Sabah · 7 December 2021

16th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · not final · 376 turns · 39,982 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Timbalan Setiausaha (Tuan Mohd. Jayreh Jaya)

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Lumadan, silakan.

Bismillahirohmannirohim alhamdulillahi robbil alamin wasalatu wasalamu asrofil ambiai wal mursalin wa’ala alihiajmain.

Terima kasih, Datuk Speaker.

Assalamualaikum warahmatulhi wabarokatuh, selamat pagi, salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya. Soalan, apakah status penyelesaian masalah air yang dihadapi di kawasan DUN Lumadan khususnya di daerah Beaufort yang berkait rapat dengan Loji Air Beaufort yang gagal menyalurkan air di kawasan - kawasan kampung terutama sekali di kawasan pedalaman? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sebelum saya menjemput menteri berkenaan, Timbalan Ketua Menteri untuk menjawab, Ahli Yang Berhormat pohon hanya menyebut soalan yang dipohon, terima kasih. Saya menjemput menteri, Timbalan Ketua Menteri Kerja Raya untuk menjawab ataupun pembantu, silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Penyelesaian Masalah Air Di Dun LumadanQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*1. YB. Tuan Ruslan bin Muharam [Lumadan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI I / MENTERI KERJA RAYA, apakah status penyelesaian masalah air yang dihadapi di kawasan DUN Lumadan khususnya di daerah Beaufort yang berkait rapat dengan loji air Beaufort yang gagal menyalurkan air ke kawasan kawasan kampung terutama sekali di kawasan pedalaman.

Jawapan

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman Yang Berhormat dari N41 Lumadan di Dewan yang mulia ini, bekalan air terawat bagi kawasan daerah Beaufort dan sekitarnya adalah dibekal melalui Loji Rawatan Air Beaufort 1 dan Loji Rawatan Air Beaufort 2 yang mempunyai kapasiti reka bentuk sebanyak 60 juta liter sehari daripada Sungai Padas.

Pelaksanaan projek paip agihan di kawasan luar bandar adalah melalui program luar bandar secara berperingkat dengan kerjasama Kementerian Bandar dan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, Sungai Padas di Beaufort selalulah mengalami kekeruhan air yang tinggi dalam sekitar purata 3 kali sebulan, seterusnya menjejaskan operasi loji rawatan air.

Tempoh masa pemulihan tekanan air dalam sistem agihan di atas kejadian ini akan mengambil masa 9 hari untuk dipulihkan.

Bagi mengelak gangguan bekalan air terawat daripada Loji Rawatan Air Beaufort 2 pada musim kemarau, satu pembandung bersifat sementara telah dibina di Sungai Padas berdekatan dengan muka sauk.

Ini adalah bertujuan untuk meninggikan paras air sungai bagi membolehkan air mengalir ke muka sauk.

Jabatan Air Negeri Sabah akan melaksanakan kajian dan reka bentuk bagi menaik taraf muka sauk di kedua - dua loji. Kajian ini melibatkan pembinaan sebuah fasiliti pemendapan di muka sauk bagi mengawal kekeruhan air dan juga membina sebuah kolam tokongan air ORS (Off River Storage) dalam tempoh RMK-12.

Walau bagaimanapun, ini amat tertakluk kepada keadaan peruntukan kerajaan. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada soalan tambahan?

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan.

Tuan Haji Ruslan bin Muharam [Lumadan]:Yang Berhormat Pembantu Menteri berhubung dengan pembinaan ataupun pelaksanaan batang - batang paip yang diperuntukan daripada KPLB pusat. Bahawa saya kira bukan saja di Lumadan tetapi mungkin juga di kawasan - kawasan yang lain pembinaan batang paip yang

dilakukan oleh melalui pejabat daerah setakat ini masih gagal untuk di apa nama tu di.. disambung kepada saluran air daripada batang paip yang dibina…

… batang paip yang dilakukan oleh melalui pejabat daerah, setakat ini masih gagal untuk di apa nama tu di..disambung kepada saluran air daripada batang paip yang dibina daripada Jabatan Air itu sendiri, jadi mohon penjelasan.

Datuk Limus bin JuryPGRS · GRSPembantu Menteri Kerja Raya · Kuala Penyu

Terima kasih Tuan Speaker, soalan tambahan daripada N.41 Lumadan, saya juga dimaklumkan, paip-paip yang daripada kementerian yang diselia oleh pejabat daerah kebanyakannya tidak mengikut justifikasi dan banyak kebocoran berlaku juga jadi, jabatan saya Jabatan Air telah memeriksa dan untuk menyuruh kepada kontraktor untuk membaiki kobocoran-kebocoran tersebut supaya, penyambungan ke paip main paip ke Jabatan Air dapat dipulihkan, dan begitu juga kebanyakan paip-paip yang ah sudah usang isi itu akan diganti dan sekarang dalam pembinaan dan peratus ah penyiapan, sudah 96% dan akan siap pada 17/01/2022, terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya menjemput Yang Berhormat dari Moyog.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Selamat pagi, soalan saya, soalan nombor dua (2), terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Dialog Awam Mengenai Cadangan Draf Pelan Pembangunan Daerah PenampangQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*2. YB. Datuk Ignatius Dorell Leiking [Moyog] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN II, apakah pendirian terhadap penganjuran Dialog Awam bersama orang awam dan pihak berkepentingan mengenai cadangan Draf Pelan Pembangunan Daerah Penampang yang sedang dalam pameran untuk pemeriksaan.

Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ liasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan selamat pagi. Datuk Speaker untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat dari N.26 Moyog dan makluman sidang yang mulia ini. Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk menjayakan apa-apa pendekatan yang membawa manfaat kepada orang awam dan pihak berkepentingan.

Untuk makluman bemula pada 18 Okt 2021 sehingga 18 Jan 2022 , draf skim perancangan bagi Daerah Penampang telah dipamerkan selama 90 hari untuk pemeriksaan, bantahan dan pendengaran awam selaras dengan peruntukan Seksyen 7(2) dan 7(3) Ordinan Perancangan Bandar dan Desa Sabah Cap 1.1.

Pada ketika ini orang awam boleh melakukan pemeriksaan terhadap draf skim perancangan dan menghatar borang bantahan atau cadangan melalui Web rasmi Majlis Daerah Penampang dan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah atau datang ke ruang pameran pejabat Majlis Daerah Penampang di Dewan Raya Kampung Terawi dan Dewan Raya Kampung Ganang. Di mana setiap tempat pameran ini ada kakitangan yang bertugas untuk membantu memberi penerangan berkenaan draf skim perancangan tersebut. Semasa tempoh pameran ini dilaksanakan pihak Majlis Daerah Penampang dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah telah mengambil beberapa pendekatan agar draf skim perancangan Daerah Penampang iaitu pelan Daerah Penampang, pelan tempatan Donggongon, pelan tempatan Rampazan, pelan tempatan Tuwaui, pelan tempatan Kibabaig dan pelan tempatan Damaza mendapat hebahan menyeluruh tentang penyediaan draf skim perancangan berkenaan kepada semua pemilik tanah yang terlibat terutamanya orang-orang kampung.

Kerajaan Negeri amat komited untuk memastikan hebahan-hebahan menyeluruh dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan, melalui pelaksanaan , pendekatan-pendekatan seperti berikut:

Pertama, pameran draf skim perancangan telah di diadakan di International Technology and Commercial Centre Penampang (ITCC) selama satu minggu,

bermula 18 hingga 24 Oktober 2021, memandangkan ITCC ini merupakan kawasan tumpuan dan untuk tumpuan utama penduduk Daerah Penampang. Keduanya, sesi taklimat kepada wakil wakil kampung, iaitu ketua-ketua kampung dan jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung, telah diadakan pada 6 dan 7 November 2021 bertempat di Dewan Raya Kampung Terawi, bagi...bagi memberi penerangan kepada penduduk kampung mengenai…mengenai penyediaan draf skim perancangan ini.

Yang Ketiga, mengadakan sesi bengkel dan dialog, dialog awam dijangka akan diadakan pada 15 dan 16 Disember nanti, dijangka 15 dan 16 Disember 2021 bertempat di tempat yang sama di International Technology dan Commercial Centre Penampang (ITCC) yang melibatkan orang awam dan pihak berkepentingan agar semua pandangan dan input-input penting dapat dikumpul dan diambil kira untuk penambah baik..penambah baikkan draf skim perancangan supaya ianya dapat memenuhi kehendak dan kepentingan orang awam, terutama...terutamanya orang-orang kampung selaras dengan aspirasi kerajaan negeri. Sekian terima kasih. Soalan Tambahan

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Terima kasih ah Datuk Pembantu Menteri, penjelasan sedikit lagi.

You mention that adanya dialogkan pada Disember ini dengan awam dan meminta maklum balas daripada awam, now, I, saya cadang Datuk Speaker, bahawa we must think different daripada dahulu our old style of doing things. Public dialog patut diadakan taklimat lah satu taklimat mesti diadakan kepada seluruh warga di Penampang, because this block draft planning scheme akan menukar keadaan Penampang, banyak mungkin tidak faham, saya bukan menengok rendah kepada JPKK atau pun Ketua Kampung tetapi kita perlu engineers kita perlu draft men ataupun pegawai-pegawai yang mahir dalam subjek ini untuk memberi penjelasan dan berdialog mendapat keterangan daripada awam dan menerangkan kepada awam. So that is why, I suggested bahawa public dialog is important and may be satu approach bahawa kita boleh adanya satu town hall dengan masyarakat dan juga mendapat maklum balas daripada mereka. So not only bagi Penampang tetapi kepada daerah-daerah yang akan juga ada perancangan yang sama. Terima Kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Terima kasih diatas soalan tambahan dan juga pandangan daripada Yang Berhormat Moyog.

Pertamanya, I think, dengan izin Tuan Speaker, you must remember that the local plan is own by the council, that is the first think, I think should we need, we to need to understand, erti dia sebenarnya majlis daerah ada kuasa penuh dan juga budi bicara, untuk menentukan bagaimana pendengaran awam… awam itu dapat dibuat. We are very open, in fact sebenarnya untuk yang apa tu makluman Yang Berhormat, ada satu laporan daripada satu majlis daerah itu, saya refuse to accept bila sampai kepada majlis perancangan negeri, because I want it to be there clearly ensure that orang awam telah pun apa tu dimaklumkan dia orang faham implikasi daripada pelan tersebut.

Jadi Kedua, Yang Berhormat, we I welcome anyone actually, sebenarnya kita alu-alukan segala pemimpin, tak kira pemimpin daripada kerajaan ataupun pemimpin masyarakat yang lain, feel free to have their own dialog tiada masalah. Then give me your inputs, we are very open about it because eventually is your daerah bukan daerah saya. Saya hanya menjalankan tugas sebagai Menteri buat sementara waktu. Tapi pada akhirnya pelan daerah itu adalah milik penduduk semua mereka yang tinggal di daerah tersebut. Feel free we are very transparent kalau ada cara lain ambil daripada persatuan professional, engineer, architect dan sebagainya pun kita alu-alukan lah no problem .

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Menteri boleh tambah sikit, terima kasih Datuk Menteri atas jawapan and I agree with you hanya typical of civil servant dia orang tidak akan buat kalau Menteri tidak mengarahkan. Bolehkah minta Menteri mengarahkan Pejabat Majlis Daerah Penampang untuk buat demikian. Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Tuan Speaker, anggaplah jawapan saya hari ini sebagai arahan lah ye...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Kapayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Tuan Speaker, selamat pagi soalan tambahan saya selain daripada apa yang ditimbulkan oleh YB Moyog yang saya setuju, satu lagi masalah yang biasa kita lihat..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Kapayan.

Saya panggil berkenaan dengan soalan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ok.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang tadi tu sudah lalu.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Sudah lalu, ok.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya, cuba ulang sekali.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ok, terima kasih Datuk Speaker, ok soalan saya ialah soalan nombor tiga (3).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Menteri ah Pembantu Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Bantuan Pengusaha Kecil Dan Sederhana Yang Terjejas Akibat Pandemik Covid-19Questions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*3. YB. Puan Jannie Lasimbang [Kapayan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN, apakah kejayaan serta kekangan usaha kerajaan dalam membantu pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik COVID-19, berapa ramaikah pengusaha kecil dan sederhana yang telah dibantu setakat ini. Jawapan

Tuan Mohd. Tamin @ Tamin bin ZainalUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian · Pantai Manis

Bismillahirrahmannirrahim Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Datuk Speaker, untuk makluman Yang Berhormat dari Kapayan dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini, kerajaan telah memberi komitmen untuk menyokong dan membantu pengusaha kecil dan

sederhana secara berterusan agar dapat membantu mereka meringankan beban semasa…

Tuan Mohd. Tamin @ Tamin Bin ZainalUMNO · GRSPembantu Menteri Pembangunan Perindustrian · Pantai Manis

….mereka meringankan beban semasa akibat pandemik Covid-19.

Sehubungan dengan itu, terdapat berbagai jenis bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat dan negeri untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas oleh pandemik Covid-19. Di peringkat persekutuan, bantuan kewangan secara One-Off dimulakan dengan Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 diikuti dengan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0.

Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro menerima bantuan bernilai RM3,000 setiap satu usahawan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan di kalangan peniaga kecil terutama berkaitan modal kerja seperti menambah inventori dan membeli bahan mentah. Pada tahun ini, Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 diteruskan lagi di bawah Pakej Pemerkasa bernilai RM150.00 setiap PKS. Ini disusuli dengan GKP di bawah Pakej Pemulih di mana setiap pengusaha mendapat bantuan RM1,000.

Selain daripada GKP, banyak lagi inisiatif lain seperti Dana Pinjaman Mudah dan Subsidi Upah yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban pengusaha kecil dan sederhana, dan sebagai persediaan untuk perancangan jangka panjang ke arah pemulihan perniagaan. Secara keseluruhan, inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) ini telah memanfaatkan hampir 1 juta PKS dengan jumlah peruntukan RM6.08 bilion semenjak Covid-19 melanda negara ini. Di peringkat negeri pula, bantuan Covid-19 kepada PKS, khususnya mikro dan kotej telah memanfaatkan seramai 39,200 pengusaha dengan jumlah peruntukan sebanyak RM25.7 juta tahun lalu. Datuk Speaker, selain daripada itu, melalui Program Bantuan IKS (BAIKS) 2021 dengan peruntukkan RM10 juta yang dilaksanakan di bawah kementerian saya melalui Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan, seramai 1,430 usahawan telah mendapat manfaat dari segi bantuan mesin dan peralatan

pembungkusan produk, pendigitalan dan perniagaan francais. Walaupun, bantuan ini bukan khusus untuk pakej bantuan Covid-19, namun ia dapat memberi inisiatif kepada pengusaha untuk terus berjuang mengekalkan peniagaan dan memperkasakan sektor PKS bagi tempoh jangka pancak, jangka panjang semasa pandemik Covid-19 ini.

Datuk Speaker, dari segi keberkesanan dan kejayaan usaha kerajaan, inisiatif yang telah dilaksanakan bukan sahaja mampu meringankan impak kepada pandemik ini tetapi komitmen dan prihatin kerajaan terhadap rakyat telah membangkitkan semangat dan keyakinan PKS untuk terus berjuang. Meskipun GKP dilihat sebagai nilai kecil, namun bantuan yang berterusan membawa kesan positif kepada pemulihan walaupun secara perlahan-lahan. Pelaksanaan inisiatif kerajaan seperti GKP dan lain-lain pakej ransangan, menyokong kelangsungan atau business survival di kalangan pengusaha desa kecil dan sederhana. Kerajaan akan terus memperhebatkan lagi inisiatif untuk membantu dan memperkasa sektor PKS bagi memacu semula pemulihan ekonomi.

Dari segi kekangan, terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha di Sabah. Antaranya, PKS yang tercicir daripada mendapat bantuan kerana tidak berdaftar dengan badan tertentu seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri. PKS Mikro di Sabah terutama di luar bandar tidak berpeluang mendapat bantuan kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri misalnya, tidak mempunyai lesen perniagaan. Selain itu, sebahagian besar PKS di Sabah juga tidak dapat menikmati kemudahan Subsidi Upah iaitu boleh membantu PKS dalam mengekalkan pekerjaan kerana tidak berdaftar dengan PERKESO. Bagaimanapun, kesan positif dan situasi ini ialah kesedaran yang tecetus di kalangan PKS Sabah terhadap peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan mereka telah mengambil inisiatif untuk mematuhi syarat dan peraturan yang ada. Di peringkat negeri, kekangan ini, kekangan dari segi peruntukan menyebabkan ia hanya dihadkan kepada sektor yang tertentu sahaja. Walau bagaimanapun, kerajaan negeri komited untuk membantu dan berusaha supaya golongan yang terkesan terus dibantu bagi meringankan beban dan masalah mereka semasa pandemik Covid-19 ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan, silakan. Soalan Tambahan

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri seperti yang dikatakan tadi, antara masalah ataupun kekangan yang dihadapi oleh pengusaha kecil dan sederhana ini adalah berkaitan dengan mendapat lesen dan juga register dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan juga PERKESO. Ada apakah tindakan daripada kerajaan untuk memastikan bahawa mereka dibantu untuk mendaftar? Sebab saya juga melihat bahawa ini memang masalah yang dihadapi di… oleh PKS di kawasan saya, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, Yang Behormat Pembantu Menteri.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSMenteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih atas soalan yang tambahan daripada DUN Kepayan. Setiap peniaga ataupun setiap yang di dalam industri kecil dan sederhana ini, mereka perlu memohon kepada kementerian. Namun demikian, kalau ada daripada mereka yang tidak layak seperti tidak berdaftar dengan LHDN, apa yang kita boleh lakukan adalah cuma memberi awareness kepada mereka memohon supaya mereka ini mendaftar. Supaya mereka pun boleh menikmati bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Er… soalan Yang Berhormat Tuan…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Sungai Manila.

Soalan tambahan boleh, Tuan Speaker? Soalan tambahan tadi ya, boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Er… saya sudah panggil yang yang. Saya sekarang menjemput ..Tuan … Yang Berhormat Sungai, Sungai Manila.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor empat (4).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Organisasi Khas Menguruskan Tanah/Premis WakafQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*4. YB. Tuan Mokran bin Ingkat [Sungai Manila] bertanya kepada MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS, adakah kerajaan mempunyai organisasi khas untuk menguruskan tanah/premis wakaf bagi memudahkan orang perseorangan atau institusi untuk memastikan perkara-perkara wakaf direkodkan dan ditadbir urus dengan sempurna dan memudahkan kepada pewakaf.

Jawapan

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih, Tuan Speaker. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada N.51 Sungai Manila dan dewan yang mulia ini, Majlis Ugama Islam Sabah merupakan pemegang amanah Wakaf Negeri Sabah. Selaras dengan keputusan MUIS dan Enakmen Wakaf Negeri 2018, telah ditubuhkan Lembaga Pengurusan Wakaf Negeri Sabah dan antara fungsinya, ialah memberi nasihat kepada majlis, ia ini kepada MUIS berkenaan dengan dasar, cara, dan langkah yang perlu dilaksana dan diambil untuk menggalakkan pembangunan harta produk wakaf.

Yang kedua, fungsinya membuat, merancang, dan melaksanakan dasar serta peraturan atau perintah majlis dengan pembangunan harta dan produk wakaf. Yang ketiga Tuan Speaker, fungsinya ialah bertindak sebagai agensi penyelaras di dalam melak perlaksanaan kemajuan pembangunan harta dan prodak wakaf secara pesat. Yang keempat, mengurus dan menjalankan pengendalian dan penyelenggaraan harta wakaf termasuk kemudahan infrastruktur tempat dan alat di kawasan harta wakaf tersebut.

Yang kelima, menggalakkan dan menyelaraskan serta melaksanakan kajian dan pembangunan di dalam semua aspek harta dan produk wakaf, dan yang terakhir melakukan istibdal terhadap apa-apa harta wakaf dengan persetujuan majlis dan tertakluk kepada syarat persetujuan tersebut.

Tuan Speaker, ,elalui Lembaga Pengurusan Wakaf Negeri Sabah MUIS ini, pengurusan serta pentadbiran wakaf akan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai dan seorang Ketua Pendaftar Wakaf yang akan dilantik untuk, yang dilantik untuk memastikan keberkesanan perkhidmatan institusi ini. Pada masa ini, Setiausaha MUIS atau CEO MUIS adalah orang yang bertanggungjawab memastikan segala proses perwakafan dan tatacara petadbiran di lembaga pengurusan ini dilaksana mengikut proses serta tatacara yang teratur demi memastikan harta-harta wakaf serta niat dan kehendak wakaf dapat dipatuhi sebaiknya. Sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Tambahan dari Yang Berhormat Sungai Manila?

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Er… Tuan Yang di-Pertua…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Setakat ini, berapa banyak yang telah didaftarkan?

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

…..banyak yang telah didaftarkan di dalam apa ini? Lembaga Pengurusan Wakaf?

Datuk Haji Mohd. Arifin Bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Untuk ah, menjawab soalan Yang Berhormat tadi, setakat ini ada 1,040 ekar tanah yang telah diwakaf yang meliputi tanah wakaf khas untuk masjid, tanah wakaf khas untuk surau, tanah wakaf khas untuk sekolah agama atau madrasah dan tanah wakaf am dan ah wakaf daripada kerajaan dan ah, semua termasuklah tanah wakaf individu atau sumbangan yang ditadbir urus oleh lembaga ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pintasan.

Datuk Speaker, soalan saya nombor lima (5).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jaringan Telekomunikasi Dan Digital Seluruh Negeri SabahQuestions

*5. YB. Tuan Fairuz bin Renddan [Pintasan] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, tentang usaha dalam memastikan infrastruktur teknologi digital yang cekap dan mampan di seluruh kawasan khasnya kawasan pedalaman Sabah. Apakah langkah kementerian dalam memastikan jaringan telekomunikasi dan digital sampai kepada semua rakyat tanpa mengira lokasi. Jawapan

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Karambunai

Terima kasih Datuk Speaker, untuk soalan ini saya memohon menjawab soalan daripada ahh selain Pintasan, saya jawab sekali dengan daripada YB Tempasuk, YB Nabawan, YB Limbahau, YB Sebatik, YB Liawan, YB Banggi, YB Bongawan dan YB Sungai Manila. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, pandemik COVID-19 ini telah mewujudkan kebergantungan kepada internet yang tinggi di kalangan rakyat terutamanya para pelajar sama ada di kawasan bandar mahu pun di luar bandar. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur komunikasi melalui penyediaan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan menggunakan pelbagai teknologi supaya rakyat Sabah menikmati akses kepada perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Pelan jalin digital negara iaitu JENDELA dirangka bertujuan untuk pertingkatkan tahap kesalinghubungan serta kualiti pengalaman perkhidmatan jalur lebar di seluruh negeri termasuk seluruh negara termasuk Negeri Sabah. Pelaksanaan JENDELA Fasa 1 yang sedang berjalan ketika ini, sehingga penghujung tahun 2022 memberi fokus kepada pemantapan infrastruktur digital dengan tumpuan kepada pembinaan tapak-tapak baharu, menaik taraf stesen-stesen pemancar sedia ada kepada teknologi 4G serta menyediakan capaian gantian optik di premis-premis di seluruh negeri sebagai persediaan untuk beralih kepada teknologi 5G.

Semasa Sambutan Hari Malaysia yang lepas, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail bin Sabri, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan sebanyak 3 poin RM 3.61 bilion diperuntukkan kepada Negeri Sabah membangunkan projek kebolehcapaian akses internet di kawasan kritikal seperti pendalaman dan luar bandar.

Peruntukan ini meliputi pembinaan 588 buah menara telekomunikasi yang baharu, menaik taraf sebanyak 3,500 buah pemancar kepada 4G, menaik taraf 251,156 premis kepada capaian gantian optik dan pembinaan tiga (3) buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia iaitu PEDI merupakan nama baharu di pusat internet komuni, komuniti yang sebelum ini PIK dan dengan tambahan ini, jumlah PEDI di seluruh Negeri Sabah adalah sebanyak 118 buah.

Progres Program JENDELA di Negeri Sabah setakat Oktober 2021, masih mengikut perancangan yang ditetapkan daripada 588 lokasi baharu yang dirancang dengan teknologi 4G, sebanyak 79 lokasi telah siap dilaksanakan. Bagi menaik taraf lokasi sedia ada pula, sebanyak 2,337 lokasi telah siap dinaik taraf kepada 4G daripada jumlah keseluruhannya 3,500 lokasi yang telah dirancang.

Bagi projek menaik taraf premis, kepada capaian gantian optik pula, sebanyak 109,408 premis telah siap dilaksanakan daripada jumlah keseluruhan 251,165 premis yang telah dirancang.

Pencapaian ini dijangka meningkat menjelang penghujung tahun 2021 dan seterusnya pada tahun 2022. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, perancangan dan pencapaian JENDELA adalah dinamik dan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa bergantung kepada faktor peralihan dan permintaan pengguna, pembinaan bandar, kawasan perindustrian dan kawasan perumahan baharu.

Bagi kawasan-kawasan yang tidak termasuk di bawah inisiatif JENDELA Fasa 1, ianya akan diambil kira di bawah Pelan Fasa 2 iaitu 2023 hingga 2025. Sasaran fasa pertama adalah memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 80.2% kepada 90% di kawasan yang berpenduduk.

Sehingga 31 Oktober 2021, status pencapaian untuk memperluaskan liputan 4G di seluruh Negeri Sabah termasuk kawasan-kawasan pendalaman adalah 83.90%.

Bagi memastikan penduduk di kawasan pendalaman tidak ketinggalan, dalam menerima akses jalur lebar kementerian dalam perancangan untuk memasang kemudahan internet teknologi satelit iaitu VSAT di 300 lokasi pada tahun 2022. Di samping, 55 lokasi pada tahun ini, bagi melengkapkan Program JENDELA.

Setakat ini, kementerian telah siap memasang VSAT di 24 lokasi, di 24 lokasi. MCMC memperuntukkan sebanyak 138 lokasi untuk pemasangan VSAT di Sabah.

Setakat 1 Disember 2021, sebanyak 36 lokasi dipasang jalur lebar satelit telah beroperasi. Inisiatif ini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap pada awal tahun 2022.

Untuk makluman Yang Berhormat Tuan Mohd. Arsad bin Bistari ya, Tempasuk, bagi kawasan DUN Tempasuk, sebanyak 191 daripada 200 208 premis telah disediakan akses kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabyte bagi memperluaskan ketersediaan sambungan gantian optik.

Bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih pula, satu lokasi baharu akan dibina. Manakala bagi projek menaik taraf stesen pemancar komunikasi pula, sejumlah 22 daripada 24 stesen pemancar komunikasi sedia ada telah dinaik taraf pada teknologi 4G.

Untuk makluman Yang Berhormat Limbahau, bagi DUN Limbahau kesemua 547 premis yang dikenal pasti telah sediakan akses kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabyte bagi...

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi [Datuk Haji Yakubah Khan]:…..berkelajuan gigabyte bagi memperluaskan ketersediaan sambungan gantian optik.

Untuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih pula, sejumlah 3 lokasi baharu akan dibina iaitu di Kampung Gana, Kampung Tanaki dan Kampung Mandalipau.

Bagi projek menaik taraf stesen pemancar komunikasi pula, sejumlah 14 daripada 15 stesen pemancar komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada teknologi 4G. Selain itu, terdapat dua lokasi di kawasan DUN Limbahau akan disediakan dengan perkhidmatan teknologi satelit iaitu di Kampung Labak dan Kampung Bolotikon. Untuk makluman Yang Berhormat Sebatik, bagi kawasan DUN Sebatik, sebanyak 1,126 permis telah disediakan akses kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan Gigabyte (GB) bagi memperluaskan ketersediaan sambungan gantian optik. Untuk perkhidmatan jalur lebar mudah alih pula, 1 lokasi daripada 11 lokasi baharu yang dikenal pasti telah pun siap dibina.

Manakala 10 lokasi lagi masih dalam proses pelaksanaan.

Manakala bagi projek naik taraf stesen pemancar komunikasi sedia ada, sebanyak 68 stesen pemancar komunikasi akan dinaik taraf kepada teknologi 4G. Progress setakat Oktober 2021, sebanyak 26 stesen pemancar ini telah pun siap dinaik taraf. Selain itu, terdapat 6 lokasi di kawasan DUN Sebatik telah dikenal pasti akan disediakan dengan perkhidmatan teknologi satelit.

Untuk makluman Yang Berhormat Liawan, bagi Daerah Keningau khususnya, sebanyak 3,708 permis telah disediakan akses kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan Gigabyte (GB) daripada 3,757 permis yang telah dirancang bagi memperluaskan ketersediaan sambungan gantian optik.

Bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih pula, 37 lokasi baharu akan dibina di daerah Keningau dan setakat Oktober 2021, 3 lokasi telah pun siap.

Bagi projek menaik taraf stesen pemancar komunikasi pula, sebanyak 107 daripada 200 stesen pemancar komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada teknologi 4G. Selain itu, sejumlah 13 lokasi di daerah Keningau telah dikenal pasti akan disediakan dengan perkhidmatan teknologi satelit.

Untuk makluman Yang Berhormat Banggi, bagi kawasan DUN Banggi, sebanyak 9 lokasi menara baharu akan dibina bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih. Manakala sebanyak 17 stesen pemancar komunikasi sedia ada akan dinaik taraf kepada teknologi 4G.

Progress setakat Oktober 2021, sebanyak 5 stesen pemancar ini telah pun siap dinaik taraf.

Disamping itu, terdapat 3 lokasi telah dikenal pasti di kawasan DUN Banggi yang akan disediakan dengan perkhidmatan teknologi satelit dan 1 lokasi telah siap dan beroperasi.

Untuk makluman Yang Berhormat Bongawan, bagi kawasan DUN Bongawan, sebanyak 2 lokasi akan dibina dengan menara baharu bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih.

Manakala sebanyak 26 stesen pemancar komunikasi sedia ada akan dinaik taraf kepada teknologi 4G.

Setakat Oktober 2021, sebanyak 18 stesen pemancar telah siap dinaik taraf.

Bagi kawasan di bahagian Ulu Bongawan, 1 menara telah pun dikenal pasti untuk pembinaan menara baharu di bawah Projek JENDELA fasa 1 iaitu di Sk Ulu Lumagar, Kampung Ulu Lumagar. Inisiatif ini akan bermula pada tahun 2022 dan dijangka siap pada tahun 2023.

Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Manila, kawasan DUN Sungai Manila khususnya di kesemua 299 permis telah disediakan akses kepada perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan Gigabyte (GB) bagi memperluaskan ketersediaan sambungan gantian optik.

Bagi projek menaik taraf stesen pemancar komunikasi pula, sejumlah 22 daripada 24 stesen pemancar komunikasi sedia ada telah dinaik taraf kepada teknologi 4G.

Manakala 2 lagi stesen pemancar komunikasi masih dalam proses pelaksanaan.

Inisiatif - inisiatif ini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap pada awal tahun 2022.

Disamping itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melantik 4 syarikat penyedia perkhidmatan internet bagi pemasangan pakej Interim Perkhidmatan Internet di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah melibatkan 1,290 sekolah untuk kegunaan pengurusan dan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah - sekolah terlibat. Kerajaan negeri turut amat mengambil berat mengenai keperluan penggunaan peranti komputer yang agak mendesak dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah iaitu PDPR. Pejabat Menteri Tugas - Tugas Khas dengan kerjasama Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi telah memperkenalkan Program Bantuan Ihsan Komputer iaitu BAIK. Bantuan komputer riba ini melibatkan 10 ribu orang pelajar kategori B40 iaitu pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 termasuk Sekolah Menengah Agama Negeri di Sabah. Kerajaan turut memperkenalkan inisiatif Program CERDIK iaitu Yayasan Hasanah yang diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Seramai 29,509 ribu orang murid daripada kalangan B40 melibatkan 225 sekolah iaitu 110 sekolah menengah dan 115 sekolah rendah telah menerima peranti berserta plan kad sim data internet dengan spesifikasi minimum 15 Gigabyte (GB) sebulan secara percuma selama 1 tahun bagi menjalani PDPR.

Bagi meringankan beban dan memastikan kesaling hubungan digital semasa PDPR tidak terjejas, MCMC bersama syarikat telekomunikasi telah menjalankan pelbagai program dan inisiatif seperti menawarkan internet secara percuma sebanyak 1 Gigabyte (GB) setiap hari bermula dari 1 April 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat iaitu PRIHATIN yang kini dilanjutkan sehingga akhir tahun 2021 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi iaitu PEMULIH.

Untuk makluman Ahli - ahli Yang Berhormat, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada 15 September 2021 telah mengumumkan 2 pakej baharu untuk tujuan yang sama iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Kesemua inisiatif ini memerlukan kerjasama serta tindakan beberapa pihak berkepentingan dalam mengenal pasti keperluan dan menyelaraskan inisiatif jalur lebar di…

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Karambunai

...

inisiatif jalur lebar di Negeri Sabah. Sebagai tambahan maklumat mengenai ketersediaan infrastruktur digital juga boleh diakses melalui portal jendela di my http://jendela.my ianya merupakan pusat sehenti untuk rakyat menikmati liputan rangkaian, menghantar maklum balas dan memohon perkhidmatan baharu daripada syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing. Carian lokasi dan maklumat mengenai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia iaitu (PEDI) boleh didapati melalui portal ini juga. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Pintasan, ada soalan tambahan. Soalan Tambahan

Tuan Speaker, soalan tambahan. Soalan tambahan Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan beberapa kawasan DUN dibina menara baru dan diupgrade kepada 4G. Soalan saya berapakah jumlah menara baru dan berapakah jumlah menara yang diupgrade kepada 4G di kawasan DUN Pintasan?

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Karambunai

Yang Berhormat Pintasan, tadi saya sudah sebut satu persatu secara detail di semua kawasan DUN-DUN yang saya nyatakan. Saya harap Yang Berhormat dapat mendengar dengan jelas ya.

Minta maaf, tadi Yang Berhormat Menteri katakan hanya Tampasuk Yang Berhormat.

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Karambunai

ada Pintasan..

tak apa nanti saya jelaskan secara bertulis kepada Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri..

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Ya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri..saya ada notakan di sini tempat-tempat Yang Berhormat sebut adalah Limbahau, Sebatik, Liawan, Banggi, Bongawan, Sungai Manila itulah tempat-tempat yang Menteri telah sebut. Oleh sebab…

Datuk Haji Yakubah KhanUMNO · GRSMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Karambunai

Tidak apa, nanti saya maklumkan Yang Berhormat Pintasan ya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Secara bertulis ya.

Terima kasih Menteri.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

YB Yang Berhormat Luyang.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Datuk Speaker, soalan saya nombor (6).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ataupun Timbalan Kewangan boleh tolong jawab. ANGGARAN TERPERINCI KUTIPAN HASIL CUKAI JUALAN KE ATAS PRODUK PETROLEUM *6. YB. Tuan Phoong Jin Zhe [LUYANG] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, berapakah anggaran secara terperinci kutipan hasil cukai jualan ke atas produk petroleum yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020.

Jawapan

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Datuk Speaker, Assalamualaikum, selamat pagi, untuk makluman Yang Berhormat daripada Luyang sahabat saya YB Tuan Phoong Jin Zhe dan Dewan yang mulia ini, cukai jualan negeri ke atas produk petroleum yang mula berkuatkuasa pada bulan April tahun 2020 adalah dikenakan keatas minyak mentah petroleum dan gas asli, gas asli cecair pada kadar 5% bagi setiap produk tersebut. Anggaran asal kutipan cukai ini pada tahun 2021 adalah sebanyak RM1.25 bilion. Walau bagaimanapun ekoran kenaikkan harga komoditi ini anggaran tersebut telah disemak semula kepada RM1.4 bilion.

Datuk Speaker, sukacita dimaklumkan bahawa setakat 28 November 2021 kerajaan telah menerima bayaran sebanyak Ringgit Malaysia 1.385 bilion atau 98.9% daripada anggaran disemak keatas kutipan cukai ini setelah disemak semula. Jika dikira sejak cukai ini mula berkuatkuasa sejak tahun 2020, April 2020 maka jumlah cukai terkumpul yang telah dikutip adalah sebanyak Ringgit Malaysia 1.562 bilion. Di mana pada tahun 2020 sebanyak RM177.88 juta yang dikutip asal pada tahun 2020. Terima kasih, sekian.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan Yang Berhormat?

Soalan Tambahan

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih YB Pembantu Menteri, terima kasih Tuan Speaker, dengan adanya dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Barisan Plus ini, saya rasa kalau tak silap 1.5 bilion kenaikkan untuk Kerajaan Negeri itu maknanya dari hasilnya lebih kurang 20-30% hasil kenaikkan.

Saya ingin tanya apakah dasar fiskal, dasar financial Kerajaan Negeri yang ada hari ini kerana saya lihat bajet-bajet ini kementerian-kementerian ada banyak dipotong bajet. Banyak masalah-masalah yang perlu peruntukan yang tambahan tapi tidak ditambah tidak diagihkan.

Sebagai contohnya, bekalan air, sebagai contohnya banjir, isu banjir pun tidak ada tambahan bajet untuk mengatasi masalah-masalah. Saya ingin tanya, dengan adanya hasil yang begitu banyak 1.5 bilion apakah dasar fiskal kerajaan hari ini untuk mengatasi masalah-masalah yang ada? Dan juga saya nak tanya apakah

dasar fiskal adakah ia akan kerajaan pada hari ini akan potong kurangkan cukai? Khususnya cukai jualan untuk crude pump oil yang dianggap sebagai yang tertinggi di seluruh Malaysia.

Saya minta penjelasan daripada Kerajaan Negeri.

Terima kasih.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Tuan Speaker, bagi menjawab soalan tambahan daripada Luyang, saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa cadangan-cadangan peruntukan-peruntukan yang dibawa di dalam Dewan yang mulia ini untuk diminta kelulusan adalah cadangan daripada setiap kementerian.

Daripada cadangan-cadangan ini memang kalau kita teliti ianya melebihi daripada kemampuan kerajaan ataupun hasil yang kita pungut.

Tetapi perbincangan dan mesyuarat-mesyuarat telah diadakan beberapa kali dengan Kementerian Kewangan di peringkat pegawai untuk melihat akan keperluan-keperluan mengikut kementerian-kementerian. Ini yang dilakukan saya ingat amalan daripada sejak dahulu lagi.

Jadi kita memang sedar bahawa kita memerlukan seberapa banyak peruntukan yang boleh untuk memenuhi kepentingan rakyat tetapi kita mesti lakukan secara berhemah mengikut kemampuan ataupun kewangan yang ada kepada kerajaan.

Jadi selain daripada itu, saya juga ingin mengatakan bahawa sehingga sekarang ini kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan cukai pungutan daripada palm oil ataupun Sawit. Jadi walau bagaimanapun, pihak kementerian ataupun jabatan-jabatan kerajaan masih boleh mencadangkan kepada Kementerian Kewangan jika sekiranya terdapat keperluan-keperluan ataupun projek-projek, program-program yang emergency ataupun yang perlu dilaksanakan segera. Terima kasih.

