Sabah · 9 December 2021
16th Assembly, 2nd session, 2nd meeting · not final · 636 turns · 26,607 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗
ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions
Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.
Sebelum saya menjemput ah, soalan yang pertama, Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin maklumkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat ada sebuah beg eksekutif, untuk Ahli-ahli Yang Berhormat gunakan menghadiri sidang Dewan pada masa-masa akan datang ya.
Terima kasih.
Oleh itu, saya jemput, Yang Berhormat… Silam.
Bismillahhirahmannirahim Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Soalan saya, soalan nombor satu (1).
Yang Berhormat Menteri silakan.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Pembinaan Loji Lahad DatuQuestions
*1.
YB. Tuan Dumi bin Pg. Masdal [Silam] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI / MENTERI KERJA RAYA, apakah status pembinaan loji Lahad Datu, “water supply” di sungai Segama, berapa peratuskah proses kerja yang telah dicapai berkaitan pembinaan loji tersebut dan bilakah projek loji tersebut dijangka siap.
Jawapan
Bismillahhirahmannirahim, Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat pagi dan salam sejahtera. Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat daripada Silam dan Dewan yang mulia ini, Projek Sistem Bekalan Air Lahad Datu, Sabah telah disambung kembali pelaksanaannya, fizikalnya telah perjanjian tambahan ataupun saya supplementary agreement dimetry pada 2 Mac 2020. Kemajuan fizikal projek ini setakat 30 November 2021 adalah sebanyak 7.4 % berbanding 9.80 seperti yang dijadualkan.
Peratusan kelewatannya hanya
sebanyak 2.4 %.
Kelewatan 24 % terhadap pelaksanaan fizikal projek ini adalah disebabkan pertama, masalah kekurangan bahan daripada pihak pembekal, dan kelewatan kelulusan permohonan izin lalu, untuk kerja-kerja pemasangan paip. Jumlah kapasiti reka bentuk Loji Rawatan Air Lahad Datu adalah sebanyak 60 juta liter sehari dan dijangka akan kembali membekalkan air terawat ke seluruh kawasan Bandar Lahad Datu, kawasan Segama, sebahagian kawasan Silam, termasuk Kampung Jawa, Kampung Batik dan Taman Fajar dan seterusnya ke Palm Oil Industry Cluster (POIC). Projek ini dijangka akan siap pada Jun 2023. Terima kasih.
Soalan tambahan Yang Berhormat. Soalan Tambahan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan penjelasan yang menggembirakan penduduk Lahad Datu. Apabila siapnya kedua-dua loji watersupply di Sungai Segama dan Sungai Diwata, pelabur-pelabur akan datang melabur membuka kilang-kilang mereka terutamanya di kawasan POIC. Soalan saya, bolehkah Yang Amat, Yang Berhormat Menteri, bersimpati untuk beri bajet peruntukan untuk dibawa bekalkan air bersih ke Pulau Saka Tanjung Paras, Tawarakan, Tanjung Batu melalui dasar laut yang jauhnya lebih kurang dua (2) kilometer? Kerana pulau tersebut tidak ada sumber air untuk kegunaan penduduk pulau tersebut. Terima kasih.
Ah terima kasih Yang Berhormat di atas…
Terima kasih Yang Berhormat di atas kegigihan untuk membantu rakyat di pulau-pulau ini dan Yang Berhormat perlu mengemukakan satu cadangan secara terperinci dan kita akan angkat demi untuk memastikan tidak ada rakyat Negeri Sabah ini yang tidak mendapat bekalan air bersih. Terima kasih.
Soalan tambahan, ada? Kalau tidak ada sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin.
Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor dua (2).
Okey. Yang Berhormat Menteri.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Strategi Jangka Panjang Untuk Memastikan Stok Makanan MencukupiQuestions
*2.
YB. Datuk Dr. Yusof @ Josree Yacob [Sindumin] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, apakah strategi jangka panjang kerajaan untuk memastikan stok makanan seperti beras, ikan dan bahan makanan lain mencukupi tanpa perlu diimport daripada luar negara (selfsufficient).
Jawapan
Tuan Speaker, kerajaan komited untuk memastikan keperluan bekalan makanan negeri sentiasa mencukupi.
Kerajaan negeri mensasarkan 60% tahap sara diri atau subsistence level SSL beras pada tahun 2030 berbanding 24% pada tahun ini. Kementerian saya melalui Jabatan Pertanian Sabah dan Jabatan Pengairan dan Saliran JPS melaksanakan strategi - strategi seperti berikut: 1.
Pembukaan sawah dan penanaman kawasan baru bagi meningkatkan keluasan fizikal sawah padi. Sebagai contoh, tanah seluas 11,000 hektar di Semenanjung Dent, Felda Sahabat, Lahad Datu telah pun dikenal pasti sebagai kawasan yang berpotensi untuk penanaman padi.
Jabatan Pengairan dan Saliran dijangka akan menjalankan kajian sumber air di kawasan ini di bawah kajian separuh penggal RMK Ke-12.
2.
Memulihkan tanah sawah terbiar seluas 3,425 hektar yang masih terdapat di Sabah melalui pelaksanaan projek pemulihan tanah sawah terbiar yang dibiayai oleh kerajaan persekutuan.
3.
Penaik tarafan infrastruktur pengairan dan saliran terutama daerah - daerah besar dan utama penanaman padi di Sabah seperti di Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Keningau dan Tambunan.
4.
Aktiviti berterusan penyelidikan dan pembangunan tanaman padi dalam aspek penghasilan variety berhasil tinggi dan tahan penyakit.
5.
Penerapan teknologi automasi seperti penggunaan drone untuk aktiviti pembajaan dan pengawalan hama dan penyakit dalam pengurusan penanaman padi. Pengeluaran hasil sayur-sayuran adalah 53% SSL. Buah-buahan adalah 92%, manakala kelapa, nenas dan durian telah mencapai 99%. Strategi jangka panjang adalah untuk memperluaskan penanaman dan meningkatkan pengeluaran bagi keperluan aktiviti hiliran dan eksport. Bagi tujuan ini, pelaburan swasta adalah digalakkan.
Bagi sektor perikanan, Sabah telah mencapai SLL melebihi 100%.
Lebihan surplus bekalan ikan pada Oktober 2021 iaitu sebanyak 25,477 metrik tan menjadikan Sabah satu-satunya negeri pengeksport bersih atau pun net exporter komuniti ikan. Sektor perikanan menyumbang sebanyak 15.7% atau RM2.01 billion setahun kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar Negeri Sabah.
Tuan Speaker, pelbagai strategi jangka panjang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Sabah bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi. Antaranya adalah seperti berikut:
1.
Pengurusan sumber marin secara mapan melalui pembahagian zon penangkapan ikan mengikut saiz vessel.
2.
Mengawal kuantiti dan kualiti hasil ikan untuk bekalan domestik dan eksport melalui pengeluaran permit import dan eksport.
Sehingga November 2021, sebanyak 75 buah syarikat pengeksport dan pengimport berdaftar dengan Jabatan Perikanan Sabah.
3.
Mengalakkan penangkapan laut dalam melalui pemberian insentif. Antaranya insentif Cukai Galakan bagi projek pengeluaran bahan makanan 2.0. Sehingga kini sebanyak 35 lesen kapal laut, sebanyak 35 lesen kapal laut dalam telah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Sabah.
4.
Menempatkan lebih banyak tukun tiruan untuk melindungi habitat ikan, pembiakan dan menjangkakan meningkatkan populasi ikan. Pada tahun 2021, sebanyak 139 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di 9 lokasi di seluruh Sabah. 5.
Memulihara ekosistem marin melalui aktiviti penanaman batu karang. Pada ketika ini terdapat 3 buah syarikat yang aktif melaksanakan aktiviti propagasi batu karang iaitu hanya batu karang lembut sahaja yang dibenarkan sementara pengambilan dari ekosistem liar tidak dibenarkan.
6.
Menggalakkan dan melesenkan aktiviti aquaculture marine dan air tawar di seluruh Sabah dengan mensasarkan pengeluaran lesen sebanyak 100 lesen setahun.
7.
Melaksanakan Program Stock Enhancement yang melibatkan pelepasan benih di sungai dan perairan umum. Dalam RM Ke-12, sebanyak 100,000 benih ikan air tawar telah dilepaskan di 25 lokasi di Sabah.
8.
Memperkasa Sistem Tagal untuk konservasi dan pengurusan secara mapan. Setakat ini terdapat 560 tagal di seluruh Sabah. Manakala sasaran dalam RMKe-12 adalah sebanyak 50 tagal iaitu 10 tagal setahun. 9.
Penguatkuasaan undang-undang perikanan di bawah Akta Perikanan 1985 untuk mencegah aktiviti pencerobohan kawasan tangkapan dan penaman ikan menggunakan bahan letupan.
Tuan Speaker, kementerian saya melalui Ko-Nelayan melaksanakan beberapa strategi jangka panjang.
Antaranya program Pembangunan Aquaculture yang melibatkan penternakan ikan marin komersial seperti ikan kerapu hybrid dan siakap seperti berikut:
1.
Pengeluaran benih ikan kerapu hybrid pada tahun 2021 sebanyak 40,288 benih ikan kerapu hybrid dikeluarkan di pusat pengeluaran benih ikan marin di Tuaran yang melibatkan 18 usahawan akuakultur.
2.
Projek Ternakan Ikan Marin Dalam Sangkar.
Jumlah pengeluaran daripada projek ini adalah sebanyak 5,308 kilogram berbanding sasaran 6,000 kg pada penghujung tahun 2021.
3.
Pusat pengumpulan saiz komersil 18 em 800 gram hingga 1.2 kilogram yang mana melibatkan pembelian hasil ternakan beserta bimbingan Ko-Nelayan untuk tujuan pemasaran.
Tahap diri SSL telah pun mencapai 100%.
Bagi bekalan daging ayam 90% 98%, telur ayam 99%, daging khinzir 99%, manakala bekalan susu segar adalah 128%.
Program - program pengeluaran bagi komoditi ini akan diteruskan dan dipertingkatkan.
SSL bagi daging lembu dan kerbau adalah 10%.
Kerajaan mempunyai rancangan khusus untuk memastikan peningkatan bekalan daging melalui program seperti berikut: 1.
Program memperkasakan ruminon Sabah. Biayaan Kerajaan Persekutuan berjumlah 12 juta RM12 juta melibatkan pengagihan lembu daging, kambing dan biri-biri untuk diternak oleh peserta program.
2.
Program Pintar atau pun Projek Integrasi Lembu Pedaging. Biayaan kerajaan negeri berjumlah 300 RM300,000 melibatkan pengagihan 60 ekor lembu pedaging kepada 10 peserta program di kawasan ladang sawit.
……program di kawasan ladang sawit.
3.
Projek usahawan kambing dengan peruntukan RM300 ribu setiap tahun. Perolehan kambing dari projek ini juga diagihkan kepada peserta projek yang layak.
Tuan Speaker, kementerian saya melalui Korporasi Pembangunan Desa melaksanakan program peladangan kontrak, petani luar bandar bagi membiayai projek-projek penternakan ayam pedaging, penternakan ayam kampung, pemeliharaan cendawan, penternakan lebah madu dan projek penanaman pomelo. Pada tahun, pada tempoh Januari hingga November 2021 jumlah pengeluaran ayam
pedaging adalah sebanyak 1.907 perpuluhan juta metrik tan manakala cendawan 27.2 metrik tan, pomelo 25.3 metrik tan, dan madu lebah 7.0 metrik tan. Sekian, terima kasih.
Yang Berhormat Sindumin ada soalan tambahan? Soalan Tambahan
Ya, terima kasih Datuk Speaker. Soalan tambahan. Bekalan makanan kita di Sabah ini kita lihat 2 jenis makanan iaitu beras dan juga daging sangat jauh lagi daripada mencukupi. Tahniah yang lain tu kita lihat SSL telah melebihi dari keperluan dan kita boleh eksport. Soal beras memang lebih murah kalau kita import begitu juga daging tetapi jangka panjangnya Datuk Speaker, amat merbahaya kepada negeri dan negara kita kerana kita terlalu bergantung kepada import dan import ini boleh terjejas bila ada krisis seperti masalah pengangkutan, masalah perang dan sebagainya.
Apa yang dirancang oleh kerajaan saya lihat adalah conventional style atau pun cara yang lama dan tidak mendapat hasil yang positif. Apa kerajaan akan mengubah sedikit cara mengikut apa yang berlaku di negara lain dan mempastikan bahawa setiap daerah di kawasan kita ini Negeri Sabah ini ada produk dan memperuntukkan sebahagian daripada duit untuk mengimport barang itu kita agih-agihkan ke setiap daerah melalui agensi yang memantau dan membeli hasil daripada orang kampung ataupun petani misalnya beras dan juga penternak daripada daging seperti yang dicadangkan. Jadi ertinya rakyat melihat di daerah satu daerah itu berapa peruntukan dan mungkin melalui rangsangan para penternak ataupun petani boleh berlumba-lumba untuk merebut peluang. Kita jangan bagi baja subsidi kita jangan bagi yang lain. Kerana kalau bagi baja subsidi dia akan berakhir di bawah rumah tidak dipakai. Tetapi kita mahu melihat hasil daripada petani ataupun orang kampung barulah mungkin mereka lebih percaya. Apa pandangannya Yang Berhormat? Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Yang Berhormat Sindumin.
Sebenarnya memang sememangnya kita
menyedari bahawa sumber padi adalah merupakan keperluan utama rakyat di negara kita. Oleh sebab itulah maka ada beberapa rancangan kementerian untuk menambahkan sentiasa menambahkan kapasiti pengeluaran padi antaranya ialah seperti pemulihan tanah sawah-sawah yang terbiar dan meningkatkan kemudahan dari segi sistem pengairan kemudian mewujudkan jelapang padi serta menggunakan dan mengaplikasikan beberapa teknologi moden seperti penggunaan drone dan sebagainya supaya ini akan memudahkan pihak tani untuk mengerjakan penanaman padi.
Dengan cara ini kita dapat menggalakkan mereka untuk terus mengusahakan sawah padi kerana pada ketika ini kita pun menyedari bahawa ada kecenderungan petani-petani semakin beralih kepada bidang-bidang lain. Jadi dari segi penambahan peruntukan yang itu saya akan jawab secara bertulis kerana kita pun belum mempunyai data yang terperinci mengenai berapakah peruntukan yang akan ditambah dalam setiap tahun bagi meningkatkan pengeluaran padi. Terima kasih Yang Berhormat.
Inanam…
Tunggu saya tanya dahulu, bukannya you bangun terus. Tunggu saya tanya soalan tambahan baru you bangun. Ok. Inanam. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker. Adakah rancangan kerajaan untuk terus memajukan tanaman buah-buahan tidak bermusim seperti nangka, limau kasturi, nenas, pisang dan di mana ladang-ladang yang sedang beroperasi? Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Sindumin.
Bukan Sindumin, Inanam sudah tu.
Oh sorry Sindumin, Inanam. Ahh memang sebenarnya Kementerian Pertanian sentiasa
menggalakkan rakyat atau penduduk untuk menanam tanaman-tanaman khususnya yang mempunyai nilai penghasilan yang tinggi. Antara yang disebut dan disoal oleh Yang Berhormat Inanam ialah seperti nangka, limau, nanas, pomelo dan sebagainya. Memang kita sentiasa menggalakkan dan untuk makluman Dewan Yang Mulia, melalui KPD, melalui Korporasi Pembangunan Desa kita menggalakkan penanaman nangka yang kita panggil sebagai J33 yang mana nangka ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan digalakkan serta boleh diproses kepada bahan makanan yang lain.
Jadi, selain daripada itu, pomelo juga sedang sekarang ini kita tanam secara agak besar di bahagian Tenom sebelah sana dan kita menggalakkan juga di tempat-tempat lain tapi bergantunglah kepada kesesuaian tanah sebab tidak semestinya setiap jenis tanaman ini sesuai ditanam di tempat-tempat yang lain. Bagi tanaman pisang, ianya memang saya rasa pisang ini hampir semua tanah pun boleh hidup, nanas pun begitu khususnya tanaman nanas MD2 tetapi ianya bergantung kepada bagaimana tanaman ini diusahakan, pengurusan itu yang paling penting sebab nanas MD2 ini boleh tumbuh di mana-mana tetapi bergantung kepada sistem pengairan, batas, pengurusan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanjong Kapor.
Soalan saya nombor tiga (3).
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Senarai Projek Pembangunan Di Daerah KudatQuestions
*3.
YB. Tuan Chong Chen Bin [Tanjong Kapor] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR: (a) senarai jumlah projek bagi tahun 2021 dan projek pembangunan yang telah siap sepanjang tahun 2021 di Kudat; dan (b) senarai jumlah projek pembangunan yang tergendala di Kudat sepanjang tahun 2021 dan apakah sebab projek tersebut tergendala (jika ada).
Jawapan
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari N.4 Tanjong Kapor dan Dewan Yang Mulia ini, maklumat yang diperolehi daripada Pejabat Daerah Kudat, sebanyak 71 buah projek telah dilaksanakan di daerah Kudat bagi tahun 2021. Daripada jumlah tersebut, hanya 5 projek sahaja yang masih lagi dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada hujung tahun ini. Terima kasih.
Soalan tambahan. Tanjong Kapor soalan tambahan? Tiada? Ada sesiapa mahu tanya soalan tambahan? Ok, saya jemput Yang Berhormat Kadamaian.
Tuan Speaker, soalan saya nombor empat (4).
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Penjawat Awam Negeri Yang Belum Menerima Vaksin Covid-19Questions
*4.
YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada KETUA MENTERI, berapakah jumlah / peratusan penjawat awam negeri yang belum menerima vaksin COVID-19 setakat ini dan apakah dasar kerajaan negeri terhadap penjawat awam negeri yang tidak mahu menerima suntikan vaksin COVID-19. Jawapan
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian serta Dewan Yang Mulia ini, selari dengan program imunisasi Covid-19, untuk mengurangkan kesan jangkitan akibat virus Covid-19 kerajaan negeri turut menggalakkan penerimaan vaksin di kalangan penjawat awam. Setakat 23 November 2021, seramai 19,584 daripada 20,271 ataupun bersamaan dengan 97% penjawat awam negeri telah menerima vaksin dan ini termasuklah pihak berkuasa tempatan dan juga badan berkanun negeri. Bilangan penjawat awam negeri yang belum mengambil vaksin atas factor isu kesihatan dan lain-lain adalah sebanyak 687 atau bersamaan dengan 3%. Kerajaan negeri telah menetapkan agar semua penjawat awam perkhidmatan awam negeri melengkapkan imunisasi Covid-19 untuk mewujudkan persekitaran tempat…
… untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat dan memastikan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam negeri berada pada tahap yang optimum. Sehubungan dengan itu, Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan 11 Tahun 2021 bertajuk ‘Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Negeri’ yang berkuatkuasa 14 Oktober 2021 telah pun dikeluarkan.
Datuk Speaker, secara ringkasnya, selepas 1 November 2021, semua pegawai kerajaan negeri perlu melengkapkan dos imunisasi Covid-19 dengan mengemukakan sijil digital vaksinasi Covid-19, mana-mana pegawai gagal mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pegawai dikenakan tindakan tatatertib ataupun ditamatkan perkhidmatan selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
Pegawai yang tidak layak untuk menerima suntikan imunisasi Covid-19 hendaklah mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan dan memaklumkan ketua jabatan.
Bagi memastikan pelaksanaan dasar ini, ketua jabatan boleh mempertimbangkan kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk menguruskan mana-mana pegawai yang tidak mendapat dan melengkapkan imnunisasi Covid-19 bukan atas sebab atas kesihatan. Kaedah-kaedah ini termasuklah mengarahkan pegawai untuk membuat ujian pengesanan Covid-19 berkala, sesi kaunseling, bekerja dari rumah untuk satu tempoh dengan menggunakan cuti kelayakan yang ada dan kemudian cuti tanpa gaji yang dilayaki, dan akhirnya tindakan penamatan perkhidmatan. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Terima kasih, Datuk Speaker. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk arr… melonggarkan err… SOP bagi rakyat yang juga belum menerima suntikan vaksin atas sebab kesihatan ini untuk mereka berurusan di pejabat-pejabat kerajaan arr… untuk pekara yang tidak boleh dilaksanakan secara
maya? Maksud saya, barangkali hal-hal berkaitan tanah, misalnya. Sebab persepsi mereka di kalangan perkhidmatan awam ini pun ada juga tidak menerima vaksin. Mereka boleh bekerja di jabatan mereka di tempat kerja mereka tapi, rakyat pula dibataskan ar… keberurusan mereka itu di pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat komersial.
Adakah kerajaan bercadang melonggarkan sedikit arr… apa nama, dasar ini supaya perkara yang tidak boleh dilaksanakan diuruskan secara online itu, mereka boleh arr… berurusan di pejabat kerajaan arr… se selagi mereka itu disahkan bebas Covid? Arr… disahkan oleh doktor lah. Mengambil swab dan disahkan negatif. Pada saya, ini mungkin boleh dikecualikan daripada SOP ataupun dasar kita yang melarang rakyat berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan. Terima kasih. Adakah kerajaan bercadang?
Terima kasih di atas arr… soalan tambahan tersebut.
Kita perlu ingat, SOP yang dikeluarkan itu ada satu saja, yang dikeluarkan oleh KKM, bukannya dua. Ini kita tidak mau pula di apa tu dipanggil sebagai double standard. Walau bagaimanapun, seperti saya nyatakan tadi bahawa, ketua-ketua jabatan ini mempunyai budi bicara. Budi bicara untuk mengarahkan pegawai untuk membuat ujian arr… ujian secara berkala dan juga sesi kaunseling. Mereka dibenarkan bekerja di apa ini rumah arr… masing-masing.
Tetapi, perlu juga diingatkan bahawa disgrasi ini hanya di mempunyai tempoh. Saya telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri bahawa kita tidak boleh bagi kelonggaran ataupun mengaplikasikan disgrasi tersebut itu tanpa mempunyai tempoh dan saya cadangkan, cadangkan supaya mungkin 3 bulan daripada surat pekeliling tersebut itu diguna pakai dan selepas itu kita akan tengok.
Kita juga prihatin. Untuk menamatkan perkhidmatan pegawai-pegawai kerajaan ataupun kaki kakitangan kerajaan itu adalah drastik, kerana kita tahu itu pekerjaan mereka itu, itu adalah mata pencarian mereka bukan saja untuk menanggung perbelanjaan keluarga mereka tetapi, juga mungkin kepada ibu bapa mereka. Tetapi, saya cadangkan di sini juga supaya mereka ini perlu perlu apa tu mendapat imunisasi, kerana saya difahamkan bahawa okay, kalau mengenai dengan atas kesihatan, itu kita boleh mendapat, mendapat apa itu surat pengesahan daripada
doktor. Tetapi, ada mereka yang tidak mengambil imunisasi ini disebabkan agama, disebabkan dipengaruhi oleh anti vaksin, dipengerahui oleh kawan-kawan dan sebagainya, dan ini kita tidak boleh terima. Terima kasih.
Soalan Tambahan
Mohon penjelasan. Saya tanya bagi pihak rakyat sebenarnya. Adakah ah… saya daripada penjelasan itu, adakah saya boleh menyatakan rakyat yang telah disahkan ah… bebas Covid arr… dari dari segi kesihatannya, disahkan oleh doktor itu boleh berurusan di pejabat-pejabat kerajaan? Belum terima vaksin tetapi disahkan bebas Covid itu, adakah mereka boleh berurusan di pejabat-pejabat kerajaan?
Mau jawab?
Datuk Speaker, ini juga menimbul satu masalah. Saya bagi satu contoh. Seorang pemegang adat, dia tidak mahu mengambil ini vaksin. Jadi bagaimana dia dapat menjalankan tugasan beliau, sekiranya dia tidak divaksin?
Walaupun dia menyatakan bahawa dia bebas tetapi, bagaimana dia punya apa ini, pelanggan-pelanggan dia, rakyat yang ingin berjumpa dengan dia? Mereka mempunyai kekhuatiran tetapi, ini ada kita terpu, arr… kita apa ni, terpulang kepada KKM, KKM untuk menentukan sama ada mereka yang apa ini yang di di apa ini, rakyat jelata ini yang ingin berurusan seperti mungkin pergi ke err… shopping mall dan sebagainya kerana KKM menentukan bahawa ini sukar untuk dipertimbangkan. Terima kasih.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sulabayan. Datuk Dr.
Tuan Speaker, soalan saya, nombor lima (5).
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Naik Taraf Klinik Kesihatan Pulau Bum-BumQuestions
*5.
YB. Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong [Sulabayan] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah status naik taraf Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum memandangkan masyarakat di Pulau Bum-Bum amat memerlukannya.
