Perak · 16 April 2026

15th Assembly, 4th session, 1st meeting · 1,008 turns · 64,367 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalPerak publishes one PDF per sitting day, from May 2020 (none for 2018-19), and a file of oral and written answers per meeting from December 2022.

(Pembukaan)

Bentara

Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua.

Setiausaha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat sekalian, sekarang kita mulakan Persidangan Ketiga, Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri yang Kelima Belas, Perak Darul Ridzuan pada hari Khamis, 16 April 2026 pukul 9.04 pagi dengan urusan perkara yang pertama iaitu Bacaan Doa.

SEGALA puji bagi Allah selawat dan salam atas RasulNya, maka dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasih, Dewan Negeri ini dibuka.

Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Raja dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur, limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk Negeri Perak Darul Ridzuan.

Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Negeri, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi Negeri Perak Darul Ridzuan serta rakyatnya sekalian.

Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu, hidayatMu dimohon menyuluh, memandukan, pada ketika kami berunding, menimbang, bertukar-tukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaranMu, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan bagi Negeri Perak Darul Ridzuan, serta penduduknya sekalian.

Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Allah seru sekalian alam

Perkara yang kedua, Pengumuman Yang di-Pertua.

Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negeri, ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil jabatan, pihak urus setia, para petugas media sekalian.

Sebelum kita meneruskan urusan mesyuarat yang selanjutnya, izinkan saya untuk membuat beberapa pengumuman. Yang pertama, sebagaimana lazim aturan urusan mesyuarat, dan senarai giliran soalan-soalan lisan boleh diperolehi dengan mengimbas kod QR yang diletakkan di setiap meja ahli Dewan. Ahli-ahli Yang Berhormat serta wakil jabatan juga dikehendaki untuk mendaftar kehadiran dengan mengimbas kod QR yang sama.

Yang kedua, sesi perbahasan atas titah diraja akan diteruskan lagi pada hari ini. Suka untuk saya mengingatkan Yang Berhormat Ahli Dewan agar dapat berbahas dengan mematuhi peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perintah-Perintah Tetap.

Yang ketiga, berkaitan dengan hansard rasmi, saya ingin maklumkan Ahli-ahli Yang Berhormat bolehlah membaca dan memuat turun hansard rasmi setiap persidangan selewat-lewatnya pada jam 12.00 tengah malam.

Akhir sekali pada persidangan kali ini, terdapat 4 gerai yang dibuka berhadapan Bilik Makan Ahli Dewan Negeri terdiri daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang memberi penerangan berkaitan Hutan Simpanan Kekal Bakau, Kuala Gula. Selain itu, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Universiti kitalah tu. Turut serta membuka gerai bagi memberi pendedahan kursus pengajian yang ditawarkan dan Zakat Perak Al-Ridzuan memberi khidmat perundingan berkaitan zakat. Terdapat juga 2 gerai jualan batik dan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Perak.

Hari ini hari Khamis, kita digalakkan memakai pakaian berbusana batik di dalam Dewan Negeri tetapi seperti mana yang diperingatkan oleh Timbalan Speaker semalam, batik Malaysia sahaja yang dibenarkan. Saya ni dok tengok ni. Speaker dok tengok. Sapa pakai, tak pakai batik Malaysia. Kalau tak pakai, kita sebab tu kita ada gerai karyaneka di luar. Bolehlah membeli. Bantu beli batik Malaysia di luar, untuk pakai di dalam Dewan. Itu sahaja. Sekian terima kasih.

Soalan yang telah diberi notis, soalan-soalan lisanQuestions

Setiausaha

Perkara yang ketiga. Soalan yang telah diberi notis. Soalan-soalan lisan.

Yang di-Pertua

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tempoh masa untuk sesi soalan lisan pada hari ini adalah selama 60 minit. Soalan tambahan adalah dihadkan kepada 2 soalan sahaja dan ianya perlulah mempunyai kaitan dengan soalan asal. Soalan tambahan yang tidak berkaitan dengan soalan asal adalah tidak dibenarkan dan kalau ada perkara yang popular, seperti kelaziman dan kebenaran Menteri Besar atau pun ahli Exco yang menjawab, kita boleh benarkan tambahan soalan. Ok. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Baharu untuk mengemukakan nombor soalan.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Soalan Pengkalan Baharu adalah soalan nombor dua.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Perak Sejahtera 2030. Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pengkalan Baharu bertanyakan sama ada Kerajaan Negeri merancang untuk terus membuka ladang hutan di negeri Perak. Untuk maklumat Yang Berhormat Pengkalan Baharu, negeri Perak telah diluluskan kawasan Zon Pembangunan Ladang Hutan seluas 100,000 hektar melalui Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-68 pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Perak telah menetapkan pelaksanaan sebenar bagi Zon Pembangunan Ladang Hutan di negeri Perak hanya melibatkan keluasan seluas 32,375 hektar iaitu bersamaan kira-kira tiga peratus daripada keseluruhan keluasan Hutan Simpan Kekal di negeri ini. Pelaksanaan pembangunan ladang hutan ini dilaksanakan secara berfasa dan tidak diberikan kelulusan secara serentak bagi memastikan perancangan yang lebih tersusun serta pemantauan yang berkesan terhadap impak alam sekitar dan pengurusan sumber hutan.

Sehingga 31 Disember 2025, daripada sejumlah keluasan yang ditetapkan tersebut hanya berbaki seluas 809 hektar yang masih belum diberi kelulusan. Perincian status pelaksanaan adalah seperti berikut. Keluasan ladang hutan yang telah diluluskan ialah 31,566 hektar. Keluasan ladang hutan yang telah dibangunkan 8,810 hektar. Keluasan ladang hutan yg telah ditanam 8,184 hektar. Keluasan ladang hutan dalam proses penanaman 626 hektar, manakala keluasan ladang hutan yang belum dibangunkan 22,756 hektar. Ingin saya tegaskan bahawa pembukaan kawasan ladang hutan dalam Hutan Simpan Kekal adalah tertakluk sepenuhnya kepada had keluasan Zon Pembangunan Ladang Hutan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membuka atau menambah keluasan baharu bagi Zon Pembangunan Ladang Hutan di negeri Perak. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Pengkalan Baharu?

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Kota Tampan berkaitan dengan penerangan berkaitan ladang hutan. Soalan tambahan saya berbunyi beginilah, ya. Di tempat saya dulu pernah orang kampung menanam pokok-pokok yang ada kaitan dengan pokok hutan. Spesies seperti Pokok Sentang, Pokok Jarak yang kononnya ia boleh menghasilkan minyak biofuel yang untuk kegunaan kapal terbang, ceritanya ya, Pokok Jarak begitu juga Pokok Sentang, Jati dan sebagainya. Jadi soalan saya, adakah pihak Jabatan Hutan telah mengenalpasti spesies pokok yang akan ditanam yang mungkin akan menghasilkan pulangan yang lebih baik pada nilai pasaran pada masa akan datang? Maksud saya sekiranya spesies tersebut lebih baik, lebih menguntungkan, boleh juga, apa nama peladang atau petani di kampung-kampung yang mempunyai tanah-tanah yang kurang sesuai ditanam dengan tanaman sawit, contoh di lereng-lereng bukit di tanam dengan spesies yang ditanam oleh Jabatan Hutan dalam projek ladang hutan. Terima kasih.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Yang Berhormat. Dato' Seri Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Perhutanan Negeri telah mengenal pasti dan menetapkan 10 spesies pokok hutan yang sesuai dibangunkan sebagai projek pembangunan ladang hutan. Spesies ini dipilih berdasarkan kesesuaian tapak, kadar pertumbuhan, permintaan pasaran serta potensi pulangan ekonomi. 10 spesies tersebut ialah pertama Batai, yang kedua Getah Klon Balak, yang ketiga Khaya, yang keempat Jati, yang kelima Kelampaian, yang keenam Binuang, yang ketujuh Sentang, yang Kelapan Eucalyptus, yang kesembilan Karas dan yang kesepuluh Jelutung. Walaubagaimanapun, berdasarkan pelaksanaan semasa oleh pengusaha ladang hutan, tiga spesies utama yang mencatatkan peratusan penanaman tertinggi adalah, pertama Getah Klon Balak iaitu lebih kurang 45%. Yang kedua Eucalyptus lebih kurang 32% dan yang ketiga Batai lebih kurang 20%. Namun begitu, keutamaan masakini adalah kepada spesis Eucalyptus kerana ia mempunyai kadar tumbesaran yang cepat, tempoh matang yang singkat iaitu sekitar 8 hingga 10 tahun serta keperluan penyelenggaraan yang lebih rendah. Selain itu, spesies ini juga tahan terhadap pelbagai keadaan tanah termasuk kawasan marginal seperti di lereng bukit.

Dari segi hasil, ladang hutan Eucalyptus dianggarkan mampu menghasilkan sekitar 150 meter padu kayu per hektar bagi satu pusingan tuaian bergantung kepada amalan silvikultur dan juga kesesuaian tapak. Berhubung perbandingan dengan tanaman kelapa sawit, pokok dari spesis ladang hutan dilihat sebagai satu alternatif yang berdaya maju khususnya bagi kawasan yang kurang sesuai untuk sawit seperti tanah berbukit atau kurang subur. Selain menjana pendapatan pokok dari spesies ladang hutan juga menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar, pengurangan hakisan tanah serta menyokong industri hiliran berasaskan kayu. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri menggalakkan pekebun kecil yang mempunyai tanah terbiar atau marginal untuk mempertimbangkan penanaman pokok dari spesis ladang hutan ini sebagai satu sumber ekonomi baharu yang mampan. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menter Besar. Tak ada soalan tambahan lain. Maka dengan ini saya menjemput, Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sat lagi kacau pula soalan tambahan, terima kasih Tuan Pengerusi. Tengok salah satu daripada spesies tanaman ladang hutan itu adalah Akasia dan Akasia itu ingat nak buat pulpa. Cuma kalau kita dapat maklumat berapa peratus daripada ladang-ladang hutan yang digunakan dan berapa kapasiti Akasia tu yang ditanam dan berapa dia menyumbang kepada hasil negeri pada masa ini. Boleh dapat maklumat sikit.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Terima kasih Gunong Semanggol. Seperti yang saya jawab tadi Jabatan Hutan Negeri Perak telah memilih hanya 10 spesis yang saya sebutkan tadi dan ia tidak termasuk Akasia. Tentulah ada sebab-sebabnya dari segi saintifik dan sebagainya. Barangkali kerana ia kurang memberi hasil yang baik ataupun ada perbandingan. Barangkali dia mudah penyakit atau pun disebabkan oleh ia tidak memberi pulangan yang lebih lumayan berbanding kepada 10 spesies yang kita sebutkan tadi.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita tak silap, pemulihan Ladang Teh Lenggong itu dia tanam Akasia atas itu rasa. Mungkin itulah kalau tidak, mungkin maklumat itu tak sampai lah. Tengok yang itu, minta penjelasan sikitlah.

Yang di-Pertua

Ok Menteri Besar.

Dato’ Seri Saarani bin MohamadUMNO · BNMenteri Besar · Kota Tampan

Dato' Yang di-Pertua, saya pun tak pergi tengok lagi katakan Akasia ditanam di Ladang Teh Lenggong itu. Walaupun dikatakan ia ditanam, ia juga adalah merupakan tanaman berkayu, berkayu tetapi Jabatan Hutan menyebutkan di sini apa yang diunjurkan oleh Jabatan Hutan adalah berasaskan 10 ni sahaja. Yang lain tu dia buat barangkali secara bersendirian. Dia kena cari pasaran sendiri.

Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Ayer Kuning untuk mengemukakan nombor soalan.

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Dato’ Seri Yang di-Pertua, soalan Ayer Kuning Nombor 3. Terima kasih.

Auzubillahhiminasysyaitonirrojim. Bismillah hirrohmannirrohhim. Alhamdulillahi rabbil Alamin Wassolatu Wassalamuala Asyrafil Anbiahiwal Mursalin Wa'ala Alihi

Wasahbihi Ajmain. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Ayer Kuning atas soalan yang diberikan. Bagi menjawab soalan Ayer Kuning. Ada tiga pecahan soalan. Kerajaan Negeri Perak telah melaksanakan pelbagai program bantuan khusus bagi membantu golongan B40 miskin tegar keluar daripada kitaran kemiskinan. Soalan Ayer Kuning yang berkaitan bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan golongan yang benar benar memerlukan tidak tercicir akibat kekangan peruntukkan program.

Untuk soalan nombor satu, yang mana pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ayer Kuning, Kerajaan Negeri Perak mengakui bahawa dalam mana-mana sistem bantuan, kemungkinan keciciran masih lagi boleh berlaku khususnya melibatkan kes-kes terpencil di lapangan yang tidak tampil ataupun tidak sempat untuk direkodkan. Namun, yang lebih penting adalah bagaimana kerajaan bertindak secara responsif, sistematik dan berterusan untuk mengesan serta menangani keciciran tersebut agar tidak menjadi kelemahan yang berpanjangan dalam sistem penyampaian bantuan. Dalam memastikan golongan yang benar-benar memerlukan tidak tercicir. Kerajaan Negeri menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dengan menggabungkan penggunaan data pengesanan aktif di lapangan serta penyelarasan rentas pelbagai agensi. Kerajaan Negeri. Menggunakan sistem e-Kasih yang diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri sebagai Pangkalan Data Kemiskinan Nasional bagi mengenalpasti memprofil dan memantau status isi rumah miskin dan miskin tegar secara lebih sistematik dan berasaskan data.

Walaubagaimanapun, pendekatan ini tidak terhad kepada pendaftaran pasif semata-mata sebaliknya turut diperkukuhkan dengan pelaksanaan program turun padang seperti ziarah kasih, lawatan ke rumah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, pejabat daerah serta penglibatan penghulu dan komuniti setempat bagi mengesan kes-kes yang tidak tampil memohon bantuan tetapi sebenarnya berada dalam keadaan yang memerlukan. Kerajaan Negeri juga membuka ruang kepada orang awam, pemimpin setempat dan organisasi untuk melaporkan kes kemiskinan melalui pelbagai saluran seperti Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu Mukim dan Pejabat Pembangunan Negeri serta kepemimpinan setempat. Untuk makluman, Yang Berhormat Kerajaan Negeri telah menubuhkan Taskforce Mesyuarat Focuc Group Kesejahteraan Rakyat di peringkat daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah yang turut disertai oleh semua agensi pemberi bantuan yang akan sentiasa bersidang bagi memastikan data kemiskinan sentiasa dikemaskini serta setiap kes baru dinilai secara telus dan menyeluruh. Dalam masa yang sama, pelbagai saluran aduan dan rayuan seperti Talian Kasih 1599…15999 nanti takut lebih 9 tekan tekan tak dapat. Sistem dalam talian Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri dan kehadiran terus ke pejabat yang disediakan bagi memastikan tiada individu yang tercicir daripada semakan semula.

Sebagai usaha memperkukuhkan lagi sistem penyampaian bantuan, Kerajaan Negeri telah memperkemaskan Program One Stop Centre Sejahtera Sosial bagi tahun 2026 sebagai satu pendekatan baru yang lebih berfokus dan berimpak. Program ini merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan sejak tahun 2024, namun telah ditambah baik kepada model intervensi berasaskan keluarga. Melalui pendekatan ini, setiap daerah akan mengenalpasti sekurang-kurangnya 100 ketua isi rumah daripada pelbagai kategori miskin dan miskin tegar dalam data e-Kasih untuk dijadikan keluarga angkat iaitu melalui proses profiling dan menyeluruh. Setiap keluarga akan dikelaskan mengikut kluster seperti kesihatan, keusahawanan, pendidikan dan latihan kemahiran berdasarkan keperluan sebenar mereka. Intervensi yang dilaksanakan kemudiannya disokong oleh rakan strategik yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi latihan dan juga sektor swasta bagi memastikan bantuan yang diberikan lebih tersasar dan berimpak. Program ini dilaksanakan secara berfasa melibatkan pemilihan keluarga, penglibatan komuniti serta pemantauan berterusan terhadap kemajuan keluarga sasaran. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM600 ribu dengan setiap daerah menerima peruntukan RM50 ribu bagi memastikan pelaksanaan program yang menyeluruh.

Pendekatan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri bukan sahaja memperbaiki sistem sedia ada malah sedang beralih kepada model intervensi yang lebih tersusun, menyeluruh dan berimpak bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir dari sistem bantuan. Suka untuk saya kongsikan juga bahawa bantuan Kerajaan Negeri pada hari ini tidak lagi tertumpu kepada pemberian bantuan kewangan secara bulanan semata mata, sebaliknya turut memberi penekanan kepada aspek pengupayaan diri dan ahli keluarga melalui penyertaan dalam program latihan, kemahiran TVET serta keusahawanan. Pendekatan ini bertujuan bagi memastikan kemahiran yang diperolehi dapat dimanafaatkan untuk mengembangkan potensi diri seterusnya meningkatkan pendapatan dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan secara berterusan. Saya mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk menzahirkan ucapan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pejabat-pejabat daerah dan tanah dan semua agensi pemberi bantuan yang telah bertungkus lumus tanpa mengira masa mengorbankan waktu cuti mereka terutamanya dalam menjalankan Program One Stop Centre Sejahtera Sosial ini.

Soalan kedua apakah indikator atau ukuran yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menilai keberkesanan program-program tersebut. Dato’ Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam menilai keberkesanan program bantuan pula, Kerajaan Negeri menggunakan indikator yang jelas. Berasaskan data serta mengambil kira impak sebenar terhadap kehidupan penerima dan bukan sekadar jumlah bantuan yang disalurkan. Ukuran utama yang digunakan adalah berasaskan pendapatan garis kemiskinan PGK yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Ekonomi yang merangkumi keperluan asas makanan dan bukan makanan bagi memastikan isi rumah mampu menjalani kehidupan yang Sejahtera. Di negeri Perak, pendapatan perkapita bagi kategori miskin tegar adalah RM331 bagi kawasan bandar dan RM320 bagi kawasan luar bandar, manakala kategori miskin adalah RM769 di bandar dan RM656 di luar bandar.

Sehubungan dengan itu, keberkesanan program diukur melalui keupayaan isi rumah untuk keluar daripada status kemiskinan termasuk peningkatan pendapatan sehingga melepasi PGK serta keupayaan untuk berdikari tanpa bergantung kepada bantuan secara berterusan. Hakikatnya, berdasarkan data semasa, kadar keluar daripada kemiskinan di negeri Perak menunjukkan trend yang positif dan telah melepasi sasaran nasional, sekali gus membuktikan bahawa pendekatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah berfungsi dan memberi impak yang nyata. Saya nyatakan di sini berdasarkan data yang kita perolehi. Untuk makluman Dewan berasaskan data e-Kasih sehingga 31 Disember 2025, seramai 732 ketua isi rumah telah berjaya dinoktahkan daripada status miskin tegar di negeri Perak sekaligus mencapai matlamat sifar miskin tegar. Selain itu seramai 11,648, ketua isi rumah atau

45% telah berjaya keluar daripada status miskin melepasi sasaran nasional sebanyak 33%. Jadi kita noktahkan kemiskinan tegar, tetapi dalam kategori miskin yang ada 11 ribu lebih ini kita telah berjaya keluar keluarkan mereka daripada kategori miskin.

Di peringkat Jabatan Kebajikan Masyarakat, keberkesanan bantuan turut dinilai berdasarkan keupayaan memenuhi keperluan asas, peranan bantuan sebagai sokongan sosial dan alat pemulihan serta tahap pengurangan kebergantungan penerima terhadap bantuan. Sehingga Mac 2026, seramai 55,514 orang penerima manafaat bantuan yang telah disalurkan secara bulanan. Sementara itu, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak turut menilai keberkesanan program zakat melalui kajian impak secara saintifik dengan kerjasama institusi akademik seperti Universiti Teknologi MARA dan Universiti Inceif bagi menilai perubahan sebenar dalam kehidupan penerima bantuan dari segi peningkatan pendapatan, kesejahteraan hidup serta kelangsungan ekonomi mereka.

Bagi menjawab soalan yang pecahan yang ketiga, kerajaan bagaimanakah kerajaan negeri memastikan penilaian keberkesanan ini dibuat secara telus dan tidak sekadar berlandaskan laporan ataupun bersandarkan laporan di atas kertas? Kerajaan Negeri amat menitik beratkan aspek ketelusan dalam memastikan penilaian keberkesanan program yang mana tidak hanya bersandarkan laporan di atas kertas semata-mata, sebaliknya benar-benar mencerminkan keadaan sebenar di lapangan. Dalam hal ini, semua program bantuan tertakluk kepada pematuhan peraturan kewangan dan prosedur operasi standard serta diaudit secara berkala melalui audit dalaman dan audit oleh Jabatan Ketua Audit Negara bagi memastikan integriti dalam pengurusan peruntukan dan pelaksanaan program sentiasa terpelihara. Di samping itu, verikasi lapangan dilaksanakan secara berterusan melalui lawatan ke rumah, siasatan kes dan ulang kaji penerima bantuan bagi memastikan bantuan yang diberikan benar benar sampai kepada kumpulan sasar serta dimanafaatkan sepenuhnya. Pendekatan ini penting bagi memastikan data yang direkodkan bukan sekadar angka di atas kertas tetapi selari dengan realiti kehidupan sebenar penerima di lapangan.

Dato Seri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri mengakui bahawa cabaran menangani kemiskinan adalah satu usaha yang berterusan yang memerlukan pendekatan yang dinamik yang sentiasa perlu ditambah baik. Namun melalui sistem pelaksanaan yang komprehensif serta diperkukuhkan dengan inisiatif baru seperti Program One Stop Centre Sejahtera Sosial 2026 dan lain-lain inisiatif yang ada di pelbagai agensi yang berasaskan intervensi. Saya yakin dan percaya Kerajaan Negeri bukan sahaja memperkukuhkan sistem bantuan tetapi memperkemaskan keseluruhan ekosistem pengurusan kemiskinan di negeri ini. Apa yang membezakan pendekatan Kerajaan Negeri hari ini ialah kita tidak hanya menguruskan bantuan tetapi kita mengurus jalan keluar daripada kemiskinan dengan memastikan setiap intervensi yang dilaksanakan benar benar memberi impak yang baik kepada rakyat. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco, Ayer Kuning

Dr. Mohamad Yusri bin BakirUMNO · BNAyer Kuning

Terima kasih Dato Seri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Exco di atas jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. Soalan tambahan Ayer Kuning ialah apakah pelan keluar atau dengan izin exit…exit strategy yang jelas untuk memastikan bahawa penerima-penerima bantuan ini tidak kekal bergantung dan mereka berjaya berdikari dalam tempoh, tempoh yang tertentulah? Terima kasih.

Terima kasih kepada soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Ayer Kuning. Saya kira pecahan yang ketiga hampir menjawab soalan yang dibangkitkan tetapi saya ingin sekali lagi saya tekankan di sini bahawa bantuan itu bukanlah satu matlamat tetapi bantuan itu ialah satu jambatan sebagai jambatan atau tools untuk merubah kehidupan kumpulan sasar kita. Jadi apa tindakan yang kita buat selain kita memberi bantuan ialah langkah langkah intervensi yang kita lakukan sebagai contoh sebab ini di bawah portfolio saya saya bercakap soal Program One Stop Centre Sejahtera Sosial. Kalau sebelum sebelum ini daripada 2024, kita lebih fokus bagaimana kita nak buat padanan bantuan kepada agensi yang lebih fokus kepada memastikan kumpulan miskin tegar ini mendapat bantuan supaya mereka dapat keluar daripada PGK yang telah ditetapkan dari berada dalam miskin tegar tetapi kita telah membuat penambahbaikan selain daripada 2025, kita buat pemutihan secara berkala dapat dapatan kita murnikan dapatan dapatan kita murnikan dengan kita memadankan bantuan bantuan yang sesuai tetapi pada 2026 ini kita lebih fokus kepada kaedah intervensi sebab saya ingin tekankan sekali lagi bantuan itu bukanlah merupakan matlamat kita tetapi bantuan itu ialah merupakan jambatan untuk kita mengubah kehidupan.

Kumpulan sasar melalui Program One Stop Centre. Kita melakukan program yang berbentuk intervensi. Kita lakukan profiling kepada keluarga angkat yang saya telah pun menjawab tadi kita kita kenal pasti di dalam mukim itu dan ini kita ni roll down. Lebih…lebih kita bukan melihat kepada sesuatu daerah sahaja tetapi kita pergi focus kepada mukim-mukim yang mempunyai skala miskin tegar atau miskin yang besar. Kita buat profiling kepada kumpulan sasar kita dan kita kenalpasti apa masalah. Kemudian kita padankan profiling itu kita padankan dengan keperluan keperluan seperti adakah dia memerlukan dari bentuk TVET kemahiran latihan kepada (AIR) anak dalam kumpulan miskin tegar sebab kemiskinan ini bukanlah satu perkara yang perlu diwarisi. Kemiskinan ini boleh berubah dan bagaimana kita berubah ialah melalui perubahan sikap, perubahan bentuk tindakan dan juga kita mengoptimumkan peruntukan yang ada. Surah Ar-Ra'd ayat 11 jelas menjelaskan bahawa Allah tidak akan mengubah satu kaum itu melainkan kaum itu yang mengubah kehidupannya.

Jadi maknanya selain daripada tindakan yang dilakukan berbentuk intervensi yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri, kita juga menyuntik elemen-elemen kerohanian kesedaran dari segi pendidikan supaya kumpulan sasar kita ini tidak meletakkan bahawa oh! aku ini miskin aku ini lahir miskin aku memang akan kekal selama lamanya miskin. So, perubahan minda perubahan sikap kita lakukan termasuk pemantauan pemantauan oleh agensi yang kita kolaborasi bersama iaitu rakan strategik kita yang kita lantik melalui profiling yang telah kita lakukan. Itu antara tindakan tindakan yang kita lakukan dan saya yakin dan percaya pemantauan pemantauan keberkesanan program juga dilakukan oleh agensi agensi lain seperti MAIPk, ICU, SPW dan agensi agensi pemberi bantuan. Terima kasih.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih maklumat yang diberikan oleh Exco dan terima kasih jugalah kita kepada agensi-agensi pemberi bantuan kepada golongan sasaran kita golongan yang miskin dan cuma nak menyentuh sini Alhamdulillah tahniah kepada kerajaan. Kita tengok ranking kemiskinan negeri Perak dalam perbandingan 13 negeri kita di pertengahan di antara 6 dan 7 pada kadar 4 hingga 5 peratus iaitu dalam tiap 100 rumah kita ada 4 ataupun 5 peratus yang…yang masih dalam kategori miskin tegar dan sasaran bantuan kita yang kita tengok pada pengalaman yang dilibatkan kita dalam mesyuarat Focus Group dan sebagainya hanya kepada bantuan kehidupan makanan untuk memenuhi kehidupan dan ada satu lagi skim yang kita kata kita bantuan perumahan yang kita bangkit melalui bantuan perumahan dan dalam bentuk bagi rumah PPR atau rumah bantuan Baitulmal dan sebagainya. Itu pun dibangkitkan pada sini kalau boleh dapat maklumat daripada Yang Berhormat Exco. Jadi dalam Focus Group itu ada golongan-golongan miskin ini dia telah pun diluluskan dan dapat untuk diberi bantuan rumah itu satu. Kekangan yang mereka ada adalah rumah itu mesti dibina di atas tanah sendiri dan apabila masuk dalam mesyuarat, kita tengok golongan ini kena buang keluar daripada so bila kita buat pertanyaan kenapa mereka ini dikeluarkan jadi mereka dikeluarkan atas alasan tidak ada tanah kan, jadi tidak ada tanah. Persoalan dia tak apalah tidak ada tanah sebab pengalaman kerajaan apa kerajaan bantuan kita yang dahulu, apabila dia tidak ada tanah, kalau dulu bolehlah buat rumah atas sekejap, tapi apabila dia meninggal, anak dia mari ini tanah dia. Dia ambil dengan rumah rumah sekali penduduk asal itu dan ini mungkin tindakan kerajaan. Kita faham dalam keadaan ini. Cuma apabila, sekejap ya. Apabila dikeluarkan daripada Focus Group pun dia tertinggal dalam keadaan miskin. Cuma nak tanya langkah yang diambil oleh kerajaan untuk susulan untuk menangani mereka ini dan kalau boleh tahu data berapa ramai kumpulan yang telah dikeluarkan daripada Focus Group ini. Ok, terima kasih.

Terima kasih kepada Gunong Semanggol yang telah membangkitkan jawapan yang berkaitan isu dibangkitkan Focus Group mereka layak dapat rumah tetapi mereka tiada tanah. Saya kira sidang yang lepas saya dah jawab soalan ini. Saya dah sebut perkara ini yang mana perkara ini boleh dibincang di peringkat daerah. Sebagai contoh, saya sebagai contoh di daerah saya. Ya. Kita kenalpasti beberapa kawasan tanah dan kita plotkan itu ialah untuk mereka yang berada dalam kategori miskin tegar yang memang selayaknya, terutamanya kalau melibatkan mungkin terbakar ke apa ke dan kita channel kan mereka di kawasan itu. Mungkinlah tak banyak, dia tidak dapat menyelesaikan semua isu tetapi kaedah-kaedahnya ia di daerah boleh mengenalpasti beberapa kawasan untuk kita plotkan bagi tujuan miskin tegar yang benar benar memerlukan. Kalau nak bercakap memerlukan ini dari segi data miskin tegar tadi, Yang Berhormat tanya berkaitan data miskin tegar seperti yang saya maklumkan, kita telah pun membuat pemutihan Perak zero miskin tegar. Kita hanya ada sekarang ialah miskin. Sebab tindakan-tindakan pemutihan berlaku dengan kita membuat padanan-padanan bantuan miskin tegar. Kategori miskin tegar dia ada PGK dia. Miskin, ya masih ada lagi. Ya masih ada. Nanti kata bila saya sebab selalu diberi tanggapan yang silap apabila kita bercakap Perak miskin tegar, maka kata orang ramai lagi orang negeri Perak yang susah. Ia berada dalam kategori miskin bukan miskin tegar. Sebab kita telah padankan mereka dengan bantuan-bantuan dari segi rumah iaitu dari segi tindakan-tindakan bantuan yang YB bangkitkan ialah apa tadi? Pasal rumah? Saya sebut ini. Ok. Bila mereka masih plot ni tapi masih dalam kategori miskin kita masih membuat pemantauan bukan bermakna keluar daripada data dan kita tidak membuat pemantauan, tak. Mereka masih lagi dalam pemantauan apabila mereka berada dalam miskin. Ya, miskin tegar pun kita masih lagi sebab bila miskin tegar dia keluar dia masuk dalam kategori miskin. So, padanan-padanan bantuan masih lagi diberikan kepada mereka bukan bermakna keluar daripada miskin tegar mereka dah tak dapat bantuan. Tak. Dan atas faktor itu juga, kita bukan sekadar ingin memberi ikan kepada mereka kita nak berikan pancing. Program-program intervensi kita lakukan supaya mereka dapat mengubah kehidupan mereka. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan Buntung. Soalan berkaitan?

Ya. Salam sejahtera Yang Berhormat, Exco Buntung ingin membangkitkan tentang isu saya rasa ini satu cabaran besar. Saya faham. Tentang isu gelandangan di sekitar kawasan Bandaraya Ipoh. Memang masalah ini satu cabaran yang besar dan bukan kita boleh ada satu solusi yang terus dan terang. Tapi memang saya ingin membangkitkan kalau kita boleh tengok dari segi isu kebajikan, boleh tak kita cari jalan penyelesaian terhadap isu ini sebab memang memberikan imej yang tidak baik kepada Bandaraya Ipoh.

Timbalan Yang di-Pertua, walaupun skop soalannya lari daripada soalan miskin tegar, saya cuba menjawab dengan semampu yang boleh. Berkaitan dengan isu gelandangan yang berlaku terutamanya di Bandar Ipoh. Yang pertamanya, gelandangan ini tidak hanya melibatkan JKM di bawah JKM Akta Orang Papa 1977. Ya, kita ada dia punya syarat-syarat lah yang terikat dengan Akta Orang Papa Gelandangan ini. Melalui apa yang telah berlaku yang telah diviralkan terutamanya berkaitan dengan orang gelandangan ini, dia memerlukan intervensi secara bersama oleh agensi-agensi seperti MBI sendiri, AADK, Imigresen, Kesihatan, PDRM kerana gelandangan ini kalau yang berlaku baru- baru ni kita dah buat semakan JKM dah buat semakan tiada mereka yang layak berada dalam mana-mana institusi JKM. Ada sebahagian mereka yang terlibat dengan penagihan dadah, mental yang perlukan tindakan bersepadu oleh semua agensi. Majlis Bandaraya Ipoh sendiri membuat intervensi berkala yang mana 2 bulan sekali mereka membuat pembersihan di kawasan tersebut. Bukanlah kata bila dah gini baru dilakukan tindakan pembersihan. Terima kasih saya ucapkan kepada MBI yang bersama agensi-agensi lain yang telah turun ke lapangan untuk mengambil tindakan segera.

Cuma saya nak berkongsi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ahli Dewan sekalian, apa yang sedang kita lakukan di bawah portfolio saya, kita telah mengadakan mesyuarat bersama antara agensi dan juga NGO-NGO yang memberi makanan kepada gelandangan di kawasan sekitar Ipoh. Kita tengah dalam pelaksanaan Insha Allah. Yayasan Kebajikan Negara akan dijadikan sebagai One Stop Centre untuk kita buat pengedaran makanan berpusat di situ dengan kerjasama agensi-agensi dan juga NGO-NGO yang sentiasa melakukan pengedaran makanan kepada gelandangan. Dengan harapan apabila kita berpusatkan penempatan untuk memberi makanan ini, gelandangan-gelandangan ini akan dapat berpindah. Insha Allah dalam masa terdekat kemungkinan bulan 5 kita akan mulakan program ini sebab segalanya semua kita dah dah setup insha Allah. Program ini akan berterusan dalam satu tempoh untuk kita membuat impak keberkesanan penilaian. Jadi doakan ya. Tindakan ini akan memberi sedikit hasil bagi mengatasi isu gelandangan yang berlaku di sekitar Bandaraya Ipoh. Itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya dijemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Selama untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Assalamualaikum. Soalan saya nombor tiga.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Salam Malaysia Madani. Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua atas ruang untuk saya menjawab soalan mengenai kacau ganggu kera dan monyet yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selama bersekali dengan Yang Berhormat Kubu Gajah dan Yang Berhormat Pasir Panjang. Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhilitan Negeri Perak memandang serius peningkatan aduan berkaitan kacau ganggu monyet di beberapa kawasan di negeri Perak yang melibatkan keselamatan penduduk, kerosakan tanaman serta gangguan kepada ternakan. Dalam usaha menangani isu ini secara lebih berkesan dan bersepadu, beberapa perancangan telah dan sedang dilaksanakan seperti berikut.

Yang pertama, pengukuhan operasi kawalan populasi iaitu melaksanakan operasi tangkapan menggunakan perangkap di kawasan hotspot aduan dan pelaksanaan pelupusan secara terkawal bagi kes-kes tertentu yang kritikal dan berisiko tinggi. Kedua, pendidikan dan kesedaran awam iaitu mempergiatkan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat supaya tidak memberi makanan kepada monyet kerana ia menjadi punca utama perubahan tingkah laku haiwan tersebut menjadi agresif dan bergantung kepada manusia dan menyampaikan garis panduan pengurusan konflik hidupan liar kepada komuniti setempat. Yang ketiga, kerjasama strategik antara agensi iaitu memperkukuhkan kerjasama antara Perhilitan, Pihak Berkuasa Tempatan, pejabat daerah serta agensi berkaitan bagi tindakan bersepadu termasuk pengurusan sisa pepejal dan kebersihan kawasan dan menggalakkan penglibatan komuniti setempat dalam menyalurkan maklumat awal dan menyokong tindakan mitigasi dan seterusnya adalah pemantauan dan respon aduan yang lebih cekap iaitu mempertingkatkan sistem pemantauan kawasan berisiko serta percepatkan tindakan respon terhadap aduan awam dan menjalankan penilaian berkala bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah yang dilaksanakan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan isu kacau ganggu monyet ini ditangani secara menyeluruh dengan mengambil kira keseimbangan antara keselamatan manusia dan pemuliharaan hidupan liar. YB Timbalan Yang di-Pertua, dengan adanya pendekatan bersepadu ini, Kerajaan Negeri yakin masalah gangguan kera dapat dikawal secara lebih berkesan. Pendekatan ini juga dapat mengurangkan dan mengawal populasi gangguan monyet di kawasan konflik ke tahap minimum demi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan, Selama sila.

Ya. Soalan tambahan. Dulu antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan ialah membenarkan RELA lah untuk memiliki senapang bagi operasi, operasi nak sebut apa, menembak ke apa untuk monyet inilah ataupun binatang yang disebut sebagai kacau ganggu ni. Jadi apakah kerajaan bersedialah untuk membenarkan semula pihak RELA untuk buat operasi itu dengan memiliki senjata api? Yang kedua berkaitan dengan usaha Kerajaan Negeri lah. Saya tahu Jabatan Perhilitan ini di bawah federal. Adalah usaha-usaha daripada pihak Kerajaan Pusat. Cuma kita mahu supaya Kerajaan Negeri juga membantu secara langsung seperti contohnya Jabatan Pendidikan bawah federal, Kementerian Pendidikan tapi ada juga program Kerajaan Negeri beri Tuisyen Saarani, Cikgu Saarani dan sebagainya. Jadi, apa yang usaha daripada Kerajaan Negeri sendiri daripada untuk membantu Perhilitan. Kalau dulu antaranya Kerajaan Negeri mengeluarkan sejumlah bajet untuk sediakan perangkap yang lebih banyak. Saya yakin mereka juga ada kekangan dari segi peruntukan dan juga ada kekangan dari segi tenaga ataupun mereka-mereka yang terlibat dalam perhilitan ini hanya beberapa orang sahaja dalam satu daerah. Jadi apa usaha secara langsung daripada Kerajaan Negeri untuk membantu itu? Terima kasih.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Selama atas soalan tambahan tu. Ok. Mengenai bantuan RELA itu, kita menyambut baik tetapi penggunaan senjata itu adalah dibawah kawalan PDRM. Buat masa ini belum ada, belum ada kelulusan daripada pihak PDRM lagi. Ok untuk bahagian yang kedua, soalan YB Selama itu, Kerajaan Negeri memang memperuntukkan sejumlah yang besar tahun ini kepada Perhilitan untuk membantu menyediakan lebih banyak perangkap dan pada masa yang sama juga untuk membiayai kos membeli peluru. Jadi, saya harap dengan usaha kerjasama semua pihak, usaha-usaha untuk membanteras menyelsaikan masalah kacau ganggu ini akan lebih berkesan pada masa yang akan datang.

Manjoi…Manjoi.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Tambahan...

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Manjoi sila.

Terima kasih kepada YB Timbalan Speaker, YB Exco yang dihormati. Dalam perjalanan ke sidang Dun pagi tadi, saya dapat laporan lagi berkaitan dengan isu aduan masalah kehadiran monyet atau kera liar. Saya nak mengadu dan mengajukan pada YB Exco, isu ini dalam kawasan taman perumahan bukan kawasan kampung. Kehadiran monyet yang semakin banyak di kawasan Laluan 8, Taman Chepor Impian dan juga bersekali dengan Jalan Kledang Kampung Tengku Hussein Hujung. Dalam Dun Manjoi ini kawasan bandar dan sekarang ini monyet pun dah masuk dalam kawasan bandar kita dan isu ini, haiwan ini kerap kali masuk dalam rumah-rumah orang kampung, orang taman kita, masyarakat kita dan merosakkan harta benda dan juga berlaku kejadian yang sangat kita tidak inginilah berkaitan dengan dengan kacau ganggu kecederaan kepada warga emas yang tak boleh nak buat apa kalau monyet itu masuk ke rumah nak lari pun tak boleh mereka sedang sakit dan sebagainya dan anak-anak kecil dan isu ini berlarutan sangat-sangat lama bertahun. Setiap kali saya bawa perkara ini dan saya mengajukan di sini kerana masyarakat tak tahan lagi berdepan. Pagi tadi pun masyarakat hantar video kepada saya, mereka baling mercun ke apa, baling batu, lastik. Masyarakat dah buat tindakan sendiri dan perkara ini membahayakan keselamatan penduduk dan juga orang ramai. Isu yang saya nak bangkitkan di sini, adakah perkara ini perlu ditanggung oleh rakyat kita setiap hari dan sekira perlu ada satu taskforce khas isu ini? Sebab kalau dapatan Pusat Adun Manjoi kami ini, setiap hari selagi isu ini tidak selesai selagi itulah permintaan itu daripada penduduk sangat tinggi.

Satu lagi isu yang saya nak merayu kepada YB Exco berkenaan dengan isu khinzir hutan. Saya sebut dalam bahasa khinzir hutan di dalam Kampung Manjoi. Isu ini besar isu gangguan khinzir hutan di kawasan Gugusan Manjoi. Jalan Berlian, Jalan Zamrud dan Jalan Nilam Kampung Dato Ahmad Said dan isu ini sangat sangat membahaya. Baru-baru ini, seorang pegawai polis di Istana Kinta dalam perjalanan balik bertugas di istana, beliau accident melanggar, terlanggar dengan khinzir hutan yang melintas di kawasan tersebut dan cedera menyebabkan beliau terpaksa bercuti. Isu ini telah berulang dan berapa kali saya dah angkat isu ini di beberapa peringkat hatta di peringkat JTPD di kawasan Daerah Kinta dan adakah boleh diadakan satu taskforce ditubuhkan melibatkan semua agensi bukan hanya Perhilitan tapi saya seru mungkin MBI, mungkin pihak polis, pihak RELA dan sebagainya kita kerjasama untuk pastikan isu khinzir hutan yang dah masuk dalam kawasan-kawasan Kampung Manjoi dan dapat di selesaikan dan YB Exco saya merayu supaya kita dapat bantu untuk, untuk kepentingan orang kampung dan penduduk kita. Terima kasih.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Bagi Exco jawab dulu. Exco sila.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Manjoi. Seperti yang saya sebut tadi, kerjasama atau usahasama merentasi agensi memainkan peranan yang penting dalam usaha menangani isu kacau ganggu ini dan saya menyambut baik aduan-aduan yang dihantar daripada Manjoi dan kita akan menanganinya secara terperinci ok.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Soalan tambahan Keranji.

Puan Koo Haai YenDAP · PHKeranji

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya difahamkan ini soalan hot topic sebab saya bagi Pasir Panjang sebab ini soalan tadi Exco sudah jawab, sila. Sila ringkaskan soalan itu.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Terima kasih Timbalan Speaker, saya rasa memang isu ini sangat kritikal sekarang. Kalau tengok di Pasir Panjang kan, saya sangat terkesan sebelum menyambut Aidilfitri, sebuah keluarga telefon saya, dia kata kami ke laut mencari pendapatan dan kami telah buat persiapan untuk Aidilfitri dengan biskut raya untuk anak-anak. Tapi dia kata bila dia balik, rumah dia diserang monyet habis segalanya. Jadi kan, kita memang Exco sebut ada ada langkah-langkah yang diambil. Antaranya perangkap, perangkap pun tidak cukup. Baru-baru ini saya minta perangkap. Menunggu perangkap pun hampir sebulan. Bila sampai perangkap, monyet-monyet di kawasan tersebut tak masuk, sebulan dah. Dia dah cerdik dah dia tak masuk. Saya bersembang dengan Changkat Jering pagi tadi, di Changkat Jering mungkin monyet tak berapa cerdik masuk. Di

Pasir Panjang monyet tak masuk. Kalau kita letak makanan diambil dari tepi, dia tak turun daripada atas. Jadi memang tidak berkesan dan monyet-monyet itu pula..

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat soalan.

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Segerombolan..

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan?

Encik Rosli bin Abd RahmanPAS · PNPasir Panjang

Maknanya terlalu banyak. Jadi kita minta satu mekanisme yang lebih efektif untuk menangani masalah ini. Kalau MB sebut kalau kita ni tanam apa yang kita nak makan, makan apa yang kita tanam tidak berlaku, tidak boleh berlaku sebab apa, sebab dikhianati, dimusnahkan oleh monyet. Sebab itu pisang ke apa ke, betik ke semuanya musnah. Jadi kita nak minta langkah-langkah yang lebih efektif untuk menangani masalah kacau ganggu monyet ni. Terima kasih Speaker.

Encik Teh Kok LimDAP · PHAulong

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Panjang. Ok Maklumat itu diterima dan kita akan kaji untuk mengadakan langkah-langkah, kaedah-kaedah yang lebih kreatif dan langkah-langkah yang lebih berkesan untuk menangani isu-isu tersebut. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Pantai Remis untuk mengemukakan soalan. Sila.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahirrohmanirrohim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pantai Remis. Yang bertanyakan perihal soalan berkaitan portfolio saya.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama dengan agensi seperti PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk pelaksanaan pelbagai usaha bagi mengurangkan kadar kejadian penipuan dalam talian. Antara inisiatif yang dilaksanakan, MCMC memberikan sokongan dari segi bantuan teknikal termasuk permohonan penurunan kandungan di platform media sosial, sekatan laman sesawang serta pembekalan maklumat pemprofilan dan analisis forensik digital. Usaha ini bertujuan mempercepatkan proses siasatan dan tindakan penguatkuasaan terhadap kes penipuan dalam talian. Sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh atau Whole of Government, satu kerjasama juga telah dibentuk menerusi Pusat Respon Penipuan Kebangsaan ataupun dikenali sebagai NSRC yang telah ditubuhkan pada 14 Oktober 2022. NSRC menghimpunkan sumber dan kepakaran daripada kesemua pihak ini bagi membanteras penipuan kewangan yang lebih cepat dan berkesan. Kerjasama ini terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya

Komunikasi Multimedia Malaysia, Kementerian Komunikasi, Kementerian dan Kementerian Dalam Negeri. Di samping usaha kawalselia, MCMC turut melaksanakan program kesedaran awam serta kempen nasional berkaitan penipuan dan juga jenayah digital. Siri program Kempen Internet Selamat yang dilancarkan pada tahun 2025 telah dijalankan dengan tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan dalam talian. Sekaligus mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah siber serta mewujudkan persekitaran digital yang lebih selamat.

Untuk makluman Yang Berhormat semua, sepanjang tahun 2025, kempen ini telah dilaksanakan di 906 buah sekolah di seluruh negeri Perak dengan penglibatan semua peringkat pelajar rendah dan juga menengah. Bagi tahun 2026, program ini seterusnya akan diperluaskan lagi ke peringkat kampung, mukim dan daerah dalam memastikan mesej keselamatan internet termasuk penipuan dan jenayah digital sampai ke segenap lapisan masyarakat dan komuniti dengan informasi lebih mudah difahami dan dihayati. Data daripada Polis Diraja Malaysia menunjukkan bahawa kes penipuan dalam talian di negeri Perak pada tahun 2025 melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, pekerjaan mahupun latar belakang termasuk pelajar, penjawat awam, pesara dan juga sektor swasta. Didapati juga bahawa, didapati juga bahawa mangsa lelaki dan wanita adalah hampir seimbang. Manakala warga emas dikenalpasti sebagai golongan paling terdedah. Namun, trend kini menunjukkan peningkatan kes dalam kalangan pelajar. Sebanyak 4,848 kes telah direkodkan dengan jumlah kerugian mencecah RM124,989,768.55. Antara bentuk penipuan yang paling kerap berlaku ialah penipuan telekomunikasi seperti panggilan palsu & phishing. Diikuti penipuan pelaburan yang tidak wujud, penipuan e-Dagang, love scam serta penipuan berasaskan teknologi kecerdasan buatan yang semakin canggih dan sukar dikesan.

Bagi menangani isu ini, pelaksanaan langkah jangka pendek melalui penubuhan National Scam Response Centre ataupun dikenali sebagai NSRC bagi mempercepatkan tindakan menyekat transaksi dan mengesan akaun penjenayah di samping mempergiat kempen kesedaran serta memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa, institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi. Untuk jangkamasa panjang pula, Kerajaan memberi penekanan kepada pendidikan literasi digital. Penggunaan teknologi kecerdasan buatan dan analisis data bagi pengesanan awal. Pengukuhan undang-undang serta tindakan tegas terhadap sindiket penipuan dan akaun keldai. Selain itu, ekosistem keselamatan kewangan negara turut diperkukuh melalui kerjasama rentas agensi.

Akhir sekali, perhatian khusus perlu diberikan kepada perlindungan golongan berisiko seperti warga emas, pesara dan pelajar melalui pelbagai program pencegahan yang lebih bersasar. Penekanan diberikan kepada pendidikan literasi digital, penggunaan teknologi AI dan analisis data bagi pengesanan awal serta pengukuhan undang-undang termasuk tindakan tegas terhadap sindiket dan akaun keldai. Ekosistem keselamatan kewangan turut diperkasa melalui kerjasama antara agensi yang berkaitan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Pantai Remis sila.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat ada sebut tentang Pusat Respon Penipuan

Kebangsaan dan NSRC. Jadi bagi pusat ini, dia lebih mungkin fokus kepada penipuan kewangan dalam talian itu di mana mangsa dia menyedari bahawa wang di dalam akaun bank itu dipindah tanpa pengetahuan ataupun juga dengan kes yang mereka sedar dan mereka memindah ikut arahan secara online juga kita sekarang sangat-sangat senang kita urusan atas talian. Jadi apakah langkah-langkah yang kita boleh ambil untuk mangsa penipuan ini untuk mereka lapor kepada Pusat Respon Penipuan Kebangsaan ini? Terima Kasih.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Baik, terima kasih Yang Berhormat Pantai Remis bertanyakan soalan tambahan yang berkaitan dengan soalan tadi, dan dalam menghadapi peningkatan kes penipuan dalam talian, mangsa-mangsa disarankan untuk mengambil tindakan segera bagi mengurangkan kerugian yang dialami. Sekiranya terdapat transaksi yang tidak dibenarkan atau mencurigakan dalam akaun bank, mangsa hendaklah segera menghubungi pihak bank melalui talian hotline 24 jam atau menghubungi National Scam Response Centre di talian 997. Tindakan pantas ini amatlah penting bagi membolehkan usaha sekatan transaksi dan pengesanan dilakukan secepat mungkin. Selain daripada itu, mangsa juga perlu membuat laporan polis di Balai Polis berdekatan dengan segera bagi membolehkan siasatan rasmi dijalankan. Walau bagaimanapun, adalah disarankan supaya mangsa terlebih dahulu menghubungi pihak bank atau NSRC sebelum membuat laporan polis bagi memastikan tindakan segera dapat diambil. Dalam keadaan di mana mangsa hanya menyedari penipuan selepas tempoh tertentu termasuk melebihi 24 jam, laporan masih perlu dibuat kepada pihak bank. Walaupun peluang untuk mendapatkan wang mungkin tipis tetapi dan NSRC sebagai talian tindak balas kecemasan mungkin tidak dapat bertindak dengan segera dalam situasi tersebut. Laporan yang dibuat tetap penting bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penjenayah serta mencegah kejadian tersebut berulang kembali. Terima kasih.

Soalan tambahan.

Astaka.

Timbalan Yang di-Pertua

Manong sila.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Ada soalan tambahan kepada YB Exco berkaitan dengan penipuan dalam talian. Berkaitan dengan keberkesanan NSRC dalam menangani isu penipuan dalam talian ini. Mangsa yang telah hilang duit dengan jumlah yang besar dan mana-mana mangsa pun mengharapkan wang mereka tu dikembalikan. Apatah lagi kalau wang yang hilang itu ratusan ribu. So, soalan saya sejauh manakah kemampuan NSRC ini dalam membantu mangsa untuk mendapatkan kembali wang yang hilang itu? Terima kasih.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Saya menyambung sedikit soalan tambahan tu ya. Terima kasih, terutamanya ucap terima kasihlah kepada YB Exco yang dah datang kawasan saya, cuma masih sama tidak ada perubahan. Minta tolong semak semula coverage di kawasan yang saya maklumkan tu, yang kita lawat hari itulah. Susulan daripada penyambungan soalan yang Manong kemukakan tadi. Keberkesanan pulangan balik yang diharapkan oleh mangsa-mangsa ini. Apa yang saya lihat hari ini yang sedang berlaku, mungkin saya nak katakan ada pihak yang menangguk di air keruh. Mungkin tak tepat. Cuma dah ada group-group yang menawarkan perkhidmatan kepada mereka yang ditipu melalui skim-skim yang ada dalam media sosial ni di mana kebanyakannya melibatkan peguam-peguam. Menawarkan perkhidmatan untuk mendapatkan balik tapi belum pasti dapat balik. Yang menjadi isu bayaran untuk bayar peguam ni bukannya murah. Belum tentu dapat lagi. Dah jadi satu peluang baru kepada pihak-pihak ini untuk meraih pendapatan. Menggabungkan sekumpulan orang yang telah terlibat dalam penipuan bawa ke mahkamah tapi sebenarnya tak ke mana dan ramai yang terpengaruh dan ramai juga yang melihat tak mampu nak bayar peguam. Duit yang dah labur pun dah hilang. Jadi akhirnya mereka yang terlibat dalam skim ni tak akan dapat pulangan. Jadi, saya minta pandangan Yang Berhormat Exco.

Encik Mohd Azlan Helmi bin HelmiPKR · PHTualang Sekah

Terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Manong yang bertanyakan soalan tambahan kedua dan juga Yang Berhormat Sungai Manik yang bertanyakan meminta pendapat ya. Untuk makluman Yang Berhormat, tindakan segera mangsa penipuan adalah amat penting dalam usaha mengurangkan kerugian yang dialami. Sehubungan dengan itu, kita sarankan agar mangsa hendaklah segera menghubungi pihak bank atau talian 997, Pusat Respon Penipuan Kebangsaan sebaik sahaja menyedari bahawa mereka telah ditipu. Tindakan pantas ini boleh membantu mengurangkan kerugian lanjut walaupun tiada jaminan bahawa wang yang hilang dapat diperoleh semula. Dalam masa yang sama, orang ramai disaran untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai pelbagai jenis penipuan serta langkah perlindungan diri. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman Facebook Amaran Scam atau laman sesawang rasmi institusi perbankan masing-masing. Setelah laporan dibuat, pihak NSRC akan berusaha melaksanakan sekatan segera terhadap dana yang dicuri serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pihak yang terlibat dalam jenayah tersebut.

Bagi tujuan semakan susulan, mangsa boleh menyemak status laporan polis secara dalam talian melalui sistem yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia atau menghubungi pegawai penyiasat yang mengendalikan kes masing-masing. Sepertimana Yang Berhormat Sungai Manik maklumkan tadi ada pihak-pihak di luar yang ingin menangguk di air keruh. Jadi, saya sarankan sekali lagi untuk melalui saluran yang betul iaitu tadi, yang pertama kita hubungi pihak bank untuk kita sekatan dan juga 997. Ini sangat penting untuk masyarakat di luar sana. Jadi utamakan saluran yang disediakan oleh kerajaan dahulu dan kemudian Insha-Allah kita boleh bantu dari semasa ke semasa. Sekian terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Seterusnya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Menglembu untuk mengemukakan nombor soalan. Sila.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua, soalan Menglembu soalan yang kelima.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani, Salam Perak Sejahtera 2030. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menglembu atas soalan berkaitan dengan kes buli yang berlaku di sekolah dalam negeri Perak.

Untuk maklumat sidang Dewan, kes buli yang berlaku di sekolah-sekolah dalam Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui sistem bersepadu Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2025, sebanyak 163 kes buli yang berlaku di negeri Perak terbahagi kepada tiga kategori iaitu dalam kawasan sekolah, sebanyak 136 kes. Di kawasan asrama 22 kes. Luar sekolah 5 kes dan daerah yang paling tinggi kes buli Negeri Perak Tahun 2025 adalah daerah ataupun PPD Kinta Utara iaitu sebanyak 42 kes yang melibatkan 39 kes kawasan sekolah. Dua kes di asrama dan satu kes di luar sekolah. Manakala bagi tahun 2026 sehingga 28 Februari 2026 ini terdapat 24 kes yang berlaku di mana 18 berlaku dalam kawasan sekolah, 4 di kawasan asrama dan 2 di luar sekolah dan daerah ataupun PPD yang tinggi setakat 28 Februari ini adalah PPD Manjung iaitu 6 di kawasan sekolah dan 3 di kawasan asrama.

Bagi mengatasi ataupun sesungguhnya Kerajaan Negeri Perak memandang serius isu buli yang berlaku di institusi pendidikan dan amat komited melaksanakan pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek pencegahan. Kita perlu memastikan sekolah dan institusi pendidikan ini merupakan ruang dan tempat yang selamat untuk anak-anak kita menuntut ilmu. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengambil langkah pencegahan dan juga penguatkuasaan bagi memastikan isu buli ini dicegah dan juga dikawal. Antara langkah dan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan adalah seperti Bengkel Pemerkasaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Murid Negeri Perak yang telah dilaksanakan pada awal Mac 2026, yang mana pengisian atau tujuan bengkel ini adalah untuk memperkukuhkan kompetensi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dalam mengurus isu-isu kritikal melibatkan murid khususnya kes buli dan juga kes berkaitan keselamatan seksual. Bengkel ini turut memberi fokus kepada pemahaman prosedur pentadbiran, mekanisme intervensi serta tindakan respon yang tepat dalam mengendalikan kes. Selain itu, penekanan turut diberikan kepada aspek pencegahan melalui cadangan pelaksanaan program seperti Kempen Kesedaran Anti Buli, Sesi Pendidikan Kendiri Murid, Modul Kesejahteraan Emosi dan program pemulihan berdasarkan tahap risiko murid. Pendekatan ini memastikan pihak pengurusan sekolah lebih bersedia dan proaktif dalam menangani isu buli secara sistematik.

Selain itu juga, Jabatan Pendidikan Negeri Perak turut mengadakan Bengkel Pengupayaan Guru Disiplin Sekolah peringkat Negeri Perak juga pada Mac yang lalu bagi memperkasakan peranan dan juga prosedur berkaitan dengan guru disiplin. Untuk maklumat seisi Dewan, bengkel ini memberi penekanan kepada pematuhan garis panduan sedia ada seperti Surat Pekeliling Ikhtisas, Prosedur Operasi Standard serta Kod Etika Disiplin Murid. Melalui bengkel ini, guru disiplin didedahkan dengan kaedah intervensi yang betul dan berkesan pengurusan serta dokumentasi kes secara sistematik. Penggunaan sistem seperti Sistem Bersepadu KPM dan teknik komunikasi profesional dengan pihak berautoriti luar. Bengkel ini juga memberi penekanan kepada aspek pendekatan berhemah dan empati khususnya dalam mengurus kes buli dan kes sensitif agar selaras dengan peraturan serta menjaga kebajikan murid. Insentif ini memastikan tindakan disiplin dilaksanakan secara adil, konsisten dan berintegriti.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, bagi memastikan kes buli ini dapat dikawal, pihak Jabatan Pendidikan Negeri juga turut menjalinkan kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia melalui Unit D1 iaitu iaitu siasatan seksual, wanita dan kanak-kanak. Kerjasama ini merangkumi penganjuran ceramah kesedaran keselamatan murid, sesi libat urus bersama warga sekolah, program bimbingan berkaitan aspek perundangan dan perlindungan kanak-kanak.

Pihak Unit D1 turut memberikan pendedahan tentang tanda-tanda awal penderaan, eksploitasi dan gangguan, prosedur pelaporan kes kepada pihak berkuasa dan langkah perlindungan kepada pihak sekolah. Inisiatif ini membantu memastikan sekolah lebih bersedia dalam menangani kes buli yang berisiko tinggi serta bertindak secara tepat dan mengikut undang-undang. Di kesempatan ini juga saya menyeru kepada semua sidang Dewan serta ibu bapa dan penjaga dan kita selaku kepimpinan negeri sudah pastilah kita sentiasa prihatin, memantau dan mengawasi tingkah laku anak-anak jagaan kita dan jangan semata-mata mengharapkan tugas ini dilepaskan kepada guru-guru di sekolah dan yang paling penting pengawasan penggunaan telefon bimbit supaya mereka tidak terdedah kepada elemen-elemen negatif yang dikhuatiri mempengaruhi tingkah laku mereka yang akhirnya membawa kepada tindakan yang tidak sepatutnya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Soalan tambahan. Menglembu sila.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih soalan jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Exco. Setahu saya ada tiga kategori kes-kes salah laku buli yang berlaku di sekolah dan antaranya berlaku di kawasan asrama. Minta Yang Berhormat Exco nyatakan apakah langkah yang diambil untuk mengatasi kes buli di asrama?

Terima kasih Yang Berhormat Menglembu. Seperti yang saya nyatakan tadi, ada 3 kategori kes buli iaitu berlaku di kawasan sekolah di asrama dan juga di luar sekolah dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah-sekolah telah pun melaksanakan langkah-langkah yang diambil seperti yang tertera dalam prosedur dan juga surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2025 berkaitan dengan kes buli di asrama ini.

Yang pertamanya, kita mengukuhkan pengawasan di asrama yang mana isunya adalah penambah bilangan warden yang mana pihak KPM telah pun meningkatkan bilangan warden asrama bagi memastikan pengawasan asrama yang lebih baik. Bagi asrama yang mempunyai 50 orang murid, kini diperuntukkan seramai 3 orang jika dibandingkan sebelum ini hanya seorang. Secara keseluruhannya, kalau kita lihat di Negeri Perak ini telah pun dilantik seramai 288 orang warden bagi 75 buah sekolah asrama harian di Perak bagi memastikan kebajikan dan keselamatan murid terjaga. Yang keduanya, kita juga telah pun mula melaksanakan pelantikan pembantu warden MySTEP iaitu pelantikan pembantu warden sepenuh masa melalui program MySTEP telah dilaksanakan bagi meningkatkan kawalan disiplin bagi murid-murid di asrama. Pembantu warden ini akan mula bertugas dari jam 11.00 pagi hingga 7.00 pagi 11 sorry 11.00 malam hingga 7.00 pagi bagi memastikan asrama berada dalam keadaan yang selamat sepanjang masa berkenaan. Difahamkan seramai 20 orang pembantu warden telah dilantik sebagai permulaan bagi tahun 2026.