Soalan Tambahan

Datuk Speaker, soalan tambahan Yang Amat Berhormat saya ingin bertanya, proses kutipan hasil petroleum ini sama ada ianya hanya meliputi crude oil ataupun by product oil yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah Kerajaan Negeri untuk memastikan contohnya Petronas, dia bukan hanya mengambil hasil daripada crude oil daripada Negeri Sabah bahkan juga by product petroleum yang ada. Adakah ini juga terangkum daripada apa yang kita telah lakukan dalam pengutipan hasil petroleum daripada Negeri Sabah ini?

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Untuk makluman ahli daripada Senallang, saya ada senarai kutipan daripada syarikat-syarikat petroleum yang ada di Negeri Sabah. Saya ingin maklumkan Dewan yang mulia ini, kutipan-kutipan yang telah kita pungut ialah satu daripada Petronas Cari Gali Sdn. Bhd. iaitu 444.5 juta, kedua Petroleum Nasional Berhad (Petronas) 429.9 juta, Coco Conoco Phillips Sabah Limited 212.8 juta, Sabah Shell Petroleum Company Limited 210.7 juta, PTTEP Sabah Oil Limited 76 juta, Petronas Floating L&G 1 Limited…

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

… Petronas Floating L&G 2 Limited, 56.6 juta. Repsol Oil and Gas Malaysia Limited, 31.3 juta.

PT Pertamina Malaysia Eksplorasi Produksi, 28.9 juta. Conoco Polips, Phillips Sabah Gas Limited, 7.7 juta, dan yang kesebelas, E&P Malaysia Venture Sdn. Bhd., 0.46 juta ringgit.

Inilah keseluruhan pungutan hasil yang termasuk bukan sahaja petroleum tetapi gas, sebanyak 1 ribu atau 1.562 bilion ringgit yang dipungut sehingga bulan November tahun ini.

Yang Berhormat, Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya menjemput Yang Berhormat Api-Api. Yang Berhormat.

…kemukakan ialah by product petroleum.

Saya ingat kalau macam Phillips, Conoco, semuanya adalah merupakan syarikat-syarikat yang extracting the crude well. Tapi by product macam saya bagi tahu tadi, hasil daripada jualan. Ya, by product petroleum yang ada, yang kita jual di retail retail sector ini. Terima kasih, sama ada itu termasuk ataupun tidak. Itu saja saya tanya, bukan crude well nya.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji NoorPGRS · GRSKetua Menteri / Menteri Kewangan · Sulaman

Terima kasih Ahli daripada Senallang. Mengenai perkara ini, saya akan cuba apa nama dia itu semak semula, Yang Berhomat Speaker. Kerana saya tidak ada

data di sini. Kalau kita jawab nanti, salah lagi. Marah lagi, Senallang. Jadi biarlah, apa nama dia itu saya semak nanti. Saya akan maklumkan ahli-ahli dewan yang mulia ini ataupun ahli Yang Berhormat. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Ignatius Dorell LeikingWARISAN · WARISAN-PLUSMoyog

Datuk Speaker, minta peluang soalan berkaitan dan penting.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang ah...

Minta maaf, masa telah, tidak mengizinkan. Sekarang memang, menjemput Yang Berhormat Api-Api.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Sorry.

Soalan saya ialah number seven (7).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Menteri berkenaan.

Pembantu… JUMLAH BAKUL MAKANAN YANG DIEDARKAN KEPADA PENDUDUK API-API *7. YB. Datuk Christina Liew [Api-Api] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYAKARAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, setakat ini, berapakah jumlah bakul makanan yang sudah diedarkan kepada para penduduk di kawasan Api-Api dan apakah pecahan lokaliti-lokaliti yang terlibat. Jawapan

Datuk Julita MojungkiPBS · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Matunggong

Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan ahli Yang Berhormat ADUN Api-Api, sukacita dimaklumkan bahawa dari bulan Januari 2021 sehingga 23 November 2021, jumlah bakul makanan yang telah diedarkan kepada penduduk dalam kawasan Api-Api adalah sebanyak 3,852 melibatkan 55 lokaliti untuk kategori dalam home quarantine, lockdown, e-Kasih dan golongan B40. Untuk menjimatkan masa dewan yang mulia ini, kementerian ini akan mengemukakan pecahan lokaliti seperti yang diperlukan oleh Yang Berhormat ADUN Api-Api. Tapi barangkali memadai untuk saya sebutkan di dalam kategori itu. B40 dan e-Kasih,

jumlah keseluruhan yang telah diagihkan adalah sebanyak 304. Dalam kategori quarantine sebanyak 1,087, dan dalam kategori PKPD adalah 2,197, dan yang terakhir B40 tercicir 2 ribu eh… 264. So, total 3,852. Sumber ini diperolehi daripada DBKK. So, nanti kita akan submit details ini kerana dia terlalu panjang. Okay.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan, Yang Berhormat Api-Api. Soalan Tambahan

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Datuk Speaker, saya ada soalan tambahan. Terima kasih. Saya dimaklum, masih ramai para penduduk di kawasan Api-Api belum lagi dapat bakul makanan. Apa cara atau rancangan kerajaan akan buat supaya mereka mendapat bakul makanan semungkin cepat. Ya, ini saya, very specific, adalah di bawah kategori B40. B40.

Saya minta penjelasan dari menteri berkenaan, mengenaan, ini boleh terjadi. Kenapa ini boleh terjadi? Suara Tidak dikenali: Pembangkang pun ada peruntukan bah, kenapa ndak boleh bagi?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Yang Berhormat Api-Api, berdasarkan maklumat yang diterima oleh DBKK, itu adalah data yang ada pada masa pemberian agihan bakul makanan. Sekiranya ada lagi yang tercicir, boleh maklumkan kepada pihak kerajaan.

Datuk Liew Chin Jin @ ChristinaPKR · WARISAN-PLUSApi-Api

Ya, saya difahamkan figure figure ini yang tidak match. Not matching with … what is given to me, di dalam surat-surat dari DBKK. Sebab kita masuk kampung, kita tanya adakah mereka sudah terima itu bakul makanan. Belum, masih tunggu.

Datuk Ir. Shahelmey bin YahyaUMNO · GRSMenteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tanjung Keramat

Bagi pada kita maklumat terperinci.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya, sekarang menjemput YB. Yang Berhormat Liawan. Silakan.

Terima kasih, Datuk Speaker. Soalan saya, soalan nombor lapan (8).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Program Perumahan Rakyat Termiskin (Pprt) Bagi Kawasan N41 LiawanQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*8. YB. Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub [Liawan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah tindakan kerajaan untuk membantu dan menambah kuota Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diberikan bagi tujuan ini di DUN N41 Liawan.

Jawapan

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.41 Liawan dan dewan yang mulia ini, jumlah keperluan PPRT secara purata setiap tahun adalah sebanyak 4,500 unit. Untuk tahun ini, agihan PPRT yang diterima oleh kementerian saya hanyalah 400 unit sahaja. Sebenarnya, jumlah agihan PPRT yang telah diperuntukan selama ini jauh masih kurang daripada keperluan sebenar.

Kementerian saya maklum akan keperluan untuk menambah kuota PPRT dan telah mengambil usaha-usaha untuk menambah kuota PPRT di Sabah, termasuk DUN Liawan. Antaranya adalah melalui mengemukakan surat makluman permohonan kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan (KPLBP) sebagai menyusuli keputusan Jemaah Menteri Sabah. Susulan daripada keputusan Jemaah Menteri Sabah juga, kementerian saya telah bekerjasama dengan pejabat-pejabat daerah seluruh Sabah untuk membuat unjuran keperluan pembinaan rumah PPRT bagi tempoh 5 tahun dan permohonan berkaitan perkara ini telah juga dimuka dikemukakan kepada pihak KPLB persekutuan.

Tuan Speaker, usaha dan tekad untuk menambah kuota PPRT juga telah dibuat melalui kunjungan hormat saya kepada menteri berkenaan, dan telah juga dikemukakan paling mutakhir cadangan untuk tambahan kuota PPRT ini semasa Yang Berhormat Menteri KPLB persekutuan membuat kunjungan hormat kepada

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.

Kementerian saya akan terus membuat susulan mengenai perkara ini dan dengan izin looking forward melalui peruntukan 2022 negeri Sabah, akan dapat diperuntukan jumlah yang lebih besar lagi. Sekian, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan, Yang Berhormat. Kalau tidak ada saya buka kepada…. Soalan Tambahan

Datuk Speaker.

Saya ingin bertanya juga.

Saya. Kalau boleh, saya ingin mendapat perhatian terhadap masalah setinggan di kawasan saya ya, di DUN Kukusan yang semakin serius disebabkan tidak ada pernah perancangan untuk melakukan PPR dalam masa yang terdekat. Jadi sekarang pertumbuhan masalah setinggan yang agak semakin serius saya rasa.

Saya ingin mendapat perhatian daripada kementerian supaya dapat memberi perhatian kepada masalah di Kukusan itu juga.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan dia apa ya?

Soalan saya adakah Kukusan akan mendapat perhatian pada Bajet 2022 nanti?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, menteri.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan Speaker, Insya-Allah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Okay.

Datuk Speaker, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Semasa saya menjawat jawatan, saya bagi kelulusan kepada kawasan di Bangau-bangau, tapi saya difahamkan kawasan ini sudah pun ditarik PPRT dia. Saya memohon agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan semula pelaksanaan

PPRT yang ada di kawasan itu kerana ia merupakan satu kawasan yang amat memerlukan bantuan untuk pembinaan rumah PPRT yang ada. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya menjemput Yang Berhormat Tempasuk.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan Speaker, Insya-Allah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Tempasuk.

Tuan Mohd. Arsah bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Datuk Speaker, soalan saya nombor sembilan (9).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Program Keusahawanan Satu Produk Satu Kampung Bagi Kawasan Dun TempasukQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*9. YB. Tuan Mohd Arsad bin Bistari [Tempasuk] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN, bagaimanakah pihak kementerian boleh membantu dari segi kemudahan dan dana sebagai galakan kepada para peniaga berkenaan program keusahawanan satu produk satu kampung yang dilaksanakan di kawasan DUN Tempasuk. Jawapan

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih, Tuan Speaker.

Untuk makluman Yang Berhormat dari Tempasuk dan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, program...

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

….. Dewan yang mulia ini, Program “Satu Daerah, Satu Industri” atau SDSI mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1992 sebagai “Satu

Kampung, Satu Produk” (SKSP) dengan mengambil pengalaman Program One Village, One Product (OVOP) dari Jepun yang telah bermula sejak tahun 1979. Pada tahun 2002, program ini dikembangkan menjadi “Satu Kampung, Satu Industri” dan kemudian diberi nama baru kepada “Satu Daerah, Satu Industri” pada tahun 2003.

Program “Satu Daerah, Satu Industri”

atau SDSI merupakan satu program pembangunan ekonomi yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan yang berterusan dan seterusnya akan memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat umumnya dan serta masyarakat setempat khususnya.

Objektif pembangunan Program SDSI adalah untuk melonjakkan produk setempat sebagai industri yang berdaya maju seiring dengan pembangunan usahawan yang berdaya saing. Secara spesifiknya, tumpuan program ini menjurus kepada 3 aspek iaitu pertama, mewujudkan masyarakat usahawan yang kreatif dan berinovasi melalui aktiviti sosio ekonomi secara komuniti.

Kedua, mewujudkan industri bertaraf industri kecil dan sederhana yang diusahakan secara komersial berorientasikan modal perniagaan yang berdaya tahan dan berdaya maju serta mempunyai rantaian nilai ekonomi dan yang ketiga, mewujudkan produk unik yang dapat memperkenalkan sesebuah daerah atau keistimewaan setempat yang memberi identiti kepada daerah tersebut. Bagi membezakan produk SDSI berbanding produk industri lain, kriteria penentuan produk SDSI diperkenalkan. Hanya produk yang memenuhi sekurang-kurangnya 2 kriteria sahaja akan diiktiraf sebagai produk SDSI. Kriteria penentuan produk SDSI adalah seperti berikut; pertama, kegiatan yang melibatkan komuniti setempat. Kedua, produk yang unik.

Ketiga, penggunaan sumber tempatan.

Keempat, pewujudan rantaian nilai ekonomi dan yang kelima peluang pekerjaan.

Pembangunan projek-projek SDSI dibahagikan mengikut kluster atau bidang. Bidang usaha berdasarkan kepada kapasiti usahawan, kebolehpasaran produk dan sumber bahan mentah.

Secara keseluruhannya, pembangunan produk SDSI dibahagikan kepada 4 kluster iaitu pertama, kluster produk makanan dan minuman, yang kedua, kluster homestay, yang ketiga, kluster produk kraf dan yang keempat, kluster produk kesihatan.

Di peringkat kerajaan negeri, Kementerian Pembangunan Perindustrian melalui Jabatan Pembangunan Periundustrian dan Penyelidikan memperkenalkan “Satu District, Satu Small Industry”. Konsep program ini adalah sama dengan SDSI iaitu bagi mengenal pasti para usahawan yang membuat produk-produk berasaskan bahan tempatan serta mempunyai potensi untuk ditambah nilai dan seterusnya diketengahkan ke peringkat global.

Sebagai contoh, bagi Daerah Matunggong, pihak ADDR ataupun Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan telah memilih industri gong dan manik sebagai Program “Satu District, Satu Small Industry” ataupun ODC kerana industri gong dan manik adalah identiti khusus bagi daerah ini.

Selain itu, ia dapat melahirkan lebih ramai usahawan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sekitarnya.

Bagi mana-mana daerah yang memiliki kriteria yang ditetapkan dalam Program ODC ini, pihak kerajaan negeri akan sentiasa berusaha membantu ahli komuniti yang terlibat.

Antara bantuan yang diberikan adalah seperti berikut; yang pertma, bantuan mesin atau peralatan bagi memudahkan ahli komuniti menghasilkan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan, yang kedua, memberi kursus kepada latihan atau latihan kepada ahli komuniti setempat agar lebih ramai yang berminat menyertai program ini dan seterusnya memberi peluang pekerjaan, yang ketiga, pembinaan bengkel bagi ahli komuniti setempat memproses dan menjual produk mereka kepada pelanggan, yang keempat, produk-produk yang dihasilkan melalui Program ODC ini akan dibawa menyertai ekspo-ekspo dalam dan luar negeri serta akan dipasarkan di pusat produk IKS di seluruh Sabah.

Kementerian juga akan bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah untuk membuat kajian pembangunan keusahawanan di Negeri Sabah.

Kajian ini akan mula dilaksanakan pada Januari 2022 dan ia mengambil masa selama 8 bulan untuk disiapkan.

Hasil kerja ini ahh, satu pelan tindakan Transformasi Pembangunan Keusahawanan Sabah 2023-2028 akan dihasilkan sebagai hala tuju atau panduan pelaksanaan Program Pembangunan Keusahawanan kepada semua agensi yang berkenaan.

Pelan ini juga akan mencadangkan industri atau produk yang bersesuaian di setiap daerah Negeri Sabah dengan merujuk sumber asli yang tersedia. Dengan adanya

pelan ini nanti, setiap dearah akan mem, memiliki identiti industri atau produk yang mencerminkan daerah tersebut. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Tempasuk ada soalan tambahan. Soalan Tambahan

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Penambahan, apakah langkah pihak kementerian untuk melonggarkan syarat-syarat tertentu untuk program bantuan ini?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila Menteri.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Tidak, tidak berapa dengar. Cuba ulang.

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Langkah pihak kementerian melonggarkan syarat-syarat tertentu…

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Buka mask dahulu.

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Datuk Speaker, apakah langkah kementerian untuk melonggarkan syarat-syarat tertentu bagi program bantuan ini? Seperti mana yang pihak kementerian nyatakan tadi. Adakah dilonggarkan selepas COVID nanti ini?

Untuk, syarat-syaratnya, adakah dilonggarkan atau pihak kementerian melonggarkan syarat selepas COVID nanti ini?

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Bagi em.. ah, Program “Satu Industri, Satu Produk” ini, syarat-syarat dia sudah termaktub seperti saya, saya katakan tadi dan ini saya percaya tidak akan kena mengena dengan ahh, Pandemik COVID-19 jadi tidak akan diubahkan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kedaiman.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Kadamaian. Bukan...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Maaf, saya cuba saja mahu sebut...

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Soalan saya nombor sepuluh (10), Tuan Speaker.

METODOLOGI TERKINI MENENTUKAN GARIS KEMISKINAN (PGK) *10.YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR, apakah metodologi terkini yang digunakan oleh kerajaan negeri bagi menentukan pendapatan garis kemiskinan (PGK) dan apakah statistik kemiskinan terkini di Sabah di bawah metodologi baharu ini. Jawapan

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N11 Kadamaian dan Dewan yang mulia ini, berdasarkan kepada maklumat yang diterima daripada pihak Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (ICU), JPM Sabah, kerajaan telah mengkaji semula metodologi penetapan PJK supaya ia lebih menggambarkan corak perbelanjaan consumption pattern dan keperluan serta demografi seisi rumah seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara bermula daripada pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 pada 18 Oktober 2018.

Metodologi pengiraan PJK atau Paras Garis Kemiskinan ini kali terakhir dikemaskini pada tahun 2005 dan PJK pada tahun 2016 adalah sebanyak RM 19,980 sebulan bagi satu isi rumah.

Kajian ini telah dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Perangkaan Malaysia (DOSM), Kementerian Kesihatan dan beberapa kementerian serta agensi yang berkaitan bermula bulan Mac 2019….

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

….bermula bulan Mac 2019 sehingga Jun 2020.

Tuan Speaker, Hasil daripada kajian semula yang dijalankan, meterdeologi penetapan PJK telah ditambah baik dalam 3 aspek berikut:

1.

Konsep penetapan PJK makanan yang diperkemaskan daripada minimum kepada optimum minimum, iaitu dengan mengambil kira peningkatan kualiti, kualiti item bakul makanan berdasarkan Piramid Makanan 2020 dan Kumpulan Makanan Panduan Diet Malaysia (PDM) 2020, selaras dengan aktiviti fizikal harian dan kehidupan yang sihat.

2.

Bagi PJK bukan makanan pula, keperluan kumpulan isi rumah berpendapatan 20% rendah atau B20, yang dikenal pasti telah bertambah dari 106 kepada 146 item. Ini bermakna, 40 item yang dahulunya tidak dianggap sebagai keperluan asas kepada kumpulan B20, kini telah dimasukkan ke dalam senarai tersebut dan; 3.

Perubahan corak perbelanjaan isi rumah, harga barangan dan perkhidmatan semasa pada tahun 2019, berbanding dengan tahun 2005.

Tuan Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat N11 Kadamaian berkaitan statistik kemiskinan terkini Negeri Sabah di bawah meterdeologi baru, setakat 1 Disember 2021, jumlah miskin tegar adalah 41,490 orang. Manakala jumlah miskin pula ialah 24,864 orang dan jumlah terkeluar adalah 20,412 orang. Oleh itu, keseluruhan statistik kemiskinan negeri Sabah menunjukkan sebanyak 86,766 orang miskin tegar, miskin dan terkeluar. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Kadamaian.

Soalan Tambahan

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Ya, soalan tambahan saya. Saya percaya selepas pandemik covid ini, akan lebih banyak isi rumah yang akan termasuk dalam kategori miskin ataupun miskin tegar, ini kerana banyak yang terjejas pendapatan. Semalam pun dewan diberitahu, ramai yang tidak ada pekerjaan dan barangkali itupun mungkin akan termasuk ke dalam kategori - kategori ini.

Soalan tambahan saya, apakah perancangan kementerian ataupun pihak kerajaan untuk membela pertambahan isi rumah yang akan termasuk di dalam kategori miskin ataupun dalam statistik kemiskinan ini dan adakah pihak kementerian Yang Berhormat Menteri, bersedia berjumpa dengan kita, dengan pihak sini untuk berbincang bersama untuk bagaimana kita dapat mencari penyelesaian untuk membela rakyat kita ini? Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Ada beberapa langkah yang telah kementerian fikir dan cadangkan. Walau bagaimanapun, untuk memberi nilai tambah kepada pendekatan itu, kementerian berpendirian terbuka untuk mengadakan engagement dengan Berhormat N11 Kadamaian, ataupun dengan pihak - pihak yang berkepentingan untuk kita fikirkan bersama kerana pandemik ini adalah masalah bersama yang tidak pernah kita hadapi sebelum ini dan kita terbuka dengan perkara ini. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat ADUN Dilantik, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

Tuan Speaker, soalan nombor sebelas (11).

Timbalan Speaker (Datuk haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Kawasan Persisir Pantai Kepulauan Taman-Taman Sabah Di Larang Aktiviti Memancing Dan MemukatQuestions

Timbalan Speaker (Datuk haji Ahmad Abdul Rahman)

*11. YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR, berapa kilometerkah dari kawasan pesisir pantai Kepulauan Taman-Taman Sabah para nelayan tradisi dilarang memancing atau memukat.

Jawapan

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih Datuk Speaker, untuk menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat

ADUN Dilantik dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Pada masa ini terdapat 6 taman marin di Negeri Sabah yang telah diwartakan di bawah Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 iaitu diwartakan sebagai kategori 2 dan kategori 6 mengikut Persekutuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi atau International Union for the Conservation of Nature, dengan izin. 4 taman iaitu, Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Pulau Tiga, Taman Pulau Penyu dan Taman Pulau Sipadan adalah merupakan taman marin di bawah kategori 2 mengikut Persekutuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi atau International Union Conservation of Nature, di mana taman ini adalah taman marin yang dilindungi sepenuhnya. Manakala 2 taman lagi iaitu Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Tun Mustapha adalah terletak di bawah kategori 6. International Union for the Conservation of Nature yang membenarkan penangkapan hasil laut secara tradisi yang mesra alam seperti memancing ataupun hook and line, memukat dan memasang bubu di dalam zon kegunaan komuniti yang telah ditetapkan dalam Pelan Pengurusan Taman Marin.

Untuk makluman Ahli - ahli Yang Berhormat di dalam Dewan Yang Mulia ini, sempadan kawasan perairan setiap taman - taman marin di negeri Sabah tidak ditetapkan jaraknya dari pesisir pantai pulau - pulau di dalam kawasan taman. Sempadan taman adalah ditentukan mengikut koordinat sempadan yang disediakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah dan diwartakan di bawah Enakmen Taman - Taman 1984 Pindaan 2007.

Sempadan warta ini tidak ditetapkan menggunakan kaedah jarak batu nautika dari pesisir pantai. Masyarakat nelayan diberi kesedaran oleh Taman - Taman Sabah mengenai kedudukan sempadan taman dan memberikan peta sempadan kepada nelayan - nelayan sekitar kawasan taman marin.

Alat pengesan kedudukan seperti Global Positioning System (GPS) dan radar yang digunakan oleh nelayan komersial memaparkan kedudukan sempadan taman marin. Oleh yang demikian, kedudukan sempadan taman marin, memiliki jarak yang berbagai - bagai, tidak hanya dari pantai pulau atau pulau - pulau di dalam taman marin. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya berikan soalan tambahan Yang Berhormat.

Soalan Tambahan

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Menteri atas jawapan yang cukup jelas. Soalan tambahan, bolehkah YB Menteri menyatakan bilakah laut di pantai timur Tawau Bay akan dilaksanakan, dijadikan sebagai Taman-Taman Sabah? Terima kasih.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, ADUN Dilantik. Pada masa ini kita sedang giat mengumpul maklumat untuk persediaan konsultasi dan membangunkan pelan pengurusan di kawasan yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Untuk tujuan ini, kita sedang turun padang menjalankan kajian sosiologi ke kampung - kampung mendekati komuniti. Satu ekspedisi saintifik susulan telah dirancang dan akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

Konsep pelan pengurusan dijangka akan dihasilkan untuk dibincangkan dengan pihak berkepentingan termasuk pengusaha pelancongan di kawasan berkenaan. Taman - Taman Sabah sedang menyediakan pelan cadangan sempadan warta bersama penyediaan borang permohonan tanah untuk dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Ukur. Ini adalah untuk persediaan ke proses niat warta yang dijangka boleh dibuat pada penghujung tahun hadapan dan…

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

…pada penghujung tahun hadapan dan akan ambil masa 6 bulan untuk proses konsultasi awam. Pendengaran awam oleh pihak PPHT sebelum diputuskan untuk pewartaan dijangka pada tahun 2023. Pelancaran proses warta ada sedikit terjejas sebanyak akad..akibat daripada PKP COVID-19 sepanjang tahun ini.Taman cadang..cadangan Teluk Davel adalah seluas 117 ribu hektar ataupun lebih kurang 2 kali keluasan pulau Singapura. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi soal jawab sudah selesai, Setiausaha.

Rang Undang-undang Pembekalan (2022) 2021 dan usul untuk membawa anggaran perbelanjaan pembangunan 2022Bill

Setiausaha Dewan

Rang Undang-undang Pembekalan (2022) 2021 dan usul untuk membawa anggaran perbelanjaan pembangunan 2022. Bacaan kali yang kedua.

Speaker

Ahli- ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan (2022) 2021 dan Usul untuk membawa Anggaran Pperbelanjaan Pembangunan 2022 dibacakan kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas.

Saya mempersilakan ahli untuk berucap membahas ialah Yang Berhormat Silam.

Silakan.

11:33 pagi

Tuan Dumi bin Pg MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk menyambung perbahasan saya Datuk Speaker, terima kasih memberi peluang untuk saya teruskan perbahasan ini, yang tertangguh kelmarin.

Datuk Speaker, saya ada 2 isu yang harus ditangani di kawasan saya. Isu-isu di kawasan saya, terutama melibatkan tanah yang digunakan agensi Persekutuan yang tidak digunakan lagi agar diambil semula kerana ini 1 bentuk pembaziran sumber. Contohnya, bangunan Pos lama di tengah Bandar Lahad Datu telah dipinjamkan kepada SESB ataupun TNB.

Pejabat Pos lama ini sudah lama tidak digunakan lagi dan kelihatan telah usang.

Yang kedua, bangunan Balai Polis lama Lahad Datu yang dipinjamkan kepada pihak PDRM Kementerian Dalam Negeri. Bangunan Balai polis lama ini, telah tidak digunakan lagi dan mempunyai sejarahnya tersendiri. Ini Balai Polis tersebut sudah dikelilingi oleh pokok-pokok dan mencacatkan pandangan orang awam. Apakah pihak PBT tidak nampak masalah ini ataupun Pegawai Eksekutif Majlis Daerah dan Pegawai Daerah Lahad Datu tidak prihatin kepada perkara berhubung dengan perkara ini.

Datuk Speaker, juga ingin mencadangkan agar tanah pertanian di Kampung Cocos Segama, Lahad Datu yang terabai dijadikan reserve kampung kerana sudah wujud kawasan pertanian di Batu (8) Lapan Jalan Segama. Ini memudahkan orang ramai membuka perkampungan baharu di kawasan itu, kerana khuatir akan wujud setinggan di kawasan ini. Jika terus dibiarkan dan tiada perancangan yang dibuat oleh kerjaan.

Datuk Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh perkara berkaitan pelancongan. Umum tahu bahawa sektor pelancongan adalah antara sektor ekonomi yang menerima kesan yang agak parah akibat pandemik Covid-19 ini juga disebutkan oleh ucapan pembentangan oleh Ketua Menteri iaitu Menteri kewangan dikesan N.62 Silam. Saya mendapat maklum balas daripada banyak syarikat ataupun orang perseorangan yang terlibat dalam nasib pelancongan ini yang mengeluh dan tidak kurangnya mengadu bahawa mereka terpaksa berhadapan dengan risiko sama ada telahpun ditutup atau kemungkinan ditutup sekiranya tiada bantuan yang diterima. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar usaha berterusan ini dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu pengusaha sektor pelancongan ini untuk terus bertahan meneruskan operasi mereka. Antara perkara yang saya cadangkan adalah dengan mengadakan dialog antara Kementerian serta agensi terbabit dengan pengusaha pelancongan agar pemasalahan yang dihadapi dapat dikenal pasti dan kaedah penyelesaian serta bentuk bantuan yang bersesuaian dapat diberikan bagi membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Datuk Speaker, akhir sekali saya berharap agar semua peruntukan yang disalurkan sama ada melalui Kementerian, Agensi-agensi Kerajaan, atau Badan Berkanun supaya dapat dibentangkan dapat disalurkan setelus demi untuk keselesaan rakyat Sabah. Terima kasih sekali lagi di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahas kertas Belanjawan Negeri tahun 2022.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, terlebih dahulu ingin saya berikan satu pantun untuk kita renungkan bersama.

Burung pipit, burung kadidi, Hinggap di pokok, di tepi sawah, Jika hidup tidak berbudi, Ibarat pokok tidak berubah.

Sekian, ribuan terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Silam, sekarang saya jemput dipersilakan ADUN N.69 Sri Tanjong.

11:37 pagi

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahas dalam sesi perbahasan belanjawan 2022 yang dibentangkan pada Jumaat lepas. Datuk Speaker, memandangkan sektor pelancongan kini telah dibuka semula dan sekatan perjalanan pun telah dilonggarkan. Saya amat mengalu-alukan kedatangan Datuk Speaker bersama Ahli-ahli yang di Dewan yang mulia ini untuk datang melawat ke Tawau. Jika ada sesiapa yang akan membuat kunjungan ke Tawau, terdapat beberapa tempat yang ingin saya cadangkan kepada kalian semasa berada di Tawau. Tawau terkenal dengan 3 perkara pertama makanan laut, kedua setinggan, ketiga kawasan lapang.

Yang pertama sangat jelas Tawau sudah lama terkenal dengan makanan laut sehingga mendapat nama bahkan di negara lain. Yang kedua, telah menjadi keunikan Sabah dan ia adalah di mana-mana. Yang ketiga sememang terkenal dan sudah menjadi mercu tanda Tawau malah ia terletak betul-betul di tengah-tengah bandar Tawau di Sabindo. Saya rasa kebanyakan Ahli Dewan Yang Mulia ini sememangnya sudah tahu apa yang saya sebut ataupun saya maksudkan ia adalah bangunan terbengkalai yang terkenal dan yang telah diisytiharkan illegal oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2017.

Sebidang tanah ini sepatutnya dijadikan sebagai tempat parkir kereta terbuka dan entah bagaimana ia telah dibangunkan untuk menjadi lot kedai komersil pada tahun 2005 melalui perjanjian usahawan..usaha sama dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) ketika itu. Ironinya siapakah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada ketika itu tidak lain tidak bukan ia adalah Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan kita sekarang iaitu YB..Yang Berhormat daripada Sulaman. Saya sebenarnya berharap Yang Berhormat..Yang Amat Berhormat boleh berada di sini. Beliau merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dari tahun 2004 hingga 2018 sebelum pengalihankuasa berlaku selepas PRU ke-14. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat daripada Sulaman atas dasar apakah tanah-tanah ini boleh dibangunkan sedangkan ia bertujuan dan diperuntukkan untuk kegunaan awam.

Saya tahu Yang Berhormat mungkin berpendapat bahawa ini adalah di antara pihak PBT dan pihak pemaju tetapi saya ingin mencabar Yang Berhormat daripada Sulaman untuk bercakap benar bahawa. Satu, bagaimanakah hal ini boleh berlaku di bawah seliaan Yang Berhormat sebagai Menteri.

Kedua, mengapah kah rancangan pembangunan itu diluluskan?

Ketiga, adakah perkara ini telah dibincangkan di dalam Kabinet? Keempat, adakah Peguam Negeri pada ketika itu dirujuk dan jika ia apakah nasihat yang diberikan? Perkara ini adalah sangat penting kerana rakyat jelata Tawau telah menunggu-nunggu untuk melihat bangunan ini dirobohkan dan baru-baru ini saya mendapatkan satu perkembangan yang amat mengejutkan kepada semua rakyat Tawau.

Di sini saya ingin dapat pengesahan daripada Yang Amat berhormat Ketua Menteri. Saya berharap beliau boleh bercakap benar dalam ucapan penggulungan beliau iaitu benar atau tidak. Status tanah yang dimaksudkan telahpun ditukarkan kegunaan..

Speaker

Yang Berhormat, apa maksud Yang Berhormat boleh bercakap benar tu.

Tuan Justin Wong Yung Bin [Sri Tanjong] Saya ingin mendapat pengesahan.

Speaker

Sebab maksud kalau saya faham, maksudnya dia sudah berbohong, jadi kamu mahu minta dia bercakap benar.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Jadi saya berharap dia boleh cakap benarlah.

Speaker

Aahh tidak, dia adakah sudah membohong atau tidak?

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Maksud saya…

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Maksud saya, dia boleh bercakap apa yang sebetul ah… sebetulnya berlaku.

Speaker

Cakap yang sebenarnya. Boleh cakap yang sebenarnya, bukan cakap benar.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Yes, Datuk Speaker. Yes, thank you.

Thank you. Okay, saya continue. Ah… jika ya, bagaimana perkara ini boleh berlaku di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat? Jika ini tidak benar, Ketua Menteri mempunyai hak untuk membidas saya, thats why Datuk Speaker, I said Datuk Speaker er… Ketua Menteri mempunyai hak untuk rebut me if this is false. Saya rasa Yang Amat Berhormat perlu memberi penjelasan kepada semua penduduk Tawau tentang bagaimana perkara ini berlaku kerana isu kontroversi ini telah lama diputuskan di mahkamah di peringkat tertinggi, and I quote The Development Plan DP36/2004 DP37/2004 submitted on the 13th October 2004 and approved by Tawau Municipal Council on 27th May 2005 was invalid, illegal, and unenforceable. Jadi, saya ingin tanya Jabatan Peguam Negeri Sabah seharusnya sudah sedia maklum dan memaklumkan tentang penghakiman tersebut tetapi bagaimanakah title itu masih boleh ditukar kemudiannya? Adakah terdapat sebarang urus niaga sulit atau rahsia di sebaliknya? Juga saya berharap agar Yang Amat Berhormat Ketua Menteri boleh menjawab sama ada terdapat sebarang peruntukan dalam undang-undang mana bahawa mana-mana pembangunan perlu mengetepikan sekurangnya, sekurang-kurangnya 10% daripada lot tanah untuk digunakan sebagai kawasan lapang. Jika ya, bagaimana tanah-tanah ini boleh diluluskan untuk pembangunan, pada awalnya.

Tambahan, saya diberitahu bahawa Sabindo Square, satu lagi pembangunan usaha sama dengan MPT, kebetulan turut dibangunkan oleh syarikat pemaju yang sama. Saya amat, apa yang yang mengejutkan buat saya adalah bayaran premium juga tidak dibayar oleh pihak pemaju sedangkan OC telahpun dikeluarkan pada tahun 2003. Sudah hampir 20 tahun tetapi nampaknya, pemaju tidak perlu memikul apa-apa tanggungjawab terhadap perkara tersebut. Apakah tindakan kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat terhadap terhadap perkara ini? Para pembeli merana dan terkilan kerana mereka dijanjikan dengan banyak perkara untuk menandatangani perjanjian jual beli. Memandangkan ini adalah pembangunan usaha sama antara kerajaan dan pihak pemaju, mungkin sudah tiba masanya untuk pihak Yang Amat Berhormat memberikan keadilan kepada pembeli.

Datuk Speaker, isu kedua yang saya ingin saya ketengahkan adalah berkenaan dengan Nature Conservation Agreement ataupun NCA yang dilaporkan telah ditandatangani di antara kerajaan Sabah dan sebuah syarikat Singapura bernama Hawk Standard Pte. Limited pada 30 Oktober 2021. Perjanjian NCA ini memberikan hak dan kuasa eksklusif kepada syarikat swasta tersebut untuk membangunkan pelan pengurusan modal alam semulajadi dan menjana kewangan daripada faedah modal alam semulajadi di kawasan yang ditetapkan termasuk carbon. We hindsight. Saya tidak menentang untuk membuat carbon trading, sekiranya ia diuruskan dengan ketulusan dan tadbir urus yang baik. Malangnya, apa yang saya hairan ialah perkara ini langsung tidak pernah dibawa ke DUN untuk perbincangan dan saya amat kecewa dengan kenyataan Yang Berhormat daripada Tambunan bahawa tiada keperluan untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri kerana ia tidak berkenaan dengan penggubalan undang-undang.

Setahu saya, seorang junior ADUN, saya pun faham segala yang akan membawa perubahan kepada kedudukan kewangan kerajaan perlu dibincang di DUN dan buku ini even supply of food and pakaian for next year pun, perlu dibuktikan dalam buku ini. What more about this mega deal? Which is going to involve hundred of of millions and secondly, I want to ask whether there is any legal framework or statutory legislation yang sedia ada, in both state and federal level which can regulate this carbon trading? Without the law, who is going to be responsible to regulate the operator when things goes wrong? Look at the magnitude of this agreement we do not want to see there is another 1MDB alike scandal happen on our own soil. Datuk Speaker, isu ketiga saya adalah berkaitan dengan isu yang melibatkan kawasan saya, adalah Sri Tanjong. Sebagai wakil rakyat dari Tawau, saya kecewa dengan peruntukan bajet kali kerana ia tidak membawa sebarang bentuk pembangunan yang besar untuk daerah Tawau. Apa yang dimahukan dan dicita-citakan oleh rakyat Tawau tidak diambil peduli oleh pihak kerajaan. Terdapat begitu banyak perbincangan dalam kalangan ahli-ahli perniagaan dan usahawan mengenai pemindahan ibu negara Indonesia yang dijangkakan akan membawa impak yang besar kepada Sabah terutamanya terhadap daerah Tawau, yang akan menjadi pintu masuk ke wilayah Sabah ini. Saya terbaca daripada artikel berita bahawa kerajaan juga telah membentuk petugas khas ataupun task force untuk mengkaji kesan dan impak penempatan semula ibu kota negara Indonesia terhadap

pembangunan Sabah. Bagi saya, ini semua hanyalah cakap kosong, sekiranya tiada langkah konkrit atau tindakan yang diambil oleh kerajaan. Di manakah rancangan untuk menaik taraf infrastrukur asas Tawau? Daripada ucapan dan buku ini, saya tidak nampak sebarang perkembangan ataupun game changer dengan izin, yang akan memberi manfaat kepada…

Speaker

Sila gulung.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Okay. Thank you, Datuk Speaker. Di manakah pembinaan lebuh raya pantai ataupun costal highway? Bagaimana pula dengan rancangan untuk menaik taraf keseluruhan Jalan Kuhara sehingga Merotai kepada dua carriageways, memandangkan rakyat Indonesia akan mula berpusu-pusu masuk sebaik sahaja CIQ Serudung siap dan sebaik sahaja sempadan dibuka semula untuk tujuan perniagaan ataupun perjalanan? Malah turut ada perbincangan untuk menjadikan POIC di Lahad Datu sebagai kuasa industri dengan menarik negera jiran kita seperti Indon untuk mengangkut minyak sawit ke POIC untuk memproses a downstream for them. Jadi kita, jika kerajaan bercita-cita tinggi dan berhasrat untuk membuat sedemikian, mengapa tidak melihat keadaan jalan raya semasa dari Tawau ke Lahad Datu? Perlu ada penyelesaian logistik kerana sudah pasti ia akan melalui Tawau sebelum dihantar ke POIC di Lahad Datu. Datuk Speaker, banjir banjir banjir kilat merupakan fenomena tahun tahunan di daerah Tawau yang tidak berpenghujung dan seperti tidak nampak sebarang penyelesaian yang boleh menyelesaikan isu ini. Malah kemarin sahaja, banjir kilat telah pun berlaku di kawasan bandar di Jalan Chester. Sampai bila isu ini akan diselesaikan? Kawasan bandar ini terdedah dengan terdedah kepada banjir, terutamanya ketika air laut pasang yang menyebabkan air laut mengalir masuk dan melimpah ke darat melalui saliran parit dan longkang, mela menyebabkan kawasan-kawasan seperti Jalan Dunlop, Jalan Chester dan Fajar dinaiki air apabila air pasang pada paras 3 meter. Saya ingin bertanya kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas sistem pengairan, bilakah jangkaan floodgate berdekatan dengan Pasar Tanjong akan dibina? Hal ini perlu dipandang serius dan disegerakan bagi membendung masalah ini seperti mana yang disarankan oleh JPS. Datuk Speaker…

Speaker

Sila gulung. Awak ada 1 minit lagi.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Last point, Datuk Speaker. Thank you.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin menilai bajet ini yang bertemakan ‘Pemulihan Ekonomi, Rakyat Sejahtera’, sebagai satu belanjawaan yang sepatutnya membantu orang ramai pulih daripada pas… pasca covid dan untuk meransang pertumbuhan ekonomi berikutan defisit KDNK untuk tahun dua berturut-turut. Mungkin pihak kerajaan mempunyai buah fikiran yang lain. Kerajaan begitu yakin dan berbesar hati untuk membentangkan bajet belanjawaan yang berlebihan dengan jumlah lebihan sebanyak 110.8, 68 juta tetapi ramai pakar ekonomi berpendapat bahawa ia sebenarnya lebih bertanggungjawab secara fiskal untuk membentangkan bajet yang defisit selepas Covid-19. Kenapa? Kerana tipu daya ekonomi menyebabkan kerugian dalam perniagaan, peningkatan pengangguran, kehilangan pendidikan….

