Sabah · 22 September 2021

16th Assembly, 2nd session, 1st meeting · 259 turns · 32,711 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Permashyuran Dari Tuan Speaker

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka memberitahu Dewan ini, iaitu Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memperkenankan enakmen-enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dalam Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keenam Belas yang lalu seperti berikut: - 1.

Enakmen Perbekalan 2021/2022; dan 2.

Enakmen Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) 2020.

Saya juga telah menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kedua dan Persidangan Dewan Undangan kali ini daripada Yang Berhormat seperti berikut: - 1.

Yang Berhormat ADUN Lamaq (untuk istiadat pembukaan sahaja); 2.

Yang Berhormat ADUN Sugud; 3.

Yang Berhormat ADUN Bengkoka; 4.

Yang Berhormat ADUN Segamat; dan 5.

Yang Berhormat ADUN Kuamut.

Tidak dapat hadir untuk sesi ini atas masalah kesihatan dan juga kuarantin kendiri dan permohonan-permohonan tersebut telah mendapat kelulusan daripada saya. Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Peraturan Tetap 17(1) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah. Maka di sini saya ingin memaklumkan bahawa Perintah Cukai Jualan Negeri, Kadar Cukai 2021 seperti yang tersenarai dalam risalah mesyuarat dibentangkan mengikut perundangan pada persidangan kali ini.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan oleh Yang Dipertuan Agong pada 20 Ogos 2021 yang lalu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah pada: 1.

Yang Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Siti Rukaiyah binti Panglima Abdullah dan seluruh ahli keluarga atas kembalinya ke rahmahtulah suami yang dikasihi Mantan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Almarhum Tun Sakaran Dandai pada 30 Ogos 2021 bersamaan 21 Maharam yang lepas.

2.

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman Mantan Ketua Menteri dan seluruh ahli keluarga atas kembalinya kerahmahtulah anakda yang dikasihi Almarhum Mohammad Hayssam Tan Sri Musa pada 24 Ogos 2021. 3.

Yang Berbahagia Datin Seri Panglima Hajah Normila binti Siong dan seluruh ahli keluarga atas kembalinya kerahmahtulah suami yang dikasihi Almarhum Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin pada 29 Ogos 2021.

4.

Yang Berhormat Datuk Abidin Madingkir, Adun Panginatan dan semua ahli keluarga atas pemergian ayahanda yang dikasihi Mendiang Sarjan Bersara Madingkir bin Philip pada 16 Ogos 2021.

5.

Yang Berhormat ADUN Sulabayan dan seluruh keluarga atas kembalinya kerahmatulah isteri yang dikasihi Almarhum Datin Hajah Rohayah binti Haji Mansur pada 23 Jun 2021.

6.

Yang Berhormat ADUN Kunak dan seluruh keluarga atas kembali kerahmahtulah ayahanda yang dikasihi Almarhum Tuan Haji Arif Datuk Seri Panglima Salim Bacok pada 24 Jun 2021.

7.

Yang Berbahagia Datin Immaculata Raymond dan semua ahli keluarga atas pemergian suami yang dikasihi mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Mendiang Datuk James Andrew Vitalis pada 15 Mac 2021. 8.

Yang Berbahagia Tuan Haji Affendi Mohammad Sunoh dan seluruh ahli keluarga atas kembali kerahmatulah ayahanda yang dikasihi mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Almarhum Tan Sri Datuk Mohammad Sunoh Mansoh pada 23 April 2021.

9.

Yang Berbahagia Datin Seri Amnani Azie Tan Sin Abdullah dan seluruh keluarga atas kembali kerahmatulah suami yang dikasihi mantan Adun Kunak Almarhum Datuk Nilwan Kabang pada 19 September 2021.

Marilah kita sama-sama bersedekahkan surah al-Fatihah kepada mereka ini dan kepada bukan islam kita bertafakur selama seminit (al-Fatihah). Amin. Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak Dewan Undangan Negeri Sabah telah mengambil langkah-langkah pencegahan dalam usaha memastikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah yang Keenam Belas ini dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat seperti mana yang telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan Persidangan Dewan Undangan ini telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh yang demikian, saya menasihati Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mematuhi SOP ini dan digalakkan untuk sentiasa memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam Dewan dan juga kawasan bangunan Dewan. Dan saya ingin mengingatkan pada semua Ahli-ahli Yang Berhormat agar tidak membuka atau menanggalkan pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di dalam Dewan.

Ahli-ahli Yang Berhormat juga dinasihatkan untuk menarik penghadang lut sinar yang dipasang semasa duduk di dalam Dewan bagi memastikan terdapat jarak pemisah antara Ahli-ahli Yang Berhormat dan tidak ada kontak rapat antara Ahli-ahli Yang Berhormat. Penghadang lut sinar ini perlu ditolak dan ditarik semasa keluar

masuk sebab keadaan tempat duduk kita adalah terlalu sempit untuk dibiarkan terus sebesar-besarnya.

Ahli-shli Yang Berhormat, di sini saya ingin membuat ketetapan bahawa selaras dengan aturan mesyuarat pada persidangan kali ini, iaitu sesi perbahasan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat keatas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada hari selasa kelmarin akan diteruskan hanya sehingga jam 3.30 petang ini. Ini adalah mengikut atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia. Oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat telahpun mengemukakan senarai pembahas-pembahas dan senarai pembahas ini telah dibahagikan masa yang secukupnya untuk berucap dan kalau semua pembahas, Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas mengikut masa yang ditetapkan tanpa banyak mencelah, tanpa banyak minta penjelasan, semua akan dapat bercakap mengikut sebelum 3.30. Tetapi kalau terlalu banyak mencelah terlalu banyak minta penjelasan memakan masa yang telah diberikan mungkin ada yang tidak sempat berucap. Jadi tepatilah masa yang telah ditetapkan dan kalau ada yang tidak dapat berucap pada kali ini Insya-Allah untuk sesi bajet akan datang nama-nama mereka akan disenaraikan sebagai pembahas awal untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk berucap di Dewan yang mulia ini.

Dengan itu, saya juga meminta Yang Berhormat Menteri memastikan Kementerian masing-masing dapat mengambil nota agar semua pertanyaan lisan yang tidak sempat dijawab dan jawapan-jawapan bertulis ke atas isu yang telah dibangkitkan dalam sesi perbahasan ini dapat diberi penjelasan secara bertulis. Setiausaha sila teruskan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Tuan Speaker, salam sejahtera, semoga sihat semua Ahli Dewan yang mulia ini. Soalan saya No.1, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, saya belum jemput Yang Berhormat untuk mengemukakan (ketawa). Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pemulihan Ekonomi Dan Sosial Berikutan Kesan Wabak Covid-19 Di SabahQuestions

Speaker

*1. YB. Tuan Calvin Chong Ket Kiun [Elopura] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah langkah dan tindakan Kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan sosial Sabah sepenuhnya berikutan kesan wabak COVID-19. Jawapan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri/Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan nombor 27, 28 dan 30 memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Elopura, Kadamaian, Usukan dan Luyang serta Dewan yang mulia ini, pandemik COVID-19 sememangnya telah memberi kesan negatif kepada sektor ekonomi dan sosial. Bukan saja di negeri ini malah di negara kita dan seluruh dunia. Pada ketika kita masih berhadapan dengan pandemik yang belum menampakkan penghujungnya, Kerajaan Negeri menyedari tentang perlunya keseimbangan di antara kesihatan rakyat dan keperluan ekonomi.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pelbagai strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk memulihkan ekonomi dan sosial negeri yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Datuk Speaker, Kerajaan Negeri telah melancarkan hala tuju Sabah Maju Jaya pada bulan Mac 2021, di mana konsep dan prinsipnya telah saya bentangkan di dalam Dewan yang mulia ini pada bulan Disember 2020. Hala tuju Sabah Maju Jaya berpaksikan tiga teras utama, iaitu sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan sebagai pelan holistik yang memfokuskan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi. Teras kedua, modal insan dan kesejahteraan rakyat, manakala jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau sebagai teras ketiga. Di samping itu, ia didukung oleh lima pemboleh daya, iaitu kemampanan fizikal, kemudahan kewangan, keberkesanan dan kecekapan penyampaian. Kecemerlangan tadbir urus yang berintegriti serta Kerajaan digital berteraskan teknologi dan inovasi. Usaha-usaha pemulihan ekonomi negeri akan dijalankan mengikut pelaksanaan fasa pertama hala tuju Sabah Maju Jaya meliputi sejumlah 573 inisiatif. Sebanyak 145 daripadanya adalah inisiatif-inisiatif yang memfokuskan kepada pertumbuhan sektor ekonomi utama iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan ke semua 145 inisiatif ini dirangka selaras dengan fungsi teras setiap Kementerian, Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Inisiatif-inisiatif ini berupaya mewujudkan kesan positif kepada pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negeri. Meningkatkan kemudahan infrastruktur dan sumber daya sedia ada, menggalakkan pelaburan, menyediakan peluang-peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada penduduk Sabah. Impak ini pastinya akan mewujudkan tindak balas rantaian positif terhadap ekonomi negeri, bertepatan dengan usaha yang sedang digerakkan oleh Kerajaan Negeri untuk memulih kembali asas ekonomi Negeri yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 di Negeri ini.

Datuk speaker, kesan awal daripada pelaksanaan Hala tuju Sabah Maju Jaya dapat dilihat melalui kejayaannya untuk menyakinkan para pelabur bagi tiga sektor. Fokus utama pertumbuhan ekonomi Negeri. Pada 22 Mac 2021, sektor pertanian telah membuka langkah pemulihan di mana Kerajaan Negeri telah menandatangani memorandom persefahaman dengan sebuah syarikat pengeluar utama produk-produk berasaskan kelapa untuk membangunkan projek penanaman kelapa berhasil tinggi dengan nilai pelaburan RM420 juta dan kilang pemprosesan kelapa di Pitas dengan nilai pelaburan RM200 juta.

Inisiatif ini akan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 3,250. Tumpuan juga akan turut diberikan kepada usaha untuk meningkatkan sumbangan subsektor tanaman, perikanan, ternakan dan pengeluaran produk pertanian khususnya produk berpremium tinggi dan komersial untuk menjamin bekalan makanan mencukupi dan mengembangkan pasaran eksport. Bagi sektor perindustrian, Kerajaan Negeri akan terus menggalakkan industri berorientasikan eksport dan penggantian import sebagai salah satu langkah memulih dan melonjakkan pertumbuhan sektor tersebut. Selain itu, Kerajaan Negeri akan menyediakan pakej insentif pelaburan khas dan memastikan kos pelaburan di negeri ini kompetetif bagi menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi. Sukacita saya memaklumkan bahawa di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Sabah Maju Jaya 1.0, Kerajaan Negeri telah berjaya menarik beberapa pelaburan dalam sektor pembuatan. Satu daripadanya adalah pelaburan baharu bernilai RM4.2 billion untuk membangunkan industri pembuatan kerajang tembaga atau copper foil di Negeri Sabah. Kilang ini akan dibina di tanah seluas 400 ekar di Taman Perindustrian Kota Kinabalu dan beroperasi pada tahun 2023 yang mewujudkan 400 peluang pekerjaan.

Perjanjian dengan syarikat berkenaan telah pun dimeterai pada 26 haribulan Julai yang lalu. Manakala bagi sektor pelancongan, pembangunan projek Lok Kawi. Pembangunan projek Lok Kawi Resort City dengan nilai pelaburan berjumlah RM7 bilion akan mewujudkan lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan apabila pembangunan projek ini siap sepenuhnya. Kerajaan menyedari bahawa industri pelancongan mempunyai rantaian dan impak langsung tehadap pemborong, peruncit dan pembekal makanan, rangkaian hotel sehinggalah petani dan nelayan manakala di pihak Kerajaan pula dari segi cukainya. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan melaksanakan promosi pelancongan yang lebih agresif menyelenggara produk dan destinasi pelancongan sedia ada, memperkasa infrastruktur dan kemudahan asas pelancongan serta meneroka tarikan dan peluang baharu khususnya kepada pelancong domestik memandangkan ketika ini, penerbangan antarabangsa agak terhad.

Selain itu, bagi memulih dan membangunkan ekonomi secara inklusif, pemetaan nod pertumbuhan utama telah dikenalpasti. Kawasan sempadan yang strategik dan mempunyai potensi juga diliputi dalam Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya melalui pembangunan bandar sempadan Serudung-Simanggaris. Pembangunan ini mengambil kira potensi ekonomi yang akan diwujudkan berikutan pemindahan ibu negara Republik Indonesia ke Kalimantan.

Datuk Speaker, perbelanjaan isi rumah merupakan menyumbang kepada penjanaan ekonomi rakyat dalam jangka masa pendek. Setiap perbelanjaan isi rumah akan melibatkan transaksi jual beli di sepanjang rantaian bekalan essential goods and services dan keaktifan transaksi ini, akan menjana pendapatan kepada peniaga-peniaga dalam rantaian bekalan. Oleh itu, sebagai langkah pemulihan ekonomi jangka masa pendek, Kerajaan Negeri telah melancarkan beberapa pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri Sabah bagi meringankan kesukaran yang dihadapi sekaligus meningkatkan kuasa membeli dan setakat ini Kerajaan Negeri telah membelanjakan pakej bantuan berjumlah RM1.25 bilion sejak pandemik COVID-19 melanda negeri ini termasuk RM324 juta pada tahun 2021.

Pada masa sama, inisiatif ini sudah tentu akan dapat meningkatkan kitaran wang dalam ekonomi negeri bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat Sabah dan perniagaan yang dijalankan di negeri ini dalam tempoh masa yang mencabar ini. Dalam aspek pemulihan kesihatan, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan

peruntukan sebanyak RM256.9 juta kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk pengurusan berkaitan COVID-19 di Sabah sejak pandemik COVID-19 melanda negeri ini manakala di pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebanyak RM110 juta.

Datuk Speaker, Kerajaan Negeri merakamkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang melaksanakan pelbagai inisiatif pemulihan ekonomi yang turut melibatkan negeri Sabah. Kerajaan Persekutuan telah memperkenal dan melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan juga pelbagai pakej rangsangan lain seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Strategi Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan Pemulihan Ekonomi pemulih yang bertujuan untuk memulihkan sektor-sektor ekonomi dan sosial di negara ini yang terjejas termasuk di negeri Sabah. Suka saya maklumkan bahawa pada tahun ini sahaja seramai 283,745 pekerja telah mendapat manfaat melalui program subsidi upah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM975 juta. Rakyat negeri ni turut menerima bantuan tunai langsung melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) iaitu seramai 782,000 penerima melibatkan perbelanjaan sebanyak RM628 juta bagi meringankan kos sara hidup dan pemulihan ekonomi. Semua lapisan masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 manakala Bantuan Khas COVID-19 sedang dalam proses pengagihan ketika ini. Bagi mempercepatkan pemulihan melalui pembukaan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial, Kerajaan Negeri telah dan sedang memperhebatkan perlaksanaan program vaksinasi di kalangan penduduk di negeri ini untuk mencapai imuniti kelompok sebelum akhir Oktober ataupun awal bulan November nanti.

Untuk mencapai hasrat tersebut, Kerajaan Negeri telah membuka lebih banyak pusat pemberian vaksin, mempergiatkan pelaksanaan Program Bergerak (CITF) daerah ke kawasan luar bandar, pemberian vaksin secara walk-in serta kerjasama sektor awam dan swasta. Pencapaian imuniti kelompok tersebut akan menyaksikan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, pembukaan premis-premis perniagaan dan aktiviti sosial di Sabah.

Datuk Speaker, untuk makluman yang Dewan yang mulia ini dalam bulan September ini sahaja beberapa aktiviti ekonomi dan sosial telahpun dibenarkan beroperasi secara berperingkat di bawah Pelan Pemulihan Negara. Prosedur

Operasi Standard (SOP) Fasa dua bagi seluruh negeri Sabah, sebagai tambahan kepada aktiviti yang telah dibenarkan sebelum ini.

Ini termasuklah premis-premis makanan dan restoran, pelancongan domestik, gelembung perjalanan, institut latihan pemanduan, industri kreatif, sukan dan rekreasi, perkhidmatan pengangkutan dan sektor logistik, penjaja, sektor ekonomi perkhidmatan perlu dan rantaiannya merangkumi pertanian, perikanan, penternakan, perladangan, industri dan perniagaan serta sektor perdagangan dan pengedaran.

Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Pelan Pemulihan Negara, Sabah sememangnya merupakan antara negeri terawal melaksanakan pembukaan beberapa aktiviti bagi memastikan kehidupan ekonomi rakyat dan aktiviti sosial dapat dipulihkan secara berperingkat.

Datuk Speaker, bagi menyokong pemulihan ekonomi melintasi semua sektor, penyampaian perkhidmatan oleh Perkhidmatan Awam Negeri akan diperkasa, antaranya, usaha pendigitalan penyampaian perkhidmatan Kerajaan akan dipercepatkan agar dapat memberi manfaat kepada rakyat dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Walaupun konsep bekerja dari rumah dilaksanakan sepanjang PKP dan PPN, bagi mengekang ancaman penularan COVID-19, namun ia tidak menjejaskan perkhidmatan utama Kerajaan. Kerajaan Negeri yakin semua inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan di bawah Pelan Pemulihan Hala tuju Sabah Maju Jaya mahupun Pelan Pemulihan Jangka Pendek mampu merangsang pertumbuhan dan seterusnya memulihkan ekonomi dan sektor sosial di Sabah. Sekian.

Speaker

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Soalan tambahan, Elopura.

Saya tak ada soalan tambahan. Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan? Ah, Usukan. Soalan Tambahan

Yang Berhormat Speaker, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Ketua Menteri, di atas jawapan yang komprehensif dan saya yakin sungguh kita boleh terkeluar daripada kemelut ekonomi ini jika ia dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Saya cuma ingin menyentuh soal ekonomi rakyat, Yang Berhormat, di mana akibat daripada COVID-19 ini, banyak peniaga-peniaga kecil agak terjejas pendapatan mereka dan mereka tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan termasuk mereka yang terlibat dalam gig ekonomi ataupun part-timers. Saya ingin tahu dan saya dengar banyak pengumuman daripada Kerajaan Pusat mengenai bantuan-bantuan seperti ini. Apakah tidak Kerajaan Negeri boleh memohon Kerajaan Persekutuan? Menyerahkan peruntukan tersebut kepada Kerajaan Negeri agar Kerajaan Negeri yang akan agihkan melalui agensi-agensi yang tersedia supaya ia boleh terselaras lagi kerana kadang-kala, saya tengok apa yang mereka war-warkan di peringkat Kerajaan Persekutuan tidak sampai ke sasarannya. Jadi kalau mereka boleh serahkan dana tersebut, oleh kerana Kerajaan Negeri mempunyai banyak agensi termasuk Yayasan, termasuk Sabah Credit dan lain-lain agensi, boleh mereka salurkan ke Kerajaan Negeri agar kita boleh mempercepatkan lagi pelaksanaannya. Saya cuma ingin bertanya, Yang Berhormat.

Speaker

Yang Amat Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri/Menteri Kewangan · Sulaman

Tuan Speaker, bagi menjawab soalan daripada ahli daripada Usukan. Memang, usaha-usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk memulihkan ekonomi ini sedang dijalankan. Apa yang dimaksudkan oleh ahli daripada Usukan ialah supaya bantuan-bantuan daripada Kerajaan Persekutuan disalur kepada Kerajaan Negeri supaya senang untuk Kerajaan Negeri ataupun Jabatan Negeri mengambil tindakan dan juga menyampaikan kepada mereka yang terjejas atau yang perlu diberi bantuan.

Saya amat bersetuju dengan cadangan ini. Jadi, saya rasa pihak Kerajaan Negeri akan melakukan ataupun membuat menyampaikan permohonan kita di Sabah ini untuk mereka memberi bantuan tersebut, yang terjejas dalam pandemik ini kepada Kerajaan Negeri. Ini lebih mudah dan lebih cepat. Dan melalui Dewan yang mulia ini,

kita berharap Kerajaan Persekutuan akan dapat ah mendengar cadangan ataupun usaha kita ini. Bagi mempercepatkan dan juga mempermudahkan urusan-urusan bantuan yang telah mereka umumkan yang untuk negeri Sabah dan rakyatnya. Terima kasih.

(suara bertindih) Yang Amat Berhormat ...

Speaker

Soalan tambahan seterusnya? Ya … Ah Soalan Tambahan

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Soalan tambahan daripada saya oleh kerana Yang Berhormat yang Amat Berhormat Ketua Menteri pun menjawab soalan saya dari Kadamaian … (suara bertindih)

Speaker

Saya belum pilih lagi siapa. Yang Berhormat, saya belum pilih lagi siapa sebab saya nampak tiga-tiga serentak berdiri tadi. Tapi saya nampak macam dari Moyog yang terawal bangun tadi.

Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Darell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey, terima kasih. Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih juga Ketua Menteri.

Saya ingin tanya menyusul jawapan Ketua Menteri tadi. Setujukah Ketua Menteri, bahawa satunya untuk memulakan pemulihan ekonomi masa dan selepas pandemik ini adalah untuk mengambil balik hak kita berkenaan dengan benua continental shelf Sabah, iaitu ditadbir di atas undang-undang yang belum diterima dan belum juga ditolak di Sabah, iaitu Territorial Sea Act atau ataupun Akta Wilayah Laut 2012. So, kalau Kerajaan setuju, saya percaya pihak pembangkang sini pun akan menolak Akta Laut ini ataupun Territorial Sea Act 2012, untuk mengambil pentadbiran continental shelf kita ataupun hak benua kita di Sabah, perairan Sabah.

Kalau kita dapat control ini, percayalah saya, Ketua Menteri dan rakan-rakan di sini, Sabah boleh menentukan, siapa boleh memecahkan our seabed, our earth, sebelum Petronas memecahkan tanah di benua kita. Sabah boleh menentukan instead of dengan izin Majlis Keselamatan Negara seperti yang telah dibuat sejak tahun 69 sampai ke hari ini. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat, soalan tambahan tu macam di luar daripada soalan asal.

Datuk Ignatius Darell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker ...

Speaker

Tapi saya serahkan kepada Yang Amat Berhormat sama ada mahu menjawab atau tidak.

Datuk Ignatius Darell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Pengesahan, Datuk Speaker, ia berkaitan dengan pemulihan ekonomi. Bagaimanakah kita boleh restart our ekonomi kalau kita tidak dapat control ataupun mentadbir hak benua kita? Terima kasih. Tuan Speker: Soalan kepada yang Berhormat Ketua Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri/Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, saya pun kerana kita pakai ini, saya tidak berapa dengar apa yang ahli daripada Moyog cakap. Saya minta maaf. Kurang jelas. Walau bagaimanapun, saya rasa niat ahli daripada Moyog ialah untuk mencadangkan sesuatu yang baik, untuk ahh negeri kita.

Jadi, apa yang beliau nyatakan tadi kita akan tengok, lihat, dan pertimbangkan. Saya kurang dengar Ahli Yang Berhormat daripada Moyog. Anu saya boleh ...

Datuk Ignatius Darell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Kalau, boleh minta, kalau saya boleh menjelaskan sekali lagi, Datuk Speaker? Dengan izin? Tuan Speker: Okey. Bagi ulangan yang seringkasnya.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey, terima kasih Ketua Menteri. Maksud saya adalah untuk mengembalikan ekonomi kita, sepatutnya kita mengambil alih pentadbiran lautan kita, iaitu hak benua kita. Satu halangan kita atas am, mentadbir hak benua kita, iaitu marine, termasuk hydrocarbon kita, siapa boleh memecahkan seabed ataupun tanah kita di benua adalah Territorial Sea Act 2012. Akta ini digubalkan di Parlimen pada 2012 tetapi hingga ke sekarang, Sabah belum menolak. Maka saya percaya Sarawak sudah menolak termasuk Kelantan dan ini adalah satu isu yang telah dikenali sebagai isu yang menyusahkan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia Tahun 63 iaitu kalau kita tidak mengambil alih hak benua kita, control over our boundaries, Sabah cannot, cannot start dalam industri gas, industri marine, dan juga industri berkaitan dengan link of cables, seperti mana Semenanjung ada masalah pada hari ini. Facebook, Google, semua pun ada masalah berkaitan dengan isu itu. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri/Menteri Kewangan · Sulaman

Tuan Speaker, saya akan mengambil perhatian dan maklum cadangan daripada ahli daripada Moyog dan kita akan kaji perkara itu. Itu saja yang saya rasa saya boleh cakap dalam Dewan ini. Nanti kita jumpa, tidak berapa dengar (ketawa), ya betul macam berdengung. Jadi Insya-Allah kita akan ambil maklum cadangan-cadangan yang telah dikemukakan terutama yang berkaitan dengan hak Sabah dan sebagainya. Terima kasih.

Speaker

Okey, sekarang saya persilakan ADUN Sulabayan. Datuk Dr.

Assalamualaikum, salam sejahtera. Tuan Speaker, soalan saya soalan No.2. JUMLAH PERUNTUKAN Kerajaan PUSAT DAN Kerajaan Negeri SEPANJANG pandemik COVID-19 *2. YB. Datuk Dr. Haji Jaujan Bin Haji Sambakong [Sulabayan] bertanya kepada KETUA MENTERI:-a) Berapakah jumlah peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 dalam tempoh tahun 2021; dan b) Apakah pecahan agihan-agihan bantuan tersebut.

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Tuan speaker. Pertamanya saya ingin menyatakan sebahagian daripada jawapan yang barangkali apa ni ya bagi menjawab soalan ni telah pun sedikit sebanyak telahpun disentuh oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri semasa menjawab soalan yang pertama.

Walau bagaimanapun, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan nombor 31, 33, 34, dan 37 memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Sulabayan, Kadamaian dan Tanjong Papat serta semua Ahli Dewan yang mulia ini, semenjak pandemik COVID-19 bermula, Kerajaan Persekutuan telah pun menyalurkan jumlah peruntukan bernilai RM1.86 billion yang merangkumi bantuan-bantuan seperti berikut: 1.

Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR yang melibatkan seramai 782 ribu penerima. Ini melibatkan perbelanjaan sejumlah RM628 juta.

2.

Program Subsidi Upah yang mana yang telah disentuh oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tadi yang melibatkan seramai 283,745 pekerja dan bantuan subsidi upah ini melibatkan perbelanjaan RM975 juta. 3.

Bantuan pengurusan berkaitan COVID-19 kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berjumlah RM121.43 juta, RM23.43 juta ya.

4.

Bantuan untuk kegunaan program Pusat Imunisasi COVID-19 Kebangsaan atau PICK (PICK) di Sabah berjumlah RM32.9 juta, dan; 5.

Bantuan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA sebanyak RM102 juta untuk pengurusan COVID-19 di Sabah. Sementara itu pula, Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan bantuan peruntukan berjumlah RM1.25 bilion yang merangkumi Bantuan Sabah Prihatin 2.0 dan Sabah Prihatin 3.0.

Dengan agihan bantuan yang disalurkan melalui Kementerian-

kementerian tertentu bagi membantu golongan dan kumpulan sasar yang terjejas seperti berikut:

1.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar sebanyak RM2.87 juta bagi meliputi bantuan one-off RM300 kepada 3,325 orang pemandu pelancong, pengiat seni, dive master, malim gunung dan porter. Selain daripada itu, pengusaha pelancongan iaitu pengusaha hotel dan penginapan. Ini tertakluk kepada penarafan bintanglah ya turut menerima bantuan one-off RM2,000. 2.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM45.6 juta disalurkan bagi meliputi bantuan one-off RM300 kepada 153,914 penerima dalam kategori miskin, miskin tegar dan mereka yang tergolong dalam senarai e-Kasih. 3.

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat mendapat RM19.3 juta bagi meliputi bantuan one-off RM300 kepada 64,444 penerima dalam kategori Skim Bantuan Am, Bantuan Anak Yatim, Bantuan Orang Tua, Orang Kurang Upaya atau OKU dan Bantuan Kanak-Kanak di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, Bantuan Ibu Tunggal di bawah Jabatan Hal-Ehwal Wanita Sabah dan bantuan kepada ahli-ahli veteran ATM di bawah Angkatan Tentera Malaysia.

4.

Kementerian Pembangunan Perindustrian memperolehi RM2.88 juta bagi bantuan one-off RM300, 9,600 orang usahawan mikro dan kotej. 5.

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan RM15.1 juta bagi sebagai bantuan one-off kepada 16,153 orang penjaja kecil dan pengurusan PPR dengan pengecualian sewa selama 3 bulan.

6.

Kementerian Kerja Raya RM1.1 juta bagi bantuan one-off 3,855 orang pemandu bas, pemandu lori, pemandu teksi, institut memandu dan pemandu bot serta beberapa pemohon baharu.

7.

Kementerian Pertanian dan Perikanan RM29.9 juta meliputi bayaran bantuan one-off sekali lagi RM300 kepada seramai 99,902 orang nelayan, petani,

pekebun kecil sawit, pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak, pekebun kecil KPD, KPD termasuk penternak ya dan juga pekebun kecil LKTNS. 8.

Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas diberi peruntukan RM1.5 juta bagi disalurkan kepada penerima-penerima bantuan wang, Bantuan Tunai Pendaftaran IPT atau BUDI secara one-off sejumlah RM2,000 seorang, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) secara one-off RM200 seorang, Bantuan Ihsan Komputer atau BAIK 10,000 buah komputer riba untuk fasa satu dan Bantuan Ihsan Makanan Pelajar Terjejas Covid.

9.

Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM500,000 bagi disalurkan untuk Bantuan Prihatin Dapur Belia 4.0 melalui Majlis Belia Sabah yang memanfaatkan 15 ribu penerima.

10. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu diberikan peruntukan RM1.5 juta bagi meliputi bantuan one-off kategori penjaja kecil untuk 4,234 penjaja kecil dan pengurusan PPR dengan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan untuk PPR Taman Keramat yang melibatkan 432 unit dan Taman Kurnia Jaya 46 unit. Barangkali ada yang untuk pengetahuan Yang Berhormat, kalau kita perhatikan tadi ada bantuan yang diberikan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan bagi PBT-PBT yang lain oleh kerana DBKK ini adalah di bawah terus di bawah Jabatan Ketua Menteri dia saluran kewangannya adalah berlainan bukan melalui KKTP. Sekadar untuk maklumanlah.

Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM34.3 juta ditambah lagi dengan RM15.7 juta bagi penyediaan bakul makanan kepada golongan B40, mereka yang tersenarai dalam e-Kasih dan penduduk yang menjalani kuarantin di rumah dan terlibat Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan atau PKPD. Setakat 17 September 2021, sebanyak 115214 bakul makanan telah diedarkan. Bantuan yang ke-12, Kerajaan Negeri juga telah menyumbang sebanyak RM5.8 juta sebagai tambahan kepada RM32.9 juta, peruntukan sumbangan Kerajaan Persekutuan untuk program Pusat Imunisasi Kebangsaan (PIK) di negeri Sabah. Tuan Speaker, Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin akan kebajikan dan keperluan rakyat pada ketika ini. Mengambil kira situasi rakyat yang secara realitinya

terjejas akibat pandemik COVID-19, Kerajaan akan meningkatkan usaha berterusan dan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyediakan dan menyalurkan pelbagai bantuan serta kemudahan bagi memastikan kebajikan, keselamatan dan nasib hidup rakyat terus diberi perhatian dan keutamaan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada soalan tambahan? Sulabayan?

Soalan Tambahan Datuk Dr.

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih di atas penjelasan yang begitu panjang daripada Yang Berhormat Karanaan juga Menteri Kewangan Kedua.

Bila kita dengar tadi sangat banyak bantuan dibagi. Cuma masalah yang timbul sekarang ini di luar sana, masyarakat agak keliru. Macam apa yang dikatakan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tadi, pengumuman demi pengumuman telah dikemukakan, tapi rakyat tidak dapat menilai berapa jumlah daripada Kerajaan Persekutuan dan berapa jumlah daripada Kerajaan Negeri.

Pasal walaupun kita di pihak pembangkang, kita juga ada tanggungjawab pada Kerajaan. Sebab itu dari segi pecahan, penerangan itu kurang jelas kepada rakyat. Salah satu contoh dia, rakyat sana masih merungut tidak dapat bantuan dan bila saya dengar pecahan-pecahan ini begitu banyak sekali. Jadi saya minta supaya saya pun tidak dapat kumpul semua tadi terlalu banyak dia punya amaun.

Kalau dapat dirumuskan Kerajaan Pusat berapa juta, Kerajaan Negeri berapa juta.

Jadi kita boleh bantu menjelaskan kepada rakyat.

Sebab ini yang apa pandangan ataupun soalan tambahan dari daripada saya. Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II · Karanaan

Yang Berhormat, secara pendeknya, Persekutuan RM1.86 bilion. Kerajaan Negeri, RM1.25 bilion. Inilah dia punya pecahanlah. Tapi, apa pun pecahan bagi saya yang penting ialah rakyat mendapat manfaat daripada bantuan tersebut. I think kita kena juga terima hakikat dan ambil kepada apa yang telah dinyatakan daripada Moyog tadi sama ada wang itu daripada

Persekutuan atau tidak, itu adalah wang kita juga. Jadi saya fikir we should not be apologetic lah whether it comes from Federal or otherwise.

Speaker

Yang Berhormat Luyang.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Tuan Speaker. Tadi saya dengar berkenaan program bakul makanan. RM34 juta tambah lagi RM15 juta. Ngam. Jadi pemanfaat adalah 115 keluarga. Jadi nilai setiap bakul makanan RM434. Betul. Kalau kita bahagikan,

Speaker

Soalannya Yang Berhormat. Jangan buat kira-kira. Soalannya.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

… Saya tanya. Sebab saya kalau saya ingat, satu bakul makanan nilai dia kurang daripada RM100. Kalau kita ikut pengiraan, yang dibangkitkan oleh yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri, RM34 juta tambah lagi RM15 juta, maksudnya RM50 juta telah diperuntukan untuk program bakul makanan, tapi cuma 115 000 keluarga yang dimanfaatkan. Maksudnya, setiap bakul makanan nilainya RM434. Begitu mahal.

Tuan Speaker, mohon Yang Berhormat Menteri jawab.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II · Karanaan

Saya ingat jawapannya senang saja Yang Berhormat daripada Luyang.

Itu bukan, it’s not a simply sceptical. Ini duit bagi begini. Tidak begitu kerana ada pecahan bantuan-bantuan tertentu. Kadang-kadang tambahan ini kita bagi kerana, bila yang bukan tergolong dalam penerima awal penerima eh dia bilang “kami pun kami mana punya” bilang dia. Itu satu. So kita kena bagi tambah. Dan ada pula permintaan yang bukan semestinya makanan, So it’s not a simple as you thinklah. It look that simple but it’s not that, okey. Di antara yang paling bising juga ialah daripada pembangkang sendiri kenapa ini belum dapat, kita bagi. Itu tambahan dia antara lain.

In fact, untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, actually dengan izin Tuan Speaker, we ended up than more than one actually apa tu, apa tu perancang pada mulanya kerana kita faham. I think semua Yang Berhormat pun tahu we are in a war

kita dalam apa tu bila kita balik ke kawasan it’s a very sad, orang hilang kerja, makan susah dan sebagainya. Jadi kadang-kadang ada yang tidak bawa makanan ada yang minta lain lagi. Itu lain kos, itu satu faktor. Faktor kedua lagi ialah semua pembelian makanan ini dibuat di oleh Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 daerah yang dipengerusikan oleh DO. Jadi kalau dia beli barangan tu di misal kata di Nabawan, harganya lebih tinggi daripada kalau dia beli di Kota Kinabalu. So you get the bakul makanan yang mungkin RM100 untuk barangan satu dua tiga sampai lima misal kata di KK, harga barangan tersebut lebih tinggi di Nabawan dan di Tongod dan sebagainya. So sukarlah kita, kita tidak boleh bagi jumlah ini bagi dengan ini that is the value it doesn’t work that way. But kalaulah ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang memikirkan ada penyelewengan, kita lebih daripada senang hati, kita lagi bantu, kita bawa buat laporan polis sama-sama. Tiada masalah. We are very-very transparent I can assure you.

Speaker

Sekarang dipersilakan ADUN Dilantik Yang Berhormat Suhaimi Haji Nasir.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih Yang Berhormat Speaker.

Soalan sayaNo.3.

PERANCANGAN USAHA SAMA DENGAN SYARIKAT SWASTA DALAM USAHA MENGEMBANGKAN SEKTOR PERTANIAN DAN PERIKANAN *3. YB. Tuan Suhaimi Bin Hj Nasir [ADUN DILANTIK] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II/MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan di masa hadapan untuk mengadakan usaha sama dengan syarikat-syarikat swasta dari dalam dan luar negara untuk mengembangkan sektor ini. Sekiranya sudah ada, mohon berikan butir-butir usaha sama tersebut secara terperinci.

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Datuk Dr. Jeffery Datuk G. KitinganTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Pertanian dan Perikanan

Terima kasih Tuan Speaker. Bagi menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat Dilantik dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri melalui Kementerian saya, telah pun mengadakan beberapa usahasama

dengan syarikat pelaburan dalam dan luar negara bagi memajukan sektor pertanian di negeri Sabah. Antara lain antaranya adalah seperti berikut, pertama Memorandum of Understanding (MOU) yang telah ditandatangani pada 22 Mac 2021 antara Kerajaan Negeri dengan Syarikat Linaco Sdn Bhd untuk membangunkan industri kelapa di Sabah.

Linaco adalah syarikat tempatan Malaysia yang telah berkecimpung dalam industri kelapa dalam sejak tahun 1992. Usahasama ini melibatkan pelaburan 400 juta untuk membangunkan kurang lebih 10,000 ribu hektar tanah dan 4,000 daripada syarikat dan diharapkan penglibatan daripada orang awam, dari kampung-kampung yang akan membekalkan sejumlah 6,000 hektar lagi.

Yang kedua, MOU di antara syarikat Malaysia Kuwaiti Investment Company Sdn Bhd atau MKIC dengan Jabatan Pertanian pada 7 April 2021 dan MOU ini melibatkan pembekalan kolon dan benih kelapa Tagnanan kepada MKIC. Sementara MKIC membangunkan ladang benih atau seed garden disamping ladang kelapa seluas 1,000 hektar yang terletak di Daerah Tawau. Nilai pelaburan bagi projek ini dianggarkan sebanyak RM20 juta.

Yang ketiga, MOU di antara syarikat Agriculture Chemicals Malaysia Sdn Bhd (ACM) dengan Jabatan Pertanian Sabah pada 7 April juga tahun ini bagi penerapan teknologi kearah peningkatan hasil padi di Sabah. Projek ini melibatkan khidmat teknikal penggunaan drone dan kalibrasi penyemburan racun dan baja. Yang Keempat, MOU di antara Borneo Eco Agriculture Sdn. Bhd. dan China Academy of Inspection and Quarantine Intelligent Technology untuk memodenkan industri perikanan dan pertanian negeri Sabah, dan MOU ini telah ditandatangani pada 27 hari bulan 2021. Nilai pelaburan RM200,000 ribu.

Antara program yang telah dilaksanakan adalah Program Pembangunan Industri Perikanan, Aquaculture Marine di Sabah, dan objektif program ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha swasta berkecimpung di dalam industri ternakan Aquaculture Marine di Sabah.

Program ini melibatkan kerjasama dan penyelidikan bersama dengan Institusi Kerajaan dan swasta dalam dan luar negara.

Dalam aspek teknologi dan pembenihan Aquaculture Marine.

Sehingga kini, terdapat sepuluh syarikat

pengusaha swasta dan institusi telah mendapat manfaat langsung dan tidak langsung dari program ini. Kementerian saya juga melalui KPD akan bekerjasama melalui syarikat KPD Green Drone Food Sdn. Bhd. untuk membina sebuah pusat pemprosesan hasil pertanian di pusat pengeluaran buah-buahan di Lingkungan Beaufort. Beaufort, pusat ini adalah pemprosesan yang dijangka akan memberi manfaat kepada pengusaha buah-buahan, khususnya di Beaufort tetapi juga di negeri Sabah secara umumnya.

Produk hiliran yang terhasil akan membantu meningkatkan ekonomi negeri Sabah dan menjana peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Nilai pelaburan ini adalah RM6 juta.

Tuan Speaker, Kementerian saya juga melalui LIGS sedang mencari pelabur untuk menceburi industri hiliran berasaskan lateks dan membina kilang sarung tangan getah di negeri Sabah. LIGS membekalkan bahan mentah kepada syarikat Cooldex Latex Industries Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti pembuatan tilam dan bantal berasaskan lateks di KKIP. Syarikat ini juga sedang membina sebuah kilang sarung tangan getah yang dijangka akan memulakan operasinya pada penghujung tahun 2022. Nilai pelaburan ini daripada Cooldex Latex Industries Sdn. Bhd. adalah berjumlah RM150 juta.

Di samping itu, LIGS juga kini berkerjasama dengan Sabah Timber Industries Association (STIA) untuk menyediakan kayu getah bagi membangunkan kilang perabot berasaskan kayu getah.

Tuan Speaker, Kementerian saya akan terus menggalakkan usaha sama dengan syarikat-syarikat pelaburan sama ada dari atau luar negara. Bagi memajukan sektor pertanian di negeri ini. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan. Petanya asal dulu. Soalan Tambahan

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih Speaker. Saya tertarik dengan penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai berbagai anak syarikat daripada luar negara dan dalam negara untuk bekerjasama dengan Kementerian Pertanian.

Tetapi yang menjadi kemusykilan kepada diri saya, dari tahun 2015 sehinggalah pada hari ini 2021 Lembaga Nanas ingin datang membantu petani-petani kita di negeri Sabah tetapi agensi Kerajaan Federal ini tidak dapat mengembangkan sayapnya di negeri ini dan ini menjadi satu kerugian kepada petani-petani yang berminat untuk menanam Nanas di negeri ini. Bagaimana pihak Kementerian dan apakah usaha dan perancangan daripada pihak Kementerian Pertanian mengenai persoalan ini. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, jawab.

Datuk Dr. Jeffery G. KitinganTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Pertanian dan Perikanan

Terima kasih atas soalan tambahan itu. Saya kurang dengar tetapi mungkin ada kena mengena dengan isu penggunaan teknologi barulah.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, soalannya ialah. Soalannya ialah apakah Kerajaan Kementerian Pertanian Kerajaan Negeri punya cadangan untuk menerima cadangan daripada Lembaga Nanas untuk berkembang di Sabah ini. Lembaga Nanas.

Datuk Dr. Jeffery G. KitinganTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Pertanian dan Perikanan

Oh, okey, Kerajaan Negeri. Terima kasih. Kerajaan Negeri telah membincangkan perkara pemanjangan atau the extension pewujudan Lembaga Nanas pusat ke Sabah dan negeri Sabah mempunyai pendirian untuk tidak menerima cadangan itu dan seterusnya memikirkan supaya Lembaga Nanas Sabah itu sendiri diwujudkan. Sekian, terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan seterusnya. Moyog. Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker, YB Menteri boleh menambah soalan, ingin menyoal. Sorry. Boleh dengar? Can you hear me. Okey, terima kasih. Soalan tambahan, berkaitan dengan industri. Adakah industri dalam ataupun luar negara telah membuat cadangan untuk pembangunan Industrial Hemp ataupun cannabis sativa sebagai satu cash crop baharu untuk Sabah. Kita tahu bahawa Industrial Hemp ini telah diberikan kelulusan dengan syarat pada waktu

Pakatan Warisan Federal Government dan adanya kelulusan untuk membuat research but Sabah dengan izin ada peluang untuk menukar cash crop kepada Industrial Hemp. Di mana fabrik seperti baju kita dan juga feed lots dan banyak lagi by product yang boleh dikeluarkan atas Industrial Hemp ini. So, adakah cadangan daripada luar ataupun dalam negara kita yang telah membuat proposal kepada Kementerian beliau. Terima kasih.

Datuk Dr. Jeffery G. KitinganTimbalan Ketua Menteri II/Menteri Pertanian dan Perikanan

Terima kasih atas soalan itu, sememangnya Kerajaan Negeri menggalakkan industri hiliran berasaskan pertanian di negeri Sabah dan seperti mana yang kita dengar sebentar tadi kita ada mempunyai beberapa sudah cadangan untuk mewujudkan kilang kelapa sawit yang merangkumi supply change daripada hiliran, daripada ulu kepada hiliran lah. Begitu juga dengan pertanian-pertanian yang lain seperti juga nanas dan ikan, pemprosesan ikan dan macam-macam yang berasaskan pertanian sebab ini adalah satu fokus dalam Sabah Maju Jaya. Di mana bukan hanya kita membangunkan pertanian sebagai asas tetapi kita juga menggalakkan pelaburan berasaskan pada industri hiliran. Terima kasih. Ada pelaburan?

(Kurang Jelas)

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Adun Likas.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya soalan No.4.

TINDAKAN TERHADAP SYARIKAT KONSESI YANG GAGAL MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEHINGGA MENYEBABKAN BANJIR KILAT DI KAWASAN KOTA KINABALU DAN PENAMPANG *4. YB. Tuan Tan Lee Fatt [Likas] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I/MENTERI KERJA RAYA, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan terhadap syarikat konsesi yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka sehingga menyebabkan banjir kilat di kawasan Kota Kinabalu dan Penampang.

Speaker

Yang Berhormat Menteri. Jawapan

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya · Lamag

Tuan Speaker, untuk makluman, bagi jawapan ADUN daripada Likas dan Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri Sabah melalui Jabatan Kerja Raya dan syarikat konsesi serta kontraktor yang menyelenggara jalan raya yang telah dilantik sentiasa memastikan longkang, sistem perparitan kawasan pentadbiran mereka diselenggara mengikut jadual kerja penyelenggaraan rutin bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik dan tidak tersumbat. Selain itu, jadual yang ditetapkan dalam kerja penyelenggaraan rutin, kerja pembersihan tambahan dan perlaksanaan di bawah kerja kecemasan yang diperlukan mengikut keperluan semasa.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kerja Raya Sabah sentiasa melaksanakan pemantauan berterusan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi dan kontraktor penyelenggaraan jalan raya. Notis ketidakpatuhan kerja non-compliance report akan diberikan kepada syarikat jika didapati tidak melaksanakan kerja mengikut jadual dan tidak mematuhi spesifikasi kerja yang telah ditetapkan dan untuk makluman Yang Berhormat setakat ini belum ada notis kita keluarkan ketidakpatuhan kerja atau sebarang saman telah dikeluarkan.

Selain itu, Kerja Raya Sabah melalui syarikat konsesi dan kontraktor penyelenggaraan jalan raya juga telah menambah kekerapan kerja-kerja pembersihan sistem perparitan selain penyelenggaraan rutin yang telah dijadualkan, JKR Sabah turut melaksanakan pemantauan berterusan sejak tahun ini dan akan sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran semasa berlakunya banjir. Untuk makluman Yang Berhormat, sistem perparitan jalan raya adalah direka bentuk untuk menampung aliran air permukaan surface run off di kawasan jalan raya dan seterusnya disambung ke sistem perparitan monsoon drain. Di bawah bidang seliaan sahabat saya Menteri Pertanian, iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran, JPS. Daripada pemerhatian, banjir kilat ini berlaku apabila sistem perparitan monsoon drain sedia ada penuh dan tidak dapat menampung aliran air yang seterusnya mengakibatkan air melimpah ke kawasan jalan raya dan sekitarnya. Selain itu, paras air laut pasang dan surut juga menjadi faktor penyumbang berlakunya banjir kilat apabila air laut pasang bertembung dengan air di sungai menyebabkan air tidak dapat disalirkan dengan cepat ke laut. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Likas.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Tiada soalan tambahan, Tuan Speaker.

Speaker

Yang Berhormat Tanjong Aru. Soalan Tambahan

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih, terima kasih Speaker. Terima kasih ah Speaker. Soalan tambahan saya adalah ah saya ingin tanya kepada Menteri, adakah Pan Borneo ini menjadi salah satu punca kenapa banjir di Sabah ini, sebab saya diberi saya yang saya buat sedikit itu research yang saya nampak banyak itu kontrak kontraktor-kontraktor di Pan Borneo ini tidak kita panggil bina itu drainage system dengan baik.

Contohnya, di kampung Kolopis Penampang sedangkan jalankan projek di sana tetapi tiada itu sistem pengairan drainage di sana. Kampung Giling di Tuaran ini iaitu kawasan Ketua Menteri sendiripun menunjukkan bahawa sistem pembuang air itu di sepanjang Pan Borneo itu tidak di buat dengan baik. Kontraktor yang membina Pan Borneo sepatutnya membuat…

Speaker

soalannya..soalan..soalan..

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Soalannya adakah itu punca sebab saya ada satu seperti di Putatan juga, Kampung Duvason, culvert itu yang sangat kecil sudah banyak kali di complaint tetapi tidak diambil tindakan juga oleh pihak daripada JKR jadi itulah saya ingin tanya saja apa adakah Pan Borneo mungkin projek-projek itu adalah salah satu punca kenapa Sabah mengalami banjir ini dan satu juga apa tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini. Terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Inanam, sila duduk dulu ya.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya · Lamag

Terima kasih Yang Berhormat daripada Tanjong Aru, saya tidak menafikan faktor pembinaan jalan Pan Borneo juga merupakan penyumbang tetapi untuk makluman Yang Berhormat banyak faktor-faktor yang menyumbang ke arah parit kita ini tersumbat, iaitu pertama mungkin juga faktor pembinaan jalan Pan Borneo dan jalan-jalan lain. Kedua, awareness ataupun masyarakat kita ini nampak saja

parit dia buang sampah. Semua perparitan kita ini penuh dengan botol sampah, ini mengubah mentaliti masyarakat ini perlu kita laksanakan. Kalau tidak bagi orang Sabah ini asal ada tong besar, itulah tong dia. Itu salah satu penyumbang, kedua. Ketiga, iaitu pembangunan di sekitar Kota Kinabalu meningkat, pembangunan manusia juga meningkat tetapi utiliti di bawah tidak dirancang dengan baik. Sebab itu, untuk memastikan bahawa keadaan banjir ini apabila hujan tiga empat jam apa risiko kita terima, banjir, rumah orang yang tidak pernah banjir pun jadi banjir. Air tidak dapat dibekal, elektrik mati, kereta banyak musnah, orang pun ada yang mati. Sebab itu 24 haribulan ini lepas sidang ini saya akan mempengerusikan satu mesyuarat jawatan kuasa tindakan khas. Saya mahu tahu apa sebenarnya faktor yang berlaku ini, jadi kita atasi secara total, secara tuntas. Kalau hujan pun mungkin, satu tahun kita tidak akan banjir. Ini kita kena tangani Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Speakar: Yang Berhormat Inanam, dia dari tadi berdiri itu, tidak dapat duduk.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin mengajukan dua soalan, pertama adalah ...

Speaker

Satu saja Yang Berhormat. Soalan Tambahan

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Okey satu soalan. Bolehkah rekabentuk yang telah ditetapkan oleh pihak JKR diubah. Contohnya jalan raya yang sedang dibuat Pan Borneo ini pada saya ada sedikit masalah dengan sistem perparitan. Jadi bolehkah, bolehkah rekabentuk ini disemak semula berdasarkan actual fact, actual condition di tempat itu.

Dato’ Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya · Lamag

Saya tiada halangan dengan cadangan yang baik ini, cuma mungkin pihak Yang Berhormat kena berhubung dengan pihak Jabatan Kerja Raya sebab saya bukan pakar teknikal dalam bidang jalan raya, saya pakar politik. Jadi saya akan bantu Yang Berhormat untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

Speaker

Okay, sekarang saya jemput Yang Berhormat Elopura.

Tuan Speaker, soalan saya No.5. Terima kasih.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Permohonan Penundaan Pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (Cjn) Ke Atas Komoditi Perikanan Dibawa Keluar Dari SabahQuestions

*5. YB. Tuan Calvin Chong Ket Kiun [Elopura] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, apakah keputusan Kerajaan tentang permohonan penundaan Pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas Komoditi Perikanan dibawa keluar dari Sabah.

Jawapan

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Apas

Tuan Speaker bagi menjawab pertanyaan ahli Yang Berhormat Elopura dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Negeri telah mewartakan perintah cukai jualan negeri kadar cukai 2021 bagi mengenakan cukai jualan negeri ke atas komoditi perikanan yang di bawa keluar dari negeri Sabah. Melalui perintah ini, cukai jualan negeri ini telah berkuatkuasa mulai 1 Mei 2021. Justeru, Kerajaan Negeri melalui Notis Pengumuman Kementerian Kewangan Negeri bertarikh 28 April 2021 telah memaklumkan penguatkuasaan dan kaedah pelaksanaan cukai jualan baru ini, yang mana pembayaran cukai hendaklah dibuat sebelum pengeksportan dijalankan. Walau bagaimanapun, bagi memberi ruang dan masa kepada pembayar cukai untuk mengadaptasi proses pembayaran cukai jualan baharu ini, menerusi notis tersebut turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri membenarkan tempoh grace period selama tiga bulan bermula 1 Mei 2021 sehingga 31 Julai 2021 dan kemudiannya dilanjutkan lagi untuk tempoh tiga bulan seterusnya bermula daripada 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021 menerusi notis pengumuman yang kedua bertarikh 28 Julai 2021.

Tuan Speaker, dalam masa grace period tersebut para pengeksport adalah dibenarkan membuat pengeksportan atau pemindahan terlebih dahulu dan pembayaran cukai dikemudiankan. Walau bagaimanapun, para pengeksport masih perlu membuat pembayaran dalam tempoh 28 hari daripada tempoh yang kena dibayar cukai.

Tuan Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini seperti yang saya maklumkan awal tadi perintah Cukai Jualan Negeri, kadar cukai 2021 baharu saja diwartakan dan dikuatkasakan pada 1 Mei 2021. Ini adalah setelah beberapa kali ditangguhkan pelaksanaannya sejak tahun 2014 lagi. Kutipan Cukai Jualan Negeri ini sebenarnya dapat membantu untuk memperluas dan meningkatkan hasil negeri bagi menampung perbelanjaan operasi dan pembangunan negeri khususnya sektor perikanan.

Maka, dengan mengambil kira faktor-faktor tersebut, saya ingin memaklumkan bahawa pelaksanaan Cukai Jualan Negeri ini adalah diteruskan. Namun, Kerajaan Negeri juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pemain-pemain industri dan berusaha untuk mencari jalan yang terbaik agar pelaksanaan cukai jualan ini dapat memberikan win-win situation kepada pihak-pihak yang terlibat.

Sebagai langkah awal ke arah usaha ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melaksanakan penangguhan ke atas pembayaran cukai dimana pembayaran cukai jualan negeri adalah ditangguhkan bermula 1 Mei 2021 sehinggalah pada 28 Disember 2021, dan selain itu, kita juga apa ini pendaftaran syarikat dengan kementerian kewangan juga adalah diteruskan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini sebanyak 101 syarikat telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan di mana 66 syarikat adalah daripada daerah Kota Kinabalu 16 daripada daerah Sandakan dan 18 daripada daerah Tawau. Sekian terima kasih.

Speaker

Para Menteri … soalan tambahan, Elopura. Soalan Tambahan

Terima kasih Speaker. Saya tanya masalahnya sekarang masih syarikat-syarikat itu yang bilang Kementerian Kewangan masih minta isi borang atau isi dia punya jumlah cukai jumlah dia punya eksport dia punya bulan. Since kamu pun sudah extend atau yang cara-cara Kerajaan boleh kan kasi terus satu jangka atau satu transparent untuk semua syarikat-syarikat tak payah semua syarikat yang bilang takut atau yang bilang tidak tahu mahu buat apa minta YB yang tolong suarakan tak payah atau terus kewangan, Kementerian Kewangan terus jelaskan sampai hujung tahun atau yang sekarang pandemik begitu serius eksport pun susah lagipun ah dia punya hasil dapat akhirnya nelayan yang tanggung dia punya cukai-cukai tu atau terus terang kasih tahu semua syarikat-syarikat atau majikan yang kasih fahamkan yang ini delay

ini cukai sampai hujung tahun atau terus transparent untuk semua syarikat itu. Terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Apas

Terima kasih Yang Berhormat, ADUN Elopura. Sepertimana yang saya maklumkan sebentar tadi bahawa Kerajaan telah memutuskan untuk membuat penangguhan. Maknanya di sini ia lebih kepada seperti moratorium. Dan sepertimana yang saya nyatakan sebentar tadi bahawa Kerajaan yang ada pada hari ini sentiasa terbuka untuk berbincang dan mencari jalan yang terbaik bagi mendapat win-win situation. Maknanya baik kepada Kerajaan Negeri dan baik juga kepada industri perikanan. Sepertimana yang kita semua sedia maklum bahawa cukai jualan ini adalah cukai yang telah lama di kita rancang sejak 2014 lagi telah diluluskan. Kemudian semasa Kerajaan yang lalu pada 2018 kalau tidak silap saya saya ada di sini di sebelah sana saya sendiri mendengar ucapan daripada Bajet Belanjawan yang ketika itu ucapan daripada Menteri Kewangan ketika itu, iaitu YB ADUN Senallang telah menyatakan bahawa Cukai Jualan Negeri ini adalah cukai yang baik untuk pendapatan kepada hasil negeri dan juga untuk industri hasilnya tadi kita akan kembalikan kepada industri perikanan.

Jadi tidak timbul sama ada sepertimana yang ADUN Elopura bagitahu supaya kita membuat ketetapan supaya ditiadakan tidak. Kita tangguhkan sahaja tetapi kita tahu masalah-masalah yang timbul di kalangan pemain-pemain industri ini dan kita terbuka untuk berbincang bagaimanakah kaedah dan bagaimana caranya untuk kita menyelesaikan isu cukai jualan ini yang pada apa ni minta maaf ya YB ADUN Senallang ya pun bersetuju bahawa cukai ini adalah baik untuk hasil negeri dan juga hasilnya akan kita kembalikan kepada industri perikanan itu sendiri. Jadi itulah jawapan saya kepada Yang Berhormat ADUN Elopura. Sekian.

Speaker

Okey sekarang saya jemput ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Haji Raimie Unggi untuk soalan seterusnya.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya No.6.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Usaha Kerajaan Meningkatkan Taraf Sosioekonomi, Utiliti Dan Pentadbiran Rakyat Di Kampung-KampungQuestions

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

*6. YB. Datuk Hj. Raime Unggi [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, sejauh manakah usaha pihak Kementerian untuk membantu rakyat luar bandar meningkatkan taraf sosioekonomi, utiliti dan pentadbiran mereka di kampung-kampung Jawapan

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Terima kasih Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat ADUN Dilantik dan Dewan yang mulia ini, visi Kementerian saya adalah menyejahterakan luar bandar melalui program peningkatan sosioekonomi, utiliti dan pentadbiran kampung. Usaha ini dicapai melalui kolaborasi bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri manakala Pejabat Daerah diamanahkan sebagai agensi pelaksana. Kementerian saya juga membantu rakyat luar bandar meningkatkan taraf sosioekonomi dan utiliti melalui program-program pembangunan biayaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti berikut:

Pembiayaan daripada Kerajaan Persekutuan melalui program sosioekonomi, iaitu program perumahan rakyat termiskin atau PPRT, infrastruktur atau utiliti melalui program jalan penghubung desa, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar, jalan luar bandar dan program ameniti sosial.

Daripada Kerajaan Negeri pula, Kerajaan membiayai program sosioekonomi ini melalui Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah, Program 1 Azam, Program Usahawan Luar Bandar, Program Aktiviti Ekonomi Tambahan, atau Program Mini Estate Sejahtera atau MESEJ. Melalui Kerajaan Negeri berhubungkait dengan infrastruktur dan utiliti, Program Projek Pembangunan Kecil, Program Bekalan Air Luar Bandar Alternative atau BALBA, Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternative atau BELBA.

Tuan Speaker, antara usaha kementerian dalam meningkatkan keberkesanan pentadbiran di peringkat kampung adalah seperti berikut:

Memperkasa peranan dan fungsi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) melalui lantikan yang telus dan layak serta memenuhi syarat seperti yang terkandung dalam garis panduan yang ditetapkan. Kedua, Kementerian juga telah mengeluarkan buku panduan tatacara pengurusan dan pentadbiran JPKK yang menggariskan matlamat dan hala tuju penubuhan JPKK, syarat lantikan serta kuasa melantik dan lain-lain prosedur sebagai panduan kepada badan bagi mengurus kampung masing-masing.

Buku panduan ini akan sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Anggota JPKK juga seterusnya akan diberi bimbingan melalui kursus, latihan, yang akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memberi mereka ilmu pengetahuan yang bersesuaian dengan tanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Bagaimanapun, dalam keadaan pandemik sekarang, kursus ini terpaksa ditangguhkan, namun akan diusahakan mengadakan secara maya dalam masa yang terdekat.