Yang seterusnya, pemasangan CCTV. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengusahakan peruntukan khas bagi pemasangan kamera litar tertutup atau pun CCTV di kawasan strategik sekolah dan asrama bagi pemantauan masa-masa tertentu. Difahamkan sebanyak 25 daripada 75 asrama harian negeri Perak telah pun menerima peruntukan tersebut dan telah pun memasang…memasang CCTV di asrama sehingga tahun ini. Yang seterusnya, reformasi sistem aduan dan keselamatan. Kita ada portal aduan buli unonymous iaitu sistem aduan buli yang telah ditambah baik dengan pilihan laporan secara unonymous atau pun tanpa nama untuk melindungi identiti pengadu dan juga saksi.

Yang seterusnya, audit keselamatan menyeluruh. KPM dan juga Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah pun turun ke sekolah-sekolah yang mempunyai asrama, sama ada asrama harian atau asrama penuh untuk melaksanakan audit secara keseluruhan khususnya berkaitan dengan pematuhan SOP keselamatan. Yang seterusnya, yang ketiga adalah dasar zero tolerance. Tindakan disiplin tegas termasuk penggantungan dan pembuangan sekolah akan diambil terhadap pelaku buli yang terbukti bersalah. Program Bangkit Bermaruah ini merupakan satu inisiatif intervensi untuk pemulihan sahsiah dan pembangunan karektor murid yang dikenakan tindakan penggantungan sekolah. Terima kasih.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Pengkalan Hulu soalan tambahan.

Soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua

Pengkalan Hulu sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Baik. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua dan soalan tambahan kepada Yang Berhormat Exco. Bila…terima kasihlah atas data yang telah diberikan dan kita nampak data menunjukkan kes buli ini yang berlaku di sekolah di kalangan pelajar-pelajar dan anak-anak kita berterusan dan isu buli di Perak ini masih berlaku walaupun tidak melibatkan unsur gangsterism yang besar seperti mana berlaku di luar sekolah dan mungkin ia berpunca daripada konflik pelajar termasuk juga persekitaran sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar. Namun kesannya serius dan memerlukan kerjasama semua pihak. Saya percaya untuk kita sama-sama bendung isu buli yang berlaku di sekolah ini bukan hanya kita serahkan kepada pihak sekolah sahaja dan juga data yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Exco tadi juga menunjukkan bahawa kes buli ini wujud dan agak membimbangkan semua pihaklah termasuk kitalah yang ada anak-anak dan kita merasakan sekolah ini ruang selamat untuk anak-anak kita. Ini menunjukkan trend kes masih berterusan walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan. Saya percayalah. Jadi soalan tambahan saya bagi mengatasi masalah buli yang berlaku di sekolah ini sudah pastilah keselamatan murid atau pun pelajar di sekolah mestilah diutamakan. Sehubungan itu, apakah ada peraturan atau pun undang-undang atau pun sudah dikeluarkan pekeliling oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membendung kejadian buli dan keselamatan pelajar atau pun anak-anak kita murid-murid di sekolah ini? Soalan kepada Yang Berhormat Exco. Terima kasih.

Sekali jawab. Ok Exco. Kes buli ada tak data berkenaan dengan latar belakang pembuli ni tadi? Yang…yang lebih dominan lah ada mungkin daripada keluarga, rakan sebaya atau pun geng ke dan sebagainya. Ada data yang spesifiklah kenapa mereka ni jadi pembuli? Sama ada pengaruh kuat daripada faktor di rumah. Mungkin faktor keluarga, penceraian, faktor didikan, kekerasan dan sebagainya atau pun rakan sebaya. Jadi manakah adakah data keseluruhan itu yang boleh kita tengok dan boleh kita fokuslah? Kalau maknanya keluarga, kita boleh lihat di rumah. Kalau kita kita kekang di atau pun hukum di sekolah mungkin tak selesai. Mungkin ada faktor di luar yang boleh kita bantu atau pun masyarakat bantu melalui JKM dan sebagainya. Terima kasih.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pengkalan Hulu dan juga Kamunting berkaitan dengan akta atau pun peraturan serta dapatan data-data pembuli ini. Berkaitan dengan akta atau pun pekeliling yang sememangnya telah pun dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. Kita ada Akta Pendidikan 1996 dan juga Akta 550 yang mana dalam akta itu menetapkan pentadbir sekolah untuk bertanggungjawab memastikan ekosistem dan juga persekitaran pembelajaran berada dalam keadaan yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman. Itu akta yang pertama. Yang kedua kita ada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959 yang digunakan untuk mengawal tingkah laku murid dan juga membendung insiden-insiden yang boleh menjejaskan keselamatan seperti pergaduhan, buli, membawa senjata, vandalisme serta perbuatan yang mempunyai unsur jenayah.

Selain itu juga, kementerian juga telah menguatkuasa surat Pekeliling Ikhtisas SPI Bilangan 8 Tahun 2011 mengenai pengurusan keselamatan murid di sekolah. Ia juga sama juga untuk kita memastikan agenda keselamatan itu perlu di pastikan selamat dibuat pemantauan rapi di kawasan-kawasan yang kritikal seperti kantin, makmal dan sebagainya. Kebenaran tahun 2020 dikeluarkan lagi satu lagi surat pekeliling ikhtisas berkaitan dengan garis panduan menangani buli di sekolah. Ini khusus untuk kejadian buli kerana dalam pekeliling ini kita menetapkan prosedur siasatan kes buli dia ada 1 hari, 3 hari, 7 hari untuk laporan-laporan yang perlu dihantar oleh pihak sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah kepada Jabatan Pendidikan kemudian bagaimana pelaksanaan intervensi pelaksanaan kaunseling kepada pelaku dan juga mangsa. Maksudnya kedua-dua pihak kita perlu adakan intervensi bimbingan kaunseling supaya mereka ini boleh hadir ke sekolah ataupun memahami prosedur-prosedur peraturan serta melaporkan kes yang agak kritikal elemen-elemen jenayah yang perlu dilaporkan kepada pihak polis. Kemudian pada tahun 2023, kementerian juga mengeluarkan SPI (Surat Pekeliling Ikhtisas) Bilangan 12/2003 berkaitan dengan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli yang dijadikan sebagai rujukan rasmi kepada pengurusan sekolah untuk melibatkan kes buli dari segi fizikal, lisan dan bukan lisan. Sebab kes buli ni bukan setakat fizikal, ada dari segi lisan, dari segi digital, cyber dan sebagainya. So, dengan adanya garis panduan SPI Bilangan 12/2003 ini, dia dapat memberi satu garis panduan yang jelas kepada pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan berdasarkan salahlaku yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Kemudian untuk tahun 2026 ini telah digubal Akta Anti Buli 2026. Ini yang terbaru kerana melalui perundangan ini mekanisme untuk kita menangani isu buli diperkukuhkan, diperjelaskan dengan lebih detail kepada pihak pengurusan sekolah termasuk penubuhan Tribunal Anti-Buli untuk mendengar aduan dan menetapkan pampasan. Berkaitan dengan soalan daripada YB Kamunting tadi berkaitan data pesalah laku atau pembuli-pembuli ini secara detail, saya tidak ada. Cuma daripada dapatan yang kita dapat, apabila pelajar ini melakukan kes buli. Yang pertamanya adalah kerana pengaruh media sosial, kerana penggunaan telefon bimbit dan sebagainya. Yang kedua adalah kerana masalah keluarga yang berpisah ataupun ada masalah rumah tangga dan sebagainya. Yang ketiga kerana kurangnya perhatian daripada ibu dan ayah. Mungkin ibu dan ayah banyak melakukan kerja-kerja untuk mencari sumber pendapatan yang akhirnya melalaikan atau mengabaikan tanggungjawab kepada penjagaan anak, kecaknaan, keprihatinan kepada anak-anak ini. Akhirnya anak-anak ini rasa dia terabai dan dia tidak dihargai, tidak disantuni dengan baik. Akhirnya mereka melakukan.

Berkaitan dengan data itu kalau saya dapat nanti saya akan maklum kepada Yang Berhormat Kamunting untuk kita sama-sama bantu sebab kes buli ini ada juga kes buli yang berlaku di luar sekolah. So, ini juga memerlukan komitmen, kerjasama penglibatan daripada kita dan juga komuniti serta kepimpinan masyarakat yang lain untuk kita sama-sama menangani isu buli yang sememangnya agak panas dan cukup membimbangkan kalau kita tidak mengambil tindakan yang begitu betul serius dalam menangani masalah ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Exco. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Dengan ini maka tamatlah sesi soalan lisan pada hari ini. Setiausaha Dewan, sila baca aturan Urusan Mesyuarat yang seterusnya.

Usul yang telah diberi notisMotion

Setiausaha

Perkara Yang Keempat, usul yang telah diberi notis. Usul Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Timbalan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah usul Yang Amat Berhormat Menteri Besar yang berbunyi Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan seperti berikut. Ampun Tuanku, Patik sekalian iaitu Yang di-Pertua, Dewan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang berhimpun di Dewan ini merafak sembah menjunjung kasih atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Darul Ridzuan sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan telah pun mendapat sokongan sekarang. Masalahnya ini dibuka kepada Dewan untuk dibahaskan. Masa yang diperuntukkan bagi sesi perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat adalah selama 20 minit setiap seorang. Saya berharap tempoh masa yang telah ditetapkan ini dapat dipatuhi dan digunakan dengan sebaik-baiknya. Selepas ini saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Bercham untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ya Salam Sejahtera. Selamat Pagi. Salam Malaysia Madani diucapkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian dan juga kepada Yang Berbahagia ketua-ketua jabatan serta kakitangan kerajaan negeri dan persekutuan, para pemerhati, para media serta penonton-penonton yang menonton sesi sidang Dun pada kali ini. Sebelum saya memasuk intipati bahas saya pada awal pagi ini, di sini saya ingin bagi cadangan agar untuk Timbalan Speaker sebab Timbalan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Fadillah telah membuat satu pengumuman bahawa kawalan tenaga di bangunan kerajaan. Penyaman udara di bangunan perlu disetkan pada 24 darjah celsius di mana kita di Dewan yang mulia ini kita memang terasa kesejukannya. Saya cuma nampak daripada Aulong, Sungai Rapat, semua ada pakai blazer dan Astaka pun. Ini adalah udara sebegini sejuk. Saya kasihan kepada mereka yang pakai baju batik kena menahan kesejukan tu. Kalau boleh cadangan saya agar kita tak nak duduk, kita bersidang di sidang Dewan yang mulia bukan bersidang di peti sejuk, dalam freezer. Kalau kita keluar ke luar dewan, itu luar Dewan panas pula. Perubahan yang begitu ketara menyebabkan kita sakit pula. Kita tak nak ketua-ketua jabatan ke, kakitangan ke, Ahli-ahli Yang Berhormat ke di sini… kita nampak Hutan Melintang pun sudah sakit, datang lewat. Jadi ini saya… kepada yang setkan darjah tu pastikan 24 darjah celsius. Jangan 18.

Ok, terima kasih dan ke atas Timbalan Speaker, memberikan saya peluang untuk menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muhibuddin Shah yang telah membuat pembukaan rasmi pada 14 April lepas. Di sini saya memang menghayati apakah Titah Tuanku dibuat kelmarin. Memang setiap point, setiap muka surat, saya meneliti secara lansung dan lihat hansard, saya pun nampak begitu baik sekali, begitu tepat, begitu ikut aliran terkini Titah Tuanku tersebut dan saya tak berpeluang disebabkan oleh faktor masa. Tinggal 17 minit lagi saya tak berupaya untuk ketengahkan semua point-point yang baik tetapi saya cubalah sedaya upaya saya dalam selitkan dalam kesimpulan saya dan salah satu point yang memang menarik tentang pada point yang ke-9 iaitu kaedah tradisional tidak lagi memadai untuk menyelesaikan rencam masalah rakyat mahupun memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Inovasi kini bukan sekadar pilihan dasar malah merupakan satu keperluan. Kerajaan yang gagal berinovasi bukan sahaja ketinggalan dalam memenuhi ekspektasi rakyat, malah kehilangan daya saing dalam landskap global yang semakin mencabar. Jadi transformasi perkhidmatan awam perlu disegerakan, digerakkan secara agresif bagi melahirkan penjawat awam yang mahir mengemudi teknologi automasi dan kecerdasan buatan. Ini memang perlu. Kita nampak kadang-kala sejak tertubuhnya negeri Perak, tertubuhnya negara Malaysia ini kadang kala kita terlalu ikut SOP di mana telah turun temurun dan telah menjadi satu tabiat, menjadi satu budaya kerja tetapi kalau kita ikut kita tidak ikut aliran seperti yang dicadangkan oleh Tuanku, tapi kalau kita terlalu konservatif, senang puas hati ataupun enggan terima perubahan ini adalah menjadikan kerajaan kita menghala ke laluan yang gagal seperti penggal lepas dah ada kerajaan gagal. Jadi ini kita nak elakkan kerajaan terkini kali ini, Kerajaan Madani ini, di bawah payung Madani untuk elakkan jalan gagal kita harus berinovasi. Perlu. Di sini ada beberapa aspek saya nak ketengahkan untuk apakah perubahan yang perlu dibuat lebih berinovasi.

Pertama adalah tentang sektor pelancongan di mana sektor pelancongan saya kita ni kita tahu merupakan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan TPM pun ada kata mungkin kena dilanjutkan sebab ada peperangan di Asia Barat tu. Jadi apa yang saya ketengahkan pada pagi ini tentang satu pasar raya dekat Ipoh dekat SUK iaitu di Ipoh Parade di mana saya nampak satu fenomena di mana satu bukan sahaja satu eskalator dan banyak eskalator dalam Ipoh Parade ini sudah rosak. Rosak tu tak apa tetapi tidak diselenggara dibiar begitu sahaja dan pihak pengurusan Ipoh Parade memang tidak ambil langkah-langkah cuma letak maaf atas kesulitan. Begitu lama sekali. Ini kalau katakan berlaku sebarang kebakaran ke atau pun sebarang kecemasan ke, saya pun pernah nampak orang terjatuh sebab eskalator tu tidak dapat berfungsi, orang terpaksa berjalan kaki mendukung barang dukung anak ke terjatuh. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Jadi ini saya harap sebabkan Ipoh

Parade buat masa kini merupakan pasar raya paling besar di Perak ini sebelum Sunway Mall dibina. Jadi ini adalah satu di pusat Bandaraya Ipoh ni sangat penting. Saya harap bukan saja pihak pengurusan Ipoh Parade perlu mengambil bertanggungjawab atas perkara ini malahan pihak Kerajaan Negeri, PBT terutamanya MBI, saya harap MBI atau pun Exco Kerajaan Tempatan harus beri teguran kepada Ipoh Parade ini agar keadaan ini tak berulang, sebab sekarang eskalator tersebut sudah jadi macam photobooth untuk pelancong untuk ambil gambar. Orang kenal Ipoh Parade bukan sebab ada banyak gudang-gudang ada Jaya Grocer bukan, sebab ada eskalator tersebut. Ini memang memalukan kita, selagi kita sebagai Perakian dan untuk point yang kedua pula tentang Tasik Cermin.

Tasik Cermin kita nampak ini adalah satu hotspot yang baru di mana banyak semasa cuti persekolahan ke cuti awam ke banyak pelancong datang tetapi mereka mengalami satu masalah tentang kekurangan parking dan saya nampak ada orang warga asing. Mereka letak kereta dekat Sam Poh Tong berjalan kaki tengah Jalan Sultan Nazrin Shah itu jalan utama di mana banyak kereta lalu lalang jalan di tepi jalan sahaja untuk bergerak ke Tasik Cermin. Itulah satu langkah kita galak tapi bahaya sebab kita nak promosikan Tasik Cermin kan. Bagi saya pendapat saya Sam Poh Tong ini ada satu jalan singkat untuk jalan ke Tasik Cermin di mana dekat Sam Poh Tong kita boleh buka jalan pintasan tersebut untuk menghubungkan tempat letak kereta di Sam Poh Tong ke jalan ke Tasik Cermin. Di sini kita boleh dapat win-win situation dengan izin di mana kita boleh membantu mengurangkan masalah kekurangan parking kereta di Tasik Cermin juga merancakkan industri pelancongan di Sam Poh Tong ini. Itulah cadangan pertama tentang pelancongan dan ketiga pula tentang Qing Xin Ling dekat dengan Taman Saikat di mana telah ditutup sebab ada runtuhan batu dan menyebabkan seorang pelancong yang malang kematian. Sejak 2024 bulan April sampai sekarang belum dibuka. Jadi saya haraplah kalau boleh pihak yang berkenaan boleh berunding dengan pihak penduduk membantu Adun Simpang Pulai sudah takde, membantu YB tersebut untuk membuka semula sebab ini sia-sia. Sekarang sudah bulan April. Tahun Melawat Malaysia ini sudah hampir pertengahan jalannya. Jadi kita kekurangan satu tempat itulah saya sudah bagi. Jadi kita harap cepatlah kalau apakah laporan yang kena dibuat. 2024 sampai sekarang dua tahun apa siasatan yang kena buat, apakah laporan kena tunggu. Itu sahaja teguran daripada saya dan saya nak masuk ke point seterusnya tentang Titah Tuanku tentang point yang ke-12 muka surat 8 Titah Tuanku ini.

Teknologi tercanggih tidak memberi makna sekiranya gagal menyentuh nadi rakyat dan juga ini adalah memang penting. Selain daripada point-point apakah intipati yang diberikan oleh Tuanku ini kita harus ingat dan juga kepada point yang ke-13 membangunkan generasi cakna terhadap kelestarian alam sekitar wajib diberi perhatian. Sisa ancaman sisa plastik tiada noktah. Kesedaran masyarakat akan bahaya sisa plastik tersangat rendah. Jadi ini saya ingin meminta Exco Alam Sekitar berada di sini. Di sini saya ingin ketengahkan banyak isu plastik ini. Kita nampak ada kesungguhan pihak kerajaan untuk kurangkan penggunaan beg plastik. Saya nampak ada banyak pasar raya ke Speedmart ke pun sudah ikut tetapi ini masih tak cukup lagi kalau bagi saya. Ada penambahbaikan boleh dijalankan seperti plastik untuk kita nak bungkus itu bekas polistirena. Semasa kita nak beli nasi ke beli mee ke? Polistirena ini atau pun bekas minuman sekarang dulu cuma beg plastik tetapi sekarang ada bukan dulu Chatime sekarang ada Starbucks ke ada Milkshake lagi, ada Ai-CHA. Banyak mereka beli, lepas beli ni minum buang sahaja. Jadi itu perlu kita bagi kesedaran kepada orang ramai. Rakyat kita sentiasa guna bekas minuman ke bekas makanannya sendiri. Saya rasa ini adalah satu cadangan yang perlu ditekankan. Kerajaan Negeri yang lepas pernah ada buat cadangan untuk haramkan penggunaan polistirena tetapi sekarang masih belum jadi lagi. Saya harap Exco kerajaan boleh bantu atasi perkara ini untuk kurangkan sebab kita nampak banyak sampah sarap di tepi jalan. Banyak pembuangan sampah, bekas polisterina, plastik dan botol minuman. Itu saya cuba. Mungkin pengusaha penjualan ini boleh berikan insentif atau pun bonus kepada mereka yang membawa bekas makanan sendiri agar ini tidak kurangkan penggunaan plastik atau pun bekas makanan dan lagi satu perkara fenomena baharu lepas kita harungi pandemik Covid-19. Banyak kalangan kita beli barang daripada Shopee, Lazada, Tiktok banyak bekas barangan tu dihantar tu dilapik dengan kotak dalam ada kotak, kotak besar simpan kotak kecil. Lepas tu luar dilapik dengan banyak plastik. Banyak lapisan plastik berwarna hitam lutsinar pelbagai. Jadi semasa kita nak kurangkan penggunaan plastik tetapi sana pula tambahan pula sebab kita tau Shopee kadang kala ada voucher kan. Nak beli barang murah sikit atau pun pilihan lebih banyak lagi.

Jadi penggunaan dia terlalu banyak. Kalau boleh kita ada satu kesedaran. Cubalah kita ikhtiarkan macam mana kita nak beli barangan daripada penjual atau peniaga. Macam mana kita nak kurangkan penggunaan plastik tersebut atau pun door to door kita boleh menggunakan pendekatan dari segi Lalamove. Katakan mereka guna barangan ori tak perlu dilapik terus direct dihantar kepada pengguna. Sebab kadang kala itu barangan tak perlu dilapik banyak sangat. Saya ada beli satu buku, sebuah buku kecil sahaja tapi kena gunakan 2 kotak, 4 lapisan plastik. Jadi kalau itu adalah tidak perlu sebab ini penjual ni kadang kala dia khuatir pembeli tu tak suka kerana mungkin sudah masuk air ke macam mana koyak ke. Itu adalah cadangan saya dan tinggal 5 minit lagi. Ya. Ok dan tentang point yang seterusnya. Ok tentang point yang ke-31…

Bercham, kalau boleh mencelah berkaitan dengan one use plastic jugak.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok, cepat.

Adakah Bercham setuju kalau contohnya kedai yang berhenti menggunakan plastik ini kita memberi insentif contohnya pernah dibuat oleh Majlis Perbandaran Manjung. Ada diskaun dari segi harga lesen. Adakah Bercham setuju?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ya memang setuju atas cadangan tersebut. Mungkin kita boleh collect point ke atau pun tawaran lebih atau pun tawaran kekurangan cukai untuk lesen perniagaan. Itu saja dan tentang point yang ke-31, saya sentuh sikit tentang bekas banduan yang telah dilepaskan. Jadi kita harap tuanku ni memang prihatin atas tidak prihatin sahaja kerajaan atau pun rakyat, malahan bekas banduan. Tuanku pun ambil berat di mana mereka bila nak balik ke pangkuan jalan untuk elakkan mereka terjebak semula dengan apa tu jenayah yang terlibat, jadi memang beliau tuanku ada sarankan banyak badan-badan berkanun, GLC ataupun dewan perniagaan, NGO di sini ataupun pihak surau ke masjid ini saya pun serahkan kepada HEBI untuk negeri untuk ambil iktibar ini agar pihak tokong ke gereja ke ataupun ambil bahagian tentang untuk pemulihan untuk memberi peluang kedua, ketiga kepada bekas banduan ini seperti ada PASAK pun. PASAK kita pun digalakkan untuk berikan lebih layanan ada program-program agar mereka berpeluang untuk bekerjasama bukan pekerja…bekerja di pelbagai sektor dan lagi satu.

Ok, tentang point yang ke-43, di mana Tuanku ada menggalakkan rakyat memiliki option boleh beralih daripada tenaga alternatif termasuk kenderaan elektrik, sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan di samping itu, di sebabkan kita tahu sebab perang di Asia Barat ini memang telah menggugat harga bahan api terutamanya diesel ke, RON 95 ke, RON 97. Jadi ini amat penting. Kita tahu janganlah kita tunggu sampai saat-saat genting di mana bahan api ni dah habis baru kita beralih memilih, memilih option yang baharu. Seperti saya pula, saya gunakan saya sebagai contoh, sebelum saya memiliki EV ini saya rumah saya telah pasang solar panel. Lepas solar panel saya telah menghayati masa tu atas program NEM3. Masa NEM3 ni saya lepas pasang purata sebelum ini purata harga bil elektrik rumah saya sekitar RM300 lebih ke RM400 dalam lingkungan ini tetapi selepas pasang solar panel ni, saya telah menghayati setengah tahun, setengah tahun zero harga tak payah bayar. Jadi masa tu saya mengambil kesempatan ini untuk beli sebuah EV di mana sekarang secara puratanya bil bulanan saya, TNB saya cuma RM30 hingga RM60 sahaja. Jadi, di samping kita menjimat menggunakan elektrik dan juga jimat penggunaan bahan api. Jadi ini adalah penting. Ini saya bukan menggesa pihak Kerajaan Negeri untuk tukar semua jadi kenderaan EV tetapi beransur-ansur kita boleh mengambil iktibar. SUK ni kena pasang pengecas EV. Di sini memang tak ada. Mungkin SUK boleh pasang pengecas EV ini agak menggalakkan kakitangan. Sesiapa yang guna EV diberi layanan mengecas secara percuma untuk sebulan. Jadi, saya rasa ini membantu kakitangan sahaja. Di sini, nampak YB di sini saya dengan Jalong saja yang pakai EV. Yang lainnya belum. Jadi termasuk Hulu Kinta boleh beli. Sudah ada? Tiga lah. Okay, jadi ini, Aulong ada? Empat. Ini memang menggalakkan penggunaan tu, sebab banyak di kalangan kita masih guna enjin yang ICE. Solar? Solar belum lagi. Ok, kita galakkan SUK ini kalau boleh banyak bumbung, banyak atap boleh gunakan solar. Solar itu untuk mengurangkan penggunaan elektrik di SUK ini, malahan menjimatkan elektrik dan ini adalah mesra alam. Memang patut. Bukan saja SUK termasuk di JKR ke, mana PTG ke, kita boleh galakkan untuk penggunaan solar ini.

Jadi, seterusnya saya ingin ke point yang ke-44, di mana usaha-usaha yang dirintis oleh kerajaan, rakyat turut mempunyai tanggungjawab untuk menghayati semangat berat sama dipikul, gunung…gunung sama didaki berganding bahu membantu negara melalui detik yang sukar, makin mencabar dengan mengamalkan sifat berhemat dan berjimat cermat, mengurangkan penggunaan bahan api dan mengurangkan subsidi rakyat mengelakkan pembaziran. Ini memang patut kita amalkan. Seperti yang saya kata tadi, suhu di SUK ini perlu diset 24 darjah agar kita lain kali tidak perlu bersarung tangan pula untuk pakai baju musim salji untuk masuk bersidang. Ok? Seperti YB Behrang ni. Tiap kali saya jumpa dia kata sejuk…sejuk.

Oh, ok dan point…point yang terakhir ok, di mana rakyat perlu difahamkan mengenai punca dan magnitude krisis yang sedang berlaku dan disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh rakyat biasa. Ini bukannya masa untuk menangguk di air keruh, mensensasikan dan mengeksploitasikan keadaan bagi tujuan politik yang sempit. Mencari titik pertemuan dan persamaan. Di sini semalam, YB Kepayang telah membawa satu cadangan agar satu belanjawan tambahan untuk dijalankan pada bulan Jun ini. Memang saya menyokong atas cadangan oleh YB Kepayang. Di sebabkan kita faham krisis ekonomi kini baharu. Kalau kita dibandingkan dengan pandemik covid memang berbeza. Yang Amat Berhormat kata, sekarang kita walaupun boleh bekerja tetapi bahan api itu, bahan api kita, kita sedang menghayati satu perubahan yang tidak menentu. Hari ini dia kata genjatan senjata. Esoknya perang semula. Kita tak tahu. Kita tak dapat tahu bilakah akan dinoktahkan. Jadi atas cadangan YB Kepayang ini memang kita bawa satu perubahan. Kita boleh buat jajaran semula tetapi jajaran semula ini kadang kala kita kena hentikan projek-projek yang baik tetapi untuk disebabkan penjajaran semula jadi saya harap cadang agar kita kita terimalah untuk bajet tambahan ini sebab kalau ada bajet tambahan ini bila bersidang kita boleh berdebat secara bertamadun, kita cari titik persamaan. Kita mungkin, mungkin kita tak tahu. Mungkin pihak pembangkang sana nak izinkan peruntukan dan lebihan. Itu kita berbincang dalam bajet tersebut. Kita boleh cari titik persamaan agar kita tidak berbalah. Itu adalah penting. Bukan saja itu dicadangkan oleh YB Kepayang itu, kita kena halang sekuat-kuatnya, bukan. Kita secara, kita YB yang terbuka, kita harap Manjoi pun setuju kan? Ok dan point yang terakhir akhir sekali, nampak banyak sebelah sana ada katakan banyak isu tentang pengangguran ataupun pekerjaan di mana mereka graduan daripada posisi Ijazah mungkin kerja di tempat yang tidak sepatutnya. Di sini saya ingin bagi satu cadangan, cadangan daripada saya, kita kadangkala kita ni kenalah berdaya saing sikit. Janganlah kita mengeluh kata menyalahkan pihak kerajaan tidak beri peluang, tidak beri sebab generasi sekarang kita mereka sudah banyak peluang, banyak peruntukan dari segi bantuan pelajaran, bantuan komputer, bantuan yuran sekolah, bantuan PTPTN lagi. Jadi bila mereka graduate tidaklah menjadi satu alasan untuk mengeluh, kata saya tidak dapat cari kerja yang lebih bertahap tinggi. Menyalahkan kerajaan pula. Jadi…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sila masuk perenggan yang terakhir.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Ok…ok…ok. Jadi ini kita harap kita nampak, saya akan bagi contoh-contoh di mana mereka ini tokoh-tokoh usahawan ataupun billionaire, di mana mereka tidak habiskan ijazah pun tetapi sekarang mereka berjaya. Saya gunakan contoh seperti Richard Branson (Virgin Airlines), Mark Zuckerberg (Facebook), Larry Ellison (pengasas Oracle), Ingvar Kamprad (pengasas IKEA) dan banyak lagi. Kita tahu, di mana mereka tidak habiskan karier mereka dalam Ijazah tetapi mereka berjaya. Kita gunakan contoh begitu. Kita selaku wakil rakyat, kita kena beri teguran kepada mereka. Janganlah lalai menyalahkan sini dan sana, bapa tak kaya, tak tinggalkan harta pusaka bagi saya ataupun kerajaan tak bagi semua peluang tetapi peluang ini kena di cari oleh sendiri, kena ada daya saing kalau tidak boleh pergi ke PASAK untuk ambil kursus lagi untuk menambahkan pengetahuan sendiri dan tidak hanya menyalahkan kerajaan semata-semata. Itu sajalah point yang saya sempat habis. Terima kasih atas peluang yang diberi oleh Timbalan Speaker yang pihak saya menyokong atas Titah Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Sekian, terima kasih. Thank You.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bercham. Seterusnya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Titi Serong untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Segala puji-pujian kepada Allah Subhana Wata’ala, pencipta dan pentadbir sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Salallahhu Alaihiwassalam. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang

Berhormat Barisan Exco Kerajaan, rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai kerajaan, petugas-petugas media dan sidang hadirin di dalam dewan dan di atas talian yang saya hormati sekalian. Sebelum meneruskan perbahasan, Titi Serong ingin mengambil kesempatan merafak sembah menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang telah menyempurnakan Titah Diraja bersempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat baru-baru ini.

Timbalan Speaker, dunia sedang menghadapi cabaran krisis global yang membawa kepada kesan rantaian di mana Malaysia turut terkena tempiasnya. Perkara ini berlaku ketika negeri Perak sedang berada dalam landasan ke arah Perak Sejahtera 2030. Dengan realiti yang berlaku pada hari ini sudah pasti menuntut perjalanan ke arah menjayakan gagasan besar ini iaitu Perak Sejahtera 2030 perlu diurus dengan baik. Perak Sejahtera 2030 yang menjadi gagasan Yang Amat Berhormat Menteri Besar mestilah bergerak dengan prinsip ketelusan, kemahiran, kecaknaan seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Kita tidak mahu Perak Sejahtera 2030 menjadi sekadar slogan retorik yang tidak membumi seperti janji angkat sumpah. Seperti janji angkat sumpah jadi kerajaan hari ini, Esok harga minyak turun. Contoh yang sudah menjadi bahan jenaka rakyat seluruh generasi. Justeru itu, Kerajaan Negeri wajib melaksanakan tatakelola pentadbiran yang baik, pengurusan sumber negeri yang efisien serta memahami aspirasi rakyat agar kerajaan benar-benar bergerak dengan berpijak di bumi yang nyata, bukannya atas angan-angan Mat Jenin yang tidak realistik dengan hakikat sebenar kehidupan rakyat. Timbalan Speaker, kita sebenarnya sedang menyaksikan defisit keyakinan rakyat di Negeri Perak terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan akibat daripada kelemahan tatakelola yang memberi beban dan kesan kerugian langsung kepada rakyat. Saya tidak berhajat untuk berhujah tentang isu harga minyak yang telah dibahaskan ramai oleh Ahli-ahli Dewan yang lain. Rakyat tidak menolak adanya peningkatan kos. Namun yang menghairankan rakyat adalah kenaikan yang menggila.

Timbalan Speaker, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu tatakelola Kerajaan Negeri yang dilihat lemah sehingga menyebabkan rakyat menanggung kerugian. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, hari ini sekali lagi warga pesawah kami di Kerian terutamanya di Kompartmen A, Dun Titi Serong menghadapi sekali lagi kekecewaan dan bebanan akibat daripada isu penyelenggaraan saliran yang tergendala. Beberapa tahun yang lepas, mereka diuji dengan isu tanah jerlus. Musim yang lepas, mereka diuji dengan pemotongan pemutuan yang tak masuk akal oleh kartel-kartel. Tiba-tiba musim ini datang pula ujian penyelenggaraan pula. Kalau dulu isu bencana bolehlah kita katakan. Kalau dulu isu jerlus boleh kita katakan itu isu bencana. Dah Allah nak bagi nak buat macam mana? Tetapi kalau melibatkan isu penyelenggaraan ini, bagaimana? Ini semua tertumpu kepada masalah berkaitan dengan tatakelola pengurusan.

Apabila kita mengkaji, saya turun di lapangan bertanya kepada para pesawah. Saya berjumpa dengan para agensi. Rupa-rupanya Timbalan Speaker, bila kita turun dan lihat kenapa berlaku kelewatan? Kenapa tak diselenggara? Sepatutnya dalam jadual kena selenggara. Rupa-rupanya Timbalan Speaker, Dewan yang mulia kerana disebabkan kelewatan pihak kerajaan untuk melantik syarikat konsesi yang telah pun tamat tempohnya pada awal Mac yang lalu. Kita dah putuskan dalam bajet 2026 yang lalu ada kenaikan itu dan ini. Jadual ini sepatutnya diselenggara. Tiba-tiba tak boleh diselenggara di sebabkan syarikat konsesi tamat. Eh, tak tahu ke tamat? Takkan tak tahu perkara sebesar ini? Inilah yang saya katakan tadi kita gah bercakap Perak Sejahtera 2030 yang berbaki 4 tahun lagi tetapi kerajaan masih gagal untuk menguruskan perkara sekecil ini untuk rakyat sedangkan peruntukannya telah pun diluluskan dalam bajet.

Kesannya? Apakah kesannya? Saya mohon maaf hari ni agak emosional. Mengenangkan nasib mereka yang di luar sana kita pada hari ini sama ada selenggara atau pun tidak, syarikat konsesi nak lantik tahun depan ke atau pun tidak, kita dapat gaji bulan. Mereka? Timbalan Speaker, kesan yang pertama saya ambil yang pertama kesian kepada kakitangan kerajaan. JPS, IADA, Pertanian semua yang ada di belakang saya, depan saya ni, rakyat dah tak tahu dah nak tuding jari kepada siapa. Semua depa tunjuk. Semua kena maki hamun. Kesian kakitangan JPS, IADA terutamanya. Depa cakap kat saya, YB, kami tak boleh nak buat apa YB. Syarikat konsesi tak dilantik lagi. Rakyat pesawah kita di luar sana tak faham. Ini yang pertama. Yang kedua...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Titi...Titi serong. Minta celah sikitlah pasal isu padi ini boleh na?

Oh, boleh, boleh.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Boleh sikit. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua, menyentuh tentang tatakelola ini kita mencadangkan kepada kerajaan untuk membuat penambahbaikan. Improve tempat yang sedia ada menambah keluaran, pengairan, pendaftaran, perkapuran dan sebagainya tapi apa yang dibangkitkan lagi pengalaman kita di sana nak maintain yang dah ada pun gagal. Macam kata dia semalam kita dulu tak dak masalah pengairan tu parit tu dah ada situ sedia. Patut dia buat pengairan tu tapi di parit tu tak pernah diselenggara. Di Bagan Tiang kita pergi tengok hari tu. Rumput penuh. Bila pesawah-pesawah ini pergi tanya dekat-dekat ini lah pasal apa? Dia kata tak dak bajet. Tak kan tak proceed benda ni. Setuju ke apa ni Titi Serong?

Ya, setuju. Lokasi Yang Berhormat Ketua Pembangkang turun tu pun saya turun. Dia dalam, dia dalam Dun Titi Serong. Baik, saya sambung. Ini kesan yang pertama kesian kepada kakitangan kerajaan. Depa cakap kat saya, YB, kami pun dah takut nak turun dah jumpa pesawah tetapi oleh kerana tanggungjawab mereka terpaksa turun tadah telinga. Tadah maki dan kedua, kesannya mestilah adalah kepada para pesawah itu sendiri. Untuk makluman, Dewan yang mulia tahu atau pun tidak pihak kerajaan, kami di Dun Titi Serong lah terutamanya sekarang ni kami perlukan air. Pesawah-pesawah kita terpaksa bergotong-royong cuci parit sendiri. Sepatutnya itu ada dalam bajet diselenggara oleh pihak agensi tetapi tak dapat laksana disebabkan kelewatan kecuaian. Itu saya tak tahulah. Mereka turun sendiri. Inilah nasib mereka. Kadang-kadang saya pun takut nak turun dah jumpa depa. Saya harap pihak kerajaan terutamanya Yang Berhormat Exco boleh turun sendiri biar Yang Berhormat Exco pulak la kena maki. Senang.

Oleh itu, saya gesa pihak kerajaan segerakan peruntukan. Carilah cara macam mana pun segerakan. Segerakan penyelenggaraan ini. Walaupun di kompartmen A ini agak dah lambat. Benih dah tabur. Benih dah serak. Serak kering berisiko untuk rosak.

Yang parit buang pula penuh dengan keladi. Ayaq nak lalu tak boleh, benih dah lama dalam ayaq. Risiko mati. Tak apalah di Kompartment A begitu. Kita takut nanti berlaku pula di Kompartment B, C, Dun Kuala Kurau, Dun Alor Pongsu dan sebagainya. Sampailah di Selingsing. Kompartment apa? G ke H ke? Kita takut. Maka segeralah. Saya tak tau bagaimana. Pihak Kerajaan usahalah bagaimana pun dan yang seterusnya saya gesa agar ada insentif tambahan kepada para pesawah yang terlibat yang telah pun rugi. Ini yang turun dalam cuci parit tadi ni. Pihak Kerajaan kena turun santuni mereka. Mereka keluar modal sendiri, tenaga sendiri demi sesuap nasi mereka.

Timbalan Speaker, yang kedua, Kerajaan Negeri Perak perlu berhati-hati dalam mengurus sumber kewangan yang menjadi amanah rakyat. Saya ingin menyinggung satu program di bawah PAFA iaitu Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen, Piala Menteri Besar Perak yang dilihat seolah-olah ada unsur penyalahgunaan dana rakyat untuk program parti politik. Kalau dulu, Pembangkang dululah, depa kata sakau tetapi saya tak sangguplah cakap macam itu. Secara umumnya, secara umumnya, program ini dijalankan saban tahun dah. Di bawah Program Pembangunan Bola Sepak yang diuruskan oleh PAFA melibatkan penyertaan Persatuan-Persatuan Bola Sepak Daerah-Daerah bagi mencungkil bakat baru dalam bola sepak. Program yang baik wajar disokong dan diperkasa. Saya setuju 100%. Malangnya, penganjuran tahun ini dibuat dengan kerjasama Pemuda UMNO Perak. Pasukan-pasukan yang dihantar adalah Pasukan Pemuda UMNO Perak. Ia disahkan oleh laporan media yang disiarkan oleh Astro Awani di mana Presiden PAFA sendiri mengatakan kejohanan ini dianjurkan bersama Pemuda UMNO Perak, katanya di Majlis Pelancaran Liga Bola Sepak di Hotel Casuarina. Ini dia. Tuan-tuan boleh akses, masih ada.

Kemudian bukan itu saja, logo Liga Perak Sejahtera ada ditulis Pemuda UMNO, logo PAFA. Ada logo Pemuda UMNO diletak seiring di dalam logo Liga Perak Sejahtera. Bahkan hampir semua carian yang dibuat memaparkan logo pasukan yang bertanding juga ada ditulis Pemuda UMNO, Logo UMNO. Ni saya tunjukkan contoh. Banyak dengan saya ni. Ni logo Liga Perak Sejahtera. Ni logo dia, ni logo Pemuda UMNO. Liga Perak Sejahtera ini bukan milik UMNO. Ni satu, ni Stratcomm. Banyak saya nak sebut satu-satu ni. Habis masa sini je nanti. Ha ni semi-final, Ipoh Timur. Ada logo UMNO, ada logo Perak Sejahtera. Tambun ada logo UMNO. Takpa lah Tambun. Yang Berhormat Manjoi, masuk semi-final. Yang saya pelik lagi, Parit Buntar. Takde pun masuk mana? Saya tak tau lah. Nanti boleh bagitau kat saya, Parit Buntar menang ke tidak? Saya tak tau. Saya duk cari tak jumpa. Kalau saya main, Insha Allah lah masuk semi-final lawan ngan Manjoi tu.

Baik, saya sambung. Kita takdak masalah jika orang UMNO nak pegang persatuan-persatuan tetapi yang menjadi masalah apabila ia seolah-olah disalahguna untuk kepentingan sempit-sempit parti politik. Apatah lagi jika menggunakan dana Kerajaan Negeri hasil kutipan cukai-cukai rakyat. Persoalannya, adakah ini bentuk tatakelola yang baik dari kerajaan ketika kita sedang menuju ke arah Perak Sejahtera 2030? Apa yang dilihat oleh kami rakyat, ia adalah tatakelola yang tidak amanah dan juga tidak professional. Saya ingin mengesahkan, saya nak bertanya berapakah jumlah kewangan Kerajaan Negeri yang digunakan untuk program ini? Kerana ada laporan media mengatakan sebanyak RM2 juta? Ada. Banyak di sini saya nak bawak ni. Ada, kenyataan rasmi ada. Boleh akses tengok. Sebanyak RM2 juta. Saya tak tau la berapa yang guna. Adakah RM2 juta itu adalah untuk Program Liga Perak Sejahtera sahaja atau pun sebagainya? Kalau ia berlaku, rakyat melihat seolah-olah ini satu pengkhianatan kepada amanah rakyat tatkala disuruh berjimat cermat, buka aircond suhu 25, contoh, 24 ke 25? Disuruh berbasikal, disuruh car pooling, tiba-tiba ada yang ambil kesempatan guna duit rakyat untuk program parti. Persoalannya, kenapa Pemuda UMNO? Apa lebihnya Pemuda UMNO ini? Kenapa tidak melalui Persatuan Bola Sepak Daerah-Daerah yang rasmi di bawah PAFA? Yang berauthority. Sepatutnya situlah gunanya.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Titi Serong, boleh…boleh tanya sikit?

Boleh-boleh.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Boleh. Boleh ya?

5 minit lagi. Saya ada 3 lagi, tak apa.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

30 saat saja saya.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya nampak Yang Berhormat Titi Serong keluarkan kenyataan di mana ada parti di mana

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

...ada dikatakan penyalahgunaan tentang perkara ini. Jadi saya...saya hairan sebab sebelum ni saya nampak ada usaha daripada sebelah Pembangkang sana ada untuk usaha nak mewujudkan semula penyatuan ummah. Di manakah...di manakah? Ok, ok.

Yang Berhormat…

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Untuk berkawan semula.

Yang bola ni yang mana?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Tetapi kenapa? Kenapa? Ada usaha.

Yang bola ni yang mana? Yang bola ni yang mana?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya berkecuali, saya berkecuali.

Penyatuan ummah itu isu lain, Yang Berhormat. Terima kasih.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Jadi kenapa kalau nak berkawan semula, kenapa sini bantai pula? Adakah ini adalah bercanggah?

Titi Serong.

Ni Yang Berhormat tak puas hati sebab tak buat DAP ke ni?

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Bukan…bukan…bukan.

Titi Serong.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya pemerhati saja. Pemerhati. Jangan, jangan salah faham.

Takpe, terima kasih. Terima kasih.

Titi Serong...Titi Serong? Manjoi masuk sikit.

Silakan.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya nak ingatkan Yang Berhormat tinggal 4 minit saja.

Terima kasih kepada...

Ya, 4 minit? Boleh boleh. Nanti tambah lagi 4 minit.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker dan sahabat saya, Titi Serong. Saya juga check maklumat ni dalam data. Isu dibangkitkan oleh Titi Serong. Isu tatakelola dan juga isu integriti. Ini bukan isu tentang, tentang permainan sentimen politik yang dibangkitkan oleh DAP tadi. Cuba untuk melaga-lagakan kami. Isu tentang dana rakyat dan wang rakyat. Saya baca di sini, Juara akan membawa pulang RM15 ribu manakala tempat kedua RM10 ribu, tempat ketiga RM5 ribu. Sebanyak 720 pemain berusia antara 18 hingga 40 tahun beraksi pada kejohanan yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO Perak, katanya selepas Majlis Pelancaran Liga Bola Sepak Sejahtera di Hotel Casuarina, oleh Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin, Presiden PAFA. Isu dibangkitkan Titi Serong. Titi Serong, saya nak bertanya di sini, adakah isu yang Titi Serong bangkitkan ialah isu berkaitan dengan tentang tatakelola dan kewangan rakyat? Sebab kalau, kalau duit yang digunakan itu duit peribadi Menteri Besar atau pun dinyatakan ini duit peribadi beliau saya fikir itu tidak berbangkit di sini. Tapi kalau duit itu duit daripada kantung negeri, duit Kerajaan Negeri diumumkan dengan secara terbuka kemudian digunakan kepada satu pihak sahaja. Adakah perkara itu dibenarkan dalam perkara ini? Dan satu lagi Titi serong, yang Titi Serong bangkitkan ialah kenapa? Kenapa perkara itu dipaparkan dalam media? Kemudian seolah benda itu dibenarkan. Saya tengok sempat saya search tadi, saya tengok dalam Metro ada, dalam MGPerak ada, dalam

Stratcomm Kerajaan Negeri ada, dan kenapa berani setahap itu? Dan kita mahu penjelasan di sini dengan jelas. Duit itu duit Kerajaan Negeri atau duit peribadi Menteri Besar? Kalau duit Kerajaan Negeri kena jelas sini berapa jumlah yang telah digunakan dan bagaimana boleh melibatkan satu entiti parti politik secara terbuka melibatkan kewangan Kerajaan Negeri? Terima kasih Titi Serong.

Baik, terima kasih Manjoi. Saya setuju. Saya juga nak bertanya minta penjelasan tuntas daripada pihak Kerajaan lah.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tinggal 2 minit.

Itulah 2 minit. Saya minta penjelasan tuntas daripada yang hormat Exco Belia atau pun Yang Amat Berhormat Menteri Besar.

Selesai isu itu. Timbalan Speaker, saya nak bangkit pula isu berkaitan dengan banjir. Untuk makluman, Parit Buntar 4 hari lepas untuk bulan 4 ini saja dah berlaku kali kedua banjir kilat. Ni rakyat tengah marah ni. Rakyat tengah marah. Berlaku lagi untuk kali kedua banjir kilat yang memberi kesan buruk kepada terutamanya kawasan Taman Kerian Tambahan, Pekan Baru dan ada beberapa lokasi lagilah. Saya nak maklumkan hasil daripada perbincangan, minta pendapat daripada yang pakar, sistem perparitan di saliran di pusat bandar ini sebenarnya telah pun tidak lagi efektif untuk diguna dan dia perlu dinaik taraf dan saya dimaklumkan rupa-rupanya solusi untuk jangka panjang telah pun ada dan telah pun dibawa ke RMK-11 dan terbaru RMK-13. Cumanya, belum menjadi projek keutamaan di pihak Kerajaan. Jadi, saya bimbang 2030 Perak Sejahtera yang bakal kita masuk tak lama lagi ini, dia masuk tetapi imej Parit Buntar adalah imej yang ditenggelami oleh banjir. Maka saya nak tanya dan saya nak gesa kepada Yang Berhormat Exco untuk tanya PBT lah. Sejauh manakah solusi ini diambil? Dan bagaimana untuk atasi? Dan ini adalah solusi untuk jangka masa panjang dan saya nak sentuh juga dalam baki beberapa minit lagi. Timbalan Speaker boleh tambah kot lagi 3 minit. Ok na.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila masuk perenggan yang terakhir, 2 minit.

Ok. Itu solusi jangka masa panjang tetapi di sana ada solusi jangka masa pendek iaitu saya difahamkan, kalau dia penduduk di taman... Boleh sikit lagi? Dalam 3-4 minit lagi. Betul.

Timbalan Yang di-Pertua

2 minit.

2 minit ok. Baik, untuk pengetahuan, untuk solusi jangka masa pendek ada. Kita ada solusi jangka masa panjang, kita mesti ada solusi jika masa pendek. Untuk pengetahuan di Parit Buntar ini ada satu saliran besar yang utama yang diguna pakai oleh kawasan industri taman-taman Kerian dan juga pusat bandar iaitu saliran bersebelahan dengan KTM. Ini pernah saya bangkitkan pada sidang Dun yang lepas.

Untuk pengetahuan, ada berlaku sedikit konflik berkaitan dengan parit ini. Bukan JPS yang selenggara, bukan MDK yang selenggara, tetapi yang selenggara adalah

Perbadanan Aset (RAC) Perbadanan Aset Keretapi. Saya nak tahulah daripada pihak Yang Berhormat Exco sejauh mana usaha ini dibangkitkan kepada pihak RAC ini. Perbadanan Aset Keretapi ini sebab ini adalah puncanya. Orang Taman Kerian Tambahan dok riuh kenapa tak selenggara parit, parit besar semua, ayaq nak masuk sini kenapa tak selenggara. Lebih 10 tahun tidak diselenggara saya difahamkan oleh pihak RAC ini tetapi diambil alih oleh JPS, MDK terpaksa mereka ambil alih. Bila mereka ambil alih di situ ada keluarkan kos. Bila mereka ambil alih pula di sana mereka tidak boleh ambil alih secara sempurna, lengkap. Maka ia akan menyebabkan kesan rantaian juga yang menyebabkan hari ini masih lagi berlaku banjir kilat di kawasan tersebut. Rakyat tak faham pun RAC apa, perbadanan aset tak faham, depa faham JPS, MDK. Saya minta maaflah kesian kepada pihak MDK. Isu longkang di pusat bandar semua orang tala MDK sedangkan isu ini bukan berkaitan dengan MDK. Saya nak tahulah sejauh mana usaha Yang Berhormat Exco membawa isu ini ke pihak Pusat supaya mereka ambil, bukan hanya ambil maklum, buat tindakan segera. Kita tak nak, ini bulan 4. Sepatutnya ini bulan ini bulan kemarau. Saya tak perlu pening dah pasal banjir. Tiba-tiba kita tak tahu hujan lebat sejam banjir dan kita risau bila nak masuk bulan 10, 11,12 benda ini akan berlaku dan berulang lagi. Jadi, saya minta Yang Berhormat Exco sejauh mana usaha ini telah dibawa dan kalau perlu saya turun sekali pergi ke pejabat, saya sanggup turun. Kalau tak kuat lagi, saya sanggup turun bersama dengan warga Titi Serong untuk sama-sama kita pi gempur sana pula. Minta depa tunaikan hak kami, tanggungjawab mereka ini. Jadi sekadar itu sahaja daripada saya Timbalan Speaker. Maka saya bawa suara hati rakyat negeri Perak menyeru kerajaan agar meneruskan isu tatakelola, jaga elok-elok kerajaan, jangan bazirkan duit. Tak lama dah sekejap je lagi sampai masa Insha Allah kami ambil alih kerajaan ini akan terus...

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Sungai Manik untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Bismillahirrahmanirrahim, (Bacaan solawat). Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar Negeri Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, barisan Exco Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang dan juga Kerajaan, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, rakan-rakan media dan seluruh pemerhati dan yang mendengar secara langsung sidang Dewan Perak pada kali ini. Dengan penuh takzim dan rasa hormat yang tidak terhingga, patik merafakkan setinggi tinggi sembah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas limpah perkenan serta keberangkatan Tuanku mencemar Duli bagi merasmikan Sidang Dewan Negeri Perak yang pertama, Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Kelima Belas. Sesungguhnya keberangkatan Tuanku mencerminkan keprihatinan berterusan baginda terhadap kesejahteraan rakyat serta kemajuan Negeri Perak Darul Ridzuan. Sesungguhnya di bawah naungan dan kebijaksanaan dan payung kasih Tuanku negeri Perak terus melangkah ke hadapan dalam pelbagai agenda pembangunan yang dirangka demi kesejahteraan rakyat jelata. Justeru itu, sidang pada hari ini menjadi medan penting bagi kami Yang Berhormat sekalian untuk membahaskan dasar menilai pencapaian serta menambahbaik usaha kerajaan negeri dalam memastikan kemakmuran yang berterusan dapat dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.

Saya mulakan perbahasan saya dengan menyampaikan salam takzim daripada warga Sungai Manik khususnya petani dan pesawah yang meminta saya membangkitkan isu BUDI Agri-Komoditi yang melibatkan bantuan subsidi tunai kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil bagi subsidi diesel jentera pertanian yang digunakan. Dua hari yang lepas, Menteri Ekonomi telah mengumumkan kenaikan daripada RM300 ke RM400. Kenaikannya melibatkan jumlah RM100 sedangkan kenaikan diesel 80 hingga 85%. Tak sekata dengan kos yang mereka tanggung selama ini. Dengan penambahan kenaikan ini tidak memberi impak yang positif ke petani dan juga pesawah. Saya bersetuju dengan Titi Serong tadi berbangkit banyak isu petani dan pesawah. Cuma yang saya kesalkan kenapa di kawasan jelapang padi ini sentiasa ada masalah setiap musim? Adakah tidak ada keberkesanan perancangan? Adakah terdapat kelemahan-kelemahan yang tak boleh diatasi selama-lamanya dan hinggakan menyebabkan ada sahaja isu dan perkara-perkara yang menjadi rungutan di kalangan pesawah. Sedangkan mereka ini adalah frontliner kita yang membekalkan makanan, sumber makanan kepada negara. Jadi, saya harap apa yang beliau bangkitkan tadi dapat diberi perhatian yang khusus dan saya amat menyokong dan perkara yang sama berlaku di kawasan saya.

Berbalik kepada isu BUDI Agri-Komoditi ini sebenarnya masih ramai lagi yang tercicir daripada menerima BUDI Agri-Komoditi ini. Saya difahamkan menerusi Jabatan Pertanian sendiri, mereka telah cuba membantu petani-petani dan pesawah ini sebab petani ini bukan saja petani tradisional. Terdapat juga petani yang baru nak mulakan usaha tetapi apabila walaupun telah disokong oleh jabatan dan agensi, pihak MOF masih tidak memberi kelulusan. Mereka ini merupakan pengusaha kecil dan sederhana. Alasannya sebab tak lengkap dokumen. Kita kerajaan, kita ada agensi dan jabatan yang dipertanggungjawabkan. Kenapa tidak memberi amanah ini kepada jabatan agensi untuk membuat perakuan? Sebab mereka sahajalah yang mengenali petani, pesawah, penternak dan juga pekebun kecil. Janganlah disusahkan, udahlah mereka susah, kita susahkan lagi dengan macam-macam dokumen yang diperlukankan. Sedangkan penilaian tentang usaha mereka ini telah disahkan oleh pegawai-pegawai daripada jabatan dan agensi. Jadi, saya harap Kerajaan Negeri dapat mengambil peranan ini untuk mengenengahkan isu ini kepada peringkat Pusat khususnya kepada MOF, kepada Perdana Menteri sendiri agar dipermudahkan bagi memberi rangsangan dan semangat kepada mereka dalam kesusahan hari ini untuk meneruskan usaha-usaha yang mereka buat pada hari ini.

Isu yang kedua memetik kepada Titah Perasmian Kebawah Duli Tuanku dalam Perkara 36 yang melibatkan PASAK. Kebetulan Speaker pun dah masuk. PASAK ini, Speaker ini adalah pengerusi yang pertama dulu PEKA, Pusat Kerjaya Amanjaya dan saya sebagai salah seorang Board, ini ada antara, bukanlah peninggalan dia ada tiga peninggalan Perak Amanjaya IDR, PASAK dan PORT yang masih berada dalam struktur pentadbiran Kerajaan Negeri. Memang PASAK amat komited dalam memperkasakan golongan belia melalui program pembangunan yang menyeluruh dan berstruktur, di mana pelaksanaan PASAK dalam membangunkan TVET yang hari ini telah dipertanggungjawabkan untuk membangunkan TVET. Saya rasa Kerajaan Negeri perlu melihat kemampuan dan juga tenaga yang terdapat di PASAK dengan penambahan satu lagi perkara yang dipertanggungjawabkan kepada PASAK kan. Memang PASAK selama ini telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian membantu kerajaan khususnya kepada membangunkan kemahiran para belia dan juga meningkatkan kesedaran dan memasarkan belia-belia ini dengan memberi sokongan latihan yang berorientasikan industri dan kerjasama.

Dengan sektor swasta dan sedikit banyak telah memberi tahap kebolehpasaran belia dan graduan dan dalam konteks ini saya anggap PASAK berjaya. Cuma apa yang kejayaan dicapai ini adalah merupakan peningkatan output latihan semata-mata. Bukan memasarkan mereka untuk mendapat peluang pekerjaan. Kita hanya memberi latihan seperti yang saya sebut tadi, memang berjaya. Walaubagaimanapun, kebesaran sebenar inisiatif yang dilakukan ini masih boleh dipersoalkan. Kalau kita lihat daripada sudut impak ekonomi jangka panjang, terdapat jurang yang ketara antara kemahiran yang dilatih dengan keperluan industri semasa menyebabkan isu ketidakpadanan kemahiran dengan izin skill mismatch masih berterusan.

Selain itu, kekurangan industri berskala besar di dalam negeri menghadkan keupayaan pasaran kerja untuk menyerap graduan TVET secara optimum, sekaligus menyebabkan sebahagian tenaga mahir berhijrah ke negeri lain untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Tambahan pula, penilaian kejayaan program lebih banyak tertumpu kepada indikator output seperti bilangan peserta dan jumlah kursus yang ditawarkan berbanding outcome, dengan izin seperti jumlah kadar pekerjaan, tahap pendapatan graduan dan mobiliti kerjaya. Oleh itu, walaupun PASAK telah berjaya memperkukuhkan asas latihan kemahiran di Perak keberkesanannya sebagai pemancu transformasi ekonomi masih terhad selagi ekosistem industri tempatan tidak berkembang secara seiring bagi menyerap tenaga kerja yang dihasilkan. Mohon kerajaan mengambil perhatian atas program-program TVET yang bakal dilaksanakan dapat memenuhi keperluan industri semasa.

Yang kedua saya ingin menyentuh isu PORT, satu lagi yang berkaitan dengan saya juga yang masih kekal hingga ke hari ini. Yang pernah mempengerusikan PORT. kita mewujudkan PORT pada waktu dulu adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk membangunkan bakat di negeri Perak. Kita kenalpasti kita bangunkan kita manfaatkan potensi individu yang kemahiran tinggi dalam pelbagai bidang bukan semata-mata bidang seni. Dari sudut pencapaian PORT berjaya mewujudkan platform pembangunan bakat yang lebih tersusun melalui program pemetaan kemahiran, jaringan profesional serta pendedahan kepada peluang industri dan keusahawanan. Pendekatan ini secara tidak langsung membantu meningkatkan visibility bakat tempatan dan menyokong agenda pembangunan modal insan negeri khususnya dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar. Namun begitu, keberkesanan PORT masih berhadapan dengan beberapa kekangan struktural yang membataskan impaknya terhadap ekosistem ekonomi negeri. Antaranya ialah skala program yang masih terhad serta tahap integrasi yang belum sepenuhnya kukuh dengan industri berskala besar. Hal ini menyebabkan sebahagian bakat yang dikenalpasti masih tidak dapat diserap secara optimum ke dalam pasaran kerja tempatan, sekaligus mengekalkan isu penghijrahan bakat ke negeri lain.

Selain itu, mekanisme penjejakan hasil jangka jangka panjang seperti perkembangan kerjaya, peningkatan pendapatan dan sumbangan terhadap inovasi industri masih belum diukur secara komprehensif, menjadikan penilaian lebih bersifat output berbanding outcome. Dari aspek penambahbaikan, PORT sebenarnya memerlukan pengukuhan dalam tiga aspek utama. Pertamanya, dia perlu meningkatkan kolaborasi strategik dengan industri anchor bagi memastikan bakat yang dibangunkan dapat terus diserap bukan semata-mata memberi latihan. Mereka ini perlu diserap secara langsung dalam ekosistem pekerjaan yang bernilai tinggi. Kedua peluasan skala program agar tidak hanya tertumpu kepada kumpulan terpilih tetapi turut melibatkan partline bakat yang lebih luas dan inklusif. Ketiga, pelaksanaan sistem penilaian impak jangka panjang yang lebih menyeluruh merangkumi kadar pekerjaan, mobiliti pendapatan serta sumbangan bakat terhadap pembangunan ekonomi negeri. Sekiranya ini dapat digarap dengan baik sebenarnya bakat-bakat ini mampu menghasilkan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada khususnya belia-belia dalam membangunkan modal insan di negeri Perak. Barulah kita dapat menilai impak yang boleh disumbangkan kepada ekonomi negeri Perak secara berterusan. Mohon diambil perhatian pandangan yang saya kemukakan dalam perbahasan ini oleh Exco yang bertanggungjawab. Seterusnya, saya ingin menyentuh. Saya tak sentuh isu naik diesel sebab dah ramai sangat ni yang sebut…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sikitlah nak celah sebab kita ada mempertikaikan bahawa sumbangan KDNK negeri Perak ini berbanding dengan negeri-negeri yang setaraf dengannya. Apple to Apple lah. Kita berada dalam tangga ke-6 amat kecil boleh dikatakan. Kita katakan puncanya adalah kerana tadi brain drain penghijrahan orang daripada luar daripada negeri Perak pergi kerja ke Pulau Pinang pergi kerja kat Kuala Lumpur dan sebagainya. Kita ada agensi macam PASAK dan apa sepatutnya kita boleh dan juga ada Exco perindustrian yang boleh tarik kan? Tapi kenapa perkara ni tak berlaku dan kita masih mengecil tak berkembang. Banding dengan potensi yang ada. Jadi mungkin boleh sikit apa Sungai Manik tolong jelaskan sikit.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sungai Manik Sungai Manik. Alor Pongsu nak tambah sikit. Bila Sungai Manik menyebut tentang tenaga kerja. Bila kita sebut tentang pelaburan tinggi yang kita nak bawa masuk ke negeri kita. Soalan setuju tak Sungai Manik dengan saya. Adakah persediaan tenaga kerja di negeri Perak berlakunya colotation. Pelaburan tinggi tenaga kerja mesti setara? Sebab kita tengok eh setuju tak Sungai Manik, kelulusan Techery, kelulusan diploma dan ijazah tenaga kerja di Perak. Mengikut DOSM, hanya 27% Penang, Selangor ada 49%, Penang ada 40%. Jadi macam mana magnet nak tarik tenaga kerja kekal dan datang ke Perak. Terima kasih Sungai Manik.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Terima kasih. Saya setuju dengan pandangan Alor Pongsu. Saya respon dengan pandangan ataupun apa yang utarakan oleh Gunong Semanggol. Ini yang saya cakap tadi kita menyediakan latihan bagi program dan sebagainya, tetapi hanya outputnya outcome nya kita terpaksa tak ada tak ada menyediakan platform tiada anchor yang menyambut mereka. Jadi mereka terpaksa mencari peluang ini keluar daripada negeri Perak itu. Kita melabur memberi latihan menyediakan peruntukan tapi akhirnya mereka terpaksa keluar sebab tidak ada yang menyambut mereka selepas itu.

