Sabah · 6 December 2021

16th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · not final · 322 turns · 41,542 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Permesyuarahan Dari Tuan Speaker

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Sabah Maju Jaya.

Permohonan Cuti

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima surat permohonan untuk tidak menghadiri sidang persidangan pada kali ini daripada Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut:

1) Yang Berhormat kawasan N.58 Lamag pada 7 Disember 2021; 2) Yang Berhormat N.52 Sungai Sibuga daripada 3 Disember sehingga 9 Disember 2021; 3) Yang Berhormat N.53 Sekong daripada 3 Disember hingga 9 Disember 2021; 4) Yang Berhormat N.26 Moyog pada 3 Disember 2021; dan saya telah meluluskan permohonan-permohonan cuti tersebut. Walau bagaimanapun saya tidak ada menerima permohonan untuk tidak hadir persidangan pada 3hb Disember 2021 daripada Ahli Yang Yerhormat seperti berikut: 1) Yang Berhormat N.22 Tanjung Aru.

Pembentangan Risalah-Risalah

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, selaras dengan Peraturan Tetap 17(1) - Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah, maka di sini saya memaklumkan bahawa laporan ketua audit negara mengenai pengurusan aktiviti kementerian, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri Sabah tahun 2019 siri I &

II, sijil-sijil ketua audit negara mengenai penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019 dan 2020 seperti yang tersenarai dalam risalah mesyuarat dibentangkan pada persidangan pada kali ini.

Ucapan Tahniah

Speaker

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dianugerahkan dengan Pingat Kebesaran seperti berikut: 1.

Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I Menteri Kerja Raya, ADUN N.58 Lamag.

2.

Panglima Jasa Negara Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, ADUN N.39 Tambunan.

3.

Panglima Gemilang Darjah Kinabalu Yang Berhormat Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN N.24 Tanjung Keramat.

4.

Yang Berhormat ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Suhaimi bin Nasir.

5.

Jaksa Pendamai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Adun N.59 Sukau. 6.

Ahli Setia Darjah Kinabalu Yang Berhormat Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, ADUN N.7 Tandek; Yang Berhormat Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, ADUN N.29 Pantai Manis; Yang Berhormat Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, ADUN N.2 Bangkoka; Yang Berhormat Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, ADUN N.49 Labuk;

Yang Berhormat Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, ADUN N.44 Tulid; Yang Berhormat Pembantu Menteri Belia dan Sukan, ADUN N.71 Tanjung Batu; Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN N.8 Pintasan; Yang Berhormat ADUN N.34 Lumadan; Yang Berhormat ADUN N.47 Telupid; dan Yang Berhormat ADUN Yang Dilantik, Yang Berhormat Tuan Dr. Aliakbar bin Gulasan.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini merakamkan ucapan takziah kepada Yang Berhormat dan semua pada Yang Berhormat ADUN Lamag dan semua ahli keluarga atas kembalinya ke rahmahtullah abang yang dikasihi Almarhum Haji HamIdin bin Radin pada 11 Oktober 2021 bersamaan 4 Rabiulawal 1423H. Yang Berbahagia Datin Teresa Mojuntin dan semua ahli keluarga atas pemergian suami yang dikasihi Mendiang Datuk Condrad Mojuntin mantan ADUN Moyog pada 17 November 2021.

Yang Berhormat ADUN Tanjung Keramat serta semua ahli keluarga atas pemergian ibu mertua yang dikasihi Almarhumah Siti Aini Hayyat binti Mahmood. Yang Berbahagia Datuk Animar Sukardi dan semua ahli keluarga atas kembalinya kerahmahtulah suami yang dikasihi mantan ADUN Sukau Almarhum Datuk Dr. Zaki bin Haji Gusmiah pada 16 Oktober 2021 bersamaan 9 Rabiulawal 1423H. Yang Berbahagia Datuk Teo Chee Kang dan semua ahli keluarga atas pemergian bapa yang dikasihi Mendiang Encik Teo Tainn Soo.

Yang Berbahagia Datin Rinah John dan semua ahli keluarga atas pemergian suami yang dikasihi Mendiang ADUN Datuk Mathius Majihi.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah merahmati roh Almarhum dan Almarhumah dan memuliakan pemergian mendiang.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah pada Almarhum dan Almarhumah

dan yang beragama islam dan kepada Ahli-ahli yang beragama lain mengikut kepercayaan masing-masing. (Al-Fatihah dibaca).

Pencegahan Covid

Speaker

Dalam memastikan mesyuarat kedua penggal kedua Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 ini dapat dilaksanakan dalam keadaan lancar dan selamat, adalah dimohon agar Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Fasa 4 dipatuhi sepenuhnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk membuka pelitup muka sewaktu bercakap untuk penjelasan pertuturan sahaja dan ketika berucap di dalam Dewan ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas selesai berucap.

Maka dengan itu saya pun buka lah pelitup muka saya.

Dalam pada itu semua Ahli-ahli Yang Berhormat diingatkan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

1) Pada Ahli-ahli Yang Berhormat, jika merasa tidak sihat adalah dinasihatkan untuk membuat saringan kesihatan sendiri sebelum hadir persidangan. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh persidangan pada kali ini ujian RTK Antigen Saliva boleh dibuat...

Speaker

….RTK Antigen Saliva boleh dibuat di lobi utama luar bangunan dewan undangan.

Ujian ini hanya akan mengambil masa sekitar 20 minit sahaja. Mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perkara ini. Kedua, mengamalkan pemakaian pelitup muka kecuali ketika berucap. Ketiga, mengelakkan 3S; sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat. Keempat, mengamalkan 3W; wash, warn and wear dan kelima, sentiasa menjauhi diri daripada berkumpul dalam kumpulan sama ada di dalam ataupun di sekitar dewan dan bangunan ini.

HANSARD Ahli-ahli Yang Berhormat, bermula mesyuarat sidang kita pada kali ini hansard tidak lagi akan dicetak dan diedarkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat seperti amalan sebelum ini.

Hansard selepas tiap-tiap sidang akan dimuat naik melalui sepenuhnya di Laman Web Dewan Undangan Negeri dan bolehlah dimuat turun sendiri oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Hansard hanya akan diedarkan bagi mana-mana Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan atau yang bercakap sahaja.

Selain itu, memuat naik sepenuhnya hansard ke dalam ke Laman Web Dewan Undangan Negeri pada setiap kali persidangan adalah bersesuaian dengan Dasar Teknologi Hijau Negara yang menggalakkan penjagaan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas dalam kehidupan seharian.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Hansard tersebut boleh dimuat turun di Laman Web Dewan Undangan Negeri di ruangan penyata rasmi.

Selain itu, risalah-risalah mesyuarat seperti laporan tahunan daripada agensi-agensi kerajaan juga boleh dimuat turun oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di ruangan itu.

Risalah begitu juga dengan Rang Undang-Undang yang akan dibentangkan nanti boleh dimuat turun di ruangan Rang Undang-Undang.

Bagi sesi perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan 2022, 2021, masa perbahasan yang diberikan kepada ketua backbencher dan ketua pembangkang ialah 25 minit untuk berucap. Manakala, Ahli Yang Berhormat yang lain masa yang diberi ialah 10 minit untuk seorang ahli berbahas.

Bagi membolehkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat berpeluang berbahas pada hari ini dan esok.

PERBAHASAN Saya juga memohon agar Ahli-ahli Yang Berhormat perlu sentiasa berada di dalam Dewan yang mulia ini semasa sesi persidangan sedang berlangsung. Saya juga ingin meminta semua Yang Berhormat Menteri untuk memastikan kementerian masing-masing mengemukakan Ahli-ahli Yang Berhormat jawapan bertulis untuk pertanyaan lisan yang tidak sempat dijawab dan jawapan bertulis ke atas isu-isu yang telah dibangkitkan dalam sesi perbahasan sepanjang persidangan kali ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk sesi kali ini kita akan membuat mengadakan lunch break iaitu daripada 12.30 hingga ke pukul 2.00, dan kita akan bersidang semula daripada pukul 2.00 hingga pukul 6.00 petang.

Jadi, masa lunch break tu kita di boleh menggunakan masa untuk berurusan yang perlu solat, makan dan sebagainya, dan untuk itu, serahkan pada setiausaha. Silakan, setiausaha teruskan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Speaker

Dijemput Ahli Yang Berhormat dari Usukan.

Yang Berhormat Tuan Speaker, soalan nombor satu (1).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Strategi Dan Langkah Kerajaan Menghadapi Kelembapan EkonomiQuestions

*1. YB. Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak [Usukan] bertanya kepada KETUA MENTERI, apakah strategi dan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan negeri untuk menghadapi kelembapan ekonomi sekarang.

Jawapan

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama dengan soalan number 34.

Memandangkan soalan-soalan yang dibangkitkan adalah berkaitan. Untuk makluman, Ahli Yang Berhormat dari Usukan dan Sungai Manila serta dewan yang mulia ini, kerajaan negeri telah, sedang dan akan melaksanakan pelbagai strategi dan langkah untuk memulihkan ekonomi negeri ini yang terjejas akibat kelembapan ekonomi global dan nasional kesan pandemik COVID-19. Sepertimana telah saya maklumkan di dewan yang mulia ini, kerajaan negeri telah pun melancarkan pelan pembangunan SMJ di mana pelaksanaan fasa pertama hala tuju SMJ dimulakan dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 daripada tahun 2021 hingga tahun 2025 yang berpaksikan kepada tiga teras utama. Teras pertama ialah sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan sebagai fokus pertumbuhan ekonomi.

Teras kedua ialah modal insan dan kesejahteraan rakyat.

Manakala jaringan infrastruktur dan keles kelestarian hijau sebagai teras ketiga.

Pelan ini merupakan pelan pembangunan komprehensif dan holistik yang memberikan tumpuan untuk memulih dan menjana semula pertumbuhan ekonomi negeri.

Datuk Speaker, sukacita saya maklumkan bahawa usaha-usaha yang di... telah dijalankan oleh kerajaan ke arah meransang dan memulihkan ekonomi Negeri Sabah melalui pelaksanaan pelbagai pakej ransangan dan pelan pemulihan serta program vaksinasi ke atas penduduk-penduduk di negeri ini telah menampakkan impak positif.

Negeri Sabah telah pun beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara berkuatkuasa pada 8hb November 2021 susulan pencapaian peratusan penduduk yang telah divaksin. Peralihan ke fasa empat menyaksikan semua sektor ekonomi dan sosial di negeri ini dibenarkan untuk beroperasi pada kapasiti penuh tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pembukaan semula semua sektor ini menampakkan hasil positif yang tercermin daripada peningkatan aktiviti perniagaan dan pengeluaran serta perbelanjaan pengguna di negeri ini yang merupakan petanda positif ke atas dan ke arah pemulihan ekonomi. Prospek ekonomi negeri Sabah dalam tahun 2022 dijangka akan menunjukkan trend pemulihan yang lebih baik selari dengan pemulihan ekonomi di peringkat nasional dan global.

Datuk Speaker, kerajaan negeri juga sedang dan akan memperkasa pelaksanaan projek-projek pembangunan meliputi pelbagai sektor selari dengan pelbagai strategi dan pelan pembangunan yang telah dirancang ke arah memulih dan meransang pertumbuhan ekonomi Sabah.

Dalam sektor pertanian, kerajaan negeri melalui Kementerian Pertanian dan Perikanan serta jabatan dan agensinya akan terus memperhebat pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian baharu dan merancakkan semula pelaksanaan projek-projek sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 untuk memajukan sub-sektor tanaman, perikanan dan ternakan bagi menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan menghasilkan lebih banyak produk pertanian bernilai tambah tinggi untuk tujuan komersial yang berupaya untuk meransang pertumbuhan sektor berkenaan.

Datuk Speaker, pelbagai usaha juga sedang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk merancakkan aktiviti sektor perindustrian.

Untuk itu, pelbagai inisiatif dilakukan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti produk perindustrian negeri ini. Pada

masa yang sama, kerajaan negeri juga meneruskan dasar mesra perniagaan dan mewujudkan persekitaran kondusif untuk menarik lebih banyak penglibatan dan pelabur pelaburan sektor swasta dalam industri hiliran bernilai tinggi khususya di taman-taman perindustrian sedia ada di negeri ini.

Kerajaan negeri juga memberikan tumpuan kepada usaha bagi memperkasa peranan dan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam sektor tersebut.

Dalam sektor pelancongan, pelaksanaan inisiatif-inisiatif dalam pelan pemulihan Sabah Tourism Recovery Road Map akan diperhebatkan bagi memulih dan melonjakkan pembangunan sektor berkenaan.

Usaha untuk meneroka dan membangunkan lebih banyak produk-produk pelancongan baru, menambah baik infrastruktur dan kemudahan asas pelancongan serta menjalankan promosi pelancongan yang agresif akan terus diberi perhatian oleh kerajaan negeri sebagai pemangkin pertumbuhan….

Ketua Menteri / Menteri Kewangan [Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor]:...pemangkin pertumbuhan sektor ini.

Selain itu, kerajaan negeri juga mengambil langkah melonggarkan SOP rentas negeri dengan membenarkan kemasukan pelawat yang lengkap vaksin COVID-19 ke negeri ini tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 berkuatkuasa 1hb Disember yang lalu. Negeri Sabah juga bersiap sedia sepenuhnya untuk menerima ketibaan pelancong luar negara sekiranya Malaysia membuka sempadan negara pada tahun hadapan.

Saya yakin walau dalam suasana nor... norma baharu, kedatangan semula para pelancong akan mampu memulihkan semula sektor pelancongan di Sabah.

Namun pada masa yang sama, kerajaan juga akan terus memantau dengan rapi penularan varian baharu COVID-19 dan akan tetap mengambil kira keselamatan rakyat dalam melaksanakan apa juga tindakan. Datuk Speaker, sukacita saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa beberapa inisiatif pelaburan berimpak tinggi yang telah saya maklumkan dalam sesi persidangan yang lalu telah menunjukkan perkembangan positif dan sedang dalam perlaksanaan.

Ketika ini kerajaan juga sedang mempergiatkan usaha untuk

merealisasikan beberapa pelaburan baharu melibatkan projek pembuatan kaca, Photovoltaics atau solar panel, pembangunan bandar pintar Tanjung Lipat, penanaman herbal perubatan di Kundasang, pembangunan resort ekopelancongan di Pulau Mangalun dan pembangunan hartanah di tanah Yayasan Sabah seluas 10 ekar di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

Di samping itu, Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang, SOGIP juga dijangka akan menerima pelaburan baharu melibatkan Projek ZLNG oleh Petronas.

Penapisan minyak kelapa sawit bersepadu, pembuatan produk logam silikon, pemprog...sesan kitar semula teknologi hijau (E-Waste), kemudahan rawatan sisa perindustrian dan perkhidmatan marin. Sekiranya pelaburan-pelaburan ini di... dapat direalisasikan kelak, Negeri Sabah dijangka akan menerima jumlah pelaburan langsung yang dianggarkan lebih kurang RM 25 bilion.

Datuk Speaker, kerajaan negeri pada masa ini sedang merancang semula pembangunan Tanjung Aru Eco Development (TAED) seperti mana yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum Tanjung Aru Eco Development ialah projek pembangunan yang melibatkan pelaburan berbilion ringgit yang terletak berhampiran pusat perniagaan utama Kota Kinabalu.

Kerajaan negeri akan membangunkan semula (TAED), Tanjung Aru Eco Development ini dengan konsep dan masterplan yang baharu melibatkan pembangunan bercampur yang terdiri daripada pembinaan hotel dan resort, kawasan kediaman dan komersial yang dilengkapi dengan taman awam dan kawasan rekreasi.

Apabila siap kelak, TAED akan menjadi salah satu destinasi pelancongan taraf..

bertaraf antarabangsa dan gaya hidup yang vibrant khususnya untuk Daerah Kota Kinabalu dan Negeri Sabah amnya. Pada masa yang sama, pembangunan Tanjung Aru Eco Development adalah untuk menaik taraf pantai Tanjung Aru dengan menjaga keindahan semula jadinya serta memastikan daya maju pusat-pusat komersial yang akan dibangunkan kelak utuh dan menarik.

Dalam pelan pembangunan TAED ini, Taman Prince Philip yang terkenal sejak era 70-an bukan sahaja akan dikekalkan malah pantainya akan diperbesarkan lagi. Manakala penyertaan peniaga kecil dan sederhana akan diutamakan di kawasan ini dengan penekanan kepada kualiti perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa. Pada

masa ini, banyak pelabur yang menunjukkan minat untuk melabur ke atas projek ini. Impak projek pembangunan TAED adalah sangat besar dari segi spin-off economy semasa fasa pembinaan dan juga apabila projek ini disiapkan sepenuhnya. Pembangunan TAED akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, peluang perniagaan kepada penduduk tempatan termasuk juga kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana terutamanya di dalam sektor perhotelan dan pelancongan. TAED akan menjadi ikon kepada pembangunan yang mampan dan pengurusan alam sekitar yang baik dan seterusnya akan menjadi panduan kepada pembangunan hartanah dan pengurusan bandar di Negeri Sabah. Sebagai langkah ke hadapan, kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha bagi memudah cara dan mempu... mempercepatkan proses merealisasikan semua pelaburan ini.

Pada masa yang sama juga, kerajaan negeri komited untuk meneroka lebih banyak pelaburan-pelaburan berimpak tinggi ke Negeri Sabah bagi merangsang lagi ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Datuk speaker, untuk maklumkan yang.. Dewan yang mulia ini, Negeri Sabah akan menyertai Expo 2020 Dubai pada bulan ini iaitu bulan Disember dengan misi untuk mener... meneroka potensi perdagangan dan pelaburan yang lebih luas di peringkat antarabangsa. Expo 2020 Dubai akan menjadi platform penting untuk Negeri Sabah mempromosikan produk dan perkhidmatan negeri ini meliputi produk pelancongan dan perindustrian ke pasaran antarabangsa.

Pada masa yang sama, Negeri Sabah juga akan mengambil peluang untuk mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan perniagaan di Negeri Sabah melalui Flagsip Industrial Parks di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian. Penyertaan Negeri Sabah dalam expo ini dijangka berupaya menjana pulangan perdagangan dan pelaburan yang tinggi dan akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk merangsang semula ekonomi negeri.

Datuk Speaker, sebagai tambahan kerajaan negeri juga bersetuju untuk membuka pejabat perhubungan perdagangan dan pelancongan di Singapura bagi mempromosikan potensi ekonomi dalam kedua-dua sektor berkenaan. Pejabat ini akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun hadapan.

Pelaksanaan inisiatif ini

akan menambah baik hubungan perdagangan sedia ada antara Negeri Sabah dan Singapura. Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga akan ingin menarik minat para pelabur daripada Singapura untuk melabur dalam pelbagai sektor di Sabah selari dengan hala tuju SMJ untuk meningkatkan pelaburan berimpak tinggi di negeri ini.

Datuk Speaker, di bawah inisiatif hala tuju SMJ dan Rancangan Malaysia Ke-12, pemetaan node pertumbuhan utama termasuk kawasan sempadan yang strategik dan berpotensi telah dikenal pasti untuk makluman Dewan yang mulai ini ahh.. satu kawasan telah disediakan untuk tapak pembangunan bandar sempadan Serudong-Simanggaris.

Kerajaan negeri akan membangunkan kawasan ini, mengambil kira potensi-potensi ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh Sabah kesan peminda... pemindahan ibu negara Republik Indonesia ke Kalimantan.

Pembangunan bandar sempadan berkenaan yang melibatkan pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kalabakan ke Simanggaris, Kalimantan berserta pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di pintu masuk untuk pemeriksaan rentas sempadan dan lain-lain sudah pasti akan memberi impak positif kepada ekonomi dan sosial di kawasan sempadan negeri Sabah dan Kalimantan. Datuk Speaker, saya yakin dengan inisiatif dan program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri berupaya untuk merancakkan semula aktiviti-aktiviti pelbagai sektor lantas dapat memulihkan semula pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Negeri Sabah. Saya berharap semua usaha kerajaan untuk mensejahterakan dan memakmurkan rakyat negeri ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan Yang Berhormat Usukan. Soalan Tambahan

Ini Tuan Speaker ah..

saya amat ahh.. gembira dengan jawapan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang komprehensif dan memuaskan.

Cuma berdasarkan jawapan tadi, saya lihat di mana ahh.. penglibatan ahh.. syarikat swasta...

... syarikat swasta, pelabur asing itu amat penting sekali untuk menentukan, membantu pertumbuhan ekonomi di Sabah.

Saya ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mengemaskinikan proses kelulusan semua cadangan ataupun kaedah baru dapat diutarakan untuk menentukan kita mempunyai time frame ya. Sekurang-kurangnya jika semua syarat dipenuhi dalam masa dua bulan, maka kelulusan secara prinsip dapatlah diberi.

Oleh kerana kita harus menerima hakikat bahawa kita bersaing juga dengan negeri-negeri lain dan dengan-dengan negara-negara lain untuk menarik pelaburan. So, pada saya penting untuk menentukan agar kita dapat laksanakan segera maka kerajaan harus melihat proses kelulusan itu mempunyai satu frame work yang agak sederhana, yang cepat bagi kita menentukan pelaksanaannya dengan segera.

Speaker

Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada Ahli daripada Usukan dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, memang hasrat kerajaan siapa juga ataupun pelabur-pelabur yang akan melaksanakan ataupun melabur di negeri Sabah ini, proses pemudah cara mesti diperkemaskan dan saya telah meminta kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mempastikan bahawa permohonan-permohonan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan terutama sekali daripada pelabur-pelabur ini supaya dapat dipercepatkan kelulusan untuk pelaksanaan ini dan kita telah pun memutuskan dalam jemaah menteri bahawa kita bagi time frame dalam untuk selepas perjanjian dilaksanakan, mereka hanya ada masa selama dua tahun. Dalam masa dua tahun itu mereka mesti mula melaksanakan projek-projek yang telah dilaksanakan. Kita tidak boleh lagi selepas satu perjanjian dibuat apa yang berlaku di masa-masa yang lalu ialah sehingga projek-projek tersebut diheret bertahun-tahun kemudian baru dapat dilaksanakan. Jadi satu kaedah baru telahpun kita rangka untuk memastikan bahawa kelulusan-kelulusan pelan pembangunan dan juga kelulusan-kelulusan lain akan dipercepatkan dan akan dipermudahkan. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan, Senallang. Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker, Yang Amat Berhormat tadi telah menyatakan, diantara inisiatif yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan negeri ialah berhubung kait dengan SOGIP dan saya minta penjelasan, dan saya berharap agar pelaksanaan projek inisiatif seumpama ini, ada transparency dia.

Kita tidak mahu nanti esok seumpama kita wilayahkan Labuan, SG, Sabah Energy, Sabah Corporation, Supply Option Gate, Plywood Industries Labuan, semuanya lesap dan kita mahu seperti di Kimanis juga berlaku, sehingga anak-anak tempatan tidak punya kerja. Sebahagian besar operasinya dilakukan, dominannya monopoli oleh Petronas dan kalau boleh di Dewan yang mulia ini saya minta kerjasama daripada Yang Amat Berhormat di tell out dengan izin transparency, apa sebenarnya perjanjian yang akan dimeterai oleh kerajaan negeri dengan pihak Petronas untuk membangunkan projek di SOGIP ini. Terima kasih.

Ketua Menteri / Menteri Kewangan [Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor]:Tuan Speaker, terima kasih soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri daripada kawasan Senallang.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ada beberapa syarikat termasuk Petronas, kalau saya boleh sebutkan di sini yang berminat untuk melabur di kawasan SOGIP. Petronas mencadangkan untuk membina offshore untuk loji gas asli cecair. Ini disertai dengan beberapa syarikat-syarikat yang lain, yang sekarang ini belum pun ada satu module cadangan yang diperniagaan yang telah diberi kepada kerajaan, baru di peringkat cadangan, dan pihak Ahli Lembaga Pengarah SOGIP, telahpun memutuskan untuk secara prinsipnya meluluskan untuk syarikat-syarikat ini termasuk Petronas untuk melabur ataupun membina projek di SOGIP.

Kalau saya boleh sebutkan di sini, selain daripada Petronas kita juga menerima permohonan daripada Awan Timur Keluang Sendirian Berhad, PNB Teknologi Berhad, Greentech Recycling Park Berhad, Evolusi Bersatu Sendirian Berhad, BNB Marine Service Sdn Bhd. Semua cadangan ini masih lagi dikaji dan diperhalusi oleh Lembaga Pengarah atau pun pengurusan SOGIP. Belum lagi ada satu perjanjian ataupun MOU yang ditandatangani. Kita baru menerima permohonan. Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Datuk Speaker, soalan nombor dua tidak perlu dijawab memandangkan jawapannya sudah pun diberi oleh Yang Amat Berhormat Ketua / Menteri Kewangan dalam bajet yang telah dikemukakan pada 3 hari bulan yang lalu. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN Pintasan.

Datuk Speaker, soalan saya nombor tiga (3).

Speaker

Yang Berhormat Menteri, silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Insentif Kepada Golongan Petani Dan Nelayan Yang Terjejas Pendapatan Akibat Pandemik Covid-19 Dan Bencana AlamQuestions

Speaker

*3. YB. Tuan Fairuz bin Renddan [Pintasan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, apakah usaha kerajaan dalam membantu golongan petani dan nelayan yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19 dan bencana alam. Adakah terdapat insentif atau peruntukan khas untuk membantu golongan ini. Jawapan

Datuk Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Pintasan.

Untuk makluman, Dewan yang mulia ini dan juga untuk menjawab soalan daripada Pintasan.

Usaha kerajaan dalam membantu golongan petani dan nelayan yang terjejas sumber pendapatan mereka akibat pandemik Covid-19 adalah seperti berikut:

Pertama, memberi Bantuan Sabah Prihatin secara tunai berjumlah RM300 ringgit seorang kepada petani termasuk pekebun getah, pekebun kecil sawit dan pekebun koko. Termasuk juga penternak dan nelayan sebanyak tiga kali iaitu untuk 80,443 orang petani, 449 orang penternak dan 8,437 orang nelayan telah mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Sejak September 2020 sehinggalah Julai 2021,

kerajaan telah memberikan Bantuan Sabah Prihatin kepada petani, penternak dan nelayan yang melibatkan jumlah peruntukan keseluruhannya sebanyak RM94.8 juta. Yang kedua, membangunkan Agri Portal yang merupakan sistem aplikasi pemasaran hasil pertanian untuk menghubungkait atau menghubungkan, pengeluar dengan pembeli atau pengeksport. Sistem ini untuk memudahkan aliran pergerakan pemasaran dan eksport hasil-hasil pertanian negeri terutama sekali sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga menyediakan berbagai jenis bantuan dan insentif bagi membantu golongan nelayan, marin dan juga pengusaha aquaculture iaitu di ikan air tawar. Ini termasuklah bantuan kepada nelayan pesisir marin, pesisir pantai. Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyak RM300 setiap bulan, dan juga bekalan minyak diesel dan petrol bersubsidi pada harga lebih rendah daripada harga pasaran, iaitu RM1.65 sen seliter.

Datuk Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

…pasaran iaitu 1.65 seliter, bantuan ini iaitu bantuan pengusaha aquaculture marine juga diberi dalam bentuk input ternakan seperti peralatan ternakan, benih, makanan, dan makanan ikan, peralatan sokongan dan kemudahan infrastruktur yang melibatkan seramai 305 orang pengusaha aquaculture marine dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.96 Juta. Jabatan Perikanan Sabah telah juga menyalurkan bantuan insentif seperti benih ikan, makanan rumusan ikan, dana jaminan makanan ikan dan peralatan sokongan ladang kepada penternak dan juga ikan air tawar yang terpilih di Sabah. Jumlah peruntukan keseluruhannya yang diberikan atau dibelanjakan untuk ini adalah sebanyak RM356,650 pada tahun ini iaitu tahun 2021. seramai 24 orang penternak di seluruh Sabah juga telah dibantu melalui program dan jaminan makanan dengan kadar bantuan maksimum RM20,000 seorang mengikut kelayakan. Bagi penternak dan pengusaha aquaculture bantuan gantian ternakan sihat adalah diberikan mengikut jenis ternakan dengan nilai had kadar yang diluluskan. Kementerian saya juga melalui Ko-Nelayan telah melaksanakan moratorium kepada nelayan yang melibatkan penangguhan bayaran balik pinjaman di bawah skim kredit

pinjaman sebanyak 2 kali iaitu pada tempoh Mac hingga September tahun 2020 dan Ogos hingga Oktober tahun 2021, pemberian moratorium ini telah memberikan manfaat kepada 4,877 nelayan. Skim kredit Ko-Nelayan juga diberikan yang merangkumi skim bantuan nelayan, skim bantuan pengusaha aquaculture dan pembangunan industri kecil perikanan bagi tahun 2021.

Latihan up skilling telah juga diteruskan secara maya agar latihan dan pembelajaran golongan nelayan yang terkesan berterusan mendapat manfaat daripada program ini. Bilangan kursus yang telah dijalankan pada tahun 2020 adalah sebanyak 12 kursus melibatkan 434 orang peserta pada tahun ini, sebanyak 5 kursus telah dijalankan melibatkan 221 orang. Kementerian saya juga melaksanakan program agroprono muda atau program dibawah Kementerian Pertanian dan Perindustrian Makanan Malaysia (MAFI) mensasarkan golongan belia ini dan beliawanis ini berumur di antara 18 hingga 40 tahun.

Program ini membantu golongan usahawan muda mengembangkan perniagaan dengan bantuan geran sehingga RM20,000 seorang. Pada tahun 2020 hingga 2021 seramai 44 orang mendapat manfaat daripada program ini. Kerajaan memahami situasi yang sukar yang dihadapi oleh para pekebun kecil terutama sekali pekebun kecil getah pekerjaan melalui LIGS (Lembaga Industri Getah Sabah) telah menyalurkan bantuan musim tengkujuh kepada pekebun kecil getah di Sabah sebanyak RM600 seorang, pada awal tahun 2021 pembayaran bantuan musim tengkujuh ini sebanyak RM36.9 juta telah diberikan kepada 61,583 pekebun kecil getah. LIGS akan menyalurkan sebanyak mungkin pembayaran bantuan musim tengkujuh pada tahun ini kepada 86,323 pekebun kecil getah yang melibatkan peruntukan sebanyak RM51,793,800.00 pada 13 Disember 2021.

Program ekonomi aktiviti tambahan tempatan seperti penanaman nenas (MD2), halia, pisang dan penternakan ikan talapia akan terus juga dilaksanakan bagi membolehkan para pekebun kecil memperolehi pendapatan tambahan selain daripada getah. Bagi bencana alam, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia telah juga telah mewujudkan perutukan pembangunan semula projek agromakanan yang dahulunya dikenali sebagai tabung bencana pertanian. Tabung ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan

kumpulan sasar iaitu penternak, petani, nelayan dan pengusaha aquaculture, pengusaha agro pelancongan industri makanan dan sebagainya.

Makanan asas tani yang terkesan akibat bencana, jenis-jenis bencana yang diliputi adalah bencana alam seperti banjr, ombak besar, ribut taufan, gempa bumi, tsunami, kemarau dan tanah yang runtuh. Tuan Speaker, selain itu, bencana seperti wabak penyakit perternakan, serangan serangga perosak, ledakan alga alge, serangan hidupan liar, pencemaran alam, jerebu, kebakaran, kejadian empangan atau takungan air pecah dan lain-lain bencana yang bukan disebabkan oleh kecuaian manusia juga merupakan jenis-jenis bencana yang diberi bantuan dibawah ini. Bantuan yang ditawarkan adalah dalam bentuk peralatan pertanian baja, benih, kerja, tanah dan lain-lain yang bersesuaian bagi petani tanaman sayur-sayuran, buah-buahan tanaman kontan, makanan ternakan dan fortigasi.

Kerajaan Persekutuan juga memberikan bantuan khusus kepada pengusaha padi yang terjejas aikbat kawasan sawah yang dilanda banjir melalui program Tabung Bencana Tanaman Padi.

Program ini diselaraskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Putrajaya iaitu MAFI dan kadar bantuan kewangan yang diberikan bagi tanaman padi berumur dibawah 70 hari adalah sebanyak RM876 sehektar manakala bagi tanaman padi berumur lebih daripada 70 hari adalah sebanyak RM1,800 sehektar. Jumlah maksimum yang layak diberi bantuan bagi setiap pesawah adalah 3 hektar sahaja. Sekian terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan Pintasan.

Tuan Speaker..

Speaker

ahh okay soalan tanbahan Tungku. Soalan Tambahan

Tuan Speaker, Yang Berhormat Menteri pada Sabtu yang lepas kita mendapat berita bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan hak pengeluaran lesen tangkapan laut dalam kepada Kerajaan Negeri Sabah. Soalan saya adalah apakah kerajaan sudah mempunyai…

...kerajaan sudah mempunyai rancangan ataupun apakah impact pemberian hak tersebut kepada negeri Sabah yang boleh menyumbang kepada pendapatan negeri di masa akan datang? Terima kasih.

Datuk Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Terima kasih atas soalan tambahan itu ah… Ya memang benar ah.. baru-baru ini kerajaan pusat melalui MAFI telah menyerahkan kuasa ataupun menurunkan kuasa ah… kepada Jabatan Perikanan Sabah ah… untuk memproses ah… memberikan lesen dan meluluskan dan juga mengawasi kawasan perairan perikanan di Sabah dan Labuan. Ini ah… akan membantu ah… kita untuk me me apa ini meringankan, apa me meringan, to ease…

Speaker

Mudahkan. Memudahkan, Yang Berhormat Menteri.

Datuk Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Memudahkan. Memudahkan ah… apa ini, industri ataupun pemohon-pemohon untuk mendapatkan lesen dan juga ah… apa ini, hasil daripada ah… lesen-lesen ini akan dikutip oleh kita, oleh Sabah. Jadi ini ah… adalah ah… apa ini, ah… kebaikan untuk negeri Sabah serta dalam jangka pendek. Dalam jangka masa yang panjang, ah… kerajaan negeri telah memikirkan untuk menggubalkan undang-undang perikanan Sabah sendiri untuk memastikan ah… kuasa ini akan berkekalan di tangan ah… Kerajaan Negeri Sabah. Terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat daripada Senallang.

Datuk Speaker, soalan nombor empat (4).

Speaker

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Projek Pembukaan Lahan Atau Land Clearing Bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar Di SempornaQuestions

Speaker

*4. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal [Senallang] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA, bagaimanakah projek pembukaan lahan atau land clearing bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar di kawasan Semporna dilaksanakan sebelum mendapat persetujuan pemilik-pemilik tanah yang terlibat dalam projek tersebut. Jawapan

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya - · Lamag

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi.

Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat dari Senallang dan Dewan yang mulia ini, Projek Bekalan Air Luar Bandar kawasan Semporna yang dimaksudkan, melibatkan empat kawasan pengambilan tanah dan sembilan pemilik tanah bergeran. Kawasan yang terlibat adalah tanah Sungai Intan, Jalan Kuala Pukas, Kuala Bibang, Bukit Sakong, dan Jalan Pantai Kampung Selamat, serta Kampung Mentalitit. Kesemua tanah tersebut telah pun diwartakan di bawah Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah Bab 69 pada Januari 2021.

Susulan itu, Penolong Pemungut Tanah (PPHT) Semporna telah mengeluarkan surat kebenaran masuk tapak pada September 2021. Maka perkara ini, disebabkan terdapat bantahan daripada pemilik tanah, maka perkara ini telah disusuli dengan Mesyuarat Penerangan dan Perundingan dan seterusnya mendapat persetujuan bersama dengan pemilik tanah pada 26 September 21. Projek ini adalah fasa dalam fasa pembinaan dan dijangka siap menjelang Ogos 2022. Terima kasih.

Speaker

Soalan tambahan, Yang Berhormat Senallang. Soalan Tambahan

Datuk Speaker, sebenarnya soalan yang saya bangkitkan ialah bukan berhubungkait dengan air tapi masalah sepatutnya soalan nombor 64, iaitu mengenai dengan SFI. Berbangkit tentang saya tak pernah tanya tentang bekalan air, cuma saya sepatutnya yang dahulu ialah yang berhubung kait dengan persoalan dengan ah… bertanya ah… Yang Berhormat Senallang bertanya kepada Ketua Menteri berikutan perintah Mahkamah Tinggi kepada Sabah Forest Industry untuk menggulung

perniagaannya, apakah langkah seterusnya dari segi pengurusan tanah, bangunan dan kilang milik SFI.

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya - · Lamag

Sebetul yang ada yang….

Speaker

Ini soalan Yang Berhormat dari Senallang kan?

Datuk Seri Panglima Moktar bin RadinUMNO · GRSTimbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya - · Lamag

Timbul soalan ni. Soalan. Soalan daripada Yang Berhormat iaitu bertanya kepada, bagaimana projek pembukaan lahan atau land cleaning bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar di kawasan Semporna. Mungkin soalan itu belum naik Yang Berhormat. Jadi apa soalan yang naik saya jawab lah bagi kementerian saya.

Datuk Speaker.

Speaker

Ada soalan tambahan?

Saya rasa mungkin ada kekeliruan di sini Tuan Speaker, ada dua kita dibekalkan ini soalan. Yang satu lagi berkenaan yang ditanya tadi.

Speaker

Tidak, yang diedarkan pada 3 haribulan tu yang digunakan.

3 haribulan. So ada dua dua ni. Mungkin ada kekeliruan di sini.

Speaker

3 haribulan ada diedarkan ah… AUM yang baru.

Datuk Speaker kalau dengan izin ya. Sebenarnya saya juga minta izin daripada Datuk Speaker tentang persoalan yang saya bangkitkan kerana saya dapati setiap soalan yang saya telah hantar ah… kelihatan ianya agak ah… soalan itu ah… dalam 60, 4, penghujung. Jadi, selaku ketua pembangkang ya, beberapa soalan itu sekurang-

kurangnya bagi la untuk saya bangkitkan membolehkan supaya persoalan yang kita bangkitkan perkara yang penting contohnya, SFI tapi tidak apa kalau sekiranya saya akur dengan apa yang diputuskan oleh Datuk Speaker.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Datuk Speaker, ah… saya ingat ah… untuk makluman Dewan yang mulia dan ahli daripada Senallang mengenai perkara dengan SFI ini, InsyaAllah saya akan ah… nanti ah… bagi jawapan ah… semasa penggulungan. InsyaAllah.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Api-Api.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Datuk Speaker, soalan saya nombor lima (5).

Speaker

Menteri silakan.

STATUS TERKINI PROGRAM OUTREACH VAKSINASI DAERAH TAWAU *5. YB. Datuk Christina Liew [Api-Api] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT:-(a) apakah status semasa Program “Outreach” Vaksinasi di daerah Tawau; dan (b) setakat ini, berapa buah kampungkah yang diliputi, dan berapa ramai orangkah yang telah divaksinasi melalui program ini.

Jawapan

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Datuk Speaker, izinkan saya menjawab soalan ini bersama-sama soalan nombor 5, 20, dan 30 secara serentak memandangkan soalan-soalan berkenaan adalah berkaitan. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Dewan Undangan Negeri Api-Api, proses vaksinasi lengkap di negeri Sabah masih berjalan seperti sedia ada pada masa ini. Program Outreach yang dijalankan oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut;-1.

Peringkat pertama program Outreach di bawah Badan Bertindak Imuninasi Covid-19 Negeri Sabah yang telah melibatkan sebanyak 561 program di daerah melibatkan kerjasama di antara Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Jabatan

Kesihatan Negeri Sabah, Pejabat Daerah, Jabatan Perpaduan Negara dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat yang meliputi 468 buah kampung di negeri Sabah. Melalui program ini, sebanyak 270,482 orang telah berjaya divaksin. Untuk makluman, program Outreach CITF telah berakhir pada 15 Oktober 2021 dan program vaksinasi ini masih diteruskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan untuk daerah Tawau, program Outreach telah dilaksanakan di 87 buah kampung dengan melibatkan 16,309 orang yang lengkap divaksin.