Selain itu, untuk memastikan pentadbiran kampung yang lebih berkesan, jumlah badan JPKK juga telah disesuaikan dengan pertambahan bilangan kampung dan keluasan daerah di negeri Sabah.

Bergerak ke hadapan, Kementerian juga sedang membangunkan sistem pengurusan JPKK bagi memudahkan pelbagai proses kerja yang berkaitan dengan JPKK seperti pelantikan, pembayaran elaun, pengurusan-pengurusan minit mesyuarat JPKK dan lain-lain yang berkaitan bagi memastikan tadbir urus JPKK yang lebih sistematik dan efisien selari dengan perkembangan dan pendigitalan Kerajaan Negeri. Sekian, terima kasih.

Speaker

Yang Berhormat Menteri, sekarang saya jemput Yang Berhormat Karanaan membuat pembetulan.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih. Supaya tidak menjadi satu fitnah dan tanggungjawab saya untuk memberi penjelasan yang tepatlah. Sebenarnya jumlah bakul makanan yang telah dinyatakan tadi ialah bagi tambahan peruntukan RM15 juta bukan secara kumulatif ya. Ni saya bacalah. Don’t worry, I’m very very open. I will give you the the. Sebenarnya jumlah bakul makanan terkumpul yang telah diberi ialah 608,973. Jadi yang bakul makanan yang saya nyatakan tadi, dan ini sebenarnya ada dalam catatan saya ya. So I don’t know how it become confuse

la. 157,863 ribu. Sorry! 116,208 ribu ialah, progress setakat ini, ya, 21 September. Out of 157,863 ribu bakul makanan yang telah ditambah. Bagi peruntukan dialah. Erti dia, kalau saya boleh nyatakan ni boleh la. Peruntukan asal RM35 juta. Peruntukan tambahan, RM15 Juta. Jadi yang, apa tu, statistik yang saja, yang saya nyatakan awal tadi ialah untuk tambahan itu. Tapi secara kumulatifnya 608,973 bakul makanan. So, if you calculate I think he is rightlah. Kan? Ya ka? Okey, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih Tuan Speaker.

Speaker

Dengan itu, selesailah soalan lisan kita pada hari ini.

Usul Ucapan Terima KasihMotion

Setiausaha Dewan

Usul ucapan terima kasih oleh Yang Berhormat dari Nabawan.

Speaker

Dijemput ahli yang Berhormat dari Nabawan.

Tuan speaker, saya memohon, mencadangkan bahawa usul berikut hendaklah dipersetujui. Bahawa, kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri, atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, pada hari Selasa bersamaan 21 September 2021.

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sabah Maju Jaya dan Salam Keluarga Malaysia Prihatin. Terima kasih Tuan Speaker di atas peluang dan kesempatan yang diberikan. Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah subahanahu wataala kerana dengan limpah kurnia, rahmat dan keizinan-Nya, kita semua dapat bersua kembali di Dewan yang mulia ini. Pertama sekali, diucapkan setinggi-tinggi penghargaan.

Speaker

Sebentar Yang Berhormat Nabawan.

Speaker

Kamu ada 20 minit untuk berucap ya.

Ya. Terima kasih. Pertama sekali, diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas Ucapan Dasar daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirudin semasa Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Sidang Dewan. Adalah menjadi harapan kita semoga segala intipati ucapan dasar tersebut menjadi panduan dan usaha semaksima mungkin dapat kita terjemahkan di kala krisis kesihatan yang mengakibatkan aktiviti ekonomi dan juga sosial yang terjejas. Dan dalam kesempatan kali ini, saya juga ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri baharu Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Ismail Sabri bin Yakub dan seluruh barisan Kabinet Persekutuan yang baharu. Anggaplah perubahan yang berlaku ini, berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan baru-baru ini akan menjadi satu titik tolak positif sebagai pembuktian untuk negara dapat mengembalikan sistem kesihatan dan ekonomi negara ke arah yang lebih baik lagi terutamanya untuk keluar daripada serangan wabak pandemik COVID-19. Tidak dilupakan ucapan penghargaan jutaan terima kasih saya tujukan kepada mantan Perdana Menteri ke-8, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Haji Muhyiddin Yassin di atas jasa, pengorbanan dan keprihatinan yang telah beliau berikan selama berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dan kita harapkan agar segala bentuk usaha murni yang telah beliau laksanakan dapat diteruskan oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

Tuan Speaker, mendasari intipati ucapan saya pada hari ini, terlebih dahulu izinkan saya memetik Laporan Majlis Keselamatan Negara. Menurut laporan semalam, 21 September 2021, 80% rakyat dewasa Malaysia telah divaksinasi. Namun demikian, laporan menyatakan kita di Sabah ini agak keterkebelakangan. Dan cuma hanya ada 57 point, Eh, 53.7 peratus populasi dewasa di negeri ini yang telah divaksinasi pada ketika ini. Berikutan isu tersebut, elok kiranya saya menyentuh terlebih dahulu berkenaan Pelan Pemulihan Negara ataupun PPN sebagai tunjang dan fokus utama negara dan khususnya untuk negeri Sabah sendiri bagi menangani wabak pandemik COVID-19. Pertama, kita maklum bahawa PPN ini mempunyai empat fasa dan tiga indikator. Utama telah digariskan di dalamnya iaitu keadaan penularan COVID-19

dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian, keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi. Dan tahap yang dilindungi berdasarkan peratusan yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. Negeri kita masih berada di fasa yang kedua. Oleh yang demikian, untuk beralih ke fasa yang seterusnya, adalah amat penting Program Imunisasi Kebangsaan ataupun program pemberian suntikan vaksin di negeri ini diberi perhatian lebih serius dan apa yang menjadi harapan saya, suntikan vaksin dos tunggal, dipercepatkan dan diperluaskan lagi ke seluruh kawasan-kawasan luar bandar terpencil di bahagian pendalaman di negeri ini. Contohnya, di pendalaman seperti tempat saya sendiri di Nabawan ini. Kawasan Kampung Saliliran yang terpencil terletak jauh di pendalaman amat sukar untuk orang kampung menerima suntikan vaksin. Lebih-lebih lagi vaksin yang memerlukan dua dos, kerana Kawasan yang jauh daripada Pusat Pemberian Vaksin. Jadi, oleh itu, perkara sebegini perlu diambil pretend serius untuk mencari kaedah sesuai bagi membantu rakyat kawasan pendalaman mendapatkan suntikan vaksin selari dengan usaha kita untuk mencapai target immunity kelompok. Sekali gus memastikan PPN di negeri Sabah berada pada landasan yang tepat. Justeru, saya menyarankan dan juga mencadangkan di Dewan yang mulia ini, agar kerjasama by partition dapat diterjebakkan di negeri ini dengan lebih serius mengikut lunas-lunas yang sewajarnya. Ini sangat penting kerana peringkat Kerajaan Persekutuan sudah pun mewujudkan kerjasama dwi-partition. Insyaa Allah. Banyak perkara-perkara yang dapat kita selesaikan bersama dalam situasi getir ini dan manfaatnya sudah tentu akan dinikmati bersama dengan raja, rakyat jelata di negeri Sabah. Contohnya, perkongsian idea dalam mekanisme melancarkan program vaksinasi adalah amat dialu-alukan.

Begitu juga dengan pelaksanaan SOP, selain isu-isu kritikal seperti bencana alam yang semakin membimbangkan, masalah pelbagai sektor ekonomi boleh dibincang dan diselesaikan bersama melalui usaha ini.

Memandangkan cabaran di Sabah berbeza dengan negeri-negeri yang lain, kita harus duduk bersama menyelesaikan masalah-masalah ini. Mungkin, keadaan yang boleh dilaksanakan adalah mewujudkan jawatankuasa campuran antara Kerajaan dan pembangkang. Jadi saya…jadi dalam menjayakan usaha sebegini, marilah kita sama-sama meninggalkan pemikiran yang lapuk, yang tidak mendatangkan apa-apa hasil demi negeri Sabah yang kita cintai ini.

Saya memetik ucapan Presiden Amerika baru-baru ini di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Dia mencadangkan

kepada dunia, katanya dengan izin, we must work together as never before. Erti katanya dalam Bahasa Malaysia kita mesti bekerjasama seperti yang sebelum ini kita lakukan selama ini.

Selesai berkaitan dengan PPN dan juga kerjasama bipartisan ini, seterusnya saya akan mengulas berkenaan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya ataupun SMJ. Setelah hampir setahun berlalu Kerajaan GRS berkhidmat di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, maka lahirlah Pelan Pembangunan SMJ yang merangkumi pelbagai aspek demi kemajuan dan permasalahan negeri ini. Sekaligus bertujuan meningkat pertumbuhan serta pembangunan ekonomi, sistem kesihatan, pembangunan infrastruktur, fasiliti dan sebagainya. Sebelum mengupas dengan lebih lanjut, suka untuk saya menyorot kembali ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tempoh hari sewaktu sambutan Hari Malaysia. Apa yang saya ingin tekankan adalah sebagai ingatan untuk kita semua yakni mengenai Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63, bahawasanya kerjasama Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak telah wujud melalui Majlis-majlis Perundingan dan usaha ini sedang berjalan untuk mengembalikan hak-hak Sabah dan juga Sarawak di tempat yang lebih signifikan sejajar dengan pembentukan Malaysia pada 58 tahun yang lalu. Oleh itu, pada ketika ini, sikap kerjasama yang perlu kita tunjukkan adalah keikhlasan dalam mencari solusi dan bukannya asyik menuding jari.

Rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini, selari dengan perkara tersebut di kala kita masih berjuang melawan wabak pandemik COVID-19 adalah menjadi keutamaan semasa kita untuk terus memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi, mengembalikan sistem kesihatan negeri ke tahap yang terbaik. Untuk mengembalikan kesejahteraan negeri dan membantu rakyat, kita juga tidak mengabaikan perkara penting seperti usaha-usaha untuk menuntut hak-hak Sabah dan juga Sarawak sesuai dengan era yang kita sekarang ini. Di samping kita juga harus memastikan pembangunan negeri Sabah terus berjalan di landasan yang sepatutnya. Apa pun pada ketika ini, keseimbangan itu seharusnya diterjemahkan dengan komitmen yang padu agar segala misi mahupun agenda tercapai.

Dari segi ekonomi, sebagai penanda aras pencapaian saya cadangkan agar semua pemain industri, agensi-agensi berkaitan Kerajaan serta syarikat-syarikat di bawah Kerajaan Negeri Sabah terutama yang menjalankan aktiviti pertanian atau pembangunan tanah dan yang berkaitan dengannya dapat menyelarikan fungsi mereka pada era ini bersesuaian dengan Pelan Pembangunan SMJ. Contoh, usaha awal boleh dilakukan adalah merangka satu pelan atau target yang akan dicapai sebagai usaha dan komitmen bersama dalam mencapai SMJ. Perkara ini penting kerana keadaan sedemikian dapat memberikan kesan positif contohnya, keyakinan pelabur luar akan meningkat dan secara langsung merancakkan ekonomi negeri terus bergerak aktif.

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah atau SLDB dan rakan-rakan agensi Kerajaan serta syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri, harapan kami agar diberikan suntikan sewajarnya bagi memastikan momentum kecemerlangan dapat diteruskan serta perkembangan positif dan agenda utama negeri yang ingin dicapai bersama dapat direalisasikan, kerana realitinya agensi-agensi Kerajaan ataupun syarikat-syarikat Kerajaan merupakan jentera pelaksana Kerajaan Negeri sendiri dalam memastikan aktiviti ekonomi mahupun sosial serta pembangunan dapat dilaksanakan dan memberi hasil berganda kepada pendapatan negeri Sabah sendiri.

Selain itu, untuk mengelakkan rakyat terus terbelenggu dengan masalah kewangan, sebenarnya banyak alternatif yang boleh Kerajaan laksanakan melalui pelbagai bantuan sekaligus membantu pertubuhan ekonomi negeri jika Kerajaan Persekutuan telah melancarkan pakej-pakej rangsangan ekonomi seperti bantuan prihatin, penjana, pemerkasa dan sebagainya maka cadangan saya adalah Kerajaan Negeri juga harus melaksanakan dasar-dasar atau bantuan sedemikian rupa untuk mengurus ketidakstabilan ekonomi di negeri ini selama tempoh COVID-19 belum dapat dikawal sepenuhnya.

Justeru, dasar ataupun pelan jangka pendek bersifat merangsang dan membantu pertumbuhan ekonomi mesti dilaksanakan pada ketika ini. Walaupun kita berdepan dengan pelbagai kekangan tetapi itu adalah cabaran yang perlu diharungi bersama. Contoh lain cadangan saya dari segi ekonomi sektor keusahawanan. Kita perlu memperkenalkan semula skrim, Skim Geran Perniagaan untuk belia dan beliawanis

dan sebolehnya mekanisma nya penyaluran Skim Geran Perniagaan belia atau seumpamanya boleh diperuntukkan, diagihkan kepada setiap Ahli-ahli Yang Berhormat, setiap YB ADUN dan ini bermaksud para belia boleh memohonnya melalui DUN kawasan masing-masing.

Namun begitu, upskilling perlu bersasar, agensi perlu lebih kepada kaedah auditing berbanding permohonan biasa. Kita perlu melihat mana-mana usahawan yang benar-benar perlu dibantu, siapa mereka dalam kategori golongan apa, bukan memohon mesin kisar tebu dapat mesin tersebut, dijual pula.

Dan selain daripada itu juga, membantu rakyat ketika krisis kesihatan dan ekonomi ini, cadangan lain yang boleh dilakukan seperti pinjaman kewangan kepada IKS dan penjaja kecil melalui badan atau institusi kewangan di bawah Kerajaan Negeri Sabah.

Mereka perlu bekerjasama membantu mencari solusi dalam usaha merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi negeri Sabah. Contohnya meletakkan kadar bunga kepada bakal peminjam pada kadar yang paling minimum dan memberikan kelonggaran syarat permohonan seperti memadai jika seseorang usahawan tersebut hanya mempunyai lesen perniagaan untuk mereka benar-benar ingin berniaga, meneruskan perniagaan terutama peniaga sedia ada yang terjejas akibat krisis pandemik ketika ini.

Dalam kita untuk menyahut program Kerajaan menerusi program Jalinan Digital Negara atau lebih dikenali sebagai JENDELA, saya amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pihak Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah contohnya bersedia untuk bekerjasama dan mencadangkan agar rakan-rakan agensi berkaitan Kerajaan yang mengusahakan pembangunan tanah di negeri ini untuk menawarkan kerjasama bersifat “J2J”, maksud dia itu ialah untuk apa ini, menyediakan tapak ataupun tanah agar liputan jaringan telekomunikasi khususnya internet ataupun aktiviti dapat dibangunkan dengan lebih menyeluruh kerana, ini kerana pembinaan menara telekomunikasi adalah suatu projek kritikal, sememangnya perlu dipercepatkan di negeri ini.

Speaker

Sila gulung yang berhormat.

Terima kasih.

Sikit lagi.

Tuan Speaker, Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat, sebagai makluman 10 Jun yang

lepas, Yang Amat Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah telah memaklumkan berkenaan Edisi Ketiga Bantuan Sabah Prihatin yang berjumlah lebih daripada RM154 juta. Ini telah memberi banyak manfaat kepada semua, apa ini, nelayan, petani, pekebun kecil, LIGS dan sebagainya.

Tuan Speaker, sehubungan dengan itu saya juga mencadangkan agar pihak Kerajaan dapat mempertimbangkan untuk melupuskan hutang-hutang peneroka ataupun peserta agensi-agensi Kerajaan selari dengan tujuan dan usaha Kerajaan meringankan beban rakyat serta memastikan golongan rakyat dalam kumpulan tersebut khususnya di negeri ini. Saya utarakan masalah tersebut kerana perkara seumpana ini telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. Contohnya Kerajaan Persekutuan telah melupuskan hutang-hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Perhutanan atau lebih dikenali sebagai FELDA. Selaras dengan perkara ini, sekiranya Kerajaan …

Speaker

Satu minit lagi.

Sekejap lagi. Selaras dengan perkara ini sekiranya Kerajaan Negeri Sabah juga melaksanakan perkara yang serupa maka dasar sedemikian telah menyahut agenda negara yakni Keluarga Malaysia dan Malaysia Prihatin.

Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri intipati ucapan dan sebelum terlupa, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah kerana dengan penjenamaan semula Istana Negeri ke Istana Sri Kinabalu dan juga Pusat Pentabiran Negeri Sabah ke Menara Kinabalu.

Keadaan ini telah mencerminkan bahawa Kerajaan telah membawa sesuatu perubahan imej baharu dan juga sebagai identiti negeri itu sendiri.

Di akhir ucapan, saya doakan semoga para sahabat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada dalam Dewan yang mulia ini terus istiqomah, bersemangat dalam menggalas tanggungjawab masing-masing khususnya dikala menghadapi krisis pandemik COVID-19 yang mengakibatkan sistem ekonomi kita juga terkesan. Semoga segala bentuk perancangan yang akan datang, sedang dan telah dilaksanakan mendapat

keredhaan Allah S.W.T dan rakyat di negeri ini memperolehi manfaatnya Insyaa Allah.

Burung Pipit Burung Kedidi, Hinggap di pokok di tepi sawah; Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berbuah.

Terbang tinggi Burung Kedidi, Hinggap lama di hujung papan; Bekerjasama kita terus berbudi, Demi kesejahteraan negeri yang lebih mampan.

Akhir kalam, Wabillahitaufik Walhidayah Wasallamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu. Sekian, terima kasih. Tuan Speaker, saya mohon mencadang.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Nabawan. Sekarang saya minta seorang ahli untuk menyokong usul ini.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Masalah di hadapan Dewan ini ialah bahawa usul yang berikut hendaklah dipersetujui. Bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih pada Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari selasa bersamaan 21 September 2021. Ahli-ahli Yang Berhormat, usul sekarang dibuka untuk dibahas. Dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat Senallang untuk membahas. Yang Berhormat, Yang Berhormat ada dua puluh minit ya.

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk berbahas pada hari ini. Sebelum itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sedekahkan Fatihah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah kembali Rahmatullah.

Tun Sakaran Dandai, Datuk Lajim Ukin, Robert Ninggir, Nilwan Kabang dan sebahagiannya oleh kerana mereka meninggal dunia dan mereka telah memberi sumbangan kepada Dewan dan juga negeri Sabah ini, al-Fatihah. Doa. Kita doakan mudah-mudahan mereka, roh-roh mereka dirahmati Allah S.W.T.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih, menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama yang telah memberi Ucapan Dasar bersempena dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Keenam Belas ini dan setelah mendengar bukan hanya ucapan Tuan Yang Terutama, bahkan juga jawapan dan isu yang telah dibangkitkan oleh pihak Kerajaan dalam sesi soal jawab dan berbagai isu yang telah dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Saya ingin menyentuh tentang bagaimana pentingnya, perlunya kita untuk menyelamatkan nyawa manusia dan saya pun di Dewan Rakyat telah menyatakan langkah-langkah untuk membolehkan kita dapat bukan hanya menyelamatkan nyawa mereka, kesihatan, keselamatan mereka. Berbagai pendekatan telah kita utarakan untuk membolehkan supaya langkah-langkah ini menjadi sebahagian daripada bukan hanya prescription dengan izin penyelesaian untuk bagaimana negara kita diletakkan di landasan yang sepatutnya. Saya berharap, usaha akan ini dapat ditingkatkan memandangkan Sabah bukan hanya sebagai sebuah wilayah yang begitu besar, bahkan juga sebuah wilayah yang termiskin di antara wilayah dan negeri-negeri lain di Semenanjung. Namun demikian, kita juga menyedari bahawa wilayah Sabah ini dan penduduknya juga banyak yang terjangkit, di antara tempat yang positive membatasi berbanding dengan tempat-tempat lain. Kematian on average dengan izin hampir 20 sampai 30 manusia yang meninggal dunia. Dalam keadaan yang kita nyatakan satu kematian yang tertinggi, yang kedua positif yang tertinggi, kemiskinan juga di antaranya, keluasan wilayah begitu besar.

Namun kita melihat bahawa langkah yang telah dilakukan oleh pihak pemerintah di peringkat Persekutuan agak mengecewakan. Perhatian dari segi jumlah vaksin yang kita perolehi terendah. Wilayah jiran kita Sarawak kadarnya tidak begitu tinggi pada bulan dua tiga bulan yang lalu tapi mendapat vaksin hampir 129% daripada jumlah penduduk yang ada. Tapi kita di peringkat Wilayah Sabah hanya memperolehi 37% vaksin yang kita perolehi. Sudah pun meningkat setelah kita suarakan di peringkat

Parlimen saya sendiri berhubung dengan Menteri Kesihatan Yang Berhormat KJ, Adam Baba, Menteri Kewangan sendiri untuk tambah katil di Queen Elizabeth Hospital. Katil kita hanya 35 yang dibekalkan dengan oksigen, tidak cukup. Ada di antara mereka manusia naik ambulans, naik kereta mati di tengah jalan. Ada yang mati menunggu untuk mendapat oksigen yang ada. Malahan kita membuat pendekatan umur lanjut 60 ke atas bukan lagi menjadi top priority. Diberi keutamaan anak-anak muda, 50, 40%. Seharusnya dasar ini menjadi satu perkara yang tidak menjadi amalan di mana negara kerana ingin menyelamatkan nyawa manusia. Bukan harus ada dasar ataupun pendekatan yang mana umurnya, no need to said dengan izin, we must go, a mere press a button, dengan izin a person can die. That is the policy, that is how we do things, manage in this country maka ini membimbangkan kita. Harapan orang terdahulu daripada kita bila kita membentuk Malaysia. Saya masih ingat tahun 60-an, orang tua-tua kita dibawa daripada Sabah ke Jengka, naik kapal singgah sekejap di Singapura. Bukan ada keupayaan mereka dipaparkan dengan gambaran ada jalan, ada kebaikan. Harapan mereka bila kita bentuk Malaysia, maka ini juga turut dirasa oleh masyarakat di Wilayah Sabah, di Wilayah Sarawak. Maka kita datang, Cobbold Commission, saya masih kecil tahun 60-an bila Cobbold Commission datang ke Semporna ikut saya dengan ibu saya. Lepas itu datang Cobbold Commission dia suarakan, dia tanya sama ada rakyat inginkan pembentukan Malaysia ini dilakukan.

Harapan kita cukup tinggi dan kita didendangkan dengan lagu-lagu yang begitu manis didengar oleh telinga. Kita perlu bekerjasama, kita perlu bantu untuk keadaan ekonomi yang merundum, keadaan covid yang begini terdesak.

Tapi dalam keadaan COVID-19 pun pada hari ini, Wilayah Sabah masih lagi keadaan yang kita katakan 50% dapat vaksin kedua, yang lain ada 80, yang lain ada 70%. Mengapa ini harus berlaku di negara kita? Keseimbangan dari bekalan vaksin yang ada. Adakah ini merupakan di antara harapan yang kita nakkan supaya kita sebagai rakyat Malaysia tidak cintakan negara? Itu tidak sama kali tidak timbul bila kita menyuarakan oleh kerana kita cinta negara kita. Oleh kerana kita ingin supaya lahirkan the bonding among Malaysian in this country, supaya dapat disentuh nurani umat supaya cintakan negara ini. Ini menjadi keutamaan kepada kita, jangan hanya sentuh nurani rakyat di Semenanjung dengan peruntukan. Dengar, saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri Kewangan Ke-2, berbilion, hanya 1.8 bilion peruntukan dari Persekutuan.

Belanjawan tahun 2020, kita luluskan di Dewan Rakyat 330 bilion.

Datang COVID-19 2021, kita belanja pakej demi pakej, 500 bilion lebih hampir 800 bilion yang telah diluluskan, kita hanya dapat 1.8 billion saja. Adakah ini memadai kepada kita rakyat Malaysia di Wilayah Sabah ini? Oleh kerana kita nakkan memorandum, oleh kerana kita nakkan kerjasama, dendangan kerjasama sedap telinga mendengar. Jalanraya tidak baik, dilanda banjir. Penampang, negeri Sabah, di Beluran, tidak seorang pun datang pimpinan.

Di Selangor datang banjir, land slide, 1 juta diumumkan oleh Menteri Industri. Land slide di Sembulan yang ada takungan tempat air, kita nampak berapa peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan negeri Sabah.

Bukan kita suarakan oleh kerana kita kritik, tidak. Kita wakil rakyat, kita wakil wilayah Sabah yang inginkan supaya judge must be done in this country to help us. Jangan tidak ada aduan to that equality ini bukan equality, ini bukan equity, tapi there must be judge dari segi kita rakyat di negara ini, wilayah di negara ini mendapat perhatian. Maka dengan itu, bila saya melihat setakat COVID-19 saja, setakat pengangguran dah berapa umat yang menganggur? Tidak tercatat oleh jabatan statistik buruh yang ada. Bisuk bukan hanya di Ranau, bukan hanya di Sipadan, bukan hanya ditempat-tempat lain it's not recorded by hundred or thousand, dengan izin, manusia tidak mempunyai peluang pekerjaan. Maka dengan itu, kita melihat peruntukan yang kononnya terbatas, Kerajaan tidak ada duit untuk mengagihkan. 500 lebih, 530 bilion. Saya tahu 530 billion itu merangkumi moratorium. Itu bukan duit Kerajaan, itu duit rakyat yang mereka simpan di bank, KWSP, juga simpanan rakyat yang ada. Sebahagian itu dirangkumkan seakan-akan inilah bantuan Kerajaan kepada umat di negara ini. 500 bilion lebih, ke mana duit yang kita dapat di peringkat negeri ini? Di peringkat wilayah Sabah ini? Maka dengan itu, saya berharap kita di Dewan yang mulia ini, bukan hanya perlunya suara kita sepakatnya untuk bersama supaya suara kita kedengaran yang begitu lantang. Bukan untuk diri kita, untuk umat di peringkat akar umbi. Harapan mereka bila kita bentuk Malaysia, kita tandatangan An International Treaty in 1963 bukan is a Malaysian Treaty, tidak. Maka dengan itu bila kita menjadi Kerajaan dahulu, the first thing in my mind as a leader bagi wilayah Sabah, bawa 63. Pasal apa 63 ini dibawa? Bukan setakat ianya perlu kita selaraskan pentadbiran tidak ada pertindihan dia, pertindihan kuasa Kerajaan Persekutuan, pertindihan kuasa di peringkat Wilayah Sabah. Bahkan juga dari segi hasil yang diperolehi di bumi Sabah ini yang sepatutnya milik kita, tapi malangnya

bukan milik kita. Sedap telinga mendengar minyak keluaran Sabah 1.8 bilion barrels per year, 1.8 bilion barrels per year, we are the biggest producer. 37% keluaran minyak di negara Malaysia datang dari bumi Sabah. Ini kita kena sedar. Tidak apalah kita faham 74. Tapi ini sudah 2021, takkkan perkongsian ninety five percent sampai sekarang masih ninety five percent?

Maka dengan itu saya lantang masa dahulu PH, bukan setakat di Parlimen tapi saya jumpa Perdana Menteri saya nyatakan promise must be done 20%.

Tidak cukup 20%, saya impose 5% saya said.

Waktu itu Perdana Menteri tidak senang hati, bukan senang hati saya nak layan dia, saya nak layan rakyat di bumi Sabah ini. Ini kepentingan dia.

They like it, they don’t like it, it’s okay be. Yang penting kepada kita, kita selaku wakil rakyat. Pasal apa kita nak tuntut? Pertama seperti yang saya nyatakan, perlu diselaraskan pentadbiran negara ini.

Jangan ada pertindihan dia.

Kita, harapan kita autonomi yang ada di wilayah Sabah. Tapi autonomi apa yang kita ada? Pertindihan? Ada jabatan, ada kementerian bukan kuasa kita. Apa yang telah dimeterai oleh the founder? Jais Sundang, Tun Mustapha, Allahyarham Tun Fuad Stephen, Temenggung juga, orang tidak pernah pergi London, sign dengan harapan mereka dalam perjanjian 63 ini sekurang-kurangnya bukan hanya kita merdeka, we don’t want semi-independent, we want to have judge dari segi pentadbiran negara ini.

Hasilnya, pentadbiran negeri ini kita tadbir wilayah kita tapi sebahagian kuasa bukan kita punya. Saya sebutkan bila saya bawa pergi mesyuarat jawatankuasa, tebal failnya. Yang kita bawa 21 perkara. Dari 21 perkara, 17 perkara telah pun diluluskan oleh jawatankuasa ini. Dari 17 perkara itu, sebahagian dilaksanakan sebahagian masih lagi tertangguh. Tinggal empat perkara yang telah masih lagi tertunggak. Tuntutan duty export balak dan hasil hutan di Sabah diluluskan, pengedaran gas dan kuasa kawal selia elektrik dan gas di Sarawak dan Sabah, ini diluluskan. Itu termasuk SESB sepatut kita ambil, ada delay. Pasal yang kita delay oleh kerana masalah subsidi 1 bilion. Saya bagitahu dengan Kerajaan Persekutuan waktu itu, delay that. Kita tidak mampu untuk bayar 1 bilion, staggered the payment, but we want SESB to be back manage by Sabah, not by KL. Pasal apa? Ini di antara komponen untuk membolehkan kita menarik pelancong. Bayangkan hari ini, harga elektrik pun punya tinggi. We deter investors to come in, how to do that? Every time we decide, we have to refer to KL. Macam mana keadaan kita di bumi Sabah ini?

Tentang bukan kita tidak mahu kerjasama, mahu kerjasama but be fair to us pengedaran gas yang disebutkan tadi. Pelaksanaan kerja raya Persekutuan di negeri Sabah dan Sarawak. Pelaksanaan kerja raya..pembangunan jalan raya, pembangunan Pan Borneo. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya bersuara di Parlimen semalam dia katakan Kerajaan PH batalkan Pan Borneo no is not true. Kita tidak batalkan, kita katakan bahawa PDP mesti dibatalkan there was a delay. Saya tahu saya minta rakan saya daripada Moyog bersuara di Kabinet teruskan Pan Borneo, cuma saya waktu itu tidak mahu pengurusan Pan Borneo yang menelan belanja berbilion.

Jawatankuasa PDP yang membabitkan pihak swasta engineer dia, menjadi pengurus bilion of money State.