Saya teruskan tentang Perak Sejahtera ini saya nak sentuh tentang dashboard-dashboard yang dipaparkan tentang pencapaian dan juga tentang perkara-perkara yang perlu. Kita lihat status perkembangan Perak Sejahtera 203,0 pencapaian yang dipaparkan melalui dashboard, lebih banyak menggambarkan kemajuan daripada sudut pelaksanaan projek berbanding perubahan ekonomi yang bersifat struktur. Walaupun sejumlah besar inisiatif telah direkodkan sebagai sedang dilaksanakan atau telah siap, ukurannya masih terhad kepada aspek output fizikal dan pentadbiran tanpa memperincikan sejauh mana projek tersebut benar benar meningkatkan pendapatan rakyat. Sejauh mana ia mampu menarik pelaburan berkualiti tinggi atau mengubah asas ekonomi negeri secara menyeluruh.

Selain itu, dalam dashboard ini penekanan diberikan terhadap status projek, di mana dalam dashboard ini berisiko mewujudkan satu persepsi kejayaan yang hanya bersifat visual dan statistik semata mata. Sedangkan impak sebenar terhadap produk produktiviti impak terhadap pertumbuhan indeks pertumbuhan pekerjaan penciptaan pekerjaan yang berkemahiran tinggi serta pertumbuhan industri baru tidak sentiasa dapat diukur secara langsung melalui indikator yang dipaparkan. Keadaan ini menyebabkan wujud jurang antara pencapaian yang dilaporkan dengan realiti transformasi ekonomi di lapangan di mana kemajuan yang ditunjukkan lebih bersifat pentadbiran berbanding transformasi ekonomi yang mendalam. Kebanyakan yang dipaparkan dalam dashboard ini adalah projek-projek lama yang diberi ilham baru, khususnya projek-projek di bawah jabatan dan agensi Persekutuan. Contohnya TKPM, dah lama dah bila ada Perak Sejahtera di beri nafas baru disegarkan semula.

Jadi kita harap walaupun saya tahu ada beberapa projek juga adalah ciptaan baru yang terhasil melalui Perak Sejahtera 2030 tetapi peratus projek-projek ini adalah projek-projek yang berskala kecil bukan projek-projek yang berskala besar. Kalau ada pun masih dalam pelaksanaan sedangkan kita nak menghadapi 2030 ni 4 tahun sahaja lagi, adakah kita mampu untuk mencapai sebab terdapat beberapa kelemahan kelemahan yang sedang diuruskan seperti yang saya sebut tadi Ianya merupakan laporan visual dan satu laporan yang yang tidak jelas pencapaian sebenarnya? Apa pun, kita harap usaha-usaha ini kami di pihak pembangkang sebenarnya apa sahaja usaha yang boleh memberi impak dan manfaat kepada rakyat dan negeri ini. Kita tidak pernah membantah, tetapi kita mahu kerajaan melihat dan mengkaji di mana kelemahan kelemahan ini sebab ia tidak menggambarkan ataupun memberi impak kepada warga perak khususnya petani dah. Apakah pendapatan petani telah naik dengan ketara sejak 2020 hingga 2026? Apakah hasil rantaian eksport telah di perkemaskan, apakah senarai barang-barang yang telah mampu kita eksport daripada negeri kita ini, adakah kos pengeluaran kita turun? Benda-benda ini tidak dipaparkan dalam dashboard tak dipaparkan, jadi ianya memberi satu informasi yang tidak lengkap. Jadi saya harap mereka-mereka yang menguruskan ini dapat memperkemaskan dashboard ini agar ianya akan dapat menjadi rujukan bukan sahaja pada kerajaan, mungkin rujukan kepada kami sekiranya ada pelabur-pelabur yang nak datang kita, kita dapat memberi gambaran yang jelas kita bukan semata mata menyediakan tenaga kerja tetapi kita menyediakan peluang peluang yang lain.

Saya nak sentuhlah beberapa projek yang dipaparkan disiap dalam dashboard projek ini lebih menonjol dari segi pelaksanaan fizikal dan juga penjenamaan. Tapi tidak disertai dengan data impak ekonomi yang jelas yang tadi yang saya sebut. Apakah impaknya pada peningkatan pendapatan rakyat? Apakah impak pada pertumbuhan pelaburan yang berkualiti? Apakah impak pada pembentukan industri baru di mana kerajaan keadaan ini menunjukkan bahawa pencapaian direkodkan lebih cenderung kepada ukuran output berbanding dengan outcome sebenar. Kita lihat sehingga hari ini 108 projek berstatus siap iaitu 39.7 peratus, 40 peratus saja baru siap dah 2026 yang dalam pelaksanaan 128, 47.1%. Pra pelaksanaan 36…36, 13.5% menjadikan jumlah keseluruhan projek yang dirancang dalam Perak Sejahtera ini adalah 272.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Perak sejahtera ini menunjukkan kemajuan dari segi statistik dari statistiknya nampak kemajuan yang memberangsangkan tadi. Tapi sebahagian besar inisiatif ini, masih dalam pelaksanaan, hanya 40% sahaja yang telah disiapkan. Situasi ini menggambarkan tahap pelaksanaan yang agak lemah tidak bersungguh-sungguh sedangkan kita nak menghadapi 2030 ni 4 tahun sahaja lagi saya tak pastilah sama ada ianya mampu sebab ada lagi dalam pra pelaksanaan. Saya faham bukan mudah untuk melaksanakan satu projek. Macam macam peraturan dan dokumentasi yang diperlukan dan ianya menyebabkan projek ini untuk sampai kepada satu fasa ke satu fasa mengambil masa yang lama. Walaupun saya yakin ada task force ada one stop centre ada macam-macam kan tetapi ianya tidak berkembang mengikut perancangan ataupun mengikut idea yang ideal untuk Perak Sejahtera 2030. Namun begitu, berdasarkan penilaian berasaskan peratusan pencapaian yang masih terhad kepada ukuran output semata-mata di mana bilangan projek yang siap atau sedang berjalan dashboard ini tidak memperincikan sejauh mana ia memberi kesan kepada struktur ekonomi negeri. Ketiadaan indikator yang jelas berkaitan outcome seperti peningkatan pendapatan rakyat, pertumbuhan pelaburan berkualiti serta penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi menyebabkan pencapaian ini sukar ditafsir sebagai transformasi ekonomi yang sebenar. Oleh itu, walaupun peratus pelaksanaan projek kelihatan agak tinggi, ia tidak semestinya mencerminkan kejayaan menyeluruh dalam mencapai matlamat jangka masa panjang Perak Sejahtera 2030 daripada sudut impak ekonomi yang lebih mendalam dan berstruktur.

Sebab itu kenapa saya mulakan dengan PASAK dengan PORT tadi, sebab sinilah medium di mana negeri menggunakan kedua-dua platform itu untuk melahirkan tenaga kerja muda, belia dan sebagainya tetapi bila hendak dilaksanakan mengikut perancangan Perak Sejahtera dia tak synchronise dengan izin dia tak synchronic kita sediakan latihan bagi bajet dekat PASAK bagi bajet dekat PORT, tapi nak sampai ke hujung takde siapa yang menyambut. Sebahagian projek-projek yang 272 ni adalah berskala kecil dan sederhana yang tak mampu menyerap keseluruhan sebab itu mereka macam Titi Serong arrr Alor Pongsu cakap tadi terpaksa pergi ke Penang pergi ke Selangor kita latih dengan kos kita kita rugi dengan tenaga yg kita latih ini.

Yang Berhormat Speaker isu seterusnya adalah berkaitan berkaitan dengan Food Security. Walaupun dalam Perak Sejahtera, kita telah ada satu task force yang bertanggungjawab iaitu Akademi Sekuriti Makanan Perak Sejahtera 2030 yang dipimpin oleh jabatan dan agensi bersama-sama dengan SADC tetapi mungkin terdapat lompang-lompang ataupun perkara yang boleh…

Yang di-Pertua

Banyak…banyak lagi ke?

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Yang ni yang ni penting.

Yang di-Pertua

Ok saya bagi

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Ini merupakan satu cadangan yang mungkin boleh kita kongsikan dalam Dewan kita pada hari ini.

Yang di-Pertua

Ok, saya bagi sedikit masa sikit lagi.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Ok…ok terima kasih. Tuan Speaker izinkan saya untuk memberikan satu cadangan strategik yang bukan sahaja menyentuh soal pertanian tetapi juga menyentuh soal keselamatan negeri, kestabilan harga dan juga kesejahteraan rakyat Perak. Kita Negeri Perak mempunyai kekuatan yang yang besar sebenarnya. Kita ada tanah, kita mempunyai kemampuan pengeluaran, kita mempunyai agensi yang besar seperti SADC dan juga PKNP namun kita masih belum mempunyai satu sistem yang menyatukan semua ini. Realitinya, masalah yang kita hadapi sebenarnya hari ini adalah hasil petani tidak disusun secara berpusat. Rantaian bekalan tidak efisien. Harga tidak stabil. Berlaku pembaziran dan kita masih bergantung kepada orang tengah. Yang lebih membimbangkan lagi, Perak menghasilkan makanan tetapi tidak mengawal sistem pengedaran makanan.

Saya ingin mencadangkan walaupun dalam Akademi Sekuriti Makanan ini ada cadangan untuk mewujudkan hub pengumpulan hasil. Apa yang saya cadangkan Kerajaan Negeri mewujudkan GMP iaitu Gudang Makanan Perak di mana jadikan ianya satu platform yang bersepadu negeri sebagai jantung kepada sistem makanan Perak. Macam hari ni kita ada 98% padi kan? Sebenarnya kita boleh kawal harga. Dia cukup untuk rakyat negeri Perak. Boleh kawal harga. Pak Teh, eh Pak Teh pulak, Semanggol beritahu tu kita boleh kawal tak payah jual RM35. RM26 boleh jual. Sebab di Perak hasilkan kurang berapa persen saja lagi untuk seluruh rakyat negeri Perak. Kalau kita mampu wujudkan gudang ini kan, kita boleh mengawal harga dan bagi rakyat negeri Perak dengan harga yang harga rahmah lah. Bila harga rahmah je ada RM26. Kalau tak ada rahmah, tak ada RM26 kan? Jadi apa yang saya maksudkan dengan GMP ini ialah satu sistem yang menggabungkan gudang kering dan gudang basah di mana kerajaan dapat menyimpan bekalan ini dan mengeluarkannya bila keadaan harga pasaran tinggi. Barulah boleh stabilkan harga. Masa harga mahal kalau negeri ada stok, ada gudang, kita dapat kawal harga dan rakyat Perak dapat harga yang lebih rendah daripada pasaran.

Begitu juga dengan sistem hasil pertanian ini dapat dikumpulkan secara sistematik. Yang paling penting kena ada sistem. Kena ada smart digital platform yang dapat membaca pergerakan semua hasil-hasil in real time daripada satu tempat ke satu tempat real time dan kita dapat mengenalpasti bahawa produk ini tidak akan rosak sehingga penghujungnya. Tapi semuanya ini memerlukan kolaborasi bukan saja Kerajaan Negeri, malah jabatan dan agensi untuk beriltizam supaya di penghujung Perak Sejahtera 2030 ini kita ada Gudang Makanan Perak. Kita mulakan dengan beberapa item beras yang paling asas dari negeri Perak ini dan kita Kerajaan Negeri membantu memasarkan. Mungkin kita tak mampu nak pasarkan sayur-sayuran. Walaupun kita ada FAMA dan sebagainya. Tapi keterbatasan FAMA. Jadi Kerajaan Negeri kena ambil peranan ini untuk memastikan hasil-hasil yang mereka hasilkan ini mendapat harga yang setimpal dengan apa yang mereka hasilkan. Masalah penanam sayur hari ini bila hasil nak keluar harga jatuh. Alasan yang sama berulang berulang-berulang. Jadi kalau Kerajaan Negeri dapat mengambil peranan ini, ianya amat penting. Hal ini bukan sahaja dapat mengawal pengeluaran tapi dapat mengawal harga dan juga pengedaran.

Yang Berhormat Speaker, kita harap Kerajaan Negeri Perak dapat merealitikan kewujudan Gudang Makanan Perak (GMP) ini sebab ianya akan memberi impak kepada petani di mana mereka akan mendapat harga yang terbaik. Rakyat dapat harga yang stabil. Negeri Perak akan mempunyai kawalan yang strategik kepada hasil-hasil negeri. Kepada negeri, yang paling penting kerajaan dapat menawarkan makanan dengan harga yang lebih stabil. Dapat mengurangkan pembaziran. Sebab hari ini, contoh di kawasan sayalah, padi. Negeri Kedah tawarkan beli lebih tinggi. Jadi ramai dia orang hantar treler atau apa semuakan. Keluar. Sebab kita tak dapat mengawal harga. Mana jual? Kena jual Kedah mahal sikit. Dia orang siap hantar treler kan. Kan. Dah rugi dah hasil negeri yang kita keluar. Jadi ini antara beberapa yang perlu dilihat. Untuk itu, saya mohon kepada negeri segeralah menekankan perkara ini khususnya kepada pihak SADC yang bertanggungjawab dalam soal pertanian. Wujudkan task force ini mantapkan lagi akademi ini kan. Kenalpasti lokasi-lokasi yang tertentu, dan kita bangunkan projek dalam 12 bulan yang pertama ini khususnya kepada komoditi-komoditi utama di negeri Perak.

Yang di-Pertua

Ok. Bagi sikit boleh landing lah.

Dato’ Zainol Fadzi bin PaharudinBERSATU · PNSungai Manik

Ini untuk landing. Tuan Speaker, apa yang saya sebutkan tadi adalah merupakan soal keperluan rakyat dan soal makanan yang bukan isu pertanian semata-mata tetapi isu keselamatan kita. Sebab makanan ini berkait rapat dengan soal keselamatan kita. Jika kita dapat mengawal sistem makanan ini, maka kita tidak bergantung kepada sistem orang lain. Sesungguhnya harapan kita agar cadangan yang saya kemukakan ini dapat pertimbangan dan perhatian khususnya kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan akhir kata, saya sekali lagi ingin merafakkan setinggi tinggi sembah dan menjunjung kasih kehadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas limpah perkenan serta naungan kasih baginda terhadap negeri Perak. Sesungguhnya Sungai Manik berdiri teguh menyokong segala usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam perkukuhkan agenda pembangunan memajukan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan rakyat secara seluruh. Sungai Manik menyokong. Sekian, Wabillahi taufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Sungai Manik yang telah menamatkan perbahasannya sebentar tadi. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat yang berikutnya untuk memulakan perbahasan, saya ingin mengalu-alukan bagi pihak Dewan kehadiran Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Taiping yang dipengerusikan oleh Puan Mahaya Bee yang ada di galeri pemerhatian ini. Selamat datang ke Dewan Negeri Perak dan seterusnya saya dengan ini menjemput Yang Berhormat dari kawasan Hulu Kinta untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan. Mengikut adab standing order dengan izin.

(Bacaan Doa) Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera Dato' Speaker, Yang Amat Berhormat Cikgu, Ketua Pembangkang, barisan Exco, wakil-wakil Rakyat, pegawai-pegawai kerajaan, pasukan keselamatan, pihak media dan seluruh rakyat yang sedang menonton sidang pada pagi ini. Masih pagi lagi kan? Dato' Speaker, pada perbahasan belanjawan, Hulu Kinta tak ambil bahagian. Hulu Kinta tak sihat? So, hari ni harap Dato' Speaker boleh bagi lebih masa kali ni. Hari ini, Insha Allah dan seperti biasa, Dato' Speaker, Hulu Kinta hanya gunakan teks dia. Hulu Kinta ada teks ini aje. Maka Alhamdulillah. Saya hanya nak sentuh 3 perkara yang fokus 3 perkara penting. Yang pertama mengenai kurangkan kebergantungan minyak. Yang kedua soal pelaburan, kutipan hasil dan juga yang ketiga soal kebajikan.

Kita pergi soal yang pertama tadi, Dato' Speaker, dalam Titah Tuanku telah menyentuh soal beralih tenaga alternatif. Maka kalau kita melihat semua di China walaupun sekarang ni krisis Asia Barat ni seluruh negara dalam masalah. Tapi China, ekonomi China tidak seteruk macam negara-negara lain. Kenapa? Kerana mereka dah lama dah beralih ke tenaga alternatif. Soalnya contoh EV. EV di China ini bukan EV bukan sahaja kereta. Soal lori, pengangkutan khususnya depa fokus pengangkutan bas, lori dan sebagainya. Oleh kerana itu, mereka dapat kawal soal masalah ekonomi di situ masih terkawal lagi kalau dibanding dengan negara lain. Maka apa kita nak ambil contoh. Bagaimana negara lain dapat bertahan soal masalah ekonomi apabila ada krisis Asia Barat ini?

Contohnya di China, kerajaan sendiri bukan sahaja Kerajaan Persekutuan, tapi di peringkat province-province masing-masing telah membawa banyak apa perkara-perkara yang membawa, apa-apa polisi-polisi membawa ke arah beralih tenaga alternatif. Antara yang saya nak sebut, cara mereka buat adalah contohnya di jabatan-jabatan kerajaan, bangunan-bangunan kerajaan, mereka memasang solar. Bukan itu saja, tapi diarahan kepada PBT-PBT masing-masing juga, mereka pun melaksanakan, beralih kepada solar, itu pertama. Kedua, soal EV. EV ni ialah walaupun kereta, Bercham puna ada sebut tadi E-Mas kita beli kereta EV banyak, betul tidak. Tapi kemudahan, rakyat sekarang ni masalahnya depa melihat soal kemudahan. Mana, saya cadangkan kepada Kerajaan Negeri Perak bahawa di samping Kerajaan Persekutuan tengah-tengah apa, melengkapkan soal kelengkapan-kelengkapan kemudahan untuk EV charge ni, Kerajaan Negeri juga boleh melalui PBT-PBT untuk memastikan bahawa setiap PBT bawah PBT itu sendiri dapat menyediakan soal kemudahan EV charge ni bagi setiap kawasan. Inilah cara China telah melaksanakan boleh beralih tahap yang begitu sangat baik dan juga, tadi ialah ada cadangan kata pasang solar dekat SUK, bukan SUK sahaja.

Saya harapkan kita ada lebihan duit surplus ni kita boleh gunakan untuk kemudahan untuk memberikan apa melengkapkan solar-solar di bangunan-bangunan bukan saja SUK, mungkin apa kediaman Menteri Besar, ke apa nama dia jabatan-jabatan, apa bangunan-bangunan jabatan. Soal bangunan sekolah dan sebagainya. Itu cara kita nak memastikan bahawa lebih mudah dan lebih cepat kita nak beralih, soal kita nak kurangkan kebergantungan minyak. Itu cara kita nak buat ini. Ini dan juga bila Titah Tuanku kita baca dalam apa teks Titah Tuanku ni, Bandar Kuala Kangsar, Bandar Diraja Kuala Kangsar pun saya rasa tak ada kemudahan EV charge lagi kot. Ada ke? saya tak pasti. Saya tak nampak hari tu. Pergi KK, cari-cari tak nampak. Bandar Diraja Kuala Kangsar pun masih tak ada EV. Maka perkara ni perlu kita perhebatkanlah. Makna Kerajaan Negeri perlu keluarkan satu polisi ataupun arahan yang jelas supaya dia kena capai dalam masa terdekat untuk melengkapkan PBT-PBT kena letakkan kemudahan, baru rakyat yakin dan depa yakin ada kemudahan, baru la depa pun berani nak beli kereta EV dan beralih kepada alternatif, itu satu.

Soal yang kedua kita pergi soal pelaburan kutipan hasil. Yang pertamanya kita nampak, alhamdulillah dapat pujian daripada Tuanku kita. Perak kita dapat pelaburan hampir lebih RM15.75 billion, hasil RM1.49 billion tapi saya nak ingatkan di sini khususnya pada pegawai-pegawai, rakyat-rakyat kita Perak ni dan kepada pembangkang juga. Adakah pencapaian ini semudah itu? Adakah mudah sangat nak capai begini? Kita nak capai tahap begini bukan mudah tuan-tuan. Ada banyak perkara, banyak faktor di sebalik pencapaian yang tahap begini. Kita seperti biasa, Hulu Kinta ini suka bandingkan baru kita nampak perbezaan. Melalui perbezaan itu, barulah tahu nilai usaha yang telah dilakukan untuk capai tahap ke hari ini. Ya. Kita pergi ke Kedah, Ketua Pembangkang, Kedah. Negeri Ketua Pembangkang. Negeri diperintah oleh Perikatan Nasional. Maka kita bandingkan. Saya suka banding kita guna data bukan kita emotion. Emotional kita lebih kepada data. Kita pergi soal pelaburan. Perak RM15.75 billion, Kedah, Dato’ Speaker hampir double, RM27.8 billion lagi banyak dari Perak, lagi banyak dari Perak. Maka kejap lagi saya akan terangkan. Tadi Ketua Pembangkang ke, wakil-wakil rakyat ini tadi dalam perbahasan mereka sebut bagilah kepada kami untuk merintah lebih baik. Takpa saya jelas kat sini. Kalau lepas saya jelaskan, saya dah jelas saya dah bagi perbandingan.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Hulu Kinta,

Kalau kita mengesahkan…

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Minta bagi peluang sikit ya.

Boleh, boleh.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Terima kasih Hulu Kinta, sebab menyentuh soal pelaburan yang masuk dalam negeri ini adalah menjadi satu agenda utamalah untuk melihat peluang pekerjaan dan sebagainya. Jadi sebelum pergi kepada isu itu cuma nak ambil kesempatan ni Dato’ Seri Speaker dan Hulu Kinta adalah perbahasan saya semalam ada sebut sikit salah fakta, bukan salah fakta, salah nombor sebab dia diganggu, sekejap…sekejap. Jadi saya menyebut bahawa…

Awal…awal surrender.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap, sekejap. Sekejap je KDNK Negeri Perak adalah 8.9 dan menyumbang hanya 5.2 kepada, penyumbang itu betul, tapi KDNK itu 8 itu tak betul. Yang sebetulnya RM82 bilion.

Takpa, takpa.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Sekejap, nak cerita ni. Jadi pelaburan yang disebut tadi yang kita masuk nak, nak tanya setuju tak Hulu Kinta, Hulu Kinta setuju tak mengatakan bahawa pelaburan kita ini masih kecil berbanding dengan potensi yang ada? Diwar-warkan dalam ruangan 8 ke 15 bilion, range tu…

Ringkas…ringkas

Yang di-Pertua

Ok…ok…ok. Sekejap, sekejap. Semanggol, Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Soalan dia sekarang macam tadi, Kedah dia sampai RM48 billion.

Yang di-Pertua

Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

…baru 5 tahun kita memerintah. Jadi setuju tak…

Yang di-Pertua

Semanggol.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Apa punca yang kita rendah tu?

Ok…ok…ok

Yang di-Pertua

Sekejap…sekejap. Hulu Kinta, Semanggol bila dia masuk topik tu dulu bagilah dia cakap habis dulu point dia barulah mencelah. Kalau tidak susah macam tu.

Tak apa dia surrender awal-awal. Takut saya tembak dia.

Yang di-Pertua

Sila Hulu Kinta.

Tak apa benda yang silap tu kesilapan berlaku itu saya lepaskan, tak ada masalah. Saya tak sentuh bab tu, tapi saya sentuh bab lain untuk perbandingan, bagi saya jelas dulu barulah Ketua Pembangkang sendiri akan mengakui bahawa pembangkang sendiri, Perikatan Nasional ada layak atau tak layak untuk memerintah negeri. Senang je boleh ye. Maka kita nak terangkan pelaburan Perak RM15.75 billion, Kedah RM27.8 billion. Mana banyak? hampir banyak, Kedah yang banyak daripada Perak. Tapi persoalan Ketua Pembangkang tadi dia bukan soal berapa banyak kita dapat pelaburan tu. Tapi bagaimana pelaburan itu memberi manfaat kepada rakyat. Itu persoalan dia faham tak? Persoalan dia apakah manfaat yang kerajaan melimpah bagi rezeki kepada rakyat? Apakah bantuan kepada rakyat? Apakah yang boleh bantu kepada rakyat melalui pelaburan kita terima, betul? Saya jelaskan di sini. Saya sentuh beberapa perkara. Pelaburan hampir banyak, apa lebih daripada Perak, tetapi saudara sekalian, kutipan hasil, kutipan hasil Negeri Perak RM1.9 bilion. Pada masa yang sama, Kedah RM816 juta. Nampak beza tak? Kutipan, kutipan, ok. Seterusnya, tahun lepas untuk 2025, Perak surplus berapa? Hampir RM85 juta. Kedah defisit, defisit berapa? Hampir RM99 juta. Nampak tak. Defisit RM99 juta. Tak apalah. Ok, Ketua Pembangkang kata, okay takpe. Sekarang ini soal pelaburan dapat terima banyak Kedah, Perak kurang daripada Kedah tapi kita Negeri Perak berjaya kutip penghasilan lebih tinggi daripada Kedah. Berjaya kita dapat kurang daripada defisit kepada surplus di Perak banding Kedah. Ok, benda yang semudah, benda kecik.

Itu saya kata tadi apakah pelaburan Kedah dapat ni sampai RM27.8 billion tapi…tapi nak bagi sumbangan Aidilfitri kepada penjawat awam Kedah pun tak semampu Perak. Kedah tahu berapa Ketua Pembangkang berapa depa bagi jawab berapa.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ok boleh bagi ya.

Tau tak tau? Tak, jawab terus dulu. Berapa dia bagi?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nak jawab soalan inilah.

Jawab Aidilfitri berapa?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jawab sekarang…

Jawab Aidilfitri berapa? Tahu tak berapa Kedah bagi tahun lepas, tahun ni.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jawab sekarang kena bagi…

Terus terang cakap. Sekarang ni. Jawab soalan saya. Dengar…dengar ni

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Hulu Kinta nak cerita.

Dengar…dengar…dengar ni. Saya tak bagi floor.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kita kena betulkan fakta ini dulu. Tak boleh.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Mana boleh banding epal dengan durian. Tak boleh banding.

Apa yang epal?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nak banding Perak banding dengan Pulau Pinang. Banding dengan Selangor. Kedah tu baru 5 tahun kita ambik. Ambik 5 tahun pelaburan masuk RM27 juta, impak…

Kerajaan Perpaduan Perak Baru 4 tahun. Faham tak. Baru 4 tahun ni.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Anak murid pun nak bising.

Baru 4 tahun ni. Sekarang ni jawab tau ke tak tau Negeri Kedah bagi Aidilfitri sumbangan Aidilfitri kepada penjawat awam berapa banyak? Jawab dulu tau ke tak tau. Tau tak tau? Tau ke tak tau? Tau ke tak tau?

Hulu Kinta boleh Manjoi bercakap?

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Bagi peluang.

Haaa buang masa lah.

Hulu Kinta.

Jawab terus tau ke tak tau berapa dia bagi?

Dato’ Speaker.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Menang hari ini…

Duduk dulu, duduk dulu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Menang hari ini…

RM1,000.00

Hulu Kinta tu suruh cakap besar la.

Cakap je tak tau la jawab je tak tau.

Hulu Kinta, mohon Manjoi mencelah

Kita ni, sekarang ni orang Perak semua. Orang Perak kutip cukai daripada orang Perak yang terdiri daripada pelbagai parti. Di Kedah pun dari kalangan orang Kedah dari pelbagai parti. Kita tak payah sembanglah fasal Kedah.

Kedah tak ada parti lain.

Kita sembang pasai Perak. Dan yang buat kerja ni adalah penjawat awam. Kalau sapa kalau kita jadi Kerajaan pun UPEN…UPEN yang sama. Pegawai Kewangan yang sama…

dah dah dah ni. Ni tak faham ni. Duduk duduk

Tak usah nak sembang kemas la. Hang buat apa? Hang buat apa?

Orang tanya perbandingan. Perbezaan.

Hang tau bawak ayam saja. Bila jadi pembangkang hang tau bawak ayam dalam Dewan.

Perbezaan. Saya

Tok sah duk sembang kemaslah.

Supaya penjawat awam Negeri Perak…

Nasib baik hang tak jadi pembangkang hari ni…

dapat memerhati…

Hang bawak diesel dalam Dewan.

Duduk…dulu…duduk…duduk…duduk…duduk…duduk…duduk…duduk…duduk

Hang bawa diesel.

Speaker…Hulu Kinta mohon Manjoi mencelah.

Manjoi tak pa, sebelah saya, ha cepat.

Dato' Speaker, Saya nak tanya pada Hulu Kinta, adakah adakah Hulu Kinta saya bagi saya ruang sikit nak bertanya.

Ringkas…ringkas…ringkas, tak ada masa ni.

Adakah Hulu Kinta mengetahui Perak kita mengalami masalah under employment. Anak-anak muda di Perak, dia orang ada kelulusan yang tinggi tapi tidak ada ruang pekerjaan selayaknya. Kalau saya tengok data di sini, saya minta Hulu Kinta jawab dengan dengan data dan fakta. Isu di Perak ni kita, kita dapat maklumat rekod Kerajaan Negeri sebelum ini melaporkan bahawa pelaburan RM1.41 billion bagi tahun 2024 telah mewujudkan hampir 2,500 pekerjaan baru. Saya cuba nak tanya pada Hulu Kinta berapa ramai jawatan tersebut diisi oleh rakyat Perak yang pertama? Kedua berapa ramai pekerja dari luar negeri atau bukan rakyat tempatan di sini? Ketiga, adakah migrasi keluar belia, anak Perak dan tenaga mahir ini masih…

Ini macam bahan ni? Ringkas kena ringkas. Soalan kena ringkas tak boleh panjang macam ni. Salah tu. Dah 4 tahun tak belajo lagi Manjoi ni dengan Hulu Kinta.

Hulu Kinta saya nak tanya soalan.

Apalah duduk sebelah Manjoi tak reti.

Hulu Kinta saya nak tanya, saya tanya cara baik.

Cepat…cepat…cepat. Ini nak buat tambahan, tak boleh.

Jika pelaburan ini meningkatkan kata Hulu Kinta tadi. Kenapa anak muda di Perak ini masih berhijrah ke Pulau Pinang ke Selangor, Kuala Lumpur? Adakah ini menunjukkan masalah berlaku terhadap pelaburan di Perak? Selalu Hulu Kinta dalam jajaran Hulu Kinta di sebelah Manjoi, ada satu projek yang diumumkan…

Panjang sangatla, susahla ni.

Yang di-Pertua

Manjoi…Manjoi.

…oleh Kerajaan Negeri berkenaan dengan…

Tak… soalan kena ringkas. Tak boleh macam tu, salah tu.

Hulu Kinta, saya tanya fakta. Tapi Hulu Kinta berbelit-belit.

Soalan kena ringkas. Short and clear.

Satu soalan ringkas.

Tak boleh panjang macam tu.

Adakah Hulu Kinta tahu di kawasan kita, Manjoi dan juga Hulu Kinta ada jajaran Khantan, di sana diumumkan nak…nak umumkan nak buat projek SVTP. Projek pelaburan dikatakan beri ruang pekerjaan puluh ribu pada anak muda ini masih belum disiapkan. Kenapa hari ni masih tak siap projek tersebut? Kata nak bagi ruang pada anak muda di Perak, Hulu Kinta kena tahu isu ni. Isu ini berlaku di kawasan kita. Adakah Hulu Kinta tahu pasal tersebut?

Ini soal Khantanlah? Khantan ni, kalau lepas siap tanya kenapa orang tak datang baru betul.

Bila siap? Bila siap?

Bila suruh buat kerja macam mana? Duduk lah, tak reti lah adoi susah macam ni.

Hulu Kinta ambil tahu ke tidak isu tersebut?

Yang di-Pertua

Ok, sekejap. Ja… jap…jap…jap…jap. Sekejap.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Kantoi Hulu Kinta kantoi kan.

Yang di-Pertua

Sekejap.

Dia tak pandai bahas, dia tak pandai bahas. Dia dok kerja nak…

Yang di-Pertua

Ok, sebentar nanti. Hulu Kinta…Hulu Kinta

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Hulu Kinta garu kepala dah tu. Hulu Kinta garu kepala dah. Pening.

Yang di-Pertua

Sekejap. Biar Speaker cakap dulu. Hulu Kinta sekejap. Semua diorang. Bagi sorang-sorang bercakaplah. Kita kalau semua orang bercakap pada waktu yang sama, siapa yang dengar iaitu yang pertama. Yang kedua, bila kita mencelah nanti kita tanya ada perkara yang kita boleh tanya celah ikut perbahasan tetapi ada soalan-soalan yang kita tanya itu bukan dituju kepada Hulu Kinta, Hulu Kinta belum jadi Exco lagi. Belum jadi Exco lagi. Jadi soalan itu nanti tujulah pada Exco. Bila bahas dapat peluang bahas. Nanti Manjoi dapat peluang bahas, tanya. Ok. Itu je. Sorang-sorang cakap. Cakap mengikut perbahasan dia. Faham. Saya faham.

Hulu Kinta kalau bercakap tanpa data, kita rasa malu dan segan.

Yang di-Pertua

Takpe faham. Tanya tadi lain boleh tak?

Ni nak bagi data lah ni.

Jawab dengan data. Itu kertas 555

Itu kertas apa tu?

Kalau bagi takkan…

Yang di-Pertua

Bagi la dia jawab.

Tak study ke Kinta.

Yang di-Pertua

Kalau semua orang bercakap bila dia nak bercakap. Ini floor dia. Kita kena hormat juga. Bila floor kita, kita bercakap, orang lain nak kita nak orang lain hormat. Jadi satu…satu.

Ok, duduk…duduk…duduk dulu.

Yang di-Pertua

Duduk dulu Selama. Alor Pongsu duduk dulu. Alor Pongsu duduk dulu.

…tu pasaipa.

Yang di-Pertua

Alor Pongsu duduk dulu.

Esok dia dah tak ada dah hari ni.

Yang di-Pertua

Duduk dulu, duduk dulu. Duduk dulu, duduk dulu.

Cari kertas…

Yang di-Pertua

Selama nanti dulu dia tak bagi jalan. Nanti duduk dulu duduk dulu.

Dia cerita fasal Kedah cerita fasal Perak.

Yang di-Pertua

Ya duduk dulu. Ya.

Duk… duk…duk…duk dulu.

Yang di-Pertua

Sila sila duduk.

Orang bahas 10 tahun dulu.

Duduk duduk dulu. Adoi.

Yang di-Pertua

Selama sudah la tu. Dah…dah…dah.

Perangai tak ubah-ubah lagi ni. Duduk. Perangai tak ubah-ubah lagi.

Lagi tak ubah.

Ikut prosedur kalau kita bagi ruang, bangun. Tu jer senang, duduk.

Yang di-Pertua

Ok.

Duduk…duduk dulu. Apehal tak nak duduk ni?

Yang di-Pertua

Selama duduk dulu. Ok Alor Pongsu nanti dulu. Ok Hulu Kinta please proceed.

Dato' Speaker, Hulu Kinta bersedia bagi ruang. Tak ada masalah. Bukan kita takut. Kita boleh bagi hujah balik. Tak ada masalah. Tapi bila tanya soalan clear and short. Baru betul. Ni bangun bagi mukadimah. Pang Pang Pang 10 minit, mana maunya. Tak boleh. Komer ni, tak, itu kata kegagalan Ketua Pembangkang tak buat kursus. Dah 4 tahun sampai sekarang tak ubah-ubah.

Takde fakta dulu Hulu Kinta.

Dia duk kata macam-macam lagi.

Dah duduk dulu.

Kemas la nu. Titah Tuanku berlambak nak kena bahas.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Ni apa Dato' Seri…

Kerap ponteng ni, kerap ponteng.

Sapa pun boleh.

Hulu Kinta cakap tak ada duit kita, bukan dia orang.

…daripada anak.

Duduk duduk…duduk dulu, duduk dulu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Hulu Kinta, Dato' Seri cuma…

Malu kat Tebing Tinggi.

Duduk…duduk…duduk.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Hulu Kinta cuba bawa satu naratif fitnah perbandingan yang tak betul. Maka itu perlu dijawab.

Ketua Pembangkang duduk Ketua Pembangkang duduk Ketua Pembangkang duduk. Saya tak bagi.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Jangan banding Perak dengan Kedah.

saya tak bagi duduk dulu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Itu kita nak cerita.

Ketua Pembangkang saya tak bagi duduk dulu.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Lompat lontarkan…

Ketua Pembangkang saya tak bagi ruang duduk dulu, duduk dulu, duduk dulu, duduk dulu.

Rugi Dun Kinta. Rakyat Dun Kinta rugi.

Bila bagi ruang bangun lah tak ada masalah. Ni apehey tak tak tak duduk duduk ni. Bisul apa.

Kepada rakyat Hulu Kinta tolong la rehatkan jap bila pilihan raya akan datang.

Rugi rugi rugi

Rugi Dewan rugi Dewan. Orang nak bahas ni.

Benda sama hang cakap. Benda sama jer cakap. Ubah la benda lain. Dah 4 tahun itu je ulangnya.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Rugi pengundi Hulu Kinta.

Hang nampak tu perangai. Ketua Pembangkang pun tak…

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bawa diesel Hulu Kinta bawa diesel bawa diesel.

Duduk duduk, duduk dulu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hulu Kinta, Alor Pongsu tak pernah tanya.

Depa Dato' Speaker bukannya depa tak tahu. Ya. Dia tahu prosedur. Tapi masalahnya bila saya bangkitkan data, mereka tak boleh jawab. Bila tak boleh jawab, dia kena bising gitu supaya beralih. Itu je. Orang suruh beralih.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hulu Kinta meh saya jawab dengan data sikit boleh?

Bagi saya selesai dulu sekejap.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tak pernah tanya Hulu Kinta. Ini first time. Bagi peluang ya.

Saya bagi saya bagi sekejap sekejap. Okay, kita sambung tadi balik ke soal pelaburan kan. Banding dengan Perak dengan Kedah. Apabila saya sebut RM27 billion. Apa hasil RM1.59 billion. Hasil kutipan Kedah RM816 juta. Perak surplus RM85 juta. Kedah defisit RM99 juta. Maka benda, itu saya kata tadi. Berapa banyak pelaburan kita dapat itu satu bab. Yang kedua, apakah melalui pelaburan tersebut Kerajaan Negeri apa negeri berjaya menterjemahkan apa pendapatan kepada negeri tersebut kepada rakyat bantu. Itu soalannya. Di Kedah baru-baru ni tak lama, bantuan Aidilfitri kepada penjawat awam dia beri RM1,000.00. Perak dapat RM 1,500.00. Maka saudara sekalian, negeri kita…

Hulu Kinta.

Saya tak bagi duduk dulu.

Saya cadang Hulu Kinta bertanding di Kedah akan datang. Dah bahas Dewan Kedah tu.

Dia tak ikut. Dia tak ikut peraturan.

Cerita pasai…

Minta kebenaran. Saya bagi kebenaran baru bangun. Faham tak?

Ok, minta kebenaran.

Yang di-Pertua

Selama…Selama dia tak bagi.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hulu Kinta, Alor Pongsu Hulu Kinta Alor Pongsu minta kebenaran.

Eh siapa Pengerusi PKR Kedah.

Pak mertua pun sama menantu pun sama kang. Ha duduk.

Boleh bagi Hulu Kinta bertanding di Kedah. Dia nak bahas pasai Kedah.

Duduk dulu duduk, dulu duduk dulu

Yang di-Pertua

Selama…Selama dia tak bagi jalan.

Apa merapu ni? Duduk…duduk

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hulu Kinta Alor Pongsu lagi sekali.

Orang sembang pasal pelaburan, sembang pasal Hulu Kinta. Duduk...duduk…duduk.

Ni Speaker Perak ni bukan Speaker Kedah.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Selama berapa penggal…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Minta elok-elok ni.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

…orang tak bagi laluan Jangan celahlah.

Sekarang ni, Aidilfitri tu, katanya, setakat Aidilfitri pun tak mampu berikan seperti mana kita lakukan di Perak. Tapi mereka pula nak apa memerintah negeri Perak. Tak layak la komer.

Hulu Kinta jangan….

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hulu Kinta…Hulu Kinta.

Itu rezeki Kedah. Perak rezeki Perak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tengokla sini sama.

Jangan hina jangan hina rezeki orang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hulu Kinta.

Saya akan bagi ruang.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kerusi Exco dah penuh dah. Tak dak la Hulu Kinta tak ada dah nak jadi Exco.

Jangan hina orang Kedah.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Nak habis penggal dah.

Dia nak, dia tak hormat orang apa semua. Dia tak sedar.

Duduk…duduk…duduk.

Kalau nak cerita nak ungkit yang buat Perak Sejahtera pun sama-sama dari kalangan di sebelah sini. Kalau nak ikutkan. Bermula…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hulu Kinta bagila kebenaran. Tone down tone down.

Duduk…duduk…duduk dulu. Duduk…duduk dulu tu.

Kerja nak hina orang eh.

Ni apahal ni? Mana ada hina. Ini soal.

Benda tak betul.

Eh ini data. Perbandingan apa apa mana ada

Kita boleh bahas nak jawab dia punya tapi rugi masa.

Rugi masa apa benda. Supaya rakyat. Tahu mana satu

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Bawa Diesel je Hulu Kinta, bawa Diesel masuk.

Sekarang ni mudah je kita nak buat perbandingan.

Kenapa tak bawa Diesel je masuk Dewan.

Dato' Speaker, dia ni tak reti sungguh, dia macam budak-budak. Haa bagi dia keluar dari dalam Dewan. Kalau macam budak-budak tak layak bangun lagi dah. Haa..

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Patut kalah pemilihan,

Kalau gentle, gentle. Kalau anak jantan...

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Patut kalah pemilihan, macam ini perbahasan.

Ketua Bahagian Tambun pun kalah.

Kalau jantan. Kalau betul ikut tanya ruang saya akan bagi.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Patut kalah pemilihan macam ini perbahasannya. Kalau macam ini perbahasan patut kalah pemilihan.

Nampak ini dia cakap pun duduk tu maknanya, maknanya macam budak-budak ni saya tak bagi ruang dah. Sorry. Buang masa.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tak ada maknanya..

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Orang dewasa nak cakap ni.

Apa yang berlaku sekarang ni Dato' Speaker.

Pernah jadi Timbalan Speaker pun macam ni perangai.

Apa yang berlaku Dato' Speaker, apa yang saya sebut tadi. Maknanya pelaburan lebih besar, kutipan tak nampak kita lebih besar. Lepas tu rugi pula, defisit. Mana-mana perniagaan ataupun rumah. Contoh la kan? Kita ada duit setiap bulan kita defisit. Maknanya pengurusan tu apa makna dia. Maknanya tak reti atau pun tak reti nak mengurus.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hulu Kinta, bagilah chance sekejap. Tak pernah tanya. Ok, saya nak pujilah. Saya setuju dengan Hulu Kinta, Kerajaan Perak memang hebatlah. Bagi ada, lebih kurang macam anak lah.

Kalau setuju...

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Sebulan sekali, sebulan sekali dapat gaji kita bagi Kentucky satu hari. 29 hari lagi makan bubur. Jadi ini kehebatan. Ok, pelaburan Hulu Kinta kena faham. Bila pelaburan naik dan sebagainya menunjukkan pendapatan rakyat itu. Jadi, kalau betul pendapatan kita collect banyak surplus banyak. Kenapa Household Index, pendapatan menengah Perak, Hulu Kinta sedar tak kita nombor dua termiskin selepas Kelantan? Tolong jawab itu, ini DOSM yang bagi tau bukan saya cakap tau.

Jawab dengan fakta Hulu Kinta, fakta.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Jangan bagi Kentucky satu hari...

Jangan goreng.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

29 hari makan bubur.

Hulu Kinta mana tahu, dia tak ada fakta.

Saya jawab...saya jawab...saya jawab. Indeks pendapatan, tu perkara pelbagai faktor. Itu perkara lain. Saya sembang sekarang ni saya maklumkan, dengar betul-betul. Saya kata pelaburan kita dapat, faham tak? Soal apa kerajaan yang keluarkan bantuan untuk meringankan beban rakyat. Contohnya, saya sebut tadi walaupun dah hampir RM27 bilion dapat, kenapa defisit? Ini maksudnya kalau contohnya, tak reti nak mengurus. Tak cerdik lah orang kata tak cerdik, tak cerdik mengurus. Bila tak cerdik mengurus, jadi defisit, tak mampu nak dapat surplus tambah pulak lagi nak bantu rakyat pun tak boleh. Maknanya apa yang berlaku ni supaya...supaya rakyat kena tahu perbezaan. Perbezaan pentadbiran yang boleh kecerdikan apa cerdik atau tak cerdik soal mengurus dan...

Hulu Kinta…

...ada ketirisan atau tidak.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Hulu Kinta...

Ada rasuah atau tidak.

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Hulu Kinta, sebelum landing bagi sikit je. Nak jawab sikit je.

Maknanya. Maknanya Perak hari ini, Perak hari ini terbukti di mana walaupun kita jauh lebih kurang. Jauh lebih tak sampai tahap pelaburan seperti di Kedah, tetapi kita dapat mampu kita bagikan sumbangan lebih besar daripada Kedah. Bukan itu sahaja telah terbukti bahawa kita Perak ini kepimpinan bawah Yang Amat Berhormat Dato' Seri, apa cikgu kita ni terbukti bahawa tiada ketirisan dan juga tiada rasuah di Kerajaan Perpaduan Perak ni. Maka kalau...

Tuan Haji Razman bin ZakariaPAS · PNGunong Semanggol

Kerusi Exco dah penuh la.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kalau sumbangan setahun sekali tak tunjuk cekap. Kalau boleh bagi sumbangan sepanjang tahun ataupun mengekal atau menaikkan taraf pendapatan rakyat. Itu baru cekap. Jadi kita di belah sini bukan nak kutuk. Kita nak tegur supaya kalau Kedah tinggi pelaburan dia, kita kena contohi dia yang mana yang baik. Ok, Kedah pun kena mai sini. Kena tanya Kerajaan Negeri Perak macam mana bagi sumbangan Aidilfitri ni.

Itu kabo le kerajaan kome. Apesal saya pula kena sebut.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Lemang pun dah tak ada dah. Takat bagi lemang sebatang je tak payah la.

Suruh Ketua Pembangkang cakap Kedah mai belajar dekat Perak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tak betul, tak betul macam itu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Tak Pengiraan pendapatan...

Ok, Alor Pongsu jap,

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

DOSM mengatakan....

Duduk dulu, duduk dulu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Perak negeri lembap sekarang. Tak malu ke?

Ok, Alor Pongsu jap,

Alor Pongsu kena faham ye.

Hulu Kinta...

Yang pertama, yang pertama induknya adalah pengurusan. Kalau pengurusan itu gagal faham ya. Pengurusan gagal dan ketirisan itu ada dan rasuah banyak rasuah. Contohnya, akhirnya tadi Alor Pongsu kata kena bagi sumbangan sepanjang tahun. Boleh, ada banyak kerajaan. Dia pinjam..

Tiada rasuah di Kedah.

Bagi saya jawab Alor Pongsu dulu. Ini perangai ini nampak, orang tengah jawab Alor Pongsu terus bangun. Duduk dulu. Duduk, duduk. Karang minta peluang saya akan bagi.

Bagi laluan ya.

Duduk, duduk dulu kejap lagi saya bagi. Saya bagi duduk dulu...

Hulu Kinta memang macam ni kan?

Alor Pongsu, saya jawab eh. Tengok ni jawapan Alor Pongsu pun diorang tak nak dengar. Apa hal, ada masalah ke apa ni?

Tak, Hulu Kinta memang nak kita bangun kan?

Saya tengah jawab Alor Pongsu, Alor Pongsu bawah Perikatan Nasional...

Jawapannya kita memberi kerjasama kita bangun join Hulu Kinta...

PAS sabotaj Bersatu ke apa ni? Kenapa dia tak bagi ni ruang, aii dalam Dun pun politik. Dahsyat depa ni. Dia soal jawab. Dengar ni ya. Dia ada dua bab kena ingat ya. Dia sebagai pentadbir kerajaan..

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Kelakar pagi ni kelakar..

Satu soal, satu soal pentadbiran kita mengurus baik, tiada rasuah, tiada ketirisan satu bab. Barulah kita akan melimpah keluar bantu rakyat, itu pertama. Tapi bab pertama pun Kedah dah gagal. Kedah dah gagal.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta. Masa dah habis ni, jadi ada ada point lagi ke?

Hulu Kinta, masa makan tengah hari dah.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tambah, tambah masa Hulu Kinta. Tambah masa 10 minit lagi.

Saya dah awal dah sebut tadi Hulu Kinta ada 40 minit.

Yang di-Pertua

Eh tak bolehlah, saya tambah lima minit lagi.

Pihak Dewan Speaker minta..

Yang di-Pertua

Lima minit lagi.

Minta keluarkan perbahasan terbaik ni.

Banyak-banyak lagi..

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Bagilah sikit tambah masa sebab dia jarang mai dewan.

Maka duduk, duduk, duduk, duduk dulu.duk...duk...duk.

Yang di-Pertua

Sekejap ya.

Sekarang ni nampak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Hulu Kinta sebelum sambung...

Yang di-Pertua

Ok Hulu Kinta, lima minit lagi.

Tak boleh.

Yang di-Pertua

Tambah 5 minit lagi.

Tak boleh, tak boleh.

Yang di-Pertua

5 minit Hulu Kinta, terima kasih.

Ok, sekarang ni macam ni. Depa ganggu ni kena bagi masa lebih lah.

Eh, bolehlah Speaker mintak tu.

Sekarang ni..

Speaker minta tu boleh lah.

Duduk lah buang masa je, duduk, duduk.

Ada...ada...ada.

Duduk, duduk. Perangai tak ubah-ubah lagi. Ok sekarang ni kita balik pada perkara tadi kan? Maka ini jelas. Ini jelas Negeri Kedah, nak tak nak saya rasa Kerajaan Negeri Kedah harus angkat tangan, minta Sanusi turun di Kedah saudara sekalian kerana dah terbukti bahawa ada ketirisan. Ada ketirisan, ketirisan

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Rakyat nak PMX turun, rakyat nak PMX turun. Rakyat nak PMX turun. Rakyat nak PMX yang turun.

Banyak kacau, pembangkang ini banyak kacau.

Apa ketirisannya Hulu Kinta?

Inilah perangai bekas Timbalan Speaker.

Lepas tu, lepas tu...

Point of order Speaker, point of order.

Buktikan apa ketirisan di Kedah. Buktikan. Hulu Kinta buktikan apa ketirisan di Kedah.

Buktikan Hulu Kinta.

Buktikan, buktikan.

Kejaplah bagi Hulu Kinta habis dulu Selama. Hulu Kinta nak buktikan sekarang.

Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap.

Standing Order.

Yang di-Pertua

Ok, semua ada standing order daripada Trong. Standing Order berapa, Standing Order Trong?

Iaitu nombor 40 (3)(a), "Seseorang ahli hendaklah bertanggungjawab atas kebenaran kenyataan dan isi kandungan ucapannya"…

Yang di-Pertua

Ok.

Yang mana Yang Berhormat Hulu Kinta telah menyatakan bahawa di Kedah ada ketirisan.

Mana buktinya? Tidak ada sebarang laporan SPRM mengatakan bahawa ada ketirisan. Ini satu pembohongan dalam Dewan yang mulia ini.

Tarik balik,

Tarik balik.

Tarik balik,

Tarik balik. Bohong. Penipu.

Cakap bohong.

Saya jawab, ok.

Tarik balik, tarik balik, tarik balik,

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tarik balik, tarik balik.

Saya jawab, saya jawab, saya jawab.

Ada ada ada. Kami rindu jawab ada, ada, ada.

Buang masa...

Hulu Kinta.

Yang di-Pertua

Sekejap.

Tolong sebut ada, ada, ada, sekali.

Masih budak-budak lagi ni.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta, standing order itu, kata apa...

Saya jawab. Saya ambil tanggungjawab. Saya ambil tanggungjawab. Ya, standing order saya ambil tanggungjawab. Saya jawab saya dah bagi perbezaan kenapa Kerajaan Negeri kita boleh ada surplus. Pelaburan kecil daripada Kedah. Tapi pelaburan besar daripada Kedah ada ada defisit pula RM99 juta.

Mana bukti ketirisan, bukti ketirisan?

Ini ketirisan. ini ketirisan.

Sila buktikan. Sila buktikan.

Pengarah Audit tengok rujuk Pengarah Audit

Standing Order

Saya boleh tunjuk saya boleh tunjuk saya bagi tengok tak ada masalah saya boleh bagi saya…

Tak ada tak ada bohong pembohongan dalam Dewan yang mulia ini Tuan Speaker

bukan sahaja saya boleh sebut

Mana mana Pengarah Audit mana?

Pembohongan. Buktikan.

Duduk dulu saya boleh bagi.

Ini menghina Dewan.

Masalahnya dengor ni, bila defisit sebegini,

Defisit bukan ketirisan

Aii defisit tu ketirisan.

Aii teruk sangat ni.

Yang di-Pertua

Sekejap…sekejap…sekejap. Bagi lah Speaker cakap.

Duduk dulu. Duduk. Pengarah Audit dah maklumkan

Yang di-Pertua

Sekejap.

Ketirisan tu berlaku bukan tak berlaku faham tak

Audit mana audit mana? Hah.

Yang di-Pertua

Sekejap…sekejap duduk…duduk. Selama duduk. Sekejap. Hulu Kinta. Trong telah bangkitkan Standing Order 40(3)(a) dan Trong kata Hulu Kinta sebut berkaitan dengan ketirisan yang berlaku yang menyebabkan itu…itu satu fakta tadi kan kalau kita dengar kan. Jadi apa jawapan Hulu Kinta kalau tak boleh kita tarik balik la.

Saya ambil tanggungjawab saya bagi kita tak ada masalah. Memang ada dalam report daripada Pengarah Audit yang memang ada ketirisan berlaku.

Bagi jawapan di sini Hulu Kinta.

Tak ada masalah boleh kita bagi.

Bagi jawapan disini sila. Sila.

Ini tanggungjawab saya bagi. Tak ada masalah. Selesai. Sila.

Selesai. Hulu Kinta baca tak…

Ketirisan.

IDR Hulu Kinta baca tak audit Perak.

Saya nak tambah ni saya nak tambah.

Baca tak Audit Perak?

Saya nak tambah.

Ini juga ketirisan.

Saya nak tambah.

Kenapa sibuk ke negeri orang?

Yang di-Pertua

Ok…ok takpe…takpe.

Sedangkan Perak pun ada teguran daripada daripada audit

Saya rasa Manjoi…Duduk dulu duduk dulu.

Baca ke tidak? Sebelum masuk Dewan

Ok dengar ya bila…

Baca ke tidak?

Ok dengar ya bila…

Yang di-Pertua

Ok dengar sekejap. Sekejap saya bercakap. Speaker bercakap. Ok. Apa Trong dah bangkitkan dalam 40 (3)(a)

Yang di-Pertua

Sekejap ya Hulu Kinta ya. Dengan berkaitan ini.

Saya bertanggungjawab.

Yang di-Pertua

Tapi Hulu Kinta kata dia akan bertanggungjawab tak apa. Kita ada peraturan dalam Dewan nanti apa Hulu Kinta boleh bawa

Yang di-Pertua

Bukti itu kepada saya dalam chamber…

Boleh…boleh.

Yang di-Pertua

…dan juga Ahli-ahli Dewan yang lain juga punya hak. Kita bukan saja dalam Dewan ini boleh rujuk pada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Yes boleh.

Yang di-Pertua

…dan sebagainya.

Takde masalah.

Saya pernah rujuk Dato' Speaker tak lepas. So, maknanya…

Yang di-Pertua

Itu kes itu. Adakah Selama kata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu bias? Are you saying dengan izin are you saying that Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu bias? Apabila bawa Hulu Kinta.

Bukan maksud saya masa tu dia menipu. Kita dah bawak.

Yang di-Pertua

Tak, jawatankuasa are you saying that Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kita tak betul? Selama please sit down.

Laporan audit yang diberikan kepada kita adalah Laporan Audit Negeri Perak.

Yang di-Pertua

Dengar…dengar.

Selama jawab Speaker dulu jawab Speaker dulu.

Yang di-Pertua

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kita ada dia kata dia bertanggungjawab. Jadi dia akan bawa bukti yang menyatakan pada saya dan Ahli-ahli Dewan yang lain juga ada hak untuk rujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Tapi Selama tak boleh bagi prejudice statement macam itu dengan izin.

Kita nak dia tarik balik Speaker.

Mohon maaf Selama mohon maaf kepada Speaker.

Yang di-Pertua

Dia kata dia tanggungjawab dia kata dia bertanggung jawab atas statement dia. So, dia akan bawa pada saya. Apa lagi?

Prosedur dah selesai yang itu.

Ok, yang tentang Speaker saya minta maaf tapi tentang ini saya tak boleh terima. Saya minta dia tarik balik.

Apa hal nak tarik balik? Faham tak faham? Saya bertanggungjawab faham tak?

Yang di-Pertua

Dia kata dia bertanggungjawab atas statement dia.

Apa lah dia ni?

Yang di-Pertua

Ok…ok. Ruling dia, tak pela. Kita mendengarla nnti.

Faham tak faham? Adoi susah macam ni.

Yang di-Pertua

Kalau semua jadi Speaker semua nak buat keputusan sendiri nak nak mengikut kehendak kita sendri dalam Dewan susahlah.

Yang di-Pertua

Ok Hulu Kinta masa dah tinggal sikit je lagi ni.

Banyak lagi ni.

Yang di-Pertua

Tak ada. Tak ada masanya semua orang masa yang sama juga. Ok.

Maknanya itu saya kata tadi negeri orang Kedah kena tengok perbezaan di Perak. Ya, Bagaimana kita boleh perform?

Cukuplah Hulu Kinta tutup. Dok Kedah apa lagi?

Orang Kedah ni buatlah keputusan yang terbaik.

Laporan…

Ini Dewan Perak ni Dewan Perak Dewan Perak Hulu Kinta.

Bahas yang ni

Kita pergi soal…

tu Perak laporan di Perak takde pun tulis Kedah

Kebajikan dan seterusnya saya dah sebut tadi dah selesai soal perbandingan negeri selesai ya. Kita pergi pada pembangkang. Maknanya tadi apa yang saya jelaskan tadi dah membuktikan bahawa Perikatan Nasional iaitu pembangkang Perak tak ada tak layak jadi kerajaan di Perak kerana kalau layak jadi kerajaan semula akan jadi seperti Kedah nak bayar Aidilfitri pun tak mampu pada penjawat awam.

Ini satu lagi fitnah sangka jahat, Kedah bagi kepada penjawat awam di Kedah. Dato' Speaker dia kata Kedah tak bagi.

Duduk. Duduk.

Ini tak betul. Saya nak tanya kepada Hulu Kinta.

Sekiranya, duduk dulu, duduk dulu.

Kerajaan Kedah bagi ke tidak pada penjawat awam di Kedah?

Yang seterusnya soal pembangkang. Soal pembangkang.

Dia tak betulkan statement tersebut. Kerajaan Kedah bagi ke tidak kepada penjawat awam di negeri Kedah.

Soal pembangkang. Soal pembangkang.

Sila jawab tu la Hulu Kinta kuat fitnah. Tuduhan tak betul sangkaan jahat ini. Kedah bagi.

Ni nak buang masa saja.

Kerajaan Kedah bagi tapi Hulu Kinta tak bagi.

ini saja nak buang masa saya tahu dah.

Saya nak tanya Kedah bagi ke tidak masa Kedah bagi Kedah bagi ke tidak?

Duduk dulu. Duduk dulu.

Masa habis dah sila berhenti.

Jawab sini dulu Kedah bagi ke tidak? Kedah bagi ke tidak?

Ini cara nak buang masa.

Hulu Kinta faham ke tidak? Faham soalan?

Duduk la duduk dulu.

Dato Speaker kita dah bangkit tadi dia fitnah.

Duduk dulu saya nak…

Kononnya dia nak betulkan. Tapi bila dia fitnah berulang-ulang.

Dato' Speaker dah buat ruling dia tak dengar Manjoi

Berulang-ulang fitnah.

Dengar Manjoi. Duduk dulu.

Tak betul. Saya nak tanya Kedah bagi ke tidak?

Jangan buat masa tahu ke tak tahu prosedur?

Saguhati Aidilfitri baru ni Kedah bagi atau pun tidak.

Memanglah bagi. Dengar tak dengar tadi?

Bagi kan? Mengaku bagi tadi kata tak bagi.

Apa tak bagi?

Tadi kata tak bagi.

Berhentilah Speaker mengarut dah ni.