2.

Bagi peringkat kedua program Outreach yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, mereka melakukan program RAVO ataupun Rapid Assessment and Vaccination Operation telah dilaksanakan di 6 buah daerah di Sabah bermula pada 1 Oktober 2021 dengan melibatkan 952 lokaliti di mana pencapaian kadar vaksinasinya masih rendah. Daerah-daerah yang terlibat ialah daerah Kinabatangan, Kunak, Tawau, Tongod, Sandakan, dan juga Nabawan. Hasil daripada penyiasatan pasukan RAVO ke lokaliti-lokaliti di 6 daerah tersebut, telah mendapati bahawa sebanyak 99.42 peratus daripada responden yang layak menerima vaksin telah pun lengkap divaksin. Untuk daerah Tawau, setakat 23 November 2021 menerusi program RAVO yang telah dilaksanakan di 310 lokaliti dengan melibatkan 124,663 populasi. Daripada .....

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

… melibatkan 124,663 populasi.

Daripada 124,663 populasi tersebut, 96,291 orang dewasa layak divaksin.

Walau bagaimanapun, daripada jumlah tersebut hanya 2,320 orang telah diberi vaksin melalui Operasi Revo tersebut. Ini menunjukkan bahawa majoriti penduduk sudah menerima vaksin menerusi Program CIKF sebelum itu.

Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Dilantik, setakat 30 November 2021 kadar vaksinasi populasi dewasa bagi negeri ini adalah pada 75.5% dengan melibatkan seramai 2,082,618 juta orang.

Manakala kadar vaksinasi remaja

berumur 12-17 tahun adalah pada 71% yang melibatkan seramai 300,542 orang yang telah lengkap divaksin.

Dari segi perbandingan kadar vaksinasi Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, berikut adalah merupakan statistik kadar vaksinasi sehingga 30 November 2021.

Bagi Negeri Sabah, kadar vaksinasi dewasa adalah sebanyak 75.5% manakala kadar vaksinasi remaja iaitu yang berumur 12-17 tahun adalah pada kadar 71%.

Bagi Negeri Sarawak, kadar vaksinasi dewasa adalah sebanyak 91.2% manakala vaksinasi remaja adalah pada kadar 86.3% dan bagi Semenanjung Malaysia, kadar vaksinasi dewasa adalah sebanyak 96.9% manakala kadar vaksinasi remaja adalah pada kadar 86.1%.

Sebab-sebab kadar vaksinasi yang rendah adalah seperti berikut bahawa unjuran populasi penduduk di Sabah menggunakan statistik tahun 2010 dari Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pada masa ini Jabatan Kesihatan Negeri Sabah masih menunggu hasil bancian tersebut.

Penyelarasan pencapaian sebenar kadar vaksinasi hanya dapat diketahui dengan adanya hasil bancian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dalam masa terdekat ini.

Faktor kedua adalah kemungkinan besar warga asing telah kembali ke negara asal mereka terutamanya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada tahun 2020.

Manakala bekalan vaksin adalah mencukupi pada masa ini dengan bekalan stok sedia ada sebanyak 994,340 dos setakat 30 November 2021. Oleh itu isu kekurangan vaksin tidak timbul di Negeri Sabah buat masa ini. Untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhomat Dewan Undangan Negeri Kukusan, sehingga 05 Disember 2021 sebanyak 103,937 individu telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19 secara sukarela.

Sekian.

Speaker

Soalan tambahan. Ok. Soalan Tambahan

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Terima kasih Speaker, Datuk Speaker soalan tambahan saya, spesifik untuk kawasan Tawau.

Adakah rancangan-rancangan untuk vaksinasi cepatkan rakyat untuk rakyat Tawau khususnya pelajar-

pelajar sebab yang saya difahamkan penduduk di Tawau, vaksinasi adalah rendah apa lagi itu pelajar-pelajar bila mereka akan menerima itu vaksin ke shot satu dua? Ini yang soalan saya tambahan.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Ok, untuk makluman bahawa di Tawau jumlah penerima lengkap 2 dos setakat 30 November 2021 adalah seramai 258,969 orang bersamaan dengan 51.56% bagi populasi total ataupun 60.91% bagi populasi dewasa dan remaja. Sebagaimana yang saya katakan tadi selepas sahaja operasi CITF ditamatkan pada 15hb Oktober di mana pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah meneruskan atau memfokuskan kepada Operasi Revo di enam (6) buah daerah di Negeri Sabah di mana peratusan pemberian vaksin adalah rendah pada ketika itu, termasuklah di Daerah Tawau.

Maka, sebagaimana yang saya katakan awal tadi proses imunisasi ini masih berjalan seperti biasa di mana penduduk-penduduk tempatan, boleh menerima vaksin di fasiliti-fasiliti kesihatan yang ada dan sekiranya ada lagi keperluan untuk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melakukan outreach di tempat-tempat yang tertentu, yang mungkin, terlepas pandang mereka masih boleh melakukan tetapi sebagaimana yang saya telah nyatakan tadi, di Tawau untuk program outreach yang melibatkan 87 buah kampung sahaja telah mencapai 16,309 orang divaksin manakala Program Revo iaitu program turun padang, turun ke lokaliti-lokaliti seperti house to house mapping mereka hanya berjaya menyuntik 2,320 ribu orang dan kita akan terus meneruskan operasi imunisasi ini dari masa ke semasa.

Tuan Speaker.

Speaker

Soalan tambahan daripada Sri Tanjong. Soalan Tambahan

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Yang Amat Berhormat Menteri, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Menteri.

Apakah perancangan kementerian untuk kanak-kanak khususnya individu yang berumur 11 tahun yang ke bawah sedangkan mereka dibenarkan untuk pergi ke sekolah ataupun nursery ataupun Day Care Centre dan juga musim cuti sekarang banyak family nak bawa kanak-kanak tapi ada takut risiko yang sedia ada. Jadi saya nak tanya kepada Yang

Amat Berhormat Menteri apakah perancangan kementerian walaupun ini satu National Immunisation Program tapi saya ingin mendapatkan pendapat dari Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Ya, untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun kita masih menanti keputusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk polisi pemberian vaksin kepada mereka.

Walau bagaimanapun sebagai mana yang kita ketahui sebagai kanak-kanak yang telah mula menghadirkan diri ke sekolah ataupun ke taman didikan kanak-kanak mungkin boleh menjadi satu inisiatif kepada ibu bapa untuk sentiasa melakukan ujian sendiri, ya, bagi memastikan bahawa anak-anak masih dalam keadaan selamat.

Speaker

Dijemput Yang Berhormat ADUN Likas.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih Tuan Speaker, soalan saya soalan nombor enam (6).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Rancangan Kerajaan Dari Segi Pendidikan, Penjanaan Peluang Pekerjaan Dan Usaha Mengurangkan Pengangguran Di SabahQuestions

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

*6.

YB. Tuan Tan Lee Fatt [Likas] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, apakah rancangan kerajaan dari segi pendidikan, penjanaan peluang pekerjaan dan usaha kerajaan mengurangkan pengangguran di Sabah pada masa akan datang. Jawapan

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Datuk Speaker.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Likas, saya memohon untuk menjawab sekali dengan soalan daripada DUN Pintasan dan juga Usukan kerana ianya adalah berkaitan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri sangat mengambil berat isu pengangguran yang kritikal di Sabah dan sentiasa membantu untuk menyediakan latihan dan platform yang menawarkan peluang pekerjaan kepada pencari kerja termasuk yang diberhentikan kerja kesan pandemik COVID-19.

Untuk itu beberapa program telah dirangka dan telah dilaksana dan akan dilaksana oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi beberapa kita punya jabatan.

Antaranya program Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Jabatan Pembangunan Sumber Manusia adalah seperti yang berikut:

Pertama, Karnival Kerjaya yang mana JPSM dengan kerjasama pertubuhan keselamatan sosial iaitu SOCSO telah melaksanakan program mini karnival kerjaya bagi Karambunai pada 06hb April 2021.

Seramai 116 orang daripada 316 orang pencari kerja telah ditawarkan pekerjaan. Pada 29 November yang baru lalu… Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Haji Yakubah Khan]:… 29 November yang baru lalu, Program Karnival Kerjaya Perdana 2021 telah diadakan di Sabah International Convention Centre iaitu (SICC) dan 59 orang telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan.

Sebanyak 19 siri program kerjaya dirancang diadakan di seluruh daerah, namun akibat pandemik COVID-19 program ini tidak dapat dijalankan secara fizikal. Setakat Ogos 2021 hingga 17 November 2021, sebanyak 9,684 kekosongan kerja berbagai bidang telah ditawarkan oleh pelbagai majikan dan penempatan pekerjaan telah berjaya dibuat kepada seramai 5,600 orang setakat Oktober 2021 melalui temuduga atas talian.

Siri jelajah seluruh Sabah akan diperhebatkan mulai awal tahun 2022.

Yang keduanya, pelancaran Portal Sabah Jobs pada 28 Oktober 2021. Portal ini berkeupayaan melaksanakan “job matching” antara pencari kerja dan majikan. Melalui portal ini, maklumat pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan mudah diperolehi.

Yang ketiga, Program Sabah Talent Entrepreneurship Programme iaitu (STEP) yang bertujuan melahirkan usahawan dan ketidak bergantungan pekerjaan dikalangan belia seperti Program e-Commerce, GIG-economy dan program Telecommunication, Broadcasting dan IoT Programme telah dilaksanakan melibatkan 60 orang peserta.

Yang keempat, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi berkaitan bidang teknikal khasnya teknologi automotif, digital dan elektronik akan diperluaskan. JPSM telah menghantar 5 orang pelatih yang telah menamatkan latihan di ILTP, JPSM untuk melanjutkan latihan ke peringkat diploma iaitu dalam bidang Diploma of Engineering Technology Automotive Maintenance dan Diploma of Engineering Technology in Electric dan Electronics di Universiti Malaysia di Universiti Kuala Lumpur, iaitu (UniKL) pada tahun 2020.

Program ini akan diteruskan dan akan dimantapkan dari masa ke semasa.

Yang kelima, kementerian sedang merangka pewujudan sebuah universiti teknikal bersama MARA bagi memenuhi keperluan tenaga kerja, keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di Sabah.

Dengan inisiatif ini anak-anak Sabah yang mempunyai sijil kemahiran boleh melanjutkan pelajaran atau latihan yang lebih tinggi tanpa perlu ke semenanjung.

Yang keenam, program melatih semula iaitu (re-skilling) dan program naik taraf kemahiran (up-skilling) pelbagai bidang untuk membuka ruang pekerjaan dan peluang perniagaan.

Pada tahun 2021, dijangka seramai 379 orang pelatih ILTP akan tamat latihan dalam program teknikal dan perdagangan. Yang ketujuh, seramai 4,275 ribu orang belia telah mengikuti pelbagai program latihan kemahiran diseluruh kawasan DUN Sabah.

Setakat 30 November 2021, sebanyak 184 kursus kemahiran yang meliputi enam (6) kursus jangka panjang, lapan (8) kursus jangka pendek secara bersemuka. Mohon maaf (batuk) 72 kursus atas talian, 48 Kursus Adhoc, 10 kursus khas dan 40 kursus keusahawanan atas talian bagi membantu meningkatkan kemahiran iaitu re-skilling dan menambah baik taraf kemahiran up-skilling golongan belia.

Yang kelapan, kerjasama dengan pihak Malaysia Automotive Robotic dan IoT Institute iaitu (MARii) untuk melaksanakan “trained and place” dalam bidang teknologi automotif bermula tahun 2022.

Yang kesembilan, JPSM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) akan dan Syarikat Handal Energy Berhad akan melaksanakan kursus

“Crane Operations Training” bagi memenuhi permintaan keperluan tenaga kerja dalam operasi crane.

Program Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Sabah Creative and Innovation Centre (SCENIC) adalah seperti yang berikut:

1.

Program Pembangunan Iltizam Program ini merupakan latihan pengurusan yang dilaksanakan oleh Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) selama setahun. Setiap peserta program akan diberi elaun sebanyak RM2,500, SOCSO, EPF dan insuran kesihatan oleh Ekuinas. Setelah tamat latihan, peserta umm akan ditempatkan untuk bekerja di syarikat yang terpilih.

2.

My Digital Workforce Work in Tech (MYWIT) Program digital up-skilling dan re-skilling ini bertujuan untuk melatih dan memberi peluang pekerjaan kepada belia dan da belia di dalam bidang teknologi dan digital.

Program MYWIT dilaksanakan oleh Multimedia Development Corporation iaitu (MDEC) termasuklah program Digital Business Service (DBS) dan Digital Tech Apprenticeship (DTA).

MDEC akan memberi inisiatif dalam bentuk subsidi gaji dan latihan pekerjaan.

Program Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Sabah Skills Technology Centre iaitu (SSTC) adalah seperti yang berikut:

Program MyReskills IoT khusus kepada syarikat-syarikat di bawah kategori enterprise kecil dan sederhana di dalam sektor perkilangan, pertanian dan perkhidmatan untuk kekal berdaya saing dalam pengaplikasian IoT dan IR 4.0. Kementerian akan sentiasa memperkasakan modal insan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik iaitu (STEM) dengan menawarkan pelbagai program kemahiran teknikal dan teknologi di JPSM, SCENIC, Sabah Skills Technology Centre dan Kolej AMC. Kursus-kursus ini termasuk program bidang IR 4.0 atau Revolusi Perindustrian 4.0.

Datuk Speaker dan Ahli Dewan yang mulia ini, Inisiatif Kerajaan Persekutuan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial iaitu (PERKESO) seperti yang berikut:-1.

Peruntukan bahawa Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) untuk mewujudkan 500 ribu peluang pekerjaan baharu.

2.

Penubuhan Majlis Pekerjaan Negara untuk mengkoordinasikan pewujudan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan.

3. MyStep atau Short-term Employment Programme...

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Haji Yakubah Khan]:…Short Term Employment Program menawarkan 50 ribu pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan bermula bulan Januari 2021. Yang keempat, pelanjutan tempoh pemberian elaun mencari pekerjaan di bawah PERKESO untuk menanggung pekerja yang kehilangan pekerjaan selama 9 bulan. Sebanyak RM150 juta disediakan untuk manfaat 130 ribu orang. Yang kelima, RM100 juta disediakan kepada pihak berkuasa pembangunan wilayah untuk menyediakan kemahiran baharu kepada tenaga kerja yang terjejas teruk dan yang keenam, PERKESO juga mengendalikan portal My Future Job yang merupakan platform pencarian kerja yang boleh dimanfaatkan oleh para belia di negeri Sabah. Kerajaan negeri akan terus prihatin dalam menangani masalah pengangguran dan kehilangan pekerjaan belia di negeri ini.

Adalah diharap, golongan yang terkesan menyambut peluang-peluang latihan yang disediakan oleh kementerian ini dan dapat bersama-sama menghadapi cabaran semasa pandemik ini dengan lebih berkeyakinan. Sekian.

Speaker

Soalan tambahan, Likas.

Soalan Tambahan Tuan Tan Lee Fatt [Likas]:Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih YB Menteri, aaa..soalan tambahan saya, apakah..apakah program atau rancangan kerajaan dalam mengenalpasti mata pelajaran, skill atau kepakaran khusus latihan dan sebagainya supaya peluang pekerjaan untuk belia-belia dan modal insan di Sabah terus relevan? Terima kasih.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih.

Seperti yang saya nyatakan dalam jawapan sebentar tadi bahawa berbagai bentuk latihan dan peluang kita telah sediakan melalui institusi mahupun jabatan-jabatan di bawah kementerian ini. Jadi, saya berharap kepada soalan ini dan juga rakan-rakan dalam Dewan ini dapat sama-sama manfaatkan peluang yang kita telah sediakan ini dan memaklumkan kepada masyarakat khususnya golongan belia di kawasan masing-masing agar merebut peluang yang kita sediakan ini tanpa lagi melengahkan masa atau bergantung sangat kepada usaha yang tidak termasuk dalam kategori kita. Terima kasih.

Speaker

Soalan Tambahan Senallang. Soalan Tambahan

Setelah mendengar apa yang dibentangkan, disuarakan Yang Berhormat Menteri tadi tentang inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri. Berbagai inisiatif yang telah kita lakukan. Berbagai bantuan yang telah kita hulurkan. Saya nak tanya, dari segi fakta dia, pengangguran di negara kita hampir tiga perpuluhan 3 quarter million hari ini. Sektor pertanian, sektor industri pelancongan, sektor industri, ramai anak-anak kita. Seluruh negara hampir 3.4 juta rakyat dan Sabah merupakan di antara negeri yang mempunyai jumlah pengangguran yang terbesar ya, terkesan daripada pandemik ini. Inisiatif yang disediakan ini saya nak tahu, berapa sebenarnya jumlah anak-anak kita yang dah pun mendapat peluang pekerjaan? Inisiatif you can mention, is so sweet for ears to hear, tapi kita nak tahu apa sudahnya, apa kesannya, setakat hari ini, berapa sudah jumlah anak-anak, bukan hanya sektor pertaniannya, perindustriannya, bahkan juga daripada sektor pelancongannya, dapat peluang pekerjaan ini? Terima kasih.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Haji Yakubah Khan]:Terima kasih Yang Berhormat Senallang. Saya ingin berkongsikan maklumat berkenaan dengan kadar pengangguran ya, kadar pengangguran. Kadar penganggguran di Sabah adalah seramai 1,178.6 ribu pada 2021 suku, suku ketiga 2021. Manakala kadar pengangguran di Malaysia, pada suku ketiga seramai 746.2 ribu iaitu suku ketiga 2021. Berkenaan dengan inisiatif, kita mempunyai beberapa kementerian yang memainkan peranan masing-masing, bagaimana untuk menangani atau mendepani masalah-masalah berkaitan dengan bidang masing-masing. Justeru itu, di dalam, di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, jelas saya nyatakan satu persatu program, rancangan dan juga kaedah yang kita guna pakai untuk membantu golongan belia khususnya yang mencari kerja dan kehilangan kerja. Saya iii..saya rasa untuk kementerian ini, kita telah menyediakan platform yang sudah memenuhi seberbagai kriteria tanpa saya melibatkan kementerian-kementerian yang lain. Maka saya menjawab ini adalah bagi pihak kementerian dan tanggungjawab saya. Terima kasih.

Saya tanya bukan hanya inisiatif daripada kementerian lain, saya tanya jumlah.

Speaker

Tidak, Yang Berhormat Menteri, soalannya ialah, berapakah sudah anak-anak muda Sabah yang telah mendapat manfaat hasil daripada inisiatif yang dibuat oleh kementerian? Tapi kalau Yang Berhormat Menteri tidak ada jawapannya sekarang secara tertulis..

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Senallang. Terima Kasih.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Boleh minta soalan tambahan, Datuk Speaker?

Speaker

Masa sudah mencukupi untuk kita membuat soalan lisan. Sudah sampai masanya, itu sahaja yang kita dapat pada hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat. Ada usul dari Menteri?

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa di bawah Peraturan Tetap Dua (2A) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri, sepanjang tempoh persidangan Dewan pada kali ini, sidang Dewan digantung mulai jam 12.30 tengahari dan hendaklah disambung semula pada jam 2 petang.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah sepanjang tempoh persidangan Dewan kali ini, sidang Dewan digantung mulai jam 12.30 tengahari dan hendaklah disambung semula pada jam 2 petang.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara bersetuju, Usul dipersetujukan.

Sekarang saya jemput, Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum perbahasan dimulakan, sukacita saya maklumkan bahawa masa perbahasan yang diberikan kepada seorang ahli ialah 10 minit sahaja, kecuali kepada pembahas backbenchers dan Ketua Pembangkang. Dia akan diberi masa 25 minit. Setiausaha sila teruskan.

Rang Undang-undang Perbekalan (2022) 2021 dan usul untuk membawa Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022, Bacaan kali yang ke-2Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Perbekalan (2022) 2021 dan usul untuk membawa Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022, Bacaan kali yang ke-2.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2022) 2021 dan usul untuk membawa Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Dengan itu, saya mempersilakan Ahli Yang Dilantik, Yang Berhormat Datuk Raimie Unggi untuk berucap.

11:30 pagi Datuk Raimie bin Unggi [ADUN dilantik]:Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirromannirrohim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh, salam keluarga Malaysia dan salam Maju Jaya.

Datuk Speaker, izinkan saya untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah selaku Menteri Kewangan dan kerajaan GRS dalam pembentangan Bajet 2022 dengan anggaran perbelanjaan belanjawan berjumlah RM4.5… Datuk Raimie bin Unggi [ADUN dilantik]:…perbelanjaan belanjawan berjumlah RM4.596 billion dengan anggaran kutipan hasil sebanyak RM4.707 billion iaitu satu belanjawan ah… lebihan ataupun surplus budget yang mana berjumlah RM110.68 juta yang telah dibentangkan pada hari Jumaat yang lalu. Saya juga turut ingin menyambut baik pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat yang mana untuk mempastikan rakyat di negeri Sabah ini tidak dibelenggu dengan pandemik Covid-19 dalam fasa endemik, di samping tindakan kerajaan dalam mengambil langkah-langkah untuk menangani tekanan ekonomi rakyat yang mana bersesuaian dengan tema bajet kita pada kali ini iaitu Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera. Datuk Speaker, saya ingin mengambil sedikit kata-kata kenyataan daripada Yang Berbahagia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin iaitu Ketua Perangkawan Malaysia yang mana menyatakan kenaikan harga yang berpanjangan boleh menyebabkan inflasi dan juga kos sara hidup dengan isi... isi rumah dengan isi rumah merasa... merasai tekanan. Berdasarkan kepada kenyataan tersebut Datuk Speaker, kenaikan harga barangan keperluan sejak kebelakangan ini telah menjadi bahan perbualan ataupun topik hangat di kedai-kedai kopi, di akhbar dan juga media sosial kerana ianya benar-benar telah memberi kesan kepada rakyat yang masih mengharungi dan juga berhadapan dengan pandemik Covid-19. Kita sedia maklum bahawa fenomena kenaikan harga barang adalah satu norma pasaran yang lazimnya yang mana telah dipengaruhi oleh lebihan permintaan dan juga penawaran ataupun faktor cuaca, ataupun faktor kos pengangkutan, dan juga sebagainya.

Datuk Speaker, memandangkan kadar inflasi di negeri Sabah dalam tempoh Januari hingga Jun 2021 adalah pada kadar 1.4 peratus, isu kos sara hidup dan kenaikan pelbagai harga barang yang sangat keterlaluan amat membimbangkan. Kehidupan rakyat khususnya golongan marhaen ditambah pula dengan saiz keluarga yang ramai yang mana menyebabkan mereka semakin terhimpit. Kita sering mendengar

keluhan dan rungutan suri rumah di luar sana yang mana berkaitan harga barang keperluan harian seperti ikan, ayam, telur dan juga sayur-sayuran yang naik secara mendadak. Hal demikian, telah mengakibatkan berlakunya masalah dari segi pendapatan penduduk terutamanya kuasa beli mereka menurun, taraf hidup terjejas, dan pendapatan boleh guna juga akan turut terkesan disebabkan perbelanjaan yang semakin meningkat. Dan tidak mampu untuk melakukan aktiviti tabungan ataupun menyimpan wang, Datuk Speaker.

Datuk Speaker, tidak dinafikan bahawa sektor pertanian bukan sahaja salah satu sektor yang terpenting di Malaysia kerana telah banyak menyumbangkan menyumbang sektor pertumbuhan negara tetapi juga merupakan sumber makanan dan bahan mentah untuk rakyat.

Di Sabah, sektor pertanian merupakan penyumbang terbesar pertumbuhan ekonomi. Kita sedar hari ini, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Namun, saya amat bimbang sektor ini juga akan turut terjejas memandangkan harga barang berupa input pertanian seperti baja, makanan ternakan, racun juga turut dikesan naik secara mendadak. Contohnya Datuk Speaker, harga rajun racun rumpai jenama Century yang ahh… berukuran 4 liter pada sebelum ini harganya RM60 telah naik kepada RM100, dan 20 liter sebelum ini sekitar RM230 telah naik kepada RM450.

Keadaan ini Datuk Speaker, bertambah teruk lagi dan sangat meresahkan rakyat apabila Kementerian Pertanian dan juga Industri Makanan (MAFI) juga mendedahkan harga racun serangga telah meningkat sehingga 199 peratus iaitu daripada RM66 kepada RM197.50. Kenaikan harga yang sangat melampau ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada rakyat tetapi juga kepada para petani, peladang dan juga penternak kerana ianya mengurangkan hasil keuntungan bahkan ada yang terpaksa menanggung kerugian ataupun hanya sekadar balik modal. Datuk Speaker, setiap individu terutamanya bagi yang sudah berkeluarga sememangnya berhasrat untuk memiliki kediaman sendiri tidak kira apa jenis rumah sekalipun, ianya juga bergantung kepada kemampuan dan juga kewangan diri masing-masing.

Hakikatnya, harga murah pada ketika ini terus meningkat terutamanya di kawasan bandar dan perkara ini amat dibimbangi oleh pengguna dan juga pembeli yang menginginkan sebuah rumah kediaman ekoran prestasi dan juga prospek ekonomi negeri dalam sektor pem pembinaan juga amat terjejas dengan

mencatat pertumbuhan negatif pada kadar 29.1 peratus pada tahun 2020, ditambah pula dengan kenaikan harga rumah yang juga dikaitkan dengan ahh… harga barang. Seperti bahan binaan seperti besi, simen, papan, beruti dan juga sebagainya yang mana telah melambung tinggi.

Sebagai contoh Datuk Speaker, misalnya besi cerucuk pada satu ketika dulu berharga RM2,800 setan metrik tetapi kini harganya telah naik sehingga RM4,000 setan metrik.

Peningkatan harga rumah ini sudah tentu akan menjejaskan permintaan terhadap rumah kerana semakin ramai yang tidak berupaya untuk memiliki rumah sendiri pada masa hadapan.

Datuk Speaker, berdasarkan juga pada kajian dan juga data daripada Jabatan Perangkaan dari bulan Januari hingga Ogos yang lalu, yang telah diunjurkan sehingga Disember 2021 didapati berlaku kenaikan kepada indek kos pada kadar 3 prat 3 hingga 19%. Impaknya, ramai pemaju atau kontraktor merungut kerana mengalami hakisan margin yang sehingga mereka sampai satu tahap tidak sanggup menerima kontrak kerja yang telah ditawarkan. Senario ini Datuk Speaker, bukan sahaja menyebabkan projek-projek kerajaan juga akan turut terjejas iaitu kesukaran menyiapkan projek mengikut tempoh yang telah ditetapkan tetapi juga kerajaan terpaksa melaksanakan semula syarat perubahan harga variations of price (vop) dalam kontrak kerja kerajaan yang meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam, mekanikal dan juga elektrik. Sikap dan kegiatan orang tengah juga telah mengaut keuntungan berlebihan juga ini menambah kerisauan dan juga tekanan ekonomi kepada rakyat khususnya kita sebagai pengguna, Datuk Speaker. Orang tengah berada dalam keadaan kedudukan selesa kerana mereka menjana keuntungan besar daripada pihak pengeluaran dan juga pihak pengguna. Peniaga dan badan korporat menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga dan perkhidmatan ditambah pula dengan pihak yang tidak mahu memikul beban kenaikan akan memindahkan lebihan kos kepada pihak lain sama ada pembekal ataupun peruncit. Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang naik yang akhirnya pengguna juga yang akan menjadi mangsa.

Datuk Speaker, kita bersyukur walaupun pandemik Covid-19 telah melanda dunia dan negara kita, namun keadaan di negara kita khususnya di negeri Sabah kita

masih terkawal dan lebih baik berbanding di negara yang lain. Ini semua adalah hasil kerjasama daripada semua pihak terutamanya barisan hadapan yang sanggup bertarung nyawa demi rakyat dan juga negara. Namun begitu, Datuk Speaker, dikala kita mengharungi masalah pandemik dan isu peningkatan harga barang kita juga terpaksa berhi berhadapan dengan isu pengangguran, kerana kehilangan mata pencarian sektor di mana salah satu sektornya, sektor pelancongan yang juga merupakan sektor yang sangat terjejas teruk disebabkan penutupan sempadan dan juga sekatan keluar masuk di seluruh negara termasuklah di negeri kita di negeri Sabah.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

...negeri kita di Negeri Sabah.

Implikasinya Datuk Speaker, kadar pengangguran di negeri ini semakin meningkat. Merujuk kepada data dan maklumat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 768,700 orang penduduk Malaysia telah kehilangan pekerjaan atau masih menganggur telah meningkat kepada 4.8 peratus dari bulan sebelumnya. Di Sabah, mencatat kadar pengangguran 8.7 peratus.

Sehubungan itu, saya Datuk Speaker amat menghargai usaha kerajaan untuk meneruskan projek melalui peruntukan pembangunan yang diluluskan pada RM, RMK-12 iaitu sebanyak 4.217 bilion yang mana telah banyak telah membiayai sebanyak 778 projek pembangunan iaitu 227 baru projek merupakan projek sambungan dan 551 projek adalah projek baharu.

Selain memastikan projek-projek ini berjalan lancar dan tiada ketirisan, saya mengharapkan agar projek ini mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi di negeri kita di samping itu mewujudkan juga peluang-peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar pengangguran.

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh sedikit, yang telah dinyatakan dalam pembentangan bajet yang mana telah diutarakan oleh oleh pihak kerajaan yang mana saya ingin menyentuh soal penjawat awam. Saya amat mengalu-alukan, apa ini, pengumuman yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan yang mana telah

mengumumkan insentif kepada pihak kerajaan eh pihak penjawat awam setengah bulan gaji yang mana telah melibatkan seramai 2021 20,271 penjawat awam termasuklah penjawat awam sementara, kontrak dan juga pekerja. Melihat kepada senario sekarang Datuk Speaker, ah dalam masa yang sama juga kerajaan telah meluluskan sebanyak 58.44 juta untuk menaik taraf kemudahan digital kegunaan penjawat awam yang mana saya ingin melihat bahawa keprihatinan pihak kerajaan dalam usaha untuk menaik atau mengangkat penjawat awam ini amat saya alu-alukan.

Datuk Speaker, saya ingin memberi penekanan bahawa penjawat awam ini amat penting dalam pelaksanaan pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan pada masa akan datang, lebih-lebih lagi hasrat dan inspirasi Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita iaitu Sabah Maju Jaya. Saya ingin memberi penekanan supaya dalam keadaan hari ini, kita tidak dapat bersua muka dengan peruntukan 58.44 juta ini menaik taraf kemudahan digital, ini amat penting.

Kita mahu setiap penjawat awam ini dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat ah, walaupun dalam keadaan suasana yang baru ini.

Walaupun kita melihat hari ini memang banyak kesukaran-kesukaran dan kita tidak mahu perkhidmatan awam ini tidak apa ini, perkhidmatannya tidak sampai kepada rakyat dan saya percaya dan yakin bahawa kita memerlukan kecekapan dalam soal untuk merancang ah, perancangan-perancangan kerajaan antara komponen yang penting ialah penjawat awam.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian juga, adakah pihak kerajaan juga selain daripada memberi insentif kepada penjawat awam apakah kerajaan juga untuk melihat kepada skim-skim perkhidmatan-perkhidmatan awam yang ada pada hari ini ah, yang saya kira boleh apa ini, mengangkat perkhidmatan awam ini kepada satu produktiviti yang lebih baik.

Ya hasratnya ialah Datuk Speaker supaya penjawat-penjawat awam ini dapat ah, apa ini, dalam keadaan bersedia untuk melakukan tugas-tugas mereka.

Datuk Speaker, saya ingin ah, menyambung sedikit yang soal apa ini kos ah, kos harga barang kos ini. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan adakah juga pihak kerajaan juga ingin apa ini melihat satu langkah-langkah yang komprehensif yang

seperti mana telah dilakukan pihak kerajaan yang lalu. Saya ingin mengajak pada satu ketika dahulu pada tahun 1970-an, di mana kerajaan ah, juga mengajak dalam Rancangan Buku Hijau dalam keadaan hari ini rakyat tertekan adakah kerajaan mempunyai satu langkah komprehensif untuk menangani masalah-masalah kos jangka pendek dan juga jangka panjang.

Saya bagi contoh, pada satu ketika dulu kerajaan di mana menggalakkan rakyatnya untuk menanam sayur-sayuran untuk ah dengan hasrat untuk mendapat penjimatan daripada perbelanjaan harian.

Contoh lagi Datuk Speaker, penggunaan baja-baja organik daripada najis ayam, dan juga kambing ataupun lembu sebagai salah satu alternatif susulan kenaikan harga ataupun input pertanian di samping mengelak kepada peningkatan harga baja kimia yang hari ini sehingga hari ini telah mencecah sebanyak 58%.

Datuk Speaker, kita sedar bahawa ini ah, kenaikan harga barang dan juga perkhidmatan sama amat merungsingkan rakyat.

Ekoran rangkaian ataupun rantaian dan impaknya melibatkan semua pihak.

Sehubungan dengan itu, adakah kerajaan juga bercadang untuk mengadakan sesi libat urus dengan kementerian yang terlibat sekaligus kekerapan untuk turun ke padang secara mengejut untuk memantau harga barang dan serta mengambil tindakan tegas kepada pembekal, orang tengah, peruncit supaya tidak memanipulasikan harga untuk mengaut keuntungan yang tidak munasabah.

Mungkin juga Datuk Speaker adakah ini juga disebabkan oleh dasar-dasar dan juga Akta Kerajaan Pusat dengan kerjasama kerajaan negeri seperti kawalan harga, anti pencatutan, Akta Persaingan ataupun Dasar-Dasar Kabotaj tidak mencukupi untuk ataupun kurang berkesan untuk mengawal kenaikan harga barang dan juga rantaian bekalan.

Datuk Speaker, rakyat sehingga hari ini terpaksa mengharungi saat-saat yang sukar demi kelangsungan hidup. Kenaikan harga barang dan juga isu pengangguran telah memberi satu kesan yang signifikan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kita di Negeri Sabah ini kerana ianya mengundang kekacauan, ketidaktentuan ekonomi, sosial dan politik sekaligus telah menjejaskan keharmonian negara amnya dan khususnya bagi kita di negeri Sabah.

Sesungguhnya kita amat menghargai

komitmen dan juga bantuan kerajaan persekutuan yang mana telah diberikan sebanyak 5.2 bilion melalui belanjawan 2022 kepada kerajaan negeri dan perbelanjaan pembangunan selari dengan hasrat kita untuk menjadikan Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, justeru itu, saya berharap kerjasama...kerjasama kerajaan negeri dan juga kerajaan persekutuan ini akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini dalam menangani tekanan ekonomi rakyat.

Dalam mengharungi keadaan yang mencabar ini kita mahu tema “ekonomi pulih, rakyat sejahtera” biarlah ia benar-benar dapat memenuhi dan juga inspirasi rakyat dan bukan berlaku sebaliknya. Sehubungan dengan itu, Datuk Speaker saya mohon kepada pihak kerajaan supaya mencari jalan ataupun solusi yang tuntas agar rakyat di negeri Sabah ini tidak lagi dibelenggu dengan kesengsaraan. Jadi Datuk Speaker saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat ADUN Dilantik YB Datuk Raimie. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Adun Senallang untuk berucap.

Terima kasih Datuk yang dipertua, saya ada masa dengan izin saya bertanya saya ada masa 20.

Speaker

25 tapi cakap saja dulu, kalau tak cukup nanti saya bagi tambah. 11:49 pagi

Terima kasih banyak, saya juga ingin mencadangkan kalau boleh Datuk Speaker agar di masa akan datang proses konvensyen yang ada dilakukan banyak bukan hanya di United Kingdom bahkan di negara kita, bila selepas daripada belanjawan ketua pembangkang sepatutnya berucap dahulu daripada… Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Apdal [Senalang]:...berucap dahulu daripada Ketua Backbenchers.

Namun demikian, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Speaker yang telah memberi ruang untuk saya berucap, bahas dalam aahh sidang aahh Dewan Undangan Negeri pada kali ini.

Dan saya melihat bahawa kebimbangan saya sebagai seorang ahli politik yang dah begitu lama berkecimpung di negara ini, keadaan negara kita di Malaysia ini cukup membimbangkan kita. Bukan hanya dari segi keadaan perkembangan ekonomi negara kita di antara negara di rantau Asia yang terendah ekonomi growthnya, -4.5% economy growth yang ada di negara di rantau Asia ini. Dan juga kalau banding dengan negara-negara lain, di Filipina 3.5%, di Singapura kadar yang ada 6.5% dan di Thailand -0.3, Malaysia -4.5 keadaan dia. Kadar pengangguran 3/4 juta umat di negara ini yang dah pun hampir sejuta orang tidak punya kerja menganggur dan di samping itu...

Yang Berhormat Senallang boleh saya?

Yang Berhormat Speaker, boleh tak Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri berada dalam dewan ini untuk mendengar perbahasan daripada Ketua Pembangkang?

Speaker

Dia mendengar tu dalam bilik dia.

Ada baiknya mereka berada di sini. Berikan contoh yang baik.

Speaker

Apa dia ? Dia berada dalam bilik dia. Dia dengar tu.

Datuk Speaker, di negeri Sabah kadar pengangguran tertinggi 9% banding dengan keadaan negara kita.

Di samping itu, Sabah juga merupakan negeri yang termiskin walaupun sumber aslinya di antara yang terkaya di negara ini. Dan di samping, itu kita dapat melihat negara kita berhadapan dengan jumlah SME yang dah pun tutup 37 ribu bankrupt iaitu winding up oleh kerana ketidak upayaan untuk melangsungkan peniagaan mereka bandingkan kalau SME ini dah ditutup.

Di samping itu, anak-anak yang berkerja di bawah SME ini jumlah dia beratus ribu dan keadaan ini cukup membimbangkan kita dan di samping itu hutang negara kalau kita lihat baru-baru ini di Parlimen mereka naikkan siling dia daripada dahulu 5.55% dah pun dinaikkan hutang negara ditingkatkan 65%. Kalau kita bandingkan keadaan

hutang negara contohnya di Filipina iaitu 52%, Indonesia 41%, Thailand 48%, Vietnam 37%. Manakala di negara kita sebuah negara yang mempunyai keupayaan dalam keadaan yang kita katakan Covid dihadapi, hutang kita dah mencecah 62% we increase this ceiling.

Baru-baru ini di Parlimen 65% dan ini yang kita lihat di samping keadaan ekonomi yang merundum, pengangguran yang meningkat dan di samping hutang kita meningkat hampir RM 1.2 trillion hutang negara kita. Kita juga berhadapan dengan penjualan aset negara kita seperti apa yang dibentangkan oleh menteri, seorang menteri yang menyatakan bahawa kita jual aset di Azerbaijan yang berjumlah RM10 billion agensi di bawah Petronas dan itu juga termasuk seperti apa yang dinyatakan oleh menteri iaitu 84 anak-anak syarikat GLC yang dijual. Dan kita mempunyai kebimbangan tentang keadaan ekonomi negara kita.

Itu pengurusan yang dikatakan bahawa ada kemantapan dia? Di peringkat nasional di peringkat negeri Sabah kita dengar apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku apa ni merangkap Menteri Kewangan kita melihat dari segi keadaan pengurusan pentadbiran negeri Sabah ini. Saya nak sentuh sedikit tentang carbon credit contohnya, ya carbon credit yang dah pun dengar seluruh dunia dah tahu tentang keadaan ini ya.

