Sabah · 22 March 2022

16th Assembly, 3rd session · not final · 441 turns · 39,828 words · official PDF ↗ · Digital Hansard ↗

The record as published. Headings and speeches in English: switch to English above.

ExperimentalSabah's own site lists 22 sitting days; 35 more of the 16th Assembly are recovered from the Wayback Machine, and some are missing. Appointed members are not in the election register. Written answers are not published.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan LisanQuestions

Setiausaha Dewan

Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya jemput Ahli Yang Berhormat dari Kadamaian. Silakan.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Tuan Speaker, soalan saya nombor satu (1).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Cadangan Meminda Perlembagaan Negeri SabahQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*1.

YB. Datuk Ewon Benedick [Kadamaian] bertanya kepada KETUA MENTERI, adakah kerajaan negeri bercadang untuk meminda Perlembagaan Negeri bagi membolehkan had pelantikan Ketua Menteri kepada dua (2) penggal sahaja. Jawapan

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Kadamaian dan juga untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sebenarnya jemaah kabinet telah meluluskan cadangan ini pada dasarnya dan sekiranya kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini bersetuju menyokong cadangan ini. Kita akan bawa perkara ini di mesyuarat ataupun persidangan dewan negeri yang akan datang untuk tujuan meminda perlembagaan Kerajaan Negeri.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya cadangan ini memang baik. Kalau kita lihat di peringkat persekutuan juga sudah ada cadangan untuk menghadkan tempoh pelantikan Perdana Menteri.

Kalau kita lihat juga di negara-negara barat yang maju seperti di Amerika Syarikat dan juga negara-negara barat yang lain mereka juga menghadkan tempoh pelantikan Presiden Perdana Menteri mereka masing-masing ini.

Jadi saya tekankan di sini lagi, sekiranya semua

bersetuju mengambil dengan cadangan ini, kita akan bawa ke persidangan dewan undangan negeri yang akan datang. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan?

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Soalan tambahan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan.

Soalan Tambahan

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Saya akan sokong. Soalan tambahan saya, selain daripada pindaan perlembagaan yang dinyatakan di sini yang telahpun dipersetujukan di Jemaah Menteri, adakah pihak kerajaan bersedia membentangkan usul-usul lain yang bersifat untuk memperkukuhkan, memperkasakan Ketua Menteri itu?

Contohnya, usul untuk menyokong Ketua Menteri berkenaan dengan tuntutan Sulu. Di mana Ketua Menteri telah mengeluarkan kenyataan yang tidak mengiktiraf tuntutan pihak yang mendakwa wakil waris Sulu.

Kalau usul itu dibentang di sini dipersetujui oleh 79 ahli dewan ini, bukankah itu akan memperkasakan kenyataan ataupun Ketua Menteri itu sendiri. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat lari sudah daripada soalan yang asal.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Ini berkaitan dengan institusi Ketua Menteri itu.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Menteri, kalau mahu jawab boleh jawab kerana ini sudah lari daripada soalan yang asal.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, soalan yang diajukan tadi itu, soalan asal ialah mengenai dengan had tempoh pelantikan Ketua Menteri dan soalan yang soalan tambahan itu sebenarnya

is not relevant dengan izinnya to the main question for earlier maka saya tidak akan jawab.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Okay soalan berkaitan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya jemput.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Kenapa perlu tunggu sampai ke semua ahli dewan menyokong. Kita hanya perlu jawab sahaja.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Kadamaian, menteri telah memberikan penjelasan. Jadi jangan lagi membawa perkara-perkara ini ya tolonglah kita meneruskan. Kita berikan soalan tambahan yang terakhir kepada Yang Berhormat Usukan. Silakan. Soalan Tambahan

Ah Yang Berhormat Tuan Speaker soalan tambahan ya dan kita pun dengar tadi kabinet telahpun meluluskan pada dasar.

Saya cuma ingin bertanya ya, sebelum kabinet membuat kelulusan, apakah kajian telah dibuat mengenai dengan sistem demokrasi di manakah dalam dunia ini, yang mengamalkan sistem demokrasi ala Westminster atau first-past-the-post yang menghadkan jawatan Perdana Menteri atau Ketua Menteri yang setahu saya yang ada adalah presidential system seperti Amerika, Filipina, Indonesia.

Kedua, saya juga ingin bertanya kerana dalam Perlembagaan Negeri semasa pemerintahan PBS.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan dua sudah ini Yang Berhormat.

Saya cuma ada kaitan Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Okay, okay teruskan.

Oleh kerana dalam pindaan perlembagaan semasa pemerintahan PBS, di mana di ubah bahawa Ketua Parti yang akan mendapat majoriti akan dilantik sebagai Ketua Menteri Negeri Sabah.

Tidak seperti di peringkat persekutuan.

Apakah ini tidak bercanggah apabila kita hadkan jawatan tersebut sedangkan dalam parti kita membenarkan ketua parti dalam perlembagaan, ketua parti yang mendapat majoriti itu menjadi Ketua Menteri. Jadi saya ingin bertanya Tuan Speaker mengenai perkara ini.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, seperti yang saya nyatakan awal-awal tadi iaitu, jemaah kabinet telah meluluskan pada dasarnya. Jadi sokongan-sokongan daripada semua wakil rakyat diperlukan dan sekiranya sokongan itu tidak ada ini tidak akan direalisasikan. Jadi untuk makluman Dewan Yang Mulia ini juga, Artikel 6 Perlembagaan Negeri memperuntukkan bahawa sesiapa wakil rakyat yang mempunyai dokumen confidents Tuan Yang Terutama yang mempunyai majoriti akan dilantik sebagai Ketua Menteri.

Jadi cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Kadamaian itu, sama ada cadangan kerajaan negeri mempunyai cadangan untuk menghadkan kepada 2 penggal sahaja.

Jadi it’s up to the wakil rakyat.

It’s very clear in the dengan izin di apa itu State Constitution bahawa siapa yang command the confidents of the majority itu yang layak.

Iya Yang Berhormat bukan di pindaan di perlembagaan kita diubahkah? Di mana the leader of the party? Itu dulu punya di mana yang wakil rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti tu akan dilantik sebagai Ketua Menteri kalau saya tidak silaplah. Betulkan saya kalau saya silap, di mana semasa PBS dia telah amend perlembagaan tersebut. Dia katakan bahawa the leader of the party which commands the majority. Cuma ingin tanya saja lah.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Datuk Speaker, saya tidak akan apa ini membincang mengenai dengan detail as to the amendment to the state constitution. Tetapi sekiranya cadangan untuk menghadkan tempoh pelantikan Ketua Menteri itu, i think the legalities apa jua yang berkaitan dengan perundangan, itu akan dibincang oleh pegawai-pegawai perundangan daripada Jabatan Peguam Besar Negeri. Mereka akan mengambil ah apa …...

Datuk Abidin Bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri kepada Ketua Menteri · Paginatan

…Menghadkan tempoh pelantikan Ketua Menteri itu I think the legalities apa juga yang berkaitan dengan perundangan itu akan dibincang oleh pegawai-pegawai perundangan daripada Jabatan Peguam Besar Negeri. Mereka akan mengambil apa ini take note what ever the consequential apa ini application. Thank you.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya jemput ADUN Dilantik Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Silakan.

Tuan Speaker, soalan nombor dua (2).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Mekanisme Mengatasi Masalah Budak Peminta Sedekah (Pengemis Jalanan)Questions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*2.

YB. Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, apakah mekanisme yang boleh digunapakai untuk mengatasi masalah budak peminta sedekah (pengemis jalanan) yang berleluasa di negeri Sabah. Jawapan

Puan Flovia NgSTAR · GRSPembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat · Tulid

Tuan Speaker, izinkan saya menjawab pertanyaan nombor 2 dan nombor 32 secara serentak berkaitan isu kanak-kanak pengemis jalanan yang berlaku di negeri Sabah. Sebagai makluman Dewan Yang Mulia ini, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat KPMKR melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AM JPKA telah menguatkuasakan Akta Orang-orang Papa 1977, Section 2B Akta 183. Akta ini bertujuan untuk mencegah perbuatan mengemis dan menjadi kutu rayau pada kelazimannya operasi menyelamat pengemis kanak-kanak adalah bersepadu, berjadual dan adhoc. Dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, PDRM, Hospital, Rela dan agensi Anti Dadah kebangsaan serta agensi yang berkaitan.

Mereka yang diselamatkan akan ditentukan statusnya dan diasingkan untuk tindakan selanjutnya. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, KPM&KR melalui JPKA hanya mengendalikan mereka yang berstatus warganegara Malaysia sahaja. Untuk menjawab pertanyaan ADUN yang Dilantik, Kementerian saya melalui JPKA akan mengambil tindakan menyelamat kanak-kanak yang mengemis mengikut AktaKanak-kanak 2001 Pindahan 2016. Jabatan ini akan berusaha untuk mengesan ibubapa, penjaga atau waris seterusnya memberi amaran serta nasihat sebelum menyerahkan kanak-kanak tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya ibubapa, penjaga atau waris tidak dapat dikesan maka mereka ini akan ditempatkan di rumah kanak-kanak.

Selain itu, kanak-kanak yang berstatus bukan warganegara yang diselamatkan semasa operasi pula, mereka akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia setelah proses dokumentasi untuk tindakan selanjutnya.

Untuk menjawab pertanyaan ADUN Nabawan KPMKR melalui JPKA akan menyelamatkan kanak-kanak yang mengemis dan dibuat saringan dari segi status kewarganegaraan terlebih dahulu. Mangsa yang diselamatkan berstatus warganegara dan mempunyai keluarga akan direkodkan maklumat peribadi dan seterusnya diberikan amaran serta nasihat sebelum dikembalikan kepada keluarga. Bagi mangsa yang diselamatkan dan tidak mempunyai keluarga mereka akan diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan kebajikan Am Sabah melalui perintah mahkamah mengikut Akta Orang-Orang Papa 1977, Akta 183 untuk dimasukkan ke rumah kanak-kanak atas jagaan JPKA. Untuk kanak-kanak yang berstatus bukan warganegara Malaysia mereka akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Kementerian saya melalui JPKA turut menjalankan kempen kesedaran masyarakat bertemakan “bijak membantu elak tertipu”. Objektif kempen ini adalah bertujuan mendidik masyarakat agar menderma mengikut saluran yang betul seperti di institusi kebajikan, pertubuhan sukarela kebajikan dan pertubuhan amal yang berdaftar. Orang awam juga boleh menghubungi talian KASIH 15999 untuk melaporkan kepada pihak Jabatan kebajikan Masyarakat sekiranya terdapat aktiviti pengemisan yang berlaku di tempat mereka.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

ADUN Dilantik ada soalan tambahan. Silakan.

Soalan Tambahan

Terima kasih Tuan Speaker, terima kasih kepada YB Pembantu Menteri atas jawapan yang lengkap dari segi undang-undang yang ada, dasar ada, agensi dan Jabatan kerajaan ada tapi masalah tidak ada diselesaikan semakin berleluasa, kalau dulu hanya di kawasan Pantai Timur sekarang sudah di Kota Kinabalu Centre Point, Api-api Centre dan sebagainya. Jadi saya rasa mungkin satu new approach telah digunakan soalan sama ada Kerajaan Negeri Sabah bercadang meminta ah, nasihat dan garis panduan daripada UNICEF, United Nation Children Fund diaorang ada pejabat di Kuala Lumpur, diaorang ada pengalaman mengurus budak-budak jalanan, pengemis jalanan di seluruh dunia itu satu.

Kedua tadi YB cakap selepas budak jalanan..pengemis jalanan dikesan kena cari ibubapa tapi saya nampak terutamanya kalau di Lahad Datu misalnya bukan sahaja budak-budak. Padahal ibu-ibu yang membawa kanak-kanak menjadi pengemis. Jadi, ini bukan sahaja soal cari ibubapa, soal macam tidak effective tidak kesan apa yang sudah ada undang-undang ada, dasar ada, jabatan agensi ada tapi masalah masih ada. Jadi Tuan Speaker harap kementerian dapat mengambil satu pendekatan baru fresh approach. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan erm, Yang Berhormat Nabawan, ada?

Ya, ya, Tuan Speaker, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul rahman)

Teruskan.

Tuan Speaker, Tuan Speaker..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul rahman)

Nabawan, Nabawan dulu, kerana dia punya soalan.

Datuk Speaker, tidak ada soalan jawapan dari saya Nabawan. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul rahman)

Jadi saya sekarang menjemput. Silakan.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Tuan Speaker, soalan nombor tiga (3).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul rahman)

Silakan Timbalan Menteri, Ketua Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Jumlah Pelaburan Dan Peluang Pekerjaan Oleh Syarikat/Kilang Di Kkip SabahQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul rahman)

*3.

YB. Tuan Peto Galim [Inanam] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI III / MENTERI PEMBANGUNAN DAN PERINDUSTRIAN:-a) apakah senarai semua syarikat/kilang serta jumlah pelaburan dan peluang pekerjaan oleh syarikat/kilang yang sedang beroperasi di KKIP Sabah; dan b) adakah rancangan kementerian untuk membantu menangani masalah kemiskinan di Sabah.

Jawapan

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III/ Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat dari Inanam dan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini.

Sebagai pembangunan bersepadu Kota Kinabalu Industri National Park (KKIP) menyediakan kawasan kompunan perindustrian khidmat sokongan, institusi latihan, penyelidikan komersial dan perumahan. Setakat bulan Februari 2022 terdapat 242 buah kilang telah beroperasi di (KKIP) yang telah mewujudkan 7,963 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan yang dijana adalah RM1.68 bilion. Kilang-kilang ini adalah terlibat dalam pelbagai rangkaian industri iaitu 17 entiti adalah dalam sektor berasaskan kayu, 39 adalah berasaskan makanan, 65 dalam sektor pergudangan dan lain-lain aktiviti seperti berasaskan besi, getah, plastik, logistik, elektronik dan elektrikal, automotif dan lain-lain. Dalam pada itu, sebanyak 7 entiti terlibat dalam operasi penyediaan utiliti, 21 entiti penyelidikan dan pembangunan institusi latihan dan sekolah-sekolah komponen ini menyediakan sebanyak 1,516 peluang pekerjaan dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.42 bilion. Sector commercial menyediakan peluang pekerjaan kepada 523 orang dalam nilai pelaburan sebanyak RM48 juta. Tuan Speaker, untuk makluman Yang Berhormat ADUN Inanam dan Dewan yang Mulia ini juga. Kementerian saya tidak terlibat secara langsung dalam mengadakan program pembasmian kemiskinan.

Walau bagaimanapun, Kementerian saya

sentiasa berusaha untuk membantu menangani masalah kemiskinan di Sabah dengan menarik lebih banyak pelabur dari luar untuk melabur di negeri… Timbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian [Datuk Dr. Joachim Gunsalam]:... untuk melabur di negeri kita.

Kementerian saya sentiasa memberikan komitmen dan terus berganding bahu dengan pemain-pemain industri bagi memastikan sektor pembuatan kekal sebagai destinasi pelaburan yang terpilih dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan. Pada tahun 2021, Sabah telah menerima suntikan pelaburan asing dan domestik sebanyak RM4.47 bilion dan menghasilkan 7,400 peluang pekerjaan.

Dengan adanya pelaburan ini, ia akan memberi manfaat kepada ekonomi negeri Sabah dari sudut tukaran wang asing dan juga kutipan cukai. Bagi tahun 2022, kementerian saya bakal menerima satu lagi pelaburan berteknologi tinggi dari negara China yang akan membuka kilang pembuatan kaca solar panel di Taman Perindustrian, Kota Kinabalu.

Majlis menandatangani MOA mengenai peyewaan tanah telahpun diadakan pada 17 Mac 2022 dan pembinaan kilang akan bermula pada pertengahan tahun ini di atas keluasan tanah seluas 130 ekar. Nilai pelaburan ini adalah sebanyak RM2 bilion dan akan menyediakan sebanyak 1,700 peluang pekerjaan.

Dengan adanya pelabur luar yang melabur di Sabah, sudah semestinya kontraktor tempatan akan diberi peluang untuk menjadi pembekal bahan mentah dan tenaga buruh.

Langkah ini jelas dapat membantu menangani isu kemiskinan di Sabah kerana lebih banyak peluang pekerjaan disediakan untuk rakyat tempatan. Kementerian saya juga sedang giat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dan seterusnya membantu mengembangkan pasaran produk mereka secara meluas. Dengan cara ini, usahawan yang berjaya akan mengupah lebih ramai pekerja bagi meningkatkan hasil pengeluaran.

Secara tidak langsung peluang pekerjaan akan tercipta kepada golongan miskin dan penduduk di luar bandar. Di samping itu, usaha ini juga dapat membantu pembekal bahan mentah seperti petani atau nelayan

untuk memasarkan hasil tanaman atau tangkapan mereka kepada usahawan tempatan. Ini dapat membantu mengembangkan peluang pekerjaan di sektor pertanian dan perikanan kerana permintaan bahan mentah. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan? Ada? Soalan Tambahan

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Soalan tambahan.

Terima kasih menteri atas penerangan yang jelas. Soalan tambahan saya ialah mengikut dapatan saya, GDP sektor pembuatan di Sabah ini masih di bawah 10%. Para penyelidik di luar sana, pihak universiti telah menyarankan supaya kalau kita serius untuk menangani masalah kemiskinan, GDP sektor pembuatan ini harus dinaikkan ke tahap sekurang-kurangnya 30%. Adakah kementerian mempunyai road map ke arah ini untuk lebih serious inclusive dan objektif untuk menyelesaikan masalah kemiskinan? Terima kasih.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih Yang Berhormat Inanam.

Kementerian sememangnya amat serious dalam perkara ini dan kita juga mensasarkan menjelang 2030, sekurang-kurangnya GDP daripada pembuatan ini meningkat lebih kurang 30%. Sekian, terima kasih.

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Elopura, silakan. Soalan Tambahan

Terima kasih Tuan Speaker kasih saya peluang.

Terima kasih menteri.

Tentang ini KKIP, saya ada satu cadangan lah. Cadangan bilang sekarang di...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan kah cadangan?

Tanya soalan juga. Sekarang KKIP ada cadang, ada langkah atau kebaikan untuk Keningau, Nabawan, SLDB minyak-

minyak sawit buat satu refinery di KKIP atau tidak? Sebab semua lori atau trailer dari minyak dari Keningau hantar pergi Sandakan.

Walaupun saya orang Sandakan, saya memang gembira kalau minyak semua pegi Sandakan.

Tapi kalau sekarang jalan raya tidak bagus, mahu 5 tahun atau 10 tahun baru dapat siap itu jalan raya. Saya rasanya menteri dapat buat satu refinery di west cost ini atau di Papar kah atau kawasan di west coast lah.

Jadi kurangkan transport, kurangkan trailer, kurangkan accident, dan kurangkan kerosakan jalan raya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Itu bukan soalan.

Itu cadangan. Kalau menteri mahu jawab, boleh jawab.

Kalau ada cadangan, langkah, tolong kasi selesai ini masalah lagi best.

Datuk Dr. Joachim GunsalamPBS · GRSTimbalan Ketua Menteri III / Menteri Pembangunan Perindustrian · Kundasang

Terima kasih Yang Berhormat Elopura.

Sememangnya kita ada cadangan untuk membina refinery khususnya di kawasan Pantai Barat, Sabah tetapi bukan di KKIP.

Untuk makluman Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga ahli daripada Elopura, KKIP setakat ini sudah mencapai satu saturation dari segi acreage. Bererti kita tidak sudah ada, not enough place for them to be put at KKIP. Tapi kita masih ada lagi banyak industrial park seperti SOGIP di Sipitang dan rancangan ataupun ada juga pelabur-pelabur yang berminat untuk mendirikan refinery ataupun integrated refinery di kawasan SOGIP, Sipitang. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya jemput Yang Berhormat Lumadan.

Yang Berhormat Speaker boleh saya...

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan nombor empat (4).

...cakap sedikit.

Terima kasih Yang Berhormat Speaker, tadi soalan daripada...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, saya sudah sebut soalan untuk Yang Berhormat Lumadan. Teruskan Yang Berhormat Menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Kutipan Zakat Oleh Muis Bagi Tahun 2019, 2020 Dan 2021Questions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*4.

YB. Tuan Haji Ruslan Muharam [Lumadan] bertanya kepada MENTERI TUGAS炴TUGAS KHAS:-a) berapakah jumlah kutipan zakat yang diperolehi oleh MUIS bagi tahun 2019, 2020 dan 2021; dan b) bolehkah diberikan perincian agihan yang telah diberikan kepada asnaf, fakir miskin dan mualaf.

Jawapan

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-tugas Khas · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada N.34 Lumadan dan Dewan Yang Mulia ini, jumlah kutipan yang diperoleh oleh Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), menerusi Bahagian Zakat dan Fitrah bagi tahun 2019, 2020, 2021 seperti mana yang diminta oleh Yang Berhormat adalah seperti berikut; Zakat fitrah pada tahun 2019, RM9 juta, tahun 2020 RM10.8 juta, tahun 2021 RM10.7 juta.

Kemudian zakat pendapatan tahun 2019 RM7.8 juta, tahun 2020 RM8.6 juta, tahun 2021 RM10.4 juta.

Zakat penggajian tahun 2019 RM44.7 juta, pada tahun 2020 RM47.5 juta, tahun 2021 RM48.9 juta. Demikian juga banyak digaris diurutkan di sini zakat simpanan, zakat perniagaan, iaitu zakat perniagaan pada tahun 2019 RM21.5 juta, tahun 2020 zakat perniagaan RM29.3 juta, tahun 2021 RM45.1 juta.

Keseluruhan pungutan yang meliputi fitrah, pendapatan, pengajian, simpanan, perniagaan, emas, perak, saham, pertanian, dan ternakan. Keseluruhannya Tuan Speaker, pada tahun 2019 RM88.9 juta, tahun 2020 RM101.7 juta, manakala tahun 2021 RM122.5 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Lumadan dan Dewan Yang Mulia ini, perincian agihan mengikut skim yang telah diagihkan oleh MUIS melalui Bahagian

Zakat dan Fitrah, untuk asnaf, fakir, miskin dan mualaf sepertimana yang diminta, meliputi beberapa skim.

Pertama, Skim Bantuan Am, rawat...

Menteri Tugas-Tugas Khas [Datuk Haji Mohd. Ariffin bin Mohd. Arif]:... bantuan am, rawatan perubatan, dermasiswa pelajar, pengurusan jenazah, bantuan Aidilfitri, bantuan bulanan, dan Program Pembangunan Asnaf.

Ini untuk fakir, untuk fakir sahaja pada tahun 2019, RM 32.6 juta, 2020, RM 34.3 juta, 2021, RM 39.8 juta. Manakala, untuk asnaf miskin yang meliputi skim bantuan am, bantuan rawatan perubatan, bantuan dermasiswa pelajar, pengurusan jenazah, Aidilfitri, dan pembangunan asnaf. Pada tahun 2019, RM 7.9 juta, 2020, agihannya RM 11.3 juta, dan 2021, RM 8.5 juta.

Demikian juga ada bantuan untuk mualaf, keseluruhan bantuan menurut skim yang telah saya sebutkan tadi, pada tahun 2021, RM 2.2 juta. Sekian, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada soalan tambahan? Soalan Tambahan

Datuk Speaker, soalan pertambahan pertama, mengenai dengan Yang Berhormat Menteri mengenai dengan pembaikan masjid dan surau, di mana kawasan saya, di kawasan 34 Lumadan, macam kita tidak begitu melihat pembaikan dan surau dan masjid ini begitu agresif dan di mana kita melihat beberapa masjid dan surau ini yang sangat daif. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, menteri.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih Tuan Speaker.

Berhubung dengan masjid dan surau, sebenarnya perkara tersebut di bawah peruntukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah dan tidak di bawah peruntukan asnaf-asnaf yang terlibat dalam zakat fitrah, zakat dan fitrah. Dan, walau bagaimanapun, di bawah MUIS, Bahagian Zakat Dan Fitrah ini,

kita juga ada membantu utiliti untuk masjid dengan beberapa sumbangan untuk masjid dan surau yang kita kenal pasti dan yang memohon untuk mendapat bantuan. Insya-Allah berhubung dengan ba pembaikan surau dan masjid, beberapa perkara atau usaha sedang diusahakan oleh JHEAINS untuk mengenal pasti, dan kita memohon bantuan juga daripada Ahli-ahli Yang Berhormat serta pihak-pihak di daerah untuk termasuk Pengerusi Dakwah Daerah yang terdiri daripada DO, Pegawai Daerah, dan Penolong Pegawai Daerah untuk mengenal pasti mana-mana yang boleh kita bantu menurut keperluan yang mendesak, dan juga menurut berdasarkan peruntukan yang ada yang termampu oleh Majlis Ugama Islam Sabah, oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

ADUN Dilantik. Soalan Tambahan

Tuan Dr. Aliakbar bin GulasanPAS · PNADUN Dilantik

Terima kasih, Datuk Speaker. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Saya cuma mendapatkan kepastian berkaitan dengan zakat ini. Adakah GLC-GLC besar, yang beroperasi di antaranya di Sabah, khususnya misalnya PETRONAS, adakah mereka ini mengeluarkan zakat perniagaan khususnya di negeri Sabah? Terima kasih.

Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. ArifPGRS · GRSMenteri Tugas-Tugas Khas · Membakut

Terima kasih.

Memang banyak GLC yang telah alhamdulillah memberikan sumbangan zakat perniagaan mereka kepada Majlis Ugama Islam Sabah, termasuk GLC daripada federal dan GLC daripada negeri, dan kita mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesediaan mereka untuk tampil menunaikan zakat perniagaan ini. Manakala, ada beberapa juga GLC yang kita akan usahakan untuk mendapatkan bantuan mereka dan untuk memberikan kesedaran berhubung dengan keperluan zakat perniagaan ini termasuklah PETRONAS. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Papat.

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Tuan Speaker, soalan saya nombor lima (5).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan, menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Perancangan Dan Usaha Menaiktaraf Sandakan Sebagai BandarayaQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*5.

YB. Datuk Poon Ming Fung @ Frankie [Tanjong Papat] bertanya kepada MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN / MENTERI KEWANGAN II, apakah perancangan dan usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk Sandakan dinaiktaraf menjadi bandaraya.

Jawapan

Datuk Isnin bin Haji Aliasnih @ LiasnihBERSATU · GRSPembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan · Klias

Terima kasih, Tuan Speaker. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat Tanjong Papat, dan makluman Dewan Yang Mulia ini, perbincangan antara pihak Majlis Perbandaran Sandakan dan kementerian saya telahpun dibuat.

Pelan tindakan ke arah bandar raya telah disediakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan.

Ini bagi memastikan pelaksanaan bandar raya kelak dapat dilaksanakan secara teratur memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Di samping itu, Pindaan-pindaan yang perlu kepada Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, untuk tujuan menaik taraf tersebut akan dibentangkan dalam di Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan, Yang Berhormat ?

Soalan Tambahan

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Ya. Adakah, dengan izin, is there any plan to in change the currentness SOP to improve the services to the community in Sandakan? If you are defected, it could be a city? (audio kurang jelas)

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, you are not audible. Tidak boleh dengar. Can you take off your mask?

Datuk Poon Ming Fung @ FrankieDAP · WARISAN-PLUSTanjong Papat

Ya, dengan izin, is there any plan, rancangan, to improve the current services rented to the community in Sandakan? Thank you.

Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin ManjunPGRS · GRSMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan / Menteri Kewangan II · Karanaan

Say that, we have not reach to that station. In this point of time, I think the engagement is more than sure that they have Sandakan Municipal Council have complied with all the requirements of being upgraded to a city.

So, tadi Yang Berhormat Pembantu Menteri menyatakan kita masih dalam sebenarnya proses untuk menilai sama ada bandar Sandakan ini sudah layak untuk apa ini, untuk diangkat menjadi bandar raya. Malah, salah satu daripada kekangan yang kita hadapi ialah, dia perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan pusat. Itu prosedur sekarang lah.

Kerana itulah pada hari Khamis ini, saya akan membawa satu Pindaan Undang-Undang yang tujuan dia untuk decentralised kuasa untuk menentukan sama ada sebuah bandar itu layak untuk diisytiharkan sebagai bandar raya atau sebaliknya lah.

Insya-Allah, Yang Berhormat, selepas kita membuat semua kajian yang perlu dan juga membuat Pindaan kepada Undang-Undang dan Peraturan yang sedia ada, ini akan memudahkan kita untuk mempertimbangkan sama ada sebuah bandar itu sudah layak untuk diangkat menjadi sebuah bandar raya. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya menjemput Yang Berhormat Nabawan.

Datuk Speaker, soalan saya nombor enam (6).

Datuk James bin RatibPGRS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Sugut

Terima kasih, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Status Hak Milik Individu Atau Geran Tanah Terhadap Tanah- Tanah Skim Di Daerah NabawanQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*6.

YB. Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin [Nabawan] bertanya kepada TIMBALAN KETUA MENTERI II / MENTERI PERTANIAN DAN PERIKANAN, apakah pihak kementerian ada bercadang untuk memberikan status hak milik individu atau geran tanah terhadap tanah-tanah skim di daerah Nabawan yang telah dibangunkan dengan aktiviti pertanian oleh penduduk asal di daerah tersebut. Jawapan

Datuk James bin RatibPGRS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Sugut

Untuk maklum, untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada kawasan Nabawan, Skim Penempatan Nabawan yang berkeluasan 41,760 ekar telah diwartakan melalui Warta Pemberitahuan Bilangan 445/69, pada 17 Julai 1969. Keseluruhan kawasan ini, telah pun dirancang untuk pembangunan sektor pertanian dan telah pun diagihkan kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk dibangunkan selaras dengan perancangan tersebut.

Tuan Speaker, permohonan pertanian di kawasan ini melibatkan pelbagai jenis tanaman seperti getah, tanaman herba, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya. Seluas 9,207 ekar daripada 41,760 ekar, kawasan Skim Penempatan Nabawan ini telahpun dikeluarkan melalui pembatalan sebahagian kawasan skim di bawah Seksyen 28/3 Ordinan Tanah Bab 68 pada 22 Julai 2009 menjadikan baki kawasan skim adalah 32,553 ekar sahaja.

Kawasan yang telah dibatalkan ini, diagih-agihkan kepada peneroka asal skim melalui tatacara pemilikan tanah yang bergeran.

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, kementerian saya telah pun mempunyai perancangan untuk membangunkan skim ini melalui jabatan dan agensi di bawah kementerian.

Kementerian saya juga menggalakkan penyertaan penduduk setempat dalam pembangunan pertanian...

Datuk James bin RatibPGRS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Sugut

….dalam pembangunan pertanian yang telah dirancang dengan teratur dan produktif. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan? Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian dimaklumkan ataupun maklum tentang cadangan pewartaan hutan simpan di dalam skim Nabawan ini?

Dan ini disebabkan, cadangan tapak hutan simpan tersebut telah pun diterokai oleh penduduk setempat dan apakah tindakan daripada pihak Kementerian selanjutnya. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Datuk James bin RatibPGRS · GRSPembantu Menteri Pertanian dan Perikanan · Sugut

Biar menteri sahaja yang jawab.

Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Datuk KitinganSTARTimbalan Ketua Menteri II / Menteri Pertanian dan Perikanan · Tambunan

Cadangan Jabatan Hutan untuk mewartakan sebahagian daripada kawasan ini sebagai hutan simpan belum lagi dimaklumkan kepada kementerian saya dan saya perlu bincang dengan mereka terlebih dahulu sebelum ini berlaku. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya jemput Yang Berhormat Likas.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih Tuan Speaker. Soalan saya soalan nombor tujuh (7).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Tindakan Melindungi Kawasan Hutan Dan Mengurangkan Pencemaran Alam SekitarQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*7.

YB. Tuan Tan Lee Fatt [Likas] bertanya kepada MENTERI PELANCONGAN, KEBUDAYAAN DAN ALAM SEKITAR, apakah usaha, tindakan undang-undang dan rancangan kerajaan untuk melindungi kawasan hutan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Jawapan

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih Datuk Speaker. Untuk makluman ahli Yang Berhormat dari N.19 Likas, serta semua Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai usaha untuk mengurus dan melindungi alam sekitar termasuk hutan di negeri Sabah. Kerajaan negeri telah menerima pakai Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah pada tahun 2017 dan seterusnya meluluskan pemakaian Pelan Tindakan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah pada 09 Oktober 2019. Dasar dan pelan tindakan tersebut menggariskan sebanyak 83 strategi dan 195 tindakan yang mana 19 strategi dan 30 tindakan bertujuan melindungi kawasan hutan dan mengurangkan kawasan pencemaran alam sekitar.

Kementerian saya melalui Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Hidupan Liar, dan Taman-Taman Sabah menjalankan pelbagai program dan aktiviti bertujuan untuk meminimakan pencemaran alam sekitar serta melindungi kawasan hutan di Sabah mengikut perundangan yang dikuatkuasakan. Kawasan perhutanan ditadbir urus berpandukan kepada Enakmen Perhutanan 1968 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.

Datuk Speaker, dari aspek perundangan, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar menguatkuasakan Perintah Perlindungan Alam Sekitar.

Aktiviti yang ditetapkan (Penilaian Kesan Alam Sekitar 2005) yang mengkehendaki keperluan pengemukaan dan kelulusan laporan cadangan langkah-langkah pengurangan dengan izin Proposal for Mitigation Measures dan Laporan Penilaian Alam Kesan Alam Sekitar dengan izin Environmental Impact Assessment bagi kawasan pembalakan atau pemajuan ladang hutan forest plantation dengan keluasan 100 hektar ataupun lebih. Kawasan pembalakan atau pemajuan ladang yang telah memperolehi kelulusan laporan PMM atau laporan EIA akan dikehendaki untuk mematuhi syarat-syarat alam sekitar merangkumi perlindungan kawasan cerun, perlindungan tadahan air, perlindungan kawasan sungai, perlindungan flora dan fauna, kawalan bahan minyak dan kawalan sisa biomass.

Kegagalan mematuhi syarat-syarat alam sekitar yang ditetapkan akan menyebabkan pemaju projek boleh dikenakan denda maksimum RM100,000.00 atau penjara

selama tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya atau dikenakan kompaun sebanyak 50% amaun denda bagi kesalahan tersebut. Sekian terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan Yang Berhormat.

Soalan Tambahan

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih, Tuan Speaker. Terima kasih atas penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya apakah usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu pertindihan hak tanah adat NCR dan juga hutan simpan ataupun forest reserved. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

…untuk menjawab soalan yang telah ditimbulkan, Datuk Speaker, actually matters relating to hutan simpan is dibawah Jabatan Perhutanan Negeri Sabah. Saya cuma Jabatan Perlindungan Alam Sekitar hanya terlibat dalam memastikan pencemaran dapat kita monitor. Terima kasih, Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Kapayan, silakan.

Soalan Tambahan

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin bertanya adakah Social Impact Assessment juga diambil kira dalam melihat ya dari segi perundangan yang dikatakan tadi? Kerana dalam dan terutamanya berkaitan dengan kalaulah ada komuniti yang tinggal sana, di kawasan hutan ini ataupun di kawasan yang mungkin ada pencemaran alam sekitar ini dan mendapat izin ataupun terutamanya melihat kepada prinsip izin daripada pemimpin berasaskan apa yang maklumat awal yang diberikan kepada mereka.

Sebab Social Impact Assessment ini juga adalah sebahagian daripada Environment Impact Assessment yang kita tahu di peringkat around antarabangsa. Terima kasih.

Datuk Jafry bin AriffinUMNO · BNMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar · Sukau

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Actually kita hanya bertanggungjawab untuk membuat penilaian ke atas kawasan-kawasan pembukaan yang baru melebihi 100 hektar ke atas.

Sama ada, kawasan pembalakan ataupun dan juga pemajuan ladang hutan dengan keluasan melebihi 100 ribu hektar. Walau bagaimanapun, dari segi pembukaan atau penerokaan untuk masyarakat duduk itu terpulang kepada rasanya pihak PBT untuk mengendalikan dari segi kelulusan dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih menteri.

Sekarang saya jemput ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin.

Datuk Amisah YassinADUN Dilantik

Datuk Speaker, soalan nombor lapan (8). JUMLAH “GRANT” TAHUNAN DITERIMA DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN *8.

YB. Datuk Amisah Yassin [ADUN Dilantik] bertanya kepada MENTERI KEWANGAN, berapakah jumlah “grant” tahunan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan. Jawapan

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

Assalammualaikum.

Selamat pagi Datuk Speaker. Bagi menjawab pertanyaan Ahli Yang Berhormat dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, terimaan dan sumbangan tahunan daripada kerajaan persekutuan yang diakaunkan sebagai hasil perbekalan dan pembangunan adalah terdiri daripada; 1.

Pemberian mengikut kiraan kepala; 2.

Memberi pemberian khas; 3.

Pemberian pertambahan hasil bahagian pertama; 4.

Pemberian untuk menggantikan duti import eksais ke atas Petrolium; 5.

Sumbangan kepada kos perlaksanaan projek pembangunan Persekutuan; 6.

Pemberian bagi membiayai perbelanjaan mengurus bagi jabatan-jabatan di bawah senarai bersama; 7.

Pemberian bagi membiayai perbelanjaan mengurus Lembaga Muzium;

8.

Pemberian sumbangan bagi membiayai perbelanjaan mengurus perpustakaan negeri; 9.

Pemberian perlancongan; 10.

Geran tahap pembangunan ekonomi infrastruktur dan kesejahteraan hidup tahap; 11.

Pemberian penyelenggaraan jalan negeri (MARRIS); dan 12.

Pemberian pembangunan cara langsung persekutuan.

Jumlah yang telah diterima oleh kerajaan negeri bagi pemberian-pemberian tersebut adalah sebanyak RM2.24 bilion pada tahun 2020, RM1.78 bilion pada...

Tuan Jasnih bin DayaPGRS · GRSPembantu Menteri Kewangan · Pantai Dalit

...tahun 2020, RM1.78 bilion pada tahun 2021, manakala untuk tahun 2022 ini kita anggarkan sejumlah RM1.86 bilion akan kita kutip dan terima. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ada soalan tambahan ADUN Dilantik? Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Limbahau.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Terima kasih Datuk Speaker. Soalan saya adalah soalan nombor sembilan (9).

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Blueprint Pembangunan Sukan E-Sport Dan Industri BerkaitanQuestions

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

*9.

YB. Datuk Juil Nuatim [Limbahau] bertanya kepada MENTERI BELIA DAN SUKAN, adakah kerajaan negeri ada menyediakan blueprint ataupun perancangan jangka panjang terhadap pembangunan sukan E-sports dan industri berkaitannya. Jawapan

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Tuan Speaker.

Bagi menjawap pertanyaan Ahli Yang Berhormat Limbahau dan untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, kementerian saya dalam proses akhir menganalisa data-data yang diperolehi dari penganjuran beberapa siri sukan e-Sports yang dilaksanakan

sebelum ini oleh kementerian untuk dijadikan intipati dan teras terima rujukan Pembangunan Sukan e-Sports.

Data-data tersebut adalah usaha awal kementerian saya membuat penilaian yang dilaksanakan sebelum ini, iaitu menganjurkan beberapa siri kejohanan e-Sports. Antaranya adalah seperti berikut:-1) Kejohanan e-Sports Tour 2019 pada Disember 2019, yang melibatkan enam (6) bahagian seluruh Sabah.