Speaker

Okay, masa cukup.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Nak buat last point sahaja speaker, buat last point. Kehilangan tempat tinggal dan lain-lain. Adalah dicadangkan bahawa mungkin adalah lebih penting bagi kerajaan untuk meningkatkan belanjawan, perbelanjaan daripada mengurangkan...

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

….

perbelanjaan daripada mengurangkan ataupun memotong bajet.

Jadi bagaimanakah perkara ini akan merangsang KDNK jika bajet ini ada berlebihan sedangkan ekonomi kami sekarang defisit? Jadi dengan itu, saya merasa bahawa ekonomi tidak sudah defisit sebab itu kerajaan perlu berbelanja lebih besar.

Belanjawan yang defisit bermakna lebih banyak wang yang akan mengalir dan disalurkan dalam ekonomi dan akhirnya...

Speaker

Berapa point sudah tu? Masa cukup.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Itu sahaja Datuk Speaker.

Selamat Merry Christmas to all and happy new year. Thank You. Sekian, terima kasih.

Speaker

Sekarang saya persilakan ADUN N.67 Balung. Dipersilakan ADUN N.4 Tanjong Kapor.

11:52 pagi

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Speaker.

Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebentar, sebentar.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila tunggu giliran dalam Dewan untuk giliran berucap, ya. Kalau giliran sampai tidak ada, saya akan beri yang paling akhir sekali nanti. Silakan. Teruskan.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahas Bajet 2022 Sabah yang bertemakan “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera”.

Terlebih dahulu, tahniah saya ucapkan kepada Ketua Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Sabah kerana mengumumkan peruntukan sebanyak RM 4.596 bilion yang tertinggi dalam sejarah Negeri Sabah.

Saya berharap sasaran lebihan RM 110.68 juta dapat direalisasikan walaupun umum sudah tahu Malaysia masih dalam era pandemik dan bukan endemik.

Datuk Speaker, pemulihan ekonomi sewajarnya diberi perhatian yang serius dalam Bajet 2022 ini sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, timbul beberapa keraguan daripada pembentangan bajet yang nampak cantik di atas kertas tapi agak sukar untuk diimplementasikan.

Saya perhatikan hampir kesemua negeri di Malaysia membentangkan belanjawan defisit yang mana ianya lebih realistik memandangkan negara dalam proses pemulihan ekonomi.

Tapi mungkin di Negeri Sabah ini kerajaan negeri mampu menjana lebih banyak perolehan memandangkan Sabah sememangnya kaya dengan hasil bumi dan merupakan pengeluar minyak dan gas yang terbesar di Malaysia.

Datuk Speaker, di kesempatan ini saya ingin menggesa kerajaan negeri agar memberi penumpuan yang lebih kepada pembangunan industri hiliran agar taraf kehidupan penduduk di pedalaman dapat dipertingkatkan terutama di lapan daerah

termiskin iaitu Pitas, Kudat, Kota Belud, Beluran, Tongod, Nabawan, Telupid dan Kota Marudu.

Sebagai anak jati Kudat, saya malu kerana daerah ini amat sukar keluar dari gelaran antara daerah termiskin di Malaysia sejak sepuluh tahun yang lepas. Kami di Kudat berasa amat sedih kerana hanya mendapat peruntukan untuk menaiktarafkan bangunan Pejabat Lembaga Bandaran Kudat sahaja sedangkan begitu banyak infrastruktur di kampung-kampung perlu perhatian daripada pihak kerajaan.

Jambatan titian kayu di kampung-kampung pesisiran pantai yang terdapat di Kudat, tanah runtuh di kuburan Cina Sikuati tidak nampak ada sebarang tindakan sehingga kini sejak awal tahun lagi.

Jalan gravel Kampung Loro Kecil, Kampung Longgom Kecil, Kampung Tampirit, Kampung Sungai Karang, Kampung Suampai, Kampung Masangkong, Jalan Tai Cong, Jalan Simpang Mengayau, jalan-jalan di taman-taman perumahan yang diselenggara oleh syarikat konsesi dan banyak lagi yang saya tidak dapat sebut satu persatu di sini.

Cuba bayangkan di bandar-bandar besar sedang menggunakan jejentas yang bertingkat-tingkat tetapi di kawasan pedalaman masih lagi membicarakan tentang jalan kerbau.

Takkan berbilion nilai projek negara yang diperuntukkan di kawasan bandar tapi kami yang ada di pedalaman hanya mampu melihat dan mendengar sahaja?

Jika benar ada ramai pelabur yang ingin melabur di Sabah, apa kata jemput mereka untuk melabur atau membina kilang-kilang di kawasan pedalaman agar banyak peluang pekerjaan dapat diberikan kepada penduduk setempat. Saya juga ingin cadangkan membawa pelabur untuk membina pelabuhan Kudat agar ekonomi rakyat setempat dan daerah-daerah berdekatan dengan Kudat dapat dipacu dan seterusnya keluar daripada kategori daerah termiskin di Malaysia. Saya pasti dengan pembinaan pelabuhan Kudat dapat memberi impak ekonomi yang amat besar kepada Sabah dalam jangka masa yang panjang.

Datuk Speaker, saya memohon agar kerajaan negeri dapat melihat kepada keperitan yang dihadapi oleh rakyat Sabah kesan daripada pandemik ini. Ramai peniaga sudah gulung tikar.

Jumlah pengangguran juga meningkat secara mendadak ditambah pula dengan kos sara hidup yang meningkat kepada hampir 37% ekoran kenaikan harga barang yang seakan tidak mampu dikawal oleh

Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri. Saya tidak nampak impak besar bajet ini dapat memulihkan kesejahteraan rakyat Sabah jika harga barang terus meningkat tanpa dapat diturunkan mahupun dikawal oleh kerajaan. Bagaimana tema bajet tahun 2022 “Ekonomi Pulih” jika rakyat tidak mempunyai buying power ataupun purchasing power ekoran daripada kenaikan harga barang yang mendadak. Bagaimana rakyat sejahtera kalau ekonomi terus meleset kerana tiada kuasa membeli?

Kerajaan negeri harus merangka strategi khusus untuk membantu mereka yang kehilangan sumber pendapatan seperti nelayan dan petani termasuk peniaga kecil-kecilan yang sudah tidak mampu meneruskan perniagaan mereka.

Datuk Speaker, dengan rendah diri, saya rayu kepada Datuk Speaker dan juga Timbalan-timbalan Speaker agar dapat memperkasakan kuasa yang ada pada Dewan Undangan Negeri Sabah berdasarkan MA63.

Sesungguhnya kuasa yang ada pada Dewan Undangan Negeri Sabah lebih besar daripada Parlimen. Letaklah kepentingan Sabah ini melebihi daripada segalanya.

Jangan hanya kerana ada kepentingan parti yang berkuasa dengan Malaya maka apa yang sepatutnya dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah tidak diangkat. (meja diketuk) Majoriti rakyat sabah sudah semakin marah dan muak dengan pelbagai alasan Kerajaan Persekutuan untuk tidak mengembalikan hak-hak kita yang termaktub dalam MA63.

Sewajarnya Dewan Undangan Negeri Sabah berpegang kepada MA63 agar martabat anak Sabah tidak diperlekehkan oleh mereka yang di Malaya. Saya bagi satu contoh di sini.

PRK DUN Bugaya, yang masih belum lagi boleh diadakan sedangkan tempoh darurat sepatutnya sudah berakhir pada 1 Ogos yang lepas. Datuk Speaker sendiri memperakui…

Speaker

Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat, jangan buat andaian. Kalau itu satu fakta you cakap. Kalau bukan fakta jangan buat andaian.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Saya rasa ini satu fakta.

Speaker

Macam mana? Mana fakta? Mana bukti? Mana bukti?

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Saya ada kebebasan untuk berucap.

Speaker

Tidak. Mana bukti pasal Bugaya? You andai saja, dia belum ada PRK.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Dengar, saya bentang dulu.

Speaker

Jangan. Jangan buat andaian.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Saya ada, ada fakta bah. Ada, ada, ada...

Speaker

Fakta. Fakta bukti kah tidak?

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Ada bukti. Ada bukti.

Speaker

Jadi mana kau dapat bukti?

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

...ialah tunggu saya baca lah.

Speaker

Di mana kau dapat bukti?

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

...saya baca, tunggu saya baca dulu.

Speaker

Ah? Ada sudah bukti bahawa PRK dibilangkan jangan ada? Tidak diadakan?

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Kenapa Melaka boleh diadakan PRN?

Speaker

Ah? Tidak. Kau cakap dia tidak ada. Tidak diadakan.

Speaker

…., tidak diadakan, sudah ada bukti?

Suara tidak dikenalpasti:

Speaker, bagus biarkan dia selesaikan dia punya ucapan.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Belum, belum diadakan lagi.

Speaker

Andaian?

Suara tidak dikenalpasti: bagus teruskan dia punya)

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Merry Christmas kepada semua yang seagama dengan saya dan Happy New Year kepada semua rakyat Sabah dan izinkan saya untuk memberi serangkap pantun kepada Dewan yang mulia ini.

Datuk Speaker, Lima puluh lapan tahun kita dalam Malaysia, Kononnya merdeka tapi masih dijajah, Hasil bumi kita semua entah ke mana, Sabah menjadi miskin, GRS biar sahajakah?

Sekian dan terima kasih.

(Meja ditepuk)

Speaker

Saya jemput ADUN N55 Elopura.

Yang Berhormat sebentar ya, sebentar.

Bentara! Bentara! Pastikan tidak ada orang keluar masuk ambil gambar dalam dewan ini, ini bukan konsert, ya. Teruskan Yang Berhormat. 12:02 tengah hari

Terima kasih, Tuan Speaker. Yang saya bahas untuk point form sahajalah. Jadi soalan apa bahas yang untuk Ketua Menteri. Di sini saya dengan membahas mengenai sistem perkhidmatan Jabatan

Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapat banyak aduan kerana lambat dan selalu penuh tarikh temu janji.

Apakah tindakan dan langkah kerajaan untuk membaikikan dan memastikan sistem perkhidmatan JPN sentiasa efisien untuk rakyat? Contoh, terdapat aduan rakyat sejak pandemik Covid-19 melanda terdapat pendaftaran ke kelahiran yang lambat kerana sistem perkhidmatan yang terlalu lambat.

Untuk membuat pendaftaran perlu buat temu janji online, tarikh selalu penuh. Jika daftar pun lambat. Saya harap ada cara untuk melancarkan masalah - masalah ini untuk daftar yang lahir bayi - bayi ini. Terima kasih, Tuan Speaker. Point yang kedua, apakah perkembangan permohonan peruntukan dana untuk mengatasi masalah tanah runtuh di Taman Indah kawasan saya? Kerajaan sudah yang terima dan meluluskan projek ini dari April 2021, kecuali itu Taman Melrose dan Taman Grand View.

Kesemuanya lokasi yang disebut di dalam kawasan Elopura juga harap maklum Ketua Menteri. Sebelum ini saya dimaklumkan bahawa hal ini sudah dimaklumkan kepada Datuk dan mendapatkan setujuan, cuma mesti menanti keputusan ulasan daripada Majlis Perbandaran Sandakan.

Untuk makluman Ketua Menteri, masalah tanah runtuh di 3 kawasan tu sudah berlarutan sejak sekian lama. Aduan penduduk mengenai hal ini tidak putus - putus pihak DUN Elopura terima.

Mohon dapat dibelikan jelas agar saya dapat dirangkakan lebih terperinci kepada rakyat dan kawasan terlibat. Terima kasih, Tuan Speaker. Ini point yang ketiga, dalam tahun dalam 58 tahun kemerdekaan telah dicapai namun Sabah antara negeri masih termiskin di Malaysia.

Puta peuntukan peruntukan dana untuk Sabah dalam pembentangan Bajet 2022 ini adalah tidak besar hanya RM5.2 billion sahaja.

Apa langkah tindakan Ketua Menteri untuk menyuarakan perkara ini supaya kita Sabah dapat dana yang lebih besar agar dapat menumpang projek pembangunan, menambah baik untuk kemudahan asas, infrastruktur, kesihatan, air, elektrik dan mengeluarkan Sabah dari taraf kemiskinan temasuk industri kelapa sawit di negeri ini? Meluaskan mengenai peruntukan dalam pembentangan Bajet Sabah 2022, seharusnya dinilai semu semula agar tidak industri terlepas menerima manfaat bagi memperkesan agenda pembangunan perindustrian di negara ini. Apa yang saya tahu negeri ini ada 120 buah kilang sawit,

tapi masalahnya kita dapat 7.5% cukai Sabah tapi tiada pembangunan untuk kawasan - kawasan jalan raya, air dan uti utiliti.

Contohnya, industri kelapa sawit merupakan menyumbang terbesar penambahan ekonomi di negara ini, namun peruntukan yang terbel diberi tidak seperti yang diharapkan. Jadi saya harap Ketua Menteri dan atau Ketua Menteri yang Kewangan dapat jelaskan apa macam yang kita dapat asingkan atau yang membangunkan kawasan - kawasan industri yang kelapa sawit ini.

Yang point nombor 4, mengenai dasar baharu yang dimaklumkan tiga minggu yang lalu kepada peniaga gerai kopi yang menjual beer bahawa arahan memohon license baru, di mana hanya sebuah setengah tahun sebuah setengah sebelum keputusan ini sepatutnya berkuat kuasa pada tanggal 1 Januari.

Adakah dasar yang dikenakan oleh kerajaan persekutuan turut melaksanakan terhadap peniaga terlibat di negeri ini?

Untuk makluman Ketua Menteri, mengusahakan yang telibat telah dikejut dengan pengenaan mendadak be keperluan pelicensenan ini.

Tambahan, ramai peniaga sebab pandemic covid ini sem lebih kurang di Sandakan 30% yang cancel trading licence dan tutup kedai.

Tapi masalahnya enforcement ini licence - licence yang masuk di kawasan Sabah, itu yang saya harap Ketua Menteri dapat jelaskan. Jadi dipelaksanakan license baharu ini tidak sesuai ketika ini kerana masih ramai yang sedang dibegelut untuk membangunkan semula ekonomi.

Turut dimaklumkan semasa taklimat mengenai license ini oleh Kastam bahwa ia akan dikuat kuasakan diseluruh negara di bahawa menguat kuasa Peraturan - Peraturan Eksais 1977 pada tanggal 1 Januari, tetapi secara mendadak ianya dipekuasa serta merta. Berdasar maklumat ini, Kementerian Kewangan memel memerlukan kepada Jabatan Kastam men mengenai keputusan ini pada Mac lalu, tapi peniaga hanya diberi taklimat baru - baru ini sahaja.

Sudah tentu pengumuman singkat dan mendadak ini agak bergesa - gesa ekoran masa pelaksanakan ja juga singkat dan memandangkan perniagaan baru mula ba pula daripada wabak Covid-19 dan membeli arahan memberi amaran bahawa dasar perlesenan baharu boleh memaksa ramai orang untuk menghentikan operasi mereka.

Jadi saya harap related department atau yang kementerian - kementerian dapat jelaskan semanda kita

Sabah turut melaksanakan dasar ini atau tidak? Sebaiknya kita untuk buat masa ini atau tidak?

Jadi Speaker ini point nombor lima, mengenai kawasan BDC Light Industry di Sandakan. Kawasan Elopura juga kawasan yang saya…

Speaker

Sila gulung ah.

Sorry.

Speaker

Gulung, gulung, gulung.

Ya.

Kawasan ini yang 30 tahun sudah tamat jadi maksudnya dia membayar premium.

Jadi adakah langkah - langkah untuk mensenangkan atau mengeasykan untuk yang owner - owner yang dapat keluar license atau keluar premium atau keluar langkah - langkah untuk…

Speaker

Perkataannya memudahkan.

Ya memudahkan, ya sorry, memudahkan untuk yang owner dapat renew dia punya premium?

Ini yang satu yang langkah untuk kedai - kedai yang sana banyak yang complaint tentang hal ini. Yang hal yang keenam, yang last sudah.

Kita Pasar Muhibbah, jadi bajet ini ada RM5.2 billion. Ada yang ee bajet ini untuk Pasar Muhibbah, Batu 2 di Sandakan ini, sebab pasar 2 ini sekarang hanya pasar sementara sahaja.

Jadi kalau boleh ada sikit peruntukan untuk Pasar Muhibbah ini. Yang last point…

Speaker

Ini sudah last point bilang?

(suara ketawa) Kasih saya peluang sebab last serm last term kita tidak ada peluang.

Speaker

Batu 2 ada pasarkah? Batu 2…

Speaker

Batu 2 ada Pasar kah? Batu 2 Darat, mana ada laut. Tuan Calvin Chong Ket Kiun [Elopura]:Sorry come again?

Speaker

Batu 2 ada pasar kah?

Ya, aaa..di..di..bas terminal, sebelah bas terminal. Bas terminal masih belum, belum, belum on lagi. Ini bas pasar Muhibbah dengan bas terminal yang sama satu tanah lah.

Speaker

Bah you kasih habis lah satu point tu, last point.

Ya, saya tahu Datuk pun dia orang Sandakan, saya harap dapat saya suarakan untuk Sandakan. Ya itu yang last point saya bilang ini bas terminal. Sampai hari ini tidak dapat beroperasi. Walaupun kita bangunkan kita punya itu pelancongan atau yang aaa…kemas kawasan di situ sampai sekarang hari ini bas terminal masih sementara di kawasan Lee Tat juga. Itu yang saya harap aaa…kementerian dapat aaa..dapat secepat mungkin pindah itu bas terminal yang operasi bas terminalnya. Jadi, disini saya banyak terima kasih Speaker dan kasih saya peluang, saya harap aaa…kawan-kawan di sini, Menteri-menteri di sini aaa…Selamat Merry Christmas dan hari Happy New Year aaa…for all of you, ya. Terima kasih. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan ADUN N.63 Kunak.

12:14 tengah hari

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Datuk Speaker pertama sekali, terima kasih atas kesempatan yang diberi kepada saya untuk berbahas. Aaa…untuk ucapan Belanjawan Negeri Bagi Tahun 2022. Saya berharap Datuk Speaker, dimasa akan datang Ahli-ahli Dewan dapat diberi masa yang lebih sesuai

dalam membawa suara rakyat d ikawasan yang kami wakili. Namun berbekalkan 10 minit ini, izinkan saya membawa perbahasan ini dalam bentuk point form juga. Pertama isu air. Belanjawan untuk pembangunan luar bandar terutama berkaitan kemudahan asas seperti elektrik dan bekalan air bersih. Hampir setiap hari, viral keluhan, rintihan, aduan rakyat marhaen tentang masalah air yang ibarat mustahil untuk diselesaikan. Orang Sabah bukan mahu KLCC. Orang Sabah tidak minta juga tu sky train, tapi tolonglah kita kena selesaikan masalah air. Walaupun masalah air di Kunak pula telah saya bawa ke perbahasan sidang yang lepas, Kunak masih menanti penambah baikkan yang belum lagi menampakkan hasil dari Jabatan Air. Kemarin, 06 Disember, satu lagi notis dari JBA Kunak untuk pengurangan sementara pengeluaran air disebabkan kekeruhan air akibat banjir atau hujan. Kemarau pun susah, hujan lebat pun susah.

Apatah lagi masalah kerosakan pam. Tekanan rendah yang sering menjadi alasan standard. Saya juga ingin merayu bagi pihak rakyat Kunak masih terdapat perkampungan yang langsung belum mendapat kemudahan paip air bersih seperti Kampung Madai, Kampung Sibahgia, Mustin Lamas, sebahagian Kampung Lormalong, Kampung Pangi, Kampung Sungai Atas, Kampung Kasnuri, Kampung Telaga Tujuh. Meskipun rata-rata kampung ini sudah pun wujud lebih 40 tahun. Bagi kampung-kampung ini saya merayu dan memohon agar pihak KPLB dapat menyalurkan sejumlah peruntukan yang mencukupi pada tahun hadapan untuk bekalan air luar bandar alternatif. Ketika memerintah Kerajaan Warisan telah membina, 6 unit air gravity yang mampu memberi manfaat kepada penduduk di 6 buah kampung.

Datuk Speaker yang kedua, saya memohon agar pihak Kementerian Kerja Raya agar dapat menyalurkan peruntukan bagi membaik pulih keadaan jalan raya Kunak ke Lahad Datu, terutama jalan mendap berhampiran air terjun Madai yang telah pun mengalami kerosakan sejak lebih 5 tahun lalu. Keadaan jalan tersebut sangat teruk dan berbahaya, terutama kepada pengguna jalan raya pada sebelah malam. Bukan sedikit kemalangan yang berlaku, sehingga banyak juga kejadian yang meragut nyawa. Sampai bila nyawa rakyat jadi taruhan kesan pelaksanaan yang lemah. Jawapan yang saya terima dari JKR Kunak pada tahun 2020, adalah kertas proposal

telah dihantar dan akan dimasukkan dalam RMK-12. Saya mohon penjelasan untuk status perkara ini.

Datuk Speaker ketiga, disebutkan tentang peruntukan sebanyak per 4, 40.57 juta bagi pembinaan Perpustakaan Negeri Sabah. Saya sangat berharap peruntukan ini juga meliputi pembinaan bangunan perpustakaan yang baru di daerah Kunak. 2018, di bawah Kerajaan Warisan, Kunak telah mendapat peruntukan ini dan lawatan tapak serta persetujuan antara Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah dan Pegawai Daerah Kunak, saya saksikan sendiri. Untuk pengetahuan, Perpustakaan Kunak sudah pun berumur lebih 30 tahun.

Datuk Speaker, Kunak juga ingin merayu agar pembinaan kompleks sukan direalisasikan. Dalam sukan Sabah yang diadakan saban tahun, daerah Kunak sering menjadi daerah tercorot. Bukan kerana Kunak tidak berpotensi, tapi ketiadaan fasiliti yang boleh menjadi medan latihan untuk anak-anak. Namun walau dalam keadaan fasiliti sukan yang sangat daif, Kunak telah berjaya melahirkan ahli sukan yang berjaya, seperti adik Shukri Baharun yang kini bermain untuk Sabah FC, adik Izzat Aziz yang bermain untuk Jaguar FC.

Program-program kemahiran belia di Kunak juga sangat mengecewakan. Sejak lebih 10 tahun, hanya program menjahit sahaja yang ada. Saya memohon agar belia di Kunak, diberikan dana yang secukupnya untuk program-program seperti Pasar Up Town Belia dan juga pusat kemahiran belia seperti Pusat Giat Mara mesti dibina di dearah Kunak. Saya merayu layanlah Kunak sama adil dengan dearah yang lain. Datuk Speaker, seperti yang kita semua maklum, sektor pelancongan disebutkan sebagai sektor yang penting untuk dipulihkan. Kita menyambut baik strategi Program Pembangunan Pelancongan Luar Bandar. Justeru, saya menyeru agar Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar untuk meneruskan usaha yang pernah saya tuntut ketika Kerajaan Warisan iaitu kita minta Sime Darby Plantation untuk membuka produk-produk pelancongan di kawasan mereka bagi kegunaan awam. Untuk pengetahuan, terdapat kolam lumpur, kolam air panas, terowong peninggalan Jepun yang boleh diusahakan dan dapat membantu mengaktifkan ekonomi rakyat setempat.

Sime Darby sudah pun mengaut keuntungan yang banyak dari Kunak. Sudah tiba masanya untuk mereka mengembalikan sedikit manfaat kepada rakyat. Kunak sangat berharap Sime Darby Berhad memberi kebenaran orang awam menikmati objek pelancongan tersebut. Saya mohon KePKAS untuk mengambil peranan dalam usaha ini. Tidak lupa juga Air Terjun Madai, Gua Madai, Blue Hole Ring, Terumbu Cincin, Pantai Pasir, Pulau Buahyaan, Pulau Maganting yang sangat menarik dan bertaraf dunia. Namun tidak berfungsi sebagai satu lokasi pelancongan di Sabah. Hampir 2 jam pembentangan perbelanjaan Jumaat lepas, ada sedikit kecewa bila daerah Kunak langsung tidak disebut secara spesifik.

Datuk Speaker, perkara yang kelima yang ingin saya sentuh adalah sektor pembangunan wanita. Ada baiknya kita fokus komuniti luar bandar diberikan juga kepada wanita. Ini kerana seperti yang disebut oleh Ketua Menteri kita bahawa wanita adalah tunjang keluarga dan masyarakat dan juga berperanan signifikan dalam pembangunan ekonomi Sabah. Saya menyeru agar kerajaan mengkaji mekanisme SOHO iaitu Small Office, Home Office dengan cara ini lebih ramai lagi wanita boleh ambil peranan dalam menjana ekonomi keluarga dan dalam masa yang sama menjadi tunggak menjaga keselamatan dan kesihatan keluarga. Jika sebelum ini work from home menjadi alternatif, saya percaya sistem SOHO juga akan memberi peluang yang lebih baik kepada lebih ramai wanita. 5.81 juta peruntukan untuk pelbagai program pembangunan modal insan, modal insan ditanggungjawabkan kepada JHEWA. Namun 5.81 juta ini diberikan untuk wanita merakyatkan perkhidmatan ke arah kesejahteraan wanita yang terkesan akibat Pandemik COVID-19. Hanya 5.81 juta sahaja? Jumlah ini terlalu sedikit. Saya juga wanita. Saya juga terkesan dengan pandemik COVID-19. Adakah kerajaan bercadang membelanjakan 3 hingga 4 ringgit seorang sahaja untuk membangunkan modal insan wanita di Sabah?

Ini lagi satu, dana awal caruman KWSP dan pemberian insentif khas tambahan caruman tersebut kepada wanita dan ketua isi rumah wanita. Walau berapa pun jumlah wang tersebut, wang ini tidak dapat diakses oleh wanita sekarang. i-suri sudah ada, sekarang baiduri pula. Kesan yang kita alami adalah sekarang, bukan menunggu waktu kita pencen nanti. Ini ibarat keluar dari poket kiri, masuk ke poket sebelah kanan. Kerajaan Sabah juga saya harap dapat menekankan isu kesihatan

mental wanita. Menurut laporan KKM 2019, Sabah adalah tempat keempat tertinggi di seluruh Malaysia…

Speaker

Sila gulung ya Yang Berhormat.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

…kes bunuh diri dan kemurungan. Baik Datuk Speaker. Yang terakhir ingin saya menzahirkan rasa bangga dan terima kasih saya kepada semua Ahli Dewan yang sudi…

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

…. yang sudi melaungkan pejuangan MA63.

Salute buat YB Senallang juga yang sering menjadi idola berjuang secara konsisten, bersuara untuk hak Sabah tidak kira berada di kerusi pembangkang mahupun di kerusi kerajaan. Sejujurnya, kita semua tidak boleh menafikan hanya dengan menuntut hak kita, kita mampu selesaikan banyak masalah Sabah, terutama kemiskinan dan keperluan asas yang sering kita dianaktirikan dalam keluarga Malaysia. Tidak perlu saya buka secara detail tentang sejarah kehilangan hak kita. Namun, 1976 adalah tahun yang malang apabila kita menerima Pindaan Perlembaagan Persekutuan, Negara Sabah yang kita warisi telah menjadi sebahagian daripada negeri-negeri Tanah Melayu.

Apa yang saya ingin zahirkan adalah kekesalan saya di Dewan yang mulia ini, pada tahun tersebut, kita sendiri telah menjatuhkan taraf negara kita kepada negeri. Pada tahun 1976, Dewan Undangan Negeri Sabah telah meminda Perkara 1(1) Perlembagaan Sabah yang pada mulanya disebut dengan izin “they shall be a head of state for Sabah to be called the Yang di-Pertua Negara”, saya ulang Yang di-Pertua Negara tapi Yang di-Pertua Negara kita telah menjadi Yang di-Pertua Negeri kerana kita telah gagal mempertahankan hak kita. Shame on us kerana kita gagal mempertahankan martabat ini. Adakah kita kurang bijak? Mungkin. Terpedaya? Mungkin. Boleh diperbetulkan? Boleh. Saya mohon kerajaan hari ini membuat usul untuk meminda Perkara 1(1) Perlembagaan Sabah kepada asalnya. Namun, hiba suasana bila satu demi satu usul kita ditolak mentah-mentah.

Ingin saya mengingatkan semua, Presiden Soekarno pernah berkata, “bangsa sendiri yang mencuri hak bangsanya tapi dia tidak akan tuduh bangsa lain supaya dia bebas

mencuri”. Negara hancur kerana adanya para pengkhianat bangsa sendiri. Semoga kita semua di sini dijauhkan dari menjadi pengkhianat bangsa.

Speaker

Sila gulung.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Justeru, Datuk Speaker, akhir kata daripada saya, saya ucapkan tahniah kepada ketua menteri atas belanjawan yang dibentangkan. Terima kasih ketua menteri kerana sering mengingatkan tentang kejujuran. Saya berharap ingatan itu adalah jujur dan semoga jemputan demi jemputan yang saya terima dari ketua menteri untuk bertemu adalah benar-benar jujur dan ikhlas membantu rakyat Kunak dan tidak ada tujuan lain. Alhamdullilah selesai tujuh point saya bahaskan. Kunak bersuara. Sekian, terima kasih.

Speaker

Tenang… tenang… tenang Yang Berhormat. Sekarang, saya jem saya persilakan ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin.

Yang Berhormat Speaker, saya bukan dilantik, N46.

Speaker

Sorry. Sorry. Sorry. Minta maaf.

Terima kasih, Datuk Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Speaker

ADUN N46. 12:25 tengah hari

Terima kasih. Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Datuk Speaker. Dalam meneliti dan menilai kembali bajet yang telah dibentangkan, saya percaya belanjawan negeri Sabah untuk tahun 2022 telah dirangka sebaiknya. Walaupun pada ketika ini, keadaan ekonomi global masih tidak menentu ataupun menunjukkan trend kelembapan disebabkan oleh kesan pendemik Covid-19. Apapun berlaku peningkatan, namun ianya masih agak apa ni kita yakin dan percaya setiap masalah itu mesti ada jalan penyelesaiannya.

Datuk Speaker, saya amat tertarik dengan tema belanjawan 2022, yakni ‘Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera’ selari dengan hala tuju Pelan SMJ yang di bertunjangkan tiga teras utama. Memetik ucapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tempoh hari, bajet tahunan kedua di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya berpaksikan Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah yang telah dimurnikan melalui rangkuman aspirasi rakyat. Pada hemat saya, ianya bertepatan dengan situasi pasca pendemik Covid-19 pada ketika ini, dan kita masih lagi mengutamakan dengan izin economy recovery yang bersifat jangka masa pendek dan panjang, dan dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas saya tujukan kepada pihak kerajaan kerana pada tahun 2021, kita bakal mengutip hasil negeri tertinggi dalam sejarah semenjak merdeka, iaitu di antara RM4 billion RM4.9 billion menghampiri paras RM5 billion. Semoga keadaan ini menjadi asabab untuk kita terus bekerja dan maju ke hadapan. Datuk Speaker, menelusuri rekod keadaan ekonomi semasa, sektor pertanian antara penyumbang utama hasil negeri selepas cukai jualan negeri atau CJN melalui produk-produk petroleum dan gas. Begitu juga hasil bukan cukai yang dikutip. Dalam cadangan bajet kali ini, Kementerian Pertanian dan Perikanan telah diperuntukkan dengan anggaran sebanyak RM300.01 juta untuk perbakalan dan RM111 juta untuk pembangunan. Selain itu, beberapa pihak agensi kerajaan dan badan-badan berkanun juga mendapat peruntukan wajar sebagai bentuk suntikan untuk memperkasa dan meransang kembali aktiviti pertanian.

Persoalannya, apakah komitmen yang boleh dijanjikan oleh agensi-agensi mahupun jabatan-jabatan kerajaan ini sebagai ukuran pencapaian kerana kita menginginkan arus perubahan dan saya dan daya saing dapat diselarikan seiring kontim kontemporari semasa untuk diadaptasikan oleh setiap pemain industri, khususnya dalam bidang pertanian.

Datuk Speaker, dalam kesempatan ini, kali ini juga suka untuk saya berkongsi pandangan agar agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan berkaitan pertanian khususnya juga turut sama mendapat suntikan yang wajar dalam bajet tahun ini. Sekaligus membantu meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar sebagai usaha sama untuk memulihkan ekonomi negeri Sabah kerana keadaan ini telah dibuktikan oleh pengeluaran hasil komoditi sawit pada tahun ini adalah antara penyumbang utama hasil negeri ini. Mengapa saya menyuarakan keadaan ini?

Kerana aktiviti pertanian lain khususnya seperti industri hiliran juga mempunyai impak tinggi. Kita perlu bersedia mendepani kemungkinan perubahan iklim ekonomi global. Kita perlu menggunakan hasil bumi dengan sebaiknya.

Sumber alam semulajadi, tanah yang subur, kawasan yang sesuai untuk penanaman pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kayu-kayan dan sebagainya. Marilah kita bersama merintis kepelbagaian aktiviti pertanian. Negeri Sabah mempunyai potensi tinggi dengan kepelbagaian sektor pertanian. Selain itu, menerusi cadangan belanjawan ini, suka untuk saya petik tema Aktiviti Ekonomi Tambahan ataupun AET yang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan seperti tempat saya sendiri di SLDB, tetapi kita perlu melihat satu sudut lain agar peluang-peluang aktiviti pertanian sebegini boleh diperbesarkan skopnya dan memberi impak tinggi. Datuk Speaker, beralih kepada isu pembangunan melalui bajet 2022, ini pihak berwajib seperti Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, dan kementerian-kementerian lain yang bertanggungjawab untuk mencari solusi bagi menyelesaikan isu serta rintihan masyarakat luar bandar secara komprehensif. Saya sifatkan isu-isu ini adalah isu lama dan lapuk. Oleh itu, marilah kita memanfaatkan peluang ini untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya demi kesejahteraan Sabah yang kita cintai ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana menerusi belanjawan tahun hadapan, kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan pihak SEDCO untuk membangunkan pembangunan pekan baru Sapulut, dan melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, bersetuju untuk pembinaan bangunan Mahkamah Anak Negeri daerah kecil Pagalungan, di kawasan saya dan keadaan ini diterjemahkan dan membuktikan kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap kawasan luar bandar dan pedalaman. Oleh itu,…

Speaker

Ahli Yang Berhomat, ADUN N46 Nabawan, jam menunjukkan tepat jam 12.30, …

Terima kasih, Datuk Speaker.

Tuan Speaker:..sidang digantung dan disambung semula jam 2 petang, oleh itu Ahli Yang Berhormat boleh sambung semula ucapan pada jam 2 petang.

Saya yang menurut perintah, Datuk Speaker.

Sidang Berhenti Rehat [12:00 tengah hari - 02:00 petang]

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Selamat tengah hari untuk semua, oleh kerana YB N.46 tidak dapat menghabiskan ucapannya tadi, maka saya dengan segala hormat mempersilakan YB untuk meneruskan. Dipersilakan YB.

Terima kasih Tuan Speaker.

Seperti yang saya nyatakan tadi, ada beberapa pembangunan yang telah dirancangkan di kawasan saya pada tahun hadapan iaitu tahun 2022. Oleh yang demikian, saya berharap agihan belanjaan, belanjawan kategori perbelanjaan pembangunan pada tahun hadapan dibelanjakan secara berhemah dan semaksimanya.

Kesimpulannya, saya telah kupas dan tekankan dua (2) aspek major dalam belanjawan ini untuk sama-sama kita nilai dan perhalusi bersama iaitu sektor pertanian dan pembangunan jaringan infrastruktur luar bandar. Datuk Speaker, sebenarnya banyak lagi perkara yang ingin saya sentuh dan tekankan namun masa sangat mencemburui saya.

Adalah menjadi harapan saya isu pengangguran atau peluang pekerjaan, soal pendidikan, sistem kesihatan, kekeluargaan dan keselamatan dalam negeri ini perlu diberi penekanan oleh rakan-rakan Ahli Dewan Yang Berhormat untuk dibahas.

Bagi memastikan bajet tahun 2022 ini menjadi perintis kepada kejayaan kita di masa hadapan, saya petik kata-kata bijak ini, dengan izin alone we can do so little, together we can do so much. Rakan-rakan Ahli Dewan Yang Berhormat tidak kira

lah kita dari blok kerajaan ataupun pembangkang, marilah kita sama-sama bertaut kepada kecintaan terhadap negeri ini untuk kita sama-sama majukan Negeri Sabah. Sebelum mengakhiri ucapan perbahasan, saya ingin mengambil ruang dan kesempatan ini juga untuk mengucapkan kepada semua rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat dan seluruh rakyat Sabah di mana jua anda berada khususnya mereka yang merayakan, selamat menyambut Hari Krismas dan selamat Tahun Baru 2022.

Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata, Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta.

