untuk kita menilai prestasi pentadbiran kerajaan. Bukan kita nak kondem bukan menggunakan ini fitnah kita dah ada buat dah ada buat mesti sampai kat kita. Kalau dah ada buat, duk dalam bilik tak kira. Kena jelas benda ni kita tak mahu lagi pusing-pusing fakta tu yang pertama. Ok.
Semanggol, tinggal seminit lagi tau.
Takpa sekejap. Kita boleh rujuk hansard.
Tinggal seminit lagi.
Mana? sapa nak cakap.
Tinggal 1 minit lagi.
Aih,
Tempohnya…
Banyak lagi ni, terlalu banyak.
Itulah pasal tadi banyak sangat kona roundbout. Isu yang sama. Tinggal seminit lagi.
Tak apa. Saya ringkaskan. Seminit mana boleh. Dah la takdak penggulungan dulu bagi penggulungan. Sebab itu saya tertarik dengan laporan nak tertarik sikit dua, dua…dua laporan yang ringkas. Saya ingat perkara ini penting. Saya bangga dengan Yang Amat Berhormat apa sahabat saya ni kan telah letakkan ini apa Perak sejahtera 2030. Keluar satu lengkap buku yang cukup cantik. Keluar pula laporan…laporan. Sebab itu saya pernah mengatakan dalam Dewan yang mulia ini, kita tidak mahu jadi first class documentation tapi third class implementation. Saya nak angkat nak mengajak semua tengok apabila berlaku peristiwa 69 tahun 65, kerajaan satu merangka cantik punya dasar ekonomi baru meletakkan ekuiti bumiputera mesti ada 30%, 30% sahaja daripada kekayaan di bumi yang kita pijak ini untuk dipindahkan kepada bumiputra. Sekarang saya check berapa semua ekuiti bumiputera? Ni tahun 2000, 50 tahun not even twenty percent, tak berjaya gagal. Masa tu kita tertarik. Mari keluar pula Wawasan Baru, Wawasan 20, Wawasan 2020 Negara Perindustrian. Pendapatan rakyat tinggi. 2026 rakyat papa kedana. Sekarang kita keluar pula. Saya tertarik. Kita janji masa depan kita lupakan yang berlaku. Kita nak beri kredit kita tengok prestasi. Bukan kita nak menilai. Kita tak mahu tertipu lagi.
Cukuplah menang hari ini. Cukuplah kita, kita menilai tanggungjawab bersama. Sebab itu kita minta Dato’ Seri, saya minta bagi masa sikit. Sebab itu saya katakan kalau tengok dalam laporan ni saya tengok, ok daripada industri pertanian mencukupi dan sebagainya. Boleh check, realiti seperti mana yang kita cakap tadi, perumahan cantik ini yang kita lancarkan. Realitinya pergi tengok. Saya baru dapat ni ringkas masa ini ingat di kawasan Dato’ Seri, kita tengok sama-sama kita rakyat di bawah tak ada rumah. Boleh pergi tengok di Semanggol. Saya jumpa dok sini berapa lama dah, 40 tahun menyewa, 40 tahun. Orang mana? orang Kampung Kubu Gajah. Orang sini. Eh, 40 tahun duduk di rumah menyewa lagi. Tak mintak ke bantuan rumah? Mintak. Bila minta, dapat, agensi mengesahkan kamu terkeluar daripada list untuk meminta untuk, untuk dapat perumahan. Pasal apa keluar? Tidak ada tanah. Orang susah memanglah tak ada tanah. Itu pun tak boleh selesai. Ini Focus Group, DO-DO, pegawai kerajaan boleh mengesahkan. Saya ada special kes ni. Sebab tu saya menggunakan khidmat saya sendiri. Tak apalah takda tanah. Beli tanah, ni plot bagi kepada orang yang tak ada tanah. Kemudian saya takut saya meninggal, serahkan balik kepada Baitumal untuk buat wakaf supaya tidak dituntut. Itu pun birokrasi teruk. Di sini, laporan seolah-olah tak ada masalah tanah.
Yang ini yang berlaku ni saya minta terus diselesaikan. Masuk hari raya datang tiga orang mari, YB saya nak mengadu rumah saya nak kena roboh dengan gambar siap dah mengadu, s.k juga kepada Ahli Parlimen Lenggong, s.k juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Temenggor. Ini surat ada. Ingat dari Temenggor dah 3 rumah dia buat rumah di atas tanah di atas tanah kerajaan nak kena roboh. Pasal apa nak kena roboh nak buat tebatan banjir. Dia tak ada rumah kalau dia ada tanah, takkan dia nak buat situ. Eh, tak payahlah kita jual dokumen yang cantik. Nampak impressive, reality kita nak tengok kan? Dan satu lagi sebelum saya nak landing saya hormati time lah jugak sikit, sikit, bagi sikitlah peluangkan. Saya nak cerita, sedih betul kita mengingat realiti kehidupan, kita menjual dokumen kita. Kita nampak ok nampak hala tuju kejayaan yang tak ada siapa IDR. Kalau kita tengok dengan audit ni saya tengok audit. Kalau baca buku audit ni. Yang buat IDR pun mengalami masalah. Ditegur oleh audit. Dia buat pula buku ni cantik dan kita jual. Saya boleh tengok kalau tengok penyata audit ok, kita tengok penyata audit Laporan Ketua Audit Negara 1/26 Perak. Kena baca ni sebab penting untuk tahu rumusan Ketua Audit secara keseluruhannya berdasarkan kepada skop pengauditan, prestasi aktiviti IDR tidak mencapai sasaran yang ditetapkan yang mana boleh menjejaskan pencapaian objektif penubuhan. Selain itu, berlaku kelemahan dalam pengurusan aktiviti IDR dan syarikat-syarikat subsidiary…subsidiari. Antaranya adalah kelewatan projek disiapkan serta pembayaran kurang teratur. IDR yang kecik pun tu ada banyak dalam ni. Saya ingat kawan-kawan boleh masukkan, termasuk dengan…
Ok Semanggol waktu dah habis banyak dah. Tapi saya bagi 3 minit lagi. Last-last 3 minit 3 minit ya.
3 minit ok. 3 minit saya nak minta saya pun tak tahu kan? Mungkin ini sidang kita yang terakhir. Mungkin ada pembubaran Dun dan sebagainya dan saya pun tak tahu orang macam ni bukan dikehendaki oleh kerajaan. Mungkin saya tak ada lagi dalam Dewan ini. Jadi sebelum itu saya nak pesan kepada anak cucu saya supaya masuk dalam hansard, kita berjuang mesti ada prinsip. Kita mengenang balik pejuang-pejuang dahulu. Apabila negara kita diperintah dijajah begitu lama sekali kan. Masuk Jepun. Jepun masuk, ambil komunis 14 hari. 14 hari balik orang putih datang balik bawa dengan satu gagasan Malayan Union. Mereka sedar pada masa itu yang dulu Doktor Burhanuddin Al-Helmy, Zulkifli Muhammad sedar, ini Malayan Union merugikan kepada peribumi. Fight sehingga masuk dalam Perlembagaan Malaysia Artikel 153. Hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan orang Melayu dan Raja-Raja, semalam pun kita letak 7 pesanan Raja Melayu letak di situ kan. Saya ingat kepada anak cucu saya sambungkan perjuangan ini, jangan ada kita menggadaikan prinsip perjuangan kita. Prinsip yang diperjuangkan oleh orang dahulu ada yang meletakkan, ini prinsip meletakkan keistimewaan orang Melayu adalah bercanggah dengan perjuangan sama rata. Ada orang menyokong perjuangan sama rata bererti menentang kepada perjuangan orang Melayu kita dulu. Please denied it. Saya nak minta masuk dalam hansard ni. Saya tak tahu kalau saya tak ada tolong sambung kan. Tak payah kita nak kipas-kipas ni tak payah. Saya konservatif mempertahankan apa yang telah dibuat oleh orang dahulu. Bukan kerana ok untuk memudahkan kita orang putih, mari kita mesti berada dalam kerajaan. Kita kerja dengan orang putih, komunis mari, kita duduk dengan komunis untuk kita berada dalam kerajaan. Amerika mari, kita kita duduk dengan Amerika. Kita berada dalam kerajaan tapi nasib bangsa macam mana? Ini saya pesan, pesan saya untuk semua. Teruskan perjuangan ini, banyak perkara, sambungkan perkara ini.
Dengan ini yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Kota Tampan. Ni semua seluruhnya, saya mohon maaf dan saya menyokong penuh atas titah kebawah Duli Yang Mulia Tuanku. Sekian Semanggol menyokong. Sekian terima kasih.
Terima Kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Semanggol yang menamatkan perbahasan sebentar tadi. Bagi perbahasan seterusnya. Masa yang diperuntukkan adalah 20 minit setiap seorang dan saya berharap Ahli-ahli Yang Berhormat dapat mematuhi tempoh masa yang telah ditetapkan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Changkat Jong untuk memulakan perbahasan. Dua puluh minit dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu Wassalamu Ala Asrofi Ambiya Wal Mursalin Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajmain. Robbi Syrahli Sadri Wayarsirly Amri Walaon Data Min Lisani Yafkauhu Qauli. Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutan, rakan-rakan Media, tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak muda yang mengikuti siaran langsung persidangan ini secara atas talian.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan peluang kepada Changkat Jong bagi mengikuti sesi perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Patik dengan penuh takzim menjunjung kasih setulus hati atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku. Sesungguhnya titah tersebut bukan sekadar adat istiadat pembukaan Dewan semata-mata tetapi merupakan satu wadah yang menyuluh arah dan membimbing kita semua dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemegang amanah rakyat. Setiap bait, Titah Tuanku sarat dengan nilai kepimpinan, kesepaduan dan kasih sayang terhadap rakyat jelata. Patik mewakili rakyat di kawasan Dun Changkat Jong merafak sembah menjunjung kasih di atas kebijaksanaan dan keprihatinan tuanku yang menyentuh secara menyeluruh isu-isu yang mencakupi aspek kemajuan ekonomi, pembangunan insan, kesejahteraan sosial, kelestarian alam sekitar serta seruan perpaduan dan keharmonian. Titah Tuanku memberi ilham dan arah kepada kita semua dalam merangka dasar dan pelaksanaan yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga Perak. Sebagai peringatan kepada diri saya dan juga sidang Dewan sekalian. Daripada Anas bin Malik R.A berkata. Nabi ﷺ tidak pernah berkhutbah di hadapan kami kecuali baginda mengatakan tidak sempurna keimanan bagi orang yang tidak amanah dan tidak sempurna agama seseorang. Bagi yang tidak memenuhi janji.
Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menzahirkan kebimbangan terhadap ketidaktentuan ekonomi global sosial, konflik di Asia Barat. Khususnya yang memberi kesan kepada kos logistik dan rantaian bekalan. Maka kita tidak boleh mengambil pendekatan selesa hanya kerana keadaan harga barang pada ketika ini kelihatan tidak menentu dan menjurus kepada kenaikan yang drastik. Titah Tuanku telah memberi isyarat yang jelas bahawa kesan konflik ini berpontensi berpanjangan dan boleh mencetuskan tekanan ekonomi yang lebih besar sekiranya tidak ditangani dengan persediaan yang rapi. Oleh itu, persoalan yang wajar dibangkitkan ialah apakah langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menghadapi kemungkinan kenaikan harga yang lebih serius pada masa hadapan? Dalam konteks ini, pendekatan kerajaan tidak…tidak boleh bersifat satu dimensi dengan hanya menumpukan kepada pengguna semata-mata. Memang benar pengguna perlu dilindungi daripada kenaikan harga yang mendadak. Namun dalam masa yang sama, kita tidak boleh menafikan bahawa peniaga kecil merupakan komponen penting dalam rantaian ekonomi yang turut menanggung tekanan yang sama. Malah, dalam banyak keadaan tekanan tersebut lebih berat lagi peniaga kecil hari ini berhadapan dengan peningkatan kos bahan mentah daripada pembekal, kenaikan kos pengangkutan yang selari dengan situasi global serta ketidaktentuan harga yang sukar dijangka.
Dalam keadaan ini, mereka terpaksa membuat keputusan yang sukar untuk mengekalkan harga demi pelanggan atau menyesuaikan harga bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan juga kehidupan. Maka adalah tidak adil sekiranya perhatian dasar hanya tertumpu kepada pengguna tanpa mengambil kira kedudukan peniaga kecil yang sebenarnya menjadi penghubung utama dalam memastikan bekalan sampai kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri perlu menjelaskan apakah mekanisme yang sedia yang disediakan bagi membantu golongan ini? Adakah terdapat usaha untuk menstabilkan kos di peringkat bekalan melalui kerjasama dengan pembekal dan pemborong ataupun insentif yang boleh mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar yang terdedah kepada ketidaktentuan global? Apa yang saya ingin tegaskan ialah bahawa isu ini perlu diberikan perhatian yang serius, bukan sahaja melibatkan kepada pengguna tetapi juga untung nasib peniaga kecil perlu diberi keutamaan dan inilah waktu yang paling kritikal untuk Kerajaan Negeri memperkukuh asas ekonomi memperkemas rantaian bekalan serta merangka langkah yang lebih tersusun dalam menghadapi ketidaktentuan global yang semakin meruncing. Sekiranya kita hanya bertindak apabila tekanan telah benar-benar dirasai oleh rakyat, maka ketika itu ruang untuk bertindak sudah menjadi sempit dan kos untuk memulihkannya akan menjadi lebih tinggi sebagaimana yang telah Ketua Pembangkang sarankan sebentar tadi.
Kalau kita lihat pada hari ini, kalau 10 tahun yang lalu atau 20 tahun yang lalu, naik minyak 20 sen barang semua dah naik bukan setakat barang dah naik rakyat berguling-guling di jalan, atas jalan raya, tetapi hari ini minyak naik 200%. Alhamdulillah, rakyat masih bertahan dan memegang kepada konsep kerajaan yang sedia ada mematuhi apa yang peraturan telah ditetapkan. Maka kita terima hakikatnya tetapi kena fahamlah tekanan yang telah dihadapi oleh rakyat bukan mudah tetapi kalau kita lihat pada 10 tahun atau 20 tahun lalu naik 20 sen sahaja, rakyat dah berguling guling di jalanraya hari ini nasib baiklah rakyat tidak berguling-guling walaupun naik dah 200%. Oleh itu…
Changkat Jong
Ya, silakan.
Bolehkah? Setujukah, Changkat Jong bahawa dulu yang rakyat berguling-guling ini dia sudah jadi menteri. Jadi oleh itu tak ada lagi orang yang nak berguling tu. Terima kasih.
Changkat Jong, Astaka, Astaka juga nak mencelah.
Astaka tadi Ketua Pembangkang kata Astaka, Tronoh tak boleh bagi.
Eh kenapa? Soalan yang bernas memang yang bernas. Berilah satu contoh yang baik untuk semua rakan di Dewan ini. Saya nak tanya. Saya nak tanya tadi Changkat Jong kata harganya meningkat 200%. Saya nak mohon tanya sekarang harga minyak subsidi masih RM1.99. Mana 200% tu?
Astaka, takpe duduk, duduk. dia tak bagi jalan.
Mohon perjelaskan. Changkat Jong.
199 sen tu untuk 200 liter. Tronoh. Astaka, Astaka pakai minyak berapa ratus liter sebula?. Sila jawab.
Saya masih bersyukur 200 liter cukup. Kalau tak cukup, saya sudi bayar lebih sikit. Tapi untuk kebanyakan rakyat di luar sana 200 liter cukup.
Saya pakai 800 liter sebulan. Saya tak percaya Tronoh ataupun Astaka pakai 200 liter.
Changkat Jong pergi konvoi kot?
Oleh itu, pendekatan yang lebih proaktif dan berasaskan jangkaan perlu diutamakan selaras dengan peringatan dalam Titah Tuanku agar kita bersedia menghadapi kemungkinan krisis ekonomi yang berpanjangan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, krisis sebenarnya telahpun berlaku sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ketua Pembangkang tadi. Kita tidak boleh tunggu, kita kena berbuat sesuatu untuk merencanakan ataupun merancang pada masa akan datang atas krisis yang berlaku pada hari ini.
Dato Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, kesan daripada ketidaktentuan global ini tidak boleh dilihat secara terpisah daripada sektor-sektor lain yang menjadi tunjang kepada pembangunan negeri khususnya sektor pembangunan yang turut menerima tempias secara langsung daripada peningkatan kos tenaga dan juga bahan mentah. Kontraktor kecil terutamanya dalam kategori Kelas G1 dan G2 kini berhadapan dengan cabaran yang semakin berat apabila terpaksa menanggung peningkatan kos bahan binaan serta kos pengangkutan sedangkan nilai kontrak yang diperolehi tidak mengalami pelarasan yang seiring dengan perubahan kos semasa. Keadaan ini akhirnya menyebabkan keuntungan mereka semakin terhakis, malah dalam keadaan tertentu tidak lagi mampu menanggung kos asas pelaksanaan projek selagi sekaligus menjejaskan kelangsungan operasi perniagaan mereka. Saya sendiri menerima pelbagai keluhan daripada kontraktor kecil ini di kawasan saya. Ada yang menyatakan bahawa untuk mendapatkan satu tender pun bukan perkara mudah. Malah dalam tempoh setahun hanya satu atau dua projek sahaja yang mampu diperolehi. Dalam keadaan peluang yang terhad ini, mereka masih perlu berhadapan dengan kos yang terus meningkat tanpa sebarang pelarasan yang munasabah. Jika mereka terus terhimpit yang terjejas bukan sahaja kontraktor kecil tetapi keseluruhan ekosistem pembangunan negeri.
Dato' Seri Yang di-Pertua, selain daripada isu ekonomi, kita juga tidak boleh menafikan bahawa rakyat di negeri ini masih berhadapan dengan ancaman bencana yang berulang khususnya banjir yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian. Kejadian hujan lebat berterusan pada penghujung November lalu di kawasan Dun Changkat Jong telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dalam tempoh yang singkat sekali gus menjejaskan harta benda dan memaksa penduduk berpindah lebih kepada 1,000 keluarga. Perkara ini bukan lagi sesuatu yang terpencil, sebaliknya menunjukkan keperluan untuk menilai semula tahap kesiapsiagaan kita secara menyeluruh.
Berdasarkan maklum balas yang diterima kejadian ini bukan semata mata berpunca daripada hujan yang berterusan selama tempoh tiga hari tetapi turut dikaitkan juga dengan kegagalan kunci air yang tidak berfungsi dan saiz kunci air yang kecil yang menyebabkan kesukaran air mengalir ataupun aliran keluar ke sungai. Akibatnya, kawasan yang tidak pernah mengalami banjir selama berpuluh-puluh tahun, ada yang mengatakan 60 tahun tak pernah banjir turut terjejas. Malah, dalam beberapa keadaan, impaknya lebih teruk berbanding dengan kawasan-kawasan yang berisiko sebelum ini. Selain itu, perkembangan pembangunan yang semakin pesat di sesuatu kawasan juga berpotensi memberi kesan kepada sistem saliran sedia ada. Perubahan guna tanah serta peningkatan kawasan berturap tanpa penambahbaikan sistem saliran yang seimbang boleh mengganggu aliran air dan meningkatkan risiko banjir di kawasan baru dan ini juga berlaku di kawasan saya. Terdapat pembinaan upsi dan juga pembinaan solar beratus ekar di kawasan tersebut. Inilah disebabkan oleh sistem aliran yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tersebut air hujan tersebut pergi ke kampung yang bersebelahan, yang 60 tahun tak pernah banjir dan kebetulan kunci air pula tidak berfungsi pada ketika itu dan sebahagiannya yang berfungsi saiznya kecil tak boleh nak mengalir air keluar. Inilah yang menyebabkan banjir tersebut mengambil tempoh 2 ke 3 minggu, barulah boleh surut. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran perlu melaksanakan semakan menyeluruh terhadap kawasan-kawasan berpotensi berisiko banjir khususnya di kawasan Dun Changkat Jong. Kajian terperinci berkaitan aras air banjir yang terbaharu, water flight level perlu disegerakan supaya perancangan mitigasi dapat dilaksanakan secara lebih tepat dan berasaskan data yang kukuh.
Di samping itu, aspek kesiapsiagaan aset juga perlu diberi perhatian. Berdasarkan pengalaman semasa kejadian banjir yang lalu, terdapat keadaan di mana penggunaan aset seperti pam air terpaksa diselaraskan secara bergilir kerana keperluan yang tinggi di beberapa lokasi secara serentak. Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya untuk menilai semula tahap kecukupan dan keupayaan aset sedia ada dalam menghadapi situasi banjir berskala besar. Oleh itu, adalah wajar untuk Kerajaan Negeri menilai sejauh mana kapasiti sebenar aset Jabatan Pengairan dan Saliran termasuk keupayaan mobilisasi dan penempatan aset di lokasi kritikal agar tahap kesiapsiagaan dapat dipertingkatkan dan tindak balas terhadap bencana dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan. Dalam masa yang sama, penilaian terhadap tahap penyelenggaraan serta keberkesanan fungsi aset kawalan air seperti kunci air juga perlu diberi perhatian berterusan supaya sebarang kelemahan dapat dikenal pasti lebih awal dan diperbaiki sebelum berlakunya kejadian yang tidak diingini.
Sehubungan dengan itu, dalam menyahut seruan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar kita bergerak seiring dengan peredaran zaman, saya ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran mempertimbangkan penggunaan sistem yang lebih moden khusus dengan menaik taraf kunci-kunci air yang sedia ada kepada sistem automatik yang boleh dikawal dan dipantau secara berpusat di daerah, setiap daerah masing-masing. Melalui pendekatan ini, operasi kunci air tidak lagi bergantung kepada minyak kepada kawalan manual di lapangan. Sebaliknya boleh diselaraskan melalui pusat kawalan yang lebih sistematik dan responsif terhadap perubahan paras air secara nyata.
Dato Yang di-Pertua, dalam bidang pendidikan, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan dalam memastikan akses pendidikan terus diperkasa termasuk bantuan kewangan, pinjaman pengajian serta peranan agensi seperti Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak serta Yayasan Perak dalam membantu pelajar melanjutkan pengajian ke universiti. Usaha ini selaras dengan penekanan dalam Titah Tuanku bahawa pendidikan merupakan teras utama dalam pembangunan modal insan dan pemangkin kepada mobiliti sosial rakyat. Namun begitu, dalam kita mengiktiraf segala usaha tersebut, izinkan saya membangkitkan satu perkara yang sering berlaku di peringkat akar umbi dan mungkin memerlukan penambahbaikan dari sudut pelaksanaan. Terdapat situasi di mana pelajar yang ditawarkan ke universiti-universiti awam perlu membayar pendaftaran terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke institusi tersebut. Keluarga yang berpendapatan rendah akan menghadapi kesukaran untuk membayar yuran pendaftaran ini dan mereka terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menjelaskan yuran tersebut. Sedangkan pihak Yayasan Perak, MAIPk umpamanya bersedia untuk membantu tetapi bantuan tersebut akan disalurkan setelah pelajar tersebut mendaftar universiti awam. Akibatnya, terdapat kes di mana pelajar yang sebenarnya layak dan berpotensi terpaksa menangguhkan kemasukan. Malah, ada yang terus mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajian disebabkan kekangan kewangan di peringkat awal ini.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri atau agensi yang terlibat dapat mempertimbangkan satu mekanisme yang lebih proaktif di mana bantuan bayaran awal boleh diproses dengan kaedah surat jaminan daripada MAIPk atau yayasan bagi menjelaskan yuran awalan kepada universiti tersebut. Instead of daripada kita atau pun ibu bapa tersebut menjelaskan wang tersebut terlebih dahulu. Ini juga berlaku pada diri saya pada tahun 1988. Saya mendaftar di Universiti Teknologi Malaysia di Johor dan syarat pada ketika itu berbeza dengan pada hari ini. Kalau pada hari ini, dua minggu sebelum nak daftar kena bayar dulu. Kalau tak daftar tak bayar tak boleh nak buat anak-anak tu tak boleh nak mendaftar. Tapi pada tahun 1988 saya boleh mendaftar di masa itu syaratnya bawa bank draf. Tak silap saya RM500 ye bawa bank draf. Jadi saya ni tak bawak bank draf sebab mak bapak tak mampu. Ok jadi pada ketika itu petugas menyatakan siapa yang tak bawak bank draf baris sebelah kiri yang nak bawak bank draf baris sebelah kanan. Saya tengok separuh daripadanya tak bawak bank draf. Maksudnya separuh daripada pelajar yang mendaftar ketika itu juga golongan yang tidak mampu. Tapi pada hari ini, oleh kerana universiti hari ini telah pun diberi kuasa untuk mendapatkan kewangan sendiri, maka mereka meletakkan syarat yang agak ketat. Jadi, saya mencadangkan agar MAIPk dan juga Yayasan Perak bagi surat jaminan sekiranya pelajar ini mendaftar, universiti tersebut boleh menuntut wang awalan tersebut kepada yayasan atau MAIPk untuk mendapatkan semula duit pendaftaran tersebut.
Jadi, mak bapak tak perlulah nak pergi pejabat Adun. Bukannya kita tak bagi dia datang pejabat Adun tapi bukannya sikit. RM1000.00, RM800.00 kalau dah 100 orang kami di pihak pembangkang mana ada bajet. Pihak kerajaan takpelah ada bajet. Kami tak ada bajet. Betul? Jadi kami bagilah RM100-RM200. Tapi tak dapat menyelesaikan masalah mereka. Mereka terpaksa pergi jumpa saudara mara yang saya cukup khuatir mereka berjumpa along untuk mendapatkan sumber kewangan tersebut sedangkan Kerajaan Negeri memang ada niat nak membantu mereka tetapi bantuan tersebut perlu diserah perlu akan disalurkan setelah mendaftar sedangkan peraturan universiti bayar dulu baru daftar. Mungkin Insha Allah Yang Amat Berhormat Menteri Besar akan mempertimbangkan mekanisme yang seperti ini. Langkah ini bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga, malah memastikan peluang pendidikan yang telah diperoleh tidak terlepas hanya disebabkan kekangan kewangan pada peringkat permulaan.
Sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, izinkan saya mengingatkan Dewan ini akan satu amanah besar yang telah lama terpahat dalam sejarah negara kita iaitu Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu pada 5 Ogos 1957 yang berbunyi,
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera.
Justeru itu, saya ingin memetik satu daripada tujuh wasiat tersebut:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum yang lain.
Wasiat ini bukan sekadar catatan sejarah, tetapi merupakan satu amanah yang mengikat tanggungjawab kepada kita setiap pihak yang diberi kuasa mentadbir negeri ini. Dalam kita merancang pembangunan dan menarik pelaburan. Keseimbangan antara kemajuan dan pemeliharaan hak yang telah diamanahkan ini perlu sentiasa dijaga dengan penuh tanggungjawab. Dalam konteks ini, menjadi tanggungjawab kita memastikan tanah simpanan Melayu atau rizab Melayu mestilah sentiasa dalam keadaan nisbah 50%. Termasuklah kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang saya lihat pada tahun 2024 iaitu isu status tanah itu masih Rizab Melayu cuma dimiliki oleh bukan Melayu. Adakah isu ini telah selesai atau sebaliknya? Ini bukan soal menolak pembangunan tetapi memastikan pembangunan itu tidak mengorbankan asas yang telah diwariskan.
Yang Berhormat masa saya dah bagi tambah dah tadi. Saya bagi lagi…
Kerana apabila suatu amanah…
Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya cakap Yang Berhormat kena dengar. Dua minit.
Terima kasih kerana apabila suatu amanah itu terlepas tanpa disedari ia mungkin tidak lagi dapat dikembalikan walaupun kita menyedarinya kemudian hari. Justeru itu, saya menutup perbahasan ini dengan sekian Changkat Jong menjunjung Titah Tuanku. Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumusalam warrahmatullahi wabarokatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Changkat Jong yang telah menamatkan bahasannya. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Keranji untuk memulakan perbahasan. Dua puluh minit dipersilakan.
Terima kasih Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030 Saya ucapkan kepada Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan dan ketua badan berkanun kerajaan, pengarang serta rakan-rakan media dan juga rakyat negeri Perak yang sedang menonton sidang Dun Perak Live di YouTube. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua dengan mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, patik menjunjung kasih atas titah yang telah dizahirkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Titah baginda bukan hanya menyentuh prestasi semasa negeri dan negara tetapi turut memberikan peringatan yang jelas bahawa kita kini berada dalam suasana global yang tidak menentu, khususnya akibat konflik geopolitik yang yang berpotensi mencetuskan krisis tenaga dan ekonomi dunia. Sehubungan itu, Keranji berpandangan bahawa Dewan yang mulia ini perlu menyahut suruhan baginda dengan penuh tanggungjawab. Titah baginda menekankan bahawa ini bukan masanya untuk mana-mana pihak menangguk di air keruh atau mengeksploitasi keadaan demi kepentingan politik sempit. Sebaliknya, semua pihak tanpa mengira kerajaan atau pembangkang perlu mencari titik persamaan, berganding bahu dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Dalam konteks ini, kita harus mengiktiraf bahawa Kerajaan Negeri Perak bersama Kerajaan Persekutuan telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Ekonomi negara berkembang dengan kadar yang kukuh. Pengangguran berada pada paras rendah, inflasi terkawal dan Ringgit Malaysia menunjukkan pengukuhan yang signifikan. Negeri Perak sendiri berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM15 bilion serta mencatatkan lebihan hasil untuk beberapa tahun berturut-turut. Lebih daripada itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat. Antaranya termasuk pembangunan infrastruktur digital melalui rangkaian 5G, pelaksanaan bandar pintar serta pelaburan besar dalam sektor pendidikan dan kesihatan.
Program pembasmian kemiskinan juga menunjukkan hasil yang nyata apabila hampir separuh daripada ketua isi rumah miskin berjaya dikeluarkan daripada kategori tersebut dalam tempoh setahun. Ini semua membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan baik di peringkat negeri mahupun persekutuan bukan sekadar bercakap tetapi melaksanakan dasar dengan hasil yang boleh diukur dan dirasai oleh rakyat. Namun begitu, dalam saat negara berdepan cabaran besar, amat mendukacitakan apabila masih terdapat segelintir pihak pembangkang yang bertindak secara tidak bertanggungjawab. Ketika rakyat diseru untuk berjimat cermat, mengurangkan penggunaan bahan api dan bersedia menghadapi kemungkinan krisis tenaga, ada pula pihak yang menganjurkan konvoi motosikal berskala besar yang jelas membazirkan petrol. Tindakan sebegini bukan sahaja bercanggah dengan semangat yang dititahkan oleh Tuanku, malah menunjukkan kegagalan memahami realiti semasa yang sedang dihadapi oleh rakyat dan negara. Pada ketika rakyat diminta berhemah dalam perbelanjaan dan penggunaan tenaga, tindakan seperti ini memberi mesej yang salah dan tidak sensitif.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, negeri dan negara kita tidak memerlukan politik sensasi atau tindakan populis yang kosong. Apa yang diperlukan ialah kepimpinan yang matang, dasar yang berpandangan jauh dan komitmen semua pihak untuk memastikan kestabilan ekonomi serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Sepertimana yang dizahirkan dalam Titah DiRaja, kita perlu menghayati semangat "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing" dan memastikan bahawa setiap keputusan serta tindakan kita di Dewan ini berdasarkan kepentingan rakyat bukan kepentingan politik semata-mata.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, Keranji ingin menarik perhatian Dewan ini kepada keperluan mendesak untuk kita bersiap siaga menghadapi kemungkinan krisis tenaga global yang semakin meruncing seperti mana yang telah dizahirkan dalam Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, dunia kini berdepan risiko gangguan bekalan tenaga yang boleh memberi kesan langsung kepada kos sara hidup, inflasi serta kestabilan ekonomi negara. Kerajaan Persekutuan pada hari ini telah menanggung beban subsidi petrol dan diesel yang mencecah sekitar RM7 bilion sebulan demi melindungi rakyat daripada lonjakan harga global. Namun demikian, usaha ini tidak boleh dipikul oleh Kerajaan Persekutuan semata-mata, Kerajaan Negeri juga mempunyai tanggungjawab untuk bertindak secara proaktif dengan mengambil pendekatan "sediakan payung sebelum hujan". Sehubungan itu, Keranji ingin mencadangkan agar satu sidang khas Dewan Negeri dipanggil bagi membentangkan belanjawan tambahan yang bersasar dan berfokus. Perancangan tambahan ini wajar memberi keutamaan kepada tiga aspek utama iaitu keterjaminan makanan, bantuan kepada perusahaan industri kecil dan sederhana serta perlindungan kebajikan golongan B40 dan M40 yang paling terkesan dengan tekanan kos sara hidup. Langkah ini amat penting kerana krisis tenaga yang sedang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada harga bahan api malah turut memberi kesan rantaian kepada harga makanan, kos logistik dan keseluruhan ekonomi rakyat. Tanpa tindakan awal yang tersusun, golongan berpendapatan rendah dan sederhana akan menjadi kumpulan paling terdesak.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, negeri Perak berada dalam kedudukan fiskal yang lebih kukuh berbanding banyak negeri lain. Seperti yang telah dinyatakan, Kerajaan Negeri telah mencatatkan lebihan pelancaran selama empat tahun berturut-turut. Maka adalah menjadi tanggungjawab moral dan ekonomi untuk memastikan lebihan ini dimanfaatkan sepenuhnya sepenuhnya bagi membantu rakyat khususnya dalam tempoh yang mencabar ini. Lebihan hasil ini tidak seharusnya hanya dilihat sebagai pencapaian angka semata-mata tetapi perlu diterjemahkan kepada dasar yang memberi impak langsung kepada kehidupan rakyat. Inilah masanya untuk Kerajaan Negeri bertindak berani memastikan setiap sen dibelanjakan secara strategik bagi memperkukuh daya tahan ekonomi negeri dan melindungi kebajikan rakyat.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan perbahasan dengan isu pengangkutan awam yang sehingga hari ini masih menjadi keluhan utama rakyat di kawasan Keranji dan juga kawasan Parlimen Kampar. Isu ini bukan perkara baharu kerana telah pun saya bangkitkan dalam sidang yang lalu, namun sehingga kini masih belum kelihatan sebarang sebarang hala tuju yang jelas daripada pihak Kerajaan Negeri. Keadaan ini menimbulkan persoalan-persoalan dalam kalangan rakyat sama ada isu ini benar-benar diberi keutamaan ataupun sekadar dicatat tanpa tindakan susulan yang konkrit. Realitinya, perjalanan dari Teluk Intan ke Kampar masih tidak mempunyai waktu operasi yang mencukupi terutamanya bagi mereka yang bekerja syif atau pelajar yang pulang lewat. Ramai yang terpaksa bergantung kepada kenderaan sendiri atau perkhidmatan yang lebih mahal yang akhirnya meningkatkan beban kos sara hidup. Begitu juga dengan keperluan laluan dari Tanjung Tualang ke Kampar yang sehingga kini masih belum diwujudkan secara menyeluruh. Walaupun pembinaan terhadap laluan ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Pengangkutan awam bukan hanya soal kemudahan tetapi merupakan satu keperluan asas yang menentukan aset rakyat kepada pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan harian. Oleh itu, saya ingin mendesak agar Kerajaan Negeri memberikan satu pelan tindakan yang jelas termasuk kali masa, pelaksanaan perincian laluan yang akan diperluaskan serta komitmen terhadap kekerapan perkhidmatan yang lebih baik. Rakyat tidak lagi memerlukan janji tetapi mereka memerlukan kepastian. Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua....
