Sabah · 23 September 2021
16th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 382 turns · 37,550 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Dipersilakan Yang Berhormat Kadamaian.
Tuan Speaker, soalan saya, No.1.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Program Vaksinasi Rakyat Di SabahQuestions
*1. YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada KETUA MENTERI:-a) berapakah jumlah rakyat Sabah yang telah lengkap diberi vaksin; dan b) apakah sebab program vaksinasi rakyat di Sabah antara yang terkebelakang di Malaysia serta langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasinya. Jawapan
Datuk Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan nombor 27, 29, 31 dan 34 secara serentak memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian, Api-Api, Kapayan dan Luyang serta Dewan yang mulia ini, jumlah penduduk dewasa Sabah yang berumur 18 tahun ke atas yang telah lengkap divaksin setakat 21 September 2021 adalah seramai 1,614,771 juta individu atau bersamaan dengan 59.4% daripada jumlah populasi dewasa manakala seramai 1,959,277 juta orang atau bersamaan 72.1% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Kerajaan Negeri Sabah telah memulakan pemberian vaksin kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun bermula pada 16 September 2021. Terdapat seramai 426,200 orang penduduk berumur 12 hingga 17 tahun di negeri ini. Setakat 21 September 2021, seramai satu 144,248 orang atau bersamaan 33.8% daripada penduduk remaja telah diberikan suntikan dos satu vaksin jenis Pfizer. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kadar pemberian vaksin di Sabah agak perlahan. Antaranya bilangan penduduk berumur 60 tahun keatas yang berdaftar dalam sistem MySejahtera pada permulaan fasa dua adalah rendah. Faktor lain ialah bekalan vaksin yang terhad sebelum pertengahan bulan Julai. Kerajaan Negeri telah berusaha untuk mempertingkatkan kadar vaksinasi di kalangan penduduk di negeri ini dan dijangka mencapai imuniti kelompok menjelang hujung Oktober 2021. Usaha-usaha tersebut termasuklah memperbanyakkan pusat-pusat pemberian vaksin, melaksanakan lebih banyak kempen kesedaran imunisasi, mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi dan melaksanakan pemberian vaksin secara walk-in untuk penduduk termasuk penduduk bukan warganegara.
Kerajaan Negeri telah menyediakan sebanyak 224 buah fasiliti Pusat Pemberian Vaksin ataupun PPV yang terdiri daripada pelbagai jenis kategori PPV dengan kapasiti suntikan 83,140 orang sehari. Selain pemberian vaksin di pusat pemberian vaksin, CITF daerah juga melaksanakan pemberian vaksin outreach seperti yang berikut. Program outreach vaksinasi kawasan kampung dan pulau-pulau, skim penempatan pelarian yang melibatkan kerjasama antara Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pejabat Daerah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat serta Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah.
Program Mobilisasi Vaksin Komuniti atau ringkasannya MOVAK yang melibatkan kerjasama antara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Pejabat Daerah serta Program Jiwa Murni yang melibatkan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Pejabat Daerah. Setakat ini, sebanyak 733 program outreach vaksinasi telah dilaksanakan di seluruh daerah di negeri Sabah. Melalui program ini sebanyak 358,284 orang telah berjaya diberikan suntikan vaksin. Pelaksanaan program outreach telah dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Sabah khususnya yang berada di kawasan pedalaman, terpencil dan pulau-pulau yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan vaksinasi di PPV daerah. Sementara itu sekiranya ada keperluan pengangkutan, pihak CITF daerah boleh mendapatkan bantuan daripada Unit Logistik CITF Negeri.
Datuk Speaker, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Penerangan Negeri Sabah turut memperhebatkan kempen dan hebahan mengenai Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan sehingga ke kawasan perkampungan dan pedalaman negeri ini. Bagi memastikan maklumat terkini berkenaan wabak COVID-19 dapat disampaikan sehingga ke peringkat akar umbi. Poster-poster berkenaan COVID-19 dan PICK turut diterbitkan dan sering disiarkan menerusi media-media sosial oleh jabatan ini. Tuan Speaker, di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Negeri Sabah, bekalan vaksin adalah dibekalkan secara percuma oleh Kerajaan Persekutuan. Setakat 20 September 2021, jumlah bekalan vaksin yang dibekalkan ke Sabah adalah sebanyak 5,042,310 juta dos. Untuk bulan September ini, tambahan sebanyak 2.89 juta dos akan dibekalkan. Jumlah ini adalah mencukupi untuk menampung keperluan vaksinasi bagi penduduk yang belum menerima vaksin. Perincian vaksin sebanyak 5,042,310 juta dos tersebut adalah seperti berikut: Vaksin jenis Pfizer sebanyak 3,388,320 dos; Jenis Sinovac 1,284,000 dos; AstraZeneca 189,990 dos; dan Cansino jenis single dose vaccine 180,000 dos.
Daripada keseluruhan vaksin yang telah diterima, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah membekalkan vaksin kepada setiap daerah mengikut pecahan seperti berikut:
1.
Beaufort 122,000 dos; 2.
Kuala Penyu 32,000 dos; 3.
Sipitang 57,000 dos; 4.
Papar 131,000 dos; 5.
Kota Kinabalu 820,000 dos; 6.
Penampang 180,000 dos; 7.
Putatan 95,000 dos; 8.
Keningau 190,000 dos; 9.
Tenom 73,000 dos; 10. Tambunan 43,000 dos; 11. Nabawan 27,000 dos;
12. Tuaran 130,000 dos; 13. Kota Belud 110,000 dos; 14. Ranau 121,000 dos; 15. Kudat 120,000 dos; 16. Kota Marudu 87,000 dos; 17. Pitas 56,000 dos; 18. Sandakan 420,000 dos; 19. Tawau 410,000 dos; 20. Lahad Datu 244,000 dos; 21. Semporna 145,000 dos; 22. Kinabatangan 123,000 dos; 23. Tongod 32,000 dos; 24. Kunak 69,000 dos; dan 25. Beluran 140,000 dos.
Datuk Speaker, pada ketika ini Kerajaan Negeri melalui pasukan petugas imunisasi COVID-19 (CITF) negeri sedang giat melaksanakan pemberian vaksin secara menyeluruh kepada semua penduduk negeri Sabah.
Operasi pembukaan banyak pusat pemberian vaksin (PPV) termasuk dengan bantuan sektor swasta program bergerak CITF daerah ke kawasan luar bandar dan pemberian vaksin secara walk-in adalah fokus utama Kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat. Kerajaan Negeri yakin dengan pelbagai inisiatif yang sedang dilaksanakan ini sasaran imuniti kelompok menjelang hujung Oktober tahun ini akan dapat dicapai seperti yang disasarkan. Sekian.
Terima kasih. Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Soalan tambahan, berapakah jumlah bukan warganegara di Sabah yang telah diberikan vaksin dan apakah rancangan dan tindakan Kerajaan Negeri selepas mendapat data-data daripada mereka ini dan adakah Kerajaan Negeri bersetuju dengan rancangan Kementerian Dalam Negeri Persekutuan, mahu memberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada pendatang asing ataupun mereka yang belum ada identiti diri yang telah diberikan vaksin di Sabah. Soalan tambahan saya Datuk Speaker. Terima kasih.
Jumlah populasi Sabah yang diberikan oleh Jabatan Perangkaan Negeri Sabah pada tahun 2020 adalah seramai 3,908,500 juta orang. Daripada itu bukan warganegara adalah seramai 1,094,145 juta orang tetapi daripada jumlah populasi tersebut untuk mencapai imuniti kelompok kita mengira jumlah populasi 18 tahun ke atas, yang mana targetnya adalah seramai 2,758,400 juta orang dewasa. Untuk pecahan bukan warganegara, bagi kategori golongan dewasa yang layak divaksin saya tidak ada jumlahnya buat masa ini, nanti kita boleh dapatkan daripada Jabatan Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan apa yang dilakukan setakat ini, bagi yang bukan warganegara mendapatkan vaksin adalah mereka didaftarkan nama mereka. Itu saja.
Soalan tambahan Datuk Speaker. Soalan Tambahan
Negeri bersetuju dengan Kementerian Dalam Negeri yang mahu memberikan kad pengenalan ataupun kewarganegeraan kepada mereka yang diberi vaksin yang belum ada identiti diri. Saya percaya sudah ada sebab …
Yang Berhormat Kadamaian, Yang Berhormat Kadamaian..
… banyak pemberian-pemberian vaksin ini bukan warganegara dan warganegara dan ini sesuatu yang dekat dengan rakyat Sabah dan kita perlu penjelasan di dalam Dewan ini.
Yang Berhormat Kadamaian, soalan asal kamu mengenai jumlah orang yang mendapat vaksinasi COVID-19 bukan pasal pemberian IC.
Bukan. Sebab dia mahu beri IC kepada yang diberi vaksin..
Dia menjawab …
Yang Berhormat Speaker, ini orang …
… Vaksin, bukan pasal yang kena kasi IC.
Tuan Speaker, saya ingat saya ingin memberi penjelasan mengenai dengan isu tentang pemberian cadangan pemberian kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sabah yang tidak mempunyai identiti pengenalan diri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Kadamaian, Kerajaan Negeri akan sentiasa memelihara hak keselamatan dan kepentingan rakyat negeri ini dan tidak bercadang memberi kad pengenalan atau kewarganegaraan (Ahli mesyuarat tepuk meja) kepada penerima vaksin di Sabah yang melibatkan pendatang tanpa izin. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan orang asal yang masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Terima kasih. (Ahli Mesyuarat tepuk meja).
Itu penjelasan yang kita mahu, terima kasih.
Ya, Kementerian dia hanya pasal vaksinasi bukan pasal dasar kasih IC.
Elopura?
Soalan Tambahan
Ia. Terima kasih Tuan Speaker. Itulah yang saya tanya sebab kita tahu itu amaun yang memang sudah vaksin punyalah, apa-apa cara yang kasih cepatkan apa yang kita punya cipta …
Close to the microphone please. Soalan Tambahan
Ya, apa cara yang MKN atau KKM yang kasih mempercepatkan vaccination yang amaun atau yang menaikkan dia punya
percentage dalam tahap yang bila boleh selesai yang sekarang. Sebab apa yang saya tahu Sandakan masih belum sampaikan 60% yang vaccinated. Silakan.
Okey. Sebagaimana saya katakan tadi dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Negeri Sabah kita menjalankan pelbagai kaedah. Yang pertamanya, menyediakan pusat-pusat pemberian vaksin di mana di kawasan bandar ataupun kawasan yang mempunyai penduduk yang padat, orang awam yang layak mendapat vaksin datang ke pusat-pusat pemberian vaksin tersebut. Selain daripada itu juga, untuk kawasan-kawasan luar bandar, kita mengadakan program-program outreach ataupun program di lapangan di mana kita pergi ke kampung-kampung dan kita mobilize orang-orang kampung untuk mudah datang ke pusat-pusat pemberian vaksin yang disediakan secara ad hoc. Selain daripada itu juga, pada peringkat akhir-akhir ini di mana kita sudah mencapai, peratusan yang tinggi dalam pemberian vaksin, kita juga mengadakan Program Mop-up di mana petugas-petugas kesihatan kita dan keselamatan kita pergi ke rumah-rumah untuk memberi vaksin. Jadi inilah inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan dalam usaha untuk kita mencapai imuniti kelompok.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker.
Sekarang kita jemput Yang Berhormat Usukan.
Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan No.2.
Yang Berhormat Menteri.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Masalah Kekurangan Bekalan Air Di Kota BeludQuestions
*2. YB. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak [Usukan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I/MENTERI KERJA RAYA, bagaimanakah Jabatan Air Negeri Sabah menangani masalah kekurangan bekalan air yang berlaku terutamanya di kawasan yang mempunyai populasi yang padat khususnya di daerah Kota Belud.
Jawapan
Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat daripada Usukan, di parlimen Kota Belud ini terdapat tiga loji rawatan bekal air bersih, air pun, air terawat, iaitu Loji Pekan Kota Belud, Loji Rawatan Air Bayayat dan air Pandasan, dan reka bentuknya, boleh membekalkan 43 juta liter sehari dan demand atau permintaan untuk penduduk Kota Belud sebanyak 42.1 juta liter sehari dan malangnya sejak gempa bumi berlaku pada 5 Jun 2015, Sungai Kedamaian mengalami banjir lumpur dan pasir apabila hujan lebat di kawasan tadahan. Keadaan ini menjejaskan sumber air dan seterusnya, pengeluaran air di loji rawatan air di daerah Kota Belud terjejas. Oleh yang demikian, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Air Negeri Sabah telah mendapat kelulusan pelaksanaan bagi dua buah projek, iaitu pertama, Projek Bekalan Air Luar Bandar, Pembinaan Telaga Tiub di Loji Rawatan Air Bayayat, dan Projek Bekalan Air Luar Bandar. Pada masa ini, Projek Telaga Tiub di Bayayat kini telah pun mencapai 94% dalam pelaksanaan dan proses ujian dan pentauliahan. Ianya dijangka siap menjelang penghujung tahun ini.
Pembinaan Telaga Tiub Loji Air di Pekan Kota Belud, pada rolling plan pertama RP Satu tahun 2016 di bawah Program Air Luar Bandar Negeri Sabah melalui peruntukan Geran Persekutuan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Projek Telaga Tiub di LRA pekan ini dalam peringkat akhir penyediaan draf tender dokumen untuk semakan dan seterusnya dimuktamadkan. Objektif pelaksanaan kedua-dua projek telaga tiub ini adalah sebagai alternatif pengambilan air mentah bawah tanah sekiranya berlaku gangguan operasi muka sauh di kedua-dua Loji Rawatan Air Bayayat dan pekan akibat daripada kekeruhan air yang tinggi daripada Sungai Kadamaian. Selain itu juga bagi menangani kekurangan bekalan air di negeri Sabah, akan mencadangkan kajian penambahan sebuah loji rawatan air dengan sumber air mentah dari air Sungai Wariu yang kurang terjejas kesan daripada gempa bumi. Cadangan ini akan dimasukkan dalam RMK12 RP Tiga.
Untuk makluman Yang Berhormat daripada Usukan dan Dewan yang mulia ini, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Air Negeri Sabah telah meluluskan Projek Mengurangkan Kadar Kehilan Aganir ataupun Non-Revenue Water di Sabah, Kota Belud melalui program Pembangunan Bekalan Air Negeri Sabah dalam Rancangan
Malaysia Kedua Belas.
Tahun 2125, projek ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah kehilangan air tidak terhasil yang disebabkan kebocoran dan kecurian air, seterusnya dapat memperbaiki sistem pengagihan air kepada pengguna khususnya di Kota Belud. Terima kasih.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Yang Berhormat Tuan Speaker. Saya ucapkan terima kasihlah kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya di atas jawapan tersebut. Di mana beliau telah terangkan masalah air di Kota Belud. Saya cuma ingin bertanya oleh kerana saya tengok semua masalah ini nanti, akhirnya penyelesaiannya adalah berdasarkan dana. Dana yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri dan dana ini biasanya akan diperoleh daripada Kerajaan pusat sama ada pinjaman atau geran. Saya cuma ingin, ingin tahu kerana kadang-kadang saya tengok Kerajaan pusat ni ...
Yang Berhormat. Tuan Speaker. Tidak boleh dengar tu sebelah sini. Ya, macam echo dia kuat.
Tidak dengar?
Cuba cakap. Buka.
Hello, hello. Boleh dengar?
Buka mask. Buka mask.
Yang Berhormat.
Boleh ya. Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ucap terima kasih di atas jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri agak terperinci
mengenai dengan masalah air di Kota Belud dan penyelesaiannya. Soalan tambahan saya ialah dan saya melihat penyelesaian ini akan memerlukan dana ya dan dana ini biasanya daripada geran ataupun pinjaman daripada Kerajaan Pusat dan saya lihat kadang-kadang dana daripada Kerajaan pusat ni hanya dana kertas saja. Bukan dana sebenarnya dan biasanya dana ini datang hujung-hujung tahun. Susah mahu dilaksanakan.
Apakah Kerajaan ada cadangan untuk menentukan agar Kerajaan Pusat boleh menyalurkan dana itu terus ke Kerajaan Negeri agar boleh dipercepatkan di segi pelaksanaannya. Kerana pada pengamatan saya selalunya, saya dengar ribu-ribu juta kita dengar daripada Kerajaan pusat. Saya tengok di segi penyalurannya hanya hujung tahun saja lepas tu bawa lagi ke tahun hadapan. Jadi sehingga kiamat pun susah mahu selesai. Jadi kalau, adakah cara lain Yang Berhormat, bagaimana kita boleh mempercepatkan pelaksanaannya? Contohnya, bolehkah kita mencari jalan untuk menswastakan soal agihan akhir, termasuklah billingnya, dan pakej keseluruhannya dalam soal air ini. Kerana kalau saya tengok dijangka panjangnya, ia timbul masalah juga dan akhirnya, kuncinya dana juga dan saya berharap agar Kementerian boleh mencari jalan yang terbaik untuk melaksanakan hal ini. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Usukan. Kebimbangan Yang Berhormat juga menjadi kebimbangan saya dan sebetulnya kalau mahu cerita panjang lebar, soal pembangunan di Sabah ini termasuk air. Sebab kita sudah merdeka 58 tahun. Seperti saya katakan, loji kita bina ini ada yang 40 tahun, 30 tahun, 25 tahun. Waktu membina air sungai itu terjaga, cantik. Selepas 25, 30 tahun, sungai semua tercemar. Saya pun tidak tahu sungai mana yang kita mahu pigi yang belum dicemari. Ini masalah rakyat Sabah ni terlampau hebat sungai pun dia boleh cemari. Jadi apabila tercemar dan pada satu ketika, Kerajaan Negeri Sabah tidak mengikuti program Air Seluruh Malaysia iaitu Sabah dan Sarawak dan negeri ada juga dua, tiga negeri yang lain di Semenanjung, tetapi mereka telah mengikuti program itu dan Sabah dan Sarawak masih tidak mengikuti. Justeru itu, kita tidak mendapat boleh mendapat peruntukan direct daripada Kementerian. Sebab air ini di urus oleh Kerajaan Negeri Sabah sendiri. Dan saya telah bincang dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan bahawa memang kita sedang merancang beberapa cadangan untuk
memastikan bekalan air di Sabah ini dapat kita tangani. Sebab, saya sendiri faham. Kalau tidak air, siapa orang tidak marah? Saya pun marah. Tapi apa mau buat? Tidak ada yang asal hujan empat jam Tuaran, Kota Belud, Beaufort, Tawau tidak ada air. Loji tenggelam. Penampang. Ini yang kita hadapi. Realiti dia it’s a high time untuk negeri Sabah revamp semua di Jabatan Air untuk kita cari kaedah membekal air kepada rakyat negeri Sabah. Dan bagi saya tempoh, saya sudah janji itu hari di Sabah dalam satu, dua tahun ini kita akan plan satu hala tuju, satu blueprint untuk air negeri Sabah termasuk di Kota Belud. Ini kita perlu bagi sebab kalau tidak ada letrik orang masih bersabar, tidak ada air orang akan memberontak. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Speaker, boleh satu soalan?
Yang Berhormat
Banggi
Banggi Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker. Saya ingin mengajukan soalan ataupun aduan kepada Menteri Kerja Raya sama ada Yang Berhormat Menteri pernah mendapat aduan ataupun laporan sebelum ini berkenaan edngan loji bekalan air di Pulau Banggi yang pada saya merupakan satu perkara yang agak pelik yang mana seperti yang saya tahu, sepatutnya tubewheel lebih kurang panjang 90 meter ditebuk kedalam tanah tetapi apa yang pelik, tubewheel itu diletakkan secara mendatar di atas sungai. Secara lojik akal apabila keadaan air surut ataupun pada musim kemarau, bekalan air ini akan terputus dan sudah tentu ia menjejaskan bekalan air kepada keseluruhan penduduk di Pulau Banggi. Jadi Datuk Speaker, kepada Berhormat Menteri sama ada, ada mendapat aduan dan ada perancangan sama ada untuk menaik taraf ataupun buat penambahbaikan sebagai contoh mewujudkan dam ataupun kolam takungan air yang besar di kawasan ini. Jadi saya bagi mewakili masyarakat Pulau Banggi merayu supaya Yang Berhormat Menteri kalau ada peluang dan saya faham Yang Berhormat Menteri pun pernah duduk pernah berkunjung ke Pulau Banggi dan
tidaklah sukar untuk sampai ke sana. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri ataupun Pembantu-pembantu Menteri datang melawat dan memikirkan langkah yang sesuai, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Banggi. Untuk maklumat Yang Berhormat, perkara ini memang saya, saya sedar sebab saya telah menerima laporan dia dua minggu yang lalu dan kita akan cuba mengatasi masalah ini dengan seberapa segera yang boleh dan saya pun tahu bahawa di Parlimen Kudat ini Banggi, Bengkoka. Saya ke Bengkoka pun 60 kampung belum ada paip air pun dan saya telah berhubung dengan Menteri Luar Bandar yang baharu saya kata lepas kalau boleh datang ke Sabah datang saya bawa pergi Pulau Bengkoka dan Banggi. Tengok kita sudah merdeka 58 tahun, 60 buah kampung tidak ada paip pun disambung. Macam mana ada air paip pun tidak ada, kadang-kadang itu di Dewan Rakyat kalau saya marah, saya marah sebab saya membela untuk nasib rakyat negeri Sabah dan Yang Berhormat punya masalah itu, saya simpati. Saya tahu masalah bukan di situ saja, di Kinabatangan pun ada tapi kita tangani pelan-pelan, pelan-pelan. Insya-Allah Yang Berhormat, masalah Yang Berhormat itu kita akan turun, saya sendiri yang akan turun untuk memastikan bahawa saya dapat tahu apa sebetulnya yang keperluan rakyat yang belum kita dapat laksanakan. Terima kasih Yang Berhormat.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sekarang saya jemput Yang Berhormat Likas.
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya soalan No.3.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Peruntukan Menambah Baik Sistem Perparitan, Sistem Saliran Dan Pencegahan Banjir Di Kota Kinabalu Dan PenampangQuestions
*3. YB. Tuan Tan Lee Fatt [Likas] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II/MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, nyatakan projek dan peruntukan untuk menambah baik sistem perparitan, sistem saliran dan sistem pencegahan banjir di Kota Kinabalu dan Penampang.
Jawapan
Terima kasih Tuan Speaker. Izinkan saya untuk menjawab soalan nombor 20 dan juga nombor 84 kerana soalannya kurang lebih sama. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Likas, Luyang dan Moyog di atas keprihatinan mereka ke atas masalah banjir yang sering berlaku di kawasan masing-masing dan setiap kali berlakunya hujan lebat. Ini menunjukkan keprihatinan mereka untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran atau JPS sememangnya mempunyai perancangan bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, dan Penampang. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, JPS telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan parit monsoon secara berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan setiap tahun di daerah Kota Kinabalu dan Penampang. Sementara itu aktiviti pengorekan sungai dan juga untuk melebarkan dan mendalamkan Sungai Moyog sedang dilaksanakan di bawah Projek Pembangunan Sungai Bersepadu Sungai Moyog bagi mengurangkan kesan banjir di daerah Penampang dan Putatan. Selain daripada itu, semua pembangunan yang baru dikehendaki mematuhi syarat-syarat pihak berkuasa tempatan termasuk juga garis panduan JPS, iaitu menerus saliran mesra alam bagi mengawal banjir kilat akibat aktiviti pembangunan. Sebagai langkah menangani masalah banjir di Kota Kinabalu, Kajian Kota Kinabalu drainage master plan telah siap dilaksanakan pada tahun 2017. Kajian ini bertujuan untuk menilai sistem perparitan yang sedia ada yang telah dibuat seawal 80-an dan mengenal pasti punca-punca banjir serta strategi-strategi baru untuk mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kota Kinabalu. Walaupun dalam pandangan saya kajian ini out of date dan keadaan dunia sekarang perubahan cuaca juga memerlukan satu pendekatan baru.
Walau bagaimanapun Tuan Speaker, berdasarkan hasil kajian tersebut JPS Sabah telah dan sedang melaksanakan program-program untuk menambah baik keberkesanan sistem saliran yang sedia ada dan pencegahan banjir di Kota Kinabalu, Penampang dan Likas. Program-program ini adalah seperti berikut: 1.
Projek Perancangan Tebatan Banjir Rampayan, RM36 juta. Ini sedang dalam pelaksanaan;
2.
Perancangan Tebatan Banjir Bandar Sierra Lambangan Sungai Telipok, RM20 juta. Juga dalam pelaksanaan; 3.
Rancangan Tebatan Banjir Kawasan Persekitaran Lido. ini dalam peringkat penyediaan dokumen tender. RM76 juta; 4.
Rancangan Tebatan Banjir Sungai Damai Besin dan juga di Kota Kinabalu, RM48 juta. Peringkat reka bentuk.
5.
Rancangan Tebatan Banjir Kawasan Persekitaran Lido Fasa 2, RM49 juta. Ini telah kita hantar permohonan rolling plan dalam Rancangan Malaysia ke-12. 6.
Saluran bandar Kota Kinabalu, drainage improvement, RM7 juta. Juga di peringkat reka bentuk; dan 7.
Saluran Bandar Kota Kinabalu, drainage improvement works, Sungai Tebobon Fasa 5, RM7 juta. Peringkat reka bentuk.
Yang kecil-kecil ini, RM7 juta semua Kerajaan Negeri.
Yang lain-lain itu daripada Kerajaan pusat. Bagi daerah Penampang pula dan Putatan, JPS Sabah telah menjalankan Kajian Master Plan Study for Moyog River Basin Flood, Mitigation Project, Sabah untuk mengenalpasti altenatif terbaik dan optimum bagi mengurangkan masalah banjir berdasarkan kajian tersebut. JPS telah dan sedang melaksanakan Program Tebatan Banjir secara berikut dan ini secara berperingkat-peringkat juga iaitu, Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog dan menaiktaraf parit 18 eight … tidak payah la itu dan sebagainya ini dalam pelaksanaan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog. Kerja-kerja menaikkan taraf Sungai Putatan dan kerja-kerja yang berkaitan juga dalam pelaksanaan dan yang ketiga pampasan tanah pakej satu dan tiga Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Moyog dalam pelaksanaan juga. Semuanya ini menelan belanja RM281 juta. Masalah yang saya lihat setelah saya meninjau tempat-tempat ini , ada tiga perkara. Satu, Parit ini, parit yang kecil tiga meter perlu dilebarkan pada tujuh meter tetapi pelaksanaannya menghadapi beberapa rintangan, satu daripadanya ialah kabel-kabel, tiang-tiang letrik dan saluran-saluran air untuk
apa ini daripada Jabatan Air semuanya menghalang dan untuk menjalankan kerja-kerja ini memerlukan pemindahan tiang pemindahan kabel dan sebagainya dan untuk ini berlaku jabatan telah diberitahu bahawa pemindahan kabel ini memerlukan pemadaman, they have to switch off dan memerlukan satu masa yang sesuai, jadi macam mana mahu tunggu masa yang sesuai? Kita sekarang dalam kurang lebih dalam emergency bah ini.
Jadi saya mintalah jabatan-jabatan yang berkenaan, SESB, Jabatan Air juga orang-orang perseorangan sebab masalah yang kedua adalah mereka-mereka yang membina rumah di siring-siring sungai, di siring-siring parit telah membina rumah mereka sehingga menutup reserve parit.
Jadi untuk mereka dipindahkan memerlukan satu pemindahan, kedua pampasan dan sebagainya dan ini telah menghalang. Saya mohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat kerjasama untuk memujuk mereka ini supaya mereka boleh berkerjasama untuk pindah ke tempat-tempat yang sesuai dan yang kedua supaya mereka tidak menceroboh tanah-tanah reserve untuk parit ini. Kedua, Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Moyog Sabah ini, kerja-kerja pembinaan dan menaiktaraf Sungai Moyog RM200 juta, tetapi belum ada peruntukan. Yang ketiga, saluran bandar Kota Kinabalu drainage improvement work di Kampung Sugut fasa tiga yang baru saja banjir baru-baru ini. Kerajaan Negeri terpaksa mencari peruntukan dan Kerajaan telah memberikan RM10 juta, RM9 hingga RM10 juta untuk kerja ini walaupun dirancang untuk tahun depan tetapi dipercepatkan untuk dilaksanakan dengan serta merta. Jadi Tuan Speaker itu jawapan saya dan untuk melaksanakan semua projek di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Putatan ini memerlukan tidak kurang daripada RM3 bilion, RM3 bilion, iaitu di KK kurang lebih RM2 bilion, Penampang RM600 juta dan Putatan RM450 juta. Jadi perkara ini perlu mendapat perhatian daripada Kerajaan pusat dan kita akan minta supaya peruntukan ini diberikan supaya masalah banjir ini dapat kita tanggani. Walau bagaimanapun kita harus ingat, masalah ini bukan saja untuk memperbaiki parit-parit, melebarkan sungai tetapi juga kita kena fikirkan tanggungjawab kita sendiri untuk memastikan rakyat kita tidak menceroboh pembangunan adalah terancang dan kita kena jaga alam sekitar dan alam semuajadi. Sekian terima kasih.
Soalan tambahan, Likas.
Soalan Tambahan
Hello. Terima kasih Tuan Speaker. Soalan tambahan saya, adakah JPS, Jabatan Alam Sekitar, JKR dan Dewan Bandaraya atau Majlis Daerah yang berkenaan mempunyai perancangan atau pun kajian terperinci dalam perancangan bandar dan pembangunan infrastruktur yang mungkin menyebabkan sistem perparitan tidak dapat menampung air hujan atau banjir lumpur seperti apa yang berlaku di Penampang baru-baru ini. Terima kasih.
Mohon maaf saya tidak dengar. I think we need to improve the system here.
Yang Berhormat, cuba buka mask ya ... kalau boleh cakap boleh dengar. Buka mask.
About. Adakah JPS, Jabatan Alam Sekitar, JKR, Dewan Bandaraya atau Majlis Daerah mempunyai perancangan atau pun kajian terperinci dalam perancangan bandar dan pembangunan infrastruktur yang boleh menyebabkan sistem perparitan tidak dapat menampung air hujan pada masa yang akan datang atau banjir lumpur seperti apa yang berlaku di Penampang baru-baru ini. Terima kasih.
Terima kasih. Kalau saya faham soalan itulah. Ya memang kita ada perancangan untuk membuat satu kajian yang lebih terperinci untuk memastikan apa yang berlaku di Sugut baru-baru ini di Penampang akan dapat kita tangani dengan lebih berkesan sebab kalau tidak we will keep on doing something but it will never resolve the problem.
Jadi Kementerian saya telah berbincang untuk menjemput pakar-pakar yang boleh menggunakan teknologi yang lebih sesuai supaya we can study the behavior of the river and also the climate sepuluh tahun atau 20 tahun dulu dan sepuluh tahun, 20 tahun ke hadapan supaya perancangan bandar dan juga pembangunan akan dapat disesuaikan dengan maklumat yang ada itu dan mungkin dasar baharu perlu dibuat untuk masa depan. Sekian terima kasih.
Yang Berhormat Gum-Gum.
Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk. Terima kasih di atas penjelasan yang terperinci dari YB Menteri sebentar tadi walau bagaimanapun saya dengar tadi di Kawasan itu Kota Kinabalu sahaja. Jadi di kawasan saya Yang Berhormat Menteri di DUN Gum-Gum juga tidak terkecuali dilanda banjir kilat seperti di Kampung Jaya Bakti, di Kg Sungai Memanjang, Kg Pertanian dan Kg Batu 16 Gum-Gum. Jadi soalan saya, adakah pihak Kementerian Yang Berhormat Menteri bercadang untuk menaiktaraf sistem perparitan dan meluaskan sungai di kawasan DUN Gum-Gum sepertimana kampung-kampung yang saya sebut sebentar tadi? Terima kasih.
Ah sekali lagi saya kurang jelas, saya tidak dengar.
Yang Berhormat Menteri, dia bertanya sama ada Kementerian … Jabatan Perparitan Saliran berhasrat untuk membaik membaiki sungai-sungai di kawasan di Gum-Gum seperti seperti mana yang dirancangkan di KK dan di Penampang. Dapat? Dia bertanya sama ada Jabatan Parit dan Saliran bercadang untuk memperbaiki sungai dan ah kawasan-kawasan yang mudah banjir di kawasan Gum-Gum seperti mana yang dirancangkan di KK dan di Penampang? Dia bertanya untuk di Gum-Gum. Do you have any plans?
Okey.
Ah … ya saya rasa saya sudah jawab sebentar tadi, merangkumilah itu. Ah … termasuk juga di Penampang dan juga di tempat-tempat yang lain sebab masalah-masalah maklumat yang kita ada sekarang ini ah sudah out dated, out of dated dan kita perlu satu kajian yang lebih menyeluruh yang lebih, lebih up to date menggunakan teknologi yang ada sekarang ini. Untuk memastikan solution kita atau penyelesaian kita ini tepat.
Ahh takkan tiap-tiap tahun banjir.
Parit kecil kita kasih besarlah ah tapi kalau hujan ini berlebihan seperti yang berlaku baru-baru ini kita imagine, setiap average rainfall di Penampang adalah 400, 51 inci, aih mm satu bulan, 30 hari. Tapi baru-baru ini rainfall kita dalam 5 jam 281. Jadi bayangkanlah, ah apa ini, perubahan cuaca ini yang melanda kita, yang tidak boleh kita ah … ramalkan, dan kita tidak boleh menggunakan conventional solution untuk masalah yang luar biasa ini. Ah jadi, perlu ada kajian semula. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lumadan.
Boleh minta penjelasan dari Menteri?
Datuk Speaker. Ah soalan No.4.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pasaran Barangan Produk IksQuestions
*4. YB. Tuan Ruslan Bin Muharam [Lumadan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III/MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN:-a) Adakah prosedur tertentu dalam meletakkan harga jualan bagi barangan IKS; dan b) Apakah cara Kerajaan untuk mengawal harga barangan produk IKS agar dapat bersaing dengan harga barangan umum yang selalu mudah didapati di kedai-kedai dan pasar raya.