Asalnya sembilu dari buluh, Jika dianyam jadikan tampian, Saya menyusun jari sepuluh, Salah dan khilaf mohon dimaafkan.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Di sini saya jemput N.17 Darau.

02:04 petang

Bismillahirahman irrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera Yang Berhormat Datuk Speaker. Terima kasih saya ucapkan ke atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahas ucapan Bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.

Saya sangat tertarik dengan beberapa ungkapan yang telah, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri ucapkan dalam pembentangan tersebut.

Sungguh bertepat, bertepatan sekali dalam kesimpulan Yang Amat Berhormat, kita diingatkan bahawa

saya petik, “negeri ini tidak akan maju dalam erti kata sebenar sekiranya masih ada warganya yang terpinggir”. Jika kita meneliti dan mendalami ungkapan tersebut, kita akan merasa keinginan untuk menaik taraf dan memperbaiki kehidupan warga negeri, setiap warga negeri ini, setiap warga.

Ungkapan yang penuh kasih sayang, prihatin dan mulia. Bertuahlah negeri ini dan rakyat negeri ini bila kita sebagai pemimpin dan pegawai kerajaan sebagai pemikir dan pelaksana berusaha untuk menterjemahkan ungkapan indah ini agar menjadi rahmat untuk warga Sabah tersayang.

Negara China dalam beberapa dekad sahaja mampu mengeluarkan lebih 60% warganya dari belenggu kemiskinan.

60% daripada 1.4436 bilion penduduk sama dengan 900 juta warga, warganya yang keluar dari kepompong kemiskinan. Malaysia pula, mengikut mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac 2021 telah menyatakan bahawa kadar kemiskinan telah meningkat dengan meningkatnya golongan rentan daripada B40 kepada B50.

Bagaimana pula keadaan kita di Sabah? Kita sedia maklum bahawa terdapat 10 daerah termiskin di Malaysia dan 8 darinya adalah dari Sabah iaitu Pitas, Kudat, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan. Sungguh luar biasa, dari negara Sabah yang terkaya menjadi negeri termiskin.

Tidakkah kita merasa sedih?

Tidakkah kita merasa malu?

Tidakkah kita merasa tercabar untuk membangun rakyat yang telah memberi kepercayaan dan pengharapan kepada kita sebagai wakil mereka?

Baru-baru ini saya menyaksikan kesan tindakan merobohkan rumah di kawasan Kampung Likas.

Seorang ibu yang juga seorang ahli RELA duduk menangis teresak-esak bila rumahnya diroboh.

Pandemik belum berakhir, pegawai RELA adalah antara frontliners yang penting dan genting, berpanas, berembun, mengancam nyawa sendiri berhadapan dengan COVID-19.

Tiada pencen, tiada kelebihan seperti yang diberikan kepada pegawai kerajaan.

Pandemik belum pun berakhir, kita roboh rumah mereka.

Saya sama sekali tidak mempertikai kepentingan undang-undang. Undang-undang dan peraturan penting.

Saya juga tidak mahu membidas kakitangan yang

menjalankan tugas.

Saya tiada halangan sekiranya yang diroboh itu rumah pendatang tanpa izin atau PTI. Ambillah tindakan sewajarnya kepada PTI, kepada PTI-PTI ini seperti yang dijanjikan dalam janji 100 hari pilihan raya baru-baru ini. Cuma soalan saya adalah selain merobohkan rumah mereka, adakah tersirat mahupun tersurat tanggungjawab kita untuk membantu mereka agar tidak terpinggir seperti yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tadi? Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda; “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur, anjing itu hampir mati kehausan, tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur dari bangsa Israel. Maka dia membuka kasut kulitnya, kemudian dia mencedok air dengan kasutnya, lalu anjing itu diberi minum, kerana itu Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa wanita itu”

Saya mengharapkan, tindakan yang prihatin dan proaktif dalam menghadapi isu-isu sebegini.

Kita bantulah rakyat dari sudut pembangunan pendidikan, dari sudut ekonomi, dari sudut keselamatan dan dari sudut pendidikan dan untuk menghadapi kehidupan yang semakin menekan akibat pandemik COVID-19.

Dari sudut kemudah, kemudahan, saya telah berpeluang melawat ke Nanjing, China, Negara China dengan sekumpulan usahawan pada suatu ketika dahulu. Mereka telah mengatakan kepada saya, kalau saya pergi ke China pada 10 tahun sebelum ini, saya tidak akan percaya bahawa kemajuan yang telah mereka capai untuk kesejahteraan rakyat.

China adalah di bawah kepimpinan sistem komunis, kuasa pemimpinnya boleh dikatakan kuasa yang hampir mutlak. Mereka bukan di… Tuan Azhar bin Datuk Haji Matussin [Darau]:…hampir mutlak.

Mereka bukan dipilih seperti kita, kita dipilih oleh rakyat tetapi anehnya kita tidak berjaya memberi kesejahteraan kepada rakyat yang memilih kita. Bukan sahaja kita tidak membantu membangun penghidupan mereka, kita roboh lagi rumah usang tempat mereka berteduh. Suatu hari nanti kezaliman kita akan menghantui kehidupan kita sendiri. Kita rancanglah dengan saksama untuk menyediakan tapak atau rumah mampu

milik untuk rakyat secara teratur dan berterusan. Kita usahakanlah untuk menukar rumah PPR daripada sewa selama - lamanya kepada sewa untuk dimiliki. Yang kedua, dari sudut ekonomi. Rakyat yang miskin berjaja, bertani, menangkap ikan secara kecil - kecilan.

Kita bantulah mereka untuk hidup dalam kadar perniagaan tepi jalan dan kampung-kampung teruslah memberi insentif, kursus dan bimbingan.

Untuk yang berlatar belakangkan pertanian pula, ajaklah untuk membuat urban farming, pertanian bandar.

Bagi petani apa pula hal menangkap ikan di Sabah perlu minta lesen di Malaya? Masa penjajahan British dulu pun kita tidak minta izin ke London untuk meminta kebenaran memancing di tanah air sendiri. Statistik dan maklumat berkenaan penekanan hak perikanan kita sudah cukup dikumpulkan.

Kita cuma memerlukan kemahuan politik atau political will untuk mengambil hak Negara Sabah demi warga Sabah.

Yang Ketiga, dari segi keselamatan. Gejala dadah semakin meruncing di kalangan belia kita.

Belia - belia yang ditangkap yang di masukkan ke dalam penjara dan dibebaskan selepas 1 jangka masa.

Ramai yang tidak hantar tidak di hantar ke pusat pemulihan.

Baru-baru ini seorang remaja berumur 32 tahun di tempat saya telah menendang dan memecahkan pintu kaca rumah keluarganya, darah mengalir di kakinya, tulang kakinya patah.

Ujian hospital mengesahkan kencingnya mengandungi dadah. Keluarganya meminta polis menghalangnya pulang ke rumah oleh sebab dia memilih kad memiliki kad kuning dari Hospital Mesra, tapi polis tidak mahu mengambil tindakan. Soalan saya, boleh kah keadaan ini diubah agar pihak polis boleh melindungi sesebuah keluarga daripada seorang ahli keluarga yang penagih?

Yang kedua, bila ada penagih tidak kah pihak polis berkemampuan mengesan dan menangkap pengedar dadah?

Yang keempat, dari segi pendidikan.

Setelah 58 tahun merdeka, kita cuma mempunyai 1 universiti di Sabah berbanding lebih 18 universiti awam dan 47 universiti swasta di Malaya dan cuma 1 di Sabah dan 1 di Sarawak. Kesusahan access ke IPT menggugat tahap pendidikan dan pembangunan ekonomi. Tahap pendidikan rendah, prasarana yang mundur dan kemiskinan adalah lingkaran ganas yang akan mencengkam warga kita secara berpanjangan. Sudah sampai masanya dewan ini membuat beberapa keputusan yang bertentangan dengan telunjuk Putrajaya.

Di samping itu, kita sebagai pemimpin yang dipilih bertekad untuk peka kepada keperluan rakyat dan mementingkan kebajikan mereka melebihi kepentingan peribadi kita sendiri. Pembentangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri membuka ruang kasih sayang dan sinar harapan untuk membela rakyat yang tertekan dan terpinggir.

Saya berdoa, saya berdoa satu hari nanti kita bukan sekadar merintih untuk rakyat tetapi bersorak membakar semangat rakyat amnya dan belia khasnya untuk menuju kecemerlangan.

Akhir sekali, saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini kepada perenggan 143 ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengenai kebersamaan semua pihak dalam agenda perjuangan.

Saya berpendapat kebersamaan harus ada 2 hala, harus 2 hala dan bukan hanya bersama tatkala mahu memenuhi kehendak selective satu pihak sahaja.

Alangkah baiknya apabila perbincangan ataupun Taklimat MA63 dijalankan harus ada kebersamaan dengan pembangkang, bukan hanya kerajaan sahaja malah lebih baiklah dijemput juga pihak yang di sebelah sini. Saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Di sini saya jemput N28 Kawang.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Tuan Speaker, dengan izin mohon izin, Kawang izinkan saya untuk ganti tempat beliau lepas ni baru Kawang.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Dipersilakan. 02:16 petang

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih Yang Berhormat Kawang memberi saya peluang untuk turut serta membahas belanjawan negeri yang dibentangkan oleh Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas pembentangan bajet komprehensif merupakan surplus bajet.

Ianya melambangkan keupayaan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan mengurus tadbir negeri ini dengan telus dan jelas membuktikan bahawa di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat, kerajaan negeri memperolehi hasil sejumlah RM4.912 bilion, merupakan hasil negeri yang tertinggi dalam sejarah hasil

Negeri Sabah sejak merdeka walaupun dalam cabaran kekangan pandemik yang menjejaskan ekonomi seluruh dunia.

Datuk Speaker, memandangkan masa untuk berucap dihadkan hanya kepada 10 minit sahaja, maka saya ringkasan perbahasan saya dan dengan harapan rakyat seperti berikut ini; 1.

Pihak kerajaan dipohon untuk mengariskan hala tuju ke atas pembangunan belia dan beliawanis khususnya mereka yang tergolong keluarga yang tidak berada supaya masa depan mereka terjamin selaku pewaris generasi akan datang. Mereka bukan sahaja diajar dalam pelbagai bidang kemahiran, akan tetapi kerajaan harus membuka peluang seluasnya kepada mereka untuk menceburi bidang ekonomi, memberi pendedahan secukupnya kaedah-kaedah pengurusan serta sumber modal kewangan kepada mereka. 2.

Saya sarankan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya memastikan pelaksanaan program jalur lebar memperluaskan jaringan internet dalam plan jaringan liputan digital negara JENDELA. Supaya pelaksanaan projek tersebut yang memperuntukan jumlah RM3.61 bilion seperti mana yang telah dalam ucapan oleh Yang Berhormat Menteri Sains dan Inovasi sebentar tadi kepada kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan secepatnya. Supaya rakyat negeri ini mendapat mendapat liputan jalur lebar negara apatah lagi kawasan luar bandar yang sememangnya sehingga kini tidak mempunyai liputan internet. Saya juga sarankan agar kerajaan negeri terlibat untuk memastikan pelaksanaan program tersebut dilaksanakan dengan jayanya di seluruh kawasan negeri ini agar rakyat jelata memprolehi kemudahan internet. 3.

Datuk Speaker, di kawasan saya merayu supaya pihak kerajaan menyegerakan penyukatan tanah dan mengeluarkan geran tanah yang sudah bertahun - tahun lamanya geran tanah belum dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur. Ketiadaan geran tanah meyukarkan rakyat untuk membangunkan tanah mereka yang merupakan sumber ekonomi kepada setiap keluarga di kawasan saya.

4.

Bagi pihak rakyat yang terlibat dalam konsesi Sabah Forest Industries (SFI) khasnya rakyat di daerah Kemabong, daerah Tenom dan yang terbesar sekali di daerah Sipitang yang berpuluh tahun terkurung dalam dan tertekan dengan

konsesi Sabah Forest Industries (SFI), ingin menyampaikan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas keprihatinan beliau kepada rakyat jelata khasnya mereka yang terlibat dalam konsesi tersebut.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

…dalam konsesi tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, sekarang ini adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat serta bertanggungjawab. Kelima, saya berharap Kementerian Pembangunan Infrastruktur ataupun Kerja Raya khasnya Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur mengambil perhatian serius keatas permohonan rakyat di DUN Kemabong dan DUN Melalap supaya jalan penghubung d antara Kampung Inubai dan Kampung Angalur dilaksanakan dengan secepatnya.

Tuan Speaker, pada kesempatan ini juga, saya utarakan kekecewaan oleh guru-guru dan masyarakat yang melalui jalan raya Kemabong-Rundum yang jarang sekali diselenggarakan oleh pihak JKR. Kedua, jalan JKR yang sangat menyukarkan guru-guru dan rakyat ialah jalan raya JKR Kampung Bakuku ke SK. Simpang Ulu Tomani yang sentiasa membahayakan para pengguna di jalan tersebut. Saya mohon pihak JKR mengambil tindakan ke atas kedua-dua kawasan jalan raya tersebut dengan segera walaupun banyak lagi aduan jalan raya-jalan raya JKR di beberapa kampung yang lain tetapi yang saya sebutkan ini adalah merupakan jalan JKR yang sangat kritikal kerana menyukarkan laluan oleh para guru-guru yang mengajar di sekolah SK. Simpang dan SK. Rundum.

Tuan Speaker, Datuk Speaker, perkara keenam saya ingin mengulangi permohonan oleh rakyat yang terlibat ke atas lima lokasi yang terancam ah hakisan banjir iaitu pertama di Pekan Kuala Tomani, kedua, Pekan Batu 10, Paal, ketiga, Kampung Paal Seberang, keempat, Kampung Trontomon, kelima, Kampung Sagal Laut. Seperti ucapan saya di awal tahun ini, supaya kerajaan khasnya Jabatan Pengairan dan Saliran segera untuk mengambil tindakan melaksanakan tebatan banjir dan tanah

runtuh kerana rakyat dibelenggu rasa cemas keatas tanah runtuh akibat hakisan Sungai Padas.

Ketujuh, selaku wakil rakyat saya juga merasa bimbang di atas kenaikan harga barangan pembinaan bangunan dan harga keperluan penjagaan kebun-kebun pertanian. Seperti harga jual racun, serta harga baja yang ketara meningkat tinggi menjejaskan para petani kecil-kecilan. Saya turut suarakan perkara ini supaya kerajaan mengambil kaedah untuk membela rakyat, petani khasnya. Kalau kita lihat Datuk Speaker, keadaan sekarang ini harga-harga barang-barang binaan dan juga barang-barang pertanian yang terjejas adalah rakyat yang berkebun dan juga mereka-mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah sekali, sangat-sangat terjejas. Jadi, kerajaan haruslah mencari kaedah yang tertentu bagaimana untuk membela rakyat yang terkesan dalam keadaan begini sekarang ini. Kelapan, berikutan terdapatnya virus yang baru yang datang daripada Benua Afrika yang diberi nama Omicron variants supaya kita minta pucuk pimpinan Kerajaan Negara Malaysia supaya tidak membuka kepada rakyat negara-negara yang bergejala.

Kesembilan, Datuk Speaker, saya mengikuti pertikaian ke atas Malaysian Agreement 1963 (MA63) yang menyedihkan rakyat Sabah dan Sarawak sekian lama rasa tertipu di atas penggabungan negara Sabah dan negara Sarawak dengan Tanah Melayu ataupun Malaya yang sekian lama merugikan rakyat di kedua-dua wilayah ini. Saya berpendapat kita tidak boleh membiarkan sahaja Menteri semata-mata ataupun wakil negeri Sabah dalam perbincangan mengenai Malaysian Agreement 1963 tetapi kita juga harus bergandingan tangan untuk menyelesaikan isu MA63 ini dengan secepatnya demi masa depan rakyat Sabah dan Sarawak sama ada generasi kita sekarang ini ataupun generasi akan datang. Kalau kita biarkan ini saya lihat perkara ini tidak akan pandai selesai. Jadi, dalam negeri ini kita harus ada satu suara untuk bersama-sama menyelesaikan masalah Malaysian Agreement 1963 ini.

Tuan Speaker, saya juga ingin ah ah sedikit ahmm…memberi pandangan tentang ah perkara yang diwar-warkan di Dewan Undangan ini iaitu mengenai dengan carbon credit. Saya berpendapat…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Kemabong saya kasih 3 minit lagi ya.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ada tempat-tempat lokasi yang carbon credit ni boleh dilaksanakan misalnya tempat-tempat yang sudah diisytiharkan world heritage seperti Maliau Basin, Danum Valley dan saya juga bersetuju Gunung Lumaku salah satu yang di kawasan Kemabong itu dijadikan sebagai salah satu sumber untuk carbon credit iaitu kawasan yang memang diuntukkan untuk tadahan air yang kita pastikan tidak boleh diganggu. Itu kita boleh peruntukkan untuk carbon credit. Tetapi jangan pula mengorbankan tempat-tempat yang ada potensi ataupun kawasan-kawasan yang masih dituntut oleh masyarakat di sekitar. Tuan Speaker, sebelum akhiri ucapan ringkas ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan juga Selamat Menyambut Tahun Baru 2022. Datuk Speaker, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker, kerana memberi saya peluang untuk berucap dan Yang Berhormat wakil rakyat Kawang memberi saya laluan untuk berucap lebih awal daripada merek..beliau. Datuk Speaker, saya mohon menyokong ucapan Belanjawan Negeri yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya jemput N.27 Limbahau. 02:27 petang

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Kopivosian. Selamat Petang dan Salam Sejahtera.

Datuk Speaker, pertama sekali, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor atas pembentangan Bajet Negeri 2022, iaitu belanjawan kedua Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah yang telah dibentangkan pada Jumaat lepas. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker, kerana memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2022 pada petang cukup bermakna ini. Pada kesempatan ini juga, saya menyarankan usaha

kerajaan memerangi Covid-19 diteruskan bagi mengurangkan bebanan petugas barisan hadapan kita, agar kehidupan seluruh rakyat Malaysia kembali normal, anak-anak kita dapat meneruskan pendidikan dengan persekitaran sewajarnya dan ekonomi kita kembali pulih supaya kita dapat melihat negara secara amnya dan Sabah khasnya berada di dalam keadaan makmur, aman dan sejahtera pada masa-masa akan datang.

Datuk Spaeker, Sabah masih berhadapan cabaran terbesar iaitu menguruskan pandemik Covid-19. Situasi pandemik Covid-19 di Sabah walaupun kes harian hanya mencatatkan tiga angka, namun peratusan kes sporadik Covid-19 di negeri kita masih lagi pada tahap membimbangkan. Saban hari juga saya menerima banyak aduan dan keluhan daripada rakyat yang terkesan oleh wabak Covid-19, khususnya penduduk di kawasan DUN saya, N.27 Limbahau yang perlu menjalani kuarantin. Kuarantin wajib mengehadkan pergerakan penduduk. Mereka tidak dapat keluar mencari nafkah apatah lagi untuk mendapatkan bekalan makanan dan barang keperluan untuk diri dan keluarga. Di sini, saya ingin memuji langkah kerajaan atas inisiatif bakul makanan bagi membantu rakyat yang perlu menjalani kuarantin sama ada secara kendiri di rumah mahu pun di pusat kuarantin kerajaan. Bagaimanapun, perlu ditegaskan saya masih menerima aduan daripada penduduk bahawa bantuan bakul makanan ini lambat sampai ke tangan mereka. Apa pun, saya tetap ingin berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperuntukkan RM100 ribu kepada wakil rakyat pembangkang seperti yang saya untuk membekal…

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

... seperti saya untuk membekalkan makanan-makanan kepada penduduk.

Pun begitu, sebenarnya angka ini masih tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah penduduk yang layak menerima bantuan ini di kawasan saya. Peruntukan RM100,000 ini hanya mencukupi untuk seribu keluarga.

Justeru itu, pada hemat saya, adalah wajar untuk peruntukan ini ditambah agar lebih ramai penduduk yang layak menerusi inisiatif bakul makanan dapat dibantu dan nilai bakul makanan dapat ditingkatkan mengikut keperluan sebenar penerima.

Datuk Speaker, saya tertarik dengan laporan mengenai rancangan kerjasama ekonomi antara kerajaan Sabah dan kerajaan Tawi-Tawi, iaitu sebuah provinsi di Selatan Filipina. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan GRS atas inisiatif yang diambil dalam merancakkan ekonomi negeri dan penduduk di Sabah, dengan menjalin hubungan perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Tapi, saya rasa kalau lah sekiranya kerajaan Warisan dibawah pimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Shafie yang merancang kerjasama ini, maka sudah tentu ia akan dikaitkan Pendatang Tanpa Izin.

Sebab itu, saya ingin bertanyakan kepada kerajaan GRS, apakah perkembangan dan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan sempadan Sabah tidak dibolosi oleh PTI kerana dikhuatiri, dan kemungkinan menyalahkan guna, menyalahgunakan kesempatan ini untuk masuk ke negeri Sabah secara haram. Andai kata, Warisan yang membuat kerjasama ekonomi dengan Tawi-Tawi, sudah tentu akan dianggap mesra PTI bukan sahaja saya rasa perhimpunan Black Sunday akan dianjurkan, tetapi mungkin perhimpunan Black Saturday Sunday akan dibuat selama dua hari bantahan. Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang Pas Sementara Sabah yang pernah diutarakan sewaktu kerajaan persekutuan dahulu dan pernah dirancangkan di bawah kerajaan Barisan Nasional dalam tahun 2014. Tetapi, oleh kerana isu ini dijadikan isu politik, satu tohmahan satu satu fitnah, di mana dalam Pilihan Raya Kecil Kimanis juga, di isu ini dibuat dan juga dalam pilihan raya, saya tidak kerkecuali terkecuali di Limbahau, calon-calon yang bertanding juga menggunakan isu, iaitu isu PSS ini tetapi, waktu itu Warisan telah membatalkan supaya PSS ini tidak di di diteruskan. Tetapi, kita tahu orang menyatakan bahawa IC ini, akan memberi IC kepada warga asing. Itu sebagai fitnah untuk mene hak istimewa orang Sabah akan diambil. Tetapi, sekarang ini, PSS ini, saya nampak ada sudah diviralkan di dalam media-media bahawa ada sudah pas ini dikeluarkan tetapi sejauh mana kebenarannya kita tahu. Jadi, saya ingin ah… bertanya kepada di dewan yang mulia ini, adakah kerajaan Sabah sekarang ini melaksana akan program-program PSS di Sabah ini? Kalau ada, nyatakan. Kalau ada tidak ada pun nyatakan juga, supaya kita tahu semua bahawa PSS ini ah… tidak apa ini tidak dilaksanakan di Negeri Sabah ini.

Datuk Speaker, sudah tentu dalam situasi cukup mencabar hari ini, kami wakil rakyat yang diamanahkan dan dipertanggunjawabkan sememangnya mahu memastikan suara rakyat didengari dan membawa pembangunan di kawasan kami, agar ia manafaat dimanafaati pengundi kami. Apa lagi sememangnya, rakyat juga tidak mahu kita bermusuhan dan fitnah memfitnah, sejajar dengan gagasan Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pun begitu, saya cukup terkilan apabila Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.27 Limbahau menyatakan bahawa peruntukan dana pembangunan kerajaan dipegang sepenuhnya oleh wakil rakyat. Ini memberikan bayangan seolah-olah semua projek wakil rakyat peg wakil rakyat pegang, walhal pada hakikatnya, di sesebuah kawasan yang diwakili pembangkang, dana kerajaan bukan disalurkan terus kepada wakil rakyat pembangkang, sebaliknya mungkin UPPM lah yang bertanggungjawab dalam menguruskan dana ini.

Justeru itu, adalah menjadi satu keperluan untuk meredakan syak wasangka mengenai prosedur penyaluran dan pembangunan kerajaan ke sesebuah kawasan mengundi, khususnya di kawasan yang dipegang oleh pembangkang. Sehubungan dengan itu, amatlah membantu jika UPPM ini agar lebih peka berhubung prosedur ini, seterusnya memberikan penjelasan telus kepada rakyat, khususnya pengundi di DUN N.27 Limbahau.

Datuk Speaker, masalah bekalan air masih menjadi isu utama yang membelenggu rakyat Sabah. Bercakap tentang masalah ini, saya ingin menggunakan peluang ini untuk bertanyakan kepada Yang Berhormat berkaitan status terkini projek Mega Empangan Kaiduan.

Awal tahun ini, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya mengumumkan bahawa mega, projek mega ini akan diteruskan sebagai antara langkah untuk mengatasi masalah bekalan air di Pantai Barat Sabah. Oleh itu, saya ingin bertanya, bilakah projek ini akan dilaksanakan?

Daerah Papar juga tidak terlepas daripada mengalami masalah bekalan air. Banyak kampung yang terkesan tidak, ah… mempunyai bekalan air, iaitu terutama sekali kampung-kampung di Mukim Kinarut. Apabila hujan, bekalan air menjadi keruh kalau dalam bahasa tempatan orang kami di Sabah, dia bilang ‘air kabut’. Ha! Penduduk

bercakap ‘air kabut’. Saya sedar projek empangan ini banyak mendapat bantahan. Banyak pihak-pihak tertentu ah… membuat bantahan bukan sahaja daripada pihak ah… mungkin pihak pembangkang tidak, tetapi mungkin daripada pihak kerajaan orang-orang kerajaan sendiri yang membuat bantahan ini. Tetapi, sekiranya empangan ini di diteruskan, jika direalisasikan bakar bakal memberi manafaat besar kepada rakyat di Pantai Barat amnya, bukan sahaja di Papar terutamanya dalam menerima bekalan air bersih yang konsisten. Bagi saya, akan menyokong apa juga kaedah yang dibuat oleh kerajaan. Ramai yang menyatakan bahawa kaedah ini dibuat, kaedah macam ini nak dibuat, empangan tidak boleh dibuat, tetapi bagi saya, apa juga kaedah yang hendak dibuat untuk memastikan bahawa rakyat tidak ah… apa ini tidak menderita kekurangan air, bagi saya apa juga kaedah yang akan dibuat kita akan menyokong sepenuhnya.

Datuk Speaker, saya berterima kasih dengan ah… Menteri Sains dan apa ini pembangunan inovasi ka ni pembangunan teknologi. Sorry, kalau saya tersilap. Yang Berhormat ah… Datuk Yakub Khan yang telah memberi penjelasan tadi, terima kasih. Saya tahu, keperluan apa ni ah... internet ini iaitu uh… ah… melalui jendela. Saya ingat dari tahun lalu, saya telah menyuarakan satu perkara ini telah pun dinyatakan bahawa Kampung Mandalipau, Kampung Gana, dan juga Kampung Tanaki akan di ah… beri apa ini jendela ini.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB, saya kasih 3 minit lagi ya.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Datuk Speaker, pada persidangan dewan ini sebelum ini, kerajaan GRS telah mengumumkan bahawa dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga, kerajaan negeri mensasarkan untuk menaik tarafkan membina lebih kurang 1,190 kilometer. Jadi, di dalam kawasan saya ini, ada sebuah kampung, iaitu Kampung Mikik yang jalan dia gravel, saya minta kalau bolehlah dimasukkan lah di dalam apa ini 1,190 kilometer, supaya dapat dibina ataupun dinaik taraf. Justeru itu, saya, panjang pula ini heh… saya ingin juga menggunakan kesempatan ini untuk menagih perhatian kepada kerajaan negeri untuk meneliti keperluan pembangunan di Sabah, di DUN Limbahau.

Sepanjang bulan September tahun ini, negeri kita telah dilanda banjir teruk 3 kali. Kejadian banjir ini turut membawa bencana lain seperti tanah runtuh dan juga ah… jalan raya terputus. Saya percaya, kerajaan negeri pim pimpinan Gabungan Rakyat Sabah juga memahami apa yang sedang dialami oleh rakyat serta ketakutan kerisauan yang sedang berlegar dalam fikiran mereka setiap kali perkara ini. Bahkan pada DUN, di DUN 27 Limbahau sendiri, banyak kampung yang terjejas teruk dalam kejadian banjir pada pertengahan bulan September lalu. Antaranya adalah Kampung Sulin, Kampung Lengkuas, Kampung Kaiduan, Mandalipau, Kampung Kundasang, Bolotikon, dan banyak lagi, dan Kampung Labak sangat teruk sama seperti yang berlaku di Kampung Sugud, Penampang. Okay. Datuk Speaker, menerusi isu pembangunan di kawasan saya, saya ingin merayu dan memohon kepada kerajaan negeri agar menaik taraf sistem tali air sawah padi di sepanjang jalan di Kampung Kopimpinan - Kampung Rampazan dalam membabitkan kelulusan kelu….

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

… dalam membabitkan kelulusan, keluasan sawah padi kira-kira 100 ekar.

Berdasarkan makluman balas pesawah pada padi terlibat, sistem tali air yang dibina tidak menepati keperluan dan kehendak mereka. Sistem tali air ini sudah telah lama dibina dan malangnya dia dibina lebih rendah berbandang, berbanding paras ketinggian sawah padi.

Apabila sawah padi lebih tinggi, berbanding sistem tali air ini menyebabkan air sukar mengalir ke sawah padi. Bagi mempastikan air dapat masuk ke sawah padi, pesawah terpaksa melakukan secara manual dengan menggunakan pam air untuk mengoperasi pam air ini, pesawah terpaksa menanggung kos tambahan dengan membeli diesel. Justeru itu, sudah tiba masanya, untuk sistem tali air sedia ini, ada ini dinaik taraf bersesuaian dengan keperluan pesawah. Saya percaya ini adalah selaras dengan apa yang dikatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan untuk merealisasikan wawasan meningkatkan pengeluaran beras tempatan.

Datuk Speaker, Sabah adalah sebuah negeri yang cukup kaya hasil daripada sumber aslinya maka dengan itu di Dewan yang mulia ini, saya ingin mencadangkan agar pemberian bantuan kewangan secara automatik kepada warga emas yang 70 tahun dan ke atas.

Ini kerana kalau kita beri mereka yang 70 tahun ke atas ini secara automatik, saya rasa bukan saya sahaja tetapi, Wakil-wakil Rakyat yang ada di Dewan ini pun rasa selesa jua kadang-kadang ada jua yang beliau-beliau, orang-orang yang sudah berusia 70 tahun, 75 tahun masih mau menagih untuk minta…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

... Sila gulungkan YB .

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

... kalau bantuan secara automatik ini, akan memudahkan kepada kita supaya orang-orang yang sudah berusia ini tidak tertunggu-tunggu dan tidak tertangguh-tangguh.

Sekiranya ini ada kewangan yang cukup di kerajaan negeri ini kita rasa kita dapat laksanakan. Jadi untuk yang terakhir, saya ingin mecadangkan kepada kerajaan kerana kita mempunyai kewangan yang banyak kalau dapat lah, bahawa frontliners ini yang telah berhadapan dengan ah apa ini, yang telah bertungkus lumus untuk ah, membantu ataupun menangani COVID-19.

Sekiranya COVID-19 ini sudah, sudah reda dan kalau boleh kerajaan negeri bolehlah memberi apa ini, insentif kepada mereka. Beri mereka cuti ah bersama keluarga di luar, di mana-mana lah di dalam Malaysia kah, itu kalau ada kewangan untuk kepada semua yang frontliners yang bertungkus-lumus membantu dalam perkara ini.

Dan dengan itu, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker yang telah memberi saya ruang dan akhir sekali, saya ingin ah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru kepada kita yang ada di sini. Dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya jemput N.60 Tungku. 02:43 petang

Bismillahhirahmannirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Datuk Speaker, terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk

membahaskan ucapan Belanjawan Negeri Tahun 2022, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga Menteri Kewangan pada Jumaat yang lepas.

Sehubungan itu juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat atas pembentangan bajet yang bertemakan “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera”.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada kakitangan kementerian kewangan yang berusaha gigih untuk menyiapkan bajet kali ini, termasuklah seluruh lapisan kakitangan awam negeri dan persekutuan dari pelbagai peringkat yang telah melaksanakan tugas, mengurus, mentadbir dan menangani setiap permasalahan di lapangan dan sudah tentu memberi input yang begitu bernilai untuk pertimbangan dalam penyediaan bajet kali ini. Alhamdulillah, pada kali ini kita telah disajikan dengan satu bajet yang bersifat belanjawan lebihan sebanyak 110 juta, apabila jumlah anggaran kutipan hasil dianggarkan berjumlah sebanyak 4.7 bilion berbanding anggaran perbelanjaan 4.5 bilion seperti yang telah dibentangkan.

Jumlah ini diagihkan kepada 11 kementerian bagi tujuan belanja perbekalan dan pembangunan, perbelanjawan yang diuntukkan dan perbelanjaan yang tidak termasuk mana-mana kementerian. Namun jika dilihat peruntukan tersebut adalah suatu peruntukan yang agak besar. Namun jika kita, namun kita bertuah kerana perbelanjaan tersebut masih mampu menghasilkan bajet yang bersifat belanjawan lebihan.

Sudah tentu kita patut berterima kasih kepada Cukai Jualan Negeri (CJN) yang diperkenalkan melalui sidang Dun ini pada masa lalu.

Hasilnya sebanyak 1.1 bilion atau 23.4% daripada cukai hasil keseluruhan telah berjaya dikutip.

Tanpa kutipan cukai CGN ini, kita sudah tentu akan melihat bajet untuk tahun 2022 menjadi suatu bajet dengan jumlah defisit yang agak besar, lebih-lebih lagi dengan anggaran besar sebanyak 4.5 bilion iaitu peningkatan 6.2 % berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, jumlah emolumen naik sebanyak 3.03 %, jumlah perbelanjaan berulang naik sebanyak 12.89 % manakala perbelanjaan khas untuk meningkat kepada 3.29 % berbanding tahun lalu. Jelas bahawa usaha memperkenalkan cukai jualan negeri ke atas jualan petroleum berjaya menuai hasil yang telah memberikan manafaat kepada Negeri Sabah secara keseluruhannya.

Apabila peruntukan perbekalan jauh lebih tinggi berbanding pembangunan, ini boleh saya simpulkan bahawa, kita terlalu bergantung dan complacent atau cepat berpuas hati dengan hanya mengharapkan peruntukan pembangunan persekutuan pada tahun ini yang dianggarkan sebanyak 5.2 bilion.

Bagi maksud penambah baikan, saya ingin mencadangkan agar kerajaan melihat Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 yang ada dengan saya ini. Dan saya ingin bertanya, apakah setakat ini langkah yang telah diambil oleh kerajaan berkaitan dengan rumusan dan syor audit serta teguran-teguran oleh Jabatan Audit Negara. Datuk Speaker, merujuk kepada belanjawan 2022 adalah didapati bahawa Negeri Sabah terlalu banyak bergantung kepada sumber cukai jualan produk petroleum dan cukai jualan minyak sawit.

Sebagai contoh, kita dapat melihat jangkaan hasil daripada royalti petroleum sebanyak 1.2 bilion atau sebanyak 22.5 % dari jumlah hasil keseluruhan. Cukai jualan petroleum, 1.6 bilion 23.4 % dan cukai minyak sawit mentah sebanyak 810 juta ataupun 17 %.

Kebergantungan yang agak ketara terhadap tiga sumber ini, menimbulkan sedikit kegusaran kepada saya, memandangkan produk keluaran petroleum atau minyak sawit adalah bergantung kepada pasaran terbuka dunia. Sebarang perubahan harga sudah tentu akan mendatangkan kesan langsung terhadap perolehan Negeri Sabah.

Sehubungan itu, saya mencadangkan supaya kerajaan mengambil inisiatif untuk memberi nilai tambah kepada dua produk utama ini bagi mempelbagaikan penghasilan sama ada dalam perhiliran atau huluan.

Dengan cara ini, hasil dari produk tersebut dapat dipelbagaikan dan tidak terlalu bergantung kepada pasaran minyak mentah semata-mata, seterusnya dapat menghasilkan kesan berganda kepada hasil serta membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada rakyat Negeri Sabah.

Selain daripada hasil cukai yang dianggarkan sebanyak 44.5 % dari jumlah pendapatan keseluruhan, telah tiba masanya untuk hasil bukan cukai yang pada masa ini dianggarkan sebanyak 45.4 % dari hasil keseluruhan diberi perhatian untuk diperkasakan agar mampu menyumbang pertambahan kepada sumber perolehan negeri. Penerimaan hasil bukan cukai yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan

berjumlah 474.82 juta atau hanya 10.1 % dari jumlah keseluruhan hasil itupun hanya 197.82 juta yang akan diterima sebagai pemberian langsung, manakala selebihnya adalah peruntukan bagi membiayai perbelanjaan mengurus jabatan-jabatan… Tuan Assaffal bin P. Alian [Tungku]:…mengurus jabatan - jabatan di bawah senarai bersama.

Di sinilah kita melihat betapa pentingnya terma - terma dalam Perjanjian Malaysia 1963 sangat - sangat perlu untuk dilaksanakan secara menyeluruh termasuk terma - terma yang menyatakan bahawa 25 ataupun 40% jumlah kutipan cukai bersih daripada Sabah harus dikembalikan. Datuk Speaker, saya mengambil pendekatan untuk bercakap mengenai kawasan saya dahulu, sebabnya kalau saya tidak sebut nanti masa saya tidak cukup. Saya sebut masalah kawasan saya dulu.

Sukacita saya ingin bertanya tentang kedudukan atau status terkini cadangan projek - projek berkaitan yang telah pun dibawa untuk perhatian dan tindakan Unit Perancangan Ekonomi Negeri. Antara projek-projek yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Projek pembinaan jalan luar bandar di Kampung Sungai Nipah, Kampung Simuning, Kampung Pamanhutan, Kampung Tegubi, Kampung Lok Buani, Kampung Tulibas Kecil, Kampung Tulibas Besar, Kampung Dakun, Kampung Makuau dan Kampung Membatu.

Pembinaan jalan - jalan ini sangat perlu disegerakan kerana selain memberi kemudahan kepada penduduk kampung berkenaan, pembinaan jalan yang lebih baik akan memudahkan urusan seharian penduduk bahkan turut membantu memacu ekonomi rakyat.

Pembaikkan dan naik taraf jalan - jalan di rancangan Silabukan di peringkat 1, 2, 3 dan 4, saya mohon agar jalan - jalan yang dinyatakan yang telah mengalami kerosakan dan tidak dinaik taraf sejak beberapa lama agar diberikan peruntukan segera untuk tujuan membaik pulih dan menaik taraf jalan - jalan tersebut. Saya juga merayu agar pembaikan dan naik jalan taraf pertanian di kawasan - kawasan pekebun kecil dilaksanakan bagi memudahkan mereka memunggah keluar hasil tanaman untuk dipasarkan dan membawa masuk input pertanian bagi menaikkan hasil tanaman mereka.