Yang Berhormat Keranji..
…saya juga ingin...
Tronoh. Boleh? Terima kasih kepada Yang Berhormat Keranji. Cuma saya nak minta tanya satu soalan. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa laluan pengangkutan awam di negeri Perak ini harus diperbaiki dan dikemas kini dari masa ke semasa mengikut perubahan zaman sekarang? Terima kasih.
Ya, saya amat setuju. Dato’ Seri Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu lembu berkeliaran yang sehingga hari ini masih belum menunjukkan sebarang penyelesaian yang memuaskan. Perkara ini telah saya bangkitkan dalam sidang yang lepas, namun jawapan yang diberikan masih belum menjawab persoalan sebenar yang dihadapi oleh rakyat di lapangan. Masalah ini bukan gangguan kecil tetapi telah menjadi isu keselamatan yang serius apabila melibatkan kemalangan jalan raya, kerosakan harta benda serta ancaman kepada pengguna jalan raya khususnya pada waktu malam. Apa yang merisaukan ialah ketiadaan tindakan yang tegas dan berkesan. Walaupun masalah ini telah berlarutan sekian lama, rakyat mula merasakan seolah-olah isu ini tidak diberi perhatian sewajarnya. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan yang lebih konkrit daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai langkah sebenar yang akan diambil serta garis masa pelaksanaan bagi memastikan masalah ini terus berulang.
Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam masa yang sama saya ingin menyentuh mengenai isu diesel dan petrol yang kebelakangan ini sering menjadi bahan polemik dan telah mengelirukan rakyat. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab memberi gambaran seolah-olah harga minyak boleh diturunkan dengan mudah sekiranya mereka berada di tampuk pemerintahan. Kenyataan sebegini bukan sahaja tidak tepat malah boleh menimbulkan harapan palsu dalam kalangan rakyat. Hakikatnya harga minyak adalah bergantung kepada pasaran global dipengaruhi oleh pelbagai faktor antarabangsa yang berada di luar kawalan mana-mana kerajaan. Oleh itu adalah tidak wajar untuk menjadikan isu ini sebagai bahan politik yang mengelirukan. Saya ingin bertanya secara jujur di Dewan ini, adakah pernah jika mereka menjadi kerajaan mereka mampu menurunkan harga minyak secara menyeluruh tanpa sebarang implikasi fiscal? Kita perlu berani bercakap benar kepada rakyat dan memastikan dasar yang dilaksanakan adalah berasaskan realiti bukan retorik semata-mata.
Dato Seri Tuan Yang di-Pertua saya juga ingin menarik perhatian Dewan mengenai keadaan Sekolah Kebangsaan Methodist Malim Nawar yang pada hari ini tidak dapat digunakan kerana masalah anai-anai dan telah diisytihar tidak selamat digunakan oleh pihak JKR. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah bantuan kerajaan saya mohon pihak kerajaan supaya membantu membaiki atau membangunkan semula sekolah ini supaya kebajikan murid-murid dapat dipelihara. Kita tidak boleh membiarkan sebuah institusi pendidikan berada dalam keadaan tergantung tanpa kepastian sedangkan pendidikan anak-anak adalah asas kepada masa depan negara. Oleh itu saya berharap pihak berkaitan dapat memberikan penjelasan yang jelas di Dewan ini supaya langkah penyelesaian dapat dilaksanakan dengan segera.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua dalam masa yang sama saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan atas inisiatif membenarkan pelajar SPM yang memperoleh keputusan cemerlang khususnya mendapat keputusan straight 10A untuk diberikan laluan automatik ke program matrikulasi. Langkah ini adalah satu pendekatan yang adil dan memberi pengiktirafan kepada usaha pelajar yang telah bekerja keras untuk mencapai kecemerlangan akademik. Dasar ini bukan sahaja memberi motivasi kepada pelajar malah meningkatkan keyakinan bahawa sistem pendidikan kita menghargai merit dan pencapaian. Saya berharap dasar ini akan terus diperkukuhkan agar lebih ramai pelajar cemerlang dapat diberikan peluang yang sewajarnya.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu kesihatan awam yang melibatkan keperluan vaksin Influenza A dalam kalangan warga emas. Kita semua maklum bahawa golongan ini digalakkan untuk mengambil vaksin setiap tahun bagi mengurangkan risiko jangkitan yang boleh membawa komplikasi serius. Namun begitu, realiti di lapangan menunjukkan bahawa bekalan vaksin masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. Masih ramai warga emas yang berada di luar bandar belum menerima vaksin kerana kekurangan stok. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia melibatkan golongan yang paling berisiko. Oleh itu saya ingin memohon agar Kementerian Kesihatan memberi perhatian serius dengan menambah bekalan vaksin ke Pejabat Kesihatan Daerah Kampar supaya lebih ramai rakyat dapat dilindungi.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin membawa satu kisah benar yang berlaku di Kampar yang mencerminkan kelemahan yang masih wujud dalam sistem kesihatan kita. Seorang lelaki bernama Shahrul Azam yang berusia 44 tahun mengalami sindrom penurunan berat badan dan najis berdarah telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kampar. Doktor mengesyaki tahap masalahnya pada usus dan menjadualkan pemeriksaan kolonoskopi tiga bulan kemudian. Dalam tempoh menunggu tersebut penyakit yang dihidapi terus berkembang tanpa rawatan yang sewajarnya. Apabila beliau akhirnya menjalani pemeriksaan beliau disahkan menghidap kanser usus tahap keempat. Saya sendiri berkesempatan melawat beliau bersama Ahli Parlimen Kampar dan saat beliau menggenggam tangan kami sambil mengucapkan terima kasih dengan linangan air mata adalah satu detik yang amat menyentuh hati. Namun keesokan harinya berita yang diterima amat menyedihkan apabila beliau disahkan menghidap kanser tahap terakhir. Beliau mempunyai keluarga yang masih bergantung kepadanya termasuk tiga orang anak yang masih kecil. Kisah ini bukan sekadar satu kes terpencil tetapi satu peringatan bahawa kelewatan dalam sistem boleh membawa akibat yang sangat besar. Sehubungan itu saya ingin menggesa kerajaan untuk meneliti semula tempoh menunggu bagi prosedur penting seperti kolonoskopi, mewujudkan laluan khas bagi kes yang disyaki kanser serta memperkukuhkan kerjasama dengan hospital swasta dan universiti bagi mengurangkan kesesakan. Dalam kes penyakit seperti kanser masa adalah faktor yang paling kritikal kerana setiap hari yang berlalu boleh menentukan peluang seseorang untuk terus hidup.
Dato' Seri Tuan Yang di-Pertua, semua perkara yang saya bangkitkan hari ini adalah suara rakyat yang saya wakili. Mereka tidak meminta perkara yang luar biasa tetapi hanya mengharapkan sistem yang lebih cekap, dasar yang lebih jelas dan tindakan yang lebih pantas. Saya berharap Kerajaan Negeri akan mengambil serius semua isu ini dan memastikan setiap masalah yang dibangkitkan diberikan perhatian serta penyelesaian yang sewajarnya. Akhir kata saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atas Titah DiRaja. Sekian terima kasih, Keranji menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Keranji. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Kamunting untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya mulakan Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, barisan Exco, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua agensi kerajaan negeri dan persekutuan, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati dan dihormati sekalian. Ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berbahas pada tengah hari ini. Pertamanya saya merafakkan sembah dan menjunjung kasih serta menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas titah ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas Titah DiRaja Sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Titah Tuanku amat komprehensif menyentuh pelbagai aspek penting termasuk ekonomi, pembangunan negeri, transformasi digital, kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan sosial rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama Dewan yang mulia ini wajar menyatakan solidariti dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat yang ditindas dan dizalimi khususnya di Palestin yang dijajah, Gaza yang dikepung, Lubnan yang dihancurkan serta Iran yang diserang oleh pakatan penindas Israel dan Amerika Syarikat. Penderitaan mereka menuntut keprihatinan serta pendirian tegas daripada kita semua. Sehubungan dengan itu saya mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel-Amerika Syarikat ke atas Republik Islam Iran pada 28 Februari 2026 yang dilaporkan telah mengorbankan lebih 1500 nyawa termasuk 165 pelajar perempuan di Mina. Tindakan ini merupakan pencabulan nyata terhadap kedaulatan negara dan prinsip kemanusiaan sejagat. Sesungguhnya semoga suara solidariti ini menjadi bukti komitmen kita terhadap keamanan, keadilan dan kesejahteraan sejagat.
Timbalan Yang di-Pertua, merujuk kepada Titah Kebawah Duli Tuanku, pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun 2026 diunjurkan sekitar 4 hingga 5 peratus berasaskan kekuatan permintaan domestik. Pemulihan sektor pelancongan serta prestasi eksport khususnya sektor elektrik dan elektronik. Namun konflik yang semakin memuncak di Asia Barat berpotensi mengubah unjuran ini. Ketegangan geopolitik boleh menyebabkan kenaikan harga minyak, gangguan rantaian bekalan global serta kelembapan permintaan dunia yang akhirnya memberi tekanan kepada inflasi dan kos sara hidup rakyat. Sehubungan dengan itu, pertumbuhan ekonomi negara secara realistik dijangka berada dalam tiga tahap kemungkinan, 4% ke 4.5% sekiranya konflik ini terkawal, 3.5% ke 4% jika konflik ini berlarutan, 2.5% ke 3.5% dalam senario krisis yang lebih serius. Walaupun Malaysia mempunyai kelebihan sebagai pengeksport bersih minyak dan gas, rakyat tetap berdepan risiko peningkatan kos sara hidup dan tekanan terhadap ekonomi domestik.
Timbalan Yang di-Pertua, ekonomi Perak bergantung kepada beberapa sektor utama perkhidmatan yang melebihi 60% pembuatan sekitar 19% pertanian. Kira-kira lebih kurang 14% perlombongan dan kuari. Walaupun kecil, sektor ini sensitif kepada permintaan global. Berbeza dengan beberapa negeri lain seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak, Perak tidak mempunyai hasil petroleum yang besar. Justeru, apabila harga minyak dunia meningkat, negara ini, negeri ini tidak menikmati menafaat hasil tambahan sebaliknya hanya menanggung kesan negatif seperti peningkatan kos pengangkutan, makanan, bahan binaan. Sektor kelapa sawit di Perak turut terjejas akibat peningkatan kos baja yang menyumbang 20 hingga 30% daripada kos pengeluaran. Begitu juga kos pengeluaran sayur di mana Malaysia hanya menghasilkan lebih kurang 45% keperluan domestik selebihnya diimport. Industri baja sangat bergantung kepada bahan api fosil khusus gas asli dan petroleum. Apabila kos baja, racun perosak, penggunaan jentera, kos pengeluaran makanan melonjak, ianya memberi tekanan kepada keselamatan makanan. Petani mungkin mengurangkan pengeluaran atau menghentikan operasi hasil harga sayur menjadi mahal dan ini memberi kesan besar kepada golongan B40 kerana ianya menekan margin keuntungan petani. Di samping itu juga, ketidaktentuan permintaan dari pasaran antarabangsa. Dalam masa yang sama, gangguan perdagangan global meningkatkan kos logistik. Sayur yang diimport dari China, Thailand dan lain-lain negara sudah tentu menjadi mahal kerana kenaikan kos bahan bakar ini.
Timbalan Yang di-Pertua, peningkatan kos bahan api ini menyebabkan kos pengangkutan seperti penerbangan, bas pelancongan, e-hailing meningkat sekaligus menaikkan tambang perjalanan dan mengurangkan minat pelancong untuk berkunjung. Keadaan ini turut menjejaskan ketibaan pelancong, kadar penginapan hotel serta aktiviti ekonomi tempatan. Selain itu, kenaikan kos logistik meningkat, harga perkhidmatan pelancongan, peniaga kecil seperti pengusaha homestay dan pemandu pelancong semuanya terkesan. Isu ini berpotensi menjejaskan peluang pekerjaan, pendapatan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara. Kebergantungan kepada sektor pertanian dan pelancongan menjadikan Perak lebih terdedah kepada kejutan ekonomi berbanding negeri lain. Meskipun kadar pengangguran semasa susut ke paras 2.9%, ianya terendah dalam tempoh 11 tahun namun hampir 2 juta individu, tunas-tunas muda kita yang merupakan generasi pelapis negara ini perlu diletakkan dalam pasaran buruh bersempadan dengan bakat dan kemahiran mereka.
Menurut jangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia, sekitar 35% hingga 38% graduan di peringkat nasional bekerja dalam bidang yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka. Ekonomi Perak masih bergantung kepada sektor bernilai rendah. Ini menyebabkan ramai belia kita berhijrah ke negeri seperti Selangor, Pulau Pinang untuk mencari peluang yang lebih baik. Perak akan menghadapi risiko kehilangan modal insan berkualiti atau brain drain yang lebih parah jika krisis ini terus berlarutan. Berkelulusan graduan tetapi bekerja sebagai rider makanan, engineer tetapi berniaga burger di tepi jalan. Mereka juga adalah golongan yang akan cepat terkesan dengan isu tenaga global ini kerana mereka tergolong dalam kategori B40. Sehubungan itu, saya memohon penjelasan Kerajaan Negeri mengenai pertamanya, berapakah data khusus under employment di Perak ini dan saya mohon kerajaan berusaha dengan lebih serius memastikan graduan mendapat pekerjaan setaraf kelayakan mereka supaya dapat meningkatkan gaji dan produktiviti mereka di Perak ini? Kita berpuas hati dengan kadar pengangguran yang rendah ini, namun yang lebih penting ialah kualiti pekerjaan di mana Perak bukan sekadar kekurangan pekerjaan tetapi kekurangan pekerjaan yang berkualiti juga bertenaga mahir.
Antara yang bakal terkesan teruk juga adalah perkhidmatan kesihatan di negeri ataupun di negara kita ini. Baru baru ini Menteri Kesihatan ada membuat kenyataan pada 10hb, 4, 2026 tajuknya "Konflik Asia Barat, kos ubat meningkat 40%, peranti hospital cecah 100%". Jadi dalam kenyataan daripada menteri ini, saya baca sedikit berkenaan dengan perkara yang penting, kos ubat-ubatan di Malaysia meningkat sekitar 30 hingga 40 peratus susulan gangguan rantaian bekalan global akibat konflik di Asia Barat. Peranti perubatan di hospital, pada perenggan lain, peranti perubatan di hospital turut mencatatkan peningkatan kos yang lebih ketara sehingga 50 atau 100 peratus kerana pembekal sejak Mac lagi sudah enggan menghantar bekalan. Jadi, kenaikan yang saya faham di sini, kos perubatan naik 30 ke 40 peratus kemudian kenakan kos 50 ke 100 peratus peranti perubatan ini adalah lonjakan yang luar biasa, jauh lebih serius daripada kenaikan ubat 30 ke 40 peratus. Maknanya hospital terutama di hospital swasta ini tidak mampu serap sepenuhnya kos ini. Kos rawatan kompleks akan meningkat mendadak. Jadi kesannya caj hospital swasta akan mendadak naik, insurans mungkin dinaikkan premium premiumnya dan mungkin takaful atau insurans operator ini akan kurangkan perlindungan. Jadi, hasilnya ialah mungkin terpaksa menangguhkan pembedahan kerana tak cover insuransnya ataupun memilih pilih, memilih pilih rawatan yang lebih murah.
Kemudian kenyataan menteri ini juga, dia kata mereka put on hold. Ini membuatkan sesetengah harga peranti melambung. Apa yang saya faham bahawa pembekal enggan hantar. Maknanya depa hold dulu. Ini bermakna krisis rantaian bekalan apabila pembekal put on hold ini, ini bukan kecil tetapi ketidak stabilan bekalan global. Pembekal mungkin menunggu harga yang lebih tinggi untuk menghadap ataupun menghadapi kekurangan stok ataupun mengalihkan bekalan ini ke negara yang lebih mahal bayarannya. Jadi kesimpulannya, rakyat akan menghadapi risiko kelewatan rawatan terutama pembedahan sebab barang-barang ini lambat sampai dan akhirnya senarai menunggu hospital semakin panjang. Peranti kritikal ini jadi terhad seperti implan, stent ataupun alat-alat dialisis ini. Ini masalah yang dinyatakan oleh menteri sendiri keadaan sekarang dan apa lagi kenyataan menteri ini kami mempertimbangkan mekanisme surcaj dan cold cost pass through bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Jadi surcaj dan kos pass through ini, 1 maknanya beban yang akan dipindahkan. Ini bahagian paling penting. Istilah ini bermaksud kos tambahan kemungkinan akan dipindahkan kepada terus kepada pengguna, maknanya rakyat. Walaupun kerajaan cuba serap, realitinya tidak semua kos boleh ditanggung oleh kerajaan. Sistem akhirnya akan kenakan caj tambahan, kurangkan subsidi secara senyap. Hasilnya, rawatan hospital mungkin tidak lagi murah seperti dahulu dan mungkin ada caj-caj yang tersembunyi dan terkesannya juga bukan, B40 memang tak pergilah hospital swasta ni. Golongan M40 tertekan. Mereka dah tak layak dengan subsidi dan mereka tidak cukup kaya untuk pergi ke hospital-hospital swasta ini. Jadi saya petik lagi di hujung kata-kata daripada menteri ini, "bekalan ubat-ubatan negara masih cukup sehingga Jun dan keadaan kini terkawal tanpa perlu mencetuskan situasi panik". Satu perkataan keadaan terkawal. Bagaimana percanggahan; Satu, kos naik 50 ke 100 peratus. Dia mengatakan pembekal hentikan bekalan. Satu lagi dia kata terkawal. Jadi tak, tak synchronise lah.Kerajaan sebenarnya cuba mengelakkan panik, mengelakkan panik. Rakyat jangan panik tetapi sebenar dan realitinya bahawa ini perkara serius.
Sebenarnya, bila diceritakan kos naik, nanti rakyat tidak boleh terima kos sebenar dan kejutan kos atau shock berlaku secara tiba tiba. Di hujung daripada kenyataan menteri ini, perlu diingat katanya, jangan ada sesiapa yang menyimpan stok ubat-ubatan secara berlebihan kerana ia merupakan tanggungjawab Malaysia. Jadi, stok cukup hingga Jun sahaja dia kata. Ini risiko. Risiko selepas itu kita tak tahu. Ini sebenarnya adalah red flag paling besar. Negara hanya ada jaminan bekalan jangka pendek. Selepas itu, bergantung kepada keadaan geopolitik ataupun kestabilan rantaian bekalan. Jika konflik ini berpanjangan, kemungkinan kita akan menghadapi kekurangan ubat-ubatan, kekurangan peranti, harga boleh melonjak lebih tinggi dan risikonya ialah pesakit kronik yang akan menghadapi risiko yang tinggi. Jadi, dan seruan jangan simpan ubat. Jangan simpan ubat ini tanda kebimbangan. Kebimbangan sebenar. Biasanya kenyataan sebegini jangan simpan barang. Jangan simpan apa inilah kerajaan bimbang takutnya panic buying. Bekalan mungkin tidak sekukuh yang digambarkan. Jadi, kesannya ialah ketidakpercayaan kepada rakyat boleh tercetus dan jika panik berlaku bekalan cepat habis. Harga naik lebih teruk. Dulu masa covid saya cari satu ubat nurofen sebab itu sangat berkesan bila saya makan untuk ubat demam dan sebagainya. Habis semua. Farmasi tak ada. Pakat beli borong sebab dia amat bagus untuk ubat sangat baiklah.
Jadi kesan daripada kenyataan ini kita dapat lihatlah jangka pendeknya harga ubat, rawatan meningkat, hospital kerajaan akan sesak, masa menunggu akan lama sebab semua pakat tumpu dekat hospital awam. Caj hospital swasta akan meloncat. Melonjak naik. Insuran kesihatan akan mahal, akses rawatan berkualiti semakin terhad dan jangka panjangnya ialah jurang kesihatan antara kaum di antara kaya dan miskin, semakin melebar dan sistem Kesihatan awam akan tertekan dan rakyat tanggung kos yang sebelum ini ditanggung oleh kerajaan. Kesimpulan dan naratif ini, naratifnya ialah sistem kesihatan Malaysia sedang berdepan dengan kos yang serius dan walaupun kerajaan cuba menyerap sebahagian beban, sebahagian besar akhirnya akan sampai kepada rakyat sama ada melalui caj langsung insurans atau pengurangan kualiti.
Bayangkan itu perubatan. Bayangkan kalau harga makanan naik 50%, perbelanjaan rakyat akan meningkat. Rakyat akan lebih tersepit. Rakyat akan panik dan mula kurangkan perbelanjaan. Rakyat akan berhenti berbelanja di luar. Restoran, kedai makan gerai, semuanya akan kosong. Kesannya, mereka akan mengalami kekurangan pendapatan. Maka mereka terpaksa kurangkan kos. Cara paling mudah kurangkan pekerja kalau peniaga. Maka 2026 dengan harga diesel yang tinggi, rakyat akan kehilangan pekerja. Ini kesan berantai yang kita perlu faham. Kerajaan ada membuat beberapa inisiatif antaranya BUDI diesel, BUDI Ron 95 dan sebagainya. Alhamdulillah, dapat jugak membantu rakyat tapi kita perlu faham naikkan harga diesel begitu drastik akan berikan kejutan kepada ekonomi. Rakyat akan panik. Industri akan panik. Perniagaan akan panik. Dalam tempoh 4 minggu berturut-turut, kerajaan telah menaikkan harga diesel sebanyak RM2.80 bermula sekitar RM3.92 sehingga mencecah RM6.72 hari ini. Ini bukan kenaikan kecil. Ini lonjakan besar dalam masa singkat yang memberi tekanan langsung kepada kos pengangkutan dan harga barang.
Jangan cakap pasal kos subsidi yang meningkat sebab harga pasaran dunia naik. Rakyat tahu dalam masa yang sama, kerajaan juga dapat keuntungan tambahan bila jual minyak dengan harga yang tinggi. Kenapa cakap pasal kos subsidi? Kenapa tak cakap pasal keuntungan. Kenapa tak kongsi keuntungan itu dengan rakyat? Kerana perlu. Kenapa kerajaan perlu berbelanja dengan kekuatan kewangan kerajaan lindungi rakyat dari kesan ekonomi yang dahsyat ini. Kita tidak mahu penyasaran subsidi adalah sebagai shock therapy yang gagal. Ini bukan sekadar isu naik. Ini sebenarnya adalah kitaran kehancuran ekonomi yang sedang bermula. Harga naik. Rakyat kurang beli. Rakyat kurang beli. Perniagaan jatuh. Perniagaan jatuh. Pekerja banyak akan dibuang. Sektor kecil, peniaga kedai makan, penjaja, peniaga pasar malam, mereka tidak ada buffer kewangan. Tidak ada. Bila jualan jatuh yang pertama dikorbankan ialah pekerja.
Tuan-tuan, kos untuk kenaikan harga minyak ini dia tak sampai. Kita tidak akan rasa satu dua bulan. Dia mungkin bulan yang kelima, bulan yang keenam. Yang pertama ini mungkin kenaikan harga barang sikit, tak rasa lagi. Sampai bulan keempat, inflasi akan meningkat. Kos industri akan meningkat. Kuasa beli akan menurun. Kita akan lihat nanti kesan dia sebab itu diberikan peringatan awal sebab kita tak mahu jadi macam covid dahulu. Kita leka dan lalai. Kita tidak sekat. Kita tidak sekat persempadanan. Kita tak kawal. Kita tak kenalpasti contact. Akhirnya, kita berhadapan dengan suasana yang getir pada Covid-19. Bila jatuh, bila jualan jatuh yang pertama dikorbankan ialah pekerja.
Timbalan Yang di-Pertua, Jika dasar ini diteruskan dengan kenaikan harga diesel dan sebagainya, kita akan hadapilah pembuangan pekerja meningkat. Peluang pekerjaan akan kecil dan saya ingin tanya soalan yang rakyat sering tanya Malaysia ada Petroleum Nasional Berhad bila harga minyak naik, negara untung berbilion tetapi kenapa bila harga naik kerajaan, kata subsidi membebankan. Rakyat tetap dibayar. Dipaksa bayar harga tinggi. Di mana perginya durian runtuh ini? Ini bukan soal ekonomi semata-mata, ini soal keadilan.
Nak mengingatkan Yang Berhormat tinggal seminit sahaja.
Tadi YB Speaker dia bagi lebih lima minit. Belum ya.
Sila masuk.
Ok. Timbalan Yang di-Pertua, saya mengharapkan bahawa kerajaan menyemak semula dasar penyasaran subsidi, bukannya hanya kepada petrol tetapi juga kepada diesel. Kerajaan Negeri memperluaskan mekanisme perlindungan kepada rakyat. Tadi telah diumumkan beberapa perkara daripada Menteri Besar sendiri. Saya ucapkan ribuan terima kasih. Hasil negeri diguna untuk membantu rakyat. Kerajaan negeri perlu juga berjimat cermat. Pendapatan dan keuntungan kerajaan diagih dengan penuh keadilan. Saya mencadangkan peruntukan untuk pegawai khas Menteri Besar dimansuhkan. Ini akan menjimatkan. Saya ingat dalam 3.2... sebab kalau seorang pegawai khas RM10,000. Kalau kata hingga setahun lebih kurang RM 3 juta. Kita dapat jimatkan. Boleh bantu kepada Adun-Adun kita yang tidak mendapat peruntukan seperti mana yang dimiliki oleh pegawai khas. Setiap tahun belanjawan dibahas dan diluluskan tetapi mekanisme bantuan kepada rakyat tidak disalurkan kepada wakil yang dipilih oleh rakyat. Menteri Besar umum kotak makanan kita dengarlah tetapi tidak sampai ke pusat khidmat yang menjadi tempat aduan rakyat. Rakyat mencari Adun yang mewakili mereka sebab poster pada pilihanraya menampakkan siapa Adun mereka. Pegawai khas mereka tak kenal. Jadi, saya harap Menteri Besar kembalilah seperti tahun pertama kerajaan ini bergerak. Semua Adun mendapat peruntukan untuk membantu rakyat.
Kamunting, saya celah sikit.
Ok.
Bila sebut terima kasih, Kamunting. Terima kasih, Speaker. Bila sebut tentang pegawai khas Menteri Besar ya, saya dengar figure yang disebut tadi tentang elaun depa tu tapi saya ada ni dalam WhatsApp Group di peringkat daerah, seorang pegawai khas Menteri Besar menyebut elaun sama dengan Dun, Adun tapi tindakan berbeza. Kita terimalah hakikat tu tentang tindakan berbeza sebab dia datang poket penuh. Kan? Tapi elaun sama bukan RM10,000 kalau macam tu. Janganlah sebut elaun kami berapa kat Dewan ni tapi Kota Tampan kena saya tuntut jawapan ni. Berapa elaun pegawai khas ni? Dan satu lagi. Ni daripada pegawai khas yang senior juga. Dia kata bila saya sebut tentang elaun dalam group ni, betul...betul...betul. Pegawai khas Menteri besaq ni semua bodoh-bodoh belaka. Bukan saya sebut na. Pegawai Khas yang sebut ni. Pegawai Khas Menteri Besar, Ketua UMNO Bahagian sebut. Saya nak tanya Pasir Salak pun tak ada sini. Kalau tempat saya sebut bodoh. Di Pasir Salak sebut tengin katanya. Tak boleh macam ni. Saya harap saya setujulah. Tak apalah terima. Kami terima hakikat pegawai dilantik tapi lantik orang yang steadylah. Macam di Kerian ada tiga ya. Takkan Pegawai Khas Selinsing, bekas timbalan pengetua kita nak sebut pegawai khas bodoh. Dia ada ijazah.
Yang Berhormat Jangan cakap lagi satu bodoh, bodoh. Ini adalah unparliamentary. Sila tarik balik.
Ok, saya tarik balik perkataan bodoh. Kurang cerdik.
Yang Berhormat tinggal satu minit saja.
Terima kasih.
Sila masuk perenggan terakhir.
Ok, masuk perenggan terakhir. Sebab itulah saya kata perlu mansuh la apa ni elaun Pegawai Khas ini. Rugi saja. Ok, untuk permasalahan akhir, saya ambil kepada permasalahan di kawasan saya. Klinik Kesihatan Kamunting kini dikategorikan sebagai Klinik Kesihatan Jenis ke-3. Walaubagaimanapun, klinik ini menerima anggaran kehadiran pesakit yang tinggi iaitu sekitar 500 ke 600 orang sehari yang menunjukkan beban perkhidmatan yang signifikan. Berdasarkan jumlah kehadiran pesakit tersebut adalah wajar untuk mempertimbangkan agar klinik ini dinaiktaraf kepada Klinik Kesihatan Jenis 2 bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien dan selesa kepada masyarakat. Dari segi kemudahan, Klinik Kesihatan Kamunting sememangnya mempunyai fasiliti yang lengkap namun keterbatasan ruang menjadi cabaran utama dalam menampung keperluan perkhidmatan yang semakin meningkat. Majoriti pesakit mendapat rawatan adalah daripada kalangan daripada kawasan Kamunting di samping kehadiran pesakit dari kawasan Changkat Larah di luar yang turut menyumbang kepada peningkatan beban perkhidmatan klinik ini.
Merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Exco pada Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan bertarikh 9 Julai 2024 mengenai perancangan pembinaan Klinik Kesihatan Taman Panglima Jenis 3 serta kerja-kerja naik taraf Klinik Kesihatan Kamunting. Pertanyaan saya, adakah cadangan pembinaan Klinik Kesihatan Taman Panglima Jenis 3 telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13? Dan jika ya, apakah jangka masa pelaksanaan serta tarikh jangkaan siap projek tersebut? Yang kedua, apakah langkah-langkah interim yang dirancang oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Klinik Kesihatan Kamunting dalam tempoh yang terdekat? Akhir kalam, saya menyokong penuh dan menjunjung Titah Duli Tuanku. Sekian Assalamualaikum Warahmatullahitaa’la Wabarakatuh.
Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pangkor untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan pihak Media. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, Salam Perak 2030. Timbalan Yang di-Pertua, memandangkan kita masih berada di bulan Syawal dan masih meraikan lebaran, maka izinkan saya memulakan perbahasan dengan serangkap pantun.
Bulan Syawal penuh bermakna, Tanda kemenangan setelah berpuasa, Dengan lafaz Bismillah pembuka bicara, Perbahasan dimula demi rakyat dan Negara.
Saya dengan sukacitanya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya membahaskan ucapan Menjunjung Kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah semasa merasmikan Pembukaan Rasmi Sidang Dun kali ini. Semalam, Tuanku Sultan Perak menzahirkan kebimbangan terhadap ancaman krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. Menurut Baginda, meskipun ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 5.2% pada tahun 2025, konflik baharu di Asia Barat berpotensi memberi kesan besar kepada ekonomi global termasuk peningkatan kos logistik dan tekanan terhadap ekonomi negara. Baginda turut bertitah, Negeri Perak mencatat pelaburan berjumlah RM15.75 bilion pada tahun 2025 melibatkan 560 projek, manakala kutipan hasil Negeri mencecah hampir RM1.49 bilion dengan lebihan akaun hasil disatukan selama 4 tahun berturut-turut. Baginda mengambil maklum bahawa krisis ini berpotensi mencetuskan tekanan besar kepada ekonomi dunia Malaysia sebagai ekonomi terbuka, tidak terkecuali daripada tempias kenaikan harga minyak dan gangguan bekalan. Kesan rantaian dijangka melibatkan peningkatan kos pengeluaran, inflasi serta penurunan kuasa beli rakyat, kerentanan perdagangan juga sentimen pelabur. Di samping risiko geopolitik yang kompleks.