Jawapan
Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat Lumadan, produk atau barangan industri kecil dan sederhana IKS adalah ditafsirkan sebagai barangan atau produk yang dikeluarkan oleh para usahawan IKS di Sabah. Mengikut amalan perniagaan biasa, peletakan harga untuk produk-produk bergantung kepada tiga faktor utama, iaitu yang pertama, hasrat usahawan untuk menentukan hak keuntungan yang didapati daripada produk yang dikeluarkan usahawan tersebut. Kedua, dasar-dasar Kerajaan yang berkuatkuasa mengawal harga berkenaan barangan yang tertentu, dan yang ketiga harga barangan yang sama atau hampir sama dengan barangan yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan itu sendiri. Berkaitan dengan hasrat usahawan untuk menentukan tahap keuntungan pada lazimnya, usahawan akan mengambil kira kos-kos yang terlibat dalam mengeluarkan dan memasarkan barangan tersebut.
Dalam keadaan biasa, usahawan akan menaikkan harga 10 hingga 30% daripada kos pengeluaran dan pemasaran barangan tersebut. Ini bermakna, usahawan akan mengambil margin keuntungan sehingga 30% daripada semua kos yang terlibat dalam mengeluarkan barangan sehingga dijual kepada pelanggan dipasaran.
Dalam menentukan paras harga barangan tersebut, usahawan juga mengambil kira dasar Kerajaan berkenaan barangan tersebut, terutama sekiranya barangan ini berkait dengan barangan harga terkawal seperti minyak, gula dan sebagainya. Usahawan juga perlu mengambil kira harga barangan yang sama atau hampir sama yang terdapat dipasaran. Sekiranya harga barangan ini lebih tinggi daripada harga barangan yang sama atau hampir sama, kemungkinan barangan IKS akan menghadapi saingan yang kuat menyebabkan kurang sambutan oleh pelanggan. Walau bagaimanapun, dari segi pengalaman, harga barangan IKS Sabah yang tinggi sedikit daripada yang dikeluarkan oleh pengeluar syarikat yang besar, masih boleh diterima oleh kerana barang IKS Sabah mempunyai keunikan dan tarikan tersendiri.
Datuk Speaker, berkenaan dengan mengawal harga barangan produk kecil dan sederhana IKS supaya dapat bersaing dengan harga barangan umum yang selalu mudah didapati di kedai dan pasar raya, Kementerian berpandangan bahawa cara terbaik adalah ditentukan oleh kuasa pasaran.
Ini adalah kerana kuasa pasaran melalui penawaran dan permintaan akan menentukan harga yang berpatutan mengikut kaedah pasaran semasa.
Kementerian juga sentiasa peka bahawa barangan IKS yang dikeluarkan di Sabah selalunya mempunyai harga yang tinggi sedikit berbanding dengan barangan bukan keluaran IKS. Ini kerana kos yang lebih tinggi, yakni tidak mencapai economic of scale. Untuk membantu barangan IKS ini supaya lebih mampu untuk bersaing dengan barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar yang besar maka Kementerian telah melaksanakan beberapa bantuan supaya harga barangan IKS ini lebih kompetitif seperti berikut.
Yang pertama, Program Bantuan IKS (BAIKS) yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan keupayaan pengeluaran supaya usahawan dapat mengeluarkan kuantiti yang banyak.
Kedua, pembukaan pusat produk IKS di beberapa tempat seperti Kota Kinabalu, Beaufort, Ranau dan Papar untuk membantu pemasaran produk IKS. Dan yang ketiga, meningkatkan keupayaan pemasaran secara e-dagang.
Kementerian juga mengadakan Kursus Show Me The Price yang bertujuan untuk memberi kemahiran bagi mengira kos produk atau pun menetapkan harga yang betul.
Dengan cara ini, usahawan dapat menetapkan kos yang betul dan munaSabah sebelum ianya masuk di pasaran.
Datuk Speaker, akhir kata dengan adanya inisiatif-inisiatif daripada Kementerian ini secara tidak langsung ia akan dapat membantu usahawan IKS untuk menetapkan harga yang terbaik supaya mampu bersaing dengan produk barangan umum yang mudah didapati di kedai dan pasar raya. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat Lumadan? Soalan Tambahan
Berapakah jumlah usahawan IKS di Sabah?
Datuk Speaker.
Ah buat masa ini saya tidak mempunyai data sepenuhnya. Ah nanti saya akan minta data-datanya. Mungkin saya …
Yang Berhormat Menteri, kalau data yang tidak ada dalam ah apa ni dalam dia, Yang Berhormat Menteri boleh jawab secara bertulis, ya?
Saya akan jawab secara bertulis.
Ya.
Supaya tidak salah. Soalan angka semua. Okey? Yang Berhormat Senallang.
Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker. Setelah mendengar apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tentang usaha untuk meningkatkan pasaran produk IKS bukan
hanya menerusi harga yang berpatutan, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk memastikan supaya bukan hanya dari segi harganya tapi market sizenya. Dengan menggunakan kaedah digital ekonomi, iaitu pasaran diperluaskan supaya kita boleh menembusi bukan hanya pasaran di Papar, di Sabah tapi di luar negara ke pasaran yang lain? Adakah pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk menggunakan seperti digital ekonomi iaitu menggunakan media sosial untuk meluaskan pasarannya. Comprehensive approach kalau ada, boleh dijelaskan? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Senallang. Ah sebenarnya kita juga mengambil kira first of all, barangan kita ini yang diperbuat daripada Sabah, only made in Sabah. Dari segi menentukan harga dia first of all kita juga lihat berapakah harga barang-barang yang serupa dengan barangan yang kita produce, itu pertama. Dan yang kedua, of course kita tengok juga dari segi size dan jenis-jenis yang kita telah produce di Sabah ini. Dan selepas itu seperti mana yang diterangkan tadi kos pengeluaran dia. Kos pengeluaran dia lepas itu kita kira of course kita juga ingin mengambil keuntungan lebih kurang 30%. So, all this thing consider together baru kita letakkan harga kos dia, all insert. Dengan itu, kita juga of course kita lihat dari segi media massa daripada social media. Apa lagi ah perbandingan yang kita boleh lihat tentang kos-kos barangan yang kita produce ini. Terima kasih, Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini sahaja soalan sesi soal jawab kita untuk hari ini dan kita teruskan aturcara seterusnya.
Ucapan Penggulungan
Ucapan Penggulungan Perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 22 September 2021.
Dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Keramat, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat untuk membuat penggulungan.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, alhamdulillah dipanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya telah mengizinkan saya untuk bersama-sama di Dewan yang mulia ini sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas. Datuk Speaker, dengan sukacitanya saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Pembentangan Ucapan Dasar Kerajaan sempena Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas.
Selaras dengan Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, Kementerian saya sentiasa komited untuk memastikan dasar dan strategi serta perancangan program dan projek di bawah Kementerian dan jabatan serta agensi di bawahnya terlaksana dengan jayanya. Selaras dengan teras Kementerian saya, iaitu Masyarakat Prihatin dan Bertanggungjawab atau dengan izin Caring and Responsible Society saya sebagai menteri yang bertanggungjawab di KPMKR akan memastikan perkhidmatan pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat dilaksanakan secara mampan. Pada masa yang sama, saya juga akan memastikan Kementerian saya sentiasa peka dan prihatin ke atas perkara-perkara yang menyentuh kekeluargaan, kemasyarakatan, pembangunan sosial dan kepenggunaan.
Hala tuju Kementerian saya ialah Membudayakan Masyarakat Prihatin dan Bertanggungjawab.
Selaras dengan hala tuju tersebut, saya berkeyakinan bahawa aktiviti dan program yang dirancang di bawah Kementerian ini akan dilaksanakan dengan baik untuk membawa ke tahap yang lebih baik. Ke arah kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, Kementerian saya telah mengambil inisiatif untuk merancang satu kajian mengenai indeks kemakmuran dan kesejahteraan golongan sasar KPMKR. Kajian ini untuk mengetahui dan akan menjadi panduan KPMKR untuk merealisasikan hala tuju Kementerian dengan hasrat untuk mengkaji sejauh mana impak keberkesanan pelaksanaan program-program dan bantuan-bantuan yang diberikan kepada
golongan sasar KPMKR.
Kajian ini akan dilaksanakan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam.
Pada tahun 2021, Kementerian saya akan meneruskan usaha untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutama sekali kepada golongan rentan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini melalui aktiviti dan program berbentuk pengagihan Bantuan Bakul Makanan seperti Program Makmur Sejahtera Bersama, Program Kesejahteraan Rakyat Happy Kids and Family dan Program Prihatin KPMKR. Sebanyak 18 program akan dilaksanakan di seluruh Sabah dan dijangka akan memanfaatkan seramai 1,360 orang penerima.
Setakat September 2021, sebanyak 12 program telah dilaksanakan.
Kementerian saya melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am ataupun JPKA akan terus memberikan kemudahan kepada rakyat di bawah Dasar Kerajaan Prihatin dengan mendahulukan rakyat. Program-program yang sedia ada terutamanya kepada golongan sasar dalam pemberian bantuan kebajikan kepada warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, dan juga pesakit kronik di bawah KPMKR akan terus diperkasakan. Penggunaan teknologi baharu melalui pendigitalan jabatan bertujuan untuk memudahkan proses permohonan, penilaian kes dan juga pembayaran bantuan akan diperluas dan dipermudahkan untuk memberi perkhidmatan yang lebih cepat dan teratur. Setakat bulan Julai 2021, seramai 66,160 penerima bantuan kebajikan seluruh negeri Sabah telah mendapat manfaat daripada bantuan di bawah JPKA. Kementerian saya juga melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah melaksanakan beberapa inisiatif di bawah Sabah Maju Jaya. Antaranya, Program Home Ward ataupun wad di rumah yang telah berjaya membantu seramai 121 pesakit...
Minta penjelasan, boleh?
Minta penjelasan.
Saya habiskan dulu lah.
Oh okey.
Program Home Ward yang telah berjaya membantu seramai 121 pesakit terlantar bagi tahun 2021 berbanding sasaran awal berjumlah 100 orang pesakit. Peralatan wad dibekalkan untuk kegunaan pesakit terlantar di rumah adalah mengikut keperluan pesakit. Pegawai Kebajikan Daerah dan petugas juga melakukan lawatan ke rumah pesakit dari semasa ke semasa. Dalam usaha Kementerian saya membudayakan aktiviti kesukarelawanan, satu lagi inisiatif yang bertindak untuk menyokong perkhidmatan home ward akan diwujudkan. Inisiatif tersebut dikenali sebagai Social Services Time Banking yang akan dibangunkan dalam masa terdekat bagi membolehkan anggota awam dan pertubuhan bukan Kerajaan ataupun NGO menyumbang tenaga melalui kiraan masa terhadap perkhidmatan penjagaan kumpulan sasar. Pada masa ini Social Services Time Banking masih dalam perancangan Kementerian saya. Selain itu, JPKA juga telah mewujudkan dua buah Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) yang baharu pada tahun 2021. PPKK tersebut adalah terletak di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan pendidikan awal seperti pra sekolah dan tadika KEMAS. Ini juga merupakan salah satu inisiatif SMJ untuk membantu kanak-kanak di luar bandar untuk mendapatkan pendidikan awal. Bilangan PPKK terkini adalah sebanyak 34 buah yang melibatkan seramai 644 kanak-kanak.
Bagi meningkatkan penyertaan orang kurang upaya dalam bidang berasaskan perniagaan dan perkhidmatan, Kementerian saya akan melaksanakan projek-projek pembangunan yang berteraskan pendekatan baharu, iaitu pembinaan Kompleks Bersepadu Warga Emas dan Orang Kurang Upaya di Inanam, Kota Kinabalu. Pada masa yang sama ianya dapat memberikan pilihan perkhidmatan penjagaan berbayar dan berkualiti kepada warga emas. Dengan projek ini, Kementerian saya melalui JPKA berharap dapat mengurang mengurangkan bilangan warga emas dan warga OKU dalam senarai bantuan-bantuan di bawah JPKA.
Sepanjang pelaksanaan Bantuan Sabah Prihatin oleh Kerajaan Negeri, JPKA telah mengagihkan sebanyak 1,036,000 bakul makanan kepada golongan sasar dan terkesan. Melalui Bantuan Sabah Prihatin 1.0, sebanyak 278,000 bakul makanan
telah diagihkan bermula 1 Mei 2020 sehinggalah 25 November 2020. Bagi Bantuan Sabah Prihatin 2.0 pula, sebanyak 385,000 bakul makanan telah diagihkan pada 2 Mac 2021 sehingga 20 Mei 2021. Dan seterusnya agihan bakul makanan melalui Bantuan Sabah Prihatin 3.0 pada 19 September 2021, sebanyak 607,577 bakul makanan telah pun diagihkan.
Kementerian saya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah ataupun JHEWA akan terus melaksanakan program-program memperkasakan kumpulan sasar wanita B40 dan miskin di kalangan ibu tunggal dan wanita ketua isi rumah dalam bidang keusahawanan.
Program ini akan terus dipergiatkan dan ditingkatkan bagi membantu meningkatkan pendapatan melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang diceburi dalam usaha membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan. Kursus Kemahiran Ibu Tunggal akan terus dilaksanakan bagi memberi langkah permulaan mereka menjana pendapatan melalui kemahiran yang dipelajari.
Kementerian saya juga melalui JHEWA akan melaksanakan Program Outreach Santuni Wanita, iaitu Program Merakyatkan Perkhidmatan ke Arah Kesejahteraan Wanita sebagai salah satu inisiatif sektor modal insan dan Kesejahteraan Rakyat selaras dengan hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya. Program ini adalah kolaborasi JHEWA dengan pelbagai agensi, organisasi daerah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk membantu wanita secara efektif dan efisien. Adalah diharapkan agar program di atas dapat diangkat sebagai flagship Kementerian melalui JHEWA dengan membantu seberapa ramai wanita yang terkesan dalam era pandemik COVID-19.
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat saling bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah dalam melaksanakan program Mobilisasi Vaksin Komuniti ataupun MOVAK bagi memperluaskan lagi program pendaftaran dan pemberian vaksin, membantu mencapai pembentukan imuniti kelompok, membantu kelancaran program vaksinasi bagi mengurangkan beban tugas barisan hadapan melalui khidmat Sukarelawan Kawasan Rukun Tetangga ataupun (KRT) dalam menyediakan akses kepada masyarakat luar bandar dan pinggiran untuk mendapatkan vaksin. MOVAK ini berfokus kepada tiga gerak sokongan kerja iaitu Unit Tindakan Komuniti, Unit Panggilan dan Unit Mobilisasi. Pelaksanaan MOVAK ini mendapat sokongan
daripada Jawatankuasa Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Negeri. Sehingga Ogos 2021, sebanyak 1,148 orang sukarelawan KRT telah berkhidmat di 24 pusat pemberian vaksin dan 73 pusat pemberian vaksin yang dilaksanakan secara outreach.
Jumlah ini akan terus meningkat dari masa ke masa dalam usaha kita untuk mencapai imuniti kelompok.
Kementerian saya melalui Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara, sedang melaksanakan program We Care sebagai langkah untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan reproduktif wanita dengan memberi penekanan kepada saringan awal kanser payudara melalui ujian mammogram. Selain daripada itu, LPPKN juga dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri Sabah telah menyediakan dua buah bas perkhidmatan klinik bergerak yang dipersetujui oleh CITF pada 2 Ogos 2021 untuk digunakan dalam program pemberian vaksin, Program Mobile PPV LPPKN bagi pelaksanaan pemberian suntikan vaksin COVID-19 secara outreach. Program ini telah bermula pada 7 Ogos 2021 dan telah berjaya membantu seramai 5,979 orang melalui 18 program yang dijalankan di kawasan luar bandar, kawasan PKPD, kawasan penilaian risiko oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ...
Menteri.
... Mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Menteri, boleh minta sedikitkah? Mencelah.
Ya.
Boleh?
Saya kasih habis dulu, sikit lagi. Sebagaimana yang telah saya nyatakan pada awal tadi, setakat 21 September 2021, pencapaian pemberian vaksin bagi penduduk dewasa negeri Sabah adalah sebanyak 59.4% bagi dua dos dan 72.1% bagi dos pertama. Sejak PICK dimulakan, Sabah telah menerima sebanyak 5,042,310 dos vaksin dan dimaklumkan bahawa sekitar 900,000 dos lagi akan sampai ke negeri ini pada minggu ini.
Ini bermakna bahawa bekalan vaksin bagi negeri Sabah adalah mencukupi untuk kita menjalankan program imunisasi. Buat masa ini terdapat 46 buah PPV Awam, 12 buah PPV Integrasi, satu buah PPV IPTA, 81 buah PPV Kesihatan, 83 buah PPV Swasta dan satu buah PPV PLIKAS dengan keseluruhan kapasiti sebanyak 83,140 dos sehari.
Bagi mempertingkatkan lagi bilangan penduduk yang diberikan imunisasi, pendekatan secara outreach sedang diperhebatkan.
Sejak dimulakan, sebanyak 733 program outreach telah dilaksanakan dan ini melibatkan 358,284 penduduk dan dijangka sebelum penghujung bulan September ini, sebanyak 268 program outreach lagi akan diadakan.
Di samping itu, program imunisasi remaja bagi golongan 12 dan 17 tahun juga sedang giat dijalankan dan kita merupakan negeri yang awal melaksanakan program ini dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Sejak 16 September sehinggalah 21 September kita telah mencapai peratusan pemberian dos pertama kepada golongan remaja ini sebanyak 33.88%.
Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada jabatan dan agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Program Imunisasi Outreach seperti Jabatan Penerangan, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah dan semua sukarelawan yang tidak disebut namanya pada kali ini. Saya juga ingin menyeru kepada semua wakil rakyat yang ada di negeri Sabah sama ada daripada pihak Kerajaan ataupun di pihak pembangkang untuk sama-sama bekerjasama berganding bahu mengeluarkan menyedarkan rakyat kita betapa pentingnya untuk mendapatkan imunisasi COVID-19 ini. Marilah kita sama-sama menjayakan usaha untuk mencapai imuniti kelompok
kerana dengan jayanya program imunisasi ini ianya akan menjamin keselamatan kita semua bersama sebagai rakyat Sabah dan warga keluarga Malaysia. Kementerian saya sangat menghargai pertanyaan-pertanyaan dari Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya yang berkaitan dengan perkhidmatan KPMKR. Mana-mana pertanyaan yang tidak sempat dijawab semasa sesi perbahasan secara lisan, Kementerian saya dengan senang hati akan memberikan jawapan secara bertulis. Saranan serta peringatan yang telah diberikan untuk kepentingan rakyat di negeri ini akan diambil tindakan.
Pada kesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua yang hadir dan marilah kita bersama-sama bertekad untuk terus bekerja keras bagi menunaikan amanah rakyat demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat yang kita cintai.
Cantik sungguh burung tempua, Tempua bersarang di pokok raya; Program prihatin nikmat semua, Sabah Makmur maju jaya.
Tuan Speaker, saya mohon menyokong.
Tuan Speaker, minta peluang boleh? Ya.
Menteri tadi cakap belum habis tadi. Saya minta jalan saya bagi peluang saya bukan mahu hentam mahu menyokong. Terima kasih Datuk Speaker peluang ini.
Teruskan.
Sesuai dengan tahniahlah kepada Menteri muda, bertenaga, pendekatan baru, sesuai dengan nama Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat. Tapi masyarakat kita masih lagi jauh daripada membangun dan juga masih jauh daripada sejahtera. Masyarakat masih lagi terumbang-ambing walaupun apa pelbagai program mungkin mereka tidak faham dan juga rakyat masih tidak sejahtera masih ada kecelaruan dalam masyarakat. Puncanya adalah daripada sikap pemimpin dilantik di daerah di bawah.
Menteri mungkin inginkan perpaduan, inginkan kesejahteraan tetapi di bawah tidak sejahtera, tidak harmoni.
Bolehkah kita semua rakyat Sabah ini soal berpolitik ini kita henti-hentilah. Masa membangun ini kita kerjasama. Saya setuju tadi Yang Berhormat kalau ada taklimat, kalau ada acara Kerajaan jemputlah kita. Saya sentiasa akan datang. Yang Berhormat Menteri Tugas-tugas Khas datang di kawasan saya, saya datang. Saya sokong kerana ini adalah untuk rakyat. Kita adalah wakil rakyat yang dipilih legitimate ... wakil rakyat yang legitimate maknanya tidak kisah pembangkang ataupun Kerajaan. Kita ingin membangun rakyat Sabah. Soal masa pilihan raya itu kemudian. Itu soal lain tapi bila sudah terjadi begini kita bersama-sama untuk membangun rakyat. Tahniah! Jadi apakah Yang Berhormat ingin mengarah di bawah ini kerana di bawah ini fikiran mereka Pilihan Raya saja. Pemberian bakul makanan pilih kasih. Ah ini jangan bagi, ini dulu dia bukan undi kita tapi orang itu setengah mati. Jadi terpaksalah kita tampung panggil NGO bagi tetapi mereka juga rakyat Sabah.
Sepatutnya ada hak untuk mereka dapat bantuan ini. Sama ada dulu itu soal dia undi, tidak undi, bagi saya tugas saya sudah selesai. Dia tidak undi saya pun, saya sudah jadi wakil rakyat. Saya mahu yang akan datang. Jadi soal yang itu Yang Berhormat kita lupakanlah soal sengketa ini dan kita mesti bekerjasama untuk membangun. Selagi kita ada fahaman begini di bawah kita bawa-bawa, selagi itu lah negeri kita ini akan mundur eh ketinggalan. Lagi satu Yang Berhormat kita minta jangan terlalu ikut SOP daripada KL. Orang Semenanjung ni tidak faham budaya kita, pendidikan kita, pemikiran kita, infrastruktur kita. Kita kena ubah sedikit SOP mereka yang hari tu sesuaikan dengan keperluan kita. Kalau ada borang mereka ... saya tengok borang mereka lain, kita buat borang kita sendiri, SOP kita sendiri supaya Sabah itu lain kerana kita memang lain pun. Budaya kita lain. Terima kasih Yang Berhormat.
Okey ... terima kasih daripada ADUN Lumadan atas cadangan.
Sindumin.
Sorry. Ah ... Cadangan dan juga ah komen-komen yang diberikan amat dihargai secara ringkas sebagaimana yang awal saya katakan tadi di bawah Kementerian saya, saya membudayakan budaya prihatin dan bertanggungjawab caring and responsible society di mana kita akan membantu golongan-golongan sasar yang memerlukan bantuan tidak mengira perbezaan ideologi dan sebagainya.
Sekiranya mereka memang dalam golongan yang layak untuk dibantu, Insya-Allah kita akan bantu dan kita juga melibatkan engagement bersama dengan ahli-ahli politik atau wakil-wakil rakyat yang bukan sahaja daripada pihak Kerajaan tetapi juga daripada pihak pembangkang. My office is always open and welcome anyone of you to come over to discuss masalah-masalah rakyat untuk kita sama-sama membantu mereka.
Keduanya, berkenaan dengan SOP daripada KL. Ya SOP yang dikemukakan ataupun ditetapkan oleh Persekutuan kita ikuti tetapi kita juga sesuaikan dengan keadaan negeri kita. Contohnya, pelaksanaan vaksin remaja 12 hingga 17 tahun, kita mulakan awal bagi negeri Sabah dan kalau kita lihat di peringkat kebangsaan, program ini dimulakan pada 20 September tetapi Kerajaan Negeri Sabah telah memulakan lebih awal pada 16 September kerana memandangkan bahawa Program Outreach yang kita buat di negeri Sabah memerlukan pendekatan cara Sabah. Kita banyak kawasan pedalaman jika kita buat mengikut peringkat-peringkat umur golongan dewasa, golongan 16, 17, 14, 15, ini akan mengakibatkan double handling dalam melaksanakan program vaksinasi dan ternyata progress kita is berjalan dengan lancar dan sekali lagi saya memohon kerjasama daripada semua wakil rakyat yang ada di negeri Sabah ini. Sama-samalah kita bersatu hati, kita jayakan program imunisasi ini, lindung diri kita, lindung negeri kita, lindung negara, keluarga Malaysia. Sekian.
Menteri, saya ada cadangan.
Tanjong Aru, Tanjong Aru persilakan Tanjong Aru.
Terima kasih.
Tuan Speaker, Point of order, Point of order, Tuan Speaker. Kebiasaannya selepas seorang Menteri itu menggulung tidak ada lagi soalan yang apa tu? Ataupun meminta penjelasan yang dibenarkan. Adakah Tuan Speaker, membenarkan ini di luar daripada apa ini? Ah Point of order. Sepertimana yang di kita tetapkan dalam apa tu? Urusan majlis.
Saya kira kalau ada keperluan saya sangat-sangat, saya-saya beri pelepasan.
Boleh? Terima kasih. Satu cadangan saja.
Tanjong Aru.
Ya, terima kasih. Terima kasih Datuk Speaker. Hanya satu cadangan syabaslah kepada Menteri tentang itu Program Outreach PPV ini. Saya ingin tanya atau cadanglah. Bolehkah itu PPV Mobile diteruskan di seluruh Sabah? Khususnya lah untuk kanak-kanak yang belum divaksinasi sebab saya diberi tahu bahawa ada yang Program PPV ini mintalah kita kerjasama untuk bawa kanak-kanak daripada Pulau Gaya ke Mini Putrajaya untuk ambil vaksin, tapi saat ini sangat sukar untuk kanak-kanak daripada Pulau dorang kena ada tanggung kos dia daripada pulau ke darat, darat ke Mini Putrajaya ... tunggu lagi. Jadi kalau ada kebaikan dia, kalau boleh bawa itu PPV pergi Pulau Gaya untuk vaksinasi. Bagi vaksinasi kepada kanak-kanak. Bolehkah itu dijalankan? Terima kasih.
Ya, untuk makluman DUN Tanjong Aru, bahawa Program Vaksinasi Remaja ini dijalankan melalui beberapa kaedah. Ada yang menetapkan di mana pelajar-pelajar ataupun golongan remaja yang datang ke PPV yang disediakan. Ada juga sekolah-sekolah yang telah menghubungi CITF Daerah bagi melaksanakan pemberian vaksin di sekolah-sekolah mereka. Jadi bagi kawasan yang terlibat ataupun sekolah-sekolah yang terlibat di kawasan wakil rakyat,
bolehlah berhubung dengan pengerusi-pengerusi CITF Daerah bagi kita mengatur cara memudahkan pemberian vaksin bagi golongan sasar.
Ya.
Datuk Speaker, boleh?
Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Menteri Kewangan Kedua, dipersilakan.
Bismillah Irrahman Nirrahim, Assalamualaikum Waramatullahi Ta’ala Wabarakatuh.
Datuk Speaker, boleh?
Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Eh, pertamanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Di atas ucapan ataupun sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua pada 21 September. Dalam kesempatan ini juga saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah Subahana Wata’ Allah kerana walaupun negara kita masih berhadapan dengan ancaman COVID-19 dan dengan sepertimana yang kita maklum kita kehilangan orang-orang yang kita kenal rapat dan sebagainya tapi alhamdulillah kita yang berada dalam Dewan ini masih dalam keadaan sihat dan kita harapkan kesempatan yang Allah Subahana Wata’ Allah beri kepada kita untuk sihat, memberi inspirasi kepada kita untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan ditambah bukan sahaja untuk masyarakat tetapi kepada rakyat Sabah secara keseluruhan.
Sedikit sebanyak apa yang akan saya nyatakan dalam penggulungan ini telah di sentuh oleh sahabat saya, Menteri Kesejahteraan Rakyat tadi kerana beliau juga
ialah Pengarah Operasi Imunisasi Negeri Sabah dan untuk makluman kita telah berbahagi untuk memastikan kelancaran pengurusan COVID-19 ini. Imunisasi akan dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan dan saya pula akan terus menyelaras kegiatan-kegiatan dan program yang akan dilaksanakan di bawah usaha kita untuk mengurus masalah COVID-19 di negeri Sabah. Tadi Yang Berhormat daripada Kadamaian telah Whatsapp saya mengenai beberapa isu dan sekadar untuk memaklumkan sebenarnya saya ada dua siaran. Untuk makluman lah. Pertama, saya ada siaran pendek pada tengahari dan selalunya di antara dua hingga pukul empat rumusan awal mengenai keadaan COVID-19 di Sabah. Dan kepada saudara-saudara yang mahu saya panjangkan, saya more than happy to give to everybody in fact it’s nothing secretive about it. Dia sedikit sebanyak sekadar untuk menyatakan hari ini berapa jumlah kes kita dibanding dengan kemarin. Dan rumusan saya, saya buat sendiri mengambil kira statistik yang dihantar oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Rumusan dan andaian saya bagaimana the trend, trend dan juga mungkin trend akan in the future. Jadi ini saya bukan seorang Doktor ya. Ini terus terang saya katakanlah. Jadi kalau ada kesilapan janganlah tanya medical apa tu Dr. Yusuf, Timbalan Yang Berhormat daripada Sindumin Doktor boleh tanya …. tapi I basically just in my opinion, give my opinion, the trend and what we should be doing ya. Saya juga memberi statistik mengenai peratusan Kategori satu, Kategori dua dan sebagainya. Juga berapa jumlah rakyat warganegara dan juga apa tu asing yang apa tu terlibat dalam kes positif pada hari itu. Cuma seperti mana yang telahpun kita jelaskan pada awal-awal malangnya, kita mewarisi daripada apa tu jawatan statistik-statistik yang tidak semestinya yang terbaru. So dengan izin Tuan Speaker, sometimes we will give a statistic not necessary the last 24 hours but probably the last few days or even weeks because it need time to clean up the system. In fact, Kerajaan Negeri sebenarnya telah pun meminjamkan kakitangannya untuk membantu Jabatan Kesihatan bagi membersihkan backlog-backlog ini agar kita dapat memberi statistik yang terbaharu.
Jadi janganlah khuatir, don’t be alarmed if you see the big number because some of the numbers happen even weeks ago. Just reporting it today sebagai misalanlah supaya siapa yang membaca kemarin, jumlah the death adalah dari apa tu dari apa itu death, jumlah yang meninggal kemarin 87 orang, but it didn’t happen the last 24 hours kadang-kadang lambat daftar dan sebagainya. So, tolong supaya kita jangan don’t be alarmed with the statistic, read the analisislah.
So, dia dua. Satu pada per tengah hari, kedua lagi awal malam. So, awal malam tu siaran tu ... malam tu lebih komprehensiflah. Kenapa lambat, kerana menunggu data-data daripada Jabatan Kesihatan dan lain-lain jabatan, ah itulah. So basically, itulah dia punya scenario dia. So, you are much welcome. You just give me your number if you want to be given every day daily, I will send you daily. Yang Berhormat Tanjong Papat selalu hubungi saya. Ni my little brother daripada Luyang, practically contact with me every day ya. We share ya, ataupun daripada Tanjong Aru also in contact with me every day. MP KK pun contact. Okey, berterbit kepada apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada Sindumin tadi, in fact I think we are working closer then the people think we are. A regular visitor to my office is my brother from Luyang. Tiada masalah bagi kita di Sabah. So, saya amat setuju. Jangan penyakit di Semenanjung tu di bawa pergi Sabah. At the end of the day, sama ada you are here or you are there, you are working for the same people, the people of Sabah dan itu yang paling penting la … ya …
Mohon laluan Speaker. Ini cadangan kalau dapat ditambah baik. Kenyataan ataupun siaran yang diberikan Yang Berhormat Menteri Kerajaan Tempatan itu supaya jumlah penduduk Sabah yang diberi vaksin itu dapat dikategorikan berapa yang divaksin melalui aplikasi temujanji aplikasi MySejahtera, berapa yang melalui walk-in, berapa yang divaksin melalui pendaftaran di klinik desa dan klinik kesihatan supaya kita tahu analisa-analisa ini. Berapa yang di kuarantin di hospital-hospital, berapa yang di kuarantin di pusat kuarantin yang digazetkan, berapa yang diperintahkan kuarantin di rumah masing-masing. Kita perlukan data-data ini sebab pihak kita pun dihubungi untuk bantuan. Kalau kita tidak tahu, contohnya di Kadamaian jumlah total penduduk yang diminta kuarantin di rumah sama ada yang positif ataupun kontak rapat. Sukar untuk kita merancang program bantuan kita selain daripada yang salurkan daripada Kerajaan. Banyak juga NGO yang saya pikir kita boleh hubungi untuk kerjasama. Jadi kalau itu dapat diperincikan lagi mengikut kawasan misalnya berapa kuarantin di rumah, berapa di pusat kuarantin yang diwartakan oleh Kerajaan, berapa di hospital maka mudah kita bekerjasama dengan data yang komprehensif yang dikongsikan bersama. Ini cadangan saya Yang Berhormat. Terima kasih.
Sebenarnya semua data itu ada dalam siaran saya setiap hari pada malam ya. Saya petik antara siaran ataupun pre-statement saya semalam. “Bilangan pesakit sembuh ialah seramai 1,478 termasuk yang di discharge daripada hospital, ini yang saya petik ya menjadikan jumlah kumulatif yang sembuh 165,858 orang manakala 3,820 pesakit sedang menerima rawatan, iaitu 1,272 di hospital, 2,446 orang bersamaan 53.12% di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah atau apa yang dipanggil PKRC, 95 orang atau 14.14% di Pusat Tahan Sementara (PTS). Kebanyakannya ini adalah pesalah-pesalah imigresen yang sedang menunggu untuk dihantar balik ke negara asal dan PTS dan juga penjaralah. Dan manakala tujuh orang adalah di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal adalah 171 orang.” Ini semalam ini. Yang merangkumi 136 di ICU rep Repurposed Critical Care, 35 orang di open ward ataupun cubicle acute apa tu HDWlah dan enam orang 60 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. We are quite sebenarnya dia punya apa itu butir-butir is quite komprehensif and we will be more than happy to send you every day. Kedua kita boleh hubungi Pegawai Kesihatan kawasan actually. Diorang akan mempunyai semua data-data yang diperlukan apa sistem laporan kita ialah Pegawai Kesihatan kawasan akan buat dia punya test, laporan hantar kepada Ibu Pejabat dan Ibu Pejabat di KK akan table ... tablelize semua dan untuk mendapat menyediakan laporan penuh. Itulah kadang-kadang kita punya laporan ini lambat kerana we have 27 districts. So, they are 27 laporan daily to be analyse ah inilah. So, kedua juga tapi kita juga more than welcome. Kadang-kadang ada tu laporan tidak berapa tepat, feel free to contact us. Kita akan siasat. No problem ya. Negeri Sabah, saya teruskan Tuan Speaker ya.