Kerajaan takkan kita tak sedar, kenapa kita bagi serahkan kepada JKR wilayah Sabah, saya cadangkan waktu itu bagi dengan kuasa Kerajaan Sabah dan juga Kementerian Kerja Raya Sabah. In tower them pasal kita ada qualified engineer, kita ada orang yang ada kepakaran diaorang tahu mana selok belok jalan yang ada. Tuntutan buruh di Sabah dan Sarawak diluluskan, kuasa negeri ke atas isu kesihatan di Sarawak dan Sabah itu yang kita wujudkan Kementerian, nobody knows we never expect dengan izin Datuk Speaker. Bahawa COVID-19 akan datang tapi kita faham manusia kita perlukan kesihatan, kita perlukan pendidikan, kita wujudkan Kementerian Pelajaran pasal apa? We need up skill in a people, we need to realize knowledgeable main power, tapi tidak ada ertinya orang yang ada education PhD kah, engineer kah, professor kah, tapi kalau kesihatan dia tidak baik. You can be rich person, you can be orang bilang multimillionaire tapi kalau kesihatan tidak ada, dia makan tablet hari-hari. Tidak boleh makan beef, tidak boleh makan vitamin dengan dia, makan ubat oleh kerana apa kesihatan the two factor. Pembangunan tamadun … pembangunan sebuah negara harus membabitkan mendaulatkan manusianya tapi perlu ada kesihatan yang ada it must be manage the aspect dengan izin. Pentadbiran Pulau Sipadan dan Ligitan diserahkan balik kepada Wilayah Sabah. Isu pertanian, perhutanan saya amat bersutuju dengan Yang Berhormat Tambunan, Nanas, kita..saya sebenarnya dulu pun dia suarakan kepada saya why should wait dengan izin kita mesti ada Lembaga kita, nanas sendiri. Nak bagi peruntukan, bagi peruntukan kepada Sabah. Jangan oleh kerana peruntukan datang kalau ada vehicle mereka, kalau ada mereka form… control.

Speaker

Sila gulung ya Yang Berhormat.

Banyak sebenarnya Datuk Speaker, yang saya nak suarakan.

Obligasi Kewangan Persekutuan di bawah senarai bersama ini di antara perkara kita suarakan semakan semula pemberian khas, kalau mengikut rentetan pada tahun 1974 cuma RM25 juta sahaja. Kita desak supaya Federal Government revise naik RM25 juta, saya bagi tahu this is a not a formula that we want. You must increase that kalau ikutan daripada tahun 1974, Sabah mesti memperolehi RM50 bilion daripada yang kita katakan tadi itu pemberian khas. Begitu juga perikanan, begitu juga laut muara deep sea fishing di Sabah ini. License must be … by Federal, it must be done by Sabah kita tidak tahu kapal dari Vietnam kah, daripada China, ikan di Sabah. Saya banyak bersuara di Parlimen, kalau di Semporna itu ikan bukan tidak boleh cakap bajau, tapi takkan lah kelulusan untuk bagi license deep sea fishing Kuala Lumpur mahu luluskan? We never know kapal siapa punya? Ini di antara perkara yang kita suarakan, tanah diberi hak milik kepada Persekutuan di negeri Sabah, saya tak bagi kain airport Tawau until now the title I don’t want to give.

Saya bagi tahu you developed there pun but the title should not be given to you. That’s the Perjanjian 63, ini di antara perkara yang kita suarakan, yang kuasa baki perundangan mengenai alam sekitar.

Perkara 112, pembangunan penurunan kuasa kepada Mahkamah Sabah, Mahkamah Sarawak dikuasakan..kuasa ini diturunkan kepada Sabah, Sarawak kerana ini termaktub dalam Perlembangaan, TYT ada kuasa dia pemberian kuasa TYT untuk melantik Pesuruh Jaya kehakiman. TYT mempunyai kuasa sedemikian atas nasihat Ketua Hakim Sabah dan Sarawak. Perlantikan dilakukan oleh jawatan kuasa yang ada ini antara perkara yang kita suarakan yang tertinggal ada empat perkara royalti minyak, pembayaran tunai petroleum, mineral minyak, medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012 hak negeri ke atas pelantar benua continental sharp tadi kita bincang pasal itulah gas. Kita tidak tahu berapa jumlah gas yang extra … minyak di Sabah. Kapal depan kita we never know, we don’t have a mechanism to determine that. Pasal itu kuasa ini harus dikembalikan seperti Perjanjian 63 bukan hanya perjanjian ini menjelaskan pentadbiran, perjanjian ini juga meningkatkan hasil pendapatan Wilayah Sabah. We don’t have to beg, this is our right 40% of income taxes revenue yang sepatutnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan must be return

back untuk Sabah perjanjian ini tapi perjanjian ini ke mana 63 ini. Masuk Memorandum di Kuala Lumpur. Perjanjian 63 letak di bawah..letak di bawah the last 63. Walhal kita sudah setuju 17 daripada 21 jawatankuasa sudah ada. All the detail in … ambil I know pasal kita ada lepas itu empat mata Perdana Menteri, Ketua Menteri Sarawak dan juga saya sendiri dengan Perdana Menteri waktu itu bincang because saya desak tentang royalti minyak.

Speaker

Sila gulung.

Jadi saya sebenarnya Datuk di-Pertua banyak lagi perkara tentang tanah kita kena lahirkan supaya pengurusan tanah jangan biarkan ada saya difahamkan tanah yang ada di negeri Sabah NT, bila kita tidak sedar taken by public listed company. Undang-undang ada kita tahu but this want cannot be list in the long term 30 tahun, 30 tahun. Seakan-akan kita kena notified what is the purpose of Native title yang ada, now is list own by listed company ke mana undang-undang ini. We have to looking to it untuk memastikan supaya perkara ini dapat kita dapat selaraskan. Jadi Datuk Yang di-Pertua, saya melihat pentingnya bagi kita memantau saya berharap Kerajaan Negeri pantau sedap telinga mendengar dulu pun lima bilion lepas itu tinggal tiga bilion saja dilaksana kerana apa, masalah tanah, masalah ini jadi saya berharap perkara ini bila kita bersuara bukannya pengertian dia. Kita criticize for the matter but we have saying fact. Fakta yang ada di Sabah untuk keperluan rakyat di peringkat negeri ini. Saya berharap sungguh Dewan yang mulia ni bukan hanya mengambil perhatian khususnya Kerajaan Wilayah Sabah tentang apa yang kita telah suarakan menjadi sebahagian daripada kerangka untuk membawa maju pembangunan Sabah.

Rancangan Kedua belas, akta rancangan..akta rancangan ini dah Kedua belas Fifth Malaysian Plan, Seventh, Nine Malaysian Plan, sedap telinga mendengar rancangan sana, rancangan sini but Sabah still wilayah yang di prite tanpa ada pembangunan. Jadi kita harus merungkai meneliti secara mendalam sebenarnya apakah usaha dangkal yang perlu diperlakukan oleh wilayah Sabah, Wilayah Sarawak untuk membolehkan supaya mereka dapat dalam keadaan setanding, seimbang seperti juga tempat-tempat lain di negara Malaysia ini. Terima kasih banyak atas ruang yang diberikan kepada saya walaupun banyak perkara yang saya perlu suarakan oleh kerana masa agak singkat. Saya berharap kalau boleh Datuk Speaker, selaku

Ketua Pembangkang begitu juga di Parlimen sekurang-kurang bagi lah masa yang agak Panjang kerana banyak perkara kerana kita kena nak gunakan landasan Dewan ini untuk kita dapat menyuarakan banyak perkara tentang kesihatan, ekonomi, pengangguran yang perlu kita cadangkan untuk kepentingan kebaikan Sabah sebagai sebuah tempat yang tempat tinggal kita. Terima kasih banyak.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Cadangan akan diambil perhatian, Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Api-Api. Yang Berhormat ada sepuluh minit ya.

Datuk Liew Chin Jin@ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Tuan Speaker, izinkan saya berkongsi pandangan saya tentang perkara-perkara tertentu yang berkenaan negeri Sabah. Saya sebenarnya mengambil berat tentang kematian-kematian akibat COVID-19 yang kian meningkat di negeri Sabah termasuk mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya. Mulai bulan Ogos tahun ini, Sabah terus merekodkan angka kematian harian yang tinggi. Setakat 21 hari bulan iaitu kelmarin, Sabah merekodkan sejumlah 1949 kematian sejak pandemik tahun lalu. Walaupun Sabah telah menunjukkan downward trend dengan izin dalam jumlah kes baharu COVID-19 seharian kebalikannya itu namun, negeri kita masih di antara lima buah negeri teratas dalam negara dalam dari segi jumlah kes positif tertinggi seharian. Tuan Speaker, lagipun berdasarkan pada laporan-laporan apa yang membimbangkan ialah Varian Delta COVID-19 yang amat mudah berjangkit dan mampu menjangkiti orang-orang yang divaksinasi sepenuhnya di negeri kita. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan dan Sabah per Sabah rakyat haruslah bekerja keras untuk menghentikan Varian Delta ini daripada menular dalam kalangan komunikati komuniti di Sabah. Sudah tentu kita tidak mahu melihat bencana Varian Delta wujud di Sabah.

Tuan Speaker, memandangkan kenaikan kes kematian di luar hospital dengan izin Brought In Dead (BID Cases) berdasarkan data daripada Ketua Pengarah Kesihatan sudah sudahkah Kerajaan menyediakan lebih banyak pusat kuarantin risiko rendah untuk para pesakit kategori satu dengan tanpa gejala dan pesakit kategori dua gejala ringan yang terpaksa menjalani kuarantin kendiri di rumah dengan izin self quarantine at home dan oleh itu mereka berisiko menjangkiti ahli-ahli keluarga.

Selain itu, ada kemungkinan keadaan mereka akan merosot dan menjadi kategori ke 3, ke 4 atau ke 5 dengan izin we need more data transparency what is the mortality rate for someone fully vaccinated when they are infected with COVID-19. Untuk menghentikan penularan COVID-19 itu, pemudahan kata SOP seperti penjarakan sosial yang selamat, pemakai pelitup muka dan amalan kebersihan peribadi yang baik patut dipupuk di kalangan masyarakat sebagai budaya seharian dengan izin as a daily culture. Kita berharap agar Jabatan Kesihatan Negeri akan terus membasmi kuman dan membersihkan kawasan-kawasan awam secara tetap. Atas kepentingan kesihatan awam, saya juga menggesa Kerajaan Negeri akan membuat peraturan bagi pihak pengurusan pasar raya, kelab sosial dan premis awam lain melakukannya kuman dan pembersihan dengan tetap dengan izin to carry out this infection as a sanitazation regularly.

Tuan Speaker, saya mengambil kesempatan ini untuk menggesa Kerajaan mempertimbangkan sewajarnya mohon rayuan Malaysian Association of Wellness and Spa dan Association of Malaysia Spa dengan izin supaya ahli-ahli mereka dibenarkan beroperasi tetapi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada Fasa ke-3 akan datang dibawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Para pengusaha pusat spa, pusat kesejahteraan dan pusat refleksologi tidak dibenarkan beroperasi apabila Kerajaan membuka semula sebelas sektor ekonomi termasuk kedai gunting rambut dan pusat kecantikan pada bulan Ogos lalu di bawah Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pada masa kini mereka masih tidak dibenarkan beroperasi di bawah Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekarang. Persoalannya ialah mengapa industri spa tidak dibuka semula bersama dengan salun rambut dan pusat kecantikan sedangkan perkhidmatan mereka adalah serupa, iaitu kedua-duanya melibatkan terapi sentuhan dengan izin touch therapy. Saya difahamkan bahawa alasan untuk tidak membuka semula spa dan pusat refleksologi peringkat sekarang ialah adanya kontrak rapat dengan pelanggan-pelanggan semasa rawatan spa dijalankan. Akan tetapi ini tidak logik kerana ada juga sentuhan, fizikal dengan izin physical touch dengan pelanggan di salun rambut dan pusat kecantikan semasa rawatan rambut dan muka dilakukan. Penangguhan lanjut dalam pembukaan semula bererti lebih banyak kehilangan

pendapatan bagi para pengusaha spa, pusat kesejahteraan dan pusat refleksologi kaki serta penganggur pengangguran berterusan bagi para pekerja spa dengan izin industri spa memohon dibenarkan beroperasi pada bulan Oktober depan sebelum Fasa Keempat bermula di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Speaker

Yang Berhormat Api-Api, Yang Berhormat saya berikan another two minutes lagi.

Datuk Liew Chin Jin@ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Saya sudah tunggu sepuluh bulan belum datang sini pun kena kasih lima minit lagi.

Speaker

Ini berkenaan dengan kita punya SOP Yang Berhormat, saya pun minta maaf, dua minit teruskan.

Datuk Liew Chin Jin@ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Terima kasih. Hihi okey. Keputusan Kerajaan dalam pembukaan semula hendaklah berdasarkan kepada kapasiti operasi kebolehan pengusaha-pengusaha menguatkuasakan penjarakan sosial dan garis panduan keselamatan bagi pelanggan serta berdasarkan kepada status vaksinasi para pekerja dan pelanggan.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri ….

Speaker

Pah saja.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Pah, boleh. Ucapan ini saya ingin menyentuh tentang Program Bantuan Bakul Makanan.

Walaupun Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri banyak menghulurkan bantuan makanan di bawah program ini kepada rakyat di Sabah yang terjejas dengan pandemik-pandemik COVID-19 akan tetapi kita masih mendengar keluhan bahawa bantuan tersebut masih tidak mencukupi atau tidak disampaikan ke mereka. Sehubungan ini, saya mencadangkan supaya Kerajaan Negeri membuka lebih banyak lagi saluran komunikasi untuk rakyat mendapatkan bantuan selain daripada Pejabat Daerah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) masing-masing, khususnya kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar. Dengan ini, saya mohon

menyokong Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Api-Api tepat 12 setengah, terima kasih.

Datuk Liew Chin Jin@ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Okey, thank you.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya sekarang dengan segala hormatnya menjemput Ahli Dilantik Yang Berhormat Tuan Suhaimi Nasir.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Terima kasih, Yang Berhormat Datuk Speaker. Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum waramaitallahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan menyokong Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirudin pada hari selasa lepas.

Tidak lupa juga saya ucapkan dan menjunjung kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun, kerana sudi menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan DUN Sabah kali ini.

Tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Datuk Speaker dan kakitangannya kerana dalam cabaran yang kita hadapi, ketika negara khususnya di Sabah lagi berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19, kita berjaya mengadakan persidangan kali ini. Walaupun terikat dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan namun kita tetap meneruskan persidangan ini, demi kepentingan negeri khususnya dalam membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat ketika ini.

Datuk Speaker, ekoran penularan virus COVID-19 yang melanda dunia sejak tahun lepas, negara kita tidak terlepas daripada berhadapan dengan krisis kesihatan dan ekonomi yang turut memberikan kesan kepada rakyat.

Dalam menangani dua isu ini, kita amat berterima kasih kepada Kerajaan Pusat dan Negeri yang bersungguh-sungguh untuk menangani krisis ini terutamanya dalam pemberian vaksin kepada rakyat.

Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato Sri Ismail Sabri sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-9 telah mengarahkan beberapa buah negeri termasuk di Sabah yang masih tinggi kes positif selain kadar vaksinasi masih rendah agar diberikan tumpuan khusus turut memberikan sinar baharu kepada rakyat Sabah. Kita jangkakan pada penghujung bulan ini kadar vaksinasi di negeri ini akan mencecah 60 peratus menerima vaksin dan menjelang bulan Oktober kita menjangka 80 percent penduduk Sabah akan menerima vaksin.

Kita berharap selepas sasaran ini dicapai, penularan virus COVID-19 di negeri ini dapat dilandaikan dalam masa yang sama kita harus bersedia beralih ke fasa endemik namun kita jangan alpa dengan amalan norma baharu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, selepas kita berjaya melandaikan penularan COVID-19, adalah menjadi harapan rakyat agar Kerajaan fokus untuk memulihkan ekonomi negeri dan rakyat yang terjejas ekoran penularan ini. Usaha-usaha untuk memulihkan sektor pertanian pelancongan sebagai antara sub sektor yang menjadi sumber pendapatan Kerajaan perlu dipulihkan sesegera mungkin. Apa yang rakyat perlu untuk mengharungi ekonomi tahun 2022 adalah harapan. Harapan di mana Kerajaan akan menguruskan negara dengan lebih baik dan sempurna. Kerajaan harus merangsang ekonomi negeri dengan idea baru yang boleh memacu sektor ekonomi negeri berkembang maju.

Pendekatan agresif dalam menarik pelaburan langsung asing ke negeri ini perlu dilakukan dimana ianya juga boleh merangsang pertumbuhan ekonomi negeri. Dalam usaha memulihkan ekonomi negeri yang turut terjejas dengan penularan COVID-19, Syarikat berkaitan Kerajaan, iaitu GLC juga boleh memainkan peranan membantu Kerajaan memulihkan ekonomi negeri.

Saya difahamkan, sebelum ini ada beberapa GLC telah pun melakukan perjanjian usahasama untuk memajukan tanah antara agensi Kerajaan Negeri bersama

pemaju hartanah di negeri ini, bagaimanapun sebilangan perjanjian tersebut sudah pun melebihi kerana saya mengetahui dan memahami sewaktu Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Warisan dan hari ini Kerajaan GRS. Saya ingin mengambil iktibar kerana Yang Berhormat Speaker, tanah-tanah ini telah dikonsisikan, ada yang lima tahun, ada yang sepuluh tahun, ada yang 30 tahun tetapi sehingga hari ini tidak ada kelihatan apa ni perkembangan tanda-tanda positif daripada perjanjian tersebut yang sebagaimana …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhomat ADUN Dilantik satu minit lagi ya Yang Berhormat.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Ah ya. Ekoran daripada kegagalan inilah adalah bagi Kerajaan untuk mengkaji semula perjanjian tersebut dan mengambil tindakan yang lebih proaktif bagi menjalin usaha sama kepada pemaju hartanah yang lebih berwibawa dan berdaya maju untuk melaksanakannya. Mungkin Kerajaan akan menanggung kos kerugian dari segi perundangan tetapi untuk jangka masa panjang kita akan menanggung kerugian yang lebih besar sekiranya usaha sama dipersetujui gagal dilaksanakan dimana turut membantutkan usaha Kerajaan untuk membangun ekonomi negeri.

Yang Berhormat Speaker, Daerah Sandakan memang cukup dikenali dengan selain dikayakan dengan alam dan fauna yang menjadi daya tarikan pengunjung khususnya pelancong asing tapi situasi ini tidak boleh kita biarkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang perlu dilakukan oleh Kerajaan agar sektor boleh diaktifkan semula bagi menjana ekonomi rakyat khususnya kawasan Sandakan. Idea yang dicetuskan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Sri Bung Moktar Radin yang membentuk satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sandakan harus dipuji di mana melalui jawatankuasa ini bertindak bagi akan merancang serta melaksanakan program pembangunan yang lebih sistematik untuk menjadikan Sandakan sebagai Bandar Raya Kedua di negeri Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat sila gulung, Yang Berhormat.

Datuk Suhaimi NasirADUN Dilantik

Yang Berhormat, Datuk Speaker.

Berhubungan dengan Pembangunan Modal Insan tadi Sandakan juga memiliki hubungan hub pendidikan, bagaimana pun rakyat masih keliru dari aspek pencapaian sebaik sahaja hub pendidikan ini diwujud untuk Kerajaan perlu menghebah kepada umum status kejayaan selain melihat beberapa kekurangan fasiliti yang masih diperlukan di kawasan ini.

Akhirnya Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mengambil kesempatan bersama dengan blok pembangkang, marilah kita sama-sama membangun demi rakyat dalam keluarga Malaysia ini ke arah kemajuan dan Sabah Maju Jaya. Terima kasih atas kesempatan untuk memberikan Ucapan Dasar Kerajaan pada persidangan pada kali ini. Dengan ini saya menyokong, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat dari Tanjong Papat, silakan.

Datuk Poon Ming Fung@FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Terima kasih Tuan Speaker, terlebih dahulu saya mengucapkan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah semasa Istiadat Pembukaan Penggal kedua Dewan ini.

Kita merakamkan penghargaan yang setingginya kepada Tuan Yang Terutama dan mendoakan semoga Tun terus diberi limpah berkat kesihatan sebagai simbol perpaduan negeri tercinta kita berserta dengan keluarga.

Tahun 2021 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran lagi bagi Kerajaan mahupun rakyat.

Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang juga menghadapi cabaran yang tiada kurang sukarnya. Kerajaan Persekutuan telah berlakunya perubahan kepimpinan Kerajaan sungguhnya perkara yang luar biasa telah berlaku iaitu Kerajaan Persekutuan menangani Transformasi dan Kestabilan Politik di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan saya berpendapat bahawa ni

merupakan perkembangan positif untuk memerangi pandemik ini dan memulihkan semula ekonomi negara ini. Oleh itu persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan pihak pembangkang untuk menggubal Undang-undang Akta Ahli Lompat Parti. Adalah langkah yang baik dan bijak untuk mewujudkan kestabilan pemerintahan negara agar wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat mengamal kesetiaan terhadap parti mereka.

Kebebasan bergabung tidak boleh dijelmakan sebagai alasan oleh rakyat wakil rakyat yang mengkhianati kepercayaan pengundi-pengundinya.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah telah menyokong penuh kepada Memorandum Persefahaman yang dibuat di antara Kerajaan Persekutuan dan pihak pembangkang sudah tentu permulaan dengan kata-kata adalah mudah.

Tuan Speaker, oleh itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji bin Haji Noor harus minta lanjuti untuk pelaksanaan Undang-undang Akta Anti Lompat Parti bagi mengelakkan mana-mana wakil rakyat negeri lompat ke parti politik lain daripada parti yang asal didatangi serta telah dipilih oleh rakyat. Pelaksanaan ini juga selaras dengan Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dan pihak pembangkang. Syarat-syarat lain yang bergantung dalam MOU juga harus diperturuti seperti apa yang telah saya nyatakan awal tadi bahawa tak kira rakyat mahupun wakil rakyat pembangkang mengalami kesukaran dalam tempoh pandemik ini. Setiap rakyat wakil rakyat yang terpilih di pilih oleh rakyat di konstituennya harus dihormati oleh Kerajaan semasa. Oleh itu semua wakil rakyat terpilih baik dari pihak Kerajaan atau pembangkang masing-masing harus mendapat peruntukan yang setara bagi memastikan setiap penduduk yang berbayar cukai dapat merasa peruntukan pembangunan dibelanja di kawasan masing-masing melalui wakil rakyat yang dipilih oleh penduduknya.

Tuan Speaker, dunia kini seperti yang kita ketahui semakin kecil dari hari ke hari kerana semakin ramai orang yang berpendidikan dan berlaku dalam bidang teknologi moden terutamanya internet. Terdapat banyak negara yang baru sahaja disediakan dengan perkhidmatan 5G di mana perkhidmatan 6G telah berada kaki langit. Masa depan negara kita terletak pada golongan belia. Belia-belia kini yang hanya dengan umur 18 tahun amat maju atas meneroka maklumat seluruh dunia

mereka juga boleh dikatakan bahawa antara yang pertama menyedari keberlakuan di dunia jika dibandingkan dengan generasi yang lebih tua.

Walaupun belia-belia kekurangan pengalaman tetapi pengetahuan mereka sentiasa dibaharui dengan maklumat dari setiap sudut dunia ini yang dapat meninggikan kemahiran mereka atas penggunaan peralatan pada masyarakat kini. Oleh itu, saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri harus segera meminda Perlembagaan Negeri bagi menurunkan usia layak mengundi ke-18 tahun serta mengizinkan mereka untuk bertanding sebagai calon dalam pilihan raya yang akan datang sejajar dengan cadangan pindaan Perlembangaan Persekutuan. Ini sudah tentunya akan dapat membantu mendorong negeri kita membangun setara dengan negeri-negeri yang lain.

Tuan Speaker, selama ini, bandar Sandakan hanya terdapat sebuah hospital Kerajaan dan tiada hospital swasta yang beroperasi. Bandar Sandakan dianggarkan jarak sejauh 334 kilometer dari Kota Kinabalu ia sekurang-kurangnya mengambil masa selama enam jam untuk jarak tersebut untuk perjalanan darat. Manakala di Kota Kinabalu ia mempunyai tiga buah hospital Kerajaan dan beberapa buah hospital swasta. Selain daripada itu ia juga mempunyai beberapa klinik kesihatan beroperasi dengan baik di sekitarnya. Oleh itu adalah amat dikesali bahawa banyak yang hilang nyawa hanya kerana kekurangan peralatan perubatan yang mencukupi serta kekurangan kakitangan perubatan untuk memenuhi keperluan bagi mangsa-mangsa kemalangan dan juga orang awam yang menghidapi penyakit kronik. Tambahan lagi, ramai penduduk tempatan tidak mampu menampung kos perubatan yang tinggi jika mereka ingin mendapat rawatan daripada pihak perubatan swasta. Manakala terdapat golongan penduduk yang mampu menanggung kos tersebut tetapi kemungkinan berlakunya dengan unsur keadaan kesihatan mereka yang tidak mengizinkan untuk menaiki kapal terbang atas pelbagai unsur termasuk kapal terbang atau sifat keadaan fizikal atau keadaan perubatan mereka. Pandemik yang melanda baru-baru ini telah menonjolkan kelemahan sistem perjalanan kesihatan kita di kawasan bandar Sandakan dan juga di Sabah secara amnya. Ramai pesakit positif COVID-19 yang masih menjalani kuarantin kendiri di rumah daripada di pusat kuarantin dengan bergantung kepada kategori keseriusannya. Ramai juga yang resah untuk memasuki pusat kuarantin atas pelbagai sebab adakah Kerajaan sedar bahawa apa sebabnya pesakit positif

COVID-19 menolak masuk ke pusat kuarantin? Kita sedar dan tahu bahawa pelbagai masalah dan isu telah menyebabkan ketidakpuashati doktor-doktor sehingga memberhentikan perkhidmatan mereka dari hospital. Di antara masalah utama ialah ramai doktor kontrak yang tidak mendapat tawaran jawatan tetap daripada Kerajaan walaupun ini merupakan persoalan Kerajaan Persekutuan tetapi secara langsungnya ini telah memberi kesan drastik yang sangat buruk terhadap isu kesihatan kita apatah lagi penduduk dalam negeri kita telah bertambah dengan populasi kini mencapai 3.9 juta. Terutamanya bandar Sandakan yang hanya mempunyai sebuah hospital Kerajaan dan tanpa hospital swasta sama lagi sekali. Negeri kita bukan sahaja kekurangan dengan doktor hospital Kerajaan malahan peralatan perubatan dan doktor pakar juga kurang untuk menampung keperluan penduduk dalam negeri Sabah.

Ia memang tidak mudah bagi penduduk Sabah yang ingin mendapatkan perkhidmatan perubatan di tempat lain di antaranya ialah masa contohnya kita sekurang-kurangnya perlu mengambil masa selama tiga jam untuk terbang ke Semenanjung dari Sandakan. Para pengusaha industri amat mementingkan sistem penjagaan kesihatan tempatan. Oleh itu adalah perlu untuk Kerajaan Negeri meminta lanjuti pentadbiran dan operasi sistem penjagaan kesihatan peringkat Negeri serta mendapatkan peruntukan yang lebih besar untuk melaksanakannya.

Sudah tentu perkhidmatan kesihatan negeri Sabah akan bertambah baik jika usaha dilakukan untuk meminta Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan perkhidmatan kesihatan dilakukan pada peringkat negeri. Di samping itu untuk mengurangkan beban perubatan hospital yang disebabkan oleh kes COVID-19 Kerajaan Negeri kita harus mempertimbangkan untuk meringankan beban rakyat dalam kos pembelian kit ujian kendiri ataupun membeli kit ujian kendiri secara percuma. Ini semestinya dapat membantu serta mendorong lebih ramai orang yang mensyaki bahawa mereka mungkin dijangkiti untuk menjalankan ujian sendiri pengesahan awal …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang berhormat, yang berhormat saya berikan masa satu minit lagi … Datuk Poon Ming Fung@Frankie: Ya, ya … terima kasih Tuan Speaker. Pengesanan awal tentu sudah membantu mengurangkan beban hospital dan juga mengurangkan risiko jangkitan kepada orang yang lain. Ia juga sama dengan pusat kuarantin di mana dapat mengurangkan bilangan kemasukan yang diperlukan.

Tuan Speaker, dengan demikian saya ucapkan terima kasih di atas Ucapan Dasar Kerajaan saya disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 21 September 2021 saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kadamaian. Saya berikan enam minit, terima kasih.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Tuan Speaker, saya ingin mulakan ucapan perbahasan saya dengan mengangkat aspirasi daripada rakyat Kawasan DUN Kadamaian.

Pertama, adakah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri yang ada hari ini bersedia menjadikan Pelan Pembangunan Kadamaian 2020-2035 yang telah siap dibuat oleh Institut Kajian Pembangunan IDS Sabah dan Pejabat UPPM Kadamaian sebelum ini sebagai asas kepada pelaksanaan pembangunan di DUN Kadamaian?

Kedua, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri Kerja Raya, apakah status semasa projek naik taraf jalan luar bandar bagi jalan-jalan utama di DUN Kedamaian seperti berikut: -  Jalan Tongkurus Lahanas;  Jalan Nabaha Sayat Mansulit;  Jalan Taginambur Podos Gunsurai;  Jalan Gaur Pinalobu Mongkulat;  Jalan Kaung Lobong Lobong;  Jalan Kinasaraban Mandapdoluo;  Jalan Kebidahan; dan  Pembaikan kerosakan jalan utama Kampung Kiau ke SK Kiau dan jalan-jalan utama lain menuju ke sekolah-sekolah lain di DUN Kadamaian. Ketiga, apakah pendirian Kerajaan Negeri hari ini terhadap cadangan pembubaran Hutan Simpan Wariu di DUN Kadamaian yang pernah saya kemukakan kepada

Kerajaan Negeri pimpinan Yang Berhormat Senallang sebelum ini melalui Memorandum Kabinet.

Keempat, saya mencadangkan kajian semula sempadan Taman-taman Sabah di kawasan perkampungan Sayap dan Mukim Melasuh di DUN Kadamaian supaya tanah pertanian dan perumahan penduduk kampung dapat diluaskan. Kelima, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan juga Menteri Kerja Raya berkenaan dengan status semasa Rancangan Pembaikan Tebing Sungai Kadamaian dan jambatan-jambatan serta bangunan-bangunan di sepanjang Sungai Kadamaian yang berhadapan dengan ancaman hakisan tebing sungai.

Keenam, saya juga ingin mendapatkan penjelasan status semasa program penyukatan tanah secara pantas di kampung-kampung di DUN Kadamaian seperti mana dinyatakan ucapan penggulungan Kerajaan yang lepas.

Ketujuh, saya juga ingin mendapatkan penjelasan berkenan inisiatif menaik taraf liputan telekomunikasi dan capaian internet di kampung-kampung di DUN Kadamaian.