Justeru, saya menyokong Titah Tuanku Sultan Perak agar Kerajaan memperkukuh ekonomi domestik secara menyeluruh. Langkah proaktif perlu diambil dan kerajaan tidak boleh bersikap pasif dalam menghadapi cabaran ini. Dalam keadaan rakyat hari ini semakin terkesan dengan kenaikan harga barang susulan krisis minyak global, timbul persoalan sejauh mana kerajaan dapat menangani tekanan kos sara hidup yang semakin membebankan. Sebagai contoh, ada peniaga kecil seperti penjual nasi lemak terpaksa menaikkan harga jualan sebanyak 50 sen bagi menampung kenaikan kos bahan mentah yang jelas memberi kesan langsung kepada pengguna harian. Jika contoh kecil ini sudah mencerminkan realiti di peringkat akar umbi, apakah langkah menyeluruh yang sedang dirangka untuk mengekang kenaikan harga barang serta melindungi kesejahteraan rakyat daripada kesan rantaian krisis ini?
Sehubungan itu, Dewan yang mulia ingin saya ingin mengajukan soalan yang disuarakan oleh penduduk dalam Dun Pangkor yang ingin tahu apakah langkah-langkah yang sedang diambil Kerajaan Negeri menghadapi situasi krisis ini? Dalam menghadapi krisis ekonomi dan tenaga global pada hari ini, apakah langkah-langkah strategik yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk melindungi kesejahteraan rakyat serta bagaimana ia dibandingkan dengan pendekatan yang pernah diambil ketika berdepan krisis pandemik Covid-19 dahulu. Jika Covid-19 dahulu, rakyat mendapat gambaran jelas langkah-langkah yang diambil Kerajaan. Dalam konteks semasa, saya difahamkan bahawa Kerajaan Pusat telah mengurangkan kuota subsidi petrol daripada 300 liter kepada 200 liter. Justeru, adakah jumlah ini benar-benar mencukupi untuk menampung kegunaan harian rakyat khususnya golongan bekerja sendiri dan nelayan? Dan sekiranya diambil kira penggunaan biasa harian, berapakah anggaran jarak perjalanan yang boleh ditampung oleh kuota 200 liter tersebut? Serta apakah mekanisme tambahan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan perubahan ini?
Timbalan Yang di-Pertua dalam titah Sultan Perak, Baginda memberitahu usaha mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil adalah langkah strategik, langkah panjang. Peralihan kepada tenaga alternatif seperti solar hidro dan kenderaan elektrik perlu dipercepatkan. Pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan mendesak. Tuanku Sultan juga ada bertitah tentang Ekonomi Biru iaitu model ekonomi yang amat menitikberatkan penggunaan sumber laut, pesisir dan air tawar secara lestari untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan pekerjaan sambil memelihara kesihatan ekosistem. 2 perkara ini sangat berkait rapat dengan komuniti nelayan di Dun Pangkor. Ekonomi Biru menekankan kelestarian dan kecekapan. Namun realitinya kenaikan harga diesel memberi kesan langsung yang ketara kepada pelaksanaannya khusus dalam sektor perikanan. Memang benar golongan nelayan menerima skim subsidi diesel dan petrol nelayan. Namun dengan kenaikan kos bahan api tersebut, ada kebimbangan jika subsidi yang diterima dikurangkan. Malah, ketika ini pun ada nelayan yang mengeluh kerana kuota subsidi yang diterima adakalanya tidak mencukupi. Justeru, penyesaran subsidi perlu bagi mempastikan kebajikan nelayan terus terpelihara serta menjamin keterjaminan bekalan makanan negara.
Dalam jangka panjang situasi ini juga boleh menjadi pemangkin kepada transformasi. Kenaikan diesel mendorong keperluan mempercepat penggunaan teknologi lebih cekap tenaga seperti enjin bot yang lebih efisien, penggunaan tenaga alternatif serta inovasi dalam kaedah penangkapan ikan yang lebih lestari. Sejauh manakah pelaksanaan Ekonomi Biru akan terjejas akibat kenaikan harga diesel yang menjadi bahan bakar utama nelayan khususnya di Pulau Pangkor dan Lumut yang bergantung sepenuhnya kepada sektor perikanan sebagai sumber pendapatan utama? Kenaikan kos ini bukan sahaja meningkatkan beban operasi malah berpotensi menjejaskan hasil tangkapan dan kelangsungan ekonomi nelayan tempatan. Dalam masa yang sama, adakah nelayan tempatan benar-benar bersedia untuk menerima perubahan teknologi seperti penggunaan bot yang lebih cekap tenaga atau berasaskan tenaga alternatif sedangkan kos peralihan tersebut sudah pasti tinggi. Apakah bentuk sokongan, insentif atau bantuan yang akan disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi mempastikan tranformasi ini dapat dilaksanakan tanpa membebankan golongan nelayan kecil. Kesimpulannya, Ekonomi Biru memang terkesan dengan kenaikan harga diesel dalam jangka pendek tetapi jika diurus dengan strategi yang tepat, ia boleh menjadi pemacu kepada perubahan ke arah sektor perikanan yang lebih moden, berdaya tahan dan mampan.
Timbalan Yang di-Pertua, saya turut menjunjung Titah Tuanku agar rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat dan berhemah. Penggunaan tenaga secara efisien serta pengurangan pembaziran mampu membantu mengurangkan beban negara selain membantu mengurangkan subsidi kerajaan. Rakyat hendaklah bijak mengamalkan gaya hidup berjimat tenaga melalui penggunaan elektrik yang terkawal. Menyentuh tentang pengguna elektrik ini, saya ingin menarik perhatian Dewan, pada satu isu yang semakin meruncing, membimbangkan dan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat di negeri Perak khususnya di Daerah Manjung. Isu yang saya maksudkan ini adalah kegiatan perlombongan mata wang crypto atau bitcoin haram yang kini pada tahap yang amat membimbangkan. Berdasarkan sumber rasmi daripada Tenaga Nasional Berhad Negeri Perak. Kita berada dalam kedudukan kedua tertinggi di Malaysia bagi kes bitcoin. Daerah Manjung pula menduduki tempat pertama di negeri sebagai kawasan paling tinggi kes perlombongan bitcoin haram diikuti Seri Iskandar. Statistik ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan aktiviti jenayah, malah menunjukkan bahawa kawasan kita telah menjadi sasaran utama sindiket yang terancang dan profesional. Kegiatan ini bukan lagi bersifat kecil-kecilan atau berselerak tetapi telah berkembang...
Pangkor, minta celahan.
Ya, boleh.
Terima kasih. Setuju tak Pangkor kalau saya sebut dalam soal penjimatan tadi itu. Penjimatan elektrik dan sebagainya, sebagaimana yang disebut oleh Pangkor tadi. Kalau kita lihat sekarang banyak lampu-lampu Tenaga Nasional ini menyala sepanjang masa 24 jam menyala. Tak kah itu satu pembaziran. Setuju tak Pangkor?
Terima kasih Pengkalan Baharu. Setuju. Tapi kebanyakan banyak tak menyala. Ok tetapi telah berkembang menjadi satu operasi yang sistematik melibatkan kumpulan sindiket yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik. Mereka bukan sahaja mampu memasang peralatan perlombongan bitcoin malah boleh mengubahsuai sistem pendawaian elektrik secara haram bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Ini jelas menunjukkan bahawa kegiatan ini bukan dilakukan oleh individu biasa tetapi oleh kumpulan yang terlatih dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. Kesan daripada kegiatan haram ini amat besar dan dirasai secara langsung oleh rakyat. Antara impak paling ketara ialah gangguan bekalan elektrik yang berulang di beberapa kawasan Daerah Manjung. Penduduk sering mengadu tentang bekalan elektrik yang tidak stabil. Gangguan bekalan secara tiba-tiba dan kerosakan peralatan elektrik di rumah mereka. Ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan harian malah turut memberi kesan kepada perniagaan kecil dan industri tempatan.
Pendawaian haram dan penggunaan elektrik secara berlebihan boleh menyebabkan risiko kebakaran yang tinggi. Kita tidak mahu kejadian lebih buruk berlaku hanya kerana kegiatan haram ini. Jika kita melihat kepada statistik yang dikeluarkan, jumlah kes usikan pepasangan meter bagi premis bitcoin di Perak dari tahun 2018 hingga 2026 adalah sebanyak 3,925 kes daripada jumlah tersebut, TNB Seri Manjung mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1839 kes, diikuti TNB Seri Iskandar sebanyak 716 kes. Lebih membimbangkan, anggaran kerugian akibat kegiatan ini, Perak mencecah sekitar 1.848 gigawatt jam bersamaan RM686.93 juta sepanjang tempoh 8 tahun. Ini bukan angka yang kecil. Ini adalah kerugian besar yang akhirnya memberi kesan kepada ekonomi negeri dan juga rakyat secara keseluruhan. Jika kita teliti pecahan jenis premis, sebanyak 535 kes melibatkan premis domestik dan rumah kediaman, manakala 3,926 kes melibatkan premis komersial dan industri. Ini menunjukkan bahawa sindiket ini bukan sahaja menyasarkan premis perniagaan, malah turut menjadikan rumah kediaman sebagai lokasi operasi mereka.
Berdasarkan statistik sebanyak 3,425 kes telah ditangani oleh pasukan SSD TNB, 802 kes oleh PDRM, 156 kes oleh SPRM, 25 kes oleh Suruhanjaya Tenaga dan 53 kes oleh Majlis Perbandaran Manjung. Walaupun usaha ini perlu dipuji, namun jelas bahawa masalah ini masih belum dapat dibendung sepenuhnya. Isu perlombongan bitcoin haram ini bukan sekadar isu kecurian elektrik tetapi melibatkan keselamatan awam. Kestabilan infrastruktur serta integriti sistem sistem perundangan negara. Jika tidak ditangani dengan serius, ia berpotensi menjadi ancaman yang lebih besar pada masa hadapan.
Sebagai dun Pangkor, saya melihat sendiri kegusaran rakyat terhadap isu ini. Mereka mahukan tindakan yang lebih tegas dan berkesan. Mereka tidak mahu terus menjadi mangsa kepada kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini. Pemilik premis yang tidak bersalah terpaksa menanggung kerugian bil elektrik mencecah puluhan ribu hingga ratusan ribu ringgit. Saya ingin memberi peringatan kepada semua pemilik premis agar lebih berhati-hati ketika menyewakan hartanah mereka. Pastikan setiap urusan dibuat secara hitam putih melalui perjanjian sewaan yang lengkap. Selain itu, pemilik juga disarankan untuk melakukan penukaran nama pada meter elektrik TNB bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan. Peringatan saya kepada semua masyarakat agar sentiasa menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa atau TNB sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencuri elektrik atau pencerobohan ke atas premis kosong. Kerjasama orang awam amat penting dalam membantu membanteras aktiviti tidak bertanggungjawab ini. Kita perlu melindungi kepentingan rakyat, memastikan keselamatan mereka terjamin dan memelihara kestabilan sistem bekalan elektrik di negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Titah Tuanku yang menyeru agar kita berganding bahu menghadapi krisis ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri serta negara, Titah Baginda memang ada benarnya semua pihak termasuk kerajaan, pembangkang dan masyarakat perlu mencari titik persamaan dan sama bekerjasama. Rakyat perlu difahamkan mengenai punca dan magnitud krisis yang sedang berlaku serta kesan dan implikasi terhadap kehidupan harian mereka melalui pelan komunikasi berkesan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh rakyat biasa. Ini bukan masanya untuk menangguk di air keruh, mensensasikan dan mengeksploitasikan keadaan bagi tujuan politik yang sempit. Untuk itu, demi kesejahteraan rakyat, saya ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan satu pendekatan proaktif dengan menyalurkan peruntukan khas yang bersesuaian kepada setiap Adun terutamanya di Adun di blok Pembangkang.
Pangkor, boleh saya mencelah.
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Pangkor. Setuju tak Pangkor, tadi Pangkor ada sebut kita perlu mencari titik persamaan. Kita di sebelah sini, blok sini dengan blok sana semuanya sama, semua adalah Ahli Dewan Negeri Perak yang mengangkat sumpah di depan Sultan dan kita, kerana kita adalah bersama, sama juga kita ini makna kita adalah layak untuk menerima peruntukan yang sama daripada Kerajaan Negeri Perak. Jadi saya ingin menekankan bahawa kita semua adalah adalah Ahli Dewan Negeri Perak. Kita sama, tak ada beza, ya, walaupun kita memanglah blok pembangkang dan blok kerajaan tapi kita adalah Ahli Dewan Negeri Perak yang sah yang dipilih dalam Pilihan Raya Umum. Jadi, kita layak juga untuk menerima peruntukan yang sama seperti ahli belah sana. Wallahualam. Terima Kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Pangkor.
Betul Bota. Di situlah saya ingin memohon agar Kerajaan Negeri Perak untuk mempertimbangkan satu pendekatan proaktif dengan menyalurkan peruntukan khas yang dipanggil peruntukan khas yang bersesuaian kepada semua Adun yang terutamanya di blok pembangkang bagi tujuan pembelian barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada rakyat di kawasan masing-masing. Cadangan ini dilihat lebih relevan dalam situasi semasa berikutan krisis di Asia Barat yang turut memberi kesan rantaian kepada kos sara hidup rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Justeru, dengan pendekatan ini, wajarlah diberi pertimbangan sebagai langkah segera dan bersasar bagi mempastikan kebajikan rakyat terus terpelihara dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.
Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu lagi persoalan penting berkaitan potensi sebenar di Daerah Manjung khususnya Lumut sebagai Bandar Tentera Laut dan sejauh manakah kerajaan Negeri Perak telah memanfaatkan kelebihan strategik ini sebagai daya tarikan pelancongan. Seperti yang kita sedia yang kita sedia maklum, Lumut bukan sekadar sebuah bandar pesisir biasa. Ia merupakan nadi kekuatan pertahanan Maritim Negara. Pusat Operasi Tentera Laut Tentera Laut Diraja Malaysia serta lokasi penting dalam sejarah dan pembangunan Angkatan Laut negara. Namun, persoalannya adakah kita benar-benar telah mengangkat keistimewaan ini sebagai satu produk pelancongan yang berimpak tinggi? Saya melihat potensi besar yang masih belum diteroka sepenuhnya. Status Lumut sebagai Bandar Tentera Laut sepatutnya menjadi satu identiti pelancongan yang unik dan berbeza daripada destinasi lain di Malaysia. Pelancong bukan sahaja datang untuk menikmati pantai atau keindahan Pulau Pangkor tetapi juga untuk memahami sejarah, kekuatan dan keupayaan pertahanan negara. Bandar tentera laut di seluruh dunia bukan sahaja memainkan peranan pertahanan malah berjaya dimanfaatkan sebagai produk pelancongan melalui muzium kapal perang, lawatan pangkalan dan pameran sejarah maritim. Model ini boleh dijadikan rujukan untuk…
Yang Berhormat banyak lagi? Sila masuk perenggan yang terakhir. Sila.
Model ini boleh dijadikan rujukan untuk membangunkan potensi pelancongan ketenteraan di Lumut, Perak. Sebagai contoh, Norfolk, Amerika Syarikat, ia merupakan lokasi kepada Newell Station Norfolk, pengkalan tentera laut terbesar di dunia. Keunikannya sebagai tarikan pelancongan ialah ialah pengunjung boleh melihat kapal induk, kapal perang & muzium seperti USS Wisconsin yang dibuka kepada orang awam. Begitu juga dengan Portsmouth, United Kingdom yang merupakan bandar bersejarah yang menjadi nadi Royal Navy. Tarikan utama termasuk HMS Victory dan Mary Rose yang memberi pengalaman sejarah ketenteraan laut yang unik. Sidney Australia, selain terkenal sebagai destinasi pelancongan, ia juga menempatkan Pengkalan Royal Australian Navy tarikan unik termasuk Muzium Maritim dan kapal selam lama yang dibuka kepada pelawat di Australian National Maritime Museum. Bandar Tentera Laut Lumut mempunyai peranan yang amat strategik dan pembangunan industri marin dan perkapalan di negeri Perak terutamanya sebagai pusat operasi utama (TLDM) Tentera Laut Diraja Malaysia. Kehadiran Pengkalan TLDM Lumut telah merangsang pertumbuhan industri berkaitan seperti pembinaan dan penyelenggaraan kapal, sekaligus menjadikan kawasan ini sebagai hab penting sektor maritim.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam konteks ini, saya ingin mencadangkan agar sambutan Hari Armada TLDM pada setiap 1 Mei dijadikan sebagai satu produk pelancongan utama negeri Perak. Acara ini tidak seharusnya dilihat sebagai program dalaman ketenteraan semata mata tetapi perlu diperluaskan kepada skala yang lebih besar dan inklusif kepada orang awam. Bayangkan jika hari armada ini dirancang secara strategik dan dipromosikan secara meluas, ia boleh menjadi satu acara tahunan bertaraf nasional yang menarik ribuan pengunjung. Kita boleh memperkenalkan pameran aset ketenteraan, pertunjukan kapal perang, demonstrasi keupayaan pasukan khas serta aktiviti interaktif yang memberi pengalaman langsung kepada pengunjung. Kita juga boleh tidak boleh melupakan bahawa di sini lahirnya ialah pasukan komando antara yang terbaik di Malaysia iaitu PASKAL atau KD Panglima Hitam. Persoalannya yang ingin saya tekankan ialah adakah kita hanya berbangga dengan status Lumut sebagai bandar tentera laut atau kita benar benar menfaatkan kelebihan ini untuk pembangunan ekonomi negeri? Saya berharap Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian serius terhadap potensi ini dan mengambil langkah proaktif untuk merealisasikannya. Jangan kita biarkan peluang besar ini berlalu begitu saja tanpa dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Dengan itu, Pangkor menyokong penuh Titah Duli Yang Maha Mulia. Sekian terima kasih. Wabilahhi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Berhormat dari Pangkor. Seterusnya, saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Jelapang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Selamat Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Perak. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Negeri Perak, rakan-rakan Yang Berhormat daripada blok kerajaan dan pembangkang. Yang berusaha ketua-ketua jabatan agensi kerajaan negeri. Rakan-rakan media dan seterusnya, para pemerhati dan penonton yang sedang mengikuti sidang Dewan atas talian. Pada petang yang mulia ini, saya ingin membahaskan dua isu penting yang sedang membelenggu serta mengganggu gugat nyawa masyarakat iaitu kegiatan curi kabel yang semakin berleluasa serta jaminan bekalan makanan dalam menghadapi ketidak tentuan global. Kegiatan curi kabel yang semakin berleluasa telah menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan masyarakat. Beberapa kes pencurian kabel di media sosial baru-baru ini termasuk satu kejadian di Kampung Baru Jelapang di mana rakaman langsung menunjukkan seorang pencuri kabel bertindak selepas pihak berkuasa menerima laporan daripada penduduk tempatan.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, penduduk tempatan kini hidup dalam kebimbangan. Mereka khuatir akan keselamatan diri dan keluarga jika identiti mereka dikenali oleh penjenayah ini. Lebih membimbangkan, kekerapan kes sebegini jelas menunjukkan Telekom Malaysia gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sepatutnya. Bukan sahaja TM tidak mampu menjamin kualiti servis internet yang dibekalkan kepada pengguna. Bahkan sikap sambil lewa mereka turut merisikokan nyawa pengguna jalan raya. Apabila berlaku pencurian kabel, TM seringkali gagal memberi respon segera terhadap aduan yang diterima. Lebih berat kerja-kerja menyembunyikan kenyataan khususnya meratakan semua permukaan jalan raya yang teruk dibongkar. Dilakukan sambil lewa. Akibatnya, lubang-lubang dan permukaan jalan yang tidak rata mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Termasuk penunggang motosikal dan pejalan kaki. Saya ingin bertanya, (A) Apakah tindakan tegas yang akan diambil terhadap Telekom Malaysia dan pihak kontraktor yang gagal memberikan infrastruktur awam selepas kejadian curi kabel? (B) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan satu mekanisme pemantauan dan denda terhadap syarikat utiliti yang gagal menyempurnakan tanggungjawab mereka? (C) Adakah TM mempunyai statistik tentang jumlah manhole yang tidak pernah mengalami masalah kecurian kabel sejak tahun 2023…2022. Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri mengakui keperluan mendesak untuk meminda hukuman bagi kesalahan mencuri di bawah Kanun Keseksaan yang dilihat tidak setimbang dengan kecurian yang dialami terutamanya membabitkan kes kecurian kabel.
Namun begitu, semua pihak harus berganding bahu untuk membanteras kegiatan jenayah yang semakin melampau ini termasuk kes yang berlaku di hadapan sebuah balai polis di Ipoh. Dengan usaha kolektif kerajaan seperti yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-13, negara kita berada di landasan kukuh untuk memacu ke arah negara maju yang makmur dan bermaruah. Akan tetapi kes-kes kecurian ini telah membawa kesan negatif kepada pelabur tempatan mahupun antarabangsa. TM adalah sebuah korporat besar yang di terajui oleh pasukan pengurusan yang cekap. Walau bagaimanapun, pihak TM masih gagal menyelesaikan masalah yang telah berlarutan ini sehingga keadaan ini membahayakan nyawa orang ramai. Dalam pada itu, saya ingin mengemukakan satu cadangan efektif iaitu melantik ejen yang berwibawa untuk mengembalikan kabel yang berada di bawah mainhole. Kabel tersebut adalah puncak utama pihak TM perlu meningkatkan kawalan keselamatan bagi mencegah pencurian demi menjamin keselamatan orang awam. Yang Berhormat Timbalan Speaker. Konflik persenjata yang masih berlarutan di rantau Asia Barat telahpun mencecahkan…
Jelapang minta laluan.
Cepatlah
Sikit-sikit aje.
Risau tak cukup masa tak cukup.
Jelapang…terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Jelapang banyak membangkitkan soal kabel-kabel di bawah tanah, underground kabel. Saya suka nak sebut la TM ni kabel kabel yang terdapat di sepanjang jalan kebanyakannya tidak diselenggara dibiarkan. Ya, ada yang jatuh berjuntai di atas tanah, ada yang batang tiang pun dah patah dibiarkan. Saya fikir mungkin kabel-kabel tersebut tidak digunakan. Ya. Ataupun kita pun tak tau lah ye. Jadi saya setuju tak kalau kita minta TM selenggarakan benda ni supaya kita dapat apa dapat melihat bagi cantik dan tidak menyakitkan mata untuk melihat?
Jelapang, satu lagi. Ok, terima kasih Yang Berhormat Jelapang yang begitu prihatin atas isu kecurian kabel di bawah manhole. Saya pun nampak YB pun ada mengatakan TM perlu berikan tanggungjawab yang penuh tetapi bagi saya isu kecurian ini dia luas selain TM memerlukan merupakan pemilik kepada kabel tersebut. Jadi, saya pun harap pihak PDRM wakil PDRM dalam Dewan ni boleh ambil take note sikit sebab kebanyakannya kes berlaku pada waktu senja. Waktu kita tidur pada waktu larut malam saja. Saya pun ada nampak Adun Pasir Pinji pun ada keluar tangkap cubaan nak tangkap. Terima kasih atas usaha tapi berhati-hati dan kita harap adakah ah. Jelapang setuju ke pihak PDRM ataupun rela ke KRT ke untuk tambahkan usaha bersama dengan penduduk untuk menanda tangani masalah ini. Apa pendapat jelapang?
Ah saya setuju Bercham punya cadangan…
Jelapang, Tronoh boleh? Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Jelapang. Saya ingin memberi satu cadangan di mana sebenarnya kalau kita nampak di laluan Lebuh raya Ipoh, Ipoh Lumut ni kita boleh nampak sebenarnya banyak tiang-tiang TM dan juga kabel kabel TM yang seperti yang di maklumkan tadi. Ah wayar-wayar kabel TM tu berjuntai ok di tiang tiang tersebut. Maka saya ingin mencadangkan sama ada Yang Berhormat bersetuju atau tidak supaya TM membuat satu kabel recovery ataupun tiang-tiang recovery itu secara besar-besaran khususnya yang yang tidak dipakai lama lagi. Terima kasih.
Saya setuju cadangan anda. Konflik bersenjata yang masih berlarutan di rantau Asia Barat telah pun menjejaskan kestabilan rantaian bekalan globar. Dalam pada itu, Kerajaan Pusat telah memperkenalkan dasar kerja dari rumah sebagai langkah awal untuk mengurangkan impak kenaikan harga minyak dunia akibat ketidaktentuan. Geopolitik di rantau terbabit namun, kita perlu sedar bahawa kesan daripada konflik ini tidak terhenti setakat itu saja. Situasi antarabangsa yang tidak menentu serta risiko peperangan yang semakin mencetuskan kegawatan ekonomi global boleh menjejaskan bekalan makanan negara kita pada bila bila masa. Kita tidak tahu berapa lama konflik ini akan berterusan. Rakyat sudah mula merasai impak impaknya. Harga barang naik kos sara hidup meningkat, apatah lagi jika keadaan ini berpanjangan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan terburuk memandangkan kenaikan harga barangan import tidak dapat dielakkan.
Saya ingin bertanya adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memulakan inisiatif sendiri bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber luar. Menurut tinjauan umum negeri, kita masih mempunyai banyak tanah kosong yang terbiar begitu sahaja. Tanah tanah ini seharusnya menjadi aset berharga untuk pembangunan. Namun, realitinya ia seringkali disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Antaranya tanah-tanah ini menjadi…. nombor satu tempat pelindungan penceroboh haram yang membuka penempatan tanpa kebenaran. Kedua, tempat persinggahan golongan gelandangan tanpa sebarang kemudahan asas yang sempurna. Ketiga, lokasi berlakunya kegiatan sosial yang tidak sihat seperti pembuangan sampah haram, penyalahgunaan dadah dan aktiviti tidak bermoral yang lain.
Apa yang lebih membimbangkan, keadaan ini telah berlarutan sekian lama dan seolah olah menjadi takut lama yang sukar diubah. Ia bukan sahaja menjejaskan imej negeri tetapi juga mengundang pelbagai masalah sosial yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh masyarakat setempat dan pihak berkuasa. Sebenarnya tanah tanah ini berpotensi potensi besar untuk diusahakan dan dimajukan secara optimum sebagai nombor satu, kawasan pertanian bersekala kecil dan sederhana bagi memenuhi keperluan makanan tempatan. Kedua, tapak projek tanaman makanan berintensif tinggi seperti hidroponik dan akuaponik. Ketiga, zon pengeluaran makanan komuniti yang boleh diusahakan secara kolektif oleh penduduk setempat. Dengan adanya inisiatif sebegini bukan sahaja kita dapat meningkatkan keterjaminan bekalan makanan malah secara tidak langsung mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat serta menjana peluang ekonomi baharu di peringkat akar umbi. Kita tidak boleh terus-terusan bergantung kepada perkara luar dalam menghadapi ketidaktentuan global. Sudah tiba masanya kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dan progmatik untuk memastikan perkara asas rakyat terus terjamin. Walau apa pun yang berlaku di peringkat antarabangsa. Namun, saya menyokong soalan tambahan YB Kepayang pagi tadi yang menyebut belanjawan tambahan. Yang Berhormat Timbalan Speaker, ketika konflik di Asia Barat semakin memanas lantaran tenaga dan makanan global serta menghadapi tekanan yang ketara, kesannya telahpun tercermin dalam kenaikan mendadak harga minyak. Peningkatan kos pengangkutan serta ketegangan dalam bekalan bahan makanan asas. Beban hidup rakyat kian meningkat. Ini bukan isu antarabangsa yang jauh tetapi sudah menjadi realiti yang memberi tekanan kepada setiap rumahtangga.
Namun, ketika rakyat dilanda kebimbangan terhadap masalah sara hidup, Menteri Besar Kedah sebaliknya berkata menumbangkan Kerajaan Perpaduan lebih penting daripada harga minyak berniat untuk mengalihkan tumpuan daripada krisis rakyat kepada perebutan kuasa. Kenyataan sebegini jelas menunjukkan sikap tidak peka terhadap realiti kesukaran yang dihadapi dan pelaksanaan tanggungjawab pentadbiran yang dielakkan. Sedangkan rakyat menghadapi tekanan daripada inflasi dan ketidaktentuan. Sebarang tindakan yang meletakkan agenda politik mengatasi keperluan hidup rakyat adalah satu bentuk penghakisan kepercayaan awam, menggugat rasa selamat dan kestabilan masyarakat yang sudah pun rapuh. Kedua-dua isu ini, keselamatan awam akibat kecuaian syarikat utiliti dan jaminan bekalan makanan negara antara isu yang menyentuh langsung nyawa dan kesejahteraan rakyat. Isu-isu ini bukanlah masalah jika kita mempunyai visi dan tindakan yang jelas. Saya menyeru agar Kerajaan Negeri segera merangka pelan tindakan komprehensif dengan adanya perhatian serius dan tindakan yang segera. Kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri akan di maksimumkan. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Jelapang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Panjang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih.Timbalan Speaker. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, (Bacaan Al-Quran dan solawat) yang bermaksud dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat di antara mereka. Yang Amat Berhormat Dato Seri Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, petugas-petugas media dan sidang hadirin dan di dalam dewan dan juga di atas talian yang dihormati sekalian. Yang Berhormat Tuan Speaker, Pasir Panjang mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih atas Titah DiRaja ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan.
Saya ingin memulakan perbahasan dengan memetik sepotong ayat al-Quran daripada surah al-Baqarah ayat 155. (Bacaan Al-Quran) Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala yang bermaksud dan sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan ketakutan kelaparan, kekurangan harta kehilangan jiwa dan buah buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Mereka yang ditimpa musibah, mereka hanya berkata ia datang daripada Allah dan kepada Allah, ia akan kembali. Yang Berhormat Timbalan Speaker, ayat ini memberi peringatan kepada kita bahawa setiap musibah cabaran, dugaan, ujian yang dihadapi oleh manusia termasuklah krisis ekonomi, kenaikan kos sara hidup dan ketidaktentuan geopolitik yang melanda dunia pada hari ini merupakan satu bentuk ujian daripada Allah yang perlu dihadapi dengan tahap kesabaran yang tinggi. Namun, dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negeri, ujian ini menuntut satu bentuk kepimpinan yang berkeupayaan untuk merancang, melaksana dan melindungi rakyat daripada terus terkesan secara berpanjangan. Ujian sebegini tidak boleh dielak tetapi impak daripada ujian ini boleh diminimumkan melalui perancangan yang bijaksana. Strategi yang berkesan dan berkeadilan kepada semua.
Timbalan di-Pertua dalam titah Ke bawah Duli Yang Mulia Yang Maha Mulia Tuanku khususnya dalam perenggan kedua dan perenggan 42 telah dinyatakan dengan jelas bahawa konflik di Asia Barat berpotensi memberi kesan berskala besar kepada ekonomi global khususnya melalui gangguan terhadap rantaian bekalan tenaga dan peningkatan kos logistik. Kenyataan ini bukan sekadar satu peringatan yang bersifat umum tetapi telahpun menjadi realiti yang sedang kita hadapi pada hari ini dan pada hari-hari seterusnya. Ketegangan di Selat Hormuz yang merupakan laluan utama kepada hampir 1/5 bekalan minyak dunia telah menjejaskan kecekapan logistik global dan akhirnya memberi tekanan berharga tenaga di pasaran antarabangsa dan seterusnya memberi kesan rantaian kepada kos pengeluaran serta harga barangan domestik. Krisis ekonomi yang berlaku akibat kenaikan harga minyak dunia ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh sektor tenaga terhadap kestabilan ekonomi global. Kenaikan harga minyak telah mencetuskan kos pengangkutan dan pengeluaran seterusnya menyebab harga perkhidmatan turut meningkat. Situasi ini memberi tekanan kepada kuasa beli rakyat serta mencabar kemampuan sesebuah kerajaan dalam menguruskan subsidi dan inflasi. Oleh itu, Timbalan Yang Di-Pertua, semua pihak perlu mengambil pengajaran dengan memperkukuhkan perancangan ekonomi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil serta mencepatkan penggunaan tenaga alternatif yang lebih mampan.
Langkah ini penting bagi memastikan ekonomi negeri lebih berdaya tahan dan tidak terkesan oleh turun naik harga minyak di pasaran dunia. Justeru, Pasir Panjang ingin menggesa Kerajaan Negeri segera menubuhkan sebuah task force atau Jawatankuasa bertindak yang dianggotai oleh pakar dalam pelbagai bidang, berbagai bidang kritikal, ekonomi kewangan, oil and gas dan mereka ini diberi tanggungjawab untuk merangka strategi jangka pendek dan juga strategi jangka panjang bagi menangani impak peningkatan mendadak harga minyak dan krisis tenaga global serta mencadangkan langkah-langkah segera yang spesifik bagi membantu rakyat yang terkesan.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam perenggan ke-19, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah menegaskan kepentingan ekonomi biru sebagai satu model pembangunan masa hadapan yang lestari. Ekonomi biru sangat penting kepada Negeri Perak kerana ia bukan sahaja menjana ekonomi dan pekerjaan tetapi juga memastikan penggunaan sumber laut secara mampan dan meningkatkan kedudukan negeri diperingkat global. Di Dun Pasir Panjang khususnya, ekonomi, ekonomi biru sangat penting kerana ia menjadi tulang belakang ekonomi tempatan melalui perikanan, akuakultur, pelancongan dan industri maritim disamping memastikan kelestarian alam sekitar. Namun, realiti dilapangan menunjukkan bahawa kebanyakan nelayan masih menggunakan kaedah, kaedah tradisional dan akses yang begitu terhad kepada teknologi moden seperti sistem pengesanan ikan, peralatan tangkapan yang lebih efisien serta kemudahan penyimpanan yang mampu mengekalkan kualiti hasil tangkapan. Akibatnya, hasil yang diperolehi tidak dapat dimaksimumkan dari segi nilai dan sebahagian daripadanya terpaksa dijual pada harga yang rendah kepada peraih. Justeru, ekonomi biru mesti diterjemahkan kepada program yang benar-benar berupaya meningkatkan pendapatan nelayan. Sebagai contoh, kerajaan boleh membangunkan pusat pemprosesan hasil laut di kawasan pesisir Pasir Panjang yang dilengkapi dengan kemudahan pembekuan dan nelayan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada penjualan hasil mentah, sebaliknya dapat menjana nilai tambah kepada produk hiliran seperti ikan sejuk beku, produk berasaskan makanan laut dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa ini, Pasir Panjang berpandangan bahawa negara ataupun negeri umat Islam mempunyai satu kekuatan yang tidak dimiliki oleh sistem ekonomi yang lain iaitu instrumen ekonomi Islam seperti zakat, wakaf dan dana warrahmah. Justeru, Pasir Panjang mencadangkan instrument-instrumen ini dimanfaatkan secara strategik untuk membangunkan ekonomi rakyat. Zakat sebagai contoh, tidak seharusnya dilihat hanya sebagai bantuan kebajikan jangka pendek, sebaliknya zakat perlu diangkat sebagai instrumen pembangunan ekonomi yang mampu mengubah kedudukan penerima daripada sekadar penerima bantuan kepada penyumbang kepada ekonomi. Dalam konteks hal panjang, zakat boleh digunakan untuk membantu nelayan mendapatkan bot yang lebih selamat, enjin yang lebih baik yang mampu meningkatkan tangkapan dan mengurangkan kos operasi mereka dalam jangka masa yang panjang.