Sehingga kita mendengar pertembungan bukan hanya pandangan daripada Timbalan Ketua Menteri, pandangan daripada Peguam Negeri Sabah yang bercanggah pandangan mereka. Dan ini saya bimbang mengapa harus kita lakukan bahawa walaupun saya sedar carbon credit ini dah pun dilakukan inisiatif seperti apa yang kita lihat di Glasgow baru-baru ini iaitu untuk mengalakkan negara-negara membangun, tapi kita lihat develop countries yang ada negara ini, you name it samada China, samada Amerika Syarikat, samada Singapura samada negara lain tak pun mengasingkan berbilion berjumlah tanah mereka untuk mengatasi carbon omission yang ada. Saya sedar di negara Amerika Syarikat contohnya untuk mengatasi masalah carbon, mereka melaksanakan kereta elektrik yang ada, green technology yang ada, kita boleh lakukan tak semestinya kita jual tanah kita pengurusan dia. Di dalam Perlembagaan Negeri Sabah...

Tuan Mokran IngjatUMNO · GRSSungai Manila

Celahan.

Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal [Senallang]:...kuasa tanah adalah merupakan kuasa kerajaan negeri yang ada..

Tuan Mokran IngjatUMNO · GRSSungai Manila

Tuan Speaker, saya ingin mencelah.

Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal [Senallang]:...dan saya melihat perkara ini penting.

Oleh kerana masa tidak mengizinkan Datuk Speaker, saya nak saya nak apani tak galakkan kalau sekiranya membolehkan saya extend, I can ask I can allowed them to ask the question.

Yang saya bimbang dalam perlembangaan kita, tanah adalah pengurusan di bawah Enakmen Tanah Negeri Sabah, kuasa kerajan negeri yang ada tak pun kita dengar bahawa ia dihalusi di peringkat Kabinet Negeri Sabah, tak pun kita dengar ianya dibentangkan di peringkat Dewan Undangan Negeri.

Sejumlah 2 juta hektar tanah Sabah kita jual kepada syarikat apa? Syarikat yang berdaftar di Australia? Syarikat yang berdaftar di Singapura?

Tuan Mokran IngjatUMNO · GRSSungai Manila

Bukan jual.

Dengan kita terikat perjanjian 30% daripada hasilnya kita bagi dengan syarikat yang berdaftar di Singapura.

Ke mana pengurusan negeri Sabah ini? Sabah Maju Jaya? Kita jual tanah kita we can monetized tanah ini dengan baik manfaatkannya untuk kepentingan.

It is not done in Amerika Syarikat, mereka tidak subscribe dengan keputusan Glasgow, mengapa kita harus menjual tanah kita? Bayangkan 2 juta, 50 kali ganda size Singapura yang ada. Kita bayangkan keadaan ini membimbangkan saya supaya kita teliti secara mendalam dan saya difahamkan tak tahu betul kah tidak kah, perjanjian dah pun ditandatangani disaksikan oleh Ketua Menteri tentang carbon credit ini. Dan saya berharap ianya dibatalkan untuk masa depan anak-anak kita, initiative is not the concept of carbon credit. Saya agree carbon credit is good but the skim is not good for negeri Sabah. Kita nak hasil bukan semestinya kita jual tanah kita.

Bayangkan keadaan yang berlaku, Labuan apa jadi? Ya apa jadi dengan aaahhh kita FMU yang ada? Kita menggunakan konsep FMU iaitu Forest Management tapi malangnya beratus juta, beribu ekar tanah yang kita bagi menerusi FMU. Kita dah

pun melakukan inisiatif untuk carbon credit yang ada, tapi we need to improvise that FMU yang ada.

Tapi ini malangnya kita tiada di provise.

Saya bagi contoh untuk contohnya kita bagi tanah kepada sebuah syarikat, jawab lah 30 thousand acre yang ada di Sepulut dengan jangka masa 100 tahun, apa jadi? Dia tanam kayu, dia potong kayu, tanam kayu, potong kayu, macam mana pengurusan pentadbiran Sabah Maju Jaya? Keadaan ini membimbangkan saya.

Saya berharap sungguh contohnya masa saya, masa kita memerintah di peringkat negeri Sabah, kita tak jual tanah kita bagi geran tanah kepada rakyat di negeri Sabah. Di Tambunan 400 lebih geran tanah kita bagi, di Keningau 2 ribu lebih geran tanah yang kita bagi, hampir 3 ribu geran tanah, orang kampung 4 ekar, orang kampung 3 ekar, orang kampung 5 ekar untuk mereka bercucuk tanam. Ini berjuta ekar tanah kita nak berikan kepada bukan rakyat kita, kita tak tahu pengurusan is not easy carbon credit they will dictate, dia akan dictate pengurusan. Nak tanam apa? Nak tebang bila? Can you imagine we surrender our sovereign rights? Sebagai sebuah negeri, sebagai sebuah negara dan tak pun kita bentangkan di Dewan Undangan Negeri macam mana kita nak mengurus negeri ini? Tak ada transparency, tak ada pertanggungjawapan dia untuk mentadbir negeri ini.

SFI, itu yang saya nak tanya tadi itu berhubungkah dengan SFI? Kita tahu bahawa SFI dah pun wind up mahkamah dah putuskan bahawa winding up dari segi SFI ni dan kita tahu SFI mempunyai tanah seluas 250 ribu hektar tanah yang ada.

Masa saya jadi Ketua Menteri saya take back the land management pasal apa kita ada kuasa di bidang undang-undang.

Kita ada 2% golden share yang ada di situ dan saya tarik supaya pengurusan tanah di SFI kayu balak yang ada diurus tadbir dengan baik, tapi hari ini saya difahamkan bahawa dah pun di...

..bahawa dah pun dibagi portion 250 ribu hektar kepada 3 kumpulan dan saya bimbang keadaan ini berlaku pasal apa kita nak compensate. Saya tahu, saya tak tahu betulkah tidak just saya nak tanya compensate tanah ini kepada syarikat-syarikat yang mungkin dimiliki oleh Syed Kecil, eh bukan kecil Syed Mokhtar tak tahu betulkah tidak, saya bertanya perkara ini benarkah tidakkah. Kalau tidak, nafikan di Dewan Yang Mulia ini. Kalau tidak, kita akan buat siasatan saya akan minta supaya kita buat laporan kepada SA apa ni Suruhanjaya Rasuah negara kita.

(Ahli Dewan tepuk meja) Saya juga ingin bertanya, setelah mahkamah putuskan SFI winding up bagaimana anak-anak pekerja-pekerja di situ? 3 ribu orang-orang Sipitang? orang-orang yang berhampiran di Sipitang yang tidak punya kerja, apa sudahnya? Masa kita jadi Kerajaan Warisan, kita bagi gaji anak-anak ini. Pasal apa? Tujuan kita ialah untuk memastikan supaya projek yang diilhamkan oleh bekas mantan Ketua Menteri, Datuk Harris Salleh satu inisiatif yang cukup baik tapi kita tak dapat laksanakannya sebaik mungkin provise that. Jadi saya berharap sungguh perkara ini kita dapat urus dengan baik.

Datuk Yang di-Pertua, di samping itu, kita juga tahu tentang harga barangan yang ada. Saya pun berkesempatan untuk melawat bebanan kepada rakyat sudahlah hilang kerja supaya tidak perniagaan mereka pun dah tutup tapi malangnya pada hari ini kita dapat melihat bahawa harga barangan bukan hanya di negeri Sabah di merata tempat di seluruh negara. Bagaimana keadaannya dengan kemampuan umat kita? Bila saya lihat cili dah harga dia used to be dengan izin RM9 ringgit dah menjunam sehingga RM20 ringgit se-kg, RM12 ringgit se-kg, ayam dah meningkat hampir RM2 ringgit. Dan bila saya meninjau sayur-sayur dan ikan yang ada, bimbang kita. Apakah pihak kerajaan ambil tindakan untuk memastikan bahawa kadar ini dapat kita urus dengan baik? Di samping itu juga, saya melihat construction sector harga simen dia pun naik dah. Simen di negeri Sabah ini dah meningkat harga dia. Bayangkan implikasi dia, kesan dia kepada construction sector akan terus menjejaskan keadaan kita di peringkat negeri Sabah ini.

Datuk Yang di-Pertua, berhubung dengan apa yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri iaitu Petroleum yang ada. Kita sedar dan tahu bahawa belanjawan baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan sejumlah RM322 bilion belanjawan yang ada dan negeri Sabah dan Sarawak telah menyumbang kepada negara kita hasil daripada minyak, hasil daripada gas sejumlah RM145 bilion, hundred and forty billion contribution, the two states dengan izin kepada KITI Tabung Kewangan Negara kita. Lepas itu daripada belanjawan RM322 bilion cuma diberi kepada Sabah RM5 bilion. Kerajaan negeri gembira. How many percent of the three hundred and twenty two billion yang ada diberikan kepada kerjaaan negeri Sabah. Kerajaan pusat belanja untuk buat keretapi laju, 85 bilion one project eighty five

billion. Takkan kita gembira tentang keadaan yang ada pada hari ini? Di samping itu, kita dapat melihat contohnya daripada sudut apa nama harga hasil gas box side ya. Sabah diproses di Bintulu. Kita punya hasil tapi tak diproses di negeri Sabah. Sabah mempunyai hasil the second biggest produce of gas in the country is Sabah. The biggest producer of petrol in Malaysia is Sabah. Kita punya reserve, Sabah contribute 30% of petroleum reserve di negara kita. Hampir 1 perpuluhan bilion barrel a year kita produce di negara kita. Bayangkan keadaan downstream yang ada di Sabah ini. Pengerang 1 botol minyak pun tidak ada, proses minyak yang ada. Proses gas yang ada di Bintulu downstream kita keluarkan gas hanya limpas di Kimanis. Kita buat di Kimanis, apa jadi dengan Kimanis? Anak-anak di Kimanis mana ada pengangguran, mana ada pekerjaan sebahagian besar daripada pengurusan pentadbiran itu bukan datangnya dari anak-anak tempatan Sabah, bukan bererti bila kita suarakan kita tidak sayang negara kita cuma kita nak nyatakan pasal itu kita perjuangkan masa dahulu iaitu we demand for 20% of royalty minyak bagi dengan kita. Perjanjian semenjak tahun 1974, masa PDA Petroleum Development Act was di-table diluluskan. Cuma kita minta kalau daripada tahun 1974 sehingga 2021 ke hari ini masih lagi 90% hasil minyak diambil oleh Kerajaan Persekutuan. Kita cadangkan supaya 20% bagi dengan kita. Maka dengan itu, masa saya Ketua Menteri saya table dan sign dan minta supaya sales tax must be imposed RM500. Hari ini, kerajaan negeri ini dah pun dapat hasil daripada 5% never done by any other government dengan izin di peringkat negeri Sabah. Pasal ini penting kepada kita untuk memastikan supaya hasil, khazanah, harta yang ada we can share with other states dengan izin. Kita boleh berkongsi dengan negeri-negeri yang miskin, tak, tak jadi masalah. Tapi janganlah berkongsi sampai dari tahun 1974 kepada 2021 masih lagi 95% diambil oleh Kerajaan Persekutuan dan kita hanya mendapat 5% royalti. Dimana kebijaksanaan kita mentadbir negara ini? Where is the justice? Dimana dari segi keadilan dia? Dimana yang kita nakkan Sabah Maju Jaya? Kita laungkan keadaan dia yang kita lihat bahawa harta kita pun kita tidak tahu bahawa hasil dia orang lain yang manfaatkan. Hari ini, di Sarawak sudah ada syarikat mereka, sudah ada pump station dengan izin nama dia Petros. Sabah jangan cerita, buat minyak untuk automotif tidak ada pun kita hasilkan, Sarawak sudah pun ada stesen minyak mereka. Mereka tidak mempunyai keupayaan banding dengan Sabah pengeluar minyak yang terbesar di negara ini, Sabah bukan

Sarawak. Gas Sarawak pengeluar gas yang terbesar, Sabah is the second producer. Tapi malangnya pada hari ini kita dapat melihat bahawa keadaan kedudukan pengurusan aset yang ada selalu kita katakan perjanjian dengan Petronas cukup baik seperti apa yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan. Sedap telinga mendengar, apa akibatnya? Kita nakkan supaya ada paip di peringkat negeri Sabah. Kita belanja berbilion duit, duit pun dia belanja, kemana paip ini? Kemana gas kita? They all process in Bintulu di peringkat negeri Sarawak. Box side seperti yang saya perkatakan tadi diproses di peringkat di Sarawak.

Datuk Yang di-Pertua, saya berharap sungguh agar usaha untuk melakukan apa juga kolaborasi di antara Petronas seperti apa yang dinyatakan tadi tentang SOGIP supaya ianya ada transparency supaya ada ketelusan. Kita nakkan supaya negeri Sabah mempunyai hak yang lebih untuk memastikan supaya anak-anak kita bukan hanya mendapat peluang pekerjaan, peluang penilaian. Saya masih ingat masa saya dahulu di peringkat Menteri Persekutuan bertanya dengan Presiden Petronas, is there any changers of our contractor? dengan izin untuk mendapat peluang pekerjaan, untuk mendapat bisnes. Sabah ketika itu diberikan, waktu itu Tan Sri Shamsul saya tanya, saya ingat Datuk Rahman Dahlan dulu bersama saya, 10 syarikat dibagi. But I don’t know what happen now? Where are? Where are the company? Yang beroperasi, yang kita bagi ruang untuk mendapat projek-projek daripada Petronas. Kemana detail dia? Kita nakkan jangan bagi projek semata-mata tapi dari segi keadaan downstream penjenamaan dia supaya ianya dapat dibesarkan di samping itu peluang bukan hanya perniagaan bahkan juga peluang pekerjaan anak-anak kita dapat kita jamin di masa akan datang. Dan saya akan sentiasa membangkitkan tentang transparency dari segi ketelusan kita, perjanjian bukan hanya dengan syarikat-syarikat antarabangsa, syarikat-syarikat tempatan, GLC yang ada di negara kita untuk memastikan don’t take us for a ride. Don’t take us for granted sebagai sebuah wilayah yang negeri yang telah banyak memberi sumbangan 95% minyaknya, gasnya tidak tahu berapa, cukai tax yang kita bagi setakat ini kepada negara kita. Sumbangan yang termaktub dalam Perjanjian 63 sepatutnya dikembalikan kepada negeri Sabah. Tapi saya kesal sehingga ke hari ini, saya masih ingat bila berlaku perbincangan di peringkat Nasional dia nak bagi RM52 juta tapi saya persoalkan formula dia. I question…

Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal [Senallang]:… saya persoalkan formula dia.

I questioned the formula.

Saya bagi tahu formula is not acceptable, but I need the money, you give me the RM52 million for the state government while the formula, we need to look into detail part dengan izin. Lepas itu, bila kita dalam belanjawan baru-baru ini, dinyatakan oleh Menteri Kewangan bahawa Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Sarawak menolak perkara ini oleh kerana looking into the formula. We need the money first, but it doesn’t mean that kita perlu apa ni me tidak setuju dengan apa ini terima formula yang ada. Saya bagi tahu the formula I don’t agree, saya maklumkan dengan waktu itu mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Saya nyatakan depan-depan saya ingat Yang Berhomat daripada Penampang Moyog pun ada di situ bila saya suarakan dengan lantang bahawa the right of Sabah must be honoured, dari segi hak kita.

Datuk Yang di-Pertua, pengurusan belanjawan di peringkat negeri Sabah saya melihat kita belanja hasil yang ada RM4.7 billion yang ada di peringkat negeri Sabah. Di samping itu, kita mendapat peruntukan daripada kerajaan persekutuan 5 billion. Senarai projek, kemungkinan kita boleh cadangkan mereka juga boleh tentukan. Dalam perkara itu juga, saya melihat di dalam anggaran ini, di mana dinyatakan bahawa… D33002, D33005 perbelanjaan untuk iaitu, skim pembentungan skim pembentungan pembinaan mempertingkatkan berjumlah hampir 500 juta ringgit kita pinjam daripada kerajaan persekutuan.

Saya tahu tanggungjawab Jabatan Air ini di bawah kerajaan negeri ya, saya juga bekas menteri, saya paham we can say, we..

kerajaan persekutuan bertanggungjawab untuk menyediakan loji yang ada tapi operasi untuk bekalan piping it must be done by the state. Saya faham tapi mengapa harus kita pinjam duit daripada kerajaan persekutuan RM500 juta untuk bekalan air yang ada di samping itu, dah kita di bagi RM5.2 billion takkan kita tak boleh gunakan duit itu untuk menyelesaikan pengurusan bekalan air supaya kita jangan berhutang. Dah lah kita tak dapat 20%, dah lah kita dibagi cuma berapa peratus saja daripada bajet negara kita dan kita maju Sabah Maju Jaya, hutang lagi RM500 juta untuk buat bekalan air tapi mereka boleh bina, keretapi laju RM80 billion, ke mana suara kita di peringkat Negeri Sabah ini, untuk mempertahankan hak-hak yang ada untuk rakyat kita.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga melihat, dari segi apa nama perbelanjaan di samping hasil yang ada RM4.7 billion, RM5.2 billion dapat bantuan daripada kerajaan, kita juga di samping itu berhutang dalam pembentangan Yang Amat Berhormat. Kerajaan negeri juga funding federal department. Saya tahu masa dulu, masa kita berhadapan dengan Covid, saya kena beli belanja untuk beli kemudahan-kemudahan untuk mengatasi Covid. Di samping itu, Ketua Polis Negeri maklumkan dengan saya bahawa tak cukup minyak, Datuk Seri untuk buat operasi surveillance. Bot ada di Semporna, bot ada di Kudat, bot ada di Lahad Datu, tapi tak boleh bergerak pasal apa petrol tak cukup. So I give the money almost RM1 million untuk metem.. pasal saya tahu itu masalah apa nama pengurusan keselamatan negara kita. Tapi sampai bila, dah lah hasil kita terbatas, dah lah minyak kita diambil, lepas itu kita juga bantu jabatan-jabatan kerajaan persekutuan. PEMADAM kita bagi RM500,000, agensi-agensi lain-lain dalam belanjawan baru-baru ini. Bagaimana pengurusan belanjawan kita? Sabah Maju Jaya. Kebimbangan saya, keadaan yang kita lihat pada hari ini cukup ah… meletakkan negeri Sabah dalam keadaan yang kita katakan, perjuangkan, mesti ada autonomi dia, mesti ada suara dia yang dengan lantang kita nyatakan tapi malangnya, kita jual tanah, hak minyak kita diambil, bayangkan keadaan ini. We are selling the land.. kita jual tanah kita, rakyat tidak tahu because it’s so complex, carbon exercise ini ya, kalau saya nak bagi lecture tentang carbon exercise ini, boleh tapi jangka panjang. Masanya agak…

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Datuk..hmmm… Tuan Speaker. Tuan Speaker mohon laluan penjelasan sikit.

Speaker

Kalau diberi laluan?

Biasanya amalan by convention the minister should not be allowed, heh.. tapi ya..

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Penjelasan.

Penjelasan Datuk Seri.

Tak apa lah.

You you you want to you can ask you can ask.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan Speaker, saya ingin ahh… bertanya sikit kepada ahhh… Yang Berhormat daripada Senallang, dari manakah beliau mendapat fakta mengenai kita menjual tanah yang berkaitan dengan carbon. Ini adalah satu perkara yang penting kerana kita dituduh menjual tanah…dari mana fakta itu diperolehi?

Speaker

Maklumat lah. Maksudnya dari mana maklumat.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Ya, terima kasih.

Yang Berhormat Menteri, biasanya sebenarnya kita di Parlimen menteri ini tak, convention dia, cuma backbencher saja boleh tanya lepas ini yang tanya di belakang, saya akan bagi ruang, menteri kita bagi ruang. Dari mana fakta dia. Kalau kita lihat, apa yang berlaku pada hari ini, surat daripada Peguam Negeri Sabah menyatakan, dia tidak ada hak untuk menandatangan, ya, sign tentang carbon credit ya, itu yang saya bertanya kepada pihak kerajaan negeri ya, perjanjian ini yang telah pun dipersetujui ya dan dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri bahawa don’t listen to the AG yang ada, this is ah… transaction of kita katakan verbal conversation bukan hanya dari segi surat dikeluarkan oleh Peguam Negeri takkan itu bukan satu bukti yang saya tak katakan mungkin pada saat ini 600 apa ini 600,000 yang akan terlibat. Tapi dalam jangkaan mereka 2 juta hektar tanah kita, dan kalau ini yang kita dapat dimeterai, kalau ini dapat dilaksanakan, ke mana keluasan tanah yang kita harus apa ini nyatakan bila dah berlaku you sign an agreement, you know how they manage part impartial of the agreement yang ada? Management of the land, management of the timber, it is going to be manage by a company outside, di luar negara bukan negeri Sabah. Walhal dalam enakmen, kita yang laksanakan dan ini yang saya bertanya ya, tentang kebenarannya sama ada apa yang telah dinyatakan oleh Peguam Negeri surat black and white, yang menyatakan don’t listen to that, takkan ini satu transaction dan dia nyatakan bahawa surat dia bukan surat yang palsu, surat benar dikeluarkan oleh Peguam Negeri.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Err… terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih er… YB Senallang. Emm… setuju kah YB Senallang bahawa dalam Sabah Land Ordinance, lease hold kepada native land adalah maksima 30 tahun,

renewable sometimes, this we have to look into. Tetapi sebelum ahh… keputusan mahkamah 2019 ahh… lease hold dalam setiap geran tanah…

Speaker

Berhormat, Yang Berhormat berucap kah atau Yang Berhormat mahu mencela?

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Saya ingin tanya. Saya ingin tanya, Datuk Speaker.

Speaker

Ah… tanya. Tanya saja.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Because ini adalah penting, soalan yang ditanya…

Speaker

Because kalau tidak, you boleh bangkit dalam you punya giliran masa berucap nanti.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Saya tahu. Tapi soalan diberi err… ditanya oleh menteri..

Speaker

Tanya soalan saja jangan mengulas lagi.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Tapi saya ingin mendapat ahh… penjelasan daripada Dun Senallang, adakah setuju bahawa 99 tahun suatu ketika dahulu, it’s like a sale so what more 200 tahun it is a sale, regardless what you called it.

Terima kasih, Yang Berhormat daripada ahh… Moyog yang telah membangkitkan tentang enakmen tanah. Memang benar, saya setuju tentang keadaan yang berlaku. Kebimbangan saya kalau kita melihat contohnya, di Glascow, dah putuskan oleh persidangan itu bahawa carbon emission, we can reduce carbon di dunia ini jangka masa dia 30 tahun, 2030. Dalam 2030 itu telah pun diperakukan oleh masyarakat antarabangsa, carbon emission can be achieved certain percentage yang ada, iaitu kalau kebimbangan 1.1. Now, keadaan dunia panasnya, kebimbangan kita kalau tak

kita reduce reach to 2.1% ini carbon yang ada, keadaan dunia semakin panas takkan ada swell, kita boleh tanam sayur, kita boleh tanam kayu kena temperature, akan meningkat. Ini yang telah berlaku di peringkat dunia maka penyertaan daripada negara-negara membangun khususnya industrial state, dia dia invite dia ahh… invite supaya terlibat dalam inisiatif carbon inisiatif ini carbon credit, itu yang di antara negara hari ini Singapore Airline, dia menggunakan jet fuel…

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker., mohon mencela. Minta laluan.

…dan dia subscribe to that, so ini yang saya lihat kita sign untuk carbon credit sampai 100 tahun sedang Glascow pun dah menyatakan bahawa dia boleh diatasi dalam jangka..

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Datuk Speaker? Ya.

Speaker

Ada orang minta laluan, bagi?

Speaker

ya ada orang minta laluan, bagi?

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Ahh Speaker, saya tidak bersetuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Senallang bahawa kita menjual tanah kita. Kita juga, saya saya percaya jabatan perhutanan dan juga pihak kerajaan telah meneliti perkara ini dengan sebaik-baiknya dan tidak akan membuat sesuatu yang merugikan kepada kerajaan. Saya pernah bertugas di jabatan perhutanan...

Speaker

Yang Berhormat, you boleh jawab masa you berucap nanti. Kalau you nak minta penjelasan, you mintalah.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Ahh, saya tidak bersetuju dengan kenyataan Senallang bahawa kita menjual tanah.

Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker... Datuk Speaker

… itu soal Yang Berhormat Sungai Manila setuju tak setuju saya tak minta Yang Berhormat setuju, dan itu pandangan Yang Berhormat. (Ahli Dewan ketuk meja) Masalah dia, bila kita terlibat dalam exercise carbon credit yang ada.

We tied up ourselves, perjanjian dia, pengurusan pentadbiran tanah itu bukan lagi di bawah naungan kerajaan negeri, bukan lagi di bawah Jabatan Tanah Negeri Sabah, (Ahli Dewan ketuk meja) kena faham, pasal perjanjian carbon credit.

Speaker

Yang Berhormat Senallang sila, sila gulung ya..

…jadi ini yang saya saya bimbang. Keadaan yang berlaku di peringkat Negeri Sabah ini, yang kita katakan bahawa Sabah Maju Jaya, tapi tempat kita punya tanah, bukan hanya SFI, 250 ribu hektar tanah, saya nak tanya dengan ketua menteri tadi, tapi dia akan jawab.

Dia cakap dalam penggulungan nanti, adakah benar bahawa portion yang ada itu, dibagi-bagi? Ya, kepada syarikat-syarikat, dan ini yang saya nak tanya the detail part of it.

Saya juga bertanya, carbon credit yang ada, perlu dijelaskan. Kenapa perjanjian ini seumpama sehingga peguam negeri pun dah keluar surat dia, menyatakan bahawa meminta supaya ini tidak dilakukan, dan kita perincikan. Saya minta supaya apa yang telah bangkit, berbangkit tentang perkara ini kita siasat secara mendalam ya, sama ada ke jabatan tanah, jabatan forest yang ada di Negeri Sabah, dan kita ada transparency. Jangan cakap bahawa we must be transparent, we must be ikhlas Saya faham, saya sebagai seorang menteri, bekas menteri di persekutuan, 32 tahun saya berkhidmat di federal.

Saya bekas Ketua Menteri Sabah, saya faham. Minta supaya Datuk Ketua Menteri be all, be honest, be ikhlas jangan buat polemik.

Jangan buat apa nama, bukan kita polemik.

Tidak pernah dalam sejarah negara ini, negeri Sabah, seorang menteri kanan, dipecat dari jawatannya sebagai menteri bukan oleh kerana criminal case, tapi kita dipecat kerana menyuarakan hak rakyat, mempertahankan negara ini.

(Ahli Dewan tepuk meja) Itu yang kita suarakan.

Bukan kita nyatakan bahawa kita polemik dalam keadaan ini, jadi saya bimbang ... bahawa ...

...minta penjelasan sedikit, point of order.

Speaker

Sila gulung.

…boleh, ini ah, I just referring back, I think it was very clear Senallang that you say kerajaan negeri menjualkan tanah, jualkan tanah dua (2) juta, so I think that is what, it has to be proven that this land 200 juta ini dijual. Perkataan digunakan ialah dijual dua (2) juta. It was very clear, so I take it that, that ah mungkin it is satu sangkaan jahat. Unless it is proven that the goverment has sold 2, 2 billion hectre of land. I think this is masih dalam perbincangan setahu saya, cuma cuma itu ah 43 ya, sangkaan jahat. Terima kasih.

... maka dengan itu… Datuk Speaker saya minta supaya dijelaskan. Saya minta supaya buat siasatan, sama ada benar bahawa perkara ini, apa yang surat AG, apa yang... no no no no, let let me finish first, you are, it’s not point for us to debate now, pasal saya nyatakan bahawa ini yang saya minta penjelasan daripada apa ini, pihak kerajaan. Adakah benar bahawa kerajaan, ketua menteri dah bagi endorsement daripada Timbalan Ketua Menteri contohnya.

Ya, contohnya untuk menjalankan inisiatif carbon credit dan apa dia punya inisiatif yang dah pun terpapar di peringkat dunia pada hari ini, bahawa dia akan membabitkan sejumlah dua (2) juta hektar tanah, siasatlah.

Tuan Speaker … dia membabit dan menjual dua (2) perkara berbeza Yang Berhormat.

… saya tanya, kalau sekiranya ini berlaku, maka ini akan satu exercise yang kita jual tanah. Ya, (kedengaran suara yang kurang jelas) ya, but I also ask dengan izin, SFI adakah benar dengan 100 ribu ekar portion daripada 250 hektar tanah yang ada. Tuan Speaker …Yang Berhormat Senallang sila gulung.

…jadi ini yang saya minta supaya perkara ini dapat dijelaskan.

Datuk Yang Dipertua, saya ah untuk menggulung, saya dengan ini ah melihat bahawa perkara apa yang telah kita bangkitkan dengan niat yang baik bahawa kita nak meletakkan kedudukan bukan hanya kewangan negeri Sabah, dan kita tidak bergantung semata-mata dengan Kerajaan Persekutuan.

Tanah dan khazanah kita, diurus tadbir dengan baik.

Jangan kita tak ada transparency, saya minta transparency bukan saya katakan bahawa ini semuanya 100% dah pun jual exercise. Cuma ini yang saya bimbang, keadaan di masa akan datang akan berlaku perkara-perkara seperti apa yang kita telah lakukan terdahulu. FMU beratus ribu ekar tanah bagi dengan individu tak ada pun inisiatif untuk reforestration, dengan izin dengan itu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Yang Dipertua untuk memberi ruang kepada saya dalam sesi perbahasan ini. Terima kasih banyak.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.8 Pintasan.

…Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Assalammualaikum dan salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya.

Tuan Speaker … 10 minit ya.

Tuan Fairuz bin Renddan [Pintasan]:… baik Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, merangkap menteri kewangan atas kejayaan ucapan belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2022 yang telah pun dibentangkan yang oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada 3 Disember yang lalu.

Terima kasih dari lubuk hati, saya berdiri mewakili suara anak-anak muda, suara belia dan suara pelapis generasi baru yang bakal menerajui Sabah kelak, di atas keprihatinan dan komitmen kerajaan negeri kepada nasib golongan belia. Segala peruntukan dan skim yang telah diperkenalkan untuk belia pastinya akan dimanafaatkan oleh belia-belia kita, insyallah.

Datuk Speaker, fenomena masa kini dalam mengejar gaya hidup sihat dan aktif telah menjadi satu norma baharu dalam kalangan masyarakat kita. Sukan berbasikal seringkali kita lihat di jalan raya, di taman bahkan di taman kawasan perumahan, pasti ada kelibat penunggang basikal. Aktiviti ini memang satu bentuk riadah yang bagus, mempunyai memberi manfaat kepada sesiapa sahaja. Namun dari sudut ada aspek yang seringkali diabaikan yang mungkin dipandang enteng oleh masyarakat, aspek keselamatan. Penunggang basikal adakalanya tidak menggunakan helmet keselamatan, tidak memakai kasut sukan dan pakaian sukan yang bersesuaian untuk aktiviti berbasikal. Penunggang berbasikal yang berbasikal secara berkumpulan juga kadangkala ada berlumba bersaing bersama sendiri di tepi jalan raya semasa menunggang basikal.

Hal ini mampu mengundang bahaya kepada mereka sebagai penunggang basikal dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Malang tidak berbau pada yang bakal menimpa mampu meragut nyawa. Bahkan jika terjadi ini, sebegini menimpa ahli keluarga kita pastinya kita tidak sanggup untuk menghadapinya.

Sehubungan itu, saya meminta agar individu yang terlibat supaya sentiasa waspada, dan berhati-hati.

Tujuan riadah adalah untuk mendapatkan kualiti kesihatan yang baik dan bukannya diakhiri dengan tragedi malang yang akan meruntum jiwa kelak. Kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Kementerian Kerja Raya dan agensi-agensi yang berkaitan, saya dengan ini mendesak agar dilakukan suatu perancangan jangka masa panjang dan penyediaan pelan peruntukan khas bagi membina track atau laluan khas kepada penunggang basikal di seluruh Sabah. Dengan adanya laluan khas ini bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa malah kita mampu membudayakan hidup sihat dalam kalangan rakyat melalui aktiviti riadah dan saluran yang betul. Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada usaha keras Ketua Menteri kita kerana sentiasa prihatin dan peka dengan masalah yang diluahkan dan disuarakan rakyat khasnya bagi DUN Pintasan yang melibatkan isu tanah. Terkini kita di sana melalui program geran pantas, kita sudah berjaya mengham, mengisi hampir 1,000 borang yang mana ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat di dalam urusan pemilikan tanah.

DUN Pintasan kini sudah rancak dalam usaha menyelesaikan permasalahan rakyat berkaitan tanah, dan sebagai Wakil Rakyat yang mereka

sandarkan harapan dan curahan jiwa, saya ingin meminta jasa baik Ketua Menteri dan kerajaan negeri untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam. Suara Tidak Dikenalpasti: Tuan Speaker, saya ingin mencelah sekejap ya, sebab saya dengar baru-baru ini ini isu...

Speaker

Yang Berhormat, jam telah menunjukkan tepat pukul 12:30, (Ahli Mesyuarat ketawa) Yang Berhormat boleh sambung jam 2 petang nanti. Oleh dengan itu sidang digantung dan disambung semula pada 2 petang.

Terima kasih Tuan Speaker. [Ahli Mesyuarat ketawa] Sidang Berhenti Rehat Sidang Disambung Semula

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Kita teruskan selepas rehat tadi. Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Pintasan sila teruskan. Aaaa ada lagi 6 minit untuk meneruskan ucapan. Silakan.

Terima kasih Datuk Speaker. Kalau boleh saya mohon 10 minit lah tambahan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tengok, kita tengok apa macam khabar baik atau pun khabar tidak baik. Teruskan.

Ok ah Datuk Speaker terima kasih saya ucapkan kepada usaha keras Ketua Menteri kita kerana sentiasa prihatin dan peka dalam masalah yang diluahkan dan disuarakan rakyat khasnya di DUN Pintasan yang melibatkan isu tanah. Terkini kita di sana melalui Program Geran PANTAS kita sudah berjaya mengisi hampir 1,000 borang yang mana ini adalah bertujuan untuk

membantu rakyat dalam urusan pemilikan tanah. DUN Pintasan kini sedang rancak dalam usaha untuk menyelesaikan permasalahan rakyat berkaitan tanah dan sebagai wakil rakyat yang mereka sandarkan harapan dan curahan jiwa, saya ingin meminta jasa baik Ketua Menteri dan kerajaan negeri untuk melihat isu ini dengan lebih mendalam. Saya cadangkan saya mencadangkan supaya tanah-tanah dalam SAFODA digazettekan kepada rakyat. Tanah–tanah ini boleh dikeluarkan daripada rezab SAFODA ditukarkan statusnya sebagai tanah milik orang kampung. Rakyat tidak meminta tanah 1,000 ekar atau pun 2,000 ekar, rakyat hanyalah mahukan tanah cukup untuk keperluan mereka membina tempat berteduh dan juga untuk mereka bercucuk tanam untuk dan ataupun menternak haiwan. Saya yakin masalah tanah ini bukan hanya di kawasan saya, pastinya Ahli-ahli Yang Berhormat lain juga memperjuangkan perkara yang sama dan senada dengan perjuangan saya. Rakyat mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi khasnya bagi tujuan pertanian selepas mereka mempunyai tanah dan bercucuk tanam pastinya rakyat juga dapat meningkatkan pendapatan mereka kepada sektor ekonomi sara diri dan memanfaatkan tanah yang telah diberikan kepada mereka seiring dengan tema Belanjawan Negeri Sabah 2022, “Ekonomi Pulih Rakyat Sejahtera”. Dengan ini saya membawa suara mereka memohon untuk Ketua Menteri mempertimbangkan hasrat rakyat ini.

Rakyat DUN Pintasan yang sedang meletakkan harapan besar untuk perkara ini.

Datuk Speaker, pada Sidang Dewan yang mulia ini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang mengumumkan bahawa sejumlah 5 menara baru yang mewujudkan rangkaian liputan lebih pantas dan berkualiti untuk 14 kampung di pedalaman Sabah dibina menerusi Pelan Jaringan Digital Negara JENDELA.

Sementara itu, dilaporkan 150 lagi menara akan dibina dalam masa terdekat serta sebanyak 226 stesen pemancar sedia ada sudah dinaik taraf kepada teknologi 4G. Kita dengan ini menyambut baik kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menambah baik prasarana kemudahan telekomunikasi bagi negeri Sabah khususnya melibatkan kawasan pedalaman.

Saya ingin mencadangkan dan meminta pihak kerajaan negeri untuk mempertimbangkan jika 1 daripada 5 menara komunikasi ini dibina di DUN Pintasan, Kota Belud. Rakyat pastinya akan mampu memanfaatkan dimanfaatkan oleh semua rakyat kawasan Kota Belud sehingga Kudat dan juga Kota Kinabalu.

Hari ini kemudahan internet

sama penting dengan kemudahan bekalan air bersih dan elektrik. Tanpa internet sukar untuk penduduk mencapai kemajuan kerana kita semua tahu bahawa komunikasi jalur lebar dan komunikasi tanpa wayar adalah elemen utama zaman ini dalam membawa arus perubahan kepada seorang baik daripada segi pendidikan, ekonomi dan sosial.

Datuk Speaker, semua pihak perlu bekerjasama supaya agenda merapatkan jurang perbezaan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dapat direalisasikan. Sejak Sabah dan Sarawak membentuk sebagai selain daripada Malaysia hak-hak istimewa bagi kedua-dua negeri ini masih terpelihara seperti mana diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga menaruh keyakinan tinggi bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk memastikan Perjanjian MA1963, MA63 dilaksanakan penubuhan majlis mengenai MA63 yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri.

Oleh itu, kita di sini merasakan tidak perlu ada pihak menjadikan perkara ini sebagai polemik serta isu politik.

Semoga apa yang diciptakan kelak akan menambah baik serta meningkatkan kesejahteraan dan kemajuan rakyat Sabah.

Kita yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah mampu memacu kejayaan dan kecemerlangan yang pastinya akan dibanggakan bersama.

Datuk Speaker, semoga pencapaian yang ada pada hari ini dapat terus diperkasa agar nasib generasi akan datang terus terpelihara. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Dewan Yang Mulia ini dan sekali lagi ucapan terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberikan peluang untuk menyokong Ucapan Perbahasan Belanjawan 2022 Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada 3 Disember lalu. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada rakan-rakan dan semua rakyat beragama Kristian. Selamat menyambut Tahun Baru 2022, semoga pada tahun 2022 akan membawa 1001 makna. Dengan ini saya mohon menyokong Datuk Speaker. Sekian terima kasih. Wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikaum warahmatullahi wabarokatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat dari Api-Api. 2.08 petang

Datuk Liew Chin Jin @ Christina LiewPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Izinkan saya membawa isu-isu mengenai Peruntukan Persekutuan sebanyak mengenai sebanyak mengenai ah Peruntukan Persekutuan sebanyak RM5.2 billion, RM5.2 billion untuk negeri Sabah di bawah Bajet Negara 2022.

Walaupun terdapat jurang ketara ekonomi di antara Sabah dan Semenanjung serta paras kemiskinan Sabah yang tinggi, kita masih mendapat serbuk roti bread crumbs dengan izin yang dengan 1.6% sahaja seperti bajet-bajet di dahulu. Jumlah itu hanya sebahagian kecil daripada bajet keseluruhan untuk negara tidak mampu menampung pelbagai keperluan negeri kita dalam bidang pembangunan infrastructure, pendidikan dan kesihatan serta sektor-sektor lain. Menurut Jabatan Perangkaan, negeri Sabah merekodkan kejadian kemiskinan mutlak yang tertinggi iaitu 25.3% pada tahun 2020 berbanding dengan 19.5% pada tahun 2019.