Dan kelapan, apakah rancangan Kerajaan untuk membantu kawasan tanah rendah yang selalu banjir semasa musim hujan lebat seperti di Kampung Pompod, Kampung Pangih, Kampung Pahu, Kampung Minangkob dan Kampung Lasuh Tintapun dan adakah mangsa-mangsa banjir di kampung ini layak menerima bantuan RM1,000 seperti mana disalurkan oleh Ketua Menteri kepada mangsa-mangsa banjir di Penampang kelmarin.

Tuan Speaker, saya telah mengemukakan usul khas kepada Dewan yang mulia ini agar kita membuat ketetapan cadangan enakmen baharu yang berkaitan dengan pengawalan penyakit berjangkit.

Saya maklum usul ini ditolak kerana Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit telah dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan dan pindaan ke atas Ordinan Kesihatan Awam Sabah telah menyerahkan kuasa negeri kepada Menteri Persekutuan dan Ketua Pengarah Kesihatan Persekutuan.

Saya berpendapat sudah tiba masanya Kerajaan Negeri

memperkasakan bidang kuasanya dalam hal kesihatan.

Kita semua yang ada di Dewan ini berjuang menuntut pelaksanaan tuntas Perjanjian Malaysia 1963 dan hak-hak kita dalam Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, bukankah sepatutnya kita menuntut decentralization of Federal power? Agak janggal rasanya kita bercakap mengatakan kita berjuang menuntut hak tetapi tidak pula kita memulakan proses decentralization of Federal power bagi Sabah. Jika tidak dengan mewartai enakman baharu sekalipun, kita boleh meminda Ordinan Kesihatan Awam Sabah itu untuk mengembalikan semula kuasa kita dan memperluaskan cakupan perundangan berkaitan kawalan penyakit berjangkit. Tidak salahnya, tiada salahnya, kita menyediakan ordinan kita sendiri bagi melengkapkan akta yang ada di Peringkat Persekutuan. Kerajaan Negeri perlu diperkasakan agar dapat memberi respon atau membuat keputusan cepat bagi menghadapi pandemik dan kelak endemik COVID-19. Kita tidak mahu lagi ketua Menteri membuat pengumuman tetapi Kerajaan Persekutuan tidak mahu memperakukan dalam warta atau mengambil masa berminggu-minggu untuk mewartakan arahan ketua Menteri tersebut.

Saya turut mencadangkan agar Kerajaan memperkenalkan Program Bantuan Suplemen Kesihatan seperti vitamin C kepada rakyat Sabah bagi meningkatkan antibodi badan khususnya kepada kanak-kanak, murid sekolah, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah.

Tuan speaker berkenaan dengan hak kita di bawah Perkara 112 C dan D Perlembagaan Persekutuan iaitu pemberian semula 2/5 hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabah, saya mencadangkan agar sebuah enakmen baharu iaitu Enakmen Pemungutan, Enakmen Pemungutan Semula Hasil Persekutuan di Sabah dapat diwartakan oleh Dewan yang mulia ini supaya kita terus memungkut hasil ini tanpa perlu dihantar ke Persekutuan. Di bawah enakmen ini kita boleh tetapkan terma dan mekanisme pemungutan hasil tersebut sesuai dengan Perkara 112 C dan D tersebut.

Hak kita ini sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, kenapa kita tidak gunakan platform Dewan ini untuk memperkasakan kuasa kita bagi menuntut hak dan kita dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga mencadangkan agar semua akta baharu yang mahu diperkenalkan di Dewan Rakyat atau di Parlimen yang melibatkan kepentingan Sabah perlu dibawa ke Dewan ini untuk ratifikasi bukan persetujuan daripada Kabinet Negeri semata-mata.

Mari kita ambil iktibar Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1976 apabila ketua menteri dan seorang menteri negeri menandatangani Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang menyerahkan hak ke atas sumber asli terbesar Sabah kepada Petronas tanpa ratifikasi Dewan ini. Kita juga tidak tahu sama ada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah telah memberi perkenan kepada akta tersebut ketika itu. Maka pada saya Dewan ini boleh membuat ketetapan untuk menentukan keabsahan Akta Kemajuan Petroleum tersebut.

Tidak ada akta yang tidak boleh dipinda sedangkan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Sabah juga boleh dipinda. Jadi kenapa kita tidak bincang di Dewan ini keabsahan Akta Kemajuan Petroleum tersebut dan sebarang perjanjian yang dibuat berkaitan dengannya? Itu sebabnya peranan Dewan ini sangat besar, kerana inilah yang mewakili suara rakyat.

Kalau Eksekutif Negeri sahaja yang buat keputusan berkaitan hak Sabah dengan membelakangkan kuasa Dewan ini maka ianya menjadi tanggungjawab blok Kerajaan sahaja, tetapi kalau platfom Dewan ini digunakan untuk memuktamadkan sebarang perkara berkaitan hak Sabah, maka ianya menjadi tanggungjawab ke semua anggota Dewan sama ada di blok Kerajaan ataupun di blok pembangkang ataupun blok bebas.

Tuan Speaker, saya perlu rekodkan di Dewan ini bahawa Perdana Menteri sekarang ini tidak menyokong semangat Perjanjian Malaysia semasa Pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan mengembalikan semula status Sabah dan Sarawak ini dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun 2019. Itulah yang akan berlaku jika kepentingan parti melebihi kepentingan rakyat. Kita boleh bentangkan semula usul khas di Dewan ini, mendesak pindaan Perkara 1(2) tersebut dibentangkan semula di Dewan Rakyat. Mudah-mudahan Yang Berhormat Lamag selaku juga Timbalan Ketua Menteri kini akan menyokong pindaan tersebut bermula di Dewan ini dan seterusnya di Dewan Rakyat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, saya berikan satu minit lagi.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Tuan Speaker, media telah melaporkan syor Timbalan Ketua Menteri agar Perjanjian Malaysia yang baharu harus dibuat. Saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, apakah pendirian rasmi Kerajaan berhubung tersebut?

Pada saya kalau betul Perjanjian Malaysia itu tidak dapat dilaksanakan atau gagal dilaksanakan, kenapa kita tidak bawa perjanjian ini ke mahkamah antarabangsa untuk menentukan keabsahannya? Pada saya, perjanjian baharu tidak wajar dibuat selagi ianya tidak melibatkan pihak-pihak asal yang mendatangani Perjanjian Malaysia itu atau sekurang-kurangnya keabsahan itu diputuskan di Mahkamah Antarabangsa.

Tuan Speaker, saya ingin menyentuh perkara berkaitan masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah. Baru-baru ini timbalan menteri dalam negeri telah menyatakan di Dewan Rakyat bahawa kementeriannya mempertimbangkan akan memberikan kad pengenalan atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sarawak dan Sabah yang belum mempunyai identiti diri. Perkara ini sangat berbahaya, boleh dimanipulasi dan disalahgunakan apatah lagi ianya direkodkan di Parlimen. Oleh itu, saya ingin meminta penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap kenyataan tersebut?

Kalau ini dilaksanakan ianya amat mendukacitakan. Ianya akan…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, saya meminta Yang Berhormat gulungkan sekali Yang Berhormat. Banyak saya tahu, banyak lagi ada yang bertunggu. Terima kasih.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Yang rakyat Sabah mahukan bilakah “kumpit-kumpit” dan pendatang asing ini dihantar balik ke negara asal mereka dan bilakah Kerajaan Negeri akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menghantar semula pendatang asing ini ke negara asal sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Tambunan sebelum beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri sebelum ini?

Tuan Speaker, saya mengalu-alukan agenda reform merentasi sempadan politik yang diusahakan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Pada saya, sebarang kerjasama rentas sempadan politik haruslah diperkenalkan di awal pentadbiran atau pemerintahan mana-mana Kerajaan, bukannya di penghujung tempoh atau hanya pada ketika pemerintahan itu berhadapan dengan krisis dalaman. Saya berbangga kerana Dewan ini merupakan yang pertama meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri Sabah bagi membolehkan rakyat Sabah yang genap 18 tahun boleh menggunakan.

Ini merupakan agenda reform di bawah Kerajaan Negeri pimpinan Yang Berhormat Senallang dan disokong sebulat suara oleh Ahli-ahli Dewan pada ketika itu.

Dewan ini perlukan reform, Kerajaan Negeri perlukan reform…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat saya akan panggil Yang Berhormat sebelum ini. Sila gulungkan sekarang.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Jadi akhir sekali, saya merakamkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama.

Dengan demikian, saya mendoakan kesejahteraan Tuan Yang Terutama, di atas Ucapan Dasar semua anggota Dewan ini, semua petugas barisan hadapan dan seterusnya kepada rakyat Sabah yang kita kasihi. Saya menyokong. Terima Kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Moyog. Masa dia suda kena curi dua, tiga, minit tetapi saya akan cuba memberikan enam minit kalau boleh.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker, dan saya minta mohon izin untuk membuat pembahasan dalam English dan juga Bahasa Malaysia. Terima Kasih.

Datuk Speaker, kita ingat bahawa 15 September 2021 adalah suatu kejadian yang sangat mengejutkan bagi warga di Penampang. Khususnya di Moyog, Madsiang, Kimoligan dan juga di Loyomoyog Sugud Maang dan beberapa tempat di

Penampang. Saya juga faham bahawa kawasan berdekatan seperti Menggatal, dan juga di siring KK dan juga di Putatan juga terlibat.

But the worst, Datuk Speaker, was at Kampung Sugud, Kampung Kodoumang, Kampung Mangsung dan beberapa tempat yang kita tidak dapat juga lawati hingga ke hari ini.

Pada 16 September, kita telah pergi ke tempat kejadian ini dan kita nampak bahawa kejadian ini bukan normal kejadian Datuk Speaker. This is a very, very unique and rare tragedy or devastation kerana what we saw apa yang kita nampak adalah mud slide. This has never happen before, we saw in Ranau how the earthquake happened and how it changes the the I mean the geography di Ranau. Because of probably uncontrolled deforestation or hill cutting, I’m not sure but what I saw di kawasan kami di Penampang, di Moyog, adalah something I have never see sebab saya ni veteran kena banjir, Datuk Speaker. My Father’s house, as I was growing up and even part of my house, next to my father pun selalu banjir. The recent flood pun kita kena. But I can’t complain much di kawasan saya sebab, I mean in my house because the mud in my floor, in my house also need probably an inch. Tetapi bila kita pergi ke Sugud, bila kita pergi ke Kampung Kodou, Kampung Maang, beberapa tempat berdekatan, the mud was way up to the knee. There is something wrong, and I urge of friends in the Government in the front bench. We have to admit, this is our own failure not only as Government but also as people. Sebab kita nampak bahawa dia uncontrolled hill cutting. A pilot friend of mine baru hantar saya mesej tadi, he said Dorrel, as I flew berapa kali di kawasan kamu, saya nampak devastation uncontrolled hill cutting and deforestation. There is something wrong with our enforcement! Depan mata kita we saw all this we can see all this. Almost every other day, ada orang cakap ih in bahasa Kadazan, Onu dungani hi adouhu? what a they doing there? People are wondering why are we not able to stop this uncontrol hill cutting. This illegal activities in this forestation. We have the laws, kita ada undang-undang. In fact, Datuk Speaker kita juga ada undang-undang yang terang berkenaan dengan maintenance of our environment, keeping our environment at control. Environmental Protection Act 2001 or 2000, I was part of it when it was brought up as a private a sector and kita ada kuasa di sana untuk menghentikan, if we cannot use our Land Ordinance, we guna Environmental Protection Enactment Sabah. We should capture, tangkap orang semua ini, Datuk Speakar. We should use the laws that available and that’s why I’m saying, kegagalan ini bukan sahaja kita Kerajaan dan you know. Sorry, this is devastating

because, I saya terpaksa jawab people every day. Kenapa belum di sambung letrik? Kenapa air masih tidak ada? Baru kemarin I was talking to some of your own staff yang tinggal di Penampang, mereka pun tiada air, but yet became to work. Mereka datang kerja dalam sidang DUN ini tetapi mereka tidak ada air di kawasan mereka sejak lima, satu minggu lalu. Baru tadi pun ada orang, tidak ada elektrik selama lima hari sudah and they cannot do any cleaning. Tiada air, tiada letrik. I mean I just don’t know when semalam saya baca satu kenyataan daripada Menteri JKR untuk mencadang penubuhan satu committee untuk mengenal pasti apakah punca YB JKR. Punca ini ketara bah. Kau pun tahu. Saya pun tahu. There are laws that are not being used …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, I know you a bit emotional, please address your colleague by this area, you just mention Yang, YB JKR.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Sorry sorry, minta maaf, my kawan juga bah.

Speaker

Please, please.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Saya dekat mahu cakap MP Kinabatangan, tapi Yang Berhormat Menteri dan juga Ahli DUN Sabah. Put in orang yang expert dalam ini, guna undang-undang kita kenal pasti dengan maybe YB Menteri.

Mohon mencelah, Tuan Speaker.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Minta maaf, tiada time sudah okey, terima kasih. YB Menteri boleh mengambil charter satu kapal thru State Government to see what is happening di kawasan kita. There is serious climate change. There is serious effect kepada kita punya tanah-tanah and mari kita kenal pasti juga dalam committee itu jika adanya abuse or corruption oleh pegawai tadbir kita. Our own civil servant why not enforcing yang tidak tangkap orang ini. Adakah, adakah?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, please don’t speculate. Jangan. Iya please, withdraw it back, please.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

We have to speculate, we have to say something.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Iya bah, but don’t speculate the word corruption. Please don’t speculate.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Well, I stand by what I said.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

But please not in this Dewan, please.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

We have to admit Datuk Speaker, there is a problem di sini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

You have to withdraw it, please.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Well I wait to be discipline because something wrong with this Datuk Speaker, because …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

You may say other things but don’t speculate. Please don’t. It is apa niat jahat, tidak bagus. Please. Tolong ah.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Tapi Ahli-ahli Dewan ini semuanya bila ada kejadian they will be wacked by their people by their supporters regardless from the front bench, back bench ataupun dari pembangkang. So, we have to admit that there are serious failure in not only Government, not only us but the law itself. Sebab orang yang kita memberikan mandat ataupun memberi kuasa untuk melaksanakan undang-undang ini are not doing their job. Hill-cutting, can you imagine? Tiada control. There is something wrong we have to admit that there is something wrong di sana. So, I stand by what I said that there could be abuse, adanya salah guna kuasa ataupun orang yang tidak melaksanakan kerja mereka.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, I would like to give you more time but you’ve taken up, I’ve given you extra, can you please conclude it? I would love to give you but I can’t.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Okey, there is no solutions tetapi saya dapat daripada pengumuman akhbar oleh YB Menteri Agriculture dan juga perparitan. Beliau telah mengumumkan bahawa ada about RM200 million tidak diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Yes, I agree.

Sewaktu saya dalam kabinet Jemaah Menteri Pakatan Warisan we were pushing for this money to be sent to Sabah. They have so many excuses, and I believe orang yang diamanahkan seperti pegawai-pegawai di Kementerian Persekutuan itu dia took Sabah not as important as we had hope them to be and this is where I see satu peluang untuk Kerajaan dan juga pihak pembangkang untuk bekerjasama sebagai satu blok di Parlimen. Dalam Parlimen, we can demand for Sabah. In Sabah we can argue as much as we want but when in Parliament we should not be divided of by politic kerana alternately when pihak Kerajaan dan pihak pembangkang kembali ke Sabah, they face the people of Sabah.

Jadi itu saya minta maaf kalau ada emosi sedikit, but we have to solve this problem we have to accept climate change and we have to in forced undang-undang yang sedia ada. Terima kasih. Kotohuadan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat. Sebagai rakyat Sabah, Malaysia memang kita ada perhatian dan sekarang saya menjemput Yang Berhormat Luyang. Kalau tidak ada saya akan menjemput Yang Berhormat YB Liawan.

Bismillahirrahmanirahim.

Assalammualaikum w.b.t., salam damai Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri. Syukur alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, saya berpeluang menyertai perbahasaan terhadap Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirudin pada 21 September 2021.

Ucapan Dasar itu merupakan satu ucapan yang comprehensive dan intipatinya menyentuh banyak perkara yang berkaitan dengan pembangunan, perancangan serta initiative berkesan ke arah menjadikan negeri Sabah lebih berdaya maju mesra dengan slogan Sabah Maju Jaya. Walaupun Gabungan Rakyat Sabah baru saja menerajui Kerajaan Negeri kira-kira setahun lalu namun telah terbukti Kerajaan ini telah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri Sabah. Negeri Sabah telah menerima peruntukan dengan jumlah yang besar pada tahun 2021 untuk melaksanakan program-program pembangunan dan tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat keseluruhannya. Sebagai salah seorang wakil rakyat, saya akan cuba mengemukakan pandangan atau saranan yang relevan dengan intipati Ucapan Dasar Kerajaan. Adalah diharapkan pandangan-pandangan ini boleh membantu serta menambah baik sesuatu perancangan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensinya. Saya ingin memulakan dengan saranan agar Kerajaan Negeri dapat menjalankan kajian-kajian menyeluruh tentang pembangunan yang dilaksanakan di kawasan tanah tinggi atau berbukit. Masalah ini saya kemukakan kerana telah banyak kejadian tanah runtuh atau kegelongsoran tanah yang berlaku terutamanya ketika musim hujan, kita tidak bertujuan untuk menyalahkan fenomena alam sebaliknya para pemaju atau perancangan projek-projek pembangunan yang terbabit seharusnya lebih bijak mengatur perancangan yang bukan saja menjamin keindahan sesuatu projek, bahkan yang lebih penting adalah untuk mengelak berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini. Sebagai contoh kejadian lereng bukit runtuh yang berlaku di Kampung Kopungit dekat Kota Kinabalu pada bulan September 2021 yang telah menyebabkan beberapa buah rumah dan menimbus kenderaan orang awam, yang lebih malang lagi kejadian itu turut merosakkan projek Kerajaan iaitu tangki besar yang membekalkan air kepada Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu dan beberapa kawasan di sekitar ibu negeri. Di samping itu, terdapat beberapa lagi insiden yang berlaku dan menyebabkan kerosakan rumah, kenderaan, prasarana seperti jalanraya di daerah Penampang dan Jalan Penampang-Tambunan.

Datuk Speaker, dalam kesempatan ini saya menyeru agar mereka yang terlibat di dalam pelaksanaan projek di kawasan tanah tinggi atau berbukit ini diberi amaran keras. Jika terdapat denda dan hukuman yang tidak setimpal terhadap kesalahan

yang dilakukan, kaji semula hukuman berkenaan bukan dengan tujuan sengaja untuk menghukum tetapi bagi memberi kesedaran bahawa kecuaian yang dilakukan adalah serius dan mendatangkan kesan buruk kepada orang lain.

Selain menyebabkan kemusnahan kepada harta benda awam, kegiatan melaksanakan pembangunan di kawasan bukit tinggi juga telah menyebabkan banjir besar yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini.

Datuk Speaker, dalam kesempatan ini saya juga ingin menyentuh tentang usaha memberikan vaksin COVID-19 kepada penduduk-penduduk negeri Sabah dan ketika Kerajaan Negeri bertungkus-lumus menyediakan vaksin kepada warga Malaysia di Sabah, tiba-tiba muncul cadangan seorang Timbalan Menteri Persekutuan supaya Kerajaan memberikan hak kerakyatan kepada warga asing yang telah menerima vaksin COVID-19. Memberikan hak kerakyatan dan menyediakan vaksin COVID-19 kepada warga asing adalah dua perkara yang sangat berbeza. Cadangan ini tidak munasabah dan perlu difikirkan secara mendalam. Saya berharap para pemimpin di Sabah berganding bahu untuk membantah cadangan ini kerana ianya sifat separuh masak atau dengan izin half cooked idea.

Penjelasan secara terperinci termasuklah mendapatkan pandangan-pandangan orang-orang Sabah mesti dilakukan sebelum cadangan ini diangkat ke peringkat lebih tinggi. Ini kerana rakyat Sabah telah berhadapan dengan masalah melibatkan kehadiran orang luar sejak puluhan tahun lalu.

Datuk Speaker, lagi isu yang akan saya sentuh adalah kesengsaraan yang dialami para pengusaha Perniagaan Kecil Sederhana (SME) akibat penularan pandemik COVID-19 yang banyak perniagaan SME yang terjejas teruk sejak negara dan negeri kita dilanda pandemik ini lebih setahun lalu. Saya menyeru agar lebih banyak bantuan insentif dapat disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan beban mereka. Selain itu, saya ingin saya kini akan beralih kepada isu-isu yang dihadapi oleh rakyat di kawasan yang saya wakili di N.41 Liawan. Semasa persidangan Dewan Undangan Negeri hujung tahun lalu saya telah mengemukakan masalah banjir, hakisan sungai dan terdapat banyak sungai di kawasan saya serta saranan untuk memperbaiki juga jalanraya yang rosak di kawasan saya. Terima kasih kepada Jabatan Pengaliran dan Saliran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri

Makanan Sabah yang telah memperbaiki tebingan sungai-sungai tersebut dan pembinaan empangan serta parit-parit di kawasan berkenaan. Saya menjangka projek-projek itu merupakan satu perancangan jangka pendek and is only a stop gap measure dengan izin. Dan suatu yang lebih concrete masih diperlukan bagi jangka masa panjang. Satu kajian comprehensive masih perlu dilaksanakan supaya masalah banjir di Keningau dapat diatasi sekali dan selamanya once and for all dengan izin. Saya ingin mengucap saya ingin merakamkan juga ucapan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya dan para pemegang konsesi pembaikkan jalanraya di Keningau yang telah melaksanakan kerja-kerja membaiki jalan-jalan rosak dan berlubang. Kerja-kerja seperti itu perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa termasuklah di kawasan-kawasan kampung dan kawasan perkebunan. Oleh yang demikian, saya menyarankan agar jalan-jalan ini bukan saja diselenggara tetapi harus dinaiktaraf demi keselesaan penduduk kampung.

Datuk Speaker, satu lagi isu yang akan saya sentuh ialah masalah para pekebun kecil di kawasan luar bandar. Perkara ini juga terkandung dalam Ucapan Dasar Kerajaan. Akibat penularan COVID-19 para pekebun kecil tidak dapat menjual dan memasarkan hasil tanaman mereka. Nasib dan penderitaan mereka ini perlulah diberi perhatian oleh Kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensi yang telah dipertanggungjawabkan. Saya juga ingin menyampaikan hasrat suara hati rakyat di Keningau, supaya Kerajaan dapat menyediakan tapak-tapak sesuai untuk dijadikan tanah perkuburan. Untuk makluman, kawasan tanah perkuburan muslim dan non-muslim dengan izin semakin sempit dan memerlukan kawasan-kawasan baharu. Penyediaan tapak baharu perkuburan perlu disediakan secepat yang mungkin and its very crucial dengan izin.

Datuk Speaker, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khasnya Kementerian Kesihatan kerana telah menyediakan vaksin di daerah di luar bandar seperti Keningau. Rakyat juga semakin sedar betapa pentingnya pengambilan vaksin untuk membantu melandaikan penularan COVID-19.

Akhir sekali, saya berterima kasih kepada pihak-pihak GLC, syarikat-syarikat swasta dan NGO’s yang telah membantu di dalam program pemberian vaksin dan untuk makluman di kawasan saya sahaja sejumlah 23,041 bakul-bakul makanan telah diagih-agihkan kepada penerima sejak bulan Disember 2020 dan pengagihan ini bukan sahaja diberi kepada ketua-ketua isi rumah tapi juga kepada mangsa-mangsa

yang dijangkiti Covid yang kena kuarantin. So jumlah ini yang kita dapat jumlah sebanyak ini dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah. Datuk Speaker, saya rasa masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia juga Selamat Hari Sabah kepada seluruh rakyat Malaysia dengan doa “Semoga Negara dan Negeri Kita Sentiasa Maju dan Makmur”, saya mohon menyokong. Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat saya minta janganlah keluar daripada Dewan yang mulia ini kerana tadi kita ada satu saya telah memanggil Yang Berhormat Luyang dia tidak ada di sini yang sepatutnya saya akan mengundang dari Sulabayan, YB Sulabayan tetapi adakah YB Luyang di sini?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Tuan Speaker, bagi laluan kepada senior-senior saya dulu, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Dengan itu, saya menjemput dengan segala hormatnya Yang Berhormat Sulabayan.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wabihi Nasta’in.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Alhamdulillah dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang ada hadir di Dewan Undangan Negeri pada hari ini, saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin limpah dan kurnia-Nya kita dapat berhimpun lagi pada hari kedua untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 ini dan membahaskan Ucapan Dasar sempena Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirudin.

Tuan Speaker, sepertimana yang telah diucapkan dalam Ucapan Dasar Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 oleh Tuan Yang Terutama semalam ataupun kelmarin cabaran utama bagi Kerajaan Negeri Sabah adalah berhubung dengan ketidaktentuan ekonomi dan

pelbagai cabaran di peringkat global dan nasional yang telah memberikan kesan yang besar kepada perkembangan ekonomi dan juga sosial negeri Sabah khususnya kepada rakyat keseluruhannya.

Kita sedia maklum bahawa dalam keadaan pandemik yang telah berlarutan ini telah menyebabkan rakyat sangat terkesan teruk apatah lagi dapat diberatkan seolah-olah seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

Keadaan pandemik COVID-19 telah menyukarkan kehidupan semua bukan sahaja mereka yang bergantung hidup kepada hasil perniagaan yang besar malah juga kepada mereka yang mencari pendapatan secara kecil-kecilan. Malah kesengsaraan ini ditambah lagi dengan keadaan hujan yang berlarutan dan menyebabkan banjir di hampir semua tempat tidak kira di bandar Kota Kinabalu mahupun di pekan-pekan kecil dan juga di peringkat kampung yang terpencil.

Pengisytiharan Proklamasi Darurat telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bermula 12 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 untuk mengekang penularan pandemik COVID-19. Bayangkan keadaan rakyat yang telah lama turut bertahan dengan berharap dari bantuan Kerajaan dari masa ke semasa sehingga ke hari ini kita masih lagi dalam proses untuk pelaksanaan program imunisasi COVID-19. Kita semua difahamkan Kerajaan telah mensasarkan 60% penduduk dewasa Sabah untuk lengkap vaksinasi menjelang penghujung bulan September 2021 dan 80% penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksinasi pada akhir bulan Oktober 2021.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, melihat kepada keseluruhan ucapan dasar kelmarin kita dapat lihat Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah adalah intipati utama dalam pelan pembangunan utama negeri Sabah. Kita tidak menafikan bahawa pelan ini nampak komprehensif dalam lapan sektor. Di sini saya lebih menekankan kepada tiga teras utama iaitu sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan dan juga sektor berkaitan. Walau bagaimanapun, sejauh manakah pelaksanaan pelan ini dapat dijayakan dengan sebaiknya di negeri Sabah?

Di sini saya mengambil penekanan soal di kawasan saya sendiri, Semporna dan Dewan Undangan Negeri Sulabayan khususnya dalam bidang pelancongan. Sejak dari pandemik COVID-19 melanda negara kita di antara tempat yang terjejas teruk adalah melibatkan pelancongan. Ini dilihat bukan sahaja terjejas disebabkan tiada pengunjung datang daripada luar negara maka tiada juga pengunjung dari dalam negara. Ini telah mengakibatkan daerah Semporna yang dulunya ‘Gah’ dengan kunjungan ramai pelancong dari luar tapi kini sunyi sepi. Kebanyakan rakyat setempat yang berniaga menjual makanan, minuman, pengusaha kraf tangan dan hasil jualan setempat telah kehilangan pendapatan. Yang turut terkesan juga ialah pengusaha-pengusaha tempat kediaman seperti hotel dan juga homestay. Persoalan yang ingin saya bangkitkan di sini adalah bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat mensasarkan pembangunan kepada pelancongan ini dengan lebih efektif kepada rakyat setempat kerana dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju. Tujuan pelancongan adalah untuk memanfaatkan kekayaan flora dan fauna serta keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya. Bagaimana ini dapat direliasasikan dalam keadaan kita berhadapan dengan pandemik yang berterusan ini? Adakah sumber pelancongan di Sabah ini masih lagi salah satu aspek penting untuk memberikan hasil kepada negeri dan juga kehidupan rakyat setempat? Ramai rungutan rakyat akar umbi pada ketika ini dapat kita lihat terutama di media-media sosial berhubung dengan kekeliruan dan menyatakan perasaan yang terkilan kerana Prosedur Operasi Standard atau dengan izin SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sabah sentiasa berubah-ubah dari semasa ke semasa, ini rungutan daripada orang awam media sosial. Contoh yang jelas ketika SOP Pelan Pemulihan Negara ataupun PPN dikeluarkan setelah tidak sehaluan dengan SOP Kerajaan Negeri Sabah pada ketika SOP Fasa dua diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan, tertulis jelas rentas daerah dibenarkan bagi individu sama ada yang telah lengkap menerima vaksin dengan mengemukakan kad atau sijil vaksinasi COVID-19. Walau bagaimanapun, SOP seperti negeri Sabah tidak membenarkan rentas daerah kecuali atas urusan kecemasan ataupun perubatan, bencana dan kematian. Pekerjaan dengan pekerjaan dengan surat majikan, temujanji vaksin, dan perkhidmatan essential service itu yang dibolehkan. Ini yang disuarakan oleh orang ramai terutama dalam media sosial.

Persoalannya di sini adakah Kerajaan Negeri sedar akan perkara ini dan bagimanakah agar atas jasa baik Kerajaan Negeri Sabah untuk meneliti perkara ini. Tidak dinafikan kes penularan Covid masih berleluasa di Sabah tetapi di sinilah saya ingin bertanya kepada Kerajaan Negeri adakah pelan penekanan kepada pelancongan dapat direalisasikan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat sekiranya kes COVID-19 masih lagi tinggi walaupun kita telah dimaklumkan bahawa kadar vaksin kepada orang awam semakin mencapai tahap imunisasi yang maksimum.

Speaker

Yang Berhormat, satu minit lagi. Datuk Dr.

Insya-Allah. Tuan Speaker kita melihat susulan pengumuman Pulau Langkawi sebagai lokasi projek rintis gelombang pelancongan domestik bermula 16 September 2021, kita berharap agar Kerajaan Negeri Sabah juga dapat memberi tumpuan untuk menghidupkan kembali pusat pelancongan domestik sekitar Sabah untuk menjana ekonomi setempat dan memberikan peluang kepada rakyat untuk membuat aktiviti beriadah bersama keluarga dengan pematuhan dan SOP yang ketat.