Bagi saya kata Kedah bagi RM1,000.00. Perak bagi RM1,500.00

Yang di-Pertua

Ok. Ok.

Bagi ke tak bagi?

Yang di-Pertua

Ok…ok… ok… semua duduk semua duduk. Semua duduk. Ok…ok faham faham ok. Ok. Ok dah

jangan berbohong dalam Dewan Hulu Kinta.

Yang di-Pertua

Ok Manjoi.

Manjoi saya ulang balik

Saya kata cukup saya tak payah sentuh tentang Kedah. Fakta Hulu Kinta salah.

Yang di-Pertua

Ok dengar…dengar dah dah.

Bila saya betulkan baru…baru mengaku.

Yang di-Pertua

Ok, semua duduk semua duduk. Hulu Kinta. Hulu Kinta. Hulu Kinta. Hulu Kinta. Duduk dulu. Duduk…duduk…duduk…duduk dulu. Ok duduk dulu. Sebagai Speaker, Speaker kita bagi peluang kepada semua Ahli-ahli Dewan untuk bercakap dan menyampaikan hujah-hujah dan Speaker punya position ialah kita bagi some leeway. Kadang-kadang walaupun kita sebut kita buat perbandingan dan sebagainya, Kita bagi kadang-kadang semua Ahli Dewan sebelah kerajaan dan juga sebelah pembangkang. Kadang-kadang bercakap pun keluar dari topik sikit-sikit itu kita bagi peluang juga. Tapi kita kena jagalah adab dalam Dewan dan bila bercakap tu biarlah sorang-sorang bercakap dan bila nak tegur tu tegur cara yang betul dan sebagainya dan kita walaupun kita gunakan Standing Order, kita hormati Standing Order dan sebagainya. Tapi kita kena proceed lah seperti mana yang telah dibuat ruling oleh Speaker. Macam tadi ya. Ok. Hulu Kinta masa dah habis sebenarnya ya saya nak mintak Hulu Kinta bangun cuma landing sahaja buat kesimpulan conclude saja. Buat kesimpulan kepada hujah-hujah dan perbahasan daripada Hulu Kinta saya bagi final dua minit sahaja. This is last Hulu Kinta.

Itu agenda pembangkang sengaja nak lewatkan masa supaya

Yang di-Pertua

Faham tapi Hulu Kinta pun dengan cara Hulu Kinta pun…

Tapi dak tapi Manjoi tadi silap saya jelas kata Kedah bagi RM1,000.00 Perak bagi RM1,500.00 semua dengar semua dengar.

Yang di-Pertua

Itu…itu betul.

Semua dengar Manjoi seorang je tak dengar.

Ehh Hulu Kinta kata Kedah tak bagi. Tengok hansard lah. Hulu Kinta berbeli belit.

Yang di-Pertua

Manjoi…Manjoi sekejap.

Saya cabar…saya cabar…saya cabar. Kalau tak ada mai depan. Saya cabar Manjoi kalau takde apa yang saya sebut tadi…

buat main jugak tuduh kerajaan Kedah tak bagi.

Penuh dengan sangka jahat penuh dengan pembohongan. Saya pun tak tahu nak buat macam mana dah.

Yang di-Pertua

Sekejaplah…sekejap dengarlah dengar…dengar…dengar saya faham Manjoi apa yang Manjoi cakap. Tapi seperti mana yang saya katakan tadi dalam dalam pihak pembangkang pun ada juga. In the heat of the moment kadang-kadang bila macam tu dia cakap macam tu dia cakap dia tak dia kata tak bagi tapi in the heat of the moment. Pihak pembangkang pun ada juga yang terlepas cakap macam tu juga dan Speaker ambil maklum semua tu ok duduk Selama saya tak bagi Selama bercakap duduk sit down. Tak ada tak ada no sit down takde…takde…takde takde…takde. Saya tak nak panjangkan benda ni. Ok. Hulu Kinta saya dah kata masa Hulu Kinta dah tamat. Jadi saya mintak Hulu Kinta simpulkan sahaja saya bagi seminit je untuk simpulkan dan landing perbahasan ni okay. Boleh ya. Very simple very straight forward. Kalau Hulu Kinta tak simpulkan juga saya tak ada option lain kecuali untuk berhentikan Hulu Kinta dalam perbahasan dalam tempoh seminit ini. Ok terima kasih.

Dato' Speaker masa saya dicuri oleh deme. Tak adil lah macam ni ada perkara nak sampaikan.

Yang di-Pertua

Saya faham.

Speaker adil Speaker adil.

Kawal. Kawal pembangkang.

Yang di-Pertua

Selama…Selama lama nanti kejap ya. I am handling the situation dengan izin Saya, saya faham ya tapi Hulu Kinta betul tapi yang lain pun ada juga yang cakap sama saya dia orang pun point tak Hulu Kinta.

Masalahnya Hulu Kinta je bangun semua.

Yang di-Pertua

Hulu Kinta dengar Hulu Kinta dalam saya ingat lagi dalam persidangan yang lepas sewaktu penggulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar pun tak habis point dia bercakap tapi bila habis masa pun Yang Amat Berhormat.

Okla…okla

Yang di-Pertua

Saya bagi seminit saja untuk Hulu Kinta untuk conclude perbahasan dan berhenti. Terima kasih Hulu Kinta. Terima kasih ya.

Sebab…sebab saya ada tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Kena terangkan bagi penjelasan kepada rakyat supaya mereka menilai dan buat keputusan. Itu saja.

Yang di-Pertua

Saya faham Hulu Kinta, tapi kita ada tempoh masa dalam Dewan.

Balik…balik kepada pembangkang tadi...

Yang di-Pertua

Sial simpulkan terima kasih.

Ok, balik pada pembangkang. Negeri Perak kali pertama dalam sejarah ketua whip adalah bebas. Ketua whip pembangkang, betul tak betul? Semalam baru tengok apa kenyataan media ketua pembangkang, ketua whip Perikatan Nasional seorang bebas. Dasyat ni …tak pernah berlaku dalam sejarah.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Tapi tak kalah pemilihan.

Maka, itu saya kata tadi…itu saya kata tadi memang celaru. Itu beza dia. Tengok bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan PH-BN di Perak. Itu rakyat kena nilai. Perbezaan. Itu saya nak sampaikan. Dah empat tahun, ada tak pernah kita bergelut? ada tak ada masalah? ada tak gaduh? tak ada. Aman. Itu sebab rakyat sejahtera. Itu sebab kita dapat pelaburan yang baik. Oleh kerana itu, itu kata rakyat tadi, saya sebut tadi pembangkang, ini bukan soal dah…dah terbukti bercelaru. Pecat sana, pecat sini, tikam sana, tikam sini.

Tak habis lagi? Tak habis lagi ka?

Ni apa pulak ni. Hulu Kinta, ni isu apa?

Bukan sahaja…bukan sahaja pembangkang ni…

Tuan-tuan nilai ye kalau pembangkang tersilap cakap, pembangkang minta maaf.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Bila yang rakyat sejahtera ni?

Macam-macam tuduhan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Saya tak sejahtera.

Saya nak tutup…saya nak tutup.

Yang di-Pertua

Ok semua sudah, sudah, sudah, sudah, sudah. Hulu Kinta, ok?

Apa yang saya perjelaskan tadi semua faham bahawa pembangkang bukan sahaja tak layak jadi kerajaan. Tak layak jadi pembangkang pun. Maka, pilihanraya akan datang, rakyat di luar, pilihlah di kalangan PH dan BN bagi….

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Dia pun kalah pemilihan. Dia pun kalah pemilihan. Apa barang.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Mabuk lemang. Mabuk lemang tu.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Awak tu kalah pemilihan, awak tu kalah. Awak kalah pemilihan. Tak dak jawatan pun dalam PKR.

Dr. Hashim bin BujangBERSATU · PNBukit Chandan

Kempen politik pulak dah.

Ceramah politik pulak.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ketua PKR pun kalah kan?

Apa nyorok tu?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ada jawatan ke dalam PKR?

Pakai songkok tapi tak reti nak jaga peraturan. Apa benda ni?

Yang di-Pertua

Hulu Kinta. Ok dah.

Habis masa dah Hulu Kinta. Sudahlah merapu…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kalah tu kalah dalam PKR.

Pada 11hb April, Kerajaan Negeri Pahang telah mengumumkan bahawa ada satu inisiatif untuk bantu krisis Asia Barat ni di mana setiap Dun akan diberikan RM15 ribu setiap Dun untuk bantu rakyat. Dia bukan jangka masa panjang, jangka masa pendek. So, saya rasa perkara ni bolehlah dilihat oleh kerajaan untuk walaupun tidak RM15 ribu pun, RM10 ribu pun jadilah. Bagi tiap-tiap minggu supaya setiap Dun dapat menjaga rakyat kawasan masing-masing. Itu sahaja. Sekian. Hulu Kinta menjunjung kasih Titah Tuanku dan menyokong. Sekian. Wabillahi Taufik Wassalamualaikum warahatullahi wabarakatuh

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam warahatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat dari Hulu Kinta yang menamatkan perbahasan walaupun panas.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Sepetang untuk memulakan persahabatan 20 minit. Dipersilakan.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, sahabat-sahabat Yang Berhormat daripada Pembangkang dan juga daripada Kerajaan. Yang saya hormati, ketua-ketua jabatan, pegawai daripada persekutuan dan juga negeri, rakan-rakan media, tuan-tuan, puan-puan, saudara-saudari yang berada di dalam Dewan ini dan juga yang mengikuti secara langsung di luar sana. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Seri Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan yang Kelima Belas.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, ekonomi negara dan prestasi 2025, kerajaan menyatakan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2% dengan inflasi rendah dan pengangguran terkawal. Namun, Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya bertanya kepada kerajaan, adakah rakyat benar-benar merasai prestasi yang memberangsangkan ini kerana di luar Dewan sana rakyat masih mengeluh tentang harga barang, kos makanan yang semakin hari semakin meningkat. Sewa rumah juga semakin mahal dan gaji masih tidak bergerak seiring. Kerajaan menyebut inflasi 1.4%, tetapi rakyat tidak membeli peratus sedangkan hari-hari rakyat membeli barang di pasar. Kalau benar ekonomi kukuh, mengapa masih ramai terpaksa bekerja dua pekerjaan, bergantung kepada hutang dan mengurangkan perbelanjaan asas? Ini menunjukkan satu perkara jelas. Pertumbuhan ini tidak inklusif.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, unjuran ekonomi 2026 dan konflik global. Kerajaan menyatakan ekonomi 2026 diunjurkan berkembang antara 4% hingga 5% tetapi terus dikaitkan dengan konflik Asia Barat. Saya ingin tegaskan kerajaan tidak boleh terus menjadikan faktor luar sebagai alasan utama. Soalnya, apakah langkah konkrit Kerajaan Negeri untuk menghadapi ketidaktentuan ini? Apakah pelan mitigasi, kos logistik yang meningkat, bagaimana kita melindungi rakyat daripada kesan rantaian bekalan global? Jika setiap kali krisis berlaku, kita hanya menunggu dan melihat, maka kita bukan kerajaan yang bersedia tetapi kita hanya kerajaan yang reaktif.

Dato’ Seri Yang di-Pertua, pelaburan negeri Perak. Kerajaan menyatakan pelaburan mencecah lebih daripada RM15 bilion melibatkan ratusan projek. Namun, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada persoalan yang lebih penting. Pelaburan untuk siapa sebenarnya? Berapa ramaikah anak Perak yang telah pun mendapat pekerjaan? Berapa banyak peluang kerja berkemahiran tinggi yang telah diwujudkan? Jika pelaburan hanya tertumpu kepada sektor tertentu tanpa limpahan kepada rakyat tempatan, maka angka ini hanyalah kejayaan di atas kertas semata-mata. Tambahan pula, kebergantungan besar kepada sektor pembangunan, pembuatan perlu diteliti. Apakah strategi untuk mempelbagaikan ekonomi negeri, hasil negeri dan surplus?

Dato Seri Yang di-Pertua, kerajaan membanggakan kutipan hasil hampir RM1.494 billion dan kedudukan surplus. Namun, persoalannya apakah peningkatan hasil ini datang daripada kecekapan pentadbiran ataupun peningkatan beban kepada rakyat melalui cukai dan juga pelbagai caj? Surplus tidak bermakna Dato’ Seri Yang di-Pertua, jika rakyat masih susah. Surplus juga tidak bermakna jika kemudahan asas masih tidak mencukupi, malah surplus juga tidak bermakna jika jurang pembangunan masih luas. Kerajaan tidak boleh hanya mengejar angka lebihan tanpa memastikan kesejahteraan rakyat.

Dato' Yang di-Pertua perbelanjaan negeri 2026 peruntukkan sebanyak RM1.61 billion diumumkan sebagai yang tertinggi dalam sejarah negeri tetapi Dato’ Yang di-Pertua perbelanjaan besar tidak bermakna jika tidak diagihkan secara adil, tidak dipantau dengan ketat dan tidak memberi impak sebenar. Berapa banyak daripada peruntukan ini benar-benar sampai kepada rakyat? Berapa banyak yang hilang dalam kelewatan projek dan pembaziran? Inilah yang rakyat kita mahu tahu. Sebanyak 479 projek diluluskan dengan nilai hampir RM29.38 billion. Ini angka yang besar tetapi sekali lagi saya ingin tegaskan kelulusan bukanlah bererti ianya satu kejayaan. Pelaksanaan adalah ukuran sebenar. Kita telah melihat terlalu banyak projek yang lewat terbengkalai atau tidak mencapai objektif. Apakah mekanisma pemantauan daripada pihak kerajaan? Bagaimana kita memastikan projek ini tidak akan menjadi beban kepada rakyat pada masa yang akan datang? Dato' Seri Yang di-Pertua kerajaan menyenaraikan pelbagai projek termasuk dari segi pendidikan, kesihatan, industri halal, pembangunan KIGIP semuanya kedengaran sangat baik tetapi saya ingin bertanya adakah projek ini benar-benar menyelesaikan masalah rakyat atau sekadar memenuhi KPI pentadbiran sebagai contoh pembangunan industri halal? Sejauh mana ia memberi manfaat kepada usahawan-usahawan kecil tempatan? KIGIP adakah ia benar-benar ekslusif atau hanya memberi kelebihan kepada pelabur-pelabur besar?

Dato' Seri Yang di-Pertua berkaitan dengan Lebuhraya Timur Barat yang dibangkitkan dalam titah ucapan Seri Paduka Baginda baru baru ini. Inilah contoh paling jelas kalau kita ingin melihat kegagalan kerajaan bertindak lebih awal. Statistik menunjukkan 413 kemalangan dalam satu tahun menyebabkan 26 kematian jiwa yang melayang termasuk tragedi melibatkan pelajar UPSI yang meragut banyak nyawa. Saya ingin bertanya dengan tegas mengapa tindakan hanya dipercepatkan selepas tragedi berlaku? Laluan ini sudah lama diketahui merbahaya. Selekoh tajam, faktor cuaca, kehadiran haiwan-haiwan liar. Namun tindakan-tindakan hanya bersifat after the fact. Ini bukan sekadar isu infrastruktur. Ini isu nyawa rakyat Dato' yang di-Pertua. Peruntukan RM350 juta sangat-sangat saya alu-alukan tetapi persoalannya mengapa kita tidak mengambil dan melakukannya lebih awal?

Dato' Seri Yang di-Pertua kerajaan menyatakan bahawa kaedah tradisional tidak lagi memandai dan inovasi adalah satu keperluan. Pihak pembangkang tidak menolak kepentingan inovasi, malah menyokong sepenuhnya usaha ke arah pendigitilan dan penggunaan teknologi seperti 5G dan kecerdasan buatan. Namun persoalannya adakah inovasi ini benar-benar menyentuh kehidupan rakyat di akar umbi? Kita lihat projek seperti Ipoh Integrated Operation Command Centre dan Sistem Split ini kedengaran hebat di atas kertas tetapi hakikatnya adakah kesesakan trafik di Ipoh benar-benar berkurang. Adakah masa perjalanan rakyat menjadi lebih singkat. Adakah kos penyelenggaraan sistem ini telus dan berbaloi? Pihak pembangkang bimbang bahawa kerajaan terlalu ghairah mengejar status negeri pintar tanpa memastikan keberkesanan pelaksanaan. Teknologi bukan sekadar simbol kemajuan. Ianya mesti menyelesaikan masalah rakyat.

Dato' Yang di-Pertua kerajaan menyatakan pembangunan 5G dan pusat data negeri sebagai tulang belakang negeri pintar tetapi realitinya masih banyak kawasan luar bandar yang liputan internetnya begitu lemah. Rakyat di kampung masih bergelut dengan capaian asas apatah lagi teknologi 5G. Apakah gunanya 301 pemancar baru jika jurang digital masih melebar?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Kuala Sepetang.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Ya, silakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Alor Pongsu nak cakap sikit. Saya rasa Kuala Sepetang bersetuju dengan saya tentang surplus tentang pendapatan yang meningkat ini. Bagus. Kita tumpang seronok dan terutamanya penjawat-penjawat awam yang buat kerja ni tetapi penanda pendapatan naik dengan surplus ni bukan bermakna perkembangan ekonomi tu sihat. Sebab saya masih berpendapat macam yang dulu Kuala Sepeteng, ekonomi Negeri Perak ni kita jalankan dalam bentuk gasing. Semua orang boleh bayangkan macam mana gasing tu. Perkembangan ekonomi dan pendapatan tak serak. Saya ada data di sini. Saya bukan cakap kosong. Ini DOSM daripada 2025. Apa jadi. Pendapatan menengah Perak yang melepasi Manjung, Kinta, Muallim dan Larut Matang. Macam mana dengan 9 daerah yang lain? Ada berapa daerah di sini. 9 daerah yang lain apa jadi. Tak berkembang. Pembangunan yang baik semua daerah semua rakyat mesti rasa manafaat dia. Kesejahteraan mesti tersebar luas. Tak boleh one off. Setuju tak Kuala Sepetang kerajaan kita ni hebat pendapatan naik semua naik dan gula-gula, saya tak mau sebut politik. Tentang bagi beras macam Hulu Kinta sebut tadi memang hebat tapi kita nak pendapatan yang stabil. The whole year rakyat semua dapat manfaat. Tak boleh rakyat jadi penonton sahaja. Tak boleh 4 daerah maju 9 daerah hancur. Perak tidak sejahtera. Terima kasih.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Ya Terima kasih Alor Pongsu. Saya setuju dengan pandangan Alor Pongsu itu. Dato Timbalan Speaker mohon saya teruskan. Pihak pembangkang ingin menegaskan bahawa pembangunan digital mesti bersifat inklusif. Jangan sampai wujud dua darjat rakyat. Golongan bandar dengan teknologi yang begitu canggih sedangkan golongan luar bandar yang terus ketinggalan. Kerajaan memuji peruntukan RM 350 juta dan pengiktirafan Smart City Early Adopter tetapi kita perlu bertanya apakah indikator sebenar bandar pintar ini? Adakah rakyat merasai peningkatan kualiti hidup. Pusat kawalan dan operasi rangkaian bersepadu disebut sebagai nadi operasi negeri namun bagaimana dengan ketelusan data? Siapa yang memantau penggunaan sistem ini? Adakah terdapat audit bebas? Sekali lagi pihak pembangkang khuatir bahawa projek berskala besar ini membuka ruang kepada pembaziran dan ketirisan jika tidak diawasi dengan rapi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan mengakui bahawa teknologi boleh melebarkan jurang sosial jika tidak diurus dengan baik. Ini adalah pengakuan penting tetapi apakah tindakan konkrit? Memang benar terdapat kisah kejayaan individu seperti peserta NADI. Namun kita tidak boleh menggunakan kisah ini kisah yang terpencil untuk menggambarkan keseluruhan keadaan. Realitinya ramai rakyat masih tidak celik digital. Akses kepada latihan teknologi masih terhad. Golongan

OKU dan warga emas masih terpinggir. Pihak pembangkang menegaskan bahawa kejayaan sebenar bukan pada bilangan program tetapi pada impak menyeluruh kepada rakyat. Program Sekolah Tunas Hijau adalah langkah baik, namun kita perlu melihat secara kritikal. Adakah program ini melibatkan semua sekolah hanya atau sebahagian kecil? Adakah perubahan sikap pelajar benar-benar berlaku? Mengurangkan sisa plastik dan jejak karbon adalah pencapaian yang baik. Akan tetapi adakah usaha ini disokong oleh dasar yang lebih besar di peringkat negeri? Tanpa dasar menyeluruh, program seperti ini hanya menjadi simbolik.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, pemasangan sistem solar di 61 masjid adalah usaha terpuji. Namun, beberapa persoalan perlu kita timbulkan. Mengapa hanya di masjid? Bagaimana dengan sekolah, klinik dan juga bangunan-bangunan awam yang lain? Adakah penyelenggaraan sistem ini telah dirancang dengan baik. Pihak pembangkang menyokong tenaga hijau tetapi pelaksanaan mesti menyeluruh dan berstrategi bukan bersifat terhad. Kerajaan mengakui kesedaran masyarakat masih rendah. Ini menunjukkan kegagalan kempen terdahulu. Larangan beg plastik adalah langkah drastik tetapi adakah alternatif mampu milik disediakan kepada rakyat. Apakah perniagaan, peniaga-peniaga kecil diberi sokongan? Jika tidak, dasar ini akan membebankan rakyat khususnya golongan B40. Pihak pembangkang menyokong pemuliharaan Harimau Malaya dan penubuhan Pusat Santuari Gajah. Namun, adakah konflik manusia dan hidupan liar ini benar-benar berkurang? Adakah kawasan habitat terus dilindungi daripada pembangunan? Kita tidak mahu projek pemuliharaan ini hanya menjadi kosmetik sedangkan pembalakan dan pembangunan tidak terkawal terus menerus berlaku.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, berkaitan perubahan iklim. Kerajaan mengakui perubahan iklim sebagai isu besar tetapi pengakuan saja tidak mencukupi. Berapa banyakkah dasar mitigasi telah dilaksanakan, berapa banyak kawasan berisiko banjir yang telah ditangani? Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan setiap kali bencana berlaku. Mereka mahukan tindakan pencegahan yang nyata. Kerajaan merujuk kepada data antarabangsa seperti NASA, ini menunjukkan kesedaran global tetapi apakah tindakan tempatan yang lebih konkrit? Fenomena seperti Hydro climate is with Plus memberi kesan langsung kepada insfrastruktur pertanian kehidupan rakyat. Namun, kita masih melihat sistem saliran yang tidak mencukupi, perancangan bandar yang lemah projek pembangunan tanpa mengambil risiko iklim.

Pihak kerajaan membentangkan ekonomi biru sebagai satu kejayaan. Namun persoalannya, sejauh manakah manafaat ini benar-benar sampai kepada nelayan kecil. Adakah teknologi dan inovasi ini hanya menguntungkan pemain industri besar. Selain itu, apakah langkah pemantauan bagi memastikan pelaburan tukun tidak sekadar projek kosmetik tanpa impak jangka Panjang? Usaha pemulihan terumbu karang memang baik tetapi keberkesanannya perlu dinilai secara telus. Berapakah kadar kelangsungan hidup karang yang dipulihkan, hidupan karang yang dipulihkan? Program pelepasan gamat emas juga perlu dikaji. Adakah ia berasaskan data saintifik atau sekadar memenuhi KPI? Kita tidak mahu intervensi yang akhirnya mengganggu kesinambungan ekosistem. Kerajaan menyatakan pelepasan benih ikan dan pelupusan ikan asing sebagai langkah positif. Namun apakah mekanisme kawalan itu berterusan? Jika tiada pemantauan rapi, usaha ini hanya bersifat sementara dan ianya tidak akan menyelesaikan isu sebenar seperti pencemaran sungai dan aktiviti tangkapan berlebihan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, kadar sara diri (SSR) yang tinggi dibanggakan tetapi adakah angka ini mampan? Adakah kos pengeluaran ditanggung oleh subsidi yang tinggi? Jika subsidi ditarik balik, adakah industri ternakan masih mampu bertahan? Pensijilan MyGAP adalah satu langkah baik tetapi hanya 13.1 peratus ladang yang terlibat. Ini menunjukkan majoriti masih mencapai standard tersebut. Mengapa pencapaian ini masih rendah selepas bertahun tahun dilaksanakan. Adakah kerajaan menyediakan sokongan yang mencukupi kepada petani-petani kecil? Program keterjaminan makanan melibatkan komuniti. Namun, persoalannya keberkesanan jangka panjang, adakah projek ini terus aktif atau sekadar hangat hangat tahi ayam sahaja. Selain itu, bagaimana ketelusan penggunaan peruntukan sebanyak RM3.23 juta.?

Yang Berhormat Timbalan Speaker, program pendidikan berkaitan keterjaminan makanan memang baik tetapi sejauh mana impaknya terhadap perubahan tingkah laku pelajar. Adakah bersifat pendedahan tanpa kesinambungan? Kerajaan mendakwa berjaya mengurangkan kemiskinan sebanyak 45 peratus. Namun, kita perlu berhati-hati. Adakah mereka benar-benar keluar dari kemiskinan atau sekadar melepasi garis statistik. Bagaimana pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat? Kerajaan sendiri mengakui wujudnya risiko kemiskinan baru. Ini menunjukkan dasar sedia ada belum menyelesaikan akar masalah. Apakah strategi konkrit untuk menangani faktor tentang hutang dan kos sara hidup bukan sekadar bantuan sementara?

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tinggal seminit sahaja.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Ada sikit lagi, boleh tambah sikit kot masa. Sikit lagi ja.

Timbalan Yang di-Pertua

2 minit, sila.

Encik Ahmad bin ManBERSATU · PNKuala Sepetang

Inisiatif pendidikan seperti ProKhas dan K11 patut dipuji. Namun, persoalannya keberkesanan sebenar berapa ramai pelajar-pelajar Orang Asli yang benar-benar menamatkan SPM? Adakah kemudahan ini mencukupi dari segi tenaga pengajar dan juga infrastruktur? Pelbagai program asrama diperkenalkan tetapi adakah kualiti kehidupan pelajar benar-benar meningkat? Kita tidak mahu program yang banyak nama tetapi kurang impak sebenar. Jumlah bantuan pendidikan yang besar sangat-sangat kita banggakan tetapi ketelusan pengagihan perlu dipersoalkan. Adakah bantuan itu sampai kepada golongan paling memerlukan ataupun berlaku ketirisan?

Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kesimpulannya, teguran-teguran ini bukanlah kerana membenci dan mencari kesalahan daripada pihak kerajaan semata-mata tetapi hasrat daripada pihak pembangkang adalah untuk kita sama-sama membantu untuk mengatasi segala ketirisan dan tidak kecekapan untuk kesejahteraan seluruh rakyat negeri Perak ini. Insha-Allah, kita akan sama-sama membantu untuk kesejahteraan rakyat. Sekian Wabillahi Taufiq wal Hidayah wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Kuala Sepetang, mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kuala Sepetang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Bota untuk memulakan perbahasan di persilakan.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Gunung Semanggol. Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Dewan Negeri, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, rakan-rakan media dan seluruh rakyat negeri Perak dan khusus kepada rakyat Bota yang menyaksikan persidangan ini secara atas talian. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan rasa syukur kepada Allah Subhana Wata'ala kerana dengan limpah dan rahmatnya dapat kita bersama-sama hari ini membahaskan Titah Diraja yang telah disampaikan oleh Sultan Perak. Mudah-mudahan ya, apa yang telah disampaikan oleh Titah Sultan dapat kita hayati dan saya, patik merafak setinggi penghormatan dan kesetiaan rakyat Perak yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Titah-titah Diraja telah disampaikan hari yang telah yang telah disampaikan tempoh hari sarat dengan keprihatinan, kebijaksanaan dan harapan yang diluahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. Baginda menyentuh isu penting termasuklah pelaburan negeri, projek pembangunan negeri, infrastruktur digital, kelestarian alam sekitar, ekonomi biru, keterjaminan makanan, kemiskinan rakyat, pendidikan, isu belia, pembangunan bekas banduan dan ancaman krisis tenaga dunia. Bota membahaskan hari ini Titah Diraja dengan niat yang ikhlas bukan untuk menidakkan apa yang baik tetapi untuk menjadi suara rakyat Perak yang sentiasa menantikan perubahan. Bota juga ingin mengambil kesempatan ini menyatakan solidariti penuh kepada kezaliman yang telah dilakukan oleh Amerika Syarikat dan juga Israel ke atas penduduk Palestin, Gaza, Lubnan dan juga baru-baru ini negara Iran yang telah diserang oleh Amerika Syarikat yang melibatkan kematian lebih 1,500 orang termasuk 165 pelajar perempuan.

Seterusnya, Bota ingin merujuk kepada Titah Tuanku. Merujuk perenggan 8 Titah Diraja. Timbalan Yang di-Pertua...Timbalan Yang di-Pertua Saya memuji keprihatinan Sultan Perak dalam merakamkan kesedihan baginda atas tragedi Lebuh Raya Timur-Barat. Statistik yang tercatat dalam Titah Diraja adalah amat menyedihkan yakni 413 insiden kemalangan di Lebuh Raya Timur-Barat sepanjang tahun 2025. 26 nyawa terkorban pada tahun 2025 sahaja. 27 mangsa mengalami kecederaan parah. Tragedi 9 Jun 2025 mengingatkan kita kepada 42 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI. 15 jiwa melayang. Kajian Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia menunjukkan bahawa antara faktor utama kemalangan maut di lebuh raya adalah pemandu di bawah pengaruh dadah dan juga alkohol. Di negara-negara maju seperti Australia dan United Kingdom, undang-undang berkaitan pandu dalam keadaan mabuk adalah jauh lebih ketat berbanding dengan negara kita.

Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri Perak dan juga Kerajaan Persekutuan supaya menimbangkan pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan memasukkan peruntukan berikut. Ujian dadah mandatori untuk semua pemandu bas, lori berat dan kenderaan komersial sebelum memulakan tugas. Yang kedua, penalti diperberat. Penjara minima dua tahun untuk kesalahan dengan izin driving under Influence yang menyebabkan kematian. Yang ketiga, kesalahan di UI, driving under influence dimasukkan dalam sijil kelakuan baik dan menjadi syarat kegagalan kesan lesen komersial. Yang keempat, pelaksanaan alat pengesan alkohol automatik bagi pemandu yang pernah disabitkan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai seorang pengamal perubatan, saya juga ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri Perak. Adakah Kerajaan Negeri Perak mengambil berat tentang kejadian atau pun kemalangan yang sering berlaku di Lebuh Raya Timur-Barat sepanjang 115 kilometer? Di manakah pusat rawatan trauma yang boleh menyelamatkan mangsa dalam masa yang singkat? Hospital terdekat yang mempunyai kemudahan pembedahan adalah Hospital Gerik dan juga Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Namun, jarak dari segmen tengah Lebuh Raya Timur-Barat ke Hospital Raja Permaisuri Bainun boleh melebihi 150 km. Dalam kemalangan besar yang berlaku pada 9 Jun 2025, masa adalah nyawa. Setiap minit yang berlalu tanpa intervensi perubatan yang mencukupi, satu nyawa boleh terlepas. Jadi, saya mengesyorkan agar Kerajaan Negeri Perak mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menubuhkan sekurang-kurangnya satu pusat trauma kecemasan yang lengkap berhampiran Koridor Gerik, Hulu Perak yang dilengkapi dengan Unit Bedah Kecemasan, Unit ICU, helipad untuk evakuasi udara dan juga memastikan bekalan darah mencukupi di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama ya, apabila bercakap tentang Kementerian Kesihatan, saya juga ingin menyuarakan ya, orang kata persoalan ya. Adakah ini bukan berkaitan dengan Hospital Gerik tetapi berkaitan dengan hospital di kawasan saya. Adakah penjawatan yang telah yang telah disebut oleh Menteri Kesihatan 516 yang sepatutnya diisi untuk Hospital Seri Iskandar telah di isi sepenuhnya? Bilakah pakar-pakar perubatan selain daripada pakar perubatan yang ada akan di tempatkan di Hospital Seri Iskandar? Seri Iskandar adalah kawasan yang sedang membangun dan jumlah penduduknya makin meningkat. Saya menarik perhatian kepada Exco dan juga Jabatan Kesihatan Negeri untuk mempertimbangkan dengan kadar segera ya. Meletakkan atau pun mengisi penjawatan yang dikatakan sebanyak 516 mungkin sebahagiannya telah diisi dan sebahagian lagi belum diisi. Saya minta perhatian.

Seterusnya Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, merujuk perenggan 28, Titah Diraja, Bota ingin menyentuh berkaitan pendidikan walaupun sedikit lari daripada tajuknya tapi saya menegaskan ya. Di mana pendidikan merupakan teras utama pembangunan insan yang dititahkan oleh Tuanku Sultan. Apa yang saya nak sebutkan adalah di sini berkaitan pendidikan awal kanak-kanak yang menjadi asas utama kepada pembangunan negeri di mana kita tahu ya, pusat jagaan bayi dan kanak-kanak serta cabaran dihadapi oleh pengusahanya di negeri Perak ya. Taman asuhan atau nurseri sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak yang berumur antara 0 hingga 4 tahun memfokus kepada asuhan, keselamatan dan aktiviti rangsangan berpandukan kokurikulum yang merupakan solusi terbaik untuk ibu bapa yang bekerja. Taska yang lengkap, yang baik memberikan keyakinan terhadap keselamatan dan didikan awal kanak-kanak. Izinkan saya membawa beberapa angka untuk dilihat oleh Dewan. Pada tahun 2024 terdapat 3,198 taska berdaftar di seluruh Malaysia. Bagi tahun 2023 terdapat 225 taska di Perak. Merujuk portal rasmi JKM, terkini hanya terdapat 174 hingga 200 taska di seluruh Perak dan negeri Perak jumlah taska berdaftar menurun sebanyak 20.8% berbanding tahun sebelumnya. Pada masa yang sama, jumlah kanak-kanak di taska Perak meningkat 33.1%. Ini membawa satu mesej yang sangat jelas. Permintaan meningkat tetapi kapasiti dan jumlah pusat semakin berkurangan ya. Jadi apa yang kita khuatirkan, kenapa taska-taska ini mungkin dah tutup atau pun terpaksa tutup ya? Timbalan Yang di-Pertua, saya bawa isu ini kerana sebenarnya permintaan terhadap taska adalah meningkat tetapi jumlahnya menurun. Sebahagian taska beroperasi tanpa lesen dan isu keselamatan makin membimbangkan dan memberi tekanan kepada ibu bapa yang bekerja. Ia juga memberi tekanan kepada pengusaha-pengusaha taska dan akhirnya ekonomi negeri. Pengusaha taska hari ini yang merupakan yang juga merupakan usahawan dan saya dapati ramai pengusaha-pengusaha taska di Perak ini adalah daripada kaum wanita ya. Hari ini mereka berdepan dengan kos operasi yang tinggi akibat penetapan gaji minima RM1,700, proses lesen yang rumit, kekurangan tenaga kerja terlatih akibat kos yang tinggi dan juga kekurangan sokongan khusus.

Jadi, saya juga ingin mencadangkan ya Timbalan Yang di-Pertua, kepada PASAK. Apa salahnya PASAK ya, memikirkan atau merancang latihan-latihan yang boleh diberi, yang boleh dibuat kepada mereka yang akan bekerja dengan taska-taska dengan di mana kita tahu semua pekerja-pekerja yang nak berkerja dengan taska mereka perlu ada sijil. Sijil KAP, Sijil asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA) yang mana kos untuk kursus ini adalah antara RM800 ke RM900. Jadi kalau PASAK boleh buat kursus-kursus demikian, menyediakan kursus-kursus ya. Boleh membantu mengurangkan beban ya kepada orang muda khususnya yang akan bekerja bersama dengan taska. Saya mencadangkan satu anjakan besar melalui inovasi negeri yang mungkin boleh kita fikirkan ya sama ada di bawah Exco wanita atau pun di bawah portfolio yang sesuai supaya taska di Perak ini membuat satu inovasi dengan dengan mewujudkan Smart Taska Perak yang di mana ada sistem digital negeri yang boleh memantau laporan harian anak-anak, pemantauan ibu bapa, rekod operasi. Kemudian kita juga boleh mencadangkan sistem rating taska dan saya juga boleh juga kita menggalakkan ya. Mungkin ada individu-individu yang boleh memberikan perkhidmatan mengasuh dan menjaga bayi sekiranya mereka juga diberikan pengiktirafan dengan memberikan sijil-sijil yang sesuai kepada mereka yang mahu mengasuh anak-anak.

Timbalan Yang di-Pertua, merujuk kepada perenggan seterusnya. Perenggan 19, Titah Diraja, Bota ingin menarik perhatian semua kepada Titah Tuanku berkaitan ekonomi biru. Walaupun kita tahu Bota tak terletak di tepi pantai, kerana ia terletak di Perak Tengah tetapi Bota melihat potensi pembangunan bidang sains marin di Negeri Perak yang terletak tidak jauh dari Lumut-Bota. Ramai pekerja-pekerja yang bekerja di Lumut, dia tinggal di kawasan Bota kerana bersempadan. Apatah lagi dengan adanya kemudahan WCE yang sangat memudahkan perjalanan pekerja-pekerja yang bekerja di kawasan di Port, Lumut atau pun di Lumut lah ya. Pembangunan bidang sains marin ini bukan sahaja penting dari sudut ekonomi dan alam sekitar tetapi juga selari dengan prinsip maqasid syariah serta agenda mengupayakan anak Perak dalam bidang berkemahiran tinggi. Kita sedia maklum, Negeri Perak mempunyai kedudukan geografi yang strategik di Selat Melaka serta kawasan pesisir pantai penting seperti Pulau Pangkor, Lumut dan Manjung. Kawasan ini mempunyai potensi besar dalam sektor perikanan, akuakultur, pelancongan marin. Firman Allah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud daripada surat An-Nahl dan ayat 14 : "Dan Dialah yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut, hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan engkau melihat pula kapal-kapal membelah ombak, mengarungi laut dan semua itu supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur". Jadi dalam konteks maqasid syariah, pembangunan bidang sains marin ini memberi manafaat dalam beberapa aspek. Pertamanya, memelihara nyawa. Pengurusan sumber marin yang secara saintifik membantu memastikan bekalan makanan laut yang selamat, bersih dan mencukupi kepada rakyat.

Yang kedua, memelihara harta. Pembangunan ilmu sains marin dan teknologi akuakultur dapat mengurangkan risiko kerugian pengusaha akibat kematian ikan, perubahan cuaca dan pencemaran sekaligus melindungi sumber pendapatan rakyat. Yang ketiga, memelihara alam sekitar. Islam menuntut keseimbangan dan larangan melakukan kerosakan di muka bumi. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, "Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi setelah Allah Subhanahu wa Ta'ala memperbaikinya." Surah Al-A'raf ayat 56. Jadi pembangunan sains marin membuka ruang besar kepada penguasaan ilmu, penyelidikan dan inovasi dalam kalangan anak muda khususnya anak Perak. Dalam konteks ini, saya ingin menekankan bahawa bidang sains marin perlu dijadikan sebagai satu laluan strategik untuk mengupayakan anak Perak. Bukan sahaja sebagai tanda, bukan sahaja sebagai tenaga kerja biasa atau pun tenaga kerja sokongan tetapi anak Perak boleh lahir sebagai saintis, penyelidik, teknologis marin dan usahawan berasaskan sumber laut. Namun begitu, jika kita lihatlah persoalan besar yang perlu kita jawab hari ini, di manakah kedudukan anak Perak di dalam bidang sains marin? Ini realiti yang perlu kita akui.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita bercakap tentang Ekonomi Biru. Kita bercakap tentang potensi laut sebagai sumber masa depan Negara. Tetapi hakikatnya kita tidak mempunyai data yang jelas tentang berapa ramai anak Perak yang terlibat secara langsung dalam bidang Sains Marin. Jika keadaan ini berterusan, anak Perak, hanya anak tempatan, hanya menjadi tenaga sokongan. Jawatan pakar dan strategik diisi oleh pihak luar. Peluang ekonomi bernilai tinggi terlepas begitu sahaja. Sedangkan dunia hari ini sedang bergerak pantas ke arah Ekonomi Biru melibatkan bidang sains. Bidang seperti biodiversiti marin, teknologi laut, tenaga boleh berasaskan laut, keselamatan dan kedaulatan perairan. Jadi, saya ingin mencadangkan Kerajaan Negeri Perak serius untuk kita. Saya minta Kerajaan Negeri Perak mempertimbangkan untuk kita Perak menubuhkan Pusat Sains Marin Negeri Perak, membangunkan bakat-bakat sains anak-anak Perak, memberikan pendedahan kepada mereka supaya mereka minat untuk menceburi bidang ini.

Timbalan Yang di-Pertua, merujuk kepada perenggan 22 Titah Diraja, juga saya ingin menarik perhatian Dewan tentang beberapa komponen tentang keterjaminan makanan tetapi di bawah sektor ternakan. Bota ingin mengaitkan isu penternak kecil Negeri Perak. Bota bangkit pada hari ini untuk membawa satu suara yang mungkin tidak sekuat mana di luar sana tetapi cukup besar kesannya kepada negeri dan rakyat iaitu suara para penternak kecil di Negeri Perak. Kita bercakap tentang keterjaminan makanan. Kita bercakap tentang ekonomi rakyat tetapi dalam masa yang sama golongan penternak kecil ini masih bergelut dalam keadaan yang semakin mencabar. Mereka bergelut akibat daripada kos makanan ternakan yang semakin menekan. Yang kedua, mereka terlibat mereka terjerat dengan isu tanah yang tidak terjamin. Kemudian mereka juga terlibat, bergelut dengan risiko bencana banjir yang berlaku baru-baru ini dan juga penyakit ternakan. Yang keempat, mereka juga kurang akses kepada bantuan dan pasaran yang terhad. Timbalan Yang di-Pertua, jadi saya ingin menarik perhatian Exco supaya lihat permasalahan yang sedang dihadapi oleh penternak-penternak kecil sama ada penternak unggas atau pun penternak lembu, kerbau dan juga kambing.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian merujuk perenggan 18, Titah Diraja berkaitan alam sekitar. Satu isu yang sering dipinggirkan tetapi amat kritikal iaitu aktiviti perlombongan pasir haram dan berlebihan di Sungai Perak. Hakisan tebing sungai yang teruk akibat pengeluaran pasir berleluasa untuk menyumbang secara langsung kepada peningkatan risiko banjir, kehilangan sumber air bersih dan kemusnahan ekosistem sungai yang tidak ternilai. Saya ingin membawa sesuatu yang paling dekat dengan denyut nadi rakyat di Perak Tengah, khususnya khususnya di kawasan sepanjang Sungai Perak seperti Bota, Belanja, Kampong Gajah dan Pasir Salak. Ia berkaitan dengan pam pasir. Untuk berlaku adil, saya tidak menafikan bahawa industri ini menyumbang kepada hasil Negeri dan pembangunan ekonomi. Itu saya akui tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu memastikan bahawa aktiviti-aktiviti perlombongan pasir ini tidak memberikan bencana atau pun tidak beri kesan negatif kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Bota. Orang Bota yang bimbang tentang perlombongan pasir ini telah menyebabkan hakisan tebing sungai yang melibatkan tanah-tanah pertanian mereka. Ada juga hakisan sungai itu berlaku hampir dengan rumah mereka yang terletak di tepi Sungai Perak. Keadaan jalan kampung juga kena diperhatikan kerana lori-lori besar keluar masuk mengambil pasior, kata orang Perak la ya. Kemudian juga berlaku gangguan ketenteraman. Ada gangguan bunyi kepada penduduk yang berdekatan yang tinggal berdekatan dengan pam pasir. Ini bukan persepsi semata-mata tetapi realiti yang sedang dihadapi oleh rakyat di kawasan terbabit.

Jadi, saya dengan ini mengharapkan kerajaan dapat membuat kajian atau pun boleh menambahkan peningkatan dalam mengaudit ataupun mempertimbangkan cadangan-cadangan saya ini. Insha Allah. Yang pertama, saya nak Kerajaan pertimbangkan boleh tak senaraikan pemegang lesen dan kawasan operasi yang sedang dibuat di kawasan sepanjang Sungai Perak dan pastikan ada dilakukan penguatkuasaan pemantauan secara berkala terhadap aktiviti-aktiviti pengeluaran pasir yang sedang berjalan di sepanjang Sungai Perak.

Seterusnya, saya ingin menarik perhatian Dewan. Merujuk kepada perenggan 31 Titah Diraja, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Titah Diraja menyentuh dengan penuh simpati tentang nasib banduan yang dibebaskan dan cabaran mereka untuk memulakan kehidupan baru. Saya menyokong sepenuhnya visi pemulihan yang berasaskan Model Koreksional Islamik sebagaimana yang dipuji oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan. Namun, saya ingin membangkitkan satu isu yang sudah lama dibiarkan tanpa penyelesaian. Negeri Perak tidak mempunyai rumah pemulihan wanita yang khusus untuk pesalah wanita di bawah bidang kuasa mahkamah khususnya Mahkamah Syariah Perak. Ya, saya akui kita ada pusat pemulihan yang terletak di Batu Gajah iaitu kita panggil Seri Puteri. Ya, tetapi senario sebenar apabila Mahkamah Syariah Perak menjatuhkan hukuman pemulihan atau penahanan ke atas seorang pesalah wanita sama ada yang terlibat dengan zina, kes khalwat berulang, penjajaan arak ataupun kesalahan yang lain. Hakim terpaksa menghadapi realiti yang menyedihkan. Tidak ada tempat untuk menghantar pesalah tersebut bagi menjalani proses pemulihan. Hukuman yang bermakna tidak dapat dilaksanakan kerana infrastruktur tidak tidak.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat?

Ya, saya mohon masa tambahan. Ada beberapa point lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya bagi 3 minit.

5 minit Dato'? Boleh ya 5 minit?

Timbalan Yang di-Pertua

3 minit...3 minit.

Ok. Ini adalah satu kegagalan sistem yang perlu diperbaiki dengan segera. Cadangan saya, Kerajaan Negeri Perak hendaklah segera memperuntukkan tanah dan dana untuk menubuhkan sebuah rumah Koreksional Wanita Perak yang diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Perak dengan komponen program pemulihan berasaskan al-Quran, fardhu ain dan kemahiran hidup, kaunseling, psikologi dan kesihatan mental, latihan kemahiran vokasional dan akses kepada bantuan guaman dan juga sokongan keluarga.

Timbalan Yang di-Pertua ya, saya berdiri di sini bukan untuk menentang ya, supaya berdiri sini untuk menyampaikan amanah rakyat yang meletakkan kepercayaan mereka kepada saya pada pilihan raya lalu. Rakyat Perak adalah rakyat yang sabar, bermaruah dan berharap. Mereka mahu kerajaan yang mendengar bukan kerajaan yang hanya melaporkan angka kejayaan tanpa menyentuh kepahitan di lapangan. Secara ringkasnya, saya rumuskan tuntutan yang dikemukakan dalam ucapan bahas ini yang pertama undang-undang drug ada info yang lebih ketat dan penguatkuasaan mandatori ujian dadah ke atas pemandu bas dan kenderaan berat. Yang kedua, Pusat Trauma Kecemasan di Koridor Hulu Perak atau Lebuh Raya Timur-Barat. Kemudian saya juga nak memastikan, dan nak mengingatkan Kementerian Kesihatan atau Jabatan Kesihatan Perak supaya membuat audit menyeluruh ke atas semua Hospital Daerah Perak dan Pelan Tindakan Kecemasan yang komprehensif. Adakah dibuat di setiap hospital? Dan juga saya ingin menegaskan, moratorium dan audit perlombongan pasir di Sungai Perak. Subsidi benih dan baja yang berkesan untuk meningkatkan sara diri sara dir padi. Kemudian, saya juga ingin menggesa Exco Wanita supaya melihat kepada usahawan-usahawan wanita yang yang sedang mengusahakan rumah yang sedang mengusahakan taman asuhan, penubuhan Rumah Koreksional Wanita Perak dan saya bimbang pada hari ini kita ada ramai anak-anak Perak yang berpotensi tetapi dalam konteks tadi YB Wanita ada menyentuh tentang pembasmian kemiskinan.

Saya nak bawa satu perkara yang boleh diberi perhatian. Apabila kita sebut rakyat ini sudah sudah lagi tidak berada di tahap kemiskinan tetapi persoalan yang timbul, adakah mereka ya, mereka-mereka ini, yang mereka yang dikatakan miskin ini telah orang kata, telah keluar boleh disenaraikan daripada senarai miskin pendidikan. Keluar daripada senarai miskin tidak bermakna seseorang itu kini mampu membiayai pengajian tinggi anaknya. Seorang ketua isi rumah yang kini berpendapatan RM1,200 sebulan mungkin tidak lagi dalam senarai miskin mengikut garis panduan semasa tetapi adakah beliau mampu menghantar anak-anaknya yang pandai yang baru mendapat kejayaan dalam SPM ke universiti dengan kos pengajian yang mencecah RM10 ribu ke RM30 ribu. Sikit lagi, sikit lagi,

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sila masuk perenggan terakhir, sila.

Ok, saya dah sampaikan apa point-point saya. Tapi yang akhir sekali saya harap semoga Perak Darul Ridzuan adalah negeri yang kaya dengan sejarah sumber alam dan modal insan yang luar biasa. Rakyat Perak layak mendapat yang terbaik dalam sistem kesihatan, dalam pendidikan, keselamatan, jalan raya dan perlindungan alam sekitar dan juga keadilan sosial. Semoga Allah Subhana Wata'ala melindungi Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak merahmati keluarga Diraja Perak dan mengurniakan taufiq serta hidayah kepada semua pemimpin agar kita dapat menjalankan amanah ini dengan penuh keikhlasan, kebijaksanaan dan keberanian.

Padang Tenggala ke Teluk Bakong, Padang Koba surut airnya, Titah Tuanku, Patik junjung, Bota menyokong dengan takzimnya.

Wabillahi taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dan Bota. Seterusnya di jemput Yang Berhormat dari kawasan Chenderiang untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Choong Shin HengMCA · BNChenderiang

Selamat Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-Aahli Yang Berhormat, anggota-anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri, petugas-petugas media, para pemerhati dan tidak dilupakan seluruh masyarakat negeri Perak yang menyaksikan sidang Dewan secara langsung ataupun melalui atas talian khasnya masyarakat Kawasan Dun Chenderiang yang saya hormati lagi saya kasihi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut sama membahaskan usul menyembah ucapan tahniah serta menjunjung kasih atas penzahiran Titah DiRaja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Perak Darul Ridzuan. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas titah yang mendasari denyut nadi sekalian rakyat negeri Perak. Tuanku sebagai payung rakyat sentiasa mengambil berat serta memikirkan kepentingan dan kebajikan rakyat akan sentiasa dipelihara dan terbela.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, ekonomi merupakan tunjang utama kehidupan rakyat. Tanpa ekonomi yang kukuh, kehidupan rakyat akan terjejas dan tidak menentu. Sehubungan itu, patik menjunjung Titah Tuanku berkaitan peningkatan kutipan hasil negeri Perak yang telah meningkat selama empat tahun berturut-turut. Pada tahun 2025, kutipan hasil telah mencecah hampir RM1.5 bilion ringgit, satu peningkatan sebanyak RM162 juta berbanding tahun 2024. Kerajaan negeri juga berjaya menutup Akaun Hasil Disatukan dengan kedudukan lebihan apabila mencatatkan surplus banyak RM8.5 juta pada 31 Disember 2025. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri atas kejayaan merancakkan pendapatan negeri walaupun dalam suasana ekonomi global dan domestik yang tidak menentu. Di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar melalui Pelan Pembangunan Perak Sejahtera 2030, pencapaian ini jelas membuktikan keberkesanan dasar yang dilaksanakan serta keupayaan kerajaan dalam merangsang ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, menjunjung kasih atas, Titah Tuanku yang menzahirkan keperhatian ke atas terhadap usaha memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak negeri ini sehingga ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam mengalami isu keciciran pelajar. Pendidikan bukan setakat akses ke sekolah tetapi memastikan setiap anak dapat kekal dalam sistem sehingga ke penghujungnya. Data daripada JPN menunjukkan pencapaian SPM 2025 Negeri Perak bertambah baik dengan gred purata negeri meningkat kepada 4.49 berbanding 4.63 pada tahun sebelumnya, manakala kadar kelulusan mencapai 94.44 peratus. Walaubagaimanapun, seperti yang dizahirkan dalam Titah Tuanku bahawa tiada pelajar harus tercicir. Saya ingin menarik perhatian bahawanya kejayaan ini hanya mencerminkan mereka yang berjaya menduduki peperiksaan daripada lebih 27,000 calon SPM di negeri Perak, hanya sekitar 650 orang terdiri pada murid Orang Asli. Ini menimbulkan persoalan besar tentang jumlah sebenarnya yang tercicir sebelum sampai ke peringkat tersebut. Di kawasan Dun Chenderiang, terdapat beberapa sekolah rendah di sekitar Jalan Pahang seperti SK Batu 7, SK Batu Dua Belas dan SK Pos Musoh, jumlah pelajar hampir seribu orang. Sehubungan itu, saya sekali lagi mengulangi cadangan agar sebuah sekolah komprehensif K11 dibina di sekitar Batu 10, Jalan Pahang bagi memenuhi keperluan pendidikan serta mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli. Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri yang telah mengenalpasti tapak seluas 14 ekar bagi tujuan tersebut dan mendapatkan ulasan agensi teknikal berkaitan. Justeru, saya ingin bertanya apakah status terkini permohonan pembinaan sekolah tersebut.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Setiap kali musim tengkujuh rakyat berdepan dengan kebimbangan akibat banjir. Banjir kilat sering melanda kawasan seperti Kampung Baru Chenderiang, Kampung Baru Pahang, Kampung Sri Asam serta beberapa taman perumahan di sekitar Jalan Pahang seperti Taman Tapah, 2, Taman Perumahan Awam 2 dan Taman Sri Chenderiang berpunca daripada sistem saliran dan sungai yang tidak sempurna. Sehubungan itu, saya ingin bertanya, bilakah projek Rancangan Tebatan Banjir (RBT) dan kerja-kerja menaik taraf sistem saliran akan dilaksanakan serta apakah langkah jangka panjang kerajaan bagi menangani isu ini.?

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, selain itu isu kemalangan jalan raya akibat haiwan berkeliaran juga amat membimbangkan. Data yang diterima daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah mengesahkan sebanyak 196 kes direkodkan pada tahun 2025 dan 61 kes sehingga Mac 2026. Justeru, saya mencadangkan agar satu perundangan yang lebih komprehensif digubal serta menyediakan padang ragut dan gantung dilaksanakan bagi menangani masalah ini secara sistematik.

Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua dalam aspek pembangunan, RMKe-13 telah meluluskan sebanyak 490… 479 projek bernilai RM29.8 bilion di negeri Perak, namun pembangunan perlu diagihkan secara seimbang termasuk di kawasan luar bandar. Saya juga memohon perhatian Kerajaan Negeri untuk membina jambatan baharu di Kampung Batu Melintang, Tapah demi keselamatan penduduk. Saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status terkini projek tersebut. Terima kasih juga atas keprihatinan Yang Berhormat Lintang selaku Exco yang menjaga portfolio luar Bandar Negeri Perak telah turun bersama dengan saya meninjau sendiri keadaan jambatan di Kampung Batu Lintang, Tapah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua saya ingin merujuk semula kepada cadangan pembinaan kantin baharu di Hospital Tapah yang telah dibangkitkan dalam sidang Dewan yang lalu. Saya menghargai penjelasan Yang Berhormat Sungkai selaku Exco menjaga portfolio kesihatan. Sebelum ini bahawanya projek ini dirancang melalui sumbangan sebuah syarikat swasta hasil usahasama dengan Kerajaan Negeri. Sebahagian daripada peraturan berkaitan pelepasan tanah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Namun begitu, bagi memastikan ketelusan dan kelancaran pelaksanaan, saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkembangan terkini projek ini. Bolehkah pihak kerajaan memaklumkan status semasa proses pelepasan tanah tersebut? Perkembangan perjanjian antara Kerajaan Negeri dan pihak syarikat serta jangkaan garis masa bagi bagi pelaksanaan pembinaan kantin baru ini. Saya percaya kemudahan seperti kantin ini, hospital dapat memainkan peranan penting dalam menyokong kebajikan pesakit, waris serta petugas kesihatan. Oleh itu, adalah menjadi harapan agar perancangan yang telah diumumkan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan dalam tempoh yang munasabah. Sehubungan itu, saya amat berharap pihak kerajaan dapat memberikan penjelasan yang jelas supaya semua pihak dapat gambaran yang lebih menyeluruh mengenai halatuju projek ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada kepentingan pembangunan modal insan di kawasan Dun Chenderiang khususnya dalam kalangan belia lepasan sekolah menengah. Kita sedia maklum bahawa kita bukan semuanya pelajar memilih untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Namun, keadaan ini tidak seharusnya dilihat sebagai kekangan sebaliknya sebagai satu peluang untuk kita menyediakan laluan alternatif yang lebih praktikal dan berorientasikan kemahiran melalui pendidikan, latihan teknikal dan vokasional atau TVET. Dalam konteks ini, akses kepada kemudahan yang lebih dekat dengan komuniti setempat amat penting. Dengan adanya kemudahan latihan yang mudah dicapai, lebih ramai belia akan terdorong untuk menyertai program peningkatan kemahiran sekaligus melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri semasa. Tambahan pula, dengan perkembangan sektor automotif di kawasan AHTV Proton City, Tanjong Malim. Permintaan terhadap tenaga kerja kemahiran teknikal semakin meningkat. Justeru, adalah wajar untuk kita memastikan anak-anak muda di kawasan sekitar termasuk kawasan Dun Chenderiang tidak terpinggir daripada peluang pekerjaan yang tersedia.

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan agar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) memperluaskan lagi perlaksanaan program-program TVET di kawasan Dun Chenderiang. Usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran belia, malah memberi pendedahan awal kepada kehendak sebenar industri. Pada masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif dengan mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah institusi TVET di daerah Batang Padang. Penubuhan industri ini meyakinkan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada generasi muda di kawasan masing-masing.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Sebagai penutup, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar serta semua agensi kerajaan atas komitmen dalam memastikan pembangunan di kawasan Dun Chenderiang sentiasa terus diperkasa. Akhir sekali, saya dan seluruh warga Dun Chenderiang sekali lagi menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Sekian Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Chenderiang mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Chenderiang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Kampong Gajah untuk memulakan perbahasan di persidangan. Dipersilakan.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. (Bacaan Soalat dan ayat Al-Quran) Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah perkara keji daripada perbuatan syaitan. Hendaklah kamu menjauhinya. Sesungguhnya kamu mudah mudahan kamu berjaya.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Yang…Yang…Yang…Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Kota Tampan, Yang Berhormat Gunong Semanggol. Barisan Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak. Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kerajaan dan pembangkang, ketua-ketua jabatan, Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Persekutuan, rakan-rakan media para pemerhati seterusnya sekelian rakyat Negeri Perak yang mengikuti sidang Dewan pada petang ini.

Yang Berhormat Timbalan Speaker Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada Kampong Gajah untuk membahas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Al-Maghfur-Lah Yang bertitah sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Kelima Belas. Saya amat tertarik dengan usaha yang…yang yang dititahkan oleh Tuanku dalam perenggan yang ke 14 iaitu usaha Majlis Agama Islam bersama Jabatan Agama Islam dalam menunjukkan kepekaan membantu usaha-usaha kelestarian alam sekitar. 61 buah masjid telah dilengkapi sistem tenaga solar. Saya amat bersetuju dengan perkara ini dan kalau boleh ianya diperluaskan bantuan sistem solar ini kepada sekolah-sekolah agama kerana seperti mana yang kita maklum sistem tenaga solar di samping kelestarian alam sekitar, ia juga dapat memberi kelebihan praktikal seperti jimat elektrik bil elektrik mesra alam, sumber tenaga yang percuma dan berterusan kurang bergantung pada TNB dan boleh, malah boleh menjana pendapatan dengan pemasangan sistem solar ini, ia mungkin dapat membantu pihak pengurusan sekolah, sekolah-sekolah agama terutama dari segi kewangan, maka ia dapat meringankan pihak pengurusan dalam yang kita tahu sekarang ini terutamanya sekolah-sekolah agama swasta yang berdepan dengan masalah-masalah kewangan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, berdasarkan point berdasarkan perenggan iaitu pengurusan alam sekitar tidak boleh dianggap isu sampingan di mana perubahan iklim yang sedang dialami perubahan ini memberi kesan kepada seluruh dunia. Perubahan iklim meningkatkan risiko meningkatkan risiko banjir besar, kemarau dan tanah dan tanah runtuh yang beri kesan langsung kepada kehidupan rakyat. Krisis sumber air terutamanya Sungai Perak merujuk kepada paras air sungai pada Januari 2026 mulai menyusut kesan daripada taburan hujan yang rendah. Kampong Gajah mencadangkan agar kerajaan agar pihak kerajaan meneliti dan mengkaji di atas keperluan kalau ianya bersesuaian keperluan untuk dibina sebuah empangan atau pintu waraj di lokasi selepas pengambilan terakhir LLP Perak di Sungai Perak.