Jawapan
Tuan Speaker, untuk menjawab pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat ADUN Sulabayan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memaklumkan bahawa naik taraf Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum Jenis 4 iaitu, 150 hingga 300 pesakit sehari telah pun siap pada tahun 2019 dengan peruntukan sejumlah RM463,764.65. Pada tahun 2021, sejumlah RM161,453 diperuntukkan untuk naik taraf 2 buah blok kuaters yang mengandungi 16 unit, telah juga siap pada bulan Oktober tahun 2021, dan sedang digunakan. Setakat ini, jumlah kedatangan pesakit adalah sebanyak 11,563 orang pada tahun 2018. 16,340 orang pada tahun 2019, dan 15,629 orang pada tahun 2020, ataupun 32 orang pada tahun 2018, 45 orang pada tahun 2019, dan 43 orang pada tahun 2020 pesakit sehari. Pada masa ini juga, terdapat cadangan untuk menaik taraf sebahagian bangunan Klinik Kesihatan Pulau Bum-Bum sebagai pusat bersalin…
... sebagai pusat bersalin alternatif (ABC) bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Kesihatan bagi masyarakat Pulau Bum Bum.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan Datuk Dr.
Soalan tambahan saya, saya cuma nak maklumkan Yang Berhormat Menteri baru-baru ini saya, minggu lepas saya pergi lawat lagi klinik itu, tutup.
Sudah dinaik taraf tapi itu yang saya apa dalam perbahasan saya, dia ikut masa jadual kerja pukul 8 pagi, pukul 5 pagi. Kalau kita tengok bilangan memerlukan pesakit ini meningkat sampai ke 16,000 lebih dan
saya lihat pembaikan itu, tidak sempat saya masuk dalam. Pasal hal di luar tutup. Saya tengok dicat baru tapi cat tu pudar sudah semua.
Tapi kalau saya tengok figure tadi 400,063,161 ribu banyak figure ni. So ini satu keperluan. Itu yang kalau kita tengok lah, untuk makluman lah. Nanti kalau dapat YB Menteri nanti saya nak bawa ke sana.
Dulu saya ada bawa menteri kesihatan daripada Federal, tahun lepas masa kita kerajaan saya bawa Datuk Ruji ke sana. Itu yang ada peruntukan tu.
Persoalannya, Yang Berhormat. Apakah? Datuk Dr.
Ya, ya...Yang masalahnya sekarang ni, masih tidak beroperasi. Masih tidak beroperasi. Itu yang Hospital Semporna tidak mampu sampai dihantar ke Tawau. So, Pulau Bum Bum ni penyumbang penyakit banyak. So, saya sangat perlulah supaya perkara ini diambil perhatian. Terima kasih.
Ok. Terima kasih. Yang Berhormat Sulabayan terhadap soalan tambahan yang diutarakan sebentar tadi.
Saya mengambil perhatian dan InsyaAllah pada awal tahun hadapan kita boleh sama-sama melawat klinik tersebut untuk melihat keadaan sebenar.
Saya difahamkan bahawa pada masa kini, walaupun selepas kerja-kerja menaik taraf blok pentadbiran dan juga ah kuaters di klinik kesihatan tersebut.
Kita juga mempunyai dua (2) cabaran dalam operasi klinik tersebut. Pertamanya ialah berkenaan dengan bekalan elektrik di mana bekalan elektrik daripada SESB ke Pulau Bum Bum adalah dalam keadaan kurang stabil dan err di klinik kesihatan tersebut mempunyai dua (2) generator, set generator yang sudah berkeadaan usang dan keduanya adalah berkenaan dengan bekalan air yang begitu rendah di Pulau Bum Bum, ya.
Pulau Bum Bum saya difahamkan bekalan air rendah dan am bekalan air khusus untuk ke klinik itu juga dicatu. Jadi, mungkin nanti saya akan berhubung bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah arr berhubung dengan kementerian kerja raya, jabatan air untuk mencari solusi bagaimana arr menambah baik keadaan yang sedang dihadapi sekarang.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput, yang Berhormat Gum-Gum.
Arr, Datuk Speaker soalan saya, arr nombor enam (6)?
Silakan,Yang Berhormat Menteri.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Mewujudkan Mini Kompleks Sukan Di Dun N50 Gum-GumQuestions
*6. YB. Tuan Arunarnsin Taib [Gum-Gum] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, adakah cadangan untuk mewujudkan Mini Kompleks Sukan di kawasan DUN N50 Gum-Gum dan bilakah ianya akan dilaksanakan. Jawapan
Datuk Speaker, bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat daripada Gum-Gum dan makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan negeri melalui kementerian saya mendukung misi untuk mewujudkan satu kompleks sukan bagi setiap satu daerah, di seluruh Negeri Sabah. Sungguhpun begitu, kementerian saya belum ada perancangan khusus untuk mewujudkan Mini Kompleks Sukan di kawasan Dun N. 50 Gum-Gum buat masa ini memandangkan fasiliti Kompleks Sukan Sandakan sudah tersedia di daerah tersebut untuk kegunaan masyarakat setempat.
Kementerian saya telah mempunyai perancangan sendiri untuk menyediakan kemudahan Kompleks Sukan di 27 daerah seluruh Sabah. Terima kasih.
Soalan tambahan? Soalan Tambahan
Yang Berhormat Menteri arr, yang Kompleks di Sandakan itu agak jauh daripada Gum-Gum jadi saya mohonlah kalau ada cara untuk apa nama, arr membuat walaupun kecil, Mini Kompleks di kawasan Gum-Gum supaya belia-belia kita dapat beriadah ataupun arr menjalankan aktiviti sukan ah untuk masyarakat di kawasan DUN Gum-Gum.
Sebab ini penting bagi
saya, kita ingin melahirkan ah, melahirkan arr apa nama atlet-atlet yang berteras antarabangsa bukan sahaja di daerah tetapi juga di kampung-kampung seperti kawasan Gum-Gum sebab kita juga memohon kepada kerajaan supaya Gum-Gum ini akan dinaik taraf. Walaupun tidak daerah penuh tetapi barangkali daerah kecil di kawasan Pulau Gum-Gum. Terima kasih.
Untuk maklumat Yang Berhormat Gum-Gum dan sidang Dewan yang mulia ini, Kompleks Sukan Sandakan terletak di Batu 5 Jalan Sibuga, Sandakan sementara kawasan Gum-Gum terletak di Batu 16. Jarak di antara kompleks sukan yang terdekat adalah sejauh 21 kilometer dan masa perjalanan mengambil masa selama 25 hingga 30 minit.
Kita memahami hasrat dan juga harapan YB Gum-Gum untuk mewujudkan arr kompleks, mini kompleks sendiri tetapi kita juga membuat sedikit tinjauan dan mendapati kebanyakan tanah yang berada di Gum-Gum adalah tanah persen, tanah pertanian dan kawasan yang tidak sesuai.
Untuk makluman, Yang Berhormat Gum-Gum untuk membina satu mini kompleks, kita memerlukan sekurang-kurangnya minimum tujuh (7) ekar tanah dan sekiranya Yang Berhormat sendiri mempunyai cadangan tanah ataupun mempunyai lokasi yang sesuai arr kita di kementerian sangat-sangat mengalukan. Mana tahu ada tanah-tanah mahu wakafkah? Terima kasih.
Sukan ada wakafkah? Soalan Tambahan
Inanam tambahan, Datuk Speaker.
Ok.
Soalan ah, apakah rancangan kerajaan berkaitan keuzuran gelanggang-gelanggang futsal terbuka yang banyak di kampung-kampung, kawasan-kawasan komuniti Sabah yang nampak sangat uzur sekarang ini? Terima kasih.
Terima kasih. Yang Berhormat daripada Inanam sebenarnya gelanggang futsal ini dibina sebilangan banyak adalah dibina oleh Kerajaan Persekutuan.
Jadi kita sekarang ini sedang berunding untuk menaik taraf tetapi kata putus itu belum ada dan mudah-mudahan dalam tahun 2022 ini kita ada keputusan dan arr seterusnya akan menaik taraf dan memperbaiki arr gelanggang-gelanggang futsal yang sudah memang uzur. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Sekarang saya jemput, Yang Berhormat ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin.
Soalan nombor tujuh (7)?
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Pembinaan Muzium Mini Di RanauQuestions
*7.
YB. Datuk Amisah Yassin [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah status pembinaan Muzium Mini di Ranau dan bilakah ia dijangka akan siap dibina. Jawapan
Terima kasih, Tuan Speaker.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, khasnya Yang Berhormat ADUN Dilantik tempoh kontrak pembinaan muzium ini atau Muzium Tamadun Warisan Etnik Dusun Ranau adalah 18 bulan.
Projek ini telah bermula pada 01 Mac 2018 dan dijadualkan siap pada 01 September 2019. Walau bagaimanapun, kontraktor dapat, mendapat kelulusan masuk pada 28 April 2019.
Ini menyebabkan projek tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Dalam pada itu kerajaan telah meluluskan tempoh lanjutan masa nombor satu, EOT mulai 01 September 2019 hingga 30 Disember 2020.
Pemantauan terhadap projek ini kerap dijalankan oleh kementerian saya dan juga agensi di bawah kementerian iaitu Jabatan Muzium Negeri Sabah. Sepanjang
tempoh lanjutan yang diberikan kerja-kerja pembinaan tidak dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan kepada pihak kontraktor.
Teguran dan amaran telah diberikan namun pelbagai alasan yang diberikan pihak kontraktor dan setakat 30 September 2020 kemajuan semua kerja ini hanyalah mencapai 20 percent dan projek ini telah dikategorikan sebagai projek “SAKIT”. Berikutan dengan prestasi yang mendukacitakan ini serta tiada komitmen oleh kontraktor, satu mesyuarat jawatankuasa...
… satu Mesyuarat Jawatankuasa PEMANDU Projek Negeri yang dihadiri oleh pejabat Peguam Besar Negeri, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah telah diadakan bagi membincangkan dan memutuskan status projek ini.
Satu ketetapan telah diputuskan selaras dengan Perjanjian Kontrak Klausa 5.1 (b) yang memberi kuasa kepada pihak kementerian untuk mengeluarkan notis penamatan pada 16 Jun 2021, Kementerian telah mengeluarkan surat penamatan kontrak kepada kontraktor atas sebab kegagalan melaksanakan projek mengikut tempoh yang ditetapkan.
Tuan Speaker, sungguh pun kontraktor yang dilantik telah ditamatkan, namun kementerian saya tetap komited untuk merealisasikan pewujudan Muzium Tamadun dan Warisan Etnik Dusun di Ranau ini. Projek ini akan diteruskan di bawah Projek Sambungan Rancangan Malaysia Ke-12 dan pada ketika ini kementerian saya sedang dalam proses penilaian semula pelan pembangunan termasuk penilaian kos pembinaan untuk membolehkan kementerian mendapatkan kontraktor penyelamat untuk menghasilkan projek pembinaan muzium ini tidak tergendala lagi.
Kementerian saya akan memastikan kontraktor penyelamat yang akan dilantik akan menyiapkan projek ini mempunyai kredibiliti, berpengalaman dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Sekian, terima kasih.
Soalan tambahan?
Soalan Tambahan
Sebatik. Terima kasih Datuk Speaker.
Merujuk kepada ucapan perbahasan saya yang lepas, saya ada menyentuh dengan keadaan dengan pusat Muzium Orang Asal di sebelah Pantai Timur, ini di Kalabakan ataupun sebelah Tawau.
Jadi adakah pihak kementerian menyambut cadangan ini? Ataupun adakah pihak kementerian akan membina muzium ni Pantai Timur sana? Terima kasih.
Silakan.
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih di atas soalan yang diutarakan sebentar tadi. Saya akan lihat keperluan pembinaan cadangan muzium sebelah Pantai Timur dan kita akan dan kalau perlu kita akan teliti dan berusaha untuk merealisasikan cadangan Yang Berhormat daripada Sebatik. Terima kasih.
Inanam.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kukusan.
Soalan saya nombor lapan (8). Apakah langkah kerajaan negeri bagi memastikan Covid-19 di Sabah..
Nombor saja cukup, nombor saja cukup.
Oh ok, nombor lapan (8). Soalan saya nombor lapan (8).
Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Langkah Kerajaan Bagi Memastikan Kes Covid-19 Di Sabah TerkawalQuestions
*8.
YB. Puan Rina Hj Jainal [Kukusan] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN II, apakah langkah kerajaan negeri bagi memastikan kes COVID-19 di Sabah terus berada dalam keadaan terkawal.
Jawapan
Bismillahirahmanirahim assalamualaikum waramatulahi wabarakatuh. Datuk Speaker, untuk menjawab soalan Yang Berhormat dari Kukusan dan makluman Dewan Yang Mulia ini, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan keadaan peneluran Covid-19 di negeri ini adalah terkawal. Pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan kerjasama erat antara - antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan di Sabah.
Antara usaha yang dijalankan menyediakan SOP terperinci untuk diguna digunapakai oleh semua masyarakat. SOP yang dikeluarkan mengimbangi pembukaan sektor ekonomi. Pada masa yang sama, dapat mengawal pergerakkan orang awam agar tidak membawa risiko penularan Covid-19.
Penguatkuasaan di lapangan turut dijalankan. Pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Operasi bersepadu mahupun operasi secara rutin turut dilaksanakan oleh agensi kerajaan, agensi barisan hadapan seperti PDRM, KPM, PBT, RELA, MKN dan KKM.
Pemantauan pematuhan di lapangan dijalankan setiap hari bagi memastikan orang awam sentiasa patuh kepada SOP yang dikeluarkan. Selain itu, kerajaan juga turut melaksanakan program vaksinasi di bawah Task Force CITF yang mana program - program vaksin dijalankan di setiap daerah. Program Outreach turut dilaksanakan di bawah CITF dengan penubuhan task force khas bagi mendapatkan mereka yang belum divaksin. Selain itu, Program Outreach turut memberi khidmat nasihat dan makluman kepada semua lapisan masyarakat berhubung kepentingan dan keperluan vaksinasi dalam usaha kerajaan untuk mencapai imuniti berkelompok.
Pembukaan pusat-pusat pemberian vaksin di setiap daerah adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memudahkan capaian penerimaan vaksin. Pusat pemberian vaksin atau PPV telah dibuka di setiap daerah dengan kemudahan yang cukup dan selesa kepada mereka yang hadir untuk divaksin. Pemberian vaksin adalah percuma kepada semua lapisan masyarakat.
Datuk Speaker, adalah diharap agar usaha-usaha kerajaan ke arah mengawal penularan Covid-19 sentiasa mendapat kerjasama dari semua lapisan masyarakat di Sabah.
Dengan kerjasama daripada semua kita mampu melandaikan jangkitan Covid-19 ini. Terima kasih.
Soalan tambahan, Kukusan?
Soalan tambahan, Inanam.
Ah Sri Tanjong. Soalan Tambahan
Terima kasih Datuk Speaker.
Saya cuma ingin bertanya dengan YB Menteri tentang langkah-langkah untuk membuat saringan Covid-19 ini. Sedangkan self test kit ini sudah ada nampak ada itu price sudah turun. Adakah kerajaan berhasrat untuk membekalkan self test kit ini sebagai satu inisiatif untuk menggalak lebih banyak orang membuat self test sendiri, setiap minggu mungkin 2 kali kah bagi memastikan saringan ini boleh diteruskan? Sekian, terima kasih.
Terima kasih Tuan Speaker.
Buat masa ini kerajaan tidak ada berhasrat untuk membekal secara percuma kerana harganya pun sudah turun. RM6.50 dan beberapa sen ah? Dan saya fikir harga ini ada di apa tu adalah mampu milik bagi semua orang la. Ya.
Yang Berhormat, Senallang. Soalan Tambahan
Datuk Speaker, minta izin. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya, apakah yang sebenarnya variant Omicron ini? Yang baru ini datangnya dari benua Afrika dan apakah langkah - langkah pihak kerajaan ambil untuk cuba mengatasi supaya ianya dapat dibendung di Negeri Sabah ini? Terima kasih.
Terima kasih. Saya ingat varian baru ini adalah satu varian yang baru dikenal pasti di Afrika Selatan. Dan dikatakan sudah apa tu berleluasa di Eropah lah.
Kalau kita lihat apa yang dinyatakan oleh Menteri Kesihatan di United Kingdom, varian yang terbaru menjadi varian utama dalam apa tu dalam penularan sekarang di UK ialah varian baru ini.
Kita di Malaysia ini ada satu yang apa dikenal pasti tapi selepas itu didapati bahawa varian itu bukan lah varian yang telah merebak ya.
Dia melibatkan pelajar daripada Afrika, tapi telah dapat dikenal pasti lebih awal dan dia telah pun sembuh, ya.
Masalah varian ini ialah kerana dia satu, cepat cepat merebak. Dikatakan dua kali dua kali setengah ganda lebih cepat daripada varian - varian lain. Ah itu satu lah. Kedua juga, varian ni oleh kerana dia satu varian yang baru, kita tidak pasti adakah vaksin yang kita ada sekarang itu mampu untuk apa itu melawan dia. Alhamdulillah saya baca pagi tadi saya apa ini daripada kedua, kedua-duanya satu daripada BBC dan CNN bahawa nampaknya apa ini pa tu dapatan awal daripada kajian apa itu Oleh para apa tu para medical doctor mendapati bahawa vaksin yang ada sekarang boleh apa tu mampu untuk apa ini untuk menjadi benteng kepada apa ini melawan apa ini varian baru ini, Omicron ini.
Tetapi selain daripada itu, kita juga faham bahawa covid ini, mohon maaf kepada doktor di sini ya, saya bukan bercakap seolah-olah seorang doktor tapi saya tapi barang kali boleh lah saya faham sedikit. Masalah ini ialah dia terjadi dua perkara terlebih kalau sampai tempat kita, dia akan sampai apa pun varian lah dengan dua cara. Satu kena import, orang bawa, kedua juga mutasi. Mutasi ini dia datang sendiri macam Delta tu. Sebenarnya Delta itu…
Sebenarnya delta itu tidak perlu kita import, melalui mutation dia, dia akan wujud sendiri. Jadi itulah ada yang diimport ada yang terjadi sendiri kerana proses mutation.
Jadi cara terbaik bagi saya Yang Berhormat ialah patuhi SOP, Itulah cara yang terbaik.
Banyak orang cakap apakah langkah yang terbaik untuk kerajaan buat. Sebenarnya soalan itu harus, apakah langkah terbaik yang patut kita buat sebagai
individu untuk memastikan kita terhindar daripada jangkitan dan cara dia, elakkan daripada pergi ke tempat-tempat yang ramai orang dan sekarang ini kalau saya lihatlah baru saya anu tadi, ini supaya orang faham betul-betul ini vaksin ini bukan benteng, kita tidak jadi kebal. Kita masih boleh dijangkiti, cuma gejala atau kesan yang kita peroleh itu mungkin ringanlah, batuk dan ada yang tidak ada gejala sama sekali kecuali kita ada penyakit yang lain.
Saya pergi kepada, saya baru catat statistik tadi. Jangkitan baru dalam seminggu ya its very frightening, ini menunjukkan dan saya haraplah rakyat kita di Sabah ini especially yang sudah ada vaksin ini you are not, anda tidak kebal, masih boleh dijangkiti dan ini dikira statistik. Ini daripada peratusan mereka yang dijangkiti yang sudah, apa itu sudah divaksin.
2hb Disember 70% kes yang sudah divaksin, 3hb Disember 67%, 4hb Disember 68%, 5hb Disember 69%, 6hb Disember 72%, 7hb Disember 75%, kelmarin 70%.
So, inilah ini sesuatu yang predictable sebenarnya kerana bila kita buka industri, apa apa itu, kita buka aktiviti ekonomi ini kita kurang dari segi kawalan pergerakan dan juga perkumpulan manusia dan itulah tempat- tempat yang boleh berlakunya penularan itu. Jadi, saya minta kerjasamalah dari semua kita yang ada disini yang dipanggil wakil rakyat ini, barangkali elok jugalah kita nasihatkanlah apa itu, anak buah kita di kampung atau di kawasan kita sendiri. Please, please, please take care of yourself ya.
Kadang-kadang kita mungkin siapa yang sudah divaksin hanya sekadar batuk ringan ataupun tidak ada gelaja tapi don’t forget, kita sudah menjadi pembawa virus itu. We have become a carrier of the virus dan we can infect kita punya cucu, anak yang belum layak untuk divaksin. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat, itu sahaja yang kita sempat untuk sesi soal jawab lisan pada pagi ini. 11.03 pagi
Ucapan Penggulungan Perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan (2022/2021)Bill
Ucapan Penggulungan Perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan (2022/2021).
Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Ketua Menteri / Menteri Kewangan untuk menyampaikan ucapan penggulungan. Dipersilakan
Bismillahirrahmanirrahim assala’mualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Keluarga Malaysia dan Salam Sabah Maju Jaya.
Datuk Speaker, Alhamdulillah syukur kehadirat Allah S.W.T harini kita dapat sama-sama dalam sidang penggulungan perbahasan belanjawan negeri tahun 2022. Izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang Anggaran Perbekalan 2022 sejak awal minggu ini.
Penghargaan ikhlas daripada saya kepada semua yang telah memberikan pandangan dan cadangan, saranan serta teguran berkaitan dengan rang undang-undang berkenaan. Segala yang telah disentuh dan dikupas di Dewan yang mulia ini akan kita ambil perhatian dan tindakan susulan terhadap isu-isu atau perkara yang diakui penting serta membawa kebaikan untuk rakyat.
Datuk Speaker, saya juga mengalu-alukan pandangan dan syor membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang... Minta izin Speaker…Datuk Speaker, saya juga mengalu-alukan pandangan dan syor membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat sejak Isnin yang lalu.
Ternyata banyak yang mengambil berat dengan menyuarakan keperihatinan terhadap kedudukan kewangan serta sumber hasil negeri ini. Terima kasih saya ucapkan.
Izinkan saya meneruskan penggulungan berkaitan hasil negeri. Merujuk kepada cadangan yang dikemukakan oleh ADUN Kuamut dan ADUN Tungku berkenaan perluasan dan peningkatan kutipan hasil negeri.
Sememangnya kerajaan negeri sedar bahawa hasil yang kita nikmati pada ketika ini banyak bergantung kepada prestasi komoditi petroleum dan minyak sawit mentah yang nilai pasarannya adalah di luar kawalan kita. Naik turun harga pasaran produk petroleum dan minyak sawit mentah ditentukan oleh permintaan dalam pasaran global.
Meskipun pada masa kini harga pasaran produk petroleum dan minyak sawit mentah agak kompetitif, namum dalam memastikan kutipan hasil negeri tetap kukuh dan mapan, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk mendapatkan sumber baharu untuk hasil negeri ini.
Datuk Speaker…
Sebagai pemerintah yang prihatin, kerajaan ini akan memastikan sumber hasil baharu tidak akan membebankan mana-mana pihak, malah pendekatan win-win. . .
Datuk Speaker,
YB, ada soalan?
Minta laluan.
Belum pun kita baru start ini ya.
Terima kasih Datuk Speaker.
Saya berdiri ni sebab apa ini, ada disebut DUN Kuamut. Saya ucap terima kasihlah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kerana memberi laluan. Yang keduanya, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri..
Tanya soalan kah ini mahu berucap?
Ya sekejap. Sekejap ahh. Kerana memberikan peningkatan kepada pendapatan negeri dalam sejarah 2021. Yang kedua Datuk Speaker, sebelum saya sampaikan saya punya soalan…
Soalan, soalan terus, soalan terus Yang Berhormat. Soalan terus.
Ya sekejap Datuk Speaker.
Masa berbahas sudah habis, sekarang dia mahu menggulung. Kalau mahu tanya soalan, tanya soalan. Kalau tiada soalan, duduk.
Begini, dalam tempoh beberapa hari ini saya mengamati perbahasan daripada rakan-rakan saya di pembangkang, so apa yang
saya mahu tanya Datuk Speaker, di sini adalah saya mahu minta penjelasan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kerana menurut ucapan rakan-rakan saya yang masih di pembangkang, peningkatan hasil negeri ini seolah-olah mereka ambil kredit, seolah-olah ini usaha mereka. Ahhh begitu.
Jadi saya mohon penjelasan, peluang ini adalah mungkin peluang yang terbaik untuk Yang Amat Berhormat Ketua Menteri memberi penjelasan, kerana seingat saya cukai jualan negeri ini sudah sekian lama. So, minta penjelasan lebih lanjut kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Terima kasih.
Terima kasih Ahli daripada Kuamut. Kita baru ucapan alu-aluan, saya ingat dengar dulu baru kita boleh tanyalah. Mungkin di dalam sini ada sudah jawapan itu. Jadi saya teruskan Datuk Speaker.