Seterusnya, saya juga turut ingin bertanya tentang teras utama sektor pertanian, mewakili masyarakat daerah Semporna terutama DUN Sulabayan.

Menjadi maklumat semua bahawa daerah ini bukanlah daerah yang pengeluar produk tanam-tanaman atau buah-buahan. Daerah kami hanya bergantung kepada hasil laut atau pelancongan sahaja. Walau bagaimanapun, tidak terdapat penekanan kepada para pelaut, iaitu nelayan yang bergantung kepada penangkapan ikan. Adalah diharapkan agar pihak Kerajaan turut menekankan kehidupan para nelayan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu ini juga akan menjejaskan pendapatan nelayan apatah lagi ditambah dengan keadaan pandemik COVID-19 yang hari ini sangat teruk.

Menyentuh kepada pendesian di tempat saya, apa yang dapat dikatakan tidak ada apa yang dapat dibangunkan melibatkan perindustrian. Rakyat telah kehilangan mata pencarian dari pelancongan dan juga daerah Semporna juga bukan merupakan pengeluar hasil pertanian. Kami berharap agak pihak Kerajaan dapat menghulurkan bantuan-bantuan makanan kepada masyarakat yang terjejas teruk.

Kita banyak mendengar tentang macam-macam bantuan yang disalurkan ke Sabah tapi pada masa yang sama kita juga masih menerima aduan dari rakyat akar umbi yang masih persoalkan bantuan yang seolah-olah hanya di dengar tetapi tidak dilihat ataupun dirasai. Semoga Kerajaan Negeri dapat memberikan lebih banyak infomasi yang tepat dan telus berdasarkan statistik dan angka data untuk dilihat oleh rakyat seperti mana dalam soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan tadi. Tuan Speaker dan rakan-rakan Yang Berhormat, sebelum saya mengakhiri perbahasan ke atas ucapan dasar ini, saya ingin menekankan agar Kerajaan Negeri turut memberi penekanan terutama kepada dua perkara ataupun dua aspek lagi iaitu pendidikan dan kesihatan. Difahamkan para pelajar berhadapan dengan sesi BDR, PR, PDPR manual pembelajaran di rumah. Ini adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tahun 2013 - 2025 yang menetapkan agar setiap murid mendapat akses kepada pendidikan sepanjang mereka tidak dapat ke sekolah di sebabkan pandemik ini.

Walau bagaimanapun, PDPR ini telah memberikan kesan kepada pelajar yang tidak berkemampuan kerana iyanya perlu dijalankan menggunakan komputer atau telefon yang dihubungkan dengan talian internet. Kita tahu Sabah masih dikategorikan sebagai negeri yang mundur dan tidak semua pelajar lahir dari keluarga yang berkemampuan kerana kebanyakkan sekolah juga adalah terletak di luar bandar yang kadangkala tidak ada talian yang baik. Kita difahamkan sesi persekolahan akan dibuka semula secara berperingkat pada 3 Oktober 2021. Permakluman ini telah pun diumumkan kepada Datuk Radzi Jidin, iaitu Menteri Kanan Pendidikan dan berikutan dengan itu, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah membuat program untuk membuat vaksinasi kepada remaja berusia 12-17 tahun di negara ini. Program ini mensasarkan 80% mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022. Diharapkan Kerajaan …

Speaker

Yang Berhormat, panjang lagi? Datuk Dr.

Last sudah ini last sudah ni. Diharapkan Kerajaan Negeri dapat meneliti dengan sebaiknya, saya punya cara berucap pun sudah kelam-kabut ini tak mantap sudah pasal kejar masa tak apa. Diharap Kerajaan Negeri dapat meneliti dengan sebaiknya perkara ini di negeri

Sabah. Kita faham usaha ini adalah baik tetapi kesan kepada pelajar juga harus di lihat di samping keadaan setempat kepada para pelajar yang tinggal dikampung-kampung pendalaman yang memerlukan pengangkutan dan kos yang begitu tinggi. Oleh itu, Kerajaan Negeri hendaklah lebih bersedia dengan kos bajet yang lebih tinggi dan bukan hanya berharap dengan bajet yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan, seberang keberangkalian hendaklah di siapsiaga oleh Kerajaan Negeri kerana pelajar ini merupakan aset-aset yang paling berharga untuk negeri Sabah khususnya.

Dari segi kesihatan yang akhir pula kita sedia maklum Sabah merupakan negeri yang agak mundur kerana masih kekurangan bukan sahaja dari segi perubatan malah juga dari segi infrastruktur, seperti katil dan juga gas yang membekalkan oksigen kepada pesakit ini yang menjadi isu utama juga. Pandemik ini nyata telah memperjelaskan kepada kita, hospital penuh dengan pesakit dan ada di antara mereka yang tidak sempat diselamatkan kerana kekurangan peralatan perubatan sepenuhnya. Kami berharap agar Kerajaan Negeri mahu memandang berat perkara ini kerana kes di Sabah masih tinggi dan kadar kematian juga semakin meningkat. Semoga ada kaedah terbaik oleh pihak Kerajaan Negeri menangani perkara ini tanpa bergantung semata-mata kepada Kerajaan pusat. Tuan Speaker, demikianlah ucapan saya dan saya menyokong Ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah. Sekian wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Tuan

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Sulabayan.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kemabong.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan yang dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirudin serta menjunjung kasih di atas perkenan Tuan Yang Terutama Tun. Ucapan Kerajaan tersebut yang merangkumi pelbagai aspek jelas melambangkan keprihatinan Kerajaan GRS negeri ini dibawah pimpinan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor untuk mengemudikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, SMJ untuk membangunkan negeri ini serta demi kebajikan rakyat pelbagai agama dan keturunan di negeri Sabah ini.

Justeru itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas kepimpinan dinamik beliau mengembalikan suasana harmoni kepada segenap lapisan masyarakat negeri ini yang kini aman tenteram harmoni walaupun menghadapi cabaran kelembapan ekonomi ketara berikutan penularan COVID-19 yang melanda dunia masa kini. Namun di atas kebijaksanaan kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta hubungan baik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, rakyat terus dapat dibela serta berupaya menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat jelata.

Dalam konteks mencegah penularan COVID-19, walaupun Kerajaan telah melakukan yang terbaik masa ini, namun masih ada ruang untuk penambahbaikan iaitu untuk melibatkan pelbagai pihak untuk membantu Kerajaan mengekang penularan pandemik tersebut dan kami sebagai wakil rakyat adalah sewajarnya dilibatkan secara langsung ke arah memerangi serangan pandemik tersebut demi memberikan gerakan mengekang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Tuan Speaker, memandangkan masa yang begitu singkat diberikan dan kami sebagai wakil rakyat akur dan saya dalam masa diberikan Tuan Speaker terus menyentuh menyentuh mengenai masalah-masalah dan isu-isu di kawasan saya. Izinkan saya menyampaikan dan menyentuh permohonan oleh rakyat di kawasan saya, iaitu memohon Kerajaan membina jalan raya penghubung di antara Kampung Anggalur dengan Kampung Inobai iaitu dalam di antara Daerah Tenom dan juga Daerah Kecil Kemabong kerana di kawasan itu tidak ada jalan penghubung untuk menghubungi di antara satu daerah satu daerah, iaitu di seberang Sungai Padas. Selain daripada itu juga Tuan Speaker, cadangan pembinaan jambatan di Kampung Inobai dan ke Batu Sepuluh Pal haruslah dipercepatkan kerana cadangan untuk membina sebuah jambatan telah sekian lama dipohon tapi sehingga hari ini belum lagi dilaksanakan.

Tuan Speaker, seterusnya izinkan saya juga meneruskan ucapan menyentuh isu-isu kemudahan asas rakyat yang wajar diambil perhatian oleh pihak Kerajaan khasnya Jabatan Kerja Raya di daerah Tenom dan daerah Kecil Kemabong bahawa daerah ini dilanda musim tengkujuh beberapa kali pada tahun ini dan bulan Mei adalah

banjir yang terbesar melanda daerah ini mengakibatkan kerosakan jalan raya di beberapa tempat.

Selepas banjir berlalu sehingga sekarang JKR Tenom gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membaik pulih jalan-jalan perhubungan ke kampung-kampung, menyebabkan rakyat di daerah ini sangat kecewa kepada pihak JKR Tenom kerana membiarkan jalan raya-jalan raya dan jambatan jet yang rosak atau sabut dibiarkan begitu sahaja. vSelain daripada itu Tuan Speaker, dilihat bahawa syarikat konsisi yang dilantik ini tidak berupaya melaksanakan tanggungjawab mereka yang diamanahkan oleh pihak Kerajaan.

Saya mohonlah supaya pihak Kerajaan mengkaji semula syarikat-syarikat yang dilantik ini supaya adakah mereka ini benar-benar berupaya ataupun tidak. Saya mohon supaya pihak Kerajaan bertindak dengan segera sama ada mereka berupaya atau tidak dan menamatkan kontrak konsisi mereka dengan seberapa segera.

Tuan Speaker, dan justeru itu saya merayu kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, Menteri Infrastruktur untuk membantu menangani masalah yang dihadapi di daerah ini ke atas masalah jalan-jalan raya tersebut.

Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur di atas usaha menyediakan bekalan air bersih dan mencukupi untuk menaik taraf loji bekalan air di daerah Tenom dan daerah Kecil Kemabong. Justeru itu, saya mohon mencadangkan supaya bekalan sumber air bersih tersebut untuk kedua-dua daerah ini agar sumber air bersih tersebut diperolehi daripada sumber air sungai Telapasan. Cadangan pengambilan sumber air Telapasan adalah bersih dan mencukupi. Untuk makluman Tuan Speaker, pihak kami bersedia untuk membantu pihak Jabatan Air ke arah pengambilan sumber air bersih tersebut.

Tuan Speaker, menyentuh soal tengkujuh dan banjir, seperti juga rakan-rakan yang lain dari Moyog dan beberapa tempat lain yang menyentuh soal masalah banjir. Pada bulan Mei yang lepas apabila banjir yang merekodkan banjir yang terbesar berlaku di daerah Tenom, dan saya tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga beberapa Menteri yang hadir untuk meninjau keadaan banjir tersebut di daerah Tenom. Terdapat lima lokasi yang terancam sehingga sekarang ini kerana hakisan semakin hari semakin berlaku di beberapa tempat seperti iaitu satu di Kuala Temani, satu di Pal Seberang, Kampung

Segal Laut, Kampung Terontomon dan juga Kampung Batu Sepuluh Pal. Saya mohon Kementerian Pertanian dan Industri Perikanan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, Menteri Pertanian supaya membantu pihak kami untuk menangani masalah ini dengan meluluskan peruntukan untuk pembinaan, iaitu cadangan kami iaitu membina riverbank untuk mempertahankan benteng pertahanan supaya hakisan tanah itu tidak akan terus berlaku.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini sukacita saya menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Speaker, saya mohon menyokong Ucapan Dasar Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, terima kasih.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Datuk Speaker.

Saya ucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha Kerajaan yang memberikan tumpuan kepada inisiatif pembangunan wanita yang mampu memperkasa golongan ibu tunggal B40 dan miskin melalui kolaberasi bersama NGO. Namun saya ingin bertanya sejauh manakah Kerajaan Negeri mengiktiraf sumbangan wanita dalam pembangunan Sabah dan berapakah peratus kuota penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan di sektor Kerajaan, swasta dan politik.

Datuk Speaker, penglibatan wanita yang berkesan dan bermakna dalam semua sektor amat penting.

Pada perbahasan belanjawan tahun lalu saya telah mengatakan bahawa pelbagai aktiviti yang dirancang untuk wanita terlalu luas dan tidak mempunyai usaha padu untuk menuju ke arah sasaran atau kuota 30% penglibatan wanita seperti yang disarankan di peringkat nasional dan antarabangsa. Contohnya Dewan Undangan Negeri Sabah, di Dewan yang mulia kita ini, wanita yang dipilih oleh rakyat Sabah tidak mencapai 10% iaitu hanya tujuh wanita daripada ADUN. Oleh itu sistem ADUN lantikan boleh digunakan untuk menaiki penyertaan wanita di dalam Dewan Undangan. Pernyataan yang jelas dan penerimaan kuota 30%, penglibatan wanita dalam Dasar Kerajaan amat penting bagi keseimbangan yang wajar antara wanita dan lelaki sebagai pembuat keputusan untuk mencapai keputusan bersama yang lebih baik dan efektif.

Datuk Speaker, gelaran wanita juga pada suatu hari nanti akan diberikan kepada kanak-kanak perempuan kita dan saya ingin melihat anak-anak perempuan terutamanya di kalangan orang asal di Sabah membesar dan bertumbuh untuk mencapai potensinya yang maksimum. Walau bagaimanapun, seringkali impian ini seolah-olah terkubur kerana masih ramai lagi kanak-kanak perempuan kita yang berkahwin di bawah umur 18 tahun.

Untuk makluman Datuk Speaker dan Dewan yang mulia ini, Pakostras sebuah NGO dan juga Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, iaitu Kementerian yang ada pada Kerajaan terdahulu telah melaksanakan kajian di lima daerah iaitu Kota Marudu, Pitas, Beluran, Tenom dan Nabawan pada awal tahun 2020 di mana mempunyai majoriti penduduk orang asal yang terdiri daripada suku Murut, Dusun, Kimaragang, Tombonuo, Sungai, Bajau dan Rungus. Kajian ini melibatkan jabatan dan agensi Kerajaan seperti JHEWA, JHAEINS, LPPKN dan JKM. Kumpulan NGO juga terlibat seperti Good Shepard Services, Persatuan Ibu Tunggal, SWEPA dan Sabah Law Society dan juga parti politik seperti di Warisan, UPKO, PBS, PAS, PBRS, AMANAH dan juga DAP. Sasaran responden yang berkahwin awal adalah kanak-kanak perempuan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun sewaktu berkahwin. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden hanya berpendidikan setakat UPSR tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar mengikut purata garis kemiskinan. Dapatan kajian juga menjelaskan bahawa perkahwinan bawah umur ini telah memberi implikasi yang negatif terhadap kesan fizikal dan mental ke kanak-kanak yang terlibat.

Pada 4 Oktober 2019, Kerajaan sebelum ini telah menetapkan usia minima perkahwinan kepada 18 tahun, dan kemudiannya pelan tindakan sepuluh tahun untuk menamatkan perkahwinan di bawah umur 18 tahun disusun oleh Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri dengan kerjasama emm United Nation Children Fun ataupun UNISAFE.

Speaker

Diberi satu minit lagi

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Antara aktiviti yang digariskan pada pelan tindakan tersebut adalah Pindaan Undang-undang mengawasi pelaksanaan pelan tindakan dan juga penyusunan strategi mengenai isu melalui penglibatan semua pihak berkepentingan. Penyusunan pelan tindakan adalah proses pelbagai pihak

Kementerian dan juga memperolehi komitmen dan sokongan dari pihak semua pihak.

Oleh itu, saya mohon agar dasar penetapan usia minima perkahwinan dilaksanakan dengan kelulusan kabinet terhadap pindaan kepada Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 dan juga Undang-undang Perkahwinan Keluarga Islam 92 2004 serta pelaksanaan pelan tindakan yang saya katakan tadi. Datuk Speaker, ramai pekebun kecil getah dan kelapa sawit sedang mengalami kesukaran membawa keluar hasil yang untuk dijual kerana jalan pertanian tidak diselenggarakan dan kawasan yang curam tidak dinaiktarafkan. Jalan gravel yang sedia ada masa penanaman yang dibuat dahulu oleh agensi yang berkenaan tidak mengikut kuntur dan tidak selamat digunakan untuk kenderaan. Dalam Ucapan Dasar

Speaker

Sila gulungkan

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ya, terima kasih Datuk Speaker. Dalam Ucapan Dasar Kerajaan, Kementerian Kerja Raya hanya memfokuskan kepada jalan kampung dan lampu jalan. Namun tidak menyebut penambahbaikan jalan pertanian khususnya di kawasan-kawasan kebun getah dan kelapa sawit. Saya mendengar sendiri keluhan penoreh getah yang membawa keluar hasil mereka seperti kepingan getah dan kantalan serta susu getah dengan mengikut melalui bentuk muka bumi yang berbukit-bukit. Ini melambatkan proses penghasilan getah kerana pekebun kecil terpaksa berjalan kaki ya, dan balik semasa menoreh getah itu. Maka itu, saya menggesa agar Kerajaan memberikan perhatian serius bagi membantu pekebun kecil dan penduduk luar bandar meningkatkan pengeluaran dan pendapatan mereka melalui peruntukan untuk meningkatkan infrastruktur jalan pertanian. Akhir kata Datuk Speaker, saya ingin menekankan bahawa agar Kerajaan memberi perhatian segera dan menambah peruntukan penyelenggaraan sistem perparitan dan tindakan yang tepat bagi mengatasi banjir yang kini sering melanda kawasan Kapayan termasuk dalam bandar.

Berkaitan dengan COVID-19 saya mencadang kepada Kerajaan Sabah untuk meneliti bantuan yang berbentuk jangka masa panjang dan bukan one-off saja. Dengan itu Datuk Speaker saya ucapkan terima kasih.

Speaker

Terima kasih. Saya panggil sekarang jemput Telupid, N.47 Telupid. Persilakan. Adakah YB Telupid?

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Datuk Speaker, selamat petang, salam sejahtera. Sebenarnya untuk besok permintaan tapi tidak apa saya dipanggil pada hari ini.

Datuk Speaker, saya bersyukur kita dapat berkumpul pada hari ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang mengetuai Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam mewujudkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) pada 29 Mac yang lalu. Saya yakin bahawa YAB Ketua Menteri Sabah dapat menerajui tampuk pemerintahan dan merealisasikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dibantu oleh Jemaah Menteri.

Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.47 Telupid ingin menyampaikan hasrat dan suara hati rakyat di dalam Dewan yang mulia ini.

Datuk Speaker, kita baru sahaja menyambut Hari Malaysia.

Saya memohon agar hak dan perlembagaan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) akan dilaksanakan dengan segera dan saya percaya seluruh ahli yang berhormat di dalam Dewan yang mulia ini berpendapat seperti saya.

Merujuk kepada Ucapan Dasar yang telah dibacakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirudin pada Selasa, kelmarin, menjurus kepada RMK-12 dan di sini saya berterima kasih bagi pihak rakyat di Telupid di mana dalam usaha memulihkan sektor ekonomi, akibat pandemik COVID-19, daerah Telupid di antara terpilih dalam pembinaan Pusat pengum Pengumpulan hasil tani yang mana ia bertujuan untuk memasarkan hasil pertanian luar bandar supaya lebih efisien. Datuk Speaker, di Dewan yang mulia ini, saya ingin menyatakan bahawa Pekan Telupid adalah laluan utama dari Pantai Timur dan Pantai Barat Sabah. daerah Telupid mempunyai industri ladang sawit yang luas, namun perlu dibangunkan. Dalam sektor perhotelan pula, ia semakin berkembang. Penduduk semakin ramai dan kuasa beli dibantu oleh pekerja industri perladangan dan perkilangan.

Memandangkan Telupid centre of Sabah dengan izin daerah Telupid memerlukan

information centre dengan izin Pusat Informasi untuk membantu mempromosikan Persatuan Tagal yang ada di kawasan Telupid dan yang mempunyai sungai-sungai yang berpotensi dan perlu dimajukan untuk tujuan pelancongan. Antara sungai yang berpotensi untuk tujuan pelancongan ialah Air Terjun Tawai, Air Terjun Bakong-Bakong, Air Terjun Kopurun, Air Terjun Sungai Taviu, Telupid. Untuk makluman semua yang Ahli Yang Berhormat, Datuk Speaker, Telupid masih mempunyai banyak sungai yang belum tercemar yang termasuk dalam kawasan hutan simpan dan berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pelancongan.

Pusat pemuliharaan dan penyelidikan rusa import juga perlu dimajukan dan ia terletak di kampung saya sendiri, iaitu Kg. Wonod Telupid antara yang terbesar di Sabah. Antara baka rusa yang terdapat di sini ialah Timorensis, Axis-Axis dan Sampar. Di Sabah, hanya terdapat dua ladang Jabatan Veterinar yang menternak rusa iaitu di Keningau dan di Telupid. daerah Telupid mempunyai jumlah ternakan sebanyak 285 ekor dengan keluasan 200 ekar manakala di Keningau dengan keluasan sepuluh ekar.

Speaker

Satu minit lagi ah, YB.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ui, belum separuh satu minit sudah (suara ketawa). Bagi merealisasikan hasrat daerah Telupid untuk menjadikan pusat industri berasaskan daging ternakan dan juga tenusu. Ini boleh kita implementasikan di daerah Telupid memandangkan kawasan Jabatan Haiwan terlalu besar di daerah Telupid dan boleh dibangunkan.

Di samping itu, keunikan di daerah Telupid dengan kehadiran gajah liar secara bermusim di sekitar pinggir pekan Telupid juga berlaku dan dia, saya berpendapat pusat pemuliharaan gajah perlu diwujudkan di daerah Telupid. Selain itu, memohon di sini agar pusat pembiakan ternakan kerbau juga dibukakan di daerah Telupid. Datuk Speaker, di masa pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara, Telupid antara negara negeri, negara terkesan …

Speaker

Sila gulungkan. Sila gulung.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Okey, antara yang terkesan, ini yang point terakhir. Yang terkesan dan ah, di mana klinik kesihatan tidak dapat menampung jumlah pesakit yang ramai kerana hanya mendapat satu klinik kesihatan dan tiga swasta dan satu farmasi. Saya memohon supaya Klinik Kesihatan Telupid dinaikkan sebagai satu pusat kesihatan yang dipanggil hospital lengkap untuk memenuhi pesakit yang semakin ramai.

Selaras dengan agenda pembasmian kemiskinan yang menjadi intipati dalam rangka RMK-12, iaitu dengan membangunkan infrastruktur luar bandar seperti jalan raya, di Telupid masih terdapat banyak jalan raya yang belum berturap. Dan saya harap ini sudah juga dalam keterangkuman yang sudah saya pohon kepada JKR dan agensi yang berkaitan supaya dia disegerakan bagi memenuhi permintaan penduduk di luar bandar.

Di sektor pendidikan juga, kita memohon Kerajaan supaya SMK Telupid 2, SMK Ulu Sapi segeralah diwujudkan kerana ini sudah dalam perancangan dan dia difahamkan, bakal dibina tetapi sehingga sekarang belum lagi dibina dan memohon ini untuk dipercepatkan.

Speaker

Masa sudah lebih, lebih.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Yang terakhirlah ini barangkali. Dalam memperkasakan pentadbiran tanah, saya memohon kepada Jabatan Tanah supaya mempercepatkan pengeluaran geran tanah, terutamanya yang sudah diukur melalui pengukuran pantas pada beberapa tahun yang lalu. Saya rasa ini tiada masalah lagi untuk tujuan pengeluaran tanah kerana tanah ini sangat penting kepada penduduk kampung kita untuk menjadikan geran tanah ini sebagai satu saluran bantuan kepada mereka, MPOB, Lembaga Tabung Getah, penternakan ikan dan sebagainya memerlukan geran tanah.

Jadi kita minta pada Kerajaan untuk mempercepatkan pengeluaran geran tanah dan saya berterima kasih kepada Kerajaan kerana telah bersetuju dan meluluskan untuk Pejabat Jabatan Tanah di daerah Telupid. Terima kasih kepada Kerajaan.

Speaker

Terima kasih.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker, selaku wakil rakyat yang baharu, saya sedaya upaya membantu Kerajaan dalam memberi idea, khidmat dalam merealisasikan agenda Kerajaan.

Pada masa yang sama, saya sekali lagi merayu kepada pihak Kerajaan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri supaya dapat memberikan pertimbangan sepenuhnya atas cadangan permohonan yang telah saya kemukakan sebentar tadi bagi pihak kawasan N.47 Telupid.

Kami di DUN Telupid berharap supaya rintihan dan keluhan rakyat di daerah Telupid di dengar.

Datuk Speaker, saya memohon menyokong.

Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih YB. Saya, saya jemput Inanam, YB daripada Inanam.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan pada hari Selasa, 21 September 2021. Musim pilihan raya sudah berlalu. Kerajaan of the day dengan izin telah dilantik dan inilah masanya semua Yang Berhormat khususnya Government of the day melunaskan tanggungjawab fungsi serta fokus kepada rakyat dengan penuh tanggungjawab, pantas, tepat, berintegriti, dengan adil dan saksama. Janji-janji yang dicanang, dan menjadikan kita popular dan memenangi pilihan raya mesti dilunaskan tanpa dolak-dalik, alasan yang karut dan kebudak-budakan. Seluruh rakyat sedang dan mahu melihat hasil tindakan dan bukan hanya retorik dan cerita-cerita sahaja.

Majoriti rakyat Sabah sudah terlalu penat dan bosan dengan prestasi hasil kerja tindakan ke atas masalah yang kronik dan kelembapan pihak-pihak berkaitan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Ini termasuklah pandemik COVID-19, bekalan air bersih, banjir kilat, kegagalan pelaksanaan projek-projek penting Kerajaan, kesesakan jalan raya, kelewatan tindakan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Bekalan air bersih sering terputus dan amat menyusahkan pengguna, penduduk di banyak kawasan di Sabah dan berlaku saban hari khususnya di banyak kawasan di P.171 Sepanggar. Tindakan lebih drastik dan bertanggungjawab dari semua pihak mesti dilakukan. Perlu ada tindakan jangka pendek dan jangka panjang komiti bertindak melibatkan

pihak Kerajaan, kontraktor, pengguna dan pelaksana harus ditubuhkan. Semua pihak mesti melakukan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dan berkesan. Perlukan tindakan di luar kebiasaan untuk menyelesaikan masalah kronik. Ini termasuklah mencari sumber air lain dengan teknologi, proses yang lain dan menyalurkan kepada pengguna on time dengan izin.

Mengadaptasi sistem kerja yang baharu dengan sumber yang terhad dan tanpa mengira, tanpa mengira golongan rakyat.

Saya mencadangkan Kementerian yang berkaitan dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dapat dilaksanakan dengan kadar segera. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kejadian banjir kilat di banyak kawasan rendah di Sabah amat menyusahkan rakyat. Banyak menyebabkan kemusnahan dan kehilangan jiwa, khususnya di N.18 Inanam, banjir kilat ini sering berlaku di lebih 20 kawasan kampung dan termasuklah di pekan Inanam, Menggatal, Kolombong dan baru-baru ini telah mengorbankan tiga kematian. Projek yang dilaksanakan khusus menangani masalah ini, bermasalah dan lambat disiapkan. Saya mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya mengkaji dengan teliti sistem perparitan yang ada dan membuat tindakan yang mendalam. Mendalamkan, menambah, menyelenggara, upgrade dan lain-lain yang perlu dengan kadar segera. Saya mahu pihak JPS, DBKK, Kerajaan yang berkaitan mengadaptasi sistem teknologi tinggi menangani masalah ini.

Penggunaan sistem pam matrik yang synchro dengan sistem injap parit dan sistem alarm ketinggian banjir perlu dilaksanakan …

Speaker

Satu minit lagi YB.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

… dengan kadar yang segera. Sistem ini tidaklah mahal dan banyak dipraktikkan oleh negara-negara yang maju. Saya mohon cadangan ini mendapat pertimbangan daripada pihak Kementerian. Tuan Speaker, kesesakan jalan raya masih terus berlarutan di pekan-pekan dan jalan-jalan di negeri Sabah. Kemungkinan masalah ini berkurangan setelah Jaringan Jalan Raya Pan Borneo siap sepenuhnya. Mohon pihak JKR dan Majlis Tempatan dapat memastikan keadaan jalan raya selamat digunakan. Lampu jalan, isyarat dan

parit jalan raya dalam keadaan yang baik supaya ia selamat digunakan oleh pengguna. Ayuh, ayuh mari semua kita baik pihak Kerajaan dan pembangkang, agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan bersungguh-sungguh menjadikan negeri ini lebih maju, lebih berdaya saing dimana kehidupan rakyat dimartabatkan serta dibela sepenuhnya …

Speaker

Masa dah habis.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

… dibela sepenuhnya. Sekian dan terima kasih. Tuan Speaker.

Speaker

Saya jemput YB daripada Kunak.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Subhanallah, alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas izin-Nya dapat saya mewakili keluarga Kunak menyertai perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan Negeri.

Terlebih dahulu, salam takziah buat semua rakyat Sabah yang telah kehilangan insan tersayang yang pulang ke Rahmatullah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan semoga virus COVID-19 ini segera hapus dari bumi Sabah khususnya dan Malaysia amnya, amin.

Datuk Speaker dan sidang Dewan yang saya hormati sekalian, Ucapan Dasar kemarin dimulakan dengan isu pandemic COVID-19 yang masih menghantui kita. Walaupun kita redha dengan ujian ini, namun hakikatnya ia adalah tragedi yang memberi kesan teruk ke atas semua aspek kehidupan kita. Ekonomi, pendidikan, amalan keagamaan, kehidupan sosial kita telah berubah 360 darjah. Sudah tentu kita mengalu-alukan inisiatif Hala Tuju Sabah Maju Jaya, namun izinkan saya membuat sedikit elaborasi dan cadangan.

Datuk Speaker, pandemic COVID-19 sangat memerlukan sifat kemanusiaan kepimpinan. Bantuan demi bantuan yang diumumkan masih tidak dapat dimanfaati oleh setiap individu rakyat Sabah. Terlalu banyak senarai kelayakan yang perlu dipenuhi.

Justeru, saya mengharap agar pihak Kerajaan terutamanya melalui

Jabatan Kebajikan agar tidak terlalu regit menentukan siapa layak menerima bantuan terutamanya Bantuan Bakul Makanan. Keperluan mewujudkan unit Food Bank bagi mereka yang miskin dan berlapar mesti ada. Ambil lah, guna lah pendekatan NGO yang membantu manusia tanpa banyak usul periksa. Khalifah terkenal Islam Saidina Umar ketika pemerintahannya turun ke jalan-jalan di Madinah, masuk ke kampung-kampung untuk melihat rakyatnya, sanggup memikul guni gandum dan memasak untuk rakyatnya. Tapi kita hari ini, sibuk memilih siapa layak siapa tidak. Kalau tidak sanggup mencontohi Presiden Warisan yang sanggup mengharung lumpur bertemu dengan rakyat, intai-intailah masalah rakyat daripada jendela tingkat 33.