Ini sebelum pandemik 19 ya, yang berjaya menarik penyertaan seramai 16,648 peserta; 2) Program 12.12 e-Carnival 2021 pada 10hb hingga 12 Disember 2021, yang berjaya mengumpulkan peserta seramai 500 penyertaan; 3) Kejohanan PUBG Mobile Borneo Challenge 2021 pada 5 hingga 7 Februari 2021, yang berjaya menarik penyertaan sebanyak 320 penyertaan; 4) Sabah Scrim Santai Season Pertama yang berlangsung pada 4 hingga 8 Disember 2021 melibatkan penyertaan seramai 320 penyertaan. Datuk Speaker, untuk makluman Dewan yang mulia ini, edisi kejohanan yang dianjurkan adalah mengisi secara langsung masa senggang keluarga semasa Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang dilaksanakan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, sukan e-Sports adalah merupakan acara siri penganjuran yang telah dijayakan oleh kementerian.

Walau bagaimanapun, beberapa masalah dihadapi kementerian semasa penganjuran itu:-1) Kelajuan talian internet kurang memuaskan; 2) Peralatan komputer serta peralatan sokongan kurang; dan 3) Ruang penganjuran studio atau konti yang tidak kondusif.

Bagi mempopularkan sukan e-Sports di negeri ini, kementerian saya juga menjalankan kajian terperinci meliputi kos peralatan serta kemudahan penyediaan talian internet untuk menyediakan prasarana yang akan melibatkan jalinan kerjasama bersama rakan strategik berkaitan seperti Kementerian Komunikasi dan

Multimedia Malaysia, Malaysia Digital Economic Corporation dan Malaysia Global Innovation and Creativity Centre.

Datuk Speaker, pada Temasya Sukan SEA Ke-30 Filipina yang berlangsung 30 November 2019 hingga 11 Disember 2019, pencapaian sukan e-Sports atlit dari negeri Sabah yang mewakili pasukan kebangsaan amat memberangsangkan. Ini terbukti dengan kejayaan dengan meraih pingat gangsa pada acara Sukan Mobile Legend Berpasukan.

Peserta negara dari negeri Sabah dalam acara tersebut termasuklah Abdul Wandi Abdul Kadir, Izmi Hakim Ham Hamjit dan Jamil bin Nurula.

Acara-acara sukan e-Sports yang sepatutnya dipertandingkan dalam Temasya Sukan Malaysia SUKMA Johor 2020, yang disertai oleh peserta dari negeri Sabah adalah sebanyak lima (5) acara.

Acara sukan itu antaranya ialah Mobile Legend, Dota 2, Pace 2021 One vs One, Pace 2021 Two vs Two dan acara Pace 2020 Berpasukan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan.

Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan, Limbahau.

Soalan Tambahan

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Ok, soalan tambahan Datuk Speaker.

Memandangkan begitu ramai anak-anak muda yang berminat dalam e-Sports ini, adakah pihak kerajaan ataupun kementerian untuk merancang untuk membina pusat e-Sports ini agar supaya anak-anak mungkin mereka-mereka yang tidak berkemampuan mungkin akan ditonjolkan di pusat-pusat tersebutlah. Harap ini mungkin ada apa ini, ada jawapan daripada kementerian. Kalau ada perancangan mungkin akan membawa kebaikan kepada mereka-mereka yang minat atau sebab e-Sports ini adalah di kalangan anak-anak muda yang yang orang bilang pemikirannya begitu jauh ke hadapan. Jadi, saya ingat kalau ada dipusatkan bererti

mereka ada mempunyai ramai teman-teman yang boleh bersama-sama di dalam e-Sports ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menteri.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Yang Berhormat Limbahau.

Ini terpulang dengan data-data yang bakal kita, apa nama pungut, ya. Jadi seperti yang saya katakan tadi, itu ini adalah usaha awal kita. Kita belum ada apa nama, tema rujukan yang kita boleh kenal pasti untuk membimbing kita, ya, untuk membuat sesuatu untuk memajukan e-Sports. Mudah-mudahan ya, data-data yang akan kita lengkapkan ini akan menjurus kepada apa nama mengujudkan pusat e-Sports ini.

Terima kasih.

Tuan Speaker, Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Elopura, teruskan. Soalan Tambahan

Terima kasih, terima kasih Tuan Speaker, kasih saya peluang, terima kasih. Menteri, jadi kita tahu di kampung kita memang Mobile Legend atau yang e-Sports memang famous dari sekaranglah. Lagipun saya sekarang jumpa satu masalah ialah internet line, dia punya line memang kalau saya buat satu program di satu kampung sahaja, lebih 30 orang tidak dapat laksanakan tidak boleh melancarkan yang program-program ini.

Jadi ada carakah atau yang yang langkah-langkah kasih smooth ini internet line. Masalahnya di Sandakan, saya rasanya di kampung punya tempat langsung tak payah cerita tentang itu internet line lah. Ini antara satu soalanlah. Soalan yang lagi, bolehkah kita buat satu macam Kampung A lawan Kampung B macam satu league lah di Sandakan lawan Tawau atau yang satu program untuk program macam satu league yang football league punya cara-caralah. Terima kasih menteri.

Datuk Ellron bin AnginSTAR · GRSMenteri Belia dan Sukan · Sook

Terima kasih Yang Berhormat daripada Elopura.

Seperti yang saya katakan tadi ketika ini adalah peringkat awal kita untuk mengumpul data-data ya. Saya sudah apa nama perjelaskan tadi bahawa ada isu-isu yang kita hadapi, satu ialah tentang isu kelajuan internet. Ini sudah kita,

kita akan berkoberasi dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia termasuk juga Malaysia Digital Economic Corporation ya, untuk mengatasi masalah ini. Jadi soal Kampung 1 lawan Kampung 1 Kampung 2 ini, Tuan Speaker, itu saya katakan tadi kita dalam peringkat awal. Jadi mudah-mudahan data yang kita akan pungut ini akan menjurus kepada bukan saja kampung lawan kampung tetapi mungkin daerah lawan daerah dan juga negeri lawan negeri. Terima kasih Tuan Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Likas.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih Tuan Speaker.

Soalan saya soalan nombor sepuluh (10).

Pertanyaan-Pertanyaan Untuk Jawapan Lisan — Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Di SabahQuestions

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

*10.

YB. Tuan Tan Lee Fatt [Likas] bertanya kepada MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI, nyatakan status dan jumlah perbelanjaan bagi setiap projek di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Sabah setakat ini. Jawapan

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi · Pitas

Terima kasih Datuk Speaker.

Sebelum saya menjawap soalan daripada Likas, terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang akan tiba pada bila-bila masa dan kepada sidang Dewan Yang Mulia yang ada hadir bersama pada pagi ini.

Begitu juga yang ada di luar sana.

Selamat menyambut bulan Ramadan.

Datuk Speaker, sebelum saya menjawab, menjawab soalan ini, saya ingin mengimbas kembali cerita kemarin, sedikit sahaja, ini pembetulan, pembetulan, barulah saya jawab ini. Saya minta kepada Senallang, mohon izin, ….

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Pitas

…pembetulan barulah saya jawab ini. Saya minta kepada Senallang mohon izin.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat.

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Pitas

Apakah boleh?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat.

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Pitas

Pembantu Menteri.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang, Yang Berhormat.

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Pitas

Untuk menjawab soalan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang..Yang..Yang Berhormat, Yang Berhormat. Apa yang telah lalu tempoh hari kita tidak boleh sebut. Kalaulah ada termaktub dalam hansard nanti kita boleh menguruskan dan membaikkannya kalau tidak ada.

Kerana kalau saya berikan ini ini adalah bertentangan dengan Standing Order. Saya minta maaf cuba teruskan.

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Pitas

Ok. Terima kasih Datuk, saya teruskan. Bagi menjawab soalan daripada Ahli Yang Berhormat ADUN Likas, untuk makluman Yang Berhormat kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.7 bilion di bawah Pelan..Pelan Jalinan Digital Jendela Fasa 1 untuk tahun 2020 dan 2022. Dengan sebahagian daripada negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM3.61 bilion sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-12, ia melibatkan pembiayaan melalui kumpulan wang PPS di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Peruntukan ini adalah termasuk pembinaan menara tahun baru. Menaik taraf menara kepada 4G, penyediaan gantian optika premis dan penyediaan jalur lebar satelit. Melalui Pelan Jendela di negeri Sabah sebanyak 607 menara baharu dibina untuk meluaskan liputan 4G di kawasan luar bandar dan pendalaman sehingga 31 Januari 2022, sebanyak 119 menara telah siap dilaksanakan. Sebagai tambahan sebanyak 3,738 sistem pemancar sedia ada akan dinaik taraf kepada 4G untuk meningkatkan kualiti

liputan kepada pengguna dari jumlah tersebut sebanyak 3,128 sistem pemancar telah siap dinaik taraf. Bagi meluaskan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar talian tetap premis tersedia gantian optik juga telah dilaksanakan di sekitar kawasan perumahan dan komersial sebanyak 251,165 premis tersedia dengan gantian optik telah dirancang bagi tujuan ini dan sebanyak 118,241 telah pun siap dipasang pencapaian ini dijangka akan meningkat menjelang tahun 2022. Kawasan-kawasan pendalaman di Sabah turut diberi keutamaan melalui penyediaan perkhidmatan jalur lebar menggunakan teknologi satelit bagi tujuan ini sebanyak 138 lokasi di kawasan pendalaman negeri Sabah akan disediakan dengan teknologi satelit menjelang April 2022. Di samping inisiatif MCMC, pihak Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi telah memasang sebanyak 24 wisat setakat ini dan merancang memasang 300 wisat di sepanjang tahun 2022.

Setakat Januari 2022 sebanyak 63 lokasi telah pun siap dipasang dengan jalur lebar satelit oleh MCMC. Pelaksanaan JENDELA akan sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa berdasarkan kepada perancangan terperinci serta permintaan daripada orang ramai untuk kawasan-kawasan tidak termasuk di bawah inisiatif JENDELA fasa 1 ianya akan diambil kira dibawah pelan fasa 2 yang akan bermula dari tahun 2023 hingga 2025. Terima kasih Datuk Speaker.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Soalan tambahan dari Likas kalau ada. Saya hanya berikan satu sahaja kerana masa tidak mengizinkan Likas.

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Tiada soalan tambahan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Senallang.

Soalan Tambahan

Terima kasih Datuk Speaker, jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Pembantu Menteri saya ingin bertanya hasil daripada jawapan diberikan oleh Pembantu Menteri tentang hala tuju internet akses yang ada iaitu menyebut tentang akan siap 4G sedang negara kita membicarakan bukan lagi 4G, 5G sekarang. Bila agaknya kita boleh menuju ke arah ini supaya ada keseimbangan dari segi aksesibiliti bagi

rakyat Malaysia bukan hanya di Kota Marudu, bukan hanya di utara Kudat, bahkan juga di seluruh negara Malaysia termasuk di Sabah tentang persoalan 5G yang ada pada hari ini sedang kita mempersoalkan tentang 4G?

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Pitas

Ok Datuk Speaker, terima kasih kepada Senallang. Di mana kita telah pun menjelaskan tahun 2022.

Segala apa juga telah kita peruntukan itu kita akan siapkan dalam tahun 2022 ini. Dan percayalah kepada ADUN Senallang kita bukan hanya melihat kepada Kota Marudu, Kudat dan juga kawasan-kawasan yang lain tetapi kita melihat kepada seluruh rakyat negeri Sabah kerana pada kita bahawa Kementerian Sains Teknologi hari ini untuk makluman turun padang. Sama ada wakil rakyat daripada pembangkang ataupun kerajaan ada memohon atau tidak kita round semua kawasan, kita bagi semua kemudahan ini. Kerana ini adalah keperluan yang mendesak kepada rakyat begitu juga kepada murid-murid sekolah yang menggunakan akses internet talian yang ada pada ketika ini. Bagi kami ruang dan peluang kami dalam kementerian baru satu tahun lebih dan jangan terlalu tekan dan tindas kami. Kami bekerja percayalah Datuk YB Senallang, percayalah terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan..

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Pitas

Tidak dengar Datuk Speaker. Tidak dengar.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ya cuba sebut lagi.

Saya persoalkan tentang 5G bukan kita sekat. Tidak. Saya bagi ruang. Binalah sebaik mungkin 4G di seluruh negeri Sabah. Cuma saya nak minta bila agaknya tentang kita nakkan sebut 5G bukan hanya di bandar-bandar seperti di luar bandar Kota Kinabalu, you are talking about.

Dato’ Sri Dr. Ruddy bin AwahPGRS · GRSPembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi · Pitas

Ok, terima kasih. Seperti saya katakan tadi tahun 2022 kita selesaikan

peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada kita untuk menaik taraf 4G segala-galanya. 5G kita akan laksanakan pada Rancangan Malaysia iaitu tahun 2023 hingga tahun 2025. Maka itu bagi peluang kepada kami dulu, percayalah kami bekerja tidak tidur Datuk..YB Senallang.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat.

Datuk Speaker, boleh 1 soalan?

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi soal jawab sudah selesai.

Usul Ucapan Terima KasihMotion

Setiausaha Dewan

Sambungan perbahasan ke atas masalah yang telah dicadangkan pada 21 Mac 2022.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan dewan ini ialah bahawa kami Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah melahirkan rasa terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada hari Rabu bersamaan 16 Mac 2022. Saya sekarang menjemput YB, Yang Berhormat dari Lumadan oleh kerana dia tidak habis perbahasan dia kelmarin saya berikan masa 3 sampai 5 minit. Silakan .

11:09 pagi

Terima kasih Datuk Speaker.

Di Dewan Yang Mulia ini, saya ingin berterima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana telah melaksanakan pembersihan sepanjang 3.5 km daripada 10.5 km di Sungai Api-api Kampung Tambalang Alung pukau dan kawasan-kawasan yang lain pada tahun yang lalu. Usaha ini telah memberi kesan yang positif di mana air banjir lebih cepat surut dan dapat melancarkan aliran air banjir di kawasan-kawasan yang sering terjejas pada tahun 2021. Dalam pada itu, saya memohon agar pembersihan Sungai Api-api ini disambung daripada yang telah dibersihkan iaitu sepanjang 7 km sistem perparitan dan saliran di sungai ini dan juga... dan

sungai-sungai lain juga perlu diselenggarakan supaya sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mengurangkan babak... bagi mengurangkan kesan banjir. Kedudukan kawasan penempatan penduduk di DUN Lumadan yang tertumpu di sepanjang aliran sungai Padas menyebabkan 80% daripada kawasan-kawasan kampung dalam DUN Lumadan mengalami risiko banjir apabila air banjir Padas lim... melimpah. Oleh itu, saya mencadangkan juga agar satu lencongan lagi dibina untuk mengurangkan masalah banjir.

Contohnya daripada turusan Suasab Nabahan sebelum ini dibina dan hari ini… Tuan Haji Ruslan bin Muharam [Lumadan]:... ini dibina dan hari ini sudah terbina dan memang mempunyai kesan yang begitu baik sekali untuk mengatasi banjir di daerah Beaufort. Dan maksud saya di sini adalah lencongan baru lagi akan dibina daripada Sungai Lencongan Suasa-Nabahan ini ke Sungai Membangan terus ke dasar laut sepanjang lebih kurang lencongan ini 6 kilometer. Dengan adanya inisiatif ini, ia akan mengurangkan risiko banjir dan tempoh pembinaan adalah lebih kurang 1 hingga 2 tahun dengan kadar yang rendah.

Kedudukan jalan raya di kawasan DUN Lumadan telah dibina mengikut aliran Sungai Padas.

Hakisan sungai telah mengakibatkan jalan raya utama semakin hampir dengan sungai dan ada yang hampir terputus serta merbahaya apabila berlakunya banjir. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak bagi pembinaan tembok penahan hakisan Gabion dilaksanakan.

Saya memohon pembinaan tembok penahan hakisan bagi Sungai Padas dalam kawasan DUN Lumadan dipercepatkan. Sudah tentu sekali keperihatinan kerajaan negeri di atas permasalahan yang dihadapi kawasan yang sering dilanda banjir ini akan menyakinkan rakyat dan sekaligus meningkatkan kepercayaan kepada keperihatinan Gabungan Rakyat Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila gulung Yang Berhormat, sila gulung.

Datuk Speaker, memohon pertambahan sedikit masa. Yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri

Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor. Datuk Speaker, saya amat menyokong penuh usaha Kerajaan Persekutuan dalam membantu menggerakkan pembangunan negeri ini.

Di Dewan yang mulia ini, ingin saya merayu kepada kerajaan negeri untuk turut memberi perhatian kepada kemudah- kemudahan infrastruktur di DUN Lumadan. Jalan raya begitu daif sekali dan perlu dinaik taraf demi kemudahan penduduk kampung berkenaan untuk keluar ke kawasan bandar bagi aktiviti harian tempat memasarkan hasil tanaman mereka.

Rata-rata penduduk di kampung ini terlibat dengan pertanian komuniti iaitu kepala sawit, getah dan tanam-tanaman yang lain untuk dijual di kawasan Beaufort. Ini dapat dilihat di Kampung Ulu Binunuk dan juga di Kampung Ulu Meraba.

Saya juga mencadangkan Jalan Bangkalalap dan Jalan Suasa dinaik taraf dengan menambah ketinggian sekurang-kurangnya 1 meter. Apa yang berlaku pada hari ini di daerah Beaufort khususnya di Lumadan telah berlaku banjir, jalan-jalan tersebut kini sudah pun putus perhubungan dan pada semalam gerakan PKOB Beaufort telah pun memindahkan beberapa mangsa-mangsa banjir.

Dan pemasangan culvert yang perlu diperbanyakan untuk menyalurkan saliran air dan menggalakkan, mengelakkan terputus hubungan akibat banjir. Manakala Jalan Kampung Mintulut 1 dan Jalan Mintulut 2 diturap untuk memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan tersebut kerana belum pernah diturap sejak dibina jalan tersebut 40 tahun yang lepas.

Datuk Speaker, saya menyokong penuh usaha kerajaan negeri yang akan terus memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan berasaskan ternakan. Saya bersetuju dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran dan tahap sara diri bagi daging ruminan yang pada masa ini masih rendah dan bergantung sebahagian kepada import dari luar negara.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat.

Ya Datuk Speaker, memohon sedikit lagi masa. Di negeri Sabah dan DUN Lumadan khususnya banyak kawasan region

reserve terbiar begitu sahaja.

Besar sekali hati saya untuk mencadangkan agar kawasan tanah terbiar ini dimajukan secara mampan untuk menternak kerbau kerana permintaannya di pasaran sangat tinggi dan harga yang berpatutan. Jika tanah grazing ini dimajukan untuk penternakan, bukan bukan kah ini akan memberi manfaat kepada rakyat ke arah meningkatkan taraf hidup, mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan?

Sekiranya penternak dilaksana kerajaan juga dapat mengurangkan kebergantungan terhadap daging import daripada luar negara. Oleh itu, di Dewan yang mulia ini saya mohon mencadang kepada pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri untuk mempertimbangkan dan sekaligus menyediakan peruntukan bagi melaksanakan penternakan kerbau secara komersial di seluruh Sabah melalui Kementerian Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah.

Saya memohon mencadangkan agar kerajaan dapat memperkasakan koperasi komuniti yang berpotensi untuk berkembang maju di negeri Sabah dan khususnya di DUN Lumadan.

Suntikan dana daripada kerajaan negeri amat diperlukan untuk membangunkan koperasi-koperasi ini.

Selama saya berkhidmat di kawasan DUN Lumadan, terdapat beberapa koperasi komuniti yang telah diwujudkan. Namun, dana yang diperolehi hanya lah daripada kerajaan pusat. Saya memohon di Dewan Yang Mulia ini agar kerajaan negeri dapat menyalurkan dana kepada semua koperasi di Sabah yang berpotensi untuk dibangunkan dan saya percaya ini akan dapat menyumbang dalam sektor ekonomi dan memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila gulung Yang Berhormat. Ini sudah tempoh orang, tidak dapat menunggu lagi, gulung kan.

Okay, terima kasih Datuk Speaker.

Oleh kerana isu ini dia sangat penting saya...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, semua isu-isu penting dalam di Dewan yang mulia ini. Tolong… Tolong

Okay Datuk Speaker.

Masalah penyalahgunaan dadah perlu dibendung dengan sebaik mungkin. Saya melihat

masalah ini adalah terjadi di seluruh Sabah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan AADK memainkan peranan penting dalam hal ini.

Bagi DUN Lumadan amnya di daerah Beaufort, petugas AADK dipinjam daripada Wilayah Persekutuan Labuan dan bukan daripada daerah Beaufort sendiri.

Ini mewujudkan pengurusan birokrasi yang agak lama.

Saya memohon mencadangkan agar kerajaan negeri mewartakan daerah Beaufort sebagai pusat AADK kawasan pantai barat selatan yang meliputi kawasan Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang. Penga pengawartaan pewartawan tersebut...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh bawa ini nanti bila masa pengulungan.

Haji Ruslan bin MuharamPBS · GRSLumadan

Okay.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Jadi saya minta lah sekarang.

Okay ah.

Sebelum mengakhiri apa nama itu perbahasan ini, saya mengambil kesempatan, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Sekian, sekian dahulu ucapan yang di apa nama itu disampaikan daripada DUN Lumadan ini. Terima kasih kepada Datuk Speaker, mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Saya jemput Yang Berhormat dari Likas. 10 minit. 11.18 pagi

Tuan Tan Lee FattDAP · WARISAN-PLUSLikas

Terima kasih, terima kasih Tuan Speaker. Selamat pagi, terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk membahas Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama pada 16 Mac yang lalu.

Dalam dasar kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama, antara isu-isu yang dibangkitkan atau topik yang dibincangkan adalah antara ekonomi, modal insan, belia, kemiskinan dan juga isu sampah.

Tuan Speaker, di kawasan saya di Likas saya amat puas hati dan atas kerjasama yang diberikan oleh agensi kerajaan setakat ini tidak banyak masalah dan aduan-aduan yang saya sampaikan diselesaikan dengan baik. Walau bagaimanapun, saya harap kerjasama dari kementerian dan juga agensi kerajaan diteruskan untuk pastikan masalah rakyat diselesaikan...

Tuan Tan Lee Fatt [Likas]:… pastikan masalah rakyat diselesaikan secepat mungkin.

Tuan Speaker, saya ingin mendapatkan perhatian menteri pertanian berkenaan usaha untuk membangunkan industri pertanian iaitu melalui usaha, kajian, dan juga pembangunan terhadap tumbuhan dan tanaman seperti betik, hempedu bumi, daun gelenggang, ini inca sacha, limau nipis, dan limau kasturi contohnya. Tumbuhan-tumbuhan ini, tanaman ini boleh menghasilkan ubatan, ubat-ubat dan juga supplement kesihatan.

Hempedu bumi dan juga betik, buah betik, daun betik yang boleh diambil atau estraknya iaitu Hydroxychloroquine and Ivermectin boleh digunakan untuk melawan penyakit COVID dan ini ubatan-ubatan ini telah pun dibangunkan di negara lain. Jadi saya harap Sabah ataupun kerajaan boleh bangunkan tanaman-tanaman ini untuk sebagai ubat-ubatan lah dan juga supplement kesihatan. Tanaman-tanaman yang mempunyai kandungan fibre yang tinggi seperti tebu, nenas, pokok pisang, kelapa, dan sebagainya boleh dimajukan dan diganti dengan mengganti penggunaan plastik pakai buang seperti cawan, mangkuk, piring, penyedut straw ataupun penyedut minuman.

Ini bukan sahaja mengurangkan masalah sampah yang dihasilkan oleh penggunaan plastik buang pak, pakai buang malah ia dapat meningkatkan dan menjana pendapatan serta memberi peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat.

Penggunaan racun serangga dan baja haiwan antara kos yang perlu ditanggung oleh penternak dan petani. Oleh itu, saya sarankan bahan-bahan yang mesra alam

ataupun tumbuhan atau tanaman perlu diberi perhatian atau dikaji dan diberi galakan oleh kerajaan.

Saya mencadangkan supaya mana-mana pemain industri pertanian diberi pengecualian cukai dan ini juga bagi menarik minat belia ataupun ahli perniagaan untuk melabur dalam industri pertanian dan saya rasa kaedah ini juga boleh mengurangkan kos kerajaan dalam pemberian subsidi kerajaan sebab mereka telah pun diberi keistimewaan pengecualian cukai.

Tuan Speaker, sistem pendidikan sangat penting kerana ia memberi jaminan masa depan yang lebih cerah kepada negara dan juga rakyat.

Oleh itu, saya ingin kerajaan mengkaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran dari rumah atau PdPR untuk mengurangkan kos kerajaan untuk baik pulih bangunan sekolah atau membina sekolah baru.

Di samping itu juga, sistem PdPR ini mampu mengurangkan isu beg sekolah berat yang boleh menjejaskan kesihatan anak-anak, boleh mengurangkan kos pengangkutan ke sekolah, dan juga mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Saya tahu PdPR ini mempunyai masalah dan antara masalah yang timbul ialah sudah tentu yang telah saya tanya di Dewan Yang Mulia ini baru-baru tadi, iaitu berkenaan kelajuan internet dan juga liputan internet, dan saya rasa kerajaan perlu kaji lah dan mengenal pasti ataupun memperbaiki sistem PdPR ini untuk sekali lagi mengurangkan kos kerajaan dan pada masa yang sama meningkatkan mutu pelajaran.

Sumber kewangan yang ada boleh lah disalurkan ke kawasan pedalaman dan sekali lagi saya harap di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), liputan dan kelajuan inetrnet akan lebih baik dan lebih lancar dan ini sudah tentu akan memberi kelebihan dalam sistem PdPR.

Tuan Speaker, saya minta supaya kerajaan mengkaji semula dan menarik balik larangan eksport besi buruk dari Sabah ke Semenanjung. YB Tanjong Aru pun ada menyebut perkara ini semalam dan mengikut Persatuan Kitar Semula Logam Sabah (SSMR), mereka terpaksa menanggung kerugian atau terpaksa mengeluarkan RM8 juta un kalau mereka ingin mengeksport besi buruk, dan sudah tentu ini

membebankan mereka dan kebanyakan pengusaha besi buruk ini juga mungkin gulung tikar jika larangan ini masih diteruskan.

Tuan Speaker, itu saja dari saya.

Di sini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada semua.

Saya mohon mencadang.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Mohon menyokong, cadangan sudah.

Terima kasih, Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat ADUN Dilantik Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.

11:28 pagi

Terima kasih, Tuan Speaker.

Hari ini saya berdiri bagi bahagian dalam perbahasan dasar Tuan Yang Terutama.

Pada hari ini saya akan menyampaikan tiga perkara dan saya merayu kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri serta Ahli-ahli Kabinet supaya jangan terus tolak sahaja.

Sekurang-kurangnya bersetuju dengan cadangan saya mewujudkan jawatankuasa sama ada peringkat kabinet ataupun di peringkat pegawai supaya menimbangkan tiga cadangan saya ini semuanya selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63 di mana dalam MA63, Sabah mempunyai autonomi di antaranya imigresen.

Saudara-saudari sekalian, eh, Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya saya ada membentangkan satu usul untuk yang dinamakan usul Sabah IC. Tapi, Tuan Speaker sudah menolak atas sebab perkara ini di bawah Akta Pendaftaran Negara 1976.

Tuan Speaker, saya setuju bahawa memang pengeluaran MyKad, pengeluaran MyKad memang di bawah Akta Pendaftaran Negara tetapi kita juga lihat bahawa pengeluaran MyKad kepada orang-orang yang tidak layak, orang-orang yang menggunakan dokumen yang dipalsukan, orang-orang yang orang asing tapi mendapat MyKad Kod 12.

Kod 12 kita semua sedia maklum bahawa hanya dikeluarkan kepada orang-orang yang lahir di Sabah. Tapi, mengikut bukti yang diberikan bukan kepada saya, bukti yang diberikan kepada tidak lain tidak bukan Yang di-Pertuan Agong melalui Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin Sabah ataupun RCI. Di sini banyak bukti, banyak bukti, banyak bukti yang telah diberikan dan saya mengambil satu contoh saja Tuan Speaker, witness 116, saksi 116 di mana waktu penetapan RCI di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dia mengakui bahawa dia lahir di luar negara bukan di Malaysia, bukan di Sabah dan dia datang ke Sabah pada tahun 1980. Apabila tahun 1990, 10 tahun kemudian dia diberikan Kad Pengenalan Biru Malaysia yang menyatakan bahawa dia lahir di Kampung Bambangan di Sabah. Pada masa yang sama dia akun dia lahir di negara asing.

Jadi dia punya IC, dia punya MyKad, 12.

Sama juga saya yang kita semua ini yang lahir di Sabah.

Apabila dia punya tu MyKad 12, dia akan menikmati semua keistimewaan…

.…menikmati semua keistimewaan sebagai orang Sabah termasuk di bawah Imigresen. Kerana Tuan Speaker, di Malaysia walaupun kita dalam satu negara, mengikut Akta Imigresen, mengikut Akta Imigresen tahun 15, 1959, 63 bahawa di Malaysia ada 3 zon imigresen.

Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan pihak berkuasa untuk meluluskan membenarkan orang masuk Sabah ini ialah Ketua Menteri Sabah. The state authority ialah Ketua Menteri Sabah. Apabila orang ini dapat, orang asing ini dapat kad pengenalan 12, tidak pakai sudah ini imigresen. Seterusnya, satu undang-undang lagi itu Passport Act. Passport Act 1966, di mana siapa-siapa yang mahu masuk Sabah, mesti ada dokumen perjalanan Travel Document. Begitu juga apabila orang asing mendapat MyKad yang ada 12, dia berbohong bahawa dia lahir di Sabah, orang Sabah ini tidak pakai lagi ini Passport Act. Tidak pakai lagi ini Immigration Act. Maka Tuan Speaker, ini sebagai satu bukti bahawa integriti MyKad telah terjejas.

The integrity of MyKad had been compromised.

Oleh sebab itu, kita kena buat sesuatu yang saya namakan kita bantu sendiri orang Sabah. Di mana kita buatlah Sabah IC. Jadi soalannya, saya ditanya juga dalam surat Speaker sama ada Sabah IC ini bercanggah dengan undang-undang negara.

Di mana pengeluaran MyKad ini adalah kuasa persekutuan dan bukan kuasa negeri.

Yang disebut itu adalah National Registration Act 1959, Akta Pendaftaran tahun 1959. Tuan Speaker, Akta Pendaftaran hanya memberikan kuasa kepada JPN, Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftar penduduk-penduduk di Sabah. Sama ada dia Malaysia, sama ada dia penduduk tetap, sama ada dia orang asing, pekerja asing dan sebagainya. Akta Pendaftaran Malaysia ini hanya untuk mendaftarkan penduduk. Bukan untuk memberikan kewarganegaraan, bukan untuk memberikan citizenship. Kerana kuasa untuk memberikan citizenship bukan di Akta Pendaftaran.

Kuasa memberikan citizenship ini di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Jadual Sembilan, Nine Schedule Item 5, kewarganegaraan persekutuan orang asing.

Saya ulangi, dalam Federalise, dalam Federalise Jadual Sembilan, kewarganegaraan persekutuan orang asing. Maka, kuasa untuk memberikan citizenship kepada orang asing adalah kerajaan persekutuan.

Begitu juga kewarganegaraan persekutuan dalam teks English Perlembagaan, Federal Citizenship.

Tuan Speaker, saya ingin mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Dilantik oleh kerana subjek yang diutarakan amat menarik sekalilah. Saya cuma ingin tahu daripada Yang Berhormat. Maksud Yang Berhormat IC Sabah ini adalah seperti Resident Card kah? Oleh kerana di negara lain berlaku juga di Indonesia, di China di mana dia ada 2 IC. Satu IC untuk orang China tetapi setiap province dia juga ada resident card. Apakah maksud Yang Berhormat sedemikian ataupun maksud Yang Berhormat ini bahawa IC Sabah ini, KL tidak lagi isu IC, kita saja isu IC ataupun tidak? Minta penjelasan Yang Berhormat.

Terima kasih YB Usukan.

Memang soalan itu dapat membantulah kita dapat maklumat lanjut. Saya baru cakap tadi, mengikut Perlembagaan Malaysia, Jadual Sembilan, Item 5, kewarganegaraan persekutuan untuk orang asing adalah pihak kuasa federal. Maka Sabah IC, sekiranya diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sabah kemudian kita buat satu

enakmen, Enakmen Sabah IC misalnyalah.

Enakmen Sabah IC 2022.

Kita tidak boleh dan kita tidak ada kuasa untuk memberikan Sabah IC kepada orang asing. Kita tidak boleh berikan Sabah Citizenship ataupun Malaysian Citizenship kepada orang asing. Kita hanya boleh berikan Sabah IC kepada orang-orang Malaysia yang penduduk tetap di Sabah.

Untuk menjawab soalan daripada YB Usukan, ya.

Dia serupa dengan residency card tapi lebih, lebih. Saya faham di Amerika misalnya negeri-negeri di Amerika, dia orang ada kad sendiri.

Di China, dia ada residency card.

Kalau dia bukan dari province itu, dia tidak dapat menikmati kemudahan pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Dia ada residency card. Begitu juga di Indonesia.

Speaker

Jadi maksud Yang Berhormat, Sabah IC ini ialah satu kad over and above the kad pengenalan persekutuan? Begitu?

Ya, terima kasih.

Betul Tuan Speaker, kerana MyKad ini yang dikeluarkan oleh Malaysia, kerajaan persekutuan, kita tidak boleh batalkan.

Kita tidak boleh kacau.

Maka my point is, dengan izin the federal government has the power to issue citizenship to non Malaysian. Tetapi the federal government have no power to grant Sabahan status to orang asing ataupun orang-orang yang bukan dari Sabah.

Saya ulangi, sekiranya Sabah IC dikeluarkan, ini MyKad to prove that I am Malaysian.

Tapi untuk masuk Sabah, untuk memohon tanah, menjadi pegawai kerajaan, mendapat trading license mesti juga ada Sabah IC.

Saya ulangi, emphasize yang point ini, semua pemegang Sabah IC mesti orang Malaysia. Warganegara Malaysia tapi bukan semua orang pemegang MyKad adalah orang Sabah. Iaitu IC-IC yang dikeluarkan di bawah projek IC dan sebagainya dia boleh jadi orang Malaysia tapi dia belum jadi orang Sabah sehingga Kerajaan Negeri Sabah memberikan Sabah IC kepada dia iaitu menerima dia sebagai orang Sabah.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Boleh minta laluan?

Speaker

Ada pencerahan. Pencelahan.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Ya. Terima kasih Tuan Speaker. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Dilantik. Apakah pada akhirnya manfaat sekiranya kad pengenalan Sabah, Sabah IC ini dilaksanakan?

Bagi mereka yang diberikan IC Sabah ini apa manfaatnya berbanding mereka yang tidak dapat? Dan apa pula yang akan berlaku kepada mereka yang tidak ada Sabah IC ini, jika cadangan ini diteruskan dan adakah pada pandangan Yang Berhomat ADUN Dilantik ini dapat menyelesaikan masalah pendatang asing yang bermasalah dari segi dokumen pengenalan mereka di Sabah ini? Terima kasih.

Jika soalan itu, soalan kedua, apakah kesannya kepada orang yang pemegang MyKad yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan konon kod 12 orang Sabah.

Itu adalah sesiapa yang tidak memegang Sabah IC tapi dia pegang MyKad, dia adalah orang Malaysia tapi dia bukan orang Sabah.

Ya macam juga dari Kuala Lumpur dari Selangor dan sebagainya. Dia belum orang Sabah. Kalau dia mahu jadi orang Sabah, dia kena apply Sabah IC di sanalah kita kena buat interview. Di mana kau lahir? Siapa ketua kampung kamu?

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker?

Di mana sekolah kamu?

Sekarang umur sudah 30, umur 40, umur 12. Mestilah di mana satu klinik kau lahir? Di mana sekolah kamu? Siapa ketua kampung kamu dan sebagainya. Siapa you punya classmate? Schoolmate? Dan sebagainya.

Daripada sana kita tahu sama ada dia betul-betul lahir di Sabah ataupun dia kena helikopterlah. Dapat MyKad terus 12 tapi padahal dia bukan lahir di Sabah.

Dia punya kesan kepada orang yang memegang MyKad ini, yang dikeluarkan oleh Putrajaya, dia orang Malaysia tapi dia bukan orang Sabah.

Tuan Justin Wong Yun BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker, minta laluan.

Maka dengan itu, dia masih subject to the Passport Act Malaysia.

Tuan Justin Wong Yun BinWARISANSri Tanjong

Datuk Speaker, minta laluan.

Nanti, habis dulu. Dan dia juga subject..

Tuan Justin Wong Yun BinWARISANSri Tanjong

Sekejap sahaja.

…to Immigration Act Malaysia.

Jadi dia kena apply lah pas penduduk di Sabah. Sama ada diluluskan tidak itu lain kira.

Apakah keistimewaan Sabah IC?

Dia sebagai seorang Sabah satu…

…sebagai orang Sabah, satu dia balik Sabah tidak perlu apa ini imegresen pas, dia kerja dia tidak perlu pas dan permohonan tanah.

Menjadi Pegawai Kerajaan Sabah kan, Kita ada SPA sendiri Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah.

Sabah, Sarawak, Kelantan saja ada yang lain negeri tidak ada.

Sabah, Sarawak, Kelantan ada SPA sendiri jadi kalau dia mahu jadi Pegawai Kerajaan Sabah ini secara kontrak kah, permanent kah dia kena menjadi orang Sabah.

Sabah IC tu boleh, kalau sekiranya lain hari kita ada Amanah Rakyat Negeri Sabah dululah di building Yayasan Sabah yang yang palsu punya ini pun dia pun dapat BRiM tau dia cakap.

Kalau lain hari bajet besar Yayasan Sabah mahu berikan amanah hanya pemegang Sabah IC ini layak yang lain tidak layak. Siapa lagi tu, soalan?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Minta laluan.

Speaker

Ok, Sri Tanjong.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Saya cuma ingin bertanya kepada Adun lantikan 1 soalan sahaja, apakah perbezaan Sabah IC ini dengan pemastautin tetap yang selama ini di bawah budi bicara Kerajaan Negeri Sabah.

Pemastautin tetap ataupun permanent resident ini ada dua jenis. Satu Orang asing diberikan pemastautin tetap di Malaysia tapi dia belum lagi Warganegara Malaysia. Kedua, orang Malaysia dari Semenanjung, dari Sarawak yang mendapat pemastautin tetap di Sabah jadi kategori orang asing ini Sabah tidak boleh berikan Sabah IC kerana dalam Perlembagaan Malaysia Federalist Schedule Nine Item Five ini di kuasa federal tapi bagi orang Semenanjung, orang Sarawak sudah lama di Sabah yang sudah jadi permanent resident di Sabah mereka boleh diberikan Sabah IC. Faham itu ya? Jadi kita kena bezakan bahawa, saya sudah study ini.

Speaker, minta laluan.

Pegawai yang sudah bersara. (suara bertindih)

Speaker

Yang Berhormat, ada mencelah.

Kami sudah kaji beberapa tahun ini, kita lihat Sabah IC ini…

Minta laluan.

Sekejap, sekejap, Sabah IC ini tidak bercanggah dengan undang-undang, tidak bercanggah dengan Perlembangaan Malaysia. Ia dapat mempertahankan hak kita sebagai orang Sabah.

Saya ada satu soalan untuk YB Dilantik, bagaimana dengan kedudukan saya ambil contoh salah seorang anak saya lahir di luar negara dan IC beliau ‘instead of 12’ dia no saya tidak ingat dia no 44, 46 kah? Saya minta penjelasan?