Teruskan Yang Amat Berhormat.
Sememangnya kerajaan negeri sedar hasil yang kita nikmati pada ketika ini banyak bergantung kepada prestasi komoditi petroleum dan minyak sawit mentah yang nilai pasarannya adalah diuar kawalan kita.
Naik turun pasaran produk petroleum dan minyak sawit mentah ditentukan oleh permintaan dalam pasaran global. Meskipun pada masa kini harga pasaran produk petroleum dan minyak sawit mentah agak kompetitif, namum dalam memastikan kutipan hasil negeri tetap kukuh dan mapan, kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk mendapatkan sumber baharu untuk hasil negeri ini.
Sebagai pemerintah yang prihatin, kerajaan ini akan memastikan sumber hasil baharu tidak akan membebankan mana-mana pihak, malah pendekatan win-win atau menang-menang adalah asas bagi kerajaan…
… adalah asas bagi kerajaan mengambil tindakan demi kepentingan negeri dan rakyat.
Pada masa sama, kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha-usaha untuk mempertingkatkan kutipan hasil dan mengurangkan tung tunggakan hasil melalui pelbagai pendekatan termasuklah menambah baik sistem kutipan, memperkasakan penguatkuasaan, dan meningkatkan pulangan pelaburan kerajaan negeri. Semua inisiatif dan usaha tersebut perlu didokong dengan komitmen tinggi, kerjasama, dan sokongan padu daripada semua pihak.
Oleh itu, kerajaan juga mengalu-alukan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam meningkatkan dan mempelbagaikan sumber hasil negeri.
Datuk Speaker, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri, termasuklah ADUN Luyang dan ADUN Karamunting juga bertanya berkenaan strategi atau dasar percukaian kerajaan negeri.
Untuk makluman dewan yang mulia ini, kutipan hasil daripada cukai jualan negeri amatlah penting dan antara penyumbang utama kepada sumber kewangan negeri.
Oleh yang demikian, kerajaan pada ketika ini tidak bercadang untuk mengurangkan kadar ke atas mana-mana jenis cukai yang sedang dikutip, apatah lagi dengan harga seperti minyak sawit mentah, CPO, yang agak tinggi sekarang.
Walau bagaimanapun, kerajaan bersedia untuk mempertimbangkan cadangan yang bermanfaat daripada pihak industri yang boleh memberikan pulangan dan kesan limpahan ekonomi yang tinggi kepada negeri ini. Berkenaan produk-produk petroleum yang dikenakan cukai jualan negeri seperti yang dibangkitkan oleh ADUN Senallang, suka saya maklumkan bahawa kerajaan negeri pada ketika ini hanya mengenakan cukai ke atas dua jenis produk petroleum, iaitu minyak mentah petroleum dan gas asli atau gas asli cecair yang pada kadar 5 peratus bagi setiap produk berkenaan. Namun, jika didapati perlu dan sesuai, maka kerajaan negeri akan mengenakan cukai ke atas produk-produk petroleum lain yang merangkumi juga produk sampingan atau by product, tanpa menjejaskan produksi dan perkembangan industri hiliran minyak dan gas.
Datuk Speaker, saya sedar bahawa tuntutan hak berkenaan pemberian khas amat dekat dihati setiap anak Sabah. Sekali lagi, ingin saya tekankan bahawa kerajaan hari ini di bawah pimpinan saya tidak akan mengenepikan perjuangan hak negeri ini. Untuk makluman dewan yang mulia ini, satu jawatankuasa yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua telah ditubuhkan bagi meneruskan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan pemberian khas Negeri Sabah sepertimana hak negeri yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang kita semua sedia maklum, kerajaan negeri dan Petronas telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial atau Commercial Collaboration Agreement, CCA, pada hari Selasa 7 Disember lalu.
Melalui kolaborasi ini, satu Negeri Sabah akan mendapat perkongsian hasil berkaitan minyak dan gas yang lebih besar, Greater Revenue Sharing dan yang kedua, penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam hal-hal minyak dan gas, iaitu dengan izin, Greater Participation and Greater Share di Sabah.
Di bawah satu rangka kerja perundingan consultative framework commercial bersama dengan Petronas sambil memastikan Negeri Sabah mengekalkan perundangannya.
Kejayaan kolaborasi pelaksanaan CCA seperti ini memerlukan kebijaksanaan, muhibah, dan kesefahaman daripada kedua-dua pihak selain memastikan hak perundangan memberikan perlindungan muktamad bagi kepentingan negeri.
Kerajaan Negeri Sabah ditawarkan untuk menyertai di dalam projek LNG melalui kepentingan saham sehingga 25 peratus pada kos dan tanpa premium dalam anak-anak syarikat Petronas. Kaedah pembayaran adalah secara tertunda atau deferred payments menggunakan dividen daripada projek tersebut.
Pihak Petronas akan terus komited untuk membayar tunai, royalti minyak, dan cukai jualan negeri sebagai sebahagian daripada mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar dalam industri minyak dan gas.
Datuk Speaker, walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian hasil negeri, ini tidak bermakna kita boleh dengan sewenang-wenangnya membelanjakan semua hasil yang telah kita usahakan sedaya upaya. Kita perlu terus mengukuhkan rizab negeri bagi memastikan kewangan negeri adalah pada tahap yang jitu, sihat, dan kukuh serta berupaya untuk berdepan dengan cabaran-cabaran kewangan dan ekonomi di masa akan datang.
Untuk maklumam Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini…
Yang Berhormat, ada soalan.
Datuk Speaker, terima kasih.
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tadi telah menyatakan bahawa kerjasama dengan pihak Petronas baru sahaja dilancarkan. Saya ingin bertanya sama ada usaha dan rancangan pihak kerajaan untuk memastikan bukan hanya kerjasama di antara kerajaan negeri, anak syarikatnya dengan pihak Petronas, adakah langkah-langkah pihak kerajaan untuk memastikan penyertaan downstream syarikat-syarikat tempatan yang perlu kita lahirkan seperti apa yang berlaku di negeri Sarawak kerana masa dahulu, kita tahu bahawa maksud saya, di Kerajaan Persekutuan 10 syarikat tempatan dilibatkan? Ya, dan ini saya nak bertanya sama ada pihak kerajaan berkecimpung dan mengenal pasti syarikat-syarikat tempatan yang ada kemahiran dia, keupayaan dia untuk berkecimpung dalam downstream oil industry ini. Terima kasih.
Tuan Speaker, untuk menjawab soalan daripada Ahli daripada Senallang, memang pun seperti yang saya sebutkan tadi arr.. bahawa arr.. perjanjian ini adalah untuk mendapatkan perkongsian hasil berkaitan minyak dan gas yang lebih besar. Yang kedua, penguasaan yang lebih besar dalam hal-hal minyak dan gas. Ini bermakna bahawa di dalam perjanjian ini, penyertaan kerajaan negeri dan juga syarikat-syarikat minyak negeri, sama ada yang dipunyai oleh syarikat-syarikat kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta dan sebagainya, adalah diberi peluang, diberi keutamaan jika sekiranya perniagaan-perniagaan ini diwujudkan oleh pihak Petronas. InsyaAllah. Terima kasih.
Yang Berhormat Menteri. Boleh?
Ya, teruskan.
Kalau melihat kepada CCN ini, kita boleh menjangkakan bahawa kerajaan negeri akan mempunyai pendapatan tambahan.
Adakah peratusan ataupun jumlah tertentu yang sudah berada dalam fikiran kita? Berapa jumlah pendapatan tambahan hasil daripada kolaborasi ini untuk negeri?
Ah... untuk menjawab soalan daripada ahli daripada Tungku, saya ingat ah… butiran perjanjian ini masih lagi dalam diperbincangkan. Jadi kita tidak tahu exactly berapa hasil tambahan yang boleh kita perolehi daripada perjanjian ini. Ianya masih lagi diperhalusi dan di … dirundingkan dengan pihak kerajaan negeri. Jadi selepas itu apabila kita sudah memperolehi semuanya, barulah kita akan dapat menganggarkan berapa banyak, apa nama dia, hasil yang kita boleh perolehi daripada perjanjian ini. Terima kasih.
Tuan Speaker, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, dan sebagai penjelasan kepada ADUN Sri Tanjong dalam menyediakan belanjawan tahunan, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan berhemah dan berhati-hati kerana ia melibatkan penggunaan wang rakyat dan negeri. Belanjawan 2022 adalah belanjawan lebihan sebanyak RM110.68 juta. Kerajaan berupaya mengekalkan belanjawan…
...berupaya mengekalkan belanjawan lebihan dengan jumlah anggaran perbelanjaan sebanyak RM 4.596 bilion iaitu lebih tinggi dariapda anggaran perbelanjaan tahun 2021. Belanjawan ini dirangka berdasarkan kepada keperluan kementerian dan jabatan dengan mengambil kira kapasiti berbelanja dan perlaksanaan.
Walau bagaimanapun, sekiranya berlaku sebarang keperluan mendesak yang melangkaui peruntukan yang disediakan maka perkara ini akan diurus melalui peruntukan tambahan pada pertengahan tahun hadapan.
Justeru, penyediaan belanjawan 2022 adalah berdasarkan kepada pengurusan sumber yang berhemah, berhati-hati dan realistik selaras dengan disiplin kewangan yang cekap berlandaskan kepada Dasar Fiskal kerajaan bagi memastikan perbelanjaan awam menepati
objektif kementerian dan jabatan di samping mengelakkan pembaziran melalui pengawalan perbelanjaan yang efektif.
ADUN Merotai membangkitkan isu peruntukan bagi pembayaran atas perintah oleh mahkamah berjumlah RM 130 juta pada tahun 2022.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, peruntukan yang dimaksudkan itu adalah bagi membayar kos tuntunan ganti rugi akibat penamatan awal kontrak konsesi outsource Jabatan Air Negeri Sabah yang ditamatkan secara, yang ditamatkan pada Januari 2019 di bawah pentadbiran kerajaan dahulu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, beberapa sesi perundingan telah diadakan antara pihak konsesi dengan Jabatan Peguam Negeri sejak tahun 2020 sebelum ianya dimuktamadkan dengan pengim, penjimatan sebanyak 88 juta ringgit kepada kerajaan.
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Dewan Undangan Negeri Senallang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Merotai, pinjaman persekutuan di bawah Vot D33 berjumlah RM 546.96 juta adalah pinjaman kepada Jabatan Air Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Negeri Sabah.
Bagi tahun hadapan, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Negeri Sabah telah mendapat kelulusan pinjaman sebanyak RM 320.2 juta manakala Jabatan Air Negeri diluluskan pinjaman sebanyak RM 226.76 juta. Kedua-dua pinjaman ini adalah merupakan projek berimpak tinggi.
Yang Amat Berhormat, ada soalan dari Senallang.
Ya.
Terima kasih ya Datuk Speaker.
Yang Amat Berhormat tadi Yang Amat Berhor, Yang Amat Berhormat menyatakan bahawa perbelanjaan untuk bayar pampasan kepada konsesi air hampir melibatkan RM100 juta.
Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, mengapa pihak kerajaan negeri mengambil langkah untuk membayar pampasan?
Adakah sudah melalui proses perundangan yang ada dibawa ke mahkamah untuk mempastikan bahawa dari segi
perjanjiannya, kandungannya? Sudah pun kita jelaskan bahawa ia sebenarnya telah pun melanggar undang-undang yang ada di mana mereka berhak untuk kita bagi pampasan kepada syarikat-syarikat ini. Terima kasih banyak.
Datuk Speaker, untuk menjawab soalan daripada Ahli, daripada Senallang mengenai perkara ini, di mana apabila ditamatkan ah, konsesi mereka, mereka telah berunding dengan pihak kerajaan dan mereka tidak membawa perkara ini kepada pihak mahkamah.
Jadi walaupun tuntutan yang telah diberikan atau dikemukakan oleh mereka itu ah, kepada kerajaan tetapi beberapa siri perundingan telah diadakan dan daripada siri perundingan itu maka kita dapat menjimatkan kos pembayaran atas persetujuan bersama seperti yang saya sebutkan tadi. Kita dapat jimat 88 juta ringgit kepada, kepada wang kerajaan. Itulah prosesnya. Dia tidak ada pergi ah, kepada mahkamah tetapi telah mengadakan perundingan dengan kerajaan mengenai perkara ini. Terima kasih.
Tuan Speaker, kedua-dua pinjaman ini adalah merupakan projek berimpak tinggi yang tidak termasuk di dalam geran persekutuan berjumlah RM 5.2 bilion. Pinjaman persekutuan ini diambil kerana kekangan kewangan sejak berpuluh-puluh, berpuluh tahun yang lalu. Pinjaman ini adalah berkonsepkan pinjaman mudah iaitu tidak mempunyai faedah pinjaman dan tempoh bayaran balik adalah sehingga 25 tahun.
Pinjaman-pinjaman persekutuan yang lain berkonsepkan komersial dikenakan kadar faedah sebanyak 4 % dan tempoh bayaran balik di antara 10 hingga 23 tahun. Ianya merupakan strategi kerajaan negeri sejak dahulu sehingga kini yang telah membuahkan hasil dalam pembangunan negeri dalam apa juga perancangan.
Tujuan pinjaman ini adalah untuk membolehkan kerajaan negeri menikmati manfaat pembangunan lebih awal.
Datuk Speaker, untuk makluman Ahli Undangan Negeri dari Tungku, semua pemerhatian Jabatan Audit Negara terhadap penyata kewangan kerajaan tahun, kerajaan negeri tahun 2021 telah pun diambil perhatian dan tindakan bersesuaian. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pada tahun ini, sekali lagi kerajaan negeri menerima Sijil Bersih Penyata Kewangan Bagi Tahun 2020 daripada Ketua Audit Negara ...(meja diketuk)... Pencapaian ini adalah bagi kali yang ke-20 tahun.
Ini menunjukkan kerajaan negeri berupaya untuk
mengekalkan kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan prestasi yang cemerlang. Saya berharap beberapa penjelasan yang saya sebutkan tadi, sedikit sebanyak telah menjawab beberapa persoalan dan kemusykilan yang diutarakan sepanjang tempoh per, perbahasan sejak Isnin yang lalu.
Bagi soalan-soalan serta soalan tambahan yang lain, yang tidak sempat dijawab pada kali ini akan saya jawab nanti melalui jawapan bertulis.
Datuk Speaker, sebelum...
Mohon beri laluan.
Yang Amat Berhormat Menteri, antara kandungan Laporan Ketua Audit Negara adalah, ada laporan kewangan yang diluluskan tanpa melepasi macam, laporan itu diterima tetapi tidak menerima apa ini, kelulusan daripada kementerian kewangan dan ada beberapa badan berkanun dan juga PBT yang mana laporan kewangan mereka ini macam nampak apa ini, something wrong lah kan?
Kalau boleh mungkin kerajaan harus melihat benda itu lebih mendalam sebab sebagai contoh kelmarin kita bercakap soal kita ini mahu apa, mahu minta jadi daerah penuh, lepas itu antara kriteria dia adalah pendapatan. Jadi sum, perakaunan mereka itu perlu diberi perhatian, itu yang pertama. Yang kedua, kalau boleh saya mencadangkan yang soal Greater Revenue daripada CCA tadi itu.
Bolehkah kalau saya mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri, mungkin kita boleh perkenalkan VAT (Value Added Tax) kalau sudah ada downstream nanti kepada produk-produk petroleum ataupun mungkin salah satu cara lagi untuk mendapatkan pendapatan negeri melalui CCA ini adalah untuk mendapatkan ekuiti daripada PETRONAS. Terima kasih.
Terima kasih ahli daripada Tungku. Tuan Speaker, ahli daripada Tungku ini ialah seorang akuntan yang bertauliah.
Jadi dia tahu sedikit sebanyak mengenai soal kewangan dan sebagainya.
Jadi cadangan untuk menambah baik dan juga cadangan-cadangan yang lain itu kita akan ambil perhatian. Kalau boleh kita akan apa nama dia itu, kita akan perbaiki dari masa ke semasa. Memang banyak teguran sebenarnya. Terima kasih.
Ya. Datuk Speaker, boleh? Datuk? Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, bolehkah saya minta mencelah sedikit?
…. saya minta mencelah sedikit? Saya merayu lah supaya kerajaan boleh menyediakan satu peruntukan khas untuk tujuan membantu mangsa - mangsa air pasang, air pasang besar ini, baru - baru ini. Beberapa hari ini lagi, beberapa hari rumah penduduk - penduduk di persisiran pantai ini telah dimasuki air kerana kenaikan air laut dan sebanyak setinggi dua meter itu.
Banyak rumah saya sendiri pun ada lawat khususnya di kawasan saya lah, sampai itu dapur pun hilang, toilet pun hilang. Jadi itu memang satu keadaan yang sangat sukarlah. Jadi saya mintalah kerajaan boleh bertimbang rasa dengan kesusahan rakyat ini, sediakanlah satu peruntukan khas melalui lah UPPM. But, tidak payah boleh ambil itu kredit yang penting bantulah sama itu rakyat di bawah kalau boleh. Terima kasih.
Terima kasih, kalau masalah rakyat saya ingat ah kerajaan terbuka ataupun senantiasa memberi bantuan.
Terima kasih.
Saya faham ini masalah air pasang ini banyak kampung - kampung atas air ataupun rumah - rumah atas air yang terjejas. Saya ingat bukan saja di Tanjong Aru tetapi di kawasan lain. Jadi di dalam perkara ini saya juga minta pegawai - pegawai daerah ataupun kalau di Tanjong Aru ini Dewan Bandaraya, Mayor supaya memberi laporan kerosakan dan sebagainya jika ada untuk kita membantu mangsa - mangsa yang terlibat. Terima kasih.
Yang Amat Berhormat kalau boleh terlibat jugalah. Kalau boleh minta kita boleh bantu sama DBKK supaya bagi itu info. So, DBKK perlu..
Boleh, boleh, dipersilakan.
Terima kasih. Terima kasih.
Ketua Menteri, boleh? Terima kasih, Datuk Speaker.
Saya menyambut baik Ketua Menteri berhasrat untuk mengatasi masalah rakyat. Di Tawau juga ada satu masalah rakyat yang saya sudah sentuh dalam ucapan saya iaitu berkenaan dengan bangunan terbengkalai di Sabindo. Saya cuma ingin mendapatkan pengesahan daripada Ketua Menteri sama ada title telah pun converted into commercial use? Untuk title number ini saya boleh bagi TL107543975. Saya cuma ingin mendapatkan pengesahan sebab Ketua Menteri dulu menjawat jawatan Menteri di Kerajaan Tempatan, jadi i think a you are the best person to answer this. Thank you.
Ya, terima kasih Ahli daripada Sri Tanjong.
Itu dulu saya pun lupa-lupa sudah apa sudah kejadian.
Tapi secara seriusnya saya akan minta laporan nanti daripada pihak Majlis Perbandaran Tawau apa status keadaan, memang apa yang disebutkan ini sudah lama berlanjutan, projek yang dilaksanakan ada pertikaian di mahkamah. Jadi status terkini saya perlu apa nama dia itu minta laporan daripada Majlis Perbandaran Tawau, nanti kalau perlu saya akan bagi secara bertulis lah.
Ok, terima kasih Ketua Menteri.
Terima kasih Datuk Speaker dan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan tadi menyebutkan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tungku tentang badan-badan berkanun, agensi - agensi yang lain di peringkat Negeri Sabah dan telah pun diaudit oleh Audit Negara dan ada beberapa perkara yang berbangkit. Saya berharap, cadangkan kalau boleh perkara ini juga dipermaklumkan di dewan, contohnya Sabah Development Bank yang ada, saya masih ingat dia pinjam duit isu bon dan saya tanya kepada Yang Amat Berhormat, sama ada langkah - langkah telah pun diambil untuk memastikan:
Pertamanya, isu bon RM5 billion.
Lepas itu ada di antara syarikat - syarikat yang mendapat pinjaman berpuluh juta tak bayar, apa sudahnya? Sehingga waktu itu kita ambil tindakan undang - undang, kita lantik peguam untuk memastikan di Johor contohnya, kita belanja hampir RM500 juta duit daripada bon itu. Apakah pihak kerajaan sanggup ataupun meneliti perkara ini? Dan kalau boleh agensi apa ini badan - badan berkanun seumpama yang banyak peruntukan kewangannya dapat dimaklumkan kepada dewan.
Yang keduanya, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat sama ada boleh dari segi semalam kita bahaskan secara detail tentang carbon credit dan Dewan Yang Mulia ini?
Kalau boleh dipermaklumkan transparency dia kerana ini membabitkan kuasa yang diturunkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dalam Enakmen Perhutanan yang ada, diturunkan kepada Timbalan Ketua Menteri sama ada dapat dijelaskan, there must be transparency.
Pasal ini perundangan negeri dan perundangan negara. Saya tidak mahu nanti kerajaan negeri bila berlaku third party doing agreement without AG endorse and detail part of which scrutinized dengan izin and you will be responsible, the state government will be responsible. Kita tidak mahu ini berlaku. Kita bukan menolak sebenarnya tapi skim pendekatan, kandungan, perjanjian, kita tidak mahu nanti perkara ini akan membabitkan bukan hanya rakyat Negeri Sabah ini, terima kasih banyak.
Terima kasih Datuk Speaker. Persoalan-persoalan daripada Ahli daripada Senallang. Satu iaitu mengenai dengan perkara apa yang berlaku kepada SDB, jadi kita akan teliti perkara ini dan saya akan minta laporan.
Memang pun banyak mungkin pinjaman - pinjaman yang telah dibuat kepada bank ini tetapi ada yang tidak membayar. Ini yang masalah ni.
Jadi yang kedua mengenai apa carbon trading ini. Ini sudah dijawab oleh Timbalan Ketua Menteri tetapi sedikit saya ingin memberi penekanan lah bahawa usaha mengadakan ataupun isu mengenai dengan carbon trading ini.
Tujuan kerajaan ialah untuk mendapat kewangan daripada carbon itu saja, dia tidak ada kait mengenai, kait - mengait mengenai perkara - perkara lain, carbon itu yang akan dijual oleh kerajaan.
Jadi seperti mana yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri kelmarin dan saya ingin menjelaskan sedikit lah mengenai perkara ini.
Perkara ini telah dibawa ke mesyuarat kabinet dan saya sendiri telah memberi, menurunkan kuasa itu kepada ketua conservator forest untuk berurusan mengenai perkara ini dan juga memberi kebenaran kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Jeffrey untuk mengurus ataupun membantu dalam urusan ini. Walaupun perjanjian tersebut telah ditandatangani, tetapi banyak lagi perkara - perkara lain yang perlu dipenuhi. Bukan semudah yang kita lihat ini seperti yang telah dinyatakan oleh Peguam Besar Negeri, ada beberapa perkara yang perlu dipenuhi.
Kalau itu sudah dipenuhi oleh pihak yang berkenaan, barulah perkara ini dapat dimulakan.
Ini sebenarnya kalau dapat kita lakukan, memang boleh menambah pendapatan yang besar kepada kerajaan. Ini Yang Berhormat daripada Senallang, ini duit angin bah ini dari atas dia, kalau diurus dengan baik ini dia punya tetapi Insya-Allah kita akan buat secara transparent. Kita akan apa nama dia itu maklumkan bukan sahaja pihak kabinet tetapi Dewan Negeri di masa akan datang, sama ada perkara ini akan dapat kita lakukan, apa macam cara penjualan ataupun pengurusannya. Itu saja.
Saya ingin, Datuk Speaker saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat sama ada kebiasaan dia kalau di peringkat parlimen kita select committee, wujudkan kalau di pihak Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan supaya kita boleh scrutinized kerana ini membabitkan untuk makluman Dewan yang mulia ini, tidak ada sebenarnya sama ada di peringkat dunia, sama ada di peringkat negara kita regally three body, tidak ada badan yang mengawal tentang carbon credit ini pertama. Keduanya tidak ada orang putih akan bagi duit atas angin RM10 billion kepada mana - mana parti tanpa ada campur tangan pengurusan pentadbiran tanah dan berbagai, saya sedar dan tahu…
Moyog duduk.
Jadi saya minta supaya kalau saya dapat, pertama cadangan saya ya supaya kalau boleh jawatankuasa, we had to scrutinized that. Kerana ini penting Datuk Speaker, kerana
ini membabitkan tentang perundangan, kalau ada select committee, I don’t mind to be in the committee as well. Terima kasih banyak.
Ok, terima kasih.
Yang Berhormat Dewan Speaker, boleh saya interject sedikit? Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih Yang Berhormat Ketua Menteri. Ketua Menteri telah menjelaskan bahawa this is not final, belum lagi final kan? Adakah Ketua Menteri setuju bahawa kerana tidak ada dis….