Selain itu, saya juga ingin menarik perhatian dewan dan pihak berkaitan agar projek bekalan air bersih untuk Kampung Bakapit, Begingut, Tulibas dan Tanjung Labian dapat disegerakan memandangkan jumlah penduduk yang ramai yang memerlukan bekalan air bersih. Manakala untuk projek bekalan air luar bandar atau pun BALBA saya mohon untuk dilaksanakan di Kampung Tambisan dan Tugupi. Dalam masa yang sama, saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Dewan tentang kewujudan sebuah tangki air yang terletak di rancangan Silabukan tetapi tidak digunakan. Amat malang prasarana yang bernilai ratusan ribu ringgit dan dibina menggunakan wang rakyat telah dibazirkan begitu sahaja.

Oleh itu, saya memohon agar sejumlah peruntukan diberikan untuk membaik pulih tangki tersebut sehingga ia dapat berfungsi sepenuhnya dan dimanfaatkan untuk kegunaan rakyat sekitarnya. Bagi bekalan elektrik luar bandar, saya mencadangkan agar bekalan elektrik dapat disalurkan kepada penduduk Kampung Begingut yang masih belum mendapat bekalan elektrik disebabkan tiang dan kabel elektrik yang belum tersedia. Saya juga ingin menegur berhubung proses penswastaan elektrik solar hybrid di Tanjung Labian dan Tambisan yang mana saya dapati kakitangan kontraktor yang ditempatkan di kawasan tersebut terdiri daripada kakitangan yang tidak kompeten dan ini ditambah lagi dengan kekurangan peralatan dan kelengkapan yang memberi kesan terhadap mutu perkhidmatan mereka. Sehubungan itu, saya mencadangkan agar kerajaan mengambil pendekatan melantik kontraktor pelaksana yang telah memberikan cadangan projek tersebut sebagai pemegang konsesi bagi mengendalikan stesen tersebut.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthong Ginibun)

3 minit saja YB ya.

Saya kena sebut kehendak rakyat saya dulu.

Lepas itu saya cakap yang lain - lain. Selanjutnya pertanyaan saya terarah kepada status perumahan kakitangan Pejabat Daerah Kecil Tungku.

Setakat ini apakah status projek tersebut dan bilakah ia akan dilaksanakan? Dalam perkara berkaitan saya juga ingin bertanya apakah pendirian kerajaan kini terhadap cadangan menaik taraf Daerah Kecil Tungku menjadi daerah penuh?

Kertas kerja dan kajian kemungkinan telah dihantar untuk rujukan. Menyentuh tentang jalan persisir pantai yang melibatkan pembinaan jalan dari Kampung Dengan ke Tanjung Tambisan yang telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 mohon penjelasan pihak

berkenaan bilakah projek tersebut akan dimulakan? Begitu juga dengan rancangan pembinaan Kem Briged 3 di 13 ESSCOM yang telah dirancang sekian lama. Bilakah projek tersebut akan dimulakan?

Datuk Speaker, saya juga ingin menarik perhatian dewan tentang keperluan untuk membina sebuah lagi sekolah menengah atau sekolah menengah agama yang baru di kawasan Tungku memandangkan jumlah murid meningkat setiap tahun. Begitu juga perlunya sebuah hospital dibina, balai bomba.

Kita semua sudah tentu tidak mudah lupa akan kejadian serangan pengganas dalam peristiwa Tanduo beberapa tahun lalu yang telah meninggalkan sejarah hitam terhadap keselamatan negara apabila beberapa wira negara terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara.

Sehubungan itu saya merayu agar pengorbanan mereka dihargai dengan membina sebuah balai polis berserta penempatan yang lebih baik dan dinaik taraf menjadi sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah. Langkah ini bertujuan bagi meningkatkan kekuatan kawalan keselamatan di kawasan Tungku di samping meningkatkan moral dan semangat anggota barisan hadapan. Perkara terakhir yang ingin saya sentuh berkaitan dengan daerah Tungku dalam perbahasan saya kali ini ialah melalui pertanyaan tentang cadangan pembangunan Pekan Baru Tungku yang sebelum ini diwar - warkan akan dibangunkan oleh LPPB dengan kerjasama pihak swasta, menyegerakan pembangunan pekan baru ini diyakini mampu memacu pembangunan ekonomi sekitarnya.

Datuk Speaker, saya akan menyentuh sedikit mengenai belanjawan yang sudah dibentangkan sebelum ini, cuma saya mengharapkan kalau boleh sebab saya tidak sempat untuk membaca semuanya.

Tapi teks ucapan ini akan dijadikan sebagai ucapan perbahasan saya dalam Hansard Dewan Undangan Negeri. Saya…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthong Ginibun)

1 minit.

Boleh Datuk Speaker ini masukkan ya?

Timbalan Speaker (Datuk George Anthong Ginibun)

1 minit.

Saya ingin merujuk kepada muka surat 45 ucapan bajet tahun ini iaitu kerjasama negeri dan persekutuan.

Datuk Speaker, apabila kita bercakap soal hubungan antara negeri dan persekutuan, sudah tentulah kita tidak boleh lari daripada memperkatakan bagaimana kerjasama ini wujud pada tahun 1963 iaitu kerjasama ini mula wujud apabila kita menandatangani Perjanjian Malaysia 1963. Ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh di sini Yang Berhormat Speaker, yang harus diambil perhatian oleh Dewan yang mulia ini.

Yang pertama sekali iaitu mengenai soalan - soalan yang telah kita kemukakan kalau boleh jawapan - jawapan daripada menteri ataupun mana - mana sahaja agensi mestilah disediakan lebih awal dan diserahkan awal kepada kita yang ada di sini supaya kita boleh merujuk jawapan tersebut.

Keduanya, pastikan semua soalan yang dikemukakan mesti mahu dijawab sebabnya pengalaman saya Datuk Speaker, sudah 2 soalan saya tidak berjawab sehingga kini. Walau bagaimanapun, ada juga soalan yang lewat dijawab dan tidak dijawab langsung.

Sebagai contoh, soalan kepada Menteri Tugas-Tugas Khas berkenaan dengan adakah kerajaan negeri mempunyai usaha dan bercadang untuk merujuk kepada Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu berhubung proses dekolonisasi Sabah seperti mana tujuan asal penubuhan Persekutuan Malaysia merujuk kepada Akta Malaysia Bab 35? Soalan ini tidak berjawab namun demikian saya ada menerima jawapan dan alasan yang diberikan oleh dewan ini menyatakan bahawa Peraturan - Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri, tiap - tiap pertanyaan hendaklah menepati peraturan - peraturan yang berikut. Dia bagi alasan 21(1) bahagian h, sesuatu pertanyaan tidak boleh dibangkitkan bagi maksud hendak mendapatkan buah fikiran atau hendak mendapatkan penyelesaian ke atas perkara undang - undang yang belum menjadi masalah atau kerana hendak mendapati jawapan ke atas perkara - perkara yang dimisal - misalkan sahaja. Datuk Speaker, apabila saya bercakap soal dekolonisasi Sabah ini bukanlah cerita yang dimisal -misalkan. Kita mempunyai rekod…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthong Ginibun)

Bukan sekarang ah YB pasal Usukan sedang menunggu.

Mempunyai rekod …

…mempunyai rekod dalam debat Parlimen pada 11hb Mac 1963, ucapan ini adalah ucapan Tun Abdul Razak. Kita mempunyai rekod mengenai ucapan Tunku Abdul Rahman 15hb Ogos 1963. Kita mempunyai satu telegram daripada Donald Stephens kepada Secretary General mengenai soal decolonization dan kemerdekaan Sabah. Ini bukan cerita yang dimisal-misalkan dan kita ada rekod. Jadi saya mahu Dewan yang mulia ini, Dewan yang mulia ini harus berperanan untuk menperjelaskan barang ini. Kalau perkara ini kita tidak jelaskan sekarang setelah 58 tahun dahulu apa nasib generasi kita di masa akan datang. Jawatan kita boleh hilang, pangkat kita boleh hilang, baju yang Datuk Speaker, boleh hilang tapi negeri ini tanah ini tetap akan kekal sampai hari Kiamat. (Ahli Mesyuarat tepuk meja) Anak-anak kita akan kita akan ada anak, kita akan ada cucu, kita akan ada cicit, kita akan ada piut, kita akan ada semuanya yang akan duduk di bumi bertuah ini hingga hari Kiamat sehinggalah bumi ini dihancurkan. Tetapi kalau perkara sebegini kita tidak boleh selesaikan, apa anak-anak cucu kita akan cakap pada kita. Ini adalah perkara yang harus diselesaikan sebabnya saya ingin merujuk kepada ucapan Yang Amat Berhormat kalau boleh saya bacakan sedikit ya, “Perjuangan ini adalah satu perjalanan panjang yang kita warisi dari barisan pelopor pejuang terdahulu. Sekalipun mengambil masa kita harus memastikan setiap langkah yang teratur rapi akan membawa nilai dan makna kemajuan”.

Ini yang menyedihkan “jangan terbelenggu dengan retorika politik berpanjangan yang tidak membawa kita ke mana-mana, jangan biarkan romantika sejarah semata-mata akhirnya membawa kita berundur jauh ke belakang”. Bagi saya ini bukan satu ucapan yang baik sebab ini adalah merupakan penghinaan kepada Dewan yang mulia dan juga orang-orang tua kita yang terdahulu.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan Dewan yang mulia ini harus bersidang untuk membincangkan hal-hal yang belum selesai mengenai MA63. Mesti bersidang kalau tidak barang ini akan menjadi duri dalam daging perhubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan dan kalau kita tidak selesaikan pada

masa ini barang ini bukan hanya menjadi duri tetapi akan menjadi bisul nanah yang akan meletup di masa akan datang.

(Ahli Mesyuarat tepuk meja) Kalau kita yang ada kuasa pada hari ini tidak mahu menyelesaikannya kita bertanggungjawab kepada kejadian yang akan berlaku di masa akan datang. I can fore see saya boleh jangkakan apa yang akan berlaku sebabnya di luar sana di bawah sana rakyat sudah bising. Di Sarawak rakyat sudah bising bercakap soal kemerdekaan dan endingnya mengenai MA63 Yang Berhormat Speaker, adalah Sabah ini disekutukan dengan Persekutuan Malaysia tujuan dia adalah memberikan kemerdekaan kepada Negeri Sabah.

(Ahli Mesyuarat tepuk meja)

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ok cukup cukup.

Jadikan Dewan yang mulia ini sebagai platform untuk membincangkan perkara-perkara yang penting untuk negeri Sabah. Banyak soalan-soalan yang telah ditanya sebagai contoh Merotai bertanya soal TSAA, Karambunai apa ni, Darau bertanya soal PDA, yang saya sendiri bertanya soal artikel satu dua tetapi di tolak begitu sahaja sebabnya kononnya barang tu sedang dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas. Apakah badan yang tertinggi di negeri Sabah kalau bukan Dewan yang mulia ini (Ahli dewan tepuk meja) dan jawatankuasa itu sepatutnya tidak wujud dan jawatankuasa tersebut boleh diwujudkan dalam bentuk jawatankuasa di persidangan dewan ini.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Ok. YB.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Datuk Speaker minta maaf. Err..Karamunting pinjam 3 minit untuk Tungku.

Boleh Datuk Speaker. Untuk penggulungan.

Jadi, sekali lagi Yang Berhormat Speaker, saya mohonlah sama ada saya di sini atau rakan-rakan di sana, kita kena ingat apa yang kita ada pada hari ini kita pinjam

daripada tanah ini, apa yang kita ada pada hari ini kita pinjam daripada generasi kita di masa akan datang, kita harus menyediakan tanah dan bumi ini menyerahkan kepada mereka dalam keadaan yang terbaik, dalam keadaan yang sudah selesai dan kita mahu anak-anak cucu kita di masa akan datang akan merasa bangga dengan kehadiran mereka sebagai orang Sabah yang kita banggakan. Yang Berhormat Speaker, sekali lagi saya mohon sebab banyak daripada ucapan saya yang ada di sini saya mahu dia dimasukkan dalam hansard sidang DUN dan saya mohon sekali lagi perkasakanlah Dewan yang mulia ini bangkitkanlah semula orang Sabah, kembalikan kedudukan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negara Sabah sepertimana sebelum ini pernah kita ada. Terima kasih Datuk Speaker, saya mohon mencadang.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya jemput N.10 Usukan. 03:06 petang

Tuan Speaker, pertama sekali izinkan saya mengucapkan tahniah kepada YAB Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan dan kerajaan atas pembentangan Bajet 2022 yang telah dibentangkan pada minggu lepas. Bajet ini saya lihat sebagai sesuatu yang bersifat prihatin rakyat, berkebajikan dan mencerminkan usaha serius kerajaan bagi memulihkan ekonomi Sabah.

Tuan Speaker, untuk Bajet 2022 kali ini, saya ingin menyentuh beberapa perkara sahaja yang ada kaitan dengan sektor utama pertumbuhan ekonomi Sabah di bawah Pelan Pembangunan Ekonomi Sabah Maju Jaya iaitu sektor perindustrian dan pertanian.

Tuan Speaker, sektor pembuatan menyumbang kurang daripda 10% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah pada tahun 2019. Lazimnya, secara..sejarah peratusan sumbangan KDNK sektor pembuatan Sabah adalah 2 digit dengan pengecualian pada beberapa tahun sebelum tahun 1997. Sektor pembuatan dan aktiviti industri hiliran atau “down stream’ memainkan peranan penting kepada ekonomi sesebuah negara. Di kebanyakan negara maju

dan berpendapatan tinggi, pada kebiasaannya sebelum mencapai status tersebut, sektor pembuatan adalah sektor terpenting kepada ekonomi. Selepas mencapai status negara berpendapatan tinggi, barulah sektor perkhidmatan mengambil alih atau menjadi sektor terpenting kepada ekonomi.

Melihat kepada negara Malaysia dan khususnya Sabah, banyak lagi yang harus dibuat untuk meningkatkan aktiviti industri hiliran. Aktiviti industri hiliran boleh melibatkan pemprosesan bahan mentah yang ada kepada barangan akhir atau ‘final product’. Bahan mentah galian hasil bumi seperti Nikel banyak kegunaannya. Aktiviti down streaming bahan galian sangat bermanfaat kepada ekonomi. Sebagai contoh, Nikel banyak digunakan di industri seperti automotif, pembinaan, ketenteraan, komponen bahan elektronik, wang syiling dan banyak lagi. Sesungguhnya semua ini bermanfaat dan berupaya mewujudkan kesan pengganda besar kepada ekonomi Iaitu membuka lapangan peluang kerja dan ekonomi kepada rakyat. Dalam hubungan ini, kerajaan harus mencari jalan bagaimana untuk mengutamakan aktiviti industri hiliran yang berkaitan dengan hasil sumber Sabah seperti kayu, kelapa sawit, hasil laut dan juga minyak dan gas. Keutamaan harus diberi kepada pihak-pihak yang melabur di Sabah untuk tujuan down streaming. Konsep “Sabah First’ atau “Utamakan Sabah’ harus menjadi pegangan kita. Kalau kita lihat sekarang ini di Johor, banyak kilang-kilang perabot ini pembekalan kayu daripada Sabah bukannya daripada negeri mereka tetapi yang mendapat peluang pekerjaan adalah mereka yang berada di Johor contohnya. So, untuk memperbanyakkan industri hiliran ianya bukanlah tugas kerajaan semata-mata. Sektor swasta…

… kerajaan semata-mata. Sektor swasta atau private sector perlu memainkan peranan dan digalakkan dalam aktiviti ekonomi hiliran.

Pihak kerajaan perlu cekap untuk memudahkan kemasukan pelaburan dan memastikan kos menjalankan perniagaan atau cost of doing business adalah berdaya saing dan lebih menarik berbanding tempat lain di rantau ini.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin menekankan kepentingan autonomi ekonomi atau economic autonomy untuk Sabah. Semua aspek keputusan berkaitan pematuhan undang-undang, dasar pelaburan, kelulusan pelaburan, promosi pelaburan, dan promosi eksport seharusnya boleh dibuat di peringkat Kerajaan Negeri Sabah. Ini berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan dan menyokong aktiviti pelaburan dan eksport. Pemerkasaan dasar pelaburan dan taman industri, industrial park juga memainkan peranan penting untuk Sabah.

Kita perlu meningkatkan pembolehdaya ekonomi atau economic enablers dengan perkhidmatan strategik lain seperti perkhidmatan kesihatan dan pendidikan bertaraf dunia. Ini turut menjadi antara pekara penting yang boleh menarik minat pelaburan asing ke Sabah.

Dalam meransang aktiviti perindustrian, saya mengajak kita untuk mempertimbangkan suatu idea yang diperkenal, diperkenalkan di awal tahun 80-an ya, apa yang disebut sebagai Malaysia incorporated. Malaysia incorporated adalah satu dasar yang menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan juga swasta, di mana kedua-dua sektor bertindak atau beroperasi di dalam sebuah syarikat Malaysia incorporated. Dalam konteks yang sama, kita juga boleh memperkenalkan dasar Sabah incorporated untuk mengalakkan interaksi sektor awam dan swasta khusus di Sabah supaya lebih bekerjasama.

Tuan Speaker, sektor pertanian menyumbang 16.1% kepada KDNK Sabah pada tahun 2019. Ini adalah sumbangan yang besar kepada ekonomi. Dalam bajet 2022, saya melihat usaha serius pada bajet di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri kepada sektor pertanian.

Melihat di hadapan, kita perlu mempergiatkan segala usaha berkaitan keselamatan makanan, food security dan kecukupan makanan, food sufficiency.

Seperti yang kita maklum, negara Malaysia mengalami defisit perdangangan makanan sejak tahun 80-an lagi. Sesungguhnya, kita boleh melihat ini sebagai peluang, memandangkan nilai pengeluaran pemprosesan makanan bagi Sabah adalah kedua terbesar selepas Semenanjung Malaysia.

Pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur juga memberikan peluang besar untuk indusrti makanan.

Dengan pelaksanaan pemindahan jalan raya Serudong - Simanggaris, ini memberikan potensi untuk meningkatkan eksport Sabah. Sebagai contoh, menurut kajian Universiti Malaysia Sabah, produk makanan

Malaysia sememangnya sudah ada di pemasaran rak kedai atau pasaraya di Kota Tarakan, Kalimantan.

Peluang untuk pemprosesan hasil barangan pertanian juga boleh dimanfaatkan di Sabah jika kerajaan membuat fasilitasi peraturan, memperbaiki pengangkutan hasil pertanian, dan memudahkan proses kemasukan pelaburan berkait pemprosesan produk pertanian.

Dalam masa pada itu, saya menyeru kerajaan untuk terus memperkasakan institusi pertanian di Sabah seperti institusi pertanian Sabah di Timbang Menggaris, Kota Belud. Ini kerana institusi pertanian khusus sebegini, boleh membawa kepada hasil pertanian yang lebih berkualiti dan penyertaan lebih ramai warga tempatan.

Proses ini boleh dibuat melalui penambahbaikan serta akredasi sijil-sijil keluaran institusi pertanian agar lebih tinggi dan pengiktirafan hingga ke peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Pekara ini boleh dibuat dengan kerjasama IPT awam seperti Universiti Malaysia Sabah ataupun Universiti Putra Malaysia. Dengan usaha ini serta pelbagi usaha lain, barulah kita boleh meningkatkan tenaga mahir dalam pasaran kerja dalam bidang pertanian di Sabah.

Melihat ke hadapan, semua ini berupaya memberi kesan kepada pelaburan berkait pertanian pada masa akan datang.

Tuan Speaker, di akhir ucapan perbahasan saya, saya mengajak kita merenung hakikat ekonomi Sabah sekarang dan memikirkan secara bersama kaedah terbaik untuk maju dengan lebih pantas.

Pada tahun 60-an, 70-an, 80-an, Sabah seiring disebut sebagai negeri yang sangat kaya. Sebagai contoh, menurut kajian Dr. Rafiq Idris UMS, pada tahun 1984, pendapatan isi rumah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah lebih tinggi dari banyak negeri lain di Malaysia. Menurut kajian, kita pernah lebih tinggi dari Sarawak, dari Perlis, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka dan malahan purata negara Malaysia.

Suasa ini, situasi ini tidak lagi sama.

Dalam kajian tersebut, beliau menekankan bahawa peruntukan tahunan persekutuan dan pelaburan asing serta domestik, di samping pelbagai faktor lain boleh memberikan kesan besar kepada ekonomi Sabah. Jika kita mahu tingkatkan KDNK Sabah dengan lebih pantas, kita perlu mendapatkan peruntukan, peruntukan tahunan persekutuan atau peningkatan pelaburan domestik atau asing. Bedasarkan ketetapan yang dibuat oleh Bank Dunia pada tahun 2020, sesebuah negara dianggap menjadi berpendapatan tinggi jika

pendapatan perkapita nya melebihi US$12.696 atau Malaysia RM53,000 hingga RM54,000. Oleh itu, mengikut populasi dan pendapatan per kapita Sabah sekarang, kita perlu meningkatkan KDNK kita lebih kurang 2 kali ganda atau 100% iaitu kepada lebih RM200 bilion. Bagaimana kita oleh lakukannya?

Tuan Speaker, pertama, fokus mendapatkan pelaburan berimpak besar sama ada domestik atau asing. Kedua kita perhebatkan aktiviti downstreaming di negeri Sabah. Ketiga, kita perlu menjadikan Sabah mesra perniagaan dan memudahkan kemasukan pelabur asing ke Sabah, sama ada dari Semenanjung Malaysia ataupun negara lain.

Kita perlu memudahkan pemindahan kilang-kilang besar ke Sabah, sama ada dari semenanjung ataupun negara asing.

Dalam konteks ini, saya menyambut baik Pelan SMJ yang diumumkan sebelum ini yang mana kerajaan negeri ingin menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi. Akhir sekali, sebelum mengundur diri saya ingin mengucapkan selamat Hari Krismas kepada semua yang meraikan, khususnya rakyat DUN Usukan, dan Selamat Tahun Baru 2022. Dengan ini Tuan Speaker, saya ingin menyatakan sokongan penuh saya terhadap bajet 2022.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Giliran sekarang, N.54 Karamunting.

03:18 petang

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Terima kasih kepada Tuan Speaker bagi ruang untuk ah… membahas dalam dewan yang mulia ini. Seperti yang kerap ditegaskan Menteri Kesihatan ah… sudah tiba masanya semua warga Malaysia perlu hidup bersama Covid-19 dengan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Namun yang demikian, Covid-19 ini telah menyebabkan sa satu impak yang besar kepada seluruh masyarakat di Sabah khususnya di Sandakan. Di mana ramai warga-warga Sandakan kehilangan sumber pendapatan ataupun kerja disebabkan lockdown demi lockdown yang berpanjangan sejak tahun lalu sehingga pertengahan tahun ini. Warga-warga sedemikian, masih mengharapkan bantuan bakul makanan dari kerajaan Sabah kerana ekonomi masih belum lagi pulih. Namun, harapan-harapan sedemikian hanya ditemukan dengan kecewa sahaja.

Seringkali saya ditanya kenapa kerajaan tidak lagi bagi bantu ah… bantuan bakul makanan? Kenapa kerajaan tidak lagi mengambil berat tentang kehidupan rakyat

lagi? Yang Amat berhormat Ketua Menteri, tolonglah beri perhatian terhadap pekara ini kerana rata-rata rakyat Sabah khususnya, rakyat Sandakan perlukan bantuan dari kerajaan demi bantuan murah kehidupan mereka seperti sebelum adanya wabak Covid-19.

Tuan Speaker, walaupun wabak Covid-19 masih mengancam pelbagai sektor ekonomi, tetapi bukan kelapa, kepada sektor kelapa sawit. Harga semasa kelapa sawit telah mencecah lebih dari RM1,000 se-tan sejak bulan yang lepas. Mencipta rekod satu harga tertinggi baharu pada tahun 2019. Kerajaan yang diterajui oleh Warisan melakukan pelbagai in inisiatif untuk menghasilkan produk… Tuan Hiew Vun Zin [Karamunting]:...untuk menghasikan produk-produk kelapa sawit secara tempatan demi menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat-rakyat Sabah. Oleh yang demikian, adakah kerajaan Sabah akan mengambil peluang kecemasan ini, harga sawit yang tertinggi untuk merangka lebih banyak kilang-kilang, seperti kilang minyak, kilang sabun, kilang biodisel dan lain-lain lagi demi menjanakan lebih banyak pendapatan serta peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah?

Selain itu Tuan Speaker, setahu saya Universiti Sabah atau pun UMS serta Kolej Vokasional di Sabah kurang proaktif dalam usaha menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan kelapa sawit berbanding dengan kursus-kursus profesional yang lain.

Sabah telah menyumbangkan lebih kurang sebanyak 35% daripada pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia malah merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Malaysia.

Oleh yang demikian kenapa Kerajaan Sabah tidak memperkasakan kursus-kursus yang utamakan industri kelapa sawit di UMS atau pun kolej-kolej vokasional agar anak-anak muda kita di Sabah dapat memanfaatkan apa yang dipelajari? Dan selepas tamat pengajian mereka dan anak-anak muda ini boleh menyumbangkan kepakaran mereka dalam industri kelapa sawit Sabah.

Tuan Speaker, dengan itu secara tidak langsung telah mewujudkan satu pencapaian win-win atau pun anak-anak untuk anak-anak muda Sabah dan sektor kelapa sawit tetapi apa yang berlaku sekarang suda terbalik.

Ramai anak-anak muda Sabah terpaksa meringkuk di Semenanjung demi melanjutkan pelajaran atau pun mencari nafkah untuk keluarga masing-masing.

Bukan itu saja, sudahlah bersusah payah mencari nafkah di Malaya, apabila sampai ke musim perayaan, satu-satunya perkara yang dinanti-nantikan oleh anak-anak muda ini, kerana ingin balik kampung beraya bersama keluarga masing-masing.

Mereka terpaksa membayar tambang, tambang kapal terbang yang harga pelbagai, bagaikan harga kayangan seperti bayar tambang pergi ke negara Europe, tetapi hanya sekadar kelas ekonomi bukannya kelas pertama atau pun business class malah ini hanya penerbangan domestik Kuala Lumpur ke Sabah. Jadi ini macam tidak masuk akal. Oleh yang demikian Tuan Speaker, Kerajaan Sabah harus memandang berat terhadap masalah ini kerana ianya sudah berlanjutan kian lama. Sudah sampai masanya untuk Kerajaan Sabah menilaikan semula kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti-universiti serta kolej-kolej vokasional di Sabah agar dapat memperkasakan masa depan anak-anak muda Sabah serta memperkasakan sektor-sektor pakar di Sabah supaya Sabah tidak lagi hanya bergantung pakar-pakar yang datang dari luar negara ataupun negeri.

Selain daripada itu Tuan Speaker, Sabah telah diumumkan menjadi wilayah setaraf dengan Semenanjung Malaysia oleh Perdana Menteri Ke-8 pada April yang lalu namun untuk Bajet 2022 Sabah hanya diperuntukkan dengan RM 5.2 bilion atau pun 1.5% sahaja daripada jumlah keseluruhan RM 332 bilion.

Adakah ini yang dimaksudkan sebagai setaraf atau mungkin kerana kita rakyat Sabah kita senang ditekan oleh Malaya. Hanya menurut perintah tahun demi tahun sedangkan Sabah hanya dengan sumber-sumber semula jadi yang idaman negara-negara jiran kita. Tetapi realitinya cukup pilu, antara sepuluh daerah termiskin di Malaysia terdapat lapan di Sabah.

Apakah ini yang dimaksudkan yang sentiasa di orang-orangkan kan sebagai Sabah Maju Jaya. Cuba kita tepuk dada tanya selera. Kerajaan Sabah sepatutnya mempersoalkan bajet 2022 yang telah dibentangkan ini agar lebih banyak menumpukan menyalurkan kepada Sabah demi menaikkan taraf

infrastruktur-infrastruktur atas, asas di seluruh Sabah khususnya jalan-jalan dan bekalan air paip yang bersih.

Di Malaya, berpuluh-puluh tahun sudah mempunyai jalan raya yang cantik, mewah, bertingkat-tingkat, lebuh raya dari selatan sampai ke utara dan dari pantai timur sampai ke pantai barat. Di Sabah ada apa? Jalan-jalan yang tidak beraspal, jalan-jalan gravel, jalan-jalan berlumpur, setiap minggu mesti terbaca di facebook, ada anak-anak Sabah meminta kerajaan agar jalan-jalan tersebut dibaik pulih. Ini kerana bagi mereka yang ada kereta 4x4, minta izin, pun mungkin terkandas terkandas, yang tiada 4x4 macam mana?

Bukan itu saja, jalan raya yang menghubungkan daerah-daerah di Sabah merata-rata masih jalan raya selorong sebagai masih dikekalkan dalam zaman 90-an.

Selain daripada itu, sebahagian besar jalan-jalan luar bandar ini berlubang-lubang serta mengorobang khasnya di antara Telupid dan Beluran.

Dan faktor-faktor ini merupakan salah satu punca utama kemalangan jalan raya di Sabah, malah jalan-jalan teruk tersebut turut menyebabkan ramai yang sama ada terbabas atau pun mengalami kerosakan kenderaan yang teruk dan terkandas di tengah jalan. Berapa ramai lagi rakyat Sabah perlu ditindas? Apakah rakyat Sabah hanya boleh menikmati kemudahan asas yang baik di Malaya? Selama-lama rakyat hanya boleh bersabar. Oleh yang demikian Tuan Speaker, Sabah Maju Jaya harus dipraktikkan dengan pelan-pelan yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat-rakyat Sabah iaitu dengan adanya infrastruktur-infrastruktur asas yang baik, bukan hanya sekadar laungan-laungan lisan yang tidak membawa sebarang perubahan.

Tuan Speaker, hanya pantai-pantai di Sabah merupakanlah salah satu aset kepentingan Kerajaan Sabah kerana ia bukan saja tempat istirehat untuk warga-warga tempatan malah ianya boleh dibangunkan oleh PBT sebagai destinasi-destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa.

Namun yang demikian, nampaknya tidak ada sebarang usaha memulihara daripada PBT atau kerajaan khasnya di Sandakan dalam usaha menjaga kesejahteraan pantai-pantai di sini. Tuan Speaker, sepanjang persisiran pantai di Sandakan bermula dari Kampung Sim-Sim sehingga ke Batu Sapi, khususnya kawasan saya Batu ah, Karamunting,

Pasir Putih dipenuhi dengan sampah-sarap, kayu-kayan dan sampah-sampah lain. Baru-baru ini Sandakan diumumkan akan dinaik taraf sebagai bandaraya akan tetapi kerajaan tidak ada pula sebarang inisiatif untuk hentikan masalah kebersihan ini masa, masalah ini terus mempeluaskan. Jika dipandang dari segi mata awam sekali lagi kelemahan dari segi puncak pimpinan cukup terserlah kerana slogan Sabah Maju Jaya, hanya digunakan di atas kertas.

Langsung tidak diserap oleh kabinet Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Karamunting saya bagi 3 minit saja lagi ah. Tiga minit yang tadi yang ko kasih sama itu sama-sama tadi itu saya tidak kira.

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

Ok, terima kasih Tuan Speaker.

Jadi begitulah ah saya akhir kata, Tuan Speaker, kita ni Sabah Maju Jaya, saya harap ah dalam Dewan yang mulia ni, kita jangan slogan saja. Kita nak buat sesuatu untuk kita rasa bangga sebagai kerajaan yang ah, maju jaya sebab Sabah ni terlampau jauh dari Semenanjung. Kita masih dalam hidup dalam 90-an. Jadi Tuan Speaker, terima kasih sekali lagi saya ...

Tuan Hiew Vun ZinWARISAN · WARISAN-PLUSKaramunting

… terima kasih.

Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada semua dan juga Selamat Tahun Baru kepada semua err yang dalam Dewan yang mulia ini. Sekian dan terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Saya jemput N18 Inanam. 03:30 petang

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Datuk Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri atas ucapan Belanjawan Negeri tahun 2022. Akhirnya kerajaan negeri telah mencadangkan Anggaran Perbelanjaan Belanjawan tahun 2022 berjumlah RM4.596 bilion dengan belanjawan lebihan berjumlah RM110.68 juta. Harapan Rakyat Sabah amat tinggi agar belanjawan yang amat terhad ini dapat mengurangkan masalah asas seperti air, perumahan, bekalan elektrik, pengangguran dan lain-lain.

Tuan Speaker, izinkan saya mengemukakan beberapa cadangan berkaitan Belanjawan Sabah tahun 2022. Sumber Hasil Sabah perlu dipertingkatkan agar belanjawan akan datang melepasi lingkaran RM4 bilion dan mencontohi negeri Sarawak yang mempunyai Bajet Tahunan RM10 bilion serta memperuntukkan 60% untuk dana pembangunan. Bajet 2022 perlu memberikan fokus kepada menangani pandemik COVID-19 dan pemulihan kepada rantaian implikasi yang berkaitan terutama kepada sosio-ekonomi rakyat seperti kemiskinan, pengangguran dan lain-lain lagi.

Pembangunan infrastruktur dan modal insan yang seimbang perlu diselaraskan supaya tidak berlaku pembangunan sifar dengan izin zero some development.

Kerajaan mempertimbangkan pemberian peralatan asas seperti oximeter, thermometer, sanitizer kepada rakyat bagi menghadapi wabak yang masih berterusan. Peruntukan Bajet Persekutuan kepada Sabah perlu ditambah mengikut keperluan pembangunan di Sabah demi keadilan dan kesaksamaan. Belanjawan Persekutuan untuk pembangunan Sabah perlu ditambah secara adil dan saksama mengikut keperluan sebenar dan pelaksanaan berkesan perlu di titik beratkan. Contohnya peruntukan mengikut peratusan daripada bajet pembangunan sebanyak 10 ke 15% daripada jumlah peruntukan pembangunan Belanjawan Persekutuan. Dicadangkan, pelaksanaan dan pemantauan Belanjawan Persekutuan diurus oleh kementerian dan agensi kerajaan Sabah sebagai langkah mengatasi kelemahan pelaksanaan peruntukan pembangunan Sabah dan memastikan kebertanggung jawaban bersama. Perancangan yang strategik perlu disusuli dengan pelaksanaan yang telus dalam membangunkan Sabah.

Ketirisan dalam perbelanjaan perlu dikurangkan dengan mengaktifkan Jabatan Audit Negeri yang melapor kepada Dewan Undangan Negeri secara berkala.

Petunjuk prestasi Key Performance Indicator untuk peruntuk peruntukan ADUN perlu diperkenalkan dan salah satu indikator prestasi ialah keberhasilan menyelesaikan infrastruktur asas dan prestasi pelajar - pelajar di kawasan DUN masing - masing atau ringkasnya disebagai prestasi berdasarkan pendidikan. Komitmen politik pemimpin Sabah perlu diselaraskan dalam memperjuangkan MA63 terutama untuk mendapatkan 40% hasil cukai seperti Artikel Sab 112 C dan 112 B bahagian 5 jadual 10 Perlembangaan Persekutuan supaya kutipan hasil negeri dapat

dipertingkatkan. Skim pengurangan dan pengecualian cukai kepada pemain industri terutama industri hiliran perlu diperkenalkan bagi membangunkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan. Perindustrian moden selaras dengan Revolusi Industri 4.0 seperti Jepun dan Korea Selatan perlu diperkenalkan sebagai penanda aras pembangunan Sabah.

Sabah perlu bersedia dengan infrastruktur asas bagi menyediakan suasana kondusif untuk pelaburan asing akibat daripada limpahan ekonomi dengan perpindahan Ibu Kota Indonesia di Kalimantan.

Kerajaan perlu mengadaptasi definisi kestabilan politik dalam konteks memastikan perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri berkesinambungan. Walaupun kerajaan yang memerintah saling bertukar, rakyat tidak wajar menerima beban akibat permainan politik. Kerajaan yang memerintah pada satu - satu masa perlu berani dan terbuka menerima kritikan sebagai sebahagian dari sistem semak dan imbang amalan demokrasi. Memberikan peruntukan belanjawan yang sama rata kepada wakil - wakil kerajaan dan pembangkang dalam menghormati keputusan amalan demokrasi rakyat. Skim pemilikan rumah kepada golongan muda yang flexible perlu diwujudkan dicadangkan agar bangunan - bangunan yang kerajaan yang kosong berhenti operasi dipertimbangkan sebagai tempat teduhan milik rumah kediaman sendiri terutamanya tempat muda - mudi untuk menginap.

Datuk Speaker, Pandemik 19 telah mengubah majoriti landscape corak dan gaya kehidupan rakyat dunia, Malaysia dan Sabah.

Serangan variant Delta telah lebih 500 dan 18 kes di Sabah, ditambah lagi dengan kes variant Omicron menuntut pihak bertanggung jawab mengambil tindakan segera mengelakkan penularan pandemik ini di Sabah. Mohon penjelasan kementerian tindakan yang telah dan akan diambil dalam perkara ini?

29 November 2021, MOU pembinaan terhadap Transit Rapid dimetrai oleh empat syarikat dengan kos RM1.42 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta PFI. Harapan tinggi supaya sistem Transit Rapid ini akan dipanjangkan di kawasan Sepanggar, Inanam, Kkip, Luyang, Lukas, Likas dan sekitarnya. Tuan Speaker, teratas di media, di kawasan Sepanggar, Telipok, Manggatal, Inanam ketika ini adalah krisis bekalan air bersih, banjir dan kesesakkan jalan raya.

Kesimpulan saya, melalui dialog dan tinjauan dengan penduduk yang terkesan yang mengalami keperitan, kesusahan dan tekanan hidup disebabkan masalah ini. Malah amat tertekan ada yang menangis semasa berdialog dengan kami disebabkan masalah bekalan air bersih. Saya amat khuatir akan berlaku kehilangan jiwa. Sama hal dengan kejadian disebabkan oleh COVID-19.

Kita mengucapkan terima kasih kepada tindakan - tindakan turun padang kementerian berkaitan masalah ini. Yang Berhormat mempunyai kuasa penuh menyelesaikan masalah ini, kita berada di sini dengan mandat rakyat dan jangan biarkan kesengsaraan mereka terus begini tanpa penyelesaian yang cepat, tepat dan berkesan. Rakyat sudah terlalu lama bersabar dan menderita disebabkan COVID-19.

Di tambah lagi dengan masalah lama yang terus berlarutan tanpa penyelesaian terbaik. Saya ingin bertanya kepada kementerian berkaitan, apakah tindakan jangka pendek dan bersifat sementara menangani masalah air bersih, banjir dan kesesakan jalan raya diwaktu puncak di kawasan Telipok, Tebobon, Darau, Manggatal dan Inanam?

Datuk Speaker, terlalu banyak isu - isu kawasan jika disebut. Sebahagian saya salurkan melalui soalan - soalan secara bertulis. Mohon dan mohon berikan maklum balas yang tepat, lengkap dan menjawab soalan yang diutarakan kerana sebelum ini saya mendapat jawapan seperti jawapan darjah 6 kerana ini adalah jawapan yang perlu kita suarakan dan maklumkan kepada rakyat setempat. Sebagai kesimpulan, akhirnya rakyat akan melihat, merasa dan menilai keber pelaksanaan belanjawan ini dengan kepuasan atau kekecewaan.