Ini macam saya sudah pengarah JPN sudah ini. (ketawa)

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Adun Lantikan.

…saya jawab itu, itu memang bagus. Kalau dulu tidak ada orang Sabah lahir di luar Sabah tapi sekarang sudah banyak di Kuala Lumpur, di Semenanjung, di Australia dan negara-negara lain banyak jadi inilah tertakluk kepada Kerajaan Negeri Sabah. Ibubapa orang Sabah anak dia mesti orang Sabah kecuali ibubapa sudah menjadi warga asing kalau dia ibubapa sudah menjadi warga asing dia sudah migrate ke negara lain. Dia sudah kehilangan hak sebagai orang Sabah tapi ibu atau bapa yang kahwin di Australia, kahwin di England, kahwin di Singapura, di Semenanjung banyak berpuluh ribu. Anak dia boleh dianggap sebagai orang Sabah tapi ini ada proses, ada proses jangan dua orang bukan Sabah di Australia dia kahwin dia bilang dia orang Sabah kita kena proses kita kena tahu dia ibu atau bapa dari mana di Sabah mana satu kampung, mana satu sekolah.

Speaker

Yang Berhormat Adun Sri Tanjong, duduk.

Ok, terima kasih.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Boleh saya, bertanya soalan susulan tentang itu PR, kad PR. Saya sebenarnya amat memahami keniatan ataupun niat Yang Berhormat lantikan tentang yang Sabah IC ini cuma saya ingin membangkit tentang permohonan PR yang setakat di Sabah ini masih banyak yang belum mendapatkan kad PR sedangkan mereka sudah mempunyai kelayakan untuk mendapat kad PR di Sabah.

Ada yang sudah menetap di sini lebih daripada 20tahun ada yang sudah melabur di sini dengan modal yang cukup besar yang boleh menyumbang kepada ekonomi Sabah.

Speaker

Tiada kaitan, Yang Berhormat.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Soalan saya adalah kepada sesiapa yang belum lagi mendapatkan kad PR ini yang sudah menunggu-nunggu sama ada mereka akan diberikan kad PR dengan Sabah IC ataupun kad PR ini akan di gantikan dengan Sabah IC. Terima kasih.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, jadi dia satu kali jawablah. Saya cuma mahu tanya seandainyalah kerajaan negeri bersetuju untuk mewujudkan

Sabah IC ini. Bagaimana pula mekanisma untuk pengundi-pengundi? Apakah nanti ada mekanisma yang hanya orang-orang Sabah yang mendapat IC Sabah ini layak untuk mengundi untuk pilihan raya Negeri Sabah sahaja.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Saya ada satu soalan, bagaimana Yang Berhormat dapat memastikan tiada salah laku pemberian Sabah IC ini daripada agensi yang dipertanggungjawabkan.

Memang apa itu YB Tanjong Kapor bahawa saya pun bimbang ulang lagi satu projek IC baru padahal di Sabah ini Sijil Anak Negeri, Sijil Anak Negeri yang diberikan oleh Mahkamah Anak Negeri dulu-dulu zaman berjaya pun di salah gunakan kan? Itupun Sabah sendiri. Jadi proses mesti telus dia mesti ada satu jawatankuasa untuk meluluskan sesuatu Sabah IC.

Oleh sebab itu, sebenarnya cadangan saya, cadangan saya satu jawatankuasa di antara kerajaan dengan pembangkang dalam satu jawatankuasa buat itu peraturan-peraturan dan syarat-syarat itu mesti transparent sekarang ini kami tidak tahu siapa lulus, siapa tidak lulus yang dilulus oleh putrajaya kepada orang asing Sabah sendiri pun tidak tahu. Ini berapa kes RCI kalau berpuluh ribu dilulus kepada orang asing jadi orang Sabah diorang tidak mahu MA63 habis kita.

Jadi ini Tuan Speaker itu caranya, syaratnya, procedure nya mesti tulus tapi itu secara telitilah. YB Sri Tanjong ini memang saya sedia maklum orang semenanjung, orang Sarawak yang dapat yang sudah lama sini bukan 20tahun, 40tahun pun ada yang masih tunggu-tunggu.

Hari ini masih tiap-taip tahun kena apply dia punya itu pas tahunan.

Masa kini, kalau orang Malaysia Semenanjung dan Sarawak dapat PR di Sabah ini dia kena cop di passport Sabah Permanent Resident. Dia punya myKad belum lagi ‘H’ dia kena pergi ubah, dia punya tempat lahir bukan ‘12’ dia masih ‘01’ Kuala Lumpur kah, ‘13’ Sarawak kah, jadi sekiranya ada Sabah IC tertakluk kepada kerajaan negeri memberikan Sabah IC kepada orang-orang yang sudah dilulus sebagai Permanent Resident di Sabah ini.

YB dari Kuamut sama ada hanya Sabah IC sahaja boleh undi itu di dalam Perlembagaan Malaysia.

Itu di dalam apa nama ini Elections Act. Akta Pilihan Raya

bahawa semua orang Malaysia, Warganegara Malaysia yang berdaftar undi untuk undi di tempat sesuatu tempat masing-masing boleh mengundi. Belum kita sampai tahap bahawa hanya orang Sabah. Sabah IC sahaja boleh undi terutama pilihan raya negeri. Dulu-dulu saya ingat kalau dari Semenanjung dia daftar sini waktu parlimen baru dia undi, waktu state dia tidak undi. Sekarang dua-dua pun dia undi, jadi ini kita belum sampai sana, belum sampai sana sama ada mahu kerana ini ada keraguan mungkin bercanggah dengan apa nama ini perlembagaan persekutuan. Tuan Speaker, kalau tiada lagi minta penjelasan, saya….

Speaker

Mula gulung.

.. oh belum ini cuma satu tajuk ini.. (ahli Dewan ketawa) Ini cuma Sabah IC, saya punya 3 usul tapi tidak apa saya cuba ringkaskan, saya kasih ringkaskan di mana saya bercadang supaya kerajaan negeri sekurang-kurangnya terima cadangan saya dengan baik kerana saya tahu pihak pembangkang kerana dua minggu lalu dalam satu webinar saya dengan YB Moyog, Moyog dari pembangkang Moyog sama…

… dengan YB Moyog, Moyog dari pembangkang.

Moyog sama saya sudah mencapai satu persetujuan bersama, we both agree bahawa Sabah IC ini is the way forward, is the way forward. Maka dengan itu, saya berharap kalau kerajaan negeri dalam penggulungan dua (2) hari akan datang setuju dengan prinsip kita akan buat proses dia dan ini selaras dengan MA63.

Seterusnya tajuk yang, yang lain sedikit ialah Labuan. Saya ada mencadangkan supaya dewan ini membincangkan supaya Labuan dipulangkan ke Sabah (kedengaran bunyi tepukan meja).

Ini selaras dengan supaya Sabah mendapat sempadan semula, kita punya sempadan tahun 1963.

Bolehkah dibuat?

Boleh, banyak cara.

Pada 8hb Mac 1984 Dewan Negeri di Sabah ini meluluskan Pindaan Perlembagaan supaya Labuan diserahkan kepada federal.

Satu keputusan politik, eh political decision must be made di antara ketua menteri, kabinet dengan perdana menteri supaya dibincang. Kita buka pintu dulu, buka pintu dulu. Kalau minta sekarang dia jangan cakap tidak tapi boleh bincang macam MA63. 12 tahun bah kita cerita ini MA63. Dulu tak mahu bincang, saya pergi mahkamah cakap Borneo.…sation MA63, itu hakim cakap, adakah Akta Parlimen MA63? Diaorang tidak tahu ada MA63. Kita mulakan proses, kita mulakan proses meminta supaya Labuan dipulangkan ke Sabah.

Siapakah yang paling kuat dulu mahu Sabah menjadi Wilayah Persekutuan? Ketua Menteri dulu Tan Sri Harris.

Hari ini Tan Sri Harris Salleh jadi pun mahu Labuan dikembalikan kepada Sabah kerana lima (5) sebab, lima (5) sebab Labuan mahu di jadi Wilayah Persekutuan. Ini dalam hansard 1984 ah, 1 integrasi, 2 keselamatan, 3 mempercepatkan pembangunan, 4 sebagai pusat persidangan antarabangsa, 5 pusat perniagaan diperluaskan, semua gagal.

Lima (5) matlamat Labuan di jadi Wilayah Persekutuan, lima (5) matlamat itu mengikut hansard dan dijanjikan kepada orang Labuan, semua gagal.

Apa lagi kalau Jambatan Labuan dibuat? Jambatan Labuan boleh dibuat tapi masih bukan Sabah.

Dia kita akan ada Pos Imigresen, kita akan ada Pos Imigresen di Menumbok dan ini akan menghalang itu lalu lintas.

Baiklah Labuan balik pergi Sabah, Pos Imigresen di Lapangan Terbang Labuan. Labuan masuk Sabah, Sabah pergi Labuan balik macam dulu. Labuan sama ada AT sama Sabah, Malaysia juga apahal federal mahu membantah?

Bukan diaorang sudah gagal membangunkan Labuan, jadi ini juga Tuan Speaker, kertas-kertas pun sudah siap, tengok pun sudah lama-lama punya bah ini.

Cara-cara untuk melaksanakan matlamat bagi pemulangan balik Labuan. Kertas sudah siap. Brief note on the legislative procedure for the return on Labuan sudah siap. Saya minta kabinet jangan tolak, terima sahaja dibawa bincang. Kita bincang, kita mulai proses dalam dua (2) tiga (3) tahun, kita boleh lah sampai tahap parlimen. Selepas parlimen, kena pergi Majlis Raja-raja kerana ini melibatkan ini perubahan itu sempadan amendment to boundary kena pergi Majlis Raja-raja. Kalau lah Sabah IC kita buat, kalau lah Labuan dikem...dipulangkan ke Sabah, inilah legasi yang paling

istimewa (kedengaran bunyi ketukan meja) Dewan Undangan Negeri 16. Dewan Undangan Negeri 16 ini, inilah yang paling legasi yang paling istimewa untuk rakyat Sabah dan Sabah sendiri.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Boleh minta penjelasan? Laluan sekejap Kadamaian, Datuk.

Datuk Ewon BenedickUPKOKadamaian

Kalau semua perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat ADUN Dilantik ini tidak dapat dipersetujui, apakah parti yang diwakili oleh Yang Berhormat ini akan terus berada dalam Gabungan Rakyat Sabah ataupun bagaimana?

Speaker

Itu niat jahat itu, jangan jawab.

Apa dia cakap?

Speaker

Soalan niat jahat.

GRS ada manifesto sendiri ah, kami tahu ini. Jangan kau susah. Kami tetap GRS (kedengaran bunyi ketukan meja) tapi Sabah IC sama Labuan ini saya mencadangkan lah satu usaha bersama. Semua orang Sabah. Semua YB Sabah sama ada pembangkang, kerajaan kerana ini legasi. Ini bukan politik. Ini bukan parti. Ini legasi kita kepada generasi kepada orang Sabah masa akan datang.

Datuk Dr.

Mohon laluan, Tuan Speaker, boleh ya?

Speaker

Silakan.

Speaker telah menetapkan bahawa kita hanya dibagi masa 10 minit. Saya nak tanya Datuk Speaker, apa keistimewaan?

Speaker

Dewan istimewa hari ini, kita akan berbahas sehingga semua Yang Berhormat selesai berbahas.

Apa dia cakap? Saya tak dapat tangkap itu, apa dia cakap? Datuk Dr.

Ulang kah? Saya tanya pada Tuan Speaker.

Speaker

Tidak, masa untuk bercakap ialah kuasa Speaker.

Terima kasih, Tuan Speaker. Labuan saya mencadangkan kepada kerajaan dan seterusnya last, ini last mengenai ini laporan, itu nahas Kapal Terbang Nomad pada 6hb Jun 1976 sudah dalam news baru-baru ini di mana pihak keluarga mangsa meminta supaya laporan yang ada di Australia ini diterbitkan dan diberikan kepada Malaysia. Saya tahu ini di bawah Archive Act of Australia tapi secara ringkas Tuan Speaker, saya ini saya akan edarkan lah mungkin dalam satu (1) dua (2) hari kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat.

Sebenarnya saya pernah memohon kepada National Archive of Australia supaya itu laporan accident Malaysia Nomad Air Craft Flight 9M-ATZ on 6th June 1976 diberikan kepada saya.

Saya minta di bawah Freedom of Information Act.

Saya mendapat jawapan daripada 14 Mac 2012, 14 of March 2012 bahawa laporan tidak boleh diberikan kepada saya. Ini Australia punya sistem bagus. Dia cakap kenapa dia tidak bagi.

Di antaranya sebab dia tidak bagi ini ialah, kerana sebuah Negara Komanwel iaitu Malaysia lah, sebuah Negara Komanwel tidak setuju dan sekiranya Australia memberikan itu, itu report kepada saya, dia akan menjejaskan perhubungan di antara Australia dengan Malaysia.

Saya baca dengan izin last sudah ini, release of the information could reasonably be expected caused damage to the international relations of the commonwealth Australia.

The information was of coherently confidential nature where

communicated to the Australian Government.

The information is still accorded security protection by the foreign government, Malaysia lah itu. Jadi the act Malaysia has asked that information not be disclosed to the public. This disclosure of this report would therefore constitute a breach of confident ought to that foreign government. That foreign government Malaysia lah.

Maka saya punya cadangan kepada Kerajaan Negeri Sabah, saya punya usul kepada dewan tapi tidak kena terima di dewan ini, tidak apa.

Saya punya cadangan kepada kerajaan meminta kerajaan pusat supaya membenarkan Kerajaan Australia memberikan laporan itu, make the report public. Ini sebagai satu closure kepada insiden 6 Jun tahun 1976. Ini membawa satu closure dan ini mungkin akan memberi satu pengalaman kepada kita, satu pendidikan kepada kita, to educate us what happen on the 6th of June 1976 that caused the Nomad Air Craft to crashed killing almost half the Cabinet of Sabah. Jadi itu yang saya cadangkan Tuan Speaker.

Saya sudahi ucapan saya mengucapkan terima kasih kerana masa yang diberikan dan untuk tiga (3) isu ini. Saya harap pihak kabinet, pihak ketua menteri jangan tolak.

Jangan tolak.

Ini adalah legasi Dewan Undangan Negeri Yang Ke-16 kepada Sabah dan Rakyat Sabah. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih ADUN Dilantik. Sekarang saya jemput...

Speaker

…ADUN yang Dilantik, sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat N.41 Liawan.

12:00 tengah hari

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mengucapkan syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberikan saya peluang untuk turut bersama mengambil bahagian dalam perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, semasa merasmikan Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Keenam Belas pada 16 Mac 2022.

Saya mewakili rakyat di kawasan saya iaitu N.41 Liawan untuk menjunjung kasih di atas ucapan Tuan Yang Terutama, yang sarat dengan perancangan rapi dan disulami dengan pernyataan-pernyataan tentang kejayaan serta keberkesanan Hala Tuju Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Sabah Maju Jaya, yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Datuk Speaker, amat perlu untuk ditekankan bahawa Kerajaan GRS telah berupaya mencorakkan masa depan yang cemerlang bagi negeri Sabah walaupun baru 18 bulan memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Kejayaan ini sudah tentu tidak datang dengan sendirinya.

Bak kata pepatah, ‘yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang’.

Kejayaan ini adalah hasil perancangan yang holistic dan inclusive serta pelaksanaan program-program pembangunan dengan penuh cermat dan berhati-hati. Semua perancangan dan pernyataan kejayan kerajaan GRS terungkap dengan kemas dalam ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah. Pelbagai inisiatif yang merangkumi usaha membangunkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan Covid-19, tuntutan hasil kepada Negeri Sabah melalui rundingan Perjanjian Malaysia MA 1963 (MA63) dan pelaksanaan Pelan Tempatan di daerah-daerah di negeri Sabah adalah antara perancangan kerajaan yang dimuatkan di dalam Ucapan Dasar berkenaan. Untuk tahun 2022 ini sahaja, 4 Pelan Tempatan akan dilaksanakan di Sri Tanjong, Lahad Datu, Kudat dan Keningau. Sudah tentu dengan adanya Pelan Tempatan ini, fokusnya adalah untuk memastikan pelaksanaan program pembangunan yang lebih sempurna, teratur dan terancang.

Selain daripada itu, untuk menjamin keberkesanan program-program pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri, adalah diharapkan Putrajaya dapat menyalurkan lebih banyak dana peruntukan kepada negeri Sabah. Kita sedia maklum bahawa negeri Sabah adalah sebuah negeri yang sangat luas. Oleh itu, adalah penting supaya peruntukan besar diberikan bagi membolehkan Sabah melaksanakan program-program untuk faedah rakyat.

Projek-projek mega

seperti Lebuh Raya Pan Borneo, kemudahan-kemudahan kesihatan, sekolah, pembinaan projek bekalan air bersih yang sangat diperlukan dan kemudian, kemudahan telekomunikasi jalur lebar amat wajar untuk disegerakan pembinaannya oleh Putrajaya.

Sudah tiba masanya, rakyat negeri Sabah menikmati segala kemajuan yang selayaknya mereka perolehi.

Datuk Speaker, memetik laporan akhbar Daily Express bertarikh 20 Mac 2022 yang bertajuk Manufacturers Group Concerned With Water Shortages In KKIP, at KKIP. Masalah air yang sedang dihadapi oleh pemain-pemain industri di KKIP amat meruncing sehingga mampu merencatkan operasi harian.

Ini sekaligus membawa publisiti negatif terhadap kawasan perindustrian ini dikala pihak kerajaan sedang giat mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelaburan di luar, di luar, dari luar. Situasi di KKIP ini juga telah terjadi di kawasan dalam negeri Sabah seperti di kawasan perindustrian yang lain dan kawasan pedalaman seperti Keningau, Sipitang dan sebagainya.

Penyelesaian holistic amat diperlukan untuk menangani keperluan air masa kini dan masa hadapan. Adalah wajar Kerajaan Negeri Sabah yang mempertimbangkan, mempertimbangkan segala opsyen yang ada untuk memperkayakan sumber air negeri bagi memacu aktiviti industri, komersial dan domestik sesuai aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Negeri Sabah amat bertuah kerana terdapat banyak kawasan tadahan hujan di tanah tinggi yang boleh dimanfaatkan untuk pembekalan air semula jadi yang berkualiti.

Sebagai contoh, potensi bekalan air dari Sungai Padas melebih 6,000 juta liter sehari mampu menampung keperluan 30 juta populasi, dilihat dapat menyelesaikan isu bekalan air negeri Sabah.

Datuk Speaker, isu bekalan, isu bekalan tenaga elektrik juga tidak kurang pentingnya bagi negeri Sabah. Ingin saya nyatakan di sini adalah amat penting bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah untuk mempelbagaikan variasi penjanaan elektrik seperti janakuasa hidro, solar dan sebagainya untuk menampung keperluan pengguna domestik, komersial dan industri.

Data setakat tahun 2020 menunjukkan 86% dari keseluruhan penjanaan elektrik negeri Sabah adalah berasaskan gas asli.

Manakala, negeri Sarawak dan

Semenanjung Malaysia masing-masing 11% dan 41%. Kebergantungan yang tinggi terhadap gas asli untuk tenaga adalah tidak baik setelah mengambil kira sumber gas asli yang semakin berkurangan dan mendedahkan negeri ini kepada risiko kekurangan bekalan elektrik.

Oleh itu, saya menyarankan agar sumber gas asli negeri diutamakan untuk industri bukan tenaga.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri di atas kejayaan dalam membawa masuk pelaburan luar yang signifikan ke negeri ini. Sebagai contoh, pelaburan SK Nexilis dan Kumpulan Kibing dari negara Korea dan China adalah bukti nyata Sabah sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif. Namun, suka saya ingatkan bahawa usaha ini memerlukan ketersediaan sumber utiliti air dan tenaga elektrik yang terjamin dan mapan.

Mengatasi isu kekurangan sumber utiliti air dan elektrik adalah langkah awal dalam memastikan ketersediaan pembekalan. Sistem pengagihan dan talian penghantaran juga haruslah berada pada tahap yang terbaik.

Masalah non-revenue water telah perlu ditangani melalui peningkatan integriti keseluruhan sistem pembekalan air. Sistem grid juga perlu ditingkatkan bagi memastikan pembekalan tenaga elektrik berada pada tahap yang memuaskan.

Datuk Speaker, Projek Southern Link dilihat mampu menangani masalah keselamatan bekalan elektrik timur barat di negeri Sabah.

Talian penghantaran baharu yang membentuk sistem transmisi tunggal di seluruh Sabah ini akan meningkatkan kestabilan dan kebolehpercayaan sistem grid sekaligus memperbaiki system average interruption duration index (SAIDI).

Pantai timur kini bergantung pada satu talian penghantaran utama Kolopis Segaliud sepanjang 246 kilometer dengan pemindahan kuasa yang terhad kepada 216 megawatt dari kawasan pantai barat Sabah.

Kegagal, kegagalan pada talian penghantaran ini akan mendedahkan pantai timur Sabah daripada gangguan bekalan elektrik yang menyekat pertumbuhan ekonomi.

Projek yang dianggarkan bernilai RM1 bilion ini akan membuka potensi janakuasa hidro di sepanjang jajarannya.

Oleh yang demikian, projek ini dapat menyumbang kepada kepelbagaian janakuasa generation mix di negeri Sabah dan mengurangkan

kebergantunang terhadap gas asli untuk, untuk tenaga.

Pembangunan bandar baharu dan pembekalan elektrik luar bandar di daerah Sipitang - Kalabakan serta penyediaan talian perhubungan transmisi antara Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara, Indonesia dapat dilaksanakan.

Oleh itu, adalah amat penting bagi kerajaan persekutuan untuk melaksanakan keseluruhan projek Southern Link dibawah RMKe-12.

Datuk Speaker, melalui kesediaan sumber ketersediaan sumber utiliti dan jaringan pembekalan yang mapan akan menjadikan negeri Sabah sebagai destinasi pelaburan berimpak tinggi yang kompetitif.

Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah dan Unit Tenaga Negeri Sabah yang baru dibentuk adalah digesa untuk memainkan peranan dalam memastikan isu-isu berkaitan utiliti dapat diselesaikan secara efektif. Kewajaran supaya Negeri Sabah diberikan peruntukan besar untuk membangunkan pelbagai infrastruktur, turut disuarakan secara berterusan tanpa jemu oleh para pemimpin kerajaan dan Ahli-ahli Parlimen dari negeri Sabah. Sama-samalah kita berdoa dan berharap supaya keinginan rakyat Sabah untuk dibekalkan dengan peruntukan lebih besar akan terlaksana juga ….

.... akan terlaksana juga akhirnya.

Datuk Speaker, saya ingin menzahirkan keyakinan terhadap keupayaan Kerajaan Negeri Sabah dalam melaksanakan projek berskala besar dalam bidang pelancongan dan perindustrian seperti yang diumumkan oleh pemimpin-pemimpin kita.

Saya yakin projek-projek berkenaan boleh menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk negeri, khasnya golongan belia.

Selain menyediakan peluang-peluang pekerjaan, usaha konkrit yang perlu dirancangkan dirancang bagi membekalkan kemahiran kepada tenaga kerja yang ada di negeri Sabah.

Pendedahan kepada latihan kemahiran adalah penting untuk membolehkan mereka lebih bersedia menghadapi apa juga cabaran pada masa akan datang. Saya ingin meneruskan ucapan perbahasan ini dengan beralih kepada masalah kelewatan pelaksanaan projek-projek pembangunan di kawasan tertentu. Walaupun

telah diluluskan oleh pemimpin tertinggi kerajaan negeri, terdapat projek yang gagal dilaksanakan dalam tempoh yang munasabah.

Perlu diingatkan bahawa sebarang kelewatan yang berlaku sudah tentu merencat hasrat serta perancangan kerajaan untuk memenuhi kehendak rakyat. Yang jelas menerima kerugian adalah rakyat itu sendiri.

Saya harap apabila kelulusan terhadap sesuatu projek telah dibuat maka pelaksanaannya sewajarnya dilaksanakan dengan secepat mungkin. Rakyat di luar sana sentiasa mengharapkan perkhidmatan terbaik daripada setiap individu yang telah diamanahkan dengan tugas masing-masing.

Dengan ini, saya juga ingin menggesa pihak pentadbiran daerah supaya memaklumkan tentang pelaksanaan sesuatu projek kerajaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri. Sebagai wakil rakyat, adalah wajar bagi mereka untuk mengetahui apa juga projek yang sedang dilaksana di kawasan masing-masing.

Saya juga ingin mengulangi beberapa isu yang pernah saya bangkitkan dalam Dewan Yang Mulia ini. Antaranya ialah keputusan mendesak seperti sistem tebatan tebingan sungai untuk mengurangkan risiko banjir, menurap jalan raya pinggir bandar, dan menyediakan infrastruktur luar bandar. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, beberapa hari lalu di daerah Keningau sekali lagi dilanda banjir akibat hujan lebat dan air sungai yang melimpah.

Sehubungan dengan itu, adalah yang diharapkan supaya kerajaan khasnya kerajaan persekutuan tidak membenarkan wujudnya perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar dari segi pemberian bantuan, dari segi pemberian bantuan serta langkah membaik pulih kemudahan infrastruktur yang rosak akibat banjir. Rakyat yang terjejas akibat banjir sewajarnya mendapat pembelaan yang saksama.

Satu lagi perkara yang saya ingin mendapat maklumat daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah tentang status Projek Baik Pulih Rumah Rakyat Termiskin. Program ini adalah usaha murni yang amat dinantikan oleh mereka yang sangat memerlukan.

Sebelum mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di negara kita Malaysia,

termasuklah juga di negeri Sabah.

Datuk Speaker, saya mohon menyokong.

Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Liawan. Sekarang saya jemput Ahli Yang Berhormat N64 Sulabayan. Tiada? Dia merajuk kah? Ok, saya jemput Yang Berhormat N69 Sri Tanjong.

12:14 tengah hari

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Salam sejahtera dan selamat pag, selamat petang kepada Datuk Speaker dan Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk menyertai ucapan perbahasan Dasar Kerajaan Negeri Sabah kali ini.

Saya ingin memulakan dengan menyentuh berkenaan isu yang amat ketara namun tidak diendahkan.

Isu yang mempunyai kesan rantaian yang berbahaya dan berlarutan sehingga hari ini sejak beberapa dekad lalu, iaitu isu setinggan.

Umum ke diketua diketahui bahawa isu rumah setinggan dan penempatan haram bukan sahaja berleluasa seperti cendawan tumbuh di kawasan mukim saya sahaja malah di seluruh pelusuk Sabah. Menurut berita yang dilaporkan oleh The Vibes pada 13 November 2021, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Persekutuan telah merekodkan sejumlah 23,778 unit rumah setinggan di Sabah. Di mana daerah Sandakan menda mendahului senarai dengan jumlah 6,516 unit diikuti Semporna, Lahad Datu, dan Tawau.

Apa yang saya khuatiri adalah angka yang diberikan oleh Kementerian Kerajaan di Persekutuan tersebut mungkin tidak mencerminkan keadaan yang sebenar di Sabah.

Di mana pihak berkuasa tempatan mungkin terlepas pandang memandangkan kadar kemasukan pendatang izin, pendatang asing tanpa izin ke tanah air kita secara haram dan berkemungkinan mencecah angka yang dilaporkan. Apabila didesak mengenai isu ini, jawapan standard yang biasanya diberikan oleh kementerian adalah mengenai pemindahan mereka ke Projek Rumah Rakyat ataupun PPR yang terdekat walaupun peruntukan PPR mungkin dilihat sebagai satu jalan penyelesaian.

Namun, selalunya penduduk di kawasan setinggan haram itu mungkin tidak dapat atau tidak diberikan kuota unit. Bukannya mereka tidak layak, layak namun ada ramai warganegara Malaysia yang memegang IC biru sama

seperti kita semua namun, mereka tidak mendapat layanan yang sama seperti yang lain.

Saya mula mempersoalkan proses tapisan kelayakan bagi pemerolehan penempatan di PPR, tentang bagaimana ia berfungsi? Saya ada diberitahu bahawa PPR di Batu 8 Apas, Tawau yang telah siap sejak bertahun-tahun dahulu masih banyak unit yang masih kosong. Kenapa unit ini tidak disewakan kepada golongan yang rakyat, yang layak ini dan dipindahkan dari kawasan setinggan? Bukankah itu sepatutnya menjadi tujuan utama Program Perumahan Rakyat diwujudkan? Kalau saya boleh memetik pengenalan PPR di laman web kementerian, Program Perumahan Rakyat adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula, penempatan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Pada pengetahuan saya, unit-unit ini sudah ada pemilik tetapi tidak di didiama didiami dan dibiarkan kosong.

Saya tertanya-tanya bagaimana mereka layak mendapat kuota penempatan tersebut pada awalnya? Bukankah ini sepatutnya untuk mereka yang berpen berpendapatan rendah? Adakah pemilik ini mempunyai tempat tinggal mereka sendiri?

Saya amat meragui skim perumahan semasa ada sama ada semua pemohon melalui proses yang adil dan tidak berat sebelah ataupun pilih kasih dalam memberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan?

Insiden kebakaran di Batu empas 4 Apas baru-baru ini adalah contoh yang secara langsung di mana rakyat Malaysia, kita sendiri menghadapi kesukaran untuk mendapatkan perlindungan yang sewajarnya.

Mereka terpaksa mencari saudara ataupun rakan mereka yang sudi untuk menumpangkan tempat untuk mereka tinggal. Skim perumahan awam adalah pendekatan yang penting dalam membentuk sebuah bandar yang menentukan sejauh mana kejayaan sesuatu negeri. Di Singapura, Bloomberg melaporkan bahawa lebih daripada 80% rakyatnya tinggal dalam flat kerajaan.

Kita perlu mengambil dan mengamalkan contoh yang terbaik daripada negara-negara maju yang lain dan mula mengambil langkah untuk melalu melakukan sesuatu untuk Sabah tercinta.

Tuan Speaker, sebenarnya saya ingin menyentuh tentang isu NCA tetapi memandangkan....

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

…tentang isu NCA tapi memandangkan isu NCA ini tidak dapat dibahas dalam sesi ini, maka saya akan memindah ke isu yang lain.

Cuma Tuan Speaker, saya ingin menarik perhatian tentang usul yang saya telah bentangkan dua minggu yang lalu berkenaan dengan ucapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri daripada Tambunan. Sebab apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri pada sesi yang lalu itu adalah bercanggah dengan fakta.

Maka saya telah membuat satu usul kepada Speaker tetapi masih belum ada respond lagi Datuk Speaker. Tapi tidak apa.

Speaker

Yang Berhormat, Yang Berhormat buat usul di luar sidang dan itu usul bukan usul untuk dibahas.

Usul untuk dibawa ke Jawatankuasa Hak Keistimewaan dan itu masih boleh dibincang dan dipertimbangkan dan diteliti selepas sidang DUN.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ok. Terima kasih Datuk Speaker atas update yang berkenaan dengan isu itu.

Datuk Speaker, saya ingin sambung balik dengan ucapan saya tentang isu Jalan Tiku. Ini adalah seumpama mimpi negri…

Speaker

Mimpi ngeri.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Negeri.

Speaker

Ngeri.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ngeri.

Ngeri.

Sorry, sorry.

I’m still learning my Malay.

Speaker

Never mind, I’ll teach you.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

Ya. Thank you. Thank you Speaker for giving me the opportunity to learn Malay.

Thank you.

Ya, terhadap pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan tanaman kelapa sawit di kawasan tersebut. Keadaan ini amat menyukarkan bagi kenderaan untuk lalu terutamanya ketika waktu hujan.

Saya difahamkan bahawa jalan tersebut digunakan oleh tanaman kelapa sawit, kilang, estet dan terdapat beberapa pusat pengumpulan kelapa sawit atau pun FFB di sekitar kawasan tersebut.

Harga sawit segar ke semasa kini sudah mencecah RM1,400 tan dan Kerajaan Sabah mengenakan cukai sebanyak 7.5% terhadap hasil tersebut.

Jika jalan itu dibiarkan begitu saja tanpa sebarang penyelenggaraan ataupun naik taraf, ini bermakna hak dan kebajikan pekebun-pekebun kecil tersebut termasuk pengguna jalan raya lain adalah diabaikan. Meskipun golongan pekebun-pekebun kecil termasuk syarikat juga ada ada syarikat besar seperti Teck Guan pun berada di dalam ini tetap membayar cukai namun tidak dapat menikmati kemudahan dan keperluan yang paling asas.

Datuk Speaker, saya ingin menyentuh tentang isu pelancongan. Isu ini mengenai pembukaan semula sempadan Sabah untuk kemasukan pengembara antarabangsa. Sehingga hari ini, sebenarnya saya masih belum melihat Kerajaan Negeri Sabah mengeluarkan SOP versi mereka sendiri. Ini perlu dilakukan dengan kadar segera kerana kita hanya tinggal 9 hari lagi menjelang 1 April.

Di sini saya ingin mengemukakan sedikit cadangan kepada pihak kerajaan dan berharap mereka akan mempertimbangkannya dengan serius.

Pertama sekali, saya menggesa agar kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan KKM, Kementerian Kesihatan Persekutuan untuk menyediakan dan set up pemeriksaan on arrival di setiap pelabuhan ketibaan di Sabah. Ini adalah untuk memberi alternatif kepada pengembara yang belum melakukan ujian pra berlepas tetapi mempunyai pilihan untuk melakukannya semasa ketibaan. Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana KLIA dan KLIA 2 melaku sudah melakukannya melalui kerjasama dengan Syarikat BP Health.

Kedua, membentuk satu pasukan petugas yang diketuai oleh menteri yang bertanggunjawab ke atas hal ehwal pelancongan untuk memantau rapi kemasukan pengembara antarabangsa ke Sabah.

Pasukan petugas itu perlu terdiri daripada jabatan ataupun kementerian yang berbeza seperti imigresen, kesihatan, hal ehwal

dalam negeri dan lembaga pelancongan.

Ini adalah penting kerana pembukaan semula sempadan dilihat sebagai satu jambutan, jemputan sorry, dan mengalu-alukan semula untuk melawat Sabah dan “Selamat Datang Ke Sabah” mesti dikendalikan dengan penuh berhemah dan komited.

Pasukan petugas akan berfungsi sebagai satu pasukan penghubung sekiranya sebarang isu timbul sama ada sebelum ataupun semasa ataupun selepas pejalan perjalanan pengembara tersebut.

Datuk Speaker, kalau diizinkan saya ingin sentuh tentang isu kawasan saya di Sri Tanjong.

Pertamanya, saya ingin menyentuh isu tentang Projek Rancangan Tebatan Banjir di Tawau.

Saya ingin bertanya menteri, apakah status projek sehingga kini dan adakah ia akan disiapkan mengikuti jadual yang ditetapkan? Saya difahamkan oleh JPS, Jabatan Pengairan dan Saliran Tawau bahawa progress rancangan tersebut kini tersangkut atas sebab kesusahan dalam pemerolehan tanah ataupun land acquisition yang agak mengambil masa. Oleh itu, saya berharap agar isu tersebut dapat diselesaikan secepat yang mungkin agar kerja-kerja di bawah ah RTB tersebut dapat diteruskan dan diselesaikan secepat yang mungkin. Isu kedua, yang ingin saya utarakan dalam Dewan Yang Mulia ini adalah berkenaan dengan masalah gangguan bekalan air.

Hampir setiap hari saya menerima panggilan tentang catuan air dalam kawasan saya.

Di sini saya ingin kongsikan terdapat juga seorang penduduk yang kerap kali memaklumkan saya tentang gangguan air dan situasi ini boleh berlaku beberapa kali dalam satu hari. Inilah fenomena yang sedang dihadapi oleh warga Tawau sekarang.

Soalan saya sama ada Kerajaan Sabah mempunyai pendekatan ataupun mekanisme dalam jangka pendek untuk memastikan bahawa bekalan air yang lebih stabil? Saya telah memaklumkan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya melalui surat bahawa terdapat beberapa masalah yang perlu diperbaiki dengan kadar segera.

Salah satu adalah berkaitan dengan Stesen Pam Sin On di mana kapasiti balancing tank yang tidak mencukupi.

Tambahan pula, ada adalah keperluan untuk menambahkan pam untuk menampung bekalan air susulan penambahan penduduk dan pembangunan. Sebelum Datuk Speaker, this is for you.

Sebelum mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Speaker dan Menteri Sains dan Teknologi kerana telah mem berjaya melajukan

internet dalam dewan ini. Kejayaan ini mesti dipuji dan diiktiraf (kedengaran bunyi ketukan meja) kerana telah membantu banyak khususnya Ahli-ahli Dewan Yang Mulia ini.

Speaker

Saya bagi dua minit lagi kalau mahu bercakap.

Tuan Justin Wong Yung BinWARISANSri Tanjong

(Ketawa) Syabas dan tahniah. Last saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak yang menjelang tidak lama lagi kepada semua umat Islam dan ya itu sahaja.

Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Sri Tanjong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.57 Kuamut.

Tiada?

Saya menjemput Yang Berhormat N.25 Kapayan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Datuk Speaker.

Speaker

Ya. Teruskan.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih atas peluang untuk membahas Dasar Kerajaan yang dibentangkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 16 Mac minggu lalu. Secara am, Dasar Kerajaan 2022 masih lagi merangka pembangunan melalui pendekatan sektoral yang terbukti tidak berkesan untuk mencapai matlamat pembangunan mapan ataupun sustainable development goals.

Pendekatan sektoral menghasilkan kerja dalam “silo” di mana kadang kala sektor tersebut bersaing untuk mendapatkan sumber kewangan dan sumber manusia yang terhad.

Speaker

Yang Berhormat, jam sekarang menunjukkan tepat jam 12:30.

Yang Berhormat boleh sambung semula jam 2 petang nanti.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Ok.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat. Mesyuarat ditangguhkan.

Sidang Berhenti Rehat [12:30 tengah hari - 02:00 petang] Sidang lewat dimulakan.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Good afternoon everyone.

Suka saya beri peringatan kenapa kita lambat ini kali, kali ini pula, pasal apa ketiadaan korum. Lain kali tolong datang dengan awal ya. YB N.25 Kapayan, oleh kerana N.25 Kapayan tadi tidak habis maka di sini saya bagi masa untuk menghabiskan ucapan beliau dalam masa 10 minit dan selepas itu giliran N.17 pula dari Darau dan seterusnya N.23 Petagas. Terima kasih.

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

Terima kasih Datuk Speaker, atas peluang membahas Dasar Kerajaan yang dibentangkan oleh TYT.

Saya sambung tadi, secara am, dasar kerajaan 2022 masih lagi merangka pembangunan melalui pendekatan sektoral yang terbukti tidak berkesan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mapan atau Sustainable Development Goals.

Pendekatan sektoral menghasilkan kerja dalam silo, dimana kadang kala sektor tersebut bersaing untuk mendapatkan sumber kewangan dan sumber manusia yang terhad. Secara am juga, selari dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mengukuhkan taraf sama kepada Sabah dengan Sarawak dan Malaya, saya sarankan agar semua pihak terutama kerajaan tidak lagi mengunakan istilah ‘Negeri’ bila merujuk kepada Sabah dalam semua dokumen rasmi atau tidak rasmi kecuali ianya sudah menjadi panggilan atau nama rasmi.