Selain itu, zakat juga boleh disalurkan dalam bentuk penyediaan peralatan moden seperti alat pengesan ikan, pukat yang lebih berkualiti serta kemudahan penyimpanan, penyimpanan sejuk yang dapat mengurangkan kerugian akibat kerosakan hasil tangkapan. Dalam masa yang sama, zakat boleh digunakan untuk membiayai latihan keusahawanan kepada nelayan dan keluarga mereka supaya mereka dapat menceburi aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan pemasaran produk makanan laut. Timbalan Yang di-Pertua, bagi sektor pertanian di kawasan berhampiran pula, wang zakat boleh digunakan untuk menyediakan input pertanian seperti benih yang berkualiti, baja dan sistem pengairan yang moden yang dapat meningkatkan hasil dan produktiviti. Pendekatan ini akan memastikan bahawa bantuan yang diberikan tidak bersifat sementara tetapi mampu menjana pendapatan yang berterusan.
Selain zakat, wakaf juga mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyokong pembangunan ekonomi rakyat secara mampan. Sebagai contoh, tanah yang diwakafkan boleh digunakan untuk membangun pusat pengumpulan hasil laut, stor penyimpanan sejuk atau bahkan kompleks pemprosesan makanan yang diurus secara professional. Hasil daripada aset wakaf ini kemudiannya boleh disalurkan kepada masyarakat dalam bentuk peluang pekerjaan dan sokongan ekonomi yang lain. Dalam masa yang sama, Pasir Panjang juga ingin mencadangkan agar dana Warrahmah iaitu hasil daripada denda atau penalti yang dikenakan oleh institusi kewangan Islam dimanfaatkan secara lebih strategik untuk menyelesaikan isu-isu Infrastruktur kecil tetapi kritikal di kawasan-kawasan luar bandar. Di Pasir Panjang dan juga di tempat-tempat lain, antara isu yang sering dibangkitkan oleh rakyat ialah keadaan jalan yang tidak baik, jalan berlubang, jalan rosak, pelantar nelayan yang rosak, tidak dibaiki serta kemudahan awam yang tidak diselenggara dengan baik. Sekiranya dana Warrahmah ini dapat disalurkan untuk tujuan baik pulih jalan, pembaikan jeti nelayan serta penyelenggaraan sistem saliran, maka ia akan memberi impak langsung kepada kehidupan rakyat. Pendekatan ini bukan sahaja praktikal tetapi juga selari dengan prinsip keadilan dalam Islam dimana hasil dari pelanggaran undang-undang dikembalikan kepada masyarakat dalam bentuk manfaat yang nyata.
Timbalan Yang di-Pertua, kesemua pendekatan ini perlu dilaksanakan dalam kerangka Maqasid Syariah. Pemilikan harta, menuntut agar pendapatan rakyat dilindungi dan dipertingkatkan. Pemeliharaan nyawa, menuntut agar keperluan asas seperti makanan dapat dijamin manakala prinsip keadilan menuntut agar pembangunan tidak hanya tertumpu kepada golongan di kawasan tertentu tetapi diagihkan secara adil dan saksama kepada seluruh rakyat. Sebelum mengakhiri perbahasan titah Diraja pada hari ini, Pasir Panjang membawa suara rakyat di Pasir Panjang khususnya Daerah Manjung amnya yang bertanyakan status terkini projek-projek berikut yang pernah dibawa ke sidang Dewan Negeri Perak yang lepas. Yang pertama sekali ialah tentang pembinaan Pejabat Agama Daerah Manjung. Di Manjung seperti mana yang kita tahu belum ada pejabat agama daerah dan pernah disebut oleh Yang Amat Berhormat bahawa akan dibina tetapi kita nak tahu, rakyat nak tahu apa status sekarang. Yang kedua ialah pembinaan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung juga tidak ada Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah peringkat daerah di Manjung. Jadi kita, rakyat nak tahu apa status pembinaan tersebut. Pernah disebut oleh…oleh Yang Berhormat dalam dalam…dalam Dewan ini dan kemudian cadangan untuk mewujudkan Kolej Tingkatan Enam di Daerah Manjung. Rakyat nak tahu apa status yang sekarang dan kemudian permohonan mewujudkan SBP, Sekolah Berasrama Penuh yang telah lama disuarakan. Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM telah lama disuarakan tetapi dah berapa penggal dah, belum lagi menampakkan sebarang tanda-tanda untuk diwujudkan dan hasil daripada itu, baru-baru ni bila diumumkan keputusan peperiksaan SPM, Manjung menduduki tangga ke-12 dengan Gred Purata 4.87.
Dari Manjung ni ramai, Daerah Manjung ni ramai orang cerdik, anak-anak orang cerdik, anak-anak yang cerdik tetapi Manjung mereka tidak dapat mengharumkan Manjung tetapi mereka mengharumkan daerah-daerah di sebelah. Hah tengok Perak Tengah menduduki tempat yang pertama, 4.04 gred purata diikuti dengan Kuala Kangsar dan semua daerah-daerah ini merupakan daerah yang di sana ada Sekolah Berasrama Penuh ataupun Maktab Rendah Sains MARA. Jadi orang-orang Manjung, rakyat Pasir Panjang menuntut supaya dibina sebuah Sekolah Berasrama Penuh ataupun MRSM di Daerah Manjung dan kemudian setelah diluluskan dan telah diberi janji untuk membaik pulih sebuah bangunan untuk tadika Islam di Felcra Gugusan Lekir. Saya pernah bawa dalam Dewan ini, keadaan sungguh sesak bangunan tidak selesa dan Menteri Besar telah menyatakan bahawa akan dibaik pulih sebuah bangunan dan akan bermula, akan dipindahkan tadika tersebut pada Januari 2026 tetapi hingga hari ini belum apa-apa dilakukan di situ. Jadi kita nak tahu apa statusnya dan kemudian tahniah kepada KPKT yang telah, yang telah pada akhirnya sudah saya bawa isu ini selama 3 kali berturut-turut dalam Dewan ini, Perumahan Perakku Batu 14, dah sudah mula diduduki oleh…oleh penghuni di situ tetapi sekarang yang menjadi persoalan-persoalan penduduk ialah Perumahan Perak Batu 10 yang tidak disempurnakan pembinaannya dan ditinggalkan terbengkalai di situ. Jadi kita nak tahu saya nak tau, apakah statusnya? Siapakah yang bertanggungjawab? Adakah ia akan ditinggalkan di situ? Satu pembaziran yang sangat nyata. Jadi kita nak tahu apa statusnya?
Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa sesebuah kerajaan tidak boleh hanya diukur oleh angka pertumbuhan ekonomi dan jumlah pelaburan yang diumumkan. Sebaliknya, kejayaan sebenar ialah apabila rakyat di bawah merasai perubahan yang nyata dalam kehidupan mereka. Jika peniaga dan nelayan masih bergelut dengan kos operasi. Jika petani masih tertekan dengan kos pengeluaran dan jika rakyat masih terbeban dengan kos sara hidup, maka kita perlu berani mengakui bahawa masih terdapat ruang yang besar untuk penambahbaikan secara keseluruhan. Sekiranya kita benar-benar ingin membina sebuah negeri yang sejahtera, maka dasar yang dilaksanakan mestilah berpaksikan kepada keadilan inklusiviti dan nilai-nilai Islam yang sebenar. Hanya dengan pendekatan ini, kita mampu memastikan bahawa setiap dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan bukan sekadar menjadi angka yang indah dilihat di atas kertas. Timbalan Yang di-Pertua Pasir Panjang menjunjung kasih dan menyokong penuh Titah Diraja. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Astaka untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua. Salam Perpaduan, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia Madani kepada semua Adun, pegawai-pegawai agensi, rakan media dan seluruh rakyat negeri Perak yang tengah mengikuti siaran langsung di atas talian. Timbalan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah atas Titah Diraja Tuanku yang telah dizahirkan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Kelima Belas semalam. Sesungguhnya setiap patah perkataan dalam Titah Tuanku, mencerminkan kebijaksanaan, keprihatinan serta pandangan jauh seorang Raja Berperlembagaan yang sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negeri sebagai keutamaan tertinggi. Timbalan Yang Di-Pertua, pertama sekali, saya ingin menegaskan Astaka terbuka untuk dicelah dan ditanya soalan bukan seperti Ketua Pembangkang Gunung Semanggol.
Izinkan saya menyentuh terlebih dahulu mengenai prestasi Kerajaan Negeri Perak yang pada hemat saya amat memberangsangkan dan harus diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita menyaksikan satu kesinambungan dasar yang jelas pentadbiran yang stabil serta pengurusan ekonomi yang berhemah yang akhirnya menghasilkan impak positif kepada negeri dan rakyat. Dari sudut pertumbuhan ekonomi, negeri Perak telah mencatatkan perkembangan yang stabil dan untuk peringkat Persekutuan Malaysia pula mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 5.2% lebih tinggi daripada unjuran 4.8%. Ini mencerminkan daya tahan ekonomi negeri dan negara serta keberkesanan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan yang turut telah mendapat pengiktirafan semua pihak.
Timbalan Yang di-Pertua, di sini saya ingin berkongsi tentang pengiktirafan yang kita terima bukan sahaja di dalam Titah Tuanku ataupun yang diwarwarkan oleh Kerajaan Negeri tetapi mendapat pengiktirafan daripada media antarabangsa. Yang pertama sekali, Reuters mengatakan dengan izin Malaysia's economic grows at fastest pace in three years in 2025 exceeding expectations. Keduanya, Human Resources mengatakan South East Asia Rising Investment Appeal. Malaysia leads the way among developing countries in 2026. Ni menyatakan global secara antarabangsanya semua sekarang lebih yakin dengan negara Malaysia dan Malaysia juga dalam Global Opportunity Index 2026 di rank di rank di tempatkan di tempat ke-23 oleh Seasia Stats, di mana mereka mengatakan Malaysia has emerged as a top performing Southeast Asian Nations in the 2026 Global Opportunity Index. Bukan itu sahaja, kalau Pembangkang kata ini semua adalah angka yang tidak dapat dirasai oleh rakyat. Di sini kita boleh nampak kita punya Ringgit Malaysia adalah performance terbaik yang dikatakan oleh The Edge Malaysia. Ringgit Stage Comeback Among Asia's Best Performers. Saya quote di sini The Ringgit dengan izin has stage a strong come back rising from around the seven for seventy level against the US dollar a few years ago to the three ninety level currently. Daripada 3 tahun yang sebelum ini, kita ada di 1 USD ke tukar RM4.70. Dan pada tahun ini adalah di sekitar RM3.90. Ini adalah dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Ada lagi laporan-laporan yang banyak yang telah diliputi oleh media antarabangsa dan ini pula Laporan Daya Saing Dunia 2025 di mana Malaysia melonjak 11 tangga ke kedudukan ke-23. Ini adalah semua bukti di mana negara dan negeri kita adalah di atas landasan yang betul.
Timbalan Yang di-Pertua lebih penting sekali, pembangunan ekonomi ini tidak bersifat tertumpu ataupun eksklusif. Ia merangkumi semua negeri di mana negeri Perak antara negeri yang menerima manfaat dan sokongan daripada Kerajaan Persekutuan. Ini termasuklah suntikan dana sebanyak RM124.7 juta untuk pembangunan Taman Perindustrian Halal ataupun dengan izin Halal Industrial Park di Lekir. Walaubagai mana pun Timbalan Yang di-Pertua saya mohon bahawa dana tersebut boleh di pertingkatkan oleh Kerajaan Persekutuan supaya projek industrial halal bertaraf flagship ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Di samping itu, kita juga menyaksikan peningkatan ekonomi aktiviti ekonomi di kawasan luar bandar dan separa bandar termasuklah pembangunan Perak HIP, LuMIC, KIGIP dan sebagainya. Ini adalah bukti bahawa dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan adalah menyeluruh dengan mengambil kira keperluan seluruh negeri. Timbalan Yang di-Pertua, lebih membanggakan lagi, negeri Perak telah berjaya mencatatkan nilai pelaburan yang tertinggi dalam sejarahnya iaitu RM15.75 bilion yang dipersoalkan oleh Yang Berhormat Alor Pongsu tadi.
Ya, saya…
Ya Alor Pongsu.
Sebab dah disebut tadi kan? Ok bila bercakap tentang pertumbuhan ekonomi dunia setuju ke Astaka dengan saya, dengan data yang saya akan bacakan ini. Pertumbuhan negeri Perak daripada 2011 hingga 2015, Malaysia di kadar 5.8% Perak tinggi daripada Malaysia 6.1%. Very Good. 2016 sehingga 2020, Malaysia 2.8% Perak lebih tinggi 3.3%. Hebat. Namun, Post Covid, 2021 hingga 2024. Pertumbuhan ekonomi negara 5.2%. Perak tinggal 3.8%. Jadi apakah signifikan data ni? Kita ni graf kita naik ke kita menurun? Jadi pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya kita mesti sekata ataupun setara dengan pertumbuhan ekonomi negara. Kemudian yang kedua, tentang pelaburan. Saya dah sebut dengan Behrang tadi ke Behrang ke siapa tadi tentang pelaburan yang diluluskan itu confirm. Itu bukan cakap kedai kopi ya. Bukan pergi ke negara asing, sembang…sembang…sembang kita bawa balik RM110 juta pelaburan. Itu belum diluluskan. Kita sebagai pembuat dasar ataupun YB-YB ni kena pegang kepada laporan MITI pelaburan diluluskan. Ok, saya steady. Walaupun makna naiklah dulu saya sebut end of December RM8 billion. Behrang sebut tadi baru ni kan, yang latest RM15 billion. Very good. Tapi boleh tak kita compare notes. Saya tak dengki. Dulu masa bentang belanjawan, Kota Tampan, kata dengki la bukan-bukan. Kedah negeri yang ada sawah sahaja, pelaburan diluluskan RM48 billion. Tentu ada faktor-faktor baik yang dibawa oleh Kedah menyebabkan pelabur tertarik pada mereka. Adakah Perak akan mengikuti langkah Kedah? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Alor Pongsu dengan cara menanya soalan ataupun berhujah begitu sopan santun memang jauh lebih hebat daripada Gunong Semanggol. Saya cadangkan kalau nak tukar Ketua Pembangkang, Alor Pongsu seorang calon yang lebih sesuai daripada Gunong Semanggol.
Reset. reset
Reset...reset ini istilah baru sekarang.
Astaka ini Semanggol tak bagi celah. Tapi bila ucap dia tak ada di sini, mentioning pun dia tak
Gunung Semanggol tak bagi celah.
Minta dia masuk sini balik.
Baik, terima kasih Alor Pongsu dan ini memang satu perkara yang kita kena lihat dan saya percaya Kerajaan Negeri Perak ada satu pelan ataupun perancangan yang cukup rapi di setiap tempat. Kita ada satu projek ataupun pembangunan yang semua sedang menanti-nantikan sepertimana yang saya sebutkan tadi. Di Manjung, kita ada Perak HIP dengan LuMIC. Di utara kita ada KIGIP, di sebelah tengah di Kinta, kita ada SVTP dan juga apa yang disebutkan tadi memang betul. Pelaburan yang BYD ini, sekarang kita nampak. Nanti akan juga saya akan masukkan di mana kita ada AHTV di Tanjong Malim. So, saya percaya pertumbuhan ekonomi ini pasti akan lebih positif untuk negeri Perak. Sekiranya pembangunan ini semua boleh dijayakan. Nanti saya akan masuk isu BYD nanti. Tapi mohon saya boleh teruskan perbahasan saya.
Timbalan Yang di-Pertua, kejayaan ini tidak datang secara kebetulan. Ia adalah hasil daripada usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan ekosistem pelaburan yang kondusif serta memastikan kestabilan dasar. Dalam hal ini, kestabilan politik negeri memainkan peranan yang amat penting. Pelabur tidak hanya melihat kepada insentif tetapi juga kepada keyakinan jangka panjang terhadap pentadbiran sesebuah negeri. Pelaburan ini merangkumi pelbagai sektor strategik termasuk teknologi tinggi, tenaga boleh diperbaharui serta sektor pengeluaran. Kehadiran pelabur dalam sektor-sektor ini bukan sahaja membawa masuk modal tetapi juga teknologi kepakaran serta peluang pekerjaan berkualiti tinggi kepada rakyat tempatan. Seperti dalam Titah
Tuanku dalam krisis tenaga yang dialami, kita harus menggalakkan pembangunan industri dalam tenaga boleh diperbaharui.
Timbalan Yang di-Pertua, baru-baru ini memang ramai kita menerima pertanyaan berkaitan dengan pelaburan BYD yang juga diperbahaskan oleh Yang Berhormat Behrang, yang ditanya oleh Yang Berhormat Alor Pongsu. Ini memang satu isu yang hangat diperdebatkan di luar sana kerana kita mendengar seolah-olahnya ada rintangan yang dihadapi oleh BYD iaitu syarat-syarat yang ditetapkan oleh MITI. Kita difahamkan dari laporan The Edge yang katanya, syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh BYD ini adalah keperluan untuk BYD mengeksport sebanyak 80% daripada jumlah kenderaan yang dikeluarkan di Tanjong Malim dan 20% ini bakinya perlu di jual dengan harga RM200 ribu seunit bagi pasaran tempatan. Timbalan Yang di-Pertua memang kita harus mengikuti isu ini dan membangkitkan di Dewan yang mulia ini kerana bukan senang kita mendapat pelaburan seperti BYD ke negeri kita dan AHTV ini memang satu projek yang mana akan jadi salah satu industri utama automobil bukan sahaja di negeri kita tetapi serantau ASEAN ini. Kalau kata syarat syarat yang sebegini pada hemat saya tidak munasabah. Kalau kita nampak di sini, harga RM200 ribu unit kereta EV kita nampak di Titah Tuanku. Kita harus secara beransur-ansur peralihan ke tenaga diperbaharui. Kalau satu kereta, satu unit RM200 ribu. Ini tidak masuk akal.
Timbalan Yang di-Pertua dan juga kenapa BYD sahaja? Sedangkan di negara kita sekarang juga ada jenama jenama lain baik tempatan ataupun luar negara. Proton ada kereta EV serendah RM60 ribu kalau untuk jenama-jenama lain. Kalau syarat ini ditetapkan untuk BYD, kenapa contohnya jenama Toyota boleh lancarkan baru-baru ini, kenderaan EV berharga RM198 ribu, I-car dia punya harga RM119 ribu. Dongfeng RM171 ribu dan lagi satu model Dongfeng Vigo. C-Segmen EV SUV hanya RM110 ribu. Maksudnya jenama-jenama lain tidak dikenakan syarat sebegini. Kenapa BYD yang ingin membuka kilang di negeri Perak ditetapkan syarat seketat sebegini? Ini memang memerlukan satu penjelasan mungkin daripada YB Exco ataupun pegawai-pegawai yang berkenaan kerana kita fikir kalau Negeri Perak, kita nak maju mestilah pelaburan yang sudah berminat, sudah membuat permohonan. Kita harus memberi fasiliti dan bukannya menyusahkan pelaburan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua, dari segi pelancongan, Negeri Perak juga menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan di mana Perak mencatatkan kejayaan luar biasa dengan menjadi negeri paling banyak dikunjungi pelancong domestik. Merekodkan 10.2 juta pelancong pada tahun 2024. Ini mewakili peningkatan ketara sebanyak 36.1% berbanding tahun sebelumnya. Kejayaan ini didorong oleh kempen Tahun Melawat Perak 2024 yang begitu berjaya. Peningkatan ini memberi kesan langsung kepada ekonomi rakyat di negeri Perak di mana peniaga kecil, pengusaha hotel, pemilik restoran serta pengusaha pelancongan dapat manfaat daripada pertambahan pelancong. Timbalan Yang di-Pertua kita harus meneruskan pencapaian yang baik ini dengan membangunkan semula tempat-tempat pelancongan yang sedia ada seperti bandar Lumut yang sudah lama menjadi destinasi pelancongan tetapi kini mengalami sedikit kemerosotan kerana fasiliti-fasiliti yang kian lama termasuklah hotel-hotel yang tidak dapat mengikut perkembangan masa.
Dato' Seri Yang di-Pertua, satu lagi pencapaian yang amat significant ialah keupayaan Kerajaan Negeri untuk mencatatkan lebihan belanjawan selama empat tahun berturut-turut dalam keadaan banyak kerajaan berdepan defisit. Pencapaian ini menunjukkan tahap disiplin fiskal yang tinggi serta kecekapan dalam pengurusan kewangan. Lebihan ini diharapkan dapat digunakan untuk membantu rakyat yang mengalami kesusahan terutamanya pada masa yang mencabar sekarang.
Astaka, sikit ya.
Ya Alor Pongsu.
Ok. Di awal-awal sidang di dewan, di Dun ini saya dah sebutkan, rakyat sebenarnya dia tak kisah sangat tentang angka ni, dia kira berapa dia dapat. Berapa yang masuk poket dia? Berapa yang dia boleh bawa balik ke rumah? Jadi saya nak tanya Astaka setuju tak dengan saya?. Masa bulan puasa, saya pergi sembahyang orang Islam sembahyang terawih. Saya sebut, saya nak petani-petani di sana dengar saya sebut ini. Surau Parit Sulaiman, Parit Husin, Parit Hasan, Parit Sungai Dungun, Parit Jawa, Parit Jamin, Pakji Napis, Pandak Putih. Dengan kejayaan yang disebut oleh Astaka tadi dengan kerajaan surplus dan sebagainya. Adakah petani-petani di kawasan saya sebut ini adakah mereka hidup sejahtera? Dah tiga musim tak ada hasil. Di Alor Pongsu ada tujuh musim tau, dapat sikit saja padi semua. Saya nak minta macam ni je, usaha bagus. Saya setuju dengan Astaka. Kerajaan Negeri buat usaha semua soalan saya please jawab. Sejahterakah petani-petani yang saya sebut di kawasan saya ini? Sebab Perak sejahtera kan, so kita kena tanya sejahtera ke tidak.
Saya beri laluan kepada Bercham dulu ya.
Ya. Terima kasih kepada Astaka secara automatik beri laluan kepada saya. Terima kasih. Balik ke bab pelancongan di kawasan Manjung di Astaka. Setujukah kalau kita lihat sudah ada WCE di mana membawa pelancong domestik daripada Lembah Klang untuk ke Manjung untuk melancong tetapi untuk Lebuh Raya Ipoh ke Lumut Highway ini disebabkan ada banyak kekangan traffic light. Setujukah kalau kita ambil contoh di Jalan Tambun, di mana kita menghala dari Pantai Hospital ke Bandar Sunway di Ipoh ini. Jadi untuk kurangkan bilangan trafik lah ini agar ini akan merancakkan tidak saja untuk Ipoh ke Manjung sahaja di mana tengah-tengah Tronoh ke Bota ke mana-mana pun akan merasai itu kerancakan. Apakah pandangan?
Untuk menjawab soalan Bercham ini saya memang setuju. Tapi kalau boleh kita ada satu lebuh raya yang baru dari Ipoh ke Lumut atau pun Manjung itu lagi lah diharapkan oleh penduduk-penduduk tapi kalau kita tak boleh ada satu lebuh raya baru ini mungkin merupakan satu cadangan yang sangat bernas dan juga untuk menjawab Yang Berhormat Alor Pongsu. Ya, saya rasa memang kita di sini tahu sekarang memang bebanan rakyat ini sedang meningkat. Tapi setakat hari ini perbahasan termasuklah Ketua Pembangkang ke Yang Berhormat Pembangkang semua sudah hanya menceritakan masalah tetapi tak ada cadangan. Tak ada satu working plan tak ada macam mana solusinya. Baik saya teruskan dulu Alor Pongsu di mana di sebelah sini pagi ini, Yang Berhormat Kepayang memberi satu cadangan yang begitu baik. Satu belanjawan tambahan supaya sumbangan bantuan ini boleh terus diberikan kepada rakyat. Saya ingat inilah perbezaan sebelah sini dengan sebelah sana. Dato' Seri Yang di-Pertua satu lagi.
Oh, ini sudah ok Dato' Seri Yang di-Pertua pembangunan ekonomi yang baik perlu disokong oleh pembangunan infrastruktur yang menyeluruh. Dalam hal ini, usaha yang dilaksanakan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah pimpinan Yang Berhormat Kepayang telah memberikan impak yang besar kepada rakyat. Lebih 15,000 projek prasarana awam telah dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Ia merangkumi pembaikan jalan, sistem perparitan, kemudahan komuniti serta infrastruktur asas lain. Projek-projek ini mungkin kelihatan kecil pada skala nasional tetapi kesannya amat besar kepada kehidupan harian rakyat. Astaka ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada KPKT yang telah meluluskan projek pembangunan Taman Awam Madani, Sitiawan dengan peruntukan sebanyak RM1.4 juta yang akan memberi ruang kepada masyarakat untuk beriadah, bersukan dan berinteraksi. Dalam dunia yang semakin mencabar dari segi tekanan hidup, kemudahan sebegini boleh memainkan peranan penting dalam menjaga kesejahteraan fizikal dan mental rakyat. Selain itu, penjimatan yang dilakukan oleh KPKT sebanyak RM78.5 juta juga telah membolehkan dana tersebut disalurkan semula kepada projek-projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat termasuklah menaik taraf jalan-jalan majlis di negeri Perak. Ini menunjukkan bahawa kecekapan dalam pengurusan kewangan boleh diterjemahkan kepada pembangunan yang nyata.
Dato' Yang di-Pertua, Astaka ingin juga menzahirkan penghargaan kepada KPKT yang telah meluluskan RM500 ribu bagi menaiktaraf longkang di Taman Wira Damai dan Taman Mas, Kampung Koh serta JKR yang telah meluluskan penaiktarafan culvert sedia ada. Kedua-dua projek ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah banjir kilat di taman-taman kediaman yang berdekatan. Hakikatnya, kebanyakan sistem saliran dibina berdasarkan data sejarah yang tidak lagi mencerminkan realiti semasa. Dalam menghadapi cabaran perubahan iklim ini, saya ingin mencadangkan supaya pendekatan yang lebih menyeluruh dan bersepadu diambil. Kita perlu memperkukuhkan penyelarasan antara agensi-agensi berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Perparitan dan Saliran serta Jabatan Kerja Raya. Setiap agensi mempunyai peranan masing- masing tetapi tanpa coordination dengan izin yang baik usaha yang dilaksanakan mungkin tidak mencapai kesan yang optimum.
Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, kita juga perlu mengambil kira perkembangan geopolitik global khususnya konflik di Asia Barat. Konflik ini telah memberi kesan kepada kestabilan harga minyak dan bekalan tenaga di seluruh dunia. Antaranya negara Filipina telah mengisytiharkan darurat tenaga sejak 24 Mac. Thailand mengalami mengalami kekurangan bekalan dan melaksanakan catuan minyak selain mengehadkan waktu operasi stesen minyak di sesetengah kawasan. Myanmar melaksanakan catuan kenderaan ganjil genap di jalan raya. Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka telah mengarahkan sekolah ataupun universiti ditutup untuk menjimatkan tenaga. Manakala India pula telah melaksanakan catuan gas. So bukan kita sahaja bukan negara Malaysia sahaja yang menghadapi masalah tenaga macam pembangkang tadi hanya merungut hanya membuat aduan tapi tak ada cadangan yang konstruktif. Tapi kita harus terus bersyukur kerana Malaysia sampai hari ini masih berada dalam keadaan yang aman dan harmoni dan juga mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi. Hari ini, kementerian telah mengatakan kita ada bekalan sampai bulan 6 ini sangat-sangat meyakinkan semua rakyat Malaysia dan juga pelabur. Dato' Yang di-Pertua, Kerajaan Madani kini tanggung RM7 bilion untuk subsidi petrol dan diesel sebulan untuk melindungi kesejahteraan rakyat.
Saya ingin juga mengulas tadi ada Adun pembangkang yang kata kenapa ada keuntungan tapi tidak disalurkan kepada rakyat. Subsidi RM7 bilion ini telah meningkat dari RM3 bilion ke RM4 bilion ke RM7 bilion. Adakah ini tidak dirasai atau pun dikongsi dengan rakyat. Saya rasa pembangkang ini hanya nak memutar belitkan apa yang telah dilakukan supaya kita boleh membuat perbandingan untuk negeri Perak. Satu tahun kita punya belanjawan RM1.61 bilion tetapi subsidi satu bulan sekarang mencecah RM7 bilion. Adakah ini bukan satu angka yang begitu besar? Saya rasa rata-rata rakyat Malaysia masih menikmati harga minyak RON 95 yang antara paling murah sekarang di seluruh dunia pada harga RM1.99 seliter lebih murah daripada Saudi Arabia. Saudi Arab pun lagi mahal 2.51 kalau tak silap saya, BUDI diesel juga meningkat daripada RM200.00 ke RM400.00. 20 jenis pengangkutan darat awam masih diberi flipcard dengan izin untuk subsidi diesel dan inilah antara sebab Malaysia masih berjaya mengawal harga barang dan inflasi. Namun, ini tidak bermakna kita boleh berasa selesa. Krisis tenaga boleh berlaku dengan cepat dan kita perlu bersedia dan kita faham memang tekanan yang dihadapi oleh pengguna diesel ini semakin tinggi termasuklah penggunaan kereta diesel pickup oleh peniaga kecil di luar bandar termasuklah kawasan saya atau pun lori pengangkutan oleh PMKS nelayan bot Sea 2 yang tidak mendapat subsidi diesel serta kenderaan di sesetengah tempat ibadat atau pun NGO-NGO walaupun mereka tidak bermotifkan keuntungan.
Oleh itu, saya cadang kepada Kerajaan Persekutuan dapat memperluaskan BUDI diesel ini kepada kategori-kategori di atas supaya harga barang dan beban rakyat dapat diringankan. Sehubungan itu, pesanan Tuanku agar rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat dan bantu mengurangkan penggunaan tenaga adalah amat relevan dan malangnya dalam keadaan yang memerlukan perpaduan dan kerjasama, masih terdapat pihak yang memilih untuk bermain politik sempit. Saya beri contoh ada pihak ada 4 MB yang masih berdegil dan menganjurkan konvoi membazirkan tenaga mencetuskan ketegangan dan cuba…cuba meraih perhatian politik sedangkan isu-isu sebenar adalah seperti mengenai penyeludupan minyak ataupun peningkatan harga sedunia. Inilah konvoi bersama empat MB yang diadakan pada 4hb April. Masih berdegil kata ini adalah guna wang sendiri bukan dana kerajaan. Nasib baik sekarang kita punya netizen pun bagi satu pandangan yang sangat-sangat bernas dan bukan diperalatkan oleh pembangkang ini. Mereka kata dengan keadaan sekarang ini...ni tak ada kepekaan langsung. Lepas ini BUDI 95 habis awal, confirm maki kerajaan. Sini guna perkataan bodoh tapi tak bolehlah...saya guna kurang cerdik. Ini ketua pembangkang Gunong Semanggol kata naik motosikal dikatakan membazir minyak. Habis naik helikopter guna apa? air ke? Gunong Semanggol tak ada sekarang. Tapi saya tak tak perlu menjawab kerana di bawahnya komen netizen sudah menjawab. Mereka kata seorang VIP yang hebat, tulis macam ni dalam Facebook. Ayat macam serupa orang tak bersekolah. Itu kepada Gunong Semanggol. Mereka kata urusan kerja dan merempit pun tak tahu nak beza. Inilah tanggungjawab pembangkang ini adalah untuk buat check and balance tetapi mereka cuba untuk mengapi-apikan rakyat dan cuba mengelirukan rakyat.
Sini satu lagi, ini saya petik daripada Harakah Daily. 'Isu minyak, beban rakyat, kerajaan patut jangka awal'. Ini daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim. Ini adalah satu krisis sedunia. Macam mana negara kita sendiri boleh menjangka awal. Ini adalah alasan...saya tak tahu macam mana nak...saya kata kurang cerdiklah. Satu lagi Presiden PAS kata tiada sebab harga minyak di Malaysia boleh naik, seolah-olah Malaysia hanya berurusan niaga dengan diri sendiri, bukannya dengan sedunia. Ini semua adalah kenyataan-kenyataan yang tidak berdasarkan fakta dan ini perlu kita lihat kalau rakyat kita perlu menilai adakah kita ingin pemimpin-pemimpin sebegini dan ini juga menunjukkan perbezaan antara politik yang bertanggungjawab dan politik yang hanya mementingkan populariti.