Harapan saya, semua kumpulan kerja yang terlibat dalam pelaksanaan, melaksanakan tanggung jawab dengan cepat, tepat, sistematik, berintegriti dan berkualiti. Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas 2021 dan Tahun Baru 2022 kepada semua yang…

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

… 2022 kepada semua yang meraikannya. Dalai Lama ada mengatakan “tujuan utama kami dalam hidup ini adalah membantu orang lain, jika anda tidak dapat membantu mereka, setidaknya jangan sakiti mereka.” Saya memohon mencadang, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat, Kawang. Silakan Yang Berhormat.

03:41 petang

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’alah Wabarakatuh, Salam sejahtera, Salam keluarga Malaysia, Salam Sabah Maju Jaya. Saya mulakan dengan pantun kepada Speaker. “Pulau Labuan tidak berbukit, Ada bukit di Tanjung Karang, Budi Speaker bukan sedikit, Dari dahulu hingga sekarang..

Mudah-mudahan..”

Panjang sikit ni.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Maaflah saya tidak boleh jawab. Nanti susah kita.

Datuk Speaker, bagi memulakan ucapan perbahasan atas Belanjawan Negeri 2022 ini, izinkan saya memanjatkan setinggi-tinggi rasa syukur terhadap Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia jua, dapat kita terus bersidang buat kesekian kalinya di Dewan yang mulia ini.

Dan mendengar pembentangan belanjawan kedua Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah oleh Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan pada hari Jumaat lepas bersamaan 03 Disember 2021.

Marilah kita bersama.. bersama-sama menadah tangan memohon doa, mensyukuri rahmat kemakmuran negeri tercinta.

Moga-moga negeri Sabah terus pesat membangun limpahi kedamaian dan rakyat dianugri..dianugerahi kesejahteraan. Mengamati intipati belanjawan kali ini, yang dipersembahkan dengan tema ‘Ekonomi pulih, Rakyat sejahtera’. Nampaknya ia dirangka rapi diikat kuat, disimpul kemas dan disusun rapi menepati kehendak, mendahulukan rakyat seperti janji slogan “Sabah

Maju Jaya” (SMJ). Umumnya segenap rakyat mendapat berkat manfaat bajet yang sarat, memuat keprihatinan ini.

Huruf pertama ‘S’ adalah manifestasi jelas betapa kerajaan memilih 3 sektor utama pertumbuhan ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan untuk dipacu bagi memakmurkan negeri dan rakyat. Natijahnya, bajet untuk negeri 2022 ini saksi komitmen kerajaan membela rakyat secara keseluruhannya. Daripada petani yang bermandi keringat membungkar tanah pusaka.

Nelayan yang menggadai nyawa meredah samudera bergelora dan penternak yang mengembala haiwan ruminant dan pedaging, semuanya untuk memenuhi sara diri.

Semuanya terangkung jelas dalam bajet berjumlah RM 4.596 bilion ini yang merupakan belanjawan berlebihan surplus sebanyak RM 1010.68 juta. Saya yakin dan percaya rakyat menyambut baik di atas pengumuman belanjawan yang sungguh prihatin ni.

Ini petanda ia memenuhi gumpalan harapan yang berkembang mekar segar dalam hati setiap rakyat di akar bumi.

Datuk Speaker, hantaran masa berucap yang terhad diberikan, izinkan saya terus fokus kepada isu utama yang menarik perhatian ramai kini iaitu Perjanjian Malaysia 1963 ataupun ringkasannya MA63 yang sudah pun memancarkan sinar bahawa kita sedang menyusur persimpangan laluan lepas terowong yang ada cahaya di hujungnya, Insya Allah.

Seperti yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan sewaktu pembentangan belanjawan. Isu-isu utama yang bersempatan MA63 sudah membuahkan hasil.

Antaranya, termasuk rundingan di antara Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan Petronas bagi membincang kerjasama komersial, CCA telah berjaya dimuktamadkan dan pada hari ini, kita dah dimaklumkan akan ditandatangani pada petang ini sekitar jam 4.

Sesungguhnya, apabila termeterainya nanti perjanjian itu, ia membawa makna amat signifikan kepada kita di Sabah dalam konteks perolehan dan perkongsian hasil berkaitan minyak dan gas. Syabas dan tahniah kepada pimpinan negeri Sabah dan juga Sarawak untuk terus berjuang tanpa henti menerusi majlis khas mengenai MA63 bagi mendapatkan hak kesaksamaan, kesamarataan dan apa yang sepatutnya dimiliki kedua-dua negeri di Pulau Borneo jauh dari tanah Semenanjung di seberang Laut China Selatan ini.

Datuk Speaker, tadi saya sebutkan bahawa kita sedang menyusur laluan melepasi terowong yang ada cahaya di hujungnya kerana petanda-petanda jelas sudah terpampang menerangi perjalanan ini.

Antaranya, Petronas bakal membina kemudahan gas asli cecair LMG berkonsep dengan izin Esso yang pertama di negeri ini iaitu SOGIP Sipitang.

Selain itu, Majlis Khas MA 63 telah bersetuju memberi surat kuasa kepada Jabatan Perikanan Sabah dan juga Sarawak bagi melaksanakan urusan pengeluaran permit dan lesen laut dalam lesen laut dalam bagi vessel penangkapan ikan zon C2 seperti mana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan Persekutuan ketika menyampaikan taklimat pada hari sabtu lepas.

Datuk Speaker, begitu juga dalam sektor pendidikan dan pembangunan infrastruktur. Khabarnya persetujuan untuk penurunan kuasa daripada pusat kepada negeri Sabah juga sudah dalam fasa-fasa pelaksanaannya.

Semuanya sudah tentu terhasil daripada hubungan baik antara negeri dan pusat. Antara Menara Kinabalu dan Putrajaya. Kita sememangnya sehaluan membawa kemajuan, kita sebenarnya senada menjiwai denyut nadi rakyat. Perjuangan ini bukan janji manis di bibir sahaja, kerana isu MA63 sudah menjadi legasi bertahun-tahun. Maka sudah tiba waktunya untuk kita mencari titik-titik noktah penamat agar ia selesai secara tuntas supaya tidak lagi menjadi retorik politik tiap kali tiba untuk musim pilihan raya. Seperti kita semua maklumi, pimpitan kita di peringkat negeri dari dahulu hinggalah yang terkini tidak pernah mengalah dalam perjuangan MA63 ini sebaliknya kita terus bersemangat wajar komited dan dedikasi dalam satu acuan pemikiran tanpa mengira kiblat politik darjat mahupun asal-usul. Saya yakin, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat sekalian, baik di barisan sini mahupun sah..sahabat di seberang sana akan terus bergandingan tangan.

Kita senada dan seirama dalam isu tuntutan MA63 ini. Saya yakin dan percaya perjuangan murni kita ini mampu dicapai kerana kita dikemudi nakhoda yang hebat-hebat dan diwarisi pula platun-platun yang terhebat.

Insya Allah, pujangga berpesan “kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”. Marilah kita bersama-sama mendaya usaha sehabis mungkin bagi mencapai dan cita-cita murni ini demi generasi masa depan. Kalau…

…..generasi masa depan.

“Kalau bukan kerana padi, takkan pipit turun ke sawah, Kalau kita hendak berbudi, jangan sekali mudah mengalah”

Datuk Speaker, dalam kesempatan yang terhad ini, saya ingin bangkitkan isu utama bagi kawasan DUN Kawang dengan harapan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada kementerian-kementerian yang berkaitan. Kita memohon kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerusi LPPB, Lembaga Perumahan Perancang Bandar, untuk membina lebih banyak projek perumahan kos rendah mampu milik di kawasan DUN Kawang.

Memandangkan terdapat tanah kerajaan yang boleh digunakan bagi tujuan pembinaan rumah berkenaan, dan selain itu, kita meminta jasa baik LPP juga agar dapat meluluskan lebih banyak lagi permohonan skim pinjaman perumahan untuk golongan berpendapatan rendah iaitu SPPUGR, memandangkan jumlah golongan ini semakin meningkat di kawasan DUN Kawang. Saya juga mendapat makluman bahawa Yang Berhormat Datuk Pengerusi, Yang Berhormat Datuk Pengerusi, tiga kali ini, Yang Berhormat Datuk Pengerusi LPPB, yang merupakan sahabat karib saya, ADUN Kuamut merancang untuk membina 10 ribu rumah kos rendah mampu milik dan antara cadangannya adalah salah satu kawasan yang dipilih dalam kawasan DUN Kawang. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih lebih awal. Datuk Speaker, seiring pesatan pembangunan kawasan Kawang khususnya di Kinarut dan Lok Kawi, kini sudah tiba masanya kemudahan-kemudahan perbankan, pejabat pos, dan jabatan serta agensi kerajaan disediakan di sini. Sehubungan dengan itu, adalah ada kewajarannya bagi kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar menimbang secara serius, mewujudkan pejabat daerah kecil sebagai pusat pentadbiran dengan menempatkan jabatan-jabatan serta agensi kerajaan berkaitan di kawasan Lok Kawi Height, Kinarut dalam kawasan DUN Kawang sebagaimana yang telah saya sura suarakan atau utarakan sebelum ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, saya memberikan peringatan yang lembut. Boleh tolong gulungkan?

Terima kasih, Tuan Speaker...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih.

… kerana menambah sedikit lagi masa untuk saya.

Datuk Speaker, suka saya juga menarik perhatian dewan yang mulia ini bagi pertimbangan Yang Berhormat Menteri Tugas-Tugas Khas, agar tapak lama Masjid Kawang yang kini bangunannya digunakan untuk kelas KAFA, dinaik taraf sebagai Sekolah Agama Rakyat Beringgis dan menyediakan peruntukan bagi membina bangunan kelas baru di di kawasan tersebut.

Sebagaimana juga sebelum ini, saya ingin menarik perhatian sekali lagi kepada pihak JHEAINS agar dapat memberikan peruntukan untuk menaik taraf pada sekolah agama rakyat di Kampung Kawang yang kini nampaknya agak usang dan daif dan di samping itu, keperluan ini adalah kerana murid-murid yang belajar di sekolah berkenaan sudah bertambah ramai.

Kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur pula, kita merayu supaya menangani isu kesesakan jalan raya Kinarut - Papar, Papar - Kinarut yang begitu sesak ketika ini dengan mengambil kira cadangan yang pernah juga saya utarakan di dewan yang mulia ini dahulu, agar jalan Kinarut - Papar, Papar - Kinarut dapat dinaik taraf dengan izin dari single, single carriageway kepada dual carriageway. Akhirnya, kepada Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, kita mohon supaya dipertimbangkan cadangan membina dua jeti pelancongan bagi tujuan menggalakkan pelancong melihat keindahan serangga atau kelip-kelip yang terdapat di Kampung Beringgis dan Pengalat Besar yang merupakan antara tarikan pelancong domestik luar bandar di kawasan berkenaan.

Datuk Speaker, di penghujung ucapan ini, sekali lagi saya memahatkan penghargaan dan tahniah kepada Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan Negeri 2022 yang tidak menebarkan, yang menebarkan harapan buat rakyat sejagat.

Tidak syak lagi bajet ini menjadi penyegar untuk mencapai cita-cita besar pimpinan gagasan kerajaan yang ada, meskipun berhadapan cabaran yang sukar di gelangang yang mencabar pasca pandemik Covid-19 ini.

Namun, dari unjuran hasil yang dirungkai dalam belanjawan itu, nampaknya ekonomi Sabah diramal tumbuh menyubur.

Perenggan 22 Teks Belanjawan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyatakan dan saya petik, “Alhamdulilah dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan, pertumbuhan negatif pelbagai sektor pada tahun 2020 telah mula berkembang kepada pertumbuhan positif pada tahun 2021. Pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2021 dijangka menunjukkan trend pemilihan dan akan berkembang secara perlahan tetapi positif pada kadar 3.8% hingga 4%. Ternyata landskap ekonomi Sabah menjadikan prospek positif. Justeru dengan politiknya yang semakin makmur, negeri kita ini boleh membangun masyur. Membawa bersama sebuah perjuangan sejarah, sebuah harapan baharu dan mencipta sebuah demensi baharu”.

Datuk Speaker, kepada rakan-rakan sahabat, Ahli - ahli Yang Berhormat yang sangat saya hormati di dewan yang mulia, mulia ini, semoga hikmat murni ini kita semua sentiasa diberkati.

Selamat menyambut Hari Krismas dan Salam Tahun Baru 2022.

Datuk Speaker, DUN Kawang mohon menyokong.

Terima kasih, Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat. Sampai juga kita ke Kawang. Terima kasih.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Apas

Datuk Speaker, ada usul.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat, ada usul penangguhan yang akan dikemukakan oleh Yang Berhormat wakil dari Apas. Menteri, yang Pembantu Menteri, Menteri Kewangan. Silakan.

Datuk Haji Nizam bin Datuk Haji Abu Bakar TitinganPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Apas

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap (2)(1)(b), Peraturan-Peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga jam 6.00 petang hari ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah, bahawa dewan ini tidak akan ditangguhkan seperi mana yang dicadangkan.

Ahli-ahli yang bersetuju katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju, katakan “TIDAK”, Lebih suara yang bersetuju.

Usul dipersetujukan.

Dengan itu, saya er… dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat dari wakil dari Sulabayan. Silakan.

03:58 petang Datuk Dr.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat. Tuan Speaker, terima kasih banyak kerana memberi peluang kepada saya untuk turut bersama membahas ucapan dasar, ucapan belanjawan 2022.

Tuan Speaker, sehubungan dengan belanjawan yang telah dibentangkan ini, saya melihat terdapat beberapa perkara yang harus ditekankan.

Yang pertama, seperti mana yang kita ketahui, negeri Sabah terkenal dengan kaya dan kaya dengan sumber alam semulajadinya, akan tetapi, negeri Sabah juga merupakan antara negeri di Malaysia yang termiskin rakyatnya. Negeri Sabah menduduki tempat teratas sebagai negeri yang termiskin di Malaysia dengan jumlah 19.57%.

Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat di Jabatan Perdana Menteri, ekonomi, Yang Berhormat Datuk Seri Mustapa Mohamed. Kadar peratusan ini amat membimbangkan, kerana sehingga hari ini, negeri Sabah masih di tangga teratas dan tentunya menjejaskan imej kerajaan dan juga rakyatnya.

Tuan Speaker, saya melihat kepada masalah, permasalahan ini. Di manakah silapnya kita?

Justeru itu, di sini lah pentingnya belanjawan yang dibentangkan hendaklah dimanfaatkan serta digunakan untuk merangsang sumber-sumber alam yang terdapat di negeri Sabah dalam menghasilkan pendapatan yang ber…

...menghasilkan pendapatan yang berganda.

Yang keduanya, bagaimana kerajaan dapat mengatasi kadar peratus kemiskinan bagi rakyat di Negeri Sabah atau mengurangkan label kemiskinan ini? Saya melihat belanjawan yang dibentangkan ini yang bertemakan “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera” yang diberi peruntukan sebanyak 4.59B merupakan bajet surplus dan tentunya merangkumi khususnya 11 kementerian dan termasuk perbelanjaan luar jangka. Walau bagaimanapun, saya merasakan pengumuman belanjawan tersebut amat mengecewakan kerana ianya tidak menggambarkan usaha yang serius daripada pihak kerajaan untuk memimpin negeri dan rakyat Sabah keluar daripada kemiskinan ini dengan lebih jayanya.

Tuan Speaker, jika kerajaan benar-benar serius sudah pasti belanjawan ini akan memperuntukkan dana yang paling besar bagi perbelanjaan kerajaan dalam program-program dan projek-projek yang mampu menjana semula ekonomi negeri dan mengembalikan mata pencarian rakyat.

Namun apa yang kita lihat adalah perbelanjaan di bawah pendapatan ini tidak selari dengan Kerajaan Pusat yang melancarkan defisit bajet.

Selain itu juga saya lebih suka menyentuh dalam tiga kementerian yang berperanan dalam melaksanakan perbelanjaan tahun 2022 ini, yang mana pertamanya Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, keduanya Kementerian Pembangunan Perindustrian serta Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Kerajaan hendaklah menyediakan pelan strategik yang jelas dan efektif untuk menangani dua permasalahan ini melalui kementerian-kementerian tersebut.

Tumpuan di dalam Bajet Negeri Sabah Tahun 2022 ini juga sebaiknya lebih kepada melestarikan infrastruktur pembangunan khususnya di luar bandar agar dapat

membantu ke arah peningkatan produktiviti di luar bandar di mana dalam Belanjawan 2022 ini hanya lebih banyak 210 juta peruntukan perbekalan dan pembangunan untuk makluman Yang DiPertua dan ini hendaklah ditingkatkan kerana belanjawan yang dibentangkan ini masih tidak memadai terutamanya bagi keperluan menaik taraf keperluan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik luar bandar dan lebih-lebih lagi kemudahan jaringan telekomunikasi digital yang kini sangat menjadi isu besar dan menjadi tuntutan rakyat bukan saja di dalam bandar bahkan juga di luar bandar.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, selain itu juga merangsang lebih aktif kerana ke arah mewujudkan pembangunan industri.

Ini yang saya sebut kementerian perindustrian mengenal pasti beberapa industri hiliran atau pun downstream di mana Negeri Sabah kaya dengan sumber alamnya. Di samping itu juga boleh menarik lebih ramai pelabur ke Negeri Sabah dan sudah tentunya akan memberi serta menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat Negeri Sabah agar penghijrahan anak-anak Sabah keluar negeri dapat dikekang. Di mana diperuntukkan di kementerian ini tahun 2022 diberikan sebanyak hanya 45.96 juta.

Ini termasuk perbekalan dan pembangunan.

Berhijrahnya anak-anak Sabah ke Semenanjung merupakan satu kerugian besar kepada sumber tenaga untuk membangunkan Sabah yang kaya dengan sumber alamnya.

Yang ketiga, memperkasa industri pelancongan kerana industri ini banyak menjana ekonomi bagi meningkatkan pendapatan dan peluang kerja setiap perniagaan di Negeri Sabah.

Di mana ia diperuntukkan hanya sebanyak 11 131.93 juta untuk perbekalan dan pembangunan dan sudah tentu belanjawan ini juga hendaklah diambil kira di mana sejak pandemik Covid-19 ini sektor pelancongan antara sektor yang terjejas dan banyak syarikat-syarikat pelancongan ataupun pengusaha-pengusaha pelancongan Negeri Sabah gulung tikar.

Pada masa yang sama kerajaan juga perlu mengenal pasti pusat-pusat pelancongan yang produktif seperti di Daerah Ranau terdapatnya gunung-ganang dan juga gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu dan juga kawasan-kawasan pulau di Negeri Sabah.

Oleh kerana kedua-dua pusat pelancongan ini sudah ada nama di peringkat antarabangsa maka perlu dinaik taraf kemudahan infrastruktur di kawasan ini

terutama rangkaian jalan raya perlu dinaik taraf supaya kelancaran perjalanan dan juga masa tidak terjejas.

Sekiranya pusat pelancongan ini diakui dapat menyumbang ke arah peningkatan ekonomi Negeri Sabah, masalah di kawasan ini perlu diatasi dan diambil perhatian.

Memandangkan pembangunan di luar bandar, pelancongan dan perindustrian ini amat penting maka di dalam Pembentangan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2022 ini harus dikaji semula. Jika kerajaan berfikir peruntukan belanjawan untuk tiga sektor ataupun kementerian ini iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Perindustrian, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ini boleh membantu ke arah meningkatkan pendapatan maka perlu diperincikan bagaimana untuk mencapai hasrat itu. Fokus utama belanjawan yang dibentangkan ini sepatutnya lebih ke arah peningkatan sumber-sumber ekonomi dan juga menyediakan peluang kerja kepada anak-anak di Negeri Sabah.

Baru-baru ini juga, untuk perhatian Tuan Speaker serta Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu atau UMWTO Ke-24 di Madrid, Sepanyol melalui Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia telah mengumumkan bahawa Kampung Batu Putih di DUN Sukau di mana tempat Menteri Pelancongan dan juga di Parlimen Kinabatangan telah dinobatkan sebagai perkampungan pelancongan terbaik dunia. Dan ini sudah tentu juga mewujudkan, menunjukkan bahawa Negeri Sabah bukan sahaja mempunyai gunung-ganang atau pulau-pulau yang cantik malah Negeri Sabah juga kaya dengan budaya serta bio-diversity nya, yang mana ia boleh mewujudkan banyak eco-pelancongan.

Tuan Speaker dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, seterusnya kerajaan perlu memperkasakan industri pelancongan kerana industri ini boleh menjana ekonomi Negeri Sabah serta meningkatkan pendapatan peluang pekerjaan serta perniagaan. Saya mohon bertanya dua perkara. Soalan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Selain daripada insentif yang dinyatakan di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah Bajet 2022 ini, apakah langkah-langkah kerajaan di dalam belanjawan Sabah yang bertemakan Sabah Maju Jaya ini ada memberi pelepasan cukai untuk industri pelancongan domestik dalam menjadikan ia mendapat taraf Asian Standard

menjelang tahun 2025?

Pelepasan cukai terutamanya ialah bayaran cukai yang dikenakan kepada Taman-taman Tema seperti yang dikenakan di peringkat persekutuan melalui Akta 103 atau duti hiburan tahun 1993 sebanyak 25%, yang mana akhirnya dibayar oleh operator melalui caj yang dikenakan kepada pengunjung atau pelancong.

Jika ini boleh dielakkan sudah tentu Sabah negeri pertama yang melaksanakan pelepasan ini bagi merancakkan semula industri pelancongan tempatan antara sumber utama pendapatan di samping perbelanjaan kementerian sebanyak 131 juta untuk Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang agak besar.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila gulung Yang Berhormat.

Datuk Dr.

Sekejap lagi, terima kasih. Pada masa yang sama usaha mengurangkan cukai boleh membantu memajukan industri pelancongan tempatan jauh ke depan berbanding dengan negeri yang lain.

Sebagai contoh di kawasan saya di DUN Sulabayan, semua sedia maklum bahawa kawasan Daerah Semporna merupakan salah satu tempat pelancongan yang terkenal dengan sumber alam dan keindahannya seperti Pulau Sipadan, Pulau Mabul dan pulau-pulau yang lain.

Saya ingin menekankan bahawa kerajaan perlu memperkasakan lagi sistem kawalan keselamatan di kawasan-kawasan seperti di pulau dan menambah bilangan anggota ranger untuk mengawasi para pelancong yang datang dan juga memastikan jumlah pemandu pelancong yang berkemahiran, berpengalaman untuk memastikan keselamatan pelancong yang hadir sentiasa terjamin.

Selain itu juga, saya memohon untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur pelancongan seperti menaik taraf jeti pendaratan bot-bot pelancong yang mana ia dibina melalui bahan binaan.

Tuan Speaker, saya juga memohon kerajaan untuk menaik taraf balai...

Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong [Sulabayan]:…menaik taraf balai polis di Pulau Bum - Bum ke bangunan kekal yang mana sebelum ini telah diumumkan oleh kerajaan terdahulu.

Untuk makluman Tuan Speaker juga, balai polis yang sedia ada di Balai Polis Pulau Bum - Bum masih menggunakan kontena termasuk tempat tinggal anggota yang bertugas. Selain daripada itu juga, klinik kesihatan di Pulau Bum - Bum hendaklah dinaik taraf supaya pengurusan klinik kesihatan tersebut dapat beroperasi 24 jam dan buat masa ini untuk makluman Tuan Speaker, klinik kesihatan tersebut beroperasi mengikut jadual kerja, dimana ia dibuka pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang, dan akhir sudah.

Seterusnya saya ingin tahu juga yang ada kaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Limbahau, iaitu ingin tahu satu perkara yang penting yang sedang hangat diperkatakan di dewan, di media sosial, apakah benar kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah mengeluarkan kad pengenalan sementara? Kita merujuk dalam maklumat dalam media sosial, yang bernama Rici Pira, tarikh lahir 23 Februari 1991, tarikh daftar 25 Julai 2021, alamat Kampung Dato Tobobon, 8845 Manggatal, Sabah.

No. Kad UPK 210724.

Ini kita mahu penjelasan supaya kerana perkara…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya, Yang Yang Berhormat, ini adakah dalam sosial media? Datuk Dr.

Itu saya mahu, pasal ini menjadi isu dan saya…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Jadi kalau macam sosial media, kita dalam peraturan, tunggu, tunggu sekejap, peraturan kita mesti mahu pastikan sebelum kita membuat sesuatu. Tapi saya berikan dan saya berikan lagi 3 minit, boleh?

Datuk Dr.

Ok, ini saya mahu pastikan, pasal ini dijadikan isu politik.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Teruskan, teruskan. Datuk Dr.

Saya mohon penjelasan di Dewan Yang Mulia ini. Tuan Speaker dan Ahli Yang Berhormat, nah habis sudah ini.

Marilah kita berganding bahu selaku pemimpin negeri Sabah, kita hendaklah memberi tumpuan dalam membangunkan negeri Sabah supaya lebih maju kehadapan dan hendaklah kita bersikap peduli kepada kepentingan rakyat agar leba peratus kemiskinan di negeri ini berkurangan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu melaksanakan segala pelan yang dinyatakan dalam Belanjawan 2020 ini, hendaklah telus agar segala permasalahan di negeri Sabah ini diselesaikan secara tuntas.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli yang Berhormat, Dalam perbahasan Belanjawan Sabah ini, pada masa, pada ruang yang ada saya juga ingin mengakhiri penyampaian saya dengan dua pantun, ringkas saja. Dengar baik - baik.

Tanak nasi pot bersukat, Pelan api masak berasa, Hina besi kerana karat, Hina kita kerana budi bahasa.

Kalau berpantun biarlah berirama, Supaya tidak sumbang temponya, Matlamat kita tetap sama, Membangun Sabah matlamat semua.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 kepada Tuan Speaker, rakan-rakan Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini.

Sekian, wabillahi taufik wal-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarokatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Dengan ini saya menjemput dengan segala hormatnya Yang Berhormat Tanjong Papat. Silakan.

04.14 petang

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Terima kasih, terima kasih Datuk Speaker.

Terlebih dahulu saya mahu ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan ucapan Bajet Tahun 2022 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.

Pandemik ini telah membawa pelbagai cabaran terhadap kita di seluruh dunia. Namun begi, namun negeri Sabah juga tidak terkecuali.

Tidak dinafikan bahawa industri pelancong merupakan salah satu pendapatan utama Sabah. Oleh itu, serangan pandemik ini juga menyebabkan kemakmuran Sabah turut terjejas. Terdapat banyak bidang perniagaan telah ditutup dan rakyat turut kehilangan pekerjaan. Ada yang kehilangan ahli - ahli keluarga dan kesihatan mental juga telah menjadi isu utama diantaranya.

Pelbagai kejadian ini telah memberi impak yang negatif dalam kehidupan seorang seseorang di mana mereka tidak dapat melihat harapan bagi masa depan mereka.

Datuk Speaker, saya berasa kesal kerana Bajet 2022 yang baru dibentangkan jauh daripada keperluan kita untuk meningkatkan ekonomi yang telah terjejas. Terutama dalam pandemik ini, belanjawan yang berlebihan tidak semestinya belanjawan yang memenuhi keperluannya.

Kerajaan harus memberi bantuan kepada pengusaha - pengusaha sektor pelancongan bagi meringankan beban mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetapi masih perlu mengekalkan operasi syarikat mereka termasuk pekerja - pekerja dan perancangan untuk masa akan datang. Keadaan seperti pemberian kewangan dan atau pinjaman kewangan khas harus disediakan kepada mereka untuk memulakan semula operasi perniagaan mereka. Tambahan lagi, varian baharu yang dinamakan sebagai Omicron telah menjadikan keadaan lebih meresahkan bagi mereka.

Pelancongan elit adalah bagus tetapi tidak sepatutnya mengabaikan kepentingan pelancongan massa.

Sabah memerlukan jumlah kuantiti pelancongan yang tinggi

untuk mengekalkan keaktifan sektor lain dalam ekonomi kita. Dengan ini, kos pengeluaran akan dapat dikurangkan dengan penghasilan kuantiti yang lebih banyak. Pada masa yang sama, penduduk tempatan juga akan bermanfaat dengan mendapat kos bahan yang rendah.

Di samping itu, dasar kebudayaan daripada pelbagai etnik kita amat unik dan harus terus dilestarikan.

Akan tetapi jika kita tidak mempunyai pelancong - pelancong yang datang mengunjungi, maka ia tidak mudah untuk dipelihara. Oleh itu, sokongan dari segi kewangan kepada pemain industri pelancongan tidak boleh diabaikan.

Manakala Pembangunan Modal Insan sepatutnya dijadikan sebagai bantuan berterusan dalam bentuk geran dan pinjaman yang harus diberikan kepada perusahaan untuk membantu mereka menaik taraf operasi pengusahaan bagi mendapat pekerja terlatih.

Datuk Speaker, berkenaan dengan cadangan pelaksanaan empat Projek Pembangunan Bandar baharu sebagai bandar sempadan di antara negara Indonesia dan Malaysia, apakah objektif pelaksanaan projek - projek ini dan adakah ia diperlukan?

Adakah ia hanya akan menjadi sebuah bandar yang kecil atau mungkin sebuah bandar kecil yang mesra alam? Sebaliknya, mengapakah kerajaan tidak mempertimbangkan untuk mempertingkatkan status kampung dan bandar yang sedia ada untuk mencapai objektif yang lebih bernilai.

Untuk membina dan membangunkan sebuah bandar baharu boleh menjejaskan kehidupan alam sekitar serta memunaskan hutan simpanan di sepanjang sempadan dengan Indonesia. Saya percaya bahawa spesis haiwan, burung dan serangga juga turut terancam di kawasan terlibat. Adakah pembangunan ini telah merujuk kepada jabatan - jabatan dan NGO yang berkaitan seperti Jabatan Perhutanan bagi menentukan kesesuaian setiap tapak? Adakah Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi yang dirancang juga akan terjejas?

Datuk Speaker, tentang bidang pemeliharaan alam sekitar, saya berpendapat bahawa kita harus memberi lebih perhatian dan dengan dalam bidang pemeliharaan alam sekitar terhadap pengurusan persisiran pantai terutamanya kawasan di mana

manusia menetap atau terlibat dalam perniagaan.

Ini adalah kerana mereka yang berada di sini, di situ akan menyumbang pencemaran kepada alam sekitar. Manakala mengenai subjek persekitaran hijau, apakah status pembangunan Projek Saluran Paip Gas Trans-Sabah? Kini pembinaan seluruh paip gas ini telah dihidupkan semula dan pastinya akan memanfaatkan Sabah pada jangka masa yang panjang. Dengan itu, apa…

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Dengan itu, apakah sebab Kerajaan Sabah tidak mengambil alih semula SESB daripada pihak Kerajaan Persekutuan?

Datuk Speaker, dengan demikian saya mengakhiri ucapan perbahasan saya dengan mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua penganut Kristian dan Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat serta Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Papat. Sekarang saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat dari Petagas.

04.22 petang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Datuk Speaker, saya ada 2 perkara saja yang saya mahu sampaikan pada petang ini dan ianya tentulah ada kaitan dengan bajet. Yang pertamanya ialah Commercial Exhibition Agreement yang ada disebut oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sewaktu berucap dan pada saya, ini adalah satu perkembangan yang baik kerana sudah lama kita memperjuangkan semangat perjuangan 1963 dan dalam masa yang sama telah banyak kali juga kita meminta agar hak-hak kita dikembalikan.

Di dalam konteks ini, sebelum perjanjian ini ditandatangani, ada baiknya ianya dibawa ke Dewan ini atau sekurang-kurangnya dibincang di satu jawatankuasa khas

yang boleh dibentuk untuk sama-sama kita melihat apakah perubahan-perubahan ataupun cadang-cadangan daripada kita mahupun daripada pihak Kerajaan Persekutuan dan Petronas agar ianya menjadi satu perkara yang sama-sama kita perjuangkan.

Sama-sama kita memberi input-input yang sesuai agar Commercial Collaboration Agreement ini dapat dijadikan sebagai satu langkah yang baik untuk mempastikan apa yang selama ini kita perjuangkan dapat dilaksanakan mengikut apa yang sepatutnya. Jadi pada untuk ini, saya mengucapkan syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri tapi apa-apa pun seperti yang saya katakan tadi perlu dibawa ke perbincangan di Dewan Undangan Negeri ataupun sekurang-kurangya bentuk satu jawatankuasa seperti yang saya sebut tadi.

Dan kita mahu melihat juga dalam perjanjian ini seboleh-bolehnya bukan hanya sekadar kepada angka ataupun perjanjian yang akan kita persetujui tapi dalam masa yang sama, penglibatan kakitangan-kakitangan di dalam apa bentuk sekali pun di Petronas itu perlu pada wakil-wakil daripada Sabah, perlu ada wakil daripada kerajaan agar jangan kita hanya menjadi penerima kepada apa-apa saja perancangan-perancangan yang kadang-kadang kita tidak tahu bagaimana sesuatu itu boleh berlaku.

Jadi penglibatan orang-orang kita di dalam perjanjian ini perlu dipastikan kalau boleh, melibatkan orang-orang yang professional, orang-orang yang banyak mengetahui tentang perkara-perkara minyak dan gas ini dan di samping itu juga, melibatkan beberapa khususnya lah kita punya kerajaan yang ada pada hari ini untuk sama-sama terlibat aktif bersama-sama dengan mereka-mereka yang mempunyai kepakaran di dalam minyak dan gas.

Dan perkara yang kedua yang saya mahu sebut di sini adalah soal kawasan saya di Petagas dan pada masa ini, masalah yang terbesar adalah masalah banjir dan banjir ini tidak seperti 20, 30 tahun yang lalu. Sekarang ini asal ada hujan, 1 jam setengah, 2 jam, beberapa buah kampung pasti akan terkesan oleh banjir. Dan masalahnya, kita tahu juga ialah proses pendalaman sungai yang banyak tersekat-sekat. Dan kita faham juga kadang-kadang tersekatnya progress membina pendalaman sungai ini disebabkan oleh terlalu banyak masalah dengan kampung-kampung, rumah-rumah

di kampung-kampung, rumah setinggan sampai ada yang membawanya ke Mahkamah.

Dan ini dapat kita fahami tetapi kerajaan perlu mengambil langkah yang perlu khususnya kementerian Kementerian Pertanian lah dan perparitan untuk memastikan langkah-langkah yang perlu diambil walaupun pengambilan tanah ini adalah satu perkara yang.. yang jelas dan mereka yang membuat rumah, yang ada rumah di kampung pun tidak mempunyai geran dan ianya benar-benar di pinggir-pinggir sungai. Tetapi apabila sudah mereka membuat aduan ke Mahkamah, ini akan tentunya melambatkan proses pendalaman sungai.

Jadi dalam konteks ini, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang perlu kerana selagi masalah ini tidak selesai selagi itulah masalah banjir akan terus berlaku dan sejak kebelakangan ini penurunan hujan ini tidak tidak dapat diramalkan seperti sebelum-sebelumnya. Kadang-kadang kalau kita fikirkan pada keadaan sekarang ini, hampir hari-hari hujan sejak beberapa bulan ini. Jadi masalah banjir ini terlalu besar kesannya kepada pengundi-pengundi kerana kadang-kadang dan selalunya banjir ini mengejut jadi kalau rumah-rumah yang setingkat sahaja sudah tentulah kelengkapan-kelengkapan rumah akan mengalami kerosakan-kerosakan. Jadi saya selaku rakyat di situ mengetahui masalah ini dan saya rasa kerajaan juga perlu mengambil langkah-langkah yang perlu bagaimana untuk mempastikan agar kerja-kerja pendalaman sungai ini dapat dipercepatkan dan saya rasa rakyat pun sebahagian besarnya memahami akan keadaan ini. Jadi selain daripada itu, mungkin juga ada perkara-perkara ataupun langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan. Mungkin kalau.. kalau dapat, mana-mana mereka yang benar-benar tidak ada tempat untuk berpindah, kadang-kadang berpindah menyewa rumah ini pun bukan satu perkara yang mudah dilakukan oleh orang-orang yang susah. Jadi kalau boleh dapat dipastikan, kerajaan perlu berusaha juga untuk mencari satu kawasan tanah yang sedang-sedang besar dia sama ada dibagi secara kecil kepada kecil-kecilan kepada mereka yang terlibat ataupun dibina dengan rumah-rumah yang berbentuk apartment contohnya seperti rumah pangsa Tanjung Aru contohnya.

Ini akan.. akan dapat apa mempastikan mereka-mereka ini yang bermasalah, tidak ada tempat tinggal untuk membina ataupun untuk tinggal di rumah yang dibina ataupun sekurang-kurangnya walaupun mereka tidak boleh berpindah terus tapi sekurang-kurang mereka ada sedikit jaminan untuk.. untuk berpindah di rumah yang bakal dibina oleh.. oleh kerajaan. Sebab itu dalam bajet seperti ini, kadang-kadang masalah-masalah seperti ini perlu juga diberi penekanan kerana masalah rumah ini adalah masalah-masalah rakyat di mana sahaja di negeri ini.

Masalah yang dekat di jiwa dan hati rakyat dan kita apabila.. apabila membentuk bajet perlu memberi penekanan ke arah untuk mempastikan tidak banyak tapi ada usaha yang gigih daripada kerajaan untuk menambah peruntukan atau sebagainya untuk mempastikan masalah-masalah seperti ini dapat kita selesaikan dengan lebih cepat lagi. Jadi ya saya itu sajalah setakat ini. Terima kasih banyak-banyak. Selamat menyambut Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat wakil Petagas. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

….menjemput Yang Berhormat Tempasuk. 04:30 petang

Tuan Mohd Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Alhamdulillah.

Ya, sudah.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya, salam Keluarga Malaysia.

Datuk Speaker, Yang Berhormat Ketua Menteri, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Menteri-Menteri, Pembantu-Pembantu Menteri, sahabat-sahabat Ahli Dewan Undangan yang berada dalam dewan ini. Terima kasih Datuk Speaker, kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri Sabah untuk tahun 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kewangan pada 03 Disember yang lalu.

Saya yakin dan percaya bahawa Belanjawan 2022 yang bertemakan “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera” ini, adalah satu yang amat dinantikan oleh seluruh rakyat negeri Sabah dan termasuk rakyat kawasan saya di DUN Tempasuk. Meskipun, telah dan masih berhadapan pelbagai cabaran ketika ketentuan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19, namun Kerajaan Negeri Sabah tetap berkeupayaan menyediakan sebuah belanjawan yang inklusif dan merealisasikan aspirasi rakyat serta kepentingan ekonomi negeri Sabah.

Datuk Speaker, dalam perbahasan saya kali ini, ini perkara pertama yang saya ingin sentuh adalah berkaitan dengan sektor pelancongan dan pembangunan sukan. Menerusi pembentangan bajet 2022 pada 03 Disember yang lalu, pihak kerajaan komited memulihkan sektor pelancongan dalam negeri Sabah dan antara fokus strategi yang dilaksanakan, ialah meningkatkan pembangunan pelancongan berasaskan komuniti luar bandar.