Bagi tujuan meningkatkan paras air sungai tersebut kerana kemorosotan kemorosotan air ini mendatangkan kesan buruk kepada yang pertamanya tentulah kepada nelayan-nelayan darat yang kesan kepada hasil tangkapan mereka kerana air cetek kalau baru ini kita tengok dalam berita orang di belah hulu orang belas heior tak dapat ikan kerana ayor ikan dari Belum tak boleh turun ke helior ke hilir kerana pulau-pulau dah mula naik mula pulau dah mula timbul dah air tak ada tak ada laluan bahkan kesukaran mereka nak memukat kerana ceteknya air tadi dengan kemorosot kemorosotan hasil tangkapan mereka tentulah kesan kepada pendapatan seharian mereka yang ini memberi kesan kepada nelayan dadap kita tahu golongan ini golongan B40 kebanyakan dan sebagainya. Jadi ini yang pertama kesan yang keduanya tentulah memberi kesan kepada bila kurangnya air jika ada air yang maka kuranglah kadar air yang masuk dalam kawasan pertanian. Iaitu pertanian juga sebenarnya kalau kita lihat di Perak merupakan penyumbang kepada sumber ekonomi negeri Perak. Jadi perlu untuk kita akui besarnya sumbangan pertanian dan petani adalah lebih lebih lagi dalam untuk menjaga keterjaminan makanan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya bangkitkan di sini tentang situasi di kawasan di kawasan saya, akibat kekurangan air, air tak masuk ke dalam bendang tadi dari tadi rakan-rakan banyak cerita tentang pesawah padi. Begitu juga di Kampong Gajah, kawasan padi tak masuk bendang tanah bendang dan merekah dan sebagainya. Setiap hari kalau kita pergi di kedai isu inilah yang dibangkitkan. Pertama, mereka terpaksa pam untuk dapatkan air kalau ada air. Ada kawasan langsung tak ada air nak pam pun tak ada ayor. Jadi mereka bila nak pam guna diesel terpaksa beli ayor minyak. Sekarang minyak pun bukan senang nak dapat nak kena botol dan sebagainya minyak diesel lepas itu mahal. Bila mereka nak guna pam nak sewa pam orang ni tadi pun yang yang swasta yang swasta lah ataupun orang yang ada pam kita nak sewa kat dia, satu jam RM100. Jadi petani terpaksa korbankan RM100 untuk satu jam untuk nak penuh kawasan satu hektar tiga jam satu lot ada yang mereka ada yang empat ekar. Jadi habis untuk pam tu pun belum tentu lagi kalau ada kebocoran pada batas batas bendang habis ayor keluar, maka mereka terpaksa membelanjakan untuk pam nak masukkan air dalam bendang, dengan mana dengan dengan kadar yang cukup tinggi. Ada datang sehari habis RM700 tambah ayor duit pam RM700 duit pam ada yang sampai RM1400 bayau duit pam belum tentu mana air itu boleh duduk dalam bendang mereka tadi kerana kering keliling.

Jadi air itu akan meresap dengan dengan cepat. Maka ini beri kesan kepada petani. Saya kesian pada mereka dan kita kena akui bahawa mereka ini banyak membantu kerajaan banyak bantu kita walaupun dulu satu ketika mereka jadi beras import. Sekarang ni rasanya dah…dah elok kot perang, tapi tak berapa nak jumpa lah kan. Walaupun begitu, mereka cuba usaha, bahkan ada di antara mereka yang berhutang untuk satu musim sampai musim kedua hutang pada musim pertama tak dapat diselesaikan, umpamanya baru belanjakan duit untuk nak buat bendang ni tadi. RM8 ribu, RM9 ribu, RM10 ribu tapi bila dah potong dan hasil tak dapat. Tambah sekali tambah lagi yang yang kali ini, kerana air dengan bendang ni cukup. Kalau dema dah meracun mereka mesti masukan air tidak sambor tu akan timbul balik rumput akan naik balik. Jadi kita tak tahu bagaimana keadaan susahnya mereka ni sehinggakan petani dalam bendang ni dah berapa musim deroyan, dulu deroyan je orang masuk dalam kebun musim malam-malam nak ngutip doroyan, sekarang pesawah pun malam-malam pegi masuk dalam bendang kerana nak tengok pam tadi betul ke hidup lagi. Kadang-kadang dicurinya, pam tu pun dicuri. Kadang minyak pun hilang minyak diesel letak tepi lebuh. Jadi susah mereka dengan masanya dan sebagainya. Kerana apa saya nampak kerana memang kita akui kemarau dan ais yang air tadi ni dah surut yang perlunya kita kena fikirkan bagaimana kita nak kembalikan balik tersebut kalaulah kewajarannya untuk diadakan empangan supaya air itu naik boleh dimasuk balik dalam saluran saluran bendang.

Inilah nasib petani yang kita kata bahkan semua ini bila dalam keadaan kita tak salahkanlah kerajaan dalam kemarau tadi tapi cuba kita fikirkan supaya kerajaan memikirkan supaya air tidak dapat dengan apa cara kita dapat kepung air ni tadi. Petani yang saya bangkitkan tadi ni orang yang mengusahakan bendang tadi di Seberang Perak, Changkat Lada, Sungai Manik. Hampir 5,546 orang, ini seorang hak yang dia tanggung ni bini dia anak dan sebagainya tentulah memberikan kesan yang…yang…yang…yang cukup berat kepada mereka. Bahkan kalau tengok pada musim sudah potongan pada belian hampir 60% bakar lebih tapi tahun ini pula ada pula lagi masalah tentang penggunaan sewaan jentera-jentera meningkat hampir 100%. Maka Tok Kampung Gajah merayu agar pihak kerajaan boleh turun padang dan memikirkan solusi untuk membantu petani ni kerana kita bantu mereka mereka akan bantu kita.

Yang ketiganya kesan daripada kemorosotan air kegunaan domestik. Ia turut terganggu sekiranya kekurangan air ini berterusan. Sekali lagi saya tegaskan perlunya ada kajian perlunya ada tindakan segera bagi kita menghadapi isu ini. Yang kedua, tentang bangkitkan tentang nelayan, saya melihat tentang ekonomi biru merujuk kepada jawap…jawapan Exco mengenai nelayan. Pada soalan tambahan saya pada 11 September 2025. Tentang perwartaan lombong di Sungai Galah. Jawapannya sedang membuat semakan teknikal serta penilaian menyeluruh daripada aspek keselamatan kesesuaian tapak termasuk kualiti air dan kapasiti stok ikan. Kedua potensi sosio ekonomi khususnya untuk menjana pendapatan nelayan darat setempat. Ketiga impak terhadap alam sekitar dan komuniti sekitar. Jadi dengan jawapan ini, saya bangkitkan semula pada hari ini untuk saya mendapatkan jawapan dan penjelasan daripada Exco sendiri, adalah adakah penilaian sudah dijalankan? Kalau dah ada keputusan apakah keputusan? Kalau dah kalau tak lulus kawasan ini diwartakan tolong beri sebab apakah sebab dia tidak lulus. Kalau lulus bilakah ia akan dilaksanakan kerana saya melihat bila kita turun bersama dengan nelayan, kita tahu bagaimana mereka ini menghadapi untuk survival hidup mereka sendiri untuk terus mereka mencari nafaqah keluarga mereka melalui kegiatan nelayan menangkap ikan di kawasan lombon-lombong dan bila dapat kawasan kawasan perlombongan ini dah mula dicerobohi lagilah mendatangkan kesukaran kepada mereka? Mereka risau bimbang kalau kalau satu lagi satu masa nanti tak ada dah tempat depa nak depa nak mencari ikan kerana kawasan-kawasan lombong ni sudah sudah habis dicerobohi oleh orang orang yang kadang-kadang punyai kabel yang lebih besar dan sebagainya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, yang keduanya selalu saya bangkitkan. Kali ini saya bangkitkan sekali lagi dalam isu semasa kawasan saya iaitu tentang infrastruktur di RPT Changkat Lada, Bakar Arang dan Air Kuning. Mereka dah diberi lot rumah. Mereka ingin sangat nak buat rumah. Mereka tak ada tempat terpaksa menyewa dan sebagainya. Jadi mereka nak tempat berteduh. Jadi tolonglah, cubalah dapatkan selesaikan kalau dapat tahun ini 1 RPT Changkat Lada atau Bakar Arang, Air kuning atau Bukit Chawi dan saya bangkitkan juga untuk Bukit Chawi ni tadi diadakan satu jambatan yang melintasi ban IADA ni tadi untuk mereka boleh cross terus jambatan tadi menggunakan kereta. Sekarang ni yang ada motor. Kalau kereta tu pusing jauh dan jalan tak diselenggara. Manakala dapat dibuatkan betul-betul bagi mereka keselesaan kepada mereka yang duduk di tempat RPT Bukit Chawi. Timbalan Yang Di-Pertua, untuk dalam kawasan saya tadi baru dibangkitkan. Saya tak tahu Yang Berhormat Exco tahu atau tidak iaitu di kawasan Kampong Gajah ni dia ada tangki air LAP yang dah buat tangki air tersedia 23 tahun dulu. Tapi sekarang tak fungsi. Kawasan ini iaitu Kampung Sungai Durian, Kampung Sungai Rebana, Kampung Sarang Tiong Kampung Tapak Semenang. Memang ada tangki dan air tak naik ke tangki. Itu tak fungsi tadi dan kawasan ini memang selalunya berlakunya masalah-masalah air.

Jadi, saya berharap sangatlah kalau dapat YB Exco tahu apakah sebabnya tangki-tangki ini tidak berfungsi dan apakah tindakan yang diambil kalau memang tak fungsi, apa yang kita perlu buat dan harap tindakan ini dapat disegerakan diselesaikan supaya penduduk di situ dapat menikmati air bersih dengan yang sepatutnya? Nabi Sollallahu'alaihi wa sallam bersabda (hadith). Saya mengambil kesempatan dalam Dewan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Amirul Hafiz bin Omar orang Batu Kurau antara mangsa kemalangan penyebabnya pemandu mabuk iaitu berlaku pada 29 Mac 2026 di Jalan Raya Barat Klang. Bila Nabi sebut arak adalah ibu segala kejahatan. Mana arak adalah punca kepada segala kejahatan. Kalau kita lihat ini belum lagi kita. Saya bukan cerita dulu dalam bab agama. Agama kita dah tau dah agama Islam memang menolak. Bukannya jual arak, minum arak, tanam pokok untuk arak, yang merah untuk arak, beli, semua untuk arak adalah haram berdosa. Cuma kita tengok kesan buruknya daripada arak atau alkohol, dia boleh mendatangkan keganasan kerana pengambilan alkohol merosakkan akal kewarasan yang merupakan daripada maqasid Islam tadi letakkan akal di antara lima perkara yang perlu kita jaga.

Iaitu maka dengan rosaknya akal tadi akan bawa pergaduhan, kes bunuh, kes kemalangan jalan raya. Ini yang sepatutnya kita kena melihat perkara ini dengan lebih serius. Arak juga akan menyebabkan keganasan rumah tangga penderitaan fizikal, emosi terhadap pasangan dan juga anak-anak. Boleh membebankan ekonomi dan boleh bawa kemiskinan, merosakkan moral dan sosial dan juga beban sistem kesihatan, peningkatan penyakit kronik akibat daripada arak. Jadi cadangkanlah kepada kerajaan untuk mengambil berat perkara ini untuk meneliti dan membuat kajian serta bagi cadangan pada saya supaya perkara ini tidak terus merebak berleluasa maka kita boleh ambil untuk dikaji semula enakmen di Perak ini untuk cadangan jangka pendek, kita ketatkan lesen, bekukan lesen baru, atau jangka sederhananya, kita meningkatkan hukum denda dan penjara dan bayar pampasan atau tuntutan sivil. Untuk jangka panjang, luaskan pendidikan tentang bahayanya arak kerana kita tak boleh. Kalau tadi kita cerita bab plastik, plastik kita boleh haramkan pengunaan plastik dan ini bahayanya juga besar. Mudarat juga besar kepada masyarakat yang sepatutnya kita juga kena mengambil berat. Kena ambil teliti untuk menjadikan kalau boleh Perak ni bebas daripada arak kerana bukannya tentang agama Islam. Agama Islam dan tentulah. Tentulah saya pasti tak ada siapa pun yang bersetuju dengan masalah mudarat yang datang daripada punca arak ni.

Sebab tu (hadith) iaitu arak itu adalah punca kepada kejahatan-kejahatan. Jadi kita ingat, kalau dapat makna pihak kerajaan meneliti untuk mengadakan satu tentang tindakan undang-undang yang berat. Kita sedih bila tengok-tengok pula ada pula pemimpin-pemimpin yang mempertikaikan tentang apa yang sepatutnya dikenakan, dihukumkan kepada pemandu-pemandu mabuk tadi. Bukan sekali kita lihat kes yang menyebabkan 58 kes ni bukan orang tu je, yang meninggal tu je tapi dia ada anak, dia ada isteri, dia ada keluarga yang terkesan daripada sebab-sebabnya.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tinggal seminit sahaja.

Encik Zafarulazhan bin ZanPAS · PNKampong Gajah

Akhirnya, Kampong Gajah mengharapkan apa yang dibawa oleh Ahli Dewan Negeri tak kira pihak kerajaan mahupun daripada pembangkang untuk mendapatkan kemanfaatan bersama, untuk kebaikan bersama dan seperti mana rakan-rakan saya dari pembangkang. Kita bukan nak bangkang semua benda tapi benda yang baik kita setuju. Benda yang baik kita sokong. Kita setuju kita sama-sama untuk menjayakannya. Maka kami mengharapkan kerajaan ambil perhatian sepenuhnya apa yang kami bangkitkan. Apa yang kami suarakan untuk rakyat kita semua ada dalam negeri Perak. Insha-Allah, dengan ini Kampong Gajah menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Slim untuk memulakan perbahasan di persidangan.

Bismillahirohmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, seluruh Yang Berhormat Barisan Exco Kerajaan Negeri, rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat di peringkat pembangkang, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, petugas-petugas media, sidang hadirin dalam Dewan dan di atas talian yang dirahmati Allah Ta'ala sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah Taala, pencipta dan pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Menjunjung kasih Titah DiRaja, terlebih dahulu saya berdiri di Dewan yang mulia ini bagi mewakili suara rakyat di Dun Slim untuk menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas Titah DiRaja yang telah dizahirkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Dewan kali ini.

Titah baginda bukan sekadar rutin perlembagaan, malah merupakan satu suluh pedoman yang sarat dengan hikmah yang menuntut untuk kita sebagai wakil rakyat untuk bermuhasabah dan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala agenda peribadi mahupun politik kepartian. (Ayat Quran) Yang bermaksud kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan dan kelaparan, kekurangan harta jiwa dan buah buahan. Sampaikanlah Wahai Muhammad, khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan innalillahi wainna ilaihi rojiun. Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya hanya kepada-Nya kami akan kembali. Slim memulakan perbahasan pada hari ini dengan membaca petikan ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah berkenaan dengan ujian yang menimpa orang beriman sebagai tanda kasih sayang Allah Subhanahu Wata'ala dan meningkatkan keimanan juga khabar gembira kepada mereka yang sabar. Ujian 2026, apabila konflik baru di Asia Barat meletus antara Zionis Israel dan Iran juga melibatkan negara-negara teluk yang kaya energy di pesisir Teluk Persia. Kawasan ini merupakan pusat ekonomi penting minyak dan gas. Jangkaan konflik yang berterusan memberi kesan kepada ekonomi dunia, Slim menyokong penuh cadangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk mengadakan sidang khas melibatkan semua pihak sama ada kerajaan ataupun pembangkang dan pihak-pihak yang berkenaan untuk memikirkan solusi, memikirkan tentang bagaimana untuk kita menghadapi krisis ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri merekodkan peningkatan hasil 2026 merupakan peruntukan perbelanjaan yang tertinggi dalam sejarah negeri. RM145.5 juta bagi maksud mengurus dan pembangunan kutipan hasil 2025 mencecah RM1.5 bilion juga pelaburan negeri RM15.75 bilion bagi maksud yang pelbagai, Slim menyatakan bahawa rakyat sedang menunggu limpahan hasil mahsul sampai kepada mereka. Bantuan dan sumbangan mengurangkan keresahan rakyat dan rata-rata terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada hari ini.

Titah Tuanku kali ini menyentuh isu penting dalam negeri yang banyak berkaitan dengan ekonomi negara dan negeri, risiko konflik Asia Barat sehinggalah krisis tenaga dan perpaduan. Slim nak mengambil satu petikan dan Slim sangat teruja dengan apabila Titah Tuanku menzahirkan ucapan tahniah kepada kejayaan anak-anak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Gunung Besout 1 meraih tiga pingat emas dalam pertandingan robotik, pengatur, pengaturcaraan dan pemikiran pengiraan antarabangsa di Bangkok menjadi contoh cerita kejayaan yang dicapai. Jika peluang saksama diberi disediakan kepada rakyat di semua peringkat merentasi kawasan. Tahniah kita ucapkan kepada pihak pengurusan Felda juga kepada SK Seri Besout, ibu ayah, penaja dan murid-murid sekalian.

Seterusnya., Timbalan Yang…Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebelum saya melangkah lebih jauh dalam membahaskan perkara yang berkaitan, izinkan saya mengambil ruang untuk kita sama-sama soladariti dan menyokong yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh warga Slim dan seluruh rakyat kepada saudara-saudara kita yang sedang mendepani ujian yang amat dahsyat. Hari ini, hancurnya hati kita bila mana melihat ketidak adilan di Palestin yang terus dijajah, Gaza yang terus dikepung, Lubnan yang hari ini hancur, Iran yang menjadi mangsa serangan, Segala penindasan dan adalah manifestasi kezaliman pakatan penindasan Israel-Amerika Syarikat yang secara terang terangan mencabuli undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan sejagat. Dunia hari ini menyaksikan satu lagi episod hitam pada Februari ini yang baru-baru ini bila mana kita mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan pengecut oleh pakatan Israel-Amerika Syarikat ke atas Republik Iran. Ini bukan sekadar isu politik serantau, ini adalah jenayah terhadap kemanusiaan. Kita tidak boleh berdiam diri di atas kezaliman yang begitu nyata. Kita menuntut agar keadilan ditegakkan dan keganasan yang didalangi oleh kuasa besar ini dihentikan serta merta.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, apabila kita bercakap tentang keadilan di pentas dunia, kita juga mesti berani menyatakan keadilan dalam pembangunan di dalam negeri kita kerana akhirnya rakyat Slim dan di Daerah atau Parlimen Tanjong Malim tidak hanya melihat apa yang kita yang dikatakan di luar negara. Mereka akan, apa yang kita lakukan untuk mereka di dalam negeri ini. Yang pertama, projek Automotive High-Tech Valley yang telah diumumkan sebagai pemangkin ekonomi Negeri Perak tetapi hari ini saya ingin bertanya secara terus terang, berapakah hasil pelaburan yang benar-benar direalisasikan? Berapa ramai anak tempatan yang telah mendapat pekerjaan berkualiti? Di manakah limpahan ekonomi kepada peniaga kecil di Tanjong Malim dan Slim?

Jangan kita terlalu selesa dengan naratif pelancaran dan pengumuman sedangkan rakyat masih menunggu hasil yang nyata. Jika projek sebesar ini gagal memberi impak yang jelas, maka kita harus berani mengakui bahawa masalah bukan pada potensi tetapi pada pelaksanaan. Lebih membimbangkan, kita berhadapan dengan situasi di mana BYD di mana sedang mengkaji semula pelaburan kilang CKD mereka di Perak. Ini adalah red flag yang sangat jelas dan saya ingin menyatakan kepada Kerajaan Negeri apakah yang telah berlaku sehingga pelabur strategik mula ragu-ragu? Adakah dasar ini cukup kompetitif? Adakah kita terlalu birokratik sehingga melambatkan keputusan pelaburan dan saya lihat beberapa orang Adun juga bangkitkan perkara ini dan kerajaan perlu memberikan penjelasan kepada kita dan kita berada di sana melihat perjalanan sebelum ini di war-warkan ia adalah projek BYD, maka kita tahu dia sedang, sedang beroperasi. Itu rakyat, pandangan rakyat. Tapi sebenarnya ia tidak berlaku. Jadi, kita perlu beri penjelasan. Jika kita gagal mempertahankan pelaburan seperti BYD, maka kita sedang menghantar mesej kepada dunia bahawa Perak bukan lagi pilihan utama pelabur. Yang Berhormat Timbalan Speaker, rakyat di lapangan tidak bercakap tentang ekosistem ataupun strategik tetapi mereka bertanya perkara yang lebih asas, kerja ataupun tidak, pendapatan meningkat ataupun tidak, kos hidup terbantu atau tidak. Jika jawapan kepada soalan ini masih samar, maka pembangunan kita yang kita banggakan pada hari ini masih belum sampai kepada rakyat.

Yang Berhormat, Tronoh boleh? Terima kasih kepada Yang Berhormat Slim kerana memberi ruang. Jadi, saya memang kagum dengan apa yang dibangkitkan oleh Slim tadi berkenaan dengan syarikat, syarikat BYD yang sebelum ini mengatakan bahawa beliau, syarikat tersebut akan melabur di Negeri Perak ini tetapi baru-baru ini kita dapat melihat pelbagai tafsiran di mana syarikat BYD ini mungkin ok, mungkin tak akan melabur di Negeri Perak. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sekiranya BYD ingin balik ke Perak ini untuk melabur di Negeri Perak ini, adakah Yang Berhormat akan mengalu-alukan kedatangan BYD ini, terima kasih?

Ok itu terima kasih Tronoh. Sebagai rakyat Malaysia, kita mengalu-alukan pelaburan, kita mengalu-alukan peluang pekerjaan, kita mengalu-alukan apa juga impak yang baik kepada rakyat. Itu sebagai rakyat dan hadirin, hadirin-hadirat. Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin mendesak yang pertama laporan telus status sebenar AHTV yang dibentangkan di Dewan, penjelasan rasmi mengenai kedudukan pelaburan BYD, penambahbaikan segera dasar pelaburan negeri, pelan khusus untuk memastikan rakyat tempatan menjadi penerima manfaat semua.

Yang Berhormat Speaker seterusnya berkaitan dengan kenaikan diesel. Ramai dikalangan Ahli Yang Berhormat Sentuh. Cuma apa yang kita nak bawa pada hari ini adalah, ini bukan penyelaras biasa dan ini adalah kejutan ekonomi kepada rakyat. Kita yang pakai diesel memang sangat-sangat terasa sangat terasa kenaikan dan saya lihat di bawah pun ramai yang datang ke sidang Dun dah tak bawa kereta-kereta, 4X4 dan sebagainya kerana kenaikan kebanyakanlah. Jadi saya nak menyatakan subsidi bersasar. Harga bagi penerima bantuan Budi 95 kekal RM1.99 seliter. Bantuan tunai kerajaan dilaporkan telah meningkat bantuan Budi Diesel kepada RM400 itu kepada orang yang, itu yang disebut bersasar. Jadi Yang Berhormat saya tak dapat. Jadi kena tanggunglah kos tersebut. Kesan, kerajaan menyatakan bahawa langkah ini akan menjimatkan sekitar RM7 bilion setahun daripada subsidi. Tapi saya ingin bertanya…

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah.

Apakah makna penjimatan ini jika rakyat terpaksa membayar lebih setiap hari? Di atas kertas kerajaan jimat berbilion ringgit tetapi hakikatnya pekebun kecil hilang margin. Peniaga kecil terpaksa naikkan harga, rakyat biasa bayar lebih untuk makanan dan keperluan harian. Itu yang hakikat yang berlaku.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Mohon celah. Terima kasih Yang Berhormat. Adakah pandangan Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat juga setuju dengan subsidi sasar ini, RM1.99 sen seliter petrol dan juga kita naikkan subsidi dari RM300.00 ke RM400.00? Adakah ini adalah tindakan yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan?

Bila mana kita sebut kenaikan saya sebut untungnya pada kerajaan ada. Pergilah tanya mereka yang buka petrol…petrol pam berapa sehari mereka akan keluarkan kepada kerajaan. Kita yang bersasar ni kita tahu berapa ramai yang mengambil sasar ini berapa ramai yang akan mengambil Budi tersebut. Macam hari ini orang mainkan isu terpaksa bawa orang ke petrol-petrol pam untuk membawa ic dia. Maksudnya…

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

bagi petani-petani kecil, pekebun kecil, mereka juga boleh mohon extra untuk mesin-mesin di dalam kebun itu sebelum ini tidak boleh tapi sekarang boleh. Adakah ini tak baik?

Yang baik untuk rakyat kita setuju. Namun tetap ada kenaikan. Hari ini kalau tengok…..

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Boleh tak Yang Berhormat bagitau di mana dunia ini tak ada petrol naik harga?

Kita sebagai orang yang hari ini berkepentingan duduk di sini mengutarakan bahawa rakyat hari ini susah itu realiti.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Dia memang susah. Dia bukan satu sektor sahaja. Semua sektor terlibat.

…ni pengangkutan.

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

Tetapi dengan cara yang dilaksanakan oleh Persekutuan, Kerajaan Persekutuan tak adakah dia tidak baik,

Puan Wong May IngDAP · PHPantai Remis

…untuk kita menangani isu ini?

YB Slim Manjoi?

Slim boleh Manjoi sikit. Terima kasih Slim. Dalam…dalam fakta yang ada, kita boleh semak maklumat ini. Semua negara dalam dunia naikkan harga minyak yang disebut oleh sahabat saya tadi. Tapi bukan seluruh negara naikkan harga minyak. Arab Saudi, negara pengeluar minyak tak pernah naikkan harga minyak sejak krisis. Bahkan negara jiran kita Indonesia tidak menaikkan harga minyak sudah masuk minggu kelapan sejak krisis dua bulan yang lalu. Point di sini, kita tidak pertikai adanya keperluan naikkan harga minyak tetapi yang rakyat pertikai adalah jumlah kenaikan sehingga 136% terlalu tinggi. Kita hujah secara rasional disini. Harga di Singapore hanya naik sekitar 13% sebelum krisis dan selepas krisis. Australia yang naik Australia yang nak beli minyak dari Malaysia pun hanya naik 50 sen sahaja. Australia Dollar sekitar 29%. Di Thailand bukan…bukan negara pengeluar minyak, tapi diesel naik sekitar 40%. Kita negara pengeluar minyak tetapi diesel kita naik mencanak tinggi. Itu point yang…yang jika dibahaskan di sini. Cuma yang kita nak bincang di sini ialah yang disebut oleh Slim tadi ialah tentang kos sara hidup rakyat dan rakyat hari ini marah bukan…bukanlah disebabkan krisis global. Tapi rakyat nak formula yang pernah dinyatakan dulu yang pernah dijanjikan dulu yang tidak berlaku di zaman ini. Sebab itu, rakyat marah. Orang muda lagilah marah isu ini. Sebab itulah saya menyokong apa yang Slim sebut dan kita kena tengok data negara lain jugak, bukan hanya negara kita sahaja dan Malaysia naik begitu tinggi dan sangat membebankan rakyat kita. Terima kasih.

Terima kasih Manjoi, terima kasih juga Pantai Remis. Seterusnya saya nak menyebut bahawa apabila naiknya diesel, ia akan menaikkan kos pengangkutan kes, kos logistik melonjak, harga barang naik secara berantai. Itu hakikatnya kalau peladang-peladang yang mengeluarkan buah dalam kebun. Kalau sebelum ni per tan, RM55.00 dan hari ni telah naik RM10.00. Rakyat call kita tanya kita kenapa naik? Bukannya angkat 1 tan, angkat bertan-tan. Sekurang-kurangnya kalau lori 3 tan itu penuh lori 3 tan. Nak menunjukkan kos ini tetap ada kesan berantai kepada rakyat. Seterusnya saya tutup untuk berkaitan dengan ini saya harapkan isu ini jika tidak ditangani, ia akan menyebabkan kesan yang lebih parah.

Seterusnya berkaitan dengan Titah Tuanku berkaitan Ekonomi Biru ialah model ekonomi yang amat menitik beratkan penggunaan sumber laut pesisir dan air tawar secara lestari untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan pekerjaan sambil memelihara kesihatan ekosistem. Kita sering berbicara tentang sektor perikanan negara, namun realitinya nelayan darat seolah-olah berada di pinggiran perhatian. Mereka bukan sekadar menangkap ikan, mereka menyumbang kepada keterjaminan makanan, ekonomi setempat dan keseimbangan ekosistem air tawar. Slim menerima aduan daripada NGO yang aktif di daerah Muallim seperti Pertubuhan Pencinta Sahabat Sungai Daerah Muallim. Apabila sungai dicemari dengan sampah sarap, pemasangan belat dan ambai dan sebagainya. Pencemaran sungai yang membimbangkan sungai bukan sekadar aliran air. Ia adalah sumber rezeki. Namun hari ini sungai-sungai yang menjadi kehidupan nelayan darat semakin tercemar akibat pertanian, sisa ternakan dan pembangunan, pencemaran air memberikan kesan buruk kepada ekosistem dan kesihatan setempat. Maka saya ingin bertanya sejauh mana pemantauan yang dilakukan? Adakah tindakan tegas dikenakan kepada pihak yang mencemarkan sumber air ini dan NGO melaporkan bahawa ada bersama dengan mereka agensi turun. Kebetulan di sebelah Muallim ini sempadan di antara Hulu Selangor dan Perak.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tinggal seminit sahaja.

Jadi perlu kepada perhatian yang lebih. Mungkin kerana ada dua negeri di hujung dalam sungai tersebut. Jadi perlu kepada kerjasama di antara dua negeri Perak dan Selangor dan seterusnya mohon untuk Timbalan Speaker ada beberapa saya sebut secara umum.

Timbalan Yang di-Pertua

Saya bagi dua minit. Sila masuk perenggan terakhir.

Kinta lebih-lebih tu. Titah Tuanku menekankan berkaitan dengan alam sekitar. Hari ini Slim menerima aduan daripada NGO dan beberapa badan tentang rakyat yang prihatin dan komited menjaga alam sekitar. Berkaitan dengan isu bantahan terhadap pembinaan ladang ternakan ayam yang berskala besar yang hari ini banyak yang melibatkan Kampung Kuala Slim, Kampung Orang Asli Sungai Teras, Felda Laluan Felda Gunung Besout, Kampung Alah Batu Selangor, SKC Selangor. Ia di sana bila mana tertubuhnya atau terbinanya sebuah ladang ternakan yang berskala besar, yang dimaklumkan bahawa telah mendapat (KM) Kebenaran Merancang yang telah diluluskan oleh Plan Malaysia yang kita tidak tahu adakah ada AIS ataupun SIA Social Impact ataupun Analysis Impact yang ia melibatkan rakyat setempat. Saya rasa ia perlu diberi perhatian oleh Kerajaan pada hari ini saya membawa suara rakyat yang telah berdemo yang telah protes, tak puas hati dan saya mohon perkara ini diberi perhatian supaya dibawa semula dan dipertimbangkan untuk memberhentikan projek ini kerana rakyat tidak bersetuju.

Jadi ini saya lihat Slim mengharapkan Kerajaan Negeri beri perhatian dengan membuat kajian SIA, Penilaian Impak Sosial agar mendengar luahan dan kemenangan rakyat dan secara umum saya sebut di dalam Dun Slim banyak sangat perumahan atau pembinaan di dalam Dun Slim. Yang pertama di bawah Felda yang hari ni saya dah bawa dah kan, bila mana status tanah tak jelas kita bawa untuk menyelesaikan premium dan hari ini saya perlu kita perlukan agensi membantu untuk meluluskan rumah tersebut yang belasan tahun terbengkalai. Saya harapkan perlu bantuan dalam menyelesaikan 102 buah unit perumahan ini dan ada lagi Perumahan Perakku sebanyak 60 buah di Trolak pekan yang baru ada 81% sangat lambat dari sudut nak menyiapkannya. Banyak lagi perumahan-perumahan yang dibina di Dun Slim. Saya harapkan ada perhatian daripada pihak-pihak yang berkenaan agar melihat projek-projek ini diselesaikan kerana terlalu lama. Rumah dah makin rosak.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat?

Bagaimana untuk diserahkan kepada rakyat? Ok, saya nak menutup zaman Perdana Menteri Dato’ Najib pernah mengumumkan membenarkan untuk generasi membina rumah di rumah ibu ayah mereka di Felda tetapi bila mana hari ini ramai anakKanak yang membina rumah di sekitar atau di sekeliling rumah ayah mereka tapi tidak dibenarkan masuk elektrik, bekalan elektrik dan air yang menyebabkan banyak rumah yang terbina tetapi tidak ada air dan tidak ada elektrik. Maka saya harapkan pihak kerajaan untuk memikirkan berbincang untuk membawa di peringkat Federal untuk dibincangkan dan dibenarkan mereka kerana keutamaannya adalah keselamatan. Bimbang bila berlaku wayar di tarik wayar disambung yang menyebabkan pintas wayar tersebut menyebabkan berlaku kebakaran di dalam Felda itu yang saya sangat bimbang. Saya harap perkara ini diselesaikan dan terakhir saya nak sebut, kita telah membuat satu kajian… Timbalan Speaker, berkaitan dengan laluan komuter di antara Bandar Tanjong Malim dan Ipoh. Dapatan yang kita lihat 42.1% daripada jumlah responden yang mahu Tren Komuter ini daripada Bandar Ipoh ke Tanjong Malim sangat membantu banyak pihak. Jadi sekadar itu saja SLIM menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Menglembu memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Terima kasih Timbalan Yang Di-Pertua. Selamat Petang dan Salam Sejahtera, saya ucapkan kepada Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang berada di dalam Dewan yang mulia ini dan tidak lupa juga ketua-ketua jabatan, rakan-rakan media, pemerhati-pemerhati dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada Menglembu dengan mengizinkan saya untuk menjunjung kasih atas Titah Tuanku sempena Perasmian Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak dan menyertai sesi perbahasan dalam Rersidangan Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang Kelima Belas pada dua hari yang lalu. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan yang mulia ini.

Negara kita pada waktu ini sedang dalam berdepan dengan cabaran yang amat besar dan luar biasa. Kita tidak bercakap tentang satu tekanan yang kecil atau terpisah tetapi kita sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran yang berlaku secara serentak iaitu ketidaktentuan ekonomi global, kenaikan kos sara hidup, gangguan rantaian bekalan, tekanan harga makanan dan tenaga, ketegangan geopolitik serta peperangan yang berterusan di Asia Barat. Dalam keadaan seperti ini, rakyat tidak memerlukan politik yang bising tetapi kosong. Rakyat tidak memerlukan pihak yang hanya tahu menunding jari tanpa membawa jalan keluar. Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, tenang, mantap, berdisiplin, berprinsip dan tahu membezakan antara retorik politik dengan tanggungjawab mentadbir. Dalam suasana yang sukar ini pendekatan Kerajaan MADANI adalah pendekatan yang tepat iaitu pendekatan yang mengekalkan kestabilan, keprihatinan, pembaharuan dasar dan keberanian membuat keputusan demi kepentingan rakyat dan negara.

Timbalan Yang di-Pertua, tidak boleh dinafikan bahawa dunia hari ini belum benar-benar pulih daripada pelbagai kejutan besar sejak beberapa tahun lalu. Selepas pandemik, dunia dikejutkan pula dengan gangguan perdagangan antarabangsa, turun naik harga komoditi, inflasi import, ketidaktentuan harga tenaga dan konflik geopolitik yang terus menjejaskan keyakinan pasaran global. Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka, sudah tentu tidak dapat lari daripada tempias semua ini. Apabila pelbagai kos dipengaruhi oleh krisis global yang tidak tentu. Maka kesannya akan sampai juga ke peringkat rakyat. Namun begitu, apa yang membezakan kerajaan yang bertanggungjawab dengan pihak yang hanya tahu bercakap dari luar pagar ialah kesanggupan untuk bertindak secara realistik, menyeluruh dan berasaskan keutamaan rakyat. Kerajaan MADANI memilih pendekatan yang lebih jujur dan bertanggungjawab. Kerajaan bukan sahaja menumpukan kepada kestabilan makro-ekonomi tetapi juga memberi perhatian kepada perlindungan rakyat. Ini penting kerana menghadapi krisis global tidak cukup dengan langkah sementara. Kita tidak boleh sekadar memadam api hari ini tetapi membiarkan bara terus menyala di bawah. Kita mesti membantu rakyat bagi jangka pendek tetapi pada masa yang sama kita membina asas ekonomi negara yang lebih kuat untuk jangka panjang.

Timbalan Yang di-Pertua, apabila kita membincangkan soal tekanan, kos sara hidup dan krisis tenaga global, kita juga wajar berlaku adil dengan mengiktiraf langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan MADANI untuk melindungi rakyat. Walaupun kerajaan sedang berdepan tekanan fiskal yang besar, kerajaan tetap berusaha memastikan bantuan disalurkan secara lebih tersusun dan lebih bersasar. Dalam konteks ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana masih meneruskan pendekatan subsidi bersasar melalui BUDI yang membolehkan rakyat yang layak terus menikmati harga minyak pada kadar RM1.99. Ini menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI bukan sahaja memahami keresahan rakyat tetapi juga berusaha mencari jalan supaya bantuan dapat sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, langkah seperti ini amat penting supaya beban rakyat dapat diringankan khususnya bagi mereka yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari rezeki berniaga, bekerja dan mengurus kehidupan seharian. Pendekatan ini juga membuktikan bahawa kerajaan tidak mengambil jalan mudah. Kerajaan cuba mengimbangi antara keperluan membantu rakyat dengan tanggungjawab mengurus kewangan negara secara berhemah. Inilah perbezaan antara dasar yang bertanggungjawab dengan retorik politik yang hanya sedap didengar tetapi sukar dilaksanakan.

Timbalan Yang di-Pertua, pada masa yang sama kita juga tidak boleh menutup mata terhadap apa yang sedang berlaku di Asia Barat. Peperangan yang berterusan di rantau itu bukan sekadar isu luar negara yang jauh daripada kita. Ia adalah krisis kepada semua insan seluruh dunia. Dalam soal krisis ini, kerajaan melihat isu ini dengan penuh tanggungjawab dari sudut kepentingan negara. Peperangan di Asia Barat boleh memberi kesan kepada harga minyak, sentimen pasaran, aliran perdagangan, kos import dan akhirnya tekanan ke atas hidup rakyat. Maka kerajaan perlu seimbang iaitu tegas dari segi prinsip kemanusiaan dan cermat dari sudut pengurusan ekonomi serta diplomasi. Dalam keadaan yang sukar ini, saya berpandangan semua pihak sepatutnya menunjukkan kematangan politik yang lebih tinggi.

Dalam demokrasi, teguran itu penting. Semak dan imbang itu pun perlu. Tidak ada siapa yang menolak hak pembangkang untuk menegur kerajaan tetapi masalahnya ialah terlalu kerap kita melihat ada pihak tertentu yang memilih jalan yang paling mudah iaitu menjadikan setiap keresahan rakyat sebagai modal politik tanpa kesediaan untuk membawa cadangan yang benar-benar boleh dilaksanakan. Pihak-pihak tertentu bercakap seolah-olah semua masalah boleh diselesaikan hanya dengan menunding jari kepada kerajaan. Bila harga barang naik, mereka menyalahkan kerajaan. Bila dunia bergolak, mereka menyalahkan kerajaan. Bila rakyat susah, mereka tampil dengan nada marah seolah-olah merekalah satu-satunya pihak yang prihatin tetapi apabila kita minta mereka bentangkan formula, bentangkan strategi, bentangkan pelan tindakan tiba-tiba mereka hilang arah. Apakah pendekatan fiskal mereka? Apakah mekanisme bantuan mereka? Bagaimana mereka mahu menampung beban subsidi? Bagaimana mereka mahu menstabilkan harga tanpa menjejaskan kedudukan kewangan negara? Bagaimana mereka mahu membantu peniaga, petani, pekerja dan isi rumah dalam suasana yang tidak menentu ini? Semua ini memerlukan dasar. Semua ini memerlukan keupayaan mentadbir. Semua ini memerlukan keberanian membuat keputusan yang kadang kala sukar. Ada pihak-pihak tertentu yang kuat mengkritik tetapi lemah menawarkan penyelesaian. Mereka gemar membina persepsi tetapi tidak mahu membina dasar. Mereka mahu dilihat sebagai alternatif tetapi belum mampu membuktikan kematangan sebagai pentadbir.

Timbalan Yang di-Pertua, rakyat hari ini semakin matang. Rakyat tidak lagi mudah terpesona dengan retorik semata-mata. Rakyat melihat sesiapa yang benar-benar bekerja. Rakyat menilai siapa yang sanggup memikul tanggungjawab dan siapa yang sekadar menunggu kesilapan orang lain untuk dijadikan bahan serangan. Dalam isu sebesar krisis global dan peperangan Asia Barat, rakyat perlukan kepimpinan yang tenang, berfikir panjang dan berorientasikan penyelesaian. Malangnya, sebahagian pihak pihak tertentu masih terperangkap dalam politik lama. Mereka sepatutnya membawa cadangan bernas. Mereka sepatutnya menyumbang idea yang praktikal, tetapi apa yang terlalu kerap berlaku ialah mereka lebih gemar meniup keresahan daripada meredakan kegelisahan. Lebih suka memperbesarkan masalah daripada membantu mencari jalan keluar. Sebab itu saya ingin tegaskan bahawa politik yang hanya pandai "menangguk di air keruh" bukanlah politik yang akan menyelamatkan rakyat. Dalam waktu susah rakyat perlukan penyelesaian bukan lakonan simpati. Rakyat perlukan dasar bukan drama. Rakyat perlukan kepimpinan bukan sekadar suara yang kuat tetapi kosong isi.

Timbalan Yang di-Pertua, izinkan saya mengemukakan beberapa cadangan yang saya fikir wajar dipertimbangkan untuk memperkukuhkan lagi usaha Kerajaan MADANI dalam menghadapi cabaran semasa. Pertama, kerajaan perlu teras terus memperkukuhkan agenda keterjaminan makanan negara. Krisis global Telah membuktikan bahawa soal makanan bukan lagi soal bukan lagi isu sampingan. Ia adalah isu keselamatan negara apabila tenaga terganggu logistik terganggu. Apabila logistik terganggu, bekalan makanan menjadi terjejas. Apabila bekalan terjejas, harga naik dan rakyat menanggung kesannya. Oleh itu, kerajaan perlu terus memperkukuh pengeluaran makanan domestic, menyokong petani, pesawah, penternak dan pengusaha tempatan memperluaskan penggunaan teknologi pertanian moden…

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Menglembu.

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

…dan menambah baik sistem pengeluaran supaya bekalan sampai kepada rakyat dan lebih stabil.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Menglembu. Sikit je. Ok bila sebut tentang keterjaminan makanan itu setujukah Menglembu dengan saya bahawa pesawah petani macam kawasan saya mereka sediakan makanan. Mereka terlibat dalam menjamin sekuriti makanan. Tapi pada masa yang sama idea-idea yang kita lemparkan supaya mereka diperkasakan. Selain dia orang menjamin sekuriti makanan, mereka juga mesti ada makanan atas meja dia orang. Jadi saya rasa idea ini bukan idea kosong kot. Setuju tak dengan saya?

Encik Chaw Kam FoonDAP · PHMenglembu

Err. Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju. Saya rasa sekiranya cadangan-cadangan bernas yang disampaikan oleh pihak Yang Berhormat, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan dengan penuh penuh keyakinan dan juga sokongan sekiranya cadangan itu bernas. Timbalan Yang di-Pertua, kerajaan perlu terus memperkukuhkan pengeluaran makanan domestik dan kita tidak boleh terlalu selesa bergantung kepada import dan perkara yang melibatkan keperluan asas rakyat. Negara yang benar-benar berdaya tahan iaitu negara yang mampu memperkukuhkan perut rakyatnya sendiri. Yang kedua, kerajaan perlu memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial yang lebih pintar, cepat dan bersasar. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu bantuan yang baik bukan sahaja terletak pada jumlahnya tetapi pada ketetapan dan kelajuan penyampaiannya. Data antara agensi perlu lebih terselaras, proses permohonan mesti dipermudahkan. Rakyat yang benar-benar memerlukan tidak boleh dibiarkan terperangkap dalam birokrasi yang panjang. Golongan B40 miskin bandar, ibu tunggal, warga emas dan keluarga berpendapatan sederhana perlu diberi perhatian yang lebih menyeluruh.

Yang ketiga, kerajaan perlu mempercepatkan reformasi ekonomi dengan memberi tumpuan kepada sektor masa hadapan. Kita perlu memperkukuhkan sektor bernilai tinggi seperti ekonomi digital, automasi, teknologi hijau, tenaga boleh baharu, logistik pintar dan industri yang mampu mencipta pekerjaan yang lebih berkualiti. Kita tidak boleh hanya berbangga dengan potensi dan ia mesti diterjemahkan kepada peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan dan nilai tambah kepada ekonomi negara. Untuk itu, pelaburan, bakat, pendidikan dan kecekapan pentadbiran mesti bergerak seiring. Yang keempat, kerajaan perlu memperbaiki komunikasi awam supaya lebih jelas lebih dekat dengan rakyat dan lebih meyakinkan. Kadang-kadang dasar yang baik gagal difahami rakyat kerana penerangannya yang tidak sampai. Dalam dunia maklumat yang bergerak pantas, kekeliruan akan cepat merebak jika ruang itu tidak diisi dengan penjelasan yang terang, jujur dan konsisten.

Timbalan Yang di-Pertua di peringkat negeri pula kita juga tidak boleh mengambil pendekatan pasif memandangkan krisis tenaga global semakin meruncing. Selain daripada usaha besar Kerajaan Persekutuan yang menanggung kira-kira RM7 bilion subsidi petrol dan diesel setiap bulan. Kerajaan Negeri juga perlu mengambil langkah sediakan payung sebelum hujan seperti yang dicadangkan oleh YB yang Berhormat Kepayang pada hari pertama sidang kali ini berlangsung. Kita tidak boleh hanya berharap bahawa segala tekanan ini akan reda dengan sendirinya. Kerajaan Negeri membaca perlu membaca keadaan lebih awal dan bertindak sebelum kesannya menjadi lebih berat kepada rakyat. Sebab itu, saya juga setuju dengan bahawa sudah sampai masanya untuk dipertimbangkan secara serius satu sidang khas belanjawan tambahan perlu dipanggil dalam kadar yang segera yang memberi fokus kepada tiga aspek utama iaitu keterjaminan makanan, bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana dan juga kebajikan rakyat B40 dan M40. Keterjaminan makanan di peringkat negeri perlu diberi perhatian yang bersungguh-sungguh. Negeri Perak mempunyai kelebihan dari sudut dari sudut tanah, sumber pertanian dan keupayaan pengeluaran. Maka kita mesti menggunakan kekuatan ini untuk memperkukuhkan bekalan makanan tempatan, menstabilkan rantaian pengedaran dan mengurangkan risiko kenaikan harga yang melampau kepada rakyat.

Selain itu, bantuan kepada perusahaan industri kecil dan sederhana juga perlu menjadi agenda yang nyata. Mereka merupakan nadi penting ekonomi tempatan. Mereka menyediakan pekerjaan menggerakkan ekonomi daerah dan juga menjadi penyokong utama aktiviti akar umbi dalam usaha kos tenaga dan bahan mentah yang meningkat. Mereka antara yang paling awal menerima tekanan. Jika mereka tidak dibantu, maka yang terjejas bukan sahaja perniagaan mereka tetapi juga pekerja, keluarga dan juga keseluruhan ekosistem ekonomi setempat. Balik kepada asas kebajikan rakyat B40 dan M40 mesti diperkukuhkan juga. Kita tidak boleh lihat tekanan hidup hari ini hanya sebagai masalah golongan miskin semata-mata. Hakikatnya, ramai juga dalam kalangan M40 yang semakin sempit semakin tertekan dan semakin sukar khususnya dalam krisis global yang sedang berlangsung sekarang. Maka kerajaan perlu lebih memastikan sebarang bantuan tambahan benar-benar mengambil kira realiti ini.

Timbalan Yang di-Pertua, lebih penting lagi belanjawan berlebihan yang dicatatkan oleh negeri Perak selama empat tahun berturut-turut wajib dimanfaatkan untuk membantu rakyat terutamanya ketika negara sedang dilanda krisis tenaga global. Lebihan itu mesti diterjemahkan menjadi kelegaan kepada rakyat. Inilah masa untuk Kerajaan Negeri menggunakan kekuatan fizikalnya secara berhemah. Selain berbelanja secara munasabah kita juga perlu bertindak secara strategik. Bukan membazir tetapi melindungi. Bukan menunggu keadaan menjadi lebih parah tetapi bertindak sebelum rakyat tenggelam dalam beban yang lebih berat. Negeri yang baik bukannya negeri yang hanya pandai menyimpan tetapi negeri yang tahu bila masanya untuk menggunakan kekuatan yang ada demi kepentingan rakyat. Dan pada hemat saya, inilah masanya dan cabaran yang sedang kita hadapi sekarang bukan cabaran kecil. Krisis global khususnya ketidaktentuan tenaga dan peperangan di Asia Barat memerlukan sebuah negara yang stabil sebuah kerajaan yang berfungsi dan kepimpinan yang sanggup membuat keputusan. Saya tidak kata kerajaan yang kita ada sekarang sangat sempurna dan juga sudah tentu masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Sudah tentu sentiasa ada ruang untuk diperkemaskan tetapi sekurang-kurangnya kerajaan hari ini sedang bergerak di atas landasan yang betul dan asas yang jelas.

Sebaliknya, pihak-pihak tertentu perlu berhenti daripada politik yang hanya hidup atas kemarahan rakyat tetapi miskin cadangan. Jika mereka benar-benar mahu dilihat relevan, maka bawalah idea bentangkan pelan tunjukkan keupayaan mentadbir. Jangan sekadar pandai mengkritik ketika orang lain sedang memikul beban mentadbir negara. Timbalan Yang di-Pertua, rakyat semakin bijak menilai dalam waktu susah seperti ini. Saya percaya rakyat akan berpihak kepada mereka yang benar-benar bekerja. Rakyat akan menilai siapa yang betul-betul membawa penyelesaian apabila negara menghadapi krisis. Marilah kita sama-sama memperkukuhkan usaha yang baik, menambah baik apa yang kurang dan memastikan negeri serta negara kita terus berdiri teguh dalam menghadapi pelbagai cabaran. Dengan ini, Menglembu menyokong sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Menglembu. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Pengkalan Hulu untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kota Tampan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Gunong Semanggol, barisan Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri, rakan-rakan Ahli Dewan Negeri Perak, yang dikasihi, rakan-rakan rakan-rakan media seterusnya, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan persekutuan dan negeri serta seluruh rakyat negeri Perak yang menyaksikan sidang hari ini dan tidak lupa juga kepada khususnya rakyat di Dun Pengkalan Hulu yang disayangi. Timbalan Yang di-Pertua, patik merafak sembah menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas Titah Diraja sempena pembukaan rasmi Dewan Negeri Perak di tahun 2026. Patik menjunjung kasih atas Titah Tuanku yang menekankan keperluan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat serta pemeliharaan alam sekitar.

Pengkalan Hulu ingin menyatakan solidariti dan sokongan kepada rakyat yang ditindas dan dizalimi di Palestin yang dijajah, Gaza yang dikepung, Lubnan yang hancur dan Iran yang diserang oleh Pakatan Penindas Israel, Amerika Syarikat. Pengkalan Hulu juga mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Republik Islam Iran pada 28 Februari yang lalu, yang mana menyebabkan kematian lebih 1500 orang termasuk 165 orang pelajar perempuan di Mina. Timbalan Yang di-Pertua, sebagai wakil rakyat di blok pembangkang, Pengkalan Hulu mengambil pendekatan menyokong dasar yang baik, menegur kelemahan yang wujud dan mencadangkan penambah baikan yang realistik serta belum dilaksanakan secara menyeluruh oleh pihak kerajaan. Menurut Bank Negara Malaysia, pertumbuhan ekonomi Malaysia diunjurkan sekitar 4% hingga 5% manakala Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan kos sara hidup masih menjadi kebimbangan utama rakyat lebih-lebih lagi rakyat di negeri Perak. Isu sebenarnya adalah ekonomi masih berasaskan aktiviti premier. Yang ini dikhususkan kepada Dun saya di Dun Pengkalan Hulu khususnya adalah kurang industri bernilai tinggi.

Yang ketiga adalah penghijrahan tenaga muda berterusan dan apa yang dapat Pengkalan Hulu nyatakan berkenaan dengan kelemahan dasar semasa. Walaupun terdapat pelan pembangunan negeri, belum ada pendekatan khusus yang benar-benar memanfaatkan kedudukan sempadan Pengkalan Hulu secara strategik. Alhamdulillah, tahun lalu diluluskan satu peruntukan lebih kurang RM200 juta untuk pembinaan semula Kompleks ICQS Bukit Berapit yang baru-baru ini, hari Ahad lepas, baru lagi, Menteri Dalam Negeri buat lawatan menaiki helikopter ke sempadan Pengkalan Hulu-Thailand atau Malaysia-Thailand. Terima kasih. Pengkalan Hulu memberi penghargaan atas lawatan tersebut walaupun Pengkalan Hulu tidak dijemput bersama dalam lawatan tersebut. Mungkin kosnya mahal naik helikopter. Jadi cadangan dari Pengkalan Hulu, cadangan baharu yang masih belum dilaksanakan secara menyeluruh oleh pihak Kerajaan Negeri. Yang pertama adalah Zon Perdagangan Mikro Rentas Sempadan ataupun Micro Cross Border Trade Zone, dengan izin yang mana akan membenarkan peniaga kecil di Pengkalan Hulu menjalankan perdagangan sah berskala kecil dengan peniaga Thailand. Umumnya, kita tahu sempadan di setiap negara ataupun di setiap negeri ada aktiviti perniagaan kecil di antara kedua-dua sempadan ini.

Contohnya di Pengkalan Hulu. Kalau dulunya ada gerai sempadan yang mana aktiviti ekonominya melibatkan peniaga-peniaga kecil sebahagiannya daripada Pengkalan Hulu dan juga sebahagiannya daripada negara sebelah Thailand dan model ini belum dilaksanakan secara formal di Pengkalan Hulu. Di Pengkalan Hulu satu ketika dulu kalau orang datang, kalau tuan-tuan, hadirin hadirat yang datang ke sana, yang pergi ke sana, pengunjung yang datang Pengkalan Hulu ni, tiada tempat lain lah yang akan dituju ialah di gerai ataupun bazar sempadan dan seterusnya adalah Skim Inkubator Agro Hutan ataupun Forest Based Enterprise Incubator dengan izin, yang mana cadangan ini boleh membangunkan produk hiliran seperti minyak herba, madu hutan dan hasil kayu ataupun bukan kayu. Ianya memberi nilai tambah kepada sumber tempatan yang ada dan yang ketiga, Dana Padanan Belia Desa atau Rural Youth Matching Grant dengan izin, kerajaan boleh padankan pelaburan belia dalam perniagaan tempatan terutamanya IKS (Industri Kecil Sederhana). Tanpa pendekatan baharu ini, ekonomi sempadan akan terus berada pada tahap sederhana dan tidak berdaya saing seperti mana di sempadan-sempadan lain lah. Kita boleh lihat sempadan Bukit Kayu Hitam, Padang Besar termasuk juga di Bukit Bunga. Tapi Pengkalan Hulu suram lah daripada seperti mana yang aktiviti ekonomi yang berlaku di sempadan-sempadan lain. Seterusnya berkenaan dengan pengukuhan infrastruktur digital.

Timbalan Yang di-Pertua, Program JENDELA melaporkan liputan 4G melebihi 96% kawasan berpenduduk. Bermakna belum capai 99 mahupun 100%, namun ukuran liputan ini tidak mengambil kira kestabilan rangkaian, pengalaman pengguna sebenar, keupayaan pengguna digital. Jurang sebenar kualiti digital tersebut, makna kualiti capaian. Kualiti capaian internet. Bukan sekadar kita memasang menara Telco dan masalah liputan internet di kawasan tersebut selesai. Di Pengkalan Hulu juga baru-baru ini, berlakulah masalah gangguan talian internet yang boleh saya khususkan di Dun Pengkalan Hulu terutamanya di Mukim Kerunai yang melibatkan beberapa buah kampung antaranya kampung yang sering sangat berlaku gangguan internet ini, Kampung Pahit Dalam. Nama pun dalam pahit dalam. Jauh jaraknya ke dalam lebih kurang dalam 20 minit, 15 minit guna mini tar. Sering berlaku masalah dan sering kali saya bawa dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah dan aduan ini memang boleh katakan tiap-tiap bulan ada. Jadi, saya minta lah mohon perhatian Yang Berhormat Exco Komunikasi untuk…mungkin boleh lagi sekali turun ke Dun Pengkalan Hulu melihat masalah ini. Antara jurang kualiti digital yang boleh saya sebutkan.

Yang pertama adalah Indeks Kualiti Internet Luar Bandar Negeri. Audit bebas berasaskan kelajuan sebenar atau latensi dan kestabilan belum dilaksanakan di peringkat negeri. Ini antara cadangan yang boleh saya ketengahkan dalam Dewan yang mulia ini. Seterusnya Program Satu Kampung Satu Server yang mana boleh menyimpan data tempatan ataupun akses yang lebih pantas bagi sekolah dan pejabat kerajaan. Kemungkinan mungkin ada program ini tapi belum menyeluruh khususnya di kawasan saya di Dun saya di Dun Pengkalan Hulu. Seterusnya, saya mencadangkan juga Pasukan Sukarelawan Digital Desa ataupun Digital Ranger. Yang mana kita boleh melatih anak muda dan belia tempatan sebagai fasilitator teknologi. Pendigitalan tanpa kualiti hanya akan mewujudkan ilusi kemajuan bukan perubahan sebenar. Jadi, mohonlah Yang Berhormat Exco Komunikasi untuk menilai, menimbang cadangan-cadangan tersebut supaya kita dapat tingkatkan, orang kata pencapaian internet di kawasan khususnya di kawasan luar bandar. khususnya berkenaan dengan keselamatan Lebuh Raya Timur Barat. Walaupun ianya di luar kawasan Pengkalan Hulu, tapi ia berada di daerah Hulu Perak, daerah yang saya sayangi.

Timbalan Yang di-Pertua, Pengkalan Hulu bersetuju dan menyokong berkaitan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bota iaitu penubuhan satu pusat trauma kecemasan berhampiran Koridor Gerik Hulu Perak yang mana Pengkalan Hulu percaya ia akan membantu banyak pihak bagi menguruskan bila berlaku satu-satu insiden di daerah Hulu Perak dan juga Pengkalan Hulu juga ingin sekali lagi ingin mencadangkan supaya diwujudkan pasukan keselamatan bersepadu atau pun Fast Response Team di Jalan Raya Timur Barat yang mana boleh ditempatkan di Jeti Awam Pulau Banding. Ianya adalah untuk memudahkan operasi menyelamat sepanjang laluan tersebut seperti mana peristiwa yang berlaku insiden kemalangan bas pelajar UPSI yang mengorbankan 15 nyawa yang lalu. Jadi bila adanya Fast Response Team ni bantuan jeti keselamatan boleh dipercepatkan. Untuk makluman untuk rekod juga saya dimaklumkan ambulan yang…yang digunakan termasuk termasuk daripada Hospital Baling dipanggil untuk membantu kerana hospital di Gerik tak cukup untuk menampung jumlah mangsa yang ramai. Apa pun saya ucapkan tahniahlah kepada agensi keselamatan PDRM, Bomba, APM dan seluruh yang membantu untuk operasi tersebut.

Data Polis Diraja Malaysia menunjukkan kemalangan jalan raya masih berlaku di Laluan GRTB pada setiap tahun termasuk kes melibatkan kemalangan melibatkan hidupan liar dan termasuk jugalah di Dun Pengkalan Hulu berlaku juga kemalangan yang melibatkan hidupan liar yang saya pernah bangkitkan dalam sidang Dewan Negeri yang lepas iaitu seekor harimau dilanggar oleh pengguna lalu lintas di Jalan Felda Lepang Nenering. Tak mustahil insiden tersebut boleh berulang dan boleh berlaku semula. Jadi masalah yang dapat Pengkalan Hulu nyatakan adalah pertama tiada sistem amaran awal. Yang kedua adalah laluan haiwan tidak diurus secara saintifik. Sistem cadangan dari Pengkalan Hulu wujudkan sistem amaran hidupan liar bersepadu iaitu menggunakan sensor haba dan kamera AI yang mana akan memberi amaran masa nyata kepada pemandu. Jadi ini dah digunakan di luar negara. Jadi mungkin kita boleh gunakan juga di negeri kita ini dalam negara kita ini. Yang kedua adalah zone silent road dengan izin untuk hidupan liar ini iaitu kawasan khas dengan had bunyi dan kelajuan bagi mengurangkan gangguan fauna. Konsep ini belum dilaksanakan di negara kita di Malaysia. Seterusnya yang ketiga adalah dashboard keselamatan jalan raya awam atau pun public safety dashboard dengan izin iaitu akan mengumpulkan data kemalangan masa nyata atau pemantauan rakyat. Keselamatan tidak boleh bergantung kepada papan tanda semata mata. Ia perlu berasaskan teknologi dan data. Seterusnya adalah berkenaan dengan pemuliharaan hidupan liar.

Timbalan Yang di-Pertua, menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara konflik manusia hidupan liar masih berlaku dan memerlukan pendekatan lebih menyeluruh. Pengkalan Hulu juga tak terlepas dari berlakunya konflik antara hidupan liar dan manusia ni dan ingin Pengkalan Hulu kongsikan baru-baru ini berlakulah kacau ganggu sekumpulan gajah di Jalan Felda Lepang Nenering yang melibatkan beberapa buah lokasi dan beberapa buah kampung. Antaranya adalah Kampung Air Panas, Felda Lepang Nenering dan juga telah memusnahkan kebun dan tanaman penduduk kampung atau pengusaha-pengusaha di Dun Pengkalan Hulu.

Jadi Pengkalan Hulu ingin kongsikan beberapa kelemahan. Yang pertama adalah fokus kepada tangkapan dan perpindahan. Kita tahu operasi untuk pemindahan gajah menelan belanja yang sangat tinggi dan saya dimaklumkan kos untuk pemindahan gajah ini hampir RM50 ribu. Kalau saya salah minta yang hormat Exco tolong betulkan. Tinggi dan seterusnya kurang pendekatan berasaskan ekologi landskap. Jadi cadangan daripada Pengkalan Hulu yang pertama adalah mewujudkan peta Koridor Hidupan Liar Digital Negeri atau Digital Wildlife Corridor Mapping dengan izin iaitu menggunakan GIS dan data pergerakan haiwan yang mana belum dilaksanakan secara terbuka di peringkat negeri kita ni Negeri Perak. Yang kedua Skim Insurans Komuniti Hidupan Liar yang akan memberi perlindungan kewangan kepada penduduk terkesan khususnya kepada pekebun-pekebun, petani-petani atau pun pengusaha tanaman yang mana kebun atau hasil pertanian mereka ini dimakan atau pun dimusnahkan oleh hidupan liar ni.