Kita juga menjangkakan peruntukan yang lebih besar daripada pihak Kerajaan Persekutuan bagi membantu Negeri Sabah dalam usaha meringankan krisis kesihatannya dan menuju ke arah pemulihan ekonomi.

Tuan Speaker, kita terdesak kerana kekurangan kewangan untuk projek-projek medikasi banjir contohnya mendalamkan atau mengorekkan sungai dan langkah-langkah memulihkan tanah runtuh dan juga untuk menambah baik sistem pengaliran di daerah-daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan yang terdedah kepada banjir se…

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

…kepada banjir serta kawasan-kawasan sekitar seperti Likas, Kelombong, Inanam, Telipok Menggatal dan Sepanggar. Sabah memerlukan dana tambahan untuk memperbaiki atau membina semula jalan raya dan jambatan yang telah dirosakkan oleh bencana alam contohnya banjir kilat dan tanah runtuh dan juga membina loji rawatan air untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang berpanjangan..berpanjangan sekian lama. Dengan senario ini saya menggesa pihak kerajaan negeri merayu kepada pihak kerajaan Persekutuan untuk memberikan negeri Sabah peruntukan sekurang-kurangnya 15 peratus daripada bajet keseluruhan berjumlah RM332 bilion bagi tahun 2022. Dengan izin, this is only fair as Sabah requires more funding for development.

Tuan Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh tentang sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu. Sudah beberapa dekad, kita sering menyebut tentang merombak sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas. Tetapi, malangnya ia belum lagi menjadi kenyataan disebabkan kita kekurangan kesanggupan politik untuk mencapai apa yang kita rancang mahu buat untuk menambah baik sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu cadangan-cadangan untuk membina stesen bas lengkap dengan kemudahan letak kereta dan menumpang (Park and Ride), dengan izin Monorail dicadangkan pada tahun 2009, Transit Rail ringan, Train, sistem bas transit laju Bas Rapid Transit (BRT) dan keretapi laju (Sky Train) dengan izin telahpun dibuat atau disebut sejak Kota Kinabalu menjadi Bandaraya pada tahun 2000.

Tuan Speaker, dalam perhubungan ini saya percaya telah tiba masanya untuk mengatakan semakan pantas ke atas pelbagai sistem yang pernah dicadangkan atau disebutkan sebelum ini dan menghapuskan mana-mana sistem yang dianggap tidak mampan terutamanya dari segi CAPEX iaitu perbelanjaan modal atau Capital Expenditure dan OPEX iaitu perbelanjaan operasi atau Operation expenditure. Mungkin kita boleh memfokuskan pada merombak modul niakapas yang sedia ada ke arah pengangkutan awam yang mampan dan melawat semula sistem bas transit laju BRT untuk Kota Kinabalu yang telah diumumkan oleh kerajaan pada tahun 2015 untuk pelaksanaan pada tahun 2016.

Sistem BRT itu yang dipercayai sistem pengangkutan awam yang lebih mampan Kota Kinabalu untuk Kota Kinabalu akan melengkapkan pilihan pengangkutan berbilang mod yang lain bagi memudahkan accessibility dan akan mensasarkan untuk mengurangkan beban kepe..kebergantungan kereta pada waktu puncak komuter. Sebenarnya, sistem BRT itu dengan laluan basnya tersendiri untuk perbanyakkan laluan-laluan berkenaan masih merupakan sistem pengangkutan awam yang berdasarkan bas. Tunjuknya adalah untuk mengubah sistem bas konvensional itu di sepanjang laluan-laluan utama dengan hasrat perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai melalui ciri-ciri bas, kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti. Kita tidak akan menghapuskan bas-bas sedia ada itu sebab mereka ini masih diperlukan sebagai sebahagian melengkapkan pengangkutan berbilang mod di Bandaraya Kota Kinabalu di kawasan-kawasan yang tidak ada laluan BRT.

Kita memerlukan pengangkutan awam yang berkualiti iaitu berfokus sebagai permulaan dengan elemen-elemen tarikan seperti aplikasi mengesan-mengesan bas bagi memudahkan para penumpang berada di perhentian bas yang direka dengan baik untuk..untuk masa minimum menunggu sebuah amata bas yang mempunyai wajah baik dan kemudahan-kemudahan untuk semua sebatang laluan bas untuk waktu perjalanan bas yang boleh dipercayai serta sebuah sistem E-Tambang bersepadu untuk pertukaran bas dengan mudah dan mampu bayar antara ciri-ciri yang lain.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, sedia menggulung Yang Berhormat.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Arhh berapa minit. 5 minit?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan-teruskan saya akan…

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Saya saya baru ada lunch ini. Tak boleh cakap laju ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Baik. Saya berikan dua tiga minit lagi

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Ok. Lima minit lagi saya janji. Ok akan slash, slash ya. Sebuah sistem bas berkualiti boleh menarik pakar penumpang bas baru dengan insentif-insentif rebat atau tarikan bagi membolehkan peng en para.. pengembara beralih daripada perjalanan dengan menam..memandu kereta swasta ketika waktu puncak sekolah dan komuter. Pendekat..pendekatan ini bertujuan untuk mengurangkan bilangan kenderaan yang bertumpu kepada jaringan jalan raya bandaraya ke arah mengurangkan kesesakan lalu lintas di bawah konsep pembangunan mampan untuk pengangkutan awam. Matilah. Ok.

Saya difahamkan bahawa kita ada bakat-bakat kelahiran tempatan yang bersemangat dalam mempromosikan pembangunan mampan untuk pengangkutan awam dengan fokus kepada pengangkutan bandar untuk merealisasikan ini, saya percaya pimpinan negeri perlu menetapkan jalan yang betul atau memberikan hala tuju supaya pelaksanaan yang betul dapat dilakukan. Lima minit lagi ya. Tuan Speaker, ke arah mencapai..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, tiga minit lagi Yang Berhormat.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Ok. tiga minit. Ke arah mencapai mencapai matlamat ini saya mencadangkan supaya pihak kerajaan menubuhkan sebuah syarikat berkaitan kerajaan atau agensi atau cabang pelaburan dibawah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk memperjuangkan suatu modul niaga baru bagi sistem pengangkutan awam di Ibu negeri Sabah iaitu akan berdasarkan bas sebagai permulaan, permulaan.

Jadi apakah keuntungan pelaburan ini?

Keuntungannya akan merupakan kelestarian untuk rakyat, bumi dan kemakmuran bagi sesebuah bandaraya seperti Kota Kinabalu.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Api-api boleh bagi celahan sekejap?

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Ok. Satu minit.satu minit. Dalam kata-kata lain, kita memerlukan orang-orang yang betul untuk melakukan kerja yang betul bagi mendapatkan hasil yang dimahukan.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Datuk Speaker, boleh bagi celahan?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, gulungkan Yang Berhormat.sila gulung.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Okay. Half of a minute.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Datuk Speaker, boleh bagi sedikit celahan?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat tidak kasih jadi saya pun tidak boleh memberikan laluan.

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Ok.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

No, no

Datuk Raime UnggiADUN Dilantik

Terima kasih.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Saya mahu habis sudah tinggal ini saja..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan gulung Yang Berhormat..

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Okay, okay dengan izin we need the right people to do the right job for the 24 result. We must cut away the mentality of lyptonapoleon among our public services because…

Datuk Liew Chin jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

…. public services because ah… bus services public transport is a service to the people of Kota Kinabalu. Dengan itu saya mohon menyokong bajet negeri 2022 yang dibentangkan oleh Ketua Menteri. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Okay, Yang Berhormat.

Ah… Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya pandang oleh kerana dia seorang wanita dan tidak banyak YB-YB wanita di kalangan kita, itu sebab saya memberikan sedikit laluan ya terima kasih banyak-banyak di atas apa ni kesudian tuan-tuan, puan-puan ar Yang Berhormat-Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat ah… Sebatik. Sebatik.

2:21 petang

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Datuk Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya, dengan masa yang terhad dengan penuh impian, saya memohon izin diberi ruang melafazkan suara hati para penduduk pedalaman dan sub-bandar dari DUN Sebatik disampaikan di dewan yang mulia ini. Datuk Speaker, ruang perbahasan ini, saya telah diamanahkan oleh rakyat DUN Sebatik mengutarakan 6 pekara utama iaitu, pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, air dan elektrik, pembangunan ekonomi rakyat, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan, kesihatan dan kelestarian hidup hak-hak orang asal dan Pantai Timur Sabah khususnya, bandar Tawau hingga Sapulut.

Demografi DUN Sebatik berlatarkan 60% penempatan dikategori luar bandar dan lokasinya hampir 40% bersempadan dengan negara jiran. Ironinya, Indonesia yang baharu mengumumkan pemindahan ibu negara ke Kalimantan, menjadikan DUN Sebatik akan menjadi satu pintu utama antara kedua negara.

Datuk Speaker, selaras dengan tema belanjawan ‘Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera’ serta 3 teras tunjang pelan pembangunan kerajaan, saya mulakan dengan merakamkan ucapan terima kasih, cadangan projek pembangunan pekan baru Sungai Melayu Sebatik, pekan baru Kalabakan dan pekan baru Merotai, namun saya mengharapkan pembangunan pekan-pekan yang disebutkan ini dapat memberi impak maksimum kepada penduduk setempat secara adil dan lestari. Bandar Melayu, bandar baru Sungai Melayu, sebagai bandar pintu masuk utama sangat bersedia untuk ditransformasikan menjadi sebuah bandar pelancongan dan sangat sesuai diwujudkan sebuah universiti atau sekurang-kurangnya cawangan universiti. Ini semua pasti mampu meningkatkan keupayaan ekonomi setempat, tahap pendidikan serta mampu menjadi universiti utama di tanah besar Kalimantan, yang pasti mampu menarik pelajar dari Indonesia khasnya, masyarakat sempadan. Pekan baharu Kalabakan juga perlu dipelbagaikan infrastrukturnya, terbaik dengan mengambil kesempatan kelestarian alam yang tersedia di Kalabakan. Ini akan saya sentuh di para pelancongan selepas ini. Sesuai dengan pengisytiharan Kalabakan sebagai sebuah daerah penuh, saya mohon kepada sidang dewan yang mulia ini, agar dapat menyokong pembangunan di daerah ini yang bakal menjadi salah satu

daerah sempadan di dalam DUN Sebatik yang pastinya boleh mengangkat imej negeri Sabah dan Malaysia, amnya.

Datuk Speaker, pembangunan infrastruktur, jalan raya, air dan elektrik adalah satu kewajipan bagi kerajaan memerintah. Pulau Sebatik yang mengandungi 16 buah kampung, sebagai makluman, Pulau Sebatik dan Kampung Serudung Laut masih lagi tiada Klinik Kesihatan, jalan raya belum sempurna dan hakikatnya, situasi ini juga dialami oleh hampir keseluruhan penduduk Sebatik. Masalah ketiadaan bekalan air, bukan setakat masalah kelompongan ataupun kegagalan kita tetapi bagi rakyat DUN Sebatik, ia melibatkan kehilangan nyawa kerana ketiadaan air mereka terpaksa turun mandi di sungai dan mendedahkan kepada risiko lemas, banjir, malahan serangan maut buaya. Dalam tahun ini sahaja, dua orang telah menjadi mangsa iaitu, masing-masing di Kampung Brantian dan Kampung Serudung Laut. Setiap kita yang ada di dalam dewan yang mulia ini, mesti mempunyai tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini. Benar ajal maut ketentuan Tuhan, tapi ini cerita orang dibaham buaya kerana tiada air di rumahnya. Peristiwa ini akan berulang dan akan menghantui kita jika kita tidak menyediakan bekalan air bersih kepada golongan rakyat seperti ini.

Datuk Speaker, jaringan telekomunikasi juga merupakan satu tuntutan keperluan untuk rakyat di DUN Sebatik, terutama sekali rakyat yang berada ataupun tinggal di kawasan pendalaman ataupun luar bandar. Datuk Speaker, bagi memastikan Pulau Sebatik boleh ditransformasikan menjadi pelancongan yang dinamik, lestari dan berdaya tahan, saya mencadangkan Kementerian Pelancongan membuka sebuah pejabat tetap yang bertindak khusus dalam mencari, merancang, dan menggiatkan kegiatan dan prasarana sesuai bagi Pulau Sebatik dan bandar baru Simanggaris. Kehadiran pejabat tetap ini membolehkan segala tindakan dapat dilaksanakan cepat dan tepat.

Datuk Speaker, sebagai pemangkin dan keberkesanan pentadbiran kerajaan, saya bercadang perlu diwujudkan Kementerian Tenaga Minyak dan Gas yang secara umumnya berfungsi sebagai pelaksana pelbagai polisi kerajaan berkaitan tenaga, pengurus sumber tenaga baru dan lama, bagi memastikan sumber diurus sempurna dan memberi nilai ekonomi terbaik untuk pendapatan Sabah dan Malaysia.

Sektor pendidikan telah diketahui sebagai elemen perlu bagi menjamin sebuah masyarakat untuk menjadi terbilang. Dengan ini saya mengharapkan semua sekolah daif di DUN Sebatik dapat diperbaiki. SMK Wallace Bay dinaiktaraf hingga ke Tingkatan 6 sebagai permulaan. Rumah guru ditambah bagi kemudahan pendidik bestari. Saya juga mencadangkan daerah Kalabakan dijadikan hub pendidikan berorentasikan pengajian Islam dengan mewujudkan sebuah Kolej Tinggi Pengajian Islam dan Sekolah Agama Rakyat. Setiap dari kita percaya, ajaran agama adalah benteng terbaik bagi seorang manusia kekal dalam keadaan baik. Pendidikan Agama Islam dan agama lain adalah kewajipan bagi setiap daripada kita untuk generasi muda dan kita sebagai pemegang amanah tertinggi punya tanggungjawab untuk memastikan ruang belajar perlu ada di setiap kampung. Ini bukan soal mahu atau tidak, tetapi ianya tanggungjawab kita untuk menyediakan sekolah agama, sediakan guru terbaik, dan prasarana yang terbaik kerana ilmu agama mesti disampaikan kepada anak muda dan berharap generasi ini terus tumbuh sebagai generasi penuh sikap mahmudah dan terbilang.

Datuk Speaker, kewujudan dua bandar sempadan yang lengkap dengan CIQS, dan macam-macam lagi di Sungai Melayu dan Simanggaris akan membuka ruang untuk sektor pelancongan, ditambah dengan wujudnya tapak milik LPPB, pembinaan bandar berkonsepkan pelancongan adalah pilihan tepat. Penduduk tempatan pasti boleh membina inap desa, chalet dan rumah tumpangan. Seterusnya berpeluang meningkatkan IKS berasaskan pertanian, perikanan, dan kebudayaan setempat. Namun, mereka hanyalah penduduk tempatan yang kurang modal kewangan, ilmu perniagaan, dan pemasaran. Maka, inisiatif kewangan dan tunjuk ajar amatlah mereka perlukan. Dengan ini, tindakan proaktif semua kementerian berkaitan amatlah diperlukan. Saya mohon semua agensi berkaitan agar memberi perhatian dan keutamaan terhadap pekara ini.

Datuk Speaker, bagi memberi tambah nilai dan kelainan dalam subset pelancongan daerah Kalabakan, saya mencadangkan pembinaan Zoo Kalabakan dan Pusat Penyelidikan Hidupan Liar Kalabakan. Ini boleh dilakukan dengan usahasama Zoo Negara, Yayasan Sabah, Sabah Softwoods Sdn.Bhd dan komuniti setempat. Sebagaimana yang kita sedia maklum, daerah Kalabakan mempunyai hutan yang luas dan sudah memberi pendapatan bukan hanya billion tetapi trillion lebih lima

dekad yang lepas tetapi Kampung Kalabakan masih tiada padang bola sepaknya awam, tiada Pusat Khidmat Masyarakat , tiada pusat tuisyen dan ...

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

... tiada pusat tuisyen dan sistem penempatan tidak tersusun terutama di tepian Sungai Kalabakan. Ini antara puluhan kekurangan yang sangat perlu perhatian bagi menjadikan pembangunan Daerah Kalabakan dapat selaras dengan kelestarian kehidupan masyarakatnya. Jangan sampai bangunan meriah, masyarakatnya menangis hibah.

Datuk Speaker, seperti yang saya sebutkan awal tadi, banyak kampung di tanah Pulau Sebatik perlukan sebuah klinik kesihatan yang mempunyai kemudahan lengkap. Sebenarnya ramai penduduk Pulau Sebatik menghadapi kesukaran setiap kali ada kemalangan, kelahiran dan seumpamanya dan ada yang terpaksa meredah laut ke Hospital Tawau. Memang menyedihkan bila membayangkan tahun 2021 masalah dalam filem tahun 70-an adalah realiti bagi rakyat di Sebatik. Datuk Speaker, kehadiran orang asal pelbagai etnik telah dicatat berabad dahulu, di mana semua kawasan pembalakan dan pertanian masa kini adalah kawasan kehidupan nenek moyang mereka pada masa silam. Namun peredaran zaman dan kadar pembangunan banyak meninggalkan kesan tidak menguntungkan komuniti ini sebagai anak Negeri Sabah.

Di kesempatan ini sukalah saya mencadangkan beberapa langkah kecil sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada mereka.

Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Ah.. Yang Berhormat, saya berikan tiga (3) minit lagi untuk gulung.

Tuan Hassan A. Gani Pg. AmirWARISAN · WARISAN-PLUSSebatik

Ok. Baik, yang pertama, mohon pihak JPN terus aktif turun padang membantu pengurusan kad pengenalan kepada ratusan malah hampir ribuan orang asal yang tiada pengenalan diri atas pelbagai sebab.

Yang kedua, saya mohon pembinaan sebuah muzium orang asal di Pantai Timur Sabah, di Kalabakan yang akan diuruskan secara usahasama bersama muzium negeri dan komuniti orang asal dari seluruh Pantai Timur Sabah. Yang ketiga, wujudkan tanah adat dua (2) ataupun tiga (3) ekar sebagai tanda apreasasi kepada setiap komuniti orang asal daripada Pantai Timur berhampiran kawasan kediaaman komuniti, di bawah NCR ataupun Native Customary Rights, seperti di Sungai Junup, Kampung Jagung Merotai, di Pulau Semendalan dan Kampung Kalabakan.

Saya ingin juga memanjangkan ucapan jutaan terima kasih daripada komuniti orang asal dari Pantai Timur atas inisiatif kerajaan mewujudkan aplikasi e-Native Law Kit, dengan izin, yang dilaksanakan oleh pensyarah pakar undang-undang UiTM Sabah. Namun saya berpendapat selain perkara undang-undang UiTM ada banyak organisasi profesional berkaitan orang asal seperti Pacos Trust, puluhan pertubuhan rakyat di seluruh Sabah patut dilibatkan bagi memastikan hasil produk lebih mantap, telus dan sempurna.

Seterusnya diharapkan pada masa hadapan pembinaan bangunan khas Mahkamah Anak Negeri di Tawau dan Kalabakan dapat disenaraikan secepat mungkin pada belanjawan yang akan datang.

Buat masa ini, saya mengharapkan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah dapat membuka sekretariat tetap di Daerah Kalabakan dan Bandar Tawau bagi memberi perlindungan wajar kepada komuniti orang asal di dua daerah ini.

Datuk Speaker, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan agihan perbelanjaan dalam Belanjawan 2022 ini. Segala permohonan dan harapan rakyat Sebatik yang saya sampaikan hanyalah permintaan tambahan.

Ianya adalah senarai keperluan mendesak bagi setiap kawasan yang telah saya nyatakan.

Belanjawan kali ini lebih komprehensif dan mencapai setiap keperluan majoriti rakyat Sabah. Untuk itu, saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan yang berjaya menghasilkan satu belanjawan terbaik untuk rakyat Sabah.

Saya akhiri minit perbahasaan Belanjawan Negeri 2022 ini dengan dua (2) rangkap pantun.

Pulau Sebatik sangatlah cantik, Besar potensi kaya alami, Muda usianya DUN Sebatik, Bangunkan, sokonglah dan bantulah kami.

Sungai Tamang Mantadak Baru, Nama terpahat sejak dahulu, Impian dan hasrat mohon dibantu, Membangun ke arah Sebatik baharu.

Inilah harapan komuniti kecil DUN Sebatik, dan saya dengan rendah hati menyampaikan isi hati mereka seiklasnya.

Mereka adalah rakyat yang bangga menjadi orang Sabah dan taat setia pada negara.

Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Terima kasih Yang Berhormat Sebatik.

Dengan itu saya menjemput Yang Berhormat Kadamaian.

Silakan.

2:36 petang

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Terima kasih Tuan Speaker, saya sebenarnya anticipate dan mengharapkan belanjawan Sabah yang dibentangkan sesuatu yang out of the box atau sesuatu yang betul-betul dapat mencerminkan pemulihan semula sektor ekonomi dan memacu lipatkan inisiatif-inisiatif pembangunan fizikal yang berkait langsung dengan pemulihan ekonomi serta dijadikan sebagai asas resetting tadbir urus kerajaan kita dengan memperkenalkan agenda-agenda reform.

Bagaimana pun, saya boleh menyimpulkan belanjawan yang telah dibentangkan pada Jumaat lepas, adalah satu belanjawan konservatif yang lebih kurang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Keperluan konservatif setiap kementerian, jabatan dan agensi memang penting, tetapi dalam keadaan kita yang telah melalui satu krisis ekonomi, krisis kesihatan dan politik serta pada masa

yang sama perlu “membubut”

atau mengejar semula kemajuan yang telah tertangguh akibat krisis-krisis ini.

Kita sepatutnya memperkenalkan belanjawan yang lebih progresif dan agresif.

Saya mencadangkan kepada kerajaan negeri, selain daripada belanjawan ini agar memperkenalkan kelak seawal tahun hadapan sebuah belanjawan khas, Pasca Pandemik COVID-19 Sabah khas untuk menaik taraf jalan-jalan perhubungan luar bandar terutama yang menghubungkan, menghubungkan kawasan perumahan dangan kawasan sekolah dan pekan, membina kemudahan kesihatan dan kesihatan awam dan menaik taraf bangunan sekolah, menaik taraf bekalan elektrik, air dan telekomunikasi termasuk dengan kaedah alternatif bagi kawasan luar bandar Sabah. Projek-projek ini boleh dibiayai melalui hutang-hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan di bawah Perkara 112C dan D Perlembagaan Persekutuan. Jika perhitungan kita ke atas hasil yang sepatutnya diperolehi oleh Sabah di bawah Perkara 112 ini adalah sebanyak RM5 bilion, maka kita tetapkan belanjawan khas ini untuk RM5 bilion.

Jika perhitungan kita lebih besar daripada itu maka belanjawan khas boleh menjadi lebih besar.

Kerajaan Persekutuan telah berpuluh tahun berhutang dengan Sabah di bawah perkara ini, maka pada saya suda tiba masanya kita harus mengambil tindakan yang agresif untuk memastikan bagaimana hutang-hutang terkumpul tersebut dapat diberikan kepada kita. Hutang terkumpul inilah yang sepatutnya kita gunakan untuk membiayai belanjawan khas Pasca Pandemik Covid ini.

Projek-projek yang diletakkan di bawah belanjawan khas ini pula tidak seharusnya melibatkan apa yang telah tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ataupun yang telah dibajetkan oleh kerajaan negeri untuk projek biayaan kerajaan negeri sendiri.

Kita boleh menggunakan platform Dewan ini untuk mewartakan enakmen kita sendiri, bagi memungut 40% hasil persekutuan dari Sabah untuk tujuan membiayai projek-projek pemulihan khas seperti mana yang saya nyatakan tadi. Selama ini kita terlalu gentar dan tunduk kepada percaturan persekutuan.

Rasanya masa ini sangat

sesuai untuk persekutuan pula harus tunduk kepada authority kerajaan negeri yang boleh diperkasakan melalui Dewan ini.

Tuan Speaker, saya nyatakan ini kerana rakyat kita sedang menderita, sudahlah banyak yang telah diberhentikan kerja, ratusan ribu lagi keluarga terjejas pendapatan akibat COVID-19 dan sekatan-sekatan ekonomi.

Kini dengan pendapatan yang terjejas itu kita dibebankan lagi dengan harga barang yang melambung tinggi.

Mereka yang sedang membina semula pendapatan melalui aktiviti pertanian terjejas dengan kenaikan harga baja dan racun. Mereka yang terlibat dengan perusahaan pembinaan industri kecil dan sederhana, terjejas dengan kenaikan harga besi, simen dan barang-barang binaan lain. Pengguna juga tertekan dengan kenaikan harga barang makanan harian seperti daging, ayam , telur, roti dan sebagainya. Ya betul, ada bantuan-bantuan tunai yang telah dan akan disalurkan kepada rakyat di bawah belanjawan yang telah dibentangkan itu.

Tetapi itu masih pendekatan konservatif dan hanya bersifat semasa sahaja.

Apabila rakyat dipaksa mengeluarkan duit simpanan hari tua mereka maka resetting of economy dan agenda-agenda reform tadbir urus perlu diperkenalkan untuk memulihkan dan menyelamatkan semula rakyat kita. Saya bersama-sama dengan beberapa rakan dari Dewan ini telah mengemukakan agenda reform Sabah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebagai satu asas kepada resetting of our economy dan reform tadbir urus kerajaan kita. Kami menghargai keterbukaan kesediaan Yang Amat Berhormat dalam membuka ruang kerjasama demi rakyat kita. Antara yang telah kita cadangkan ialah penubuhan...

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

….telah kita cadangkan ialah penubuhan Majlis Pemulihan Ekonomi Sabah mencakupi keanggotaan kedua-dua blok dalam dewan ini dan dianggotai oleh pakar-pakar serta pemain-pemain ekonomi di Sabah bagi merangka pelan pemulihan dan kebangkitan ekonomi seperti yang saya cadangkan tadi iaitu Belanjawan Khas Pasca Pandemik COVID-19 Sabah.

Tuan Speaker, saya cadangkan ini kerana kita harus berempati dengan rakyat kita. Di kawasan DUN Kadamaian apabila sekolah dibuka pada 22 November yang lepas, para ibu bapa, guru dan pengguna jalan lain mengadu keadaan jalan perhubungan yang rosak teruk dan tidak diselenggara dengan berkualiti sehinggakan penduduk dibeberapa kampung terpaksa pula membuat pungutan derma dan mengadakan gotong - royong sendiri membaiki jalan - jalan ini.

Di Kadamaian, jalan - jalan perhubungan ke sekolah seperti SK Sayap, SK Melangkap, SK Tengkurus, SK Lasau, SK Gensurai dan banyak lagi. Jalan - jalan ini sememangnya di bawah tanggungjawab JKR dan Majlis Daerah.

Sebab itu bila ada inisiatif swasta seperti Projek Skytrain dari pusat bandar ke lapangan terbang, rakyat memandang serong priority sedemikian kerana bagi masyarakat luar bandar mereka mahu jalan - jalan perhubungan mereka dinaik taraf.

Kita tidak boleh biarkan rakyat bertunggu berpuluh- puluh lagi tahun baru merasai jalan asphalt ke kampung mereka. Pihak kerajaan sering kali bercakap mengenai projek “Game Changer” di bandar tetapi bagaimana dengan aspirasi rakyat luar bandar yang juga mahukan projek “Game Changer” di kampung-kampung mereka.

Mereka ini tidak bukan hari-hari akan menggunakan skytrain.

Tuan Speaker, Yang Berhormat Timbalan-Timbalan Ketua Menteri juga menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Belanjawan Persekutuan 2022 bagi Sabah.

Alangkah baiknya ketidakpuasan itu diterjemahkan dalam bentuk resolusi dewan kita ini dan tuntut hak kita dengan lebih baik menggunakan platform dewan ini.

Kita terkilan selepas diberitahu melalui jawapan di Dewan Rakyat bahawa perolehan projek pembangunan fizikal secara runding terus sepanjang tempoh darurat tidak ada langsung yang diberikan kepada Sabah. Sudahlah kita keterbelakang dalam Program Vaksinasi Rakyat dan kemudian hospital kita tenat saat sehingga ke tahap tenat pada suatu ketika, langsung tidak diendahkan apabila kita memerlukan perhatian segera kepada keperluan kita di Sabah sepanjang tempoh darurat.

Tuan Speaker, perdagangan carbon melalui konservasi hutan mungkin salah satu pendekatan baharu mencipta revenue kepada kerajaan negeri.

Tetapi saya ingin menyampaikan kekhuatiran saya terhadap ketulusan terhadap Nature Conservation Agreement yang telah ditandatangani oleh kerajaan negeri dengan syarikat dari luar

negara terutama selepas viralnya surat daripada Pejabat Peguam Negeri.

Perjanjian tersebut tampak dibuat secara terburu-buru tanpa due diligent lebih-lebih lagi tidak ada proses libat urus dengan semua pemegang taruh seperti badan-badan NGO dan Komuniti Anak Negeri. Pada saya, salah satu matlamat kerajaan adalah mengurangkan atau menidakkan konflik dengan komuniti atau rakyat. Kita semua tahu banyak Komuniti Anak Negeri yang masih menuntut kawasan tanah adat mereka, kawasan perkampungan dan kawasan aktiviti ekonomi mereka yang terperangkap dalam Hutan Simpan yang bersempadan dengan Taman-Taman Sabah dalam kawasan konsesi balak atau agensi kerajaan berkaitan kerajaan. Kerajaan terdahulu dengan dasarnya pada masa itu telah berjaya mengeluarkan 104 buah kampung dari Hutan Simpan tetapi masih banyak lagi yang sebenarnya telah dirujuk kepada kabinet namun tidak sempat di bawah ke dewan ini selepas pembubaran pada tahun lepas.

Kerajaan juga boleh wartakan kawasan hutan komuniti atau Tagal Hutan kepada komuniti-komuniti besempadan Hutan Simpan dan Taman-Taman Sabah seperti di Kampung Kiau dalam kawasan DUN Kadamaian dan kawasan Kampung Bundu Tuhan di Kundasang seperti mana pewartaan Tagal Sungai di seluruh Sabah.

Bagi kawasan Hutan Komersil Balak yang diberikan kepada banyak konsesi, kerajaan harus ambil balik kawasan tersebut apabila tamat tempoh pajakan dan memberikan sebahagiannya kepada Komuniti Anak Negeri pada masa itu nanti yang tentunya akan memerlukan kawasan perkampungan baharu dan kawasan aktiviti ekonomi.

Justeru, saya menggesa agar NCA dan pengisian berkaitan perdagangan carbon dibuat secara transparent dan harus melibatkan semua pemegang taruh. Jika perjanjian ini menafikan hak Komuniti Anak Negeri ke atas akses dan pegangan mereka kepada kawasan perkampungan dan kawasan ekonomi mereka, maka saya ingin nyatakan bantahan awal saya dalam dewan ini. Jika Perjanjian NCA ini lebih menguntungkan pihak luar berbanding keuntungan kepada kerajaan dan rakyat maka saya ingin menyatakan bantauan bantahan awal saya hari ini. Tuan Speaker, dalam kita merangka pemulihan dan kebangkitan semula ekonomi sabah pasca COVID-19. Selain daripada memastikan Belanjawan 2022 dilaksanakan dengan teratur, kita harus memperkasakan tadbir urus, semak dan imbang bermula dengan peranan dewan ini.

Dalam Sabah Reform Agenda yang

kita kemukakan kepada pihak kerajaan antaranya ialah penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Khas Dewan bagi setiap kementerian yang ada dan juga bagi memanjangkan tempoh persidangan DUN bermula pada tahun hadapan sesuai dengan pertambahan jumlah Ahli Dewan agar semua urusan dan isu rakyat dapat dibawa ke dewan ini.

Reform pentadbiran adalah termasuk melibatkan wakil - wakil rakyat di luar kerajaan dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah. Kita semua tahu hampir separuh jumlah Ahli Parlimen Sabah yang berada hari yang ada hari ini, berada di luar kerajaan tetapi apabila mereka bersuara di Dewan Rakyat mereka bersuara untuk kepentingan rakyat Sabah.

Justeru wajar untuk melibatkan semua Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN dalam kedua-dua Jawatankuasa tersebut.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, sila gulung 3 minit lagi.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Ya, saya juga menggesa kerajaan negeri agar mendesak kerajaan persekutuan untuk memindah 112AB Perlembagaan Persekutuan agar kuasa dikembalikan semula kepada Tuan Yang Terutama Sabah dan Sarawak untuk melantik Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sesuai dengan Perjanjian Malaysia.

Saya tidak pasti kenapa pimpinan Sabah pada tahun 1994 boleh bersetuju dengan pindaman pindahan Perlembagaan Persekutuan yang menyebabkan TYT kita kehilangan kuasa yang dipegang sejak penubuhan Malaysia.

Tetapi sebagai generasi muda Sabah, hari ini kita mahukan kuasa ini dikembalikan kepada TYT Sabah.

Tuan Speaker, saya mengucapkan, saya juga menghargai komitmen Yang Amat Berhormat menyalurkan peruntukan Touch Point kepada semua ADUN sebanyak RM200 ribu setakat ini yang memudahkan peranan kita membantu rakyat terutama sepanjang pandemik COVID-19, semasa bencana alam dan bagi rakyat kita mengadakan kerja-kerja gotong-royong.

Ini satu reform yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri dan saya percaya boleh diperkasakan lagi.

Tuan Speaker, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, barisan kabinet dan semua jentera perkhidmatan awam kerajaan dalam melaksanakan Belanjawan Sabah Tahun 2022 ini. Dalam masa yang sama, mari kita sama-sama gunakan sidang dewan ini untuk menuntut hak-hak kita dalam Perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Malaysia. Saya bersedia bekerjasama dan memberikan sokongan selagi ianya untuk kepentingan rakyat Sabah.

Akhir sekali, mendahului ucapan Hari Krismas saya berdoa dan meng berharap kerajaan negeri dapat mendesak kerajaan persekutuan hari ini agar menarik balik rayuan kerajaan persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 yang telah memutuskan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah dalam ucara acara doa dikalangan penganut agama bukan Islam sejak tahun 1986 adalah sesuatu yang tidak berperlembagaan.

Saya berharap Ketua Menteri dengan akan ada ke satu nadaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan minta kerajaan persekutuan tarik balik rayuan ini.

Inilah doa Hari Krismas saya dan masyarakat Kristian buat pimpinan negara ini.

Barangkali kita juga mahu dengar juga pendirian daripada pihak kerajaan negeri dalam perkara ini. Mahkamah Tinggi telah membuat penghakiman tetapi kerajaan persekutuan appeal, merayu atas keputusan yang memberikan keselesaan kepada penganut agama Kristian dan penganut agama-agama bukan Islam yang lain dalam berdoa dengan cara kita sendiri.

Penggunaan yang telah kita gunakan berpuluh, beratus tahun lamanya. Semoga jaminan hak beragama penganut agama bukan Islam di Malaysia terus terpelihara bermula di Sabah.

Saya mengakhiri ucapan perbahasan saya dengan Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 kepada semua, semoga kita semua sentiasa diberkati dan terus cemerlang, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Anisah Yassin.

2:49 petang

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, assalammualaikum, salam sejahtera, Salam Sabah Maj Sabah Maju Jaya, Salam Keluarga Malaysia dan Salam Bersatu.

Terima kasih Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada hari ini, setelah sekian lama kita berada dalam suasana pandemik yang mencabar dan turut

membahas ucapan Belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2022 yang telahpun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada 3 hb Disember lalu.

Datuk Speaker, Belanjawan Negeri Sabah 2022, Pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2022, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tidak lupa kepada wanita yang merupakan...

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

..kepada wanita yang merupakan tunjang keluarga dan masyarakat dalam pembangunan amat bermakna sekali. Sejak dari dulu hingga sekarang wanita sering menjadi keutamaan kepada YAB Ketua Menteri. Siapa lah kita kalau bukan wanita di sisi kita? Ini lah kata-kata sering diperkatakan oleh YAB Ketua Menteri.

Dalam Belanjawan 2022 sebanyak RM17.60 juta, 61 juta diperuntukkan diberikan khusus untuk wanita bagi melaksanakan pelbagai program yang menjurus kepada pembangunan wanita. Kita amat menyambut baik pengumuman peruntukan tersebut. Apa pun, baru dua hari semalam kita telah meraihkan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah dan kita juga telah mendengar suara dari pihak wanita agar peruntukan tersebut boleh ditambah. Memandangkan Datuk Speaker, Rakyat Sabah ini 50 peratus daripada rakyat Sabah adalah terdiri daripada wanita. Sudah tentulah masalah wanta itu banyak, memerlukan peruntukan yang lebih banyak. Jadi mudah-mudahan dapat dipertimbangkan seruan daripada atau permohonan daripada pihak wanita.

Dengan bertemakan “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera” ia dirangka berteraskan aspirasi dan komitmen memulihkan ekonomi yang terkesan daripada pandemik Covid-19 dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Sekaligus menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Kita juga amat berterima kasih dengan kerajaan GRS dan YAB Ketua Menteri melalui bantuan Ehsan Tabungan Pendidikan Negeri Bestari yang diperkenalkan khas kepada anak-anak Sabah yang lahir bermula tahun 2022 kelak. Yang mana mereka akan menerima menafaat dengan dibukakan akaun Skim

Simpanan Didikan Nasional melalui perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi sebanyak RM100.

Datuk Speaker, kehilangan punca pendapatan dan kesukaran hidup penduduk. Pada tahun 2019, Negeri Sabah sudah pun menunjukkan kadar pengangguran yang tertinggi di Malaysia iaitu 5.8 peratus dan meningkat kepada 88.7 peratus tahun lalu. Kadar upah di Negeri Sabah juga rendah berbanding Semenanjung Malaysia. Malah mencatat kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia iaitu 19.5 peratus. Dengan cabaran pandemik yang berpanjangan ini sudah tentu telah memberikan impak berganda kesan buruk kepada penduduk dan ekonomi Negeri Sabah.

Selepas lebih 2 tahun pandemik Covid-19 melanda negeri Sabah, tidak terkecuali daripada terkena tempias petaka pandemik ini. Malah sektor pelancongan Sabah lumpuh mendadak manakala banyak rantaian perniagaan yang berkaitan seperti perhotelan, penginapan, peranginan, restoran terpaksa mengambil pilihan tutup di kedai dan memberhentikan pekerja secara besar-besaran. Pengusaha-pengusaha kecil juga tiada pilihan melainkan gulung tikar. Kita juga maklum kesukaran hidup bukan sahaja dikaitkan dengan kepayahan mencari nafkah dan menyara hidup keluarga tetapi juga menyebabkan gangguan mental dan emosi penduduk terutama dalam kalangan belia, ibu bapa dan wanita.

Melalui media, kita dihujani dengan pelbagai cerita penderitaan dan duka lara rakyat Sabah yang kehilangan pekerjaan sehingga ada yang menjadi gelandangan, hidup melarat tinggal bersama anak-anak di celah bangunan dan di bawah perusuk..perusuk jambatan di ibu kota Kuala Lumpur. Sehubungan itu, sebelum memasuki era pandemik ini, saya menggesa agar dipergiatkan gerak kerja membela nasib sebilangan rakyat yang terperangkap dalam kesengsaraan ini. Kerajaan negeri dan pihak berkaitan mesti melaksanakan operasi khas menjejaki dan membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan dan tempat berteduh. Kita khuatir kepayahan hidup bekal mengundang pelbagai masalah sosial lain seperti jenayah, penularan penyakit berjangkit dan ancaman kesihatan, keganasan rumah tangga, keruntuhan adat budaya dan susila masyarakat malah boleh menghancurkan kerajaan dan tamadun bangsa.