Datuk Speaker, mengenai rancangan untuk menubuhkan 400,000 ribu hektar ladang hutan menjelang 2..2.. 2035, persoalan saya ialah di manakah lokasi tanah untuk ladang hutan tersebut?. Kerisauan saya ialah jika ini melibatkan pindaan Enakmen Hutan bagi membolehkan hutan semula jadi dijadikan ladang hutan, adakah kemungkinan ini boleh menjadi satu strategi untuk membalak dan alasan menanam pokok di hutan simpan?.

Kita harus sedar bahawa perladangan bukanlah cara

pembangunan mampan seperti yang ditunjukkan dalam sektor kelapa sawit di mana kita bergantung kepada buruh asing tetapi rakyat Sabah pula kekal menganggur. Dasar Kerajaan hanya menyebut perkembangan awal kanak-kanak secara ringkas. Adakah terdapat dasar yang lebih menyeluruh daripada anak-anak kita contohnya adakah terdapat rancangan kerajaan untuk mewujudkan atau menerima pakai konsep bandar mesra kanak-kanak atau child friendly cities. Juga terdapat hanya perenggan kecil no.38 mengenai wanita dan ianya memberi tumpuan kepada ibu tunggal yang cenderung menstereotaip kategori wanita yang perlukan simpati. Pendekatan holistik mesti diguna pakai di mana semua dasar dan program pembangunan harus sensitif gender dan memastikan bahawa terdapat hasil yang sama untuk lelaki dan wanita.

Tumpuan sepatutnya adalah untuk memastikan jantina diarusperdanakan dalam keseluruhan jentera kerajaan yang merancang dan menyampaikan pembangunan.

Sudah tiba masanya untuk menggalakkan pendekatan yang lebih inklusif terhadap pembangunan wanita kerana selain ibu tunggal, terdapat ramai wanita lain dan keluarga mereka yang memerlukan sokongan untuk menjamin kualiti hidup yang baik. Persoalan lain saya, apakah dasar yang digunapakai untuk mempromosikan wanita dalam kepimpinan utama membuat keputusan?.

Adakah kerajaan bersetuju untuk menggunakan kuota 30%?.

Di kebanyakan masyarakat luar bandar, cenderung stereotaip dari segi peranan wanita dalam kepimpinan masyarakat contohnya JPKK, dimana jawatan seperti Setiausaha ataupun Biro Kebajikan diberikan kepada wanita. Pengukuran kepimpinan wanita perlu dilihat melalui bilangan wanita yang memegang jawatan seperti Pengerusi dalam JPKK ataupun bilangan wanita dilantik sebagai Ketua Adat.

Datuk Speaker, saya juga ingin bertanya tentang 10 kampung yang dipilih untuk menjadi perintis pembasmian miskin tegar seperti dinyatakan dalam perenggan 34. Apakah asas pemilihan kampung ini dan adakah terdapat data asas bagi kampung-kampung tersebut?.

Nampaknya pembasmian kemiskinan juga hanya dilihat dari perspektif luar bandar.

Adakah terdapat dasar atau program untuk menangani kemiskinan bandar?.

Walaupun saya memuji ketepatan Dasar Kerajaan 2022 dan penjajaran dasar tersebut kepada Rancangan Malaysia ke-12, satu lagi komponen penting yang tidak disentuh ialah dasar mengenai kesihatan mental terutamanya semasa fasa pemulihan ini memandangkan Sabah mempunyai isu kesihatan mental tertinggi di Malaysia. Apakah dasar dan peruntukan belanjawan untuk ini?. Datuk Speaker, tanah adat bagi orang asal merupakan asas ekonomi dan kelangsungan hidup.

Saya menyebut..menyambut baik pengeluaran geran tanah simpanan perkampungan kepada komuniti orang asal. Namun, pengeluaran geran tersebut mungkin hilang maknanya jika tanah hak asasi ataupun (native customary rights to land) tidak diperkukuhkan dengan pindaan undang-undang dan memperkenalkan dasar bagi melindungi hak tanah asasi, dan sebuah tribunal tanah untuk mengendalikan pertikaian hak tanah adat ditubuhkan.

Saya juga ingin bertanya, pendirian kerajaan berkenaan pegangan tanah hak asasi ataupun customary tenure dibawah seksyen 66 Ordinan Tanah Sabah yang menyatakan pegangan hak tanah tersebut mempunyai a permanent, heritable and transferable right of use and occupancy ataupun hak penggunaan dan penghunian yang kekal, boleh diwarisi dan boleh dipindah milik. Mengapakah ramai anak negeri yang berhak melalui customary tenure masih dicabar oleh jabatan kerajaan dan didakwa di mahkamah?.

Datuk Speaker, penyediaan pelan daerah dan pelan tempatan adalah penting tetapi proses konsultasi mesti merangkumi semua jabatan berkenaan dan pihak berkepentingan yang lain.

Jangan pula selepas draf pelan disediakan, kita perlu balik ke drawing board kerana ada jabatan yang tidak melengkapkan maklumat yang penting dalam pelan tersebut.

Dalam pada itu, saya ingin bertanya bilakah Pelan Tempatan Penampang akan digazet?.

Di kawasan Penampang dan khususnya di DUN Kapayan, tanah runtuh dan banjir luar biasa disebabkan perubahan iklim dan pembangunan pesat yang tidak teratur semakin kerap. Dalam Hala Tuju Pembangunan Guna Tanah Mapan & Sistematik, adakah strategi jangka masa panjang yang dirangka dan adakah kerajaan memperuntukkan dana emergency dan mencari strategi jangka masa pendek

termasuk kolam penahan yang boleh membantu menyerap air banjir yang berlebihan?.

Datuk Speaker, untuk memperbaiki pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan, undang-undang kecil amat penting.

Oleh itu, saya ingin bertanya mengapa kelulusan undang-undang kecil yang penting mengambil masa yang lama untuk diluluskan...

Puan Jannie LasimbangDAP · WARISAN-PLUSKapayan

... mengambil masa yang lama untuk diluluskan di peringkat Majlis Daerah Penampang?

Saya juga menyambut baik Pelan Pembangunan Sukan Sabah 2022 - 2030 yang antara lainnya, pentingkan penyediaan infrastruktur.

Namun banyak lagi pembangunan infrastruktur sukan di Penampang yang lama tertangguh khususnya pembinaan bumbung di kawasan gelanggang luar bola tampar, futsal dan bola keranjang di Kompleks Sukan Penampang. Bilakah ini akan di dibina? Berkenaan dengan mekanisma menangani aduan, pejabat ADUN saya menghadapi masalah di mana maklumat agensi yang bertanggungjawab sesebuah kemudahan seperti tiang elektrik, parit ataupun jalan raya tidak jelas. Dan apabila dihantar sesuatu aduan mereka diputar-belit lah, tidak direct, dan tidak ada mekanisme untuk memanjangkan, atau merujuk aduan kepada pihak yang berkenaan. Ini merumitkan dan melambatkan penyelesaian aduan tersebut. Oleh itu saya cadangkan agar satu saluran diwujudkan yang memanjangkan mana-mana aduan kepada badan yang bertanggungjawab di setiap PBT.

Saya juga cadangkan agar Majlis Daerah Penampang membolehkan penerimaan aduan atas talian.

Akhir sekali Datuk Speaker, saya mengambil peluang ini untuk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan Tadau Kaamatan kepada semua. Semoga Tuhan memberkati segala usaha baik dan murni kita dalam menjalankan tanggungjawab kepada rakyat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih Kapayan. Di sini saya panggil saya jemput N.17 Darau.

2:25 petang

Terima kasih yang di-Pertua. Tuan Speaker, Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Datuk Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terima kasih atas ruang dan peluang yang diberi kepada saya.

Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana telah merancang pelbagai inisiatif untuk membangunkan semula sektor pelancongan dan termasuklah perancangan untuk mengenalkan pelbagai produk baru pelancongan.

Alhamdulillah kita bersyukur kerana negeri Sabah yang kita cintai ini telah dianugerahkan pelbagai tarikan semula jadi yang secara langsung menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara. Sebagai anak jati Sabah, saya sungguh gembira apabila kerajaan mengumumkan pembukaan sempadan negara pada 1 April 2022.

Apa yang menjadi kerisauan adalah sama ada kita sudah cukup bersedia untuk menerima pelancong dari luar dari segi infrastruktur?

Seperti yang kita tahu, para pelancong yang datang ke negeri Sabah majarotinya akan masuk melalui pintu utama iaitu Bandaraya Kota Kinabalu.

Kebiasaannya, sebilangan daripada pelancong-pelancong ini tidak akan berhenti di Kota Kinabalu sahaja kerana terdapat banyak lagi tempat-tempat atau pusat-pusat pelancongan yang berada di luar Kota Kinabalu seperti di Ranau dan sebelah Pantai Timur Sabah.

Mereka ini ramai yang menggunakan jalan darat dengan menyewa kenderaan bagi menikmati keindahan muka bumi Sabah dalam perjalanan menuju ke destinasi mereka di pantai timur yang melalui Ranau dan Telupid.

Kita semua sedia maklum bahawa keadaan jalan raya di sana bukanlah dalam keadaan yang terbaik pada masa ini.

Saya risau, keadaan ini akan memberikan satu bad impression kepada mereka tentang keadaan jalan raya di seluruh negeri Sabah.

Kalau boleh saya mencadangkan agar jalan raya yang berkenaan dapat diperbaiki dengan kadar segera tanpa menunggu Lebuh Raya Pan Borneo siap dibina.

Begitu juga dengan bekalan air yang masih dalam keadaan yang tidak memuaskan pada masa ini bila mana resort-resort dan hotel-hotel kita gagal mengadakan bekalan air yang cukup kepada para pelancong. Ianya bukan sahaja akan mencemarkan nama baik negeri Sabah, ianya mungkin menjadi satu bahan

cerita di kalangan para pelancong dan akhirnya menjejaskan daya tarikan pelancongan di negeri Sabah.

Begitu juga dengan bekalan elektrik, kesan yang sama akan berlaku sekiranya kita tidak menangani masalah-masalah ini dengan bijaksana.

Datuk Speaker, saya tertarik dalam Ucapan Dasar Kerajaan yang menyentuh berkenaan sektor perikanan. Terdapat usaha atau inisiatif untuk memajukan sektor ini.

Saya ucapkan tahniah dan saya selaku Wakil Rakyat DUN Darau yang mana sebilangan penduduknya menjadikan nelayan sebagai sumber kehidupan.

Sehubungan itu, saya memohon perhatian daripada kerajaan negeri terutamanya dari Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri selaku Menteri Pembangunan Infrastruktur untuk memberi sedikit perhatian kepada keadaan projek tebatan banjir di Sungai Rampayan.

Apa yang telah terjadi, ada terdapat satu jambatan yang dibina merentasi sungai tersebut bagi tujuan membolehkan lori dan jentera berat yang terlibat dalam projek tersebut menyeberang sungai berkenaan. Masalah yang timbul adalah dengan adanya jambatan berkenaan, ianya telah menghalang perahu-perahu nelayan di Kampung Rampayan untuk keluar ke laut.

Ini menjejaskan pendapatan mereka sebagai nelayan.

Begitu juga keadaan yang dihadapi oleh nelayan-nelayan dari Kampung Bangka-Bangka dan sekitarnya yang seringkali menghadapi masalah untuk keluar ke laut kerana keadaan di muara Sungai Likas terlalu cetek untuk dilalui oleh perahu-perahu nelayan tersebut. Diharapkan pihak yang berwajib dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Datuk Speaker, bagi menarik pelabur-pelabur asing untuk datang melabur di negeri Sabah, saya ingin mencadangkan beberapa perkara.

Pertama, taman-taman perindustrian yang ada perlu memiliki daya tarikan yang lebih baik supaya dapat menawan hati pelabur-pelabur asing. Antaranya, perlu ada insentif-insentif menarik yang ditawarkan kepada pelabur-pelabur yang menunjukkan minat untuk melabur. Datuk Speaker, kita tidak akan dapat menarik pelabur asing sekiranya para pelabur melihat kos pelaburan di Sabah adalah terlalu mahal. Tarif elektrik yang tinggi akan menjadikan kos pelaburan terlalu mahal.

Selain tarif yang mahal, availability bekalan elektrik yang berterusan tanpa gangguan juga penting. Di zaman ini

kebanyakan kilang beroperasi 24 jam sehari.

Sekiranya selalu terjadi gangguan bekalan, ianya akan mengurangkan production dan pada masa-masa yang sama akan meninggikan kos.

Begitu juga halnya dengan bekalan air.

Sesetengah industri memerlukan bekalan air yang banyak dan berterusan. Pelabur akan lari sekiranya kita gagal mengadakan bekalan air yang cukup. Untuk itu saya mohon mencadang agar kerajaan, kerajaan negeri cuba selesaikan masalah berkaitan tarif dan availability bekalan elektrik dan bekalan air untuk menjadikan sebagai sebuah negeri yang menarik di mata para pelabur.

Datuk Speaker, di kesempatan ini saya ingin menyentuh sedikit isu atau masalah di kawasan saya.

Pertama, saya mohon perhatian daripada kerajaan negeri ke atas status Kampung Warisan yang mana walaupun kampung ini telah wujud sejak tahun 1996 maksudnya setelah 26 tahun kewujudannya, status tanah ini masih tergantung. Tanah kampung ini adalah milik LPPB ataupun Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar.

Pada masa ini terdapat 500 buah rumah di dalam kampung ini dan berada dalam keadaan cantik dan tersusun.

Malangnya, penduduk atau pemilik rumah-rumah di sana masih dalam dilema ekoran status tanah yang mereka diami masih tergantung. Anehnya, bekalan elektrik dan air telah diberikan secara teratur oleh Jabatan Air dan SESB. Selain itu, cukai pintu pun...

… cukai pintu pun turut dibayar kepada Pihak Kerajaan Tempatan.

Ini membuktikan bahawa tanah atau lot yang didiami telah diiktiraf sebagai bukan setinggan.

Saya memohon kepada kerajaan negeri agar melakukan sesuatu ke atas tanah dan lot-lot tanah di kampung ini. Mungkin satu cara adalah bagi pihak LPPB menyerahkan semula tanah ini kepada Kerajaan Negeri Sabah dan pada masa yang sama kerajaan negeri seterusnya menggazetkan kawasan ini sebagai kampung ataupun lebih baik lagi andainya dapat dikeluarkan geran-geran tanah kepada setiap pemilik lot.

Datuk Speaker, seterusnya saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon dan merayu kepada kerajaan negeri khususnya kepada Menteri Tugas-Tugas Khas, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin bin Mohd. Arif untuk memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi di Kampung Bahagia dan Kampung Selamat. Di mana sehingga hari ini, saya difahamkan ketua kampung belum lagi dilantik bagi kedua-dua kampung ini.

Keadaan ini amat menyulitkan terutamanya dalam usaha kita menyelesaikan masalah pemindahan penduduk yang terlibat dalam projek tebatan banjir atau pembesaran Sungai Darau. Sungai Rampaian, maaf. Sehingga hari ini masih terdapat penduduk yang masih terpaksa tinggal dalam sisa-sisa rumah yang sudah dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Perlu di ingat, mereka ini terdiri daripada penduduk yang memang berasal dari kampung yang terlibat. Saya juga ingin menyentuh berkenaan keadaan di Kampung Kembirian Dombung yang amat memerlukan pembelaan.

Keadaan perparitan di kawasan berkenaan perlu diperbaiki kerana jalan raya di sana sering diteleng ditenggelami air setiap kali hujan lebat. Begitu juga keadaan tanah perkuburan Kristian di kawasan berkenaan yang amat menyedihkan setiap kali hujan lebat kerana sering juga ditenggelami air gara-gara tiada sistem perparitan yang teratur.

Keadaan jambatan atau titian menuju ke kawasan perkuburan juga perlu mendapat perhatian kerana telah terlalu usang.

Di samping itu, penduduk di sini juga dahagakan sebuah balai raya bagi membolehkan mereka mengadakan aktiviti-aktiviti kampung atau perjumpaan penduduk-penduduk kampung. Saya mohon, saya mohon pihak kerajaan dapat mempertimbangkan permintaan mereka.

Datuk Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri yang telah berjaya melakarkan kejayaan signifikan dalam konteks kutipan hasil dalam negeri kerana merekodkan RM 44 bilion pada tahun 2021.

Malah ianya berlaku di kala sedang berhadapan cabaran pandemik Covid-19.

Saya percaya, saya yakin, ini merupakan kali pertama Sabah menembusi kutipan angka RM 5 bilion dan merupakan yang tertinggi untuk Sabah semenjak pembentukan Malaysia. Saya yakin angka ini akan lebih tinggi pada tahun ini berdasarkan harga minyak.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB, tolong gulungkan.

Saya yakin angka ini akan lebih tinggi pada tahun ini berdasarkan harga minyak semasa lantaran kesan perang Ukraine-Rusia. Saya yakin, saya juga yakin bahawa hasil kutipan signifikan tersebut adalah tindakan yang terbit dari penghayatan MA63 yang mendalam, bersama dengan pengalaman yang memahami proses bagaimana dasar kerajaan dibuat. Kita telah berjaya menggunakan kuasa yang ada pada kita untuk menghasilkan suatu punca hasil yang lestari kepada Kerajaan Sabah yang kita rasai hingga kini. Punca hasil lestari kepada Kerajaan Sabah yang kita nikmati ada kaitan dengan perkara-perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Sabah, iaitu berkaitan dengan tanah.

Tanah merupakan bidang kuasa dan hak mutlak Kerajaan Sabah yang diberi perlindungan istimewa dalam perlembagaan. Datuk Speaker, saya merujuk kepada satu jawapan bertulis daripada Ketua Menteri pada bulan Julai tahun 2014 kepada satu soalan yang telah diajukan dalam Dewan Yang Mulia ini beliau menjawab dan saya bacakan petikan berkenaan: “The acts will no longer be applicable to Sabah as they were extended to Sabah by virtue of Emergency Essential Powers Ordinance (No.10 of 1969).” The acts di sini merujuk kepada Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966. Isu yang saya bangkitkan, yang saya cuba saya bangkitkan di sini adalah berkenaan Akta Kemajuan Petroleum 1974 ataupun PDA74.

Sebuah akta persekutuan yang mendapat kuasa daripada dua akta tadi tetapi sudah tidak terpakai lagi di Sabah dengan penguatkasaan, dengan penguatkuasaan…

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Tolong gulungkan, YB.

…dengan penguatkuasaan Akta Kemajuan Petron ini akan menghadkan peluang-peluang hasil untuk Kerajaan Sabah di atas milik negeri kita. Jika kerajaan hari ini dapat mengambil satu langkah positif yang memanfaatkan Sabah, kita akan memecahkan rekod hasil tertinggi sekali selepas ini. Justeru itu, saya berpendapat bahawa Akta 750, 2012, Akta Laut Wilayah 2012 yang menjadi benang nipis yang memberikan sedikit harapan kepada PDA74 itu harus ditolak serta-merta dalam dewan ini pada hari ini.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa bulan Ramadhan kepada Datuk, kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan yang beragama Islam. Saya menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih. Di sini saya jemput N.23 Petagas. 2.39 petang

Terima kasih Datuk Speaker, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada beberapa perkara yang perlu saya sampaikan dalam persidangan pada kali ini dan saya tidak dapat lari daripada tidak mesti membawa masalah banjir yang juga telah saya suarakan dalam persidangan sebelum ini.

Kerana masalah banjir ini sudah macam berlaku terlalu kerap.

Asal hujan lebih daripada 2 jam, pasti beberapa buah kampung akan menghadapi masalah banjir. Sekarang ini sedang berjalan, berjalan tetapi tersekat-sekat pendalaman sungai di kawasan Putatan.

Projek ini perlu disiapkan dengan segera kerana saya percaya masalah banjir di beberapa buah kampung ini akan dapat diselesaikan dengan segera.

Saya ambil contoh seperti di Kampung Ketiau. Kampung Ketiau ini hujan 1 jam lebih saja. 1 jam, 1 jam lebih, jalan raya sudah dipenuhi oleh air banjir. Beberapa rumah, beberapa buah rumah kurang-kurang pun 40-50 buah rumah akan terjejas. Ini sebab itu, mungkin kalau lah projek pendalaman sungai ini agak lambat sedikit, ada baiknya sistem perparitan diperiksa, diperbaiki, dibersihkan supaya perjalanan air ini dapat dipastikan berjalan dengan lebih efisien.

Dan yang kedua, walaupun saya bukan wakil rakyat di Tanjong Aru tapi saya ketua bahagian parti di situ. Rakyat banyak kali berjumpa dengan saya supaya membawa isu ini ke dalam Dewan Undangan Negeri kerana kebanyakan tanah-tanah di Sembulan Tengah sudah luput dan sewaktu kita menjadi kerajaan dahulu, kita telah berbincang tentang perkara ini dan kita ada rancangan untuk membawa developer membangunkan bangunan…

...membangunkan bangunan yang tinggi supaya setiap penduduk yang tanahnya sudah luput sewanya, dapat diberikan sebuah apartment supaya penduduk-penduduk yang ada di situ sekurang-kurangnya masih lagi menduduki kawasan Sembulan itu sebagai kawasan yang telah diduduki oleh keluarga mereka, nenek moyang mereka sejak 100 tahun yang lalu ataupun 10 dekad yang lalu.

Jadi pada ketika itu, kita memang ada berbincang dengan penduduk-penduduk ataupun pemilik-pemilik tanah yang telah luput dan mereka bersetuju dengan apa kita rancang.

So itulah maknanya di sini kerajaan yang ada pada hari ini, perlu melihat perkara ini dan kalau boleh by engaging the landlords sekali pun tanah mereka telah tamat tempoh tetapi mereka sudah lama tinggal di kawasan itu dan memerlukan perhatian yang cepat daripada kerajaan.

Kerana kawasan ini adalah kawasan yang benar-benar berada di kawasan Kota Kinabalu ,kawasan bandaraya. Dan oleh kerana tanah-tanah ini telah tamat tempoh, dengan sendirinya penjagaan dan pengawasan pembuangan sampah atau pun sisa pepejal tidak terkawal. Jadi kita sayalah selaku wakil rakyat memohon agar kerajaan sama ada melalui jabatan atau pun Yang Amat Berhormat Ketua Menteri atau menteri-menteri yang yang memang telah diberi tanggungjawab untuk perkara-perkara ataupun pembangunan-pembangunan seperti ini untuk mempercepatkan proses. Apa cara sekali pun yang penting we engage the people yang terlibat.

Kita tidak boleh melakukan pembangunan di situ dengan melupakan sejarah yang sudah lama keluarga mereka dan mereka yang ada pada hari ini tinggal di situ sehingga ke hari ni. Dan seperkara lagi ialah rumah pangsa, kelmarin Yang Berhormat Tanjong Aru, Datuk Junz Wong ada membawa perkara ini.

Saya juga kena bawa kerana saya juga dikunjungi oleh mereka dan saya difahamkan setelah saya buat sedikit siasatanlah, bahawa terdapat sebidang tanah di situ yang keluasannya juga membolehkan supaya dapat dibina satu bangunan dan kemudian apabila bangunan ini siap, dapatlah orang-orang yang sekarang ini menjadi penyewa di rumah pangsa di Tanjong Aru. Walaupun menyewa tetapi kebanyakkannya sudah ditinggal tinggal di situ 2 30 tahun.

Jadi itu sudah juga seolah-olah telah menjadi kampung dan tempat mereka tinggal sekian lama.

Jadi pada saya, kalau pun ada ada rancangan kerajaan untuk membuat bangunan yang lebih moden, lebih berharga, lebih mahal, tetapi sekurang-kurangnya mereka yang ada tinggal di situ diberi tempat di kawasan yang sekarang ini kosong agar mereka dapat terus tinggal di situ kerana segala urusan kehidupan mereka memang sudah di situ.

Jadi saya memohonlah agar perhatian diambil oleh kerajaan agar masalah penduduk-penduduk rumah pangsa ini diambil berat dan difikirkan. Apakah alternatif yang terbaik.

Tapi pada saya, di situ memang ada kawasan lagi.

Kita buatlah untuk mereka dan kawasan yang sekarang ni yang dikatakan tidak selamat untuk diduduki boleh diroboh dan buat bangunan yang mungkin lebih baik, lebih mahal.

Jadi dalam keadaan seperti ini kita perlu juga kadang-kadang tidak boleh terlalu memikirkan keuntungan tetapi lebih fikirkan masalah yang dihadapi oleh penghuni di kawasan rumah pangsa.

Dua hari yang lalu saya ke Pulau Gaya, ini juga ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Datuk Junz Wong dan bila saya berkunjung di situ, melawat orang kahwin, saya nampak meter-meter paip semua sudah siap dan benda ini sudah siap lama sewaktu Warisan menjadi kerajaan lagi. Kerana ini adalah kerja-kerja yang kita buat ada waktu itu tetapi tidak digunakan. Air tidak disalurkan jadi maknanya masalah air di situ masih lagi sebagaimana sebelum ini. Mereka perlu membeli air dengan harga yang mahal.

Jadi ini juga saya fikir memerlukan perhatian walaupun ada alasan yang diberikan menyatakan air itu tidak cukup yang disalurkan daripada daripada KK.

Tapi saya fikir tidak akan kerajaan sebelum ini membuat keputusan untuk menyambung paip untuk penduduk-penduduk di situ kalau air itu memang tidak mencukupi. Apa pun keadaan ini perlu dilihat secara dekat agar penduduk-penduduk di Pulau Gaya dapat duduk di situ dan mendapat kemudahan asas yang sangat penting ini.

Dan seperkara lagi, ialah tentang Perjanjian Malaysia Negeri 1963 yang baru-baru ini dimana kerajaan pusat melalui parlimen telah meluluskan untuk dikembalikan kepada Sabah. Jadi dalam hal ini, ini bukan soal Perjanjian 1963 dan mewujudkan Sabah ini sebagai satu wilayah seperti sebelumnya. It…It comes along with all the facilities, the agreement yang ditandatangani pada tahun 1963 itu, mesti dikembalikan. Pada tahun 1963 sehinggalah pada tahun 1970-an Dewan Undangan Negeri kita dewan, Dewan Parlimen kita, kerusi parlimen kita telah kurang. Kalau dulu kita ada 1/3.

Jadi sekarang ini kita hanya tinggal lebih kurang 25%.

Ini juga

perlu dibawa dibincang dengan kerajaan pusat agar dikembalikan dengan menambah kerusi-kerusi yang baru di Sabah supaya kita dapat mencapai angka 1/3. Kerana kalau kita tidak ada kerusi 1/3 di Dewan Rakyat, kita akan menjadi perwakilan-perwakilan yang sangat lemah kerana mereka sudah menguasai lebih daripada 2/3 pada hari ini. Jadi ini juga perlu diambil tindakan dan mudah-mudahan kita sama-sama lah berbincang, sama-sama lah kita berusaha agar kedudukan kerusi kerusi parlimen di Sabah dan di Sarawak dapat ditambah untuk menjadikannya 2, 1/3 di negeri Sabah dan Sarawak.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

YB tolong gulungkan.

Jarang cakap ni Datuk Speaker.

Jadi inilah saya kata perkara-perkara yang perlu kita sama-sama bertindak, sama-sama kita berbincang, sama-sama kita membuat keputusan kerana ini adalah masa depan negeri kita dan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita. Jadi banyak lagi perkara-perkara yang lain yang perlu kita, perlu bincang secara terbuka.

Mana tahu mungkin mungkin ada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti yang bukan kerajaan dapat memberi idea-idea yang boleh diguna pakai di dalam hal untuk mendapatkan semula Perjanjian 1963 ini seperti sebelum digubal.

Tidak akan lah bererti bila sudah digubal dan kemudian dikembalikan Perjanjian 1963 ini tapi hak-hak kita tidak sama seperti sebelum ini. Jadi ini adalah menjadi tanggungjawab kita bersama.

Mudah-mudahan juga kerajaan yang ada pada hari ni, mengambil langkah-langkah yang perlu. Jangan serahkan bulat-bulat kepada eksekutif sahaja tetapi dewan ini, Dewan Yang Mulia ini adakalanya boleh perlu dibawa bersama-sama untuk membuat keputusan agar keputusan yang kita buat itu adalah keputusan yang kolektif. Satu keputusan yang dipersetujui bersama di antara kerajaan dengan parti-parti pembangkang, di antara wakil-wakil rakyat yang ada di Dewan yang mulia ini.

Jadi saya sangat-sangat mengambil berat tentang hal-hal ini kerana perjuangan saya di dalam politik selama ini memang berlandaskan kepada keyakinan bahawa Sabah ini adalah sebuah wilayah, sebuah negara yang…

… sebuah wilayah, sebuah negara yang harus mendapatkan haknya sepertimana kita sewaktu sebelum kita sama-sama bersetuju menubuhkan Persekutuan Malaysia.

Jadi itu sahaja yang dapat saya sampaikan dan saya ucapkan kepada saudara-saudara selamat berpuasa dan selamat apa lagi, selamat pesta menuai, semoga kita sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat. Thank you.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Ginibun)

Terima kasih. Di sini giliran N.27 Limbahau.

Datuk Juli bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Terima kasih Datuk Speaker.

Selamat sejahtera dan selamat petang. Datuk Speaker, terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Speaker dan semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi Perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertuan Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin semasa membuka penggal ketiga DUN yang ke-16.

Pertama sekali, saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas Ucapan Dasar Kerajaan oleh Tuan Yang Terutama yang pada hemat saya cukup bernas, menyeluruh dengan merangkumi semua sektor industri penting di negeri Sabah ini dan optimis ke arah pemulihan dan pertumbuhan ekonomi kita selepas dilanda pandemik COVID-19.

Saya menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan YAB Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Bin Haji Mohd Noor yang memfokuskan semula kebangkitan sektor pelancongan kita daripada pandemik COVID-19 dengan berpandukan Pelan Pemulihan Sabah adalah juga sangat baik dan tepat pada masanya.

Apatah lagi sektor ini merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Sabah sejak sekian lama dan kita juga bakal membuka semula sempadan antarabangsa bermula 1 April depan.

Datuk Speaker, ke arah menyokong usaha untuk memulihkan semula industri pelancongan kita, saya ingin mencadangkan beberapa kawasan di dalam DUN saya iaitu DUN Limbahau yang

mempunyai potensi besar untuk dijadikan produk pelancongan baharu untuk Negeri Di Bawah Bayu ini.

Antara kawasan yang berpotensi besar adalah Kampung Kaiduan, Kampung Bolotikon dan Kampung Mandalipau yang memiliki keindahan alam semula jadi dan merupakan lokasi perkelahan cukup terkenal dalam kalangan penduduk setempat. Berdasarkan ini, kawasan-kawasan yang disebutkan ini mempunyai potensi besar untuk dipromosikan sebagai satu lagi tarikan baharu dalam pakej pelancongan luar bandar atau pelancongan berasaskan komuniti.

Justeru itu, saya ingin menyeru Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri untuk melonggarkan syarat-syarat untuk memperolehi lesen pelancongan.

Mungkin bukan sahaja di kawasan Limbahau tapi di kawasan-kawasan lain juga di seluruh Sabah juga ingin melihat ataupun mereka-mereka ingin mengusahakan ingin mendapatkan lesen pelancongan memandangkan dua kampung daripada tiga yang saya sebutkan di atas berada di zon pertanian. Jika ini dapat direalisasikan lebih banyak limpahan ekonomi boleh dinikmati oleh penduduk setempat dan amnya rakyat Sabah.

Datuk Speaker, izinkan saya pula menyentuh mengenai pembangunan di kawasan Limbahau ini, iaitu salah sebuah DUN baru yang diwujudkan pada tahun 2020. Sebagai DUN yang baru, Limbahau amat memerlukan perhatian secukupnya dalam pelbagai aspek, salah satunya ialah pembangunan infrastuktur dan prasarana. Saya ingin mencadangkan pembinaan lot-lot kedai komersial yang juga boleh berfungsi sebagai tempat rehat dan rawat di Limbahau.

Tentu sahaja cadangan ini tidak dibuat secara semborono mahu pun ad-hoc kerana tapak bersesuaian dan strategik sudah pun dikenal pasti untuk pembinaan lot kedai ini iaitu Kampung Marahang Gana, Papar seluas 30 ekar.

Terletak di sepanjang Jalan Papar Lama, ada beberapa dan berada di bawah pusat daerah mengundi Gana dengan kira-kira 3,000 penduduk.

Tapak ini berada di kedudukan strategik menjadi tempat persinggahan khususnya mereka dalam perjalanan daripada Beaufort, dari Sipitang, daripada Menumbok, daripada Keningau, daripada Tawau termasuklah Sarawak dan Brunei.

Ketika ini, di sepanjang jalan ini terdapat gerai-gerai kecil yang diperbuat daripada kayu di mana

penduduk setempat menjual hasil tanaman mereka seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Sekiranya pembinaan infrastuktur ini dapat direalisasikan, penjual-penjual kecil-kecilan ini boleh ditempatkan di lot kedai ini supaya lebih teratur. Mereka boleh berniaga di tempat yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan asas dan ia juga situasi menang-menang buat pengunjung dan mahu pun pembeli. Selain itu, penduduk setempat tidak perlu lagi pergi jauh pekan jauh ke Pekan Papar untuk mendapatkan barang-barang keperluan.

Bagi merealisasikan ini, saya cadangkan supaya dapat dipertimbangkan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) ataupun SEDCO dan boleh meninjau lah kawasan yang dicadangkan itu untuk menilai kebolehlaksanaannya.

Datuk Speaker, sekali lagi saya merayu di Dewan Yang Mulia ini agar cadangan untuk pembinaan sekolah menengah di Limbahau diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan dan kementerian persekutuan. Limbahau ketika ini hanya mempunyai sebuah sekolah menengah dan kedudukan geografinya jauh daripada bandar, sekolah menengah bersama juga diperlukan.

Jika diperincikan, pelajar-pelajar daripada kawasan Limbahau iaitu kawasan yang jauh daripada bandar iaitu daripada Mandalipau, daripada banyak lagi sekolah-sekolah yang jauh, daripada bandar ini buat masa ini terpaksa ke sekolah St. Mary yang hanya kapasitinya kira-kira 500 pelajar dan tidak mempunyai asrama dan tidak boleh menampung pelajar-pelajar yang bersekolah dan terpaksa mempunyai dua sesi sedangkan sekolah yang ada sekarang ini semuanya satu sesi pagi seja tetapi di St. Mary dia ada mempunyai dua sesi.

Pada hikmatnya Datuk Speaker, sidang ini merupakan kali ketiga saya mengemukakan keperluan mendesak daripada rakyat Limbahau ini untuk pembinaan sekolah menengah ini.

Dalam dua sidang DUN terdahulu, saya menyatakan bahawa lokasi untuk sekolah menengah ini sudah pun dikenal pasti iaitu di Kampung Gana seluas 30 ekar.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Datuk Speaker, saya telah pun berhubung dengan Jabatan Pelajaran Sabah mengenai perkara ini dan difahamkan jabatan ini kekal dengan keputusannya untuk tidak untuk sekolah yang dicadangkan dibina di tapak yang sudah ditetapkan.

Bagaimanapun peruntukan daripada kerajaan

persekutuan tidak dapat disalurkan selagi tapak ini masih menjadi hak milik kerajaan negeri.

Oleh itu, pemindahan hak milik tanah ini kepada persekutuan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk peruntukan dan dapat disalurkan. Dalam hubungan ini, saya mencadangkan agar pembinaan sekolah ini dapat direalisasikan menggunakan pendekatan kerajaan dengan kerajaan iaitu (G2G) antara kerajaan negeri dan kerajaan perseketuan.

Kalau boleh Datuk Speaker, saya mahu sekolah ini dapat dibina dengan di tanah ini dikekalkan hak milik dengan Kerajaan Sabah tanpa tidak diserahkan kepada kerajaan persekutuan. Bukan apa Datuk Speaker, suatu ketika dahulu apabila saya berada di dalam pernah bersama-sama di dalam LUC Meeting dan ada beberapa daripada jabatan persekutuan ini minta supaya tanah mereka diluluskan dan kalau tidak diluluskan peruntukan tidak akan diturunkan tetapi apabila sudah diserahkan tanah ini kepada jabatan persekutuan ini tiba-tiba tidak ada peruntukan. Bila kita mahu minta balik tanah itu dikembalikan mereka tidak mahu dikembalikan, minta pampasan kepada kerajaan negeri.

Ini tidak adil.

Jadi kita mahu apa yang saya telah nyatakan di sini kalau boleh dan lantaran itu saya tidak mahu ada pisang berbuah dua kali. Bukan apa Datuk Speaker, saya cuma utamakan kepentingan kerajaan negeri dan negeri Sabah dan juga dengan izin iaitu land bank kita. Saya tidak mahu melihat tanah-tanah…

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

…melihat tanah-tanah negeri diberi kepada Kerajaan Persekutuan begitu sewenang-wenangnya.

Jadi masa depan dan pendidikan anak-anak Limbahau Datuk Speaker, besarlah harapan saya agar rayuan saya ini untuk pembinaan sekolah ini dijadikan kenyataan tanpa perlu merugikan kerajaan negeri.

Kalau boleh, Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Pelajaran turunkanlah dulu peruntukan dan pastikan bangunan sekolah ini sudah berdiri dan bolehlah digunakan, barulah pemindahan hak milik tanah ini dilakukan atau digazetkan tanah itu kepada sekolah tersebut.

Datuk Speaker, mengenai pembangunan belia, saya percaya belia-belia di Limbahau ataupun di kawasan Papar amnya, kehausan untuk prasarana sukan lebih baik sebagai tempat beriadah dan bersukan. Apa yang saya perhatikan, Papar tiada

mini kompleks. Kalau kita lihat dari Kota Kinabalu, Putatan, Penampang semua ada mini kompleks tapi lepas itu Papar di limpas saja begitu saja macam anak tiri bah. Tiada sport complex, selepas daripada penampang, Putatan ada, Papar di kasih limpas terus pergi Beaufort. Beaufort pergi Sipitang, Sipitang pergi Tenom, pusing pergi Keningau dah tapi Papar dibiarkan begitu saja macam anak tirilah orang bilang. Tiada sport complex, sedangkan anak-anak muda yang di Papar ini ramai yang orang bilang gila main bola, gila sukan itulah mungkin sebab kelmarin tular ada yang Papar ini main bola pun kena 17-1 oleh Putatan jadi sedihlah. Mungkin ini satu proteslah tiada padang, tiada tempat berlatih, jadi saya harap dalam dewan ini Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkanlah supaya satu kompleks sukan dapat dibina di kawasan Papar.

Datuk Speaker, baru-baru ini, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffery Kitingan berkata Sabah sedang mengkaji cara untuk meningkatkan pengeluaran makanan Negeri kepada 60 peratus daripada keperluan Negeri menjelang 2030.

Sebab itu, saya mencadangkan agar Papar dijadikan daerah pengeluar utama dan penanaman padi termasuk benih padi. Untuk pengetahuan semua bahawa pengeluaran benih padi di seluruh Pantai Barat atau mungkin di Papar sendiri, Papar telah mengeluarkan bertan-tan benih padi ini dengan pendapatan berjuta-juta ringgit. Papar mempunyai potensi besar untuk dijadikan salah satu jelapang padi di Sabah kerana terdapat beribu-ribu ekar sawah padi.