Ianya lebih sistematik berbanding pampasan yang biasa yang memang kita tahu ada pampasan kepada pengusaha-pengusaha kebun bila mana kebun mereka dimasuki binatang liar ni. Bukanlah hanya gajah tetapi monyet, kera dan lain-lain. Memang ada pampasan tapi ini satu cadangan iaitu mewujudkan Skim Insuran Komuniti Hidupan liar. Yang ketiga adalah pemasangan sistem pagar elektrik gajah. Yang ini memang familiarlah dengan Perhilitan kan tapi di Pengkalan Hulu ni masih belum ada lagi mana-mana lokasi mana-mana tempat yang ada sistem pagar elektrik gajah. Yang banyaknya di belah Gerik atau pun di Dun Temengor dan laluan menghala ke Tasik Banding. Ianya adalah bagi mengawal dan mengelakkan gajah liar memasuki kawasan penempatan dan juga kawasan pertanian. Yang keempat adalah program Living with Wildlife yang berasaskan komuniti iaitu latihan praktikal kepada penduduk kampung dan juga pengusaha-pengusaha kebun tanaman dalam mengurus konflik gajah dan konflik haiwan dan manusia ini. Pendekatan baru ini mengubah paradigma daripada menghalau haiwan kepada mengurus ekosistem secara bijaksana. Seterusnya berkenaan dengan alam sekitar.

Timbalan Yang di-Pertua, Perak mempunyai liputan hutan sekitar 48%. Ini adalah satu pencapaian yang baik dan di Hulu Perak antara kawasannya sebahagian daripada 48% tersebut. Namun menurut Jabatan Perangkaan Malaysia dan agensi berkaitan kejadian cuaca ekstrem semakin meningkat. Tekanan terhadap sumber air juga semakin ketara…

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tinggal seminit sahaja.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Minta tambahan sikit.

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit lagi. Sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Ok terima kasih. Terima kasih. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Isu utama adalah pengurusan alam sekitar masih bersifat belum bersepadu. Cadangan Pengkalan Hulu adalah supaya ada bajet karbon negeri atau pun state carbon budgeting yang mana akan menetapkan had pelepasan karbon tahunan yang mana belum dilaksanakan di peringkat negeri. Seterusnya mewujudkan bank ekosistem atau pun ecosystem services bank dengan izin yang akan memberi nilai ekonomi kepada pemuliharaan hutan dan sungai. Yang ketiga adalah mengadakan audit iklim peringkat daerah iaitu akan mengenal pasti risiko banjir, kemarau dan suhu ekstrem secara lokal. Ia akan IV dalam model Eco District Pengkalan Hulu iaitu pembangunan berasaskan tenaga hijau, pelancongan, alam dan komoditi. Kelestarian tidak boleh diukur melalui jumlah pokok semata-mata tetapi melalui daya ekosistem.

Timbalan Yang di-Pertua, yang terakhir adalah berkenaan dengan keterjaminan makanan iaitu kembali kepada sara diri padi. Walaupun Pengkalan Hulu dah takde sawah padi dulunya adalah kan tapi Titah Diraja telah memuji kejayaan program keterjaminan makanan yang melibatkan 118 buah masjid dan 223 komuniti. Ini adalah permulaan yang baik namun kita perlu mengakui hakikat yang lebih besar. Malaysia termasuk negeri kita, negeri Perak masih jauh daripada mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran beras komoditi yang mana makanan yang paling asas di negara kita dalam kehidupan rakyat. Malaysia hanya mencapai kira kira 65 hingga 70 peratus tahap sara diri. Nak landing, last.

Timbalan Yang di-Pertua

Sila…sila.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Ok, terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Malaysia hanya mencapai kira-kira 65 ke 70 peratus tahap sara diri beras pada tahun-tahun kebelakangan ini. Ini bermakna hampir satu pertiga daripada keperluan beras negara masih bergantung kepada beras import. Ini satu risiko yang amat serius dalam konteks ketidakstabilan geopolitik dan rantaian bekalan global seperti yang dibimbangi…dibimbangkan sendiri oleh Duli Yang Maha Mulia dalam Titah Diraja. Perak mempunyai kawasan padi yang luas khususnya di daerah Kerian dan daerah Perak Tengah. Namun produktivitinya telah merosot disebabkan kos input pertanian tinggi. Kekurangan tenaga muda dan subsidi yang tidak mencukupi. Timbalan Yang di-Pertua, sekali lagi Pengkalan Hulu merafak sembah Menjunjung kasih ke atas, menjunjung kasih ke Hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan atas Titah Diraja yang penuh dengan hikmah dan nasihat. Sebagai pembangkang, patik ingin menegaskan kita bukan sekadar menyokong tapi memastikan keberkesanan. Kita juga bukan sekadar mengkritik tetapi menawarkan penyelesaian dan solusi. Apa yang Pengkalan Hulu bentangkan ini adalah cadangan yang praktikal berasaskan data dan belum dilaksanakan secara menyeluruh agar Titah Tuanku benar-benar diterjemahkan kepada dasar yang memberi impak nyata kepada rakyat. Pengkalan Hulu dengan penuh takzim menyokong usul menjunjung kasih atas Titah Diraja. Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Selinsing untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera. Memulakan perbahasan Selingsing nak bawa pantun lah. Dah senyap sunyi kan. Pantun selingsing untuk semua.

Hadir sidang Dun memandu Triton, Tapi kali ni memandu Aruz, Kenapa Tuan tak pandu Triton? Sebab diesel dari rumah ke sidang DUN pergi balik dah seratus.

Tuan-Tuan, itulah keadaan dia hari tuan-tuan ya. Alhamdulillah, alhamdulillah, (Bacaan potongan ayat suci Al-Quran). Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Selingsing mengucapkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dan menjunjung kasih di atas Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang dizahirkan tempoh hari. Selingsing juga ingin memberi, ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan solidariti dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada rakyat yang sedang ditindas dan dizalimi di peringkat antarabangsa khususnya rakyat Palestin di tanah yang dijajah. Penduduk Gaza yang terus dikepung rakyat Lubnan yang berdepan dengan kemusnahan serta rakyat Republik Islam Iran yang sedang berdepan dengan peperangan tanpa alasan undang-undang antarabangsa yang sah.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, sebagai mukadimah suka Selingsing membuka perbahasan dengan membaca firman Allah Subhanahu wa Ta'ala. Surah Ar-Rum. A'uzubillahi Minas Syaitonirrojim (Bacaan ayat suci Al-Quran) yang bermaksud, "Maka hadapkanlah dirimu wahai Muhammad dan pengikut-pengikut ke arah ugama yang jauh dari kesesatan. Turutlah terus ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia dengan keadaan manusia itu bersedia secara fitrah atau semulajadinya untuk menerima ugama itu. Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu. Itulah ugama yang betul lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". Intipati daripada ayat ini sebagai seruan peringatan kepada Selinsing sendiri dan juga seluruh ahli dewan yang mulia pada hari ini. Islam adalah ugama kesejahteraan dan keamanan. Perkataan Islam itu sendiri bermaksud aman, bermaksud sejahtera dan selamat. Pada hakikatnya seluruh manusia itu, Allah cipta memang suka kepada keselamatan, suka kepada kesejahteraan dan suka kepada kebahagiaan. Bahkan manusia tidak suka kepada kecelakaan. Tak suka kepada kepalsuan. Tidak suka kepada penipuan. Inilah fitrah kejadian manusia. Inilah sifat semula jadi manusia. Maka fitrah ini adalah sunnatullah sesuatu ketetapan daripada Allah Subhanahuwata'ala. Oleh itu, selagi mana umat manusia itu menuruti amalan fitrah seperti yang dituntut oleh Islam, selagi itulah mereka akan terpandu kepada kebenaran. Kerana Islam adalah agama fitrah. Sayugia saya menyeru dalam Dewan yang mulia ini agar kita semua meletakkan Islam sebagai panduan utama yang mana panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah menjadi rujukan tertinggi kita dalam mengurus tadbirkan negeri Perak ini. Semoga dengannya kita semua beroleh keselamatan, kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam membahaskan Titah Diraja pada hari ini, selingsing ingin merujuk perenggan 26 dan 27 di mana telah dinyatakan mengenai usaha pembasmian kemiskinan serta cabaran kemiskinan baharu yang masih membelenggu rakyat. Namun, Selingsing berpendapat berpandangan, bahawa isu ini perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas iaitu perubahan struktur demografi negeri yang semakin membimbangkan. Realitinya, Negeri Perak ini sedang berhadapan dengan fenomena penuaan penduduk atau Aging Society dengan izin pada kadar yang paling tinggi di Malaysia. Berdasarkan data terkini bagi tempoh 2024 hingga 2025, Perak mencatatkan antara 14.9 hingga 15.4 peratus penduduk berumur 60 tahun ke atas. Manakala bagi kategori 65 tahun ke atas pula, Perak kekal sebagai negeri tertinggi dengan kadar sekitar 10.3%. Keadaan ini menunjukkan bahawa struktur demografi negeri ini sedang berubah dengan sangat-sangat pantas. Malah, Perak dijangka menjadi negeri menua pertama di Malaysia menjelang 2030 dengan unjuran hampir 18% penduduknya akan berusia 65 tahun ke atas dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Perkembangan ini bukan sekadar angka statistik tetapi membawa implikasi yang besar terhadap tenaga kerja, terhadap produktiviti ekonomi serta kelangsungan sektor-sektor asas negeri.

Apabila peratusan warga emas meningkat, tanpa imbangan tenaga kerja muda yang mencukupi, maka keupayaan ekonomi untuk berkembang secara mampan akan turut terjejas. Maka di kawasan seperti Kerian, di Selinsing tempat saya, fenomena ini amat ketara dan dapat dilihat secara langsung di lapangan. Kampung semakin didominasi oleh warga emas manakala golongan muda berhijrah keluar untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik di kawasan bandar. Fenomena ini berkait rapat dengan isu penghijrahan tenaga mahir atau dengan izin kita sebut brain drain yang semakin menjadi cabaran utama kepada pembangunan negeri khususnya dalam memastikan kesinambungan ekonomi luar bandar dan sektor-sektor kritikal seperti pertanian.

Timbalan Yang di-Pertua, dalam kita membicarakan pembangunan modal insan, Selinsing ingin merujuk kepada kejayaan pelajar-pelajar kita. Antaranya yang dicapai para pelajar di SMKA Kerian dalam peperiksaan SPM baru-baru ini seperti yang disebut oleh Alor Pongsu baru-baru ini membuktikan bahawa kita mempunyai potensi generasi muda yang cemerlang. Namun, yang ingin Selinsing persoalkan ialah sejauh mana sistem ekonomi negeri mampu mengekalkan potensi dan bakat ini. Jika kita gagal menyediakan peluang yang setimpal, maka kita sebenarnya sedang menyumbang kepada satu kitaran yang melemahkan. Kita melahirkan pelajar cemerlang tetapi pada masa yang sama kehilangan mereka ke luar kawasan. Fenomena ini bukan lagi bersifat terpencil, bahkan diakui sendiri dalam kerangka dasar negeri. Pelan Perindustrian Perak secara jelas menyatakan bahawa negeri ini berhadapan dengan masalah brain drain serta kekurangan tenaga kerja mahir berteknologi tinggi yang menjejaskan daya saing ekonomi negeri. Dalam masa yang sama, Perak sedang mensasarkan pelaburan bernilai sehingga RM47 bilion dan pembangunan sektor industri berteknologi tinggi sebagai pemangkin ekonomi negeri menjelang tahun 2030.

Namun, timbul persoalan yang lebih mendasar. Siapakah yang akan mengisi peluang pekerjaan berkemahiran tinggi ini sekiranya tenaga muda dan bakat tempatan terus berhijrah keluar? Penghijrahan tenaga kerja yang berlaku secara berterusan ini menunjukkan bahawa kita bukan sahaja berdepan dengan isu kekurangan peluang tetapi juga kegagalan membina ekosistem ekonomi yang mampu mengekalkan bakat tempatan. Akibatnya, kawasan luar bandar menjadi semakin tua. Tenaga kerja produktif semakin berkurangan dan ekonomi tempatan semakin kehilangan daya saing.

Sehubungan itu, Selinsing berpandangan bahawa pendekatan yang lebih tersusun perlu digerakkan di bawah portfolio Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan dengan memberi fokus kepada pembangunan modal insan secara strategik. Antaranya ialah dengan mewujudkan satu sistem pemprofilan tenaga belia negeri Perak secara menyeluruh mengikut segmen kemahiran, minat dan kepakaran. Melalui pendekatan ini, golongan belia yang kurang cenderung kepada laluan akademik boleh kita salurkan secara lebih terancang ke dalam bidang berkemahiran tinggi melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET selari dengan keperluan industri berteknologi tinggi yang sedang dirancang di bawah Pelan Perindustrian Perak. Dalam masa yang sama, kerajaan perlu juga memastikan bahawa pembangunan industri ini benar-benar mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti yang mampu mengekalkan bakat tempatan dan bukan sekadar membuka ruang yang akhirnya diisi oleh tenaga kerja luar. Jika tidak, kita akan terus berdepan dengan satu realiti yang paradoks. Negeri ini merancang pembangunan industri berteknologi tinggi tetapi pada masa yang sama kehilangan tenaga kerja mahir yang sepatutnya menjadi tulang belakang kepada pembangunan tersebut.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama perenggan 25, perenggan 22 dan 25 Tuanku menyentuh aspek sekuriti makanan, pertanian dan pengeluaran sumber makanan sebagai asas kestabilan negeri. Namun, Selinsing ingin menegaskan bahawa sekuriti makanan tidak boleh hanya dilihat dari sudut dasar atau pengeluaran semata-mata tetapi mesti dilihat daripada aspek kesejahteraan petani itu sendiri yang menjadi nadi penggerak ekosistem ini. Realiti di Kerian, di Selinsing untuk pengeluaran padi menunjukkan pesawah masih berhadapan dengan pelbagai cabaran. Data yang dibekalkan BERNAS untuk lapan(8) kawasan dalam Jelapang Padi Kerian, Bagan Serai, Bagan Tiang, Beriah, Semanggol, Kuala Kurau, Parit Buntar, Selinsing dan Tanjung Piandang menunjukkan purata hasil pengeluaran padi mengikut musim 2024 dan 2025 masih berada pada tahap sekitar 1.7 ke 1.9 metrik tan per hektar jauh daripada sasaran. Sasaran nasional 4 ke 6 metrik tan per hektar. Malah, terdapat musim di mana hasil merosot kepada sekitar 1.6 sahaja akibat tekanan kos input pertanian. Faktor cuaca dan kekangan teknologi.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya bila bercakap soal pak tani ini saya berasa sedih. Saya berasa sedih, sebak dan pilu. Pak-pak tani ini yang menyediakan makanan untuk kita. Sediakan nasi untuk kita makan tetapi pendapatan dia sangat rendah pada ketika ini sekitar RM600 ke RM700 sebulan. Ini adalah data di lapangan yang jelas langsung tidak mencerminkan sektor padi ini sebagai satu sektor yang mampu menjamin kelangsungan hidup mereka untuk stabil. Baru-baru ini, kenyataan oleh Pengerusi Pertubuhan Pesawah Malaysia mengatakan kos untuk menghasilkan satu kilo padi adalah RM1.50. Satu kilo padi nak keluarkan satu kilo padi modalnya RM1.50. Maknanya kalau satu tan padi seribu kilo perlu modal RM1500. Tahukah sidang Dewan sekalian bahawa harga lantai padi, jualan padi pada ketika ini juga adalah RM1500. Maknanya kos pengeluaran sama dengan harga jualan. Modal nak keluarkan satu tan padi RM1500 kemudian jual pun RM1500. Jadi di mana untungnya pak tani ini? Akhirnya hanya mengharapkan kepada subsidi RM500 sahajalah kepada pak tani ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, lebih malang lagi apabila berlaku kenaikan kos di sebabkan kenaikan harga diesel yang tinggi. Untuk rekod pada 2024 apabila berlaku penyelarasan harga minyak diesel naik RM1.20 daripada RM2.85 seliter kepada RM3.15 sen seliter. Kos-kos perkhidmatan pertanian padi naik antara 50% ke 55%. Mesin padi daripada RM75/tan naik sampai RM140/tan. Hampir 100%. Itu kenaikan RM1.20 semasa penyasaran 2024 tapi pada hari ini kenaikannya bukan RM1.20 bahkan lebih daripada itu secara mendadak. Maka pada hari ini kos pengeluaran padi juga dianggarkan naik untuk satu kilogram. 1 kilo padi dianggarkan antara RM2.80 ke RM3.00 untuk satu kilo padi. Bermakna kalau satu tan, seribu kilo modalnya hampir RM3,000 tetapi harga lantai padi masih lagi RM1500. Maka maksudnya pak-pak tani ini buat bendang berjihad untuk miskin. Bukan tambah pendapatan tapi tambah hutang. Oleh kerana itulah kita lihat banyak laporan di media sosial dan kalau kita turun di lapangan pun kita lihat pak-pak tani ini nak berehat daripada mengerjakan sawah. Persoalannya, jika mereka tidak mengerjakan sawah bagaimana agaknya prestasi SSR padi kita?

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kebanyakan pak tani kita ini tak mampu untuk memulakan semula kerja sawah mereka kerana telah ketiadaan modal. Setelah beberapa musim padi tak menjadi. Mereka terhutang dengan pengusaha perkhidmatan pertanian padi. Pengusaha perkhidmatan pertanian pula sudah tak cukup modal untuk nak membantu memberi pendahuluan kepada para pak tani ini. Apatah lagi dengan kos kenaikan pada masa ini. Oleh kerana itu, Selinsing ingin mencadangkan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kepada kelangsungan pekerjaan dan kehidupan pak tani negeri Perak ini agar kaedah penyelesaian segera seperti berikut mungkin boleh diberikan pertimbangan. Yang pertama, Selinsing mencadangkan agar pihak kerajaan menubuhkan dana bantuan modal pesawah. Kita cadangkan agar pihak kerajaan boleh mencari dana atau pun mendanai tabung ini daripada wang surplus hasil akaun hasil negeri yang surplus sampai 4 tahun tu dan kita juga cadangkan boleh juga didanai daripada syarikat-syarikat GLC dan agensi-agensi dan kita juga cadangkan kerjasama dengan syarikat kewangan Islam atau pun syarikat swasta yang mengeluarkan zakat melalui kaedah wakalah zakat mereka.

Biasanya syarikat kewangan ini dia keluarkan zakat dan dia juga merupakan wakil zakat. Maka dia ada 1/8 daripada jumlah zakat itu. Maka kita boleh dapatkan pihak Kerajaan boleh dapatkan kerjasama supaya dapat dimasukkan ke dalam dana bantuan modal pesawah ini. Yang kedua, kita cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya diberikan kemudahan agihan zakat asnaf gharimin supaya pak-pak tani ini boleh dikeluarkan daripada masalah hutang mereka. Kita cadangkan Kerajaan melalui MAIPk dapat memudahkan atau melihat semula syarat-syarat kelayakan agihan zakat asnaf gharimin ini agar dapat membantu golongan pak tani ini. Seingat sayalah daripada kecil, golongan pak tani inilah yang biasanya sangat rajin, sangat menjaga zakat. Seingat saya lah. Masa zaman saya kecil, abang saya yang menjaga saya. Bila ambil padi je, padi belum dijual lagi. Dia dah ambik dah seguni ini adalah zakat. Terus dibuat begitu. Jadi apalah salahnya kalau kita boleh bantu melalui asnaf gharimin ini untuk mengeluarkan pak-pak tani kita daripada hutang mereka kepada pengusaha-pengusaha perkhidmatan pertanian.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, dalam Perenggan 6 dan 7 Tuanku telah menyentuh mengenai perlaksanaan projek pembangunan berskala besar serta pelaburan strategik negeri. Selinsing tidak menafikan kepentingan projek-projek ini dalam merangsang pertumbuhan ekonomi. Namun, persoalan yang perlu kita jawab dengan jujur ialah sejauh mana pembangunan ini benar-benar memberi limpahan kepada rakyat di kawasan luar bandar seperti Selinsing. Jika pak-pak tani masih berada dalam keadaan tertekan, jika pendapatan mereka masih rendah, maka kita perlu berani menilai semula pendekatan pembangunan yang diambil. Sehubungan dengan itu, Selinsing ingin mencadangkan satu pendekatan strategik melalui penggemblengan instrumen ekonomi Islam khususnya zakat produktif dan wakaf pembangunan sebagaimana yang telah pun disebut oleh YB Pasir Panjang semalam. Sebagai contoh, Model Smart Sawah...

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tinggal 30 saat sahaja. Sila masuk perenggan terakhir.

Encik Sallehuddin bin AbdullahBERSATU · PNSelinsing

Sebagai contoh, sikit sahaja. Model Smart Sawah yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menunjukkan bahawa apabila pesawah dibekalkan dengan jentera moden seperti traktor, dron dan mesin penuaian, kos operasi dapat dikurangkan dengan ketara dan hasil pengeluaran dapat dipertingkatkan. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan pesawah tetapi juga mengubah mereka daripada penerima bantuan kepada pengusaha yang lebih produktif dan berdaya saing. Sekiranya pendekatan sebegini dapat diterapkan di Negeri Perak, ia bukan sahaja mampu memperkukuh sektor pertanian tetapi juga berpotensi untuk menarik semula minat generasi muda untuk kembali ke sektor ini. Secara tidak langsung ia dapat membantu menangani isu penghijrahan keluar, mengangkat sektor pertanian ke peringkat lebih tinggi agar diceburi generasi muda. Malahan dapat memperlahankan kadar penuaan penduduk di kawasan luar bandar.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, negeri ini tidak akan kehilangan masa depan kerana kekurangan projek tetapi ia akan kehilangan masa depan apabila kita gagal mempertahankan rakyatnya. Firman Allah Taala dalam Surah An-Nahl, ayat 90 bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat ihsan". Maka menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan keadilan itu bukan sekadar disebut tetapi benar-benar dirasai oleh rakyat di bawah agar mereka tidak terus berjalan di atas ranjau sepanjang jalan tanpa pembelaan. Selinsing hanya mahu satu. Supaya Negeri Perak menjadi negeri yang adil, bersedia dan tidak lupa rakyat kecil yang membanting tulang demi tanah ini. Akhirnya saya memohon maaf di atas segala salah bicara dalam perbahasan ini, saya mohon menjunjung kasih dan saya sudahi dengan Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Simpang Pulai untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Cik Wong Chai YiPKR · PHSimpang Pulai

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, rakan-rakan media. Salam Sejahtera dan selamat petang kepada semua. Terima kasih kerana Simpang Pulai diberi peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Izinkan Simpang Pulai membangkitkan 3 perkara yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan kelestarian Negeri Perak. Perkara pertama, Titah Tuanku menekankan ancaman sisa plastik yang tiada noktahnya. Saya ingin menyentuh pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik sekali guna yang telah dikuatkuasa bermula 1 Mac 2026 di Negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua, Simpang Pulai menyokong penuh dasar ini kerana ia selari dengan usaha global dalam menangani pencemaran plastik. Lebih daripada 60 negara di seluruh dunia telah melaksanakan larangan dan cukai ke atas plastik sekali guna di peringkat tempatan. Negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang telah lebih awal melaksanakan dasar ini melalui Kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik' sejak beberapa tahun yang lalu. Mengapa langkah ini penting? Malaysia adalah antara 5 negara dalam dengan pencemaran plastik tertinggi di seluruh dunia dan juga kita juga pengimport terbesar sisa plastik di dunia. Malaysia ada lebih 1300 pengeluar plastik dengan nilai eksport mencecah RM30bilion. Pada tahun 2020 sahaja dianggarkan sebanyak RM140ribu tan plastik digunakan untuk pembungkusan makanan bersamaan kira kira 16.78 kilogram per kapita setahun. Untuk pencemaran plastik marin kita melepaskan anggaran sekitar RM370ribu tan sisa plastik memasuki laut setiap tahun. Sebahagian besar adalah melalui sistem sungai dan 40% hingga 50% pencemaran plastik di laut berpunca daripada pembungkusan sekali guna iaitu plastik yang kita gunakan setiap hari dan dibuang sekali selepas sekali guna. Pada masa yang sama, plastik yang masuk ke laut ini akan dimakan oleh rakyat Malaysia sendiri. Malaysia adalah nombor 1 daripada 109 negara dalam dunia dengan pengambilan mikroplastik ini dengan setiap rakyat Malaysia dianggar mengambil sekitar 502.3 milligram mikroplastik setiap hari. Lebih daripada 50% pendedahan mikroplastik ini datang daripada pemakanan ikan. Ini menunjukkan bahawa rantaian makanan kita telah tercemar. Orang Malaysia juga menyedut mikroplastik melalui udara dengan anggaran 494,000 partikel mikroplastik setiap hari setiap orang. Bukan sahaja pencemaran.

Di kawasan Simpang Pulai pula, banjir kilat banjir kilat kerap berlaku akibat longkang yang tersumbat dengan plastik dan sampah domestik menyebabkan aliran air tersekat. Air bertakung di tepi jalan dan menyebabkan jalan rosak dan air melimpah ke dalam rumah khususnya di kawasan longkang tertutup yang sukar diselenggarakan. Tambahan pula, kos pembersihan longkang ini atau pun membaiki jalan yang rosak Ini adalah satu pembaziran wang rakyat. Sekiranya sisa plastik dapat dikurangkan melalui dasar yang berkesan, maka lah peruntukkan ini boleh dialihkan kepada pembangunan yang lebih bermanfaat. Justeru, larangan ini bukan sahaja dasar dan alam sekitar tetapi juga berkait langsung dengan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua, sebelum ini pendekatan caj RM0.20 untuk setiap beg plastik telah dilaksanakan. Namun data menunjukkan pendekatan ini tidak mencapai keberkesanan yang diharapkan. Jumlah kutipan caj plastik oleh PBT adalah lebih RM200ribu pada tahun 2023 telah meningkat hampir 3 kali ganda kepada hampir RM600ribu pada tahun 2024. Ini sejak pelaksanaan caj ini bulan Mei tahun 2022 sebenarnya kutipan caj ini sudah melebihi RM1juta dan peningkatan kutipan ini petanda kejayaan tetapi adalah bukti bahawa penggunaan plastik masih sangat tinggi. Ini bermaksud rakyat lebih cenderung untuk membayar daripada mengubah tabiat penggunaan. Pendekatan user pay dengan izin jelas tidak berjaya mengurangkan kebergantungan kepada plastik. Oleh itu, larangan penuh adalah langkah yang wajar dan perlu. Namun, sistem pelaksanaan perlu ditambah baikkan dengan empat cadangan berikut. Cadangan pertama, kita perlu satu garis panduan teknikal yang jelas, komprehensif dan seragam di peringkat negeri. Tiada garis panduan tafsiran akan berbeza dan menjejaskan konsistensi penguatkuasaan. Kalau tidak, ini juga membuka ruang kepada fenomena greenwashing dengan izin di mana produk seperti plastik yang lebih tebal ataupun yang boleh guna semula akan dipasarkan sebagai alternatif mesra alam tetapi sebenarnya produk greenwashing ini akan berakhir di tapak pelupusan. Garis panduan ini haruslah menjelaskan definisi standard bagi Biodegradable Compost Table dan Recyclable dengan izin. Klasifikasi terperinci plastik sekali guna yang dilarang dan dibenarkan.

Skop pengecualian berdasarkan fungsi seperti pembungkusan makanan. Kita boleh rujuk Garis Panduan Blastik Beg 2.0 yang dilaksanakan di Pulau Pinang yang membolehkan pelaksanaan lebih konsisten dan mudah dipantau. Sebenarnya di Perak ini kami masih belum jelas tentang jenis plastik sekali guna yang dilarang sejak pengumuman larangan ini dan ketidak jelasan ini sudah menjadi satu cabaran utama di peringkat pelaksanaan larangan. Cadangan kedua kita harus pakai pendekatan pelaksanaan berperingkat dengan garis masa yang jelas. Pelaksanaan berperingkat ini boleh dibuat melalui proses libat urus awam supaya setiap langkah mengambil kira pandangan rakyat dan pihak berkepentingan. Tanpa fasa peralihan yang jelas, pelaksanaan ini boleh menjejaskan tahap pematuhan dan kestabilan operasi khususnya bagi peniaga kecil. Pendekatan berperingkat membolehkan peniaga menyesuaikan operasi mereka. Pengguna boleh mengubah tabiat secara beransur-ansur serta meningkatkan kadar pematuhan.

Pengalaman negara seperti Kanada dan New Zealand menunjukkan pendekatan berfasa adalah berkesan. Contohnya, bermula dengan larangan beg plastik diikuti dengan straw seterusnya pembungkusan makanan dan akhirnya mungkin mikroplastik. Ketiga, Strategi Komunikasi. Keberkesanan sesuatu dasar bukan sahaja bergantung kepada penguatkuasaan tetapi juga kepada tahap pemahaman dan penerimaan rakyat. Pada masa ini, tahap publisiti masih tidak mencukupi khususnya di kawasan luar bandar. Oleh itu, kerajaan perlu memperkukuhkan pelan komunikasi yang berterusan dengan kempen ataupun pendidikan awam ataupun pendekatan insentif seperti rebate atau subsidi agar dasar ini benar-benar dapat diamalkan dalam kehidupan harian rakyat. Bukan setakat satu peraturan di atas kertas.

Keempat merujuk kepada Malaysia Road Map to World Zero Single Use Plastic 2018 hingga 2030 dengan izin, pengurusan plastik memerlukan pendekatan tanggungjawab bersama yang melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, industri-industri, NGO dan juga pengguna. Kerajaan Negeri boleh melaksanakan extended producer responsibility (EPR) bagi memastikan pengeluar juga turut bertanggungjawab terhadap kitar hayat produk. Pendekatan menyeluruh penting untuk memastikan dasar yang dilaksanakan lebih adil, berkesan dan mampan dalam jangka masa panjang. Secara keseluruhan, larangan plastik sekali guna ini adalah langkah yang tepat, namun larangan dengan serta merta, semata mata tanpa strategi dan garis panduan tidak akan mencapai matlamat. Jadi, Simpang Pulai berharap kerajaan dapat memperhalusi dasar ini supaya ia benar-benar memberi kesan positif kepada alam sekitar tanpa membebankan rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua untuk perkara kedua, isu belia. I rasa ramailah Ahli-ahli Berhormat juga ingin angkatkan isu belia sebab belia ini memang masa depan dengan negeri kita. Saya ingin menarik perhatian atas isu penghijrahan, belia dan tahap gaji yang masih rendah di negeri Perak. Kita lihat semakin ramai anak Perak meninggalkan negeri kita, pindah ke negeri lain, malah ke luar negara bukan sekadar pilihan individu tapi mencerminkan satu realiti bahawa peluang di Perak ini masih belum mampu menawarkan gaji dan kerjaya yang setimpal dengan potensi dan kebolehan anak-anak muda kita. Data DOSM menunjukkan medium pendapatan individu di Perak adalah hanya sekitar RM2,050.00 sahaja jauh ketinggalan berbanding dengan Kuala Lumpur sebanyak RM3,687.00 dan Pulau Pinang sebanyak RM2,934.00 Dalam keadaan ini, penghijrahan bukan sahaja pilihan tetapi satu keperluan. Ekonomi secara tidak langsung, Perak menjadi seolah-olah kilang tenaga kerja dan melahirkan tenaga mahir tetapi hasilnya dimanfaat oleh negeri lain. Ini merupakan satu bentuk grand trend dengan izin yang sistematik. Setakat ini, struktur ekonomi Perak masih tertumpu kepada sektor bernilai tambah rendah. Dengan peluang pekerjaan yang bergaji kurang kompetitif, jadi ketidakseimbangan antara tahap gaji dan kos sara hidup menyukarkan belia mencapai kestabilan ekonomi, sekali gus mendorong mereka mencari peluang di luar negeri.

Walau bagaimanapun, Simpang Pulai mengiktiraf usaha Kerajaan Negeri Perak yang berada di landasan yang betul dalam merancakkan pembangunan ekonomi dengan projek-projek strategik seperti AHTV, KIGIP, HRP dan LuMIC iaitu langkah-langkah penting untuk menarik pelaburan yang berkualiti. Namun, persoalan utama adalah adakah pelaburan ini benar-benar meningkatkan tahap gaji rakyat tempatan. Kita tidak boleh menilaikan kejayaan ekonomi hanya berdasarkan jumlah pelaburan atau bilangan kilang yang dibuka tetapi mesti melihatkan kepada kualiti pekerjaan yang diwujudkan termasuk tahap gaji, kemahiran dan peluang kenaikkan kerjaya.

Pengalaman Iskandar Malaysia di Johor menunjukkan bahawa pelaburan besar sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan pekerjaan bergaji kompetitif. Walaupun berjaya menarik pelaburan besar, Johor masih berdepan dengan penghijrahan tenaga kerja muda ke Singapore akibat jurang gaji yang ketara. Pada masa yang sama, lambakan hartanah mewah yang tidak di mampu milik oleh rakyat menunjukkan ketidakseimbangan antara pembangunan dan kemampuan penduduk. Ini memberi pengajaran jelas kepada Perak bahawa pelaburan mesti diterjemahkan kepada pekerjaan bernilai tinggi dan gaji yang bermaruah. Jadi Penubuhan Majlis TVET Negeri sebagai pemandu hala tuju strategik ekosistem TVET di Perak adalah penting dan cadangan yang sangat bagus, langkah yang bagus. Penubuhan ini boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap gaji dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi di negara kita. Majlis TVET negeri boleh menetapkan sasaran yang boleh diukur seperti memastikan sekurang-kurangnya 70 hingga 80 peratus tenaga kerja bagi kelulusan projek yang baru hendaklah diisi oleh rakyat Perak serta sekurang kurangnya 60 peratus graduan TVET dapat diserap ke dalam industri tempatan dalam tempoh enam bulan.

Selain itu, setiap projek strategik di negeri Perak perlu diwajibkan mempunyai Pelan Pembangunan Tenaga Kerja yang diselaras bersama Majlis TVET Negeri. Majlis juga perlu membantu memacu pendekatan latihan berdasarkan industri seperti model "Train and Place" sistem itu program perantisan supaya latihan benar-benar memenuhi keperluan sebenar pasaran. Sehubungan itu, Majlis TVET Negeri perlu memainkan peranan sebagai penyelaras utama dasar tenaga kerja negeri melalui beberapa pendekatan berikut. Pertama menyokong pelaksanaan “Investor Wage Policy” dengan izin dengan memberi insentif yang lebih kepada pelabur yang membayar gaji yang lebih tinggi kepada pekerja tempatan mengikut kemahiran pekerja. Kedua, menyelaras keperluan tenaga kerja antara industri dan industri latihan. Ketiga, menyokong usaha menaiktaraf industri sedia ada ke rantaian nilai lebih tinggi. Dan juga keempat, memperluas memperluas peranan dalam menyokong ekonomi digital dengan melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan pendekatan semua ini penting untuk memastikan Majlis TVET negeri bukan sekadar badan penyelaras tetapi menjadi pemacu utama dalam memastikan pembangunan ekonomi negeri benar-benar diterjemahkan kepada peluang pekerjaan dan meningkatkan gaji rakyat Perak dan untuk perkara terakhir, Timbalan Yang di-Pertua mungkin ramai tidak tahu pentadbiran kampung tradisi di negeri Perak kita terutamanya di Ipoh telah terletak di bawah dua pentadbiran yang berbeza. sebahagian besar kampung tradisi adalah terletak di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di mana peruntukan pembangunan infrastruktur kampung tradisi boleh dimohon tanpa terlalu terikat kepada syarat teknikal tertentu. Namun, terdapat juga kampung tradisi yang berada di bawah pentadbiran PBT Pihak Berkuasa Tempatan seperti kampung-kampung tradisi di bawah Dun Simpang Pulai terletak bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh. Di kampung sebegini, jalan-jalan kampung perlu didaftar terlebih dahulu di bawah sistem MARRIS sebelum berlayak menerima peruntukan untuk kerja turapan atau penyelenggaraan.

Di sini timbullah isu utamanya. Mengikut syarat MARRIS, jalan yang ingin didaftarkan perlu memenuhi piawaian tertentu seperti lebar sekurang-kurangnya 3 hingga 5 meter. Mempunyai rizab jalan yang jelas serta sistem saliran yang mengikut spesifikasi teknikal. Namun, di realitinya banyak jalan di kampung tradisi tidak menepati piawaian ini kerana merupakan jalan lama yang sempit atau tidak mempunyai rezab rasmi ataupun longkang dibina secara tidak formal atau diletak di belakang rumah. Akibatnya, infrastruktur ini tidak dapat di daftar bawah MARRIS. sedangkan penduduk tetap membayar cukai pintu kepada PBT. Sebagai contoh, kawasan Kampung Sengat di bawah kawasan saya apabila berlaku banjir kilat permohonan untuk menaik taraf sistem saliran sering berdepan kelulusan antara agensi. Terdapat keadaan di mana permohonan kepada MBI untuk menyediakan BQ dirujuk kepada PLB atas alasan ini adalah kampung tradisi, manakala PLB juga merujuk balik kepada PBT atas alasan cukai pintu diterima PBT. Keadaan ini menyebabkan tindakan tertangguh apabila beberapa jalan sekitar Kampung Sengat ini tidak dapat didaftarkan dengan MARRIS. Jalan tidak boleh dimohon dengan turapan dan longkang tidak dapat diselenggarakan oleh pihak konsesi. Ini jelas menunjukkan bahawa pendekatan sedia ada tidak mengambil kira realiti kampung Tradisi, PBT tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada piawaian teknikal sehingga menafikan keperluan asas rakyat.

Selagi penduduk membayar cukai menjadi tanggungjawab PBT untuk memastikan infrastruktur asas seperti jalan dan saliran diselenggarakan dengan baik. Kita tidak boleh membenarkan keadaan di mana rakyat membayar cukai tetapi dinafikan hak kepada penyelenggaraan asas hanya kerana kekangan teknikal. Kampung tradisi ini bukan kawasan pinggiran ini sebagai sebahagian daripada bandar raya yang perlu diberi perhatian yang adil. Jika sistem sedia ada tidak sesuai, maka sistem ini perlu dibaiki. Bukan rakyat yang dibiarkan terus menanggung…menanggung masalah. Dengan ini, Simpang Pulai ingin menyokong usul menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Trong untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Yang

Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh barisan Exco, Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan seluruh Ahli Dewan Negeri, Yang Berhormat Ex-officio, ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan yang saya sayangi. Alhamdulillah, (Bacaan Solawat) Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah pula dalam persidangan pada kali ini. Saya ingin memulakan perbahasan dengan sabda Nabi salallahualaihiwasalam (Bacaan Al-Quran) “yang bermaksud akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya kata-kata seorang pendusta, dipercayai dan percakapan orang yang benar pula didustakan. Amanah diberikan kepada pengkhianat dan khianat. Dan orang yang amanah pula dikhianati. Kemudian akan berkata-katalah satu golongan Ruwaibidhah. Lalu baginda ditanya siapakah golongan ruwaibidhah itu lalu baginda menjawab Ruwaibidhah itu ialah orang yang bodoh lagi fasik berbicara mengurus perkara yang perkara berkaitan dengan perkara yang umum yang besar, sedangkan dia tidak mengetahuinya”.

Timbalan Yang di-Pertua, keputusan SPM 2025 Negeri Perak menunjukkan peningkatan yang jelas dan konsisten. Pencapaian gred purata negeri GPN Tahun 2025 jelas iaitu sebanyak 4.49 merupakan pencapaian yang lebih baik berbanding tahun 2024 iaitu 4.63 dan juga berbanding dengan tahun 2023, 4.75. Ini menandakan trend peningkatan selama 3 tahun berturut-turut mencerminkan keberkesanan intervensi pendidikan negeri. Tahniah kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, para pentadbir sekolah guru-guru termasuklah Exco Dun Belanja yang telah bertungkus lumus, merancang dan melaksanakan pelbagai usaha bagi mencapai dan meneruskan serta meningkatkan kecemerlangan akademik bagi anak-anak negeri Perak. Seramai 1008 orang calon dalam negeri Perak ini memperolehi semua A. A tambah dan A tolak meningkat daripada 937 pada tahun sebelum ini. Ini menunjukkan peningkatan bukan sahaja pada purata tetapi dalam kelompok pelajar cemerlang. Kadar kelulusan juga bertambah baik di mana 94.44 % calon layak mendapat sijil SPM meningkat daripada 93.86 % pada tahun 2024. Peningkatan ini menandakan lebih ramai pelajar mencapai tahap minimum kelayakan. Tahniah dan syabas atas kemajuan ini.

Apabila kita berbicara tentang soal pendidikan, kita tidak boleh lari daripada tokoh-tokoh besar yang telah membina asas pemikiran pendidikan dunia sejak berabad lamanya. Antara tokoh yang begitu unggul iaitu Ibnu Khaldun yang mana seorang sarjana agung melalui karyanya, Muqaddimah al-Muqaddimah telah mengemukakan teori pendidikan yang jauh melangkaui zaman kehidupannya. Ibnu Khaldun menyatakan enam perkara penting dalam pendidikan. Yang pertama pendidikan mestilah berperingkat dan berfokus kepada kefahaman. Ibnu Khaldun menegaskan bahawa pembelajaran perlu berlaku secara beransur-ansur daripada perkara yang mudah kepada yang lebih kompleks. Prinsip ini amat penting untuk kita hayati dalam sistem pendidikan pada hari ini. Yang kedua kata Ibnu Khaldun iaitu menolak budaya hafalan semata-mata. Ibnu Khaldun mengkritik sistem pendidikan yang hanya menekankan hafalan tanpa pemikiran. Ini sangat relevan dengan cabaran pendidikan pada hari ini.

Oleh itu, kita perlu mengambil perubahan pendekatan pengajaran kepada pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Menggalakkan pelajar berhujah, bertanya dan menganalisis dan mengintegrasikan kaedah pembelajaran aktif dalam bilik darjah. Yang ketiga, peranan guru sebagai pembimbing bukan sekadar penyampai. Menurut Ibnu Khaldun, guru ialah pembimbing yang membentuk akhlak dan intelek pelajar. Dalam konteks Negeri Perak, kita perlu memperkasa guru-guru sekolah harian sekolah asrama termasuk guru-guru KAFA dengan latihan profesional yang berterusan. Peningkatan kebajikan dan elaun sokongan pedagogi digital dan sebagainya. Yang keempat ialah pendidikan tanpa kekerasan. Ibnu Khaldun menolak pendekatan pendidikan yang berasaskan kekerasan kerana ia merosakkan jiwa pelajar. Ini memberi isyarat kepada kita bahawa pendekatan pendidikan mestilah berasaskan kasih sayang. Disiplin perlu dilaksana dilaksanakan secara mendidik bukan menghukum. Yang kelima. Kepentingan kemahiran dan pembelajaran praktikal. Ibnu Khaldun menekankan konsep makat malakah iaitu penguasaan kemahiran melalui latihan pengalaman. Ia selari dengan keperluan semasa khususnya dalam pendidikan, pendidikan, TVET dan pendidikan tinggi. Yang keenam. Pendidikan berkait rapat dengan pembangunan masyarakat. Ibnu Khaldun melihat pendidikan sebagai sebahagian daripada pembangunan tamadun. Jika kita ingin melihat Perak sebagai negeri maju, maka pendidikan mestilah menjadi keutamaan. Oleh yang demikian, maka kerajaan negeri perlu menjadikan pendidikan sebagai agenda utama pembangunan negeri. Yang kedua mengurangkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar dan yang ketiga memastikan akses pendidikan yang adil kepada semua lapisan masyarakat.

Timbalan Yang di-Pertua dalam kesempatan ini, Terung ingin membuat sedikit teguran khususnya kepada biasanya Kota Tampan dan juga Hulu Kinta yang selalu membuat perbandingan Perak dengan negeri-negeri lain. Rakyat Negeri Perak membayar hasil kepada Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan. Rakyat Negeri Perak tak bayar hasil kepada negeri negeri lain. Rakyat nak tengok apakah hasil dan perbelanjaan Negeri Perak. Maka perbandingan-perbandingan ini kadang kadang dilihat nampak macam hebat tetapi tidak sebagaimana yang sepatutnya. Contoh tadi perbandingan hasil negeri Perak. Hasil pendapatan kerajaan negeri kebanyakannya datang daripada cukai dan premium cukai tanah dan premium tanah. Perak keluasan negeri Perak ialah 21 km 21 ribu km persegi. Kedah cuma sembilan ribu kilometer persegi. Maka sudah tentu hasil kerajaan berbeza. Ini kita kena faham, dan saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Perak, Kerajaan Kedah yang mana semakin meningkat hasil pendapatan negeri. Tahniah, benda yang baik kita kena puji. Cuma perbandingan perbandingan yang tak sepatutnya dibawa dalam sidang Dun ini tak sepatutnya dibuat perbandingan. Kalau benar nak buat perbandingan termasuklah peruntukan kepada wakil-wakil rakyat, sudah tentu kerajaan yang paling adil dalam membahagikan peruntukan kepada wakil-wakil rakyat adalah Negeri Terengganu, kerana Terengganu bagi semua peruntukan sama adil kepada wakil-wakil rakyat kalau nak buat perbandingan. Kerajaan yang paling tak bagi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang ialah Kerajaan Malaysia. Sekupang pun tak bagi kepada wakil rakyat pembangkang. Kalau nak buat perbandingan ini yang patut dilihat terlebih dahulu. Minta maaf saya sebut juga untuk menegur sikap-sikap yang perlu diubah.

Timbalan yang di Timbalan Speaker, Trong ingin membangkitkan beberapa masalah di Trong dan Larut daerah Larut, Matang dan Selama beberapa masalah yang perlu diambil perhatian di peringkat Kerajaan Negeri dan juga jabatan-jabatan yang belum selesailah supaya diambil perhatian dan saya minta semua ambil perhatian lah sebab dari dulu saya bawa banyak isu biasanya dalam 10% sahaja ucapan yang disampaikan yang di ambil perhatian yang lain tak diambil perhatian oleh mana mana pihak yang sepatut di ambil tindakan. Isu yang pertama ialah masalah jalan raya. Saya harap Sungai Rapat dan juga JKR tolong ambil perhatian. Yang Berhormat Sungai Rapat tu ambil perhatian sebab beliau bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang. Datanglah ke Trong tengok jalan terong ni banyak masalahnya Sungai Rapat ye. Insha Allah. Yang pertama selekoh merbahaya iaitu Jalan Persekutuan FT60 dari Taiping ke Beruas, yang mana terdapat 5 selekoh merbahaya yang menjadi hotspot kemalangan sama ada kereta motorsikal termasuk treler. Yang mana jalan jalan ini perlu diluruskan bengkang bengkok teruk benor sekali lipat terbalik motosikal terbalik treler lagila terbaik. Mohonlah kepada Sungai Rapat pihak JKR ambil perhatian supaya dalam jangka masa yang panjang jalan ini lurus. Saya cemburu dengan Manong daripada Kuala pergi ke Manong sudah lurus. Daripada apa Sayong pergi ke Bekar udah lurus, tapi di Trong jalan bengkang-bengkok Yang Berhormat. Jadi tolong datang tengok supaya jalan ini kembali lurus supaya jalan zaman Jepun ni dah kezaman kita merdeka dah tinggal zaman Jepun dulu. Jadi tolong ambil perhatian. Baru ni treler terbalik treler tu pulak bawa gas yang merbahaya. Terpaksa kita panggil bomba daripada Ipoh untuk menyelesaikan pembersihan treler yang terbalik tersebut kerana mengandungi gas yang beracun.

Isu yang kedua juga yang berkait rapat dengan Sungai Rapat dan juga pihak JKR iaitu rakyat Dun Trong memohon agar dipasang lampu solar atau LED khususnya di Jalan Negeri A103 daripada aaa Pekan Trong nak pergi ke Kuala Trong. Di situ banyak sangat lembu kerbau melintas Yang Berhormat, selalu berlaku kemalangan bila berlaku kemalangan tuan kerbau lembu ni tak mengaku. Mangsa kemalangan ada yang sampai ke tahap mati kecederaan kenderaan total lost dengan izin. Jadi biasa accident belah malam Yang Berhormat, tolong pasang lampu penuh insha Allah rakyat yang lalu biasanya orang luar orang Terung dia tak accident orang luar yang lalu ni accident. Kalau pasang lampu penuh di Kuala Trong tu Insha Allah tak berlaku dah kemalangan. Kita nak mengajar tuan lembu kerbau ni susah beno. Kita ajar pengguna jalan raya berhati hati dengan banyak lampu insha Allah kita dapat mengurangkan kemalangan di sana yang juga antaranya juga iaitu di antara Kampung Temerloh ke Kampung Nibong Yang Berhormat. Sebab apa? tahun lepas empat kemalangan maut. Baru-baru ini kemalangan maut sebelah malam kerana ada satu jalan lurus tapi lampu terlalu malap. Tolong cerahkan Dun Trung ni dengan lampu supaya rakyat Dun Trong jalan selamat memandu di kampung-kampung ni dalam keadaan lebih berhati hati dan mereka yakin dan selamat dengan keadaan itu. Perkara yang ketiga khususnya Dun Temenggorlah ada Temenggor iaitu Exco Yang Muhammad Exco isu bantuan ehsan NADMA kepada mangsa banjir khususnya di Dun Trung. Masalahnya kenapakah bantuan ehsan NADMA berjumlah RM1,000.00 lambat benor nak dapat. Nunggu masa hingga 4 bulan ke 5 bulan. Apa masalahnya? Rakyat telah membuat laporan pihak JKM dah ambil maklumat. Siasatan dah dibuat tetapi bantuan lambat, yang dapat dulu duit bantuan bencana daerah RM300.

Saya nak cadangkan selepas ini saya tengok negeri lain bantuan ehsan RM1,000.00 NADMA dengan bantuan bencana daerah RM1,000.00 jadi RM1,000.00 tambah RM300.00 ni dia bagi sekaligus bank-in, bila mangsa banjir ni buat laporan dia demonya bagi sekali dengan statement account apa guna statement account kalau buat majlis penyampaian, tak payah minta statement akaun lah. Jadi negeri lain biasanya bagi bantuan masuk dalam akaun sebab semua mangsa banjir bagi statement account bagi report polis, jadi permudahkanlah urusan rakyat dan ada lagi satu kes yang belum selesai iaitu apabila berlaku banjir pada 23 November 2023 bulan 10 iaitu Oktober iaitu banjir yang berlaku di Kuala Trong sampai hari ini dah dekat 5 bulan lebih dah mangsa banjir di Kuala Trong, Kampung Tok Johan, Kampung Sungai Bemban. Mereka ni ada pusat pemindahan banjir. Harap Exco Dun Temenggor ambil perhatian, tapi pusat pemindahan banjir di Masjid Nurul Hidayah tu tidak dibuka, yang dibuka di Dewan Perdana Penghulu di Pekan Trong. Rakyat di Kuala Trong nak kena lalu banjir pergi ke pusat pemindahan macam mana kojer macam ni?

Sepatutnya mereka duduk di masjid. Masjid tu memang digazetkan sebagai pusat pemindahan banjir. Pusat PPS pemindahan sementara tetapi tidak dibuka. Dipaksa pergi melalui banjir pergi ke pusat pemindahan yang jaraknya 4 km. Ini benda kesilapan yang berlaku ni dapat diperbetulkan. Yang lebih malang lagi dah 5 bulan tak dapat lagi sebarang sumbangan ehsan daripada Kerajaan Negeri mahupun daripada NADMA. 27 keluarga mangsa banjir ni tertekan sambut raya pun dalam keadaan sedih. Rumah dah rosak perabut pun dah rosak. Kenapa masalah ini tidak dapat di atasi? Mohon sangat-sangat. Yang keempat, ialah saya mohon Tualang Sekah. Yang Berhormat Tualang Sekah ambil perhatian. Iaitu capaian talian internet yang lemah. Saya ucapkan terima kasih pada pihak Kerajaan Negeri lah sudah pasang dah menara telekomunikasi. Menara dah ada. Alhamdulillah. Tapi persoalannya menara ni dah berfungsi ke belum? Rakyat bertanya kepada saya adakah syarikat telco dah pasang pemancar? Kalau pemancar dah pasang, adakah dia sudah aktif? Ataupun bekalan elektrik belum disambung lagi dengan menara ni hanya pakai genset. Ada satu tempat tu masih lagi pakai genset. Bekalan elektrik tak ada lagi di menara ni. Yang lebih malang lagi ada menara-menara yang lama ni telah diceroboh. Sampai hari ni pagar tu terbuka. Bila ceroboh dicuri. Maka menyebabkan gangguan. Baru ni berlaku di Kampung Temerlok. Seminggu tak ada internet. Semua line tak ada. Ini bila tak ada line internet, capaian lemah macam mana rakyat nak bekerja dari rumah? Internet tak ada. Capaian terlalu teruk. Kena keluar ke bandar, keluar ke pekan baru dapat internet. Ini tolong ambil perhatian Yang Berhormat Exco Tualang Sekah dan akhir sekali, iaitu Dato' Seri Yang di-Pertua, iaitu di dalam sidang Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan solidariti dan sokongan rakyat Malaysia khususnya Perak pada hari ini kepada rakyat yang dizalimi di Palestin di Gaza, di Lubnan, di Iran yang diserang oleh pakatan jahat, penindas pengganas Amerika dan Israel.

Saya ingin mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Amerika terhadap Iran pada 28 Februari 2026 yang membunuh ketua negara Republik Islam Iran, Sayyid Ali Khamenei yang menyebabkan kematian 1500 orang termasuk 165 orang pelajar di Minab. Tindakan Amerika Syarikat inilah yang sebenarnya menjadi sebab utama krisis tenaga dan ketidakstabilan politik dunia pada hari ini. Apa yang berlaku pada hari ini, kenaikan harga minyak ini puncanya. Puncanya Amerika yang kononnya jadi polis dunia kita sambut dia dengan tarian datang ke negara Malaysia. Padahal dia buat sesuatu yang memberikan bala malapetaka kepada dunia. Kita kena kecam tindakan ini. Sampai hari ini mereka tidak berjaya untuk menawan Iran dan mereka menangguk di air yang keruh.

Tindakan zalim yang tidak berperikemanusiaan ini menyebabkan berlaku kenaikan harga minyak yang begitu hebat. Menyebabkan terkesan sehingga seluruh rakyat dalam dunia ini yang tidak terkecuali rakyat negara Malaysia dan negeri Perak ini dan marilah kita sama-sama saya berharap supaya kita sebagai warga negara Perak, kita bersyukur dengan segala nikmat Allah Taala yang kurniakan kepada kita. Kita boleh bertoleransi dalam kita berbahas, kita boleh berbincang tetapi biarlah kita beradab. Biarlah kita berfakta. Biarlah kita ni menghuraikan sesuatu yang baik untuk masyarakat. Walaupun kadang-kadang kita berlaku terkhilaf kerana maklumat-maklumat yang tidak tepat. Tak apa itu biasa yang kita perlu perbetulkan. Maka saya berharap diri saya, nasihat untuk diri saya, nasihat untuk rakan-akan di sebelah sini dan sana, marilah kita sama-sama kita bekerja demi untuk negara yang kita cintai, agama yang kita hormati dan juga rakyat yang kita sayangi. Sekian Dengan ini saya sebagai wakil bagi Dun Trong dengan ini menjunjung kasih Titah Diraja. Wallahua'lam bissawab dan menyokong penuh, Titah baginda. (Doa) Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang di-Pertua

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabaraktuh. Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Trong, sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Lubuk Merbau untuk memulakan perbahasan 20 minit dipersilakan.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera. (Doa) Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat dari pihak kerajaan dan mahupun daripada pembangkang, Yang berusaha ketua-ketua jabatan, para pemerhati, para pengamal media, seterusnya, tuan-tuan puan-puan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, setinggi- tinggi kesyukuran kita rafakkan kehadrat Allah subhanahu wata'ala dengan izinNya kita masih diberi kesempatan untuk bersemuka, berbahas dan berbincang dalam persidangan pada hari ini. Mudah-mudahan persidangan kali ini diberkati dan dirahmati Allah. Insha Allah.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan pada petang ini. Saya memulakan ucapan perbahasan saya dengan merafak sembah dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah di atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Kempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas Negeri Perak Darul Ridzuan yang berlangsung pada hari Selasa yang lalu. Segala Titah Tuanku akan dijadikan sebagai panduan dan pedoman sepanjang menggalas amanah sebagai wakil rakyat di Dun Lubok Merbau. Insha-Allah, Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya sebagaimana bersama dengan sahabat-sahabat yang sebagaimana yang disebut oleh daripada Trong tadi mengajak Dewan yang mulia ini dan semua Ahli Yang Berhormat untuk menzahirkan solidariti dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin, Rakyat Lubnan. Begitu juga rakyat di bumi Iran dan mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel Amerika ke atas negara-negara ini dan banyak nyawa yang terkorban. Mudah-mudahan Allah memberi balasan yang sewajarnya ke atas Palestin dan Amerika Laknatullah.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak menyentuh berkenaan prestasi ekonomi dan kewangan negeri Perak. Alhamdulillah, seperti dilaporkan, ekonomi negeri kita semakin mengukuh dan baik. Namun, saya mengajak

Ahli Dewan semua, benarkah pengukuhan ini ada tempiasnya yang dinikmati oleh rakyat? Atau nampak cantik di atas kertas tapi sebaliknya yang sedang dihadapi oleh rakyat bagaimana? Saya mengajak Ahli Dewan supaya kita turun ke bawah bertemu dengan rakyat dan rasai sendiri denyutan nadi rakyat, bukannya syok sendiri dengan angka yang hidangkan. Masalah kenaikan kos sara hidup dan pendapatan rendah, pengangguran, masalah kemiskinan, jurang antara bandar dan luar bandar, masalah keruntuhan golongan moral terutamanya belia. Semuanya ni adalah masalah realiti yang dihadapi oleh rakyat. Saya di pusat khidmat hampir setiap hari ada sahaja orang kampung yang datang untuk minta beras, minta bakul makanan, minta duit untuk beli pampers, susu anak. Apa yang termampu kami di Pusat khidmat cuba kami penuhi setakat mana yang ada. Tapi bagaimana dengan peruntukan Adun pembangkang yang semakin banyak disekat atau dipindah kepada pegawai khas MB? Setara mana sangat yang boleh kami bantu. Inilah yang dilema yang dihadapi oleh setiap Adun pembangkang.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, ketika ekonomi di dunia baru bangkit daripada krisis covid, kini kita berhadapan dengan lagi krisis ekonomi yang sangat dahsyat. Konflik di Asia Barat yang melibatkan perang Iraq, Amerika bakal mencetuskan krisis tenaga global. Susulan penutupan Selat Hormuz yang merupakan laluan maritim paling strategik di dunia di mana kira kira 1/5 bekalan minyak dan gas asli LNG melalui setiap hari. Antara impak yang paling ketara yang dihadapi oleh dunia ketika ini ialah peningkatan kos logistik dan pengangkutan susulan faktor keselamatan dan sudah tentulah impak itu turut memberi kesan kepada Malaysia seterusnya membentuk domino efek atau kesan berantai kepada pengguna secara langsung. Persoalannya, adakah Malaysia sudah bersedia menghadapi impak krisis tenaga global ini? Justeru itu, sejajar dengan Titah Tuanku yang menyuarakan kebimbangan dan menyarankan supaya pertumbuhan ekonomi Malaysia disemak semula, maka saya menggesa Kerajaan Negeri Perak segera membentuk Jawatankuasa Khas Rentas Parti bagi membincangkan isu ini secara lebih serius. Rakyat di bawah sana ternanti-nanti apakah bentuk bantuan atau pun pakej rangsangan yang kerajaan negeri boleh salurkan tatkala mereka sudah merasai kenaikan harga barang disebabkan krisis ini.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Lubuk Merbau menzahirkan penghargaan atas Titah Tuanku yang jelas, yang sangat menitikkan soal pendidikan. Sebagaimana yang disebut oleh sahabat saya YB Trong, mengucapkan tahniah kepada JPN Perak yang mana begitu juga kepada pelajar-pelajar SPM 2025, Perak telah memperbaiki gred purata negeri dan memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-12 kepada tempat yang ke-9, tahniah JPN Perak dan tahniah juga kepada PPD Kuala Kangsar yang menduduki tempat kedua yang diungguli daripada Perak Tengah. Tahniah Perak Tengah. Yang Berhormat Yang di-Pertua, kita semua meyakini bahawa pendidikan adalah jalan yang paling ampuh untuk menoktahkan kemiskinan dan tidak, dan tiada anak-anak yang sepatutnya tercicir disebabkan oleh kemiskinan dan saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Baitumal, Yayasan Perak dan lain-lain agensi yang menyediakan pelbagai bantuan pendidikan untuk anak-anak disegenap peringkat.

Cuma saya mohonkan supaya bantuan-bantuan ini ditambah dan diperluaskan dan dipergiatkan lagi sebarannya supaya maklumat ini sampai sasaran yang sepatutnya khususnya golongan luar bandar dan saya juga menyeru supaya urusan ini dipermudahkan dan ada pertimbangan budi bicara sewajar daripada pihak agensi.