…setuju bahawa kerana tidak ada erm, disclosure betulkah 30% akan dibayar kepada hook standard sebagai commission dan adakah ini standard yang kita akan setuju di Sabah. Terima kasih.
Terima kasih ahli daripada Moyog, ah, seperti yang saya sebutkan tadi, perkara ini masih lagi di dalam perundingan belum lagi ah, muktamad. Berapa peratus kerajaan dapat, berapa peratus yang ah, syarikat itu. Pasal ..
Kemungkinan dia akan kurang daripada 30%..
Harap-haraplah begitu..
Patut begitu. [ketawa]
Supaya lebih banyak kerajaan dapat yang kita mahu. Kerana kalau ini kita mahu dapat ah, sumber pendapatan dari, dari sumber ini ianya akan membantu sumber kewangan kerajaan untuk membantu rakyat. Tetapi kalau saya tengok perkara ini masih lagi jauh perjalanannya kerana daripada apa yang ah di, yang perlu di, di, ditambah oleh pihak Peguam Besar Negeri masih banyak lah yang perlu dipenuhi oleh syarikat konsultan yang mengurus, membantu kerajaan negeri ini. Itu dia punya kedudukan.
Yang Berhormat Menteri, ah, ah memandangkan benda ini masih di peringkat awal contoh lah, along the way kita dapati bahawa perjanjian ini tidak menguntungkan kita contohlah kan, selepas satu tempoh masa tidak menguntungkan kita. Bolehkah perjanjian ini dibatalkan atau kalau dibatalkan berapalah agak-agaknya yang kita terpaksa kita tangung benda ini? Terima kasih.
Saya ingat belum lagi kita sampai ke ah, apa nama dia itu ini keputusan mahu, ah, buat begitu tetapi tadi ada cadangan daripada ahli daripada kawasan Senallang mengenai dengan perlunya mungkin satu Jawatankuasa Khas yang ah, yang kita akan tubuhkan jadi ini nanti saya akan ah, ah melihat secara serius ah, kalau ianya perlu maka kita akan tubuh supaya nampak ia lebih transparent lebih telus. jadi mudah- mudahan usaha ini berjaya kalau berjaya elaun naik, [ketawa] peruntukan naik, tetapi mesti diurus secara baiklah itu dia punya konsep.
Datuk Speaker.
ah, ia..
Boleh mencelah..
Boleh kasih laluan kah..
Datuk Speaker, saya ingin mengambil masa sedikit untuk berkongsi sedikit mengenai dengan carbon credit ah..
Yang berhujah tanya atau..
ah, ah sebelum itu saya ingin berkongsi sedikit untuk memberi penjelasan juga bagai…
Jangan kasih penjelasan tanya saja..
berkongsi, berkongsi mengenai dengan carbon credit pengalaman saya bekerja dalam FMU (Forest Management Unit,) ah di beberapa FMU ada tiga FMU kalau sudah di Timber wheel, Ulu Tongod iaitu Taced dan juga di Pensiangan iaitu yah, ah, Idris hidrolik selama 8 tahun dan juga sebagai ah, ah, pelajar institut Perhutanan Sabah yang terlibat juga dalam juga ah, reduce impact logging yang diperkenalkan oleh Jabatan Hutan susulan daripada ah, komitment kita menyahut cabaran daripada negara Eropah yang tidak akan membeli kayu balak sekiranya tiada sijil ITTO International Timber Trade Organization oleh sebab itu kita menyahut carbaran untuk menguruskan hutan cecara mapan di bawah SFML eh, Sabah Forestment, Sabah Management ah, license yang di urus secara ah, mengurangkan kerosakan hutan kerana kayu kita pada ketika itu diboikot oleh negara Eropah kerana menjalankan satu pembalakan conventional oleh sebab itu kerajaan telah memperkenalkan FMU di bawah Yang Berhormat Datuk Yong Teck Lee ketika itu Datuk Ketua Menteri. Saya masih ingat 1997 saya masuk UMS, IPS dan FMU diperkenalkan pada 1999..
Patut ini you bahaskan dalam you punya bahas.
Tapi tidak apa, masih ada masa.
Yang Amat Berhormat mahu teruskan, beri laluan untuk Yang Berhormat selesaikan.
Bagi masa, saya mohon oleh sebab itu FMU telah diluluskan oleh Kabinet waktu itu dan kita memperkenalkan sistem rail.
Teruskan Yang Berhormat, Yang Berhormat..
Terima kasih ahli daripada Telupid. Saya mahu teruskan penggulungan ini.
Terima kasih Yang Amat Berhormat.
Ya, kita ambil perhatian apa juga ah, ah apa juga cerita -cerita cadangan-cadangan yang dikemukakan itu. Datuk Speaker, saya teruskan.
Ok teruskan.
Datuk Speaker, sebelum saya mengakhiri penggulungan ini sukacita saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, bahawa pada tahun hadapan 2022 kerajaan negeri akan memberikan peruntukan kepada semua setiap kawasan Dewan Undangan Negeri sebanyak RM2 juta. [tepuk meja] Dengan harapan semoga dengan peruntukan tambahan itu akan dapat membantu Ahli-ahli Yang Berhormat dalam mengurus dan menangani masalah rakyat di kawasan masing-masing.
adakah ini pembangkang ada.
Luyang sila bangun jangan duduk.
Ada soalan kah?
Luyang, Luyang tadi mahu tanya..
Tiada pun dia bagi saya cakap ohh.
Ya Tuan Speaker, kalau minta peruntukan pembangkang, sokonglah kerajaan, isytihar sokong kerajaan..
Datuk Speaker, Datuk Speaker, untuk amalkan demokrasi di negara kita saya rasa semua orang…
you tanya you punya soalan tadi, jangan lagi ulas tu.
pembangkang diberi peruntukan yang sama rata dan saya mohon kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk jelaskan sama ada semua Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari pembangkang dapat RM2 juta tersebut. Terima kasih.
Tuan Speaker Likas. Tuan Speaker Likas..
Yang Amat Berhormat bagi laluan..
Saya ingat bagus saya cakap teruslah ini, habis sudah ini. 2 juta sudah ini setiap kawasan DUN 2 juta tetapi..
Datuk Speaker minta maaf, yah, minta maaf Yang Amat Berhormat sebab. Mungkin setengah PBM saya selalu bilang belum ada masuk duit sampai sekarang. Dia bilang tempat pembangkang tiada peruntukan.
Adakah ini betul?
Yang Amat Berhormat dengan izin Datuk Speaker, saya ingin bertanya tentang ah, hasil usaha pihak kerajaan untuk menambahkan hasil negeri sama ada pihak kerajaan melakukan langkah-langkah seperti apa yang sudah dilakukan iaitu monetize the land contohnya di Lok Kawi hanya membabitkan 100 hektar tanah dan hasil pelaburan 8 bilion sama ada langkah-langkah seumpama ini bukan kita buat perbandingan carbon credit, monetize land 100 hektar 8 billion, anak-anak dapat kerja bukan 100 tahun, beribu tahun, pekerjaan ada, kereta ada, makanan ada, hotel ada, resort ada, samaada pihak kerajaan mengambil langkah seumpama itu seperti banyak GLC, SLDB, LKTP macam-macam yah, Yayasan Sabah the land…… monetize rather than kita terikat dengan tempat yang peringkat Antarabangsa.
Okay terima kasih Yang Berhormat daripada Senallang. Cadangan akan diambil ah, maklum dan perhatian terima kasih.
Yang Amat Berhormat Menteri saya terus soalan sahaja ini, tiada sudah bunga-bunga. Adakah 2 juta tadi itu terus kepada ADUN ataupun kepada PPM mahu tanya itu sahaja.
Ah, memang okay ah, peruntukan ini dibagi kepada setiap kawasan DUN bagi kawasan pembangkang…
….kawasan pembangkang kita akan cari mekanisma macam mana kita bagi kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang. Jadi kita pun faham juga di kawasan masing-masing memang ada keperluan, jadi kita cari jalan lah macam mana.
Datuk Speaker, mohon celahan. Celahan sedikit sahaja. Boleh?
Celah, jangan berhujah.
Okay. Okay. Yang Amat Berhormat Menteri, ada soalan. Saya mengalu-alukan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil negeri dan menjana pertubuhan ekonomi melalui penglibatan…
Aih… berhujah lagi kau. Mencelah sahajalah.
… antaranya, dasar yang ditetapkan untuk kita menyediakan tanah, manakala pelabur membawa dana untuk kepakaran paling penting kita bersetuju dengan keputusan kerajaan bahawa tanah tidak diserahkan
kepada pelabur tetapi, kekal menjadi milik kerajaan negeri atau syarikat GLC kerajaan negeri. Malangnya, ada pihak di sana membuat tuduhan
Yang Amat Berhormat, teruskan.
Okay, mereka menuduh bahawa kita menjual tanah. Berapa kali disebut menjual tanah kepada pelabur. Saya memohon penjelasan kepada amat, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri sama ada tuduhan ini mempunyai asas dan adakah benar dan kami mahu ingin tahu maklumat bahawa yang sebenarnya menjual tanah kepada pelabur ini.
Duduk semua. Yang Amat Berhormat, teruskan.
Kerana terdapat tanah-tanah termasuk sekitar kota…
Sudah selesai. Senallang duduk. Senallang duduk.
Datuk Speaker.
Telupid duduk!
Begini lah, Datuk Speaker. Saya teruskanlah ahh… kita ambil perhatian lah apa nama itu, ucapan-ucapan ini. Jadi saya teruskanlah Datuk Speaker, saya mahu tutup sudah ini.
Teruskan.
Akhir kata…
Datuk Speaker. Yang Amat Berhormat, I just want….
… marilah sama-sama kita berusaha untuk…
Teruskan, Yang Berhormat. Duduk yang Moyog .
….berusaha…
Just berkaitan dengan peruntukan.
Duduk. Duduk, dia mau kasih habis.
Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih, Yang Amat Berhormat kerana memberi ruangan berkenaan dengan banyak soalan yang saya selalu dapat sebagai ahli pembangkang. Berkenaan dengan perbelanjaan untuk pejabat-pejabat ahli parlimen. Meminta satu penjelasan dalam bajet ini, dia telah memberi allocation sebagai 30.180 juta. Adakah dan untuk penjelasan, adakah peruntukan ini diberikan kepada pejabat parlimen biarpun dia pembangkang ataupun kerajaan ataupun di kawasan pembangkang diberikan kepada badan lain ataupun wakil lain? Terima kasih. Untuk penjelasan.
Terima kasih. Soal ini nanti saya check dulu dengan Kementerian Kewangan, saya tidak ada maklumat di sini sama ada mengenai perkara ini.
Itu Parlimen lah?
… memang dulu ada dibagi kepada setiap ahli parlimen, ah…
Tapi bukan di pembangkang. Itu confirm. Bukan di kawasan pembangkang..
Di parlimen kerajaan. Jadi saya semak dulu Ahli Yang Berhormat daripada Moyog. Saya tidak jawab terus ini.
Yang Berhormat. Teruskan, Yang Berhormat.
Yang Berhormat, satu sahaja. Ini wakili rakyat ini, sikit sahaja. Sikit sahaja.
Bah, boleh Darau.
Terima kasih Yang Amat Berhomat.
Datuk Speaker, saya mewakili rakyat di Darau, ah… berkenaan dengan penduduk-penduduk yang tinggal di pinggir sungai Kampung Rampayan, yang mana rumah mereka telah diroboh. Apa yang telah terjadi adalah pampasan telah diberikan paling kurang RM15 ribu dan maksimum RM50 ribu. Masalahnya ialah penduduk-penduduk di sini memang sudah lama tinggal di sana mungkin sampai 50 tahun pun sudah ada. Kita boleh lihat daripada meter elektrik dia itu, meter lama lagi. Masalahnya sekarang ialah, walaupun mereka menerima pampasan tapi, mereka tiada tempat untuk dipindah. Jadi saya memohon, saya memohon, saya mengambil kesempatan ini merayu sekiranya dapat disediakan tempat mereka pindah, itupun cukup sudah. Ada kawasan ah… ada kawasan kampung yang sudah digazetkan di sana di sekitar sana, berdekatan. Jadi kalau boleh saya merayu bagi pihak Kampung Rampayan agar mereka diberikan tempat. Mungkin kalau ada lagi kelebihan, kalau dapat ditambah lagi pampasan ataupun wang ehsan daripada kerajaan negeri untuk mereka ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih, ahli daripada Darau.
Walaupun tidak berkaitan dengan perbelanjaan tetapi satu laporan di Saujana Morning Post, telah mengeluarkan bahawa adanya secret plot. Secret plot to invade Malaysia Sabah with Sulu, Malaysia.
Laporan akhbar jangan dibincang di sini.
Sebagai Ketua Menteri, incharge of security, adakah ini benar bahawa adanya satu pelan untuk invade Sabah? Terima kasih.
Moyog, terus tanya Yang Berhormat.
Saya belum menerima laporan mengenai perkara inilah. So, saya tidak dapat menberi komen.
Tuan Speaker, Likas, last.
Teruskan, Yang Amat Berhormat.
Ya, Datuk Speaker. Tadi saya mahu eh.. bercakap menjawab soalan daripada Darau. InsyaAllah kita akan cari jalan yang terbaik untuk err… membantu mereka yang sudah dibayar pampasan dan tidak ada tempat tinggal dan di mana itu kita akan usahakanlah. Terima kasih.
Jadi, Datuk Speaker. Akhir kata, marilah sama-sama kita bekerja, berusaha dan terus mencurah bakti ke arah memajukan dan memakmurkan negeri yang tercinta ini. “Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni’. Cabaran pada tahun hadapan mengajak kita untuk lebih berhati-hati serta lebih bijaksana dalam mentadbir dan mengurus hal ehwal negeri, apatah lagi dengan ancaman pendemik yang belum berakhir. Marilah kita sama-sama berdoa semoga negeri yang bertuah tercinta ini kekal aman, makmur dan sejahtera dijauhi daripada segala wabak, bencana dan merbahaya. Marilah bersama-sama kita membina semula ekonomi negeri ini demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran yang berpanjangan di bawah gagasan ‘Sabah Maju Jaya’. Selamat Menyambut Hari Krismas kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, anggota penjawat awam dan seluruh warga Sabah yang beragama Kristian, dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2022 kepada seluruh rakyat yang
dikasihi, semoga kita sentiasa berada dalam naungan rahmat dan pelindungan Allah SWT. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021Bill
Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021. Bacaan kedua.
Yang Amat Berhormat, Menteri Kewangan.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan (2022/2021) itu dibaca bagi kali kedua sekarang.
Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali kedua.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021 MAJLIS DALAM JAWATANKUASA [Cokmar diturunkan] Pengerusi: Masalahnya ialah wang yang disebutkan bagi kepala-kepala ...Bill
Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021 MAJLIS DALAM JAWATANKUASA [Cokmar diturunkan] Pengerusi:
Masalahnya ialah wang yang disebutkan bagi kepala-kepala perbelanjaan yang dinyatakan di dalam ringkasan yang jumlah sebagaimana terkandung di dalam kertas CMD satu tahun 2021 yang bernilai RM4,213,736,767 sahaja dan dijadikan sebahagian daripada anggaran-anggaran perbelanjaan bagi tahun 2022 hendaklah disetujukan.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Pengerusi: … bersetuju usul dipersetujukan.
Masalahnya sekarang ialah wang RM4,213,736,767 juta sahaja hendaklah diberikan kepada kerajaan di bawah kepala-kepala perbelanjaan bagi perkhidmatan awam yang dinyatakan di dalam anggaran-anggaran perbelanjaan bagi tahun 2022 seperti yang terkandung dalam Kertas CM di satu tahun 2021 hendaklah disetujukan. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Ketetapan ini hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula Sebagai Majlis Mesyuarat
[Cokmar dinaikkan]
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa rang undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah diputuskan dengan tidak ada pindaan.
Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021- Bacaan kali yang ketigaBill
Rang Undang-Undang Perbekalan (2022) 2021- Bacaan kali yang ketiga.
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang itu seterusnya dibacakan bagi kali yang ketiga sekarang.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Enakmen Perbekalan (2022) 2021Bill
Enakmen Perbekalan (2022) 2021.
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan)Bill
2021
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021 - Bacaan PertamaBill
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021 - Bacaan Pertama.
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu rang undang-undang untuk meminda Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1964.
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021Bill
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021.
Bacaan kedua bila Yang Berhormat?
Hari ini Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan 2021) bacaan keduaBill
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan 2021) bacaan kedua.
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dibacakan bagi kali kedua sekarang.
Terus saja Yang Berhormat.
Teruskan berucap mengenai RUU.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada ahli yang hendak berucap?
Sama ada rang undang-undang berhubung kait dengan enakmen iaitu SEDCO ataupun tentang makanan kita perjalanan. Ini yang saya nak tahu. Ya. Ini pasal RUU, kalau pasal perjalanan, belanjawan sudah selesai.
Dia.. rang undang-undang memakai wang daripada Kumpulan Wang Disatukan. Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan.
Ya, Tuan Speaker.
Ya.
Ini ah mahu membahas rang undang-undang mengenai dengan Enakmen Kumpulan Wang Amanah mana satu ni? Mahu bahas mana ni? Yang Education Fund kah?
Bukan.
Kumpulan Wang Amanah Kerajaan. Ya, Sabah State Education Trust Fund.
Amanah Pendidikan, Tabung Pendidikan, Amanah Pendidikan.
12:08 tengah hari.
Ini yang Tuan Speaker, ah sudah tentulah undang-undang seperti ini kita alu-alukan kerana tujuannya ialah untuk menentukan agar kita mempunyai satu dana trust fund untuk soal pendidikan.
Dan sudah tentulah saya ingat ah kita memberi sokongan padu, yang penting ialah kalau boleh kita harus boleh tentukan hasil daripada kerajaan
ini ...(suara mencelah)... setiap tahun diperuntukkan trust fund ini. Saya menyokong Tuan Speaker.
Datuk Speaker, saya boleh mencelah untuk bahas rang undang-undang ini bila dibentangkan perlu ada penjelasan, apa tujuan kewangan itu, pendidikan dihalusi. Lepas itu baru ada perbahasan ya, kerana ada pembentangan rang undang-undang kalau dari segi pendidikannya perlu ya, yang bertanggungjawab lepas itu baru kita bahas.
Tuan Speaker, boleh saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Sebentar, sebentar, sebentar Yang Berhormat ADUN Dilantik.
Tuan Speaker, saya ingat rang undang-undang ini adalah bertujuan untuk meminda Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan 1964 (No. 9 tahun 1964) untuk menubuhkan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Sabah, dengan mematuhi kehendak Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61), bagi menguntukkan dana untuk tujuan pendidikan di Negeri Sabah. Terima kasih.
Tuan Speaker.
Sebentar, sebentar.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada ahli-ahli yang hendak berucap.
ADUN Dilantik Yang Berhormat Datuk Yong Teck Lee.
….. Yang Berhormat Datuk Yong Teck Lee.
12:10 tengah hari.
Terima kasih Tuan Speaker.
Merujuk kepada Rang Undang-Undang ini memang satu Rang Undang-Undang yang amat baik.
Disebabkan sebelum ini, sekiranya ada badan-badan swasta, syarikat-syarikat swasta ataupun mana-mana entiti ataupun individual yang ingin menyumbangkan kepada tabung pendidikan belum ada lagi saluran, belum ada lagi satu badan yang boleh menerima dan mentadbir segala sumbangan daripada pihak bukan kerajaan. Maka dengan adanya tabung ini bolehlah sama ada GLC, sama ada pihak swasta, syarikat atau individual, membantu kerajaan dalam usaha mempertingkatkan kualiti pendidikan.
Termasuklah dengan mewujudkan kemungkinan sesuatu tabung khas untuk tujuan masing-masing untuk sesuatu khusus, untuk sesuatu kategori pelajar-pelajar termasuk sekiranya ada tabung untuk pelajar-pelajar cemerlang, supaya mereka mendapat bantuan daripada tabung ini untuk kursus masing-masing.
Maka, Tuan Speaker, saya menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat ADUN yang Dilantik Datuk Yong Teck Lee. Ada sesiapa lagi mahu berucap? Silakan Yang Berhormat Senallang. 12:12 tengah hari
Terima kasih Datuk Speaker.
Perkara ini Rang Undang-Undang ini saya ingat adalah untuk kebaikan anak-anak kita di peringkat negeri. Di mana kita boleh salurkannya untuk pendidikan. Dan saya harap perbelanjaan ini akan dapat diurus tadbir dengan baik, untuk memastikan anak-anak yang kita akan bagi bantuan, menjurus ke arah edi dari segi pendidikan jurusan mana yang kita nakkan selaras dengan keadaan environment yang semakin berubah di negara kita. Supaya mereka ini .. besok bila keluar daripada gedung institusi pengajian tinggi, mereka masih lagi meraba - raba untuk mencari pekerjaan, it must be mach to the market demand bila kita mengurus supaya kewangan ini dapat diurus tadbir dengan baik.
Di samping itu juga, kita dapat melihat supaya kita jangan hanya bergantung dengan usaha pihak kerajaan untuk membekalkan peruntukan. Beberapa badan di negara kita seperti Petronas, bantuan daripada Shell. Syarikat-syarikat minyak yang ada di
negara kita yang juga berkecimpung cari gali di Negeri Sabah, kita kena tuntut supaya mungkin di masa akan datang bila sudah ada tabung seumpama ini, kita juga perlu merayu kepada mereka untuk menyalurkan bantuan.
Untuk membolehkan supaya dapat diperbesarkan tabung ini untuk membolehkan supaya seramai mungkin anak - anak kita akan dapat kita hantar ke luar negara. Dan saya juga melihat bahawa Yayasan Sabah sebagai satu badan yang telah diwujudkan daripada awal, semenjak kita mencapai kemerdekaan, untuk memastikan supaya pendidikan anak-anak kita yang belajar bukan hanya di dalam negara bahkan juga di luar negara akan mendapat manfaat.
Dan saya melihat beberapa institusi di bawah pentadbiran yang Yayasan Sabah perlu ditambah baik. Ada sebahagiannya Universiti College, sehingga bukan hanya dari konteks untuk nak bagi bantuan biasiswa, tenaga pekerja yang adapun tidak mempunyai gaji yang mencukupi, sehingga ada diantara mereka apa ini terjerumus daripada unemployed kind of society, dengan izin.
Jadi saya melihat bahawa perkara ini salah satu daripada kumpulan wang yang perlu kita lahirkan untuk membolehkan bukan hanya bergantung daripada agensi kerajaan negeri, bahkan juga daripada Yayasan Sabah, tapi kewangan seumpama ini dapat kita pertingkatkan untuk membolehkan, dan saya juga minta supaya ada just justice kesaksamaan dalam pengagihan bantuan-bantuan pendidikan yang ada. Di Sabah ini, jangan kita terikut dengan hanya kumpulan-kumpulan tertentu, kerana ia merupakan manusia yang ada. Saya melihat bahawa as responsible government, as responsible pimpinan yang ada, jangan kita kira kaumnya, bangsanya bahkan setengah-setengah itu oleh kerana kita mengukur, mereka dapat 5A, mereka dapat 3A ataupun ada yang dapat hanya 1A. Tapi terkadang kita tak meneliti pencapaian anak - anak ini bukan kerana mereka tidak mempunyai kemahiran, kebolehan tapi environment di kawasan-kawasan mereka yang begitu sehingga bangku tidak cukup, tenaga pekerja yang kadang-kadang guru yang sepatut mengajar dalam Bahasa Inggeris, yang diajar pun yang tu yang belajar pun kadang-kadang anak-anak murid tu jauh fasih dalam bahasa dan ini perkara-perkara yang perlu dilihat secara detail. Selain daripada bantuan, bila kita ada tabung, we give the money dengan izin untuk anak-anak kita.
Jangan hanya spoiled them with money but kita urus tadbir, seumpama manusia dilahirkan dia miskin, dimatikan dia miskin.
Tapi bimbingan
kepada umat, bila dilahirkan dan tanpa didikan macam mana anak-anak ini dilahirkan? We must continue live bimbing umat ini, tidak mengira umurnya, tidak mengira dia punya kedudukan dia.
Kalau kita tidak membimbing dan mendidik umat-umat ini tidak kira anak-anak di luar bandar terkadang itu ramai, bila saya pergi Telupid, kawasan yang nun jauh, terkadang itu saya terlintas di tebing jalan, anak - anak itu hanya duduk di bangku apa ini di tiang rumah mereka. Bayangkan, saya boleh bagi gambaran anak-anak ini yang datang dari luar bandar what will happen to the future of this Sabahan yang ada?