Yang, Yang Berhormat Menteri …
Ya …
Rentetan daripada Yang Berhormat Menteri nyatakan tadi dari segi pangkalan data yang lewat
diterima daripada 27 district yang ada, apakah langkah-langkah pihak Kerajaan untuk memastikan that we must update to the current time dengan izin. Dah kita tahu masalah ini menimbulkan kekeliruan, keduanya menimbulkan kebimbangan, keraguan kena kelihatan dalam satu hari itu 30, 80, 50. So, how did we devise? Is there is any way dengan izin, the State Government to develop the system supaya improvise kerana kita sekarang sudah ada media sosial. Kita tahu kalau orang tu mati hari itu. Mati memang kita tahu, kampung mana, orang mana. Pimpinan yang ada sama ada ketua kampung, sama ada Pegawai Kesihatan Daerah sudah tahu, but we can pick it up. Of course, this can be verify immediately yang yang jumlah yang tepat sudah ada sepuluh orang contoh mati, yang kita ragu ada lima orang. So, we don’t need include that but at the same time. Jangkaan kita memang 15 orang akan mati but is there any system supaya kita online.
Keduanya, saya amat setuju dengan apa Yang Berhormat nyatakan tadi. Penyakit daripada Semenanjung itu jangan di bawa ke negeri Sabah ini ya. Tapi saya nak mencadangkan kalau boleh nasihatkan pihak Majlis Keselamatan Negara iaitu contohnya, pihak sama ada polis sama ada tentera terkadang itu mereka berada di peringkat negeri Sabah dalam lingkungan satu bulan, dua bulan service dia round up of patient di Pantai Timur. Kadang-kadang tentera berada di sini dalam jangka masa pendek. Mungkin satu bulan, mungkin tiga bulan mungkin, enam bulan. In view of the COVID-19 yang ada prolong that. Kadang-kadang mereka membawa penyakit daripada naval base, daripada arm forces, daripada polis yang datangnya daripada Shah Alam contohnya, datangnya daripada bala tentera negeri-negeri yang selalu kerap berlaku. Jadi kalau dasar ini diubah suai dalam keadaan COVID-19 pada hari ini, mungkin ini akan mengelakkan penyakit datang daripada Semenanjung. Itu kita dapat urus tadbir dengan baik kerana saya juga amat setuju supaya dasar yang ada di negara ini jangan kita guna pakai semuanya. Apa yang berlaku kilang di Shah Alam, bila kilang di Shah Alam spike 70 positive. Kita tutup kilang di Inanam, kita bukan mengejar kilang, kita bukan mengejar manusia, kita mengejar, we are chasing the disease here, kita cari penyakit, bukan cari kilang, maknanya kadang-kadang kita tutup kilang di sana kerana di Semenanjung ada kilang yang tutup. Beribu batu Lautan Cina Selatan kita guna pakai kaedah seumpama ini. Saya setuju dengan Yang Berhormat supaya kita ... mereka faham, dahulu masa kita jadi Kerajaan, kita ada Kementerian Kesihatan dan bila ada Kementerian Kesihatan kita nyatakan, no, we decide on that, so kita understanding. Itu yang terkandung dalam perjanjian 63
supaya kuasa yang ada di peringkat negeri tentang kesihatan diberikan kembali untuk mengurus tadbir agensi dia kerana kita tahu, lebih faham tentang keadaan ini. Jadi ada tiga perkara yang saya sebutkan dasar supaya whatever spike di Semenanjung, don’t use that, the size doesn’t fit all the state, all the area, in this country, kita tahu ini pandemic. But Yang Berhormat Kementerian Kesihatan pun katakan itu akan menjelang endemic tapi dalam keadaan ada sekarang ini, kalau kita selaraskan semua dasar, guna pakai di Selangor, guna pakai di Sabah ini akan menjejaskan ekonomi keadaan kita, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Senallang, pertama saya jawab yang ketigalah. Kita bukan tutup kilang kalau orang Shah Alam tutup kilang. Tidak, kita ada kaedah-kaedah. Kalau dia tidak ada kes, kita tidak tutup. Kenapalah satu negeri di Shah Alam dia tutup, kita tidak buat begitu. We make a decision based on science, not an emotion. Yang ini kita kena faham betul-betul, it doesn’t matter if they want to use Bomoh that’s their problem, but we strictly use health science as a basis of ambil keputusan, very strictly.
Kedua, soalan yang kedua di bawah, semua orang daripada semenanjung tidak kira askarkah poliskah apa, will have to go through the same medical procedure, PCR must be negative. So tidak ada, tiada, tidak ada orang kata, walaupun dia hanya bertugas satu, dua bulan, they will still have to follow the health procedure. Dia datang sini, dia mesti sihat. Of course along the way, sekali sekala sebagai misalanlah, ini tentera laut TLDM a few months ago ada tiga kapal. In fact, entire kapal akhirnya semua positive tapi itu tindakan kita telah ambil. Yeah. So, no exemption. If you are positive, you will threaten be like the positive. The respective whether you are a general or corporal sama juga. Yang pertama tadi tu, pasal …
Yang Berhormat Menteri, saya minta bukannya minta exemption. Bolehkah Dasar Kerajaan Persekutuan hari ini, supaya panjangkan rotation of service by the armed forces by the police datang ke Sabah, datang ke tempat-tempat lain, biasa dia tiga bulan enam bulan.
Pasal pengalaman saya, saya dulu Menteri, masa pertahanan dan kita tahu they will rotate that but that is a policy now. Can we request to the Federal Government, MKN supaya panjangkan kerana kalau pendek tiga bulan dia
beroperasi oh pasir contohnya, apa dia tahu tentang keselamatan, balik lagi tempat lain tapi lepas itu kita dapati di Semporna ada positive. Pasal apa, datang daripada pangkalan itu. Ini yang saya minta kalau boleh, dilanjutkan ya, supaya panjangkan. Keduanya, saya setuju dengan Yang Berhormat, bukan dasar-dasar tapi malangnya kilang-kilang yang ada di Sabah ini kalau minta pelepasan, they have to contact MITI, they communicate with MITI. Honestly because ini yang saya terima laporan. Nanti saya bagi salinan kepada Yang Berhormat Menteri untuk rectify that, terima kasih.
Kita sudah, buat keputusan dan kita telah buat siaran bahawa dia tidak perlu mendapat surat daripada MITI. We will. Kerajaan Negeri akan decide sendiri kerana kita ada perlesenan diberi oleh pihak PBT. So kita punya position, is that if the Licensing Authority to operate this from the PBT, then the PBT have the exclusive right to decide whether you open atau tidak open. That kita telah buat siaranlah, and kepada yang masih memerlukan MITI itu, it is their business but they just wasting their timelah. To be honest with you, don’t worry, we are quite firm ni. Pasal kita mahu perniagaan itu berjalan dengan lancar. Not to go through all this whining about the procedure. Yes kita faham dan terima kasih Yang Berhormat pasal ni, we will request the ETM ya. Yang pertama tadi itu, pasal itu apa itu is basically more lebih kepada administrativelah. JKNS ini kurang kakitangan and that’s so apa tu terlalu sibuk untuk mengurus COVID-19 ini. So, bila dia kurang kakitangan administrative ambil masa yang lama untuk sort out dia punya data. So kita sudah pinjamkan kakitangan kita. In fact, kita decide. We will help you to speed up. Hopefully.Then bila back log itu dapat kita selesaikan, then we will be able to give you real time punya datalah. Insya-Allah, dan saya tengok daripada dapatan saya setiap hari dia bertambah baik but I do agree kadang-kadang orang terkejut kerana jumlah yang mati ramai. Actually it happen probably two weeks ago tetapi baru dapat dikumpul untuk disiar pada sekadar kemarinlah. Kemarin tinggi sekali 87 orang mati. It’s a lot of people. It’s very shocking. Shockingly highlah. Kalau saya boleh guna perkataan but it didn’t, it didn’t happen the last 24 hour. Itu lah dia punya ... so saya teruskan ini ya ah …
Can I? Dengan izin, first of all saya merakamkan terima kasih kepada kerana, sebab YB Menteri ada buat ucapan
apabila saya ada soalan dalam masa sepanjang dalam COVID-19 dari tahun baru sampai sekarang dan what is important now is that, there is a few of a misinformation dengan izin ah. Apabila tadi YB kata information in the past is reflected now, jadi ini tiada disebut dalam itu report juga. Where was this information? Where did happen? Beyond the receive information, baru sekarang. Let’s say, 50 people die but that was two weeks ago. See, ada rupanya orang swasta towkey take the information. Macam betul.They thought yesterday they die. Jadi dia amat ambil keputusan because the information of them. For example, you reflect 50 people die yesterday into this report tapi this is actually happen before. So, semua orang tidak mahu keluar pergi makan because of that information tapi yesterday there's no people die. No, so ada orang berjangkit COVID-19 because of misinformation. This can be reflected with mutual respect as misinformation. Which is dangerous for the community. So I just want to know, what are the steps taken by the apa yang langkah-langkah yang ambil oleh Kerajaan untuk to actually implement an up to date punya sistem supaya semua orang di Sabah boleh tahu real time information supaya we can take actions accordingly to what is the statistic at the current moment or rather history which is probably useless to many people in today’s technology. Thank you.
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Tanjong Papat. Will take note. Will take note of that ya and then I try to improvelah as we go along ya.
Terima kasih Datuk Speaker. YB Menteri boleh minta penjelasan sebab ada banyak SOP the updated SOP hingga ke sekarang. So I was just ask by dengan izin, by constituent jika mereka kembali balik, say they go to Labuan and then they come back to KK, have you change, has the Government change the requirement for quarantine, PCR. Yes, I understand mesti negative, police permission as well.
Are you thinking of changing the requirement for 14 days or maybe even taking away the requirement all together macam Sarawak, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Moyog.
We are currently revising kita punya SOPlah.
In fact, semalam kebetulan saya ada mesyuarat dengan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan kita ada beberapa way forward yang akan saya jelaskan dalam ucapan saya ini sebenarnya ya, eventually saya boleh nyatakan dari awal dan dengan izin Tuan Speaker, eventually we will get, get away with the quarantine requirement. Cuma kita lebih rela kalau dia dibuat secara berfasalah. For instant, yes when you reach 60% of fully in accumulated, this is what you get. When you reach 70%, this is what you get. Pasal Yang Berhormat, kita mengambil kira ... in fact semua kita di sini harus very concern in a variant of concern. Is no joke macam take Sarawak for instance dan itu menjadi satu pengajaran dari kita. Dia negeri di antara yang paling tinggi jumlah peratusan penduduknya antara divaksin. Tiba-tiba keluar varian Delta. Shoot up to sampai 4000 satu hari. Of course the consolation is that 99% are category one and category two. Which actually, its very mild but its still. Kalau saya boleh pendekkan pendekatan kita, we should be, we should be very cautious. Kita mengurangkan ... bila kita mengurangkan sekatan dan saya akan nyatakan, kemudian. I think kita kena balance. The interest of life in, we livelihood. Yes, kita mahu jaga orang, kita mau jaga bisnes but at the same time I think mengambil kira kemudahan hospital kita sepertimana sebenarnya by ini terlalu diperjelaskan lebih awal oleh apa dalam ucapan YB daripada Senallang bahawa ... I think we need to match kita punya expectation with the services facilities that we have in Sabah. Our hospital cannot be overwhelmed walaupun setiap daerah itu ada rumah sakit tetapi bukan semua rumah sakit tu ada kemudahan untuk pesakit-pesakit COVID-19 dan sebagainya. So, my short answer to you Yang Berhormat ialah kita sentiasa mencari jalan untuk memudahkan perjalanan kepada semua orang tapi dalam masa yang sama kita juga tidak mahu mendedahkan diri kita dan rakyat kepada ancaman yang lebih teruk sekiranya dibenarkanlah. So, kalau saya boleh saya it’s very short one. So Tuan Speaker, saya diberitahu banyak kebimbangan apabila kita menghadapi pertambahan kes-kes yang baru-baru khususnya pada bulan Ogos dan bulan September. Sampai ... kita sampai 3000 dan sebagainya. Dan apakah yang kita telah kita buat untuk menghadapi ancaman tersebut. Saya tahu ramai daripada kita bimbang. Ada yang mengeluarkan kenyataan bahawa soon there will be. Saya ingin
maklumkan kepada Tuan Speaker, kepada semua sahabat-sahabat Yang Berhormat, kita telah mengambil langkah-langkah tertentu. We know that its going to be. It’s going to happen. In fact it is quite predictable actually. So we have taken the following. Ini yang kita selalu buat.
Pertama, menukarkan fungsi atau repurpose wad-wad biasa dan juga ruang di hospital seperti balai pelawat, ruang pejabat, ruang kerja unit, rehabilitasi dan lain-lain kepada wad COVID-19. Sehingga 8 September 2021, jumlah wad tambahan dijadikan sebagai wad COVID-19 di seluruh Sabah adalah 35 dan jumlah tambahan kapasiti katil wad ialah 771.
So dengan izin Tuan Speaker, we have change ... I mean we have converted certain ward into a COVID-19 ward that was our persediaan kitalah. Sebagai misalan, dulu mungkin even kita ... dia punya tempat ruang menunggu pun we converted into ward, emergency ward. Just to make sure that if and when it happens, kita ada katil yang cukup untuk menampung keperluan. It is not the most convenient but when you have ... when you have run out of space I think you have to be very creative and that exactly what the hospital have donelah.
Kedua, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga telah bertindak untuk mewartakan 15 hospital tanpa pakar. Untuk menjadi hybrid COVID-19 hospital bagi menampung pesakit kategori tiga dan empat atau pesakit advance care dengan tambahan 193 katil. Hospital ini dapat menampung pesakit dari daerah berkenaan tanpa perlu dihantar ke hospital besar, ya. Setiap hospital mempunyai pakar yang merawat pesakit secara fizikal mahupun secara virtual atau atas panggilan. So bukan semua hospital di Sabah ini ada kemudahan, kemudahan yang baik. So apa yang kita telah buat, ia kita buat convert some of the hospital into hybrid COVID-19 hospital, iaitu dia sebenarnya bukan hospital COVID-19 tapi diubah suai menjadi separa-separa hospital COVID-19 untuk memastikan tidak ada keperluan untuk hantar ke KK, Sandakan, Tawau dan sebagainyalah.
Ketiga, pengiktirafan pengaktifan COVID-19 Assessment Centre atau CAC dan perkhidmatan Home Monitoring Call Center (HMCC). Di semua daerah di negeri Sabah bagi mengurangkan kemasukan pesakit kategori satu dan dua ke pusat kuarantin dan rawatan risiko rendah atau PKRC dan hospital. Pada pertengahan,
apabila kita menghadapi masalah ini salah satu pada masalah besar kita ialah kekurangan bed. So sini again creativity come into the picture. Kita memikirkan kategori satu sebagai misalanlah. Kategori satu ini asymptomatic. Tidak ada simptom dan sebagainya. So we give the option we go to, kita pergi tengok rumah, okay you have your own room, you have your own tandas so you have a home quarantine, tidak perlu hantar ke PKRC. In fact dari pendapat saya. Actually, they can recover better actually at home. Dengan syarat dia ada bilik sendiri, dia ada bilik, ada tandas sendiri, dia tidak … doesn’t share dengan ahli keluarga yang lain. Lebih banyak katil dapat disediakan untuk menampung dan mengoptimumkan rawatan bagi pesakit positif tiga, empat dan lima. So oleh kerana your are home quarantine atau PKRC bagi pesakit yang lebih serius kategori tiga, empat dan lima ada kemudahan kerana kemudahan itu telah convert yang sepatutnya digunakan untuk pesakit biasa, kita repurpose untuk tujuan merawat pesakit-pesakit yang menghadapi penyakit yang lebih serius, mungkin tahap tiga, empat dan lima. Sehingga 5 September, jumlah COVID-19 Assessment Center dan Home Monitoring Center di Sabah ialah 34. So this actually doctor online actually. We monitor you at home. So you have quarantine at home. Ini dia punya nombor telefon we will call you, tengok dia punya evaluate you sama ada we make a home visit ataupun telefon. Keempat, penyumber luaran atau outsourcing pesakit bukan COVID-19 ke fasiliti swasta telah pun dilaksanakan semenjak tahun 2021. Pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sebagai misalan telah di hantar ke KPJ Sabah, KPJ Sabah Specialist Center dan Gleaneagles Kota Kinabalu. So, again kita mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat. So non-COVID patients yang serius we send it to diorang kata private hospital. So, Kerajaan bayar treatment diorang di situ. So that bed yang ada di hospital biasa boleh disediakan untuk tujuan COVID-19. Bagi menjalani pembedahan Arteriovenous Fistula atau AVF bagi membolehkan pesakit menjalani hemodialisis. Selain daripada itu pesakit kanak-kanak dan masalah jantung turut dihantar ke Semenanjung Malaysia bagi corrective heart surgery di Institut Jantung Negara. More than that, misal kata those budak-budak…kanak-kanak yang ada masalah jantung immediately send to IJN di KL untuk treatmentlah. Kita tidak tunggu lagi. Proses rundingan semula fasiliti kesihatan swasta seperti JMC, KPJ Sabah Specialist Hospital, Gleaneagles Hospital masih
sedang berjalan manakala Tawau Special Medical Center telah pun menerima pesakit yang dirujuk daripada Hospital Tawau sejak 11 Ogos 2021. Kelima, penyeliaan lebih banyak ICU atau katil ICU atau kritikal dibuka dengan conversion OT atau accute bay akan dijadikan sebagai unit rawatan rapi ICU. Mewujudkan hybrid ICU di Hospital Tawau dan menambah bilangan katil separa kritikal di hospital. Hospital daerah ini yang saya telah nyatakan tadi.
Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri bagi ruang. Berhubung kait dengan Hospital Tawau ini. Saya telah mencadangkan dengan Kerajaan Pusat khususnya Yang Berhormat Menteri Kesihatan sekarang dan dahulu termasuk Menteri Pertahanan sekarang juga untuk membuka hospital medan pangkalan tentera yang ada di Tawau kerana very congested di situ sudah ada katil, di situ sudah ada kemudahan. Dan saya maklumkan sekarang ini kita tidak ada peperangan. Bala tentera ada. Dia ada nurse, dia ada doktor, dia can be deploy there dengan izin.
Saya nak tanya sama ada apa kesudahan dia, dari segi to allowed that pasal bimbang saya kadang-kadang pesakit bila saya monitor every week dari Tawau dia bawa pergi Semporna, lepas itu laporan yang diterima mati di Semporna. Itu bukan daripada Semporna tapi mati daripada Tawau. Oleh kerana katil dan kemudahan tidak cukup. Apa sudahnya dengan Hospital Medan itu? Sama ada ia berjalan lancarkah ataupun ada tindakan telah diambil oleh Kerajaan Pusat dan Negeri. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang.
Sebenarnya Hospital Medan ini banyak membantu kita dalam saat-saat kita menghadapi cabaran COVID-19 ini pada dua, tiga bulan yang lepas. Of course keadaan ... the problem is suddenly keadaan bertambah baik. So Hospital Medan itu pun tidak beroperasi seperti biasa dan kebetulan pula semasa dalam kita menghadapi apabila kes kita menurun di Sabah ini. Kes di Semenanjung naik. Jadi segala doktor, nurses, personal yang pada masa dulu itu digerakkan di Sabah telah dikembalikan kepada semenanjung.
Tapi kita telah pun, saya telah pun minta sebenarnya Pengarah Jabatan Kesihatan agar segera barangkali memastikan Hospital Medan dan angkatan tentera itu dapat digunakan kalau lah ada keperluan di Tawau. In fact ada satu tawaran sebenarnya daripada satu pihak lagi tetapi tawaran itu belum ada di form up sampai sekarang. Jadi buat sementara waktu kita akan pergunakan apa jua kemudahan yang ada di Tawaulah. Insya-Allah saya akan berhubung dengan Panglima Angkatan Tentera untuk memastikan Hospital Medan di Tawau itu dapat di revitalize balik seperti mana yang telah dia berfungsi sebelum ini lah. Insya-Allah.
Kalau sekiranya Yang Berhormat Datuk Menteri, kalau sekiranya keadaan itu spike di semenanjung meningkat dan saya juga telah cadangkan supaya kalau boleh final year student, UMS medical yang ada daripada kita bergantung dengan NGO yang ada kerana pelajar-pelajar yang ada medic UMS ini bakal atau menjadi pakar doktor. Jadi kalau boleh kita galakkan.
Cuma kita tidak mahu menakutkan mereka kerana kadang-kadang bimbang orang pelajar ini yang dia takut rekod-rekod tapi willingness kalau sekiranya ada sejumlah mana di antara pelajar-pelajar yang ada nakkan supaya mereka berkhidmat.
Di samping itu kita bagi allowance, direct rather than kita nak deploy contohnya untuk mendedahkan anak-anak muda kita yang dalam medical faculty ini kelak nanti keluar dengan sudahpun didedahkan dengan pelbagai penyakit dan ini akan membolehkan kita belanja duit daripada kita belanja untuk badan-badan lain, private hospital whatever is this. This our future generation untuk membantu kita, anak-anak kita dari Sabah ini. Terima kasih.
Terima kasih di atas cadangan. Ini saya akan ajukan kepada pihak berkenaan tetapi akhirnya I can assure you, we have done everything that humanly possible to get all the staff that is, that can be deploy in order to servelah.
Kelima atau keenam, memastikan bekalan oksigen mencukupi dengan menggandakan capacity vacuum insulated evaporator atau VIE di Hospital Queen Elizabeth. Menaik taraf kapasiti tangki VIE dan sistem mempaipan gas perubatan di
Hospital Tawau dan menaik taraf kapasiti VIE dan sistem perpaipan gas perubatan di Hospital Kudat.
Ketujuh, mobilisasi staf secara dalaman dan luaran untuk membantu memberi perawatan kepada pesakit COVID-19 di hospital.
Kelapan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri akan bermesyuarat setiap hari tanpa gagal sejak 18 Mac 2020 sehingga ke hari ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menangani dan mengambil tindakan pantas secara masa sebenar, real time ya.
Saya sendiri telah meneliti dan mengeluarkan kenyataan media setiap hari untuk memaklumkan masyarakat umum mengenai situasi semasa perihal COVID-19 di Sabah. Ini saya telah jelaskan awal-awal tadi.
Tuan Speaker, apa langkah kita ke hadapan? What is the way forward? Dan saya dengan kerjasama dan juga setelah berunding dengan Pengarah Kesihatan. Kita mencadangkan seperti berikut dan ini adalah option-option yang kita akan pilih untuk apa tu, melangkah ke hadapan.
Sayu gia diingatkan bahawa sama ada COVID-19 masih wujud atau tidak wujud pada kita, I think the world have changed, dengan izin Tuan Speaker. I think we will be living in entirely different world post COVID-19. Jadi kita cuba meneliti perkembangan itu dengan mengambil kira bagaimana negara-negara lain hidup in a post COVID-19 scenario. Dan cuba, kita cuba terapkan pengalaman mereka dalam usaha kita untuk menentukan hala tuju atau the way forward bagi negeri Sabah dan ini antaranyalah.
Saya telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Kami telah sepakat untuk melaksanakan liberisasi secara terkawal dan berperingkat untuk masa terdekat ini. Oleh kerana kita telah mencapai tahap vaksinasi 60% population, I think today there should be 61 or 62lah.
Kita akan kembali kepada sistem zon. So erti dia, kita sudah mencapai kepada tahap 60% fully vaccinated. Cadangan kita ialah sebagai permulaan, kita akan
kembali kepada sistem zon seperti mana kita perkenalkan dahululah. Sebagai misalan Zon A ialah Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Ranau, Penampang, Putatan dan even Papar ya. Jadi langkah pertama kita ialah secara perlahan ialah mereka yang berada dalam daerah dan zon ini dibenarkan bergerak. They will no … dia tidak akan ada sekatan perjalanan rentas daerah.
Ini sebenarnya pernah kita laksanakan. So dia lebih kepada merit sistem. Okey, you reach 60, we will put you in that zone system. Ini kembali kepada masalah awal tadi, ada daerah yang belum mencapai 60%. So saya fikirlah dengan izin Tuan Speaker, I think we have to have this characteristic approach. You do well, we reward you. If you are really… I am sorry you will have to stay in your kampung forever. That’s the way kerana we have to move on.
Kita tidak boleh dibelenggu dan dipenjarakan dengan masalah COVID-19 sampai bila-bila. Kalau kita bukan mati kerana COVID-19, kita akan mati kerana lapar. We have to move on dan inilah antara langkah-langkah awal kitalah. So after 60%, kita juga mencadangkan bahawa selepas mencapai sekurang-kurangnya 70% kita bercadang untuk secara pelan-pelan mengikut dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada Moyog tadi than kita akan leave itu rentas daerah.
Andaian kita, at 70% if you are fully vaccinated than you should be able to move within around Sabah. Tapi kita tidak buat sekaligus. We start with the zone system than we open up for the whole of Sabah.
Now sama ada it will involve rentas negeri ini. Sebenarnya ini termasuk dalam kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri kemarin. Dia menyatakan rentas negeri ini kita akan benarkan apabila sekurang-kurangnya 90% daripada penduduk dewasa sudah divaksin sepenuhnya. And we believe dan saya yakin kita akan mencapai ini, pada penghujung bulan Oktober.
Kedua, saya juga ingin memaklumkan Tuan Speaker dan Dewan yang mulia ini bahawa angka vaksinasi kita seperti mana yang telah dijelaskan oleh Menteri Kesejahteraan Rakyat tadi mungkin sebenarnya lebih tinggi daripada angka rasmi yang dikeluarkan setiap hari. Why Jabatan Perangkaan Malaysia telah memberi angka 2,758,400 sebagai jumlah penduduk dewasa Sabah. Namun daripada jumlah
ini terdapat penduduk Sabah yang berada di semenanjung masa ini dan telah pun divaksin. Sebagai satu petunjuk, baru-baru ini Kerajaan Negeri Sabah telah memberi bantuan bakul makanan kepada semua penduduk di Sabah yang tinggal di semenanjung. Jumlah penerima iaitu ketua isi rumah 171,963 orang. So when there was di apa itu, the food basket was given to Sabahan living in semenanjung to the head of the family, the total number recipient, just the head of the family alone is 171,963. So this a massive number of Sabahans living in Peninsular Malaysia mostly in Selangor, Wilayah, and Johor.
Oleh yang demikian, peratusan rakyat Sabah yang telah divaksin sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang diperlihatkan oleh data semasa kita. So, we believe walaupun kita 60% but an actual term in new term about Sabah actually more than 60% kerana kita tidak factor in orang Sabah yang tinggal di Semenanjung. So, statistic ini terpaksa kita ubah suai dari semasa ke semasa kerana it doesn’t reflect the true picturelah, ya. Begitu juga kadang-kadang kita orang bilang kenapa Sabah di bawah sekali? Actually bukan Sabah di bawah sekali, bergantung kepada daerah. Daerah yang tinggi macam ni Yang Berhormat, kawasan Yang Berhormat Putatan di apatu? Putatan, its over 105% ya. Why Papar rendah di bawah 60%? Kerana barangkali lah orang Papar pergi minta cucuk di Putatan dan juga di Kota Kinabalu. Dan ini factor ini kita tidak masukkan dalam factor jumlah orang Papar yang telah pun di inokulasi. So they need be, there’s a lot of fomentation lah ah we need to be adjusted accordingly .
Datuk Menteri, Datuk Speaker, minta laluan sedikit Datuk Menteri.
Ya.
Dalam data ini adakah pecahan antara double dose fully vaccinated or single dose fully vaccinated, ah single dose vaccination? So when you table it the numbers, did you include both? Thank you.
Yang kita umum ini dua. One, one dose satu itu
yang fully, fully vaccinated lah jadi peratusan 60% ini, fully vaccinated. In fact kalau kira betul lah ada daerah yang daerah Putatan, Beaufort is 100% ah.
Ya.
Even Kuala Penyu.
Ya.
So, bukan lah kita bilang kita macam oii Sabah yang paling uncit. Betul, secara keseluruhan. Tapi kalau kita lihat district by district you will be surprise. District kita yang lebih baik daripada tempat-tempat lain di semenanjung actually. Walaupun kita start lambat seperti kata Yang Berhormat Menteri tadi. We started very late because kita saja lambat dapat itu vaccine. Tapi bila kita sudah start, we are now top bagi suntikan remaja. Isn’t it?
Ya.
Ketiga, selepas semuanya yang kita lakukan selama ini dalam menangani pandemik COVID-19 ini, kita berada pada landasan yang baik. Ataupun hari ini kita berada dalam pada landasan yang baik. Semua angka dan petunjuk seperti angka jangkitan dan bilangan kematian memperlihatkan trend penurunan. We believe that the worse is over but I say there cautiously. Look at Sarawak, the worse to worse over then suddenly it spike balik. So we really cannot predict the future when come to COVID-19 ni. You see.
Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, saya tidak tahu berapa ramai doktor di sini. Saya ingat Yang Berhormat daripada Sindumin sahaja barang kali. Masalah COVID-19 ni is a very smart little virus. It keep on it keep on mutating itself. Jadi kita tidak tahu what is the future is going to be? Hari ini dia sudah jadi Delta. Hari ini dia sudah jadi Lamda. I don’t know esok dia jadi apa. Sedikit pengetahuan perubatan yang saya tahu, actually you don’t have to import itu virus tu because it will mutated
naturally dalam badan kita. See what happen bila kita dapat virus, dia masuk dalam sel kita. Apabila dia masuk dalam sel kita, dia reproduce. So that dia lebih banyak reproduce itself untuk pergi kepada sel-sel kita yang lain. Dalam dia reproduce atau mutated itulah kadang-kadang dia tidak menjadi. Menjadi kepada variant lain dan variant lain ini lebih teruk dari variant asal. So we tutup kita punya border to say “we don’t want Delta”. Actually the virus is surrounding the community, it can mutated itself into various variant. Ah ini yang kita kena faham betul-betullah. So Yang Berhormat, I hope I have made health medical sense, Yang Berhormat daripada Sindumin ya.
Terima kasih Datuk Speaker. Timbalan Ketua Menteri, Kundasang pun medical doctor juga yang dekat dengan Yang Berhormat ya. Yang Berhormat juga boleh bisik-bisik. Sebelumnya kita perlu risau dengan ini namanya ialah survival daripada virus itu. Virus ini pun dia mahu hidup lama juga, mahu hidup panjang juga supaya tidak habis generasi dia di dunia ini, mereka mengubah keadaan. Itu namanya mutation ataupun dia cuba hidup panjang. Kalau ada ubat dia akan resistant kepada ubat, kalau ada vaksin resistant. Sebab itu AIDS tidak boleh dihapuskan. Ada vaksin pun dia ubah structure dia. Betul kata Yang Berhormat tadi tu tetapi yang penting bagi kita sekarang ni kita bagi faham kepada rakyat supaya boleh menerima keadaan ini dan menerima vaksin. Saya setuju Yang Berhormat kita aktifkan vaksin ini. Biar dia kalau boleh 100% vaccinated lepas itu kita akan hidup dengan COVID-19 dan saya boleh bercakap pasal saya adalah alumni Yang Berhormat, alumni pesakit COVID-19. Saya kena saya positif pada 5 haribulan, kuarantin sepuluh hari. Saya tahu macam mana keadaan. Memang menyusahkan, fikiran bingung, saya tidak tahu apa ending dia. Tetapi oleh kerana saya sudah divaksin dua kali, kesannya negative. Saya di bawah kategori satu tapi bagaimana yang rakan-rakan kita yang tidak pernah divaksin? Sebab itu kita minta rakyat faham. Saya, kita kena kerjasama. Saya setuju tadi menteri, pengerusi tadi tahniah yang mengaturkan ini supaya rakyat faham dan menerima. Kita biasa kita hidup dia nanti macam ya lah macam biasalah. You kena siapa yang teruk masuk hospitallah dan akan datang tidak payah lagi test COVID-19 ini yang siapa kena, kenalah. Tapi kita kena mahal yang Yang Berhormat ah test ini. Kita tidak perlu test lagi. Siapa sakit masuk hospital, kalau tidak? Kategori satu buat apa kita risau? Semua akan kena. Jadi saya setuju supaya peranan kita di Sabah ini, kita yang ini kita selesai kan dahulu ya.
Yang Berhormat Datuk Menteri.
Pertama yang disebutkan tadi berhubungkait dengan kejadian di Sarawak, we cannot take it for granted. Saya setuju, amat setuju dengan Yang Berhormat Menteri.
We cannot be too complaisance, things can happen variant because it can mutated. Penyakit ini disease ini lain, dia bijak dia pandai, it can multiplier.
Then dalam pada itu saya melihat apakah menyedari hakikat ini selain daripada border control yang ada yang diambil oleh pihak Kerajaan Negeri kerana saya dapati bahawa setelah meneliti apa yang berlaku di Sarawak. Sebenarnya saya setuju vaccination is science punya application, you must take it. You like it, you don’t like it. Kerana ini akan membolehkan kita selamat. Saya menerima laporan dan juga data di Sarawak itu. Walaupun jumlahnya meningkat 3 ribu, 4 ribu but that casualty not as big compare to Sabah. Sabah ini jumlah dia sikit berbanding dengan Sarawak tapi pesakit yang mati banyak. Why is that? Is it because of kita punya vaccination is not there? Itu yang kita nakkan recovery death of vaccination for people yang dah vaccinated recovery rate is far much better then yang tak vaccinated. Berapa ke hari ini guru-guru yang tidak nak kan untuk mendapat vaksinasi?
Yang satu saya nak minta kerjasama daripada Yang Berhormat Menteri selain daripada border control, saya ingat di Sarawak itu oleh kerana ada pekerja daripada luar negara yang dia kadang-kadang untuk pelantar gas dan minyak itu yang saya terima laporan mereka terjangkit. So this is where I think we have to ensure seperti yang saya nyatakan tadi itu dari awal. Bala Tentera Polis yang ada terkadang itu kita perlu pastikan screen them walaupun ada test yang ada tapi saya yakin kalau dipanjangkan rotation dia ini akan mengatasi masalah ini.