Dalam memastikan anak-anak di luar bandar ini terus berdaya saing, saya juga mengharapkan pihak kerajaan negeri dapat meningkatkan lagi infrastruktur pendidikan khususnya di sekolah luar bandar termasuklah sekolah Kafa, sekolah tahfiz dan pondok-pondok pengajian Islam. Saya juga ambil peluang untuk mohon sekali lagi kepada Kerajaan Negeri supaya meluluskan sedikit peruntukan kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat Kafa An-Nur yang terletak dalam Dun Lubok Merbau untuk membina sebuah kantin.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, isu keruntuhan moral khususnya melibatkan golongan belia wajib diberi perhatian dan diambil tindakan serius oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa. Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 1,300 kes rogol, sumbang mahram, cabul kehormatan dan gangguan seksual melibatkan individu yang berusia 18 tahun ke atas direkodkan dalam tempoh Januari hingga April 2025. Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula merekodkan 9,000 lebih kes kehamilan luar nikah melibatkan remaja perempuan berumur 10 hingga 19 tahun antara tahun 2020 hingga 2024 bersamaan dengan 0.33% daripada 2.89 juta remaja perempuan di negara kita. KKM juga merekodkan seramai 1,091 pelajar institusi pengajian tinggi IPT dijangkiti HIV termasuk 222 pada kes 2025 bagi kumpulan 18 hingga 19. Baru-baru ini Negeri Perak disensasikan penganjuran satu program tidur lambak. Alhamdulillah dan tahniah kepada Jabatan Mufti Negeri Perak yang telah bertindak pantas, bertindak pantas dan menegur penganjuran program tersebut. Begitu juga kes yang berlaku dalam pementasan teater. Walaupun tidak berlaku di Perak dan di UM oleh salah satu pasukan teater kolej yang didakwakan memaparkan unsur tidak senonoh dan kandungannya melanggar batas normal, kesopanan serta bercanggah dengan nilai agama Islam. Jadi sebagai seorang bapa, normalisasi maksiat dan statistik sebegini sebenarnya sangat membimbangkan dan menggusarkan kita. Justeru, saya menggesa pihak Kerajaan Negeri dan agensi-agensi berkenaan supaya dapat mengkaji semula keperluan penganjuran program yang menjuruskan ke arah maksiat termasuklah konsert, hiburan dan sebagainya dan saya juga mendesak pihak kerajaan menyemak kembali SOP dan piawaian, piawaian sebelum menerima dan meluluskan permohonan program-program hendonisme dan pihak dari pihak luar.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, pada tarikh 29 Mac yang lalu dan banyak sahabat-sahabat, saya telah sebut perkara yang menyayatkan hati yang berlaku kepada Almarhum Amirul Hafiz bin Omar. Kisah-kisah sebegini sudah acap kali berlaku. Namun tiap kali berlaku kes seumpama ini kerajaan hanya mampu menyatakan simpati dan mengumumkan sumbangan sekian-sekian. Tidak lebih sekadar retorik nak meredakan keadaan. Persoalannya, sampai bila peristiwa tragis ini harus berulang. Berapa banyak lagi nyawa yang harus melayang disebabkan pemandu mabuk? Adakah tunggu anak menteri ataupun anak-anak Ahli Dewan ini baru pihak kerajaan akan ambil tindakan. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, susulan isu pemabuk, pemandu mabuk yang saya sebutkan di dalam Dewan, saya mendesak Kerajaan Negeri supaya dapat menghentikan penjualan arak secara terbuka dan meluas khususnya di kawasan penempatan majoriti melayu. Perlesenan penjualan arak juga hendaklah dihadkan dengan mengikut piawaian yang ketat. Pemantauan dan penguatkuasa undang-undang oleh pihak PBT dan agensi juga perlu ditingkatkan. Sepertimana firman Allah SWT, (Ayat Al-Quran). Wahai orang orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah keji daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana yang disebut oleh rakan saya daripada YB Manong dan juga YB Chandan semalam, isu utama yang hangat diperkatakan di Daerah Kuala Kangsar. Pada saat ini, banyak isu tentang pengurusan sampah. Isu ini juga melibatkan kawasan di dalam Dun Lubuk Merbau. Masalah ini kerap dan berulang. Seolah-olah tiada jalan penyelesaian. Saya mohon supaya pihak kerajaan dapat beri penjelasan tuntas, apakah masalah utamanya, apa solusi jangka masa pendek dan apakah solusi jangka masa panjang? Saya mencadangkan supaya tender kepada kontraktor atau syarikat yang bermasalah ini disemak kembali dan diambil tindakan tegas dan saya tidak berhajat nak menyalahkan mana-mana pihak tapi lebih mahukan penjelasan dan cadangan solusi. Saya sedih bila kita lihat komen netizen di page atau pun komuniti Kuala Kangsar. Hari-hari penjawat awam kita dicemuh di media massa, di media sosial.

Begitu juga bulan lepas, penjawat awam kita teruk dihentam oleh isu kumbahan najis di Taman Puncak Bougainvilla. Ia berlarutan lebih 2 bulan dan sekiranya dengan sebab kekurangan peruntukan dan kita dengar Kerajaan Negeri dah 4 tahun berturut-turut surplus. Apa salahnya Kerajaan Negeri memberi peruntukan yang lebih kepada PBT dan Kerajaan Tempatan yang memerlukan bagi masalah bagi mengatasi masalah-masalah sebegini dan saya menyeru juga supaya agensi-agensi terbabit lebih cakna dan responsif terhadap isu yang dibangkitkan oleh penduduk tempatan. Jangan mengambil sikap berdiam diri kerana ianya akan lebih membangkitkan amarah rakyat. Berkaitan dengan majlis dan PBT juga memohon pihak agensi supaya dapat mempermudahkan urusan kebenaran niaga dan pelesenan kepada para peniaga. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, mereka berniaga bukan untuk kaya tapi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Maka permudahkanlah dan hadirkanlah empati dalam diri tuan-tuan ketika melaksanakan tugas.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Lubok Merbau juga menzahirkan penghargaan atas Titah Tuanku berkaitan dengan infrastruktur jalan khususnya di Lebuh Raya Timur Barat-Jeli, Jeli dan hingga ke Gerik. Saya sangat bersetuju dengan Titah Tuanku supaya jalan-jalan yang berisiko tinggi dapat segera diselenggarakan sebaiknya. Dalam Dun Lubok Merbau juga masih terdapat beberapa laluan yang perlu diturap dan diselenggara. Jalan yang berlubang, jalan yang beralun di sepanjang jalan. Terutamanya daripada Padang Rengas sampai ke Kampung Padang Assam. Sudah kerap kali jadi punca kemalangan termasuk kemalangan maut. Beberapa bulan lepas staf Pejabat Penghulu Mukim Kampung Lubok Merbau turut menjadi mangsa kemalangan maut. Disebabkan cuba mengelak jalan beralun yang saya sebutkan tadi. Lubok juga Lubok Merbau juga berperanan berpandangan selain keadaan fizikal lebuh raya, pencahayaan jalan juga antara faktor penting yang perlu diambil kira bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Justeru, Lubok Merbau memohon kepada Kerajaan Negeri supaya dapat menyelesaikan masalah ketiadaan lampu jalan khususnya di laluan berisiko tinggi di kampung-kampung serta jalan-jalan utama termasuklah di dalam Dun Lubok Merbau.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua saya pada hari ini juga ingin menyentuh tentang potensi strategik tanah wakaf di negeri Perak yang seharusnya menjadi pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam. Bukan sekadar aset beku yang terbiar. Menurut rekod Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) negeri ini mempunyai lebih kurang 8,0000 hektar tanah wakaf dan dimaklumkan sekitar 85% daripadanya telah dibangunkan. Namun, persoalannya Tuan Speaker, adakah pembangunan tersebut benar-benar optimum dan memberikan impak dari sudut ekonomi rakyat atau sekadar tertumpu kepada fungsi tradisional seperti masjid dan tanah perkuburan sahaja? Kita tidak boleh terus melihat tanah wakaf sebagai aset statik. Ia mesti menjadi pemacu ekonomi ummah yang dinamik dan produktif. Dalam sejarah pembangunan tamadun Islam. Wakaf bukan hanya untuk ibadah semata-mata tetapi berfungsi juga untuk pembiayaan pendidikan, menyokong sistem perubatan dan menggerakkan ekonomi rakyat. Hari ini kita melihat negara-negara seperti Mesir, Turki dan Qatar telah membuktikan bahawa wakaf boleh menjana ekonomi rakyat jika diuruskan secara profesional. Namun di Perak, potensi ini masih belum digerakkan secara menyeluruh sebagai wakaf komersial dan produktif berskala besar. Saya mencadangkan supaya pihak Kerajaan dapat memanfaatkan tanah wakaf yang masih terbiar dan dibangunkan untuk projek berimpak tinggi seperti kompleks perniagaan wakaf, perumahan mampu milik wakaf, pusat kesihatan wakaf dan sebagainya.

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, saya akhiri perbahasan ini dengan mengambil beberapa pengajaran daripada surah Yusuf ayat 47 hingga 49. Yang mana mengajar kita bahawa umat Islam untuk tidak membazir ketika dalam kemewahan dan menyimpan sebahagian hasil untuk masa depan dan waktu darurat. Ayat ini juga menggariskan strategi ekonomi yang berkesan iaitu menanam dan menghasilkan makanan secara intensif selama tujuh tahun pertama. Menyimpan hasil tersebut dalam tangkai untuk menjaminkan bekalan makanan bagi tujuh tahun kebuluran yang menyusul. Ayat ini juga merupakan perancangan jangka masa panjang. Kepentingan merancang dan bersedia menghadapi kemungkinan risiko yang akan tiba. Tidak hanya melihat situasi semasa. Ayat ini juga mengajar tentang kepimpinan kepimpinan berilmu dan amanah iaitu Nabi Yusuf Alaihissalam yang membuktikan bahawa pemimpin perlu berilmu, berkebolehan dan jujur dalam menguruskan harta dan sumber negara untuk kemaslahatan rakyat. Sekian Lubok Merbau menjunjung kasih Titah Tuanku. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat dari kawasan Lubok Merbau yang telah menamatkan perbahasan. Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat dari kawasan Tronoh untuk memulakan perbahasan. 20 minit, dipersilakan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua. Salam Malaysia Madani, Salam Perpaduan, Tronoh ucapkan kepada Dato' Yang di-Pertua, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, kesemua Ahli Dewan Negeri Perak, seluruh barisan pegawai kerajaan, para media, tuan-tuan dan puan-puan yang berada di Dewan yang mulia ini serta penonton-penonton yang sedang berada di siaran langsung. Dato' Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan kerana memberi ruang kepada semua Ahli Yang Berhormat termasuk saya bagi menyembah ucapan tahniah dan menjunjung kasih atas penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Yang Kelima Belas bagi Perak Darul Ridzuan. Pada petang yang cerah ini, Tronoh bangun bagi membahaskan Titah Diraja yang memberi petunjuk terhadap pembangunan di negeri Perak ini.

Dato' Yang di-Pertua, seperti yang tercatat dalam Titah Tuanku, konflik baru yang tercetus pada 28 Februari tahun ini. Iaitu konflik di Asia Barat yang membabitkan dua pihak yang terbesar adalah antara Iran dan juga Amerika Syarikat, yang telah memberi impak paling ketara yang dihadapi oleh seluruh dunia sehingga menjadi suatu krisis kepada ekonomi dunia. Dengan itu, Perak merupakan salah satu negeri yang terbesar di dalam Malaysia. Maka ekonomi negeri dan rakyat akan menerima tempias daripada konflik tersebut. Kerajaan harus merancang pelan rangsangan kepada rakyat negeri Perak bermula daripada sekarang secara terperinci. Dengan mewujudkan bajet tambahan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kepayang. Pada pagi ini, Selangor telah mengumumkan bahawa RM134 juta pakej bernilai RM134 juta pakej rangsangan yang akan diberikan kepada PKS tetapi pada sehingga hari ini, apa yang kita boleh nampak dimana di Kerajaan Negeri Kedah yang mempunyai sidang Dewan sehingga semalam tidak mengumumkan apa-apa. Inilah kebaikan ataupun kecekapan daripada hasil daripada pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Jadi melalui bagi negeri Perak, melalui langkah-langkah penjimatan yang diamalkan oleh Kerajaan Perpaduan selama ini, Kerajaan Negeri mencapai satu kejayaan dengan bajet surplus sebanyak 4 tahun berturut-turut. Maka sebagai satu kerajaan yang bertanggungjawab yang menjaga hati rakyat apabila situasi ekonomi kelihatan tidak menentu, saya yakin kini tiba masanya Kerajaan Negeri menyuntik semula kewangan tersebut ke dalam pasaran bagi merangsang daya saing ekonomi yang diperlukan oleh rakyat di negeri Perak ini. Dato Yang di-Pertua, dalam segala ketidaktentuan khususnya dalam ekonomi pastinya ada kehadiran, peluang, ataupun rezeki. Pada tahun lalu, saya masih ingat dalam kerajaan Negeri Perak bersama dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri pelancaran KLK TechPark di Perak serta suatu pengumuman mengatakan bahawa sebuah syarikat penjualan kereta EV yang terbanyak di dunia itu iaitu syarikat BYD yang akan membuka kilang yang baru di Tanjong Malim, Perak dan ia menjadi satu berita yang begitu baik, begitu positif kepada rakyat di negeri Perak ataupun ia menjadi satu perhatian kepada rakyat di seluruh negara dan sehingga kini rakyat menunggu-nunggu pembangunan tersebut serta saya sendiri percaya sekiranya syarikat BYD melabur di negeri Perak ini, saya percaya ia akan memberi satu lonjakan yang amat positif kepada pembangunan di negeri Perak.

Dato' Yang di-Pertua, dalam seminggu dua ini secara tiba-tiba rakyat negeri Perak ataupun rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bahawa pelaburan syarikat BYD untuk membuka sebuah kilang CKD di Tanjong Malim, Perak tergendala buat masa ini. Dengan pengumuman tersebut, pelbagai tafsiran telah menjadi viral di sosial media dan ini memberi satu impak yang boleh dikatakan serius sama ada di negeri ataupun bagi negara. Maka yang menarik perhatian saya adalah salah sebuah tafsiran mengatakan bahawa sekiranya syarikat BYD kekalkan pelaburan mereka, ribuan peluang pekerjaan akan menjadi rebutan rakyat khususnya rakyat di negeri Perak ini. Ada juga tafsiran yang mengatakan bahawa selaku agensi Persekutuan iaitu, MITI mengenakan selective conditions bagi syarikat BYD ini demi menjaga 700,000 pekerja tempatan di dalam ekosistem industri automotif negara. Dengan itu, saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada Kerajaan Negeri ataupun daripada MITI sendiri ataupun daripada Kerajaan Persekutuan menjelaskan apakah tindakan kerjasama yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan bagi memastikan syarikat BYD ini terus memilih Perak untuk menjadi pelaburan utama di negara ini?

Dato' Yang di-Pertua, isu seterusnya yang ingin saya bawa adalah berkenaan dengan haiwan berkeliaran seperti lembu dan kerbau. Mungkin di antara kalian yang pernah melihat satu video di mana Adun sendiri pergi mengejar lembu. Isu ini telah mendatangkan pelbagai gangguan kepada penduduk di kawasan Dun Tronoh dan pada anggapan penduduk di sana seolah-olah isu ini berada di tahap luar kawalan. Lembu dan kerbau yang dilepaskan oleh pengembala yang tidak bertanggungjawab secara suka hati dan membiarkan ternakan mereka masuk ke kawasan taman perumahan, jalan raya, padang awam dan juga tempat umum yang lain. Selain itu, saya juga ingin memberitahu kepada semua, semakin banyak kemalangan berlaku di sebabkan lembu dan kerbau yang berkeliaran khususnya pada waktu malam dan di kawasan yang gelap. Saya memohon agar semua pihak berkuasa seperti Majlis Daerah Batu Gajah, Pejabat Daerah Kinta ataupun mana-mana pasukan penguatkuasa yang berkaitan mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih serius terhadap penggembala yang tidak bertanggungjawab ini. Tambahan...

Tronoh boleh saya mencelah.

Trong, boleh.

Terima kasih Yang Berhormat Tronoh. Saya amat bersimpati dan bersetujulah tentang masalah haiwan rayau. Cuma yang mengganggu penduduk Tronoh dan juga Trong sama. Dua soalan saya nak tanya sahaja YB. Adakah YB setuju Kerajaan Negeri mesti menggubal satu undang-undang bagi menyelesaikan masalah ini supaya semua penternak yang menternak ini berdisiplin boleh dididik dengan baik supaya mereka boleh menghormati orang lain yang tanam pokok, yang lalu jalan raya berlaku kemalangan. Jadi, kita harap adakah setuju dengan pandangan saya?

Terima kasih kepada Trong bagi berkongsi masalah yang sama. Saya setuju dengan kaedah tersebut tetapi sebenarnya ada satu polisi yang ingin saya cadangkan sebentar lagi. Tambahan kepada itu, ingin saya memberi cadangan kepada Kerajaan Negeri agar mengkaji dasar yang sedang diguna pakai oleh Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan di mana kerja-kerja penangkapan haiwan yang berkeliaran seperti lembu dan kerbau diberikan secara penswastaan sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan tidak mempunyai kemampuan untuk menjalankan kerja-kerja penangkapan tersebut. Kaedah ini menerima impak yang positif di Negeri Sembilan. Maka mungkin sekiranya kaedah itu sesuai untuk diguna pakai oleh negeri Perak, maka saya percaya kita boleh mengkaji sama ada dasar tersebut boleh digunakan di Perak atau tidak.

Dato' Yang Di-Pertua, Tronoh juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih khusus...

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

Saya lihat macam gambaran video kepada Yang Berhormat Tronoh sudah tak jelas, tak fokus.

Mungkin urusetia boleh bantu.

Yang di-Pertua

Ok, ok urus setia ambil maklum. Kita dah minta check, boleh teruskan lagi, terus.

Terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bercham yang senantiasa peka terhadap situasi di dewan yang mulia ini. Jadi Dato' Yang di-Pertua, Tronoh ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada JKR kerana bergiat usaha untuk mendapatkan peruntukan bagi kerja-kerja menurap semula jalan di Lebuh Raya Ipoh-Lumut iaitu Jalan Lebuh Raya FT5 pada tahun ini. Di mana lebih daripada lima kilometer jalan di bahagian dalam Dun Tronoh telah diturap dan ini adalah hasil daripada isu yang dibawakan semasa persidangan dewan pada tahun 2024. Dengan itu, pada hari ini, pihak saya ingin sekali lagi menarik perhatian daripada JKR agar lampu jalan dapat dipasang dengan segera dengan secepat yang mungkin di kawasan Seksyen 687. Saya ulang di kawasan Seksyen 687 di Laluan Ipoh di laluan Lebuh Raya Ipoh-Lumut FT5. Sekiranya JKR Persekutuan berpendapat bahawa lampu jalan yang aliran terus memang membebankan dan tiada bajet untuk projek tersebut, maka saya ingin mengalu alukan bahawa pemasangan lampu solar cukup memadai. Keadaan jalan di Seksyen 687 sememangnya sangat gelap khususnya pada waktu malam dan juga berliku dan kerap menjadi laluan ternakan kerbau dan lembu yang berkeliaran. Jadi, saya memang mengharapkan mengharapkan budi daripada Pengarah JKR Negeri untuk mengetengahkan isu ini demi manfaat penduduk di kawasan Dun Tronoh ini.

Dato' Yang di-Pertua, dalam Titah Tuanku turut mengatakan bahawa program mesra Hari Bertemu Pelanggan berjaya merapatkan jurang antara antara rakyat dengan pentadbiran negeri dan menyelesaikan isu rakyat secara lebih pantas dan berkesan. Tambahan kepada itu, persidangan dewan negeri ini turut menjadi platform bagi mendengar suara rakyat dan menyelesaikan isu rakyat kerana mungkin ada antara isu yang tidak dapat disampaikan semasa program mesra Hari Bertemu Pelanggan. Jadi, Dato' Yang di-Pertua saya ingin menyampaikan bahawa anggota polis turut menjadi sebahagian daripada rakyat Dun Tronoh. Bagi mereka yang berkhidmat di IPD Batu Gajah, Balai Polis Batu Gajah, Balai Polis Tronoh dan juga Balai Polis Pusing, sememangnya di Dewan yang mulia ini, jarang sekali wakil rakyat membawa suara anggota polis. Jadi, berilah peluang kepada Tronoh untuk membantu mempertingkatkan mempertingkatkan kebajikan anggota polis di kawasan Dun Tronoh.

Dato' Yang di-Pertua, kuarters di IPD Batu Gajah dan juga di Balai Polis Pusing yang kelihatan uzur, wajahnya kelihatan uzur sepatutnya dinaik taraf dalam masa yang terdekat kerana dari pandangan umum, railing di kuarters kelihatan rapuh. Lampu koridor kelihatan gelap dan banyak lagi fasiliti yang rosak. Selain itu, saya juga ingin mencadangkan agar Balai Polis Pusing dinaik taraf daripada kategori C kepada kategori B supaya bilangan anggota polis di balai tersebut dapat ditambah mengikut kenaikan jumlah penduduk yang dijangka sekitar 79,500 penduduk di bawah jagaan Balai Polis Pusing. Dengan kepadatan penduduk sekitar 1,766.7 orang setiap kilometer persegi. Dengan jumlah dengan jumlah kekuatan anggota polis yang hanya mempunyai seramai 20 orang.

Dato' Yang di-Pertua, merujuk kepada Titah Tuanku di perenggan 45 dan 46. Baginda mengingatkan mengingatkan kita semua agar kerajaan dan rakyat perlu bersatu kerana keharmonian adalah aset yang paling berharga dan wajib dipertahankan oleh seluruh rakyat semua rakyat. Selain itu, baginda turut memberi peringatan kepada semua bahawa ini bukan masanya untuk menangguk di air keruh dan mensensasikan keadaan bagi tujuan politik yang sempit. Dengan peringatan-peringatan baginda hari ini, Tronoh selaku Adun yang termuda di dalam Dewan yang mulia ini ingin memberi kelas tuisyen atau pun sekolahkan Adun Gunong Semanggol daripada parti PAS yang memegang jawatan Ketua Pembangkang yang mewakili Perikatan Nasional. Semalam, saya meneliti perbahasan Gunong Semanggol dan turut menyemak hansard selepas 12.00 tengah malam mendapati bahawa Gunong Semanggol mengatakan bahawa GDP negeri Perak hanya RM8.9 billion sahaja tetapi maklumat kepada sebagai maklumat kepada Yang Berhormat, GDP itu sebenarnya membawa maksud KDNK Keluaran Dalam Negeri Kasar. Jadi apa yang saya hairan adalah Yang Berhormat Gunong Semanggol sebagai Ketua Pembangkang petik data dari mana yang mengatakan bahawa GDP bagi negeri Perak hanya RM8.9 bilion. Saya semak semula laporan daripada DOSM menunjukkan GDP atau pun KDNK Negeri Perak yang dimaksudkan.

Speaker.

Oleh Yang Berhormat adalah RM86.2 billion…RM86.2 billion.

Sekiranya…

Yang Berhormat tidak mendapat…

…info yang tepat tidak apa tidak apa.

Tidak apa. Saya boleh…

…memberi satu salinan laporan ini yang dihasilkan daripada DOSM kepada Yang Berhormat Gunung Semanggol.

Tronoh. Tronoh. Tronoh. Sikit je.

Kamunting saya tak beri laluan.

Yang di-Pertua

Dia tak beri laluan Kamunting.

Biar saya habis dulu.

Dia dah diperbetulkan tadi kenapa dia bangkit balik?

Biar saya habis dulu.

Tadi Semanggol dah…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Nantilah tak bagi laluan duduk dulu tak bagi laluan. Semalam kan bagi perintah tetap. Duduk.

Nombor 2. Nombor 2 adalah Yang Berhormat Gunong Semanggol turut mengatakan GDP Perak hanya menyumbang 5.2% kepada GDP negara dan terlalu kecil dengan keluasan Negeri Perak. YB, Yang Berhormat. Pengiraan GDP tidak dikira dengan sebegitu sahaja mengikut keluasan negeri dan jangan cuba sesekali memesongkan rakyat dan juga Dewan yang mulia ini. Sebenarnya kalau kita nak bandingkan GDP Negeri Perak ini jauh lebih baik daripada negeri-negeri SG4. SG4 iaitu Terengganu, Kedah, Kelantan dan juga Perlis. Jadi dalam Dewan yang mulia ini, Yang Berhormat Gunong Semanggol pun cuba memesongkan rakyat. Apatah lagi di luar sana. Dato' Yang di-Pertua, hari ini saya nak bongkarkan kejayaan Parti PAS Perak. Kejayaan Parti PAS Perak. Dengan sukacitanya saya mengumumkan PAS Perak adalah juara fitnah di dalam politik Perak. Biar saya senaraikan satu persatu.

Tronoh laluan Tronoh.

Biar saya senaraikan satu persatu.

Laluan…laluan.

Saya tak beri laluan. Biar saya senaraikan

Apa yang fitnah ini?

Biar saya senaraikan dahulu.

Fakta pun dah dibetulkan dah tadi.

Biar saya senaraikan dulu.

Tarik balik

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Dengar dulu. Tak bagi celah.

Dengar satu persatu.

Kena tarik balik.

Saya senaraikan.

Celah mana fitnahnya.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Dengar dulu.

Duduk dulu.

Sekiranya fakta itu adalah salah, perbetulkan.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tak bagi laluan.

Kenapa nak sebut bawak fitnah?

Sekiranya fakta itu…

Jika kesilapan itu dah dimohon maaf. Apa masalah?

Sekiranya fakta itu salah, perbetulkan balik.

Maksudnya ia bukan fitnah.

Memang fitnah. Biar saya…

Kita yang tak mengaku, dia dah mengaku kesilapan.

Biar saya habiskan senarai ini. Saya akan baca satu persatu.

Yang di-Pertua

YB.

Saya akan baca satu persatu.

Yang di-Pertua

YB, masa sebenarnya dah habis, tinggal satu setengah minit lagi.

Ya. Boleh. Saya akan habis dalam lima minit. Terima kasih Dato Yang di-Pertua, biar saya habiskan satu persatu. Dengar dahulu. Sekiranya apa yang saya bangkitkan itu salah, maka perbetulkan. Rujuk saya ke jawatankuasa. Tiada masalah. Jadi hari ini saya nak bongkarkan kejayaan parti PAS Perak ini. 9 Februari 2023, Adun Gunong Semanggol merangkap Pesuruhjaya PAS kalah saman fitnah dan memohon maaf kepada PMX Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Taiping. Nombor satu. Nombor dua, 6 September 2023, Adun Gunong Semanggol sekali lagi merangkap Pesuruhjaya PAS Perak kalah saman fitnah dan membayar ganti rugi sebanyak RM250 ribu kepada bekas menteri daripada DAP iaitu Lim Guan Eng. Nombor tiga. Nombor tiga, 2 Disember 2024, Ketua Pembangkang Adun Gunong Semanggol memohon maaf terhadap Menteri Besar Perak dalam sidang Dewan yang mulia ini. Nombor empat, 2 Disember 2000. Sorry. Nombor empat…

Tak ada keuntungan untuk negeri ni.

Nombor empat, 11 Disember 2024…

Politik sangat, berpolitik kepartian.

Adun Gunong Semanggol, PAS mohon maaf kepada Ahli Parlimen Teluk Intan merangkap Adun Kepayang, Yang Berhormat Nga Kor Ming dan mengaku dakwaan adalah tidak benar dan tidak berasas. Nombor lima, 27 Januari 2025, Adun Gunong Semanggol, PAS mohon maaf kepada pemimpin DAP, Yang Berhormat Hannah Yeoh dan juga YTL atas dan mengaku bahawa beliau kecewa dengan kenyataan yang dibuat. Nombor enam, 2 Disember 2025, Adun Kenering, PAS memohon maaf secara terbuka kepada…

Tuan Speaker, Standing Order.

…Menteri Besar Perak…

Yang di-Pertua

Ok, YB Tronoh, Trong, Standing Order, Standing Order berapa?

Yang Berhormat Speaker iaitu Nombor 40(5)

Yang di-Pertua

Ok.

“Adalah menyalahi peraturan bagi seseorang ahli menggunakan bahasa yang menghina dan mencela kepada ahli lain”. Beliau telah mencela Gunong Semanggol di dalam Dewan yang mulia ini. Kenapa menggunakan platform Dewan yang mulia ni untuk menghina orang lain? Kalau orang lain menghina, kita membalas dengan…

Itu fakta lah. Bukan menghina.

..tujuannya menghina..

Kalau fakta tu benar. Macamana? Itu menghina? Itu fakta.

Niat untuk menghina dalam Dewan apa faedahnya?

Dewan ini…

Yang Berhormat.

…pun dia putar belitkan fakta mengelirukan Dewan.

Tujuan untuk menghina…

…sebarkan fitnah…

Biar saya menjelaskan…biar saya menjelaskan.

Yang di-Pertua

Ok, ok...

Sabar, sabar.

Yang di-Pertua

Dia macam ni dalam Dewan ini, saya faham kadang-kadang ada yang berhujah dari cara straight forward sahaja. Ada yang berhujah dia ada teater sikit. Kadang-kadang kalau sebelah kerajaan sama, sebelah pembangkang pun sama. Kadang-kadang bila dia berhujah tu dia bagi body hit. Kadang-kadang kita bagi buat orang, orang terima. Kadang-kadang ini body hit sikit-sikit ni…kita terimalah. Tak apa. Saya tak nampak benda ini, dia mencela. Yang itu saya punya pandangan. Dia kata fakta. Kalau tak setuju…kalau tak setuju, kita ada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Boleh buat surat. Kita bawa jawatankuasa, dia minta tunjuk, bentangkan. Itu sahaja. Ok.

Ok Tronoh. Boleh saya juga isytiharkan pemimpin PH terlibat dalam fitnah yang kes saman?

Boleh, sekiranya masa itu merupakan masa untuk Selama. Boleh, tak ada masalah tetapi ini adalah floor saya. Saya tak beri Selama masuk…

Sebab kalau nak isytihar, isytihar semua. Baru adil…

Saya tak beri Selama masuk.

Yang di-Pertua

Selama…Selama.

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Tak bagi celah. Duduk. Macam pembangkang, tak bagi celah, dudukla.

Biar saya habis dulu, lepas saya habis. Selama. Saya memberi senarai ini untuk…

DAP kuat fitnah.

Yang di-Pertua

Kejap…

Saya…

Yang di-Pertua

Selama duduk Selama.

Bahas Titah Tuanku.

Yang di-Pertua

Besok Selama bahas, Selama keluarkan senarai. Senang je. Besok Selama bahas, Selama keluarkan senarai ok? Ok, tinggal seminit lagi.

Saya nak bahas Titah Tuanku. Buat apa nak bahas benda yang dah terlepas.

Yang di-Pertua

Ok, takpe la.

Orang dah minta maaf dah, dah ada kes kenapa…

Main politik kuat sangat.

Dalam Islam, orang dah mohon maaf…

Selama, you bukan mahkamah. Boleh duduk YB. Mahkamah dah istiharkan fitnah.

Kalau nak ambil kes mahkamah hat lama-lama banyak dah. Sekarang ni…

Duduk…duduk. Sabar…duduk.

Yang Berhormat Selama, sekarang ni…

Kita habis masa untuk bahas.

Itu sebab saya nak bagitau satu dunia…

Benda yang tak perlu. Banyak lagi Titak Tuanku yang boleh dibahaskan

Bahawa ini tak boleh dipercaya.

…untuk kepentingan rakyat Negeri Perak. Habis masa…buang masa.

Ini adalah fakta.

Buang masa untuk ambil benda-benda yang lama.

Ini adalah fakta Yang Berhormat. Sekiranya Yang Berhormat…

Esok you keluar, esok you keluar senarai.

Tak boleh terima fakta ini, jangan lagi sesekali memfitnah.

Keluarkan fakta benda-benda yang dah lama.

Jangan sesekali memfitnah.

Selama, duduk…duduk.

Itu sahaja pesanan daripada saya Yang Berhormat.

Jangan nak main jadi mahkamah.

Faham atau tidak?

Tentang kesusahan rakyat…

Itu sahaja.

Tentang keperitan hidup.

Kerana Yang Berhormat.

Banyak lagi isu-isu…

Yang Berhormat Selama…

Boleh dikeluarkan.

Kerana Gunong Semanggol…

Buang masa, buang masa.

…asyik membuat fitnah sahaja.

Yang Berhormat, jangan membuang masa.

Itu sebab saya nak bagitau rakyat di luar sana, sekiranya fitnah ini berterusan, makai akan menjahanamkan negeri ini.

Kalau nak isytihar benda yang kes mahkamah dari dulu berlambak…

Jadi Yang berhormat sekiranya…

…boleh isytihar.

Tak boleh terima, jangan fitnah lagi. Itu pesanan daripada Tronoh. Sekian terima kasih, duduk.

Yang di-Pertua

Ok, semua duduk.

Esok kita keluar fitnah…

Semua kes mahkamah kena isytihar ke dalam ni?

Yang di-Pertua

Ok…ok…ok. Semua duduk. Ok. Tak sampai satu minit lagi. Tolong landing lah.

Baik. Terima kasih yang Dato’ Yang di-Pertua, nak landing dah. Cuma ada sedikit lagi. Jadi saya belum habis lagi senarai di mana 2 Disember 2025, Adun Kenering Pas…

Tronoh.

pergi cari platform lain lah nak cakap…

Kenering Pas memohon maaf.

Encik Mohamad Amin bin RoslanPAS · PNPengkalan Hulu

Facebook…Facebook.

Dia dah tutup Speaker, dia dah tutup.

...kepada Menteri Besar Perak di Dewan yang mulia ini dan akhir sekali yang terkini. Akhir sekali yang terkini, 11 Mac

2026, Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak kalah saman fitnah lagi dan membayar ganti rugi sebanyak RM250 ribu kepada Pegawai Khas Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga daripada DAP. Dato’ Yang di-Pertua, saya cuma nak memberi satu info kepada rakyat di luar sana di mana…

Tronoh, bagi laluan. Tronoh bagi laluan.

Saya tak bagi laluan. Yang Berhormat Selama duduk. Saya tak bagi laluan. Biar saya habis dulu.

DAP takut.

…biar saya habis dulu.

Kalau cara Tronoh ni…

Saya tak bagi laluan.

…dia merbahaya sebenarnya sebab…

Saya tak bagi laluan.

kalau kita isytihar semua kes mahkamah daripada tahun 98, habih orang kata eh

Yang Berhormat…

…adakah semua parti….

Yang Berhormat, adakah saya mengatakan saya membawa kes daripada 98? Tidak.

Bukan. Maksudnya…

Saya hanya membawa kes dalam dua tahun ini sahaja.

Tak, maksud saya…

Dua tahun ini sahaja.

Raja fitnah.

Senarai itu ada berapa kes…

Memang raja fitnah PAS.

…saman yang kalah.

Tak pernah Insaf. Ulang lagi.

Berapa kes saman fitnah yang kalah?

Inilah parti PAS.

Isu dia

Parti agama.

Takkan DAP nak ajak supaya kita isytihar segala kes yang di mahkamah…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Boleh kalau anda boleh…

Yang Berhormat boleh…

Encik Goh See HuaDAP · PHPasir Pinji

Masuk dalam perbahasan esok.

Boleh berbuat sedemikian.

Masalah pesawah, masalah petani…

…mencabar

Yang Berhormat boleh berbuat sedemikian.

Dengan ramai yang sudah sengsara pada hari ini.

…tetapi…tetapi

Tiba-tiba…nak isytihar…

…apa yang saya nak bawa adalah 2 tahun ini.

Keputusan yang ada di mahkamah.

Raja fitnah…raja fitnah.

Yang di-Pertua

Ok.

Yang Berhormat…

Yang di-Pertua

Ok semua. Ok dah semua. Ok Tronoh please simpulkan. Conclude. That’s it. Finish. Ok, simpulkan. Final word ok.

Kesian dengan rakyat Tronoh.

Dato’ Yang di-Pertua, apa yang saya nak sampaikan adalah sebenarnya saya sendiri walaupun saya dalam usia yang muda, tetapi saya tidak sesekali melupakan apa jasa dan budi yang telah disampaikan oleh arwah Tok Guru Nik Aziz. Tak pernah. Saya sangat hormat kepada beliau kerana apa yang beliau mengajar masa itu memberi didikan kepada anak muda supaya kita harus jangan bersikap sombong, jangan bersikap angkuh, cerita apa yang baik. Itu yang saya sangat respect dan sangat hormat kepada Tok Guru Nik Aziz.

Tak habis lagi itu banyak nasihat dia lagi.

Oleh itu saya nak buat satu perbandingan saya nak sampaikan kepada semua.

Yang di-Pertua

Tronoh. Time…time's up.

Ok two minutes. Nak landing.

Yang di-Pertua

One minutes, Final…final. Ok yang lain jangan kacau.

Apa yang saya nak sampaikan adalah penyakit fitnah dalam parti PAS menjadi semakin serius sehingga pemuda PAS pun terjebak dengan fitnah.

Ada ahli-ahli DAP…

Daripada senarai yang saya ada…

…ada ahli-ahli parti yang terlibat dalam satu kes.

Ia jelas menunjukkan…

Tak kira apa kes pun… maknanya semua parti macam tu kah?

Kredibiliti parti PAS Perak yang jauh lebih teruk daripada rakan komponennya iaitu…

Malang rakyat Tronoh yang dapat wakil rakyat yang macam ni. Wakil rakyat yang tidak membela rakyat…

Senarai yang saya ada…

...tetapi datang dalam Dewan ni…

…mungkin tidak menyeluruh.

...hanya mencemuh orang. Rugi rakyat Tronoh.

…dan saya percaya…

Malang rakyat Tronoh ada wakil rakyat yang macam ni.

… senarai itu boleh ditambah lagi.

Kalau ada ahli parti yang melakukan sesuatu maksiat…

Tak guna ada wakil rakyat macam ni.

…disalahkan dalam mahkamah. Adakah semua ahli parti begitu?

Apalah punya wakil rakyat.

Hati-hati kamu dalam berhujah.

Yang di-Pertua

Ok semua ok semua dah dah semua duduk. Ok…ok. Ok Yang Berhormat semua Ahli-ahli Yang Berhormat semua ok. Ok Yang Berhormat. Terima kasih. Ok Yang Berhormat Selama. Ok. Faham. Ok Tronoh final word. Ok.

Ok, terima kasih kepada Dato' Yang di-Pertua saya akan membuat landing. Dengan itu, akhir sekali, saya ingin mencadangkan agar jawatan ketua pembangkang diserahkan…

…kepada orang lain atau pun wakil daripada parti PAS lain.

Nak cakap masuklah sini dulu.

Encik Khalil bin YahayaPAS · PNKubu Gajah

Parti lain tak yah masuk campur la. Tak yah masuk campur parti orang.

Manjoi. Adun Manjoi.

Adun kawasan Manjoi…

Tak yah sibuk parti orang.

…bakal mengambil alih. Dengan itu

Ketua pembangkang...

…saya mengakhiri perbahasan saya dan memohon untuk menyokong…

You tak payah sibuk parti orang.

…Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Sekian terima kasih.

DAP kaki fitnah.

Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat daripada Tronoh. Sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari kawasan Batu Kurau untuk memulakan perbahasan silakan. 20 minit.

Terima kasih. Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Untuk meredakan sedikit panas pada petang ini saya membaca ayat-ayat suci al-Quran al-Karim dengan tarannum. Mohon izin. (Ayat Quran). Belanjalah hartamu ke jalan Allah dan jangan kamu campakkan kebinasaan dengan tangan-tangan kamu ke dalam bahaya dan kebinasaan dan hendaklah kamu melakukan kebaikan. Allah amat suka kepada orang yang melakukan kebaikan. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perak, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat, ketua-ketua jabatan, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Banyak perkara yang telah disentuh oleh baginda Tuanku Sultan ketika bertitah di Dewan ini pada 14 April yang lalu. Banyak Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh berbagai-bagai aspek yang tidak perlu saya ulas lagi. Saya hanya ingin menyentuh satu aspek sahaja yang diutarakan oleh Baginda Tuanku iaitu soal keharmonian.

Baginda Tuanku Sultan menyarankan agar setiap daripada kita menjaga dan memelihara keharmonian yang selama ini wujud dengan baik khususnya di negeri kita ini. Ini adalah kerana andai berlaku kekacauan dan ketidak adilan yang melampau akan menyebabkan ketidakstabilan akan berlaku. Ini pasti akan merencatkan pertumbuhan ekonomi khususnya. Dengan keadaan sekarang rakyat sangat terhimpit dengan berbagai masalah, masalah ekonomi, masalah kos sara hidup yang semakin meningkat. Adalah dicadangkan dan diharapkan Kerajaan

Negeri dengan dibantu oleh pakar-pakar ekonomi melakukan sesuatu lebih agresif bagi berusaha dan memastikan keadaan rakyat tidak terbeban.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, dalam mengekalkan keharmonian khususnya di negeri ini saya ingin mengutarakan beberapa perkara yang boleh mengekalkan keharmonian di antaranya, yang pertama pengukuhan akidah dan ukhwah Islamiah. Kita sesama Islam mesti memperkukuh perpaduan dan persaudaraan, jangan sampai kepentingan sesuatu kelompok sahaja sehingga mengabaikan dan merosakkan keharmonian ini. Kedua, memupuk toleransi dan hormat menghormati. Sebagai negeri yang rakyat terdiri daripada berbagai kaum, kita sepatutnya menerima perbezaan budaya sebagai suatu anugerah Allah. Hormat menghormati perlu menjadi satu budaya dan tidak mudah meremehkan orang lain. Yang ketiga, kepimpinan yang bijaksana, adil dan bertanggungjawab. Dalam hal ini kita sepatutnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik. Ingatlah semua di kalangan kita khususnya yang berada dalam Dewan yang mulia ini adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya ke arah mana kepimpinan kita. Jangan kerana fahaman dan pegangan yang berbeza kita tidak berlaku adil sesama kita. Semoga Allah selamatkan negara dan negeri Perak tercinta ini daripada kehancuran. Keempat peranan pendidik dan ketua keluarga. Usaha yang lebih hebat perlu dimainkan oleh para guru dan ibu bapa bagi memberi kefahaman kepada anak anak kita akan kepentingan perpaduan dan bahayanya perpecahan.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, Tuanku Baginda Sultan turut menyentuh betapa masjid lambang memupuk perpaduan. Beberapa jabatan, NGO, kementerian boleh menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti dan medium penyampaian maklumat agensi masing-masing. Saya juga menyarankan agar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak lebih serius melaksanakan bancian dan memastikan mana lagi mesjid atau surau yang benar-benar telah digazetkan dan mana masjid dan surau yang belum digazetkan. Ini penting supaya peristiwa yang berlaku di Alor Pongsu tidak berulang. Perkara ini berlaku juga di Batu Kurau Yang Berhormat, masjid utama iaitu Masjid al -Kurauwi di pekan Batu Kurau masih belum lagi digazetkan walaupun segala syarat seperti pembayaran premium telah diselesaikan. Maknanya belum dapat geran yang sewajarnya diberikan kepada masjid. Adalah diharapkan perkara ini dapat diselesaikan oleh pihak yang berkenaan.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, masalah menaik taraf kesihatan rakyat turut ditekankan oleh Tuanku Baginda Sultan. Sehubungan dengan itu, Batu Kurau memohon agar Jabatan Kesihatan Negeri dapat berusaha dan memohon agar penambahan pegawai dan staf di klinik-klinik dan juga hospital-hospital daerah di negeri ini dapat dilakukan segera. Keadaan masa menunggu yang agak lama di wad kecemasan perlu dihapuskan. Kadang-kadang bukan katil tidak ada tetapi kekurangan staf dan pegawai Kesihatan yang untuk menguruskannya. Hospital Taiping contohnya, amat-amat memerlukan staf kesihatan tambahan segera dan saya juga ingin mengulangi beberapa aspek kemudahan di Klinik Kesihatan Batu Kurau perlu diberi perhatian dan dipertingkatkan seperti kemudahan x-ray, penambahan kenderaan ambulan dan sebagainya. Perkara ini banyak kali telah saya suarakan di Dewan ini. Maka hari ini saya mengambil kesempatan lagi sekali memohon penjelasan agar permohonan dapat diberikan keutamaan.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, isu keterjaminan makanan turut diberi perhatian oleh Baginda Tuanku. Dalam memastikan petani dan pesawah tidak terkesan dengan ekonomi sekarang ini, maka diharap agar Kerajaan Negeri dapat memberi bantuan sewajarnya kepada mereka. Inilah masanya yang sesuai untuk Kerajaan Negeri membantu peladang-peladang dan pesawah-pesawah yang mengalami masalah kenaikan harga minyak dan sebagainya. Saya juga mengulangi permohonan saya sebelum ini agar Kerajaan Negeri dapat memberi kelonggaran kepada Pertubuhan Peladang Negeri Perak dan Pertubuhan Peladang Kawasan untuk memiliki dan membeli Tanah Rizab Melayu. Maka saya memohon agar Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak dapat mempertimbangkan hasrat permohonan peladang negeri Perak ini.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, izinkan saya mengemukakan permasalahan, permasalahan yang berlaku di Batu Kurau khususnya di Kampung Pondok Kuin. Bekalan air yang bukan sahaja rendah, malah sering berlakunya terputus bekalan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Berbagai pihak seperti Penghulu, Pegawai Khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak bagi Dun Batu Kurau telah pun melakukan pemantauan di kampung tersebut tetapi sehingga sekarang belum nampak jalan penyelesaiannya. Oleh itu, saya memohon pihak Kerajaan Negeri dan Lembaga Air Perak khususnya dapat sama-sama mengatasi masalah ini yang selama ini menghantui penduduk penduduk di Kampung Pondok Kuin ini. Saya harap Dato' Seri Exco Kerja Raya dapat melihat benda ini dengan lebih serius. Terima kasih Dato' Seri.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, di antara masalah yang dihadapi sesetengah kampung juga dan bukan sahaja di kampung saya ataupun di Dun Batu Kurau, juga mungkin barangkali di Dun-Dun lain di kawasan-kawasan lain iaitu seorang ketua kampung terpaksa menjaga beberapa kampung di bawah pentadbirannya. Contohnya di Kampung Batu 15, Batu Kurau. Dalam kampung ini, ada beberapa kampung yang lain seperti Kampung Becah, Kampung Sungai Akar, Kampung Kepala Batas, Kampung Changkat Semambu dan Kampung Paya sedangkan ketua kampungnya hanya seorang. Maka saya mencadangkan Kerajaan Negeri dapat membuat bancian dan semakan segera untuk menentukan agar ianya dapat ditambah ketua kampung baru mengikut kesesuaian bancian-bancian itu nanti. Saya yakin dengan pecahan itu nanti, segala permasalahan penduduk dapat segera diatasi dan lebih berkesan.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, kesimpulan perbahasan saya ini dapatlah disimpulkan bahawa marilah kita sama-sama menjaga dan memelihara keharmonian dan perpaduan ini. Ianya adalah amanah Allah untuk kita pelihara bersama. Semoga dengan ini rakyat Perak akan dapat dibela, kemiskinan dapat diatasi, kenaikan kos dapat dikawal. Sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, renungilah kata-kata hikmah ini; "Jangan takut pada orang yang tidak suka kepada kita, tapi takutlah pada orang yang pura-pura menyukai kita. Ingatlah, mereka menunjukkan kebaikan di hadapan kita, sebenarnya mereka selalu memburukkan kita saat tidak bersama kita". Dato' Seri Yang di-Pertua, Batu Kurau menjunjung kasih. Terima kasih.

Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kawasan Batu Kurau. Orang lama dalam Dewan kerana menghabiskan perbahasannya dengan point-point yang tepat. Saya ucapkan bagi pihak Dewan terima kasih. Sekarang saya menjemput

Yang Berhormat dari kawasan Alor Pongsu untuk memulakan perbahasan. 20 minit ya. Dipersilakan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat sejahtera. Terima kasih Dato' Seri Speaker atas peluang ini. Pertamanya, patik menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas titah ucapan perasmian yang amat berharga yang sepatutnya menjadi panduan dan peringatan. Kita semua patut menyanjung tinggi keprihatinan tuanku dan saya dan saya rasa semua orang Perak merasa amat bertuah kerana mendapat sultan yang bijaksana yang mempunyai kesarjanaan yang begitu tinggi. Setinggi-tinggi tahniah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mungkin ramai yang tak perasan. Mungkin peringkat kerajaan juga tak perasan. Dulu, saya sebut Tuanku telah menghasilkan dua buku. Baru-baru ini pada Disember, 2 Disember 2025 sekali lagi Tuanku telah melancarkan satu naskhah baru yang saya simpulkan, menyimpulkan ekonomi, sosial dan institusi negara selepas fasa kolonial. Chronicle Times in the Economic and Social History of Malaysia. Suntingan Diraja ini sepatutnya seharusnya kita telaah bersama sebagai panduan merancang pembangunan negeri. Saya harap Kota Tampan, barisan Exco, pentadbir-pentadbir, ketua-ketua jabatan kalau kita tak sempat nak baca pun saya faham.

Saya pernah tanya Dato' Seri Najib masa dia PM dulu, dan ke Dato' Seri baca buku-buku ni? Tak sempat. Upah orang keliling baca, ya. Exco Pelaburan ya. Upah orang keliling baca. You have to read this, penting. Senada dengan Titah Tuanku masa perasmian, saya juga berpijak di bumi nyata. Dalam perjalanan 3 tahun ni terutama tahun lepas, banyak juga pencapaian dan inisiatif utama yang telah berjaya dilakukan oleh kerajaan. Yang baik kita sokong. Sebutlah kita retorik ke, tong kosong ke, nak dengar ke isi apa yang kita nak cakap terpulanglah. Saya tumpang bangga dan kagum apa yang telah dinyatakan, dititahkan oleh Tuanku, terutama sekali bila Tuanku menyebut tentang KIGIP yang terletak dalam Dun saya yang mana Alor Pongsu sekarang terletak dalam zon pertumbuhan strategik utara Malaysia. Satu perkara yang tak pernah dimimpikan. 60 tahun merdeka Dun Alor Pongsu satu ATM pun takdak. Tronoh, tak ada ATM machine Tronoh. Nasib baiklah saya masuk 3 tahun ni baru dapat satu. Jadilah kan 60 tahun dapat satu. Tapi saya dah pesan kat rakyat saya, bila KIGIP mula, sampai bawah rumah, bawah rumah hangpa pun ada ATM lepas ni. Berebut bank nak masuk. Saya pergi 2,3 bank semua tak layan saya. Tapi akhirnya dengan kerjasama sebuah syarikat stesen minyak pakat-pakat, elok-elok dapatlah satu. Saya bangga walaupun 1 ATM di Dun saya. Guruh dah berdentum, hujan lebat dah mula turun. Tak taulah hujan lebat asli ke hujan lebat buatan yang Kerajaan Pusat sekarang nak cari hujan tu, akhirnya mengakhiri kemarau yang panjang yang berlangsung di Dun Alor Pongsu. Apa yang kami perlu buat? Apa yang perlu Kerajaan Negeri buat sekarang ni? Bantu kami sediakan besen. Orang Ipoh tau ka besen. Timba, timba. Ayaq dah nak mencurah ni. Kalau kita tak tadah sama-sama besen ni, setitik ayaq pun kita tak rasa. Melimpah ke kawasan lain. Jadi, tugas utama saya dan tugas yang lebih utama kepada kerajaan pimpinan Kota Tampan, rakyat kita mesti sediakan untuk menerima manfaat besar ini. Mai tauk mercun tu hah. Mau? Saya bila teringat berdentum ni semalam keluar daripada dewan banquet tu, Exco pelaburan tegur saya, saya langgaq dinding terus.

Encik Ong Boon PiowDAP · PHBercham

YB, saya ingat disambar petir ini.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ada daulat sikit la. Ada daulat. Betul kan? Yang saya langgar dinding semalam. Macam tu jugak bunyi mercun tu. Ok. Selain daripada pembangunan infra kesedaran rakyat Alor Pongsu perlu dipertingkatkan. Kita mesti wujudkan tri-pay trade. Ini penting ni. Pelaburan. Exco Pelaburan kena dengaq. Kota Tampan dia tak mai tadi tapi saya tau dia dengaq daripada pejabat dia. Wujudkan tri-pay trade. Kerajaan industri rakyat. Jangan kita asyik kerajaan industri, kerajaan Industri. Rakyat tak tahu apa. Kita kena gerakkan persediaan awal ini. Kita kena bina pusat TVET terutama sekali daddy Gerik. Mana Gerik? Pengkalan Hulu daddy Gerik sebab dia jaga MARA kan? Bina Pusat Prima Giat Mara. Bina ILP. Latih anak muda jadi industri mengenali industri hijau yang bakal datang ke KIGIP ni. Jadi Incredible Hulk. Hijau. Kalau kita tak sediakan semua ini, industri hijau ini menjadi sia-sia. Rakyat yang ada keliling KIGIP ni tukang tepuk tangan dah bila PMX datang potong reben atau Tuanku datang potong reben.

Saya menggesalah Institusi Universiti Awam, UPSI, USAS, USM, UTP, UiTM, mailah ke Alor Pongsu tapi saya tau depa takut nak mai. Saya rayu. Ni saya rayu ni untuk kebaikan rakyat saya dan untuk Perak juga. Universiti-universiti ni, Naib-naib Canselor ni kalau Kota Tampan jemput suruh pi, depa pi. Datanglah buat program. Datanglah buat libat urus. Berapa dekat setahun lebih dah perasmian KIGIP. Rakyat saya tak tahu apa dia KIGIP tu. Jadi kita gunakan student ni. Mungkin boleh jadikan anak angkat hantar rumah cerita kat pak cik-pak cik, mak cik industri hijau dah nak mai dekat ni. Belakang pagaq rumah mak cik je tapi ni kerajaan kena buatlah. Saya rayulah Exco-Exco semua tolong buat inilah.

Kemudian seiring juga dengan Titah Tuanku dalam ucapan perasmian tentang krisis tenaga global. Saya tak mau cerita sangat pasal minyak ni. Semua jenuh dah bercakap pasal minyak ni tapi kena pada masanya. Inilah masanya kita nak beralih daripada krisis tenaga global kepada tenaga baru. Tu pasal KIGIP dinamakan Kerian Industry Green Industry Plan dan Tuanku juga bertitah tentang penjagaan kelestarian alam sekitar yang merupakan antara salah satu inisiatif utama negeri Perak. Alam Sekitar. Exco Alam Sekitar ya. You pun dekat you pun faham macam mana. Kita nak pastikan sebab pelabur-pelabur yang datang kali ni unik sikit. Dia tak sama dengan pelabur HEV, LuMIC semua ni. Bila pelabur yang terlibat dengan industri hijau selain daripada dia tanya infra, dia nak tanya juga tentang kelestarian alam.

Kalau kita tak lestari bawa dia datang macam mana pun dia tak akan masuk KIGIP. Ada tiga dimensi. Saya nak pecahkan kepada tiga. Tiga fakta kuat. Yang pertamanya pertumbuhan ekonomi pendapatan rakyat. Kita akui tahun lepas Perak di tahap ini. Kali ni naik sikit. Yes, saya setuju tapi satu soalan setelah saya setuju naik kemajuan Perak. Apakah tahap kedudukan Perak dibandingkan negeri-negeri sekarang ini? Soalan ini kena selalu dimainkan oleh Kota Tampan, Exco, Perak Invest kena tanya. Kena always sedarkan diri kita di mana sebab kalau kita tengokkan kepada KD apa ni. Jap ye. Saya ada bawa ni. Ni daripada DOSM sebab Tronoh pun rajin check DOSM saya kena bawa yang ini. KDNK Perak umumnya sekarang ni terlalu rendah dari negara. 2010-2011 Perak lebih tinggi tapi post Covid dah bermula bencana ni. Perak di tahap 3.8%, negara 5.2%. Soalan saya kepada semua yang hadir ini. Adakah momentum pertumbuhan kita tidak sehebat dulu? Sedih tau bila tengok carta DOSM ni saya macam masa belanjawan dulu saya nak sebut saya sedihlah. Ya. Perak pendapatan isi rumah kita di sebalik surplu,s di sebalik pendapatan kita yang bilion kita letak di tangga kedua ke bawah sekarang dengan pendapatan penengah kita RM4,634 atas sikit pada Kelantan je. Shouldn't happen. Saya bimbang DOSM bagi 2025. 2026 agak-agak perak nak dok tang mana?

Saya nak sedarkan diri saya. Saya nak sedarkan semua ni. Di sebalik keghairahan kita cerita pendapatan tinggi, surplus tinggi, penjawat awam dapat bayaran sagu hati yang baik. Semua usaha. Saya tahu semua usaha tapi kita di tangga ini. Tolong sedar. Kemudian karya Tuanku yang saya sebut dulu Julai 2024. Globalization Perak Relative Decline And Regeneration. Dulu, Perak adalah frontliner kita antara penyumbang utama ekonomi dan perkembangan Malaysia. Sekarang dengan 5.1% kita di tangga ke-6. Jauh sangat. Selangor 26%, kita 5.2% dan kita kena terima hakikat kita bukan lagi player utama di negeri ini. Ok.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Minta laluan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Pengkalan Baharu. Ya, sila.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Terima kasih Dato' Seri Yang di-Pertua. Saya melihat perbahasan Alor Pongsu ini menjurus kepada kesusahan rakyat. Ekonomi negeri yang nampak macam tak berapa nak cantiklah.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ya.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Cuma saya nak bertanya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Angka Cantik, angka cantik.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Esok 18hb di tempat sayalah. Jamuan raya ni tak habis-habis lagikan ada yang sampai terlajak raya pun ada yang nak buat jamuan raya. Jadi setuju tak dengan saya. Kalau rakyat ni tak ada duit tak mungkin mereka buat majlis-majlis sebegini. Sampai lebih dari tarikh akhir pun masih buat lagi jamuan raya.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Terima kasih Pengkalan Baharu ya. Tu yang saya sebut kat Hulu Kinta tadi. Perak saya akui hebatlah. Tang tolong rakyat ni bagi kotak. Pegawai khas tu belakang kotak depan kotak dan saya pun selalu tanya macam Pengkalan Baharu tanya. Di saat orang susah sekarang, jamuan raya yang baru ni saya pi satu hari lapan jamuan raya. Saya berandaian begini sahaja. Kadang orang kampung ni yang pertama orang kampung ni bila dia diuji, dia lagi tabah atau pun sebenaqnya dia lepas geram je. Dah tak ada duit sangat noh? Aku perabih semua apa yang aku ada. Mungkin juga kan? Mungkin juga. Kita tak pasti atau pun itu je cara keseronokan yang dia ada dalam sepanjang tahun. Daripada Januari masalah...masalah...masalah, sambung...sambung... sambung dapat raya sekali ni Pengkalan Baharu dia pulun sungguh-sungguh la. Macam saya kata tadilah gaji bapak sebulan. Sehari bagi makan KFC, 29 hari lagi kita kena berhati-hati. Ok.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Alor Pongsu.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ui, sambung lagi.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Saya sikit lagi nak tambah. Kalau kita lihatlah pada tahun 2018-2019 hari itulah ya harga komoditi khususnya kelapa sawitlah di tempat saya ini. Kelapa sawit sekitar RM300 satu metrik tan tapi hari ini harga komoditi kelapa sawit dah meningkat kepada hampir RM1,000 satu metrik tan.

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Rezekila doa.

Encik Azman bin NohUMNO · BNPengkalan Baharu

Jadi…jadi adakah ini antara penyebab? Jika dibandingkan dengan di Kerian lah. Ini cerita di Pengkalan Baharu lah ya?

Encik Noor Azman bin GhazaliBERSATU · PNAlor Pongsu

Ok Yang di-Pertua. Saya minta masuk dalam hansard saya. Yang ini saya serah kat Exco sendiri. Exco jawab noh. Saya tak berapa reti bab sawit. Okay kita balik kepada perkembangan pembangunan ekonomi Negeri. Saya nak sedarkan, locomotive state. Mungkin ada yang masih ingat lagi. Locomotive state ni. Maksudnya Negeri yang bergerak laju pembangunan dia. Kita boleh namakanlah Selangor, Penang, Johor, Kedah in the making. Perak tak masuk dalam locomotive state. Itu yang menyebabkan saya rasa pertumbuhan ekonomi kita agak rendah. Pendapatan kita agak rendah. Malah ada seorang pakar ekonomi, saya ulang buat kali kedua. Dia menyatakan Perak masuk dalam kategori Laggard State. Slow la. Slow...slow. Apa yang paling merisaukan saya tentang saya sebut tadi iaitu status hidup rakyat. Pembangunan ekonomi kita kena tally dengan pendapatan. Pendapatan itu pergi kepada rakyat. Kalau pendapatan rakyat rendah, kita sebutlah angka macam mana sekalipun.

Kita sebutlah surplus 4 tahun. Kita sebutlah pendapatan berapa bilion sekalipun. Kalau agihan atau pun taburannya tak sama dengan apa yang kita impikan. Sebab saya risau tengok. Ni yang saya sebut tadi DO-DO mesti perasan. Hanya 4 daerah yang melepasi garisan penengah pendapatan. Macam mana dengan 9 daerah yang lain? Adakah taburan pembangunan ekonomi taburan pendapatan ini menepati dengan hasrat kita Perak Sejahtera ini? Kita tak boleh sejahterakan 4 daerah sahaja. Kita kena sejahterakan semua daerah yang ada di Negeri Perak ni. Paling sedih ni Hulu Perak ni, pendapatan penengah tinggal RM3,701. Kerian boleh tahan lagi la, RM4,554. Yang paling loaded sekali LuMIC, Manjung. Jadi saya rasa ketidakadilan ni hanya pejabat hanya Kerajaan Negeri yang boleh betulkan. Kita mesti tengok apakah sasaran surplus dan juga pendapatan kita. Kali ni saya mohon selepas ini selain daripada surplus yang disebut oleh Kota Tampan dengan bangganya, pendapatan billion yang saya pun tumpang bangga. Kita juga kena buat satu tanda soal yang besar. Macam mana dengan pendapatan rakyat di kawasan? Adakah mereka menikmati manafaat-manafaat ini? Stratcomm?

Saya suka ikut Stratcomm ni, anak muda ni. Iqbal ka apa nama dia? Stratcomm selalu datang di kawasan cerita kejayaan Perak Sejahtera dan sebagainya. Saya dah tanya kepada Astaka semalam dah. Sejahtera kah rakyat saya kalau 3 musim dah padi tak dapat? Tak dapat 1 tan. Main kilo je. Sejahtera ke mereka? Saya ni penyokong kuat Perak Sejahtera 2030. Saya sentiasa ikut dashboard. Ada yang saya bangga...bangga...bangga...bangga tapi bila saya pergi kat rakyat saya, saya tanya soalan. Kerana nampak macam soalan tak berapa cerdik. "Sejahtera ke hangpa?" "Nak buat macam mana YB, macam di kawasan Alor Pongsu, dia kata 7 musim main kilo ja. Jawapannya tidak sejahtera. Mungkin 4 daerah tu sejahtera, tapi yang lain tak berapa sejahtera.