Begitu juga program pembangunan sukan yang di… 16:32 PM -

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, tolong dekatkan mic kerana tidak begitu er… pasti. 16:32 PM -

Tuan Mohd Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Terlampau tinggi mungkin Datuk Speaker, saya tunduk sikit lah.

Begitu juga program pembangunan sukan yang dirangka ke arah melahirkan rakyat yang sihat dan cergas. Oleh yang demikian untuk di kawasan DUN Tempasuk, saya mencadangkan agar kawasan sepanjang Jalan Sangkir, di dalam DUN kita, dalam DUN Tempasuk, dijadikan pusat riadah dan sukan yang baru.

Untuk pengetahuan Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kawasan ini mempunyai keindahan alam semulajadi tersendiri, di mana ianya dikelilingi oleh tanaman sawah padi, keindahan pemandangan bukit bukau dan pemandangan berlatarkan Gunung Kinabalu yang menjadi tarikan kepada semua pengunjung yang datang untuk mengambil gambar di kawasan ini.

Selain daripada itu, untuk pengetahuan semua, hampir setiap hari kawasan ini menjadi tumpuan daripada masyarakat pelbagai peringkat umur, sama ada dari dalam dan luar Kota Belud untuk melakukan aktiviti riadah, bersukan seperti aktiviti berbasikal, joging dan santai, rekreasi bersama keluarga.

Beberapa aktiviti sukan peringkat daerah juga telah dianjurkan di kawasan ini seperti santai rider dan larian santai peringkat daerah sempena sambutan Tamu Besar Kota Belud baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, saya ingin mohon perhatian kerajaan agar kawasan ini dapat diperkasakan menjadi sebagai pusat riadah baru yang lengkap dengan pelbagai kemudahan infrastruktur. Saya juga mencadangkan agar laluan khas atau trek berbasikal dapat dibina sepanjang Jalan Sangkir ini. Jika setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan baik, tidak mustahil kawasan ini akan menjadi tarikan baru kepada pelancong dari dalam dan luar, serta seterusnya, membuka peluang-peluang ekonomi kepada penduduk setempat seperti tubuhkan homestay, kedai runcit, kedai makan, hasil kraftangan dan sebagainya, selain melahirkan rakyat yang sihat dan cergas melalui aktiviti sukan yang dijalankan. Pendek kata, tiga manafaat yang diperolehi di kawasan ini; pelancongan, ekonomi, dan hidup sihat khususnya kepada pengunjung dan masyarakat setempat.

Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, menyentuh pada perkara asas kemudahan rakyat seharian, saya menyambut baik usaha kerajaan dalam memberikan perhatian yang serius bagi menangani masalah bekalan air dan elektrik yang berlaku di negeri Sabah. Oleh yang demikian, dalam perbahasan saya pada hari ini, saya ingin mengambil kesempatan di dalam dewan yang mulia ini untuk menyampaikan suara rakyat, DUN saya sendiri yang mahukan masalah bekalan elektrik dan masalah bekalan air yang berlaku di kawasan, turut mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Masalah bekalan air ini, rasanya semua DUN pun terlibat, di Tempasuk khasnya, ini yang sering terputus sama sekali apabila berlakunya musim banjir. Gangguan bekalan air ini mengambil masa dalam tiga hingga lima hari dalam seminggu dan memaklumkan salah satu penyebab terputusnya bekalan air adalah disebabkan pam air tersumbat, tidak dapat beroperasi semasa banjir berlaku. Walau bagaimanapun, saya yakin dan percaya, pihak kerajaan bersama dengan kementerian, jabatan yang

terlibat sudah pasti akan bersama-sama memikirkan kaedah terbaik untuk mengurangkan dan mengatasi masalah terputusnya bekalan air ini. Begitu juga dengan gangguan bekalan elektrik, turut berlaku apabila tibanya musim banjir. Ini disebabkan terdapat pencawang bekalan elektrik berada di kawasan yang kerap dinaiki air.

Ini menyebabkan kesukaran kepada petugas berwajib menjalankan penyelenggaraan memulihkan bekalan elektrik.

Antara yang, antara langkah yang dicadangkan adalah untuk memindahkan pencawang ini ke tempat yang kurang berisiko dinaiki air ketika banjir berlaku, agar mengurangkan masalah gangguan bekalan elektrik dan juga meningkatkan atau menambah voltan di beberapa kawasan terlibat.

Untuk pengetahuan Datuk Speaker, gangguan elektrik ini turut menimbulkan permasalahan kepada pesawah-pesawah di daerah Kota Belud, khususnya di kawasan saya Tempasuk, kerana terdapat skim pengairan dan saliran dalam membekalkan air sawah padi menggunakan pam elektrik yang mana sumber tenaga elektrik diperolehi daripada SESB Kota Belud. Gangguan bekalan elektrik ini sedikit sebanyak telah mengganggu pam-pam elektrik di kawasan sawah padi berkenaan. Apabila ini berlaku, maka sudah pasti akan membawa kesan kepada keadaan sawah padi yang sedang diusahakan oleh golongan petani setempat. Oleh yang demikian, maka besarlah harapan rakyat di mana permasalahan yang berlaku mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan. Inilah salah satu harapan daripada rakyat, khususnya di kawasan DUN Tempasuk, agar masalah ini dapat diselesaikan untuk memudahkan urusan seharian mereka. Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana dalam pembentangan bajet 2022, telah meletakkan daerah Kota Belud di antara enam daerah yang terlibat dalam pelaksanaan program mengurangkan kadar kehilangan air tak berhasil (NRW), dengan itu juga akan pelaksanaan kerja fizikal pada tahun hadapan.

Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin sentuh berkenaan sektor pertanian, nadi ekonomi negeri dan kehidupan rakyat Sabah. Seperti yang kita semua maklum, dalam pembentangan bajet baru-baru ini, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, sektor pertanian adalah merupakan sektor terbesar dalam pertumbuhan ekonomi negeri Sabah dan skop, sek sektor tanaman merupakan salah satu daripada empat sub-sektor di bawah sektor pertanian yang memainkan peranan dan meningkatkan produktiviti hasil pertanian dalam negeri dan juga sumber bekalan makanan kepada penduduk Negeri Sabah.

Dalam empat sub-sektor di bawah sektor pertanian ini, saya ingin mengutamakan sektor tanaman, khususnya penanaman padi, yang mana Kota Belud antara yang digazetkan untuk jelapang padi di Sabah.

Dalam perbahasan saya pada kali ini, saya percaya pihak kerajaan negeri komited dalam meningkatkan hasil pengeluaran padi dalam negeri Sabah. Dalam bajet 2022 yang dibentangkan juga, ada menyebut perkara berkenaan untuk menaik tarafkan infrastruktur pengairan dan saliran di Kota Marudu, Terusan Sapi…

Speaker

Sila gulung ya, Yang Berhormat.

Tuan Mohd Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Minta tambahan masa, Datuk Speaker. Dan Tambunan….

Speaker

Ini bukan bola ni, ada tambahan masa ni.

Tuan Mohd Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

Oleh yang demikian, memandangkan kepada kerajaan negeri meneliti mana-mana tanah atau agensi, jabatan yang ada potensi untuk tujuan pertanian, dibolehkan dibuka kepada penduduk setempat dan syarikat yang ingin mengusahakan pertanian terutama sekali tanaman padi. Saya juga mohon kepada pihak kerajaan untuk mengambil berat tentang tanah-tanah yang sepatutnya diusahakan bagi tujuan penanaman padi tapi tidak dimajukan dan ditukar kepada tanaman lain.

Perkara ini perlu dititikberatkan oleh pihak kerajaan agar tujuan asal pembukaan tanah ini tidak disalahgunakan, sebagai contoh di kawasan Terusan Sapi Beluran, yang mana sebahagian tanah tersebut sepatutnya

dibuka bagi tujuan penanaman padi, tetapi telah digunakan sebagai tanaman kelapa sawit. Kita perlu, selaras dengan sasaran kita untuk…..

Tuan Mohd. Arsad bin BistariPGRS · GRSTempasuk

...selaras dengan sasaran kita untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran padi dan memastikan bekalan beras mencukupi untuk rakyat di Negeri Sabah. Oleh yang demikian, saya mohon kepada pihak kerajaan agar meneliti semua cadangan asal pembukaan tanah yang tujuan penanaman padi dengan syarikat-syarikat yang terlibat dalam mengusahakan tanah tersebut.

Datuk Speaker, memandangkan masa tidak mengizinkan, saya mengharapkan dan mendoakan semoga agar bajet belanjawan negeri tahun 2022 ini dapat direalisasikan dan dilaksanakan dengan sebaiknya.

Sejajar dengan tema Belanjawan 2022 “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera” untuk membina kehidupan rakyat yang lebih sejahtera.

Mengakhiri perbahasan di Dewan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada rakan-rakan dan warga Sabah yang merayakannya dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2022. Semoga pada tahun hadapan ini akan membawa lebih banyak makna dan kemajuan kepada kita semua.

Datuk Speaker, sekian. Tempasuk mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Tempasuk. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.21 Luyang.

04:43 petang

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih, Datuk Speaker. Hari ini saya nak sentuh beberapa isu yang penting berhubung kait dengan kepentingan rakyat Sabah khasnya warga Kota Kinabalu.

Pertama sekali saya merakamkan perasaan kecil, kekecewaan saya terhadap belanjawan Sabah ini.

Walaupun belanjawan ini kononnya merupakan belanjawan yang terbesar dalam sejarah Sabah. Akan tetapi

kalau kita lihat secara terperinci sebenarnya banyak bajet yang sepatutnya disediakan, diagihkan dan ditambah itu tidak diberi perhatian dan keutamaan yang secukupnya.

Datuk Speaker, isu banjir kilat merupakan antaranya satu masalah yang paling kritikal buat seluruh warga Kota Kinabalu. Dalam satu tahun ini, lebih 10 kali banjir kilat berlaku di tempat-tempat yang rendah seperti Luyang, kawasan saya Lido, Inanam, Penampang dan sebagainya.

Ini bertambah serius Datuk Speaker dan ianya memerlukan penyelesaian dengan segera dan haruslah diberi keutamaan dalam bajet ini.

Kalau ke, tapi kalau kita lihat baca buku bajet ini adalah amat mengecewakan.

Bajet untuk program pembangunan saliran dan tebatan banjir bandar raya dari RM 500 ribu dikurangkan ke RM 250 ribu tahun depan.

Manakala, di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Pertanian dan Perikanan RM 5.28 juta pada tahun 2020 untuk rancangan mencegah banjir dikurang dan dipotong ke RM 2.69 juta pada tahun 2021 iaitu pada tahun ini dan seterusnya dipotong ke RM 2 juta tahun depan.

Sama sekali bajet untuk rancangan tebatan banjir dipotong dari RM 6.4 juta pada tahun ini ke RM 4.9 juta tahun depan. Semua bajet-bajet berkenaan rancangan tebatan banjir atau pun program mencegah banjir dipotong ataupun dikurangkan.

Adakah ini menunjukkan bahawa kerajaan pada hari ini tidak memberi keutamaan dan perhatian terhadap isu yang kritikal, isu-isu yang sedang dihadapi oleh rakyat jelata? Adakah ini menggambarkan bahawa kerajaan GRS pada hari ini tidak ada niat dan kehendak untuk menyelesaikan masalah banjir? Sebenarnya rakyat minta tindakan yang cepat untuk diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah banjir ini. Yakni maksudnya kita harus tambah bajet bukan potong bajet. Tuan Speaker, kini bukan kerajaan tiada duit.

Kita semua sedia maklum bahawa kerajaan negeri ini mencatakan peningkatan dari segi kutipan hasil sebanyak 9.6 % manakala peruntukan pembangunan ditambah sebanyak 30 %. Hasil kerajaan pun mencatat rekod yang tertinggi dalam sejarah.

Bukankah kerajaan haruslah menggunakan hasil-hasil yang meningkat ini untuk dengan bijaksananya untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakyat?

Datuk Speaker, kalau dibenarkan

saya minta nanti kita masuk ke peringkat jawatankuasa kita bersama-sama membuat pindaan khususnya untuk bajet-bajet...

Speaker

You habiskan ucapan hari ini baru kita cakap pasal jawatankuasa ya.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Yah, so, terima kasih Datuk Speaker saya minta, ada pindaan pada semua rancangan-rancangan tebatan banjir kerana ini adalah amat diperlukan oleh rakyat khususnya pengundi di kawasan saya. Datuk Speaker, susulan perbincangan ah sesi pertanyaan pada pagi ini, saya rasa dan saya berpendapat bahawa kita ini bukan masanya untuk kita jimat duit dan untuk adakan sebuah satu, satu belanjawan yang bersifat conservative dengan izin, kita harus bentangkan satu expensionary bajet. Tambahkan peruntukan yang fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat dan seterusnya dengan itu kita dapat membangkitkan ekonomi semula.

Datuk Speaker, apa yang cuba saya cuba mengutarakan dalam Dewan yang mulia ini adalah bajet yang bersifat conservative itu tidak berupaya untuk membawa apa-apa perubahan yang ketara pada tahun depan dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang kritikal.

Ini dapat dicerminkan dalam bajet ini dan kebanyakan item dan projek-projek dalam bajet ini lebih kurang sama berbanding belanjawan yang sebelum ini. Saya, cuba kita bayangkan kalau kita dapat tambahkan bajet, mungkin tambah sikit pun boleh. Jangan potong, kalau kita boleh tambahkan bajet untuk jabatan air, kita cuba selesaikan masalah gangguan air yang setiap hari berlaku di sekitar Kota Kinabalu.

Cuba kita bayangkan, kalau kita boleh tambah bajet untuk Jabatan Kebajikan Am untuk program bantuan am. Sudah tiga (3) tahun berturut- urut RM 50 juta untuk program bantuan am itu dikekalkan.

Saya minta RM 50 juta itu kita tambah ke RM100 juta. Kalau, bayangkan kalau kita bagi Kerajaan Persekutuan boleh bagi RM 100 juta untuk keistimewaan perdana menteri, bekas perdana menteri, kita boleh bagi RM 100 juta untuk program bantuan am supaya warga tua kita yang sedang menanti-nantikan bantuan dari kerajaan dapat disalurkan.

Dan saya rasa itu amat

diperlukan khususnya di bawah pandemik ini ramai warga-warga emas, mereka memerlukan bantuan kerajaan tapi mereka tak pergi ke jabatan kebajikan untuk meminta, memohon bantuan am itu tapi ditolak. Saya rasa pada masa yang sukar ini, saya rasa kita perlu tambah bajet khususnya untuk wang kebajikan itu supaya warga emas kita dapat dipelihara, supaya mereka berhidup dengan lebih bermaruah. Datuk speaker, saya terbaca berita yang mengatakan bahawa kerajaan negeri menerusi GLC, Khazanah Sabah Berhad berniat untuk melaksanakan projek yang dinamakan Sky Train sebagai sistem pengangkutan rail yang pertama di Kota Kinabalu.

MOU sudahpun ditandatangani oleh beberapa pihak termasuk Vision Construction Sdn Bhd, ... (kurang jelas) ... Sky City Sdn Bhd dan Kwang Chai China Sdn Bhd ini akan dilaksanakan dalam dua (2) fasa.

Kedua-dua fasa ini dijangka mengguna pakai RM 2.4 bilion Tuan Speaker. Sedangkan saya mengalu-alukan sebarang inisiatif untuk wujudkan sistem pengangkutan rail di Kota Kinabalu ini selaras dengan pendirian saya sebelum ini. Say, tetapi saya mempunyai beberapa persoalan berkenaan cadangan pembinaan Sky Train ini. Walaupun projek ini dilaporkan tidak akan menggunapakai peruntukan kerajaan akan tetapi kalau kita tidak jalankan projek ini dengan baik dan teratur maka kita akan membawa implikasi yang amat besar dan negatif seluruh warga Kota kinabalu.

Dan kemungkinan, kemungkinan projek ini akan menjadi another white elephant project Tuan Speaker. Terlebih dahulu saya ingin tanya siapa ketiga-tiga syarikat ini yang akan bertangungjawab dalam projek ini? Adakah mereka memang pakar dalam pembinaan Sky Train ini?

Adakah mereka…

Speaker

Sila gulung, sila gulung.

Tuan Phoong Jin Zhe [Luyang]:Saya minta tambahan sedikit, sedikit...

Speaker

Sila gulung.

Tuan Phoong Jin Zhe [Luyang]:Ya, mereka berpengalaman dalam ah, dalam pembinaan Sky Train ini? Bandar mana yang mereka menggunapakai sistem yang dibina oleh mereka?

Berapa kos yang sebenar untuk buat Sky Train ini kerana…

04:50PM - Tuan Phong Jin Zhe [Luyang] :…Skytrain ini, adakah mereka ..

Speaker

Sila gulung, sila gulung.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Saya minta tambahan sedikit.

Speaker

Sila gulung.

Tuan Phoong Jin Zhe [Luyang]:Mereka berpengalaman dalam pembinaan Skytrain ini? Bandar yang mana yang mereka mengguna pakai sistem yang dibina oleh mereka? Berapa kos yang sebenarnya untuk buat Skytrain ini kerana laporan menunjukkan bahawa Skytrain sepatutnya lebih murah berbanding sistem rail yang lain? Dan paling penting sekali Tuan Speaker, oleh kerana projek ini guna kaedah PFI jadi saya ingin tanya apakah manfaat ataupun pertukaran kepada pihak pelabur? Land swap yang diberi ataupun pihak pelabur diberi tanah sebagai pertukaran untuk melabur dalam projek ini? Kedua adakah sistem Skytrain ini telah pun dilancarkan ataupun dilaksanakan dengan baik di mana - mana bandar di seluruh dunia, kerana mengikut laporan media negara China pada awal tahun ini masih belum lagi ada mana - mana bandar di China sedang menggunakan sistem Skytrain ini dan saya harap semua ini dapat diberi penjelasan secara terperinci oleh menteri dalam sesi pengulungan nanti. Dan oleh kerana masa tidak mengizinkan Tuan Speaker, saya secara point form bangkitkan dua persoalan.

1.

Saya minta penjelasan daripada Menteri Pelancongan sama ada kerajaan negeri sedia untuk memperkenalkan (VTL) Vaccinated Travel Land bersama dengan negara - negara asing, sedangkan kita sedia untuk membuka semula sempadan khususnya untuk Sabah saya rasa, adakah saya minta penjelasan daripada kerajaan negeri sama ada kita akan membolehkan pelancong - pelancong asing masuk ke Sabah tanpa kuarantin ataupun Vaccinated Travel Land?

2.

Saya minta penjelasan berkenaan status DBKK punya botanical garden yang sebelum ini diumumkan diperuntukan RM27 juta tapi nampak sehingga

sekarang belum ada apa - apa perkembangan. Saya minta status yang terkini berkenaan projek ini di Kota Kinabalu Botanical Garden yang terletak di Bukit padang, Taman Tun Fuad Stephens okay.

So, dengan ini saya harap semua persoalan yang dibangkitkan oleh saya tadi dapat diberi penjelasan dan status yang update yang terkini.

Datuk Speaker, saya mengambil kesempatan ini berterima kasih kepada Datuk Speaker atas ruang dan peluang yang diberi untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ini dan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Merry Christmas to all of you, Happy New Year 2022 dan Gong Xi Fa Cai to everyone of you. Thank you very much. Sekian dan terima kasih.

Speaker

Terima kasih Luyang, saya kasih kamu extra 1 minit setengah tadi itu.

Pasal you minta sikitkan? Saya kasih sikitlah.

Saya jemput sekarang ADUN N30 Bongawan.

04:46 petang

Terima kasih Tuan Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Datuk Speaker, saya selaku wakil rakyat ADUN N30 Bongawan ingin mengusulkan beberapa perkara yang dapat memberi manfaat pada penduduk DUN Bongawan. Okay yang pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya pada hari ini untuk terus sama dalam membahaskan ucapan Belanjawaan 2022 Sabah Maju Jaya yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang bertemakan ‘Ekonomi pulih, Rakyat Sejahtera’.

Pertama sekali saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat telah membuat belanjawaan berjumlah RM4.596 billion. Tuan Speaker, kita maklum bahawa Projek Pan Borneo banyak memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Umum mengetahui zaman sekarang masalah pengangguran dan pembuangan kerja menjadi isu dalam kalangan masyarakat dan hal ini menjadi semakin teruk disebabkan oleh masalah pendemik dan PKP. Saya ingin mencadangkan Tuan Speaker, usaha perlu diambil oleh kerajaan untuk

memberi ruang pekerjaan kepada penduduk-penduduk tempatan untuk mengurangkan pekerja asing di Pan Borneo ini.

Dan saya juga mencadangkan supaya para belia kita yang tidak kerja ini diberi kesempatan bersama - sama untuk membangun di dalam Projek Pan Borneo ini.

Tuan Speaker, sejak pembinaan Jalan Raya Pan Borneo dilakukan di kawasan yang dahulunya tidak pernah mengalami banjir seperti mana yang telah dikemukakan oleh rakan - rakan saya di kerap ya apa ni kerap banjir.

Ini menyebabkan berlakunya kesulitan pada penduduk sekitar dan ini juga merupakan salah satu perkara yang perlu kita ambil berat kerana kita tahu bahawa peruntukan Jabatan Parit dan Saliran yang begitu banyak diperuntukan untuk menangani masalah ini dan saya minta dan saya mencadangkan supaya kawasan saya di N30 Bongawan ini juga diambil perhatian.

Dan saya minta supaya Jabatan Parit dan Saliran untuk apa ni mendalamkan ada 3 sungai yang terdapat di DUN Bongawan iaitu Sungai Bongawan, Sungai Kimanis dan juga Sungai Medahan.

Dan bagi saya ini dapat membantu mengatasi masalah banjir.

Apakah yang perlu kita ambil untuk menyelesaikan masalah ini untuk supaya jalan - jalan sungai - sungai ini dapat kita dalamkan dan juga kita lebarkan? Walaupun kita tahu bahawa kerajaan hari ini telah pun mula apa ni membersihkan parit - parit yang ada di kawasan DUN Bongawan ini, tetapi ini tidak dapat menampung air, tidak dapat menampung air apabila musim hujan kalau sekiranya sungai ini tidak didalamkan dan juga apa ini dilebarkan. Tuan Speaker, kita tahu bahawa masalah anjing yang terbiar dan tidak bertuan, semakin hari semakin banyak terutama sekali di pekan - pekan, di kampung - kampung dan sekarang ini telah masuk di bandar. Apabila kita pegi di Segama ada beberapa ekor anjing yang berada di sana yang tidak bertuan dan ini juga akan menjejaskan bandar Kota Kinabalu bukan saja di KK ini tapi juga disemua pelusuk di negeri Sabah ini. Dan kita tidak mahu bahawa populasi anjing ini akan mengatasi populasi rakyat kita di Sabah dan ini juga akan apa ini menjejaskan imej kita sebenarnya dan saya diberitahu bahawa banyak orang - orang kampung yang telah digigit oleh anjing ini.

Speaker

Yang digigit anjing PTI itu Yang Berhormat.

Tuan Dr.Daud bin YusofWARISANBongawan

Ya, dan saya mahu supaya apa ini kementerian ambil tindakan dan kita harus berunding dengan pencinta haiwan ini kerana kita tahu bahawa mereka ini saja yang ada tempat untuk menampung anjing - anjing yang terbiar dan tidak bertuan ini.

Satu lagi perkara yang saya ingin nyatakan di sini Tuan Speaker, masalah monyet yang menganggu rumah kawasan di kampung - kampung ini kadang - kadang mereka…

Speaker

Tidak ada monyet yang tidak menganggu.

Tuan Dr.Daud bin YusofWARISANBongawan

Iya, sekarang ini dia masuk apa ni ke rumah - rumah orang kampung kalau misalnya tuan rumah itu tidak ada dan ini kita kena ambil perhatianlah. Saya minta kementerian - kementerian yang bertanggung jawab ini ambil perhatian supaya masalah ini kita atasi.

Tuan Speaker, masih banyak lagi kawasan yang belum diterokai yang diusahakan di kawasan Bongawan, DUN Bogawan ini.

Kebanyakkan kawasan tersebut merupakan milik penduduk dan juga ada rizab kerajaan.

Jika kita tidak usahakan kawasan tersebut pasti akan memberikan manfaat, pasti tidak akan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat dan saya ingin mencadangkan supaya kerajaan ...

...kan kawasan tersebut merupakan milik penduduk dan juga ada rezab kerajaan. Jika kita tidak usahakan kawasan tersebut pasti akan memberikan manfaat..pasti tidak akan memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Dan saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memberi insentif kepada rakyat kita untuk mengusahakan tanah-tanah yang terbiar ini. Pada masa kita menjadi kerajaan di mana apa ni, kawasan padi yang kita usahakan pada dua tahun yang lalu tapi sekarang ini nampaknya tidak apa ni diteruskan dan saya ingin apa ni supaya kawasan ini kembali kita bangunkan. Seperti yang dikatakan oleh apa Yang Berhormat daripada Usukan. Jadi di mana kawasan apa ni Kota Belud merupakan kawasan penanam padi dan saya dimaklumkan oleh Dewan ini dalam apa ni jawapan bertulis bahawa kerajaan persekutuan tidak memberi

peruntukan, kelulusan peruntukan bagi tahun 2021 dan 2022 untuk tujuan ini. Dan saya minta kerajaan negeri di bawah Kementerian Pertanian supaya mengkaji balik perkara ini dan supaya semua kawasan-kawasan tanah terutama sekali tanaman padi ini kita usahakan kembali. Dan saya dimaklumkan juga bahawa apa ni pengeluaran padi kita di Sabah ini baru mencapai 26%. Selebihnya kita import. Dan ini juga menjadi masalah bagi kita. Kalau kita import, kita tidak ada masalah kalau kita punya duit. Tetapi masalahnya kalau negara Vietnam, Thailand dan Cambodia ini tidak jual beras kepada kita di mana kita mahu makan nasi. Ah ini kita kena fikir rakyat apa ni kerajaan kena fikir untuk supaya kita boleh mencapai sekurang-kurangnya 60-70 peratus sara diri kita.

Tuan Speaker, adalah menjadi hasrat penduduk DUN Bongawan untuk menjadi Bongawan sebagai daerah penuh. Dalam kerajaan yang lalu, kita juga telah berbincang supaya dua DUN ini, Bongawan dan juga Membakut dijadikan daerah penuh. Dan kita maklum, kita tahu bahawa usaha ini telah pun dijalankan tetapi apa yang merisaukan saya di sini apabila pusat pentadbiran ini dibina di kawasan Membakut kerana kita tahu bahawa Papar dan Bongawan lebih kurang 25 KM. Itu baru pekan. Tapi kalau kita masuk di kawasan saya di Kabang, lebih kurang 40 KM untuk ke Membakut. Bongawan-Membakut tidak ada masalah baru lebih kurang 10 KM tetapi kalau dari Kabang ke Membakut lebih kurang dalam 35 - 40 KM. Jadi ini yang kita mahu supaya pentadbiran pejabat daerah ini dibina di tengah-tengah. Di antara Bongawan dan juga Kimanis. Dan satu perkara lagi yang ingin saya sampaikan di sini yang saya ingin tahu di mana baru-baru ini ada satu taklimat yang dibuat oleh pejabat daerah Beaufort di mana mereka masukkan sebelas kampung dari DUN Lumadan. Dari DUN Lumadan untuk dijadikan daerah penuh Membakut. Dan saya rasa ini tidak logik sebab persempadan kita adalah di antara Klias. Klias dan juga Membakut. Tetapi kenapa DUN Lumadan ini diambil. Ada sebelas kampung Tuan Speaker. Ini saya kena tanyalah, kenapa? Apa rasionalnya bahawa sebelas kampung di DUN Lumadan ini dimasukkan ke daerah Membakut? Tuan Speaker, satu soalan lagi yang ingin saya sampaikan di sini. Ini ada rungutan daripada rakan-rakan kita yang mempunyai kelas F mengeluh kerana selama ini mereka tidak dapat apa ni, projek. Dan ini juga kena fikir lah kerana Kelas F ini

perlukan kerana mereka pun mahu apa ni menampung perbelanjaan keluarga dan juga anak-anak mereka yang sekolah.

Tuan Speaker, persetujuan untuk membangunkan satu kilang gula. Ini kilang ini masa kita jadi kerajaan.

Speaker

Sila gulung ya.

Ok, dan saya minta sikit kerana pada masa kita jadi kerajaan Datuk Speaker dan lepas tu ada MOU di antara syarikat ini dengan juga Sawit Kinabalu. Dibina di Kimanis. Tapi sekarang ini katanya sudah pun dipindah ke Sepanggar. Dan saya juga ingin tahulah kenapa walaupun nanti ada apa ni jawapan bertulis yang akan dibuat. Sebenarnya tujuan saya untuk membawa projek ini masuk di kawasan kita untuk persiapan kita sebagai daerah penuh kerana kita sudah ada projek ini dan ini akan menyumbang sebenarnya pendapatan daerah. Dan ini yang saya mahu dan juga untuk memudahkan orang-orang kita bekerja dan tidak perlukan lagi apa ni perbelanjaan yang tinggi kerana kita tahu di Sepanggar ini saya tahu bahawa harga rumah sewa sahaja katanya RM700.00 dan gaji baru RM1,200.00 jadi hanya RM500.00 saja makan pekerja-pekerja kita yang akan berkerja di sini dan ini kita kena fikir.

Tuan Speaker, ok oleh kerana masa apa ni tidak mengizinkan. Sebenarnya banyak perkara yang ingin saya sentuh tapi walau macam manapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Speaker. Akhir sekali adalah diharapkan agar peruntukan dana yang saksama perlu diberikan kepada semua wakil rakyat sama ada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang. Kita selalu..kita selaku wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat berusaha untuk merealisasikan impian mereka bagi mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi.

Akhir sekali apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri katakan ‘Keluarga Malaysia’ banyak memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Adalah, adakah yang dimaksudkan Keluarga Malaysia ini hanya yang menyokong kerajaan sahaja? Marilah kita bersama-sama kita berganding bahu dan memakmurkan dan meningkatkan taraf hidup dengan mengaplikasikan Keluarga Malaysia tanpa mengira status dan pandangan sesama kita. Selamat menyambut Hari Krismas,

selamat tahun baru dan juga selamat merayakan hari Tahun Baru Cina. Saya ingin menyokong Tuan Speaker. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Bongawan, saya sudah bagi lebih sikit ya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.72 Merotai. 17.08 petang

Bismillahirramannirrahim, Asallamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh. Terima kasih Datuk Speaker yang handsome. Terima kasih atas peluang ini.

Speaker

Lebih masa juga tu bos.

hahahaha. Dua minit lah. Hehehe. Merujuk kepada ucapan belanjawan 2022 pada muka surat 13 perenggan 34 oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa belanjawan surplus ini dapat dicapai pada tahun 2022 kerana 5% cukai jualan ke atas produk petroleum iaitu sebanyak RM1.1 bilion. Kita telah mendapat tiga tahun berturut-turutlah, tahun 2020, 2021 dan Insya Allah tahun 2022 kita akan dapat lagi RM1.1 bilion. Ianya ada dinyatakan dalam buku anggaran hasil perbelanjaan bagi tahun 2022 yang dimasukkan dalam muka surat 8 kod 62105, iaitu Cukai Jualan Negeri ke atas Petroleum iaitu sebanyak RM1.1 bilion. Bahkan dalam anggaran ini disemak kita lihat ada juga anggaran disemak bagi tahun 2021 iaitu RM1.4 bilion. Alhamdulillah, tahniahlah kepada kerajaan negeri kerana telah dapat mencapai RM1.4 bilion. Suka saya mengimbau sejarah cukai jualan…

… mengimbau sejarah cukai jualan ini, negeri ke atas petroleum ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini dan juga semua rakyat yang menyaksikan siaran secara langsung ya perbahasan saya, bahawa 5% cukai jualan ke atas produk petroleum ini, diusul dan diwartakan di dewan ini pada November 2018 ya, saya ulang ya, November 2018 ya, dan semasa Yang Berhormat Senallang menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan. Cukai ini telah dilaksanakan dan mula dikutip pada April 2020, seperti jawapan yang di disoal er…

dijawab tadi oleh YB Pembantu Menteri kawan saya yang handsome juga sana ah…, dia jawab tadi April 2020. Ehem.. pada masa itu, YB Senallang juga masih menjadi Ketua Menteri dan Menteri Kewangan ya. Ini jelas ya, 1 April 2020. Pada masa itu, YB Senallang masih menjadi er… Ketua Menteri dan Menteri Kewangan ya. Usaha yang dilakukan ini untuk menambah hasil pendapatan negeri, akan dinikmati oleh rakyat seluruh negeri Sabah setiap tahun sampai bila-bila, ya, sampai bila-bila bila mana er… hasil petroleum masih diambil daripada bumi Sabah ini. Pemimpin silih berganti namun, yang paling penting Datuk Speaker, apa usaha kebaikan kita untuk kita tinggal untuk anak cucu kita akan datang, Speaker. Datuk Speaker, selain daripada royalti, petroleum dan cukai jualan ke atas produk petroleum, serta cukai jualan ke atas minyak kelapa sawit, ini adalah tiga ah… tiga sumber utama kita, Datuk Speaker ya, tiga sumber utama kita yang er… apa untuk membantu kita er… dalam er… hasil-hasil negeri kita. Hasil penelitian saya Datuk Speaker, dalam muka surat 10, dalam muka surat 10 Datuk Speaker, ada kod objek 71404, 71404 iaitu royalti perlombongan emas. Anggaran yang disemak tahun 2021 ialah berjumlah 4.45 juta ya, yang dikenakan juga ah, kalau tidak silap saya cukai royalti ini adalah sebanyak 5%. Betul, Pembantu Menteri ya? Betulkan saya kalau saya silap.

Bermakna ah… syarikat swasta yang mengelola lombong emas di Balung mendapat hasil RM89 juta, 89 juta pada tahun ini, Datuk Speaker ya, dan dianggarkan akan mendapat pendapatan sebanyak 108 juta pada tahun 2022 ya, 108 juta. Ini adalah hasil kerana saya, berdasarkan anggaran royalti sebanyak 5.4 billion, ada dalam sini Datuk Speaker, ya.

Saya perlu perjelaskan kepada rakyat di luar sana bahawa hasil bumi Sabah ini cukup banyak ya, dan pada pandangan saya hasil-hasil ini sebenarnya boleh dikelola sendiri oleh syarikat GLC Negeri Sabah, supaya hasil ini boleh kembali kepada negeri dan juga rakyat Sabah, ya.

Ah… pada masa kita dahulu, semasa kerajaan Warisan, kita ada menubuhkan er… satu syarikat di bawah Kementerian Kewangan, iaitu Sabah Capital Sendirian Berhad, ya.

Er… pada masa itu, kita mahu supaya dia mengelola ah… apa me memainkan peranan mengelola lombong-lombong emas ini ya, yang kita percaya masih banyak di sebelah lot tanah yang sedang dikelola oleh syarikat perlombongan

swasta ini ya. Yang menjadi kerisauan saya ialah sekiranya syari syari apa kerajaan GRS ada bercadang untuk memberikan baki tanah lombong emas ini kepada syarikat swasta ini.

Jika tiada, alhamdullah. Saya minta supaya ianya tidak, tidak diberikan, kalau boleh diberikan kepada syarikat GLC ini untuk dikelola, supaya hasilnya itu kita boleh tambah ya, ar….

Kita tidak boleh mengulangi apa er… kesilapan-kesilapan begini yang dibuat semasa kerajaan Barisan Nasional terdahulu ya. Hasil bumi Sabah seharusnya dikeluar sendiri oleh keraj, kerajaan negeri. Jika kita perlukan kepar kepakaran khusus, kita boleh bekerjasama dengan syarikat swasta, tetapi kita mestilah menjadi pemegang syer yang terbesar dalam syarikat tersebut. Ya, ini bagi membolehkan kita mendapat keuntungan hasil ini ya, hasil ini, hasil perlombongan ini, selain daripada royalti tersebut.

Datuk Speaker, saya juga meneliti er… Buku Anggaran Hasil Perbelanjaan 2022, Datuk Speaker, ah… muka surat 47. Pada muka surat 47 ini Datuk Speaker, iaitu tajuk Anggaran Belanjawan Mengurus Program dan Aktiviti Jenis Perbelanjaan iaitu, iaitu, iaitu bayaran perintah mahkamah terhadap kerajaan sebanyak 130 juta, 130 juta. Datuk Speaker, jumlah ini bukanlah jumlah yang sedikit. Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan, ehem, apakah kerajaan memperuntukkan perbelanjaan ini bagi membayar pampasan tuntutan mahkamah? Jika ya, adakah mahkamah telah pun mengeluarkan perintah arahan untuk membayar? Jika perintah mahkamah telah dikeluarkan, adakah kerajaan negeri melalui Peguam Besar Negeri tidak membuat rayuan kepada mahkamah ke atas tuntutan ini, dan memohon pengurangan jumlah tuntutan, sama ada dalam mahkamah ataupun rundingan luar mahkamah Datuk Speaker?

Saya cukup risau Datuk Speaker, kerana wang-wang ini adalah dana rakyat yang harus dijaga sebaik mungkin dan harus dipertahankan sedaya upaya oleh kerajaan.

Datuk Speaker, sebagai pemegang amanah ya, saya minta penjelasan lanjut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan semasa penggulungan nanti.

Datuk Speaker, dalam muka surat 44, dalam muka surat 44 Datuk Speaker, kepala C04 iaitu Perbelanjaan Kerana Hutang Negara, kerana hutang negara, iaitu jenis perbelanjaan, faedah dividen, kenaan bayaran balik hutang wang awam

persekutuan, iaitu sebanyak 223.8 juta, Datuk Speaker. Iaitu peningkatan sebanyak 56.3 juta berbanding 167.5 juta pada anggaran tahun 2021.

Peningkatan pembayaran hutang persekutuan ini sangat ketara. Oleh yang demikian, saya mohon penjelasan lanjut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan er… tentang perkara ini:-1.

Apakah tujuan hutang ini dan bila ia diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada Negeri Sabah ya?

2.

Adakah hutang ini mempunyai faedah, jika ada, berapa faedah yang dikenakan setahun oleh kerajaan persekutuan ya?

3.

Datuk Speaker, berapakah jumlah hutang negeri Sabah setakat ini kepada kerajaan persekutuan ya?

4.

Jika hutang ini digunakan untuk projek-projek pembangunan infrastruktur, air, letrik dan jalan raya, adakah usaha kerajaan negeri untuk memohon kepada kerajaan persekutuan ya, untuk dilupuskan atau ditukar ke bentuk geran supaya hutang ini tidak membebankan kerajaan negeri?

Datuk Speaker, wang berjumlah 223.8 juta ini bukanlah satu jumlah yang sedikit, kerana ia boleh difokuskan kepada penaiktarafan infrastruktur dan juga pembasmian kemiskinan yang mana Sabah merupakan salah satu negeri termiskin di Malaysia. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah berikrar mengeluarkan Sabah daripada kategori negeri miskin, semasa lawatan beliau ke Kinabatangan pada 5 November baru-baru ini Datuk Speaker, ya.