Seperti yang kita sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan yang terlalu lama bersambung dari minggu ke minggu, bulan ke bulan telah menyebabkan ada sebilangan rakyat berputus asa dan akhirnya berlaku tindakan di luar dugaan dengan mengambil jalan singkat iaitu membunuh diri. Data Polis Diraja Malaysia merekodkan 631 kes bunuh diri sepanjang tahun 2020 dan 468 kes dalam tempoh Januari hingga Mei 2021 sahaja. Jumlah tersebut jelas meningkat berbanding 2019 apabila sebanyak 609 kes bunuh diri dicatatkan. Malah jumlah tersebut menjadikan purata 2 kes bunuh diri berlaku setiap hari dari tahun 2019 hingga ke bulan Mei 2021. Sehubungan dengan itu, saya meminta pihak-pihak yang berkenaan khususnya Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat untuk mengambil tindakan secara proaktif serta membuat satu perancangan teliti dan efisyen dalam menangani dalam kes-kes bunuh diri ini.

Baik ketika pandemik yang mungkin dalam..akan berterusan bagi tempoh yang lama atau ketika pasca Covid-19 kelak. Sebilangan bes.. sebilangan rakyat memerlukan sokongan daripada pihak kerajaan untuk kembali meneruskan semua kehidupan. Kehilangan pekerjaan juga kita dapati telah menyebabkan berlaku kes keruntuhan rumah tangga. Seperkara lagi ialah wabak corona virus ini juga menimbulkan banyak kes keganasan rumah tangga khususnya para isteri yang menjadi mangsa penderaan suami.

Begitu..Maaf Datuk Speaker..Maaf Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, kena dera kah di sebelah? Teruskan Yang Berhormat.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Begitu juga ramai anak-anak menjadi mangsa si pengganas baran, penjaga mereka dan akhirnya menyebabkan golongan ini hidup dengan keadaan trauma dari segi emosi dan psikologi. Mengikut statistik sebanyak 109,806 daripada 122,328 panggilan yang diterima talian bantuan sokongan psikososial adalah berkaitan rapat dengan isu-isu psikologi yang dihadapi rakyat selepas berdepan pelbagai masalah sosial. Daripada jumlah panggilan yang direkodkan sejak ..sejak 1 Januari hingga 18 Jun lalu, kebanyakan aduan adalah berkait dengan isu kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan. Hilang tempat bergantung, pergaduhan antara ahli keluarga serta masalah rumah tangga seperti

pertengkaran, perpisahan, perceraian, penderaan emosi dan fizikal. Justeru, saya dengan ini menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat memperkasakan beberapa inisiatif seperti Khidmat Kaunseling oleh Pegawai Psikologi KKM dan MERCY Malaysia menerusi talian bantuan sokongan psikososial. Begitu juga pihak terbabit perlu melaksanakan kerjasama dengan kementerian dan agensi lain untuk talian bantuan seperti KSKK oleh Jakim dan Talian Kasih dibawah KPWKM. Program-program pemulihan psikologi komuniti perlu dipergiat dan digandakan peruntukan kerajaan bagi program tersebut juga perlu ditambah. Datuk Speaker, peluang pekerjaan generasi muda suatu hakikat yang perlu semua kita akui ialah kerajaan hari ini perlu komited dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada generasi muda khususnya lepasan sekolah dan institut pengajian tinggi. Mereka adalah aset masa depan negeri Sabah dan negara yang perlu kita persiapkan dengan sebaik mungkin supaya mampu merebut segala ruang dan peluang yang tersedia untuk dijadikan pendapatan sekaligus menyara kehidupan masing-masing.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan keciciran dan kadar pengangguran sekaligus membendungkan daripada terlibat dalam masalah sosial, saya meminta kementerian dan agensi berkaitan agar menyediakan satu pelan khusus bagi membantu supaya generasi muda yang lemah dalam bidang akademik supaya mereka ini tidak keciciran untuk menyambung ilmu dan kemahiran vokasional dan teknikal lain.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, saya berikan ada 4 minit lagi ya. Sama dengan YB Yang Berhormat Api-Api. Teruskan, sila gulung..

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Terima kasih, sudah tiba masanya kita mengguna pakaikan tenaga rakyat tempatan daripada tenaga asing. Ramai warga asing berkahwin dengan rakyat tempatan dan meneruskan hidup dengan membuka perniagaan serta mengusahakan tanah dimiliki…

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

….serta mengusahakan tanah dimiliki oleh rakyat tempatan. Saya menggesa Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah melalui Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi Sabah untuk mengenal pasti program-program baharu yang mampu membantu belia-beliawanis lemah dalam pendidikan tetapi mempunyai skill kemahiran diberi peluang untuk menyertai program-program tersebut.

Datuk Speaker, kemudahan internet dan Revolusi Industri 4.0. Dalam era Revolusi Industri 4.0 atau IR 4.0 dan digitalisasi ini, komunikasi maya adalah antara kaedah kerja baharu yang perlu dikuasai oleh masyarakat sama ada di luar bandar mahupun dalam bandar. Keperluan internet bukan lagi pilihan tetapi keperluan yang semakin penting dan utama untuk memudahkan urusan seperti pembayaran bil, cukai tanah, transaksi bank, pembelian dan urusan-urusan seharian yang lain. Dengan itu, kemudahan internet harus menjadi agenda penting dan disegerakan bagi memastikan masyarakat khususnya di luar bandar tidak terus ketinggalan dan terpinggir.

Dalam masa yang sama, latihan-latihan kemahiran dan perhubungan dan pembangunan kapasiti juga harus berteraskan IR 4.0 demi meng menuju masyarakat 5.0, iaitu masyarakat yang dapat menguasai alam maya, menganal menganalisa maklumat dengan Artificial Intelligence dan menggunakan untuk kebaikan atau memberi nilai baru kepada kehidupan manusia.

Mungkin masih ramai lagi masyarakat di luar bandar khususnya di negeri ini tidak peka akan kewujudan Revolusi Industri 4.0 yang sering diperkatakan bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia. Persoalannya, adakah negara kita mampu bersedia dalam berhadapan revolusi yang rancak berkembang secara global ini? Saya berharap Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi akan memberi perhatian era IR 4.0. Datuk Speaker, menjamin kecukupan makanan ataupun food security. Dalam suasana ekonomi masa kini, hasil tanaman makanan dan pro produk tempatan amat perlu dipertingkatkan bagi menjamin kecukupan makanan ataupun food security dengan izin.

Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Satu minit lagi, Yang Berhormat.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Tolonglah YB, tolonglah Datuk Speaker.

Kami wanita ini sikit saja Datuk Speaker, berapa orang sahaja.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Iya. Jangan berkelakar di belakang. Teruskan.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Terima kasih.

Dan memastikan masyarakat mendapat makanan yang bermutu dan berkhasiat dan menjamin kehidupan masyarakat yang sihat. Pada masa yang, pada masa pandemik ini, kita akan banyak bergantung kepada makanan luar atau eksport yang sudah diproses jadi, hasil tanaman segar tempatan tidak diberi perhatian untuk dipasarkan scara meluas.

Tiba masanya untuk negeri Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, mengorak langkah memaju pertanian secara dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya agar dapat menghasilkan makanan sendiri dan tidak banyak bergantung kepada eksport.

Tanah-tanah ladang yang berhampiran jalan raya dan bandar-bandar kecil, juga perlu diperuntukkan untuk tanaman makanan untuk memudahkan pengangkutan dan mengurangkan pembaziran lepas tuai atau post harvest wastage, dengan izin. Program-program Tanam Kekal Pengeluaran Makanan juga perlu dirancakkan semula dan menggalakkan para belia dan beliawanis yang benar-benar ingin maju dalam bidang pertanian.

Datuk Speaker, usaha menggerakkan dan menjanakan ekonomi melalui pertanian setempat adalah usaha yang perlu diberi keutamaan.

Penanaman tanaman makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan, penternakan ayam, ikan dan seumpamanya wajar diberi suntikan baru.

Jika taman bunga keladi menjadi hobi kegilaan semasa pandemik, maka pihak kerajaan juga perlu mengambil peluang untuk mempromosi makanan, tanaman makanan dan penternakan yang boleh dibuat secara kecil-kecilan dengan kaedah yang lebih moden. Pelbagai kaedah moden dan mudah boleh diperkenalkan dalam membantu petani-petani luar bandar

di khususnya para belia dan wanita seperti kaedah fertigasi, hidroponik dan akuaponik.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, sila gulung.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Sekejap lagi Datuk. Pemasaran juga perlu di satu sistem yang lebih bersepadu dan para petani dapat memasarkan hasil mereka dengan minimal pembaziran.

Akhir kata, akhir kata, akhir kata Datuk Speaker, saya pada hari ini mengambil kesempatan juga, ingin membawa suara rakyat dari Ranau dari daerah Ranau agar jalan raya Tamparuli-Ranau ditambah baik dan disenggarakan diseleggarakan dengan lebih cekap. Jalan raya ini bukan sahaja menghubungi Ranau, tetapi laluan utama bagi pelbagai kenderaan dari daerah-daerah lain seperi Sandakan, Kinabatangan dan lain-lain daerah.

Kalau boleh diwujudkan lah lebih ramai lagi tempat-tempat yang kita boleh over take dan akhir sekali Datuk Speaker, banyak lagi tapi oleh kerana masa tidak mencukupi, saya berharap negara kita Malaysia dan negeri Sabah akan terus aman dan harmoni. Saya juga amat bersyukur kerana ahli-ahli politik dan kepimpinan GRS yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sangat mementingkan, sangat matang berpolitik dan mementingkan keharmonian. Rakyat negeri ini juga telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam mengekalkan keamanan dalam suasana pandemik yang tidak menentu ini, kita harus bersepakat dan sering seiring untuk memerangi pandemik dan meneruskan Pelan Pemulihan seperti yang diamanahkan oleh Yang Amat Mulia, Yang di-Pertuan Agong.

Akhir kalam, marilah kita bertekad untuk memperbaharui diri kita dan melangkah ke hadapan ke arah kebaikan, khususnya dalam perhubungan kita antara satu sama lain. Jika kita semua tanpa mengira kaum dan agama bangsa mengambil langkah ini, nescaya hubungan kita akan lebih erat dan perpaduan yang menjadi lambang kejayaan kita akan terus teguh dan kukuh demi menjamin masa depan negara. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas yang beragama Kristian dan selamat menyambut Tahun Baru 2022. Datuk

Speaker, saya memohon wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Menyokong kah memohon?

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya menjemput Yang Berhormat dari Kuamut.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih, Datuk Speaker kerana memberikan saya ruang untuk turut sama membahas belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat yang lalu. Sebelum itu Datuk Speaker, saya ingin memohon restu daripada rakyat saya di Kuamut untuk saya menyokong belanjawan yang dibentangkan ini. Datuk Speaker, kenapa saya menyokong yang pertamanya ialah, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kewangan, belanjawan tahun 2022 merupakan belanjawan yang terbesar yang pernah dicatat oleh Kerajaan Negeri Sabah sejak ianya merdeka. Dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM4.596 billion dan anggaran pendapatan sebanyak RM4.77 billion. Saya menyokong belanjawan ini Datuk Speaker, kerana walaupun ianya satu belanjawan yang besar, tetapi kerajaan negeri GRS di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat tidaklah terlalu gelojoh untuk membelanjakan duit rakyat dan kita sudah dinyatakan di sini bahawa belanjawan ini mempunyai lebihan sebanyak RM110.68 billion.

Yang keduanya Datuk Speaker, saya juga menyokong belanjawan ini kerana apabila belanjawan ini meningkat, saya yakin dan percaya di pihak kementerian-kementerian juga mempunyai tambahan peruntukan dan sebagai mewakili rakyat, kita mengharapkan agar belanjawan di setiap kementerian dapat dibelanjakan bukan sahaja dibelanjakan di tempat-tempat ataupun di kawasan-kawasan menteri berkenaan, tetapi haruslah dibelanjakan di seluruh kawasan termasuklah dikawasan kami wakil rakyat biasa.

Datuk Speaker, tidak cukup dengan itu, sebagai wakil rakyat biasa, kalau di pihak kementerian sudah mendapat peruntukan tambahan, kami juga adun-adun kerajaan memohon restu dan pertolongan daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana kami juga mempunyai bebanan, kami juga mempunyai hati yang besar untuk berkhidmat lebih baik kepada rakyat.

Maka mohon supaya peruntukan adun pada tahun hadapan dipertimbang untuk ditambah. Datuk Speaker, dalam belanjawan ini telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan un…

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

...

merangkap Menteri Kewangan untuk memberikan penghargaan kepada semua anggota perkhidmatan awam dengan beberapa sedikit penghargaan yang pertamanya bonus telah dinaikkan kepada 1,000 ringgit di tahun hadapan dan selain daripada itu pihak kerajaan negeri juga telah bersedia untuk membantu perkhidmatan awam untuk ah, mendapatkan rumah-rumah mampu milik dan saya difahamkan usaha kerajaan negeri ini ah dibuat setelah sekian lama, hampir lebih kurang 21 hingga 22 tahun apa ini, bantuan seumpama ini tidak dikendalikan oleh kerajaan negeri dan kita amat bersyukur dan bertuah kerana kita mempunyai keprihatinan, mempunyai Ketua Menteri yang prihatin kepada perkhidmatan awam.

Nah Tuan Speaker, ini amat penting kerana kalau kita sebagai pengubal dasar sudah mempunyai peruntukan tetapi kalau kita tidak mempunyai gandingan yang kuat dan mantap daripada perkhidmatan awam juga saya rasa semua polisi dan dasar yang kita gubal di Dewan Undangan Negeri ini tidak akan sampai ke masyarakat kita. Sebab itu Datuk Speaker, di hati kecil saya, saya ingin menuntut kepada semua anggota perkhidmatan awam supaya kita sama-sama menghargai keprihatinan kerajaan negeri ini.

Sebagai contoh belanjawan ini empat (4) bilion ini terlalu besar Datuk Speaker, kepada kementerian-kementerian kalau tidak ada satu usaha pro-aktif di kalangan perkhidmatan awam, saya percaya dan yakin belanjawan ini hanya tinggal belanjawan.

Tidak akan dapat diimplementasi dan tidak akan dapat dikecapi oleh rakyat di bawah sana dan akhirnya Datuk Speaker, rakyat akan mempersalahkan

kerajaan yang ada sekarang ini.

Kerana Datuk Speaker, saya terbaca dalam satu artikel ketika Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merasmikan satu program perkhidmatan awam antara persekutuan dan kerajaan negeri.

Dan dalam artikel itu menyebut bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menegur semua anggota perkhidmatan awam persekutuan dan kerajaan negeri kerana ada beberapa peruntukan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan di kerajaan negeri ini tidak dapat dibelanjakan mengikut tahun semasa sehingga peruntukan itu dikembalikan kepada Kerajaan Persekutuan.

Jadi di mana silapnya Datuk Speaker?

Kita melaung-laungkan berbilion-bilion kita tuntut tetapi apabila peruntukan sudah ada kita tidak dapat membelanjakannya.

Pada masa ini Datuk Speaker, saya juga ingin menyuarakan ketidakpuasan hati saya sebagai rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan sebab apabila kita semak semua ini kadang-kadang kita diberi peruntukan hanya di hujung tahun. Bagaimana orang-orang kita, pelaksana-pelaksana dasar kita di peringkat negeri ini dapat melaksanakan tanggungjawab ini kalau kita diberi peruntukan hujung tahun. Tidak boleh dilaksanakan.

Jadi kita minta hati yang besar daripada pelaksana dasar ataupun di peringkat persekutuan belanjawan kita di peringkat Dewan Rakyat, belanjawan diluluskan pada tahun sebelumnya dan kalau boleh awal tahun sebagai contoh bulan dua kah, bulan tiga tahun hadapan, salurkanlah begitu cepat peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan supaya pegawai-pegawai kita yang prihatin di peringkat kerajaan negeri ataupun persekutuan yang ada di Negeri Sabah ini dapat melaksanakan tanggungjawab itu sebaiknya.

Datuk Speaker, di dalam belanjawan yang di apa ini, dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, di muka surat 14 perenggan ke 37. Nampak sangat kita bergantung kepada royalty petroleum, ah kemudian cukai jualan petroleum dan juga cukai jualan minyak sawit mentah.

Inilah antara elemen penting untuk menjana pendapatan di Negeri Sabah ini.

Tetapi Datuk Speaker, saya ingin mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa harga-harga komoditi ini dia akan berubah mengikut semasa ke semasa kerana ianya bukan ditentukan oleh kita tetapi ditentukan oleh pasaran dunia.

Sebagai contoh, suatu masa minyak petroleum menurun dengan mendadak, demikian juga harga kelapa sawit menurun dengan mendadak. Apakah persediaan kerajaan ini?

Apakah persediaan kerajaan ini untuk mencari sumber-sumber yang lain supaya angka atau belanjawan empat (4) bilion ini dapat

dikekalkan di tahun-tahun atau di masa-masa akan datang?

Nah Datuk Speaker, saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya meneroka lebih luas lagi hasil-hasil bumi di Negeri Sabah ini. Sudah sampai masanya Datuk Speaker, kerajaan negeri harus ke hadapan, harus berani.

Mungkinkah di Sabah ini kita ada sumber galian ataupun mineral galian, mungkin kita ada emas, mungkin kita ada tembaga, mungkin kita ada mine bermacam macam, ah ah, arang batu dan sebagainya.

Apakah kerajaan negeri sudah bersedia? Ataupun adakah kerajaan negeri sudah berbincang?

Ataupun kerajaan negeri sedang merancang? Ataupun mencadang untuk meneroka sumber-sumber ekonomi baru berasaskan mineral galian yang ada di Negeri Sabah ini. Nah Datuk Speaker, di muka surat ke-8 26, saya juga ingin memberikan pujian kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana Ketua Menteri kita ini walaupun kita nampak ada slow, banyak orang memperkatakan di luar tetapi sebenarnya dia bekerja.

Sebagai contoh di muka surat 26 ini ada tiga (3) pelabur-pelabur yang sudah menandatangani MOU kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Ini kita puji kerana keterbukaan beliau untuk menerima pelabur-pelabur, mesra pelabur dan sebagainya. Dan ini merupakan salah satu aset kepada Negeri Sabah kerana selain daripada kita mempunyai sumber ekonomi dalaman dengan ada keterbukaan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sebagai pimpinan negeri saya percaya dan yakin pelabur-pelabur luar akan datang ke sini untuk melabur dan sudah pasti akan menambahkan sumber pendapatan ekonomi kepada Negeri Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, saya kasih 3 minit untuk menggulung ya. Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Saya gulung... ok. Sebagai penggulungan Datuk Speaker, ketika pembentangan RMK Ke-12 yang lalu, kita mendengar dan kita juga membaca ada beberapa di Negara Malaysia ini ada beberapa daerah yang tergolong dalam kadar kemiskinan.

Mohon izin Datuk Speaker, kepada Adun-Adun yang berkenaan, saya mahu sebut nama-nama daerah.

1. Kudat; 2. Pitas; 3. Kota Belud; 4. Kota Marudu;

5. Beluran; 6. Telupid; 7. Tongod; dan 8. Nabawan.

Saya tidak mahu mengolah, saya tidak mahu mengulas bagi pihak kawasan yang lain.

Cuma saya mahu ulas mengenai Tongod.

Datuk Speaker, negara kita ini, Malaysia dibentuk pada 1963, sekarang sudah 58 tahun kita masih lagi berbicara pada kadar kemiskinan dan Tongod tidak terkecuali. Datuk Speaker, Tongod ini saya tahu merupakan kawasan yang terpencil tetapi merupakan kawasan yang besar di Malaysia, 90% Datuk Speaker, Tongod ini dikelilingi oleh hutan.

Hutan kelas satunya, hutan kelas duanya, hutan Yayasan Sabahnya dan sebagainya.

Kenapa saya cerahkan pasal hutan kerana hutan suatu ketika dahulu merupakan sumber ekonomi Negeri Sabah. Yayasan Sabah yang diperuntukkan lebih kurang 1 juta ekar di seluruh Negeri Sabah 30,000 yang terdapat di Tongod.

Yayasan Sabah ini suatu ketika dahulu ditubuhkan untuk apa? Untuk menjadi tanggungjawab sosio, untuk mengangkat ekonomi daerah-daerah terpencil dan sebagainya.

Tetapi Datuk Speaker...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang berhormat 1 minit lagi Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ok pendek cerita Datuk Speaker, saya tidak mahu lah undur ke belakang.

Saya memperingatkan kepada Kerajaan Negeri, kalau ada sahaja cadangan-cadangan untuk meneroka ekonomi baru di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber ekonomi sama ada hutan atau pun...

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

...ada hutan ataupun galian.

Jangan angkut hasil itu ke bandar-bandar tanpa meninggalkan nisan pembangunan di kawasan - kawasan tertentu.

Sebagai contoh Datuk Speaker, 58 tahun sehingga sekarang masih lagi membalak.

Tetapi kami di Kuamut masih bergelut dengan kemiskinan.

Ini dinyatakan di sini dalam RMK-12. Jalan raya tidak ada yang bertar, masih lagi

bercerita pasal elektrik tiada, bercerita pasal air tiada, internet dan sebagainya. Kita melaung - melaungkan, kita di negeri Sabah ini kita marah kepada persekutuan. Kerana apa?

Dia kaut semua hasil dalam isi perut kita kemudian dia tidak kembalikan kepada kita.

Datuk Speaker, kalau inilah perasaan kita di negeri Sabah kepada kerajaan persekutuan, kita juga di Tongod berperasaan sebegitu.

Kalau kita ambil hasil daripada Kuamut sebagainya, Tongod punya, tolong tinggalkan sedikit tanggungjawab sosial untuk ekonomi kami di daerah Tongod dan saya percaya di kawasan-kawasan yang lain juga begitu.

Datuk Speaker, awal-awal saya sokong tadi, saya sokong kedua kali, akhirnya saya ingin merakamkan Selamat Merry Christmas, Selamat Tahun Baru kepada Datuk Speaker, kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan kepada semua Ahli-ahli Kabinet dan semua rakan-rakan seperjuangan dalam Dewan Undangan Negeri ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Moyog. Silakan. 3.22 petang

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih Datuk Speaker, kotohuadan.

Kita tahu bahawa peruntukan perbelanjaan yang disediakan oleh Ketua Menteri untuk kementerian, jabatan dan sekian.

Seperti mana rakan saya cakap tadi daripada Kadamaian whose not out of the box, but kita faham. Kita faham bahawa pada waktu global economic disruption ini kerana COVID-19, PKPB dan PKP and all sort of PKP what ever, was a big disruption bagi Sabah.

Walau bagaimanapun, COVID-19 tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada kita semua untuk terus bergerak kehadapan.

Malah, kita sepatutnya mengambil kesempatan atas kelesuan ekonomi serantau yang sedang dialami oleh beberapa negara di rantau Asia. We must take maximum opportunity, segala aset - aset yang kita ada.

Bukan hanya dengan kaedah monetizing dengan membenarkan pihak ketiga untuk melaksanakan aktiviti ekonomi berkaitan dengan aset- aset ini, tetapi dengan memberi access serta hak kepada rakyat Sabah khususnya.

Pemimpin-pemimpin Sabah lampau, telah pun membuat berapa keputusan yang berkaitan konsep monetizing asset Sabah yang dikritik oleh kita semua kerana kita melihatnya sebagai tidak adil, manipulative dan exploitative seperti pemberian kuasa kepada Petronas untuk mencari gali dan menjual petroleum hak milik Sabah dengan balasan royalti ataupun cash payment 5%.

Pemberian kuasa kepada syarikat luar Sabah untuk mengendalikan urusan aktiviti pelbagai sector business di Sabah and the alienation dengan izin, of hundreds and hundreds of thousands of acre of state lands kepada syarikat-syarikat gergasi dari semenanjung untuk tujuan penanaman kelapa sawit.

Saya amat pasti bahawa terdapat segelintir rakyat Sabah yang membantah penganugerahan hak kepada pihak ketiga pada masa itu. Tetapi, suara mereka tidak kedengaran kerana alasan kerajaan waktu itu, ataupun even right now adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat Sabah dan menjana pendapatan kepada kerajaan Sabah melalui konsep monetizing.

Sudah pastinya lebih sedap didengar dan dilihat lebih penting. Berkaitan dengan ini saya ingin bertanya kepada Ketua Menteri berkenaan dengan Nature Conservation Agreement yang telah disebut oleh rakan-rakan dibarisan ini.

Nature Conservation Agreement atau pun NCA ini telah di, kita tahu daripada messaging, news, websites dan juga kritikan, telah ditandatangani pada 30 Oktober 2021.

Sebelum saya proceed dengan apa yang saya ingin tanya, I must make it clear that carbon sequestration, the new deals for carbon is fine but it must be open.

Datuk Speaker, I can give you for example, Indonesia.

Pada 1st May 2021 telah mengeluarkan tailormade tax break dan juga carbon sequestration untuk memanggil investor, pelabur kepada Indonesia, and it was a success, it is still a success in Indonesia because they bring this people to Indonesia to invest then they will certified them with carbon credits. Not elsewhere enjoying our carbon and causing emission di negara mereka.

Di Indonesia lagi, BP.

BP Energy America invested USD3 billion on the 29 November 2021 di Indonesia, and this is attracted many investor because they went on the concept of carbon capture and also storage all carbon, carbon sequestration. Dia tidak jual carbon dia kepada negara lain ataupun orang - orang yang sedang membuat criminal offense of carbon emission, but they bring them to Indonesia.

Maybe this is the model we should do but tanpa, tanpa pembentangan daripada kerajaan negeri dan juga tanpa any information yang kita ada berkenaan dengan NCA, Nature Conservation Agreement ini, we will never know what is the deal.

Kita hanya tahu bahawa two days ago, three days ago diwar - warkan bahawa The State Attorney-General’s Chambers is concerned. I believe there are people in the cabinet who also concern.

So dengan itu, the Chief Minister, Ketua Menteri mesti membentang isu inu, isu ini kerana we will all somehow have to answer this for the future.

Labuan, telah dibentang di Dewan Undangan Negeri ini and orang Sabah masih marah pasal Labuan, PDA 1974 ditandatangani tanpa kelulusan Dewan Undangan Negeri.

Tapi orang semua marah dan juga masih lagi tidak puas hati dengan apa yang telah kita memberi hak kepada agensi ataupun badan luar seperti Petronas.

Kita juga tahu pasal many other issues yang too much, too many to mention but I will touch on this, Datuk Speaker, bahawa we must never allow a third party to control our assets.

So, Nature Conservation Agreement, we ask, kita implore kita minta Ketua Menteri untuk membentang dan menerangkan apanya position, apanya apa ini opinion dan juga keputusan kabinet Sabah ini. Datuk Speaker, allocation to the industrialization agenda, i read dalam kita punya bajet.

It is good but kita semua tahu bahawa Sabah amat memerlukan revolusi perindustrian sebagai cara untuk membasmi kemiskinan di Sabah, untuk menyediakan peluang perkerjaan kepada graduan - graduan kita, untuk memperkukuhkan kedudukan fiskal Kerajaan Sabah melalui kutipan cukai eksport untuk produk - produk sedia dieksport.

Maka fokus kerajaan sepatutnya tertumpu kepada perkara ini.

Kita harus berhenti memikirkan bahawa Sabah ialah agrarian state yang hanya terhad kepada ekonomi sara diri di mana petani menjalankan aktiviti pertanian untuk tujuan pasaran domestik di pasar atau tamu atau mula jalan untuk menjadikan Sabah sebagai satu negeri pemprosesan or manufacturing product pertanian premium yang terulung di rantau Asia.

I believe orang Sabah have this capability and the ability and I have met many of them waktu saya di MITI. Ini adalah kerana Sabah tidak akan mampu. Ini my opinion, Datuk Speaker. Dari segi volume dengan Filipina Selatan atau Kalimantan dalam bidang pertanian. Tetapi kita mungkin boleh bersaing dari segi quality and standard. Maka oleh yang demikian Kerajaan Sabah perlu menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk tujuan R&D dan penggunaan IOT dan Artificial Intelligence dalam pertanian.

Pelancaran Industry4WRD ataupun Industry 4.0 telah dibuat pada November 2018. We had to take it away from the Minister of Economic expedite it because the country needed such policy dan di Sabah we have this, this great

talents that we can monetize especially utilize our young people, our trained people dan we should invest. The state government should invest on the AI technology, the Industry4WRD technology as well as the IOT. Kerajaan Sabah saya menggalakkan untuk membuka lebih banyak light industrial centre yang menurut piawaian halal dan GMP or...

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

….halal dan GMP or Good Manufacturing Practice di seluruh Sabah untuk memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat Sabah yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam industri pertanian dan penyediaan bahan makanan untuk menga..menikmati entrepreneurship mobility dengan beralih dari industri kecil-kecilan kepada industri pengigil..pengilangan dan pemprosesan. Light Industrial Centre adalah nadi kepada kerancakkan ekonomi seperti di Subang, seperti di Larkin Johor, Mak Mandin di Pulau Pinang. Di samping kehadiran berpuluh-puluh lagi Light Industrial Centre di ketiga-tiga negeri ini. Ianya tidak masuk akal jika kita memberkan..membiarkan ribuan rakyat Sabah.. Sabah yang sebenarnya mempunyai potensi untuk naik ke tahap yang lebih tinggi dibiarkan begitu sahaja untuk bersaing dalam industri kecil-kecilan yang semakin sesak dengan new comers and new players untuk membolehkan mereka terus maju. Experience players perlu dibantu dengan menyediakan kilang-kilang kecil untuk disewa, modal yang lebih besar dan pasaran yang lebih luas kepada mereka dan jumlah RM130 juta more or less untuk tujuan pembangunan perindustrian Sabah ini amatlah kecil.

Sedangkan agenda ini amat diperlukan oleh rakyat Sabah. How many more minutes do I have, Datuk Speaker?

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

3 minit lagi.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih, thank you. Ah.. we need to move to new green economy policy then ah.. pada sidang yang lepas dan juga di Parlimen, kita telah sebut berkenaan dengan Industrial Hemp, Medical Marijuana dan banyak lagi em.. new cash crop that we should go into, we must be brave to

move to this because countries seperti Singapura have move to packaging of Medical Marijuana. Singapo.. ahh.. Thailand have gone into Industrial Hemp dan juga Medical Cannabis..crop production as well as Indonesia. They are talking about it, it is real and we would be left behind but Sabah used to have this Datuk Speaker. Kita ada Abaka di Tawau, we used to have the Abaka industry that is part and parcel of Industrial Hemp so we must look at it sebab kita punya ground is fresh, kita punya ground has volcanic ahh.. ingredients which will help with better quality dalam Industrial Hemp. Eh.. Datuk Speaker, we should also look into ocean farming the blue carbon. These are the new futures that Sabah should look at not rush into NCA but think about outlining our carbon em.. ah.. pillar policy untuk Sabah because we have abundance of land, abundance of sea and the most beautiful thing that we have is we have things that we can share with the world but we must bring these investors to Sabah and certify them with our own regulatory body. Ahh.. Datuk Speaker, saya ingin menyentuh berkenaan dengan banjir di kawasan saya. We know banjir ini is.. is a recurring issue dan kita dapat maklumat bahawa em.. banyaknya flood mitigation ataupun penempatan banjir yang telah diumumkan over and over and over again. The fact remains that banjir ini today in Sabah or in my area di Moyog is my made. We have ah.. clear indications of non clearing of the drains, ah.. haphazard development, haphazard reclamation. Worst still Pan Borneo pun sudah dikaitkan and its somehow ah.. been proven that Pan Borneo has caused a problem. Em.. damages after damages are equate by people, kita tidak tahu berapa.. how to confide anymore but it will occur.

You can see the rain, weather pattern is changing if we do not start cleaning our drains. If the government still does not bother to look into the maintenance and also the eh.. to me, they should do almost monthly maintenance of our major drains eh.. get the JPKK, get the local authorities to tell every kampung to start being aware, clean, clear up the rivers, clear up the eh.. the parits. We have to change our attitude and we have to.. to be serious about also solving what the penebatan banjir has not solved iaitu I understand land punya prob.. land acquisition problem ah.. where some of those people have not moved out even though they were paid. So as long as this are not solve, the flood will happen maybe tomorrow if not next week if not next month and we will all have a bleak Christmas.

So the government has to act quick. Ah.. Datuk Speaker, berkenaan dengan satu soalan yang akan naik esok. Menteri ah.. Local Government will be answering, it is in regards the Penampang draft master plan. Em.. I have asked the DO, I’ve written to the DO, we must make it public. We have to change the way we do things. We cannot let kita punya JPKK or Ketua Kampung explain to the kampung or to the kapi.. Kapitan Cina. We need the engineers to sit down with the population, the stake holders and explain to them what is this draft plan about and what are they doing. You can see daripada je.. ah.. laporan audit negara 2019, Majlis Daerah Penampang sendiri has so much problem. For that matter, just look at the pengurusan semakan Audit mendapati bahawa ah. Collection that was supposed to be 31.72 million only 19.67 million was collected. This is bad ba..

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Tolong gulungkan ah Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

so it tells you that we need to styart talking with the stake holders iaitu populasi yang tinggal di daerah Penampang, Kepayan dan Moyog. Em.. berikan saya sedikit lagi ruangan untuk berkenan.. berkaitan dengan amendment yang akan dibuat berkenaan dengan Artikel 1.1(2) dan juga Artikel 160 sub 2 di ahh.. Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Saya ingin tanya Kabinet dan juga Ketua Menteri, setuju kah Ketua Menteri dan juga rakan kabinet dan rakan-rakan dalam dewan ini bahawa definisi yang ak.. dicadang oleh eh.. Kementerian ahh.. ataupun Kerajaan Persekutuan reflex what we wanted for Sabah?

Kami ada berjumpa dengan ahh.. Dato Seri Wan Junaidi eh.. Menteri yang bertanggungjawab berkenaan denga hal ini dan beliau telah juga technically the way I read his body language setuju dengan apa yang kita cakap. Then he said the state should make that decision bahawa definisi yang mereka akan masukkan adalah definisi berkaitan dengan ahh.. Tanah Malaya tahun 1988 dan 90 ahh.. 97 referring to the Malaysian Agree.. Malaya Agreement 1957, thereafter ahh.. Malaysian Agreement 1963 dan juga dengan emm.. keadaan Singapura di ahh.. dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia. I want to remind Datuk Speaker dan the state government, the Malaysia Agreement adalah chapter 36 eh.. 35 di fed.. di UK tapi di Malaysia, dia telah digubalkan sebagai Chapter 36 ataupun Akta 26. So there is a

Malaysian Agreement dalam Undang-Undang Malaysia, Akta 26 tapi sering dan very rarely referred to so maybe my po.. my would like to ask the government dan juga apanya emm.. position State Attorney General Chamber yang kita hormati? Sebab dalam menyoal MCA, we want to ask them are you sure you agree with what the Federal Government is going to do? Dan akan membentang untuk second reading pada 14hb Disember bulan eh.. tahun.. bulan ini. This is serious because it will change the whole thing and saya tahu what ever decision will make sama ada pihak kami tolak ataupun kami memberikan kritikan ataupun abstain, kawan-kawan kita di Cyberspace akan pusingkan, pesongkan kerana they themself do not understand bahawa adanya Perjanjian Malaysia ataupun Akta Malaysia, Section ataupun Akta 26 yang sedia ada dan patut dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan. Terima Kasih, Kotohuadan, Merry Christmas.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya jemput N.35 Sindumin.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh, salam sejahtera, selamat tengahari. Terima kasih Datuk Speaker. Pertama saya ingin mengucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan Menteri Kewangan kerana telah membentang budget surplus pada tahun ini walaupun tidaklah ahh..sebegitu ahh.. besar seperti yang kita inginkan berbanding dengan Sarawak tapi cukup memadai dengan ahh.. apa yang telah dirancang mengikut hasil pendapatan negeri ini. Memang ahh.. saya melihat dari segi rancangan kerajaan negeri akan ada penambahan pendapatan apabila kita susun sebaik mungkin ekonomi negeri iaitu melalui ahh.. Penambahbaik daripada dividen daripada ahh.. GLC kita pelaburan-pelaburan kita kemudian penambahan cukai petroleum dan juga ahh.. hasil…

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

…penambahan cukai petroleum dan juga ah… hasil petroleum produk dan saya ucap tahniah kepada kerajaan negeri yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Masidi ah… atas kejayaan memeterai perjanjian ataupun kelulusan untuk diadakan commercial collaboration agreement, yang saya difahamkan akan ditandatangani pada hari esok, pada 7 haribulan,

tahniah Yang Berhormat, dan saya melihat, apabila ini dilaksanakan, akan ada pendapatan tambahan dan mempunyai ruang untuk kita menambah ah… aktiviti, dan saya berharap pada review ataupun kaji semula pendapatan pada pertengahan tahun depan, akan ada penambahan ah… anggaran ah… penambahan peruntukan tambahan.

Datuk Yang di-Pertua, Datuk Speaker, kita melihat bahawa apa yang berlaku di negeri ini, kita kena akur dan kita semua sebagai wakil rakyat, bersama-sama untuk memajukan negeri sama ada pembangkang ataupun kerajaan, tetapi saya mendengar ucapan Yang Berhormat. Sebelum saya meneruskan ucapan Yang Berhormat daripada Senallang tadi, sebagai Ketua Pembangkang, beliau bercakap perkara yang tidak tepat.

Yang pertama, iaitu soal pekerja SFI, dia cakap ada 3,000 orang. Sebenarnya pekerja SFI yang terlibat adalah 1,281 orang. Dia juga katakan bahawa tanah milik SFI adalah 250 ribu hektar tetapi title land milik SFI adalah 13,263 hektar, dan yang selebihnya ialah 274,330 hektar adalah konsesi balak, yang sudah ditarik oleh kerajaan negeri. Jadi ertinya, Sabah Forest bukan memiliki tanah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senallang tadi.

Jadi, saya pun kecewa juga.

Sebagai ketua pembangkang, tidak ada fakta yang tepat dan apakah peranan pakar-pakar rujuk ataupun research officer yang tidak buat kerja dengan tepat. Jadi, saya berharap ini diperbetulkan dan jangan dipolitikkan lagi.

Datuk Speaker, sebagai kemajuan negeri Sabah, saya ingin tumpukan kepada pendapatan negeri. Saya melihat bahawa salah satu sumber pendapatan negeri, di samping dividen daripada GLC, cukai minyak.

Salah satu ialah dari segi pelancongan, walaupun pelancongan, pendapatan kita merosot, kalau kita lihat seluruh Malaysia juga merosot daripada tahun ah… 2019 kita mempunyai pendapatan RM8,643,000,000 jatuh kepada RM1,268,000,000. Jadi ia jatuh merosot. Namun demikian, kita melihat, oleh kerana covid-19 akan reda dan kita akan hidup dengan covid, pelancongan akan kembali pulih. Oleh itu, sebagai negeri Sabah, suatu negeri yang mempunyai segala-galanya untuk pelancongan, kita kena bersedia untuk membangunkan sektor pelancongan ini dari sekarang, kerana pelancongan, indusri pelancongan ini mempunyai banyak manfaat kepada negeri

Sabah, akan dapat dirasai oleh semua golongan, akan dapat dirasai ataupun dinikmati oleh sama ada dia di bandar ataupun dia di kampung. Kita lihat sahaja dengan ketibaan pelancong, setiba pelancong di lapangan terbang, sudah ada peluang perniagaan, yang pertama sekali sudah ada peluang perniagaan, industri pengangkutan daripada teksi, grab dan bila sampai check-in di hotel ataupun homestay, akan sudah ada tempat tinggal yang akan dibayar, kemudian akan makan dan kemudian ada program-program tertentu seperti rekreasi dan juga lawatan-lawatan yang memacu industri di negeri Sabah.