YB...YB, masa sebenarnya dah habis.
Ya Dato' Seri.
Minta simpulkan.
Satu lagi isu yang penting. Saya singkatkan, saya ringkaskan iaitu isu perlombongan bitcoin di daerah Manjung. Dalam konteks penjimatan tenaga ini, saya juga ingin membangkitkan satu isu yang semakin membimbangkan iaitu pencurian elektrik untuk kegiatan bitcoin di daerah Manjung. Ya Tronoh.
Yang Berhormat, boleh saya mencelah. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Cuma saya ingin bertanya kepada apakah pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh seorang Adun tadi yang mengatakan bahawa beliau menggunakan 800 liter, 800 liter minyak RON 95 di... sebagai seorang Adun dan mengatakan bahawa 200 liter itu tidak mencukupi dan kalau kita tengok sebenarnya 800 liter secara pengiraan dia. Ok, 800 meter itu, kalau kita sehari, dalam 800 liter untuk kalau katakan kereta itu, dia mampu satu liter 10 km, ok. Dia boleh jalan 8 ribu km. 8 ribu KM itu kalau kita bahagikan dengan 30, satu hari lebih kurang 300 kilometer dia jalan. Jadi, saya tak…saya tak pasti sama ada Adun itu menipu di dalam Dewan yang mulia ini atau tidak. Apakah pandangan Yang Berhormat.
YB, sebelum YB jawab, YB tinggal empat minit. Ya.
Terima kasih Yang Berhormat Tronoh. Memang saya pun tak faham macam mana pengiraan dia. Sebab saya kalau dari Setiawan pergi ke Kuala Lumpur, 300km lah. Lebih kurang begitu. Maksudnya mungkin Yang Berhormat Kubu Gajah kan tadi. Kubu Gajah, dia berulang alik KL dengan kawasan setiap hari kot. Saya tak boleh nak cakap apa-apa. Ini adalah…
Changkat Jong, Changkat Jong.
Changkat Jong. Saya mohon maaf kepada Kubu Gajah. Tapi ini pernyataan beliau. Tapi saya juga codelah Titah Tuanku, kita harus melalui detik yang sukar bagi mencabar dengan mengamalkan sifat berhemah dan berjimat-cermat. Mungkin Changkat Jong kena berjimat-cermat sikitlah. Jangan kita bazirkan minyak sekarang. Saya sudah nak landing Dato’ Seri Yang di-Pertua, tadi saya kata untuk gejala…bitcoin…
Bitcoin, bitcoin.
Ya, bitcoin. Dato’ Seri Yang di-Pertua, sekarang memang jadi satu isu yang serius di mana tadi Yang Berhormat Pangkor pun membangkitkan. Sekarang pemilik-pemilik premis sebenarnya menjadi mangsa. Kalau dulu mereka kata pemilik premis menyewa premis kepada orang-orang yang menjalankan aktiviti bitcoin. Sekarang, sindiket ini adalah secara haram ataupun secara tidak sahnya masuk ke premis-premis ini dan menggunakan premis-premis tanpa kebenaran daripada pemilik premis tetapi nanti apabila TNB nak kira untuk…bukan denda, dia kata kehilangan pendapatan tu, dia akan kira ke atas pemilik premis. Ini sudah menjadi satu masalah sosial di mana penggunaan elektrik adalah begitu tinggi dan mengakibatkan gangguan elektrik yang berterusan di satu-satu yang di kawasan yang berdekatan. Ada kawasan satu hari, 4-5 kali putus elektrik kerana di sebelahnya, ada bitcoin. Hah. Ini dah jadi satu masalah sosial. Kerugian ditanggung oleh orang orang yang tidak bersalah. Oleh itu, saya menyeru TNB, PDRM dan agensi yang berkenaan perlu mengambil satu tindakan yang tegas untuk membanteras gejala bitcoin mining secara haram ini.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin menegaskan sebagai wakil rakyat kita perlu memastikan bahawa setiap dasar yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kita perlu terus memperkukuhkan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat, menangani cabaran perubahan iklim serta bersedia menghadapi ketidaktentuan global. Dengan itu, saya sekali lagi menjunjung kasih ke atas Titah DiRaja dan nyatakan sokongan penuh kepada usaha kerajaan negeri dalam membawa Negeri Perak ke arah masa depan yang lebih makmur, sejahtera dan mampan. Astaka mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan astaka yang telah menamatkan perbahasan beliau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Changkat Jering untuk memulakan perbahasan 20 minit.
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua yang memberi kepada saya peluang untuk sesi perbahasan pada kali ini. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. (Bacaan Doa). Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dari kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, semua para hadirin dan yang mengikuti perbahasan pada hari ini. Sebelum meneruskan perbahasan pada petang ini, Changkat Jering menjunjung kasih Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Yang kedua, Changkat Jering menyatakan solidariti dan sokongan sepenuhnya kepada rakyat yang ditindas dan dizalimi di Palestin yang dijajah, Gaza yang dikepung, Lubnan yang dihancurkan dan Iran yang diserang pakatan penindas Israel, Amerika Syarikat serta mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel, Amerika Syarikat ke atas Republik Islam Iran pada 28 Februari 2026 yang menyebabkan kematian lebih 1500 orang termasuk 165 pelajar perempuan di Mina.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, Changkat Jering pada petang ini membawa beberapa isu yang amat dekat di hati rakyat bukan sahaja di kawasan Changkat Jering, bahkan semua kawasan dalam negeri Perak iaitu isu pekerjaan belia dan perumahan rakyat.
Pada hakikatnya dua perkara asas kehidupan rakyat pada hari ini sedang gagal kita tangani dengan baik iaitu pekerjaan dan perumahan dan apabila kedua-duanya gagal maka yang runtuh bukan sekadar dasar tetapi masa depan generasi muda kita. Kita bercakap tentang peluang pekerjaan tetapi realitinya tidak berlaku terutama bagi kawasan luar bandar. Memang anak muda tidak kekurangan kerja. Oleh itu kadar pengangguran di Perak hanya sekitar 3% sahaja tapi kita perlu sedar yang diistilahkan pengangguran ini ianya hanya yang betul-betul tidak bekerja. Kebanyakannya mereka ini baru lepasan belajar sedang mencari pekerjaan tetapi kalau yang sudah bekerja walau pun sehari cuma 3 jam atau 4 jam iaitu bayaran upah ikut jam bekerja, yang itu dikira bukan pengangguran tetapi apa yang lebih penting lagi paling banyak berlaku tanpa kita sedari adalah berapa ramai yang bekerja tetapi mereka ini kekurangan pekerjaan yang bermaruah dan bergaji munasabah. Banyak yang under employment dengan izin gaji tak sama dengan kelulusan. Ditawarkan gaji RM1500 hingga RM2500 sedangkan mereka ini ada degree, diploma dan sijil kemahiran. Ada gaji cukup-cukup makan tetapi tidak cukup untuk membina kehidupan dan di sinilah masalah kedua muncul.
Dengan gaji sebegitu bagaimana belia mahu membeli rumah. Harga rumah contohnya di Changkat Jering pun kini mencecah sekitar RM250,000. Saya ingin bertanya secara terus kepada kerajaan adakah ini realistik untuk rakyat terutama luar bandar atau kita sebenarnya sedang membina sistem yang menolak rakyat sendiri keluar daripada peluang memiliki rumah. Inilah realiti yang pahit. Belia tidak dapat pekerjaan bergaji tinggi. Dalam masa yang sama mereka tidak mampu membeli rumah dan akhirnya mereka terpaksa keluar ke bandar. Ini bukan kebetulan. Ini adalah kegagalan struktur ekonomi negeri. Apabila belia berhijrah maka kampung semakin kosong, rumah pusaka terbiar, ekonomi tempatan menjadi lemah dan akhirnya kita kehilangan bukan sahaja tenaga kerja tetapi juga identiti komuniti luar bandar. Saya ingin tegaskan ini bukan isu individu. Ini isu dasar. Kerajaan tidak boleh lagi melihat isu pekerjaan dan perumahan secara berasingan. Kita bina rumah tetapi tiada pekerjaan. Kita wujudkan pekerjaan tetapi tiada rumah mampu milik. Akhirnya rakyat tetap tersepit.
Saya mempersoalkan Kerajaan Negeri di manakah pelan menyeluruh yang menggabungkan pekerjaan dan perumahan untuk belia? Kalau tiada, maka kita sedang merancang pembangunan tanpa hala tuju. Dato' Yang di-Pertua, saya mengemukakan cadangan yang jelas. Yang pertama wujudkan Zon Ekonomi Belia di setiap daerah yang menyediakan peluang pekerjaan sebenar bukan sekadar janji pelaburan. Kedua laksanakan Projek Perumahan Rakyat Sejahtera dengan harga bawah RM200 ribu khusus untuk belia tempatan yakni B40 dan M40. Ketiga gabungkan kedua-duanya kawasan perumahan berhampiran kawasan pekerjaan concept life work community dengan izin untuk generasi muda. Ini baru penyelesaian yang menyeluruh. Saya ingin memberi peringatan kepada Kerajaan Negeri jangan jadikan projek perumahan sebagai angka dan jangan jadikan peluang pekerjaan sekadar statistik. Rakyat hari ini bijak. Mereka melihat realiti bukan laporan. Jika kita gagal menyelesaikan dua isu ini serentak maka kesannya amat besar iaitu belia terus berhijrah, pemilikan rumah semakin merosot, jurang bandar luar bandar semakin melebar, ekonomi negeri akan terus ketinggalan dan akhirnya Perak akan kehilangan daya saing. Selagi belia tidak mempunyai pekerjaan yang stabil mereka tidak akan mampu memiliki rumah dan selagi mereka tidak mampu memiliki rumah mereka tidak akan kekal di negeri ini. Maka jika kerajaan gagal menyelesaikan isu ini hari ini jangan terkejut jika satu hari nanti kita kehilangan seluruh generasi muda di Perak dan apabila itu berlaku ia bukan lagi masalah rakyat, ia adalah kegagalan kerajaan. Bertepatan dengan Titah Tuanku belia merupakan aset dan pewaris kepimpinan masa depan.
Dato' Yang di-Pertua isu yang kedua iaitu isu air, banjir dan infrastruktur. Isu bekalan air, banjir serta infrastruktur asas masih menjadi rungutan utama penduduk terutama di Dun Changkat Jering. Terdapat kawasan yang berdepan dengan tekanan air rendah, gangguan bekalan serta sistem saliran yang tidak diselenggara dengan baik. Masalah banjir kilat juga sering berlaku terutama ketika hujan lebat melibatkan kawasan kampung dan taman perumahan seperti di sekitar Changkat Jering dan Bukit Gantang. Ini berpunca daripada longkang tersumbat, sungai yang tidak diselenggara secara berkala serta pembangunan yang tidak mengambil kira sistem perparitan yang efisien. Selain itu keadaan jalan kampung yang rosak dan berlubang turut membahayakan pengguna khususnya penunggang motosikal. Aduan berkaitan perkara ini kerap diterima namun tindakan penyelenggaraan masih belum menyeluruh.
Changkat Jering, Alor Pongsu mencelah. Bila sebut tentang bekalan air tadi dulu di Alor Pongsu masalah besar jalan raya tapi kali ini masalah air sebab Exco pun ada kat depan sebelum pergi umrah. Kita tak nafikan LAP hebat. Mana LAP Perak, LAP Kerian, LAP Taiping marvelous planning dia. Mereka dah minta bajet dah beli paip pun mungkin kalau sama dengan Changkat Jering dah beli paip pun tapi masalahnya paip yang lama berumur 25 ke 30 tahun bukan saja dah pecah, nak buat high pressure seven bar satu hari Kota Tampan tak ada saya nak sebut, 51 tempat bocor. Tambah masa hari raya orang pakai banyak dan sebagainya. LAP bagi tahu saya depa dah ada duit depa dah beli paip pun. Macam mana nak korek? Jalan Alor Pongsu ke Changkat Loba dah buat berjuta cantik dah ni. Terima kasih YB Infra. YB Infra juga JKR tapi la ni bila paip LAP nak korek nak tanam suction paip tu lokasinya di tengah-tengah line putih jalan raya tu. Sebab ni perancangan lama dulu. Jadi saya harap Changkat Jering setuju dengan saya. Surplus dah 4 tahun pendapatan dah billion-billion tauk la sikit sebab kali ni di Alor Pongsu macam Changkat Jering juga kita terpaksa cari tanah lain. Jauh daripada jalan raya YB Exco. Minta YB Exco ada tumpang dengar. Jadi saya harap Changkat Jering setuju dengan saya. Gunakanlah surplus yang hebat dan pendapatan yang hebat itu untuk baiki bekalan air di kawasan kita.
Ok terima kasih Alor Pongsu. Memanglah paip-paip lama tu masih lagi ada lagi yang lama yang tak diganti paip baru. Walau pun difahamkan banyak juga kawasan-kawasan yang paip lama telah diganti dengan paip baru. Terima kasih Alor Pongsu. Saya menggesa agar Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan mempercepatkan kerja-kerja naik taraf sistem saliran, mendalamkan sungai serta menyelenggara longkang secara berkala. Peruntukan khas juga perlu disalurkan bagi membaiki jalan kampung dan menaik taraf infrastruktur asas.
Dato' Yang di-Pertua, isu yang seterusnya, kos sara hidup dan bantuan rakyat. Isu kos sara hidup terus menjadi beban utama rakyat khususnya di Dun Changkat Jering yang majoritinya terdiri daripada golongan B40 dan M40. Kenaikan harga barangan asas seperti beras, minyak masak, ayam, sayur-sayuran dan keperluan asas yang lain memberi tekanan kepada isi rumah lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai tanggungan besar. Berdasarkan pemerhatian di lapangan, ramai penduduk mengadu perbelanjaan bulanan meningkat antara 30 hingga 40 peratus berbanding tahun sebelumnya. Walaupun pelbagai bentuk bantuan telah disalurkan oleh kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan kebajikan tapi masih terdapat kelompok yang tercicir atau tidak menerima bantuan secara konsisten. Di Changkat Jering, terdapat aduan berkaitan proses permohonan yang rumit serta ketidakselarasan data penerima. Justeru, saya mencadangkan agar mekanisma penyaluran bantuan diperkemaskan dengan penggunaan data yang lebih tepat serta penyelarasan antara agensi. Selain itu, program intervensi seperti jualan harga murah, kebun komuniti dan sokongan kepada peniaga kecil perlu diperluaskan. Kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada kawalan harga dan pemantauan rantaian bekalan agar tidak berlaku manipulasi harga oleh pihak tertentu. Pendekatan menyeluruh amat penting supaya bantuan yang diberikan benar-benar sampai kepada golongan sasaran dan mampu meringankan beban rakyat secara berkesan. Dato' Seri Yang di-Pertua…
Changkat Jering, bila sebut kebajikan dan bantuan tadi saya nak celah sikit, setuju tak Changkat Jering dengan saya, ada satu bawah sekreteriat wanita lah, sekreteriat wanita. Saya tak tahu borang Perak Prihatin ke Perak Sejahtera. Saya telefon depa kata nak hantar. Pi ambil depa kata takdak. Sekali hantar mai 10-15. Saya nak minta izin lah pihak-pihak yang berkuasa ini, mungkin YB Exco ada ka bagi kami boleh photostat ke borang tu. Soal lulus tak lulus cerita lain. Rakyat nak sangat bantuan tu. Kita bagi je isi kita himpun. Ada duit kita tambah lagi. Kita ada duit kita tambah lagi. Tapi saya sebenarnya tak larat nak telefon dah Pejabat Sekretariat Wanita saya rasa di Meru tu. Telefon nak hantar, tak hantar-hantar sampai la. Rakyat memang rindu sungguh kat borang tu. Tapi pernah sekali dihantar saya kira sendiri, ada 10 atau 15 je. Mungkin kos cetak mahal kot. Jadi Changkat Jering setuju dengan saya bagi kita cetak sendiri daripada borang yang ada tu?
Ok, terima kasih Alor Pongsu. Bila sebut tadi maksud dia tentang bantuan orang kata bakul bantuan tu, Wallahualam lah. Dikatakan setiap bulan memang ada dia beri kepada kawasan Dun. Jadi saya pun tak pastilah Adun tempat saya ni terima atau tak terima sebab saya tak nampak bakul makanan yang bulanan yang diberi itu sampai ataupun tidak kepada yang benar-benar memerlukan, terima kasih Alor Pongsu.
Seterusnya, Dato' Seri Yang di-Pertua iaitu tadbir urus tanah, projek pembangunan dan ketelusan, tadbir urus tanah dan pelaksanaan projek pembangunan perlu dilaksanakan secara telus, adil dan berintegriti. Di Dun Changkat Jering terdapat kebimbangan dalam kalangan rakyat berkaitan status tanah, kelulusan projek serta ketelusan dalam proses pembangunan. Isu seperti pertindihan pemilikan, kelewatan kelulusan geran serta kekeliruan status tanah sering dibangkitkan oleh penduduk kampung. Ini memberi kesan kepada pembangunan ekonomi setempat dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran.
Baru-baru ini Dato' Seri Yang di-Pertua, ada sekumpulan pengadu datang ke Pusat Khidmat Changkat Jering berkenaan dengan permohonan hak milik sementara tanah teroka Rancangan Tanah Berkelompok RTB Bagan Midah, Teluk Ketang, Matang. Mereka ini telah mengusahakan tanaman kelapa sawit sejak tahun 1980 lagi. Surat ada diberi kepada saya. Jadi surat permohonan untuk hak milik sementara tanah teroka di kampung tersebut pada 21 September 2020 dan surat ini dihantar kepada
Pegawai Khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan jawapan daripada Yang Amat Berhormat wakil daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang bertarikh 23 September telah dihantar kepada Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama dan dalam surat tersebut memohon pihak pejabat tanah untuk mengambil tindakan selanjutnya dan satu surat daripada Pejabat Daerah Tanah yang bertarikh 13 Disember 2021 mengatakan telah menyatakan bahawa pihak MMK telah meluluskan permohonan tersebut dan pejabat tanah pun telah melantik pihak juru ukur untuk membuat pelan susun atur tetapi sehingga kini tiada maklumat lanjut. Tiba-tiba baru-baru ini, dimaklumkan oleh penduduk yang datang ke pejabat saya, ada iaitu Jabatan Hutan telah mengarahkan mereka ini untuk mengosongkan tanah tersebut. Yang difahamkan ada syarikat yang memohon untuk mengusahakan tanah tersebut. Di sini saya mohon penjelasan pihak yang berkenaan tentang dalam isu ini. Saya mencadangkan agar proses kelulusan tanah dipermudahkan tetapi kekal telus dengan penggunaan sistem digital yang lebih efisien serta penting penyelarasan antara setiap agensi bagi mempercepatkan setiap permasalahan yang diajukan. Ketulusan dalam tadbir urus yang responsif seperti titah Tuanku bukan sahaja meningkatkan kepercayaan rakyat malah memastikan pembangunan yang dilaksanakan benar-benar memberi menafaat kepada masyarakat secara menyeluruh.
Dato' Seri Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan Changkat Jering memetik sepotong ayat Quran untuk pengajaran kita semua. (Bacaan ayat suci Al-Quran) yang bermaksud "Maha Berkat, yakni Maha serta Maha Tinggi kelebihan. Tuhan yang menguasai pemerintahan yakni dunia dan akhirat dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu", surah al-Mulk ayat 1. Pengajarannya, ayat ini mendidik hati manusia supaya tunduk dan patuh kepada syariat dan hukum Allah sebagai tanda mengakui kekuasaannya. Allah Subhanahu Wataala menganugerahi kekuasaan sementara kepada manusia untuk manusia mentadbir urus dunia dengan keadilan berlandaskan syariat Ilahi. Malangnya, segelintir manusia apabila diamanahkan dengan tanggungjawab kepimpinan tergamak menyalahgunakan kuasa hingga ke peringkat menzalimi orang lain, menipu dan menyeleweng dana awam, melakukan rasuah dan bersifat tamak mengaut keuntungan terlupa bahawa kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan akan dipersoalkan pada hari kebangkitan kelak. Sekian Changkat Jering menjunjung kasih titah ucapan Tuanku. Wallahhualam, Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Changkat Jering yang menamatkan bahasan beliau dalam tempoh waktu yang diberikan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk memulakan perbahasan. Dua puluh minit dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim, Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang Kerajaan Negeri, Dato' Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua jabatan Kerajaan Persekutuan dan negeri, pengamal media, pemerhati sama ada yang berada di dalam ataupun yang di luar dewan termasuk yang mengikuti perbahasan sama ada di dalam atau di luar Dewan, penduduk atau rakyat di kawasan saya di Dun Pengkalan Baharu yang saya hormati lagi sayangi, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera. Tidak kelewatan juga saya merasakan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada seluruh rakan-rakan ataupun seluruh umat Islam yang berada di dalam dewan dan di luar Dewan.
Semalam kita semua telah mendengar titah ucapan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak semasa baginda merasmikan pembukaan Sidang Dewan Negeri Perak bagi Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Sidang Dewan Negeri yang Kelia Belas. Saya dengan penuh takzimnya menjunjung kasih dan menzahirkan bahawa isu-isu berkaitan rakyat amat dekat di hati baginda. Seringkali baginda mengingatkan kita semua agar lebih bersedia menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku memandangkan peperangan ataupun konflik di Timur Tengah boleh merencatkan ekonomi global yang turut dirasai oleh hampir kesemua negara. Tidak terkecuali negara kita Malaysia dan khasnya di negeri Perak. Konflik di Timur Tengah ditakuti akan berlakunya krisis ekonomi dunia dalam tempoh yang sukar untuk dijangkakan yang akan membawa impak kepada peningkatan kos logistik dan pengangkutan susulan faktor keselamatan.
Di dalam hal yang berkaitan dengan itu baginda sering sangat bimbang nasib rakyat jelata akan terkesan dengan kenaikan kadar bahan api, peningkatan kos sara hidup, kehidupan, kekurangan bahan makanan serta lain-lain faktor yang mempunyai hubung kait dengan krisis tersebut. Baginda menzahirkan keprihatinan yang mendalam terhadap nasib rakyat serta kebimbangan terhadap kemunculan fenomena miskin baru yang semakin ketara dalam kalangan masyarakat. Keadaan ini didorong oleh beberapa faktor utama seperti peningkatan hutang secara mendadak, kenaikan kos sara hidup yang berterusan dan kehilangan sumber pendapatan akibat ketidaktentuan ekonomi. Ini boleh kita simpulkan jatuh miskin ataupun tiba-tiba miskinlah disebabkan oleh sesuatu kehilangan sumber pendapatan dan sebagainya.
Situasi begini bukan sahaja menjejaskan kehidupan rakyat, malah boleh menyebabkan lebih ramai individu atau keluarga yang sebelum ini stabil dari segi kewangan akan jatuh dalam kancah kemiskinan secara tiba-tiba. Oleh itu, langkah proaktif dan berkesan perlu diambil bagi membendung masalah ini daripada terus menular dan menjejaskan kestabilan sosial negara. Saya membangkitkan soal ini berkaitan dengan fenomena miskin baru kerana ianya ada hubung kait dengan apa yang akan saya bangkitkan, apa yang saya akan bahaskan. Saya terpanggil untuk membangkit Dato' Seri Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk membangkitkan satu isu yang amat membimbangkan saya sebagai wakil rakyat di dalam kawasan Dun Pengkalan Baharu berhubung dengan satu kes berkaitan pencerobohan tanah milik kerajaan di dalam kawasan hutan simpan...
Pengkalan Baharu, sebelum pergi ke penerokaan hutan tadi sebab...
Saya belum masuk lagi pada tajuk.
Tak boleh celah lagi na?
Boleh, boleh tapi belum masuk kepada tajuk. Boleh,boleh. Celah, celah. Ok.
Lanjut daripada apa yang Astaka bahas tadi dan saya dengar tadi sedikit Pengkalan Baharu sahut tadi. Kita kena faham. Kejayaan pembangunan ekonomi. Jika orang yang faham ekonomi, hasilnya pergi kepada pendapatan. Kalau DOSM mengatakan pendapatan rakyat negeri Perak, pendapatan menengah kita nombor dua daripada bawah atau nombor tiga kalau tak silap saya. Kelantan paling miskin. Sabah lepas itu kita. Kalau kita biar terus dengan fenomena dengan masalah minyak ni, masalah air, masalah pertanian semua ni, 2026 ni takut kita lepas ke bawah lagi. Jadi setuju tak dengan saya Pengkalan Baharu, kita perlu berbuat sesuatu di sebalik surplus kita yang RM85 juta di sebalik pendapatan kita yang meningkat. Pendapatan bagus negeri Perak ini, saat-saat macam ni kita kena guna betul-betul. Kena buat satu taskforce ekonomi supaya pembangunan ekonomi kita tally dengan pendapatan kita.
Ya, Ya.
Jangan main dengan angka je. Terima kasih.
Ok. Saya, saya penuh berkeyakinanlah pihak Kerajaan Negeri Perak sudah pasti akan melakukan sesuatu tindakan. Kalau macam pagi tadi pun kita dengar YB Kota Tampan ada menyebut sekiranya berlaku sesuatu, maknanya kita akan mengkaji semula apakah keperluan untuk kita dalam menangani konflik yang melanda sekarang ni. Saya, terima kasih, Alor Pongsu. Saya nak teruskan kepada tajuk yang saya kena bawa.
Jawapan tu lebih baik daripada Exco.
Saya akan bawak dulu isu.
Lantik dia sebagai Exco.
Ok, saya terpanggil membawa isu tadi. Isu tadi berkaitan dengan mudah miskin tadi ni. Ya, Ok. Isu saya ialah di kawasan saya ada satu kes pencerobohan tanah milik kerajaan di dalam satu kawasan hutan simpan Kompartment 61A 61B & 62 di dalam Hutan Simpan Bubu ya. Isu ini bukan sahaja melibatkan aspek kebenaran atas nama tawaran bagi tujuan pemberian permit penggunaan untuk mengambil hasil di atas tanah yang dimaksudkan malah menyentuh soal keadilan, ketelusan kebajikan terhadap orang yang meneroka terlebih awal. Ianya berkaitan dengan penerokaan terhadap satu tanah jabatan dalam kawasan hutan simpan yang telah diteroka sejak sekian lamalah. Sejak sekian lama. Itu yang tajuk yang saya nak bangkitkan.
Baru-baru ini, para peneroka telah dimaklumkan oleh pegawai hutan terdapat dua syarikat yang telah diberikan kebenaran oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit melalui kaedah permit penggunaan. Perkara ini menimbulkan pelbagai persoalan terutama dari sudut permohonan serta kelulusan yang diberikan. Apa yang lebih mengecewakan, sebahagian dari peneroka ini pernah mengemukakan permohonan secara rasmi atas nama permit penggunaan pada tahun 2022. Namun sehingga kini mereka belum menerima sebarang maklum balas atau keputusan dari pihak berwajib. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan pemberian kelulusan kepada pihak lain tanpa mengambil kira permohonan yang telah mereka kemukakan sebelum ini. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan yang amat sangat di kalangan peneroka tersebut. Antara perkara utama yang ingin saya ketengahkan ialah wujudnya unsur ketidakadilan dalam isu ini kerana peneroka asal sepatutnya diberi peluang yang sama untuk mengemukakan permohonan. Mereka merupakan pihak yang telah lama berada dan mengusahakan kawasan tersebut. Justeru itu, permohonan mereka tidak wajar diketepikan begitu sahaja kerana pihak wajib khususnya...
Pengkalan Baharu, tanah. Nak celah juga sikit lagi.
Belum. Belum lagi Alor Pongsu. Bagi saya, bagi saya habis dulu.
Habis bagitau ya.
Bagi saya habis dulu. Sepatutnya pihak berwajib khususnya pegawai hutan boleh sahaja memaklumkan secara lisan atau mengeluarkan notis di lapangan untuk peneroka tersebut mengemukakan permohonan. Pacak je pancang atau pacak saja satu papan tanda yang memberi arahan agar mereka melakukan proses permohonan permit penggunaan. Namun, tanpa sebarang maklumat tiba-tiba kelulusan diberi kepada pihak lain. Keadaan ini secara langsung menimbulkan rasa tidak puas hati, kecewa serta berbagai persepsi. Antaranya bagaimana orang luar boleh tahu kewujudan penerokaan di tempat tersebut.
Sekali lagi, saya nak menegaskan bukanlah tujuan saya untuk menjadi pembela kepada mereka yang meneroka secara haram. Saya mengakui bahawa perbuatan tersebut sememangnya satu kesalahan dari sudut undang- undang. Namun, persoalan yang ingin saya bangkitkan adalah soal keadilan yang menuntut agar prinsip ketelusan ini dilaksanakan secara telus, saksama dan berhemah. Sehubungan itu, saya memohon agar pihak berkuasa memberikan ruang dan peluang kepada peneroka-peneroka asal ini dalam menimbang terhadap permohonan mereka nanti. Saya difahamkan mereka juga sedang melakukan permohonan. Ya, kita bukan mempertahankan peneroka haram tetapi kita menuntut keadilan dalam pelaksanaan.
Sebenarnya rata-rata mereka ini berusia lebih 60 tahun ke atas dan sudah pasti mereka mempunyai bilangan ahli keluarga yang perlu diberi perhatian. Lebih-lebih lagi sebahagian dari peneroka ini telah menduduki kawasan tersebut sejak lebih 15 ke 20 tahun yang lalu. Mungkin ada kaitan dengan Changkat Jering tadi sebut. Cuma berbeza dari segi kawasan. Saya fikir di Changkat Jering tu mungkin tanah kerajaan. Di tempat kawasan saya ini di adalah tanah di dalam hutan simpan. Sepatutnya tindakan pengurusan diambil lebih awal semasa kerja-kerja penebangan baru bermula. Saya percaya perkara ini tidak akan berlarutan sehingga ke tahap ini. Saya berharap selepas ini pihak berwajib sepatutnya mengambil tindakan awal dengan menguatkuasa undang-undang yang boleh menakutkan orang ramai terhadap pencerobohan tanah milik kerajaan. Saya berharap agar perkara sebegini tidak lagi berulang di mana penceroboh telah berlaku sekian lama, barulah pihak berwajib ingin mengambil tindakan kerana ianya lebih mengundang berbagai kesulitan sama ada dalam bentuk tindakan perundangan atau berlakunya kejadian fenomena mudah miskin atau tiba-tiba menjadi miskin. Ini saya merujuk kepada bila kita hilang pendapatan.
Ya, setiap peneroka itu ialah bukanlah maksud saya nak menjadi pembela atau pejuang kepada mereka. Tapi dari segi hak atau pun dari segi kita bimbang mereka akan terkesan dari segi kehilangan sumber pendapatan. Walaupun dalam apa juga yang kita sebut, mereka dah usaha lama. Mereka dah mereka dah, apa nama? Mendapat hasil lama. Tapi persoalannya, bila perkara ini ditawarkan kepada orang lain dan orang lain atau pun syarikat lain tu berhak atau pun perlu juga membayar bayaran yang telah dikenakan kepada atas nama permit penggunaan. Tapi apakah salah diberi kepada mereka? Kerana pertimbangan itulah pada saya, kita harus mengkaji atau pun melihat semula kes yang telah saya bangkitkan tadi. Harapan saya tidak hanya kes. Harapan saya ialah. Sorry. Saranan saya tidak hanya kes yang melibatkan penerokaan di atas tanah hutan simpan semata-mata. Malahan terdapat juga penerokaan terhadap tanah-tanah kerajaan di kawasan saya sebagaimana yang pernah saya suarakan, yang saya bangkitkan dalam Mesyuarat Pembangunan Tanah Daerah JKPTD. Saya lontarkan cadangan bagi tujuan pemutihan. Ya, bagi tujuan pemutihan mana-mana tanah yang telah diteroka, mana-mana tanah kerajaan yang telah diceroboh, kita lakukan pemutihan agar mereka diberi peluang untuk melaksanakan kerja-kerja secara sah dan nyata. Manakala peneroka-peneroka yang ini kes bagi peneroka-peneroka yang jujur pula. Ada juga peneroka-peneroka tanah haram ini yang jujur.
Maksudnya yang jujur ini mereka memohon permit penggunaan atau pun sorry. Saya tarik balik. Mereka memohon Lesen Menduduki Sementara. Lesen Menduduki Sementara atau pun pajakan berdasarkan jumlah pokok. Jumlah tanaman yang mereka perlu bayar kepada kerajaan. Jadi adalah tidak adil kepada pihak yang...yang jujur yang...yang...yang...yang memohon LMS jika dibandingkan dengan penerokaan haram. Jadi bukan apa? Kita nak kan, semua orang dapat, kita dapat dan pihak kerajaan juga akan mendapat hasil daripada kes-kes yang kita bangkitkan. Terdapat juga isu-isu permohonan tanah kerajaan oleh peneroka asal tidak dapat dipertimbangkan dengan alasan kerajaan sudah mempunyai cadangan tersendiri. Tempat saya itu adalah ada yang telah dalam cadangan untuk tanah Siswazah Tani dan sebagainya.