Yang kita lihat mungkin kita sebagai seorang yang ada jawatan, sebagai seorang wakil rakyat, but this is the generation of our Sabahan yang perlu kita lihat, bantuan, sehingga saya melihat hostel dia pun tidak ada. Saya pergi Long Pasia, tandas guru pun tidak ada. Terkadang itu anak-anak pergi mana tandas? Lari pergi hutan. Jadi ini yang kadang-kadang saya cukup bimbang tentang pengurusan perbelanjaan RM52 billion kewangan di peringkat pusat untuk sektor pendidikan. Sebahagian besar disalurkan kepada peringkat persekutuan yang ada, itu yang kita kena detail out.
Jadi tabung yang seumpama ini saya melihat, kita perlu bukan hanya menekankan encourage ya, contoh syarikat-syarikat minyak dan juga pelabur-pelabur yang datang ke Negeri Sabah ini supaya mereka juga dapat memberi sumbangan bukan hanya bergantung dengan kewangan pihak negeri, kerana ilmu dan human capital merupakan salah satu perkara yang cukup penting dalam pembinaan umat dan pembinaan sesebuah negara.
Datuk Speaker, saya menyokong tentang apa yang telah dibentangkan, membolehkan…
Datuk Speaker.
Supaya perkara ini dapat diluluskan. Terima kasih banyak.
Ok, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sindumin.
12:17 tengah hari
Terima kasih Datuk Speaker, atas peluang sedikit membahas Kumpulan Wang Pendidikan ini.
Saya menyokong dan mengalu-alukan tabung ini diadakan dan kalau boleh sebanyak mana boleh, kita kumpulkan wang ini.
Kerana melihat kepada yang berlaku sekarang ini tidak ada penyelarasan. Masing-masing dengan aktiviti untuk membantu pendidikan, tujuannya baik tetapi tidak tidak ada penyelarasan, sama ada daripada NGO ataupun GLC.
Dan bila ini tidak ada penyelarasan, dia tidak seimbang dan tidak mencapai matlamat apa yang kita inginkan. Saya berharap melalui tabung ini kepada penyumbang ataupun mana-mana sahaja, boleh mengumpulkan wang dan kita gunakan sebaik-baiknya.
Dan Sabah memang perlukan ini dan apa yang dibagi oleh kerajaan persekutuan adalah amat jauh daripada mencukupi.
Tetapi saya ingin minta penjelasan:
1.
Apakah tabung ini nanti perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat? Kerana mandat pendidikan ini adalah di bawah kerajaan pusat di bawah Kementerian Pendidikan.
2.
Apakah sumbangan ini meliputi sumbangan daripada dalam negara atau bolehkah kita minta daripada kerajaan ataupun seumber-sumber daripada luar? Misalnya banyak jutawan-jutawan di Timur Tengah yang tidak tahu untuk gunakan duit ini untuk apa. Bolehkah kita minta untuk masuk ke tabung ini? Apakah ada halangan-halangan ataupun kita bolehkah kita minta daripada Yayasan Bill Gates di bawah education ataupun Yayasan Warren Buffett atau mana-mana yang memang terkenal menyumbang untuk kemajuan pendidikan? Ini perlu kita jelaskan barulah kita boleh mengatur.
Kemudian cara penggunaan wang ini.
Kita mendapat kesukaran pada masa lalu bila kita ingin menggunakan sumbangan ataupun duit yang kita kumpul daripada derma ataupun sumbangan ini. Ada beberapa halangan, tidak lancar, tidak licin, berbagai-bagai birokrasi. Apakah duit ini nanti boleh kita gunakan untuk apa, apakah untuk pembangunan? Misalnya kita menambah kelas-kelas…
…, kita menambah kelas-kelas. Membina kelas-kelas, membina dewan.
Maksud saya ialah bangunan-bangunan kekal ataupun separa kekal untuk penggunaan wang tersebut. Ataupun duit ini cuma untuk pembelian bekalan? Contohnya, membeli beg sekolah ataupun kerusi, meja atau kemudahan-kemudahan mengajar yang lain.
Ataupun cuma untuk aktiviti-aktiviti berbentuk membayar untuk guru-guru kelas tuisyen, motivasi ataupun yang lain-lain yang berbentuk aktiviti. Jadi ini perlu dijelaskan. Kalau ini sudah jelas, saya ingat semua penderma dan banyak orang yang ingin menyumbang kepada pendidikan ini dan terutama sekali yang beragama Islam, memang kita percaya ini adalah sebagai amalan ataupun sebagai saham akhirat yang boleh memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Dan bagaimana kedudukan…kedudukan bantuan…
Yang Berhormat Sindumin, sekali lagi yang berakhir…yang terakhir. Yang Berhormat Sindumin, laluan boleh? Datuk Speaker? Laluan, menyokong. Terima kasih Datuk Speaker. Berkenaan dengan Sabah State Education Trust Fund, mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Sindumin. Saya ingin mendapat bersetujukah Ahli Yang Berhormat Sindumin, Sabah State Education Trust Fund ini, bukan sahaja tertumpu kepada soal pembangunan tetapi juga tertumpu kepada biasiswa. Yang kita lihat pada hari ini, ada biasiswa-biasiswa yang diberikan kepada kursus-kursus yang tertentu sahaja. Kalau boleh kalau ada apa ini…fund ini, setujukah Yang Amat Berhormat, jika juga dibuka kepada semua kursus-kursus khasnya untuk anak-anak Sabah? Terima kasih.
Saya cadangkan ADUN Dilantik, ambil giliran berucap nanti.
Terima kasih Datuk Speaker. Rakan saya memang dia mahu mencelah kacau sikit sahaja tadi Yang Berhormat Speaker. Saya setuju sebab itu saya katakan tadi, ini perlu jelas samada peruntukan ini nanti tabung ini kita boleh gunakan untuk pembangunan, untuk bekalan atau aktiviti seperti tuisyen dan juga biasiswa. Ini kena jelas, barulah penderma ataupun penyumbang itu nanti tahu ke manakah duit mereka digunakan.
Datuk Speaker, memang di Sabah ini berbagai-bagai dan berbagai-bagai kelas dan kita ada masyarakat satu kumpulan lagi iaitu pendatang-pendatang tanpa izin ini. Yang juga kita perlu tangani dan ini isu yang sangat serius sebenarnya. Ini sebagai time bomb yang kita perlu aturkan. Bayangkan apa akan jadi pada masa akan datang. Contohnya anak-anak yang tidak bernegeri ini ataupun PTI yang berkeliaran di Pasar Gaya, di pelipas..di Jalan Gaya, di Pasar Kota Kinabalu ataupun di kawasan estet-estet, yang mana pendidikan mereka ini tidak teratur. Sekarang mungkin tidak jadi masalah tetapi apabila mereka mencapai umur 17 tahun, mereka perlu ada identiti, mereka perlu ada ingin berumah tangga, ingin ada karier tetapi mereka tidak ada pelajaran.
Apakah juga tabung ini kita akan gunakan untuk itu dan bagaimanakah cara penyalurannya? Dan saya ingin mencadangkan, yang untuk ini kalau boleh semua syarikat-syarikat besar, seperti GLC yang bertaraf antarabangsa yang bertapak di Sabah. Sama ada pelabur daripada dalam negara ataupun daripada luar, mesti memperuntukkan sebahagian daripada keuntungan sama ada 10%, 20%, 30%, bagaimana yang dipersetujui untuk menyumbang kepada tabung pendidikan ini. Terutama sekali, pelabur-pelabur daripada negara China in yang banyak mengambil bahagian dalam negara kita.
Dan kita berharap ini ada satu peraturan ataupun sebagai permintaan kita kepada pelabur-pelabur. Komitmen mereka untuk menyumbang kepada tabung pendidikan ini. Tidak kira saya katakan tadi daripada dalam negara seperti Petronas ataupun syarikat-syarikat besar yang lain, daripada China daripada luar negara. Boleh kata semua yang melabur di Sabah ini sebagai satu pra-syarat untuk mereka menyumbang kepada tabung pendidikan ini. Dan saya berharap ini dapat kita aturkan dan saya minta yang bertanggunggjawab dapat mengkaji, membuat satu peraturan ataupun panduan, bagaimana tabung ini dikendalikan dan bagaimana tabung ini mendapat sumbangan nanti.
Dan yang penghabisan yang…Datuk Speaker. Siapakah nanti yang akan mengatur atauapun siapakah yang mengumpul ataupun siapakah yang mentadbir mengurus tadbir urus dan cara pengagihan peruntukan ini untuk pendidikan ni supaya ia tidak disalahguna dan dia tidak disalah tafsir dan memberi impak yang maksima kepada
rakyat Sabah sama ada, di luar bandar ataupun dimana-mana saja untuk anak-anak Sabah. Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih Yang Berhormat Sindumin.
Kadamaian.
Tadi YB dari Tungku ada bediri mahu becakap. Masih mahu becakap? Silakan.
Wakil parti UPKO. Lepas ni…
Tiada, dia awal bediri tadi. 12:26 tengah hari
Terima kasih Datuk Speaker. Saya cuma tidak banyak saya mahu cakap sebab ramai yang mahu cakap. Cuma sedikit mengenai perkara ni. Sepatutnya ada sedikit detail yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri mengenai cadangan pembentukan tabung ni, pertama. Keduanya, kena ada juga penjelasan mengenai mekanisme bagaimana tabung amanah ni akan beroperasi dan berfungsi di masa akan datang. Dan aaa…cuma sedikit pertanyaan saya mengenai Rang Undang-undang ini akan melibatkan kerajaan neg…Kerajaan Negeri dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.
Jadi mungkin Kerajaan Negeri boleh menentukan satu jumlah yang telah ditetapkan supaya ianya boleh menjadi satu bench mark kepada kita untuk di masa akan datang. Seterusnya saya mahu mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengenai inisiatif ini. Saya anggap ini suatu pelaburan masa depan yang amat berharga bagi kita di Negeri Sabah. Bila kita bercakap soal pendidikan dan modal insan inilah aset kita yang terbesar dan sepertimana yang, kalau tak silap Sindumin yang cakap tadi tu, saham akhirat kita. Dan kita semua disini harus menyokong inisiatif ini. Namun demikian, perincian harus diperhalusi dan juga niat baik kita ke arah ini mestilah tercapai. Saya tidak
boleh lari daripada menyatakan bahawa saya merasa sedih mengenai taraf pendidikan kita disini.
Kita sudah terlalu lama berharap dengan Kerajaan Persekutuan untuk membantu kita dalam soal pendidikan. Tetapi nampaknya prasarana pendidikan jauh daripada yang kita harapkan. Bukan menjadi semakin baik tapi semakin jauh ke belakang.
Pengalaman saya sendiri Datuk Speaker. Apabila masa saya di sekolah menengah dulu, tahun 1977, masa tu di SMK Menggatal. Masuk sekolah asrama tu lengkap. Ada tilam, ada katil, ada semua ada. Tapi 5 tahun yang lepas, apabila saya menghantar anak saya ke sebuah sekolah menengah, masuk asrama. Amat menyedihkan. Dan kita semua di Sabah ni harus lihat inilah, amat menyedihkan. Bila saya tengok bilik asrama, katil pun tidak ada, almari pun tidak ada. Yang cuma ada tilam.
Dan benda ni amat menyedihkan bagi kita di Sabah. Saya mengharapkan dengan inisiatif ini, anak-anak Sabah di masa akan datang tidak akan lagi berhadapan dengan masalah ini. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, dan kita semua yang ada disini, kita harus lihat ini. Ini bukan soal politik, mungkin kalau saya cakap ni kita cakap yang seolah-olah disebabkan kami disini bercakap Kerajaan Persekutuan, ini apa semua, tapi ini realitinya. Realiti yang sedang kita hadapi. Sepertimana yang Senallang cakap tadi tu, anak-anak terpaksa ke tandas terbuka. Anak-anak terpaksa melalui jalan sungai. Anak-anak terpaksa melalui jalan yang tidak baik. Dan ini saya rasa bukanlah satu gambaran, kalau kita mahu cakap kita ini Sabah Maju Jaya, maafkan saya Yang Berhormat Ketua Menteri ok. Dan ini adalah satu cara dan platform yang terbaik. Kalau kita mahu dikatakan Sabah Maju Jaya, ini adalah antara pelaburan yang paling penting…
Yang Berhormat, jam menunjukkan tepat 12:30 dan kita akan berhenti. Yang Berhormat boleh sambung selepas jam 2 nanti ya.
Tak apalah, saya bagi kepada Kadamaian, rakan saya nanti selepas ini. Terima kasih.
Ok, Kadamaian. Yang Berhormat Kadamaian, wakil UPKO, pukul 2 nanti you berucap.
Ok.
Mesyuarat digantung hingga pukul 2:00 petang.
Macam mana bagi sama UPKO, aku yang dluan berdiri.
Speaker sudah buat keputusan.
Sidang Berhenti Rehat [12:30 tengah hari - 02:00 petang]
Yang Berhormat-Yang Berhormat, sila duduk. Saya menjemput Yang Berhormat Kadamaian untuk berucap silakan, 5 minit.
2.06 petang
Terima kasih, ahh.. Tuan Speaker, saya ingin mengambil bahagian dalam ahh… perbahasan ke atas pindaan enakmen ahh… Kumpulan Wang Amanah Kerajaan bagi mewujudkan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Sabah dan bagi pihak rakyat Kadamaian dan rakyat Sabah amnya, saya mengalu-alukan pindaan ini.
Sebagai seseorang yang pernah dibantu oleh kerajaan semasa sekolah rendah, saya mendapat ahh… bantuan-bantuan daripada Yayasan Sabah yang disalur ke sekolah rendah saya, kemudian di sekolah menengah dibantu lagi Biasiswa Kecil Persekutuan dan juga Program ahh… Dermasiswa Kerajaan Negeri dan apabila melanjutkan pelajaran ke universiti diberi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah.
Dan saya fikir walaupun tidak dijelaskan dalam ahh.. pembentangan matlamat ahh… tabung amanah ini, tetapi saya percaya ini lah antara lainnya yang kita boleh wujudkan tujuan tabung amanah ini supaya kita dapat membantu ahh… para
pelajar kita yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti, diberi biasiswa yang lebih meluas, lebih besar daripada jumlah yang disediakan dalam belanjawan tahunan. Kemudian, kita bantu juga pelajar-pelajar, khususnya di luar bandar yang berhadapan dengan situasi yang sangat mencabar untuk mereka meneruskan pelajaran sama ada di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah. Dan apabila kita berhasrat memberi biasiswa, saya percaya kita semua tahu persaingan akademik ini tidak seimbang, tidak sama rata di antara sekolah di luar bandar dengan sekolah di dalam bandar, kerana satu, faktor fasiliti ataupun kemudahan pendidikan itu tidak sama. Sekolah-sekolah di luar bandar banyak kekurangan contohnya, makmal-makmal dalam di di sekolah.
Keduanya, kemudahan tuisyen. Kalau yang di bandar dan bagi keluarga yang mampu, mereka boleh menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen. Tetapi, di luar bandar ini, berbeza sekali sebab itu kalau kita ukur pemberian biasiswa semata-mata berapa banyak A, berasaskan kepada berapa banyak A dalam SPM, misalnya. Saya rasa tidak memberi keadilan kepada para pelajar di luar bandar yang serba mencabar itu. Sudah lah dari segi psikologi dan emosinya, para pelajar di luar bandar ini banyak kes di mana mereka ini terpaksa berjalan kaki berkilometer jauhnya. Sudah lah berjalan kaki, jalan raya itu pula tidak berkualiti kerana tidak diselenggara seperti saya sebut dalam perbahasan saya. Di beberapa sekolah rendah yang juga digunakan ke sekolah menengah, ibu bapa rukut-rukut ataupun ahh… apa ini buat collection duit untuk membaik pulih jalan-jalan perhubungan ke sekolah ini. Dan ini sebelum sampai ke sekolah, emosi psikologi para pelajar ini sudah terganggu, mana mungkin mereka boleh bersaing dengan mere para pelajar di bandar-bandar di KK, misalnya, yang ada kemudahan bas sekolah, dihantar oleh ibu bapa, tidak ada gangguan emosi ini, sampai di sekolah serba lengkap pula. Jadi, inilah rasanya kalau dapat di di sudah sudah ditubuhkan nanti, bantu lah para pelajar terutamanya di sekolah di luar bandar ini. Kita adakan program handicapped, pemberian biasiswa supaya walaupun dia tidak mencapai 7A, 8A, 9A seperti yang disyaratkan dalam pemberian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah pada hari ini dapat dilonggarkan. Kalau dia dapat 3A, misalnya, atas usaha dia dalam keadaan yang mencabar itu, berilah dia…
… itu, berilah dia supaya kerana pendidikan ini sahaja platform untuk mereka ini lari daripada kepompong kemiskinan. Anak itu sahaja harapan ibu bapa dan keluarganya itu.
Kalau tidak dibantu, payah, lagi mencabar.
Saya juga mencadangkan supaya tabung amanah ini dapat kita sediakan pencarumannya.
Saya lihat dalam belanjawan kita ini dua (2) sumbangan utama adalah daripada royalti petroleum dan yang kedua itu cukai jualan produk petroleum. Barangkali pada peratusan tertentu, kita boleh menggunakan itu, carum.
Contohnya 3% kah, 5% daripada hasil ini dapat dicarumkan kepada tabung amanah kita ini.
Saya juga mencadangkan barangkali, Kerajaan Persekutuan, kita minta Kerajaan Persekutuan mencarum setiap tahun kepada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Sabah ini yang berasingan ataupun yang berlainan daripada ah, peruntukan pembangunan yang mereka beri kepada Sabah setiap tahun seperti yang diumum di berita oleh Menteri Tugas-tugas Khas dalam penggulungan kelmarin. Kita minta jumlah tertentu setiap tahun Kerajaan Persekutuan carum kepada kita. Kalau bukan Kerajaan Persekutuan pun melalui dividen khas Petronas.
Mereka bayar dividen khas kepada kerajaan pada bila-bila masa tetapi bagaimana dengan Sabah. Kita hanya dapat royalti dan cukai produk sahaja. Bilalah kita merasa apa nama, apa ini, pemberian Petronas?
Yang Berhormat Menteri, saya berikan satu minit lagi.
Ya. Inilah yang kita minta caruman tahunan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun melalui Petronas misalnya. Dan yang terakhir, Tuan Speaker saya juga mencadangkan barangkali dengan adanya ah, keprihatinan kerajaan mewujudkan tabung amanah ini bererti ada satu keseriusan baru pihak kerajaan dalam mengutamakan pendidikan anak-anak kita. Barangkali sudah masanya kita mengkaji semula portfolio menteri-menteri ini supaya tidak disebut Menteri Tugas-Tugas Khas tetapi barangkali di, diguna terus istilah Menteri
Pendidikan dan sebagainya kerana pada saya itu mencerminkan keseriusan kita dalam perkara ini.
Saya fikir itulah syor-syor, pandangan-pandangan saya, Tuan Speaker dan saya mohon menyokong pindaan ini supaya Tabung Amanah Pendidikan Sabah ini dapat diwujudkan untuk manfaat para pelajar kita terutamanya. Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Kadamaian.
Yang Berhormat sekejap, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan pemberitahu bahawa ah, tadi ada Yang Berhormat dari Karanaan mengatakan kita ini bukan kebal. Jadi saya minta kalau Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak ada sarung muka di depan, kasitau kami akan memberikan satu (1) sarung muka ataupun satu (1) kotak.
Jadi saya minta Yang Berhormat-Yang Berhormat pakailah sarung muka hanya kalau berucap ya. Terima kasih.
Silakan Yang Berhormat. Yang...
Kunak.
Yang Berhormat Kunak, silakan.
Lepas itu..
Kunak, Datuk Speaker? Ok.
Ya.
2.13 petang
Terima kasih Datuk Speaker.
Sudah tentu Kunak juga menyambut baik usul yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, namun macam yang kita semua jelas, tidak ada pembentangan secara terperinci tentang pelaksanaannya. Justeru, ah Kunak sangat berharap agar ada satu (1) mekanisme untuk membantu anak-anak untuk melanjutkan pelajaran dan untuk yang melanjutkan pelajaran ini mendapatkan bantuan awal seperti persediaan ke IPT yang paling penting adalah tiket, laptop, komputer dan keperluan-keperluan awal yang lain kerana am kita am, kita tahu bukan mudah untuk anak-
anak ini mendapatkan biasiswa especially anak-anak yang tidak excel ataupun tidak cemerlang keputusan seperti yang disebut oleh YB Kadamaian tadi. Jadi ingin kita juga mencadangkan agar ada satu (1) kerjasama yang telus antara tabung amanah ini dengan pejabat pendidikan daerah agar tidak ada isu politik dalam pemilihan pemberian bantuan dan ini juga saya rasa dapat mengurangkan kebergantungan rakyat kepada Wakil Rakyat ah, kerana kalau untuk Kunak secara peribadi tahun 2020, kami membelanjakan lebih daripada 40 ribu untuk bantuan anak awal anak-anak ke IPT. Ada yang seorang 500, ada yang 300 depends on di mana IPT tersebut. Jadi kita sangat berharap agar perkara ini diambil kira kerana kita sangat sedih, ramai anak-anak yang tidak dapat melanjutkan pelajaran apabila mereka tidak mendapat kewangan untuk membeli tiket dan sebagainya.
Terima kasih Datuk Speaker.
Terima kasih.
Kemabong kah bukan?
Yang Berhormat Kemabong, silakan. 02.13 petang
Terima kasih Datuk Speaker.
Pertama, saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Ketua Menteri di atas keseriusan kepimpinan Yang Berhormat untuk membantu para pelajar di negeri ini. Cuma dua (2) perkara yang ah, yang ingin saya utarakan di sini iaitu kepastian mereka-mereka yang mengatur, yang menyelaras tabung pendidikan ini, supaya diperjelaskan siapa-siapakah mereka nanti yang dilantik untuk mengawal selia dan meluluskan ah, tabung ini. Bukan sahaja ah, tabung khas yang dibentang di Dewan ini tetapi juga termasuklah biasiswa-biasiswa yang lain juga haruslah diselaraskan oleh satu pihak, dia transparent.
Yang keduanya, saya mohon ah supaya diwujudkan satu jawatankuasa khas.
Datuk Speaker, minta laluan.
Sila.
Terima kasih Datuk Speaker.
Ah Yang Berhormat Kemabong tadi ada menyentuh mengenai jawatankuasa yang bakal dibentuk untuk menyelaras ataupun mengendali tabung kewangan ini. Adakah Yang Berhormat Kemabong bersetuju supaya jawatankuasa yang akan dibentuk kelak haruslah mengambil kira semua pihak?
Pertama, mungkin sudah tentu di peringkat pelaksanaan dasar yakni kakitangan-kakitangan kerajaan dan juga yang kedua, melibatkan orang-orang politik sebab orang-orang politik ini adalah pemimpin yang terlalu dekat dengan masyarakat. Keperluan pelajar-pelajar sama ada di bandar atau di luar bandar termasuklah keperluan-keperluan asas seperti yang didebat oleh beberapa Wakil Rakyat sebentar tadi. Terima kasih.
Setuju.
Bukan sahaja Datuk Speaker, bukan sahaja melibatkan orang-orang penting maksudnya Wakil Rakyat itu, dekat dengan jawatankuasa yang dibentuk ini nanti sebagai lembaga pengarah kah dan sebagainya, akan tetapi juga mengambil kira ah komposisi kaum supaya ah, semua kaum ianya terlibat secara langsung untuk membantu kaum masing-masing. Yang kedua, ingin saya utarakan di sini ah, supaya satu jawatankuasa khas diwujudkanuntuk memudahkan ah pelajar-pelajar luar bandar untuk memohon. Oleh kerana kalau kita bandingkan ah pelajar luar bandar dengan pelajar bandar, yang ada di bandar ni dia mudah sedikit untuk apa ini, memohon dan mendapat kelulusan kerana mereka berada di bandar, di Kota Kinabalu dan sebagainya. Tetapi di luar bandar itu ah sukar mereka untuk mendapatkan biasiswa ataupun bantuan-bantuan ini. Jadi saya mohon kepada kerajaan ah supaya mewujudkan satu jawatankuasa khas, khas untuk pelajar-pelajar di luar bandar.
Terima kasih dan saya mohon menyokong.
Darau bangun dulu tadi.
2.19 petang
Terima kasih Datuk Speaker.
Sabah State Education Trust Fund, benda-benda seperti ini adalah amat dekat di hati saya.
Saya bersama-sama dengan YB Karanaan, kami sudah lama buat benda-benda macam ini melalui Persatuan Alumni UiTM Sabah dan masih berjalan lagi dan ah melalui pengalaman tersebut, kami ada beberapa pendekatan. Misalnya, dalam membantu pelajar-pelajar miskin terutamanya dari luar bandar. Kita tidak bagi cash kepada pelajar tersebut.