Bagaimanapun, saya sedih kerana di Papar juga terdapat beribu ekar padi terbiar kerana pesawah kekurangan jentera pembajak dan jentuai. Hakikatnya, tiada jalan ladang untuk pesawah di daerah ini membawa hasil tuaian. Kadang-kadang mereka terpaksa tarik sendiri menggunakan jentera sendiri untuk mengangkut karung-karung berisi padi di tepi jalan. Justeru itu, saya meminta Kerajaan Negeri melalui Agensi-agensi Kerajaan untuk menangani isu-isu yang dihadapi penanam padi di daerah Papar. Terutama sekali daripada segi kekangan infrastruktur.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Gimbun)

Buat pengggulungganlah YB.

Datuk Juil bin NuatimBEBAS · GRSLimbahau

Saya percaya jika kemudahan saya sebutkan di atas, sawah-sawah padi ini boleh diusahakan.

Sehubungan dengan itu, saya

mencadangkan satu usahasama ataupun kerjasama antara koperasi pesawah padi di Papar dan agensi kerajaan saya maksudkan di sini iaitu SLDB, Lembaga Kemajuan Tanah Negeri..Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) untuk bekerjasama untuk memastikan pesawah padi di daerah ini dapat meningkatkan pengeluaran padi dan pendapatan mereka.

Dan dengan adanya kerjasama ini diharapkan kekangan infrastruktur seperti mesin membajak, menuai yang dihadapi pesawah di Papar sejak sekian lama dapat diatasi. Pada masa yang sama, SLDB boleh memperolehi pendapatan dengan membantu, mengilang dan memasarkan hasil padi pesawah-pesawah di Papar. Selain itu, negeri juga dapat meningkatkan pengeluaran makanan.

Papar memerlukan sokongan dan bantuan daripada kementerian dan agensi negeri berkaitan untuk pembelian baja dan penyediaan infrastruktur lebih baik agar mereka meningkatkan pengeluaran hasil padi sekaligus memenuhi aspirasi sekuriti makanan ditetapkan negeri Sabah. Datuk Speaker, akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan kerana diberi peluang bagi menyuarakan keluhan rakyat ataupun keluahan resah rakyat Limbahau dan cadangan pembangunan untuk DUN Limbahau yang mulia ini. Dan saya juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada saudara, YB-YB iaitu kaum muslimin dan muslimat dan Selamat Hari Raya yang akan datang dan begitu juga kepada mereka yang menyambut Pesta Kaamatan saya ingin mengucapkan Selamat Pesta Kaamatan dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk George Anthony Gimbun)

Terima kasih Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Kunak. Silakan. 3:09 petang

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Bismillahirrahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali, terima kasih atas kesempatan yang diberikan untuk saya membahaskan Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada hari Rabu yang lepas.

Malaysia akan memasuki fasa peralihan endemik Covid-19 bermula 1 April 2022.

Turut diumumkan bahawa fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara ke fasa endemik sepenuhnya yang tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Saya sangat berharap, agar

pengumuman ini bukan hanya retorik Pilihan Raya umum yang bakal diumumkan dan tiada pusingan U seperti yang sering berlaku sebelum ini. Cukup-cukuplah dengan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat sepanjang tempoh pandemik terutama semasa pelaksanaan darurat sebelum ini.

Datuk Speaker, dalam ucapan dasar disebutkan tentang usaha memperkasa rantaian nilai khususnya sub sector aquaculture terutama program-program perikanan.

Daerah Kunak merupakan antara pembekal ikan bilis utama di negeri Sabah.

Berdasarkan data yang saya miliki, pada masa ini tidak kurang 28 usahawan ikan bilis kering dan basah yang aktif di Kunak.

Justeru, saya mohon penjelasan tentang inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah atau mana-mana agensi kerajaan berkaitan dalam memberi latihan untuk memperbaiki kualiti dan meningkatkan produktiviti mereka yang terlibat dalam industri ini. Begitu juga, adakah terdapat kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti bantuan pemasaran dan kemudahan fasiliti seperti ruang penyimpanan sejuk beku iaitu cold room dan sebagainya.

Tidak kurang pentingnya juga adalah galakkan dan bimbingan kepada usahawan ini untuk terlibat dalam industri hiliran sehingga mereka mampu menukar hasil mentah ini kepada produk siap guna agar hasil mereka mendapat nilai tambah sekaligus, mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah.

Datuk Speaker, Kunak menyambut baik inisiatif kerajaan membangunkan industri kecil dan sederhana kerana beberapa usahawan Kunak turut mendapat manfaat. Antara pengusaha dengan produk IKS yang semakin mendapat sambutan di Kunak adalah Kecapi Enterprise, Kemacha Tini’s Lekor, Padaidi Enterprise, Produk Desa Enterprise dan banyak lagi. Begitu juga pengusaha mee kering yang seperti jenama “Kunak Mee”, “Ina Mee” dan sebagainya berjaya mengeluarkan mee kering yang mempunyai mutu dan piawai yang tinggi.

Usaha terbaru kerajaan mempromosi melalui Kempen “Belilah Barangan Buatan Sabah” sangat menarik. Justeru, ingin saya mencadangkan agar ada satu mekanisme meletakkan dalam bentuk trademark di setiap produk agar mudah untuk kita kenalpasti bahawa produk itu adalah barangan buatan Sabah. Begitu juga website yang memudahkan kita kenalpasti apa jenis barangan dan jenama yang dibuat oleh rakyat Sabah.

Datuk Speaker, pemain industri pelancongan sudah tidak sabar lagi untuk diaktifkan semula. Mereka adalah antara pengusaha yang paling terkesan semasa pandemik. Malah, jumlah yang terpaksa menghentikan operasi dan gulung tikar juga bukan sedikit.

Usaha Kerajaan yang melaksanakan Program Rekreasi Hutan dan Eko Pelancongan yang boleh dimajukan di kawasan hutan simpan Sabah sangat mengujakan. Produk ekologi hutan ini boleh dimanfaatkan bagi membantu ekonomi rakyat yang semakin tenat.

Kunak memiliki beberapa buah pulau yang sangat indah… Puan Norazlinah binti Arif [Kunak]:... beberapa buah pulau yang sangat indah dan berpotensi seperti Pulau Bohayan, Pulau Maganting, Pulau Tanah. Namun sangat sukar untuk dikomersialkan kerana terikat dengan Peraturan Hutan Simpan. Saya mewakili rakyat Kunak merayu agar Kunak juga dilibatkan dalam usaha kerajaan untuk mempromosikan pulau-pulau Kunak sebagai pilihan baru atau alternatif baru pelancongan. Sama seperti yang diperolehi oleh pulau-pulau yang sudah memang sinonim dengan Sabah seperti Pulau Sipadan dan Pulau Mabul di Semporna. Datuk Speaker, selanjutnya ingin saya menyentuh tentang kelewatan pihak kerajaan untuk melantik pemimpin peringkat akar umbi di Kunak.

Sehingga kini, saya difahamkan bahawa masih terdapat beberapa buah kampung yang masih belum mendapat lantikan Ketua Kampung seperti Kg. Simpang Empat, Kg. Cenderawasih, Kg. Skim Cocos, Kg. Airport Batu 10.

Tanpa diketahui sebab-sebabnya dengan jelas. Ini kerana sebelum PRN Sabah yang lalu, kesemua kampung ini mempunyai Ketua Kampung yang sah dan dilantik oleh kerajaan ketika itu. Saya bersimpati dengan nasib penduduk yang terlibat kerana terpaksa melalui banyak kesukaran untuk mendapat pengesahan bagi tujuan pendidikan anak-anak, perkahwinan, permohonan lesen dan sebagainya.

Justeru, saya merayu bagi pihak penduduk kampung agar memperolehi lantikan Ketua Kampung dengan segera untuk kemudahan penduduk keluarga Kunak, keluarga Malaysia.

Cuma dalam masa yang sama saya juga mohon agar jangan pula berlaku lantikan Ketua Kampung dilantik dari kalangan penduduk kampung lain seperti yang telah terjadi dalam pemerintahan Kerajaan sebelum PRU-14. Kerana

jika itu diulangi, ia sama seperti kita melantik seorang Ketua Menteri Sabah yang berasal daripada Malaya. Cukuplah sekadar kita di remote control dari Malaya. Datuk Speaker, kadar kemiskinan kita dijangka tidak akan mengalami penguncupan ketara pada tahun ini.

Sekaligus, keberangkalian untuk Sabah masih mendahului senarai negeri termiskin di Malaysia dengan kadar sekitar 19.57% berbanding 5.6% Kadar Kemiskinan Nasional pada tahun 2019 ketika dunia belum dilanda pandemik COVID-19. Justeru, Program Pembasmian Kemiskinan terutama di luar bandar perlu dipertingkatkan dengan kaedah dan pendekatan sedia ada tapi perlu dikaji semula keberkesanannya.

Sebagai rujukan, suka saya mengambil pelaksanaan Program Mesej Sejahtera Sapang sebagai sampel. Berdasarkan maklumat yang saya terima dari peserta di Kunak, pendapatan mereka agak statik setiap bulan. Persoalan saya adalah, adakah pendapatan peserta tidak bersandarkan kepada harga semasa pasaran kelapa sawit dunia yang sedang mencanak naik ketika ini? Mengapa tidak dicari satu mekanisma agar agihan pendapatan ini lebih bersifat menang-menang, agar peserta mesej juga dapat menikmati pendapatan yang lebih apabila sawit yang mereka usahakan mendapat harga pasaran yang tinggi?

Selain daripada itu, saya mohon agar pihak pengurusan mesej iaitu SLDB bersikap lebih telus dan terbuka agar pencapaian program boleh dirujuk oleh peserta terutama tentang hasil dan pendapatan yang mereka perolehi.

Saya mohon agar Mesej Sapang Kunak dapat dikongsikan kepada saya data-datanya selaku wakil rakyat yang bertanggungjawab menjaga hak dan kesejahteraan rakyat Kunak. Datuk Speaker, kita sudah berada di tahun 2022.

Seingat saya ketika Wawasan 2020 dilancarkan, kita membayangkan kereta terbang.

Namun malangnya, hari ini kita masih bercakap soal kemudahan asas. Kita masih bercakap tentang air, jalan dan elektrik. Ketika Semenanjung Malaya bercerita tentang jalan bertingkat-tingkat, kami di Kunak masih merayu untuk jalan berturap di kampung-kampung. Tolong naik taraf jalan gravel di Ting Kayu yang menjadi laluan untuk pekerja beberapa buah ladang untuk ke Pekan Kunak. Serta jalan rosak dan mendap berhampiran Air Terjun Madai yang telah meragut banyak nyawa.

Saya sebenarnya sangat takut menyebut atau meminta Menteri Kerja Raya untuk mengambil tindakan.

Seringkali membaca jawapan beliau yang di jawabnya di Facebook, dia kata ‘ayam mati’ dan ‘ayam Telupid’. Silap-silap hari ini, saya kena panggil ‘ayam Kunak’ ini.

Namun saya gagahkan juga keberanian saya demi amanah mengangkat suara Kunak.

Datuk Speaker, selaku seorang ADUN wanita saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana usaha memperkasa golongan wanita melalui banyak program-program pembangunan dan pemerkasaan kaum wanita termasuk Program Outreach Santuni Wanita yang telah dinyatakan dalam Ucapan Dasar yang lalu. Bagaimanapun, sedikit dukacita apabila di Dewan Yang Mulia ini, kita tidak memiliki seorang pun menteri penuh di kalangan Barisan Kabinet Negeri, seorang wanita. Saya mengharap saya menyeru, agar sekurang-kurangnya seorang Wakil Rakyat wanita diangkat untuk menduduki satu kerusi menteri penuh dalam Kabinet Negeri. Datuk Speaker, dalam Ucapan Dasar juga ada menyebut tentang usaha Jawatankuasa Perundingan bersama untuk meneliti semula pemberian khas kepada negeri Sabah. Kita sangat berharap agar usaha kita lebih agresif dalam menuntut hasil yang termaktub dalam Perjanjian 1993.

Kerajaan mesti focus dan tegas dan bukan diremehkan atau dilengahkan dengan alasan rundingan demi rundingan.

Datuk Masiung BenahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker...

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker, ingin saya mengimbau...

Datuk Masiung BenahPGRS · GRSKuamut

...minta laluan.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Minta maaf YB bagi saya habiskan dulu. Nanti saya hilang focus.

Datuk Masiung BenahPGRS · GRSKuamut

Sikit saja. Sikit saja.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Sekejap YB.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Dia tidak berikan. Sila duduk.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Datuk Speaker, ingin saya mengimbau krisis perkauman berdarah yang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu pada 13 Mei 1969. Benar, bahawa darurat telah menyelamatkan negara ketika itu.

Tapi sedar atau tidak, tahu atau tidak, kesan darurat kepada Sabah adalah kita kehilangan kuasa ke atas pelantar benua kita. Iaitu hak petroleum dan perairan kita yang tinggal hanya 3 batu nautika sahaja. Selebihnya, kuasa dipegang oleh Pusat. Cuba kita fikir balik bah, dorang bergaduh di Malaya, kita pula hilang kuasa perairan. Jika Sarawak dan Kelantan berani menolak, kenapa Sabah takut dan diam?

Pada pendapat saya, kita perlu ada satu langkah proaktif untuk menolak Akta 750. Kita akan hilang peluang untuk menerima hasil yang lebih signifikan. Percayalah, Akta Laut Wilayah, Akta Pelantar Benua, Akta Perlombongan Petroleum adalah penafian hak Sabah yang jelas.

Saya maklum, sebentar tadi kita sudah lihat ada usaha melalui Commercial Collaboration Agreement. But believe me, this going to be different if you are the one who hold the power. YB Ketua Menteri, saya yakin ...

Tuan Mokrat IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Dah pegang kuasa dulu kenapa tak buat?

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

Saya yakin..nanti saya akan jelaskan...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat kalau Yang Berhormat mahu mencelah, tuju kepada saya. Mesti ada tatatertib di Dewan Yang Mulia ini. Teruskan.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

YB Ketua Menteri, kalau YB Ketua Menteri usulkan penolakan Akta 750, kami di pihak pembangkang akan menyokong usul tersebut kerana ianya adalah untuk kebaikan Sabah dan rakyatnya. Justeru akhir kata daripada saya, saya mewakili kepimpinan MUDA dalam Dewan Yang Mulia ini, sangat berharap Sabah diwakili oleh wakil-wakil rakyat yang beretika, yang berakhlak mulia dan berintegriti, agar kepimpinan politik Sabah terus terbuka dalam perjuangan untuk rakyat tanpa dibatasi perbezaan politik dan parti.

Saya merayu kepada rakan-rakan di Blok Kerajaan untuk berani bersuara menidakkan keputusan Kerajaan Pusat..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Sila gulung.

Puan Norazlinah binti ArifWARISAN · WARISAN-PLUSKunak

...untuk hal-hal yang mencabul hak kita di Sabah.

Jangan kita hanya berani di Dewan, tapi kecut kejung bila diugut dengan kuasa dan jawatan.

Alhamdulillah, terima kasih Datuk Speaker, Kunak bersuara semoga Sabah betul-betul maju dan berjaya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta ikut tatatertib di Dewan yang mulia ini. Kalau pun mahu bersuara, tolong hantarkan kepada saya dan saya akan beritahu kepada Yang Berhormat yang berucap. Saya minta tolong jangan lagi buat sedemikian. Terima kasih. Dengan itu, saya menjemput Yang Berhormat dari Kuamut. Silakan.

3:19 petang

Datuk Masiung BenahPGRS · GRSKuamut

Terima kasih Datuk Speaker.

Izinkan saya memulai ucapan saya ini dengan memetik, ucapan Yang di-Pertua Negeri Sabah di muka surat 24 perenggan yang ke 57. Bunyinya begini dengan izin, “akhir kata saya ingin menggesa seluruh lapisan masyarakat untuk terus bersatu padu dan saling berkerjasama untuk kemajuan dan kecemerlangan negeri Sabah yang tercinta. Marilah kita berdoa moga negeri kita ini akan terus maju, aman makmur dan sejahtera. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati...

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

….Allah SWT sentiasa memberkati dan melimpahkan kurnia serta rahmat-Nya kepada kita semua. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan al-Mubarak kepada semua Ahli Yang Berhormat yang beragama Islam.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Speaker ...

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Aik cepat juga, habis?

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, kenapa saya petik ucapan ini sebab saya amat terasa dengan perasaan Tuan Yang Terutama. Tuan teru, Tuan Yang Terutama menggesa kita bersatu padu dalam masyarakat kita. Siapa masyarakat? Masyarakat itu terdiri daripada ahli-ahli politik, masyarakat itu adalah terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, masyarakat itu adalah terdiri daripada kontraktor-kontraktor, te mas ahli masyarakat itu terdiri daripada pelajar-pelajar sama ada universiti, ataupun menengah dan sekolah rendah dan pelajar apa ini, ahli masyarakat itu adalah terdiri daripada masyarakat awam.

Datuk Speaker, kemu mungkin, kemungkinan besar Tuan Yang Terutama sebagai payung pimpinan negeri kita ini, melihat daripada atas tentang senario semasa. Tuan Yang Terutama telah melihat rakyat sudah penat, penat dengan menghadapi COVID-19 dan kita amat bersyukur kepada pihak pimpinan kerajaan negeri kerana telah dapat mengawal COVID-19 ini dengan sebaiknya. Tuan Yang Terutama juga telah melihat bahawa rakyat kita ini, masyarakat kita ini kehilangan pekerjaan apabila banyak syarikat-syarikat ataupun kedai-kedai yang ditutup sewaktu COVID-19.

Terima kasih juga kepada kerajaan kerana dalam tempoh hampir dua tahun ini, Kerajaan GRS ini, seperti yang kita dengar, ada beberapa pelabur-pelabur yang berduyun-duyun datang ke Sabah yang telah diumumkan oleh kementerian perindustrian, kementerian pertanian ada beberapa MOU sudah yang ditandatangani dan itu semua kalau terjadi akan memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah.

Tuan Speaker, Tuan Yang Terutama juga melihat bahawa rakyat kepayah, sudah lah kepayahan hidup, barang-barang makanan sekarang ini hampir setiap hari meningkat harganya.

Demikian juga di peringkat pertanian iaitu baja dan racun seolah-olah tidak terkawal harganya.

Kelmarin saya mengamati jawapan daripada menteri pertanian bahawa kementerian pertanian sedang merangka satu usaha untuk mencipta atau mewujudkan baja keluaran negeri Sabah dan saya ucap tahniah.

Mudahah-mudahan kalau ini berlaku maka sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kebergantungan kita kepada baja-baja yang diimport di luar negara.

Datuk Speaker, ini semuanya diungkapkan oleh Tuan Yang Terutama supaya setiap lapisan masyarakat kita ini akan bekerja bersama-sama untuk menyokong pimpinan kerajaan negeri dan juga Kerajaan GRS ini.

Seperti yang dinyatakan oleh Tuan Yang di-Pertua di muka surat 2, iaitu nombor 3:

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Paglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah atas kecemerlangan menerajui pentadbiran negeri Sabah dan memastikan ekonomi, politik, dan sosial negeri Sabah kekal stabil, aman, dan makhmur terutamanya ketika negeri ini berhadapan dengan situasi getir semasa pandemik COVID-19 ini”.

Datuk Speaker, sebagai Wakil Rakyat bebas, penyokong kerajaan, saya dengan secara ikhlas menyatakan bahawa dalam tempoh hampir dua tahun ini, banyak kemajuan yang boleh dicapai Kerajaan Negeri Sabah.

Yang pertamanya ialah, melalui program ataupun Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya, semua kementerian diperkasakan sama ada dari segi cadangan-cadangan pembangunan dan juga peruntukan, dan seperti yang saya nyatakan tadi bahawa ada sudah kementerian-kementerian bukan sahaja menandatangani MOU tetapi sudah pun pecah tanah sebagai contoh, kementerian pertanian.

Saya nampak di facebook page Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, beliau datang ke Paitan untuk pecah tanah merasmikan apa ini sebuah ladang yang akan diusahakan dengan tanaman kelapa yang diusahakan oleh LINACO. Ini suatu petanda yang baik kepada kerajaan kita. Demikian juga saya juga memerhati page Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa hampir setiap minggu kedutaan-kedutaan daripada seluruh dunia datang ke Sabah untuk mengunjungi beliau untuk mengambil tahu tentang suasana mungkin politik, pelaburan, dan sebagainya di negeri Sabah. Dan ini satu petanda yang baik untuk negeri Sabah. Dengan adanya hala tuju kepimpinan yang terbuka kepada pelabur-pelabur asing ini dan kesediaan Yang Amat Berhormat untuk berbincang dengan mereka, maka pelabur-pelabur ini dan kedutaan-kedutaan ini tidak segan silu untuk datang ke negeri Sabah. Datuk Speaker, untuk menstabilkan politik dan ekonomi dan mengekalkan perpaduan seperti yang diharapkan oleh Tuan Yang Terutama, maka masyarakat

yang dimaksudkan ialah masyarakat politik.

Kita inilah yang bertanggungjawab untuk menstabilkan politik, menstabilkan perpaduan di kalangan masyarakat kita kerana kita ahli politik adalah penggubal besar yang sudah tentunya akan memandu arah pembangunan di negeri Sabah. Tuan Yang Terutama, seperti yang dikatakan tadi kita mahu aman dan damai, kita tidak mahu kita terikut-ikut dengan suasana politik di luar.

Di luar sana seperti yang kita saksikan ahli-ahli politiknya sering bercakaran antara satu dengan yang lain.

Di luar sana kita perhatikan saling menjatuhkan antara satu dengan yang lain.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, saya berikan tiga minit lagi.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Jadi, Datuk Speaker, sehingga kepada satu ketika baru-baru ini terutama sekali dalam sejarah hidup saya sebagai orang politik, saya menyaksikan apa ini sebuah kerajaan persekutuan yang saya dukung dan sokong, bertanding antara satu dengan yang lain sehingga ada yang ketawa terdiki-diki, kerajaan yang saya sokong.

Kemudian, yang kecewa tersipu, kerajaan yang saya sokong.

Jadi Datuk Speaker, itu kita tidak mahu berlaku di negeri Sabah. Sesuai dengan harapan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Sebab itu Datuk Speaker, saya ucap tahniah dan syabas kepada kepimpinan Kerajaan GRS kerana akhirnya, Parti GRS diwujudkan sebagai payung baru kepada Kerajaan GRS ini.

Parti yang berdaftar, yang sahih, dan sebagainya.

Dan saya ucap juga terima kasih kepada pihak Barisan Nasional walaupun mereka bukan dalam GRS tetapi mereka juga sudah bersedia untuk bekerjasama mempertahankan Kerajaan GRS ini dan kita harap ini akan berkekalan untuk kestabilan politik di negeri Sabah.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, sila gulung.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Saya juga ucap terima kasih. Kalau saya tidak silap, kelmarin atau kelmarin dulu, saya terbaca satu artikel dalam surat khabar yang menyatakan Presiden Warisan sendiri menyatakan bahawa kemungkinan besar Warisan ini bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan GRS ini dan kita alu-

alukan. Ini yang terbaik untuk Sabah. Kita harus berlapang dada, kita harus berjiwa besar demi masa depan negara, negeri yang tercinta ini (kedengaran bunyi ketukan meja).

Sebab itu saya mahu Datuk Speaker, saya tadi mahu mencelah kepada ADUN Kunak. Saya sokong supaya ada satu orang wanita dilantik menjadi anggota menteri kerana seperti yang kita nampak, di depan sana semuanya lelaki. Bukan kita bermaksud untuk menggantikan mereka.

Jangan risau menteri-menteri tetapi seandainya dua per tiga kita ini majoriti kemungkinan besar kita boleh syorkan kepada kerajaan untuk menambah dua...

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

…untuk menambah dua (2) kementerian lagi diwujudkan. Tetapi sekarang ini kalau kita mencadangkan pun kita risau. Kita tidak akan mendapat sokongan..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, sila gulung Yang Berhormat.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Datuk Speaker, sebab itu…

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Masa sudah sampai.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

…belum terlambat ADUN Kunak. ADUN Kunak ini saya mengerti ucapan mengamati ucapannya.

Dia adalah berpotensi, Datuk Speaker.

Ok Datuk Speaker, pengakhiran penggulungan. Di Kuamut, seperti yang kita sudah sedia maklum, antara yang daerah yang termiskin di negeri Sabah. Ini diumumkan oleh kerajaan persekutuan. Di peringkat daerah focus group, kita sudah merancang kaedah-kaedah, mekanisma-mekanisma bagaimana kita membasmi kemiskinan ini. Tetapi untuk jangka masa yang panjang Datuk Speaker, saya harap Menteri Pelancongan boleh membantu saya. Di Kuamut ini, luas dengan hutannya. Banyak binatang liarnya.

Saya mencadangkan kepada Menteri Pelancongan ataupun Perancang Ekonomi (UPEN) bantu saya kerana saya ada cadangan untuk membina sebuah taman safari di Kuamut, Bitongod.

Kalau kamu perlu tanah, mungkin kita

boleh usahakan mencari tanah dan kita akan jumpa ketua menteri untuk meminta tanah untuk taman safari ini.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Akhirkanlah Yang Berhormat. Saya minta maaf kerana banyak lagi akan memberikan bahas.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Ok Datuk Speaker.

Itu saja cadangan saya untuk penambahbaikan ekonomi di Kuamut.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih.

Datuk Masiung BanahPGRS · GRSKuamut

Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat.

Di jemput Yang Berhormat, wakil dari Inanam.

Ada Yang Berhormat dari wakil dari Inanam? Tidak ada? Yang Berhormat dari Sungai Manila. Silakan. 3.33 petang

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Bismillahirahmanhirahim. Assalamualaikum w.b.t. dan selamat salam sejahtera. Pertamanya, saya mohon maaf saya tadi yang bersuara, mencelah itu. Saya memohon maaf pada Tuan Speaker, Datuk Speaker dan juga ADUN Kunak kerana tiba-tiba mencelah.

Bukan apa, tiba-tiba saya rasa geram kerana seperti kerajaan sekarang ini seolah-olah tidak pernah..

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, di Dewan Yang Mulia ini, tiada siapa geram. Kerana kita, kamu semua mewakili rakyat. Jadi jangan geram-geram. Bersabar ya. Terima kasih.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Ok saya teruskan Datuk Yang di-Pertua.

Sungai Manila sungainya indah, Tempat nelayan mencari rezeki, Menjunjung kasih TYT Yang di-Pertua Negeri Sabah, Ucapan Dasar Amat Terpuji.

Pertama-tamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Tuan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang telah menyampaikan Ucapan Dasar Kerajaan yang amat comprehensive dan meliputi segala aspek kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan pencapaian kemakmuran negeri Sabah. Saya juga mengucapkan penghargaan yang sama kepada Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri, Menteri Kabinet, rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri dan seluruh jentera perkhidmatan kerajaan yang telah menyumbang kepada terhasilnya dasar kerajaan yang pada hemat saya sangat baik dan bertepatan serta selaras dengan hala tuju SMJ 1.0.

Saya yakin dan percaya sekiranya dasar-dasar ini dapat dilaksanakan sepenuhnya. Perjalanan kita menggapai kemakmuran yang digariskan akan tercapai dalam tempoh yang dirancangkan.

Datuk Yang di-Pertua, penekanan dasar kerajaan yang meletakkan sektor pelancongan dan sektor pertanian sebagai pemacu utama pemulihan dan pembangunan ekonomi negeri Sabah amat relevan dikala kita mula bangkit dari pandemik Covid-19.

Pengalaman melawat dan berjalan dalam tempoh 2 bulan kebelakangan ini, telah menampakkan tanda-tanda positif peningkatan aktiviti pelancongan domestik yang ketara.

Kadar kekerapan dan occupancy setiap penerbangan sudah meningkat.

Walaupun belum lagi melibatkan kedatangan pelancong asing secara besar-besaran.

Tindakan kerajaan negeri melonggarkan S.O.P perjalanan melalui kapal terbang, seharusnya mendapat pujian kerana ia telah memangkinkan kedatangan pelancong domestik Malaysia ke negeri Sabah sebagai permulaan.

Begitu juga kita puji pusat-pusat pelancongan terkenal yang sudah beroperasi. Kita juga seharusnya berterima kasih kepada rakyat negeri ini dan rakyat Malaysia umumnya, syarikat-syarikat penerbangan, syarikat-syarikat pengangkutan dan pemain-pemain industri pelancongan yang lain yang merupakan penyumbang utama kepada kebangkitan semula sektor pelancongan di negeri ini. Oleh itu, saya mencadangkan mereka semua ini diberikan insentif yang sesuai atas sumbangan ini.

Khususnya kepada rakyat Sabah.

Janganlah pula bila sudah ada pelancong-pelancong asing memasuki negeri Sabah, mereka dipinggirkan dan dikenakan bayaran yang tinggi untuk menikmati kemudahan pelancongan sendiri. Saya mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah supaya membuka seluas-luasnya kemudahan pelancongan kepada rakyat tempatan dan memberikan kadar diskaun yang berpatutan kepada mereka. Kerana merekalah yang menyelamatkan industri pelancongan ketika di masa sukar. Datuk Yang di-Pertua, usaha yang telah dirancang oleh kerajaan untuk membangunkan pelbagai industri dalam sektor pertanian amat dihargai. Ini akan memberi lebih banyak peluang kepada sebilangan besar rakyat Sabah yang bergantung kepada sektor pertanian untuk menikmati kemakmuran keluarga dan mengurangkan kadar kemiskinan tegar yang masih menghantui warga kita. Adalah diharapkan rakyat Sabah mendapat keutamaan dalam industri pertanian khususnya pengeluaran dan penternakan serta pemprosesan makanan. Kita tidak mahu seperti dalam industri kelapa sawit di mana kerajaan berusaha keras untuk memajukan industri tetapi warga asing yang mendapat nikmat yang lebih. Rakyat kita harus dilibatkan seberapa ramai yang boleh. Saya yakin dengan pelaksanaan gaji minima RM1,500 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, akan lebih ramai orang Sabah yang mahu terlibat dalam pelbagai sektor pertanian khususnya yang dibangunkan oleh pelabur asing.

Datuk Yang di-Pertua, perikanan juga merupakan satu sub-sektor yang dapat memacu pendapatan rakyat miskin tegar. Namun begitu, penyertaan rakyat Sabah khususnya yang melibatkan pengoperasian bot-bot laut dalam masih kurang. Antara sebabnya ialah pemilik lesen atau tauke dan operator bot nelayan yang ada, lebih banyak mengambil rakyat asing sebagai pekerja dengan memberi alasan rakyat tempatan kurang berminat untuk berkecimpung dalam bidang ini. Walhal sumber hasil daripada perikanan laut dalam ini amat menguntungkan dan telah menyumbangkan RM2.01 bilion atau 15.7% kepada KDNK Negeri Sabah pada tahun 2021 dan merupakan satu-satunya sektor yang telah mencapai 100% sara diri dengan lebihan pengeluaran sebanyak lebih 25,000 metrik tan pada tahun 2021. Sehubungan itu, dicadangkan kerajaan untuk memberikan fokus yang lebih kepada sektor perikanan terutamanya perikanan laut dalam sebagai satu sumber baru

pekerjaan khususnya untuk manfaat para belia kita. Usaha juga harus diwujudkan untuk menyediakan latihan vokasional di bidang ini bagi mempersiapkan belia-belia kita ini dalam ilmu keusahawanan dan pengendalian kapal-kapal galian moden supaya mereka dapat melibatkan diri dalam industri ini dengan jayanya. Datuk Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang perhutanan. Kita seharusnya berterima kasih kepada Jabatan Perhutanan Sabah yang telah bertungkus-lumus menguruskan dan menjaga tanah khazanah hutan kita. Kerana pengurusan berhemah yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan, kerajaan negeri masih memiliki tanah yang cukup luas iaitu 3,574,498 hektar atau lebih kurang 48% daripada keseluruhan keluasan Sabah untuk pelbagai kegunaan kini dan di masa hadapan termasuk pemberian tanah kepada rakyat sekiranya diperlukan. Di dalam keseluruhan 3.5 juta hektar ini, Hutan Simpan Kelas Dua ataupun komersial merupakan yang terbesar iaitu 1.65 juta ataupun 46.3% daripada keluasan hutan simpan di Sabah.

Kawasan-kawasan ini meskipun sudah diagihkan kepada beberapa pemegang lesen konsesi ataupun Sustainable Forest Management License Concession, masih lagi sebenarnya dikawal sepenuhnya oleh kerajaan melalui Jabatan Perhutanan..

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

…melalui Jabatan Perhutanan.

Daripada segi perancangan dan pengurusan operasi dan pembalakan, semua konsesi adalah tertakluk kepada syarat dan terma kerajaan. Saya yakin di bawah dasar kerajaan yang sedia ada, khazanah hutan Sabah akan terus kekal lestari seiring dengan hala tuju kelestarian hijau inisiatif hala tuju SMJ dan kekal memberikan sumbangan ekonomi sosial dan alam sekitar kepada negeri Sabah. Namun begitu, dengan jumlah kawasan yang meliputi hampir separuh daripada keluasan Sabah dan rekod sejarah yang menunjukkan sektor perhutanan sebagai penyumbang utama hasil negeri suatu ketika dulu timbul persoalan apakah sektor perhutanan di Sabah kini dengan hasil yang semakin kurang berbanding perbelanjaan mengurus yang semakin tinggi akan dianggap menjadi liabiliti kepada kerajaan.

Adakah pelaksanaan SMJ yang sudah menjangkau 25 tahun berupaya meningkatkan hasil berbentuk monitari kepada kerajaan.

Penjelasan ini perlu dilakukan untuk meyakinkan Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, jika tidak tuntutan ke atas hutan simpan untuk lain-lain kegunaan akan terus meningkat. Sehubungan ini, saya ingin penjelasan kerajaan secara spesifik. Berapakah keluasan keseluruhan hutan simpan komersial yang telah dan masih diuruskan di bawah lesen SFM? Berapakah jumlah pengeluaran dari daripada segi isipadu daripadanya dan berapakah royalti premium atau lain-lain fees terkumpul yang diperolehi oleh kerajaan daripada pemegang lesen konsesi SFM dalam tempoh 25 tahun yang lepas.

Ini untuk kita membolehkan kita mengkaji sama ada pelaksanaan SFM ini gagal atau tidak?.

Kemudian seterusnya, saya juga ingin bertanya adakah pemegang lesen konsesi SFM ini yang telah gagal dan jika ada apakah tindakan ke atas pemegang-pemegang lesen konsesi yang telah gagal ini?

Dalam ucapan dasar kerajaan hari beberapa hari yang lalu, kerajaan menjangka 400,000 hektar yang akan ditanam menjelang 2025. Kita juga ingin tahu, berapakah keluasan kawasan sudah ditanam setakat ini oleh pemegang lesen SFM dan berapakah anggaran isipadu kayu daripada tanaman berkenaan yang telah dikeluarkan? Dan adakah potensi isipadu kayu tanaman yang dijangka ini mampu membina semula dan melestarikan sektor industri perhutanan yang dilihat oleh pemain industri pada ketika ini semakin malap.

Apakah perancangan seterusnya sumber sekiranya sumber kayu tempatan ini tidak dapat menampung permintaan kilang dan industri kayu tempatan dan adakah tindakan-tindakan lain harus dilakukan untuk mempastikan industri kayu-kayan di Negeri Sabah ini kekal relevan? Saya juga menerima pertanyaan daripada pelabur industri kayu-kayan di negeri ini yang menghadapi kesukaran mendapatkan bahan mentah. Dan setahu saya, ketika ini Yayasan Sabah adalah pembekal utama kayu balak kepada kilang-kilang tempatan.

Justeru, saya ingin tahu berapakah jumlah keluasan kawasan pengeluaran balak yang dioperasi dan diuruskan oleh Yayasan Sabah? Dan berapakah anggaran pengeluaran tahunan yang boleh dikeluarkan oleh Yayasan Sabah?

Mudah-mudahan klarifikasi ini akan dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pemain-pemain industri ini.

Datuk Yang Dipertua, saya sungguh memberi penghargaan atas usaha kerajaan untuk membudayakan masyarakat perihatin khususnya kepada masyarakat OKU. Untuk ini sebarang langkah untuk menjaga kepentingan masyarakat atau golongan OKU amat dihargai.

Di kawasan saya terdapat sebuah premis OKU iaitu Taman Cahaya.

Pusat ini dikendalikan oleh Pertubuhan Orang-Orang Buta Sabah iaitu Badan NGO, namun akibat pandemik selama lebih 2 tahun yang melanda pusat ini mengalami kekurangan dana kerana kurangnya penderma.

Dengan hanya jumlah peruntukan dan dana kerajaan sebanyak RM60,000 setahun, pusat ini sangat memerlukan tambahan dana daripada kerajaan untuk beroperasi. Oleh itu, saya berharap pusat-pusat OKU seumpama diberikan pertimbangan bukan sahaja yang di kawasan saya tetapi di kawasan-kawasan lain juga supaya diberikan pertimbangan untuk ditambah dana langsung daripada kerajaan untuk benar-benar menunjukkan keperihatinan kerajaan kepada mereka.

Datuk Yang Dipertua, penyediaan pelan-pelan tempatan sudah tentu mampu memperkasakan perancangan pembangunan guna tanah secara mampan. Saya mencadangkan, dalam menyediakan pelan-pelan tempatan yang bersifat inklusif keperluan anak-anak muda harus diambil kira.

Di zaman digital ini kegiatan luar anak muda sudah terbatas dan tertumpu lebih kepada handphone .

Salah satu faktornya ialah kurangnya tempat untuk mereka beriadah di luar rumah yang percuma.

Ini kerana kurangnya kawasan-kawasan lapang yang kondusif untuk mereka berkumpul.

Adapun terpaksa disewa.

Pewujudan padang-padang permainan juga boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan sukan di negeri ini.

Selain daripada itu keperluan kemudahan-kemudahan awam yang lain seperti pasar awam, tanah perkuburan harus juga diambil perhatian serius dalam penyediaan pelan-pelan tempatan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ok Yang Berhormat, sedia untuk gulungan.

Tuan Mokran IngkatUMNO · GRSSungai Manila

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin memohon agar pasar umum di taman permainan di kawasan dan taman permainan kawasan hak pendidikan Sungai Batang Sandakan, yang sudah ada 4 institusi pendudukan pendidikan ini dipertimbangkan untuk dibina. Datuk Yang Dipertua, Sungguh cantik si ikan emas, Berenang-renang di tepi perigi, Terima kasih beri peluang berbahas, Izinkan saya mengundur diri.

Akhirnya saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Selamat Hari Raya Puasa dan Selamat selamat Menyambut Tadau Kaamatan kepada rakan-rakan, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri sekalian dan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sabah.

Sekian.

Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih Yang Berhormat saya nampak Yang Berhormat pun batuk-batuk, jadi minum air sedikit. Dengan itu saya menjemput Yang Berhormat dari wakil dari Sulabayan. Silakan Yang Berhormat.

3:46 petang Datuk Dr.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalammualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, di Dewan Yang Mulia ini ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahas Ucapan Dasar Kerajaan Negeri Sabah yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Datuk Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin bersempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 pada 16 Mac 2022.

Tuan Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, kita sedar dan tahu bahawa dari tahun 2020 hingga 2022 hari ini, seluruh dunia telah dan sedang berhadapan dengan cabaran penyebaran pandemik COVID-19 yang masih berlarutan. Tambahan pula, dengan krisis yang berlaku antara Ukraine dan Rusia juga memberi kesan kepada ekonomi dunia yang mana akhirnya peningkatan harga minyak dunia naik mendadak pada hari ini.

Sebagai contoh di negara kita, minyak RON97 telah mencecah harga yang begitu tinggi kebelakangan ini Iaitu pada harga RM4 seliter.