Dato' Seri Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya akan bangkitkan ialah berkaitan dengan kebimbangan serius saya juga. Ini juga ada hubung kait ke dengan dengan tajuk atau dengan tajuk mudah miskin atau pun yang saya yang saya sebut di awal tadi. Di kawasan saya terdapat satu isu berkaitan dengan tanah FELCRA. Tanah FELCRA ini telah diusahakan, sorry, telah diusahakan oleh FELCRA. Terdapat 3 projek FELCRA di kawasan saya iaitu Projek FELCRA Bukit Che Ali, Projek FELCRA Paya Ara dan Projek FELCRA Kurnia Tualang. Ketiga-tiga projek ini diusahakan dengan tanaman getah sejak awal tahun pembukaannya sekitar tahun 90an dulu. Sebanyak lebih 200 orang ketua isi rumah yang terlibat dalam ketiga-tiga projek ini menyuarakan kebimbangan dan kegusaran mereka selaku peserta projek berkenaan. Sehingga kini, kesemua mereka gagal untuk mendapat sebarang pulangan dalam bentuk bayaran dividen pada setiap tahun sejak lebih 10 tahun yang lalu. Hal ini adalah disebabkan oleh keadaan pasaran getah global yang memasuki fasa kejatuhan pada tahun 2011.
Sejak itu, harga komoditi getah jatuh merudum dan lekat di paras rendah sekitar RM2.00 hingga RM3.00 sekilogram sekilo untuk getah sekerap. Kesannya, pokok-pokok getah yang dimiliki oleh peserta ini tidak lagi diusahakan oleh FELCRA sejak lebih 10 tahun dahulu berikutan kos pengeluaran sekerap atau getah sekerap yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan, menjurus kepada kerugian yang berterusan sekiranya diusahakan. Kebimbangan ini disuarakan oleh peserta-peserta tersebut. Mereka amat mengharap satu usaha dapat direncanakan bagi membolehkan sebarang pengeluaran hasil dari tanah tersebut dapat membantu meringankan beban kewangan mereka. Dato' Seri Yang di-Pertua, melihat dari sudut potensi kawasan, saya melihat tanah di kawasan FELCRA Bukit Che Ali dan FELCRA Paya Ara yang terdiri dari kawasan berbukit dan berbatu yang mempunyai nilai mineral yang tinggi.
Justeru, saya suka mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri menilai semua potensi kawasan ini termasuk kemungkinan pembangunan kuari batu sekiranya ianya lebih memberi keuntungan kepada peserta di kawasan tersebut. Saya telah memanjangkan rayuan ini kepada pihak pengurusan FELCRA Berhad dengan harapan satu tindakan segera dan konkrit perlu diambil dan bukan hanya sekadar maklum balas atau kajian berpanjangan yang akhirnya tidak membawa apa apa perubahan terhadap untung nasib peserta FELCRA. Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan kepada semua peserta untuk mengwujudkan satu badan berdaftar sama ada koperasi. Mereka wujudkan satu koperasi yang menghimpunkan semua peserta di kawasan tersebut dan peserta-peserta secara kolektif untuk memohon penggubahan status tanah pertanian kepada tanah industri atau lombong bagi membolehkan usaha perniagaan kuari dilakukan di kawasan tersebut.
Pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian diharap dapat memberikan perhatian atau memudahcara sebarang keperluan yang berkaitan berdasarkan perundangan di Negeri Perak dalam usaha untuk digerakkan oleh kumpulan tersebut. Maksud saya kawasan tanah pertanian yang ditanam dengan getah yang tidak lagi menguntungkan, apatah lagi kawasan tersebut mempunyai batu atau dalam kawasan berbukit yang dijangka ada mempunyai kandungan mineral yang tinggi nilainya. Jadi, saya mencadangkan agar peserta dapat menubuhkan koperasi, memohon kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri pula dapat membantu peserta-peserta dengan memudahkan segala urusan tukar syarat tanah bagi kita jadikan kawasan tersebut sebagai satu kuari yang boleh mendatangkan keuntungan yang lebih tinggi. Saya amat bersimpati dengan mereka. Tuan-tuan tanah berkenaan yang kebanyakannya telah memasuki usia warga emas yang mana tidak berpeluang untuk merasai hasil tanah berkenaan. Isu tanah ini disuarakan oleh generasi kedua. Sebenarnya generasi kedua ini mereka lebih proaktif dan cakna akan status tanah milik ayah atau pun ibu mereka. Jadi kita selaku, apa nama, saya berharap perkara ini mendapat perhatian. Pertama, dari sudut peneroka itu sendiri. Mereka kena bergerak dengan lebih ke hadapan dalam dan Kerajaan Negeri membantu. Saya faham ini FELCRA ni dia bawah dia satu badan Federal Pusat tapi tanah itu milik Kerajaan Negeri. Ya, Alor Pongsu? Sila, kalau ada soalan? Kalau ada nak mencelah. Ada?
Ada
Jangan panjang sangat.
Ada dua. Yang pertamanya setuju tak Pengkalan Baharu dengan saya, Ketua Pembangkang tak kira di Dun atau Parlimen mesti cengih macam Ketua Pembangkang yang dulu-dulu. Perdana Menteri dulu nak penaik harga minyak sekupang pun dah berguling atas jalan dah Ketua Pembangkang semua, takut PM dulu. Jadi sekarang Ketua Pembangkang yang ada sekarang di Dun dan di Parlimen kena cengih macam Ketua Pembangkang yang dulu lah, kan? Naik sekupang pun tak berani dah. La sebab sapa pun tak berani dia penaik ikut suka dia je. Kalau betul la, kalau setuju. Kemudian pasal tanah, nanti jap, penting itu. Saya terpaksa cakap, saya minta maaf la Pengkalan Baharu ya, sebab prinsip saya, apa rakyat cakap di bawah saya kena sampaikan di sini. Saya wakil rakyat. Nak cakap waktu saya 20 minit, saya celah merata. Jadi semua harap yang dengar ini fahamlah. Changkat Lobak, saya tak mau dah deal dengan pejabat tanah. Sekarang dah tahun keempat. Masalah di Changkat Lobak, saya dah handle 13 tahun, campur tahun ini 14 tahun.
Kali ini saya nak Exco Tanah. Kalau Kota Tampan Exco Tanah, Pengarah Tanah pernah janji dengan saya, dia nak turun sendiri. Tak boleh dah, tak boleh jadi dah. Apa nak jadi ni? Umur dah 70 tahun dok tanam sawit tiba-tiba dapat geran, dapat tanah hutan. Tak nampak ke? Saya tak salahkan ADO tanah dan sebagainya. Depa pun silih berganti. Depa kerja bagus. Tapi depa pun silih berganti. Hang kata aku, aku kata hang. Yang dulu buat kerja tak siap. Kali ini saya nak high end. Perasan tak, kali ini sidang, semua saya minta Kota Tampan turun masalah padi. Tentang ayaq, Kota Tampan juga Pengerusi Lembaga Ayaq. Kali ini tanah, kalau tak silap saya Kota Tampan Exco Tanah kan? Setuju tak Pengkalan Baharu dengan saya untuk tahun ke-4 ini Kota Tampan turun sendiri bawa Pengarah Tanah Perak turun selesaikan.
Alor Pongsu kena tinggal masa untuk untuk saya sama, lebih dah itu. Jadi untuk menjawab soalan yang pertama...
Esok saya qada balik.
Untuk soalan yang pertama tadi sebagaimana yang disarankan oleh apa nama Astaka tadi, kalau Alor Pongsu dia kata lebih lantang sebagai...Jadi saya tak nak ulas panjanglah benda-benda itu. Yang kedua itu Alor Pongsu menggunakan ruang yang ada ini untuk menyuarakan apa nama hasrat rakyat itu sebagai wakil rakyat, saya juga bersetujulah dengan cara, kaedah ini. Inilah tempat yang kita nak sampaikan apa permasalahan rakyat yang ditimbulkan oleh rakyat di kawasan kita. Yang penting nasib rakyat terbela. Ok, saya sambung sikit lagi. Di kesempatan ini, saya juga ingin menyentuh satu kebimbangan susulan.
YB, Yang Berhormat
Ya.
Dia sebenarnya nak sambung sikit itu, kita dah tambah dia ini. Jadi kita kena buat kesimpulan lah ini ya. Ok.
Dato' Seri, ok. Di kesempatan ini saya juga ingin menyentuh satu kebimbangan susulan dari krisis global yang akan berlaku berikutan ketegangan geopolitik di Timur Tengah. Seperti semua sedia maklum, saya juga ingin menyuarakan keputusan rakyat untuk menghadapi suatu keadaan yang mencabar yang akan membawa kesan langsung kepada setiap golongan masyarakat. Saya yakin pentadbiran negeri dan negara kita telah merangka usaha-usaha untuk memampan kesan buruk krisis ini dan risiko turut bersedia akan sebarang langkah bagi menghadapi risiko darurat global ini. Oleh itu, bagi menyahut seruan Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mempercepatkan sebarang proses berkaitan permohonan tanah. Ini ada, adalah ada kaitan dengan Alor Pongsu sebut tadi dan Changkat Jering tadi sebut. Terutama permohonan-permohonan yang menjurus kepada usaha untuk mengekalkan keterjaminan makanan. Saya mendapati antara faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu permohonan itu memakan masa ialah disebabkan ulasan dari berbagai-bagai agensi dan jabatan. Jadi, saya harap mana-mana agensi yang ada kaitan dapat memberi kerjasama. Saya rasa tak perlulah sampai lapan bulan, enam bulan untuk mendapatkan sedikit ulasan dari agensi berhubung dengan permohonan, sama ada tanah LMS ataupun pemilikan. Jadi sebenarnya perkara yang sebegini dapat kita pendekkan masa. Oleh itu, saya berharap perkara ini dapat ditangani oleh semua agensi yang terbabit agar usaha ini dapat membantu melancarkan inisiatif yang digerakkan masyarakat di bawah, khususnya para pekebun, petani, penternak dan nelayan. Dato’ Yang di-Pertua, Pengkalan Baharu. Mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Pengkalan Baharu yang telah menamat perbahasan beliau. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Manong untuk memulakan perbahasan, dua puluh minit, dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, yang dihormati ketua-ketua atau wakil-wakil jabatan dan agensi, penjawat-penjawat awam, pasukan media, para pemerhati sama ada di dalam Dewan ini ataupun yang sedang mengikuti secara live. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mulakan bicara. Segala puji bagi Allah yang Maha Besar, pencipta manusia dan seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad Sallallahu Wasallam yang memiliki keperibadian unggul menjadi contoh dan ikutan seluruh manusia. Pertamanya, saya mengambil kesempatan ini untuk merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfur-Lah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sarat dengan panduan dan rujukan untuk memakmurkan bumi Perak yang sama-sama kita cintai.
Dato' Seri Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan ini dengan menyentuh isu pertama iaitu berkaitan dengan khazanah alam dan perubahan iklim. Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, khazanah alam adalah manifestasi keagungan Ilahi dan pengurusan alam sekitar tidak boleh lagi dianggap isu sampingan dalam era perubahan iklim. Satu ingatan yang amat baik dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku, perubahan iklim mengakibatkan hujan lebat di kawasan hutan dan ini memberi risiko banjir besar dan juga risiko banjir yang boleh berlaku secara mengejut. Hujan lebat menyebabkan berlakunya tanah runtuh atau gelongsoran tanah di hutan yang memberi kesan secara langsung kepada sumber air mentah yang digunakan oleh manusia. Air bersih adalah hak asas kehidupan rakyat. Ia berkait langsung dengan kesihatan awam dan kesejahteraan hidup. Air yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mendedahkan pengguna kepada risiko penyakit bawaan air seperti bakteria E.Coli yang boleh memberi kesan serius kepada kesihatan manusia. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu yang kritikal yang telah dibangkitkan dalam soalan lisan pada pagi tadi yang telah pun dijawab oleh Yang Berhormat Exco.
Walau bagaimanpun, saya ingin terus memberi pandangan dan cadangan tambahan berdasarkan kepada aduan-aduan rakyat. Saya bawakan kebimbangan rakyat berkaitan isu air yang sedang berlaku di Manong khusus di kawasan saya di Manong dan isu ini seperti yang saya sebut tadi, ia bukan isu baharu dan telah berulang beberapa kali aduan pihak penduduk setempat dan air kekuningan berkeladak dan kadangkala mengeluarkan bau yang sangat tidak selesa. Boleh mengganggu kesihatan awam penduduk kawasan Manong. Seperti yang saya sebutkan tadi juga apa yang berlaku pada 29 Mac yang lepas, 9 Syawal, Loji Rawatan Air (LRA) Manong terpaksa ditutup operasi selama hampir 40 jam daripada 5.00 pagi Ahad sehingga hari esoknya hari Isnin dibuka sekitar jam 8.00 malam. Lebih 40 jam loji itu ditutup operasinya. Penutupan operasi LRA Manong adalah kerana umum telah mengetahui tahap kekeruhan bekalan air mentah yang sangat tinggi menyebabkan proses rawatan air di loji tidak dapat berfungsi langsung. Loji terpaksa ditutup. Masalahnya perlu dihentikan dan perlu diselesaikan dengan segera dan sangat tidak wajar. Penduduk sekitar Manong menanggung kepayahan dan menerima bekalan air yang tidak berkualiti secara berterusan dan berulang-ulang.
Dato’ Seri Yang di-Pertua, berdasarkan perbincangan saya dengan agensi melalui aduan rakyat, terdapat dua punca masalah yang berlaku yang dikenalpasti. Yang pertama faktor alam iaitu hujan, hakisan, gelongsoran tanah dan tanah runtuh. Faktor yang kedua infrastruktur iaitu loji rawatan air dan juga saluran paip. Faktor yang pertama lawatan saya dengan pihak Jabatan Hutan Kuala Kangsar membuat pemantauan melalui dron. Memang terdapat dua tiga tempat berlaku runtuhan tanah dan ia berlaku hampir dengan Sungai Guar. Faktor alam ini walaupun di luar keupayaan kita untuk menghalangnya, tanah runtuh, gelongsoran tanah dan sebagainya, tetapi ada aktiviti manusia di hutan mungkin yang boleh kita kawal dan kita pantau. Contohnya, pengeluaran hasil hutan secara tidak terkawal dan mungkin jika ada pengeluaran hutan yang tidak berlesen perlu dipantau dan diberi perhatian serta tindakan yang sewajarnya. Satu isu yang perlu pihak kerajaan beri perhatian. Yang berlaku di kawasan saya di kawasan Manong iaitu aktiviti pembalakan bagi tujuan pembangunan projek ladang.
Projek ladang yang saya maksudkan ialah adalah projek Ladang Siswa di bawah pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (SADC). Projek ini dijalankan dijalankan di kawasan yang telah pun dinyahwarta. Menjadikan kawasan itu kawasan hutan milik itu milik SADC yang asalnya adalah Hutan Simpan Kekal. Kawasan ini telah pun selesai kerja-kerja pembalakan hasil hasil hutan telah dikeluarkan lebih setahun yang lepas. Difahamkan, kerja-kerja pengeluaran hasil dalam kawasan tanah yang seluas 260 hektar tetapi sehingga hari ini kawasan itu masih lagi terbiar. Kawasan itu masih lagi kelihatan kosong dan tidak ada ada sebarang projek yang dilaksanakan setakat ini. Belum nampak ada tanda-tanda kawasan itu akan dibangunkan. Keadaan ini mengundang pelbagai risiko seperti gelongsoran tanah banjir lumpur dan pencemaran sungai. Kesempatan ini saya ingin bertanya kepada pihak SADC kepada pihak kerajaan khususnya SADC.
Apakah status projek Ladang Siswa di kawasan tersebut? Adakah akan diteruskan atau bagaimana? Faktor kedua adalah infrastruktur loji rawatan air. Ya LRA Manong. Loji ini telah dibina pada tahun 1987 dan telah berusia 40 tahun hampir 40 tahun. Lama dah. Walaupun disebut oleh Yang Berhormat Exco pagi tadi, ada penambahbaikan pada tahun 2008. Apa yang berlaku pada 26 Mac yang lepas menunjukkan bahawa dan membuktikan bahawa LRA Manong sudah tidak mampu dan sudah tidak berupaya. Saya ulang sudah tidak mampu dan tidak berupaya menjanakan fungsi rawatan air secara berkesan dan sempurna. LRA Manong dilihat hanya mampu merawat kekeruhan air dengan bacaan NTU yang rendah. Walaupun Yang Berhormat Exco menyebut, LRA Manong bertaraf full telah pun bertaraf full treatment dengan izin tetapi difahamkan LRA Manong masih lagi menggunakan kaedah konvensional yang masih boleh ditambah baik dengan menggunakan peralatan yang lebih moden. Oleh itu, saya tetap berpandangan mewakili warga Manong, LRA Manong perlu dinaik taraf ke tahap yang lebih baik ataupun bina sahajalah yang baru lebih mudah. Proses rawatan seperti koagulasi pembekuan, flokulasi pergaulan, sedimentasi pemendapan dan filtrasi atau penapisan perlu ditambah baik atau di upgrade dengan izin dengan kaedah yang lebih moden dan terkini supaya proses rawatan air dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Jika tidak dibuat, tindakan dan penambahbaikan terhadap LRA Manong. Saya khuatir proses terakhir dalam rawatan. Dalam proses rawatan itu, disinfeksi iaitu pembasmian kuman tidak dapat berfungsi dengan baik dan risiko pelanggaran E.Coli yang kesannya lebih parah terhadap kesihatan awam.
LAP merupakan GLC yang kita tahu dapat keuntungan yang besar. Berniaga pun tak ada persaingan dan tak rugi. Jika LAP keluarkan modal belanja demi kepentingan rakyat untuk tambah baik dan naiktaraf loji di Manong demi kepentingan awam. Seterusnya satu…satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian iaitu berkaitan dengan pertambahan penduduk di sekitar Manong. Kapasiti LRA Manong empat kolam takungan berjumlah 1 MG atau 1 million galen dilihat tidak mampu untuk menampung bila berlaku kecemasan seperti penutupan operasi loji di Manong. Kapasiti 1 MG hanya mampu bertahan tak lebih dari 16 jam. Maka kawasan-kawasan yang jauh daripada loji seperti di Kampung Ulu Piol, Kampung Bekor boleh terputus bekalan air dalam tempoh 8 jam kerana tekanan air semakin rendah dan kawasan itu jauh dan di atas bukit. Maka dalam konteks penambahbaikan loji air Manong perlu juga diambil kira tentang saiz kolam takungan dengan penambahan supaya kapasiti kolam takungan di Loji Air Manong bertambah khususnya bagi tujuan bila berlaku kecemasan dan terpaksa ditutup loji air itu untuk sementara. Mohon Kerajaan Negeri khususnya LAP dan juga LPSA memberi perhatian sungguh-sungguh terhadap isu dan permasalahan ini.
Satu lagi berkaitan yang ingin saya sentuh berkaitan alam sekitar dan kesihatan awam. Isu yang tengah hangat seminggu dua ini khususnya pada hari ini dan semalam yang sedang hangat di Kuala Kangsar. Isu longgokan sampah yang tidak dipungut. Difahamkan, kontraktor yang dilantik tidak mampu menjalankan tanggungjawab pengutipan sampah menyebabkan longgokan sampah di taman-taman dan di bandar Kuala Kangsar. Dalam masa yang sama, komuniti dan NGO dan Jabatan Amal terpaksa gotong-royong untuk mengutip longgokan sampah dan membuang ke tempat yang sepatutnya dan Alhamdulillah pagi tadi MPKK pun telah mengeluarkan kenyataan media dalam hal ini. Apa yang saya harapkan agar atau mohon Kerajaan Negeri untuk membantu MPKK bagi menyelesaikan masalah ini supaya isu ini dapat di selesaikan dan dapat meredakan atau mengekang kemarahan rakyat kerana sampah bertaburan tidak dikutip dan menimbulkan keadaan yang tidak selesa. Mohon diberi perhatian perkara ini.
Timbalan…Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, isu kedua berkaitan dengan ekosistem keterjaminan makanan dinyatakan. Program Keterjaminan Makanan Peringkat Komuniti sehingga tahun 2025 melibatkan 118 komuniti dan 223 komuniti terlibat dengan projek pertanian bandar. Jumlah peruntukan yang disediakan sebanyak RM3.23 juta. Ini satu angka yang cukup besar. Peruntukan yang cukup besar yang memberi manfaat kepada 84,900 orang. Program Keterjaminan Makanan dan Projek Pertanian Bandar adalah satu inisiatif yang baik oleh pihak kerajaan khususnya Jabatan Pertanian. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Walau bagaimanapun, saya melihat perlu ada penambahbaikan terhadap atau dalam pelaksanaan program dan projek tersebut. Kerajaan dilihat tidak bersungguh sungguh memastikan program dan projek itu sustain dengan izin atau kekal berterusan. Aspek projek sustainability dilihat diabaikan. Tiada…tiada khidmat perunding, latihan dan pemantauan secara berterusan untuk memastikan projek program dan projek tersebut terus berjalan. Peruntukan yang besar ini perlu ada satu mekanisma dan sokongan dari pihak kerajaan untuk memastikan projek atau program tersebut terus berjalan. Kerajaan boleh bekerjasama atau melantik rakan strategik dari pihak universiti sebagai konsultan atau pakar runding supaya berlaku transfer knowledge dengan izin iaitu perpindahan pengetahuan dan kepakaran kepada komuniti secara berterusan. Saya yakin pihak universiti mampu menyediakan modul khusus untuk memastikan kelestarian projek atau program tersebut. Sebagai contoh, Universiti Sultan Azlan Shah, USAS mempunyai kepakaran dalam bidang industri pertanian boleh dimanfaatkan untuk menjadi konsultan dan pembinaan modul khusus program projek yang berkaitan dengan pertanian.
Dato Seri Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah berkaitan dengan kebimbangan rakyat kesan atau Konflik Asia Barat. Titah Tuanku ekonomi Malaysia bertukar wajah setelah…setelah tercetusnya konflik baru di Asia Barat. Konflik ini berpotensi mencetuskan krisis ekonomi dunia. Sebagai wakil rakyat, sudah pasti kita bawa kebimbangan rakyat berkaitan kesan konflik Asia Barat yang membawa kepada krisis tenaga global dan kenaikan harga minyak. Kenaikan harga minyak sudah pasti memberi impak kepada peningkatan kos logistik. Kebimbangan rakyat berkaitan kenaikan kos pelbagai kos telah memberi kesan terhadap kenaikan harga barang keperluan harian. Ini yang rakyat bimbang dan menuntut kerajaan melakukan sesuatu. Dalam masa yang sama, hampir dua dekad rakyat telah ditanamkan dengan persepsi. Malaysia pengeluar minyak. Bila harga minyak dunia naik Malaysia, untung besar. Bila untung besar boleh tampung subsidi. Ada formula untuk turunkan harga minyak serta merta. Ini persepsi yang telah ditanam kepada rakyat selama dua dekad. Bila rakyat bangkit dan bersuara menuntut kawal harga minyak. Jangan naikkan harga minyak secara mendadak dan naikkan subsidi, maka rakyat pula dituduh melalak tak faham dan buta huruf. Jangan salahkan rakyat tetapi yang bersalah adalah orang yang pernah berjanji suatu ketika dahulu. Orang yang pernah membentuk persepsi dan orang yang pernah memberi harapan kepada rakyat. Titah Duli Tuanku, kemungkinan negara menghadapi risiko darurat, tenaga dan bekalan makanan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengeluarkan kenyataan pada 9 April yang lepas bertajuk Malaysia Dalam Krisis. PM Beri amaran harga melambung. Ini bermakna rakyat akan bertarung dengan kenaikan harga barang dan kenaikan kos sara hidup. Industri pertanian sangat terkesan dengan isu kenaikan minyak yang memberi kesan kepada pengeluaran baja. Industri baja sangat bergantung kepada gas asli. Kenaikan harga gas asli menyebabkan kos pengeluaran baja meningkat dan seterusnya menyebabkan harga baja naik. Petani pula akan mengurangkan penggunaan baja dan kesannya hasil tanaman menurun. Kesan keseluruhannya boleh membawa kepada kadar inflasi meningkat. Ini yang rakyat bimbang. Saya menyarankan kepada kerajaan untuk sekurang kurangnya melakukan atau perkasakan tiga langkah yang mungkin telahpun ada dalam perancangan kerajaan. Pertamanya, lindungi rakyat kekalkan subsidi munasabah sehingga harga yang ditawarkan tidak membebankan. Bantuan tunai terus ke poket rakyat untuk meningkatkan kuasa beli rakyat. Yang kedua kawal pasaran kawal harga barang dengan menetapkan harga siling perkasakan ekonomi domestik dalam konteks daerah yang dapat mengurangkan kos penghantaran dan rantaian bekalan. Pertingkatkan kawalan penyeludupan dan ketiga kukuhkan asas ekonomi iaitu bangunkan ekonomi komuniti melalui projek atau program yang sustain atau berterusan. Wujudkan SSL ataupun tahap sara diri peringkat daerah. Setakat ini kita ada SSL negeri SSL Persekutuan perlu ada SSL di peringkat daerah. Tindakan di peringkat daerah boleh dilakukan secara lebih efektif.
Kesempatan ini juga ingin saya rakamkan tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana berjaya menutup akaun hasil disatukan dengan kedudukan surplus empat tahun berturut turut dan dan dilaporkan peningkatan jumlah pelaburan. Sudah pasti pencapaian ini dapat meningkatkan lagi rizab negeri Perak. Saya menyarankan kepada ketua negeri agar semua ini dapat dinikmati oleh rakyat. Saya sangat bersetuju dengan saranan yang Kota Tampan berkata, cadangan penjajaran semula bajet supaya dapat ditambah baik beberapa peruntukan dan bantuan kepada rakyat supaya dapat meringankan beban kos sara hidup.
Akhirnya mohon tambah masa sikit untuk isu yang terakhir. Berkaitan dengan transformasi digital. Teknologi sangat tepat dalam kehidupan. Ia menjadi asas dan pemangkin dalam perkembangan pendidikan, ekonomi dan pekerjaan. Walaupun kemajuan teknologi akan mewujudkan jurang kesenjangan sosial, kesan sosial wujud bila mana ada kumpulan masyarakat yang berbeza dari segi pendapatan, peluang taraf hidup dan akses teknologi. Isunya kita perlu lakukan mengurangkan atau mengecilkan jurang kesenjangan sosial. Saya mencadangkan dan syorkan kepada kerajaan untuk mengurangkan kesejangan sosial dengan 2 langkah. Pertamanya, pembangunan luar bandar dengan pembangunan sebuah universiti di luar bandar ini kita ambil contoh Stanford University dahulunya sebuah bandar terpencil agak terpencil iaitu Palo Alto di California. Satu bandar yang hanya kawasan kebun kawasan ladang tanah pertanian. Akhirnya bila ada Stanford University bandar tersebut menjadi Silicon Valley, Pusat Teknologi Dunia. Begitu juga dengan contoh di negara kita. Universiti Utara Malaysia, Sintok asalnya satu tempat orang kata tempat jin bertendang tempat dihujung dunia. Tapi kini Sintok menjadi pusat hub pendidikan, inovasi dan ekonomi baru di utara Semenanjung Malaysia. Yang kedua cadangan saya mewujudkan industri vendor luar bandar bermaksud membangunkan rangkaian PTS, PKS tempatan sebagai pembekal vendor kepada syarikat besar. Kilang besar memerlukan pembekal komponen, pembungkusan dan logistik. Vendor luar bandar luar bandar boleh mengambil peranan ini. Langkah ini merangsang ekonomi setempat yang wang beredar dalam komuniti dan perniagaan kecil akan berkembang. Akhirnya saya. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua dan akhirnya Manong merafak sembah dan menyokong titah Duli Tuanku. Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Manong. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Rungkup untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia Salam Perak Sejahtera 2030. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, barisan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan dan daripada pihak pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, rakan-rakan media dan seterusnya yang dikasihi semua rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan Negeri Mesyuarat Pertama Tahun keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan.
Terlebih dahulu saya ingin merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subahataala atas limpah kurnia dan keizinan-Nya jua saya boleh hadir dan berucap pada sidang Dewan ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut membahaskan usul menjunjung kasih atas titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak merasmikan Persidangan Dewan Negeri pada Selasa 14 April 2026 iaitu semalam. Alhamdulillah, seperti yang terpancar dalam titah perasmian sidang Dun oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, semalam, hampir segenap indikator ekonomi menunjukkan perkembangan positif. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.2 peratus. Walaupun negara berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu, kadar pengangguran…pengangguran pada 2.9 peratus adalah terendah manakala kadar inflasi juga rendah iaitu 1.4 peratus. Dalam tahun 2025 Negeri Perak mencatat pelaburan berjumlah RM 5.7 lima billion melibatkan 560 projek di mana RM10.5 billion pelaburan domestik dan RM5.2 billion pelaburan asing.
Turut menggembirakan ialah pada 31 Disember 2025 seramai 11,645 Ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada senarai miskin. Kutipan hasil negeri juga meningkat kepada RM149 billion dan Kerajaan Negeri berjaya menutup akaun dengan kedudukan surplus mencatitkan RM85 juta surplus suatu pencapaian selama 4 tahun berturut-turut. Suatu kewajaran untuk diucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Negeri di atas pencapaian itu. Walau bagaimana pun, apabila berlaku peperangan di rantau Asia Barat iaitu di negara-negara pengeluar bahan api petrol, diesel dan gas asli, negara kita turut terkesan dengan harga bahan-bahan tersebut melonjak naik. Kesan rantaian dari masalah ini menjejaskan hampir setiap sektor dan sub sektor ekonomi. Bagi menghuraikan kes rantaian yang dimaksudkan. Saya sandarkan, kupasan dan analisis pada sektor makanan.
Sebagai contoh, apabila harga bahan api meningkat, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya akan menyebabkan inflasi di mana kos setiap rantaian bekalan turut meningkat. Jika ini berlaku, peniaga akan memindahkan beban kos kepada pengguna. Pengguna pula mengalami penurunan dalam nilai pendapatan sebenar kerana inflasi dan seterusnya daya beli melemah. Ini akan menyebabkan pembelian atau penggunaan berkurangan sekaligus menyebabkan kos pengeluaran menurun seterusnya akan menyebabkan pelaburan dan ekonomi turut menurun. Tanpa pelaburan yang aktif, pertumbuhan akan lemah dan ekonomi akan mengalami kemelesetan atau resesi yang kelak boleh menyuburkan ketidak tenteraman awam dan ketidak stabilan politik. Telah terbukti bahawa di antara pelbagai bentuk inflasi, inflasi harga makanan adalah yang paling kritikal kerana perut rakyat yang lapar mudah diresapi oleh anasir-anasir yang destruktif.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, walaupun kita pernah beberapa kali mengalami krisis bahan api di beberapa musim yang silam dan berjaya menanganinya dengan penuh bijaksana, krisis yang berlaku sekarang ini tidak harus dipandang remeh. Kesan rantaian dan impak jangka panjang dari krisis yang sedang kita alami sekarang ini boleh menjejaskan program pembangunan yang telah dan sedang serta akan dilaksanakan. Sebagai contoh, Program Perak Sejahtera 2030 yang sedang rancak dilaksanakan dan juga projek projek pembangunan di bawah RMK-13 akan mengalami kerencatan akibat daripada kenaikan kos. Telah pun diberitakan bahawa kos pembinaan akan meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus. Apabila kos pembinaan meningkat, harga rumah akan naik sekaligus menjejaskan program pemilikan rumah di kalangan rakyat. Dari sudut lain pula akan berlaku kerencatan pungutan hasil negeri dan negara. Sebagai contoh, apabila penghasilan bahan bahan mineral dikurangkan akibat kenaikan kos bahan api. Maka kutipan royalti juga menyusut. Begitu juga dengan cukai pendapatan dan cukai perniagaan. Apabila nilai transaksi merosot, maka nilai kutipan cukai juga merosot. Kitaran kerencatan ekonomi akibat kenaikan harga barang, harga bahan api akan mengambil masa agak panjang sebelum boleh dipulihkan.
Dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang ini, keutamaan perlu diberikan kepada usaha melindungi rakyat daripada bertambah derita. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan warna kulit. Negara kita pernah beberapa kali mengalami krisis bahan api di masa silam termasuk embargo minyak Arab 1973, perang Iran-Iraq, 1979-1980. Pencerobohan Kuwait, 1990-1991, krisis kewangan 2008, kejatuhan harga minyak 2014 dan Covid-19, 2020. Pernyataan fakta sejarah sejarah ini membawa dua maksud. Pertama krisis bahan api pada realitinya boleh berlaku dan berulang apabila wujud unsur yang mencetuskannya. Kedua sekalipun negara kita tidak terlibat dalam mencetuskan punca krisis itu, namun kesan buruk tetap menempiaskan kepada kita. Justeru, peri pentingnya kewaspadaan dan pelan mitigasi supaya kesan buruk dari krisis tersebut boleh ditangani. Selain dari pelbagai usaha oleh pihak kerajaan, rakyat jelata juga seharusnya memainkan peranan masing-masing bagi menangani krisis yang sedang berlaku sekarang.
Selain daripada melatih diri supaya berjimat cermat dalam penggunaan bahan api. Rakyat juga perlu mengelak daripada menjadi pengedar atau pencarum berita-berita palsu yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Minda hati dan perasaan rakyat yang dinodai oleh persepsi songsang boleh mencetuskan ketidak tenteraman yang sukar ditangani, lebih-lebih lagi jika dijadikan modal politik. Apa pun, situasi yang kita hadapi, usaha mengatasinya memerlukan tindakan bijak yang sistematik dan holistik di mana semangat kerjasama adalah suatu kemestian. Sekadar berpesan termasuk kepada diri saya sendiri iaitu terdapat beberapa amalan berbelanja yang menjadi kelaziman kita selama ini yang perlu diubah. Elakkan pembaziran bahan api dan bahan makanan.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh beberapa perkara mengenai kawasan saya. Rungkup mendengar denyut nadi rakyat dan memberi perhatian serius terhadap setiap keluhan masyarakat. Izinkan saya membawa satu isu yang sering kali berlaku sejak kebelakangan ini di kawasan saya iaitu gangguan bekalan air di daerah Bagan Datuk khususnya di kawasan Dun Rungkup. Isu ini bukan lagi bersifat terpencil atau bermusim, sebaliknya telah menjadi keresahan berulang dalam kalangan penduduk. Gangguan yang berlaku sama ada secara berjadual mahupun tidak berjadual termasuk tekanan air yang rendah serta tempoh pemulihan yang mengambil masa yang panjang, jelas menjejaskan kehidupan harian, rakyat atau aktiviti ekonomi setempat serta operasi institusi seperti sekolah dan premis perniagaan.