Apa yang kami buat adalah kita minta UiTM sendiri yang buat vetting sendiri. Mereka akan advice kami. Jadi pembayaran, apa-apa pembayaran, kami akan bagi terus kepada pihak UiTM. Biar pihak UiTM yang ah mengaturnya dan ah apa yang kami usahakan ini adalah pada kami, kami tidak mahu, kami tidak rela pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik ini yang terutamanya tinggal di luar bandar, ah terpinggir hanya kerana kemiskinan, mereka tidak dapat meneruskan pengajian mereka...
… dapat meneruskan pengajian mereka dari peringkat yang lebih tinggi.
Dan pada masa yang sama saya ingin mencadangkan agar sekiranya ada pihak-pihak yang ingin menderma, membantu, bagi donation kepada Sabah State Education Trust Fund ini agar sekiranya ada dapat satu persefahaman di antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan dalam bentuk tax exemption.
Tax exemption supaya penderma-penderma ini dia dengan hati yang senang dapat membantu, menderma kepada tabung ini di mana jumlah yang didermakan itu tidak akan di tidak akan dikecualikan daripada cukai. Itu sahaja saya apa ini menyokong usul ini, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Tanjong Aru. 2:21 petang
Terima kasih Datuk Speaker, terima kasih memberi peluang untuk bahas dalam bil ni.
Saya ini bil untuk established Sabah Satate Education Trust Fund saya rasa tidak ada orang akan bantah ini lah. I think this is very good noble cause dan sebab kita percaya in order to eradicate poverty,
education is the best way. Di Sabah masih lagi banyak tempat khususnya di rural area masih lagi sangat poor, so kita kena this is very good initiative to help lah semua kita punya orang pun.
Apabila kita lawat di rural area lah macam di kampung-kampung tidak nampak banyak kanak-kanak walaupun di sekolah tidak mempunyai pun cukup mencukupi table, chair sini pun tiada. Kadang-kadang toilet pun tiada pintu nanti kalau siling ada rosak apakah aircond rosak dorang mahu minta baiki kena tunggu satu tahun. Sebab kenapa? Sudah kena mohon kena mohon di education department dan kena pergi KL lagi untuk dapat kelulusan. So ini memang satu keadaan yang lama sudah that’s why kita punya education memang ketinggalan lah. That’s why I feel that this is one fund that can actually help so supaya kalau ada yang kecil-kecil punya bandar tidak payah tunggu lagi apa ini itu approval daripada federal fund boleh terus bantu sama kita punya kanak-kanak dan dari segi sekolah, hardware dan sebagainya lah, ini satu.
Dan saya nampak kalau di sini tiada untuk purpose of education in State of Sabah jadi saya rasa dia mungkin termasuk juga scholarship lah kan? mungkin termasuk juga scholarship.
Jadi di sini saya ingin include juga lah saya ingin apaini minta supaya Chinese School tidak dikecualikan.
Your question? Question?
Aaaahhh ?
Your question, adakah?
Is a question Iah saya minta permintaanlah supaya question dulu saya tanya dulu adakah itu Chinese School pun termasuk? Supaya dorang tidak dikecualikan lah.
Meaning to say unified exemption, examination, certificate you isi daripada Chinese School tu tidak dikecualikan. Maksud dia sekolah daripada Chinese School pun boleh dapat manfaat daripada education fund ini lah as long dia Sabahan lah. Itu boleh dapat bantu, itu seja lah. Terima kasih, saya mohon menyokong.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan menjawab, silakan.
Datuk Speaker, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang ini iaitu Ahli daripada Usukan, Ahli yang Dilantik Datuk Yong Teck Lee, Ahli daripada Senallang, Ahli daripada Sindumin, Ahli daripada Tungku, Ahli daripada Kadamaian, Ahli daripada Kunak, Ahli daripada Kemabong, Ahli daripada Darau dan Ahli daripada Tanjong Aru. Insya-Allah saya akan mengambil maklum dan tindakan susulan ke atas cadangan-cadangan yang telah diutarakan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Yang Mulia ini, saya ingin memaklumkan bahawa penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) adalah sebagai badan penaja kepada pelajar - pelajar anak Sabah yang menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di institusi pengajian tinggi. Kita tidak kira suku kaum, bangsa ataupun kepercayaan mereka. Siapa yang layak sebagai Anak Sabah, kita akan bantu melalui tabung pendidikan ini. Justeru Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Tabung Pendidikan Negeri Sabah yang disyorkan untuk diguna pakai bagi penyaluran dana daripada organisasi - organisasi dan para dermawan yang ingin menyumbang kepada Tabung Pendidikan Negeri Sabah ini tentu sekali mereka akan diberi pengecualian daripada membayar cukai.
Datuk Speaker, penyaluran dana kerajaan ke dalam Kumpulan Wang Amanah di bawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah adalah bagi mematuhi Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957 dan bagi menyenaraikan di dalam jadual di bawah Goverment Trust Fund Enactment 1964 (SABAH CAP 9).
Insya-Allah tabung ini akan diurus dengan sebaik - baiknya.
Kumpulan Wang Amanah ini adalah bagi membantu para pelajar membayar perbelanjaan kos pengajian dari peringkat sijil sehingga peringkat ijazah.
Pembayaran pengurusan aktiviti pelajar dan sebarang perbelanjaan yang diluluskan oleh jawatankuasa perlaksana tabung ini dari masa ke
semasa.
Tabung pendidikan ini akan dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan.
Penubuhan Kumpulan Wang ini juga adalah diperlukan selaras dengan arahan bagi Pentadbiran dan Pengawalan Kumpulan Wang Amanah TPNS. Kita mengambil maklum atas cadangan - cadangan seperti yang saya sebutkan tadi daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut membahas dan menyokong penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Negeri ini. Saya memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengurus Kumpulan Wang Amanah ini dengan pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kewangan yang sedia ada, terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dicadang bagi kali kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021Bill
Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021.
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan peringkat jawatankuasa, hari apa ?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa dewan ini hendak lah segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-Undang itu.
Ahli-ahi Yang Berhormat masalala masalah sekarang ialah bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbang Rang Undang-Undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Jawatankuasa Peringkat Jawatankuasa
[Cokmar diturunkan] Pengerusi: Ahli - ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang - Undang itu.
Ahli - ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang - Undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-Undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan. Pengerusi: … dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula Sebagai Majlis Mesyuarat
[Cokmar dinaikkan]
Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa rang undang-undang itu
telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga, hari apa?
Sekarang, Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya rang undang-undang itu dibacakan kali yang ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa rang undang-undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan. (Ahli Dewan tepuk meja)
Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021Bill
Enakmen Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2021. 2:31 petang RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI SABAH (PINDAAN) 2021
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021 - Bacaan PertamaBill
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021 - Bacaan Pertama.
Yang Berhormat Menteri berkenaan, silakan.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan satu rang undang-undang untuk meminda Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah 1981.
Jayreh…
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021Bill
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021.
Bacaan kedua bila, Menteri?
Hari ini Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021 - Bacaan KeduaBill
Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021 - Bacaan Kedua.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa rang undang-undang dibacakan kali yang kedua sekarang.
Saya mohon izin untuk membentangkan Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah pindaan 2021 bagi bacaan yang kedua ini.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021 digubal adalah bertujuan untuk menambah peruntukkan baharu berkenaan dengan status Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) yang hendaklah
dianggap sebagai anak negeri di bawah Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah 1981.
Tuan Speaker dan ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan untuk membuat pindaan dengan menambah peruntukkan baharu ini telah dibincang dan kemudiannya dipersetujui oleh Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah SEDCO bertarikh 4hb Mac 2019.
Sehingga hari ini tanah-tanah yang berstatus anak negeri atau native title yang dimiliki oleh SEDCO akan didaftarkan atas nama Pengurus Besar yang berstatus anak negeri sebagai pemegang amanah. Sehubungan dengan itu, kesulitan kerap dihadapi oleh SEDCO setiap kali berlakunya pertukaran jawatan pengurus besar di mana pendaftaran keatas tanah-tanah berstatus anak negeri tersebut hendaklah dibuat untuk menggantikan nama pengurus besar sebelum ini kepada yang terkini. Oleh itu, pendaftaran yang tidak kemaskini akan menyebabkan timbulnya masalah di dalam proses pengurusan tertutama sekali apabila ianya melibatkan pembangunan bersama institusi-institusi swasta yang memerlukan perjanjian dimeterai melibatkan tanah tersebut.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat rang undang-undang ini melibatkan pindaan kepada dua (2) fasal sahaja. Sebagaimana lazimnya, fasal pertama, rang undang-undang ini memperuntukkan tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa rang undang-undang ini. Fasal dua rang undang-undang ini memperkenalkan seksyen baharu 40A yang memperuntukkan bahawa bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan hak-hak anak negeri, SEDCO hendaklah disifatkan sebagai anak negeri.
Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pindaan tersebut akan membolehkan SEDCO didaftarkan sebagai memilik tanah-tanah berstatus anak negeri. Ini akan membolehkan SEDCO sebagai satu entiti yang sah di bawah perundangan untuk menjalankan tanggungjawabnya dan menanggung liabilitinya di bawah perundangan dengan sendirinya tanpa campur tangan pihak atau individu yang lain. Tanah tersebut tidak perlu lagi didaftarkan di atas nama pemegang-pemegang amanah secara peribadi bagi pihak SEDCO. Ini akan mengurangkan proses birokrasi yang perlu dihadapi oleh SEDCO ketika berurusan dengan tanah-tanah ini kerana
penglibatan pemegang-pemegang amanah boleh menjadi punca kepada kekangan pembangunan tanah-tanah berstatus anak negeri yang dimiliki oleh SEDCO. Pindaan ini adalah usul yang dibuat dengan merujuk kepada badan berkanun lain di Sabah iaitu Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) yang mempunyai peruntukan yang sama di bawah Seksyen 84 Enakmen Majlis Ugama Negeri Sabah 2004 yang terbukti telah membantu MUIS dalam kelancaran pengurusan pentadbiran kepada tanah-tanah yang berstatus anak negeri milik MUIS.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang ini tidak akan memberi implikasi kewangan kepada kerajaan negeri. Oleh itu, saya dengan ini memohon ahli Dewan yang mulia ini dapat menyokong dan bersetuju dengan rang undang-undang demi membolehkan perbadanan diwujudkan ditubuhkan di bawah perundangan negeri dapat dijalankan tanggungjawab dan menanggung liabilitinya sendiri tanpa perlu campur tangan dan sandaran kepada pihak atau individu yang lain. Dengan ini, saya mohon mencadangkan agar rang undang-undang Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021 ini bagi kali yang kedua. Sekian, terima kasih
Terima kasih Menteri.
Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa rang undang-undang itu dibacakan buat kali kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada ahli-ahli yang ada berbahas? Berucap? Silakan..
Yang Berhormat Tanjong Aru saya nampak dulu berdiri. Eh, maaf Kapayan. Ini sikit besar daripada Kapayan.
02:38 petang
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih kepada menteri. Dan saya mengambil maklum dan ahm tujuan pindaan yang diusulkan hari ini untuk memudahkan pengurusan tanah SEDCO berkaitan dengan tanah native title ataupun tanah adat ini. Ahm..Datuk, Datuk Speaker, kerajaan harus memastikan juga bahawa pindaan untuk menyifatkan SEDCO sebagai anak negeri ni akan menjamin perlindungan hak anak negeri di Sabah terutamanya berkaitan
hak milik tanah anak negeri. SEDCO adalah sebuah badan yang terlibat aktif dalam perindustrian dan perdagangan.
Kita tidak inginkan situasi di mana ada kemungkinan anak negeri memasuki transaksi atau JV merugikan mereka. Datuk Speaker, saya ingin mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri sama ada terdapat kemungkinan penyinfatan SEDCO sebagai anak negeri ini akan membolehkan pengambilan ataupun pembelian acquisition of empty land, tanah-tanah empty oleh SEDCO…
… empty oleh SEDCO.
Selepas itu, tanah tersebut dima dibangunkan sama ada JV ataupun erm… secara langsung oleh SEDCO sendiri dan dijual kepada entiti atau individual individu bukan anak negeri. Walaupun proses penukaran status kepada CL mungkin selepas penjualan ini berlaku dan dibuat mengikut proses undang-undang, ini mesti juga harus dipantau dengan baik. Jika tanah native itu ahh.. tersebut dibangunkan dan dikembalikan kepada pemilik anak negeri untuk tujuan membantu mereka, ini adalah sesuatu yang baik dan kita ah… sambut dengan baik lah. Tapi, kalau terdapat di mana ah… anak negeri yang pemilik ini mereka paksa atau ramai di di tanah itu di ambil dan di ehh… paksa ataupun mungkin coerced lah kita bilang untuk menjual dan apa lagi kalau tanah itu dibeli dengan harga yang murah. Sebab kita tahu ah… ini pernah berlaku ya, ah… YB Menteri. Jadi ini yang saya inginbahas di sini ah... di mana kita mesti menjaga erm… ini hak dan juga kepentingan orang asal. Terima kasih, Tuan Speaker.
Terima kasih, Datuk Speaker. Ahh…
Sri Tanjong silakan, saya berikan 5 minit.
2:42 petang
Okay.
Ah… terima kasih, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam
perbahasan ah… Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah 1981 yang saya sini ingin mengatakan mengetengahkan satu isu berkenaan dengan pemindaan ini.
Saya cuma ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri regarding a few things ah… below:
One, saya ingin saya ingin tahu sama ada perkara ini telah pun ah... dibincang secara mendalam ah… di dalam kabinet dan juga sama ada perkara ini telah pun dipertimbangkan ah… dengan sewajarnya oleh Ketua Menteri dan juga ah… khususnya menteri-menteri yang also native, dan kedua, er… dan perkara ini sangat penting kerana dia concerns about our Native Customary Rights ataupun NCR ah… which is an enshrine in our federal constitution dan saya ingin ah.. memberi membawa ah… perhatian ah… dalam dewan yang mulia ini bahawa ah… interpretasi ataupun interpretation or definition of native, sebab kita sedia maklum bahawa di Sabah ini kami ada satu enakmen on this ah… interpretation of definition of native dan perkataan native ini sebenarnya dia use as a substantive meaning to say dia ah… perkataan ini is a pride to any written law dan my question is, since we are talking about interpreting SEDCO as a native, adakah… adakah SEDCO sebagai satu corporation ah… definisinya adakah set out di dalam ordinance ini? Definisinya. Dan saya juga ingin tahu ah… sama ada corporation seperti SEDCO ini mempunyai shareholding yang sekurang-kurangnya ah… mempunyai 51 peratus bumi, sebab kita sedia maklum untuk digelar sebagai satu bumi, company will have at least, we had to have at least 51 percent of shareholding.
Yang Berhormat, I think you should refer to native not Bumi. Bumi is applicable there.
Yes.
But yeah, please native ah. Anak negeri ah. Anak negeri.
I’m just using an example. I’m just using an example.
Yeah yeah but anak negeri. The word is native is more appropriate in Sabah, anak negeri yeah. Thank you.
Sure.
So, native. So, I’m just ah..
trying to ask here whether or not SEDCO mempunyai ah… shareholding of at least 51% from native and I would also like to bring ah… to the attention of this all guest house that we as wakil rakyat we in fact do not know the financial standing of this company and in fact, we are privy to knowing ah.. what kind of transaction that is ah… that will be done or has been completed by SEDCO so we are not, it’s not transparent, so to speak.
Boleh saya mencelah?
Yeah, sure.
Sri Tanjong.
Ya, Yang Berhormat. Saya difahamkan ah… SEDCO mengalami kerugian ah… kalau tidak silap mungkin ada kerugian sebanyak 4 ke 5 juta ringgit kalau tak silap. Apakah pandangan…
Yang Berhormat, you must start substantiate your claim in in in word…
No no no no, I’m just asking into… I’m asking…
Oh, you just asking? Oh, your question. Please go ahead yeah, I’m sorry.
I’m asking if a, I’m asking the new government what’s the hala tuju untuk membangkitkan semula ke, untuk memastikan SEDCO memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negeri kita. Ah… apakah pandangan Sri Tanjong? Terima kasih.
Sri Tanjong boleh minta pencelahan sekejap?
Yeah, sure.
Silakan, Moyog. Teruskan.
Ah.. terima kasih. Ah… Sri Tanjong setuju tak bahawa Artikel 17 ataupun Seksyen 17 dalam umm… akta sorry, Land Ordinance Sabah, adanya kuasa menteri untuk memberikan dealings ataupun memberi satu ah… permission untuk dealing, dealings with a non-native. Saya faham itu, includes body corporate seperti SEDCO. Now, ah… kita tahu juga bahawa Sri Tanjong, Sabah Credit Corporation sudah ada status native ah… dan why don’t we just let the chief minister or minister incharge of ah… natural resources, memberikan kuasa untuk SEDCO untuk ah… memiliki tanah native ini ataupun pre-register juga. So instead of amending and giving SEDCO full power which we don’t know which changes everything other than what has already been done di Sabah Credit ah.. setuju kah Sri Tanjong bahawa, we leave it to the chief minister to give permission to SEDCO instead to deal with native lands?
Sri Tanjong, teruskan.
Ya umm, thank you ah… Luyang and Moyog. In fact, I agreed that ah… why don’t we just stick to ah… having our chief minister to delegate this to SEDCO instead of amending the law, right? And also I would like to join my fellow comrade from Luyang in asking whether or not SEDCO has all this while been suffering lost, since if the company is not doing so well, then what more about ah… rights or the ah… apakah ahh.. guarantee yang akan ah.. diberikan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa orang asal kami akan dilindungi, sentiasa dilindungi?
So, my final question is since ah… this amendment is about penambahan kewangan so I just want to ask ahh… what kind of ah.. ya. What kind of hala tuju that ahh… SEDCO ah… aspire and whether or not, I’m just asking lah whether or not this is related to carbon trading, to the carbon trading deals? So this is my question ah… I hope Yang Berhormat Menteri can ah… give some ah… explanation on this matter because ah… this is very important and also ah.. it
concerns about our native and also our native in Sabah, we have to always protect them, thank you.
Tuan Speaker.
Ah.. Yang Berhormat, ADUN Dilantik Datuk Seri, teruskan. 2:49 petang
Terima kasih, Tuan Speaker. Pada mulanya saya lihat Rang Undang-Undang ini tiada masalah. Tetapi, selepas mendengar ucapan-ucapan lain, makin saya dengar makin saya keliru.
Sebab sama ada ah.. right of native dalam pindaan ini melibatkan sebuah pendaftaran sebagai pemilik tanah di bawah Land Ordinance atau sebagai pemilik saham anak negeri, pemilik Saham Bumiputera. Kalau saya dengar menteri punya ucapan dan ada ucapan yang lain, macam ini saya minta penjelasan daripada menteri lah sebelum kita lulus sama ada ini pindaan ini…
...
ini, pindaan ini dengan izin, for the purpose of the land ordinance.
Kalau tidak, dia boleh disalah anggap bahawa SEDCO ini macam Yayasan Bumiputera, Permodalan Bumiputera ataupun dia hanya pindaan ini hanya for the purposes of the land ordinance, supaya pendaftaran bagi tanah-tanah NT yang dimiliki SEDCO ini tiada masalah. Aa ini kena dijelaskan.
Kalau tidak lain hari banyak masalah akan timbul, itu satu.
Kedua, SEDCO ini, saya dulu untuk makluman Tuan Speaker saya pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi SEDCO lah, 1990 to 1994.
SEDCO ini bukan badan komersial. SEDCO ini bukan profit making body. SEDCO ini ditubuh untuk membangunkan ekonomi Sabah dan di bawah SEDCO ada yang sosio ekonomi projek, yang tidak untung, Perkasa Realty membina kedai-kedai di luar bandar dan sebagainya. Pada masa yang sama SEDCO ada juga syarikat-syarikat yang untung besar, Sabah Flour and Feed Mill, untung besar, Hyatt Hotel sebelum covid, untung besar.
Jadi tidak, tidak munasabah lah kalau ada pihak-pihak yang
menuduh bahawa SEDCO ini badan yang rugi kerana dia punya co activity bukan komersial in nature. Tapi anak-anak syarikat ada untung, ada yang bukan bertujuan untung, tapi bertujuan membawa ekonomi di kawasan luar bandar. Ah itu cuma explanation, tapi ah yang penting sama ada pindaan yang dimaksudkan for the purposes of the land ordinance ataupun ada lain tujuan. Terima kasih Tuan Speaker.
ADUN Dilantik, boleh saya respectfully speaking ah saya dan Luyang sebenarnya tidak ada menuduh, SEDCO mengalami kerugian.
Kami cuma bertanya, sama ada SEDCO sebagai satu perbadanan dan di bawah ada banyak subsidiary dan adakah satu financial year tahun ini, adalah, ada adalah mengalami kerugian sahaja? Itu sahaja. Terima kasih.
Luyang… 2:53 petang
Ya Datuk Speaker, am sebenarnya saya track dalam laporan ketua audit pada tahun 2020, ah sememangnya SEDCO dan subsidiary ada kerugian. Itu adalah dinyatakan dalam laporan ketua audit negara. So saya cuma nak tanya bukan menuduh, bukan nak finger pointing kah apa, kerana kita tahu nobel intention to set up the SEDCO is to help and to membangunkan ekonomi Negeri Sabah. So itu kita semua tidak ada bantahan, kita setuju. So saya nak tanya ah, Datuk Menteri apakah ah hala tuju bagaimana ia dapat diperkasakan, dibangkitkan semula supaya SEDCO ah dapat membantu rakyat Sabah ah. Thank you, thank you, Datuk Speaker.
Terima kasih Luyang.
Sekarang saya menjemput menteri untuk menjawab. Teruskan.
Terima kasih Tuan Speaker.
Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahas usul berkaitan dengan Rang Undang-undang Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (SEDCO) (Pindaan) 2021.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Kepayan, Seri Tanjong, Luyang, Moyog dan Adun dilantik ah, tujuan utama apa pindaan ini diadalah sebenarnya untuk ah, memudahkan ah pengurusan SEDCO, apabila mereka menghadapi ah pemilikan tanah yang berstatus Anak Negeri. Itu sahaja yang sebenarnya ah, atas pindaan ini, dan untuk makluman juga ah, daripada Seri Tanjong ah pindaan ini tidak ah, tidak memberikan implikasi kewangan kepada Anak Negeri.
Dan yang satu lagi sebanyak, pindaan ini juga telah diluluskan…
Yang Berhormat, biarkan menteri menjawab dahulu. Nanti saya berikan masa.
Pindaan ini juga telah diluluskan dalam mesyuarat kabinet siri ah sembilan, ah 2020 bertarikh 18 Mac 2020.
Sudah habis, sudah diputuskan di dalam kabinet?
Sudah.
Kalau begitu tidak ada keperluan lagi untuk… Tapi begini kalau sa, sa, saya mencadangkan, memandangkan benda ini cuma ah administrated in nature kan, administrated in nature untuk memudahkan kerja SEDCO, saya rasa pindaan perlembagaan ini tidak perlu. Mungkin kita boleh merujuk kepada yang dinyatakan oleh Moyog tadi tu, mengenai kuasa-kuasa yang ada kepada ketua menteri.
Terima kasih.
Ini bukan perlembagaan.
Ini satu enakmen dan ah untuk membolehkan ah SEDCO berurusan secara direct, apabila mengurus ah, tanah Anak Negeri dan ah tidak perlu lagi dipindahkan kepada pengurus-pengurus ah besar yang berstatus Anak Negeri.
So oleh sebab ini enakmen, kita perlu mengubah dia supaya ah, SEDCO...
Nanti tunggu, boleh tunggu saja berikan dia masa untuk menjawab Yang Berhormat…
SEDCO boleh apa ini…
Boleh boleh saya…
...juga Yang Berhormat Moyog berikan menteri menjawab dulu, nanti dia dia, apa ini ke susul di sana di sini, tunggu saja.
Seperti mana yang saya katakan tadi, ah tanah tanah-tanah Anak Negeri ini tidak perlu lagi didaftarkan atas nama pemegang-pemegang amanah peribadi bagi pihak SEDCO. Itulah tujuan dia, ah terima...
ADUN Dilantik, Yang Berhor Datuk Seri…
...cuma untuk mengelakkan masalah akan datang, perlu dijelaskan bahawa pindaan ini yang diluluskan bulan Mac 2020 oleh kabinet.
Kerajaan dululah.
Jadi pihak kerajaan hari ini mesti memahami bahawa pindaan ini hanya bagi purpose of land ordinance, dan tidak melibatkan undang-undang lain.
Ini bukan Yayasan Bumiputera.
Ini bukan Permodalan Bumiputera ah, ini kena jelaskan.
Kalau tidak lain hari SEDCO akan sibuk ini urus consequences action akan datang. Ah mesti jelaskan dulu, itu satu...
Yang Berhormat Mengkabong...