Datuk Speaker, isu masalah air masih tidak berkesudahan di negeri Sabah. Jabatan Air Kunak masih bergelut dengan masalah pump di Loji Air Kalumpang yang sudah uzur dan sering mengalami kerosakan. Tahun lalu kami diberikan berita baik tentang kelulusan peruntukan untuk menukar row water pump yang berharga lebih RM500 ribu.

Malangnya, sehingga hari ini bayang pun tidak nampak.

Begitu juga permohonan kami untuk mendapatkan paip air bagi Kampung Sri Bahagia dan beberapa kampung-kampung lain, masih menanti ihsan Kerajaan Negeri. Yang paling mengecewakan adalah harapan kami untuk melihat tangki simpanan air yang besar di Madai, Lormalong, Kampung Getah yang sudah dibina sejak sepuluh tahun lalu masih lagi tidak beroperasi. Tangki ini sudah menjadi Tugu Gajah Putih di Kunak. Justeru, saya sangat berharap agar Menteri Kerja Raya kita yang lantang bersuara, YB Lamag yang dikhabarkan minum darah, YB Kunak minum jamu saja mengambil tindakan tuntas bagi masalah air yang kami alami ini. Datuk Speaker, aspirasi Kerajaan Negeri ini untuk menyediakan perubahan kepada golongan yang tidak berkemampuan sangat kita sambut baik. Namun untuk pengetahuan sidang dewan, di Kunak ada projek perumahan di bawah SPNB yang sudah dimulakan sejak tahun 2015. Sehingga hari ini, 2021 masih gagal diserahkan kuncinya kepada pemilik. Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri …

Speaker

Satu minit lagi YB.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Terima kasih Tuan Speaker. Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri, kalau mahu buat projek baru, tolong jenguk-jenguk projek yang lama.

Akhir sekali, point yang terakhir yang paling penting bagi saya, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri wajib memahami tentang isi kandungan MA63. Kita sedar dan tahu bahawa ini adalah asas perjuangan kita sebagai rakyat Sabah. Selain usaha mendapatkan kembali 21 Perkara, izinkan saya mengambil perhatian sidang Dewan tentang pindaan Perkara 1(2) pada tahun 1796 apabila status Sabah dan Sarawak telah dipindah menjadi negeri di samping negeri-negeri lain di Persekutuan Tanah Melayu. Namun seperti yang kita maklum, Artikel 161 E Perlembagaan Persekutuan menyatakan tidak boleh ada pengubahsuaian mengenai pemakaian perlembagaan ke atas Wilayah Sabah atau Sarawak kecuali ianya untuk menyama taraf dengan Malaya bukan negeri-negeri di bawah Malaya.

Jadi saya merayu jangan kita gunakan MA63 kita sebagai peluru ketika pilihan raya sahaja, bila sudah memerintah lidah keluh berbicara.

Justeru, saya mengusulkan agar Dewan yang mulia ini menasihati Tuan Yang Terutama untuk menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pemulihan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Wilayah Sabah seperti sebelum Pindaan 1976 mengikut Artikal 161 E Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Speaker, akhir sekali saya berharap agar Dasar Kerajaan dan Hala Tuju SMJ 1.0 bukanlah gula-gula semata-mata. Besar harapan kita agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri bersatu, bergabung menghentikan layanan keluarga tiri dalam Keluarga Malaysia. Sabah Maju Jaya…

Speaker

Gulungkan YB.

Puan Norazlinah Binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Kunak maju dan sejahtera, terima kasih.

Speaker

Kali ini saya jemput Ahli Dilantik, YB Dr. Aliakbar bin Gulasan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih Datuk Speaker,

seluruh Ahli Dewan yang mulia.

Pertama, saya menjunjung kasih Ucapan Dasar Kerajaan yang sudah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang saya kira satu kandungan ucapan yang merupakan suatu hala tuju semasa dan jarak jauh yang menjadi cita-cita dan juga hasrat untuk kita capai bersama, khususnya hasrat Sabah Maju Jaya.

Walaupun begitu, ingin saya bangkitkan beberapa perkara yang merupakan pastilah suara daripada hasrat rakyat.

Yang pertama, saya mulakan dengan saya petik daripada ayat al-Quran untuk kita renung bersama pada hari ini firman Allah Ta’ala, “ẓaharal-fasādu fil-barri wal-baḥri bimā kasabat aidin-nāsi liyużīqahum ba'ḍallażī 'amilụla'allahum yarji'ụn”, ayat ini masuk dalam Surah Ar-Rum, Ayat 41, Allah Ta’ala menyebutkan telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.

Saya sengaja mulakan perbahasan ini dengan firman Allah Taala ini. Bila kita melihat senario satu dua hari ini, bencana banjir dan juga tanah runtuh. Saya kira sebahagian besar daripada kita sudah turun ke Penampang khususnya dan lebih teruk ke Sugud secara umumnya. Saya kira seluruh kita sudah mengerahkan tugas, saya sendiri berada di situ. Kita melihat sebahagiannya perlu kepada satu kajian cerun secara khusus. Seperti mana yang disebut oleh Moyog tadi, banyak tanda-tanda di kawasan perbukitan sudah berlakunya kemungkinan pencerobohan atau pun perkara-perkara yang melanggar undang-undang. Saya kira atas semangat cinta kepada keamanan dan juga mengelakkan bencana itu, perlu ada satu kajian yang menyeluruh setakat mana keselamatan dan juga keutuhan cerun di seluruh Sabah.

Daripada ucapan yang disebutkan dalam perasmian kita semalam juga menyentuh soal infrastruktur rakyat. Banyak Yang Berhormat membangkitkan mengenai isu air, samalah di mana-mana kawasan. Saya berpandangan isunya bukan isu kekurangan air kadang kalanya. Cuma kadangkala rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat bila berlakunya catuan misalnya. Bila kita merujuk kepada Facebook Jabatan Air sebagai contoh, rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat yang diharapkan.

Memang kita meyakini infrastruktur air berkurangan, tetapi bila kita berhubung dengan bahagian aduan kita tidak mendapat maklumat yang tepat. Kadangkala tidak ada air berhari-hari. Saya kira ini merupakan perkara yang harus menjadi tumpuan. Yang paling menyedihkan, kawasan PKPD, sewaktu berlakunya PKPD waktu itulah berlakunya tidak ada bekalan air dua tiga hari. Saya kira Kerajaan harus …

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB tinggal satu minit lagi.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

… mengambil kira. Insyaa Allah Datuk Speaker.

Yang seterusnya, perkara yang ditaburkan dalam Sabah Maju Jaya berkait dengan Ucapan Dasar, ucapan yang disebutkan dalam perasmian semalam mengenai pembangunan sumber manusia. Saya ingin bertanya kepada Kerajaan, adakah Kerajaan berhasrat saya melihat banyak sekolah-sekolah madrasah dan juga pondok yang terkesan, yang sebahagian besar daripada mereka membangunkan sekolah ini secara persendirian.

Mencari dana daripada luar.

Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan kalau boleh melihat kepada kemampuan sepatutnya sekolah-sekolah seumpama ini yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dibagi bantuan khususnya yang minima paling kurang tenaga pengajar dibagilah gaji minima setiap bulan dalam keadaan sekarang saya yakin sekolah-sekolah seumpama ini, madrasah dan pondok amat terjejas dengan senario yang sedang berlaku.

Yang terakhir Datuk Speaker, saya melihat pembangunan kita kadangkala terutamanya di kawasan perbandaran banyak yang sudah berlaku dan isu ini kita sudah maklum pencerobohan setinggan di kawasan-kawasan tanah Kerajaan, yang kadangkala setinggan ini yang kita tahu sebahagian besar didominasikan oleh pendatang asing tanpa izin lebih berleluasa berbanding orang tempatan. Yang malangnya sebahagian daripada tanah-tanah sebelum daripada ini diwar-warkan oleh Kerajaan sebelum daripada ini untuk diwartakan. Saya mohon kepada Kerajaan perhatikan sungguh-sungguh ambil tindakan yang sebaiknya. Kita tidak mahu rakyat tempatan dianaktirikan.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Habis sudah, masa sudah habis.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

… yang akhirnya jangan sekali-kali kita membenarkan perkara seumpama ini untuk menganaktirikan apa ani rakyat tempatan, rakyat Sabah sendiri.

Terima kasih Datuk Speaker, saya mohon menyokong Ucapan Dasar Kerajaan. Wallahualam.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Sekarang saya jemput Ahli Yang Dilantik, YB Datuk Raimie Unggi.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih Tuan Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat tengah hari dan salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas pada kali ini pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua dalam Dewan Undangan Negeri yang ke-16 ini. Saya turut juga untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan baharu Perdana Menteri kita yang ke-9 Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan dalam memimpin negara dan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang terutama dalam usaha Kerajaan untuk memerangi COVID-19 dan untuk kesejahteraan rakyat dan juga negara.

Tuan Speaker, saya ingin membawa beberapa isu yang perlu perhatian kepada pihak Kerajaan. Sepertimana pada tahun yang lalu, Bajet 2021 saya percaya Pelan Pembangunan Negeri Sabah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah yang bermula pada 2021 hingga 2025 akan dapat meningkatkan ekonomi rakyat, pembangunan infra rakyat, memperkukuh hasil ekonomi dan meningkatkan hasil negeri. Sektor pertanian adalah antara sektor penyumbang kepada ekonomi negeri Sabah. Peruntukan sebanyak RM560.39 juta yang telah diperuntukan dalam sektor pertanian oleh Kerajaan sudah tentu akan merancakkan lagi aktiviti pertanian dan perikanan dalam negeri selain memperkasakan penglibatan golongan muda dalam industri dan penggunaan teknologi moden.

Dalam sektor pertanian ini Tuan Speaker, tumpuan diberikan kepada pemerkasaan usahawan tani dan memperkasakan penglibatan pemain industri pertanian termasuklah Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan penggunaan teknologi moden. Berdasarkan kepada Statistik Malaysia, pada tahun 2019 terdapat 56,000 Pengusaha Kecil Sederhana di negeri Sabah, iaitu 6.2% daripada PKS di Malaysia sekaligus berada di kedudukan ke-7 di dalam seluruh negara. Saya ingin memetik satu kenyataan daripada Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Kerajaan perlu memberikan bantuan bersasar kepada sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Berdasarkan kepada data dan juga kenyataannya Tuan Speaker, saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan perlu membuka peluang perniagaan kepada para petani, penternak atau peladang dan PKS dengan memberikan suntikan modal yang bersasar bersesuaian dengan jenis pilihan mereka dan juga memberikan keutamaan kepada golongan muda untuk menggalakkan mereka menerokai dan juga menceburi bidang ini.

Akibat daripada COVID-19 ini Tuan Speaker, pendekatan ekonomi digital adalah merupakan prasyarat bahkan menjadi tumpuan dalam usaha memastikan perniagaan dapat berjalan dengan lancar tanpa bersemuka. Saya melihat kaedah komunikasi digital atau ekonomi digital ini bukan lagi menjadi satu pilihan kepada kita tetapi juga menjadi satu perkara yang penting untuk dipraktikkan oleh semua pihak dalam pelbagai industri memandangkan teknologi digital sedang berkembang pesat, lebih pantas, cepat dan juga selamat.

Ini selaras dengan usaha Kerajaan atau dasar Kerajaan dalam Transformasi Malaysia kepada ekonomi digital dengan rakyat mengamalkan budaya hidup digital mengikut peredaran masa. Pendigitalan mampu meningkatkan proses perniagaan sedia ada tanpa perlu mengubahnya atau mengambil alih proses dilaksanakan oleh tenaga manusia kepada proses yang dilaksanakan melalui kecekapan perisian. Sempena dengan sambutan Hari Malaysia baru-baru ini Tuan Speaker, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.61 bilion menerusi Pelan Digital Negara, iaitu JENDELA 2021 hingga 2025. Bagi tujuan ini, adalah untuk meluaskan capaian internet berkelajuan tinggi yang akan memberi

manfaat kepada 3.8 juta penduduk Sabah. Program ini Tuan Speaker secara tidak langsung membolehkan sektor pertanian terus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi walaupun dilanda krisis pandemik COVID-19. Kerajaan perlu mengamalkan budaya ekonomi digital kepada rakyat khasnya bagi sektor pertanian untuk memudahkan mereka berhubung tanpa bersemuka bagi memasarkan hasil pertanian mereka. Ini mudah direalisasikan dengan penglibatan pihak swasta dengan menyediakan akses internet yang lebih baik dan akses telefon pintar yang mampu milik kepada rakyat.

Tuan Speaker, isu pengangguran, saya telah difahamkan kadar pengangguran rakyat Malaysia pada suku tahun ini menurun daripada 5.1% kepada 4.8% berbanding suku kedua tahun 2020.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB tinggal satu minit saja lagi ya ...

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran rakyat Malaysia pada suku kedua tahun 2021 menurun 0.3% berbanding tahun lalu. Namun dilihat kepada kedudukan pengangguran ini di negeri kita pada suku tahun kedua tahun 2021, Labuan dan Sabah mencatatkan kadar pengangguran yang tinggi di Malaysia melebihi 8% iaitu masing-masing pada kadar 8.8% dan juga 8.7%.

Datuk Speaker, saya ingin mengambil perhatian kepada pihak Kerajaan semasa dengan pendemik COVID-19 yang telah melanda kita pada tahun lalu, saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan setakat manakah keberkesanan inisiatif pertubuhan keselamatan sosial, iaitu Perkeso melalui inisiatif Program Return To Work dan juga program penempatan semula yang mana telah dilaksanakan di bawah pelaksanaan sistem insuran pekerjaan. Saya mohon dan juga berharap pihak Kerajaan akan mengambil perhatian yang serius berkenaan dengan isu-isu pengangguran ini di kalangan rakyat negeri Sabah terutamanya kepada golongan-golongan lepasan Ijazah, lepasan Diploma dan juga lepasan SPM. Dan saya harap yang saya nyatakan tadi mereka-mereka ini dapat perhatian daripada pihak Kerajaan. Saya fikir itu sahaja Datuk Speaker, memandangkan masa terhad, saya sekali lagi

mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya. Saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya jemput N.19 Likas.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Ya Datuk Speaker, peraturan mesyuarat “Point of order” peraturan dua berkenaan dengan masa untuk bersidang. Saya difahamkan bahawa persidangan ini pada hari ini akan ditangguhkan pada jam 3.30 nanti dan mengikut kiraan matematik, saya rasa ramai lagi Wakil Rakyat di sini tidak sempat untuk membahas. Jadi kita datang dari jauh ini membawa isu-isu dan mencari penyelesaian di Dewan Undangan negeri ini. Bukan kami datang mahu say hi bye kan kemudian sila gulung satu minit lagi. Masa agak suntuk untuk setiap Wakil Rakyat untuk membahas. Jadi, saya ingin memohon kepada Datuk Speaker, untuk mengizinkan masa dilanjutkan supaya setiap Wakil Rakyat yang terdapat di dalam Dewan ini dapat membahas.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Peraturan mesyuarat Datuk Speaker, 2(1)A saya menyokong sahabat saya Adun Tanjong Kapur, saya rasa pihak Kerajaan pun bersetuju bahawa semua Wakil-wakil Rakyat haruslah diberi peluang untuk menyelesaikan dan menyampaikan hasrat dan aspirasi daripada penduduk dan juga pengundi-pengundi masing-masing di kawasan khususnya ketika keadaan COVID-19 yang menjejaskan semua rakyat bukan saja di tempat yang tertentu tetapi di seluruh Sabah. Maka, saya quote 2(1)A Mesyuarat pada hari ini haruslah hendaklah diteruskan hingga jam 5.05 petang … 5.15 petang.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

5.15 Mengikut peraturan Datuk Speaker, kalau saya dibenarkan sebab dalam ini peraturan ini memang sudah ditetapkan oleh peraturan bersidang selalu boleh dibenarkan sampai 5.15 pm dan kalau tidak cukup masa kita mintalah dari sebelah sana kalau assistant minister boleh tolonglah kasi move one motion supaya kita panjangkan masa ini sebab saya rasa itu tidak adillah untuk menghalangkan Wakil Rakyat untuk mewakili suara rakyat itu membawa ke Dewan yang mulia ini. Dengan memang saya faham KKM yang kasih nasihat, nasihat saja tetapi Speaker disini boleh buat keputusan seperti di Parlimen juga dorang mengadakan sesi sampai jam 7 takkan lah di Parlimen boleh di Dewan Undangan Negeri Sabah ini tidak boleh. Jadi, saya mintalah di sini mengikut

peraturan standing order ini Datuk Speaker boleh buat satu keputusan, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih atas pandangan-pandangan YB-YB di sini, tetapi kita dapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tidak terlalu lama dalam Dewan demi untuk kesihatan kita di sini.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Tuan Speaker, walaupun KKM ada bagi nasihat tapi ini peraturan mesyuarat .... ini peraturan mesyuarat Datuk Speaker …

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Walau macam mana pun, nanti kita sudah … (suara bertindih).

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya · Lamag

MKN ... MKN ... kena ikut SOP kami pun dibagi masa yang sama tadi YB Luyang dibagi peluang di luar ...

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

.. ini bukan lawan, ini peraturan mesyuarat yang berbunyi sedemikian ...

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya · Lamag

... ikut peraturan KKM bukan ikut peraturan kamu, (suara bertindih) kita kena ikut peraturan KKM tolong Luyang jangan buat kecoh.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

… ini bukan kecoh ...

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya · Lamag

... kita ada peraturan KKM bukan Datuk Speaker, buat (suara bertindih) undang-undang.. apa kecoh-kecoh tadi awal-awal Datuk Speaker, sudah kasih tahu masa kita bersidang pada jam sekian..

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Yang Berhormat ikut peraturan mesyuarat..

Dato' Sri Bung Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I/Menteri Kerja Raya · Lamag

...

peraturan memang ada (suara bertindih) ...

tapi KKM yang mengarahkan, kita kena ikut peraturan, tapi KKM memutuskan ADUN-ADUN Pembangkang di sana tolong jumpa KKM (suara bertindih)

Yang Berhormat, Yang Berhormat bawa bertenang semua. Mana-mana Ahli Dewan, boleh menyuara ... Yang Berhormat ... Yang Berhormat mana-mana Ahli Yang Berhormat boleh berdiri menyuarakan itu terpulang kepada Speaker, janganlah kita bergaduh. Steady bah.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya berharap kita akan kerjasama, (suara bertindih) saya berharap YB YB ... Yang Berhormat. Yang Berhormat …

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

… ini kira mengikut peraturan Datuk Speaker dan jugakan itu peraturan KKM pun saya tidak faham sebab tiada pun KKM punya peraturan di dalam standing order ini jadi ...

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Kita mahu … nasihat daripada Ketua Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kita tidak berada terlampau lama di dalam Dewan demi untuk kesihatan kita semua di sini. Jadi, itulah pasal bukan kita yang bikin ini kita tidak mahu lanjutkan ini perbincangan di sini tetapi kita dapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia itu saja.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Okey, Datuk Speaker, saya difahamkan Parlimen boleh bersidang sehingga jam 7 malam dan jumlah bilangan MP lagi ramai daripada jumlah ADUN yang terdapat di Sabah ini. Jadi, saya rasa SOP yang daripada KKM ini ... satu negara, dua SOP.

Pembantu Menteri Kerja Raya [Datuk Limus bin Jury]:: Tuan Speaker, daripada kita bercakap “point of order” bagus buat ucapan …

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker, sudah diputuskan juga ikut saja lah.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Rasanya ini adalah antara satu yang …

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Jadi kita tidak ada pilihan di sini (suara bertindih) untuk kita mesti mengikuti arahan daripada kesihatan Kementerian Kesihatan dalam pandangan saya lah.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya ingin memberi pandangan saya. Pada pagi ini Tuan Speaker telahpun mencadangkan supaya kita tidak terlalu lama di Dewan ini dan tidak ada Ahli Yang Berhormat yang membantah.

Tuan Speaker telah mengatakan bahawa ucapan-ucapan yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dipendekkan supaya memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Besok kita mempunyai masa lagi untuk berdebat mengenai dengan ucapan Tuan Yang Terutama.

Tuan Speaker juga telah mengatakan juga sesiapa yang tidak mempunyai peluang untuk memberi ucapan dalam sidang persidangan kali ini, beliau juga telah mencadangkan boleh dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri pada bulan 11. Tadi ada yang mengatakan bahawa Parlimen boleh apa ini memanjangkan masa untuk berdebat tetapi apa yang saya tahu baru-baru ini bahawa persidangan di Parlimen juga kalau dipendekkan disebabkan atas arahan nasihat MKN. We are talking about ini pandemic. There are two things. one is about the issue, kita punya kesihatan. Kedua, itu undang-undang tetapi I think what is more important thing is that we are protected. Kalau MKN sudah buat keputusan arahan I think we should comply with full. Then I don’t think there’s an issue because after all the speaker pagi-pagi ini juga telah mencadangkan bahawa kita akan berhenti pada kurang jam lebih jam 3.30. We are not allowed to be here the whole day. Thank you, Tuan Speaker.

Datuk Joniston bin Lumai@BangkuaiPBS · GRSPembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Kiulu

I think we have to be fair kepada yang sudah berucap terlebih dahululah termasuk ketua pembangkang, he’s also kena limited kan so now midway we want to ask for an extension. I think its a bit unfair to those who

have already spoken with limited time. So let’s be very fair and it was explained earlier by the Speaker. So kita faham fahamlah tu. Bukankah? Cuma itu saja it’s unfair to those sudah berucap diberi sedikit masa and then kita minta lebih pula so lets be fair to all. Thank you.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, semasa saya mencadangkan tadi dalam pemasyhuran saya untuk menamatkan persidangan kita pada pukul 3.30 petang tadi. Saya jelaskan kalau sampai tempoh masanya ada yang tidak dapat berucap, kita akan beri keutamaan untuk sidang akan datang sebab sidang pada kali ini kita … kita terpaksa mematuhi nasihat daripada KKM dan semasa saya membuat pemasyhuran saya, tidak ada bantahan pun daripada mana-mana pihak untuk minta jangan ditangguhkan pada 3.30. Kan? Jadi oleh yang demikian, kita akan tetapkan mana yang sempat berucap akan diteruskan sampai pukul 3.30 kita akan tangguhkan. Okey? Saya sudah kata jangan banyak ganggu.

Okey, saya jemput ...Yang Berhormat Likas. Tidak ada? Yang Berhormat Luyang. Luyang dibagi peluang lagi ah. Yang Berhormat Luyang, you ada lapan minit.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Ini ... ini adalah untuk rakan-rakan saya semua orang ada ... ada pengundi kan? Bukan untuk gaduh, kita..

Speaker

Ucapan, ucapan. Nanti bilang tiada masa lagi Luyang. Terus berucap, berucap terus

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Okey. Okey.

Speaker

Ya ...

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Sudah pesan dalam ...

Speaker

Ucapan, ucapan Luyang.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Okey, Datuk Speaker. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Luyang untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini. Sabah merupakan salah satu negeri di Malaysia yang

mempunyai paling ramai anak muda, 56% populasi di Sabah adalah terdiri daripada golongan anak muda di bawah 30 tahun. Ertinya, kalau kita nak bangunkan Sabah ke arah maju jaya sudah tentulah kita kena tingkatkan lagi usaha-usaha untuk membantu anak-anak muda kita. COVID-19 dan krisis kesihatan kali ini telah memberi impak ekonomi yang cukup besar kepada seluruh dunia dan negara kita. Yang paling terkesan, itu adalah anak-anak muda kita. We have the highest employ ... unemployment rate, 8% kadar pengangguran di Sabah berbanding dengan negeri-negeri lain sekitar tiga hingga empat peratus. Our numbers are doubled malahan kadar pengangguran graduan di Sabah adalah 9.3%, highest in Malaysia also. Oleh sebab itu, ramai anak-anak Sabah terpaksa tinggalkan Sabah, ramai anak-anak Sabah tinggalkan Malaysia dan tinggalkan keluarga mereka yang sayangi. Ini adalah realiti buat seluruh anak-anak muda Sabah. Apabila krisis COVID-19 melanda negara kita, masalah ini dilihat semakin serius dan perlu kita bersama-sama menanggani.

Datuk Speaker, di bawah pemerintahan Kerajaan sebelum ini yang dipimpini oleh Yang Berhormat Senallang, Dewan yang mulia ini dengan sebulat suara meluluskan pindaan Perlembangaan Negeri kita dan menjadikan Sabah sebagai negeri yang pertama memperkasakan anak muda umur 18 tahun berhak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri. Ini memberi istilah dan makna yang penting bagi generasi yang akan datang.

Semangat kerjasama antara dua pihak bagi memperkasakan golongan belia ini mesti kita teruskan demi memberi harapan kepada anak-anak muda kita.

Justeru, saya cadangkan satu jawatankuasa Tindakan Pengangguran Belia/Youth Unemployment Committee ditubuhkan bagi menangani masalah-masalah berdepan dengan golongan belia kita. Masalah pengangguran yang tertinggi, masalah pengangguran graduan yang tertinggi, masalah gaji dan upah yang rendah dan masalah kekurangan peluang pekerjaan yang mampan di Sabah. Jawatankuasa ini harus diketuai oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga bersama dengan menteri-menteri berkenaan bukan sahaja itu, jemputlah pakar-pakar dan juga ADUN-ADUN dari dua pihak bersama-sama kita mencari penyelesaian membantulah anak-anak muda kita dan memberi harapan kepada anak-anak muda kita.

Datuk Speaker, sepanjang krisis COVID-19 ini kita melihat semakin ramai rakyat Sabah jatuh miskin. Ini dapat dibuktikan dalam statistik. Sabah mempunyai kadar kemiskinan mutlak yang tertinggi di Malaysia 25.3%. Pendapatan isi rumah per kapita menurun sebanyak 10.3%. Sabah berada di tangga ke-12 the second lowest in Malaysia. Lebih ramai jatuh dari M40 ke B40, lebih ramai keluarga Sabah hidup di bawah tahap kemiskinan. Ini menjadikan Sabah mempunyai Gini Coefficient yang juga tertinggi satu ukuran untuk ukur ketidaksamarataan dan juga inequality between rich and poor.

Datuk Speaker, ini merupakan satu masalah yang besar. COVID-19 ini telah membawa masalah-masalah bukan sahaja kepada negeri dan negara kita tapi di keluarga-keluarga di kalangan masyarakat. Datuk Speaker, ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan statistik di pejabat saya hampir setiap hari saya menerima enquiries, menerima panggilan untuk meminta bantuan. Semakin ramai datang ke pejabat minta isi borang kebajikan. Semakin ramai warga emas, OKU minta tolong untuk masuk ke pusat warga emas, pusat OKU dan institusi kebajikan yang dikendali oleh Kerajaan. I’m very sure saya boleh pasti bilangan permohonan untuk bantuan OKU dan bantuan warga emas itu meningkat secara ketara. Saya mohon Kerajaan Negeri tambahkanlah bajet untuk bantuan am yang bertujuan untuk membantu golongan miskin dan warga emas yang tidak berkemampuan.

Tambahkanlah bajet sekurang-kurangnya tambah ke RM100 juta setiap tahun supaya khususnya golongan warga emas dapat ringankan beban dan murahkan rezeki mereka. Selain itu, kita perlu wujudkan lebih banyak fasiliti jagaan warga emas dan OKU. Itu perlu diberi keutamaan.

Datuk Speaker, baru-baru ini, kawasan saya Luyang dan tempat-tempat lain di sekitar Kota Kinabalu mengalami kerosakkan teruk akibat banjr. Sebenarnya, kita balik-balik bincang tentang perancangan tebatan banjir.

Perancangan sini perancangan sana. Tetapi pada hemat saya, kalau tiada pelaksanaan yang profesional, cepat dan efisien, kalau plan perlaksanaan yang mengikut perancangan tidak gunalah kita balik-balik bincang.

Kita semua tahu, perancangan itu sudah ada. Ada yang sudah dirancang sepuluh, 20 tahun yang lalu. Tetapi hakikatnya, oleh kerana pelbagai alasan pelaksanaan itu tidak dibuat. Bajet itu tidak diluluskan, sedangkan projek-projek ini adalah amat

penting bagi rakyat, Tuan Speaker. Projek petebatan banjir,projek jalan raya, projek pengangkutan awam seperti SkyTrain, LRT, Monorail, BRT, macam-macam tetapi realitinya Datuk Speaker, tiada pelaksanaan. Ertinya, tiada guna lah. Apa yang saya cuba ketengahkan di Dewan yang mulia ini, bukanlah saya nak tegur ataupun pertikaikan soal politik. Adalah penting untuk kita bersama-sama mencari satu cara untuk merombak sistem pentadbiran ini, supaya kita pastikan perancangan itu yang sudah dirancang mesti dilaksanakan dengan cepat kerana projek itu adalah untuk rakyat.

Datuk Speaker, akhir sekali saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Mid-Autumn Festival, ataupun dikenal sebagai Mooncake Festival. Sebenarnya ini adalah satu hari yang penting dalam budaya Cina untuk meraihkan perpaduan dan kekitaan. Saya dengan harapan pada musim autumn ini, kita terus pegang kepada semangat perpaduan ini tanpa kira bangsa, kaum, agama, dan politik. Bersama-sama kita bangunkan Sabah, bersama-sama kita membawa harapan kepada anak-anak muda, bersama-sama kita membanggakan Sabah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Luyang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin. Yang Berhormat, ada lapan minit ya.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

lapan minit ya, Datuk Speaker?lapan Minit?

Speaker

Ya

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Terima kasih yang Berhormat Datuk Speaker, atas peluang ini. Saya cuma ada beberapa isu.

Yang pertama sekali mengenai dengan COVID-19. Kita sudah ditimpa COVID-19 ini sejak dua tahun yang lalu. Sepertinya pada hari ini, COVID-19 ini sebagai satu penyakit yang akan kita isytiharkan sebagai endemik, iaitu suatu penyakit yang sentiasa akan ada. Timbalan Ketua Menteri, Datuk daripada Kundasang, doktor juga, tahu seperti juga Malaria, seperti juga TB, yang kita akan hidup bersama-sama. Sepatutnya masyarakat kita telah aktifkan untuk diberi pendidikan supaya

hidup dengan COVID-19 dengan mengikuti peraturan SOP yang ada penjarakan, cuci tangan, pakai mask dan juga menggunakan sanitizer.

Namun demikian, seperti WHO kata kan, kita perlu sekurang-kurang 70 peratus vaksinasi, barulah kita ada herd immunity, ataupun immuniti berkelompok, yang memutuskan rangkaian jangkitan. Tapi sekarang ini, kita baru lebih kurang 50 peratus. Di daerah saya di Sindumin, Datuk Speaker, cuma 62 peratus yang mendapat dua suntikan. Jadi ini kita perlu percepatkan. Kita sudah gagal daripada dulu, sepatutnya kita sudah selesai yang ini. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai sistem kesihatan yang bagus. Kita ada hospital umum, hospital daerah, pusat kesihatan, klinik desa.