Rakyat tidak sekadar mengharapkan bekalan air itu ada, tetapi mereka menuntut satu sistem yang stabil dan konsisten. Saya percaya isu ini bukan sekadar soal kemudahan asas tetapi soal kesejahteraan rakyat dan keyakinan mereka terhadap keupayaan kita sebagai kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan yang menyentuh kehidupan seharian mereka. Walaubagaimanapun, saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurus Besar Lembaga Air Perak yang sentiasa responsif kepada aduan-aduan saya dan memberikan penyelesaian yang tuntas dalam masa yang singkat. Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu lagi isu yang agak membimbangkan di kawasan saya iaitu pencerobohan, pencerobohan tanah secara haram di sepanjang kawasan sungai dan pesisir pantai di daerah Bagan Datuk. Saya melihat perkara ini juga bukan lagi bersifat terpencil tetapi telah menunjukkan trend yang memerlukan perhatian yang serius daripada pihak Kerajaan Negeri. Untuk makluman Dewan, kawasan yang terlibat kebanyakannya merupakan kawasan rizab sungai dan laut termasuk hutan bakau yang memainkan peranan penting sebagai benteng semula jadi. Ekosistem ini bukan sahaja melindungi kawasan pantai daripada hakisan dan ancaman banjir, malah menjadi sumber sokongan kepada ekonomi komuniti setempat seperti nelayan dan penternak kecil. Aktiviti pencerobohan ini jika tidak ditangani secara bersepadu berpotensi memberi kesan jangka panjang yang besar bukan sahaja dari sudut pelanggaran undang-undang tetapi juga terhadap keseimbangan alam sekitar dan kelestarian sumber semula jadi yang kita warisi.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya difahamkan Kerajaan Negeri melalui Sekretariat Pembangunan Usahawan (STeP) sedang membuat kajian mengenai kesan kenaikan harga bahan api ke atas perniagaan golongan usahawan dengan tujuan antara lain hendak membantu golongan yang terkesan teruk supaya mereka boleh terus bertahan. Seperti yang kita sedia ketahui golongan usahawan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi pengguna. Rangkaian perkhidmatan mereka menjana pelbagai kegiatan merentasi sektor konsumerisme termasuk pemerosesan pengedaran dan penjualan. Jika berlaku sebarang kerencatan di mana-mana segmen kesan buruknya amat memudaratkan. Diharapkan setelah diketahui dapatan dari kajian tersebut, pihak kerajaan segera bertindak merealisasikan apa jua bantuan supaya tidak berlaku kerencatan yang mungkin mengakibatkan penutupan perniagaan ataupun kemalapan urus niaga.
Selain dari menyentuh usahawan mikro dan sederhana, saya juga ingin menyentuh golongan usahawan yang terlibat dalam sektor pengkuarian dan perlombongan. Golongan ini menggunakan pelbagai jentera berat dan peralatan yang pastinya amat terkesan akibat kenaikan harga bahan api. Saya difahamkan sebilangan daripada mereka ini telah dan sedang mengurangkan operasi penghasilan. Ini melibatkan pengurangan volume usaha hasil yang sekaligus mengurangkan kutipan royalti yang menjadi sumber hasil kepada kerajaan negeri. Kesan rantaian dari fenomena ini bukan sahaja menjejaskan hasil negeri, malah turut melibatkan pemberhentian pekerja dan pengecilan saiz dan nilai eksport. Turut terkesan ialah industri yang menggunakan produk pengkuarian dan perlombongan sebagai bahan mentah. Jika industri terbabit perlu mengecilkan volume pengeluaran akan berlaku kerencatan yang sukar dipulihkan semula.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Duli Yang Maha Mulia Tuanku menitipkan pesanan agar pihak kerajaan mengambil iktibar dari pengajaran apa yang sedang berlaku. Natijahnya, walaupun pihak kita tidak menjadi punca konflik dan peperangan yang berlaku di rantau Asia Barat, namun kesan buruk dari peperangan itu tetap menempiaskan kepada kita. Krisis yang sedang berlaku itu adalah loceng amaran untuk kita mengambil langkah proaktif supaya tidak terlalu bergantung kepada bahan api fosil dengan beralih kepada sumber tenaga boleh diperbaharui termasuk solar dan hidro. Selain dari itu, minda rakyat perlu diasuh ke arah penjimatan bahan api. Pesanan orang tua-tua yang berbunyi, beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis adalah bertepatan dengan keadaan yang sedang kita alami. Langkah ke arah gencatan senjata nampaknya telah terbantut. Belum nampak noktah yang mengakhiri peperangan. Justeru, kita perlu bersedia untuk mendepani krisis yang melanda. Dengan kata-kata itu, saya mengakhiri perbahasan yang diiringi dengan doa, doa. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita. Amin Ya Rabbal Alamin. Sekian Wabillahi Taufik wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Rungkup mohon menyokong.
Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Rungkup. Sebelum, selepas saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bukit Chandan untuk memulakan perbahasan dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Barisan Exco, rakan-rakan Yang Berhormat Adun-Adun, Yang Berbahagia ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, wartawan yang hadir, tuan puan yang mengikuti persidangan ini melalui sidang melalui media sosial secara live.
Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya mulakan perbahasan ini dengan masalah yang sangat penting di kawasan saya buat masa ini iaitu pengurusan pelupusan sampah. Perkara ini telah pun disebut oleh YB Manong sebelum saya berucap ini. Jadi untuk pengetahuan Timbalan Speaker, sampah-sampah tidak dikutip mengikut waktu dan jadual yang ditetapkan. Lambakan sampah bertaburan dimerata kawasan Kuala Kangsar kerana tidak dikutip oleh pihak yang berwajib. Bau yang busuk, lalat yang banyak dan pemandangan yang sangat memalukan. Kita semua tahu Kuala
Kangsar ialah Bandar Diraja dan Kuala Kangsar juga adalah bandar destinasi pelancongan. Inikah imej yang hendak kita tonjolkan kepada pelancong? Saya telah membuat aduan banyak kali tetapi perkara ini berlaku berulang kali. Ini bukan kali pertama berlaku. Saya dan rakyat di Kuala Kangsar ingin tahu apakah masalah yang sebenarnya berlaku. Adakah MPKK tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai kontraktor yang mengutip sampah atau adakah kelemahan pihak pengurusan dengan sikap sambil lewa dan tidak serius di dalam menangani masalah ini, atau adakah ini disebabkan kenaikan harga diesel dan ketidak mampuan kontraktor untuk menguruskan masalah diesel.
Masalah ini bukan masalah kecil. Rungutan rakyat mestilah diambil perhatian. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan dan pastikan perkara ini tidak berulang. Saya ada gambar-gambar di sini, gambar-gambar sampah untuk Ahli Dewan. Lambakan sampah, cukup dahsyat, sungguh memalukan gambar-gambar ini dan saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Amal PAS Kuala Kangsar petang semalam yang telah mengambil inisiatif sendiri membuang serta membersihkan sampah-sampah yang terbiar ini. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan bagaimana nak menangani masalah sampah-sampah haram di Kuala Kangsar ini. Kita sedia maklum, ada penduduk kampung yang berhampiran bandar Kuala Kangsar membuang sampah-sampah di kawasan bandar. Apa yang perlu kita galakkan ialah setiap kampung yang tinggal berhampiran bandar membuat pelupusan sampah mereka sendiri dengan menggali lubang dan membenarkan mereka membakar sampah-sampah yang dilupuskan ini. Pastikan satu kampung, satu kawasan pelupusan sampah yang dikawal oleh dan dikawal selia oleh JPKK setiap kampung. Selain itu, ceramah-ceramah kesihatan dan bagaimana cara pelupusan sampah yang betul hendaklah diadakan selalu disetiap kampung dan mukim.
Timbalan Yang di-Pertua, bila harga minyak melambung, ada permintaan daripada rakyat di kawasan saya supaya perkhidmatan Bas Rapid diperluaskan perkhidmatan melalui kampung-kampung dan taman-taman perumahan di Bandar Kuala Kangsar. Sudah sampai masanya kerajaan mendidik dan menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan awam seperti Bas Rapid selain dapat berjimat dengan mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi, kita juga boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama dimusim-musim perayaan. Kerajaan perlu memperkasakan semula sistem pengangkutan awam dengan memberi subsidi terutama kepada perkhidmatan Bas Rapid. Janganlah ia bila berlaku krisis minyak perkhidmatan bas transit ini diberhentikan perkhidmatannya seperti perkhidmatan bagi laluan Kuala Kangsar, Lenggong, Grik seperti yang dilaporkan telah tamat bermula 1 April susulan peningkatan kos operasi serta ketiadaan subsidi laluan berkenaan. Saya difahamkan perkhidmatan ini telah disambung semula.
Timbalan Yang di-Pertua, infrastruktur digital negeri kini dipertingkatkan menerusi pengukuhan rangkaian 5G dengan pembinaan 301 pemancar baharu dan pembangunan pusat data negeri berkonsepkan teknologi hijau. Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM telah meluluskan peruntukkan RM350 juta untuk pembangunan bandar pintar dan membolehkan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu Negeri Perak. Agenda pendigitalan yang bersifat inklusif ini telah menyantuni 176,000 rakyat melalui rangkaian Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Saya faham inilah manifestasi sebenar transformasi digital yang dihasratkan. Teknologi yang memanusiakan pembangunan tidak menghakis nilai insani serta memperkasakan potensi setiap lapisan, lapisan rakyat agar tiada yang tertinggal. Apa yang hendak saya bangkitkan di sini ialah dengan keghairahan kita menikmati kemudahan internet dan dunia siber, kita jangan sampai terlepas pandang tentang keburukkan yang seiring dengan kebaikan teknologi siber ini. Dengan adanya jaringan maklumat yang kita hantar ke setiap rumah di setiap pelosok negeri ini, kita juga turut serta menghantar penjenayah siber masuk ke dalam rumah kita. Ramai yang menjadi mangsa penipuan scammer dan pelbagai sindiket di dalam talian berlaku terutama di kalangan warga emas dan pesara-pesara kerajaan. Kita lihat angka dan jumlah kerugian scam di Malaysia. Pada tahun 2023, kira-kira RM1.22 billion pada tahun 2024, meningkat kepada RM1.5 billion kerugian manakala pada tahun 2025 dianggarkan RM2.7 billion. So, dalam 3 tahun, kerugian dilaporkan sudah melebihi RM5 billion. Ramai mangsa tidak membuat laporan, jadi jumlah sebenar mungkin jauh lebih besar daripada angka rasmi. Ada anggaran bahawa kerugian sebenar boleh mencecah billion ringgit jika semua dikira. Juga keburukan lain seperti keruntuhan sistem kekeluargaan. Banyak berlaku penceraian dan akses kepada bahan lucah yang tiada sekatan kepada semua lapisan masyarakat. Semua lapisan lapisan masyarakat. Selain juga, selain itu juga berlaku fitnah dan berita-berita palsu yang disebarkan tanpa ada sebarang sekatan. Semua nilai-nilai negatif ini jangan kita padamkan dan kita terlepas pandang. Kita tidak mahu masyarakat yang berjaya hari ini tetapi rosak akhlak dan nilai-nilai budayanya.
Timbalan Speaker, Ekonomi Biru ialah model ekonomi yang amat menitikberatkan penggunaan sumber laut, pasir dan air tawar secara lestari untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan pekerjaan sambil memelihara kesihatan ekosistem, sumber perikanan, sumber perikatan…perikanan sangat bergantung kepada habitat dan ekosistem marin yang sihat. Usaha memperkayakan stok ikan air tawar turut dipergiatkan. 2.4 juta benih ikan asli dilepaskan di perairan umum sepanjang tahun 2025. Ramai yang berjumpa dengan saya di kawasan saya mengadu permohonan untuk menternak ikan dalam sangkar di sepanjang Sungai Perak ditolak dan tidak diluluskan. Mereka-mereka ini ialah orang-orang kampung yang tinggal di sepanjang persisiran Sungai Perak dan berminat untuk menceburkan diri di dalam pemeliharaan ikan air tawar. Ikan air tawar dalam sangkar untuk menampung dan menambah pendapatan harian di dalam keadaan serba susah sekarang. Saya harap pihak Exco yang bertanggungjawab dapat membantu dan memudahkan usahawan-usahawan kecil ini untuk menceburkan diri di bidang penternakan ikan air tawar dalam sangkar di sepanjang Sungai Perak.
Sepanjang tahun 2025 sejumlah RM5.83 juta, pembiayaan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak telah memberi manfaat kepada 873 orang pelajar. Jumlah hutang PTPTN di Malaysia sekitar 430,000 peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman dan nilai hutang yang belum dibayar mencecah kira-kira RM6 billion. Hutang PTPTN di Perak dan jumlah peminjam di Perak, saya tak ada angka rasmi. So, sudah sampai masanya Kerajaan mempertimbangkan untuk melupuskan hutang PTPTN bagi anak-anak negeri Perak seperti mana yang telah dilakukan oleh Kerajaan Sarawak kepada anak-anak kelahiran negeri Sarawak. Lagipun, salah satu manifesto atau janji Pilihan Raya Kerajaan Pakatan Harapan ialah menghapuskan hutang PTPTN dan memberikan pembelajaran percuma. Dengan hasil kutipan negeri pada tahun 2025 mencecah hampir RM1.5 billion, kita boleh bermula dari tahun 2025, pinjaman pengajian tinggi di Perak, Kerajaan Negeri hanya perlukan RM5.8 juta sahaja untuk melupuskan hutang Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak pada tahun 2025 kepada 873 orang pelajar anak-anak Perak. Kita mula pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya untuk memberikan untuk menghapuskan hutang dan pinjaman pengajian tinggi negeri Perak.
Saya juga ingin menyentuh peranan Pusat Aspirasi Anak Perak iaitu PASAK. PASAK ialah sebuah organisasi yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk membantu mahasiswa anak-anak Negeri Perak. PASAK berada di bawah pentadbiran portfolio Pengurusan Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Negeri Perak. Kalau silap fakta minta tolong betulkan ya. Kerajaan Negeri telah menyediakan kira-kira RM15.95 juta untuk pelbagai inisiatif bantuan pendidikan di negeri Perak dalam Belanjawan 2026. Dari jumlah ini, sebanyak RM750 ribu diperuntukkan kepada PASAK. Ada banyak bantuan yang disediakan oleh PASAK kepada pelajar anak-anak Perak. Contohnya, bantuan baucer buku, RM200.00 seorang. Bantuan Sara Diri Mahasiswa, Bantuan Kecemasan Pelajar, Program Pembangunan Mahasiswa, Program TVET. Saya bangkitkan masalah PASAK ini kerana ramai yang tidak tahu tentang kewujudan PASAK dan fungsinya. Saya juga yakin ada di antara Adun-Adun yang ada di dalam Dewan ini tidak faham apa itu PASAK. Walaupun dalam laporan audit, terdapat banyak kelemahan dan tidak mengikut tata kelola yang betul, PASAK memainkan peranan yang besar, memperkasakan golongan belia melalui program pembangunan yang menyeluruh dan berstruktur. Saya tidak faham kenapa peranan PASAK ini tidak popular dan kewujudan organisasi ini tidak mendapat hebahan secukupnya untuk pengetahuan rakyat di Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, ekonomi global kini berdepan ancaman besar akibat krisis tenaga susulan perang di Asia Barat. Konflik Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran bukan sekadar percaturan politik dan ketenteraan, bahkan membawa kesan besar terhadap kestabilan, keselamatan dan ekonomi dunia. Negara perlu melakukan persiapan dengan seberapa segera untuk menghadapi risiko darurat, tenaga dan bekalan makanan. Krisis ini mungkin berpanjangan. Beberapa masalah penting yang perlu diberikan perhatian serius adalah seperti berikut. Kenaikan mendadak harga petrol dan diesel. Kesan daripada kenaikan ini sangat besar kepada rakyat kerana ia melibatkan rantaian perkhidmatan akan terganggu dan juga rantaian makanan. Nombor 2, kenaikan kos barang asas dan barang keperluan seperti barang-barang makanan, ubat-ubatan dan juga kenaikan kos perkhidmatan. Pengangguran, saya juga yakin sekiranya krisis ini berlarutan, akan ada syarikat yang akan tutup dan akan ada pemberhentian pekerja secara besar-besaran. Nombor 4, sistem pengangkutan awam dan swasta juga akan terjejas teruk kerana kenaikan harga minyak diesel yang melampau. Nombor 5, semua projek di bawah Perak Sejahtera 2030 akan terjejas dan tertangguh. Dengan berbaki lagi 4 tahun, di sini saya ingin tahu berapa peratuskah pencapaian atau progress Perak Sejahtera setakat ini ya dan berlaku juga kemerosotan kedatangan pelancong ke Malaysia. Sebenarnya ada banyak lagi ya perkara-perkara yang akan yang mungkin akan berlaku akibat daripada krisis di Asia Barat ini.
Persoalan saya adakah kerajaan telah bersedia dengan segala kemungkinan ini? Apakah perancangan kerajaan untuk menangani krisis ini? Apakah Pakej Ransangan kepada rakyat terutama kepada golongan miskin tegar, miskin dan golongan B40. Dalam melalui detik yang sukar lagi mencabar ini kerajaan hendaklah mengamalkan sifat berhemah dan berjimat-cermat di dalam perbelanjaan. Elakkan budaya pembaziran. Keutamaan mestilah membela nasib rakyat. Saya ingin memberi cadangan dan pandangan untuk berjimat-cermat, kerajaan perlulah menamatkan kesemua lantikan pegawai khas MB yang seramai 26 orang kerana tiada keperluan. Sekiranya ini dapat dilakukan, kerajaan berjaya berjimat sebanyak RM3.12 juta-1 tahun dan duit ini boleh membantu golongan yang sangat memerlukan bantuan tunai. Saya juga ingin memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri supaya dapat menubuhkan satu jawatankuasa khas dari kalangan cerdik pandai yang ada di negeri Perak ini untuk memantau, memberi nasihat, cadangan dan apa tindakan yang perlu bagi menangani krisis global ini khasnya krisis minyak dunia. Dengan ini Bukit Chandan menjunjung kasih dan menyokong penuh titah ucapan Tuanku. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.
Terima kasih kepada Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kubu Gajah untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. (Bacaan doa). Timbalan Yang di-Pertua, Kubu Gajah merafak sembah dan menjunjung kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari Selasa 14.4.2026. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Adun Kota Tampan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Pembangkang, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan dan persekutuan dan negeri. Rakan-rakan media. Para pemerhati dan seterusnya rakyat sekalian yang berada dalam negeri Perak yang mengikuti persidangan dewan pada hari ini. Alhamdulillah, puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat dan para tabiin.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dunia sedang berhadapan cabaran jaminan makanan akibat daripada faktor sedia ada termasuk faktor terbaru krisis di Timur Tengah, di Asia Barat yang membawa kesan rantaian seperti peningkatan kos pengeluaran, pertanian dan cabaran memasarkan produk-produk tempatan ke negara-negara luar. Dalam konteks jaminan makanan, Kubu Gajah ingin bertanya kepada kerajaan, adakah Kerajaan Negeri Perak bersedia menjamin bekalan makanan di negeri Perak akan kekal mencukupi dan mampu dimiliki oleh semua rakyat khususnya dalam fasa cabaran global yang masih tidak nampak bila penghujungnya? Ancaman krisis makanan global ini adalah perkara yang real, yang nyata, yang sedang berlaku, bahkan ia berlaku sebelum krisis di Timur Tengah lagi. Laporan oleh FAO, Food and Agriculture Organization of the United Nations pada 2024 ataupun Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2024, menyatakan 30% negara sedang berhadapan risiko kekurangan bahan makanan asas, kesan daripada perubahan iklim dan gangguan rantaian bekalan global dan Malaysia tidak terkecuali. Itu statistik sebelum tercetusnya peperangan di Timur Tengah.
Saya ingin menegaskan bahawasanya kita tidak boleh sekadar bergantung kepada kenyataan umum bekalan terkawal, bekalan terkawal. Semua pimpinan kerajaan akan menjawab bila mana ditanya berkenaan dengan status food security. Jawapan yang umum dibagi oleh pimpinan bekalan terkawal, bekalan terkawal. Rakyat perlu pelan mitigasi jangka panjang yang jelas. Pemetaan stok beras, ayam, daging dan ikan dalam negeri, mekanisme kawalan harga lantai bagi produk tempatan serta insentif bagi menggalakkan pengeluaran di peringkat daerah. Perkara ini selari dengan Titah Tuanku Sultan Perak yang menggesa kerajaan bersikap proaktif tidak menjadi penonton yang pasif, sebaliknya melihat krisis yang sedang berlaku sebagai loceng amaran agar kerajaan merintis langkah-langkah yang sepatutnya. Jika tidak, kita akan terus bergantung kepada bekalan import di mana Malaysia membelanjakan RM78.7 billion setahun dalam import makanan. Angka yang sangat membimbangkan tatkala risiko supaya kepada supply chains shutdown ataupun rantaian bekalan lumpuh terhenti boleh berlaku bila-bila masa.
Timbalan Yang di-Pertua, yang kedua Perak adalah sebagai negeri jelapang padi yang kelima terbesar dalam negeri diangkat sebagai negeri pengeluar padi utama negara. Namun, hakikatnya di lapangan tidak seindah yang disangka para-para pesawah masih dibelenggu dengan masalah yang berulang-ulang yang tak kunjung tiba penyelesaiannya seperti masalah sistem pengairan, kos baja yang naik, masalah benih padi, insentif yang lambat disalurkan walaupun telah lama umum dan kini tertekan dengan kos jentera padi akibat kenaikan harga diesel. Diulas panjang oleh Ketua Pembangkang dalam perbahasan Ketua Pembangkang pada pagi tadi, bahkan pesawah masih berhadapan kerugian berulang setiap musim akibat kos input yang tidak stabil. Masalah perairan dan kelewatan bantuan sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh Pertubuhan Peladang Negeri Perak. Kita tidak runsing ke manakah perginya sumber kekayaan yang sepatutnya dirasai oleh para pesawah atas nikmat suburnya tanah yang Allah Taala bagi kepada kita. Maka pihak kerajaan perlu mencari di manakah loophole atau kelompongan yang berlaku. Meluruskan tatakelola yang baik agar tidak berlaku pembaziran sumber sehingga menyebabkan kerugian kepada pihak pesawah. Mereka adalah frontliner yang bekerja untuk memastikan nasi yang kita makan sentiasa ada. Sewajibnya mereka ini dibela dan diberi perhatian. Dalam menghadapi ketidaktentuan krisis makanan global saya ingin mengharap agar Kerajaan Negeri Perak merangka satu pelan mitigasi yang lebih berstruktur khusus bagi melindungi pesawah dan petani di kawasan jelapang padi di negeri ini. Kita tidak boleh bergantung hanya kepada subsidi konvensional semata-mata sebaliknya perlu berani menerokai pendekatan yang baharu, yang lebih mampan.
Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian kepada model yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui penggunaan instrumen zakat dan wakaf dalam memperkasa sektor pertanian. Model ini memperlihatkan bagaimana dana zakat tidak hanya diagihkan secara bersifat konsumtif tetapi dimanfaatkan untuk produksi produk seperti penyediaan jentera pertanian, latihan kemahiran, sokongan modal serta pembangunan rantaian nilai dari pengeluar sehinggalah ke pemasaran. Sebagai contoh, melalui inisiatif seperti program Smart Sawah dan Projek Hassan pesawah bukan sahaja dibantu daripada segi kos operasi seperti penggunaan jentera yang mengurangkan kos sehingga ribuan ringgit setiap musim. Malah, mereka turut dibimbing menjadi usahawan tani yang lebih berdaya mampan. Sehubungan itu, saya mencadangkan beberapa langkah mitigasi utama. Pertama mewujudkan dana intervensi pertanian negeri berasas berasaskan konsep zakat dan wakaf bagi menyediakan aset produktif seperti jentera, drone dan sistem pengairan pintar kepada pesawah kecil. Kedua membangunkan ekosistem sokongan menyeluruh melibatkan latihan teknikal, pemindahan teknologi serta jaminan pasaran bagi mengelakkan petani terperangkap dengan orang tengah.
Kita takut macam disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah yang ada kartel-kartel di ladang atau di sawah-sawah padi. Kita takut negeri Perak pun ada. Yang ketiga memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri, institusi zakat, institusi kewangan Islam dan pihak swasta bagi mempastikan pembiayaan dan pelaksanaan program bersifat holistik dan berimpak tinggi. Keempat memperkenalkan model From Asnaf to Muzakki iaitu mengangkat golongan pesawah miskin menjadi pengeluar yang akhirnya mampu menyumbang semula kepada ekonomi dan sistem zakat dan yang kelima mempastikan aspek pentadbiran urus yang telus. Pemantauan berterusan serta penilaian impak dilaksanakan agar setiap peruntukan benar- benar sampai dan memberi kesan kepada kumpulan sasaran. Timbalan Yang di-Pertua, pendekatan ini bukan sahaja selari dengan prinsip maqasid syariah, malah mampu mengurangkan kebergantungan kepada import makanan serta meningkatkan keterjaminan makanan negeri secara menyeluruh. Jika model ini berjaya dilaksanakan secara serius dan berskala besar di negeri Perak, kami yakin negeri ini bukan sahaja mampu bertahan status sebagai jelapang padi malah berpotensi menjadi model nasional dalam pengurusan krisis makanan berasaskan Pendekatan Islam yang inklusif dan mampan.
Timbalan Yang di-Pertua, yang seterusnya pasca pembentangan RUU Unggas yang diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin membangkitkan status semasa pengurusan ladang-ladang ayam dalam negeri Perak. Laporan JPV Perak menyatakan sekitar 203 ladang-ladang Perak adalah ladang tertutup moden. Saya mohon penjelasan dan juga pengesahan daripada Exco yang berkenaan dan juga Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab di atas angka rasmi jumlah ladang ayam di negeri Perak. Berapakah jumlah ladang ayam bersistem yang beroperasi yang ada sekarang? Ladang moden berapa pulak ladang yang terbuka masih beroperasi dalam negeri Perak? Adakah masih ada ladang-ladang yang terbuka sistem dia kerana kita mesyuarat lama perbincangan mengenai masalah unggas ayam, masalah lalat dan masih ada lagi kawasan-kawasan yang bermasalah dengan lalat kerana ada ladang-ladang ayam yang terbuka dan juga berapakah jumlah ladang ayam yang dimiliki oleh Bumiputera dalam negeri Perak. Saya ingin memohon kepada pihak Exco memaklumkan adakah keperluan tambahan ayam yang perlu diimport bagi menampung permintaan pasaran dalam negeri Perak dalam tempoh sebulan atau hingga empat bulan setelah peperangan di Asia Barat. Kita tengok bagaimana mungkin makanan ayam akan naik risikonya ladang-ladang kita tidak diselenggara dengan baik. Masih ada ladang yang terbuka. Kita takut kita terpaksa import ayam daripada luar untuk pasaran dalam negeri Perak.
Dengan kekuatan pengeluaran ayam semasa yang ada, bolehkah pihak Kerajaan Negeri memberi jaminan bekalan akan mencukupi sehingga akhir tahun 2026. Kalau tak salah saya dalam perbahasan RUU Unggas yang lepas, kita memberi tempoh kepada peladang-peladang ayam yang terbuka sehingga akhir 2026. Kita mengharapkan supaya bermula 2027 tidak ada satu pun ladang terbuka dalam dalam negeri Perak dan sekali lagi saya mohon dibentangkan secara statistik dan terperinci perancangan-perancangan pengeluaran bekalan ayam di dalam negeri Perak bagi meyakinkan rakyat bahawa kita ada bekalan ayam yang cukup dan strategi terjamin makanan yang mampan bagi negeri Perak.
Timbalan Yang di-Pertua, saya juga tertarik dengan keprihatinan Tuanku Sultan Negeri Perak yang memberi perhatian terhadap statistik kemiskinan dalam negeri Perak. Melalui angka angka yang dikongsikan kepada kita masih ada kira-kira 14,000 isi rumah ketua isi rumah yang tergolong dalam kumpulan miskin. Dalam masa yang sama Perak direkodkan sifar miskin tegar. Namun, hakikatnya di lapangan tidak seindah di atas kertas. Saya mengharapkan Kerajaan Negeri Perak bersifat lebih realistik dan tidak hanya melihat kepada angka-angka di atas kertas, sebaliknya turun ke lapangan menyelami…menyelami hakikat sebenar yang dialami oleh rakyat dalam konteks membasmi kemiskinan terdapat beberapa isu penting yang perlu diperhatikan.
Pertama isu kemiskinan berulang di mana seorang yang seseorang isi keluarga ketua rumah yang diberi bantuan berjaya dikeluarkan daripada statistik miskin tegar. Namun, ia tidak bersifat berpanjangan apabila bantuan terhenti atau pun berlaku kenaikan kos kehidupan yang mendadak. Dia kembali masuk ke dalam kumpulan miskin tegar. Di sinilah Islam mengajar kaedah lebih baik memberi joran daripada memberi ikan. Kerajaan Negeri mesti mendapat pendekatan yang lebih berkesan dan bersifat jangka panjang melalui program-program peningkatan modal insan selain daripada usaha-usaha yang penting bagi mewujudkan pekerjaan kepada rakyat negeri Perak. Tahniah kepada JKM bawah Exco Wanita daripada Temenggor. Banyak program dan saya pun selalu direct kepada Yang Berhormat. Kalau ada kemiskinan tegar di peringkat Dun Kubu Gajah tapi belum lagi mencukupi kerana masih ada lagi isi rumah yang tidak hanya keluar daripada miskin tegar tetapi tetap miskin depa hanya bergantung kepada bantuan bulanan sahaja. Terima kasih tahniah kepada kepada YB Temenggor. Layak dah jadi Menteri atau pun Timbalan Menteri ni. Insha-Allah. Perkara ini penting agar usaha kerajaan tidak dilihat sekadar kosmetik untuk mencantikkan data sahaja sedangkan realiti di bawah jauh daripada apa yang dilaporkan. Kita tidak mahu akhirnya kita syok sendiri berbangga dengan laporan si polan telah keluar daripada kemiskinan tegar pada data dua tiga bulan yang lepas, tetapi hakikatnya bulan selepas atau pun minggu selepas itu dan faktor yang pelbagai si polan yang sama telah masuk ke dalam kumpulan miskin tegar semula.
Isu kedua, yang perlu diperhatikan adalah isu under employment, anak-anak Perak yang berbakat mempunyai kelulusan tinggi yang boleh diposisikan di tempat sepatutnya bagi membangunkan negeri akhirnya terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan. Rezeki daripada pekerjaan halal itu bukan isunya. Isu utama adalah pembaziran tenaga yang sepatutnya boleh mendapat kerja yang lebih baik tapi tidak ia tidak berlaku. Kesan rantaiannya juga adalah kepada taraf kehidupan rakyat. Masalah yang perlu difahami di sini adalah bukan sekadar membuka peluang pekerjaan tetapi juga bagaimana memastikan kualiti peluang pekerjaan yang ada itu benar-benar setahap dengan kualiti modal insan yang ada pada rakyat negeri Perak. Usaha mencipta peluang pekerjaan berkualiti perlu ditingkatkan bagi menoktahkan isu, under employment yang makin membimbangkan pada hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua, untuk yang terakhir, ada beberapa isu di peringkat kawasan. Yang pertamanya berkenaan dengan isu haiwan liar yang disentuh oleh Kerinci Keranji pagi tadi masih berlaku di kawasan Dun Kubu Gajah. Lima hari selepas raya, seorang pemuda langgar seekor kerbau di Kampung Herlang. Sampai hari ini masih koma lagi. Masih koma walaupun ada kita buat perjumpaan di peringkat Majlis Daerah LMS. Tapi tindakan-tindakan yang sepatutnya kepada pengembala atau pembela-pembela lembu dan juga kerbau yang masih berleluasa tanpa tanpa dipantau oleh pihak-pihak yang berkenaan. Saya mohon sungguh-sungguh seperti…
Saya mohon laluan Kubu Gajah.
Lima saat.
Ok terima kasih. Saya ingin menarik perhatian Kubu Gajah ya pada persidangan yang lepas, kita ada mengedarkan surat Dewan Negeri Bilangan 5/2025 di mana menyatakan Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Berkeliaran Negeri Perak. Jadi saya minta mungkin Kubu Gajah boleh masukkan supaya semua kita sama ada di peringkat pentadbiran daerah atau pun negeri boleh rujuk kepada cadangan-cadangan yang disyorkan oleh penyata Jawatankuasa Pilihan Khas Haiwan Berkeliaran Negeri Perak. Kalau tidak sia-sia sahaja laporan ini dikeluarkan. Wallahualam.
Ok masukkan ucapan Bota ke dalam Kubu Gajah.
Kubu Gajah, Tronoh.
Ya.