Boleh saya cakap...
Kalau mau pinda ini pun bukan senang rang undang-undang sudah sudah dibentangkan, tapi mahu
dijelaskan mau dalam board of director punya minit dalam kabinet kena minit. Kabinet sekarang bukan dulu.
Ini dulu punya kabinet ini.
Ini bulan Mac tahun lalu, ah mau kena rekod bahawa ini for purposes of land ordinance sahaja. Kalau tidak, saya tidak mahu panjangkan ucapan saya, lain hari banyak masalah-masalah akan timbul daripada pindaan ini. Terima kasih Tuan Speaker.
Yang Berhormat Moyog silakan.
Datuk Speaker penjelasan YB Menteri tadi ah berkenaan dengan kelulusan kabinet ah pada waktu kerajaan selepas ini pada 18 Mac 2020.
Am setujukah dengan, saya tidak tahu apa reason mereka di kabinet waktu itu, tetapi kenapakah kita tidak innovate seperti mana yang dibahas oleh ADUN dilantik. Adanya Sabah Land Ordinance. Sabah Land Ordinance ini is a very powerful ordinance dan ketua menteri sebagai pemegang amanah ah seluruh tanah-tanah di Sabah boleh memberikan kuasa kepada SEDCO untuk memiliki tanah native plan atau pun free register.
I don’t see you need to have the SEDCO to become like Sabah Credit because Sabah Credit adalah salah satu commercial entity that we suppose to deal with native plan to help the Sabahan. Thank you.
Berikan Kemabong. Tadi kenapa Kemabong tidak terus bercakap? ...(suara bertindih)... adalah kepunyaan menteri.
Dia harus menjawab apa-apa yang ada.
Jadi kalau menteri rasa yang tidak begitu sesuai, dia boleh bantah juga kan.
Saya, saya hanya...
Janganlah panjang-panjang, kasih terus to the point, kerana yang telah disebut tadi all legal in nature. Ah, you want to say something Yang Berhormat?
.....to say something Yang Berhormat?
Saya cuma andaikan bahawa salah satu sebab apa itu daripada kenapa apa ini Pindaan ini dibuat ialah bagi menutup apa itu apa itu kekaburan dalam beberapa interpretasi undang-undang yang boleh…
Yang Berhormat.
Interpretasi undang-undang yang boleh menyukarkan atau pun merugikan SEDCO.
Ada transaksi transaksi tertentu yang melibatkan Tanah Anak Negeri dan pada masa ini sekiranya tanah itu terpaksa dipegang sebagai apa itu ah trusty oleh salah satu daripada Pegawai kanan SEDCO. GM misal kata.
Masalah dia what happen if the GM is not a native. Jadi ada difikirkan bahawa perlu kita bagi peruntukan khusus undang-undang untuk membolehkan SEDCO sendiri as as a legal person...
Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Yang Berhormat Moyog, let him finish first..
The trustee is already illegal …
Legal, legal person ..
Let him finish first, please.
Kita hanya boleh melihat ini dalam satu sudut.
Tapi saya fikir kita harus melihat ini secara on the whole picture. They could be a legal revocation, it is not amended. That is what I believe. I saya tak fikir pihak apa itu kerajaan mahu pun Peguam Negeri pada waktu itu mahu mencadangkan Pindaan yang tidak hanya yang tidak perlu. I always assumed the best and I always assumed the intention is honourable, and I assumed Tuan Speaker the intention was to plug lobe hole within the law which mean not been covered by registing law is date up presciently in the Enactment itself, thank you.
Datuk Speaker, terima kasih..
Moyog, I think Kemabong minta cakap dulu.
Terima kasih atas penjelasan itu but that confirms there was transaction prior to this di mana adanya trust deed. Trust deed itu kita faham dalam banyak decision mahkamah adalah illegal. You cannot hold a trust document over abody corporate that is no native and using a native person to hold for a for native lah. But that’s another argument. Maksud saya adanya Artikel ah Seksyen 17 yang memberi kuasa penuh kepada Ketua Menteri untuk memberi permission kepada SEDCO memilik tanah native. This already ah inherent power in the Land Ordinance. So why not used that?
Yang Berhormat Moyog, I think its quit unfair to used Section 17 not everyone is aware of that unless your are an advocate and solicitor jadi ah you have to elaborate that.
So I what you are saying is that is acceptable because there is a Section 17 but to in order to expound that its quite difficult.
Sebab banyak susah untuk mengatasinya ya.
Jadi saya ...bahas
Mungkin explanatory notes dalam blue bill ini boleh dibuat lebih mendalam...
Itu bukan kami punya apa itu kewibawaan. Itu adalah menteri punya.
Tuan Speaker, Tuan Speaker . ..
Last, last one.
So I totally agree with you. You see he has gone through one year of venting. I’m sure within one year within one year the AG
Chambers has gone through every aspect of the law and I don’t think they are unaware.
They thought kalau mereka fikir ini unnecessary the would not have, I mean they would not have recommend the necessary amendment to the law lah. Jadi I think saya cadangkan Tuan Speaker kita terima as it is, tetapi kalau ada keperluan dalam masa akan datang bahawa sebenarnya ini selalunya tidak berlaku they can always amend the law but I think the over right consideration is to unsure SEDCO is in a position to plug all the lobe holes that a there to their advantage and saya fikir ini adalah salah satu daripada sebab kenapa Pindaan undang - undang ini dimajukan pada hari ini. Terima kasih, Tuan Speaker.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan Yang Berhormat - Yang Berhormat, jangan kita bermain-main di sini. Inilah yang mulia, tempat yang mulia.
Terima kasih.
Rang Undang - Undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021Bill
Rang Undang - Undang Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021.
Timbalan Speaker [Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman]:Yang Berhormat Menteri peringkat jawatankuasa hari apa?
Hari ini Tuan Speaker.
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadang, Dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya masalah sekarang ialah bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Jawatankuasa Peringkat Jawatankuasa
[Cokmar diturunkan] Pengerusi:
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang - Undang itu.
Ahli - ahli Yang Berhormat masalahnya ialah Fasal 1 dan 2 dijadikan sebahagian daripada Rang Undang - Undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang-undang itu hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula Sebagai Majlis Mesyuarat
[Cokmar dinaikkan oleh Bentara]
Yang Berhormat Menteri.
Tuan speaker, saya mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam jawatankuasa dan telah dipersetujui dan tidak ada pindaan.
Bacaan ketiga hari apa?
Sekarang Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang - Undang itu dibacakan yang kali ketiga sekarang.
Ahli - ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang - Undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021Bill
Enakmen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah (Pindaan) 2021.
3.08 petang RANG UNDANG-UNDANG MAKANAN HAIWAN 2021
Rang Undang Undang Makanan Haiwan 2021 - Bacaan PertamaBill
Rang Undang Undang Makanan Haiwan 2021 - Bacaan Pertama.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon mengemukakan suatu enakmen yang menyatakan peruntukan Rang Undang-undang bagi mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan pengeksportan, pengimportan, pembuatan, penjualan dan penggunaan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan untuk memastikan bahawa makanan haiwan memenuhi keperluan nutrient bagi haiwan, tidak memudaratkan haiwan dan tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan
selamat untuk dimakan oleh manusia dan selamat untuk kegunaan lain dan bagi perkara - perkara lain yang bersampingan dengannya.
Rang Undang -Undang Makanan Haiwan 2021Bill
Rang Undang -Undang Makanan Haiwan 2021.
Bacaan kedua bila?
Hari ini juga Tuan Speaker.
Baiklah.
Rang Undang-Undang Makanan Haiwan 2021Bill
Rang Undang-Undang Makanan Haiwan 2021. Bacaan Kedua.
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya memohon mencadangkan bahawa Rang Undang - Undang itu dibacakan bagi kali yang kedua sekarang. Tuan Speaker, aktiviti penternakan bertujuan bagi menghasilkan sumber protein seperti daging… Timbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan [Datuk Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan]:: …bagi kali yang kedua sekarang. Tuan Speaker, aktiviti penternakan bertujuan bagi menghasilkan sumber protein seperti daging, susu dan telur untuk manusia. Bahan-bahan yang digunakan sebagai makanan haiwan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kualiti dan keselamatan makanan serta produk-produk hasilan haiwan.
Akta Makanan Haiwan 2009, yang dikuatkuasakan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan telahpun digazetkan pada 3 September 2019 dan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2010. Negeri Sabah
memerlukan undang-undang makanan haiwan seperti ini juga agar perundangan yang sama boleh dikuatkuasakan atau dipanjangkan kepada pengimport, pengeksport dan pembuatan makanan haiwan di Negeri Sabah.
Perintahan Antimicrobial atau Antimicrobial Resistance (AMR) berlaku apabila micro organisma seperti bacteria, virus, fungal dan parasite berubah dari semasa ke semasa. Penggunaan ubatan dan Antimicrobial itu jika diamalkan secara tidak berhemah boleh mengakibatkan ianya menjadi tidak berkesan untuk menyembuhkan jangkitan micro organisma pada haiwan dan manusia. Keselamatan makanan haiwan serta kesannya ke atas pengeluaran makanan berasaskan ternakan bagi manusia perlu dikawal.
Penggunaan antibiotik yang terlarang dan bahan yang berbahaya kepada manusia seperti Beta Agonists memberi kesan kepada tahap keselamatan makanan. Sehubungan dengan itu, undang-undang bagi menjamin makanan haiwan perlu diwujudkan untuk mempastikan semua hasilan ternakan adalah selamat dimakan oleh manusia. Tuan Speaker, Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2021 ini telah digubal untuk mengawal selia kualiti makanan haiwan bagi mempastikan keselamatan makanan haiwan terjamin. Kawalan kualiti makanan haiwan perlu dilaksanakan bermula dari pemilihan bahan mentah, pengeluaran hinggalah ke peringkat penggunaan.
Undang-undang sedia ada tidak dapat menampung keperluan untuk pemantauan kualiti bahan makanan haiwan secara menyeluruh sebaliknya hanya bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh pembekal. Kepastian kualiti makanan haiwan yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang perlu mencapai tahap piawaian yang ditentukan supaya tidak memudaratkan haiwan dan pengguna walaupun pengilang makanan secara lazimnya mengawal kualiti produk tetapi tidak ada undang-undang khusus untuk mencegah perkara-perkara yang tidak diingini seperti penggunaan bahan-bahan larangan, pemalsuan dan kualiti yang tidak mencapai seperti yang dilabelkan. Penyalahgunaan antibiotik dan bahan yang dilarang penggunaannya seperti Beta Agonist, Nitrofuran dan Chloramphenicol perlu dielakkan.
Tuan Speaker, Rang Undang-undang Makanan Haiwan 2021 ini mengandungi 7 bahagian dan 57 Fasal. Bahagian 1 mengandungi tajuk ringkas permulaan kuatkuasa dan tafsiran. Bahagian 2 memperuntukkan fungsi dan kuasa Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah. Fasal 3, memperketatkan tentang fungsi
dan kuasa-kuasa pengarah termasuklah kuasa berkaitan pengeluaran lesen pengimportan dan pengeksportan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan, lesen pembuatan makanan haiwan serta kawal selia industri makanan haiwan.
Fasal 4, memperuntukkan kuasa kepada pengarah untuk mewakilkan fungsi dan kuasa kepada mana-mana pegawai awam. Bahagian 3, mengandungi peruntukan perlesenan dan Fasal 5, memperuntukkan larangan ke atas pengimportan dan pengeksportan makanan haiwan, bahan tambahan makanan haiwan dan larangan untuk membuat makanan haiwan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh pengarah. Fasal 6 menghendaki sesuatu permohonan lesen hendaklah dibuat kepada pengarah dan Fasal 7 hingga 11 memberi kuasa kepada pengarah untuk mengeluarkan lesen, untuk enggan mengeluarkan lesen atau sebab-sebab yang dinyatakan dalam Fasal 8, menetapkan tempoh masa lesen, memperbaharui lesen, mengenakan syarat tambahan atau mengubah syarat lesen. Manakala Fasal 12 hingga 16, mengadakan peruntukan mengenai kehendak untuk mempamerkan lesen, melarang pemindah milikan lesen, kuasa pengarah untuk menggantung atau membatalkan lesen, larangan untuk mengubah lesen serta memberi kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan lesen sebagai tambahan kepada penalti yang dikenakan.
Bahagian 4 mengandungi Fasal 17 dan 18 yang memperuntukkan pematuhan spesifikasi yang ditetapkan bagi semua makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan yang diimport, dieksport, diedarkan, dimiliki, dijual atau digunakan, pematuhan spesifikasi bagi semua makanan haiwan yang dibuat serta pematuhan kepada syarat-syarat bagi penyimpanan, penstoran pembungkusan, pelabelan dan pengangkutan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan haiwan itu.
Bahagian 5, pula memperketatkan tentang kawalan penggunaan antibiotik, hormon dan bahan kimia yang lain dalam makanan haiwan.
Fasal 6 8…19, mengandungi peruntukan larangan untuk menggunakan apa-apa antibiotik, hormon atau bahan kimia lain secara langsung atau tidak langsung pada haiwan melainkan jika ia mengikut cara dan sukatan yang ditetapkan. Fasal 20 pula, menyatakan larangan pemilikan makanan haiwan yang mengandungi antibiotik, hormon atau bahan kimia lain yang pencampurannya tidak dibenarkan oleh
enakmen yang dicadangkan.
Bahagian adalah peruntukan berkenaan penguatkuasaan Fasal 21 memberi kuasa kepada pengarah untuk melantik pegawai yang diberi kuasa bagi menjalankan kuasa penguatkuasaan dibawah enakmen yang dicadangkan dan setiap pegawai yang diberi kuasa ini hendaklah diberikan kad kuasa dibawah Fasal 22, 22.
Fasal 23 memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa atau pegawai polis untuk menyiasat mana-mana kesalahan dibawah enakmen yang dicadangkan. Fasal 24 hingga 29 mengadakan peruntukan bagi kuasa menangkap tanpa waran, kuasa untuk menggeledah dan menyita dengan atau tanpa waran, kuasa untuk memasuki premis, kuasa untuk mempunyai akses kepada data berkomputer dan kuasa untuk memberhentikan dan menggeledah pengangkut yang disyaki digunakan untuk melakukan kesalahan di bawah enakmen-enakmen yang dicadangkan. Fasal 30 hingga 36 memperuntukkan mengenai senarai benda yang disita pegawai yang diberi kuasa boleh meminta bantuan untuk memeriksa benda yang berkaitan…
… benda yang berkaitan dengan kesalahan bagi maksud penyiasatan, kuasa untuk mengambil sampel makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan untuk di analisis, penetapan makmal oleh pengarah, dan fasal ini juga merangkumi pelantikan juruanalisis untuk menjalankan analisis ke atas makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan, perakuan analisis, serta pemeriksaan atau pengujian makanan atau bahan bahan tambahan makanan haiwan yang disita.
Fasal 37 hingga 40 memberi kuasa kepada pengarah untuk menghendaki apa-apa maklumat memberi kuasa kepada pegawai diberi kuasa untuk menghendaki kehadiran orang tertentu serta memeriksa orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes dan keboleh kebolehterimaan penyertaan dalam keterangan. Fasal 41 hingga 45 memperuntukkan mengenai pelepasan atau pelupusan benda yang disita, pelucutan pelucutakan kos memegang benda yang disita sementara menunggu apa-apa prosiding, tiada kos bagi apa-apa penyitaan yang dibuat di
bawah enakmen yang dicadangkan, serta menjadikan kesalahan bagi orang yang menghalang pegawai diberi kuasa untuk melaksanakan tugasnya. Bahagian 6, aih.. 6, 7 Bahagian 7 mengandungi peruntukan pelbagai Fasal 46, 47, 48, dan 49. Rang Undang-Undang ini mengadakan peruntukan berkenaan kesalahan oleh pertubuhan perbadanan dan peruntukan bagi penalti am, kuasa pengarah untuk mengompaun serta peruntukan berkenaan keizinan secara bertulis adalah diperolehi daripada pendakwa raya sebelum memulakan pendakwaan.
Fasal 60 menyediakan peruntukan yang melindungi orang tertentu yang bertindak dengan suci hati daripada apa-apa prosiding undang-undang. Fasal 51, 52, 53 dan 54 bertujuan untuk memperuntukkan bagi perlindungan maklumat dan pemberi maklumat. Fasal-Fasal ini juga menjadikan kesalahan bagi orang yang mengganggu tanda rasmi. Larangan untuk mengingkari apa-apa perintah yang sah daripada pegawai berkuasa veterinar atau pegawai yang diberi kuasa menjadi suatu kesalahan orang yang memberi atau membuat maklumat atau pernyataan yang palsu serta memperuntukkan kuasa kepada makamah majistret untuk pembicaraan kesalahan di bawah enakmen yang dicadangkan.
Fasal 56 memberi kuasa kepada menteri untuk membuat peraturan-peraturan manakala Fasal yang terakhir, iaitu Fasal 57, memperkatakan, memperketatkan tentang peruntukan peralihan.
Dengan adanya Rang Undang-Undang ini, ia akan membuat kuasa atau memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah untuk mengawal pengeksportan makanan haiwan, dan juga bahan tambahan makanan haiwan, serta perbuatan makanan haiwan di Negeri Sabah dan seterusnya, menjaga penyalahgunaan bahan-bahan seperti antibiotik, hormon dan bahan-bahan kimia ke atas haiwan. Tuan Speaker, saya mohon mencadang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-Undang itu dibacakan bagi kali yang kedua dan terbuka untuk dibahas. Ada sesiapa yang hendak berbahas? Okay, saya jemput Sindumin yang berdiri dulu tadi. 3:25 petang
Terima kasih, Datuk Speaker. Saya ucap tahniah lah kepada kementerian yang membentangkan Rang Undang-Undang Makanan Haiwan ini. Sebenarnya, ini bukan baru dan kita sudah tahu dan kita di
Malaysia ini adalah negara yang paling banyak undang-undang. Bagai-bagai undang-undang. Sebut saja undang-undang, semua ada. Tapi, kita juga mesti tahu bahawa pelaksanaan, ini penting. Apakah kita bersedia untuk melaksanakan ini? Apakah infrastruktur kita sudah sedia melaksanakan? Saya khuatir nanti Rang Undang-Undang sebegini, benda ini benda yang tidak nampak. Maksudnya, apa yang ada dalam makanan itu, yang kita ingin kawal itu ialah hormon, antibiotik, dan juga bahan-bahan yang lain, anabolic steroid. Ini tidak nampak. Perlu ujian makmal. Kalau yang nampak pun susah kita mahu laksanakan. Contohnya, pukat-pukat tunda yang menceroboh depan mata kita pun susah kita mahu laksanakan. Penggunaan trynet yang berleluasa di Sabah ini pun sukar kita laksanakan. Cuma saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah kita bersedia untuk melaksanakan yang ini? Mungkin mudah. Tetapi, saya melihat ia satu yang perlu kita fikir, iaitu kalau kita lihat Bahagian 3, perlesenan. Kita tidak akan bagi lesen ini kalau mereka akan mengimport dari tempat-tempat yang sudah dikenal pasti ada bahan-bahan kimia. Tapi, bagaimanakah kalau mereka yang ada lesen ini tidak mengikuti saluran yang tepat? Mereka menyeludup, pembekal-pembekal haram, yang tidak didaftar. Sudah tentu pengimport ini akan mengambil keuntungan dan tahu selok-belok di mana untuk mendapatkan bahan-bahan ini dan saya tahu haiwan-haiwan ini untuk tambah berat, tambah steroid, untuk mengelakkan penyakit, tambah antiboitik ataupun untuk mengemukkan, tambah hormon seperti estrogen, cepat membesar dan berat.
Ini akan mengambil keuntungan. Jadi, bagaimanakah kita boleh mempastikan bahawa ini dapat dikawal terutama sekali penyeludupan ini.
Apakah kita cukup kakitangan untuk melaksanakan ini?
Saya ringkas saja, Yang Berhormat Menteri. Bahagian 5 yang saya katakan tadi kita mahu.. mahu benda ini tidak nampak. Antibiotik, hormon, bahan-bahan kimia yang lain, heavy metals, dan sebagainya, yang dimasukkan. Apakah kita sudah ada rangkaian makmal untuk membuat ujian kepada makanan-makanan yang diimport ini? Di manakah kita mem mem membuat ujian sama ada di pintu masuk ataupun di premis-premis tempat menjual bahan makanan haiwan ini? Kalau kita boleh kawal di pintu masuk, kita buat dan apakah kita cukup kakitangan, cukup makmal untuk mengkaji ataupun di premis-premis di mana pusat-pusat penyimpanan ataupun ah… kedai-kedai penjual bahan-bahan ini dapat kta periksa secara berkala? Apakah kita
cukup makmal untuk memeriksa er… bahan-bahan kimia ini? Dan satu lagi isu yang sini ialah saya bukan katakan semua pengedar ini. Tapi, ada di sini mungkin ada elemen-elemen rasuah yang mungkin kautim yang kata tutup mata sebelah yang membolehkan makanan haiwan ini dijual dengan adanya bahan-bahan yang tidak sihat dan ini amat membahayakan haiwan itu sendiri dan juga kita yang memakan hasil-hasil daripada haiwan, daging-daging haiwan tersebut.
Itu saja, Yang Berhormat. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Berhormat Sindumin. So, saya jemput Yang Berhormat Tanjong Aru.
03:29 petang
Terima kasih, Datuk Speaker. Untuk bagi peluang lah saya ambil bahagian dalam perbahasan usul ini. Ah… saya rasa tadi apa saya dengar dibentang oleh Datuk Menteri Timbalan Ketua Menteri memang itu sebab dia memang cukup noble lah cause menjaga ah… kita punya kesihatan dari segi makanan yang kita makan lah.
Buka pelitup muka, Yang Berhormat.
Oh ya. Okay. Terima kasih. It’s a good, it’s a good noble cause lah. I say that the, its not much problem with the bill, except for saya ingin tanya saja lah ar.. tanya saja. Is there really a case ah..ada kes..
…. that really a case kah? Ada kes kah?
Apa cause saya nampak ini adalah satu ah enakmen kita enact untuk precautionary purposes or memang sudah ada masalah ah hadapi di Sabah ini supaya kita dapat kawal ...(kurang jelas)... Maksud saya, it’s that any cases where their are already ah feed that’s goes to ah ...(kurang jelas)... and then when it becomes food for us it’s not healthy. Ada kes kah macam itu di Sabah ini?
Nombor satu, one. Ada feed apabila kita enact ini. Ini if you setuju lah kan. Enact ini bill.
Adakah feed di Sabah ini akan diban? Waktu sekarang, ertinya they are
already doing because i’m a feed manufacturer or saya ada satu export.
Saya takut apabila saya nampak ini bill, because kenapa? Because the first requirement of a license “no want shall manufactured feed in Sabah”.
Ertinya, kalau saya tradisi ah manufacturer in Sabah ini, saya terus terkejut because I don’t know there’s a nothing in this bill to tell us what is the qualifications, who qualify it, what kind of speck, how do we actually qualify ourselves a a proper feed and all, tiada ah, nothing lah information about it over here.
Hanya power saja daripada director macam mana kita boleh stop, macam mana kita boleh ah tangkap, macam mana kita boleh find, kita boleh compound and then there was one ah section 56, I mean with due respect ah, with due respect, to power to make regulations. That’s means the minister may take regulations as maybe neccesary so that for the purpose of carrying out into effect the provision for this enacment without prejudice. Is able to prescribe the annual list qualification on that ...(kurang jelas)... prescribe all matters relating to a application ah apa ini renewell suspension, recoveration of license for export and ah import of local feed.
Ah, banyaklah dia banyak, dia dia tapi when I look at this, the ministry has to be the profesional to do that because kalau bukan kan kadang macam dulu deputy prime minister sendiri pun cakap saya pakar politik tapi saya bukan pakar teknikal. So, if the minister become so powerfull to decide mana satu sebenarnya ialah adalah qualifield mungkin tidak macam itu sesuailah. Mungkin tidak macam itu, tidak sesuai. Mungkin orang yang pakar seharusnya, jadi itu orang yang kasih qualifield lah itu feed. So, di sini dia tiada info itu. So saya ingin nak tanya balik lagi di sini Sabah, currently the dealers the trader of feed.
Adakah license atau tiada license dorang tidak taulah.
Sedang berniaga itu akan distopkah?
Adakah, adakah kes macam itukah? Atau manufacturer in Sabah mungkin i’m currently producing some feed. Tomorrow I will be ask to stop because belum lagi ada dia punya spec, belum lagi ada dia punya apa itu sudah kena dipatuhi dan sebagainya.
Adakah ini akan berlaku di Sabah ini selepas enakmen ini err dienacted.