Oleh itu, industri ini perlu kita kembangkan, perlu kita ambil tindakan yang serius yang mana rangkaian daripada pelancongan ini dapat dinikmati oleh semua golongan, sama ada, saya katakan tadi, ah… pengangkutan kemudian industri IKS, penyedia makanan, penyedia kraftangan, nelayan, petani, penjaja, tamu, COBT ataupun Comunity Based Tourism. Semua akan dapat limpahan. Oleh itu, kita kena bersedia dan saya katakan tadi, Sabah mempunyai ada segala-galanya sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Kita mempunyai laut yang cantik, kita mempunyai sungai, kita mempunyai pulau, kita ada gunung, hutan, makanan laut, kepelbagaian budaya yang boleh menjadi tarikan pelancong.

Datuk Speaker, ini adalah satu daripada yang kita kena fokus dan oleh itu, untuk menggalakkan ke arah ini, beberapa tindakan perlu diambil oleh Kementerian Pelancongan juga Kementerian Kerajaan Tempatan dan juga keseluruhannya. Yang pertama sekali, impian saya ialah dan juga saya minta, ah… kerajaan memikirkan untuk menjadikan Kota Kinabalu ini sebagai suatu bandar yang tercantik di Malaysia, yang akan menjadi sebutan, yang orang akan datang ke Kota Kinabalu untuk melihat kecantikan Kota Kinabalu. Untuk itu, kita mesti semua bersedia, terutama sekali Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, kemudian Mayor Kota Kinabalu.

Kalau kita lihat pada hari ini, saya drive atau memandu daripada airport hingga ke bandar, kemudian Jalan Tunku Abdul Rahman, kemudian masuk lagi KK Bypass, ia tidak menggambarkan keadaan yang boleh menarik pelancong.

Kalau kita lihat, bangunan-bangunan sudah menjadi bangunan usang, dengan adanya pokok kayu ara di atas bangunan, dengan cat yang ah… pudar, usang dan menyedihkan seperti

Kota Kinabalu ini bandar Angkor Wat, ataupun bandar, kalau tidak percaya cuba tengok. Kita memandu saja pada hari ini, dilihat di bangunan itu. Kalau bangunan itu ada kayu, misalnya bangunan Hiap Seng atau Hup Seng, ada bangunan di atas ada kayu sebagai hiasan, itu tidak apa. Tapi, ini adalah tumbuhan ah… kayu ara ataupun tumbuhan liar yang tumbuh. Kemudian, berbagai-bagai barangan yang tidak sepatutnya ada di atas bangunan ataupun di tepi bangunan hendaklah dibersihkan ataupun dibuang.

Oleh itu, kerjasama semua, pertama sekali Dewan Bandaraya, terutama sekali Mayor Kota Kinabalu, hendaklah mempastikan bahawa semua bangunan ini dibersihkan, dicat baru dan kita kena minta kerjasama daripada pemilik bangunan ataupun penyewa, atau siapa juga yang tinggal di situ untuk membersihkan dan mungkin kita kena aturkan seperti undang-undang di Australia ataupun di luar negara, kalau bangunan itu usang, kita terpaksa buat ah… ataupun Dewan Bandaraya buat dan kita charge kepada pemilik bangunan supaya bangunan itu sentiasa cantik.

Kemudian, yang kedua, perlu juga ada bandar yang cantik di samping Kota Kinabalu, kita ada perlu ada bandar di luar Kota Kinabalu. Saya mencadangkan, bahawa bandar Kundasang, tempat Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, dijadikan bandar pelancongan. Oleh kerana, keadaan suhu nya yang sejuk dan dengan hasil sayur-sayuran, pemandangan cantik, boleh dijadikan supaya ia menjadi destinasi dan ini kita kena susun sebaik mungkin.

Kemudian, kita perlu juga ada bandar yang cantik, misalnya saya, oleh kerana saya dari Sindumin, Sindumin Pekan Sipitang adalah pekan masuk, pintu masuk ke Sabah daripada Sarawak dan juga daripada Brunei Darussalam. Oleh itu, first impression adalah sangat penting untuk pelancongan ini dan saya minta Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, di bawah Majlis Daerah, menyusun Pekan Sipitang. Kemudian satu lagi, saya ingin cadangkan Pekan Kuala Penyu sebagai pekan pesisir pantai yang cantik. Oleh kerana kita sudah ada produk daripada Pulau Tiga ataupun Survival Island, yang boleh dijadikan dan kita susun sedemikian, tiga pekan ini menjadi pekan yang cantik untuk menjadi kunjungan pelancong.

Datuk Yang di-Pertua, Datuk Speaker, saya minta juga pegawai-pegawai kerajaan supaya peka terhadap perubahan, kerana seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Kuamut tadi, tidak ada ertinya kita ada peruntukan kalau pelaksanaan tidak teratur. Kita minta pegawai-pegawai kerajaan, bekerjasama dengan kita, dengan kerajaan, untuk mempastikan supaya kita dapat mengubah negeri Sabah ini seperti yang kita impikan. Oleh itu, penglibatan pegawai-pegawai kerajaan juga sangat penting.

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

... kerajaan juga sangat penting.

Datuk Speaker satu lagi yang ingin saya tekankan ialah mengenai dengan pelaburan di Sabah. Pelaburan di Sabah ...

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Untuk Sindumin, tinggal 3 minit lagi ya...

Datuk Dr. Yusof bin YacobWARISAN · WARISAN-PLUSSindumin

...kerna dia akan, pelaburan di Sabah amat penting kerana dia akan memberi peluang pekerjaan.

Oleh itu, beberapa pelaburan yang telah dicadang kita minta supaya ada sense of urgency daripada pelaksana atau dari pegawai-pegawai kerajaan kerana pelabur ini tidak boleh tunggu. Kalau mereka sudah enam (6) bulan menunggu ataupun setahun, dua (2) tahun menunggu mereka mungkin akan lari daripada kawasan kita, negeri kita kerana di luar sana mempunyai pilihan dan juga tawaran-tawaran yang menarik seperti Indonesia, Vietnam, Laos dan sebagainya.

Oleh itu, saya minta juga pegawai-pegawai kerajaan dan juga semua yang terlibat hendaklah ada sense of urgency kerana ini adalah duit masuk dan juga peluang pekerjaan yang boleh mengubah negeri kita.

Sebelum saya akhiri yang, Datuk ah, Speaker saya ingin menyebut beberapa hal di kawasan saya, yang pertama sekali kepada Menteri Kerja Raya saya menyokong projek Pan Borneo tetapi Pan Borneo di kawasan saya di Sipitang ini sangat menyusahkan. Kita alu-alukan pembinaan ini tetapi cara pengurusannya, kerjasama koordinasi di antara kontraktor, konsultan, Kementerian, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air, telekomunikasi agak, tidak begitu lancar.

Selalu ada paip pecah, kemudian jalan itu ada yang sangat becak, mempunyai parit yang sangat merbahaya kepada pengguna, saya mintalah Kementerian Kerja Raya dan juga jabatan siapa-siapa yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini.

Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kontrakor ataupun Jabatan Kerja Raya, konsultan tetapi kita mahu, kami orang di Sipitang, Sindumin mahu masalah ini diselesaikan dan kami mahu jalan itu siap cepat. Kemudian untuk Kementerian Pertanian dan Perikanan, isu kenaikan harga barang terutama sekali harga racun serangga, racun rumpai seperti yang dikatakan oleh ahli-ahli yang lain. Oleh kerana, kalau ada kenaikan harga barang, kontraktor diberi ah VO, Variation of Price atau Variation of Orders, ah kalau boleh, kita minta kementerian pertanian melihat perkara ini supaya kenaikan mendadak ini yang sukar kita kawal di peringkat kita, kerajaan menimbang untuk membantu para petani ini supaya harga itu tidak naik secara mendadak mungkin diberi secara ah, pemberian subsidi agar tidak begitu terkesan.

Maklum sahaja lah, selepas COVID-19 ini, petani-petani sudah mula menanam, sudah mula mengeluarkan hasil tetapi oleh kerana kenaikan harga racun serangga, oleh kerana racun rumpai ini sangat tinggi menyusahkan dan membantut pertumbuhan ataupun aktiviti para petani.

Datuk Speaker, mengenai dengan banjir seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan tadi, ah kita melihat banjir ini mempunyai banyak sebab, yang pertama sekali ialah ah parit-parit yang tidak diselenggara dengan baik.

Terima kasih di Sipitang, di Sindumin Jabatan Parit dan Saliran telahpun melaksanakan tugas dengan baik tetapi sebenarnya itu penyelesaian ah segera yang tidak kekal dan isunya adalah kuala-kuala sungai yang begitu cetek yang menghalang aliran air ke laut terutama sekali di waktu pasang.

Oleh itu, saya minta supaya Jabatan Parit dan Saliran membuat kajian secara terperinci semua sungai-sungai di kawasan ah persisiran pantai seperti Sungai Mengalung, Sungai Sipitang, Sungai Lukutan dan juga Sungai , Padas supaya tindakan jangka panjang dapat diambil untuk menyelesaikan masalah ah banjir di kawasan masing-masing.

Datuk Yang Dipertua Datuk Speaker, yang akhir ialah mengenai dengan isu SFI di Sipitang. Saya telah katakan tadi bahawa SFI ini telahpun ah yang Senallang tadi bagi fakta yang tidak betul dan saya mintalah supaya Yang Amat Berhormat ah memberi penerangan, penjelasan, apakah kedudukan terakhir, di manakah penghujungnya SFI ini.

Sama ada kita tutup, sama ada kita ganti dengan pelabur lain yang berminat untuk mengambil alih ah, pelaburan ataupun kawasan SFI yang telah pun diarahkan untuk digulung dan kita minta proses ini cepat diambil tindakan kerana kita tidak mahu ah, pekerja-pekerja yang 1,200 orang ini sudah ah, lima (5) bulan tiada gaji dan kemudian digantung lagi sehingga bulan Mac dan apakah penghujungnya selepas bulan Mac nanti? Apakah mereka ini akan diambil bekerja ataupun ah, di manakah ah kedudukan mereka dan ada beberapa pelabur yang sudah berminat dan sebagai satu kita boleh meminta dia untuk sebagai jaminan supaya mengambil alih atau mengambil semua pekerja-pekerja Sabah Forest yang telah kehilangan pekerjaan ini mengikut Akta Syarikat Sabah Forest yang telah pun muflis ataupun digulung.

Dan saya berharap Yang Amat Berhormat dan juga kerajaan dapat memberi keyakinan kepada kami di Sindumin, di Sipitang agar isu SFI ini dapat diselesaikan dan sebagai penduduk Sipitang kami semua mengalu-alukan kedatangan pelabur ah yang baru yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat tadi iaitu di SOGIP yang ah mungkin akan melahirkan peluang pekerjaan sekitar 10 ribu dan begitu juga dengan pelaburan-pelaburan yang lain seperti pelaburan ah, Padas Dam, pelaburan Maligan Dam, pelaburan SLDB dan yang lain-lain turun di Sipitang dan sudah tentu ini akan mengubah wajah Sipitang dan terima kasih.

Mudah-mudahan ia dapat dipercepatkan dan menjadi realiti supaya impian dan keadaan kami di Sipitang akan terjamin. Terima kasih sekali lagi, saya mohon menyokong belanjawan ini. Terima kasih.

(Meja ditepuk)

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya jemput N. 51 Sungai Manila.

3.54 petang

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Assalammualaikum Warahmatuallahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Datuk Speaker. Datuk Speaker, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Menteri Kewangan wajar mendapat setinggi-tinggi penghargaan kerana telah dapat membentangkan belanjawan yang berteraskan tiga (3) teras utama yang pada hemat saya mampu melonjakkan Sabah untuk terus mengapai Wawasan Sabah Maju Jaya dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Sustainable Development Goal 2030.

Keupayaan kerajaan untuk meningkatkan kutipan hasil tertinggi dalam sejarah sebanyak 4.912 bilion dengan peningkatan 96% atau pertambahan 430.6 juta daripada anggaran asal harus menggembirakan kita semua kerana ia dicapai meskipun kita sedang dibelenggu pandemik COVID-19. Mudah-mudahan peningkatan hasil ini akan membolehkan kerajaan untuk terus mengembeling tenaga menangani impak COVID-19 dan meningkatkan semula KDNK dan pendapatan per kapita negara yang jatuh akibat pandemik ini.

Datuk Speaker, pada keseluruhannya saya yakin rancangan pembelanjaan kerajaan pada tahun 2022 dengan anggaran hasil sebanyak 4,707 bilion dan pembelanjaan 4,596 bilion juga mampu mencapai dari segi pelaksanaan fizikal dan objektif yang disasarkan.

Mudah-mudahan daripada jumlah peruntukan ini sebahagiannya juga meliputi pembangunan penggunaan insfratruktur di Dun. 51 Sungai Manila. Datuk Speaker, untuk meningkatkan pelaburan dalam industri pemperosesan hasil-hasil pertanian, penternakan dan perikanan harus disokong. Ini adalah kelebihan Sabah dengan memiliki tanah pertanian yang luas dan subur dan sumber-sumber perikanan yang banyak kita mampu menjadi pengeluar makanan mentah dan juga yang siap yang terbesar di negara ini.

Namun begitu, kita belum lagi merokai sepenuhnya potensi ini dan usaha menarik lebih ramai pelabur seperti pelaburan kilang memproses kelapa di Pitas harus diteruskan dan meliputi lain-lain tempat di seluruh Sabah supaya kita mendapat hasil pendapatan yang lebih banyak kepada kerajaan dan mampu memberi manfaat kepada rakyat yang terbelenggu kemiskinan.

Sehubungan dengan itu juga, saya bersetuju dengan saranan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengenai kajian semula penubuhan badan-badan berkanun agar tumpuan objektif ianya ditubuhkan dipenuhi dan memberikan pulangan yang sepatutnya seperti yang disasarkan….

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

...seperti yang disasarkan.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Datuk Speaker, Datuk Speaker.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Sebagai contoh, Datuk Yang di-Pertua..

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ahli-ahli Yang Berhormat, ada usul penangguhan yang akan dikemukan oleh N14 Tamparuli, persilakan.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan speaker saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap 2(1)(b) Peraturan-peraturan Tetap, dewan ini ditangguhkan sehingga jam 6 petang hari ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan. Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju, ahli-ahli yang tidak bersetuju katakan tidak. Usul lebih suara yang bersetuju, usul disetujukan. Sila teruskan Manila.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Datuk Yang di-Pertua, sebagai contoh saya mengambil SAFMA SDN BHD dimana saya sendiri menjadi pengerusinya. Saya menjadi Pengerusi SAFMA lebih kurang belum sampai setahun, lebih kurang dan saya mendapati SAFMA ini tidak terlibat secara langsung dengan industri perikanan. Maksudnya inilah yang saya katakan tadi, saya bersetuju dengan kajian semula penubuhan badan-badan berkanun. Kami hanya terlibat dengan penyewaan premis-premis kepada industri perikanan tetapi tidak langsung terlibat dalam industri

pemprosesan perikanan.

Jadi untuk meningkatkan sumbangan badan-badan berkanun ini kepada kerajaan, maka seharusnya badan-badan berkanun ini menumpukan kepada tujuan kepada ianya ditubuhkan, bukan untuk terlibat dalam industri ataupun perusahaan - perusahaan yang sepatutnya dia tidak terlibat. Datuk Speaker, saya juga menyokong usaha pemerkasaan insitusi JPKK kerana JPKK mempunyai peranan penting dalam usaha kerajaan merancang keperluan pembangunan yang terbaik dan pemantauan pelaksaan projek agar dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Saya juga memohon agar JPKK diberikan peruntukan tahunan untuk mereka dapat menjalankan aktiviti dengan lebih berkesan. Saya juga meminta pembayaran elaun JPKK diuruskan dengan sebaiknya kerana pada ketika ini masih ada JPKK yang masih belum menerima elaun yang sepatutnya sehingga kini khususnya di kawasan saya. Begitu juga ketika ini terdapat tidak keseimbangan yang ketara tentang kewujudan JPKK contohnya di kawasan saya di N51 Sungai Manila hanya ada 17 JPKK sahaja berbanding dengan DUN di kawasan Kota Marudu yang beratus-ratus jumlah bilangannya.

Jadi saya memohon pihak KPLB dengan kerjasama pejabat daerah dan pihak berkuasa tempatan untuk mengkaji ketidak saksamaan kewujudan JPKK ini.

Datuk Speaker, usaha kerajaan untuk menyediakan pelbagai program kepada pelbagai lapisan masyarakat yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri seperti pemberian biasiswa, pemerkasaan institusi wanita, persatuan kebudayaan, persatuan - persatuan belia, persatuan - persatuan sukan, dan persatuan - persatuan kebajikan amatlah disokong kerana ia akan dapat membantu kerajaan mempercepatkan usaha memajukan masyarakat khususnya yang masih ketinggalan.

Dalam masa yang sama, saya mencadangkan supaya bantuan kebajikan kepada persatuan - persatuan kebajikan yang tidak ada dana tahunan khususnya yang melibatkan warga kurang upaya seperti Persatuan Orang Buta di Sungai Manila ditambah, agar lebih banyak pembelaan kepada mereka dapat dilakukan melalui program - program khas, khususnya program - program yang bukan saja melibatkan mereka orang kurang upaya ini tetapi juga melibatkan keluarga mereka.

Datuk speaker, inisiatif dan usaha kerajaan untuk membangunkan pekan - pekan di sempadan negeri Sabah khususnya yang bersempadan dengan Kalimantan amat

bertepatan.

Pembangunan pekan - pekan ini akan mampu melonjakkan kegiatan ekonomi tempatan negeri Sabah amnya dan meningkatkan dagangan dua hala yang memberikan manfaat bersama.

Saya bersetuju dengan saranan yang telah diberikan oleh YB daripada Sebatik tadi yang minta macam - macam, sebab kalau kita mahu pekan kita di sempadan ini dihormati, kita kena menyediakan pekan ataupun membuat pekan yang haruslah lengkap.

Tidaklah sekadar secured dan satu ataupun dua deret kedai Sedco. Kita kena holistic dalam pembangunan pekan sempadan agar setanding dengan negara jiran. Sebagai contoh Sungai Melayu di Pulau Sebatik, Malaysia jauh bezanya pembangunan di Sungai Nyamuk Pulau Sebatik, Indonesia.

Sebelah sahaja.

Sementara Sungai Melayu masih bertaraf kampung terpencil dan jalan gravel, Sungai Nyamuk sudah merupakan pekan besar lengkap dengan segala - galanya, bank, stesen minyak, hotel, pelabuhan, malah landasan terbang dan jalan dua hala.

Selain dari pembangunan pekan - pekan sempadan, adalah diharapkan juga pembangunan pekan - pekan lain diberikan perhatian dan kesempatan ini saya minta juga pada kerajaan untuk melihat pembangunan di Pekan Muhibbah satu - satunya pekan baru di kawasan saya. Pekan ini dulu merupakan tempat para peneroka SLDB berkumpul ketika hari gaji. Namun kini sudah semakin pesat membangun tetapi apa yang kami perlukan di kawasan ialah sistem pembentungan dan sistem perparitan yang lebih baik kerana adalah kalanya ketika hujan kawasan ini masih banjir dan tidak ada sistem pembentungan yang terurus. Selain daripada pembangunan pekan - pekan kecil juga, pembangunan bandar-bandar utama harus diberikan keutamaan khususnya bandar Sandakan dan Tawau. Kita tidak harus lupa sumbangan bandar - bandar ini suatu ketika dulu menjadi enjin kepada ekonomi di negeri Sabah yang berasaskan industri kayu-kayan dan masih lagi bandar penting dalam penghasilan dan pengeksportan kelapa sawit.

Penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan Sandakan yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Datuk Bung Radin harus diberikan sokongan dan adalah diharapkan cadangan jawatankuasa ini diberikan perhatian sepenuhnya oleh kerajaan untuk tujuan pelaksanaan. Salah satunya pengisytiharan naik taraf Sandakan kepada Majlis Bandaraya Sandakan pada tahun hadapan.

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh tentang sumber pendapatan baru dan salah satu daripada sumber-sumber yang berpontensi ialah Natural Carbon Trade. Baru-baru ini telah diberitakan bahawa kerajaan Sabah telah menandatangani perjanjian dengan HOCH Standard PTE Limited dan perjanjian ini juga ataupun NCA ini telah mendapat kritikan yang hebat di dalam dewan ini. Tetapi tuan - tuan yang Ahli-ahli Yang Berhormat dan Ahli Dewan Yang Mulia ini Datuk Speaker, dengan adanya NCA ataupun usaha Carbon Trade ini, kerajaan akan memperolehi peruntukan perbelanjaan yang banyak, apa ini, hasil yang banyak dan dijangkakan sehingga RM3 bilion dalam setahun dan perusahaan ataupun Carbon Trade ini adalah perusahaan yang mesra alam dan tidak merosakkan kepada alam sekitar kita. Namun begitu kita faham bahawa konsultasi dan perbincangan dengan melibatkan pelbagai pihak - pihak kepentingan harus diadakan dan...

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Manila, Sungai Manila, tinggal 3 minit saja lagi ya.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

...dilakukan secara terbuka selebihnya saya menyokong Carbon Trade ini kerana telah terbukti pelaburan - pelaburan yang seumpamanya seperti yang telah dimeterai dengan Yayasan Sabah, Face Foundation dan juga apa ini, sekejap ya ... beberapalah di Yayasan Sabah telah yang berkonsepkan kepada Carbon Trade masih lagi bertahan sehingga kini dan tidak pernah melibatkan peruntukan kerajaan untuk melaksanakannya malah memberikan pulangan yang baik kepada alam sekitar kita dan juga memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan kita. Jadi jangan lah kita terlampau skeptical tentang apa ini, ini terus - terus lah kita apa ini condemn ini Carbon Trade ini dan perjanjian ini kerana kerajaan melalui Jabatan Perhutanan, saya difahamkan Jabatan Perhutanan yang dipertanggungjawabkan menjadi secretariat mengenai ini tidak akan sewenang - wenangkan meluluskan ataupun menasihatkan kerajaan untuk menandatangani perjanjian yang tidak ada manfaat kepada kerajaan dan rakyat negeri Sabah.

Datuk Speaker, usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan hak-hak negeri Sabah melalui perundingan di Majlis Khas MA63 wajar disokong kerana ...

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

…wajar disokong kerana hanya perundingan yang saksama sahaja yang akan dapat mengembalikan hak-hak kita berbanding kaedah yang lain. Sebagai contoh hasil perundingan kita sudah mula mendapat hak dan hasil yang lebih baik daripada PETRONAS dan kuasa perdagangan daripada sektor perhutanan telah kembali kepada Sabah yang sebelumnya dibawah kuasa MTIB dan yang terbaru kuasa pengeluaran lesen perikanan laut dalam adalah hasil daripada perundingan di dalam Majlis Khas MA63 dan saya percaya wakil-wakil daripada negeri Sabah tidak akan sekali-kali menggadaikan hak dan maruah negeri Sabah dalam perundingan MA63 ini.

Saya ingin memetik kata-kata Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kita mahukan hak kita sepenuhnya tetapi janganlah kita terbelenggu dengan retorika politik berpanjangan yang tidak membawa kita ke mana-mana dalam hal MA63 ini. Datuk Speaker, hari ini statistik Covid di negeri Sabah telah menunjukkan penurunan yang ketara. Mudah-mudahan trend ini berterusan sehingga kita bebas daripada ancaman pandemik. Tahniah kepada semua front liner dan semua jabatan kerajaan, peniaga, pemilik premis perniagaan serta seluruh masyarakat yang sama-sama mengambil tanggungjawab untuk mempastikan penularan Covid-19 dapat dibendung dengan negeri ini.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KPKT Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Untuk gulungkan Sungai Manila, tolong.

Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Yang setiap hari melaporkan mengenai perkembangan berkaitan Covid-19 di negeri ini. Namun begitu kita semua harus sentiasa berhati-hati dan sentiasa waspada dengan kehadiran varian baru Covid-19 seperti omicron yang berupaya merencatkan semula prestasi ekonomi dan kesihatan dunia seperti yang telah berlaku di beberapa negara.

Datuk Speaker, Bagai pungguk rindukan bulan, Setia menunggu jatuh ke riba, Kemakmuran bersama jadi impian, Ekonomi pulih rakyat sejahtera.

Akhir kata saya mengucapkan selamat menyambut hari Krismas kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, penjawat awam dan seluruh rakyat Sabah yang beragama kristian dan selamat menyambut tahun baru kepada semua. Kita jaga kita, lindungi diri dan keluarga.

Patuhi SOP Covid-19.

Sekian, Wabillahi taufiq wasallamualaikum waramahtullahi ta’ala wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya jemput N.42 Melalap.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Terima kasih Datuk Speaker, salam sejahtera, kopisanangan, kansayan dan salam perpaduan kepada semua sahabat-sahabat Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih kerana telah memberikan saya ruang dan peluang untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan belanjawan negeri Sabah bagi tahun 2022. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan di atas pembentangan belanjawan yang bertemakan “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera” pada Jumaat yang lepas. Jika kita minta pandangan daripada rakyat Sabah, saya yakin rata-rata rakyat Sabah akan merasakan dukacita yang begitu kuat dengan bajet yang disampaikan ini. Dalam perbahasan kali ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang perlu ditekankan dan diambil serius melalui perspektif kita adalah orang Sabah.

Datuk Speaker, untuk makluman Dewan Yang Mulia ini semasa kerajaan pimpinan Warisan mengambil tampuk pemerintahan kerajaan negeri Sabah selama 26 bulan yang lalu. Banyak perancangan pembangunan yang telah kita susun atur yang sepatutnya kita laksanakan pada tahun lepas bagi merancakkan lagi pembangunan di negeri Sabah. Antara projek yang sepatutnya kita laksanakan pada tahun lepas termasuklah menaik taraf jalan bulatan daripada Semporna-Kunak ataupun Semporna Ring Road. Kita maklum dan tahu bahawa setiap tahun kerajaan persekutuan memungut hasil yang begitu banyak, jutaan ringgit disalurkan ke Kuala

Lumpur. Namun jalan-jalan kalau kita lihat, tempat-tempat pelancongan yang begitu terkenal di negeri Sabah seperti di Sepadan ini jalan ini tidak pernah dibaik pulih. Malahan kedudukan jalan yang begitu sempit menyebabkan kesukaran dan juga masalah kemalangan sering berlaku di kawasan tersebut. Begitu juga dengan cadangan pembinaan jambatan Bum-Bum yang telah diluluskan bertahun-tahun lamanya bagi kegunaan penduduk-penduduk di kawasan tersebut. Begitu juga dengan menaik taraf jalan daripada Tenom ke Keningau. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang boleh dikatakan mempunyai jalan British yang telah dibina bertahun-tahun lama dan tidak dinaiktaraf.

Di era pemerintahan pimpinan Warisan, saya telah berusaha untuk menyiapkan beberapa kilometer namun pelaksanaan tersebut terpaksa kita tangguhkan sementara dan kita berharap agar kerajaan GRS pada ketika ini dapat memberi bantuan kepada pembangunan infrastruktur terutama di kawasan-kawasan luar bandar. Begitu juga dengan pembinaan jejantas jalan di Keningau. Kita tahu saban hari kedudukan penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan luar bandar seperti Keningau ini, begitu ramai kesesakan yang berlaku daripada pukul lapan sehinggakan ada di antara saudara-saudara kita yang tidak dapat sampai ke destinasi ataupun menghantar anak-anak ke sekolah disebabkan kedudukan yang begitu jem di kawasan tersebut. Dan itulah sebabnya kerajaan pimpinan warisan pada masa tersebut mencadangkan supaya projek tersebut dilaksanakan bagi membantu penduduk-penduduk terutama di kawasan keningau tapi yang menghairankan sahabat saya pula sibuk pula dengan carbon trade bukannya sibuk menyelesaikan permasalahan di kawasan-kawasan luar bandar.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Antara lain jalan yang telah kita cadangkan, ialah jalan-jalan kampung yang pada ketika ini berada di dalam kedudukan yang begitu teruk sekali.

Datuk Speaker, kerajaan pimpinan Warisan pada ketika itu mencadangkan supaya satu peruntukan satu bilion yang dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah mestilah dilaksanakan kepada semua kawasan tidak kira kawasan itu adalah kawasan pembangkang kah ataupun kawasan kerajaan. Tetapi apa yang penting bagi kita

adalah membantu orang-orang kita terutama orang-orang Sabah. Begitu juga dengan pembinaan jalan Sapulut-Kalabakan. Separuh daripada jalan tersebut sudah tidak boleh digunakan oleh kerana kedudukan bukan sahaja gajah yang menghalang kita untuk ke Sapulut-Kalabakan tetapi jalan-jalan tersebut begitu teruk untuk digunakan oleh kenderaan yang ingin melalui daripada Sapulut sehinggalah ke Tawau. Begitu juga dengan menaiktaraf keretapi daripada Melalap ke Tenom yang telah kita luluskan, peruntukan telah kita sediakan tetapi dibatalkan. Begitu juga dengan pembinaan naik taraf keretapi daripada Halogilat ke Tenom. Mungkin ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat tidak pernah menaiki keretapi daripada Tenom ke Halogilat. Kita telah luluskan peruntukan untuk menaik taraf ataupun memperbaiki landasan yang begitu teruk sekali Datuk Speaker. Bukan calang-calang teruk dia. Kalau kita nampak inilah di antara landasan yang terburuk sekali di dunia kalau kita pernah melalui jalan tersebut.

Datuk Speaker, antara lain yang telah kita usahakan selain daripada pembinaan kereta api daripada Kota Kinabalu ke Kudat oleh kerana kita merasakan bagi merealisasikan ‘Sabah Maju Jaya’ perlunya satu anjakan daripada kita selaku kerajaan pemerintah bagi memajukan kawasan-kawasan lain. Apa guna Kota Kinabalu sahaja maju, apa guna Penampang sahaja maju tapi kawasan-kawasan lain tidak maju. Oleh kerana itulah perlu satu pembangunan seperti pembinaan keretapi ini daripada Kota Kinabalu ke Kudat bagi membolehkan kawasan-kawasan yang kecil seperti Kota Belud, seperti Pitas, seperti Kota Marudu untuk dinaik angkat agar kawasan-kawasan ini boleh dimajukan.

Datuk Speaker, kita tahu seperti mana yang disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini bahawa peruntukan kita di peringkat kerajaan negeri ini tidak dapat dilaksanakan pasal apa? Terpaksa dikembalikan. Pasal apa? Ini disebabkan kekangan daripada kerajaan persekutuan yang mengenakan begitu banyak term kepada kita. Ada di antara seperti di Jabatan Kerja Raya suatu ketika dahulu. Mereka mengenakan supaya setiap projek yang ingin dilaksanakan dan dibiayai oleh kerajaan persekutuan mestilah tanah tersebut diserahkan kepada mereka, serahkan kepada mereka. Lala-lama habislah tanah kita sedangkan perlaksanaan semua pembangunan infrastruktur untuk Negeri Sabah ini adalah …

Datuk Peter Anthony [Melalap]:… Negeri Sabah ini, adalah tanggungjawab mutlak kerajaan persekutuan, yang termaktub di dalam ah… Perjanjian 63. Itu adalah tanggungjawab mereka, tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh laksanakan apa ah… tanggungjawab tersebut.

Tuan Speaker, perit atau tidak, kita kena akui bahawa peruntukan 5.2 billion ini daripada kerajaan persekutuan ini tidak cukup untuk negeri ini. Berilah kita 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun, 50 tahun, dengan peruntukan sebegini sampai bila-bila Sabah ini akan mundur sampai bila-bila.

Datuk Speaker, saya masih ingat semasa PRK Kimanis yang lalu, kerajaan yang pada masa ini berjanji kepada rakyat kononnya, akan melaksanakan Perjanjian MA63 bila memerintah dalam masa 100 hari, akan menyelesaikan masalah PTI bila memerintah dalam 100 hari, akan menghalau semua kumpit-kumpit bila memerintah 100 hari, (bercakap: Datuk Speaker) apa sudah jadi dengan janji tersebut? Adakah itu sebagai janji yang tinggal janji ataupun (bercakap:

Datuk Speaker) cuma janji terang bulan.

Datuk Speaker, persoalan utama kita di dalam dewan yang…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Melalap, boleh kasih laluan?

Dia tidak kasih laluan so saya tidak boleh bagi.

Sik sikit saja Melalap.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Persoalan utama kita di dalam dewan yang mulia ini, adakah kita akan membenarkan kekayaan negeri Sabah ini terus dihantar ke Kuala Lumpur? Kita bukan ingin bergaduh dengan Kuala Lumpur, Datuk Speaker, kita bukan ingin bergaduh dengan kakitangan di Putrajaya, tapi kita cuma mahu apa hak kita di Negeri Sabah ini dikembalikan kepada kita, bukan kepada kita sebagai wakil rakyat.

Suatu masa nanti Datuk Speaker, kita akan pergi juga, yang tinggal adalah generasi kita. Peninggalan kita ini adalah untuk semua anak bangsa kita suatu ketika nanti.

Jadi saya berharap kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat

tanpa mengira fahaman politik dan sebagainya, sama-samalah kita supaya pertahankan dan tuntut apa sebenarnya hak yang termaktub di dalam Perjanjian 63 kita ini.

Datuk Speaker, kita tahu, Perjanjian 63 ini dimeterai di London, begitu lama. Jadi kalau dia dibiarkan lama-lama kelamaan dia akan bukan saja menyusahkan kita di negeri Sabah, tetapi ia akan merugikan kepada generasi kita suatu ketika nanti. Saya syorkan di dalam dewan yang mulia ini, supaya kita buat satu usul persetujuan bersama, sekiranya masalah ini tidak boleh diselesaikan di dewan yang mulia ini, ataupun diperingkat persekutuan, kita bawa satu usul, kita angkat semua ada di tribunal antarabangsa kita bawa ke timbangtara dunia, bagi keputusan (bercakap: Datuk Speaker) keputusan tersebut memaklumkan ataupun menyatakan di dalam keputusan tribunal antarabangsa (bercakap: Datuk Speaker)…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Kalau Melalap tidak kasih, saya tidak boleh bagi laluan.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Kalau keputusan di peringkat timbangtara dunia mengatakan bahawa Sabah perlu akur dengan keputusan, Kuala Lumpur perlu akur dengan keputusan, sama ada kemungkinan manalah tahu kalau keputusan daripada timbangtara menyatakan Sabah…

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, macam lama sudah ini, tidak kasih chance.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

….kita kena akur dalam kedudukan ini.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Baru 11 minit, saya bagi tadi ada bagi 14, 15 minit ini, baru 11 minit. Melalap ti ti tinggal 3 minit lagi.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Ini YB Kuamut ni, sudahlah kasih tinggal saya, mau kacau saya lagi.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Bukan kacau apa ini penambah penambahbaikan.

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Tidak apalah saya ada 3 minit lagi saya kasih habislah.

Datuk Speaker, Melalap kasihlah can. Boleh Melalap, kawan bah kita ini)

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Datuk Speaker, oleh kerana saya pun tidak banyak masa, 3 minit saja, jadi saya ingat lain kali barulah, Keningau…

Liawan…Liawan

Datuk Peter AnthonyWARISAN · WARISAN-PLUSMelalap

Datuk, Datuk Speaker, saya juga ingin bertanyakan kepada dewan yang mulia ini, oleh kerana banyak perancangan yang telah kita lak apa ini cadangkan, di dalam perancangan kita semasa menjadi pimpinan kerajaan sebelum ini. Antara projek-projek yang kita cadangkan ini sebenarnya membawa impak dan kebaikan kepada negeri Sabah sebenarnya. Oleh kerana kebanyakan projek ini bukanlah kepunyaan Ahli-Ahli Yang Berhormat, tapi untuk kebaikan ee… apa ini negeri Sabah sepatutnya.

Saya juga ingin bertanyakan kepada Menteri Kerajaan Tempatan, sama ada pembinaan Pekan Melalap itu masih diteruskan.

Oleh kerana kita telah mencadangkan supaya Pekan Melalap ini cuma mempunyai satu bangunan British dari tahun 40 saya rasa atau 50-an.

Jadi, saya berharap agar pelaksanaan em… pembinaan pekan baru Melalap ini dapatlah diteruskan, oleh kerana saya percaya kelulusan pun telah diberikan sebelum ini, begitu juga dengan pasar em… mingguan Melalap yang em… telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat em… Ketua Menteri baru-baru ini, dan em… saya juga ingin mengucapkan em… terima kasih di atas em kesediaan Yang Amat Berhormat di dalam ee meluluskan atau meneruskan projek em… tersebut.

Akhir sekali Datuk Speaker, saya juga ingin mengucapkan em… selamat em… Merry Christmas dan Selamat Tahun Baru kepada yang rakan-rakan sa rakan-rakan saya yang berada di dalam dewan yang mulia ini, begitu juga dengan em… selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan yang em… se-agama dengan saya. Terima kasih banyak.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya jemput N.19 Likas.

Dia tidak ada saya pergi yang (bercakap: tiada masa, kalau ada berdiri). Oleh hal yang demikian, Likas tidak ada saya jum jemput Ahli Adun Dilantik, Doktor Aliakbar bin Gulasan.

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Bismillah iraman (lonceng dibunyikan).

Terima kasih kepada Datuk Speaker.

Em… pertama saya mulakan em… perbahasan saya malam petang ini dengan ayat daripada Allah Ta'ala dalam Surah Al-Araf Ayat 96.

[Ayat Surah Al-Araf dibaca].

Firman Allah Ta'ala ini bermaksud, dan andailah penduduk suatu negeri suatu negara itu beriman dan bertakwa maka akan dilimpahkan keberkatan kepada mereka.

Yang pertama terima kasih kepada dan tahniah kepada ucapan belanjawan, yang disampaikan oleh Menteri Kewangan yang juga em… Ketua Menteri Sabah, yang pada saya satu tema yang cukup dekat dengan rakyat, dan juga kalau lah dilaksanakan dengan sebaiknya, boleh mencapai hasrat iaitu ekonomi pulih dan rakyat sejahtera.

Di awal ini, dalam kandungan perbahasan ini, saya melihat walaupun nilai itu penting, 4 lebih daripada 4 billion perbelanjaan yang akan digunakan, tetapi sebagai asas dan teras di antara perkara yang sangat penting adalah soal akauntabiliti, transpirasi dan integriti.

Saya kira perbahasan-perbahasan yang dibincang sebelum daripada ini, soal bajet, soal perbelanjaan yang besar ini, kita masih melihat laporan-laporan daripada pihak berkuasa rasuah ataupun integriti, kadangkala masih berlaku ketirisan yang agak besar.

Saya ingat ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri…

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

… ingat ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam Hari Anti-Rasuah tahun lepas, menggambarkan bahawa lebih 50% belia terlibat dengan rasuah. Sebagai terasnya saya kira 4 bilion lebih ni, kalau dibelanjakan sebaiknya, memang kita kata tidak mencukupi tetapi terasnya janganlah ada penyalahgunaan kuasa rasuah dan haruslah transparent

dan juga integriti dalam melaksanakan ah, penyampaian kepada rakyat dan masyarakat.

Datuk Yang di-Pertua, di antara perkara yang ingin saya timbulkan, sebahagiannya sudah disentuh oleh sebahagian daripada pembahas-pembahas sebelum daripada ini.

Isu yang besar dalam konteks Negeri Sabah, khususnya di kawasan bandar sekitar Sepanggar, adalah isu air yang terus didebat dan dibincangkan. Saya melihat perkara ini suatu perkara yang cukup besar dan serius dan boleh menjadi isu yang sangat penting kapada masyarakat dan dikaitkan pula isu ini dengan suatu kenyataan daripada Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang mengatakan lebih lapan (8) juta liter air sehari, hilang, akibat daripada dicuri di kawasan-kawasan setinggan, squatters colony.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan khususnya, kita melihat untuk menangani setinggan ada beberapa kawasan yang contohnya di Kingfisher Sulaman. Di belakang daripada taman perumahan besar itu ada satu koloni setinggan yang dimiliki tanah itu oleh Jabatan Perikanan.