Kita ambil contoh di Negara Brunei juga sebagai negara yang kecil juga pengeluaran minyak dapat mengawal harga minyak mereka dengan tidak terikut dengan harga pasaran dunia. Persoalan daripada rakyat, kenapa kita tidak? Kenapa kita antara sebuah negara pengeluar minyak juga perlu mengikut langkah negara Brunei.

Akan tetapi hingga ke hari ini kita masih tidak dapat mengawal dan mengurus sumber alam yang ada di negeri kita. Yang ini sepatutnya dilakukan dengan tidak terkawalnya harga minyak petrol dalam negara kita akibatnya kos pengangkutan meningkat, harga barang keperluan harian pun meningkat.

Sebagai contoh, keperluan makanan asas seperti ayam, sayur, ikan dan daging harganya kini mendadak tinggi dan telah menjadi isu harian oleh rakyat dan ini menunjukkan kelemahan kerajaan dalam usaha supaya memastikan kehidupan rakyat sentiasa diberi perhatian yang sepatutnya. Selain daripada itu juga, kita menilai dalam tempoh 3 tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 di mana tampuk kepimpinan Kerajaan Persekutuan bertukar sebanyak 3 kali, yang mana kerajaan daripada Kerajaan Pakatan Harapan, Kerajaan Perikatan Nasional… Datuk Dr.

…Kerajaan Perikatan Nasional dan seterusnya Kerajaan Barisan Nasional.

Pertukaran kerajaan juga turut dirasai di negeri kita, negeri Sabah yang tercinta ini. Yang mana telah memberi sedikit sebanyak kesan dalam ekonomi dan pembangunan negeri.

Dan pertukaran kerajaan juga berlaku di beberapa negeri.

Yang baru-baru ini berlaku di Melaka, Johor dalam tempoh tiga tahun, kebelakangan

ini. Namun itu, di sini lah kita menilai kekuatan sebuah kerajaan dalam menstabilkan keadaan ekonomi, politik, dan sosial. Yang mana rakyat sangat menuntut kerajaan yang bijak ibarat hanya pandai bercakap tapi gagal menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan berlakunya pandemik dan pergolakan politik dunia telah banyak menjejaskan keadaan kehidupan manusia. Di mana peratus kematian yang telah meningkat, ekonomi negara tidak seimbang, ramai kehilangan pekerjaan, beberapa syarikat yang memberi peluang pekerjaan akhirnya tutup. Maka, berlakulah ketidakstabilan politik secara keseluruhannya. Sehubungan dengan dasar kerajaan yang telah dibentangkan melalui Hala Tuju SMJ, saya melihat di dalam pelan pemulihan dan perancangan yang dibentangkan merangkumi semua kementerian dan agensi adalah baik. Menarik perhatian saya antaranya, di sektor pelancongan yang mana perlu menyatakan perincian yang teliti dalam melaksanakan, memperkasakan infrastruktur dan kemudahan asas pelancong serta mempromosi produk-produk pelancongan kepada negara luar. Perancangan ini hendaklah mengutamakan dan memperkasakan rakyat tempatan yang menjadi player dalam bidang ini supaya membantu mereka memahami perancangan dan pelan pelaksanaan yang dibentangkan oleh kerajaan. Dan itu, sudah tentu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri Sabah. Jika hanya mempunyai pelan perancangan yang baik akan tetapi pelaksanaan yang kurang progresif atau tidak difahami, maka berlaku lah rakyat hanya sebagai penonton. Sebagai contoh, berlaku pada tahun-tahun sebelumnya iaitu bila berlaku, sebelum berlaku COVID-19 kedatangan pelancong ke negeri Sabah begitu mendadak antara yang terbanyak negara kita.

Tetapi yang mendapat manfaat hasil pendapatan daripada sektor pelancongan ialah pengusaha daripada luar.

Akhirnya, perancangan yang baik dengan bajet yang ada tidak menepati sasaran yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat di negeri sendiri.

Selain daripada itu juga, penilaian Pelan Perancangan Dasar Kerajaan yang kita lihat kepada Hala Tuju SMJ, di dalam sektor pertanian juga tidak menyeluruh. Saya melihat, tumpuan hanya di kawasan-kawasan pertanian seperti di Keningau, Kuala Penyu dan juga Beaufort sedangkan daerah yang diisytiharkan miskin di Malaysia

seperti Daerah Kudat, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan kurang diberi tumpuan dalam membangunkan sektor pertanian. Justeru dengan itu, saya mencadangkan perkara ini supaya dapat diberikan perhatian.

Jika dilihat dari segi kesuburan tanah, di lapan daerah ini ianya sangat subur untuk menghasilkan pelbagai jenis tanaman termasuklah tanam buah-buahan tropika.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di samping itu sektor perikanan juga hendaklah diteliti secara menyeluruh.

Walaupun pelan perancangan yang disediakan merangkumi keperluan para nelayan di negeri Sabah, namun pelaksanaan sasaran juga hendaklah diambil kira dan dilaksanakan secara teratur dan juga telus.

Selain daripada itu juga, dalam membangunkan Industri Kecil dan Sederhana di negeri Sabah, dasar perancangan ini juga perlu diberi penelitian yang mana kerajaan negeri telah menyatakan untuk mewujudkan serta memperbanyakkan IKS tempatan dan ini kita sangat alu-alukan.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, di kala kita sedang mengakhiri... mengakhiri pandemik COVID-19 ini, kita dapat menyaksikan sendiri pada tahun 2022 ini bahawa kenaikan harga barang dan perkhidmatan juga semakin meningkat. Masalah ini juga akan berlanjutan sehingga ke hari bulan yang akan datang. Jika tidak penyelesaian segera bagaimanakah kehidupan rakyat khususnya di negeri Sabah dapat diatasi?

Di dalam Dasar Ucapan Kerajaan juga turut menyebut pelaksanaan pelbagai projek pembangunan infrastruktur dan utiliti berimpak tinggi seperti pembinaan jalan raya, penyediaan bekalan elektrik yang berdaya harap, menaik taraf perkhidmatan pengangkutan awam, menaik taraf kemudahan pelabuhan, penyediaan bekalan air yang mencukupi, penyediaan sistem pembentungan yang sistematik, serta penyediaan kemudahan Internet Technology Satellite (VISAK) yang mana bagi pendapat saya ianya merupakan asas keperluan rakyat di negeri Sabah. Akan tetapi saya ingin menyentuh tentang pelaksanaan menaik taraf jalan di seluruh Sabah yang telah menjadi isu hangat dan kita dapati tempoh pelaksanaannya juga

mengambil masa yang terlalu lama. Dan ini juga boleh menyebabkan usaha untuk membangunkan negeri Sabah terbantut.

Sehubungan dengan itu, kerajaan juga hendaklah tegas memastikan syarikat atau kontraktor yang mendapat tawaran kerja untuk melaksanakan apa juga projek pembangunan hendaklah dipantau dan perlu disiapkan mengikut jadual. Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, selain daripada itu juga masalah air yang sering diperkatakan berlaku di kawasan Bandar Kota Kinabalu juga masih tiada penyelesaian sehingga ke hari ini.

Penduduk di Daerah Kota Kinabalu dan Sepanggar terpaksa mengharungi serta menanggung ketiadaan bekalan air.

Masalah ini sangat kritikal kerana ianya telah menjejaskan kehidupan penduduk setempat dan juga di kawasan luar bandar.

Ini selalu diperkatakan dan banyak diperkatakan oleh Wakil-wakil Rakyat yang hadir di dewan semasa persidangan ini. Jadi, kita berharap pihak kerajaan akan mengambil perhatian perkara ini. Selain daripada itu juga, perancangan kerajaan negeri dalam mewartakan sekurang-kurangnya 75 kawasan Tanah Anak Negeri sebagai Tanah Simpan Perkampungan ini sangat di alu-alukan. Akan tetapi penelitian saya ialah Ucapan Dasar Kerajaan ini telah menarik perhatian saya yang mana berkaitan dengan penyediaan perumahan yang mencukupi kepada semua rakyat yang berpendapatan rendah atau B40 di negeri Sabah akan mendapat rumah mampu milik dengan harga yang sangat menyenangkan hati iaitu pada harga 47 ribu seunit.

Ingin saya bertanya kepada Kerajaan Negeri Sabah, adakah kos harga rumah yang dibina tidak akan berubah dan rakyat yang memohon juga diberi jaminan? Sekiranya harga barang binaan yang semakin hari semakin meningkat seperti harga simen, pasir, batu-bata serta bahan besi proofing contoh. Ini saya sangat-sangat luar biasa dengan harga yang 47 ribu ini. Saya rasa rakyat Sabah keseluruhan sangat minat dengan projek ini.

Selain itu juga, tumpuan kerajaan negeri di dalam pembinaan rumah berpendapatan rendah tidak menyatakan kawasan mana yang bakal dibina. Malah kita dapat lihat statistik setinggan di negeri Sabah pada akhir Mac tahun 2021 menunjukkan daripada 20 daerah yang mempunyai peratus rumah setinggan yang mana peratus

tertinggi adalah di kawasan Sandakan, Semporna, Tawau dan beberapa daerah yang lain. Tawau dua hari lepas, berlaku lagi kebakaran melibatkan lebih 500 buah rumah.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sistem pendidikan di negeri Sabah juga perlu diambil kira.

Walaupun di dalam Perancangan Dasar dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya juga menyatakan perincian yang strategik dalam membina serta menaik taraf pusat pendidikan yang selesa untuk pelajar di negeri Sabah. Ini kita sangat alu-alukan.

Dengan itu, mohon saya mencadangkan sekolah-sekolah dibawah seliaan Kerajaan Negeri Sabah seperti Universiti Kolej Yayasan Sabah dan Institut Pertanian Timbang Menggaris Sabah perlu dinaik taraf dari segi penyediaan kursus pembelajaran profesional.

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan Speaker, usul …

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan Speaker, usul …

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Yang Berhormat Sulabayan, ada mencelah. Boleh kasih atau tidak? Datuk Dr.

Kursus pembelajaran professional..

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Terima kasih Tuan Speaker. Usul penangguhan.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan Yang...

Datuk Jahid bin JahimPBS · GRSMenteri Pembangunan Luar Bandar · Tamparuli

Tuan Speaker, saya mohon mencadangkan bahawa menurut Peraturan Tetap 2(1)(B) Peraturan-

Peraturan Tetap Dewan, Dewan ini tidak ditangguhkan sehingga selesai senarai giliran berucap bagi Ahli-ahli Yang Berhormat.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Silakan menyokong.

Datuk Abidin bin MadingkirSTAR · GRSPembantu Menteri Kepada Ketua Menteri · Paginatan

Tuan Speaker, saya mohon menyokong.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan majlis ialah bahawa Dewan ini tidak akan ditangguhkan seperti mana yang dicadangkan.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju, katakan “BERSETUJU”, Yang tidak bersetuju katakan “TIDAK”

Lebih suara yang bersetuju, usul dipersetujukan.

Yang Berhormat Sulabayan, silakan.

Datuk Dr.

Dengan itu mohon saya mencadangkan, sekolah-sekolah di bawah seliaan Kerajaan Negeri Sabah seperti University College Yayasan Sabah dan Institut Pertanian Timbang Menggaris, Sabah, perlu dinaik taraf dari segi penyediaan kursus pembelajaran professional, yang diiktiraf oleh antarabangsa dengan beraspirasikan seperti berikut. Tuan Speaker dan Yang Berhormat, antara yang utama utama aspirasi terbabit ialah; 1) Menahkodakan di dalam bidang digital pertanian; 2) Menguasai kemahiran perkhidmatan hospitality global; serta 3) Mengembangkan kecekapan kewangan perniagaan antarabangsa. Aspirasi ini adalah penting dalam melonjakkan pencapaian dan kecemerlangan institusi pendidikan sebagai menara ilmu yang selaras dengan Hala Tuju SMJ untuk melahirkan lebih ramai anak-anak negeri Sabah menguasai ilmu dalam bidang berkaitan bertaraf global.

Sekiranya perancangan yang dirancang oleh kerajaan negeri tidak mencapai sasaran berkaitan dengan sektor-sektor pertubuhan dan

pembangunan negeri Sabah, maka perancangan tersebut hanya kita dapat baca ataupun lihat tetapi pelaksanaannya tidak dinikmati dan dirasai. Tuan Speaker, Ucapan Dasar Kerajaan yang telah dibentangkan ini saya ibaratkan seperti bila kita menerbitkan sebuah drama, yang mana ada tiga perkara penting untuk menghasilkannya.

Pertama skripnya, yang kedua pelakonnya, ketiganya penontonnya.

Diibaratkan drama itu ialah Pelan Pembangunan SMJ, pelakonnya pula ialah pegawai kerajaan yang melaksanakan perancangan, penontonnya itu ialah rakyat negeri Sabah. Maka fikir-fikirlah.

Tuan Speaker, akhir kata saya ingin mengucapkan terima kasih di atas peluang diberikan kepada saya dan saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang tidak lama lagi, khususnya kepada seluruh umat Islam yang berada di Dewan Yang Mulia ini. Dan saya juga ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap serta keterlanjuran kata yang mungkin telah menyinggung rakan-rakan Ahli Yang Berhormat di Dewan Yang Mulia ini. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, Assalammualaikum waramatulahita’ala wabarakatuh.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat wakil dari Inanam. Silakan Yang Berhormat.

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Datuk Speaker, saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas Ucapan Dasar Kerajaan pada 16 Mac 2022 yang lalu. Masalah kemudahan asas seperti bekalan air bersih, kestabilan bekalan elektrik, jaringan jalan raya yang sempurna, liputan jaringan telekomunikasi, kemiskinan dan kenaikan harga barang kekal menjadi isu utama di Sabah. Biarpun setelah lebih 58 tahun Malaysia dibentuk, namun keadaan prasarana di kawasan pedalaman di negeri ini masih ketinggalan jauh di belakang.

Untuk bekalan air bersih, masih banyak kawasan di Sabah sama ada di luar bandar mahupun di luar bandar masih berdepan dengan masalah bekalan air bersih. Peruntukan pembangunan yang besar sangat diperlukan untuk jalan raya, air dan elektrik. Ini adalah tiga asas yang penting diperlukan untuk negeri Sabah. Mengapa Sabah kaya tetapi rakyatnya termiskin? Hakikat sebenar, sebahagian rakyat Sabah

berada di paras paling termiskin di negara ini.

Sebagai wakil rakyat, pemimpin pembuat dasar dan pembuat keputusan adalah perlu mencari neratif baru, menyelesaikan isu kemiskinan di Sabah secara kolektif dan inklusif. Mengikut data JPM (Jabatan Perangkaan Malaysia) 2020, kadar peratusan kemiskinan Sabah ialah 25.3%, Kelantan 21.2% dan Sarawak 12.9%. Berdasarkan kajian, data menunjukkan bahawa terdapat ketidakseimbangan pendapatan yang ketara di seluruh Sabah.

Dapatan kajian tahun 2019, PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan) mencatatkan daerah Tongod mempunyai kadar kemiskinan berada dalam lingkungan 56%, Pitas 53%, Kota Marudu 46%, Beluran 45% dan Telupid 40%.

Saya yakin negeri Sabah mempunyai satu dasar utama yang mampu menaikkan sosio-ekonomi rakyatnya.

Kita mesti menerima hakikat, ramai rakyat yang mengatakan sebahagian daripada ahli politik ini hanya mahu memegang kuasa dan kedudukan demi kepentingan diri sendiri, tidak ikhlas menyelesaikan masalah rakyat. Kerajaan mesti memperkasa ekonomi rakyat dan bukannya memberikan subsidi semata-mata. Saya yakin kerajaan sudah membentuk jawatankuasa khas..

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

YB, boleh minta laluan?

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Saya teruskan.

Melaksanakan program panduan kerjaya.

Timbalan Speaker (Datuk Haji Ahmad Abdul Rahman)

Dia tidak berikan. 4:05 petang

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

Saya ulangi sekali lagi, kerajaan mesti ada dasar membasmi kemiskinan lebih hebat, inklusif dan fokus tindakan selesaikan isu kemiskinan.

Ada jawatankuasa khas menyelaras dan memantau semua program, projek dan aktiviti pembasmian kemiskinan secara kolektif.

Pihak kerajaan perlu mempertimbangkan mengguna pakai data-data terbaru yang boleh diperolehi daripada pihak universiti, NGO dan Kerajaan Tempatan dalam usaha menyelesaikan isu ini.

Program seperti ‘Satu Keluarga Satu Perniagaan’ boleh diperkenal kepada keluarga yang berminat dalam perniagaan.

Kedua, ‘Satu Graduan Satu Keluarga’ boleh mempengaruhi keluarga daif keluar daripada kemelut kemiskinan.

Ketiga, mewujudkan dan merancakkan industri hiliran yang dekat dengan kawasan komuniti, keluarga serta berimpak jangka segera dan menguntungkan bagi meningkatkan peluang pekerjaan sehingga ke peringkat profesional dan semi-profesional.

Keempat, mempergiatkan ekonomi domestik Sabah.

Kerajaan harus berusaha menjadikan GDP sektor pembuatan ke tahap 30%. Buat masa ini hanya berada kurang 10%.

Kalau aspek kemampanan ekonomi, Sabah perlukan sektor pembuatan.

Tarik pelabur-pelabur berkualiti ke kawasan industri kita. Masalahnya kos melaburnya agak tinggi di Sabah, tambahan pula adanya isu-isu membabitkan keperluan asas seperti logistik, elektrik, air dan capaian. Datuk Speaker, khusus...

Tuan Peto GalimPKR · WARISAN-PLUSInanam

.... khususnya di kawasan N.18 Inanam.

Masalah kerosakan jalan raya, bekalan air bersih, kebersihan kawasan, kehadiran penjual tidak berlesen, kesesakan jalan raya, banjir kilat, kerosakan lampu kawasan, dan kerosakan tiang-tiang talian komunikasi masih berterusan. Saya ucap terima kasih tindakan yang dibuat oleh pihak berkaitan. Walau bagaimanapun, tindakan secara agresif, sistematik, konsisten, dan berkualiti mesti dilaksanakan tanpa menunggu aduan publik dan orang ramai.

Pembinaan jalan raya Pan Borneo di kawasan Kitabu dan sekitar telah menyebabkan banjir kilat dan kerugian kepada penduduk.

Mohon pihak yang berkaitan semak semula reka bentuk dan pembinaan agar tindakan pencegahan segera dapat dibuat.

Masalah bekalan air bersih yang serius masih dialami oleh Kampung Bukit Permai, Lobou, Keliangau, dan kawasan sekitar. Saya mencadangkan kepada Jabatan Air serta kementerian yang berkaitan supaya menghapuskan sewa caj meter air sekiranya tidak ada bekalan air diterima oleh pengguna.

Pusat Kesihatan Inanam dan Menggatal mengalami masalah meletak kenderaan yang amat serius.

Kenderaan terpaksa diletakkan di bahu jalan utama dan ini menyebabkan kesesakan jalan raya.

Mohon kementerian berkaitan buat tindakan.

Jalan keluar masuk sementara yang dibina oleh pihak Pan Borneo di kawasan perkampungan N.18 Inanam dibina agar lebih selamat, selesa, dan tidak menyusahkan.

Pihak kementerian melalui JPS juga, saya menyarankan supaya membuat pembersihan dan mendalamkan sungai-sungai yang selalu mengalami banjir waktu hujan lebat, supaya kawasan-kawasan ini terhindar daripada kecelakan dan banjir. Pihak berkaitan dapat membuat pembaikan kerosakan jalan raya Kampung Natai, Kampung Bongkud, Kampung Sukang, Kampung Tenggiling, dan yang paling penting jalan Inanam-Menggatal-Telipok yang sudah saya bawa 2 3 kali, 2 kali di Dewan Yang Mulia ini.

Datuk Speaker, akhir sekali, semangat Keluarga Malaysia.

Kemakmuran bersama akan dapat dicapai sekiranya kerajaan mampu memberi peluang berlandaskan kesaksamaan, keadilan, dan kesama rataan seperti termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Selamat berpuasa kepada semua rakyat yang beragama Islam dan sentiasalah patuhi SOP. Saya mohon menyokong.

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat wakil daripada Kemabong. Silakan. 4:18 petang

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Terima kasih, Tuan Speaker. Menjunjung kasih di atas ucapan Dasar Kerajaan yang dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sempena pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri yang mulia ini. Syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dengan berkatNya kita masih berupaya melaksankan persidangan ini walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 yang mencabar di musim ini.

Datuk Speaker, selaku anggota pentadbiran, sebagai wakil rakyat, sukacita saya menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri selaku wakil rakyat Sulaman kerana berjaya mentadbir negeri ini dengan keadaan yang

harmoni serta melaksanakan aspirasi rakyat negeri Sabah tercinta ini, memelihara dan memperjuangkan hak-hak rakyat negeri Sabah seperti yang terkandung dalam MA63 yang mana kini telah mula berhasil. Di samping itu, kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah berjaya mewujudkan keyakinan kepada para pelabur datang melabur di negeri ini. Pengurusan yang adil dan saksama kepada rakyat negeri ini akan membolehkan kestabilan politik dan kemakmuran negeri ini berterusan.

Datuk Speaker, saya ingin mengetengahkan di Dewan Yang Mulia ini, berhubung masa depan para belia dan beliawanis kita yang merupakan aset negeri ini juga kepada negara kita. Sejak 20 tahun yang lalu, para belia dan beliawanis berhijrah tinggalkan negeri ini untuk mencari pekerjaan di Semenanjung Malaysia dan juga di Singapura.

Walaupun masa depan mereka tidak terjamin, bekerja di luar negeri atau di luar negara namun, terpaksa berbuat demikian untuk sumber pendapatan kehidupan mereka.

Apabila pandemik COVID-19 melanda dunia dan negara kita Malaysia tidak terkecuali, di akhirnya banyak perusahaan termasuk kilang-kilang di Semenanjung Malaysia ditutup mengakibatkan para belia dan beliawanis menghadapi cabaran berat kehilangan pekerjaan, sumber pendapatan mereka.

Malahan terdapat di kalangan mereka meninggal dunia akibat pandemik COVID-19 di Semenanjung Malaysia dan terpaksa dikebumikan di sana dengan kos bayaran yang tinggi. Di kawasan saya di Kemabong, Datuk Speaker, juga hampir 10 orang meninggal di Semenanjung ketika COVID-19 yang berlaku baru-baru ini.

Menurut Jabatan Perangkaan Negara bahawa kadar pengangguran dalam negara pada Disember tahun 2021, direkodkan 4.9%. Perkara ini amat membimbangkan kita semua. Datuk Speaker, saya mohon mencadangkan supaya para belia dan beliawanis kita diberi pendedahan, kemahiran serta bimbingan untuk berkecimpung dalam pelbagai industri perniagaan serta mewujudkan kemudahan usahawan micro credit demi membolehkan mereka berkecimpung dalam small medium industry ataupun SME. Pihak kerajaan harus lah memilih para pegawai yang komited untuk melaksanakan misi supaya ia nya akan berjaya.

Cadangan kedua, iaitu saya mohon supaya kerajaan menarik para pelabur untuk mendirikan industri perkilangan di setiap daerah di negeri ini yang boleh mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada para belia dan beliawanis kita di negeri ini, sekali gus membawa pertumbuhan ekonomi di setiap daerah di negeri ini. Saya yakin negeri Sabah tercinta ini memiliki sumber khazanah asli yang boleh diteroka untuk sumber kewangan negeri ke arah pertumbuhan ekonomi dan untuk membangunkan negeri ini, memberi keselesaan kepada rakyat jelata, dan juga kita haruslah setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ataupun di luar negara.

Datuk Speaker, saya mohon menyarankan kepada pihak kerajaan supaya..

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

…pihak kerajaan supaya negeri ini harus ada tempoh masa, time frame untuk menyiapkan pembinaan kemudahan prasarana selesa kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Selain sumber kewangan negeri ini sendiri, saya menyarankan satu perbincangan oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat supaya semua peruntukan kewangan pembangunan tahunan oleh kerajaan pusat kepada negeri ini harus lah disalurkan kepada kerajaan negeri sendiri untuk menentukan pengagihan peruntukan pembangunan negeri termasuk pelantikan kontraktor.

Selama ini kuasa melantik kontraktor adalah Kuala Lumpur ataupun di Putrajaya. Sampai bila kontraktor yang baru meningkat naik, ada peluang untuk mendapatkan kontrak-kontrak yang dipegang peruntukan yang dipegang oleh kerajaan persekutuan? Sebab kontraktor-kontraktor yang besar-besar saja yang dapat peluang yang datang dari Kuala Lumpur sedangkan kontraktor yang baru meningkat naik, orang-orang kita, anak-anak kita negeri Sabah yang mempunyai kebolehan keupayaan tidak ada peluang untuk menjadi kontraktor kepada projek-projek kerajaan persekutuan yang ada di negeri Sabah.

Selama ini dana pembangunan dan projek ditentukan oleh kerajaan pusat menyukarkan kerajaan negeri berurusan termasuk Wakil Rakyat terpaksa berhari-

hari datang meminta sedekah peruntukan di Kuala Lumpur.

Namun tidak semudah itu.

Pastinya yang beroleh peruntukan mereka adalah datang daripada mereka kontraktor. Seperti berlaku di Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong, senarai projek yang mendapat kelulusan peruntukan kewangan bukan lah datangnya daripada Wakil Rakyat tapi yang disyorkan melalui kontraktor. Datuk Speaker, amalan ini adalah satu amalan yang tidak sihat.

Saya mencadangkan dana kerajaan persekutuan untuk negeri ini haruslah disatukan untuk membangunkan negeri ini memberi kemudahan kepada kawasan luar bandar supaya sama taraf kemudahan rakyat di kawasan bandar dan luar bandar. Datuk Speaker, pada kesempatan ini juga saya ingin menyentuh kemudahan jalan raya di negeri ini yang masih di tahap terlalu rendah tidak suai lagi dalam zaman ini. Contohnya di Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong, masih ramai kampung-kampung, masih banyak kampung-kampung masih menggunakan jalan gravel ataupun jalan tanah merah. Seolah-olah kita masih belum merdeka. Sepatutnya kita sudah 60 tahun merdeka, rakyat Malaysia di negeri Sabah harus turut sama menikmati kemudahan jalan raya seperti yang dinikmati oleh rakyat di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

Walhal Sabah kaya dengan sumber aslinya ataupun sumber alamnya seperti kayu balak, petroleum, gas dan lain-lain lagi. Tetapi apakah sebab semua ini boleh berlaku? Sepatutnya kepimpinan dalam negara berlaku adil kepada seluruh rakyat, tidak pilih kasih sama ada rakyat di Semenanjung Malaysia ataupun di negeri Sabah.

Datuk Speaker, saya mohon saya tujukan kepada Kementerian Belia dan Sukan ataupun Menteri Belia dan Sukan, saya mohon supaya kerja-kerja baik pulih Kompleks Sukan Tenom agar dapat dipercepatkan.

Saya difahamkan bahawa kontraktor sudah dilantikkan.

Selain daripada itu, saya juga mohon kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya dapat menaik taraf padang bola sepak di Pekan Kemabong dengan secepatnya oleh kerana kemudahan ini telah sekian lama berada di situ dan tidak berkualiti, kurang baik untuk digunakan oleh para belia dan beliawanis kita ataupun pihak sekolah yang menggunakan padang Pekan Kemabong ini. Tuan Speaker…

Speaker

Panjang lagi Yang Berhormat?

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ada satu lagi Datuk Speaker.

Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker.

Speaker

Kenapa?

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Kerana kita lihat dewan ini sekarang ini ada carpet.

Speaker

Ui.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Carpet merah, tahniah Datuk Speaker. Tuan Speaker Pancingan ini.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

DUN Dewan Undangan Negeri kita ada red carpet yang baru, tandas bersih, makanan pun cukup Datuk Speaker. Terima kasih.

Speaker

Tapi masa berucap sama juga.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Sebelum saya akhiri ucapan, saya ingin menyentuh sedikit ucapan oleh Yang Berhormat wakil daripada Inanam. Tadi beliau mungkin sama ada beliau sedar atau tidak sedar yang beliau menyatakan bahawa orang-orang politik tidak prihatin untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat negeri Sabah. Saya fikir orang politik ini sebenarnya dia berjuang untuk rakyat, saya tidak tahu yang lain.

Saya sebagai orang politik, selama ini saya benar-benar memperjuangkan untuk membasmi kemiskinan di kawasan saya.

Jadi saya harap kalau boleh Yang Berhormat Inanam tarik balik. Itu saya minta tadi mencelah tapi tidak dibenarkan.

Sebab kita serius untuk membangun dan untuk makluman kita tiada kuasa eksekutif.

Kuasa eksekutif ini adalah terdapat di penjawat awam dan kita hanya boleh menyuarakan.

Speaker

Tidak apalah itu.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

…perkara-perkara yang ada.

Speaker

Itu pandangan dari Inanam.

Itu pandangan Inanam.

Pandangan Inanam begitu, jadi biarlah dia dengan pandangan dia.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ya, maksud dia Datuk Speaker, dia kata orang politik jadi saya orang politik.

Speaker

Dia pun orang politik tu.

Datuk Rubin bin BalangPGRS · GRSKemabong

Ya, saya orang politik.

Jadi, Datuk Speaker sebelum saya akhiri ada satu perkara lagi yang saya ingin sentuh iaitu Kementerian Pertanian dan Perikanan berkaitan sektor pertanian yang diceburi oleh ramai rakyat sekian lama. Apakah rancangan kementerian dalam masa terdekat ini untuk membantu rakyat beralih kepada industri pertanian secara moden dan komersial?

Supaya para petani kita beroleh hasil yang berkualiti tinggi dengan kuantiti yang banyak untuk pasaran tempatan ataupun juga luar negara. Seperti penanaman buah-buahan yang berkualiti tinggi.

Saya penuh yakin sekiranya kerajaan membimbing mereka secara bersungguh-sungguh dan memperkenalkan kaedah pertanian moden juga bimbingan kepada mereka untuk mendapatkan dana kewangan dari mana-mana bank yang dipersetujui oleh pihak kerajaan. Saya mohon supaya pihak kerajaan, khasnya kementerian pertanian dapat membawa petani kita ke arah pertanian secara moden yang berteknologi tinggi seperti di tempat-tempat yang lain di Thailand ataupun juga di Taiwan, negara Taiwan dan negara Thailand.

Datuk Speaker, saya mohon menyokong Ucapan Dasar Kerajaan yang dizahirkan oleh Tuan Yang Terutama. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Kemabong.

Terima kasih kerana menghargai prasarana dalam dewan yang diberikan. Sekarang saya jemput, Yang Berhormat N.21 Luyang.

4.29 petang

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Datuk Speaker. Thank you so much.

Datuk Speaker terima kasih kerana memberi peluang kepada Luyang untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan kali ini.

Baru-baru ini, saya dapat baca satu berita berkenaan masalah bekalan air di Kota Kinabalu Industry Park, KKIP.

Walaupun, kita sedia maklum bahawa masalah bekalan air, ini bukan isu yang baru.

Perkara ini sudah banyak dibahas dan dibincang dalam Dewan Yang Mulia ini.

Ini pun dibincang oleh dan dibawa ke perhatian daripada rakan-rakan saya di dalam Dewan Yang Mulia ini. Malahan saya lihat masalah ini bertambah serius dalam tempoh satu ke dua tahun ini. Trend ini adalah amat membimbangkan Datuk Speaker dan boleh dijadikan satu halangan atau rintangan buat pembangunan Sabah.

Datuk Speaker, berita berkenaan masalah air di KKIP adalah dikemukakan oleh FMM iaitu Federation of Malaysian Manufacturer Sabah. Ini bererti...

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

… Manufacturers Sabah. Ini bererti masalah ini sudah sampai tahap yang cukup kritikal dan perlu diambil tindakan dengan segera kalau tidak ianya bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan rakyat di sekitarnya dan juga ianya akan mendatangkan impak yang cukup negatif implikasi yang buruk buat pembangunan Sabah. Cuba kita bayangkan sekiranya KKIP sebagai satu taman perindustrian satu tempat yang kita menarik pelaburan investment dan membolehkan Sabah mentransformasikan sebagai sebuah industrialized states. Satu bulan tiada bekalan air lima (5) ke enam (6) kali bagaimana kita nak meyakinkan pelabur-pelabur datang ke Sabah untuk melabur.

Datuk Speaker, ini bukan sahaja mungkin merosakkan usaha kita untuk menarik pelaburan malah ia juga akan menyusahkan syarikat-syarikat the industry players yang sedang beroperasi di KKIP.

Datuk Speaker, saya petik kenyataan dalam sidang media dari FMM lima (5) hari yang lalu, sebuah kilang mineral water yang sedang beroperasi di KKIP. Oleh kerana gangguan bekalan air yang kerap berlaku satu bulan lima (5) enam (6) kali yang berlaku di KKIP terpaksalah syarikat tempatan

itu terpaksa membeli air dari luar dan hantar air dengan pakai lori-lori tangki ke kilang.

Speaker

Jadi itu air dari tangki dia jual jadi mineral water?

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terpaksalah dia beli air itu air mentah dan dia proses sebagai mineral water Datuk Speaker.

Saya baca berita ini dengan perasaan mengejut dan bimbang kerana kalau kita punya kilang-kilang dan taman perindustrian pun ada masalah gangguan air, apatah lagi kehidupan rakyat yang biasa yang duduk di sekitarnya Menggatal, Inanam, Sepanggar, dan seluruh Kota Kinabalu.

Datuk Speaker, yang ironinya pada hari yang sama sedangkan mereka mengadakan sidang media untuk membuat tuduhan ataupun complaint about mengemukakan masalah air di KKIP, sebenarnya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri dan juga menteri pun ada di KKIP pada hari yang sama dan untuk menandatangani perjanjian untuk membuka sebuah kilang pembuatan panel kaca solar hari yang sama. Saya tidak memperkecilkan usaha kerajaan negeri menarik pelaburan. Saya suka dan saya mengalu-alukan kilang-kilang baru masuk ke KKIP ianya sudah tentu akan mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi negeri Sabah. Akan tetapi, saya rasa kalau kita tidak mengambil tindakan yang proaktif sekarang maka ianya sudah tentu akan memusnahkan segala usaha-usaha kita untuk membangunkan perindustrian di Sabah. Dan secara amnya saya tahu isu ini bukan sahaja berlaku di KKIP dan ini merupakan isu yang sangat besar buat seluruh Sabah. Yang lebih merisaukan ianya nampaknya semakin serius dari KKIP ke seluruh Sepanggar dan seluruh Kota Kinabalu dan ianya menjadi ia mungkin akan menjadi satu krisis yang besar buat ibu kota Kota Kinabalu kita.

Kalau air pun kita tidak upaya untuk sampaikan kepada pelabur dan rakyat biasa macam mana kita nak cakap kita Sabah Maju Jaya.

So, ini adalah masalah yang saya betul-betul nak tampilkan kepada barisan kabinet. Cuba kita bersama-sama untuk selesaikan sekurang-kurangnya pelabur kita sedangkan kita menarik pelabur pergi ke seluruh dunia untuk menarik mereka datang ke Sabah melabur mencipta peluang pekerjaan tapi air pun tiada. Macam

mana kita meyakinkan mereka datang ke Sabah. So, saya Datuk Speaker susulan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan pembukaan sempadan semula berkuatkuasa 1 April 2022, saya rasa kita tidak dapat mengelakkan bahawa Sabah harus bersedia untuk menerima semula pengembara dan juga pelancong-pelancong antarabangsa.

Ini adalah satu berita yang baik Datuk Speaker dan saya mengalu-alukan pengumuman tersebut. Ini adalah peluang emas untuk kita membangkitkan semula sektor pelancongan yang kita banggakan.

Walaupun kita ada bincang secara ringkas dalam sesi soal jawab kelmarin dan saya ingin meminta penjelasan secara lebih terperinci berkenaan kesiapsiagaan kerajaan negeri dalam pembukaan sempadan Sabah ini.

Sudah tentu berikutan pembukaan sempadan Sabah Lapangan Terbang Antarabangsa (KKIA) Kota Kinabalu akan melihat kenaikan kemasukan pelancongan pelancong dan pengembara secara mendadak. Adakah facility test and release ataupun pusat pemeriksaan kesihatan sudah pun disediakan. Adakah ia mencukupi untuk menampung keperluan atau kemasukan yang begitu besar sekali. Ini perlu dirancang dengan rapi.

Sedangkan saya alu-alukan usaha kementerian pelancongan di mana banyak syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa sudah buat firm planning. Ini adalah jawapan daripada Yang Berhormat Menteri kelmarin tapi dan juga mereka sedia untuk memulakan semula penerbangan langsung direct flight ke Sabah. Saya alu-alukan tapi kita tahu sektor pelancongan bukan sahaja berkaitan syarikat penerbangan ia juga melibatkan pengangkutan awam di bandar, fasiliti di lapangan terbang termasuk Sandakan dan Tawau, kesiapsiagaan di destinasi pelancongan seperti pulau-pulau dan juga pekan-pekan pelancongan seperti Kundasang. Semua ini perlu bersiap sedia untuk menerima semula pelancong antarabangsa dan cabarannya Datuk Speaker, adalah untuk pada masa yang sama untuk menjaga S.O.P dan keselamatan rakyat tempatan kerana kita tahu Sabah kini merupakan negeri yang paling terendah dari segi vaksinasi booster rate booster dose. Semua ini perlu diambil kira dan saya harap Kementerian Pelancongan akan menjelaskan secara terperinci dan komprehensif berkenaan langkah-langkah dan tindakan untuk kita menerima semula pengembara dan juga pelancong antarabangsa masuk ke Sabah. Kita alu-alukan. Kita ucapkan selamat datang kembali ke Sabah.

Datuk Speaker, kita banyak berbincang perkara-perkara yang amat penting khususnya berhubung kait Perjanjian Malaysia 1963 dan Hak-Hak Sabah dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya setuju dan saya sokong kita sebagai wakil rakyat dari Sabah sudah tentu dan sudah pasti kita mesti bersatu padu dan teguh dalam memperjuangkan hak-hak kita dikembalikan dari Kerajaan Persekutuan ke negeri Sabah.

Justeru, saya sokong kita mesti mendesak Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan kewajipan mereka untuk mengembalikan 40% kutipan hasil dari Sabah kembali ke Sabah. Saya turut menyokong usaha kerajaan negeri dalam mendapat balik hak produk Petroleum.

Saya turut menyokong lebih kuasa-kuasa di bawah senarai persekutuan harus dipindah ke senarai negeri. Datuk Speaker, sama sekali saya rasa perkara-perkara yang dibangkit oleh Yang Berhormat Dilantik tadi itu adalah sangat penting dan untuk dibawa dan dibincang dan dibahas dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya rasa ia memang sememangnya kita boleh bawa surat menyusul kepada barisan kabinet untuk diberi pertimbangan. Kita pun boleh war-warkan dalam media dan media sosial tapi saya rasa yang amat penting platform yang paling sesuai adalah dalam Dewan Yang Mulia ini. Justeru itu, saya rasa selaras dengan prinsip demokrasi dan amalan demokrasi berparlimen saya cadangkan.

Datuk Dr.

Tuan Speaker, mohon laluan.

Speaker

Ya, silakan. Datuk Dr.

Setuju tak Yang Berhormat Luyang, kiranya diadakan persidangan khas di dewan ini untuk membincangkan berkenaan dengan perkara MA63?. Terima kasih.