Datuk Speaker, dalam ucapan belanjawan yang telah dimaklumkan, bahawa Kementerian Kerja Raya telah diperuntukkan sebanyak RM1.015 billion ya, di mana…

Speaker

Gulung ya. Yang Berhormat, sila gulung.

Gulung, (ketawa) belum sampai lagi, Datuk Speaker. Ini penting Datuk Speaker, saya punya speech saya tidak melalut, sebab saya bincangkan tentang anggaran belanjawan ini Datuk Speaker

Speaker

Teruskan, teruskan, jangan bertengkar, teruskan saja.

Hasil dan belanja, saya fokus kepada sini, Datuk Speaker. Kasih saya satu dua minit lima minit lagi, Datuk Speaker.

Speaker

Saya suruh gulung sudah tu, itu selepas itu lebih sudah itu 2 minit.

Datuk Speaker, penting ini Datuk Speaker.

Speaker

Ya, gulung.

Datuk Speaker, 305.5 juta Jabatan Kerja Raya untuk program bina baru ya, baik pulih jalan raya, cerun, jambatan dan serta bangunan kerajaan. Setelah saya meneliti Datuk Speaker, muka surat 373 ya, muka surat 373 Datuk Speaker, di tiga-tiga Kementerian Kerja Raya di bawah tajuk naik taraf di bandar Tawau, hanyalah diberi peruntukan RM1.6 juta saja. Saya ingin penjelasan lanjut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.

Apakah peruntukan ini termasuk jalan-jalan taman perumahan atau hanya di bandar Tawau saja? Untuk makluman Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, banyak di antara jalan-jalan taman telah uzur dan perlu ditar semula ya, khususnya di taman-taman lama seperti Taman Semarak, Taman Victoria, Taman Ria dan banyak lagi taman-taman di sebelah Tawau. Jalan-jalan ini selalunya ditampal berulang-ulangkali sehingga apa, permukaan jalan tidak rata dan mengundang bahaya. Jadi saya mohon kepada…..

…bahaya.

Jadi saya mohon kepada Kementerian Kerja Raya dan juga Yang Amat Berhormat Ketua Menteri supaya menambah peruntukan sedia ada ini untuk menampung kerja-kerja naik taraf dan naik taraf jalan raya tersebut.

Datuk Speaker, ada aduan kerosakan ah, jalan raya ni Datuk Speaker ya.

Ini di kawasan saya. Saya balik kepada kawasan saya sebab saya tidak takut, saya kalau saya mau ulas ni banyak Datuk Speaker. Tapi saya kawasan saya lah, saya sikitlah.

Speaker

Teruskan, lepas tu gulung.

...tengah tengok live ni Datuk Speaker. Ya, ya, nanti dia cakap saya tidak, tidak, tidak, apa… membawa ah, usul di kawasan saya. Datuk Speaker, jalan raya di kawasan saya banyak yang berlubang-lubang Datuk Speaker, ya.

Kalau dah kira dah di Kampung Bukit sampai ke Haji Matahir tu banyak berlubang.

Bahkan Datuk Speaker di Felda Umasan, Kalabakan sampai Kalabakan.

Kesian mereka Datuk Speaker.

Ada kereta selalu accident Datuk Speaker dan kebanyakannya guru-guru yang balik daripada sana pun selalu mengadu kepada kita.

YB tolong bawa ke, ke apa, ke Dewan ini Datuk Speaker, sebab ini saja jalan yang terbaik untuk kita, untuk kita suarakan Datuk Speaker. Kedua, pasal air Datuk Speaker di kawasan saya ni selalu mati air. Di Merotai, Pekan Merotai baru-baru ini satu minggu mati air kerana pamnya rosak. Selalu rosak. Ada 4 pam di, 6 pam, 1, 2 di Loji Merotai 1. Empat loji Merotai 2. Dua-dua pam ini sudah berumur 26 tahun Datuk Speaker, tahun 1996.

Ini Datuk Speaker harga pam ini baru 65 ribu Datuk Speaker.

Kalau saya tengok dalam peruntukan, kalau saya tengok dalam peruntukan jabatan air Datuk Speaker, ada RM 54.98 juta ni tahun depan. Dalam muka surat 375 Datuk Speaker, kod D33 Jabatan Air, kod 001 Kerja-kerja Kecemasan Luar Jangka diperuntukkan RM 3.9 juta. Kod 002 Bekalan Air Serta-merta 226.759 juta dan kod 003 Program Khas Bekalan Air diperuntukkan sebanyak 125 juta dan juga peruntukan membina, menggantikan, menaik taraf pam penggalak Kod 008, RM 1 juta.

Jadi saya minta supaya Datuk Speaker, empat pam saja ini baru berapa? Dua pam lah sekurang-kurangnya Datuk Speaker 65,130 ribu.

Saya minta supaya ditukar tahun hadapan. Tidak ada alasan lagi tiada peruntukan sebab saya baca terperinci dan juga banyak peruntukan ini ah, banyak peruntukan. Nanti saya buat surat.

Terima kasih Datuk Speaker, saya gulung. Terima kasih Datuk Speaker, sekali lagi saya ingin menyeru kepada Kerajaan Negeri Sabah meneruskan langkah-langkah menambah dan menaik taraf hasil negeri pendekatan yang pelbagai daripada pendapatan, pendekatan yang pelbagai. Seterusnya banyak perkara lagi yang saya, saya ingin bahaskan dalam slot tapi tidak mengizinkan. Terima kasih Datuk Speaker. Terima kasih banyak.

Selamat Tahun Baru Datuk Speaker, Insha Allah, banyak perkara lain yang akan saya bahas Insha Allah di masa akan datang Datuk Speaker. Terima kasih Datuk Speaker. Selamat Tahun Baru.

Speaker

Terima kasih Amat Berhormat Merotai. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat N.25 Kapayan.

05:27 petang

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Datuk Speaker atas peluang ini ah, untuk membahas Belanjawan Sabah 2022 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 3 Disember 2021 yang bertemakan “Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera”. Dalam hampir 2 tahun kita berdepan dengan wabak Covid-19 ini, sektor ekonomi kita terjejas dan semua sektor merasai beban dan tekanan…

Speaker

Yang Berhormat Gum-Gum, sila gunakan pelitup muka.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

...terutama golongan yang kurang mampu.

Dalam usaha memulihkan ekonomi Belanjawan 2022, masih lebih tertumpu kepada pemberian bantuan one-off dan bersifat businnes as usual dengan izin.

Pembangunan ekonomi rakyat perlu sokongan infrastruktur dan pemasaran yang berkait langsung dengan pemulihan ekonomi bagi membolehkan masyarakat luar bandar dan separa bandar menjana pendapatan adalah penting supaya mereka tidak hanya bergantung kepada kerajaan.

Ini termasuklah menaik taraf jalan perhubungan luar bandar, membina jalan-jalan pertanian, membina kemudahan pemprosesan produk tempatan dan menaik taraf bekalan air, elektrik dan telekomunikasi.

Untuk memastikan Belanjawan 2022 dilaksanakan dengan teratur, tadbir urus semak dan imbang memerlukan peranan penting oleh Dewan Undangan Negeri.

Dalam reform gender Sabah yang telah dikemukakan kepada kerajaan, yang mana saya sendiri terlibat.

Antara cadangan adalah penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Khas Dewan bagi setiap kementerian.

Satu daripadanya adalah Jawatankuasa Pilihan Gender.

Jawatankuasa Pilihan Khas Gender dan Pembangunan dan Kesejahteraan Rakyat. Saya amat berharap ini akan mendapat sokongan dari semua ADUNS supaya gender budgeting menjadi amalan baik apabila belanjawan tahunan disediakan bagi memastikan peruntukan yang seimbang diberikan kepada pembangunan wanita.

Saya mengalu-alukan pernyataan dalam Belanjawan 2022 bahawa wanita adalah tunjang keluarga dan masyarakat dan inisiatif bantuan BAIDURI. Namun ada perlunya memperbaiki Sistem e-Kasih supaya tidak ada wanita yang layak tercicir. Saya sering mendengar keluhan daripada warga Kepayan, bahawa mereka sukar mendaftar dalam Sistem e-Kasih dalam musim pandemik dan era digital sekarang, Jabatan Perkhidmatan Sosial dan jabatan berkenaan perlu mengurus permohonan bantuan dengan teliti dan efisien bagi memudahkan urusan dengan wanita yang perlukan bantuan.

Saya ingin bertanya sama ada pelan 10 tahun untuk menghentikan perkahwinan bawah umur 18 tahun yang telah diterima pakai oleh kerajaan sebelum ini, akan diberi perhatian dan dilaksanakan.

Pelan tersebut merangkumi Pindaan Undang-undang di bawah Undang-undang Keluarga Islam dan Enakmen Mahkamah Anak Negeri dan meneruskan pelbagai usaha meningkatkan kesedaran melalui kolaborasi antara pelbagai pihak.

Datuk Speaker, tanah adat bagi orang asal merupakan asas ekonomi dan kelangsungan hidup kita.

Oleh itu, pengendalian belanjawan untuk mempercepatkan proses penyerahan geran tanah kepada orang asal yang layak memilikinya akan membela, martabat orang asal di Sabah.

Saya ingin bertanya sama ada hak tanah orang ada, tanah adat ataupun Native Customary Rights to Land akan diperkukuhkan dengan meminda undang-undang dan memperkenalkan dasar yang berkaitan?

Adakah ini akan diberi perhatian serius dan ada menubuhkan sebuah tribunal tanah untuk mengendalikan pertikaian hak tanah adat yang telah disyorkan sebelum ini?

Saya menyambut baik usaha kerajaan

memartabatkan perundangan orang asal dalam belanjawan ini selain pembangunan aplikasi e-Native Law Kit.

Saya juga sarankan agar autonomi dan kebebasan Mahkamah Anak Negeri Sabah diperkuatkan lagi dengan mempercepatkan kewujudan Jabatan Kehakiman Anak Negeri.

Datuk Speaker, selari dengan ini kerajaan harus peka apabila membuat sebarang perjanjian yang akan menjejaskan kepentingan orang asal. Perjanjian yang telah ditandatangani oleh kerajaan di bawah Nature Conservation Agreement ataupun NCA ini, dengan syarikat luar negara tanpa proses mendapat izin berasaskan makluman bebas telus dan ataupun bebas dan telus ataupun free preform consent dari komuniti yang berada dalam kawasan hutan yang terlibat menjadi kekhuatiran.

Saya ingin merakamkan bantahan awal saya terhadap NCA ini dan menggesa kerajaan untuk menjelaskan kepada rakyat segala butiran perjanjian tersebut, termasuklah lokasi kawasan yang terlibat, proses manjalankan due diligents oleh semua pihak yang mempunyai peranan, proses mendapatkan izin dari kementerian yang terlibat dan mengadakan perundingan awam dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan bagi memulihkan keyakinan orang ramai kepada kerajaan ini.

Datuk Speaker, Perintah Kawalan Pergerakan semasa wabak COVID-19 ini, juga menimbulkan isu penyalahgunaan alkohol.

Isu ini bukan baru, tetapi apa yang menjadi ketara adalah ketiadaan pusat rehabilitasi ataupun pusat pemulihan di Sabah bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Saya sarankan agar kerajaan memperuntukkan pembinaan pusat pemulihan ini, dan juga agar pengurusannya melibatkan badan NGO yang giat menangani isu tersebut.

Datuk Speaker untuk memastikan peruntukan dalam Belanjawan 2022 digunakan dengan bersih dan amanah oleh semua kerajaan tempatan di daerah, pelan daerah dan pelan-pelan tempatan menjadi dokumen yang penting.

Bagi Daerah Penampang, saya telah menolak draf pelan-pelan tersebut dan meminta untuk perbincangan semula kerana nampaknya gagal mempertimbangkan perancangan komprehensif berkaitan beberapa isu penting di Kepayan iaitu banjir, kesesakan lalu lintas, kemudahan awam, kemudahan hidup dan perancangan yang harmoni. Di

kawasan Penampang dan khususnya di DUN Kepayan, tanah runtuh dan banjir luar biasa dise…

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

…nampaknya gagal mempertimbangkan perancangan komprehensif berkaitan beberapa isu penting di Kepayan iaitu banjir, kesesakan lalu lintas, kemudahan awam, kemudahan hidup dan perancangan yang harmoni.

Di kawasan Penampang dan khususnya di DUN Kepayan, tanah runtuh dan banjir luar biasa disebabkan perubahan iklim dan pembangunan pesat yang tidak teratur semakin kerap.

Ini bererti kerajaan harus memperuntukan pemulihan bencana alam yang menambah peruntukan pemulihan bencana alam ataupun emergency fund dan mencari strategi jangka masa yang pendek…

Speaker

Sila gulung ya.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ya, termasuk kolam penahan dan yang boleh membantu penyerapan air banjir yang berlebihan. Masalah kesesakan lalu lintas yang pada masa ini berlaku di beberapa kawasan Kepayan perlu ditangani misalnya dalam bentuk penaik tarafan jalan raya, laluan alternatif sebagai contoh perlunya jalan pintas yang menghubungi Jalan Shantung, Jalan Reservoir ke Taman Hilton dan SJK (C) Yue Min ke Taman Peluduk. Kawasan Kepayan sedang berkembang dengan pesat terutamanya kawasan kediaman dan komersil, namun penduduknya inginkan bandar yang selesa dihuni dan lestari, tidak hanya memfokuskan kepada rating dan pendapatan dari pungutan cukai.

Adalah penting supaya peruntukan kepada daerah Penampang ditambah untuk membina ruang terbuka yang cukup, lorong berbasikal, trek jogging dan kemudahan rekreasi lain seperti serta penambahbaikan kemudahan Kompleks Sukan Penampang.

Penyediaan kemudahan untuk pelancongan dan tempat budaya dan bersejarah diperlukan memandangkan kedudukan strategik Penampang sebagai destinasi pelancongan.

Saya juga sarankan agar Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan memberi tumpuan kepada Condominum Menara Triconic yang mana pembinaannya telah berhenti sejak 2019. Pembeli unit agak kecewa..

Speaker

1 minit lagi Yang Berhormat.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ya, 1 minit boleh. Pembeli unit amat kecewa dengan pemaju Kinsabina Sdn. Bhd. yang tidak telus dengan mereka. Campur tangan secepat mungkin daripada kerajaan amat diharapkan bagi menangani dan menyelamatkan keadaan sebelum menjadi terlalu rumit seperti yang berlaku dalam kes 1 Sulaman.

Akhir sekali terima kasih Datuk Speaker, saya ucapkan Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru kepada semua semoga Tuhan memberkati segala usaha baik dan murni kita dalam menjalankan tanggung jawab kepada rakyat. Saya juga ucapkan syabas kepada Datuk Speaker dan Setiausaha DUN kerana berjaya memulakan memuat Hansard di dalam laman web DUN.

Ini menyenangkan kami untuk membuat rujukan. Terima kasih, Tuan Speaker.

Speaker

Terima kasih, mudah - mudahan YB cepat sihat.

Speaker

Sekarang saya jemput Yang Berhormat N41 Liawan. 05:33 petang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Sabah Maju Jaya. Terima kasih kepada Datuk Speaker yang telah memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2022 bagi Negeri Sabah yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Yang Mulia ini pada 3 haribulan Disember yang lalu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri yang telah menyediakan satu bajet yang besar, seimbang dan mengambil kira mengambil kira kepentingan setiap lapisan penduduk negeri Sabah. Bajet ini bukan sahaja tertumpu bagi mengurangkan bebanan rakyat ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19, tapi juga ia dirangka dengan cermat untuk meneruskan kesinambungan program - program pembangunan di negeri Sabah yang akan menjadikan negeri ini lebih maju dan mampan sesuai dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Datuk Speaker, melihat kepada tema Bajet 2022 ini, iaitu ‘Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera’, saya merasa cukup yakin bahawa Kerajaan GRS mempunyai rancangan

yang teliti untuk memastikan rakyat Malaysia di negeri Sabah dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik masa akan datang. Sebagai contoh, peruntukan besar kepada Kementerian Kerja Raya iaitu lebih dari RM1 billion di mana lebih separuh daripadanya RM540.98 juta diberikan kepada Jabatan Air Negeri Sabah.

Mencerminkan fokus Kerajaan GRS untuk mengatasi masalah air di negeri ini. Ini menampakkan langkah yang sungguh berani oleh kerajaan GRS. Dengan adanya peruntukan besar itu, banyak projek atau program penyelesaian serta merta dan juga jangka pendek boleh dilaksanakan oleh jabatan terbabit.

Kita sering mendengar keluhan atau rintihan rakyat yang secara konsistennya menghadapi masalah bekalan air.

Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana air merupakan keperluan dalam kehidupan, tambahan pula di musim pandemik Covid-19 ini rakyat dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri.

Bagaimana mungkin rakyat boleh menjaga kebersihan diri jika tidak memperolehi bekalan air? Selain itu, adalah diharapkan supaya Kerajaan GRS dapat menyusun strategi yang holistik untuk mencari sumber air alternatif di negeri Sabah.

Sumber air bersih amat penting bagi memastikan agenda pembangunan kerajaan negeri dapat dilakukan dengan jayanya. Ini termasuklah membangunkan potensi sumber air bersih yang baru seperti di Sungai Ulu Padas.

Saya difahamkan potensi sumber air bersih dari sungai ini mampu membekalkan sebanyak 6523 million liter sehari yang boleh menampung bekalan air jangka masa sederhana dan panjang negeri Sabah.

Oleh itu, langkah Kerajaan GRS menyediakan peruntukan besar bagi tahun 2022 untuk mengatasi masalah bekalan air merupakan satu perancangan yang baik dan amat wajar diberi sokongan. Datuk Speaker, satu lagi sektor yang menerima peruntukan besar sejumlah RM561.8 juta di dalam Bajet 2022 adalah sektor pertanian. Sudah tentu pemberian peruntukan besar seperti ini mencerminkan hasrat kerajaan untuk memajukan bidang pertanian, penternakan dan perikanan di negeri Sabah. Jika bidang - bidang ini dapat dimajukan dan dikembangkan maka kesan atau spin of effect nya pasti turut sama dirasai oleh rakyat keseluruhannya.

Saya juga menyentuh tentang, saya juga ingin menyentuh tentang rintihan para pengguna di seluruh negara termasuk Sabah akibat kenaikan harga barangan keperluan harian.

Isu ini sangat penting untuk diberikan perhatian serius oleh

kerajaan. Rakyat terkejut dengan kenaikan mendadak harga barangan kerana tiada sebarang alasan yang diberikan untuk mewajarkan kenaikan tersebut. Pihak-pihak terlibat seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mesti mengambil tindakan segera supaya harga barangan sentiasa berada pada paras terkawal dan tidak sewenang - wenangnya dinaikkan tanpa sebab yang munasabah.

Jika telah dikenal pasti orang tengah menjadi penyebab kenaikan barangan berkenaan, maka formulasikan lah strategi bagaimana cara untuk mengawal kegiatan orang tengah ini.

Kerajaan tidak bermaksud untuk menyusahkan sesuatu golongan seperti orang tengah, tapi dalam masa yang sama kerajaan tidak rela rakyat yang menderita akibat sikap sesetengah pihak. Tidak usahlah beban rakyat ditambah lagi. Mereka telah tertekan menghadapi pandemik sejak ini dan tahun lalu akibat penularan Covid-19.

Datuk Speaker, daripada pembentangan bajet ini, dapat dirumuskan bahawa pendapatan utama Kerajaan Negeri Sabah adalah melalui sumber minyak dan gas. Dengan pelaksanaan dasar - dasar yang sesuai, kerajaan mampu meningkatkan potensi hasil dari sumber minyak dan gas.

Pelaksanaan polisi berkaitan dasar - dasar tenaga minyak dan gas dapat memastikan sumber penting ini diuruskan dengan efektif dan mampan. Dengan ini Sabah akan mempunyai eko-sistem tenaga dan pengurusan minyak dan gas yang teguh dan kondusif.

Sebagai contoh penumpuan penggunaan gas asli sebagai industri bukan tenaga akan membantu Kerajaan Negeri Sabah dalam memaksimumkan pendapatan bukan sahaja melalui pendapatan sales tax, tapi penghasilan keluaran sampingan ekonomi ataupun economic spin-off dengan izin. Penghasilan produk berasaskan sumber asli seperti methanol, ammonia atau gas asli cecair (LNG) akan dapat membantu dalam meningkatkan hasil Kerajaan Negeri Sabah melalui nilai tambah hasil produk asas.

Speaker

Mula gulung Yang Berhomat.

Speaker

Mula gulung, Yang Berhormat.

Berapa minit lagi, Datuk Speaker?

Speaker

Adalah 2, 3 minit.

5 minit boleh aa, 5 minit.

Speaker

2, 3 minit.

Ok.

Bagi memastikan keberkesanan polisi berkaitan minyak dan gas merupakan satu badan kerajaan adalah amat penting.

Ini akan memastikan segala agenda kerajaan negeri berkenaan tenaga dan sumber minyak dan gas dapat difokuskan dan diselaraskan dengan baik. Ini kerajaan negeri bergantung dengan polisi-polisi yang disediakan oleh kerajaan pusat. Agenda atau dasar-dasar berkaitan tenaga termasuk minyak dan gas, kerajaan pusat selalunya dilandaskan agenda nasional di mana isu-isu lebih spesifik mengenai negeri Sabah dapat ditangani dengan baik. Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh beberapa isu yang berhubung kait dengan kawasan DUN N.41. Liawan. Pertama, berkenaan dengan masalah banjir yang sering berlaku apabila hujan lebat yang merosakkan empangan-empangan, tebing-tebing sungai dan sistem perparitan seperti satu (1) empangan, empangan air Buloh Silau yang pada tahun ini sahaja, pada tahun 2021 telah mengalami tiga (3) kali kerosakan.

Saya telah membangkitkan perkara-perkara ini pada beberapa sidang DUN yang lepas dan saya ingin tekankan bahawa satu (1) pelan jangka panjang untuk mengatasi masalah-masalah banjir, kerosakan tebing-tebing sungai dan empangan air perlu dirancang dan dilaksanakan dengan kadar yang segera. Sementara menunggu penyelesaian yang kekal, peruntukan kecemasan perlulah diberikan setiap kali bencana berlaku di kawasan saya.

Speaker

Sila gulung Yang Berhormat. Ada dua (2) orang lagi mahu berucap.

Ok, sekejap lagi Datuk Speaker.

Saya kena slow sedikit as I’m not feeling well. Kedua, kerja-kerja membaiki jalan-jalan kampung dan jalan-jalan kebun yang mengalami kerosakan di DUN Liawan perlu diperbaiki dalam keadaan yang segera. Sementara jalan-jalan gravel yang ada di DUN Liawan perlu diturap agar dapat memudahkan pergerakan rakyat dan penduduk-penduduk di DUN Liawan untuk memasarkan hasil-hasil pertanian mereka kepada Keningau.

Dan yang terakhir adalah masalah non revenue water yang ketika ini melebihi 70% di Daerah Keningau dan beberapa kampung di DUN Liawan masih belum menikmati air terawat yang bersih. Kedua-dua masalah ini perlu mendapat perhatian dan penyelesaian oleh Jabatan Air Sabah dalam kadar yang segera. Saya juga mengalu-alukan aahh usaha kerajaan yang untuk memperkasakan JPKK dengan program-program sosial ekonomi yang kita supaya agar program-program ini diteruskan. Datuk Speaker, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang berada di Dewan Yang Mulia ini, rakan-rakan, saudara mara, dan rakyat di DUN Liawan yang beragama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2022. Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Sekian terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat aahh Liawan sekarang saya persilakan Yang Berhormat N.50. Gum-Gum. 05.44 petang

Terima kasih Datuk Speaker.

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Datuk Speaker, serta semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Syukur kepada Allahu rabbal alamin kerana dengan limpah kurnia izinNya membolehkan saya menghadiri persidangan ini dan mengucapkan terima kasih aahh kerana diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan ucapan belajawan negeri tahun 2022 yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada 3hb Disember yang lalu.

Datuk Speaker, dalam kesempatan masa yang diberikan saya merujuk kepada ucapan penutupan Yang Amat Berhormat Menteri pada para 144 muka surat 49 yang jelas menyatakan bahawa buat pertama kali dalam sejarah hasil negeri yang tertinggi bakal dicatatkan bagi tahun 2021 dengan mencapai sasaran RM4.912 bilion malah boleh menembusi paras RM5 bilion. Ini bermakna hasil kutipan negeri pada tahun ini melebihi anggaran perbelanjaan belanjawan pada tahun 2022 yang berjumlah RM4.5..4.59… 4.56 bilion yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri malah turut melebihi hasil kutipan sebelumnya yang berjumlah RM4.707 bilion sekaligus merangkumi surplus budget berjumlah RM110.68 juta seperti yang sudah di dengar di Dewan Yang Mulia ini. Sebagai wakil rakyat yang mewakili kawasan saya di DUN N.50. Gum-Gum, berita ini sudah tentu sesuatu sangat besar yang merupakan harapan baru bagi mereka. Demikian juga kepada seluruh rakyat Negeri Sabah, mereka pasti teruja dengan menganggapnya satu fenomena baru mencapai prestasi peningkatan ekonomi yang baik, lebih-lebih lagi ketika kita bergelut dengan masalah pandemik COVID-19 yang belum sampai ke tahap endamik ini.

Datuk Speaker, Negeri Sabah ini luas kawasannya, kaya dengan hasil bumi dan alam semulajadinya, tumpuan pelancong dunia, aahh mega Gunung Kinabalu, namun sedihnya masih ramai rakyatnya yang miskin. Tahap kemiskinan rakyat negeri ini dilabel sebagai yang termiskin di Malaysia sehingga menjadi satu fakta yang sering disebut sebagai contoh di mana-mana persidangan, forum, perbahasan, mesyuarat-mesyuarat NGO sama ada di peringkat nasional malah ke peringkat antarabangsa bila di mana media asing sering memberi laporan dan liputan mengenainya.

Dengan anggaran hasil yang begitu banyak malah lebih banyak lagi sekiranya kita benar-benar dapat mengembalikan hak tuntutan Sabah oleh kerajaan persekutuan saya amat yakin kita semua akan mampu membuang jauh-jauh label yang memalukan itu dengan mengangkat taraf kehidupan rakyat di negeri ini ke arah yang lebih baik dari segi sosio-ekonominya sesuai dan setara dengan kekayaan negeri kita yang sebenarnya.

Datuk Speaker, apa yang lebih penting sekarang ini adalah urus tadbir dan tata kelola agihan pembangunan yang lebih fokus mencapai golongan sasar agar pembangunan yang lebih seimbang dapat dinikmati oleh semua lapisan rakyat negeri ini. Dalam para 24 muka surat 8 dalam baris yang ayat yang ke-5 ucapan belanjawan 2022 Yang Amat Berhormat Ketua Menteri jelas mengakui isu utama yang perlu ditangani segera pada masa ini antara lain adalah ketidakseimbangan pembangunan wilayah, kemiskinan dan kadar pengangguran.

Sehubung dengan itu, bersesuaian dan bertepatan dengan jumlah 13 agihan peruntukan yang telah dirancang untuk di tata kelola pelaksanaannya oleh kementerian-kementerian dan agensi kerajaan berkenaan. Saya menyeru agar rancangan pembangunan ini disegerakan pelaksanaannya. Projek-projek baru dimulakan, projek sedia ada diteruskan sehingga mencapai kejayaan dan projek-projek lama yang sudah diluluskan namun tergendala pembangunannya akibat pandemik COVID-19 disambung semula sehingga siap.

Datuk Speaker, semasa menjadi wakil rakyat pada penggal sebelum ini dan berpeluang duduk dalam kerajaan selama lebih kurang 26 bulan, saya telah merancang dan melaksanakan beberapa pelan pembangunan untuk rakyat di kawasan saya N.50. Gum-Gum. Antara projek yang saya sudah mula dan laksanakan adalah jalan raya namun yang masih belum selesai termasuk simpang jalan Kampung Dandulit ke Kampung Kuala Gum-Gum, bekalan air bersih yang masih belum mencapai sasaran masyarakat Gum-Gum, pasar tamu Gum-Gum yang tidak siap dan tidak dapat disambung pembinaannya, beberapa jeti nelayan yang baru, dan beberapa projek lain untuk kemudahan rakyat yang tidak dapat diteruskan seperti pembinaan masjid Kuala Gum-Gum, Kampung Sungai Monyet dan Kampung Bim-Bim.

Projek-projek yang saya sebutkan ini sebenarnya sedang rancak dilaksanakan pada waktu itu, namun tidak dapat diteruskan apabila berlakunya pertukaran kerajaan. Dengan demikian, sungguhpun kita Sabah diterajui oleh kerajaan baru saya menyeru dan bertegas agar projek-projek yang sudah dirancang demi untuk kepentingan dan kegunaan rakyat ini mestilah diteruskan oleh kerajaan sekarang melalui agihan bajet belanjawan 2022.

Speaker

Mula gulung ya Yang Berhormat. Mula gulung.

Terima kasih. Pelaksanaan projek di kawasan ADUN lain juga terhenti semasa perubahan mas..aahh….

… terhenti semasa perubahan ah… turut disambung dan diselesaikan agar peruntukan ah… sumbangan penggunaan wilayah itu mencapai matlamat sasaran demi untuk kesejahteraan rakyat serta menjadikan kerajaan pada hari ini sesuai dengan intipati ucapan sudah ah… sampaikan oleh Yang Amat Berhormat er… Ketua Menteri. Saya turut mengambil peluang ini untuk mengemukakan pertanyaan kepada kerajaan ada ah… sekarang, khususnya kementerian berkenaan usul berikut; adakah usaha kerajaan Warisan sebelum ini, yang mahu mengazetkan tanah untuk tujuan perkampunan, perkampungan dan juga tanah perkuburan di kawasan N.50 Gum-Gum akan diteruskan oleh kerajaan GRS? Keadaan ini perlu mendapat perhatian segera agar lebih memudahkan birokrasi dan perlaksanaan projek di luar bandar pada masa ini dan akan datang boleh dirancang lebih teratur. Penyusunan semula kampung-kampung akan menjadi lebih baik, lebih kondusif untuk didiami di samping memudahkan penduduk menyempurnakan tanggungjawab pengebumian di kalangan masyarakat setempat.

Datuk Speaker, tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan 2021 dan melangkah ke tahun baharu 2022. Sesuai ah… dengan pembentangan belanjaan bajet ini dan hala tuju pembangunan Sabah yang menghidupkan kembali slogan lama ‘Sabah Maju Jaya’ itu, pada tahun depan, kita akan memasuki satu lagi fasa sejarah baru negeri ini.

Di kesempatan ini juga, saya mahu mengetahui dan bertanya kepada yang Amat Berhormat Menteri dalam ah… dewan yang mulia ini kenal status Sandakan, dijangka akan di naik taraf menjadi bandaraya kedua negeri ini, pada Februari tahun 2020.

Jika ini akan dilaksanakan, adakah Sandakan itu sudah mampu dan mematuhi kriteria naik taraf bandaraya yang baharu?

Speaker

Sila gulung, Yang Berhormat.

Ya.

Sekejap lagi.

Ah… mendapat pengiktirafan tertentu sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa di bidang tertentu sejajar dengan taraf sebagai sebuah bandaraya. Di dalam kriteria di atas, masih belum lagi memperincikan keperluan naik taraf lapangan ah… terbang Sandakan untuk menampung kapasiti kapal terbang yang lebih besar untuk mendarat dengan membawa jumlah penumpang yang lebih ramai. Landasan ah… Lapangan Terbang Sandakan mesti dinaik taraf dengan mempunyai dua landasan, terbang dan mendarat, aerobridge yang comfortable, kapal terbang yang singgah, kemudahan letak kereta yang luas, kondusif dan selamat, serta keperluan yang sesuai dengan standard sesebuah lapangan terbang antarabangsa. Datuk Speaker, ah….

Speaker

Masa tamat, Yang Berhormat. Masa tamat.

Datuk Speaker, belanjawan ini hanya surface saja, perlaksanaannya lembab dan tidak mencapai sasaran. Semangat SMJ, Sabah Maju Jaya jangan sampai jadi Sabah mundur juga, juga teruskan memerintah, teruskan mentadbir. Kami memerhati ah… check and balance. Rakyat negeri ini bos kita, kerana mereka yang membuat kita menghadiri persidangan ini, di bilik aircond ini sedangkan mereka berpanas dan hujan di luar sana namun kuasa di tangan mereka.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan selamat menyambut dan merai ah… menyambut ah… Hari ah… Krismas kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2022.

Akhir sekali, Saya, Arunasin bin Taip, N.50 Gum-Gum, mohon mencadang. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat. Sila gunakan pelitup muka semula. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat ADUN N.67 Balung. Yang Berhormat ada sehingga jam 6 untuk menghabiskannya.

Jadi pandai-pandailah, potong sana potong sini.

5:54 petang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarahkatuh, selamat petang, salam sejahtera, dan salam Sabah Maju Jaya. Yang Berhormat Datuk Speaker, pertama sekali saya, izinkan saya mengucapkan taniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor dan juga kerajaan Gabungan Rakyat Sabah atas pembentangan bajet kerajaan negeri tahun 2022 yang telah dibentangkan pada 03/12/2021, pada hari Jumaat yang lalu. Bajet ini merupakan bajet kali kedua kerajaan GRS memerintah di Sabah. Bajet ini saya sifatkan sebagai mantap, mesra, dan membela rakyat yang merangkumi semua aspek pembangunan yang menyeluruh.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Speaker yang memberi peluang kepada saya untuk membahas dan menyuarakan suara dan aspirasi rakyat dari kawasan saya.

Belanjawan negeri tahun 2022 yang memperuntukkan sebanyak RM4.596 bilion untuk menampung perbelanjaan perbekalan, bagi tujuan mensejahterakan rakyat melalui slogan ‘Sabah Maju Jaya’ yang berteraskan ‘Ekonomi Pulih, Rakyat Sejahtera’, amatlah tepat pada masanya.

Justeru, untuk menjayakan dan merealisasikan hasrat ini, kerajaan perlu fokus kepada perlaksanaan projek-projek pembangunan ini, untuk memastikan sistem penyampaian secara efektif dan telus, sekaligus dapat dirasai dan dinikmati, dinikmati oleh rakyat keseluruhannya. Yang Berhormat Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin membawa masalah utama yang selalu disuarakan dan diutarakan oleh masyarakat di kawasan DUN saya serta daerah Tawau.

Perkara yang selalu dibangkitkan dan diketengahkan ialah, masalah bekalan air bersih di mana dalam bajet 2022 yang dibentangkan oleh yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Jabatan Air Negeri Sabah diperuntukkan sebanyak 5,498.7 juta untuk pelaksanaan projek bekalan air terawat berperingkat bagi keperluan masyarakat yang memerlukan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak seratus sebanyak RM152 juta, 152.959 juta diperuntukkan di bawah program projek pembangunan perbekalan air negeri untuk penyelesaian serta merta dan jangka pendek di seluruh Sabah.

Sehubungan dengan itu, saya mohon kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima, Menteri Kerja Raya dan infrastruktur, melalui JANS, menyalurkan peruntukan bagi menaik taraf loji air di kawasan Balung daripada 20 juta liter sehari ke 60 juta liter sehari.

Serta menaik taraf paip-paip, tangki-tangki air sedia ada untuk menyelesaian masalah kratikal ketidakcukupan bekalan air bersih. Untuk maklumat, masyarakat di kawasan sekitar DUN Balung selalu mengalami bekalan air terputus sehingga beberapa hari termasuk catuan air yang dilakukan oleh Jabatan Air Daerah Tawau disebabkan oleh bekalan air bersih yang tidak mencukupi. Seperti yang kita sedia maklum, air merupakan keperluan asas yang penting dalam kehidupan seharian. Dengan adanya kelulusan peruntukan menaik taraf loji air Balung ini, ia akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih dalam masa jangka panjang di kawasan Kampung Ranggu, Kampung Andrassy, Kampung Serudung, serta taman-taman perumahan yang ada di kawasan DUN Balung serta di berapa buah kampung DUN Apas.

Sehubungan dengan itu, saya juga memohon agar projek bekalan air daerah Tawau bagi Projek Bekalan Air Tawau Fasa 3, reka bentuk dan pembinaan empangan air Tawau dapat disiapkan mengikut jadual tarikh siap baru, iaitu pada awal tahun 2024 kerana daerah Tawau juga menghadapi masalah bekalan air bersih yang kritikal. Yang Berhormat Datuk Speaker, selain daripada masalah air di kawasan saya, saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Datuk Menteri Kerja Raya, mengenai jalan raya dan jambatan yang berdaftar dengan JKR yang memerlukan naik taraf segera memandangkan keadaan jalan raya dan jambatan tersebut adalah laluan utama penduduk kampung. Salah satu jalan raya adalah Jalan Maria, yang berstatus gravel untuk dinaik tarafkan ke jalan aspal sepanjang 0.6KM. Untuk makluman, Jalan Maria adalah jalan raya yang menghubungi antara penduduk Kampung Ranggu, Kampung Andrassy, dengan kampung-kampung yang ada di sekitar DUN Balung dan juga ke Lapangan Terbang Tawau.

Saya juga sentiasa menerima aduan berhubung keadaan jalan barat daya yang sangat rosak teruk berlubang-lubang sehingga membahayakan kepada pengguna-pengguna jalan tersebut, terutama sekali kenderaan kecil. Jadi, saya berharap pihak,

saya berharap pihak, saya berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelenggara keselesaan kepada pengguna-pengguna.

Speaker

Jam telah menunjukkan tepat pukul 6. Jadi, sila sokong lah.

Jadi, oleh kerana masa tidak mengizinkan dan saya masih banyak lagi yang perlu saya sampaikan, Datuk Speaker. Jadi, dengan ini saya menyokong inisiatif yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi perbelanjaan tahun 2022 seiring dengan slogan Sabah Maju Jaya sejajar dengan tema Belanjawan 2022 Ekonomi Pulih Rakyat Sejahtera.

Sebelum mengakhiri ucapan perbahasan saya pada hari ini, saya ingin menyertai rakan-rakan Ahli-Ahli Dewan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal dan Selamat tahun Baharu kepada rakan-rakan di Dewan yang mulia ini.

Yang Berhormat Datuk Speaker, saya mohon menyokong. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Balung.

Sekianlah perbahasan kita daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya ucapkan terima kasih. Inshaa Allah pada tahun hadapan sidang-sidang kita akan berusaha untuk menambah hari persidangan untuk membolehkan YB.YB semua memberi masa yang lebih untuk berucap. Jadi untuk kali ini, Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan ini ditangguh dan akan bersidang semula pada Rabu 8 Disember 2021, pukul 10:00 pagi. Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 6:00 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga pukul 10:00 pagi, 8 Disember 2021”.

SDN07122021/bnm