So, kita ingin mengetahui bahawa apa tindakan segera yang diambil untuk menyelesaikan isu ini kerana ianya sangat berkait rapat dengan rakyat dan masyarakat tempatan dan masalah kemudahan asas, yang terpaksa ditangani dengan pelbagai cara.

Hatta, kita difahamkan ada sebahagian daripada masyarakat terpaksa menunggu hari hujan baru boleh dapat bekalan air. Saya kira ini satu perkara yang cukup tidak sedap oleh kita khususnya oleh pihak kerajaan.

Yang kedua, Datuk Tuan Speaker, di antara perkara juga yang mungkin dekat dengan rakyat, kita melihat isu Pan Borneo yang juga dalam penelitian dan saya yakin menjadi keutamaan kerajaan.

Tetapi kadangkala kita nampak khususnya di kawasan-kawasan bandar, projek pembangunan ini agak terlalu perlahan dan kadangkala kita perhati dalam pergerakan kita, seolah-olah pekerja-pekerja ni office hours. Bekerja tatkala hanya waktu pejabat dan ini sangat mengganggu pergerakan dan juga kesesakan jalan.

Jadi saya ingin bertanya, adakah perkara ini boleh diubah sepatutnya dalam kawasan perbandaran mungkin ada sedikit perbezaan? Kadang, yang sepatutnya pekerjaan ataupun masa bekerja itu, biasanya lebih baik sebelah malam ataupun 24 jam sehari.

Datuk Speaker, antara isu yang besar juga yang dibincangkan, tahniah kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam pembentangan juga meletakkan keutamaan kepada sistem internet ataupun kelajuan internet. Walau bagaimanapun, saya membaca suatu laporan daripada Digital News pada bulan hujung bulan November yang lepas, mengenai improvement Program Jendela. Dalam laporan itu selepas setahun, saya tidak pasti data ini, adakah menunjukkan sesuai dengan keadaan. Laporan itu menyatakan dalam konteks Sabah di Sabah, improvementnya hanya 2.2%.

Saya ingin mengetahui bahawa adakah memang 2.2% inilah kadar yang sepatutnya selepas program itu dilancarkan dalam tempoh setahun daripada pelancaran tersebut?

Datuk Speaker, dalam ucapan perbahasan ini, saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang saya kira selama ini sudah melahir dan membangun dan mendirikan bangunan-bangunan sekolah agama untuk mendidik masyarakat yang saya kira ini sangat dekat dengan misi SMJ, yang mana M itu merujuk kepada modal insan dan pembangunan manusia. Walau bagaimanapun, saya melihat suatu penambahbaikan segera mesti dilakukan untuk jangka panjang supaya modal insan ini dapat diprogramkan secara lebih sistematik. Dan juga mempunyai hala tuju yang jelas. Saya pernah menyebutkan perbahasan yang lepas, bagaimana saya mencadangkan supaya ada satu lembaga atau entiti yang khusus untuk menguruskan pendidikan Islam khususnya. Jadi nanti lembaga atau yayasan atau apa entiti di bawah kerajaan negeri ini, boleh menyusun atur secara lebih spesifik dan sistematik. Sebab kita melihat, sistem pendidikan ini makin membesar dan dia merupakan suatu perkara yang sangat dinamik. Saya beranggapan agak sukar untuk diuruskan oleh sebuah jabatan yang di bawahnya pelbagai program dan pelbagai aktiviti ataupun bidang kuasa. Maka saya mencadangkan sekali lagi, kalau boleh dan saya kira perlu dilakukan dan banyak negeri sudah lakukan sama ada lembaga ataupun suatu entiti khusus untuk menguruskan pendidikan Islam.

Saya kira kalaulah itu dapat direalisasikan, kemungkinannya pengurusan jangka panjang sistem persekolahan kurikulum dan sabagainya dapat diurus dengan dengan lebih mudah.

Saya kira itu di antara perkara-perkara yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan kali ini.

Akhirnya Tuan Speaker, saya melihat tidak juga terkecuali daripada apa yang dibentangkan adalah kejayaan-kejayaan dalam perbincangan Malaysia 63. Saya juga ingin mengambil kesempatan, Malaysia 63 ini juga merupakan suatu hak Negeri Sabah.

Saya ingin menyebutkan mungkin dalam Dewan yang mulia ini, dalam Islam sekalipun bila hak ini suatu perkara yang cukup besar. Maka saya juga ingin menyokong dan meminta supaya kerajaan negeri terus dan terus berusaha, yang cepat perlu dipercepatkan. Saya melihat dalam beberapa keadaan sepatutnya, kalaulah dalam konteks pembangunan Islam itu sendiri, sebuah negara, sebuah wilayah yang dijajah, tidak boleh diambil hak milik dia untuk diletakkan di sebuah negara yang masuk ke wilayah tersebut.

Saya kira itu sebagai asas untuk kita sama-sama melihat dan saya yakin, hala tuju yang dibawa oleh Ketua Menteri agak jelas dan kita memberi sokongan yang padu dan penuh dan saya yakin dengan kerjasama yang baik dengan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Trek yang ada, landasan yang ada sudah tepat pada waktunya, dan Insya Allah perkembangan yang baik, saya yakin akan mencapai matlamat seperti mana yang kita rancang.

Tuan Speaker akhirnya, saya menyokong segala isi kandungan dan juga ucapan belanjawan, saya juga seperti mana ahli yang lain mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Krismas. Sebarkan kasih sayang dan semuanya selamat menyambut Tahun Baru. Wallahuallam, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih ADUN dilantik dan terima kasih kerana menepati 10 minit. Sekarang saya jemput semula ADUN Likas.

04:39 petang

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih, selamat petang, salam damai, kopivosian, kopisanangan, makasih saya ucapkan kepada Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas ucapan Dasar Kewangan Kerajaan bagi tahun 2022 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada Jumaat yang lalu.

Tuan Speaker, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri, Timbalan Ketua Menteri kerana saya baru saja mendapat jawapan berkenaan isu banjir di kawasan saya juga di kawasan KK dan juga di kawasan Penampang. Isu banjir di Likas memang bukan asing lagi, saya harap… Tuan Tan Lee Fatt [Likas]:…. Ketua Menteri kerana saya baru sahaja mendapat jawapan berkenaan isu banjir di kawasan saya juga di kawasan KK, dan juga kawasan Penampang.

Isu banjir di Likas memang bukan asing lagi, saya harap pihak JKR, DBKK dan JPS boleh berganding bahu untuk mengurangkan kejadian banjir pada masa yang akan datang. Saya juga harap syarikat konsesi JKR bekerja keras dan lakukan yang lebih baik. Saya sering meluangkan masa untuk meronda di kawasan Likas dan saya dapati bahawa longkang, parit, perparitan tidak dibersihkan mengikut jadual.

Jadi saya harap pihak yang berwajib mengambil maklum hal ini.

Saya juga harap JKR, JPS, DBKK mengkaji semula dasar atau perancangan bandar untuk memastikan longkang dan parit boleh menampung air hujan kerana kita lihat setiap kali hujan akan berlaku banjir, banjir kilat sama ada di KK ataupun di Penampang.

Jadi saya cadangkan supaya parit dibina di bawah jalan raya untuk tujuan tadahan air ataupun sebagai retention pond dan juga sebahagian rancangan untuk membesarkan perparitan.

Saya memperolehi idea ini dengan melihat pembinaan jalan raya di Jalan Dah Yeh, iaitu sebuah jalan yang dibina di atas monsoon drain atau parit monsun.

Jadi, idea ini mungkin boleh diguna pakai di jalan raya di bahagian KK juga di kawasan Penampang lah kerana saya dapati jalan - jalan di kawasan Penampang dan KK ni sama ada bersambung ataupun selari dengan parit monsun.

Tuan Speaker, pada pembentangan bajet 2016, perdana menteri pada masa itu telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 billion untuk Bus Rapid Transit atau BRT bagi menaik taraf sistem pengangkuan awam di Kota Kinabalu. Sekarang pula ada skytrain atau Projek Skytrain.

Saya harap ini bukan janji kosong.

Walau bagaimanapun, saya harap sistem pengangkutan awam di KK atau di seluruh Sabah boleh dibaiki sama ada dari segi dasar ataupun kerjasama dengan kerajaan antara

kerajaan dengan syarikat swasta sebagai contoh saya pernah meminta supaya permit teksi dimansuhkan supaya pemandu teksi boleh memperolehi keuntungan yang lebih banyak tanpa orang tengah. Jadi pengusaha Grab atau Uber, e-hailing dan sebagainya boleh mengaut keuntungan yang lebih tinggi.

Kerajaan juga perlu memantau jumlah teksi atau jumlah bas untuk memastikan bahawa mereka ini tidak melebihi permintaan, dengan itu mereka boleh memperolehi keuntungan yang lebih tinggi dan di samping itu memberi perkhidmatan yang terbaik.

Tuan Speaker, isu bekalan air semakin parah.

Di kawasan saya sendiri berlaku banyak kali paip pecah dan sudah tentu aduan ini tidak berhenti begitu sahaja dan baru-baru ini di kawasan Tuaran, kawasan Ketua Menteri sendiri tiada air. Jadi, di sini saya ingin cadangkanlah pembinaan tangki air di kawasan - kawasan bukit di sekitar Kota Kinabalu untuk mengatasi masalah atau isu bekalan air di kawasan KK, kawasan Likas dan baru-baru ini saya dapati bahawa di kawasan bukit di tempat saya seperti di Chanyai Villa dan di tapak Taman Public mempunyai mata air. Malah, di Kampung Kopungit juga terdapat mata air yang membekalkan air kepada penduduk Kamung Kopungit.

Di kawasan Manggatal dan Telipok ramai orang kampung menggunakan air gravity. Jadi ini sepatutnya diberi perhatian dan Jabatan Air boleh membina tangki air atau loji air di kawasan ini untuk membekalkan air kepada penduduk kampung atau kawasan berdekatan.

Sekurang - kurangnya isu bekalan air ini boleh diselesaikan.

Tuan Speaker, pengusaha besi buruk Persatuan Pengusaha Besi Buruk telah berjumpa dengan saya baru - baru ini dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan kerana menyekat pengeksportan besi buruk ke semenanjung atau negeri lain. Mereka berasa ini satu penindasan kepada pengusaha besi buruk. Adakah kerajaan faham tentang kepentingan pengusaha besi buruk kepada rakyat? Tuan Speaker, semasa perjumpaan dengan kumpulan ini salah satu pengusaha besi buruk ini terkejut kerana saya kenal dia. Macam mana saya kenal dia? Sebab masa saya masih kecil saya jual besi buruk Tuan Speaker, jadi dorang hairan. Jadi kerajaan perlu faham kalau pengusaha buruk ini tidak untung dan terpaksa tutup, yang sengsara ialah rakyat sebab rakyat biasa sebenarnya bergantung kepada

pengusaha besi buruk untuk mendapatkan sesuap nasi.

Diri saya sendiri semasa muda pun pungut tin aluminium, besi buruk untuk beli beras. Jadi saya harap walau apa sekali pun alasan, janganlah tindas pengusaha besi buruk sebab rakyat miskin betul-betul perlukan mereka.

Tuan Speaker, saya percaya bahawa Sabah mampu menghasilkan ubatan ubat - ubatan setanding dengan ubat - ubatan dari negara luar. Malah, sebelum ini saya pernah dan sering membangkitkan usaha mengkaji dan membangunkan ubat yang dihasilkan melalui herba atau tumbuhan yang ada dan boleh diperolehi dalam negara. Kerajaan perlu meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan ubat - ubatan herba.

Ini kerana saya juga berpendapat bahawa salah satu cara untuk melawan pandemik seperti Covid-19 ialah melalui penghasilan ubat - ubatan melalui herba.

Saya juga dengar dan cuba mendapatkan maklumat berkenaan ubat dan herba yang mampu menyembuhkan penyakit Covid-19 dan di antaranya Hydroxychloroquine atau HCQ yang boleh diperolehi daripada daun betik, Ivermectin yang juga ekstrak merupakan ekstrak biji betik.

Jadi semua ini ada di sekeliling kita, Linh begitu juga hempedu bumi. Yang hempedu bumi ini Kerajaan Thailand telah gunakan untuk membuat ubatan apa ni penawar untuk Covid.

Jadi adakah kerajaan akan menjalankan kajian tentang perubatan herba? Jika benar ubat-ubat ini berkesan saya minta supaya Kementerian Kesihatan boleh menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk ubat herba ini. Ubatan - ubatan ini bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa tetapi boleh membantu meningkatkan ekonomi bukan sahaja di Sabah tapi juga Malaysia. Saya berpendapat bahawa ubat ini bukan sahaja boleh membantu sektor perubatan, tetapi juga sektor pertanian, sektor perkilangan dan bukan saja menyediakan peluang perniagaan tetapi juga peluang pekerjaan kepada anak - anak muda. Tuan Speaker, saya juga ingin menyuarakan ketidakpuas hati sesetengah pihak bahawa mereka dipaksa mengambil vaksin.

Kerajaan sendiri jelas bahawa vaksin ini mesti diambil dengan rela hati.

Jadi bagaimana mereka yang tidak mahu menerima vaksin ini untuk hidup seperti biasa jika mereka sendiri tidak boleh masuk di kedai runcit? Jadi saya harap mereka yang masih sangsi ini, atau tidak mahu menerima vaksin tidak ditolak hak mereka, mereka ini juga mempunyai hak..

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

…mempunyai hak untuk memilih dan kerajaan sepatutnya menghormati pilihan mereka dan mencari jalan untuk membantu mereka.

Speaker

Sila gulung, Yang Berhormat.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Tuan Speaker, baru-baru ini suara tidak puas hati rakyat Sabah sudah sampai ke puncak YB. Menteri Tambunan sebagai MP Keningau dan juga Ahli Parlimen Sepanggar menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat Sabah kepada kerajaan persekutuan malah ada suara-suara rakyat Sabah dan Sarawak untuk keluar daripada Malaysia. Memang tidak dinafikan bahawa rakyat Sabah sudah marah dan tidak dapat menahan kesengsaraan yang dialami. Di Sabah, kita sudah terkenal atau famous dengan Viviona yang terpaksa panjat pokok untuk dapatkan liputan internet, jaringan jalan pun tiada, sekolah pun daif, anak saya sendiri baru-baru ini dia tanya, “daddy, daddy bolehkah kasih peruntukan untuk beli rumah..beli pintu untuk kelas?”, saya rasa malu. Saya rasa malu, macam mana kita sudah maju berapa tahun? 60 tahun?, pintu pun tiada, macam mana ni sekolah di Likas?. Jadi, saya harap hal ini di apa ini masalah atau isu MA63 ini diselesaikan secepat mungkin.

Jadi saya juga kecewa apabila Hari Kemerdekaan Sabah masih tidak diiktiraf dan masih disambut sebagai Hari Kebangsaan. Sampai hari ini, 31 Ogos 1963 masih lagi dirai sebagai Hari Kebangsaan dan bukan Hari Kemerdekaan Sabah malah Hari Malaysia iaitu 16 September 1963 hanya dirai baru-baru ini. Ini pun susah untuk kerajaan persekutuan laksanakan. Jadi ini memang tidak adil. Jadi di sini itu sahaja daripada saya, jadi di sini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Merry Christmas, Selamat Tahun Baru, Gong Xi Fatt Chai kepada semua. Dengan itu saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat ADUN Likas. Sekarang saya jemput ADUN N.22. Tanjong Aru.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Terima kasih, Datuk Speaker. Saya ingat tak sampai lagi. Terima kasih. Terlebih dahulu, saya merakamkan terima kasih dan syukur kerana dengan limpah berkatNya saya berpeluang terlibat dalam sesi Perbahasan Belanjawan Sabah 2022. Datuk Speaker, saya ingin aa menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini tentang isu kenaikan harga makan asas seperti sayur-sayuran.

Baru-baru ini, akhbar Harian Metro melaporkan harga kenaikan sayur-sayuran seperti kubis, kubis bunga, brokoli, dan sayur-sayuran tempatan seperti sawi pendek, sawi aa kacang buncis, cili hijau dan cili merah juga tidak terkecuali. Laporan tersebut bukan tiada asasnya kerana saya sendiri menerima banyak aduan daripada rakyat bahawa harga sayur-sayuran sememangnya naik dengan mendadak. Jadi saya ada pergi supermarket dan saya pergi lihat sendiri. Imported vegetables aa di Sabah ini brokoli pada tahun yang lalu, November 14 ringgit, mahal juga lah. Tapi sekarang November 2021, 20 ringgit sekarang, aa cauli flower 8 ringgit tahun yang lalu lah November, dan tahun sekarang November 13 ringgit. Jangan sayur-sayuran sahaja aa bahkan harga minyak masak, telur, ayam dan roti juga Gardenia semuanya pun naik. Ini semua makanan asas rakyat Sabah ini dan aa kita ada cek itu Buruh cooking oil pada November tahun yang lalu, 21.50 sen dan sekarang adalah 29.70 sen then fresh egg grade B 30 biji itu 12.50 sen dan sekarang telah pun meningkat ke 13.90 sen.

Bukan sahaja aa Datuk Speaker, bukan sahaja rakyat sahaja, malah kehidupan para pertanian penternak juga semakin tertekan dengan harga baja aa NPK dan juga racun. Sebagai contoh, Centrim racun yang selalu lah di common diguna oleh petani. Dahulu harganya 250 sahaja, sekarang harga dia meningkat sehingga 450, daripada 250 ke 450. NPK Fertilizer daripada 11..115 ringgit meningkat ke 145 ringgit, sangat-sangat jauh beza. Sangat-sangat susah, jadi sekarang lah harganya sudah melambung tinggi.

Ramai petani dan pekebun mengadu masalah ini. Jadi itulah saya mahu tanya apakah Kerajaan GRS atau Menteri Pertanian sekarang sedar tentang isu ini dan apa inisiatif dia untuk bantu mereka dan juga dilaporkan oleh Chen Xu dated 26 November 2021 Petrol RON19 pada Oktober 2020 1.67 sen 1 liter dan sekarang aa

pada Mac 21, dia sudah meningkat ke 2.05 sen, sekarang ada 2.07 sen kalau saya tidak silap lah hari ini, dan juga saya baru-baru diberitahu juga baja tahi ayam daripada 5 ringgit meningkat kepada 12 ringgit sekarang.

Jadi semua pricing untuk basic necessity untuk petani, penternak increase daripada 30 peratus sehingga 100 peratus pun ada. Macam mana dengan nasib petani dan penternak hari ini?, dan ini adalah satu isu yang sangat praising dan sangat penting dan itulah kita mahu minta apakah langkah-langkah daripada kementerian untuk aa mengenai masalah ini sebab sudah tentu apabila costing untuk aa petani meningkat jadi hasil petani itu akan meningkat dan akhirnya rakyat akan aa tanggung dengan harga yang tinggi itu.

Datuk Speaker, baru-baru juga saya ingin tambahlah daripada ucapan perbahasan daripada YB. Likas tadi tentang aa industri kilang besi buruk. Saya setuju, aa saya setuju bahawa apa yang YB Likas sentuh tadi bahas tadi tapi saya ada sedikit tambahan lah berdasar dengan anggaran kasar pengutipan besi buruk di Sabah ini mencatat 15 ribu tan sebulan. Tetapi kilang besi yang menerima hari ini hanya ada satu kilang sahaja di Sabah ini Steel Milia hanya satu kilang di Sabah ini sebab oleh kerana tidak boleh eksport, semua itu kilang besi buruk terpaksalah jual sama ini satu kilang. Jadi itu satu kilang hanya mampu membeli anggaran 6 ribu sehingga 8 ribu tan sebulan. Jadi timbul satu masalah sekarang maka satu masalah telah timbul di mana-mana kilang-kilang busuk aa besi buruk di seluruh Sabah ini sedang menghadapi masalah aliran tunai kerana mempunyai lebihan besi buruk yang tidak dapat dijual. Kini lebihan besi buruk yang tidak dapat dijual sudah mencecah 26 ribu tan. Anggaran 26 ribu tan ini lebihan besi buruk ini bersih kemungkinan adalah lebih besar kerana kami cuma ambil kira angka-angka daripada 12 kilang besi buruk daripada 80 hari ini. Jadi ini ada satu masalah besar jadi apakah solusi daripada GRS kerajaan untuk mengatasi masalah ini yang dihadapi oleh industri besi buruk ini adalah satu isu yang real hari ini. Semua itu besi buruk adalah di kilang diaorang. Saya terlupa bawa itu gambar lah. Sekiranya masalah ini berterusan jadi berpuluh-puluh kilang besi buruk akan lingkup dan pekerja-pekerja akan terpaksa diberhentikan kerja. Jadi ini adalah satu masalah yang besar jadi saya mintalah kerajaan menjelaskan kenapa polisi yang begini dibuat sehingga semua kilang dan pengutip besi buruk lain dimangsakan. Apa tindakan dan penyelesaian kita. Datuk Speaker, ya tadi saya sentuh semua harga pun sudah meningkat aa harga barang

pun sudah naik tapi gaji rakyat masih rendah lagi pula. Jadi peluang pekerjaan pun tiadalah sekarang. Jadi apakah yang dibuat oleh kerajaan GRS pada hari ini pada bajet ini juga untuk mewujudkan peluang pekerjaan pendapatan tinggi khususnya selepas…

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

…..pendapatan tinggi khususnya selepas pandemik Covid-19 ni melanda dan begitu ramai ah… Sabahan kehilangan kerja. Sebenarnya, ah… rakyat bukan minta yang yang ah… bulan dan ah… bintang rakyat cuma minta kerajaan peka dengan keadaan ekonomi yang semakin merundum, peka dengan peluang pekerjaan baru yang tidak muncul-muncul. Ah… Datuk Speaker saya ingin juga aahh ucapkan taniahlah kepada GRS ah… atas kejayaan untuk membalikkan kuasa ah… license laut dalam ini. Tapi kalau bagi saya lah, pada saya itu peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan usaha GRS ini mengambil nama atas berbagai usaha Warisan itu adalah Warisan punya susu, GRS ambil nama.

Jadi sebagai contoh, dulu adalah pihak tuduhan kononnya, pinjaman 300 juta ini kepada Air Asia mempunyai unsur-unsur rasuah tetapi selepas beberapa bulan juga pihak yang sama juga merebut-rebut nama merasmikan Air Asia dan seterusnya program dia daripada Air Asia ah… Our Farm atau dia tukar nama sekarang lah Air Asia Farm. Selain daripada Itu, Air Asia hub ada berapa lagi usaha Warisan yang ah… usaha Warisan yang telah diambil oleh GRS iaitu, cukai jualan Petronas 1.1 billion hari ini dan hak ke atas Pulau Sipadan dan Pulau ah… li Ligitan telah pun dikembalikan ah… ke kuasa Sabah ini.

Semua ni usaha kerajaan Warisan yang terdahulu, tapi GRS hari ini membuat perasmian, tiada salah, okay teruskan dengan kerja yang baik tapi bagi juga kredit lah. Terima kasih kepada kerajaan yang dahulu lah sebab usaha daripada Warisan kan?

Bagilah kredit. Ya dan juga hari ini ah… GRS juga lagi ambil lagi nama ah… nama lah ah… daripada pengem pemberian license luar ah… dalam ah… laut dalam sedangkan license laut dalam ah… ini merupakan antara 17 perkara pun yang telah diusahakan oleh Warisan.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Semua lah Warisan punya. Tahniah.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ah… terima kasih.

Speaker

Sila gulung, Yang Amat Berhormat.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Aik..sekejap lagi. Sekejap lagi Datuk Speaker, sekejap ah… saya gulung ah… saya ingin sentuh lagi itu, okay ah… deep sea license. Kenapa kita…

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Claim lagi bah. Claim lagi.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Kenapa kita berusaha untuk kembalikan ah… laut dalam ini sebab oleh kerana tujuan dia adalah untuk hapuskan Vietnam boat di Sabah ini. Jadi dapat kuasa ah… deep sea license ini hanya pencapaian 50% saja sebab sekarang Sabah masih lagi mengalami masalah besar di sekitar laut Sabah ini. Jadi sekarang lah adalah kita akan lihat semua akan lihat seterusnya apa action plan dia untuk ah… menghapuskan semua Vietnam boat di Sabah ini selepas baru ah… kuasa ini telah dikembalikan sebagai ah… kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Tadi ah… Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ada sentuh sedikit ah… tentang ah… TAED tuntutan yang baru lah, Datuk Speaker kasih saya 1 minit lagi ah… saya tidak saya tidak tolak pembangunan, saya bertanya kalau ada pembangunan di Tanjung Aru saya alu-alukan tetapi saya ingin tanya di sini adakah TAED itu akan jual tanah Tanjung Aru atau pantai orang awam itu kepada pelabur-pelabur daripda antarabangsa ah… itu yang kebimbangan daripada rakyat ah… Sabah khususnya, daripada Tanjung Aru sebab kita jangan lupa contoh, Sutera Habour sebab kalau saya percaya banyak pun masih ingat dahulu sebelum Sutera Habour dibangunkan dia adalah pantai orang awam apabila dia dicadang untuk bangunkan, dia pun sudah apa ini janji bahawa itu akan jadi satu pantai untuk orang awam, tetapi hari ini kita tengok lihat apabila Sutera Habour ini sampai ada gate sudah sampai orang awam pun tidak boleh pergi sana dan juga itu pembangunan open space dia hari pun jadi satu pembangunan condo sudah walaupun itu tanah itu open space untuk orang awam tu. Jadi itulah saya ingin tanya sekali lagi adakah kita tanah itu akan di dimilik atau dijual oleh pelabur-pelabur antarabangsa atau tanah itu akan diguna sebagai collateral itu untuk pinjaman untuk bangunan itu kalau tidak, saya sokong.

Kalau pembangunan tu tiada masalah, kita memang sokong tapi kalau apabila tanah itu akan digadai atau dibagi sama antara ah… ini apa ni pelabur-pelabur ni kita akan tolak habis-habisan.

Speaker

Bah gulung lah, YB.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Okay, saya gulung saya gulung dia Datuk Speaker, terima kasih.

Tadi YB Sindumin kecewa, dia kecewa tentang pembahasan apabila YB Senallang bangkitkan isu SFI. Saya pun kecewa Datuk Speaker. Saya pun kecewa. Oleh kerana kenapa? Oleh kerana dia cakap itu itu apa ni ah… figure dia tidak dapat. Tapi dia miss the point, dia tiada di sini sayang. He miss the point. Sebenarnya isu persoalannya dibangkitkan adalah macam mana dengan nasib pekerja tu dia tadi sentuh 1,287 kah saya pun tidak silap lah nanti saya salah lagi saya pun silap saya tidak dengar tapi saya rasa 1 ribu.

Speaker

Itu biarlah Ketua Menteri jawab. Kamu gulung seja sekarang ni.

Datuk Wong Hong JunWARISANTanjung Aru

Ya, saya gulung sekarang. Ya, itulah nasib pekerja 1,287 itu dia tidak bagi tahu. Dia tidak bagi tahu tadi jadi seolah kerana bukan 3 ribu seolah 1,287 pekerja tu orang tidak penting. Penting juga bah. Dulu YB tu masih bersama Warisan bukan main lantang suara dia bangkitkan isu di SFI ini tapi hari ini, sudah berada di tempat lain tidak mahu politikan sudah, hebat ni ah… Datuk Speaker, saya gulung. Dengan itulah ah… saya saya ucapkan terima kasih kepada peluang pembahasan dalam perbelanjaan Sabah 2022 dan Merry Christmas dan Happy New Year kepada semua dan rakyat Sabah. Terima kasih, Datuk Speaker.

Speaker

Okay, Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Adun N.47 Telupid.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih, Datuk Speaker kerana memberi ruang sekali lagi untuk saya dalam membahaskan belanjawan negeri Sabah bagi 2022. Datuk Speaker, perkara yang saya ingin sentuh di dalam dewan yang mulia ini berkaitan dengan jumlah kerusi Parlimen yang sepatutnya diperuntukkan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Saya sedar isu ini lebih sesuai dibahaskan di Dewan Parlimen namun, saya merasakan perkara ini perlu

dibincangkan di peringkat Dewan Undangan Negeri yang mulia ini agar mendapat perhatian setiap ahli Dewan Undangan Negeri dan semoga bersama kita boleh memikirkan kaedah dan jalan penyelesaian terbaik agar pembahagian kerusi Parlimen diberikan secara adil kepada Negeri Sabah dan Sarawak. Datuk Speaker, pada 1 Ogos 1962, Suruhanjaya Cobbold atau Cobbold Comination ah… Commissioner Commission of Enquiry telah mendedahkan hasil siasatan laporan dan cadangannya secara terbuka pada rakyat Sabah dan Sarawak. Di mana siasatan telah merumuskan bahawa pembentukan Malaysia harus dilaksanakan namun ianya adalah tertakluk kepada keperluan penyediaan perlembagaan yang terperinci ini termasuk, perlindungan kepentingan khas kepada Sabah dan Sarawak yang meliputi antara lain seperti kebebasan beragama, pendidikan, perwakilan di Parlimen persekutuan.

Speaker

Yang Berhormat. Yang Berhormat, apa kaitannya sama bajet 2022?

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ini sebagai ah… tambahan nanti yang bajet akan saya. Ada kaitan.

Speaker

Nanti kamu tidak cukup masa.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Boleh saya singkatkan. Boleh saya singkatkan.

Ini termasuk perlindungan kepentingan khas kepada Sabah dan Sarawak yang meliputi antara lain perkara seperti kebebasan beragama, pendidikan, perwakilan di Parlimen persekutuan, kedudukan orang asal, kawalan imigresen, kewanganegaraan, dan perlembagaan negeri.

Ekoran daripada siasatan Cobbold ini, satu jawatan kuasa yang dipanggil jawatankuasa antara kerajaan atau Inter-Government Community IGC telah ditubuhkan pada 30 Ogos 1962. Peranan utama IGC adalah menyedia penyediaan dan penyusunan perlembagaan negara baru yang dipanggil Malaysia dengan mengambil kira kepentingan khas negeri Sabah dan Sarawak seperti mana yang disyorkan dalam laporan Suruhanjaya Cobbold. Datuk Speaker, rujukan yang berkaitan dengan peruntukan kerusi Parlimen bagi setiap negeri anggota ialah terdapat dalam laporan IGC Bab 3, perenggan 19 sub perenggan 2, yang memperuntukkan seperti berikut; Perkara 46 (1) Perlembagaan

Tanah Melayu haruslah dipinda untuk menambah ahli bilangan Dewan Rakyat yang dipilih daripada 104 kepada 159 termasuk 15 kerusi yang diperuntukan untuk Singapura. Daripada jumlah tambahan itu, 16 kerusi perlu diperuntukkan kepada Sabah dan 24 kerusi diperuntukkan kepada Sarawak. Perkadaran bilangan kerusi yang diperuntukkan masing-masing pada Sabah dan Sarawak menanggung jumlah bilangan kerusi dalam dewan tidak seharusnya dikurangkan.

Berasaskan peruntukan dalam IGC tersebut, semasa pembentukan Malaysia pada 6 September 1963, jumlah keseluruhan kerusi Parlimen ialah 159 kerusi di mana…… Tuan Jonnybone J.

Kurum [Telupid]:…anggaran bilangan kerusi yang diperuntukkan masing-masing kepada Sabah dan Sarawak menanggung jumlah bilangan kerusi dalam Dewan tidak seharusnya dikurangkan.

Berasaskan peruntukan dalam IGC tersebut semasa pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 jumlah keseluruhan kerusi Parlimen ialah 159 kerusi, di mana Malaya diperuntukkan 104 kerusi atau bersamaan dengan 65% daripada jumlah kerusi Parlimen iaitu kurang daripada 2/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen Malaysia. Sarawak diperuntukkan 24 kerusi, Sabah 16 kerusi, manakala Singapura diperuntukkan 15 kerusi.

Berasaskan peruntukan kerusi Parlimen ini, Sabah, Sarawak dan Singapura diperuntukkan 55 kerusi atau bersamaan dengan 35% atau 1/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen Malaysia semasa pembentukan Malaysia.

Hasrat Bab 3, perenggan 19, sub-perenggan 2 Laporan IGC adalah bertujuan untuk menghapuskan kebimbangan di mana Malaya boleh membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia jika sekiranya mereka diperuntukkan 2/3 daripada jumlah kerusi Parlimen.

Dalam masa yang sama, dapat menjaga kepentingan Negeri Sabah, Sarawak dan Singapura setelah kerajaan British menyerahkan kuasa negeri-negeri melalui pembentukan Persekutuan Malaysia. Datuk Speaker, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, bahawa apa yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan dalam IGC tidak dipatuhi malah telah dilanggar atau dengan izin has been invalid. Ini kerana apabila Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia pada 1965, 10 daripada 5 15 kerusi

Parlimen Malaysia yang ada pada asalnya diperuntukkan kepada Singapura telah diambil oleh Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1974. Oleh itu, jumlah kerusi Parlimen telah meningkat daripada 104 kerusi kepada 114 atau 72 kerusi, eh 72% daripada jumlah kerusi dan melebihi daripada 2/3 daripada jumlah kerusi Parlimen Malaysia. Manakala pada masa yang sama, kerusi bagi Negeri Sarawak dan Sabah telah berkurangan kepada 28% atau kurang daripada 1/3 daripada jumlah kerusi Parlimen Malaysia.

Dengan peruntukan kerusi Parlimen ini, di mana Malaya memegang 2/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.

Malaya pada lazimnya boleh membuat mana-mana pindaan Perlembagaan Persekutuan tanpa sokongan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.

Datuk Speaker, saya berpendapat dan berasas dan berasaskan kepada peruntukan dalam IGC setelah Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia, 15 kerusi yang asalnya diperuntukkan kepada Singapura tu seharusnya diberikan atau dibahagikan secara berkadar di antara Sabah dan Sarawak.

Tujuannya ialah supaya Sabah dan Sarawak dapat menafikan Malaya 2/3 kerusi Parlimen apabila membuat sebarang pindaan penggubalan undang-undang di Parlimen.

Malahan, Malaya sebenarnya telahpun menguasai 2/3 atau lebih 74% kerusi Parlimen Malaysia sejak 1974 sehingga sekarang.

Daripada tahun 1974 sehingga tahun 2008, Malaya telah mengangkat tambahan kerusi Parlimen sebanyak 71 kerusi berbanding dengan hanya 8 kerusi tambahan kepada Sabah dan 7 kerusi bagi tambahan kepada Sarawak.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan kerusi Parlimen Malaysia pada ini adalah sebanyak 20 222 kerusi pada jumlah daripada jumlah kerusi Parlimen ini sebanyak 165 kerusi diperuntukkan kepada Malaya, manakala Sabah diperuntukkan hanya 25 kerusi dan Sarawak 31 kerusi yang mana jumlah kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada kedua-dua Negeri Sabah dan Sarawak ialah hanya 56 kerusi sahaja.

Dalam erti kata lain, Malaya diperuntukkan 74% atau lebih daripada 2/3 kerusi Parlimen, manakala Sabah dan Sarawak diperuntukkan hanya 25% atau kurang 1/3 daripada jumlah kerusi Parlimen Malaysia. Seperti yang saya telah katakan di atas, dengan peruntukan kerusi yang sedemikian, Malaya boleh membuat pindaan rang

undang-undang di Parlimen tanpa mendapat sokongan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.

Datuk Speaker, sebagai rakan kongsi Perjanjian Malaysia 63, Malaysia dan Malaya, Sabah dan Sarawak hendaklah mempunyai keikhlasan dan tanggungjawab untuk menghormati niat murni perenggan 19 (2) IGC agar dia mampu memulihkan keyakinan rakyat Sabah dan Sarawak dalam…

Speaker

Yang Berhormat, sila gulung.

Tuan Jonnybone J. Kurum [Telupid]:…perlu diingatkan bahawa tanpa penyertaan Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia, Malaysia tidak akan menjadi kenyataan dan tidak ada Malaysia pada hari ini.

Oleh yang demikian, melalui Dewan yang mulia ini, saya syorkan agar pihak Kerajaan Sabah dapat membuat ketetapan untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci untuk mendapat penyelesaian yang sewajarnya daripada perkara yang penting ini termasuklah kemungkinan melibatkan pindaan akta undang-undang dalam Parlimen. Datuk Speaker, saya menyatakan perkara ini kerana ini berkaitan masa depan di Negeri Sabah. Masa depan yang membabitkan ekonomi, sosial dan sebagainya di Negeri Sabah ini. Oleh sebab itu, saya menyentuh perkara ini dan sangat penting. Datuk Speaker, saya juga ingin menyampaikan beberapa ah, masalah ataupun cadangan kepada kerajaan iaitu sudah sampai masanya kerajaan memandang serius mengenai potensi-potensi di setiap DUN di Negeri Sabah. DUN Telupid merupakan jantung Negeri Sabah yang mana terletak di tengah-tengah jaring, jaringan jalan raya Timur Barat, Utara dan Selatan.

Daerah yang strategik ini mempunyai potensi besar sekiranya kerajaan membantu dalam merancang pembangunan yang lebih inovatif dan mapan di masa akan datang. Seperti yang saya pernah nyatakan dahulu iaitu menjadikan hub transit pengangkutan darat iaitu landport dengan izin, hub kesihatan, hub pendidikan, hub perindustrian berasaskan pertanian dan penternakan serta mencari kawasan baru bagi tarikan pelancongan. Dalam mencapai hasrat ini, beberapa langkah perlu diambil secara selia oleh kerajaan seperti mempercepatkan penyiapan jalan raya Pan Borneo, menaik taraf

bekalan elektrik dan air dalam kadar 100% serta menaik taraf jaringan jalan raya perhubungan kampung yang masih daif.

Dengan adanya infrastruktur yang baik, saya percaya kita dapat meyakinkan pelabur untuk mencari peluang perniagaan.

Sumber-sumber yang boleh diperolehi secara G2G iaitu Goverment-to-Government sudah pasti dapat merealisasikan hasrat kita ini sebagai contoh dalam penyediaan tanah untuk tujuan pembangunan, kawasan yang masih luas boleh dipertimbangkan oleh kerajaan memalui agensi seperi jabatan hutan perlu di kola, kolaborasikan demi kemajuan jangka panjang Negeri Sabah.

Speaker

Gulung, Yang Berhormat. Satu minit lagi. Gulung.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Daerah Telupid sangat memerlukan tanah untuk dibangunkan namun malang sekali Telupid dikeliling oleh syarikat-syarikat perladangan dan hutan simpan.

Oleh yang demikian, kita tiada pilihan selain daripada merayu kepada agensi kerajaan seperti jabatan hutan untuk memohon beberapa kawasan hutan simpan untuk dikeluarkan bagi tujuan pembangunan. Hutan simpan yang dikenal pasti adalah seperti Hutan Simpan Tawai, Hutan Simpan Komas, Hutan Simpan Bidu-Bidu, Hutan Simpan Ulu Telupid, Hutan Simpan Lipaso dan Hutan Simpan Ulu Tongod.

Ini tidak bererti kita mengeluarkan semua kawasan hutan simpan tersebut, namun memadai kawasan yang dimaksudkan dapat menampungkan pembangunan yang dirancang. Sebahagian rancangan yang kita kenal pasti adalah perumahan, adalah pembinaan rumah mampu milik, lot-lot bangunan komersial dan apa jua jenis bangunan yang kita akan fikirkan perlu serta rancangan untuk pemuliharaan gajah. Dan untuk makluman, Dewan yang mulia ini, gajah sedang berkeliaran di Pekan Telupid dan menjadi ancaman kepada masyarakat Daerah Telupid. Dan, itulah sebab saya mencadangkan supaya satu pusat…

Speaker

Sudah cukup… Tuan Jonnybone J. Kurum [Telupid]:…pusat pemuliharaan ah, ah pemuliharaan gajah…

Speaker

Gulung, Yang Berhormat.