Kemudian, kita ada klinik swasta, hospital swasta, klinik swasta. Kita ada NGO MMA. Kita ada NGO Bulan Sabit, kita ada NGO Persatuan Jururawat. Yang sepatutnya, kita laksanakan serentak. Tapi apa yang berlaku, dibuat berfasa-fasa kerana ada kepentingan tertentu. Bagi Sabah pula, mereka tidak faham, Datuk Speaker. Orang Malaya ini tidak faham. Minta maaf. Kita bukan mahu bergaduh dengan orang Semenanjung. Saya belajar di Semenanjung daripada tahun 69, Tingkatan satu sampai hari ini pun masih ada hubungan dan juga bekerjasama. Orang Semenanjung Datuk daripada Klias faham, dia pun sekolah di Semenanjung. Orang Semenanjung tidak akan faham kita. Yang faham kita ini adalah orang Sabah. Sebab itu, Datuk Speaker, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan sebagai leading pengerusi mengatur vaksinasi ini. Kita mesti mengambil ahli.

Jangan terlalu ikut saranan daripada Semenanjung. Kita mesti ada cara kita sendiri. Contohnya gagal MySejahtera. Mereka tidak tahu kampung di kampung-kampung kita tidak ada internet. Tunggu tiga bulan senarai. Apa salahnya pelaksanaan vaksinasi ini kita buat di hospital daerah, di klinik desa, di pusat kesihatan, di balai-balai raya. Habis.

Pembelian-pembelian vaksin, Datuk Speaker, kenapa KL atur? Saya minta hari itu supaya pembelian vaksin untuk Sabah diatur oleh Sabah.

Bagi duit kepada Kerajaan Negeri. Kita lagi dekat dengan China daripada Semenanjung. Kita beli terus dia punya hantar ke Kota Kinabalu, ada direct flight. Tidak payah diatur. Hantar

ke Semenanjung pun, hantar lagi ke KK.

Ini melambatkan, saya minta pengerusi, kemudian pengerusi bawalah semua profesional NGO bersama-sama supaya kita cepat selesaikan isu ini sebelum hujung tahun ini. Kita akan dapat herd immunity. Datuk Speaker, perkara kedua saya ingin sebut pasal MA63. Saya ingin menyebut di sini bahawa MA63 ini adalah kepentingan rakyat Sabah. Negeri Sabah sama ada Kerajaan ataupun pembangkang.

Sudah sampai masanya kita rakyat Sabah bersatu mengenai MA63 ini. Tidak ada gunanya kita bergaduh, berlainan suara, bila pilihan raya, masing-masing menyuarakan. Tidak kira sama ada UMNO Sabah, Bersatu Sabah, Warisan, PBS, Star, ACBBPRS dan lain-lain. Kita mesti bercakap dengan isu yang sama. Kita berebut yang sedikit tapi kita lupa yang banyak. Kita mesti cari yang banyak baru kita boleh bagi-bagi.

Maksud saya ialah dari segi peruntukan-peruntukan yang perlu Sabah terima melalui perjanjian MA63. Terima kasih ada pengerusi dari parti PBS dan juga sebelum ini Warisan untuk menyelesaikan isu ini. Tapi tidak selesai-selesai juga kerana kita Ahli-ahli Parlimen Sabah, ADUN Sabah kita tidak sepakat. Saya minta kita bulatkan lah, tolonglah. Saya merayu kepada semua ADUN-ADUN, Ahli Parlimen tidak kisah pembangkang kah Kerajaan dalam isu kepentingan bersama ini untuk rakyat Sabah. Kita kena bersatu.

Suara yang sama.

Kita bukan bergaduh dengan KL. Kita mahu bekerjasama tapi kita minta hak kita jelas. Siapa memerintah negeri? Itu terpulang. Terpulang kepada rakyat. Tapi yang penting kita dapat hak kita. Kita kalau dikumpul daripada dulu sudah trillion ringgit daripada cukai dan juga royalty yang sepatutnya kita dapat. Kalau ada trillion, baru kita boleh bagi-bagi. Tapi kita ini bagi berebut yang sedikit sudah lupa yang banyak.

Betul kah, Datuk Speaker?

Ini yang saya ingin.

Okey, Datuk Speaker, saya ingin sebutkan mengenai kawasan saya sedikit oleh kerana masa yang terhad.

Pan Borneo.

Pan Borneo daripada Sindumin ke Beaufort, dua pakej.

Kemudian, Beaufort ke Papar, lagi dua pakej.

Sepatutnya sudah siap tahun 2019, bulan April. Tapi, sudah delay, sudah tertinggal hampir dua tahun. Saya mintalah supaya Kerajaan Persekutuan tengoklah betul. Ucapan Ahli Parlimen Kinabatangan, di Parlimen kelmarin mengatakan bahawa kita ini sudah ketinggalan jauh. Pada kali ini kita mintalah supaya Kerajaan Negeri Sabah bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini.

Apa juga cadangan sudah lama saya melihat progress yang ada sekarang, Datuk Speaker, saya ingat 2025 belum selesai isu Pan Borneo highway ini. Dan masalahnya sekarang ialah yang pertama bahawa jalan ini tidak dikendalikan dengan baik. Jalan sudah semak, mengecil, lubang banyak, tepi yang berlobang-lobang, sudah banyak kemalangan dan kematian akibat daripada jalan ini.

Kemudian, tanahnya runtuh, mengalir ke jalan, tanah liat licin, longkang-longkang tidak dibuat dengan baik, culvert tidak dipasang, banjir dan sebagainya. Rumput tidak dibersihkan dan ini menyebabkan kerosakan kenderaan.

Datuk Speaker, rakyat di kawasan saya juga di Kawasan Beaufort, siapa yang belum pernah daripada KK ke Sipitang, datanglah ke Sipitang drivelah perlahan-lahan, tengok macam mana keadaannya. Kasihan orang kampung. Kereta kancil banyak yang rosak, banyak yang mengalami kemalangan dan sudah banyak kematian juga. Rakyat di kawasan kita, kita minta Semenanjung faham bahawa rakyat di kawasan saya, kawasan Beaufort mempunyai hak yang sama untuk dapat jalan baik.

Sudah beberapa tahun kita membayar roadtax yang sama tetapi kita menikmati jalan yang paling buruk yang pernah kita alami.

Datuk Speaker, kita minta Kementerian Kerja Raya dan juga ada pembantu menterinya di sini dan juga jurutera-jurutera daerah supaya supervise rapat-rapat.

Speaker

Sila gulung Yang Berhormat.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Mengulunglah ini Yang Berhormat. Pasal gulunglah ini mahu habis. Okey, kita minta supaya JKR supervise supaya dipastikan jalan ini sentiasa baik walaupun dalam pembinaan. Okey, yang nombor dua penghabisan mengenai SFI. Sekarang SFI dalam kes mahkamah. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di sini, saya minta cuma dua hal. Yang pertama sekali, apa penghujungnya SFI ini? Sama ada kita tutup atau kita teruskan? Kerajaan sudah tarik balik konsesi sebenarnya SFI ini. Operasinya daripada dahulu masa Lion Group BILT adalah untuk merebut balak bukan untuk buat kilang kertas. So, itu orang berebut sebab itu Pelangi Prestasi Pelangi mahu juga Syed Mokhtar mahu juga SFI ini kerana balak. Sekarang konsesi sudah ditarik, bagus, tarik kerana kita mahu kilang yang beroperasi di Sipitang itu untuk fokus buat kertas bukan untuk ambil

balak. Balak itu biar kita aturkan. Jadi Yang Amat Berhormat saya minta penjelasan apakah nasib SFI ini? Mahu teruskah mahu tutupkah? Kita minta kata putus. Kemudian yang kedua, mengenai dengan pekerja yang 1200 orang ini, di mana mereka mahu hidup mahu dibuangkah atau mahu disambungkah? Kita minta penjelasan apa pendirian Kerajaan untuk ini kerana mereka adalah rakyat Sabah. Saya faham dengan peraturan industri isu kebankrapan itu perkara kedua tapi kita mesti ada simpati dengan rakyat Sabah. Mereka sudah berkerja di situ lebih daripada 30 tahun sejak 1986 berkerja di situ tapi tidak saya lihat-lihat di penghujung ni mereka sudah dalam keadaan tidak menentu dan psikologinya agak terhimpit. Yang penghabisan Datuk Speaker mengenai dengan internet di Sabah. Saya difahamkan Semenanjung mengatur segala-gala internet ini. Sepatutnya di bawah Program Komunikasi atau pun prevalisasi di Sabah ini diatur oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Menterinya ada sini. Tapi saya difahamkan ini sudah lain. Saya difahamkan juga rangkaian 5G yang akan dibuat di seluruh Malaysia telahpun dibagi kepada Syarikat Network National iaitu syarikat Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kewangan dan telah diberi tender kepada ataupun award kepada Sony Ericson. Jadi dimanakah peranan negeri Sabah? Mereka suka-suka hati mengatur nanti tapi kita tidak dapat khidmat yang baik. Saya mintalah supaya Kerajaan Yang Berhormat Ketua Menteri sini dan Menterinya yang ada di sini kita aturkan supaya hal-hal Sabah ini sebolehnya kita atur sendiri. Sekolah daif kita atur sendiri, jalan kita atur sendiri kerana kita …

Speaker

Sila gulung

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

… mempunyai yang dikatakan autonomi-autonomi yang itu tapi kita tidak dapat.

Datuk Speaker, saya berharap. Saya ucap terima kasih kepada Kerajaan seperti rancangan Sabah Maju Jaya itu, kalau boleh dilaksanakan. Yang penghabisan Datuk Seri, iaitu plan master plan …

Speaker

Ini sudah penghabisan. Berapa kali penghabisan.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Ah … setengah minit. Setengah minit.

Master plan daerah kita minta supaya dilaksanakan dan bila kita buat kita teruskan jangan tukar-tukar, kerana bila tukar Kerajaan, master plan tukar. Tukar Kerajaan, master plan tukar. Kalau boleh yang kita endorse biar itulah kita akan ikut sebab itu bandar-bandar kita di Sabah ini tidak ada master plan-rojak. Tukar Kerajaan buat sana buat sini buat sana buat sini akhirnya tidak ada satu bandar Sabah ini yang cantik. Semua kelam kabut. Datuk Speaker saya mohon mengulung. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Sindumin. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sebatik untuk berucap. Yang Berhormat, Yang Berhormat ada lapan minit juga.

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirudin yang telah menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan Negeri yang melibatkan berbagai aspek di dalam keadaan negara kita berdepan dengan wabak COVID-19 ini. Bagi setiap negeri dalam Malaysia justeru daerah-daerah, pekan-pekan dan kampung-kampung bahkan di setiap Kawasan di Sabah ini tidak ada yang terlepas daripada ancaman wabak yang sangat memberi kesan kepada seluruh rakyat Sabah.

Sama ada dari segi kelembapan pembangunan ekonomi begitu juga kesan terjejasnya pembangunan infra-asas satu keperluan yang harus diambil perhatian.

Berbagai langkah dan usaha Kerajaan yang telah dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak ini termasuklah menyediakan SOP yang diubah mengikut keperluan situasi semasa kadar jangkitan. Begitu juga dengan usaha Kerajaan bagi mendapatkan vaksin untuk dibekalkan ke seluruh kawasan dalam Malaysia dan negeri Sabah ini. Serta bantuan bakul yang tidak putus-putus dibekalkan oleh pihak Kerajaan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kerajaan pada hari ini dan kita patut merasa bersyukur dengan adanya usaha ini sekurang-kurangnya kadar jangkitan dan jumlah kes menunjukkan angka menurun sejak beberapa hari yang lepas.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sejajar dengan usaha pemulihan wabak COVID-19 ini selain kerangka pelaksanaan pemulihan ekonomi yang melibatkan berbagai sektor begitu juga kerangka Pelaksanaan

Pembangunan Prasarana dan Infrastruktur yang berlandaskan hala tuju SMJ 1.0. Saya ingin memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini, bahawa satu perkara yang perlu diambil perhatian dan bersesuaian dengan SOP yang telah ditetapkan. Sebelum ini berkaitan dengan kawalan rentas daerah, rentas negeri dan juga kawalan rentas negara.

Berhubung kait dengan perkara ini adalah amat penting bagi pihak Kerajaan sama ada Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk memberi tumpuan dan perhatian di kawasan sempadan negara kita Malaysia dengan negara jiran dari aspek keselamatan dan pencerobohan serta perlunya pembangunan di kawasan sempadan. Saya mengambil contoh dalam kawasan DUN Sebatik misalnya, Pulau Sebatik ini terbahagi kepada dua wilayah, iaitu di bahagian utara milik Malaysia dan bahagian selatan pula milik Indonesia. Begitu juga sempadan Kalabakan Serudung ke Simanggaris di Kalimantan Utara Indonesia tanpa kawalan ketat di kedua-dua kawasan ini boleh menimbulkan beberapa implikasi negatif kepada Sabah khasnya dan Malaysia amnya. Di antara perkara tersebut adalah yang pertama akan berlaku aktiviti keluar masuk tanpa permit yang sah di antara kedua-dua buah negara dan aktiviti ini boleh menyebabkan peningkatan kadar jangkitan wabak COVID-19 yang sedang menular ketika ini dan yang kedua aktiviti penyeludupan barang terkawal dan pemerdagangan manusia yang sukar dibendung dan perkara ini juga turut memberi kesan yang kurang sihat terhadap kehidupan sosial masyarakat dan ekonomi negara Malaysia amnya dan negeri Sabah khasnya. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di sepanjang sempadan negara di Pulau Sebatik sahaja, sebanyak 29 jalan tikus ataupun laluan tanpa kawalan yang dikenal pasti oleh pihak keselamatan kita yakni ESSCOM dan di sepanjang sempadan negara kita daripada Sungai Melayu hingga Sungai Kalabakan, pihak keselamatan kita hanya ada dua buah pos kawalan berbanding lapan pos kawalan pihak Indonesia. Ini adalah di antara punca berlakunya aktiviti-aktiviti yang saya nyatakan tadi dengan begitu mudah.

Kita juga tidak menafikan kemungkinan ada rakyat Malaysia yang cuba menyelinap masuk ke negara jiran tanpa dokumen yang sah dan ini juga boleh mendatangkan kesan negatif terhadap negara kita.

Speaker

Sila gulung ya, Yang Berhormat.

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

… kerana kita semua tahu dan sedar bahawa penularan wabak covid ini berlaku di seluruh dunia, begitu juga kesan terhadap ekonomi terhadap negara kita.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, bahawa terdapat rakyat Sabah yang tinggal di negara jiran tetapi menjalankan aktviti pertanian di negara kita di Malaysia. Perkara ini berlaku disebabkan kekurangan infra asas di kawasan sempadan negara kita menyebabkan rakyat kita terpaksa tinggal di negara jiran yang dilengkapi keperluan asas.

Contohnya, seperti bekalan elektrik dan juga jalan raya.

Berdasarkan kepada situasi ini, saya mencadangkan agar beberapa perkara perlu disegerakan untuk pelaksanaan.

Speaker

Sila gulung.

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Baik. Terima kasih. Perlunya pembinaan CIQS, CIQC di kedua-dua sempadan negara, iaitu di Sungai Melayu atau Sungai Haji Kuning yang bersempadan dengan Sungai Nyamuk dan juga sempadan Kalabakan Serudung, Simanggaris.

Untuk makluman ahli Dewan sekalian, CIQS pihak Indonesia yang terletak di Sungai Nyamuk telah mencapai 50% dalam proses pembinaannya dan maklumat ini kita perolehi melalui pihak Konsulat Indonesia di Tawau semasa pihak DUN Sebatik bersama rombongan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Konsulat Indonesia di Tawau.

Memandangkan kedua-dua kawasan ini menjadi laluan utama bagi kedua-dua buah negara, lebih-lebih lagi apabila ibukota Indonesia yang akan berpindah ke Penajam Pekan Baru, Provinsi Kalimantan Timur yang dijangkakan seawal tahun 2024 dijangkakan lebih kurang dalam masa dua tahun daripada sekarang.

Apabila ini berlaku impaknya amat besar bukan hanya bagi Daerah Kalabakan bahkan Sabah secara keseluruhannya akan menerima kesan daripada pembangunan ini, yang mana economic spinning dengan izin akan berlaku di daerah Kalabakan dan juga turut memberi kesan pada sosio-economy development dengan izin kepada negeri dan rakyat Sabah.

Selain daripada itu, aktiviti penyeludupan akan dapat dibendung dan negeri Sabah, negara Malaysia akan dapat manfaatnya daripada kutipan hasil cukai melalui Pusat CIQ ini selain daripada aktiviti perniagaan yang terkawal.

Speaker

Sila gulung. Sila gulung.

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Baik. Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, sebelum CIQ ini dibangunkan, perkara pokok ataupun perkara asas yang perlu disegerakan adalah pembangunan infra asas bagi kedua-dua kawasan ini termasuklah jaringan infrastruktur, sistem jalan raya, bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik yang mencukupi dan tidak kurang pentingnya jaringan telekomunikasi yang menjadi keperluan terutama sekali pada masa kita berdepan dengan COVID-19 di mana pelajar tidak mempunyai pilihan untuk meneruskan pembelajaran melainkan melalui Sistem PDPR yang memerlukan akses internet.

Ke semua perkara ini perlu dilaksanakan bukan hanya untuk kemudahan masyarakat bahkan ianya merupakan keperluan bagi pembangunan pelbagai industri yang menyumbang kepada anjakan ekonomi di kawasan setempat dan juga negeri Sabah.

Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, mungkin tidak keterlaluan jika saya menyebut perlunya …

Speaker

Masa cukup Yang Berhormat.

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

… baik. Bandar sempadan diwujudkan bagi kedua-dua kawasan ini yang jelas dapat merangsang pertumbuhan ekonomi melalui penglibatan pelabur luar dan dalam negara.

Sekali lagi saya ingin mengajak pada semua Ahli-ahli Dewan, barisan kepimpinan negeri dan Persekutuan serta seluruh jabatan-jabatan, agensi Kerajaan betapa pentingnya kerjasama di kalangan kita untuk menyumbang idea sama ada Yang Berhormat daripada pihak Kerajaan mahupun pembangkang demi kestabilan ekonomi politik dan kesejahteraan rakyat Sabah dan juga Malaysia.

Dengan itu saya mengakhiri perbahasan ini dan mengucapkan Assalammualaikum warahmatullahi wabaraktuh.

Sekian. Saya memohon menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat sebatik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Darau.

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmannirrahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

lapan minit Yang Berhormat.

Terima kasih atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk membahas Ucapan Dasar Kerajaan Negeri yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 21 September lepas.

Pertamanya saya mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri atas usaha-usaha bagi mengurangkan impak negatif pandemik COVID-19 terhadap perkembangan ekonomi dan sosial di negeri Sabah. Saya sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. agar segala usaha yang dijalankan akan membuahkan hasil yang positif dan seterusnya dapat membantu memulihkan keadaan ekonomi negeri demi masa depan anak cucu kita.

Tuan Speaker dalam pada itu saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada Kerajaan Negeri untuk terus memperkasa perkhidmatan awam seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan sebelum ini khususnya melibatkan anggota perkhidmatan awam yang sudah mencapai umur bersara wajib 60 tahun. Amalan ini menyebabkan peluang bagi pegawai lain yang layak mengambil alih dan menjawat jawatan lebih tinggi akan tertutup. Demikian juga peluang peningkatan kerjaya bagi pegawai lain yang berprestasi tinggi turut terjejas. Seperti yang sedia kita … kita semua sedia maklum keadaan banjir negeri Sabah kebelakangan ini semakin serius. Kawasan saya contohnya, DUN Darau tidak terkecuali dari masalah ini. Boleh dikatakan on average, dengan izin setiap dua bulan Kampung Rampayan

yang terletak tidak lebih dua kilometer dari tempat kita berada pada hari ini akan mengalami banjir yang cukup serius.

Begitu juga di beberapa tempat di kawasan saya.

Saya mohon kepada Kerajaan untuk mempercepatkan kerja-kerja penyiapan, projek tebatan banjir atau pembesaran Sungai Rampayan. Kesian penduduk kampung yang bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian malahan terpaksa berhadapan dengan penurunan kualiti hidup. Bayangkan sahaja baru dua minggu lepas mereka dilanda banjir dan mereka telah terpaksa menghadapi lagi suasana yang sama. Mereka telah berusaha membersihkan keadaan di sekitar kawasan rumah mereka dengan yang penuh dengan lumpur dan tiba-tiba hari semalam banjir melanda lagi di tempat mereka. Ramai yang terpaksa menanggung kos yang tinggi seperti pembaikan rumah, lantai, dinding, peti ais, kereta dan sebagainya.

Ini memakan belanja yang tinggi dan mereka ini terdiri daripada golongan-golongan yang berpendapatan rendah.

Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi memohon agar perkara ini diambil perhatian serius.

Masih berkaitan dengan masalah banjir di kawasan yang sama, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Negeri agar penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Rampayan yang terlibat dengan Projek Tebatan Banjir Pembesaran Sungai Rampayan agar disediakan tempat untuk menempatkan mereka bagi membina rumah.

Semasa Kerajaan terdahulu saya pernah mengemukakan permohonan sebidang tanah seluas 38 ekar yang dipohon oleh Ketua Kampung pada masa itu khusus bagi menempatkan penduduk terlibat. Ketua Menteri pada masa itu telah memberi green light lampu hijau dan permohonan telah diserahkan kepada Pengarah Jabatan Tanah pada masa itu.

Sehubungan dengan itu, saya mohon dan berharap Kerajaan Negeri dapat meluluskan permohonan tersebut bagi membolehkan penduduk terlibat meneruskan kehidupan. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada hampir semua pihak. Pentadbiran masjid, surau, gereja dan tanah perkuburan juga tidak terkecuali. Rumah-rumah ibadat ini bermasalah untuk menangani kesukaran membayar kos-kos seperti membayar elaun-elaun bilal, Tok Siak, bil utiliti dan sebagainya. Begitu juga dengan ruangan tanah perkuburan yang semakin berkurangan akibat jumlah kematian akibat COVID-19 yang meningkat secara mendadak. Saya ambil contoh di

kawasan saya di Kampung Likas. Tempat yang disediakan untuk mangsa-mangsa Covid telah habis. Memang telah habis dan saya rasa YB Membakut sedia maklum berkenaan hal ini dan apabila ada kematian berkaitan dengan Covid, mereka ini terpaksa dipindahkan ke Batu Dua dan masalahnya di Batu Dua pun sudah penuh. Jadi kami orang-orang kampung di sana terpaksa kalau orang Sabah bilang rukut-rukut untuk menyediakan tanah perkuburan di satu tapak tanah yang memang sudah digazettekan sebagai tanah perkuburan dan saya difahamkan bahawa Pengerusi Masjid Kampung Likas, Masjid Jamek Kampung Likas juga telah memohon kepada JHEAINS atau MUIS untuk meminta sedikit peruntukan dan…

Speaker

Mula gulung ya Yang Berhormat.

Tapi untuk makluman, kematian tidak boleh tunggu sebab kita perlu benda ini dengan segera. Jadi, saya mohon kepada pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan dan apa ini memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas perkara ini.

Tuan Speaker, akhir sekali saya melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah atas Ucapan Dasar Kerajaan dan saya memohon menyokong.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Darau. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat Merotai.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Datuk Speaker, alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berada dalam Dewan yang mulia ini pada hari ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirudin bersempena dengan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keenam Belas pada 21 September 2021, semalam.

Datuk Speaker, saya telah mengikuti secara terperinci Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun semalam.

Daripada penelitian saya, Ucapan Dasar tersebut telah merangkumi semua aspek, khususnya dalam usaha Kerajaan untuk menangani pandemik COVID-19 dan juga usaha untuk merangsang semula ekonomi dalam pelbagai sektor. Program-program vaksinasi giat dijalankan setiap daerah dan kawasan termasuk luar bandar adalah satu langkah yang baik untuk mencapai had imuniti ataupun imuniti berkelompok dalam masa terdekat. Insya-Allah, sekiranya usaha ini berjalan dengan lancar saya yakin kita akan menjalani kehidupan yang normal seperti sebelum ini.

Datuk Speaker, saya ambil maklum bahawa banyak inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha untuk merangsang ekonomi. Ini melibatkan pelbagai sektor utama yang terjejas akibat pandemik COVID-19 seperti sektor pelancongan, pertanian dan perikanan, sektor industri serta program-program pembasmian kemiskinan.

Usaha-usaha ini harus digembleng sepenuhnya supaya hasrat ini dapat dicapai dengan jayanya sesuai dengan pelan Sabah Maju Jaya. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar penglibatan rakyat secara menyeluruh didukung oleh insentif dan bantuan Kerajaan khususnya bagi membolehkan rakyat menjana pendapatan sendiri dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan penduduk sekitar.

Inisiatif dan bantuan sama ada dalam bentuk geran ataupun melalui pinjaman tanpa faedah ataupun faedah terendah yang boleh disalurkan melalui agensi Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Pinjaman Sabah.

Bantuan ini hendaklah mempunyai syarat yang mudah sebagai contoh memberikan bantuan geran ataupun pinjaman tanpa faedah kepada peniaga-peniaga restoran, peniaga-peniaga kecil termasuk peniaga burger di kampung, goreng pisang atau apa saja peniaga yang dijalankan oleh rakyat di luar sana. Kita tahu bahawa ramai antara mereka telah kehabisan modal kerana perniagaan merosot bahkan ada yang telah menutup perniagaan.

Ramai peniaga-peniaga ini telah kehabisan modal pusingan kerana telah digunakan untuk menampung kehidupan keluarga semasa dua tahun kita menghadapi pandemik COVID-19 ini. Kemudahan geran dan pinjaman ini akan dapat membantu mereka memulakan semula perniagaan mereka ataupun menambahkan modal pusingan perniagaan mereka.

Insentif sebegini sedikit sebanyak dapat merangsang aktiviti ekonomi

setempat dan menambah aliran tunai di pasaran sekaligus merancakkan semula aktiviti ekonomi yang sebelum ini yang sangat suram.

Datuk Speaker, saya menyokong usul daripada ADUN Usukan tadi bahawa pihak Kerajaan Negeri perlu memohon kepada Kerajaan Persekutuan agar segala bantuan dan bentuk geran ataupun pinjaman yang diumumkan atau diberikan kepada agensi Kerajaan Negeri itu dilaksanakan untuk dilaksanakan. Ini disebabkan pengumuman bantuan pemulihan ekonomi negara bernilai berbilion ringgit namun tidak sampai ke golongan sasar yang terjejas.

Sekiranya ini tidak dapat dilaksanakan, saya cadangkan Kerajaan Negeri mewujudkan satu one stop setiap daerah seperti UTC di mana menempatkan semua pegawai-pegawai setiap agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya memudahkan semua pengusaha IKS untuk merujuk atau memohon bantuan geran, dipinjaman, pinjaman, geran ataupun pinjaman kepada semua IKS bagi merangsangkan aktiviti ekonomi disetiap daerah di seluruh Sabah. Datuk Speaker, sejak pandemik melanda dunia khususnya di Malaysia terlalu banyak cabaran dan kesan terpaksa dihadapi oleh rakyat. Ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup, bahkan ramai yang kehilangan anggota keluarga. Ramai rakyat di kawasan daerah Tawau dan Kalabakan telah membuat aduan kepada saya kerana terpaksa menanggung kos pengebumian keluarga mereka sedangkan kebanyakan mereka hilang punca pendapatan. Oleh yang demikian, saya bagi pihak rakyat di luar sana berharap kos-kos pengebumian, kematian disebabkan COVID-19 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ataupun meringankan. Sorry, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga khususnya yang tidak berkemampuan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kos pengebumian yang terpaksa ditanggung adalah sebanyak 450 seorang.

Namun kadang-kadang ada keluarga yang meninggal bukan satu orang saja. Ibu bapa meninggal. Kadang-kadang ada anak pun ikut meninggal tiga, empat orang. Jadi saya berpendapat bahawa amaun ini tidaklah terlalu besar untuk ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan tidak memberi kesan yang besar terhadap perbelanjaan Kerajaan. Jadi saya mohon perkara ini Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan dapat mempertimbangkan sewajarnya.

Datuk Speaker …

Speaker

Gulung ya.

Ya saya gulung. Datuk Speaker, di sini saya telah mendengar semua ucapan daripada sahabat-sahabat kita sama ada daripada backbenchers ataupun daripada pembangkang, banyak perkara yang diutarakan khususnya di kawasan masing-masing masalah yang berlaku dari segi infrastruktur banjir dan sebagainya. Kalau saya melihat daripada dulu lagi sebelum lagi saya menjadi wakil rakyat mungkin ada yang sebahagiannya sana masih berada di sini dan kita berada di sana dan sebaliknya begitu. Tetapi perkara ini saya lihat tidak ada kesudahannya. Sebab apa saya tahu saya di Kementerian Kewangan dulu saya tahu bagaimana setiap kementerian memohon bajet kepada Kementerian Kewangan tetapi Kementerian Kewangan tidak luluskan. Sebab apa?

Sebab kewangan tidak ada. Ini yang menjadi masalah besar kepada kita. Jadi pihak Kerajaan Negeri, saya yakin dapat mengusahakan sumber-sumber kewangan yang baharu untuk memastikan bahawa segala perancangan yang diutarakan yang dirancangkan dapat kita laksanakan ya. Mungkin juga kita juga boleh berusaha untuk memastikan perjanjian MA63 dapat kita capai untuk pastikan semua perancangan kita ini berjalan dengan baik dan sesuai pada masa akan datang. Jadi Datuk Speaker, terima kasih atas peluang ini dan saya menyokong, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Merotai. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini sahajalah yang kita dapat bahaskan pada hari ini dan untuk sesi ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, ada yang tidak dapat masa untuk berucap pada pada sidang kali ini, saya akan pastikan Ahli-ahli Yang Berhormat akan ditempatkan di senarai yang terawal untuk sesi bajet akan datang untuk memastikan bahawa Yang Berhormat tidak terlepas daripada berbahas.

Maka dengan itu, Dewan ditangguhkan sehingga esok pukul 10 pagi, 23 September 2021.

(Gavel diketuk 3 kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 3.33 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga jam 10.00 pagi, 23 September 2021.”

SDN22122020/bnm