Terima kasih kepada Kubu Gajah kerana memberi ruang. Saya ingin menambah kepada apa yang disampaikan oleh Kubu Gajah di mana keadaan Tronoh turut mempunyai keadaan yang sama. Dimana lembu dan kerbau berkeliaran di atas jalan dan berada di taman-taman yang taman-taman perumahan. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Kubu Gajah sekiranya pihak kerajaan mengambil satu tindakan yang lebih drastik atau pun satu tindakan yang lebih serius dengan mengambil tindakan seperti menyitar lembu-lembu atau pun kerbau-kerbau yang berkeliaran ini. Adakah Yang Berhormat akan menyokong dengan tindakan ini? Terima kasih.
Pertama masuk ucapan Tronoh dalam ucapan saya. Ucapan kerajaan dalam ucapan pembangkang. Yang keduanya, saya bersetuju. Sebab itu dalam mesyuarat peringkat LMS hari itu, kita bersetuju dan Manjung dah buat perkara tersebut. Menyita dan melelong kembali lembu dengan tagging yang ada daripada pihak veterinar. Saya amat bersetuju. Bukan sekadar menyita sahaja maksudnya…
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Masa….
Dua minit, dua minit.
Dua minit, sila.
Bukan sahaja menyita, kalau boleh kita kenal pasti tuan siapa lembu tersebut. Bukan sekadar menyita. Kena tahu lembu itu hak siapa punya kerana bila mana disita oleh Pejabat Veterinar ataupun Pejabat Daerah, semua tak nak mengaku. Ini jadi masalah pada pihak jabatan dan juga agensi. Yang keduanya, tuan-tuan yang dirahmati Allah SWT, berkenaan dengan jalan. Jalan rumah. Tuan Najmuddin…Encik Najmuddin, saya pernah cerita dalam sidang Dun yang lepas, rumah dia runtuh waktu mana Dun Kubu Gajah banjir 5-6 tahun yang lepas. Dia dah dapat dah dengan usaha daripada Pejabat Tanah…Pejabat Baitumal. Dia dapat rumah dah. Dapat rumah baitumal empat bulan lepas dia dapat rumah. Dah siap rumah baitumal tersebut tapi jalan tak boleh masuk.
Tak ada jalan dan juga lektrik. Tiang elektrik tak boleh masuk. Saya dah puas melalui DO, melalui CADO, melalui semua sehinggalah kepada duit peruntukan MB, nyatakan kepada Pegawai Khas MB, Pegawai Khas MB minta pula surat daripada Adun Kubu Gajah, dah buat dah surat tersebut. Dalam mesyuarat JPTD yang lepas, belum ada lagi kelulusan daripada pihak Menteri Besar. Saya kesal sikit la. Empat tahun, empat bulan, lima bulan dah rumah Baitulmal dah siap dan dia mengharapkan raya hari tu boleh duduk rumah baru tapi tak dapat kerana jalan lebih kurang RM5 ribu je, bukan RM50 ribu, RM5 ribu sahaja. Tak boleh buat jalan dan juga letrik tak boleh masuk. Empat bulan tuan-tuan. Rumah Baitumal dah buat, dah siap. Harap kali ini dah lepas ucapan ni. Sikit lagi Yang di-Pertua. Pejabat Menteri Besar boleh turun balik rumah Najmuddin di Kampung 19 ½, Batu 21.
Yang terakhir, isu jalan juga. Juga disentuh oleh Tuanku, Jalan Gerik. Tapi ini jalan dalam Dun Kubu Gajah. Sesi yang lepas, banjir banyak berlaku dalam Dun Kubu Gajah kerana pasir daripada sungai. Alhamdulillah, dah ambil pasir, dah sedut pasir. Banyak dalam Mukim Ijok. Banyak pasir tempat-tempat pasir dia ambil. Tapi yang jadi masalah sekarang ini pasir bawa bebanan lori yang besar dan berat. Jalan jadi dah berombak-rombak. Daripada Sungai Lempong sehinggalah ke Alor Pongsu, Sungai Malau. Masuk kepada Yang Berhormat Alor Pongsu dah cantik dah jalan. Tapi dalam Dun Kubu Gajah daripada Sungai Malau sehinggalah pekan Kubu Gajah, Pekan Kubu Gajah sampailah ke Sungai Malau, sempadan Alor Pongsu semuanya berombak. Kerana apa, kerana jalan tersebut dah lama dan juga bebanan pasir lori bawa pasir yang berat dan juga balak yang lori balak yang lalu di kawasan tersebut. Moga mudah-mudahan apa yang saya ucap pada petang ini diambil berat oleh Kerajaan Negeri Perak. Banyak syor-syor yang saya kemukakan. Mudah-mudahan diberkati oleh Allah SWT. Kubu Gajah menjunjung kasih Titah Tuanku. Wassalamualaikum WBT.
Terima kasih kepada Yang Berhormat seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Pasir Pinji untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.
Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, rakan-rakan pengamal media, para pemerhati, tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang berada dalam Dewan yang mulia ini dan mereka yang menonton secara live di luar. Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengizinkan saya menjunjung kasih atas Titah DiRaja sempena perasmian Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak pada hari pertama, hari kedua sidang kali ini. Timbalan Yang di-Pertua, penzahiran Titah Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan menyebut pencapaian ekonomi Malaysia pada tahun 2025 mencatat prestasi yang memberangsangkan. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mendapat perkembangan sehingga 5.2%. Kutipan Hasil dalam Negeri pada tahun 2025 pula mencapai RM1.494 bilion dan ini telah menjadikan akaun hasil disatukan Negeri Perak berada dalam kedudukan surplus selama empat tahun berturut-turut. Ini merupakan satu prestasi dan pencapaian yang amat cemerlang sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri dan syabas diucapkan kepada barisan Exco dan agensi kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam perenggan 9 hingga 12, Titah Tuanku menyentuh tentang perubahan kaedah tradisional kepada negeri pintar dan rangkaian 3G serta kecerdasan buatan atau dikenali sebagai AI untuk ditingkatkan penggunaannya untuk mencapai misi negeri pintar. Akan tetapi pada masa yang sama kita masih diserang dengan masalah kecurian kabel TM dan ia semakin berleluasa, semakin serius. Saya rasa dalam sidang ini pun banyak Yang Amat Berhormat pun mention perkara tersebut dan saya sendiri terserempak dengan pencuri kabel ini bulan lalu pada waktu pukul 4.00 pagi di Jalan Yang Kalsom, yakni dia berada di jalan besar, jalan utama bukannya di jalan belakang mana-mana rumah dan ada pula orang yang masih menjamu selera di restoran mamak yang berdekatan. Mereka pun tidak takut dan terus meletak…park dia punya Hilux di tengah jalan dan straight membuka manhole dan seterusnya mencuri kabel di situ dan ada juga sehingga ada video-video yang viral di atas Facebook sehingga yang ada yang terang-terang mencuri pada waktu siang hari. Biasanya pencuri mencuri tanpa pengetahuan orang lain. Tapi ini terang-terang melakukan jenayah seolah-olahnya kabel tersebut dimiliki oleh mereka dan mereka langsung tidak takut ditangkap. Rakyat tertanya-tanya apa tindakan yang kerajaan atau pihak penguatkuasa akan mengambil supaya ia tidak semakin menular.
Seperti dalam Titah Tuanku, perenggan 9 yang menyentuh tentang negeri pintar dan tranformasi perkhidmatan awam yang perlu digerakkan secara agresif serta melahirkan penjawat awam yang mahir mengemudi teknologi automasi dan kecerdasan buatan. Maka yang paling asas sekali agensi-agensi kerajaan perlulah sekurang-kurangnya dilengkapi dengan rangkaian 5G kita yang menyuruh untuk menaik taraf dari 2G, 3G, 4G kepada 5G tetapi takkanlah bila semua rakyat telah menggunakan 5G tetapi agensi dan jabatan kerajaan masih menggunakan rangkaian yang menggunakan kabel copper sahaja sehinggalah penukaran sepenuhnya dari kabel ke fiber optik. Kes-kes kecurian kabel ini tidak akan berhenti. Sindiket-sindiket, pencuri-pencuri akan cuba nasib untuk mencari dan mencuri kabel yang masih ada di bawah manhole. Jadi penukaran kepada penggunaan rangkaian 5G ini penukaran kepada fiber optik 100% membolehkan kes kecurian ini diselesaikan dengan sepenuhnya.
Jadi, di samping itu, saya juga ingin menyeru supaya pihak terutamanya pihak TM untuk membuka dan dismantle dengan izin semua perabot yang sudah tidak terpakai untuk mengelakkan ia dipecah dan dicuri dan tinggalkan sisa-sisa perabot di situ sahaja. Walau bagaimanapun, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TM, MCMC, pihak polis dan juga Pejabat Exco Komunikasi yang sentiasa memberi respon dalam masa yang singkat walaupun respon TM terhadap masalah ini, masalah kecurian kabel ini pada tahun lepas memang kurang pantas dan lambat tetapi apa yang saya nampak ada perubahan dalam maklum balas terhadap kes-kes yang dilaporkan pada tahun ini selepas kita mengadakan beberapa mesyuarat bersama.
Jadi saya juga ingin memuji keprihatinan Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru di mana dua hari yang lepas, seorang penduduk risau bahawa ada pengguna jalan raya yang akan terlanggar manhole yang tidak ditutup dengan baik. Jadi duduk di atas motor beliau dan tunggu di situ di berdekatan sehingga nak tunggu sehingga manhole itu dibaiki dan enggan beredar dan memang terima kasihlah kepada pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru di mana bila mereka dapat berita sahaja mereka segera pergi dan menutup balik manhole tersebut. Jadi saya rasa ini adalah usaha pihak TM dan juga rakyat kita di mana semua penduduk-penduduk kita prihatin terhadap manhole yang dibuka ini. Jadi ini juga menunjukkan bahawa kes-kes kecurian semakin banyak sehingga pihak TM pun tidak mampu menutup balik manhole dalam masa yang singkat dan kadangkala ada manhole yang dibuka tapi tak ada aduan yang diterima oleh pihak TM menyebabkan manhole tersebut tidak sempat ditutup. Jadi oleh itu selain usaha menutup balik manhole saya juga ingin menyuruh supaya pihak-pihak yang terlibat boleh mencari jalan untuk membanteras kes kecurian. Ia lebih baik daripada kita menutup manhole selepas dibuka oleh pencuri. Keadaan ini seumpamanya pencuri buka manhole dan cabut lari. Lepas tu pihak TM pula yang terpaksa menjalankan uruskan kerja-kerja penutupan bagi pihak pencuri.
Sekiranya kita tidak dapat mencari jalan untuk membanteras maka apa yg penduduk harapkan sekarang adalah supaya pencuri boleh mencuri secara berhemah. Ok. Lepas curi kabel diingatkan untuk tutup balik untuk kesenangan dan keselamatan pengguna jalan raya. Jadi ada satu cadangan juga dijalankan bahawa harap-harap pihak TM atau pihak pejabat Exco boleh buat pengumunan di mana sekiranya ada sesiapa yang jatuh disebabkan manhole terbuka atau mana-mana kerugian diakibatkan oleh kecurian kabel ini bolehlah minta mohon untuk mendapat pampasan daripada insurans. Jadi saya rasa ini pun amat penting sebab banyak orang tertanya sekiranya ada orang jatuh dalam manhole apa yang kita boleh buat. Takkanlah kita nak bayar semua duit perubatan dan sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Exco Komunikasi (MCMC), TM dan pihak polis yang duduk bersama dengan saya dan dengan YB Canning juga dan Ahli Parlimen Ipoh Timur dalam mesyuarat mengenai kecurian kabel pada Isnin yang lalu. Dalam mesyuarat tersebut saya juga menyokong cadangan supaya mewujudkan satu hotline di mana penduduk boleh menghantar aduan ke hotline tersebut sekiranya ternampak pencuri sedang mencuri kabel dan team peronda-peronda TM boleh respon serta merta dan pergi ke tempat kejadian secepat mungkin. Sekurang-kurangnya penduduk merasai adalah saluran yang boleh membuat aduan dan aduan itu diuruskan dalam masa yang singkat. Jadi dengan usaha antara wakil rakyat dengan agensi kerajaan dan pihak penguatkuasa sudah tentu kita akan menyelesaikan masalah ini tapi pada masa ini kita wujudkanlah hotline dan juga kita hubungkanlah pampasan insuran yang boleh diclaim supaya kita bolehlah ringankan beban penduduk sekiranya malang tidak berbau sekiranya mereka terjatuh dalam manhole akibat oleh kes-kes kecurian kabel ini.
Timbalan Yang di-Pertua, pelaburan bagi Negeri Perak tahun lepas merupakan yang tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM15.75 bilion atau peningkatan sebanyak lebih kurang 80% berbanding dengan tahun 2024. Ini menunjukkan hasil usaha perancangan pentadbiran dan gerak kerja Kerajaan Perpaduan di Negeri Perak berjaya meningkatkan kepercayaan dan keyakinan para pelabur luar dan dalam negara. Pelabur luar dan dalam negara ini yakin terhadap pentadbiran kami yang efektif, efisien serta berwawasan. Saya bagi pihak rakyat Pinji khususnya dan Perak amnya mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Perak. Namun sejak dua tiga minggu ini timbullah satu isu atau suara-suara yang mempertikaikan keputusan Kerajaan Persekutuan amnya MITI khususnya yang dilihat umpama menghalau pelaburan BYD daripada Malaysia atau sekurang-kurangnya keluar dari Perak.
Antara syarat yang dikatakan ditentukan oleh pihak MITI adalah syarat 80% pengeluaran kereta mesti untuk pasaran eksport. Jadi hanya 20% di pasaran tempatan sahaja. Adakah mana-mana pengeluaran kereta di Malaysia yang telah mencapai taraf pengeluaran 80% sedemikian terutamanya Proton atau Perodua yang telah menerima perlindungan kerajaan persekutuan selama berpuluh-puluh tahun ini? Apakah pengeluaran total dan pengeluaran eksport Proton tahun lepas? Ada mana-mana pengeluaran kereta jenama China mahu pun Eropah atau Jepun yang berjaya mencapai taraf tersebut? Adakah tindakan MITI ini membantu dalam aspirasi Malaysia mahu pun Perak dalam mengejar impian menjadi hub EV di rantau ini? Untuk mendapat pelaburan asing dengan pelaburan berjuta-juta ringgit Malaysia ini bukan senang. Bukannya satu panggilan kepada pelabur dan perjanjian untuk melabur tersebut terus menjadi. Agensi-agensi yang terlibat memeras otak dan dalam kedudukan geopolitik dan lokasi yang begitu sesuai untuk pelabur asing melabur kita tidak boleh asyik kekal dengan cara lama dan tradisional. Kita perlu mencari jalan untuk menarik pelaburan dan bukannya menakutkan pelaburan. Dulu…
Mohon mencelah, Astaka. Terima kasih Pasir Pinji untuk beri laluan. Pertama sekali Timbalan Yang di-Pertua saya ingin memperbetulkan data saya tadi dalam perbahasan saya, saya mengatakan minima harga untuk BYD menjual 20% di negara kita adalah RM200 ribu. Saya mendapat maklumat yang betul adalah RM100 ribu. Ini saya mohon untuk perbetulkan maklumat ini tapi memang RM100 ribu untuk satu EV saya rasa ini juga bercanggah dengan dasar kerajaan sebelum ini. Kalau tidak silap tiga tahun ke dua tahun kita memberikan pengecualian cukai kepada kenderaan EV supaya pengguna di Malaysia dapat membeli EV yang lebih murah tapi tiba-tiba apabila BYD nak masuk ke Perak kita menetapkan satu harga minimum RM100,000. Saya rasa ini memang tidak berpatutan dan adakah Pasir Pinji setuju bahawa syarat-syarat yang ditetapkan secara tiba-tiba ini sebenarnya memang menghalau pelabur kerana kita nampak ada kilang-kilang CKD automotif yang lain baik di Gurun, baik di Melaka untuk kereta-kereta lain, ICE Car dengan izin tapi mereka tidak ditetapkan apa-apa syarat tapi EV untuk Negeri Perak pulak ditetapkan syarat. Adakah Pasir Pinji setuju? Terima kasih.
Saya setuju dan pada masa yang sama e.MAS 5 pun jual dalam harga RM70,000 macam tu sahaja. Jadi tak betullah tak adilah untuk BYD kena jual pada harga RM100,000 jadi dan saya teruskan dengan perbahasan saya dan dulu kita menggunakan rangkaian 2G. Sekarang sudah 5G dan akan datang 6G. Jadi takkanlah kita guna jalan lama untuk berurusan dengan pelabur asing. Jadi saya rasa kita perlu satu jawapan daripada pihak Exco yang berkenaan dan saya harapkan di mana kita kena think, kita fikir secara lebih terperinci dan guna jalan yang lebih baru keadaan baru untuk mendapatkan pelaburan asing ini. Jadi saya memang nak mohon pihak Kerajaan Negeri khususnya pejabat Exco yang terlibat boleh menjelaskan keadaan tersebut. Apakah perancangan dan gerak kerja oleh Kerajaan Negeri pada masa lampau, kini dan masa depan dalam menangani pelaburan daripada BYD ini? Jadi dalam perengan 42, Timbalan Yang di-Pertua, dalam perengan 42, ekonomi global berdepan dengan ancaman besar akibat krisis tenaga susulan perang di Asia Barat dan tiada mana-mana negara yang boleh dikecualikan dan dirasai impaknya serta merta walau pun hanya dalam masa dua minggu konflik tersebut berlaku. Jadi kenaikan harga petrol dan diesel naik secara mendadak merupakan perkara yang paling rakyat takuti kerana kenaikan petrol dan diesel bukan sahaja menjejaskan penggunaan kenderaan tetapi ia menjejaskan kehidupan seharian.
Itu sebabnya kerajaan masih memberi subsidi bahan api RON95 dan dengan harga RM4.27 sen, RM4.27 sen. Kerajaan memberi subsidi sehingga RM2.28 sen seliter. Mana ada negara lain yang memberikan subsidi yang sebegitu banyak. Rakyat beli RM1.99 sen seliter dan kerajaan memberi subsidi sebanyak RM2.28 sen seliter. Ini adalah hakikat di mana pihak pembangkang tak berani katakan apa salahnya kalau kita menghargai usaha kerajaan. Bila berbahas di depan orang ramai di Dewan ini seolah-olahnya pihak pembangkang yang opposite sana tidak mahu berpolitik nak bantu rakyat tetapi MB Perikatan Nasional, MB Kedah, MB Perlis, MB Kelantan menyokong pula konvoi motosikal. Apahal ni? Kalau nak bantu rakyat tetapi pada masa yang sama menggunakan minyak subsidi RON95 untuk membuat konvoi yang tidak membantu dalam krisis tenaga global malah membazir minyak, membazir bahan api yang amat kita hargai pada masa kritikal ini. Tak usahlah seruan minta kerajaan usahakan langkah-langkah penjimatan tapi pada masa yang sama pemimpin-pemimpin Pakatan Perikatan Nasional yang mengetuai aktiviti yang membazir bahan api subsidi. Mungkin pembangkang, mungkin pihak PAS sudah lupa biar saya ingatkan. Posting Pemuda PAS Malaysia pada 11 September 2013 di mana harga minyak naik 20 sen masa PM 2013, PAS turun ke jalan raya dengan aksi mengheret motor sebagai tanda protes minyak naik tetapi pada hari ini di mana kita nak jimat duit, jimat minyak PN Perikatan Nasional pula protes melalui kaedah konvoi motor kononnya nak jatuhkan kerajaan untuk kebaikan rakyat. Betapa hipokritnya. Jangan risau, rakyat tahu.
Timbalan Yang di-Pertua, dalam perenggan 44, Titah Tuanku, di samping usaha-usaha yang dirintis oleh kerajaan, rakyat turut mempunyai tanggungjawab menghayati semangat berat, berat sama dipikul gunung sama didaki berganding bahu membantu negara melalui detik yang sukar lagi mencabar dengan mengamalkan sifat berhemat dan berjimat cermat membantu mengurangkan penggunaan bahan api seterusnya mengurangkan subsidi kerajaan. Jadi, apa yang pemimpin pembangkang buat, bukannya nak membantu apa-apa tetapi hanya menggunakan topik krisis tenaga global ini untuk tujuan politik. Pengurangan subsidi minyak 300 liter kepada 200 liter bersesuaian dengan keadaan semasa. Dengan ini selaras dengan Titah Tuanku supaya kita menggunakan penggunaan bahan api. Kita carpool dengan izin dan seperti yang di umumkan oleh Menteri Pengangkutan, ETS dan ERT diberi 30 peratus diskaun pada Isnin hingga Khamis sebagai alternatif untuk rakyat untuk menjimatkan penggunaan bahan api. Ini barulah polisi-polisi yang membantu rakyat dan bukan sahaja membangkang sahaja tetapi tak ada apa-apa suggestion yang baik. Tiada apa apa cadangan yang baik dan untuk mereka yang katakan menggunakan bahan api yang terlampau banyak sehingga 500 liter, 800 liter. Saya rasa rakyat biasa yang menggunakan keadaan kenderaan untuk pergi balik kerja dan untuk menguruskan hal-hal seharian tidak akan mencapai penggunaan setinggi walaupun 500 liter pun ke atas.
Pasir Pinji, Buntong mencelah, mohon celah. Terima kasih. Pasir Pinji saya Buntong ingin tanya pendapat, adakah Pasir Pinji setuju bahawa retorik yang dimainkan oleh YB-YB pihak pembangkang sebentar tadi sangat-sangat mengelirukan Dewan ini dan juga orang ramai bahawa penggunaan bahan api dan subsidi yang diberikan sehingga 200 liter trash hole tersebut adalah sebenarnya lebih daripada mencukupi. 90 peratus daripada individu menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. Ini adalah data yang telah di berikan oleh Kementerian Kewangan dan percentage ini juga peratusan ini juga menunjukkan bahawa 95 peratus pengguna menggunakan kurang daripada
180 liter bahan api sebulan dan had penggunaan ini 200 liter ini tidak terpakai kepada pekerja e-hailing atau pekerja gig dan Kerajaan Madani mengekalkan kuota 800 liter untuk pekerja e-hailing dan pekerja gig. Jadi ini adalah fakta apa yang dimainkan oleh pihak YB pembangkang hanyalah retorik politik semata-mata apabila negara kita berdepan dengan krisis. Peluang ini digunakan bukan untuk membina satu hujah yang…yang bagus dan konstruktif dan membawa idea yang bernas, tetapi peluang dan platform ini digunakan untuk memainkan retorik politik. Adakah Pasir Pinji setuju dengan perkara ini?
Pasir Pinji?
Ya, saya setuju? Ya…
Sat lagi terus ya. Ok, daripada perbahasan Ahli-ahli Dewan hampir keseluruhan menyentuh berkenaan diesel RM6.72 sen yang naik empat kali. Diorang tak sentuh pun pasal petrol. Kenaikan diesel yang menyebabkan barang naik, semua naik. Adakah Pasir Pinji setuju dengan kenaikan diesel RM6.72 sen yang orang pakai Hilux, saya pakai Navara nak kena bayar dengan RM6.72 sen tak ada subsidi. Adakah Pasir Pinji setuju RM6.72 sen ni?
Saya nak mengingatkan Yang Berhormat tinggal 5 minit sahaja lagi.
Sekejap, mana lagi? Ok, biar saya sikit, ok. Saya setuju dengan YB Buntong di mana untuk 800 liter ini saya sebagai contoh kereta saya Proton Persona. Dia untuk 7 liter saya boleh pergi sehingga 100 KM. Jadi kalau mengikuti 800 liter diguna untuk satu bulan, maksudnya 12 ribu satu bulan di mana 400 KM satu hari. Pergi mana? Kalau untuk kerja saya rasa mungkin dia tinggal di KL dan dia pergi ke mungkin ke Perak untuk kerja baru boleh mencapai kegunaan sebegini. Jadi tak tahulah. Saya pun tak tahu fakta-fakta itu dari mana dan biasalah fitnah-fitnah dilontar oleh pihak pembangkang. So, jadi saya pun dah biasalah dengan ucapan-ucapan yang tidak tahu fakta yang mana dari mana. Jadi untuk mengenai diesel, betul. Mengapa pihak pembangkang tidak sentuh terhadap petrol? Sebab petrol masih di subsidi oleh kerajaan. Perkara bagus yang kerajaan buat perkara yang baik pembangkang tak pernah bangkit. Tak pernah pula mengapa tak bangkit petrol? Terima kasihlah kan. Sekarang you katakan bahawa mengapa diesel sahaja yang naik? Diesel sahaja disubsidikan juga di semenanjung bukan, di di Sabah, Sarawak dan juga diesel pula ada subsidi dan semalam sahaja negeri Kerajaan Persekutuan telah menaikkan subsidi daripada 200 kepada 300 dan sekarang 400 untuk persendirian yang menggunakan kenderaan diesel dan ada Fleet Card untuk mereka yang buat business dan of course nanti saya ada dua perenggan lagi, nanti saya akan bincang juga diesel di belakang, Ok.
Petrol berkenaan petrol.
Timbalan tak bagi.
Saya tak bagi.
Timbalan tak bagi.
Yang berhormat, sila duduk. Sila-sila. Dia tak bagi. Dia tak bagi.
Tak bagi.
Pasir Pinji sila. Bagi tak bagi?
Ok, berkenaan dengan petrol, subsidi Kerajaan Madani daripada 300 liter untuk semua orang. Dak dak, ni saya nak petrol sebabnya kamu sebut tadi yang pasal diesel, saya nak petrol. Daripada 300 liter pada semua orang yang ada lesen, kenapakah kerajaan yang sepatutnya Madani, sepatutnya daripada 300 naik ke naik 400, baru nama Madani. Ini daripada 300 turun ke 200 sedangkan kalau 300 masyarakat rakyat guna 250, 50 tu dikurang daripada subsidi.
Astaka mohon mencelah.
Mungkin tak baca titah tuanku.
Astaka mohon mencelah juga Pasir Pinji.
Sepatutnya jadi kerajaan Madani kerajaan dari 300 ke 400 liter.
Pasir Pinji, Pasir Pinji tinggal tiga minit saja. Sila masuk perenggan terakhir.
Perenggan 44, bacalah.
Sila…sila.
Kita rakyat turut mempunyai tanggungjawab menghayati semangat berat sama dijunjung.
Yang Berhormat lain sila duduk, sila.
Jadi, dalam keadaan krisis macam ni, kalau kerajaan boleh naik dari 300 liter ke 400 liter, saya rasa ini bukan sedunia lah dengan dunia lain. Mana mungkin seluruh dunia menanggung minyak yang naik harga tetapi Malaysia sahaja yang boleh bagi rakyat guna.
Malaysia pengeluar minyak.
Pasir Pinji, Astaka , Astaka.
Masa habis dah. Boleh tanya lagi . Boleh…
Kubu Gajah memang…
Boleh tanya…
…beri satu pandangan yang kurang cerdiklah. Sekarang kita tengah menghadapi krisis. Kita nak jimat tapi dia kata kerajaan kalau MADANI kena tambah 300 liter kuota kepada 400. Macam kita tak apa dilanda dengan krisis langsung. So, pembangkang...
Kekalkan 400, kalau rakyat...
…lain kali kalau nak bagi cadangan bagi cadangan yang lebih bernas. Gunakanlah otak sikit boleh?
Yang Berhormat, saya faham semua perasaan dari Yang Berhormat. Saya minta Pasir Pinji, sila teruskan. Yang lain, Yang Berhormat sila duduk.
Saya tak perasan pun negara kita, negara kita ada banyak minyak pula. Saya ingat krisis pula.
Kau tak tau Kerajaan Negeri Perak, Malaysia tak dak. Apa…
Pasir Pinji setujulah.
Petronas seluruh Malaysia.
Tak payah nak bisingla. Isu net importer dan net exporter pun tak faham. Tak payah nak bisingla. Pusing-pusing selalu.
Yang Berhormat lain sila duduk. Pasir Pinji, sila teruskan. Yang Berhormat Pasir Pinji, sila.
…di sosial media.
Zaman PH teruk. Minyak naik.
Tidak kiralah di sosial media atau Dewan yang mulia ini, kita kerap mendengar ucapan pembangkang kritik tiada kenaikan harga minyak tetapi tak pernah ada cadangan yang lebih baik. Ini bukan masa untuk berpolitik. Ini masa untuk berfikir untuk membantu rakyat. Mungkin pihak pembangkang tidak tahu kerajaan memberi subsidy sebab BUDI RON95 subsidy. BUDI diesel. Mungkin pihak pembangkang tidak pernah dengar BUDI diesel. Cari Google. Cari AI. Cari chatgpt boleh dapat dan juga mungkin tak tahu semalam subsidy untuk diesel dari 300L sudah naik sekali lagi ke 400L mungkin tak tahu juga. Tak apa. Cari online dan ada 20 jenis pengangkutan darat awam yang diberi fleet card subsidy diesel. Mungkin pihak pembangkang tak tahu juga sebab dari tadi saya dengar perbahasan tak pernah mention…
Madani gagal.
…subsidy yang bagi okay dan..
Habis masa dah ni. Panjang sangat ni.
Madani gagal dah.
Dah habis masa dah.
Perintah tetap pula? Tak ada satu pun pihak pembangkang yang mengatakan perkara ini seolah-olah kerajaan tidak memberi subsidi.
Madani gagal.
Memang tak dinafikan peningkatan harga diesel akan menyebabkan harga barangan naik kos barangan naik tetapi pada masa yang sama kita perlu memastikan bahan api tidak diseludup ke negara lain dan kekal untuk kegunaan rakyat Malaysia. Maka kita perlu mencari satu keseimbangan antaranya dan saya menyokong untuk memperluas fleet card subsidy diesel ke sektor-sektor yang dulunya tidak layak mendapat fleet card untuk mengawal kos barangan supaya tidak menaik secara mendadak dan juga saya ingin meminta bantuan fleet card ini juga diberi kepada pusat kebajikan NGO. Kebanyakan mereka bergantung kepada penderma untuk menampung kos harian warga tua atau kanak-kanak yang duduki di shelter tersebut. Harga diesel yang tinggi menyukarkan kos kehidupan mereka dan perlulah lebih ramai penderma untuk krisis ini. Penderma pun dana penderma pun kurang sebab krisis. Jadi tidak mampu membantu mereka yang kurang bertuah ini.
Sebagai contoh, Shelter Amy di Jalan Raja Permaisuri Bainun atau dulu dikenali sebagai Jalan Kampar. Setiap hari persekolahan, mereka perlu menghantar lebih 30 orang murid yang tinggal Shelter Amy ke sekolah. Ini merupakan keperluan kehidupan harian seperti yang mana kita nikmati dan harapkan dalam krisis tenaga global ini, mereka tidak dilupai dan satu topik lagi tadi yang dikatakan oleh pihak pembangkang ada tertanya-tanya. Jadi yang itulah pasal bila kita kata jangan berpolitik di Dewan. Kebanyakan kali pihak pembangkang mengambil fake news. Maklumat apa berita palsu untuk dibincang di dalam Dewan. Buang masa sahaja. Mengapa saya kata macam itu? Tadi katakan bahawa Malaysia menghantar diesel treatment ke Philippines tapi semalam sahaja YAB PMX telah... 2 minit lagi, sorry. Mengatakan bahawa diesel ini, berita ini tidak betul tapi pihak pembangkang dia dapat berita palsu. Dia tak tengok. Dia tak tengok penjelasan. Lepas itu, tanya dalam dewan. Itu pun kan..
Timbalan speaker.
Nanti…nanti. Tak bagi.
Ketua Pembangkang bertanya. Yang menjawab Exco. Bukan you yang jawab.
…dan maklumat ini.
Habis la.
Yang ini berita palsu.
Biar Exco yang menjawab.
Orang bertanya. Orang bertanya.
MCMC investigate individual…news Ok.
Kalau tanya pun koyak buat apa…
Tambah berapa minit lagi ni?
You celah. Saya ulang. MCMC to investigate individual over fake news on diesel shipment to Philippines. Fake news. Setiap kali sahaja pihak pembangkang bawa fake news jangan bawak fake news.
Baru tanya dah koyak.
Fake news. Saya tak bagi celah. Duduk sahaja.
Habis masa je.
Saya tak tahulah.
Lebih masa dah.
PAS Teluk Intan sudah bayar ganti rugi fitnah kepada saudara Badrul ke tak. Saya tak pasti.
Cukup la. Cukup la.
Baru kalah sahaja. Sekarang nak lagi. RM250,000 mungkin duit kecillah untuk PAS. Tak pasti la tapi memang ada. Memang kaki fitnah.
Timbalan Yang di-Pertua, nanti kena bagi saya masa lebih lagi.
Yang Berhormat Pasir Pinji,
Habis dah.Stop kan saja terus.
Saya bagi seminit lagi. Sila masuk perenggan terakhir.
Seminit lagi...
Yang lain semua sila duduk. Jangan. Sila.
Ok, yang terakhir sekali, saya berharap dalam masa krisis tenaga global sebegini, kerajaan perlu membuat persiapan sekiranya konflik Asia Barat ini berterusan dan kita perlu sediakan payung sebelum hujan. Saya rasa ada keperluan untuk mengadakan sidang khas belanjawan tambahan memandangkan Kerajaan Negeri mempunyai surplus dalam 4 tahun berturut- turut dan ini adalah masa yang paling sesuai untuk berbincang belanjawan tambahan untuk menjaga kebajikan rakyat terutamanya dalam aspek keterjaminan makanan dan kebajikan golongan B40 dan M40. Sekian, terima kasih.
Terima kasih pembahas yang terakhir pada hari ini. Suka saya, Dewan hendak mengingatkan bahawa esok hari Khamis. Oleh itu, pemakaian baju batik adalah digalakkan. Walaubagaimanapun, diingatkan bahawa hanya pakaian batik Malaysia sahaja yang dibenarkan di dalam Dewan ini. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula hari Khamis, 16 April 2026 pukul 9.00 pagi.