Dan saya mengharap perkara kerjasama memang kita bagi kerjasama daripada pihak saya sendiri selaku Ahli Parlimen, ADUNnya. Kalau diperlukan oleh Yang Berhormat Menteri bagi arahan kepada kita, tak jadi masalah. Saya tak perlu sign memorandum tapi yang penting kepada saya ialah supaya peranan kita selaku Ahli Parlimen selaku ADUN di situ membantu rakyat. There were times bila ambulans, satu saja ambulan yang ada di Semporna itu. Itu pun saya bagi sepuluh tahun dulu tidak cukup, I have to sewa tujuh mpv bawa pesakit pergi hospital. So there is a need for us kerjasama. Kita kerjasama untuk rakyat selamatkan nyawa bukan bererti
bahawa kita tidak memorandum ini, kita tidak sign kita tidak mahu selamatkan nyawa manusia but please upline that tak kisah sangat bagi kita pembangkang raise assure kita akan bantu untuk bolehkan supaya kita selamatkan rakyat umat di peringkat Sabah ini. Terima Kasih.
Terima Kasih. Kita mengalu-alukanlah beri kerjasama yang kita harus ingat ialah COVID-19 ini dia tidak kira kita ahli pembangkangkah atau Kerajaankah. Kalau dia mahu makan, dia makan juga. Jadi I think this should be apa ni it’s a very crude way of saying it, but still. Seperti mana yang saya nyatakan awal tadi at the end of the day we are trying to protect Sabahan. That’s ...
Ketua Menteri, ada soalan sikit. Dengan izin soalan ini mengenai COVID-19 dan SOP. Sebab saya difahamkan even you are fully vaccinated but still you have to observed strictly the SOP, otherwise you might get a chance to counterfeit.
Jadi adakah special SOP for food delivery riders involving the online food business because it’s a very popular choice now by people. What kind of SOP? Are they practicing the same type of SOP or are they are using a different type because they directly handle the food that would be deliver to the people. Thank you.
Yang Berhormat daripada Api-Api. Sebenarnya kalau kita lihat the way forward kita, dia lebih banyak terarah kepada mendidik masyarakat mengenai keperluan untuk mematuhi semua SOP. Eventually the honest is, the people themself to observe SOP. Inilah basically what it’s happening in the next round of post COVID-19 scenario dan untuk jawapan awal actually only fully vaccinated person is allowed to become that delivery boy that the delivery person. Itu satulah. Tapi kita mengharapkan syarikat pemilik itu nanti atau orang yang it will be about dia punya jagaan kendiri atau jagaan diri sendiri kerana we will not be riding with him to make sure that he does everything what he is suppose to do. That is why Pendidikan amat penting. Education is very very important. Pasal bagi saya senang sahaja.
If you are today a Foodpanda misal kata if you fall sick, you lose your income. As simple as that. So if you don’t to want lose your income you have to
observe semua tu SOP and a reality. Ada juga kes-kes yang barang kali delivery service. So tolonglah. Kita kalau saya boleh simpulkanlah salah satu sebab kenapa baru-baru ini terdapat Sabah naik balik I think it become to completion after initial success. Saya ambillah data harian. Kita dapati bahawa walaupun penyumbang utama kes positif seharian ialah close contact tetapi the number peratusan bagi mereka yang dijangkiti secara sporadic. Sporadic ini ialah you don’t know di mana kita dapat or who infected us. Tapi itu satu indikasi bahawa virus itu dalam masyarakat kita and the reason why dia transmit lebih awal kerana kau tahulah orang Sabah ni kadang-kadang suka kumpul-kumpul. Bila kumpul-kumpul tidak apa minum-minum, buka apa tu? Buka apa tu? Buka pelitup. Yalah kalau minum tu terpaksa buka pelituplah. I mean waktu bukan minum. Sudah anuh sikit sudah enjoy sikit ui berpeluk-pelukan. Ah ini kadang-kadang dia punya masalah. So we need to simpan cinta kita dalam hati indak payah dipamerkan dalam keadaan sekarang ini.
Minta laluan. Terima kasih Datuk Menteri. Cuma satu Datuk Menteri tadi mengatakan bahawa only fully vaccinated baru boleh masuk ke premis-premis, mana-manalah kerja atau pun pergi mana-mana itu saya setuju dan saya rasa there’s a we are here in a new era itu chapter yang baru yang mana ini sijil vaksinasi dia macam kad pengenalan sudahlah. Dia macam kad pengenalan masuk mana-mana premis you kena check sama ada you are fully vaccinated. So isu-isu berhubung kait dengan sijil vaksinasi atau pun kad vaksinasi macam mana kalau mereka hilang kad vaksinasi fizikal itu atau pun isu-isu berhubung kait dengan MySejahtera.
Kalau mereka tidak boleh update dalam sistem itu MySejahtera ada masalah ataupun handphone ada masalah. Pelbagai masalah berhubung dengan kad vaksinasi atau pun sijil vaksinasi. Bagaimana Kerajaan boleh membantu mereka supaya mereka tidak hilangkan kebebasan? Kerana mereka kena kerja mereka kena masuk ke premis kalau tidak ada proved untuk vaksinasi itu maka mereka akan ada masalah. Okey. Terima kasih.
Menteri saya tambah berkaitan. Terima kasih Datuk Speaker. Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat, ada juga beberapa warga kita yang tidak mampu adakan smart phone. So obviously solution adalah itu Mykad, kad vaksinasi. Bagaimana dengan or I mean pelajar atau pun pekerja luar negara yang telah dari Sabah tetapi berkerja di luar negara dan telah divaksinasikan.
Kita tahu bahawa dalam soalan saya di Parlimen, Menteri pada waktu itu telah menegaskan bahawa MySejahtera akan update mesti apply ke kawasan untuk update your vaccination status. But personally, I have already met maybe 23 keluarga di mana anak mereka kembali selepas berjaya dalam jadi graduate luar negara. They come back to Sabah and it’s been three weeks tapi belum ada update di MySejahtera and setiap kali mereka pergi ke premis mereka terpaksa tunjuk itu dia punya laporan certificate daripada ke luar negara and the worse thing is some of these orang yang inspect mereka don’t understand the whole thing. Bagi mereka, mereka keliru. Why is it foreign punya and what have you. Maybe you can give us solution. Thank you.
Terima kasih. Sebenarnya isu ini dalam perbincangan hampir setiap kali mesyuarat MKN. Jadi sebuah jabatan telah dia telah pun diarah oleh Perdana Menteri untuk menyelesaikan masalah inilah. Eventually I think all of them will pass by their own cardlah. Kerana kita tahu di kampung tu bukan ada jangan kata begini. Mobile coverage pun tidak ada. So kita ambil kira begitulah. So in the case of Sabah, I think we have to make adjustment accordinglylah.
Keempat, seluruh negara dijangka beralih kepada fasa endemik apabila tahap vaksinasi mencapai 90% population populasi dewasa ini. Ini dijangka akan dicapai menjelang akhir bulan Oktober 2021. Pada masa itu, kebanyakan sektor ekonomi termasuk pelancongan mungkin akan dibuka dan rentas negeri juga mungkin akan dibenarkan. Ini sudah saya jelaskan tadi. Disebabkan itulah kita perlu melipat-gandakan usaha vaksinasi kita agar segera mencapai tahap sasaran ini. Antara usaha kita ke arah ini selain daripada membuka pusat-pusat pemberian vaksin ialah pergi sendiri kepada masyarakat untuk memberi vaksin dengan pendekatan outreach ini yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesejahteraan Rakyat tadi. Kita berharap kita akan masuk ke fasa seterusnya bersama seluruh negara Malaysia menjelang 30 Oktober 2021 dan sepertimana yang telah dinyatakan tadilah peraturan-peraturan tertentu akan diperkenalkan secara berfasa untuk memastikan bahawa bukan sahaja pengunjung selamat tapi orang yang dikunjungi juga selamat.
Tuan Speaker, akhirnya saya pergi kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan. Bagi menjawab pertanyaan ADUN daripada Api-Api, pembukaan sesuatu sektor ekonomi memerlukan penelitian yang terperinci dari segi kadar berlakunya keboleh jangkitan. Pembukaan spa dan wellness center sedang ditimbang di Peringkat Persekutuan dan juga negeri. Keputusan mengenainya akan diumumkan dalam beberapa hari ini ya. In fact, we discuss it at the MKN meeting yesterday actually pasal ini wellness center ni dan sukacita saya menyatakan belum saya pernah dengar ada kluster di wellness centerlah. Ini to be fair to the wellness center ya. Pada masa ini saya hanya dapat memberi indikasi atau hint bahawa perbincangan dan responnya mengenai perkara ini amat positif. Mengenai cadangan ADUN Api-Api untuk menambah bilangan PKRC awam di negeri Sabah, sebagai makluman setakat 22 September terdapat 35 PKRC awam di negeri Sabah dengan jumlah katil sebanyak 4,604. Kadar pengunaan semasa masih adalah hanya 53.13%. We have enough PKRC. Cuma we cannot choose and picklah. Kalau misal kata KK penuh and we have to go Kota Belud dan sebagainya. Di Sabah faham keadaan kritikal di negeri Sabah sebelum itu sebelum ini beberapa tindakan telah diambil bagi memastikan sumber media ada, ada dapat dioptimumkan. Sumber sedia ada di dapat dioptimakan seperti membenarkan pesakit kategori satu dan dua menjalani tempoh pengasingan di rumah, di bawah Home Surveillance Order dengan pengawasan Home Monitoring Call Center dan MySejahtera mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Meskipun pesakit berada dalam tempoh pengasingan di rumah mereka juga perlu hadir ke Covid Assessment Center (CAC) untuk penilaian oleh KKM di mana pesakit akan dinilai semula untuk kesesuaian Home Surveillance Order, hanya pesakit yang menepati kriteria yang ditetapkan sahaja yang layak untuk menjalani Home Surveillance Order. Untuk pesakit yang tidak menepati kriteria seperti warga emas, bayi, ibu mengandung yang berisiko, pesakit yang mempunyai masalah komobit, keadaan rumah yang tidak sesuai dan lain-lain, pesakit ini akan dimasukkan ke dalam PKRC yang terdapat di daerah berkenaan. Berdasarkan kepada penjelasan-penjelasan ini Kementerian Kesihatan Malaysia selamanya telah menetapkan kriteria-kriteria yang ketat bagi memastikan kebolehjangkitan di kalangan ahli keluarga dapat dielakkan bagi mereka yang menjalani Home Surveillance Order.
KKM juga akan sentiasa memantau keperluan untuk menambah bilangan PKRC awam dari semasa ke semasa. Berhubung dengan saranan, ADUN N.11 Kadamaian berkenaan cadangan Kerajaan membuat pindaan terhadap Ordinan Kesihatan Awam 1960, Kementerian saya akan memberi penjelasan bahawa setakat ini tidak ada pindaan dibuat ke atas Ordinan Kesihatan Awam tahun 60 yang menyerahkan kuasa negeri sepenuhnya kepada Persekutuan, dan Ketua Pengarah Kesihatan Persekutuan sepertimana yang dinyatakan semasa sesi perbahasan oleh Yang Amat Berhormat kelmarin. So there was no handing over of any power, cuma di dalam kita menghadapi di bawah COVID-19 ini, COVID-19 is come under directly under MKN. So MKN punya provision ini over right all under consideration, all under laws that DJ is the Authority di bawah pengurusan COVID-19lah. Is it. Datuk Ewon Benedick (Kadamaian): Minta laluan Tuan Speaker. Saya nyatakan sedemikian sebab saya menerima surat daripada Speaker sebab penolakan usul yang telah saya kemukakan sebelum itu dan disebut sedemikian pindaan. Jadi saya sangat.. sebut dan bangkitkan dalam perbahasan saya, kalau tidak ada maka kita boleh kembalikan semula.
Pinda jika perlu dengan itu supaya kita dapat mulakan proses decentralization of Federal Power kepada Kerajaan Negeri. Itu yang sebabnya saya cadangkan usul enakmen baharu. Kalau tidak pun enakmen baharu memenuhi kehendak semasa.
Situasi kita pada hari ini sesuai dengan aspirasi..
aspirasi rakyat kita, aspirasi semua kita dalam Dewan ini yang mahukan kuasa negeri dapat dikembalikan terhadap beberapa perkara termasuklah perkara berkaitan kesihatan ini. Terima kasih
Walau bagaimanapun, Kementerian saya mengambil maklum dan akan menelliti keperluan meminda ordinan ini. Kementerian saya turut mengambil maklum berkenaan saranan ADUN N.18 Inanam berkenaan dengan keadaan keperluan untuk memastikan jalan raya dan lampu-lampu jalan raya di kawasan bandar dan pekan perlu dalam keadaan yang baik. Kementerian saya akan meneliti keperluan dan kesesuaian untuk menyenaraikan cadangan perlaksanaan projek-projek baharu melalui peruntukan kewangan negeri mahu pun … eh
Minta laluan.
Persekutuan ... ya ...
Ya. YB Datuk Speaker, saya tidak mendengar penjelasan ataupun keadaan bagi kanak-kanak atau bayi yang tidak positif tapi ibu bapa mereka positif terutama mereka kalau kategori tiga dan lima dan perlu masuk ke hospital. Apakah penjagaan yang boleh atau bantuan untuk kanak-kanak atau bayi seperti itu supaya mereka terjaga semasa ibubapa mereka itu menjalani kuarantinlah. Saya tidak dengar apa-apa berkaitan itu. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat daripada Kapayan. Sememangnya dalam keadaan kita berhadapan dengan masalah yang begitu genting atau begitu rumit sekali, mengurus pesakit-pesakit COVID-19 ini sudah pasti sedikit sebanyak saya akui sendirilah Kerajaan tidak mampu untuk menjaga semua tetapi apabila kanak-kanak itu sendirinya yang sakit, kebiasaannya ibu akan dibenarkan untuk sama-sama dengan kanak-kanak tersebut. With in the permissible punya limitlah ya kerana orang kata you cannot bit the mother went come to caring a baby there no other people can care better than the mother itself, it’s about emotional attachment with the baby there. Jadi ini kita ambil kiralah dalam anu tetapi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berusaha sebeberapa yang boleh untuk memastikan bayi itu dijaga dengan baik and normallylah dan ini saya tidak boleh sahkan di sini kerana kebetulan saya tidak ada maklumat ini tapi normally we allow the mother to stay along with the baby with permissible limitlah.
Ya Datuk Speaker and Menteri, maksud saya kalau ibubapa yang positif tapi jadi kanak-kanak itu not positive, so what they will do. Thank you.
Normally, biasanya they will be asklah jaga dia with the brother or the uncle or what ever it islah. Kerana no choice ya no choice memang saya tahu. It’s be a heart ache separation within parent and the young kid but it’s well we want save the parent. That’s it. They know.
Yang Berhormat Datuk Speaker, kalau boleh saya bertanya tadi awal berhubung kait dengan penjagaan anak-anak iaitu guru-guru yang ada di peringkat Sabah ini. Berapakah jumlah di antara mereka yang telah menolak supaya tidak divaksin? Kerana saya terima laporan juga cukup besar. Berapa guru yang ada sehingga dibawa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) to deal with it to ensure that the definitely action to be taken. Cuma saya bimbang kalau kita tidak ada gerakan atau pun jumlah yang kita tidak ketahui di mana district yang ada, bila sekolah ni dibuka, bukan hanya ibubapa yang akan ah boleh mungkin penjagaan anak-anak, guru-guru juga akan menjadi satu kluster yang kalau tak dibendung harus digalakkanlah untuk memastikan supaya mereka ini divaksinasi juga, terima kasih.
Terima kasih, ini juga satu isu yang telah dibincang secara panjang lebar dalam mesyuarat MKN. Saya fikir JPA dan juga Kementerian Pendidikan sedang menyediakan garis paduanlah tapi yang pasti saya punya pendapatlah get yourself vaccinated. Saya tahu pelbagai alasan kenapa tidak, ada satu hari, saya menerima whatsapp daripada seorang peguam. Bila saya umumkan bahawa semua orang yang masuk ke premis restoran dan pasar raya nanti mesti ada double vaccine. So dia whatsapp sama saya dia bilang this is against human right. So saya jawab balik it also the human right of the workers in those some people get themself protected it work go away you see. So saranan saya ialah get yourself vaccinated a good news Yang Berhormat daripada Senallang 98% percent ...
Sorry Datuk Menteri.
Tunggu sekejap, 98% daripada semua kakitangan Kerajaan Negeri telah pun divaksin, yang 2% tu kerana ada masalah kesihatan dan vaksinasi mereka ditangguh but eventually they will be reach hundred. Ini saya boleh jamin bagi kakitangan Kerajaan Negeri. Kedua Yang Berhormat, Menteri Kesihatan ... Yang Berhormat Menteri Tugas-tugas Khas yang juga menjaga Hal Ehwal Agama telah pun menyatakan bahawa Ahli Jawatankuasa Masjid mesti semua fully vaccinated dan hanya boleh mengimamkan solat kalau fully vaccinated.
So, inilah langkah-langkah kita yang ingin memberi kesedaran kepada rakyat keperluan kita untuk memberi vaksinasi. Saya tahu ini bukan mudah tapi saya harap dan kita dapat yakinkan kepada rakyat for the save own children please get yourself vaccinated. So bagi menjawab Senallang tadi tu, eventually kalau dia tidak mahu juga barangkali setiap hari dia kena sebelum pergi mengajar terpaksa bawa self test kitlah. Tapi we hope lah eventually kita akan convince semua guru ini untuk di vaksin. Terima kasih.
Terima kasih, YB Datuk Menteri. Mengenai penguatkuasaan lengkap vaksinasi yang sudah bermula di Tawau pada kemarin semalam 22 September. Jadi di sini saya faham we started very late tapi sekarang sudah banyak PPV yang dilancarkan di semua seluruh Tawau dan alhamdulillahlah it escalating very very good. Cuma kita sebenarnya untuk mereka yang mengambil dos AstraZeneca, ya sebab dia memerlukan lagi satu bulan untuk dos kedua. Jadi masalahnya sekarang bila penguatkuasaan ini sudah dibuat kebanyakan mereka yang belum lagi mengambil dos kedua dan mereka ini adalah ibu bapa yang harus pergi ke supermarket dan membeli barang-barang dapur. Jadi ini, saya minta perhatian YB Datuk Menteri bagaimana untuk mengatasi masalah ini pasal benda ini sudah dikuatkuasa pun. Itu saja.
Terima kasih. In fact saya ada … saya sudah pun umum sebenarnya. Mereka ... saya tahu mereka mengambil AstraZeneca ini kena tunggu tiga bulan kalau tidak silap dua bulankah tiga bulan. Sebelum untuk mendapat dos kedua saya telah pun mengatakan bahawa mereka akan diberi pengecualian sementara dengan syarat majikan mereka atau mereka memohon kepada PPT yang berkenaanlah. Kalau di Tawau memohon kepada Presiden Majlis Perbendaharaan Tawau untuk meminta pengecualian buat sementara waktu sehingga dia mendapat dos kedua yakni dia sudah dapat dos satulah kan? Untuk membolehkan dia untuk terus boleh masuk di dalam pasaraya dan sebagainyalah. No problem, kalau dia ada suruh dia. Boleh pohon.
Ya terima kasih, ya sedikit saja. Berkenaan isu AZ vaccine ini, walaupun Yang Berhormat Menteri sudah mengatakan bahawa boleh rujuk dan membuat permohonan untuk mengecualikan tapi daripada PPT tapi
masalahnya ialah tiada satu SOP ataupun tiada satu cara yang yang mudah untuk membantu majikan-majikan. Mereka tulis surat kepada PPT contohnya DBKK tapi kadang-kadang kena tunggu lama tiada satu urusan yang baik dan memudahkan rakyat. Saya minta Yang Berhormat Menteri mengkaji dan memudahkan cara untuk buat permohonan pengecualian ini. Terima kasih.
Susah-susah boleh kontek saya bila-bila masa. We go then before we do thatlah.
Datuk Menteri, boleh mencelah?
Saya ingin memberitahu sedikit kekeliruan berkaitan dengan PKPD baru-baru di kawasan saya. Saya sudah berhubung dengan beberapa jabatan tentang perkara ini tetapi tidak mendapat layananlah, so saya mohon Datuk Menteri menyiasat perkara ini. Baru-baru ini berlaku PKPD di Kampung Keliangau Menggatal. Keliangau, saya ulangi Kampung Keliangau Menggatal. Padahal kampung yang diserang teruk dengan virus ini adalah Kampung Tenggiling yang bersebelahan dengan Kampung Keliangau Menggatal. Saya telah merayu kepada pegawai-pegawai yang berkaitan supaya Kampung Tenggiling ini dijadikan kawasan PKPD tetapi tidak mendapat layanan. Apa yang berlaku adalah Kampung Tenggiling ini terdapat empat nyawa yang mati disebabkan virus padahal di Kampung Keliangau ini saya dimaklumkan tiada nyawa yang mati. Jadi, saya harap Datuk Menteri dapat menyiasat perkara begini kerana sangat mengecewakan dan saya telah merayu kepada yang pegawai-pegawai yang berkaitan tetapi tidak mendapat layanan. Terima kasih.
Kita akan siasatlah ini, sebenarnya pernah terjadi tapi dia lebih kepada masalah I think namalah dan kalau Yang Berhormat boleh terus WhatsApp saya I will be more than happy to interferelah, bukan interferelah untuk memperbaiki menyiasat dan sebagainya, tiada masalah. I am always at your service, okey.
Sepuluh, Kementerian saya akan mengambil perhatian berhubung isu setinggan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tuan Aliakbar bin Gulasan, ADUN
Dilantik.
Sememangnya isu setinggan merupakan isu yang sensitif kerana melibatkan hak asasi manusia dan memerlukan tindakan yang bersepadu dan bijaksana. Kementerian saya akan meneliti dan menghalusi perkara ini untuk dibincangkan di peringkat Kabinet Negeri yang akan datang.
Menyentuh berkenaan isu Pelan Pembangunan atau Master Plan yang kerap berubah-ubah sepertimana yang dibangkitkan oleh ADUN daripada Sindumin, Kementerian saya akan melalui Kementerian saya melalui Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah telah menyediakan struktur sistem perancangan di Sabah iaitu Pelan Struktur Negeri Sabah, Pelan Daerah dan Pelan Tempatan yang berperanan untuk perancangan pembangunan guna tanah secara holistik dari peringkat negeri hinggalah ke peringkat daerah.
Pelan Daerah dan Pelan Tempatan yang didraf skim perancangan merupakan pelan induk perancangan guna tanah yang diperuntukkan dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa, Sabah Cap 141 yang mengandungi zon-zon guna tanah bagi kawasan-kawasan yang dikehendaki di setiap daerah di Sabah.
Draf Skim Perancangan ini perlu melalui proses bantahan pendengaran awam, selaras dengan keperluan Seksyen 7 Ordinan Perancang Bandar dan Wilayah di sah Cap 141 tadi, dan akan melalui proses penambahbaikan dan pemurnian, berdasarkan kepada hasil daripada bantahan dan pandangan awam yang telah diadakan. Zon guna tanah dalam draf skim perancangan akan dimuktamadkan selepas tamatnya proses bantahan dan pendengaran awam, di mana sebarang permohonan pindaan atau reasoning akan dibekukan untuk memastikan perancangan zon guna tanah teratur dan tidak berubah-ubah dalam jangkamasa 60 bulan atau lima tahun. Walau bagaimanapun, pengecualian akan diberi kepada projek-projek infrastruktur dan kemudahan sosial yang diperlukan untuk dilaksanakan oleh Kerajaan.
Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyokong usaha Yang Berhormat Menteri untuk membuat Master Plan untuk daerah. Sebenarnya semua daerah di Sabah bandar-bandar di Sabah ini sangat cantik. Sama ada dia terletak di tepi pantai atau di Kuala Sungai ataupun di pedalaman yang cantik tetapi masalah kita ialah susun atur ataupun pelan pembangunan tidak ada dan kita tidak konsisten. Kota Kinabalu kalau
boleh Yang Berhormat kita jadikan Kota Kinabalu bandar yang paling cantik di Malaysia. Kemudian kita ada lagi bandar paling cantik bandar kecil yang paling cantik seperti di Eropah. Saya cadangkan Kundasang, kita convert sebagai bandar yang paling cantik di pedalaman tanah tinggi supaya bila orang datang Sabah orang akan datang ke Kundasang. Kundasang itu semacam Perancis ataupun semacam Switzerland of Malaysia. Kemudian kita pilih satu bandar di pantai timur satu pekan di pantai barat, pantai yang cantik seperti di Australia ataupun di Mediterranean. Jadi bila orang datang ke Sabah orang mesti datang ke Kundasang, orang mesti datang ke Kuala Penyu misalnya bandar yang paling cantik ataupun di sebelah pantai timur. Jadi sudah sampai masanya kita berganding bahu supaya diberi ruang pada konsultan ataupun jangan bagi kepada Pejabat Daerahlah Menteri Yang Berhormat Menteri mesti ada konsultan, Pejabat Daerah ini jumud sikit cara berfikir atau Majlis Daerah. Kita minta satu konsultan yang profesional untuk mencerah, memang kita perlu kos tapi kita akan gunakan jangka panjang. Terima kasih.
Kita ambil maklum saranan Yang Berhormat.
Rumusan, penutup.
Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ada di Dewan ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ucapan Dasar Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri dan juga telah mengajukan soalan dan cadangan dan pandangan berkaitan Kementerian saya sepanjang sesi perbahasan ini. Malah saya sebenarnya amat teruja dan juga ingin mengabarkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat tidak kira di sana atau di sini mengenai usaha kita untuk membanteras apa ini masalah COVID-19 ini. Saya amat mengalu-alukan pandangan tegur dan teguran membina dan idea-idea yang Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk menambahbaik fungsi dan peranan Kementerian saya dan sepertimana yang saya sering nyatakan setiap kali I am at your service tidak perlulah kita apa itu bertulit-tulis surat. You can just WhatsApp me if I have any time saya akan jawab. Mana yang saya boleh jawab, saya akan jawab. Seperti mana yang saya jawab setiap kali kalau ada query, Yang Berhormat antara
yang paling aktif whatsapp saya ialah Luyang, Tanjung Papat. Saya tidak boleh saya tiada masalah. We are in together, Sabah belong to all of us. I think we need to work together, for the for the sake of Sabah.
Datuk Menteri. Datuk Speaker, saya sebab saya saya dengar macam YB Menteri mahu menggulung sudah ni. I raised one issue berkaitan dengan perkahwinan bawah umur itu, di bawah Kementerian. Menteri di mana perlu pindaanlah, perlu dibawa ke DUN ataupun di Kabinet berkaitan dengan perkahwinan bawah umur ini dan saya harap ini boleh diambil perhatian sebab dia perlu. Sudah dua tahun we have been pursuing some legal amendment. So I hope the jabatan dalam negeri anak negeri ini boleh melihat kepada perkara ini. Terima kasih.
Point taken. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, bersama-samalah kita berdoa agar kes jangkitan COVID-19 di negeri ini terus turun, terus menurun. Dan peratusan kadar pemberian vaksin di Sabah dapat diteruskan dan dipertingkatkan. Bagi membolehkan kita beralih ke pelan pemulihan negara fasa tiga yang akan mendorong usaha-usaha pemulihan ekonomi melalui pembukaan lebih banyak sektor-sektor penting dan seterusnya memberi lebih banyak peluang-peluang pekerjaan yang amat diperlukan oleh rakyat ketika ini. Tuan Speaker, dengan itu dan dengan semangat menjayakan aspirasi hala tuju Sabah Maju Jaya Tuan Speaker dan seruan kita sama-sama memajukan Sabah, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Yang Berhormat, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pembangunan Perindustrian, dipersilakan.
Terima kasih Datuk Speaker. Selamat tengahari, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Terlebih dahulu, izinkan saya untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menggulung pembahasan usul ke atas Ucapan Dasar Kerajaan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri
Sabah tahun 2021 yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 21 September 2021 ini.
Dan seterusnya, pada perkara-perkara yang menyentuh tanggungjawab di bawah Kementerian saya. Saya mengambil peluang untuk merakamkan berbanyak terima kasih pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini terutama yang menyentuh perkara-perkara yang melibatkan Kementerian saya juga.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, nilai keluaran dalam negeri kasar atau KDNK negeri Sabah pada tahun 2020 telah menyusut 9.5% kepada RM75.6 bilion berbanding RM85.6 bilion pada tahun 2019. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang terbesar kepada KDNK Sabah pada tahun 2020 iaitu sebanyak 47.1%. Ini disusuli oleh sektor perlombongan dan pengkuarian sebanyak 25.4% dan pertanian 16.5% manakala sektor pembuatan dan pembinaan masing-masing menyumbang sebanyak 7.8% dan 2.8%. Semua negeri di Malaysia termasuk negeri Sabah telah mencatatkan pertumbuhan negatif pada tahun 2020. Pertumbuhan KDNK Sabah pada tahun 2020 telah menguncup sebanyak 9.5% berbanding 0.7% pada tahun sebelumnya. Ini adalah didorong oleh pertumbuhan negatif semua sektor ekonomi utama negeri ini yang tidak terkecuali daripada menerima impak negatif pandemik COVID-19.
Pertumbuhan sektor pembuatan pada tahun lepas telah menyusut sebanyak 6.5% daripada RM6.5 bilion pada tahun 2019 kepada RM6.05 bilion pada tahun 2020. Pengurangan dalam pembuatan minyak sawit mentah dan minyak sawit bertapis bagi kumpulan subsektor minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan menyumbang kepada penguncupan pertumbuhan sektor ini.
Datuk Speaker, menyentuh mengenai data pelaburan dalam sektor perkilangan setakat Jun tahun ini, Kementerian saya telah berjaya membawa masuk pelaburan sebanyak RM4.36 bilion dari tujuh syarikat yang telah diluluskan oleh pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia atau MIDA. Dengan jumlah pelaburan ini, Sabah berada di tangga ke tiga selepas Kedah dan Selangor. Daripada jumlah ini, pelaburan asing adalah RM4.3 bilion dan RM62.2 juta daripada pelaburan domestik. Projek-projek ini akan mewujudkan 518 peluang pekerjaan kelak. Data ini menunjukkan pelabur asing sentiasa berminat untuk melabur di Sabah. Daripada
tujuh syarikat ini, satu syarikat adalah milik sepenuhnya pelabur asing dari Korea Selatan dan satu syarikat lagi yang mempunyai perkongsian dengan pelabur dari Singapura.
Datuk Speaker, jika kita membuat perbandingan mengenai pelaburan asing pada tahun 2020 daripada 15 syarikat perkilangan yang diluluskan oleh MIDA hanya satu syarikat pelabur asing dengan nilai modal pelaburan sejumlah RM11.48 juta sahaja. Bagi setengah tahun pertama 2021, nilai pelaburan asing adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan tahun 2020. Jumlah pelaburan asing ini belum lagi termasuk beberapa pelaburan asing yang berpotensi untuk melabur pada tahun ini seperti pelabur daripada China dan Korea Selatan yang dianggarkan berjumlah RM3.62 bilion. Pihak Kementerian saya sentiasa berusaha dengan agresif dalam menarik pelaburan dalam sektor perindustrian bukan sahaja pelaburan asing tapi juga pelaburan domestik.
Walaupun dalam keadaan yang amat sukar masa kini, pelabur daripada Korea Selatan, iaitu SK Nexilis dengan nilai pelaburan sebanyak RM4.2 billion yang akan mengeluarkan product copper foil untuk kegunaan bateri kereta berkuasa elektrik telah pun memula pembinaan kilang mereka pada awal bulan September 2021. Kilang ini yang dibina di atas tanah seluas 100 ekar dijangka akan memulakan operasi pada bulan September 2023. Dianggarkan sebanyak 3,000 peluang pekerjaan dari pelbagai kategori semasa fasa pembinaan dan lebih 400 peluang pekerjaan apabila kilang ini beroperasi kelak.
Datuk Speaker, bagi menyediakan iklim pelaburan yang kondusif kepada pelaburan, Kementerian saya telah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti yang berikut. Yang pertama, bekerjasama rapat dengan MITI dan MIDA dengan sentiasa membekalkan maklumat terkini mengenai peluang-peluang pelaburan di Sabah. Yang kedua, memberikan diskaun ke atas cukai kadaran dan bayaran pajakan tanah serta mengenakan kadar tarif yang kompetitif bagi penggunaan tenaga elektrik, gas dan air.
Yang ketiga, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan agensi khas bagi mengemudi pelaburan negeri, iaitu Invest Sabah Berhad. Agensi ini akan berfungsi sebagai “One Stop Investment Agency” sepertimana agensi pelaburan di negeri lain seperti Invest Penang, Invest Selangor dan Invest Johor.
Yang keempat, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pejabat Perdagangan dan Perlancongan di Singapura. Apabila beroperasi kelak, pejabat ini dijangka menjadi one stop centre yang akan merancakkan lagi aktiviti promosi pelancongan dan peluang-peluang pelaburan di negeri Sabah kepada pelabur-pelabur asing di Singapura.
Dan yang kelima, memudah cara permohonan permit dan pas kerja kepada para pelabur yang bertugas di Sabah.
Tuan speaker, melalui inisiatif-inisiatif ini, diharapkan peluang-peluang pekerjaan yang lebih banyak dapat diwujudkan di pelbagai peringkat dengan adanya pelabur-pelabur berskala besar dan sederhana di negeri Sabah sama ada dari dalam atau luar negara. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga mengambil inisiatif untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan asas di taman-taman perindustrian di bawah Kementerian saya seperti KKIP, POIC Lahad Datu dan SOGIP di Sipitang dengan mendapat peruntukan sebanyak RM168.84 juta dalam RMK-12 agar mencapai tahap yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Dari segi pembangunan keusahawanan Datuk speaker, Kementerian saya sedang mengambil inisiatif untuk mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah yang bertujuan untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana atau IKS yang terjejas disebabkan penularan pandemik COVID-19 ini. Pada masa ini, dianggarkan 4000 lebih produk usahawan IKS Sabah telah berada dipasaran tempatan dan 2,340 produk telahpun berdaftar dalam platform rasmi e-dagang Kementerian Pembangunan Perindustrian iaitu aplikasi GoBiz. Kementerian saya telah berkerjasama dengan beberapa jabatan dan agensi untuk mewujudkan logo, slogan, lagu dan klip video Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah yang mana kempen ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan November tahun ini.
Objektif utama kempen ini adalah yang pertama, memperkenalkan produk buatan usahawan IKS Sabah kepada rakyat Sabah atau masyarakat negeri Sabah dan menggalakkan pengguna untuk menyokong serta membeli barangan buatan Sabah. Yang kedua, membantu mengembangkan pasaran produk usahawan IKS ke peringkat luar negeri dan seterusnya membantu meningkatkan hasil eksport negeri Sabah.