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

Terima kasih Yang Berhormat Sulabayan. Sudah tentulah kita perlu mengguna pakai ataupun memperkasakan Dewan Yang Mulia ini sebagai satu dewan rakyat dari Sabah untuk kita membincang perkara-perkara yang sangat penting. Justeru saya setuju kita perlu ada persidangan-persidangan untuk membincang perkara-perkara yang amat penting khususnya berhubung kait dengan hak-hak Sabah dan Perjanjian Malaysia…

Tuan Phoong Jin ZheDAP · WARISAN-PLUSLuyang

…hak-hak Sabah dan Perjanjian Malaysia 63.

Ini memang saya setuju dan saya justeru saya cadangkan, sudah tiba masanya kita harus mencapai satu persetujuan tak kira pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang, kita perlu mendokong amalan demokrasi dan kita perlu memperkasakan Dewan Yang Mulia ini supaya perkara-perkara yang penting dan masalah-masalah rakyat dapat kita ada masa, ada ruang yang mencukupi untuk kita bincangkan dan bawa ke Dewan yang mulia ini.

Seperti diamalkan di banyak negara demokrasi berparlimen, kita perlu tubuhkan lebih banyak Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas dalam Dewan yang mulia ini bagi khasnya bermesyuarat untuk membincangkan isu-isu penting seperti Isu Hak Sabah.

Dengan adanya Jawatankuasa Pilihan Khas dan yang bersifat be bipartisan ini, kita dapat mencari konsensus dan mencari solusi ke atas masalah-masalah yang kritikal seperti isu Pendatang Tanpa Izin, isu Kad Warga Asing, isu infrastruktur asas dan sebagainya.

Datuk Speaker, dengan pemerkasaan Dewan melalui pengwujudan Jawatankuasa Pilihan Khas, wakil-wakil rakyat mampu membawa usul ke Dewan Yang Mulia ini untuk membantu kerajaan untuk menambahbaikkan pentadbiran.

Ini adalah selaras dengan West Minister Democratic System.

Selain daripada Jawatankuasa Pilihan Khas, seperti mana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Senallang kemarin.

Kita perlu lanjutkan dan panjangkan sesi persidangan Dewan kita supaya isu-isu penting dapat dibincang dan diberi perhatian dengan masa yang mencukupi.

Di negara Australia dan Canada, Dewan-dewan Undangan Negeri bersidang sekurang-kurangnya 40 hingga 50 hari termasuk Sidang Jawatankuasa, tapi DUN kita hanya bersidang tak sampai 14 hari setahun. Ini sudah tentu tidak mencukupi khususnya kita ada lebih banyak wakil-wakil rakyat di dalam Dewan Yang Mulia ini

tak cukup untuk kita membincang begitu banyak isu-isu yang penting bahkan isu-isu rakyat di kawasan masing-masing.

Semua ini adalah untuk rakyat.

Datuk Speaker, kerana kalau kita dapat memperkasakan Dewan Yang Mulia ini, maka wakil-wakil rakyat kita dapat memainkan peranan yang lebih besar, suara rakyat dapat didengar dan diangkat. Barulah kita dapat menyakinkan rakyat bahawa Dewan Yang Mulia ini mampu menyelesaikan masalah mereka.

Baru mereka yakin, bahawa kita dalam Dewan Yang Mulia ini adalah untuk berkhidmat dan berjuang demi masa depan mereka. Dengan itu, sebelum saya akhiri ucapan saya, saya nak quote satu FNM punya report, news report, yang mana mulai bulan depan, Menteri ada di sini berkenaan masalah pelabuhan, port kita.

Saya difahamkan bahawa port punya fee, shipping fee akan naik sekurang-kurangnya 40% mulai bulan depan.

Saya rasa ini adalah satu change effect yang cukup besar, Datuk Speaker, kerana kalau kita punya port fee naik 40%, cuba kita bayangkan bagaimana kita punya kos-kos kehidupan dan juga barang-barang tempatan kerana barang-barang import kerana kita ada mengikut kenyataan FNM 80% produk di Sabah adalah import dari luar negara.

Ini maksudnya, kalau kita tidak control, kita tidak kawal, tidak ambil tindakan yang proaktif maka sudah tentulah mulai bulan depan, kita punya kos kehidupan, kita punya kos barangan akan naik sekurang-kurangnya naik 40%. So, Datuk Speaker, saya minta penjelasan apakah tindakan? Apakah langkah-langkah kita untuk mengatasi masalah ini? Kerana ini adalah isu besar.

Saya faham kerana ada isu-isu di seluruh global, ada faktor-faktor antarabangsa. Khususnya seluruh dunia pun ada kenaikan shipping fee tapi saya rasa Kerajaan Negeri harus menawarkan solusi kepada rakyat supaya menyakinkan kita punya pengusaha-pengusaha, peniaga-peniaga di Sabah supaya ini kos dia dapat dikawal dengan baik.

So, dengan itu saya berterima kasih kepada Datuk Speaker, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi ini. Saya juga ingin

mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam di Sabah dan Malaysia.

Sekian, terima kasih. Thank you so much. Xie, xie nie.

Speaker

Cukup? Cukup masa? Terima kasih Yang Berhormat Luyang. Sekarang saya persilakan Yang Berhormat N.62 Silam. 4:45 petang

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

Terima kasih Datuk Yang di-Pertua.

Bismillahirrahmannirrahim, assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera.

Datuk Speaker, saya merasa bertuah dan berterima kasih atas kesempatan diberi kepada saya untuk mengambil bahagian dalam Perbahasan Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Sri Panglima Doktor Hajah..Haji Juhar bin Mahirrudin sempena dengan Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Sabah yang Ke-16 pada hari Rabu, 16 hari bulan 3, 2022.

Datuk Speaker, perkara pertama yang ingin saya sentuh berkitan..berkaitan Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama ialah berkaitan dengan usaha kerajaan mengukur tanah untuk diwartakan sebagai Tanah Simpan..Simpanan Perkampungan Khas dengan sasaran Kerajaan Negeri untuk mewartakan untuk 75 kawasan sebagai Tanah Simpan Perkampungan. Saya tertarik dengan usaha ini, cuma dalam masa yang sama, saya berharap pihak kerajaan memberi keutamaan untuk mewartakan tanah-tanah perkampungan yang sedia ada di seluruh negeri Sabah dan telah wujud berpuluh tahun lamanya namun sehingga sekarang belum diwartakan sebagai perkampungan rasmi. Di kawasan DUN N.26 Silam, misalnya, kampung seperti Kampung Suaian dan Kampung Sri Aman telah pun wujud sejak beberapa puluh tahun lalu. Malah ad..

pada dasarnya ia pun telah diluluskan untuk diwartakan sebagai sebuah perkampungan semasa Kerajaan Sabah diterajui oleh Warisan, Parti Warisan dulu.

Oleh itu, demi rakyat terutama penduduk di kampung tersebut. Saya berharap kerajaan kini meneruskan usaha untuk merealisasikan pewartaan kampung tersebut dan begitu juga dengan 4 buah kampung iaitu Kampung Sabah Baru, Kampung Dasar Baru, Kampung PPRT dan Kampung Desa Bajau kerana dalam mesyuarat LUC, Lahad Datu pada awal tahun 2020, perkampungan tersebut telah disokong untuk diluluskan dan diwartakan sebagai sebuah kap..perkampungan. Jadi, sudilah apa kiranya kerajaan sekarang untuk membantu kampung-kampung ini memperolehi taraf mereka sebagai kampung yang diwartakan selaras prinsip ‘Demi Rakyat’ dan slogan ‘Sabah Maju Jaya’.

Apalah maknanya kita gah dengan papan tanda ‘Sabah Maju Jaya’ di sana-sini, namun kampung yang wujud ibarat sebuah negara yang belum merdeka kerana belum diwartakan.

Datuk Speaker, ingin saya menyentuh berkaitan dengan keselamatan pelajar-pelajar di si..di sekolah khususnya di SK Pekan II dan SMK Sepagaya Lahad Datu. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, ada 2 buah sekolah ini berhampiran dengan jalan raya 2 hala.

Sehala menuju ke Pusat Bandar dan sehala menuju ke Silam dan seterusnya ke Semporna, Kunak dan Tawau.

Apabila murid-murid di sekolah melalui 2 hala jalan ini, keselamatan mereka tidak terjamin walaupun ada pengawal untuk mereka menyeberang.

Masalah lain juga timbul, kereta yang melalui jalan tersebut akan jammed sehingga 101 km.

Saya mohon dan syorkan supaya pihak kerajaan membina jejantas untuk keselamatan murid-murid tersebut. Datuk Speaker, selanjutnya selaras hasrat pembangunan membina modal insan, saya ingin berkongsi maklumat bahawa di kawasan Parlimen P.188 Lahad Datu yang dikatakan lebih luas dari beberapa negeri di Semenanjung Malaysia seperti Perlis, tetapi malangnya, kawasan Parlimen yang mengandungi 4 DUN ini, hanya memiliki sebuah sekolah menengah agama itu yang terletak di Kunak. Justeru, saya mencadangkan agar sebuah lagi Sekolah Menengah Agama dapat dibina bagi menampung permintaan yang tinggi dari ibu…

Tuan Dumi bin Pg. MasdalWARISAN · WARISAN-PLUSSilam

...yang tinggi dari ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama tersebut.

Ini bagi membantu pencapai hasrat melahirkan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kelulusan akademik dan memiliki kemahiran yang baik, tetapi juga melahirkan insan akademik yang bertakwa. Kawasan pembinaan yang sesuai ialah sebuah kawasan yang terletak di persimpangan antara jalan menuju ke Kampung Bakapit dan Pungguk.

Datuk Speaker, dalam usaha membudayakan masyarakat prihatin dan ketika kita memberikan tumpuan khas kepada golongan warga emas dan OKU melalui inisiatif pembinaan Kompleks Bersepadu OKU dan Warga Emas, saya berharap agar kerajaan tidak terlepas pandang terhadap pesara yang terdiri tadi daripada bekas polis dan bekas tentera dalam sejarah negara. Selain pengorbanan anggota keselamatan menentang pergerakan penjenayah dan gerakan komunis, peristiwa berdarah di Kampung Tanduo, Tungku serta Kampung Simunul Semporna juga tercatat sebagai saksi pengorbanan pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan negara.

Peristiwa pencerobohan oleh penganas Sulu yang berlaku pada Mac 2013 ini akan kekal terpahat dalam minda perjuangan anak bangsa kita.

Namun, apakah pengorbanan mereka itu tidak cukup memberi kesan kepada kita untuk kita kenang?

Saya ulangi sekali lagi, apakah pengorbanan mereka itu tidak cukup memberi kesan kepada kita untuk kita kenang? Kalau kita fokuskan kepada pengorbanan bekas-bekas tentera dan polis yang berasal dari Sabah khususnya. Apakah inisiatif kita khususnya tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sabah sekarang untuk membantu mereka?

Untuk rekod semasa era Parti Pemerintahan BERJAYA memerintah negeri Sabah, Persatuan Bekas Polis Sabah telah dihadiahkan dengan sebuah bangunan tiga tingkat di Bandar Sinsuran untuk menempatkan Ibu Pejabat Persatuan Bekas-Bekas Polis Sabah, Cawangan Sabah bagi menjalankan aktiviti dan urusan persatuan khususnya bagi memudahkan persatuan membantu ahli-ahlinya.

Namun tempat, namun dalam tempoh yang sama bilangan anggota yang bersara dan pengorbanan yang dicurahkan kian bertambah. Kesempatan melawat Vietnam pada tahun 2010 mewujudkan rasa kagum saya terhadap pesara negara yang pernah mengalami tempoh perang yang agak panjang itu. Menghargai pesara pasukan keselamatan mereka, Kerajaan Vietnam menganugerahkan tanah seluas lima ekar seorang untuk tujuan bercucuk tanam dan membina rumah serta kehidupan selepas bersara.

Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan negeri mencontohi komitmen Kerajaan Vietnam itu dengan membantu pesara-pesara ini dalam pemilikan tanah sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan mereka.

Di Lahad Datu misalnya, kita mempunyai tanah yang luas termasuk di Felda Sahabat serta tanah milik Yayasan Sabah.

Apa salahnya mereka ini diberi sebahagian tanah tersebut bagi mereka meneruskan dan menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka. Kalau dapat lima ekar seorang pun jadi lah Tuan yang di Speaker.

Datuk Speaker, menyentuh tentang sektor pelancongan saya amat berharap agar potensi pelancongan untuk beberapa objek di lokasi pelancongan segera diperkasakan melalui promosi dan penyediaan kemudahan yang berkaitan. Ini termasuk kemudahan penginapan, keselamatan dan kebolehcapaian lokasi yang menempatkan objek pelancongan tersebut.

Perkara ini, telah disuarakan berulang kali oleh sahabat-sahabat saya dari DUN Kunak dan Tungku.

Namun kami tidak akan pernah jemu untuk terus mengulanginya di Dewan Yang Mulia ini kerana kita menyedari potensi yang ada pada objek lokasi pelancongan itu untuk Blue Ring, Hutan Sejati Madai termasuk Gua Madai dan seumpamanya.

Datuk Speaker, setiap kali Dewan Yang Mulia ini bersidang isu prasarana dan kemudahan asas tidak pernah terkecuali dari disentuh dan dibahas oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Isu seperti keperluan rangkaian jalan raya yang lebih baik dan selesa, bekalan air bersih, elektrik, kemudahan komunikasi dan seumpamanya masih menjadi isu utama dalam agenda pembangunan yang dibangkitkan oleh Wakil Rakyat.

Namun isu sedemikian, kelihatan masih belum menemui tanda-tanda penyelesaian. Ironinya keadaan itu tidak digambarkan dengan sebanyak-banyaknya mercu tanda

“SABAH MAJU JAYA” yang dibina baru oleh kerajaan negeri.

Dalam kesempatan ini juga saya ingin bertanya sehingga hari ini berapa banyak monument atau mercu tanda bertulis “SABAH MAJU JAYA” yang telah dibina seluruh Sabah dan kosnya, kos yang terlibat?

Datuk Speaker, dalam pada itu kita juga mengharapkan dengan kutipan hasil kerajaan mereka yang dikatakan meningkat kepada RM5.3 bilion maka penambahbaikan kemudahan-kemudahan asas akan berlaku selari dengan peningkatan pendapatan tersebut. Tidak guna kita mendabik dada dan berbangga dengan pendapatan yang meningkat tetapi kemudahan asas dinikmati rakyat semakin ke belakang.

Kita tidak mahu jalan raya yang dulu hanya sempit tapi kini bukan sahaja sempit tetapi berlubang-lubang seperti permukaan di bulan.

Kita tidak menginginkan bekalan elektrik yang dulu hidup selama 20 jam sehari kini hidup segan mati tidak mahu. Kita tidak perlu paip air dengan bekalan air yang dulu teruk kini hanya tinggal angin. Kita mahu Sabah yang benar-benar maju, Sabah yang benar-benar berjaya bukan sekadar di topik.

Datuk Speaker, pada persidangan tahun lalu pada bulan Disember, Silam ada dua isu dibangkitkan untuk tindakan.

Balai polis lama yang kini tidak digunakan lagi ditumbuhi pokok dan seolah-olah belukar dibiarkan begitu mencacat pandangan dan tidak ada tindakan daripada Pihak PBT, wal PBT tempatan, mohon kementerian berkenaan melihat perkara ini.

Jalan raya pantai yang mendap dilimpahi air laut apabila air pasang. Alhamdulillah, walau tidak dapat dilaksanakan dengan segera, Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kerja Raya Datuk Sri Panglima Mokhtar Radin telah melawat dan meninjau masalah tersebut. Datuk Speaker, akhir sekali saya berharap agar usaha sungguh-sungguh dilakukan memastikan segala dasar dan perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara telus demi kepentingan rakyat.

Agar kemenjadian slogan “SABAH MAJU JAYA” benar-benar dapat direalisasikan dalam erti kata sebenar dan tidak kekal pada takuk lama dan sekarang menjadi komitmen dan batu tanda sahaja.

Datuk Speaker, sekali lagi mohon ucapan terima kasih dan tahniah atas Ucapan Dasar Kerajaan Tuan Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Sekian.

Terima kasih.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.

Speaker

Walaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat N.62 Silam. Tidak pula saya tahu jalan di bulan tu berlubang-lubang tahu. Dengan itu, sekarang saya menjemput Ahli Yang Berhormat N.70 Kukusan. Komputer sudah bagus? 4:58 petang

Terima kasih, Datuk Tuan Speaker.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Unity.

Bismillahirrahmanirrahim.

Syukur Alhamdulillah kita diberikan kesempatan lagi untuk bersama di dalam Dewan Yang Mulia ini. Peluang ini ingin saya manfaatkan dengan membawa beberapa perkara yang ingin saya bawakan untuk pengetahuan dan tindakan kerajaan negeri dalam sidang DUN kali ini.

Sebagai ADUN, saya merakamkan terima kasih atas Ucapan Dasar TYT yang disampaikan pada pembukaan sidang pada 16 Mac tempoh hari.

Secara keseluruhannya isu-isu yang akan dikemukakan, yang akan saya kemukakan adalah berdasarkan keperluan, kehendak dan kebajikan rakyat.

Pertama sekali, saya ingin menyentuh sistem penghawa dingin di Perpustakaan Wilayah Tawau. Sejak mula saya bawa isu ketiadaan sistem penghawa dingin iaitu pengudaraan di perpustakaan ini pada Disember lalu, saya difahamkan pihak berkaitan telah turun padang meninjau masalah tersebut.

Terima kasih diucapkan kerana memberi maklum balas terhadap aduan yang disampaikan. Bagaimanapun, saya difahamkan terdapat cadangan daripada pihak yang melawat untuk meletakkan sistem penghawa dingin aircond portable sebagai langkah sementara, sementara menunggu kerja baik pulih sistem pengudaraan utama dilakukan.

Persoalannya, berapa banyak pula aircond mudah alih ini hendak digunakan beserta kosnya?

Jika ia digunakan berapa lama pula tempoh untuk melakukan kerja baik pulih sistem pengudaraan utama di perpustakaan berkenaan? Saya pasti ia akan mengambil masa yang lama kerana agak mustahil

membelanjakan puluhan ribu atau mungkin juga mencecah ratusan ribu untuk portable aircond tetapi hanya digunakan beberapa bulan sahaja....

… digunakan beberapa bulan sahaja.

Saya berharap kementerian pemberian memberikan peruntukan sewajarnya untuk kerja baik pulih berkenaan kerana masalah ini sudah pun berlanjutan lebih dua tahun.

Ia bukan sahaja memberi impak ketidakselesaan kepada pengguna dan kakitangan bertugas, tetapi juga mendatangkan kerugian lebih besar apabila boleh menjelas menjejaskan kualiti aset dalam perpustakaan tersebut, khususnya berkenaan buku-buku yang ada.

Isu kedua Tuan Datuk Speaker, isu jalan kerosakan Jalan Raya Utara Baharu. Isu kerosakan jalan raya di Sabah bukan lah satu perkara asing bagi rakyat di negeri ini kerana kami sudah mengalaminya sejak puluhan tahun lalu.

Apabila Yang Berhormat Menteri meminta rakyat bersabar untuk tempoh dua tahun setengah, mungkin beliau mampu untuk menggantikan tayar kenderaan-kenderaannya yang pecah berdasarkan sumber pendapatan bulanan tetap yang tinggi, namun situasi sebaliknya kepada rakyat. Ada yang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu dapat makan.

Jadi baru-baru ini, saya berada di Johor.

Sepanjang berada di sana, negeri yang juga lama diperintah atau dikuasai BN sama seperti Sabah, namun pembangunan di sana termasuk jalan raya yang ada, sangat baik. Susah untuk cari jalan raya yang rosak di sana.

Perjalanan pun rasa selamat serta selesa.

Sabah juga lama diperintah oleh BN. Usahakan usahkan jalan kampung atau luar bandar....

Speaker

Lama lagi Johor.

Ya.

Speaker

Mahu dua kali ganda itu tempoh dia.

Ok atau luar bandar seperti laluan bulan dari Sandakan ke Ranau, kita bercakap pasal laluan bulan tadi atau laluan komando dari Tawau ke Sapulut. Jalan bandar seperti Jalan Utara Baharu di mukim Kukusan juga teruk dengan lubang dan gelombangnya.

Seperti yang dikatakan ADUN Senallang yang juga Ketua Pembangkang, mengapa perlu kita bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat untuk kemudahan fasiliti di Sabah? Kerajaan negeri seharusnya sudah lebih berani untuk berdikari kerana usia 59 tahun bersama dalam membentuk Malaysia adalah satu tempoh yang lama. Tidak salah jika kerajaan negeri memberi peruntukan yang tinggi setiap tahun untuk kerja baik pulih jalan raya sementara menunggu Pan Borneo siap kerana kemudahan infrastruktur ini turut menyumbang semula kepada pulangan ekonomi negeri.

Saya berharap peluang kerajaan negeri bersama rakyat Sabah ke Johor semasa PRN tempoh hari bukan hanya digunakan untuk meraih undi semata-mata sebaliknya melihat bagaimana negeri itu boleh maju, ada fasiliti yang sangat baik, di bawah pemerintah daripada parti yang sama di negeri kita.

Isu yang ketiga adalah pembangunan semula kawasan Hilltop dan kawasan lapangan terbang di mukim Kukusan.

Meskipun Kukusan hanya mempunyai populasi tidak lebih daripada 30 ribu orang, namun kepadatan penduduknya mencecah 3,737 orang dengan kelua keluasan DUN terkecil di Parlimen Kalabakan, namun kami juga di Kukusan memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan negeri. Dua kawasan yang luas di tengah-tengah kawasan Kukusan sayangnya bertahun-tahun dibiarkan kosong tanpa ada sebarang pembangunan dilakukan. Seperti yang saya katakan pada sidang DUN yang lalu, Kukusan ini berpotensi sebagai sub-bandar kepada Tawau, malah menjadi jalan penghubung kepada daerah Kalabakan seterusnya kepada Kalimantan Timur yang bakal menjadi ibu negeri baharu Indonesia.

Indonesia kini sedang dalam fasa menyediakan Kalimantan Timur sebagai pusat pentadbiran baharu negara sebagai pusat pentadbiran baharu dengan menempatkan pegawai-pegawai kerajaan di sana.

Malah mereka juga sudah menjalin kerjasama dengan Sarawak menyediakan kemudahan bekalan elektrik

untuk dijual kepada Sabah. Menurut Ketua Menteri, Sabah bakal menerima bekalan elektrik dari Sarawak menjelang tahun depan dengan mengimport 30 megawatt bagi tempoh 15 tahun menerusi talian transmisi berkem berkembar sepanjang 31 kilometer dari Lawas, Sarawak ke Mengalong sekali gus dapat membantu ekonomi serta mengatasi masalah bekalan elektrik di sini.

Bagaimanapun, diharapkan agar kerajaan negeri jangan lupa meningkatkan pemantauan terhadap haiwan liar kerana menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli di Parlimen, gangguan haiwan liar ini menjadi antara punca berlakunya gangguan bekalan elektrik di Sabah. Nanti sia-sia kita import bekalan elektrik dari negara jiran. Alang-alang menyentuh isu ini, saya berharap kerajaan negeri dan SESB boleh berkongsi statistik mengenai gangguan bekalan elektrik disebabkan haiwan liar ini kerana isu ini memang agak rare dan sangat menarik perhatian rakyat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Saya juga teruja apabila kerajaan negeri akhirnya mahu memberi tumpuan bangu pembangunan di bandar sempadan, khususnya Tawau yang dilihat bakal menerima impak pemindahan ibu negara Indonesia.

Semoga pelan pembangunan itu turut membabitkan dua kawasan terbiar di Kukusan iaitu Hilltop dan Lapangan Terbang Lama kerana ia berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat ekonomi penduduk, PBT, dan negeri.

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu ekonomi di mukim Kukusan itu untuk rakyat nya sendiri.

Speaker

Banyak pun tidak apa kalau pasal ekonomi.

Terima kasih, Datuk Speaker. Seketika dulu di tengah-tengah Kukusan, terdapat satu tapak besar menempatkan peniaga-peniaga kecil yang terdiri daripada peniaga makanan, penjahit pakaian, bengkel, dan peniaga-peniaga bundle yang telah memulakan membina perniagaan mereka bertahun-tahun lamanya.

Namun, baru-baru ini telah dirobohkan oleh pihak PBT atas faktor pembangunan yang tidak sistematik.

Berapa ramai peniaga-peniaga kecil ini terjejas pendapatannya yang sudah lebih dua tahun berlalu masih belum ada tanda tapak ini akan dibuka semula atau dibangunkan.

Saya juga tertanya-tanya apalah nasib ibu tunggal yang punya anak kecil yang saya pernah datang ke kedainya untuk menjahit yang hanya mencari sesuap nasi dengan menjahit dengan membuka kedai jahit kecil di sana. Jadi itu adalah salah satu juga yang menjadi menjadi kekecewaan saya apabila bis peniaga-peniaga kecil ini yang memerlukan apatah lagi di era di pasca Covid ini.

Tidak ada sumber pendapatan yang boleh membantu mereka.

Isu keempat ya, Datuk Speaker.

Isu setinggan dan permasalahannya.

Saya perasan, saya rasa semua rata-rata wakil rakyat di sini juga membangkitkan isu setinggan di tempat mereka masing-masing kerana saya pasti juga kerana setakat ini belum ada lagi dasar yang jitu untuk menampakkan bahawa adanya pembaikan ataupun rancangan yang jitu untuk membaiki masalah setinggan yang terlalu lama di kawa di negeri kita.

Umum mengetahui isu setinggan turut menimbulkan beberapa masalah rantaian yang lain seperti jenayah, dadah, masalah kesihatan, kebersihan, pencemaran, curi air, penyambungan elektrik secara haram, dan sebagainya.

Justeru, apakah perancangan atau pelan kerajaan negeri....

Speaker

Kalau elektrik tiada macam mana dia mahu curi?

Sorry, Datuk?

Speaker

Kalau bekalan elektrik tiada, apa yang dia mahu curi?

Ini memang berlaku diorang mencuri current semua apa ya.

Jadi justeru, apakah perancangan atau pelanca pelan kerajaan negeri untuk menangani masalah setinggan di Sabah?

Pembinaan lebih banyak Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dilihat menjadi antara jalan mengatasi masalah setinggan. Mengambil kira kes kebakaran di Kampung Kurnia Jaya yang lebih daripada 1,000 mangsa warganegara Malaysia kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata. Malangnya, mereka hanya boleh menetap di PPS selama tiga hari mengikut

prosedur yang ditetapkan kerajaan dan mereka perlu mencari rumah sementara sendiri atau perlu menumpang di kediaman ahli keluarga yang lain. Bagi yang berkemampuan, bolehlah mereka membina semula kediaman dengan segera.

Namun, sebahagian besar penduduk setinggan adalah golongan susah, menyukarkan mereka berbuat demikian.

Jika di Kuala Lumpur atau Selangor, mangsa kebakaran di kawasan setinggan ini boleh ditempatkan di PPR atau PPRT dengan kadar segera, tetapi tidak bagi mangsa kebakaran di Kampung Kurnia Jaya apabila tiada kekosongan rumah PPR atau PPRT di Tawau.

Malah mangsa kebakaran setinggan di Batu Dua, Tawau yang mengorbankan dua nyawa manakala tujuh yang lain cedera pada Januari lalu, pun masih belum terbela sewajarnya.

Saya difahamkan sebelum ini ada juga penduduk terpaksa tinggal di khemah selepas PPS ditutup memandangkan mereka belum dapat atau tidak mampu berpindah ke tempat lain.

Justeru, mangsa kebakaran seperti ini tidak mempunyai banyak pilihan dan akhirnya kembali atau membina semula penempatan setinggan.

Seterusnya, masalah setinggan seperti jenayah, dadah, kesihatan, pencemaran, curi elektrik dan air akan berulang semula sebelum ia terbakar lagi dan rakyat kembali susah. Di kawasan saya sendiri, terdapat penempatan di sepanjang sungai yang setiap tahun mengorbankan nyawa penduduk kampung terutamanya kanak-kanak. Malang sebagai wakil rakyat pembangkang, permohonan untuk mema memagari kawasan sungai tersebut masih belum mendapat perhatian.

Berapa ramai nyawa lagi yang perlu terkorban sehingga pihak kerajaan negeri melihat keterdesakkan di situ? Begitu juga dengan beberapa perkampungan lama yang telah melahirkan beberapa generasi namun sehingga ke hari ini masih tidak mendapat gazet perkampungan seperti Kampung Airport Lama dan Kampung Sentosa walhal status tanah-tanah tersebut adalah dimiliki oleh kerajaan negeri.

Alasan yang diberikan adalah kampung-kampung ini terletak dalam Pelan Pembangunan Smart City yang sehingga sekarang juga tiada kepastian adakah pembangunan tersebut masih diteruskan atau tidak.

…masih diteruskan atau tidak.

Namun yang pasti, nasib penduduk-penduduk kampung ini masih tiada pembelaan sewajarnya. Fasiliti dan kemudahan yang disediakan terbantut begitu sahaja. Oleh kerana status kampung yang masih samar-samar.

Belia-belia kampung juga tidak dapat menjalankan aktiviti sukan dan riadah kerana bahkan untuk membina gelanggang pun, gelanggang sepak takraw sedikit pun juga tidak dapat diteruskan kerana isu status tanah tetap menjadi penghalang.

Kerajaan negeri bukanlah baharu malah mempunyai pengalaman lama dalam pentadbiran dan menguruskan negeri berbanding saya dan beberapa rakan di blok pembangkang yang lain yang masih fasa penggal pertama sebagai DUN, sebagai ADUN. Saya berharap kerajaan negeri tampil dengan pelan dan perancangan mengatasi masalah setinggan di Sabah. Malah, kami sebagai ADUN sedia memberi kerjasama sewajarnya kepada PBT atau kerajaan dalam memberi input berkaitan demi kesejahteraan rakyat dan negeri.

Akhir sekali, akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi ya Tuan Speaker kerana memberikan saya ruang mewakili suara Kukusan. Salam Ramadhan juga yang bakal menjelang tiba kepada muslimin dan muslimat. Ucapan teristimewa buat Datuk Speaker, selamat berpuasa dan selamat beribadah. Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T..

Mohon maaf segala kekhilafan dan kekurangan daripada saya. Majulah Sabah demi rakyatnya. Terima kasih. Sekian Wabilahitaufik Wal Hidayah Assalamualaikum warahmatullah.

Speaker

Waalaikumusalam.

Terima kasih Yang Berhormat Kukusan.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.47 Telupid. 5:13 petang

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Terima kasih Tuan Speaker atas peluang ini.

Saya berterima kasih kerana diberi peluang.

Dalam kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih dan tahniah atas Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada Istiadat

Pembukaan Penggal Ketiga Persidangan DUN Ke-16, Rabu yang lalu. Saya juga turut ingin mengucapkan tahniah pada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji..

Speaker

Sebentar Yang Berhormat.

Saya hanya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Kukusan tadi. Dia ada menyebut Ucapan Dasar TYT tapi sebaik-baiknya lain kali tolong sebut sepenuhnya Tuan Yang Terutama sebab TYT dia sebut TYT, TYT dia macam nama kedai runcit ja. Ya. Jadi hormat dia…..

Ya maaf Datuk Speaker. Ya, maklum.

Speaker

Teruskan.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Saya juga turut ingin dan mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di atas kepimpinan beliau menerajui kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seterusnya membawa Negeri Sabah ke mercu kejayaan, mudah-mudahan.

Datuk Speaker, saya mengapa mengamati Ucapan Dasar Tuan Yang Terutama mengenai masalah kemiskinan.

Datuk Speaker, masalah kemiskinan di Negeri Sabah tidaklah boleh dipandang remeh oleh kerajaan.

Kemiskinan yang membelenggu Negeri Sabah telah berabad lamanya. Di Dewan Parlimen disentuh mengenai beberapa daerah yang termiskin di Malaysia termasuk DUN Telupid. Oleh sebab itu, kita menyeru kepada kerajaan melalui kementerian yang dipertanggungjawabkan supaya mengambil langkah yang serius, komited untuk bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri Sabah terutamanya di luar bandar.

Kemiskinan ini menjadi liabiliti kepada kerajaan.

Sekiranya tiada pendekatan, langkah-langkah proaktif, langkah-langkah berani, langkah-langkah di luar kebiasaan yang diambil oleh kerajaan, maka kemisikinan ini tidak dapat diselesaikan.

Oleh sebab itu Datuk Speaker, saya menyeru kepada kementerian dan kerajaan supaya mengambil pendekatan yang berani untuk menyelesaikan masalah

kemiskinan di negeri Sabah, dengan pendapatan perkapita isi rumah yang rendah, sudah tentu kita tidak dapat menjana ekonomi di negeri ini. Justeru, menjadi liabiliti kita berterusan.

Justeru itu, kita mahu supaya pendapatan perkapita ini di kalangan isi rumah dapat ditingkatkan melalui program-program yang lebih agresif daripada kerajaan kerana pendapatan ini akan memberi kuasa beli kepada rakyat dan apabila rakyat ada pendapatan dan kuasa beli, maka dia dapat menjanakan ekonomi dan membantu meningkatkan ekonomi kepada negeri Sabah yang mana pada suatu ketika dulu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir memberi satu Garis Panduan 2020, negara Malaysia akan maju dan baru-baru ini Perdana Menteri kita juga memberikan Garis Panduan setelah tahun 2020 itu gagal mencapai matlamatnya.

Pada 2025, dikatakan oleh Perdana Menteri kita yang baru ini menjadi satu tahun untuk menyelesaikan masalah kemiskinan terutamanya di negeri Sabah. Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan melalui agensi kerajaan supaya mengambil langkah berani untuk mengambil inisiatif bagaimana untuk menyelesaikan masalah kemiskinan.

Salah satu yang kita boleh minta untuk kerajaan pertimbangkan iaitu melalui pembinaan rumah Burung Walit. Pembinaan rumah bulung, Burung Walit dengan produktiviti sarang burung yang pada hari ini mempunyai pasaran yang baik di dunia dan di negeri Sabah ini amat bertuah kerana kita ada Burung Walit yang banyak di negeri Sabah ini dan merupakan suatu perniagaan yang sangat berpotensi. Oleh sebab itu, kita memikirkan..

Speaker

Yang Berhormat ada rumah Burung Walit?

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ya, Tuan Speaker?

Speaker

Yang Berhormat ada rumah Burung Walit?

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Belum lagi.

Speaker

Belum lagi.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Tapi, akan datang.

Speaker

Oh, patutlah.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Kerana di Telupid kami lebih digalakkan dengan kelapa sawit.

Speaker

Bah, teruskan.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Oleh sebab itu Tuan Speaker, kita meminta kepada kerajaan khususnya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengambil langkah berani untuk melihat pembinaan burung walet kepada sasaran ketua isi rumah miskin tegar di negeri Sabah yang mencapai 41,490 ketua isi rumah mengikut statistik yang saya perolehi. Supaya dalam jangka 2022-2025, kita boleh mencari inisiatif untuk membina Burung Walit ini kepada miskin tegar ini. Bolehlah dicadangkan sekiranya kerajaan tidak mempunyai kecukupan peruntukan untuk melaksanakannya, kita mungkin boleh memikirkan tentang kaedah yang lain seperti yang saya sebutkan tadi kaedah yang lebih berani, iaitu dalam kaedah inisiatif pembiayaan swasta iaitu PFI.

Kerana sudah tentu ramai pengusaha di luar sana yang ingin berkongsi dengan perniagaan Burung Walit, sarang Burung Walit ini yang mempunyai pasaran yang baik diseluruh dunia.

Ditambahkan lagi dengan hasrat kerajaan untuk membina kilang pemprosesan sarang Burung Walit di negeri Sabah. Datuk Speaker,…

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker, matlamat ini atau visi ini mungkin boleh diimplementasikan oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri Sabah ini.

Bukan itu sahaja, mungkin juga tanaman jangka pendek yang mendatangkan pulangan yang lumayan kepada penduduk luar bandar seperti penanaman avocado, penanaman apa yang dipanggil sacha inchi juga nanas dan sebagainya yang tidak perlu memerlukan kawasan yang luas.

Speaker

Jangan daun ketum sudahlah.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Boleh juga sekiranya dijadikan sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh undang-undang demi kesihatan, kenapa tidak? Daripada dijual secara haram, bagus dihalalkan. Jadi ini semua Datuk Speaker, langkah yang drastik, langkah yang perlu diambil oleh kerajaan melalui kementerian kerana sekiranya kemiskinan ini tidak diselesaikan, rakyat terus mengeluh dan ini sudah tentu akan menjadi liabiliti kita. Kita terus memikirkan cara untuk bagaimana menjadi sebuah negeri yang maju tapi dalam hal yang sama, rakyat kita di luar bandar masih daif.

Kalau pun kita tidak boleh menyediakan jalan yang baik, air yang bersih kepada mereka tetapi sekiranya mereka ada pendapatan, mereka boleh juga untuk membeli generator untuk isap air di sungai dan juga mungkin mereka boleh membeli kereta yang lebih baik sikit.

Ini sudahlah jalan raya tidak baik dan juga tiada bekalan air bersih, pendapatan lagi tiada, anak lagi ramai, hurmm. Jadi inilah yang kita minta kepada kerajaan persekutuan juga yang kita pohon supaya memberikan peruntukan yang lebih kepada Kementerian Luar Bandar dan juga agensi-agensi kerajaan kementerian yang lain untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri Sabah ini. Ini yang kita mahu kerana orang-orang miskin inilah yang selalu bercakap tentang masalah kita di negeri Sabah.

Datuk Speaker, dalam ke arah untuk membantu merealisasikan juga semua yang saya perkatakan tadi, kita juga juga meminta kepada kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah mempercepatkan pengeluaran geran tanah yang mana kalau di Daerah Telupid, pengukuran melalui kaedah pantas sudah pun dibuat. Malangnya lepas ukur, geran tanah belum keluar.

Saya tidak tahu apa lagi masalah. Tahun lalu kita dijanjikan sebelum habis tahun lalu hujung tahun, kita akan keluarkan geran tanah di Daerah Telupid tapi kita masih memberi peluang tapi janganlah terlalu lama kerana kita sentiasa dituntut oleh rakyat. Sudah ukur geran belum keluar, kenapa geran itu sangat penting bagi orang kampung? Pertama, mungkin mereka boleh loan, boleh loan tanah geran tersebut dan boleh memulakan perniagaan.

Ada perniagaan, ada peluang pekerjaan, mencipta peluang pekerjaan. Ada peluang pekerjaan, ada kuasa beli.

Ada kuasa beli, apa bisnes pun boleh dibuat.

Speaker

Tapi tahun 2025 keluar lah itu geran itu.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker, selain daripada kegunaan untuk di loan barangkali.

Geran tanah juga ini perlu untuk menyalurkan bantuan-bantuan kerajaan seperti RISDA.

RISDA perlu geran tanah.

Tanam getah perlu geran tanah.

Demikian juga LIGS, LIGS perlu geran tanah. Demikian juga RMR, Rumah Mesra Rakyat di bawah Suruhanjaya Perumahan Nasional Berhad perlu geran tanah. Apa-apa bantuan kerajaan memerlukan geran tanah. Oleh sebab itu Datuk Speaker, saya memohon kepada kerajaan supaya mana-mana tanah yang sudah diukur, tolonglah keluarkan lah geran tanah. Di Daerah Telupid, saya berterima kasih kepada kerajaan kerana sudah diwar-warkan ada satu pejabat baru untuk jabatan tanah, kod tanah pun sudah ada di Daerah Telupid tapi pejabatnya belum lagi ada. Dan sudah difahamkan akan dibuat satu pejabat jabatan tanah di Daerah Telupid.