Because saya ingin beri berapa contohlah seperti contoh black soldier fly, black soldier fly is very popular and during our time we bought it into Sabah to produce organic feed. So daripada black soldier fly they can produce the food for, ok sorry arr Datuk Speaker they can still produce feed for but...
Yang Berhormat, tolong matikan handphone.
Ok.
Sambung.
Terima kasih Datuk Speaker, macam black soldier fly they can still produce feed for the bird swiftlet. The swiftlet dia punya fly itu boleh jadi swiftlet, makanan untuk swiftlet dan dia punya apa itu ada makanan boleh bagi sama ayam, ada ikan sebagai organic feed. Tapi saya rasa itu belum ada lagi undang-undang untuk qualified black soldier feed so apa akan terjadi dengan am peniaga-peniaga memang sudah ah peniaga black soldier lah dan memang valid in Indonesia, Thailand and been using this method but I don’t think there is a regulation yet lah to qualified it.
Ah, ini saya tidak tahulah, saya minta penjelasan nombor satu.
Kedua, ada banyak farm waktu dahulu kita lawat banyak itu ar ladang lembu lah. They don’t buy important feed.
Dia ambil daripada dia punya sayur-sayuran. Dia ambil daripada dia punya palm oil dan dia punya itu, ah natural dia punya food, dia kasih mixed untuk dia punya lembu lah makan tapi nampak dia lembu dia sihat, besarlah, besar daripada ladang-ladang yang dijaga oleh kerajaan dahululah. Walaupun, memang saya pun akui kita punya ladang tidak begitu baik, diorang jauh lagi pakar.
Jauh lebih pakarlah tapi adakah, how we qualified to feed so ini saya rasa membimbangkan manufactures atau people yang memang trading feed punya industries. So, I ingin minta penjelasanlah daripada menteri semua. Itu soalanlah. Terima kasih.
Terima kasih, Yang Amat Berhormat Tanjung Aru.
Terima kasih.
Tuan Speaker:Tunggu dulu Yang, tunggu saya jemput menjawab baru jawab ya.
Handphone, handphone. Terima kasih.
Ok, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri, sila jawab. 03:35 petang
Ok. Terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Sindumin dan juga daripada Tanjung Aru. Ah, yang membangkitkan beberapa isu yang sudah tentunya akan memberikan kita lebih banyak idea dan juga lebih bersedia untuk ah, mempastikan undang-undang dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sebagainya. Ah, Yang Berhormat daripada Sindumin bertanya sama ada, sama ada jabatan yang akan mengendalikan ini bersedia untuk melaksanakan undang-undang ini ah, dari segi expertise, mereka adakah expertise ah, begitu juga ditanyakan oleh Yang Berhormat Tanjung Aru isu kita ada makmalkah?
Dan ah, ah, jawapan saya mengenai ini adalah memang kita bersedia sebab itulah kita mencadangkan undang-undang ini sebab sebenarnya undang-undang ini dicadangkan sudah lama sudah.
Mungkin lebih lama daripada undang-undang yang dicadangkan di Semenanjung ah, di peringkat Semenanjung ah yang diluluskan pada 2019. Jadi saya difahamkan daripada jabatan veterinar bahawa mereka sudah memang bersedia dan mempunyai expertise yang cukup ah, walau bagaimanapun memandangkan undang-undang ini akan dilaksanakan di, merangkumi semua peringkat. Peringkat organisasi ,peringkat apa ini ah, apa ini, peringkat perniagaan kecil-kecilan dan juga kepada pengimport dan pengeksport, sudah tentunya dia akan memerlukan tenaga yang lebih banyak lagi danr latihan yang lebih banyak. Jadi soal ini, kita akan ambil kira bila mana apa ini, undang-undang regulation, pelaksanaan ini disiapkan untuk dilaksanakan. Jadi kita ambil kira semua ini untuk dilaksanakan. Terima kasih, atas cadangan-cadangan dan ah...
Datuk Menteri, excuse me.
Yang Berhormat, ada soalan daripada Tanjung Aru.
Mencelah sikit, boleh?
Belum lagi siap.
Sorry.
Ada lagi isu yang...
Ertinya tadi,saya difahamkan oleh Datuk Menteri ialah dia memang lama sudah sedia. Jadi itu adalah satu precautional law dan dia tiada masalah sekarang di Sabah, hanya untuk enact itu law supaya memastikan masa akan datang tiada masalah lah kan? So, itu erti dia lah kan? So once we enact this tiada orang akan diberhentikan, manufacture di Sabah tiada masalah lah. Ini industri will continue to am tiada orang dimangsakan atau di apa ni, macam mana mau cakap arr nobody will be affected lah by this law for the time being precautionary basis. So, saya difahamkan tadi, menteri sudah cakap ini sudah lama dicadangkan hanya sekarang sudah sedia kita boleh dilaksanakan tapi di Sabah ini tiada masalahlah kan?
Undang-undang ini dilaksanakan memanglah ah ada masalah sebab itu undang-undang ini diadakan.
Kalau tidak kita tidak perlu ini undang-undang ah. Jadi antara masalah yang disebutkan oleh ah Yang Berhormat sendiri mahu tambah ini makanan supaya lebih gemuk, lebih cepat dia tumbuh. Ini antara masalah ah, termasuklah itu ubat-ubat ikan yang ubat mayat dorang bilang tu supaya lambat dia, dia, dia stay fresh.
Timbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan [Datuk Dr. Jeffrey G. Datuk Kitingan]:..supaya lambat dia dia dia dia stay fresh. So, ya memang ada masalah. Sebab itu lah kita perlukan undang - undang ini. Hanya isu-isu yang lain seperti enforcement itu kita ambil kira untuk memastikan we have enough personal
untuk enforcement ini dan power to regulate memang ini perlu dan sudah tentunya menteri tidak akan buat undang - undang tanpa cadangan - cadangan daripada pegawai - pegawai yang mempunyai qualification.
Doctor or vetinerar di pakar - pakar dari segi kimia, dari segi hormon dan sebagainya. Jadi saya ambil kira semua ini…
Sikit saja.
Ada pencar.. Ada pertanyaan daripada Sindumin
Sikit sahaja pertanyaan Yang Berhormat. Saya setengah minit.
Kemusykilan-kemusykilan yang Yang Berhormat - Yang Berhormat ini diambil kira. Ya.
Ya.
Itu kalau dilihat perkara Fasal 8 di bawah Bahagian 3 iaitu pengaduan lesen Fasal 8 (a).
Semua lesen untuk mengeksport atau mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan tidak akan dikeluarkan (a) jika negara asal yang darinya makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu akan diimport.
Tidak diketahui.
Jadi kalau mesti negeri itu kita tahu tapi yang lebih penting ialah Yang Berhormat Menteri ialah siapa pengilang? Kalau boleh kita rujuk kepada pengilang bahan makanan itu. Jadi kalau boleh, pegawai - pegawai daripada negeri ini ataupun penguatkuasa boleh juga rujuk kilang tersebut. Apa spekasi spesifikasi dia kerana walaupun kita ada negeri, mungkin negeri itu, negeri ini pengilang haram yang tidak ada lesen. Tapi dia membawa mengeluarkan bah barang - barang bahan makanan juga. Itu yang saya rujuk kalau boleh lebih spesifikasi.
Ok terima kasih Yang Berhormat Sindumin atas cadangan itu dan kita akan ambil kira di dalam pelaksanaan undang - undang ini nanti. Terima kasih.
Tuan Speaker, saya amat menghargai dan mengucapkan terima kasih atas cadangan -cadangan dan isu - isu yang dibangkitkan Yang Berhormat - Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Enakmen Makanan Haiwan 2021 ini dan sokongan yang diberikan.
Saya juga mengambil maklum dan perhatian ke atas semua maklum balas dan cadangan yang telah dikemukakan sebentar tadi. Dengan adanya Enakmen Makanan Haiwan 2021 ini, kerajaan negeri melalui kementerian saya dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan dapat mengawal selia kualiti makanan haiwan bagi memastikan makanan ini selamat untuk dimakan oleh kita semua.
Akhir sekali, saya ucapkan Selamat Hari Natal dan Tahun Baru kepada semua. Sekian. Saya mencadangkan.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli - ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang - Undang itu dibacakan bagi kali kedua. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang- Undang Makanan Haiwan 2021Bill
Rang Undang- Undang Makanan Haiwan 2021.
Yang Berhormat Menteri, peringkat jawatankuasa hari apa?
Hari ini juga, Tuan Speaker.
Sila cadang.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang - Undang itu dibacakan kali yang kedua.
Salah cadangan tu Yang Berhormat Menteri.
Saya mencadangkan.
Salah cadangan itu. Terlebih carbon kali dia ini.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli - ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ialah bahawa dewan ini hendaklah dengan segera dijadikan sebuah jawatankuasa bagi menimbangkan Rang Undang-undang itu.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Majlis Dalam Jawatankuasa Peringkat Jawatankuasa
[Cokmar diturunkan] Pengerusi: Ahli - ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah: BAHAGIAN I: Fasal No. 1 dan 2; BAHAGIAN II: Fasal 3 dan 4; BAHAGIAN III: Fasal 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 dan 16; BAHAGIAN IV: Fasal 17 dan 18; BAHAGIAN V: Fasal 19 dan 20; BAHAGIAN VI: Fasal 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44 dan 45; dan BAHAGIAN VII: Fasal 46, 47, 48, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56 dan 57. dijadikan sebahagian daripada Rang Undang-undang itu. Macam tombola ya. BAHAGIAN I: Fasal No. 1 dan 2;
BAHAGIAN II: Fasal 3 dan 4; BAHAGIAN III: Fasal 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15 dan 16; BAHAGIAN IV: Fasal 17 dan 18; BAHAGIAN V: Fasal 19 dan 20; BAHAGIAN VI: Fasal 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 44 dan 45; dan BAHAGIAN VII: Fasal 46, 47, 48, 49, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56 dan 57; dijadikan sebahagian daripada Rang Undang - Undang itu. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.
Rang Undang - Undang itu hendaklah di bawa hendaklah dilaporkan balik ke Dewan.
Majlis Bersidang Semula Sebagai Majlis Mesyuarat
[Cokmar dinaikkan]
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Speaker, saya mohon melaporkan bahawa rang..
…..mohon melaporkan bahawa Rang Undang-undang itu telah dipertimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujui dengan tidak ada apa-apa pindaan.
Bacaan ketiga hari apa?
Sekarang juga Tuan Speaker.
Sila jalankan.
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-Undang itu dibacakan kali yang Ketiga sekarang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang - Undang itu dibacakan bagi kali yang ketiga dan diluluskan sekarang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”
Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan dan diluluskan.
Enakmen Makanan Haiwan 2021Bill
Enakmen Makanan Haiwan 2021. 3:51 petang PEMILIHAN AHLI DEWAN NEGARA (SENATOR)
Pemilihan Ahli Dewan Negara
Pemilihan Ahli Dewan Negara.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima satu makluman daripada pihak Istana bahawa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri telah menyampaikan perintah agar Dewan Undangan Negeri memilih seorang Ahli Dewan Negara untuk mengisi kekosongan yang akan berlaku pada 9 Disember 2021, iaitu setelah tamat tempoh perkhidmatan penyandangnya sekarang iaitu Yang Berhormat Datuk Donald Peter Mojuntin sebagai Senator. Ahli - ahli Yang Berhormat, saya suka hendak menarik perhatian Ahli - ahli Yang Berhormat bahawa peraturan berhubung dengan pemilihan seorang Ahli Dewan Negara sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Jadual 7 Perlembangaan Persekutuan dan dengan perintah yang dibuat oleh Tuan Yang Terutama Yang di-
Pertua Negeri dan dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah seperti berikut.
Nama calon hendaklah dicadangkan oleh seorang ahli, manakala seorang ahli lagi hendaklah menyokong pencalonan berkenaan.
Ahli yang mencadang atau yang menyokong calon tersebut, hendaklah menghantar satu kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh calon bagi menyatakan kesanggupannya berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara apabila ianya dipilih kelak.
Yang Amat Berhormat Ketua Menteri,
Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa Puan Noraini binti Idris, dicalonkan untuk dipilih menjadi Ahli Dewan Negara mulai 10 Disember 2021. Saya mengemukakan bersama ini suatu kenyataan bertulis yang telah ditandatangani oleh calon bahawa ia akan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara apabila dipilih kelak. 3.52PM - Tuan Speaker: Ada Ahli yang menyokong?.
3.53PM -
Datuk Speaker, saya mohon menyokong.
3.54PM - Tuan Speaker: Nama calon ialah Puan Noraini binti Idris, sila berdiri. Puan Noraini berasal dari daerah Penampang, berbangsa Kadazan, beliau ada seorang graduan Undang - undang dan telah diterima dan didaftarkan sebagai Peguam di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1994. Beliau telah berkhidmat sebagai Peguam Bela dan Peguam Bicara selama lebih kurang 27 Tahun di Sabah.
Beliau berpengalaman mengendalikan kes - kes civil di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan mempunyai pengalaman dalam pembangunan Hartanah Corporate dan Commercial serta Perbankan Kewangan.
Beliau mempunyai Firma Guaman sendiri yang ditubuhkan pada tahun 2003 bersama rakan kongsinya iaitu Firma Guaman Alamin Idris dan Associates.
Beliau kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi Sabah. Mempunyai
pengalaman yang luas politik. Karier politik beliau masa penubuhan Puteri UMNO di Sabah pada tahun 2001. Pada tahun 2002, beliau dilantik menjadi setiausaha Puteri UMNO Sabah dan pernah menjawat jawatan Exco Puteri UMNO Malaysia bermula tahun 2004 dan Ketua Puteri UMNO bahagian Penampang bermula tahun 2003. Kini beliau adalah merupakan Ketua Wanita UMNO bahagian Penampang dan juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah.
Selain daripada itu, beliau juga aktif dalam beberapa pertubuhan NGO, seperti NGO wanita seperti SIKK (Soroptimist International Club Of KK). Beliau juga sekarang kini adalah merupakan salah seorang ahli jawatankuasa induk dalam Majlis Penasihat Wanita Sabah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang dikehendaki menyatakan undi calon tersebut bila saja nama masing-masing dipanggil oleh Pegawai Dewan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila nyatakan “Ya”, “Tidak” atau “Berkecuali” apabila nama pengundian, apabila membuat pengundian.
Nama-nama ahli yang mengundi akan dicatatkan dalam undi-undi dan perjalanan mesyuarat. Sekarang pengundian dijalankan.
Yang Berhormat Tuan Mohammad bin Mohamarin
Yang Berhormat Tuan Mohammad bin Mohamarin.
Yang Berhormat Tuan Harun bin Durabi
Yang Berhormat Tuan Harun bin Durabi.
Ya.
Yang Berhormat Dato’ Sri Dr
Yang Berhormat Dato’ Sri Dr. Ruddy bin Awah
Ya.
Yang Berhormat Tuan Chong Chen Bin
Yang Berhormat Tuan Chong Chen Bin.
Yang Berhormat Datuk Julita Mojungki.
Ya.
Yang Berhormat Datuk Wetron bin Bahanda
Yang Berhormat Datuk Wetron bin Bahanda.
Ya.
Yang Berhormat Tuan Hendrus Anding
Yang Berhormat Tuan Hendrus Anding
Ya.
Yang Berhormat Tuan Fairuz bin Renddan
Yang Berhormat Tuan Fairuz bin Renddan.
Ya.
Yang Berhormat Tuan Mohd Arsad bin Bistari
Yang Berhormat Tuan Mohd Arsad bin Bistari.
Ya.
Sila duduk Puan Noraini.
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Mohammad Salleh bin Tun Said Keruak
Ya.
Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick
Yang Berhormat Datuk Ewon Benedick. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.
Ya.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Tuan Jasnih bin Daya.
Ya.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Datuk Jahid bin Jahim.
YaTuan Speaker.
Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai
Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai
Ya.
Macam malas saja itu, mengantuk kah?
Yang Berhormat Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ Liasnih
Yang Berhormat Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ Liasnih
Confirm. Ya.
Yang Berhormat Datuk Limus bin Jury
Yang Berhormat Datuk Limus bin Jury. Yang Berhormat Tuan Haji Ruslan bin Muharam.
Ya.
Yang Berhormat Datuk Dr
Yang Berhormat Datuk Dr. Yusof bin Yakob
Ya Datuk Speaker.
Yang Berhormat Datuk Dr
Yang Berhormat Datuk Dr. Joachim Gunsalam
Ya.
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun
Ya Speaker.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Datuk Abidin bin Madingkir
Ya.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kititngan.
Ya.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Ya.
Yang Berhormat Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub
Yang Berhormat Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub
Ya Datuk Speaker.
Yang Berhormat Datuk Peter Anthony
Yang Berhormat Datuk Peter Anthony. Yang Berhormat Datuk Rubin bin Balang.
Ya.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Puan Flovia Ng.
Ya.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Datuk Ellron bin Angin
Ya.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin
Ya Speaker.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Tuan Jonnybone J Kurum
Ya Speaker.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Datuk James bin Ratib.
Ya, saya sokong…
Ya, saya sokong.
Yang Berhormat Tuan Samad bin Jambri @ Jamri
Yang Berhormat Tuan Samad bin Jambri @ Jamri.
Ya, sokong.
Yang Berhormat Tuan Arunarnsin bin Taib
Yang Berhormat Tuan Arunarnsin bin Taib.
Ya, saya setuju.
Macam terima nikah kau.
Yang Berhormat Tuan Mokran Ingkat
Yang Berhormat Tuan Mokran Ingkat.
Tuan Mokran Ingkat [Sungai Manila]:Ya, setuju.
Yang Berhormat Tuan Hiew Vun Zin
Yang Berhormat Tuan Hiew Vun Zin.
Ya, setuju.
Yang Berhormat Tuan Calvin Chong Ket Kiun
Yang Berhormat Tuan Calvin Chong Ket Kiun.
Ya, setuju.
Yang Berhormat Datuk Poon Ming Fung @ Frankie
Yang Berhormat Datuk Poon Ming Fung @ Frankie.
Terkecuali.
Yang Berhormat Datuk Masiung Banah
Yang Berhormat Datuk Masiung Banah.
Ok, sokong.
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin.
Ya, Tuan Speaker.
Yang Berhormat Datuk Jafry bin Ariffin
Yang Berhormat Datuk Jafry bin Ariffin.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar [Datuk Jafry bin Ariffin: Ya.
Yang Berhormat Tuan Assaffal bin P. Alian
Yang Berhormat Tuan Assaffal bin P. Alian.
Sokong.
Panjang sokong kau.
Yang Berhormat Datuk Mohammadin bin Ketapi
Yang Berhormat Datuk Mohammadin bin Ketapi. Yang Berhormat Tuan Dumi bin Pg. Masdal.
Setuju.
Yang Berhormat Puan Norazlinah binti Arif
Yang Berhormat Puan Norazlinah binti Arif. Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Jaujan bin Haji Sambakong. Datuk Dr.
Ya.
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal. Yang Berhormat Tuan Hamild Hamid @ Hamid bin Awang.
Ya.
Timbalan Setiausaha [Tuan Mohd. Jayreh bin Jaya]:Yang Berhormat Datuk Haji Nizam bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan.
Ya.
Macam geram ja.
Yang Berhormat Tuan Justin Wong Yung Bin
Yang Berhormat Tuan Justin Wong Yung Bin. Yang Berhormat Puan Rina binti Jainal. Yang Berhormat Tuan Andi Muhammad Suryady bin Bandy.
Ya.
Yang Berhormat Tuan Sarifuddin bin Hata
Yang Berhormat Tuan Sarifuddin bin Hata. Yang Berhormat Tuan Hassan A. Gani Pg. Amir.
Ya.
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Ya.
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Raimie Unggi
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Raimie Unggi.
Ya, Tuan Speaker. Sokong.
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Amisah Yassin.
Ya, Datuk Speaker.
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Tuan Jaffari Waliam
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Tuan Jaffari Waliam.
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Suhaimi Nasir.
Ya, Tuan Speaker.
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Aliakbar bin Gulasan
ADUN Dilantik, Yang Berhormat Datuk Aliakbar bin Gulasan.
Setuju.
Tanjong Aru ada sebutkah?
Tidak dikenali: Kami belum mengundi ini.
Tanjong Aru, Api-Api, ada sebutkah?
Tidak dikenali: Bermula dari Karambunai sampai Bongawan tidak sana.
Kurang, kurang undi orang.
Ampun, Tuan Speaker
Ampun, Tuan Speaker. Yang Berhormat Datuk Haji Yakubah Khan.
Ya.
Yang Berhormat Tuan Azhar bin Datuk Haji Matussin
Yang Berhormat Tuan Azhar bin Datuk Haji Matussin.
Setuju.
Yang Berhormat Tuan Peto Galim
Yang Berhormat Tuan Peto Galim.
Setuju.
Yang Berhormat Tuan Tan Lee Fatt
Yang Berhormat Tuan Tan Lee Fatt.
Berkecuali.
Yang Berhormat Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew
Yang Berhormat Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew.
Kecuali.
Yang Berhormat Tuan Phoong Jin Zhe
Yang Berhormat Tuan Phoong Jin Zhe.
Tuan Speaker, berkecuali.
Yang Berhormat Datuk Wong Hong Jun
Yang Berhormat Datuk Wong Hong Jun.
Tuan Speaker, berkecuali.
Yang Berhormat Datuk Awang Ahmad Sah
Yang Berhormat Datuk Awang Ahmad Sah.
Ya.
Yang Berhormat Datuk Ir
Yang Berhormat Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya.
Ya.
Yang Berhormat Puan Jannie Lasimbang
Yang Berhormat Puan Jannie Lasimbang.
Berkecuali, Tuan Speaker.
Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking
Yang Berhormat Datuk Ignatius Dorell Leiking.
Yang Berhormat Datuk Juil bin Nuatim. Yang Berhormat Datuk Haji Gulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar.
Ya, Tuan Speaker.
Yang Berhormat Tuan Mohd
Yang Berhormat Tuan Mohd. Tamin @ Tamin bin Zainal.
Ya, Datuk Speaker.
Yang Berhormat Dr
Yang Berhormat Dr. Daud bin Yusof.
Ya.
Yang Berhormat Datuk Haji Mohd
Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. Arif.
Ya, Tuan Speaker.
Mana keputusannya? Lebih bah ini.
Yang bersetuju 46
Yang bersetuju 46. Tuan
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dengan ini mengisytiharkan keputusan pungutan suara yang baru saja dijalankan seperti berikut. Yang bersetuju - 59 Tidak bersetuju - 0 Berkecuali - 6 Tidak hadir - 7 Tiada undi ditolak.
Ini bermakna Puan Noraini binti Idris dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negara mulai 10 Disember 2021. Saya mengisytiharkan.
Saya mengisytiharkan bahawa Noraini binti Idris telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negara.
Saya akan mengesahkan kepada Yang Dipertuan Negeri mengenai nama calon yang telah dipilih itu mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Noraini atas pemilihan ini dan selamat bertugas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, syukur Alhamdulillah Sidang, Sidang Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 yang telah berlangsung selama lima (5) hari mulai hari Jumaat 3 Disember 2021 hingga hari ini, Hari Khamis 9 Disember 2021 telah berjalan dengan lancar. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Bajet 2022.
Saya serta dua (2) timbalan saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berucap kerana memberi kerjasama dan membolehkan perjalanan majlis mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang tempoh lima (5) hari ini. Selain dari, selain itu, tahniah juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah terlibat dalam mesyuarat, terlibat dalam perbahasan pada sesi mesyuarat kali ini yang mana perbahasan tersebut telah disampaikan dengan baik pada berinformasi dan, dan berinformasi.
Tahniah kepada Puan Noraini binti Idris kerana telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal pertama. Saya yakin Puan Noraini akan menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara dan akan bersuara untuk kepentingan Negeri Sabah.
Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada para petugas dan pegawai daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), ...(meja diketuk)... Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Bomba, SESB, Jabatan Penerangan, semua kakitangan dan pegawai kementerian serta semua pegawai kerajaan, kakitangan Dewan Undangan Negeri, wakil-wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh Dewan kali ini bersidang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan selamat merayakan Krismas pada yang merayakannya dan selamat menyambut Tahun Baru 2022 pada semua rakyat Malaysia. Akhirnya, saya ingin mengucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat pulang dan selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Kepada Ahli-ahli yang memandu, pandulah dengan cermat dan berhati-hati di jalan raya dan semoga Ahli-ahli Yang Berhormat selamat sampai dan sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Burung merpati terbang tinggi, Hinggap berehat di atas dahan, Terima kasih pada semua YB, Beri kerjasama dan tumpuan semasa sidang.
(meja diketuk) Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguh ke, ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (bunyi ketukan tiga kali) Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada pukul 4:13 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.”
SDN09122021/bnm