Yang ketiga, membantu meningkatkan semula hasil jualan usahawan IKS Sabah yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 dan meningkatkan peluang perkerja pekerjaan dalam sektor pembuatan.
Selain daripada produk-produk berasaskan makanan, kraftangan, kosmetik dan penjagaan diri, kempen ini juga akan mempromosikan produk-produk sektor perkayuan seperti veneer plywood, perabot taman, prefabricated building materials dan banyak lagi. Datuk speaker, Kementerian saya telah melaksanakan kerjasama dengan pasaraya Bataras dan juga Petronas Dagangan Berhad melalui program pemasaran produk IKS Sabah ke pasaraya tempatan. Melalui kolaborasi ini ia telah memberi impak positif kepada usahawan IKS Sabah khususnya yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19. Program pemasaran produk IKS Sabah ke pasaraya Bataras merupakan satu inisiatif Kementerian untuk membantu usahawan memasarkan produk ke pasaraya tempatan secara fast-track. Melalui program ini, Kementerian saya telah berjaya membantu memasarkan sebanyak 268 jenis produk oleh 163 usahawan IKS Sabah ke pasaraya Bataras. Sehingga Jun 2021, hasil jualan telah mencapai sebanyak RM2.5 juta.
Ini secara langsung telah meningkatkan pendapatan usahawan dan berjaya memasarkan produk IKS ke seluruh Negeri. Selain itu, Kementerian saya turut melaksanakan kolaborasi dengan Petronas Dagangan Berhad untuk program pemasaran produk IKS Sabah di Kedai Mesra Petronas seluruh Sabah termasuk …
Tuan speaker ?
Wilayah Persekutuan Labuan.
Kolaborasi ini turut memberikan kesan ...
Tuan speaker, boleh ?
Positif terhadap usahawan IKS Sabah khususnya dalam meningkatkan pendapatan mereka yang terkesan.
Yang Berhormat Menteri, ada pencelah, boleh kasih ? Dia tidak membenarkan, jadi sila duduk.
Kejap, kejap, Datuk Menteri ?
Saya sekejap lagi. Semenjak program ini dilaksanakan pada bulan Mei 2021, sebanyak 152 syarikat telah dipilih dan sebanyak 172 jenis produk telah berjaya dipasarkan menerusi program ini. Jumlah jumlah jualan produk IKS di Kedai Mesra sehingga pada hari ini adalah sebanyak RM47,710.00 dan dijangka penjualan produk IKS akan meningkat selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri berkenan pembangunan IKS ini. Tadi, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan telah membantu untuk apaini 4000 lokal produk terutama bagi kita di negeri Sabah. Saya cuma ingin mendapat penjelasan pada Yang Berhormat Menteri selain daripada usaha-usaha pihak Kementerian Yang Berhormat Menteri tadi, adakah juga pihak Kementerian Yang Berhormat Menteri juga mengadakan RMD kepada produk-produk tempatan yang mempunyai nilai tambah yang bukan yang bukan sahaja boleh dipasarkan di dalam negeri kita tetapi boleh menjadi produk yang lebih baik di peringkat lebih diluar daripada negeri kita? Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih, soalan ataupun pertanyaan itu. Sebenarnya Kementerian saya melalui Jabatan saya Pembangunan Perindustrian Penyelidikan sentiasa membuat kolaborasi pelbagai pihak sama ada institusi seperti UMS, UTM dan juga kolaborasi dengan industri-industri usahawan persatuan-persatuan seperti PUMM dan ini adalah untuk mengkaji khususnya bagaimanakah cara kita untuk membaiki produk-produk yang terdapat di Sabah supaya kita boleh mempromosi atau menjual dia sampailah ke tahap peringkat antarabangsa. Mungkin ada dalam pengulungan ini juga.
Datuk Speaker, Kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan telah menubuhkan Pusat Produk IKS di beberapa daerah sebagai salah satu inisiatif membantu membangun sektor IKS di Sabah. Ini bertujuan untuk menyediakan ruang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka.
Pusat Produk IKS yang pertama di daerah adalah di Beaufort yang beroperasi di Bandar Mingo. Pusat ini telah dilancarkan pada 26 Mac 2021 dan dikendalikan oleh Koperasi Wanita Kawasan Lumadan. Pembukaan pusat ini telah membuka peluang kepada hampir 100 usahawan di sekitar Beaufort. Purata hasil pendapatan bulanan pusat ini adalah RM40 ribu.
Datuk Speaker, memandangkan sambutan yang baik dari para usahawan, Kementerian saya telah mempersetujui penubuhan Pusat Produk IKS daerah yang kedua di Ranau. Pusat yang terletak di Kiaburi Plaza, Ranau telah memulakan operasi pada 1 September 2021 ini. Baru-baru juga. Seramai 75 usahawan tempatan dari daerah Ranau dan kawasan yang berhampiran telah menghantar produk ke pusat ini. Sehingga 22 September 2021, hasil jualan telah mencecah sejumlah RM16,770.00. Pusat ini dijangka akan dirasmikan pada penghujung bulan Oktober. Berdasarkan maklumbalas yang diterima dan sambutan baik daripada para usahawan ke atas inisiatif ini maka pusat seumpama ini akan dibuka di Papar dan daerah-daerah yang lain.
Datuk Speaker, Program Bantuan IKS atau BAIKS telah dimulakan pada tahun 2017 dan sehingga kini. Sebanyak RM28 juta telah diperuntukkan untuk program ini yang
melibatkan 3,269 usahawan. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kapasiti dan produktiviti usahawan IKS di Sabah melalui pemberian bantuan mesin dan peralatan, peningkatan kualiti pembungkusan, pendigitalan perniagaan dan francais. Inilah sebenarnya antara lain yang dikendalikan oleh di Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan.
Dari segi pencapaian, program ini telah berjaya meningkatkan keupayaan pengeluaran usahawan IKS, menghasilkan produk berkualiti dan seterusnya menaikkan pendapatan para usahawan.
Bagi menjawab soalan tambahan dari Yang Berhormat Lumadan, jumlah usahawan IKS di Sabah yang berdaftar dengan Kementerian saya adalah sebanyak 5,200 usahawan setakat ini.
Bagi menjawab soalan tambahan dari Yang Berhormat DUN Senallang, berikut adalah program-program yang dilaksanakan bagi mengembangkan pasaran produk-produk IKS Sabah ke luar negeri atau secara digital.
Yang pertama, memasarkan produk IKS melalui platform rasmi e-Dagang Kementerian Pembangunan Perindustrian, iaitu Aplikasi GoBiz; Yang kedua, bekerjasama dengan Persatuan Usahawan Digital IKS atau Perdiks untuk memasarkan produk Sabah ke pasaran global melalui e-Pasar Sabah; Ketiga, Sedcovest di bawah anak Syarikat SEDCO juga ada bekerjasama dengan TAMUKU untuk memasarkan produk IKS di Shopee, iaitu satu pasaran di internet; Yang keempat, memasarkan produk-produk IKS Sabah ke pasar raya besar di Semenanjung Malaysia, iaitu di GM Wholesale di Klang City; dan Yang kelima, Kementerian saya juga akan menyertai ekspo di luar negara, iaitu World Expo 2020 Dubai di Emiriah Arab Bersatu pada 20 hingga 24 Disember tahun ini juga.
Datuk Speaker, usaha penyediaan premis perniagaan oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah atau SEDCO tetap diteruskan di sebalik kekangan akibat pandemik COVID-19 ini. Sejumlah enam projek premis perniagaan sedang dan akan dilaksanakan tahun ini merangkumi dua projek negeri dan empat projek Persekutuan. Projek-projek negeri yang bakal dimulakan akhir tahun ini adalah Kedai Sook Fasa lima dan kedai dan Hotel Pulau Bum-Bum, Semporna. Projek seumpamanya di bawah biayaan Persekutuan pula adalah Bazaar Masjid al-Kauthar, Tawau dan Taman Industri Kecil dan Sederhana SEDCO di Sepanggar yang masing-masing dijangka siap pada suku tahun pertama 2020, 2022. SEDCO juga telah membina premis perniagaan Kampung Paris, Kinabatangan pada Ogos yang lalu dan Kedai Pelantong Fasa ll, Beluran yang dijangka dimulakan pada akhir tahun ini.
Datuk Speaker, selain itu bagi kemudahan usahawan-usahawan bumiputera baharu, pembangunan Pusat Inkubator Perniagaan di Sandakan dijangka akan dimulakan pada November ini.
Sementara itu, Projek Arked Pekan Muhibbah Sungai Manila Sandakan yang siap awal tahun ini dan mengandungi kemudahan premis perniagaan tetap pelbagai saiz, gerai sayur, gerai ikan/daging dan premis makan minum dijangka akan beroperasi menjelang akhir tahun ini.
Datuk Speaker, bagi menyokong usaha Kerajaan dalam menyediakan kediaman yang berharga berpatutan kepada rakyat, SEDCO melalui anak syarikatnya Sabah Urban Development Corporation Sdn.
Bhd.
atau SUDC kini di fasa akhir pembangunan 236 unit apartmen mampu milik melalui Projek Seri Sutera Residence di Kinarut. Projek kediaman berkenaan akan dijangka siap pada penghujung tahun dan kini telah lebih 90% terjual. Bagi Fasa II projek ini, perancangan sedang dibuat untuk membina sebanyak 300 unit kediaman jenis kondominium. Datuk Speaker, bagi memperkasakan usahawan bumiputera yang berdaya saing, SEDCO telah menganjurkan sebanyak sepuluh kursus keusahawanan yang melibatkan seramai 261 orang peserta. Untuk tempoh sehingga Disembar beberapa
kursus lain sedang dirancang bagi memantapkan elemen-elemen penting keusahawanan.
Sementara itu, kursus intensif keusahawanan khusus untuk lepasan graduan dan kemahiran vokasional, Skim Usahawan Siswazah dan Skim Usahawan Teknikal terus digiatkan tahun ini dengan sasaran seramai 60 peserta. Bagi melahirkan dan membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar sekolah, SEDCO terus mengadakan Program Tunas Niaga atau Protune walaupun penutupan sekolah akibat kesan pandemik COVID-19 ini. Sehingga kini, 40 buah sekolah telahpun menyertai program ini. Mini Konvensyen Protune dijadualkan akan dianjurkan sebelum penghujung tahun ini bagi mengiktiraf penyertaan sekolah-sekolah yang terlibat.
Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Terima kasih Menteri.
Sekarang ni saya menjemput Yang Berhormat Menteri, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan. Silakan Menteri.
Terima kasih, Tuan Speaker. Dan salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya kepada semua. Syukur kepada Tuhan kerana kita dapat berhimpun sekali lagi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negara atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan pada 21 September 2021. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atas kejayaan beliau memimpin Kerajaan Negeri selama hampir setahun dengan tema “Sabah Maju Jaya”. Tema ini menjadi pemacu kepada pertumbuhan sektor ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah dalam menangani pandemik COVID-19 serta suasana ekonomi yang mencabar.
Baru-baru ini, Penampang dan Kota Kinabalu dilanda musibah banjir yang luar biasa sehingga menyebabkan kerosakan yang besar sekali kepada harta benda dan ramai
penduduk di Kampung Sugud dan beberapa kampung lain di Penampang. Pada 15 September 2021, taburan hujan kumulatif yang direkodkan dalam tempoh lima jam adalah sebanyak 241mm berbanding dengan purata taburan hujan bulanan sebanyak 421mm. Maka taburan ini menunjukkan bahawa hujan yang kita hadapi baru-baru ini adalah hujan yang luar biasa yang jauh lebih tinggi daripada biasa. Sungguh berat mata memandang lagi berat bahu memikul. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi bantuan kepada penduduk yang terjejas.
Kementerian saya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran sedang melaksanakan program-program tebatan banjir sedia ada walaupun dengan sumber kewangan yang terhad. Perancangan Tebatan Banjir di Penampang dan Putatan memerlukan kos sebanyak RM481 juta sedangkan peruntukan yang ada hanyalah RM281 juta. Selain banjir, hujan tebal dan lebat yang berterusan telah juga menyebabkan kejadian tanah runtuh di Kampung Sugud dan juga jalan raya Penampang-Tambunan. Saya mengambil kesempatan ini merayu kepada semua pihak supaya sentiasa berhati-hati dan bekerjasama untuk menangani perubahan iklim yang semakin mencabar. Saya sendiri pun runtuh di hadapan rumah saya. Tuan Speaker, dalam Rancangan Malaysia ke-12, Kementerian melalui Jabatan Pertanian akan terus memantapkan subsektor tanaman khususnya sayur-sayuran dan buah-buahan bernilai tinggi seperti durian, nangka tekam yellow, rock melon dan tomato ceri menggunakan model pembangunan Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan. Setakat ini, sebanyak lapan buah Taman Kekal Pengeluaran Makanan atau TKPM dan enam buah Mini TKPM sedang dibuat dengan jumlah keluasan 370 hektar dan 115 peserta.
Pada tahun ini, Jabatan Pertanian melaksanakan program pembangunan komoditi tanaman untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman singkat masa dan tanaman industri dengan keluasan keseluruhan seluas 2,537 hektar. Program ini melibatkan seramai 1,480 orang petani di seluruh negeri Sabah dan dijangka meningkatkan pendapatan petani dari RM2,000 kepada RM4,000 sebulan.
Selaras dengan sasaran SSL (Self Sufficiency Level) 60% menjelang tahun 2030, tanaman padi akan terus dipergiatkan melalui peningkatan keluasan 26,300 hektar sawah padi bertanam dan mengekalkan usaha tanah sawah yang
sedia ada. Pada tahun 2021, anggaran hasil padi adalah sebanyak 148,500 tan metrik.
Program penyelidikan ke atas penyakit utama tanaman buah-buahan seperti pisang, durian, nanas, kelapa, sayuran serta padi akan diteruskan. Selain itu, inisiatif dan kajian biologi, ekologi dan kaedah kawalan perosak tanaman seperti rumpai, tikus, dan perosak mamilia serta kaedah pengawalan lestari melalui pengawalan rumpai bersepadu Integrated Weed Management akan juga terus dilaksanakan.
Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian melaksanakan pelbagai kursus pemprosesan produk berasaskan hasil tanaman untuk meningkatkan nilai tambah produk keluaran usahawan industri asas tani.
Jabatan Pertanian mensasarkan penambahan produk usahawan berjenama “Bess Bah” daripada sembilan produk kepada 14 produk menjelang tahun 2025. Pensijilan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri), GMP (Good Manufacturing Practices) dan Halal adalah wajib bagi produk makanan untuk di eksport.
Kementerian akan terus memperkasakan Perkhidmatan Biosekuriti dan Kuarantin Tumbuhan untuk mengekang kemasukkan makhluk perosak tanaman melalui pemeriksaan di 18 pintu masuk di seluruh Sabah. Jabatan Pertanian mensasarkan kutipan hasil bukan cukai sebanyak RM3 juta pada tahun 2021 melalui penguatkuasaan Biosekuriti Tumbuhan, Jualan Benih, dan Penyewaan Kemudahan Jabatan.
Tuan Speaker, bagi subsektor perikanan pula melalui inisiatif Pelan Sabah Maju Jaya, Kementerian saya melalui Jabatan Perikanan menetapkan tiga Teras Utama Pembangunan Perikanan iaitu pertumbuhan dan daya saing pengeluaran, peningkatan jaminan berkekalan makanan dan pendapatan serta pelestarian industri perikanan. Program-program perikanan di bawah Pelan SMJ juga, penting untuk mengekalkan kedudukan Sabah sebagai satu-satunya net exporter bagi komoditi ikan di Malaysia dan tahap SSL yang melebihi 100%. Sabah akan terus menjadi pengeksport utama hasil perikanan di Malaysia dengan Imbangan Dagangan atau Balance Of Trade yang positif iaitu melebihi RM500 juta setahun. Dua tunjang utama yang menyumbangkan kepada pembangunan industri perikanan ini di Sabah ialah sektor Aquaculture dan Perikanan Tangkap Marin. Pada tahun 2019, subsektor aquaculture telah menghasilkan 209,000 metrik tan bernilai RM497
juta manakala sub sektor perikanan tangkap marin menghasilkan 180,000 tan metrik bernilai RM1.067 bilion.
Jumlah nilai keseluruhan adalah sekitar RM1.566 bilion dan pada tahun 2020 pengeluaran besar ikan Sabah berjumlah 401,228 metrik tan bernilai RM1.529 bilion berbanding 389,113 tan metrik pada tahun 2019. Ini menunjukkan pertumbuhan tidak kurang daripada 3.1%. Pada tahun 2020, sumbangan sektor perikanan pada keseluruhan di KDNK Sabah adalah sekitar RM2 bilion atau 15.7% kepada sektor pertanian.
Tuan Speaker, Kementerian saya juga melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau DVS akan memastikan subsektor ternakan terus mampan dan berupaya meningkatkan pengeluaran makanan berasaskan ternakan untuk mengurangkan perbelanjaan ke atas import makanan. Peruntukan sebanyak hampir RM4.1 juta telah diluluskan bagi aktiviti-aktiviti kuarantin.
Pengambangan mobile veterinary clinic advature, perkhidmatan clinical dan diagnostic dan program kepastian kualiti sebuah makmal diagnostic veterinar juga sedang dibina pada tahun ini. Jabatan Perkhidmatan Veterinar menguatkuasakan Enakmen Haiwan 2015 dan Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 untuk memastikan status kesihatan ternakan dan manusia terus kukuh dan terhindar daripada penyakit berjangkit dan zoonotik. Industri perdagangan pedaging di Sabah membekalkan salah satu sumber protein yang penting dalam bekalan makanan negara. Industri ini masih dijalankan secara berkala kecil tetapi berpotensi dimajukan selaras dengan peningkatan jumlah produk dan transformasi industri. Secara amnya, industri pedaging melibatkan dua subsektor utama iaitu pengeluaran daging ruminan seperti lembu dan kambing dan bukan ruminan seperti unggas dan khinzir. Kerajaan Sabah memberi tumpuan kepada pengeluaran input-input makanan untuk ternakan ruminan bagi memperkukuh industri ternakan bagi meningkatkan pengeluaran hasil ruminan melalui dual purpose animals peruntukan RM1.44 juta diluluskan pada tahun 2021.
Penggunaan per kapita hasilan ternakan seperti lembu dan kerbau adalah 2.42 kilogram pada tahun 2019 manakala penggunaan per kapita daging ayam adalah
14.25 kilogram. Kita lebih makan ayam. Pengeluaran makanan tidak lagi mampu digerakkan mengikut kaedah lama yang memenuhi keperluan makanan negeri. Sektor pertanian telah berubah dan transformasi daripada sebuah sektor tradisional yang mempunyai produk produktiviti yang rendah kepada sektor yang lebih maju dan beraya saing diperlukan.
Tuan Speaker, Kerajaan Sabah telah meluluskan beberapa program yang dan projek di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya. Antaranya, pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran bagi menyokong peningkatan pengeluaran padi. Untuk tujuan ini ...
Datuk Speaker ...
Kerajaan Sabah ...
Menteri ...
Telah meluluskan ...
Boleh ...
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, ada penjelasan.
Ya.
Terima kasih Datuk Speaker dan juga Menteri.
Saya mengalu-alukan pernyataan Menteri bahawa ada transformasi dari segi pengeluaran ini dan kita melihat bahawa semasa pandemik ini sekarang. Saya rasa kita pentingkan lagi pengeluaran jaminan makanan untuk keluarga dan memang Sabah ini kita telah kalau dari penglihatan saya tidak mendapat terutama di luar bandar. Satu tekanan sebab mereka sentiasa mengeluarkan daripada ekonomi sara diri ataupun pengeluaran untuk sendiri. Adakah Kerajaan melihat ini sebagai suatu
yang penting untuk dilihat semasa pandemik ini? Sebab dari kajian yang saya lihat di kawasan-kawasan yang di mana sumber makanan mereka dan pengeluaran sara diri ataupun untuk keluarga itu lebih baik. Mereka tidak bergantung kepada bantuan Kerajaan dari segi makanan ini sebab mereka mengeluarkan untuk diri sendiri. Jadi dalam suasana pandemik ini, yang saya rasa bukan saja tahun ini mungkin akan berlarutan adakah Kerajaan Negeri akan melihat lebih kepada pengeluaran untuk sara diri untuk sendiri? Sebab ini adalah backbone actually di Sabah ini bukan saja untuk pengeluaran, untuk commercial. So i think transformasi itu juga perlu melihat kepada itu. Memperkuatkan lagi pengeluaran untuk keluarga. Kita lihat misalnya penanaman padi System of Rice Intensification (SRI) ini telah membantu banyak petani mengeluarkan untuk diri sendiri dan juga saya rasa makanan sayur-sayuran dan juga penternakan mereka. So ini adalah sesuatu yang bagi saya cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk melihat lebih kepada membantu dan bukan saja untuk pengeluaran komersial. So, saya harap ini adalah satu cadangan yang boleh dilihat atau diteliti oleh Kementerian. Terima kasih.
Terima kasih kepada soalan daripada Kepayan. Jabatan Pertanian semasa pandemik sebenarnya tidak terhalang untuk bergerak dan ini memberikan satu kebebasan kepada orang-orang kampung terutamanya untuk meneruskan pengeluaran makanan atau penanaman mereka di kawasan masing-masing. Jadi Jabatan Pertanian sentiasa memberi khidmat kepada mereka-mereka semasa mereka terjejas kecuali yang berniagalah. Berniaga yang terjejas dan ini juga kita bantu secara direct atau indirect melalui bantuan PRIHATIN sepertimana yang kita tahu dan satu di antara bantuan yang kita berikan untuk membantu pengeluaran dan marketing ialah membuka satu portal yang dinamakan Agriportal supaya mereka yang mempunyai pengeluaran dan mereka yang mencari bahan-bahan ini akan dapat ditemukan di dalam portal AgriPortal ini. Terima kasih. Saya teruskan seperti mana yang saya sebutkan tadi, Kerajaan Negeri telah meluluskan beberapa program dan projek di bawah pelan SMJ dan antara program ini adalah pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran bagi menyokong peningkatan pengeluaran padi.
Untuk tujuan ini, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM55.51 juta dalam RMK-12 yang menaiktarafkan
infrastruktur sistem pengairan dan saliran di daerah Kota Marudu, Keningau, Sandakan, dan Beaufort. Dan saya harap akan juga dibuat atau dilaksanakan di kawasan-kawasan yang lain sebab kebanyakkan sistem yang ada sekarang itu dibuat dalam tahun 80-an.
Walau bagaimanapun, kita akan terus merancang bagaimana untuk menaiktarafkan ini dan memohon supaya lebih banyak peruntukan akan diberikan. Pada tahun 2021, sebanyak RM3.2 juta diluluskan untuk tujuan ini. Belum cukup lah, saya tahu. Kerajaan Sabah juga telah meluluskan sebanyak RM91.2 juta untuk pengurusan dan pembangunan tebatan banjir sungai dan pantai di bawah RMK-12. Pada tahun ini, sebanyak RM14.39 juta telah diluluskan bagi tujuan ini. Kerajaan Sabah akan terus berusaha untuk mengurang masalah kejadian banjir di seluruh Sabah walaupun ianya merupakan bencana alam, yang tidak dapat dielakkan khususnya di sepanjang sungai serta kawasan dataran banjir. Saya memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi peraturan dan tidak membina penempatan di reserve sungai bagi mengelakkan kejadian yang mengancam nyawa serta keselamatan harta benda. Dan saya juga memohon kerjasama daripada YB-YB supaya memberi fahaman kepada rakyat mereka di tempat masing-masing. Mengambil ikhtibar daripada fenomena banjir yang berlaku baru-baru ini, sistem pengurusan banjir sedia ada memang tidak lagi berupaya menangani kesan hujan terutama sekali hujan yang luar biasa yang berterusan. Pendekatan baru diperlukan dan memerlukan kos yang lebih tinggi. Pada masa ini, pada masa yang sama jika perlu kita perlu menerima hakikat bahawa kita sedang mengalami perubahan iklim, climate change yang memerlukan amalan di luar kebiasaan atau norma baharu dalam pengurusan banjir ini. Dan di sini juga saya ingin berkongsikan pendapat bahawa di Sabah ini kita perlu memikirkan tentang dasar baru untuk menjaga iklim kita iaitu konservasi supaya kita boleh mengurangkan kebanjiran ini. Tuan Speaker, Kementerian saya juga melalui Ko-Nelayan telah dan sedang melaksanakan projek pembangunan berjumlah …
Datuk Menteri, boleh beri cadangan ataupun soalan?
Silakan.
Terima kasih, Datuk Menteri. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian banjir kilat di kawasan Penampang dan kawasan Inanam. Dan yang amat menyedihkan berlaku kematian dan kehilangan jiwa. Tiga. Tiga kehilangan jiwa. Kematian. Tiga orang mati. Jadi, saya amat menyokong supaya Datuk Menteri telah mengatakan mesti mengamalkan pendekatan baru dan amalan di luar kebiasaan. So, ini dari segi kejuruteraan ini memang tepat sekali untuk menangani masalah banjir buat masa ini.
Jadi, soalan saya adalah adakah cadangan Kementerian memasang notis amaran? Penanda aras dan sistem alam banjir di kawasan semua laluan sungai dan kawasan prone of banjir di Sabah ini khususnya di kawasan Penampang dan Kota Kinabalu. Sekurang-kurangnya amaran awal ini notis penanda aras dan sistem alarm ini akan alert public untuk bersedia agar tidak merentas sungai ataupun keluar dari kawasan banjir sebelum kecelakaan berlaku. Terima kasih.
Soalan daripada Inanam. Ia memang segala apa yang perlu untuk pendekatan baru ini ya kita akan kaji dan cadangan Yang Berhormat sebentar tadi adalah antara yang mungkin perlu kita buat supaya ada flood warning system dan juga mungkin selain daripada daripada kaji cuaca kita perlu juga instrument seperti yang disebutkan. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya akan teruskan Kementerian saya juga melalui Ko-Nelayan telah dan sedang melaksanakan projek pembangunan berjumlah RM6.6 juta untuk tahun 2021 yang melibatkan lapan program utama yang merangkumi 20 projek pembangunan yang telah mencapai 42.5% tahap pelaksanaan pada tahun suku tahun ketiga tahun ini. Program pembangunan modal insan dan pembangunan usahawan telah mencapai 42% pelaksanaannya. Seramai 30 orang belia terlibat dalam Latihan Sijil Kemahiran Malaysia Teknikal Perikanan dan 230 orang diberi Latihan Upscaling dan Rescaling Perikanan walau ianya secara dalam talian
sepanjang Pandemik COVID-19 ini.
Penyediaan dana untuk penglibatan dalam perniagaan tersedia sebanyak 200 ribu kepada usahawan yang layak. Tuan Speaker, Kementerian saya juga melalui KPD, meneruskan program perdagangan secara kontrak, perladangan secara kontrak, melibatkan seramai 1,922 peserta untuk menjana pendapatan tambahan kumpulan sasar. Projek-projek yang dilaksanakan ialah penanaman dan pengeluaran cendawan shitake segar, ayam pedaging, ayam kampung, madu lebah, pamelo dan perkhidmatan pemasaran buah-buahan, buatan dan segar, kelapa sawit.
Pada masa ini semua hasil yang dikeluarkan melalui program perladangan kontrak dipasarkan di pasaran tempatan. Memandangkan terdapat permintaan pasaran yang tinggi, KPD sedang berusaha untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran produk-produk tersebut untuk pasaran dan untuk dieksportkan. KPD sedang membina enam buah pusat pengeluar Pengumpulan Hasil Tani di enam lokasi strategik iaitu Beaufort, Keningau, Kota Marudu, Kundasang, Telupid dan Lahad Datu.
Butiran pencapaian adalah seperti berikut; Telupid – 80%, Kota Marudu oh Telupid 85%, Telupid ehh Kota Marudu 80, Beaufort 45, Kundasang 35, Lahad Datu 35, Keningau 30%. Pembangunan pusat pengumpulan ini dengan fasiliti yang disediakan dijangka boleh melonjakkan lagi pertumbuhan sektor pertanian dan pengeluaran makanan untuk keperluan tempatan dan untuk di eksport. Program aktiviti ekonomi tambahan juga diteruskan pada tahun 2021 untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Oh sorry ya … ini terlimpas sudah.
KPD juga telah siap membina sebuah bangunan separa kekal yang menyediakan kemudahan pasar harian di Kompleks Pemasaran Tanjung Lipat, Likas. Bangunan ini menyediakan 200 lot gerai untuk pasar kering dan pasar basah. Persekitaran dan pengudaraan premis yang bersih dan teratur dengan kemudahan kedai fresh mart, medan selera, tandas dan ruang mencuci tangan. Semua 30, 55 orang penjaja telah pun berpindah ke bangunan baru ini pada bulan Julai 2021. Saya ingin menjemput tuan-tuan untuk mengunjungi tempat ini kalau boleh. Tuan Speaker, pada tahun 2021 Kementerian saya juga melalui LIGS mensasarkan tanaman baru getah seluas 2,700 hektar yang melibatkan seramai 900 peserta. Sebagai tambahan, LIGS sedang meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan bagi kawasan ladang National Key Economic Areas atau High Impact Project yang telah
dibangunkan pada tahun pada tempoh 2016 hingga 2020 iaitu seluas 20,826 hektar. Kawasan-kawasan tersebut dimiliki oleh seramai 6,413 pekebun kecil. Program Aktiviti Tambahan atau AET diteruskan pada tahun 2021 untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah ini. Program ini membantu 335 orang peserta menceburi penanaman halia, pisang, nanas dan penternakan ikan air tawar. LIGS juga melaksanakan perkhidmatan pembelian getah daripada pekebun kecil di seluruh negeri Sabah yang melibatkan 14 daerah dan setakat bulan Jun 2021, LIGS telah membeli sebanyak 16,717,878 kilogram kentalan dan getah kepingan bernilai RM79.8 juta. Kementerian saya melalui LIGS mengalu-alukan pelaburan untuk industri hiliran yang menggunakan hasil getah sebagai bahan mentah dan pada masa ini. Hasil lateks telah dibekalkan kepada Cooldex Sdn. Bhd. iaitu sebuah kilang membuat tilam dan bantal berasaskan lateks. Syarikat ini telah memulakan operasi pada Mei 2018 dan pada dan telah memulakan pengeluarannya untuk di eksport pada Jun 2019.
Tuan Speaker, Kementerian saya juga melalui Sabah Fish Marketing Sdn. Bhd. atau SAFMA sedang menaiktaraf kemudahan jentera kilang ais bagi meningkatkan pengeluaran blok ais daripada sepuluh metrik ton kepada 50 metrik ton sehari. Projek ini dijangka siap pada Februari 2022. SAFMA juga sedang dalam usaha membaikpulih bilik-bilik penyejukbekuan untuk menampung lebih daripada 115 metrik ton dengan anggaran nilai produk RM575,000. Projek ini dijangka siap dalam bulan Disember 2021. Semua inisiatif ini adalah untuk meningkatkan peranan dan sumbangan SAFMA dalam industri pemasaran ikan di Sabah.
Tuan Speaker, Kementerian ini menghargai semua maklum balas yang positif atau negatif, idea-idea dan cadangan-cadangan yang bernas yang dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini pada 22 hari bulan September walaupun dalam tempoh yang sangat singkat. Menjawab kepada soalan ADUN Kapayan berhubung dengan masalah jalan-jalan pertanian di kawasan ladang getah, saya akui bahawa masalah ini menjejaskan pekebun-pekebun kecil.
Kementerian ini dan LIGS sentiasa berusaha untuk mendapatkan peruntukan bagi menangani masalah ini dan melaksanakan penyelenggaraan jalan-jalan di kawasan-kawasan yang memerlukan dan di sini saya ingin menyebut bahawa permohonan seperti ini memang popular
arr ... banyak dari kampung-kampung dan memang memerlukan peruntukan yang lebih banyak yang kita akan usahakan.
Merujuk juga kepada cadangan daripada ADUN Telupid untuk mengembangkan ladang rusa. Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebenarnya mempunyai dua buah ladang rusa yang ada sekarang ini iaitu di Telupid juga dan juga di Keningau. Objektif ladang rusa ini adalah untuk membiak baka dan membekalkan bibit rusa kepada pengusaha-pengusaha ladang rusa yang berminat pada harga yang berpatutan. Dan maka cadangan untuk Telupid ini macam bersesuaian lah berhubung dengan cadangan menjadikan Telupid sebagai pusat industri berasaskan daging dan susu.
Ianya adalah satu cadangan yang baik. Dan Kementerian saya akan mengkaji idea ini untuk sama ada dibuat atau tidaklah.
Sekiranya ada maklum balas dan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlepas pandang saya memohon maaf dan saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat boleh dan dialu-alukan untuk terus berhubung dengan Kementerian saya. Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada petani, penternak dan nelayan di seluruh Sabah yang sentiasa berusaha dan berkerja keras dalam pengeluaran makanan walaupun berhadapan dengan cabaran pandemik 19. Akhir sekali, saya ingin merayu kepada semua pihak khususnya yang tinggal di kawasan yang mudah banjir supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah untuk berjaga-jaga terutama sekali pada musim tengkujuh yang macam belum lagi baru mahu mula ini, ada berapa bulan ini adalah musim tengkujuh terutama sekali hujung tahun. Marilah kita bersama-sama juga memutuskan rantaian COVID-19 dan mematuhi SOP yang telah di sediakan. Dengan itu sekali lagi saya ucapkan terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya. Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin dengan penuh hormat dan takzimnya menjunjung kasih Ucapan Yang Berbahagia Tun Tuan Yang Terutama Negeri Sabah diatas Ucapan Dasar Kerajaan baru-baru ini dengan Pembukaan Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah kali ke-16
pada 21 September yang lalu dan sudah tentu sekali Tuan Yang Terutama menekankan betapa perlaksanaan pembangunan, penyusunan semula ekonomi dan dalam negeri Sabah, hala tuju Sabah Maju Jaya bagi kemajuan negeri dan Kementerian Kerja Raya Sabah mendukung dan sangat komited dalam memastikan agar hala tuju yang kita rancang dan di garis dalam dasar itu dicapai dan memenuhi objektif seperti ditetapkan.