Tuan Jonnybone J. Kurum [Telupid]:…pemuliharaan di Daerah Telupid. Ok, sikit lagi.

Pemuliharan di Hutan Simpan Komas supaya… Manakala dalam pembangunan pertanian di dalam Hutan Simpan Komas, kita juga kenal pasti untuk dipotensi untuk di dibangunkan.

Menyeru saranan kerajaan hala tuju Sabah Maju Jaya yang menjamin kecukupan bekalan makanan bagi Negeri Sabah. Dan, saya memohon supaya kerajaan mempertimbangkan beberapa kawasan hutan simpan dikeluarkan untuk tujuan pertanian.

Datuk Speaker, saya berterima kasih kepada, berterima kasih di bawah Kerajaan Negeri Sabah ini di bawah Ketua Menteri Sabah kerana telah meluluskan beberapa projek di Daerah Telupid seperti yang terkandung dalam Bajet 2022. Salah satu projek yang diluluskan iaitu menaik taraf kemudahan jabatan air yang memang sekian lama ditunggu-tunggu.

Terima kasih kepada Ketua Menteri kerana meluluskan ah, menaik taraf ah, bekalan air di Daerah Telupid. Saya juga difahamkan bahawa kampus satellite akan dibina di Daerah Telupid pada tahun hadapan.

Speaker

Ya, gulung. Gulunglah.

Tuan Jonnybone J. Kurum [Telupid]:…saya ucapkan terima kasih. Dalam kesempatan ini juga, saya juga ingin merayu kepada, ah di samping itu juga, Pejabat Majlis Daerah Telupid sedang dalam pembinaan.

Dalam kesempatan ini, saya merayu kepada kerajaan juga mempercepatkan pembinaan Pejabat Urus Setia Daerah Telupid yang telah saya pohon melalui kepada Jabatan Kerja Raya dan juga memohon untuk mempercepatkan pewujudan Pejabat Daerah bagi Daerah Telupid yang sudah di diwar-warkan, telah diluluskan dan suka juga saya ingin memperingatkan kepada kementerian-kementerian supaya ah, sentiasa menghubungi Wakil Rakyat atau ada kolaborasi...

Speaker

Suka saya memperingatkan masa kamu sudah tamat.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Minta satu minit lagi, Speaker, boleh? Untuk saya gulung.

Speaker

Gulunglah. Cukup sudah. Orang lain lagi mau cakap.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Okay okay. Terakhir say…

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

...Okay okay. Terakhir saya mahu berterima kasih juga kepada Ketua Menteri atas ah tindakan cepat ke atas isu dibangkitkan oleh Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili Menteri Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak mengenai isu kelonggaran kemasukan ke negeri Sabah dari wilayah persekutuan.

Kita berharap supaya Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan pusat CIQS atau Pusat Kuaran Kastam Imigresen Kuarantin dan Keselamatan di Pelabuhan Menumbok serta pintu-pintu masuk ke Negeri Sabah, dalam masa yang sama keperluan untuk menempatkan kakitangan imigresen di kaunter Menumbok dan Jesselton Point. Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan ia melibatkan kedaulatan negara. Datuk Speaker, memandangkan kita ada peruntuk ada pendapatan kerajaan negeri seperti yang dibincangkan oleh yang dibentangkan oleh Ketua Menteri maka dengan ini saya menyokong YB daripada Kuamut, supaya tambahan peruntukan khas ADUN juga diberikan pada tahun hadapan. Kalau tahun ini RM1 juta kita minta RM3 juta, RM2 juta peruntukan khas dan RM1 juta…

Speaker

Yang berhormat, saya suruh gulung, tamatkan.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ini cadangan, cadangan yang terakhir.

Speaker

Tamatkan!

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Okay Speaker, Datuk Speaker terima kasih.

Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru pada rakan - rakan dalam Dewan Yang Mulia ini, sekian terima kasih. Saya menyokong belanjawan yang dibentang kan oleh Yang Amat Berhormat pada 03/12/2021 yang lalu, saya menyokong, terima kasih.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN N70 Kukusan. Adakah ini ya ?

5:22 petang

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah, seribu kesyukuran dipanjatkan ke atas Allah S.W.T kerana atas limpah dan izin-Nya kali ini kita dapat berkumpul sekali lagi bagi mendengar, meneliti, serta menilai Belanjawan Negeri Sabah Maju Jaya SMJ yang dibentang oleh Ketua Menteri pada jumaat lalu. Bertema kan “Ekonomi Pulih Rakyat Sejahtera”, Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan menegaskan bahawa belanjawan kali ini adalah aspirasi dan komitmen kerajaan negeri dalam memulihkan ekonomi ekoran pandemik COVID-19 yang melanda sejak 2 tahun lalu. Sebagai wakil rakyat di DUN Kukusan, sudah tentu saya juga ingin melihat belanjawan negeri yang bertemakan “Ekonomi Pulih Rakyat Sejahtera” benar - benar memberi impak kepada penduduk di kawasan saya dan juga kawasan sekitar. Mungkin ramai yang tidak tahu akan keunikan Kukusan. Walaupun kami berada di Parlimen Kalabakan, tapi lebih 90% urusan seharian penduduk dilakukan di Tawau termasuklah urusan pembayaran cukai yang lebih banyak dilakukan kepada Majlis Perbandaran Tawau atau MPT atau MPT. Justeru menjadi tanggungjawab saya untuk turut mengambil berat akan isu pembangunan dan kemasyarakatan di Tawau berdasarkan perincian Belanjawan Sabah Maju Jaya.

Memang mengecewakan apabila tiada satu pun pengumuman khusus diberikan kepada penduduk atau pembangunan di kawasan Kukusan dan Tawau.

Walaupun kami memerlukan pembangunan khususnya berkaitan pembinaan, baik pulih dan naik taraf kemudahan infrastruktur. Jalan Utara baharu misalnya, terus terpinggir daripada mendapat perhatian kerajaan negeri untuk dinaik taraf.

Jalan ini adalah satu daripada dua laluan penghubung utama antara Tawau dan Kalabakan sejak sekian lama.

Sejak BN di bawah kepimpinan sebelum Warisan lagi, penduduk dijanjikan dengan kerja menaik taraf jalan berkenaan selepas mengambil kira jumlah kenderaan yang banyak setiap hari sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Selain itu, keadaan permukaan jalan yang berlubang dan beralun terutamanya di kawasan bulatan di sepanjang Jalan Utara baharu menyebabkan air bertakung setiap kali hujan berlaku sekaligus mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya khususnya pengguna motorsikal dan basikal.

Menerusi Persidangan Parlimen baru-baru ini ada

menyentuh mengenai kegagalan menaik taraf dan membaik pulih jalan ini disebabkan ia belum diserah milik kepada kerajaan pusat sebagai antara syarat wajib pembangunan.

Justeru saya berharap agar menerusi peruntukan sebanyak RM305.05 juta yang diberikan kepada JKR terselit juga bajet untuk baik pulih atau menaik taraf Jalan Utara baharu ini. Ini kerana kerosakan permukaan jalan yang ada selain kesesakan lalu lintas yang tinggi memerlukan kerja pembaikan segera dilakukan. Begitu juga dengan kawasan Lapangan Terbang Lama atau turut dikenali sebagai Airport Lama yang telah terbiar sejak bertahun lamanya.

Jika dilihat secara mata kasar Airport Lama dan kawasan sekitarnya meliputi hampir 1/3 daripada keluasan keseluruhan mukim Kukusan.

Saya difahamkan pembangunan bercampur akan dilakukan dikawasan berkenaan termasuk pembinaan perumahan PPR. Namun sehingga kini tiada satu pun maklumat konkrit atau blueprint mengenainya lagi. Kawasan itu terus terbiar dan kini mula menjadi tumpuan perumahan setinggan baharu yang turut memberi kesan kepada aktiviti negatif. Malah disebabkan terbiar itu lah kawasan ini terus menjadi tempat longgongkan sampah apabila ketiadaan pemantauan ataupun pembersihan dilakukan oleh pihak berwajib disitu.

Selain itu, ia juga turut menjadi lokasi lumba haram kepada golongan belia sehingga menyumbang kepada kemalangan dan meragut nyawa. Justeru pembangunan Airport Lama dan kawasan sekitar ini penting ke arah kesejahteraan rakyat seperti mana diperjuangkan kepimpinan GRS.

Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh mengenai perihal Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) yang akan meneruskan sambungan secara berfasa 4 projek pembangunan pekan baharu di Kalabakan, Merotai, Bum - bum dan Sungai Melayu. Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM2 juta bagi merintis perancangan awal GRS untuk memacu pertumbuhan ekonomi di situ. Namun pelik bin ajaib kerana namanya juga sambungan secara berfasa mengapa menggunakan istilah merintis perancangan awal dan memperuntukan sejumlah wang yang agak besar untuk itu? Seolah - olah kerajaan negeri kembali kepada langkah awal seperti diperingkat kajian. Mungkin Ketua Menteri ada penjelasan lebih terperinci mengenai perkara tersebut kerana ia membabitkan perbelanjaan yang tinggi. Seharusnya peruntukan lebih besar diberikan dan ia digunakan untuk meneruskan pembangunan

berfasa di situ bukannya sebagai perbelanjaan diperingkat merintis perancangan awal lagi.

Sidang dewan sekalian, saya ingin juga mengambil peluang yang ada ini bagi membawa kepada pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya kerajaan negeri berkaitan 3 masalah yang dihadapi di Perpustakaan Cawangan Tawau ketika ini.

Pertama, masalah sistem penghawa dingin dan penyelenggaran di perpustakaan besar berkenaannya. Saya difahamkan sudah lebih 2 tahun iaitu sebelum pandemik melanda lagi sistem penghawa dingin di Perpustakaan Cawangan Tawau ini tidak berfungsi menyebabkan puluhan kipas berdiri terpaksa digunakan sebagai alternatif bagi mengatasi masalah tersebut.

Malah saya melihat ada kakitangan terpaksa menggunakan kipas sendiri bagi membolehkan mereka terus bertugas seperti yang ditetapkan. Masalah bahang panas lebih dirasai pengguna khususnya para pelajar yang mahu mengulang kaji atau belajar di tingkat atas premis berkenaan. Untuk makluman atau sesiapa yang pernah berkunjung ke Perpustakaan Tawau mesti sedia maklum akan keadaan tingkat atas premis yang tertutup sepenuhnya dan bergantung kepada sistem penghawa dingin sebagai aliran udara atau dengan izin ventilation system. Bayangkan dalam keadaan sekarang dengan sesi persekolahan mula dibuka, pelajar yang menduduki peperiksaan penting datang ke situ untuk mengulangkaji pelajaran terpaksa acap kali keluar dari tingkat atas perpustakaan selepas terkesan dengan bahang udara yang ada.

Difahamkan keadaan itu perpunca daripada pihak pengurusan yang tidak mampu menampung kos penyelenggaran sistem penghawa dingin yang dikatakan mencecah jumlah RM1.4 juta.

Kedua, sudah lebih 7 tahun ketiadaan operasi kantin di Perpustakaan Tawau. Kedudukan bangunan perpustakaan yang agak terasing menyebabkan orang ramai terpaksa berjalan keluar untuk mendapatkan makan dan minum.

Ddalam hal ini mungkin pihak berkaitan boleh meneliti dan menyelesaikan masalah keperluan ini termasuk berkaitan sistem tender dan sebagainya.

Seterusnya dapat mengenal pasti punca ketiadaan operasi kantin di situ.

Masalah ketiga adalah ketiadaan surau di Perpustakaan Tawau untuk kemudahan pengunjung, lebih - lebih lagi sekiranya ada program atau penggunaan auditorium untuk program luar.

Orang ramai sering berdepan masalah mencari surau untuk solat. Ruang solat yang ada ketika ini pula terletak di dalam pejabat kakitangan dan kurang sesuai dipakai untuk umum.

Oleh itu mengambil kira kawasan lapang di perkarangan Perpustakaan Tawau, saya meminta pihak berkenaan mempertimbangkan pembinaan pembinaan mini surau di situ demi kemudahan pengunjung.

Speaker

Sila gulung ya Yang Berhormat.

Dan mengambil kira tiga-tiga masalah ini saya berharap agar tindakan drastik dapat dilakukan.

Datuk Speaker, umum mengetahui isi keciciran dokumentasi penduduk asal negara kita sangat serius sehingga memerlukan tindakan pengurusan drastik dan efisen. Berapa bulan lalu di kawasan saya di Kukusan seorang ibu muda meninggal dunia selepas melahirkan anak sulungnya di rumah kerana tidak mem…

… di rumah kerana tidak mempunyai dokumen diri yang lengkap walaupun arwah sendiri merupakan anak bumiputera asli Sabah, berstatuskan ibubapa nya mempunyai kad pengenalan, malangnya akibat kebakaran, dokumen-dokumen penting hilang menyebabkan arwah gagal mendapatkan dokumentasi sehingga dia dewasa. Saya pasti banyak masalah ini banyak berlaku di Sabah. Sistem birokrasi di JPN peringkat daerah tidak membantu menyelesaikan masalah yang ini, ya kerana kebanyakan mereka terpaksa memilih melahirkan anak mereka di rumah kerana tiada dokumen, walaupun mereka ini adalah anak bumiputera, justeru saya berharap agar kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk memperbaiki sistem birokrasi ini sekaligus mengawal dan mengatasi masalah kecederaan rakyat anak sabah. Begitu juga dengan golongan anak-anak muda yang terpaksa memilih apa sahaja perkerjaan aa meski sering berhadapan dengan risiko apa sering menjadi mangsa tertindas oleh majikan-majikan yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak memiliki dokumen

warganegara. Kerosakan sistem imigrasi kita sudah sepatutnya distruktur secara komprehensif yang menyediakan legitimasi kepada golongan ini agar tidak hidup dalam bayang-bayang dan tidak dapat bersama dengan keluarga mereka seterusnya mengangkat hak sivil dan hak asasi manusia untuk semua, kerana saya sudah terpaksa menggulung, akhir sekali saya ingin menyentuh mengenai pelawaan Ketua Menteri yang mengalu-alukan kebersamaan semua pihak termasuk kami di barisan pembangkang dalam agenda perjuangan Sabah Maju Jaya, beliau turut mengingatkan kami untuk jujur dengan setiap kata-kata dan ikhlas dalam setiap tindakan.

Berikutan pelawaan itu, saya meminta Ketua Menteri dan GRS membuktikan keikhlasan pelawaan mereka itu, mungkin selepas ini kerajaan negeri GRS lebih bersikap terbuka untuk membabitkan wakil rakyat pembangkang dalam majlis tindakan daerah agar sama-sama kita berkumpul di meja bulat membincangkan setiap inci masalah masyarakat dan perancangan pembangunan yang ada. Jangan jadi seperti Sabtu lalu, apabila taklimat khas berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 hanya dibuka kepada ADUN Kerajaan tanpa membabitkan Blok Pembangkang, adakah itu yang dikatakan mahu kebersamaan?

jika benar ikhlas mahukan kebersamaan mengapa tidak ajak sekali kami di Blok Pembangkang mendengar dan…

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

cuma diasingkan, cuma diasingkan.

agar kita sama-sama mengetahui perkembangan perjanjian…

Tuan Jonnybone J KurumPBS · GRSTelupid

13 haribulan.

ok keenam, ia saya percaya, ia bukanlah suatu perjuangan nama di atas satu-satu parti politik, tapi sebaliknya perjuangan seluruh rakyat Sabah dan Sarawak. Ok ingin saya memetik, boleh saya lagi Datuk Speaker? Bagi masa saya 1 minit ?

Speaker

Gulung sajalah.

..gulung sajalah Datuk. Ok, ok, walau bagaimanapun, saya ingin memetik kerana ramai lagi rakan-rakan yang belum dapat berbahas, if day was ever a time in history, for a generation to be bold and to think big, to stand up and to fight back, now it’s that time, jadi saya berharapkan jangan kita kerap meludah ke langit takut nanti terkena muka sendiri, bak menunding jari tersalah orang, empat jari lain menunding ke arah diri kita sendiri. Jadi saya ingin mengucapkan selamat menempuh tahun 2022 semoga Sabah tanah air kita agar dirahmati Allah sentiasa, itu sahaja sekian terima kasih.

Speaker

terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya jemput ADUN N.1 Banggi.

5:33 petang

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera, terima kasih Datuk Speaker, atas peluang yang diberikan untuk terlibat sama dalam perbahasan ucapan belanjawan Kerajaan Negeri tahun 2022, yang telah dibentangkan pada 03 Disember yang lalu, yang bertemakan “Ekonomi pulih, rakyat sejahtera”, oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Datuk Yang Dipertua, pada para 6 pada buku ucapan belanjawan negeri 2022 tersebut dinyatakan dengan jelas bahawa SMJ merupakan tunjang kepada bagaimana perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri Sabah, selaku wakil rakyat, saya sangat berbesar hati dan saya yakin dan percaya rakan-rakan di dalam Dewan ini juga sangat mempunyai perasaan yang sama dan ingin kerajaan yang ada pada ketika ini agar dapat membuktikan bahawa 3 teras utama, SMJ itu yang merangkumi (S) sektor utama yang mengfokus kepada ekonomi melibatkan pertanian dengan kos ataupun aahh cadangan perbelanjaan sebanyak RM561.81 juta, perindustrian RM129.97 juta, dan pelancongan sebanyak RM227.4 juta, yang secara keseluruhannya berjumlah RM919.18 juta yang mana hampir mencecah 1 bilion. Manakala (M) iaitu pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat, dan juga (J) merupakan jaringan infrastruktur yang saya kira termasuk lah air, eletrik, jalan raya, dan kemudahan-kemudahan lain. Dan kelestarian hijau, seimbang dan adil dari segi agihan peruntukan dan pelaksanaan program, ataupun projek pembangunan di semua daerah atau kawasan tidak kira sama ada kawasan bandar mahupun luar bandar, daerah penuh atau sebaliknya atau kawasan ADUN Kerajaan,

ataupun kawasan ADUN Pembangkang. Kerana saya yakin rakyat pada hari ini telah celik menilai.

Bagi kawasan ADUN Pembangkang, saya mengalu-alukan agar wakil kerajaan seperti UPPM dapat melaksanakan tanggungjawab berkaitan dan membantu kerajaan, serta memastikan apa yang saya katakan tadi benar dapat direalisasikan sebaik yang mungkin. Saya setuju jika SMJ itu adalah tunjang, tapi rakyat di luar bandar benar- benar mengharapkan ianya berlaku khasnya bagi lapan daerah, yang sering dicanang sebagai daerah termiskin di Sabah dan di antara sepuluh yang termiskin di Malaysia.

Seperti kawasan Kudat, termasuklah kawasan saya Pulau Banggi, Pitas yang merangkumi Bengkoka, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tongod dan juga Telupid, jika kita benar-benar khayati dan juga benar-benar mahu mengangkat cogan kata “Sabah Maju Jaya”, kepada kerajaan ubah dulu status daerah termiskin ini, dengan memberikan peruntukan lebih dalam segenap bidang pembangunan, kerana seperti yang dibentangkan, oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, mencadangkan perbelanjawan belanjawan 2022 berjumlah RM4.596 bilion.

Satu jumlah yang besar dan baik asalkan dapat dibelanjakan secara efektif dan berimpak.

Datuk Speaker, untuk merancakkan lagi pembangunan lapan daerah termiskin ini, saya mencadangkan agar pihak kerajaan melalui pegawai daerah untuk menyediakan atau memperuntukkan allocate kawasan yang mungkin sesuai sekitar 30 ke 50 ekar ataupun lebih.

Untuk tujuan pembangunan bercampur, mix development dan menjemput samada pelabur tempatan ataupun asing untuk membangunkannya, saya yakin lapan daerah ini ada kelebihan dan juga tarikan tertentu untuk dibangunkan dan seterusnya memacu perubahan ekonomi rakyat setempat. Datuk Speaker, ucapan belanjawan negeri Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada perkara bernombor 46, ada menyebut berkenaan pinjaman persekutuan sebanyak RM561.33 juta yang diberikan persekutuan kepada negeri Sabah, oleh yang demikian, saya memohon Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan untuk memberikan penjelasan agar keseluruhan rakyat Sabah faham mengapa ia berstatus pinjaman? kenapa ianya tidak diberikan terus kepada Sabah? Mengapa demikian, sedangkan kita telah mendapat peruntukan yang diumumkan kerajaan persekutuan melebihi RM5 bilion dan dalam masa yang sama negeri kita adalah antara peyumbang terbesar kepada pendapatan KDNK negara. Dan

berapakah kerajaan negeri perlu bayar semula kepada persekutuan dengan pinjaman RM561.33 juta itu, serta jika benar demikian, apakah kita masih perlu membuat pinjaman sedangkan anggaran hasil negeri tertinggi sebanyak RM4.912 bilion pada tahun ini.

Datuk Speaker, saya tertarik pada perkara 66, berkenaan penubuhan pusat IKS dengan peruntukan sebanyak RM5.76 juta, saya ingin meminta pencerahan daripada 4 pusat IKS ini sama ada ia ditempatkan di daerah yang sama ataupun ditempatkan di daerah 4 daerah yang berlainan? Apa yang saya faham merujuk kepada perkataan pusat IKS ianya bermakna berskala besar maka jika demikian saya fikir jumlah peruntukan RM5.67 juta..RM5.76 juta itu adalah sedikit dan perlu ditambah bagi memastikan ianya benar-benar memberi impak kepada pengusaha-pengusaha…

… kepada pengusaha-pengusaha IKS di daerah-daerah terlibat. Selain itu, saya saya juga mengingatkan pihak kerajaan berhubung Perkara 81 jika angka-angka yang tercatat itu adalah benar, atau mungkin berlaku kesilapan kerana jika benar sudah tentu peruntukan RM13.9 juta untuk 289,204 orang murid itu rasanya tidak sesuai atau tidak berbaloi bagi membeli pakaian seragam, kasut dan alat tulis.

Tambahan lagi, ketika ini harga barang mendadak meningkat naik yang mana secara purata ianya hanyalah sebanyak RM48 bagi setiap orang murid.

Dalam masa yang sama, saya juga ingin mencadangkan agar dalam peruntukan pembangunan modal insan pihak kerajaan negeri dapat berkolaboratif dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mengenal pasti dan juga menyediakan dana khas untuk memberikan imbuhan atau hadiah atau sokongan kewangan kepada pelajar-pelajar, sama ada secara individu atau berkumpulan di peringkat sekolah rendah dan juga di peringkat sekolah menengah yang berjaya mewakili negeri Sabah dalam bidang kokurikulum mahu pun kurikulum khasnya, kepada ke peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa kerana pada hemat saya, usaha pembinaan modal insan haruslah bermula daripada peringkat sekolah lagi dan pihak kerajaan sewajarnya mempertimbangkan perkara ini.

Datuk Speaker, saya juga berhajat untuk menyampaikan suara ke rumbi berkenaan perlunya kita kongsikan sedikit hasil cukai petroleum sebanyak 5% atau melebihi RM1 billion sekurang-kurangnya kepada ketua keluarga atau pun kepada penerima e-kasih. Biar pun sedikit dalam bentuk kewangan yang bersesuaian secara one-off ataupun setiap tahun, sebagai tanda penghargaan kerajaan atas doa dan juga sokongan rakyat kepada usaha mendapatkan hak ini. Dalam masa yang sama…

Speaker

Sila gulung, Yang Berhormat.

Ah… hajat penjawat awam negeri tentang keperluan mengkaji semula kenaikan elaun perumahan yang... yang kini hanyalah 10% daripada gaji pokok dan juga elaun pedalaman yang hanya RM300 bagi semua penjawat awam negeri. Sedangkan kedua-dua elaun ini bagi penjawat awam persekutuan telah lama berubah dan jauh berbeza. Dalam pada itu, mohon juga diberi perhatian kepada kebajikan sukarelawan bomba, yang saya fikir banyak diwujudkan di setiap daerah yang mana elaun dan juga kemudahan-kemudahan lain yang tidak setimpal dengan tanggungjawab dan kudrat yang telah mereka curahkan. Menyentuh berkenaan kawasan yang saya wakili, Datuk Speaker, kawasan saya merupakan antara daerah kecil yang telah puluhan tahun terbiar ataupun terpinggir daripada arus pembangunan. Paling ketara, sebagai daerah kecil, kurangnya inisiatif dan tumpuan diberikan oleh pihak kerajaan bagi mengangkat daerah ini menjadi daerah penuh.

Kita sedia maklum untuk menjadikan daerah Banggi dan juga daerah-daerah kecil yang lain kepada daerah penuh, selain syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi, ianya juga memerlukan tambahan kakitangan pengurusan pentadbiran dan juga peruntukan kewangan akan tetapi, saya cukup yakin dengan limpahan belanjawan dan hasil negeri serta peruntukan daripada persekutuan, isu kewangan bagi mengangkat daerah-daerah kecil ini tidaklah membebankan pihak kerajaan. Bak kata pepatah, Kalau tidak dipecahkan ruyung, Manakan dapat sagunya.

Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih.

Di mana ada kemahuan, Di situ ada jalan.

Datuk Speaker,

Speaker

Yang Berhormat, jika tidak digulung orang lain tidak dapat berucap.

Saya juga ada merekodkan, Datuk Speaker. Ah.. iyalah 10 minit.

Speaker

Ingat saya bohong lah ini.

Secara ringkasnya, saya nyatakan dewan yang mulia ini bahawa Pulau Banggi ibarat pulau mutiara kepada kita dan memohon supaya jaringan jalan raya, bekalan air terawat, bekalan eletrik, naik taraf Klinik Kesihatan Banggi kepada hospital, balai polis perlu naik taraf dan tambahan dari segi fizikal dan asetnya, diberikan peruntukan khas dan galakan dalam sektor pelancongan. Perlukan beberapa lagi pencawang telekomunikasi bagi kampung-kampung yang jauh ke pedalaman dan kemudahan-kemudahan yang lainnya. Datuk Speaker, saya gulung. Sebelum saya mengakhiri perbahasan ini suka saya memberikan maklum balas berkenaan kenyataan Menteri Kewangan pada Perkara 143 yang seakan menyindir Yang Berhormat Senallang tidak berlaku jujur dan tidak ikhlas sedangkan dalam masa yang sama beliau juga….

Speaker

Yang Berhormat, tolong tarik balik. Dia tidak ada sentuh sesiapa nama pun di sana.

InsyaAllah, Tuan Speaker.

Speaker

Tarik balik itu. Yang bilang menyindir itu Senallang. Tarik balik. Dia tidak ada sentuh nama pasal dalam dewan ini, bukan dia Senallang sahaja yang bekas Ketua Menteri.

Dari Usukan pun Ketua Menteri.

Adun Dilantik pun Ketua Menteri juga. Bekas Ketua Menteri. Sila tarik balik.

Okay, Datuk Speaker.

Saya tarik balik perkataan menyindir itu.

Sedangkan dalam masa yang sama juga Adun Senallang telah memperjuangkan cukai jualan ke atas petroleum dan juga beliau konsisten bersuara untuk mendapatkan hak-hak yang kita kini miliki di peringkat negeri Sabah.

Datuk Speaker, saya akhiri ucapan perbahasan saya ini dengan se peribahasa lama. “Rendah gunung tinggi harapan.”

Kepada rakan-rakan dan juga masyarakat Sabah beragama Kristian, Selamat Menyambut Perayaan Krismas dan kepada seluruh rakyat Sabah, Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022.

Akhir kalam, wabillahitaufikwalhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya mohon menyokong.

Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput ADUN Dilantik, Yang Berhormat Tuan Jaffari Waliam.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Sabah Maju Jaya. Datuk Speaker, pada perbahasan persidangan kali ini, pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah keapda Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kewangan Sabah dan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor yang telah membentangkan Bajet 2022 Negeri Sabah pada hari Jumaat yang lalu. Bajet yang telah dibentangkan tersebut saya anggap adalah yang significant sekali untuk ekonomi negeri ini setelah ianya terjejas untuk disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Bajet tersebut merangkumi semua peringkat yang mana ianya akan mampu melonjatkan semula sektor ekonomi rakyat negeri ini.

Kita sedia maklum sepanjang kita melalui hari-hari yang sukar disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak peniaga-peniaga dan pengusaha kecil yang terpaksa menutup perniagaan mereka sekaligus mereka hilang punca pendapatan.

Datuk Speaker, saya amat tertarik dengan belanjawan tersebut yang turut memberi perhatian yang wajar kepada modal insan dan kesejahteraan rakyat di mana peruntukan turut disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM210.66 juta, yang bertujuan salah satunya adalah untuk program pembasmian kemiskinan yang melibatkan miskin tegar.

Ini amat penting kerana sepanjang kita melalui pandemik Covid-19, tidak dinafikan rakyat terjerumus dalam kelompok disebabkan hilangnya sumber pendapatan sama ada perniagaan mereka terpaksa ditutup ataupun mereka kehilangan pekerjaan.

Saya yakin dan percaya dengan peruntukan ini, KP KPLB akan dapat membantu mereka yang termasuk dalam kelompok ini untuk segera dikeluarkan sebagai miskin tegar. Seterusnya, kerajaan negeri juga turut tidak melupakan dalam menghargai peranan dan tanggungjawab kakitangan awam negeri ini apabila Ketua Menteri turut mengumumkan bonus bagi semua kakitangan awam sebanyak setengah bulan gaji iaitu RM1,000.00.

Berita gembira ini sungguh lama dinantikan oleh kakitangan negeri ini. Tambahan lagi, selepas ekonomi kita agak terganggu seketika. Banyak di antara kakitangan ini berhadapan dengan masalah kewangan sebenarnya. Sudah pasti bonus ini akan sedikit sebanyak membantu mereka dalam meringankan beban yang dihadapi dan membantu merancakkan lagi kitaran wang dalam perbelanjaan seharian mereka. Ini sekaligus membantu peniaga-peniaga kecil yang mana impak aliran tersebut, mereka dapat manfaat melalui jual beli. Selain daripada itu juga, belanjawan tersebut turut tidak melupakan peranan para wanita di negeri ini. Sebanyak RM2.7 juta telah diperuntuk….

…RM2.7 juta telah diperuntukkan untuk program inisiatif Bantuan e-kasih, Dana Caruman I-suri atau BAIDURI. Manakala sebanyak RM 17.61 juta pula untuk Yayasan Usaha Maju dan juga Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah atau singkatannya (JHEWA). Dengan adanya peruntukan ini, ianya akan dapat membantu merancakkan semula kegiatan dan aktiviti ekonomi para wanita yang telah terhenti hampir dua (2) tahun yang lalu. Secara tidak langsung membantu mereka mengukuhkan kewangan ekonomi keluarga dan membina semula kehidupan yang lebih baik bersama keluarga, terutama para ibu-ibu tunggal.

Datuk speaker, saya turut mengucapkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan kerana tidak pernah melupakan peranan para belia di negeri ini. Sesungguhnya para belia adalah tonggak kekuatan bukan sahaja untuk negeri ini tetapi negara yang tercinta. Para belia ini perlu diambil perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan negeri. Melalui belanjawan…

Speaker

Yang Berhormat Pantai Dalit, sila beri tumpuan pada ucapan.

Ya Datuk Seri, Speaker.

Tuan Speaker:Yang Berhormat Pantai Dalit, sila beri tumpuan pada ucapan. Silakan. Teruskan, teruskan.

Datuk Speaker, saya turut mengucapkan tahniah kepada pihak Kementerian Kerja Raya Sabah di bawah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin di atas kepantasan pihak JKR dalam menyiapkan laluan jalan raya di Sapi Nangoh, Telupid, Sandakan.

Jalan ini adalah menjadi keutamaan bukan sahaja penduduk sekitar tetapi pengguna jalan raya yang ingin ke Pantai Timur, Sabah.

Bagi kami yang sering menggunakan jalan ini, ianya adalah hadiah buat kami apabila berjaya disiapkan sepenuhnya mengikut jadual. Diharapkan para pengguna yang melalui jalan ini akan lebih selesa dan dapat mengurangkan kemalangan melibatkan para pemandu terutama di waktu malam. Saya juga mengharapkan agar jalan-jalan yang berada di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya Sabah terutama dalam lingkungan laluan ke Pantai Timur agar dapat disiapkan seperti yang dijadualkan, kerana ia adalah suatu keutamaan kepada pengguna yang melalui jalan ini.

Datuk Speaker, dalam perbahasan ini saya ingin juga menyentuh tentang Program Perumahan Rakyat atau PPR yang berada di Sandakan terutamanya. Untuk makluman, saya telah mendapat terlalu banyak aduan daripada pemohon tentang kelewatan mereka untuk menduduki lot rumah yang telah mereka pohon sebelum ini. Saya ingin bertanya kepada pihak Menteri KKTP, apakah kelewatan ini disebabkan berlakunya masalah daripada pihak Majlis Perbandaran Sandakan untuk

memproses setiap permohonan pemohon ataupun kelewatan serah terima bangunan daripada pihak kontraktor kepada Majlis Perbandaran Sandakan? Perlu juga diambil perhatian bahawasanya kebanyakan permohonan untuk rumah PPR ini adalah dari kalangan mereka yang memang tidak mempunyai kediaman selain hanya menumpang di rumah keluarga dan ada pula yang terpaksa menyewa dengan kos yang agak tinggi dan tidak sesuai dengan pendapatan yang mereka perolehi.

Saya amat bimbang apabila kelewatan menduduki ini tidak diselesaikan dengan segera, maka ianya akan memberi impak kepada para pemohon yang amat memerlukan kediaman ini.

Speaker

Sila gulung ya, Yang Berhormat.

Terima kasih.

Bersama tanggungjawab anak-anak mereka.

Tuan Speaker, sebelum saya mengakhiri perbahasan saya dalam sidang kali ini, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kerana diberikan ruang untuk berbahas membentangkan Bajet 2022 dengan tema “Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat” dan berharap dengan bajet 2022 ini kita dapat merealisasikan Sabah Maju Jaya. Akhir kata, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri, kakitangan kerajaan dan rakyat yang beragama Kristian dan Selamat Tahun Baru. Tuan Speaker, saya menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N. 62 Silam.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh, Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah Subhanallah Wa Taala, dengan izin kita dapat berkumpul di Dewan yang mulia ini untuk membahaskan Belanjawan Negeri Sabah Bagi Tahun 2022.

Terima kasih atas ruang dan kesempatan yang diberi kepada saya dalam membahaskan ucapan Belanjawan Negeri Tahun 2022 yang bertemakan “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera”.

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang dinyatakan dalam ucapan belanjawan negeri yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada Jumaat lepas, antaranya yang berkaitan dengan peruntukan pembangunan luar bandar yang berjumlah RM 210.66 juta yang diperuntukkan kepada KPLB Sabah. Sehubungan itu, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini khususnya KPLB berkenaan jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan di Lahad Datu dengan kawasan POIC yang cukup daif.

Datuk Speaker, kewujudan POIC di Lahad Datu telah membuka banyak ruang pekerjaan kepada penduduk sekitarnya.

Namun demikian, agak malang apabila jalan raya menghubungkan kawasan POIC dan kawasan penempatan sekitarnya agak teruk sekaligus mendatangkan masalah untuk dilalui oleh kenderaan kecil. Keadaan ini turut membantutkan minat penduduk untuk berurusan dan bekerja di POIC memandangkan kos penyelenggaraan kenderaan boleh meningkat tinggi berbanding pendapatan yang diperolehi. Oleh yang demikian, saya memohon agar peruntukan untuk membaik pulih serta menaik taraf jalan menuju ke POIC di Lahad Datu dapat diberikan untuk manfaat penduduk di sini sana.

Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh perkara berkaitan jalan-jalan di beberapa buah kampung di kawasan saya seperti Kampung Suayan, Kampung Seri Aman, kondisi jalan di kedua-dua perkampungan ini masih dalam bentuk jalan batu kelikir dengan lopak berlubang di beberapa tempat.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, kampung tersebut terletak hanya beberapa kilometer dari Bandar Lahad Datu namun keadaan jalannya selolah-olah ia terletak jauh di kawasan pedalaman. Justeru saya juga merayu agar jalan di kampung yang dinyatakan itu, diberi perhatian serius dan diberi peruntukan untuk dinaik taraf sesuai dengan kedudukan kampung yang telahpun diwartakan sebagai sebuah perkampungan rasmi. Datuk Speaker, selain itu saya menyambut baik cadangan kerajaan untuk menangani masalah bekalan air yang agak kritikal yang berlaku hampir seluruh Negeri Sabah tidak terkecuali di kawasan saya N. 62 Silam, gangguan bekalan air yang berlaku hampir saban hari menjejaskan aktiviti harian dan mempengaruhi kualiti hidup penduduk.

Saya berharap agar program penyelesaian serta merta dalam jangka pendek seperti yang dinyatakan dalam pembentangan bajet 2022 itu

akan merangkumi penempatan-penempatan di kawasan DUN Segama dan Lahad Datu.

Datuk Speaker, masalah banjir sememangnya menjadi satu bahan bebanan yang dihadapi di banyak kawasan di negeri ini.

Saban tahun, jumlah kerugian yang dialami akibat masalah banjir meningkat berkali ganda bahkan lebih menyedihkan apabila jumlah yang maut akibat banjir juga bukan sedikit. Di Segama, Lahad Datu masalah banjir berulang kerap berlaku di antaranya di Kampung Sapagaya, Taman Rekreasi Lahad Datu, Kawasan PUSPAKOM Lahad Datu dan lokasi SJR Lagung. Kawasan ini adalah merupakan antara kawasan yang padat penduduk di Daerah Lahad Datu dan kawasan yang terletaknya jalan utama yang menghubungkan Lahad Datu dengan daerah-daerah lain seperti Daerah Kunak, Semporna dan Tawau.

Peruntukan sebanyak RM 19.2 juta untuk mengatasi masalah banjir seluruh negeri pada hemat saya terlalu sedikit berbanding peruntukan RM 25 juta bagi menangani masalah sama sewaktu kerajaan lalu.

Sehubungan itu, saya merayu agar peruntukan untuk menangani masalah banjir di seluruh negeri Sabah ditambah dan merangkumi kawasan lain termasuk di Segama dan Lahad Datu.

Datuk Speaker, sewaktu WARISAN menjadi kerajaan antara inisiatif kami adalah mengumumkan pengecualian bayaran cukai kepada penguasa selama empat (4) bulan berturut-turut seperti mana yang pernah dibuat pada 3 September 2020 sehingga 2021 oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebelum ini. Dan kita lihat dari segi usaha ini membuka peluang kepada semua pengusaha kecil-kecilan disambut baik oleh semua pihak di luar umbi, akar umbi, saya merasakan tiada salah cadangan ini diteruskan bagi membantu peniaga-peniaga kecil di seluruh Sabah secara umumnya.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat, jam menunjukkan tepat pukul 6. Jadi, Yang Berhormat boleh sambung ucapan esok pagi?

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Satu minit bolehlah Tuan Speaker.

Speaker

Sambung esok pagi.

Kita tidak boleh melebihi masa.

Esok pagi mungkin dapat lebih masa lagi bukan satu minit.

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Minta sedikit masa. Mahu habis sudah.

Oleh yang demikian, Dewan ini ditangguhkan sekarang dan akan bersidang semula pada Selasa 7 Disember 2021, pukul 10:00 pagi.

Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 6:00 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 7 Disember 2021”.

SDN06122021/bnm