Saya berterima kasih cuma percepatkan sedikit keberadaan pejabat jabatan tanah di Daerah Telupid supaya orang-orang Telupid janganlah berulang alik ke Beluran. Kesian orang-orang Telupid yang berulang alik di Jabatan Tanah Daerah Beluran. Tambah lagi dengan jalan yang ya, ada sedikit lubang lah, taruh sedikit dulu.

Speaker

Sedikit ya.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh mengenai dengan masalah banjir di DaerahTelupid.

Speaker

Banyak lagi YB?

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ada lagi tiga lagi.

Masalah banjir ini mempengaruhi sedikit sebanyak pendapatan isi rumah bagi kawasan Daerah Telupid yang sering dinaiki banjir.

Banjir pada kali ini amat luar biasa mengikut orang-orang yang saya berjumpa ketika banjir, empat hari saya bersama-sama dengan mereka di kawasan banjir, melawat banjir. Dia beritahu bahawa 50 tahun banjir ini tidak berlaku. Kenapa tiba-tiba berlaku banjir yang tidak pernah berlaku? Oleh sebab itu Datuk Speaker, sampai satu masanya Jabatan Pengairan dan Saliran mengkaji semula seperti di daerah-daerah lain.

Mengkaji semula tahap kedalaman sungai di setiap sungai-sungai utama ini.

Kerana pada saya, punca

utama ini apabila ada pembangunan di hulu-hulu sungai, bukit-bukit, semua sampah, semua lumpur, tanah akan ke sungai dan apabila akan ke sungai, sungai akan menjadi cetek.

Apabila sungai menjadi cetek, air itu akan melimpah kemudian apabila melimpah, semua tanaman, harta benda, binatang dan sebagainya akan musnah.

Kita minta kepada kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, banjir ini kalau satu kali melanda akan mendatangkan kerugian yang berjuta-juta ringgit. Apabila banjir berjuta-juta ringgit akan habis duit maka kita akan memotong peruntukan-peruntukan yang keutamaan yang telah dibincangkan dalam DUN ini untuk menyelesaikan masalah banjir pula. Itulah yang masalah dia yang selalu berlaku. Demikian juga dengan COVID baru-baru, beberapa bilion kita habis dan banjir berapa ratus juta kita habis? Kalau ini berkekalan maka perbelanjaan kerajaan kita ini sering kali terganggu dan apabila sering kali terganggu maka hasrat kita untuk memajukan negeri kita ini akan terbantut juga.

Oleh sebab itu, Datuk Speaker.

Speaker

Mula gulung.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Saya, saya minta kepada kerajaan supaya mengkaji setiap sungai-sungai utama ini.

Saya bersetuju dengan YB Lumadan supaya mendalamkan kuala-kuala sungai ini dan sungai-sungai kecil juga supaya aliran air ini terus ke laut dan kemudian tidak menyebabkan banjir. Untuk pengetahuan Datuk Speaker, ada beberapa rumah yang runtuh ketika banjir di Telupid. Kampung Tembidong-Bidong ini sudah lah pulau, padat orang kampung tinggal di tepi sungai, runtuh tiba-tiba tengah malam. Syok-syok berpeluk barangkali kesian, runtuh jadi bayangkan lah Datuk Speaker.

Speaker

Mesti mahu awas-awas juga kalau malam.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Banjir kita tidak boleh jangka Datuk Speaker.

Tengah malam dia datang bagaimana? Hujan tiada. Di hulu hujan, di hilir menerima limpahan banjir. Hakisan tanah and then tanah runtuh. Mujurlah tiada kecelakatan... kelacakan... kecelakaan jiwa.

Datuk Speaker, saya juga memohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran supaya mengaktifkan semula siren ataupun bunyi kecemasan semasa banjir sebab apabila di Ranau akan banjir membawa banjir ke Telupid, tengah malam baru sampai dia punya banjir, orang tidak dapat bersedia kerana tiada siren. Jadi kita minta...

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

… siren. Jadi kita minta kepada JPS untuk meletakkan bunyi dipanggil bunyi penggera atau pun ah bunyi kecemasan di beberapa tempat supaya boleh memberi signal kepada orang kampung untuk berpindah.

Speaker

Kalau di kampung tiada bekalan elektrik siren tiada juga guna.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Pakai solar bah. Boleh juga cari alternatif.

Pakai solar.

Datuk Speaker, saya juga ingin menyentuh mengenai dengan ah masalah bekalan air di Daerah Telupid seperti yang selalu saya sentuh. Saya sering kali menghadapi kritikan, tohmahan malahan makian sampai ada pegawai yang left dalam group Aduan Jabatan Air. Tidak tahan sudah kena maki.

Speaker

Itulah bahananya jadi wakil rakyat.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Walau bagaimanapun kita mesti ada tempoh Speaker. Kalau bertukar ganti, YB pun kena maki juga itu tandanya tiada KPI sudah itu.

Speaker

Jadi YB ini kena maki sekarang sudah territory lah.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Apa yang kita mahu Datuk Speaker, supaya ada tindakan drastik apabila diumumkan dalam Dewan Yang Mulia ini kita mahu lihatlah perlaksanaannya juga.

Kita sudah diumumkan kalau di Telupid ada kelulusan untuk naik taraf bekalan air daerah Telupid.

Jadi saya memohonlah supaya projek ini dapat dijalankan secepat mungkin untuk mengatasi masalah air

kami di Telupid.

Air kami di Telupid untuk makluman Datuk Speaker, kalau dia punya loji mahu 20 lebih tahun, 30 lebih tahun sudah. Jadi kapasiti pengguna sudah ramai. Paip pun masih kecil. Intake pump pun yang horse powernya berapa sahaja. Jadi, inilah yang perlu di..di..dinaik taraf segera saya difahamkan dan terima kasih kerana telah diumumkan juga ada kelulusan tapi saya tidak berani umumkan di kawasan kalau itu kontraktor belum pergi buat itu paip lah.

Speaker

Okey, gulung.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Okey, Datuk Speaker.

Demikian juga dengan elektrik.

Masalah elektrik yang sering saya bangkitkan dalam dewan ini. Kerosakan barang-barang elektrik kepada orang-orang kampung. Kesian. Ice box, penghawa dingin, TV, radio dan sebagainya.

Elektrik tidak stabil.

Ada bekalan elektrik tapi tidak stabil. Tidak tahu apa masalah dia. Jadi kita minta juga ini supaya diambil perhatian kerana ini juga menjadi halangan atau masalah kepada penduduk kita di luar bandar kerana sering kerosakan barang elektrik. Datuk Speaker, terima kasih atas kesempatan yang diberi kepada saya. Saya juga berterima kasih kerana saya melihat senarai ada menara-menara komunikasi yang bakal dibina di daerah Telupid setelah saya melaporkan kepada SKMM. Terima kasih. Ada beberapa makluman kepada saya bahawa ada 12 tower akan dibina di Telupid melalui program JENDELA dan yang setakat ini saya nampak baru ada 2 yang siap. Dan saya memohon juga ini supaya dapat dipercepatkan supaya anak-anak kita yang belajar di luar bandar itu dapat mengakses internet dan sekarang ini penduduk luar bandar juga memerlukan internet untuk menjual produk-produk mereka.

Sudah tentu ini akan menggagalkan hasrat mereka sekiranya internet ataupun pemancar ini tidak dapat membantu penduduk kita di luar bandar. Datuk Speaker, saya juga ingin berterima kasih kepada kerajaan yang mana dalam beberapa tahun ini ada beberapa projek yang telah dilakukan di daerah Telupid khususnya pada SMK Ulu Sapi iaitu SMK yang baru telah dibina sedang dibina di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terima kasih kepada kerajaan kerana begitu lama kami menunggu SMK ini yang mana berkongsi dengan SK. Macam sardin sudah. Tapi sekarang ini saya melihat SMK Ulu Sapi sedang dibina di daerah Telupid. Demikian juga dengan Pejabat Majlis Daerah Telupid yang sedang dibina

dan juga pemberian 2 buah Lori Pengangkut Sampah telah diberikan oleh KKTP. Terima kasih kepada KKTP yang membantu saya dalam masalah mengangkut sampah di daerah Telupid dan saya juga ingin mencadangkan supaya pusat pelupusan sampah di daerah Telupid diperbesarkan kerana yang sekarang ini pusat pelupusan sampah sudah penuh dan kita memohon supaya kementerian dapat meluluskan permohonan Majlis Daerah Telupid.

Speaker

Gulung ya YB.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Untuk pelupusan sampah yang baru.

Speaker

Lebih daripada 3 perkara sudah itu.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Ini terima kasih kepada yang sudah dilakukan di daerah Telupid.

Tidak adil juga kalau mahu minta tapi yang sudah diminta itu tidak berterima kasih.

Saya juga berterima kasih baru-baru ini telah dilancarkan kerja-kerja awalan bagi ladang khinzir di Entilibon Tongod yang bersebelahan dengan berdekatan dengan daerah Telupid bersempadan dengan daerah Telupid yang mana projek ini ah menyediakan peluang pekerjaan dalam lingkungan 500 orang. Sudah tentu ini memberi peluang kepada penduduk Tongod dan juga daerah Telupid. Terima kasih kepada Menteri Pertanian kerana akhirnya ladang khinzir ini dapat dilaksanakan di daerah Telupid, bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah-masalah pencemaran bagi penternak-penternak khinzir di kawasan bandar seperti Papar, Inanam dan sebagainya yang mana mendapat rungutan penduduk mengenai dengan pencemaran air dan dengan adanya pemusatan di daerah Tongod dan Telupid ini maka selesai masalah di kawasan-kawasan penternak-penternak khinzir di daerah lain.

Dan sudah tentu ini akan menjadi limpahan ekonomi kepada DUN Telupid dan DUN Kuamut juga. Ini terima kasih kepada Kerajaan.

Datuk Speaker, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua rakan-rakan kaum muslimin dan muslimat dan juga selamat menyambut Kaamatan yang bakal dilangsungkan pada bulan Mei. Dengan itu saya

mencadang.

Sekian dan terima kasih.

Saya menyokong.

Minta maaf.

Saya menyokong. Terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Telupid.

Maki hamun ni jadi halwa telinga wakil rakyat. “Kalau tidak sanggup dipukul badai, jangan berumah di tepi pantai”.

Tuan Jonnybone J. KurumPBS · GRSTelupid

Tapi Datuk Speaker, bikin pendek umur itu kalau selalu. Kena tinggi darah. (Ketawa).

Speaker

Check doctor sebelum bertanding. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.4 Tanjong Kapor. 5:39 petang

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

Terima kasih saya ucapkan kerana memberi saya ruang untuk mengambil bahagian dalam Ucapan Dasar Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 16 Mac 2022 yang lalu. Dengan sukacitanya saya menyokong penuh Dasar Kerajaan Negeri Sabah yang mahu meneruskan usaha untuk memberikan tanah kepada rakyat tempatan negeri ini.

Saya juga mengalu-alukan usaha Tanah Rancangan Kerajaan Negeri untuk membasmi miskin tegar menjelang 2025. Dengan 10 daerah telah diberi penumpuan khusus serta Rancangan Pembinaan Rumah Kos Rendah dan sebanyak 3,842 buah Rumah Mampu Milik untuk seluruh rakyat Sabah. Cuma saya mohon agar kawasan saya di Tanjong Kapor tidak tercicir daripada penerima geran tanah dan penerima Rumah Kos Rendah serta Rumah Mampu Milik tersebut.

Datuk Speaker, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri terutamanya Yang Amat Berhormat Sulaman, Ketua Menteri Sabah dan beberapa orang wakil rakyat seperti Yang Berhormat Membakut, Yang Berhormat Pitas, Yang Berhormat Tulid, Yang Berhormat Matunggong dan beberapa Yang Berhormat-Yang Berhormat lagi yang mana saya tidak dapat sebut satu per satu di sini kerana sudi datang ke Kudat untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang yang baru mengalami musibah kebakaran yang melibatkan lebih kurang 110 buah rumah keseluruhannya…

Tuan Chong Chen Bin [Tanjong Kapor]:...Yang Berhormat lagi, yang mana saya tidak dapat sebut satu persatu di sini kerana sudi datang ke Kudat untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang yang baru mengalami musibah kebakaran yang melibatkan lebih kurang 110 buah rumah keseluruhannya. Saya berharap pihak kerajaan negeri dapat mempercepatkan proses pengagihan dalam bentuk bahan binaan yang bernilai RM 20 ribu itu, dan juga mempercepatkan pengagihan lot-lot tanah kepada mangsa kebakaran supaya mangsa-mangsa kebakaran ini dapat membina rumah semula di lot-lot yang diberikan, demi keselesaan seluruh keluarga mangsa kebakaran.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada rombongan Mutiara GRS yang diketuai oleh isteri Yang Amat Berhormat Sulaman kerana sudi datang ke Kudat untuk memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran Kampung Landung Ayang, Kudat beberapa hari yang lalu.

Datuk Speaker, di kesempatan ini saya ingin majukan beberapa cadangan dan masalah yang sering dialami oleh rakyat yang berada di sekitar Kudat, kepada kementerian yang diberi amanah.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri bahawa sudah tiba masanya kita menyelesaikan masalah setinggan yang kian lama berlaku sejak beberapa puluh tahun yang lalu.

Masalah ini sering dikaitkan dengan masalah PTI, masalah sosial, masalah dadah dan lain-lain lagi.

Saya juga ingin mencadangkan sekali lagi agar kerajaan negeri memberikan tumpuan khusus terhadap industri hiliran yang pasti akan membantu kerajaan bukan sahaja mencapai misi miskin tegar sifar, tapi turut akan menaikkan pendapatan perkapita penduduk di luar bandar.

Penumbuhan menaikkan industri hiliran pasti akan memberi impak yang cukup signifikan bukan sahaja kepada ekonomi penduduk setempat tapi juga kepada pembangunan negeri Sabah.

Selain itu, pastikan segala bahan mentah yang diperolehi di Wilayah Sabah, dilarang sekali untuk mengeksport ke luar Wilayah Sabah dengan alasan memproses di tempat lain. Minta pelabur supaya buat kilang

di Wilayah Sabah, kalau mahu dapatkan bahan mentah daripada Sabah. Ini untuk memastikan bahawa segala bahan mentah yang diperolehi di Wilayah Sabah dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada anak jati Sabah sendiri.

Selain dua cadangan tadi, ingin saya tegaskan di sini bahawa timbul rasa gusar di hati apabila membaca laporan akhbar pada 17 Mac lepas bahawa jumlah pendatang asing ataupun PTI akan terus bertambah pada tahun ini. Laporan yang disiarkan di Daily Express itu telah menemu ramah beberapa warga Filipina, yang telah tamat pas lawatan mereka ke Sabah.

Mereka dilaporkan enggan, saya ulang enggan pulang ke negara asal mereka akibat kos sara hidup yang meningkat di sana. Maka itu, mereka akan terus menetap dan bekerja di Sabah, iaitu secara haram sehingga ekonomi kembali pulih.

Datuk Speaker, saya ingin bertanya kepada kerajaan Sabah, apakah tindakan kerajaan yang telah berjanji untuk menghantar warga asing ini kembali ke negara asal mereka dengan pengakuan berani PTI-PTI ini? Adakah benar selepas 17 bulan memerintah Wilayah Sabah, kerajaan negeri hanya mampu menghantar kurang daripada 3,000 PTI ke negara asal mereka?

Datuk Speaker, ingin saya mengemukakan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh penduduk di sekitar Kudat. Yang pertama, keadaan malam yang gelap, lampu jalan tidak berfungsi walaupun di kawasan bandar atau kawasan pekan di sekitar Kudat. Keadaan ini seolah-olah kita masih hidup di zaman 70-an lagi. Sepanjang jalan Golf Club Kudat, Simpang Pantai Papat, Simpang Friendly Town yang telah mengakibatkan kemalangan jalan raya, sehingga berlaku kematian akibat lampu jalan yang tidak berfungsi dan keadaan yang gelap.

Oleh itu, saya berharap kementerian yang bertanggungjawab mengenai masalah lampu jalan ini dapat memberi perhatian dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah lampu jalan ini.

Nombor dua, keadaan jalan yang rosak.

Masalah ini saya rasa tidak asing lagi terutamanya di Dewan yang Mulia ini.

Setengah jalan di bawah penyelenggaraan syarikat konsesi juga dilihat tidak melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan memperbaiki jalan-jalan yang rosak di kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Jalan masuk ke Hospital Kudat, Jalan Kg. Sungai Karang, Jalan Kg. Tiga

Papan, Jalan Kg. Suampai, Jalan Esplanade Kudat, jalan atau tempat parking sekitar Terminal Feri Banggi, Jalan Kg. Tambilit, Jalan Kg. Masangkung, jalan menuju ke Tip Of Borneo, jalan -jalan menuju ke beberapa kampung pedalaman darat seperti Jalan Kg. Lokoton, Jalan Kg. Nilau dan banyak jalan kampung lagi, yang merupakan jalan -jalan yang dikatakan berada di tahap kritikal yang sangat perlu diselenggarakan dengan kadar segera.

Yang nombor tiga, masalah gangguan air dan elektrik.

Saya difahamkan masalah ini sering dikaitkan bersama kerana kadangkala masalah sekatan air ini disebabkan oleh gangguan elektrik. Tangki air Kg. Suampai yang telah siap setahun yang lalu, tetapi penduduk di sekitar Kg. Suampai masih belum lagi dapat bekalan air bersih sehingga kini. Manakala gangguan elektrik merupakan masalah yang telah berlaku tiap hari di sekitar Kudat.

Baru-baru ini, saya nampak satu berita bahawa menteri persekutuan mengatakan bahawa masalah gangguan elektrik ini disebabkan oleh binatang liar yang ada di wilayah ini.

Sejauh manakah kesahihan alasan yang mengaitkan masalah gangguan elektrik ini disebabkan oleh binatang liar? Tak kan Wilayah Sarawak tiada binatang liar?

Begitu juga dengan negeri-negeri yang di Semenanjung Malaysia, tiada binatang liar pula yang boleh menggangu bekalan elektrik diputuskan tiba-tiba. Yang nombor empat, Taman Rekreasi Awam Kudat. Saya difahamkan projek taman awam ini telah disiapkan sepenuhnya dengan peruntukan jutaan ringgit. Tetapi tiada agensi yang bertanggungjawab untuk maintenance work di taman ini. Rumput setinggi orang dan semak, masalah sampah sarap merata tempat. Tidak nampak ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan Taman Rekreasi Awam Kudat ini.

Masalah yang kelima, masalah tong sampah yang tidak cukup atau langsung tiada di tempat yang difikirkan perlu.

Saya faham bahawa bagi kawasan yang tidak membayar cukai pintu, tiada perkhidmatan pembuangan sampah, lampu jalan dan lain-lain lagi. Tempat-tempat seperti Tip Of Borneo, Pantai Kelambu, Pantai Papat yang merupakan tempat peranginan yang begitu popular, tempat kunjungan pelancong-pelancong, tempat ini ada hotel, ada restoran, ada homestay tetapi tiada tempat pembuangan sampah. Apa logiknya? Tempat ini juga tidak ada handphone

line coverage, tiada lampu jalan. Tak kan tong sampah pun tidak mampu dibekalkan untuk keselesaan rakyat?

Datuk Speaker, saya tahu masalah-masalah yang saya ajukan tadi adalah disebabkan oleh kekangan peruntukan.

Kita hanya dapat extra peruntukan ini melalui perjuangan MA63 supaya kita dapat memperolehi peruntukan yang sepatutnya, duit yang sepatutnya kita boleh dapat dan merupakan hak milik kita. Marilah kita sama-sama memperjuangkan MA63 demi keselesaan seluruh rakyat yang berada di seluruh Sabah tanpa mengira persefahaman politik yang berlainan di antara pihak kerajaan dan juga blok pembangkang.

Tuan Chong Chen BinPGRS · GRSTanjong Kapor

... juga blok pembangkang. Kami akan menyokong kepada dasar kerajaan yang membawa manfaat kepada rakyat. Rakyat didahulukan, wilayah Sabah diutamakan.

Datuk Speaker, saya mohon dipertimbangkan. Sekian dan terima kasih. Tuan

Speaker

Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Kapor atas luahan mengenai kawasan Tanjong Kapor ya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.8 Pintasan.

5.51 petang

Terima kasih Datuk Speaker.

Assalamualaikum warah, assalamualaikum, salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Keluarga Malaysia.

Speaker

Waalaikumusalam.

Terima kasih, Datuk Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada hari ini setelah sekian lama kita berada dalam suasana pandemik yang agak mencabar ini.

Datuk Speaker, dalam Dewan Yang Mulia ini, saya menyokong penuh kenyataan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri bahawa tuntutan Filipina adalah tidak berasas

sama sekali.

Dengan ini saya meminta Dewan Yang Mulia ini, merakamkan cadangan dan ketegasan saya supaya bermula pada hari ini, kerajaan pusat dan Sabah tidak lagi melayan mana-mana lagi individu yang menuntut dan menganggap diri mereka sebagai waris Sultan Sulu.

Datuk Speaker, seperti yang kita sedia maklum, dengan tekanan ekonomi akibat pandemik COVID-19 ini, juga tidak hairan jika kadar kemiskinan akan terus meningkat dan bilangan kadar pengangguran juga akan terus meningkat.

Kemiskinan perlu dilihat dari pelbagai sudut dan keadaan.

Ianya bukan semata-mata berdasarkan pendapatan bulanan, tetapi juga capaian atau akses kepada kemudahan-kemudahan awam seperti capaian internet, pendidikan, kesihatan, informasi dan layanan, makanan sihat, pengangkutan, bekalan dan air bersih, dan lain-lain lagi capaian penting untuk kelangsungan kehidupan. Di negeri Sabah misalnya, sesetengah penduduk kampung tidak mempunyai akses kepada kemudahan kesihatan ataupun pendidikan kerana pelbagai halangan seperti pengangkutan awam yang sangat menyusahkan dan kos yang mahal. Bagi golongan B40, tuntutan perbelanjaan tambahan untuk akses kepada kemudahan terpaksa ditanggung dan ini menggandakan lagi bebanan kewangan. Oleh yang demikian, pendekatan yang lebih menyeluruh perlu dilihat dalam menangani kemiskinan di kawasan-kawasan penempatan golongan B40, harus dikenal pasti dan disediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan sebagai mengurangkan bebanan mereka. Di sini saya menggesa Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya serta agensi-agensi berkaitan untuk mengambil berat perkara tersebut.

Datuk Speaker, dalam era Revolusi Industri 4.0 ini, komunikasi maya adalah kaedah kerja baharu yang mana perlu dikuasai oleh masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar. Mesyuarat tanpa bersemuka secara fizikal kini boleh dibuat di mana-mana sahaja melalui talian dengan syarat mempunyai liputan internet. Keperluan internet bukan lagi pilihan tetapi keperluan yang semakin penting dan utama memudahkan urusan seperti pembayaran bil, cukai jalan, transaksi bank, pembelian, dan urusan-urusan seharian yang lain. Kini kita sudah biasa mengambil perkhidmatan kereta grab, tempahan makanan secara talian, dan mengikuti promosi

perniagaan melalui media sosial dan dengan hanya menggunakan pelbagai aplikasi yang mudah yang ada dalam telefon bimbit.

Dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, telah membuktikan bahawa liputan internet adalah aspek utama bagi memastikan komunikasi dan ekonomi masyarakat terjamin dalam penjarakan sosial dapat dipataui dipatuhi dan dikurangkan demi membendung jangkitan dan penularan virus.

Aplikasi MySejahtera misalnya, ia dapat membantu masyarakat untuk membolehkan mereka mendaftar bagi vaksinasi jika tiada liputan internet di kawasan mereka.

Revolusi Industri 4.0 akan menjana perubahan yang pesat dan pantas dan masyarakat tidak harus kekal dengan kebiasaan lama dan kepantasan teknologi. Kemahiran pengetahuan yang lama sudah tidak lagi relevan dan tersingkir. Misalnya, kedai-kedai maya kini semakin popular dan menjadi pilihan seperti Shopee, Lazada di mana pembelian hanya perlu melayari website dan membuat pembayaran dan barang akan sampai di depan rumah.

Dengan itu, kemudahan internet harus menjadi agenda penting dan disegerakan bagi memastikan masyarakat di luar bandar tidak terus ketinggalan dan terpinggir. Dalam masa yang sama, latihan-latihan kemahiran dan pembangunan kapasiti ini juga harus diterus berteraskan Revolusi Industri 4.0 demi menuju masyarakat 5.0 iaitu masyarakat yang pintar dan menguasai alam maya, menganalisa maklumat, dan menggunakannya untuk kebaikan atau memberi nilai baru kepada kehidupan manusia.

Saya dengan ini menggesa dan berharap Kementerian Sains dan Teknologi akan terus memberi perhatian kepada era Revolusi Industri 4.0 ini. Datuk Speaker, selain dari jalan raya dan bekalan air bersih, bekalan elektrik berasaskan solar juga perlu segera dipertimbangkan untuk kampung-kampung terpencil dan juga lorong-lorong kampung dan bandar.

Masyarakat luar bandar negeri ini sudah sepatutnya menerima bekalan elektrik lebih awal lagi kerana kemudahan asas ini telah sekian lama dinikmati oleh masyarakat lain. Dalam era ini seharusnya kita sudah lebih maju dan siap sedia membicarakan tentang Revolusi Industri 4.0 dan masyarakat 5.0 dan bukan lagi menagih kemudahan asas. Saya berharap kerajaan akan terus komited untuk memastikan penyediaan kemudahan

asas dan liputan, mencapai liputan 100% kerana ia merupakan tuntuan pembangunan bagi memastikan negeri ini tidak jauh ketinggalan. Datuk Speaker, sepanjang perbahasan ini, saya mengamati slogan “Sabah Maju Jaya” ini selalu dikaitkan dengan kegagalan. Mungkin ada yang tidak sedar, slogan “Sabah Maju Jaya” ini bukanlah slogan parti. Slogan “Sabah Maju Jaya” ini adalah slogan yang ada di jata negeri kita dan slogan yang mungkin tidak harus seolah-olah dipermainkan. Mungkin perkara ini kecil bagi yang lain, tapi bagi saya slogan yang ada di jata negeri ini bukan hanya menunjukkan bangunan-bangunan yang mencakar langit baru lah kita “Sabah Maju Jaya” tapi slogan ini juga adalah semangat untuk rakyat Sabah supaya terus maju dan berjaya. Saya rasa tidak adil kita selalu memperkotak-katikkan atau mempermainkan slogan ini. Slogan “Sabah Maju Jaya” ini, kita pun sedar, saya pun membesar di kawasan ini, kita pun tahu walaupun orang berkata di luar sana Sabah ini mundur, tapi mundur-mundur nya dia terus ke hadapan.

Insya-Allah, dengan Kerajaan GRS sekarang matlamat “Sabah Maju Jaya” itu dapat dicapai.

Datuk Speaker, saya tidak mahu berucap panjang. Saya menambah sedikit sahaja isu di DUN Pintasan.

Isu ini sebenarnya sudah lama berlaku.

Saya meminta kepada jabatan yang berkenaan seperti yang disuarakan oleh ADUN Telupid dan disuarakan juga oleh Yang Berhormat Kawang. Pengeluar pengeluaran geran tanah ini perlu lah dipercepatkan kepada rakyat kawasan kita, itu yang pertama. Yang kedua, bagi saya, biarlah kita sebagai penjawat awam yang diamanahkan, adil kepada orang-orang kampung. Selalu nya kita nampak dan saya pun terlibat dalam LUC Meeting. Kita lihat, permohonan lama rakyat-rakyat di kawasan itu yang sudah memohon puluhan tahun tidak dimasukkan langsung dalam LUC itu. Kita kena adil, jangan bila mana syarikat yang besar boleh dipercepatkan tetapi rakyat yang biasa itu kita lambatkan.

Ini lah kadang-kadang slogan yang orang kampung katakan, yang kaya tambah kaya, yang susah disusahkan lagi. Saya mohon dan saya yakin perkara ini akan dapat diselesaikan dengan segera. Saya mohon supaya di semua kawasan kena bersikap yang sedemikian.

Datuk Speaker, untuk mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya berharap negara kita Malaysia dan negeri kita Sabah akan terus harmoni. Saya juga amat bersyukur kepada ahli-ahli politik dalam kepimpinan GRS yang diterajui oleh Yang

Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, ADUN Sulaman sangat matang dalam berpolitik. Mementingkan keharmonian...

…. berpolitik.

Mementingkan keharmonian negeri ini juga.

Telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam mengekalkan keamanan.

Sebelum mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan akhir sekali, akhir kata Salam Maju Jaya. Sekian, terima kasih. Dengan ini saya mohon menyokong. Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarahkatuh.

Speaker

Walaikumsalam, terima kasih Yang Berhormat Pintasan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat N.50 Gum-Gum.

6:03 petang

Terima kasih Datuk.

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Datuk Speaker dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang turut mengikuti persidangan Ahli Dewan Undangan Negeri pada kali ini.

Saya Arunarnsin bin Taib, wakil rakyat N.50 Gum-Gum mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Speaker kerana memberi ruang dan peluang ini untuk saya menyampaikan ucapan, yang berupa antara lainnya, mengetengahkan permasalahan rakyat dan isu-isu yang berkait rapat dengan pembangunan dan kesejahteraan masyarakat marhaen di kawasan saya. Sebagai mengangkat dan menjunjung mandat rakyat Gum-Gum yang telah memberikan saya amanah sebagai wakil mereka di Dewan Yang Mulia ini, saya dengan ini mengemukakan beberapa isu penting yang tentunya memerlukan jawapan sekaligus menyelesaikan sebagai maklum balas kepada aduan mereka dan juga menyelesaikan kepada perkara yang saya kemukakan ini.

Datuk Speaker, saya mulakan masalah kaum nelayan, sepertimana yang kita maklumi, antara penyumbang perolehan ekonomi kepada masyarakat di Gum-Gum ini adalah kaum nelayan.

Masalah mereka ini fokusnya menjuruskan kepada

beberapa isu seperti berikut, mereka ini mengimpikan jeti yang lebih baik dan selamat digunapakai untuk pemunggahan hasil tangkapan mereka.

Hampir kesemua jeti di kawasan saya sudah uzur, dan memerlukan pembaikan segera. Masalah ini sudah lama berlarutan dan perlu perhatian segera dari pihak berwajib. Masyarakat yang sumber ekonominya bergantung kepada hasil tangkapan laut ini, memerlukan sebuah jeti yang teguh, yang baru, tekap, bagi membolehkan kerja-kerja hasil tangkapan mereka dapat diturunkan dan dipunggah dengan baik tanpa menjejaskan keselamatan para nelayan dan orang ramai mengguna pakai. Selain daripada itu, jeti daripada nelayan ini juga berdepan dengan masalah pembaharuan lesen perahu mereka.

Ada yang terpaksa membayar denda di atas kelewatan pembaharuan lesen semasa PKP dikuatkuasakan. Perkara ini juga harus diberi perhatian khusus sebab semasa PKP dikuatkuasakan mereka tidak dapat berurusan untuk tujuan tersebut. Ramai daripada mereka yang mengadu ketiadaan lesen atau kelewatan pembayaran lesen itu telah menjejaskan mata pencarian mereka yang bergantung semata-mata untuk turun ke laut bagi mendapatkan rezeki menampung kehidupan dan keluarga mereka.

Untuk masyarakat nelayan, melalui Dewan Yang Mulia ini, saya mencadangkan supaya mereka ini tidak dikenakan denda dan anggota daripada perikanan dan juga LKIM dimohon turun ke kampung-kampung untuk menyelesaikan masalah ya masalah nelayan kita ini.

Soalan saya berkenaan isu ini, saya ingin bertanya kepada kementerian yang berkenaan adakah rancangan dan peruntukan dari pihak kementerian untuk memperbaiki jeti yang dimaksudkan terutama sekali yang dulunya telah dibina oleh Ko-Nelayan dan juga LKIM? Jika ada, bilakah pelaksanaannya dilakukan dan dalam kadar berapa lamakah masyarakat setempat akan dapat menikmati kemudahan jeti yang baru ini.

Datuk Speaker, selain daripada kaum nelayan, masyarakat petani juga turut menerima bahana, daripada pandemik Covid-19 yang berlaku. Di tambah pula ada makhluk perosak seperti monyet dan beruk yang sangat membimbangkan masyarakat.

Habis buah-buahan dimakan oleh monyet ini.

Saya mohon Jabatan Hidupan Liar..

Speaker

Monyet memang makan buah.

Makan buah, Datuk Speaker.

Speaker

Itulah makanan dia, buah-buahan.

Tapi kelapa sawit tidak dimakannya juga.

Saya mohon Jabatan Hidupan Liar ambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini sebab monyet dan beruk ini juga masuk ke rumah dan mencuri bahan makanan seperti telur ayam dan merosakkan harta benda yang ada.

Seterusnya, keadaan prasarana asas yang belum dapat disediakan dengan baik untuk memudahkan keadaan pemasaran hasil produk mereka dipasarkan dengan lebih cepat dan mencapai golongan sasar yang perlukan hasil pertanian tersebut. Isu yang berbangkit ini adalah seperti berikut, keadaan jalan raya yang menghubungkan kampung-kampung dengan jalan besar sama ada jalan persekutuan ataupun negeri begitu teruk keadaannya.

Kebanyakan jalan raya kampung-kampung ini berada dalam keadaan yang tidak diselenggarakan dengan baik sehingga menyukarkan perjalanan yang selesa untuk memunggah atau mengangkut hasil-hasil pertanian mereka bagi tujuan pemasaran di pasar-pasar tamu mingguan atau di pekan berhampiran. Proses perjalanan yang begitu lama melibatkan hasil tanaman hilang kesegarannya malah ada juga yang busuk, sebelum sempat dipasarkan. Ini mengakibatkan kerugian kepada masyarakat petani.

Pekebun-pekebun kecil kawasan ini juga berhadapan dengan masalah ketiadaan tempat atau pusat yang mereka boleh gunakan untuk mengumpul hasil-hasil pertanian mereka. Pusat pengumpulan hasil pertanian ini jika disediakan oleh pihak kementerian berkenaan akan membolehkan mereka menggunakannya sebagai one stop centre untuk agriculture product dan membolehkan peraih-peraih besar membeli hasil pertanian mereka.

Berkaitan dengan isu pengusaha Industri Kecil Sederhana ataupun IKS, saya menerima aduan juga yang mereka tertumpu kepada kesulitan untuk mendapatkan kelulusan lesen perniagaan.

Keadaan ini tentunya menjejaskan penggunaan ekonomi di kalangan pemain industri ini sekaligus juga mencatatkan merenjatkan usaha kerajaan yang menggalakkan penglibatan ramai masyarakat kampung dalam bidang IKS ini.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah pihak kerajaan mempunyai rancangan jangka pendek atau peruntukan segera untuk mengatasi masalah jalan raya

kampung yang teruk supaya diselenggarakan dengan baik. Saya juga menyarankan dan memohon melalui Dewan yang mulia ini agar satu pusat pengumpulan hasil tani dapat diwujudkan dengan segera bagi tujuan tersebut.

Untuk menyelesaikan masalah IKS ini pula, bolehkah pegawai-pegawai dari kementerian berkenaan turun padang atau memberi taklimat mahupun panduan dan bimbingan untuk mendekati mereka yang terlibat.

Bukan sahaja daripada segi permohonan lesen malah juga peluang-peluang pinjaman atau dana IKS yang telah sedia ada. Datuk Speaker, semasa saya masuk ke kampung-kampung saya juga mendapat rungutan daripada anggota RELA yang bertugas yang mana kononnya kelewatan pembayaran elaun anggota RELA juga bermenjadi masalah.

Speaker

Sebab dia RELA.

(Ketawa) Barangkali juga tidak rela kan.

Ada juga anggota RELA menyampaikan aduan bahawa mereka menerima bayaran elaun yang lewat berbanding tugasan yang telahpun dilaksanakan.

Saya mengharapkan agensi berkaitan di bawah kementerian berkenaan dapat menangani masalah ini dan memastikan elaun pembayaran akan dilakukan mengikut jadual. Datuk Speaker, selain daripada itu saya juga dapat apa nama aduan bahawa tambang bas juga menjadi beban masyarakat di kawasan saya terutamanya sekali tambang anak sekolah. Saya mohon isu ini diberi perhatian khusus sebab ramai ibu bapa tidak mampu menyediakan tambang untuk anak mereka yang setiap hari pergi sekolah.

Kalau dulu belanja anak ke sekolah baru RM3. Sekarang ini saya diberitahu ada yang terpaksa belanja tambang bas sahaja….

…belanja tambang bas sahaja sudah mencapai RM4.00 hingga RM5.00 sehari sedangkan perjalanan ke sekolah baru lebih kurang 3 batu ataupun 5km sahaja.

Datuk Dipertua, isu terakhir saya berkenaan liputan jalur lebar. Hasil daripada dialog saya bersama masyarakat, isu jalur lebar ini juga menjadi satu isu yang popular di

kawasan saya.

Keadaan luar bandar yang terpencil sepatutnya tidak ketinggalan daripada menikmati kemudahan jalur lebar ini.

Keadaan ini perlu ditangani dan diatasi dengan segera kerana keadaan kaedah pembelajaran kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia sekarang ini yang banyak mengendalikan pembelajaran secara online daripada rumah. Ketiadaan kemudahan jalur lebar yang baik capaiannya akan menjejaskan pembelajaran anak-anak sekolah kita yang menuntut di luar bandar terutama yang tinggal di kawasan saya di kawasan N50 Gum-Gum.

Saya baru-baru ini ketika masuk kampung semua nyatakan masalah yang sama dan memohon masalah ini disampaikan kepada kementerian yang berwajib.

Saranan saya, saya menyarankan dan memohon agar pihak kementerian berkenaan dapat menyediakan kemudahan ini melalui satu peruntukan segera yang membolehkan pembinaan dan penyediaan pusat jalur lebar ini dilaksanakan dengan segera demi kemudahan dan kebaikan terutama anak-anak pelajar kita dan juga masyarakat setempat. Jadi sebelum saya mengakhiri perbahasan saya pada sidang DUN yang ketiga ini saya mohon maaf sekiranya ada perkataan saya yang kurang sedap didengar dan di kesempatan ini juga saya turut mendoakan semoga Yang Mulia Tun serta keluarga senantiasa sihat dan di dalam lindungan Allah S.W.T. kepada masyarakat Sabah yang beragama islam, saya mengucapkan Salam Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalankan ibadah puasa dan kepada masyarakat Sabah yang beragama kristian pula saya juga mengucapkan selamat menyambut Tadau Tagazo Do Kaamatan. Semoga rakyat Sabah diberkati Allah S.W.T.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahitallah wabarakatuh. Saya Arunarnsin bin Taib, ADUN N.50 Gum-Gum mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Speaker

Terima kasih Yang Berhormat Gum-Gum. Very formal.

Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan Ahli-ahli Yang Berhormat sudah selesai berucap maka dewan ini ditangguhkan sehingga esok pukul 10.00 pagi, 23 Mac 2022.

Ditangguhkan sebagaimana yang dipersetujui pada jam 6:12 petang. Ditetapkan: “Bahawa Dewan ini ditangguhkan sekarang hingga jam 10:00 pagi, 23 Mac 2022”.

SDN22032022/bnm