Tuan Speaker, peranan Kementerian saya adalah untuk merancang, membangun, melaksana infrastruktur seperti jalan raya, air, kereta api, jambatan, macam-macam, pembentungan, letrik, utilities dan juga kesejahteraan rakyat. Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya ini telah banyak melaksanakan beberapa program dan projek mengutamakan kesejahteraan rakyat dalam memastikan pembangunan di negeri ini berkekalan dan berterusan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan Dewan yang mulia ini, iaitu pada 15 haribulan yang lalu, 19 haribulan, 20 September yang lalu negeri Sabah telah dilanda hujan lebat dan kehadiran hujan tersebut melebihi apa yang dijangkakan sehingga menyebabkan banyak daerah-daerah di tenggelami air. Di Penampang, di mana lagi di Beaufort, di Tambunan, di Keningau dan sudah tentu mengalami banyak kerosakan, banyak jalan terputus, banyak jambatan runtuh macam-macam iaitu di anggarkan 260 lokasi terputus di mana 156 lokasi di tenggelami air banjir dan sebanyak 104 lokasi terputus akibat tanah runtuh ataupun cerun landslide dan mendapati kerosakan jambatan.
Jambatan yang terlibat ada lebih kurang 6 iaitu jambatan Sipitang, Kuala Penyu, Papar, Kota Belud, Nabawan dan satu di Kunak tapi di Kunak ini dia dinamakan low level crossing ataupun jambatan di bawah air. Ini di Sabah ini yang ada LLC ni di lain-lain tempat tidak ada dan ke semuanya ini sebetulnya saya telah meminta dan mengarahkan semua staff DE-DE di semua kawasan terus turun ke spot lokasi yang terlibat. Dan sehingga pada hari ini jentera-jentera sedang berjalan dan di mana terdapat juga jalan-jalan ini secara kebetulan dimiliki oleh konsisi-konsisi yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri dan persekutuan dan mereka juga telah kita minta untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab bagi memastikan bahawa ada penyediaan jalan alternatif bagi penduduk-penduduk kampung dan pengguna-pengguna di jalan tersebut dan anggaran kos untuk baik pulih semasa bencana ini lebih kurang RM30 juta. Ini saya kena maklumkan dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan sebab ini dikira sebagai emergency fund. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, hasil daripada tindakan pantas Jabatan Kerja Raya keadaan
disebabkan banjir tersebut telah dapat diperbaiki dan dibangunkan semula.
Sebanyak 230 batang jalan yang mana sekurang-kurangnya boleh dilalui oleh kenderaan satu lorong. Dan tahun 2021 ini Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM36.59 juta untuk pembangunan jalan mengikut rekod sebanyak 29 buah projek berada dalam berbagai peringkat perlaksanaan. Kalau saya baca macam panjang sikit hehe. Peringkat perancangan rekabentuk perolehan sebelas projek RM74 juta dan fizikal sembilan projek RM13.8 juta, peringkat pembayaran muktamad sembilan projek dengan kos sebanyak RM15.4 juta manakala Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Luar Bandar pula, ini banyak sedikit RM306.1 juta bagi tahun 2021 dan rekod dia peringkat pencapaian rekabentuk perolehan 41 buah projek dengan RM2.77 bilion, peringkat perlaksanaan fizikal 18 projek dengan kos RM1.5 bilion dan peringkat siap dan pembayaran muktamad tujuh projek dengan kos RM186 billion. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Kadamaian dan juga daripada Telupid yang telah menyuarakan iaitu bertanya bagaimana untuk menyenaraikan berapa batang jalan raya di kawasan masing-masing untuk mendapat peruntukan dalam rolling malaysian plan dan sebagainya. Jadi saya ingin memaklumkan Yang Berhormat, perkara ini memang boleh dilaksanakan.
Apa Yang Berhormat perlu laksanakan iaitu berhubung terus dengan pihak Jabatan Kerja Raya ataupun Kementerian Kerja Raya dan mencadangkan nama projek-projek yang ingin dimaklumkan. Dan saya juga ingin memaklum …
T uan, tuan speaker ...
Yang Berhormat di Kadamaian, sekejap Yang Berhormat ahh bahawa jalan Jalan Kiau yang dimaklumkan Yang Berhormat sebentar tadi sebenarnya pihak Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan jalan kerja itu sekarang. Di mana mesin sudah ada di sana dan Yang Berhormat boleh lah dapat lihat kita Jabatan Kerja Raya telah arahkan untuk memulakan kerja-kerja mereka. Ya, Yang Berhormat, ya ...
Terima kasih Yang Berhormat Lamag, tadi Yang Berhormat Lamag ada bagitahu mengenai peruntukan Kerajaan Negeri dan persekutuan dan antara elemen-elemen peruntukan tersebut adalah kajian peringkat pelaksanaan. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, sekarang ini kita
berhadapan dengan banyak masalah tanah runtuh, banjir kilat dan sudah tentulah ini adalah disebabkan design. Kerja tu tidak menepati apa yang sepatutnya dan adakah usaha daripada pihak Yang Berhormat untuk membuat kajian secara menyeluruh mengenai keadaan infra yang ada di negeri Sabah ini supaya sebelum satu-satu projek itu dilaksanakan, kajian menyeluruh hendaklah selesai dan dibuat supaya apa yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku di masa akan datang dan biarlah Kerajaan Negeri ataupun persekutuan berbelanja lebih sedikit dalam hal ini supaya kita tidak berhadapan dan berbelanja lebih dimasa akan datang. Terima kasih.
Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Tungku. Perkara ini yang sebetulnya memang sudah lama berlaku ini disebabkan sebab itu dua hari, tiga hari yang lalu saya sudah berbahas di Dewan Rakyat bahawa dia Jabatan Kerja Raya di Sabah ini, tidak ditauliahkan oleh jabatan kerjaraya Malaysia.
Sebab itu saya telah menyuarakan supaya Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah ini ditauliahkan sebagai satu jabatan yang bertauliah. Sebab kita banyak beribu-ribu engineer yang qualified yang layak dan alhamdulillah, Insya-Allah respond dari Kerajaan Persekutuan, mereka akan melihat perkara ini sebab ini salah satu perjanjian MA63 dan memang betul, sebab itu JKR Sabah ini cuma orang kata sebagai monitoring body kepada projek persekutuan iaitu lantikan consultant pun kadang-kadang daripada federal. Pernah berlaku suatu projek di batu di DUN Gum-gum. Consultant salah design sampai lima kali dan kita bantah-bantah baru tukar consultant. Sudah empat tahun delay projek. Jadi ini tidak seharusnya berlaku sebab itu ada beberapa perkara kita wakil-wakil. Sabah perlu bersama-sama termasuk sahabat saya daripada Senallang untuk menyuarakan kepentingan rakyat Negeri Sabah. Baru sebut, sudah berdiri dia. (Ketawa)
Pantang dicabar. Ini Senallang ini pantang dia dicabar. Kalau dia dicabar, dia akan bangun. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kerja Raya dan saya memang sependapat dengan apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat tentang kedudukan kita. Sebenarnya perkara ini pun saya dah suarakan dalam Perjanjian 63 di mana proses jalan raya yang ada. Termasuk Pan Borneo, apabila saya dengar apa yang Yang Berhormat nyatakan kita batalkan. PH bukan kitalah batalkan, itu sebenarnya tidak
betul. Ya, yang kita batalkan PDA. Pasal apa kita batalkan PDA, pasal PDA itu satu badan yang dipengerusikan oleh SKN tapi the CEO is a private company, is a private body. Bagaimana sebuah badan yang mengurus tadbir lima, berbilion duit yang ada. Kerajaan. Lepas itu, it’s managed by a private entity. Maka dengan itu, saya waktu itu selaku Ketua Menteri cadangkan sebaik batalkan PDA dan perkasakan Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah untuk mengendalikan proses perjalanan, pelaksanaan Pan Borneo di seluruh Negeri Sabah ini. Kerana kita tahu seperti apa yang Yang Berhormat nyatakan engineer come from JKR. Kita perlu iktiraf tapi mereka tidak iktiraf. Saya tahu dorang tidak iktiraf. Ini yang perkara yang perlu kita ketahui tentang perkara ini. Maka saya bersetuju apa yang telah disuarakan supaya semua engineer yang ada bertauliah kerana mereka keluar semua daripada universiti yang sama.
Sama ada Ketua Pengarah JKR pusatkah di Kuala Lumpur termasuk waktu itu saya ingat Datuk Amrullah kalau tidak silap saya. Dia bertauliah, setaraf, berpengalaman. Jadi saya harap Yang Berhormat akan dapat teruskan untuk membolehkan supaya pengurusan Pan Borneo yang ada di seluruh Negeri Sabah ini diurus tadbir. Of. Bukan oleh PDA tapi Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah kerana saya nampak harga dia bloated. Lane compensation saja hampir RM900 juta. Banyak sangat yang kita belanjakan. That’s why itu yang perlu kita kaji. Bagaimana perbelanjaan supaya kewangan ini dapat di rasa oleh seluruh rakyat di wilayah Sabah ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat dari Senallang. Yang Berhormat, saya akan sampai ke bahagian Pan Borneo. Dalam satu dua minit, Insya-Allah saya akan balik di sini. Sabar sikit.
Mohon laluan Yang Berhormat Menteri sebab disebut Kadamaian.
Ya, Kadamaian.
Senarai-senarai jalan yang saya sebutkan kelmarin itu bukan permohonan baru. Ada yang sudah masuk dalam senarai RPM 4, tahun lepas. RP3, RP2, yang saya mahu adalah updates dia sebab seringkali diumumkan dahulu sebelum pilihan raya 2018. Selepas itu, ada pengumuman-pengumuman. Rakyat tidak nampak. Rakyat tidak faham prosesnya, berapa lama, consultant buat kerja dia, proses tender bagaimana. Yang rakyat mahu kerja di lapangan itu sudah boleh dilihat. Jadi itulah sebabnya saya mengemukakan banyak senarai yang memang dalam senarai JKR itu yang sudah pun memang ada yang RPA2, 3, 4 sudah masuk.
Saya minta supaya kalau bukan dalam perbahasan penggulungan ini pun hendaklah secara bertulis supaya kita boleh explain kepada rakyat progress semasa kelulusan peruntukan yang telah diletakkan kepada jalan-jalan yang saya sebutkan kelmarin. Terima kasih.
Okey Yang Berhormat Kadamaian. Dia proses dia ini begini Yang Berhormat. Walaupun dia sudah masuk dalam rancangan sembilan ka, sebelas ka, 12 ka. Kadang-kadang apabila tidak terlaksana, dia boleh terkeluar. Jadi ini. Perkara ini memang biasa berlaku boleh tanya kita punya Yang Berhormat daripada Senallang, dia menjadi Menteri begitu lama, dia tahu itu. Sudah masuk program tiba-tiba tidak ada. Jadi, Insya-Allah yang selebihnya akan saya minta, jabatan saya untuk memberi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat ya.
Tuan Speaker, bagi pembinaan jambatan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM24.7 juta telah diluluskan. Dalam RMK12 melibatkan lima projek, iaitu peringkat perancangan empat projek, peringkat pelaksanaan fizikal satu projek manakala sumber peruntukkan persekutuan sebanyak RM188 juta yang melibatkan 22 projek telah direncanakan. Tahun 2021 Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukkan sebanyak RM32.7 juta pembaikkan cerun dan 30 buah projek berada dalam berbagai pelaksanaan seperti berikut:
a) Perancangan - 30 projek, RM221.42 juta; b) Pelaksanaan Fizikal- 11 projek, RM46.35 juta; dan c) Peringkat siap dan pembayaran muktamad - 1 projek, RM7.5 juta.
Manakala bagi peruntukkan Kerajaan Persekutuan, RM258.3 juta melibatkan projek-projek direncanakan. Sebagai respond kepada Yang Berhormat daripada Moyog dan Ahli Yang Berhormat Lantikan iaitu Tuan Dr. Aliakbar, Kementerian saya maklum bahawa keadaan banjir di daerah Penampang dan daerah lain negeri Sabah baru-baru ini yang disebabkan hujan lebat luar biasa. Di tambah dengan paras air sungai dan laut yang tinggi sehingga menyebabkan parit-parit utama tidak berfungsi dengan baik. Aliran permukaan air yang deras melalui cerun-cerun bukti akibat pembangunan yang tidak terancang juga telah menyebabkan runtuhan cerun seperti di jalan KK - Tambunan yang berpunca dari ketidakstabilan cerun yang disebabkan oleh hakisan air yang sangat deras dan serius di samping kuantiti air yang berlebihan tidak dapat ditampung oleh culvert yang sedia ada. Dan untuk menjawab persoalan Yang Berhormat, sahabat saya daripada Senallang, iaitu berhubung dengan jajaran Pan Borneo. Pan Borneo ini yang sebenarnya mempunyai tiga Fasa iaitu Fasa satu - 35 pakej, Fasa dua daripada Tamparuli ke Ranau dan Fasa tiga ini daripada Kalabakan sampai ke Kimanis, iaitu sepanjang 1,236 kilometer dengan kos dijangka RM40.2 bilion.
Fasa satu dengan 706 kilometer RM15.2 bilion. Dan untuk itu Yang Berhormat Senallang saya telah menyuarakan di Dewan Rakyat selaku Ahli Parlimen menyatakan bahawa menjadi satu kesilapan besar kepada Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan di Sabah. Apabila membatalkan PDP tanpa menstrukturkan dulu sukuk untuk memastikan bahawa pembangunan jalan Pan Borneo di Sabah itu dapat dilaksanakan dengan jayanya sebab perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan, iaitu Pan Borneo ini dilaksanakan melalui infra dan pembangunan maka apabila sukuk tidak diurus. Sarawak bijak sebelum dia batalkan PDP dia dapatkan dulu sukuk. Apabila batal, dia bilang batallah. Duit saya sudah dapat. Dia jalankan. Kejap Yang Berhormat, saya jelas dulu, biar kita, biar kita. Jadi apabila terbatal, sukuk tidak diuruskan maka di situ saya tengok keadaan itu. Kontraktor pun sudah trigger sebab kontraktor rupa-rupanya membuat agreement dengan PDP bukan dengan Kerajaan. Apabila Kerajaan Warisan berhasrat untuk membatalkan kontraktor dah berhenti kerja. Sebab siapa bayar? Justeru itu, trigger kerja berhenti, kerja terbengkalai maka prospers? Dia di Sarawak sekarang sudah mencecah dekat 70%. Semua pakej. Kita baru fasa satu pun baru 56%. Itu sebab saya sedih. Saya kata seharusnya Kerajaan Warisan itu hari boleh batal PDP kalau tidak puas hati tapi
usahakan sukuk itu.
Sekarang Kerajaan Persekutuan mampu membayar pembangunan RM1 bilion satu tahun tapi satu bilion itu rupanya bukan projek baru tapi untuk membayar sebelas projek yang berjalan sekarang ini. Sila Senallang.
Sebenarnya, PDP seperti yang kita faham dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Dia outfit Kerajaan yang sepatutnya seperti juga di Sarawak. Tidak bererti bahawa Kerajaan Negeri tandatangan ataupun syarikat bertandatangan dengan kontraktor-kontraktor yang ada malahan, bila saya teliti secara mendalam, sebahagian besar daripada kontraktor-kontraktor yang ada ini tidak ada pengalaman. Some of them, to the lost company yang ada, yang tidak ada track record yang cukup jelas untuk melaksanakan pengalaman banding dengan Sarawak. Itu yang saya nyatakan kita kena teliti because this is public interest untuk kepentingan seluruh rakyat di Wilayah Sabah.
Maka dengan itu, penting bagi kita nadi untuk menentukan siapa yang menilai syarikat yang sepatutnya memperolehi. Contohnya kontrak dari Tawau sampai daripada Weston yang ada ke Sipitang. Kita tahu bagaimana syarikat-syarikat ini yang langsung tidak ada track record yang ada untuk melaksanakan banding dengan Sarawak. Saya sedar dan tahu. Saya juga membuat lawatan ke negeri Sarawak tapi saya faham apa sebab dia yang kita katakan kenapa Sarawak dahulu. Masalah Sarawak bukan sebagai apa yang kita lakukan di Sabah. Compensation of land, acquiring land was another obstacle yang ada. Di Sarawak tidak sebanyak itu yang kita hadapi di peringkat negeri Sabah dalam pelaksanaan jalan yang ada. Sebenarnya kita tidak batalkan Pan Borneo. Ada RM1 bilion di situ. Walaupun kita tahu sukuk itu memerlukan perkara ini, kita sendiri bincang dengan Kementerian Kewangan bagaimana untuk memastikan supaya kewangan itu mencukupi. Cuma sedikit sebanyak terbantut oleh kerana syarikat-syarikat yang kita, saya telah minta waktu itu, saya bagi arahan dengan Kerajaan apa nama JKR Pusat supaya teliti secara mendalam. Make sure that whatever implementation not only dari segi kualiti jalan yang dilaksanakan tapi pembaziran dari segi kewangan dia. Banding jauh betul Yang Berhormat Datuk Menteri Kerja Raya tentang nilai yang ada, jalan raya yang ada, pelaksanaan dia dan syarikat-syarikat yang mempunyai track record seperti yang disebutkan tadi.
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat pun maklum saya pun baru masuk di Kementerian ini dan saya kena mewarisi banyak perkara-perkara yang saya sendiri tidak senang hati. Tetapi kita kena move on. Tidak boleh kita menoleh ke belakang selaku yang diamanahkan kita harus maju ke depan untuk memastikan rakyat negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sabah terbela untung nasib dan membangun ekonomi kita. Kita maklum dan saya tidak ada rasa tersinggung apabila ada dibatal PDP itu. Itu mungkin dilihat sebagai positif. Cuma yang saya terkilan bahawa kita tidak merancang awal bagaimana untuk mendapatkan kewangan untuk pembangunan Pan Borneo.
Sekarang ini saya terpaksa mengemukakan satu permohonan daripada Kerajaan Negeri untuk kita buat PFI sebab saya jumpa Menteri Kewangan. We have no money. Kalau mahu satu tahun satu pakej. Saya kira-kira, 45 tahun tidak siap Pan Borneo. So, that is our problem tapi saya tidak boleh berdiam diri. Saya kata kalau tidak ada peruntukan kita cari ikhtiar lain. So kita pergi, we go PFI dan Kabinet Negeri setuju. Kalau tidak, janji Kerajaan dulu sampai sekarang, Pan Borneo tinggal janji. Jadi Yang Berhormat semua mungkin semua salahkan saya, di mana Pan Borneo? Saya tidak menyalahkan Kerajaan yang dahulu. Saya sudah janji. Kita tidak akan mengungkitkan cuma inilah yang berlaku apabila peruntukan itu terberhenti maka kita terimalah. Itulah akibatnya apabila kita tersilap membuat keputusan.
Yang Berhormat …
Yang Berhormat sekalian, sedikit daripada …
Yang Berhormat Menteri, ada yang mohon mencelah, Usukan.
Ya, sila.
Ini Yang Berhormat Tuan Speaker, saya ingin bertanya sedikit soal Pan Borneo ini. Oleh kerana tadi Yang Berhormat Menteri katakan tidak ada peruntukan. Bagaimana pula yang pakej sembilan? Yang Berhormat daripada Serusup ke Kota Belud itu kerana sekarang
dari Kota Belud ke Marudu sudah dilaksanakan. Saya ingin tahu bagaimana kedudukan pakej sembilan.
Pakej sembilan ini telah diumum oleh Kerajaan mempunyai peruntukan 400 juta lebih kurang dan mungkin sekarang dalam proses mungkin tender kepada pihak-pihak yang telah memasuki tender yang dirancangkan oleh Kementerian Kewangan Persekutuan. Ah Yang Berhormat daripada Sindumin.
Boleh tanya?
Oh …
… berkaitan juga dengan Pan Borneo, ahh Pan Borneo ini ahh, Datuk Menteri Pan Borneo ini telah diumumkan oleh …
Tidak … tidak dengar YB.
Sorry sorry, Pan Borneo ini telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak beberapa penggal lalu dan adanya konon peruntukan yang sudah diluluskan. So, yang ingin saya tanya adalah dari segi G to G daripada State to Federal. Alasan Federal ini adalah tiada duit kan. But Sabah adalah penyumbang terbesar dalam segi oil dan gas dan kita juga adalah sutu negara, negeri yang sepatutnya diberikan keutamaan. We contribute a lot towards to Federal GDP. Sepatutnya mereka memberikan suatu peluang kepada Sabah kerana adanya keperluan seperti Datuk Menteri sudah ulaskan tadi. Terima kasih.
Kalau di atas buku YB memang saya sudah setuju 100 peratus. Bab hujah YB itu macam hujah saya juga bahawa kalau mengikut Perjanjian MA63 itu seharusnya Sabah tidak jadi begini. Tetapi saya pun buat kajian.
Kenapa kita jadi begini?
Rupanya Sabah ini memang hebat, luar biasa sebab kenapa tidak luar biasa kalau
mahu belajar ilmu politik datang ke Sabah. Sabah sendiri merdeka bersama-sama Sarawak.
Sarawak tahun depan bulan Februari baru menuju PRU ke-12.
Persekutuan Parlimen PRU ke-15. Sabah sudah PRN 16 ah. Coming PRN 17 lagi. Bermakna kita ini hebat. Selalu tukar-tukar Kerajaan. Enam, enam Kerajaan kita tukar. Di Sarawak paling-paling satu kali, dua kali. Federal baru dua kali tapi di Sabah enam kali ah, Kerajaan ditukar. Jadi, siapapun Kerajaan dia tidak memikirkan kepentingan rakyat. Dia tidak fikir jalan raya, dia tidak fikir air, dia tidak fikir elektrik, dia fikir macam mana mempertahankan posisi dia sebab kiri kanan cuba menjatuhkan dia. Ah ini yang berlaku. Jadi, apabila dia berlaku kita buka ruang terlalu luas kepada orang luar, federal. The games is there.
Datuk menteri ada cakap pakar politik kelmarin kan? Mungkin masa adalah Sabah based party semua bersama. Terima kasih.
(Ahli mesyuarat ketawa dan Dewan riuh)
That’s why. Oleh kerana itu, apabila kita di sini GRS dibentuk. Bantulah kami. Kita selesai masalah kita.
(Ahli mesyuarat tepuk meja)
Soalan tambahan, tentang Pan Borneo ini perkara yang cukup penting seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Moyog. Saya berharap Yang Berhormat akan teruskan usaha untuk mendesak kerana ini merupakan salah satu kerangka yang telah dijanjikan. Saya masih ingat waktu itu, saya menteri di Kuala Lumpur. Waktu itu there is no question of money tidak cukup kerana sudah pun dinyatakan bahawa ini is a commitment dengan izin by the federal government come what may Pan Borneo must be build di Sabah dan di Sarawak.
Perbezaan Sabah dan Sarawak ini seperti Yang Berhormat nyatakan Sarawak is better managed. Saya akui. Pasal apa? Dia tidak banyak parti dari Semenanjung yang mentadbir even sekarang pun. Kerajaan yang ada di peringkat Sarawak
ditadbir oleh sebuah parti sebahagian besar daripada Sarawak itu. Walaupun saya bekas Naib Presiden UMNO, saya banyak menyoalkannya di kabinet, di majlis tertinggi tentang hak-hak kita di Barisan Nasional. Masih saya ingat Tan Sri Pairin dahulu saya minta please talk, please raise the interest of kita punya ni kerana kalau minta kerjasama kita bagi kerjasama tapi jangan nanti bila kerjasama the button is press by KL not by us here. We must press the button for KL to decide for us not for them to decide for us. Ini yang kita silap ini. Terima kasih.
Hah Okey. We had come to the time Yang Berhormat kita cuba fikir sama-sama (ketawa).
Yang Berhormat Menteri oleh sebab persidangan kita ni ada live streaming, saya minta pakai mask.
Yang Berhormat, I speak saya ini nafas pendek (ketawa) kalau berucap panjang susah sikit bernafas (ketawa). Minta izinlah (ketawa).
Tuan Speaker, boleh minta laluan?
Okey.
Yang Berhormat Menteri.
Ya. Siapa itu. Oh (ketawa).
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, Menteri Infrastruktur. Menyentuh soal Pan Borneo, di masa persidangan-persidangan yang lepas sebelum tahun 2018 bahawa di wilayah pedalaman tidak pun disebut bilakah Pan Borneo akan dilaksanakan. Contohnya daripada Keningau-Tenom, Tenom ke Sipitang ini ada jalan raya penghubung antara daerah ke daerah. Saya ingin bertanya kepada Yang
Berhormat Menteri, apakah rancangan Kementerian khasnya Yang Berhormat Menteri untuk menaik taraf jalan daripada Keningau ke Tenom dan Tenom ke Sipitang? Terima kasih.
Untuk makluman daripada Kemabong bahawa Pan Borneo fasa tiga akan melalui jajaran itu. Ya. Jajaran itu.
Bila? Bila ini agak-agaknya, bila agak-agaknya?
Bergantung dengan (ketawa) semuanya bergantung dengan kewangan. Tetapi kita cadangkan untuk dibuat PFI juga. Sebab tu PFI wujud apabila Kerajaan Persekutuan kita tidak dapat pembiayaan melalui sukuk maka terpaksalah kita guna PFI, itu saja. Kalau Sarawak dia smart sikit dia batal PDP tapi dia dapat sukuk dulu. Apabila dia dapat duit, dia buat sudah. Kita ter itulah tersilap langkah apabila boleh batal tapi seharusnya sukuk itu kita urus dulu (ketawa). Itu masalah (ketawa). Tidak payah bawa masalah faham (ketawa).
Saya minta penjelasan sikit, PFI ini Yang Berhormat, Datuk Speaker minta izin ya, minta maaf. Ah yang PFI ini siapa yang bayar ini? Kerajaan Negeri kah? Kerajaan Persekutuan?
Persekutuan.
Okey.
Itulah ada sikit tapi tidak apalah kita ungkit-ungkitlah barang sudah berlalu kita teruslah. Move on. Tiada jalan lain. Betulkah? (ketawa) Ok.
Menteri, Menteri, hello Menteri, sedikit-sedikit dengan PFI, PFI. Adakah Pan Borneo ini dilaksanakan dengan cara PFI selepas itu Pan Borneo ini akan dikenakan toll seperti apa yang di semenanjung?
No toll. Free.
Tiada toll.
Yang Berhomat boleh berlalu licin here (ketawa).
Ok. Thank you. Terima Kasih.
(ketawa) Ahli dari Sindumin. Sindumin ada kah? Oh. Tidak apa. Untuk makluman Yang Berhormat daripada Sindumin, berkenaan dengan kelewatan pelaksanaan fizikal projek Pan Borneo yang sepatutnya dia sedang berjalan dan sekarang ini berada pada landasan yang tepat dan sedang dalam proses pembinaan.
Kementerian mengambil maklum berkenaan kerisauan Ahli Yang Berhormat daripada Sindumin. Kejap ah.
Ahli Yang Berhomat daripada Inanam iaitu kesesakan jalan raya dan keberfungsian lampu-lampu jalan seperti dibangkit di … sememangnya Kementerian saya ambil maklum dan kita semua berharap agar satu hari nanti setelah siapnya laluan Projek Lebuh Raya Pan Borneo ini ke semua dilema kita dapat dikurangkan. Yang Berhormat daripada Kemabong yang telah membangkitkan isu-isu banjir dan kerosakan jalan, Kementerian memang sentiasa dan akan prihatin terhadap keperluan dan perasaan rakyat. JKR Sabah melalui syarikat konsesi dan kontraktor penyelenggara jalan raya telah menambah kekerapan kerja-kerja pembersihan sistem perparitan jalan raya selain daripada kerja rutin yang telah dijadualkan dan pemantauan berterusan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran juga dipastikan seiring dengan menangani isu banjir kawasan yang terlibat. Bagi kejadian tanah runtuh dan putus, JKR Sabah telah mengarahkan syarikat konsesi dan kontraktor yang
berkenaan mengambil langkah proaktif untuk membersih dan membaik pulih dengan segera ataupun membuat raw diversion bagi membolehkan masyarakat kekal boleh melintasi kawasan yang banjir dengan lancar dan selamat. Dan ini sajalah. Apa ini. Dan saya juga ingin memaklumkan Speaker, iaitu Kementerian saya juga melalui Jabatan Kerja Raya sedang dalam usaha mengkaji semula terma yang berpihak kepada Kerajaan dalam membuat cadangan penambahbaikan terhadap skop dan spesifikasi penyelenggaraan jalan raya berturap di negeri ini. Manakala bagi kontrak penyelenggaraan jalan raya berturap Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah, Kerajaan telah melaksanakan kaedah-kaedah penyelenggaraan berasaskan Performance Based Contract dan cadangan penambahan baik kontrak konsesi tersebut akan dibentangkan kepada Kementerian Kewangan selaku penguasa projek. Untuk jalan raya inilah yang dapat saya jelaskan dan Insya-Allah mana-mana yang tidak terjawab oleh saya, saya akan minta Kementerian untuk menjawab secara bertulis.
Dan isu air. Air ini amat popular sehingga pada hari ini dan berniaga air ini biasanya untung tetapi negeri Sabah berniaga air rugi. Rugi dan terus rugi. Dan saya telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Menteri Kewangan …
Mohon Yang di-Pertua.
Baru masuk mukadimah. Kau sudah sila-sila …
Bukan ah masih pasal jalan rayalah. Ah ya YB Menteri. Saya ingin bertanya apakah status jambatan di Jalan Lintas Libaran iaitu di Batu 16 yang sampai sekarang sudah lebih kurang. Semasa Warisan pun tidak dapat diperbaiki melalui kontraktor yang dilantik dan sekarang pun masih lagi jambatan di Batu 16 tu tidak buli digunapakai? Terima kasih.
Ya. Yang Berhormat Gum-Gum, saya ada melawat tu. Itu yang saya katakan dia punya konsultan pun lantikan daripada pusat daripada semenanjung. Sebab itu saya telah minta sama Kerajaan empower kan JKR di Sabah. Jangan lagi guna JKR
semenanjung sebab kalau ditauliah kita ini di JKR ini maka kita akan lantik, siapa tidak perform bagus kita pecat saja buang. Itu yang buat saya boleh jawab ya. Untuk air, saya tidak tahu macam mana mahu cerita air sebab saya telah berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri banyak kali membincang masalah air. Satu ketika kita tidak bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan dalam mengurus air Sabah dan Sarawak dan ada negeri-negeri yang lain tapi lambat laun mereka sudah masuk dan mereka akan dapat direct PAN dari Kerajaan Persekutuan. Sekarang ini Kerajaan Negeri Sabah, kita cuma mampu mendapatkan soft loan kita tidak boleh dapat direct PAN. Sebab itu kita ada dua pilihan sama ada mahu ikut dengan persekutuan punya air tetapi sudah macam berpuluh tahun kau ikut pun segan juga (ketawa) or kita cari mekanisma pendekatan terbaharu. Dan saya, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, saya kata mungkin tengok bandar-bandar besar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Kita kena buat Yang Berhormat, kalau tidak kita, saya kadang-kadang marah dengan rakan-rakan pergi luar negara cari investor. Apa investor datang, datang dua hari, balik. Where’s your power? No power. Where’s your water? No water. Tapi Menteri-menteri pergi luar negara cari pelabur datang. Pelabur apa? Apa yang mahu dilabur? Sebab itu saya kata SESB, Kerajaan Negeri kena ambil balik. Kita organize dia. Kita urus. Sebab kalau tidak diambil, bayangkan api elektrik di Sabah rugi ah. Tidak ada untung. Tidak pernah untung. Lebih sepuluh tahun. Tapi kita ambil, kita urus dengan baik. Mungkin Senallang ada pendapat yang baik.
Datuk Speaker, minta izin ya. Dan berhubung kait dengan SESB ni sebenarnya Kabinet Persekutuan sudah pun luluskan. Ya. Yang Berhormat Moyog. Dah pun luluskan supaya SESB diambil alih oleh Kerajaan Wilayah Sabah. Lepas itu, oleh kerana perundingan ada satu bilion subsidi yang terpaksa ditampung oleh wilayah Sabah, Kerajaan untuk melulus mengendalikannya. Tapi masalah dia, waktu itu saya maklumkan dengan Kerajaan pusat, staggered the payment dengan izin tak boleh terus bagi one bullet payment one billion. Itu tanggungan yang begitu besar. Saya berharap Yang Berhormat dapat mengambil maklum tentang perkara ini dan perbetulkan. Dan pastikan supaya SESB tu di bawah pentadbiran Wilayah Sabah, satu. Yang keduanya, saya bertanya juga kepada Yang Berhormat Menteri ni. Adakah benar, bahawa kita telah pun membeli bekalan elektrik daripada Sarawak?
Dengan kadar 28 sen. Yang ini, saya agak bimbang. Saya, waktu dahulu saya bincang dengan Sarawak. Less than that. Dan saya nyatakan, if its more than that, seperti apa yang dinyatakan Yang Berhormat ini not competitive. Pelabur datang bila dia nampak kadar dia. Ada satu Korean nak melabur di Sabah lepas itu oleh kerana satu bekalan air tidak cukup. Kedua, bekalan elektrik kadar dia terlampau tinggi. Dia pindah pergi Sarawak. And ini yang kita nakkan. Supaya jangan ada pergantungan Wilayah Sabah ini kepada Sarawak. Sudah cukup pengalaman kita. Petronas kita punya kekayaan pun Kuala Lumpur control. Masakan ini essential item, air, elektrik, we want our neighbouring Wilayah Sarawak to control us. Satu bekalan air, yang saya difahamkan keluar pula kenyataan kita akan beli air daripada Sarawak lagi. Pasal itu kita cadangkan, go for the dam. Kalau ada dam yang ada bukan hanya bekalan air kita dapat perolehi bahkan juga bekalan elektrik. Kadar dia 17 cent per kilo watt yang murah untuk kita boleh tawarkan kepada tempat kita ini. Jadi saya mahu tanya satu sama ada benar ataupun tidak 28 sen telah pun ditandatangan? Yang kedua, sama ada air lagi kita. Sudahlah minyak kita di control. Air pun kita kena control. Elektrik pun kita kena control. Macam mana kita punya negeri, wilayah ini. We are dependent as a society in the future.
Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Pertama, elektrik itu saya pun sebenarnya belum dimaklumkan oleh pihak SESB dan saya akan siasat dan saya akan lapor secara bertulis kepada Yang Berhormat. Berhubung dengan pembelian air, saya tidak ada maklumat langsung. Memang tidak ada lah.
Datuk.
Sebab kita akan usahakan. Bagaimana kita ini, air kita ...
Yang Berhormat Luyang biar Menteri menjawab dari Senallang dulu.