Jadi pelaburan dan enjin ekonomi Kerajaan Negeri Perak ini sebenarnya dah jauh berubah. Dulu kita berharap dekat timah dengan getah. Kemudian kita bersandarkan kepada pembuatan dan industri. FDI dan DDI amat penting. Cakap omputih sikit noh. Perak really move ke arah itu, menaikkan FDI dan DDI kita. Adakah kita menawarkan lokasi pelaburan yang tinggi magnet? Nak tarik pelaburan masuk. Masa ini baru kita pergi kepada kualiti tenaga kerja. Kalau kita nak pelaburan bernilai tinggi, kualiti tenaga kerja juga mesti naik. Ini ada. Tertiary. Saya pun baru jumpa ayat ni. Mungkin ketua-ketua jabatan lebih mahir. Tertiary. Nak sebut pun macam ceri ja. Kedudukan tenaga kerja kita yang mempunyai diploma dan ijazah, Perak hanya membekalkan 27%. Selangor 49%. Penang 40%. Macam mana pelaburan bernilai tinggi nak masuk? Tapi kita tak sediakan tenaga kerja yang cukup macam ni. Yang ni kita kena sedar sama-samalah. Kita kena kerja kuat lagi. Kita kena kerja kuat agar supaya tajuk tertiary ni tak melemahkan daya saing kita. Kita mesti gunakan satu term dipanggil collocation. Collocation. Maksudnya pelaburan yang berkualiti dan kuantiti tinggi mesti tally dengan kualiti tenaga kerja. Jadi kita mesti gerak sama-sama dan akhir sekali ialah last page. Boleh lagi ya. Sikit lagi...sikit lagi. Tentang hasil dan belanja. Saya respectlah Perak Sejahtera. Bolehlah bagi tepukan sikit. Saya pun tepuk kuat juga sama-sama hari tu. Kita nak tanya juga pada diri kitalah. Berpijak di bumi nyata. Ketua Jabatan pun kena tanya diri juga. Rakyat di kawasan kita, di daerah kita di Negeri Perak ni betul-betul sejahtera atau tidak? Kerana survey telah mendapati pendapatan isi rumah 2024 kita di Perak ni pendapatan penengah adalah RM4687, tapi hanya merangkumi 4 daerah yang saya sebut tadi.

Conclusion nya, pembangunan ekonomi tidak tersebar. Kemajuan ekonomi terhad. Rakyat sangsi dengan report-report yang kita keluarkan. Rakyat persoal kebenaran laporan yang kita keluarkan. Walaupun di Ipoh, kita tepuk kuat. Di sudut, di denyut hati rakyat yang tak berapa sejahtera tu, depa kata betui ka ni? Betul ke nikmat yang kami dapat ni? Jadi kita mesti bersifat mikro pembangunan di daerah-daerah. Daerah yang low profile ni kita perlu bangunkan segera. Ya, kena bangunkan segera. Kami senang jela. Kalau Kerajaan nak kata kami cakap kosong, saya atas diri saya dan kawan-kawan saya, kami Pembangkang yang konstruktif. Nak dengar pun boleh, tak mau dengar pun tak pa. Tapi kalau bolehlah, negeri yang membangun macam Selangor, ada committee-committee task force dia tu, dia libatkan Pembangkang dalam tu. Pilihlah kan? Ramai ni ada. Pilih. Supaya dapat dengar, dapat dengar cetusan pihak yang satu lagi ni. Kita compilekan supaya menjadi satu wawasan. Saya yakinlah Perak Sejahtera ni dengan kelebihan-kelebihan yang ada, dengan Perak Invest, dengan Exco Pelaburan, Kota Tampan, semangat ni saya rasa boleh berjaya. Tapi macam tadilah hujung-hujung sikit. Saya tau Tronoh ni orang muda. Kita, sayalah ya, saya. Saya faham. Saya tetap dengan pendirian saya. Dewan Rakyat ini untuk suara rakyat. Politik, kita buat pentas depan sana. Kita hentam betul-betul. Sebab ini adalah platform kita untuk menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat dan sebagainya. Bukan untuk saya tak puas hati kat Astaka, saya tak puas hati kat Exco Pelaburan. Tidak. Teguran ini teguran yang membina. Nak terima pun boleh. Tak terima pun tak apa. Sebab kadang-kadang saya baca buku ini. Kota Tampan baca buku ini. Jadi jangan ambil teguran kami sebagai teguran yang negatif.

Jadi sebelum saya duduk Dato' Seri, saya ada, pertamanya lah. Ni bagus ni. Ni bagus ni. Semua orang kena dengar. Semalam saya cerita pasal sekolah terbaik SPM. SMKA TMUA Kerian di Semanggol. Baru semalam saya cakap, pagi ni MB dengan SUK dah hantar pegawai pi tengok. Tepuk lah sikit. Tak tepuk eh? Positif tau. Haa ni la penting Dewan ni. Petik je sampai. Saya rasa lepas ni saya balik, asrama sure ok la. Tapi nak sebut juga 2 anak saya ada situ tau. Itu yang saya fight lebih sikit. Sebab result mereka bagus. Bukan saja bagus dari segi keputusan SPM. Saya ulang balik. 100% sekolah terbaik di Negeri Perak. SMKA TMUA tu 100% budak-budak SPM yang batch yang sudah Huffaz al-Quran. Saya bangga. Kalau MCKK mungkin terror main ragbi dia, STAR ragbi dia, hoki dia. Ini Huffaz al-Quran. Selamat dunia dan akhirat. Mereka inilah pemimpin yang akan datang. Kemudian ada beberapa WhatsApp last untuk saya.

Saya kena sebut di sini. Saya terima WhatsApp. Saya jenis bila nak perjalanan nak mai ke dewan ni, saya WhatsApp rakyat saya. Apa nak cerita? Yang pertamanya WhatsApp pertama, rumah lot lidi Alor Pongsu, sampai la tak dak bekalan ayaq, LAP bincang dengan saya. Jalan Bagan Serai - Parit Buntar dok bertampung lagu tu ja, banyak eksiden dan kemalangan maut. Parit Sungai Dungun, kita dapat Jurutera Daerah JPS yang baru, baru lapor diri semalam. Parit Sungai Dungun air akan masuk 24 hari bulan 4 untuk serap padi. Parit dok semak lagu tu ja. Haa ini penting, Klinik Desa Changkat Lobak. JKN mana? Saya rasa saya tau JKN ada sini. Klinik Desa Changkat Lobak dah ditutup sebab kurang pesakit, katanya. Saya sit down dan bincang dengan depa, saya bersetuju la, kurang tetapi kenanglah sama, nak pi Bukit Merah berapa belas kilometer? Nak pi ke Alor Pongsu berapa belas kilometer? Bawa perut taw naik motor taw, klinik ibu dan kanak kanak. Zalim kita kalau depa jatuh tengah jalan, saya tak taulah JKN kena jawab. Jadi saya minta kat JKN bukan suruh buka balik, buatlah hari-hari tertentu mobile team datang. Betul tak? Datanglah Changkat Lobak, check ini baby dalam perut apa semua ini. Kemudian saya tengok yang pro aktif walaupun masalah padi banyak di Bagan Serai, saya tengok Pengarah IADA yang baru ini, rajin dia dok keluar Facebook dan sebagainya. Saya nak bagi tau kat dia melalui Dewan, balik ini saya cari dia. Saya nak tau betul-betul, dia faham tak masalah padi, masalah pesawah di Perak.

Akhir sekali, terima kasih Dato' Seri Speaker. Terima kasih kepada semua yang hadir. Terima kasih kepada rakyat Alor Pongsu. Saya dah sampaikan suara hati hangpa, denyut nadinya hangpa di sini. Kita tunggu KIGIP. Kita sediakan besen yang besaq-besaq. Kita bawa balik cerdik pandai yang ada di Bagan Serai dan Alor Pongsu bagi buah fikiran kat kita, macam mana kita nak tadah ayaq yang bakal mencurah di KIGIP itu. Akhir kata, saya pohon maaf pada semua. Saya menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan. Saya menyokong. Terima kasih Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah.

Yang di-Pertua

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Yang Berhormat daripada kawasan Alor Pongsu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat daripada kawasan Pokok Assam untuk memulakan perbahasan 20 minit, dipersilakan.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua. Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI saya ucapkan kepada Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai- pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil agensi kerajaan, rakan-rakan media, para pemerhati serta tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Seri Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya menjunjung kasih atas Titah DiRaja sempena perasmian Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada sidang kali ini. Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, Titah DiRaja telah menggariskan dengan jelas kedudukan ekonomi negara dan negeri secara menyeluruh seperti yang dizahirkan ekonomi Malaysia pada tahun 2025 mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.2% iaitu satu pencapaian yang memberangsangkan walaupun berdepan ketidaktentuan global.

Namun begitu, kita tidak boleh memandang ringan perkembangan semasa khususnya konflik di Asia Barat yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia terutamanya dari segi kos logistik dan kestabilan rantaian bekalan. Dalam suasana global yang mencabar ini, pencapaian Negeri Perak dalam menarik pelaburan menjadi lebih signifikan dan wajar diberi perhatian. Negeri Perak telah mencatatkan pelaburan diluluskan berjumlah RM15.7 bilion pada tahun 2025 meningkat berbanding RM8.7 bilion pada tahun 2024 iaitu satu peningkatan lebih kurang 80.46% dan berbanding RM8.5 bilion pada tahun 2023 iaitu peningkatan sebanyak 84.7%. Lonjakan ini jelas menunjukkan peningkatan keyakinan pelabur terhadap Negeri Perak. Malah, jumlah projek juga meningkat daripada 336 projek pada tahun 2024 kepada 560 projek pada tahun 2025. Ini membuktikan bahawa bukan sahaja nilai pelaburan meningkat, malah aktiviti ekonomi turut berkembang merentasi pelbagai sektor. Daripada jumlah tersebut, hampir RM9.4 bilion tertumpu dalam sektor pembuatan diikuti RM6.3 bilion dalam sektor perkhidmatan.

Ini menunjukkan bahawa Perak sedang bergerak ke arah ekonomi yang lebih moden berteknologi tinggi dan bernilai tambah. Lebih penting, pelaburan ini dijangka menjana lebih 10 ribu peluang pekerjaan, sekali gus memberi impak langsung kepada peningkatan taraf hidup rakyat dan merancakkan ekonomi tempatan. Namun begitu, pelaburan bukan sekadar angka di atas kertas tetapi merupakan harapan dan masa depan rakyat yang perlu direalisasikan. Kelulusan pelaburan hanyalah permulaan, manakala kejayaan sebenar adalah apabila projek-projek ini dilaksanakan dengan berkesan di lapangan. Dalam hal ini, cabaran utama bukan sahaja untuk menarik pelaburan tetapi memastikan setiap pelaburan yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan cekap, cepat dan berkesan.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, dalam persaingan antara negeri-negeri pula, Perak kini berada dalam kelompok negeri yang mencatatkan jumlah pelaburan yang signifikan. Ini membuktikan bahawa Perak bukan lagi berada di belakang sebaliknya sedang bergerak seiring dan bersaing secara sihat dengan negeri-negeri lain. Trend pertumbuhan ini jelas menunjukkan momentum peningkatan yang ketara khususnya pada tahun 2025. Dalam kita membincangkan kejayaan di peringkat negeri, kita juga perlu memastikan pembangunan ini dapat dinikmati secara lebih seimbang di seluruh kawasan termasuk Bandar Taiping yang mempunyai kelebihan strategik dari segi akses-akses dua lebuh raya utama iaitu PLUS dan WCE. Dengan infrastruktur yang baik serta sejarah sebagai antara pusat perindustrian terawal di negara ini. Potensi ini perlu terus diperkasakan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan semasa. Sebagai contoh, pelaburan seperti Projek Relay Methods yang sedang membina kilang di Kamunting Raya menunjukkan keyakinan pelabur terhadap potensi kawasan ini. Dalam jangka panjang, pelaburan ini diunjurkan mencecah sekitar RM200 juta sekali gus membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk setempat dan membina ekosistem perindustrian yang lebih mampan. Selain itu, statistik juga menunjukkan kira-kira 1000 peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini di Kawasan Perindustrian Kamunting. Ini membuktikan bahawa pelaburan yang dibawa masuk mula memberi impak sebenar kepada rakyat di peringkat tempatan. Sehubungan itu, adalah penting untuk memastikan lebih banyak pelaburan khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan bernilai tinggi terus disalurkan ke kawasan ini agar manfaat pembangunan dapat dirasai secara lebih menyeluruh.

Yang Berhormat Dato' Seri Yang di-Pertua, setelah melihat peningkatan pelaburan yang memberangsangkan, izinkan saya menegaskan bahawa pembangunan ekonomi semata-mata tidak mencukupi sekiranya tidak disertai dengan kelestarian alam sekitar. Kemajuan sebenar bukan hanya diukur melalui angka pelaburan tetapi juga melalui kualiti hidup rakyat serta keselamatan persekitaran. Kita sedang berdepan realiti perubahan iklim yang semakin ketara. Kejadian cuaca ekstrem seperti banjir dan kemarau kini berlaku dengan lebih kerap dan lebih intensif berbanding sebelumnya. Di peringkat negeri, walaupun usaha tebatan banjir telah berjaya mengurangkan kawasan hotspot daripada 332 lokasi pada tahun 2024 kepada 280 lokasi pada tahun 2025. Hakikatnya, masih terdapat banyak kawasan berisiko yang memerlukan perhatian berterusan.

Dalam konteks ini, saya ingin menyentuh secara khusus situasi di Taiping. Saya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas peruntukan sekitar RM7 juta bagi tempoh 2024 hingga 2025 kepada Majlis Perbandaran Taiping untuk menaik taraf sistem perparitan dan di beberapa kawasan kritikal. Sebagai contoh, projek naik taraf sistem saliran di Taman Kamunting Maju yang telah berdepan masalah banjir lebih 30 tahun kini mula menunjukkan perubahan ketara. Begitu juga di kawasan pusat bandar Taiping khususnya jalan kota dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini sering mengalami banjir kilat kini semakin terkawal hasil pelaksanaan projek secara berfasa dan terancang. Ini membuktikan bahawa apabila perancangan yang baik disertai pelaksanaan yang berkesan, masalah yang berlarutan sekian lama juga mampu diselesaikan. Namun begitu, kita perlu bersikap realistik bahawa usaha ini mesti diteruskan secara konsisten. Isu banjir tidak boleh ditangani secara sementara atau reaktif semata-mata.

Pendekatan yang lebih menyeluruh diperlukan termasuk penyelenggaraan sungai secara berkala, pengurusan lembangan sungai secara bersepadu serta perancangan pembangunan yang mengambil kira kapasiti alam sekitar. Kita juga harus sedar bahawa kos pemulihan akibat bencana adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan kos pencegahan. Sebagai contoh, insiden tanah runtuh yang merosakkan jalan di Bukit Larut telah menelan belanja kira-kira RM20 juta untuk kerja pembaikan sejak tahun 2019 sedangkan jumlah yang jauh lebih rendah sebenarnya mencukupi untuk langkah pencegahan dan penyelenggaraan berkala. Begitu juga dengan kejadian banjir yang bukan sahaja merosakkan harta benda, malah memberi kesan rantaian kepada ekonomi tempatan serta kesejahteraan rakyat. Justeru, pengurusan alam sekitar perlu dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang bukan beban semasa. Adalah penting untuk memastikan pembangunan ekonomi, pelaburan dan kelestarian alam bergerak seiring demi menjamin kesejahteraan rakyat secara berterusan.

Yang Berhormat Dato’ Seri Yang di-Pertua, Titah Diraja telah menzahirkan kebimbangan serius terhadap ancaman sisa plastik yang kian meruncing dan seolah-olah tiada noktahnya. Realitinya, tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya sisa plastik masih membimbangkan manakala pelbagai usaha intervensi sebelum ini masih belum mencapai hasil yang dihasratkan. Sehubungan itu, demi memelihara kesejahteraan rakyat serta menjamin kelangsungan generasi akan datang, satu langkah tegas telah diambil dengan pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik jinjit sekali guna berkuat kuasa 1hb Mac 2026 di semua premis perniagaan tetap serta kawasan sensitif alam sekitar. Ini bukan sekadar…sekadar dasar tetapi satu peringatan jelas bahawa kita tidak lagi mempunyai ruang untuk berlengah. Kita tidak boleh terus bergantung kepada perubahan sikap secara suka rela semata-mata sedangkan keadaan alam sekitar semakin tenat dan memerlukan tindakan yang lebih berani serta menyeluruh. Dalam konteks ini, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam memastikan dasar ini benar-benar diterjemahkan kepada tindakan di lapangan.

Saya ingin merujuk kepada inisiatif Majlis Perbandaran Taiping di Arked Siang Malam sebagai contoh, pelaksanaan dasar kelestarian alam sekitar di peringkat tempatan. Pihak Majlis Perbandaran Taiping telah memulakan inisiatif ke arah kelestarian alam sekitar dengan menghentikan penggunaan bekas plastik sekali guna secara berperingkat di Arked Siang Malam. Usaha ini tercetus daripada kesedaran terhadap impak negatif sisa plastik yang semakin membimbangkan khususnya terhadap kebersihan kawasan dan kebersihan kawasan dan kesihatan awam. Selaras dengan inisiatif tersebut, Majlis Perbandaran Taiping telah mengeluarkan arahan rasmi bertarikh 10hb November tahun 2025 yang melibatkan larangan penggunaan bekas makanan dan minuman daripada bahan sekali guna seperti plastik, polistirena dan kertas kepada semua peniaga di Arked Siang Malam Taiping. Arahan ini melibatkan keseluruhan 29 penyewa yang diwajibkan mematuhi ketetapan tersebut dengan pemantauan berterusan oleh pihak majlis. Sebarang ketidakpatuhan boleh dikenakan tindakan termasuk penamatan penyewaan tanpa rayuan. Sepanjang pelaksanaan, beberapa perubahan positif telah dapat dilihat antaranya pengurangan ketara sisa plastik harian serta peningkatan tahap kesedaran dalam kalangan peniaga dan pelanggan terhadap amalan mesra alam.

Selain itu, tahap kebersihan kawasan turut meningkat dan secara tidak langsung menyumbang kepada daya tarikan lokasi perniagaan tersebut. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, pihak majlis telah melaksanakan pendekatan bersepadu merangkumi sesi libat urus bersama semua 29 penyewa bagi menjelaskan rasional dasar, pemantauan dan penguatkuasaan berkala di lapangan. Galakan penggunaan alternatif seperti bekas biodegradasi dan guna semula serta kempen kesedaran awam melalui pendekatan bawa bekas sendiri di samping hebahan media sosial dan poster. Majlis juga melaksanakan penambahbaikan berterusan berdasarkan keberkesanan pelaksanaan semasa. Dari segi pencapaian, penggunaan bekas plastik sekali guna telah berjaya dikurangkan secara signifikan dengan sebahagian besar peniaga kini beralih kepada alternatif yang lebih mesra alam. Usaha ini akan terus diperkukuhkan dengan sasaran ke arah pengurangan menyeluruh penggunaan plastik di Arked Siang Malam Taiping. Walau bagaimanapun, pelaksanaan inisiatif ini turut berdepan dengan cabaran antaranya kos alternatif mesra alam yang lebih tinggi. Tahap penerima tahap penerimaan peniaga yang berbeza serta kebergantungan pelanggan terhadap bekas sekali guna atas faktor kemudahan.

Selain itu, aspek penguatkuasaan dan pemantauan memerlukan sumber berterusan di samping keperluan, meningkatkan kefahaman dan kesedaran semua pihak. Namun begitu, Majlis Perbandaran Taiping kekal komited untuk memperkukuhkan pelaksanaan inisiatif ini melalui pendekatan bersepadu sokongan berterusan kepada peniaga serta penambahbaikan dari semasa ke semasa agar perubahan ini dapat dikekalkan sebagai budaya. Bukan sekadar pematuhan sementara. Walaupun perkembangan ini amat menggalakkan. Kita tidak boleh berpuas hati terlalu awal. Usaha ini perlu diperluaskan diperkukuh dan diselaraskan agar tidak hanya tertumpu di kawasan tertentu tetapi menjadi satu budaya menyeluruh dalam masyarakat. Isu sisa plastik bukan lagi isu kecil sebaliknya telah menjadi ancaman besar kepada keseimbangan ekosistem kesihatan awam serta masa depan generasi akan datang jika kita terus bertangguh. Kos yang perlu ditanggung pada masa hadapan akan jauh lebih besar bukan sahaja dari sudut ekonomi tetapi juga kualiti hidup rakyat. Oleh itu, saya menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan, pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan masyarakat berganding bahu dalam menjayakan dasar ini. Kejayaan sebenarnya kejayaan sebenar bukan sekadar terletak pada dasar yang diumumkan tetapi pada sejauh mana ia mampu mengubah tingkah laku dan budaya masyarakat secara berterusan.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan satu isu berkaitan dengan kebajikan haiwan di mana dimana kebelakangan ini ada satu isu yang hangat. Yang isu hangat yang berkaitan dengan tiga ekor gajah yang telah di hantar ataupun dipindahkan ke Zoo Tennoji di Osaka dan sebenarnya tiga tiga ekor gajah ini berasal daripada Kuala Gandar, tetapi di program program pemindahan ini telah diuruskan oleh Zoo Taiping. Di sini saya ingin memohon Kerajaan Negeri untuk menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan dengan program ini khususnya apakah rasional program pemindahan tersebut? Adakah ia mematuhi standard antarabangsa dan apakah tindakan susulan terutamanya kerja-kerja pemantauan selepas ini.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Titah Diraja juga dengan jelas mengingatkan kita bahawa konflik geopolitik yang sedang memuncak berpotensi menggugat kestabilan global termasuk dari sudut keselamatan, tenaga dan bekalan makanan. Justeru, negara perlu membuat persiapan rapi memperkukuh ekonomi domestik, memastikan kestabilan kewangan serta memelihara perpaduan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimen dan sensasi. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, keharmonian adalah aset paling berharga yang wajib dipertahankan. Titah Diraja turut menegaskan bahawa kerajaan dan rakyat perlu bersatu memahami punca serta implikasi krisis melalui komunikasi yang jelas dan berkesan serta menolak sebarang usaha yang mensensasikan keadaan atau mengambil kesempatan untuk kepentingan politik sempit. Sehubungan itu, segala tindakan di lapangan wajar mencerminkan semangat kebersamaan dan kebertanggungjawaban. Apa jua inisiatif yang dilaksanakan harus memberi nilai tambah kepada rakyat serta membantu negara bersedia menghadapi kemungkinan krisis yang berpanjangan.

Dalam kerangka ini, setiap tindakan mana mana pihak perlu dinilai dengan jujur dan berasaskan kepentingan rakyat. Kini, kita juga perlu bersedia menghadapi cabaran semasa yang semakin mencabar khususnya krisis tenaga global yang memberi tekanan kepada kos sara hidup rakyat. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah besar dengan menanggung subsidi petrol dan diesel yang mencecah berbilion ringgit setiap bulan. Pendekatan di peringkat negeri juga perlu lebih proaktif. Seperti pepatah sediakan payung sebelum hujan, maka perancangan awal amat penting bagi memastikan rakyat tidak terkesan secara langsung sekiranya keadaan menjadi lebih mencabar. Sehubungan itu, wajar dipertimbangkan satu pendekatan lebih bersasar melalui penyediaan belanjawan tambahan yang memberi tumpuan kepada keterjaminan makanan, sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana serta kebajikan golongan B40 dan M40. Ini penting bagi memastikan lebihan hasil negeri yang telah dicapai sejak beberapa tahun kebelakangan ini dapat dimanfaatkan secara strategik demi membantu rakyat menghadapi tekanan ekonomi semasa.Pendekatan ini bukan sahaja responsif tetapi juga mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Dalam masa yang sama, kita perlu memastikan setiap dasar dan perbelanjaan awam benar-benar memberi pulangan kepada rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tinggal seminit

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Dua minit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua

Dua minit sila.

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Keutamaan harus diberikan kepada program yang memperkukuh tahan daya ekonomi. Isi rumah memperkasa sektor makanan tempatan serta memperluaskan jaringan keselamatan sosial termasuk penambah baikan bantuan bersasar agar tiada golongan yang tercicir. Justeru, dalam semangat tanggungjawab bersama setiap pihak sama ada di peringkat kerajaan mahupun masyarakat perlu memainkan peranan yang secara lebih berhemah dan berfokus. Kita tidak boleh terjebak dengan tindakan simbolik yang tidak memberi impak jangka panjang, sebaliknya perlu mengutamakan langkah yang benar-benar memperkukuh asas ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Akhirnya dalam menghadapi gelombang cabaran global yang tidak menentu ini kebijaksanaan dalam membuat keputusan serta keutamaan kepada kepentingan rakyat harus sentiasa menjadi panduan utama negara yang bersedia dengan perancangan rapi, disiplin fiskal yang kukuh dan perpaduan rakyat yang utuh akan lebih mampu bertahan dan maju ke hadapan walau apa jua cabaran yang mendatang.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Penganjuran konvoi bermotosikal atas nama solidariti terhadap konflik antarabangsa perlu dilihat dengan lebih kritikal. Dalam keadaan rakyat diminta berjimat cermat dan negara berdepan risiko kenaikan kos tenaga, tindakan membazirkan bahan api tanpa hasil yang jelas tanpa hasil yang jelas bukan sahaja tidak membantu, malah boleh ditafsir sebagai satu perbuatan yang tidak sensitif terhadap cabaran semasa serta tidak matang. Lebih penting, ia tidak membawa manfaat langsung…

Pokok Assam…

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

…kepada rakyat mahupun usaha menangani krisis.

Pokok Assam…

Encik Ong Seng GuanDAP · PHPokok Assam

Maka adalah lebih wajar semua pihak menumpukan tenaga dan sumber kepada perkara yang benar benar memberi impak dan membantu. Akhir kata, saya berharap Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan yang proaktif, berkesan dan inklusif dalam merangka serta melaksanakan dasar yang mampu membantu rakyat menghadapi cabaran ekonomi global dengan lebih baik dan berdaya tahan. Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya ingin mengajak kita semua untuk sama sama berdoa agar konflik di Asia Barat dapat segera dihentikan. Kita tidak mahu melihat lebih banyak nyawa terkorban kerana setiap kehilangan itu adalah satu tragedi kemanusiaan yang amat menyedihkan. Kita perlu sedar bahawa krisis ini membawa ancaman ekonomi yang sangat nyata. Jika ia berlarutan, gangguan rantaian bekalan dan kenaikan kos akan menyebabkan harga barangan melambung tinggi. Akhirnya rakyatlah yang akan menderita menanggung beban kos sara hidup yang semakin berat. Semoga keamanan kembali pulih agar ekonomi dunia stabil semula demi kesejahteraan kita semua sekian, Pokok Assam mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya di jemput Yang Berhormat dari kawasan Kenering untuk memulakan perbahasan. Dipersilakan.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh an salam sejahtera. Alhamdulillah (Bacaan Doa). Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Yang Berhormat Yang Berhormat, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Berhormat ketua-ketua jabatan dan wakil wakil agensi kerajaan negeri dan pusat hadirin hadirat serta seluruh rakyat yang mengikuti sidang Dun kali ini. Firman Allah Subhana Wata'ala. (Ayat Alquran). Maksudnya dialah Allah yang mencipta kematian dan kehidupan untuk menguji kamu? Siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya dan dialah Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Kenering merafak sembah menjunjung kasih di atas Titah Tuanku, Titah Diraja dalam Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak kali Yang Kelima Belas.

Sebelum Kenering memulakan perbahasan, sukalah Kenering mencadangkan kepada Yang di-Pertua Dewan selaku yang mengetuai pengurusan Dewan supaya mengadakan melebihkan hari perbahasan tidaklah agar tidak melibatkan had waktu sehingga hujung-hujung petang kerana mood perbahasan mungkin mood untuk orang yang mendengarnya dah habis dah. Cukup orang saya kata adakan had waktu sehingga pukul 2.00 atau 3.00 itu sudah memadai kerana beri peluang pada hari yang lain untuk perbahasan jangan sampai berlanjutan sampai ke petang sampai ke senja orang kata cuba. Yang keduanya ini tahun keempat sidang dewan dan merupakan kali keempat kami pihak Adun bergambar dengan Duli Tuanku. Saya berharaplah kepada pihak dewan bolehlah beri sekeping gambar untuk pusat khidmat ni dari tahun 1 sehingga tahun 4 tak merasa gambar pun dengan Tuanku.

Kenering pun sebenarnya hilang mood untuk berucap pada hari ini bila mana Tronoh memetik menyenaraikan bahawa saya di antara senarai pemfitnah. Kerana, saya memohon maaf pada sidang Dun yang lalu dalam pergulungan Yang Amat Berhormat Menteri Besar dalam belanjawan bajet pada tahun yang lalu. Saya mohon maaf kerana di atas kesilapan fakta saya menyebut PPK, Projek Pemajuan Kawasan tapi saya menyebut PPRT itu sahaja fakta saya silap, saya mohon maaf di atas kesilapan tersebut tetapi Yang Amat Berhormat Menteri Besar menuduh saya berbohong dalam Dewan. Memfitnah Yang Berhormat Ahli Parlimen Lenggong kerana membantah Projek Pemajuan Kawasan PPK RPT Kampung Tawai di Dun Kenering. Saya ada bukti. Saya terlibat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan benda ini diucap oleh Ahli Parlimen Lenggong dalam Mesyuarat Jawatankuasa Daerah. Dua kali Mesyuarat Jawatankuasa Daerah iaitu pada tarikh saya ada catatan di sini, pada tarikh 23hb.2. 2025. Agenda yang ke 7 dalam hal-hal lain, 7.1 Projek Pemajuan Kawasan - Ahli Parlimen Lenggong mengucap terima kasih kepada KKDW melaksanakan projek pemajuan kawasan PPK di Kampung Tawai. Beliau memaklumkan projek berkenaan mendapat bantahan penduduk dan meminta supaya dipindahkan ke kawasan lain kerana penduduk Tawai telah lama memohon kawasan tersebut dan pada catatan saya pada mesyuarat yang sebelum itu lagi iaitu pada tarikh 23hb.10. 2024. Di bawah agenda 7.2 Projek Perumahan Generasi Muda Felda, 7.2.1. Ahli Parlimen Lenggong memaklumkan projek perumahan berhampiran MRSM Gerik telah diluluskan dan dalam proses untuk pecah tanah.

Ketika beliau menyatakan projek ini, Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pembangunan Daerah Gerik, Puan Hasmaliana bertanya kepada Ahli Parlimen Lenggong ini, bagaimana dengan projek PPK di Tawai? Dan Ahli Parlimen Lenggong menjawab, beliau tidak bersetuju dengan projek tersebut dan perlu dibuat di tempat yang lain. Maksud tak bersetuju tu bantahlah. Bila tak setuju bantahlah. Itu faham bahasa kita. Mana adakah saya memfitnah Ahli Parlimen Lenggong di atas tidak bersetujunya itu? Ataupun MB, Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Menteri Besar boleh menerima penafian daripada Ahli Parlimen Lenggong dengan berhubung saya tak tahu berhubung sama ada dengan telefon ke atau berhadapan bertanya buat pengakuan dia tak bersetuju di atas projek tersebut sedangkan bukti pada minit mesyuarat, Ahli Parlimen Lenggong tidak bersetuju dengan projek tersebut. Saya ada saksi. Yang terlibat dalam mesyuarat tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu hadir dalam mesyuarat tersebut. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini kerana apa yang saya bangkitkan adalah bertujuan untuk kepentingan rakyat di Dun Kenering dalam isu perumahan. Jadi tidak timbullah soal saya memfitnah dalam isu tersebut.

Dan satu lagi untuk saya tidak lupa bahawa apa yang saya sebutkan dalam hal yang saya bangkitkan pada perbahasan penggulungan yang lalu tentang Projek Pemajuan Kawasan PPK RPT Kampung Tawai ini memang dalam kertas kerja tersebut bernilai anggaran peruntukan yang bernilai RM50 juta dan perkara itu dianggap saya cuba mereka-reka fakta. Memang ada kertas kerja. Saya ada pada saya kertas kerja tersebut dengan anggaran RM50 juta. Cuma saya nak memperingatkan diri saya, Ahli Parlimen Lenggong, Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan seluruh Adun dan seluruh yang ada dalam Dewan ini tentang bahawa lidah kita ini boleh kita berkata mengiakan atau menafikan. Apatah lagi dalam Dewan yang mulia ini ada dirakamkan sebagai hansard setiap ucapan yang kita ucap. Tapi kita jangan lupa ada satu lagi hansard yang tidak mungkin kita boleh menafikan akan kebenaran dan ketulinannya. Hansard daripada Allah Subahanawataala. Yang diperakui oleh Allah Subahanawataala tentang kebenaran yang dicatat oleh malaikat yang dipertugaskan oleh Allah Subhana Wata'ala. (Ayat Quran) Ada malaikat Raqib dan Atid yang mencatat setiap apa yang kita ucapkan. Setiap apa yang kita perkatakan dan setiap apa yang terdetik di hati kita ini dicatat oleh malaikat yang diamanahkan oleh Allah Subahanawata'ala. Bukan sekadar menjadi catatan dalam buku amal kita tetapi akan dibentang di hadapan Allah Subhanawata'ala di hari akhirat kelak. Ini bukan main main dan ketika mana janji Allah Subhanawataala akan tiba satu masa kamu akan diperlihatkan buku amal kamu.

Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Yasin (ayat Quran) Maksudnya pada hari kami yakni Allah Allah Subhana Wata'ala menutup akan mulut kamu, mengunci mulut kamu dan akan berkata kepada kami, yakni akan berkata kepada Allah Subhanawataala ketika itu tangan-tangan kamu dan akan bersaksi akan kaki-kaki kamu. Allah menyatakan bahawa yang menjadi saksi di hadapan Allah Subhanahu Wata'ala ketika di hari kiamat kelak di Yaumul Mahsyar ialah tangan dan kaki kamu bersaksi atas apa yang kamu lakukan di atas dunia ini. Apa yang kamu perkatakan di atas dunia ini. Logik akal bolehkah tangan berkata-kata? Kaki berkata-kata? Ini pada diri kita ini ada teknologi manusia buat tak ada mulut pun, tiada lidah pun, tapi boleh berkata-kata. Ini teknologi rekaan manusia. Yang diberi akal oleh Allah Subhana Wata'ala. Allah yang mencipta manusia tentulah lebih hebat daripada manusia. Kalau pada hari ini pada akal kita tidak boleh menerima tangan boleh berkata -kata kaki boleh berkata-kata untuk bersaksi di hari akhirat tetapi Allah yang Maha Berkuasa mampu untuk mengwujudkan menjadikan tangan dan kaki sebagai saksi di hari akhirat tersebut. Untuk membuktikan siapakah yang benar dalam kata-katanya dan siapakah yang dusta dalam kata-kata. Ini amaran daripada Allah Subhana Wata'ala yang patut menjadi pengajaran kepada kita untuk bercakap sesuatu yang benar. Saya yakin apa yang saya cakap dalam Dewan ini di atas wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat yang telah mengangkat sumpah dalam Dewan ini berkata apa yang benar di sudut apa yang disampaikan.

Sebab tu saya sebut tadi saya dah takde mood dah bila nak berbahas pada hari ni. Namun begitu, saya mengambil kesempatan juga untuk membangkitkan beberapa isu rakyat di kampung, di Dun Kenering saya. Ada berapa minit lagi? Saya mohon penjelasan tentang cadangan pembinaan baru Sekolah Rendah Kebangsaan Kenering yang dijangka pembinaannya sehingga memakan masa selama 3 tahun dengan pelajar-pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Kenering akan dipindahkan, menumpang bersama dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Lawin Selatan. Bukankah ini sedikit sebanyak mengganggu proses pembelajaran anak-anak pelajar? Kenapa tidak dibina bangunan baru di suatu tempat yang baru, sebagaimana sebelum ini, proses pembinaan sekolah-sekolah daif. Sekolah-sekolah daif dibina di tapak yang baru dan tidak mengganggu struktur bangunan lama seperti mana sebagai contoh Sekolah Rendah Kebangsaan di Air panas.

Yang kedua, saya juga mohon penjelasan dan apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan yang didapati telah terhenti pembinaan kira-kira sejak bulan September 2025 yang lalu iaitu pembinaan Masjid Kampung Malau. Saya mengharapkan agar projek ini dapat diteruskan. Tidak seperti mana yang berlaku ke atas Masjid Kampung Gua Badak dan Kampung Tawai yang tertangguh lebih daripada setahun. Saya tak mahulah dalam masa saya menjadi wakil rakyat ini, pisang berbuah bukan dua kali tapi tiga kali yang mana sedikit sebanyak merugikan ahli khariah tersebut yang sekarang ini menumpang bersembahyang di dewan orang ramai yang kita rasa mendapat fadhilat untuk beribadah di masjid itu setahun lebih kehilangan agar disegerakan pelaksanaan tersebut dan yang ketiganya menyebut, menyebut sebagaimana lanjutan daripada apa yang disentuh oleh YB Slim tentang isu penempatan, pembinaan rumah-rumah anak-anak peneroka di tanah Felda.

Saya sebut secara khusus tentang anak Felda di Felda Pepulut Dun Kenering. Sebiji rumah telah dibina sebelah rumah ayah dia dan dibina lagi sebuah sebuah rumah di belakang rumah ayahnya. Masalahnya untuk masukkan bekalan elektrik tidak dapat dilaksanakan kerana peraturan Felda meletakkan hanya sebiji rumah sahaja boleh dibina selain rumah asal. Jadi, saya minta agensi Felda mungkin ada wakil hari ini, Kerajaan Pusat memikirkan adalah belas ihsan kepada anak-anak generasi Felda ini untuk membina rumah di kawasan tanah hak milik ibu bapa. Mereka ni dulu duduk di luar, kemudian balik ke kampung, kampung mereka di Felda. Nak buat di mana lagi rumah tu, tanah tulah. Berilah peluang bila dah buat rumah untuk memasukkan bekalan air ataupun api. Beri kelonggaran sikitlah. Mereka balik ke kampung untuk untuk menjaga ibu bapa mereka yang telah uzur. Itulah tempatnya. Mana lagi tempat mereka nak buat rumah. Beri peluang, beri ruang. Fikirkan balik peraturan-peraturan tersebut memberi kemudahan kepada anak-anak generasi Felda ini untuk kembali duduk di kampung halaman dia. Saya rasa cukuplah sekadar itu. Kenering menjunjung kasih di atas titah Tuanku. Sekian Wabillahi taufiq Walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya dijemput Yang Berhormat dari kawasan Kuala Kurau untuk memulakan perbahasan, dipersilakan.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua yang telah memberikan kesempatan kepada Kuala Kurau untuk menyertai perbahasan pada petang ini. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar, Yang Berhormat Gunung Semanggol selaku Ketua Pembangkang, seterusnya Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan Negeri, pihak kerajaan dan juga pembangkang dan pegawai kerajaan, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Saya ingin memulakan perbahasan pada petang ini dengan menyentuh berkaitan beberapa isu di kawasan Adun Kuala Kurau. Yang pertama adalah berkaitan dengan masalah bekalan air yang telah terputus semasa musim perayaan Aidilfitri pada baru-baru ini yang sehingga menjejaskan hampir keseluruhan penduduk di kawasan Dun Kuala Kurau. Saya telah menerima aduan bahawa bekalan air telah terputus sejak awal pagi hari raya yang pertama lagi dan sehinggalah hari raya ketiga masih ada lagi penduduk yang memberikan aduan tentang masalah tersebut. Aduan berkaitan isu tersebut kita memahami, kita juga memahami kesukaran yang dihadapi oleh pihak LAP untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku kerana kejadian tersebut berlaku semasa musim perayaan dan juga berlaku pada hujung minggu Sabtu dan Ahad. Terima kasih kepada pihak LAP kerana dapat menghantar lori tangki di beberapa tempat, namun tidak mencukupi kerana kawasan yang terjejas begitu meluas hampir keseluruhan di kawasan Dun Kuala Kurau. Saya juga ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Exco semasa sesi penggulungan agar dapat menerangkan kepada penduduk di kawasan Kuala Kurau berkaitan latar belakang kejadian tersebut dan usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak LAP bagi membaiki segala kerosakan yang berlaku sehingga bekalan air kepada orang ramai dapat dipulihkan semula selepas beberapa hari.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kuala Kurau juga ingin menyentuh berkaitan dengan isu perikanan. Ada 3, ada 3 isu yang akan dibangkitkan iaitu yang pertama berkaitan dengan permohonan…permohonan untuk dibuka semula lesen sampan. Yang kedua, permohonan untuk membina sebuah jeti baru dan yang ketiga berkaitan dengan isu ketirisan subsidi diesel dan juga petrol. Kita sedia maklum bahawa lesen sampan ataupun lesen diesel telah dibekukan sejak sekian lama dan sehingga sekarang ia masih lagi belum dibuka kepada permohonan. Ramai nelayan pantai dan juga tradisional di kawasan Kuala Kurau dan juga di Daerah Kerian yang yang mana mereka adalah nelayan tulen dan bekerja sepenuh masa tidak mempunyai lesen sampan yang sah sehingga menyebabkan mereka tidak mendapat elaun sara hidup dan juga bekalan subsidi diesel atau petrol.

Di samping itu juga, keselamatan dan kebajikan mereka turut terabai. Alasan yang sering diberikan oleh pihak Jabatan Perikanan ialah pengeluaran lesen diesel yang berlebihan akan menjejaskan ekosistem dan juga sumber perikanan di satu-satu tempat. Namun, saya tidak pasti sama ada pihak Jabatan Perikanan ada melaksanakan program pemutihan nelayan untuk memberi ruang kepada nelayan-nelayan yang baru dan juga golongan muda yang bekerja sebagai nelayan tanpa rasa takut dan juga was-was dan untuk makluman pihak Jabatan Perikanan dan juga agensi yang berkaitan khususnya di kawasan Dun Kuala Kurau dan juga di daerah Kerian. Antara maklumat yang sering kita terima daripada pihak nelayan, punca utama sumber perikanan terjejas ataupun pupus bukanlah kerana pengeluaran lesen yang berlebihan di kawasan Zon A tapi adalah angkara penggunaan alat tangkapan yang menyalahi undang-undang iaitu penggunaan bubu naga yang berleluasa dan juga masalah pencerobohan nelayan kenka luar bot yang sepatutnya menangkap ikan di kawasan Zon B tapi ada segelintir nelayan kenka bot-bot yang yang menjalankan tangkapan secara tidak sah di kawasan Zon A ya yang telah berlaku sekian lama.

Kuala Kurau…

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Kuala Kurau, Kuala Kurau boleh celah sikit. Terima kasih. Berkenaan tentang pemutihan bagi lesen sampan atau vessel ni. Adakah Yang Berhormat setuju pemutihan itu benar-benar berlaku kerana kita belum mendengar satu data yang lengkap bahawa berapa ramai yang sudah diputihkan? Kalau benar tolong bentangkan dalam sidang Dun ni setiap tahun daripada sebelum ni sampai hari sampai tahun ni berapa ramai sudah dia buat pemutihan? Kalau tidak ada data, maknanya tidak ada proses pemutihan itu berlaku. Hanya berita hanya bercakap pemutihan demi pemutihan. Terima kasih.

Dato’ Abdul Yunus bin JamahriBERSATU · PNKuala Kurau

Saya setuju dengan pandangan daripada Trong. Mungkin mungkin dalam penggulungan pihak Yang Berhormat Exco boleh membentangkan statistik program pemutihan sekiranya ada dijalankan selama ini. Sebab kita yakin setiap tahun sudah tentu ada nelayan-nelayan yang mungkin sudah tidak aktif kerana pelbagai faktor. Mungkin kerana faktor usia, faktor kesihatan dan sebagainya dan sekiranya mereka sudah tidak boleh menjalankan tugas sebagai nelayan, mereka mungkin boleh diganti boleh digantikan oleh nelayan-nelayan yang baru dan boleh dibuka lesen kepada mereka. Golongan belia yang bekerja sebagai nelayan memohon juga kepada pihak LKIM untuk membina sebuah jeti nelayan di kawasan saya iaitu di Kuala Sungai Baharu, Tanjung Piandang di mana ketika ini oleh kerana ketiadaan jeti, para nelayan terpaksa menumpang untuk menambat sampan dan mendaratkan hasil tangkapan di jeti-jeti yang berdekatan seperti Jeti Parit 30 dan juga di Jeti Sungai Burung. Kemudian masalah ketirisan bekalan diesel dan juga petrol bersubsidi untuk golongan nelayan bagi semua zon di negeri Perak juga perlu dipantau secara rapi dan juga tegas oleh pihak LKIM khususnya kerana pada hari ini jurang harga yang amat ketara berbanding dengan diesel dan juga petrol tanpa subsidi. Difahamkan juga negeri Perak menerima peruntukan yang tertinggi subsidi diesel bagi bagi seluruh negara iaitu hampir 8, 28% ya 28% penggunaan bagi sektor perikanan. Justeru, risiko ketirisan amat tinggi jika tidak dipantau dengan rapi oleh pihak LKIM khususnya.

Yang Berhormat Timbalan Yang Di-Pertua, isu yang seterusnya ialah berkaitan dengan projek pemasangan lampu solar Madani di daerah Kerian bagi tahun 2025 iaitu sebanyak 172 unit lampu solar telah diluluskan dan telah dipasang di mana di Parlimen Parit Buntar telah menerima 94 unit dan di Parlimen Bagan Serai telah menerima 78 unit. Bagi tahun 2026 sehingga bulan Mac 2026, Parlimen Bagan Serai telah menerima kelulusan sebanyak 80 unit. Manakala Parlimen Parit Buntar belum menerima sebarang kelulusan justeru adalah dipohon kepada pihak Kerajaan agar dapat memberi kelulusan segera dan yang dan jumlah yang seimbang supaya rakyat di Parlimen Parit Buntar juga mendapat manfaat dan pembelaan yang sewajarnya berkaitan dengan agihan pemasangan lampu solar. Seterusnya berkaitan dengan permohonan status jalan pertanian. Mohon ditukar kepada jalan ditukar dimohon ditukar kepada status jalan perhubungan desa di beberapa tempat di Dun Kuala Kurau terutama yang mempunyai kepadatan rumah dan juga penduduk yang tinggi bagi membolehkan jalan-jalan tersebut dinaik taraf daripada jalan-jalan tanah ataupun batu kasran kepada jalan premix untuk keselesaan dan kesejahteraan masyarakat umumnya. Dia asalnya memang jalan pertanian tapi oleh kerana perubahan semasa, banyak rumah-rumah penduduk yang telah didirikan. Justeru, jalan tersebut sangat penting untuk perhubungan kepada penduduk. Jadi sudah sewajarnya jalan-jalan pertanian dapat ditukar status kepada jalan perhubungan desa. Antara jalan-jalan pertanian yang terlibat yang dicadangkan tukar status kepada jalan perhubungan desa, dicadangkan ialah di Kampung Terusan Besar, Tanjung Piandang, di Parit Tanjung Piandang Tengah, di Parit Sungai Burung, Parit Haji Wahab Atas, Parit Sungai Labu Atas dan sebagainya.

Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tahun 2026 bagi tujuan untuk baik pulih dan bina baharu masjid dan juga surau di seluruh negeri Perak yang turut merangkumi 59 kawasan Dewan Undangan Negeri. Bagi mewakili rakyat kawasan Kuala Kurau, saya memohon dan merayu kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Menteri Besar agar, agar dapat mempertimbangkan kelulusan pada tahun ini untuk membina sebuah surau yang baharu bagi menggantikan surau lama yang telah uzur dan daif. Di mana surau tersebut terletak di tepi jalan utama dan sering menjadi tempat persinggahan para musafir. Surau yang dimaksudkan ialah Surau Haji Abdullah, Batu 13 Jalan Pantai, Mukim Kuala Kurau dan nilai yang dipohon kalau mengikut harga semasa dalam anggaran RM300,00.00 sahaja bagi membina sebuah surau baru dan menggantikan sebuah surau yang lama.

Seterusnya, Kerajaan Negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM12 juta bagi tahun 2026 bagi tujuan dan juga kegunaan Hal Ehwal Bukan Islam atau singkatannya

HEBI. Untuk maklumat Yang Berhormat Dato', Yang Berhormat Dato' selaku Exco yang menjaga portfolio yang berkenaan bahawa kawasan Dun Kuala Kurau mempunyai penduduk yang berbilang kaum yang selama ini tinggal dalam keadaan harmoni dan semangat muhibah yang tinggi. Sekitar 30% penduduk Dun Kuala Kurau terdiri daripada kalangan kaum Tionghua dan juga kaum India. Justeru, saya dengan rendah diri memohon sedikit, sedikit bantuan dan juga sumbangan daripada Yang Berhormat Exco yang berkenaan untuk menaiktaraf tapak perkuburan kaum India yang sering dinaiki air dan terdedah kepada hakisan sungai di mana tapak perkuburan tersebut terletak di Jalan Bagan Utara, Tanjung Piandang. Jadi anggaran yang dipohon mungkinlah boleh dipertimbangkan sebanyak diantara RM150,00.00 hingga ke RM200,000.00 bagi tujuan untuk tambakan tanah untuk meninggikan tapak perkuburan dan juga kerja-kerja yang berkaitan. Akhir kata, begitulah sebahagian isu yang dapat dibangkitkan dalam sidang Dun pada kali ini dan mudah-mudahan segala permohonan telah dibangkitkan mendapat perhatian dan juga pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan Negeri dengan ini, Kuala Kurau menjunjung kasih Titah ucapan Tuanku dan menyokong sepenuhnya. Sekian terima kasih. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kuala Kurau. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat dari kawasan Hutan Melintang untuk memulakan perbahasan. Sila terima kasih.

Puan Wasanthee a/p SinnasamyPKR · PHHutan Melintang

Timbalan Yang di-Pertua, Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030 dan Salam Malaysia MADANI. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, para pengamal media dan serta para pemerhati yang saya muliakan. Hutan Melintang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Hutan Melintang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Kelima Belas. Timbalan Yang di-Pertua, sebelum Hutan Melintang meneruskan agenda di dalam Dewan yang mulia ini. Hutan Melintang dengan penuh takzim merafak sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah atas penzahiran Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Kelima Belas. Ternyata ia adalah titah yang inklusif serta menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat di negeri Perak yang kita cintai ini. Setiap ahli di dalam Dewan ini harus mengambil tanggungjawab untuk merealisasikan titah yang dizahirkan. Ingin Hutan Melintang untuk menyajikan serangkap pantun buat semua dalam Dewan yang mulia ini.

Gunung Tinggi sama didaki, lurah dalam sama dituruni, Jika rakyat terus dilindungi, negeri makmur kekal harmoni.

Timbalan Yang di-Pertua, di dalam Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku menzahirkan ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh dengan KDNK 5.2%, 1.4% kadar inflasi yang sangat rendah dan juga kadar pengangguran berjumlah 2.9% dan defisit fiskal semakin mengecil. Namun, baginda juga ada mengingatkan bahawa konflik geo-politik di Asia Barat dan krisis tenaga global sedikit sebanyak boleh menggugat kestabilan ini. Dari inti mesej Titah Duli Tuanku, ekonomi kita kukuh tetapi rentan. Kita mesti berani melabur untuk masa depan sambil bersedia menghadapi krisis luar. Di Hutan Melintang, menurut data DOSM, pendapatan purata isi rumah masih di bawah paras negeri dengan sebahagian besar bergantung kepada sektor perikanan, pertanian kecil dan pekerjaan tidak formal. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat terutama makanan laut dan beras. Oleh itu, program ataupun insentif kebajikan ini bukan sekadar angka tetapi talian hayat untuk rakyat terutama kawasan saya di Hutan Melintang. Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri ingin mohon jasa baik serta pertimbangan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Dato' Seri Saarani Mohamad untuk mempertimbangkan dana peruntukkan tambahan khas kepada wakil rakyat bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat di kawasan kami.Hutan Melintang juga menyahut gesaan Adun Kepayang dalam mengadakan budget supplementary untuk menjaga kebajikan rakyat dalam krisis global yang tidak menentu ini.

Timbalan Yang di-Pertua, Hutan Melintang berdiri pada hari ini bukan sekadar untuk membahaskan dasar dan angka tetapi untuk membawa suara hati rakyat, suara yang mungkin tidak kedengaran di luar Dewan ini tetapi bergema di setiap lorong kampung, di setiap jeti nelayan dan di setiap rumah usang di Hutan Melintang. Titah Raja yang telah disampaikan. bukan sekadar dokumen rasmi. Ia adalah amanah. Ia adalah peringatan. Ia adalah kompas moral yang menuntut kita bukan sahaja berfikir tetapi bertindak. Namun persoalannya, sejauh manakah tindakan kita ini betul-betul menyentuh kehidupan rakyat di akar umbi?

Timbalan Yang di-Pertua, peluang pekerjaan belia hari ini. Adakah ini antara harapan atau kekecewaan? Belia di Hutan Melintang hari ini bukan kekurangan impian tetapi mereka kekurangan peluang. Setiap pagi anak-anak muda bangun dengan semangat tetapi setiap malam mereka tidur dengan penuh kegelisahan. Apakah masa depan mereka di tanah air kelahiran mereka ini? Realitinya, ramai belia terpaksa berhijrah ke bandar. Bukan kerana mereka mahu meninggalkan kampung halaman mereka. Bukan hendak meninggalkan ibu dan ayah yang telah lanjut usia tetapi kerana mereka tiada pilihan. Lebih menyedihkan lagi ada yang bekerja dalam sektor yang tidak formal. Tanpa perlindungan, tanpa jaminan, tanpa masa depan dan tanpa kerjaya yang lebih formal. Justeru, Hutan Melintang ingin mencadangkan Kerajaan Negeri perlu merangka Pelan Pembangunan Pekerjaan Tempatan berasaskan kekuatan setempat seperti perikanan, agro makanan, eko pelancongan dan industri kecil. Program TVET dan latihan kemahiran mesti selari dengan keperluan industri sebenar. Bukan sekadar program atas kertas semata-mata. Wujudkanlah hub ekonomi belia dan wanita di kawasan kami ini termasuk keusahawanan digital, berinovasi dan kreatif serta latihan yang sangat konsisten. Wujudkanlah platform untuk bincangkan isu, cabaran, perlaksanaan, pemberdayaan dan penambahbaikan pendapatan untuk usahawan tempatan akibat krisis Asia Barat ini. Belia bukan sekadar pewaris masa depan. Mereka adalah penentu masa kini. Jika kita gagal hari ini, kita sedang mewariskan kegagalan ini kepada generasi yang akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua, ekonomi tempatan tidak akan berkembang tanpa sokongan kepada perniagaan kecil dan sederhana. Oleh itu, penyaluran dana tambahan kepada PKS, SME harus diberi agar ia dapat memacu ekonomi sehingga ke akar umbi. Di Hutan Melintang, terdapat ramai peniaga kecil dan sederhana masih bergelut dalam perniagaan mereka bukan kerana mereka tidak rajin tetapi kerana kekangan modal, akses pasaran dan sokongan yang sangat terhad. Hutan Melintang dengan ini mencadangkan agar dana tambahan khas kepada SME tempatan dengan proses permohonan yang mudah dan telus tanpa birokrasi. Insentif kepada usahawan muda dan wanita untuk memulakan perniagaan. Program pendigitalan kepada perniagaan kecil dan sederhana perlu diperbanyakkan agar mereka dapat menembusi pasaran dengan lebih luas. Transformasi Digital tidak boleh eksklusif. Di Hutan Melintang, ramai belia berminat dalam e-dagang, tetapi liputan internet menjadi penghalang. Digitalisasi mesti inklusif supaya tiada siapa yang tertinggal. Bayangkan jika setiap peniaga kecil diberi peluang berkembang ekonomi tempatan akan hidup, peluang pekerjaan akan bertambah dan kesejahteraan rakyat akan meningkat.

Timbalan Yang di-Pertua, dunia sedang berubah. Teknologi sedang berkembang sangat pesat. Persoalannya, adakah kita bersedia? Hutan Melintang juga ingin mencadangkan agar Kerajaan Negeri mempertimbangkan pembangunan EV Charging Station, stesen pengecas kenderaan elektrik di Hutan Melintang selari dengan opsyen tenaga yang boleh diperbaharui yang perlu dilaksanakan untuk rakyat. Mengapa ini penting? Ia menarik pelaburan dan eko pelancongan. Ia membuka peluang kepada perniagaan baru dan pekerjaan teknikal. Ia akan menjadikan kawasan Hutan Melintang ini sebahagian daripada ekosistem ekonomi hijau negeri Perak. Jika kita tidak bermula hari ini, kita akan ketinggalan di hari esok.

Timbalan Yang di-Pertua, Hutan Melintang kaya dengan hasil laut dan pertanian yang boleh menjadi potensi besar dalam sekuriti makanan. Namun, rakyat masih bergelut dengan kuasa makan dengan kos makanan import yang tinggi dan mencabar nelayan berdepan dengan kos bahan api yang tinggi. Petani pula berdepan ketidaktentuan pembekalan baja dan pasaran. Ini satu ironi yang tidak boleh kita abaikan. Justeru, Hutan Melintang mencadangkan agar memperkukuhkan infrastruktur agar rantaian bekalan makanan tidak terjejas. Melaksanakan program seperti pelepasan benih ikan dan kerang, pertanian moden dan hidroponik, pemberian subsidi bersasar dan konsisten kepada nelayan serta petani. Penggunaan tanah yang masih dalam kawalan Pejabat Tanah dan Daerah di kawasan Bagan Datuk yang tidak diusahakan haruslah dipajakkan kepada golongan yang berminat untuk pengusahaan tanaman kontan yang secara yang tidak secara langsung memberi pengukuhan sekuriti makanan di Bagan Datuk. Jika semua ini diurus dengan baik, kawasan ini mampu menjadi lombong sekuriti makanan bagi negeri Perak.

Timbalan Yang di-Pertua, pendidikan adalah jalan keluar dan jambatan harapan daripada kemiskinan tetapi di kawasan kami ini, jalan ini masih penuh dengan halangan. Masih ada sekolah yang kekurangan kemudahan masih ada pelajar tanpa akses internet. Dalam dunia digital hari ini. Ini bukan sekadar kekurangan, ini adalah ketidakadilan. Hutan Melintang menyeru dan mencadangkan agar penyediaan internet berkelajuan tinggi di semua sekolah tidak mengira sekolah rendah atau sekolah menengah harus dilaksanakan. Bantuan peranti dan sokongan pembelajaran kepada pelajar miskin perlu dipertingkatkan. Perkenalkan digitalisasi kepada guru-guru KAFA dalam subjek pembelajaran di Sekolah Rakyat. Setiap anak tanpa mengira lokasi berhak untuk bermimpi dan berjaya. Di Hutan Melintang, masih ramai rakyat yang masih menyewa dan tidak memiliki rumah serta mendiami rumah yang sangat uzur. Ada juga yang masih menunggu bertahun tahun untuk memiliki lampu. Memiliki rumah mampu milik perumahan bukan sekadar tempat berteduh. Ia adalah maruah hidup. Hutan Melintang sekali lagi ingin mencadangkan agar mempercepatkan proses dan projek perumahan mampu milik dan setarafnya, mempermudahkan proses kelulusan dalam pemilikan rumah tersebut. Isu teknikal dan geologi tanah tidak seharusnya menjadi penghalang dalam pemilikan rumah mampu milik untuk golongan yang sangat memerlukan ini. Kami arif, kawasan kami terdiri pada kawasan yang terdiri daripada tanah marine clay, tapi itu bukan alasan. Jangan biarkan harapan memiliki rumah hanya menjadi hanya menjadi mimpi dan khayalan semata mata.

Timbalan Yang di-Pertua, infrastruktur dan keselamatan adalah keperluan yang sangat mendesak. Keselamatan rakyat bukan batu dan simen jalan sempit, banjir kilat, kemudahan ameniti sosial ini bukan sekadar isu pembangunan. Ini soal nyawa. Peruntukan pembangunan sedia ada dan baru perlu dipercepatkan perlaksanaannya terutamanya melibat melibatkan pembinaan bangunan komersil yang menawarkan pelbagai peluang perniagaan dan pekerjaan serta juga penglibatan pelaburan asing atau tempatan untuk kawasan luar bandar seperti Hutan Melintang kami ini. Projek MARRIS juga perlu ditambahkan agar tiada jalan yang sempit, tiada jalan yang berlopak dan juga kawasan yang tiada jalan tar agar keselamatan rakyat sentiasa terjamin.

Timbalan Yang di-Pertua. Kerajaan bukan entiti yang jauh. Kerajaan adalah rakyat namun masih wujud jurang kepercayaan. Rakyat mahu didengari. Rakyat mahu tindakan. Hutan Melintang ingin mencadangkan platform komunikasi dua hala yang berkesan. Agensi kerajaan yang responsif terhadap rakyat. Penilaian prestasi penjawat awam yang sangat adil. Amanah ini bukan satu slogan. Ia adalah tanggung jawab. Apa yang saya sampaikan hari ini bukan retorik politik. Ini adalah suara rakyat, suara rakyat yang tidak meminta kemewahan. Mereka hanya mahukan peluang. Peluang untuk bekerja. Peluang untuk hidup bermaruah, peluang untuk masa depan yang lebih baik. Jika suatu hari nanti, kita ditanya apa yang telah kita lakukan ketika rakyat memerlukan? Adakah kita berdiam diri atau kita bangkit membela mereka? Sejarah akan menilai kita bukan melalui kata-kata tetapi melalui tindakan. Jangan biarkan Hutan Melintang terus menjadi simbol potensi yang tidak direalisasikan. Bangkitlah kita bukan sahaja kerajaan dengan pembangkang sekali sebagai wakil rakyat. Sebagai pembela nasib rakyat kita sama-sama berjuang untuk mereka. Akhir sekali, saya menutup perbahasan saya dengan serangkap pantun.

Dari muara ke laut dalam, Ombak deras memukul pantai, Kita bersatu tekad yang dalam, Rakyat sejahtera negara pun damai.

Dengan ini, Hutan Melintang menjunjung kasih titah Tuanku. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Yang Berhormat Sekarang saya tangguhkan Dewan ini dan Dewan akan bersidang semula pada hari Jumaat, 17 April 2026 pukul 9.00 pagi.