Ya. Boleh saya? Sedikit lagi Yang Berhormat ah. Dan Ahli Yang Berhormat dari
Kunak iaitu berkenaan dengan status pam loji air Kelumpang Dua yang dikatakan telah wujud dan sering mengalami kerosakan untuk adakah Yang Berhormat ini?
Sikit saja.
Sekejap. Saya kasih habis dulu ini ah. Untuk makluman Ahli Berhormat daripada Kunak iaitu pam yang uzur tersebut telah pun diganti dengan baharu pada 20 Ogos 2021 dan sedang beroperasi sepenuhnya dengan baik. Dan kelmarin Yang Berhormat ini, dia kata kalau Kinabatangan minum darah, dia minum, apa ini, jamu. Saya nasihatkan Yang Berhormat Kunak, minum jamu banyak-banyak supaya sihat dan boleh memperkhidmat kepada rakyat. Ya. Boleh ya.
Terima kasih, Datuk Menteri. Berkenaan apa yang dikata, dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senallang tadi berkenaan ini pembelian elektrik daripada Sarawak. Saya menerima jawapan daripada Datuk Menteri punya Kementerian. Ini, saya rasa perlu dijawab dalam Dewan yang mulia ini kerana kita beli di harga 28.5 sen per kilo watt per hour. Ini maksudnya, 15 tahun punya perjanjian kita kena membelanjakan RM1.1 bilion. Dan sedangkan Sarawak menawarkan harga at as lowest as five cents, 20 cents, ten cents. Kenapa Sabah kena beli dikadar 28.5 sen? Dan setiap tahun ianya akan dinaik, 1.5% sehingga tahun 2038. Kita punya tariff menaik sehingga 35.6 sen. Kalau tambah lagi kos semua logistic dan sebagainya, bagaimana kita nak tawarkan electrics, electricity tariff kita untuk consumer kita rakyat biasa Sabah.
So, saya rasa perjanjian ini mungkin ada masalah sikit. Saya minta Yang Berhormat Menteri mengkaji dan tengok macam mana kerana kita cuma beli 30 megawatt. 30 megawatt sahaja. Sedangkan kita kena pakai 15 tahun dan membelanjakan RM1.1 bilion dan tariff itu adalah amat mahal.
Tuan Speaker, saya minta penjelasan dari Menteri.
Yang Berhormat, saya sudah katakan tadi. Saya belum menerima maklumat secara terperinci. Jadi kalau saya jawab, nanti tidak betul, tidak, saya mislead the Dewan.
So, biar kita … saya tengok dulu teliti. Dan kalau pun, apa-apa berlaku penjualan kita Ini, elektrik kita ni di Sabah ini iaitu 41 sen kita jual. So, kalau ada pun lebih tapi kalau ada pembelian yang kita rasa tidak, apa ni, ada unsur-unsur penyelewengan kita akan, kita tidak akan bersetuju dengan unsur-unsur ini. Kalau ada tawaran murah, tiba-tiba dia beli dengan mahal, itu tidak betul. Tapi saya akan teliti dulu. Saya akan panggil pengurus SESB. Saya akan tanya macam mana pengurusan pembelian ini boleh berlaku. Ya, Yang Berhormat daripada mana ni?
Limbahau.
Ya.
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sebenarnya saya Ini hanya ingin bertanyalah. Baru-baru ini, di mana Sungai Papar mengenai airlah. Sungai Papar telah dicemari bau. Di mana Sungai Papar Ini, di mana di tepi-tepi sungai tu ada kebanyakan penternaklah. Penternak ayam dan juga penternak khinzir. Dan baru-baru ini Sungai Papar ni telah dicemari bau. Semua orang Papar telah pun mendapat air yang bau. Masuk ke tangki. Ah, tangki rumah kita terminum air bau ni. Saya sendiri dan kita tiada ... telah diminta diarah untuk membuang air di dalam tangki ni. Jadi itulah. Saya minta kalau boleh air penapisan yang ada di Papar ini kena fikir-fikirkanlah. Carilah alternatif untuk membantu orang-orang di Papar ni. Kita tahulah. Di Papar ni, sudah sering sudah sekian lama menghadapi orang bilang minum air yang kira kotor jugalah walaupun sudah ditapis. Orang-orang Papar ini kira-kira rasa beruntung jugalah. Sama ada dia vitamin atau racun pun tidak tahu. Tapi orang-orang Papar gemuk-gemuk jugalah minum air yang apa ini yang bau ini. Saya rasa penternak yang ada di tepi-tepi sungai ini kena difikirkanlah. Penternak khinzir, penternak ayam dan masuk ke dalam sungai. Kemudian air sungai tu dipam dan diminum oleh orang-orang Papar. Termasuk sayalah dan saya telah membuang air-air tangki ini yang bau ini. Jadi saya rasa macam terasa sedihlah apabila kita minum air ini. Macam rasa takut-takut minum air ini. Tetapi oleh kerana tidak ada lagi air lagi. Kita terpaksalah minum jugalah. Walaupun kita sihat-sihat minum air ni. Tetapi dia racun ataupun vitamin, kita tidak tahulah. Tapi inilah yang dihadapi orang Papar. Sudah sekian lama. Mungkin
mereka apa ini minum air yang walaupun ditapis tapi agak jijik sedikit ataupun ada rasa macam kotor sedikitlah. Sebab air yang masuk ke dalam sungai itu daripada kandang Khinzir, kandang ayam. Jadi saya mintalah daripada Yang Berhormat Menteri untuk dapat mengatasi perkara ini. Terima kasih.
Yang Berhormat daripada Limbahau. Saya sudah pun maklum perkara ini dan pihak jabatan saya telah turun dan kita telah mengeluarkan notis. Sebetulnya, banyak penternak-penternak seharusnya tidak dibenarkan menternak di tebing sungai. Tetapi saya tidak tahulah majlis perbandaran apa ni Majlis Daerah Papar ini. Yang Berhormat kena periksalah Majlis Daerah ini, dia buat kerjakah tidak. Mana boleh bagi lesen menternak di tebing sungai. Saya punya masalah, loji kita rosak. Proses, bau najis. Terpaksa berlabuh tak boleh di proses.
Sudah dibantah dari dulu lagi. Yang Berhormat Datuk Ghulam sendiri telah mengeluarkan belanja untuk ambil lawyer buat penternak ni. Tetapi masih juga diteruskan. Membesarkan lagi kawasan tu.
Jadi, mungkin kita minta pihak enforcement tutuplah ataupun suruh dia pindah sebab kalau tidak, berterusan bukan satu orang penternak ini, empat, lima group.
Ya memang.
Pencemaran dia jadi air sungai itu bau najis.
Bau bukan saja bau najis tetapi apabila masuk ke dalam tangki, kemudian Jabatan Air mungkin terlupa untuk ...
Yang Berhormat Limbahau …
Okey Yang Berhormat …
Tuan
Yang Berhormat Limbahau, Yang Berhormat Menteri mencadangkan supaya dibawa ke peringkat Majlis Daerah untuk memastikan penguatkuasaan tentang penternakan haiwan di tebing sungai barulah dia boleh kasih bersih itu sungai.
Datuk Speaker, ini sudah berlarutan bukan satu tahun, dua tahun, lebih kurang sepuluh tahun.
Okey, terima kasih Yang Berhormat.
Better late than never.
Datuk Speaker, dengan izin.. tadi setelah mendengar apa yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya tentang …
Datuk Speaker, saya memohon mencelah Yang Berhormat Menteri, boleh? Sekejap, saya memohon mencelah ...
sebentar … sebentar … sebentar … mencelah apa?
Saya ingin mencelah mengenai dengan bekalan elektrik sebentar tadi itu. Boleh Yang Berhormat Senallang? Sekejap, dalam satu minit.
Ini Pembantu Menteri ini ... hehe (ketawa)
Mohon maaf, saya tertarik mengenai masalah bekalan elektrik tadi sehingga menimbulkan kerugian. Memang benar bahawa kita dimaklumkan bahawa setiap tahun kita mengalami kerugian mengenai dengan bekalan elektrik dan apa yang kita tahu, satu daripada sebab mengapa rugi ialah disebabkan oleh sumber tenaga itu sendiri.
Selama ini kita menggunakan minyak diesel. Selain daripada kos operasi yang tinggi maka sumber tenaga ini menyebabkan kita rugi. Apa kata …
Datuk Speaker, Datuk Speaker standing order ini …
Apa kata saya ingin menarik perhatian sidang yang mulia ini …
Yang Berhormat …
Datuk Speaker, standing order ...
Yang Berhormat …
Se … sedikit saja ...
Biar Menteri Kerja Raya yang menjawabnya, dia sudah mengatakan dia akan jawab secara bertulis…
Okey, terima kasih.
So biar dia jawab.
Di pihak sini tidak boleh ...
Hendak boleh menjawab ...
So biarlah.
Ya biar dia standing order supaya dia clear.
Kita pihak kira Menteri dan Pembantu Menterilah. Kalau mahu timbulkan, duduk di sana di anu itu …
Hendak, saya ingin response sebenarnya apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Senallang tadi tu …
Tidak, you tidak boleh response.
Dia tidak yakin mungkin dengan (ketawa). Datuk Speaker, minta izin setelah mendengar apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, dia memerlukan maklumat lanjut tentang apa yang disebutkan oleh Luyang, tadi berhubung kait dengan perjanjian. Ini jawapan secara bertulis dari Kerajaan yang menyatakan terma utama perjanjian seperti berikut capacity import permulaan 30MW, tarif permulaan 28.05 sen, mula tugas ialah pada tahun 2023 tempoh perjanjian 15 tahun dan ini satu perkara yang telahpun ... saya tidak tahu mungkin menteri tidak dimaklumkan tentang perkara ini dan sepatutnya ini jawapan rasmi Kerajaan yang soalan 117, yang menjadi rekod kepada Dewan yang mulia ini dan perlu kita betulkan masakan SESB tidak maklumkan dengan menteri tentang perkara ini ataupun Kerajaan ah wilayah Sabah tentang perkara apa yang membabitkan kehidupan kita. I think we must put this on right errand. Kita cannot simply answer on written answer here. It’s a document. Dengan izin, recorded for the rest of our lives. Tapi ini saya berharap Yang Berhormat Menteri akan dapat …
Dokumen dari mana tu Yang Berhormat Senallang?
Ah?
Dari mana dokumen tu?
Ini jawapan daripada Kementerian Kerja Raya.
Negeri?
Ah Negeri ...
ini baru saja ini ... terima kasih Datuk Speaker.
Ya, saya maklum Yang Berhormat. Insya-Allah kita akan teliti dan akan kita maklumkan apabila sidang akan bersidang akan datang. Ah Tuan Speaker, bagi yang ah ...
Tuan Speaker, saya minta penjelasan.
Datuk Menteri Kerja Raya, saya ada satu permintaan. Apabila Yang Berhormat Datuk melawat Tawau mengenai water supply, masalah water supply di Tawau, saya mohon supaya semua wakil rakyat di Tawau termasuk wakil rakyat dari Kerajaan sana bersama Menteri supaya kita boleh bawa Menteri pergi tempat-tempat atau kawasan-kawasan mana … ah … rakyat Tawau betul-betul ada masalah dengan water supply bukan sekejap saja tapi bertahun-tahun. Jadi saya punya cadangan adalah di sini sementara kita dengar tadi Datuk Menteri bilang masalah adalah kewangan, kewangan, kewangan masalah. Okey then, instead of just waiting for kewangan to come can the JKR department buat alternative solution kepada rakyat Tawau supaya mereka tidak suffer begitu panjang. Sudah bertahun-tahun sudah. Thank you.
Terima kasih Api-Api tetapi Yang Berhormat ini juga wakil rakyat, Ahli Parlimen Tawau, hebat dia. DUN di Kota Kinabalu, Parlimen di Tawau. Itu baru hebat. Saya tidak boleh hehehe saya kena satu kawasan dia. Tertiary dua, hehe.
Datuk Menteri juga, Datuk Menteri juga kawasan Parlimen dan ADUN.
Api-api, kita akan apa ini ... sebetulnya saya mempunyai perancangan dan saya
telah meminta Pengarah Air untuk membuat kajian untuk kita menambah loji-loji air dan juga membina ORS iaitu kolam takungan. Apabila banjir pun, apabila kemarau pun, dalam tiga bulan boleh lagi membekalkan air. Masalah di Sabah mahu cerita susah, tidak cerita susah. Terlalu susah cerita air ini. Banyak betul tapi itu saya kata kalau saya balik-balik dengar bercerita tidak guna bagus move on.
Datuk Speaker …
So, saya akan rancang untuk membina …
Mahu mencelah ...
Sekejap ah another around mungkin thirteen to fourteen loji air dan lapan ORS, off river storage. Ini penting off river storage. Kita di Sabah ini cuma ada empat seluruh Sabah. Itu sebab kemarau tidak ada air, hujan lebat tidak ada air. Siapa tadi…
Okey Yang Berhormat Lumadan mahu tanya pasal apa air kah elektrik? Kalau elektrik tidak payah tanya kalau air boleh tanya …
Sekarang ini air bukan eletrik.
Elektrik tidak … tidak … tutup sudah.
Baru-baru ini …
Tuan Speaker, saya air ...
Baru-baru ini daerah Beaufort dilanda banjir yang besar pada bulan Mei yang baru dan seluruh Sabah mengetahui masalah air di daerah Beaufort. Jadi persoalannya di sini, kenapa water supply Labuan berapa tinggi air banjir pun berapa lama kemarau pun tiada masalah untuk menyalurkan air di Pulau Labuan. Jadi loji kita di Beaufort? Alhamdulillah Kerajaan
yang lepas telah menyalurkan peruntukan yang begitu besar untuk membina loji yang baharu dan semua loji yang dibina itu adalah atas cadangan daripada pemimpin-pemimpin kita sebelum ini dan juga dipersetujui oleh Pengarah Jabatan Air pada ketika itu untuk menyelesaikan masalah air di daerah Beaufort. Namun demikian tidak selesai masalah air di daerah Beaufort. Jadi kenapa Kampung Lawa Gadung itu yang sudah berusia lagi lebih 30 lebih tahun tidak ada masalah orang Labuan untuk menerima air setiap hari.
Okey. Faham Yang Berhormat …
Dan yang kedua, ah bila kita di Beaufort, datang kemarau bilang loji tiada sampai air, bila datang banjir air tidak boleh diproses kerana kekotoran sangat tinggi tapi kenapa Loji Lawa water supply Labuan tiada masalah.
Ia Yang Berhormat begini ah. Saya sudah study ini Sipitang, di Beaufort ini. Memang masalah sebab pertama sungai di Sipitang ini sudah tercemar. Dia hujan saja sikit, dia punya loji tenggelam, kemarau mahu ... dia tidak boleh menarik air. Itu yang dulu ada bertanya waktu hujan pun tidak ada air, kemarau pun tidak ada air. Ah ini yang berlaku di Sabah dan saya sekarang tengah mencari jalan bagaimana mencari penyelesaian semua bukan saja di sini, di Tawau pun ada Lahad Datu pun ada, di Sandakan pun ada. Ini perkara kita warisi bersama-sama. Jadi sabar-sabar, bagi saya masa semua. Kita akan selesai masalah ini. Kalau tidak ada duit kita cari duit.
Tuan Speaker, ahh… Menteri. Saya …
Yang Berhormat Elopura tanya air kah elertik?
Air.
Air, tanya. Elektrik, tiada.
Ya. Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih Datuk Menteri. Bila di Sandakan saya rasa Datuk Speaker, Datuk Menteri pun tahu di Taman Mutiara satu, di Taman Mutiara, Taman Mutiara memang sudah ganti paiplah sebab satu bulan pecah tiga kali, ini sudah selesai. Terima kasih Datuk Menteri. Tapi masalahnya kurang air di Sandakan selalu tiada air supply. Saya rasanya Datuk Menteri pun pernah pergi Segaliud punya ah … Raw Water Treatment Plant. Bila ini masalahnya kali-kali engineer yang jawab kita bilang pump rosak atau paip pecah, pump rosak dan paip pecah di kawasan situ. Jadi dari last year Datuk Sri Menteri pun pernah jawab soalan inilah. Sekarang sudah limpas satu tahun. Ada apa nak cara-cara … ada bajet atau yang ganti pump kah di kawasan di situ. Terima kasih.
Yang Berhormat, memang berlaku di mana-mana Yang Berhormat. Benda ini memang tidak dapat dielakkan sebab loji ini sudah berpuluh-puluh tahun. Jadi part dia apabila rosak bukan boleh dibeli di KK, bukan boleh beli Kuala Lumpur kena order daripada luar negara termasuk transhipment apa semua enam bulan baru sampai. Ah … ini isu yang kita hadapi dan saya untuk isu air ini kalau boleh mana-mana Yang Berhormat yang berkelapangan, saya akan jemput untuk kita buat apa ini talk, bicara macam mana kita mengatasi. Kita jemput untuk satu sesi mungkin saya organise dengan Pengarah Jabatan Air then we talk about water di kawasan masing-masing biar faham. Jadi tidak lagi banyak persoalan yang kita jawab di sini Yang Berhormat boleh cerita di kawasan masing-masing dan kita boleh terangkan kenapa air kita ini jadi begini. Boleh?
Datuk Menteri, sikit ja. Terima kasih Datuk ah … Datuk Speaker. Datuk Menteri, terima kasih. Saya ingin saya tanya penjelasan daripada Menteri sahaja, sebab apakah Pulau Gaya masih lagi belum menerima bekalan air bersih ini? Ini tiada soal kewangan dan sebagainya sebab itu sedangkan ah … kerja-kerja bekalan ah … berbekal ini bekalan air sudah di dilaksanakan dan sudah di buat semasa lagi pentadbiran Warisan jadi ah… itu meter air pun sudah dipasang, itu sistem prabayar pun sudah ditetapkan kerja-kerja sudah dibina. Tapi, sampai hari ini, pump pun sudah bermula jadi sampai sehari ini pun belum ada lagi air di Pulau Gaya. Itulah saya minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.
Pulau Gaya belum sambung kah air?
Belum. Belum, Datuk Menteri.
Saya sudah dimaklumkan sudah. Belum ya?
Belum. Belum.
Okay. Saya akan take note. Hehe … wah!
Er … Datuk Menteri boleh satu? Ah … boleh, Datuk Menteri?
Air? Elektrik?
Air, Datuk Speaker. Okey yang ini Datuk Menteri, ini bukan berkenaan sumber air itu lah tetapi lebih kepada tuntutan-tuntutan daripada pembekal-pembekal yang telah memberikan perkhidmatan dalam beberapa tahun terdekat ini termasuk kalau saya tidak silap tahun lalulah. Yang mana tuntutan mereka belum dibayar. Yang saya khuatiri Datuk Menteri, apabila berlaku kemarau pada masa mendatang ini tidak ada lagi pembekal yang sanggup menghantar ke Pulau Banggi dari tanah besar Kudat ataupun daripada loji ke kampung-kampung yang tidak mendapat bekalan air melalui paip. Jadi saya minta dan merayu kepada datuk menteri agar dapat diangkat isu ini ke kabinet ataupun ke pihak yang sepatutnya supaya perkara ini dapat diselesaikan segera. Terima kasih.
Okey. Mohon Banggi, kita akan tengok perkara ini secara serius bagaimana untuk menyelesaikannya. Ah … saya, Tuan Speaker, isu masih di Kunak ini. Saya kena jawab sebab, iaitu permohonan pemasangan paip Kampung Sri Bahagia dan beberapa kampung lain yang masih belum di buat penyambungan paip. Jabatan Air Negeri Sabah telah mengemukakan Program Penyambungan Sistem Bekalan Air di
Kampung Bahagia, Mostyn Lama dan sekitarnya dan dalam senarai RM12 rolling plan ketiga. Berkenaan dengan kekecewaan rakyat terhadap tangki simpanan air di Madai, Lormalong dan Kampung Getah seperti dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Status terkini pada masa ini penyelenggaraan dan pembaikan tangki sudah dimasukkan dalam pakej Non-Renew Water National. Pada masa sekarang kita meminta tangki Lormalong untuk membekal air ke kawasan Lormalong dan Ulu Madai.
Seterusnya, tekanan air ini dapat ditingkatkan lagi dengan siapnya pembaikan tangki Lormalong. Bagi Yang Berhormat Kemabong, berkenaan isu kajian kemungkinan keupayaan isi padu atau yield bagi menampung keperluan air terawat di Kemabong. Jika sumber air ini mencukupi maka Jabatan Air Negeri Sabah akan menjadikan Sungai Talikusan tersebut sebagai salah satu sumber bekalan air di Kemabong.
Bagi Yang Berhormat Lantikan, iaitu Dr. Aliakbar Gunsalan, Jabatan Air Negeri Sabah akan menyediakan perkhidmatan careline bagi maksud tersebut tetapi oleh kerana ia kurang berkesan maka saya sendiri akan mengarahkan Pengarah Air di Sabah untuk terus membuka careline di peringkat daerah masing-masing. Supaya maklumat gangguan dan sebagainya dapat disalurkan melalui DE air masing-masing. Mengenai isu air, tanah runtuh di Kampung Kopungit yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Liawan. Kerja-kerja baik pulih cerun telah dimulakan oleh kontaktor yang dilantik oleh Jabatan Kerja Raya melalui kecemasan dan tangki air berkapasiti lima juta liter sehari.
Itu pun telah dikosongkan supaya beban beratnya kepada cerun dapat dikurangkan dan tekanan bekalan air kepada para pengguna sekitar Sembulan, Tanjong Aru, Yang Berhormat Tanjong Aru dan sebagainya, Kota Kinabalu akan mengalami tekanan air yang rendah lagi. Inilah akibatnya. Menjawab kepada soalan Yang Berhormat daripada Moyog, ekoran daripada masalah banjir ini seluruh kawasan bandaraya Kota Kinabalu. Ini Yang Berhormat, Penampang dan Putatan telah mengalami ganguan bekalan air. Sama ada tekanan air rendah atau tiada bekalan air langsung. Tindakan serta merta Jabatan Air Negeri Sabah ialah mengarahkan lori tangki air kepada pengguna yang terkesan di beberapa kampung iaitu Sugud, Kampung Langkus, Kemulingan, Kampung Labak, PPR Seri Serigai, PPR Keramat dan beberapa lagi kawasan sekitar. Bekalan air ini terputus selama dua hari telah berjaya dipulihkan dan bekalan air mulai disalurkan melalui LRA Kasigui yang mula beroperasi 17 September 2021. Tetapi agihan
pemulihan bekalan air akan mengalami masa untuk stabil, iaitu dalam sekitar satu hingga tiga hari mengikut jarak kawasan liputan.
Di bawah Program Pembangunan Bekalan Air Luar Bandar D33 bagi tahun 2021, Jabatan Air Negeri Sabah telah diberi peruntukan sebanyak RM147.50 juta. Ini bagi memastikan 36 projek di bawah program penyelenggaraan serta jangka pendek keseluruhannya.
Tuan Speaker, bagi program bekalan air serta-merta dan Rancangan Bekalan Air Negeri Sabah di bawah peruntukan Pinjaman Muda Persekutuan P33, Jabatan Air Negeri diperuntukkan sebanyak RM94.6 juta tahun 2021 dan melaksanakan lapan buah projek. Manakala dua buah projek berimpak tinggi untuk Kota Kinabalu dan Sandakan, iaitu Projek Penambahbaik Kapasiti Loji Rawatan Air Kopogon, Kogopon dari 40 juta liter sehari kepada 80 juta liter sehari termasuk keseluruhan paip utama dan tangki simpanan Papar dan projek menaik taraf sistem agihan utama termasuk pembinaan tiga buah tangki simpanan utama di Sandakan dalam peringkat perancangan terakhir. Projek penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon 40 hingga 80 juta sehari termasuk saluran paip utama dan tangki simpanan Papar akan melalui value engineering. Manakala projek menaik taraf sistem agihan utama termasuk pembinaan tiga buah tangki simpanan utama di Sandakan akan melalui value assessment yang dijangka akan diadakan pada suku akhir 2021. Peringkat tender dan pelaksanaan dijangka akan dimulakan bila selesai BE dan DE dimuktamadkan.
Sekali lagi, saya ingin menjunjung kasih titah ucapan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah.
Datuk Speaker, boleh mencelah sikit?
Ya.
Terima kasih, alhamdulillah.. alhamdulillah projek bekalan air di kawasan Gum-Gum, iaitu empat buah kampung iaitu di DUN zon Dulit, Kampung Banting, Kampung Dandulit, Kampung Sungai Baruang dan Kuangku, Kampung Kuala Gum-Gum telah dilaksanakan. Persoalan di sini, bilakah
agaknya penduduk di empat buah kampung ini dapat disalurkan air bersih? Apa nama yang lebih kurang lebih 50 tahun tidak mendapat air bersih di kawasan empat buah kampung ini dan termasuk juga di kampung Rancangan Labuk di kawasan N50 Sungai Manila. Terima kasih.
Yang Berhormat, perkara ini perkara baru dan saya akan buat penelitian. Saya akan jawab Yang Berhormat secara bertulis perkara ini. Kita akan teliti sama ada kampung ini sudah ada paipkah atau pun belum ada. Kalau belum ada terpaksa kita memohon peruntukan baru untuk disalurkan ke kampung tersebut. Sekiranya ada, bermakna air perlu dibekalkan.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri di empat buah kampung ini termasuk Rancangan Lugud ini paip sudah ditanam.
Sudah ada?
Sudah ada paip, jadi kita minta disalurkan.
Okey.
... air bersih sebab sudah lama ...
Terima kasih.
...di kampung ini tiada air.
Tuan Speaker, sekali lagi saya menjunjung kasih titah ucapan Tuan Yang Utama Negeri Sabah atas Ucapan Kerajaan bersempena dengan Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua di Dewan Undangan Negeri Yang Ke-16. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh Ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri yang telah mengambil bahagian. Saya faham, Yang Berhormat juga perlu menyuarakan masalah-masalah di kawasan masing-masing. Ini selain daripada tanggungjawab kita selaku wakil rakyat, juga tanggungjawab kita sebagai bermasyarakat. Dan saya selaku menteri yang diberi tanggungjawab Insya-Allah saya akan terus berkomunikasi direct dengan Yang Berhormat dan kita akan boleh bincang perkara-perkara yang kita boleh selesaikan di kawasan masing-masing. Terima kasih kepada juga kepada seluruh yang telah menjayakan mesyuarat kita pada hari ini. Insya-Allah sehingga pada sidang yang akan datang, terima kasih. Tuan Speaker, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Ketua Menteri/Menteri Kewangan untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Silakan.
Datuk Speaker. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua maka kita dapat bersama-sama di Dewan yang mulia ini bagi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita untuk membangunkan negeri Sabah demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Pada kesempatan ini saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas pembentangan Ucapan Dasar Kerajaan sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keenam Belas pada 21 September yang lalu. Datuk Speaker, saya mengalu-alukan dan menghargai segala maklum balas, isu-isu dan permasalahan yang disentuh dan diutarakan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Sama ada semasa sesi perbahasan, mahu pun ketika mengajukan soalan-soalan tambahan. Semua perkara yang dibangkitkan itu akan kita ambil perhatian. Dan mana-mana isu yang perlu tindakan segera akan atas kepentingan rakyat akan diberi keutamaan untuk tindakan sewajarnya.
Sebelum saya menjawab dan menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan sepanjang persidangan ini, saya mohon untuk mengutarakan beberapa saranan untuk kita renungkan bersama, selaku pemimpin.
Pertama, saya mohon kepada semua Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini untuk mengambil peranan sebagai pemimpin ekonomi di kawasan masing-masing dan juga komuniti yang diwakili. Selaku pemimpin kawasan, Yang Berhormat merupakan dengan izin, the right person, the right place to make a call and change. Untuk menggalak dan berkerja bersama-sama rakyat di peringkat akar umbi untuk menggerakkan ekonomi setempat. Pendekatan terdahulu untuk menunggu program atau aktiviti ekonomi yang digerakkan oleh Kerajaan sudah tidak relevan lagi pada masa ini. Transformasi ekonomi setempat hendaklah diaktifkan oleh komuniti di bawah kawalan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat hendaklah berperanan selaku pembimbing dan penggerak untuk memajukan ekonomi kawasan masing-masing. Saranan ini bertujuan supaya rakyat di peringkat akar umbi dapat meningkatkan taraf ekonomi keluarga, komuniti dan kawasan masing-masing. Kerajaan dalam hal ini akan berperanan sebagai pemudah cara kepada kegiatan ekonomi yang dipelopori oleh rakyat setempat.
Sehubungan itu, saya bersama-sama dengan barisan kepimpinan Kerajaan mohon supaya Ahli-ahli Yang Berhormat termasuklah blok pembangkang untuk mengutarakan cadangan, perancangan dan pandangan kepada Kerajaan Negeri. Pihak Urus Setia “Sabah Maju Jaya” akan memperhalusi semua saranan bagi maksud pelaksanaan. Saranan ini juga adalah selaras dengan komitmen saya sendiri semasa pelancaran Pelan Pembangunan “Sabah Maju Jaya” pada bulan Mac 2021 yang lalu bahawa Pelan Pembangunan “Sabah Maju Jaya” adalah milik bersama untuk mensejahterakan rakyat negeri Sabah. Ahli-ahli Yang Berhormat adalah sebahagian Ahli “Sabah Maju Jaya”. Justeru, sama-samalah kita berganding usaha untuk kemajuan ekonomi rakyat Sabah.
Datuk Speaker, di dalam kesempatan ini juga Kerajaan Negeri akan memastikan pemimpin Badan-badan Berkanun Negeri dan Anak-anak Syarikat milik Kerajaan, agar menunaikan tanggungjawab dalam memakmurkan khazanah negeri Sabah. Tanggungjawab ini untuk menyumbang tanggungjawab. Untuk menyumbang kepada khazanah negeri bukan lagi satu pillihan akan tetapi merupakan satu tanggungan yang mesti ditunaikan kepada Kerajaan Negeri. Untuk itu, setiap agensi akan distrukturkan. Seterusnya menyusun semula organisasi dan pengurusan kewangan masing-masing bagi membolehkan sumbangan kewangan secara berterusan dapat dilaksanakan. Tindakan drastik akan diambil termasuklah menghentikan mana-mana
aktiviti ekonomi, pelaburan, program atau projek yang tidak menjana hasil.
Sebaliknya menjadi liabiliti kepada organisasi dan juga Kerajaan Negeri.
Tanggungjawab korporat sosial yang membebankan organisasi sehingga gagal untuk menunaikan tanggungjawab untuk menyumbang secara konsisten kepada khazanah negeri akan dikaji semula. Bedah siasat ke atas operasi organisasi anak syarikat join venture, aset yang tidak dimajukan dan seumpamanya akan dibuat dengan serta merta. Tuntutan pada masa kini ialah untuk menterjemah semua aset milik organisasi dapat menjanakan hasil dengan kadar segera. Datuk Speaker, izinkan saya menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan pada kali ini. Ahli Yang Berhormat dari Senallang, Kedamaian, Sindumin, Nabawan, Kunak, Telupid dan Moyog telah membangkitkan isu tentang Perjanjian Malaysia 1963. Ahli-ahli Yang Berhormat menekankan primustahaknya kita sebagai orang Sabah untuk terus menuntut, bersatu hati, bersepakat seia dan sekata dalam memperjuangkan hak-hak negeri Sabah dalam Persekutuan Malaysia sebagai mana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Perbezaan ideologi politik tidak semestinya menjadi jurang pemisah antara kita dalam memperjuangkan hak-hak negeri ini di peringkat Persekutuan. Kesatuan dan kesepakatan kita sangat penting agar kita sentiasa senada dan seirama dalam memperjuangkan hak-hak negeri dan rakyat demi kemajuan dan kesejahteraan semua. Suka saya menegaskan sekali lagi bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan terus mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak Sabah seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan malah hal yang sama telah saya sentuh sebelum ini termasuk semasa membentang Bajet 2021 pada tahun lalu.
Sementara itu, Kerajaan Negeri Sabah mempunyai pendirian bahawa hak sempadan Sabah adalah seperti termaktub di bawah NORTH BORNEO (Alternation of Boundaries Order In Counsel 1954) yang meliputi pelantar benua atau Continental shelf. Oleh itu, hak dan kepentingan negeri yang berkaitan dengan perkara ini akan terus diperjuangkan dan akan dibawa ke mesyuarat majlis khas Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia.
YAB Ketua Menteri, Datuk Speaker boleh saya tanya terima kasih. Yes betul, YAB Ketua Menteri bahawa isu itu, ya betul isu itu ada di Jawatankuasa MA63 sejak Kerajaan sebelum ini tetapi di Sabah bolehkah
kita membuat satu usul bersama untuk menolak Akta Wilayah Laut 2012 ini seperti mana Sarawak sudah buat dan juga Kelantan? Terima kasih.
Insya-Allah, ini satu cadangan yang saya rasa baik dan kita boleh melakukan ini dengan membuat satu usul nanti di dalam menyelesaikan masalah Perjanjian Malaysia 1963 ini. Kita akan usahakan Ahli Yang Berhormat daripada Moyog. Saya ingat inilah harapan rakyat kita dan juga kita semua di dalam Dewan yang mulia ini.
Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Sulaman boleh? Saya ingin merujuk kepada program 49 muka surat 20 Ucapan Dasar Kerajaan. Kerajaan Negeri beriltizam untuk terus memastikan sasaran anggaran hasil yang telah ditetapkan pada tahun ini dapat dicapai di samping akan terus memperjuangkan tuntutan hak hasil di bawah Perjanjian Malaysia MA63. Soalan saya adalah bolehkah Yang Amat Berhormat Sulaman memberi sedikit penjelasan mengenai apakah hak-hak hasil tersebut Yang Amat Berhormat maksudkan dalam ucapan ini? Dan apakah cara dan strategi tuntutan tersebut dibuat nanti dan berapakah unjuran jumlah tertunggak hasil-hasil tersebut? Terima Kasih.
Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada ahli daripada Tungku perkara ini memang menjadi keutamaan kepada pihak Kerajaan dan kita sedang meneliti perkara-perkara yang menjadi kepentingan kita bersama untuk kita terus memberitahu Kerajaan Persekutuan tentang hak-hak dan kepentingan negeri Sabah terutama bayar-bayaran yang meliputi semua yang kita tuntut. Kita ada satu senarai yang agak panjang di dalam penyediaan kita semasa saya sudah menghadiri dua kali mesyuarat majlis khas MA63 ini yang dipengerusi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi banyak perkara-perkara yang telah kita ajukan. Saya telah mengemukakan seingat lebih daripada hampir-hampir 20 isu-isu yang kita telah kemukakan secara bertulis di dalam masyuarat tersebut. Dan harapan kita ialah supaya isu-isu ataupun tuntutan yang menjadi hak kita selama ini dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Bolehkah yang …
Bolehkah Sulaman berkongsi sedikit apa agaknya respon Perdana Menteri pada masa itu.
Respon memang baik mereka tidak juga menolak yang apa kita utarakan tetapi memanglah di dalam mesyuarat itu mereka memerlukan mungkin masa dan juga kajian macam-macamlah alasan. Tapi Insya-Allah kita akan terus pertahankan. Silakan.
Terima kasih.
Datuk Speaker, minta izin Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bagi ruang untuk saya juga membangkitkan perkara ini daripada awal. Sebenarnya, saya ada maklumat yang terperinci mengenai dengan perjanjian 63 di bawah jawatankuasa bukan hanya dahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib sampai Tun Mahathir dan masa itu Pakatan Harapan dan kita telah perincikan sebenarnya. Selama 54 tahun, kita masih lagi mendengar apa yang disuarakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri positif, positif. Saya ingat, kita we cannot be just listening to the sweet cherry dengan izin dijanjikan oleh pihak Kuala Lumpur tentang apa yang kita mahu hak kita, bukan kita minta hak mereka. Ini hak kita yang menjadi warisan generasi cucu kita yang perlu kita perjuangkan dan saya bawa di jawatankuasa dipengerusikan oleh waktu itu Perdana Menteri tidak cukup daripada itu tiga leaders. Saya, Perdana Menteri dengan Ketua Menteri Sarawak bincangkan secara terperinci itu royalti minyak yang agak berat mereka pertimbangkan. Kita desak keadaan itu daripada 21 yang ada yang telahpun dipersetujui, 17 yang telah dipersetujui. Cuma saya nak tahu selama jauh manakah Kerajaan Persekutuan telah pun melaksanakan seperti apa yang telah kita setujukan Kerajaan dahulu.
Bidang kuasa Kehakiman Besar Sabah/Sarawak autonomi pentadbiran Mahkamah Sabah dan Sarawak.
Pengalaman Kehakiman Borneo di Mahkamah Rayuan bagi mendengar kes di fail di Borneo. Ini kalau kita lihat kuasa yang ada kepada TYT untuk melantik Persuruhjaya Kehakiman. Judiciary Commission di Sabah TYT mempunyai kuasa sedemikian atas nasihat Ketua Hakim Sabah dan Sarawak. Pelantikan dilakukan oleh Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman di Putrajaya. Hal ini penting kerana di antara kes yang
membabitkan berlaku ialah persoalan tanah. Ada hakim-hakim di Semenanjung mereka tidak faham, tidak arif dan kita hakim-hakim yang ada di Sabah Sarawak ini, arif tentang persoalan tanah. Dan sejauh manakah pihak Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan duty stamp bukan hanya pelantikan Persuruhjaya Kehakiman stamp duty yang dikenakan ke atas instrument pemindahan charge penyewaan tanah di bawah Ordinan Tanah Sarawak dan Sabah. Ini telah disetuju kerana disusuli apa yang kita telah sepakat yang kita tinggal ialah hanya empat sahaja. Royalti minyak, pembayaran dan tunai petroleum, mineral minyak di medan minyak, Akta Lautan Wilayah 2012, Akta 70/50, 7/50 hak negeri ke atas Pelantar Benua Continental Shelf? Dia tidak perlu pelaksanaan kajian mendalam 20%, tidak perlu kajian. Petronas must also realize this.
Kita kena desak supaya keadaan yang ada pada hari ini kepentingan rakyat kita, kepentingan Wilayah Sabah. Kita tidak boleh, itu yang saya kata perbezaan dia. Saya nak tanya contohnya, bila ada perundingan masa kita dahulu walaupun Sarawak bukan sebahagian daripada Kerajaan Pakatan Harapan. Saya desak, saya minta kepada Tun Mahathir include them as part and parcel walaupun dia bukan Kerajaan. Pasal itu kepentingan Sarawak sebahagian daripada kita include them, decide apa yang Sabah dapat, Sarawak dapat.
Saya nak bertanya dengan Yang Amat Berhormat, Sarawak baru-baru ini dapat lebihan EDA, distribution gas, tong gas yang ada. Mereka ada hak. Adakah Sabah juga mendapat seperti apa yang Sarawak dapat? Sedang kita tidak mempunyai pelantar (terbatuk) dengan izin, kita hanya ada Kimanis saja. Itu bukan downstream. Kita kena desak they must go for downstream. Kita tidak ada downstream. Pekerja-pekerja kita sebahagian besar daripada petugas yang ada bertugas di Petronas, bukan anak-anak Sabah.
Sarawak gunakan kaedah migration yang ada ... bukan kita halang tapi make sure that workers is also come from Sabah. Berapa jumlah gas yang dikeluarkan di bumi Sabah? Berapa jumlah minyak dikeluarkan di bumi Sabah yang kita tidak tahu?
They transfer along berbilion itu yang kita kena (kurang jelas) untuk memastikan dan saya minta kepada Yang Amat Berhormat empat perkara itu disusuli dan juga 17 yang telah dipersetujui lama mana mereka dah melaksanakannya. Terima kasih.
Datuk Speaker, sebenarnya memang apa-apa yang telah dipersetujui dahulu mengenai dengan tuntutan kita dalam Perjanjian 1963 itu Insyaa Allah akan dilaksanakan. Saya ada baca tuntutan dan yang dipersetujui oleh Sabah dan dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan. Itu Insyaa Allah akan dilaksanakan. Cuma saya ingin maklumkan ahli daripada Senallang, iaitu berhubung dengan hal-hal yang bersangkutan dengan Petroleum. Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri yang bertanggungjawab menyediakan syor dan cadangan atas kepentingan negeri untuk di bawa ke perhatian Petronas dan Kerajaan Persekutuan.
Jawatankuasa Teknikal berkenaan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Menteri Kewangan II dan dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Peguam Besar Negeri, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Penasihat Undang-undang kepada Ketua Menteri dan Datuk Seri Lim Hau Huang, iaitu mantan Pengerusi Shell Malaysia.
Perundingan Perjanjian Penyelesaian Komersial di antara Kerajaan Negeri Sabah dan Petronas akan dipimpin dan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan di bawah jawatankuasa bersama yang pengerusikan bersama oleh Yang Berhormat Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan Yang Berhomat Datuk Seri Dr. Ronald Kianlee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan bagi pihak Kerajaan Persekutuan.
Saya sendiri telah mengadakan perbincangan awal dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan Persekutuan, iaitu Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung isu yang disebutkan sebentar tadi oleh ahli daripada Senallang. Di samping itu, saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Teknikal, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Masidi Manjun juga telah mengadakan perundingan dengan pengerusi serta presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas pada 24 Ogos yang lalu. Respon yang diterima daripada pihak Petronas amat positif. Kita akan memastikan susulan dibuat di peringkat pegawai melalui Jawatankuasa Teknikal ini.
Secara khususnya, objektif Perjanjian Penyelesaian Komersial atau CSA adalah seperti berikut:-A) Pemberian kuasa yang lebih besar buat negeri Sabah untuk membuat keputusan mengenai pembangunan minyak dan gas di negeri Sabah; B) Negeri Sabah berhak untuk mendapat bahagian yang lebih besar daripada hasil minyak dan juga gas yang dihasilkan di dalam negeri; dan C) Negeri Sabah mempunyai peluang yang lebih besar melalui pencalonan Government Link Company (GLC) untuk menyertai dan melabur dalam aktiviti minyak dan gas sama ada huluan ataupun hiliran.
Kerajaan Negeri akan memastikan hak dan kepentingan negeri sentiasa ditegakkan dan dilindungi dan akan memberi manfaat besar kepada rakyat Sabah. Maknanya, bahawa apa yang disebut oleh ahli daripada Senallang, bawa pihak Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat apa yang sepatutnya negeri Sabah dapat terutama sekali dalam isu Petronas dan juga hak-hak kita yang lain. Saya bersetuju dan saya masih ingat lagi di dalam mesyuarat tersebut ada beberapa perkara yang belum lagi ditunaikan seperti yang telah dinyatakan oleh ahli daripada Senallang tadi. Insya-Allah kita akan cuba untuk memastikan hak-hak kita ini dapat ditunaikan ataupun dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
Datuk Speaker, saya minta izin ah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, pengalaman saya. Cuma saya nak share dengan Yang Berhormat. Saya ingat kita kena ada deadline dia. Kita tak boleh hanya berdasarkan dengan hanya kata-kata manis ataupun janji manis Jawatankuasa Teknikal Committee, pelbagai kajian laporan, we have to see the outcome. Rakyat di wilayah Sabah ini nak lihat apakah kesudahan berpuluh tahun, yang kita nakkan ini? Sama ada, contohnya PDA yang saya sebutkan, Sarawak sudah dapat. Downstream Sarawak sudah dapat. We don’t get it dengan izin. Ini yang kita nakkan. Pasal itu masa saya, saya tak tidak kisah waktu itu saya enforce 5% sales tax dan tiap-tiap kali Perdana Menteri datang ke Sabah saya suarakan secara umum, 20% royalti yang mereka janjikan. Dan ini yang kita nakkan supaya there must be a deadline.
Pasal contoh macam memorandum yang diletakkan baru-baru ini sign memorandum tapi bila datang kepada perkara ke enam, iaitu berhubung kait dengan MA63, tidak ada deadline dia.
We are setting up technical committee.
We are setting up jawatankuasa.
Jawatankausa daripada zaman Datuk Najib lagi sampai sekarang. Takkan asyik tubuh jawatankuasa? We want the outcome sama ada PDA itu, itu yang saya tanya dengan Yang Amat Berhormat. Sarawak sudah dapat PDA, distribution of gas. We cannot allowed other, other people to distribute. We must distribute. The gas come from Sabah. Gas ini datang dari bumi Sabah, diproses di Sarawak dan diedarkan di Sarawak yang kuasa mengedar Sarawak, di Sarawak tapi gas datang daripada kita. Takkan kita tidak ada kuasa untuk mengedar ini? Ini yang saya minta. Kalau Sarawak sudah dapat, takkan kita tidak boleh dapat? Itu di antara perkara-perkara yang saya harap. Contoh macam saya katakan dari segi special grant given since 74 tidak berubah. Bila saya jadi Kerajaan, waktu itu 50 juta kita bagi, dibagi. Saya desak, that is not the formula. Ada formula di situ, saya ingat dalam buku tu. Saya minta daripada Yang Amat Berhormat lihat daripada di situ. Ada di situ yang mengatakan Change Of The Formula. Walaupun saya terima duit 50 juta tapi kita katakan ini negeri tidak setuju dengan formula. You must revise. There’s more than that. Contoh macam pemberian khas sepatutnya Kerajaan Persekutuan bila saya anggarkan 50 bilion sepatutnya mereka berikan kepada negeri Sabah, sampai sekarang dan ini yang kita nak pastikan tuntutan ini kalaupun tidak dapat diberikan 50 billion, staggered the payment tapi langsung tidak ada. Teknikal Committee, jawatankuasa tertentu perlu kita lahirkan dan ini yang saya minta kepada Yang Amat Berhormat.
Mesyuarat akan datang, kalaupun ada letakkan syarat dasar di mana penentuan dia? Bila tarikh dia? 2023, 2025. Kita tidak boleh tunggu. Datuk Speaker hanya dijanjikan dengan kata manis Technical Committee Finding dan saya minta saya bid for satu projek di benua something di dekat dengan kita ini, Limbayu, Limbayu Dua saya ingat kalau tidak silap saya. Waktu itu kita punya oil company state bid for it and we were the first tender. Lepas itu Petronas tarik. Pasal apa? We were the one supposed to get it. Cuma kita dapat di Dunusia saja. Satu daripada projek yang mana Kerajaan Negeri menerusi outfit dia dapat untuk hasil kita. Dan ini yang kadang-kadang Petronas pun kena. Kita jangan hanya ... mereka bergantung dengan kita Yang Amat Berhormat bukan kita yang bergantung mereka. Terima kasih banyak.
Terima kasih, Ahli daripada Senallang. Kita akan ambil maklum cadangan-cadangan yang saya rasa cukup baik untuk kita ah ... memang berunding dengan pihak Kerajaan Persekutuan ataupun Petronas. Seperti yang saya nyatakan tadi, bahawa semua kita di dalam Dewan yang mulia ini selaku wakil rakyat dan juga rakyat kita mahu satu penyelesaian yang segera dapat dilakukan dalam isu-isu mengenai dengan Perjanjian MA63 ataupun dalam urusan-urusan yang berhubung kait dengan isu petroleum dan sebagainya ini. Insya-Allah kalau kita bersama-sama kita akan dapat lakukan dengan satu tekad yang cukup jelas dan tegas daripada negeri Sabah. Terima kasih.
Seterusnya, saya ingin menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat daripada Sindumin yang membangkitkan isu berkenaan dengan SFI. Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk menamatkan perjanjian lesen SFI bermula 1 September 2021 yang laluatas dasar kepentingan awam sekaligus bagi membebaskan kawasan konsesi tersebut daripada sebarang ikatan dengan receiver dan manager dan perjanjian jual beli yang tidak ada penyelesaian sehingga kini. Kawasan konsesi lesen tersebut adalah hak Sabah yang tidak boleh digadaikan dan kita mempunyai hak untuk menentukan penggunaan sumber hutan simpan tersebut dengan sebaiknya demi kepentingan umum khususnya para pekerja dan rakyat Sabah umumnya. Kerajaan Negeri kini sedang mengambil beberapa strategi dan tindakan untuk memulakan operasi huluan kawasan konsesi dan industri hiliran bagi kawasan tersebut. Strategi dan tindakan-tindakan tersebut akan dilaksanakan dengan segera agar sumber hutan dapat diurus, kilang-kilang dapat diaktifkan semula dan para pekerja SFI yang terjejas diberikan peluang pekerjaan semula sebaik mungkin.
Minta izin Datuk Speaker. SFI? Saya ingin bertanya dengan Yang Amat Berhormat tentang perkara ini di mana dibatalkan lesen daripada SFI. Saya dimaklumkan tidak tahu betulkah tidakkah. 200 ribu lebih ekar yang ada ataupun hektar yang ada dimiliki SFI telah pun di ... pembalakan di kawasan itu dan saya difahamkan kawasan ini kayu yang ada bukan hanya hiliran akan dilaksanakan bahkan juga eksport kayu ke luar negara akan dilaksanakan. Saya nak tahu sama ada ini benar atau pun tidak? Walhal, bila saya berbincang dengan beberapa pengendali syarikat-syarikat perabot yang ada di wilayah Sabah, mereka dahagakan bekalan kayu untuk mengeluarkan
perabot-perabot mereka to sustained untuk mengekalkan peluang pekerjaan untuk anak-anak kita di wilayah Sabah ini. Saya nak tahu sama ada benar ataupun tidak kayu yang ada, lepas itu kita delete batalkan dia SFI, lepas itu sepatutnya industri yang kita bina untuk pulpa apa ni pulpa kertas, tisu dan berbagai-bagai itu tidak akan berlaku dan hari ini. Kayu 200 ribu tanah itu akan kita tebang kayu dia dan di eksport luar negara. Tak tahu betul ka tidak?
Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada Ahli daripada Senallang. Mengenai dengan isu di SFI ini, Kerajaan belum membuat apa-apa keputusan ataupun tindakan untuk membenarkan eksport dan sebagainya. Menebang pun kita belum benarkan. Melantik kontraktor ataupun pelesen pun belum dilakukan. Cuma kita sudah tamatkan apa nama dia itu lesen membalak di SFI ini kerana kita rasa demi kepentingan umum dan sebagainya. Jadi soal apa nama dia itu? Eksport dan sebagainya belum lagi. Kita tidak ada ambil keputusan sedemikian. Datuk Speaker, Ahli Yang Berhormat dari Senallang juga, Kadamaian, Telupid dan Darau telah membangkitkan isu tanah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Senallang, pada tahun 2016 Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa permohonan tanah oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang berstatus tanah Kerajaan tidak akan diberikan tanah bergeran tetapi sebaliknya akan diwartakan di bawah Ordinan Tanah Sabah. Polisi ini masih kekal dan dilaksanakan sehingga kini. Walau bagaimanapun, tanah-tanah hasil daripada proses pengambilan tanah ke atas tanah-tanah bergeran untuk tujuan pembinaan bangunan pentadbiran dan operasi Jabatan Persekutuan masih lagi dikeluarkan geran. Ini adalah kerana kos pembayaran pampasan pengambilan tanah adalah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.
Berkaitan dengan pindah milikan kepada public listed company hak milik NT atau FR boleh ditukar kepada hak milik CL tertakluk kepada peruntukan di bawah Seksyen 75 Ordinan Tanah (Sabah Bab 68).Walau bagaimanapun, polisi semasa Kerajaan Negeri adalah memberikan kebenaran penukaran syarat hak milik NTPR FR kepada Syarat Hak Milik CL hanya untuk tujuan pembangunan seperti pembangunan perumahan, komersial, industri, pelancongan dan pembangunan lain. Berdasarkan rekod Jabatan Tanah dan Ukur tidak berlaku penukaran hak milik NT atau FR
bersyarat pertanian kepada hak milik CL bersyarat pertanian secara besar-besaran dan dipindah milik kepada public listed company. Walau bagaimanapun, public listed company boleh memegang kepentingan dalam hak milik NT atau FR melalui pajakan kecil iaitu sublist iaitu di bawah Seksyen 17 (5) Ordinan Tanah (Sabah Bab 68). Tempoh pajakan kecil sublist adalah tidak melebihi tempoh yang dibenarkan dalam Ordinan Tanah (Sabah Bab 68). Hak pemilikan hak milik NT atau FR masih kekal atas nama anak negeri yang berkenaan.
Sementara itu, pengukuran tanah Program Pantas di Kampung Kiau, Taburi di Kota Belud telah bermula pada 1 Oktober 2019 dan selesai pada 30 Jun 2020. Sebanyak 353 lot tanah kedudukan telah berjaya diukur dengan jumlah keluasan 231.658 hektar. Sebanyak 127 lot telah disediakan geran tanah dan diserahkan kepada pemohon-pemohon tanah yang terlibat. Manakala baki 226 lot lagi akan dapat disediakan graf, disediakan geran deraf sebelum akhir tahun 2021. Mengenai tanah perkuburan, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah mengambil langkah dengan memastikan tanah perkuburan dan tanah dan tapak-tapak kegunaan awam. Penyediaan geran Tanah Jabatan Tanah dan Ukur akan menyelesaikan penyediaan …
Datuk Speaker, saya minta izin.
Yang Berhormat, ada pertanyaan.
Saya minta izin Yang Amat Berhormat, tadi oleh kerana isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang pindah milik dan juga seperti apa yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat, iaitu dari segi Akta Tanah yang ada membolehkan supaya NT Native Title boleh convert into CL consultant development, NT boleh sublease. Bolehkah pihak Kerajaan Negeri mengkaji semula dasar ini kerana kita dapati bahawa di antara native title yang ada. Lepas itu, leased to a listed company bukan milik rakyat wilayah Sabah. It’s not owned by us but a vehicle which is a public listed company. Bolehkah buat kajian? Kadang-kadang saya dapati juga leased ini melibatkan sehingga 30 tahun, extended for another 30 tahun second phase.
Seakan-akan dia sudahpun menjadi native title yang ada. Walhal inilah sebahagian daripada khazanah tanah milik native title yang ada. Kalau sekiranya kita tidak mengkaji semula supaya keadaan ini tidak harus berlaku banyak sehingga bukan hanya syarikat ini didaftarkan di Malaysia sebagai listed company ada yang didaftarkan di luar negara Malaysia. Can you imagine the land, native title leased to a foreign listed company yang ada dan ini yang saya bimbang sangat Yang Amat Berhormat. Kalau boleh di ... saya cadangkan supaya buat kajian secara teliti untuk menidakkan supaya perkara ini berlarutan dan pemilikan tanah ini kalau kita tidak control purchasing power listed company is a lot they can buy size. Mungkin kalau kita tak kekang dia nanti masalah Sabah, tanah mungkin bukan milik kita. Kita tinggal tapi bukan kita punya. Terima kasih banyak.
Terima kasih Ahli daripada Senallang. Kita akan kaji cadangan ini kerana betul juga kalau dia boleh sublease sampai ratus-ratus tahun seolah-olah sama seperti tanah tersebut mereka beli. Jadi kita akan kaji perkara ini kita akan apa nama dia itu tengok kalau boleh kita lakukan yang terbaik untuk mengemaskinikan lagi Ordinan Tanah ini. Terima kasih.
YB Datuk Speaker, boleh minta laluan sedikit? Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih YB Ketua Menteri. Ada satunya dalam perkara 21 perkara itu, iaitu 21 perkara dalam Jawatankuasa MA63 di mana geran ataupun milik tanah segala pembangunan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan tidak ... I mean patut ditukarkan strateginya. Ada how to explain this adanya satu approach baru di mana satu cadangan untuk tidak memberi kepada Kerajaan Persekutuan geran milik tanah itu sebab geran pembangunan segala education kah, kesihatankah dan pelbagai dalam federal list ataupun consolidated list ini adalah tanggungjawab federal government.
So, bila mereka membangunkan sekolah, membangunkan klinik kesihatan ataupun hospital sepatutnya geran ini adalah strategi baru. Sepatutnya geran ini disimpan oleh Sabah ataupun satu badan di Sabah supaya kita tidak hilang tanah kepada Kerajaan Persekutuan. Bolehkah kita ... you know look more into this dan mencari penyelesaian yang terbaik untuk Sabah.
Saya ingat mengenai perkara ini, kita tidak boleh terlampau bimbanglah Yang Berhormat daripada Moyog. Kalau pun geran tanah untuk yang telah kita bagi untuk bangunan Persekutuan itu ianya adalah untuk kepentingan rakyat Sabah juga yang tidak akan apa nama dia itu boleh di bawah ke Kuala Lumpur tanah tersebut. Jadi jangan bimbanglah kerana ini lebih ...
Tapi pemilikan dia akan dimilik oleh mereka seperti macam Felda for instance. They no need to develop lagi Felda kalau diorang tidak sebab geran itu sudah dalam tangan mereka. That’s one examplelah.
That’s why …
... ataupun RTM bangunan RTM di dekat Karamunsing. What happen to it? Semua federal land sekarang.
Yang mana?
Yang bangunan RTM dahulu, dahulu dekat Karamunsing Complex, berdepan dengan Mahkamah baru itu. You remember ada RTM dahulu sana? What happened to those bangunan?
Seperti yang saya sebutkan tadi, bangunan-bangunan yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan ada yang kita telah beri geran kepada mereka kerana dalam syarat pembangunan dan kelulusan untuk mereka membina bangunan tersebut diperlukan satu title. Jadi itu yang berlaku tetapi lain-lain hal yang bukan berkenan bangunan dan sebagainya kita cuma wartakan. Jadi saya ingat contoh di RTM ada sebahagian tanah di sana yang dulu pernah digunakan oleh commission kita telah minta supaya kita ambil balik dan mereka bersetuju. Jadi saya ingat, itu yang kita lakukan yang mana yang boleh terbaik untuk negeri Sabah. Tetapi suka saya maklumkan di sini bahawa bangunan-bangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan
Persekutuan umpamanya bangunan sekolah, semua adalah untuk rakyat kita di Sabah, anak-anak kita.
Jadi saya ingat isu untuk memberi geran kepada Kerajaan Persekutuan ataupun Kementerian yang berkenaan tidaklah menjadi satu isu yang besar kerana mereka membina bangunan untuk keperluan anak-anak kita, untuk keperluan negeri Sabah begitu. Jadi tidak timbul bahawa kita bagi hak kita kepada Malaya ataupun Kuala Lumpur dengan sewenang-wenangnya. Jadi kita kena rasional jugalah dalam hal-hal seperti ini.
Terima kasih Yang Amat Berhormat. Saya setuju mungkin ada keperluan di mana projek tertentu untuk kepentingan rakyat di wilayah Sabah. Cuma kita kena teliti secara mendalam. Saya bagi contoh pangkalan tentera yang ada di Kota Belud Paradise Camp, jaga keselamatan tapi dia kem paradise bukan ada Abu Sayaff di situ. Bukan ada pencerobohan di situ. Di Tuaran ... kalau tidak silap saya, kita yang mark satu kawasan saya ingat 1000 Yang Amat Berhormat untuk sport complex federal punya. Tidak tahu jadikah tidak jadi. Itu yang sama ada itu betul ataupun tidak tapi ada di antara tanah-tanah yang kalau sebenarnya untuk kepentingan umumnya dan dia berkekalan dan dia ada justifikasi dia tidak apa. Tapi saya, saya juga akui ada beberapa negeri di tanah Semenanjung mereka tidak bagi geran tanah secara sewenang-wenangnya kepada Kerajaan Persekutuan kerana kuasa ini adalah bidang kuasa wilayah Sabah dan kita we have to very teliti.
Saya setuju pandangan untuk bagi sekolah that one is okey. Ya, cuma mungkin kadang-kadang mereka janjikan oleh kerana kita bagi tanah sekolah tapi sekolah tidak dibuat. Jadi tanah itu kita mahu balik pun, tidak dapat balik.
Okey, terima kasih Yang Amat Berhormat daripada Senallang. Kita ambil perhatian dan maklum cadangan-cadangan yang telah dikemukakanlah oleh setiap ahli kita di sini terutama sekali mengenai dengan isu-isu seumpama ini. Jadi saya teruskan. Mengenai tanah perkuburan Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah mengambil langkah dengan memastikan tanah perkuburan dan tapak kegunaan awam lain akan diperuntukan semasa menjalankan pengukuran untuk
tanah rizab perkampungan dan juga dalam perancangan pemberi milikan tanah secara terancang.
Pada masa yang sama Jabatan Tanah dan Ukur akan memberi keutamaan untuk memproses permohonan-permohonan tanah perkuburan yang didaftarkan di setiap pejabat tanah daerah. Pemimpin-pemimpin masyarakat juga disarankan untuk mengenal pasti tapak perkuburan yang telah wujud tetapi belum diwartakan. Pada masa sama, mengenal pasti kawasan cadangan tapak perkuburan baharu untuk di kemukakan ke pejabat tanah daerah untuk di pertimbangkan. Pengukuran tanah di bawah Program Khas Pengukuran Tanah Anak Negeri Pantas di Telupid oleh Jabatan Tanah dan Ukur telah selesai dan sebanyak 1,020 lot dengan jumlah keluasan 1,345 hektar telah berjaya diukur. Sehingga kini jumlah 700 lot telah disediakan geran tanah manakala baki sebanyak 320 lot tanah adalah masih dalam peringkat penyediaan geran.
Jabatan Tanah dan Ukur akan menyelesaikan penyediaan geran tanah untuk baki 320 lot tanah adalah masih dalam peringkat penyediaan geran. Jabatan Tanah dan Ukur akan menyelesaikan penyediaan geran tanah untuk baki 320 lot pada suku pertama tahun 2022.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Darau, permohonan tanah perkampungan di Kampung Rampaian Menggatal masih dalam peringkat pemprosesan …
Tuan Speaker, boleh saya mencelah sedikit, boleh saya mencelah sedikit ...
Ya.
Ah, berkaitan dengan, apa ni, pengukuran pantas tadi tu kan. Okey, saya mempunyai pengalaman berkenaan dengan kerja-kerja pengukuran menggunakan sistem pantas ini. Apa yang saya dapati bahawa yang banyak kawasan yang memerlukan perkhidmatan sistem ini tapi masalah dia Yang Amat Berhormat Sulaman, kakitangan kita yang terlibat dalam proses pengukuran ini terlalu kurang. Kadang-kadang ... macam baru-baru ini, pengalaman saya, ukur di Tungku, belum selesai ukur di Tungku kena bawa pergi ke mana, sama
ada di Tongod ataupun Pitas. So, diorang bagitahu diorang tidak cukup staf. Kena bawa staf yang ada di Lahad Datu tu pergi ke situ pula untuk buat kerja dan benda ni akhirnya menyebabkan ada kawasan-kawasan yang sudah sepatutnya selesai pengukuran itu tetapi tergendala. Jadi kalau boleh, saya boleh mencadangkan Yang Amat Berhormat Sulaman, look into this matter, tambahkan kakitangan kita dan cari cara penyelesaian supaya pengukuran tanah ini cepat dan ini adalah antara bakti kita kepada masyarakat yang akan diorang ingat sampai bila-bila. Terima kasih.
Terima kasih Ahli daripada Tungku, nanti saya bawa perkara ini kepada pihak Jabatan Tanah dan Ukur. Saya teruskan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Darau, permohonan tanah perkampungan di kampung Rampaian, Menggatal, masih dalam peringkat pemprosesan. Jabatan Tanah dan Ukur melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah Kota Kinabalu akan membentangkan permohonan tanah ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah, Daerah Kota Kinabalu pada bulan Oktober tahun ini. Iaitu bulan depan.
Berkaitan dengan cadangan pembubaran Hutan Simpan Wariu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kadamaian, Hutan Simpan Sungai Wariu Kelas satu telah diwartakan pada 8 Disember 2016 melalui nombor warta GN13-3-2016 dengan keluasan 247 hektar.
Kerajaan Negeri telahpun memutuskan untuk tidak membubarkan kawasan hutan simpan ini dan perlu dikekalkan sebagai kawasan totally protected area untuk pemeliharaan alam sekitar sumber dan punca air, cuaca, serta kesejahteraan komuniti setempat.
Datuk Speaker, Kerajaan Negeri menyambut baik dan akan meneliti saranan Ahli Yang Berhormat daripada Liawan, Moyog dan Ahli Yang Berhormat Dilantik, iaitu Yang Berhormat Dr. Ali Akhbar bin Gulasan agar Kerajaan Negeri menjalankan kajian menyeluruh tentang pembangunan yang dilaksanakan di kawasan tanah tinggi ataupun berbukit. Kajian tersebut telah merangkumi antara lain geotechnical report dan Environmental Impact Assessment yang merupakan antara syarat utama kelulusan Pelan Pembangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Ahli Yang Berhormat daripada Merotai, meminta supaya Kerajaan menanggung kos pengkebumian yang ditanggung oleh keluarga mangsa COVID-19. Kerajaan
Persekutuan melalui NADMA memperuntukkan berjumlah RM5,000 untuk waris mangsa COVID-19. Crisis preparedness and response Centre (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia Sabah bertanggungjawab merekod maklumat waris mangsa COVID-19 dan mengemukakan kepada CPRC pusat sebelum ke Agensi Pengurusan Bencana Alam Negara (NADMA) untuk memproses cek pembayaran kepada waris. Penyampaian bantuan kepada waris mangsa COVID-19 akan dibuat oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam setelah menerima bantuan tersebut dalam bentuk cek daripada NADMA.
Datuk Speaker, gagasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan keluarga Malaysia merupakan satu kekuatan bagi kita di negeri Sabah. Dalam hal ini, saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk terus mempamerkan nilai keluarga Malaysia yang kita amalkan sejak dahulu lagi. Marilah kita sama-sama jayakan gagasan ini dan jadikan amalan kekeluargaan di negeri Sabah sebagai ikutan kepada negeri lain di Malaysia.
Nilai kekeluargaan di negeri Sabah tidak dibatasi oleh RAS, Politik, Agama dan Etnik. Pada kesempatan ini, saya memohon kepada semua Ahli Yang Berhormat, untuk bersatu padu dan memberikan tenaga untuk memajukan dan mensejahterakan seluruh rakyat di negeri ini. Kita ketepikan fahaman politik dan less politicking, kita tumpukan kepada usaha untuk membangunkan negeri Sabah dan mensejahterakan rakyat.
Rakyat Sabah sudah jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang berbanding dengan rakyat Malaysia di semenanjung. Siapa lagi yang boleh memajukan orang kita, kalau bukan pemimpin dari kalangan kita sendiri di bumi bertuah ini. Sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas pelbagai cadangan membina temasuk menangani COVID-19, pandemik COVID-19 di Sabah.
Sebagai komitmen bersama atas semangat keluarga Malaysia, sukacita saya mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri bersetuju menyalur bantuan One Off Sentuhan Kasih untuk ke semua 73 kawasan DUN dengan peruntukan sebanyak RM7.3 juta. Saya berharap peruntukan ini akan dapat membantu semua wakil rakyat dan pemimpin setempat untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan. Ini
merupakan tambahan kepada pelbagai jenis bantuan sedia ada yang telah dan sedang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Kita berdoa semoga situasi getir yang kita hadapi ini akan cepat berakhir agar dapat mempermudahkan kita semua untuk memulihkan kehidupan yang terjejas dan kembali kepada persekitaran kehidupan yang normal seperti sebelum ini. Saya penuh yakin, kita mampu mengetepikan apa juga perbezaan atas matlamat yang sama untuk terus membangunkan dan memakmurkan negeri yang tercinta ini. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah dihadapan Dewan ini ialah: Usul yang telah dicadangkan pada 22 September 2021 iaitu: “Bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, pada hari selasa bersamaan 21 september 2021 itu hendaklah dipersetujukan.”
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan “BERSETUJU”. Yang Tidak bersetuju katakan “TIDAK”.
Lebih suara bersetuju.
Usul dipersetujukan.
Menangguhkan Dewan
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keenam Belas, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian sesi soal jawab perbahasan dan juga penggulungan.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Kerajaan yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam persidangan kali ini, termasuk warga Dewan Undangan Negeri serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan perjalanan persidangan kali ini dapat dikendalikan dengan lancar.
Saya juga ingin mengulang lagi sekali bahawa mana-mana Ahli Yang Berhormat yang tidak dapat berbahas pada sidang ini akan dipastikan berbahas untuk sesi Bajet di peringkat yang awal dan saya mungkin mencadangkan juga agar perbahasan, tempoh perbahasan, masa untuk berbahas setiap Ahli Yang Berhormat akan diberi lebih daripada yang sekarang ini tertakluk kepada keadaan pandemik yang masih melanda di negeri kita ini.
Dengan itu, sukacita saya menangguhkan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Yang Ke-16 ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak. (Gavel diketuk 3 kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 4.10 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.”
SDN23092021/bnm